{"url": "https://tvpertiwi.com.my/2020/05/29/sejarah-hitam-22-bulan-ph-memerintah-bongkar-episod-8/", "title": "Sejarah Hitam 22 Bulan PH Memerintah | BONGKAR | Episod 8", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSejarah Hitam 22 Bulan PH Memerintah Tanggal 9 Mei 2018 adalah tarikh keramat yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya menguasai Putrajaya. Ia dianggap satu kejayaan besar bagi gabungan parti PH iaitu Bersatu, PKR, DAP dan PAN mengalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dilihat telah korup dan penuh dengan skandal rasuah. Hakikatnya, majoriti umat Islam dan Melayu merasakan tarikh itu adalah titik mula sejarah hitam bagi Malaysia. Saksikan Bongkar, jam \n8:15\n malam ini, eksklusif di TV Pertiwi. Ikuti laporan lanjut di TV Pertiwi. Juga boleh ditonton secara langsung di webTV www.pertiwi.tv atau di Youtube Tv Pertiwi. Sila Like, Komen & Share \n#NormaBaharu\n \n#KekalDiRumah\n \n#Covid19\n \n#KitaMestiMenang\n \n#KitaJagaKita\n \n#tvpertiwi\n \n#DenyutJantungUmmah"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2020/11/30/normalisasi-israel-palestin-dikhianati-negara-arab/", "title": "NORMALISASI ISRAEL | PALESTIN DIKHIANATI NEGARA ARAB", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nDi saat rakyat Palestin berjuang mempertahankan tanah umat Islam itu dan Masjid ke-3 suci umat Islam, negara arab lain tergamak menyokong Israel. \n#AbrahamAccords\n \n#AmanPalestin\n \n#JomMenyumbang\n \n#bangkitberjuangbersama\n \n#KitaJagaKita\n \n#tvpertiwi\n \n#DenyutJantungUmmah\n Ikut kami juga di platform lain: Telegram : \nhttps://t.me/tvpertiwi\n Instagram : \nhttps://www.instagram.com/tvpertiwi/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/03/31/langsung-pdrm-dikawal-mafia-kerusi-panas/", "title": "[LANGSUNG] PDRM DIKAWAL MAFIA? | KERUSI PANAS", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPendedahan Ketua Polis negara agar Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) bebas untuk menyiasat dakwaan salah laku pegawai muda yang mewujudkan kartel untuk menguasai jawatan penting dan menjatuhkan pegawai atasan mereka tidak boleh dipandang enting. Dibuat atas dasar tanggungjawab beliau sebagai Ketua Polis Negara kerana tidak mahu budaya \u2018the blue code of silent\u2019 di Amerika Syarikat bersarang dalam Polis Diraja Malaysia, tindakan beliau dianggap ibarat membuka pekung agensi keselamatan itu. Ia dicemarkan lagi apabila 34 anggota PDRM dikatakan terlibat sebagai ahli Geng Nicky mampu dibongkar. Adakah fungsi PDRM sudah membebankan atau negara perlu agensi lain untuk mengalas tanggungjawab menjaga ketenteraman awam ini? Saksikan siaran langsung \u201cKerusi Panas\u201d ini bersama bekas ketua Polis negara Tan Sri Musa Hasan. Hanya di TV Pertiwi. \n#KitaJagaKita\n \n#tvpertiwi\n \n#DenyutJantungUmmah"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/04/22/harga-ayam-melambung-beri-kesan-kepada-peniaga/", "title": "Harga Ayam Melambung Beri Kesan Kepada Peniaga", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nHIGHLIGHT | BULETIN PERTIWI \u2013 Rabu 21 April 2021 Harga Ayam Melambung Beri Kesan Kepada Peniaga \n#BuletinPertiwi\n \n#DenyutJantungUmmah\n Terima kasih kerana menjadikan Buletin Pertiwi sebagai pilihan rasmi anda. Berita penuh sahih, padat dan berinformasi hari ini Edisi Rabu 21 April 2021 Tontoni Buletin Pertiwi setiap Isnin hingga Ahad melalui Aplikasi Mobile di Google play/Apps Store Whatsapp: \nhttps://chat.whatsapp.com/IncE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/04/22/pembinaan-sjkc-too-joon-hing-di-kinrara-terus-bantah-penduduk/", "title": "Pembinaan SJKC Too Joon Hing di Kinrara Terus Bantah Penduduk", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nHIGHLIGHT | BULETIN PERTIWI \u2013 Rabu 21 April 2021 Pembinaan SJKC Too Joon Hing di Kinrara Terus Bantah Penduduk \n#BuletinPertiwi\n \n#DenyutJantungUmmah\n Terima kasih kerana menjadikan Buletin Pertiwi sebagai pilihan rasmi anda. Berita penuh sahih, padat dan berinformasi hari ini Edisi Rabu 21 April 2021 Tontoni Buletin Pertiwi setiap Isnin hingga Ahad melalui Aplikasi Mobile di Google play/Apps Store Whatsapp: \nhttps://chat.whatsapp.com/IncE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/10/14/pencerobohan-kuil-haram-rundingan-diteruskan/", "title": "PENCEROBOHAN KUIL HARAM, RUNDINGAN DITERUSKAN", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBuletin Pertiwi Highlight | PENCEROBOHAN KUIL HARAM, RUNDINGAN DITERUSKAN | 14 Oktober 2021"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/10/25/anak-soekarno-akan-jalani-ritual-pindah-agama-hindu-di-bali/", "title": "Anak Soekarno akan jalani ritual pindah agama Hindu di Bali", "body": "0\n\n\nAnak Soekarno Presiden pertama Indonesia, mengumumkan akan menukar agamanya daripada Islam kepada Hindu. Sukmawati Sukarnoputri, 69, menyatakan penukaran agamanya akan dilakukan dalam satu majlis agama Hindu, \u2018Sudhi Wadani\u2019 26 Oktober ini.\n\n\nMenurut CNN Indonesia, keputusan beliau untuk murtad dipengaruhi oleh mendiang neneknya, Ida Ayu Nyoman Rai Srimben."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/10/25/bicara-palestin-ep11-yahudi-zionis/", "title": "Bicara Palestin EP11 : Yahudi Zionis", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nApabila membicarakan soal Zionis bererti membicarakan tentang satu kaum yang diceritakan di dalam Al-Quran iaitu bangsa Yahudi atau Bani Israil. Zionis merupakan satu gerakan politik perkauman Yahudi yang ekstrem diasaskan oleh seorang wartawan Yahudi Austria. Namun apakah yang membezakan Yahudi dan Zionis? \n#TvPertiwi\n \n#BicaraPalestin"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/10/25/dakwaan-pas-khianat-jangan-sampai-semuanya-melopong/", "title": "DAKWAAN PAS KHIANAT, JANGAN SAMPAI SEMUANYA MELOPONG\u2019", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBuletin Pertiwi Highlight |DAKWAAN PAS KHIANAT, JANGAN SAMPAI SEMUANYA MELOPONG\u2019 | 14 Oktober 2021"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/10/25/kapsul-sejarah-yaman-konflik-tak-bernoktah/", "title": "Kapsul Sejarah: Yaman Konflik Tak Bernoktah", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKrisis Yaman berpunca dari perang berlarutan yang bertambah buruk sejak tahun 2011. Sudah ramai penduduknya terbunuh akibat perang dan krisis kemanusiaan. Krisis yang berpanjangan amat dirasai oleh rakyat Yaman malah masyarakat antarabangsa. Sudah pastinya krisis ini amat membimbangkan dan memberi kesan besar antaranya Yaman dilanda masalah kemanusiaan, ekonomi dan kesihatan yang berlarutan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/10/25/keciciran-murid-sekolah-rendah-sepanjang-pandemik/", "title": "KECICIRAN MURID SEKOLAH RENDAH SEPANJANG PANDEMIK", "body": "1\n\n\n\n\nKeciciran murid sekolah rendah menjadi kerisauan buat ibu bapa dan warga pendidik. Sejak Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau PDPR selama lebih 18 bulan yang bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 20 Oktober 2021, pelbagai cabaran ditempuh dan membawa akibat negatif kepada anak-anak generasi baharu. Saksikan episod seterusnya Ruang Konteks. \n#RuangKonteks\n \n#DenyutJantungUmmah\n \n#PDPR"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/10/25/krisis-yaman-kebuluran-paling-kronik-di-dunia/", "title": "Krisis Yaman \u2013 Kebuluran Paling Kronik Di Dunia", "body": "1\n\n\n\n\n80% dari 24 juta penduduk Yaman berhadapan dengan satu mimpi ngeri yang sama \u2013 iaitu kebuluran. Bagaimana krisis terbesar ini boleh berlaku dan melahirkan tragedi terhadap masa depan pendidiikan dan nyawa anak-anak penduduk Yaman?"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/10/25/mahkamah-pulang-sementara-pasport-muhammad-shafee-urus-pengajian-anak-di-new-york/", "title": "Mahkamah pulang sementara pasport Muhammad Shafee, urus pengajian anak di New York", "body": "0\n\n\nMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 27 Oktober hingga 30 November ini.\n\n\nIa bagi membolehkan Muhammad Shafee menguruskan pengajian anak lelakinya di New York, Amerika Syarikat. Terdahulu, hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, membenarkan permohonan itu selepas tiada bantahan daripada pihak responden."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/10/25/penubuhan-negara-haram-israel/", "title": "Bicara Palestin EP12 : Penubuhan Negara Haram Israel", "body": "1\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSelepas Perang Dunia Pertama, Palestin diletakkan di bawah pentadbiran British berdasarkan pakatan rahsia iaitu Perjanjian Sykes-Picot antara United Kingdom dengan Perancis. British pula mengangkat Deklarasi Balfour, yang membuka jalan kepada penjajahan dan penjarahan Yahudi di Palestin. Maka bermulalah detik hitam perluasan dasar Israelisasi di bumi anbia itu. 14 Mei, apabila British berundur dari Palestin, \u2018negara\u2019 haram Israel ditubuhkan dengan David Ben-Gurion sebagai pemimpin pertamanya. \n#TvPertiwi\n \n#BicaraPalestin"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/10/25/sebulan-ke-singapura-yb-pekan-ini-bidankah-hanipa-maidin/", "title": "\u201cSebulan ke Singapura, YB Pekan ini bidankah?\u201d \u2013 Hanipa Maidin", "body": "1\n\n\nAhli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin hari ini persoal keistimewaan diterima Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.\n\n\nMalah, beliau persoal mengapa Najib perlu ke Singapura hingga sebulan hanya semata-mata untuk melawat anak yang melahirkan anak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/10/26/kanak-kanak-tidak-bernegara-dapat-kerakyatan-malaysia/", "title": "Kanak-kanak \u2018tidak bernegara\u2019 dapat kerakyatan Malaysia", "body": "0\n\n\nSeorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang bapanya rakyat Malaysia dan dilahirkan di negara ini oleh seorang wanita warga China, pada Isnin berjaya mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.\n\n\nIni berikutan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed membenarkan permohonan kanak-kanak itu yang sebelum ini memegang status \u2018tidak bernegara\u2019 supaya Ketua Pendaftar Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan semula taraf kewarganegaraan kanak-kanak berkenaan sebagai warganegara Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/10/29/umno-beri-kata-dua-kepada-pas-mn-atau-pn/", "title": "UMNO BERI KATA DUA KEPADA PAS; MN ATAU PN", "body": "0\n\n\nJUMAAT, 29 OKTOBER \u2013 Kenyataan terkini Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bertarikh 28 Oktober 2021 memaklumkan bahawa parti itu masih meneruskan persefahaman dengan PAS menerusi Muafakat Nasional di Pilihan Raya Negeri Melaka akan datang.\n\n\nKenyataan ini sekaligus memberikan kata dua kepada PAS sama ada menyokong BN atau melawan BN jika kekal di dalam Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu.\n\n\nKenyataan rasmi UMNO adalah seperti berikut:\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHampir RM1 bilion lesap ditipu agensi pelaburan\n\n\n\n\n\n\nKPM, KKM pantau penularan COVID-19 waktu SPM 2022 berlangsung\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid lantik Datuk Dusuki Ahmad ketuai Majlis Ulama UMNO\n\n\n\n\n\n\nPOLIS SELANGOR HULUR BANTUAN MEMBERSIHKAN KEDIAMAN MANGSA BANJIR\n\n\n\n\n\n\nBank Negara Malaysia OPR kekal 2.75%"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/02/elak-syubhah-utamakan-halal-berbanding-kesedapan-makanan/", "title": "Elak syubhah, utamakan halal berbanding kesedapan makanan", "body": "0\n\n\n\n\nSELASA, 2 NOVEMBER \u2013\n Umat Islam dinasihatkan sentiasa menjaga soal halal bagi mengelak makanan yang dijamah menjadi syubhah iaitu kesamaran kerana tidak jelas hukumnya antara halal dan haram.\n\n\nMufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, perkara ini penting supaya makanan yang akan menjadi daging dalam badan tidak membawa kepada pembentukan daging haram sehingga menyebabkan dosa.\n\n\n\u201cMakanan dan rezeki yang menjadi sajian kita akan mempengaruhi sikap, perangai, air muka, hati dan keseluruhan kehidupan. Sesungguhnya haram itu jelas, halal itu jelas dan antara kedua-duanya ada benda-benda yang syubhah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJepun Sumbang Peralatan Perubatan\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Tak Perlu Bimbang Disiasat \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nKedai Sarbaneka Bangi, Kajang Henti Jual Arak\n\n\n\n\n\n\nNajib Berjaya Tangguhkan Sabitan, Hukuman\n\n\n\n\n\n\nUsaha Tanah Terbiar, Kuat Kuasa Kawalan Harga Barang \u2013 FOMCA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebab itu jangan lihat kesedapan makanan itu semata-mata tapi pastikan hidangan yang dijamah itu adalah halal dan disediakan secara sempurna.\n\n\n\u201cMasyarakat Melayu terutama golongan muda perlu ambil tanggungjawab dengan status makanan supaya tidak diragui halal dan haram,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian sebagai mengulas trend semasa yang memperlihatkan orang Islam gemar menjamu selera di kedai atau makan makanan disediakan oleh bukan muslim.\n\n\nKata Abdul Rahman lagi, dalam al-Quran, Allah SWT berfirman menerusi surah al-Maidah supaya orang-orang yang beriman mencari makanan yang baik dan halal.\n\n\nMalah, katanya, Nabi Muhammad SAW dan para rasul yang lain juga diarahkan oleh Allah SWT untuk mencari makanan yang baik-baik.\n\n\nKatanya, jika seseorang mengambil makanan daripada sumber halal, adalah diyakini keimanan serta ketakwaannya akan bertambah kukuh, mantap dan kuat.\n\n\n\u201cSebaliknya, jika seseorang itu memakan makanan haram, maka diyakini imannya akan lemah dan akhirnya terhakis daripada hatinya.\n\n\n\u201cRasulullah SAW menjelaskan orang yang mencari rezeki halal untuk memenuhi keperluan keluarganya sama seperti mujahid dan syuhada,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/02/kes-bunuh-zulfarhan-18-penuntut-upnm-didapati-bersalah/", "title": "Kes bunuh Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah", "body": "0\n\n\n\n\nSELASA, 2 NOVEMBER \u2013\n\u00a0Lapan belas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh, dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain.\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah ketika membacakan keputusan kes ini berkata, enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh Allahyarham.\n\n\nManakala 12 yang lain didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Zulfarhan Osman.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n3 andaian Hawari hilang\n\n\n\n\n\n\nTun M dakwa ada pihak sedang bersihkan imej Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nBangkai kucing: Polis cari suspek\n\n\n\n\n\n\nDireman 4 hari kerana hina Sultan Perak\n\n\n\n\n\n\nUsaha Tanah Terbiar, Kuat Kuasa Kawalan Harga Barang \u2013 FOMCA\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetika ini mahkamah berehat sebentar dan Hakim akan mengumumkan hukuman dikenakan kepada semua tertuduh selepas mahkamah bersidang semula.\n\n\nPada 8 April lalu, pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM dan 2 saksi lain iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada prosiding membela diri yang bermula 2 Oktober 2019.\n\n\nPendakwaan telah mengemukakan 31 orang saksi termasuk Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad serta 2 saksi yang melihat perbuatan menekap seterika wap ke badan mangsa iaitu Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah, kedua-duanya penuntut UPNM, pada perbicaraan yang bermula 29 Januari 2018.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKes itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh bersama Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Datuk Ranjit Singh Dhillon, Amer Hamzah Arshad, Datuk Hazman Ahmad, Zamri Idrus, Fadly Hashim, Datuk Seri M Ramachelvam dan Datuk Hazizah Kassim.\n\n\nPada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM, yang kesemuanya berusia 25 tahun, membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.\n\n\nLima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.\n\n\nPerbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, 22 Mei 2017.\n\n\nPertuduhan adalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.\n\n\nMereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.\n\n\nMereka dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.\n\n\nPerbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi hingga 5.30 pagi 21 Mei 2017.\n\n\nZulfarhan Osman meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/02/majlis-akad-nikah-di-masjid-surau-dibenarkan-di-selangor/", "title": "Majlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Selangor", "body": "0\n\n\n\n\nSELASA, 2 NOVEMBER\n\u2013 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk membenarkan semua majlis akad nikah dilaksanakan di semua masjid dan surau di negeri ini.\n\n\nPengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, kebenaran itu tertakluk kepada beberapa syarat utama yang ditetapkan pihaknya.\n\n\n\u201cMajlis tersebut hanya dibenarkan sebanyak enam sesi sehari masing-masing tiga pada sebelah pagi dan petang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLelaki tabur paku ditahan polis\n\n\n\n\n\n\nMahu pinjaman MARA bebas riba \u2013 Asyraf Wajdi\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Turki selar pihak tutup mata, subahat bakar Quran\n\n\n\n\n\n\n8 Disember Keputusan Rayuan Najib Kes SRC\n\n\n\n\n\n\nKJ jumpa PN minggu hadapan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJumlah kehadiran pada majlis akad nikah itu pula hanya melibatkan seramai 20 orang individu.\n\n\n\u201cIndividu berkenaan iaitu masing-masing 10 daripada pihak pengantin lelaki dan perempuan,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.\n\n\nKatanya, semua pihak yang menghadiri upacara itu wajib lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.\n\n\nSeptember lalu, JAIS memaklumkan majlis akad nikah hanya dibenarkan di masjid JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah sahaja.\n\n\nMajlis itu boleh dilangsungkan setiap hari namun kehadiran masih terhad kepada pasangan pengantin dan wali saja, manakala individu lain tidak dibenarkan hadir termasuk jurugambar.\n\n\nDalam perkembangan berasingan, Mohd Shahzihan berkata, pihaknya membenarkan pengurusan jenazah bukan COVID-19 daripada kalangan ahli kariah dilaksanakan di masjid dan surau.\n\n\n\u201cIa melibatkan kehadiran ahli waris, kaum kerabat terdekat dan ahli kariah pada bilangan tidak melebihi 100 orang.\n\n\n\u201cJumlah itu tidak termasuk pegawai atau jawatankuasa masjid atau surau berkenaan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/02/malaysia-tempah-87-9-juta-dos-vaksin-covid-19/", "title": "Malaysia tempah 87.9 juta dos vaksin COVID-19", "body": "0\n\n\n\n\nSELASA, 2 NOVEMBER\n \u2013 Sebanyak 87.9 juta dos vaksin ditempah oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Fasiliti COVAX dan secara rundingan terus dengan beberapa pengeluar vaksin COVID-19 setakat ini.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata tempahan itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM4.64 bilion merangkumi kos dan logistik vaksin.\n\n\nBeliau berkata perincian perolehan vaksin COVID-19 adalah AstraZeneca melalui Fasiliti COVAX sebanyak 6.4 juta dos, Pfizer & BioNTech (44.8 juta dos) dan AstraZaneca/University of Oxford (6.4 juta dos).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertemuan Anwar-Ahmad beri hasil baik kepada Kelantan\n\n\n\n\n\n\nSyarikat produksi diminta lunaskan janji?\n\n\n\n\n\n\nKumpulan pertama jemaah haji selamat pulang ke tanah air\n\n\n\n\n\n\nProklamasi Melayu bukan martabatkan Melayu tapi nak guling kerajaan \u2013 P.Ramasamy\n\n\n\n\n\n\nPendakwa Raya Fail Afidavit Bukti Baharu Tiada Kaitan Elemen Kes Jenayah Rasuah Najib\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelain itu, Sinovac membabitkan 20.4 juta dos, CanSino (3.5 juta dos) dan Gamaleya (Sputnik V) sebanyak 6.4 juta dos,\u201d katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.\n\n\nBeliau menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang meminta kerajaan memperincikan jumlah kos dibelanjakan bagi perolehan vaksin COVID-19.\n\n\nKhairy bagaimanapun berkata, bagi Gamaleya, ia tertakluk kepada kelulusan pendaftaran vaksin yang diterima daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).\n\n\n\u201cMemandangkan kerajaan terikat dengan Non Disclosure Agreement (NDA) iaitu syarat kerahsiaan yang ditetapkan syarikat pengeluar vaksin, maklumat terperinci setiap perjanjian tidak boleh didedahkan termasuklah harga vaksin.\n\n\n\u201cBagaimanapun, kos perolehan bagi setiap jenis vaksin dijelaskan dalam Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dijalankan sebelum ini,\u201d katanya.\n\n\nPada masa sama, beliau berkata, kerajaan turut menerima sumbangan vaksin daripada beberapa negara.\n\n\nJepun menyumbangkan 998,499 dos AstraZeneca, Amerikat Syarikat (1,000,350 dos Corminaty), China (500,000 dos CoronaVac) dan United Kingdom (415,000 dos AstraZeneca).\n\n\n\u201cDalam usaha untuk sama-sama meringankan beban dan kesukaran dalam menghadapi pandemik COVID-19, Kementerian Luar dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Jun lalu menyumbang sebanyak 50,000 dos vaksin Sinovac kepada kerajaan Bosnia,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/02/medac-sasar-10-peratus-masjid-di-seluruh-negara-tubuh-koperasi-tahun-depan/", "title": "MEDAC sasar 10 peratus masjid di seluruh negara tubuh koperasi tahun depan", "body": "0\n\n\n\n\nSELASA, 2 NOVEMBER\n\u00a0\u2013 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyasarkan 10 peratus daripada 7,005 masjid di seluruh negara menubuhkan koperasi pada tahun depan.\n\n\nMenterinya Tan Sri Noh Omar berkata, masjid berpotensi menghidupkan suasana keusahawanan sekali gus mengembalikan fungsi masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadah tetapi juga pusat pembangunan ekonomi setempat.\n\n\n\u201cBuat masa ini, hanya tujuh peratus masjid di seluruh negara yang mempunyai koperasi dan dilihat berjaya\u00a0mewujudkan suasana perniagaan sehingga berupaya meningkatkan ekonomi dalam kawasan kariah mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Veteran UMNO ingatkan jangan bertindak semberono\n\n\n\n\n\n\nMalaysia ke Piala Asia 2023\n\n\n\n\n\n\nMUDA desak kerajaan batal projek PJD Link\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Bebaskan Rider Food Panda\n\n\n\n\n\n\nSalahuddin Ayub pula dituduh lantik adik-beradik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKonsep koperasi ini juga menggambarkan suasana gotong-royong yang bekerjasama seperti satu keluarga sekali gus merapatkan hubungan silaturahim sesama kariah,\u201d katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi AsnafPreneur (TAP), di sini, hari ini.\n\n\nNoh berkata TAP\u00a0merupakan inisiatif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dalam memberi sokongan kepada golongan asnaf menjadi usahawan berjaya melalui bantuan dana kewangan, latihan keusahawanan dan peralatan perniagaan.\n\n\n\u201cProgram ini dapat memberi implikasi luar biasa kepada golongan asnaf untuk menjana pendapatan seterusnya menaik taraf ekonomi ke arah menjadi usahawan yang berdaya saing,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/02/timah-sandiwara-politik-mca-jangan-cuba-guris-perasaan-umat-islam/", "title": "\u2018Timah\u2019 sandiwara politik: MCA jangan cuba guris perasaan umat Islam", "body": "0\n\n\n\n\nSELASA, 2 NOVEMBER \n\u2013 Tidak dinafikan, isu jenama arak \u2018Timah\u2019 yang dikeluarkan Winepark Corporation (M) Sdn Bhd menimbulkan keresahan, kelukaan serta bantahan daripada umat Islam di negara ini.\n\n\nMeskipun pengeluar arak itu memohon tempoh seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah bagi menukar nama serta imej pada label produk keluaran syarikat, namun tindakan pihak tertentu mempertikaikan perkara tersebut menimbulkan tanda tanya.\n\n\nSebelum ini, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, perdebatan mengenai penggunaan nama \u2018Timah\u2019 oleh jenama wiski tempatan, yang akhirnya menyebabkan penukaran nama dan gambar pada produk itu bakal membuka ruang kepada muslihat politik mengarah kepada pemikiran tidak rasional.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHospital Serdang dikenali sebagai Hospital Sultan Idris Shah\n\n\n\n\n\n\nMB Kedah tidak jawab panggilan telefon \u2013 Ketua Polis Negara\n\n\n\n\n\n\nIdentiti 10 Maut Dirempuh Treler Dikenal Pasti\n\n\n\n\n\n\nTajaan biasiswa bidang perubatan, pergigian dan farmasi diteruskan\n\n\n\n\n\n\nMotac cadang wajibkan syarikat pengendali umrah sedia perjanjian dengan jemaah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAndainya Timah akhirnya menukar nama dan gambarnya, ia akan menjadi detik tewasnya logik dan pemikiran rasional kepada sandiwara dan muslihat politik, Malaysia akan menjadi bahan jenaka di seluruh dunia,\u201d kata beliau.\n\n\nTidak bersetuju dengan ulasan itu, Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam Malaysia (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat mengingatkan pemimpin MCA tersebut untuk tidak sesekali meniru perangai DAP dalam isu arak.\n\n\n\u201cKepada pemimpin MCA yang lantang, anda diingatkan jangan cuba mengguris perasaan umat Islam dan cuba meniru sikap serta perangai pemimpin DAP sewaktu isu \u2018Festival Arak Better Beer 2017\u2019 dan \u2018Oktoberfest 2018\u2019 di Kuala Lumpur dahulu.\n\n\n\u201cIsu kebejatan gejala sosial dan jenayah akan terus berkembang biak jika industri arak dan premis mungkar ini tidak disekat atau dihapuskan. Rakyat dah banyak bersuara.\n\n\n\u201cPemimpin silih berganti memegang jawatan dan kuasa, tapi jika \u2018ibu kejahatan\u2019 ini tidak dihapuskan, selagi itulah rakyat dalam bahaya serta negara kita akan terus menerima musibah yang bertimpa-timpa,\u201d katanya.\n\n\nPada masa sama, beliau hairan mengapa dalam isu prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 serta vaksinasi, kerajaan begitu bertegas mengawal rakyat.\n\n\nNamun dalam isu menghapuskan arak, aktiviti judi dan premis maksiat serta mungkar, kerajaan dilihat masih lagi gagal.\n\n\nLantaran itu, Ustaz Masridzi mengingatkan pemimpin negara untuk tidak hanya pandai dan hebat dalam bermain kata-kata, sebaliknya membuktikan dengan gerak kerja yang berjaya, sifarkan arak, judi, aktiviti maksiat dan mungkar dalam negara.\n\n\n\u201cSampai bilakah perkara ini akan berakhir? Tidak cukupkah lagi musibah yang menimpa kita? Bilakah pemimpin negara kita dapat insaf dan bertaubat kepada Allah SWT?\u201d soalnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/05/sifat-jujur-dan-ikhlas-azimat-20-tahun-di-luar-negara/", "title": "SIFAT JUJUR DAN IKHLAS, AZIMAT 20 TAHUN DI LUAR NEGARA", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nOleh Azizi Sunip (azizisunip@tvpertiwi.com.my)\n\n\n\u2018Jujur dan ikhlas dalam bekerja, berkawan dan juga menjalani hidup,\u2019 \u2013 Adalah kata-kata yang biasa didengar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNurul Izzah bukan lagi penasihat kewangan PM\n\n\n\n\n\n\nExco DAP Selangor biadab, kaitkan isu arak dengan solat umat Islam\n\n\n\n\n\n\nFasa Bertahan, Dipinggir Di Negara Sendiri?\n\n\n\n\n\n\nIklan Jual Minyak Masak Secara \u2018Online\u2019 Diturunkan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan pimpinan Anwar, kerajaan separa perpaduan \u2013 Nik Ahmad Kamal\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun bagi Zuraimi Isa, 46, itulah azimat yang dipegangnya selama 20 tahun sejak meninggalkan Malaysia dari 2001.\n\n\nMenurut jurutera kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini, beliau pernah diketawakan rakan-rakannya ketika meluahkan hasrat untuk mengembara ke Nigeria.\n\n\nDan di situlah segalanya bermula menanam tekad melangkah ke empat buah negara dalam mencari erti kehidupan.\n\n\n\u201cMula-mula keluar negeri masa tu umur saya baru dua puluh lima tahun untuk ke Nigeria, kawan-kawan ketawakan saya \u2014 Ko gila ke nak pergi Nigeria?\n\n\n\u201c\u2026 Dengan keadaan negara macam tu, berperang sana-sini,\u201d demikian menurut Zuraimi dalam satu temu bual eksklusif bersama TV Pertiwi secara dalam talian baru-baru ini.\n\n\nNamun, kata-kata rakannya itu diambil secara positif dan dijadikan pembakar semangat untuk meneruskan cita-citanya mengembara ke luar negara.\n\n\n\u201cI said \u2013 No I like adventure, I like to challenge myself. Saya pergi juga ke Nigeria\u2026. Alhamdulillah dari saat itu sehingga sekarang saya masih di luar lagi,\u201d jelasnya.\n\n\nMenyelusuri pengalaman bekerja, beliau pernah berkhidmat di Nigeria (2001), Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada 2003, kemudiannya ke Oman (2009), dan seterusnya Arab Saudi (2011).\n\n\nSyarikat pertama beliau adalah di Ishikawajima \u2013 Harima Heavy Industries, IHI bagi melaksanakan projek di Nigeria.\n\n\nKini \u2018kembara\u2019 kerjayanya membawa ke Arab Saudi untuk tahun kesebelas dengan berkhidmat sebagai Ketua Jabatan, Unit Perniagaan Penternakan Udang (Bahagian Penyelenggaraan) di Mekkah.\n\n\nKisah penuh inspirasi ini pernah disiarkan di media tempatan pada tahun 2017.\n\n\nKetika itu Zuraimi bekerja di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan Air untuk projek pembangunan tanah tandus Al Kafaa dan Al Rabah di Sudan.\n\n\nBagi membina dan menyelengara \npump house\n, \nirrigation pump\n, \ncanal construction\n dan \npivots\n di lokasi berkenaan sehingga menjadikan padang pasir tandus bertukar kepada ladang gandum yang subur.\n\n\nProjek itu amat bermakna buat dirinya kerana 80 peratus hasil keuntungan disumbangkan kepada negara-negara miskin di seluruh dunia.\n\n\n\u201cCabaran utamanya ialah untuk membina struktur mega di negara yang serba kekurangan seperti Nigeria dan Sudan, dan di Arab Saudi pula boleh dikatakan kepakaran (teknologi pam air) itu sukar ditemui.\n\n\n\u201cSeperti membina terusan dan pumping station, jarang ada kepakaran itu di sini, hakikatnya di Malaysia memang sudah lama ada tetapi bukanlah secara besar-besaran dan meluas.\n\n\n\u201cMenariknya, apa yang dipraktikkan semuanya projek mega \u2013 secara besar-besaran di sini,\u201d katanya.\n\n\nTV Pertiwi sangat berbesar hati kerana berpeluang mendapatkan reaksi majikan beliau di Arab Saudi, Ariffin Mamat, sebagai Naib Presiden Transformasi Korporat, NAQUA.\n\n\nBeliau yang juga warganegara Malaysia, kini menetap di Jeddah pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia sebelum ini.\n\n\nMenurut Ariffin yang lebih mesra dipanggil Pak Pin, sikap rendah diri Zuraimi amat dikaguminya kerana jarang sekali seorang jurutera sanggup bergelumang dan mengotorkan tangan di tapak projek bersama para pekerja bawahan.\n\n\n\u201cSatu nilai yang jarang kita dapat dalam professional kita, sama ada dari Malaysia atau luar negara, mereka ni kadang-kadang sangat mengambil kira pangkat.\n\n\n\u201c\u2026 tidak boleh turun ke bawah, tidak boleh berselut, tidak boleh kotor-kotorkan badan tetapi bagi Haji Zuraimi, beliau sanggup turut sama dengan pekerja bawahan untuk menyelesaikan satu-satu tugas,\u201d katanya.\n\n\nTambah Pak Pin, kita tidak perlu menjadi hebat dalam semua segi kerana kekuatan Zuraimi bukan dari segi kemahiran mekanikal secara keseluruhannya.\n\n\n\u201cSebenarnya kehebatan dia adalah dari segi pengetahuannya terhadap \npump and water management\n, cara pengendalian pam dan memasang pam serta menyelengaranya, ini yang memberi kehebatan dalam diri untuk memberi c\nontribution at you good at,\n\u201d katanya.\n\n\nSebelum mengakhiri temu bual, Zuraimi berpesan \u2013 \u2018Ambil jalan yang kurang dilalui\u2019 untuk mendapatkan hasil yang luar biasa.\n\n\n\u201c\nAlways take road that less travelled\n\u2026 Untuk capai sesuatu, Jangan takut \nface your talent.\n\n\n\u201cApabila orang kata tidak boleh, lagi kita buat sebenarnya, apatah lagi bila dilarang, mungkin sebab saya degil sejak dari kecil, bila sudah nekad kita kena buat sampai habis,\u201d katanya.\n\n\nTONTON VIDEO DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/09/undi-melayu-pecah-di-melaka-buletin-pertiwi-isnin-8-november-2021/", "title": "UNDI MELAYU PECAH DI MELAKA | BULETIN PERTIWI \u2013 ISNIN 8 NOVEMBER 2021", "body": "0\n\n\nTonton di sini:"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/11/agenda-nasional-bantu-keluarga-malaysia-hadapi-fasa-endemik/", "title": "AGENDA NASIONAL BANTU KELUARGA MALAYSIA HADAPI FASA ENDEMIK", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : Myhealth)\n\n\nKHAMIS, 11\n\u00a0\nNOVEMB\nER \n\u2013 Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang dilancarkan hari ini merupakan persediaan dan tindakan yang diambil bagi mempersiapkan Keluarga Malaysia dalam mendepani dan mengharungi fasa endemik Covid-19.\n\n\nPerdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabru berkata, berkata ANMS bertujuan membudayakan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan Keluarga Malaysia, di samping berusaha menjadikan Keluarga Malaysia sihat sejahtera sepanjang hayat.\n\n\nKatanya agenda itu merupakan pakej kesejahteraan kesihatan yang diteliti, dirancang dan seterusnya diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sebagai peneraju utama, dan disertai secara langsung oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP Ambil Tindakan Segera\n\n\n\n\n\n\n8,000 permohonan warganegara diluluskan setakat Mei tahun ini\n\n\n\n\n\n\nSelagi bernyawa saya akan bersuara pada apa yang tidak betul \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\nFilem Mentega Terbang tidak ambil kira sensitiviti agama, rendah nilai moral\n\n\n\n\n\n\nKPM umum sekolah cuti khas Aidilfitri pada 19 April\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas Ismail lagi, Agenda ANMS dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun, iaitu mulai 2021 hingga 2030.\n\n\nPelaksanaannya dibahagikan kepada dua penggal; iaitu penggal pertama bermula pada 2021 sehingga 2025, dan penggal kedua pula bermula pada 2026 dan akan berakhir pada 2030.\n\n\nIsmail Sabri berkata bagi menjayakan agenda berkenaan, kerajaan mengambil pendekatan Whole of Nation, iaitu \u2018Keseluruhan Negara\u2019 dengan menjalin kerjasama yang erat dengan semua pihak untuk bergerak sebagai rakan strategik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/11/jalan-paling-bahaya-di-malaysia-dinaik-taraf/", "title": "JALAN PALING BAHAYA DI MALAYSIA DINAIK TARAF", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan)\n\n\nKHAMIS, 11 NOVEMBER\n \u2013 Projek naik taraf laluan FT050 menghubungkan daerah Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang adalah penting dan mendesak bagi mengurangkan jumlah kemalangan maut yang tinggi di sepanjang jajaran ini yang direkodkan sebagai lokasi kemalangan tertinggi di Malaysia.\n\n\n\u00a0\n\n\nMenteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan 250 juta ringgit bagi menaiktaraf laluan berkenaan selepas diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Fatwa Selangor isytihar SIS Forum sesat, kekal\n\n\n\n\n\n\nTentera Darat Sedia Bina Pos Kawalan Di Lawas\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa kembalikan nikotin dalam Akta Racun 1952\n\n\n\n\n\n\nPDRM Tubuhkan Unit Khas Siasat Kes Kematian Dalam Tahanan\n\n\n\n\n\n\nHari Merdeka Mahu Dimansuh, Bekas Menteri Gagal Fahami 31 Ogos\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nProjek berkenaan sudah bermula 26 Oktober lalu dan dijangka siap 25 Oktober 2024. Selain memastikan laluan ini selamat dilalui, ia juga akan meningkatkan keselesaan pengguna.\n\n\n\u00a0\n\n\nMatlamat utama projek berkenaan adalah mengurangkan kes kemalangan serta memastikan aliran trafik lebih lancar dan terkawal.\n\n\n\u00a0\n\n\nJelas Fadillah, daripada tahun 2015 hingga 2020, terdapat sejumlah 405 kemalangan dengan 227 kemalangan maut dicatatkan di laluan FT050.\n\n\n\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Kontraktor dan Pecah Tanah bagi pelaksanaan Projek Membina Median, Pusingan U Dan Kerja-Kerja Berkaitan di Jalan Batu Pahat \u2013 Ayer Hitam \u2013 Kluang FT050 Daripada Parit Sempadan, Batu Pahat (Seksyen 21) hingga Jambatan Merentasi Lebuhraya PLUS (Seksyen 34.5) di Pekan Ayer Hitam, hari ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nTurut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan Dan Infrastruktur Johor, Solihan Badri.\n\n\n\u00a0\n\n\nMenurut Fadillah, laluan yang menghubungkan Pekan Parit Raja ke Plaza Tol Ayer Hitam berkenaan juga direkodkan sebagai laluan berkapasiti tinggi dan sering berlaku kesesakan teruk terutama pada musim cuti perayaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/11/kos-input-ternakan-antara-faktor-pengaruhi-harga-ayam/", "title": "KOS INPUT TERNAKAN ANTARA FAKTOR PENGARUHI HARGA AYAM", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan)\n\n\nKHAMIS, 11 NOVEMBER\n \u2013 Paras harga ayam secara umumnya dipengaruhi banyak faktor termasuk kos input ternakan khususnya komponen makanan yang diimport seperti kacang soya dan jagung yang turut dipengaruhi kadar pertukaran asing serta harga pasaran dunia.\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain itu harga ayam di pasaran turut dipengaruhi permintaan dan penawaran dalam keadaan sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan telah dibuka.\n\n\nJelas Nanta, apabila meningkatnya permintaan dari pasaran, penawaran masih lagi berada dalam fasa untuk adaptasi kepada permintaan berkenaan. Keadaan ini menyebabkan ketidakseimbangan dalam permintaan dan penawaran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenganggur mengaku kelar ibu, adik berdepan hukuman penjara 80 tahun\n\n\n\n\n\n\nKemasukan pelancong China tingkatkan kes, tiada komplikasi teruk\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk pencerobohan terbaharu Masjid Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\nPotongan 30% cukai taksiran kediaman di Putrajaya bawah RM300,000\n\n\n\n\n\n\nPejuang terdesak, opportunis, tiada prinsip mahu sertai PN\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau menjawab soalan Rusnah Aluai dari PH-Tangga Batu mengenai usaha dan perancangan kementerian itu untuk menurunkan harga runcit ayam memandangkan harga pada masa kini agak tidak munasabah dan dikhuatiri membebankan rakyat.\n\n\nNanta menambah, KPDNHEP sentiasa menjalankan perbincangan berterusan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi memastikan kestabilan harga ayam supaya ia tidak membebankan pengusaha dan pengguna.\n\n\nSementara itu beberapa kaedah dilaksanakan antaranya pemeriksaan dan pemantauan menyeluruh lebih 1,000 pegawai pemantau harga serta 2,200 pegawai penguat kuasa di peringkat pemborong dan peruncit agar tiada aktiviti pencatutan harga, di samping kekal menjalankan perniagaan secara beretika."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/11/malaysia-bukan-negara-yang-sihat/", "title": "MALAYSIA BUKAN NEGARA YANG SIHAT", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKHAMIS, 11 NOVEMBER\n \u2013 Malaysia dikategorikan sebagai bukan negara sihat berdasarkan kesedaran aspek kesihatan dalam kalangan rakyat yang masih berada di tahap rendah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat\u2026\u2019- Anwar\n\n\n\n\n\n\nKelantan dianaktiri: Anwar dakwa Syahir terkhilaf, hujah tanpa fakta\n\n\n\n\n\n\nSelesaikan Perselisihan Di Meja Rundingan\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan bas tergendala akibat banjir kilat \u2013 RapidKL\n\n\n\n\n\n\nCalon PN di Terengganu, Kelantan guna logo PAS\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu terbukti menerusi statistik yang menunjukkan Malaysia antara negara tertinggi dalam beberapa masalah kesihatan termasuk sakit jantung.\n\n\nBeliau berkata menerusi rakaman pada minit 9:25 \u201ckalau Tanya sayalah sebagai menteri kesihatan\u2026.. Minit 9:55 pula, \u2026..penghidap penyakit kronik\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjadi tetamu di rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM pagi tadi.\n\n\nMengulas perkara itu, beliau berkata perubahan tingkah laku sangat penting untuk melahirkan negara dan rakyat yang sihat dengan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata.\n\n\nIni disebabkan pematuhan prosedur operasi standard (S-O-P) Covid-19 dalam kalangan rakyat juga cukup mengambarkan tahap kesedaran yang masih rendah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/11/mesir-batalkan-tayangan-eternals-ekoran-babak-homoseksual/", "title": "MESIR BATALKAN TAYANGAN ETERNALS EKORAN BABAK HOMOSEKSUAL", "body": "0\n\n\n\n\nKHAMIS, 11 NOVEMBER \n\u2013 Tayangan filem adiwira Marvel, Eternals telah dibatalkan di Mesir, selepas beberapa negara Teluk menarik filem itu daripada pawagam kerana dilaporkan terdapat paparan babak hubungan pasangan sejenis.\n\n\nBerita itu tercetus apabila salah satu operator pawagam terbesar di rantau itu, IMAX mengisytiharkan di Facebook bahawa filem itu tidak akan ditayangkan di Mesir, tanpa memberikan sebarang maklumat lain.\n\n\nSeorang pegawai pawagam IMAX hanya menyatakan bahawa dia tahu filem itu \u201cmengandungi adegan yang tidak berbaloi untuk ditayangkan, dan pengedar filem itu enggan memadamkannya selepas kontroversi dengan penapisan, jadi keputusannya tidak ditayangkan di Mesir melainkan adegan itu dipadamkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHari Pengundian Awal Bermula, GPS Terus Mendahului\n\n\n\n\n\n\nArahan tulisan Jawi di papan tanda tidak langgar Perlembagaan Persekutuan \u2013 Hakim\n\n\n\n\n\n\nNajwan tetap tercalon walaupun bersifat perkauman\n\n\n\n\n\n\nPas sedia beri kerjasama kepada SPRM\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin didakwa terbabit pengubahan wang haram RM5 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeputusan untuk membatalkan tayangan itu bukanlah yang pertama di dunia Arab \u2013 Qatar, Arab Saudi dan Kuwait \u2013 yang semua baru-baru ini mengharamkan Eternals dan secara senyap-senyap menariknya keluar dari pawagam.\n\n\nWalaupun tiada pengisytiharan rasmi dibuat, sumber menunjukkan kepada Hollywood Reporter bahawa penapis tempatan meminta penyingkiran adegan intim daripada filem itu, permintaan yang ditolak oleh Disney.\n\n\nMenurut sumber, penapis tidak berpuas hati dengan kemasukan babak pasangan sejenis pertama Marvel yang memaparkan keintiman antara mereka, dan gambaran makhluk seperti tuhan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/11/pas-yakin-menang-di-lapan-kerusi-undi-teras/", "title": "PAS YAKIN MENANG DI LAPAN KERUSI UNDI TERAS", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : berita pas)\n\n\nKHAMIS, 11 NOVEMBER\n \u2013 PAS yakin undi teras dimiliki di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ditandinginya mampu dimenangi sekurang-kurangnya satu kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.\n\n\n\u00a0\n\n\nPesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamaruddin Sidek berkata, undi teras itu menjadi bekalan kukuh untuk Perikatan Nasional memberi saingan sengit kepada setiap pencabarnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTumpu Isu Utama, Ambil Tindakan Terhadap Ketua Sindiket Haram\n\n\n\n\n\n\nTLDM, polis musnahkan bom Perang Dunia Kedua\n\n\n\n\n\n\nUMNO Pentingkan Agenda Politik Jika Mahu Adakan PRU-15 Segera\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Peruntukan Diskriminasi Pekerja Muslim \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nTun M sedia kembali bersama Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBeliau berkata, PAS mahu memenangi semua kerusi yang dipertandingan dan yakin akan memenangi salah satu dari kerusi berkenaan.\n\n\n\u00a0\n\n\nTambahnya biarpun PAS tidak pernah menang pada pilihan raya lalu, kali ini dalam saingan tiga penjuru, pihaknya mempunyai undi teras termasuk di lapan DUN yang diletakkan calon.\n\n\n\u00a0\n\n\nMengenai prosedur operasi standard (SOP) berkempen, beliau berkata, masih ada ruang boleh dimanfaatkan calon dan jentera untuk menyampaikan hasrat dan aspirasi bertanding kepada pengundi biarpun agak ketat.\n\n\n\u00a0\n\n\nLapan kerusi DUN ditandingi PAS ialah Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Kelebang, Bukit Katil, Serkam, Merlimau dan Duyong diwakili oleh Kamarudin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/24-pusat-pengundian-awal-akan-dibuka-spr/", "title": "24 PUSAT PENGUNDIAN AWAL AKAN DIBUKA \u2013 SPR", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 12 NOVEMBER\n \u2013 Sebanyak 24 Pusat Pengundian Awal P-P-A akan dibuka bagi proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri P-R-N Melaka pada 16 November ini.\n\n\nJurucakap Ibu Pejabat Suruhajaya Pilihan Raya S-P-R berkata, empat Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak terlibat dalam proses pengundian awal iaitu DUN Tanjung Bidara, Pengkalan Batu, Duyong dan Serkam.\n\n\nKatanya ketika dihubungi Bernama, proses pengundian awal bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang di balai polis di setiap DUN dan di kem tentera.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPRU15: PH beri laluan kepada calon BN di DUN Tioman\n\n\n\n\n\n\nAnthony Loke belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA\n\n\n\n\n\n\nTiada istilah majoriti-minoriti dalam negara\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Ketua Polis Negara meninjau pembersihan perumahan mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\n16 Kematian Dilaporkan, Selangor Tertinggi\n\n\n\n\n\n\n\n\nSPR sebelum ini mengumumkan sebanyak 7,601 kertas undi pos telah dikeluarkan kepada pengundi yang layak mengundi secara pos bagi PRN Melaka;\n\n\n\u2026dengan jumlah tersebut meliputi 6,871 kategori Borang 1A membabitkan petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media.\n\n\nSebanyak 511 kertas undi pos bagi kategori Borang 1B dikeluarkan membabitkan warganegara Malaysia yang berada di luar negara;\n\n\n\u2026 dan 113 kategori Borang 1C (sembilan agensi dalam sektor keselamatan dan kesihatan) serta 106 Pengundi Tidak Hadir (PTH) luar negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/bersatu-juga-bertanggungjawab-mt-umno/", "title": "BERSATU JUGA BERTANGGUNGJAWAB \u2013 MT UMNO", "body": "0\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=Pl8WSw5zqWw\n\n\nJUMAAT, 12 NOVEMBER\n \u2013 Bersatu cuba memadamkan fakta bahawa parti itu tunjang kepada manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14), kata Rafii.\n\n\nAhli Majlis Tertinggi (MT) Umno Razlan berkata apakah Bersatu yang kini menunjangi Perikatan Nasional (PN) tidak mahu mengakui \u201cpembohongannya\u201d bersama PH.\n\n\nTambah Razlan, Bersatu dan sekutunya mahu mengalih isu manifesto dan berlagak baik seumpama apa yang telah ditipu kepada rakyat tempoh hari bukan salah parti itu mahupun PH.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBawa pihak sorok bekalan gula ke muka pengadilan \u2013 CAP\n\n\n\n\n\n\nUndang-Undang Curang Perlu Dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\nAPM Johor siap siaga amaran hujan berterusan tahap bahaya\n\n\n\n\n\n\nTidak logik dakwaan kebakaran Wisma Jakel disengajakan\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor Cadang Menteri Agama Hadir Festival Bon Odori\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya itulah hakikat lakonan demi lakonan yang dihidangkan kepada Rakyat, semasa menikmati kejayaan bersama PKR dan DAP dalam PH.\n\n\nBERSATU yang ketika itu bersama PH katanya mempertahankan manifesto dan berjanji selama 100 hari untuk melaksanakannya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/bilik-gerakan-pn-di-telok-mas-ditutup-kerana-covid-19-dikompaun-rm10000/", "title": "BILIK GERAKAN PN DI TELOK MAS DITUTUP KERANA COVID-19, DIKOMPAUN RM10,000", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan)\n\n\nJUMAAT, 12 NOVEMBER\n -Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengeluarkan notis penutupan premis ke atas Pusat Gerakan Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, berkuat kuasa hari ini hingga 26 Nov.\n\n\nMengikut paparan yang dikongsikan kepada Astro AWANI, notis penutupan itu dikeluarkan berikutan terdapat pengesanan kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang berada di premis itu.\n\n\nSelain itu, PN juga dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan alat pengesan suhu di premis berkenaan, yang merupakan bilik gerakan untuk calon mereka, Datuk Rafiq Naizamohideen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib, UMNO tidak boleh failkan permohonan\n\n\n\n\n\n\nRumah terbuka Malaysia MADANI gelojoh, mencabar maruah negeri\n\n\n\n\n\n\nCukai barang mewah bagus tapi bukan alternatif GST\n\n\n\n\n\n\nLembaga Disiplin UMNO Belum Terima Laporan Rasmi Tajuddin\n\n\n\n\n\n\nPemandu lori maut dihempap papan tanda jalan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, satu lagi notis telah dikeluarkan agar pengurusan premis terbabit mengenalpasti kontak rapat kepada kes terbabit, dan menyerahkan senarai itu kepada Pejabat Kesihatan Daerah.\n\n\nSelain itu, notis terbabit turut mengarahkan PN untuk menyediakan alat pengesan suhu serta mengemas kini maklumat SOP yang dikeluarkan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).\n\n\nDalam notis itu, Sebarang kehadiran atau aktiviti berkaitan parti di premis yang diarahkan tutup, tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran Pengarah Kesihatan Negeri Melaka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/cadangan-sempadan-negara-dibuka-1-januari-2022/", "title": "CADANGAN SEMPADAN NEGARA DIBUKA 1 JANUARI 2022", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0JUMAAT, 12 NOVEMBER\n \u2013 Majlis Pemulihan Negara (M-P-N) membuat keputusan agar sempadan negara dibuka kepada pelawat antarabangsa selewat-lewat pada Satu Januari depan.\n\n\nPengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi mempercepatkan pemulihan khususnya dalam sektor pelancongan.\n\n\nTan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi MPN berkata pada minit 00:21 \u201c\u2026 mengambil kira tahap pencapaian program vaksinasi negara yang amat baik mesyuarat memutuskan sempadan negara dibuka\u2026\ndan minit 01:07 pula, \n\u2026iaitu sektor yang terkesan teruk disebabkan pandemik COVID-19\u2026\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelajar perubatan, pergigian, farmasi boleh mohon tajaan mulai 3 Julai\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy Sekali Lagi Dilantik MB Pahang\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : jijik, cemari kesucian Ramadan \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nAhmad Faizal umum tidak bertanding kerusi DUN\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Inggeris, Adibah Noor Pelopor Penggunaan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat M-P-N siri kelima di Kementerian Kewangan hari ini.\n\n\nSektor pelancongan terkesan teruk sebanyak RM90 bilion sepanjang pandemik yang merupakan kehilangan hasil negara.\n\n\nOleh itu Muhyiddin menambah, M-P-N menyarankan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik untuk mengenalpasti negara-negara yang mempunyai tahap pencapaian program vaksinasi yang tinggi.\n\n\nIni kerana jelas beliau, negara luar seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Switzerland telah pun membuka sempadan mereka kepada negara memiliki tahap vaksinasi tinggi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/calon-bebas-bersatu-di-bawah-gagasan-bebas/", "title": "CALON BEBAS BERSATU DI BAWAH \u2018GAGASAN BEBAS\u2019", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : FB Gagasan Bebas)\n\n\nJUMAAT, 12 NOVEMBER\n \u2013 15 daripada 22 calon bebas yang mempertaruhkan nasib pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini bersetuju berada di bawah satu gabungan dan mewujudkan Gagasan Bebas.\n\n\nKesemua calon itu juga bakal menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi memastikan tidak ada calon yang menyertai mana-mana parti politik selepas memenangi PRN itu nanti.\n\n\nCalon Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam Datuk Norazlanshah Hazali menegaskan, semua 15 calon itu bersepakat dalam memastikan kestabilan politik negara dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Lynas berhimpuan esok dibenarkan polis\n\n\n\n\n\n\nBantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 dibayar 25 April\n\n\n\n\n\n\nTeruk Dikecam Netizen, Plus Tutup Ruangan Komen\n\n\n\n\n\n\nPertahan institusi masjid daripada jadi gelanggang politik\n\n\n\n\n\n\nPejabat Perdana Menteri pandang serius tindakan pihak salah guna nama, kedudukan PMO\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut ujarnya, gagasan itu juga mengalu-alukan calon Bebas lain yang mempunyai mesej yang sama untuk menabur khidmat kepada rakyat dan memastikan kestabilan politik, bersama menyertai mereka.\n\n\nPihaknya ingin menjamin kestabilan ini pada PRN ini dan bersedia untuk menggubal satu enakmen negeri bahawa mana-mana wakil rakyat yang cuba menubuhkan parti atau gagal menunjukkan iltizam dan mewujudkan enakmen anti lompat parti.\n\n\nSeramai 22 calon Bebas mempertaruhkan nasib termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee yang mempertahankan kerusinya di DUN berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/gugurkan-calon-pn-ajar-cara-lolos-ke-israel/", "title": "GUGURKAN CALON PN AJAR CARA LOLOS KE ISRAEL", "body": "0\n\n\n(Foto/ sumber : FB Cikgu Izzat Johari)\n\n\nJUMAAT, 12 NOVEMBER\n \u2013 Tindakan biadab calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, Fong Khai Ling yang seolah-olah mengajar rakyat di negara ini untuk lolos ke negara haram Israel menggunakan pasport Malaysia amat mengecewakan.\n\n\nPengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Cikgu Izzat Johari menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak menggugurkan pencalonan Khai Ling daripada menyertai Pilihan Raya Negeri Melaka.\n\n\nBeliau berkata, Meskipun sudah memohon maaf secara terbuka namun perkara itu sedikit sebanyak mengguris hati rakyat di negara ini yang majoritinya beragama Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n20,041 kes kehilangan wang dari institusi perbankan tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nSOSMA : Kaji Semula Bukan Hapuskan, Saya Tidak Setuju \u2013 Musa Hasan\n\n\n\n\n\n\nOps Sudan selesai, 30 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat dakwaan pegawai Imigresen dicederakan ketika jalani ujian kecergasan\n\n\n\n\n\n\nKadar Kemasukan Ke Hospital Semakin Meningkat\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Cikgu Izzat menggesa PDRM ambil tindakan segera dan beri amaran keras kepada mana-mana yang cuba menjadi pembelot negara!\n\n\nSebelum ini tular video memaparkan perkongsian daripada Khai Ling yang dikatakan secara terang-terang mengajar rakyat di negara ini melanggar undang-undang.\n\n\nCalon Gerakan itu menyatakan tidak berniat untuk mempersendakan pendirian umat Islam terhadap Israel."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/kadar-penggunaan-katil-di-terengganu-membimbangkan/", "title": "KADAR PENGGUNAAN KATIL DI TERENGGANU MEMBIMBANGKAN", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 12 NOVEMBER\n \u2013 Kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit COVID-19 di Terengganu berada pada tahap membimbangkan apabila telah mencapai 84 peratus setakat ini.\n\n\nPengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Doktor Kasemani Embong berkata;\n\n\n\u201ckadar penggunaan katil I-C-U itu disumbangkan oleh peningkatan jumlah pesakit COVID-19 kategori lima sejak dua minggu lalu\u201d.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTeruk Dikecam Netizen, Plus Tutup Ruangan Komen\n\n\n\n\n\n\nJangka Masa Kempen Media \u2018Mainstream\u2019 Terlalu Pendek\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Azam Baki, Cubaan Heret Institusi Diraja \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nHisap Rokok & Tiada Penjarakan Fizikal, Pematuhan SOP Dipertikai\n\n\n\n\n\n\nTertekan pedal minyak, kereta rempuh kedai serbaneka\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, perkara ini sudah dijangka setelah Terengganu diumumkan memasuki Fasa Empat.\n\n\nDalam pada itu Doktor Kasemani berkata; setakat ini pihaknya menganggarkan sebanyak 324 ribu individu termasuk kira-kira 30 ribu petugas barisan hadapan di Terengganu akan menerima dos penggalak COVID-19.\n\n\nSelain petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM dan bukan KKM, warga emas berusia 60 tahun ke atas dan pesakit komorbid juga telah mula diberikan tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan dos berkenaan.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Wad ICU Hybrid di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu hari ini.\n\n\nWad ICU Hybrid berkapasiti 10 katil itu yang akan mula digunakan minggu hadapan, menjadikan jumlah keseluruhan katil ICU bagi pesakit COVID-19 di Terengganu kini sebanyak 43 buah.\n\n\n\u00a0\n\n\n(Foto / sumber : Tv Pertiwi)\n\n\nKes harian positif Covid-19 meningkat hari ini apabila merekodkan sebanyak 6,517 kes berbanding 6,323 kes semalam.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitter miliknya berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 2,535,338 kes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/kkm-pantau-hospital-kadar-kebolehjangkitan-meningkat-khairy/", "title": "KKM PANTAU HOSPITAL, KADAR KEBOLEHJANGKITAN MENINGKAT \u2013 KHAIRY", "body": "0\n\n\n(Foto /sumber : WHO)\n\n\nJUMAAT, 12 NOVEMBER\n \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau hospital-hospital di seluruh negara susulan indikator kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-Naught) Malaysia meningkat kepada angka Satu Perpuluhan Kosong.\n\n\nMenurutnya, Khairy Jamaluddin dalam ciapan menerusi akaun Twitter rasminya semalam turut menggesa;\n\n\n\u201c\u2026 individu yang telah diberi temu janji dos penggalak COVID-19, agar mengambil dos berkenaan\u201d.\n\n\n(foto / sumber : Twitter Khairykj)\n\n\nMemetik hantaran Twitter Khairy sebagai berkata, warga emas perlu mengelakkan tempat yang sesak. Amalkan TRIIS.\n\n\nNilai R-Naught merujuk kepada tahap keberjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa banyak kes yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.\n\n\n(Foto / sumber : Twitter @DGHisham)\n\n\nSementara itu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Doktor Noor Hisham Abdullah dalam catatan di akaun Twitter beliau menyifatkan peningkatan semula kadar kebolehjangkitan bermakna kes harian semakin mendatar.\n\n\nBeliau turut melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes positif COVID-19 negara selama empat hari berturut-turut apabila sebanyak 6,323 kes baharu COVID-19 dicatatkan Khamis."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/lebih-22-juta-populasi-dewasa-malaysia-lengkap-vaksin/", "title": "LEBIH 22 JUTA POPULASI DEWASA MALAYSIA LENGKAP VAKSIN", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan)\n\n\nJUMAAT, 12 NOVEMBER\n \u2013 Seramai 22 juta 248 ribu 737 individu atau 95 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.\n\n\nBerdasarkan data Kementerian Kesihatan K-K-M di laman COVIDNOW, sejumlah 97 perpuluhan lima peratus atau 22 juta 838 ribu 338 individu dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.\n\n\nRujuk sini \u2013\u00a0\nCOVID-19 di Malaysia \u2013 COVIDNOW\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n3 laluan kontra atasi kesesakan jalan di ibu negara\n\n\n\n\n\n\nTiada keperluan isytihar darurat bencana banjir\n\n\n\n\n\n\n28 Julai kes rayuan pembebasan 40 pertuduhan rasuah Zahid\n\n\n\n\n\n\nTuntutan veteran ATM belum diambil tindakan\n\n\n\n\n\n\nMasjid, surau di Kelantan digesa adakan solat hajat minta hujan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSejumlah 131 ribu 240 dos vaksin harian telah diberikan semalam, membabitkan 37 ribu 689 suntikan dos lengkap;\n\n\n\u2026tujuh ribu 650 menerima dos pertama dan 85 ribu 901 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50 juta 804 ribu 374.\n\n\n(foto / sumber : MMU)\n\n\nSetakat semalam juga dua juta 442 ribu 373 atau 77 perpuluhan enam peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksin.\n\n\nSelain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 731 ribu 635."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/menyusahkan-dan-membazirkan-wang-rakyat-pengguna/", "title": "BAHAYA TANGGA BERGERAK \u2018ESCALATOR\u2019 TIDAK DISELENGARA", "body": "0\n\n\n(Wartawan, Azizi Sunip / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh Azizi Sunip (azizisunip@tvpertiwi.com.my)\n\n\nMungkin mesin yang kaku tak bernyawa itu langsung tidak membahayakan. Awas, ia boleh menelan mangsa dan mungkin membawa kepada maut!\n\n\nBaru-baru ini tular di media sosial bahawa kemudahan jejantas dan tangga bergerak tidak berfungsi berhampiran Stesen LRT Sri Rampai di ibu negara hampir lima tahun oleh seorang individu menerusi akaun Twitternya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga Sayur Naik Mendadak, Cap Gesa Pihak Berkuasa Siasat\n\n\n\n\n\n\nAtas dasar simpati, Sunway Lagoon turun padang bantu mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nTuan Ibrahim mohon maaf dakwa Titah Diraja disediakan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nHassan selar tindakan Menteri Pelancongan \u2018gempur\u2019 KLIA\n\n\n\n\n\n\nMB Kelantan pegang lima portfolio Exco\n\n\n\n\n\n\n\n\nHantaran yang dimuat naik itu mendapat reaksi pelbagai pihak termasuk pengurusan Rapid KL sendiri. Menurut Rapid KL, jejantas itu bukan di bawah penyelenggaraan pihak mereka tetapi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).\n\n\nHasil tinjauan wartawan ke lokasi mendapati, beberapa orang penduduk yang ditemui memang mengakui:\n\n\nHampir lima tahun tangga bergerak itu tidak boleh digunakan walaupun kemudahan ini nampak canggih dari jauh tetapi pasti berasa hampa kerana rosak kerana tidak diselengara dengan baik.\n\n\nMenurut salah seorang penduduk, Ikmal Ismail, 32 tahun, berangapan kewujudan kemudahan seperti ini yang hanya gah di mata pelancong tetapi hakikatnya tidak berfungsi.\n\n\n\u201cKalau naik daripada sini tanpa \u2018eskalator\u2019 boleh tetapi melambatkan pengguna, jadi apa gunanya kemudahan ini dibina? Saya tidak pasti pihak mana yang bertanggungjawab terhadapnya, ibarat melepaskan batuk di tangga\u201d,\n\n\n\u201cKalau boleh buatlah pembaikan dan boleh digunakan, bukan saya seorang sahaja bahkan penduduk di sini terutamanya murid sekolah dan warga emas,\u201d katanya.\n\n\nMasalah yang sama turut dihadapi oleh Siti Syakila Nordin, 28 tahun yang hampir setiap hari menggunakan jejantas itu untuk ke tempat kerja.\n\n\nKatanya, bagi pengguna muda memang tiada masalah menggunakan tangga tetapi bagaimana pula kepada golongan kurang upaya?\n\n\n\u201cPihak berwajib sepatutnya membaik pulih kemudahan ini untuk kesenangan pengguna, ini tidak boleh dibiarkan lama kerana menyusahkan orang tua dan golongan kurang upaya,\u201d Katanya dengan nada kesal.\n\n\nDalam pada itu, tinjauan wartawan turut menemui lokasi di bahagian bawah eskalator dikotori dengan sampah sarap yang tidak berkutip dan juga kepala paip tidak diselengara dengan baik menyebabkan air bertakung sehingga mengeluarkan bau yang meloyakan.\n\n\nDari pemerhatian wartawan, laluan tersebut juga digunakan penduduk dari kediaman berhampiran ke jejantas dan stesen LRT Seri Rampai yang dipercayai menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes.\n\n\nTONTON VIDEO DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/parti-putra-guna-simbol-tanjak-martabat-melayu/", "title": "PARTI PUTRA GUNA SIMBOL TANJAK MARTABAT MELAYU", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan)\n\n\nJUMAAT, 12 NOVEMBER\n \u2013 Untuk rekod, PUTRA diasaskan oleh Dato\u2019 Dr. Ibrahim Ali pada 17 Ogos 2018 yang kini merupakan presiden penaja PUTRA.\n\nMenggunakan simbol tanjak, permohonan untuk menubuhkan parti dihantar kepada ROS secara atas talian pada 13 Ogos 2018.\n\n\nIbrahim Ali juga merupakan pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) mengumumkan PUTRA akan menjadi parti pilihan lain kepada orang melayu dan akan memperjuangkan hak melayu dan Islam selepas Pilihan Raya Utama 2018 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional dan UMNO yang selama ini memperjuangkan hak melayu Islam.\n\n\nAntara, tuntutan PUTRA termasukkan Jawatan PM,TPM, dan jawatan jawatan utama Persekutuan mestilah disandang oleh orang Melayu, Selain itu, pihaknya mendesak supaya menggubal akta larangan menghina Islam dan Raja Raja Melayu, ketiga Hanya satu aliran pendidikan kebangsaan, dan keempat Meminda akta bahasa kebangsaan\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n34 Korban Banjir Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA Sifatkan Jasa Tun Arshad Amat Besar Pada Negara\n\n\n\n\n\n\nNama Tengku Zafrul \u2018tercicir\u2019 daripada senarai calon BN\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Permohonan Rosmah\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir Johor meningkat hampir 40,000"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/pelajar-dijangkiti-tapi-sekolah-tidak-cuti/", "title": "PELAJAR DIJANGKITI, TAPI SEKOLAH TIDAK CUTI", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan)\n\n\nJUMAAT, 12 NOVEMBER\n \u2013 Sebuah sekolah menengah di Hulu Langat Selangor hari ini mendapati ada dikalangan pelajar mereka yang positif Covid-19.\n\n\nBagaimanapun, mereka yang positif dan kontak rapat sahaja yang diarah untuk menjalani kuarantin.\n\n\nMenurut salah seorang guru yang di sekolah tersebut, pelajar tingkatan lima itu sudah didapati bergejala beberapa hari lalu dan pelajar itu merupakan penghuni asrama di sekolah tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSeramai 39 cedera akibat mercun di Kelantan sejak 25 Mac\n\n\n\n\n\n\nWan Azizah Dipanggil Ke Bukit Aman Petang Ini\n\n\n\n\n\n\nPecah monopoli tidak beri kesan pengurangan tenaga kerja\n\n\n\n\n\n\nAhli MKT UMNO tawar diri bertanding jawatan Ketua Pemuda\n\n\n\n\n\n\nPM gesa siasatan dilakukan terhadap \u2018perasuah tak berani disentuh sesiapa\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, ada juga beberapa pelajar lain termasuklah pelajar tingkatan satu membabitkan pelajar dari sesi petang, yang juga disahkan positif namun tidak mengalami sebarang gejala.\n\n\nSekolah menengah tersebut mempunyai pelajar dari tingkatan satu hingga lima, dan sebahagiannya menginap di asrama.\n\n\nDia yang enggan mendedahkan identitinya juga berkata, selama ini segala segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh pihak sekolah.\n\n\nAntaranya, mereka masih tidak membenarkan para pelajar untuk makan di kantin sekolah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/penampilan-tuan-ibrahim-di-glaslow-menarik-perhatian/", "title": "PENAMPILAN TUAN IBRAHIM DI GLASLOW MENARIK PERHATIAN", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 12 NOVEMBER \n\u2013 Kemunculan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Persidangan ke-26;\n\n\nKonvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNFCCC COP-26 di Glasgow, Scotland dengan menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu, menarik perhatian netizen.\n\n\nMalah, beliau turut menyelitkan petikan ayat al-Quran yang bermaksud \u2018berlaku kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan tangan-tangan manusia\u2019 sebagai pemula bicara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKM Saran Hadir Janji Temu Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\nPermainan harga, tawaran pakej dan kerenah Jemaah antara punca terkandas\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Tidak Langgar Peraturan Dagangan \u2013 SC\n\n\n\n\n\n\n50 Peratus Kawasan Berpenduduk Boleh Capai Liputan 5G\n\n\n\n\n\n\nTiada Keperluan PRU-15 Buat Masa Ini \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\n\n\nTinjauan TV Pertiwi di laman sosial mendapati rata-rata meluahkan rasa bangga apabila bahasa kebangsaan bergema di pentas antarabangsa.\n\n\n(Foto / sumber : twitter @khairulafhammy)\n\n\nPengguna Twitter, Khairul Afham meluahkan rasa bangga dengan bahasa kebangsaan dan berharap langkah ini wajar dicontohi oleh semua pemimpin Malaysia yang lain.\n\n\n(foto / sumber : twitter @DrRaisYatim)\n\n\nTurut senada dengan pandangan itu, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim melahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang berucap dalam bahasa Melayu pada persidangan antarabangsa di Scotland.\n\n\nRais berkata, beliau turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar tegas dalam memperjuangkan bahasa kebangsaan.\n\n\nTuan Ibrahim Tuan menyampaikan pendirian negara pada konvensyen UNFCCC COP-26 selama kira-kira tiga minit menggunakan bahasa Melayu.\n\n\nMenerusi ucapan itu, Malaysia dijangka menandatangani Deklarasi Pemimpin mengenai Hutan dan Guna Tanah (Glasgow Leaders\u2019 Declaration on Forest and Land Use) dan Ikrar Metana Global (Global Methane Pledge);\n\n\n\u201cbagi menunjukkan komitmen dan usaha progresif negara untuk melaksanakan tindakan perubahan iklim yang akan menyumbang kepada matlamat global\u201d."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/putra-bertanding-5-kerusi-prn-melaka/", "title": "PUTRA BERTANDING 5 KERUSI PRN MELAKA", "body": "0\n\n\nJUMAAT, 12 NOVEMBER\n \u2013 Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) membuat penampilan sulung dengan meletakkan lima calonnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.\n\n\nCalon diketengahkan parti terbabit dalam mendepani PRN dengan tumpuan kerusi di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka mampu menarik sokongan pengundi, khususnya kaum Melayu.\n\n\nPengerusi Perhubungan PUTRA Melaka, Dr Aluwi Sari, akan bertanding di kerusi DUN Pengkalan Batu diikuti Ketua Wira PUTRA negeri, Mohamad Hashidi Mohd Zin, 32 (Paya Rumput); Nazatul Asyraf Md Dom, 38 (Sungai Rambai); Ketua Biro Wanita PUTRA Melaka, Laila Norinda Maon, 44 (Gadek) dan Ketua Bahagian PUTRA Melaka, Mohd Faizal Amzah (Duyong).\n\n\nPresiden PUTRA, Datuk Ibrahim Ali, berkata semua calon berkenaan dipilih berdasarkan beberapa kriteria termasuk latar belakang pendidikan, usia serta komitmen mereka dalam mendukung perjuangan parti itu sebagai alternatif kaum Melayu dan Bumiputera.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPas yang janji mansuh hutang PTPTN pada PRU14 \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nPAU hanya dihadiri parti kompenan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan putus tak wajar tarik semakan Batu Puteh\n\n\n\n\n\n\nNajib Mohon Tangguh Keputusan Rayuan Kes SRC\n\n\n\n\n\n\nTubuh Jawatankuasa Pantau Individu Dilantik Jawatan Utama\n\n\n\n\n\n\n\n\nPaling utama, katanya, adalah rekod bersih calon meskipun masih belum pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya.\n\nSemua calon yang dipilih adalah terdiri daripada golongan profesional dan korporat selain usia semua calon yang dilihat sangat seimbang dan sesuai untuk menjadi wakil rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/12/sumbangan-bas-sejajar-nilai-jati-diri-berilmu-untuk-berjasa/", "title": "SUMBANGAN BAS SEJAJAR NILAI JATI DIRI \u2018BERILMU UNTUK BERJASA\u2019", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh Azizi Sunip (azizisunip@tvpertiwi.com.my)\n\n\nJUMAAT, 12 NOVEMBER\n \u2013 Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; \u2018Menuntut ilmu itu ialah kewajipan setiap Muslim,\u2019 Hadis Riwayat Ibnu Majah.\n\n\nMengambil sabda junjungan nabi itu, sebuah badan bukan kerajaan SDARA \u2013 Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Datuk Abdul Razak;\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM Sokong Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nMemperingati ulang tahun kesembilan tragedi MH17\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin beri amaran, jangan cetuskan elemen \u2018memanaskan\u2019 keadaan\n\n\n\n\n\n\nSiasatan tiga pemimpin parti politik sentuh 3R di peringkat akhir \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nI-Guru Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Pendidikan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengambil inisiatif untuk membantu murid-murid di sekolah tersebut bagi mencurahkan bakti dengan niat ikhlas untuk berjasa kepada masyarakat.\n\n\nAbdul Rasid Jaapar, Yang DiPertua SDARA berkata \u201cSekarang ni kita melebarkan sayap kita melalui Yayasan SDARA, bukan sahaja membantu pelajar-pelajar tetapi kita juga akan bergerak lebih aktif membantu masyarakat Malaysia secara keseluruhannya yang memerlukan bantuan itu tekad kitalah\u201d\n\n\nSegalanya bermula pada tahun 2020, Yayasan SDARA melalui Dana Projek Bas diwujudkan untuk bertujuan membeli sebuah bas baharu kepada sekolah yang terletak di Seremban itu;\n\n\nHasratnya cuma satu iaitu bagi memberi lebih keselesaan kepada para murid dalam mengharungi sesi akademik tahunan.\n\n\nMajlis penyerahan bas itu diadakan di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, SBP Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM Cyberjaya oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Yayasan SDARA, Profesor Datuk Seri Doktor Abu Hassan Asaari Abdullah.\n\n\nProfesor Datuk Seri Doktor Abu Hassan Asaari Abdullah, Pengerusi Lembaga Penasihat Yayasan SDARA berkata \u201cSecara crowd funding, kita berjaya mendapat mengumpulkan wang 525 ribu 625 ribu jadi memang banyak, menunjukkan bahawa jika panjang sikit lagi mungkin lebih banyak, yang keduanya konsep memberi bas ini adalah satu cara menunjukkan bahawa kita sensitif kepada keperluan hari ini bas mungkin esok buku.\n\n\nJasa dan juga apa yang dilakukan oleh bekas murid sekolah ini sendiri yang membantu memberikan sumbangan bas kepada kegunaan sekolah mereka, dan ini boleh dicontohi oleh semua, kerana tanpa kita dan bantuan yang diberikan, sudah pastinya akan dimanfaatkan oleh beratus dan beribu untuk tahun-tahun yang mendatang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/13/alisha-beritahu-nak-pergi-jauh/", "title": "\u2018Alisha beritahu nak pergi jauh\u2019", "body": "0\n\n\nArwah, Nur Alisha Safiya Mohd Azlin, 7 FOTO: BH ONLINE\n\n\nSEPANG: \u201cMenantu beritahu, arwah pernah maklumkan mahu pergi jauh meninggalkan keluarga. Tak sangka ia petanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,\u201d kata Mahani Hamid.\n\n\nMahani, 68, adalah nenek kepada Nur Alisha Safiya Mohd, 7, murid Tahun Satu yang meninggal dunia selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi di sini, semalam.\n\n\nDalam kejadian 12.10 tengah hari, Nur Alisha Safiya cedera di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital swasta.\n\n\nAhli keluarga menunggu jenazah, Nur Alisha Safiya, 7, di perkarangan\n rumah di Taman Intan Baiduri, Salak Tinggi, Sepang yang meninggal dunia akibat kemalangan dilanggar van sekolah di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi pada semalam \u2013 SUMBER BH ONLINE\n\n\nNur Alisha Safiya, anak bongsu daripada tiga beradik kepada pasangan kakitangan kerajaan di Putrajaya, Mohd Azlin, 47, dan Mahani Saad, 43.\n\n\nMahani berkata, hujung minggu lalu, Nur Alisha Safiya pulang ke kampung di Felda Keratong 5, Bandar Tun Razak, Pahang bersama ibu bapanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/13/gangguan-seksual-polis-sahkan-kereta-peronda-milik-ipd-petaling-jaya/", "title": "Gangguan Seksual, Polis Sahkan Kereta Peronda milik IPD Petaling Jaya", "body": "0\n\n\nKetua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid\n\n\n\u00a0\n\n\nSABTU, 13 NOVEMBER \u2013 Pemilik akaun Twitter Lord Pretry@Qhaishaaantsha yang mendakwa seorang anggota polis telah melakukan gangguan seksual terhadapnya diminta tampil membuat laporan.\n\n\nKetua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, individu tersebut perlu tampil membuat laporan bagi membolehkan pihak polis merakam keterangan untuk membantu siasatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWang tidak dituntut berjumlah RM11 bilion\n\n\n\n\n\n\nHishamuddin sedia tanding jawatan tertinggi parti akan datang\n\n\n\n\n\n\nPenempatan haram PATI seluas dua padang bola dibongkar\n\n\n\n\n\n\nLynas rayu MOSTI gugur syarat tidak hasilkan lagi sisa radio aktif\n\n\n\n\n\n\nUMNO pecat tiga ADUN Sabah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, kelmarin tular di laman Twitter oleh pemilik akaun Lord Pretry@Qhaishaaantsha yang mendakwa seorang anggota polis menaiki kereta peronda polis (MPV)\u00a0telah melakukan gangguan seksual terhadapnya.\n\n\n\n\n\u201cGambar kereta MPV jenis Honda Covic yang dimuat naik individu berkenaan disahkan adalah milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.\n\n\n\u201cBerikutan daripada itu, siasatan terperinci akan dijalankan untuk mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut,\u201d ujarnya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nMenurutnya, tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya wujud salah laku seperti yang didakwa.\n\n\n\u201cKita tidak akan sesekali berkompromi dalam apa jua isu berhubung kait dengan pelanggaran undang-undang melibatkan warga PDRM khususnya polis dalam daerah ini,\u201d ujarnya.\n\n\nJelasnya, masyarakat perlu tampil membuat pengaduan ke balai polis yang berhampiran sekiranya berlaku salah laku dan perlanggaran undang-undang yang melibatkan anggota polis daerah ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/13/kes-positif-covid-19-menurun-kepada-5809/", "title": "Kes positif Covid-19 menurun kepada 5,809", "body": "0\n\n\nSABTU, 13 NOVEMBER : Kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan pada Sabtu iaitu 5,809 berbanding 6,517 pada Jumaat.\n\n\nTWITTER TAN SRI DR NOOR HISHAM\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitter miliknya berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 2,541,147 kes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/13/kpdnhep-jamin-isu-harga-bekalan-ayam-selesai-dua-minggu/", "title": "KPDNHEP jamin isu harga, bekalan ayam selesai dua minggu", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nSABTU, 13 NOVEMBER : \nKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan isu kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam di pasaran akan diselesaikan dalam tempoh dua minggu akan datang.\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Menteri berkenaan Datuk Rosol Wahid berkata kementeriannya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengadakan mesyuarat minggu lepas, bagi mencari penyelesaian berhubung isu itu yang dikatakan berlaku di beberapa kawasan.\n\n\n\n\nMenurutnya antara penyelesaian yang dibincangkan termasuk untuk mengimport bekalan ayam dari luar negara, bagi mengatasi kekurangan bekalan di pasaran tempatan selain menstabilkan harganya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSekarang ini masalah bukan sahaja harga mahal, tapi saya difahamkan contohnya di negeri saya di Terengganu banyak kedai tiada bekalan ayam. Kita prihatin dengan masalah ini, jadi kementerian kita bersama MAFI akan mengatasi masalah ini,\u201d katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat kebangsaan 2021 di sini hari ini.\n\n\n\n\n\n\nBeliau diminta mengulas mengenai isu kenaikan harga ayam yang dilaporkan berlaku terutama di bandar-bandar besar dan langkah kementerian mengatasi masalah itu.\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid\n\n\n\n\n\n\nMengulas mengenai isu bekalan minyak masak peket bersubsidi pula, Rosol berkata pihaknya mengakui terdapat kekurangan bekalan di pasaran disebabkan oleh pihak pembekal tidak dapat mengeluarkan minyak, ekoran tidak mendapat bayaran daripada kerajaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, pihak pengeluar minyak masak atau pembekal yang mengeluarkan minyak masak bergantung kepada bayaran itu sebagai modal pusingan, untuk terus mengeluarkan minyak masak berpeket.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita akan cari penyelesaian dengan pihak Kementerian Kewangan (MOF) untuk melunaskan bayaran kepada pengeluar minyak masak ini, berkaitan subsidi minyak masak ini MOF akan menyalurkan dana kepada kita dan kita pula salurkan kepada pembekal,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Rosol berkata KPDNHEP telah melanjutkan tempoh sehingga Rabu ini bagi pemilik sebuah restoran di sini yang menjual hidangan siakap berharga RM1,196, untuk memberikan penjelasan kepada kementerian mengenai harga makanan yang dijual di situ.\n\n\n\n\n\n\nMenurut, pemilik restoran itu sebelum ini diberikan notis dan perlu menjelaskan harga makanan yang ditawarkan pada Khamis lalu, namun dikatakan tidak memberikan secara terperinci maklumat yang dikehendaki kepada penguatkuasa kementerian.\n\n\n\n\n\n\n\u201cMereka sudah bagi kepada kita sebelum ini tetapi mereka bagi harga secara keseluruhan, oleh itu kita bagi tempoh sehingga Rabu ini untuk mereka berikan maklumat harga upah masak berapa, harga ikan berapa, secara detail,\u201d katanya.\n\n\n\n\nPada 6 Nov lalu, tular di media sosial gambar resit harga makanan terutama hidangan ikan siakap seberat 7.48 kilogram berharga RM1,196, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai.\n\n\n\n\n\u2014 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/13/pakar-undang-undang-forensik-anggotai-jawatankuasa-khas-siasat-kematian-kes-adib/", "title": "Pakar undang-undang, forensik anggotai Jawatankuasa Khas siasat kematian kes Adib", "body": "0\n\n\nJawatankuasa Khas itu diwujudkan bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya berhubung kes kematian Muhammad Adib. \u2013 Gambar fail\n\n\nSABTU, 13 NOVEMBER \u2013 Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat secara teliti kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kini dianggotai oleh pakar undang-undang, patologi forensik dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut mengumumkan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Kamardin Hashim dan Perunding Kanan Patologi Forensik Penang Medical College Datuk Dr Bhupinder Singh sebagai anggota Jawatankuasa Khas itu.\n\n\nIa juga dianggotai Profesor Ulung Fakulti Perubatan Universiti Malaya Datuk Prof Dr Looi Lai Meng; pakar kriminologi Datuk Dr P. Sundramoorthy; Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik PDRM SAC Azari Abd Rahman serta Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan PDRM SAC Mohammad Abd Hamid.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRemaja mengaku salah buat aksi \u2018wheelie\u2019\n\n\n\n\n\n\nLantikan politik bukan peluang laba politik \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nKJ jumpa PN minggu hadapan\n\n\n\n\n\n\nMuafakat desak Anwar beri penjelasan Konsep Madani\n\n\n\n\n\n\nLim Kit Siang sindir gesaan Muhyiddin desak Anwar, Zahid berundur\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Oktober lepas bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut bagi memastikan pembelaan sewajarnya dibuat terhadap kes kematian Muhammad Adib,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nPada 9 Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebuah Jawatankuasa Khas akan diwujudkan bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya berhubung kes kematian Muhammad Adib.\n\n\nIsmail Sabri berkata, Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Wan Junaidi itu dianggotai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; serta Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.\n\n\nMengulas lanjut, Wan Junaidi berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri akan menjadi urus setia bersama Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi Jawatankuasa Khas itu.\n\n\n\u201cMemorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan Jawatankuasa Khas ini termasuk terma rujukan, keanggotaan dan implikasi kewangan akan dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/15/11557-pengundi-awal-mengundi-esok/", "title": "11,557 Pengundi Awal Mengundi Esok", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : hmetro)\n\n\nISNIN, 15 NOVEMBER\n \u2013 Seramai 11 ribu 557 pengundi akan mengundi awal di 31 pusat mengundi bagi PRN Melaka yang akan dibuka bermula jam 8 pagi, esok.\n\n\nSetiausaha SPR, Datuk Ikmal rudin Ishak, dalam satu kenyataan hari ini berkata;\n\n\n\u00a0\u201cJumlah itu merangkumi Sembilan Ribu 217 anggota tentera dan pasangan serta Dua Ribu 340 anggota polis di seluruh negeri.\n\n\nJelasnya, proses pengundian awal itu akan dijalankan dengan memastikan aspek pematuhan SOP bagi mengekang penularan COVID-19 dilaksanakan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n6.1 juta pencarum KWSP bawah 55 tahun miliki simpanan kurang RM10,000\n\n\n\n\n\n\nPAS umum tukar MB, TMB Kelantan lepas pilihan raya\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri Umum Perkhidmatan Percuma Untuk Semua Kendalian RadpidKL Selama Sebulan\n\n\n\n\n\n\nPemandu tersepit, tong gas bertaburan atas jalan di Jempol\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak guna wang kerajaan \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemua kotak undi bagi pengundian awal itu akan disimpan di lokap balai polis terlibat dan hanya akan dikira pada 20 November nanti.\n\n\nSPR sebelum ini menetapkan 8 November sebagai tarikh hari penamaan calon, hari pengundi awal pada 16 November dan hari mengundi pada 20 November depan.\n\n\nPRN Melaka bakal melibatkan 495 ribu 196 orang pengundi di 28 kerusi DUN yang dipertandingkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/15/312-penumpang-ke-kuala-perlis-terkandas/", "title": "312 Penumpang Ke Kuala Perlis Terkandas", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan)\n\n\nISNIN, 15 NOVEMBER\n \u2013 Seramai 312 orang penumpang feri dari Kuah ke Langkawi ke Kuala Perlis terkandas kira-kira dua jam pukul 9 malam, 14 November lalu.\n\n\nInsiden berkenaan berlaku ekoran kipas feri berkenaan tersangkut tali pukat nelayan di perairan Kuala Perlis.\n\n\nFeri itu berlepas dari terminal feri Kuah pada jam lapan malam dan sepatutnya dijadualkan tiba di Kuala Perlis sejam kemudian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\ne-tunai RM100 kepada 10 juta golongan dewasa\n\n\n\n\n\n\nPerlu Ada Tindakan Sekiranya Parlimen Bermasalah\n\n\n\n\n\n\nBayar tol guna kad debit, kredit di 5 lebuh raya tahun ini\n\n\n\n\n\n\nLebih 56,000 mangsa banjir berada di PPS 5 negeri\n\n\n\n\n\n\nHak Khairy sertai mana-mana parti \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sendirian Berhad, Kapten Baharin Baharom berkata, \u201cpihaknya mendapatkan bantuan bot nelayan untuk menunda feri masuk ke dalam terminal\u201d.\n\n\nSelain itu, pihak konsortium juga meminta bantuan penyelam daripada pasukan bomba bagi memotong pukat yang tersangkut pada kipas feri berkenaa"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/15/arak-timah-kabinet-dengar-cakap-siapa/", "title": "ARAK \u2018TIMAH\u2019: KABINET DENGAR CAKAP SIAPA?", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : mykmu,net)\n\n\nKeputusan Kabinet membenarkan syarikat pengeluar wiski jenama tempatan Timah\u00a0 mengekalkan namanya, meskipun sudah ditentang keras sebelum ini sangat mengecewakan.\n\n\nWalhal sebelum ini, majoriti Ahli Parlimen muslim baik dari kerajaan mahupun pembangkang dilihat bersetuju supaya nama kontroversi itu ditukar dan satu polisi dibuat rentetan isu ini.\n\n\nHaji Aminuddin Yahaya selaku pengerusi Pembela berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTampil Semangat Patriotik, Angkat Perjuangan Pahlawan Melayu\n\n\n\n\n\n\nRapid Rail Sdn Bhd Mohon Maaf Kerana Kesulitan\n\n\n\n\n\n\nPeluang Khairy jadi MB lebih terbuka di Kelantan \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nTiga Lagi Kes COVID-19 Di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nProjek Sungai: Polis sahkan terima laporan dakwaan pembabitan MB Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cEntah kenapa Kabinet sendiri memutuskan sesuatu yang lain. Nama \u2018Timah\u2019 dibolehkan untuk digunakan pada jenama wiski itu. \nKeputusan Kabinet adalah keputusan kolektif yang dianggotai oleh menteri-menteri dan diketuai Perdana Menteri,\u201d\n\n\nBeliau juga meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pemimpin politik Melayu yang seolah-olah apologetik untuk meraih undi daripada pihak tertentu \nsambil mempersoalkan sama ada Kabinet tunduk kepada desakan mana-mana pihak dalam isu ini.\n\n\nTerdahulu, kerajaan membuat keputusan membenarkan arak jenama tempatan, Timah yang sebelum ini mencetus kontroversi untuk mengekalkan nama itu.\n\n\nPerkara itu diputuskan oleh Kabinet dan dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/15/desakan-berterusan-buat-kpm-oleh-penduduk/", "title": "Desakan Berterusan Buat KPM Oleh Penduduk", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : Ismaweb)\n\n\nISNIN, 15 NOVEMBER\n \u2013 Susulan pembinaan SJKC Too Joon Hing di Bandar Kinrara, Puchong yang didakwa asalnya adalah milik tapak Sekolah Kebangsaan.\n\n\nSatu sidang media diadakan di tapak binaan sekolah berkenaan hari ini oleh Pertubuhan Badan Bertindak Bukit Kinrara.\n\n\nTujuannya adalah bagi menuntut Kementerian Pendidikan Malaysia KPM agar membina Sekolah Kebangsaan di kawasan itu dan bukannya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJKC dengan kadar segera.\n\n\n(Foto : Mohamad Haron Mohamad Sidik, Pengerusi BERTINDAK)\n\n\nMohamad Haron Mohamad Sidik selaku pengerusi Bertindak berkata \u201ckerana itu pada 14 November 2021, kami penduduk-penduduk meminta kerajaan dan KPM untuk membina SK di tapak BK5B ini dengan segera. \nKami minta kerajaan dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia membina segera sekolah di sini, di tapak ini. Kami juga hendak kerajaan membina lagi sekolah kebangsaan di tapak BK4 iaitu lebih kurang dalam 500 ke 1 kilometer di sini dan sebuah lagi sekolah menengah kebangsaan lebih kurang jaraknya satu kilometer di sini. Untuk menampung penduduknya yang berjumlah 11 ribu unit\u201d.\u00a0\n\n\nHaron yang juga Pengerusi Penaja Jawatankuasa, Pertubuhan Badan Bertindak Bandar Kirara \u2013 BERTINDAK berkata;\n\n\nPihaknya tidak menghalang pembinaan sekolah di kawasan berkenaan namun, pembinaan SJKC yang berlebihan di kawasan majoriti penduduk Melayu adalah tidak wajar.\n\n\nDalam pada itu, Kira-kira dua minggu lalu KPM telah mengarahkan agar kerja-kerja pembinaan SJKC itu dihentikan serta merta.\n\n\nBeliau juga berkata \u201ckami bimbang, kami bimbang jika tapak-tapak ini dibiarkan terlalu lama terbiar mungkin akan disalahgunakan lagi oleh orang-orang yang hanya tahu pentingkan kaumnya sahaja dan poketnya sahaja\u201d."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/15/kerajaan-baharu-melaka-jangan-abai-nasib-nelayan/", "title": "Kerajaan Baharu Melaka Jangan Abai Nasib Nelayan", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber :TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 15 NOVEMBER \u2013\n Isu penambakan laut di Melaka mungkin memberi kemajuan kepada bandaraya bersejarah itu, tetapi sebaliknya bagi penduduk tempatan terutama di kawasan pinggir laut yang bekerja sebagai Nelayan.\n\n\nRungutan mereka terhadap beberapa projek penambakan laut kebelakangan ini ada di dengar menerusi arus berita semasa mahupun di media sosial.\n\n\nBagi mendapatkan pandangan secara lanjut berkenaan situasi nelayan ketika ini, kita bersama Ali Zainol merupakan Ketua Komuniti Pondok Nelayan Pantai Puteri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFasa Peralihan Endemik Ditangguh\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Kerajaan Adalah Selektif\n\n\n\n\n\n\n560 Anggota JPJ Dijangkiti Sejak Mac Tahun Lalu\n\n\n\n\n\n\n13 individu ditahan ceroboh hutan simpan\n\n\n\n\n\n\nPertandingan Sukan Sekolah Masih Boleh Diadakan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerikut adalah beberapa soalan yang diajukan :\n\n\nSoalan 1 : Sudah pasti sedikit sebanyak penambakan pantai memberi kesan kepada Nelayan. Boleh En Ali kongsikan kepada kami apa yang berlaku terhadap nelayan kesan daripada projek penambakan ini?\n\n\nSoalan 2 : Pilihan Raya Negeri Melaka akan diadakan pada Sabtu ini, mungkin dari pihak nelayan apakah yang dimahukan dan harapan kepada \nkerajaan baru nanti ?\n\n\nSILA\u00a0 IKUTI TEMUBUAL DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/15/kes-taun-kini-dikesan-di-selangor/", "title": "Kes Taun Kini Dikesan Di Selangor", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : Hello Doktor)\n\n\nISNIN, 15 NOVEMBER\n \u2013 Jabatan Kesihatan mengesan satu kes taun atau kolera di daerah Petaling.\n\n\nMenteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter hari ini, memaklumkan kes itu dikesan oleh Jabatan Kesihatan Selangor.\n\n\n(Foto / sumber : twitter @Khairykj)\n\n\nBeliau menasihatkan orang ramai supaya hanya minum air yang telah dirawat atau dididihkan dan mengelakkan makanan mentah serta menjaga kebersihan diri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN jangka proses agihan kerusi selesai Ahad ini\n\n\n\n\n\n\nHenti sebar berita palsu, tunggu pengumuman rasmi tarikh hari raya\n\n\n\n\n\n\nAnwar beri bayangan kluster mahkamah masih berpeluang sertai Kabinet\n\n\n\n\n\n\n4,726 Miskin Tegar Di Johor, Melayu Paling Tinggi\n\n\n\n\n\n\nIsu ceroboh perairan negara, lewat bantuan banjir dijangka tumpuan Dewan Rakyat hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, maklumat lanjut berhubung kes kolera tersebut akan diperincikan kelak.\n\n\nMemetik pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, JKNS berkata, kes itu dikesan membabitkan warganegara Malaysia.\n\n\nPenyakit kolera atau taun merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang berpunca daripada jangkitan bakteria.\n\n\nMereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit manakala gejala serius boleh membawa maut akibat dehidrasi yang teruk."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/15/kkm-saran-hadir-janji-temu-dos-penggalak/", "title": "KKM Saran Hadir Janji Temu Dos Penggalak", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan)\n\n\nSELASA, 16 NOVEMBER\n \u2013 Kementerian Kesihatan, KKM menyarankan orang ramai yang mendapat janji temu pemberian dos penggalak COVID-19 untuk hadir dan menerima suntikan mereka.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pemberian dos penggalak COVID-19 adalah strategi perlindungan yang penting terutama apabila pembukaan sektor ekonomi dan sosial dibenarkan.\n\n\n(Foto / sumber : Twitter @Khairykj)\n\n\n(Foto / sumber : Twitter @Khairykj)\n\n\nMenerusi ciapan di Twitter, dos penggalak amat penting kerana keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM, KKM pantau penularan COVID-19 waktu SPM 2022 berlangsung\n\n\n\n\n\n\nTuan Ibrahim mohon maaf dakwa Titah Diraja disediakan kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Separuh jiwaku telah mati\u2019 luah Hassan Karim dalam puisi\n\n\n\n\n\n\nAda fail pemimpin kerajaan cuma retorik Hamzah \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nKerana Musang King \u2013 jangan aniaya Orang Asli, bincang sebelum halau\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, pemberian dos penggalak yang berbeza dari dos asal dilaksana di banyak negara antaranya Chile di mana dos penggalak Pfizer diberikan kepada penerima Sinovac dan keberkesanan mencapai sehingga 95 peratus.\n\n\nBuat masa ini, Pfizer diluluskan sebagai dos penggalak untuk penerima vaksin Pfizer dan Sinovac.\n\n\nSelain itu, KKM juga kini sedang menilai kombinasi keberkesanan beberapa vaksin lain untuk keselamatan dan akan mengumumkannya tidak lama lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/15/parti-politik-calon-hati-hati-guna-media-sosial/", "title": "Parti Politik, Calon Hati-Hati Guna Media Sosial", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : Utusan)\n\n\nISNIN, 15 NOVEMBER\n \u2013 Polis mengingatkan pihak berkepentingan seperti parti politik dan calon dalam PRN Melaka agar sentiasa berhati-hati menggunakan media sosial ketika berkempen bagi menyuburkan proses demokrasi.\n\n\nKetua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi memantau platform media sosial secara 24 jam untuk mengenal pasti hantaran yang dimuat naik dalam medium berkenaan.\n\n\nDatuk Abdul Majid Mohd Ali, selaku Ketua Polis Melaka berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan cadang guna helikopter bomba sebagai ambulans\n\n\n\n\n\n\nNasib 89 keluarga terbabit laluan ECRL akan dibela \u2013 MB Selangor\n\n\n\n\n\n\nOrang asli kesal, mohon maaf kepada Sultan Johor\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen pembangkang belum buat permohonan rasmi \u2013 Fadillah\n\n\n\n\n\n\nIndividu Lengkap Vaksin Digalakkan Ambil Ujian Saringan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u201cPasukan ini melibatkan tiga kumpulan secara bergilir memantau hantaran untuk kita pastikan mereka menggunakannya dengan cara sihat dan bukan untuk menghina, mengganggu-gugat ketenteraman awam atau menghina mana-mana pihak. \nIni adalah tanggungjawab kita untuk suburkan demokrasi dan bukannya menghasut antara satu sama lain,\u201d\n\n\nBeliau juga berkata, \u201capabila sesuatu kesalahan dikesan polis akan membuat laporan supaya siasatan adil dapat dijalankan seterusnya menyerahkan kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut\u201d.\n\n\nDalam pada itu beliau menasihatkan parti dan calon supaya mematuhi SOP ditetapkan MKN dan KKM bagi memastikan proses pilihan raya secara norma baharu di negeri itu berjalan lancar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/15/perlawanan-3-penjuru-dun-pantai-kundur/", "title": "Perlawanan 3 Penjuru DUN Pantai Kundur", "body": "0\n\n\nISNIN, 15 NOVEMBER\n \u2013 Berikut ialah maklumat Pilihan Raya Kecil, N 12 DUN Pantai Kundur.\n\n\nKawasan ini menyaksikan pertemuan tiga penjuru antara \ncalon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Pantai Kundor ditandingi oleh Tuminah Kadi.\n\n\n(Foto / Sumber : TV Pertiwi)\n\n\nCalon Perikatan Nasional (PN) diwakili oleh Mohamad Ridzwan Mustafa serta penyandang DUN kini bertanding atas tiket Pakatan Harapan iaitu Datuk Nor Azman Hassan.\n\n\nNor Azman bertanding atas tiket Barisan Nasional pada pilihan raya lalu menang dengan majoriti 772 undi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM200,000 Nilai Kompaun Dikeluarkan Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\nPindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Ma63 Lulus\n\n\n\n\n\n\nWarga Singapura Ambil Peluang Isi Minyak Penuh di Johor\n\n\n\n\n\n\nKPM beri guru autonomi buat pilihan rekod SPPB\n\n\n\n\n\n\nKPDN nafi harga gula RM4.60 sekilo\n\n\n\n\n\n\n\n\nDUN Pantai Kundur kini memiliki 15 ribu 469 pengundi keseluruhan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/15/sesi-persekolahan-tahun-depan-bermula-21-mac/", "title": "Sesi persekolahan tahun depan bermula 21 Mac", "body": "0\n\n\n\n\nSesi Sekolah 2022/2023\n\n\nISNIN, 15 NOVEMBER : \n\u00a0Sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2022/2023 ditetapkan bermula 21 Mac 2022 bagi semua sekolah di seluruh negara di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).\n\n\nMenurut KPM, sesi persekolah tahun ini dilanjutkan sehingga 20 Mac 2022, bermula 2 Januari 2022 (bagi Kumpulan A) dan 3 Januari (Kumpulan B).\n\n\n\n\n\n\nKPM turut memaklumkan, bagi sesi persekolahan tahun ini dilanjutkan sehingga 20 Mac 2022 bermula 2 Januari (Kumpulan A) dan 3 Januari (Kumpulan B) bagi Penggal 3, 2021/2022.\n\n\n[Sekolah-sekolah negeri Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri selebihnya adalah dalam sekolah Kumpulan B.]\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut KPM, Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.\n\n\nMenteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin sebelum ini dilaporkan berkata, sesi persekolahan 2022 kekal pada Mac tahun depan sebagaimana yang diputuskan Kementerian Pendidikan.\n\n\n\n\n\n\nKeputusan itu dibuat berdasarkan perbincangan dan penelitian mendalam dengan pelbagai pihak termasuk beberapa pakar, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di samping pengetua dan guru besar.\n\n\nKetetapan itu, kata Radzi merupakan langkah efekti dalam mendepani situasi pandemik COVID-19 ketika ini dan tempoh tersebut itu dapat memberi ruang yang cukup kepada pelajar sebelum naik ke kelas berikutnya.\n\n\nSesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan\n\u00a0https://www.moe.gov.my/takwim\n\u00a0mulai hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/15/sunway-lagoon-tidak-langgar-sop-ppn/", "title": "Sunway Lagoon tidak langgar SOP PPN", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nISNIN, 15 NOVEMBER : \nPolis menasihatkan pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon menetapkan 1,000 orang dan ke bawah di taman air berombak taman tema air berkenaan dalam satu-satu masa.\n\n\n\n\nKetua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata siasatan pihak polis mendapati taman air berombak di taman tema berkenaan boleh memuatkan seramai 10,000 orang dalam satu satu masa tetapi mengikut SOP MKN Fasa 4 PPN hanya 5,000 orang dalam satu-satu masa.\n\n\n\n\n\n\n\u201cMenerusi video tular pada 6 November lalu terdapat seramai lebih kurang 1,900 orang di dalam taman tema air (water park) berombak tersebut dan masih di bawah jumlah yang dibenarkan mengikut SOP.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHasil perbincangan dengan pihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon dan dinasihatkan hanya menetapkan 1,000 orang dan ke bawah boleh berada di dalam taman air berombak dalam satu-satu masa,\u201d katanya menerusi kenyataan pada Ahad.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, pihak Pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon telah bersetuju dengan cadangan tersebut.\n\n\n\u201cPihak mereka turut memaklumkan akan mengambil langkah-langkah yang bersesuai bagi memastikan ianya dilaksanakan.\n\n\n\n\n\u201cPihak pengurusan Taman Tema Sunway Lagoon juga akan sentiasa memastikan supaya semua pengunjung sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan,\u201d katanya.\n\n\n\n\nPada Rabu, polis menyiasat video tular yang memaparkan keadaan sesak pengunjung di Taman Tema Sunway Lagoon di sini.\n\n\n\n\nTimbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, pihaknya telah mengesan satu video tular yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook @Rizal Hakimm Punyer berdurasi 13 saat berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di taman tema tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\u201cHasil siasatan awal, Taman Tema Sunway Lagoon boleh memuatkan seramai 40,000 orang dalam satu-satu masa manakala kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 adalah seramai 20,000 orang dalam satu-satu masa,\u201d katanya menerusi satu kenyataan sebelum ini.\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, pada tarikh kejadian berlaku iaitu 6 November lalu, terdapat seramai 3,513 orang pengunjung yang direkodkan berada di dalam kawasan taman tema tersebut.\n\n\n\n\n\u201cPihak kami akan menjalankan siasatan terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya wujud pelanggaran SOP PPN Fasa 4,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/16/31-pusat-mengundi-awal-dibuka/", "title": "31 Pusat Mengundi Awal Dibuka", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : SPR Malaysia)\n\n\nSELASA, 16 NOVEMBER\n \u2013 Sebanyak 31 pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mula dibuka jam 8 pagi tadi bagi membolehkan 11,557 pengundi awal terdiri anggota tentera dan pasangan serta polis menunaikan tanggungjawab mereka.\n\n\nDaripada jumlah itu, 24 pusat mengundi awal dibuka khusus untuk anggota polis, manakala 7 pusat lagi, dengan 4 daripadanya berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, membabitkan pengundi tentera dan pasangan.\n\n\nDUN Sungai Udang antara kerusi yang merekodkan jumlah pengundi awal tertinggi pada PRN Melaka, iaitu melebihi 40 peratus daripada keseluruhan 22,793 pengundinya\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTak perlu panik, Tuaran masih terkawal \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nBunuh suami kekasih, tanam mayat selepas hubungan sulit terbongkar\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Fatwa Selangor isytihar SIS Forum sesat, kekal\n\n\n\n\n\n\nMansuh pinjaman PTPTN hanya propaganda politik, jangan percaya lagi\n\n\n\n\n\n\nNajib aset strategik \u2018beku\u2019 UMNO \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, semua pusat pengundian awal akan dibuka sehingga jam 5.30 petang ini.\n\n\nSepanjang proses pengundian awal, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta pengundi mematuhi panduan pencegahan COVID-19 seperti memastikan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman, menjalani pemeriksaan suhu badan serta merekodkan kehadiran.\n\n\nProses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik SPR dan proses pengundian berkenaan turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook (FB) SPR.\n\n\nSemua peti undi bagi pengundian awal hari ini akan disimpan di lokap balai polis dengan kertas undi hanya akan dikira bermula jam 4 petang Sabtu ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/16/akta-perlindungan-pemberi-maklumat-2010-ditambah-baik/", "title": "Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Ditambah Baik", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar)\n\n\nSELASA, 16 NOVEMBER\n \u2013 Sejumlah 7 isu berkaitan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dikenal pasti untuk diberi keutamaan dalam proses penambahbaikan akta tersebut.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia hasil kajian dan penelitian Jawatankuasa Kerja Pindaan Akta 711.\n\n\n\u201c.\u2026dalam pada masa yang sama pemberi maklumat mendapat kemudahan di bawah undang undang ini hanyalah 527 maknanya nisbah yang amat kecil sekali dapat perlindungan dibawah undang undang ini. Hanya seramai 527 sahaja ini menunjukkan kekurangan sama ada dengan kata lain yng berhormat dato bahawa \u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH Port Dickson) yang ingin tahu secara terperinci cadangan mengkaji semula undang-undang berkaitan pemberi maklumat di bawah Akta 711 dan sejauh mana keberkesanannya melindungi pemberi maklumat dalam kes-kes salah laku dan rasuah berprofil tinggi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPRN Johor Hanya Buang Masa Dan Sia-Sia\n\n\n\n\n\n\nNGO alam sekitar dakwa kelulusan projek tambak laut Pulau Pinang meragukan\n\n\n\n\n\n\nNahas ragut nyawa suami isteri: Seorang daripada dua anak turut meninggal\n\n\n\n\n\n\nEmpat beradik maut dalam kebakaran di Muar\n\n\n\n\n\n\nBawa agenda songsang, himpunan tidak patut diadakan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Wan Junaidi pada masa sama akui wujud kekurangan dalam Akta 711. \nNamun demikian jumlah pemberi maklumat adalah hanya seramai 527 orang sahaja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/16/jepun-sumbang-peralatan-perubatan/", "title": "Jepun Sumbang Peralatan Perubatan", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : malaysiaaktif.my)\n\n\nSELASA, 16 NOVEMBER\n \u2013 Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini menerima sumbangan peralatan rantaian sejuk bernilai 6 juta ringgit daripada kerajaan Jepun melalui Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) bagi meningkatkan kapasiti penyimpanan vaksin Covid-19.\n\n\nMenteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, acara ini adalah pakatan strategik dalam memerangi Covid-19 kearah usaha mencapai matlamat yang sama.\n\n\nSumbangan berupa 184 peti sejuk, 1,343 kotak sejuk dan 1,579 pencatat data itu akan diedarkan kepada 436 kemudahan kesihatan awam di seluruh negara secara berperingkat untuk memperkukuh pengurusan rantaian sejuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dijalankan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertama kali dalam sejarah, Terengganu tiada pembangkang\n\n\n\n\n\n\nJemaah Mahu Kerajaan Pertimbang Kos Dan Pilihan Tempat Kuarantin\n\n\n\n\n\n\nPembela seru masyarakat untuk lawan tayangan filem Pulau\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen, ADUN sepatutnya dilarang pegang jawatan dalam GLC\n\n\n\n\n\n\nZainab tuntut Rafizi mohon maaf fitnah isteri kedua Abd Latiff\n\n\n\n\n\n\n\n\nKhairy berkata usaha ini direalisasikan berikutan hubungan baik dan kukuh yang lama terjalin antara Malaysia dan Jepun.\n\n\nPada Julai lalu, Malaysia menerima satu juta dos vaksin AstraZeneca yang disumbangkan oleh Jepun untuk mempergiatkan proses vaksinasi di bawah PICK.\n\n\nSementara itu, Duta Besar Jepun di Malaysia Oka Hiroshi yang turut hadir pada majlis itu memuji proses vaksinasi kerajaan Malaysia yang disifatkan lancar sekaligus menzahirkan penghargaan terhadap sikap kerajaan Malaysia yang memberi layanan sama rata kepada warga Jepun dalam melaksanakan program vaksinasi kebangsaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/16/masalah-banjir-penduduk-melaka-mahu-tindakan-segera/", "title": "Masalah Banjir, Penduduk Melaka Mahu Tindakan Segera", "body": "0\n\n\n(Kampung Morten / sumber : thestar)\n\n\nSELASA, 16 NOVEMBER\n \u2013 Isu banjir di negeri Melaka masih belum selesai seperti tiada kesudahan.\n\nLebih menyedihkan ia menjejaskan kawasan Kampung Morten, Bandar Hilir Melaka yang cukup terkenal sebagai penempatan masyarakat Melayu.\n\n\nBagi mendapatkan gambaran permasalahan sebenar kru TV Pertiwi sempat bertemu dengan penduduk di sana. Rata-rata penduduk melahirkan rasa kecewa dengan isu banjir yang tidak selesai setelah sekian lama.\n\n\nBanjir berkenaan dikatakan berpunca dari paras air yang meningkat di Sungai Melaka selain benteng yang sudah retak dan berlubang sehingga ditembusi air.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n2 Marsyal Termasuk \u2018Datuk\u2019 Serah Diri\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Putar Belit, Takut SPRM \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful gagal ketepi kes rasuah RM6.9 juta\n\n\n\n\n\n\nNancy sambut baik pengumuman PM lantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\nPemilik Flat Kg Baru nafi Setuju Sebarang Tawaran Daripada Pemaju\n\n\n\n\n\n\n\n\nAda peniaga di kawasan ini terpaksa menutup kedai dan mengalami kerugian disebabkan banjir. Bantuan turut diberikan kepada mangsa namun dalam kadar yang kecil.\n\n\nMelalui sesi tembual, Amna Osman, Peniaga Kampung Morten berkata :\n\n\n\u201cBiasa dulu tak da sejak tebing tu ada retak dia masuk lalu pintu gerbang tu dari situlah\u2026Bila longkang penuh tu yang dia masuklah\u201d.\n\n\nPenduduk Kampung Morten, Yati Ahmad pula berkata :\n\n\u201cSelalunya dalam 4, 5 hari banjir ni berlaku\u2026200 tu apa kita nak buat.\u201d\n\n\nRohfadilah Abdullah sebagai Penduduk di sini berkata :\n\n\u201cMemang majoriti memang dari dulu sampai searang dari akak kecik pun memang dah alami banjir dah banyak kali dah.. Jadi setiap kali banjir air naik kita tak boleh buat apa .\u201d\n\n\nBagi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jalina Mahmood, pihaknya menerima banyak aduan dan hanya mampu membantu setakat mana yang mampu.\n\n\nBeliau juga turut berharap agar kerajaan memngambil berat masalah yang dihadapi oleh penduduk berkenaan.\n\n\nJalina Mahmood selaku Pengerusi JPKK Kampung Morten turut berharap \u201cpasal banjir ni banyaklah orang yang terjejas orang datang complain\u2026kalau boleh atasi masalah banjir ni sebab banjir ni banyak kalilah berlaku.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/16/pemandu-dan-pihak-sekolah-perlu-lebih-prihatin/", "title": "Pemandu dan Pihak Sekolah Perlu Lebih Prihatin", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan)\n\n\nSELASA, 16 NOVEMBER\n \u2013 Dalam pada itu Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur, Tuan Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik berpendapat bahawa \u201c\u2026tanggungjawab untuk memantau keselamatan anak-anak bukan terletak di bahu pemandu van sahaja\u201d.\n\n\nPihak sekolah juga perlu turut serta memastikan murid-murid tiba ke perkarangan sekolah dengan selamat.\n\n\nMohamad Haron Mohamad Sidik berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMB Kelantan pegang lima portfolio Exco\n\n\n\n\n\n\nIsu Menara KL : Annuar Musa Ambil Tindakan Terhadap Tiga Individu\n\n\n\n\n\n\nAnwar nafi cuba bawa konsep Islam berlebihan\n\n\n\n\n\n\nTommy Thomas dakwa Najib selepas terima kertas siasatan lengkap, tiada niat jahat\n\n\n\n\n\n\n7 termasuk 5 kanak-kanak terselamat kenderaan masuk gaung\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201csebenarnya setiap taska perlu ada seorang kena jaga diluar\u2026..kita pulak nak minta lebih daripada ibubapa, ibubapa taknak. Kita minta semua pemandu-pemandu untuk memastikan\u2026.lintaskan pelajar-pelajar, baru jalan\u201d.\n\n\nSelain itu, beliau turut mengingatkan para pemandu van untuk segera mendaftar dengan persatuan, agar bimbingan dan pemantauan dapat diberikan, serta bantuan kepada ahli sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/16/peratus-keluar-mengundi-menggalakkan/", "title": "Peratus Keluar Mengundi Menggalakkan", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : Berita Harian)\n\n\nSELASA, 16 NOVEMBER\n \u2013 Proses pengundian awal di beberapa Pusat Pengundian Awal (PPA) bagi Pilihan Raya Negeri Melaka yang bermula pukul 8 pagi tadi berjalan lancar.\n\n\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan dua saluran PPA di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Ayer Keroh selain khemah khas tempat mengundi untuk pengundi yang mempunyai gejala COVID-19.\n\n\nMenurut SPR, setakat 2 petang tadi peratusan yang keluar mengundi mencecah 45 peratus.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA bantah mansuh Akta Hasutan, sokong penambahbaikan\n\n\n\n\n\n\nUstaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat Presiden baharu ISMA\n\n\n\n\n\n\n4 beradik ditemukan maut dalam kebakaran\n\n\n\n\n\n\n6.1 juta pencarum KWSP bawah 55 tahun miliki simpanan kurang RM10,000\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen disaran patuhi Peraturan Mesyuarat, elak Dewan Rakyat digelar \u2018zoo\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/16/polis-ikut-akta-kpn-jawab-kecaman-najib-dapat-pengiring/", "title": "Polis Ikut Akta, KPN Jawab Kecaman Najib Dapat Pengiring", "body": "0\n\n\n(Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah)\n\n\nSELASA, 16 NOVEMBER\n \u2013 Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah tampil menjelaskan keistimewaan yang diberikan kepada semua bekas perdana menteri selepas beberapa hantaran di media sosial mempertikaikan perkhidmatan pengiring kepada Najib Razak walaupun disabitkan beberapa kesalahan rasuah.\n\n\nAcryl berkata polis tertakluk kepada undang-undang menyediakan perkhidmatan pengiring keselamatan dan trafik kepada bekas perdana menteri di bawah peruntukan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237).\n\n\nJelas Acryl, buat masa ini, PDRM memberikan perkhidmatan berkenaan kepada kesemua bekas perdana menteri Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS Merancang Guna Logo Baharu Pada PRU15\n\n\n\n\n\n\nQari al-Quran Braille johan Tilawah Kebangsaan\n\n\n\n\n\n\nJejambat Kota Bharu siap dengan penjimatan kos RM7.9 juta\n\n\n\n\n\n\nMRSM Pendang Ditutup Sementara 3 Guru Positif\n\n\n\n\n\n\nSegera dapatkan dos penggalak kedua \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\n\n\nMana-mana bekas perdana menteri yang berhadapan tindakan undang-undang, PDRM akan kekalkan kelayakan kemudahan khidmat pengiring keselamatan dan trafik kepada mereka, sehingga proses rayuan dimuktamadkan oleh mahkamah.\n\n\nNajib merupakan satu-satunya bekas perdana menteri yang disabitkan dengan tuduhan jenayah.\n\n\nBeliau didapati bersalah tahun lalu atas tujuh pertuduhan yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sekali gus dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.\n\n\nBekas perdana menteri itu juga turut didenda RM210 juta atas pertuduhan berkaitan RM42 juta dana SRC International.\n\n\nBagaimanapun, beliau diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.\n\n\nSelain pertikaian terhadap khidmat pengiring bagi Najib, media sosial turut hangat membahaskan laporan permohonan bekas perdana menteri itu untuk \nmendapatkan rumah percuma\n di kawasan mewah Kuala Lumpur diluluskan Putrajaya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/16/rm200000-nilai-kompaun-dikeluarkan-setakat-ini/", "title": "RM200,000 Nilai Kompaun Dikeluarkan Setakat Ini", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan)\n\n\nSELASA, 16 NOVEMBER\n \u2013 Kira-kira RM200,000 kompaun dikeluarkan\u00a0 Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada individu dan penganjur parti politik.\n\n\nYang melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, akta 342 sejak pembubaran Dewan Undangan Negeri DUN diumumkan 5 Oktober lalu.\n\n\nKetua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, jumlah kompaun itu membabitkan 12 kompaun yang diberikan terus di lokasi kejadian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM sita harta lebih RM3 juta disyaki terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\nAniaya anak monyet hingga mati, moderator kandungan TikTok akan didakwa\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Catat Kes Kedua Omicron \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Terus Meningkat, Kini Lebih 1,100 Penduduk\n\n\n\n\n\n\nAUKU tidak dimansuh, akta baharu ibarat \u2018salin kulit\u2019 sahaja\n\n\n\n\n\n\n\n\nBuat individu yang melanggar prosedur standard operasi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara MKN.\n\n\nDatuk Abdul Majid Mohd. Ali selaku ketua polis Melaka berkata :\n\n\n\u2018\u2019Mereka secara jelas telah melanggar SOP MKN Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika melaksanakan program berkaitan PRN dan kempen yang disyaki menyebabkan kehadiran orang ramai sehingga tidak dapat dikawal oleh mereka\n\u2019\u2019\n\n\nBeliau berkata, sebanyak seratus 98 ribu kompaun dikeluarkan,\u00a0 kepada individu dan penganjur parti politik.\n\n\nMengulas lanjut, sebanyak 41 kertas siasatan membabitkan kesalahan SOP dan menggugat ketenteraman awam dan kesalahan membabitkan akta Pilihan raya\u2019\n\n\n20 daripada 41 kes berkenaan\u00a0 melibatkan daerah Melaka Tengah,\u00a0 13 kes di Aor Gajah dan Jasin 8 kes.\n\n\nAbdul Majid berkata, \u201csepanjang tempoh berkempen, pihaknya telah meluluskan sebanyak 182 permit polis kepada individu yang memohon menggunakan kenderaan dengan pembesar suara\u201d.\n\n\nSeramai 2,322 pegawai dan anggota polis akan melaksanakan undi awal di 24 pusat mengundi di seluruh Melaka hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/16/trend-jangkitan-semakin-meningkat/", "title": "TREND Jangkitan Semakin Meningkat", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 16 NOVEMBER\n \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) terus membuat persiapan dalam menghadapi peningkatan mendadak kes COVID-19 termasuk menjalankan simulasi untuk berdepan kemungkinan berkenaan.\n\n\nIni berikutan peningkatan kadar kebolehjangkitan yang kembali melepasi nilai 1, sejak beberapa hari lalu.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dalam satu hantaran melalui Twitter semalam, menyebut beliau meminta KKM dan beberapa agensi untuk membuat penilaian terhadap kebarangkalian situasi terburuk akibat penularan jangkitan COVID-19 dan mengadakan simulasi tindak balas krisis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBomba Bersiap Siaga, Paras Air Sungai Lui Tidak Seperti Didakwa\n\n\n\n\n\n\nTeruk Dikecam Netizen, Plus Tutup Ruangan Komen\n\n\n\n\n\n\nPas sedia beri kerjasama kepada SPRM\n\n\n\n\n\n\nSanusi perlu taubat nasuha \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nBanjir besar disebabkan pengaruh fenomena La Nina \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, laman web COVIDNOW turut menunjukkan peningkatan kes dianggarkan sebanyak 5,800 kes atau 17 peratus dalam tempoh tujuh hari lalu.\n\n\nTurut menunjukkan peningkatan adalah kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital iaitu dianggarkan 1,259 kes atau sembilan peratus dalam tempoh tujuh hari lalu, dengan penggunaan katil hospital pada kadar 69 peratus setakat tengah malam tadi.\n\n\nBerdasarkan data sama, Putrajaya mencatatkan peningkatan kes tertinggi sejak 7 hari lalu iaitu peningkatan sehingga 82 peratus dan Perlis menunjukkan kadar peningkatan kes terendah iaitu peningkatan 3 peratus manakala Sabah dan Sarawak menunjukkan pengurangan kes dalam tempoh sama masing-masing 1 peratus dan 21 peratus."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/17/89-9-keluar-bagi-pengundian-awal-prn-melaka/", "title": "89.9 % Keluar Bagi Pengundian Awal PRN Melaka", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : hmetro)\n\n\nRABU, 17 NOVEMBER\n \u2013 Sebanyak 21 daripada 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) bagi\n \nPilihan Raya Negeri (PRN) Melaka\n ditutup pada pukul 2 petang semalam.\n\n\nMenurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 89.9 % pengundi awal menunaikan tanggungjawab yang membabitkan seramai 10,390 pengundi.\n\n\nSebanyak 10 PPA yang ditutup pada 5.30 petang ialah Bilik Gerakan 96 DPP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di DUN Machap Jaya, Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Terendak, SK Kem Terendak 1 dan II serta Dewan Borhan di DUN Sungai Udang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTolak pemimpin \u2018kelabu mata\u2019 bila ditawarkan jawatan penting\n\n\n\n\n\n\nPAS cadang PRK Kuala Terengganu diadakan serentak dengan PRN\n\n\n\n\n\n\nKematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nNajib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru\n\n\n\n\n\n\nMengapa PRU Awal Dituntut\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, 21 daripada 31 PPA yang diwartakan ditutup lebih awal pada 2 petang.\n\n\nPRN Melaka kali ini menyaksikan sejumlah 11,557 pengundi awal berdaftar terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.\n\n\nIa turut menyaksikan penekanan diberikan terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard selaras dengan Garis Panduan Pencegahan COVID-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara memandangkan situasi pandemik"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/17/agong-perkenan-3-akta-diluluskan-pada-mesyuarat-pertama-parlimen/", "title": "Agong Perkenan 3 Akta Diluluskan Pada Mesyuarat Pertama Parlimen", "body": "0\n\n\n\n\nRABU, 17 NOVEMBER\n \u2013 Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah memperkenankan 3 akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Parlimen Ke-14 lalu.\n\n\nSpeaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia membabitkan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa Pindaan 2021 :\n\n\n\u201c\u2026 Akta Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019) Pindaan 2021 dan Akta Kumpulan Wang Amanah Negara Pindaan 2021\u201d.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAPM Johor siap siaga amaran hujan berterusan tahap bahaya\n\n\n\n\n\n\nPAS bantah rumah ibadat bukan Islam tidak ikut garis panduan\n\n\n\n\n\n\nTunggu Surat Saman \u2013 Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nPDRM siasat video tular dua lelaki hina Nabi \u2013 Saifuddin\n\n\n\n\n\n\nMTEM Gesa Kerajaan Tangani Kemiskinan Pasca Pandemik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026saya suka unutk memberitahu yang maha mulia\u2026dan Akta Kumpulan Wang Amanah Negara Pindaan 2021\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian dalam pemakluman Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum memulakan sesi soal jawab, hari ini.\n\n\nSementara itu, Azhar berkata, Dewan Rakyat turut memperingati Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada 20 November setiap tahun.\n\n\nAzhar berkata, Malaysia mempunyai obligasi dengan mematuhi prinsip dan peruntukan termaktub dalam konvensyen itu terutama berkaitan hak kanak-kanak iaitu kelangsungan hidup, perlindungan, pembangunan serta penyertaan kanak-kanak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/17/allahyarham-penerima-anugerah-green-endorsement-tudm/", "title": "Allahyarham Penerima Anugerah Green Endorsement TUDM", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : kosmo)\n\n\nRABU, 17 NOVEMBER\n \u2013 Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM, Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustami yang maut dalam nahas pesawat Hawk malam tadi \nmerupakan penerima Anugerah Green Endorsement TUDM pada minggu lalu.\n\n\nAnugerah itu diberikan sebagai pengiktirafan kerana kejayaan juruterbang mengawal pesawat untuk berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.\n\n\nPengiktirafan itu disampaikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad di Subang Jaya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas diplomat tidak setuju pelantikan Nazri Aziz\n\n\n\n\n\n\nGuna Akta ISA cegah rasuah dan penyelewengan \u2013 Ibrahim Ali\n\n\n\n\n\n\nSanusi selesai angkat sumpah MB\n\n\n\n\n\n\nAmbil tindakan terhadap Najwan Halimi \u2013 Rafique\n\n\n\n\n\n\nAgihan pendapatan ASB 4.60 sen, bonus tambahan 0.50 sen\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut laporan di portal rasmi TUDM, Anugerah itu diterima Mohamad Affendi menerusi anugerah inovasi TUDM.\n\n\nSementara itu, jenazah Allahyarham selesai dibedah siasat kira-kira jam 9 pagi ini di\u00a0 Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.\n\n\nAllahyarham dijangka\u00a0 dikebumikan di kampung halamannya di bandar Muadzam Shah, Pahang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/17/bukan-hanya-pembeli-peniaga-juga-turut-terkesan/", "title": "Bukan Hanya Pembeli, Peniaga Juga Turut Terkesan", "body": "0\n\n\n(Tinjaun harga ayam di Pasar Kajang, sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh Asyiha Ariffin, wartawan TV Pertiwi\n\n\nRABU, 17 NOVEMBER\n \u2013 2 minggu selepas perayaan Deepavali purata harga ayam yang dijual dilaporkan masih kekal tinggi malah semakin meningkat sehingga mencecah RM10.20 sen kg.\n\n\nKesannya bukan hanya pada pelanggan malah peniaga perlu menanggung kerugian yang besar disebabkan pengurangan pelanggan dan bekalan ayam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai PM \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nLembaga Disiplin UMNO Belum Terima Laporan Rasmi Tajuddin\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA bantah mansuh Akta Hasutan, sokong penambahbaikan\n\n\n\n\n\n\nUtamakan Bahasa Kebangsaan Dalam Semua Aspek Kehidupan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTinjauan saya hari ini di pasar Kajang,\u00a0 yang merupakan pasar awam yang menjadi tumpuan buat penduduk sekitar untuk mendapatkan bekalan barangan segar.\n\n\n\u00a0\nApa yang boleh saya katakan suasana di sekitar tempat penjualan ayam lengang tanpa kehadiran pengguna.\n\n\nHal ini menunjukkan bukan hanya pengguna malah peniaga juga turut terhimpit dengan tekanan ekonomi apabila harga ayam naik secara mendadak.\n\n\nJika sebelum ini, harga standard dijual sekitar tujuh ringgit hingga RM8 kg, kini naik sehingga RM10.20 kg.\n\n\nPeniaga ayam Normilawati Karudin menjelaskan dia tidak mempunyai pilihan lain bagi mengelakkan kerugian dan dia terpaksa menjual dengan harga berkenaan.\n\n\n\u201c\u2026dari start berniaga dulu dalam RM7 lebih lepastu makin lama makin naik sampai sekarang RM10 per kg\u2026dan dengar-dengar akan naik lagi la\n\u2026memang banyak la mereka kata harga kayangan\u2026tapi nak tak nak terpaksa la\u2026nak makan kena beli juga\u2026\u201d\n\n\nNormilawati yang berniaga hampir satu tahun setengah di pasar Kajang ini turut mendakwa pembekal dan pemborong menghadkan bekalan ayam sekaligus menjadi punca kenaikan harga ayam.\u00a0\n\n\nKebiasaanya dia akan mengambil bekalan sebanyak 100 ekor sehari namun kini pemborong hanya memberi 50 ekor sahaja sehari.\u00a0\n\n\n\u201c\u2026bekalan tu pun tak bagi. Bila minta mereka hanya bagi separuh daripada tu..\u201d\n\n\nMalah ada peniaga yang enggan ditemubual mendakwa kemungkinan harga ayam akan naik lagi sehingga RM12 kg dalam masa terdekat.\n\n\nSementara itu, pengguna Abdul Rahim Mohamed yang ditemui turut mengeluh dengan harga ayam yang dijual.\n\n\nKatanya, ditambah dengan bilangan isi keluarga yang ramai memberi bebanan kepada mereka dan dia turut menggesa agar pemantauan yang lebih telus ke atas harga ayam dilakukan oleh pihak berwajib.\n\n\n\u201c\u2026ya memang mahal la\u2026yg tinggi pun RM9 tapi ini 10..tapi harga syiling kita tak tahu\u2026\n\n\n\u201c\u2026sepatutnya dekat pasar ni kena ada tulis harga syiling berapa\u2026so kita mudah tertipu la macam tu\u2026\u201d\n\n\nPeniaga lain yang turut ditemui juga berkata pihaknya diberitahu bahawa penternak dan pengeluar terpaksa menampung kos kenaikan harga anak ayam dan sumber tenaga pekerja asing.\n\n\nDalam pada tu, sepanjang tinjauan di pasar Kajang juga mendapati pihak penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP turut membuat pemantauan kawalan harga ayam.\n\n\nHasil tinjauan Asyiha Ariffin \n\u201c\u2026lazimnya harga ayam dijual sekitar RM7 kg namun tinjauan hari ini mendapati ianya dijual sehingga RM10.20 kg\u2026bagaimanapun peningkatan harga ayam ini terus membebani peniaga dan pembeli\u2026persoalannya sampai bila?\u2026\u201d\n\n\nBagaimanapun tinjauan ke atas barangan lain seperti daging, ikan, dan sayur-sayuran didapati tiada peningkatan harga berlaku.\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/17/eratkan-kerjasama-pdrm-dan-jpj/", "title": "Eratkan Kerjasama PDRM dan JPJ", "body": "0\n\n\nCP Dato Wira Mat Kassim bersama Pengarah JPJ Dato Zailani Hj Hashim \u2013 Sumber Foto : PDRM\n\n\nSELASA, 16 November 2021 : Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, Dato\u2019 Zailani Hj. Hashim, petang tadi.\n\n\nKunjungan beliau ini, buat pertama kalinya selepas dilantik menjadi Pengarah JSPT pada September lepas.\n\n\nDalam lawatan itu juga , jalinan kerjasama yang lebih erat selain intipati kunjungan turut membincangkan mengenai kolaborasi strategik penguatkuasaan keselamatan jalan raya secara bersepadu oleh JSPT dan JPJ. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAl Fatihah : Mohd Isa pemimpin tegar, perjuangkan penduduk miskin sejak dulu\n\n\n\n\n\n\nWang BAP dilarikan akan diganti, diagihkan sebelum Mac\n\n\n\n\n\n\nVernakular Gagalkan Perpaduan \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nBak Kut Teh @sup tulang rusuk babi diangkat makanan kebangsaan?\n\n\n\n\n\n\nStok Minyak Masak Sukar Didapati, Membebankan Pengguna\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir, Timbalan Pengarah II JSPT, ACP Tuan Zulkifli Jonit dan para pegawai kanan polis. \n\n\nDatuk Mat Kasim Karim memulakan tugas sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman yang baharu, berkuatkuasa September lepas.\n\n\nBeliau yang juga bekas Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dan pernah menjadi Ketua Polis Melaka, menggantikan Datuk Azisman Alias yang bersara wajib."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/17/kedah-tidak-luluskan-lesen-baharu-judi-hadkan-jualan-arak/", "title": "Kedah Tidak Luluskan Lesen Baharu Judi, Hadkan Jualan Arak", "body": "0\n\n\n(Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor)\n\n\nRABU, 17 NOVEMBER\n \u2013 Sebelum ini Kerajaan negeri Kedah memutuskan untuk tidak memberi kelulusan kepada permohonan baharu lesen perjudian serta tidak memperbaharui lesen perjudian sedia ada sebaik ia tamat tempoh di seluruh negeri ini.\n\n\nMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan itu dibuat bagi mewujudkan persekitaran lebih baik untuk rakyat, selain mencapai sasaran \u2018Kedah bebas judi\u2019.\n\n\nMenurutnya, lesen perjudian yang telah tamat tempoh tidak akan diperbaharui dan ia berkuat kuasa di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBawa pihak sorok bekalan gula ke muka pengadilan \u2013 CAP\n\n\n\n\n\n\nPN yakin mampu rampas Selangor \u2013 Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nTekanan, persekitaran, kesihatan punca kesihatan polis terganggu\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Sany Hamzah hanya bermotifkan politik \u2013 Zulkifli Yahya\n\n\n\n\n\n\nOmicron Makin Hampiri Malaysia \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Exco minggu lalu, kerajaan negeri melalui PBT tidak akan beri lagi kelulusan baharu lesen premis judi di semua daerah.\n\n\nMuhammad Sanusi berkata, aktiviti perjudian perlu dibanteras kerana ia antara punca kepada kerosakan dan keruntuhan tamadun khususnya institusi keluarga\n\n\nMuhammad Sanusi turut mengumumkan ketetapan juga telah dibuat agar penjualan arak secara terbuka dihadkan hanya kepada pengguna bukan Islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/17/malaysia-sedia-jadi-hab-rawatan-hepatitis/", "title": "Malaysia Sedia Jadi Hab Rawatan Hepatitis", "body": "0\n\n\n(Hepatitis C / sumber : aidsmap)\n\n\nRABU, 17 NOVEMBER\n \u2013 Malaysia bersedia menjadi hab rawatan hepatitis C dengan menawarkan rawatan kombinasi ubat Ravidasvir dan Sofosbuvir pada harga berpatutan.\n\n\nMenteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, produk baharu bagi pelancongan kesihatan itu ditawarkan susulan Malaysia menjadi negara pertama diberi kelulusan bersyarat untuk menawarkan rawatan daripada gabungan dua ubat tersebut.\n\n\nKhairy berkata, rawatan itu akan dipasarkan kepada pengembara dari luar negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga Sayur Naik Mendadak, Cap Gesa Pihak Berkuasa Siasat\n\n\n\n\n\n\nMayat nelayan ditemukan dalam perut buaya\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA Sifatkan Jasa Tun Arshad Amat Besar Pada Negara\n\n\n\n\n\n\nI-Guru Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nFuad bidas kenyataan Kadir, siapa sebenarnya \u2018harakiri\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, ia merupakan rawatan jangka masa sederhana sekitar 3 bulan justeru ekonomi turut dijangka menghadapi kesan yang berganda.\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media ketika sidang media sempena InsigHT2021.\n\n\nPersidangan perisikan pasaran pelancongan perubatan terkemuka rantau ini yang dianjurkan Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia MHTC diadakan selama 3 hari bermula hari ini.\n\n\nBeliau berkata tawaran itu juga sejajar dengan misi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk mengurangkan penularan jangkitan virus hepatitis itu sebanyak 90% dan mengurangkan kematian disebabkan virus itu sebanyak 65% menjelang 2030."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/17/penentangan-larangan-judi-punya-agenda-tertentu-berjasa/", "title": "Penentangan Larangan Judi punya Agenda Tertentu \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan)\n\n\nRABU, 17 NOVEMBER\n \u2013 Sementara itu, Presiden \nBarisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia\n, BERJASA, Zamani Ibrahim \namat menyokong tindakan Menteri Besar Kedah yang tidak menyambung lesen\u00a0 bagi premis perjudian di negeri itu.\n\n\n(Haji Zamani Ibrahim, Presiden Berjasa)\n\n\nHaji Zamani Ibrahim selaku Presiden BERJASA berkata :\n\n\n\u201c\u2026 saya melihat mana-mana suara parti politik yang tidak bersetuju dengan apa langkah yang telah diambil oleh kerajaan kedah ini. Dari saya kita nak tahu apakah agenda apakah pemikiran yang ada kepada pemimpin parti ataupun kuasa tertinggi\u00a0 DAP yang mempertikaikan sebab apa yang saya lihat mana-mana agama mana mana bangsa pastinya tidak bersetuju dan tidak membenarkan budaya mabuk budaya judi dalam kalangan masyarakat dan penganut mereka. Jadi bagi saya mereka yang mempersoalkan tindakan kerajaan kedah itu bagi saya apa agama yang mereka anuti ? apakah mereka ini tidak beragama?\u2026\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu perhalusi keputusan tarik balik rayuan kes kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nPDRM Lanjutkan Tempoh Diskaun Sehingga 31 Disember\n\n\n\n\n\n\n7 Julai, keputusan representasi Rizal Van Geyzel\n\n\n\n\n\n\nPM digesa tolak tuntutan Dong Zong iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nBung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan\n\n\n\n\n\n\n\n\nUjarnya lagi, parti-parti yang mempertikaikan keputusan kerajaan negeri Kedah itu disifatkan sengaja untuk mengambil peluang politik malah cubaan mengambil hati bangsa yang ingin\u00a0 mengaut keuntungan dalam perniagaan.\n\n\n\u201c\u2026. Sebab tadi tidak ada mana-mana bangsa, tidak ada mana-mana agama yang bersetuju dengan judi dan juga arak ini jadi siapa yang memperjuangkanya bermakna parti itu parti yang songsang, songsang daripada kehendak norma bangsa, songsang daripada kehendak agama itu sendiri.. saya menekankan bahawa sepatutnya apa yang dilakukan kedah itu juga dilaksanakan oleh mana-mana negeri sebab ianya satu kepentingan umum\u2026\u201d\n\n\nHaji Zamani juga menyifatkan penentangan terhadap larangan ini adalah bertentangan dengan norma mana-mana ajaran agama dan bangsa.\n\n\nSementara itu, Timbalan Ketua Menteri Dua Pulau Pinang, \nP Ramasamy\n\u00a0 semalam mengeluarkan satu kenyataan di laman facebooknya.\n\n\nMembantah larangan kerajaan Kedah dan mendakwa tindakan itu keterlaluan, menyekat hak dan \nbertujuan mengawal orang bukan Islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/17/persatuan-ulama-sokong-keputusan-kerajaan-kedah/", "title": "Persatuan Ulama Sokong Keputusan Kerajaan Kedah", "body": "0\n\n\n(Persatuan Ulama Kedah, Hafiz Mustafa Lubis)\n\n\nRABU, 17 NOVEMBER\n \u2013 Persatuan Ulama Kedah menyokong penuh keputusan kerajaan negeri untuk tidak lagi meneruskan memberi kelulusan lesen perjudian kepada mana-mana premis perjudian di negeri itu.\n\n\nYang Dipertua Persatuan Ulama Kedah, Hafiz Mustafa Lubis\n berkata;\n\n\n\u201c\u2026 tabiat berjudi dalam kalangan masyarakat perlu dibanteras supaya agenda pembangunan Insan di Kedah dapat\u00a0 dilaksanakan\u201d\n\n\nTegas beliau,\u00a0 t\nabiat berjudi tidak memberi kesan yang positif bahkan menghancurkan institusi kekeluargaan \nmalah mengancam keselamatan awam sekali gus melibatkan aktiviti jenayah yang berpunca daripada perjudian\n\u2019.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis percepat siasatan pelajar kecam soalan Sejarah SPM\n\n\n\n\n\n\nPAS Terengganu pastikan ahli politik mohon tauliah MAIDAM\n\n\n\n\n\n\nMulai Rabu tidak perlu lagi pelitup muka dalam pengangkutan awam, hospital\n\n\n\n\n\n\nTommy Thomas dakwa Najib selepas terima kertas siasatan lengkap, tiada niat jahat\n\n\n\n\n\n\nAngkuh vokalis The 1975 salahkan penganjur, mengapa undang dia?\n\n\n\n\n\n\n\n\nPihak Mufti Kedah juga berharap kerajaan persekutuan pimpinan perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob\n turut mengambil serupa \nmenghentikan pemberian lesen baharu bagi aktiviti perjudian.\n\n\n14 November lalu, kerajaan Kedah memutuskan untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis perjudian di negeri itu \nbagi memastikan Kedah bebas daripada aktiviti tersebut pada masa akan datang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/17/pesawat-tudm-terhempas-di-pulau-pinang/", "title": "Pesawat TUDM terhempas di Pulau Pinang", "body": "0\n\n\nHismuddin di laman twitter\n\n\nRABU, 17 NOVEMBER : Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam ini.\n\n\nTUDM dalam satu kenyataan malam ini berkata,\u00a0 kejadian itu melibatkan sebuah pesawat pejuang Hawk pada jam 10.07 malam di kawasan landasan pangkalan berkenaan.\n\n\n\u201cPihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJPJ rugi RM14.38 juta cetak kad lesen memandu\n\n\n\n\n\n\nAmuk, cubaan tukang gunting serang polis dengan pisau pemotong daging\n\n\n\n\n\n\nKerajaan akan tambah baik undang-undang kesalahan menghendap\n\n\n\n\n\n\nMPN Setuju Malaysia Kembali Sebagai Negara Pertanian\n\n\n\n\n\n\nSijil pentauliahan bukan penghalang aktiviti belajar agama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/17/teks-sahih-masih-bahasa-inggeris-apa-ahli-parlimen-buat/", "title": "Teks Sahih Masih Bahasa Inggeris, Apa Ahli Parlimen Buat?", "body": "0\n\n\n(foto hiasan)\n\n\nRABU, 17 NOVEMBER\n \u2013 Teks sahih Perlembagaan Persekutuan masih dalam Bahasa Inggeris dan bukannya Bahasa Melayu walaupun sudah lebih 60 tahun merdeka.\n\n\nMengulas lanjut, Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Haji Aminuddin Yahaya melahirkan rasa kecewa kerana tidak ada seorang pun ahli parlimen apatahlagi Menteri Undang-Undang ataupun Perdana Menteri yang cuba mengusulkan perkara ini.\n\n\nHaji Aminuddin Yahaya sebagai Pengerusi PEMBELA berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUtamakan bantu sekolah daif berbanding sekolah persendirian Cina\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Di Kelantan Menurun\n\n\n\n\n\n\nKonsert Coldplay tiada manfaat kepada rakyat, negara\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Saman Penyelidik Rasuah, Lalitha Kunaratnam \u2013 RM10 Juta\n\n\n\n\n\n\nDakwaan komplot PN guling kerajaan tidak berasas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTeks sahih Perlembagaan Persekutuan masih dalam Bahasa Inggeris sangat menyedihkan kerana ahli-ahli parlimen kita terlalu ramai merupakan graduan undang-undang dan malah di antara mereka adalah penggubal undang-undang, namun tidak ada seorang pun cuba mengusulkan perkara ini.\u201d\n\n\nBeliau berkata, ia sangat menyedihkan kerana ahli-ahli parlimen di negara ini terlalu ramai bergraduan undang-undang dan ada di antara mereka sendiri adalah penggubal undang-undang.\n\n\nAminuddin turut difahamkan sudah lama peguam-peguam termasuk dari Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia menyuarakan dan memperjuangkan isu ini tetapi dipandang sepi.\n\n\nTambahnya, alangkah baiknya juga agenda ini diangkat oleh parti-parti yang sering melaungkan bahawa mereka memperjuangkan bahasa dan identiti kebangsaan.\n\n\nDengan nada tegas, beliau turut mencabar mana-mana gabungan parti boleh memasukkannya dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.\n\n\nDalam pada itu Aminuddin mengajak lebih ramai lagi menyuarakan isu ini dengan harapan \u2018penggubal undang-undang\u2019 akan mengambil serius isu ini dan tidak mahu melihat ada pihak yang melatah dan tidak senang dengan perkara ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/17/tiada-istilah-ketua-menteri-sementara-zahid/", "title": "Tiada Istilah Ketua Menteri Sementara \u2013 Zahid", "body": "0\n\n\n(Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)\n\n\nRABU, 17 NOVEMBER\n \u2013 Datuk Seri Sulaiman Md Ali tidak akan menjadi Ketua Menteri Melaka sementara sekiranya gabungan parti itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.\n\n\nPengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta pengundi agar tidak termakan dan terpengaruh dengan fitnah yang dilontarkan pihak tertentu.\n\n\nMenerusi catatan Facebook Ahmad Zahid beliau berkata, pengundi dan rakyat Melaka jangan termakan fitnah dan tiada istilah ketua menteri sementara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAPM Johor siap siaga amaran hujan berterusan tahap bahaya\n\n\n\n\n\n\nGuan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez\n\n\n\n\n\n\nIsu Kenaikan Harga Perlu Diperhalusi Dari Segala Dimensi \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nSegera dapatkan dos penggalak kedua \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\nAnwar diisytihar Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka Datuk Seri Mohamad Hasan, turut menegaskan Sulaiman akan dilantik segera Ketua Menteri Melaka sehingga habis penggal:\n\n\n\u201c\u2026sekali gus menangkis dakwaan yang mengatakan Sulaiman akan menjadi ketua menteri sementara sekiranya BN diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat dalam PRN Melaka, Sabtu ini\u201d.\n\n\n\u201cinsyallah jika diberi mandat oleh rakyat kepada Barisan nasional untuk mentadbir Melaka ini BN telah tetapkan bahawa Datuk Seri Utama Sulaiman akan dilantik sebagai ketua ,menteri Melaka sehingga habis penggal takde isu pula orang nak main-mainkan kata sementara ini bukan cerita main-main ini bukan cerita kampung.\u201d\n\n\nPakatan Harapan pula menamakan Adly Zahari sebagai ketua menteri Melaka yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil manakala Perikatan Nasional (PN) sehingga kini tidak menamakan sesiapa bagi jawatan berkenaan.\n\n\nSulaiman, yang juga penyandang di kerusi DUN Lendu ditentang Mejar (B) Abdullah Mahadi daripada PN dan Mohamad Asri Ibrahim PH."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/476037-individu-biasa-layak-mengundi-spr/", "title": "476,037 Individu Biasa Layak Mengundi \u2013 SPR", "body": "0\n\n\n(Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru seramai 476,037 individu biasa yang layak mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 untuk keluar mengundi pada Sabtu ini.\n\n\nMenurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, seramai 11,557 orang adalah pengundi awal dan 7,601 orang telah mengundi secara pos.\n\n\nJelas Ikmalrudin\u00a0 pengundi dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan garis panduan pencegahan COVID-19.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n31,600 surat tawar haji mula dikeluarkan Rabu ini\n\n\n\n\n\n\nKebebasan bersuara dalam UMNO sudah mati\n\n\n\n\n\n\nKebakaran Jakel: Bomba fokus unsur sabotaj, sisa bara api\n\n\n\n\n\n\nJakim tiada kaitan urusan tauliah mengajar agama Islam\n\n\n\n\n\n\nShahrizat sah kembali, bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\nDimana pengundi disaran agar membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi melalui beberapa saluran, antaranya portal semakan daftar pemilih di laman web ,Aplikasi MySPR Semak; dan Hotline SPR.\n\n\nMengulas lanjut, Ikmalrudin berkata, sekiranya pengundi tidak dapat hadir pada masa keluar mengundi yang digalakkan atas sebab-sebab tertentu, pengundi masih boleh keluar mengundi mengikut kelapangan masa dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang.\n\n\nPengundi diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.\n\n\nSelain itu jelasnya, pengundi juga dinasihatkan supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya.\n\n\nSPR menyeru kepada semua pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Sabtu ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/ahli-parlimen-pkr-buta-sejarah-cadang-kaji-semula-perkara-153/", "title": "Ahli Parlimen PKR Buta Sejarah Cadang Kaji Semula Perkara 153", "body": "0\n\n\n(Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Haji Zamani Ibrahim)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Pihak yang mencadangkan supaya hak istimewa orang Melayu di dalam Perkara 153 dikaji semula disifatkan sebagai individu buta sejarah.\n\n\nIndividu berkenaan juga dilihat sebagai cetek pemikiran kerana sanggup menggadaikan suatu perkara yang menjaga kepentingan bangsanya sendiri.\n\n\nPresiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Haji Zamani Ibrahim menegaskan, tiada sebarang cacat cela wujud dalam peruntukan yang sudah sejak sekian lama diterima oleh masyarakat di negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPERKEP Selangor Tunjuk Usaha Murni Bantu Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nTiada anak Melayu layak teraju Axiata? \u2013 PERKASA\n\n\n\n\n\n\nMARA Tamatkan Pengajian 10 Pelajar MRSM Terlibat Buli\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : langgar konsep Malaysia Madani\n\n\n\n\n\n\nHanya pegawai Gred 41 ke atas diberi kuasa tolak pelancong masuk\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, hanya mereka yang tidak sayangkan negara dan bangsa sendiri sahaja sanggup mengeluarkan cadangan sedemikian rupa.\n\n\nHaji Zamani Ibrahim, Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) berkata :\n\n\n\u201cSaya tidak faham kenapa individu berkenaan tiada harga diri sehingga sanggup mahu kaji semula, sedangkan inilah tiang seri kepada penyatuan ummah yang tidak boleh diganggu-gugat sesiapa\u201d\n\n\nBeliau ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan perkara tersebut didalangi pihak tertentu yang memiliki kepentingan dengan mempergunakan individu buta sejarah.\n\n\nTerdahulu, Ahli Parlimen PKR, Hassan Karim mencadangkan Perkara 153 melibatkan hak istimewa orang Melayu dikaji semula.\n\n\nBeliau berkata, ini kerana pengagihan ekonomi negara tidak adil serta meminggirkan masyarakat India dan Cina, yang mana perlu diagihkan secara sama rata.\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/hentikan-pengeluaran-lesen-judi-arak-tindakan-wajib-disokong/", "title": "Hentikan Pengeluaran Lesen Judi, Arak \u2013 Tindakan Wajib Disokong", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : udakwah)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Agak menghairankan apabila tindakan tegas terhadap aktiviti judi dan arak dikatakan sebagai mencabuli prinsip pembinaan negara bangsa.\n\n\nMengulas lanjut, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Doktor Ahmad Sanusi Azmi\n berkata, tindakan kerajaan negeri Kedah yang bertegas menghentikan pengeluaran lesen judi dan arak adalah tindakan yang wajib disokong.\n\n\n\u201cPada hakikatnya, tindakan kerajaan negeri Kedah yang bertegas menghentikan pengeluaran lesen judi dan arak adalah tindakan yang wajib disokong. Ia bertepatan dengan saranan Al-Quran dan Hadis.\u201d\n\n\n\u2013\u00a0 \u00a0 \u00a0 \nDR AHMAD SANUSI AZMI\n / \nPensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM\n\n\nBeliau berkata, tindakan kerajaan negeri Kedah itu bertepatan dengan saranan al-Quran dan hadis malah langkah ini pernah dilaksanakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz dahulu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS anjur himpunan solidariti bantah tindakan bakar Al-Quran Jumaat ini\n\n\n\n\n\n\n80,000 calon lepasan SPM ditawar ke universiti awam\n\n\n\n\n\n\nCalon BN akan guna logo dacing pada PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\nPengerusi SPRM Sifatkan Ada Udang Di Sebalik Batu\n\n\n\n\n\n\nSPRM tahan Muhyiddin, didakwa esok\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun apa yang menghairankan katanya, terdapat dalam kalangan pimpinan muslim sendiri yang membantah tindakan penguatkuasaan tegas terhadap judi dan arak tersebut \nsedangkan Rasulullah amat membenci arak dan judi kerana penghasilan dan penyebaran arak ini adalah perlakuan yang amat terkutuk boleh memberi ancaman pada negara sehingga mereka yang melakukannya dilaknat oleh Allah dan Rasul\n.\n\n\nTambah Ustaz Sanusi, tidak sepatutnya timbul isu mempersoalkan tindakan mengawal penjualan arak dan judi ini oleh seorang Muslim\n\n\nKeterikatan seseorang dan ketaksuban mereka kepada parti tertentu akhirnya membawa dirinya untuk mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan prinsip Islam.\n\n\n(Facebook Lim Kit Siang)\n\n\nUstaz Sanusi berkata demikian memberi respond kepada Lim Kit Siang yang mengajak orang ramai menolak calon PAS, Perikatan Nasional dan Barisan Nasional memandangkan PAS telah mengharamkan aktiviti perjudian di Kedah dan membangkitkan isu mengenai arak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/hisap-rokok-tiada-penjarakan-fizikal-pematuhan-sop-dipertikai/", "title": "Hisap Rokok & Tiada Penjarakan Fizikal, Pematuhan SOP Dipertikai", "body": "0\n\n\n(Foto hasil tinjauan kru TV Pertiwi / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 \nPematuhan SOP boleh dipertikai di bilik-bilik gerakan DUN semasa PRN Melaka. \nHasil tinjauan kru TV Pertiwi mendapati, segelintir penyokong sewenang-wenangnya menghisap rokok dan tidak menjaga penjarakan fizikal.\n\n\nKelihatan segelintir penyokong sedang berada di bawah khemah\u00a0 di hadapan bilik gerakan parti.\n\n\nWalaupun sering diingatkan oleh pihak KKM agar mematuhi SOP dan penjarakan sosial, namun berdasarkan rakaman lensa kami, ia tidak begitu dipatuhi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBERSATU JUGA BERTANGGUNGJAWAB \u2013 MT UMNO\n\n\n\n\n\n\nTambah baik hal ehwal Islam, beri manfaat kepada semua\n\n\n\n\n\n\nAUKU dijangka dipinda hujung tahun ini\n\n\n\n\n\n\nAkta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Ditambah Baik\n\n\n\n\n\n\nMufti Perlis Saran KKM Tangguh Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir ke Bilik Gerakan N05 DUN Macap Jaya hari ini yang terletak di Felda Tun Ghafar Baba.\n\n\nHishammuddin hadir pada jam 12.15 tengah hari semalam untuk bertemu dengan calon Barisan Nasional di DUN berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/jangan-terlibat-perlu-cari-peluang-pekerjaan-lain/", "title": "Jangan Terlibat, Perlu Cari Peluang Pekerjaan Lain", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : mhdaily)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Dalam pada itu, tinjauan krew TV Pertiwi juga mendapati kebanyakan orang awam tidak bersetuju jika orang Islam terpaksa bekerja di sektor-sektor yang membabitkan pembuatan, jual beli, dan menghidang minuman keras.\n\n\nLilis Apsareena sebagai orang awam berkata :\n\n\n\u201cbagi akak itu alasan lah, sebab kalau kita rajin pergi masuk ke kedai-kedai, mudah.com ke\n\u2026tapi kena ingat kita hidup kat dunia ni untuk cari keredhaan Allah dan keberkatan, bukan nak cari gaji yang besar\u201d\n\n\nBagi padangan Imran Hasan, orang awam pula :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBakar bendera Israel tanda solidariti \u2013 UMNO\n\n\n\n\n\n\nKPKM akan teliti masalah lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing\n\n\n\n\n\n\nCadangan stabilkan harga babi dibawa ke Kabinet esok\n\n\n\n\n\n\nKenderaan persendirian tidak perlu pamer cukai jalan bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nB40 jika rayuan diterima tapi luar tahun giliran kena bayar penuh\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cperanan kita, kita kena sentiasa bagi peringatan lah\n\u2026walaupun majikan tu kurang kesedaran, kita kena bagi kesedaran sesama kita\u201d.\n\n\nCk Rahim, orang awam pula berkata :\n\n\n\u201cini semua terletak di tangan Majlis Agama Islam bagi setiap negeri lah\n\u2026benda ini dah tak dijadikan satu isu\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/jenazah-mangsa-akan-dikebumi-di-pahang/", "title": "Jenazah Mangsa Akan Dikebumi Di Pahang", "body": "0\n\n\n(Bangkai pesawat TUDM, sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Jenazah juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy, selamat dikebumikan di Muadzam Shah, Pahang petang tadi.\n\n\nSebaik selesai proses bedah siasat sekitar jam 2 petang tadi di Hospital Seberang Jaya (HSJ), jenazah Allahyarham dibawa ke Pangkalan Udara Butterworth untuk disolatkan sebelum diterbangkan ke Pahang bagi urusan pengebumian.\n\n\nSebelum itu, proses pengecaman jenazah dilakukan oleh isteri Mohamad Affendi, Nurul Izati Shari serta adik Allahyarham yang hanya dikenali sebagai Nur di HSJ.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Saman Penyelidik Rasuah, Lalitha Kunaratnam \u2013 RM10 Juta\n\n\n\n\n\n\n1.75 juta kenderaan dijangka memasuki ibu negara malam ini\n\n\n\n\n\n\nPM arah JPA bincang isu gaji penjawat awam dengan Cuepacs\n\n\n\n\n\n\n\u201cBukan kerana kerusi empuk, saya sedih tinggalkan kakitangan saya \u2026 \u201d \u2013 Sulaiman\n\n\n\n\n\n\nHadi sifatkan Melayu bangsa tidak rasis\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Nur, abangnya yang bertugas di Labuan ketika kejadian sedang menjalani latihan penerbangan di Pangkalan Udara Butterworth.\n\n\nNur berkata arwah abangnya berusia 31 tahun anak sulung daripada 3 beradik disifatkan seorang yang sangat bertanggungjawab dan baik kepada keluarga.\n\n\nNur berkata, kakak iparnya masih terkejut dengan kejadian yang berlaku.\n\n\nSementara itu Kementerian Pertahanan Malaysia (Kementah) memberi jaminan akan memberi bantuan sewajarnya kepada kedua-dua keluarga juruterbang pesawat TUDM Hawk 108 yang terkorban malam semalam.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan \npesawat pejuang Hawk 108 akan terus digunakan untuk latihan dan operasi.\n\n\nBuat masa ini, keputusan penggantungan pesawat itu hanya akan dibuat selepas siasatan dijalankan Lembaga Siasatan Khas secepat mungkin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/jumlah-katil-icu-di-selangor-meningkat/", "title": "Jumlah Katil Icu Di Selangor Meningkat", "body": "0\n\n\n(Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha\u2019ari Ngadiman)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Jumlah penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) di hospital seluruh Selangor yang merawat kes Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 meningkat dua peratus sejak 2 minggu lalu.\n\n\nPengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha\u2019ari Ngadiman berkata, ia berikutan peningkatan kes baharu harian Covid-19 di Selangor daripada 1,300 hingga 1,500 kes dalam tempoh tersebut.\n\n\nMenurutnya, jumlah terkini katil di ICU dan \u2018repurposed\u2019 ICU di Selangor termasuk kes Covid-19 dan bukan Covid-19 adalah sebanyak 203 katil dengan kadar penggunaannya sebanyak 80 %.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAda agenda tersembunyi, sebar fahaman liberal secara halus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nRumah terbuka Malaysia MADANI gelojoh, mencabar maruah negeri\n\n\n\n\n\n\nPembelaan Zahid Diputuskan Mahkamah 24 Januari\n\n\n\n\n\n\nJAWI, SWCorp fokus tingkat kebersihan masjid dan surau\n\n\n\n\n\n\nIPD Ampang Jaya Tumpaskan Samun, Curi Tabung Ekzos Kereta\n\n\n\n\n\n\n\n\nJumlah katil bukan kritikal di hospital bagi pesakit Covid-19 adalah sebanyak 1,286 katil dengan kadar penggunaan sebanyak 92 % setakat hari ini\n\n\nBagi wad ICU di hospital hibrid iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan hospital bukan Covid-19 iaitu Hospital Shah Alam dan semua hospital daerah di Selangor, jumlah pesakit ICU terkini kes Covid-19 ialah sejumlah 86 kes iaitu 42 % daripada kapasiti ICU di Selangor dan selebihnya merupakan kes bukan Covid-19.\n\n\nDalam pada itu, mengulas mengenai peningkatan kes Covid-19 di ICU Hospital Sungai Buloh, Dr Sha\u2019ari berkata, ia berlaku disebabkan status Hospital Sungai Buloh sebagai Hospital Full Covid-19 dan menjadi hospital rujukan Covid-19 bagi semua hospital bukan sahaja di Lembah Klang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/kenaikan-kes-covid-tidak-jejas-ppn/", "title": "Kenaikan Kes Covid Tidak Jejas PPN", "body": "0\n\n\n(Pengerusi Majlis Pemulihan Negara MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Peningkatan kes harian COVID-19\u00a0 dan kadar kebolehjangkitan setakat ini tidak memberikan kesan kepada Pelan Pemulihan Negara PPN.\n\n\nPengerusi Majlis Pemulihan Negara MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, \nPeningkatan kadar kebolehjangkitan kembali meningkat namun bukan dalam kategori serius dan menunjukan pertambahan yang drastik.\n\n\nTambah Muhyiddin, PPN tidak akan terjejas oleh peningkatan kes ekoran kebanyakan sektor ekonomi telah dibuka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP Patut Jaga Sensitiviti Hak Istimewa Melayu Bumiputera\n\n\n\n\n\n\nBAHAYA TANGGA BERGERAK \u2018ESCALATOR\u2019 TIDAK DISELENGARA\n\n\n\n\n\n\nPelajar Dibuli 10 Senior, Badan Ditekap Seterika\n\n\n\n\n\n\nAwang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China di Beijing\n\n\n\n\n\n\nKPM Siasat Pelajar Hanya Diberi Nasi Putih & Kuah\n\n\n\n\n\n\n\n\nTan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara MPN berkata :\n\n\n\u00a0\u2018\u2019\nSetakat sekarang ini, saya lihat belum ada petanda ia (peningkatan kes) membawa kesan kepada PPN kerana industri dan sektor ekonomi semua sudah dibuka kita tidak lagi menyekat untuk buka 24 jam pun boleh. Belum lagi nampak kesan besar tetapi proses pembukaan ekonomi sudah bermula\n\u2019\u2019\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media ketika menghadiri program Pertemuan Bersama British Malaysia Chamber of Commerce (Roundtable Meeting) dan Dialog Pemulihan Negara, hari ini.\n\u00a0\n\n\nMengulas lanjut, kebanyakan sektor yang telah beroperasi turut menghadapi masalah untuk meneruskan operasi ekoran kekangan kewangan.\n\n\nUjar beliau, MPN sentiasa mengambil berat tentang industri yang terkesan ini memerlukan Sokongan, dari segi kewangan, bantuan modal dan moratorium."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/kronologi-kejadian-babitkan-pesawat-tudm-hawk/", "title": "Kronologi Kejadian Babitkan Pesawat TUDM Hawk", "body": "0\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Berikut kronologi insiden membabitkan pesawat pejuang Hawk milik TUDM sejak 1996.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n18 Jun 1996 \u2013 terhempas ketika membuat penerbangan latihan berhampiran Pangkalan TUDM di Butterworth, Pulau Pinang. Tiada kecederaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri Tiba Di Singapura Sempena Pelaksanaan VTL\n\n\n\n\n\n\nKutipan tol Lebuhraya DASH bermula tengah malam ini\n\n\n\n\n\n\nKKD, MCMC diminta pantau hantaran naratif kaum, agama oleh ahli politik\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Terima Bekalan Pertama Vaksin Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\nKPM beri guru autonomi buat pilihan rekod SPPB\n\n\n\n\n\n\n\n\n23 Julai 1996 \u2013 terhempas dan meletup di sebuah gaung kecil di luar Lapangan Terbang Labuan. Dua juruterbang terselamat.\n\n\n10 September 1998 \u2013 Juruterbang terkorban,\u00a0 apabila pesawat latihan Hawk 208 terhempas di Kuala Betis, Gua Musang kira-kira 200km dari Kota Bharu, Kelantan.\n\n\n2 Oktober 2000 \u2013 terbabas semasa mendarat di Pangkalan TUDM Labuan selepas menjalani latihan penerbangan biasa. Juruterbang terselamat.\n\n\n18 Disember 2003 \u2013 Dua juruterbang terbunuh apabila pesawat pejuang Hawk 100 terhempas di perairan Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.\n\n\n23 Jun 2005 \u2013 terhempas di Pangkalan Udara TUDM Labuan, mengorbankan juruterbangnya.\n\n\n4 Mei 2007 \u2013 terhempas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. Juruterbang terselamat.\n\n\n15 Jun 2017 \u2013 hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di sempadan Terengganu dan Pahang setelah terputus hubungan pada 11.30 pagi. Dua juruterbang disahkan terkorban selepas pesawat terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.\n\n\n16 November 2021 \u2013 kemalangan di kawasan landasan Pangkalan Udara di Butterworth, Pulau Pinang pada 10.07 malam. Seorang juruterbang terselamat manakala seorang lagi terkorban."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/letak-jawatan-enggan-terbabit-keputusan-1mdb-ismee/", "title": "Letak Jawatan Enggan Terbabit Keputusan 1MDB \u2013 Ismee", "body": "0\n\n\n(Bekas Pengarah Bukan Eksekutif One-Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Ismee Ismail,)\n\n\nKHAMIS. 18 NOVEMBER\n \u2013 Bekas Pengarah Bukan Eksekutif One-Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Ismee Ismail, berkata beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kerana bimbang dan tidak mahu lagi terbabit dengan keputusan masa hadapan yang akan dibuat oleh syarikat itu.\n\n\nIsmee yang memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pendakwaan ke-13, berkata beliau menyerahkan surat itu pada Jun 2015 tetapi tidak diterima syarikat.\n\n\nBeliau yang membacakan pernyataan saksi setebal 111 muka surat, berkata surat itu diserahkan kepada Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib Razak ketika itu, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Sedia Disiasat, Serah Kedudukan Kepada Agong\n\n\n\n\n\n\nSPR terima watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM500 ditambah ke Akaun 1 KWSP baki kurang RM10,000 bagi pencarum umur 40-54 tahun\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2022 Diumum 7 Julai\n\n\n\n\n\n\nBimbang Kesedaran Melayu Bangkit Punca Tuduhan Dilempar Pada Filem Mat Kilau\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Datuk Amhari meminta beliau untuk menangguhkan keputusan itu kerana satu pilihan sedang dipertimbangkan untuk menukar keseluruhan Lembaga Pengarah.\n\n\nNamun pada 2016,\u00a0 semua Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan 1MDB meletak jawatan kerana Lembaga Pengarah dan pengurusan baharu dilantik.\n\n\nIsmee berkata demikian ketika memberi keterangan terhadap Najib, yang berdepan 4 tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/polis-tahan-ibu-saudara-kanak-kanak-maut/", "title": "Polis Tahan Ibu Saudara Kanak-Kanak Maut", "body": "0\n\n\n(Kanak-kanak berumur 5 tahun maut jatuh dari tingkat 16)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Polis menahan ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang semalam.\n\n\nKetua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Polis Zainal Mohamed Mohamed, berkata wanita berumur 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.\n\n\nBeliau berkata, suspek mempunyai 5 rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah. \nKes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertandingan Sukan Sekolah Masih Boleh Diadakan\n\n\n\n\n\n\nHisap Rokok & Tiada Penjarakan Fizikal, Pematuhan SOP Dipertikai\n\n\n\n\n\n\nHukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dihapus\n\n\n\n\n\n\nIstiqamah \u2013 Solat Subuh selamatkan akidah anak-anak\n\n\n\n\n\n\nMata pelajaran Pendidikan Islam perlu dikaji semula \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas Zainal, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman.\n\n\nJelasnya lagi,\u00a0 orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.\n\n\nSemalam, kejadian tragis itu berlaku pada kira-kira 10.30 pagi, apabila ibu saudaranya sedar mengenai kehilangan anak saudaranya itu, selepas didapati tiada di dalam biliknya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/poster-desak-zahid-letak-jawatan-di-gantung-di-melaka/", "title": "Poster Desak Zahid Letak Jawatan Di Gantung Di Melaka", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Poster berbentuk provokasi mendesak peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mula digantung di beberapa lokasi sekitar Melaka sejak malam tadi, dipercayai selepas akar umbi tidak berpuas hati dengan Presiden UMNO tersebut.\n\n\nPoster itu tertera menyalahkan Zahid sebagai punca Pilihan Raya Negeri PRN Melaka kali ini diadakan apabila gagal menyelesaikan perbalahan sesama pemimpin UMNO di negeri itu membabitkan projek pasir.\n\n\n(Foto / sumber : helloworld)\n\n\nPoster itu turut memaparkan logo UMNO, Barisan Nasional (BN) dan wajah presiden parti itu sendiri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengasas Rumah Bonda Didakwa Lagi\n\n\n\n\n\n\nNik Razi, adik Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nPH arah enam negeri runding dengan BN\n\n\n\n\n\n\nTambah baik hal ehwal Islam, beri manfaat kepada semua\n\n\n\n\n\n\nJangan layan khabar angin tarikh 1 Syawal \u2013 JAKIM\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik laporan agenda daily, poster-poster itu digantung di beberapa kawasan berhampiran tempat lokasi poster parti bertanding dipasang, antaranya di Sungai Udang dan Alor Gajah.\n\n\nSebelum ini, media melaporkan, bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mendakwa, terdapat pemimpin UMNO di Melaka terbabit dalam penyelewengan royalti pasir \nmenyebabkan beliau bersama 3 bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/putra-mahu-bangun-minda-melayu-bumiputera/", "title": "Putra Mahu Bangun Minda Melayu Bumiputera", "body": "0\n\n\n(Prof DR Mohd Aluwi Sari selaku Calon PUTRA Dun Pengkalan Batu)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Parti PUTRA hadir pada Pilihan Raya Negeri Melaka bukan mahu memecah belahkan orang melayu sebaliknya mahu menyatupadukan orang melayu pada taraf hidup yang lebih baik.\n\n\nCalon Putra bagi Dun Pengkalan Batu, Profesor Doktor Mohd Aluwi Sari, berkata PUTRA mempunyai matlamat yang sangat jelas untuk pembangunan minda masyarakat orang melayu atau bumiputera itu sendiri.\n\n\nProf DR Mohd Aluwi Sari selaku Calon PUTRA Dun Pengkalan Batu berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Diskaun PTPTN hingga 20 peratus selama 3 bulan\n\n\n\n\n\n\nWujudkan pegawai agama di hospital\n\n\n\n\n\n\nPertembungan tiga penjuru di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram\n\n\n\n\n\n\nKementerian Pertahanan sedia 40 buah rumah percuma buat veteran ATM\n\n\n\n\n\n\nGubal Undang-Undang Elak Umat Islam Didiskriminasi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebenarnya ini pandangan individu pada hemahnya saya yakin dan percaya bukannya satu parti yang ingin memecahbelahkan orang melayu atau bangsa Melayu ataupun bumiputera itu sendiri bukan sebab dalam pengamatan saya bersama parti-parti dalam pengamatan saya bersama parti-parti lain sebelum ini adalah salah satu parti yang kita fikirkan yang mempunyai matlamat yang sangat jelas untuk pembangunan minda masyarakat orang melayu atau bumiputera itu sendiri.\u201d\n\n\nDalam pada itu, katanya Perjuangan PUTRA jelas mahu Mendaulatkan agama Islam, mengambil tahu hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dan mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.\n\n\nBeliau yakin, dengan matlamat yang jelas pihaknya dapat membantu rakyat terutama dalam soal kebajikan.\n\n\n\u201cDi parti Putra ini kita hanya konsep satu sahaja iaitu bersih bermoral dan integriti itu adalah matlamatnya. Saya pernah bersama kerajaan negeri saya ucapkan terimakasih kepada kerajaan terdahulu memberi ruang dan peluang dan mungkin ada perkara yang saya angkat untuk terjemahkan contoh-contohnya dah ternyata dan saya yakin seluruh rakyat negeri Melaka yang mengenali diri saya ini bukan hanya di dun pengkalan batu sahaja mungkin saya boleh bantu kerajaan ketika itu nanti sekiranya wadah ini diberikan kepada saya sebab kebajikan kepada rakyat ini sangat penting.\u201d\n\n\nDun Pengkalan Batu menyaksikan pertembungan 5 penjuru iaitu Aluwi Sari mewakili Parti Putra, Kalsom Nordin Barisan Nasional, Muhamad Danish Zainudin Pakatan Harapan, Mohd Azrudin Md Idris Perikatan Nasional dan Datuk Norhizam Hassan Baktee Bebas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/sudah-sampai-masa-kedudukan-istimewa-melayu-dikaji-hassan/", "title": "\u201cSudah Sampai Masa Kedudukan Istimewa Melayu Dikaji\u2019 \u2013 Hassan", "body": "0\n\n\n(Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim daripada PKR yang mempersoalan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai kedudukan istimewa orang Melayu.\n\n\nPada 10 November lalu, Hassan yang juga peguam dari PKR menyebut dalam Persidangan Dewan Rakyat dengan menyatakan bahawa\u00a0 \u2018sudah sampai masanya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan (mengenai kedudukan istimewa orang Melayu) dikaji semula\u2019.\n\n\nHassan Karim sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang d\nalam Penyata Perbahasan Parlimen yang dikeluarkan berkenaan jelas tercatat Hassan menyebut untuk\u00a0 Perlembagaan Persekutuan dikaji semula.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBuluh lemang sumber pendapatan Shafie di Raub\n\n\n\n\n\n\nKonsert Coldplay tiada manfaat kepada rakyat, negara\n\n\n\n\n\n\nLelaki direman muat naik kenyataan berbaur ugutan, perkauman\n\n\n\n\n\n\nDadah, pornografi punca sumbang mahram tinggi di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nInflasi : Rakyat Perlu Urus Kewangan Sebaiknya \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebuah portal berita turut melaporkan, Ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata, kerajaan harus meneliti semula Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan menyusun semula dasar tindakan afirmatif Malaysia.\n\n\nBeliau berkata, bumiputera diperuntukkan RM10 bilion setiap tahun tetapi lebih 70 % daripada mereka yang mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP adalah bumiputera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/tersenarai-mega-projek-paling-tidak-berguna-di-dunia/", "title": "Tersenarai Mega Projek Paling \u2018Tidak Berguna\u2019 Di Dunia", "body": "0\n\n\nForest City / sumber : straitimes)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Forest City yang terletak di Johor Bahru telah disenarai sebagai Most Useless Megaprojects in the World oleh saluran YouTube Top Luxury.\n\n\nMenurut Top Luxury, pada 14 November lalu, rakyat Malaysia tidak mampu untuk membeli pangsapuri itu kerana harga hartanah ditetapkan terlalu tinggi dan hanya sesuai untuk pasaran China.\u00a0\u00a0\n\n\nTambahnya, projek ini terlalu futuristik untuk dicapai malah mencabar dari segi politik untuk dilaksanakan dalam masa\u00a0 terdekat.\u00a0\n\n\n(Foto / sumber : Twitter @twthartanah)\n\n\nForest City merupakah hartanah serba mewah dan elit yang terletak di Mukim Gelang Patah, Johor dan mempunyai keluasan sehingga 1,370 hektar.\n\n\nPada tahun 2006, projek itu diletakkan di bawah China\u2019s Belt and Road Initiative dan dijangka siap pada 2035 dengan kos sebanyak 100 bilion dolar Amerika;\n\n\n\u2026dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan diperkenan oleh Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.\n\n\nMenurut Top Luxury, projek ini dibiayai oleh China dan rakyat China mendapat kelebihan untuk memiliki sebahagian perumahan di Forest City.\n\n\nDisebabkan itu, sebahagian nama jalan dan papan tanda ditulis di dalam bahasa Cina, manakala terdapat juga sekolah yang dibina di sekitar Forest City menawarkan kursus bahasa Mandarin.\u00a0\n\n\nTambah saluran itu lagi, pada 2019 sahaja, hampir 80 peratus pemilik rumah di Forest City adalah mereka yang datang dari China.\n\n\nDalam pada itu, pandemik COVID-19 turut merencatkan pembangunan projek ini apabila pelabur mula menarik diri.\u00a0\n\n\nDifahamkan bahawa kurang dari 500 orang yang berpindah masuk ke Forest City, ia angka yang sangat rendah memandangkan Forest City dibina untuk memuatkan hampir 700,000 orang.\n\n\nSelain Forest City, projek Interstate H3 di USA Hawaii, projek Ciudad Real Central Airport di Spain, projek Naypyidaw di Myanmar dan Yucca Mountain Nuclear Waste Repository turut memasuki senarai mega projek yang tidak bergu"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/tidak-berhati-perut-buang-bayi/", "title": "Tidak Berhati Perut, Buang bayi", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER 2021 : Bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai di kawasan semak berhampiran sebuah rumah sewa, Alban Nyuang, di Jalan Mission, Song Sarawak.\n\n\nKetua Polis Daerah Song, DSP Rowney Jalak ketika dihubungi berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam pada kira-kira jam 9 pagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMB Kelantan pegang lima portfolio Exco\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin lancar kempen \u2018Ramadan Bersamamu\u2019 peruntuk RM12 juta\n\n\n\n\n\n\nBekas pelajar IPT bunuh, bakar kekasih berdepan hukuman mati\n\n\n\n\n\n\nPerlu Siasatan Menyeluruh Banteras Pemalsuan Sijil\n\n\n\n\n\n\nSunway Theme Park Adakan Perkongsian Strategik Bersama PERHILITAN\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, bayi yang masih sihat serta cukup sifat itu ditinggalkan tanpa seurat benang di kawasan semak berhampiran belakang rumah sewa terbabit.\n\n\n\n\n\u201cBayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dijumpai seorang lelaki berusia 32 tahun yang juga penyewa di rumah sewa berkenaan.\n\n\n\n\n\u201cTerdahulu, dia dan adiknya pergi ke belakang rumah sewa mereka selepas adiknya terdengar bunyi suara bayi menangis dari arah belakang rumah.\n\n\nKira-kira 10 meter dari belakang rumah sewa, mereka telah menjumpai bayi berkenaan yang ditinggalkan di atas rumput dan daun kering,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nMenurut Rowney, tersentak dengan penemuan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan polis.\n\n\nSementara itu, sepasukan polis yang bergegas ke lokasi kemudian mengeluarkan bayi berkenaan dari kawasan semak dan dirujuk ke Klinik Kesihatan Song untuk mendapatkan rawatan.\n\n\nSelain itu, ujar beliau, Jabatan Kebajikan Daerah Kapit turut dimaklumkan dengan penemuan bayi lelaki terbabit.\n\n\n\u201cKeadaan kesihatan bayi setakat ini baik dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil atau menghubungi Balai Polis Song di talian 084-777222,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/18/tindakan-kerajaan-kedah-adalah-betul-peguam/", "title": "Tindakan Kerajaan Kedah adalah Betul- Peguam", "body": "0\n\n\n(Tai Zee How, Peguam / sumber : FB)\n\n\nKHAMIS, 18 NOVEMBER\n \u2013 Sementara itu, TV Pertiwi turut mendapatkan pandangan seorang peguam berbangsa, Tiong Hwa, Tai Zee How atau dikenali di laman Facebook dengan Ulasan Apek Cina berkenaan isu ini.\n\n\nBeliau menyifatkan pelaksanan kerajaan Kedah ini adalah baik namun perlu dikuatkuasakan secara tegas dan merancang secara tersusun sebelum pelaksanaanya.\n\n\nTai Zee How, Peguam berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nImej Rasuah Dalam Umno Perlu Dibuang, Malays Never Learn\n\n\n\n\n\n\nBung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan\n\n\n\n\n\n\nSudah isytihar taubat, pengasas ajaran sesat `Asmaul Husna\u2019 dikenal pasti masih aktif\n\n\n\n\n\n\nTeks Sahih Masih Bahasa Inggeris, Apa Ahli Parlimen Buat?\n\n\n\n\n\n\nTanding jawatan lain, bukan Presiden dan Timbalan \u2013 Khir Toyo\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026 Saya rasa tindakan Menteri besar kedah ni adalah tergesa-gesa, yang pertama sekali\u00a0 saya tau niat kerajaan negeri kedah adalah betul iaitu untuk membendung kegiatan judi atau kejudian\u00a0 bukan sahaja malah adalah satu niat tujuan untuk membendung kejudian. Cumanya untuk kita membendung secara menyeluruh kita kena ambil tindakan dan perancangan yang teratur dan tersusun\u2026\u201d\n\n\nBeliau menyambut baik tindakan kerajaan berkenaan larangan berkenaan namun tindakan dan polisi yang tegas perlu dilaksanakan bagi mengelak penjualan nombor ekor secara haram.\n\n\n\u201c\u2026 Kalau tiada perancangan yang teratur dan tersusun, contohnya misalnya bekerjasama dengan pihak penguatkuasaan seperti PBT, Majlis perbandaran atau pdrm maka ini akan membantu mengembangkan no ekor haram, penjualan nor ekor yang haram. Penjualan no ekor yang haram ini dia tidak akan dapat diceraikan tidak dapat terkawal maka dia tidak akan capai tujuannya untuk membendung kejudian itu\u201d.\n\n\nTegas beliau, penguatkuasaan yang tegas ataupun perancangan yang teratur akan mencapai tujuan asal yang direncanakan.\n\n\nMalah, pendekatan yang menyeluruh akan membuahkan kejayaan tanpa melahirkan kesan sampingan, terutamanya penjualan secara haram."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/2334/", "title": "Polis saman polis", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\nRAKAMAN video (gambar kiri) yang tular di TikTok. Gambar kanan saman dikeluarkan kepada anggota polis. FOTO Tular dan Ihsan Polis\n\n\n\u00a0\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER 2021 : Tindakan seorang anggota polis menunggang motosikal tanpa cermin sisi dan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi mengundang padah apabila dia dikenakan saman bagi kesalahan itu.\n\n\nKetua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya mendapati terdapat satu video menerusi aplikasi Tik Tok dimuat naik dalam akaun @haikaliskandr berkaitan seorang anggota ronda Balai Polis Ampang menunggang motosikal tanpa cermin sisi serta menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi pada 5.30 petang, semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAmirudin tawar lima tekad, 52 program untuk rakyat Selangor\n\n\n\n\n\n\nFOMCA gesa kerajaan pecah monopoli sektor makanan, perubatan\n\n\n\n\n\n\nProsiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar dibenarkan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah pulangkan pasport Syed Saddiq untuk sementara waktu\n\n\n\n\n\n\nAnwar ziarah kawan lama perkara biasa \u2013 Salahuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSusulan itu, kami mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap anggota terbabit dengan mengeluarkan saman trafik bagi kedua-dua kesalahan berkenaan.\n\n\n\u201cPihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar peraturan ditetapkan,\u201d katanya ketika dihubungi, hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, satu video menerusi Aplikasi Tik Tok berdurasi 21 saat menunjukkan rakaman dipercayai daripada dua lelaki yang menaiki kenderaan memaklumkan anggota polis terbabit menunggang motosikal tanpa cermin sisi serta menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang tular di media sosial, semalam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/bahang-hari-pengundian-makin-terasa/", "title": "Bahang Hari Pengundian Makin Terasa", "body": "0\n\n\n(Pengerusi Perikatan Nasonal (PN) Tan Sri Muhyiddin Yasin)\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n \u2013 Meniti debaran PRN Melaka bakal berlangsung kurang dari 24 jam. \nSaya mendapati keadaan semakin meriah dengan \u2018Perang Poster\u2019 walaupun hakikatnya kempen berjalan hampar secara konvensional atau bersemuka kerana pematuhan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.\n\n\nSepanjang jalan di serata tempat di negeri itu kelihatan meriah dihiasi dengan bendera, gegantung dan sepanduk memandangkan tempoh berkempen akan berakhir pada jam 12 tengah malam nanti.\n\n\nKetika kami melalui kawasan dari Lubok Cina ke Tanjung Bidara, laluan jalan raya tidak lekang dengan bendera setiap parti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n6 penumpang maut nahas van di Genting Highlands\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa ubah pakaian seragam pramugari tempatan terutama yang Islam\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Tapak perkhemahan beroperasi secara haram sejak 2020\n\n\n\n\n\n\nLIMA\u201923: Tun M terima anugerah pencapaian sepanjang hayat\n\n\n\n\n\n\nPopulasi umat Islam kedua terbesar selepas Kristian di seluruh dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut menarik perhatian gegantung besar yang memaparkan gambar, Pengerusi Perikatan Nasonal, PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang bersaiz 20 kaki panjang yang diletakkan di beberapa lokasi berhampiran jalan utama.\n\n\nSelain itu, tertera juga slogan \u2018Abah Sayang Melaka\u2019 yang dipasang di bahu jalan dipercayai sebagai bahan kempen untuk Perikatan Nasional."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/gagasan-bebas-belum-putuskan-siapa-ketua-menteri/", "title": "Gagasan Bebas Belum Putuskan Siapa Ketua Menteri", "body": "0\n\n\n(Setiausaha Gagasan BEBAS, En. Muhammad Zaki Omar)\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n \u2013 Bagi Parti Gagasan BEBAS pula pemilihan siapa Calon Ketua Menteri masih belum dimuktamadkan, ekoran daripada beberapa insiden kekecohan yang berlaku di Media Sosial.\n\n\n\u00a0\n\n\nSetiausaha Gagasan BEBAS, En. Muhammad Zaki Omar berkata perbincangan yang lebih mendalam akan dibuat malam ini sebelum pengumuman malam esok.\n\n\n\u00a0\n\n\nZaki menambah, disaat saat akhir sebelum pembuangan undi pada Sabtu ini, Gagasan BEBAS akan lebih tertumpu kepada kempen melalui media.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n20 Pengajar & Pelajar Di Jempol Disahkan Positif\n\n\n\n\n\n\nPeralihan kuasa satu perkara biasa \u2013 Sri Acryl\n\n\n\n\n\n\nSabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Tanpa Ujian COVID-19\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Pilihan Raya Jika Mahu Bina Kekuatan Dalam Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan kes Menteri buat kecoh di KLIA disiasat rapi -PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/gesaan-kepada-semua-pemegang-taruh-politik-tanah-air/", "title": "Gesaan Kepada Semua Pemegang Taruh Politik Tanah Air", "body": "0\n\n\n(Kenyataan dari Facebook Pembela)\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n \u2013 Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, Pembela kecewa dengan keadaan politik semasa yang membawa lebih banyak perpecahan kepada umat islam.\n\n\nMenurut pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya \u201c\u2026 Gabungan NGO Melayu Islam itu tidak akan bersama dalam perkara melibatkan perpecahan umat dan perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada semua pihak\u201d.\n\n\nBeliau juga berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengangkutan awam percuma untuk OKU, pelajar sekolah\n\n\n\n\n\n\nHanya Sempadan Negara Sahaja Tutup \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nKKM cadang pemakaian semula pelitup muka ke sekolah\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Kesal Tindakan Enam Anggota LPPR\n\n\n\n\n\n\nPengerusi SPRM Sifatkan Ada Udang Di Sebalik Batu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUmat Islam harus menghantar satu isyarat tegas bahawa mereka mahukan cara berpolitik yang menguntungkan serta memberikan kesejahteraan kepada umat dan bukan perpecahan dan mudarat,\u201d\n\n\nJelas Aminuddin, umat Islam harus menghantar satu isyarat tegas bahawa dalam berpolitik perlu mengutamakan kesejahteraan Ummah bukan memudaratkan sehingga menimbulkan perpecahan.\n\n\nKatanya lagi, PRN Melaka tidak seharusnya berlaku jika semua pihak yang terlibat \u201c\u2026 dapat menguruskan nafsu dan ego masing-masing serta meletakkan kepentingan umat dan rakyat sebagai keutamaan.\u201d.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Pembela baru-baru ini.\n\n\nDalam pada itu, Aminuddin menegaskan Pembela tidak akan menyokong sebarang tindakan perebutan kedudukan politik yang bakal memberikan kemudaratan kepada rakyat secara umumnya tatkala usaha mengurangkan kesan wabak Covid-19.\n\n\nDikhuatiri keputusan PRN Melaka akan digantung kerana semua parti gagal mendapatkan sokongan majoriti undi dan dijangkakan berlaku pergabungan di antara parti-parti politik yang menang dalam Pilihan Raya Negeri untuk membentuk kerajaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/gkp-4-0-fasa-2-dibayar-mulai-23-november-ini/", "title": "GKP 4.0 fasa 2 dibayar mulai 23 November ini", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER 2021 : Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 fasa dua Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) RM500 akan dibuat mulai Selasa depan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran itu bakal memanfaatkan lebih sejuta peniaga kecil dan sederhana (PKS) mikro yang layak.\n\n\n\u201cBayaran ini merupakan lanjutan daripada bayaran fasa pertama RM500 yang telah dibuat pada September lalu,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGPS Umum Calon Bertanding Pada 4 Disember\n\n\n\n\n\n\nKenaikan OPR beri kesan kepada golongan miskin \u2013 SPCAAM\n\n\n\n\n\n\nBas Mekar JPN permudah urusan permohonan kad pengenalan\n\n\n\n\n\n\nKPM Semak Semula Sukatan KSSR, KSSM \u2013 Radzi\n\n\n\n\n\n\nV. Sivakumar arah siasat dakwaan \u2018rider\u2019 dizalimi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/ipd-ampang-jaya-tumpaskan-samun-curi-tabung-ekzos-kereta/", "title": "IPD Ampang Jaya Tumpaskan Samun, Curi Tabung Ekzos Kereta", "body": "0\n\n\n(ACP Mohd Farouk Eshak selaku Ketua Polis Daerah Ampang Jaya)\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n -Pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah IPD Ampang Jaya berjaya menyelesaikan 20 kes membabitkan pecah rumah dan samun dimana 7 kes di Pulau Pinang, 10 kes di Selangor dan 3 kes di Kedah.\u00a0\n\n\nKetua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tangkapan itu membabitkan 2 lelaki tempatan tidak bekerja berumur 30 hingga 31 tahun.\u00a0\n\n\nKedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah dan samun.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBangkai kucing: Polis cari suspek\n\n\n\n\n\n\nPendengaran Mahkamah Keabsahan Sjkc, Sjkt 20 Mac 2022\n\n\n\n\n\n\nAwas, jangan muat turun\u201c Pink Whatsapp\u201d\n\n\n\n\n\n\nZahid Diperintah Bela Diri Atas 47 Pertuduhan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan cadang wujudkan Kad Siswa Rahmah\n\n\n\n\n\n\n\n\nACP Mohd Farouk Eshak selaku Ketua Polis Daerah Ampang Jaya berkata :\n\n\n\u201c\u2026Tangkapan merupakan 2 lelaki tempatan yang tidak bekerja berumur 30 tahun dan 31 tahun. Suspek ke-2 mempunyai 40 rekod lampau dalam pelbagai kesalahan jenayah dan dadah dan 1 rekod masih dikehendaki bersabit kes pecah rumah iaitu di Pulau Pinang. Manakala suspek yang berumur 30 tahun mempunyai 2 rekod lampau iaitu kesalahan dadah dan samun. Ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Meth\u2026\u201d\n\n\nFarouk berkata, tangkapan ini dikenali dengan nama \u2018GENG WAJA\u2019 telah ditahan dibawah seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan bersenjata dan berkumpulan membawa hukuman 20 tahun penjara dan sebatan.\n\n\nSeksyen 15(1)(a) Akta dadah Berbahaya 1952 iaitu memasukkan dadah dalam badan. Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, IPD Ampang Jaya turut berjaya menyelesaikan sebanyak 33 kes membabitkan cubaan mencuri tabung ekzos kereta di kawasan Lembah Klang dan Kelantan.\n\n\nTabung ekzos dijual dengan nilai harga tinggi ekoran kandungan bahan paladium, rodium dan platinum yang boleh mencecah RM300 hingga RM800 jika dijual.\n\n\nMereka yang ditahan adalah 5 lelaki warganegara tempatan berumur lingkungan 30 hingga 43 tahun."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/jangka-masa-kempen-media-mainstream-terlalu-pendek/", "title": "Jangka Masa Kempen Media \u2018Mainstream\u2019 Terlalu Pendek", "body": "0\n\n\n(calon Barisan Nasional, N08, DUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem)\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n \u2013 Dalam pada itu calon Barisan Nasional, N08, DUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata :\n\n\n\u201c\u2026 Agak lambat pengumuman yang dibuat oleh menteri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa itu mengenai kebenaran kempen semua parti-parti bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Melaka\u201d.\n\n\nMengenai Kebenaran kempen Pilihan Raya Negeri di saluran perdana atau \u2018Mainstream\u2019 dalam kalangan parti-parti yang bertanding.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKrisis Ekonomi Mendorong Masalah Mental Rakyat \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Kebenaran Perjalanan Ke Negara Lain\n\n\n\n\n\n\nBuli Secara Emosi Perlu Diberi Perhatian \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nLoh Siew Hong gagal batal pertukaran agama anak kepada Islam\n\n\n\n\n\n\nJambatan Bagan Datuk-Kampung Sejagop wujudkan 4,000 peluang pekerjaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nNgwe Hee Sem, Calon DUN N08 Machap Jaya, \u201c\n\u2026Bagi saya itu satu platform lah bagi saya\n\u2026Untuk bagi tau pengundi kita Manifesto kita\u2026\u201d\n\n\n\u201c\u2026 Masa sudah suntuklah, bagi pandangan awam\n\u2026 Saya hanya menerusi media sosial\u2026\u201d. \nHee Sem berdepan saingan 5 penjuru di DUN Machap Jaya.\u00a0\n\n\nBeliau dicabar calon Perikatan Nasional (PN), Tai Siong Jiul, Law Bing Haw (Pakatan Harapan), Abdul Aziz Osani Kasim (Parti Perikatan India Muslim Nasional) dan Azlan Daud (Bebas)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/jumlah-penggunaan-katil-icu-selangor-meningkat/", "title": "Jumlah Penggunaan Katil ICU Selangor Meningkat", "body": "0\n\n\n(Hospital Sungai Buloh)\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n \u2013 \nJumlah penggunaan katil di unit rawatan rapi ICU hospital seluruh Selangor yang merawat kes Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 meningkat 2% sejak dua minggu lalu.\n\n\nPengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha\u2019ari Ngadiman berkata, ia berikutan peningkatan kes baharu harian Covid-19 di Selangor daripada 1,300 hingga 1,500 kes dalam tempoh tersebut.\n\n\nDatuk DR Sha\u2019ri Ngadiman selaku Pengarah Kesihatan Negeri Selangor berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Dilantik Selepas Lalui Proses Tapisan Keselamatan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: KKM sambut baik penetapan cukai eksais rokok elektronik, vape\n\n\n\n\n\n\nBekalan pasport cukup, kesesakan ekoran peningkatan mendadak\n\n\n\n\n\n\nPembelaan Zahid Diputuskan Mahkamah 24 Januari\n\n\n\n\n\n\nPUTRA sangkal dakwaan mahu sertai PN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cICU Hospital Sungai Buloh juga menerima kes-kes Covid-19 dari hospital lain agar ICU hospital lain boleh diguna pakai untuk menampung lebih banyak keperluan kes bukan Covid-19,\u201d\n\n\nMenurutnya, jumlah terkini katil di ICU dan \u2018repurposed\u2019 ICU di Selangor termasuk kes Covid-19 dan bukan Covid-19 adalah sebanyak 203 katil dengan kadar penggunaannya sebanyak 80 %.\n\n\nManakala, jumlah katil bukan kritikal di hospital bagi pesakit Covid-19 adalah sebanyak 1,286 katil dengan kadar penggunaan sebanyak 92 % setakat Khamis, 18 November 2021.\n\n\nDalam pada itu, mengulas mengenai peningkatan kes Covid-19 di ICU Hospital Sungai Buloh, Dr Sha\u2019ari berkata;\n\n\n\u201c\u2026ia berlaku disebabkan status Hospital Sungai Buloh sebagai Hospital Full Covid-19 dan menjadi hospital rujukan Covid-19 bagi semua hospital bukan sahaja di Lembah Klang\u201d.\n\n\nKatanya, sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi peningkatan kes Covid-19 yang memerlukan kemasukan ke Hospital Sungai Buloh, Sistem Gas Oksigen di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) ditambah baik bagi menampung kes-kes Covid-19 untuk mengurangkan beban hospital itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/kos-tunai-haji-bakal-dimuktamadkan-kabinet/", "title": "Kos Tunai Haji Bakal Dimuktamadkan Kabinet", "body": "0\n\n\n(Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad)\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n \u2013 Kos menunaikan ibadah haji tahun hadapan akan dimuktamadkan selepas dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad berkata,\u00a0 pihak Tabung Haji yang baru kembali dari Arab Saudi akan memberi taklimat kepadanya berkaitan kos mengerjakan haji dalam masa terdekat.\n\n\nBeliau berkata, naik atau tidak kos menunaikan haji, perlu menunggu keputusan yang akan diputuskan oleh Kabinet,\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM beri guru autonomi buat pilihan rekod SPPB\n\n\n\n\n\n\nMas Ermieyati dilantik Pengerusi PAC\n\n\n\n\n\n\nKertas siasatan wang zakat MAINS sedang dilengkapkan\n\n\n\n\n\n\nHartal Doktor Kontrak, Kesatuan Jururawat nafi terlibat mogok\n\n\n\n\n\n\nPemuda ISMA Lancar Kempen Suntik Semangat Perjuangan Melayu, Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Idris berkata, kos mengerjakan ibadah haji dijangka meningkat berikutan perkembangan terkini berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan ketat yang dikuatkuasakan kerajaan Arab Saudi bagi membendung penularan COVID-19 dalam kalangan jemaah haji.\n\n\nTabung Haji sedang menyemak dengan terperinci kos yang terkesan akibat kadar inflasi serta peraturan dan cukai baharu di Arab Saudi termasuk caj visa haji yang diperkenalkan pada musim haji\n.\n\n\nKetika ini, bayaran yang perlu ditanggung jemaah haji negara adalah RM9,980 dan tidak pernah berubah sejak 2009, manakala baki RM12,920 ditanggung Tabung Haji."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/lacrista-hotel-pilihan-calon-prn-melaka/", "title": "LA CRISTA: Hotel Pilihan Calon PRN Melaka", "body": "0\n\n\n(Hotel La Crista, Melaka)\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n \u2013 Bagi Pilihan Raya Negeri Melaka juga, La Crista menjadi pilihan ramai termasuk calon-calon PRN Melaka selain ahli politik, pengamal media dan pengunjung luar.\n\n\nHotel ini dilengkapi dengan kemudahan yang berunsurkan Melayu memberikan taraf Hotel La Carista kepada 4 Bintang, namun cukup selesa buat pengunjung dengan kemudahan bertaraf 5 bintang.\n\n\nTerletak di Jalan Hang Tuah, berhampiran Bandar Melaka sekaligus menjadikan Hotel ini antara yang menjadi pilihan di Melaka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgong Titah Rakyat Dan Agensi Kerajaan Sedia Hadapi Risiko Banjir\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu tegas noktahkan tidak iktiraf UEC : i-Guru\n\n\n\n\n\n\nI-Guru Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nTerengganu akan jadi Kelantan kedua jika undi PAS \u2013 Ahmad Said\n\n\n\n\n\n\nKPM tidak bercadang wujud silibus baharu berkaitan patriotisme\n\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun baharu berusia setahun La Crista selepas dijenamakan semula, ia menyediakan pelbagai kemudahan diberikan kepada pengunjung.\n\n\nAntaranya kolam renang, Gymnasium dan pelbagai bilik dan ruang yang boleh disediakan untuk aktivtii dan majlis rasmi.\n\n\nBagi anda yang berminat anda boleh ke website LaCrista untuk membuat tempahan. Klik di sini \nhttps://www.lacrista.com.my/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/menteri-sahkan-dana-rm100-juta-untuk-najib/", "title": "Menteri Sahkan, Dana RM100 Juta Untuk Najib", "body": "0\n\n\n(Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz0\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n \u2013 Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan Kabinet menerima permohonan daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 Juta di ibu negara.\n\n\nBercakap semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat pada Khamis, Tengku Zafrul bagaimanapun, berkata :\n\n\n\u201c\u2026.maklumat berkaitan rumah dan hartanah bernilai RM100 Juta itu tidak dimasukkan ke dalam Bajet 2022 kerana permohonannya dibuat selepas pembentangan\u201d.\n\n\nKatanya \u2013 \nPermohonan telah dibuat, perbincangan pun diadakan, sekarang kita menunggu keputusan jemaah menteri untuk dimuktamadkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes saman fitnah Nie Ching-Yazid ditangguh tahun depan\n\n\n\n\n\n\nSUHAKAM Tidak Serius Bela Hak Umat Islam \u2013 WAFIQ\n\n\n\n\n\n\nPerjuangan PAS sudah berubah \u2013 Mohammad Agus\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak pernah bincang RON95 turun 10 sen\n\n\n\n\n\n\nKestabilan politik dorong pelabur Arab Saudi ke Malaysia"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/pemaksaaan-terlibat-seks-pemerdagangan-gadis-muda-ahli-gereja-filipina/", "title": "Pemaksaaan Terlibat Seks, Pemerdagangan Gadis Muda Ahli Gereja Filipina", "body": "0\n\n\n(Apollo Carreon Quiboloy, rakan sekutu Presiden Filipina, Rodrigo Duterte)\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n \u2013 Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mendakwa pengasas gereja Filipina kerana terbabit dalam kes pemerdagangan gadis dan wanita muda dengan memaksa mereka untuk melakukan hubungan seks dengannya.\n\n\nDalam pertuduhan itu, pengasas gereja itu juga dituduh mengumpulkan wang tunai untuk badan amal palsu yang berpangkalan di California, digunakan bagi merekrut mangsa yang dibawa dari Filipina ke AS untuk bekerja di sebuah gereja dinamakan Kingdom of Jesus Christ, The Name Above Every Name (KOJC).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAda di antara mangsa dikatakan ditugaskan untuk mengumpul wang untuk membantu membiayai gaya hidup mewah pengasas gereja yang dikenali sebagai Apollo Carreon Quiboloy, rakan sekutu Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJacinda Ardern dilantik utusan khas tangani keganasan di New Zealand\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Sweden kesal dengan tindakan berulang pembakaran Al-Quran\n\n\n\n\n\n\nKeganasan bermotifkan etnik semakin menggila di Sudan\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Turki selar pihak tutup mata, subahat bakar Quran\n\n\n\n\n\n\n5 Maut Kemalangan Kereta Api Di India\n\n\n\n\n\n\n\n\nLelaki 71 tahun itu, yang dirujuk oleh ahli gereja sebagai \u2018Anak Tuhan yang Dilantik\u2019 bersama 2 defendan yang lain kini didakwa dalam kes pemerdagangan seks wanita berumur 12 hingga 25 tahun untuk bekerja sebagai pembantu peribadi, atau \u2018pastoral\u2019, untuk Quiboloy.\n\n\n\u201cMangsa menyediakan makanan Quiboloy, membersihkan kediamannya, mengurutnya dan dikehendaki melakukan hubungan seks dengan Quiboloy, apa dipanggil oleh pastoral sebagai \u2018tugas malam,\u201d kata jabatan itu dalam satu kenyataan akhbar.\n\n\nQuiboloy dan pentadbir KOJC yang lain memaksa pastoral untuk melaksanakan \u2018tugas malam\u2019 \u2013 iaitu melakukan seks dengan Quiboloy dan jika enggan akan diancam dicedera dan diseksa mental dan fizikal.\n\n\nKertas pertuduhan itu menyatakan skim pemerdagangan seks dipercayai sudah berlaku sekurang-kurangnya sejak 16 tahun sehingga 2018.\n\n\nMangsa yang patuh akan diberi ganjaran \u2018makanan yang enak, bilik hotel mewah, perjalanan ke tempat pelancongan, dan bayaran tunai tahunan berdasarkan prestasi\u2019 menggunakan wang yang diperoleh KOJC daripada AS.\n\n\nPertuduhan terbaharu itu menjadikan keseluruhan sembilan kes membabitkan gereja itu. 3 \u00a0sudah ditangkap di AS semalam.\n\n\nJabatan Kehakiman berkata, Quiboloy mempunyai kediaman besar di Hawaii, Las Vegas, dan pinggir bandar Los Angeles, dan kini dia dipercayai berada di Davao City, Filipina, bersama dua orang lain yang dinamakan dalam pertuduhan itu.\n\n\nMenurut laman web gereja itu, mereka berjaya mengumpul 6 juta pengikut di 200 negara sejak ia diasaskan oleh Quiboloy pada 1985.\n\n\nPada Oktober lalu, Quiboloy dalam Facebooknya menyiarkan makan malam bersama Duterte dalam majlis makan malam dengan rakan Presiden itu.\n\n\nJurucakap Presiden Duterte , Karlo Nograles enggan mengulas mengenai \u2018hubungan peribadi\u2019 Duterte dengan Quiboloy.\n\n\nNograles berkata, beliau tidak mengetahui sama ada AS telah memfailkan permintaan untuk ekstradisi Quiboloy, tetapi Filipina akan memberikan kerjasama menentang kemungkaran.\n\n\nSetiausaha untuk peguam Quiboloy, Dinah Tolentino-Fuentes, di Filipina memberitahu AFP satu \u2018mesyuarat tergempar\u2019 sedang berlangsung namun enggan mengulas mengenai kes itu. \u2013 AFP\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/pn-namakan-mas-ermieyati-calon-ketua-menteri-melaka/", "title": "PN Namakan Mas Ermieyati Calon Ketua Menteri Melaka", "body": "0\n\n\n(Datuk Mas Ermieyati Samsuddin)\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n \u2013 Perikatan Nasional (PN) memutuskan untuk menamakan Naib Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201c\u2026 Datuk Mas Ermieyati Samsuddin sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya parti berkenaan memenangi Pilihan Raya Negeri PRN Melaka, Sabtu ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nPengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berkata, keputusan itu dibuat berikutan ahli Parlimen Masjid Tanah itu seorang wanita berkelayakan, profesional, muda dan mempunyai banyak pengalaman."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/polis-diarah-siasat-pembunuhan-orang-awam-di-srinagar/", "title": "Polis diarah siasat pembunuhan orang awam di Srinagar", "body": "0\n\n\nMantan Ketua Menteri Omar Abdullah bercakap kepada polis ketika demonstrasi menuntut keadilan kepada dua orang awam yang dibunuh.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER 2021 : Pihak berkuasa India yang mentadbir Kashmir mengarahkan siasatan dijalankan berhubung pembunuhan dua orang awam ketika operasi pasukan keselamatan.\n\n\nIa susulan tindakan ganas pihak polis sebelum itu ketika cuba menyuraikan protes bagi menuntut mayat mangsa dikembalikan kepada keluarga mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKedutaan Malaysia di Lubnan sokong Aman Palestin bantu pelarian Syria, Palestin\n\n\n\n\n\n\nBakar al-Quran: Salah guna prinsip kebebasan bersuara\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk tindakan bakar Al-Quran oleh ahli politik Denmark\n\n\n\n\n\n\n10.3 juta solat di Masjid Nabawi pada 10 hari pertama Ramadan\n\n\n\n\n\n\nEmpat Tertimbus Lombong Arang Batu Runtuh Di Pakistan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut polis, lelaki terbabit maut dalam tembakan di luar sebuah kompleks komersial di Srinagar.\n\n\nKeluarga mangsa mendawak menuduh pasukan keselamatan bertindak membunuh orang awam dengan kejam.\n\n\nMereka turut menafikan dakwaan polis bahawa dua mangsa berkenaan terbabit dengan kumpulan militan.\n\n\nManoj Sinha, yang merupakan lantikan New Delhi dan berkhidmat sebagai pentadbir tertinggi Kashmir India berkata, kerajaan akan mengambil tindakan yang sesuai sebaik sahaja laporan mengenai insiden itu selesai.\n\n\nKematian Mohammad Altaf Bhat dan Mudasir Ahmed Gul dua hari lalu mencetuskan kemarahan di wilayah itu, di mana berpuluh-puluh orang awam terbunuh tahun ini dalam keganasan di situ.\n\n\nBhat memiliki bangunan di lokasi kejadian manakala Gul adalah penyewa di kompleks yang menjalankan perniagaan hartanah.\n\n\nDua yang lain turut maut dalam pertempuran itu.\n\n\nPolis menyerbu upacara menyalakan lilin di Srinagar yang diadakan oleh ahli keluarga mangsa bagi menuntut mayat mereka dikembalikan untuk pengebumian mengikut amalan agama sewajarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/semua-parti-ada-ruang-sama-rata-untuk-kempen-annuar/", "title": "Semua Parti Ada Ruang Sama Rata Untuk Kempen \u2013 Annuar", "body": "0\n\n\n(Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.)\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n \u2013 Parti-parti kerajaan lebih bersikap terbuka dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini dengan memberi ruang sama rata kepada semua parti termasuk parti lawan dalam kempen, menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa.\n\n\nAnnuar berkata pendekatan kempen parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kali ini juga banyak bergantung kepada kreativiti masing-masing.\n\n\nMengulas lanjut, Annuar berkata prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang tempoh berkempen juga dilaksanakan secara adil kepada semua pihak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMB Kelantan pegang lima portfolio Exco\n\n\n\n\n\n\nAhmad Maslan sebenarnya punca BN kalah PRU15 \u2013 Ismail Sabri\n\n\n\n\n\n\nPelajar SJKC Perlu Sedar Kepentingan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nPRN Selangor: Pembahagian kerusi PH 83 peratus, utama parti menang\n\n\n\n\n\n\nRonnie Liu mohon tamatkan keahlian bersama DAP\n\n\n\n\n\n\n\n\nSuruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada Sabtu ini ekoran pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu susulan 4 ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/siapa-bakal-ketua-menteri-melaka-yang-baharu/", "title": "Siapa Bakal Ketua Menteri Melaka Yang Baharu?", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber ; TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n \u2013 Menjelang 2 hari lagi pilihan raya Melaka, semua parti bertanding sudah pun menamakan siapa calon ketua menteri mereka.\n\n\nNamun setakat petang semalam, Gagasan BEBAS belum lagi mencalonkan sesiapa daripada 15 calon mereka untuk mengisi jawatan berkenaan sekiranya memenangi pilihan raya ini.\n\n\nBagi Barisan Nasional, menamakan \nDatuk Seri Sulaiman Md Ali \n\u00a0untuk jawatan itu dan menyaksikan beliau memegang jawatan itu buat kali ke-2 sekiranya BN menang di Melaka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFakta siasatan tanpa memihak, pertuduhan ikut keterangan- Peguam Negara\n\n\n\n\n\n\nTiga Lagi Kes COVID-19 Di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Sektor kesihatan terima RM36 bilion\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Pilihan Raya Jika Mahu Bina Kekuatan Dalam Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nCuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengumumkan perkara itu, Pengarah Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan, Sulaiman katanya dilihat sebagai pemimpin yang disenangi rakyat Melaka serta bebas daripada isu.\n\n\nNamun memetik agendadaily, \nCalon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Idris Haron menyifatkan keputusan UMNO meletak Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri (KM) Melaka tidak akan menyelesaikan masalah krisis politik di negeri itu.\n\n\nBegitu juga dengan Pakatan Harapan \u2013 menunjukkan persaingan kali ke-2 buat \n\u00a0Adly Zahari dari parti amanah, sebagai bakal ketua menteri melaka.\n\n\nPH\u00a0 juga berkata Adly sebagai calon tunggal Ketua Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya berkenaan. \nBagi Gagasan BEBAS difahamkan akan hanya mengumumkan nama selepas satu mesyuarat diadakan esok.\n\n\nPerikatan Nasional pula mencalonkan \nNaib Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin calon DUN Tanjung bidara \nsebagai calon Ketua Menteri negeri itu sekiranya memperoleh mandat pada 20 November ini.\n\n\nPN dalam pengumumannya oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata \n\u00a0PN membuktikan bahawa ruang dan peluang sentiasa diberikan kepada mana mana pemimpin yang layak tanpa mengira jantina.\n\n\nDan ia julung kali jawatan ketua menteri dipegang oleh wanita dalam sejarah Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/19/umno-kubu-kuat-di-melaka/", "title": "UMNO Kubu Kuat Di Melaka", "body": "0\n\n\n(DR Mohammad Tawfiq Yaakub, Penganalisis Politik\u00a0)\n\n\nJUMAAT, 19 NOVEMBER\n \u2013 Calon-calon yang dinamakan sebagai Ketua Menteri Melaka perlulah daripada individu yang berpengalaman dengan selok belok pentadbiran negeri Melaka.\u00a0\n\n\nMengulas perkara itu, Penganalisis Politik, Doktor Mohammad Tawfiq Yaakub berkata, rakyat Melaka sudah muak dengan perkembangan politik Melaka dan memerlukan pemimpin yang mampu mencetuskan kestabilan politik di peringkat negeri.\u00a0\n\n\nDoktor Tawfiq berkata, pemilihan Datuk Mas Ermiyatie calon Dewan Undangan Negeri Tanjong Bidara sebagai calon Ketua Menteri Melaka oleh Perikatan Nasional PN adalah tidak bersesuaian.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUlama perlu berani tegur kerajaan \u2013 Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nKempen \u2018Sosial Media\u2019 Belum Boleh Diterima Pengundi\n\n\n\n\n\n\nAnwar diisytihar Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia\n\n\n\n\n\n\n31 Ogos Tidak Wajar Dimansuhkan \u2013 Veteran Atm\n\n\n\n\n\n\nEsok, Keputusan Kes Keabsahan Vernakular\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berpendapat, pencalonan Mas Ermiyantie seolah-olah satu pertaruhan yang mahu melihat hanya calon wanita sahaja yang mampu meraih sokongan kepada PN.\n\n\nDR Mohammad Tawfiq Yaakub sebagai penganalisis politik berkata :\n\n\n\u201c\u2026negeri melaka ini berbeza dengan negeri-negeri lain memerlukan seorang yg berpengalaman, dan mampu utk turun ke padang bukan hanya waktu berkempen tetapi setiap masa. kalau kita bekas ketua menteri Melaka sebelum ini mempunyai ciri-ciri demikian mahupun PH dan BN. jadi saya tidak nampak Mas Ermiyantie ini sebagai calon yang mampu seperti bekas-bekas menteri sebelum ini\u2026\u201d\n\n\nDalam pada itu, mengulas mengenai Barisan Nasional BN yang meletakkan semula Datuk Seri Sulaiman Md Ali\u00a0 untuk menerajui negeri Melaka jika gabungan itu menang Pilihanraya Negeri PRN Melaka;\n\n\n\u201c\u2026beliau berkata Sulaiman adalah calon yang paling sesuai untuk mentadbir Melaka\u201d.\n\n\nTambah beliau, semua pihak perlu berpijak pada bumi yang nyata bahawa UMNO adalah kubu terkuat di Melaka.\u00a0\n\n\n\u201c\u2026sudah pasti pertikaian antara ahli umno itu sendiri menyebabkan Melaka terbubar. Pada saya apabila musuh politik tewas dalam piliharaya dan tidak ada lagi dalam kerajaan ini mewujudkan kestabilan pada parti yg berjaya mentadbir negeri Melaka. Sudah pasti jika Sulaiman telah hilang seteru dalam kerajaan sudah pasti kestabilan negeri Melaka yg hendak dibawa oleh BN ada dan tidak diganggu gugat oleh musuh politiknya dalam kerajaan\u2026\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/22/560-anggota-jpj-dijangkiti-sejak-mac-tahun-lalu/", "title": "560 Anggota JPJ Dijangkiti Sejak Mac Tahun Lalu", "body": "0\n\n\n(Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ, Aminurrahim Mohamed)\n\n\nISNIN, 22 NOVEMBER\n \u2013 Seramai 560 anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dijangkiti Covid-19 sejak Mac lalu dengan 531 kes dilaporkan.\n\n\nTimbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ, Aminurrahim Mohamed berkata,\n\n\n\u201c\u2026 lebih daripada 50 peratus kes-kes berkenaan melibatkan jangkitan semasa bekerja termasuk ketika melakukan operasi.\u201d\n\n\nMeskipun dalam tempoh pandemik, JPJ tetap perlu menjalankan tugas memenuhi permintaan pelanggan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri: Warga asing \u2018hiasi\u2019 wajah ibu kota\n\n\n\n\n\n\nOIC adakan mesyuarat tergempar bincang insiden bakar al-Quran di Stockholm\n\n\n\n\n\n\n6.1 juta pencarum KWSP bawah 55 tahun miliki simpanan kurang RM10,000\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : tiada lesen, restoran tamat tempoh\n\n\n\n\n\n\nAmaran Hujan Lebat Sehingga Selasa\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun masyarakat khususnya pelanggan JPJ perlu mematuhi tatacara operasi piawai SOP yang ditetapkan sekiranya berurusan dengan agensi itu secara bersemuka. Beliau berkata demikian di Putrajaya semalam, 21 November.\n\n\nMengulas lanjut Aminurrahim berkata; Pihaknya turut merekodkan 4 kematian akibat Covid-19 termasuk 3 daripadanya mendapat jangkitan di tempat kerja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/22/adun-bilut-gesa-anwar-letak-jawatan-ketua-pembangkang/", "title": "ADUN Bilut Gesa Anwar Letak Jawatan Ketua Pembangkang", "body": "0\n\n\n(Lee Chin Chen, Ahli Dewan Undangan Negeri DAP)\n\n\nISNIN, 22 NOVEMBER\n \u2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang atau DAP perlu menimbang keluar daripada Pakatan Harapan (PH) jika beliau enggan berundur.\n\n\nAhli Dewan Undangan Negeri DAP \u2013 Bilut, Lee Chin Chen menggesa supaya PH mencari pengganti baharu dan bukan bergantung semata-mata kepada Anwar yang dilihatnya gagal dalam memimpin blok pembangkang itu dengan baik selepas kekalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.\n\n\n\u201cMarilah kita meneroka hala tuju dan konsensus baru kita serta menentang konservatif agama dalam pakatan sayap kanan Melayu. Sekiranya tiada harapan untuk PH reset semula, kepimpinan DAP mesti mempertimbangkan untuk keluar daripada gabungan itu dan mencari kerjasama lain bagi memastikan negara mempunyai parti pembangkang yang setia mempertahankan kepelbagaian dan politik sekularisme.\u2019\u2019\n\n\nMemetik malaysiakini, Kata Chen, beliau berharap Anwar akan melepaskan baton kepimpinan, berada di belakang kepimpinan dan membantu pengganti generasi baru mencapai tahap yang baru. Justeru itu Chen menyeru Anwar berundur sebagai Ketua Pembangkang supaya PH boleh memilih pengganti baru.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKementerian Kewangan tidak terima cadangan mohon KWSP \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nGuan Eng dedah pernah 3 kali diugut pecat oleh Mahathir\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Pusat tidak akan berubah meskipun PN menang 6 negeri\n\n\n\n\n\n\nDAP Heret Kedah Ke Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nTujuh Exco Melaka dilantik semula, tiga muka baharu termasuk ADUN PH\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika Anwar masih tidak mahu meletak jawatan, Chin Chen berkata sudah tiba masanya DAP keluar daripada gabungan tersebut dan mencari bentuk kerjasama dengan gabungan yang lain.\n\n\nTambahnya keputusan PRN Melaka adalah tamparan kepada PH Sabtu lalu, Barisan Nasional (BN) menang besar dengan 21 kerusi, dan memperoleh majoriti 2/3\u00a0 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). PH hanya berjaya memenangi 5 kerusi ditandinginya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/22/kadar-kemasukan-hospital-meningkat/", "title": "Kadar Kemasukan Ke Hospital Semakin Meningkat", "body": "0\n\n\n(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar)\n\n\nISNIN, 22 NOVEMBER\n \u2013 Kadar kemasukan ke hospital semakin meningkat akibat COVID-19.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi amaran berkenaan seraya berkata kebanyakan kes adalah warga emas dan golongan komorbid yang dijangkiti melalui kontak rapat ahli keluarga yang membawa balik virus ke rumah.\n\n\nSehubungan itu beliau menasihatkan pakailah pelitup muka dan elakkan tempat yang sesak, serta dapatkan dos penggalak apabila diberi janji temu.\n\n\n(Twitter @Khairykj)\n\n\nKhairy berkata demikian dalam satu kenyataan di Twitter, hari ini. Menurut COVIDNOW, jumlah keseluruhan pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital adalah 5,431 atau 7.9 %.\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan data dikongsikan melalui laman sesawang COVIDNOW, jumlah keseluruhan pesakit COVID-19 yang dirawat di hospital adalah 5,431.\n\n\nJumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 541. Kes di ICU membabitkan 274 pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan pernafasan dan 267 lagi memerlukan mesin ventilator.\n\n\nKadar penggunaan katil paling tinggi ialah di negeri Terengganu sebanyak 85.9 %, diikuti Kelantan 83.3 %, Melaka 81.2 %, Kedah 74.9 %, Labuan 74.5 % dan Johor 73.8 %."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/22/kempen-menerusi-platform-digital-kurang-berkesan/", "title": "Kempen Menerusi Platform Digital Kurang Berkesan", "body": "0\n\n\n(Profesor Madya Doktor Kartini Aboo Talib@Khalid / sumber : ukm.my)\n\n\nISNIN, 22 NOVEMBER\n \u2013 Penggunaan platform media sosial yang menjadi alternatif utama bagi kebanyakan parti yang bertanding dalam PRN Melaka dilihat sangat bersesuai memandangkan negara akan berada dalam pandemik untuk satu tempoh yang panjang.\n\n\nBagaimanapun menurut Penganalisis Politik, Profesor Madya Doktor Kartini Aboo Talib@Khalid:\n\n\n\u201c\u2026strategi kempen menerusi platform digital perlu diperhalusi dan diperkemaskan supaya setiap calon yang bertanding dapat memperkenalkan diri kepada pengundi dengan lebih jelas.\u201d\n\n\n\u201c\u2026kalau kita lihat kesetaraan hak media kepada semua calon parti menggunakan saluran media perdana kita boleh memperkenalkan manifesto\u2026kalau boleh diperbaiki lagi dari segi kempen media digital ini ialah memberi ruang membenarkan mereka berdebat menggunakan saluran media sosial atau alternatif menceritakan aspirasi dan manifesto supaya ianya lebih dekat dengan pengundi\u2026\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM40,000 Elaun Pengerusi FGV Naik, Pengarah Dapat RM12,500 Sebulan\n\n\n\n\n\n\nHerba ada kandungan babi? \u2026`itulah pentingnya english edukesyen\u2019!\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham Penerima Anugerah Green Endorsement TUDM\n\n\n\n\n\n\nPeratusan mengundi rendah, kerajaan akan buat \u2019post mortem\u2019\n\n\n\n\n\n\nZahid normalisasikan rasuah \u2013 Syed Saddiq\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Doktor Kartini semua calon yang bertanding perlu lebih kreatif menggunakan platform media sosial seperti facebook, twitter, tiktok dan sebagainya untuk menyampaikan manifesto masing-masing.\n\n\nUjar beliau, berkempen melalui media sosial ini sangat mencabar memandangkan tidak semua individu mempunyai akaun media sosial terutama golongan tua.\n\n\nJusteru, beliau tidak menolak faktor kemenangan besar Barisan Nasional BN adalah disebabkan pengundi yang terdiri daripada golongan tua.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/22/kempen-sosial-media-belum-boleh-diterima-pengundi/", "title": "Kempen \u2018Sosial Media\u2019 Belum Boleh Diterima Pengundi", "body": "0\n\n\n(Azmi Hassan, Geostrategis dan Penganalisis Politik)\n\n\nISNIN, 22 NOVEMBER\n \u2013 Peratusan keluar mengundi yang dilihat kurang dari 70 % menunjukkan kempen di media sosial belum boleh diterima oleh pengundi.\n\n\nDemikian menurut Geostrategis dan Penganalisis Politik Azmi Hassan. Beliau menambah antara faktor yang menyebabkan peratusan undi berkurang, tidak lain dan tidak bukan adalah disebabkan kerisauan pengundi mengenai jangkitan pandemik COVID-19.\n\n\nAzmi Hassan ketika dihubungi berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFasa 4 PPN, Pembukaan Ekonomi Punca Kenaikan\n\n\n\n\n\n\nPegawai Media Blinken Positif\n\n\n\n\n\n\nRUU Larangan Lompat Parti Dijangka Dikuatkuasa Bulan Depan\n\n\n\n\n\n\nSekolah vernakular tidak patut wujud \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nSpeaker DUN Tidak Terima Surat Bubar DUN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026 Ada beberapa sebab mengapa peratusan itu rendah\u2026 Perlu befikir banyak kali\u2026.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi. Azmi turut mengulas mengenai jangkaan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional, BN. Katanya, ini mungkin disebabkan pengundi warga emas mempunyai pengikut tegar tersendiri termasuklah pengikut UMNO dan PAS.\n\n\nTambah beliau, \u201c\u2026 Yang keluar mengundi itu peratama adalah mereka yang tegar menyokong\u2026 100 % penyokong PAS keluarpun ia tidak membawa apa-apa perbezaan\u2026\u201d."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/22/ketua-menteri-melaka-mulakan-tugas-pentadbiran-negeri/", "title": "Ketua Menteri Melaka Mulakan Tugas Pentadbiran Negeri", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka ke-13\u00a0 sumber : FB)\n\n\nISNIN, 22 NOVEMBER\n \u2013 Datuk Seri Sulaiman Md Ali memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 dengan memasuki pejabatnya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh pagi tadi.\n\n\nSulaiman tiba dengan menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri pada jam 8.20 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad serta kakitangan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.\n\n\nBeliau kemudian mengimbas kad perakam waktu di pintu masuk pejabat pada jam 8.30 pagi sebelum memasuki bilik pejabatnya bagi menghadiri upacara ringkas selain sesi bergambar bersama ketua-ketua jabatan negeri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nInspektor Sheila didakwa ugut, aibkan kehormatan\n\n\n\n\n\n\nNajib hanya mahu iringan doa dan kasih rakyat\n\n\n\n\n\n\nSuntikan Liraglutide batalkan puasa\n\n\n\n\n\n\nKOS INPUT TERNAKAN ANTARA FAKTOR PENGARUHI HARGA AYAM\n\n\n\n\n\n\nIsteri Ustaz Farid Ravi meninggal dunia"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/22/pas-tidak-kaji-kerjasama-dalam-pn/", "title": "PAS Tidak Kaji Kerjasama Dalam PN", "body": "0\n\n\n(Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan)\n\n\nISNIN, 22 NOVEMBER\n \u2013 Persoalan sama ada PAS perlu menilai kedudukannya dalam Perikatan Nasional, PN susulan keputusan Pilihan Raya Negeri PRN Melaka, tidak berbangkit.\n\n\nAhli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan, berkata;\n\n\n\u201c\u2026. kedudukan dan hala tuju PAS bersama P-N sudah pun dimuktamadkan parti\u201d.\n\n\nMemetik Berita Harian, Nasrudin berkata, parti itu juga menerima keputusan PRN Melaka dengan terbuka dan berlapang dada, selain akan melihat aspek yang boleh ditambah baik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBanjir \u2013 Johor dapat peruntukan tambahan RM150juta\n\n\n\n\n\n\nBomba Siap Siaga Hadapi Gelombang Kedua Banjir\n\n\n\n\n\n\nIdris Jusoh tamat perkhidmatan Pengerusi FELDA lebih awal\n\n\n\n\n\n\nViu hentikan tayangan Filem Mentega Terbang\n\n\n\n\n\n\nMaritim rampas 23 bubu naga di Perairan Tanjung Karang\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerhubung sama ada PAS akan melihat untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15. Nasrudin berkata, \u201cPAS setakat ini tidak merombak hubungannya dalam MN\u201d.\n\n\nSelain itu, beliau memaklumkan, PAS akan mengadakan \u2018post mortem\u2019 bagi melihat secara keseluruhan keputusan PRN Melaka, yang akan diterajui mereka yang berada di luar jentera parti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/22/pastikan-status-kesihatan-dulu-sebelum-memandu-pakar/", "title": "Pastikan Status Kesihatan Dulu Sebelum Memandu \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n(Pakar Kesihatan Awam, Profesor Madya Doktor Malina Osman)\n\n\nISNIN, 22 NOVEMBER\n \u2013 Akibat kecuaian memandu dan kondisi kesihatan, seorang pemandu yang merempuh sebuah kedai di Ampang, meragut nyawa pekerja di permis tersebut.\n\n\nMenurut Pakar Kesihatan Awam, Profesor Madya Doktor Malina Osman berkata:\n\n\n\u201c\u2026 sebagai pemandu sememangnya faktor kesihatan perlu diutamakan sebelum menggunakan kenderaan ke mana-mana destinasi dekat atau jauh.\u201d\n\n\n\u201c\u2026 Sekarang ni ramai yang tak cukup tidur, kadang-kadang dalam situasi kerja mungkin banyak dan sebagainya tidak dapat waktu tidur yang mencukupi dan sebagainya mereka terdedah kepada keadaan-keadaan sedemikian\u2026\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada sabotaj, letupan tragedi Double Six\n\n\n\n\n\n\nGantung akaun rider, orang ramai mahu boikot Grab\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir saman Anwar RM150 juta\n\n\n\n\n\n\nPengasas Rumah Bonda Didakwa Lagi\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM500 ditambah ke Akaun 1 KWSP baki kurang RM10,000 bagi pencarum umur 40-54 tahun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026 Untuk mereka semua individu yang berumur 30 \u2013 35 tahun ke atas wajar menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka bebas daripada penyakit-penyakit yang mungkin mendedahkan keadaan seperti pitam dan sebagainya\u2026\u201d\n\n\nDalam pada itu, Doktor Malina menambah, Penggunaan sosial media tanpa batas waktu adalah salah satu punca seseorang itu kurang tidur dan menyebabkan insomnia.\n\n\nPakar Kesihatan Awam berkata lagi bahawa, \u201c\u2026 Keadaan kita pada hari ini terlalu banyak bergantung ataupun terikat dengan media sosial tanpa batas waktu\u2026 Dapatkan nasihat kesihatan dan sebagainya\u2026\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/22/pemandu-preve-rempuh-kedai-perabot-bukan-mabuk-tapi-pitam/", "title": "Pemandu Preve Rempuh Kedai Perabot Bukan Mabuk Tapi Pitam", "body": "0\n\n\n(Tempat kejadian rempuhan berlaku di sebuah kedai perabot)\n\n\nISNIN, 22 NOVEMBER\n \u2013 Pemandu kereta yang merempuh sebuah kedai perabot di Kampung Pasir, Ampang semalam sehingga mengakibatkan seorang pekerja maut dipercayai pitam dan tidak sedarkan diri semasa memandu.\n\n\n(Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak)\n\n\nKetua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu seorang lelaki dari arah Kajang menghala ke Raub, Pahang dipercayai hilang kawalan.\n\n\nMenurut beliau, pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 melibatkan sebuah kereta jenis Proton Preve berwarna merah yang terbabas dan merempuh masuk sebuah premis sekitar pukul 61.5 petang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKos Tunai Haji Bakal Dimuktamadkan Kabinet\n\n\n\n\n\n\nBNM kekalkan OPR 2.75 peratus\n\n\n\n\n\n\nIsu telur : Wee Ka Siong gesa panggilan telefon diterima disiasat\n\n\n\n\n\n\nBanjir bertambah buruk di lima negeri, 46,683 dipindahkan\n\n\n\n\n\n\nPerbetul subjek Sejarah di sekolah, elak salah faham isu kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohamad Farouk menerusi kenyataan beliau mengesahkan pekerja kedai perabot warga tempatan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Ampang sementara pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.\n\n\nMengulas lanjut, beliau berkata, sampel darah pemandu terbabit telah pun diambil untuk di analisa. Manakala ujian air kencing serta ujian pernafasan untuk mengesan pemandu mabuk yang dijalankan adalah negatif, katanya.\n\n\nKes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 19-87 yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM 5,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.\n\n\nPolis turut menggesa saksi kejadian tersebut untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Inspektor Navine Gunasegaran."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/22/perlu-lebih-ramai-calon-muslim-bertanding-berjasa/", "title": "Perlu Lebih Ramai Calon Muslim Bertanding \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\nISNIN, 22 NOVEMBER\n \u2013 Momentum meletakkan calon muslim berwibawa dalam Pilihan Raya perlu dikekalkan bagi memberi signal signifikan kepada parti-parti politik bahawa parti-parti politik perlu meletakkan calon Muslim berwibawa di kerusi majoriti pengundi Melayu bagi memastikan lebih ramai Ahli Parlimen Muslim di Dewan Parlimen selepas PRU-15.\n\n\n(Status Twitter @hazwanmohamad)\n\n\nDemikian menurut Ketua Penerangan Berjasa Pusat, Hazwan Mohamad menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Twitternya.\n\n\nHazwan berkata, dalam PRN Melaka yang berakhir semalam menyaksikan buat pertama kalinya DUN Bemban yang majoritinya pengundi Melayu menjadi kerusi tradisi Barisan Nasional, BN diberi kepada MCA.\n\n\nManakala di pihak Pakatan Harapan pula, memberikan kerusi itu kepada DAP. Natijahnya dalam PRN Melaka ia dimenangi oleh calon Melayu dari parti Bersatu.\n\n\n(Calon PN DUN Bemban (N24), DR Mohd Yadzil Yaakub)\n\n\nBeliau turut memuat naik satu lagi hantaran di Twitter, iaitu gambar penyandang ADUN Bemban, Doktor Mohd Yadzil Yaakub yang menewaskan Pengerusi DAP Melaka dalam pertarungan kerusi Majoriti Melayu yang sebelum ini memberi undi kepada MCA & DAP.\n\n\nDalam perkembangan berkaitan, Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew meletak jawatan berkuat kuasa serta merta. Ini rentetan daripada kekalahannya di kerusi N25, DUN Bemban.\n\n\nMenurut Pengerusi Pakatan Harapan, PH Melaka itu. Beliau mengambil rasa tanggungjawab dengan kekalahan DAP terhadap separuh daripada 8 kerusi DUN yang ditandingi dalam pilihan raya itu"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/22/rauf-nafi-ada-pihak-tidak-setuju-sulaiman-dilantik-ketua-menteri/", "title": "Rauf Nafi Ada Pihak Tidak Setuju Sulaiman Dilantik Ketua Menteri", "body": "0\n\n\n(Pengerusi Umno Melaka Abdul Rauf Yusoh / sumber : FB)\n\n\nISNIN, 22 NOVEMBER\n \u2013 Pengerusi Umno Melaka Abdul Rauf Yusoh menafikan khabar angin bahawa terdapat tentangan terhadap pelantikan Sulaiman Md Ali sebagai ketua menteri.\n\n\nRauf berkata, kesemua ketua-ketua bahagian parti itu di Melaka sebulat suara menyokong penuh pelantikan itu.\n\n\n\u201dKesemua kami (ketua-ketua bahagian), termasuklah saya selaku pengerusi Badan Perhubungan Umno akan berikan sokongan penuh kepada kepimpinan Sulaiman sebagai ketua menteri Melaka,\u201d\n\n\nBeliau juga menegaskan lantikan Sulaiman menunjukkan kepercayaan rakyat Melaka dengan kerjasama semua ketua bahagian UMNO sebagai persediaan menghadapi PRU-15.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nB40 jika rayuan diterima tapi luar tahun giliran kena bayar penuh\n\n\n\n\n\n\nNurul Izzah bukan lagi penasihat kewangan PM\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Sedia Jadi Hab Rawatan Hepatitis\n\n\n\n\n\n\nTambah baik hal ehwal Islam, beri manfaat kepada semua\n\n\n\n\n\n\nGEG Perlu Sokongan Wakil Rakyat Demi Selamatkan Dua Juta Nyawa\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Ab Rauf menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti itu sama ada mahu menggunakan model parti itu pada PRU-15 sehingga membawa kejayaan besar dalam PRN Melaka.\n\n\nKatanya, penampilan 86 % muka baru dalam PRN kali ini terbukti membuahkan hasil apabila rakyat dan pucuk pimpinan BN dapat menerima formula itu dan diterjemahkan melalui keputusan PRN Sabtu lalu.\n\n\nSulaiman mengangkat sumpah sebagai ketua menteri awal pagi semalam selepas BN berjaya memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/22/rayuan-najib-dapatkan-dokumen-bank-didengar-16-mac-2022/", "title": "Rayuan Najib dapatkan dokumen bank didengar 16 Mac 2022", "body": "0\n\n\nNAJIB\n\n\nPutrajaya: Mahkamah Rayuan menetapkan 16 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendapatkan dokumen yang didakwa mempunyai kaitan dengan pembelaan beliau dalam perbicaraan kes membabitkan penyelewengan dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Bhd (1MDB).\n\n\nTarikh itu ditetapkan ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Nadia Mohd Kamal.\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam hadir bagi pihak pendakwaan manakala peguam Nur Syahirah Hanapiah mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada prosiding berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis kesan dua warga Singapura\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan Penuh Ruang Solat Masjid Di Selangor Dibenarkan\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO dijangka beri sokongan kepada Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\nSUHAKAM Tidak Serius Bela Hak Umat Islam \u2013 WAFIQ\n\n\n\n\n\n\nLelaki mengaku tidak salah buat komunikasi jelik terhadap Sultan Johor\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara itu disahkan oleh Mohamad Mustaffa ketika dihubungi media.\n\n\nPada Julai tahun ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan Najib untuk mendapatkan dokumen membabitkan bank pelaburan Amerika Syarikat iaitu Goldman Sachs, keluarga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.\n\n\nPada 24 Mac lalu, Najib, 68, memfailkan perintah mahkamah bagi memaksa pihak pendakwaan memberikan beberapa penyata perbankan daripada syarikat termasuk Aktis Capital Singapore Pte Ltd, Country Group Securities Public Company Ltd, ACME Time Ltd (BVI), Butamba Investments Ltd dan Central Holdings Ltd yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Jho Low serta ahli keluarga Zeti dalam kes 1MDB\n\n\nAhli Parlimen Pekan itu memfailkan permohonan kedua pada 7 April lalu untuk mendapatkan persetujuan penyelesaian sulit antara kerajaan dan Kumpulan Goldman Sachs yang ditandatangani pada 2020 dan transkrip atau laporan forensik telefon bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner.\n\n\nNajib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.\n\n\nPerbicaraan kes di hadapan Sequerah itu dijadual bersambung pada 13 Disember depan. \n\u2013 Harian Metro"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/22/sudah-beritahu-pm-segera-adakan-pilihan-raya-umum-tok-mat/", "title": "Sudah Beritahu PM, Segera Adakan Pilihan Raya Umum \u2013 Tok Mat", "body": "0\n\n\n(Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan)\n\n\nISNIN, 22 NOVEMBER\n \u2013 Pilihan Raya Umum Ke-15 wajar diadakan dalam masa terdekat dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini yang dilihat memihak kepada Barisan Nasional (BN) telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\n\n\nMenurut Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata :\n\n\n\u201c\u2026 beliau menyuarakan pandangan itu kepada Perdana Menteri pada Sabtu selepas sahaja BN memenangi PRN Melaka\u201d.\n\n\nSementara itu, mengenai kemenangan BN di Melaka, Mohamad berkata, ia merupakan keputusan daripada rakyat Melaka yang jelas memberikan isyarat bahawa mereka mahukan kerajaan yang stabil, kesejahteraan, kemakmuran kepada negara dan negeri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi sindir pelantikan Anwar, PH menang \u2018dalam masa kecederaan\u2019\n\n\n\n\n\n\nArahan tulisan Jawi di papan tanda tidak langgar Perlembagaan Persekutuan \u2013 Hakim\n\n\n\n\n\n\nDONG ZONG RAKUS, SEPATUTNYA PERKASA SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN\n\n\n\n\n\n\nTambah baik sistem pengecaman identiti, elak isu mayat tertukar berulang\n\n\n\n\n\n\nSeremban catat IPU tidak sihat\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Agung Kebangsaan Persatuan Solidariti Nasional \u2013 PERSONA Kali Ke-6 Sesi 2020 hari ini"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/23/8-disember-keputusan-rayuan-najib-kes-src/", "title": "8 Disember Keputusan Rayuan Najib Kes SRC", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Najib Tun Razak)\n\n\nSELASA, 23 NOVEMBER\n \u2013 Mahkamah Rayuan menetapkan pada 8 Disember ini untuk memberikan keputusan dalam rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).\n\n\nTarikh itu dikeluarkan melalui kenyataan media oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.\n\n\nKeputusan itu akan diberikan oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDemonstrasi Aman Peguam Malaysia Hal Kebebasan Badan Kehakiman\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam paling ramai terlibat rasuah di Selangor \u2013 SPRM\n\n\n\n\n\n\n25 Kes Positif COVID-19 Di Parlimen Mungkin Varian Delta\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Bukan Badan Awam, Layakkah Dapat Peruntukan?\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Serah Kedudukannya Kepada Agong\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Julai tahun lalu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap 7 tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/23/dap-heret-kedah-ke-mahkamah/", "title": "DAP Heret Kedah Ke Mahkamah", "body": "0\n\n\n(Menteri Kedah, Datuk Seri Sanusi Mad Nor judi)\n\n\nSELASA, 23 NOVEMBER\n \u2013 Parti DAP melalui penama Liew Han Eng dan 3 lagi penama telah bertindak mencabar tindakan oleh Negeri Kedah yang enggan memperbaharui lesen perjudian melalui tindakan Mahkamah.\n\n\nDAP menyifatkan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai tidak munasabah dan boleh dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.\n\n\nMemetik laporan Samudera, Ramkarpal Singh ahli DAP yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang telah membantu dalam memfailkan kes tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRakyat Mahu Bebas Pandemik, Bukan PRU15 \u2013 Faizal Azumu\n\n\n\n\n\n\nAnnuar gesa henti pertikai pelantikan Anwar sebagai PM\n\n\n\n\n\n\nNegara tanggung kos biaya pesakit vape, bukan bertambah kaya\n\n\n\n\n\n\nKaji Semula SOP Masjid -Pakar Epidemiologi\n\n\n\n\n\n\nKDN, Kerajaan Malaysia tarik balik rayuan kes kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\n\n\nUjar beliau, Plaintif akan mencabar atas alasan, antaranya, bahawa keputusan Negeri Kedah untuk tidak memperbaharui lesen perjudian;\n\n\n\u201c\u2026 adalah sesuatu yang melampaui bidang kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan kerana kuasa untuk mengeluarkan lesen adalah di bawah bidang kuasa eksklusif Parlimen.\u201d\n\n\nSelain daripada itu, pihak Plaintif juga akan mencabar kemunasabahan tindakan Menteri Besar Kedah tersebut melalui proses semakan kehakiman yang bakal dijalankan.\n\n\nDalam sebuah sidang media baru-baru ini Menteri Kedah, Datuk Seri Sanusi Mad Nor menegaskan bahawa beliau mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin mencabar keputusan beliau di mahkamah.\n\n\nSanusi, pada 17 hari bulan lalu menyifatkan tindakan beliau untuk menghapuskan kegiatan judi di Kedah sebagai sebuah tindakan untuk memelihara keharmonian sejagat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/23/dua-marshal-sudah-dicekup-empat-lagi-diburu/", "title": "Dua \u2018Marshal\u2019 Sudah Dicekup, Empat Lagi Diburu", "body": "1\n\n\n(tangkapan video tular, sumber : FB IPD Port Dickson)\n\n\nSELASA, 23 NOVEMBER\n \u2013 Polis menahan dua lelaki yang terbabit video tular aksi \u2018marshal\u2019 motosikal berkuasa tinggi yang membuat kawalan dan memberhentikan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, di sini awal pagi tadi.\n\n\n(Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed)\n\n\nKetua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata dua lelaki berusia 26 dan 27 tahun itu masih bujang dan masing-masing bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang.\n\n\nBeliau berkata, kedua-duanya itu ditahan pada jam 12.30 tengah malam dan 2.45 pagi tadi di rumah mereka di kawasan Port Dickson dan Springhill Lukut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Long Tiger\u2019 Berjaya Diberkas\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin wajar letak jawatan demi kebaikan BERSATU, PN \u2013 Azmi Hassan\n\n\n\n\n\n\nTentera Darat Sedia Bina Pos Kawalan Di Lawas\n\n\n\n\n\n\nPencapaian 100 hari Kerajaan Madani, KJ bagi markah \u2018B tolak\u2019\n\n\n\n\n\n\nFenomena \u2018Bossku\u2019 dalam UMNO belum berakhir \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut disita dua buah motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian dan kasut yang digunakan dan semasa rakaman di buat.\n\n\nJelas Aidi lagi, Kedua-dua lelaki itu dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan lanjut. Beliau berkata, polis juga dalam usaha mengesan empat lagi individu yang bertindak sebagai \u2018marshal\u2019 dalam kes itu.\n\n\nAidi Sham berkata, rakaman video berdurasi 70 saat yang dikongsi menerusi laman sosial itu menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong pada 20 November lalu.\n\n\nKetika kejadian lampu isyarat jelas berwarna merah dan tujuan tindakan mereka dipercayai bertujuan memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak dalam konvoi bagi melepasi lampu isyarat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/23/harga-sayur-naik-mendadak-cap-gesa-pihak-berkuasa-siasat/", "title": "Harga Sayur Naik Mendadak, Cap Gesa Pihak Berkuasa Siasat", "body": "0\n\n\n(Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader)\n\n\nSELASA, 23 NOVEMBER\n \u2013 Jika sebelum ini kecoh dengan kenaikan harga ayam, kali ini harga sayur pula didakwa meningkat sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.\n\n\nPresiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya menerima aduan daripada peruncit mengenai kenaikan harga barangan berkenaan.\n\n\n\u201cKita menggesa KPDNHEP serta FAMA mengambil langkah segera menangani kenaikan harga sayur-sayuran yang meningkat sehingga 200 peratus sejak dua minggu lalu.\u201d\n\n\u2013 Mohideen Abdul Kader, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)\n\n\nBeliau berkata, beberapa peruncit turut mengadu pengedar dan pemborong sudah memberi amaran harga sayur-sayuran lain mungkin akan naik dalam beberapa minggu akan datang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMat London menghembus nafas terakhir di pagi Subuh hening\n\n\n\n\n\n\nMajlis Raja-Raja jaga kesucian Islam, kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor bubar secara rasmi hari ini\n\n\n\n\n\n\n29 Kes Kematian Dalam Tempoh 24 Jam\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Nelayan Masih Lagi Terjejas\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu beliau menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera menangani kenaikan harga sayur-sayuran yang meningkat sehingga 200% sejak dua minggu lalu.\n\n\nUjar Mohideen, tindakan tegas perlu diambil terhadap peniaga yang menaikkan harga secara berlebihan serta melanggar Akta Anti-Pencatutan 2010.\n\n\nKenaikan harga sayur-sayuran itu ialah kubis bunga yang naik dari RM7 kepada RM16 sekilogram. Sawi pendek dari RM3 kepada RM9, sebelum ini brokoli RM8 naik kepada RM20 dan sawi RM5 kepada RM8.\n\n\nTurut mengalami kenaikan ialah kacang buncis dari harga RM8 kepada RM15 sekilogram; kubis RM4 kepada RM6; cili merah RM13 kepada RM19 dan cili hijau RM10 kepada RM14."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/23/hujan-lebat-sebabkan-banjir-kilat-di-ampang/", "title": "Hujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat Di Ampang", "body": "0\n\n\n(Foto kejadian / sumber FB)\n\n\nSELASA, 23 NOVEMBER\n \u2013 Hujan lebat hampir 3 jam di sekitar Lembah Klang sejak lewat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Ampang iaitu Taman Hillview, Kampung Lembah Jaya Utara dan Lembah Jaya Selatan, dilanda banjir kilat.\n\n\nBomba yang menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 petang, menggerakkan dua jentera FRT bersama 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dan BBP Ampang ke lokasi untuk operasi menyelamat.\n\n\n(Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis)\n\n\nPengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata hujan lebat berterusan menyebabkan tiga kawasan itu dilimpahi banjir kilat setinggi antara 0.3 meter hingga 1.5 meter.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia, Vietnam sasar kerjasama kukuh pasaran buruh\n\n\n\n\n\n\nHujan Berterusan Dijangka Sehingga Esok\n\n\n\n\n\n\nMuafakat desak Anwar beri penjelasan Konsep Madani\n\n\n\n\n\n\nKetua Hakim Negara terima ancaman bunuh\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan filem Mentega Terbang\n\n\n\n\n\n\n\n\nBanjir kilat turut menyebabkan 3 penduduk terperangkap dalam kediaman yang dinaiki air dan anggota kita menjalankan operasi mengeluarkan semua mangsa ke tempat selamat.\n\n\nJelas Norazam lagi, pada masa ini, keadaan air semakin surut dan pemantauan akan terus dijalankan di lokasi secara berterusan.\n\n\nSementara itu, katanya dua keluarga terdiri 3 dewasa dan 8 kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia setahun dilaporkan terperangkap di seberang sungai akibat kepala air ketika berkelah di Air Terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali petang semalam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/23/jakim-bangunkan-sistem-maklumat-bersepadu-halal/", "title": "JAKIM Bangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Halal", "body": "0\n\n\n(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)\n\n\nSELASA, 23 NOVEMBER\n \u2013 Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan dapat menyemak status halal produk daripada luar negara melalui Sistem Maklumat Bersepadu Halal yang kini sedang dibangunkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sistem dengan kos RM3.4 juta itu merupakan pangkalan data mengenai produk halal tempatan serta antarabangsa yang berada di Malaysia.\n\n\n\u201cAmek dari awal\u2026..dibawah skim produk makanan\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan Halal Kebangsaan (Sidang Halal) 2021 yang diadakan secara dalam talian hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemansuhan Hukuman Mati Mandatori Akan Dikaji \u2013 Mas Ermieyati\n\n\n\n\n\n\nDemonstrasi Aman Peguam Malaysia Hal Kebebasan Badan Kehakiman\n\n\n\n\n\n\n\u2018Saya tidak bersalah, saya akan jawab pertuduhan di mahkamah\u2019 \u2013 Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nHarga Makanan Meningkat Ke Paras Tertinggi Sejak November 2011\n\n\n\n\n\n\nLaporan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata Jakim juga sedang membangunkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Antarabangsa) dan Modul Eksekutif Halal Antarabangsa.\n\n\nIa sebagai langkah untuk memperkasakan sijil halal Malaysia di peringkat antarabangsa menerusi Program Pengantarabangsaan Persijilan Halal Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/23/kerja-pembersihan-dijalankan-pasca-banjir/", "title": "Kerja Pembersihan Dijalankan Pasca Banjir", "body": "0\n\n\n(Foto / sumber : FB MPAJ)\n\n\n\u00a0\n\n\nSELASA, 23 NOVEMBER\n \u2013 Perkembangan kejadian banjir di Ampang. Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam bersama Jabatan Khidmat Pengurusan telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di beberapa laluan utama.\n\n\nMenurut Majlis Perbandaran Ampang Jaya, kawasan yang terlibat adalah sekitar Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Lembah Jaya Selatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLelaki warga tempatan ditahan buat hantaran keji institusi beraja\n\n\n\n\n\n\nWarga Singapura marah ditegur isi minyak dalam tong\n\n\n\n\n\n\n1.75 juta kenderaan dijangka memasuki ibu negara malam ini\n\n\n\n\n\n\nRibut petir dijangka melanda seluruh Malaysia esok\n\n\n\n\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya menerusi hantaran di laman Facebook, Kutipan sampah di dalam longkang dilaksanakan bermula malam semalam sebaik sahaja hujan berhenti dan telah disambung seawal 7 pagi hari ini.\n\n\nLonggokan sampah yang dibawa banjir memenuhi longkang dan perlu dialih dibersihkan dalam kadar segera.\n\n\nBanjir kilat setinggi kira-kira 1 meter akibat hujan lebat sejak 6 petang pada 22 November 2021 turut membawa sampah dan lumpur ke kawasan sekitar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/23/kpm-akan-keluarkan-jadual-baharu-spm-2021/", "title": "KPM Akan Keluarkan Jadual Baharu SPM 2021", "body": "0\n\n\n(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Doktor Radzi Jidin)\n\n\nSELASA, 23 NOVEMBER\n \u2013 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam waktu terdekat.\n\n\nPerkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Doktor Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook, semalam.\n\n\n\u201c\u2026insyaallah kita akan keluar jadual baharu berkaitan peperiksaan SPM dalam masa terdekat\u2026yang telah memberi cadangan mengenai jadual SPM 2021\u2026:\u201d\n\n\nRadzi berkata, beliau menerima banyak pandangan khususnya daripada calon SPM 2021 dan ibu bapa berkaitan jadual peperiksaan SPM 2021 yang dikatakan turut diadakan pada hari Jumaat dan Ahad.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan isu ceramah Fahmi di masjid\n\n\n\n\n\n\nAUKU dijangka dipinda hujung tahun ini\n\n\n\n\n\n\nPolis kenal pasti peserta demonstrasi kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nKKM teliti isu perolehan ventilator rosak ketika pandemik Covid-19\n\n\n\n\n\n\nNama jalan wajar abadikan nama tokoh yang berjasa \u2013 Budayawan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, pihak kementerian mengambil kira pandangan diberikan itu dan ia sudah dibincangkan di peringkat Lembaga Peperiksaan dan pengurusan tertinggi KPM."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/23/pengharaman-judi-bukan-kecil-isu-sejagat-pembela/", "title": "Pengharaman Judi Bukan Kecil, Isu Sejagat \u2013 PEMBELA", "body": "0\n\n\n(Kondo mewah yang dijadikan pusat judi / sumber :hmetro)\n\n\nISNIN, 23 NOVEMBER\n \u2013 Tindakan DAP dan peguam-peguamnya mengheret isu pengharaman judi ke mahkamah dilihat bukan isu kecil.\n\n\nMengulas perkara itu, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya berkata;\n\n\n\u201c\u2026 tindakan itu boleh memberi implikasi sehingga ke tahap semua kerajaan negeri tiada kuasa mengekang judi di negeri masing-masing.\u201d\n\n\n\u201cApa yang diusahakan mereka di mahkamah ini bukan perkara kecil sekadar \u2018Penjudi vs Menteri Besar Kedah\u2019 tetapi jauh lebih besar dari itu,\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZuraida Masih Mahu Menjadi Menteri\n\n\n\n\n\n\nEmpat kru bot Jabatan Perikanan ditemukan selamat di perairan Indonesia\n\n\n\n\n\n\nAhli Politik Terlibat Dalam Jawatankuasa Khas Rumah Berhala\n\n\n\n\n\n\nCalon BN akan guna logo dacing pada PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\nKekosongan kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram, SPR masih tunggu pemakluman\n\n\n\n\n\n\n\n\nAminuddin berkata, kerajaan negeri Kedah harus diberikan sokongan solidariti oleh rakyat yang mahu melihat Malaysia sejahtera dari gejala tidak sihat ini.\n\n\nBeliau berkata, bukan sahaja orang Melayu di negara ini yang menyokong judi disekat dan dikawal kerana Islam mengharamkannya, namun ia merupakan isu sejagat.\n\n\nKerana \u2018Sudah Terang Lagi Bersuluh\u2019, memang terbukti bahawa perjudian merosakkan masyarakat dan institusi kekeluargaan dari pelbagai sudut.\n\n\nJusteru ujarnya, negeri-negeri lain juga mampu mengambil langkah sebegini demi kesejahteraan rakyat melangkaui kepentingan para pemilik syarikat judi yang tidak patut dilayan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/23/rakyat-mahu-bebas-pandemik-bukan-pru15-faizal-azumu/", "title": "Rakyat Mahu Bebas Pandemik, Bukan PRU15 \u2013 Faizal Azumu", "body": "0\n\n\n(Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)\n\n\nSELASA, 23 NOVEMBER\n \u2013 Rakyat pada masa ini mahukan kerajaan fokus berkhidmat bukan mahukan pemimpin berpolitik.\n\n\nTimbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berpendapat rakyat hanya mahu keluar dari pandemik COVID-19 berbanding memikirkan tentang Pilihan Raya Umum PRU ke 15.\n\n\n\u2018\u2019Saya berpandangan sekarang ini rakyat selesa untuk melihat kerajaan lebih fokus kepada memberi perkhidmatan kepada rakyat, pastikan kita dapat keluar dari pandemik ini secara selamat, ekonomi dapat dinaikkan dan pekerjaan dapat disediakan.\u2019\u2019\n\nAhmad Faizal berkata, orang politik seharusnya lebih berperanan memberikan tumpuan bagi memenuhi keperluan rakyat.\n\n\nMengulas lanjut, pelaksanaan PRU 15 dalam masa terdekat ini disifatkan bukan sebagai penyelesaian utama buat rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir tidak bertanding pada PRN\n\n\n\n\n\n\n11 Tahun Menetap, Kali Pertama Alami Banjir\n\n\n\n\n\n\nPenyatuan Ummah Penting Dalam Mendepani Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nKerajaan PAS Kelantan Tetap Kukuh\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa antara 10 bekas pemimpin UMNO isi borang sertai PAS\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhmad Faizal berkata segala keputusan pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada PRU 15 hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail selepas mendapat perkenan yang Di-Pertuan Agong."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/23/suami-atau-bekas-suami-berdepan-sekatan-bank/", "title": "Suami Atau Bekas Suami Berdepan Sekatan Bank", "body": "0\n\n\n(Ketua Hakim Syarie, Datuk Mohd. Na\u2019im Mokhtar)\n\n\nSELASA, 23 NOVEMBER\n \u2013 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) memaklumkan, suami atau bekas suami yang culas memberi nafkah bakal berdepan tindakan sekatan akaun bank.\n\n\nMenurutnya, tindakan itu dikenakan selepas pindaan terhadap Jadual 11 \u2013 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 diluluskan dan diwartakan pada 10 Februari lalu.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nThe 1975 beraksi biadap, penganjur henti persembahan serta merta\n\n\n\n\n\n\nPemandu langgar enam kenderaan positif ganja\n\n\n\n\n\n\nMangsa penipuan pekerjaan ulangi perbuatan selepas diselamatkan\n\n\n\n\n\n\nKes Batu Puteh, Sultan Johor terima laporan Pasukan Petugas Khas\n\n\n\n\n\n\nPenjualan Arak Di Kalangan Jurujual Muslim Semakin Berleluasa\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenyataan itu menyebut, perenggan enam jadual sama berhubung penzahiran maklumat pemilik akaun di institusi kewangan melalui perintah mahkamah, tidak kurang daripada Mahkamah Sesyen turut diperluaskan kepada perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.\n\n\n\u00a0\u201cPerintah hiwalah yang dikeluarkan oleh mana-mana peringkat mahkamah syariah boleh dilaksanakan oleh institusi kewangan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang berkuat kuasa,\u201d\n\n\nMenurut kenyataan itu, perintah hiwalah yang dikeluarkan oleh mana-mana peringkat Mahkamah Syariah boleh dilaksanakan oleh institusi kewangan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang berkuat kuasa.\n\n\n\u201dPindaan pada perenggan lima Jadual 11 itu memasukkan pematuhan dan penzahiran maklumat bawah hiwalah, iaitu pemindahan hutang daripada penghutang penghakiman kepada pihak ketiga, iaitu institusi kewangan kepada pemiutang penghakiman,\u201d\n\n\nPindaan pada perenggan lima Jadual 11 itu memasukkan pematuhan dan penzahiran maklumat bawah hiwalah, perenggan enam jadual sama berhubung penzahiran maklumat pemilik akaun di institusi kewangan melalui perintah mahkamah,\n\n\nSementara itu, Ketua Pengarah JKSM yang juga Ketua Hakim Syarie, Datuk Mohd. Na\u2019im Mokhtar berkata, tindakan sekatan terhadap akaun itu dilaksanakan sehingga suami atau bekas suami penghutang penghakiman menyelesaikan hutang nafkah mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/23/tidak-perlu-awalkan-pru-penganalisis/", "title": "Tidak Perlu Awalkan PRU \u2013 Penganalisis", "body": "0\n\n\n( Azmi Hassan, Geostrategis dan penganalisis politik)\n\n\nSELASA, 23 NOVEMBER\n \u2013 Sementara itu, cadangan mempercepatkan pilihan raya umum ke -15 dianggap tidak wajar diawalkan.\n\n\nGeostrategis dan penganalisis politik, Azmi Hassan berkata dalam keadaan ketika ini dengan wabak covid-19 masih belum reda pilihan raya umum perlu dianjakkan lagi tempohnya.\n\n\n\u201ctidak saya pasang janji jun 2022, umno, tidak boleh dilihat mendesak\u2026..jun 2022\u201d\n\n\nDalam satu pertanyaan lain ketika beliau dihubungi secara langsung dalam mutakhir pertiwi siang tadi, beliau berkata, perubahan sokongan pengundi Melayu kepada Barisan Nasional tidak boleh dinilai walaupun memperoleh kemenangan besar di PRN Melaka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJAINJ, PDRM buru pengikut ajaran sesat Si Hulk\n\n\n\n\n\n\nPolis percepat siasatan pelajar kecam soalan Sejarah SPM\n\n\n\n\n\n\nZuraida Sedia Lepas Jawatan Kabinet\n\n\n\n\n\n\nMohammad Ab Rahman dilantik Panglima Tentera Darat ke-29\n\n\n\n\n\n\nBawa lembing, pedang, perisai, Ketua Pemuda PAS sifatkan perarakan \u2018pelik\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPenerimaaan pengundi \u2014\u2014- untuk dia kuat sebelum 2018\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/23/umno-jumpa-perdana-menteri-untuk-awalkan-pru/", "title": "UMNO Jumpa Perdana Menteri Untuk Awalkan PRU", "body": "1\n\n\n(Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan)\n\n\nSELASA, 23 NOVEMBER\n \u2013 Setelah Pilihan Raya Negeri, Melaka berakhir sabtu lalu, kini timbul usaha untuk mempercepatkan pilihan raya umum ke-15.\n\n\nAwalnya, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, menyatakan PRU-15 perlu dipertimbang untuk diadakan dalam masa terdekat supaya mandat baharu dapat diserahkan semula kepada rakyat.\n\n\n\u201cSaya cakap dengan Perdana Menteri, semalam, kita perlu mempertimbang untuk menyegerakan PRU. Suka atau tidak, kita tunggu hingga Julai tahun depan sebab perjanjian (persefahaman antara kerajaan dengan pembangkang). Ini pun tidak tahulah kerana banyak yang kalah teruk di Melaka\u2026 tidak tahulah kalau mereka akan \u2018pull the plug\u2019 (menarik diri).\u2019\u2019 \u2013 Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan\n\n\nBeliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pihaknya menyuarakan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebaik saja BN memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semalam, dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 negeri Johor dibentang esok\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat khas namakan calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan\n\n\n\n\n\n\nPenggantungan ini bukan satu pengakhiran \u2013 Hishammuddin\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy angkat sumpah MB Pahang untuk penggal kedua\n\n\n\n\n\n\nTambah Baik Sistem Tidak Lestari & Tidak Mesra Pengguna \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohamad menjelaskan, beliau bukan mahu memberi tekanan untuk PRU-15 diadakan sebelum akhir tahun ini. Namun katanya tiada salahnya\u00a0 jika dibandingkan untuk UMNO perlu menunggu hingga 2023.\n\n\nSementara itu, UMNO berhasrat berbincang dengan Perdana bagi menyatakan pandangan supaya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disegerakan.\n\n\n\u201cMomentum sangat baik ketika ini, kalau lambat takut orang lupa. Kemenangan dua pertiga yang diperoleh BN ketika PRN Melaka pada Sabtu lalu memberi gambaran sokongan padu diterima parti.\u2019\u2019 \u2013 Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan\n\n\nSetiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berpendapat PRU15 wajar diadakan dalam masa terdekat berikutan momentum BN yang baik ketika ini selepas meraih kemenangan pada PRN Melaka.\n\n\nBagaimanapun katanya, perkara itu akan dibincangkan dahulu bersama pucuk pimpinan parti sebelum ia disampaikan kepada Perdana Menteri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/2-59-juta-populasi-remaja-negara-lengkap-divaksinasi/", "title": "2.59 Juta Populasi Remaja Negara Lengkap Divaksinasi", "body": "0\n\n\n(Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, PICK)\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Sebanyak 2.5juta individu atau 82.5 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.\n\n\nBerdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di laman COVIDNOW, sebanyak 2.7 juta individu atau 87.6 peratus bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.\n\n\nBagi populasi dewasa, 95.7 peratus atau 22.4 juta individu telah lengkap vaksinasi manakala 97.9 peratus atau 22.9 juta lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDUN Kedah lulus RUU Anti Lompat Parti\n\n\n\n\n\n\ni-Guru syor galak semula SOP COVID-19 di sekolah\n\n\n\n\n\n\nKu Li Bakal Bersara Selepas PRU-15\n\n\n\n\n\n\nAmirudin menghadap Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\nRazarudin Husain dilantik Ketua Polis Negara baharu\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebanyak 109,016 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 11,912 suntikan dos lengkap, 4,941 menerima dos pertama dan 92,163 pula mendapat suntikan dos penggalak.\n\n\nPerkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada melebihi 52 juta\n\n\nAngka harian positif COVID-19 semalam merekodkan peningkatan kes kepada 5594 kes baharu berbanding semalam, 4885 kes. Setakat ini, jumlah keseluruhan kumulatif kes positif telah berjumlah 2 juta, 597 juta, 80 kes kumulatif.\n\n\nSementara itu kadar kebolehjangkitan covid -19 atau RT setakat 22 november, mencatatkan nilai 1.0 selama dua hari berturut-turut. Bagi kes keseluruhan pecahan negeri akan dimuat naik di laman portal COVIDNOW."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/belum-ada-keperluan-adun-pn-sertai-exco-melaka/", "title": "Belum Ada Keperluan ADUN PN Sertai EXCO Melaka", "body": "0\n\n\n(Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan.)\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Tiada keperluan untuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu daripada Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan.\n\n\nBeliau berkata, BN tidak berada dalam kedudukan yang memerlukan parti itu untuk membawa masuk dua ADUN berkenaan sebagai ahli Exco dalam pembentukan kerajaan negeri Melaka.\n\n\nJelas Tok Mat tiada keperluan ADUN dari Perikatan Nasional berada dalam barisan Exco Melaka. Beliau menjawab ura ura mengenai 2 ADUN dari PN akan berada dalam exco kerajaan negeri Melaka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNurul Izzah tidak terima sebarang elaun \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nBakar bendera Israel tanda solidariti \u2013 UMNO\n\n\n\n\n\n\nTiada mogok di Klinik Kesihatan Bangi\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan SRC Diteruskan Dalam Talian\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Di Tangga Ke- 57 Dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya lagi, belum ada keperluan BN untuk mengisi kekosongan yang ada dalam exco kerajaan negeri.\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Sembilan di Seri Sendayan, malam tadi.\n\n\nDalam laporan media sebelum ini, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dilaporkan berkata, kedudukan dua ADUN PN dalam barisan Exco belum diputuskan.\n\n\nSulaiman berkata, perkara berkenaan perlu melalui perbincangan bersama pucuk kepemimpinan BN dengan mengambil kira senario parti itu yang bertanding secara solo dalam PRN Melaka.\n\n\nSementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno dan Pengarah Pilihan Raya BN berkata, bukan menjadi satu kejanggalan sekiranya persefahaman dan kerjasama antara parti berlaku di peringkat Persekutuan namun tidak pula di peringkat negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/caruman-baharu-dikreditkan-sepenuhnya-ke-akaun-1/", "title": "Caruman Baharu Dikreditkan Sepenuhnya Ke Akaun 1", "body": "0\n\n\n(Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah)\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Caruman baharu ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluarkan simpanan mereka menerusi kemudahan pengeluaran seperti i-Citra dan i-Sinar akan dikreditkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 untuk membina semula simpanan mereka yang telah dikeluarkan.\n\n\nTimbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, dengan itu pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus untuk Akuan 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2.\n\n\nMenurutnya, berdasarkan statistik KWSP, selepas mengambil kira pengeluaran i-Sinar dan i-Citra, hanya 27 peratus daripada ahli aktif yang berusia 18 hingga 55 tahun yang mempunyai simpanan asas iaitu RM240,000.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri: Warga asing \u2018hiasi\u2019 wajah ibu kota\n\n\n\n\n\n\nTarikh tengok anak bulan Syawal pada 20 hari bulan\n\n\n\n\n\n\nPDRM nafi jadi dalang kegiatan seludup mercun\n\n\n\n\n\n\nKes Taun Kini Dikesan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nHutang negara cecah RM1.5 trilion \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\nAngka itu katanya, menunjukkan penurunan berbanding 30 peratus pada 31 Disember 2020 sebelum kemudahan pengeluaran itu dilaksanakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/dua-pps-di-hulu-langat-masih-beroperasi/", "title": "Dua PPS Di Hulu Langat Masih Beroperasi", "body": "0\n\n\n(Skuad Pantas di tempat kejadian banjir Ampang, Hulu Langat / sumber : sinarharian)\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Pangsapuri Desa Lembah Permai dan PPS Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kampung Pandan Indah yang menempatkan mangsa banjir di Hulu Langat masih beroperasi setakat Rabu.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Hulu Langat, Dr Ani Ahmad berkata, walaupun air sudah surut mangsa masih ditempatkan di PPS berkenaan disebabkan kebanyakan rumah terlibat dalam operasi pembersihan.\n\n\nKebanyakan mangsa memerlukan masa mengemas dan mencuci lumpur yang tempohnya tidak dapat disiapkan dalam masa sehari. Jelas Dr Ani, Alat seperti water jet diperlukan untuk membersihkan lumpur selain menggantikan perkakasan rumah yang rosak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSekat peruntukan pembangkang, jawab di akhirat \u2013 Shahidan\n\n\n\n\n\n\nRM50juta naik taraf Institusi Pendidikan Mara \u2013 TPM\n\n\n\n\n\n\nBERJASA sedia kerjasama PN agenda pertahankan agama, negara\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP Akan Tarik Lesen Subsidi Pengilang Seludup Minyak Masak\n\n\n\n\n\n\nPM lantik 5 individu anggotai badan penasihat khas Menteri Kewangan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam kejadian pada malam Isnin lalu, 162 keluarga terkesan insiden banjir kilat susulan hujan lebat melanda Lembah Klang.\n\n\nAni berkata, operasi pembersihan dibantu oleh pihak sukarelawan dan Skuad Pantas dari pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor serta pasukan bomba."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/fasa-4-ppn-pembukaan-ekonomi-punca-kenaikan/", "title": "Fasa 4 PPN, Pembukaan Ekonomi Punca Kenaikan", "body": "0\n\n\n(Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Dr Chong Fat Full)\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Pembukaan sektor ekonomi dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mendorong kepada permintaan tinggi sekali gus menyebabkan kenaikan harga mendadak barangan asas seperti ayam dan minyak masak kebelakangan ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu semalam.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Dr Chong Fat Full berkata terdapat dua faktor menyebabkan kenaikan harga ayam iaitu peningkatan kos bahan mentah seperti kacang soya, jagung dan pertukaran mata wang asing selain faktor permintaan dan bekalan.\n\n\n\n\u201d situasi ini\u2026menjadi stabil dalam pasaran..\u201d\n\n\nJelas Chong lagi Situasi ini menyebabkan permintaan meningkat dan menyebabkan harga barangan seperti juga turut meningkat yang mana penternak tidak dapat menjangka pembukaan ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJumlah isi rumah miskin tegar aib, memalukan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nIsu Batu Puteh: Kerajaan serah kepada Parlimen buat keputusan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid lantik Datuk Dusuki Ahmad ketuai Majlis Ulama UMNO\n\n\n\n\n\n\n\u2018Long Tiger\u2019 Bolos Dari Lokap Mahkamah Tangkak\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Vape, rokok elektronik akan dicukai\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, apabila berlaku permintaan tinggi terhadap ayam, penternak memerlukan masa bagi menyediakan ayam dan ini akan mengambil masa untuk bekalan ayam menjadi stabil di pasaran.\n\n\nDr Chong (Bersatu-Pemanis) berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Sharifah Azizah Syed Zain (Umno-Penawar), Md Ysahruddin Kusni (PH-Bukit Naning) dan Dr Faizul Amri Adnan (PH-Serom) mengenai tindakan kerajaan berhubung kenaikan harga keperluan asas terutama selepas beralih ke Fasa 4 PPN seperti ayam, minyak masak dan sayur-sayuran."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/keabsahan-sek-vernakular/", "title": "Keabsahan Sek Vernakular", "body": "0\n\n\n(Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla)\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, bahawa pelajar sekolah vernakular di Malaysia berdepan peluang pekerjaan yang terhad kerana didakwa kurang penguasaan dalam Bahasa Malaysia.\n\n\nPeguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dalam hujahnya berkata ini akan menyebabkan pelajar-pelajar ini dinafikan hak untuk hidup bermaruah, justeru sekolah vernakular di Malaysia mesti diwajibkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar.\n\n\nPeguam Mohamed Haniff mewakili tiga plaintif iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBimbang Kesedaran Melayu Bangkit Punca Tuduhan Dilempar Pada Filem Mat Kilau\n\n\n\n\n\n\nPembaikan Jambatan, Cerun Bukit Dan Jalan Raya Di Sungai Lui\n\n\n\n\n\n\nRehatkan Ahmad Zahid Dari Jawatan Presiden UMNO \u2013 Syed Ali\n\n\n\n\n\n\nRais saran Jawatankuasa Khas Dewan Negara bincang segera isu UEC\n\n\n\n\n\n\nADUN Tronoh Diperintah Bela Diri Dakwaan Merogol\n\n\n\n\n\n\n\n\nTiga plaintif berkenaan memohon perintah mahkamah agar sekolah vernakular menghentikan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.\n\n\n\u201cAkibatnya, ia akan menyebabkan golongan belia Malaysia (yang bersekolah di sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar dalam pelbagai mata pelajaran) tidak memiliki penguasaan yang baik dalam Bahasa Malaysia. Ini akan mengehadkan peluang pekerjaan mereka, terutamanya dalam perkhidmatan awam. Hak asasi mereka di bawah Perkara 5 akan terancam.\u2019\u2019 \u2013 Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla\n\n\nDalam prosiding di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini, Haniff berhujah bahawa keadaan ini akan melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak untuk hidup dengan bermaruah dan hak- hak lain.\n\n\nPerlembagaan Persekutuan menyentuh mengenai kebebasan diri dalam Perkara 5, Kesamarataan (Perkara 8); kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan (Perkara 10); kebebasan beragama (Perkara 11) dan hak dalam pendidikan (Perkara 12).\n\n\nHujahnya, ia akan menyebabkan golongan belia Malaysia (yang bersekolah di sekolah vernakular yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar dalam pelbagai mata pelajaran) tidak memiliki penguasaan yang baik dalam Bahasa Malaysia.\n\n\nIni akan mengehadkan peluang pekerjaan mereka, terutamanya dalam perkhidmatan awam. Hak asasi mereka di bawah Perkara 5 akan terancam.\n\n\n\u201cDisebabkan penguasaan bahasa kebangsaan yang terhad ini, ia akan menafikan hak mereka untuk hidup dengan bermaruah (seperti Perkara 5)\u201d. Hanif kemudian merujuk afidavit Prof Dr Teo Kok Seong berhubung dakwaan penguasaan Bahasa Malaysia pelajar sekolah vernakular yang lebih lemah.\n\n\nMenurut afidavit itu, Teo berhujah bahawa masalah itu membimbangkan kerana pelajar-pelajar ini didakwa kurang penguasaan Bahasa Malaysia menyebabkan mereka dikatakan menghadapi prejudis ketika mencari pekerjaan di sektor swasta dan awam, serta kesukaran melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.\n\n\n(Gopal Sri Ram, Peguam)\n\n\nBagaimanapun, peguam Gopal Sri Ram, yang mewakili Majlis Bahasa Cina Malaysia, berhujah bahawa mahkamah sepatutnya menolak keseluruhan tindakan undang-undang itu kerana ketiga-tiga plaintif gagal menunjukkan secara spesifik kerugian yang mereka alami berikutan dasar kerajaan semasa mengenai sekolah vernakular.\n\n\n\n\u201cKertas kausa plaintif hanya menunjukkan mereka berhujah melanggar peruntukan perlembagaan sambil tidak menyatakan secara spesifik kesan yang dihadapi mereka. Mereka mesti menentukan bagaimana mereka semua terkesan selain daripada isu sentimentaliti. \u201d \u2013 Peguam Gopal Sri Ram\n\n\nBekas hakim mahkamah persekutuan itu berhujah bahawa kertas kausa plaintif hanya menunjukkan mereka berhujah melanggar peruntukan perlembagaan sambil tidak menyatakan secara spesifik kesan yang dihadapi mereka.\n\n\nHujah beliau mereka mesti menentukan bagaimana mereka semua terkesan selain daripada isu sentimentaliti. Sri Ram menambah plaintif tidak menunjukkan mereka mempunyai locus standi (hak undang-undang untuk memfailkan tindakan undang-undang).\n\n\nSri Ram seterusnya berhujah bahawa isu sekolah vernakular adalah dasar legislatif (perundangan) dan tidak sesuai ditentukan oleh badan kehakiman sebaliknya kata beliau isu itu hanya wajar ditentukan oleh Parlimen berbanding dibawa ke mahkamah.\n\nPerbicaraan bersambung esok."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/keabsahan-sekolah-vernakular-disambung-hari-ini/", "title": "Keabsahan Sekolah Vernakular Disambung Hari Ini", "body": "1\n\n\n(Tuan Pengerusi PEMBELA (Hj Aminuddin Yahaya) bersama Ketua Media PEMBELA (Hj Rashidi Bin Haris) dan barisan peguam; Tuan Haniff Khatri, Tuan Rahim Sinwan, Tuan Aidil Khalid, Tuan Buzze Azam. / sumber : FB)\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Hari ini bersambung hari ke dua pendengaran bagi kes mencabar keabsahan dan kedudukan sekolah Vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nSemalam pihak plaintif telah mengemukakan hujahan-hujahan mereka bahawa sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.\n\n\nAntara hujahan plaintif adalah:\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi Hadi keluarkan amanat halalkan ajaran menyimpang\n\n\n\n\n\n\n19 MoU dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan\n\n\n\n\n\n\nPN muktamad agihan, tandingi 245 kerusi DUN pada PRN 6 negeri\n\n\n\n\n\n\nMandikan pencuri: Islam tidak ajar kezaliman\n\n\n\n\n\n\nKeadaan Terkini Pasca Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\n\n\n1.Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 5-5-0) adalah bercanggah dengan Perkara 1-5-2(1) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n2.Penubuhan dan kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil adalah bercanggah dengan Perkara-Perkara 5,8,10, dan 12 Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n3.Plaintif-plaintif mempunyai locus standi bagi memfailkan tindakan mahkamah ini.\n\n\n4.Mahkamah wajar mengadili dasar dan polisi Defendan Kedua (Kementerian Pendidikan Malaysia ) berhubung sistem pendidikan nasional.\n\n\nSementara itu, peguam yang mewakili pihak plaintif, Aidil Khalid ketika ditemui lewat petang semalam berkata;\n\n\n\u201c\u2026hujahan yang dibentangkan merujuk kepada affidavit Prof Dr Teo Kong Seong berhubung dakwaan penguasaan Bahasa Malaysia pelajar sekolah vernakular yang lebih lemah.\u201d\n\n\nTambah beliau lagi :\n\n\n\u201c\u2026untuk pihak plaintif hujahan disampaikan untuk dua point utama. Sek 2,17,28 akta pendidikan sekolah vernakular melanggar perlembagaan persekutuan. Kedua sekolah vernakular menyebabkan diskriminasi. Untuk itu 3 affidavit digunakan yang pertama affidavit daripada Dr Teo Kok Seorang yg memberi keterangan kepada mahkamah berdasarkan data sek ini menyumbang kepada lemahnya penguasaan bahasa kebangsaan. Kedua affidavit oleh Dr Rafidah Hanim berkenaan insiden diskriminasi di sekolah vernakular. Dan affidavit dari wakil Sabah dan Sarawak merasa terkilan mereka mempunyai bahasa masing-masing tetap tidak diberikan sekolah untuk mengangkat bahasa mereka. Sedangkan bahasa cina dan tamil yang tidak disebut dalam perlembagaan diberikan\u2026\u201d\n\n\n(Mohamad Nazlan Mohamad Ghazali, Hakim)\n\n\nDalam pada itu, perbicaraan kes disambung semula hari ini dihadapan hakim Mohamad Nazlan Mohamad Ghazali dimana pihak plaintif dijadualkan untuk membalas kembali hujahan yang dibuat oleh pihak defenden."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/kwsp-akan-lancar-i-sayang-tahun-depan/", "title": "KWSP Akan Lancar I-Sayang Tahun Depan", "body": "0\n\n\n(Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP))\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.\n\n\nPengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, kemudahan itu akan membolehkan pemindahan sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.\n\n\nKatanya, satu lagi kemudahan dana persaraan yang akan dilancarkan ialah i-Lindung, yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP nafi wujud kartel telur ayam sorok bekalan sebelum PRU15\n\n\n\n\n\n\nJom Ziarah Gereja : Bercanggah Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Operasi SAR ditangguh sementara akibat hujan lebat\n\n\n\n\n\n\nMPN Setuju Malaysia Kembali Sebagai Negara Pertanian\n\n\n\n\n\n\nRehatkan Ahmad Zahid Dari Jawatan Presiden UMNO \u2013 Syed Ali\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya Inisiatif lain termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.\n\n\nKWSP juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli boleh memaksa majikan meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 yang diadakan secara maya dan fizikal hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/muafakat-nasional-perjanjian-politik-terbaik-nik-abduh/", "title": "Muafakat Nasional Perjanjian Politik Terbaik \u2013 Nik Abduh", "body": "0\n\n\n(Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz)\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Ahli Parlimen Bachok Nik Abduh Nik Aziz mengingatkan parti PAS untuk memperbetulkan keadaan dan menjalin semula kerjasama dengan UMNO.\n\n.\n\nPasca Pilihan Raya Negeri PRN Melaka, gabungan Barisan Nasional BN yang diketuai UMNO memperoleh 21 kerusi. Perikatan Nasional PN yang dianggotai PAS dan BERSATU hanya memperoleh 2 kerusi.\n\n\n(Kenyataan dari FB, Nik Mohamad Abduh)\n\n\nMemetik hantaran Nik Abduh di laman facebooknya beliau berkata Sebaik-baik perjanjian politik termeterai sejak berpuluh tahun adalah di Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) yang membentuk Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS.\n\n\nIa perjanjian diberkati Allah dengan serta-merta dan menyatukan dua kumpulan besar umat Islam bertelagah sejak puluhan tahun.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemecatan Tajuddin Satu Amaran \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nSaarani dedah PN cuba \u2018beli\u2019 ADUN BN selepas PRU15\n\n\n\n\n\n\n572 calon sah bertanding, PN paling ramai calon\n\n\n\n\n\n\nArah kiblat tersasar, JAKIM & Majlis Agama Negeri perlu keputusan bersama\n\n\n\n\n\n\nZainab tuntut Rafizi mohon maaf fitnah isteri kedua Abd Latiff\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam hantaran berkenaan, Nik Abduh berkata, PAS mampu bertahan 7 tahun bersama DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat dari 2008 hingga 2015.\n\n\nBeliau menyifatkan menentang kerajaan BN pada masa itu, jika tidak malu pada diri sendiri dan rakyat, dan membiarkan sengketa menerus antara pemimpin boleh meruntuhkan perpaduan antara MN dalam tempoh yang singkat.\n\n\nUjar beliau, sengketa, dendam dan buruk sangka sesama umat adalah tidak wajar dan perlu dihentikan. Umno dan PAS membentuk pakatan MN selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum 2018.\n\n\nBagaimanapun keputusan Bersatu keluar PH dan pembentukan kerajaan baru di bawah Muhyiddin Yassin mengubah dinamik dan menyebabkan PAS lebih menumpukan kepada gabungan PN dengan Bersatu berbanding MN dengan Umno"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/najib-mohon-tangguh-keputusan-rayuan-kes-src/", "title": "Najib Mohon Tangguh Keputusan Rayuan Kes SRC", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Najib Tun Razak)\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Datuk Seri Najib Tun Razak memohon penangguhan keputusan Mahkamah Rayuan yang sepatutnya berlangsung pada 8 Disember ke tarikh 13 Disember.\n\n\nPenangguhan itu dibuat berhubung keputusan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM 42 juta dana SRC International Sdn Bhd.\n\n\nPermohonan penangguhan ke tarikh baharu itu dibuat kerana bekas perdana menteri itu perlu menjalani kuarantin di rumah sekembalinya dari Singapura.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada Istilah Sambutan Hari Agama Sedunia\n\n\n\n\n\n\nCagaran caruman KWSP bukan penyelesaian \u2013 MTUC\n\n\n\n\n\n\nHotel Pertama Bertaraf Lima Bintang Adakan Solat Jumaat\n\n\n\n\n\n\nKPM rangka pelan pemulihan pelajar keciciran\n\n\n\n\n\n\nMelaka larang kakitangan bawa telefon bimbit ketika mesyuarat\n\n\n\n\n\n\n\n\nNajib diberikan kebenaran awal untuk mendapatkan sementara pasportnya dari 20 Okt hingga 22 Nov supaya dia boleh berada di Singapura untuk bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa.\n\n\nkemudiannya memohon ia dilanjutkan kerana perlu membantu kempen pilihan raya BN di Melaka.\n\n\nPihak pendakwaan juga telah dimaklumkan mengenai permintaan itu dan tiada sebarang bantahan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/permohonan-najib-tangguh-keputusan-rayuan-src-ditolak/", "title": "Permohonan Najib Tangguh Keputusan Rayuan SRC Ditolak", "body": "0\n\n\n(Najib bersama Peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee)\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Mahkamah Rayuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan keputusan berhubung sabitan dan hukuman atas tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.\n\n\nSehubungan itu, Mahkamah Rayuan mengekalkan tarikh 8 Disember bagi keputusan dalam kes berkenaan.\n\n\nDalam surat kepada peguam bekas perdana menteri dari Shafee & Co, Mahkamah Rayuan memaklumkan bahawa permohonan mereka untuk menangguhkan tarikh penghakiman adalah tidak dibenarkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPantai Timur Diramal Hadapi Banjir Serentak Bermula Esok\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin Tetap Mahu Calonkan Pengganti Zuraida\n\n\n\n\n\n\nUMNO guna \u2018pengundi hantu\u2019 lulus usul tambahan \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nWarga asing bergaduh, rakyat diingat jangan buat spekulasi sendiri\n\n\n\n\n\n\nSPRM Serah 2 Lagi Pegawai Pada Polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, semua pihak perlu hadir di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada tarikh yang ditetapkan.\n\n\nPeguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee turut mengesahkan pihak pembelaan baru menerima surat itu hari ini.\n\n\nSemalam, Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember untuk keputusan rayuan Najib untuk membatalkan keputusan bersalahnya serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.\n\n\nBagaimanapun, pasukan peguambela Najib memohon tarikh keputusan itu ditangguhkan ke tarikh antara 13 hingga 17 Disember dengan alasan bekas perdana menteri itu masih berada dalam kuarantin rumah sekembalinya dari perjalanan ke Singapura."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/prn-sarawak-ke-12-18-disember-ini/", "title": "PRN Sarawak Ke-12 18 Disember Ini", "body": "0\n\n\n(Pengerusi, Datuk Abdul Ghani Salleh)\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.\n\n\nPengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember manakala hari pengundian awal ialah pada 14 Disember.\n\n\n\u201c.\u2026. sehubungan itu, spr telah mengadakan mesyuarat khas apda hari ini\u2026.. tarikh hari mengundi pada 18 disember 2021 hari sabtu..\u201d\n\n\nTempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 6 Disember, iaitu hari isnin, sehingga jam 11.59 malam 17 Disember.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah Puji Usaha Koordinasi Sukarelawan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nIsu Mogok: Dr Zaliha sedia bersemuka petugas kesihatan\n\n\n\n\n\n\nJakim nafi laporan hasil cerapan 1 Syawal 1443H tidak sah, batal\n\n\n\n\n\n\nSatu kehilangan kepada badan kehakiman negara \u2013 Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nB40 jika rayuan diterima tapi luar tahun giliran kena bayar penuh\n\n\n\n\n\n\n\n\nAbdul Ghani mengumumkan tarikh-tarikh penting berhubung PRN Sarawak itu pada satu sidang media di sini, hari ini, selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan Pilihan Raya Umum DUN Sarawak.\n\n\nSeramai 1.26 juta individu layak mengundi pada PRN Sarawak ke-12 berdasarkan senarai pengundi pengundi yang dikemas kini pada 3 Oktober lalu.\n\n\nPada 3 November lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/tiada-kes-kematian-disebabkan-vaksin-covid-19/", "title": "Tiada Kes Kematian Disebabkan Vaksin Covid-19", "body": "0\n\n\n(Timbalan Menteri Kesihatan dua, Datuk Aaron Ago Dagang)\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Tiada kes kematian dikaitkan secara langsung dengan vaksin COVID-19 sepanjang tempoh pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan PICK Bermula 24 Februari sehingga 20 November lepas.\n\n\nTimbalan Menteri Kesihatan dua, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, walaupun 535 kes kematian dalam kalangan penerima vaksin namun hasil post mortem dan penilaian kasualiti membuktikan tiada kematian akibat vaksin.\n\n\nDatuk Aaron Ago Dagang sebagai Timbalan Menteri Kesihatan II berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTumpahan minyak diesel punca 4 LRA henti tugas sementara\n\n\n\n\n\n\nHanya pegawai Gred 41 ke atas diberi kuasa tolak pelancong masuk\n\n\n\n\n\n\nMajlis Tindakan Sara Hidup Negara Bersidang Khamis Tangani Isu Harga Barang\n\n\n\n\n\n\nPekebun Sayur Enggan Jawab Kenaikan Harga Sayur\n\n\n\n\n\n\nLelaki direman muat naik kenyataan berbaur ugutan, perkauman\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c..Sebanyak 93.3 peratus daripada laporan kes melibatkan kesan sampingan ringan dan sederhana seperti sakit di tempat suntikan, demam, pening dan keletihan dan biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa hari.\n\n\n\u201cDaripada jumlah ini, hanya 1,549 laporan dikategorikan sebagai serius iaitu bersamaan 0.03 laporan bagi setiap 1,000 dos yang diberikan, dan mereka ini dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan rawatan lanjut bagi beberapa hari\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata, kes serius termasuk kes kematian disiasat dengan menyeluruh dan terperinci oleh fasiliti kesihatan yang berkenaan.\n\n\nLaporan penyiasatan kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19 JFK untuk penilaian kasualti atau hubung kait antara kesan sampingan dan vaksin,\u201d katanya ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat.\n\n\nBeliau menjawab soalan R Sivarasa mengenai hasil pemantauan Kementerian Kesihatan terhadap penerima vaksin covid-19 dan kesan negatif secara langsung.\n\n\nTimbalan menteri itu turut memaklumkan sepanjang tempoh sama, sejumlah 51 juta ,842 ribu, 386 dos vaksin Covid-19 melibatkan vaksin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, CanSino dan Sinopharm telah diberikan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/24/tunggu-stabil-baru-boleh-buat-pru15-pakar/", "title": "Tunggu Stabil Baru Boleh Buat PRU15 \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n(Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar)\n\n\nRABU, 24 NOVEMBER\n \u2013 Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat. Mengulas lanjut, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, PRU-15 boleh diadakan tapi bukan dalam tempoh terdekat kerana mengambil kira keadaan semasa kes harian Covid-19 yang belum stabil.\n\n\nDatuk Zainal berkata, pasca Pilihan Raya Negeri Melaka turut menjadi tanda aras bagi menentukan bagaimana keadaan kes harian Covid-19 dalam tempoh 2 hingga 3 minggu.\n\n\n\u201cSekarang ni keadaan covid tu kita tak nampak stabil nampak ada kes naik turun dan dengan keadaan kes akan tinggi jangkaan jadi saya rasa pru boleh diadakan tapi seeloknya kita tunggu keadaan selepas daripada PRN Melaka jadi semasa PRN Melaka dulu banyak SOP, cara dan sebagainya telah dibuat jadi kita kena tengok samada sop berkesan vaksin berkesan dan sebagainya dan jika diorang katakan keadaan stabil tidak berlaku peningkatan kes tidak berlaku kluster yang besar macam di sabah dulu jadi orang katakan bolehlah dirancangkan betul-betul tapi bukan dalam tempoh terdekat mungkin ambil masa sikit untuk kita lihat ataupun tengok secara terperinci kesaan pada PRN Melaka dari segi sebaran covid-19 ini.\u201d\n\n\nSebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, PRU-15 perlu dipertimbang untuk diadakan dalam masa terdekat supaya mandat baharu dapat diserahkan semula kepada rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKawalan produk tembakau dijangka kuat kuasa tahun depan\n\n\n\n\n\n\nAnwar angkat sumpah jawatan Perdana Menteri jam 5 petang\n\n\n\n\n\n\nSPRM Serah 2 Lagi Pegawai Pada Polis\n\n\n\n\n\n\nVarian Deltacron Gabungan Antara Delta Dan Omicron\n\n\n\n\n\n\nTidak Hadir Mesyuarat, Tengku Zafrul Nafi Tengok Piala Dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara itu disuarakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebaik saja BN memenangi PRN Melaka sabtu lalu, dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini.\n\n\n(Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim)\n\n\nDalam pada itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, PRU-15 tidak harus diadakan awal bagi memberi peluang kepada pengundi 18 terlibat pada PRU kali ini.\n\n\nLapor Utusan Malaysia, Shahidan Kassim berkata, pengundi 18 tahun yang meliputi jumlah lebih besar sudah pasti akan memberi impak kepada politik negara sekali gus mereka perlu diraikan sebagai pengundi pertama pada PRU kali ini.\n\n\nAhli Parlimen Arau itu turut mengingatkan semua pihak agar perlu memikirkan bebanan rakyat ketika ini yang masih memerlukan pembelaan kesan daripada Covid-19."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/34-ladang-khinzir-ditutup-gagal-penuhi-syarat-pelesenan/", "title": "34 Ladang Khinzir Ditutup, Gagal Penuhi Syarat Pelesenan", "body": "0\n\n\n(Isu pencemaran air najis khinzir / foto hiasan, sumber : hmetro)\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 Sebanyak 34 ladang khinzir ditutup di Ipoh, Perak kerana tidak memenuhi syarat pelesenan sejak penguatkuasaan Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1992 dan Kaedah-Kaedah Pengawalan Penternakan Babi 2009.\n\n\nMenurut Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin, sejak enakmen itu dikuatkuasakan pada 1 Januari 2010, sebanyak 131 lesen penternakan khinzir telah dikeluarkan pada tahun sama.\n\n\n(Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin)\n\n\nMengulas penyelesaian isu pembuangan air najis khinzir dan pelepasan air lebihan dari kawasan ladang, Mohd Akmal berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP jamin isu harga, bekalan ayam selesai dua minggu\n\n\n\n\n\n\nHari mengundi PRK Kuala Terengganu serentak PRU DUN KE15\n\n\n\n\n\n\nBekas Dekan Sebaran Am ITM, Dr Bukhori Ismail meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nAngkara Tangan Ghaib, Rakyat Sengsara!\n\n\n\n\n\n\nTumpahan minyak diesel punca 4 LRA henti tugas sementara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026 Jabatan Perkhidmatan Veterinar bertindak sejajar dengan peruntukan enakmen itu bagi memastikan kelestarian alam sekitar terutama dalam pengawalan pencemaran sungai yang sering berlaku.\u201d\n\n\nTambahnya, ladang berdekatan sungai disaran mengguna pakai konsep sistem sifar pelepasan iaitu merawat air kumbahan menggunakan bahan kimia dan digunakan semula sebagai air membasuh kandang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/82-8-peratus-remaja-lengkap-divaksinasi/", "title": "82.8 Peratus Remaja Lengkap Divaksinasi", "body": "0\n\n\n(2607 ribu, 392 atau 82.8 % daripada populasi remaja negara ini lengkap menerima vaksin COVID-19)\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 Seramai 2,607, 392 atau 82.8 peratus daripada populasi remaja negara ini lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat tengah malam tadi.\n\n\nMenerusi laman COVIDNOW, data kementerian kesihatan menunjukan sebanyak 2,762, 739 individu atau 87.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama.\n\n\nSemalam sebanyak 138,752 dos vaksin diberikan melibatkan 5,067 dos pertama, 8,428 dos lengkap dan 125,257 dos penggalak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran Telur Kurang\n\n\n\n\n\n\nNajib Didapati Bersalah, Hukuman Penjara 12 Tahun Kekal\n\n\n\n\n\n\n`Ibu Bapa Sekarang Sibuk, Kalau Tiada Subjek Agama Lagi Hanyut\u2019 \u2013 Netizen\n\n\n\n\n\n\nPAS Beri Gambaran GPS Akan Dominasi PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nHarga siling ayam, telur dimuktamad esok\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi populasi dewasa menunjukan seramai 22, 442 ribu, 346 individu atau 95.9 peratus lengkap divaksinasi manakala, 22, 944,240 atau 98 peratus individu dewasa telah menerima satu dos vaksin.\n\n\nData ini penunjukan perkembangan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan PICK meningkat kepada 52, 391, 444 dos vaksin diberikan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/agong-berangkat-hadir-mesyuarat-majlis-raja-raja-ke-257-hari-kedua/", "title": "Agong Berangkat Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-257 Hari Kedua", "body": "0\n\n\n(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 di Istana Negara / sumber : FB Istana Negara)\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-257 di Istana Negara.\n\n\nMesyuarat yang bermula semalam itu dipengerusikan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.\n\n\nSelepas kali terakhir diadakan semasa mesyuarat ke-256 pada 19 dan 20 Februari 2020 yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Mesyuarat Majlis Raja-raja berlangsung semula.\n\n\n(Foto hiasan / sumber : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)\n\n\nTurut berangkat ke mesyuarat itu ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Nazrin Shah; Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.\n\n\nSelain itu, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah; Tengku Mahkota Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.\n\n\nMesyuarat itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir pada mesyuarat itu.\n\n\nMenteri Besar setiap negeri turut hadir mengiringi Raja-raja Melayu kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Ketua Menteri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/gps-umum-calon-bertanding-pada-4-disember/", "title": "GPS Umum Calon Bertanding Pada 4 Disember", "body": "0\n\n\n(Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Pengerusi GPS)\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengumumkan senarai nama setiap calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada Sabtu, 4 Disember depan.\n\n\nPengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata GPS telah bersedia sepenuhnya untuk berdepan dengan PRN yang akan berlangsung pada 18 Disember 2021 sesuai dengan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).\n\n\nJelas Abang Jo, GPS sememangnya sudah bersedia dan sudah menjangkakan bahawa pilihan raya akan diadakan sebelum sambutan perayaan Krismas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRayuan tunggakan cukai Najib, anak didengar 14 Jun\n\n\n\n\n\n\nMas Ermieyati dilantik Pengerusi PAC\n\n\n\n\n\n\n4,726 Miskin Tegar Di Johor, Melayu Paling Tinggi\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri disambut Sabtu ini\n\n\n\n\n\n\nISMA konsisten sedarkan masyarakat perkara ancam akidah\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi pihak GPS sendiri mereka hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pihak SPR dan semuanya telah kita sediakan.\n\n\nDitanya bila beliau akan mengumumkan calon GPS yang akan bertanding di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Miri, Sibuti dan Baram, Abang Jo memberitahu untuk tunggu pengumuman dari pihak GPS.\n\n\nMalam ini Penyandang ADUN Satok itu akan mengadakan Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Rakyat di Hotel Pullman, Kuching\n\n\nTerdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.\n\n\nPengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember manakala hari pengundian awal ialah pada 14 Disember.\n\n\nTempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari sehingga jam 11.59 malam 17 Disember."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/harga-sayur-naik-himpit-kehidupan-rakyat/", "title": "Harga Sayur Naik Himpit Kehidupan Rakyat", "body": "0\n\n\n(Pengurus Kanan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA ), Baskaran Sithamparam)\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 Kenaikan harga sayur dianggap sangat melampau dan mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan.\n\n\nPengurus Kanan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia ( FOMCA ), Baskaran Sithamparam berkata, kenaikan harga sayur-sayuran menghimpit rakyat yang ketika ini baru sahaja mahu memulakan kehidupan baharu selepas kurantin.\n\n\nPengurus Kanan FOMCA berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUPNP serbu kawasan penerokan tanah haram, rampas jengkaut di Raub\n\n\n\n\n\n\nUMNO telah tamat tarikh luput \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nKelantan, Terengganu mahu perubahan tapi tak yakin dengan PKR\n\n\n\n\n\n\nSekat peruntukan pembangkang, jawab di akhirat \u2013 Shahidan\n\n\n\n\n\n\nPihak Berwajib Perlu Pandang Serius Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026Sememangnya kenaikan harga sayuran ini akan menghimpit kehidupan masyarakat umumlah dulu ada orang kata kalau harga ikan naik makan ayam sekarang harga ayam dah naik dia suruh makan sayur sekarang harga sayur naik nak makan apa pulakan? jadi pasti dia akan menghimpi masyarakat khasnya golongan b40 dan m40\u2026\u201d\n\n\nDalam pada itu, beliau tidak menafikan ada pihak cuba mengambil kesempatan berhubung kenaikan harga barangan terutama sayur-sayuran.\n\n\nJusteru, beliau menggesa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk turun padang dan memantau isu ini.\n\n\n\u201c\u2026Memang ada pihak yang menggunakan situasi untuk membuat spekulasi iaitu ada orang tengah antara penjual menggunakan kesempatan ini untuk mencari kesempatan dalam kesempitan orang lain jadi untuk ni pihak KPDNHEP harus turun padang dan memantau semua kegiatan jual beli ni di pasaran supaya harga barangan ini tidak melonjak naik mendadaklah\u2026\u201d\n\n\n(FOMCA, Foto hiasan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nBakaran turun mengharapkan para pengguna membuat aduan dan laporan menerusi e-aduan KPDHEP atau terus kepada pihaknya melalui emel berikut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/jumlah-kematian-di-terengganu-meningkat/", "title": "Jumlah Kematian Di Terengganu Meningkat", "body": "0\n\n\n(Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong)\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 74 kes kematian direkodkan di Terengganu disebabkan Covid-19 sejak dua minggu lepas.\n\n\nPengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong, trend peningkatan itu agak membimbangkan dengan 8 kematian direkodkan pada 18 November, 9\u00a0kematian pada 15 November dan 17 November, manakala kematian tertinggi dilaporkan pada 20 November iaitu sebanyak 12 kes.\n\n\nDatuk DR Kasemani Embong selaku Pengarah Kesihatan Negeri berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tak takut disiasat, nafi seleweng RM600 bilion\n\n\n\n\n\n\nPeniaga Tertekan Harga Barang Harian Mahal\n\n\n\n\n\n\nPolis larang terbangkan dron di kawasan tumpuan PRN\n\n\n\n\n\n\nBelum Ada Keperluan ADUN PN Sertai EXCO Melaka\n\n\n\n\n\n\nWan Nurzila tamat tugas sebagai Pengarah media, komunikasi strategik, PMO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPeningkatan kes kematian ini berkemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor seperti kelewatan mendapatkan rawatan, pesakit yang mempunyai faktor komorbid berganda, belum mendapatkan vaksinasi dan pesakit berumur lebih 50 tahun,\u201d\n\n\nMemetik laporan Bernama, Doktor Kasemani berkata individu yang menghidapi penyakit diabetes, penyakit jantung, obesiti dan tekanan darah tinggi mempunyai risiko mudah dijangkiti dan mendapat gejala serius.\n\n\n(Peratusan angka kematian di Terengganu / sumber : COVIDNOW)\n\n\nJumlah kumulatif kematian Covid-19 di Terengganu hingga Selasa ialah 558 kes, manakala jumlah kumulatif kes Covid-19 pula sebanyak 75,051.\n\n\nKematian tertinggi direkodkan di daerah Kuala Terengganu dengan 118 kes, diikuti Besut (105), Kemaman (92), Dungun (91), Marang (54), Kuala Nerus (52), Setiu (27) dan Hulu Terengganu (19) sejak bermula pandemik Covid-19.\n\n\nSetakat ini, terdapat 4,297 kes aktif di seluruh Terengganu, justeru beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/kek-bulan-berlogo-halal-dikesan-ada-dna-babi/", "title": "Kek Bulan Berlogo HALAL Dikesan Ada DNA Babi", "body": "0\n\n\n(Kek Bulan / foto hiasan / sumber : malaysiakini)\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 Produk makanan kek bulan keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di Sabah adalah tidak halal.\n\n\n(Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ramlan Awang Ali)\n\n\nPerkara itu disahkan Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ramlan Awang Ali apabila dikesan terdapat DNA khinzir yang dikenal pasti di dalam makanan berkenaan.\n\n\n\u201cKeputusan ujian makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia bertarikh 1 November menemukan DNA khinzir pada sampel kuih bulan keluaran syarikat berkenaan dan sijil halal mereka telah tamat tempoh.\u201d\n\n\u2013 Ramlan Awang Ali, Setiausaha Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)\n\n\nBeliau berkata keputusan ujian makmal daripada Jabatan Kimia Malaysia bertarikh 1 November menemukan DNA khinzir pada sampel kuih bulan keluaran syarikat berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya Tidak Miliki Kepentingan Dalam Mana-Mana Syarikat\u201d- Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap MB Kedah bukan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri : KTMB sedia 4 ETS tambahan, tiket dijual mulai Jumaat\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid Wajar Tumpu Kes Mahkamah, Letak Jawatan\n\n\n\n\n\n\nKuliah Ustaz Azhar Idrus ditangguh, JAWI tampil beri penjelasan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, MUIS mendapati bahawa sijil halal syarikat itu telah tamat tempoh pada 15 Mei dan syarikat itu mengakui kesalahan yang berlaku.\n\n\nMengulas lanjut Ramlan berkata, MUIS telah mengambil tindakan dengan membekukan akuan permohonan pembaharuan syarikat ini dalam sistem MyeHalal dan menarik balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)\n\n\nsyarikat ini sekaligus dilarang sama sekali menggunakan SPHM dan logo Halal Malaysia untuk sebarang tujuan perniagaan, publisiti atau lain-lain di dalam atau di luar premis atas nama syarikat berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/keputusan-keabsahan-sekolah-vernakular-29-disember/", "title": "Keputusan Keabsahan Sekolah Vernakular 29 Disember", "body": "0\n\n\n(Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla)\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 Hanif berkata pihaknya telah menyampaikan penghujahan berhubung isu pelembagaan perundangan dan perkara lain untuk menyokong tuntutan bahawa tidak ada perlindungan kepada sekolah vernakular seperti diwar-warkan sebelum ini di bawah dalam Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nDalam masa yang sama peguam yang mewakili pihak defendan telah membuat hujahan bagi pihak masing-masing.\n\n\nMelalui sebuah panggilan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla , Peguam berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTLDM, polis musnahkan bom Perang Dunia Kedua\n\n\n\n\n\n\nSultan Kedah seru kerajaan sokong Projek KXP\n\n\n\n\n\n\n2,842 Kes Baharu\n\n\n\n\n\n\n23 laporan polis terhadap Guan Eng\n\n\n\n\n\n\nMakanan tidak halal boleh guna perkataan Menu Rahmah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201d\u2026pada hari semalam juga peguam kerajaan dan peguam pihak-pihak lain telah memohon menjadi pihak dalam kes ini telah membuat hujahan masing-masing tentang kenapa bagi mereka kononnya perlembagaan memelihara sekolah vernakular walaupun tidak dinyatakan secara khusus dibawah perkara 153 jadi segala hujah telah disampaikan dan pada hari ini sebelah pagi kami telah membuat hujahan balasan terhadap hujahan pihak defendan dan selepas mendengar semua pihak tamat jam 1 tengah hari tadi mahkamah telah menangguhkan kes ini untuk keputusan pada 29 Disember jam 10.30 pagi di mana mahkamah akan membuat keputusan\u2026\u201d\n\n\nTambah Hanif, jika mahkamah memutuskan keabsahan dan kedudukan sekolah vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah, maka satu pengisytiharaan akan dibuat dan perintah-perintah lanjut akan dibuat terhadap kerajaan.\n\n\n\u201c\u2026Jika keputusan mahkamah berpihak kepada kita maka akan ada deklarasi pengisytiharaan oleh mahkamah dengan menyatakan sekolah vernakular itu adalah tidak sah menurut perlembagaan dan akan ada perintah-perintah lanjut yang dirasai bermanfaat oleh mahkamah diperintahkan terhadap kerajaan untuk mematuhinya tapi sebaliknya jika mahkamah mendapati bahawa sekolah vernakular dalam bahasa pengantar berbeza dengan bahasa kebangsaan adalah dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan maka perintah yang berkenaan akan dibuat pada 29 Disember\u2026\u201d\n\n\nHanif mewakili 3 plaintif iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) yang memohon perintah mahkamah agar sekolah vernakular menghentikan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.\n\n\nAntara hujahan plaintif adalah Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) adalah bercanggah dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nPenubuhan dan kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil adalah bercanggah dengan Perkara-Perkara 5,8,10, dan 12 Perlembagaan Persekutuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/kerajaan-melaka-disaran-beri-tanah-wakaf-kepada-penduduk/", "title": "Kerajaan Melaka Disaran Beri Tanah Wakaf Kepada Penduduk", "body": "0\n\n\n(Ketua UMNO bahagian Tangga Batu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad)\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 Kerajaan negeri Melaka perlu mempertimbang semula pemberian tanah wakaf kepada penduduk Kampung Batang Tiga, Klebang yang kebanyakan ahli keluarga mereka telah tinggal di situ sejak 100 tahun lepas.\n\n\nPermohonan bagi penduduk kampung berkenaan mendapatkan tanah dipercayai telah dibuat sejak 10 bulan lepas namun keputusan permohonan itu yang ditolak, hanya diketahui tiga hari lepas.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Batang Tiga Mustafa Mohamed Baboo berkata, sebagai wakil penduduk dan anak jati kampung berkenaan, beliau berharap masalah dihadapi mereka dapat diselesaikan segera agar dapat memberi kelegaan kepada penduduk.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJiao Zong tidak setuju soalan BM sama untuk SK dan SRJK\n\n\n\n\n\n\nBanyak Isu Tanah, Hutan & Korupsi Tak Selesai Punca Negeri Pahang Ketinggalan?\n\n\n\n\n\n\nPelupusan hutang RM8 bilion peneroka Felda tidak diteruskan\n\n\n\n\n\n\nHarga Sayur Naik Mendadak, Cap Gesa Pihak Berkuasa Siasat\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tanah terbiar Felda, Felcra, Risda digunakan untuk penghasilan makanan\n\n\n\n\n\n\n\n\nUjarnya, pada 2 tahun lepas, penduduk telah diberikan notis untuk keluar dari tanah wakaf ini dalam tempoh sebulan sehingga ada antara mereka yang dimasukkan ke hospital akibat terkejut dan sedih kerana risau memikirkan nasib dan masa hadapan mereka.\n\n\nMalah, kebanyakan penduduk di kampung berkenaan terdiri daripada warga emas serta bukan golongan senang.\n\n\nDalam pada itu Ketua UMNO bahagian Tangga Batu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, tanah milik kerajaan negeri seluas satu hektar yang diduduki 15 keluarga melibatkan 59 penduduk itu termasuk tanah perkuburan, kini telah diserahkan kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk dijadikan tanah wakaf.\n\n\nPihaknya turut merasa kesal kerana permohonan 15 keluarga di Kampung Batang Tiga untuk mendapatkan tanah tersebut telah ditolak sedangkan ada ahli keluarga mereka yang telah menetap di situ sejak 100 tahun lepas.\n\n\nJelasnya, mungkin kerajaan negeri terlepas pandang masalah penduduk di kampung ini dan mungkin ketika MAIM membuat permohonan tanah tersebut, mereka tidak menjelaskan kepada kerajaan negeri bahawa terdapat penduduk yang tinggal di atas tanah itu sejak sekian lama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/menteri-hantar-kad-laporan-100-hari-kepada-pm/", "title": "Menteri Hantar Kad Laporan 100 Hari Kepada PM", "body": "0\n\n\n(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob / sumber : FB JPM)\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 Semua Menteri Kabinet hari ini mengemukakan pencapaian kementerian selepas tempoh 100 hari sempena Aspirasi Keluarga Malaysia.\n\n\nSesi kad laporan itu diadakan di bangunan Parlimen dan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali.\n\n\nMemetik hantaran Facebook Ismail Sabri, beliau amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua kerjasama yang diberikan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Coklat\u2019 RM2 juta untuk PM, bukan untuk Guan Eng\n\n\n\n\n\n\nNajib Ulangi Sumpah Laknat, Tidak Tahu Tentang RM42 Juta\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO mula pertikai tindakan Zahid, Anwar\n\n\n\n\n\n\nSabah Sarawak Bukan Tanah Besar Malaysia\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : Operasi SAR diteruskan jam 9:00 pagi ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, setiap kementerian perlu konsisten dalam mengekalkan prestasi kerja kerana rakyat sentiasa menilai sasaran yang diletakkan Menteri sama ada berjaya dilaksanakan ataupun tidak.\n\n\n27 Ogos lalu, Perdana Menteri menetapkan ketika pelantikan anggota kabinet agar setiap Menteri membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama perkhidmatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/najib-hentam-mahathir-isu-tanah-di-langkawi/", "title": "Najib Hentam Mahathir Isu Tanah Di Langkawi", "body": "0\n\n\n( Tun DR Mahathir dan Najib Razak bertelegah dalam isu ganjaran kerajaan terhadap pemegang jawatan itu, Foto hiasan / sumber : ismaweb)\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 Dua bekas perdana menteri terus bertelagah dalam isu ganjaran kerajaan terhadap pemegang jawatan itu. Selepas diasak bertubi-tubi dalam isu permohonan hartanah mewah kerajaan, Najib Razak hari ini membalas serangan Dr Mahathir Mohamad.\n\n\nNajib membangkitkan dakwaaan tawaran pajakan tanah 34 ekar di Langkawi semasa anaknya Mukhriz menjadi menteri besar Kedah. Najib juga mendakwa Mukhriz mendapat lesen pembalakan untuk kawasan 100 hektar di Sarawak pada 1994.\n\n\nBerkaitan tanah di Langkawi, Najib mendakwa pajakan 60 tahun diberikan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada). Mahathir menjadi penasihat Lada daripada tahun 2003 hingga 2016.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHanya Dihargai Oleh Bukan Melayu Untuk Keuntungan Mereka\n\n\n\n\n\n\nPerkembangan Terkini Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Permohonan Rosmah\n\n\n\n\n\n\nPusat Rawatan TH Diiktiraf Arab Saudi, Negara Pertama Diluluskan Permit\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Awalkan PRU \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\nNajib memuat dokumen didakwa surat tawatan pajakan itu serta surat penghargaan daripada Mukhriz berkaitan kelulusan pembalakan itu. Sehingga kini media tidak dapat mengesahkan kesahihan dokumen itu.\n\n\nBerkaitan permohonannya sebelum ini, Najib berkata ketika memohon dia tidak meminta kerajaan menbayar RM100 juta untuk membeli hartanan itu atau diberitahu nilainya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/pas-beri-gambaran-gps-akan-dominasi-prn-sarawak/", "title": "PAS Beri Gambaran GPS Akan Dominasi PRN Sarawak", "body": "0\n\n\n(Syamsul Bahrie Mohamad, Penolong setiausaha PAS Sarawak / sumber : astroawani)\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 Gabungan Parti Sarawak dilihat bakal memberi kelebihan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 pada 18 Disember ini.\n\n\nPenolong Setiausaha PAS Sarawak, Syamsul Bahrie Mohamad berkata, ini kerana Pakatan Harapan dalam keadaan tergugat berikutan kegagalan PRN Melaka yang memberi kesan kepada gabungan itu di Sarawak.\n\n\n\u201cSebelum ini beberapa pemimpin PH mengambil keputusan untuk keluar parti dan krisis ini akan memberi kelebihan kepada GPS.\u201d\n\n\u2013 Syamsul Bahrie Mohamad, Penolong Setiausaha PAS Sarawak\n\n\nMenerusi Astro Awani, beliau berkata mesej rakyat sudah jelas dan sudah tentu rakyat mahu kerajaan yang stabil. Tambahnya, sebelum ini beberapa pemimpin PH mengambil keputusan untuk keluar parti dan krisis ini akan memberi kelebihan kepada GPS.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan seleweng wang zakat MAINS, SPRM kaji semula siasatan\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa sedia sertai mana-mana parti\n\n\n\n\n\n\nKenaikan Kes Covid Tidak Jejas PPN\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk pencerobohan terbaharu Masjid Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun katanya, penggunaan lambang baru GPS akan memberi cabaran kepada mereka.\n\n\nMenurut Syamsul keseimbangan antara calon muda dan senior yang diketengahkan GPS menjadi nafas baharu dalam lanskap politik Sarawak akan datang.\n\n\nTambahnya, pembangunan di Sarawak akan berkembang secara holistik dengan pimpinan yang meliputi pelbagai generasi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/pengasas-rumah-bonda-didakwa-lagi/", "title": "Pengasas Rumah Bonda Didakwa Lagi", "body": "0\n\n\n(Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Razali )\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Razali didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.\n\n\nBagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Izra lizam Sanusi.\n\n\nMengikut pertuduhan, wanita berusia 29 tahun itu didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga remaja itu telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Operasi SAR hari keempat diteruskan, cari baki 9 mangsa\n\n\n\n\n\n\nMinyak masak botol juga ada subsidi RM5\n\n\n\n\n\n\nGaji minimum : 100 pekerja protes di hadapan pejabat Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nAkta FINAS dipinda elak ambil kesempatan kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nKKM perkenal ubat mesra OKU penglihatan dengan tulisan Braille\n\n\n\n\n\n\n\n\nDia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun tahun ini, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/25/prn-sarawak-ke-12-18-disember-ini-2/", "title": "PRN Sarawak Ke-12, 18 Disember Ini", "body": "0\n\n\n(Datuk Abdul Ghani Salleh / sumber : SPR)\n\n\nKHAMIS, 25 NOVEMBER\n \u2013 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.\n\n\nPengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember manakala hari pengundian awal ialah pada 14 Disember.\n\n\n\u201c\u2026sehubungan itu, spr telah mengadakan mesyuarat khas pada hari ini\u2026tarikh hari mengundi pada 18 disember 2021 hari sabtu\u2026\u201d\n\n\nTempoh berkempen ditetapkan selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 6 Disember, iaitu hari Isnin, sehingga jam 11.59 malam 17 Disember.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nExco DAP Selangor biadab, kaitkan isu arak dengan solat umat Islam\n\n\n\n\n\n\nCalon MUDA tarik diri bertanding kerusi DUN Repah\n\n\n\n\n\n\nAnwar jumpa Erdogan zahir solidariti kepada Turkiye\n\n\n\n\n\n\nGUGURKAN CALON PN AJAR CARA LOLOS KE ISRAEL\n\n\n\n\n\n\nSiasatan perlu adil, tidak kira kawan atau lawan \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\n\n\nAbdul Ghani mengumumkan tarikh-tarikh penting berhubung PRN Sarawak itu pada satu sidang media di sini, semalam, selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan Pilihan Raya Umum DUN Sarawak.\n\n\nSeramai 1.26 juta individu layak mengundi pada PRN Sarawak ke-12 berdasarkan senarai pengundi pengundi yang dikemas kini pada 3 Oktober lalu.\n\n\nPada 3 November lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/26/29-kampung-melayu-dilenyapkan-di-pulau-pinang/", "title": "29 Kampung Melayu Dilenyapkan Di Pulau Pinang", "body": "0\n\n\n(Foto poster Dimensi : Pulau Pinang Bakal Jadi Singapura ke-2 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 26 NOVEMBER\n \u2013 Penjajah barat menggunakan strategi Settler-Colonialism iaitu penjarahan wilayah bukan sahaja berlaku secara besar-besaran, malah ia telah \u2018membunuh\u2019 secara halus identiti dan sistem nilai yang dibangunkan oleh peradaban Melayu.\n\n\nImplikasi utama strategi ini berlakunya penghapusan bangsa Melayu secara sistematik dari tanah air ini sehingga berlaku hari ini.\n\n\nMenurut Ketua Penyelidik Pusat Kajian Iris Institute, Nur Hanis Mohamad Noor, buktinya dapat dilihat apabila 29 kampung Melayu di Pulau Pinang telah dihapuskan.\n\n\n(Ketua Penyelidik Pusat Kajian Iris Institute, Nur Hanis Mohamad Noor)\n\n\nNur Hanis Mohamad Noor sebagai Ketua Penyelidik Pusat Kajian IRIS Institute berkata :\n\n\n\u201c\u2026Satu model yang sama seperti di Singapura apabila 1965 PAP naik mereka menjalankan satu polisi atau mereka mengadakan membina satu lembaga dinamakan housing development board tadi prof ridhuan tee sebut tentang housingkan polisi perumahan di Singapura mempunyai satu polisi dimana tidak dibenarkan mana-mana kaum mendominasi 1 kawasan jadi kampung melayu diambil tanahnya oleh kerajaan di bawah HDB dan diberikan tander kepada pemaju-pemaju suasta kemudian apabila terbinanya flat-flat kondominium tidak dibenarkan 1 kaum apatah lagi orang melayu untuk mendominasi satu kawasan jadi orang melayu tiada satu komuniti yang mengamalkan kemasyarakatan Melayu Islam Muslim tidak ada suatu budaya atau life style di Singapura dan di Pulau Pinang kejadian yang sama juga 29 buah kampung Melayu dihapuskan developer ambil dimajukan tetapi tidak membela pemilikan tanah orang Melayu.\u201d dan kalau saya boleh ambil 1 data dari kajian kami pada tahun 2003 tanah wakaf islam di Georgetown adalah berukuran 398 ribu kaki persegi tapi jika nak dibandingkan dengan tanah gereja keluasannya adalah 2 juta kaki persegi\u2026\u201d\n\n\nDalam pada itu, Profesor Sejarah Sosial Dan Intelektual (ISTAC-IIUM), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata;\n\n\n\u201c\u2026penghapusan Sejarah sedang berlaku di Pulau Pinang dengan membawa naratif yang berbeza selepas 17-86 sedangkan sebelum itu lagi sudah ada ketamadunan orang Melayu negeri berkenaan\u201d.\n\n\n(Prof Datuk DR Ahmad Murad Merican sebagai Profesor Sejarah Sosial Dan Intelektual (ISTAC-IIUM))\n\n\nProf Datuk DR Ahmad Murad Merican sebagai Profesor Sejarah Sosial Dan Intelektual (ISTAC-IIUM) berkata :\n\n\n\u201c\u2026Apa yang berlaku di Pulau Pinang ialah penghapusan sejarah. sejarah melayu dihapuskan kalau kita lihat naratif arus perdana pulau pinang sejak berpuluh tahun telah memadamkan meminggirkan penglibatan dan asal usul orang melayu terutama sekali sejarah arus perdana pulau pinang tidak mengakui kewujudan orang melayu di pulau sebelum 1786 dan dia mulakan sejarah pulau pinang dari 1786 tapi apa jadi sebelum itu? sebelum itu telah wujud satu masyarakat satu tamadun di pulau pinang dan wujud sistem undang-undang di pulau pinang dan pulau pinang ini di bawah negeri kedah dan ini pun sedang dihapuskan\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian dalam rancangan Dimensi bertajuk \u201cPulau Pinang Bakal Jadi Singapura ke-2?\u201d di TV Pertiwi malam tadi.\n\n\nKupasan tersebut turut disertai Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam, Haji Aminuddin Yahaya dan pemerhati politik, Profesor Dr Ridhuan Tee Abdullah.\n\n\nSementara itu sebuah buku terbaharu IRIS Institute turut dilancarkan berjudul Pembandaran Kolonial dan Penghapusan Bangsa Melayu di Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/26/beri-rakyat-lahir-selepas-merdeka-status-bumiputera-kor-ming/", "title": "Beri Rakyat Lahir Selepas Merdeka Status Bumiputera \u2013 Kor Ming", "body": "0\n\n\n(Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming )\n\n\nJUMAAT, 26 NOVEMBER\n \u2013 Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming mengesyorkan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara yang baharu.\n\n\nBeliau mencadangkan semua rakyat yang lahir selepas merdeka boleh menikmati status Bumiputera, dan tidak perlu membezakan rakyat dengan \u2018warna kulit\u2019.\n\n\nKor Ming yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat mengeluarkan kenyataan itu di Parlimen, susulan perbahasan peruntukan untuk Kementerian Perpaduan Negara tahun depan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBerdoa kepada Yang Maha Esa, teruskan perjalanan ke tanah air\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tidak perlu defensif \u2013 Nik Nazmi\n\n\n\n\n\n\nAkta dana politik, had tempoh jawatan PM akan dilaksana secepat mungkin\n\n\n\n\n\n\nMenteri Agama nafi dakwaan Malaysia ke arah negara sekularisme\n\n\n\n\n\n\nVideo titah Sultan Perak diolah, pihak istana buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demi mempromosikan \u2018Keluarga Malaysia\u2019 yang sebenar, sekiranya kerajaan tidak dapat menghapuskan dasar diskriminasi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, sekurang-kurangnya semua orang yang lahir selepas negara merdeka harus menikmati status dan layanan Bumiputera.\n\n\nSelain itu, bagi menggalakkan perpaduan negara dan keharmonian dalam masyarakat berbilang budaya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Intan itu turut mendesak kerajaan meminda Akta Pertubuhan 1966 bagi melarang sesiapa menggunakan agama untuk mendapatkan modal politik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/26/dap-patut-jaga-sensitiviti-hak-istimewa-melayu-bumiputera/", "title": "DAP Patut Jaga Sensitiviti Hak Istimewa Melayu Bumiputera", "body": "0\n\n\n(Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim)\n\n\nJUMAAT, 26 NOVEMBER\n \u2013 Parti DAP perlu sedar, mereka berpolitik di Malaysia yang mempunyai berbilang kaum dan bangsa Melayu yang merupakan tonggak di negara ini.\n\n\nMengulas lanjut, Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim berkata, DAP sepatutnya bertindak menghormati dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis rekod keterangan Sanusi, Guan Eng, Abdul Hadi berhubung isu 3R\n\n\n\n\n\n\nCaruman Baharu Dikreditkan Sepenuhnya Ke Akaun 1\n\n\n\n\n\n\nKeganasan rumah tangga dominasi kes jenayah wanita dan kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nBERJASA Sedia Hadapi PRU 15\n\n\n\n\n\n\nKorek agenda buku Thommy Thomas ke lubang cacing \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nHaji Zamani Ibrahim selaku Presiden BERJASA berkata lagi, :\n\n\n\u201cDAP perlu sedar dia berpolitik di sebuah negara yang namanya Malaysia dan di sini terdiri daripada beberapa kaum Melayu Cina India dan kaum Melayu terbesar bangsa Melayu tertunggak di negara kita ini maka kita telah pun memberikan beberapa hak sebagai warganegara kepada mereka yang datang dari cina dan india sebagai warganegara mereka ada hak dan orang melayu bumiputera ada hak istimewa orang Melayu maka hak keistimewaan inilah perlu dijaga sepatutnya hak agama Islam sebagai agama persekutuan perlu dijaga bukan dia cuba menggoncangkan kembali benda yang sempurna ini maka semua parti DAP mesti mempertahankan menjunjung bersetuju dengan hak keistimewaan orang melayu di Tanah melayu asalnya yang sekarang ini adalah malaysia.\n\n\nTambah Haji Zamani, jika benar DAP mahu memperkasakan agenda Bumiputera sepatutnya mereka perlu menolak sekolah vernakular dan menyokong sekolah satu alliran serta hanya menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.\n\n\n\u201cDan kalau Nga kor Ming nak juga membawa mengubah tentang makna bumiputera itu nga kor ming mesti bersedia untuk toidak ada pendidikan vernakular di negara kita ini yang ada hanyalah sekolah kebangsaan sahaja dan bahasa yang digunakan tidak ada Bahasa India, Cina yang ada hanya Bahasa Melayu sahaja di negara kita ini jadi berjasa menasihat kepada nga kor meng bahawasanya berpolitiklah dengan sihat dengan matang bawalah agenda kemakmuran negara bukan bawa agenda menguru harakan negara apa yang telah ada kita sama-sama hormati ingat saya katakan politik yang matang.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/26/harga-turun-kepada-rm4-90-seunit-tidak-jejas-kualiti/", "title": "Harga Turun Kepada RM4.90 Seunit, Tidak Jejas Kualiti", "body": "0\n\n\n(Kit ujian pantas (RTK) antigen, foto hiasan / sumber :BH)\n\n\nJUMAAT, 26 NOVEMBER\n \u2013 Kit ujian pantas (RTK) antigen menggunakan sampel air liur kini dijual pada harga lebih rendah, iaitu RM4.90 tanpa menjejaskan aspek kualiti peranti berkenaan.\n\n\nPenurunan harga sebanyak 87.7 peratus sejak kit berkenaan pertama kali dijual di pasaran bagi kegunaan orang ramai disifatkan selari usaha kerajaan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti.\n\n\n\u201cKeperluan untuk membuat ujian kendiri menjadi lebih mendesak serta perlu dilakukan dengan kerap susulan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi, pekerjaan, sekolah dan institusi pengajian.\u201d\n\n\n\u2013 Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna\n\n\n(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi / sumber : utusanborneo)\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ketika mengumumkan perkara itu berkata kit ujian kendiri COVID-19 sudah menjadi keperluan seisi rumah, memandangkan kadar penularan pandemik masih tinggi di Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n3 pemimpin BERSATU sokong Proklamasi Orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nTangguh bicara kes mahkamah Zahid hanya isu kecil \u2013 Fadhli Shaari\n\n\n\n\n\n\nCuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba\n\n\n\n\n\n\nBaik Khairy sertai platform politik sedia ada \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nLelaki serang imam berhalusinasi, dirujuk kepada pakar psikiatri\n\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi, pekerjaan, sekolah dan institusi pengajian, beliau mengakui bahawa keperluan untuk membuat ujian kendiri menjadi lebih mendesak serta perlu dilakukan dengan kerap.\n\n\nTambahnya, melalui perbincangan berterusan yang diadakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Kesihatan (KKM), beliau bersetuju harga kit ini perlu diturunkan lagi, tanpa berkompromi dengan kualiti kit ujian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/26/kdn-pertingkat-industri-perkhidmatan-kawalan-keselamatan-negara/", "title": "KDN Pertingkat Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Negara", "body": "0\n\n\n(foto hiasan / sumber : KDN)\n\n\nJUMAAT, 26 NOVEMBER\n \u2013 Kerajaan telah melaksanakan banyak inisiatif dan program melalui Pelan Tindakan Pembaharuan Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kawalan keselamatan dalam negara.\n\n\nMenurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, bagi tahun 2022 KDN komited untuk terus menambah baik dasar dan perundangan sedia ada membabitkan industri perkhidmatan kawalan keselamatan.\n\n\nHamzah berkata, KDN akan memperlihatkan penguatkuasaan dan operasi serta melaksanakan beberapa inisiatif khususnya membabitkan perkhidmatan kawalan keselamatan swasta dalam negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tak adil sebab tidak sentuh peruntukan wakil rakyat pembangkang\n\n\n\n\n\n\nPegawai KPDN diarah jumpa pemilik restoran henti jual Menu Rahmah\n\n\n\n\n\n\nAgong, Permaisuri selamat tiba di Madinah\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah fokus aspek pendidikan, sasar RM600,000 agihan Ramadan\n\n\n\n\n\n\n8 Disember Keputusan Rayuan Najib Kes SRC\n\n\n\n\n\n\n\n\nUjar beliau antara perkara yang akan dilaksanakan adalah menambah baik electronic industry management system (esims) bagi memudahkan permohonan semakan biometrik pengawal keselamatan tempatan.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan agensi persendirian di ibu negara hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/26/malaysia-sekat-atlet-israel-sertai-acara-skuasy-dunia-di-kl/", "title": "Malaysia Sekat Atlet Israel Sertai Acara Skuasy Dunia Di KL", "body": "0\n\n\n(Team Skuasy Berpasukan Dunia lelaki, Israel/ sumber : satuberita)\n\n\nJUMAAT, 26 NOVEMBER\n \u2013 Malaysia menolak untuk memberikan visa kepada pemain Israel yang mahu menyertai kejohanan skuasy utama bulan depan, kata badan pengurusan sukan negara.\n\n\nTindakan tersebut adalah satu lagi keputusan tegas negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel bagi menghalang atlet dari negara itu masuk ke Malaysia.\n\n\nMemetik laporan Malaysia Now, Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia bagi lelaki itu dijangka berlangsung di Kuala Lumpur pada 7 hingga 12 Disember dengan, dengan 26 regu bakal mengambil bahagian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM, PDRM siasat terperinci pemilikan tanah rizab PDRM- PUTRA\n\n\n\n\n\n\nSultan Brunei diberi sambutan negara\n\n\n\n\n\n\nParlimen, NGO bincang bentuk jawatankuasa khas isu Palestin\n\n\n\n\n\n\nPermohonan permit jual mercun dijangka meningkat\n\n\n\n\n\n\nAngkuh vokalis The 1975 salahkan penganjur, mengapa undang dia?\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) berkata mereka dimaklumkan bahawa pihak berkuasa Malaysia masih belum memberikan visa bagi pasukan skuasy Israel.\n\n\nBagaimanapun, badan induk itu berkata, WSF komited dengan prinsip kejohanan dunia yang terbuka dan inklusif di mana semua negara anggota yang ingin mengambil bahagian dialu-alukan untuk berbuat demikian.\n\n\nDalam pada itu, Persatuan Skuasy Israel (ISA) merancang mengheret Persekutuan Skuasy Sedunia (WSF) ke mahkamah timbang tara sukan jika pemainnya diharamkan menyertai kejohanan besar di Malaysia.\n\n\nPengerusi ISA Aviv Bushinsky menyifatkan keputusan Malaysia menolak visa atlet Israel sebagai diskriminasi.\n\n\nSebelum ini, Malaysia turut tidak membenarkan atlet dari Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang berlangsung dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/26/mohd-rafiq-letak-jawatan-pengerusi-pn-melaka/", "title": "Mohd Rafiq Letak Jawatan Pengerusi PN Melaka", "body": "0\n\n\n(Naib Presiden BERSATU, Datuk Mohd Rafiq Naizamohidee)\n\n\nJUMAAT, 26 NOVEMBER\n \u2013 Mohd Rafiq menerusi kenyataan hari ini memaklumkan surat rasmi peletakan jawatan akan diserahkan kepada Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu.\n\n\nDatuk Mohd Rafiq Naizamohideen selaku Naib Presiden BERSATU berkata :\n\n\n\u201cPeletakan jawatan itu juga bagi membolehkan saya memberi tumpuan untuk memperkukuhkan kedudukan dan sokongan rakyat terhadap PN Parlimen Tangga Batu dan BERSATU Bahagian Tangga Batu,\u201d\n\n\n(Kenyataan dari Naib Presiden BERSATU, Datuk Mohd Rafiq Naizamohidee)/ sumber FB)\n\n\nBeliau memaklumkan peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepemimpinan baharu mengetuai BERSATU Melaka dan PN Melaka \nsupaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: KKM sambut baik penetapan cukai eksais rokok elektronik, vape\n\n\n\n\n\n\n525 Pelajar Positif, 15 Sekolah Ditutup Di Kedah\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Fatwa Selangor isytihar SIS Forum sesat, kekal\n\n\n\n\n\n\nTukar tanah wakaf ke tanah rizab Melayu, Perak digesa kaji keputusan\n\n\n\n\n\n\nPemandu Mabuk Catat Kesalahan Tertinggi \u2013 Polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, ia juga bagi membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab sebagai Naib Presiden BERSATU menjelang PRU-15.\n\n\nMohd Rafiq sebelum ini tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas dalam saingan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang melabuh tirai Sabtu lalu.\n\n\nBERSATU juga gagal mempertahankan kerusi disandang mereka dalam PRU 2018 iaitu DUN Telok Mas dan Paya Rumput, namun berjaya menang di DUN Bemban dan Sungai Udang dalam PRN kali ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/26/pn-cari-kaedah-elak-pertembungan-tiga-penjuru/", "title": "PN Cari Kaedah Elak Pertembungan Tiga Penjuru", "body": "0\n\n\n(Setiausaha PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin)\n\n\nJUMAAT, 26 NOVEMBER\n \u2013 Rentetan Pilihan Raya Negeri PRN Melaka yang tidak memihak kepada Perikatan Nasional PN, gabungan parti itu kini dalam proses untuk mencari satu kaedah bagi mengelak pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.\n\n\nSetiausaha PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berpendapat, perkara itu harus dilakukan bagi mengelak berlakunya perpecahan yang lebih besar pada masa hadapan.\n\n\n\u201cKeutamaan ketika ini adalah rakyat, justeru pasca nilai yang dilakukan PN adalah untuk mencari penyelesaian dengan spesifik dan saintifik untuk diketengahkan kepada pemimpin yang ada dalam negara.\u201d\n\n\u2013 Datuk Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Perikatan Nasional\n\n\nHamzah berkata, keutamaan ketika ini adalah rakyat, justeru pasca nilai yang dilakukan PN adalah untuk mencari penyelesaian dengan spesifik dan saintifik untuk diketengahkan kepada pemimpin yang ada dalam negara.\n\n\n(sidang media bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan agensi persendirian di ibu negara / sumber : FB KDN)\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media bersama Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan agensi persendirian di ibu negara hari ini.\n\n\nDitanya hasil perbincangan yang akan dibuat PN selepas kekalahan di PRN Melaka, Hamzah berkata, pihaknya telah menjalankan kerjasama dengan beberapa kumpulan dan badan-badan tertentu untuk menghasilkan data-data analisis yang lengkap pada PRN itu.\n\n\nPada PRN Melaka minggu lalu, PN hanya mengekalkan 2 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manalaka Pakatan Harapan (PH) kalah teruk dengan hanya mendapat 5 kerusi DUN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/26/status-bumiputera-untuk-semua/", "title": "STATUS BUMIPUTERA UNTUK SEMUA?", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 26 NOVEMBER\n \u2013 Cadangan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming agar semua rakyat yang lahir selepas merdeka boleh menikmati status Bumiputera perlu dilihat lebih terperinci kerana membabitkan soal hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.\n\n\nBagi mendapatkan pandangan lanjut, kita bersama pemerhati politik, Profesor Doktor Ridhuan Tee Abdullah. Assalamualaikum prof\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan\n\n\n\n\n\n\nPotong gaji menteri, kerajaan jimat RM100,000 sebulan\n\n\n\n\n\n\nAtas dasar simpati, Sunway Lagoon turun padang bantu mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nStatus Mysejahtera \u2018Jingga\u2019, Perbicaraan Rosmah Tangguh\n\n\n\n\n\n\nTiga Kluster Pendidikan Baharu Dikesan Di Kedah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSoalan 1. Wajarkan status Bumiputera diberikan kepada mereka yang lahir di Malaysia selepas merdeka seperti yang disyorkan Ahli Parlimen Teluk Intan itu?\n\n\nSoalan 2. Dalam pada itu, Kor Ming ada berkata Indonesia telah lama menghapuskan perbezaan Bumiputera dan bukan Bumiputera, Benarkah dakwaan beliau bahawa politik kaum adalah penghalang terbesar kepada perpaduan serta menggalakkan kemajuan negara?\n\n\n\u00a0\n\n\nTerima kasih Prof atas pandangan diberikan dan sudi bersama kami hari ini. insyAllah kita jumpa lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/26/takkan-nak-tunggu-rakyat-makan-rumput/", "title": "Takkan Nak Tunggu Rakyat Makan Rumput?", "body": "0\n\n\n(sayur-sayuran, foto hiasan / sumber : timeout)\n\n\nOleh Wartawan Ruszaini Ruslan, TV Pertiwi.\n\n\nJUMAAT, 26 NOVEMBER\n \u2013 Ketika kenaikan harga ayam, ikan dan telur di pasaran dahulu, rakyat disarankan untuk memilih sayur-sayuran. Namun harga sayur yang kini naik mencanak, menimbulkan rasa kurang senang terhadap rakyat.\n\n\nWartawan Ruszaini Ruslan ada laporannya. Sebelum ini, media tempatan melaporkan berlaku kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran. Hari ini saya meninjau sendiri di Pasar Basah Bandar Baru Bangi bagi memastikan perkara tersebut, dan ternyata ianya adalah benar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerluas visa ketibaan warga asing : langkah tidak wajar, bahaya kepada kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\nRohana pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB\n\n\n\n\n\n\nProjek tebatan banjir RM600 juta dimulakan Jun ini\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Rakus, Ingin Dapatkan Dana Dari Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nTiada `perang dingin\u2019 kerajaan negeri dan kerajaan Pusat \u2013 MB\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara sayur yang mengalami kenaikan harga paling ketara adalah brokoli, yang kini mencecah 23 ringgit sekilo, berbanding sekitar 8 ringgit sebelum ini.\n\n\nKubis bunga yang dahulu sekitar 7 ringgit sekilo, kini naik sehingga 14 ringgit 50 sen. Kacang buncis naik18 ringgit, berbanding sekitar 8 ringgit sekilo sebelum ini.\n\n\nHarga cili merah dan cili hijau pula naik sehingga 18 ke 20 ringgit sekilo, berbanding sebelum ini yang hanya sekitar 10 ke 13 ringgit sekilo. Selain itu, sayuran jenis daun seperti sawi, kangkung, bayam dan daun salad juga turut mengalami kenaikan harga.\n\n\nRostina Mohd Daud, Pembeli berkata, \u201cmemang terasa lah, sebab biasanya kalau bajet kita\u2026\u2026sekarang kena lebih lah, mungkin seratus setengah\u201d.\n\n\nAkbar Salehuddin, Pembeli juga berkata,\u00a0\u201csaya harap mungkin harga-harga ni boleh dipantau lah\u2026\u2026ataupun mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yg tetap dan sebagainya\u201d.\n\n\nRosnah Othman sebagai pembeli menyatakan bahawa,\u00a0\u201ckerajaan kena buat sesuatu lah untuk control\u2026\u2026tak sepatutnya ada masalah timbul atau perlu naik harga barang-barang semua sayur ni kan\u201d.\n\n\nPeniaga yang ditemui juga tidak mampu untuk memberi penjelasan mengenai punca sebenar kenaikan harga sayur-sayuran ini, kerana menurut mereka para pembekal juga turut merungut perkara yang sama.\n\n\nNamun, mereka mengandaikan kenaikan harga baja tanaman di pe\u00adringkat pekebun adalah salah satu punca.\n\n\nMereka juga tidak menolak kemungkinan cuaca hujan akhir-akhir ini menjejaskan pengeluaran sayur-sayuran tempatan, dan musim sejuk di luar negara merencatkan pengeluaran sayur-sayuran import.\n\n\nSelamah Sharif sebagai peniaga berkata,\u00a0\u201chabis dah keperluan, kenaikan mcmana pun orang mesti nak beli jugak kan\u2026\u2026nak taknak, terpaksalah\u201d.\n\n\nRoziah Kamaruzaman, peniaga berkata,\u00a0\u201cpihak pembekal pun kalau kita nak cakap pun diorg tak boleh cakap apa\u2026\u2026jangan turun padang ke pasar, turun padang ke ladang\u201d.\n\n\nMalaysia bukanlah negara yang sihat. Itu kata, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu program bual bicara di TV1 ketika pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat pada 11 November lalu.\n\n\nNamun, dengan kenaikan harga sayur-sayuran yang menjadi salah satu sumber zat kepada manusia, mampukah agenda tersebut direalisasikan?\n\n\n\u201ckalau dulu ayam dan ikan naik harga\u2026\u2026laporan Ruszaini Ruslan, TV Pertiwi\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/1-dis-harga-produk-berasaskan-roti-keluaran-gardenia-naik/", "title": "1 Dis, Harga Produk Berasaskan Roti Keluaran Gardenia Naik", "body": "1\n\n\n(Roti Gardenia / sumber : IG Gardenia HQ KL)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Berkuat kuasa satu disember depan \u2013 Harga produk berasaskan roti keluaran Gardenia akan dinaikkan untuk pengguna di Semenanjung Malaysia.\n\n\n(Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries (KL), Koh Chin Huat)\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif Gardenia Bakeries (KL), Koh Chin Huat berkata, kenaikan itu disebabkan syarikat terjejas teruk oleh kenaikan kos akibat penularan wabak Covid-19.\n\n\nKatanya dalam satu kenyataan pada Khamis Gardenia KL terjejas dengan cabaran ini dan telah berusaha sedaya upaya untuk menyerap kenaikan harga bahan mentah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHospital Tuanku Ja\u2019afar tubuh jawatankuasa siasat dakwaan cuai\n\n\n\n\n\n\n179 orang dipindahkan ke PPS di Larut, Matang dan Selama\n\n\n\n\n\n\nAhli MKT UMNO tawar diri bertanding jawatan Ketua Pemuda\n\n\n\n\n\n\nTun M puji perkhidmatan MRT, seperti di negara maju\n\n\n\n\n\n\nFasa Bertahan, Dipinggir Di Negara Sendiri?\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, menurut senarai semakan harga yang dilaporkan dihantar kepada peruncit, harga roti Classic Original Gardenia akan naik kepada RM2.80, roti Jumbo berharga RM4 manakala roti bajet Bonanza Big Value akan naik RM0.35 sen menjadi RM3.10.\n\n\nRoti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual dengan kenaikan kepada RM3.60, manakala roti Bran dan Wheat Germ pula dijual dengan harga RM2.50 dan beberapa jenis produk gardenia lain.\n\n\nPada waktu awal pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, PKP, roti gardenia antara bahan yang menjadi bahan usikan ketika warga Malaysia berdepan kekangan untuk keluar rumah.\n\n\nAwal tahun 2020, pihak Gardenia sendiri menjelaskan semua kilang dalam negara sudah dikerahkan sepenuhnya sehingga jumlah pengeluaran maksimum ketika ada laporan kekurangan bekalan produk berkenaan.\n\n\nSeperti dilaporkan media, tahun lalu Gardenia kemudian meningkatkan jumlah pengeluaran sebanyak 2.2 juta bungkus setiap hari, dengan kelima-lima kilangnya beroperasi selama 24 jam setiap hari.\n\n\nPeningkatan ini disasarkan mampu memenuhi keperluan 60 peratus permintaan roti di Semenanjung Malaysia,"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/240-pengembara-vtl-udara-dari-singapura-tiba-di-malaysia/", "title": "240 Pengembara VTL Udara Dari Singapura Tiba Di Malaysia", "body": "0\n\n\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 240 pengembara dari Singapura menggunakan skim laluan perjalanan lengkap vaksin (VTL) Udara selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).\n\n\nKetibaan mereka yang menaiki pesawat SQ108 tiba pada jam 9.25 pagi tadi disambut Pengerusi Malaysia Airports Holdings BHD (MAHB), Datuk Seri Doktor Zambry Abd Kadir.\n\n\nZambry berkata, ini merupakan penerbangan bersejarah kerana selama ini Singapura dan Kuala Lumpur merupakan sektor yang paling sibuk dalam dunia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHadi jumpa Mahathir, sokong Proklamasi Orang Melayu\n\n\n\n\n\n\n\u2018The Greater Kedah\u2019 akan menjadi realiti, jangan halang \u2013 MB Kedah\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Malaysia bertambah 2.1 peratus pada 2023\n\n\n\n\n\n\nPolis percepat siasatan pelajar kecam soalan Sejarah SPM\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Selangor tidak terjejas walau tempoh PRN panjang \u2013 Amirudin\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, mungkin ada halangan yang melambatkan proses itu dan pihaknya akan perbaiki dari semasa ke semasa dan kemukakan kepada pihak berwajib.\n\n\nVTL Darat antara Malaysia dan Singapura akan bermula selari dengan pelancaran VTL Udara pada 29 Nov ini dan dihadkan kepada pengangkutan bas dengan kuota harian tidak melebihi 1,500 pengembara pada peringkat permulaan.\n\n\nPerkhidmatan bas yang membawa pengembara VTL darat melalui Tambak Johor mula beroperasi hari ini tepat jam 7.30 pagi.\n\n\nBas pertama Causeway Link yang berlepas dari terminal itu ke Queen Street, Singapura tepat 7.30 pagi tadi, cuma membawa hanya 5 orang.\n\n\nBagaimanapun bas pertama dari Queen Street yang membawa warga tempatan khususnya, tiba jam 9.15 pagi dengan kapasiti penuh seramai 45 orang memandangkan tiket bas habis dijual tidak sampai setengah jam selepas ia dibuka empat hari lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/40-lagi-korban-covid-19/", "title": "40 Lagi Korban COVID-19", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber : hmetro)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Sebanyak 40 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada 27 November, menjadikan jumlah keseluruhan korban di seluruh negara sebanyak 30,280.\n\n\nMenurut data Github kementerian kesihatan, lapan atau 20 peratus daripada kes dicatat semalam merupakan kematian sebelum tiba ke hospital, BID.\n\n\nPerak mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak 6 kes atau 15%. Ia diikuti Kelantan, Selangor dan Terengganu yang mencatat 5 kematian atau 12.5%.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKorek agenda buku Thommy Thomas ke lubang cacing \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nBasikal lajak: Pertuduhan terhadap Ke Ting tidak sah\n\n\n\n\n\n\nBuluh lemang sumber pendapatan Shafie di Raub\n\n\n\n\n\n\nCovid-19: Tiada SOP khas pada Hari Raya Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\n13 Laluan Di Negeri Sembilan Ditutup\n\n\n\n\n\n\n\n\nJohor, Pahang dan Pulau Pinang melaporkan 3 kematian, sementara Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur melaporkan dua kes masing-masing.\n\n\nKedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis melaporkan satu kematian masing-masing manakala Putrajaya dan Labuan tidak melaporkan sebarang kematian.\n\n\nSebanyak 5,097 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan melebihi\u00a0 2.6 juta. 67,252 kes aktif Covid-19 turut dicatat sementara 5,352 pesakit pulih daripada jangkitan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/ambil-langkah-berjaga-jaga-elak-gelombang-keempat-pakar/", "title": "Ambil Langkah Berjaga-Jaga Elak Gelombang Keempat \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n(Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Doktor Malina Osman)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO mengisytiharkan strain baharu COVID-19 yang dinamakan sebagai Omicron sebagai varian sangat membimbangkan.\n\n\nBagaimanapun, menurut Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Doktor Malina Osman :\n\n\n\u201c\u2026kajian klinikal perlu dijalankan bagi mengesan secara lebih terperinci varian ini dan dalam masa sama langkah berjaga-jaga perlu diambil semua pihak.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPejuang dalam dilema, pilihan terbaik tidak sertai PRN\n\n\n\n\n\n\nJAKIM tumpu isu murtad, perkukuh akidah umat Islam\n\n\n\n\n\n\nPerpaduan mesti dipimpin oleh Islam yang berintegriti \u2013 Hadi\n\n\n\n\n\n\nBuluh lemang sumber pendapatan Shafie di Raub\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat bekas PM, menantu berkaitan kontrak kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nProf Madya DR Malina Osman sebagai Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM berkata :\n\n\n\u201c\u2026Kalau kita tengok dari ciri-cirinya didapati mutasi yang berlaku pada varian baru yang ditemui dikatakan sangat meluas susunan genetik itu didapati telah berubah tapi ia perlu dipastikan kesannya terhadap impak klinikal taburan dari segi epitimologi sekarang ni kita berdasarkan data-data ditunjukkan masih belum dipaparkan dengan jelas apa sebenarnya impak klinikal akibat varian tersebut\u2026\u201d\n\n\nTambah Doktor Malina, negara boleh mengelak daripada berlakunya gelombang ke-4 Covid-19 dengan mengambil langkah awal selain mengambil dos penggalak bagi individu yang mendapat temujanji.\n\n\n\u201c\u2026Mereka yang layak untuk dapat dos penggalak atau booster perlu tampil ke depan menurut temujanji yang telah diberikan kalau kita dapat melaksanakan dua langkah tersebut insha Allah tidak akan berlaku gelombang sepertiman yang disebut-sebut saya minta semua di antara kita kenapa tidak kita ambil langkah masing-masing untuk mengelakkan perkara itu terjadi sebab saya ingat dalam tempoh beberapa hari ni kita akan mengakhiri bulan November maka masuk bulan disember kita mulakan dari sekarang ni maksudnya semua orang mengambil tanggung jawab untuk mengelakkan berlaku potensi gelombang tersebut\u2026\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/benarkah-ada-usaha-dalam-umno-desak-pm-percepat-pru15/", "title": "Benarkah Ada Usaha Dalam UMNO Desak PM Percepat PRU15?", "body": "0\n\n\n(Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Spekulasi Pilihan Raya Umum ke 15, mungkin dipercepat terus kedengaran. Malah selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri PRN Melaka baru-baru ini beberapa pemimpin UMNO juga sudah pun menyebut sedemikian.\n\n\nBaru-baru ini Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan membuat kenyataan itu bagi mandat rakyat dikembalikan pada pilihan raya akan datang.\n\n\nMemetik laporan Agenda Daily, menurut sumber, gerakan dalam UMNO sedang berjalan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen pada Februari tahun depan bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum PRU-15 diadakan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPACU, UKM meterai MoU bangunkan bidang keilmuan\n\n\n\n\n\n\nDunia akhirat perlu selari \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\nPuad dakwa Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun M sebab wang\n\n\n\n\n\n\nKeabsahan Sekolah Vernakular Disambung Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nUNI-MLC gesa kerajaan lindungi kepentingan jangka panjang pencarum KWSP\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut laporan itu, alasan yang diberikan supaya PRU-15 disegerakan adalah bagi meneruskan momentum kejayaan Barisan Nasional dalam PRN Melaka. Sekiranya berlaku pertembungan 3 penjuru yang dilihat memberi kelebihan kepada mereka.\n\n\nMenurut sumber lagi, gerakan untuk mendesak Ismail Sabri sudah dimulakan pemimpin akar umbi dalam UMNO, khususnya mereka yang berada dalam kem Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\n\n\nApa pun gesaan, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataannya berpandangan mengadakan PRU-15 dalam masa terdekat adalah sangat tidak bertanggungjawab berikutan kemasukan pesakit ke hospital semakin meningkat selain kes COVID-19 yang membimbangkan.\n\n\nKhairy Jamaluddin selaku Menteri Kesihatan berkata :\n\n\n\u201cdan pendirian kkm adalah tidak sesuai kita adakan pilihanraya umum dalam waktu terdekat. 2 perkara penting yang saya nak tegaskan pertama keadaan kes yang makin membimbangkan kemasukan hospital yang semakin meningkat dan ketiga kemunculan varian baharu ini saya rasa kalau diadakan PRU adalah sangat tidak bertanggungjawab.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/bersatu-tidak-bertanding-di-prn-sarawak/", "title": "Bersatu Tidak Bertanding Di PRN Sarawak", "body": "0\n\n\n(Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bulan depan.\n\n\nPresiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata , ini bagi memberi laluan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak GPS untuk bertanding di 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri PRN Sarawak, Disember ini.\n\n\nMuhyiddin berkata, perkara itu diputuskan ketika perbincangan bersama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, yang juga Presiden GPS.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPandangan ekstrem berunsur kaum, agama wajib dihentikan \u2013 Sultan Nazrin\n\n\n\n\n\n\nPemborong Dan Pengeluar Manipulasi Harga Barang?\n\n\n\n\n\n\nDira tanding jawatan ketua puteri UMNO cabar tiga lagi calon\n\n\n\n\n\n\nSampai Bila Mahu Biarkan Negara ditadbir Pemimpin Rakus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nKaji semula pertukaran nama Jalan Temiang\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan BERSATU Bahagian Pagoh, di Dewan Serbaguna Lenga pada sabtu lalu.\n\n\nMemetik Berita harian beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional PN mengulas lanjut tidak menolak kemungkinan GPS sedia bekerjasama dengan parti-parti komponen Perikatan Nasional PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU-15) nanti.\n\n\nGabungan Parti Sarawak GPS semalam mengumumkan akan bertanding di semua 82 kawasan DUN Sarawak pada PRN itu. PRN Sarawak ditetapkan pada 18 Disember dengan penamaan calon ditetapkan pada 8 Disember manakala pengundian awal 14 Disember."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/bn-umum-tidak-letak-calon-dalam-prn-sarawak/", "title": "BN Umum Tidak Letak Calon Dalam PRN Sarawak", "body": "0\n\n\n(Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Barisan Nasional (BN) pula\u00a0 tidak akan menurunkan sebarang calon dalam\u00a0 (PRN) Sarawak pada 18 Disember depan.\n\n\nAhli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata,\u00a0 BN merupakan rakan akrab Gabungan Parti Sarawak (GPS), justeru ia tidak akan menyainginya.\n\n\nJelas Annuar, pihaknya sudah memiliki GPS yang disokongi kuat oleh rakyat Sarawak, dan sebuah kerajaan yang sangat berprestasi tinggi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Serlah Sikap Ego Yakin Menang Besar Tanpa Muafakat Nasional \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPEMUDAH ditambahbaik, Malaysia destinasi mesra perniagaan \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 : inisiatif tambahan diumum hari ini\n\n\n\n\n\n\nZahid Tidak Minta Annuar Musa Tandatangan SD\n\n\n\n\n\n\nFasa 4 PPN, Pembukaan Ekonomi Punca Kenaikan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJadi tidak ada sebab untuk BN bertanding walaupun keadaan ini buat pertama sekali dalam sejarah pilihan raya, sejak merdeka, BN tidak menyertainya. Tegasnya, ini merupakan bukti muafakat dan kerjasama antara BN dengan pimpinan GPS di Sarawak.\n\n\nAnnuar berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa pihak yang tanpa autoriti menaikkan panji dan poster, menggambarkan BN akan bertanding dalam PRN Sarawak.\n\n\nPada PRN Sarawak 2016, BN Sarawak menang 72 daripada 82 kerusi yang ditandingi.\n\n\nBagaimanapun, berikutan kekalahan BN dalam PRU 2018, BN Sarawak dibubarkan dan parti komponennya sepakat menubuhkan entiti politik baharu yang dikenali sebagai GPS."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/dap-bakal-bertembung-kerusi-dengan-pkr/", "title": "DAP Bakal Bertembung Kerusi Dengan PKR?", "body": "0\n\n\n(Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Pertembungan antara DAP dan PKR untuk menyaingi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka tidak dapat dielak di beberapa kawasan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN 12), 18 Disember depan.\n\n\nDifahamkan, Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen, dikatakan memungkiri keputusan mesyuarat Khamis lalu supaya isu pembahagian kerusi antara tiga parti dalam Pakatan Harapan (PH) Sarawak dibawa dalam rundingan Majlis PH Pusat.\n\n\n\u201cJika persetujuan gagal dicapai menjelang hari penamaan calon, pertembungan dijangka berlaku antara dua parti pembangkang dari Semenanjung itu.\u201d\n\n\u2013 Abang Zulkifli Abang Engkeh, Pemangku Pengerusi PKR Sarawak,\n\n\nIa susulan tindakan Chieng Jen mengumumkan senarai calon DAP bagi 18 kawasan semalam, dengan empat daripadanya menjadi perhatian PKR iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena, Senadin, Pujut dan Piasau.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Coklat\u2019 RM2 juta untuk PM, bukan untuk Guan Eng\n\n\n\n\n\n\nBahang Hari Pengundian Makin Terasa\n\n\n\n\n\n\nPerkenal Harga Lantai Elak Petani Rugi Lambakan Tanaman\n\n\n\n\n\n\nLebih ramai individu akan dipanggil bantu siasatan kes LCS\n\n\n\n\n\n\nHati-hati, jangan badal haji jadi `bedal\u2019 haji berulang lagi\n\n\n\n\n\n\n\n\nPemangku Pengerusi PKR Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh, berkata jika persetujuan gagal dicapai menjelang hari penamaan calon, pertembungan dijangka berlaku antara dua parti pembangkang dari Semenanjung itu.\n\n\nSemalam, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak dalam satu kenyataan mendakwa DAP Sarawak enggan berunding secara terbuka dan telus berhubung pembahagian kerusi pada PRN-12 Sarawak.\n\n\nKenyataan itu menyebut, PKR cuba berjumpa dengan pimpinan tertinggi DAP Sarawak sejak beberapa bulan lalu untuk membincangkan isu yang berkenaan namun ditolak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/dap-rengsa-hal-membabitkan-islam/", "title": "DAP Rengsa Hal Membabitkan Islam", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Berikutan itu TV Pertiwi menghubungi Presiden Pertubuhan Pembela-Pembela Islam PEMBELA, Aminuddin Yahaya bagi mengulas mengenai isu ini.\n\n\nBeliau berkata pekara ini sebagai satu salah faham namun, sikap DAP yang alergik tentang apa sahaja perkara membabitkan unsur melayu dan Islam dapat dipertontonkan.\n\n\nAminuddin Yahaya selaku Presiden PEMBELA berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMAINPP tuntut permohonan maaf penceramah bebas\n\n\n\n\n\n\n\u2018Selangor Baharu\u2019 tawaran PN kepada rakyat Selangor\n\n\n\n\n\n\nInflasi : Rakyat Perlu Urus Kewangan Sebaiknya \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Sarawak Kecam Jabatan Pendidikan Pahang\n\n\n\n\n\n\nPensyarah Cipta Permainan Bantu Pelajar Tahfiz\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026Saya rasa apa nama ni silap faham pihak dap yang minta diturunkan atau dialihkan dalam jawi tu. Yang pertama bagi saya adalah tulisan sebenar orang melayu asal. Dia sepatutnya tidak dianggap lain daripada itu . Cuma tulisan rumi yang ada sekarang ini adalah tulisan baru tapi tulisan melayu yang asal adalah tulisan jawi itu sebenarnya, saya tidak lihat apa masalah yang harus dijadikan satu tindakan untuk menghalang atau mengalih whatever lah.\u201d\n\n\nUjar Aminuddin, tulisan rumi yang digunapakai hari ini adalah tulisan baharu namun kewujudan asalnya adalah bermula dengan tulisan jawi.\n\n\nMengulas lanjut, Aminuddin berkata, Perkara ini adalah terjadi kerana salah faham namun sikap DAP yang tidak mahu anasir-anasir melayu dan Islam adalah tidak wajar.\n\n\nMalah jika saja berlaku ada perkara membabitkan bahasa atau tulisan jawi, DAP seolah sering ke depan kerana sentimen itu, yang kebanyakannya menunjukkan penolakan DAP terhadap elemen Islam.\n\n\n\u201c\u2026Ini menampakan sikap mereka begitu alergik pada apa-apa yang dilihat walaupun salah faham tapi dilihat seolah-olah ada elemen islam maka mereka tidak mahu jadi ini bagi saya membuktikan bagaimana sentimen mereka dan tidak mahu sedikit pun syiar islam itu wujud dalam negara ini. Jadi saya rasa ini tidak wajarlah\u2026.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/harga-sayur-dijangka-stabil-hujung-tahun/", "title": "Harga Sayur Dijangka Stabil Hujung Tahun", "body": "0\n\n\n(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Sementara itu jaminan diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengani kenaikan harga sayur. Harga sayur-sayuran terutama yang diimport akan kembali stabil menjelang hujung tahun ini.\n\n\nTimbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata kenaikan harga yang berlaku kini disebabkan oleh beberapa faktor, namun ia kini berada dalam kawalan pihak terbabit.\n\n\nTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada Perbincangan Mengenai Kumpulan Sokong Ismail Sabri Dalam Pemilihan UMNO\n\n\n\n\n\n\nKenapa PAS Perlu Bertanding Di Sarawak? \u2013 PBB\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Di Tangga Ke- 57 Dunia\n\n\n\n\n\n\nMayat lelaki terapung dalam sungai ditemukan dalam keadaan terlungkup\n\n\n\n\n\n\nUMNO perlu kembali kepada Islam, mendampingi Pas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita mengesan kenaikan ini bermula Oktober lalu dan dijangkakan (harga) dapat distabilkan sehingga hujung tahun ini.\n\n\nBeliau berkata, MAFI bagaimanapun tidak mengesan berlaku kekurangan bekalan sama ada sayur import mahupun sayur tempatan.\n\nKementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan harga sayur, terutama yang diimport akan kembali stabil menjelang hujung tahun ini.\n\n\nTimbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata kenaikan harga yang berlaku kini disebabkan oleh beberapa faktor, namun ia kini berada dalam kawalan pihak terbabit.\n\n\nBeliau berkata, MAFI bagaimanapun tidak mengesan berlaku kekurangan bekalan sama ada sayur import mahupun sayur tempatan.\n\nPihaknya mengesan kenaikan ini bermula Oktober lalu dan dijangkakan (harga) dapat distabilkan sehingga hujung tahun ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/individu-lengkap-vaksin-digalakkan-ambil-ujian-saringan/", "title": "Individu Lengkap Vaksin Digalakkan Ambil Ujian Saringan", "body": "0\n\n\n(Pakar Kesihatan Awam, Profesor Madya Doktor Malina Osman)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Membenarkan kemasukan pelawat yang lengkap vaksin tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dilihat satu risiko yang cukup besar diambil oleh Kerajaan negeri Sabah.\n\n\nBagi mendapatkan pandangan lanjut situasi ini kita bersama, Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Doktor Malina Osman.\n\n\nQ1. Apa pandangan Dr berhubung tindakan yang diambil oleh kerajaan Sabah ini dengan membenarkan pelawat luar yang lengkap divaksin masuk kene negeri itu tanpa membuat ujian saringan Covid-19?\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Kesal Tindakan Enam Anggota LPPR\n\n\n\n\n\n\nBersih kritik kurang peruntukan untuk pembangkang\n\n\n\n\n\n\nPenamaan Calon PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nRohana pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB\n\n\n\n\n\n\nWajar tolak SIS, perjuangan bercanggah dengan ajaran Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya berpendapat apa yang diputuskan kerajaan negeri sabah\u2026pola kes baru di kalangan yang dijangkiti\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nQ2. Adakah Dr Malina berpendapat keadaan sekarang masih tidak selamat dengan varian-varian yang berbahaya Covid-19 termasuk di negeri Sabah yang mencatatkan angka sebanyak 486 kes baharu semalam?\n\n\n\u201cKita tak boleh cakap tentang selamat atau tidak tetapi\u2026.memang digalakan melakukan ujian saringansebelum dan selepas.\u201d\n\n\nUcapan terima kasih diberikan kepada Dr setelah pandangan beliau didengari dan terjawab sudah segala persoalan yang diajukan TV Pertiwi ."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/ismail-sabri-tiba-di-singapura-sempena-pelaksanaan-vtl/", "title": "Ismail Sabri Tiba Di Singapura Sempena Pelaksanaan VTL", "body": "0\n\n\n(Pelancaran Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura / sumber : FB Ismail Sabri Yaakob)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Singapura untuk memulakan lawatan rasmi beliau sempena pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) melalui udara dan sempadan darat antara Malaysia dan Singapura.\n\n\nKetibaan beliau di Woodlands Checkpoint pada pukul 10.45 pagi tadi disambut oleh rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong, sebelum kedua-dua pemimpin itu melawat VTL sempadan barat.\n\n\nKetika lawatan itu, Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pengangkutan Datuk Wee Ka Siong dan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\ni-Guru syor galak semula SOP COVID-19 di sekolah\n\n\n\n\n\n\nNajib minta hakim Collin tarik diri kes 1MDB\n\n\n\n\n\n\nKebebasan bersuara dalam UMNO sudah mati\n\n\n\n\n\n\nWaris Korban Banjir Dapat Sumbangan Rm10,000\n\n\n\n\n\n\n2 remaja lelaki ditahan polis caci pembuat kertas soalan Sejarah SPM\n\n\n\n\n\n\n\n\nLawatan ini merupakan lawatan rasmi pertama Datuk Seri Ismail Sabri ke republik Singapura sebagai Perdana Menteri.\n\n\nSelain itu, ia juga merupakan lawatan kedua beliau ke negara jiran sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan pada 21 Ogos lepas. Sebelum ini beliau melawat Indonesia untuk lawatan rasmi 3 hari bermula 9 Nov."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/jamil-khir-dilantik-penasihat-agama-pm/", "title": "Jamil Khir Dilantik Penasihat Agama PM", "body": "0\n\n\n(Datuk seri jamil khir)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Sistem pelantikan penasihat kepada Perdana Menteri dilihat pernah wujud sejak zaman Pemerintahan mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad.\n\n\nNamun kebelakangan ini pelantikan seseorang sebagai penasihat kepada Perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri diikuti rapat media dan juga netizen. Pengerusi Umno Kedah Jamil Khir Baharom dilantik penasihat agama kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.\n\n\n(Foto hiasan / sumber : FB Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah)\n\n\nPelantikan Datuk seri jamil khir hangat diperkatakan setelah Poster ucapan tahniah atas pelantikannya itu menjadi perkongsian di laman Facebook UMNO Kedah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPRN : selamatkan negara, bangsa & agama oleh politik gila kuasa\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Sektor kesihatan terima RM36 bilion\n\n\n\n\n\n\nPemuda ISMA Lancar Kempen Suntik Semangat Perjuangan Melayu, Islam\n\n\n\n\n\n\nRibut petir dijangka melanda seluruh Malaysia esok\n\n\n\n\n\n\nAzlan Man didakwa buat tuntutan palsu bernilai RM1.18 Juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nHantaran itu juga dikongsi pula oleh beberapa pemimpin parti negeri termasuk ketua bahagian Sungai Petani Shahanim Mohamad Yusoff dan bekas ahli parlimen Langkawi Nawawi Ahmad.\n\n\nBagaimanapun perlantikan ini menjadi bualan apabila negara yang sudah pun memiliki Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam hal ehwal agama masih memerlukan lagi seorang penasihat agama.\n\n\nRamai mempertikai mengani sekiranya imbuhan yang tinggi diberikan atas tugas mereka. Malah jika benar kos RM50 ribu sebulan bagi setiap seorang penasihat termasuk kakitangan mereka adalah satu jumlah yang besar.\n\n\nSetakat ini Jamil mengesahkan pelantikannya dengan portal FMT tetapi tidak mendedahkan sebarang butiran selain dia akan menasihati Ismail dalam isu hal ehwal agama.\n\n\nSelain Jamil Khir, Datuk Seri Ismail Sabri kini mempunyai tiga penasihat dalam bidang kesihatan, agama serta undang-undang dan hak asasi manusia.\n\n\nAntaranya Penasihat undang-undang dan hak asasi manusia \u2013 Ahli Parlimen Pengerang Azalina Othman Said, Penasihat Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan yang juga KETUA Penerangan UMNO."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/jpj-tetapkan-perbaharui-lesen-dan-cukai-sehingga-hujung-tahun-ini/", "title": "JPJ Tetapkan Perbaharui Lesen dan Cukai sehingga Hujung Tahun Ini", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber : kosmo)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Tempoh yang telah diberikan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memperbaharui Lesen dan Cukai Jalan telah dilanjutkan sehingga hujung tahun ini dan akan tamat pada 31 Disember 2021.\n\n\n(Timbalan ketua Pengarah Perancangan dan Operasi, JPJ Malaysia, Aedy Fadli Ramli)\n\n\nTimbalan ketua Pengarah Perancangan dan Operasi, JPJ Malaysia, Aedy Fadli Ramli berkata :\n\n\n\u201ctempoh tersebut sudah cukup bagi memastikan rakyat Malaysia boleh memperbaharui lesen dan cukai jalan mereka di kaunter-kaunter JPJ terpilih.\u201d\n\n\nDalam operasi yang bermula tengah malam tadi, sebanyak 596 saman telah dikeluarkan, ia merangkumi pelbagai kesalahan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKM tidak kompromi jika pegawai langgar garis panduan WHO FCTC\n\n\n\n\n\n\nPetisyen rayuan Najib tidak dibincang Lembaga Pengampunan\n\n\n\n\n\n\nBN Kaji Kerjasama Dengan PAS\n\n\n\n\n\n\nPusat Rawatan TH Diiktiraf Arab Saudi, Negara Pertama Diluluskan Permit\n\n\n\n\n\n\nMohamad fokus siapkan kapal LCS secepat mungkin\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara agensi turut terlibat adalah, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan alam Sekitar. Operasi tamat sekitar 2 pagi pada sabtu lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/kailan-ikan-masin-dijual-rm18-peniaga-diberi-notis/", "title": "Kailan Ikan Masin Dijual RM18, Peniaga Diberi Notis", "body": "0\n\n\n(Foto tular kailan ikan masin RM18 / sumber : FB Penang Kini)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Jika sebelum ini kecoh dengan kenaikan harga ayam, sayur-sayuran dan roti gardenia, kali ini kecoh dengan masakan kailan ikan masin yang dijual dengan harga RM18 sebungkus oleh seorang peniaga restoran di Pulau Pinang.\n\n\n(Foto KDNHEP Pulau Pinang di gerai tular kailan ikan masin RM18 / sumber : FB KDNHEP PP)\n\n\nSehubungan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) terhadap peniaga berkenaan.\n\n\n\u201cSatu notis pengesahan maklumat barangan bagi makanan kailan ikan masin berharga RM18 telah diberikan kepada peniaga berkenaan dan peniaga itu perlu memberi maklum balas dalam tempoh 2 hari bekerja.\u201d\n\n\n-Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang\n\n\nPejabat KPDNHEP dalam kenyataan ringkas memaklumkan pegawai penguatkuasa agensi itu sudah melakukan siasatan di restoran terbabit dan mengakui harga yang dijual terlalu mahal tidak setara kuantiti yang diberikan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi di Negeri Sembilan kurang akibat hujan\n\n\n\n\n\n\nLelaki muat naik ciapan berbaur perkauman ditahan\n\n\n\n\n\n\nHari mengundi PRK Kuala Terengganu serentak PRU DUN KE15\n\n\n\n\n\n\nDakwaan pesakit tidak terima rawatan di Hospital Kampar tidak tepat \u2013 Saksi\n\n\n\n\n\n\nFaizal sanggah Ramasamy, tidak tahu sentimen sebenar orang Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, satu NPMB bagi makanan kailan ikan masin berharga RM18 telah diberikan kepada peniaga berkenaan dan peniaga itu perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari bekerja.\n\n\nSemalam tular di media sosial satu hantaran beserta resit memaparkan harga keseluruhan makanan yang dimuat naik seorang pelanggan restoran itu.\n\n\nDalam hantaran itu, individu terbabit terkejut apabila sebungkus kailan ikan masin untuk seorang makan dijual pada harga RM18 yang dianggap tidak masuk akal.\n\n\nKos keseluruhan makanan yang dibeli individu berkenaan berjumlah RM122 namun dia tidak mendedahkan nama restoran berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/kenapa-pas-perlu-bertanding-di-sarawak-pbb/", "title": "Kenapa PAS Perlu Bertanding Di Sarawak? \u2013 PBB", "body": "0\n\n\n(Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang merupakan parti komponen GPS dilapor meremehkan rancangan PAS bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.\n\n\nNaib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah mempersoalkan mengapa PAS bersusah payah meletakkan calon sedangkan kebanyakannya akhirnya kehilangan wang deposit dalam PRN sebelum ini.\n\n\nJelas Abdul Karim, begitu juga dengan parti-parti yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia, parti parti itu katanya harus kekal di sana dan tidak perlu ke Sarawak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRauf Nafi Ada Pihak Tidak Setuju Sulaiman Dilantik Ketua Menteri\n\n\n\n\n\n\nMalaysia salur lebih AS$2 juta kepada Turkiye, Syria\n\n\n\n\n\n\n13 Ditahan Pandu Secara Mabuk Sekitar Ibu Negara\n\n\n\n\n\n\nFasa Bertahan, Dipinggir Di Negara Sendiri?\n\n\n\n\n\n\nAl-Fatihah : Bekas Pengerusi Airasia meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada PRN Sarawak 2016, PAS kalah kesemua 11 kerusi yang ditandinginya. 7\u00a0calon pula katanya\u00a0 telah kehilangan wang deposit mereka.\n\n\nAwal bulan ini, PAS Sarawak berkata akan bertanding semula di 11 kerusi kali ini iaitu Kemena, Beting Maro, Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Jepak, Lambir, Pujut dan Samalaju. Parti itu kemudiannya mengatakan senarai itu tidak disahkan.\n\n\nPada Jumaat , Timbalan Presiden PAS Dati seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan parti itu sebenarnya akan bertanding pada PRN Sarawak 18 Dis tetapi berkata bilangan kerusi masih belum dimuktamadkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/kes-pertama-membabitkan-vtl-malaysia-singapura-dikesan/", "title": "Kes Pertama Membabitkan VTL Malaysia-Singapura Dikesan", "body": "0\n\n\n(Pintu masuk utama antarabangsa Tambak Johor / sumber : JohorKini)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Dalam pada itu satu kes positif COVID-19 dikesan pada hari pertama Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kes positif itu dikesan menerusi saringan yang dijalankan di pintu masuk Malaysia pagi tadi.\n\n\nBeliau berkata, tindakan cepat dan pantas sedemikian penting bagi memastikan penularan jangkitan, termasuk daripada risiko varian baharu, omicron berupaya ditangani sepenuhnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan seleweng wang zakat MAINS, SPRM kaji semula siasatan\n\n\n\n\n\n\nYasin berdepan hukuman mati, mengaku tidak bersalah miliki, tanam ganja\n\n\n\n\n\n\nKabinet belum bincang laksana semua GST\n\n\n\n\n\n\nBekalan barang kawalan cukup menjelang Ramadan\n\n\n\n\n\n\nAmaran Hujan Lebat Sehingga Selasa\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, walaupun mereka yang masuk menerusi VTL dikehendaki membuat saringan 72 jam sebelum hari perjalanan, tetapi ia masih membuka ruang kepada pelbagai kemungkinan.\n\n\nJusteru kementerian tegas untuk tetap melaksanakan saringan apabila mereka tiba di pintu masuk negara.\n\n\nTambah Khairy kes pertama itu dikesan menerusi saringan kit ujian pantas (RTK) antigen ketika individu berkenaan tiba di pintu masuk utama antarabangsa Tambak Johor.\n\n\nSehubungan itu, katanya, pengesahan diagnostik bersandarkan (RT PCR) sedang dilakukan, selain penilaian risiko terhadap penumpang bas terbabit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/kos-haji-dijangka-meningkat-lebih-50-peratus/", "title": "Kos Haji Dijangka Meningkat Lebih 50 Peratus", "body": "0\n\n\n(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Kerajaan menjangkakan kos mengerjakan haji meningkat sehingga 50 peratus, berikutan Cukai Nilai Tambah VAT yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi naik 15 peratus, berbanding lima peratus sebelumnya.\n\n\nTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata ia dijangkakan membabitkan kos lebih RM30ribu berbanding sebelum ini RM23 ribu.\n\n\nAhmad Marzuk berkata, jumlah tepat yang akan diputuskan akan diketahui awal tahun hadapan sebelum dimaklumkan kepada bakal jemaah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelum keperluan isytihar darurat bencana di Johor \u2013 Fahmi Fadzil\n\n\n\n\n\n\nSyukuri nikmat kebebasan beragama, ambil iktibar musibah di Palestin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nKPM, KKM pantau penularan COVID-19 waktu SPM 2022 berlangsung\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Catat Kes Kedua Omicron \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\nTujuh lelaki pakai seluar pendek kena amaran JAHEAIK\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas beliau, selain peningkatan VAT, kos turut meningkat disebabkan pelaksanaan prosedur operasi standard SOP yang baharu susulan pandemik COVID-19.\n\n\nDatuk Ahmad Marzuk Shaary selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata :\n\n\n\u201cSebagaimana kita tegaskan sebelum ini, Tabung Haji akan menanggung sebahagian daripada jumlah kos, namun kita belum putuskan berapa banyak yang akan ditanggung,\u201d\n\n\nKatanya, jika sebelum ini kos mengerjakan haji adalah RM2 ribu, namun hanya RM9,980 dikenakan kepada jemaah dan jumlah itu tidak pernah dinaikkan sejak 2011.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran membabitkan 18 keluarga di Jalan Gajah Mati, hari ini.\n\n\nDalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata, kuota jemaah haji juga akan diketahui awal tahun depan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/ku-li-bakal-bersara-selepas-pru-15/", "title": "Ku Li Bakal Bersara Selepas PRU-15", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n(Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Kerjaya Politik Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dipercayai akan tamat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.\n\n\nPerkara itu dinyatakan sendiri oleh veteran UMNO itu.\n\n\n\u201cMasalah saya ialah jika saya menarik diri, kawasan Parlimen (Gua Musang) mungkin tidak lagi menjadi kerusi selamat. Itu alasan yang diberikan kepada saya sebelum ini, itu sebabnya saya perlu bertanding pada dua PRU lepas.\u201d\n\n\u2013 Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang\n\n\nMemetik Malaysia kini, beliau berkata meskipun sudah dinyatakan sebelum ini pada pilihan raya lalu PRU-13 dan PRU-14 untuk tidak memilih dirinya, namun perkara itu masih berlaku dan dipercayai akan dipilih sekali lagi pada PRU-15 bergantung pada pucuk pimpinan parti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBolehkah Individu Ada Kes Mahkamah Jadi TPM? \u2013 TUN M\n\n\n\n\n\n\nTM dedah punca tak perbaharui konsesi Menara KL\n\n\n\n\n\n\nTetapkan Tarikh Operasi Semula, Elak Masalah Lain Timbul \u2013 PAPUH\n\n\n\n\n\n\nISMA konsisten sedarkan masyarakat perkara ancam akidah\n\n\n\n\n\n\n48 Maut Akibat Banjir, Amaran Hujan Lebat Petang Ini Sehingga 3 Jan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, jika beliau menarik diri kawasan Parlimen (Gua Musang) mungkin tidak lagi menjadi kerusi selamat. Justeru beliau perlu bertanding bagi mengekalkan kerusi itu kepada Barisan Nasional.\n\n\nTengku Razaleigh pernah memainkan peranan penting sebagai menteri kewangan dari 1976 hingga 1984 apabila Malaysia mengalami ledakan ekonomi, serta diketengahkan dengan ketara dalam era perintis Petronas dan Bank Bumiputera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/mca-minta-papan-tanda-baharu-kerana-tiada-tulisan-cina/", "title": "MCA Minta Papan Tanda Baharu Kerana Tiada Tulisan Cina", "body": "0\n\n\n(Timbalan Presiden MCA, Mah Hang Soon)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Timbalan Presiden MCA, Mah Hang Soon dilaporkan terpaksa campur tangan selepas timbul isu beberapa sekolah rendah bantuan kerajaan beraliran Cina di Pekan, Pahang menerima papan tanda nama sekolah baru tanpa aksara Cina.\n\n\nMah dikatakan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang berhubung isu dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pekan yang dibekalkan dengan papan tanda sekolah, tidak tertulis nama sekolah dalam tulisan Cina.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPihak luar terbabit lakukan perlombong haram nadir bumi \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nHad usia teksi, e-hailing seluruh negara dinaikkan kepada 15 tahun\n\n\n\n\n\n\nSijil pentauliahan bukan penghalang aktiviti belajar agama\n\n\n\n\n\n\nBajet 2023 akan dibentangkan semula pada 24 Februari\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk serangan terhadap jemaah Palestin, pencerobohan Israel di Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut laporan\u00a0 akhbar Sinchew Daily baru-baru ini, Jabatan Pendidikan Pahang telah pun membekalkan papan tanda kepada dua sekolah iaitu SJK(C) Yoke Hwa dan SJK(C) Kee Wha awal November lalu.\n\n\nMalangnya papan tanda itu hanya mengandungi nama sekolah SJKC\u00a0 berkenaan dalam Bahasa Melayu dan tulisan Jawi, tetapi bukan dalam aksara Cina.\n\n\nSehubungan itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dilapor mengarahkan pihak kontraktor agar membuat semula papan tanda yang mengandungi nama sekolah-sekolah itu dalam tulisan Cina.\n\n\nMah yang juga Timbalan Menteri Pendidikan menjelaskan, papan tanda sekolah yang baharu dibuat kerana Dewan Undangan Negeri Pahang memutuskan agar semua agensi berkaitan kerajaan wajib menambah tulisan Jawi pada papan tandanya.\n\n\nNamun begitu, dalam menambah papan tanda yang baru, papan tanda yang sedia ada patut dikekalkan.\n\n\nMenurutnya, Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang telah memaklumkan bahawa jabatan tersebut akan membekalkan papan tanda sekolah dengan tulisan Jawi untuk semua sekolah kerajaan termasuklah SK, SJKC dan SJKT. Semua papan tanda itu dibuat secara seragam oleh kontraktor.\n\n\nKetika berbincang dengan Pengarah Jabatan Pendidikan berkenaan, Mah telah mencadangkan agar selain Jawi, tulisan Cina dan tulisan Tamil disertakan dalam papan tanda sekolah agar ia lebih sempurna, selain mencerminkan kepelbagaian budaya dan bahasa negara ini.\n\n\nTegasnya, semua papan tanda SJKC yang asal akan terus dipelihara, tanpa sebarang perubahan dibuat ke atasnya. Pengarah Pendidikan Pahang juga sangat terbuka dalam menerima cadangan tersebut dan segera menyelaraskan semua papan tanda sekolah.\n\n\nOrang ramai kata Mah, tidak perlu terus membangkitkan isu ini dan memutar belitkan keadaan yang hingga menjadikan isu yang menjejaskan sistem pendidikan SJKC."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/mou-bukan-kitab-suci-untuk-halang-buat-pru-awal-zahid/", "title": "MOU Bukan \u2018Kitab Suci\u2019 Untuk Halang Buat PRU Awal \u2013 Zahid", "body": "0\n\n\n(Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi\u00a0)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Perjanjian memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara kerajaan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH) bukanlah \u201ckitab suci\u201d yang akan menghalang pilihan raya umum (PRU) ke-15 diadakan lebih awal daripada Julai tahun depan.\n\n\nPresiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi\u00a0 menegaskan bahawa ini tidak bermakna perjanjian itu perlu \u201cdilanggar\u201d, tetapi sekadar rundingan boleh diadakan untuk mencapai keputusan bersama.\n\n\nJelas Zahid, pihaknya menghormati MOU itu, tetapi MOU itu bukan kitab suci, jauh daripada ayat-ayat tercatat dalam al-Quran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nShahidan tiada dalam senarai calon PRN \u2013 PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Pihak terkesan diberi tempoh sebulan buat rayuan\n\n\n\n\n\n\nVarian XE belum dikesan di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMusibah banjir: Jakim anjur solat hajat, doa selamat\n\n\n\n\n\n\nZaki Yamani mohon maaf kepada Abdul Hadi gara-gara ciapan biadab\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya lagi yang dipetik Malaysiakini seharusnya MOU itu tidak perlu dilanggar tetapi yang terbaik adalah berunding dan semua pihak sudah pasti ada pandangan yang berbeza dan secara konsensus.\n\n\nKeputusan majoriti katanya akan dibuat berdasarkan kepada hasil perbincangan yang diadakan. Zahid dilihat mengetuai gesaan untuk PRU-15 diadakan lebih awal susulan kemenangan besar UMNO dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka hujung minggu lalu.\n\n\nKatanya, sebarang keputusan untuk mengadakan PRU lebih awal adalah berdasarkan nasihat yang mengambil kira pelbagai faktor termasuk MOU yang dimeterai.\n\n\nZahid berkata dia tidak mempunyai kuasa untuk menentukan tarikh PRU dan sebarang keputusan untuk mengadakan pilihan raya perlu mengambil kira semua faktor termasuk kepentingan rakyat yang harus diutamakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/najib-selar-tindakan-bekas-gabenor-bank-negara-2/", "title": "Najib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara", "body": "0\n\n\n(Sedutan tangkapan video / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu laporan polis berhubung skandal 1MDB dan SRC International di Balai Polis Dang Wangi pagi sabtu lalu.\n\n\nDalam laporan polis itu, Najib menyangkal dakwaan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, tidak mengetahui dana yang disumbangkan oleh Arab Saudi.\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi ulangi dakwaan, Kerajaan Pusat berubah jika PN menang\n\n\n\n\n\n\nIndia dan Jepun bawa keluar rakyat terkandas\n\n\n\n\n\n\nIsu politik Melaka tidak jejas persediaan UMNO bagi PRN\n\n\n\n\n\n\nAnwar arah cetak sejuta al-Quran, reaksi tindakan biadab Paludan\n\n\n\n\n\n\nKebocoran siasatan SPRM terhadap Nazlan telah dijelaskan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/najib-selar-tindakan-bekas-gabenor-bank-negara/", "title": "Najib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara", "body": "0\n\n\n(Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak meminta polis menyiasat jika terdapat percubaan disengajakan pihak tertentu menyembunyikan bukti bagi mengaitkan kesalahannya dalam kes 1MDB.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu berkata, siasatan juga perlu melibatkan individu penting dalam Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM ketika bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan PH.\n\n\nNajib berkata, beliau terkejut dengan kenyataan SPRM minggu lalu bahawa baki sebanyak RM65 juta juga daripada dana yang dikaitkan dengan 1MDB dan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, ada kena mengena dengan keluarga bekas Gabenor Bank Negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSivakumar perlu cuti sebagai menteri\n\n\n\n\n\n\nDAP, UMNO bukan kahwin paksa \u2013 Anthony Loke\n\n\n\n\n\n\nKenaikan Harga Sayur Sehingga 100 Peratus, Namun Dijangka Bersifat Sementara\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah Allah bakal jadi polemik \u2013 Al-Sultan Abdullah\n\n\n\n\n\n\nJimat RM17 bilion kalau mansuh subsidi petrol T20\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaporan polis itu katanya, untuk meminta pihak berkuasa menyiasat jika terdapat percubaan yang disengajakan untuk menyembunyikan bukti material daripadanya selain turut menyiasat individu penting dalam Jabatan Peguam Negara dan SPRM ketika dalam pentadbiran PH.\n\n\nMenurut Najib, laporan sebuah media antarabangsa mendakwa sebanyak RM700 juta telah dipindahkan ke akaun bank yang dikaitkan dengan bekas Gabenor itu sejak 2013 hingga 2017.\n\n\nBeliau menyatakan kekecewaan kerana tidak ada mana-mana agensi pihak berkuasa menyiasat perkara yang didedahkannya sebelum ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/pasar-borong-borneo-tunjukkan-kebudayaan-kaum/", "title": "Pasar Borong Borneo Tunjukkan Kebudayaan Kaum", "body": "0\n\n\n(Tinjaun Haffiz Aziz, wartawan TV Pertiwi di Pasar Borneo, Bangi Golf Resort Hotel / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh Haffiz Aziz, Wartawan TV Pertiwi.\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Bagi anak-anak jati Sarawak dan Sabah yang merantau ke Semenanjung, kerinduan terhadap makanan tradisional bumi asal, pastinya sentiasa hadir di hati mereka.\n\n\nBukan sahaja makanan tetapi kraftangan dan barang buatan sana turut dijual. Wartawan Haffiz Aziz ada laporannya\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertama Kali BN, PH Kelantan duduk semeja\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Terima Bekalan Pertama Vaksin Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\nNetizen naik angin, kecam pelancong `first world country\u2019 isi minyak murah di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Turki selar pihak tutup mata, subahat bakar Quran\n\n\n\n\n\n\nPejabat Perdana Menteri pandang serius tindakan pihak salah guna nama, kedudukan PMO\n\n\n\n\n\n\n\n\nHaffiz Aziz , Wartawan TV Pertiwi berkata :\n\n\n\u201cPasar Borneo yang terletak di Perkarangan Tempat letak kereta Bangi Golf Resort ini, sudah pastinya membawa anda untuk merasai sendiri keunikan makanan dan tradisi masyarakat di Sabah dan Sarawak. Bagi pihak pengurusan Bangi Golf Resort, mereka sangat teruja dengan kunjungan dari pelbagai kaum dan agama yang datang sendiri ke sini.\u201d\n\n\nIda Rahayu Abdul Azizis sebagai Pengurus Sumber Manusia Bangi Resort Hotel berkata :\n\n\n\u201c.\u2026. okey first of all welcome to..\u2026on top of that kita pun buka untuk komuniti sekitar bangi , untuk join kita punta syarikat bangi group of company\u2026\u201d\n\n\nPelbagai juadah tradisi borneo ditemui di sini, termasuklah makanan eksotik seperti Obor Obor, Ikan Buntal yang semestinya menjadi tumpuan di pasar ini.\n\n\nSayur sayur hutan yang tidak terdapat di sekitar Kuala Lumpur juga menjadi antara jualan yang akan habis awal disini.\n\n\nStephan Renggam sebagai Penduduk Sarawak berkata, \u201cSelain sayur sayur, disini juga terdapat jualan seperti Kek Lapis Sarawak, barangan kraf dan makanan-makanan asli Sarawak. Tidak ketinggalan juga makanan makanan asli dari Negeri Sabah antara tarikan pengunjung.\u201d\n\n\nZaiton Zaili sebagai Penduduk Sabah pula berkata:\n\n\n\u201cTarikan utama makan asli dari Sabah sini adalah Kuis Lopez, Hinava, dan ambuyat. Seperti di Sabah dan Sarawak, makanan ini tidak jauh beza harganya dengan yang di jual di Semenanjung dan didapatkan daripada sekitar Lembah Klang.\u201d\n\n\nSILA TONTON DI SINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/pembela-syor-perkasa-th-mahkamah-syariah-dan-tubuh-suruhanjaya/", "title": "PEMBELA Syor Perkasa TH, Mahkamah Syariah Dan Tubuh Suruhanjaya", "body": "0\n\n\n(Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengesyorkan beberapa cadangan semasa sesi pertemuan di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad dengan NGO-NGO Islam dalam sidang Majlis Amal Islami Malaysia.\n\n\nPengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berpandangan, institusi Tabung Haji dan Mahkamah Syariah diperkasakan selain mencadangkan Pembentukan Suruhanjaya Kedaulatan Agama Negara.\n\n\n(Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya di sidang Majlis Amal Islami Malaysia)\n\n\nBeliau berkata, kerjasama strategik antara Pejabat Menteri Agama dan NGO-NGO Islam perlu dipertingkat dan diperkasa seperti skandal penjualan tanah milik TH yang berjaya dihentikan setelah pihaknya menghantar laporan dan bukti kepada SPRM dengan kerjasama pejabat Menteri Agama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan bubar DUN 1 Jun\n\n\n\n\n\n\nMaritim rampas 23 bubu naga di Perairan Tanjung Karang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tiada rancangan iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nTiada dalam senarai giliran punca jemaah haji B40, M40 bayar kos penuh\n\n\n\n\n\n\nPerpaduan mesti dipimpin oleh Islam yang berintegriti \u2013 Hadi\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, isu cadangan perletakan TH di bawah Bank Negara Malaysia dan cadangan menukar status sebagai entiti kewangan setaraf seperti bank semata-mata juga telah dibangkitkan semula dan perlu dimaklumkan perkembangan terkini status TH.\n\n\nMenyentuh soal pemerkasaan Mahkamah Syariah, Aminuddin memohon kertas kerja pemerkasaan mahkamah syariah yang sudah lama disiapkan, sekitar 10 tahun lalu perlu dilihat kembali dan diperhalusi.\n\n\nSelain itu, Aminuddin berharap satu suruhanjaya ditubuhkan dengan diselia di bawah pejabat Menteri Agama bagi memastikan Islam sebagai Agama Persekutuan dipelihara dari terus dihakis dan dicabar.\n\n\nDalam pada itu, cadangan yang dikemukakan PEMBELA disambut baik oleh Menteri Agama.\n\n\nJusteru PEMBELA berharap perkara yang disuarakan menjadi kenyataan dan tidak tergantung lagi sebagai kertas kerja semata-mata serta bebas dari campur tangan politik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/pengeluar-roti-gardenia-disaran-tangguh-kenaikan/", "title": "Pengeluar Roti Gardenia Disaran Tangguh Kenaikan", "body": "0\n\n\n(Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) , Datuk Rosol Wahid)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Di Kuala Berang, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) , Datuk Rosol Wahid, menyarankan pengeluar produk roti Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menangguh dahulu cadangan menaikkan harga roti di pasaran.\n\n\nGardenia Bakeries sebelum ini bercadang menaikkan harga produk roti pengeluaran syarikatnya pada satu Disember depan.\n\n\n\u201cWalaupun kenaikan RM0.10 sen sahaja, ia tetap memberi kesan khususnya kepada pengguna B40. Oleh itu, KPDNHEP menyarankan pihak pengeluar produk roti itu untuk menangguh dahulu cadangan kenaikan harga roti di pasaran. \u2018\u2019\n\n\n\u2013 Timb. Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid\n\n\nKata Rosol, kementerian berharap Gardenia Bakeries prihatin dengan kesempitan hidup masyarakat sekarang. Pelbagai alasan yang diberikan susulan cadangan kenaikan harga itu termasuk kenaikan harga tepung gandum di pasaran,\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHassan selar tindakan Menteri Pelancongan \u2018gempur\u2019 KLIA\n\n\n\n\n\n\nKerajaan cadang guna helikopter bomba sebagai ambulans\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah fokus aspek pendidikan, sasar RM600,000 agihan Ramadan\n\n\n\n\n\n\nHerba ada kandungan babi? \u2026`itulah pentingnya english edukesyen\u2019!\n\n\n\n\n\n\nTindakan Tuduh Pihak Lawan Bukan Kemenangan Sebenar \u2013 Nik Abduh\n\n\n\n\n\n\n\n\nRosol berkata, pihaknya sudah berbincang dengan Gardenia Bakeries dan memberi cadangan penangguhan kenaikan harga itu dan jawapan akan diterima selewat-lewatnya pada hari ini.\n\n\nSusulan itu, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyarankan pengeluar produk roti Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menangguh terlebih dahulu cadangan menaikkan harga roti di pasaran.\n\n\nTimbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata pihaknya berharap Gardenia Bakeries prihatin dengan kesempitan hidup masyarakat sekarang.\n\n\nMenurutnya, walaupun nilai kenaikan hanya RM10 sen sahaja, ia tetap memberi kesan khususnya kepada pengguna B40. Oleh itu, pihaknya sudah berbincang dengan Gardenia Bakeries dan memberi cadangan penangguhan kenaikan harga itu.\n\n\nGardenia Bakeries akan memberi jawapan selewat-lewatnya hari ini sama ada bersetuju membuat penangguhan harga atau sebaliknya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/sabah-benarkan-pelawat-lengkap-vaksin-tanpa-ujian-covid-19/", "title": "Sabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Tanpa Ujian COVID-19", "body": "0\n\n\n(Datuk Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Sabah membenarkan kemasukan pelawat yang lengkap vaksin tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19 berkuatkuasa 1 Disember ini.\n\n\nJurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan perlu mengemukakan laporan perubatan yang disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar.\n\n\nDatuk Masidi Manjun sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKP Imigresen ditukarkan berkuat kuasa hari ini\n\n\n\n\n\n\n2 Marsyal Termasuk \u2018Datuk\u2019 Serah Diri\n\n\n\n\n\n\nSudah Beritahu PM, Segera Adakan Pilihan Raya Umum \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nJangan hanya laungkan \u2018Rahmah\u2019 dan \u2018Madani\u2019, perlu hidup bersama nadi rakyat\n\n\n\n\n\n\nKes keganasan kanak-kanak perlu diteliti, bendung jenayah penderaan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIndividu yang bergejala akan diarahkan untuk menjalani ujian COVID-19 dan diberikan arahan \u2018Home Surveillance Order\u2019 atau HSO sehingga keputusan dikeluarkan,\u201d\n\n\nMasidi berkata, individu berusia 12 tahun ke atas yang belum divaksin atau belum lengkap divaksin perlu melakukan saringan COVID-19 dan menunjukkan slip keputusan ujian negatif di pintu masuk negeri ini.\n\n\nBagi pengembara domestik yang lengkap vaksin hanya perlu mengisi borang deklarasi kesihatan dan bukti status telah lengkap divaksin ketika penilaian risiko di pintu masuk Sabah.\n\n\nMasidi berkata bagi individu yang belum divaksin atau belum menerima vaksin lengkap tertakluk dengan SOP sedia ada iaitu membuat ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum memasuki Sabah dan mengisi borang deklarasi kesihatan.\n\n\n\u201cPengembara yang tidak mendapat kelulusan HSO KKM, boleh meneruskan perjalanan ke Sabah dan dikuarantin di pusat kuarantin hotel (yang diwartakan) atau pusat kuarantin Institut Latihan Awam (ILA) yang disediakan di negeri ini,\u201d\n\n\nSementara itu, bagi pengembara antarabangsa yang lengkap vaksin, mereka diarahkan menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari dan menjalani ujian saringan RT PCR pada hari ke-5 tempoh kuarantin.\n\n\nPengembara antarabangsa yang belum menerima vaksin lengkap diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 10 hari dan menjalani ujian saringan RT PCR pada hari ketujuh tempoh kuarantin.\n\n\nMasidi berkata pengembara antarabangsa diwajibkan menjalani ujian saringan RT PCR ketika ketibaan dan mendapat kelulusan HSO daripada Kementerian Kesihatan (KKM)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/saya-sertai-bersatu-atas-faktor-kepimpinan-muhyiddin-mohamaddin/", "title": "Saya Sertai Bersatu Atas Faktor Kepimpinan Muhyiddin\u2019\u2019 \u2013 Mohamaddin", "body": "0\n\n\n(Ahli Parlimen Lahat Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi,)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Dalam perkembangan lain politik negara, di Sabah, Ahli Parlimen Lahat Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi, pula membuat pengumuman selepas mengundur diri daripada Parti Warisan.\n\n\nBeliau mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), atas faktor kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.\n\n\nMemetik laporan Utusan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Muhyiddin, selain perjuangan politiknya yang selari dengan Bersatu yang ingin memberi keutamaan kepada rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMyJPJ catat lebih 2.97 juta pengguna\n\n\n\n\n\n\nRakyat Rayu Pengeluaran One-Off Kwsp Rm10,000\n\n\n\n\n\n\nPM mahu Timbalan Menteri fokus laksana perancangan, perubahan untuk rakyat\n\n\n\n\n\n\nTak perlu panik, Tuaran masih terkawal \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nPengundian Awal PRN Sarawak Bermula\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Mohamaddin Ketapi sebagi Ahli Parlimen Lahad Datu berkata :\n\n\n\u201cTiga tahun lebih lagi untuk bertahan dalam pembangkang. Apa yang anda jangka jika saya bertahan di situ? Pembangkang tidak bawa apa-apa,\u201d\n\n\nMenurutnya, beliau tidak mampu membawa sebarang kemajuan kepada pengundi kawasannya jika terus menjadi wakil pembangkang.\n\n\nKelmarin, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan permohonan keahlian Mohamaddin diperakui dan diterima dalam Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/sultan-selangor-tarik-balik-darjah-kebesaran-oc-pahang/", "title": "Sultan Selangor Tarik Balik Darjah Kebesaran OC Pahang", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n(Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik keahlian Darjah Kebesaran Selangor yang membawa gelaran Datin Paduka terhadap bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) OC Phang @ Phang Ai Tu.\n\n\nSetiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim berkata ia susulan individu tersebut telah diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.\n\n\n\u201cKeahlian OC Phang sebagai penyandang darjah kebesaran itu ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada Oktober lalu kerana seorang yang tidak layak dan sesuai memegang darjah tersebut.\u201d\n\n\u2013 Datuk Haris Kasim sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor\n\n\nBeliau berkata, keputusan itu bagi menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan selepas berunding dengan Dewan Diraja Selangor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAkan Didakwa Pada Rabu Ini\n\n\n\n\n\n\nHarga tiket penerbangan balik Sabah tidak masuk akal\n\n\n\n\n\n\nTakiyuddin dakwa surat RoS bercanggah dengan kenyataan Saifuddin\n\n\n\n\n\n\nKeganasan rumah tangga dominasi kes jenayah wanita dan kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nIstiqamah \u2013 Solat Subuh selamatkan akidah anak-anak\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Datuk Haris, keahlian sebagai penyandang darjah kebesaran itu ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada Oktober lalu kerana seorang yang tidak layak dan sesuai memegang darjah tersebut.\n\n\nPenarikan darjah kebesaran itu tambahnya, selari dengan kuasa Baginda Sultan Selangor di bawah Perkara 39 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan Statut Darjah Kebesaran yang berkenaan.\n\n\nKatanya, Sultan Selangor memandang berat tentang reputasi penerima Darjah Kebesaran Negeri Selangor terutama dalam kalangan pegawai terlibat dengan pertuduhan mana mana perlakuan tidak sihat dan tidak berintergriti seperti melakukan rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.\n\n\nBaginda juga memberi peringatan kepada semua pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa langkah wajar dan tindakan tegas hendaklah dilaksanakan bagi membendung gejala rasuah, pecah amanah, penyalahgunaan kuasa, amalan tidak berintergriti dan masalah keberhutangan wang yang serius."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/turunkan-papan-tanda-jawi-di-sjkc-adun-bilut/", "title": "Turunkan Papan Tanda Jawi Di SJKC \u2013 ADUN Bilut", "body": "0\n\n\n(ADUN, Bilut dari parti DAP, Lee Chin Chen)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Ekoran penggantian papan tanda SJKC di Pahang kepada tulisan jawi, Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN, Bilut dari parti DAP, Lee Chin Chen membidas Jabatan Pendidikan Pahang.\n\n\nBeliau menyelar dan berkata tindakan Jabatan Pendidikan Pahang itu sebagai mencabar kesabaran masyarakat pelbagai kaum dan memandang rendah muafakat masyarakat sedia ada.\n\n\nMemetik kenyataan Oriental Daily, Lee Chin Chen yang merupakan ketua pembangkang Negeri Pahang\u00a0 dalam kenyataanya semalam membidas tindakan Jabatan Pendidikan Pahang ekoran penukaran dua papan tanda SJKC bantuan kerajaan di Pekan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara\n\n\n\n\n\n\n3 tahun tempoh 1,500 doktor kontrak dapat lantikan tetap \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar masih dalam peringkat kajian\n\n\n\n\n\n\nTiada keperluan isytihar darurat bencana banjir\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil alih siasatan jika ada unsur khianat nahas Elmina\n\n\n\n\n\n\n\n\nChin Chen menyifatkan tindakan tersebut umpama merebus katak dalam air suam, dan jarum halus yang digunakan untuk meluaskan penggunaan jawi dan menghapuskan Pendidikan vernakular\n\n\nLee\u00a0 Chin Chen sebagai ADUN DAP Bilut berkata :\n\n\n\u2018\u2019Tulisan rumi atau abjad\u00a0 Inggeris digunakan dalam penulisan Melayu moden. Tiada keperluan untuk menambah tulisan Jawi. Yang paling membimbangkan sekarang ialah Jabatan Pendidikan Pahang sudah berani menurunkan papan tanda SJKC tanpa kebenaran. Sekaligus membenarkan dakwaan kami bahawa Napoleon kecil sedang menggunakan isu Jawi untuk menghapuskan pendidikan vernakular.\u2019\u2019\n\n\nBeliau mendakwa tiada keperluan tulisan jawi\u00a0 dan kewajaran untuk diletakkan pada papan tanda sekolah. Tindakan Jabatan Pendidikan Pahang disifatkan beliau sengaja memainkan isu Jawi.\n\n\nUjar beliau, dasar tulisan Jawi yang ditetapkan Dewan Undangan Negeri Pahang hanya tertakluk kepada papan tanda premis perniagaan dan tidak melibatkan papan tanda sekolah.\n\n\nBeliau berkata, Jabatan Pendidikan Pahang bertindak sesuka hati dan dan papan tanda berkenaan mesti diturunkan segera dan digantikan dengan papan tanda yang mengandungi tulisan Cina dan Melayu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/umno-pentingkan-agenda-politik-jika-mahu-adakan-pru-15-segera/", "title": "UMNO Pentingkan Agenda Politik Jika Mahu Adakan PRU-15 Segera", "body": "0\n\n\n(Geostrategis dan penganalisis politik, Azmi Hassan)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Pilihan Raya Umum Ke-15 yang mahu diadakan perlu mengambil kira situasi negara dan tahap keselamatan serta kesihatan rakyat.\n\n\nPenganalisis Politik dan Geostrategis, Azmi Hasan berkata UMNO dilihat lebih mementingkan agenda politik daripada agenda rakyat sekiranya mahu mengadakan Pilihan Raya Umum dalam tempoh terdekat.\n\n\nGesaan untuk mempercepatkan PRU itu katanya tidak mengambil kira keselamatan rakyat sedangkan dalam sudut laporan kesihatan dunia, ada varian baru virus corona yang sedang mula meningkat dan berbahaya kepada kesihatan awam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSIFAT JUJUR DAN IKHLAS, AZIMAT 20 TAHUN DI LUAR NEGARA\n\n\n\n\n\n\nKos Haji Dijangka Meningkat Lebih 50 Peratus\n\n\n\n\n\n\nMalaysia berpotensi negara maju jika bersihkan rasuah \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nRUU Perkhidmatan Parlimen sedang dimuktamadkan \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\nPH, BN setuju kekal kerusi penyandang PRU14 hadapi PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\nAzmi Hasan sebagai Penganalisis Politik & Geostrategis berkata :\n\n\n\u201c\u2026Pada ketika ini kita tahu baru 48 jam kita tahu ada varian baru yang lebih hebat daripada varian delta itu pasal pandemik jadi kalau dilihat umno begitu mendesak supaya parlimen itu dibubarkan secepat mungkin iaitu sebelum Jun tahun depan seperti yang dijanjikan maka umno dilihat lebih mementingkan agenda politik daripada agenda rakyat demi keselamatan kesihatan jadi itu bahayanya bukannya rakyat tidak mahu membuat keputusan bukan rakyat mahu memberi mandate kepada mereka rakyat mahu menerajui kerajaan tetapi keadaan sekarang tidak mahu dituduh umno terlampau gelojoh sehingga terlampau mementingkan agenda parti politik mereka\u2026.\u201d\n\n\nDalam pada itu, ketika ditanya mengenai kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. Azmi berpendapat UMNO berkemungkinan mempunyai calon lain sebagai Perdana Menteri dengan mengambil kira apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri Melaka.\n\n\n\u201c\u2026Kalau kita lihat apa yang berlaku di Melaka itu dimana Datuk Seri Ismail Sabri tidak ketengahkan sangat\u2026maka secara tersiratnya UMNO ada calon lain itu hakikatnya siapakah calon itu saya pun tidak dapat tentukanlah tapi hakikatnya kalau kita ambil apa yang berlaku di Melaka sememangnya datuk seri Ismail Sabri bukan calon parti UMNO sebagai Perdana Menteri itu kita ambil apa yang berlaku di Melaka\u2026\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/29/usaha-merangka-pendekatan-lestari-dakwah-dalam-negara/", "title": "Usaha Merangka Pendekatan Lestari Dakwah Dalam Negara", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n(Poster Majlis Amal Islami Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) / sumber : FB YADIM)\n\n\nISNIN, 29 NOVEMBER\n \u2013 Jabatan Kemajuan Malaysia (Jakim) bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan beberapa pensyarah, dalam usaha merangka satu konsep pengisian yang perlu diisi dalam konteks Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata, gagasan Keluarga Malaysia perlu disambut sebagai satu pendekatan dalam melestarikan dakwah dalam negara.\n\n\nSelain itu, beliau juga berkata nilai Keluarga Malaysia merupakan komponen penting dalam mendukung Wawasan Kemakmuran 2030, justeru kerajaan dan NGO Islam perlu bersepadu untuk mengekalkan serta memperkasakan permuafakatan dan keharmonian di negara ini.\n\n\n(Majlis Amal Islami Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM))\n\n\nBeliau berkata demikian dalam pertemuan bersama pemimpin Majlis Amal Islami Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) semalam.\n\n\nSementara itu, Yang Dipertua YADIM Nasrudin Hassan berkata pertemuan itu bertujuan menyatukan seluruh pimpinan dan membincangkan serta mencari persepakatan dalam gerak kerja bersama ke arah penyelesaian isu-isu berkaitan dengan ummah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/akaun-twitter-edisi-siasat-digantung-telegram-masih-ada/", "title": "Akaun Twitter Edisi Siasat Digantung, Telegram Masih Ada", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber :\nTwitter @edisi_siasatmy\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n \u2013 Akaun twitter edisi siasat digantung sejak semalam.\n\n\nTinjauan di TV Pertiwi menunjukkan satu nota pemberitahuan bahawa akaun itu telah digantung berikutan melanggar peraturan Twitter.\n\n\n(Edisi Siasat dibanned / foto hiasan / sumber : edisisiasatblogspot)\n\n\n(Foto hiasan)\n\n\nBagaimana pun semakan di akaun telegram edisi siasat masih beroperasi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM sahkan Muhyiddin didakwa esok\n\n\n\n\n\n\nJALAN PALING BAHAYA DI MALAYSIA DINAIK TARAF\n\n\n\n\n\n\nMansuh pinjaman PTPTN hanya propaganda politik, jangan percaya lagi\n\n\n\n\n\n\nPemandu lori maut dihempap papan tanda jalan\n\n\n\n\n\n\n312 Penumpang Ke Kuala Perlis Terkandas\n\n\n\n\n\n\n\n\nRamai dalam kalangan netizen juga mahu platform yang didakwa pembongkaran isu semasa itu kembali berada dalam talian.\n\n\nSetakat ini, siapa pemilik sebenar akaun berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/dong-zong-sarawak-kecam-jabatan-pendidikan-pahang/", "title": "Dong Zong Sarawak Kecam Jabatan Pendidikan Pahang", "body": "0\n\n\n(Sha Dong Zong / sumber : borneo post online)\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n \u2013 Selepas Jabatan Pendidikan negeri Pahang dikecam gara-gara insiden papan tanda tidak meletakkan tulisan cina, kejadian di Pekan itu terus kedengaran melepasi Laut China Selatan.\n\n\nGiliran Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Sarawak (Sha Dong Zong) pula menghentam jabatan berkenaan kerana tidak mempamerkan tulisan Cina pada papan tanda dua sekolah rendah Cina di Pahang.\n\n\nSha Dong Zong dilaporkan berkata, papan tanda itu hanya memaparkan nama sekolah. Memetik Borneo Post, masing-masing papan tanda itu ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Jawi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKehadiran orang ketiga antara punca kes cerai meningkat di Kedah\n\n\n\n\n\n\nPN jangka proses agihan kerusi selesai Ahad ini\n\n\n\n\n\n\nHarga Barang Dijangka Kembali Stabil Awal Tahun Depan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPN tolak permohonan, PEJUANG zahir rasa dukacita\n\n\n\n\n\n\n200,000 Benih Pokok Balak Pelbagai Spesis Musnah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMereka bimbang dengan tiada tulisan Cina pada papan tanda sekolah. Bagi mereka, ini satu tanda kemarahan pihak berkuasa dan membantah perkara berkenaan.\n\n\n\u201cKami menuntut Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan negeri Pahang mengambil tindakan segera untuk membetulkan papan tanda sekolah,\u201d \u2013 Sha Dong Zong\n\n\nSha Dong Zong mendakwa, papan tanda menandakan identiti tradisi Cina. Jelasnya, papan tanda sekolah Cina tanpa tulisan Cina padanya menunjukkan kehilangan identiti.\n\n\n\u201cHak kita untuk belajar dan menggunakan bahasa ibunda termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dan insiden karakter Cina yang hilang dari papan tanda sekolah Cina ini sekali lagi menunjukkan bahawa pihak berkuasa mengabaikan hak asasi pendidikan Cina, dengan itu mewujudkan percanggahan pendapat dan ketidakpercayaan di kalangan kaum yang berbeza,\u201d \u2013 Sha Dong Zong\n\n\nSha Dong Zong mengingatkan pihak berkuasa bahawa sekolah rendah Cina diuruskan oleh lembaga sekolah masing-masing seperti yang termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996.\n\n\nIa menegaskan bahawa pelbagai lembaga sekolah memiliki sekolah rendah Cina masing-masing.\n\n\nJusteru Sha Dong Zong menggesa Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak supaya lebih peka dalam melaksanakan dasar di negeri itu bagi menghormati hak semua sekolah dan mengelak insiden sama berlaku di Sarawak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/ini-negara-china-atau-malaysia-prof-redhuan-tee-abdullah/", "title": "Ini Negara China Atau Malaysia \u2013 Prof Redhuan Tee Abdullah", "body": "0\n\n\n(Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, Pemerhati Politik)\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n \u2013 Anda Berada di China atau Malaysia. Demikian nada sinis diluahkan Pemerhati Politik, Prof. Dr Redhuan Tee Abdullah apabila pihak terbabit mempertikai kerajaan negeri Pahang menggunakan tulisan jawi di SJKC.\n\n\nKatanya, langkah kerajaan Pahang meluluskan nama SJKC dalam tulisan Bahasa Melayu amat tepat bahkan sepatutnya kerana ini bukan negara China.\n\n\nProf Dr Ridhuan Tee Abdullah sebagai Pemerhati Politik berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan usik perasan orang Melayu \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan aerotrain KLIA digantung sementara bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nTokoh wartawan negara kesal Menteri bidas laporan BH\n\n\n\n\n\n\nWan Azizah Dipanggil Ke Bukit Aman Petang Ini\n\n\n\n\n\n\nShahrizat sah kembali, bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMasuk sahaja ke dalam SJKC penuh dengan kecinaan, segala notis, maklumat dan pengajaran semua dalam Bahasa Cina. Tidak bolehkah nama di luar ditulis dalam tulisan BM dan Jawi.\u201d\n\n\nProf Dr Ridhuan Tee Abdullah menyelar tindakan pihak terbabit yang membuat bising sewaktu papan tanda SJKC tiada tulisan Cina.\n\nIa selepas segelintir pihak kecoh papan tanda baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pahang tiada tulisan Cina.\n\n\nPapan tanda itu dilaporkan mengandungi nama sekolah berkenaan dalam Bahasa Melayu dan tulisan Jawi, tetapi tidak dalam tulisan Cina.\n\n\nDifahamkan, papan tanda sekolah yang baru dibuat selepas Dewan Undangan Negeri Pahang memutuskan agar semua agensi berkaitan kerajaan wajib menambah tulisan Jawi pada papan tandanya.\n\n\nRidhuan Tee menyifatkan langkah kerajaan Pahang meluluskan nama SJKC dalam tulisan Bahasa Melayu amat tepat bahkan sepatutnya kerana ini bukan negara China.\n\n\nSebelum ini, Riduan Tee ketika dihubungi berkata Langkah kerajaan Pahang amat tepat, meluluskan nama SJKC dalam tulisan Bahasa Melayu sahaja kerana itulah yang sepatutnya, kerana ini bukan negara China.\n\n\nTegasnya, negara ini mempunyai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan, justeru ia mesti didaulatkan.\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/kenaikan-harga-barangan-bukan-sekadar-terletak-kepada-kpdnhep/", "title": "Kenaikan Harga Barangan Bukan Sekadar Terletak Kepada KPDNHEP", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP)\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n \u2013 Kenaikan harga barang menghangatkan sesi dewan parlimen hari ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP diserang bertubi-tubi di dalam parlimen.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, juga bukan sahaja ditanya harga barang, tetapi, juga didesak meletak jawatan sekiranya gagal menyelesaikan kenaikan harga yang melanda kini.\n\n\nDatuk Seri Alexander Nanta Linggi sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTerserah RoS putuskan keabsahan PAU 2022 \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nNGO Melayu Diketepikan, Hua Zong Lebih Istimewa Diutamakan?\n\n\n\n\n\n\n2 pegawai polis bantu MCMC tangani isu sensitiviti 3R\n\n\n\n\n\n\nKementerian Kewangan tangguh pelaksanaan tiga duti eksais, cukai di bawah Bajet 2022\n\n\n\n\n\n\nKerajaan import telur ayam sehingga bekalan stabil\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026yang berhormat saya tak nak berpolitik\u2026biar saya jawab. Saya menyambut baik saranan Bagan untuk tidak menganiaya peniaga\u2026semuanya diluar KPDNHEP\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, yang mahu mengetahui sama ada Menteri KPDNHEP akan bertanggungjawab terhadap kenyataannya bahawa isu harga barang akan selesai dalam seminggu dua lagi.\n\n\nSementara itu Beliau berkata tidak mahu tergesa-gesa mengenakan sekatan harga maksimum kerana di bimbangi akan memberi kesan kepada peniaga.\n\n\nTambahnya persoalan kenaikan harga barangan memerlukan solusi yang menyeluruh dan perlu dilakukan libat urus semua pemegang taruh sama ada pembekal, pemborong, mahupun peruncit bagi memastikan perkara itu dapat ditangani sebaik mungkin.\n\n\nBeliau turut menegaskan, tindakan mengenakan sekatan harga maksimum jika tidak dilakukan dengan berhati-hati, dikhuatiri boleh menganiaya peniaga."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/kerajaan-terus-perkasa-agenda-ekonomi-bumiputera/", "title": "Kerajaan Terus Perkasa Agenda Ekonomi Bumiputera", "body": "0\n\n\n(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n \u2013 Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus diberi keutamaan oleh kerajaan melalui penyediaan pelbagai pakej rangsangan dan pelan pemulihan bagi membantu mereka bertahan dan berdaya saing dalam norma baharu.\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bagi memastikan usahawan Bumiputera mampu menempa kejayaan sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara.\n\n\nPembentangan Bajet 2022 bertemakan \u201cKeluarga Malaysia, Makmur Sejahtera\u201d baru-baru ini memperuntukkan sebanyak RM11.4 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah payung pembangunan Bumiputera.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada kesalahan jenayah babitkan kes hakim Nazlan\n\n\n\n\n\n\nTiga Lagi Kes COVID-19 Di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nNama Tengku Zafrul \u2018tercicir\u2019 daripada senarai calon BN\n\n\n\n\n\n\nNajib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara\n\n\n\n\n\n\nAnwar janji kenaikan gaji bila pendapatan negara bertambah\n\n\n\n\n\n\n\n\nDaripada jumlah ini, sebanyak RM4.8 bilion dikhususkan untuk pelbagai program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan yang akan disalurkan melalui Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Tekun Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera.\n\n\nJelas Ismail, melalui peruntukan yang diterima, PUNB akan mengukuhkan lagi strategi pembangunan perniagaan Bumiputera agar dapat melahirkan usahawan berdaya tahan dan progresif sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.\n\n\nIsmail Sabri turut memuji PUNB kerana bersama dengan kerajaan dalam memperkasa dan membantu ketahanan usahawan dan perniagaan Bumiputera semasa pandemik ini menerusi pemberian moratorium pembiayaan dan pengecualian sewaan premis perniagaan secara berperingkat dari April 2020 sehingga Disember ini.\n\n\nSebagai usahawan, langkah ke hadapan adalah untuk anda menggunakan teknologi terkini dalam perniagaan untuk meningkatkan produktiviti, memberi jaminan dari segi kestabilan, kelestarian dan daya tahan sesebuah perniagaan selain peluang pasaran tanpa sempadan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/mahkamah-bebaskan-rider-food-panda/", "title": "Mahkamah Bebaskan Rider Food Panda", "body": "3\n\n\n(Food Panda, foto hiasan)\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n \u2013 Mahkamah hari ini menetapkan bahawa mereka yang tertuduh dalam kes Rider FoodPanda 1.0 dianiaya dituduh merusuh selepas membantu rakannya yang dikasari telah selesai dan dilepaskan.\n\n\nPengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya, mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pasukan peguam diketuai oleh Datuk Zainul Rijal iaitu Timbalan Pengerusi PEMBELA, dan Tuan Hisham Marzuki Timb. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia yang bertungkus lumus berjuang dalam kes ini secara percuma.\n\n\nTambahnya NGO dalam rangkaian PEMBELA yang memberikan sokongan moral padu kepada tertuduh dan para peguam yang akhirnya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk sama-sama bersuara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMufti P. Pinang kesal orang Islam sertai perarakan kuil\n\n\n\n\n\n\nUMNO tiada peluang menang PRN, kuasai 6 negeri\n\n\n\n\n\n\nHadi disiasat Bukit Aman berhubung kenyataan jatuhkan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nHari mengundi PRK Kuala Terengganu serentak PRU DUN KE15\n\n\n\n\n\n\nBak Kut Teh makanan warisan? Kaji sensitiviti masyarakat dulu \u2013 Rais Yatim"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/omicron-makin-hampiri-malaysia-kkm/", "title": "Omicron Makin Hampiri Malaysia \u2013 KKM", "body": "0\n\n\n(Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali)\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n \u2013 Rakyat diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk disaran mengambil dos penggalak Covid-19 susulan varian baharu Omicron semakin menghampiri negara ketika ini.\n\n\nTimbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ini kerana varian baharu yang ditemui di Afrika Selatan itu telah memasuki Hong Kong.\n\n\n\u201cKerajaan hari ini sangat prihatin dan telah memulakan langkah kawalan ketata dengan tidak membenarkan individu daripada kawasan tertentu yang ada jangkitan Omicron ini datang ke Malaysia.\u201d\n\n\u2013 Datuk DR Noor Azmi Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1\n\n\nMenurutnya, kerajaan hari ini sangat prihatin dan telah memulakan langkah kawalan ketat dengan tidak membenarkan individu daripada kawasan tertentu yang ada jangkitan Omicron ini datang ke Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS umum tukar MB, TMB Kelantan lepas pilihan raya\n\n\n\n\n\n\nPAS YAKIN MENANG DI LAPAN KERUSI UNDI TERAS\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM1.5 bilion peruntukan martabat syiar Islam\n\n\n\n\n\n\nKes Positif Global Lebih 306 Juta\n\n\n\n\n\n\nMat Sabu nafi terbabit promosi skim pelaburan syariah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, beliau berkata mereka yang datang akan dibuat ujian calitan dan akan dikuarantin selama 14 hari.\n\n\nMengulas lanjut, Azmi berkata dos penggalak sangat penting kerana ujian menunjukkan setelah 6 bulan imuniti berkurangan dan kajian di luar negara turut menunjukkan dengan adanya dos penggalak ia meningkatkan imuniti.\n\n\nSebanyak 4,087 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam yang merekodkan sejumlah 4,239 kes.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara adalah sebanyak 2,627,903 kes. Untuk pecahan kes mengikut negeri akan dimuatnaik menerusi laman web covid now selepas tengah mala semalam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/pdrm-siap-siaga-kerah-anggota-pegawai-untuk-pilihan-raya-negeri/", "title": "PDRM Siap Siaga Kerah Anggota & Pegawai Untuk Pilihan Raya Negeri", "body": "0\n\n\n(Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan)\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n \u2013 Seramai 9,356 anggota dan pegawai PDRM akan digerakkan bagi mengawal keselamatan dan memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak bermula 6 Disember depan.\n\n\nTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata semua anggota dan pegawai membabitkan kontinjen Sarawak.\n\n\nSementara itu, beliau juga berkata, keanggotaan dari negeri berkenaan dilihat mencukupi, namun Bukit Aman bersedia menambah petugas jika diperlukan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM31 juta dibelanja hadapi tuntutan waris Kesultanan Sulu\n\n\n\n\n\n\nMuktamar PAS ditangguhkan beri laluan kepada PRN\n\n\n\n\n\n\nBelum Ada Keperluan ADUN PN Sertai EXCO Melaka\n\n\n\n\n\n\nUMNO Serlah Sikap Ego Yakin Menang Besar Tanpa Muafakat Nasional \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin bebas empat tuduhan rasuah, ini ulasan peguam\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Mazlan, polis sudah bersiap sedia dan pihak mereka tidak mempunyai sebarang masalah menghadapi PRN Sarawak tidak lama lagi.\n\n\nDalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai tidak cuba mencetuskan kekecohan dan mematuhi SOP untuk memastikan PRN ini berjalan lancar.\n\n\nMengulas perkembangan lain, Mazlan berkata, sebanyak 2,596 Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan digerakkan di seluruh negara bagi memantau SOP PRN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/pemborong-ayam-dikenakan-siasatan/", "title": "Pemborong Ayam Dikenakan Siasatan", "body": "0\n\n\n(Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Kia)\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n \u2013 Kementerian Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuka empat kertas siasatan ke atas pemborong ayam, atas kesalahan gagal menurunkan harga.\n\n\nPengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Kia, berkata harga maksimum ayam yang diperiksa ialah RM10.50 sekilogram, manakala harga minimum ditetapkan RM8.80 sekilogram.\n\n\nSaharuddin berkata, empat kertas siasatan itu dibuka ke atas pemborong ayam atas kegagalan menurunkan harga pada paras ditetapkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPNBBC Sokong Ismail Sabri\n\n\n\n\n\n\nBangunkan rakyat bermentaliti kelas pertama \u2013 Raja Muda Perlis\n\n\n\n\n\n\nLidah manusia lebih panjang daripada akal \u2013 Ustaz Zamani\n\n\n\n\n\n\nAl Fatihah : Mohd Isa pemimpin tegar, perjuangkan penduduk miskin sejak dulu\n\n\n\n\n\n\nTambang MRT2 percuma sehingga 31 Mac\n\n\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP juga mengeluarkan sebanyak 47 notis Pengesahan Maklumat Barangan kepada peniaga ayam di seluruh negeri.\n\n\nTambahnya lagi, sebanyak 41 peniaga peringkat borong dan runcit diberikan surat pemberitahuan mengikut Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan 2011.\n\n\nKetika mengulas mengenai kenaikan harga sayur, Saharuddin berkata, kenaikan harga sayur-sayuran bersifat sementara dan dijangka turun semula selepas cuaca bertambah baik.\n\n\nKatanya, kenaikan harga sayur disebabkan cuaca yang memberi kesan kepada kekurangan bekalan dan kerosakan hasil pertanian serta faktor tambahan kos baja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/penyokong-ph-bantah-adun-bilut-dan-minta-anwar-letak-jawatan/", "title": "Penyokong PH Bantah ADUN Bilut Dan Minta Anwar Letak Jawatan", "body": "0\n\n\n(Ketua Cabang PKR Paya Besar Wan Fauzuldin Wan Samad / sumber : FB Wfauzdin Ns)\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n -Sekumpulan penyokong Pakatan Harapan Pahang semalam berhimpun di pejabat Adun Bilut Lee Chin Chen untuk membantahnya kerana menggesa Anwar Ibrahim meletak jawatan.\n\n\nIni berlaku selepas Lee, yang juga pemimpin DAP berkata bahawa Anwar perlu berundur dan membiarkan generasi muda menerajui gabungan pembangkang.\n\n\nKetua Cabang PKR Paya Besar Wan Fauzuldin Wan Samad menganggap kenyataan Lee sebagai \u2018biadab\u2019 dan menggesa ketua pembangkang Pahang itu memohon maaf kepada Anwar dan menarik balik kenyataannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Halang hak rakyat, sekat peruntukan pembangkang, jawablah di akhirat kelak\u2019\n\n\n\n\n\n\nElak Aktiviti Di Pantai\n\n\n\n\n\n\nUndi tak percaya ke atas Presiden UMNO boleh dilakukan \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat tidak pernah bahas Laporan Ketua Audit Negara 2021 \u2013 PN\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid sindir MB Terengganu bercuti ke luar negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam satu kenyataan semalam, Sekiranya gagal berbuat demikian, pihaknya akan mendesak supaya semua jentera PKR dan Amanah di Bentong menghentikan sebarang kerjasama dengan DAP di DUN Bilut.\n\n\nMenurut Wan Fauzuldin, kumpulan itu pergi ke pejabat Lee kira-kira 2.30 petang di mana mereka turut menyerahkan memorandum bantahan kepada pegawai khas Lee.\n\n\nMinggu lalu, Lee telah menyiarkan di Facebook gesaannya supaya Anwar meletak jawatan sebagai pengerusi PH berikutan prestasi buruk gabungan itu dalam pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini.\n\n\nMenurut Lee, jika Anwar gagal berbuat demikian maka DAP mesti mempertimbangkan kemungkinan untuk keluar daripada PH."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/pertingkat-intervensi-awal-bendung-omicron-khairy/", "title": "Pertingkat Intervensi Awal Bendung Omicron \u2013 Khairy", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n \u2013 Langkah intervensi berdasarkan kaedah kesihatan awam perlu ditingkatkan bagi membendung risiko penularan jangkitan varian baharu, Omicron.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pendekatan itu meliputi pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan penjagaan kebersihan menggunakan cecair pembasmi kuman.\n\n\nKhairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cTidak Boleh Tergesa \u2013 Gesa Buat Pemilihan Parti\u201d \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Minta Sistem Muka Sauk Ditambah Baik\n\n\n\n\n\n\nPetisyen rayuan Najib tidak dibincang Lembaga Pengampunan\n\n\n\n\n\n\nNajib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara\n\n\n\n\n\n\nMenteri Hantar Kad Laporan 100 Hari Kepada PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAspek aliran udara dalam bangunan wajar ditambah baik memandangkan kajian sebelum ini mendapati partikel virus berupaya kekal di persekitaran untuk tempoh lebih lama jika menggunakan pendingin hawa,\u201d\n\n\nMenerusi ciapan di laman Twitter, Khairy berkata, Omicron berkemungkinan lebih mudah merebak berbanding Delta, bagaimanapun tahap virulens atau kemampuan mengundang penyakit varian baharu ini belum diketahui.\n\n\nUjarnya, pastikan warga emas berada dalam keadaan selamat dan ambil suntikan penggalak jika ditawarkan kepada anda.\n\n\nVarian Omicron mula dikesan merebak di Afrika Selatan pada 9 November lalu, sebelum dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO, kira-kira dua minggu kemudian iaitu 24 November.\n\n\nMenerusi penelitian awal, varian berkenaan mengundang kebimbangan orang ramai kerana ia mempunyai 32 mutasi protein pepaku, peningkatan dua kali ganda berbanding Delta.\n\n\nLaporan setakat ini menunjukkan jangkitan varian Omicron hanya menyebabkan gejala sederhana kepada penduduk di Afrika Selatan, meskipun negara terbabit mempunyai kadar liputan imunisasi yang rendah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/tolak-tulisan-jawi-bererti-tidak-hormati-identiti-nasional/", "title": "Tolak Tulisan Jawi Bererti Tidak Hormati Identiti Nasional", "body": "2\n\n\n(Ketua Penerangan Parti BERJASA Hazwan Mohamad)\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n \u2013 Walaupun sudah hidup puluhan tahun dalam negara, tapi sayangnya tidak boleh berasimilasi dengan budaya tempatan dan identiti nasional negara.\n\n\nKetua Penerangan Parti BERJASA Hazwan Mohamad menyifatkan tindakan pemimpin DAP dan Sha Dong Zong yang menolak papan tanda tulisan Jawi di sebuah SJKC sebagai tidak menyokong bahasa kebangsaan dan tidak menghormati tulisan jawi.\n\n\nHazwan Mohamad sebagai Ketua Penerangan Parti BERJASA berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nElak Kepentingan Yang Bercanggah Dengan Tugasan Hakiki\n\n\n\n\n\n\nBlok pembangkang mahupun kerajaan akan disiasat jika terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\nPH, BN setuju kekal kerusi penyandang PRU14 hadapi PRN\n\n\n\n\n\n\nJangan layan khabar angin tarikh 1 Syawal \u2013 JAKIM\n\n\n\n\n\n\nSultan Sharafuddin larang adakan aktiviti LGBT di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya merasakan ini membuktikan satu indicator bahawa mereka ini adalah golongan tidak boleh terima asimilasi sudah berpuluh tahun kita merdeka yang mana kita semua akui bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tulisannya adalah tulisan jawi namun apabila kita nak mengaplikasikan apa yang kita terima melalui perlembagaan persekutuan apa yang kita terima melalui dasar-dasar negara ia tidak boleh berjalan dengan baik kerana wujudnya pemimpin yang sedemikian rupa yang tidak faham apakah sebenarnya yang mereka mahu apabila duduk dalam sebuah negara yang berbilang bangsa.\u201d\n\n\nTegas Hazwan, mana-mana parti berasaskan kaum perlu menghormati identiti nasional negara ini dan tidak perlu mempertikaikan ia sama sekali.\n\n\n\u201cSaya kira pimpinan DAP dan mana-aman parti yang berasaskan kaum pun sudah-sudahlah dan cukup-cukuplah terimalah kenyataan bahawa tanah air ini ada identiti nasional tersendiri apabila kita bercakap tentang identiti nasional bila kita pergi negara cina kita faham bahawa Bahasa kebangsaan mereka adalah Bahasa cina di India umpamanya hatta di mana-mana negara pun di sebelah negara Indonesia pun tiada masalah dalam memartabatkan penggunaan Bahasa kebangsaan.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/tugas-timbalan-menteri-pendidikan-hanya-jaga-sekolah-vernakular/", "title": "Tugas Timbalan Menteri Pendidikan Hanya Jaga Sekolah Vernakular", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan sekolah vernakular / sumber :MalaysianGazette)\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n \u2013 Hanya memerlukan beberapa wakil rakyat DAP dan Persatuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Sarawak (Sha Dong Zong) membuat kecoh untuk mendapat perhatian dalam isu papan tanda Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pekan, Pahang.\n\n\nPengerusi pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berseloroh, apa sahaja yang dimahukan kumpulan cauvinis itu, mereka hanya perlu gertak dan yang mempunyai kuasa akan terus bertindak.\n\n\nBeliau berkata tindakan Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon campur tangan dengan mengarahkan jabatan pendidikan negeri membina papan tanda baru yang mengandungi aksara Cina dan Tamil dianggap tidak menghormati rakan politik dari UMNO, PAS mahupun BERSATU apatahlagi Menteri pendidikan sendiri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgihan pendapatan ASB 4.60 sen, bonus tambahan 0.50 sen\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Terus Menurun, Bawah 40,000 Orang\n\n\n\n\n\n\nBekalan pasport cukup, kesesakan ekoran peningkatan mendadak\n\n\n\n\n\n\nAhli Dewan Diraja Selangor tuntut Sanusi mohon maaf secara terbuka\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan ini petunjuk kerajaan dalam ketakutan \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\n\n\nTegas Aminuddin, Timbalan Menteri sepatutnya menjadi agen membela polisi dan penguatkuasaan yang ditetapkan oleh kerajaan, selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan bukannya yang sebaliknya.\n\n\nTambah Aminuddin, mungkin ada benarnya juga dakwaan yang mengatakan tugas Timbalan menteri pendidikan hanya untuk menjaga sistem sekolah vernakular kerana seringkali kedengaran isu membabitkan sekolah vernakular akan ada campur tangan dari Timbalan menteri pendidikan.\n\n\nSebelum ini, beberapa sekolah rendah bantuan kerajaan beraliran Cina di Pekan, Pahang menerima papan tanda nama sekolah baru dalam Bahasa Melayu dan tulisan jawi tanpa aksara Cina.\n\n\nIsu berkenaan mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak senang terutama di kalangan DAP dan Sha Dong Zong."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/11/30/usaha-tanah-terbiar-kuat-kuasa-kawalan-harga-barang-fomca/", "title": "Usaha Tanah Terbiar, Kuat Kuasa Kawalan Harga Barang \u2013 FOMCA", "body": "0\n\n\n(Pengurus Kanan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Baskaran Sithamparam)\n\n\nSELASA, 30 NOVEMBER\n \u2013 Kebergantungan terhadap barangan import pasti akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang.\n\n\nPengurus Kanan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Baskaran Sithamparam berkata langkah terbaik adalah mengusahakan tanah terbiar dengan pertanian selain menguatkuasakan kawalan harga barang.\n\n\nBaskaran Sithamparam selaku Pengurus Kanan FOMCA menerusi di talian berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSumbangan RM40 juta kepada Turkiye bantuan kecil\n\n\n\n\n\n\nBERJASA masih perlu RM50,000 bantu mangsa gempa bumi Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\n3 lelaki ditahan pukul pekerja nasi kandar\n\n\n\n\n\n\nPengangkutan awam percuma untuk OKU, pelajar sekolah\n\n\n\n\n\n\nHarga Racun Naik Sehingga 199 Peratus\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIanya bergantung kepada faktor selagi kita bergantung pada barangan import pasti barangan akan naik barangan import makin meningkat harganya jadi apa yang kita buat adalah kadar kebergantungan barangan import misalnya di negara kita ni banyak tanah yang terbiar dan kerajaan kalau boleh menggalakkan para pengusaha tempatan untuk mengusahakan ladang-ladang tersebut misalnya diorang boleh pajak lading tersebut untuk 5, 6 tahun daripada membiarkan dia dengan penuh semak samun jadi kalau penduduk tempatan mengusahakannya dengan banbtuan mardi dan fama pasti mengurangkan kadar kebergantungan kepada barangan import jadi kita boleh mengekalkan harga tersebut.\u201d\n\n\nTambahnya, pihak penguatkuasa perlu mengawal harga barang bagi memastikan harga barang yang dijual adalah munasabah.\n\n\n\u201cKerajaan perlu menguatkuasakan kawalan harga dan antipencatutan di mana dia di bawah KPDNHEP bahagian penguatkuasa perlu turun padang dan memastikan harga barang yang dijual itu adalah munasabah dan tidak terlampau tinggi.\u201d\n\n\nSebelum ini kecoh dengan kenaikan harga ayam, sayur-sayuran dan roti gardenia yang dianggap tidak masuk akal mengikut keadaan semasa.\n\n\nMalah dengan kelesuan pasca pandemik masih ada lagi rakyat yang tidak mendapat pekerjaaan manakala peniaga juga semakin terhimpit.\n\n\nTerbaru, tular hantaran yang dimuat naik oleh seorang pelanggan apabila masakan kailan ikan masin yang dijual dengan harga RM18 sebungkus oleh seorang peniaga restoran di Pulau Pinang.\n\n\nSehubungan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) terhadap peniaga berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/01/enam-penghantar-makanan-foodpanda-dilepas-tanpa-bebas/", "title": "Enam Penghantar Makanan Foodpanda Dilepas Tanpa Bebas", "body": "0\n\n\n( Enam penghantar makanan Foodpanda dibebaskan / sumber : Malakat Tribune)\n\n\nRABU, 1 DISEMBER\n \u2013 Enam penghantar makanan Foodpanda yang dituduh merusuh pada Mei tahun lalu, dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.\n\n\nMenurut peguam mereka, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, perintah itu dikeluarkan kepada kesemua orang kena tuduh.\n\n\nMengikut pertuduhan, kesemua enam penghantar makanan itu didakwa melakukan rusuhan di Restoran Dong Ding, Bandar Puteri, Puchong, pada jam 6.20 petang 18 Mei lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Baharu Melaka Jangan Abai Nasib Nelayan\n\n\n\n\n\n\nCadangan perluas visa ketibaan boleh gugat keselamatan negara\n\n\n\n\n\n\nPolis tahan pelajar Tingkatan Satu pandu kereta\n\n\n\n\n\n\nBukti Keadilan Badan Kehakiman, Bukan Kemenangan PH\n\n\n\n\n\n\n23 sungai di Pantai Timur pada paras bahaya\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeenam-enam penghantar makanan terbabit ialah Muhammad Hafiz Yusnan, 21, Muhamad Izzat Abd Bari, 22, Mohd Syukri Achyar, 39, Wan Hafizie Wan Hanapi, 29, Jaya Kantha Kumaran Sivarathinam, 31 dan Amirul Zahari Zailani, 25.\n\n\nKesemua mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.\n\n\nSementara itu, Zainul Rijal mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di laman Facebook nya.\n\n\n(Foto hiasan / sumber : FB Zainul Rijal Abu Bakar)\n\n\nDalam pada itu Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pasukan peguam pembela\u00a0 yang bertungkus lumus berjuang dalam kes itu secara percuma.\n\n\n(Ucapan terima kasih oleh Pengerusi Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya terhadap penghantar makanan Foodpanda / sumber : FB Aminuddin Yahaya)\n\n\nBeliau juga berterima kasih kepada pihak polis, terutamanya IPD Petaling Jaya atas layanan, kerjasama dan komunikasi yang baik\u00a0 sepanjang kes ini berlangsung."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/01/fasa-peralihan-endemik-ditangguh/", "title": "Fasa Peralihan Endemik Ditangguh", "body": "0\n\n\n(Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein)\n\n\nRABU, 1 DISEMBER\n \u2013 Kerajaan memutuskan untuk memperhalusi semula langkah bagi mengumumkan fasa \u2018Peralihan ke Endemik\u2019 sehingga mendapat maklumat lanjut berhubung varian baharu COVID-19, Omicron.\n\n\nMenteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun belum ada kes membabitkan varian Omicron di Malaysia, tindakan berhati-hati perlu dilaksanakan berikutan varian itu dilaporkan sangat pantas dan mudah berjangkit.\n\n\nHishamuddin berkata, Sebelum ini pihaknya memutuskan kemungkinan mengumumkan fasa \u2018Peralihan ke Endemik\u2019 namun dihentikan seketika untuk melihat perkembangan varian Omicron yang menular ke seluruh dunia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMungkin ada rakyat Malaysia jadi tali barut \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\nZahid Tidak Minta Annuar Musa Tandatangan SD\n\n\n\n\n\n\n3 lelaki ditahan pukul pekerja nasi kandar\n\n\n\n\n\n\nHanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam\n\n\n\n\n\n\n11,557 Pengundi Awal Mengundi Esok\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau bimbang semua yang dirancang dan yang diumumkan dalam masa terdekat seperti kelonggaran, prosedur operasi standard (SOP) dan tujuh asas menuju fasa endemik mungkin terjejas jika tidak memantau varian ini secara dekat dan menanganinya.\n\n\n(Mesyuarat Kuartet COVID-19 / sumber : mof.gov.my)\n\n\nBeliau yang juga Pengerusi Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19, berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Parlimen, semalam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/01/harga-ais-akan-dinaikkan-pengusaha/", "title": "Harga Ais Akan Dinaikkan \u2013 Pengusaha", "body": "0\n\n\n(Pengusaha kilang Tawakal Ice, Mohamad Fadzli Mad Noor / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 1 DISEMBER\n \u2013 Setelah harga ayam dan sayur meningkat, kini harga ais pula dijangka meningkat.\n\n\nMenurut pengusaha kilang Tawakal Ice, Mohamad Fadzli Mad Noor berkata, harga ais dijangka akan meningkat sekitar RM0.50 sen bagi setiap satu beg ekoran peningkatan kos barangan seperti bag plastik.\n\n\nFadzli berkata, pihaknya tiada pilihan lain selain menaikkan harga ais berikutan harga barang seperti bag plastik yang digunakan untuk membungkus ais turut mengalami kenaikan harga selain kenaikan kos penyelengaraan lori dan mesin pengeluar ais.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerlis Benar Masjid Rapat Saf Solat Berjemaah\n\n\n\n\n\n\nPelan Tindakan Warga Emas Negara dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nIslam bukan lesen untuk penunggang agama capai matlamat\n\n\n\n\n\n\n306 Sampel Kes Positif Mungkin Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\nNajib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohd Fadzli Md Noor sebagai Pengusaha Tawakal Ice berkata :\n\n\n\u201c\u2026sekarang kos plastik dulu boleh beli dengan harga RM180 sekarang RM250. Kalau dulu plastik yg digunakan tidak ada cop pengeluar namun akan datang pihak berkuasa mahu pengeluar sertakan nama dan detail mengenai kilang di plastik bag dan juga kos penyelenggaraan lori. Jadi kalau stay dengan harga yang sama kami akan rugi\u2026\u201d\n\n\nFadzli yang menjalankan perniagaan ais ketul hampir tiga tahun di Pasir Mas, Kelantan juga berkata, selain daripada saingan daripada pengeluar-pengeluar kilang ais yang lain, peningkatan kos elektrik juga akan menjadi faktor kenaikan harga ais.\n\n\nJusteru katanya, kenaikan harga ais sekitar RM0.50 sen amat berpatutan bagi pihak pengilang.\n\n\nTambah beliau, Pengusaha Tawakal Ice ini berkata :\n\n\n\u201c\u2026Jadi untuk khabar angin yg katakan naik 50 sen tu sepatutnya akan naik sebab kalau tarif elektrik naik maka harga ais juga akan naik macam manapun\u2026\u201d\n\n\nMenurutnya, selaku pengilang, Tawakal Ice menjual sekitar RM1.50 satu plastik kepada pihak pemborong.\u00a0 Bagaimanapun katanya, pihak persatuan masih mengadakan perbincangan bagi menaikkan harga ais itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/01/kerajaan-terus-perkasa-agenda-ekonomi-bumiputera-2/", "title": "Kerajaan Terus Perkasa Agenda Ekonomi Bumiputera", "body": "0\n\n\n(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)\n\n\nRABU, 1 DISEMBER\n \u2013 Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus diberi keutamaan oleh kerajaan melalui penyediaan pelbagai pakej rangsangan dan pelan pemulihan bagi membantu mereka bertahan dan berdaya saing dalam norma baharu.\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bagi memastikan usahawan Bumiputera mampu menempa kejayaan sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara.\n\n\nPembentangan Bajet 2022 bertemakan \u201cKeluarga Malaysia, Makmur Sejahtera\u201d baru-baru ini memperuntukkan sebanyak RM11.4 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah payung pembangunan Bumiputera.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHotel Pertama Bertaraf Lima Bintang Adakan Solat Jumaat\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tiada GST tetapi barangan mewah akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nPecat Pengerusi Masjid: Surat tuntutan dihantar kepada MAINPP\n\n\n\n\n\n\nTanding jawatan lain, bukan Presiden dan Timbalan \u2013 Khir Toyo\n\n\n\n\n\n\nBukti Kecurangan Politik Terbesar Presiden \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\nDaripada jumlah ini, sebanyak RM4.8 bilion dikhususkan untuk pelbagai program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan yang akan disalurkan melalui Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), Tekun Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera.\n\n\nJelas Ismail, melalui peruntukan yang diterima, PUNB akan mengukuhkan lagi strategi pembangunan perniagaan Bumiputera agar dapat melahirkan usahawan berdaya tahan dan progresif sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.\n\n\nIsmail Sabri turut memuji PUNB kerana bersama dengan kerajaan dalam memperkasa dan membantu ketahanan usahawan dan perniagaan Bumiputera semasa pandemik ini menerusi pemberian moratorium pembiayaan dan pengecualian sewaan premis perniagaan secara berperingkat dari April 2020 sehingga Disember ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/01/laksana-projek-tanaman-setempat-guna-tenaga-kerja-tempatan-pakar/", "title": "Laksana Projek Tanaman Setempat Guna Tenaga Kerja Tempatan- Pakar", "body": "0\n\n\n(Prof Madya Dr Aida Idris, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, UM)\n\n\nRABU, 1 DISEMBER\n \u2013 Kesan kenaikan harga barang sangat memberi kesan khususnya kepada peniaga mikro dan golongan B40.\n\n\nMenurut Timbalan Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Universiti Malaya, Profesor Madya Doktor Aida Idris, sekiranya faktor-faktor kenaikan harga barang dapat diatasi ia mampu menyelesaikan pelbagai masalah termasuk isu kenaikan harga barang.\n\n\nProf Madya Dr Aida Idris, Timbalan Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, UM berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli MKT UMNO tawar diri bertanding jawatan Ketua Pemuda\n\n\n\n\n\n\nFestival Good Vibes dibatalkan serta-merta\n\n\n\n\n\n\nAgong, Permaisuri selamat tiba di Madinah\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Rayuan Kes Rasuah Abdul Azeez Ditangguhkan\n\n\n\n\n\n\nPengambilan petugas kesihatan di bawah tanggungjawan bersama KPM, JPA dan MOF\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPeniaga Bumiputera khususnya memang sangat terkesan kerana seperti yang kita tahu peniaga bumiputera ni dia kebanyakkan berada dalam pengusaha dan usahawan mikro apabila kita berniaga kalau kita ada skala ekonomi atau economy of skill kerana saiz ekonomi ini sangat kecil setiap pergerakan dalam harga barang ada kenaikan setiap kenaikan barang tu walaupun sedikit kesannya akan terasa lebih berbanding syarikat lebih besar yang mempunyai skala ekonomi.Salah satu cara bumiputera boleh menangani masalah ini ialah untuk mengawal rantaian bekala itu sendiri atau supply chain.\u201d\n\n\nTambah Dr Aida, antara faktor kenaikan harga barang adalah faktor persekitaran, tenaga kerja dan logistik yang melibatkan rantaian bekalan.\n\n\nSehubungan itu beliau menyarankan agar tenaga kerja tempatan dimanfaatkan dengan mewujudkan projek-projek pertanian setempat selain tidak terlalu bergantung pada logistik bagi jarak jauh untuk menghantar bekalan.\n\n\n\u201ckalau kita boleh selesaikan punca-punca itu maka kita boleh kawallah kenaikan harga tu mungkin faktor persekitaran ataupun alam semulajadi seperti banjir itu susah kita nak kawal tapi faktor seperti tenaga asing kalau kita boleh selesaikan tenaga buruh tak kisahlah samada tempatan atau asing bukan maksud saya mesti kita nak kena bawa tenaga buruh dari luar tidak. kena aktifkan pertanian atau projek tanaman sayuran ayam dan sebagainya dalam kalangan komuniti sendiri itu juga dalam negeri Johor ada projek setempat dalam komuniti itu sendiri supaya bekalan tu boleh didapati dalam komuniti sendiri dan tidak terlalu bergantung pada logistik jangka panjang jarak jauh ini.\u201d\n\n\nSebelum ini media melaporkan Rakyat negara ini perlu bersedia berdepan dengan kenaikan harga barang yang dijangka antara 30 hingga 200 peratus menjelang 2022.\n\n\nKenaikan itu dipercayai ekoran fenomena global dan spekulasi peniaga selain negara masih bergantung kepada aktiviti import untuk menampung ke\u00adperluan domestik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/01/pas-letakkan-calon-bukan-islam-bertanding-di-prn-sarawak/", "title": "PAS Letakkan Calon Bukan Islam Bertanding Di PRN Sarawak", "body": "0\n\n\n(Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Senator Datuk Razali Idris)\n\n\nRABU, 1 DISEMBER\n \u2013 PAS tidak wajar meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak.\n\n\nAhli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Senator Datuk Razali Idris, berkata PAS sepatutnya membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan berdepan dengan Pakatan Harapan (PH).\n\n\nKatanya, GPS rakan kepada Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menubuhkan kerajaan pada Februari tahun lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAzlan Man didakwa buat tuntutan palsu bernilai RM1.18 Juta\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri sokong pengeluaran KWSP bersasar\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri disambut Sabtu ini\n\n\n\n\n\n\nIsu doktor dibuli akan segera ditangani KKM\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham Penerima Anugerah Green Endorsement TUDM\n\n\n\n\n\n\n\n\nBERSATU dan UMNO sudah memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding pada PRN-12 Sarawak dan bersetuju membantu GPS memenangi 82 kerusi Dewan Undangan negeri (DUN).\n\n\nRazali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu berkata demikian ketika mengulas cadangan PAS Sarawak untuk meletakkan calon bertanding di 11 kerusi DUN Sarawak pada 18 Disember depan.\n\n\nSetiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili dilaporkan berkata, parti itu akan meletakkan calon, termasuk bukan Islam bertanding di 11 kerusi DUN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/01/peningkatan-harga-ais-50-sen/", "title": "Peningkatan Harga Ais 50 Sen", "body": "1\n\n\n(Tinjauan harga ais meningkat oleh wartawan TV Pertiwi / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh wartawan TV Pertiwi, Ezzati Asyiqin Solleh.\n\n\nRABU, 1 DISEMBER\n \u2013 Desas desus kenaikan harga ais itu juga diketahui oleh beberapa peniaga. Namuan jumlah kenaikan tidak diketahui.\n\n\nTinjauan TV Pertiwi di sekitar Bandar Baru Bangi menemu bual peniaga air rata-rata menyuarakan kebimbangan dan mungkin akan menaikkan harga barangan jualan jika keadaan mendesak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDilabel zoo, Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen jaga kelakuan\n\n\n\n\n\n\nPindaan Memansuhkan Hukuman Mati Mandatori Akan Dibentangkan Pada Oktober \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\nJangan politikkan tema, logo Hari Kebangsaan \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPelbagaikan cara bayaran Touch n Go\n\n\n\n\n\n\nTahanan PATI Filipina paling ramai dalam depot imigresen\n\n\n\n\n\n\n\n\nHafizduddin Joaffandi sebagai Peniaga berkata :\n\n\n\u201c\u2026Kalau macam kami ni sebagai peniaga air kalau ais naik memang akan impaklah walaupun 50 sen tapi sehari kitaorang tak amik satu kitaorang amik banyak macam ada certain peniaga air dia ada dua tiga stall so sehari dia amik banyak satu pek 50 sen pun boleh effect kita punya sale apa semua our margin berkurang pastu kalau bab nak naikkan harga air tu rasanya depends la selagi boleh absorb kita absorb kurangkan margin tapi kalau dah sampai tahap memang kena naikkan terpaksalah..\u201d\n\n\nHakim Jamaluddin, peniaga berkata, \u201c\u2026Bakal bebankan sebab so kita akan naikkan jugaklah harga air. Sebab ais pakai banyak kan\u201d.\n\n\nMira Azila sebagai peniaga berkata, \u201c..takda tak terjejas and maybe harga pun jualan macam biasa, even ais batu harga naik\u201d.\n\n\nEzzati Asyiqin Solleh, wartawan melaporkan bahawa \u201c.. kebelakangan ini harga barangan asas seperti sayur, ayam dan beberapa barangan lain didapati harganya meningkat\u201d.\n\n\nTerbaharu, harga ais juga dikhabarkan bakal meningkat kepada RM0.50 sen bag satu paket.\n\n\nJusteru apa solusi untuk peniaga dan juga pembeli jika harga ini terus meningkat naik.\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/01/perkenal-harga-lantai-elak-petani-rugi-lambakan-tanaman/", "title": "Perkenal Harga Lantai Elak Petani Rugi Lambakan Tanaman", "body": "0\n\n\n(Amy Ashraff, Pengasas Malaysian Agropreneur Network / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 1 DISEMBER\n \u2013 Harga lantai perlu diperkenalkan bagi melindungi hasil tanaman golongan petani, termasuk mengelakkan lambakan hasil yang diusahakan.\n\n\nMalah, tindakan itu sekaligus dapat mengurangkan risiko kerugian besar kepada golongan petani. Pengasas Malaysian Agropreneur Network, Amy Ashraff yakin harga lantai menjadi keperluan utama dan perlu dilaksanakan segera supaya tidak berlaku isu manipulasi harga.\n\n\nAmy Ashraff selaku Pengasas Malaysian Agropreneur Network berkata :\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBasmi Pengasingan Kuasa\n\n\n\n\n\n\nHujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat Di Ampang\n\n\n\n\n\n\nDAP patut tinggalkan PH selepas PRU14 \u2013 Shahrir Samad\n\n\n\n\n\n\nLebih RM103.86 juta kepada imam, guru agama di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nMenu Rahmah di IPT bermula selepas Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026adalah sangat penting untuk perkukuhkan food security negara kita\u2026pada masa sama dengan adanya harga lantai ini kita boleh mengurangkan manipulasi middle man yg tidak bertanggung jawab memberikan harga yg tidak berpatutan kepada rakyat malaysia\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjadi panel program Dimensi yang bertajuk Barang Asasi Semakin Mahal, Apa Solusi? yang disiarkan secara langsung di TV Pertiwi, malam tadi.\n\n\nMengulas lanjut, Amy tidak menafikan berlaku pertindihan tugas antara agensi kerajaan sehingga menyebabkan berlakunya kekalutan dalam penetapan harga.\n\n\nJusteru, kerajaan perlu meneliti semula supaya tidak mengganggu tugas di peringkat dasar dan menjejaskan agenda baharu dalam usaha melestarikan produk pertanian.\n\n\nDalam pada it, Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Amir Hamzah berkata, pembeli disarankan membeli terus daripada pengeluar bagi menyelesaikan sekurangnya 50 peratus permasalahan harga barangan.\n\n\nAmirhamzah Karim sebagai\u00a0 Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia berkata, \u201c\u2026jadi apakah solusi yg kita ada\u2026jadi kita boleh lihat penyelsaian 50 peratus permasalahan ini\u2026\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/01/perpaduan-negara-tidak-akan-tercapai-selagi-bahasa-melayu-tidak-dikuasai/", "title": "Perpaduan Negara Tidak Akan Tercapai Selagi Bahasa Melayu Tidak Dikuasai", "body": "0\n\n\n(Presiden Pertubuhan Gerakan Qiam (QIAM), Datuk Sirajuddin Salleh)\n\n\nRABU, 1 DISEMBER\n \u2013 Matlamat Pelan Perpaduan Negara tidak akan dicapai sekiranya sekadar melaksanakaan program tetapi tidak menyelesaikan perkara asas yang menjadi tunjang utama.\n\n\nOleh disebabkan itu, pemimpin- pemimpin kaum perlu lebih ikhlas dan bersungguh ke arah usaha berkenaan selari dengan aspirasi pemimpin terdahulu dan awal kemerdekaan.\n\n\nSirajuddin Salleh sebagai Presiden Pertubuhan Gerakan QIAM berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemandu langgar enam kenderaan positif ganja\n\n\n\n\n\n\nMuafakat desak Anwar beri penjelasan Konsep Madani\n\n\n\n\n\n\nBN Terengganu Tanding Solo Semua Kerusi\n\n\n\n\n\n\nLebih banyak Ahmad Maslan cakap, lagi cepat ringgit merudum\n\n\n\n\n\n\n3 kategori bankrap boleh mohon pelepasan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPresiden Pertubuhan Gerakan Qiam (QIAM), Datuk Sirajuddin Salleh\u201cMahukah utamakan teras perpaduan kepada bangsa Melayu? Ataupun mereka lebih bersungguh- sungguh memajukan bahasa dan budaya kaum sendiri\u201d\n\n\nPresiden Pertubuhan Gerakan Qiam (QIAM), Datuk Sirajuddin Salleh berkata, bahasa dan budaya Melayu hendaklah diterima dan dianuti oleh semua kaum di negara ini.\n\n\nBeliau menjelaskan, adakah pemimpin kaum sekarang ini mahukan perpaduan negara atau mereka lebih bersungguh-sungguh memajukan bahasa dan budaya kaum sendiri.\n\n\nBeliau berkata, kerajaan harus lihat masih ramai lagi rakyat kelahiran selepas merdeka yang tidak tahu bahasa Melayu.\n\n\nSelagi tidak ada jawapan ya yang tulus ikhlas dari ketua-ketua kaum ini, QIAM khuatir perpaduan negara tidak akan tercapai.\n\n\nBeliau berkata demikian mengulas Pelan Tindakan Perpaduan Negara yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini.\n\n\nWalaupun menghargai usaha kerajaan itu, namun Sirajuddin menyifatkan semua dasar dan program perpaduan sejak dahulu lagi ibarat usaha merawat dan menjernihkan air di kuala sungai.\n\n\nBeliau berkata, jika kerajaan mahukan \u2018Keluarga Malaysia\u2019 yang bersatu padu, generasi muda seawal tadika, sekolah rendah dan menengah perlu dipasak dengan unsur-unsur perpaduan sejati."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/01/sabah-sarawak-bukan-tanah-besar-malaysia/", "title": "Sabah Sarawak Bukan Tanah Besar Malaysia", "body": "0\n\n\n(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Hanifah Hajar Taib)\n\n\nRABU, 1 DISEMBER\n \u2013 Istilah \u2018Tanah Besar Malaysia\u2019 tidak pernah digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.\n\n\nDemikian ditegaskan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Hanifah Hajar Taib.\n\n\nBagaimanapun, katanya, di bawah undang-undang sedia ada, terdapat beberapa istilah yang digunakan seperti \u2018East Malaysia\u2019 dan \u2018Peninsular Malaysia\u2019 yang ditakrifkan di bawah Seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri: Warga asing \u2018hiasi\u2019 wajah ibu kota\n\n\n\n\n\n\nSatu PPS dibuka tempatkan mangsa ribut di Sepang\n\n\n\n\n\n\nAmbil masa bertahun untuk selesai isu doktor kontrak \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nMinta ganjaran demi undi parti tertentu tanda normalisasi rasuah\n\n\n\n\n\n\nTunku Abdul Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c.\u2026berdasarkan semkan undang-undang \u2026..and the federal territory of kuala lumpur and putrajaya \u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang ingin tahu adakah kerajaan bercadang untuk menjenamakan Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak sebagai Tanah Besar Malaysia memandangkan \u2018Federation of Malaya\u2019 sudah sekian lama dinamakan sebagai Semenanjung Malaysia.\n\n\nMengulas lanjut, Hanifah Hajar berkata, kerajaan berpandangan istilah sedia ada dalam undang-undang adalah memadai."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/01/teguran-perdana-menteri-terhadap-kenaikan-harga-barangan/", "title": "Teguran Perdana Menteri Terhadap Kenaikan Harga Barangan", "body": "0\n\n\n(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee/ sumber : sinar harian)\n\n\nRABU, 1 DISEMBER\n \u2013 Kebelakangan ini harga beberapa barangan asas seperti sayur, ayam berlaku peningkatan harga, dan terbaharu laporan media menyatakan harga ais dijangka akan berlaku peningkatan.\n\n\nLantaran itu kerajaan hari ini menegur segelintir syarikat-syarikat pengeluar ais menaikkan harga sedangkan kadar tarif utiliti tidak dinaikan kerajaan.\n\n\nKadar kenaikkan itu adalah sebanyak 50 sebungkus ekoran penanggungan kos penyelenggaraan lori dan plastik yang mengalami perubahan harga.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSampai Bila Mahu Biarkan Negara ditadbir Pemimpin Rakus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nPemimpin tertinggi parti politik akan didakwa SPRM?\n\n\n\n\n\n\nBekas Dekan Sebaran Am ITM, Dr Bukhori Ismail meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nUstaz Wadi Annuar dakwa tidak pernah dipelawa mohon tauliah\n\n\n\n\n\n\nRakaman kamera tersembunyi tular sedang disiasat Polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur tindakan syarikat yang menaikkan harga ais dan menyifatkan adalah tidak wajar.\n\n\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri berkata :\n\n\n\u201c\u2026Harga ais tak patut naiklah. Kita beri air yang murah di Malaysia ni elektrik pun tak naik harga . kalau kilang batu nak naikan harga tak ada sebab . elektrik tak naik harga, elektrik naik harga kerana TNB naikan tarif betulah . tak ada alasan. Takda alasan. Saya dah beritahu kepada KPDNHEP. Kita taknak dengar alasan semta-mata tapi KPDNHEP mesti membuat kajian.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan harga barangan di MY Farm Outlet Kasih Presint 9 hari ini\n\n\nSemalam TV Pertiwi menghubungi pembekal ais di Kelantan, dan pembekal berkenaan turut menjangkakan harga ais akan mengalami peningkatan harga. Sementara itu, Ismail Sabri turut mengakui tentang peningkatan harga barang asas seperti ikan dan ayam meningkat.\n\n\nBeliau berkata, perbincangan bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, akan mengimport ayam beku import yang jauh lebih murah berbanding ayam tempatan.\n\n\nUjar beliau kenaikan harga ayam sehingga mencecah RM9.50 sekilogram menimbulkan kemarahan rakyat malah membebankan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/01/varian-baharu-panjangkan-jangka-masa-pandemik/", "title": "Varian Baharu Panjangkan Jangka Masa Pandemik", "body": "0\n\n\n(Foto /sumber : WHO)\n\n\nRABU, 1 DISEMBER\n \u2013 Pandemik COVID-19 akan kekal untuk tempoh yang lebih lama dengan penularan varian baharu di beberapa negara. Malaysia tidak terkecuali, walaupun pelbagai langkah diambil bagi membendung wabak itu.\n\n\nMenurut laporan Berita Harian, penularan wabak COVID-19 masih tidak dapat diputuskan dan beberapa negara kembali mengenakan sekatan, susulan penularan virus itu tidak dapat dikawal.\n\n\nTempoh endemik COVID-19 diharapkan menjadi pengakhiran bagi wabak itu dengan virus pembawa COVID-19, iaitu SARS-CoV-2 akan terus berada dalam masyarakat dan tidak dapat dihapuskan sepenuhnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nYasin berdepan hukuman mati, mengaku tidak bersalah miliki, tanam ganja\n\n\n\n\n\n\nSanusi dakwa beri kerjasama, nafi gagal dihubungi polis\n\n\n\n\n\n\nBencana Banjir: Umat Islam Perlu Ambil Iktibar Kebesaran Allah\n\n\n\n\n\n\nSuhakam setuju hukuman mati mandatori dimansuhkan\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan ini petunjuk kerajaan dalam ketakutan \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi Kelantan, pandemik itu lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain ekoran beberapa faktor utama, iaitu faktor masyarakat seperti kadar vaksinasi yang masih rendah dan pengabaian kepada pematuhan tatacara pengendalian piawai (S-O-P) yang ditetapkan.\n\n\nSelain itu, pandemik COVID-19 turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada psikologi manusia, terutama terhadap kesihatan mental yang dijangka akan berpanjangan dalam tempoh yang lama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/02/25-kes-positif-covid-19-di-parlimen-mungkin-varian-delta/", "title": "25 Kes Positif COVID-19 Di Parlimen Mungkin Varian Delta", "body": "0\n\n\n(Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah)\n\n\nKHAMIS, 2 DISEMBER\n \u2013 Sebanyak 25 kes positif Covid-19 yang dikesan melalui saringan berkala di Parlimen berkemungkinan besar varian Delta.\n\n\n\u00a0\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua sampel dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay.\n\n\nMenurutnya, bagi mengesahkan jenis varian ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan jujukan genom dan masih menunggu keputusan penuh.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen langgar peraturan, berdepan penalti sehingga RM10,000\n\n\n\n\n\n\nPSI sudah lalui semua pertimbangan teknikal \u2013 KM P.Pinang\n\n\n\n\n\n\nKawalan produk tembakau dijangka kuat kuasa tahun depan\n\n\n\n\n\n\nKelantan bubar DUN 22 Jun, beri laluan Pilihan Raya Negeri\n\n\n\n\n\n\nHujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat Di Ampang\n\n\n\n\n\n\n\n\nKes yang dikenal pasti itu mempunyai kadar kebolehjangkitan dengan nilai ambang RT PCR antara 13.70 hingga 36.11.\n\n\nPasukan kesihatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang melakukan siasatan dan pengesanan kontak rapat serta penilaian risiko bagi mengenal pasti punca jangkitan,\u201d katanya dalam kenyataan pada Selasa.\n\n\nBeliau berkata, sepanjang Dewan Rakyat bersidang bermula 27 Oktober lalu, sebanyak 84 kes positif Covid-19 direkodkan.\n\n\nMalaysia mencatatkan sebanyak 5,439 kes baharu, meningkat berbanding jumlah kes yang dilaporkan semalam. \nAngka itu membawa kepada jumlah keseluruhan kes sejak pandemik melebihi\u00a0 2.6 juta kes.\n\n\nMenurut data COVIDNOW, setakat semalam sebanyak 55 lagi kes kematian dilaporkan dengan angka kumulatifnya kini sebanyak 30,425."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/02/73-pelajar-sbp-seri-puteri-positif-covid/", "title": "73 Pelajar SBP Seri Puteri Positif COVID", "body": "0\n\n\nRadzi hadir Sekolah Seri Puteri / sumber : twitter @Radzi Jidin)\n\n\nKHAMIS, 2 DISEMBER\n \u2013 Seramai 73 pelajar dan dua guru di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya disahkan positif covid-19.\n\n\nMenteri kanan Pendidikan, Datuk Doktor Radzi Jidin berkata daripada jumlah itu seramai 65 pelajar telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang.\n\n\nDatuk DR Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTindakan Kerajaan Kedah adalah Betul- Peguam\n\n\n\n\n\n\nTiada Tanda Perhimpunan Berlaku Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\nJangan usik perasan orang Melayu \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nMasyarakat Perlu Tolak, Kandungan Promosi Identiti Songsang\n\n\n\n\n\n\nPengampunan diraja: UMNO masih perlukan Najib\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026.. maka pihak pkd telah adakan saringan kontak rapat kepada lebih 200 orang murid pada hari ini. 65 orang daripada positif, 65 dibawa ke maeps untuk pemantauan\u2026\u201d\n\n\nRadzi berkata demikian selepas mengadakan tinjauan di sekolah itu semalam bagi meninjau situasi semasa.\n\n\nTerdahulu, tular di media sosial mengenai jangkitan covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah berkenaan dan menimbulkan kegusaran ibu bapa.\n\n\nIbu bapa pelajar kemudian membuat desakan agar ujian saringan terhadap pelajar dilakukan segera agar pelajar yang negatif boleh dibawa pulang, namun pelajar yang menjadi kontak rapat perlu dikuarantin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/02/dpmm-gesa-kerajaan-cari-jalan-terbaik-bantu-rakyat/", "title": "DPMM Gesa Kerajaan Cari Jalan Terbaik Bantu Rakyat", "body": "0\n\n\n(Presiden DPMM, Abdul Halim Husin / sumber : Utusan)\n\n\nKHAMIS, 2 DISEMBER\n \u2013 Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bernilai RM150 bilion yang masih belum mampu mengekang impak PKP memberi petanda banyak lagi yang masih perlu dilakukan oleh kerajaan.\n\n\nDewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan dan agensi di bawahnya mencari jalan terbaik membantu rakyat bukan sahaja dari aspek melonggarkan syarat berbentuk fiskal semata-mata. Tetapi memastikan juga penguatkuasaan yang lebih telus dan tuntas agar tidak ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.\n\n\nMenurut Presiden DPMM, Abdul Halim Husin, Bantuan Sara Hidup (BSH) perlu diberikan sebanyak RM1,200 sebulan untuk tempoh 6 bulan kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM5,000 dan kebawah. Katanya, bantuan ini seharunya dapat dinikmati bersama oleh sektor ekonomi informal termasuk pertanian dan lain-lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNational Task Force bubar, Op Benteng ditamatkan\n\n\n\n\n\n\nBN-PH tawar 5 perkara jika tawan Kedah\n\n\n\n\n\n\nAmirudin pegang 5 portfolio utama, Selangor umum senarai 11 EXCO\n\n\n\n\n\n\nJemaah diingatkan tidak salah guna visa pelancong, umrah untuk tunai haji\n\n\n\n\n\n\nPerpaduan Negara Tidak Akan Tercapai Selagi Bahasa Melayu Tidak Dikuasai\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, semua bentuk premis, termasuklah premis perniagaan yang menerima manfaat moratorium hendaklah membenarkan penangguhan bayaran sewa kepada penyewa, dan tidak membenarkan tindakan pengusiran atau pengisytiharan muflis sekurang-kurangnya sehingga 6 bulan selepas tempoh moratorium berakhir.\n\n\nAbdul Halim turut menyarankan Pembekuan pembayaran atau pengecualian bayaran caj utiliti, SSM dan KWSP selama 6 bulan untuk sektor PMKS, serta tawaran rebat oleh operator telekomunikasi untuk untuk panggilan serta penggunaan internet tanpa wayar.\n\n\nTambahnya, Bank Negara perlu memainkan peranan dengan memastikan KPI atau skala pematuhan yang berlainan khusus bagi menangani suasana ekonomi yang getir, atau ketika fasa pemulihan berkuatkuasa dengan melonggarkan syarat-syarat kewangan.\n\n\nMenyediakan dana pusingan untuk pemulihan serta pembangunan PMKS Bumiputera yang akan dikendalikan secara bersama oleh Kementerian Kewangan (melalui TERAJU) dan NGO-NGO Ekonomi Bumiputera bagi menangani krisis ekonomi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/02/iguru-saran-ambil-langkah-berjaga-jaga-tidak-abai-sop-di-sekolah/", "title": "iGuru Saran Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Tidak Abai SOP Di Sekolah", "body": "0\n\n\n(Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan / sumber : Malaysiakini)\n\n\nKHAMIS, 2 DISEMBER\n \u2013 Susana persekitaran pembelajaran di sekolah perlu dipastikan selamat selain mengambil langkah berjaga-jaga termasuk kerap melakukan ujian saringan Covid-19 di sekolah.\n\n\nDemikian pandangan Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan berhubung isu 73 pelajar dan dua guru di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya yang disahkan positif covid-19.\n\n\nUstaz Mohd Azizee Hasan, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengampunan diraja: UMNO masih perlukan Najib\n\n\n\n\n\n\nFilem `Mentega Terbang\u2019 tiada dalam rekod penapisan LPF\n\n\n\n\n\n\nTanpa Arahan Pm, Azam Baki Undur Diri Atau Berehat \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nAnwar sah Perdana Menteri ke-10 Malaysia\n\n\n\n\n\n\nJPJ rugi RM14.38 juta cetak kad lesen memandu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang penting sekarang ni ialah semua pihak khususnya pengurusan sekolah guru, murid perlu ikut dan patuh SOP yang ditetapkan oleh KPM dan KKM jadi kecuaian dan abai dalam mematuhi SOP yang ditetapkan ini akan mengundang dan mendedahkan kepada jangkitan covid 19. Berkaitan adakah wajar sekolah ini ditutup atau tidak bergantung pada nasihat pejabat kesihatan daerah dalam hal ini apa perkara paling penting sekali ujian saringan perlu kerap dilakukan kepada warga pendidik dan juga pelajar-pelajar untuk mengesan jangkitan sekiranya berlaku dan boleh ambil tindakan segera bagi membendung jangkitan covid-19.\u201d\n\n\nMenurut Ustaz Azizi, sekiranya sekolah berkenaan diarahkan tutup oleh pihak berkuasa, guru-guru perlu memastikan sesi pembelajaran terus dijalankan supaya para pelajar tidak keciciran dalam pendidikan.\n\n\nKatanya, pelbagai kaedah boleh dilakukan termasuklah melaksanakan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (Pdpr) mahupun memberi tugasan kepada pelajar.\n\n\n\u201cKelas mungkin dijalankan secara pdpr ataupun mungkin autonomi diberikan kepada sekolah memastikan pelajar-pelajar meneruskan pembelajaran samada sekolah memberikan tugas atau kerja projek kepada pelajar-pelajar supaya proses pembelajaran itu dapat diteruskan dengan apa cara mekanisme yang sesuai yang penting pelajar dapat belajar jadi saya fikir dalam hal ini lebih belajar kepada pdpr sekolah boleh tahu tentang kaedah yang sesuai bagi memastikan pelajar dapat mengukit pembelajaran dengan cara yang terbaik dan selamat.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/02/kenaikan-harga-sayur-sehingga-100-peratus-namun-dijangka-bersifat-sementara/", "title": "Kenaikan Harga Sayur Sehingga 100 Peratus, Namun Dijangka Bersifat Sementara", "body": "0\n\n\n(Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar / sumber : satuberita)\n\n\nKHAMIS, 2 DISEMBER\n \u2013 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengesan kenaikan harga sayuran sehingga 100 peratus pada minggu ke-5 November.\n\n\nPengarahnya, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, antara sayuran yang dikesan mengalami kenaikan adalah kacang buncis, kailan, sawi dan terung bulat. \nBagaimanapun kenaikan tersebut dijangka bersifat sementara .\n\n\nJelasnya, kenaikan dipengaruhi beberapa faktor antaranya faktor iklim, masalah banjir di Cameron Highlands, dan peningkatan kos bahan pertanian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPuspakom tidak lagi monopoli pemeriksaan kenderaan\n\n\n\n\n\n\nKhidmat ATM, terminal layan diri, Maybank2U \u2013 Maybank tergendala Sabtu, Ahad ini\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa antara 10 bekas pemimpin UMNO isi borang sertai PAS\n\n\n\n\n\n\nLantikan Pengerusi MARA bertentangan pendirian PH \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nSindiket curi kereta seludup ke negara jiran tumpas\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan julatnya,\u00a0 ada beberapa kenaikan sehingga paling tinggi 100 peratus, ini minggu ke minggu mungkin harga akan berubah, bergantung kepada bekalan.\n\n\nMohd Ridzuan berkata, bagaimanapun, terdapat juga harga sayuran mengalami penurunan harga antaranya adalah tomato (43 peratus), brokoli (27.7 peratus) dan limau kasturi (31.5 peratus).\n\n\nMohd Ridzuan berkata demikian pada sidang media selepas melakukan walkabout di Pasar Awam Bayan Baru dan Pasaraya Sunshine, di Pulau Pinang Hari ini.\n\n\nDalam pada itu, KPDNHEP Pulau Pinang juga kata Mohd Ridzuan sudah melakukan libat urus bersama Kementerian Pertanian bagi mengenalpasti punca sebenar kenaikan harga sayuran di negeri ini.\n\n\nSementara itu, Mohd Ridzuan berkata, KPDNHEP turut melaksanakan Ops Menu bermula 6 November sehingga 31 Disember depan bagi menangani isu manipulasi harga oleh pengusaha restoran dan kedai makan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/02/kerajaan-bazir-ratusan-juta-ringgit-untuk-sekolah-vernakular/", "title": "Kerajaan Bazir Ratusan Juta Ringgit Untuk Sekolah Vernakular", "body": "0\n\n\n(Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong)\n\n\nKHAMIS, 2 DISEMBER\n \u2013 Satu fakta pahit yang perlu ditelan oleh rakyat Malaysia ialah, sejak merdeka hingga sekarang, kerajaan telah membazirkan ratusan juta ringgit untuk membiayai sekolah vernakular.\n\n\nSetakat tahun 2020, lebih 800 SJKC telah menerima separuh bantuan kerajaan dan lebih 400 lagi mendapat bantuan penuh kerajaan. \nPerkara ini dimaklumkan sendiri oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.\n\n\nIni adalah fakta yang diperlu disedari oleh rakyat Malaysia. Kerajaan berbelanja besar untuk sekolah vernakular yang kini sedang dipersoalkan keabsahannya di mahkamah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAUKU dijangka dipinda hujung tahun ini\n\n\n\n\n\n\nInstitusi Perundangan : Tidak boleh ada keistimewaan antara ahli politik dengan rakyat\n\n\n\n\n\n\nAgong Perkenan 3 Akta Diluluskan Pada Mesyuarat Pertama Parlimen\n\n\n\n\n\n\nBanjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam\n\n\n\n\n\n\nMajlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, dalam pembentangan Bajet 2022 baru-baru ini, kerajaan juga telah menambah peruntukan untuk sekolah vernakular kepada 120 juta berbanding 104 juta dalam Bajet 2021.\n\n\nUntuk rekod, 23 November lepas adalah hari pendengaran kes mencabar keabsahan dan kedudukan sekolah vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan yang diketuai NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), GPMS, MAPPIM dan Gapena.\n\n\nProsiding telah berjalan selama beberapa hari bagi mendengar hujahan dan keputusan akan diumumkan pada 29 Disember nanti.\n\n\nAntara hujah yang dikemukakan ialah kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil adalah bercanggah dengan Perkara-Perkara 5, 8, 10, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/02/mampukah-ijazah-menjamin-peluang-pekerjaan/", "title": "Mampukah Ijazah Menjamin Peluang Pekerjaan", "body": "0\n\n\n(Wartawan TV Pertiwi berada di perkarangan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS))\n\n\nOleh Ruszaini Ruslan, Wartawan TV Pertiwi.\n\n\nKHAMIS, 2 DISEMBER\n \u2013 Memetik Kenyataan Media Statistik Siswazah 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 27 Julai yang l\nalu. \nKadar pengangguran di kalangan siswazah meningkat ketara sebanyak 37.2 ribu orang pada tahun 2020.\n\n\nIni susulan persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan pada tahun tersebut memberi kesan kepada pasaran buruh, dan lepasan institusi pengajian tinggi juga tidak terkecuali.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRazarudin Husain dilantik Ketua Polis Negara baharu\n\n\n\n\n\n\nTengku Maimun patut tarik diri dengar rayuan akhir kes SRC Najib\n\n\n\n\n\n\nPetisyen rayuan Najib tidak dibincang Lembaga Pengampunan\n\n\n\n\n\n\nHospital Tuanku Ja\u2019afar tubuh jawatankuasa siasat dakwaan cuai\n\n\n\n\n\n\nKumpulan pertama jemaah haji selamat pulang ke tanah air\n\n\n\n\n\n\n\n\nHari ini saya menghadiri Majlis Konvokesyen di sebuah institusi pengajian di Selangor, dan rata-rata graduan yang ditemui sudah berjaya mendapatkan pekerjaan sementara menunggu tempoh majlis konvokesyen yang tertangguh kira-kira 2 tahun akibat pandemik Covid-19.\n\n\nBagaimanapun, pengalaman mereka untuk memasarkan diri mereka dalam industri adalah berbeza-beza.\n\n\nImran Hamli, Graduan Ijazah Sarjana Muda TESL dengan Multimedia berkata :\n\n\n\u201cmacam kami di bidang perguruan, kami tak ada masalah sangat untuk mencari pekerjaan\n\u2026..senanglah untuk kami graduan pendidikan untuk mencari pekerjaan\u201d\n\n\nZalikha Nordin, Graduan Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Interaktif Media), \n\u201csecara jujurnya memang saya boleh katakana agak susah\n\u2026..saya kira mungkin sekarang ni terlalu ramai graduan terlalu banyak persaingan\u201d\n\n\nMeskipun berjaya mendapatkan pekerjaan, namun mereka tidak menafikan masih ada rakan-rakan seperjuangan mereka yang masih bergelut untuk mencari pekerjaan. Malah ada yang terpaksa bekerja selain dari bidang yang dipelajari.\n\n\n\u00a0\nIqbal Baharin, Graduan Diploma Sains Komputer berkata, \n\u201ckalau lari bidang tu ada\n\u2026..ada yang tengah mencari kerja, itupun ada jugak\u201d\n\n\nAiman Zulkifli, Graduan Diploma Multimedia berkata, \n\u201ctapi bagi saya kalau mereka ingin melanjutkan pelajaran, tak rugi pun sebab itu adalah ilmu\n\u2026..takde masalah pun kalau nak melanjutkan pelajaran\u201d\n\n\nDalam pada itu menurut seorang graduan yang menerima Anugerah Kepimpinan Siswa, para mahasiswa seharusnya tidak hanya bergantung pada silibus pengajian semata-mata.\n\n\nProgram-program kendalian mahasiswa di institusi juga adalah berbaloi untuk disertai dan merupakan nilai tambah yang baik bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan\n\n\n\u00a0\nIqbal Haziq A Hanif, Graduan Ijazah Sarjana Muda Kewangan Islam (Perbankan) berkata :\n\n\n\u201ckalau boleh jangan tumpukan pada pelajaran sahaja\n\u2026..aktiviti juga penting untuk kita tingkatkan kemahiran kita dekat luar sana nanti\u201d\n\n\nTidak dinafikan lambakan para graduan menjadikan persaingan semakin sengit, apatah lagi dikala negara dilanda pandemik Covid-19, ribuan rakyat yang hilang pekerjaan menambahkan persaingan dalam pasaran buruh.\n\n\nNamun, dengan usaha dan kreativiti, peluang baharu untuk menjana pendapatan sentiasa ada.\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/02/penguasaan-bahasa-melayu-tonggak-perpaduan-negara/", "title": "Penguasaan Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Negara", "body": "0\n\n\n(Presiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Azizee Hasan)\n\n\nKHAMIS, 2 DISEMBER\n \u2013 Agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan GLC dan swasta perlu lebih mengutamakan penggunaan Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris.\n\n\nPresiden Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Azizee Hasan berkata, penggunaan Bahasa Melayu perlu dimartabatkan bermula dari peringkat sekolah.\n\n\nJusteru katanya, Menteri Pendidikan perlu mempertegaskan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar pembelajaran bukan sahaja di sekolah aliran kebangsaan tetapi juga di sekolah vernakular.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan sewajarnya ialah Najib dibebas dan dilepaskan \u2013 Hakim Besar Sabah & Sarawak\n\n\n\n\n\n\nKerajaan setuju anak lahir di luar negara dapat warganegara\n\n\n\n\n\n\nKenapa Anwar tak arah polis, SPRM siasat Zahid isu LCS?\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Perlu Campur Tangan Jaga Reputasi SPRM\n\n\n\n\n\n\nBILIK GERAKAN PN DI TELOK MAS DITUTUP KERANA COVID-19, DIKOMPAUN RM10,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nAzizee Hasan sebagai Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) berkata :\n\n\n\u201c\u2026kita kena junjung apa yang termaktub dalam perlembagaan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan disini peranan semua pihak tidak kira ahli politik mahupun panjawat awam untuk memastikan perkara 152 dimartabatkan. Peranan dewan Bahasa untuk menyuburkan Bahasa melayu untuk mengangkat ia sebagai Bahasa rasmi bukan sahaja digunakan dalam agensi kerajaan tapi diperluaskan kepada pihak berkuasa tempatan dan juga penggunaan signboard mesti ditekankan penggunaan Bahasa Melayu\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penguasaan Bahasa Melayu yang dilihat semakin lemah dalam kalangan masyarakat di Malaysia.\n\n\nDalam pada itu, mengulas mengenai Pelan Perpaduan Negara yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini, \nAzizee berkata tidak akan mencapai matlamat jika hanya sekadar melaksanakan program, tetapi tidak menyelesaikan perkara asas yang menjadi tunjang utama.\n\n\n\u201c\u2026kita terpisah perpaduan disebabkan oleh terpisahnya sistem pendidikan kita hari ini. Satu pendidikan sekular satu pendidikan vernakular. Ini memberi kesan ke arah mewujudkan perpaduan. Walau apapun dasar yang diwujudkan oleh kerajaan samaada satu malaysia sekalipun keberkesanan bergantung kepada komitmen dan iltizam semua pihak menjayakan kalau sekadar slogan tapi tidak diterjemahkan dalam bentuk praktikal ini menyebabkan kegagalan setiap perancangan atau dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan\u2026\u201d\n\n\nMengulas lanjut Ustaz Azizee berkata, kerajaan berperanan dalam menyakinkan rakyat Malaysia bahawa pelaksanaan dasar ini adalah satu langkah ke hadapan untuk mewujudkan perpaduan.\n\n\nKatanya, apa sahaja dasar yang dilaksanakan termasuk \u2018Keluarga Malaysia, perlulah berpaksikan pada agenda negara dan bukannya agenda politik semata-semata."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/02/sokongan-suami-bawa-kejayaan-isteri/", "title": "Sokongan Suami Bawa Kejayaan Isteri", "body": "0\n\n\n(Majlis Istiadat Konvokesyen KUIS kali ke-23 diadakan bermula 1 Disember 2021/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 2 DISEMBER\n \u2013 Pemimpin keluarga yang baik pasti tidak akan merasa tergugat dengan kemajuan sang isteri, apatah lagi menyekat minat dan peluang isteri untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.\n\n\nItu salah satu faktor kejayaan kepada dua graduan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), yang menerima ijazah kedoktoran dan anugerah khas di Majlis Konvokesyen institut itu hari ini.\n\n\nSekilas pandang tiada siapa menduga disebalik jubah konvokesyen yang disarung, graduan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Sumber Manusia ini rupanya sedang menantikan kelahiran bayinya.\n\n\n(Siti Zahidah Mu\u2019al, Anugerah Datuk Menteri Besar Selangor / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSiti Zahidah Mu\u2019al yang juga menerima anugerah Datuk Menteri Besar Selangor dalam konvokesyen kali ini berkata sokongan dan kefahaman suaminya adalah salah satu faktor kejayaannya hari ini.\n\n\nSiti Zahidah Mu\u2019al berkata, \n\u201cok bagi saya kita sendiri apa yang kita nak, kita mesti bertanggungjawab\n\u2026.insyaAllah mereka akan faham\u201d\n\n\n(DR Suriani Sudi. Ijazah doktor falsafah Islamiyyat / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nPerkara sama dialami oleh Doktor Suriani Sudi. Ijazah doktor falsafah Islamiyyat yang diterima hari ini tidak mungkin dicapai jika suaminya tidak mendorongnya untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana di Universiti Malaya.\n\n\nWalaupun pengajian nya sedikit kadangkala memberi kesan kepada urusan rumahtangga nya, galakan suami terhadap minatnya itu tidak pernah berkurang\n\n\nSuriani Sudi berkata\n, \n\u201cperlu belajar, menulis, buat kajian. Sebab phd dia lain sikit\n\u2026 itu harapan saya kepada wanita-wanita di luar sana.\u201d\n\n\nDalam pada itu, kejayaan seorang lagi graduan yang menerima Anugerah Kepimpinan Siswa hari ini sangat bermakna baginya, apabila isterinya yang sedang mengandung 8 bulan juga bakal bergraduasi dalam sidang yang berlainan.\n\n\nSelain itu, antara anugerah-anugerah lain dalam konvokesyen ini termasuklah Anugerah Diraja Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Anugerah EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Anugerah Rektor, dan Anugerah Kepimpinan Siswi.\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/02/tiada-waran-tangkap-buat-rosmah/", "title": "Tiada Waran Tangkap Buat Rosmah", "body": "0\n\n\n(Datin Seri Rosmah Mansor / sumber : FMT)\n\n\nKHAMIS, 2 DISEMBER\n \u2013 Tiada waran tangkap dikeluarkan oleh mahkamah bagi menahan Datin Seri Rosmah Mansor selepas beliau gagal menghadiri prosiding rayuan hari ini.\n\n\nBagaimanapun Rosmah diperintahkan oleh tiga hakim panel diketuai Datuk Hanipah Fari-kullah, Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah untuk hadir ke mahkamah pada Isnin ini bagi mengikuti prosiding rayuan.\n\n\nHanipah berkata panel membuat keputusan untuk memberi budi bicara bagi Rosmah kerana tidak pernah gagal menghadirkan diri dalam prosiding sebelum ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nVarian Deltacron Gabungan Antara Delta Dan Omicron\n\n\n\n\n\n\nViu hentikan tayangan Filem Mentega Terbang\n\n\n\n\n\n\nKerja kilang, E-hailing pekerjaan diminati 300,000 pelajar lepasan SPM\n\n\n\n\n\n\nKDN buka 25 jam sehari, SPRM bebas siasat\n\n\n\n\n\n\nEsok, Keputusan Kes Keabsahan Vernakular\n\n\n\n\n\n\n\n\nRosmah membuat permohonan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang menolak permohonan untuk membatalkan perbicaraan kes rasuahnya.\n\n\nKes berkenaan membabitkan projek tenaga solar dan menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pendakwaan dalam kes terbabit.\n\n\nSebelum ini, peguam Rosmah, Datuk Jagjit Sing yang mewakilkan Rosmah memaklumkan anak guamnya masih berada di Singapura.\n\n\nMahkamah Tinggi sebelum ini memberi kebenaran kepada Rosmah ke Singapura bagi melawat anak perempuanya dari 22 oktober sehingga 21 november 2021."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/03/barang-naik-harga-sampai-bila/", "title": "Barang Naik Harga, Sampai Bila?", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber : mykmu.net)\n\n\nJUMAAT, 3 DISEMBER\n \u2013\u00a0 Kegusaran orang ramai terhadap kenaikan harga barang ketika ini juga meningkat. Ramai yang ingin mengambil peluang bagi jualan hujung tahun rata-ratanya akan memberikan potongan harga tertentu.\n\n\nNamun harapan harga promosi itu bakal meleset, kerana pelbagai produk dan barangan mencatatkan kenaikan harga terutama pada November dan Disember ini.\n\n\nSejak bulan September tahun ini kenaikan harga barang sudah terasa apabila harga ayam secara mendadak dijual pada harga RM10.30 sekilogram daripada RM6.90 hingga 8.89 sekilogram.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin wajar letak jawatan demi kebaikan BERSATU, PN \u2013 Azmi Hassan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri nafi perbelanjaan RM620 bilion tidak direkodkan\n\n\n\n\n\n\nAnwar jumpa Erdogan zahir solidariti kepada Turkiye\n\n\n\n\n\n\n\u2018Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat\u2026\u2019- Anwar\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan Penuh Ruang Solat Masjid Di Selangor Dibenarkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenaikan harga ayam ini diiringi kenaikan harga telur ayam sehingga RM3 ringgit sepapan.\n\n\n(Harga kenaikan sayur / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nLebih mengejutkan apabila sayur-sayuran yang juga makanan asasi naik mendadak sehingga 200 peratus antaranya Kubis Bunga, Sawi Pendek, Brokolo, kacang buncis dan cili merah.\n\n\nBukan sahaja ayam dan sayur, terbaru kenaikan harga juga dicadangkan pembuat produk Gardenia yang sepatutnya bermula semalam.\n\n\nDalam masa yang sama terdapat syarikat bekalan ais yang menaikkan harga sehingga RM0.50 sen sebungkus. Perkara itu mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akhirnya menegaskan tiada sebab harga ais perlu naik.\n\n\nKenaikan harga barang mentah memberi kesan kepada peniaga sehingga beberapa peniaga turut menaikkan harga makanan seperti harga burger berikutan harga patii daging dan ayam meningkat dari RM4.90 ke RM5.50 bagi setiap pek manakala harga marjerin naik dari RM5.50 ke RM7.80.\n\n\nSelain makanan, harga bahan binaan turut mengalami peningkatan seperti besi dan simen konkrit sehingga 48 peratus.\n\n\nBegitu juga yang berlaku terhadap alat ganti kenderaan yang naik hingga 60 peratus ekoran masalah bekalan dan peningkatan kos pengangkutan.\n\n\nKenaikan harga barang terus menjadi polemik dalam negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/03/harga-racun-naik-sehingga-199-peratus/", "title": "Harga Racun Naik Sehingga 199 Peratus", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber : vision)\n\n\nJUMAAT, 3 DISEMBER\n \u2013\u00a0 barangan makanan harian dan sayur-sayuran harga racun serangga juga mengalami peningkatan sehingga 199 peratus, iaitu daripada RM66 kepada RM197. 50 sen diikuti harga racun kulat naik 20.77 peratus dan racun siput hampir 20 peratus,\n\n\nPeningkatan harga racun rumpai itu dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di parlimen.\n\n\nBagaimanapun katanya, kenaikan harga itu di luar kawalan pihaknya berikutan peningkatan harga pasaran dunia, sekali gus memberi kesan langsung kepada pengeluaran ditanggung petani.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada rekaan fesyen, gerakan terancang hina Islam\n\n\n\n\n\n\nSudah Beritahu PM, Segera Adakan Pilihan Raya Umum \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nRamadan : rakyat dinasihat jangan membazir makanan \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nSurat terbuka untuk Khairul Aming\n\n\n\n\n\n\nPeningkatan Harga Ais 50 Sen\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Seri DR Ronald Kiandee sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata :\n\n\n\u201cMemang benar kenaikan yang ketara dan real yang berlaku disebabkan harga pasaran dunia di laur kawalan MAFI\u2026.melalui baja kimia kepada\u00a0 kepada baja organik.\u201d\n\n\nkatanya antara langkah dan inisiatif tersebut adalah menggalakkan penggunaan sisa bahan pertanian seperti baja organik dan jerami padi serta penggunaan cacing sebagai agen kompos sisa pertanian.\n\n\nBeliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN Baling) mengenai langkah alternatif mengurangkan dan usaha jangka panjang menghapuskan penggunaan racun sintetik tanpa menjejaskan produktiviti, malah hasil pengeluaran dapat ditingkatkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/03/kerajaan-rasmi-program-jualan-keluarga/", "title": "Kerajaan Rasmi Program Jualan Keluarga", "body": "0\n\n\n(Perdana Menteri melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia / sumber : sinar harian)\n\n\nJUMAAT, 3 DISEMBER\n \u2013 Sementara itu, semalam Perdana Menteri melancarkan Program Jualan Keluarga Malaysia (JKM) dengan strategi serampang dua mata iaitu membasmi peranan orang tengah dan menawarkan barangan pada harga subsidi demi manfaat rakyat.\n\n\nDilaporkan lebih 50 jenis barangan keperluan asas termasuk produk pertanian dan hasil laut bakal ditawarkan pada harga 15 hingga 20 peratus lebih murah.\n\n\nJualan Keluarga Malaysia dilaksanakan di lokasi terpilih dan kekerapannya akan ditambah mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa, berbanding perancangan asal dua kali sebulan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBonus kakitangan awam tidak kena cukai\n\n\n\n\n\n\nHadi jumpa Mahathir, sokong Proklamasi Orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nKestabilan politik dorong pelabur Arab Saudi ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nNombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta milik Sultan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nJohari pertahan keputusan lantik anak jadi pegawai khas Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\nProgram cetusan KPDNHEP itu diadakan dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, JKM akan diadakan di banyak lokasi sehingga harga barangan keperluan asas di pasaran kembali stabil.\n\n\nNamun, mampukah langkah ini iaitu Jualan Keluarga Malaysia menyelesaikan isu kenaikan harga barang atau setidak-tidaknya mengurangkan bebanan yang terpaksa dihadapi oleh semua rakyat Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/03/kes-pertama-varian-berbahaya-omicron-dikesan-di-malaysia/", "title": "Kes Pertama Varian Berbahaya Omicron Dikesan Di Malaysia", "body": "0\n\n\n(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)\n\n\nJUMAAT, 3 DISEMBER\n \u2013 Varian yang dibimbangi, Omicron telah memasuki negara. Penemuan itu disahkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pada sidang media hari ini.\n\n\nKatanya, ia membabitkan seorang pelajar bukan warganegara yang mempunyai rekod perjalanan dari Afrika Selatan.\n\n\nBeliau berkata pelajar sebuah universiti swasta di Ipoh berusia 19 tahun itu, tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu dan menjalani ujian Rt PCR setibanya di KLIA.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHotel Pertama Bertaraf Lima Bintang Adakan Solat Jumaat\n\n\n\n\n\n\nDadah, pornografi punca sumbang mahram tinggi di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nTun M dakwa ada pihak sedang bersihkan imej Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nAPM Johor siap siaga amaran hujan berterusan tahap bahaya\n\n\n\n\n\n\nKerajaan komited tingkatkan kualiti perkhidmatan air dan pembetungan negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nKhairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan berkata :\n\n\n\u201cHasil daripada ujian PCR\u2026. Dan tidak membenarkan waeganegara daripada negara tertentu masuk.\n\n\nTambahnya, susulan ujian itu, pelajar terbabit diperintah menjalani pengawasan dan pemerhatian mengikut Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/03/langkah-kekang-penularan-covid-19-di-peringkat-sekolah/", "title": "Langkah Kekang Penularan COVID-19 Di Peringkat Sekolah", "body": "0\n\n\n(Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM, Profesor Madya Dr Malina Osman.)\n\n\nJUMAAT, 3 DISEMBER\n \u2013 Penularan wabak Covid-19 di kalangan para pelajar sudah pasti memberi kebimbangan kepada ibu bapa khususnya.\n\n\nMalah, varian Omicron yang dipercayai sangat bahaya sudah dikesan di Malaysia.\n\n\nBagi mendapatkan pandangan lanjut kita terus bersama Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM, Profesor Madya Dr Malina Osman. Assalamualaikum Dr.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemborong Ayam Dikenakan Siasatan\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen, ADUN sepatutnya dilarang pegang jawatan dalam GLC\n\n\n\n\n\n\nKapal LCS dijangka beroperasi penuh tahun 2026\n\n\n\n\n\n\nSelamat tinggal UMNO \u2013 Tun Abdul Hamid\n\n\n\n\n\n\nGaji penjawat awam bakal dinilai semula\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSoalan 1 \u2013 Sesi persekolahan sekarang telah dibuka selepas satu jangka masa panjang ditutup berikutan PKP dan pelajar terpaksa melalui proses PDPR. Namun, pembukaan sekolah memberi impak kepada penukaran wabak Covid-19 di kalangan pelajar dan guru. Bagaimana pandangan Dr adakah wajar sekolah yang mempunyai kes Covid-19 ditutup?\n\n\nSoalan 2 \u2013 Dalam kes sekolah berkenaan, apakah ada kelemahan menyebabkan guru terlepas pemeriksaan kesihatan atau sebagainya. Dan langkah proaktif pindahkan pelajar ke maeps adalah yang terbaik?\n\n\n\u00a0\n\n\nSoalan 3 \u2013 Menyentuh berkenaan Varian Omicron, sebentar tadi Menteri Kesihatan memaklumkan varian ini sudah memasuki negara, Boleh Dr terangkan adakah varian ini lebih berbahaya dari Varian Delta dan lebih berisiko membawa maut?\n\n\nSoalan 4 \u2013 Apakah langkah terbaik perlu dilakukan sekarang bagi mengekang penularan wabak ini, benarkan perintah berkurung perlu kembali dilaksanakan hanya kerana varian baharu untuk perlindungan?\n\n\nSILA IKUTI TEMUBUAL DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/03/mrsm-pendang-ditutup-sementara-3-guru-positif/", "title": "MRSM Pendang Ditutup Sementara 3 Guru Positif", "body": "1\n\n\n(Pengarah Kesihatan negeri, Dr Othman Warijo)\n\n\nJUMAAT, 3 DISEMBER\n \u2013 Tiga guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang, Kedah disahkan positif Covid-19 semalam.\n\n\nPengarah Kesihatan negeri, Dr Othman Warijo berkata, MRSM Pendang ditutup selama tiga hari, namun asrama tetap dibuka dengan pelajar masih tinggal di asrama berkenaan.\n\n\n\u201cSemua guru terbabit diarahkan menjalani perintah pengawasan di rumah. Manakala seramai 30 guru dikenal pasti sebagai kontak rapat dan mereka turut menjalani kuarantin.\u201d\n\n\u2013 DR Othman Warijo, Pengarah Kesihatan Kedah\n\n\nBeliau berkata, semua guru terbabit diarahkan menjalani perintah pengawasan di rumah. Manakala seramai 30 guru dikenal pasti sebagai kontak rapat dan mereka turut menjalani kuarantin. Bagaimanapun, pelajar tidak pulang ke rumah masing-masing dan akan tetap berada di asrama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHormati keputusan mahkamah tolak rayuan SIS Forum\n\n\n\n\n\n\nSanusi tuntut bukti dakwaan Perdana Menteri susulan dana parti\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan isu ceramah Fahmi di masjid\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih kepada semua pengundi \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nKPKM akan teliti masalah lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSeramai enam pelajar tingkatan lima dilaporkan positif Covid-19 dan kes berkenaan berlaku pada 29 November lalu.\u201d\n\n\u2013 Mohd Akmal Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak\n\n\nSementara itu, enam pelajar MRSM Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, dilaporkan positif Covid-19.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata kes berkenaan berlaku pada 29 Nov dan ia dimasukkan di bawah Kluster Jalan Kuala Kangsar, Gerik.\n\n\nSemalam, seramai 139 pelajar Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya disahkan positif.\n\n\nKes berkenaan dipercayai bermula dari seorang guru yang dijangkiti COVID-19 dan saringan kontak rapat kemudian mendapati terdapat seorang lagi guru dan enam pelajar positif COVID-19."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/03/pemborong-dan-pengeluar-manipulasi-harga-barang/", "title": "Pemborong Dan Pengeluar Manipulasi Harga Barang?", "body": "0\n\n\n(Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai / sumber : harakahdaily)\n\n\nJUMAAT, 3 DISEMBER\n \u2013 Ramai menyifatkan punca harga barang naik disebabkan kesan rantaian perniagaan dan import namun ia dipercayai berlaku sebaliknya.\n\n\nMenurut Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, kenaikan harga barang mungkin berlaku disebabkan permainan di antara pihak pemborong atau pengeluar.\n\n\nProf Emeritus DR Barjoyai Bardai, Pakar Ekonomi berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNajib Berjaya Tangguhkan Sabitan, Hukuman\n\n\n\n\n\n\nPeniaga Tertekan Harga Barang Harian Mahal\n\n\n\n\n\n\nAnwar peroleh injunksi sementara halang Sanusi ulang kenyataan fitnah\n\n\n\n\n\n\nBukan media sengaja tiup isu sensitif, tapi ahli politik\n\n\n\n\n\n\nKerajaan setuju pinda tujuh akta hukuman mati mandatori\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAda juga orang mengatakan harga barang di malaysia meningkat kerana kita mengimport terlalu banyak barang dan kadar pertukaran asing kita telah merosot tetapi sebenarnya kadar pertukaran ringgit ke US dolar sedang meningkat semalam berlaku really di mana permintaan terhadap ringgit meningkat menyebabkan nilai ringgit menjadi kukuh jadi itu bukan 2 sebab yang menyebabkan harga barang-barang meningkat kemungkinan besar harga ini harga yang dibuat oleh pengeluar yang sengaja untuk meraih keuntungan membalas dendam bagi mendapatkan balik kerugian yang mereka telah alami semasa ekonomi terpaksa ditutup dan mereka tidak boleh berniaga.\u201d\n\n\nKetika ditanya mengenai Program Jualan Keluarga Malaysia (JKM) yang dilancarkan hari ini, Profesor Barjoyai menganggap ia sebagai inisiatif yang baik.\n\n\nBeliau turut menyarankan agar pasaran secara terus seperti pasar tani dan pasar malam ditambah baik termasuk memberi bantuan kepada petani dalam bentuk subsidi.\n\n\n\u201cItu satu inisiatif yang baik dan saya rasa ia patut diteruskan ditambahkan kepada kita perlu membawa balik era pasar tani dan pasar malam dan kita perlu mempromosi pasar tani dan pasar malam melalui institusi untuk membolehkan barang terus datang dari petani kecil kepada pasaran yang membolehkan pengguna mendapat harga yang sesuai. kalau perlu mungkin kita boleh memberikan bentuk pertolongan dan subsidi kepada petani untuk memastikan harga barang daripada ladang kebun terus sampai kepada pengguna pada harga yang murah.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/03/pertandingan-sukan-sekolah-masih-boleh-diadakan/", "title": "Pertandingan Sukan Sekolah Masih Boleh Diadakan", "body": "0\n\n\n(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin di Majlis Anugerah Sukan Kementerian Pendidik (KPM)-Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)-MILO 2019)\n\n\nJUMAAT, 3 DISEMBER\n \u2013 Walaupun penularan COVID-19 sejak tahun lalu menyebabkan penganjuran pertandingan sukan di peringkat sekolah ditangguhkan dan terpaksa diadakan secara dalam talian namun ia masih boleh diadakan.\n\n\nMenteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin penganjuran pertandingan sukan boleh diadakan bagi memberi peluang kepada murid menonjolkan bakat sukan mereka walaupun berada di rumah.\n\n\nBeliau berkata, Covid-19 tidak menjadi penghalang kepada guru untuk menjadi lebih kreatif dan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi bagi meneruskan pembelajaran termasuk menggilap potensi murid dalam bidang sukan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelan Tindakan Warga Emas Negara dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nKerajaan wajar beri perhatian kepada isu kos sara hidup \u2013 MPPN\n\n\n\n\n\n\nAhmad Shah akui tidak sukar raih mandat rakyat sekali lagi\n\n\n\n\n\n\nLepas DAP mungkin UMNO akan sokong pekebun haram Raub\n\n\n\n\n\n\nSaya sayang Bella lebih daripada anak lain \u2013 Siti Bainun\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Sukan Kementerian Pendidik (KPM) Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) MILO 2019, yang diadakan dalam talian, pagi tadi.\n\n\nPertandingan Kemahiran Sukan MSSM Secara Dalam Talian 2021 turut dianjurkan secara dalam talian dan disertai seramai 46,269 peserta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/03/pihak-berkuasa-digesa-kaji-harga-bahan-mentah-makanan-ternakan/", "title": "Pihak Berkuasa Digesa Kaji Harga Bahan Mentah Makanan Ternakan", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan/ sumber : bebasnews)\n\n\nJUMAAT, 3 DISEMBER\n \u2013 Harga makanan ternakan kini dikatakan mengalami kenaikan melampau, kerana mengalami tiga kali kenaikan dalam tempoh setahun.\n\n\nSetiausaha GTRzs Zon Selatan, Abdul Razak Md Rashid berkata jika tidak dikaji kemungkinan harga daging segar akan mencapai sehingga RM50 ringgit sekilogram.\n\n\nKeadaan ini berlaku katanya, kerana kenaikan bahan mentah makanan ruminan yang sangat ketara dan terpaksa ditanggung penternak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPutra buat laporan polis, desak KDN haramkan tayangan filem Mentega Terbang\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Gesa Kerajaan Selamatkan Tanah Melayu Kampung Bharu\n\n\n\n\n\n\nSelamat tinggal UMNO \u2013 Tun Abdul Hamid\n\n\n\n\n\n\nSelain KM, Melaka juga akan dapat barisan EXCO baharu \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nPengumuman hari raya pertama akan dibincang \u2013 Mohd Na\u2019im\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga dedak dan molases sejenis gula untuk ruminan juga meningkat.\n\n\nSehubungan itu beliau tidak menolak bahawa harga daging segar akan menaik menjelang hari raya puasa nanti.\n\n\nKeadaan yang dilalui kini oleh penternak katanya harus difahami oleh pengguna kerana sebagai penternak mereka juga memahami kenaikan yang tidak boleh dilakukan bagi pihak penternak.\n\n\nKerajaan diharap dapat memantau kenaikan harga bahan mentah makanan haiwan ternakan dan bukan sahaja memantau harga di peringkat jualan sahaja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/03/tanpa-permit-warga-asing-guna-kenderaan-orang-tempatan/", "title": "Tanpa Permit, Warga Asing Guna Kenderaan Orang Tempatan", "body": "0\n\n\n(Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) )\n\n\nOleh Haffiz Aziz, Wartawan TV Pertiwi.\n\n\nJUMAAT, 3 DISEMBER\n \u2013 Seramai 29 warga asing ditahan dan 25 kenderaan disita dalam Operasi Khas Pemandu Warga Asing (Ops PeWA) di sini pada Khamis.\n\n\nPengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, risikan di beberapa lokasi mendapati pelbagai kesalahan dilakukan oleh pemandu warga asing terutama tidak memiliki lesen memandu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: 130,000 rakyat miskin tegar dibantu keluar daripada kemiskinan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 : Jimat-cermat, tiada cadangan tangani isu kenaikan harga \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nHarga Sayur Dijangka Stabil Hujung Tahun\n\n\n\n\n\n\nTak benar keluar KWSP, simpanan pencarum susut 50 peratus\n\n\n\n\n\n\nTampil Semangat Patriotik, Angkat Perjuangan Pahlawan Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut beliau, sebanyak 144 notis saman dikeluarkan dan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.\n\n\nMohd\u00a0 Zaki Bin Ismail sebagai Pengarah JPJ WPKL berkata :\n\n\n\u201c.\u2026. pada hari ini kita telah mengenal pasti, kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak warg asing\u2026\u2026 larangan bagi kenderaan kenderaan motor kaedah kaedah yang ini pengubah suaian yang tidak dibenarkan dan juga tiada perlindungan insuran dibawah sekyen 91 iaitu pembawa kenderaan motor hendaklah terhadap risiko pihak ketiga\u201d\n\n\nBeliau berkata, kebanyakan kenderaan yang dipandu oleh warga asing merupakan milik warga tempatan.\n\n\nMohd Zaki memaklumkan tindakan penguatkuasaan berterusan akan terus dilaksanakan bagi mengenal pasti pengguna jalan raya yang gagal mematuhi undang-undang yang ditetapkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/06/10-jam-keluarkan-mangsa-daripada-timbunan-runtuhan-di-cameron-highlands/", "title": "10 Jam Keluarkan Mangsa Daripada Timbunan Runtuhan Di Cameron Highlands", "body": "0\n\n\n(Kenderaan Vellfire yang tertimbus di tanah runtuh Cameron Highland telah dijumpai / sumber : SMART Malaysia)\n\n\nISNIN, 6 DISEMBER\n \u2013 Sekurang-kurangnya dua maut dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai ke Cameron Highlands pada jam 1:30 tengah hari jumaat lalu.\n\n\nDua kenderaan terperangkap apabila tanah runuth berlaku di FT185 jalan simpang pulai dan lembah biru membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna dan lori.\n\n\nTanah runtuh itu berlaku sejauh 100 meter pada kedua-dua bahagian jalan, mengakibatkan kesesakan dan kenderaan di kedua dua hala tersekat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMohamad fokus siapkan kapal LCS secepat mungkin\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Perlu Main Peranan Tahu Skop Kerja \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nBangkai kucing: Polis cari suspek\n\n\n\n\n\n\nKeadaan geografi Sungai Golok punca penyeludupan terus berlaku \u2013 Kastam\n\n\n\n\n\n\nKukuhkan hubungan Riyadh \u2013 Kuala Lumpur\n\n\n\n\n\n\n\n\nDipercayai 10 jam diambil bagi mengeluarkan mangsa, Muhammad Hafiz Hamdi, pemandu lori dan juga Tan Chee Heng, pemandu MPV berkenaan.\n\n\nKetua polis perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata pemandu lori dalam perjalanan ke simpang pulai ke Cameron highlands. Manakala pemandu mpv dari gua musang ke pulau pinang.\n\n\nMuhammad Hafiz Hamdi dikatakan ke Cameron highland kerana mengambil bekalan sayur sayuran. Adiknya berkata dia cuba menghubungi Hafiz namun tidak berjawab. Jenazah Hafiz disemadikan di kampung beliau di Parit Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak.\n\n\nMenurut nst, operasi mencari dan menyelamat bakal dihentikan sekiranya tiada petunjuk baharu.\n\n\nAuthorities said the search and rescue (SAR) operation at KM27.10 of Jalan Simpang Pulai-Blue Valley in Cameron Highlands where a deadly landslide took place yesterday could be called off today if there are no new indicators.\n\n\nPembantu pengarah jabatan bomba dan penyelamat perak Muhammad Sharizal Aris berkata operasi SAR di mulakan pagi tadi setelah ditangguh awal pagi jumaat lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/06/kadar-rt-meningkat/", "title": "Kadar RT Meningkat", "body": "0\n\n\n(Covidnow)\n\n\nISNIN, 6 DISEMBER\n \u2013 Kadar kebolehjangkitan R-naught (Rt) Covid-19 di Malaysia setakat semalam adalah 0.98.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat negeri merekodkan kadar RT melebihi 1.0.\n\n\nMenurutnya, Perlis merekodkan RT tertinggi dengan 1.12 diikuti Melaka 1.04, Perak (1.01) dan Kedah (1.0). Sarawak pula menjadi negeri yang merekodkan kadar RT terendah dengan 0.72.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRauf Nafi Ada Pihak Tidak Setuju Sulaiman Dilantik Ketua Menteri\n\n\n\n\n\n\nTuntutan segera AS$16 bilion dari Sulu melampau, kes masih berjalan \u2013 AGC\n\n\n\n\n\n\nTiada bukti PN terima dana daripada syarikat perjudian\n\n\n\n\n\n\nLelaki direman punca kebakaran 13 motorsikal, 4 skuter di KLCC\n\n\n\n\n\n\nPenganggur mengaku kelar ibu, adik berdepan hukuman penjara 80 tahun\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi negeri lain, kadar RT masih berada antara 0.93 hingga 0.99.\n\n\nSementara itu, perkongsian KKM hari ini daripada laman web covidnow.moh.gov.my menunjukkan kadar penggunaan alat bantuan pernafasan bagi kes Covid-19 di seluruh negara adalah 42.3 peratus.\n\n\nDalam perkongsian data itu juga, kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) pula 61.3 peratus."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/06/kemeriahan-sambutan-hari-malaysia-2021/", "title": "Kemeriahan Sambutan Hari Malaysia 2021", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n(Hari Batik Malaysia pada 3 Disember, foto hiasan / sumber : malaymail)\n\n\nISNIN, 6 DISEMBE\nR \u2013 3 Disember merupakan tarikh yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai hari batik Malaysia.\n\n\nMenyambut baik perisytiharan ini Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengadakan sambutan Hari Batik Malaysia.\n\n\nIa bertujuan unutk meningkatkan kesedaran dan memelihara keindahan warisan seni kraf sekali gus dapat memastikan kelestarian industri kraf negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua varian utama di China dikesan di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nTak perlu panik, Tuaran masih terkawal \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nJamil Khir Dilantik Penasihat Agama PM\n\n\n\n\n\n\nTekanan, persekitaran, kesihatan punca kesihatan polis terganggu\n\n\n\n\n\n\nLangkawi, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu tetap jadi tumpuan pelancong musim panas\n\n\n\n\n\n\n\n\nSempena Program Komuniti Kraf Keluarga Malaysia yang berlangsung dari 1 hingga 6 Disember ini, Pengisytiharan Hari Batik Malaysia juga bertujuan memartabat dan memperkasakan industri Batik Malaysia selain menyemarakkan pemakaian dan penggunaannya di kalangan Keluarga Malaysia.\n\n\nDatuk Seri DR. Santhara J.P, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata :\n\n\n\u201c\u2026sesungguhnya, usahawan dan komuniti kraf batik merupakan golongan yang memperolehi manfaat dengan Perisytiharan Hari Batik Malaysia ini. Ia diharap dapat memberi suntikan semangat dalam melahirkan lebih ramai usahawan dan komuniti batik yang kreatif dan inovatiff\u2026\u201d\n\n\nDalam pada itu, pemenang anugerah Adiguru turut berkongsi berkenaan hasil tangan mereka dan amat bersyukur kerana warisan yang dihasilkan mendapat perhatian dan perhargaan dari pihak Kraftangan Malaysia.\n\n\nNoraini Binti Jusoh, Penerima Anugerah Adiguru pula berkata :\n\n\n\u201c\u2026saya mengusahakan kraf atap singgora pembuatan atap-atap yang digunakan oleh rumah-rumah lama tetapi permintaan agak meluas untuk resort, rumah rehat untuk pagola ataupun gazebo mana-mana peminat yang minat dengan warisan\u2026\u201d\n\n\n\u201c\u2026saya ni terlibat dengan usahawan bata atap singgora ni dari kecik kerana kami dibesarkan dalam industri tapi hok berkecimpung tu nya selepas sekolah lah. Tahun 83 kak Ani SPM lepastu kak Ani teruskan sampai sekarang. Sekarang ni disebabkan arwah mak meninggal ayah meninggal kak Ani handlelah dengan adik beradik sekarang ni. Alhamdulillah syukurlah\u2026\u201d\n\n\nSaidi Bin Basal @ Basar sebagai Penerima Anugerah Adiguru berkata :\n\n\n\u201c\u2026saya mula buat tu memang lama saya benar-benar kepada kraftangan tahun 90 sampailah sekarang ini. Jadi sekarang mula mula pencapaian aku dapat itu anugerah sukamulong dari sekali dalam 2015 jadi terus dia lantik jadi hari ,Adiguru tahun 2021\u2026\u201d\n\n\nKomuniti kraf tekstil batik yang kini ada di seluruh negeri merupakan antara usaha menerusi Kraftangan Malaysia di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).\n\n\nIa dilihat sebagai usaha membantu komuniti kraf batik dalam meningkatkan kemahiran dalam penghasilan dan pengeluaran serta pemasaran produk kraf."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/06/kes-omicron-pertama-di-malaysia/", "title": "Kes Omicron Pertama Di Malaysia", "body": "0\n\n\n(Omicron, foto hiasan / sumber : ABC news)\n\n\nISNIN, 6 DISEMBER\n \u2013 Kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron dikesan di Malaysia membabitkan pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu berkenaan menjalani ujian RT PCR Covid-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).\n\n\nIndividu berkenaan adalah penuntut di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak. Kes diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan disediakan pihak universiti di Ipoh.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeadaan Terkini Pasca Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nTarikh tengok anak bulan Syawal pada 20 hari bulan\n\n\n\n\n\n\nUMNO bakal ditolak rakyat pada PRN, PRU akan datang \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\n3 pemimpin BERSATU sokong Proklamasi Orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tergesa-gesa pinda Hukuman Mati Mandatori\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.\n\n\nKhairy berkata, individu berkenaan menjalani kuarantin seorang diri di penginapan yang disediakan dan berdasarkan siasatan dijalankan, beliau patuh kepada perintah dikeluarkan.\n\n\nInstitut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan sampel ujian saringan berkenaan positif Covid-19 dengan CT Value 26.68 pada 20 November lalu.\n\n\nKes meneruskan pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan pada 29 November. Pengesanan kontak rapat dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai lima orang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/06/pekebun-sayur-enggan-jawab-kenaikan-harga-sayur/", "title": "Pekebun Sayur Enggan Jawab Kenaikan Harga Sayur", "body": "0\n\n\n(sayur-sayuran, foto hiasan / sumber : timeout)\n\n\nISNIN, 6 DISEMBER\n \u2013 Kenaikan harga sayur melonjak naik, rakyat dan peniaga sayur merasa terhimpit dan ada yang berkira-kira untuk membeli sayur kerana dianggap harga tidak masuk akal.\n\n\nSelain rantaian bekalan, kesukaran tenaga kerja kerana kekangan Covid-19 juga menyumbang kepada kesukaran bekalan dipasarkan.\n\n\nTidak terkecuali ada manipulasi daripada pengeluar dan pemborong, justeru itu TV Pertiwi cuba mendapatkan pandangan daripada gabungan pekebun sayur berhubung kenaikan makanan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSindiket curi kereta seludup ke negara jiran tumpas\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu ubah dasar, benarkan kru kabin bertudung\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur mahu kesan penambakan kawasan Batu Puteh oleh Singapura diteliti\n\n\n\n\n\n\nDAP Heret Kedah Ke Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nKeabsahan Sekolah Vernakular Disambung Hari Ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nPihak kami menghubungi Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur-Sayuran Malaysia, namun mereka enggan mengulas lanjut dengan alasan ada mesyuarat penting untuk dihadiri.\n\n\nBagaimanapun ketika diminta mengulas lebih lanjut mengapa kenaikan harga sayur berlaku, soalan tersebut enggan dijawab.\n\n\nPada 2 Disember, Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berkata kenaikan harga barang mungkin berlaku disebabkan permainan di antara pihak pemborong atau pengeluar.\n\n\nKami akan menghubungi pihak berkenaan sekali lagi dalam masa terdeka"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/06/perketat-kawalan-pintu-masuk-antarabangsa-elak-varian-omicron/", "title": "Perketat Kawalan Pintu Masuk Antarabangsa, Elak Varian Omicron", "body": "0\n\n\n(Felo Penyelidik Utama Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), Professor Datuk Doktor A Rahman A Jamal / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh Asyiha Ariffin, Wartawan TV Pertiwi.\n\n\nISNIN, 6 DISEMBER\n \u2013 Sementara itu Felo Penyelidik Utama Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI), Professor Datuk Doktor A Rahman A Jamal tidak menolak risiko varian Omicron dikesan di Malaysia.\n\n\nKatanya ini memandangkan sebelum ini penjujukan genom penuh yang pernah dilakukan oleh UMBI, di UKM mengesahkan kehadiran varian Delta Plus, juga dikesan menerusi individu yang pulang dari luar negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nInstitusi Perundangan : Tidak boleh ada keistimewaan antara ahli politik dengan rakyat\n\n\n\n\n\n\nSPRM sahkan akaun bank Bersatu dibeku\n\n\n\n\n\n\nJangkitan Fluorona Boleh Berlaku Di Malaysia \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Ikut Perasaan, Guna Saluran Yang Betul\n\n\n\n\n\n\n19 Kematian Akibat Covid 19 Semalam\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu kata beliau, saringan COVID-19 ke atas individu yang pulang dari luar negara melalui pintu masuk utama negara perlu diperketatkan lagi.\n\n\nProf Datuk DR. A Rahman A Jamal, Felo Penyelidik Utama Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) berkata :\n\n\n\u201c\u2026even delta plus itu pun disebabkan travelling jadi kalau kita tidak control sempadan tak saring mereka yg kembali atau pelawat dan memang ada risiko untuk omicron. Jadi makmal sentiasa bersedia bila terima sampel je positif especially yg masuk dekat airport\u2026\u201d\n\n\n\u201c\u2026secara polisi semua pelancong yg datang atau penduduk Malaysia yg kembali perlu buat swab RT PCR kalau positif kita akan buat genom sequencing dari swab hanya tahu positif dan negatif sahaja tetapi varian tidak dapat diketahui\u2026\u201d\n\n\nDoktor A Rahman berkata, pemantauan dari surut genomik, akan dilakukan untuk mengenalpasti jenis varian yang dikesan.\n\n\nUjar beliau, sekurang-kurangnya lima hari diperlukan bagi mengenal pasti jenis varian itu sebelum dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia KKM dan dikongsikan di laman web Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID) bagi memastikan langkah berjaga-jaga dapat diambil oleh setiap negara.\n\n\n\nMengulas lanjut, Doktor A Rahman berkata, agak sukar untuk mengaitkan pembiakan mutasi varian Omicron dengan kadar vaksinasi memandangkan tiada data untuk varian itu setakat ini.\n\n\n\u201c\u2026kita bukan saja perlu mengenal pasti Omicron ni pun belum cukup data cuma sekarang ia dikategorikan sebagai VOI dimana ramai yang interested sama ada kebolehjangkitan 10 kali atau 2 kali daripada Delta Plus, atau Delta kita belum tahu belum cukup data lagi tapi dengan kajian yg akan dilakukan oleh semua negara kita boleh dapat tahu. Kalau betul nak buat analisis based on vaksinasi boleh tapi agak sukar untuk mengaitkannya\u2026\u201d\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/06/sesi-penamaan-calon-bermula-hari-ini/", "title": "Sesi Penamaan Calon Bermula Hari Ini", "body": "0\n\n\n(Keadaan semasa sesi penamaan calon di Sarawak bermula hari ini / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 6 DISEMBER\n \u2013 Pemimpin utama parti politik yang berhasrat bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing ketika tempoh penamaan calon menghampiri penghujungnya menjelang 10 pagi tadi.\n\n\nPresiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang menjadi penyandang di Satok sejak 1981 sebelum memutuskan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong kali ini, menyerahkan borang pencalonannya di Dewan Masyarakat Gedong.\n\n\nDua timbalannya iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pula menyerahkan borang pencalonan masing-masing untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Saban dan Bukit Sari.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJaga sensitiviti kaum, agama, institusi diraja pada PRN Selangor\n\n\n\n\n\n\nPertama Kali BN, PH Kelantan duduk semeja\n\n\n\n\n\n\n31,600 surat tawar haji mula dikeluarkan Rabu ini\n\n\n\n\n\n\nMalaysia, Brunei teroka potensi kerjasama dua hala\n\n\n\n\n\n\nMuafakat Didukung, Tidak Halang Saingan Secara Demokratik \u2013 Annuar\n\n\n\n\n\n\n\n\nPresiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding di kerusi DUN Batu Kawah di bangunan Majlis Perbandaran Padawan di Bazaar Batu 10,\n\n\nmanakala Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing berbuat demikian di Perpustakaan Awam Sibu Jaya untuk bertanding di kerusi Dudong. SUPP dan PDP adalah parti komponen GPS.\n\n\nPemimpin lain ialah Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyerahkan borang pencalonannya di auditorium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi kerusi Padungan manakala Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh menyerahkan borangnya untuk bertanding di kerusi Bawang Assan di Dewan Suarah Sibu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/06/terpaksa-beli-juga-kerana-masih-enak-dimakan-begitu-saja/", "title": "Terpaksa Beli Juga Kerana Masih `Enak Dimakan Begitu Saja\u2019", "body": "0\n\n\n(Roti Gardenia, foto hiasan)\n\n\nOleh Ruszaini Ruslan, Wartawan TV Pertiwi.\n\n\nISNIN, 6 DISEMBER\n \u2013 Minggu lalu, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan bakal menaikkan harga pada roti-roti keluaran mereka bermula 1 Disember. Namun, Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyarankan agar syarikat itu menangguhkan dahulu kenaikan harga tersebut,\n\n\nTinjauan krew TV Pertiwi di sekitar Bangi hari ini mendapati penjualan roti keluaran syarikat tersebut sedikit merosot, namun masih memberangsangkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLangkawi, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu tetap jadi tumpuan pelancong musim panas\n\n\n\n\n\n\nLagi provokasi bakar Al-Quran ketika umat Islam sambut Aidiladha\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tubuh Majlis Madani, satukan NGO Islam\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin Nasution sangkal dakwaan wujud kontroversi pertukaran Ketua Polis Negara\n\n\n\n\n\n\nKabinet Putuskan Beri Pilihan Pada Pengguna\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni kerana makanan ini sudah menjadi sebahagian dari hidup masyarakat kita.\n\n\n(Tinjauan Roti Gardenia oleh wartawan TV Pertiwi, Ruszaini Roslan)\n\n\nMenurut beberapa pengusaha kedai runcit di sekitar Bangi, tidak banyak keluhan diterima daripada pembeli berkenaan kenaikan harga tersebut memandangkan ramai yang sudah sedia maklum mengenai perkara itu.\n\n\nWalaupun menunjukkan sedikit penurunan, namun penjualan roti ini masih berjalan lancar.\n\n\nMufti Armia, Pekedai berkata :\n\n\n\u201cada jugak lah kadang-kadang, ada orang yang terkejut\u2026.barang sekarang pun naik semua kan, apa boleh buat\u201d\n\n\nFakhrulrazi Zainal Abidin, Pekedai juga berkata :\n\n\n\u201cnak beli tapi daya beli dia sudah kurang lah\u2026.kalau dulu orang beli 3, sekarang 1 je sebab nak jimat, pasal harga tu kan\u201d\n\n\nZulfahmi Abdullah, Pekedai turut berkata :\n\n\n\u201csekarang mulai kurang lah\u2026.sekarang 100. Kurang la. dulu kan ada perbandingan\u2026.sekarang 100 pun tak habis\u201d\n\n\nMeskipun bukan makanan ruji, namun roti ini sangat dekat dengan hati rakyat Malaysia.\n\n\nBukan sahaja kerana ia makanan yang ringkas untuk mengalas perut, tetapi ia juga adalah makanan alternatif pilihan utama bagi mereka yang sudah jemu menjamah nasi setiap hari.\n\n\nNorliyana Ibrahim, Pembeli, \u201cno choice lah, sebab roti gardenia salah satu favorite rakyat Malaysia kan\u2026.mungkin sebab jenama tu sendiri, dan dia well-known\u201d\n\n\nPada awal penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac dua tahun lalu, penjualan roti gardenia menjadi satu fenomena di dalam negara.\n\n\nSehinggakan sehingga banyak pasaraya terpaksa mengehadkan pembelian roti itu bagi setiap pembeli.\n\n\nKini, dengan harga RM2.80 bagi sebuku kecil roti Classic Original Gardenia, pembeli masih kekal setia dengan jenama itu walaupun merasa sedikit terbeban."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/06/tiada-perhimpunan-perarakan-hari-penamaan-calon-prn-sarawak/", "title": "Tiada Perhimpunan, Perarakan Hari Penamaan Calon PRN Sarawak", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber : sarawakvoice.com)\n\n\nISNIN, 6 DISEMBER\n \u2013 Tiada perarakan mengiringi calon yang bertanding diadakan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12), Isnin ini.\n\n\nSetiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata ia berikutan ketetapan larangan sebarang aktiviti berkumpul sepanjang proses berkenaan.\n\n\nBeliau berkata, hanya calon, pencadang dan penyokong calon sahaja dibenarkan masuk ke Pusat Penamaan Calon (PPC).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n50 `tabung khairat hantu\u2019 kutip sumbangan dirampas JAIM\n\n\n\n\n\n\nDAP mahu ubah identiti negara, perkukuh naratif Malaysian Malaysia \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nGuna kod QR salur aduan kebersihan makanan, bazar Ramadan\n\n\n\n\n\n\nSunway Theme Park Adakan Perkongsian Strategik Bersama PERHILITAN\n\n\n\n\n\n\nPegawai Tugas-Tugas Khas PM dilantik CEO Yadim\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, Penyokong parti politik yang diwakili oleh bakal calon tidak dibenarkan hadir ke PPC.\n\n\nIkmalrudin berkata, bagi memudahkan proses penamaan calon, SPR meminta bakal calon agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang itu dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Sarawak sebelum hari penamaan calon.\n\n\nMenurutnya lagi, kertas penamaan calon boleh dikemukakan bermula jam 9 pagi sehingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) di 82 PPC."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/06/tiga-lagi-kes-covid-19-di-kolej-matrikulasi-negeri-sembilan/", "title": "Tiga Lagi Kes COVID-19 Di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan", "body": "0\n\n\n(Pelajar Matrikulasi Negeri Sembilan, foto hiasan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 6 DISEMBER\n \u2013 Tiga lagi kes baharu Kluster Intan Delima Dua menjadikan keseluruhan 39 kes positif COVID-19 membabitkan pelajar dan pensyarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), Seremban.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Bertindak Alam Sekitar, Kesihatan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan, berkata tiga kes baharu itu dikesan semalam.\n\n\nKatanya, kesemua mereka sedang menjalani kuarantin di rumah dan asrama KMNS selain di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kuala Pilah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLoh Siew Hong fail rayuan status Islam anak\n\n\n\n\n\n\nBawa agenda songsang, himpunan tidak patut diadakan\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir meningkat, empat daerah di Johor masih terjejas\n\n\n\n\n\n\nBudaya derma sudah sebati dengan ahli Pas\n\n\n\n\n\n\nPahang negeri terbaharu dilanda banjir, Terengganu dan Kelantan rekod mangsa teramai\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndividu yang dikesan positif ini ada yang bergejala dan ada yang tidak, bagaimanapun setakat ini tiada yang memerlukan bantuan pernafasan.\n\n\nKelmarin TV Pertiwi sebelum ini melaporkan sebanyak 32 kes positif COVID-19 dilaporkan di KMNS membabitkan kluster baharu, Kluster Intan\n\n\nDelima 2 disusuli pertambahan empat kes pada Sabtu.\n\n\nVeerapan berkata, keadaan kes adalah terkawal, malah pengurusan kolej memberikan kerjasama baik dalam menguruskan pelajar yang dikuarantin termasuk makan minum dan hal ehwal kebajikan pelajar.\n\n\nJabatan Kesihatan Negeri Sembilan akan terus memantau perkembangan kolej berkenaan dari semasa ke semasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/07/349-kertas-pencalonan-bagi-82-kerusi-bertanding/", "title": "349 Kertas Pencalonan Bagi 82 Kerusi Bertanding", "body": "0\n\n\n(Tarikh PRN Sarawak pada 18 Disember ini / sumber : the star)\n\n\nSELASA, 7 DISEMBER\n \u2013 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sejumlah 349 kertas pencalonan bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.\n\n\nPengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, sebanyak 10 parti dan 30 calon Bebas disahkan bertanding, dengan DUN Dudong mencatat rekod persaingan terbanyak iaitu lapan penjuru apabila tempoh penamaan calon tamat jam 10 pagi tadi.\n\n\nDatuk Abdul Ghani Salleh sebagai Pengerusi SPR berkata, \u201c.\u2026 assalamualaikum\u2026 jumlah keseluruhan 349\u2026\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPEMBINA Syor Mahasiswa Undi Pos, Kurangkan Kos Pulang Ke Kampung\n\n\n\n\n\n\nInspektor wanita tular ditahan polis, satu lagi klip video aksi \u2018garang\u2019 tersebar\n\n\n\n\n\n\nADUN Bilut Gesa Anwar Letak Jawatan Ketua Pembangkang\n\n\n\n\n\n\nMufti P. Pinang kesal orang Islam sertai perarakan kuil\n\n\n\n\n\n\nKaji Semula Anggota SUHAKAM, Lantik Individu Ada Jati Diri\n\n\n\n\n\n\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/07/adun-tronoh-diperintah-bela-diri-dakwaan-merogol/", "title": "ADUN Tronoh Diperintah Bela Diri Dakwaan Merogol", "body": "0\n\n\n(Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong/ sumber : malaysianow)\n\n\nSELASA, 7 DISEMBER\n \u2013 Dalam Kes lain pula, Mahkamah Tinggi Ipoh memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong membela diri atas tuduhan merogol pembantu rumahnya, pada tahun 2019.\n\n\nKeputusan dibuat Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.\n\n\nMahkamah menetapkan perbicaraan selama dua hari pada 15 dan 16 Februari 2022.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenceramah bebas kritik konsert BlackPink dapat ugutan bunuh\n\n\n\n\n\n\nPRU-15 Boleh Disegerakan Jika Kes Aktif Kekal Menurun \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri angkat sumpah Menteri Besar Terengganu\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Inggeris, Adibah Noor Pelopor Penggunaan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nKastam rampas barangan seludup bernilai lebih RM600,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nYong, 51 tahun, didakwa merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, antara 8.15 malam hingga 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.\n\n\nDia disiasat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/07/mahkamah-tolak-permohonan-rosmah/", "title": "Mahkamah Tolak Permohonan Rosmah", "body": "0\n\n\n(Datin Seri Rosmah, permohonan dibatalkan terhadap kes rasuah dana SRC / sumber : utusan)\n\n\nSELASA, 7 DISEMBER\n \u2013 Tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan menolak untuk membatalkan permohonan Datin Seri Rosmah berhubung kes rasuah melibatkan dana projek solar hibrid sebanyak RM1.25 bilion.\n\n\nKetika menyampaikan keputusan Hakim Datuk Hanipah Farikullah berkata mahkamah juga menolak permohonan perayu untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Seri Ram sebagai Ketua Pendakwaan kes dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.\n\n\nMemetik sinarharian menurut Datuk Hanipah, keputusan itu dicapai kerana Mahkamah Tinggi Jenayah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memberi pelepasan seperti yang dipohon pasukan pembelaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCukai barang mewah bagus tapi bukan alternatif GST\n\n\n\n\n\n\nTolak pemimpin \u2018kelabu mata\u2019 bila ditawarkan jawatan penting\n\n\n\n\n\n\nMRSM Pendang Ditutup Sementara 3 Guru Positif\n\n\n\n\n\n\nPengundi dinasihat tolak parti main isu 3R \u2013 Hafidzah\n\n\n\n\n\n\nBuruh dijel 6 bulan, hantaran jelik isu perkauman, hina Agong\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, Hanipah berkata pelepasan yang dipohon pembelaan adalah \u2018declatory order\u2019 iaitu peruntukan spesifik di bawah Akta Pelepasan Khusus 1950. Sehubungan itu, kedua-dua permohonan perayu ditolak.\n\n\nBekas isteri Perdana Menteri itu kini sedang menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi berhubung dakwaan meminta suapan RM187.5 juta dari Jepak Holdings Sendirian Berhad.\n\n\nMengikut kertas pendakwaan, suapan itu adalah sebagai dorongan bagi membantu syarikat itu mendapatkan projek solar hibrid di Sarawak menerusi rundingan terus dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.\n\n\nSementara itu esok permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan bukti baharu dikemukakan dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana menyalahgunakan dana SRC Internasional Sendirian Berhad.\n\n\nPermohonan itu akan didengar sehari sebelum Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusannya pada Rabu.\n\n\nNajib merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/07/majlis-tindakan-sara-hidup-negara-bersidang-khamis-tangani-isu-harga-barang/", "title": "Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bersidang Khamis Tangani Isu Harga Barang", "body": "0\n\n\n(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed / sumber : FB Mustapha Mohamed)\n\n\nSELASA, 7 DISEMBER\n \u2013 Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) akan bersidang pada Khamis ini, bagi memperincikan langkah jangka sederhana dan panjang dalam usaha kerajaan mengawal kenaikan harga barang keperluan serta kos sara hidup rakyat.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu akan turut meneliti langkah lebih menyeluruh dan bersepadu untuk menangani isu berkenaan.\n\n\nTindakan jangka sederhana dan panjang akan dibentangkan oleh kementerian-kementerian yang berkenaan pada mesyuarat itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKMUM tawar jadi penganjur debat Anwar-Najib\n\n\n\n\n\n\nHad usia teksi, e-hailing seluruh negara dinaikkan kepada 15 tahun\n\n\n\n\n\n\nMogok doktor kontrak bukan jalan penyelesaian \u2013 KP Kesihatan\n\n\n\n\n\n\n1,023 Sukarelawan Dari Serata Malaysia Turun Padang\n\n\n\n\n\n\nBanyak kesan negatif nikotin bukan lagi dalam senarai racun\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara perkara akan dibincangkan ialah pergantungan kepada import, kos input makanan, isu buruh asing, skim subsidi, geran dan pinjaman mudah, teknologi pertanian serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).\n\n\nMenjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Port Dikson Anwar Ibrahim mengenai kelewatan mesyuarat itu diadakan, Mustapa menjelaskan, kerajaan sudah mengambil tindakan segera melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam usaha mencari jalan segera menstabilkan harga barang keperluan.\n\n\nTahun lalu, mesyuarat jawatankuasa kenaikan harga ini yang dipengerusikan Menteri KPDNHEP sudah diadakan sebanyak dua kali. Tahun ini, sudah tiga kali mesyuarat diadakan oleh menteri berkenaan yang khusus kepada kenaikan harga ini, selain MAFI dan kementerian lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/07/pdrm-tubuhkan-unit-khas-siasat-kes-kematian-dalam-tahanan/", "title": "PDRM Tubuhkan Unit Khas Siasat Kes Kematian Dalam Tahanan", "body": "0\n\n\n(Satu unit siasatan ditubuhkan Polis Diraja Malaysia, PDRM, iaitu Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan (USJKT) / sumber : ismaweb)\n\n\nSELASA, 7 DISEMBER\n \u2013 Satu unit siasatan ditubuhkan Polis Diraja Malaysia, PDRM, iaitu Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan (USJKT) bagi menyiasat kes kematian sewaktu berada di dalam tahanan.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata unit berkenaan akan bermula Januari depan bagi memperbaiki integriti PDRM\n\n\nDatuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Menteri Dalam Negeri berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKetua Hakim Negara terima ancaman bunuh\n\n\n\n\n\n\nKhutbah Jumaat tegaskan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Ketua Polis Negara meninjau pembersihan perumahan mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nKematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nPerkembangan terkini beri kesan terhadap perbicaraan kes 1MDB\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTujuannya adalah untuk lebih prihatin terhadap apa yang disuarakan oleh rakyat maka bila kita setuju untuk melaksanakan penubuhan USJKT ia akan meningkatkan lagi imej dan integriti polis.\u201d\n\n\nBeliau berkata dari tarikh pelaksanaan tersebut kesemua kes kematian dalam tahanan polis akan disiasat oleh unit berkenaan dan tidak lagi melibatkan balai yang terlibat kes kematian tahanan.\n\n\nHamzah berkata, USJKT akan terdiri daripada 13 anggota polis dan diketuai seorang Superitenden dan seorang pegawai awam.\n\n\nUnit berkenaan akan membuat penilaian dan meneliti kes berkenaan sama ada wujud kes kecuaian atau terdapat unsur-unsur lain.\n\n\nMengulas lanjut, Hamzah turut menafikan kes kematian dalam lokap sebelum ini tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan isu perkauman.\n\n\nProses juga akan dilaksanakan dengan kerjasama khidmat doktor dan kerjasama bersama kementerian kewangan bagi melantik klinik swasta bagi tujuan saringan kesihatan tahanan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/07/pembelaan-zahid-diputuskan-mahkamah-24-januari/", "title": "Pembelaan Zahid Diputuskan Mahkamah 24 Januari", "body": "0\n\n\n(Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri / sumber : kosmo)\n\n\nSELASA, 7 DISEMBER\n \u2013 Sementara itu dalam perkembangan lain, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan Tarikh pada 24 Januari ini bagi memutuskan Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri.\n\n\nZahid Hamidi 69 tahun, didakwa atas 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.\n\n\nHakim Mahkamah tinggi, Collin Lawrence Sequerah menetapkan Tarikh itu bagi mendengar penghujahan kedua-dua pihak di kes akhir pendakwaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgong, Putera Mahkota Abu Dhabi berkenan lawat LIMA\u201923\n\n\n\n\n\n\nLima gabungan parti politik meterai perjanjian\n\n\n\n\n\n\nRasuah : Dua agensi KDN disiasat \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin tidak boleh sewenangnya guna kuasa budi bicara menteri \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nPolis Maut disyaki tembak diri sendiri\n\n\n\n\n\n\n\n\nProses mendengar hujahan berlangsung selama 24 hari bermula 6 september lalu.\n\n\nPasukan pendakwaan berkenaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran, manakala pembelaan terdiri daripada peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/07/penamaan-calon-prn-sarawak/", "title": "Penamaan Calon PRN Sarawak", "body": "0\n\n\n(Hari penamaan calon Sarawak, PRN ke-12 / sumber : Bernama)\n\n\nSELASA, 7 DISEMBER\n \u2013 Hari ini berlangsung penamaan calon bagi Pilihan Raya PRN Sarawak Ke 12 yang mempertandingkan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri.\n\n\nProses pencalonan berlangsung kira-kira jam 9 pagi dan berakhir jam 10 pagi semalam dengan 1,252 ribu 14 bakal pengundi berdaftar yang layak mengundi pada 18 Disember ini.\n\n\nBuat pertama kali selepas keluar daripada Barisan Nasional BN , kerajaan Gabungan Parti Sarawak GPS bertanding bersama empat parti komponen lain iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Progresif Demokratik (PDP).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Kubu Kuat Di Melaka\n\n\n\n\n\n\nFasa Peralihan Endemik Ditangguh\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kabinet Yang Bercuti Diarah Pulang Malaysia Segera\n\n\n\n\n\n\nTunggu saya akan jawab \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nCalon MUDA tarik diri bertanding kerusi DUN Repah\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada PRN Sarawak ke-11, empat parti berkenaan berjaya menakluki 72 kerusi dan 2 kuasa dimenangi tanpa bertanding di Bukit Kota dan Bukit Sari.\n\n\nBerdasarkan penamaan calon hari ini, Jumlah calon bertanding kali ini melebihi rekod 229 pada tahun 2016.\n\n\nIni meliputi DAP, PKR, Parti Sarawak Bersatu (PSB), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Parti Bangsa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dan Pas.\n\n\nKetua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan bertanding di Gedong buat pertama kalinya selepas menyandang kerusi DUN Satok selama 9 penggal.\n\n\nAbang Jo yang memegang kerusi Satok selama 40 tahun melepaskan genggamannya dan meninggalkan Satok dan memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi PBB Satok, Datuk Ibrahim Baki.\n\n\nSementara itu, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian akan ditentang Ahli Parlimen Bandar Kuching daripada DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen di kerusi DUN Batu Kawah,\n\n\nDr Sim yang akan mempertahankan kerusi DUN Batu Kawah itu dilihat memasuki pusat penamaan calon tepat jam 9 pagi, sementara Dr Yii pula masuk ke pusat penamaan calon pada pukul 9.04 pagi.\n\n\nDi Dewan undangan negeri \u2013 Bukit Sari, timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berhadapan dengan calon dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam saingan tiga penjuru.\n\n\nAwang Tengah, yang merupakan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan dicabar oleh Riyah Basrah dari PBK dan Alias Mail dari PSB.\n\n\nDi kerusi DUN tanjung datu, satu legasi bakal dilakar apabila penyandang DUN Tanjung Datu, mempertaruhkan anak bekas Ketua Menteri, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem,\n\n\nAzizul Annuar Adenan ditandingi secara empat penjuru di antara GPS, Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Sarawak Bersatu dan Bebas. Sementara itu di blok pembangkang pula,\n\n\nTimbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.\n\nBeliau yang juga penyandang kerusi itu, berdepan saingan empat penjuru daripada Musa Dinggat (PSB), Danny Kuan (PBK) san Friday Belik (GPS).\n\n\nAli, wakil tunggal Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebelum ini.\n\n\nBeliau memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016. Sebelum bertanding dibawah tiket BEBAS dalam PRN Ke-12 kali ini\n\n\nBagi Parti Sarawak Bersatu (PSB) Presidennya, Datuk Seri Wong Soon Koh bertanding bagi merebut kerusi DUN Bawang Assan. DUN N53 Bawang Assan akan menyaksikan pertembungan lima penjuru selain PSB dan SUPP, iaitu calon dari Parti Bumi Kenyalang (PBK), Michelle Ling Shyan; calon Parti Tindakan Demokratik Rakyat (DAP), Amy Lau Bik Yeing; dan seorang calon bebas, Ricky Enteri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/07/pendakwa-raya-fail-afidavit-bukti-baharu-tiada-kaitan-elemen-kes-jenayah-rasuah-najib/", "title": "Pendakwa Raya Fail Afidavit Bukti Baharu Tiada Kaitan Elemen Kes Jenayah Rasuah Najib", "body": "0\n\n\n(Dato Sri Najib Razak / sumber : theedgemarkets)\n\n\nSELASA, 7 DISEMBER\n \u2013 Permohonan bukti baharu yang akan diperdengar di Mahkamah Rayuan esok bukan satu perkara baru di dalam perundangan negara.\n\n\nMenurut Peguam Hanif Khatri Abdullah, dalam jurnal kes negara terdapat banyak kes lain yang membuat permohonan sedemikian cuma tidak banyak dilaporkan di media.\n\n\nDalam perkembangan lain kata beliau, pihak pendakwa raya pada hari berpendapat keterangan bukti baharu yang akan dibawa dalam kes bekas perdana menteri itu adalah tiada kaitan dengan kes jenayah yang sedang berjalan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSabitan Najib Bersalah Kes SRC Kekal, Aibkan Negara\n\n\n\n\n\n\nBN GABUNG PH, DONG ZONG TERUS BERANI DESAK IKTIRAF UEC\n\n\n\n\n\n\nSuntik Dana Anak Muda Hasil Seni Bermutu, Cukuplah Karya Berkiblat Barat\n\n\n\n\n\n\nAnwar ketuai kerajaan PH, bukan Kerajaan Perpaduan \u2013 Gerakan\n\n\n\n\n\n\nMungkin ada rakyat Malaysia jadi tali barut \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu pada esok mahkamah akan mendengar hujah kedua-dua pihak sama ada keterangan baharu itu perlu untuk menampilkan rayuan.\n\nJika keterangan itu tidak wujud, kaitan dengan isu pertuduhan atau tidak memenuhi elemen Mahkamah Rayuan boleh menolak.\n\n\nSekiranya permohanan Najib dibenarkan atau tidak maka ia akan terdapat beberapa prosedur untuk kes rayuan itu ditangguhkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/07/pengalaman-bbq-pasti-menyeronokkan-di-sunway-lagoon/", "title": "Pengalaman BBQ Pasti Menyeronokkan di Sunway Lagoon", "body": "1\n\n\nFoto: Ehsan Sunway Lagoon\n\n\nOleh: Haffiz Aziz \n\n\nSelasa , 7 Disember 2021 : Tenang dan mendamaikan. Pemandangan dihiasi panorama lampu lampu neon dan rekabentuk bangunan menjadi tarikan utama untuk menjamu selera \u00a0di Sunway Lagoon.\n\n\nHo Ho Hot BBQ yang berlansung dari 3 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 (Jumaat \u2013 Ahad) pastinya menjanjikan BBQ bertaraf 5 bintang disediakan.\n\n\nFOTO: SUNWAY LAGOON\n\n\nSejak ia dilancarkan pada minggu pertama, sebanyak 150 pax telah terjual dalam satu hari.\n\n\n\u00a0\n\n\nWakil kepada kepada pengurusan Sunway Lagoon berkata, pengunjung yang datang kesini, bukan sahaja dapat makanan makanan yang dipanggang sendiri malah mereka akan menikmati keindahan panoram malam yang dihiasi dengan lampu lampu neon bersempena dengan kedatang tahun 2022.\n\n\n\u201cMakanan yang kami sediakan berbaloi dengan harga yang ditawarkan dengan hanya RM150 untuk dua orang. Dimana makanan kami melebihi 7 jenis\u201d ujar Pengurusan Sunway Lagoon.\n\n\nBagi yang berkelapangan pada cuti hujung minggu, inilah masanya untuk membawa ahli keluarga untuk menikmati makan malam bersama.\n\n\nUntuk anda yang ingin membuat tempahan, dosyorkan untuk menempah 24 jam sebelum. layari laman web \nwww.sunwaylagoon.com.my"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/07/perbicaraan-src-diteruskan-dalam-talian/", "title": "Perbicaraan SRC Diteruskan Dalam Talian", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Najib Tun Razak, foto hiasan )\n\n\nSELASA, 7 DISEMBER\n \u2013 Mahkamah rayuan mengarahkan kes rayuan SRC International diteruskan secara dalam talian pada jam 12.30 tengah hari tadi atau bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dikenakan waran tangkap.\n\n\nHakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, juga berkata keputusan rayuan Najib terhadap sabitan kesalahannya juga akan diteruskan esok.\n\n\nPeguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah malam tadi, mengemukakan permohonan untuk menangguhkan perbicaraan bagi kes SRC International selepas salah seorang peguamnya didapati positif COVID-19.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM tidak temui salah laku dalam kontrak RM399 juta \u2013 Petronas\n\n\n\n\n\n\nKPKM akan teliti masalah lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing\n\n\n\n\n\n\nTayangan filem `Pulau\u2019 perlu diharamkan walau babak lucah dipotong\n\n\n\n\n\n\nBangunkan rakyat bermentaliti kelas pertama \u2013 Raja Muda Perlis\n\n\n\n\n\n\nKerana Musang King \u2013 jangan aniaya Orang Asli, bincang sebelum halau\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, pasukan pembelaan Najib sebelum ini memohon penangguhan pendengaran mereka untuk mengemukakan bukti baharu dalam kes rayuan SRC International Sdn Bhd yang dijadualkan didengar pada Selasa.\n\n\nPeguam utama dalam pasukan itu, Muhammad Shafee memaklumkan mahkamah melalui surat, yang didedahkan kepada media lewat malam tadi, bahawa salah seorang peguamnya didapati positif COVID-19 manakala yang lain telah menjadi kontak rapat.\n\n\nMahkamah Rayuan sepatutnya mendengar permohonan yang difailkan oleh Najib pada 1 Disember lalu di mana Ahli Parlimen Pekan itu meminta Mahkamah Rayuan membenarkan dan mengarahkan bukti lisan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, Datuk Seri Azam Baki antara lain untuk diambil bagi tujuan rayuan Najib.\n\n\nDalam pada itu, Mahkamah Rayuan pagi tadi turut memberi peringatan tegas terhahap Najib bahawa mahkamah bukan kedai kopi.\n\n\nDemikian reaksi mahkamah mengenai ketidakhadiran Najib pada prosiding jenayah hari ini kerana didakwa mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/07/proses-penamaan-calon-berjalan-lancar/", "title": "Proses Penamaan Calon Berjalan Lancar", "body": "0\n\n\n(Proses hari penamaan calon Sarawak berjalan lancar / sumber : kosmo)\n\n\nSELASA, 7 DISEMBER\n \u2013 Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang bermula hari ini dengan proses penamaan calon menyaksikan sebanyak 45 orang atau 12.9 peratus daripada keseluruhan 349 calon adalah wanita.\n\n\nPelbagai spekulasi dan andaian dibuat sepanjang Proses Penamaan Calon pagi tadi. Tidak terlepas ialah Ketua Menteri Sarawak, Dato Seri Abang Johari Tun Abang Haji Openg yang beralih dari Kerusi DUN Satok ke Kerusi DUN Gedong.\n\n\nBagi mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut mengenai sesi Penamaan Calon pagi semalam ditalian iaitu, Pemerhati Politik, Dr Jeniri Amir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Rayuan Kes Rasuah Abdul Azeez Ditangguhkan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Airlines lancar kajian minta pandangan orang ramai mengenai pakaian seragam kru\n\n\n\n\n\n\nCadangan KWSP sebagai cagaran pinjaman tidak wajar \u2013 Kesatuan Pekerja\n\n\n\n\n\n\nCari jalan pendekkan kes mahkamah syariah, elak mangsa dizalimi\n\n\n\n\n\n\nVarian Baharu Panjangkan Jangka Masa Pandemik\n\n\n\n\n\n\n\n\n1. Selesai sahaja sesi penamaan calon pagi tadi, kita dapat lihat ada kerusi bertanding empat penjuru, pada pandangan Doktor bagaimana rakyat memilih calon dengan hampir semua partin dicalonkan dari parti tempatan?\n\n\n2. Dalam PRN Ke-12 ini buat pertama kalinya Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertanding, jika sebelum ini mereka bertanding dibawah tiket Barisan Nasional. Adakah GPS mampu untuk berdiri sama seperti sewaktu mereka bersama BN.\n\n\n3. Kita maklum, Ketua Menteri Sarawak , Abg Johari sebelum ini 4 dekat bertanding di DUN Satok. Dan PRN kali ini , beliau telah beralih arah dengan bertanding di Kerusi DUN Gedong. Pada pandangan Doktor, apa yang berlaku sebenarnya, adakah Abg Jo sudah tidak selamat di Kerusi Satok atau macamana Doktor?\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/08/2-marsyal-termasuk-datuk-serah-diri/", "title": "2 Marsyal Termasuk \u2018Datuk\u2019 Serah Diri", "body": "0\n\n\n(tangkapan video tular, sumber : FB IPD Port Dickson)\n\n\nRABU, 8 DISEMBER\n \u2013 Dua lelaki yang dipercayai dirakam terbabit dalam aksi lagak marsyal di jalan awam sudah hadir ke Balai Trafik Port Dickson, semalam.\n\n\nKetua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kedua lelaki berusia 45 dan 49 tahun itu hadir pada pada 12.45 tengah hari dan 2.30 petang untuk memberi keterangan berkaitan video tular di media sosial.\n\n\nMemetik laporan Harian Metro, Aidi berkata, kedua-dua lelaki termasuk seorang daripadanya bergelar Datuk hadir ke Balai Trafik sejurus mengetahui aksi mereka dirakam dan tular di media sosial.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMEDAC sasar 10 peratus masjid di seluruh negara tubuh koperasi tahun depan\n\n\n\n\n\n\nSeorang Jemaah Umrah Dari Melaka Dijangkiti Omicron\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri pernah tolak kenderaan kalis peluru\n\n\n\n\n\n\nPolis Umum Pengurangan Saman Sehingga 80%\n\n\n\n\n\n\nKPM umum sekolah cuti khas Aidilfitri pada 19 April\n\n\n\n\n\n\n\n\nPolis menahan kedua-dua lelaki yang juga ahli perniagaan dan ejen insurans itu\n\n\nDalam pada itu, polis turut menahan dua motosikal berkuasa tinggi dan beberapa barangan yang digunakan kedua-dua marshal berkenaan seperti yang dirakam.\n\n\nSiasatan lanjut sedang dijalankan secara menyeluruh termasuk jika wujud kesalahan lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/08/hentikan-bersubahat-dalam-penjualan-arak-isma/", "title": "Hentikan Bersubahat Dalam Penjualan Arak \u2013 ISMA", "body": "0\n\n\n(Presiden \u00a0Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang / sumber : beritaharian)\n\n\nRABU, 8 DISEMBER\n \u2013 Dalam pada itu beliau berkata mengikut perundangan, terdapat peruntukan bahawa orang Islam di negara ini dilindungi daripada melakukan tugas penjualan arak, tidak solat jumaat dan penjualan bahan tidak halal.\n\n\nBagaimanapun peruntukan itu berbeza, tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing.\n\n\n\u00a0\nSehubungan itu masyarakat diseru cakna dengan sekeliling dan peruntukan yang ada supaya\u00a0 tidak bersubahat dalam penjualan arak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPARTI PUTRA GUNA SIMBOL TANJAK MARTABAT MELAYU\n\n\n\n\n\n\nBazar raya Usrah Khadijah bantu golongan tidak berkemampuan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Malaysia bertambah 2.1 peratus pada 2023\n\n\n\n\n\n\nHanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam\n\n\n\n\n\n\nMisteri bagasi hitam dirungkai \u2013 mayat dikerat tanpa kepala ditemukan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah ISMA juga berharap orang ramai bersama-sama bangkit untuk permit menjual arak di kedai serbaneka tidak diluluskan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBagi enakmen jenayah syariah selangor, 1995 \nENAKMEN 9 seksyen 18 menyatakan \n\u00a0pertama \nMana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.\n\n\n\n\nPresiden \nPersatuan Peguam Syarie Malaysia \nMusa Awang\n ketika dihubungi menyatakan tindakan boleh ambil menurut perkara kedua enakmen berkenaan Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan s\nuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.\n\n\nHasil tinjauan mendapati , mereka berkata \u201c\n\u2026.. \n\u00a0Kita tidak biasa dengan hak pekerja\u2026.dalam undang-undang syariah negeri ada sebut\u2026\u201d\n\n\nTambahnya beliau faham mengenai tuntutan bekerja oleh orang Islam serta ada yang bimbang hilang pekerjaaan pada ketika sangat sukar mencari kerja pada waktu ini.\n\n\nBagaimanapun atas dasar keprihatinan dan ajaran Islam beliau berharap ada kesedaran dilakukan masyarakat peruntukan untuk melindungi orang-orang Islam untuk tidak bersubahat dalam penjualan arak.\n\n\nSetiap ahli masyarakat , ..penguatkuasaan kita frontliner \u2026suarakan jangan normalisasi voice out , sy dapat feedback ramai tak tahu ahli masyarakat harus cakna jgn berterusan dan majikan cadangkan berterus terang, dengan satf mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/08/jangan-buat-transaksi-itu-jika-tidak-saya-buat-laporan-polis-bilal/", "title": "\u201cJangan Buat Transaksi Itu, Jika Tidak Saya Buat Laporan Polis\u2019\u2019 \u2013 Bilal", "body": "0\n\n\n(YDP ISMA Bangi bergambar dengan pekerja ketika menegur tindakan akan lakukan transaksi, foto hiasan / sumber : FB Bilal Jailani)\n\n\nRABU, 8 DISEMBER\n \u2013 `Jangan buat transaksi itu \u2013 jika tidak saya akan buat laporan polis.\n\n\nDemikian dinyatakan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Bangi, Bilal Jailani, kepada seorang juruwang yang sedang melakukan transaksi seorang pelanggan untuk membeli minuman keras di sebuah kedai serbaneka.\n\n\nBilal menyatakan di Selangor perbuatan menjual arak adalah satu jenayah syariah, dan sebagai seorang Islam beliau bertanggung jawab untuk mencegah perkara daripada berlaku.\n\n\n(Coretan penulisan Bilal berhubung teguran kepada juruwang berkenaan transaksi arak / sumber : FB Bilal Jailani)\n\n\nMelalui perkongsian beliau di Facebook, beliau berkata kejadian berlaku apabila\u00a0 dia sedang beratur untuk membuat pembayaran dia menyedari kehadiran seorang warga asing yang menunggu giliran untuk membayar enam tin arak.\n\n\nBilal Jailani selaku Yang Dipertua ISMA Bangi berkata :\n\n\n\u201cSaya pun buat bayaran\u2026saya bertanya kepada juruwang itu adakah dia menguruskan transaksi arak tersebut \u2026..\u201cSaya bagitahu dia, jika awak meneruskan transaksi itu, saya akan rakam dan membuat laporan polis\u2019\u2019\n\n\nBeliau kemudian memberitahu kepada pelanggan warga asing bahwa adalah salah untuk juruwang terbabit meneruskan jualan kerana dia seorang wanita Islam.\n\n\n\u201cAnd then datanglah staff lain\u2026apa kami boleh buat..\u2019\u2019\u00a0\n\n\nSelain itu, beliau memberitahu kepada mereka bahawa pihak majikan tidak boleh mengarahkan pekerja Islam melakukan sesuatu kerja yang bercanggah dengan undang-undang negara.\n\n\n\u201cMajikan tak boleh arahkan staff untuk\u2026muslim tak boleh jual arak\u2026\u2026 this non halal things \u201d\u00a0\n\n\nDalam pada itu, beliau turut menjelaskan perkara itu kepada pengurus kedai agar transaksi tidak dijalankan dan mereka akan melaporkan perkara ini kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.\n\n\nSaya bagitahu pada\u00a0 warga\u2026.. saya bukan nak susahkan saya rasa respons yang diterima agak\u2026 peruntukan tu dah ada di setiap negeri.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/08/melayu-islam-subahat-jual-arak/", "title": "Melayu Islam Subahat Jual Arak?", "body": "0\n\n\n(Sedutan tangkapan rakaman video di sebuah kedai yang menjual arak / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 8 DISEMBER\n \u2013 Sesetengah pasar raya dan kedai runcit di negara ini juga menjual minuman keras selain barangan runcit dan barangan keperluan lain.\n\n\nSecara sedar, ramai juga orang-orang Islam bekerja di premis berkenaan, dengan hasrat bekerja mencari rezeki.\n\n\nNamun apakah mereka tahu hak-hak seorang Islam yang mencari rezeki di premis yang turut menjual minuman keras?\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHusam Musa mula tugas Pengerusi SPNB berkuat kuasa 22 Mac\n\n\n\n\n\n\n2 helikopter sedia ke lokasi banjir di Pantai Timur\n\n\n\n\n\n\nPutra bantah himpunan desak kerajaan mansuh Sosma\n\n\n\n\n\n\nAkhirnya Amerika Syarikat benarkan laungan azan 5 kali sehari\n\n\n\n\n\n\nPelantikan Izzah, sah undang-undang tapi salah dari sudut moral \u2013 Hassan Karim\n\n\n\n\n\n\n\n\nTV PERTIWI melakukan tinjauan di beberapa pasar raya, yang cukup dikenali di negara ini dan mendapati rata-rata pekerja mereka ialah golongan remaja Melayu.\n\n\nBukan sahaja sebagai pembantu pasar raya mereka juga bertugas di bahagian juruwang yang pastinya terpaksa melakukan transaksi jual beli barangan termasuk arak.\n\n\nDeretan minuman keras pelbagai jenama juga ditempatkan di peti sejuk berdekatan ruang membayar.\n\n\nSatu perkara yang amat menyedihkan apabila setiap hari secara rawak anak Melayu beragama Islam perlu melakukan transaksi jual beli arak di kedai tempat mereka bekerja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/08/najib-berjaya-tangguhkan-sabitan-hukuman/", "title": "Najib Berjaya Tangguhkan Sabitan, Hukuman", "body": "0\n\n\n(Permohonan Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menangguh sabitan dan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta / sumber : yahoonewsmalaysia)\n\n\nRABU, 8 DISEMBER\n \u2013 Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan sabitan dan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.\n\n\nDatuk Abdul Karim Abdul Jalil yang mengetuai panel tiga hakim membenarkan permohonan pihak pembelaan setelah mengekalkan hukuman yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini untuk dirayu di Mahkamah Persekutuan\n\n\nPanel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023\n\n\n\n\n\n\nMohamad fokus siapkan kapal LCS secepat mungkin\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO mula pertikai tindakan Zahid, Anwar\n\n\n\n\n\n\nGuna Akta ISA cegah rasuah dan penyelewengan \u2013 Ibrahim Ali\n\n\n\n\n\n\nPM arah JPA bincang isu gaji penjawat awam dengan Cuepacs\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram membantah permohonan Najib untuk menangguhkan sabitan dengan berhujah bahawa sabitan tidak boleh ditangguhkan.\n\n\nBagaimanapun, peguam Tan Sri Muhammad Shafee berhujah, Seksyen 311 Kanun Acara Jenayah menyatakan bahawa perintah dan sabitan boleh dirayu, dengan itu boleh ditangguhkan.\n\n\nBeliau berkata, jika anak guamnya tidak boleh menangguhkan sabitan, ia akan menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen.\n\n\nSementara itu, peguam Farhan Read berhujah, Najib tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah dan beliau tidak pernah melanggar syarat jaminan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/08/najib-didapati-bersalah-hukuman-penjara-12-tahun-kekal/", "title": "Najib Didapati Bersalah, Hukuman Penjara 12 Tahun Kekal", "body": "0\n\n\n(Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak / sumber : benarnews)\n\n\nRABU, 8 DISEMBER\n \u2013\u00a0 Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan bersalah terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.\u00a0\n\n\nPanel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 lalu.\n\n\nMahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta ringgit yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah wajar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Azam Baki, Cubaan Heret Institusi Diraja \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nTarik pelancong baik, tetapi jangan sampai ancam keselamatan negara\n\n\n\n\n\n\nKeabsahan Sek Vernakular\n\n\n\n\n\n\nTiada Istilah Sambutan Hari Agama Sedunia\n\n\n\n\n\n\nShahrir akan fail saman sivil terhadap kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu.\u00a0\n\n\nDatuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata :\u00a0\n\n\n\u201cBeliau melantik pengarah lain dalam syarikat itu dan menandatangani surat pelantikan, maka disebabkan itu, semua pengarah mematuhi arahan Najib di mana tiada bukti menunjukkan bahawa mereka tidak mematuhi keputusan berkenaan,\u201d\u00a0\n\n\nKetika Prosiding keputusan yang dijalankan menerusi aplikasi zoom pada jam 9:30 pagi tadi, Abdul Karim berkata, mahkamah bersetuju dengan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa perayu adalah pengarah bayangan SRC.\n\n\nDalam penghakiman yang dibacakan, mahkamah antara lain menyatakan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali adalah selamat dan tidak perlu diubah.\n\n\nNajib yang hadir prosiding keputusan itu dilaporkan tenang tanpa sebarang reaksi sejurus keputusan dibacakan oleh Abdul Karim.\u00a0\n\n\nSebelum ini Najib memohon untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas yang mendapati dia bersalah atas satu pertuduhan salah guna jawatan sebagai perdana menteri, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana SRC."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/08/najib-gagal-masuk-bukti-baharu-kes-seleweng-dana-src-intl/", "title": "Najib Gagal Masuk Bukti Baharu Kes Seleweng Dana SRC INTL", "body": "2\n\n\n(Mahkamah Rayuan Persekutuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak / sumber : benarnews)\n\n\nRABU, 8 DISEMBER\n \u2013 Mahkamah Rayuan Persekutuan petang tadi menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu bagi dipertimbangkan dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dihadapinya.\n\n\nPanel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, memutuskan demikian selepas mendapati Najib gagal menunjukkan bukti itu adalah perlu dan tiada keadaan istimewa bagi membolehkan ia diterima oleh mahkamah.\n\n\nMahkamah rayuan juga bersedia untuk menyampaikan keputusan rayuan Najib dalam kes SRC International pada Rabu, esok secara maya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMinyak masak botol juga ada subsidi RM5\n\n\n\n\n\n\nRosakkan harta sekolah, pelajar bakal jalani khidmat komuniti\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tiada GST tetapi barangan mewah akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir beri bayangan sertai PUTRA\n\n\n\n\n\n\n349 Kertas Pencalonan Bagi 82 Kerusi Bertanding\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu pada prosiding tengah hari tadi, pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak\u00a0 memohon penangguhan pendengaran untukmengemukakan bukti baharu dalam kes rayuan SRC International Sdn Bhd yang dijadual didengar hari ini.\n\n\nIni susulan salah seorang pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri itu dilaporkan dijangkiti COVID-19.\n\n\nPeguam utama pasukan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah melalui surat, yang didedahkan kepada media lewat malam tadi, bahawa salah seorang peguamnya didapati positif COVID-19 manakala yang lain telah menjadi kontak rapat.\n\n\nSeorang pegawai mahkamah berkata, perbicaraan pagi ini bagaimanpaun diperintahkan diteruskan secara hibrid di mana panel hakim dan pihak pendakwaan akan berada di mahkamah terbuka manakala pasukan pembelaan akan mengambil bahagian melalui aplikasi Zoom.\n\n\nMahkamah Rayuan sepatutnya mendengar permohonan yang difailkan oleh Najib pada 1 Dis lalu, di mana Ahli Parlimen Pekan itu meminta mahkamah rayuan membenarkan dan mengarahkan bukti viva voce (bukti lisan) Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki, antara lain, untuk diambil bagi tujuan rayuan Najib.\n\n\nBukti baharu itu yang didakwa Najib, antaranya membabitkan pembabitan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang dikatakan bersekongkol dengan Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya SRC International.\n\n\nNajib membuat rayuan terhadap sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas tujuh kesalahan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, pada 28 Julai 2020."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/08/perdana-menteri-pertama-didakwa-dan-disabitkan-di-mahkamah/", "title": "Perdana Menteri Pertama Didakwa Dan Disabitkan Di Mahkamah", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Najib Razak / sumber : theleadersonline)\n\n\nRABU, 8 DISEMBER\n \u2013 PUTRAJAYA \u2013\u00a0\nMahkamah rayuan hari ini mengekalkan sabitan bersalah terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sendirian Berhad.\n\n\n\n\nMahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah wajar. Berikut adalah kronologi kes :\n\n\n3 Julai 2018\n\nPada 3 Julai 2018, Najib ditahan Pasukan Petugas Khas 1MDB, di kediamannya di Jalan Langgak Duta, sekitar jam 3 petang dan dibawa ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRundingan agihan kerusi PH, UMNO paling senang \u2013 Saifuddin\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat isu kalimah Allah dibangkitkan dalam kempen\n\n\n\n\n\n\nFahmi nafi halang Ridhuan Tee muncul di televisyen\n\n\n\n\n\n\n\u2018Timah\u2019 sandiwara politik: MCA jangan cuba guris perasaan umat Islam\n\n\n\n\n\n\nEmpat lokasi pantai di Pulau Pangkor dikesan terhakis teruk\n\n\n\n\n\n\n\n\n4 Julai 2018\n\nKeesokannya Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.\n\n\n8 Ogos 2018\n\nPada tarikah ini Najib didakwa lagi di mahkamah yang sama dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama.\n\n\n10 Ogos 2018\n\nDua hari kemudian Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 33 hari bermula 12 Februari 2019 bagi perbicaraan tujuh tuduhan terbabit.\n\nMahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mendapatkan perintah larangan supaya media dan orang awam tidak membicarakan mengenai merit kesnya.\n\n\n13 Ogos 2018\n\nPAda 13 Ogos 2018, Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak untuk mengeluarkan perintah melarang media dan orang awam daripada menerbitkan kenyataan berhubung merit kesnya.\n\n\n26 November 2018\n\nPasukan pembelaan memfailkan permohonan supaya Datuk Sulaiman Abdullah mengemukakan surat kebenaran pelantikan beliau sebagai ketua pendakwaan dalam kes Najib.\n\n\n18 Disember 2018\n\nMahkamah Tinggi sama menolak permohonan Najib berhubung surat pelantikan itu.\n\n\n15 Januari 2019\n\nNajib menerusi firma guamannya Messrs Shafee and Co telah menulis surat kepada Mahkamah Tinggi memohon agar perbicaraan yang dijadualkan pada 12 Februari dilapangkan sementara menunggu tiga rayuan interlokutorinya di Mahkamah Rayuan.\n\n\n17 Januari 2019\n\nJabatan Peguam Negara membantah permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan.\n\n\n8 Februari 2019\n\nNajib memfailkan permohonan penangguhan perbicaraan kes SRC.\n\n\n11 Februari 2019\n\nMahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk tangguh perbicaraan kes.\n\n\n21 Mac 2019\n\nMahkamah Rayuan menolak tiga daripada empat rayuan interlokutori Najib, benarkan permohonan tangguhkan bicara.\n\n\n27 Mac 2019\n\nMahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib menangguhkan perbicaraan.\n\n\n28 Mac 2019\n\nMahkamah Tinggi menetapkan perbicaraan kes pada 3 April.\n\n\n3 April 2019\n\nPerbicaraan bermula selama 58 hari.\n\n\n11 November 2019\n\nMahkamah Tinggi memerintahkan Najib membela diri terhadap semua tuduhan itu.\n\n\n3 Disember 2019\n\nNajib membela diri dan 18 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan, prosiding selama 33 hari.\n\n\n11 Mac 2020\n\nPembelaan menutup kes.\n\n\n1 Jun 2020\n\nHujahan di akhir kes pembelaan selama 5 hari.\n\n\n5 Jun 2020\n\nMahkamah Tinggi menetapkan 28 Julai bagi keputusan.\n\n\n28 Julai 2020\n\nPada tarikh ini Mahkamah Tinggi mendapati `Najib bersalah ke atas semua pertuduhan dan memerintahkan menjalani hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.\u2019\n\n\n30 Julai 2020\n\nNajib kemudian memfailkan tiga notis rayuan untuk mengetepikan sabitan hukuman penjara 12 tahun yang berjalan serentak dan denda RM210 juta atas kesemua pertuduhan.\n\n\n2 Disember 2020\n\nNajib mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara kes itu.\n\n\n23 Januari 2021\n\nHakim Mahkamah Tinggi Mohd. Nazlan Mohd Ghazali yang sebelum ini mendengar kes dan menjatuhkan hukuman terhadap Najib dalam kes SRC dipindahkan ke Mahkamah Sivil bermula Mac.\n\n\n5 April 2021\n\nProsiding rayuan bermula.\n\n\n18 Mei 2021\n\nProsiding rayuan kes penyelewengan dana SRC selesai selepas 15 hari perbicaraan berlangsung.\n\n\n23 November 2021\n\nMahkamah Rayuan menetapkan 8 Disember untuk keputusan rayuan kes.\n\n\n24 November 2021\n\nPasukan peguam Najib yang diketuai peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memohon penangguhan tarikh keputusan kerana bekas Perdana Menteri itu perlu menjalani kuarantin di rumah sekembalinya dari Singapura.\n\n\n24 November 2021\n\nMahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan tarikh keputusan kes.\n\n\n3 Disember 2021\n\nPermohonan Najib untuk membenarkan bukti baru dikemukakan dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman kes akan didengar sehari sebelum Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusannya.\n\n\n7 Disember 2021\n\nMahkamah Rayuan mendengar permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu dalam rayuannya.\n\n\n8 Disember 2021\n\nMahkamah Rayuan menetapkan sabitan dan hukuman Najib kekal. Najib bincang pasukan Peguambela rayu ke Mahkamah Persekutuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/08/pesakit-covid-19-di-pkrc-kelantan-masih-tinggi/", "title": "Pesakit COVID-19 Di PKRC Kelantan Masih Tinggi", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber : utusan)\n\n\nRABU, 8 DISEMBER\n \u2013 Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kelantan masih merekodkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19\u00a0 yang tinggi iaitu lingkungan 100 hngga 200 orang sehari\u00a0\n\n\nMenurut Pengarah PKRC Kelantan, Dr Mohd Zurairie Mohd Zubir, ia melibatkan sembilan buah PKRC yang masih beroperasi di seluruh negeri ini.\n\n\nDR Mohd Zurairie Mohd Zubir sebagai Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kelantan berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis Ikut Akta, KPN Jawab Kecaman Najib Dapat Pengiring\n\n\n\n\n\n\nTiada dalam senarai giliran punca jemaah haji B40, M40 bayar kos penuh\n\n\n\n\n\n\nKestabilan politik dorong pelabur Arab Saudi ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nBukan masa sesuai perkenalkan semula GST\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air tiada kerjasama dengan mana-mana parti untuk PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita masih tidak melonggarkan syarat untuk mereka yang dikuarantinkan di rumah, tetapi kita akui masih ada yang tidak mahu duduk di PKRC sedangkan keadaan mereka perlu di kuarantin di PKRC,\u201d\n\n\nMemetik laporan Sinar Harian, Doktor Zurairie berkata seramai 200 hingga 300 pesakit sedang menjalani Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah HSO, namun perlu mematuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.\n\n\nBagaimanapun katanya, tiada kelonggaran terhadap syarat untuk mereka menjalani kuarantinkan di rumah.\n\n\nUjar beliau,\u00a0 kenyakan mereka memberi alasan sudah mendapat dua dos, tiada simptom dan sebagainya.\n\n\nBeliau turut memberitahu, sehingga kini, seramai 650 pesakit ditempatkan di seluruh PKRC di negeri ini dengan majoritinya adalah daripada pesakit kategori satu dan dua."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/08/pesakit-long-covid-dipantau-dirawat/", "title": "Pesakit \u2018LONG COVID\u2019 Dipantau, Dirawat", "body": "0\n\n\n(Datuk DR Noor Azmi Ghazali / sumber : utusan)\n\n\nRABU, 8 DISEMBER\n \u2013 Seramai 16,914 bekas pesakit Covid-19 yang discaj dari hospital diberi temujanji untuk mendapatkan rawatan susulan di fasiliti kesihatan bagi pemantauan dan rawatan bagi gejala \u2018Long Covid\u2019.\n\n\nTimbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia KKM akan terus memantau dan memberi rawatan kepada pesakit \u2018long Covid\u2019 yang mempunyai indikasi \nberdasarkan Garis Panduan Pengurusan Covid-19 dan memastikan akses perubatan yang mencukupi kepada golongan berkenaan.\n\n\nDatuk DR Noor Azmi Ghazali selaku Timbalan Menteri Kesihatan 1 berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAliran Trafik Di Lorong RFID Lancar\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu bangunkan tiga sektor jika ekonomi tak gawat \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri pernah tolak kenderaan kalis peluru\n\n\n\n\n\n\nKempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak Masih Diteruskan\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026kebanyakan pesakit yg dijangkitan covid-19 akan pulih tetapi sebilangan kecil akan mengalami long covid. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan\u2026bekas pesakit covid-19 juga boleh mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan awam secara walk ini\u2026mereka akan dibawa masuk ke hospital untuk rawatan lanjut\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (BN Sibuti) yang bertanya tentang langkah kementerian dalam memastikan bekas pesakit positif Covid-19 yang mengalami \u2018long Covid\u2019 mendapat akses perubatan yang mencukupi di seluruh negara serta adakah data mengenai jumlah \u2018Long Covid\u2019 melebihi 12 minggu setakat Oktober 2021.\n\n\nDalam pada itu, Doktor Noor Azmi menambah, KKM juga telah menggariskan strategi kesiapsiagaan dari segi kelengkapan logistik dan tenaga kerja di semua fasiliti kesihatan bagi memberikan akses perubatan yang mencukupi kepada semua bekas pesakit Covid-19."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/08/segerakan-peruntukan-diskriminasi-pekerja-muslim-peguam/", "title": "Segerakan Peruntukan Diskriminasi Pekerja Muslim \u2013 Peguam", "body": "0\n\n\n(Peguam Aidil Khalid / sumber : wix.com)\n\n\nRABU, 8 DISEMBER\n \u2013 Satu peruntukan khusus melarang diskriminasi terhadap pekerja muslim perlu diwujudkan bagi memelihara pekerja Muslim.\n\n\nPeguam Aidil Khalid berkata setakat ini kerajaan diharap dapat menyegerakan peruntukan undang-undang itu selain melindungi pekerja Islam, pada masa yang sama boleh membantu majikan menguruskan pekerja mereka .\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Pertama Didakwa Dan Disabitkan Di Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nDONG ZONG RAKUS, SEPATUTNYA PERKASA SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN\n\n\n\n\n\n\n1,839 premis seluruh negara diperiksa sepanjang dua hari Ramadan \u2013 KPDN\n\n\n\n\n\n\nJangan guna modal politik raih keputusan agong\n\n\n\n\n\n\nQatar Kenakan Sekatan Ke Atas Pelancong China\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam kenyataan berkenaan, Aidil berkata Seseorang tidak boleh dinafikan hak ke atas sesuatu Pilihan pekerjaan hanya kerana agamanya.\u00a0\u00a0\n\n\nPerkara 18 Universal Declaration of Human Rights -UDHR 1948 memperuntukkan tentang kebebasan beragama dan hak ini iaitu\u00a0 termasuk to manifest his religion or belief in teaching practice and observance.\n\n\n\n\nPrinsip pekerja muslim untuk tidak terlibat dalam menghidang atau menjual arak adalah ajaran islam yang perlu dipertahankan.\n\n\nJusteru hak ini adalah dibawah hak asasi antarabangsa\u00a0 yang jika dicabuli adalah kesalahan.\n\n\nSebaliknya majikanlah yang perlu membuat penyesuaian terhadap skop tugasan diberikan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nUjar beliau, Malaysia Belum mempunyai undang-undang khas yang melarang majikan daripada mendiskriminasi pekerja Islam.\n\n\nTerutamanya memaksa meninggalkan arak atau menanggalkan tudung, atau menghidang arak, Namun kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengawal isu ini\n\n\nSeseorang itu juga tidak boleh dinafikan hak ke atas sesuatu Pilihan pekerjaan kerana agamanya.\n\n\nAidil berkata majikan yang tidak memberikan kebenaran untuk solat jumaat juga perlu dihadapkan undang-undang anti diskriminasi yang ketat dan tegas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/09/100-hari-tempoh-menilai-kredibiliti-menteri/", "title": "100 Hari Tempoh Menilai Kredibiliti Menteri", "body": "0\n\n\n(Inisiatif Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob / sumber : malaynews)\n\n\nKHAMIS, 9 DISEMBER\n \u2013 Inisiatif Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat menjadi pemangkin kepada kejayaan pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) semua menteri di bawahnya sebelum tempoh yang disasar.\n\n\nBukan mudah bagi beliau memantau 31 menteri dengan 108 petunjuk prestasi utama (KPI) dan 140 sasaran, namun ketegasan kepimpinan yang ditonjolkan beliau dan keperibadian yang menyenangkan ramai menjadikan semua yang dirancang menjadi kenyataan.\n\n\nBagi memperincikan lagi mengenai inisiatif ini, di talian bersama dengan kita sekarang, Pakar Geostrategis, Azmi Hassan.\n\n\n(Geostrategis dan penganalisis politik, Azmi Hassan / sumber : malaysiadateline)\n\n\nSoalan 1. Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri menyempurnakan 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia , pada pandangan Saudara, kenapa agaknya Perdana Menteri menekankan 100 hari ini dengan menjadikan ia sebagai satu hari yang cukup besar?\n\n\nSoalan 2. Pada pandangan tuan, apa elemen yang perlu dinilai terhadap semua kementerian yang ada.Kita tahu 100 hari ini amat singkat untuk menilai kredibiliti kabinet itu dan kerja mereka? Ini satu trend di negara lain, namun apa yang rakyat boleh lakukan sekiranya ada dalam kalangan menteri yang masih tidak menepati 100 hari?\n\n\nSoalan 3. Program ini akan berlansung dari 9 hingga 12 Disember, dan ia diilhamkan oleh Perdana Menteri sendiri, adakah sedikit sebanyak ia akan menjadikan Perdana Menteri ini disenangi rakyat?\n\n\nSILA IKUTI TEMUBUAL DI SINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/09/akhbar-cina-lapor-kes-tular-babitkan-penjualan-arak/", "title": "Akhbar Cina Lapor Kes Tular Babitkan Penjualan Arak", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan)\n\n\nKHAMIS, 9 DISEMBER \u2013 \nPendedahan mengenai peruntukan enakmen syariah Selangor berhubung orang islam tidak dibenarkan menjual arak mendapat liputan luas media perdana berbahasa cina.\n\n\n(Akhbar cina lapor kes arak / sumber : enanyang.my)\n\n\nLaporan akhbar berkenaan turut menyiarkan pendedahan Yang Dipertua Ikatan Muslimim Malaysia (ISMA) Cawangan Bangi, Bilal Jailani yang menerangkan berhubung peruntukan enakmen syariah selangor 1995 yang memperuntukkan mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan.\n\n\nPeruntukan itu juga menyebut apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup setahun\n\n\n\n\n\n\nKepimpinan Felda, Peneroka Fokus Tangani Isu Dadah\n\n\n\n\n\n\nMemperingati kejayaan rakyat menentang Malayan Union\n\n\n\n\n\n\nNajib Akan Mohon Peguam Diraja Dari UK\n\n\n\n\n\n\nDua ahli UMNO hantar notis bantahan kepada RoS\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetakat ini kami tidak belum mendapat maklumat mengenai terjemahan laporan berkenaan.\n\n\nBagaimanapun kami akan bawakan apa yang dilaporkan itu esok."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/09/elak-aktiviti-di-pantai/", "title": "Elak Aktiviti Di Pantai", "body": "0\n\n\n(Fenomena air pasang besar yang melanda negeri Terengganu / sumber : sahih)\n\n\nKHAMIS, 9 DISEMBER\n \u2013 Orang ramai dinasihat supaya menghindari dan tidak melakukan aktiviti di kawasan pantai sepanjang fenomena air pasang besar yang melanda negeri Terengganu ketika ini.\n\n\nTimbalan Ketua Polis Terengganu, Norhalid Kimi berkata, peringatan dan amaran itu bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang musim tengkujuh.\n\n\nKatanya, peralihan monsun timur laut yang melanda Terengganu ketika ini tidak sesuai untuk melakukan aktiviti air dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan ombak besar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPejuanita gesa kerajaan bendung budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nPelupusan hutang RM8 bilion peneroka Felda tidak diteruskan\n\n\n\n\n\n\nNurul Izzah bukan lagi penasihat kewangan PM\n\n\n\n\n\n\nBas Mekar JPN permudah urusan permohonan kad pengenalan\n\n\n\n\n\n\nCukai vape: Sejarah hitam negara, kes paru-paru rosak akan meningkat\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata masyarakat juga perlu peka dengan keadaan semasa sebelum melakukan sebarang aktiviti khususnya di kawasan pantai yang sering menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat fenomena air pasang besar.\n\n\nTerdahulu, Angkatan Pertahanan Awam Terengganu mengenal pasti sebanyak 37 lokasi di negeri itu yang dijangka berdepan risiko banjir berikutan fenomena air pasang.\n\n\nFenomena air pasang besar dan hujan lebat diramal berlaku 3 hingga 12 Disember. Ia melibatkan tujuh daerah di negeri itu kecuali Hulu Terengganu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/09/hanya-kit-ujian-air-liur-sahaja-dibenarkan-di-sekolah-kpm/", "title": "Hanya Kit Ujian Air Liur Sahaja Dibenarkan Di Sekolah : KPM", "body": "0\n\n\n( Penggunaan kit ujian secara calitan hidung tidak dibenarkan dan tidak selaras/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 9 DISEMBER\n \u2013 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 di semua sekolah bawah KPM perlu menggunakan kit ujian air liur sahaja.\n\n\nKPM melalui kenyataan hari ini memaklumkan, penggunaan kit ujian secara calitan hidung tidak dibenarkan dan tidak selaras dengan arahan melalui surat bertarikh 28 November 2021.\n\n\nKenyataan tersebut dikeluarkan bagi memberi respon kepada gambar yang tular di media sosial bertajuk \u2018Di sebuah sekolah guru-guru menjalani latihan amali dengan swab pelajar\u2019.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEsok hari terbaik usul undi tidak percaya pada PM\n\n\n\n\n\n\nCecair vape dibenarkan tanpa sebarang kawalan?\n\n\n\n\n\n\nBersatu Sabah tiada akar umbi, bakal \u2018tutup kedai\u2019\n\n\n\n\n\n\n52 penerbangan tambahan ke seluruh negara diluluskan MOVCOM\n\n\n\n\n\n\nSanusi selesai angkat sumpah MB\n\n\n\n\n\n\n\n\nSiasatan KPM mendapati gambar tersebut melibatkan ujian saringan Covid-19 yang dilaksanakan di sebuah sekolah di negeri Pahang.\n\n\nSecara keseluruhan, seramai 16 murid dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan kit ujian air liur.\n\n\nUntuk makluman, pengurusan ujian kendiri Covid-19 bagi murid KPM dilaksana mengikut ketetapan dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.\n\n\nPada 28 November, KPM mengeluarkan surat pemakluman berkenaan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 yang dibuat secara penggiliran membabitkan sekurang-kurangnya 10 peratus murid.\n\n\nSementara itu, Kes harian positif Covid-19 negara meningkat kepada 5,020 kes berbanding 4,965 kes semalam\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara melebihi 2.6 juta kes setakat ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/09/najib-berjaya-tangguhkan-sabitan-hukuman-2/", "title": "Najib Berjaya Tangguhkan Sabitan, Hukuman", "body": "0\n\n\n(Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram membantah permohonan Najib untuk menangguhkan sabitan / sumber : beritaharian)\n\n\nKHAMIS, 9 DISEMBER\n \u2013 Sementara itu, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib untuk menangguhkan sabitan dan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.\n\n\nPanel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram membantah permohonan Najib untuk menangguhkan sabitan dengan berhujah bahawa sabitan tidak boleh ditangguhkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTindakan Zionis bunuh Al-Tamimi dikecam keras\n\n\n\n\n\n\nTAMAN TEMA MENDAPAT SAMBUTAN KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH\n\n\n\n\n\n\nSanusi saman Saifuddin isu REE, MARRIS\n\n\n\n\n\n\nNasib Khairy dan pengkhianat UMNO diketahui esok\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO dipecat sedang giat memasarkan diri \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, peguam Tan Sri Muhammad Shafee berhujah, Seksyen 311 Kanun Acara Jenayah menyatakan bahawa perintah dan sabitan boleh dirayu, dengan itu boleh ditangguhkan.\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/09/najib-ulangi-sumpah-laknat-tidak-tahu-tentang-rm42-juta/", "title": "Najib Ulangi Sumpah Laknat, Tidak Tahu Tentang RM42 Juta", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah laknat buat kali kedua semalam / sumber : sinarharian)\n\n\nKHAMIS, 9 DISEMBER\n \u2013 Selesai keputusan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, barisan Peguambela Datuk Seri Najib mengadakan satu sidang media.\n\n\nNajib menzahirkan kekecewaannya di atas keputusan pagi tadi dan melafazkan sumpah laknat buat kali kedua, menyatakan beliau tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd (SRC).\n\n\nBekas Perdana Menteri itu juga mengarahkan pasukan pembelaannya mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan secepat mungkin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMasjid, surau di Selangor perlu bebas propaganda politik \u2013 JAIS\n\n\n\n\n\n\nMinyak masak botol juga ada subsidi RM5\n\n\n\n\n\n\nBatal sidang media, \u2018Langkah Kinabalu\u2019 didakwa gagal\n\n\n\n\n\n\nSaya Sertai Bersatu Atas Faktor Kepimpinan Muhyiddin\u2019\u2019 \u2013 Mohamaddin\n\n\n\n\n\n\nPDRM pantau media sosial kumpulan dikaitkan dengan IS\n\n\n\n\n\n\n\n\nDan merujuk kepada kenyataan hakim bahawa kes ini adalah satu yang memalukan negara ini Najib berkata beliau kecewa dipanggil sedemikian kerana sepanjang kariernya sebagai Perdana Menteri, beliau memfokus dalam mempromosi kepentingan negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/09/netizen-luah-kekecewaan-terhadap-aplikasi-mybayar-saman/", "title": "Netizen luah kekecewaan terhadap Aplikasi MyBayar Saman", "body": "0\n\n\n9 Disember 2021 :\n Bermula hari ini bersempena dengan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia , Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan kadar Diskaun saman sehingga 80% bagi kesalahan-kesalahan tertentu.\n\n\n\u00a0\n\n\nNamun ada segelintir netizen yang berasa terkilan dengan sistem MYBayar Saman. Berikutan aplikasi tersebut masih lagi tidak dapat diakses dari awal pagi tadi.\n\n\nLuahan Netizen di Twitter\n\n\nNamun dengan nada sinis netizen memperli aplikasi tersebut dengan mengatakan itu merupakan aplikasi murah.\n\n\nLuahan Netizen di Twitter\n\n\nSelain itu ada juga netizen mengatakan bahawa mungkin disebabkan terlalu ramai, aplikasi tersebut tidak boleh menampung \u00a0terlalu ramai.\n\n\n\u00a0\n\n\nSementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, CP Dato Wira Mat Kasim berkata PDRM menyarankan orang ramai yang gagal mengekses aplikasi itu supaya berbuat demikian selepas waktu puncak. \u00a0Ia berikutan pembayaran tersebut beroperasi selama 24jam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/09/penjualan-arak-di-kalangan-jurujual-muslim-semakin-berleluasa/", "title": "Penjualan Arak Di Kalangan Jurujual Muslim Semakin Berleluasa", "body": "0\n\n\n(Sedutan tangkapan rakaman video di sebuah kedai yang menjual arak / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh\u00a0 Nurlaila Syuhada Zulkifli, Wartawan TV Pertiwi.\n\n\nKHAMIS, 9 DISEMBER\n \u2013 Peruntukan undang-undang di Selangor khususnya yang mengatakan orang Islam tidak boleh menjual arak harus dihebahkan supaya pemahaman mengenainya diketahui kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.\n\n\nSecara tidak langsung, ia akan membantu pengurusan premis jualan berkenaan untuk menyediakan petugas bukan Islam dalam urusan jual beli barangan bukan halal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMTEM Gesa Kerajaan Tangani Kemiskinan Pasca Pandemik\n\n\n\n\n\n\nFilem berbaur lucah: FINAS boleh batal lesen jika ada kecurangan, fraud atau keburukan akhlak\n\n\n\n\n\n\nPerlu ada jabatan khas tangani isu dera kanak-kanak \u2013 Raja Zarith\n\n\n\n\n\n\nAnwar angkat sumpah jawatan Perdana Menteri jam 5 petang\n\n\n\n\n\n\nUlama perlu berani tegur kerajaan \u2013 Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohd Faizal\u00a0 sebagai orang awam berkata :\n\n\n\u201c\u2026Tentang penjualan arak kat Malaysia ni bagi penjualan arak ni perlu ada pemantauan lah dari segi sebab kita dekat Malaysia ni adalah majoriti kita umat islam. Jadi penjualan arak ni perlu dipantau secara berleluasa supaya tidak berlaku macam orang kata orang bukan islam pun boleh beli dan contohnya dan mostly kita tengok arak-arak ni ada dijual di mana mana di kedai-kedai serbaneka dan dimana pekerjanya rata-ratanya orang melayu kita sendiri. Jadi isu ni sebenarnya tentang agama kita tak nak pekerja-pekerja tersebut bersubahat. Jadi bagi saya pihak perlu memantau penjualan arak ni di Malaysia\u2026\u201d\n\n\n\u201c\u2026Kalau kita tengok majoriti sekarang ni memang banyak contohnya macam 7E, Speedmart sebagaimananya memang kebanyakkan cashier ni adalah orang melayu tempatan macam kita sendirilah dan setiap kedai-kedai tersebut mesti ada jual minuman keras nilah arak nilah. Jadi bagi saya penjualaan ini sepatutnya setiap kedai-kedai tersebut mesti meletakkan seorang pekerja atau manager dia yang bukan islam untuk menghandlekan pembeli arak yang bukan beragama islamlah\u2026\u201d\n\n\nMohd Ashraf, orang awam berkata :\n\n\n\u201c\u2026Larangan tu sangat baguslah untuk menyelamatkan nyawa masyarakat yang lain kan untuk mengelakkan daripada berlaku perkara-perkara tak diingini lah tu memang baguslah saya memang sokonglah\u2026\u201d\n\n\nNor Seha sebagai orang awam turut berkata :\n\n\n\u201c\u2026Pada akak seelok eloknya penjualan arak tu diasingkan lah kan tak masuk pada yang ramai islam kedai orang islam masuklah buatkan satu tempat. Bila bercampur rasa macam tak seronok lah\u2026\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/09/penyokong-najib-banjiri-perkarangan-mahkamah/", "title": "Penyokong Najib Banjiri Perkarangan Mahkamah", "body": "0\n\n\n(Penyokong setia Datuk Seri Najib Razak turun padang memberi sokongan kepada bekas perdana menteri / sumber : malaysiadateline)\n\n\nKHAMIS, 9 DISEMBER\n \u2013 Dalam pada itu, penyokong setia Datuk Seri Najib Razak turun padang memberi sokongan kepada bekas perdana menteri itu di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.\n\n\nWalaupun Najib tidak hadir ke mahkamah ekoran perbicaraan dijalankan secara hybrid, mereka hadir dengan diringi laungan takbir, nyanyian dan sorakan.\n\n\nGelagat mereka menarik perhatian petugas media yang membuat liputan perbicaraan ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Wang ihsan disalurkan terus kepada golongan miskin\n\n\n\n\n\n\nRM1 juta milik Armada untuk kebajikan parti\n\n\n\n\n\n\nTiada diskriminasi dalam penganjuran bengkel SPM\n\n\n\n\n\n\nLebih 500 Ribu Peluang Pekerjaan Berjaya Diwujudkan\n\n\n\n\n\n\nAmbil tindakan terhadap Najwan Halimi \u2013 Rafique\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain memakai kemeja T tertera gambar Najib bertulis \u201ctetap bersamamu\u201d, dan pengikat kepala.\n\n\nSelesai keputusan hakim hari ini, mereka beredar meninggalkan perkarangan mahkamah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/09/persenda-oku-diminta-mohon-maaf/", "title": "Persenda OKU Diminta Mohon Maaf", "body": "0\n\n\n(Sebuah video tular menggunakan parkir khas bagi golongan orang kurang upaya (OKU) di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, diminta membuat permohonan maaf kepada komuniti OKU.\n/ sumber : ohbulan)\n\n\nKHAMIS, 9 DISEMBER\n \u2013 Dua pemuda yang merakam perbuatan mereka menggunakan parkir khas bagi golongan orang kurang upaya (OKU) di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, diminta membuat permohonan maaf kepada komuniti OKU.\n\n\nPresiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata tindakan mereka berpura-pura menjadi OKU dan menceroboh kemudahan dikhaskan itu, mempersendakan golongan istimewa terbabit.\n\n\nJelas Ras Adiba, mereka telah mempersenda dengan mempergunakan parkir OKU dan berlakon diri anda sebagai seorang OKU.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBasmi Pengasingan Kuasa\n\n\n\n\n\n\nBawa pihak sorok bekalan gula ke muka pengadilan \u2013 CAP\n\n\n\n\n\n\nBomba Bersiap Siaga, Paras Air Sungai Lui Tidak Seperti Didakwa\n\n\n\n\n\n\nPembela seru masyarakat untuk lawan tayangan filem Pulau\n\n\n\n\n\n\nDua bekas pengarah ditahan seleweng dana RM9 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya orang semua selalu memandang rendah terhadap golongan ini, dengan menggunakan kemudahan yang disediakan dan dikhaskan untuk OKU.\n\n\nDalam hantaran itu, Ras Adiba turut memaparkan video mengenai dua pemuda terbabit yang berkongsi cara mendapatkan parkir di pusat beli-belah dengan berpura-pura menjadi OKU.\n\n\nVideo berkenaan turut menunjukkan aksi seorang daripada mereka berlakon sebagai OKU dengan berjalan dalam keadaan tidak sempurna"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/09/polis-umum-pengurangan-saman-sehingga-80/", "title": "Polis Umum Pengurangan Saman Sehingga 80%", "body": "0\n\n\n(Pengurusan saman sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia/ sumber : semakanonline)\n\n\nKHAMIS, 9 DISEMBER\n \u2013 Sempena sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menawarkan pengurangan bayaran saman sehingga 80 peratus selama 4 hari bermula hari ini.\n\n\nDua hari lalu , PDRM mengumumkan bagi saman yang dikeluarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pengurangan sehingga 80 peratus, diskaun saman diberikan manakala selain daripada lembah klang diskaun sehingga 70 peratus ditawarkan.\n\n\nLangkah itu disambut baik orang ramai namun, tular ada yang meluahkan kesukaran membayar saman berdiskaun berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPejuang terdesak, opportunis, tiada prinsip mahu sertai PN\n\n\n\n\n\n\nAmbil Langkah Berjaga-Jaga Elak Gelombang Keempat \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nJaga Sensitiviti, Jangan Provokasi Agama \u2013 Idris Ahmad\n\n\n\n\n\n\nArmada buat laporan polis terhadap Anwar, Guan Eng\n\n\n\n\n\n\nPemandu Preve Rempuh Kedai Perabot Bukan Mabuk Tapi Pitam\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas pengumuman tersebut, ramai yang tidak melepaskan peluang malah terkejut dengan diskaun yang diberikan itu yang dianggap cukup berbaloi.\n\n\nAntara kaunter pengurangan bayaran saman yang dibuka ialah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.\n\n\nAda yang sudah beratur dari awal pagi untuk tidak melepaskan peluang mendapatkan pengurangan sehingga 80%.\n\n\nNamun mereka kecewa ketika berada di KLCC berikutan diarah tidak berada di kaunter oleh pihak berkuasa kerana keadaan yang sesak dan tidak terkawal.\n\n\nSelain itu orang ramai juga berkata tidak dapat mengakses aplikasi my-bayar saman dari awal pagi hari ini, mungkin kerana terlalu ramai cuba menggunakannya.\n\n\nBagi mendapatkan TV PERTIWI, Untuk itu kami cuba mendapatkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, DCP Datuk Wira Mat Kassim mengenai masalah ini.\n\n\nDCP Datuk Wira Mat Kassim selaku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman berkata :\n\n\n\u201c.\u2026 tetapi mungkin tak perlulah bersesak sesak\u2026\u201d\n\n\nMat Kassim juga menjelaskan, kesemua kaunter trafik di seluruh Malaysia juga boleh membuat pembayaran saman tersebut. Bukan hanya di KLCC sahaja.\n\n\nAntara nilai pengurangan saman yang ditawarkan adalah seperti berikut. Bagi saman bernilai RM300 , akan dikurangkan kepada RM60\u00a0 sahaja.\n\n\nSaman bernilai\u00a0 RM150 pula kini hanya bernilai RM30 sahaja. Dan saman bernilai RM40, dikurangkan kepada RM8 sahaja.\n\n\nBagaimanapun, pengurangan tersebut tidak layak bagi beberapa jenis saman seperti saman kemalangan tahun 2021, saman berstatus bicara mahkamah, saman berkait kenderaan lori dan lain-lain jenis lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/09/sabitan-najib-bersalah-kes-src-kekal-aibkan-negara/", "title": "Sabitan Najib Bersalah Kes SRC Kekal, Aibkan Negara", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC / sumber : quartz)\n\n\nKHAMIS, 9 DISEMBER\n \u2013 Mahkamah rayuan hari ini mengekalkan sabitan bersalah terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sendirian Berhad.\n\n\nMahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman yang dikenakan adalah wajar.\n\n\nProsiding rayuan itu dikendalikan Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nLaungan \u2018bebas Najib\u2019 depan PM pada PAU 2023 dianggap janggal\n\n\n\n\n\n\nAtas dasar simpati, Sunway Lagoon turun padang bantu mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nRelawan Muda ISMA-Yayasan Telekom kerjasama program kecemerlangan pendidikan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Halang hak rakyat, sekat peruntukan pembangkang, jawablah di akhirat kelak\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Rayuan mendapati Datuk Seri Najib Razak diberikan kuasa istimewa dalam SRC kerana peranannya sebagai Perdana Menteri ketika itu.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu mendakwa dalam pembelaan, tindakannya adalah bagi kepentingan nasional.\n\n\nDatuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata :\n\n\n\u201cIni bukan bagi kepentingan nasional seperti didakwa, ini adalah memalukan negara (Nationali embarrassment),\u201d\n\n\nBagaimanapun Abdul Karim berkata dengan mendedahkan kerajaan untuk menjamin syarikat korporat yang bermasalah ini bagi mendapatkan pinjaman bukan satu tindakan demi kepentingan negara, malah ia mengaibkan negara.\n\n\nMenurut Abdul Karim, Mahkamah Rayuan mendapati wang yang dipindahkan dalam akaun Najib adalah hasil daripada aktiviti haram dan perayu mengetahui mengenai kemasukan wang daripada dana SRC dalam akaunnya.\n\n\n\u201cKami mendapati Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes pecah amanah jenayah melampaui keraguan munasabah. Kami mendapati sabitan Mahkamah Tinggi terhadap semua tuduhan pengubahan wang haram terhadap perayu juga adalah selamat,\u201d\n\n\nJusteru itu, panel tiga hakim sebulat suara bersetuju dengan dapatan hakim Mahkamah Tinggi bahawa tuduhan pengubahan haram berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah.\n\n\nNajib, 68 tahun, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lalu, yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atasnya selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah jenayah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC.\n\n\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib bagi setiap tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram (masing-masing tiga tuduhan) serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.\n\n\nBagaimanapun, beliau hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas hakim itu memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/10/3198/", "title": "", "body": "0\n\n\nDua pemuda yang merakam perbuatan mereka menggunakan parkir khas bagi golongan orang kurang upaya (OKU) di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, diminta membuat permohonan maaf kepada komuniti OKU.\n\n\nPresiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata tindakan mereka berpura-pura menjadi OKU dan menceroboh kemudahan dikhaskan itu, mempersendakan golongan istimewa terbabit.\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/10/3203/", "title": "", "body": "0\n\n\n\u201cTolonglah gubal undang-undang yang tidak mendiskriminasikan muslim di tanah air mereka. Islam adalah agama Persekutuan. Jadi macam mana muslim didiskriminasi disebabkan tiga perkara ini?\u201d soal Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Bangi, Ustaz Bilal Jailani.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam program Dimensi yang bertajuk \u2018Jual Arak Jenayah, Namun Masih Berleluasa?\u2019 di TV Pertiwi.\n\n\nTonton rancangan penuh di\n sini"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/10/3206/", "title": "", "body": "0\n\n\nMajlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil maklum bahawa satu kandungan di media sosial Facebook dan Twitter telah tular berkaitan rakaman video sekumpulan pelajar sedang membuli rakannya.\n\n\nMenurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihak MARA memandang serius berkaitan isu tersebut dan akan melaksanakan siasatan terperinci terhadap video yang tular."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/10/ali-biju-tarik-diri-kukuhkan-hubungan-pn-dengan-gps/", "title": "Ali Biju Tarik Diri, Kukuhkan Hubungan PN Dengan GPS", "body": "0\n\n\n(Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak, Datuk Ali Biju\u00a0 / sumber ; metro)\n\n\nJUMAAT, 10 DISEMBER\n \u2013 Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak, Datuk Ali Biju mengumumkan menarik diri sebagai calon bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.\n\n\nAli yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, keputusan itu dilakukan setelah mempertimbangkan dengan penyertaannya dalam pilihan raya negeri mungkin menyebabkan jalinan kerjasama dan persefahaman antara Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terjejas.\n\n\n\u201cSaya menginsafi hakikat bahawa keputusan ini akan menjejaskan hubungan baik di antara Bersatu dan GPS. Saya telah mendapat nasihat dari pimpinan tertinggi parti serta jaminan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi PN, mengenai persefahaman kerangka besar politik nasional yang disepakati di antara PN dan Tan Sri Abang Johari Tun Openg selaku Pengerusi GPS.\u2019\u2019\n\n\n\u2013 Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak, Datuk Ali Biju\n\n\nMalah beliau yakin\u00a0 muafakat itu adalah untuk meneruskan dan memperkukuhkan hubungan yang utuh di antara PN dan GPS.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMajlis Tindakan Sara Hidup Negara Bersidang Khamis Tangani Isu Harga Barang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Kedah Perlu Waspada Judi Pasaran Gelap \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nPAS Selangor intai kerusi dimenangi pada PRU12\n\n\n\n\n\n\nTanah runtuh : 76 kakitangan SPRM diarah keluar\n\n\n\n\n\n\nPN tawar saya jadi senator dan menteri \u2013 Wan Rosdy\n\n\n\n\n\n\n\n\nAli dalam satu hantaran di Facebooknya menjelaskan, beliau menawarkan diri sebagai calon DUN Krian setelah mengambil kira pandangan dan desakan daripada pimpinan masyarakat dan pengundi di kawasan itu.\n\n\nIsnin lalu, Ali membuat kejutan apabila tampil bertanding sebagai calon Bebas di Krian.\n\n\nAli berdepan saingan empat penjuru daripada calon GPS, Friday Belik; calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Musa Dinggat dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Danny Kuan.\n\n\nAli menyandang\u00a0 kerusi DUN Krian selama dua penggal apabila meraih undi terbanyak pada PRN 2011 dan 2016 ketika mewakili PKR menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Kilat Beriak dengan majoriti 1,640 undi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/10/dong-jiao-zong-mahu-tulisan-jawi-letak-paling-bawah/", "title": "Dong Jiao Zong Mahu Tulisan Jawi Letak Paling Bawah", "body": "0\n\n\n(Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon, Jabatan Pendidikan Pahang / sumber : mykmu.net)\n\n\nJUMAAT, 10 DISEMBER\n \u2013 Jika sebelum ini pertubuhan radikal, Dong Jiao Zong mahu tulisan Cina diletakkan di papan tanda dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pekan, Pahang;\n\n\nKali ini setelah papan tanda baru dikeluarkan dengan disertakan tulisan Cina, mereka sekali lagi menggesa supaya kedudukan tulisan Jawi pada papan tanda SJKC ditukar dan diletakkan paling bawah.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTertekan pedal minyak, kereta rempuh kedai serbaneka\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir akan bertemu Annuar Musa, bincang bentuk kerjasama\n\n\n\n\n\n\n29 Kampung Melayu Dilenyapkan Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n30 rakyat Malaysia bakal tiba di tanah air esok\n\n\n\n\n\n\nLelaki serang imam berhalusinasi, dirujuk kepada pakar psikiatri\n\n\n\n\n\n\n\n\nGesaan dibuat itu susulan tulisan papan tanda SJKC yang dipasang memaparkan tulisan Jawi menjadi tulisan utama diikuti tulisan Cina dan tulisan rumi.\n\n\nMereka mendakwa, tulisan Jawi tidak sepatutnya menjadi tulisan utama pada papan tanda sekolah tersebut.\n\n\nOleh demikian, pertubuhan rasis itu meminta Jabatan Pendidikan membetulkan kesalahan yang terdapat pada papan tanda SJKC terbabit agar masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan memuaskan hati semua pihak.\n\n\n\n\nSebelum ini, Jabatan Pendidikan Pahang telah membuat papan tanda untuk dua buah SJKC di Pekan dengan tulisan Jawi dan tulisan rumi tanpa tulisan Cina.\n\n\nn Namun selepas bantahan semua pihak dan usaha Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon, Jabatan Pendidikan Pahang telah menambah tulisan Cina pada papan tanda SJKC terbabit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/10/gubal-undang-undang-elak-umat-islam-didiskriminasi/", "title": "Gubal Undang-Undang Elak Umat Islam Didiskriminasi", "body": "0\n\n\n(Dimensi 9 Disember 2021 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 10 DISEMBER\n \u2013 Tiga isu perlu dipandang serius oleh kerajaan terhadap umat Islam yang didiskriminasi di negara ini.\n\n\nYang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Bangi, Ustaz Bilal Jailani berkata, perhatian perlu ditumpukan bagi menangani isu yang membabitkan pengendalian menjual arak, menunaikan solat Jumaat serta pemakaian tudung.\n\n\nUstaz Bilal Jailani sebagai Yang Dipertua ISMA Bangi berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKawalan produk tembakau dijangka kuat kuasa tahun depan\n\n\n\n\n\n\nKonvoi Diiringi Polis Trafik Diberi Laluan Untuk Elak Kemalangan\n\n\n\n\n\n\nUMNO telah tamat tarikh luput \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n28 Julai kes rayuan pembebasan 40 pertuduhan rasuah Zahid\n\n\n\n\n\n\nMajlis Raja-Raja cadang pelantikan ahli SPK tidak dibuat Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAda 3 isu muslim didiskriminasi yang pertama pengendalian arak mereka boleh dibuang kerja kerana mengendalikan arak yang ke-2 mereka bo;leh dibuang kerja sekiranya mereka pergi solat jumaat mereka tidaj dilindungi dan yang ke-3 mereka boleh dibuang kerja sekiranya tak nak buka tudung. ini teruk betul 3 benda ni jika seseorang itu dipecat disebabkan 3 perkara itu mereka boleh dipecat dan tiada akta pun peruntukan yang melindungi mereka dapat pampasan pun dapat sebulan gaji itu sahaja. ini terlalu teruk bagi saya dan perlu diselesaikan segera oleh para politikus yang mewakili umat Islam di luar sana.\u201d\n\n\nBeliau berkata, sehingga kini tidak kelihatan sebarang undang-undang melindungi pekerja muslim meskipun kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.\n\n\nJusteru, Ustaz Bilal menggesa ahli politik yang mewakili umat Islam di luar sana segera menggubal undang-undang bagi menangani isu berkenaan supaya umat Islam tidak didiskriminasi di negara ini.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjadi panel program Dimensi yang bertajuk \u2018Jual Arak Jenayah, Namun Masih Berleluasa?\u2019 yang disiarkan secara langsung di TV Pertiwi, malam tadi.\n\n\nSILA TONTON DIMENSI DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/10/kerajaan-perlu-teliti-semula-import-ayam-luar/", "title": "Kerajaan Perlu Teliti Semula Import Ayam Luar", "body": "0\n\n\n(Tinjauan ayam oleh Ezzati Asyiqin Solleh, wartawan TV Pertiwi)\n\n\nOleh Ezzati Asyiqin Solleh, Wartawan TV Pertiwi.\n\n\nJUMAAT, 10 DISEMBER\n \u2013 Langkah kerajaan bagi meringankan kos tanggungan rakyat ekoran kenaikan harga ayam\u00a0 dengan mengimport bekalan ayam sejuk beku dari negara luar mendapat pelbagai reaksi.\n\n\nBekalan ayam berkenaan akan dieksport dari China dan juga Thailand bagi menampung bekalan ayam dalam negara.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertikai Pulau Pinang dalam Perlembagaan akan dikenakan tindakan\n\n\n\n\n\n\nInstitusi Perundangan : Tidak boleh ada keistimewaan antara ahli politik dengan rakyat\n\n\n\n\n\n\nPecat Pengerusi Masjid: Surat tuntutan dihantar kepada MAINPP\n\n\n\n\n\n\nJangan manipulasi isu pemilikan tanah rizab Polis Diraja Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPeguam Fail Rayuan Isu Keabsahan Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\n\n\nTV Pertiwi hari ini membuat tinjauan di pasar sekitar cheras bagi mendapatkan pandangan peniaga dan juga pembeli tentang langkah ini.\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\nEzzati Asyiqin Solleh sebagai wartawan melaporkan bahawa berkata :\n\n\n\u2018\u2019\u2026\ni\nnisiatif kerajaan bagi membantu golongan rentan\u2026 bagi mendapatkan komen peniaga dan juga pembeli bagi isu ini.\n\n\nSaya menemubual peniaga ayam yang nyata tidak bersetuju dengan tindakan mengimport ayam sejuk beku dari luar.\n\n\nUjar beliau, peniaga ayam tempatan akan terkesan kerana pasar segar hanya menjual ayam segar dan mengikut harga semasa\n\n\nAhmad Mayan sebagai peniaga berkata :\n\n\n\u2018\u2019\u2026\npada saya pendapat saya\n \u2026.. \njangan nak cepat tak betul susahkan peniaga..\u2019\n\n\nPembeli dan pengunjung pasar juga mengakui, sedikit ragu-ragu tentang status ayam yang akan diimport walaupun telah diyakinkan melalui kenyataan Jabatan Perkhidmatan Veterinar DVS.\n\n\nNoor Amelia sebagai Pembeli berkata bahawa, \n\u2018\n\u2019\u2026 Kalau saya sebagai pembeli\u2026 walaupun dia mahal sikit\u2026\u2019\u2019.\n\n\nSiti Nazreen, Pembeli pula berkata, \n\u2018\u2019\u2026 \nbagi saya baik beli ayam yang fresh la\u2026 kita tak tahu kan dari mana datangnya cara sembelihannya\u2026\u2019\u2019\n\n\nTinjauan saya mendapati pihak peniaga ayam dan pembeli\u00a0 tidak bersetuju tentang langkah kerajaan yang mengimport bekalan ayam sejuk beku dari negara luar.\n\n\nMereka juga perlu menanggung kos yang tinggi dan tidak mendapat faedah daripada pelaksanaan berkenaan.\n\n\nJusteru, semoga kerajaan lebih teliti dan melihat kesan import bekalan ayam ini secara lebih menyeluruh agar semua golongan yang terkesan mendapat anfaat dan bukannya kerugian.\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/10/kerajaan-tiada-hasrat-tarik-balik-kelulusan-lesen-jual-arak/", "title": "Kerajaan Tiada Hasrat Tarik Balik Kelulusan Lesen Jual Arak", "body": "0\n\n\n(Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz)\n\n\nJUMAAT, 10 DISEMBER\n \u2013 Di parlimen kerajaan tidak berhasrat menarik balik sebarang kelulusan berkaitan pelesenan penjualan minuman keras setakat ini.\n\n\nMenteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut menafikan tohmahan yang menuduhnya bertindak membatalkan perkara berkaitan aspek pelesenan berkenaan.\n\n\nMenurutnya, sebarang isu berhubung pelesenan atau pengecualian daripada pelesenan adalah tertakluk kepada kuasa kerajaan negeri sepenuhnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeganasan domestik, penindasan wanita wajar diberi keutamaan \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Permohonan rayuan UMNO atas dasar simpati\n\n\n\n\n\n\nSiasatan perlu adil, tidak kira kawan atau lawan \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di 4 Negeri Kekal\n\n\n\n\n\n\nUPIN IPIN meninggal?\n\n\n\n\n\n\n\n\nTengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan berkata :\n\n\n\u201cSetakat ini, tiada pindaan dibuat bagi perwakilan kuasa tersebut, di mana kerajaan negeri diberi kuasa untuk membuat keputusan berkenaan lesen penjualan minuman keras. Saya akur baru-baru ini timbul pelbagai kekeliruan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan lesen penjualan minuman keras di peringkat negeri\n\u2026\u2026\u2026masih kekal tanpa sebarang perubahan\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tony Pua pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini mengenai rasional perintah baharu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mewajibkan kedai kopi dan restoran memohon lesen arak untuk menjual bir kepada bukan Islam, mulai tahun depan.\n\n\n\n\nPenjualan minimum keras secara runcit di premis perlu dilesenkan mengikut Akta Eksais 1976\n\n\nSebarang pelesenan penjualan minum keras perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pelesenan, selaras dengan Seksyen 35, Akta Eksais 1976.\n\n\n\n\nZafrul berkata, dasar sedia ada menggariskan penjualan minimum keras secara runcit di premis perlu dilesenkan mengikut Akta Eksais 1976.\n\n\nKatanya, sebarang pelesenan penjualan minum keras perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pelesenan, selaras dengan Seksyen 35, Akta Eksais 1976.\n\n\nBeliau berkata, pelesenan penjualan minum keras kekal di bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan yang dilantik melalui perwakilan kuasa Menteri Kewangan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri melalui perintah diwartakan, pada 1977.\n\n\nSelain itu, beliau berkata, kementerian juga sudah mengarahkan JKDM untuk mengambil tindakan segera dan mengemaskini segala dokumen perintah atau garis panduan bagi memastikan kekeliruan ini tidak berulang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/10/kluster-pulau-gadong-kes-positif-meningkat-kepada-137/", "title": "Kluster Pulau Gadong: Kes Positif Meningkat Kepada 137", "body": "0\n\n\n(Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Doktor Muhamad Akmal Saleh / sumber : berita harian)\n\n\nJUMAAT, 10 DISEMBER\n \u2013 Kes positif COVID-19 membabitkan dua madrasah di Melaka sehingga tercetusnya Kluster Pulau Gadong, kini merekodkan peningkatan.\n\n\nExco Kesihatan dan Anti Dadah negeri Doktor Muhamad Akmal Saleh berkata, angka terkini menunjukkan seramai 137 guru dan pelajar disahkan positif, berbanding hanya 41 individu sebelum ini.\n\n\nKatanya, peningkatan itu dicatatkan selepas keputusan ujian saringan RTPCR yang dilakukan ke atas semua 224 pelajar dan guru diterima Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMOU Bukan \u2018Kitab Suci\u2019 Untuk Halang Buat PRU Awal \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nUMNO Tewas DI TANGAN DAP\n\n\n\n\n\n\nKesihatan Ustaz Azhar Idrus semakin baik\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Tidak Langgar Peraturan Dagangan \u2013 SC\n\n\n\n\n\n\nAnwar bukti keabsahan sebagai PM di Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, pada awalnya seramai 185 pelajar dan guru disaring susulan kes indeks pertama dikesan, melibatkan seorang tenaga pengajar yang juga salah seorang jentera parti pada kempen pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini.\n\n\nJumlah saringan itu kemudian meningkat kepada 224 individu melibatkan dua madrasah, masing-masing di Pulau Gadong dan Bukit Katil, sebelum keseluruhan 187 disahkan positif manakala baki 87 lagi disahkan negatif.\n\n\nSementara itu, Kes baharu penularan Covid-19 di negara ini meningkat sedikit berbanding semalam, apabila merekodkan 5,446 kes setakat jam 12 tengah hari tadi.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan 2,678,465 individu dijangkiti virus berkenaan di negara ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/10/pheb-akan-adakan-perarakan-pedati-berhala-walau-dilarang/", "title": "PHEB Akan Adakan Perarakan Pedati Berhala Walau Dilarang", "body": "0\n\n\n(Perarakan pedati berhala sempena sambutan Thaipusam dilarang diadakan / sumber : malaysia aktif)\n\n\nJUMAAT, 10 DISEMBER\n \u2013 Lembaga Waqaf Hindu Negeri Pulau Pinang (PHEB) bertegas untuk mengadakan \nperarakan pedati berhala\n sempena sambutan Thaipusam pada 18 Januari depan meskipun mendapat larangan Kerajaan Persekutuan berikutan negara sedang berdepan ancaman varian baharu Covid-19, Omicron ketika ini.\n\n\nPengerusinya, Profesor Doktor P Ramasamy menempelak larangan perarakan berhala tersebut sebagai tidak masuk akal.\n\n\nTimbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan larangan tersebut yang diumumkan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTH jangka bantuan kewangan haji meningkat RM500 juta pada 2024\n\n\n\n\n\n\nWee Ka Siong bawa telur ayam import dan tempatan ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\nAmalan \u2018Little Napoleon\u2019 tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan \u2013 Cuepacs\n\n\n\n\n\n\nNGO seru Perdana Menteri benarkan pengeluaran KWSP\n\n\n\n\n\n\nAlasan Ketua Polis Negara tak logik \u2013 Hamzah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, Halimah bukan dalam posisi yang tepat untuk menghargai kepentingan perarakan itu memandangkan beliau bukan seorang Hindu.\n\n\nTambahnya, Thaipusam tidak ada kepentingan atau makna tanpa perarakan pedati.\n\n\nBeliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat permainan politik dalam pengumuman ini, memandangkan pada sambutan Thaipusam tahun lalu, perarakan tersebut tiba-tiba dibenarkan bagi Batu Caves dan kuil-kuil Chettiar di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang setelah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan campur tangan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/10/segera-tubuhkan-badan-kawal-selia-khas/", "title": "Segera Tubuhkan Badan Kawal Selia Khas", "body": "0\n\n\n(Pengerusi Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Zulhelmi Mansor / sumber : utusan)\n\n\nJUMAAT, 10 DISEMBER\n \u2013 Pengerusi Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Zulhelmi Mansor menggesa agar kerajaan menubuhkan Badan Kawal Selia Khas bagi sektor ini, sepertimana yang diumum Perdana Menteri.\n\n\nIni berikutan isu penghantar P-Hailing yang terjejas pemarkahan akibat mengambil rehat untuk menunaikan solat dan menolak pesanan yang tidak halal termasuk arak.\n\n\nMenurut Zulhelmi, apakah adil jika pemarkahan waktu bekerja penghantar P-Hailing ini dikurangkan jika mereka berhenti rehat untuk bersolat, dan pemarkahan kadar penerimaan pula dikurangkan jika mereka menolak pesanan yang jelas tidak halal seperti arak dan daging babi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKJ gesa `jangan matikan\u2019 demokrasi dalam UMNO\n\n\n\n\n\n\nLangkah Kekang Penularan COVID-19 Di Peringkat Sekolah\n\n\n\n\n\n\nBN sedia hadapi PRN, punggut undi parti komponen\n\n\n\n\n\n\nPengaruh \u2018gelombang hijau\u2019 merosot \u2013 Ramasamy\n\n\n\n\n\n\nTanding jawatan lain, bukan Presiden dan Timbalan \u2013 Khir Toyo\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u201cDi peringkat persatuan, sudah tiba masanya suara kerajaan ini memainkan peranan dalam menghentikan segera segala bentuk eksploitasi dan penindasan kepada Rakan-Rakan Penghantar P-Hailing.\u201d\n\n\nBeliau turut mempersoalkan, berapa lama lagikah masa yang perlu diambil oleh kerajaan, terutamanya dalam menubuhkan Badan Kawal Selia Khas untuk Sektor P-Hailing berkenaan.\n\n\nTambahnya, di peringkat persatuan pihaknya telah menyuarakan isu ini kepada pelbagai organisasi, antaranya Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan banyak lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/10/status-mysejahtera-jingga-perbicaraan-rosmah-tangguh/", "title": "Status Mysejahtera \u2018Jingga\u2019, Perbicaraan Rosmah Tangguh", "body": "0\n\n\n(Datin Sri Rosmah Mansor / sumber : utusan)\n\n\nJUMAAT, 10 DISEMBER\n \u2013 Perbicaraan mahkamah kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ditangguhkan setelah status My Sejahtera beliau berwarna jingga.\n\n\nStatus my sejahtera Isteri bekas perdana Menteri itu menunjukan beliau sebagai\u00a0 kontak rapat pesakit covid-19\n\n\nKetika prosiding pembelaan diri kes rasuah projek hybrid solar di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Rosmah yang diwakili peguam Datuk Jagjit Singh memaklumkan status mysejahtera anak guamnya berwarna jingga.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPastikan Status Kesihatan Dulu Sebelum Memandu \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tanah terbiar Felda, Felcra, Risda digunakan untuk penghasilan makanan\n\n\n\n\n\n\n31,600 surat tawar haji mula dikeluarkan Rabu ini\n\n\n\n\n\n\nArahan tulisan Jawi di papan tanda tidak langgar Perlembagaan Persekutuan \u2013 Hakim\n\n\n\n\n\n\nMain kutu moden tawarkan dividen boleh dikenakan cukai\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Hakim, Mohamed Zaini Mazlan meminta Tarikh perbicaraan baharu pada isnin ini untuk mengemas kini status Rosmah.\n\u00a0\n\n\nTimbalan pendakwa raya, datuk Seri Gopal Sri Ram kemudian memberi cadangan akan prosiding dijalankan secara hybrid agar perbicaraan dapat dijalankan dalam talian dan pejabat peguam dengan kehadiran pihak pembelaan dan pendakwaan.\n\n\nMohamed Zaini Mazlan selaku Hakim berkata :\n\n\n\u00a0\u2018\u2019\nSaya tidak mahu menjejaskan keseluruhan perbicaraan hanya sebab ia okay pada peringkat ini. Saya mahu lebih berhati-hati,\u201d\n\n\nUjar Zaini, beliau mahu mengambil langkah berhati -hati kerana tiada peruntukan undang-undang mengenai situasi ini.\n\n\nMohamed zaini kemudianya menetapkan tarikh tambahan bagi perbicaraan memandangkan terdapat dua saksi pembelaan yang perlu memberi keterangan\n\n\nMahkamah menetapkan tarikh 23 hingga 24 disember ini serta 13 dan 14 januari untuk perbicaraan kes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/31-lagi-kematian-baharu-akibat-covid-19/", "title": "31 Lagi Kematian Baharu Akibat COVID-19", "body": "0\n\n\n(Sumber : COVIDNOW)\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 31 korban dijangkiti Covid-19 setakat tengah malam semalam.\n\n\nMaka jumlah kumulatif terbaharu kematian ialah 30,862 orang, daripada 2.68 juta kes positif Covid-19.\n\n\nMerujuk data KKM menerusi COVIDNOW \u2014 7 daripada kes kematian itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM40,000 Elaun Pengerusi FGV Naik, Pengarah Dapat RM12,500 Sebulan\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Hamas, UAE ucap tahniah kepada Anwar\n\n\n\n\n\n\nAmbil masa bertahun untuk selesai isu doktor kontrak \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Terus Meningkat, Kini Lebih 1,100 Penduduk\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan kementerian mana urus isu kalimah Allah \u2013 Naim\n\n\n\n\n\n\n\n\nMaklumat lengkap boleh merujuk kepada data berikut. Menerusi portal sama, menunjukkan jumlah kes tertunggak korban COVID-19 beberapa minggu lalu.\n\n\nSementara itu, terdapat 60,778 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.\n\n\nDaripada jumlah itu, 49 ribu 910 individu atau 82.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.\n\n\nSeramai 5,867 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/3248/", "title": "", "body": "0\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak perlu disegerakan kerana kemunculan varian baharu COVID-19 Omicron yang masih tidak diketahui ancamannya.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun prosedur operasi standard (SOP) ketat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjaya mengelak wujudnya kluster dan lonjakan kes harian COVID-19, PRU15 tidak perlu diadakan dalam tempoh terdekat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/3251/", "title": "", "body": "0\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 \u201cTujuan penubuhan SUHAKAM begitu murni sekali. Persoalannya, adalah ahli-ahli yang dilantik menganggotai suruhanjaya tersebut. Sudah sampai masanya, mereka yang dilantik, dikaji dan disiasat latar belakangnya.\n\n\nLantik mereka dalam kalangan yang berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan, agar mempunyai jati diri. Jangan sama sekali lantik mereka yang mengingkari Rukun Negara, ingkar kepada perintah tuhan mereka sendiri dan tidak ada jati diri.\u201d \u2013 PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/3256/", "title": "", "body": "0\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Seramai 500,257 pencari kerja telah berjaya mendapat peluang pekerjaan melalui 27 inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan setakat 3 Dis lepas, sekali gus melepasi sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan Kementerian Kewangan melalui Belanjawan 2021.\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kejayaan itu sangat bermakna memandangkan pasaran buruh telah menghadapi pelbagai cabaran getir akibat penularan Covid-19 sejak Mac tahun lepas sehingga menyebabkan pengangguran melonjak kepada kadar tertinggi iaitu 5.3 peratus pada Mei tahun sama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/bila-pejuang-agama-mahu-haramkan-rokok/", "title": "Bila Pejuang Agama Mahu Haramkan Rokok?", "body": "0\n\n\n(Rokok, vape, foto hiasan / sumber : hellokerja)\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Meskipun ada undang-undang larangan merokok di beberapa kawasan awam, namun sehingga kini tidak ada tindakan tegas dilakukan.\n\n\nIni kerana, rokok antara punca utama yang menyebabkan anak-anak muda termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah terjerumus dalam gejala dadah.\n\n\nProf Dr Ridhuan Tee Abdullah selaku Penganalisis Politik berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat dakwaan Menteri Pelancongan berlaku rasuah di KLIA\n\n\n\n\n\n\nHukuman Lebih Kepada Pengajaran, Bukan Penyeksaan\n\n\n\n\n\n\nMakanan tidak halal boleh guna perkataan Menu Rahmah\n\n\n\n\n\n\nPH arah enam negeri runding dengan BN\n\n\n\n\n\n\nPesakit COVID-19 Di PKRC Kelantan Masih Tinggi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang dapat diharapkan. Malah, perokok yang beragama Islam ini begitu angkuh sehingga berani melakukan dosa merokok di tempat yang dilarang merokok atau vape, termasuklah di Dewan Rakyat\u201d\n\n\nProf Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, mengikut dapatan kajian beliau dan rakan-rakan bertajuk \u2018faktor penagihan dadah dalam kalangan etnik Melayu berbanding etnik Cina\u2019, boleh dikatakan tidak ada penagih dadah yang tidak bermula dengan rokok.\n\n\nJelasnya lagi, Semuanya bermula dengan rokok. Dan rokok lah punca berleluasanya dadah.\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan menfatwakan begitu lama, bahawa rokok, termasuk vape itu adalah haram.\n\n\nBagaimanapun, di negara ini, sesiapapun termasuk orang Islam yang berumur lebih 18 tahun boleh membeli rokok, tembakau atau produk lain yang mempunyai nikotin dengan begitu mudah tanpa sebarang tindakan undang-undang.\n\n\nDi negeri Terengganu, penjualan vape semakin berleluasa. Kedai vape seperti cendawan tumbuh.\n\n\nApa yang dapat diharapkan. Malah, perokok yang beragama Islam ini begitu angkuh sehingga berani melakukan dosa merokok di tempat yang dilarang merokok atau vape, termasuklah di Dewan Rakyat.\n\n\nSebelum ini, New Zealand dilaporkan akan mengharamkan penjualan tembakau atau rokok kepada rakyatnya yang dilahirkan selepas tahun 2008.\n\n\nIni bagi memastikan generasi akan datang tidak lagi merokok."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/dipercayai-libat-pegawai-sprm-ditahan/", "title": "Dipercayai Libat Pegawai SPRM, Ditahan", "body": "0\n\n\n(HQ SPRM di Putrajaya / sumber : sprm)\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu kes jenayah.\n\n\nDalam satu kenyataan hari ini, agensi itu menegaskan telah memberikan kerjasama penuh kepada polis bagi mengesan pegawai terbabit.\n\n\nPihak SPRM telah menyerahkan pegawai terbabit kepada agensi penguat kuasa lewat petang semalam tanpa berkompromi dan melindungi mana-mana pegawai yang terbabit dengan sebarang perlakuan jenayah.\n\n\n(Kenyataan SPRM berhubung tidak berkompromi, sumber : sprm)\n\n\nMemetik, kenyataan SPRM, Tindakan tegas termasuk pertuduhan di mahkamah dan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja akan dikenakan jika pegawainya benar-benar terbabit.\n\n\nSemalam, media melaporkan, dua individu termasuk seorang pegawai agensi penguat kuasa, masing-masing berusia 30-an ditahan polis selepas disyaki terbabit kes rompakan berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang, membabitkan kerugian hampir Satu Juta Ringgit.\n\n\nManakala gerakan memburu seorang lagi suspek giat dijalankan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/dirawat-di-hospital-alami-kecederaan-tisu-lembut/", "title": "Dirawat Di Hospital, Alami Kecederaan Tisu Lembut", "body": "0\n\n\n(Mangsa buli oleh pelajar\u00a0 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah / sumber : bestfbkl)\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Mangsa buli melibatkan pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil.\n\n\nMenurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Farid-al-athrash Wahid, mangsa berusia 13 tahun itu menerima rawatan lanjut di sebuah hospital di Selangor.\n\n\nDatuk Mior Faridalathrash Wahid sebagai Ketua Polis Perak berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJemaah diingatkan tidak salah guna visa pelancong, umrah untuk tunai haji\n\n\n\n\n\n\nAkhbar Cina Lapor Kes Tular Babitkan Penjualan Arak\n\n\n\n\n\n\nMajikan dera amah, kerja 15 bulan tanpa gaji\n\n\n\n\n\n\nKempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak Masih Diteruskan\n\n\n\n\n\n\nKelantan dianaktiri: Anwar dakwa Syahir terkhilaf, hujah tanpa fakta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKeadaannya stabil, namun masih dirawat di hospital untuk pemantauan doktor,\u201d\n\n\n\u201cKeterangan mangsa telah diambil untuk membantu polis melengkapkan kertas siasatan kes ini,\u201d\n\n\nMenurutnya, berdasarkan pemeriksaan doktor, mangsa ada mengalami kecederaan tisu lembut dalam badan, katanya ketika dihubungi pada Sabtu.\n\n\nBeliau berkata, bapa pelajar berkenaan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Selangor.\n\n\nMior Faridalathrash dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, seramai 10 pelajar lelaki telah dipanggil untuk beri keterangan bagi membantu siasatan kes itu.\n\n\nDaripada 10 yang dipanggil itu, sembilan pelajar berusia 13 tahun manakala seorang berusia 15 tahun, kesemua mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/harga-barang-dijangka-kembali-stabil-awal-tahun-depan-pm/", "title": "Harga Barang Dijangka Kembali Stabil Awal Tahun Depan \u2013 PM", "body": "0\n\n\n(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Harga barang dijangka kembali stabil pada awal tahun depan setelah lebih banyak negara mula membuka sektor ekonomi masing-masing, demikian kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\n\n\nBeliau berkata sekatan pergerakan turut dialami oleh negara luar yang mengeksport produk makanan kepada Malaysia sekali gus mengakibatkan penawaran berkurangan.\n\n\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSemua Premis Judi, Loteri Kedah Ditutup Berkuat Kuasa Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nKronologi Kejadian Babitkan Pesawat TUDM Hawk\n\n\n\n\n\n\nUMNO sanjung tinggi tindakan tidak munasabah kerajaan campuran\n\n\n\n\n\n\nStatus empat Ahli Parlimen Sabah cetus tanda tanya\n\n\n\n\n\n\nRUU Anti Lompat Parti Dibahas Di Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya percaya keadaan ini akan beransur pulih apabila sektor ekonomi masing-masing dibuka dan pengeluaran akan kembali normal dan kita jangka Insya-Allah pada awal tahun depan harga kembali stabil,\u201d\n\n\nPerdana Menteri berkata menyedari rakyat terkesan akibat kenaikan harga barang, kerajaan telah menganjurkan program jualan murah yang menawarkan harga barang yang rendah selain memberi peruntukan dan insentif kepada golongan terkesan.\n\n\nMenurut beliau pelbagai program dan projek akan terus dilaksanakan kerajaan dalam usaha menjaga kepentingan serta kebajikan rakyat bagi mengurangkan beban mereka.\n\n\nKatanya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga telah menerima peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit antaranya bagi meningkatkan infrastruktur di kawasan luar bandar.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada Program Khatan Perdana Parlimen Bera di Dewan Majlis Daerah Bera Padang Luas di Bera, hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/jpa-sedia-pertimbang-jawatan-warden-asrama-sekolah-sepenuh-masa/", "title": "JPA Sedia Pertimbang Jawatan Warden Asrama Sekolah Sepenuh Masa", "body": "0\n\n\n(Insiden buli melibatkan pelajar tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak. / bestfbkl)\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersedia mempertimbangkan perjawatan warden asrama sekolah jika didapati benar-benar wujud keperluan.\n\n\nMenurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata JPA sememangnya sedang melaksanakan kajian pembaharuan perkhidmatan awam untuk melihat keperluan menggabungkan skim yang ada berdasarkan keperluan.\n\n\nTan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM tidak bercadang wujud silibus baharu berkaitan patriotisme\n\n\n\n\n\n\nMayat lelaki terapung dalam sungai ditemukan dalam keadaan terlungkup\n\n\n\n\n\n\nInflasi : Rakyat Perlu Urus Kewangan Sebaiknya \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di Lima Negeri Terus Menurun\n\n\n\n\n\n\nAUKU tidak dimansuh, akta baharu ibarat \u2018salin kulit\u2019 sahaja\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c Dalam kes perjawatan warden ini, kita kena tengok dan faham juga sama ada dengan meletakkan warden, mampu menyelesaikan kes buli\u201d\n\n\n\u201cBanyak jabatan minta (tambah jawatan) dan jika ada keperluan serta justifikasinya, kita akan pertimbangkan termasuk juga warden asrama ini\u201d\n\n\nBeliau juga berkata kajian ini akan melihat semua skim tugas yang lebih kurang sama untuk digabungkan atau ditempatkan di jabatan atau agensi yang memerlukan.\n\n\nSementara itu, beliau berkata JPA juga akan melihat secara saksama mengenai penambahan jawatan dalam perkhidmatan awam selain adakah ia boleh ditangani dengan penggunaan teknologi.\n\n\nSemalam Berita Harian melaporkan beberapa pihak termasuk guru, pakar kaunseling dan kesatuan perguruan mahu kerajaan mewujudkan jawatan warden asrama sepenuh masa bagi menangani masalah yang sering timbul membabitkan sekolah berasrama di negara ini termasuk kes buli.\n\n\nSebelum ini, kes buli berlaku membabitkan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 2017 yang menyebabkan kematian Zulfarhan Osman Zulkarnain dan kembali hangat dengan insiden buli melibatkan pelajar tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/kaji-semula-anggota-suhakam-lantik-individu-ada-jati-diri/", "title": "Kaji Semula Anggota SUHAKAM, Lantik Individu Ada Jati Diri", "body": "0\n\n\n(Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, Pemerhati Politik)\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Sudah sampai masanya, mereka yang dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dikaji dan disiasat latar belakangnya.\n\n\nDemikian yang dikatakan pemerhati politik, Prof DR Mohd Ridhuan Tee Abdullah.\n\n\nTegasnya suruhanjaya itu perlu diisi oleh individu yang berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan, agar mempunyai jati diri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada campur tangan dalam kes mahkamah libat Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nInspektor wanita tular ditahan polis, satu lagi klip video aksi \u2018garang\u2019 tersebar\n\n\n\n\n\n\nOIC adakan mesyuarat tergempar bincang insiden bakar al-Quran di Stockholm\n\n\n\n\n\n\nMemperingati kejayaan rakyat menentang Malayan Union\n\n\n\n\n\n\n147 Ketua Wanita Bahagian mahu Shahrizat kembali\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJangan sama sekali lantik mereka yang mengingkari Rukun Negara, ingkar kepada perintah tuhan mereka sendiri dan tidak ada jati diri.\u201d\n\n\n\u2013 PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH / Pemerhati Politik\n\n\nMemetik Ismaweb, Ridhuan Tee mengingatkan jangan sama sekali melantik mereka yang mengingkari Rukun Negara, ingkar kepada perintah Allah dan tidak mempunyai jati diri sebagai anggota SUHAKAM.\n\n\nBeliau berkata, paling menyedihkan terdapat wakil agamawan dalam SUHAKAM namun tidak kedengaran suaranya.\n\n\nJelasnya lagi, tiada masalah SUHAKAM dianggotai oleh individu bukan Islam tetapi biarlah dalam kalangan yang kuat berpegang kepada ajaran agama dan berpegang teguh kepada Perlembagaan negara.\n\n\nTambah Ridhuan Tee, isu-isu sensitif seperti hak LGBTQ, dilihat begitu cepat SUHAKAM memberikan respon dalam memberikan sokongan dan banyak lagi kontroversi yang boleh menggugat ketenteraman awam.\n\n\nDalam perkara berkaitan dengan hak asasi seperti hak wanita muslim yang didiskriminasi, hak kebajikan dan penindasan golongan penghantar makanan serta vendor P-Hailing, tidak pula kedengaran suara SUHAKAM.\n\n\nTindakan sebegini katanya, bukan sahaja menimbulkan masalah, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, undang-undang Syariah dan Undang-Undang Sivil.\n\n\nJelas Ridhuan Tee, sekiranya suruhanjaya yang ditubuhkan boleh menimbulkan masalah kepada ketenteraman awam, maka sudah sewajarnya dilihat semula secara serius, sebelum nasi menjadi bubur."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/ketepikan-masalah-dalaman-ahmad-zahid/", "title": "Ketepikan Masalah Dalaman \u2013 Ahmad Zahid", "body": "1\n\n\n(Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Pengerusi Barisan Nasional BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu supaya parti komponen BN mengetepikan masalah dalaman parti agar boleh menjadi kerajaan dominan di negara ini pada Pilihan Raya Umum ke-15, PRU15.\n\n\nAhmad Zahid berkata, sekiranya masalah dalaman khususnya isu-isu remeh yang tercetus antara parti komponen dan parti mesra BN dapat diketepikan, BN diyakini mampu memperoleh kemenangan besar pada PRU-15 kelak.\n\n\nDatuk Seri DR Ahmad Zahid sebagai Pengerusi Barisan Nasional berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahfuz Omar Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pula di LKIM\n\n\n\n\n\n\nKesilapan Papan Tanda Masih Belum Diganti Baru\n\n\n\n\n\n\nAgong Perkenan 3 Akta Diluluskan Pada Mesyuarat Pertama Parlimen\n\n\n\n\n\n\nMenu Rahmah akan dilaksana di R&R PLUS\n\n\n\n\n\n\nSuspek bakar isteri ditahan di Nibong Tebal\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026oleh yg demikian, kita dalam BN, MCA dan dari parti-parti lain we have to move forward. Kita ketepikan titik bengit dalam kalangan parti kita and inter party we have to resolve it kerana kita mahu lihat bahawa dalam PRU akan datang BN menjadi dominan semula sebagai kerajaan di Malaysia ini\u2026\u201d\n\n\nMengulas lanjut, Zahid berkata, rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil dari segi ekonomi dan berdasarkan rekod prestasi selama lebih tujuh dekad mentadbir negara ini, justeru, hanya BN dilihat mampu merealisasikan hasrat berkenaan.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-75 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur, hari ini.\n\n\nMengulas lanjut, beliau turut mengingatkan semua parti komponen BN supaya tidak sombong, angkuh dan riak dengan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri Melaka, baru-baru ini.\n\n\nKatanya, jika kemenangan PRN Melaka dijadikan panduan, ia boleh disifatkan bahawa rakyat Malaysia \u2018amat merindukan\u2019 BN untuk kembali menerajui semula kerajaan pada PRU Ke-15."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/lebih-500-ribu-peluang-pekerjaan-berjaya-diwujudkan/", "title": "Lebih 500 Ribu Peluang Pekerjaan Berjaya Diwujudkan", "body": "0\n\n\n( Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob / sumber : dewanekonomi-jendelaDPB)\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Sasaran kerajaan untuk mewujudkan 500 ribu peluang pekerjaan sepanjang tahun ini berjaya dicapai, selepas 500,257 pencari kerja sudah berjaya memperoleh peluang pekerjaannya menerusi 27 inisiatif diperkenal kerajaan setakat 3 Disember lalu.\n\n\nMenurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kejayaan diperoleh seiring Aspirasi 100 hari Keluarga Malaysia ini, amat bermakna terutama ketika pasaran buruh menghadapi cabaran getir akibat pandemik COVID-19.\n\n\nIsmail berkata, pencapaian ini juga dipacu menerusi inisiatif utama diperkenal kerajaan sebelum ini iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) dan Malaysia Short Term Employment Programme (MySTEP).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n6 hospital, 72 fasiliti kesihatan terjejas akibat banjir\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Naik, Rakyat Terima Keputusan Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nSanusi tuntut bukti dakwaan Perdana Menteri susulan dana parti\n\n\n\n\n\n\nTanpa Permit, Warga Asing Guna Kenderaan Orang Tempatan\n\n\n\n\n\n\nShahrir akan fail saman sivil terhadap kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenjanaKerjaya 2.0 berjaya menempatkan seramai 221,966 orang pekerja, melangkaui sasaran keseluruhan 200 ribu peluang pekerjaan bagi tahun ini.\n\n\nMySTEP pula, berjaya melangkaui sasaran keseluruhan 50,000 peluang pekerjaan tahun ini, dengan menempatkan seramai 61,328 pekerja secara kontrak selama sekurang-kurangnya 6 bulan di pelbagai kementerian, agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/pdrm-lanjutkan-tempoh-diskaun-sehingga-31-disember/", "title": "PDRM Lanjutkan Tempoh Diskaun Sehingga 31 Disember", "body": "0\n\n\n(Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah)\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) putuskan untuk melanjutkan tempoh diskaun pembayaran saman trafik sehingga 31 Disember ini.\n\n\nKetua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang memaklumkan perkara tersebut berkata, pelanjutan itu adalah bagi memberi ruang kepada lebih ramai pesalah trafik melunaskan saman tertunggak mereka.\n\n\nDalam kenyataan petang tadim PDRM telah memutuskan untuk memberi peluang kepada semua rakyat menyelesaikan kesemua saman-saman tertunggak mereka dengan kadar yang sama sehingga 31 Disember ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak patut sambut raya dengan campur aduk budaya asing\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Sedia Jadi Hab Rawatan Hepatitis\n\n\n\n\n\n\nLebih banyak tanah kerajaan dijangka bakal diceroboh tanam durian secara haram\n\n\n\n\n\n\nCukai cecair vape tidak memadai demi kesihatan\n\n\n\n\n\n\nBomba Giat Cari Tujuh Mangsa Hilang Di Pahang\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Acryl, Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, orang ramai tidak perlu hadir program ini 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia semata-mata untuk menjelaskan saman tersebut.\n\n\nSebalilknya mereka boleh ke semua kaunter-kaunter trafik di seluruh negara.\n\n\nSemalam JPJ juga turut mengumumkan untuk melanjutkan diskaun sehingga hujung tahun ini.\n\n\nTawaran diskaun ini bersempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang berlansung dari 9 hingga 12 Disember bertempat Kuala Lumpur Convention Centre."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/pematuhan-sop-perlu-berterusan/", "title": "Pematuhan SOP Perlu Berterusan", "body": "0\n\n\n(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.)\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Semua agensi penyaluran maklumat di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) diminta meneruskan usaha kesedaran mematuhi SOP mencegah penularan Covid-19 khususnya semasa musim pilihan raya ini.\n\n\nMenteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata, usaha itu tidak boleh terhenti memandangkan rakyat perlu sentiasa diingatkan mengenai peranan mereka dalam soal pematuhan SOP tanpa perlu bergantung kepada langkah penguatkuasaan semata-mata.\n\n\nTambah Anuar, pihaknya mengharapkan situasi yang ideal dengan membuat satu SOP dan semua orang sentiasa patuh padanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada rancangan mansuh hutang golongan B40, miskin\n\n\n\n\n\n\nDAP beri bayangan tak akan serah kerusi kepada BN\n\n\n\n\n\n\nTiada keperluan PRK DUN Gurun, pengosongan kerusi hampir tamat penggal\n\n\n\n\n\n\nPertandingan tiga penjuru di DUN Batu Tiga, Kota Anggerik\u00a0\n\n\n\n\n\n\nDAP, UMNO bukan kahwin paksa \u2013 Anthony Loke\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnnuar juga berkata, dalam situasi PRN Sarawak pada ketika ini, agensi KKMM seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Jabatan Penerangan dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu sentiasa bersedia membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyalurkan penjelasan mengenai SOP yang dilaksanakan demi kepentingan orang awam.\n\n\nJelasnya lagi, rangkaian antara agensi sendiri untuk saling membantu adalah penting untuk mendapat maklumat yang sahih, pantas dan tepat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/tiada-keperluan-pru-15-buat-masa-ini-kj/", "title": "Tiada Keperluan PRU-15 Buat Masa Ini \u2013 KJ", "body": "0\n\n\n(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar)\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Tiada kepentingan Pilihan Raya Umum ke-15, PRU-15 perlu disegerakan kerana ancaman dari varian baru COVID-19, Omicron masih belum dapat dipastikan.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun prosedur operasi standard SOP telah diperketatkan semasa Pilihan Raya Negeri, PRN Melaka berjaya mengelakkan pertumbuhan kluster baharu namun buat PRU15 masih belum ada keperluan untuk diadakan dalam waktu terdekat.\n\n\nUjar Khairy, penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM adalah kewajaran yang perlu diteliti untuk mengelakkan perkara yang tidak perlu disegerakan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBERSATU buat laporan polis terhadap Anwar, Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nMB Selangor dijangka mengadap Sultan Selangor sebelum 25 Jun\n\n\n\n\n\n\nPendengaran Mahkamah Keabsahan Sjkc, Sjkt 20 Mac 2022\n\n\n\n\n\n\nEnam warga Filipina dipenjara salah guna MyKad rakyat Malaysia\n\n\n\n\n\n\nAMANAH bertanding di 31 DUN, Mahfuz di Alor Mengkudu\n\n\n\n\n\n\n\n\nSituasi sedia ada perlu dijaga rapi bagi mengelak risiko semasa yang lebih buruk\n\n\nKhairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan berkata :\n\n\n\u2018\u2019Sarawak tak dapat dielakkan sebab tempoh waktu Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah tamat. Dalam kes Melaka, DUN dibubarkan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, jadi kita buat SOP yang ketat.\u2019\u2019\n\n\nKhairy berkata, PRU 15 adalah berbeza berbanding PRN Melaka dan Sarawak ekoran kehendak undang-undang.\n\n\nManakala PRN Sarawak perlu dilaksanakan namun dengan SOP yang lebih ketat.\n\n\nMengulas lanjut, Khairy juga telah memaklumkan saranan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana bimbang dengan risiko ancaman varian Omicron.\n\n\nMenurut beliau, dalam situasi PRU, pandangan KKM masih kekal untuk tidak dilaksanakan terutama sewaktu varian Omicron yang yang perlu dikaji dan dilihat dengan lebih mendalam.\n\n\nBeliau berkata demikian pada program Bicara Naratif Khas di RTM, malam tadi,"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/13/umno-runding-dengan-kerajaan-bila-pru15/", "title": "UMNO Runding Dengan Kerajaan Bila PRU15", "body": "0\n\n\n(Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan.)\n\n\nISNIN, 13 DISEMBER\n \u2013 Pimpinan tertinggi UMNO akan mengadakan rundingan dengan kerajaan untuk mencari kesepakatan waktu paling sesuai diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15.\n\n\nTimbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menerusi hasil rundingan berkenaan Perdana Menteri akan menasihati Yang di-Pertuan Agong dan keputusan itu tertakluk kepada Seri Paduka Baginda.\n\n\nMohamad Hassan yang mesra dipanggail \u2018Tok Mat\u2019 menambah bahawa :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahu pinjaman MARA bebas riba \u2013 Asyraf Wajdi\n\n\n\n\n\n\nParlimen Tergantung : Agong Boleh Isytihar Darurat\n\n\n\n\n\n\nKes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022\n\n\n\n\n\n\nJAIS kesal pihak timbulkan persepsi buruk pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar\n\n\n\n\n\n\nMalaysia ambil langkah proaktif tangani Islamofobia \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026. Pilihan raya ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti dan pucuk pimpinan negara berunding mencari kata sepakat\u201d.\n\n\nApabila parti sudah bersedia dan kerajaan pun sudah bersedia untuk mengadakan PRU barulah ia diadakan.\n\n\nKerana tambahnya, kalau mahu dibuat awal, Pembubaran Parlimen perlu atas nasihat Perdana Menteri dan perkenan Yang di-Pertuan Agong.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rembau Tahun 2021.\n\n\nHadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/14/3-ahli-bersatu-dipecat-akibat-bertanding-bebas/", "title": "3 Ahli Bersatu Dipecat Akibat Bertanding Bebas", "body": "0\n\n\n( Siki Balarik\u00a0 (DUN) Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang)/sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 14 DISEMBER\n \u2013 Keanggotaan tiga ahli parti BERSATU yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 atas tiket Bebas gugur secara automatik.\n\n\nPerkara tersebut disahkan Pengerusi BERSATU Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian.\n\n\nMereka ialah Siki Balarik di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNajib Hadir Perbicaraan Dua Hari Dipenjara\n\n\n\n\n\n\nPertingkat Intervensi Awal Bendung Omicron \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Pilihan Khas Mesyuarat Rabu Depan\n\n\n\n\n\n\nFadhlina sangkal dakwaan Bee Yin\n\n\n\n\n\n\nRayuan petisyen Ramasamy ditangguh ke 1 Ogos secara fizikal\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Jaziri, pihaknya telah memberikan mereka masa dan peluang untuk menarik diri tapi tiada tindakan dibuat mereka, maka keahlian mereka gugur serta merta.\n\n\nBeliau turut menegaskan, BERSATU tetap dengan pendirian tidak bertanding pada PRN Sarawak.\n\n\nIsnin lalu Ali, penyandang kerusi itu membuat kejutan apabila tampil bertanding sebagai calon Bebas di Krian, bertentangan dengan pendirian Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memutuskan bahawa parti itu tidak bertanding pada PRN kali ini sebaliknya memberi sokongan kepada GPS.\n\n\nBagaimanapun Ahli Parlimen Saratok yang juga Naib Pengerusi BERSATU Sarawak itu akhirnya menarik diri atas alasan bagi memelihara muafakat dan memperkukuh hubungan antara Perikatan Nasional dan GPS sekali gus menyaksikan beberapa pemimpin gabungan politik itu meminta beliau menerangkan keadaan sebenar kepada pengundi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/14/3281/", "title": "", "body": "0\n\n\nSELASA, 14 DISEMBER\n \u2013 Hari ini bakal berlangsung proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. Ia bakal melibatkan 23,043 pengundi terdiri daripada 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 10,458 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) juga pasangan.\n\n\nTimbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata menerusi satu kenyataan memberitahu, 85 pusat pengundian awal dengan 111 saluran akan dibuka mulai 7.30 pagi hingga 5 petang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/14/3287/", "title": "", "body": "0\n\n\nSELASA, 14 DISEMBER\n \u2013 Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) menamatkan pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli yang tular baru-baru ini.\n\n\nKetua Pengarah Mara, Datuk Azhar Abdul Manaf berkata, mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa pada Selasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/14/bela-vernakular-kenyataan-pemuda-mic-mengeruhkan-keadaan/", "title": "Bela Vernakular, Kenyataan Pemuda MIC Mengeruhkan Keadaan", "body": "0\n\n\n(Ketua Pemuda MIC, K Raven Kumar / sumber : wartarakyat)\n\n\nSELASA, 14 DISEMBER\n \u2013 Tindakan Ketua Pemuda MIC, K Raven Kumar mendakwa sekolah vernakular adalah harta dan denyut nadi mereka disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.\n\n\nNaib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Nor Izzat Mohd Johari percaya, kenyataan itu adalah \u2018peluru terakhir\u2019 daripada gabungan Dong Zong untuk membela sekolah berkenaan.\n\n\n\u201cTidak sepatutnya MIC mengeluarkan kenyataan sedemikian, biarpun tahu ia masih di peringkat perbicaraan di mahkamah dan keadaan itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.\u201d\n\n\u2013 Mohd Nor Izzat Mohd Johari selaku Naib Pengerusi PEMBELA\n\n\nMemetik laporan Ismaweb, Nor Izzat berkata kenyataan pemuda MIC itu dianggap satu tindakan terburu-buru berikutan kes berkaitan sekolah vernakular masih dalam proses mahkamah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRafizi cabar PN jadi pembangkang lebih bagus\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa kembalikan nikotin dalam Akta Racun 1952\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Pilihan Khas Mesyuarat Rabu Depan\n\n\n\n\n\n\nKenapa hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK \u2013 DAP\n\n\n\n\n\n\n23 sungai di Pantai Timur pada paras bahaya\n\n\n\n\n\n\n\n\nTegasnya, tidak sepatutnya (MIC) mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana keadaan itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan tidak memikirkan kesan jangka panjang.\n\n\nSebelum ini, Raven berkata beliau tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk memansuhkan sekolah vernakular khususnya sekolah jenis kebangsaan (SJK) Tamil di negara ini.\n\n\nBeliau mendakwa sekolah vernakular Tamil merupakan harta dan denyut nadi bangsa mereka.\n\n\nMenganggap kenyataan Pemuda MIC sebagai ketandusan Idea, Nor Izzat mempersoalkan mengapa kenyataan itu dikeluarkan dari peringkat pemuda tetapi bukan dari pemimpinan tertinggi parti berasaskan kaum India itu.\n\n\nDalam masa sama, beliau turut mempersoalkan peranan parti politik Melayu dominan yang sepatutnya bersama-sama memperjuangkan isu sekolah vernakular kini demi perpaduan rakyat Malaysia.\n\n\nKatanya, PEMBELA mahu membetulkan keadaan tapi sayangnya sehingga kini tiada pihak yang tampil untuk berjuang demi membetulkan masa depan anak bangsa di negara ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/14/buli-secara-emosi-perlu-diberi-perhatian-pakar/", "title": "Buli Secara Emosi Perlu Diberi Perhatian \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n(Pakar Psikiatri Kuliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM, Doktor Rozanizam Zakari / sumber : I-Medik)\n\n\nSELASA, 14 DISEMBER\n \u2013 Kejadian buli memberi risiko jangka masa panjang kepada mangsa sehingga boleh membawa tekanan mental.\n\n\nMenurut pakar Psikiatri Kuliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM, Doktor Rozanizam Zakaria, kejadian buli terjadi bukan sahaja dalam bentuk fizikal namun berlaku dalam bentuk emosi.\n\n\nUjar beliau rata-rata masyarakat hari ini melenting apabila buli melibatkan fizikal namun buli secara emosi dan mental juga perlu diberi perhatian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tarik balik permohonan pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi\n\n\n\n\n\n\nUtamakan bantu sekolah daif berbanding sekolah persendirian Cina\n\n\n\n\n\n\nTH jangka bantuan kewangan haji meningkat RM500 juta pada 2024\n\n\n\n\n\n\nGubal peraturan bolehkan undang-undang dakwa & pecat PM \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\nZuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS\n\n\n\n\n\n\n\n\nDR. Rozanizam Zakaria sebagai Naib Presiden I-Medik berkata :\n\n\n\u201c\u2026Contoh troll,menghina mengaibkan orang bawa cerita yang negatif terhadap orang lain memberi komen-komen yang sangat kritikal dan tidak berhati perut pada orang lain di media sosial pun adalah salah satu bentuk buli dan saya perhatikan adalah hilangnya kesensitivitian ataupun rasa belas dan ihsan kita terhadap orang lain dalam media sosial yang menunjukan kegagalan masyarakat untuk memahami impak apa yang kita lakukan kita kepada orang lain\u2026.\u201d\n\n\nMengulas lanjut, Dr Rozanizam berkata, walaupun tiada sentuhan secara fizikal, kejadian buli masih boleh berlaku melalui media sosial.\n\n\nJelasnya, masyarakat perlu tahu punca dan mengapa buli itu berlaku bagi mengelakkan perkara ini dari terus membarah dalam kalangan masyarakat.\n\n\n\u201c\u2026Pertamanya kita faham dahulu kenapa ia berlaku, kita kena cuba memahami kenapa remaja itu terlibat\u2026. Bukan sekadar persekitaran semata-mata.\u201d\n\n\nTambah Dr Rozanizam, peringkat asasnya masyarakat perlu memahami mengapa remaja terlibat dengan budaya buli.\n\n\nKatanya, banyak faktor-faktor yang mendorong dari segi persekitaran, pergaulan dan juga pendidikan individu itu sendiri, namun tidak dinafikan, individu yang membuli mungkin berpunca dari pengabaian keluarga.\n\n\n\u201c\u2026 lebih banyak kes-kes seperti ini kita dedahkan\u2026 kesedaran itu akan meningkat\u2026sampai bawak kes-kes polis.\u201d\n\n\nTerdahulu, tular video kejadian buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara MRSM Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar.\n\n\nSusulan kejadian berkenaan, pihak polis telah memanggil kesemua pelajar terlibat serta pemilik akaun media sosial yang menularkan video berkenaan bagi memberi keterangan.\n\n\nKes disiasat di bawah seksyen 147 kanun keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/14/pengundian-awal-prn-sarawak-bermula/", "title": "Pengundian Awal PRN Sarawak Bermula", "body": "0\n\n\n(PRN Sarawak / sumber : suara sarawak)\n\n\nSELASA, 14 DISEMBER\n \u2013 Pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang membabitkan anggota dan pegawai polis serta tentera dan pasangan bermula jam 7.30 pagi tadi.\n\n\nIa membabitkan 12,585 anggota dan pegawai tentera serta pasangan, dan 10,458 anggota serta pegawai polis dan pasangan.\n\n\nPengundian itu dijangka dilaksanakan sehingga jam 5 petang ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Desak Kerajaan Percepatkan Peruntukan\n\n\n\n\n\n\nSemua Premis Judi, Loteri Kedah Ditutup Berkuat Kuasa Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nPAS Tidak Kaji Kerjasama Dalam PN\n\n\n\n\n\n\nTertekan pedal minyak, kereta rempuh kedai serbaneka\n\n\n\n\n\n\nKKD, MCMC diminta pantau hantaran naratif kaum, agama oleh ahli politik\n\n\n\n\n\n\n\n\nSejumlah 349 calon bertanding dalam PRN-12 dan Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh pengundian pada Sabtu ini.\n\n\nDaripada itu, Sejumlah 17 peratus petugas barisan hadapan terdiri polis dan tentera serta pasangan yang mengundi awal hari ini, sudah keluar menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, setakat jam 9 pagi tadi.\n\n\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR), memaklumkan lebih 80 pusat mengundi awal bagi PRN Sarawak mula dibuka sejak jam 7.30 pagi bagi membolehkan pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/14/suhakam-tidak-serius-bela-hak-umat-islam-wafiq/", "title": "SUHAKAM Tidak Serius Bela Hak Umat Islam \u2013 WAFIQ", "body": "0\n\n\n( Exco Belia dan Media Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) Nur Farihah Meor Mazli\u00a0 )\n\n\nSELASA, 14 DISEMBER\n \u2013 Diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam bertudung yang berlaku dalam negara perlu dipandang serius.\n\n\nLebih mengecewakan apabila hak mereka sebagai pekerja Islam tidak dipenuhi kerana perlu akur dengan kehendak majikan.\n\n\nSehubungan itu, Exco Belia dan Media Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) Nur Farihah Meor Mazli, menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM);\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n14 Mei \u2013 pilihan raya Presiden Turkiye\n\n\n\n\n\n\nMalaysia bangunkan vaksin manusia\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan filem Mentega Terbang\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir sangkal kenyataan `Melayu angkuh\u2019\n\n\n\n\n\n\nRM50juta naik taraf Institusi Pendidikan Mara \u2013 TPM\n\n\n\n\n\n\n\n\n..memainkan peranan yang lebih tegas terutama isu-isu yang membabitkan hak umat Islam.\n\n\nNur Farihah Meor Mazli, Exco Belia Dan Media WAFIQ berkata :\n\n\n\u201c\u2026saya lihat isu diskriminasi bertudung dia dah lama wujud di negara kita. Bahkan bukan sahaja di isu larangan bertudung yang kita dengar diskriminasi terhadap hak pekerja. Sebagai contoh pelepasan solat jumaat, solat harian lima waktu juga merupakan salah satu kebimbangan yang besar dalam masyarakat dan WAFIQ terlebih dahulu melakukan kajian amalan diskriminasi dalam kalangan wanita bekerja pada tahun 2018 dan mendapati tahap diskriminasi yang berlaku memang agak menyedihkan satu dalam lima wanita mengaku pernah didiskriminasi akan hak mereka untuk mengamalkan agama dan ini termasuk kepada mereka yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kebenaran menunaikan solat kekurangan atau ketiadaan ruang untuk sembahyang tidak dibenarkan memakai tudung sewaktu bekerja. Jadi isu untuk hak menutup aurat ini juga perlu diberi perhatian\u2026\u201d\n\n\nFarihah ketika dihubungi TV PERTIWI berkata, SUHAKAM tidak berjaya memainkan peranannya sebagai sebuah badan membela hak umat Islam dan tidak bertindak tegas dalam isu larangan hak bertudung mahupun hak pekerja untuk solat di negara ini.\n\n\nMenurutnya lagi, SUHAKAM gagal mengetengahkan isu larangan bertudung ini dalam laporan mereka kepada pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Hak Asasi Manusia di Malaysia.\n\n\n\u201c\u2026ok saya melihat SUHAKAM sebuah badan berkanun di bawah akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 mereka tidak serius bertindak tegas dalam menangani isu larangan bertudung atau hak bekerja pekerja untuk solat di negara ini. Ini disebabkan sudah ada banyak kenyataan rasmi pendirian pesuruh jaya mereka serta laporan yang dihantar ke United Nations tidak menggambarkan semangat mereka menghapuskan diskriminasi beragama khususnya buat umat islam\u2026\u201d\n\n\nSementara itu, ketika ditanya tentang cadangan pihaknya dalam isu diskriminasi di kalangan umat Islam dapat diatasi di negara Fariha berkata SUHAKAM perlu mempunyai pendirian yang menguntungkan rakyat dan orang islam serta menjalankan fungsi mereka selari dengan nama dan tanggungjawab sebagai badan berkanun."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/14/tidak-lapor-kes-buli-dianggap-bersubahat/", "title": "Tidak Lapor Kes Buli, Dianggap Bersubahat", "body": "0\n\n\n(Pakar Perlembagaan Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz / sumber : malakat tribune)\n\n\nSELASA, 14 DISEMBER\n \u2013 Mana-mana individu yang menyedari terdapat kejadian buli khususnya melibatkan pelajar namun tidak membuat aduan boleh dianggap sebagai bersubahat dan terlibat secara tidak langsung.\n\n\nPakar Perlembagaan Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata kepada media, mungkin tidak ramai yang menyedari situasi berkenaan yang sememangnya terkandung di dalam undang-undang.\n\n\nPakar Perlembagaan Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLIMA\u201923: Tun M terima anugerah pencapaian sepanjang hayat\n\n\n\n\n\n\nKluster Pulau Gadong: Kes Positif Meningkat Kepada 137\n\n\n\n\n\n\nPM Akui Kelemahan Pengurusan Banjir\n\n\n\n\n\n\nBN tidak rebut kerusi, ikut persetujuan parti komponen\n\n\n\n\n\n\nTidak wajar halang tanding jawatan Presiden, Timbalan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerbuatan mendera atau mempermain-mainkan orang lain dengan tujuan menggertak, mencederakan atau menakutkan orang yang lebih lemah adalah terlalu ringan untuk digunakan dalam konteks ini\u201d\n\n\nJika dirujuk kepada undang-undang, kes yang boleh mendatangkan kecederaan terhadap mana-mana pihak, terutamanya pelajar, tetapi mereka iaitu Saksi diamkan diri, maka mereka juga terlibat secara tidak langsung dalam perlakuan jenayah itu, katanya.\n\n\nJelasnya lagi, Gejala buli mungkin perlu menggunakan istilah yang lebih berat yang mampu menunjukkan kesan akibat perbuatan tersebut.\n\n\nMengulas lanjut, Shamrahayu berkata, gejala buli bukan lagi perkara asing di negara ini malah telah dibahaskan pada peringkat tertinggi.\n\n\nNamun, katanya, perkara itu dilihat \u2018bermusim\u2019 berdasarkan kes yang dilaporkan akan kembali \u2018sunyi\u2019 seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku apabila keadaan kembali tenang.\n\n\nKatanya lagi, usaha secara menyeluruh diperlukan untuk mengatasi isu berkenaan bagi memastikan ia bukan hanya menjadi isu yang bermusim.\n\n\nBaru-baru ini tular mengenai insiden buli melibatkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama di Kuala Kangsar, Perak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/14/yadim-buat-aduan-kepada-skmm/", "title": "YADIM Buat Aduan Kepada SKMM", "body": "0\n\n\n(Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Hassan / sumber : Yadim)\n\n\nSELASA, 14 DISEMBER\n \u2013 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung sebuah filem berunsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dipercayai bakal ditayangkan untuk tontonan umum.\n\n\nYADIM berkata, aduan itu dibuat susulan klip filem tempatan berjudul \u2018Stay Away From Me\u2019 yang menampilkan beberapa pelakon lelaki muda tular dalam media sosial baru-baru ini, dipercayai untuk menarik minat ramai.\n\n\nAduan itu telah disampaikan oleh pegawai YADIM kepada Unit Aduan Pengguna SKMM.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n29 Kampung Melayu Dilenyapkan Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nPerlu ada jabatan khas tangani isu dera kanak-kanak \u2013 Raja Zarith\n\n\n\n\n\n\nCuri air pili bomba, kontraktor bayar kompaun RM100\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Lancar MRT Laluan Putrajaya Fasa 1, Pagi Ini\n\n\n\n\n\n\nKhairy mungkin bertanding pada PRN, calon MB Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, YADIM turut mengenal pasti aplikasi yang mempunyai unsur yang sama iaitu Blued:Gay Live Chat dan Dating dalam senarai App Store/Google Play Store.\n\n\nKenyataan itu mendapat perhatian dan perkongsian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad yang mengucapkan tahniah kepada YADIM di atas tindakan berkenaan.\n\n\nSebelum ini, Yang Dipertua YADIM, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan membuat laporan kepada SKMM mengenai sebuah siri filem dalam bentuk kandungan digital yang dikatakan berunsur LGBT.\n\n\nBeliau turut menggesa SKMM untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap sebarang kandungan digital atau cetak yang berunsurkan budaya songsang itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/15/blinken-adakan-lawatan-kerja-ke-malaysia/", "title": "Blinken Adakan Lawatan Kerja Ke Malaysia", "body": "0\n\n\n( Lawatan Blinken ke Malaysia / sumber : hmetro)\n\n\nRABU, 15 DISEMBER\n \u2013 Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J Blinken, tiba malam tadi untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia.\n\n\nPesawat khas membawa Blinken dan delegasinya seramai 39 anggota mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang kira-kira jam 10.30 malam.\n\n\nKuala Lumpur adalah persinggahan kedua Blinken sempena lawatannya ke tiga negara Asia Tenggara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga Turun Kepada RM4.90 Seunit, Tidak Jejas Kualiti\n\n\n\n\n\n\nPN perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan pusat\n\n\n\n\n\n\nTiada kesalahan jenayah babitkan kes hakim Nazlan\n\n\n\n\n\n\nPemandu lori maut dihempap papan tanda jalan\n\n\n\n\n\n\nPertemuan UMNO Bincang Pengagihan Kerusi\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, beliau melawat Jakarta, Indonesia dan dijangka meneruskan lawatan ke Bangkok, Thailand.\n\n\nHari ini, Blinken akan menyertai mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah di Putrajaya sebelum melakukan kunjungan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di bangunan Parlimen.\n\n\nLawatan Blinken ini amat bermakna memandangkan AS ke arah meningkatkan pembabitan dengan Asia Tenggara dan mengukuhkan kedudukannya di Indo Pasifik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/15/fasa-bertahan-dipinggir-di-negara-sendiri/", "title": "Fasa Bertahan, Dipinggir Di Negara Sendiri?", "body": "0\n\n\n(Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Fauzi Asmuni / sumber : indahnya Islam)\n\n\nRABU, 15 DISEMBER\n \u2013 Bahasa Melayu mungkin mengikuti jejak tulisan Jawi yang semakin terkubur sekiranya tiada pihak yang serius mempertahankan bahasa kebangsaan, lambang identiti dan jati diri bangsa.\n\n\nPresiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Fauzi Asmuni berkata, bahasa Melayu kini berdepan ancaman hebat untuk dipinggirkan dan kini berada dalam \u2018fasa bertahan\u2019.\n\n\nBeliau menjelaskan, buat masa ini, negara masih bernasib baik kerana ada beberapa pihak yang masih mempertahankan bahasa kebangsaan daripada terus dipinggirkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir saman Anwar RM150 juta\n\n\n\n\n\n\nBekas Dekan Sebaran Am ITM, Dr Bukhori Ismail meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nAnwar: The Untold Story filem mengingatkan kesakitan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPolis beri amaran, batalkan `Gang Bang\u2019\n\n\n\n\n\n\nBekalan air Melaka bertahan hingga Ogos\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuhammad Fauzi Asmuni sebagai Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berkata :\n\n\n\u201c\u2026 Saya gambarkan bahasa Melayu ni di fasa bertahan, sebenarnya ia masih lagi terancam, dan dipinggirkan\u2026 Kita ada perjuang-pejuang bahasa-bahasa yang lain\u2026\u201d\n\n\nDalam pada itu, Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merangkap Pengarah ATMA, UKM, Datuk Seri Professor Doktor Awang Sariyan,\n\n\nPara akademia sendiri perlu bangga dengan Bahasa Melayu kerana terlalu kurang kajian dan kertas kerja dalam Bahasa kebangsaan termasuk di UKM sendiri.\n\n\nDatuk Seri Prof. DR. Awang Sariyan, Lembaga Pengelola DBP & ATMA UKM berkata :\n\n\n\u201c\u2026Ilmu perlu disuburkan dengan pengkaryaan, tetapi satu masalah professor tidak mahu menulis dalam Bahasa Melayu kerana tidak ada lagi pasaran, tiada khalayak pembaca\u2026. Walaupun kuliahnya dalam Bahasa Melayu\u2026\u201d\n\n\nKedua-duanya memberi pandangan demikian ketika menjadi panel dalam program Dimensi: Negara Maju Guna Bahasa Melayu, Bagaimana Dengan Malaysia? Yang disiarkan secara langsung menerusi TV Pertiwi, malam tadi.\n\n\nUntuk ikuti diskusi penuh boleh layari di Platform Youtube dan Facebook TV Pertiwi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/15/hanya-dihargai-oleh-bukan-melayu-untuk-keuntungan-mereka/", "title": "Hanya Dihargai Oleh Bukan Melayu Untuk Keuntungan Mereka", "body": "0\n\n\n(pemerhati politik, Mohd Lutfi Abdul Khalid / sumber : ismaweb)\n\n\nRABU, 15 DISEMBER\n \u2013 Seorang pemerhati politik, Mohd Lutfi Abdul Khalid berpendapat ada segelintir orang melayu tidak menghargai Bahasa kebangsaan sendiri sedangkan sesetengah bangsa lain menggunakan bahasa kebangsaan itu dan tulisan jawi demi untuk keuntungan buat mereka.\n\n\nMohd Lutfi dalam satu kenyataannya kesal dengan sikap itu yang berlaku di negara ini.\n\n\nKatanya, jika mahukan diri dikenali ada sebahagian golongan bukan Melayu memasuki pasaran hiburan Melayu dan\u00a0 sanggup berbahasa Melayu, dan diterima orang Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP mahu ubah identiti negara, perkukuh naratif Malaysian Malaysia \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nRokok elektronik rosakkan generasi walaupun kerajaan peroleh untung\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen pembangkang belum buat permohonan rasmi \u2013 Fadillah\n\n\n\n\n\n\nWartawan Pakistan hilang telah dihantar pulang\n\n\n\n\n\n\nAmbil alih BNS, kerajaan tiada pilihan selesaikan projek LCS\n\n\n\n\n\n\n\n\nManakala jika mahukan pulangan lumayan dalam perniagaan makanan katanya tulisan jawi pula digunakan untuk menarik pelanggan Melayu.\n\n\nNamun dalam hal-hal lain bahasa melayu dan tulisan jawi diketepikan.\n\n\nTambah Lutfi, golongan bermati-matian membantah pengenalan subjek tulisan Jawi/Khat dalam silibus sekolah persendirian oleh orang bukan Melayu juga diketepikan walaupun sekadar tiga muka surat sahaja. Kononnya ia akan \u201cmencemari\u201d dan \u201cmempengaruhi\u201d minda dan \u201cmengIslamkan\u201d para pelajar mereka.\n\n\nBagi beliau paling dikesali apabila ada individu melayu pula yang tidak mementingkan bahasa kebangsaan sendiri.\n\n\nPendapat Lutf itu disokong Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya yang\u00a0 menyifatkan bahawa bahasa kebangsaan hanya akan dihargai orang bukan Melayu jika mendatangkan kepentingan buat mereka.\n\n\nAminuddin Yahaya selaku Pengerusi PEMBELA berkata :\n\n\n\u201cini semua pasal ada kepentingan, bila ada kepentingan mereka akan menggunakan\n\u2026kita menerima mereka duduk sekali dan sebagai nya\u201d\n\n\nBagi beliau kuasa pemerintah yang mampu membantu mempertahankan apa yang dimiliki ornag Melayu.\n\n\nTambahan pula, Pengerusi PEMBELA ini berkata lagi,\n\n\n\u201ctapi bila kita tengok bila mereka ada kuasa itu lah jadinya\n\u2026\u2026kalau ada pemimpin yang tak sedar lagi saya tak tau lah apa yang sy nak cakapkan\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/15/hari-pengundian-awal-bermula-gps-terus-mendahului/", "title": "Hari Pengundian Awal Bermula, GPS Terus Mendahului", "body": "0\n\n\n(Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg / sumber : ikatanmy)\n\n\nRABU, 15 DISEMBER\n \u2013 Pengundian awal Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 bermula hari ini, dengan pandangan ramai kekal merasakan bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg, akan diberikan mandat semula untuk mentadbir negeri dan persoalan utama kini adalah, berapa jumlah kerusi yang mampu dimenanginya.\n\n\nHanya empat Dewan Undangan negeri (Dun) menyaksikan pertandingan satu lawan satu, manakala yang lainnya membabitkan pertandingan pelbagai yang akan menyaksikan parti pembangkang bertembung sesama sendiri dalam cubaan menewaskan GPS.\n\n\nDengan hari pengundian Sabtu ini semakin hampir, parti-parti seperti PKR yang memperoleh tiga kerusi pada PRN 2016 dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang menurunkan 73 calon pada PRN ini, dijangka tidak akan menampilkan banyak cabaran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWakaf Penyelesaian Terbaik Untuk Tanah Orang Melayu P.Pinang\n\n\n\n\n\n\nGerakan Murtad Malaysia Anjur Forum Kebebasan Agama Ambang 2023 Hina Islam\n\n\n\n\n\n\nCadangan KWSP sebagai cagaran pinjaman tidak wajar \u2013 Kesatuan Pekerja\n\n\n\n\n\n\nTaubat Seorang Gay\n\n\n\n\n\n\n240 kes direkod, 460 pesalah ditahan dalam operasi BP3\n\n\n\n\n\n\n\n\nPertelagahan dalam parti dan ketiadaan isu-isu penting menjadikan kempen mereka agak hambar sejak hari pencalonan 6 Disember lalu.\n\n\nSecara realistik, pemain utama masih GPS, DAP dan PSB. Yang lainnya, termasuk Parti Bumi Kenyalang, malah PKR tidak akan menang walau satu kerusi sekali pun. Parti yang perlu diperhatikan ialah PSB yang bertanding buat kali pertama, namun mereka kelihatan memiliki banyak sumber.\n\n\nGPS bertanding di semua kerusi manakala DAP mempunyai 26 calon dan PRS mengemukakan 70 calon.\n\n\nPKR mengurangkan jumlah kerusi yang ditandingi daripada 40 kerusi pada PRN lepas kepada 28."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/15/mara-tamatkan-pengajian-10-pelajar-mrsm-terlibat-buli/", "title": "MARA Tamatkan Pengajian 10 Pelajar MRSM Terlibat Buli", "body": "0\n\n\n(Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf / sumber : ohmymedia)\n\n\nRABU, 15 DISEMBER\n \u2013 Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) menamatkan pengajian 10 pelajar Maktab Rendah Sains Mara, MRSM yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli yang tular baru-baru ini.\n\n\nKetua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf, berkata mesyuarat JDM telah mengkaji kes tersebut dengan teliti dan mengambil keputusan menamatkan pengajian pelajar terbabit berkuat kuasa hari ini.\n\n\n\u201cPihak MARA mengambil serius kejadian buli yang berlaku minggu lalu itu dan hukuman yang telah diputuskan ini menunjukkan pihak kita tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan buli dalam kalangan pelajar-pelajar di bawah mana-mana Institusi Pendidikan MARA, IPMA mahupun tajaan MARA.\u201d\n\n\u2013 Datuk Azhar Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA\n\n\nAzhar dalam satu kenyataan medianya hari ini berkata, pihak MARA mengambil serius perkara itu dan tidak berkompromi dengan kesalahan buli pelajar berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKM perkenal ubat mesra OKU penglihatan dengan tulisan Braille\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Minta Sistem Muka Sauk Ditambah Baik\n\n\n\n\n\n\nCukai cecair vape tidak memadai demi kesihatan\n\n\n\n\n\n\nPenguasa Kanan Sprm Didakwa Pecah Amanah\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi masih belum dipanggil ke Bukit Aman\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya ibu bapa pelajar terlibat telah dimaklumkan mengenai keputusan jawatankuasa berkenaan.\n\n\nBeliau berharap keputusan itu menjadi satu pengajaran bukan saja kepada pelajar yang terlibat, tetapi juga kepada pelajar-pelajar yang lain agar tidak berlaku lagi perbuatan salah laku di mana-mana institusi pendidikan di bawah MARA.\n\n\nPihak MARA tegas Azhar, komited menangani kes-kes buli dengan memperketatkan prosedur operasi standard, SOP, melalui penguatkuasaan peraturan sekolah.\n\n\nSementara itu di parlimen, Tindakan tegas akan diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke atas mana-mana sekolah atau pengurusannya menyembunyikan kes buli di sekolah terbabit.\n\n\nMenegaskan perkara tersebut, Senator Datuk Dr. Radzi Md. Jidin selaku Menterinya berkata, ia sebagai langkah pencegahan serta memandang serius terhadap kes buli yang melibatkan para pelajar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/15/perbicaraan-dana-1mdb-ditangguh-sekali-lagi/", "title": "Perbicaraan Dana 1MDB Ditangguh Sekali Lagi", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Najib Razak / sumber : theleadersonline)\n\n\nRABU, 15 DISEMBER\n \u2013 Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, \nditangguhkan sekali lagi ekoran status MySejahteranya masih mengklasifikasikannya sebagai individu dalam perintah pengawasan dan pemerhatian (PUS).\n\n\nTerdahulu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menjalankan perbicaraan secara hibrid.\n\n\nDatuk Collin Lawrence Sequerah berkata : \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWanita warga Thailand antara tujuh individu khayal ditahan Kastam\n\n\n\n\n\n\nSelangor laksanakan program SelVax bermula esok\n\n\n\n\n\n\nNajib Akan Mohon Peguam Diraja Dari UK\n\n\n\n\n\n\nKempen Menerusi Platform Digital Kurang Berkesan\n\n\n\n\n\n\nTugas hakiki tidak menghalang Polis untuk membantu mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSetelah mendengar hujahan kedua-dua pihak dan menimbangkan perkara itu, saya memutuskan untuk tidak membenarkan prosiding hibrid buat masa ini tetapi bukan untuk masa depan,\u201d\n\n\nHakim memutuskan untuk membenarkan prosiding itu ditangguhkan ke 16 Disember ini.\u00a0\n\n\nSemalam, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memohon mahkamah membenarkan prosiding hibrid mengikut Seksyen 15 A Akta Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020 \nyang membolehkan mahkamah menjalankan prosiding jarak jauh dengan Najib, yang dilarang daripada memasuki kompleks mahkamah kerana status MySejahteranya.\n\n\nSeksyen itu membolehkan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi menjalankan prosiding melalui pautan video atau televisyen secara langsung atau sebarang cara komunikasi elektronik lain.\n\n\nPihak pembelaan dijadualkan menyoal balas saksi pendakwaan ke-13, bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB Azmi Tahir apabila perbicaraan bersambung pada Khamis.\n\n\n\u201cDatuk\u00a0 Seri Najib Razak menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.\u2019\u2019\n\n\nNajib, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/15/pindaan-akta-342-demi-kesinambungan-penguatkuasaan/", "title": "Pindaan Akta 342 Demi Kesinambungan Penguatkuasaan", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n(Cadangan peruntukan baharu dan pindaan dalam Rang Undang-undang (RUU) Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta 342 / sumber : sianr harian)\n\n\nIa antara lain menyaksikan penurunan kuasa untuk pelaksanaan penguatkuasaan, peruntukan mengenakan tindakan terhadap pertubuhan perbadanan serta penalti am terhadap individu dan pertubuhan perbadanan.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pindaan terhadap undang-undang berusia 32 sejak dikuatkuasakan pada 1 April 1989, bakal menangani isu penguatkuasaan Akta 342 apabila ia diseragamkan dalam kalangan pegawai agensi berkaitan.\n\n\nBeliau berkata, ia termasuk tiga peruntukan baharu dan lima pindaan yang sebelum ini wujud dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengimbas Suhu Dikeluarkan Daripada SOP Wajib \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nFestival Good Vibes dibatalkan serta-merta\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Catat Kes Kedua Omicron \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\nLelaki Dituduh Bunuh Ibu Yang Badannya Dikerat 15\n\n\n\n\n\n\nAmaran Hujan Lebat Sehingga Selasa\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, dua peruntukan baharu adalah peruntukan yang wujud dalam peraturan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 dan komponen berkaitan.\n\n\nOrdinan Darurat ditamatkan di Dewan Rakyat pada 25 Oktober lalu dan di Dewan Negara pada 8 Disember lalu.\n\n\nSeramai lebih 25 juta individu atau 97.3 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.\n\n\nBerdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 98.6 peratus atau 23.1 juta golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.\n\n\nSementara itu, 89.8 peratus populasi remaja atau 2.8 juta individu berusia 12 hingga 17 tahun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 89.8 peratus atau 2.7 juta individu golongan itu lengkap divaksinasi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/15/pnbbc-sokong-ismail-sabri/", "title": "PNBBC Sokong Ismail Sabri", "body": "0\n\n\n( \nPengerusi\n Kelab Penyokong Kerajaan \nPerikatan Nasional\n (PNBBC).\n Perikatan Nasional back benchers Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman\n / sumber : bharian)\n\n\nRABU, 15 DISIEMBER\n \u2013 Kami sokong penuh pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri.\u00a0\n\n\nDemikian yang dinyatakan oleh Pengerusi\n Kelab Penyokong Kerajaan \nPerikatan Nasional\n (PNBBC).\n Perikatan Nasional back benchers Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam sidang media di parlimen sebentar tadi.\n\n\nBeliau\u00a0 berkata, ahli parlimen menyatakan sokongan penuh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri sehingga tamat penggal ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBawa masuk pakar perumahan Singapura bukti negara tandus bakat\n\n\n\n\n\n\nMyHeart mudahkan diaspora berkhidmat di tanah air, beroperasi bulan depan\n\n\n\n\n\n\nKuliah Ustaz Azhar Idrus ditangguh, JAWI tampil beri penjelasan\n\n\n\n\n\n\nTun M dakwa ada pihak sedang bersihkan imej Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n48 Maut Akibat Banjir, Amaran Hujan Lebat Petang Ini Sehingga 3 Jan\n\n\n\n\n\n\n\n\n Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak berkata :\n\n\n\u201c\u2026kita dari pihak\u2026 merupakan tulang belakang menyokong penuh Perdana Menteri. mudahan dia dapat mengetahui penuh kerajaan sehingga habis penggal sehingga 2023. Jadi terus stabil dan kukuh mendapat sokongan dariu semu bukan saja dr kerajaan tapi pembabangka yg berjanji menyokong kerajaan. Dan kita ucapkan terimakasih kepada pihak pembangkanh. this is new politic new matured politik\u2026\u201d\n\n\nMengulas lanjut beliau berkata, pencapaian 100 hari di bawah pentadbiran Ismail Sabri bukti kerajaan berjaya dan mampu untuk terus mentadbir negara.\u00a0\n\n\nSementara itu, turut menyatakan sokongan adalah Datuk Doktor Mohd Khairuddin Aman Razali mewakili parti PAS, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang mewakili GPS yang turut hadir pada sidang media sebentar tadi.\u00a0\n\n\nTurut hadir sama pada sidang media adalah Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz\u00a0\n\n\nDatuk Seri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar berkata :\n\n\n\u201c\u2026saya dari pihak GPS mengucapkan jutaan terimakasih kepada semoga keluarga malaysia\u2026ini semangat keluarga malaysia yg sangat kita alukan dan semua dapat rasa kekuatan ini dengan bekerjasama\u2026\u201d\n\n\nDatuk Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli Parlimen \nKuala Nerus berkata :\n\n\n\u201c\u2026mewakili PAS kami menyokong penuh PM yang berjaya membawa wadah kepimpinan keluarga malaysia yang berjaya\u2026tidak mengira kaum dan juga rantau\u2026\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/15/tindakan-pantas-perlu-kawal-covid-9-pakar/", "title": "Tindakan Pantas Perlu, Kawal COVID-9 \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n(Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, (PPPKAM), Datuk Doktor Zainal Ariffin Omar / sumber : hospital pengajar UPM)\n\n\nRABU, 15 DISEMBER\n \u2013 Terdapat pindaan-pindaan dan perincian undang-undang yang perlu dijelaskan mengenai bidang kuasa pegawai kesihatan dan pelaksanaannya terhadap rakyat yang membimbangkan ramai pihak termasuk pakar kesihatan awam sendiri.\n\n\nDemikian menurut Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, (PPPKAM), Datuk Doktor Zainal Ariffin Omar.\n\n\nDatuk DR Zainal Ariffin Omar selaku Pakar Kasihatan Awam berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZahid normalisasikan rasuah \u2013 Syed Saddiq\n\n\n\n\n\n\nPenguasa Kanan Sprm Didakwa Pecah Amanah\n\n\n\n\n\n\nRokok elektronik beri impak negatif kepada generasi muda\n\n\n\n\n\n\nBukan Hanya Pembeli, Peniaga Juga Turut Terkesan\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: AMANAH mohon maaf kepada UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026.ada beberapa perkara saya rasa pindaan yang perlu dilakukan pindaan 342 tu, ada beberapa pihak tidak selesa dengan pindaan-pindaan tu contohnya, seksyen 2 (2) yang mengatakan semua pengamal perubatan bila tau ada kes perkara ini terlalu luas jadi merisaukan terutamanya doktor menjadi mangsa doktor swasta, tak lapor tak comfortable\u2026.\u201d\n\n\nSoalnya lagi, pegawai boleh menyiasat mengenai kesalahan sekiranya pelanggaran akta COVID-19 ini dilakukan, namun tindakan yang macam mana akan diambil ke atas masyarakat?\n\n\nDatuk DR Zainal Ariffin Omar, Pakar Kasihatan Awam berkata :\n\n\n\u201c\u2026. Melihat semangat undang-undang tu bagus, tapi dari segi pelaksanaaan tu orang takut kerana esok yang kena semua orang, budak sekolah, pelajar universiti, kedai, orang miskin, ini pelaksanaaan sekarang yang esok nanti yang kena tangkap, kena pukul, masuk lokap adalah orang biasa..\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/15/tolak-pilihan-raya-awal/", "title": "Tolak Pilihan Raya Awal", "body": "0\n\n\n(Azmi Hassan, Geostrategis dan Penganalisis Politik)\n\n\nRABU, 15 DISEMBER\n \u2013 Sidang media tadi juga memberi harapan bahawa sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri bukan sahaja dari UMNO dan BN. Tetapi juga dari Pihak Pembangkang.\n\n\nBagi mengulas isu ini dengan lebih lanjut, secara skype kita ada Ketua Geostrategis, Saudara Azmi Hassan. Assalamualaikum Saudara.\n\n\nBerikut adalah soalan yang ditanya kepada beliau.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiga Kluster Pendidikan Baharu Dikesan Di Kedah\n\n\n\n\n\n\nISMA konsisten sedarkan masyarakat perkara ancam akidah\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tergesa-gesa pinda Hukuman Mati Mandatori\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya rakam, tapi bukan untuk sebar video tu\u201d \u2013 isteri bekas KPN\n\n\n\n\n\n\nPengumuman hari raya pertama akan dibincang \u2013 Mohd Na\u2019im\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n Sidang Media yang dibuat oleh Datuk Seri Tajuddin siang tadi menunjukkan bahawa ada gerakkan untuk mempercepatkan PRU 15. Adakah sebenarnya ia berlaku?\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n Dalam sidang media ini, Selain dari UMNO, ia juga turut disertai oleh wakil dari GPS, dan juga turut kelihatan Pihak Pembangkang. Adakah ini menunjukkan gerakkan dari kumpulan Najib Razak dan Zahid Hamidi terus terkubur?\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n Pada pandangan saudara juga adakah dengan adanya Sidang Media tadi, ia sekaligus memberi kesan kepada PRN sarawak yang akan berlangsung Sabtu ini?\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nIKUTI SESI TEMUBUAL DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/3384/", "title": "", "body": "0\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 Kes pertama varian yang dibimbangi (VoC) Omicron melibatkan rakyat tempatan dikesan di Malaysia.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, kes yang baharu dikesan ini merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria.\n\n\n\u201cKeputusan ujian RT-PCR COVID-19 ke atas kes sebelum berlepas ke Malaysia adalah negatif."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/3387/", "title": "", "body": "0\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 Orang ramai diminta tampil membantu polis mengesan seorang lelaki warga Myanmar, Abd Hamim Ab Hamid, 33 tahun yang turut dikenali sebagai \u2018Long Tiger\u2019, selepas meloloskan diri daripada lokap Mahkamah Majistret di sini, semalam.\n\n\nKetua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat, berkata polis kini melancarkan Ops Tutup di sekitar daerah ini dalam usaha mengesan suspek yang melarikan diri dalam keadaan tangan bergari."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/3390/", "title": "", "body": "0\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan dua lagi pegawainya kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes rompakan berkumpulan melibatkan kerugian RM700,000, di Kuala Lumpur Jumaat lalu.\n\n\nDalam kenyataan malam tadi, SPRM berkata telah memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan kes itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/armand-tidak-bersetuju-segerakan-pilihan-raya/", "title": "Armand Tidak Bersetuju Segerakan Pilihan Raya", "body": "0\n\n\n(Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah / sumber : bharian)\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata;\n\n\n\u201c\u2026Sememangnya tidak wajar Pilihan Raya Umum Kelima Belas dilaksanakan pada waktu terdekat, memandangkan varian Omicron yang berleluasa pada ketika ini terutamanya di Eropah.\u201d\n\n\nOleh itu, bagi langkah berjaga-jaga di negara ini \u2014 Semua pihak termasuk ahli politik perlu menelititi perkara ini dan bukan sahaja memenuhi kehendak dan demi kepentingan sendiri semata-mata.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPDN Kedah ambil tindakan peniaga jual gula bersyarat\n\n\n\n\n\n\nDitembak lebih 20 das, penolong ketua kampung maut\n\n\n\n\n\n\nKeputusan sewajarnya ialah Najib dibebas dan dilepaskan \u2013 Hakim Besar Sabah & Sarawak\n\n\n\n\n\n\nGangguan bekalan air di 99 kawasan di Selangor pada Isnin\n\n\n\n\n\n\nKes Dera Bella : diberi makan 20 cili padi seminggu\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Armand Azha Abu Hanifah, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata :\n\n\n\u201c\u2026. Adakah ini masa terbaik melaksanakan PRU secepat mungkin? Terutamanya semasa Pandemik yang belum selesai, dengan varian baru ini jadi setiap tindakan kita perlu dari pandangan rakyat dan masyarakat jangan kita mengambil sentiment hati politik-politik tetapi kita menidakkan ketakutan rakyat pada hari ini\u2026. Kita perlu fokuskan kebajikan rakyat, ekonomi rakyat baru kita cerita mengenai PRU 15\u2026.\u201d\n\n\nTambahnya ia bukan masa yang sesuai untuk menyatakan PRU15 dan pastinya bagi beliau menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agong untuk mengutamakan rakyat perlu didahulukan di samping varian baharu COVID19 yang hadir kini.\n\n\nKetika ditanyakan mengenai ada perbezaan pandangan dalam UMNO mengenai perkara ini, Armand berkata :\n\n\n\u201c\u2026. Itu bukan perpecahan dalam UMNO tetapi semangat meraikan demokrasi \u2014 Dalam meraikan perbezaan pandangan antara pucuk pimpinan dan demokrasi dalam parti\u201d.\n\n\n\u201c\u2026. Apabila media quote, ada kem, ada kluster dan sebagainya ini menjadikan satu perkara yang tidak sihat dalam akar umbi UMNO, kerana mewujudkan persepsi berlaku perpecahan\n\u2026 Parti UMNO lebih demokrasi dan terbuka untuk beri pandangan sekarang\u2026.\u201d\n\n\nArmand yang baru mengangkat sumpah sebagai senator bulan lalu sebagai Ahli Dewan Negara, sebelum ini mengulas mengenai kerjasama UMNO dalam Perikatan Nasional, PN\n\n\nKatanya, UMNO lebih berminat untuk menumpukan isu-isu utama rakyat dan belum membuat sebarang ketetapan mengenai perkara itu pada PRU Ke-15 nanti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/dun-dugong-hangat-diperkatakan-menjelang-hari-mengundi/", "title": "DUN Dudong Hangat Diperkatakan Menjelang Hari Mengundi", "body": "0\n\n\n( Calon-calon DUN Dudong / sumber : bharian)\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 Kejutan yang dicetuskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Tiong Thai King, kelmarin yang meminta pengundi di kawasan itu memilih calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghangatkan lagi suasana kempen di kawasan paling ramai calon bertanding itu.\n\n\nThai King yang menyandang kerusi itu sejak pilihan raya negeri 2016 tidak disenaraikan PSB untuk mempertahankan kawasan itu, sebaliknya parti pembangkang tempatan Sarawak itu meletakkan calon muka baharu, Wong Hie Ping, bagi mencabar Datuk Seri Tiong King Sing yang mewakili GPS.\n\n\nTindakan PSB yang tidak menyenarai Thai King itu menimbul tanda tanya sehinggalah tokoh korporat berusia 76 tahun itu mengeluarkan kenyataan menerusi advertorial di sebuah akhbar tempatan kelmarin yang mengakui beliau sudah meninggalkan parti itu 1 Disember lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMYDIN rugi setengah juta kerana cuti tambahan raya\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa kembalikan nikotin dalam Akta Racun 1952\n\n\n\n\n\n\nSetiausaha politik Anwar nafi khabar angin pelantikan Wan Azizah di JPM\n\n\n\n\n\n\nUMNO pilih DAP sebab tidak berpura-pura setiakawan \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nBekalan pasport cukup, kesesakan ekoran peningkatan mendadak\n\n\n\n\n\n\n\n\nTindakan beliau meminta pengundi menyokong calon GPS juga berhubung kait dengan kepentingan perniagaan syarikat keluarga yang diterajuinya, Kumpulan Rimbunan Hijau, yang memerlukan kerjasama kerajaan untuk terus berfungsi dengan lancar.\n\n\nIa sekali gus menyaksikan Thai King sendiri seolah-olah tidak yakin PSB mampu membentuk kerajaan Sarawak pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 seperti yang mereka laungkan selama beberapa bulan sebelum ini.\n\n\nKenyataan itu mungkin dilihat menguntungkan GPS, namun calon parti pemerintah yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) serta Ahli Parlimen Bintulu itu juga dipertikaikan sebelum hari penamaan calon lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/fadhil-mohd-isa-calon-bebas-n52-dudong/", "title": "Fadhil Mohd Isa Calon Bebas N52 Dudong", "body": "0\n\n\n(Sesi temubual ini diadakan menerusi \u2018Skype / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 Kawasan bagi DUN Dudong ini merupakan kawasan yang paling ramai bertanding, ia sedikit sebanyak tidak menjadikan perihal pembangunan kawasan tersebut terjejas lebih lebih lagi ia termasuk di bawah pentadbiran Bahagian Sibu.\n\n\nBagi mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai DUN Dudong ini, menerusi Skype kita ada, Calon mewakili BEBAS iaitu, Saudara Mohad Fadhil Mohd Isa.\n\n\n1. Kita tahu dan umum mengetahui Fadhil sendiri merupakan orang media, bagaimana Fadhil boleh untuk bertanding dalam PRN-12?\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTakiyuddin gesa kerajaan henti berdendam dengan pembangkang\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019 : Program bukan untuk belia Muslim \u2013 Hannah Yeoh\n\n\n\n\n\n\nKedai Sarbaneka Bangi, Kajang Henti Jual Arak\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadikan saya calon pilihan terakhir\u201d \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\nKJ masih simpan cita-cita politik, tidak mahu dilupakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. DUN Dudong merupakan kawasan majoriti kaum cina, adakah Fadhil sendiri mampu untuk menambat hati pengundi di situ?\n\n\n3. Sepertimana kita sedia maklum, Sibu merupakan kawasan yang kerap kali mengalami Banjir, adakah masalah ini sebenarnya yang Fadhil ini selesaikan?\n\n\nSILA IKUTI TEMUBUAL DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/hari-merdeka-mahu-dimansuh-bekas-menteri-gagal-fahami-31-ogos/", "title": "Hari Merdeka Mahu Dimansuh, Bekas Menteri Gagal Fahami 31 Ogos", "body": "0\n\n\n( Hari Merdeka pada 31 Ogos bakal digugurkan / sumber : iluminasi)\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 Cadangan mahu mahu gugurkan Hari Merdeka pada 31 Ogos dengan sekadar menyambut hari Malaysia pada 16 September dianggap satu suatu pemikiran yang mendukacitakan.\n\n\nPengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Aminuddin Yahaya berkata 31 Ogos merupakan tarikh simbolik dan penting bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang berjuang bermati-matian menentang penjajah.\n\n\n\u201c 31 Ogos 1957 merupakan tarikh simbolik dan penting bagi rakyat Persekutuan Tanah Melayu yang berjuang bermati-matian menentang British.\u201d\n\n\u2013 Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA\n\n\nBeliau berkata, Hari Merdeka mahupun Hari Malaysia masing-masing merupakan sambutan yang unik serta istimewa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenguat kuasa dibayar RM2,500 lepaskan PATI di lapangan terbang\n\n\n\n\n\n\nLawatan PM ke Arab Saudi capai objektif\n\n\n\n\n\n\nBasikal lajak: Pertuduhan terhadap Ke Ting tidak sah\n\n\n\n\n\n\nADUN DAP dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Melaka\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa kini ahli PAS?\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, 31 Ogos bukan sekadar tarikh semata-mata kerana melupakan tarikh keramat itu bermakna melupakan satu siri rantaian sejarah penting buat sejarah Sabah dan Sarawak serta Malaysia secara keseluruhannya.\n\n\nMenurut Aminuddin, rakyat di negeri Sabah dan Sarawak turut menyambut 31 Ogos kerana faham akan kaitannya dengan mereka.\n\n\nJika ada rakyat di Sabah dan Sarawak tidak menyambut 31 Ogos, itu bukan alasan untuk menguburkan.\n\n\nTambah Aminuddin, sangatlah malang apabila seorang wakil rakyat senior yang pernah menjadi menteri sekian lama gagal memahami perkara ini.\n\n\nSebelum ini, Ahli Parlimen Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Putrajaya perlu menggantikan Hari Merdeka yang disambut pada 31 Ogos dengan Hari Malaysia pada 16 September jika mahu melangkah ke hadapan sebagai satu negara.\n\n\nKatanya, Hari Merdeka tidak bermakna kerana negara dikenali sebagai Malaysia dan perkara ini menyebabkan dua pemikiran berbeza kerana mempunyai Hari Merdeka dan Hari Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/kaji-semula-sop-masjid-pakar-epidemiologi/", "title": "Kaji Semula SOP Masjid -Pakar Epidemiologi", "body": "0\n\n\n(Kaji semula sop di masjid, foto hiasan / sumber : bharian)\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 SOP sedia ada perlu dikaji semula terutama SOP di Masjid agar saf Jemaah boleh dirapatkan semula.\n\n\nMendapatkan Pakar Epidemiologi Universiti Putra Malaysia UPM,\n\n\nBeliau berkata, dengan peningkatan kadar vaksinasi dan dos penggalak tiada masalah yang lebih besar untuk mengimarahkan masjid secara normal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenerbangan pertama haji dijangka 21 Mei\n\n\n\n\n\n\nFenomena \u2018Bossku\u2019 dalam UMNO belum berakhir \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nPersatuan Bas Sekolah Tiada Hak Letak Harga, Tapi Ramai `Bungkus\u2019 Angkara Pandemik\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di Lima Negeri Terus Menurun\n\n\n\n\n\n\nTiada pengeluaran KWSP demi kebaikan negara \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\n\n\nProf Madya DR Marlina Osman, Pakar Epidemiologi Universiti Putra Malaysia UPM berkata :\n\n\n\u2018\u2019\u2026 saya juga berharap sop di masjid dapat disemak semula dan saya dapati tidak ada sebab dari kesihatan awam kenapa kita tidak dapatkan saf sebab kalau mereka sudah melengkapkan vaksin dos penggalak, jaga SOP boleh untuk mendekatkan saf tu\n\n\nTambah beliau, Malaysia juga berpotensi untuk mengikut jejak langkah Negara Brunei sekiranya pemberian dos penggalak secara menyeluruh dan kepatuhan SOP rakyat Malaysia masih diteruskan.\n\n\nKementerian Kesihatan hari ini melaporkan 3,900 kes baru COVID-19, Kes kumulatif kini berjumlah 2,703,140.\n\n\nUntuk perincian pecahan terkini kes mengikut negeri akan dimuat naik di laman sesawang COVIDNOW selepas tengah malam. Dalam pada itu, bermula hari ini, Sultan Brunei mengisytiharkan negara itu kini beralih ke fasa endemik.\n\n\nMenurut Sultan Brunei, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa sambil menerima hakikat kehidupan cara baru.\n\nBrunei menjadi negara ASEAN pertama mengumumkan peralihan ke fasa endemik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/long-tiger-bolos-dari-lokap-mahkamah-tangkak/", "title": "\u2018Long Tiger\u2019 Bolos Dari Lokap Mahkamah Tangkak", "body": "0\n\n\n(Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai Long Tiger / sumber : petua dan resepi bonda)\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai Long Tiger terlepas daripada tahanan ketika menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak pada pagi Rabu.\u00a0\n\n\n\u00a0\nKetua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata orang kena tahan (OKT) berketurunan Rohingya itu hadir di mahkamah bagi perbicaraan kes berkait Seksyen 388 Kanun Keseksaan sebelum terlepas kira-kira 11.55 pagi semalam.\n\n\n \u201cOKT ketika dalam tahanan tangannya masih bergari dan sedang menunggu untuk memulakan prosiding sambil menunggu peguamnya untuk hadir ke mahkamah.\u201d\n\n\n\u201cProsiding yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh,\u201d\n\n\n\u2013 SUPT Mohd Fadhil Minhat selaku Ketua Polis Daerah Tangkak\n\n\nKatanya ketika kejadian Abdul Hamim, 32, tahun\u00a0 memakai kemeja-T pagoda dan berseluar coklat. Berkepala botak, -T terbabit memiliki ketinggian lebih kurang 160 cm dengan berat sekitar 65 kilogram.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekalan air Melaka bertahan hingga Ogos\n\n\n\n\n\n\nKKM akan bincang semula pelaksanaan cukai vape\n\n\n\n\n\n\n312 Penumpang Ke Kuala Perlis Terkandas\n\n\n\n\n\n\nAnwar beri bayangan kluster mahkamah masih berpeluang sertai Kabinet\n\n\n\n\n\n\n2 pegawai polis bantu MCMC tangani isu sensitiviti 3R\n\n\n\n\n\n\n\n\nDia disedari melarikan diri dari mahkamah oleh orang ramai dan usaha untuk menangkapnya dilakukan, tetapi OKT berjaya meloloskan diri ke kawasan semak berhampiran.\n\n\nOrang ramai yang terlihat dengan Abdul Hamim atau mempunyai maklumat boleh segera menghubungi pihak polis."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/malaysia-catat-kes-kedua-omicron-kj/", "title": "Malaysia Catat Kes Kedua Omicron \u2013 KJ", "body": "0\n\n\n(Omicron, foto hiasan / sumber : ABC news)\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 Kementerian Kesihatan mengesan kes COVID-19 varian Omicron kedua di negara ini membabitkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, kes yang baharu dikesan ini merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menetap bersama keluarganya di Lagos, Nigeria.\n\n\nBelia berkata, 18 kes kemungkinan varian Omicron dikesan di negara ini dalam kalangan pengembara yang pulang dari luar negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJenazah Pengerusi MDN Mahmood Zuhdi selamat dikebumi\n\n\n\n\n\n\nAmbil alih BNS, kerajaan tiada pilihan selesaikan projek LCS\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk serangan tentera Israel di Nablus\n\n\n\n\n\n\nDakwaan kes Menteri buat kecoh di KLIA disiasat rapi -PM\n\n\n\n\n\n\n\u201cSudah Sampai Masa Kedudukan Istimewa Melayu Dikaji\u2019 \u2013 Hassan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, 18 kes kemungkinan varian Omicron itu dikesan hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan membabitkan 52 sampel.\n\n\n\u00a0\n\n\nKhairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan berkata :\n\n\n\u201cDaripada jumlah ini satu sampel menunjukkan berkemungkinan varian omicron\n\u2026 warganegara Malaysia yang menetap bersama keluarga di Lagos, Nigeria.\u201d\n\n\nTambah Khairy, \npesakit tidak mempunyai gejala dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah selama 14 har\ni.\n\n\nPesakit bersama ibu dan adik perempuannya tiba di negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Disember lalu sebelum disahkan positif COVID-19 dua hari selepas itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/mengapa-pru-awal-dituntut/", "title": "Mengapa PRU Awal Dituntut", "body": "1\n\n\n(Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 Semalam Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia, BBC secara terbuka menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Saberi Yaakob, sehingga penggal Parlimen berakhir pada tahun 2023.\n\n\nLangkah itu yang dilihat dilakukan secara tiba-tiba ibarat manakan pokok tidak bergoyang jika tiada anginnya dilihat satu tindakan untuk menafikan perlunya pilihan raya awal perlu dilakukan.\n\n\nSekaligus ia mengelak spekulasi PRU 15 lebih awal daripada tempoh sepatutnya selepas isu itu dibangkitkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat Majlis Tertinggi baru-baru ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n89.9 % Keluar Bagi Pengundian Awal PRN Melaka\n\n\n\n\n\n\nSaudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah \u2013 Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nPetisyen pilihan raya Gua Musang dibicarakan, Putrajaya ditolak\n\n\n\n\n\n\nKKM akan bincang semula pelaksanaan cukai vape\n\n\n\n\n\n\nTun M sudah buat yang terbaik, usah ganggu lagi \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengerusi BBC Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang juga Ahli parlimen pasir salak memberitahu, kepimpinan perdana menteri perlu diteruskan bagi membantu Kabinet memfokus kepada usaha membela rakyat dan mengatasi masalah akibat Covid-19.\n\n\nPakar Geostrategis Azmi Hassan berkata, sememangnya ada usaha untuk mengesyorkan daripada pihak UMNO untuk pilihan raya diadakan lebih awal, ini kerana berkemungkinan parti UMNO sudah mempunyai kekuatan dan bersedia untuk berdepan dengan PRU 15 berdasarkan PRN Melaka sebelum ini.\n\n\nManakala parti lain masih belum bersedia begitu juga dengan Pakatan Harapan.\n\n\nBerdasarkan daripada sidang media semalam, katanya wakil wakil ahli parlimen dari parti, UMNO, PAS, GPS telah menyatakan sokongan namun dalam hal politik segalanya boleh berlaku, iaitu pihak yang dulunya kata tidak mengawalkan pilihan raya mungkin akan bertindak sebaliknya pada masa yang sesuai nanti.\n\n\nTV Pertiwi difahamkan, jika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan pilihan raya umum (PRU) diadakan, berkemungkinan besar pemilihan parti UMNO terpaksa diadakan lebih awal daripada sepatutnya dijadualkan.\n\n\nNamun semalam keadaan adalah sebalikya apabila beberapa Ahli parlimen UMNO terus menyokong Ismail Sabri untuk meneruskan mengemudi kerajaan sehingga tahun 2023.\n\n\nLantas menyekat harast Zahid untuk PRU 15 dipercepatkan.\n\n\nMemetik agendadaily, sumbernya memberitahu keputusan Mahkamah Rayuan ke atas kes bekas perdana menteri datuk seri najib razak didakwa mempunyai kaitan untuk Zahid mencari jalan bagi kes beliau.\n\n\nBagaimanapun, dengan kes masih ribuan dan dalam serangan varian baharu, rakyat pastinya tidak mahu PRU diadakan secepat mungkin.\n\n\nWalaupun PRN Melaka dan Sarawak hujung minggu ini menjai sandaran, mungkin bukan mudah untuk Yang dipertuan agong membubarkan Parlimen.\n\n\nJusteru itu, satu-satunya jalan terakhir dimiliki Zahid jika langkah mengadakan PRU awal tidak berhasil adalah dengan menarik semula keputusan menangguh pemilihan parti dan menjalankannya dengan secepat mungkin, kata agendadaily.\n\n\nPemilihan jawatan UMNO di semua peringkat cawangan, bahagian dan MT ditangguhkan selama 18 bulan bermula 30 Jun 2021. Selaras Perlembagaan UMNO Fasal 10.16 iaitu Majlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan.\n\n\nUntuk rekod, UMNO sebelum ini mengumumkan pemilihan jawatan UMNO di semua peringkat cawangan, bahagian dan MT ditangguhkan selama 18 bulan bermula 30 Jun 2021 iaitu pada 30 Jun 2022 dan tempoh sama untuk PRU15 diadakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/pru-15-boleh-disegerakan-jika-kes-aktif-kekal-menurun-pakar/", "title": "PRU-15 Boleh Disegerakan Jika Kes Aktif Kekal Menurun \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n(Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM, Profesor Madya Dr Malina Osman.)\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 Ura-ura mengenai Pilihan Raya Umum ke-15, bakal disegerakan agak membimbangkan jika berlaku penularan wabak dan memburukkan situasi pandemik sedia ada.\n\n\nTV Pertiwi hari ini turut mendapatkan pandangan dari sudut kesihatan daripada Pakar Epidemiologi Universiti Putra Malaysia, UPM, Profesor Madya Doktor Marlina Osman, bagi mengulas lanjut tentang kewajaran jika PRU disegerakan.\n\n\nDr Marlina berkata, PRU-15 boleh diadakan namun sekiranya kes aktif COVID-19 terus menurun dan berada di bawah paras 10 ribu kes.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSiti Bainun kena penjara 12 tahun\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Perkara 152 dan Akta 342\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri diramal pertahankan kerusi DUN Rhu Rendang\n\n\n\n\n\n\nPAS Selangor intai kerusi dimenangi pada PRU12\n\n\n\n\n\n\nTindakan Zionis bunuh Al-Tamimi dikecam keras\n\n\n\n\n\n\n\n\nProf Madya DR Marlina Osman, Pakar Epidemiologi Universiti Putra Malaysia UPM berkata :\n\n\n\u2018\u2019\u2026 Melihat kepada situasi sekarang saya jangkakan tiada isu besar kalau kita buat Pilihan raya dalam tempoh yang lebih awal tapi kita perlu turunkan dulu kita punya kes aktif tu sekarang ni masih lagi lebih kurang 50 ribu kes aktif kalau dapatkan kurangkan bawah 10 ribu insha Allah boleh proceed..\u2019\u2019\n\n\nBeliau membandingkan situasi ketika PRU 15 dengan mengambil contoh situasi PRN Melaka.\n\n\nKatanya peningkatan pemberian dos vaksin penggalak membantu pengawal penularan wabak COVID 19 yang lebih serius.\n\n\nMengulas lanjut mengenai Pilihan Raya Negeri Sarawak, beliau berkata kemungkinan kewujudan kluster baru adalah rendah.\n\n\nIni kerana, ujar beliau SOP Sarawak juga adalah lebih ketat malah kes aktif di Sarawak juga mencatatkan penurunan yang baik namun langkah berjaga-jaga masih perlu dikekalkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/sprm-serah-2-lagi-pegawai-pada-polis/", "title": "SPRM Serah 2 Lagi Pegawai Pada Polis", "body": "0\n\n\n( Siasatan kes rompakan berkumpulan melibatkan kerugian RM700 ribu/ sumber : mstar)\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 SPRM menyerahkan dua lagi pegawainya kepada pihak polis untuk membantu siasatan kes rompakan berkumpulan melibatkan kerugian RM700 ribu, di Kuala Lumpur Jumaat lalu.\n\n\nDalam kenyataan malam tadi, SPRM berkata telah memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan kes itu.\n\n\n\u201cSPRM mengesahkan telah membantu siasatan pihak polis dan menyerahkan dua lagi pegawai bagi membantu siasatan itu,\u201d \n\n\n-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)\n\n\nSPRM berkata pihaknya menegaskan, tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai yang terlibat dalam jenayah dan menggesa siasatan polis disegerakan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIbu kandung, bapa tiri didakwa eskploitasi seks anak perempuan OKU\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di Empat Negeri Kekal\n\n\n\n\n\n\n4,726 Miskin Tegar Di Johor, Melayu Paling Tinggi\n\n\n\n\n\n\nRas Adiba umum sertai BERSATU, sokong PN bela OKU\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Sedia Jadi Hab Rawatan Hepatitis\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, dua individu termasuk seorang pegawai SPRM dilaporkan telah ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes rompakan di sebuah rumah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan masing-masing direman tiga dan empat hari.\n\n\nSPRM menyerahkan pegawainya kepada polis sehari selepas kejadian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/16/umno-hilang-idealisme-parti-kerana-ada-muslihat-peribadi-isma/", "title": "UMNO Hilang Idealisme Parti Kerana Ada Muslihat Peribadi \u2013 ISMA", "body": "0\n\n\n(Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman / sumber : isma)\n\n\nKHAMIS, 16 DISEMBER\n \u2013 UMNO yakin dan percaya boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 jika diadakan dalam tempoh terdekat.\n\n\nBagaimanapun, menurut Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, UMNO akan berbalah sesama sendiri meskipun mereka memenangi Pilihan Raya akan datang.\n\n\nKatanya, dilema yang berlaku itu disebabkan terdapat muslihat dalam kalangan ahli parti sendiri yang mahu mencapai kepentingan tertentu berbanding memikirkan masalah rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRosmah dibenar dapatkan sementara pasport lawat cucu sakit\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin tidak boleh sewenangnya guna kuasa budi bicara menteri \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nPencarum KWSP boleh mohon pinjaman bank mulai 7 April\n\n\n\n\n\n\nKKM teliti isu perolehan ventilator rosak ketika pandemik Covid-19\n\n\n\n\n\n\nSiasatan tiga pemimpin parti politik sentuh 3R di peringkat akhir \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\n\n\nUstaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Amir ISMA berkata :\n\n\n\n\u201cDi sana ada seolah-olahnya pergaduhan dalaman di dalam UMNO itu sendiri jadi soal nak buat PRU segera atau tangguh pilihan raya adalah berkaitan kerana perbezaan kepentingan pihak-pihak dalam UMNO itu sendiri. jadi ada muslihat dia bukan berkaitan dengan kepentingan negara ataupun kepentingan rakyat tetapi kepentingan pihak di dalam UMNO.\u201d\n\n\nJelas Ustaz Abdullah, pelbagai kepentingan yang dimahukan termasuk membatalkan dakwaan di mahkamah.\n\n\nMalah sebahagian daripada mereka mahu Pemilihan UMNO diadakan segera supaya berlaku penstrukturan dengan menyingkirkan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi.\n\n\nTambahnya, meskipun UMNO menang dalam PRU-15, delima yang dalam kalangan ahli parti Melayu terbesar itu akan menyaksikan keretakan yang menyebabkan negara tidak mampu bergerak ke depan standing dengan negara-negara membangun yang lain.\n\n\n\u201cMasalah parti Melayu yang besar ini dia dah bankrupt, dia dah bankrupt idealism perjuangan jadi betul mereka mempunyai parti yang besar, jentera pilihan raya dan pengundi yang besar khususnya apabiula mereka sihat tapi adakah mereka boleh membawa negara kembali kepada kegemilangan saya tak yakin kerana mereka sudah lagi tiada idealism perjuangan mereka bukan perjuangan melayu bukan lagi perjuangan Islam tetapi mereka bergaduh untuk perjuangkan mahukan perut masing-masing mereka akan terus bergaduh sesama mereka walaupun berjaya memenangi Pilihan raya.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/17/31-ogos-tidak-wajar-dimansuhkan-veteran-atm/", "title": "31 Ogos Tidak Wajar Dimansuhkan \u2013 Veteran Atm", "body": "0\n\n\n( Hari Merdeka pada 31 Ogos digugurkan tidak dipersetujui / sumber : iluminasi)\n\n\nJUMAAT, 17 DISEMBER \u2013\n Cadangan untuk memansuhkan tarikh sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos t\nidak dipersetujui oleh beberapa orang veteran Angkatan Tentera Malaysia, ATM yang dihubungi TV Pertiwi hari ini.\n\n\nMenurut mereka, tindakan itu seperti memperkecilkan perjuangan darah, keringat dan air mata yang dicurahkan mereka ketika memperjuangkan Kemerdekaaan negara selama ini.\n\n\n Mustafa Jantan sebagai Veteran ATM berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCukai cecair vape tidak memadai demi kesihatan\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Saman Penyelidik Rasuah, Lalitha Kunaratnam \u2013 RM10 Juta\n\n\n\n\n\n\n850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan dapat RM200\n\n\n\n\n\n\nUPNP serbu kawasan penerokan tanah haram, rampas jengkaut di Raub\n\n\n\n\n\n\n13 Ditahan Pandu Secara Mabuk Sekitar Ibu Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026Saya tetap berkenankan tarikh yang ada sekarang, Hari Kemerdekaaan tetap hari Kemerdekaaan, dan Hari Malaysia juga sejarah untuk hari pertubuhan Malaysia, kalau diambil dari satu sejarah sahaja kita terpaksa hilang pula satu sejarah negara kita\u2026\u201d\n\n\nBeliau bercerita mengenai pengisytiharan Hari Kemerdekaan 31 Ogos adalah untuk Malaya pada ketika itu belum ada negara Malaysia;\n\n\nMustafa yang kini sudah mencecah lebih 80 tahun usia, berasa terkilan apabila Bekas Menteri sendiri yang mencadangkan pemansuhan sambutan Hari Merdeka itu.\n\n\n\u201c\u2026Memandang rendah, atau mengecilkan sahaja perjuangan yang dilaksanakan oleh Veteran-Veteran sehinggakan menteri sanggup berkata begitu, seperti kami tak dipandang jasa-jasa saya terasa memang saya terasa\u2026\u201d\n\n\nBagi seorang lagi veteran ATM, Datuk Seri Zaini Mohd Said pula berpendapat j\nasa dan pengorbanan bekas parajurit dan erti Kemerdekaan itu sendiri yang perlu dihayati generasi muda bukan tarikh yang penting sebenarnya.\n\n\nDatuk Seri Zaini Mohd Said sebagai Veteran ATM berkata :\n\n\n\u201c\u2026. Memikirkan atau terpaksa membuat keputusan, kita hendak mengenangkan sejarah penubuhan negara, atau bersekali dengan tarikh penubuhan sejarah negara dan semangat kemerdekaaan, yang ketiga-tiga, Semenanjung, Sabah dan Sarawak, alami dalam penubuhan Malaysia, kalau kita buat 16 September kita sudah ingat Hari Malaysia sahaja, lama kelamaaan hilang mengingatkan semangat kemerdekaan sebagai satu bangsa yang bebas berdiri di atas kaki sendiri, dari hanya mengingat penubuhan satu negara sahaja\n\u2026Yang penting semangat kemerdekaaan bukan tarikh itu sangat\u2026\u201d\n\n\n(Kenyataan / sumber : FB Aminuddin Yahaya)\n\n\nTerdahulu memetik hantaran Facebook, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya berkata,\n\n\nCadangan melupakan tarikh 31 Ogos 1957 bermakna melupakan satu siri rantaian sejarah penting buat sejarah Sabah dan Sarawak serta Malaysia secara keseluruhannya.\n\n\nDan kata aminuddin adalah satu yang amat mendukacitakan apabila Bekas Menteri, yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan supaya Hari Merdeka 31 Ogos, digugurkan kerana sudah tiada makna lagi, baru-baru ini.\n\n\nNazri berkata demikian dalam satu sesi perbahasan di parlimen kelmarin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/17/antara-cabaran-utama-kepada-perpaduan-dr-jemilah/", "title": "Antara Cabaran Utama Kepada Perpaduan \u2013 Dr. Jemilah", "body": "0\n\n\n(Tan Sri DR Jemilah Mahmood, Penasihat Khas Kesihatan Awam / sumber : samudera.my)\n\n\nJUMAAT, 17 DISEMBER\n \u2013 Sekolah vernakular juga dikatakan antara masalah utama untuk merungkai kejituan perpaduan di negara ini.\n\n\nPandangan itu dinyatakan oleh Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai sekolah vernakular.\n\n\nTan Sri Doktor Jemilah Mahmood menyatakan bahawa dasar sekolah vernakular merupakan antara masalah utama yang masyarakat di Malaysia yang perlu selesaikan dalam menghapuskan jurang sosial antara kaum di Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n29 Kampung Melayu Dilenyapkan Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nTidak wajar halang MB Kedah hadir majlis Kerajaan Persekutuan \u2013 Samsuri\n\n\n\n\n\n\nBN didakwa bergolak: Ismail Sabri jumpa Pas, Ahmad Zahid di rumah Anwar\n\n\n\n\n\n\nKeabsahan Sek Vernakular\n\n\n\n\n\n\nSaya sayang Bella lebih daripada anak lain \u2013 Siti Bainun\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam ucapan beliau pada forum \u201cPrinsip Kesepaduan Sosial Dalam Membina Keluarga Malaysia: Realiti dan Cabaran\u201d pengasas badan kebajikan MERCY itu juga menegaskan \ndasar pendidikan vernakular telah memecah-belahkan masyarakat.\n\n\nTan Sri DR Jemilah Mahmood, Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin :\n\n\n\u201cKita mempunyai pengasingan melalui sekolah vernakular dan sebagainya, satu isu yang sangat politikal, tetapi telah memecah-belahkan negara kita. \u201d\n\n\nBeliau turut menegur sikap sesetengah guru dan ibu bapa yang sering menerapkan unsur-unsur prejudis dan berbaur kebencian dalam minda kanak-kanak.\n\n\nBeliau turut mempersoalkan \u2013 Apa peluang kanak-kanak untuk berfikir luas? Apa peluang mereka untuk berdialog? Apa peluang mereka untuk tidak menjadi seorang yang \u2018judgemental\u2019?\n\u00a0\n\n\nMenurut beliau, perubahan dalam aspek pendidikan memerlukan keupayaan politik, namun jika harapan digalaskan kepada ahli politik sahaja tiada sebarang perubahan yang akan berlaku.\n\n\nSecara berseloroh, Dr Jamilah berkata \u2013 Menunggu ahli politik membuat keputusan ataupun tindakan, sampai bila-bilapun tidak ada apa-apa yang akan berlaku.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam laporan portal Berita Samudera Dot My."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/17/bekas-perdana-menteri-dimasukkan-ke-ijn/", "title": "Bekas Perdana Menteri Dimasukkan Ke IJN", "body": "0\n\n\n(Tun Mahathir masuk ke IJN / sumber : gemilang daily)\n\n\nJUMAAT, 17 DISEMBER\n \u2013 Bekas Perdana Menteri, Tun Doktor Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara IJN pada jam 7 petang semalam.\n\n\nIJN dalam satu kenyataan berkata, Ahli Parlimen Langkawi itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemantauan selanjutnya.\n\n\nBeliau akan berada di IJN untuk beberapa hari lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri tak setuju 2 jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Terus Perkasa Agenda Ekonomi Bumiputera\n\n\n\n\n\n\nPerlis Benar Masjid Rapat Saf Solat Berjemaah\n\n\n\n\n\n\nPejabat Perdana Menteri pandang serius tindakan pihak salah guna nama, kedudukan PMO\n\n\n\n\n\n\nKKM akan bincang semula pelaksanaan cukai vape\n\n\n\n\n\n\n\n\nKali terakhir Tun Mahathir dimasukkan ke IJN pada Ogos 2016 bagi rawatan jangkitan paru-paru."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/17/harga-ayam-di-kelantan-menurun/", "title": "Harga Ayam Di Kelantan Menurun", "body": "0\n\n\n( Harga ayam murah di Kelantan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 17 DISEMBER\n \u2013 Harga ayam di Kelantan kini menunjukkan penurunan harga kepada RM7 sekilogram berbanding sebelum ini RM10\u00a0 sekilogram.\n\n\nPengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP, Kelantan Adnan Abd Rahman mengesahkan penurunan itu selepas membuat pemantauan beberapa hari lalu.\n\n\nMemetik laporan astro awani, Adnan berkata, rata-rata peniaga barangan basah di Kelantan memberikan Kerjasama yang baik kepada KPDNHEP serta mengikut seruan untuk menjual barangan asas seperti ayam dan sayur-sayuran dengan harga yang lebih rendah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat video tular lagu Negaraku kibar Jalur Gemilang, bendera Israel\n\n\n\n\n\n\nProses penamaan calon PRN 2023 lancar \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nFadhil Mohd Isa Calon Bebas N52 Dudong\n\n\n\n\n\n\nDPMM Gesa Kerajaan Cari Jalan Terbaik Bantu Rakyat\n\n\n\n\n\n\nTumpahan minyak diesel punca 4 LRA henti tugas sementara\n\n\n\n\n\n\n\n\nkatanya, sebelum ini KPDNHEP telah menetapkan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dengan harga\u00a0 RM9.30 sen bagi sekilogram ayam.\n\n\nBeliau berkata, dengan skim itu, ayam dijual lebih murah dan terdapat juga peniaga yang menjual dengan harga RM7 sekilogram.\n\n\nMengulas lanjut, Adnan menyifatkan trend penurunan ini sebagai trend yang sihat dan pihak KPDNHEP mengalu-alukan peniaga untuk menurunkan lagi harga agar pengguna tidak terbeban dengan harga barangan asas yang tinggi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/17/kelulusan-ma63-bertepatan-dengan-kepentingan-sabah-sarawak/", "title": "Kelulusan Ma63 Bertepatan Dengan Kepentingan Sabah, Sarawak?", "body": "0\n\n\n(Penganalisis Politik, Doktor Mazlan Ali)\n\n\nJUMAAT, 17 DISEMBER\n \u2013 Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diluluskan dilihat sebagai satu petanda baik khususnya buat rakyat negeri Sabah dan Sarawak namun adakah ia sebagai mainan politik bagi memancing hati pengundi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak?\n\n\nBagi mendapatkan pandangan lanjut berhubung kita terus bersama Penganalisis Politik, Doktor Mazlan Ali.\n\n\nQ1. Bagi pandangan Dr adakah MA63 ini sudah dijangkakan akan diluluskan di dewan rakyat pada waktu ini dan mungkin Dr boleh jelaskan mengenai pindaan tersebut?\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLA CRISTA: Hotel Pilihan Calon PRN Melaka\n\n\n\n\n\n\nBN-PH tawar 5 perkara jika tawan Kedah\n\n\n\n\n\n\nKedah tidak akan pertimbang semula keputusan tamat lesen judi\n\n\n\n\n\n\nZahid normalisasikan rasuah \u2013 Syed Saddiq\n\n\n\n\n\n\nPeperiksaan bertulis SPM 2022 bermula 20 Februari\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMA63 ni sudah begitu lama diperjuangkan oleh ahli politik Sabah dan Sarawak\u2026\n\n\u2026akan mendapatkan hak mereka yang sewajarnya.\u201d\n\n\nQ2. Adakah Dr juga melihat pindaan MA63 ini sebagai strategi politik yang dimainkan kerajaan persekutuan supaya rakyat Sarawak terus menyokong kerajaan?\n\n\n\u201cSaya fikir itu bukan isu utama kerana MA63 ini adalah isu yang sudah lama..\n\n\u2026sama seperti dinikmati seluruh rakyat malaysia yang lain.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/17/kempen-norma-baharu-meriah/", "title": "Kempen Norma Baharu Meriah", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n(Suasana berkempen di Sarawak / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 17 DISEMBER\n \u2013 Selepas lebih seminggu kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak berlangsung, ia tetap meriah biar pun penuh dengan norma baharu.\n\n\nPerang Bendera di antara parti merancakkan lagi kempen yang menyaksikan 349 calon beraksi untuk sepenggal lagi bumi sarawak.\n\n\nBaki yang tinggal untuk calon\u00a0 bertanding tidak kurang daripada\u00a0 48jam sebelum kempen Pilihan Raya Negeri ditutup tepat jam 12 malam esok.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJaga keselamatan, Johor diuji bencana banjir sekali lagi\n\n\n\n\n\n\nIdris Harun dilantik semula Peguam Negara\n\n\n\n\n\n\nPendakwa Raya Fail Afidavit Bukti Baharu Tiada Kaitan Elemen Kes Jenayah Rasuah Najib\n\n\n\n\n\n\nKetua Menteri Melaka tidak mahu wakil rakyat, kakitangan awam makan \u2018gaji buta\u2019\n\n\n\n\n\n\nKeabsahan Sek Vernakular\n\n\n\n\n\n\n\n\nKemeriahan turut dirasakan walaupun perlu mematuhi SOP yang sangat ketat sepanjang kempen yang dijalankan.\n\n\nKempen dan mengundi dalam norma yang baharu sudah tidak asing lagi, apabila pilihan raya negeri Melaka yang lepas turut mematuhi SOP yang sangat ketat.\n\n\nTinjauan kru TV Pertiwi di beberapa kawasan di sekitar Bahagian Samarahan dan Kuching\u00a0 menyaksikan bendera bendera parti turut digantung\u00a0 bagi mendapatkan sokongan pengundi.\n\n\nMalah perang bendera dan poster serta kain pemidang dipasang oleh parti dan calon bertanding di PRN Sarawak semakin meriah bukan hanya di sekitar Bandar Raya Kuching sahaja, malah diluar kawasan seperti Muara Tuang sehingga ke Samarahan\n\n\nTidak kurang juga ada yang berkempen menggunakan pembesar suara dengan menaiki truk.\n\n\nJadi, tidak hairanlah jika PRN Sarawak ini menjadi hala tuju untuk menuju ke Pilihanraya Umum ke 15"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/17/pegawai-media-blinken-positif/", "title": "Pegawai Media Blinken Positif", "body": "0\n\n\n(Pegawai media yang mengikuti\u00a0 rombongan Antony Bliken didapati positif COVID-19 di KL / sumber : mstar)\n\n\nJUMAAT, 17 DISEMBER\n \u2013 Seorang anggota pasukan media yang mengikut bersama rombongan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken disahkan positif covid-19 sewaktu perjalanannya ke Asia Tenggara sebaik tiba di Kuala Lumpur.\n\n\nJurucakap Ned Price berkata Blinken dan kakitangan juga telah disaring di setiap perhentian dalam jelajah antarabangsa ketika tiba di Kuala Lumpur pada lewat selesa dan keputusan ujian adalah negatif.\n\n\nDiplomat tertinggi Amerika itu berada di Jakarta pada hari selasa sebelum menuju ke Malaysia.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n25 tahun berlalu, Anwar `kembali\u2019 ke Menara Dato\u2019 Onn\n\n\n\n\n\n\nDua bekas pengarah ditahan seleweng dana RM9 juta\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tingkat taraf pendidikan, baiki sekolah daif\n\n\n\n\n\n\nTukar tanah wakaf ke tanah rizab Melayu, Perak digesa kaji keputusan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Operasi SAR ditangguh sementara akibat hujan lebat\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau sepatutnya meneruskan perjalanan ke Bangkok pada lewat Rabu sebelum mesyuarat dengan pegawai Thailand pada hari berikutnya.\n\n\nSementara itu, jurucakap kementerian luar Malaysia berkata, ia dimaklumkan mengenai kes covid-19 terbabit oleh kedutaan AS pada awal Rabu dan individu itu telah segera dikuarantin.\n\n\nMenurutnya, individu terbabit tidak terlibat dan tidak menyertai mana-mana program Setiausaha Blinken di Kuala Lumpur."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/17/pendengaran-mahkamah-keabsahan-sjkc-sjkt-20-mac-2022/", "title": "Pendengaran Mahkamah Keabsahan Sjkc, Sjkt 20 Mac 2022", "body": "3\n\n\n(Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan)\n\n\nJUMAAT, 17 DISEMBER\n \u2013 Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam menetapkan 20 Mac tahun depan bagi tarikh pendengaran penuh kes tuntutan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-GURU) berhubung keabsahan sekolah vernakular, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan SJKT di Malaysia.\n\n\nPresiden i-GURU, Mohd Azizee Hasan\n berkata, tujuan kes berkenaan dibawa ke peringkat mahkamah bagi meneliti\u00a0 pelaksanaan perkara 152 perlembagaan iaitu mendaulatkan atau Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan terhadap sekolah berkenaan.\n\n\nMohd Azizee Hasan sebagai \nPresiden i-GURU berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nYayasan Ikhlas Pertingkat Pendidikan Sains Kesihatan\n\n\n\n\n\n\nKita harus hormati keputusan rakyat \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nNajib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara\n\n\n\n\n\n\nNajib hanya mahu iringan doa dan kasih rakyat\n\n\n\n\n\n\nGERAKAN mohon maaf secara terbuka kepada semua penjawat awam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita telah mulakan kes ini sejak tahun 2019 dan akibat pandemik prosiding mahkamah tidak dapat dijalankan secara bersemuka jadi kita akan menunggu keputusan daripada mahkamah Kota Bharu untuk menentukan keabsahan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil jadi tujuan kita membawa kes ini adalah untuk melihat sejauh mana pelaksanaan perkara 152 perlembagaan iaitu mendaulatkan atau Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan itu diaplikasikan di sekolah SJKT dan SJKC.\u201d\n\n\n\u00a0\nMenurut Azizee, Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan perlu dijadikan sebagai Bahasa utama dalam urusan rasmi termasuk institusi pendidikan.\n\n\nJutseru katanya, kewujudan SJKC dan SJKT perlu dinilai semula dalam memenuhi perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di negara ini.\n\n\n\u201cJadi kita nak melihat kalaulah Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan seharusnya semua pihak dalam urusan rasmi menggunakan Bahasa melayu jadi jika terdapat institusi pendidikan seperti SJKC SJKT tidak menjadikan Bahasa melayu sebagai bahasa utama pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran maka di situ kita boleh melihat adakah kewujudan SJKC SJKT memenuhi perkara 152 yang termaktub dalam perlembagaan itu yang kita nak lihat sejauhmana SJKC SJKT akur dan patuh kepada perkara 152 perlembagaan.\u201d\n\n\nPeguam i-guru, Shaharudin Ali berkata, Hakim Mohamad Abazafree Mohd Abbas menetapkan tarikh perbicaraan semasa pengurusan kes perkara itu awal semalam.\n\n\nShaharudin berkata mahkamah mengarahkan pihak terlibat untuk memfailkan hujahan bertulis mereka selewat-lewatnya pada 28 Feb tahun depan.\n\n\nPada 20 Februari\u00a0 tahun lepas di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, i-GURU memfailkan tuntutan undang-undang itu untuk mencabar kedudukan sekolah vernakular dari sudut perlembagaan.\n\n\nTindakan undang-undang itu menamakan kerajaan persekutuan dan menteri pendidikan (yang tidak dinamakan) sebagai defendan\n.\n\n\nKes tuntutan i-GURU\u00a0 berhubung keabsahan sekolah vernakular, SJKC, SJKT\u00a0\n\n\nFail dikemukakan :\n\n\n\n\nIkatan Guru-Guru Muslim Malaysia \u2013\u00a0 i-GURU\n\n\nIkatan Muslimin Malaysia \u2013 ISMA\n\n\nGabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),\u00a0\n\n\nMajlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM)\n\n\nGabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA\n\n\n\n\nPemfailan kes itu adalah bagi memohon pengisytiharan bahawa Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996, yang membenarkan penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina dan Tamil, sebagai tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nPada 29 Disember depan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan mengenai saman\u00a0 memohon mahkamah mengisytiharkan kewujudan sekolah vernakular melanggar Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang mentakrifkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.\n\n\nIa difailkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena).\n\n\nPeguam bagi plaintif, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, sebelum itu juga membuat kenyataan supaya orang politik diam dan biar mahkamah membuat keputusan berhubung isu keperlembagaan sekolah vernakular di mahkamah.\u00a0\n\n\nHaniff pada bulan lalu berkata ahli politik yang gagal menyelesaikan isu berkenaan sejak 64 tahun lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/17/pindaan-perlembagaan-persekutuan-berkaitan-ma63-lulus/", "title": "Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Ma63 Lulus", "body": "0\n\n\n(Persidangan Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)\u00a0 / sumber : hmetro)\n\n\nJUMAAT, 17 DISEMBER\n \u2013 Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa telah meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan majoriti lebih 2/3.\n\n\nRang undang-undang itu memperoleh sokongan 200 Ahli Parlimen pada bacaan kali kedua dan 199 undi menyokong ketika belah bahagian pada bacaan kali ketiga, sekali gus lebih dua pertiga persetujuan ahli Dewan Rakyat.\n\n\nYang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun memaklumkan undi belah bahagian dijalankan berikutan peruntukan 159 Perlembagaan Persekutuan menetapkan pindaan rang undang-undang itu pada bacaan kali kedua dan ketiga memerlukan undi tidak kurang 2/3 daripada jumlah bilangan Ahli Parlimen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTuan Ibrahim mohon maaf dakwa Titah Diraja disediakan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nTujuh lelaki pakai seluar pendek kena amaran JAHEAIK\n\n\n\n\n\n\nPertandingan Sukan Sekolah Masih Boleh Diadakan\n\n\n\n\n\n\nTiada sabotaj, letupan tragedi Double Six\n\n\n\n\n\n\nNegara wajar cari alternatif baharu hadapi krisis global \u2013 Sultan Nazrin\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata tiada yang tidak menyokong rang undang-undang itu selepas dua kali undi belah bahagian dilakukan.\n\n\nSeramai 20 Ahli Parlimen tidak hadir pada undian bacaan kali kedua, manakala 21 tidak hadir pada bacaan kali ketiga.\n\n\nTerdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua berkata, pindaan Perlembagaan Persekutuan itu dibuat bagi mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.\n\n\nKatanya, ia selaras dengan agenda transformasi kerajaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat termasuk pelabur asing terhadap kemampuan kerajaan demi memastikan kestabilan politik dan dasar negara ke arah pembangunan sosio-ekonomi mampan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/17/spr-saran-pengundi-datang-lebih-awal/", "title": "SPR Saran Pengundi Datang Lebih Awal", "body": "0\n\n\n(Kenyataan media / sumber : SPR)\n\n\nJUMAAT, 17 DISEMBER\n \u2013 Seramai lebih 1.2 juta pengundi biasa bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 disaran membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi Sabtu ini.\n\n\nIni bagi mengetahui maklumat berkaitan pusat dan saluran mengundi serta nombor bilangan pemilih.\n\n\nSetiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata ketika semakan dibuat, pengundi disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUstaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat Presiden baharu ISMA\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tumbang, Hadi Awang mengigau \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nFinland kekal negara paling bahagia enam tahun berturut-turut\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tawar Khairy bertanding atas tiket BERSATU\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat bekas PM, menantu berkaitan kontrak kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan boleh dibuat menerusi saluran portal semakan daftar pemilih iaitu pengundi.spr.gov.my, Aplikasi MySPR Semak atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018\n\n\nTambah beliau, Bagi pengundi yang sudah mengetahui maklumat pengundian, disaran terus ke saluran mengundi ditetapkan.\n\n\nDalam pada itu, Seramai 1,213,769 pengundi biasa daripada 1,252,014 pengundi berdaftar layak mengundi Sabtu ini manakala seramai 20,360 orang adalah pengundi awal dan 17,885 sudah mengundi secara pos."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/17/sungai-kelantan-catat-paras-amaran/", "title": "Sungai Kelantan Catat Paras Amaran", "body": "0\n\n\n(Dua sungai di Kelntan menunjukkan bacaan paras bahaya/ sumber : utusan)\n\n\nJUMAAT, 17 DISEMBER\n \u2013 Dua sungai di Kelantan menunjukkan bacaan paras bahaya iaitu di Sungai Kampung Jenob dan Sungai Golok, Tanah Merah, sejak awal pagi hari ini.\n\n\nCarian TV Pertiwi di Laman Web Rasmi Public Info Banjir, setakat jam 12 tengah hari tadi , dua sungai berkenaan masing-masing mencatat bacaan 23.74 meter dan 23.62 meter.\n\n\nDua lagi lokasi menunjukkan paras amaran iaitu di Sungai Lebir, Kuala Koh, Gua Musang dengan bacaan 72.17 meter dan Sungai Kelantan, Kuala Krai sebanyak 23.39 meter.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKematian kanak-kanak perempuan, Menteri Kesihatan tunggu laporan polis\n\n\n\n\n\n\nB40 jika rayuan diterima tapi luar tahun giliran kena bayar penuh\n\n\n\n\n\n\nPecah monopoli tidak beri kesan pengurangan tenaga kerja\n\n\n\n\n\n\nImigresen tahan 61 warga asing dalam serbuan perkampungan haram\n\n\n\n\n\n\nSudah Beritahu PM, Segera Adakan Pilihan Raya Umum \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara PRABN melalui Jabatan Pengairan dan Saliran JPS turut mengeluarkan kenyataan amaran banjir di kampung yang berdekatan sungai terbabit supaya penduduk dapat bersedia menghadapi fenomena berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/17/wujudkan-sekolah-satu-aliran-untuk-capai-perpaduan/", "title": "Wujudkan Sekolah Satu Aliran Untuk Capai Perpaduan", "body": "1\n\n\n(Foto hiasan sekolah vernakular / sumber :MalaysianGazette)\n\n\nJUMAAT, 17 DISEMBER\n \u2013 Tinjauan TV Pertiwi mendapatkan ulasan orang awam mengenai\u00a0 sekolah vernakular menerima reaksi berbeza.\n\n\nRata-rata yang ditemui menyuarakan pendapat mereka tidak bersetuju dan mengakui kewujudan sekolah vernakular antara punca perpaduan kaum di Malaysia tidak menyeluruh.\n\n\n\u00a0\nAlif Haikal sebagai Orang Awam berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenularan Omicron Tidak Dapat Dielakkan\n\n\n\n\n\n\nHari mengundi PRK Kuala Terengganu serentak PRU DUN KE15\n\n\n\n\n\n\nApa motif Anwar buat kenyataan menyinggung orang Melayu?\n\n\n\n\n\n\nGolongan Antivaksin Semakin Terdesak\n\n\n\n\n\n\nKenaikan harga ayam, KPDN periksa bekalan dengan MAFS\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u2018\u2019\u2026 sebab perlu dimansuhkan\u00a0 \u2026 menyebabkan perpaduan kita akan musnah..\u2019\u2019\n\n\nAntara lain juga mereka berkata terlalu banyak dasar akan mengakibatkan perbezaan yang mungkin bercanggah dengan dasar asal dan perpaduan gagal dicapai.\n\n\n\u00a0\nIsmail Kasim, orang awam berkata :\n\n\n\u2018\u2019\u2026 sistem persekolahan di Malaysia\u2026. Banyak-banyak dasar atau banyak-banyak sekolah ni\u2026\u201d\n\n\nNamun, terdapat juga individu yang bersetuju dengan Pendidikan sekolah vernakular.\n\n\nIsu tidak pandai berbahasa melayu pula dikatakan bukan masalah sistem pendidikan atau aliran tetapi ada kaum yang tidak berminat mengambil tahu tentang bahasa kebangsaan.\n\n\n\u00a0\nAbdul Taib, orang awam berkata :\n\n\n\u2018\u2019.. yang itu bagi saya adalah bangsa itu sendiri\u2026 jadi bagi saya takda masalah lah\u2026\u2019\u2019"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/18/3-dos-vaksin-sinovac-beri-94-perlindungan-varian-omicron/", "title": "3 Dos Vaksin Sinovac Beri 94% Perlindungan Varian Omicron", "body": "0\n\n\n(Varian Omicron, foto hiasan / sumber : kompas)\n\n\nSABTU, 18 DISEMBER\n \u2013 Kajian terbaharu keluaran syarikat biotech Sinovac menunjukkan tiga dos vaksin mampu menghasilkan antibodi peneutralan sebanyak 94 peratus terhadap varian COVID-19 Omicron.\n\n\nGlobal Times melaporkan, penghasilan antibodi peneutralan dalam tubuh manusia adalah pada kadar 35 peratus selepas dos suntikan.\n\n\nMenurut kenyataan syarikat itu kepada Global Times, kajian ini melibatkan 20 individu yang menerima dua dos suntikan manakala 48 individu lain menerima tiga dos suntikan vaksin keluaran Sinovac.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Terus Meningkat, Kini Lebih 1,100 Penduduk\n\n\n\n\n\n\nMARA Tamatkan Pengajian 10 Pelajar MRSM Terlibat Buli\n\n\n\n\n\n\nSabah, Sarawak dapat kuasa luluskan projek bawah RM50 juta\n\n\n\n\n\n\nBadan Kehakiman Diugut : Pandangan Sebelah Lagi\n\n\n\n\n\n\nPetisyen rayuan Najib tidak dibincang Lembaga Pengampunan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, kajian pemberian dos penggalak adalah sangat berkesan terhadap varian yang mudah menular Omicron.\n\n\nPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan varian in pertama kali dikenal pasti pada November lepas, dan kini telah menular kepada 77 negara dan wilayah.\n\n\nVarian ini dilaporkan lebih mudah tersebar dan mampu menembusi perlindungan imun yang dibina oleh vaksin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/18/32-jumlah-pengundi-setakat-jam-11-pagi/", "title": "32% Jumlah Pengundi Setakat Jam 11 Pagi", "body": "0\n\n\n(PRN Sarawak / sumber : suara sarawak)\n\n\nSABTU, 18 DSIEMBER\n \u2013 Peratusan keluar mengundi bagi Pilihanraya Negeri Sarawak setakat jam 11 pagi tadi ialah sebanyak 32 peratus.\n\n\n\u00a0\n\n\nStatistik tersebut akan di kemaskini dari semasa ke semasa menerusi laman twitter Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan sewajarnya ialah Najib dibebas dan dilepaskan \u2013 Hakim Besar Sabah & Sarawak\n\n\n\n\n\n\n50 Peratus Kawasan Berpenduduk Boleh Capai Liputan 5G\n\n\n\n\n\n\nBung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan\n\n\n\n\n\n\nBaik Khairy sertai platform politik sedia ada \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nPN yakin mampu rampas Selangor \u2013 Muhyiddin"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/18/cadang-tubuh-srikandi-muda-galak-penglibatan-wanita-muda/", "title": "Cadang Tubuh Srikandi Muda Galak Penglibatan Wanita Muda", "body": "0\n\n\n(Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu)\n\n\nSABTU, 18 DISEMBER\n \u2013 Satu lagi sayap baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia bakal dicadangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang bermula esok.\n\n\nSayap yang bakal dikenali sebagai Srikandi Muda, bertujuan menggalakkan lebih banyak suara golongan muda dari kalangan wanita.\n\n\nPerkara itu disahkan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMas Ermieyati dilantik Pengerusi PAC\n\n\n\n\n\n\nKes Taun Kini Dikesan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nTol percuma 20, 21 Januari sempena Tahun Baharu Cina\n\n\n\n\n\n\nSPRM ambil keterangan Ketua Pembangkang\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan Johor 2023 catat lebihan RM2.44 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhmad Faizal Azumu, Timbalan Presiden PPBM berkata :\n\n\n\u201cdalam satu perkara juga, pada hari Ahad dalam perhimpunan agung juga tahun ini kita akan menempa satu lagi sejarah\u2026..jika diluluskan dalam perhimpunan agung tahunan kami, sayap Srikandi Muda.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikan dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, petang tadi.\n\n\nPerhimpunan tersebut akan diadakan secara fizikal selama dua hari di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC) dengan dihadiri kira-kira 1,600 perwakilan daripada 197 bahagian dari seluruh negara.\n\n\nBeliau juga berpendapat, penubuhan sayap-sayap baru ini bakal menyemarakkan lagi semarak demokrasi dalam negara kerana ia mewujudkan pelbagai pilihan parti politik kepada rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/18/hujan-di-8-negeri-berterusan-hari-ini/", "title": "Hujan Di 8 Negeri Berterusan Hari Ini", "body": "0\n\n\n( Hujan berterusan peringkat buruk dijangka berlaku/ sumber : mstar)\n\n\nSABTU, 18 DISEMBER\n \u2013 Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMelaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di lapan negeri sehingga hari ini.\n\n\nMenurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, hujan berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di Pahang iaitu di Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan.\n\n\n Muhammad Helmi Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP nafi wujud kartel telur ayam sorok bekalan sebelum PRU15\n\n\n\n\n\n\nKerajaan kurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nTujuh Exco Melaka dilantik semula, tiga muka baharu termasuk ADUN PH\n\n\n\n\n\n\nTiada Vaksin Tamat Tempoh, Kkm Pantau Melalui Vms\n\n\n\n\n\n\nBina sekolah baharu, NGO desak MB Selangor sokong permohonan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHujan berterusan juga peringkat jingga pula dijangkakan berlaku di Perak membabitkan kawasan di Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,\u201d\n\n\nKetika dihubungi Harian Metro, Helmi berkata, \u201c\n\u2026 Kelantan, Terengganu dan Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan turut dijangkakan mengalami keadaan hujan berterusan.\u201d\n\n\nBeliau menambah, hujan lebat berterusan itu berlaku disebabkan oleh luruan monsun atau \u2018Cold surge\u2019 dan juga lekukan tropika\u00a0 atau \u2018Tropical depression\u2019.\n\n\nNamun katanya, amaran hujan lebat ini akan dikemas kini serta bergantung kepada keadaan semasa ke semasa.\n\n\nKetika ini Monsun Timur Laut, dijangka tamat hari ini dan keadaan cuaca dijangka beransur-ansur baik.\n\n\nSemalam, beberapa kawasan dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan.\n\n\nMenerusi kenyataan Pusat Ramalan Banjir dan Amaran Banjir Negara, Jabatan Pengairan dan Saliran (J-P-S) berkata, amaran banjir itu bermula pada 12 tengah malam tadi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/18/identiti-10-maut-dirempuh-treler-dikenal-pasti/", "title": "Identiti 10 Maut Dirempuh Treler Dikenal Pasti", "body": "0\n\n\n(10 individu maut dirempuh treler ketika berhenti di lorong kecemasan Kilometer 8.3 Lebuhraya Elite menghala Shah Alam / sumber : bharian)\n\n\nSABTU, 18 DISEMBER\n \u2013 Polis sudah mengenal pasti 10 individu maut dirempuh treler ketika berhenti di lorong kecemasan Kilometer 8.3 Lebuhraya Elite menghala Shah Alam malam tadi yang turut menyebabkan seorang ibu dan lapan anaknya maut di tempat kejadian.\n\n\nMangsa yang meninggal dunia adalah Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan anaknya berusia antara 10 bulan hingga 16 tahun dilaporkan menaiki Proton Wira dipandu suaminya Abdul Razak Majit, 50, yang cedera ringan.\n\n\nLapan anak Abdul Razak yang maut dalam kemalangan itu adalah Muhamad Raid Fathi, 10 bulan, Puteri Nur Ain Syalwana, 3, Muhamad Hidayat Hakimie, 7, Muhamad Rolkaizat Rezky, 9, Muhamad Aizat Shazwan, 10, Razatul Aliah, 16 dan Muhamad Razarul Amin, 17\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nStok Minyak Masak Sukar Didapati, Membebankan Pengguna\n\n\n\n\n\n\nPN jangka proses agihan kerusi selesai Ahad ini\n\n\n\n\n\n\nPRU15: PH beri laluan kepada calon BN di DUN Tioman\n\n\n\n\n\n\nMengapa PRU Awal Dituntut\n\n\n\n\n\n\nPenamaan Calon PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeorang lagi mangsa yang maut adalah seorang mekanik, Muhamad Rahimi Rolex, 27, yang mana ketika kejadian memandu kereta jenis Proton Wira, datang untuk membantu menghidupkan bateri kereta dipandu Abdul Razak.\n\n\nSelain dua kereta Proton Wira, sebuah lagi kereta jenis Perodua Axia turut berada di lokasi kejadian juga untuk membantu kereta dipandu Abdul Razak.\n\n\nJurucakap Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, berkata semasa kejadian keadaan permukaan jalan lebuh raya tiga lorong sehala menghala ke Shah Alam licin akibat hujan lebat.\n\n\nSeorang mangsa yang cedera parah serta dua cedera ringan dihantar ke Hospital Shah Alam, untuk rawatan.\n\n\nSetakat ini pihak polis sedang menahan pemandu treler terbabit untuk siasatan lanjut. Individu yang menaiki treler tidak cedera dikenali Mohd Khairol Kamal Abdullah, 45; serta dua anaknya Haiqal Haziq, 19; dan Hafiey Hamziey, 14.\n\n\nHasil ujian air kencing dan ujian pengambilan alkohol juga mendapati pemandu lori terbabit bebas dari dadah dan alkohol."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/18/ketua-menteri-dari-etnik-dayak-mampu-bawa-wajah-baru-sarawak/", "title": "Ketua Menteri Dari Etnik Dayak Mampu Bawa Wajah Baru Sarawak", "body": "0\n\n\n(Veteren DAP, Lim Kit Siang / sumber : sinarharian)\n\n\nSABTU, 18 DISEMBER\n \u2013 Buat pertama kalinya Sarawak akan menentukan masa depannya tanpa campurtangan parti politik dari Semenanjung.\n\n\nNamun Gabungan Parti Sarawak, yang merangkumi empat parti utama iaitu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Pesaka Bumiputera PBB, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) menjadi sandaran untuk kesinambungan politik negeri itu yang mempunyai trek rekod yang baik di bawah GPS.\n\n\nSekiranya menguasai PRN12, siapa ketua menteri akan dinoktahkan GPS kelak, namun lain pula dengan tuntutan DAP.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTAMAN TEMA MENDAPAT SAMBUTAN KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH\n\n\n\n\n\n\nBawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang\n\n\n\n\n\n\nPenetapan Hharga akhir tidak bergantung hanya pada kos bahan mentah\n\n\n\n\n\n\nTM dedah punca tak perbaharui konsesi Menara KL\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Siasat pengurus Father\u2019s Organic Farm, elak kejadian sama berulang\n\n\n\n\n\n\n\n\nDAP yang mempunyai kubu kuat di Kuching dilihat maru merubah wajah politik sarawak melalui jawatan ketua menterinya.\n\n\nVeteran DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan mahukan etnik Dayak kembali menjadi Ketua Menteri Sarawak.\n\n\nKatanya untuk melihat Sarawak maju ke depan mustahil dicapai sekiranya bukan orang Dayak menguasai kerusi ketua menteri seperti pernah dilakukan dahulu oleh ketua menteri pertama sarawak yang lalu.\n\n\n\u201cBilakah seorang Dayak akan dapat menjadi Ketua Menteri Sarawak sekali lagi? Tiada siapa pun yang tahu. Tetapi setakat ini, perkara ini kelihatan seperti satu cita-cita yang mustahil dicapai. Sarawak kelihatan seperti sudah terkebelakang dalam arah yang bertentangan sehingga impian untuk seorang Dayak menjadi Ketua Menteri dalam masa 50 tahun kelihatan seperti suatu perkara yang mustahil,\u201d\n\n\n\u2013 Lim Kit Siang, Veteran DAP\n\n\nLim merujuk dua Ketua Menteri pertama Sarawak sebelum ini, iaitu Stephen Kalong Ningkan dan Tawi Sli, yang kedua-duanya adalah daripada etnik Dayak.\n\n\nMalangnya jawatan itu kini dilihat seolah-olah terlepas daripada tangan orang Dayak.\n\n\nMemetik portal free today Lim berkata, beliau terkejut dengan tahap kemiskinan dihadapi komuniti Dayak yang tidak sepatutnya berlaku hari ini jika hak dan kepentingan Sarawak dipelihara seperti diazamkan oleh tokoh penubuhan Malaysia 58 tahun lalu pada 1963.\n\n\nBeliau bagaimanapun memuji kelulusan pindaan perlembagaan kelmarin untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tetapi berkata, ia hanya langkah pertama dalam memulihkan hak rakyat Sarawak yang telah lama terhakis.\n\n\nParti Sarawak Bersatu (PSB) juga menyatakan kesediaanya untuk meletakkan kaum Dayak sebagai Ketua Menteri (KM) sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas PRN 12.\n\n\nBagaimanapun di utusan borneo presidennya Dato Sri Wong Soon Koh dipetik sebagai berkata bahawa jawatan berkenaan hendaklah di atas majoriti rakyat Sarawak dan sesiapa pun boleh menjadi Ketua Menteri negeri itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/18/moratorium-dilanjutkan-2-tahun-bagi-golongan-b50-ke-bawah/", "title": "Moratorium Dilanjutkan 2 Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah", "body": "0\n\n\n\n\n(Kenyataan Media / sumber : FB Pejabat Perdana Menteri)\nSABTU, 18 DISEMBER\n \u2013 Tempoh moratorium akan dilanjutkan lagi khusus kepada peminjam bagi kategori B50 ke bawah.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat sebagai usaha meringankan beban rakyat ketika ini.\n\n\n\u00a0\u201cMoratorium yang akan tamat pada 31 Disember ini akan disambung lagi selama dua tahun kepada peminjam B50 ke bawah bagi meringankan beban rakyat.\n\n\u2013 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri\n\n\nMenerusi laman Facebook, beliau berkata moratorium yang akan tamat pada 31 Disember ini akan disambung lagi selama dua tahun kepada peminjam B50 ke bawah bagi meringankan beban rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemandu Preve Rempuh Kedai Perabot Bukan Mabuk Tapi Pitam\n\n\n\n\n\n\nImigresen tahan 61 warga asing dalam serbuan perkampungan haram\n\n\n\n\n\n\n48 Maut Akibat Banjir, Amaran Hujan Lebat Petang Ini Sehingga 3 Jan\n\n\n\n\n\n\n2 ditahan seludup 1,382 bungkus sosej sejuk beku dari negara jiran\n\n\n\n\n\n\nPesara rugi RM128,037 diperdaya \u2018pegawai\u2019 mahkamah\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri turut meminta pihak bank untuk tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap peminjam-peminjam yang gagal membayar semula pinjaman sebaliknya peminjam boleh berbincang dengan pihak bank untuk menstrukturkan semula kaedah bayaran balik pinjaman.\n\n\nDalam pada itu, kerajaan juga telah meningkatkan nilai ambang kebankrapan kepada RM100,000 selain turut melaksanakan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) yang dibuka untuk permohonan sehingga 31 Januari 2022.\n\n\nSelain itu, pelbagai inisiatif turut disediakan kerajaan kepada rakyat menerusi Bajet 2022.\n\n\nAntaranya adalah, Bantuan Keluarga Malaysia, bantuan awal persekolahan, rancangan makanan tambahan anak-anak miskin, PerantiSiswa Keluarga Malaysia, dan Program JaminKerja dan Latihan MySTEP.\n\n\nMenurut Ismail Sabri, kerajaan juga telah mengaktifkan semula Majlis Perlindungan Sosial (MySPC) bagi membentuk dasar keselamatan sosial yang komprehensif dan bersepadu bagi jangka masa panjang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/18/pendapatan-nelayan-masih-lagi-terjejas/", "title": "Pendapatan Nelayan Masih Lagi Terjejas", "body": "0\n\n\n(Nelayan , foto hiasan / sumber : malaysiaaktif)\n\n\nSABTU, 18 DISEMBER\n \u2013 Akibat cuaca yang tidak menentu, lebih lebih lagi selepas PKP, Pendapatan sebahagian daripada nelayan di sekitar Santubong, Sarawak masih lagi terjejas teruk, walaupun pelbagai usaha kerajaan membantu meringankan beban mereka.\n\n\nKampung Buntal yang terletak lebih kurang 30km dari Bandaraya Kuching dengan mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan, merupakan kawasan perkampungan nelayan utama di negeri ini.\n\n\nTerkesan dengan peningkatan ekonomi negara sekarang, ramai peniaga di pasar nelayan bungkus selepas negara dilanda wabak Covid 19.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP Ambil Tindakan Segera\n\n\n\n\n\n\nGubal akta baharu dulu sebelum kenakan cukai cecair vape \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\nWajar tolak SIS, perjuangan bercanggah dengan ajaran Islam\n\n\n\n\n\n\nDebat ekonomi Rafizi, Syahir pada 9 Ogos\n\n\n\n\n\n\nIsu tutup sekolah agama, ada pihak berniat timbul kegelisahan umat Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah nelayan disini juga berkata setiao kali hujung tahun adalah tidak sesuai untuk menangkap ikan di laut berikutan cuaca dan musim yang tidak sesuai.\n\n\nSelain itu, bantuan kerajaan yang terhad juga menyukarkan mereka untuk ke laut berikutan barang-barang untuk tangkapan musnah ketika musim tengkujuh\n\n\nTinjauan kru TV Pertiwi di perkampungan ini mendapati, walaupun lambakan hasil laut masih ada, tetapi ia hanya simpanan jualan untuk musim tengkujuh sahaja dan bukan tangkapan yang segar dari laut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/18/pkr-teruskan-legasi-di-melaka-gagal-sebarang-kerusi-di-sarawak/", "title": "PKR teruskan legasi di Melaka, Gagal sebarang kerusi di Sarawak", "body": "0\n\n\nKUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bagi membentuk kerajaan negeri.\n\n\nPengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata setakat jam 8.45 malam tadi, GPS berjaya memenangi 45 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan\n\n\n\u201cBagi pengisytiharan PRN Sarawak Ke-12 hari ini, proses pengundian berjalan dengan baik dan lancar.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaszlee Malik buat pemohonan maaf terbuka, sebut skrip lucah\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : NADMA kongsi 21 nama mangsa meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nNga Kor Ming suruh Hadi bertaubat\n\n\n\n\n\n\nJokowi lawat Malaysia dua hari\n\n\n\n\n\n\nBN Terengganu Tanding Solo Semua Kerusi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/18/warisan-jadi-parti-nasional/", "title": "WARISAN Jadi Parti Nasional", "body": "0\n\n\n(Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal / sumber : buletinSabah)\n\n\nSABTU, 18 DISEMBER\n \u2013 Parti WARISAN akan melebarkan sayapnya ke seluruh negara bermula hari ini, dengan memfokuskan kepada penyertaan keahlian daripada pelbagai kaum dan etnik.\n\n\nPresiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata parti itu juga terbuka untuk membentuk gabungan dengan mana-mana blok sama ada Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti yang kini membentuk gabungan kerajaan.\n\n\nShafie berkata, setakat ini WARISAN bersama MUDA, namun, belum memutuskan untuk bergabung dengan mana-mana parti lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelampau Israel lempar kata kesat sambik berarak di Baitulmaqdis\n\n\n\n\n\n\nHAMAS bagi amaran jangan tukar status quo Masjidil Aqsa!\n\n\n\n\n\n\nMalaysia berjaya lahirkan 2,130 huffaz profesional di 8 IPT\n\n\n\n\n\n\nPenukaran nama PUTRA kepada Gerakan Tanah Air tidak sahih \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\nBeri ubat PReP secara bersasar kepada golongan berisiko, elak subur aktiviti songsang\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran WARISAN Peringkat Nasional di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara hari ini.\n\n\nMengulas Lanjut, beliau berkata, WARISAN juga masih belum menentukan kawasan mana akan ditandingi mereka khusunya di semanjung dalam Pilihanraya Umum PRU akan datang.\n\n\nDitanya keupayaan WARISAN untuk melebarkan sayap ke semenanjung, sedangkan parti itu lebih dominan di Sabah, beliau yakin tanggapan itu boleh diatasi selepas ini.\n\n\nMengulas lanjut, Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, sudah tiba masanya semua pihak melakukan perubahan dalam landskap politik negaran\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0dengan menolak politik berteras kaum tertentu disamping menumpukan pentadbiran yang bersih dan menolak sebarang habuan politik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/20/lapan-unit-rumah-flat-sri-johor-cheras-terbakar/", "title": "Lapan Unit Rumah Flat Sri Johor, Cheras Terbakar", "body": "0\n\n\n(Kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras malam tadi / sumber : freemalaysiatoday)\n\n\nISNIN, 20 DISEMBER\n \u2013 Lapan unit kediaman di tingkat lima Flat Sri Johor Blok 31, Cheras, musnah dalam kebakaran malam tadi.\n\n\nKomander Operasi Kanan Pusat Gerakan Operasi Bomba Dan Penyelamat, Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata;\n\n\n\u201c\u2026 pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.17 malam.\u201d\n\n\nBeliau berkata, kejadian itu dipercayai bermula di bahagian tengah blok perumahan flat berkenaan, sebelum merebak di keseluruhan tingkat empat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada bukti PN terima dana daripada syarikat perjudian\n\n\n\n\n\n\nDAP sombong, angkuh gesa pecahkan dominasi Melayu dalam kakitangan awam\n\n\n\n\n\n\nDAP ibarat membaling batu di tengah khalayak ramai \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nKementerian Kewangan tidak terima cadangan mohon KWSP \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nLelaki ditahan miliki dadah bernilai RM227,914\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim turut meninjau kejadian itu.\n\n\nPerdana Menteri berkata, lapan keluarga di flat berkenaan juga bakal menerima rumah baharu yang akan disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).\n\n\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri berkata :\n\n\n\u201c\u2026seperti yg saya umumkan pagi tadi\u2026jadi dbkl akan sediakan tempat baru untuk mereka\u2026\u201d\n\n\nIsmail Sabri berkata, bomba sedang menjalankan siasatan ke atas kediaman membabitkan 32 keluarga di tingkat tiga flat berkenaan bagi menentukan sama ada ia boleh diduduki semula.\n\n\nSetakat ini, pihak bomba masih menjalankan siasatan punca sebenar kebakaran.\n\n\nDalam pada itu, tiada mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/21/9-terkorban-banjir-di-shah-alam/", "title": "9 Terkorban Banjir Di Shah Alam", "body": "0\n\n\n(Banjir di Shah Alam, foto hiasan / sumber : astroawani)\n\n\nSELASA, 21 DISEMBER\n \u2013 Banjir yang melanda beberapa kawasan di Shah Alam sejak Ahad sehingga Selasa mencatatkan Sembilan orang terkorban.\n\n\nKetua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, setakat ini, dua mangsa telah ditemukan maut pada 19 Disember manakala tujuh lagi mangsa ditemukan pada 20 Disember.\n\n\n\n\u201cKeseluruhan angka kematian yang melibatkan mati lemas di Shah Alam adalah seramai sembilan orang, tiga daripadanya adalah wanita, manakala baki enam mangsa adalah lelaki.\u201d\n\n\u2013 Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, Ketua Polis Daerah Shah Alam\n\n\nBeliau berkata, keseluruhan angka kematian yang melibatkan mati lemas adalah seramai sembilan orang, tiga daripadanya adalah wanita, manakala baki enam mangsa adalah lelaki.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Kabinet\u2019 PN permulaan reformasi blok pembangkang \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\nMahu pinjaman MARA bebas riba \u2013 Asyraf Wajdi\n\n\n\n\n\n\nBERJASA anjur Iftar Muhibbah rai parti-parti politik tanah air, NGO\n\n\n\n\n\n\nShahidan tiada dalam senarai calon PRN \u2013 PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kabinet Yang Bercuti Diarah Pulang Malaysia Segera\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Baharuudin, dua daripada tiga wanita berkenaan adalah berbangsa Cina dan seorang lagi belum dapat dikenal pasti, manakala tiga daripada enam mangsa lemas lelaki belum dikenal pasti, seorang berbangsa India, seorang warganegara India dan seorang berbangsa Cina.\n\n\nKatanya, dua mangsa yang ditemui pada 19 Disember masing-masing merupakan warga tempatan dan warga asing."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/11-tahun-menetap-kali-pertama-alami-banjir/", "title": "11 Tahun Menetap, Kali Pertama Alami Banjir", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber : utusan)\n\n\nRABU, 22 DISEMBER\n \u2013 Rata-rata mangsa banjir yang kami temui hari ini sedang bertungkus lumus membersihkan kediaman mereka.\n\n\nUjar mereka sepanjang 11 tahun mereka menetap di kejiranan berkenaan ini pertama kali mereka menghadapi bencana.\n\n\nSeorang penduduk yang ditemui kami memaklumkan beliau sekeluarga tidak berada di kediaman mereka kerana menghadiri kenduri di negeri lain namun sebaik dimaklumkan jiran mereka sekeluarga bergegas pulang namun kenderaan yang ditinggalkan tidak berjaya diselamatkan,\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDeepak nafi ugut Ka Siong isu bekalan telur import\n\n\n\n\n\n\nSyarikat produksi diminta lunaskan janji?\n\n\n\n\n\n\nTelur gred A,B dan C kurang 10 hingg 15 % \u2013 KPDN\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Guang Eng cabar Muhyiddin dedah nama Menteri DAP\n\n\n\n\n\n\nKetepikan Masalah Dalaman \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nFarizad Yaacob, Mangsa Banjir berkata :\n\n\n\u2018\u2019\u2026dan bila saya balik saya sangat hopelesslah\u2026masih tidak dapat digunakanlah..\u2019\u2019\n\n\nSeorang lagi penghuni berkata, beliau sempat mengalihkan kenderaan dan beberapa barangan elektrik ke tingkat dua namun terdapat juga barangan yang tidak sempat diselamatkan.\n\n\nSuria Hafida, Mangsa Banjir juga berkata :\n\n\n\u2018\u2019\u2026Memang kerosakan tu sangat teruk\u2026. Motor ada juga yang terperangkap\u2026\u2019\u2019\n\n\nNoor Azman, Mangsa Banjir turut berkata :\n\n\n\u2018\u2019\u2026masa kejadian tu..\u2026 tinggal sikit-sikitlah untuk kita ni..\u2019\n\n\nMereka mengambil peluang membersihkan kediaman masing-masing selepas air banjir mulai surut semalam.\n\n\nTurut membantu, ahli sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan Yayasan Maghfirah yang turut menghulurkan bantuan membersihkan rumah mangsa banjir yang terjejas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/17-korban-banjir-di-selangor/", "title": "17 Korban Banjir Di Selangor", "body": "0\n\n\n(Keadaan banjir di sekitar Pahang / sumber : bharian)\n\n\nRABU, 22 DISEMBER\n \u2013 17 kematian dilaporkan setakat hari jam 8 pagi tadi di tiga daerah yang terkesan akibat bencana banjir di Selangor.\n\n\nMenurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari,10 kematian direkodkan di daerah Klang, tiga di Hulu Langat dan Empat lagi kematian di daerah Sepang\n\n.\n\nKejadian banjir di lembah Klang baru-baru ini terutama di Selangor disifatkan sebagai luar jangkaan dengan kebanyakkan kawasan yang dinaiki air Mengakibatkan jalan-jalan utama di bandaraya ditutup.\n\n\nSatu sidang media khas dibuat hari ini oleh Menteri Besar bagi mengulas lanjut mengenai situasi banjir kelmarin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPetisyen pilihan raya Gua Musang dibicarakan, Putrajaya ditolak\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin mahu Anwar buktikan keabsahan sebagai PM10\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019 : Ketua Pemuda UMNO tidak teragak-agak halang program\n\n\n\n\n\n\nKeluarkan nikotin dari Akta Racun, KKM nafi perjudi kesihatan kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Selangor tidak terjejas walau tempoh PRN panjang \u2013 Amirudin\n\n\n\n\n\n\n\n\nUjar Amirudin, beliau mendapat makluman taburan hujan adalah diluar jangkaan. Taburan hujan yang sewajarnya turun pada kadar satu bulan turun dalam tempoh satu hari yang mengakibatkan banyak tempat terjejas.\n\n\n\u2018\u2019\u2026Kadar hujan\u2026.semua kerja itu dalam satu bulan\u2026\u2019\u2019\n\n\nDato\u2019 Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor\n\n\u201c\u2026 by 8.30 saya telah menelefon perdana Menteri\u2026mengharapkan semua asset\u2026 perdana Menteri memaklumkan Ia di bawak kelolaan NADMA..\u201d\n\n\nUjar beliau, pihak kerajaan bukan tidak bersedia namun kejadian bencana ini adalah diluar jangkaan. Semua asset dan jentera telah digerakan oleh Amirudin bagi membantu mangsa yang terjejas.\n\n\nHujan lebat yang melanda negeri Selangor kelmarin mengakibatkan ramai warga lembah klang terperangkap di kediaman dan kenderaan ekoran terhalang air banjir.\n\n\nSementara itu, beberapa negara lain di pantai timur turut terjejas.\n\n\nTiga daerah di negeri pahang merekodkan 39,796 mangsa banjir melibatkan 10,776 keluarga.\n\n\nkesemua mangsa di pahang telah dipindahkan ke 280 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan sembilan daerah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/34-korban-banjir-setakat-ini/", "title": "34 Korban Banjir Setakat Ini", "body": "0\n\n\n(Ketua polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed / sumber : astroawani)\n\n\nRABU, 22 DISEMBER\n \u2013 Banjir besar yang melanda negara hujung minggu lalu sehingga kini telah meragut 34 nyawa di seluruh negara. \nJumlah ini dianggap paling tinggi bagi angka korban banjir berbanding banjir besar tahun 2014.\n\n\nSetakat ini, 20 nyawa terkorban adalah di negeri Selangor, manakala 11 lagi mangsa di Pahang.\n\n\nJabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) pagi tadi\u00a0 mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang sehingga jam satu tengahari, hari ini, di beberapa kawasan di Pahang, Johor dan Sabah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS bantah rumah ibadat bukan Islam tidak ikut garis panduan\n\n\n\n\n\n\nEsok, Keputusan Kes Keabsahan Vernakular\n\n\n\n\n\n\nHanya pegawai Gred 41 ke atas diberi kuasa tolak pelancong masuk\n\n\n\n\n\n\nSivakumar masih disiasat, tiada keperluan direhatkan \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Diskaun PTPTN hingga 20 peratus selama 3 bulan\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata sehingga petang selasa lebih 20 individu telah dikenal pasti identitinya yang menjadi mangsa korban banjir di Selangor.\n\n\nMenurut Arjunaidi, mayat mangsa korban juga turut ditemui di Kajang, Sungai Buloh, dan Klang serta Seksyen 25 Taman Sri Muda Shah Alam.\n\n\nAntara kawasan yang terjejas teruk dilanda banjir, seksyen 25 Taman Seri Muda, sebanyak 12 mayat dijumpai pasukan penyelamat sejak Sabtu lalu.\n\n\nPengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM Selangor, Norazam Khamis turut melaporkan, antara enam mayat yang ditemukan dalam beberapa\u00a0 rumah melibatkan lima Wanita dan seorang lelaki, manakala tiga lagi mayat ditemui sekitar taman sri muda selepas penyurutan air.\n\n\nNorazam\u00a0 berkata, seorang lagi mayat Wanita dipercayai mati lemas ditemukan pada jam 6.20 petang di sebuah rumah setingkat.\n\n\nTiga lagi mangsa lemas ditemui di sekitar bandaraya Shah Alam. Masing-masing dijumpai di lampu isyarat kemuning Utama, \nSeksyen 33 di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman, Seksyen 22 pada Ahad lepas dan di bawah Lebuhraya Elite berhadapan MSU Seksyen 13 semalam.\n\n\nSementara itu di negeri Pahang, 11 mangsa korban setakat semalam direkodkan. Angka kematian juga dijangka meningkat ekoran beberapa mangsa yang masih belum ditemui dan dikhuatiri lemas.\n\n\nDua kematian direkodkan di Bentong, dua di Kuantan dan satu korban di Raub."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/amirudin-pengerusi-mkn-selangor-baharu-ganti-noh-omar/", "title": "Amirudin Pengerusi MKN Selangor Baharu, Ganti Noh Omar", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor / sumber : m-update)\n\n\nRABU, 22 DISEMBER\n \u2013 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semalam memaklumkan beliau mendapat panggilan daripada Majlis Keselamatan Negara MKN bagi mempengerusikan MKN Negeri Selangor ekoran bencana yang melanda.\n\n\nUjar beliau, pada pagi selasa Perdana Menteri telah mengadakan satu mesyuarat MKN Khas dan seliaan banjir ini akan diuruskan oleh MKN.\n\n\nDatuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPSI sudah lalui semua pertimbangan teknikal \u2013 KM P.Pinang\n\n\n\n\n\n\nSokongan Suami Bawa Kejayaan Isteri\n\n\n\n\n\n\nRakyat Rayu Pengeluaran One-Off Kwsp Rm10,000\n\n\n\n\n\n\nJaga Sensitiviti, Jangan Provokasi Agama \u2013 Idris Ahmad\n\n\n\n\n\n\nHarga Barang Dijangka Kembali Stabil Awal Tahun Depan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u2018\u2019\nSaya juga telah dihubungi oleh pihak MKN untuk mempengerusikan MKN bagi pihak negeri Selangor\n. Insya-Allah, saya akan memanggil semua pihak termasuk pihak\u00a0\n\n\nPembangkang untuk kita selaraskan urus tadbir banjir khususnya proses pemulihan selepas ini. B\neliau berkata demikian dalam satu media khas di Shah Alam pada Ahad lalu.\n\n\nMengulas lanjut, Amirudin berkata, menjelang November lalu beliau telah dimaklumkan MKN Selangor adalah di bawah Jabatan perdana Menteri\u00a0 namun dipengerusikan oleh Menteri Persekutuan.\n\n\nMKN Selangor juga dipengerusikan Tan Sri Noh Omar yang dilantik pada November lalu.\n\n\nUjarnya, Beliau tidak berkuasa untuk memberi arahan kepada Polis atau tentera sebagai pengerusi MKN pada 18 disember lalu. Namun jika diberi peluang, perkara itu akan dibuat lebih awal.\n\n\nTambahnya lagi, Amirudin enggan menyalahkan mana-mana pihak namun ingin memberi penjelasan tentang situasi sebenar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/atm-sentiasa-siap-siaga-pindah-mangsa-banjir-ke-kawasan-selamat/", "title": "ATM Sentiasa Siap Siaga Pindah Mangsa Banjir Ke Kawasan Selamat", "body": "0\n\n\n(ATM siap siaga membantu mangsa banjir / sumber : defencesecurityasia)\n\n\nRABU, 22 DISEMBER\n \u2013 Seramai 63 pegawai dan 856 anggota lain-lain pangkat termasuk kumpulan sokongan telah digerakkan bagi melaksanakan tugas bantuan menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.\n\n\nIni termasuk penyediaan dan pengagihan makanan serta penugasan pegawai perhubungan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).\n\n\nMarkas Angkatan Tentera Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, aset-aset seperti trak 3, 5 dan 7 tan, Land Rover, bot tempur serta aset udara dari TUDM telah diatur gerak sekiranya diperlukan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaya sayang Bella lebih daripada anak lain \u2013 Siti Bainun\n\n\n\n\n\n\nRM40,000 Elaun Pengerusi FGV Naik, Pengarah Dapat RM12,500 Sebulan\n\n\n\n\n\n\nUsaha martabatkan bangsa tidak harus jerumuskan negara ke arah polarisasi \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nKuala Langat Kembali Dilanda Banjir\n\n\n\n\n\n\nMHO serah 150 penyataan tambahan, bantu siasatan PDRM\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, ATM sentiasa komited dalam melaksanakan tugas sekundernya bagi membantu pihak berkuasa awam dalam menyelamatkan mangsa yang terkesan akibat bencana banjir terutamanya usaha memindahkan mereka ke kawasan selamat.\n\n\nPada masa kini, kesiagaan anggota dan aset ATM melalui pelaksanaan Op Murni Tentera Darat Malaysia memberi tumpuan kepada beberapa kawasan terjejas di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan.\n\n\nATM juga dalam kenyataan itu sentiasa meletakkan anggota dan asetnya pada kesiagaan utama untuk diaturgerakkan ke lokasi-lokasi terjejas di samping membantu pihak berkuasa awam dan agensi-agensi keselamatan lain yang dikoordinasikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/hujan-beberapa-jalan-dinaiki-air-semula/", "title": "Hujan, Beberapa Jalan Dinaiki Air Semula", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n( Kawasan jalan yang dinaiki air / sumber : bebasnews)\n\n\nRABU, 22 DISEMBER\n \u2013 Di Selangor hujan pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Shah Alam\u00a0 dinaiki air, sekaligus menjadi igauan ngeri\u00a0 ramai penghuni dan mangsa banjir kelmarin.\n\n\nPlaza Tol shah alam pagi tadi mengalami kesesakan namun sehingga jam 11 pagi keadaaan sudah kembali normal.\n\n\nAntara yang dinaiki air ialah laluan di Lebuhraya Guthrie menuju ke Plaza Tol Shah Alam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun\n\n\n\n\n\n\nPDRM Tubuhkan Unit Khas Siasat Kes Kematian Dalam Tahanan\n\n\n\n\n\n\nSurat Ahmad Zahid ke Istana Negara langgar ketetapan BN\n\n\n\n\n\n\nTidak adil sekat perhimpunan orang Melayu \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nMAIS Rayu Kembalikan Status Islam 3 Kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\n\n\nParas air di TTDI Jaya dan seksyen 13 di kawasan stadium Melawati, Tol Bukit jelutong juga dinaiki air.\n\n\nMereka yang ingin pergi ke tempat kerja sempat merakam kejadian pagi tadi.\n\n\nSenarai nama jalan ditutup :\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nLorong Ikan Sepat Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nLorong Ikan Keli Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nLorong Ikan Haruan Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nJalan Kampung Kuala Sungai Baru, Putra Heights\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nLorong 4, Kampung Sri Aman, Puchong\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nJalan Olak Lempit ke KLIA.\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nJalan Bandar Baru Salak Tinggi ke Kota Warisan\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nJalan bulatan Masjid KLIA menghala Charterfield KLIA\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nJalan Kuala Kubu Bharu \u2013 Bukit Fraser menghala ke Peretak (dibuka untuk kenderaan ringan sahaja)\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nJalan Jitu, Seksyen 25, Shah Alam.\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nJambatan Jalan Menghala ke Lapang Sasar, Subang.\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nJalan PJU 7, hadapan MRT Mutiara Damansara.\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nJalan Sungai Panjang \u2013 Tanjung Malim.\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \nJalan Kuala Selangor \u2013 Meru\n\n\n \u00a0 \u00a0 \u00a0 \n2 Jalan Kuala Selangor \u2013 Bestari Jaya\n\n\n\n\n-sumber PDRM\n\n\n\u00a0\n\n\nPDRM turut memaklumkan sebanyak 15 jalan ditutup di seluruh Selangor ekoran kenaikan air sehingga pukul 10 pagi ini kerana tidak selamat untuk dilalui oleh mana-mana kenderaan.\n\n\nSelain daerah ini, penutupan itu melibatkan kawasan Subang Jaya, Kuala Langat, Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Petaling Jaya, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.\n\n\nJumlah penutupan jalan ini meningkat berbanding 10 jalan semalam.\n\n\nIbu pejabat Polis Kontinjen Selangor memaklumkan perkembangan penutupan akibat banjir itu dibuat menerusi pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/jenazah-osman-akan-dikebumikan-selepas-zohor/", "title": "Jenazah Osman Akan Dikebumikan Selepas Zohor", "body": "0\n\n\n(Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia / bharian)\n\n\nRABU, 22 DISEMBER\n \u2013 Jenazah bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Impian Emas selepas Zohor hari ini.\n\n\nTimbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Senator Md Nasir Hashim, berkata perkara itu dimaklumkan keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu.\n\n\nMenurut Md Nasir, jenazah Datuk Osman Sapian dijangka tiba tengah hari in dari Damansara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun\n\n\n\n\n\n\nBatal sidang media, \u2018Langkah Kinabalu\u2019 didakwa gagal\n\n\n\n\n\n\nBN Kaji Kerjasama Dengan PAS\n\n\n\n\n\n\nPeniaga Tertekan Harga Barang Harian Mahal\n\n\n\n\n\n\nSubsidi bersasar atasi masalah ketirisan dan bekalan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenazah akan dibawa ke Masjid Al-Raudah, Kampung Dato Onn, Larkin untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Taman Impian Emas.\n\n\nAllahyarham 70 disahkan meninggal dunia di kediaman anaknya di Damansara kira-kira jam 11.45 malam semalam dan perkara itu disahkan oleh abang kepada bekas Menteri Besar Johor ke 16, Datuk Aziz Sapian.\n\n\nSebelum ini, pada 13 Oktober media melaporkan Osman dikejarkan ke Hospital Pakar Kumpulan Perubatan Johor kerana diserang strok ringan.\n\n\nBeliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pengajar Universit Putra Malaysia (HPUPM) Selangor untuk mendapatkan rawatan selepas tahap kesihatannya merosot."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/mkn-ambil-alih-banjir-nadma-lembap/", "title": "MKN Ambil Alih Banjir, NADMA Lembap?", "body": "0\n\n\n( Banjir, foto hiasan / sumber : bharian)\n\n\nRABU, 22 DISE\nMBER\n\u2013 Pada Ahad lalu negara dikejutkan dengan tragedi banjir paling buruk di Lembah Klang sejak 22 tahun yang lalu.\n\n\nDi sana sini kedengaran, bantuan lewat dan tiada pasukan keselamatan membantu sebaliknya rakyat yang sendiri membantu mangsa.\n\nLebih menjengkelkan apabila terdengar desas desus bahwa ada pihak keselamatan yang terpaksa bertindak melangkaui arahan apabila agensi yang dipertanggungjawabkan tidak mampu berbuat demikian.\n\n\nMalah situasi sama juga menyukarkan kerja membantu mangsa banjir Selangor apabila, kerajaan negeri yang mahu menafikan pembabitan pihak keelamatan terutama Angkatan Tentera Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBarang Naik Harga, Sampai Bila?\n\n\n\n\n\n\nSPRM ambil keterangan Ketua Pembangkang\n\n\n\n\n\n\nPenguat kuasa dibayar RM2,500 lepaskan PATI di lapangan terbang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Anwar diminta kembalikan tanah rezab Melayu yang diceroboh \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n17 Korban Banjir Di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Free Malaysia Today, ketika lima negeri dibadai banjir besar hujung minggu lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertindak pada Jumaat membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).\n\n\nSumber mendedahkan, agensi itu, yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Klang, pada mulanya teragak-agak untuk mengerahkan ATM bagi usaha bantuan.\n\n\nSumber memberitahu portal berkenaan pada suatu tahap, Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk tidak perlu menunggu Agensi Pengurusan Bencana Negara, NADMA.\n\n\nKeadaan air yang semakin naik menyebabkan mereka tidak mahu menunggu lagi dan meneruskan untuk membantu mangsa tanpa arahan agensi terbabit.\n\n\nSelesai solat Jumaat ATM telah pun mula bergerak ke kawasan yang dinaiki air. Kritikan terhadap tindak balas perlahan NADMA ada asasnya.\n\n\n\u201cNADMA akan tetap menjadi sekretariat utama pengurusan bencana dan mengendalikan semua penyelarasan, dan sekiranya sesuatu tindakan itu tidak dipatuhi, maka MKN akan mengeluarkan arahan lanjut,\u201d\n\n\n\u2013 Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob\n\n\nDi Putrajaya semalam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengeluarkan pengarahan kepada semua pihak berhubung tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dengan segera berhubung bencana banjir ketika ini.\n\n\nMKN mengambil alih mengenai pengurusan banjir yang berlaku seperti diputuskan dalam Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri semalam.\n\n\nIni sekaligus menetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tetap menjadi sekretariat utama pengurusan bencana dan mengendalikan semua penyelarasan.\n\n\nNamun sekiranya sesuatu tindakan itu tidak dipatuhi, maka MKN akan mengeluarkan arahan lanjut.\n\n\nDalam pada itu, ada desakan daripada sebuah badan bukan kerajaan mendesak kerajaan menggugurkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), DAtuk Abdul Latiff Ahmad yang mengetuai NADMA kerana gagal menguruskan banjir besar di lima negeri.\n\n\nLatif pada minggu lalu, di Dewan Rakyat berkata, NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan bencana alam seperti banjir di peringkat negeri, sebaliknya ia hanya menjaga urusan pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/orang-ramai-dinasihat-ambil-langkah-berwaspada-elak-penyakit-berjangkit/", "title": "Orang Ramai Dinasihat Ambil Langkah Berwaspada Elak Penyakit Berjangkit", "body": "0\n\n\n(Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah)\n\n\nRABU, 22 DISEMBER\n \u2013 Kementerian kesihatan menjangkakan akan terdapat peningkatan kejadian penyakit berjangkit berkaitan banjir selain berkemungkinan berlakunya peningkatan kes COVID-19.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menasihatkan orang ramai yang terlibat di kawasan banjir untuk mengambil langkah-langkah yang sepatutnya.\n\n\n\u201cOrang ramai dinasihatkan agar mengambil air minum dan makanan yang bersih dan tidak tercemar serta sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan persekitaran.\u201d\n\n\u2013 Tan Sri DR Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan\n\n\nMenerusi kenyataan dalam laman Facebook Noor Hisham menyarankan orang ramai menggunakan alat pelindung diri seperti but getah dan sarung tangan getah semasa aktiviti pembersihan terutamanya jika melibatkan banjir lumpur bagi mengelakkan penyakit berjangkit berkaitan banjir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIPD Ampang Jaya Tumpaskan Samun, Curi Tabung Ekzos Kereta\n\n\n\n\n\n\n4 beradik ditemukan maut dalam kebakaran\n\n\n\n\n\n\nPRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram pada 9 September\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Laksana Program Dermasiswa TVET Untuk Pelajar B40\n\n\n\n\n\n\nIdris Harun dilantik semula Peguam Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut menasihatkan agar mengambil air minum dan makanan yang bersih dan tidak tercemar bagi mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, taun, hepatitis A dan demam kepialu.\n\n\nTambahnya, KKM telah menyediakan pasukan perubatan di PPS Banjir terutama di PPS yang besar, membekalkan ubat-ubatan asas, cecair pembasmi kuman dan pelitup muka kepada mangsa-mangsa banjir di PPS.\n\n\nSelain itu ujian saringan saringan COVID-19 turut dilakukan juga ke atas mangsa banjir sebelum memasuki PPS."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/pm-akui-kelemahan-pengurusan-banjir/", "title": "PM Akui Kelemahan Pengurusan Banjir", "body": "0\n\n\n/ sumber\n\n\n(Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri melawat mangsa banjir dan akui kelemahan pengurusan banjir di Selangor / sumber :hmetro)\n\n\nRABU, 22 DISEMBER\n \u2013 Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, tidak menafikan terdapat kelemahan dalam pengurusan banjir terutamanya di Selangor dan ia akan ditambah baik dari semasa ke semasa.\n\n\nBeliau berkata, tanggungjawab pengurusan bencana banjir bukan setakat kerajaan Persekutuan tetapi kerajaan negeri dan pihak berkaitan setiap daerah memainkan peranan penting.\n\n\nPerdana Menteri tidak menafikan kelemahan yang ada dan akan menambah baik pada masa akan datang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSwatch ambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia\n\n\n\n\n\n\nRemaja lelaki hilang di Pantai Batu Layar ditemukan lemas\n\n\n\n\n\n\nHaramkan sumbangan dari luar negara \u2013 Tengku Razaleigh\n\n\n\n\n\n\nTidak hantar anak ke sekolah, KPM terus nasihati ibu bapa\n\n\n\n\n\n\nBawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau tanggungjawab banjir bukan setakat kerajaan persekutuan tetapi kerajaan negeri dan barisan hadapannya adalah daerah-daerah.\n\n\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri berkata :\n\n\u201cSaya tak pernah menafikan dan kita akan bertambah baik\u2026 dan frontlinersnya di daerah-daerah.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Besar D\u2019Sury, Jelebu Negeri Sembilan.\n\n\nSementara itu, Ismail berkata semasa mesyuarat secara maya bersama menteri besar negeri-negeri lain pagi tadi, beliau dimaklumkan kesiapsiagaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang teratur kerana situasi banjir sering berlaku di negeri tersebut.\n\n\nNamun berbeza di Selangor, bencana yang menimpa negeri itu adalah di luar jangkaan. Cuma di Selangor terdapat masalah dan pihaknya (telus) dari segi ini tidak mahu melindungi sesiapa.\n\n\nBeliau berkata peraturan membuka pusat operasi bencana mempunyai prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi iaitu apabila sebuah rumah terjejas, wajib membuka bilik gerakan.\n\n\nKatanya di Selangor bukan satu rumah terjejas tetapi semua terkesan banjir dan mangsa berpindah secara serentak terutamanya di daerah Petaling dan Shah Alam.\n\n\nDatuk Seri Ismail Sabri juga berkata beliau tidak menyalahkan netizen membuat aduan, sebaliknya berterima kasih kerana terus mengadu kepadanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/pm-digesa-ambil-tindakan-keras-terhadap-menteri-pegawai-nadma/", "title": "PM Digesa Ambil Tindakan Keras Terhadap Menteri, Pegawai NADMA", "body": "0\n\n\n(Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun / sumber : astroawani)\n\n\nRABU, 22 DISEMBER\n \u2013 Tindakan Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri (NADMA) yang tidak cekap menguruskan masalah banjir mengundang kecaman ramai pihak.\n\n\nPengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun berkata, sepatutnya NADMA menjadi pihak utama yang menggerakkan perancangan membantu mangsa banjir.\n\n\nShahbudin Embun, Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPH salahkan Tun M dalam Ops lalang, tapi masih lantik sebagai PM\n\n\n\n\n\n\nKaji Semula SOP Masjid -Pakar Epidemiologi\n\n\n\n\n\n\n40 Lagi Korban COVID-19\n\n\n\n\n\n\nKWSP umum dividen konvensional 5.35% , Syariah 4.75 % untuk 2022\n\n\n\n\n\n\nBersih tolak kluster mahkamah sertai Kabinet kerajaan baharu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201ctetapi apa yang menyedihkan bahawa pihak nadma saya rasa tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul\u2026diberikan bantuan dengan seberapa segera.\u201d\n\n\nSehubungan itu, Shahbudin menggesa Perdana Menteri mengambil tindakan keras terhadap menteri dan pegawai-pegawai yang terlibat yang dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak berjaya melaksanakan tugas mereka.\n\n\n\u201cSaya berharap supaya kerajaan bawah pimpinan yang berhormat\u2026 ini mestilah memberikan amaran bukan sahaja amaran dan tindakan keras kepada pegawai-pegawai.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/saya-tidak-sokong-mencuri-tetapi-mereka-tiada-pilihan-saya-halalkan-mydin/", "title": "Saya Tidak Sokong Mencuri, Tetapi Mereka Tiada Pilihan, Saya Halalkan\u201d \u2013 MYDIN", "body": "0\n\n\n(Kecurian di beberapa buah pasaraya ketika banjir / sumber : samudera)\n\n\nRABU, 22 DISEMBER\n \u2013 Saya tidak menyokong perbuatan mencuri tetapi dalam keadaan darurat mangsa banjir tiada pilihan dan mereka terpaksa melakukannya.\n\n\nAtas keprihatinan itu, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan mereka yang telah mencuri barangan di pasaraya nya yang turut terjejas akibat banjir buruk di Shah Alam.\n\n\nAmeer dalam satu kenyataannya berkata \u2013 kejadian memecah masuk cawangan MYDIN Mart, Sri Muda, Shah Alam baru baru ini pada dasarnya tindakan itu adalah satu kesalahan dan tidak patut berlaku.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPutra buat laporan polis, desak KDN haramkan tayangan filem Mentega Terbang\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus jawatankuasa pemilih bagi Parlimen ke-15\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor Tarik Balik Darjah Kebesaran OC Pahang\n\n\n\n\n\n\nDong Zong mula tunjuk belang, Wira Putra tolak pengiktirafan sijil UEC\n\n\n\n\n\n\nNetizen naik angin, kecam pelancong `first world country\u2019 isi minyak murah di Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun demi kelangsungan hidup mungkin mangsa terpaksa.\n\n\nDalam perkembangan sama, katanya Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN), yang mengendalikan lebih 66 cawangan pasar raya di seluruh negara, menanggung kerugian semasa yang dianggarkan mencecah lebih RM5 juta akibat bencana banjir yang melanda .\n\n\nAmeer berkata kerugian dijangka akan lebih tinggi susulan kerja pemulihan cawangannya dalam tempoh tiga bulan akan datang.\n\n\nTular baru-baru ini video mengenai perbuatan pecah masuk premis menjual barangan di Shah Alam.\n\n\nSelain mydin, kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Shah Alam, lain yang dipecah masuk segelintir mangsa banjir ialah Gmart, KK Mart dan 7Eleven."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/tiada-persediaan-penuh-hadapi-banjir-pakar/", "title": "Tiada Persediaan Penuh Hadapi Banjir \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n(DR Nor Shahidah Mohd Nazeer, Pakar Geologi Kejuteraan dan Mekanik Tanah UKM / sumber : UKM)\n\n\nRABU, 22 DISEMBER\n \u2013 Taburan hujan yang banyak tidak mampu ditampung sistem tebatan banjir di negara ini yang dipercayai sudah lagi tidak relevan dan terkebelakang.\n\n\n\u00a0\nPerkara itu disuarakan Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Doktor Nor Shahidah Mohd Nazer dengan menyifatkan situasi itu sebagai punca banjir luar biasa yang melanda di Lembah Klang, baru-baru ini.\n\n\n\u00a0\nDR Nor Shahidah Mohd Nazeer, Pakar Geologi Kejuteraan dan Mekanik Tanah UKM berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelamat hari lahir ke-98 Tun!\n\n\n\n\n\n\nPeguam Negara rayu keputusan pembebasan Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nRM1 juta milik Armada untuk kebajikan parti\n\n\n\n\n\n\nBoleh bawa kepada kekufuran, rosak akidah agama\n\n\n\n\n\n\nTuntutan segera AS$16 bilion dari Sulu melampau, kes masih berjalan \u2013 AGC\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201csistem tebatan banjir yang diwujudkan untuk taburan hujan pada back years not now kita agak terlewat untuk mewujudkan satu mitigasi yang terbaik bersesuaian dengan claimic change.\u201d\n\n\nDalam pada itu, menurut Pakar Meteorologi, Profesor Datuk Doktor Azizan Abu Samah, amaran hujan lebat yang berisiko membawa banjir tidak diambil penting dan sepatutnya perlu mengadakan sidang media supaya semua pihak dapat bersedia.\n\n\n\u00a0Prof\n Datuk DR Azizan Abu Samah, Pakar Meteorologi berkata:\n\n\n\u201cMana-mana bencana yang paling penting adalah warning maknanya amaran kalaulah kita lihat bencana nak datang jabatan kaji cuaca akan buat amaran jadi saya nak tanya adakah sebarang sidang media dibuat GPS atau NADMA atau yang dibuat jabatan Kaji cuaca untuk menyatakan betapa gentingnya at least on the 17 kalau dapat 1 hari pun warning yang diberi kita tidak akan hadapi masalah yang dihadapi sekarang di mana orang tua-tua terperangkap ada yang meninggal satu hari warning pun cukup jadi mengapa itu tidak timbul?\u201d\n\n\nDr Nor Shahidah dan \nProf Azizan berkata demikian \nketika menjadi panel dalam program Dimensi bertajuk Bencana Alam: Sejauh Mana Malaysia Tangani? yang disiarkan malam tadi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/22/yayasan-maghfirah-santuni-mangsa-banjir/", "title": "Yayasan Maghfirah Santuni Mangsa Banjir", "body": "0\n\n\n(Bantuan kepada mangsa banjir / sumber : yayasanmaghfirah)\n\n\nRABU, 22 DISEMBER\n \u2013 Pasca banjir di Negeri Selangor, menyaksikan ramai warga tempatan dan para NGO serta pihak berkuasa mula membersihkan rumah mangsa banjir yang sudah pun surut airnya.\n\n\nTV Pertiwi membuat tinjauan di Taman Lagenda Suria, Hulu Langat yang terkesan ekoran banjir yang melanda pada hujung minggu lalu.\n\n\nMisi pembersihan kawasan kejiranan hari ini turut disertai Yayasan Maghfirah yang turut serta menyantuni penghuni kediaman ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M yakin Anwar dalang lokasi penganjuran Proklamasi Melayu dibatalkan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tidak kompromi isu provokasi agama, tak halang protes\n\n\n\n\n\n\nTeguran Perdana Menteri Terhadap Kenaikan Harga Barangan\n\n\n\n\n\n\n29 Kes Kematian Dalam Tempoh 24 Jam\n\n\n\n\n\n\nPejuang ibarat tersangkut di tengah persimpangan jalan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi kawasan kejadian dapat disaksikan pahit getir mangsa yang terpaksa berdepan dengan paras air sehingga dada orang dewasa.\n\n\nDalam kejadian banjir di Hulu Lanagt kawasan perumahahan ini tidak pernah dinaiki air sbeleum ini.\n\n\nJusteru mereka amat mengharapkan bantuan daripada mereka yang sudi.\n\n\nNur Hadirah, Pegawai Perhubungan Luar Yayasan Maghfirah berkata :\n\n\n\u2018\u2019\u2026 Alhamdulillah hari ni Yayasan maghfirah dapat turun\u2026.kita membantu untuk membersihkan rumah dan bantuan-bantuan asas.\n\n\nMenurut beliau setakat ini bantuan utama yang diberikan adalah bantuan membersihkan kawasan penduduk yang terjejas.\n\n\nSelain itu, ujarnya lagi bantuan makanan dan beberapa bantuan asas diberikan secara berfasa dan menyusul kemudian nanti.\n\nJumlah sukarelawan yang terlibat dianggarkan kira-kira 40 orang yang terdiri daripada pelajar dan ahli pertubuhan Yayasan Maghfirah sendiri.\n\n\nHaziz Lauji, Sukarelawan Yayasan Maghfirah berkata :\n\n\n\u2018\u2019\u2026Pada hari ni kitaorang\u2026.banjir dah surutkan, itu jelah\u2026\u2019\u2019"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/23/20-pengajar-pelajar-di-jempol-disahkan-positif/", "title": "20 Pengajar & Pelajar Di Jempol Disahkan Positif", "body": "0\n\n\n(20 Pengajar & Pelajar Di Jempol Disahkan Positif / sumber : malaysianow)\n\n\nKHAMIS,23 DISEMBER\n \u2013 Dua puluh kes positif COVID-19 dikesan di sebuah institusi pengajian swasta (IPS) di Jalan Merpati, Kampung Serting Ulu, Jempol yang membabitkan 45 pengajar dan pelajar.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S.Veerapan berkata kluster Jalan Merpati Seritng itu dilaporkan bermula isnin apabila seorang staf di pusat pengajian itu didapati positf pada 15 Disember lepas.\n\n\n\u201cSatu saringan yang melibatkan kesemua pelajar dan guru dibuat pada 18 Disember dan sehingga semalam seramai 45 orang telah disaring mendapati 20 positif, 24 negatif dan seorang lagi masih menunggu keputusan.\u201d\n\n\n-S.Veerapan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri\u00a0\n\n\nDalam kenyataannya, satu saringan yang melibatkan kesemua pelajar dan guru dibuat pada 18 Disember dan sehingga semalam seramai 45 orang telah disaring mendapati 20 positif, 24 negatif dan seorang lagi masih menunggu keputusan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUEC sangat merbahaya, kedaulatan Malaysia boleh tergugat\n\n\n\n\n\n\nTujuh lelaki pakai seluar pendek kena amaran JAHEAIK\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Laksana Program Dermasiswa TVET Untuk Pelajar B40\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid lantik Datuk Dusuki Ahmad ketuai Majlis Ulama UMNO\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri lawat mangsa banjir selepas 5 hari ke New Zealand\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya lagi, kesemua kontrak rapat telah dikenal pasti dan diberikan arahan untuk melakukan kuarantin.\n\n\nPusat pengajian tersebut ditutup semula bermula pada 18 hingga 28 Disember bagi aktiviti disinfeksi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jempol."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/23/210-lokasi-masih-terjejas-di-6-negeri-nadma/", "title": "210 Lokasi Masih Terjejas Di 6 Negeri \u2013 NADMA", "body": "0\n\n\n( Enam negeri terjejas banjir / sumber : hmetro)\n\n\nKHAMIS, 23 DISEMBER\n \u2013 Sebanyak 210 lokasi di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Pahang dan Kedah masih terjejas akibat banjir setakat pagi tadi.\n\n\nPusat Kawalan Operasi Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan lokasi tersebut membabitkan lapan daerah di Selangor dan Pahang, dua di Terengganu dan tiga masing-masing di Kelantan, Kedah dan Negeri Sembilan.\n\n\nDalam kenyataan hari ini NADMA memaklumkan, antara lokasi yang terjejas akibat banjir itu adalah Bera, Jerantut, Maran, Raub, Pekan, Temerloh, di Pahang dan Kuala Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat di Selangor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKhairy mungkin bertanding pada PRN, calon MB Selangor\n\n\n\n\n\n\nKemasukan pelancong China tingkatkan kes, tiada komplikasi teruk\n\n\n\n\n\n\nSokongan Suami Bawa Kejayaan Isteri\n\n\n\n\n\n\nVernakular Gagalkan Perpaduan \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nSambut hari terakhir sekolah dengan lakukan vandalisme\n\n\n\n\n\n\n\n\nRentetan kejadian itu, sebanyak 83 jalan persekutuan dan 126 jalan negeri terjejas membabitkan banjir kilat, banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak.\n\n\nDalam perkembangan lain, paras air banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam semakin surut.\n\n\nProses mengepam air keluar dari kawasan banjir di berjalan lancar walaupun hujan lebat melanda sekitar Shah Alam awal pagi tadi.\n\n\nManakala jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat, mencecah 42,529 penduduk setakat pagi tadi.\n\n\nMemetik laporan Berita Harian, Mangsa banjir dipindahkan ke 281 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah, kecuali Rompin dan Cameron Highlands.\n\n\nJumlah mangsa di daerah Kuantan, Temerloh dan Bera meningkat mendadak dengan mangsa paling ramai adalah di Kuantan, membabitkan 21,837 penduduk daripada 5,866 keluarga yang kini ditempatkan di 68 PPS."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/23/37-maut-akibat-banjir/", "title": "37 Maut Akibat Banjir", "body": "0\n\n\n(Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah)\n\n\nKHAMIS, 23 DISEMBER\n \u2013 Seramai 37 mangsa meninggal dunia akibat banjir di seluruh negara sehingga pagi tadi.\n\n\nMenurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah, 10 lagi mangsa masih hilang serta operasi mencari dan menyelamat sedang terus dijalankan.\n\n\nSetakat ini, 68, 391 mangsa banjir direkodkan di pusat pemindahan sementara seluruh negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTelah Diperbetulkan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan\n\n\n\n\n\n\nEmpat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi\n\n\n\n\n\n\nHusam Musa mula tugas Pengerusi SPNB berkuat kuasa 22 Mac\n\n\n\n\n\n\nSebutan semula kes Muhyiddin 4 Ogos ini\n\n\n\n\n\n\nAgong, PM tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, di Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM) merekodkan 16 kes kematian akibat lemas dalam kejadian banjir yang menimpa negeri itu sejak Jumaat lalu hingga pagi tadi.\n\n\nJumlah itu membabitkan 10 lelaki dan enam wanita masing-masing 11 kes di Zon Shah Alam, manakala Zon Klang (satu), Zon Selangor Selatan (tiga) dan Zon Selangor Utara (satu).\n\n\nJBPM Selangor turut melaporkan dua kejadian tanah runtuh masing-masing di Zon Petaling dan Hulu Langat, selain tiga zon lain iaitu Hulu Langat, Selangor Selatan serta Hulu Selangor direkodkan masih mengalami banjir."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/23/atas-dasar-simpati-sunway-lagoon-turun-padang-bantu-mangsa-banjir/", "title": "Atas dasar simpati, Sunway Lagoon turun padang bantu mangsa banjir", "body": "0\n\n\nKhemah First Aid disediakan | Foto: Sunway Lagoon\n\n\n23 Disember 2021 , Khamis \n: Simpati dengan nasib mangsa banjir , Sunway Lagoon turun padang bagi membantu mereka yang terkesan dengan musibah yang melanda negara hujung minggu lepas.\n\n\nBukan sekadar teman \u00a0tema yang popular di Malaysia, atas dasar simpati, kakitangan taman tema ini digerakkan bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan ke lokasi yang terjejas teruk akibat banjir, di Taman Sri Muda Shah Alam Selangor.\n\n\nPengarah Eksekutif Sunway Theme Park, Calvin Ho berkata pihak Sunway menyediakan peralatan pertolongan cemas kepada penduduk yang terjejas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRogol adik kandung remaja dihantar ke Henry Gurney\n\n\n\n\n\n\nWAFIQ gesa ambil tindakan & perkasa undang-undang filem persenda Islam\n\n\n\n\n\n\nHutan bakau Pantai Cermin diancam kemusnahan\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin nafi dakwaan KDN beri kerakyatan kepada warga China\n\n\n\n\n\n\nPaderi terkemuka Amerika Syarikat memeluk Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c Kita menubuhkan khemas yang emnawarkan khidmat rawtaan kecemasan daripada pasukan first aid yang profesional\u201d \u2013 Calvin HO\n\n\nMenyediakan makanan bubur | Foto: Sunway Lagoon\n\n\nSelain itu juga, pihak Sunway menyediakan keperluan seperti, Pelampung, Payung , Tuala berserta baju untuk mangsa dan sukarelawan.\n\n\n\u201cPaling Utama kami menyediakan Perahu untuk kegunan sukarelawan bagi memastikan operasi berjalan lancar. \u2013 Calvin Ho\n\n\nJelasnya, Sunway Lagoon juga menyalurkan Makanan bubur dan air mineral kepada orang ramai dilokasi berkenaa.\n\n\n\u201cSebagai jaminan, pasukan cef kami yang berpengalaman di Sunway Lagoon akan terus memastikan bekalan bubur disediakan sehingga keadaan banjir kembali pulih,\u201d katanya yang turut membuat tinjauan dan menyalurkan bantuan di Taman Sri Muda pada petang Selasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/23/di-mana-agensi-kerajaan-di-saat-rakyat-kesusahan/", "title": "Di Mana Agensi Kerajaan Di Saat Rakyat Kesusahan?", "body": "0\n\n\n( Tular sebuah video seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya / sumber : twitter)\n\n\nKHAMIS, 23 DISEMBER\n \u2013 Tular di media sosial satu video seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kelemahan agensi-agensi kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.\n\n\nPotongan video luahan yang disampaikan terus kepada Tan Sri Noh Omar itu kini mendapat tontonan lebih 1 juta.\n\n\n\u201cTiada satu pun agensi kerajaan yang menolong kami\u2026 kecuali JPAM.\u201d\n\n\nWanita yang tinggal di Hulu Langat itu juga berkongsi pengalaman bahawa dalam banjir sebelum ini iaitu pada tahun 2014, agensi kerajaan turun membantu walaupun banjir ketika itu tidak seteruk kali ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok\n\n\n\n\n\n\nKestabilan politik dorong pelabur Arab Saudi ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri sokong pengeluaran KWSP bersasar\n\n\n\n\n\n\nADUN Belantik rebah di bilik air rumah\n\n\n\n\n\n\nRakyat tidak mahu suntikan RM1 billion, rakyat mahu KWSP bersasar\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun, katanya, dalam bencana kali ini, warga Indonesia yang lebih pantas membantu mangsa.\n\n\n\u201cKalau TS nak tahu, hanya menolong kami rakyat Indonesia\u2026di manakah agensi kerajaan ketika itu?\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/23/jawatan-pengerusi-mkn-noh-omar-sekolahkan-mb-selangor/", "title": "Jawatan Pengerusi MKN : Noh Omar \u201cSekolahkan\u201d MB Selangor", "body": "0\n\n\n(\u00a0Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia / sumber : astroawani)\n\n\nKHAMIS, 23 DISEMBER\n \u2013 Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Tan Sri Noh Omar memaklumkan beliau masih lagi Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor.\n\n\nSehubungan itu dakwaan yang dibuat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari bahawa jawatan Pengerusi MKN telah bertukar tangan adalah tidak benar.\n\n\n\u00a0\nTan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMKT UMNO terima penjelasan Ahmad isu undi calon DAP\n\n\n\n\n\n\nBanyak Isu Tanah, Hutan & Korupsi Tak Selesai Punca Negeri Pahang Ketinggalan?\n\n\n\n\n\n\nRakyat Mahu Masalah Diselesaikan Dahulu Sebelum PRU 15\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib, Anwar akui berada dalam Lembaga Pengampunan\n\n\n\n\n\n\nTiada sebab Hamzah dipanggil SPRM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang dinyatakan oleh YB menteri besar Selangor semalam memang tidak tepat sama sekali jadi oleh itu saya minta maaflah istilah mudah saya nak buat kenyataan ini seperti saya nak sekolahkan menteri besar ni supaya menteri besar Selangor ni memahami arahan-arahan dan pentadbiran kerajaan.\u201d\n\n\nTambahnya, \nsekiranya Amirudin memahami bidang tugasnya tidak akan timbul cakap-cakap kononnya tidak boleh mempengerusikan mesyuarat seperti yang didakwa.\n\n\nJelas Noh Omar, Menteri Besar mungkin dia tidak faham ada dua arahan berbeza dibawah MKN iaitu pertama pengurusan keselamatan negara dan kedua ialah Majlis Keselamatan Negara, Semakan Semula Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana negara, ini dua yang berbeza dan Noh Omar dilantik di bawah isu keselamatan negara.\n\n\nSebelum ini, Amirudin berkata beliau telah mendapat panggilan daripada MKN untuk mempengerusikan MKN Negeri Selangor ekoran bencana banjir di negeri berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/23/lebih-banyak-bantuan-akan-disalurkan-berjasa-sepang/", "title": "Lebih Banyak Bantuan Akan Disalurkan BERJASA Sepang", "body": "0\n\n\n(Misi bantuan di Kg Labu Lanjut bersama Ketua BERJASA Sepang, Tuan Yudi Kurniawan.\nAtur gerak dikendalikan oleh BERJASA Sepang / sumber : FB BERJASA Sepang)\n\n\nKHAMIS, 23 DISEMBER\n \u2013 Yang Dipertua BERJASA Sepang,\u00a0 Yudi Kurniawan Budi turut sama meninjau di kawasan kejiranan yang masih terjejas di Taman Puteri Indah Labu Lanjut, Sepang.\n\n\nUjar Yudi, setakat ini, BERJASA Sepang telah memberikan bantuan awal dalam pemindahan mangsa ke pusat penempatan banjir dan memberikan beberapa bantuan asas.\n\n\n Yudi Kurniawan Budi,\u00a0 YDP BERJASA Sepang berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerluas visa ketibaan warga asing : langkah tidak wajar, bahaya kepada kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\nUMNO Dalam Bahaya Jika Terus Beri Muka Pada MCA \u2013 Ridhuan Tee\n\n\n\n\n\n\nBanjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam\n\n\n\n\n\n\nKenal pasti, tutup lompang dalam Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nBERSATU buat laporan polis terhadap Anwar, Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u2018\u2019\u2026 semalam dan pada hari sabtu kita\u2026kita akan tingkatkan sehingga hujung minggu ini..\u2019\u2019\n\n\nDalam pada itu, Yudi turut menzahirkan ucapan terima kasih buat rakan-rakan pertubuhan bukan kerajaan lain dalam memberikan bantuan kepada mangsa yang terjejas terutamanya Yayasan Ikhlas, Isma dan Yayasan Maghfirah.\n\n\nDalam tinjuan TV Pertiwi hari ini sekitar 30 orang sukarelawan Berjasa Sepang mengambil bahagian dalam membersihkan kejiranan di kawasan berkenaan.\n\n\nPasca tiga hari banjir, air di kawasan berkenaan masih belum surut dan kerja-kerja pembersihan rumah masih giat dijalankan penduduk setempat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/23/misi-bantuan-banjir-aman-palestin-dan-kelab-perwira-malaysia/", "title": "Misi Bantuan Banjir Aman Palestin Dan Kelab Perwira Malaysia", "body": "0\n\n\n(Aman Palestin turut membantu membersihkan kawasan banjir / sumber : twitter @numanmazlan)\n\n\nKHAMIS, 23 DISEMBER\n \u2013 Sukarelawan dari Komuniti Palestin di Malaysia menyertai misi bantuan banjir bagi membersihkan Sekolah Rendah Agama Sungai Lui di Hulu Langat.\u00a0\n\n\nMisi bantuan banjir itu dijalankan dengan kerjasama Aman Palestin dan Kelab Perwira Malaysia.\n\n\nRakyat Malaysia merupakan antara yang paling awal dalam memberi bantuan kepada Palestin, sebagai balasan rakyat Palestin yang berada di Malaysia menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di negara ini yang sedang menghadapi musibah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNahas ragut nyawa suami isteri: Seorang daripada dua anak turut meninggal\n\n\n\n\n\n\nSyed Mokhtar mangsa agenda politik kotor?\n\n\n\n\n\n\nSanusi menghadap Sultan Kedah mohon perkenan tarikh bubar DUN\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa Dakwa UMNO Sudah Dikuasai Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nBekas diplomat tidak setuju pelantikan Nazri Aziz"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/23/pemimpin-perlu-main-peranan-tahu-skop-kerja-berjasa/", "title": "Pemimpin Perlu Main Peranan Tahu Skop Kerja \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\n(Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim)\n\n\nKHAMIS, 23 DISEMBER\n \u2013 \u2018Pemimpin perlu turun awal\u2019 . \nItu yang sewajarnya berlaku terutama dalam membela nasib rakyat.\n\n\nDemikian yang dinyatakan Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim yang turut meninjau keadaan banjir di kawasan kejiranan Taman Puteri Indah Labu Lanjut Sepang, hari ini.\n\n\n Zamani Ibrahim, Presiden BERJASA berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nISMA Seru Pengundi Angkat Calon Muslim Berwibawa\n\n\n\n\n\n\nLima gabungan parti politik meterai perjanjian\n\n\n\n\n\n\nPeniaga luah rasa kesal harga barang mentah meningkat\n\n\n\n\n\n\nSuspek 1MDB, Kee Kok Thiam mati mengejut akibat strok\n\n\n\n\n\n\nADUN Belantik rebah di bilik air rumah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u2018\u2019\u2026setiap Menteri mesti faham\u2026menteri memberikan pertolongan bantu yang hebat\u2026\u2019\n\n\nDitanya mengenai kelembapan peranan pemimpin setempat, beliau berpendapat persediaan perlu dilakukan awal oleh pemimpin sebaliknya bukan tidak melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.\n\n\nUjar beliau, bencana ini sering berlaku di Malaysia namun persediaan yang ada masih belum mencukupi oleh pemimpin.\n\n\n\u2018\u2019.. sebab ini bukan benda yang\u2026.apa persiapan yang perlu kita sediakan\u2026\u2019\u2019\n\n\nDalam pada itu Zamani juga turut memaklumkan pasukan Berjasa di seluruh negara telah mula turun memberikan bantuan kepada mangsa yang terjejas semenjak sabtu lalu di sekitar selangor terutamanya Shah Alam dan kawasan terjejas teruk\n\n\nMengulas lanjut, pihak Berjasa akan memberikan bantuan mengikut keperluan agar bantuan yang diterima oleh mangsa banjir boleh dimanfaatkan sebaik mungkin dan tiada pertindihan bantuan.\n\n\nSetakat ini lebih seribu sukarelawan Berjasa telah berkhidmat menyalurkan bantuan-bantuan di pelbagai negeri yang terjejas banjir.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui Tv Pertiwi hari ini dalam misi membersihkan kejiranan yang terjejas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/23/rakyat-kesal-mahu-dapat-bantuan-perlu-hadapi-pelbagai-birokrasi/", "title": "Rakyat Kesal Mahu Dapat Bantuan Perlu Hadapi Pelbagai Birokrasi", "body": "0\n\n\n(Kenyataan daripada pengguna twitter mengenai birokrasi / sumber : FB Isham Jalil)\n\n\nKHAMIS, 23 DISEMBER\n \u2013 Bantuan banjir yang disampaikan merupakan satu petanda positif.\n\n\nNamun, terdapat birokrasi yang dikenakan terhadap mangsa banjir sebagai syarat untuk menerima bantuan dianggap tidak logiK berikutan kesempitan yang terpaksa mereka alami ketika ini.\n\n\nRata-rata netizen di media sosial meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila terdapat permintaan yang dianggap mengarut sebagai syarat untuk mendapatkan bantuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tidak kompromi isu provokasi agama, tak halang protes\n\n\n\n\n\n\nTREND Jangkitan Semakin Meningkat\n\n\n\n\n\n\nPelantikan Izzah, sah undang-undang tapi salah dari sudut moral \u2013 Hassan Karim\n\n\n\n\n\n\nPandangan ekstrem berunsur kaum, agama wajib dihentikan \u2013 Sultan Nazrin\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA Lancar Petisyen Desak Tutup Crackhouse Secara Mutlak\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, sebagian mereka juga mendakwa terpaksa beratur panjang di balai polis kerana perlu membuat laporan untuk memohon bantuan.\n\n\nNetizen juga turut berharap pemimpin yang berkuasa menilai semula birokrasi yang dikenakan terhadap mangsa banjir supaya bertindak dengan lebih bijak dalam menangani krisis banjir yang melanda serta bantuan dapat terus diagihkan kepada rakyat yang memerlukan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/23/salur-maklumat-banjir-melalui-sms-sidang-media/", "title": "Salur Maklumat Banjir Melalui sms & Sidang Media", "body": "0\n\n\n(Geostrategis Azmi Hasan / sumber : bharian)\n\n\nKHAMIS, 23 DISEMBER\n \u2013 Pengurusan banjir dilihat tidak mencapai tahap yang memuaskan terutama dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.\n\n\nMenurut Geostrategis Azmi Hasan, info berkenaan banjir perlu disampaikan kepada rakyat melalui saluran yang mudah diakses dan diterima supaya orang ramai dapat mengetahui maklumat berkenan dari masa ke semasa.\n\n\nAzmi Hassan, Geostrategis berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPekebun Sayur Enggan Jawab Kenaikan Harga Sayur\n\n\n\n\n\n\nAnwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy umum Portfolio EXCO Pahang\n\n\n\n\n\n\nPenguasa Kanan Sprm Didakwa Pecah Amanah\n\n\n\n\n\n\nHisap Rokok & Tiada Penjarakan Fizikal, Pematuhan SOP Dipertikai\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cCara terbaik adalah menyalurkan maklumat itu dalam satu portal dan bagi saya nadma dah ada portalnya tapi dalam portal itu dirakam segala bencana kali ini itu yang paling mustahak dan seharusnya digunakan secara meluas kalau MKN boleh guna sms untuk menyalurkan maklumat tetang covid-19 saya tak Nampak mengapa agensi bertanggungjawab seperti nadma menggunakan sms untuk menyalurkan maklumat terkini sebab dalam hal banjir ni maklumat terkini adalah paling penting berbeza dengan covid-19 mereka boleh mengadakan sidang akhbar pada sebelah petang tetapi hal banjir ni kita perlukan maklumat terkini jadi bagi saya yang terbaiknya adalah melalui portal yang boleh dicapai orang ramai dengan cepat dan kedua adalah salurkan melalui sms bagi saya perkara itu bo0leh dilakukan bukan sesuatu yang mustahil.\u201d\n\n\nTambah Azmi, memasuki hari ke lima banjir yang melanda lembah Klang, kesilapan yang berlaku sepatutnya ditambah baik dan diperbetulkan oleh pihak pengurusan supaya rakyat tidak bertambah terbeban dengan masalah yang dihadapi.\n\n\n\u201cDan dalam hal ini kita ada ada beberapa agensi dan struktur yang disediakan adalah lengkap sekali bermula dari daerah yang diketuai pegawai daerah sehingga kepada agensi yang tertinggi sekali iaitu NADMA yang diketuai pengarahnya jikalau ia melibatkan beberapa buah negeri jadi struktunya memang dah ada dan seharusnya hari ini hari rabu dan 5, 6 hari bila berlaku banjir seharusnya jika ada kelemahan itu diperbetulkan.\u201d\n\n\nSemalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menafikan berlaku kelemahan dalam pengurusan bencana banjir terutamanya di negeri Selangor sehingga meragut nyawa.\n\n\nNamun katanya kerajaan sentiasa telus dan tidak boleh menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya pengajaran perlu diambil dalam menghadapi bencana sama pada masa akan datang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/23/undang-undang-curang-perlu-dilaksanakan/", "title": "Undang-Undang Curang Perlu Dilaksanakan", "body": "0\n\n\n(Prof Madya DR Rafidah Hanim Mokthar, Presiden WAFIQ / sumber : ismaweb)\n\n\nKHAMIS, 23 DISEMBER\n \u2013 Isu curang baru-baru ini yang melibatkan penjawat awam yang tular di media sosial menerima reaksi pelbagai pihak.\n\n\nMemetik hantaran Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ);\n\n\nProfesor Madya Doktor Rafidah Hanim di laman facebooknya, beliau menggesa agar tindakan undang-undang segera dilaksanakan terhadap pihak yang terlibat mengadakan hubungan sulit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas Perdana Menteri Dimasukkan Ke IJN\n\n\n\n\n\n\n240 kes direkod, 460 pesalah ditahan dalam operasi BP3\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM1.5 bilion peruntukan martabat syiar Islam\n\n\n\n\n\n\nPengundian Awal PRN Sarawak Bermula\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin yakin PN raih 80 peratus undi pada PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\nProf Madya DR Rafidah Hanim Mokthar, Presiden WAFIQ :\n\n\n\u2018\u2019Jika undang-undang Syariah Seksyen 32, 33 dan 34 diambil tindakan, saya yakin kita dapat mengurangkan situasi wanita merasa tidak terbela dan kita tidak memisahkan soal moraliti dari perkhidmatan awam,\u2019\u2019\n\n\nBeliau berkata, nasib wanita akan lebih terbela jika undang-undang syariah terbabit dilaksanakan.\n\n\nJelasnya, undang-undang berkenaan merujuk kepada enakmen kesalahan jenayah syariah 2013, undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang memujuk Wanita yang sudah berkahwin meninggalkan keluarga, menghalang pasangan yang sah daripada hidup sebagai suami isteri dan membuat hasutan perceraian.\n\n\nMengulas lanjut mengenai isu curang yang tular baru-baru ini, Dr Rafidah turut menyentuh tentang peraturan yang jelas di Malaysia dan kebanyakan negara maju yang menghalang perhubungan sesama rakan sekerja terutama berbentuk skandal.\n\n\nTegas beliau, walaupun kerja pihak-pihak terlibat masih berjalan seperti biasa namun ia tidak wajar dijadikan alasan untuk menghalalkan perbuatan tidak bermoral.\n\n\nSebelum ini, Isu berkenaan melibatkan penjawat awam apabila didapati suami pasangan tersebut mengadakan hubungan sulit dan dibongkarkan isterinya.\n\n\nMenurut isteri berkenaan, aduan sudah dibuat ke pihak berkuasa namun tidak dihiraukan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/24/29-kes-kematian-dalam-tempoh-24-jam/", "title": "29 Kes Kematian Dalam Tempoh 24 Jam", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber : hmetro)\n\n\nJUMAAT, 24 DISEMBER\n \u2013 Kementerian Kesihatan KKM melaporkan sebanyak 29 kematian direkodkan akibat covid 19 setakat tengah malam tadi. Enam kes kematian membabitkan kes kematian di luar fasiliti kesihatan BID.\n\n\nSetakat ini, data yang direkodkan di portal COVIDNOW memaparkan jumlah kematian COVID-19 telah mencecah angka 31,221 kes kematian daripada keseluruhan dua juta, 728, 203 kes sejak kehadiran virus itu dikesan di negara akhir Januari tahun lalu.\n\n\nEnam daripada 29 kematian itu dilaporkan di negeri Pahang, lima di perak, empat kes di kedah diikuti 3 kes di Selangor, Johor dan Terengganu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nParti Politik, Calon Hati-Hati Guna Media Sosial\n\n\n\n\n\n\nPolis Umum Pengurangan Saman Sehingga 80%\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah Allah : PUTRA gesa campur tangan Agong\n\n\n\n\n\n\nKerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM\n\n\n\n\n\n\nMangsa Macau Scam \u2018berputih mata\u2019, wang simpanan KWSP RM141,000 lesap\n\n\n\n\n\n\n\n\nSabah pula merekodkan sebanyak dua kes, dan sat ukes kematian di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.\n\n\nSetakat tengah malam tadi, laporan KKM merekodkan sebanyak 49, 395 kes aktif positif covid. Sebanyak 42, 43 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 3,443 pesakit dirawat di pusat kuarantin dan rawatan covid 19 berisiko rendah PKRC dan bakinya, 3,571 pesakit mendapatkan rawatan di hospital.\n\n\nSementara itu, sebanyak 56.7 peratus penggunaan katil di wad unit rawatan rapi ICU, termasuk pesakit bukan covid-19. Kadar penggunaan katil di hospital kini berada pada tahap 63.9 peratus manakala penggunaan katil di PKRC pada tahap 22.4 peratus."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/24/bomba-giat-cari-tujuh-mangsa-hilang-di-pahang/", "title": "Bomba Giat Cari Tujuh Mangsa Hilang Di Pahang", "body": "0\n\n\n(Bomba giat bantu mencari mangsa hilang, foto hiasan/ sumber : hmetro)\n\n\nJUMAAT, 24 DISEMBER\n \u2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tujuh individu yang masih hilang di Pahang susulan kejadian banjir yang melanda sejak 17 Disember lepas.\n\n\nSetakat ini JPBM menerima 33 laporan berhubung orang yang hilang dalam insiden bencana itu dan 26 daripadanya dijumpai meninggal dunia.\n\n\nSementara itu, beliau berkata mengenai banjir di Taman Sri Muda penduduk harus mendengar nasihat bomba jika diarahkan berpindah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSivakumar perlu cuti sebagai menteri\n\n\n\n\n\n\nPerlu Ada Tindakan Sekiranya Parlimen Bermasalah\n\n\n\n\n\n\nNajib punca Malaysia jadi negara kleptokrasi, pencuri\n\n\n\n\n\n\nKenyataan CPTPP tidak jejaskan pertanian, keterjaminan makanan adalah tidak benar\n\n\n\n\n\n\nBekas Dekan Sebaran Am ITM, Dr Bukhori Ismail meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, Ketua Pengarah JPBM berkata :\n\n\n\u201c\u2026apabila diarah untuk pindah kita minta pindah\u2026air disitu mendadak naik dengan deras dan bahaya\u2026\u201d\n\n\nMenurutnya, pihak bomba sentiasa membuat pemantauan dan kesiapsiagaan untuk menghadapi banjir namun situasi banjir di Selangor adalah di luar jangka.\n\n\n\u201c\u2026apa yang berlaku di kawasan di seluruh Selangor ini pada hari jumaat dan hari sabtu adalah amat luar biasa\u2026\u201d\n\n\nBeliau juga berkata, situasi luar jangka itu pernah berlaku di luar jangka itu pernah berlaku di Terengganu pada tahun lepas, apabila kawasan Marang tidak dimasukkan sebagai (hot spot) terjejas teruk akibat banjir."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/24/hujan-ribut-di-beberapa-negeri-pada-krismas/", "title": "Hujan Ribut Di Beberapa Negeri Pada Krismas", "body": "0\n\n\n(Hujan ribut dijangka berlaku sehingga hari krismas / sumber : sinarharian)\n\n\nJUMAAT, 24 DISEMBER\n \u2013 Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan dan ribut petir di beberapa kawasan pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang pada hari Krismas esok.\n\n\nMetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ramalan cuaca pada waktu pagi itu, turut membabitkan beberapa kawasan seperti di Betong, Mukah, Sarikei, Sibu dan Bintulu, Sarawak serta Kudat Sandakan dan Tawau di Sabah.\n\n\n(Ramalan cuaca signifikan 24 \u2013 30 Disember / sumber : FB malaysiamet)\n\n\nMetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir di satu dua kawasan di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan kawasan Pantai Barat dan Pendalaman Sabah pada waktu petang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan manipulasi isu pemilikan tanah rizab Polis Diraja Malaysia\n\n\n\n\n\n\nTok Mat beri bayangan pertahan Dun Rantau\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor dibubar 23 Jun ini\n\n\n\n\n\n\nInflasi : Rakyat Perlu Urus Kewangan Sebaiknya \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nLupus Al-Quran Dalam Banjir\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, MetMalaysia menyatakan bagi waktu malam akan berlaku hujan di satu dua tempat di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/24/jumlah-mangsa-banjir-turun-di-empat-negeri-negeri-sembilan-meningkat/", "title": "Jumlah Mangsa Banjir Turun Di Empat Negeri, Negeri Sembilan Meningkat", "body": "0\n\n\n(Jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan di Selangor, Kelantan, Pahang dan Melaka / sumber : sinarharian)\n\n\nJUMAAT, 24 DISEMBER\n \u2013 Bencana banjir yang melanda negara menyaksikan penurunan jumlah mangsa banjir di Selangor, Kelantan, Pahang dan Melaka, manakala Negeri Sembilan merekodkan sedikit peningkatan sementara di Perak pula jumlah mangsa kekal, setakat pagi tadi.\n\n\nKelantan mencatatkan penurunan apabila 1,389 orang daripada 472 keluarga pagi tadi berbanding 1,666 orang daripada 572 keluarga, semalam, melibatkan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka kesemuanya di jajahan Pasir Mas.\n\n\nDi Selangor, Unit Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan negeri itu merekodkan penurunan jumlah mangsa banjir iaitu 17,915 dari 4,407 keluarga melibatkan 101 pusat pemindahan sementara berbanding 18,126 orang di 103 PPS malam semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaksi pendakwaan ke-15 kata 40 penghantaran duit dibuat sendiri ke rumah Zahid\n\n\n\n\n\n\nRohana pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB\n\n\n\n\n\n\nPRN Kelantan medan terakhir Ahmad Yakob bertanding politik\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Tidak Langgar Peraturan Dagangan \u2013 SC\n\n\n\n\n\n\nIsu audit rumit, makan masa dan tidak tumpu satu kementerian\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, jumlah mangsa banjir di Pahang sedikit menurun kepada 34,390 orang yang ditempatkan di 245 PPS kini berbanding 34,487 di 246 PPS semalam.\n\n\nMelaka mencatatkan penurunan kepada 110 mangsa daripada 27 keluarga dan kesemua mangsa ditempatkan di dua PPS yang masih dibuka di daerah Alor Gajah dan Jasin.\n\n\nManakala di Negeri Sembilan, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri itu adalah 309 individu daripada 84 keluarga dengan empat PPS masih dibuka di Jelebu setakat pagi tadi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/24/perkep-selangor-tunjuk-usaha-murni-bantu-mangsa-banjir/", "title": "PERKEP Selangor Tunjuk Usaha Murni Bantu Mangsa Banjir", "body": "0\n\n\nPERKEP Selangor menyampaikan sumbangan | Foto: Polis Selangor\n\n\nBerat sama dipikul ringan sama dijinjing itulah perumpamaan buat\u00a0Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Selangor yang telah menyampaikan sumbangan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masyarakat di Selangor yang terjejas akibat bencana banjir.\n\n\nPERKEP Selangor menyampaikan sumbangan | Foto: Polis Selangor\n\n\nPengerusi PERKEP Selangor, Datin Baidzura binti Su\u00a0bersama\u00a0Biro-Biro PERKEP Kontinjen Selangor \u00a0membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir samada dari anggota-anggota PDRM itu sendiri atau orang ramai. Sumbangan dan bantuan yang telah dihulurkan berupa keperluan asas seperti alat mandian, pakaian, susu formula, lampin pakai buang, makanan dan sebagainya.\n\n\n\u201cProgram bantuan oleh PERKEP Selangor melibatkan tiga lokasi yang berbeza iaitu di Pangkalan Polis Marin Pulau Indah, Balai Polis Batu 9, Kajang dan di Dewan Orang Ramai Taman Sri Nanding, Hulu Langat\u201d\n\n\nPERKEP Selangor di bawah pimpinan Datin Baidzura binti Su akan meneruskan program sebegini bagi membantu bukan sahaja kepada keluarga PDRM tetapi juga kepada ahli masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negeri Selangor ketika ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerhalusi Cadangan Penjawat Awam, Tambah Baik Sistem Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nWanita BERJASA bantu golongan ibu tangani isu keciciran pendidikan anak\n\n\n\n\n\n\nBawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang\n\n\n\n\n\n\nTiada Istilah Sambutan Hari Agama Sedunia\n\n\n\n\n\n\nAminuddin hairan jumlah penceroboh tanah Raub cecah 500 orang\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengerusi PERKEP Selangor juga menitipkan doa agar keadaan kembali pulih seperti sediakala."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/24/pm-arahkan-sidang-media-harian-ops-banjir-oleh-agensi/", "title": "Pm Arahkan Sidang Media Harian Ops Banjir Oleh Agensi", "body": "0\n\n\n(Ismail Sabri Yaakob, ketika bercakap mengenai sidang media Ops banjir / sumber : Bernama)\n\n\nJUMAAT, 24 DISEMBER\n \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan arahan kepada kesemua agensi terlibat dengan bencana banjir untuk mengadakan sidang media harian OPS Banjir.\n\n\nMemetik hantaran di facebooknya, sidang media itu bertujuan memastikan rakyat mendapat maklumat terkini dan sahih mengenai situasi banjir semasa dan persediaan yang perlu dilakukan bagi menghadapi banjir.\n\n\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob ,Perdana Menteri berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam perlu cakna perubahan politik dunia\n\n\n\n\n\n\nTragedi ikan buntal, isteri maut suami masuk ICU\n\n\n\n\n\n\nShabery Cheek dilantik Pengerusi Felda baharu mulai 1 Julai\n\n\n\n\n\n\nKabinet baharu Sabah dijangka angkat sumpah esok\n\n\n\n\n\n\nBERJASA sedia kerjasama dengan PN selagi tidak bercanggah prinsip\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u2018\u2019Rakyat perlu mendapatkan maklumat jelas, sahih dan terkini mengenai situasi semasa bencana banjir yang melanda beberapa negeri,\u2019\u2019\n\n\nUjar beliau, rakyat perlu mendapatkan maklumat yang jelas dan sahih mengenai situasi banjir dan bencana yang berlaku.\n\n\nDalam catatan di laman twitter beliau, Ismail mengarahkan agar laporan harian disediakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk makluman rakyat Malaysia.\n\n\nSidang Media Info Banjir Terkini :\n\n\nSidang Media Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani 10 PAGI\n\nSidang media Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Affendi Buang 12 Tengah Hari.\n\nKetua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid 2 Petang\n\nKetua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Dr Aminuddin Hassim 4 Petang\n\n\nBeliau turut menyenaraikan urutan sidang media yang akan dimulakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada jam 10 pagi, diikuti Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Affendi Buang pada 12 tengah hari.\n\n\nPada sebelah petang, sidang media akan dimulakan pada jam dua oleh Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid serta Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr Aminuddin Hassim pada 4 petang.\n\n\nMenurut Ismail, kesemua Barisan hadapan kerajaan perlu terlibat sama dan sentiasa bersedia dalam menghadapi bencana."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/24/polis-tolak-kemungkinan-ada-pihak-tipu-kutipan-derma-bencana/", "title": "Polis Tidak Tolak Kemungkinan Ada Pihak Tipu Kutipan Derma Bencana", "body": "0\n\n\n(Datuk Mohd Kamaruddin Md Din, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) / sumber : wacana)\n\n\nJUMAAT, 24 DISEMBER\n \u2013 Polis tidak menolak kemungkinan wujudnya segelintir individu atau pihak yang mengambil kesempatan daripada isu banjir untuk membuat kutipan derma bagi kegunaan diri sendiri.\n\n\nMenurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datok Mohd Kamaruddin Md.Din berkata polis sentiasa memantau aktiviti kutipan derma terutama yang dilakukan melalui internet.\n\n\nJelasnya, walaupun sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima namun sebarang aktivit yang meragukan akan disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBAJET 2023 : Peruntukan lebih kepada belia & mahasiswa \u2013 PEMBINA\n\n\n\n\n\n\nMulai 1 April deposit 10% wajib bayar jika beli rumah pertama\n\n\n\n\n\n\nDAP Rengsa Hal Membabitkan Islam\n\n\n\n\n\n\nPertahan institusi masjid daripada jadi gelanggang politik\n\n\n\n\n\n\nOperasi SAR Muhammad Hawari disambung tahun depan\n\n\n\n\n\n\n\n\nKamaruddin juga berkata kejadian banjir yang melanda seluruh negara telah mengakibatkan kerugian terhadap mangsa-mangsa dan parti politk serta badan bukan kerajaan (NGO).\n\n\nDatuk Mohd Kamaruddin Md Din, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berkata :\n\n\n\u201cKejadian banjir kilat melanda beberapa kawasan di seluruh negara telah mengakibatkan kerugian terhadap mangsa-mangsa terlibat dan pelbagai inisiatif kutipan derma telah dilancarkan parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta dan individu persendirian\u201d.\n\n\nBeliau juga menasihatkan orang ramai agar berhati dalam menyalurkan derma kepada mangsa-mangsa banjir.\n\n\n\n\u201cOrang ramai dinasihatkan agar berhati-berhati dalam menyalurkan derma kepada mangsa banjir agar ia sampai kepada mereka yang memerlukan\u201d\n\n\nMengulas lanjut, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penipuan kutipan derma tampil membuat laporan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/24/politikus-diingatkan-fikir-soal-rakyat-bukan-kepentingan-politik/", "title": "Politikus Diingatkan Fikir Soal Rakyat Bukan Kepentingan Politik", "body": "1\n\n\n(Ketua Penerangan Parti BERJASA Hazwan Mohamad)\n\n\nJUMAAT, 24 DISEMBER\n \u2013 Projek yang ingin dijalankan setiap kerajaan negeri perlu dinilai dengan mengambil kira kepentingan rakyat.\n\n\nMenurut Ketua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad kerajaan negeri tidak sepatutnya membatalkan projek yang memberi manfaat kepada rakyat terutama membabitkan isu bencana alam semata-mata disebabkan kepentingan politik.\n\n\nHazwan Mohamad, Ketua Penerangan BERJASA berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM pantau, elak ibu bapa terbeban yuran PIBG\n\n\n\n\n\n\nHanya Dihargai Oleh Bukan Melayu Untuk Keuntungan Mereka\n\n\n\n\n\n\nTrafik ke Utara dan Pantai Timur Sesak\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin dedah belum terima sebarang notis daripada Sanusi\n\n\n\n\n\n\nBapa belajar hisap dadah daripada anak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya melihat apa yang berlaku hari ni hasil dari tangan-tangan yang tidak kompeten dalam melaksanakan apa yang kita katakan sebagai good government jika benar projek canal city yang diluluskan kerajaan BN mempunyai unsur korupsi didalamnya saya tidak kata ianya wajar diteruskan tetapi kerajaan yang menguruskan itu perlu untuk memastikan bahawa tidak wujud lagi unsur korupsi di dalamnya kerajaan Pakatan Rakyat daripada mereka nafikan projek itu mencantas daripada kerajaan negeri ketika itu lebih baik mereka laksanakan pembersihan terhadap unsur-unsur korupsi itu.\u201d\n\n\nJusteru itu Hazwan menggesa kerajaan Negeri Selangor menyiasat semula apakah keputusan wakil rakyat ketika itu berhubung proyek tebatan banjir samada mempunyai unsur politik sehingga membatalkan projek yang akhirnya menyebabkan rakyat merana katika ini.\n\n\nTambahnya, belajawan setiap negeri juga perlu dinilai semula dengan mengambil kira faktor bencana alam yang berlaku dan merealisasikan kajian yang dilakukan dalam menambah baik kehidupan rakyat.\n\n\n\n\u201cKerajaan di setiap negeri yang mana hari ini kita lihat bukan sekadar di Selangor malah di Pahang turut mengalami banjir yang besar dan negeri yang selalu ditenggelami air akibat banjir besar perlu menilai semua dalam belanjawan negeri dan juga diperingkat persekutuan pun seperti melaksanakan satu kajian dasar dan bukan sekadar terhenti di sebalik kajian sahaja tetapi pastikan bahawa apa yang dirangka dirancang dapatan hasil kajian itu dapat direalisasikan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/24/projek-canal-city-dibatalkan-punca-banjir-besar-di-shah-alam/", "title": "Projek Canal City Dibatalkan Punca Banjir Besar Di Shah Alam?", "body": "0\n\n\n(Projek Canal City / sumber : utusan)\n\n\nJUMAAT, 24 DISEMBER\n \u2013 Projek Canal City yang melibatkan projek tebatan banjir sepanjang 18 kilometer terowong menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat dipercayai mempunyai kaitan dengan banjir yang berlaku ketika ini.\n\n\nProjek yang bermula pada tahun 2007 itu bagaimanapun telah dibatalkan pada 2011 ketika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor.\n\n\nSemasa Februari 2011, Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan kerajaan negeri membatalkan projek Canal City kerana dianggap tidak memberi banyak manfaat kepada rakyat Selangor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPH Tidak Bubar Dun Di Selangor, Pulau Pinang Dan Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nKhairy perlu lebih masa sebelum kembali ke arena politik\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir meningkat, empat daerah di Johor masih terjejas\n\n\n\n\n\n\nMengapa perlu minta maaf, saya hanya ikut kehendak parti \u2013 Hishammuddin\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi iktiraf jemaah haji Malaysia berdisiplin\n\n\n\n\n\n\n\n\nLapor Malaysiakini, projek ini dibatalkan kerana hasil daripada laporan kajian \u2018desktop study\u2019 daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor memutuskan adalah tidak perlu untuk membangunkan projek tebatan banjir kerana keupayaan bagi kolam-kolam takungan banjir sedia ada adalah mencukupi.\n\n\nPembatalan projek ini juga telah dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun 2010.\n\n\nPada tahun 2007, projek ini diluluskan kerajaan di bawah Barisan nasional yang melibatkan 1.9 ribu hektar tanah termasuk projek tebatan banjir yang menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat yang dikatakan lebih kurang 18 kilometer sama seperti projek terowong smart.\n\n\nPada asalnya, projek itu diluluskan Barisan Nasional dengan melibatkan tanah seluas 1.9 ribu hektar termasuk projek tebatan banjir.\n\nProjek Canal City mahu dilaksanakan berikutan masalah banjir yang dihadapi seperti di Bukit Jelutong, TTDI Jaya dan Taman Sri Muda dengan mengambil kira kejadian banjir kilat yang berlaku di Shah Alam pada Februari 2006.\n\n\nBagaimanapun ada cakap-cakap yang mengatakan projek ini dibatalkan sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor kerana dianggap tidak memberi banyak manfaat dan wujud korupsi.\n\n\nNamun, projek seperti perumahan baru masih tetap diteruskan.\n\n\nPada ketika itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, melihat berlaku ketirisan dalam perjanjian jual beli dan mahu mengemukakan bukti yang ada kepada SPRM.\n\n\nBeliau turut mendesak kerajaan Selangor segera memberi penjelasan berhubung perjanjian jual beli tanah projek Canal City yang dibuat ketika kerajaan sementara memerintah kerana beberapa keraguan dipercayai timbul dalam urusan penjualan tanah projek Canal City itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/24/sistem-tebatan-banjir-di-selangor-perlu-diberi-perhatian/", "title": "Sistem Tebatan Banjir Di Selangor Perlu Diberi Perhatian", "body": "0\n\n\n(Sistem tabtan banjir, foto hiasan / sumber : mynewshub)\n\n\nJUMAAT, 24 DISEMBER\n \u2013 Sistem tebatan banjir dalam Projek Canal City sepatutnya dibuat bagi mengelakkan banjir besar yang berlaku di Selangor.\n\n\nBekas Pengurus Sumber Air TNB, Mohamad Fuad Omar ketika dihubungi berkata, berkemungkinan sekiranya Selangor mempunyai sistem tabatan banjir yang baik tidak berlaku bencana banjir yang teruk seperti yang berlaku hari ini.\n\n\nMohamad Fuad Omar, Bekas Pengurus Sumber Air TNB berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTukar MB Kelantan sebab Ahmad Yaakob uzur \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nUMNO sedia hantar calon pertahan DUN Jeram Padang\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Cecah RM13.90 Sekilogram\n\n\n\n\n\n\nDiguna orang ketiga, Johor akan batalkan lesen serta-merta\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Kedah Perlu Waspada Judi Pasaran Gelap \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerlu tak perlu dia mesti buatlah pasal yang tu yang menjadi projek by pas mula-mula projek GPS tapi biasalah kerajaan taka da duit jadi dia projek jadi dia private dekat Gamuda MNC jadi makna kata tu yang jadi tanah 2 tingkat atas tu kereta bawa lencongan banjir konsep itu mungkin sama bagi saya\n\n\nSehubungan itu katanya, sistem terowong smart untuk mengelakkan Kuala Lumpur dilanda banjir perlu dibina di Selangor terutamanya di kawasan Shah Alam bagi mengelakkan bencana banjir teruk berlaku.\n\n\n\u201cAdakah kerajaan Selangor atau pusat buat by past macam smart tunnel pun macam tu juga dia by pas Ampang boleh masuk KL jadi macam tulah yang mana 40 kawasan KL baru ni kering sebab masuk dalam smart tunnel masalahlah smart tunnel tu ke mana masuk dalam Sungai Klang balik jadi dia hand up balik dekat Shah Alam dengan Klang.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/24/zahid-hamidi-kurang-sihat-kes-rasuah-ditangguhkan/", "title": "Zahid Hamidi Kurang Sihat, Kes Rasuah Ditangguhkan", "body": "0\n\n\n(Ahmad Zahid Hamidi, perbicaraan kes rasuah ditangguhkan / sumber : kosmo)\n\n\nJUMAAT, 24 DISEMBER\n \u2013 Perbicaraan kes rasuah melibatkan Bekas timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan kes rasuah ditangguhkan.\n\n\nPerbicaraan itu ditangguhkan selepas permohonan dibuat dan bekas timbalan perdana menteri itu dilaporkan tidak berada dalam keadaan sihat.\n\n\nAhmad Zahid, menghadapi 40 kes pertuduhan rasuah berhubung sistem visa luar negara VLN yang ditetapkan hari ini dan esok.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n147 Ketua Wanita Bahagian mahu Shahrizat kembali\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Airlines lancar kajian minta pandangan orang ramai mengenai pakaian seragam kru\n\n\n\n\n\n\nDAP mahu ubah identiti negara, perkukuh naratif Malaysian Malaysia \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nAgong seru pemimpin, rakyat teladani Tun Dr. Ismail\n\n\n\n\n\n\nBangkai kucing: Polis cari suspek\n\n\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan penangguhan itu selepas permohonan pembelaan dan tertuduh tidak sihat.\n\n\nProsiding hari ini turut disertai Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Ahmad Zaidi Zainal.\n\n\nSetakat ini, lima saksi pendakwaan telah selesai memberikan keterangan pada perbicaraan sementara bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Alwi Ibrahim masih di peringkat pemeriksaan balas.\n\n\nMahkamah juga telah menetapkan 18 hari untuk sambung bicara kes tersebut iaitu pada 3 Feb, 7 dan 8 Mac, 1 April, 10 hingga 13 Mei, 17 hingga 20 Mei, 30 dan 31 Mei serta 13 hingga 16 Jun.\n\n\nMahkamah juga menetapkan 25-29 Julai untuk hujahan lisan dan bertulis serta 24 Ogos untuk keputusan\n\n\nAhmad Zahid, 68 tahun berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah 13.56 juta dolar singapura, daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/25/4-kes-omicron-dikesan-di-sarawak/", "title": "4 Kes Omicron Dikesan Di Sarawak", "body": "0\n\n\n(Varian Omicron, foto hiasan / sumber : kompas)\n\n\nSABTU, 25 DISEMBER\n \u2013 Sebanyak empat kes varian Omicron COVID-19 dilaporkan dikesan di Sarawak.\n\n\nMenurut ahli Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak Profesor Dr David Pereira, dua daripada kes dilaporkan dari Bintulu melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang pulang dari Nigeria dan telah menjalani ujian calitan pada 19 Disember.\n\n\nLapor Utusan Borneo, satu lagi kes membabitkan seorang lelaki 19 tahun yang dipercayai pulang dari United Kingdom dan juga telah menjalani calitan ujian COVID-19 pada 14 Disember lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTok Mat beri bayangan pertahan Dun Rantau\n\n\n\n\n\n\nNilai Agama & Penghayatan Jati Diri Perlu Diperkasa \u2013 iGuru\n\n\n\n\n\n\nJumlah Katil Icu Di Selangor Meningkat\n\n\n\n\n\n\nWartawan Pakistan hilang telah dihantar pulang\n\n\n\n\n\n\nYGMB sumbang bantuan kepada 100 pelajar asnaf\n\n\n\n\n\n\n\n\nDr Pereira berkata \nsatu kes melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun yang pulang dari United Kingdom dan menjalani ujian calitan pada 22 Disember.\n\n\nManakala kes satu lagi ialah seorang wanita yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini, menunjukkan kemungkinan penularan tempatan.\n\n\nBeliau juga berkata kemungkinan penularan tempatan bagi Omicron yang sangat mudah berjangkit dalam komuniti dan orang ramai digesa supaya berhati-hati ketika tempoh perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2022"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/25/agong-titah-jalankan-siasatan-secepat-mungkin/", "title": "Agong Titah Jalankan Siasatan Secepat Mungkin", "body": "0\n\n\n(Al-Sultan_Abdullah_Ri\u2019ayatuddin_Al-Mustafa_Billah_Shah / sumber : Bernama)\n\n\nSABTU, 25 DISEMBER\n \u2013 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar siasatan tanah runtuh di Jalan Palinbayan Kampung Sungai Penchala dilakukan secepat mungkin.\n\n\nSeri Paduka Baginda bertitah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menempatkan sebahagian penduduk yang terjejas di kawasan itu di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Beringin.\n\n\nYang di-Pertuan Agong bertitah demikian selepas mencemar duli melawat mangsa tanah runtuh yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala pada Jumaat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLelaki direman muat naik kenyataan berbaur ugutan, perkauman\n\n\n\n\n\n\nJemaah diingatkan tidak salah guna visa pelancong, umrah untuk tunai haji\n\n\n\n\n\n\nWujudkan Sekolah Satu Aliran Untuk Capai Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nBuluh lemang sumber pendapatan Shafie di Raub\n\n\n\n\n\n\nFOMCA gesa kerajaan pecah monopoli sektor makanan, perubatan\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.\n\n\nSecara keseluruhan, tanah runtuh di Jalan Palinbayan Kampung Sungai Penchala melibatkan 94 buah rumah dengan 24 buah musnah dan 70 buah lagi terjejas.\n\n\nSebanyak 284 orang yang dipindahkan dari kawasan kediaman melibatkan 136 orang iaitu 43 keluarga tinggal di PPS ini dan 148 orang tinggal di luar PPS."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/25/bencana-banjir-umat-islam-perlu-ambil-iktibar-kebesaran-allah/", "title": "Bencana Banjir: Umat Islam Perlu Ambil Iktibar Kebesaran Allah", "body": "0\n\n\n(Pengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Syamil Esa / sumber : FB)\n\n\nSABTU, 25 DISEMBER\n \u2013 Bencana banjir yang melanda perlu dilihat dalam dua perkpektif iaitu sebagai ujian yang datang dari Allah dan melalui perspektif dari sudut ekosistem alam.\n\n\nPengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Syamil Esa berkata, umat Islam sebagai khalifah di atas muka bumi perlu mengambil iktibar ke atas kebesaran Allah selain melaksanakan tugas seorang Muslim membantu saudaranya yang lain dalam kesusahan.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid sindir MB Terengganu bercuti ke luar negara\n\n\n\n\n\n\nMalaysia didakwa berunding dengan China ekstradisi Jho Low\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful mengaku tak bersalah minta, terima rasuah RM6.9 juta\n\n\n\n\n\n\nJakel perkenal `Baju Raya Rahmah\u2019 serendah RM148\n\n\n\n\n\n\nHanya Bayar Rm2,500 Boleh Dapat Sijil Vaksinasi?\n\n\n\n\n\n\n\n\n Ustaz Syamil Esa, Pengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS) berkata :\n\n\n\u201ciaitu Perspektif pertama kita melihat Allah mendatangkannya ia sebagai ujian bila ujian di sana ada kafarah dosa di sana menaikkan martabat ada menghapuskan kesalahan, memebri pahala so kalau ada ujian ini adalah ujian-ujian di ampunkan maknaya di sana ada sudut hubungan tuhan dengan hamba kemudian perpektif kedua adalah perspektif sainifik dari sudut pembalakan atau ketidak seimbangan ekosistem alam yang menjadikan banjir itu kita juga kita terima sebagai 1 faktar yang perlu ditanggapi dan perlu dilihat maknanay kita tak menafikan itu dan menafikan yang pertama.\n\n\nDalam pada itu Ustaz Syamil turut berpesan kepada mangsa banjir supaya sabar dan tabah dalam menghadapi ujian yang melanda selain menyeru umat Islam yang lain membantu saudaranya yang berada dalam kesusahan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cKita mengharapkan agar mereka bersabar dengan apa yang ditimpa pada mereka dan kita sebagai masyarakat kita adalah kena ambil INSPIRASI dari hadi sRasulullah bahawa umat mukmin ini umpama satu jasad apabila 1 jasad mengadu akan bersama jasad yang lain tolong menoolong atau saling rasa kesengsaraan tersebut jadi jangan risau rakyat, kami akn bersama dengan anda sekiranya ada pertolongan yang diperlukan masyarakat akan peka dan prihatin maknaya anda tidak berseorangan dalam menghadapi ujian ini kita semua adalah satu keluarga, kita adalah satu umat yang saling tolong menolong.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/25/mangsa-banjir-boleh-mohon-kelonggaran-bayaran-semula/", "title": "Mangsa Banjir Boleh Mohon Kelonggaran Bayaran Semula", "body": "0\n\n\n(Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid / sumber : ismaweb)\n\n\nSABTU, 25 DISEMBER\n \u2013 Prihatin dengan situasi bencana banjir yang melanda, Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberi kelonggaran untuk penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran kepada mereka yang terlibat.\n\n\nMenurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, peminjam perniagaan turut diberi kelonggaran itu selain pengecualian bayaran sewaan premis perniagaan kepada peniaga yang terjejas.\n\n\nDalam satu kenyataan media hari ini, Mahdzir berkata insentif ini merupakan tanda keprihatinan MARA terhadap kepayahan dan kerugian yang ditanggung oleh penerima kemudahan yang terjejas akibat bencana tersebut\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis rakam keterangan 3 individu kes curi wang BAP RM109,000\n\n\n\n\n\n\nFrasa \u2018Malaysia Madani\u2019 diguna dalam urusan penyediaan surat kerajaan\n\n\n\n\n\n\nZahid lantik \u2018orang\u2019 sendiri kukuhkan kedudukan\n\n\n\n\n\n\nPengundian Awal PRN Sarawak Bermula\n\n\n\n\n\n\nDadah bernilai RM180,000 dirampas di Pasir Mas\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, buat masa ini MARA juga tidak akan meneruskan sebarang tindakan penguatkuasaan ke atas peminjam kemudahan MARA yang terkesan dengan bencana banjir yang melanda kali ini.\n\n\nBagi penyewa premis perniagaan MARA pula, pertimbangan pengecualian bayaran sewa adalah berdasarkan kerosakan dan kerugian yang ditanggung oleh penyewa.\n\n\nUntuk memohon kelonggaran tersebut, orang ramai boleh hubungi Pejabat MARA Negeri atau Daerah berhampiran atau boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang\n \nMARA."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/25/menteri-kabinet-yang-bercuti-diarah-pulang-malaysia-segera/", "title": "Menteri Kabinet Yang Bercuti Diarah Pulang Malaysia Segera", "body": "0\n\n\n(Menteri kabinet diarahkan pulang segera / sumber : hmetro)\n\n\nSABTU, 25 DISEMBER\n \u2013 Menteri Kabinet yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti diarah membatalkan percutian masing-masing, sehingga masalah bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mana-mana menteri yang sedang berada di luar negara, juga diarah membuat penerbangan balik ke tanah air dengan segera.\n\n\nTambahnya, beliau juga terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Bangkok, Thailand yang sepatutnya diadakan pada 28 hingga 30 Disember bagi memberi tumpuan kepada isu banjir yang melanda rakyat ketika ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPak Jamil Hayat, banduan seumur hayat paling lama dipenjara kini bebas\n\n\n\n\n\n\nBN Umum Tidak Letak Calon Dalam PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nAgong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPuting Beliung Terbangkan Bumbung Rumah\n\n\n\n\n\n\nDireman 4 hari kerana hina Sultan Perak\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, perbincangan urusan dua hala antara Malaysia dan Thailand itu akan dibawa ke tarikh lain yang akan diumumkan kelak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/25/penduduk-minta-sistem-muka-sauk-ditambah-baik/", "title": "Penduduk Minta Sistem Muka Sauk Ditambah Baik", "body": "0\n\n\n(Kru TV Pertiwi lakukan tinjauan di Taman Sri Muda, Shah Alam / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSABTU, 25 DISEMBER\n \u2013 Pasca banjir menyaksikan penduduk sibuk membersihkan rumah masing-masing.\n\n\nTinjauan kru TV Pertiwi pagi tadi di Taman Sri Muda, Seksyen 25 Shah Alam mendapati keadaan jalan dipenuhi debu dan sampah sarap masih memenuhi jalan.\n\n\nKebanyakan mangsa banjir sudah pulang ke rumah masing-masing bagi kerja-kerja pembersihan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar beri bayangan kluster mahkamah masih berpeluang sertai Kabinet\n\n\n\n\n\n\nVarian Deltacron Gabungan Antara Delta Dan Omicron\n\n\n\n\n\n\nMenu Rahmah akan dilaksana di R&R PLUS\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat tidak pernah bahas Laporan Ketua Audit Negara 2021 \u2013 PN\n\n\n\n\n\n\nBomba Giat Cari Tujuh Mangsa Hilang Di Pahang\n\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun air banjir sudah surut namun trajedi banjir kali ini menjadi memori pahit buat penduduk di sini.\n\n\nPenduduk turut meluahkan rasa kecewa kepada agensi berkaitan. Selain bantuan lambat diberikan, punca banjir teruk juga dipercayai disebabkan penggunaan sistem pam air yang ketinggalan.\n\n\n\u00a0\n\n\nZanari Abu Bakar, Penduduk Taman Sri Muda berkata :\n\n\n\u201cSaya amat kecewa dengan JPS punya sistem sepanjang 30 tahun duduk dekat sini yang ni saya minta sangat kerajaan Selangor JPS bagi tindakan immediately keluarkan bajet puncanya kita tahu I faham dari segi teknikal sri muda platform dia very low memang kawasan paling rendah Cuma kita minta JPS bertindak pantas dan dibantu menteri besar Selangor keluar bajet muka sauk tu upgrade ini bukan zaman kuno ini zaman teknologi kalau tak upgrade sistem GPS yang ada dekat muka sauk sana masalah ni Sri muda memang akan berlaku.\n\n\nKetika dalam detik-detik cemas rumah dinaiki air, ada sebahagian penduduk bertekad keluar dari rumah meredah banjir setinggi paras dagu sejauh satu kilometer bagi menyelamatkan diri.\n\n\n\u00a0\n\n\n Aqilah Muhd Azmi, Penduduk Taman Sri Muda juga berkata :\n\n\n\u201cAir masa tu dah paras dagu kawan akak dia rendah memang dah terkapai-kapai masa tu depan ada orang tolong ada bawa gabus stand dekat dia gabus tu kita pun tolak masa tu memang deras so nak tak nak memang kitaorang berhenti dekat pagar rumah orang berpaut dekat situ dah ok sikit kita gerka lagi jalan sampai naik ke atas, dekat atas Petronas tu tinggi sikit kitaorang naik tu air dah poaras lutut kitaorang bermalam ada satu kilang ni dia buka untuk orang2 dekat situ.\n\n\n\u201cAkak mengharap macam kerajaan ni tolonglah kitaorang bantu tak kan sampai bila kitaorang hidup banjir macam ni setahun dah 3 kali banjir penah dah sedih.\u201d\n\n\n Zahari Atan sebagai Penduduk Taman Sri Muda berkata bahawa :\n\n\n\u201cKita nak dapatkan pertolongan pihak keselamatan tu agak lambatlah pukul 10 datang dah dia bawa orang sebelah sana lepas tu kita beritahu seorang dekat sini kena ngina ahmar jadi kita nak bawa dis so dia kata tunggu sampai tengah hari esok tak sampai lagi bomba jadi keesokkannya pagi bomba sampai kita bawa keluar dengan jiran sebelah\n\n\nBanjir yang melanda Selangor baru-baru ini dianggap antara terburuk berlaku dalam tempoh tujuh tahun ini.\n\n\nTaman Sri Muda antara kawasan yang paling teruk dinaiki air. Persoalannya, sampai bila penduduk di sini terpaksa hadapi banjir?"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/25/sungai-lui-kini-dibanjiri-sukarelawan/", "title": "Sungai Lui Kini \u201cDibanjiri\u201d Sukarelawan", "body": "0\n\n\n(Tinjauan kru TV Pertiwi mendapati ramai sukarelawan turun membantu membersihkan rumah mangsa banjir / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSABTU, 25 DISEMBER\n \u2013 Selepas banjir di Sungai Lui, Hulu Langat mulai surut, kawasan tersebut kini dibanjiri para sukarelawan pula.\n\n\nMereka yang terdiri dari pelbagai organisasi, dan juga persendirian turun padang bagi membantu mangsa banjir membersihkan kediaman mereka yang terjejas.\n\n\nDalam tinjauan semalam, kawasan perumahan di Sungai Lui ini sangat sibuk dengan aktiviti bergotong-royong membersihkan kediaman penduduk di sini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM sita harta lebih RM3 juta disyaki terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\nRakyat Mahu Bebas Pandemik, Bukan PRU15 \u2013 Faizal Azumu\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan cukai vape beban kepada sektor kesihatan\n\n\n\n\n\n\nMansuh pinjaman PTPTN hanya propaganda politik, jangan percaya lagi\n\n\n\n\n\n\nPRN Patut Diadakan Serentak Pru Supaya Memudahkan Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nDari segenap lapisan masyarakat, semuanya menyumbangkan masa dan tenaga semampu yang boleh.\n\n\nSelain badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi bantuan dari segi kewangan, ada juga dari kalangan orang awam yang turun padang sebagai sukarelawan, termasuklah dari kalangan mahasiswa.\n\n\nWong Yun Yi, Sukarelawan berkata :\n\n\n\u201cfor me, yes of course. Sebab sebelum ni saya rasa risau juga sebab saya pelajar, saya pun takde duit\n\u2026.at least to the owner itself is good enough for me\u201d\n\n\nAgnes Chan, Sukarelawan berkata :\n\n\n\u201csaya rasa the power of social media, jika tak boleh bantu financial\n\u2026.just share sahaja. The power of social media sekarang ni kan\u201d\n\n\nMuhammad Yusuf Sazali sebagai Sukarelawan turut berkata :\n\n\n\u201cmereka yang ditimpa musibah ni, Nampak lah dekat situ kita ni rakyat yang bersatu padu\n\u2026.masih ada yang peduli dengan masyarakat kita. Alhamdulillah lah untuk yang itu\u201d\n\n\nAkibat selut yang tebal selepas banjir, kerja-kerja pembersihan memang agak rumit dan perlu mengambil masa lebih dari sehari. Apatah lagi, banyak barangan kelangkapan rumah yang rosak terpaksa dibuang.\n\n\nMohd Fazli Abu Samah, Mangsa Banjir berkata\u00a0 bahawa :\n\n\n\u201csebenarnya rumah ni rumah pusaka, jadi barang-barang mak saya yang paling banyak dalam ni\n\u2026.dia punya barang tu rare sikit, barang pusaka kan. Jadi tak tau nak nilai macamana\u201d\n\n\nSementara membersihkan kediamannya, dia menumpang di rumah bersebelahan kerana kediaman jirannya itu lebih mudah dibersihkan berikutan selut yang tidak begitu tebal.\u00a0\n\n\nOleh itu sejak beberapa hari lalu, dia bersama penduduk yang lain menumpukan membersihkan kediaman yang tidak begitu teruk terjejas, agar ada tempat menumpang bagi penduduk-penduduk lain.\n\n\nDalam pada itu, Yayasan Ikhlas turut mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai, samada dari segi kewangan mahupun tenaga, terutamanya dalam persiapan menghadapi risiko gelombang kedua banjir.\n\n\nAnas Rahman, Pengurus Pemasaran Yayasan Ikhlas juga berkata :\n\n\n\u201csebelum ni kita, kalau ikut total kita dah menggerakkan lebih kurang 200 sukarelawan\n\u2026.dan insyaAllah lepas ni kita akan ke Pantai Timur\u201d\n\n\nBilal Jailani, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Ikhlas berkata bahawa :\n\n\n\u201ckita sasarkan kita nak capai sampai 2000 pada fasa kedua nanti\n\u2026.ada jambatan yang baru roboh, jadi kita semua bersiap siaga\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/25/waris-korban-banjir-dapat-sumbangan-rm10000/", "title": "Waris Korban Banjir Dapat Sumbangan Rm10,000", "body": "0\n\n\n(Waris korban banjir dapat sumbangan RM10,000 / sumber : Bernama)\n\n\nSABTU, 25 DISEMBER\n \u2013 Perdana Menteri \nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob\n \nhari ini mengumumkan kerajaan akan menyalurkan sumbangan RM10 ribu bagi setiap mangsa yang terkorban akibat banjir di beberapa negeri sejak minggu lalu.\n\n\nBeliau berkata dana itu akan disalurkan kepada waris mangsa yang terkorban akibat banjir besar yang berlaku di beberapa negeri Semenanjung ketika ini.\n\n\nBeliau menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan bantuan kepada waris mangsa dengan memberi sumbangan sejumlah RM10 ribu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKronologi Kejadian Babitkan Pesawat TUDM Hawk\n\n\n\n\n\n\nInflasi Naik Mendadak Jika Subsidi Minyak Diganti\n\n\n\n\n\n\n80% tenaga kerja Twitter hilang di bawah Elon Musk\n\n\n\n\n\n\nRM1 juta milik Armada untuk kebajikan parti\n\n\n\n\n\n\nDAP sombong, angkuh gesa pecahkan dominasi Melayu dalam kakitangan awam\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob, \nPerdana Menteri berkata :\n\n\n\u00a0\u201cKerajaan Persekutuan memutuskan akan memberi sumbangan sebanyak RM10,000 untuk setiap individu yang terkorban\u201d.\n\n\nSelain itu, Perdana Menteri berkata kerajaan negeri akan turut memberi sumbangan sebanyak RM5 ribu kepada waris mangsa.\n\n\n\u00a0\u201cSaya difahamkan kerajaan negeri akan turut memberi sumbangan. Antaranya kerajaan Pahang \nyang akan menyumbang RM5,000 kepada waris mangsa\u201d\n\n\nJumlah kematian mangsa banjir pada hari ini mencatatkan 41 orang \ntermasuk dua kanak-kanak, manakala\u00a0 lapan lagi individu masih hilang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/bomba-siap-siaga-hadapi-gelombang-kedua-banjir/", "title": "Bomba Siap Siaga Hadapi Gelombang Kedua Banjir", "body": "0\n\n\n( Ketua Bomba sudah menerima amaran awal daripada Met Malaysia/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 27 DISEMBER\n \u2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menempatkan pasukan dan aset di beberapa lokasi di Sungai Gabai dan Sungai Lui sebagai persediaan kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di kawasan Hulu Langat Selangor.\n\n\nKetua Bomba Zon Hulu Langat, Shahrin Yusmar Mat Yusof, berkata mereka sudah menerima amaran awal daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan berlaku hujan lebat di daerah itu hingga 29 Disember ini.\n\n\n\u201cKami sudah bersiap siaga untuk menggerakkan pasukan dan aset pada bila-bila masa dan telah membuat persediaan di Bilik Gerakan Operasi Bencana Daerah bersama pasukan pengurusan bencana daerah.\u201d\n\n-Shahrin Yusmar Mat Yusof, Ketua Bomba Zon Hulu Langat\n\n\nPihaknya sudah bersiap siaga untuk menggerakkan pasukan dan aset pada bila-bila masa dan telah membuat persediaan di Bilik Gerakan Operasi Bencana Daerah bersama pasukan pengurusan bencana daerah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekalan telur, daging untuk Ramadan dijamin stabil\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Airlines lancar kajian minta pandangan orang ramai mengenai pakaian seragam kru\n\n\n\n\n\n\nMelayu Perlu Cintai Hak Dimiliki, Tanah Rezab \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Beri Kebenaran Khas Eksport Tiga Komoditi Berasaskan Ayam\n\n\n\n\n\n\nBeri ubat PReP secara bersasar kepada golongan berisiko, elak subur aktiviti songsang\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengenai dakwaan kenaikan air di sungai di lokasi itu semalam, beliau berkata berlaku aliran air yang banyak disebabkan hujan di Genting Peras walaubagaimanapun air sungai berkenaan sudah pun surut.\n\n\nShahrin Yusmar berkata semalam pihaknya membuat tindakan terhadap satu video yang tular, mengatakan berlaku kenaikan air Sungai Tuntung.\n\n\nBeliau berkata operasi pemantauan ditamatkan awal pagi tadi selepas mendapati air sungai di paras normal."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/jumlah-korban-banjir-meningkat-47-orang/", "title": "Jumlah Korban Banjir Meningkat 47 Orang", "body": "0\n\n\n( Jumlah kematian mencatatkan sebanyak 47 kematian setakat ini/ sumber ; TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 27 DISEMBER\n \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan satu lagi kes mangsa korban banjir.\n\n\nPasukan keselamatan memaklumkan, ini menjadikan jumlah keseluruhannya mencecah 47 kematian, setakat pukul Enam pagi tadi.\n\n\nDaripada jumlah itu, 25 kematian adalah di Selangor, 19 di Pahang dan Tiga di Kelantan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia Masih Lagi Mematuhi SOP\n\n\n\n\n\n\nI-Guru Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nOrang Ramai Dinasihat Ambil Langkah Berwaspada Elak Penyakit Berjangkit\n\n\n\n\n\n\nTuntutan waris Sulu tidak berasas Petronas akan pertahan kedudukan\n\n\n\n\n\n\nPemilihan Putera, Puteri 2023, mampukah tarik penyokong muda kepada UMNO?\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, lima mangsa dilaporkan hilang di Pahang"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/jumlah-mangsa-banjir-menurun/", "title": "Jumlah Mangsa Banjir Menurun", "body": "0\n\n\n(Jumlah mangsa banjir di beberapa kawasan menurun / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 27 DISEMBER\n \u2013 Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun daripada 33,193 kepada 28,005 mangsa di lima negeri setakat malam tadi.\n\n\nMenurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka ditempatkan di 183 PPS di Selangor, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.\n\n\n(Sumber : TV Pertiwi)\n\n\nMenerusi aplikasi itu, jumlah mangsa banjir di Selangor menurun kepada 11,864 mangsa daripada 3,521 keluarga berbanding 15,354 mangsa di 81 PPS.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSecara teorinya Muafakat Nasional sudah \u2018mati\u2019 \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nRas Adiba umum sertai BERSATU, sokong PN bela OKU\n\n\n\n\n\n\nGERAKAN mohon maaf secara terbuka kepada semua penjawat awam\n\n\n\n\n\n\n349 Kertas Pencalonan Bagi 82 Kerusi Bertanding\n\n\n\n\n\n\nUsaha bawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan sudah dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\n\n\nManakala di Pahang 16,579 mangsa banjir berada di 119 pusat pemindahan sementara berbanding 17,211 mangsa.\n\n\nSementara itu di Negeri Sembilan mencatatkan 128 mangsa banjir daripada 37 keluarga dan di Melaka kekal 26 orang mangsa banjir daripada lapan keluarga.\n\n\nDalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat menasihatkan masyarakat supaya tidak membakar sisa buangan mereka.\n\n\nPengarahnya Norazam Khamis berkata, ia susulan pihaknya mendapat panggilan unutk memadamkan kebakaran melibatkan sampah dan perabot rosak semalam yang berlaku di sekitar Kapar, Klang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/jumlah-mangsa-banjir-terus-menurun-bawah-40000-orang/", "title": "Jumlah Mangsa Banjir Terus Menurun, Bawah 40,000 Orang", "body": "0\n\n\n(Jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan di beberapa kawasan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 27 DISEMBER\n \u2013 Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menunjukkan penurunan dengan 35, 247 orang setakat pukul 12 pagi tadi.\n\n\nMenurut portal bencana NADMA, jumlah itu merangkumi 10 ribu enam keluarga di 233 PPS di lima negeri.\n\n\nJumlah mangsa banjir di Pahang kekal mencatatkan tertinggi dengan lebih 19 ribu orang terdiri daripada hampir 6 ribu keluarga di 137 PPS.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKastam rampas barangan seludup bernilai lebih RM600,000\n\n\n\n\n\n\nKKM pantai penyakit bawaan air pascabanjir \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nJPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara\n\n\n\n\n\n\nLapan individu ditahan dalam skim \u2018kutu Sapiza\u2019\n\n\n\n\n\n\nSD Sokong Anwar : Ahmad Maslan Tanta Siapa PM Sekarang?\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelangor pula merekodkan sejumlah 14,452 mangsa sehingga tengahari tadi yang menunjukkan penurunan daripada pagi tadi .\n\n\nSeramai 3759 keluarga masih menetap di tujuh pusat pemindahan sementara.\n\n\nManakala di Negeri sembilan 152 mangsa masih kekal tinggal di PPS, terutama di kawasaan Jelebu yang paling teruk terjejas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/jumlah-mangsa-di-lima-negeri-menurun/", "title": "Jumlah Mangsa di Lima Negeri Menurun", "body": "0\n\n\nISNIN, 27 DISEMBER\n \u2013 Sebanyak 28,005 mangsa banjir daripada 8,598 keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima negeri pagi ini berbanding 33,193 mangsa malam tadi.\n\n\nMenurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mereka ditempatkan di 183 PPS di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/konvoi-diiringi-polis-trafik-diberi-laluan-untuk-elak-kemalangan-2/", "title": "Konvoi Diiringi Polis Trafik Diberi Laluan Untuk Elak Kemalangan", "body": "0\n\n\nISNIN, 27 DISEMBER\n \u2013 Video memaparkan polis memberi keutamaan kepada konvoi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laluan utama di Hulu Langat, semalam berbanding ambulans di persimpangan jalan dikatakan mahu mengelak risiko kemalangan.\n\n\nKetua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari\u2019at berkata tindakan itu diambil mengikut Kaedah Lalu Lintas Akta Pengangkutan Jalan 1987.\n\n\nKatanya, pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan yang membawa pesakit.\n\n\nNamun petugas berkenaan membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kenderaan terbabit dalam tempoh singkat berikutan pendahulu konvoi sudah hampir persimpangan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBERJASA Sedia Hadapi PRU 15\n\n\n\n\n\n\nMAFI Sasar Kurangkan Pekerja Asing Sehingga 2030\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Perkara 152, Pinda Akta DBP Bukan Setakat Penguatkuasaan\n\n\n\n\n\n\nBukti Kecurangan Politik Terbesar Presiden \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nCukai Makmur Bantu Rakyat Hadapi Inflasi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/konvoi-diiringi-polis-trafik-diberi-laluan-untuk-elak-kemalangan/", "title": "Konvoi Diiringi Polis Trafik Diberi Laluan Untuk Elak Kemalangan", "body": "0\n\n\n( Tangkap video memaparkan polis memberi keutamaan kepada konvoi Perdana Menteri di Hulu Langat / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 27 DISEMBER\n \u2013 Video memaparkan polis memberi keutamaan kepada konvoi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laluan utama di Hulu Langat, semalam berbanding ambulans di persimpangan jalan dikatakan mahu mengelak risiko kemalangan.\n\n\nKetua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari\u2019at berkata tindakan itu diambil mengikut Kaedah Lalu Lintas Akta Pengangkutan Jalan 1987.\n\n\nKatanya, pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan yang membawa pesakit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nInstitusi Perundangan : Tidak boleh ada keistimewaan antara ahli politik dengan rakyat\n\n\n\n\n\n\nPembahagian kerusi PH, BN selepas DUN bubar\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Nelayan Masih Lagi Terjejas\n\n\n\n\n\n\nLim Kit Siang sindir gesaan Muhyiddin desak Anwar, Zahid berundur\n\n\n\n\n\n\nLepas DAP mungkin UMNO akan sokong pekebun haram Raub\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun petugas berkenaan membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kenderaan terbabit dalam tempoh singkat berikutan pendahulu konvoi sudah hampir persimpangan itu.\n\n\nBeliau berkata pihaknya terkesan dengan video yang tersebar di media sosial memaparkan kenderaan pacuan empat roda dan Persatuan Bulan Sabit Merah.\n\n\nSuperintendan Azman Shari\u2019at, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor berkata :\n\n\n\u201cKita terkesan dengan satu video tersebar di media sosial memaparkan kenderaan pacuan empat roda dan ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah berhenti di persimpangan jalan bagi memberi laluan kepada konvoi diiringi polis trafik.\u201d\n\n\nBeliau berkata anggota trafik di persimpangan jalan memberi keutamaan kepada dua kenderaan berkenaan yang hendak keluar ke jalan utama, ianya tindakan yang akan mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya.\n\n\n\u201cMenerusi video itu jika anggota trafik di persimpangan jalan memberi keutamaan kepada dua kenderaan berkenaan yang hendak keluar ke jalan utama, ianya tindakan yang akan mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya,\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/pasukan-khas-pasca-banjir-siap-siaga-gelombang-kedua/", "title": "Pasukan Khas Pasca Banjir, Siap Siaga Gelombang Kedua", "body": "0\n\n\n( Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob wujudkan pasukan petugas khas pascabanjir dan persediaan menghadapi banjir gelombang kedua/ sumber ; TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 27 DISEMBER\n \u2013 Kerajaan bersetuju mewujudkan pasukan petugas khas pascabanjir dan untuk persediaan menghadapi banjir gelombang kedua.\n\n\nMenurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pasukan petugas khas itu akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.\n\n\nDatuk Seri Ismail berkata pasukan petugas khas yang akan dianggotai oleh agensi terlibat termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu, akan mengadakan mesyuarat pertamanya seawal esok.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPekerja kedai makan maut di hostel akibat penyakit Tibi\n\n\n\n\n\n\nGKP 4.0 fasa 2 dibayar mulai 23 November ini\n\n\n\n\n\n\nTidak patut sambut raya dengan campur aduk budaya asing\n\n\n\n\n\n\nHujan, Beberapa Jalan Dinaiki Air Semula\n\n\n\n\n\n\nWan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara ke-19\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara perkara yang akan dibincang dan diputuskan oleh pasukan petugas khas itu ialah koordinasi pelaksanaan proses pembersihan rumah dan kediaman serta mekanisme pemberian wang bantuan ihsan banjir agar cepat sampai kepada penerima terjejas, yang menjadi keutamaan pada ketika ini.\n\n\nPasukan petugas khas tersebut juga akan mencari penyelesaian pengurusan sisa pepejal hasil dari kemusnahan akibat banjir.\n\n\nTambahnya, setakat ini kerajaan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyediakan insinerator bergerak, yang akan melupuskan sisa pepejal secara \u2018insitu\u2019 tanpa asap dan tidak mencemarkan alam sekitar.\n\n\nTerdahulu Perdana Menteri melakukan tinjauan ke atas mangsa banjir di Nanding dan Dusun Tua Hulu Langat, selangor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/perkembangan-terkini-banjir-di-pahang/", "title": "Perkembangan Terkini Banjir Di Pahang", "body": "0\n\n\n( Perkembangan terkini banjir di Pahang oleh Kru TV Pertiwi/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 27 DISEMBER\n \u2013 Aplikasi MyPublic Infobanjir, hanya sungai di Pahang mencecah bacaan paras amaran (jingga) berbanding kebanyakan sungai di negeri lain yang didapati masih terkawal.\n\n\nDaerah yang masih terjejas banjir ialah Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan.\n\n\nBagi mendapatkan situasi terkini serta keadaan banjir di Pahang, kita terus bersama rakan setugas Hafiz yang kini berada di Bentong.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu tutup sekolah agama, ada pihak berniat timbul kegelisahan umat Islam\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat tidak pernah bahas Laporan Ketua Audit Negara 2021 \u2013 PN\n\n\n\n\n\n\nBila Pejuang Agama Mahu Haramkan Rokok?\n\n\n\n\n\n\nPemberian PReP kepada golongan homoseksual akan normalisasi LGBT\n\n\n\n\n\n\nMalaysia perlu tekan PBB, OIC henti kekejaman Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nSILA IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI BANJIR DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/plutokrasi-nasib-rakyat-sekarang-ditentukan-oleh-golongan-jutawan/", "title": "Plutokrasi Nasib Rakyat Sekarang Ditentukan Oleh Golongan Jutawan?", "body": "0\n\n\n(Pengerusi Pertubuhan \u2013 Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Aminuddin Yahaya / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 27 DISEMBER\n \u2013 Malaysia bukan lagi mengamalkan Demokrasi tetapi Plutokrasi.\n\n\nMaksudnya polisi dan dasar kerajaan ditentukan bukan dengan melihat nasib rakyat tetapi ditentukan oleh golongan taikun dan jutawan, apakah benar ia sedang berlaku?\n\n\nJusteru TV Pertiwi mendapatkan ulasan lebih lanjut mengenai dakwaan ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMengapa perlu minta maaf, saya hanya ikut kehendak parti \u2013 Hishammuddin\n\n\n\n\n\n\nPesara rugi RM128,037 diperdaya \u2018pegawai\u2019 mahkamah\n\n\n\n\n\n\nDinding kaca pejabat parti PAS pecah\n\n\n\n\n\n\nTurunkan Papan Tanda Jawi Di SJKC \u2013 ADUN Bilut\n\n\n\n\n\n\nSubsidi menyeluruh dimansuh berperingkat kepada subsidi bersasar\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi talian SKYPE sekarang ialah Pengerusi Pertubuhan \u2013 Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya.\n\n\n1.Tuan Haji ada membuat kenyataan mengenai Plutokrasi itu, Apa yang dimaksudkan dengan kenyataannya Plutokrasi sehingga boleh menyebabkan jurang ekonomi rakyat semakin melebar dan menjejaskan negara?\n\n\n2.Polisi-polisi negara dibuat hasil dari suara dan pandangan rakyat, desakan rakyat sama ada dari NGO mahupun orang perseorangan boleh menentukan dasar kerajaan.\n\n\nAdakah ini benar atau hanya sekadar retorik politik untuk mengaburi mata rakyat? Boleh Tuan Haji jelaskan.\n\n\n3.Melihat kepada bencana yang berlaku dengan ketidakcekapan penguruan banjir oleh segelintir agensi kerajaan, Tuan fikir apakah ia sebahagian plutokrasi yang dimaksudkan?\n\n\n\u00a0\n\n\nSILA IKUTI TEMUBUAL DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/rina-bersihkan-najis-cicak-dan-unggas-degil-disingkir-kata-jkm/", "title": "Rina Bersihkan Najis Cicak dan Unggas Degil Disingkir, Kata JKM", "body": "0\n\n\nISNIN, 27 DISEMBER\n \u2013 Beberapa ketika selepas Rina Harun dikecam dan diketawakan oleh pelbagai pihak khususnya di dunia maya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tampil menjelaskan keadaan bagi membela menteri terbabit.\n\n\nDalam kenyataan dikeluarkan malam tadi agensi JKM menjelaskan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi yang menjadi pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/seorang-jemaah-umrah-dari-melaka-dijangkiti-omicron/", "title": "Seorang Jemaah Umrah Dari Melaka Dijangkiti Omicron", "body": "0\n\n\n(EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN 27 DISEMBER\n \u2013 Seorang wanita berusia 34 tahun menjadi individu pertama dari negeri Melaka yang dijangkiti varian Omicron.\n\n\nEXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata jangkitan direkodkan selepas wanita berkenaan pulang daripada mengerjakan umrah, baru-baru ini.\n\n\nMenurut Doktor Muhammad Akmal, kes pertama varian itu dikesan selepas pengesahan dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) pada 25 Disember lalu menerusi ujian jujukan genom PCR yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap wanita berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar masih ada sokongan majoriti tanpa UMNO, BN\n\n\n\n\n\n\nKeganasan domestik, penindasan wanita wajar diberi keutamaan \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nProjek Sungai: Polis sahkan terima laporan dakwaan pembabitan MB Selangor\n\n\n\n\n\n\nUstaz Wadi Annuar mohon maaf pada masyarakat India\n\n\n\n\n\n\nPerlawanan 3 Penjuru DUN Pantai Kundur\n\n\n\n\n\n\n\n\nWanita itu kemudian disahkan positif COVID-19 varian Omicron semalam dan dimasukkan ke wad isolasi Hospital Melaka untuk tujuan pemantauan rapi.\n\n\nSusulan itu, katanya, wanita terbabit dirujuk ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Bukit Serindit, Melaka dan dibenarkan untuk menjalani isolasi di rumah kerana dia tidak bergejala dan dalam keadaan stabil."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/serahkan-semula-tugas-kepada-pdrm-atm/", "title": "Serahkan Semula Tugas Kepada Pdrm & Atm", "body": "0\n\n\n( Tun Mohammed Hanif Omar, Bekas Ketua Polis Negara / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 27 DISEMBER\n \u2013 Keadaan kelam kabut pengurusan bencana banjir yang tidak cekap di Malaysia hari ini mendapat perhatian banyak pihak termasuk mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar.\n\n\nBeliau turut menasihatkan semua pihak agar pulang ke pangkal jalan, sebelum terlambat.\n\n\nTun Mohammed Hanif Omar sebagai Bekas Ketua Polis Negara berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik didera dan dirantai pada kaki\n\n\n\n\n\n\nTambah baik sistem pengecaman identiti, elak isu mayat tertukar berulang\n\n\n\n\n\n\nRM100 juta bantuan segera kepada Kelantan, Terengganu\n\n\n\n\n\n\nAADK sasar 75 peratus penagih tidak berulang\n\n\n\n\n\n\nNajib Mohon Tangguh Keputusan Rayuan Kes SRC\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNasihat saya, balik ke pangkal jalan dan serah kembali tugas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menerajui agensi-agensi awam di bawah POMAN atau Public Order Manual yang ditandatangani oleh Inspector General of Police (IGP) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT),\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cTetapi, ada lain pihak hendakkan kuasa dan kejar kemasyhuran atau populariti agaknya dan merampas peranan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA (National Disaster Management Agency), malangnya mereka ini tak tahu buat kerja kerana tidak terlatih dan tak pernah berlatih.\u201d\n\n\nBeliau menegaskan agar semua pihak menyerahkan kembali tugas kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)\n\n\nuntuk menerajui agensi-agensi awam di bawah POMAN atau Public Order Manual yang ditandatangani oleh Inspector General of Police (IGP) dan Panglima Angkatan Tentera.\n\n\nDisebabkan terlalu mengejar kuasa, kemasyhuran an populariti, beliau berpendapat banyak pihak cuba merampas peranan Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA, walaupun tidak terlatih\n\n\nBelliau berkata demikian ketika memetik portal berita Samudera Dot MY.\n\n\nDalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar semua pihak menyerahkan kembali tugas menguruskan bencana kepada mereka yang terlatih."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/27/yayasan-maghfirah-puji-usaha-koordinasi-sukarelawan-di-selangor/", "title": "Yayasan Maghfirah Puji Usaha Koordinasi Sukarelawan Di Selangor", "body": "0\n\n\n( Sukarelawan Yayasan Magfirah ketika membantu membersihkan rumah mangsa banjir/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 27 DISEMBER\n \u2013\u00a0 Kerajaan Negeri Selangor wujud Pusat Koordinasi Sukarelawan mendapat pujian dari Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Norudin.\n\n\nMenurutnya, ini penting bagi memastikan keperluan bantuan banjir disalurkan mengikut keperluan setiap lokasi di mana mangsA berada dan keselamtan sukarelawan terjamin.\n\n\nMuhammad Shuib Norudin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maghfirah berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTujuh individu ditahan terbabit keluar sijil vaksin palsu \u2013 KP Selangor\n\n\n\n\n\n\nMelayu Perlu Cintai Hak Dimiliki, Tanah Rezab \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nTumpahan minyak diesel punca 4 LRA henti tugas sementara\n\n\n\n\n\n\nPAS mohon ketepikan saman Mujahid isu sokong LGBT\n\n\n\n\n\n\nHadi jumpa Mahathir, sokong Proklamasi Orang Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026 Kita perlu ada koordinasi ataupun perancangan yang tersusun daripada NGO dan yayasan itu sendiri\u2026 Pihak berwajib di lapangan\u2026\u201d\n\n\nTambah Muhammad Shuib, Koordinasi lemah antara faktor menyebabkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor lewat sampai,\n\n\nNamun di Yayasan Maghfirah, koordinasi di antara pihak penjgurusan bencana negeri dan agensi penguatkuasa di peringkat Persekutuan dijalin bagi memudahkan semua pihak melakukan aktiviti misi bantuan bencana banjir di Selangor dan Lembah Klang.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif Yayasan Maghfirah berkata lagi :\n\n\n\u201c\u2026 NGO dan Yayasan perlu melihat dan juga mendengar dan mengambil maklumat daripada pihak berkuasa\n\u2026 Cabarannya ialah pengagihan barang-barang bantuan\u2026\u201d\n\n\nTerdahulu, Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman mengumumkan \u2018Command Center\u2019 bagi Pusat Koordinasi Sukarelawan terletak di Majlis Sukan Negeri Selangor, Kompleks Generasi Muda Dan Sukan, Seksyen Tujuh, Shah Alam.\n\n\nUntuk terlibat dalam koordinasi ini, NGO dan sukarelawan boleh menghubungi Majlis Sukan Negara (MSN) di talian tertera.\n\n\n\u00a0\n\n\nTalian Pusat Koordinasi Sukarelawan Negeri Selangor\n\n\nZawahir Wazir\n\nPenolong Pengarah Majlis Sukan Negara\n\n(012 316 2080)\n\n\nHarlisa Rozikin\n\nPegawai\n\n(012-309 2040)\n\n\nAzri Ramli\n\nPegawai\n\n(012-695 2050)"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/48-maut-akibat-banjir-amaran-hujan-lebat-petang-ini-sehingga-3-jan/", "title": "48 Maut Akibat Banjir, Amaran Hujan Lebat Petang Ini Sehingga 3 Jan", "body": "1\n\n\n( Jumlah kematian yang mencatatkan sebanyak 48 kematian / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Lebih seminggu dilanda banjir besar, laporan hujan lebat menjadi igauan ngeri buat penduduk kota termasuk mangsa banjir sendiri.\n\n\nTerbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia memperluaskan amaran hujan berterusan sehingga 3 Januari depan.\n\n\n(Ramalan Cuaca 28 Disember 2021 \u2013 3 Januari 2022 / sumber : Met Malaysia)\n\n\nPada masa sama terdapat sistem cuaca bertekanan rendah di laut china selatan..\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenganalisis Jangka Sentimen Pelabur Tidak Terjejas Jika PRU Negara Berjalan Progresif\n\n\n\n\n\n\nMeja kantin kotor : perlu tindakan, tiada kompromi soal kebersihan\n\n\n\n\n\n\nKejatuhan UMNO berpunca daripada legasi presiden\n\n\n\n\n\n\ni-Biaya ganti Skim Rumah Pertamaku\n\n\n\n\n\n\nTujuh lelaki pakai seluar pendek kena amaran JAHEAIK\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di pantai timur sabah sehingga 2 januari 2022 dan barat sarawak pada 29 hingga 31 disember .\n\n\nManakala di Johor kelantan terengganu pahang pada 30 disember sehingga 3 januari tahun depan.\n\n\nSementara itu Polis diraja Malaysia berkata jumlah korban banjir meningkat kepada 48 nyawa.\n\n\nSelangor 25, pahang 20 dan kelantan tiga nyawa diragut dalam banjir besar yang melanda enam negeri sejak minggu lalu.\n\n\nDan bagi jalan raya, jambatan yang terputus hubungan, longkang, cerun serta stuktur lain yang musnah, sejumlah RM900 juta berdasarkan anggaran kos Jabatan Kerja Raya diperuntukkan bagi kerja pembaikan jalan Persekutuan dan negeri kelolaannya.\n\n\nMenteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata anggaran itu berdasarkan penilaian tahap kerosakan selepas JKR melaksanakan pemeriksaan ke atas aset jalan.\n\n\nNamun jumlah mereka yang dipindahkan ke PPS semakin menurun.\n\n\nSehingga 12 tengah hari tadi portal bencana banjir memaklumkan seramai 25,789 mangsa masih tinggal di 161 PPS aktif di seluruh negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/bomba-bersiap-siaga-paras-air-sungai-lui-tidak-seperti-didakwa/", "title": "Bomba Bersiap Siaga, Paras Air Sungai Lui Tidak Seperti Didakwa", "body": "0\n\n\n(Bomba dilihat sudah bersiap siaga ketika Kru TV Pertiwi buat tinjauan di sana / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh Azizi Sunip, wartawan TV- Pertiwi (azizisunip@tvpertiwi.com.my)\n\n\n(Wartawan Azizi Sunip / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Keadaan terkini di Sungai Lui, Hulu Selangor dan beberapa batang sungai lain di daerah sama masih di tahap terkawal.\n\n\nMenurut Penguatkuasa Bomba Zon Empat Hulu Langat, Shahrin Yusmar Mat Yusof, pemantauan sentiasa dilakukan terhadap paras air di sungai-sungai di bawah daerah Hulu Langat dengan menggerakkan lebih 200 anggota dari Balai Bomba Semenyih.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye, Syria : Agong dan Permaisuri zahir takziah\n\n\n\n\n\n\nHampir tiga juta jemaah berwukuf hari ini\n\n\n\n\n\n\nLebih separuh tasik, takungan air di dunia semakin kering\n\n\n\n\n\n\nSelangor rekod purata 6 kematian seminggu akibat Covid-19 tahun ini\n\n\n\n\n\n\nTV Pertiwi disekat: Fahmi jamin tiada status dua darjat antara media\n\n\n\n\n\n\n\n\nKru TV Pertiwi mengikuti operasi pemantauan paras air sungai di daerah yang teruk terjejas di Selangor itu selepas di Taman Sri Muda, Shah Alam.\n\n\nSebuah Pangkalan Hadapan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat diwujudkan di Dewan Serba Guna Sungai Lui dengan menempatkan aset-aset yang diperlukan seperti bot penyelamat dan pengangkutan kenderaan 4\u00d74.\n\n\nShahrin Yusmar Mat Yusof, Penguatkuasa Bomba Zon 4 Hulu Langat berkata :\n\n\n\u2026. Persediaan telah dilakukan tetapi workload yang diterima terlalu tinggi cabaran yang dihadapi terlalu hebat, setiap agensi telah digerakkan mengikut perancangan yang telah disusun walaubagaimanapun persiapan telah disusun , inilah yang terburuk yang berlaku di Hulu Langat ini, idea dan pandangan baru yang terpaksa kami fikirkan yang perlu diselaraskan semula, perlu fikirkan semula yang lebih efektif kepada yang memerlukan\u2026\n\n\nKetika ditanyakan mengenai persiapan menghadapi gelombang kedua;\n\n\nShahrin berkata, pihaknya telah menjalankan operasi pemantauan di kawasan berisiko tinggi terutamanya kediaman yang berada di sepanjang sungai dan kawasan lebih rendah seperti di pekan Dusun Nanding dan Dusun Tua.\n\n\nKetua Bomba Zon 4 Hulu Langat juga berkata lagi bahawa :\n\n\n\u201c\u2026. Untuk gelombang yang kedua ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, khasnya kita telah diberi arahan untuk bersedia lebih awal dalam keadaan yang dilihat agak kering dan air makin susut walau bagaimanapun kita tidak mengambil mudah mengenai perubahan cuaca yang berlaku kepada bila-bila masa\u2026\u201d\n\n\nMalam tadi tular di media sosial paras air naik mendadak di Sungai Lui menyebabkan orang ramai panik, menurut Shahrin berlaku aliran air yang banyak disebabkan hujan di Genting Peras.\n\n\nBagaimanapun, katanya, air sungai berkenaan sudah pun surut awal pagi tadi.\n\n\nUntuk rekod, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di kawasan Hulu Langat, Selangor dengan menjangkakan berlaku hujan lebat di daerah itu hingga 29 Disember ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/demokrasi-berasaskan-teknokrat-mampu-urus-tadbir-negara/", "title": "Demokrasi Berasaskan Teknokrat Mampu Urus Tadbir Negara", "body": "0\n\n\n(Penganalisis Politik, Profesor Doktor Kartini Aboo Talib telah dihubungi TV Pertiwi semalam\u00a0/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Sesiapa sahaja boleh mencipta gimik politik namun hakikat yang sebenar sejauh mana bantuan benar-benar disampaikan kepada rakyat.\n\n\nPenganalisis Politik, Profesor Doktor Kartini Aboo Talib berkata, tindakan NGO bersifat inovatif mencipta bentuk pertolongan kepada rakyat tanpa menunggu kerajaan perlu diberi pujian kerana bertindak pantas membantu rakyat.\n\n\nProf DR Kartini Aboo Talib, Penganalisis Politik berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMayat lelaki terapung dalam sungai ditemukan dalam keadaan terlungkup\n\n\n\n\n\n\nKaji Semula SOP Masjid -Pakar Epidemiologi\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin pelawa Khairy sertai Bersatu\u00a0\n\n\n\n\n\n\nKes bunuh Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah\n\n\n\n\n\n\nZahid Tidak Minta Annuar Musa Tandatangan SD\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201ctetapi hakikat yang perlu diukur sejauh mana bantuan yang sebenar telah disampaikan kepada rakyat. imej gimik politik itu saya kira semua orang boleh mencipta gimik tetapi hakikat sebenar bagaimana perkhidmatan untuk membantu rakyat dalam keadaan sukar ini telah capai atau tidak dan kalau kita perhatikan kesuburan demokrasi ngi hidup subur dalam masyarakat dan mereka ini juga kita Nampak telah bersedia berganding bahu bekerjasama tanpa menunggu kepada kerajaan sebagai sumber untuk menyampaikan bantuan.\n\n\nDalam pada itu, Profesor Kartini turut berpandangan tidak semua rakyat hilang kepercayaan terhadap pemimpin dan bertindak mempersenda ahli politik.\n\n\nBagaimanapun katanya, sekiranya rakyat sudah tidak mempercayai ahli politik, sistem demokrasi baru perlu diwujudkan yang berasaskan teknokrat serta mereka yang pakar dan berpengalaman dalam pemerintahan negara.\n\n\n\u201cSaya kira tak semua rakta meletakkan persepsi yang sama hilang kepercayaan kepada wakil rakyat adakah rakyat yang dimasukan sekelompok netizen yang dibayar untuk menulis memberi komen yang kurang sihat jadi perkara ini perlu kita perincikan lagi apa yang dimaksudkan dengan rakyat adakah rakyat tertentu dipilih sebagai netizen yang mungkin komen atau hakikatnya rakyat di luar sana yang di akar umbi tidak terlibat dengan netizen ini masih lagi mempercayai sistem yang sedia ada.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cKalaulah rakyat tidak mempercayai politik berperwakilan maka sistem demokrasi baru perlu diwujudkan maknanya sistem perwakilan yang bagaimana dirasakan sesuai adakah demokrasi berasaskan teknokrat mereka yang pakar dan berkemahiran sahaja untuk mewakili aspirasi rakyat tentu tidak lagi memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih tetapi meletakkan kuota dan merit tertentu teknokrat dan atau mereka yang pakar dan mahir saja dilantik untuk mewakili mengurus tadbir negara jadi kita pulang kepada rakyat tidak boleh lagi meletakkan sewenang-wenangnya untuk tidak mempercayai rakyat kerana sistem demokrasi kita ini adalah sistem demokrasi berpewakilan dan rakyat perlu memilih dalam kalangan rakyat untuk mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/dua-kes-omicron-mula-direkod-di-pulau-pinang/", "title": "Dua Kes Omicron Mula Direkod Di Pulau Pinang", "body": "0\n\n\n(Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Pulau Pinang merekodkan dua kes Omicron terawal dari jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi.\n\n\nKetua Menteri Chow Kon Yeow berkata beliau dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang bahawa ia merupakan kes import dari Arab Saudi.\n\n\nChow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKelantan, Terengganu mahu perubahan tapi tak yakin dengan PKR\n\n\n\n\n\n\nOPR naik : Bank Negara tidak kejam \u2013 Gabenor\n\n\n\n\n\n\nHari Pengundian Awal Bermula, GPS Terus Mendahului\n\n\n\n\n\n\nKeputusan tuntutan MA63 pada 4 Januari\n\n\n\n\n\n\nDadah bernilai RM180,000 dirampas di Pasir Mas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u201cPesakit dijangkiti varian itu selepas kembali dari menunaikan umrah dan kedua-kedua mereka sedang dikuarantin di hospital bagi pemantauan rapi\u201d\n\n\nBeliau juga berkata dua kes Omicron direkodkan di negeri ini dan kerajaan mengambil serius perkara ini.\n\n\n\u00a0\u201cSetakat ini baru dua kes varian Omicron direkodkan di negeri ini dan kerajaan negeri mengambil serius perkara ini serta akan memastikan ia tidak merebak ke dalam masyarakat\u201d\n\n\nSementara itu, Koh Yeow turut mengingatkan warga Pulau Pinang agar segera mengambil suntikan dos penggalak dan mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan dijangkiti Covid-19.\n\n\n(Kes COVID-19 27 Disember mencatatkan sebanyak 2,757 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nAngka harian positif COVID-19 hari ini merekodkan penurunan kes dan mencatat dua hari berturut-turut di bawah 3 ribu kes.\n\n\nSejumlah 2,757 kes baharu berbanding semalam, 2,778 kes namun kekal kepada angka bawah 5 ribu kes sejak beberapa hari lalu.\n\n\nSetakat ini, jumlah keseluruhan kumulatif kes positif telah berjumlah 2,743 ratus ribu, 936 kes kumulatif.\n\n\nUntuk pecahan kes negeri dan harian akan dimuat naik di portal COVIDNOW setiap hari selepas tengah malam semalam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/ini-bukan-kali-pertama-buat-kami-tapi-paling-dahsyat-penduduk/", "title": "\u201cIni Bukan Kali Pertama Buat Kami, Tapi Paling Dahsyat\u201d- Penduduk", "body": "0\n\n\n( Kru TV Pertiwi ketka berada di tinjauan di Bentong, Pahang / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh Haffiz Aziz, wartawan TV Pertiwi.\n\n\n(Wartawan TV Pertiwi, Haffiz Aziz/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Tiada apa yang mampu diungkapkan oleh penduduk Kg Batu 1, Temerloh, selain keluhan mengenangkan kediaman mereka yang ditenggelami air dalam banjir yang disifatkan paling dahsyat dalam tempoh 50 tahun.\n\n\nJelas terpancar kegusaran di wajah mereka ketika ditemui TV Pertiwi di Pekan Temerloh hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHaramkan sumbangan dari luar negara \u2013 Tengku Razaleigh\n\n\n\n\n\n\nDUN P. Pinang bubar 10 hari terakhir Jun\n\n\n\n\n\n\nSPRM Fokus Banteras Sindiket Besar & Punca Kes Rasuah Meningkat \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\n\u201cBukan kerana kerusi empuk, saya sedih tinggalkan kakitangan saya \u2026 \u201d \u2013 Sulaiman\n\n\n\n\n\n\nMaritim Malaysia tumpas cubaan seludup 4.8 juta rokok\n\n\n\n\n\n\n\n\nRaut wajah mereka seakan akan menerima ketentuan takdir ini jelas memberikan keinsafan dalam diri kita.\n\n\nMana tidaknya, banjir kali ini meragut kesemua harta mereka bagai dibadai ombak dilautan.\n\n\nBagi pakcik Sofian pengusaha kedai makan yang bersebelahan dengan Sungai Pahang, baginya banjir ini tidaklah seburuk yang pernah terjadi pada tahun 1971.\n\n\nSofian Mohamad, Penduduk berkata :\n\n\n\u201cmacam kami orang tua kira di kawasan ini\u2026\u2026.alhamdulillah saya masih dapat alih barang barang saya naik ke tingkat atas, tapi yang kesiannya orang orang duduk di taman taman rumahnya setingkat air sampai ke bumbung jadi agak menyeksakanlah\u201d\n\n\nSalehuddin Abd Salleh, Penduduk berkata :\n\n\n\u201c.. ada lagi yang paling buruk pada tahun 2014\u2026 kampung tg bangau di tepi jalan tepi sungai la\u201d\n\n\nBukan sahaja rumah dan kedai kedai yang ditenggelami air, malah monumen yang menjadi kebanggan penduduk Temerloh juga ditenggelami air."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/jumlah-mangsa-banjir-semakin-berkurang/", "title": "Jumlah Mangsa Banjir Semakin Berkurang", "body": "0\n\n\n( Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan rekod 20,026 orang di lima negeri/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus mencatat penurunan dengan rekod 20,026 orang, berbanding semalam, 22,573 orang di lima negeri.\n\n\nBerdasar aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 6,136 keluarga masih berada di 130 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.\n\n\nDi Kelantan sahaja, seramai 152 mangsa daripada 46 keluarga di PPS manakala di Selangor, 76,111 mangsa daripada 2,149 keluarga.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMYDIN rugi setengah juta kerana cuti tambahan raya\n\n\n\n\n\n\nAkta dana politik, had tempoh jawatan PM akan dilaksana secepat mungkin\n\n\n\n\n\n\n19 Kematian Akibat Covid 19 Semalam\n\n\n\n\n\n\nKJ jumpa PN minggu hadapan\n\n\n\n\n\n\nLebih RM103.86 juta kepada imam, guru agama di Kelantan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, di Melaka hanya terdapat 26 mangsa daripada lapan keluarga.\n\n\nPahang pula mencatatkan, 12,183 mangsa daripada 3,915 keluarga dan di Negeri Sembilan terdapat 54 mangsa daripada 18 keluarga."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/kajang-dinaiki-air-selepas-hujan-lebat/", "title": "Kajang Dinaiki Air Selepas Hujan Lebat", "body": "0\n\n\n(Pekan Kajang dinaiki air selepas hujan lebat petang semalam / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Hujan lebat petang tadi di Kajang, Selangor menyebabkan beberapa lokasi dinaiki air.\n\n\nHujan lebat selama sejam memaksa kenderaan terkandas dalam aliran air deras.\n\n\nSungai Langat juga dikatakan telah melepasi paras bahaya dengan trend aliran air terus meningkat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKDN Pertingkat Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Negara\n\n\n\n\n\n\nPerlu Lebih Ramai Calon Muslim Bertanding \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\u201cBukan kerana kerusi empuk, saya sedih tinggalkan kakitangan saya \u2026 \u201d \u2013 Sulaiman\n\n\n\n\n\n\nTambang bas sekolah: Ibu bapa rayu kerajaan tanggung 5 peratus\n\n\n\n\n\n\nRokok elektronik beri impak negatif kepada generasi muda\n\n\n\n\n\n\n\n\nOrang ramai turut berkongsikan video air bah di laluan Kajang menuju ke Semenyih."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/lupus-al-quran-dalam-banjir/", "title": "Lupus Al-Quran Dalam Banjir", "body": "0\n\n\n(Al Quran yang rosak akibat banjir / sumber : mynewsonline)\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan enam lokasi sebagai pusat pengumpulan al-Quran dan buku agama yang musnah akibat banjir di negeri ini.\n\n\nMemetik Utusan, lokasi itu melibatkan Tanah Perkuburan Islam Sungai Serai bagi daerah Hulu Langat); Tanah Perkuburan Islam Johan Setia (Klang) dan Masjid Al-Madaniah USJ 18, Subang Jaya (Petaling). Ia diikuti Masjid As-Solihin Kancong Darat (Kuala Langat); Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor (Kuala Selangor); dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya (Sepang).\u00a0\n\n\nPengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, bencana banjir mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan harta benda termasuk al-Quran dan kitab agama di masjid, surau, sekolah serta rumah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas Perdana Menteri Dimasukkan Ke IJN\n\n\n\n\n\n\nJPJ atasi isu pelekat cukai jalan tidak berkualiti\n\n\n\n\n\n\nPersatuan Bas Sekolah Tiada Hak Letak Harga, Tapi Ramai `Bungkus\u2019 Angkara Pandemik\n\n\n\n\n\n\nPN sudah ada calon MB Selangor, Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nCadangan Penubuhan Jawatankuasa Siasatan Khas Tan Sri Azam Baki\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSemua pihak terutama di lokasi terjejas boleh menghantar naskhah berkenaan ke masjid kariah berdekatan. Al-Quran dan kitab agama yang rosak itu boleh dihantar sehingga Khamis ini sebelum dikumpulkan di enam lokasi yang ditetapkan,\u201d katanya dalam kenyatan hari ini.\n\n\nManakala, memetik berita harian pula, Persatuan Sukarelawan Kebajikan Daerah Temerloh (PSKD Temerloh) mengumpul lebih satu tan al-Quran yang rosak dalam kejadian banjir di daerah ini.\n\n\nOperasi pengumpulan al-Quran yang rosak dan terjejas akibat kejadian banjir lebih seminggu lalu itu membabitkan kira-kira 30 kediaman penduduk.\n\n\nSetiausaha PSKD Temerloh, Zarina Moidin, berkata aktiviti itu dilakukan bertujuan memelihara kemuliaan al-Quran dan dilupuskan mengikut tatacara pelupusan yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).\n\n\nSelain mengambil dari rumah ke rumah, katanya, ada juga dalam kalangan penduduk taman perumahan yang terjejas datang menyerahkan sendiri kitab suci itu kepada pihaknya untuk dilupuskan.\n\n\n\u201cDalam tempoh tiga hari operasi, kita berjaya mengumpul lebih satu tan al-Quran yang basah serta berlumpur terutama selepas terendam dalam banjir bagi tempoh masa lama.\n\n\n\u201cSemua al-Quran yang dikumpul diserahkan kepada JAIP untuk tujuan dilupuskan mengikut tatacara pelupusan serta mengikut hukum syarak ditetapkan,\u201d katanya ketika dihubungi.\n\n\nSeramai 10 ahli PSKD Temerloh terbabit dalam aktiviti mengumpul al-Quran rosak, dan rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha yang dilakukan itu.\n\n\nTinjauan di beberapa daerah di negeri ini mendapati, paling banyak al-Quran mengalami kerosakan di masjid dan surau yang ditenggelami banjir.\n\n\nUsaha mengumpul al-Quran turut dilakukan oleh kakitangan JAIP di beberapa daerah di negeri ini.\n\n\nZarina berkata, pihaknya melakukan aktiviti itu setiap kali banjir besar berlaku di daerah berkenaan, bertujuan mengelak orang ramai bertindak membuang al-Quran di tempat tidak sesuai hingga mencemarkan kesuciannya seterusnya menjejaskan imej Islam.\n\n\n\u201cKita akan teruskan aktiviti mengumpul al-Quran rosak untuk fasa kedua selepas ini selepas mendapat permintaan banyak pihak\n\n\n\u201cMalah, terdapat mangsa banjir yang berada di luar daerah ini meminta kami mengambil al-Quran yang rosak, dan kita sudah meminta mereka mengumpulkannya di satu tempat,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/pemimpin-jangan-berlakon-bantu-rakyat/", "title": "Pemimpin Jangan Berlakon Bantu Rakyat", "body": "0\n\n\n( Hadis yang menggambarkan betapa dahsyat ancaman yang diberikan rasulullah terhadap pemimpin yang menipu rakyat seperti di atas / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 27 DISEMBER\n \u2013 para pemimpin diingatkan supaya jangan berlakon-lakon membantu rakyat ketika dalam rakyat dalam kesusahan.\n\n\nMenurut Ahli Majlis Ulama ISMA, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, pemimpin seharusnya turut menghayati dan menunjukkan simpati terhadap musibah yang melanda dengan menunaikan hak dan keperluan rakyat ketika mereka ditimpa kesusahan.\n\n\nMenerusi kenyataan di laman Facebook, Dr Sanusi turut mengingatkan supaya pemimpin tidak bersikap memperolok-olok dan bantuan yang dijanjikan tidak sampai kepada rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerja kilang, E-hailing pekerjaan diminati 300,000 pelajar lepasan SPM\n\n\n\n\n\n\nKhairy Selar Kritikan King Sing, Malaysia Tidak Boleh Ikut China\n\n\n\n\n\n\nPertemuan Anwar-Ahmad beri hasil baik kepada Kelantan\n\n\n\n\n\n\nJaga Sensitiviti, Jangan Provokasi Agama \u2013 Idris Ahmad\n\n\n\n\n\n\nNur Jazlan desak henti keluar kenyataan retorik, jaga hubungan baik BN-PH\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut memetik sepotong hadis menggambarkan betapa dahsyat ancaman yang diberikan rasulullah terhadap pemimpin yang menipu rakyat iaitu sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-\n\n\n\u201cTidak ada seorang hamba yang diberikan tanggungjawab untuk memelihara rakyat sedangkan dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan baginya syurga.\u201d\n\n\nJelas Dr Sanusi, yang dimaksudkan dengan larangan menipu kaum muslimin ini adalah larangan mengkhianati hak-hak yang seharusnya ditunaikan ke atas mereka.\n\n\nMenurut beliau, apa yang membimbangkan pada hari ini, perbuatan menipu atau berlakon di hadapan rakyat terkadang menjadi perkara biasa buat sebahagian politikus dengan mengambil kesempatan atas kesusahan yang menimpa rakyat.\n\n\nTerdahulu tular video Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun hanya mencuci simen membersih di sebuah sekolah tersebut.\n\n\nLapor Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pihaknya telah memohon kesudian Rina untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan oleh pihak sekolah sukar dicucikan sebelum ini.\n\n\nSelain itu, beberapa pemimpin lain turut memaparkan membantu rakyat membuat kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terkesan banjir."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/pengaruh-asing-menguasai-negara-jika-pemimpin-hilang-kepercayaan/", "title": "Pengaruh Asing Menguasai Negara Jika Pemimpin Hilang Kepercayaan", "body": "0\n\n\n( Pengaruh Asing / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Sekiranya Malaysia mengamalkan Plutokrasi bermakna polisi kerajaan dan hala tuju negara ditentukan bukan dengan melihat nasib rakyat tetapi ditentukan oleh golongan taikun, elit dan jutawan.\n\n\nPresiden Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, meskipun Malaysia diisytiharkan sebagai negara demokrasi namun suara ahli politik ditenggelamkan dan diatur oleh kumpulan di belakang mereka.\n\n\nUstaz Muhammad Fauzi, Presiden Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBolehkah Individu Ada Kes Mahkamah Jadi TPM? \u2013 TUN M\n\n\n\n\n\n\nBangunan MACA dijangka dibuka semula 18 Mei depan\n\n\n\n\n\n\nKADAR PENGGUNAAN KATIL DI TERENGGANU MEMBIMBANGKAN\n\n\n\n\n\n\n\u2018Penyakit\u2019 pencerobohan tanah merebak ke Selangor\n\n\n\n\n\n\nOperasi mencari kru kapal jatuh laut diteruskan\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cwalaupun malaysia adalah sebuah negara yang mengisytiharkan sebagai negara sebuah negara demokrasi dan rakyat dikatakan menentukan masa depan negara tetapi dengan apa yang berlaku kita melihat bagaimana suara orang politik juga ditenggelamkan dan dicatur oleh satu kumpulan di belakang. dalam banyak kejadian kita melihat kes musang king di Pahang begitu juga dalam kes banjir yang berlaku dan sekarang yang negara sedang uruskan juga melihat bagaimana ada peranan dan mainan tertentu yang dimainkan golongan kapitalis ini.\u201d\n\n\nTambah Ustaz Fauzi, keadaan ketika ini menunjukkan ibarat satu petanda rakyat tidak ambil kisah siapa yang menjadi pemimpin. Faktor ini dilihat melalui peratusan mengundi yang rendah dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Melaka\n\n\nBeliau berkata, sekiranya rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap ahli politik dibimbangi pengaruh luar akan masuk dalam negara dan akan berlaku keadaan huru-hara sehingga tiada lagi pemimpin yang dihormati rakyat.\n\n\n\u201ckerana kalau sekiranya benar sebagaimana telahan kita bahawa segala yang berlaku merupakan suatu yang telah dicatur oleh kumpulan kapitalis tersebut sebenarnya ahli politik ni merupakan boneka sahaja dan suatu yang amat kita bimbang adalah kalau sekiranya kita sampai satu peringkat di mana rakyat sudah tidak percaya kepada ahli politik maka rakyat mungkin akan melakukan suatu tindakan sendiri di mana mereka akan melakukan sesuatu untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa luar daripada saluran ataupun batas yang dibenarkan perlembagaan undang-undang dan norma pengurusan yang biasa kita lakukan dalam negara ini dan kalau itu berlaku negara akan berdepan dengan satu keadaan yang huru hara kucar-kacir kerana pada masa itu kita seolah-olah tidak ada lagi pemimpin yang dihormati oleh sesiapa pun dan kita tidak akan ada lagi pemimpin yang didengari cakapnya sesiapa pun di kalangan rakyat.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/pentauliahan-mengajar-islam-aktivis-politik-ditarik-balik/", "title": "Pentauliahan Mengajar Islam Aktivis Politik Ditarik Balik", "body": "1\n\n\n( \nPengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof \n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Tauliah mengajar agama Islam yang telah diberikan kepada aktivis politik akan ditarik balik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkuat kuasa 31 Disember ini.\n\n\nPengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu bagi menjunjung titah Sultan Selangor agar agama Islam tidak dipolitikkan dan dijadikan sebagai bahan politik di masjid dan surau oleh mana-mana pihak di negeri itu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM geledah pejabat, kediaman Sivakumar\n\n\n\n\n\n\nKes Dera: Jeritan Mangsa Dorong Keinginan Pelaku\n\n\n\n\n\n\nBeri alternatif jaga kebajikan guru KAFA\n\n\n\n\n\n\nHanya pegawai Gred 41 ke atas diberi kuasa tolak pelancong masuk\n\n\n\n\n\n\nBanjir \u2013 Johor dapat peruntukan tambahan RM150juta\n\n\n\n\n\n\n\n\n(Kenyataan Media Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) / sumber : FB MAIS)\n\n\nMenerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini beliau berkata, Sultan Selangor menitahkan agar tauliah mengajar agama Islam di Negeri Selangor yang telah diberikan kepada mana-mana aktivis politik ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember 2021\n bagi menjaga kesucian agama Islam di Negeri itu.\n\n\nJelasnya, Sultan Selangor tidak perkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik kerana dikhuatiri ia boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Negeri Selangor serta mencemarkan agama Islam.\n\n\nSehubungan itu, Jawatankuasa Tauliah MAIS akan menyemak semula semua tauliah mengajar agama Islam yang telah dikeluarkan kepada pemegang tauliah di negeri ini.\n\n\nWalau bagaimanapun, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang memegang portfolio agama Islam masih boleh menyampaikan pengajaran agama Islam dengan syarat ia tidak menyentuh hal berkaitan politik dalam perkara yang disampaikan\n.\n\n\nAbdul Aziz berkata, pengecualian ini juga adalah selaras dengan titah Sultan Selangor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/perlu-ada-tindakan-sekiranya-parlimen-bermasalah/", "title": "Perlu Ada Tindakan Sekiranya Parlimen Bermasalah", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n(Shahbudin Embun, Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM) / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Dalam pada itu, Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun berkata, sekiranya institusi parlimen itu bermasalah, mesti ada tindakan yang perlu dilakukan bagi melicinkan pemerintahan negara.\n\n\nShahbudin Embun, Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata :\n\n\n\u201cKalau adapun rakyat tidak bersetuju dengan ahli-ahli politik maka itu menandakan satu desakan oleh rakyat untuk diadakan kembali PRU dengan secepat mungkin tetapi bagi rakyat untuk menolak sistem demokrasi dan raja berperlembagaan itu tidak boleh berlaku di dalam negara kita ini kerana itu telah termaktub dalam perlembagaan negara dan kita kena ingat setiap daripada pillars terhadap negara kita ini ianya mempunyai fungsi tersendiri Agong dan raja-raja Melayu mempunyai fungsi mereka dalam perlembagaan itu begitu juga eksekutif dan juga parlimen mereka mempunyai peranan masing-masing untuk dimainkan jika di dalam institusi itu ada ketimpangan maka institusi itu mesti dibuat sesuatu untuk melicinkan pelancaran jentera kerajaan dan sistem negara kita yang kita amalkan lebih daripada 60 tahun sejak merdeka.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/pusat-pengumpulan-al-quran-rosak-akibat-banjir-dibuka/", "title": "Pusat Pengumpulan Al-Quran Rosak Akibat Banjir Dibuka", "body": "0\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka enam pusat pengumpulan al-Quran serta buku agama yang musnah akibat banjir yang melanda Selangor pada 18 Disember lalu.\n\n\nPengarah Jais, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penetapan itu dilakukan selaras dengan tanggungjawab jabatan itu untuk menjaga kesucian al-Quran."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/rakyat-rayu-pengeluaran-one-off-kwsp-rm10000/", "title": "Rakyat Rayu Pengeluaran One-Off Kwsp Rm10,000", "body": "0\n\n\n( Presiden Penaja Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak sependapat dengan Umno dalam menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran tunai RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).\n\n\nSebaliknya, Presiden penaja Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, rakyat tidak seharusnya dibiar sehingga terpaksa bergantung kepada wang KWSP masing-masing setiap kali krisis seperti bencana banjir melanda.\n\n\nPresiden Penaja Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSabitan Najib Bersalah Kes SRC Kekal, Aibkan Negara\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Permohonan Rosmah\n\n\n\n\n\n\nMuktamar PAS ditangguhkan beri laluan kepada PRN\n\n\n\n\n\n\nPerhalusi Cadangan Penjawat Awam, Tambah Baik Sistem Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cOh, apabila ada krisis, bila tak ada duit, pelan A adalah keluarkan duit i-Citra. Sebenarnya kerajaan yang perlu memastikan bahawa bantuan dana yang mencukupi diberikan, supaya mereka (mangsa) mendapat pembelaan yang sewajarnya\u201d\n\n\nAhli Parlimen Muar itu berkata, tanggungjawab memberikan bantuan kewangan kepada mangsa sepatutnya tergalas di bahu kerajaan baik kerajaan pusat mahupun negeri \u2013 serta syarikat-syarikat pembalakan.\n\n\nMenurutnya, usaha lain \u2013 seperti pengeluaran wang tunai daripada KWSP\u00a0 boleh menjadi pelan alternatif, tetapi yang harus menjadi keutamaan adalah memberikan bantuan kewangan mencukupi kepada mangsa supaya mereka tidak perlu terpaksa mengeluarkan wang simpanan hari tua yang boleh menjejaskan masa depan mereka.\n\n\nSealin Syed Saddiq,\u00a0 bekas Perdana Menteri Dato\u2019 Seri Mohd Najib Tun Razak sebelum ini mencadangkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar membenarkan pencarum untuk mengeluarkan maksimum RM 10,000 bagi mengharungi cabaran kehidupan yang wujud berikutan impak penularan wabak Covid-19 dan banjir yang dihadapi ketika ini.\n\n\nNamun padangan bekas Perdana menteri itu ditepis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, berikutan \nKerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000, meskipun ramai mangsa terjejas dengan banjir ketika ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\n\n\nIa berikutan kerajaan sudah memperuntukkan dana dan mengumumkan bantuan yang mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara, selain sedia menambah peruntukan berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/rm34-juta-disalurkan-kepada-34000-ketua-isi-rumah-terjejas-banjir-pm/", "title": "RM34 Juta Disalurkan Kepada 34,000 Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir \u2013 PM", "body": "0\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM34 juta bagi Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk diagihkan kepada 34,000 ketua isi rumah di negeri-negeri yang terjejas banjir sehingga semalam.\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dana yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir perlu dipermudahkan dan disegerakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/selangor-tarik-balik-tauliah-mengajar-agama-aktivis-politik/", "title": "Selangor Tarik Balik Tauliah Mengajar Agama Aktivis Politik", "body": "0\n\n\nSELASA, 28 DISEMBER\n \u2013 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan tauliah mengajar agama Islam di Selangor yang diberikan kepada mana-mana aktivis politik ditarik balik berkuat kuasa 31 Disember ini.\n\n\nPengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, selaras dengan titah Sultan Sharafuddin itu, Jawatankuasa Tauliah MAIS akan menyemak semula semua tauliah mengajar agama Islam yang telah dikeluarkan kepada pemegang tauliah dan mana-mana tauliah yang telah diberikan kepada aktivis politik di negeri ini ditarik balik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/28/tugas-hakiki-tidak-menghalang-polis-untuk-membantu-mangsa-banjir/", "title": "Tugas hakiki tidak menghalang Polis untuk membantu mangsa banjir", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\nAnggota polismembantu membersihkan Maahad Tahfiz Pondok Bustanul Arifin \u2013 Foto Ihsan Polis Selangor\n\n\n28 Disember 2021, Selasa\u00a0\u2013\n\u00a0Biarpun sibuk menjaga keselamatan negara, mereka tetap membantu meringankan beban untuk membantu mangsa banjir.\n\n\nPolis Kontinjen Selangor bersama\u00a0Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) membantu untuk bersama sama mengembleng tenaga untuk membersihkan kawasan dan bangunan di sekolah agama Maahad Tahfiz Bustanul Arifin Banting Selangor akibat banjir.\n\n\nOperasi pembersihan yang dijalankan hari ini,\u00a0berjalan lancar di kawasan Maahad Tahfiz Pondok Bustanul Arifin Jln Hj. Amin, Lapis 3 Kg. Labohan Dagang Banting, Selangor yang terdiri daripada 1 Pegawai Kanan dan 14 anggota Polis IPK Selangor bersama 95 orang NGO dalam usaha meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir.\n\n\nAnggota polis membantu membersihkan Maahad Tahfiz Pondok Bustanul Arifin \u2013 Foto Ihsan Polis Selangor\n\n\nPelbagai usaha dilakukan termasuk pengagihan barang keperluan asas dan kerja pembersihan di kawasan Maahad Tahfiz berkenaa.\n\n\nKerja-kerja pembersihan serta pembuangan barang-barang yang rosak akibat banjir ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat banjir.\n\n\nSelain melindungi dan menjaga keselamatan, pihak polis juga sentiasa terbuka dalam memberikan bantuan kemasyarakatan selain dapat mengeratkan lagi hubungan diantara pihak Polis bersama masyarakat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/306-sampel-kes-positif-mungkin-varian-omicron/", "title": "306 Sampel Kes Positif Mungkin Varian Omicron", "body": "0\n\n\n(Menteri Kesihatan , Khairy Jamaluddin / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Sebanyak 306 sampel kes positif COVID-19 dalam kalangan pengembara yang memasuki negara ini berkemungkinan adalah varian Omicron.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ia hasil ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan IMR melibatkan pengembara dari 21 sehingga 25 Disember 2021.\n\n\nKhairy Jamaluddin, \nMenteri Kesihatan berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAngkuh vokalis The 1975 salahkan penganjur, mengapa undang dia?\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen PKR Buta Sejarah Cadang Kaji Semula Perkara 153\n\n\n\n\n\n\nBak Kut Teh makanan warisan? Kaji sensitiviti masyarakat dulu \u2013 Rais Yatim\n\n\n\n\n\n\nZeti nafi Najib rujuk derma kerabat Arab Saudi kepada BNM\n\n\n\n\n\n\nSindiket curi kereta seludup ke negara jiran tumpas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026kementerian kesihatan malaysia ingin memaklumkan bahawa\u2026dan kini menunggu keputusan jujukan penuh genom sequencing\u2026\u201d\n\n\nKhairy turut memaklumkan, kerajaan akan menarik semula sekatan perjalanan sementara ke atas lapan buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.\n\n\nJelasnya, kesemua lapan negara itu akan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi, menjadikan jumlah negara yang berisiko tinggi kini adalah 18 buah.\n\n\n(Kes Covid-19 28 Disember / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nAngka positif harian covid-19 hari ini merekodkan 2, 897 kes menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kepada 2, 746 ribu 833 kes.\n\n\nSetakat ini, Malaysia merekodkan 78 perpuluhan empat peratus populasi yang telah lengkap divaksin.\n\n\nBagi pecahan kes mengikut negeri akan dimuatnaik menerusi laman web covidnow selepas tengah malam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/elak-kepentingan-yang-bercanggah-dengan-tugasan-hakiki/", "title": "Elak Kepentingan Yang Bercanggah Dengan Tugasan Hakiki", "body": "0\n\n\n(Pemerhati SPRM, Jais Abdul Karim / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Pemerhati Rasuah Malaysia MCW berpendapat bahawa perkara ini adalah amat serius dan perlu dijawab segera oleh SPRM.\n\n\nPresidennya, Jais Abdul Karim berkata walaubagaimanapun MCW berpendapat ia sekaligus mencalarkan imej SPRM.\n\n\nMalah Prof Edmund Terence Gomez, katanya perlu bekerjasama secara berkumpulan dalam Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah,(PPPR) untuk menyelesaikan perkara ini dan bukannya membuka isu ini di khalayak awam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada rekaan fesyen, gerakan terancang hina Islam\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa kini ahli PAS?\n\n\n\n\n\n\nSanusi perlu taubat nasuha \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nUiTM untuk Melayu & Bumiputera selagi Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nAnwar: The Untold Story filem mengingatkan kesakitan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Jais, Tan Sri Azam Baki sebagai seorang pegawai kanan SPRM yang amat berpengalaman pastinya tidak akan meletakkan diri beliau dalam keadaan mempunyai kepentingan yang bercanggah dengan tugasan hakiki beliau.\n\n\nKatanya persoalan sama ada kekecewaan yang dizahirkan Prof Terence kerana tiada tindakan atau mesyuarat di peringkat PPPR adalah pra-matang dan merupakan urusan pentadbiran dalaman mereka. Hakikatnya masih banyak lagi saluran yang lebih sesuai daripada mencalarkan imej agensi yang diwakilinya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/esok-keputusan-kes-keabsahan-vernakular/", "title": "Esok, Keputusan Kes Keabsahan Vernakular", "body": "0\n\n\n(Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Esok merupakan keputusan bagi kes saman mencabar Keabsahan dan Kedudukan Sekolah Vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nSehubungan itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, PEMBELA, Aminuddin Yahaya menyeru rakyat Malaysia bersama-sama mendoakan kemenangan di pihak plaintiff kerana sekolah vernakular ini telah banyak menjadi punca perpecahan kaum di negara ini.\n\n\nAminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKWSP umum dividen konvensional 5.35% , Syariah 4.75 % untuk 2022\n\n\n\n\n\n\nPertukaran Kabinet tertakluk budi bicara PM\n\n\n\n\n\n\nHad usia teksi, e-hailing seluruh negara dinaikkan kepada 15 tahun\n\n\n\n\n\n\nPeralihan kuasa satu perkara biasa \u2013 Sri Acryl\n\n\n\n\n\n\nMandikan pencuri: Islam tidak ajar kezaliman\n\n\n\n\n\n\n\n\nJadi kita \u2026\u2026 jalan duta\n\n\nKeputusan sama ada sekolah vernakular ini bertentangan atau tidak dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan atau tidak kerana tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.\n\n\nIa akan diumumkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Nazlan Hj Ghazali.\n\n\nDalam kes ini, beliau sebagai wakil daripada gabungan besar PEMBELA berharap apa pun keputusannya keabsahan itu akan diteruskan ke peringkat selanjutnya.\n\n\nApa -apa keputusan \u2026. rayuan\n\n\nPlaintiff rasmi bagi kes ini adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) MAPPIM, dan Gabungan Penulis Nasional, GAPENA.\n\n\nPlaintif diwakili oleh peguam Haniff Khatri, Rahim Sinwan, Aidil Khalid, Khairul Azam.\n\n\nBagi pihak defendan pula ialah MCA, MIC, GERAKAN, Dong Zong, Hua Zong, Kementerian Pendidikan Malaysia, Menteri Pendidikan dan beberapa lagi.\n\n\nSILA IKUTI DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/jumlah-mangsa-banjir-catat-penurunan/", "title": "Jumlah Mangsa Banjir Catat Penurunan", "body": "1\n\n\n(Jumlah mangsa banjir menurun di beberapa negeri / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara PPS di Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang mencatatkan penurunan, manakala Melaka kekal sejak malam tadi.\n\n\nTinjauan TV Pertiwi menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM setakat petang tadi mendapati, jumlah keseluruhan mangsa di kelima-lima negeri ialah 17, 820 orang daripada 5, 615 keluarga di 114 PPS berbanding 21, 544 orang daripada 6, 563 keluarga malam tadi.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M dakwa ada pihak sedang bersihkan imej Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap MB Kedah bukan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nShahrizat sah kembali, bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO\n\n\n\n\n\n\nTiada rancangan mansuh hutang golongan B40, miskin\n\n\n\n\n\n\nPusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi Selangor, aplikasi InfoBencana JKM menunjukkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 6, 903 orang di 33 PPS petang tadi berbanding 8,644 orang di 45 pusat PPS malam tadi.\n\n\nDi Pahang, aplikasi InfoBencana JKM memaklumkan 10, 770 orang berada di 77 PPS di enam daerah iaitu Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan, berkurang berbanding 12,692 orang malam tadi.\n\n\nLaman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Kundang di Maran mencatatkan paras 20.98 meter petang tadi iaitu melebihi tahap waspada pada paras 19 meter.\n\n\nDi Kelantan pula, jumlah mangsa banjir menurun kepada 68 mangsa daripada 21 keluarga berbanding semalam 152 mangsa daripada 46 keluarga setakat petang tadi.\n\n\nLaman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya.\n\n\nSementara itu, jumlah mangsa banjir di Melaka pula kekal seramai 26 orang daripada lapan keluarga sejak malam tadi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/kes-sekolah-vernakular-mahkamah-tolak-hujah-plaintif-akan-fail-rayuan/", "title": "Kes Sekolah Vernakular : Mahkamah Tolak Hujah, Plaintif Akan Fail Rayuan", "body": "0\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular tidak bercanggah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nPeguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, mahkamah berpendapat walaupun bahasa Melayu adalah bahasa nasional yang dipelihara di bawah Perkara 152, tetapi pengajaran pendidikan di sekolah bukan urusan awam seperti yang diputuskan dalam kes Universiti Merdeka di Mahkamah Persekutuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/laman-sesawang-kerajaan-masih-tidak-selamat/", "title": "Laman Sesawang Kerajaan Masih Tidak Selamat", "body": "0\n\n\n(Laman sesawang kerajaan masih tidak selamat / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Sekurang-kurangnya 90 laman sesawang kerajaan masih dianggap \u201ctidak selamat\u201d walaupun selepas pengumuman kerajaan untuk menjalankan audit keselamatan siber ke atasnya lima bulan lalu.\n\n\nSebelum ini sebuah portal melaporkan, pada akhir Julai lalu mendapati bahawa sekurang-kurangnya 175 daripada hampir 700 laman sesawang kerajaan adalah \u201ctidak selamat\u201d \ndengan pakar memberi amaran boleh membawa kepada pencerobohan data peribadi dan risiko keselamatan siber yang lain.\n\n\n( 90 laman sesawang kerajaan dikenalpasti tidak selamat/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nLaman sesawang dikenal pasti sebagai \u201ctidak selamat\u201d apabila URL bermula dengan \u201cHTTP\u201d dan bukannya \u201cHTTPS\u201d.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua sayap UMNO dapat teraju baharu, Wanita kekal\n\n\n\n\n\n\nPerkembangan terkini beri kesan terhadap perbicaraan kes 1MDB\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Pihak terkesan diberi tempoh sebulan buat rayuan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Kerajaan Adalah Selektif\n\n\n\n\n\n\nEmpat beradik maut dalam kebakaran di Muar\n\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyatakan audit keselamatan siber akan dijalankan di laman sesawang tersebut.\n\n\nBagaimanapun selepas lima bulan iaitu pada 28 Disember, status keselamatan bagi 90 laman sesawang tidak berubah.\n\n\nLaman sesawang itu termasuk Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Biro Pengaduan Awam Pejabat Perdana Menteri, Istana Budaya, Hospital Kuala Lumpur dan laman sesawang majlis tempatan pelbagai negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/long-tiger-akhirnya-ditahan-semula/", "title": "Long Tiger Akhirnya Ditahan Semula", "body": "0\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Pelarian seorang lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger, yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pada 15 Disember lalu, berakhir apabila diberkas polis semalam.\n\n\nLong Tiger atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid, 33, ditahan di Sungai Petani, Kedah oleh sepasukan anggota pegawai dan polis dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.\n\n\nKetua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, mengesahkan penangkapan suspek terbabit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/long-tiger-berjaya-diberkas/", "title": "\u2018Long Tiger\u2019 Berjaya Diberkas", "body": "0\n\n\n(Long Tiger, lelaki Rohingya berjaya diberkas pihak polis malam tadi / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger, yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pada 15 Disember lalu, berjaya diberkas pihak polis malam tadi.\u00a0\n\n\nLong Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Abdul Hamid, 33 tahun, ditahan di Sungai Petani, Kedah oleh sepasukan anggota pegawai dan polis dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.\n\n\nMemetik laporan Berita Harian, penangkapan suspek terbabit disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.\n\n\nLong Tiger ditahan di Sungai Petani, Kedah oleh sepasukan anggota pegawai dan polis Bukit Aman dan IPK Johor / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nLelaki berketurunan Rohingya yang dikenali sebagai \u2018Long Tiger\u2019, bersama tiga individu dipercayai rakannya direman empat hari oleh Mahkamah Majistret hari ini.\n\n\nPerintah tahanan reman terhadap Abdul Hamim Ab Hamid, 32, dan tiga lagi lelaki masing-masing berusia 36, 38 dan 46 tahun sehingga 1 Januari itu, dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin.\n\n\nSementara itu, dua anggota polis digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan kecuaian yang menyebabkan tahanan itu berjaya melarikan diri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/misi-bantuan-banjir-pahang/", "title": "Misi Bantuan Banjir Pahang", "body": "0\n\n\n(Tinjauan wartawan TV Pertiwi, Ruszaini Ruslan di Bentong, Pahang / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Ikatan Muslimin Malaysia ISMA dan Yayasan Ikhlas bersama dengan beberapa NGO lain turun padang bagi membantu mangsa banjir di sekitar Pahang.\n\n\nBagi mendapatkan perkembangan terkini misi bantuan yang dilaksanakan \nkita bersama rakan setugas Ruzaini yang kini berada di Bentong, silakan Ruszaini.\n\n\nSILA IKUTI PERKEMBANGAN DI \nSINI\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNegara tanggung kos biaya pesakit vape, bukan bertambah kaya\n\n\n\n\n\n\nPejuang dalam dilema, pilihan terbaik tidak sertai PRN\n\n\n\n\n\n\nMalaysia letak aset ketenteraan di perairan Beting Patinggi Ali\n\n\n\n\n\n\nAnwar jelaskan tidak pernah mohon pengampunan\n\n\n\n\n\n\nBelanda setuju serah 41 rangka keturunan Penang Woman"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/pahang-catat-penurunan-jumlah-mangsa-banjir/", "title": "Pahang Catat Penurunan Jumlah Mangsa Banjir", "body": "0\n\n\n( Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun yang direkodkan sehingga pagi tadi/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Seramai 7,730 mangsa banjir daripada 2,301 keluarga masih berada di 72 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam daerah di Pahang sehingga pagi tadi.\n\n\nPengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman, berkata jumlah itu menurun berbanding semalam, 11 ribu 243 mangsa banjir daripada 3,683 keluarga di 80 PPS.\n\n\nTemerloh merekodkan mangsa banjir paling ramai iaitu 3,302 orang, diikuti Bentong 1,518 orang, Pekan 1,802 orang, Maran 589 orang, Bera 32 orang dan Kuantan 487 orang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSarjan direman minta rasuah daripada penagih, pengedar dadah\n\n\n\n\n\n\nKajang Dinaiki Air Selepas Hujan Lebat\n\n\n\n\n\n\nLupus Al-Quran Dalam Banjir\n\n\n\n\n\n\nUnsur LGBT punca jam tangan Swatch dirampas \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPAS Merancang Guna Logo Baharu Pada PRU15\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebanyak 10 jalan ditutup membabitkan lapan daerah di negeri ini iaitu Jalan Kuantan-Segamat dan Jalan Pelak-Belimbing di Pekan; Jalan Southern Loop, Bentong dan Jalan Kuala Lipis- Jerantut, Jerantut.\n\n\nJalan lain yang turut ditutup ialah Jalan Kuala Lumpur\u2013 Kuantan, Maran; Jalan Ulu Dong, Raub; Jalan Temerloh\u2013Jerantut dan Jalan Paya Luas \u2013 Perlok di Temerloh; Jalan Sungai Lembing, Kuantan dan Jalan Bentong- Gua Musang, Lipis."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/pengerusi-sprm-sifatkan-ada-udang-di-sebalik-batu/", "title": "Pengerusi SPRM Sifatkan Ada Udang Di Sebalik Batu", "body": "0\n\n\n( Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Ahli Jawatan kuasa Lembaga Penasihat SPRM/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Dalam perkembangan yang sama, kami menghubungi Pengerusi Ahli Jawatankuasa Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Abu Zahar Ujang untuk mendapatkan penjelasan daripada perletakan jawatan ahli panel SPRM ini.\n\n\nKatanya perkara yang berlaku ketika ini bagaikan ada sesuatu di sebalik pengunduran Gomez.\n\n\nDan berikut apa yang beliau jelaskan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPermohonan permit jual mercun dijangka meningkat\n\n\n\n\n\n\nPolis tunggu laporan perubatan budak dipercayai mangsa dera\n\n\n\n\n\n\nMazlan Bujang Keluar BERSATU\n\n\n\n\n\n\n42 kanak-kanak Palestin dibunuh Israel pada 2022\n\n\n\n\n\n\nDakwaan kes Menteri buat kecoh di KLIA disiasat rapi -PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nTan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Lembaga Penasihat SPRM berkata :\n\n\n\u201cpada hemat saya seolah-olah ada udang disebalik batu banyak perkara dibuat bukan-bukan dia hanya satu bahagian dalam 5 jawatankuasa bahagian yang memantau kedudukan SPRM ini. Dia ni duduk dalam 1 jawatankuasa pencegahan dibawa kepemimpinan nya Tan Sri Burhan, Tan Sri Burhan sendiri pun sudah bercakap dengan dia. Dia ni cakap lain buat lain seolah-olah ada sesuatu perkara dan saya akan pantau perkara ini dan sampai masa saya akan jawablah.\u201d\n\n\nTegas Tan Sri Abu Zahar, beliau tidak akan melindungi mana-mana pihak yang bersalah dan akan memanggil satu sidang media khas bagi menjawab persoalan ini dalam masa terdekat.\n\n\n\u201cPendirian saya senang sahaja bahawa saya tidak akan melindungi atau cover any matter that is wrong dan perkara ini telah lama diselesaikan dengan jawatankuasa selagi kita tidak umumkan walau bagaimanapun saya dalam masa terdekat saya akan membuat pengumuman.\u201d\n\n\nDalam satu laporan dikeluarkan, oleh portal edisi siasat mengeluarkan mengenai Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki yang didakwa menjadi pemegang saham dalam Gets Global Berhad (dikenali sebagai KBES Berhad).\n\n\nBeliau memegang 1, 930 ribu saham pada 30 April 2015 dan 1, 29 ribu,500 saham pada 31 Mac 2016\n\n\nBeliau juga didakwa merupakan pemegang waran dalam Excel Force MSC Berhad sebanyak 2,156,000 pada Mac 2016.\n\n\nDakwaan pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki di sebuah syarikat senaraian awam ini menjadi antara punca peletakan jawatan oleh ahli ekonomi itu dibuat selepas mendakwa panel itu tidak bertindak ke atas oran utama SPRM berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/persoal-kekayaan-azam-baki-yang-tidak-diambil-peduli/", "title": "Persoal Kekayaan Azam Baki Yang Tidak Diambil Peduli", "body": "0\n\n\n( Kekayaan Tan Sri Azam Baki / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Dalam satu laporan dikeluarkan, oleh portal edisi siasat mengeluarkan mengenai\u00a0 Ketua Pesuruhjaya SPRM\n Datuk Seri \nAzam Baki\n yang didakwa menjadi pemegang saham dalam Gets Global Berhad (dikenali sebagai KBES Berhad).\n\n\n( Pemilikan saham Tan Sri Azam Baki / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nBeliau memegang 1juta\u00a0 930 ribu saham pada 30 April 2015 dan sejuta 29 ribu,500 saham pada 31 Mac 2016\n\n\n( P\nemegang saham Gets Global Berhad\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nBeliau juga didakwa\u00a0 merupakan pemegang waran dalam Excel Force MSC Berhad sebanyak 2,156,000 pada Mac 2016.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan filem Mentega Terbang\n\n\n\n\n\n\nGuru Besar putih mata, wang RM109,000 bantuan awal persekolahan lesap\n\n\n\n\n\n\nDAP sombong, angkuh gesa pecahkan dominasi Melayu dalam kakitangan awam\n\n\n\n\n\n\nToleransi orang Melayu kepada kaum lain sangat tinggi\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih kepada semua pengundi \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nDakwaan pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki di sebuah syarikat senaraian awam ini menjadi antara punca Peletakan jawatan oleh ahli ekonomi itu dibuat selepas mendakwa panel itu tidak bertindak ke atas oran utama SPRM berkenaan.\n\n\nSementara itu, Pengerusi PPPR, Tan Sri Borhan Dolah berkata dua e-mel yang dihantar oleh Prof Dr Edmund Terence Gomez yang baharu meletak jawatan itu meminta diadakan mesyuarat bagi membincangkan usaha memulihkan imej Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\nKatanya dua e-mel berkenaan dihantar sejak November lalu tiada langsung memperkatakan mengenai isu salah laku Tan Sri Azam Baki.\n\n\nSebaliknya Gomez hanya menyatakan kebimbangannya mengenai SPRM yang sering dihentam pelbagai pihak .\n\n\nBeliau berkata akan mempertimbangkan dahulu namun sebaliknya Gomez meletak jawatan secara tiba-tiba."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/terence-gomez-letak-jawatan-ahli-panel-sprm/", "title": "Terence Gomez Letak Jawatan Ahli Panel SPRM", "body": "0\n\n\n(Terence Gomez letak jawatan sebagai ahli panel perundingan SPRM / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Ahli ekonomi, Edmund Terence Gomez meletak jawatan sebagai ahli panel perundingan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas mendakwa panel itu gagal membincangkan laporan-laporan yang membabitkan pegawai-pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.\n\n\nGomez dalam surat letak jawatannya yang tular di media sosial berkata, timbul persoalan mengenai \u2018hubungan antara perniagaan dan pihak penguat kuasa\u2019 dan situasi \u2018konflik kepentingan\u2019 membabitkan pegawai tinggi SPRM serta dakwaan bahawa pegawai itu memiliki saham.\n\n\nMenurutnya, bekas pegawai tinggi SPRM didakwa terbabit dalam situasi konflik kepentingan, sekali gus mencadangkan \u2018ada suatu trend di institusi itu (SPRM) yang mesti disiasat segera\u2019.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua sayap UMNO dapat teraju baharu, Wanita kekal\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: GLC labur RM1.5 bilion dalam syarikat pemula tempatan\n\n\n\n\n\n\nWanita BERJASA bantu golongan ibu tangani isu keciciran pendidikan anak\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Catat Penurunan\n\n\n\n\n\n\nAzlan Man didakwa buat tuntutan palsu bernilai RM1.18 Juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nCubaan beliau meminta supaya panel SPRM mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut melalui surat kepada Pengerusi Panel SPRM, Tan Sri Borhan Dolah pada 12 November, 26 November dan 14 Disember lalu juga tidak berhasil.\n\n\nKatanya, Borhan hanya memberikan maklum balas segera terhadap surat pertamanya dengan memberitahu bahawa mesyuarat itu bakal diadakan dan diuruskan oleh pentadbiran SPRM manakala dua lagi suratnya tidak berbalas.\n\n\nGomez berkata, surat kedua yang dihantar pada 26 November itu mengandungi maklumat tambahan diterimanya daripada kajian yang menurut beliau sangat meluas dan disifatkan merisaukan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/tiga-kes-omicron-dikesan-di-negeri-sembilan/", "title": "Tiga Kes Omicron Dikesan Di Negeri Sembilan", "body": "0\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Tiga kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Negeri Sembilan membabitkan kes import wanita tempatan yang pulang dari luar negara, setakat semalam.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata kes pertama melibatkan pengembara wanita berumur 28 tahun, yang tiba dari Ireland melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 Dis lepas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/29/yayasan-ikhlas-pertingkat-pendidikan-sains-kesihatan/", "title": "Yayasan Ikhlas Pertingkat Pendidikan Sains Kesihatan", "body": "0\n\n\n( Majlis\u00a0 Yayasan Ikhlas dengan Hospital Az- Zahrah dan Kolej Antarabangsa Murni / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 29 DISEMBER\n \u2013 Demi mempertingkat agenda masyarakat dalam bidang pendidikan sains kesihatan, Yayasan Ikhlas terus ke depan untuk melahirkan generasi celik kesihatan.\n\n\nSehubungan itu satu memorandum persefahaman dan penyampaian biasiswa sains pendidikan dimeterai di antara Yayasan Ikhlas dengan Hospital Az-Zahrah dan Kolej Antarabangsa Murni.\n\n\nMOA ini diharap dapat membantu dalam agenda pembangunan masyarakat seterusnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTolak pemimpin \u2018kelabu mata\u2019 bila ditawarkan jawatan penting\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib:\u00a0UMNO ada hak mohon, keputusan bergantung kepada Agong\n\n\n\n\n\n\nKebebasan bersuara dalam UMNO sudah mati\n\n\n\n\n\n\nKPM rangka pelan pemulihan pelajar keciciran\n\n\n\n\n\n\nChong Wei bidas kenyataan hina Islam, perkauman bekas pemain badminton\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajlis diadakan di Hotel Tenera Bangi dan dihadiri oleh Pengerusi Yayasan Ikhlas Prof. Dr. Zainurrashid Zainuddin.\n\n\nHospital Islam Az-Zahrah diwakili oleh Pengarah urusannya \u2013 Tun Haji Abdul Rahman Mat Dali manakala dan Kolej Antarabangsa Murni oleh Pengarahnya, Leftenan Kolonel Haji Ridzwan Shoib.\n\n\n( Prof Dr. Zainurrashid Zainuddin, Pengerusi Yayasan Ikhlas / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nProf Dr. Zainurrashid Zainuddin, Pengerusi Yayasan Ikhlas berkata :\n\n\n\u201c\u2026.hari ini kita melancarkan satu tabung penajaan sains kesihatan dan meletakkan harapan agar\u2026berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata pihaknya juga melancarkan tabung penajaan sains kesihatan dan menjangkakan akan datang Yayasan Ikhlas dapat menaja kira-kira 300 orang pelajar khususnya daripada golongan berpendapatan rendah.\n\n\nSelain pemberian biasiswa pihaknya juga mengendalikan projek lain seperti kebajikan dan kesihatan, pengendalian bencana dan komuniti.\n\n\n\u201c\u2026Yayasan Ikhlas mempunyai agenda yang besar terhadap masyarakat kita dalam empat kluster projek\u2026di kalangan asnaf di Semporna Sabah\u2026\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/30/1023-sukarelawan-dari-serata-malaysia-turun-padang/", "title": "1,023 Sukarelawan Dari Serata Malaysia Turun Padang", "body": "0\n\n\n( Seramai 1,023 orang sukarelawan membantu membersihkan rumah pasca banjir\u00a0 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 30 DISEMBER\n -Selain membantu membersihkan rumah pasca banjir, bantuan dari segi membaiki pendawaian elektrik juga sangat penting demi keselamatan penduduk.\n\n\nItu antara salah satu objektif dalam Misi Bantuan Banjir Pahang hari ini.\n\n\nMisi kali ini membabitkan kerjasama lima badan bukan kerajaan (NGO).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLawatan PM : hubungan Malaysia-Amerika punca Arab Saudi jauhkan diri?\n\n\n\n\n\n\nKetua Polis Daerah buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\nPN kemuka nama calon MB dalam masa terdekat \u2013 Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nMulai 1 April deposit 10% wajib bayar jika beli rumah pertama\n\n\n\n\n\n\nPENAMPILAN TUAN IBRAHIM DI GLASLOW MENARIK PERHATIAN\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa termasuklah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Relawan Muda Isma, Yayasan Ikhlas, Persatuan Belia Islam Malaysia (PEMBINA), Kelab Iffah Malaysia, dan Komuniti Teknikal Islam Malaysia (KOMTECH).\n\n\nKOMTECH telah menyumbang kepakaran dalam membaiki pendawaian eletrik bagi rumah yang terjejas akibat banjir.\n\n\n\n\nSoufi Annual, Ketua Misi Bantuan Banjir Pahang berkata :\n\n\n\u201ckemudian yang kedua kita juga ada projek untuk pendawaian elektrik\u2026..kita akan bantu dengan kepakaran ada seramai 600 tenaga mahir elektrik yang telah mendaftar untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh Malaysia\u201d\n\n\nMisi ini membabitkan 5 masjid dan surau di 4 daerah berbeza iaitu 2 di Temerloh, 1 di Chenor, Bentong dan Karak. Selepas selesai aktiviti pembersihan masjid, barulah mereka beralih ke rumah-rumah penduduk di sekitar masjid tersebut.\n\n\n\n\nBilal Jailani, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Ikhlas berkata :\n\n\n\u201ckita akan stationkan minima 4 ke 5 bas di sebuah masjid\u2026..sebab itu kita bergerak dari masjid ke ahli kariah di sekitar nya\u201d\n\n\nSeramai seribu 23 orang sukarelawan dari seluruh Malaysia hadir ke Kawasan Rehat dan rawat (R&R) Genting Sempah seawal jam 8 pagi. Program dimulakan dengan sesi taklimat bagi ketua-ketua misi di surau R&R, sebelum para sukarelawan bergerak ke kawasan masing-masing.\n\n\nMisi ini hasil dari perbincangan Bilik Gerakan Bencana ISMA yang baru ditubuhkan minggu lalu, dan turut bersiap siaga bagi menghadapi risiko banjir gelombang kedua."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/30/3-kes-dikesan-di-negeri-sembilan/", "title": "3 Kes Dikesan Di Negeri Sembilan", "body": "0\n\n\n(S Veerapan, Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 29 DISEMBER\n \u2013 Tiga kes Covid-19 varian Omicron dikesan di Negeri Sembilan membabitkan kes import wanita tempatan yang pulang dari luar negara setakat hari ini.\n\n\nMenurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, kes pertama melibatkan pengembara wanita berumur 28 tahun, yang tiba dari Ireland melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 Disember lepas.\n\n\nS Veerapan, Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTarikh tengok anak bulan Syawal pada 20 hari bulan\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil keterangan wanita olah video manipulasi titah Sultan Perak\n\n\n\n\n\n\nJenazah bunuh, toreh, bakar selamat dikebumikan\n\n\n\n\n\n\nBenarkan pelancong Cina ke Malaysia risikokan sistem kesihatan negara\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO dipecat sedang giat memasarkan diri \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKes disaring di pintu masuk KLIA dan dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital sebelum menjalani kuarantin di rumah di Seremban,\u201d\n\n\nBeliau berkata, keputusan kes adalah positif dan tidak bergejala selain wanita itu telah lengkap divaksinasi pada 13 Ogos lepas.\n\n\nVeerapan berkata, kes kedua melibatkan wanita berusia 28 tahun, yang tiba dari United Kingdom melalui pintu masuk KLIA pada 14 Disember lepas dan disaring serta dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital.\n\n\nMenurutnya, wanita yang juga telah lengkap divaksinasi pada 19 Mei lepas itu menjalani kuarantin di rumahnya di Seremban, manakala keputusan kes adalah positif dan mempunyai gejala ringan.\n\n\nUjar beliau, kesemua kontak rapat kepada ketiga-tiga wanita itu dikenal pasti dan dilakukan ujian tindak balas polymerase chain reaction PCR serta diarahkan menjalani kuarantin kendiri.\n\n\n(Kes Covid-19, 29 Disember 2021 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nAngka harian positif COVID-19 hari ini merekodkan peningkatan kes kepada 3, 683 kes baharu berbanding semalam, 2, 897 kes namun kekal kepada angka bawah 4 ribu sejak beberapa hari lalu.\n\n\nSetakat ini, jumlah keseluruhan kumulatif kes positif telah berjumlah 2, 750 ratus ribu, 516 kes kumulatif.\n\n\nUntuk pecahan kes negeri dan harian akan dimuat naik di portal COVIDNOW setiap hari selepas tengah malam.\n\n\n(COVIDNOW/ sumber : TV Pertiwi)"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/30/36-kematian-baharu-akibat-covid-19-keseluruhan-31428-orang/", "title": "36 Kematian Baharu Akibat COVID-19, Keseluruhan 31,428 Orang", "body": "0\n\n\nKHAMIS, 30 DISEMBER\n \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 36 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.\n\n\nIni menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,428 orang, daripada 2.74 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/30/abang-viva-terima-anugerah-adiwira-prihatin-musibah/", "title": "\u2018Abang Viva\u2019 Terima Anugerah Adiwira Prihatin Musibah", "body": "0\n\n\nKHAMIS, 30 DISEMBER\n \u2013 \u2018Abang Viva\u2019 atau Azwan Omar, 29, melahirkan perasaan gembira dan syukur apabila menerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah, baru-baru ini.\n\n\nBerdasarkan kenyataan Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Azwan menerima sijil penghargaan yang disampaikan Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed atas keprihatinannya membantu mangsa banjir."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/30/hampir-23-juta-populasi-dewasa-malaysia-lengkap-vaksinasi/", "title": "Hampir 23 Juta Populasi Dewasa Malaysia Lengkap Vaksinasi", "body": "0\n\n\n(Hampir 23 juta populasi dewasa malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 30 DISEMBER\n \u2013 Sebanyak 22, 851 ribu 542 individu atau 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.\n\n\nBerdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sebanyak 23, 146 ribu 49 individu atau 98.9 peratus daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.\n\n\n(Data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW menunjukkan sebanyak 23, 146 ribu individu telah menerima satu dos vaksin/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nBagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 87.4 peratus atau 2, 752, 103 telah melengkapkan vaksinasi manakala 2, 844, 678 atau 90.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu Kenaikan Harga Perlu Diperhalusi Dari Segala Dimensi \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nTiada dalam senarai giliran punca jemaah haji B40, M40 bayar kos penuh\n\n\n\n\n\n\nPak Jamil Hayat, banduan seumur hayat paling lama dipenjara kini bebas\n\n\n\n\n\n\nPasangan Hina Islam Mungkin Terima Sokongan Luar \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n34 Ladang Khinzir Ditutup, Gagal Penuhi Syarat Pelesenan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 185, 321 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 3, 364 dos pertama, 4, 900 dos lengkap dan 177, 57 dos penggalak.\n\n\nPerkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 57 juta 305, 127 dos dengan 5, 908, 852 daripadanya adalah dos penggalak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/30/jumlah-mangsa-banjir-di-empat-negeri-kekal/", "title": "Jumlah Mangsa Banjir Di Empat Negeri Kekal", "body": "0\n\n\n(Laman Web Rasmi Public InfoBanjir / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 30 DISEMBER\n \u2013 Kita ke perkembangan terkini banjir.\n\n\nJumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan masih kekal, manakala di Melaka mencatatkan penurunan setakat pagi tadi.\n\n\nDi Selangor, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa di negeri itu merekodkan 977 individu daripada 244 keluarga yang ditempatkan di 9 pusat pemindahan sementera PPS banjir setakat pagi tadi menurun daripada 2, 281 individu semalam.\n\n\n(Mangsa banjir di Negeri Sembilan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nDi Negeri Sembilan, Pengarah APM negeri Leftenan Kolonel (PA) Mohd Syukri Madnor berkata, mangsa banjir di negeri itu kekal kepada 29 individu daripada sembilan keluarga berada di sebuah PPS di Jelebu setakat pagi tadi.\n\n\n(Mangsa banjir di Negeri Pahang / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nDi Pahang, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri melaporkan sejumlah 5,615 mangsa banjir masih berada di 43 PPS di lima daerah pada pagi ini.\n\n\nDaerah terlibat ialah Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan.\n\n\nJabatan Meteorologi pula meramalkan cuaca hujan di semua daerah terbabit pada pagi ini.\n\n\n(Mangsa banjir di negeri Kelantan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nDi Kelantan, jumlah mangsa banjir kekal 31 orang daripada lima keluarga melibatkan satu PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di Pasir Mas, setakat pagi tadi.\n\n\nSementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya.\n\n\n(Mangsa banjir di negeri Melaka / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nManakala di Melaka, jumlah mangsa banjir merekodkan penurunan kepada 16 orang daripada empat keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 26 orang daripada lapan keluarga pada 8 malam tadi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/30/kerajaan-perlu-tentukan-nasib-perpaduan-kaum/", "title": "Kerajaan Perlu Tentukan Nasib Perpaduan Kaum", "body": "0\n\n\n( Kerajaan perlu tentukan nasib perpaduan kaum berikutan keputusan mahkamah yang dikeluarkan pagi semalam/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 30 DISEMBER\n \u2013 Keputusan mahkamah yang mengiktiraf sekolah vernakular menimbulkan kekecewaan di kalangan NGO Islam dan menganggap wujud \u201cdouble standard\u201d.\n\n\nPengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya menganggap suatu yang sangat pelik jika kerajaan mewujudkan menteri perpaduan untuk menyatukan kaum di masyarakat namun pada masa yang sama mengekalkan polisi yang boleh memecah belah kaum di negara ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsham suruh Rafizi cari jalan, jangan tunggu ringgit terus jatuh!\n\n\n\n\n\n\nFasa Peralihan Endemik Ditangguh\n\n\n\n\n\n\nMansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Digugurkan Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO\n\n\n\n\n\n\nKertas arahan halang MB Kedah wujud\n\n\n\n\n\n\n\n\nAminuddin Yahaya, Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata :\n\n\n\u201cBenda tak perlu pun tetapi kerajaan wujud menteri perpaduan kerana tahu tidak berpaduannya dalam masa yang sama kerajaan mahu mengekalkan polisi memecahkan bagi saya ini suatu double standard yang konflik sangat besar dalam masa yang sama kita nak berpadu dalam masa yang sama kita nak mengekalkan polisi yang memecahkan kaum jadi mana logiknya so, ini tidak diambil kira oleh mahkamah walau bagaimanapun kita tidak berputus asa, kita telah berbincang dengan pihak peguam bahawa kita akan mengemukakan dalam masa 30 hari sekarang ini dan kita harap kita dapat jelaskan lagi apa yang dikatakan public entity atau hak awam ini.\u201d\n\n\nDalam pada itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni mengaggap kerajaan perlu memainkan peranan lebih bersungguh-sungguh dalam isu pendidikan dan perpaduan.\n\n\nTegasnya, kerajaan sepatutnya menggubal dasar hingga ke peringkat perlembagaan untuk memastikan perpaduan dan integrasi nasional berjalan baik.\n\n\n\n\nUstaz Muhammad Fauzi Asmuni, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berkata :\n\n\n\u201cIsu bahasa, isu silabus pembelajaran di sekolah merupakan isu yang cukup dasar jadi kita akan berpadu dalam banyak sudut boleh bersatu dalam sukan kita boleh bersatu dalam perayaan kita boleh bersatu dalam perayaan dan sebagainya tetapi sekiranya perkara yang paling dasar pendidikan untuk anak-anak berumur 7, 8 tahun sampailah ke peringkat universiti kita tidak selaraskan menggunakan Bahasa yang sama dan juga menggunakan silabus dan kefahaman yang sama, kurikulum yang sama maknanya kita menjerumuskan negara kepada satu permasalahan yang tidak akan selesai. Jadi pada itu dari segi kita Isma dan badan palintif lain akan terus mengemukakan rayuan tetapi di masa yang sama kerajaan sendiri pada kita memainkan peranan yang lebih aktif, agresif dan bersungguh-sungguh dan benda tu perlu dilihat secara jelas oleh rakyat semua sekali.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/30/mahkamah-tolak-hujah-plaintif-cabar-keabsahan-sekolah-vernakular/", "title": "Mahkamah Tolak Hujah Plaintif Cabar Keabsahan Sekolah Vernakular", "body": "0\n\n\n( Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak hujan plaintif dalam kes mencabar keabsahan sekolah Vernakular\u00a0 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 30 DISEMBER\n \u2013 Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini membuat keputusan menolak tindakan yang difailkan plaintif dalam kes mencabar keabsahan sekolah Vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nHakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali memutuskan, kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan atas alasan mereka bukanlah satu badan statutori atau pihak berkuasa tempatan yang wajib menggunakan bahasa kebangsaan.\n\n\nBeliau berkata, kewujudan dan penubuhan sekolah-sekolah berkenaan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan malah kewujudannya telah diiktiraf dan dilindungi sejak merdeka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n1 Dis, Harga Produk Berasaskan Roti Keluaran Gardenia Naik\n\n\n\n\n\n\nTiada unsur diskriminasi penjawatan awam, hanya perspektif Ramasamy \u2013 Tun Faisal\n\n\n\n\n\n\nQari al-Quran Braille johan Tilawah Kebangsaan\n\n\n\n\n\n\nMajlis Raja-Raja cadang pelantikan ahli SPK tidak dibuat Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Persekutuan tolak rayuan Jonathan Laidlaw wakili Najib\n\n\n\n\n\n\n\n\nMahkamah berpendapat walaupun bahasa Melayu adalah bahasa nasional yang dipelihara di bawah Perkara 152, tetapi pengajaran pendidikan di sekolah bukan urusan awam seperti yang diputuskan dalam kes Universiti Merdeka di Mahkamah Persekutuan.\n\n\nAtas dasar itu, mahkamah telah membezakan dan tidak menerima pakai keputusan Universiti Merdeka kepada kes sekolah vernakular.\n\n\nPlaintif terdiri daripada empat pertubuhan iaitu gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).\n\n\nKeempat-empat pertubuhan itu memohon untuk mendapatkan perisytiharan bahawa seksyen 2,17 dan 28 dalam Akta Pendidikan 1996 yang membenarkan penggunaan dua bahasa terbabit di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan peruntukan 152(1)(a) Perlembagaan.\n\n\nMereka juga memohon perisytiharan kewujudan dan penubuhan sekolah terbabit bertentangan dengan Perlembagaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/30/mydin-lancar-kempen-ourdin-kumpul-dana-bantu-mangsa-banjir/", "title": "Mydin Lancar Kempen OURDIN, Kumpul Dana Bantu Mangsa Banjir", "body": "0\n\n\nKHAMIS, 30 DISEMBER\n \u2013 Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) menerusi Mydin Prihatin melancarkan kempen OURDIN pada Rabu sebagai inisiatif mengumpul dana dan mengajak rakyat Malaysia untuk terus bersama-sama membantu mangsa banjir.\n\n\nMenurut Pengarah Urusannya, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, kempen dengan slogan \u2018Bersama Kita Bersatu\u2019 dinamakan OURDIN berikutan tular di media sosial berkaitan usaha Mydin membantu mangsa banjir sehingga mendapat pujian ramai."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/30/pantai-timur-diramal-hadapi-banjir-serentak-bermula-esok/", "title": "Pantai Timur Diramal Hadapi Banjir Serentak Bermula Esok", "body": "0\n\n\n( Met Malaysia meramalkan Pantai Timur akan berlaku banjir di empat negeri / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 30 DISEMBER\n \u2013 Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan, banjir akan berlaku di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, bermula Jumaat dan Sabtu ini susulan amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).\n\n\nSusulan perkembangan itu, JPS dalam kenyataannya, meminta semua penduduk terutamanya yang tinggal di kawasan yang dijangka banjir supaya berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa.\n\n\n( Ramalan Awal Negeri Kelantan / TV Pertiwi) Mengulas lanjut katanya, banjir dijangka berlaku di Kelantan bermula jam 8 malam 31 Disember ini di Lembangan Sungai Kelantan, membabitkan daerah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Machang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada Agenda Besar Punca Muafakat Parti Politik Melayu Rapuh\n\n\n\n\n\n\nElak Kepentingan Yang Bercanggah Dengan Tugasan Hakiki\n\n\n\n\n\n\nGelombang Omicron Sudah Bermula Di Negara Ini\n\n\n\n\n\n\nTanah Rizab Melayu menurun di tiga negeri antara tahun 2021-2022\n\n\n\n\n\n\nJiao Zong tidak setuju soalan BM sama untuk SK dan SRJK\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, banjir turut dijangka berlaku di Lembangan Sungai Golok membabitkan daerah Tanah Merahdan Pasir Mas (Rantau Panjang) serta kawasan sekitar berisiko banjir.\n\n\n(Ramalan Awal Banjir Terengganu / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nPada masa sama, banjir dijangka berlaku di Terengganu membabitkan Lembangan Sungai Besut di daerah Besut dan Lembangan Sungai Terengganu membabitkan Terengganu dan kawasan sekitar berisiko banjir.\n\n\n(Ramalan Awal Banjir Pahang / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nBagi Pahang pula, JPS menjangkakan bermula 8 pagi Sabtu ini, banjir membabitkan Lembangan Sungai Pahang di daerah Maran, Temerloh dan Jerantut, selain di Lembangan Sungai Kuantan membabitkan daerah Kuantan (Sungai Lembing); Lembangan Sungai Rompin membabitkan daerah Rompin serta kawasan sekitar berisiko banjir.\n\n\n(Ramalan Awal Banjir Johor / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKatanya, banjir turut dijangka berlaku Sabtu ini jam 8 malam di Lembangan Sungai Mersing membabitkan daerah Mersing serta kawasan sekitar berisiko banjir.\n\n\nMenurut JPS, penduduk empat negeri itu diminta mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui sesawang publicinfobanjir.water.gov.my; Facebook, PublicInfoBanjir dan Twitter@JPS_Infobanjir.\n\n\nSebelum ini, MET Malaysia mengeluarkan amaran tahap Waspada (Kuning) iaitu hujan berterusan akan dialami beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah, sepanjang minggu ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/30/rayuan-akan-dikemukakan/", "title": "Rayuan Akan Dikemukakan", "body": "0\n\n\n( Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla ketika ditemubual oleh TV Pertiwi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 30 DISEMBER\n \u2013 Walaupun mahkamah tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan sekolah vernakular yang menggunakan Bahasa pengantar selain Bahasa Melayu tidak bercanggah dengan perlembagaan persekutuan, namun pihak plaintif akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.\n\n\nPeguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, keputusan juga berbalik kepada kerajaan untuk menentukan hala tuju sama ada bahasa pendidikan persekolahan sepatutnya menjadi sumber utama perpaduan rakyat atau sebaliknya.\n\n\nMohamed Haniff Khatri Abdulla, Peguam berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMindef lancar DIPKN tahun ini, gubal akta berkaitan industri pertahanan negara\n\n\n\n\n\n\nAmaran tsunami ditarik balik kesan gempa Maluku\n\n\n\n\n\n\nMajikan diharap beri elaun munasabah kepada pelajar latihan industri\n\n\n\n\n\n\nTiada sekatan mana-mana kaum sertai pasukan beruniform, cuma kurang minat \u2013 Musa Hassan\n\n\n\n\n\n\nBangkai kucing: Polis cari suspek\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSekiranya itu keputusan mahkamah maka sekarang yang ke-3 ia berbalik kepada mana-mana kerajaan yang menerajui negara ini untuk menentukan halatuju samada bahasa pendidikan, persekolahan sepatutnya menjadi sumber utama perpaduan rakyat dan jika itulah sepatutnya logiknya menjadi sumber utama perpaduan maka sekarang bola kembali ke gelanggang kerajaan. mahkamah telah membuat keputusan kerajan perlu memberi respond yang positif demi kesejahteraan negara dan kemakmuran rakyat.\n\n\n( Tinjauan oleh kru TV Pertiwi mendapati bahawa plaintif diwakili oleh peguam Haniff Khatri, Abd Rahim Sinwan, Aidil Khalid dan Khairul Azam Aziz / sumber : TV Pertiwi)\n\n\n\u201cmana-mana isu penting negara dalam perlembagaan perlu diputuskan di peringkat tertinggi oleh itu pihak plaintif-plaintif akan memfailkan notis rayuan dan akan disahkan melalui surat arahan yang lengkap sebab kita ada tempoh 30 hari.\n\n\nPlaintif diwakili oleh peguam Haniff Khatri, Abd Rahim Sinwan, Aidil Khalid dan Khairul Azam Aziz."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/30/rumah-musnah-kesan-banjir-rempuhan-balak/", "title": "Rumah Musnah Kesan Banjir & Rempuhan Balak", "body": "0\n\n\n( Khaidir Ahmad, Aktivis Alam Sekitar/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 30 DISEMBER\n \u2013 Ini satu pendedahan yang dibuat oleh Aktivis Alam Sekitar di Pahang, Khaidir Ahmad.\n\n\nMengenai banjir lumpur dan dakwaannya mengenai aktiviti pembalakan haram di Pahang memberi kesan besar kepada banjir pada tahun ini melebihi kejadian yang pernah berlaku pada 1971.\n\n\nJelas Khaidir, beliau tidak mengatakan banjir teruk adalah disebabkan pembalakan haram semata-mata tetapi ia adalah salah satu punca rumah-rumah penduduk kampung di Kuala Sungai Semantan dan Lembangan Sungai Telemong, Pahang terjejas teruk.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi Hadi keluarkan amanat halalkan ajaran menyimpang\n\n\n\n\n\n\nBAJET 2023 : Tingkatkan peruntukan pembangunan kokurikulum Islam \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nMB Terengganu disahkan bercuti di New Zealand\n\n\n\n\n\n\nBERJASA Sedia Kerjasama Dengan PAS\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Cukai pendapatan M40 dikurangkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhmad, Aktivis Alam Sekitar berkata :\n\n\n\u201c\u2026 Ada kejadian gelongsoran tanah, memang kita tak nafikan\u2026 Ini yang kita nak bagi tahu\u2026\u201d\n\n\nKatanya, aktiviti pengondolan hutan terutamanya di Hutan Simpan di Pahang serta aktiviti penanaman sayur-sayuran di kawasan tanah tinggi di negeri Pahang, turut menyebabkan air hujan beberapa hari terus mengalir ke kawasan kuala dan tanah rendah, akibat hilang kawasan hutan yang berfungsi menjadi penampan kepada kejadian banjir berlaku secara semula jadi.\n\n\n\u00a0\n\n\nKhaidir Ahmad, Aktivis Alam Sekitar berkata :\n\n\n\u201c\u2026 Sebabnya ialah hutan simpan ni menjadi penampan air yang selama ini telah digondolkan\u2026 Tanah-tanah Musang King haram ni bukannya sedikit luasnya\u2026\u201d\n\n\nBerikut adalah perkongsian salah seorang penduduk yang menerima kesan banjir teruk ke atas dirinya dan keluarga di Kuala Sungai Semantan yang dikongsikan oleh Khaidir Ahmad dalam hantarannya di Facebook.\n\n\n( Azman,Penduduk Kuala Sungai Semantan/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nAzman, Penduduk Kuala Sungai Semantan berkata :\n\n\n\u201c\u2026. Saya tinggalkan rumah ni ke Pusat Perpindahan Banjir\u2026. Rumah ni jadi serong lah, sebab pokok tumbang\u2026.\u201d\n\n\n(Kenyataan dari Facebook, Khaidir Ahmad berkenaan Hutan Simpang Lentang/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nMemetik hantaran Khaidir di Facebook, jika kawasan di hulu Sungai Semantan seperti Telemong dan Perdak menerima kesan terjahan \u2018kepala air banjir lumpur balak\u2019 yang sangat dahsyat seperti yang dipaparkan, kawasan di hilir juga tidak kurang kesan kemusnahannya walaupun kepala air sudah bertukar menjadi \u2018ekor air banjir lumpur balak\u2019.\n\n\nDemikianlah begitu dahsyatnya musibah banjir lumpur balak yang membadai kehidupan rakyat marhaen di Lembangan Sungai Semantan di Daerah Bentong walaupun hujan lebat cuma dua hari."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/amaran-hujan-berterusan-tahap-bahaya-di-empat-negeri/", "title": "Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di Empat Negeri", "body": "0\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Jabatan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi kategori bahaya, buruk dan waspada, susulan hujan lebat berterusan dijangka berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung dan Sabah.\n\n\nStatus amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada jam 4.45 pagi itu berkuat kuasa sehingga hari ini dikeluarkan untuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/angkara-tangan-ghaib-rakyat-sengsara/", "title": "Angkara Tangan Ghaib, Rakyat Sengsara!", "body": "0\n\n\n(Kegiatan pembalakkan haram telah menimbulkan rasa marah dan kesal terhadap rakyat dengan kejadian punca bencana banjir berlaku/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Isu pembalakan bukan episod baharu, malah telah lama dibangkitkan oleh segelintir pihak.\n\n\nTinjauan TV Pertiwi menerusi laman sosial mendapati rata-rata rakyat melahirkan rasa marah dan kesal dengan kejadian batang kayu balak hanyut dan menyebabkan bencana banjir lumpur di pekan Karak Bentong, minggu lalu seperti yang tular di laman sosial.\u00a0\n\n\nApa yang lebih menyedihkan balak yang hanyut dibawa arus air banjir itu menghempap rumah penduduk di tempat kejadian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar tidak pertimbang cadangan Ramasamy\n\n\n\n\n\n\nLA CRISTA: Hotel Pilihan Calon PRN Melaka\n\n\n\n\n\n\nUMNO bakal ditolak rakyat pada PRN, PRU akan datang \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\nQatar derma 10,000 rumah mudah alih untuk mangsa gempa Turkiye & Syria\n\n\n\n\n\n\nKempen Menerusi Platform Digital Kurang Berkesan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerikutan video pendedahan oleh Khaidir Ahmad mengenai banjir lumpur membawa bersama sisa-sisa kayu balak di Sungai Perdak, dan Sungai Telemong, Pahang telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat.\n\n\n(Komen netizen di twitter @akmalaffendi / sumber : Twitter)\n\n\nPengguna twitter milik @akmalaffendi berkata pemimpin yang bersikap korupsi telah menyebabkan menyebabkan berlakunya aktiviti pembalakan haram.\u00a0\n\n\nDia juga turut berkata, bencana banjir yang berlaku ke atas negara kebelakangan ini telah menunjukkan kejadian sebenar yang menimpa hutan.\n\n\n(Komen netizen di twitter @PretamSharan / sumber : Twitter)\n\n\nDalam pada itu, pemilik akaun twitter milik Sharan Pretam Singh yang turut meninggalkan ciapannya yang\u00a0 rasa marah dan mempersoalkan adakah kejadian ini disebabkan sikap tamak segelintir pihak?\n\n\nBerikut pula reaksi salah seorang penduduk yang meminta pihak berkuasa memberi penjelasan berkenaan kejadian itu yang dikongsikan oleh pemilik facebook Asri Ahmad .\n\n\n(Kenyataan Najib Razak di Facebook berkenaan respon bencana banjir lumpuh bercampur batang kayu hanyut di Bentong / sumber : Facebook)\n\n\nSementara itu, kejadian ini teruk mendapat reaksi bekas Perdana Menteri yang juga ahli parlimen Pekan, Pahang yang turut melahirkan rasa kesal dengan kejadian itu dan berharap pihak berkuasa menjalankan siasatan segera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/baucar-rm500-ganti-barangan-elektrik-mula-7-jan/", "title": "Baucar Rm500 Ganti Barangan Elektrik Mula 7 Jan", "body": "0\n\n\n( Baucar RM500 diberikan kepada setiap isi rumah sebagai ganti barangan elektrik\u00a0 bermula 7 januari 2022/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang menambah jumlah premis perniagaan yang menawarkan pembelian peralatan elektrik untuk mangsa banjir di bawah program penjimatan elektrik \u2018Sustainability Achieved via Energy Efficiency\u2019 (SAVE).\n\n\nMenterinya Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ketika ini terdapat 1,400 premis sedia ada yang tersenarai dan jumlahnya akan ditambah bagi memudahkan mangsa banjir membuat pembelian.\n\n\nKatanya,setiap ketua isi rumah yang layak boleh memohon dan mendapatkan baucar bernilai RM500 semasa membuat pembelian di bawah SAVE seliaan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah nazak, hanya berpaut pada PH \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nIslam bukan ekstrem sempit tapi terbina atas asas wahyu\n\n\n\n\n\n\nAminuddin hairan jumlah penceroboh tanah Raub cecah 500 orang\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid mohon kes rasuah digugurkan, bicara kes tangguh 1 April\n\n\n\n\n\n\nSanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/harga-ayam-telur-kacang-panjang-sawi-turun-esok/", "title": "Harga Ayam, Telur, Kacang Panjang, Sawi Turun Esok", "body": "0\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Bermula 1 Januari hingga 4 Februari depan empat barangan keperluan iaitu ayam, telur ayam, sayur kacang panjang dan sawi akan mengalami penurunan harga di seluruh negara.\n\n\nPengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, empat barangan berkenaan adalah sebahagian daripada 12 jenis barangan yang termaktub di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang terlibat dalam pelarasan harga semula."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/jumlah-mangsa-banjir-di-4-negeri-kekal/", "title": "Jumlah Mangsa Banjir Di 4 Negeri Kekal", "body": "0\n\n\n( Jumlah mangsa banjir di negeri Melaka, Pahang dan Selangor catat penurunan manakala di Kelantan catat pertambahan mangsa di pusat pemindahan banjir/ sumber ; TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Keadaan banjir secara keseluruhan bertambah baik dengan jumlah mangsa banjir di tiga negeri iaitu Melaka, Pahang, dan Selangor mencatatkan penurunan tengah hari Khamis.\n\n\nBagaimanapun, Kelantan yang diramal banjir bermula 8 malam Khamis menunjukkan pertambahan jumlah mangsa apabila seramai 510 orang daripada 145 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir pada tengah hari berbanding 31 orang, pagi Khamis.\n\n\nMenurut aplikasi Info Bencana JKM, lapan PPS dibuka di Kelantan melibatkan tujuh di Jeli dan satu di Pasir Mas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO dijangka kalah lebih teruk pada PRN\n\n\n\n\n\n\nAstro Radio Catat Peningkatan Jumlah Pendengar Melebihi 16 Juta\n\n\n\n\n\n\n11,557 Pengundi Awal Mengundi Esok\n\n\n\n\n\n\nEsok, Keputusan Kes Keabsahan Vernakular\n\n\n\n\n\n\nRayuan SIS batalkan fatwa JAIS didengar Ogos depan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya, hanya satu sungai mencatatkan paras amaran iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah.\n\n\nDi Selangor, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa di negeri itu turun kepada 977 orang daripada 244 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS setakat tengah hari berbanding 2,281 orang daripada 563 keluarga di 13 PPS pagi Khamis.\n\n\nPolis Selangor memaklumkan, tiga jalan masih ditutup setakat 11.30 pagi untuk laluan kenderaan iaitu di Jambatan FT 31 Dengkil \u2013 Banting dan Jalan Genting Peras, Kuala Klawang kerana dinaiki air banjir selain jambatan menghala ke Lapang Sasar, Subang rosak akibat banjir\n."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/jumlah-mangsa-di-terengganu-kelantan-meningkat/", "title": "Jumlah Mangsa Di Terengganu, Kelantan Meningkat", "body": "0\n\n\n(Jumlah mangsa di Terengganu, Kelantan meningat / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan merekodkan peningkatan manakala di Pahang menunjukkan penurunan pada pagi tadi.\n\n\nJumlah mangsa banjir meningkat kepada 388 orang daripada 115 keluarga pagi ini berbanding 137 orang daripada 42 keluarga malam tadi.\n\n\n(Mangsa banjir di Negeri Terengganu / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKetua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Rosman Abdullah berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBeri kepada Ahli Parlimen atau tak, peruntukan tetap sampai kepada rakyat\n\n\n\n\n\n\nLebih ramai individu akan dipanggil bantu siasatan kes LCS\n\n\n\n\n\n\nLelaki muat naik ciapan berbaur perkauman ditahan\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat isu kalimah Allah dibangkitkan dalam kempen\n\n\n\n\n\n\nLaman web Jabatan Imigresen digodam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026 225 mangsa daripada 60 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor di Dungun manakala 163 mangsa daripada daripada 55 keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.\u201d\n\n\nSetakat ini, hanya daerah Dungun yang terjejas dengan banjir gelombang ketiga di Terengganu.\n\n\n(Mangsa Banjir di Kelantan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKelantan turut merekodkan peningkatan pagi tadi, dengan jumlah mangsa direkodkan 1, 399 orang daripada 412 keluarga berbanding 1,186 orang daripada 350 keluarga, semalam.\n\n\nMenurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan 14 PPS dibuka melibatkan dua jajahan iaitu 9 di Jeli dan 5 di Kuala Krai.\n\n\nSementara itu, dua sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan 23.95 meter dan Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang dengan 18.95 meter.\n\n\n(Mangsa banjir di Pahang / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nDi Pahang pula, sebanyak Dua Ribu 704 mangsa berada di 33 PPS di Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan.\n\n\nSekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri pula melaporkan Jalan Kampung Belimbing di Maran ditutup kerana masih dinaiki air.\n\n\nJabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan di semua daerah di Pahang setakat pagi tadi.\n\n\n(Mangsa banjir di Selangor / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nDi Selangor jumlah mangsa banjir kekal dengan 466 mangsa melibatkan 132 keluarga di empat PPS di Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding iaitu 20 orang dan SMK Abdul Jalil iaitu 77 orang di Hulu Langat.\n\n\nStadium Tertutup Kuala Selangor pula menempatkan sebanyak 201 orang mangs abanjir dan SMK Kuala Selangor pula dengan 168 orang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/kerajaan-perlu-tubuh-jawatankuasa-khas/", "title": "Kerajaan Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas", "body": "0\n\n\n(Zamani Ibrahim, Presiden Parti BERJASA Malaysia/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Presiden Parti BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim berpandangan, pihak berwajib dan Kerajaan Malaysia seharusnya memikirkan mekanisma yang betul untuk membendung pembalakan haram di Pahang.\n\n\nKatanya, Kerajaan Pusat seharusnya menubuhkan satu Jawatankuasa Khas supaya perkara sebegini tidak berulang.\n\n\nZamani Ibrahim, Presiden Parti BERJASA Malaysia berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarta ratusan bilion ringgit di luar negara, bekas Menteri Kewangan disiasat\n\n\n\n\n\n\nGuna Akta ISA cegah rasuah dan penyelewengan \u2013 Ibrahim Ali\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa antara 10 bekas pemimpin UMNO isi borang sertai PAS\n\n\n\n\n\n\nMufti Perlis saran DAP mohon maaf kepada masyarakat Islam, Melayu\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan ini petunjuk kerajaan dalam ketakutan \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c.\u2026. iya BERJASA berpandangan setiap yang berlaku atau mana mana lontaran daripada mana-mana pihak\n\u2026. dan daripada hutan sana dan dimuntahkan dan keluar, dan ini satu bukti yang tidak dapat dinafikan dengan mudah\u201d\n\n\nUstaz Zamani menambah kerajaan pusat seharusnya menubuhkan jawatankuasa khas bagi membendung pembalakkan haram yang berlaku ini selain dari tindakan dari pihak yang berwajib seperti Suruhanjaya Pencegahan Rahsuan Malaysia (SPRM)\n\n\n( Tubuhkan jawatankuasa khas bagi membendung pembalakkan haram yang berlaku / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nZamani Ibrahim, Presiden Parti Berjasa Malaysia berkata lagi bahawa :\n\n\n\u201c\u2026 oleh itu, bagi saya kerajaan mesti mengambil tindakan yang serius untuk memikirkan apakah banjir\n.. mengambil perkara ini dengan acu tak acu dan akhirnya dan rakyat akan membuat persepsi yang pelbagai dan rakyat pula akan dipersalahkan nanti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/koordinasi-sukarelawan-penting-elak-pembaziran/", "title": "Koordinasi Sukarelawan Penting, Elak Pembaziran", "body": "0\n\n\n(Mohamad Nizam Marjugi, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Agensi swasta terutamanya Badan Bukan Kerajaan, NGO dan orang perseorangan perlu memahami selain memastikan keadaan di satu-satu lokasi terlebih dahulu bagi mengelakkan lambakan sumbangan dan pembaziran.\n\n\nMenurut Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri yang juga mengetuai Koordinasi Sukarelawan Negeri Selangor, Mohamad Nizam Marjugi \u00a0setiap kawasan ada perbezaannya yang tersendiri mengikut status banjir kerana sesetengah kawasan sudah pulih dan mangsa sudah boleh pulang untuk membersihkan rumah kediaman masing-masing.\n\n\nMohamad Nizam Marjugi, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJPJ Tetapkan Perbaharui Lesen dan Cukai sehingga Hujung Tahun Ini\n\n\n\n\n\n\nPeningkatan Harga Ais 50 Sen\n\n\n\n\n\n\nAbang Iskandar angkat sumpah jawatan & taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan\n\n\n\n\n\n\nDasar pendidikan tinggi perlu dikaji semula \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\nPN sudah ada calon MB Selangor, Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026. Dalam kita punya koordinasi ini untuk NGO-NGO ini juga, kita tak nak dia berada dalam tempat yang tidak dibenarkan masuk pada ketika itu kerana kalau kita tengok Sri Muda ni lebih lambat surut dari tempat-tempat lain, kebanyakan orang dia tertumpu kepada tempat-tempat orang pada ketika itu Sri Muda adalah tumpuan sedangkan, banyak tempat lain yang sangat terkesan kita tengok bila berlaku di Hulu Langat di Bukit Lancung dan di Taman Batu Tiga itupun dia agak teruk, cuma media menjurus kepada Batu 3 semua NGO nak masuk ke Batu 3\u2026.\u201d\n\n\nDalam pandemik wabak COVID-19 pada ketika ini, penelitian terhadap pergerakan sukarelawan amat penting bagi mengelakkan jangkitan.\n\n\nMengulas mengenai kecaman pelbagai pihak yang menyatakan agak terlambat untuk mewujudkan pusat koordinasi sukarelawan ini memandangkan bantuan dan pelbagai misi persendirian telah digerakkan.\n\n\nJelasnya, turunlah sendiri ke Dusun Nanding dan lokasi-lokasi yang teruk terjejas bagi melihat sendiri kesan pasca banjir ini untuk membantu dari hanya mengkritik tanpa asas.\n\n\nPengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor ini berkata lagi bahawa :\n\n\n\u201c\u2026. Pada saya apa pendapat di luar sana kita boleh biarkanlah, kadang-kadang lebih pandai bercakap daripada menghulurkan bantuan, dan kadang-kadang dorang tak ada masa pun bantu kerana banyak masa kat telefon dan media sosial\u2026 Kenapa kita perlu turunkan bantuan-bantuan itu\u2026.\u201d\n\n\nSetakat ini, hanya 15 badan bukan kerajaan, NGO yang berdaftar dengan Pusat Koordinasi Sukarelawan Negeri Selangor.\n\n\nWalaupun jumlahnya kecil namun, anggota sukarelawan yang dikoordinasikan pusat itu setakat ini ke lokasi terjejas banjir dari 18 Disember lalu adalah 1500 orang iaitu ke Taman Sri Muda dan Batu Tiga di Shah Alam selain Kuala Selangor dan Dusun Nanding di Hulu Langat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/lebih-6-1-juta-individu-selesai-terima-dos-penggalak/", "title": "Lebih 6.1 Juta Individu Selesai Terima Dos Penggalak", "body": "0\n\n\n(Dos penggalak vaksin COVID-19 diterima individu sudah mencapai sebanyak 1.6 juta / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Sebanyak 6.1 juta individu atau 18.7 peratus sudah melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19.\n\n\nPada Khamis, terdapat pertambahan 197,121 individu melengkapkan suntikan dos penggalak.\n\n\nBerdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25.6 juta populasi keseluruhan atau 78.4 peratus lengkap divaksinasi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan perhimpunan haram depan Sogo, Dataran Merdeka\n\n\n\n\n\n\nTiada Waran Tangkap Buat Rosmah\n\n\n\n\n\n\nWan Suraya dilantik Ketua Audit Negara\n\n\n\n\n\n\nPN Cari Kaedah Elak Pertembungan Tiga Penjuru\n\n\n\n\n\n\nWanita Rusia ceroboh Menara Merdeka 118 kongsi pengalaman di Twitter\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi populasi dewasa, seramai 22.85 juta individu atau 97.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19\n\n\nSementara itu, 2, 753, 927 individu atau 87.5 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi manakala 2, 846, 238 individu atau 90.4 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.\n\n\n( COVIDNOW papar statistik harian sejumlah 205, 259 dos vaksin telah diberikan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nDalam pada itu, statistik harian menunjukkan sejumlah 205, 259 dos vaksin telah diberikan semalam membabitkan 3, 419 dos pertama, 4, 719 dos lengkap dan 197, 121 dos penggalak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/longgokan-sisa-kayu-berpunca-daripada-fenomena-kepala-air/", "title": "Longgokan Sisa Kayu Berpunca Daripada Fenomena \u2018Kepala Air\u2019", "body": "0\n\n\n(Longgokan sisa kayu punca kejadian banjir teruk di Karak dan Sri Telemong/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berkata, kejadian banjir teruk dan sisa kayu berselerakan di Karak dan Sri Telemong, bukan berpunca daripada kegiatan pembalakan, sebaliknya ia disebabkan fenomena \u2018Kepala Air\u2019.\n\n\nMemetik kenyataan yang dikeluarkan JPNP, akibat hujan lebat yang berterusan selama tiga hari bermula 16 Disember sehingga 18 Disember lalu, mengakibatkan banjir besar di Bentong.\n\n\nIni disokong dengan data taburan hujan daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran, JPS Daerah Bentong yang mencatatkan bacaan purata 155 milimeter pada 18 Disember 2021 yang dikategorikan sebagai sangat lebat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMengapa perlu minta maaf, saya hanya ikut kehendak parti \u2013 Hishammuddin\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Saman Penyelidik Rasuah, Lalitha Kunaratnam \u2013 RM10 Juta\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perak akan dipertahankan hingga akhir penggal\n\n\n\n\n\n\nIni Negara China Atau Malaysia \u2013 Prof Redhuan Tee Abdullah\n\n\n\n\n\n\nVarian Deltacron Gabungan Antara Delta Dan Omicron\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut JPNP lagi, sisa kayu itu daripada kejadian kepala air yang berlaku di Sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul yang berlaku pada 18 Disember 2021.\u00a0\n\n\nNamun, melalui tinjauan udara menggunakan \u2018drone\u2019 mendapati tiada sebarang aktiviti pembalakan secara sah atau haram sama ada di dalam Hutan Simpan Lentang, Tanah Kerajaan dan Tanah Milik di kedua-dua lokasi berkenaan.\n\n\nTambah JPNP lagi, banyak kesan tanah runtuh di kawasan berbukit di dalam Hutan Simpan Lentang, Tanah Kerajaan dan Tanah Milik yang membawa sisa debris terdiri daripada tanah-tanih, batu-batan dan pokok-pokok yang hanyut\n\u00a0masuk ke dalam sungai Temeriak, Sungai Kerau dan Sungai Timbul akibat arus air yang sangat kuat menghentam di sepanjang laluan sungai-sungai itu.\n\n\nTegas JPNP, Tanah Kerajaan tidak boleh diusahakan, yang bersempadan dengan Hutan Simpang Lentang di sungai-sungai itu\u00a0 khususnya di kawasan yang sering berlaku.\n\n\nUntuk rekod Hutan Simpan Lentang telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal dibawah Seksyen 10 APN 1984."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/pembalakan-punca-banjir-di-pahang/", "title": "Pembalakan Punca Banjir Di Pahang", "body": "0\n\n\n( Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA)\u00a0 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Banjir teruk membawa lumpur yang melanda negeri Pahang sejak seminggu lalu, bukan disebabkan faktor semula jadi, sebaliknya diburukkan aktiviti penggondolan hutan yang semakin berleluasa.\n\n\nPenduduk kawasan \u2018rentan\u2019 di negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya Pahang, berdepan risiko banjir teruk setiap tahun sekiranya aktiviti \u2018pembersihan hutan\u2019 dibiar berterusan, tanpa sistem tadahan air sebagai \u2018pelampung\u2019.\n\n\nBanjir yang melanda tidak akan seteruk sekarang, jika pembersihan hutan khususnya pembalakan dilakukan secara terancang dan terkawal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Catat 18 Kematian Covid-19\n\n\n\n\n\n\nAnwar sah Perdana Menteri ke-10 Malaysia\n\n\n\n\n\n\nUMNO telah tamat tarikh luput \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPekebun Sayur Enggan Jawab Kenaikan Harga Sayur\n\n\n\n\n\n\nHawa nafsu mendorong penghasilan filem songsang \u2013 Pemerhati Politik\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelmarin kru TV Pertiwi meninjau di beberapa lokasi sekitar Pahang mendapati, negeri itu menunjukkan ciri ketidakstabilan aspek geologi, di mana geomorfologi perbukitan dan berlembah di\u00a0 negeri ini, menyebabkan bencana alam boleh berlaku secara tidak terkawal.\n\n\nPenerokaan hutan di Pahang khususnya, semakin tidak terkawal. Sudah tiba masanya kerajaan melakukan sesuatu, termasuk membina sistem saliran alternatif di kawasan tanah tinggi di bahagian hulu bagi menyalurkan air terutama di kawasan aktif gondol ke kawasan landai di hilir secara sistematik terutama ketika hujan lebat berintensiti tinggi atau berdurasi lama.\n\n\nPuan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) berkata :\n\n\n\u201cBoleh dikatakan, keseluruhan hutan di Pahang sedang nazak kerana Banjaran Titiwangsa paling luas di negeri itu, memberi kelebihan kepada Pahang\u201d\n\n\nPresiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, pula berkata, permintaan kayu kayan dan durian Musang King untuk pasaran eksport menyebabkan lebih banyak hutan digondolkan.\n\n\nShariffa Sabrina mendakwa, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19 sejak setahun lalu, \u2018dimanfaatkan\u2019 sebaiknya oleh syarikat pembalakan untuk melakukan kerja pembersihan hutan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/penularan-omicron-tidak-dapat-dielakkan/", "title": "Penularan Omicron Tidak Dapat Dielakkan", "body": "0\n\n\n( Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata bahawa penularan varian Omicron membimbangkan yang berasal dari Afrika Selatan itu/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Kerajaan berusaha memperlahankan gelombang penularan jangkitan COVID-19 menerusi varian Omicron bagi mengelak pelaksanaan langkah kawalan sekatan secara drastik.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ketika menegaskan perkara itu berkata, penularan varian membimbangkan (VOC) yang berasal dari Afrika Selatan itu sememangnya tidak dapat dielakkan\n\n\nSehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah berwaspada, termasuk dengan melakukan saringan secara berkala khususnya jika ingin mengadakan pertemuan dengan ahli keluarga lain\n.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tawar Khairy bertanding atas tiket BERSATU\n\n\n\n\n\n\nLantikan Nurul Izzah walau tanpa gaji, tidak mengubah konsep Nepotisme\n\n\n\n\n\n\nPutra buat laporan polis, desak KDN haramkan tayangan filem Mentega Terbang\n\n\n\n\n\n\n11 Tahun Menetap, Kali Pertama Alami Banjir\n\n\n\n\n\n\n82.8 Peratus Remaja Lengkap Divaksinasi\n\n\n\n\n\n\n\n\nKhairy menyarankan agar saringan secara berkala jika anda ingin berjumpa dengan sanak-saudara. \nKatanya, Omicron tidak dapat dielakkan dan pihak kementerian masih lagi berusaha untuk membendung wabak itu.\n\n\nKementerian Kesihatan (KKM), Sabtu lalu memaklumkan, sebanyak 62 kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Malaysia, dengan 61 kes adalah jangkitan import dari luar negara, manakala satu kes lagi masih dalam siasatan yang disyaki jangkitan tempatan.\n\n\n(Jumlah Kes Covid-19, 30 Disember 2021 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJumlah kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan peningkatan kepada 3,997 kes berbanding 3,683 kes yang direkodkan semalam.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia melepasi 2.7 juta kes setakat ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/pihak-berwajib-perlu-pandang-serius-sekolah-vernakular/", "title": "Pihak Berwajib Perlu Pandang Serius Sekolah Vernakular", "body": "0\n\n\n(Cikgu Izzat Johari, Naib Pengerusi PEMBELA ketika dihubungi kru TV Pertiwi / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Sesuatu yang Besar bakal berlaku,\n\n\nItu luahan oleh Naib Pengerusi PEMBELA, Izzat Johari berhubung isu Sekolah Vernakular yang mendapat peruntukan Kerajaan Persekutuan.\n\n\nKatanya, pihak berkaitan seharusnya memandang perkara ini dengan lebih serius kerana Sekolah ini merupakan bukan Badan Awam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nImej Rasuah Dalam Umno Perlu Dibuang, Malays Never Learn\n\n\n\n\n\n\nAgong, PM tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara\n\n\n\n\n\n\nKOS INPUT TERNAKAN ANTARA FAKTOR PENGARUHI HARGA AYAM\n\n\n\n\n\n\nBongkah batu halang laluan diangkat menjelang 2024, jalan dilebarkan\n\n\n\n\n\n\nDemonstrasi Aman Peguam Malaysia Hal Kebebasan Badan Kehakiman\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nCikgu Izzat Johari, Naib Pengerusi Pembela berkata :\n\n\n\u00a0\n\u201c\u2026 ahh kita menghormati keputusan mahkamah yang telah diputuskan bahawa\n\u2026. bantuan bantuan kerajaan peruntukkan setiap tahun saban tahun daripada dulu sampai sekarang diberikan kepada sekolah vernakular \u201c\n\n\nJelas Izzat lagi, peruntukan terbabit seharusnya tidak disalurkan kepada sekolah vernakular dan mungkin ada terjadi sesuatu perkara yang lebih besar selepas ini.\n\n\nKatanya lagi, Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu menjawab mengapa Sekolah Vernakular yang bukan sebuah badan kerajaan menerima peruntukan yang amat besar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/suhakam-kenapa-enggan-berdialog-pembela-2/", "title": "SUHAKAM, Kenapa Enggan Berdialog? \u2013 PEMBELA", "body": "0\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, SUHAKAM perlu lebih melihat isu berkaitan Undang-Undang Keluarga Islam dalam sistem Perundangan Syariah yang diamalkan di negara ini yang perlu ditambah baikan berbanding isu memelihara hak LGBT.\n\n\nMemetik kenyataan Aminuddin Yahaya, pengerusi PEMBELA dalam kenyataan rasminya menyatakan, Pengerusi SUHAKAM didakwa Aminuddin enggan berjumpa dengan pihaknya untuk berdialog bagi membincangkan isu Islam dan hak asasi manusia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/suhakam-kenapa-enggan-berdialog-pembela/", "title": "Suhakam, Kenapa Enggan Berdialog? \u2013 Pembela", "body": "0\n\n\n(Pengerusi PEMBELA berkata bahawa pengerusi SUHAKAM enggan berjumpa dan berdialog terhadap isu-isu Islam / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, SUHAKAM perlu lebih melihat isu berkaitan Undang-Undang Keluarga Islam dalam sistem Perundangan Syariah yang diamalkan di negara ini yang perlu ditambah baikan berbanding isu memelihara hak LGBT.\n\n\nMemandangkan tahun 2022 bakal menjelang kurang daripada 24 jam lagi, oleh itu entiti itu perlu mengubah hala tujunya demi kepentingan umat Islam berbanding menegakkan \u2018Benang Yang Basah\u2019 buat golongan yang tidak diiktiraf di negara ini.\n\n\n( Kenyataan Aminuddin Yahaya menyatakan pengerusi SUHAKAM didakwa enggan berjumpa dengan pihaknya untuk berdialong membincangkan isu Islam dan hak asasi manusia/ sumber : Facebook)\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDatuk Hasanah Abdul Hamid meninggal dunia akibat kanser hati\n\n\n\n\n\n\nMalapetaka kepada Anwar jika Najib, Ahmad Zahid bebas\n\n\n\n\n\n\nLihat anak bulan Syawal petang ini\n\n\n\n\n\n\nBung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan\n\n\n\n\n\n\nMenu Rahmah akan dilaksana di R&R PLUS\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik kenyataan Aminuddin Yahaya dalam kenyataan rasminya menyatakan dalam pada itu, Pengerusi SUHAKAM didakwa Aminuddin enggan berjumpa dengan pihaknya untuk berdialog bagi membincangkan isu Islam dan hak asasi manusia.\n\n\nJuga beliau menyatakan bahawa, Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal selaku Pesuruhjaya Hak Kanak-Kanak SUHAKAM dituntut untuk bertindak lebih proaktif dalam badan itu dalam isu-isu sedemikian.\n\n\nAminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA berkata :\n\n\n\u201cKita ingin menegaskan bahawa sehingga hari ini, Pengerusi SUHAKAM masih enggan berjumpa kami untuk berdialog mengenai isu-isu Islam yang berkaitan isu-isu hak asasi manusia di negara kita\u201d.\n\n\nProfesor Datuk Aziah yang juga merupakan ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) digesa agar menasihatkan ahli-ahli majlis SUHAKAM yang mempunyai kedudukan dalam entiti itu untuk bertindak.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook rasminya baru-baru ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/tiada-tanda-perhimpunan-berlaku-setakat-ini/", "title": "Tiada Tanda Perhimpunan Berlaku Setakat Ini", "body": "0\n\n\n( Tiada tanda perhimpunan berlaku pada pagi tadi di KWSP, Kuala Lumpur/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 31 DISEMBER\n \u2013 Ura-ura mengatakan pencarum KWSP akan berhimpun tanpa penganjur di Kompleks Pusat Beli Belah SOGO dan Bangunan KWSP melalui jemputan terbuka di media sosial.\n\n\nKru TV Pertiwi membuat tinjauan ke lokasi tersebut, di mana himpunan rakyat itu dinamakan \u2018Perhimpunan Aman Solidariti Menuntut Wang KWSP RM10 ribu\u2019 di hadapan Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.\n\n\nMengikut info yang disampaikan di media sosial, perhimpunan itu sepatutnya bermula di perkarangan kompleks membeli-belah Sogo.\n\n\n(Hasil tinjauan yang dilakukan mendapati tiada sebarang tanda-tanda perhimpunan akan diadakan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nNamun tinjauan kru TV Pertiwi di lokasi sehingga jam 11 pagi tadi, tidak kelihatan sebarang tanda-tanda perhimpunan di lokasi terbabit.\n\n\nYang ada hanyalah pihak polis dan trafik yang bersiap-siaga untuk memantau perhimpunan tersebut.\n\n\nBagaimanapun, khabarnya perhimpunan tersebut dijangka bermula pada jam tiga petang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2021/12/31/timbalan-ketua-polis-negara-meninjau-pembersihan-perumahan-mangsa-banjir/", "title": "Timbalan Ketua Polis Negara meninjau pembersihan perumahan mangsa banjir", "body": "0\n\n\nTimbalan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Selangor meninjau bantuan | Foto: Polis Selangor\n\n\n\n31 Disember 2021 , Jumaat : Timbalan Ketua Polis Negera, Dato\u2019 Razarudin bin Husain, diiringi Ketua Polis Selangor CP Dato\u2019 Arjunaidi bin Mohamed, telah meninjau atur gerak penugasan operasi pasca banjir oleh Polis Diraja Malaysia (\nPDRM) bersama pasukan sahabat di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.\n\n\nProgram Gotong royong pembersihan di kawasan tersebut telah dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK) Pasukan Gerakan Khas (PGK) dan warga IPD Kajang dengan kekuatan seramai 209 orang.\n\n\nTimbalan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Selangor meninjau bantuan | Foto: Polis Selangor\n\n\nDalam pada itu, terdapat agensi-agensi lain yang turut serta dalam gotong royong tersebut seperti Rela, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Penjara dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kekuatan seramai 200 orang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas ADUN DAP disiasat MAINPP kahwin pasangan sejenis\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi ulangi dakwaan, Kerajaan Pusat berubah jika PN menang\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah Santuni Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nPusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat\n\n\n\n\n\n\nAyob Khan terajui Jabatan Siasatan Jenayah mulai 16 April\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir sama mengiringi Timbalan Ketua Polis Negara dan CP Dato\u2019 Arjunaidi bin Mohamed adalah Ketua Polis Selangor, ACP Mohd Zaid bin Hassan, Ketua Polis Daerah Kajang dan Supt. Rudy bin Abdullah, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/01/pencapaian-pendidikan-sederhana-sepanjang-tahun-2021-pakar/", "title": "Pencapaian Pendidikan Sederhana Sepanjang Tahun 2021 \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n( DR Anuar Ahmad, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan, Fakulti Pendidikan UKM / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSABTU, 1 JANUARI\n \u2013 Isu lambakan siswazah antara menjadi tumpuan dalam sektor pendidikan pada tahun 2021, Kementerian Pendidikan, KPM secara drastik telah mewujudkan 18, 702 jawatan baru guru siswazah bagi mengatasi masalah itu.\n\n\nDemikian menurut Doktor Anuar Ahmad dari Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM.\n\n\nDR Anuar Ahmad, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan, Fakulti Pendidikan UKM berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKronologi Kejadian Babitkan Pesawat TUDM Hawk\n\n\n\n\n\n\nRibut petir dijangka melanda seluruh Malaysia esok\n\n\n\n\n\n\nPAS Terengganu pastikan ahli politik mohon tauliah MAIDAM\n\n\n\n\n\n\nKPWKM tidak kompromi kualiti makanan di PPS\n\n\n\n\n\n\nPertembungan tiga penjuru di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKPM perlu segera membangunkan Pelan Pemulihan Pendidikan Negara bagi memastikan masalah keciciran pendidikan dapat dipantau dan diselesaikan secepatnya. Begitu juga dengan pembangunan pengajaran hibrid berasaskan Internet dan teknologi maklumat,\u201d\n\n\nSelain itu, Doktor Anuar usaha KPM berkata ketika pandemik pelaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah, PDPR dilihat kurang berkesan,\n\n\nPerkara ini diakui sendiri oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Doktor Radzi Jidin di Dewan Rakyat bahawa sejak 2020 pencapaian akademik oleh murid-murid adalah sederhana.\n\n\nIni kerana masih ramai murid yang tidak hadir PDPR sepanjang tahun 2020 dan 2021 khususnya murid-murid di kawasan pedalaman, luar bandar atau murid-murid dari keluarga miskin di bandar.\n\n\nTambahan pula, DR Anuar Ahmad, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan, Fakulti Pendidikan UKM berkata bahawa :\n\n\n\u201cRamai anak-anak khususnya di peringkat tahun satu dan tahun dua sekolah rendah berhadapan dengan isu keciciran 3M. Sesuatu yang harus diberikan perhatian serius,\u201d\n\n\nBeliau turut menjangkakan, sektor pendidikan akan berhadapan dengan isu keciciran murid-murid akibat pandemik COVID-19.\n\n\nKegagalan menguruskan keciciran 3 \u2018M\u2019 akan menyebabkan anak-anak ini akan berhadapan dengan masalah pembelajaran pada masa depan.\n\n\nUntuk rekod, belanjawan tahun 2022 memperuntukkan jumlah paling besar berbanding kementerian lain iaitu RM52.6 billion."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/01/pusat-hiburan-menggunakan-khidmat-gro-tumpas/", "title": "Pusat Hiburan Menggunakan Khidmat Gro Tumpas", "body": "0\n\n\n(\u00a0 Kru Tv Pertiwi ketika melakukan tinjauan terhadap serbuan polis di sebuah puast hiburan di Kinrara awal pagi tadi/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh Haffiz Aziz, wartawan TV Pertiwi\n\n\nSABTU, 1 JANUARI\n \u2013 Helah di sebalik sebuah gudang, berjaya menyelongkar sebuah pusat hiburan, disyaki menawarkan khidmat GRO tumpas dalam serbuan yang dilakuan awal pagi tadi.\n\n\nJabatan Siasatan Jenayah D7 Bukit Aman yang diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Mohamad Noor berkata operasi tersebut juga turut disertai Jabatan Narkotik IPD Serdang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\nRUU Anti Lompat Parti Dibahas Di Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nTMJ beri bayangan Khairy bakal galas tugas CEO JDT\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Muflis, hutang kurang RM50,000 dilepaskan serta-merta 1 Mac ini\n\n\n\n\n\n\nMangsa sindiket penipuan jangan takut buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nWartawan Haffiz Aziz bersama jurukamera Arif Nasir menyertai Operasi tersebut.\n\n\nTV Pertiwi bersama Jabatan siasatan Jenayah D7 Bukit Aman menyerbu sebuah premis hiburan di Kinrara awal pagi tadi.\n\n\nDalam serbuan ini, polis berjaya menumpaskan sendikit pusat hiburan tanpa lesen dan menyediakan khidmat GRO kepada pelanggan.\n\n\nHasil serbuan rata rata GRO terbabit berasal dari Vietnam dan China tanpa permit yang sah dan mereka tidak Memberi kerjasama lansung kepada pihak polis. Lensa kamera kami sempat merakam situasi ini.\n\n\n\u201c you tak jawab betul betul saya gari , saya bawa ke balai u jangan main main saya dah 9 bilik saya pergi, kita dah cakap tapio nampaknya, jangan buat bodo kita u tak cakap baik saya saya gari saya bawa you pergi balai saya akan tahan you you boleh ambik lawyer tak ada masalah kita sikit pon tak bimbang u paham, ic sudah bagi saya nak tahu u kerja sini habis u buat apa sini ahh\u2026\u201d\n\n\nOperasi itu juga berjaya menyelongkar helah di sebalik premis ini, yang dilihat dari luar bangunan seperti sebuah gudang penyimpanan barang.\n\n\nLokasi ini dilindungi lebih dari 20 kamera litar tertutup di luar premis.\n\n\nKetua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Mohamad Noor berkata, hasil serbuan kesemua yang ditahan adalah warganegara Malaysia atas kesalahan berhibur ketika Akta Kawalan Penyakit dilaksanakan, dan bukan Warganera atas kesalahan tanpa permit kerja yang sah.\n\n\n\n\nKetua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Sac Mohamad Noor berkata :\n\n\n\u201c\u2026 dimana pintu dibelakang ini merupakan pintu masuk utama yang dikawal oleh remote control dan ada mempunyai CCTV dan hanya apabila ditekan button oleh pengawal di bahagian dalam sana pintu ini baru boleh dibuka dan apabila kita naik mempunyai tiga tingkat dan amat terkejut bahawa mempunyai lebih kurang dalam 19 bilik bilik karaoke yang saya nampak telah orang kata telah dibuat oleh renovation bagi tujuan perniagaan karaoke ini..\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/01/umrah-ditangguhkan-sementara-berkuat-kuasa-8-januari/", "title": "Umrah Ditangguhkan Sementara Berkuat Kuasa 8 Januari", "body": "0\n\n\n( Umrah ditangguhkan sementara bermula 8 Januari berikutan penularan jangkitan Omicron / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSABTU, 1 JANUARI\n \u2013 Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan ibadah umrah bermula 8 Januari ini berikutan penularan jangkitan Omicron.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata larangan berkenaan akan kekal berkuat kuasa sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.\n\n\nKatanya, tempahan tiket penerbangan perjalanan umrah yang baharu ditangguhkan berkuat kuasa, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia didakwa berunding dengan China ekstradisi Jho Low\n\n\n\n\n\n\nPutra Mahu Bangun Minda Melayu Bumiputera\n\n\n\n\n\n\nInflasi Naik Mendadak Jika Subsidi Minyak Diganti\n\n\n\n\n\n\nTular Tikus Jamah Ayam, Restoran Ditutup 14 Hari \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\nTiada Kes Kematian Disebabkan Vaksin Covid-19\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni susulan sebanyak 1,306 daripada 11,108 jemaah yang pulang menunaikan umrah dikesan positif COVID-19, setakat 30 Disember.\n\n\nKhairy berkata, bagi jemaah yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini hingga tujuh Januari depan, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan, namun perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin atau hotel seperti dikenal pasti oleh NADMA apabila tiba di Malaysia.\n\n\nKhairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan berkata :\n\n\n\u201c\u2026Hasil mesyuarat sudah mendapat persetujuan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri)\u2026 dan memperlahankan peningkatan kes COVID-19\u2026\u201d\n\n\nSusulan keputusan penangguhan umrah, Khairy berharap ia berupaya memberi peluang dan ruang kepada kerajaan untuk membuat perancangan serta persediaan rapi dalam pengurusan jemaah, sebelum ibadat berkenaan dibenarkan semula.\n\n\nBagi jemaah yang bakal pulang ke tanah air, beliau berkata beberapa perkara perlu dipatuhi, merangkumi arahan ujian saringan sebelum pelepasan dan ketika ketibaan di Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/02/polis-selangor-teruskan-misi-bantu-mangsa-banjir/", "title": "Polis Selangor Teruskan misi bantu mangsa banjir", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\nPolis Selangor Mengagihkan Batuan kepada mangsa banjir | Foto: Polis Selangor\n\n\n2 Januari 2022, Ahad : Biar banjir di Selangor sudahpun mulai reda, namun bantuan yang disalurkan tidak putus putus.\n\n\n\u00a0\n\n\nHari ini, Polis Kontinjen Selangor telah mengagihkan barang bantuan hasil sumbangan NGO HALUAN Selangor, Sakeenah Soul International, Adab Youth Garage serta MUDA kepada penduduk di sekitar Kg. Tengah, Kg. Kuala Sg. Baru, Batu 13, Puchong dan Taman Baru, Padang Jawa, Shah Alam yang terkesan akibat banjir kilat baru-baru ini.\n\n\nPolis Selangor Mengagihkan Batuan kepada mangsa banjir | Foto: Polis Selangor\n\n\nSumbangan yang disampaikan ini sekaligus dapat memberi kekuatan dan semangat baru kepada mangsa- mangsa banjir untuk mengharungi kehidupan yang akan datang sekaligus dapat membuktikan bahawa slogan \u2018Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada\u2019 itu adalah realiti dalam kehidupan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/13-laluan-di-negeri-sembilan-ditutup/", "title": "13 Laluan Di Negeri Sembilan Ditutup", "body": "0\n\n\n(13 Jalan ditutup / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Sebanyak 13 laluan membabitkan lima daerah di Negeri Sembilan ditutup untuk semua kenderaan, manakala empat lagi hanya dibuka untuk kenderaan berat susulan jalan runtuh dan dinaiki air petang tadi.\n\n\nPengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan, Wan Hasnan Wan Musa, berkata laluan berkenaan membabitkan Tampin iaitu sebanyak tujuh jalan, Jelebu (empat), Jempol (tiga), Kuala Pilah (dua) dan satu di Seremban.\n\n\nAntara jalan itu ialah Jalan Segamat-Gemas, Londah-Gemas, Jelai-Bahau, Jeram Toi, Kuala Klawang-Genting Peras, Felda Titi dan Stesen Pemancar Gelombang Telapak Buruk.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada Alasan Lengah Bentang RUU\n\n\n\n\n\n\nPejuang ibarat tersangkut di tengah persimpangan jalan\n\n\n\n\n\n\n\u201cWell done guys\u201d \u2013 Khairy puji tindakan berani ahli UMNO rujuk ke RoS\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid lantik Datuk Dusuki Ahmad ketuai Majlis Ulama UMNO\n\n\n\n\n\n\nKapal LCS dikurangkan kepada lima kapal \u2013 Panglima TLDM\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembukaan jalan ini akan dilakukan dalam tempoh terdekat selepas selesai kerja pembaikan selain bergantung kepada keadaan semasa jalan berkenaan selepas banjir. JKR akan sentiasa berusaha mencari jalan alternatif dan menguar-uarkan kepada pengguna,\n\n\nJusteru, beliau menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya untuk merancang perjalanan dan sentiasa berwaspada dengan papan tanda amaran banjir serta jalan ditutup selain menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi masing-masing."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/19-kematian-akibat-covid-19-semalam/", "title": "19 Kematian Akibat Covid 19 Semalam", "body": "0\n\n\n(Laman Sesawang COVIDNOW merekodkan 19 kematian akibat COVID-19 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Sebanyak 19 kematian akibat COVID-19 direkodkan pada hari kedua tahun 2022, semalam dengan lima daripadanya dilaporkan di Selangor.\n\n\nLaman sesawang COVIDNOW melaporkan empat daripada kes kematian dilaporkan setakat tengah malam tadi, membabitkan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).\n\n\nLaporan itu turut mendedahkan 31,532 kes kematian direkodkan akibat COVID-19 di negara ini, dengan seramai 6,362 pesakit adalah kes BID.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPDRM gantung kuasa, hak keistimewaan \u2018Inspektor Sheila\u2019\n\n\n\n\n\n\nPesakit \u2018LONG COVID\u2019 Dipantau, Dirawat\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa ubah pakaian seragam pramugari tempatan terutama yang Islam\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi rendah, Shafie Ngah gesa rakyat keluar mengundi\n\n\n\n\n\n\nOps Selamat: Selangor Catat Penurunan Kes\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerincian data dalam laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) pula menunjukkan, kes kematian turut dilaporkan di Terengganu membabitkan empat mangsa; Johor (tiga); Sabah (dua) dan masing-masing satu kematian di Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/28-287-mangsa-banjir-terima-bantuan-wang-ihsan/", "title": "28, 287 Mangsa Banjir Terima Bantuan Wang Ihsan", "body": "0\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Setakat tengah hari tadi, seramai 28,287 mangsa banjir telah menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada kerajaan, kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.\n\n\n\u201cBagi mereka yang masih belum mendaftar atau menerima manfaat ini, boleh segera menghubungi pegawai daerah anda untuk bantuan segera oleh kerajaan,\u201d katanya dalam hantaran di Twitter."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/amaran-hujan-lebat-sehingga-selasa/", "title": "Amaran Hujan Lebat Sehingga Selasa", "body": "0\n\n\n( Amaran hujan lebat telah dikelaurkan MetMalaysia sehingga selasa, foto hiasan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya, buruk dan waspada yang dijangka berlaku di kebanyakan negeri sehingga Selasa ini (4 Januari).\n\n\nMetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan negeri-negeri itu adalah Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.\n\n\nAmaran hujan sangat lebat berterusan peringkat bahaya diramalkan di Johor membabitkan Daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgong titah projek pembangunan di Cameron Highlands dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nSUHAKAM, Jangan Gadai Islam & Perlembagaan Iktiraf Identiti Songsang\n\n\n\n\n\n\nADUN Banggi, Tanjong Kapor, Kunak umum keluar WARISAN\n\n\n\n\n\n\nPusat lindungi mangsa pemerdagangan orang perlu diwujudkan\n\n\n\n\n\n\nPerluas visa ketibaan warga asing : langkah tidak wajar, bahaya kepada kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nAmaran hujan lebat berterusan (buruk) pula dijangka berlaku di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, selain seluruh Negeri Sembilan dan Melaka sehingga hari ini.\n\n\n\u00a0\nMenurut kenyataan itu lagi, hujan berterusan (waspada) dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh, manakala di Sabah pula melibatkan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga Selasa.\n\n\nDi Johor mangsa banjir terus melonjak kepada 1,827 mangsa membabitkan 466 keluarga, yang ditempatkan di 31 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat petang tadi.\n\n\nIa berbanding 1,646 mangsa daripada 425 keluarga, yang ditempatkan di 28 PPS, awal pagi tadi\n\n\nSegamat menjadi daerah paling terjejas banjir di negeri itu, dengan mangsa banjir melonjak kepada 1,771 orang daripada 452 keluarga, yang ditempatkan di 30 PPS, berbanding 1,615 mangsa daripada 418 keluarga yang ditempatkan di 27 PPS, pada waktu pagi.\n\n\nSemantara itu, Selain Johor bilangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, Pahang, Melaka, dan Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan petang tadi manakala Kelantan dan Terengganu menunjukkan penurunan.\n\n\nDi Sabah jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 1,161 orang daripada 399 keluarga pada tengah hari berbanding 717 orang daripada 212 keluarga pagi tadi.\n\n\nManakala Pahang, jumlah mangsa banjir gelombang kedua meningkat tengah hari tadi, kepada 986 orang berbanding 649 orang pagi pada 2 januari, dengan jumlah keseluruhan PPS beroperasi setakat ini sebanyak 38 buah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/balak-haram-sampai-bila-nak-berdiam-diri-ustaz-fahmi-bazlan/", "title": "Balak Haram : \u2018Sampai Bila Nak Berdiam Diri ?\u2019 \u2013 Ustaz Fahmi Bazlan", "body": "0\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Sikap berdiam diri kerajaan berhubung isu pembalakan haram yang dikatakan menjadi punca banjir besar mengundang tanda tanya.\n\n\nWalhal, bencana banjir kali ini antara banjir yang paling teruk dalam sejarah negara, bahkan ribuan rakyat menjadi mangsa sehingga mereka kehilangan nyawa dan tempat tinggal.\n\n\nJusteru, Ketua Pemuda BERJASA, Ustaz Fahmi Bazlan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera menjawab isu kontroversi pembalakan haram yang semakin berleluasa.\n\n\n-iswaweb.net\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis Panggil Penganjur Perhimpunan Minggu Depan\n\n\n\n\n\n\nJKR Sabah Nasihatkan Tutup Jambatan Gantung Tular\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya Tidak Terima Wang Dari UKSB\u2019\u2019 \u2013 Khairy Jamaluddin\n\n\n\n\n\n\nRoket Sasar Sekolah Di Zon Hijau Baghdad, Dua Kanak-kanak Cedera Parah\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Inggeris, Adibah Noor Pelopor Penggunaan Bahasa Melayu"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/islamophobia-batu-nisan-perkuburan-islam-di-jerman-diserang/", "title": "Islamophobia: Batu nisan perkuburan Islam di Jerman diserang", "body": "0\n\n\n( Serangan pada batu nisan di tanah perkuburan Islam di bandar Iserlohn-barat laut Jerman / sumber : ismaweb)\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Kira-kira 30 batu nisan di tanah perkuburan Islam di bandar Iserlohn \u2013 barat laut Jerman \u2013 dirosakkan.\n\n\nSerangan itu berlaku di tengah-tengah peningkatan yang membimbangkan dalam jenayah Islamophobia di Jerman sejak beberapa tahun kebelakangan ini.\n\n\nMenurut kenyataan pendakwa raya dan jabatan polis Hagen, insiden itu berlaku pada awal Sabtu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemain bola sepak Liga Perancis dilarang berpuasa pada hari perlawanan\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri selamat tiba di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nSerangan AS di Syria susulan kematian kontraktor mengorbankan 8 pejuang\n\n\n\n\n\n\n10.3 juta solat di Masjid Nabawi pada 10 hari pertama Ramadan\n\n\n\n\n\n\nDiarah robohkan kelas, pelarian Syria tetap berusaha belajar agama\n\n\n\n\n\n\n\n\nPihak berkuasa mengemukakan rayuan bagi mendapatkan maklumat daripada sesiapa yang menyaksikan vandalisme atau mempunyai maklumat yang boleh membantu siasatan.\n\n\nSecara berasingan, Kementerian Luar Turki kesal mengenai kejadian itu.\n\n\nKatanya, serangan pada Malam Tahun Baharu adalah \u2018petunjuk baharu mentaliti Islamophobia yang tenat semakin meningkat terutamanya di Eropah dan juga menyasarkan tanah perkuburan Islam.\u2019\n\n\nKementerian menggesa pihak berkuasa untuk mencari \u2018penjenayah serangan dahsyat ini\u2019 dan \u2018membawa mereka ke muka pengadilan dan diberi hukuman yang sepatutnya.\u2019\n\n\nIa juga meminta pihak berkuasa untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/isma-melaka-sentiasa-bersiap-siaga-bantu-mangsa-banjir/", "title": "Isma Melaka Sentiasa Bersiap Siaga Bantu Mangsa Banjir", "body": "0\n\n\n( Dr Khair Razlan Othman , YDP ISMA Melaka Tengah / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN,3 JANUARI\n \u2013 ISMA Melaka sentiasa menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas di negeri itu. \nYang DIpertua ISMA Melaka, Dr Khair Razlan berkata, pihaknya sentiasa bersiap siaga untuk membantu mangsa yang terjejas.\n\n\n\u00a0\n\n\nDr Khair Razlan Othman , YDP ISMA Melaka Tengah berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSuntikan Liraglutide batalkan puasa\n\n\n\n\n\n\nHartal Doktor Kontrak, Kesatuan Jururawat nafi terlibat mogok\n\n\n\n\n\n\nMufti Perlis Saran KKM Tangguh Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\nPN tolak permohonan, PEJUANG zahir rasa dukacita\n\n\n\n\n\n\nApandi tidak layak dapat pampasan Tun Mahathir ada sebab untuk tahu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026kita kata paras air di Lautan Sungai Melaka ni agak kritikal dan terpaksa melepaskan air yang ada di sungai-sungai melimpah keluar beberapa tempat. So difahamkan setakat ini Lubuk China yang sebelum ini banjir kembali banjir.\n\n\nSementara itu, beliau berkata setakat pagi di sekitar kawasan merdeka dinaiki air dan orang ramai telah diminta keluar untuk pihaknya memantau kawasan itu.\n\n\n\u00a0YDP ISMA Melaka Tengah berkata lagi bahawa :\n\n\n\u201c\u2026.hari ni di sekitar kawasan merdeka baru naik difahamkan pagi tadi so hari ni semakin naik dan diminta keluar so kita memantau rapat benda tu. Kalau kata esok memulakan operasi seperti biasanya lah.\u00a0\n\n\nDr Khair berkata, operasi menyelamat diserahkan kepada kerajaan yang lebih mahir dan ISMA juga menawarkan pusat komuniti untuk pusat pemindahan sementara.\n\n\n\u201c\u2026operasi penyelamat tu kita serahkan kepada agensi kerajaan yang lebih mahir. Lebih mahir dengan situasi. Jadi kita di pihak ISMA kita menawarkan contoh kepada ahli kita menawarkan pusat komuniti kita untuk pusat pemindahan sementara bagi memberi alternatif lah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/israel-lulus-vaksin-covid-19-keempat-untuk-warga-emas-60-tahun-ke-atas/", "title": "Israel lulus vaksin COVID-19 keempat untuk warga emas 60 tahun ke atas", "body": "0\n\n\n(Israel telah meluluskan vaksin keempat / sumber : Sinar harian)\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Israel meluluskan dos vaksin COVID-19 keempat untuk penduduk yang berumur lebih 60 tahun dan petugas perubatan, kata Perdana Menteri Israel Naftali Bennett pada Ahad.\n\n\nDalam sidang media maya, Bennett berkata dos keempat vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer itu, diluluskan oleh Kementerian Kesihatan negara berkenaan untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan kakitangan perubatan yang menerima dos ketiga sekurang-kurangnya empat bulan lalu, lapor Xinhua.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata suntikan penggalak tambahan itu akan memberikan Israel \u201clapisan pertahanan baharu\u201d.\n\n\n\n\nBennett menggesa warga emas untuk mendapatkan suntikan penggalak, sambil mengingatkan mereka bahawa Israel berada di ambang satu lagi lonjakan morbiditi akibat penyebaran varian Omicron.\n\n\n\n\nNegara mungkin \u201cmenyaksikan sebanyak 50,000 kes coronavirus baharu,\u201d kata Bennett.\n\n\n\n\nIsrael pada Khamis meluluskan suntikan vaksin keempat untuk penduduk yang mempunyai masalah imun dan warga tua yang tinggal di rumah jagaan, menjadi antara negara terawal yang menawarkan dos penggalak itu.\n\n\n\n\n\n\nKira-kira 70 peratus daripada 9.45 juta penduduk Israel sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dan kira-kira 45 peratus menerima ketiga-tiga dos itu, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada Ahad .\n\n\n\n\n\u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/jangkitan-fluorona-boleh-berlaku-di-malaysia-pakar/", "title": "Jangkitan Fluorona Boleh Berlaku Di Malaysia \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n( \nPakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Kes jangkitan \u2018Fluorona\u2019 boleh melanda Malaysia terutamanya kepada golongan rentan sekiranya tiada usaha pembendungan secara menyeluruh. \nDemikian menurut Pakar Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman.\n\n\nJelasnya, Fluorona adalah istilah baharu yang merujuk kepada jangkitan berganda daripada virus COVID-19 dan Influenza.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Kubu Kuat Di Melaka\n\n\n\n\n\n\nPakej perkahwinan, pertunangan dan pakaian sekolah akan diperkenal\n\n\n\n\n\n\nRogol adik kandung remaja dihantar ke Henry Gurney\n\n\n\n\n\n\nKes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Beri Kebenaran Khas Eksport Tiga Komoditi Berasaskan Ayam\n\n\n\n\n\n\n\n\nProf Madya Dr Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam Berkata :\n\n\n\u00a0\u201cKalau ada jangkitan berganda, lazimnya terkesan dan berdepan risiko ialah golongan rentan, warga emas serta mempunyai komorbid. Vaksin Influenza memang diberikan setiap tahun, terutama kepada golongan berisiko tetapi ia atas inisiatif,\u201d\n\n\nDoktor Malina berkata, seseorang yang dijangkiti Fluorona akan mengalami gejala seperti selesema, demam, sakit tekak, batuk, sakit kepala dan kesukaran bernafas.\n\n\nBagaimanapun, kesan perubahan iklim dan peralihan Monsun Timur Laut di Malaysia juga berupaya mengundang risiko jangkitan sama, khususnya terhadap individu dengan sistem pertahanan badan yang lemah.\n\n\nUntuk rekod, kes pertama Fluorona dilaporkan berlaku di Israel, membabitkan seorang wanita hamil dan tidak mempunyai sebarang rekod pengambilan suntikan vaksin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/jumlah-mangsa-di-lima-negeri-terus-meningkat-pagi-ini/", "title": "Jumlah Mangsa Di Lima Negeri Terus Meningkat Pagi Ini", "body": "0\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah terus mencatat peningkatan pagi ini berbanding semalam.\n\n\nDi Pahang, hujan berterusan menyebabkan pertambahan mangsa iaitu 2,188 masih berada di 51 PPS pada awal pagi ini, melibatkan lapan daerah, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/jumlah-mangsa-terus-meningkat-kini-lebih-1100-penduduk/", "title": "Jumlah Mangsa Terus Meningkat, Kini Lebih 1,100 Penduduk", "body": "0\n\n\n(\nPengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lefternant\u00a0 Kolonel\u00a0 (PA) Cuthbert John Martin Quadra\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 3 JANUARI \n\u2013 Mangsa bencana banjikilat di negeri itu terus meningkat mencecah lebih Seribu 100 orang membabitkan tiga daerah terjejas susulan cuaca hujan lebat berterusan. \nDaerah-daerah terlibat ialah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.\n\n\nLt. Kol (Pa) Cuthber\nr\n\u00a0\nt John Martin Quadra, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (Apm) Melaka berkata :\n\n\n\u201cJumlah mangsa banjir kilat terus meningkat di daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. Kesemua penduduk ini adalah daripada 19 buah kawasan yang terjejas teruk setakat ini,\u201d\n\n\nMenurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lefternant\u00a0 Kolonel\u00a0 (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKedah jadi tumpuan kerajaan noktah miskin tegar\n\n\n\n\n\n\n11 Tahun Menetap, Kali Pertama Alami Banjir\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa ubah pakaian seragam pramugari tempatan terutama yang Islam\n\n\n\n\n\n\nUMNO guna \u2018pengundi hantu\u2019 lulus usul tambahan \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nRibut petir dijangka melanda seluruh Malaysia esok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026. Seramai Seribu 122 mangsa daripada 279 buah keluarga telah dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) sejak kelmarin.\u201d\n\n\nManakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya dan Taman Datuk Tamby Chik Karim.\n\n\nTiga kawasan lagi adalah di Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang dan Kampung Tersusun Rambai Jaya, Jasin.\n\n\nMengulas lanjut, beliau berkata, trend bencana menunjukkan jumlah mangsa yang terjejas akan terus meningkat.\n\n\nDi Alor Gajah,kawasan yang terlibat adalah Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau dan Kampung Telok Berembang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/kuala-langat-kembali-dilanda-banjir/", "title": "Kuala Langat Kembali Dilanda Banjir", "body": "0\n\n\n( Sungai Langat kembali melepasi paras bahaya / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Sungai Langat di Bukit Changgang yang terletak di dalam daerah Kuala Langat kembali melepasi paras bahaya (merah) pada bacaan 4.29 meter (m).\n\n\nMenurut laporan terkini di laman sesawang InfoBanjir, bacaan itu melepasi paras bacaan normal pada 4.20 m sehingga jam 8 pagi ini. Sungai Langat di Dengkil dalam daerah Sepang pula melepasi paras amaran jingga iaitu 7.07 meter berbanding bacaan normal 6.90 meter.\n\n\nTiga lagi sungai berada melepasi paras berjaga-jaga iaitu kuning, membabitkan Sungai Klang di Bandar Klang dalam daerah Klang pada bacaan 2.47 meter.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenyelewengan Zakat MAINS, PDRM buka kertas siasatan\n\n\n\n\n\n\nPenunggang lawan arus itu `pembunuh\u2019!\n\n\n\n\n\n\nAmbil Langkah Berjaga-Jaga Elak Gelombang Keempat \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nJangan takutkan orang Melayu dengan gelombang hijau \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\n2,842 Kes Baharu\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis mengesahkan enam keluarga membabitkan 15 individu berpindah selepas kawasan rumah mereka di Kampung Sungai Nangka, Banting, dinaiki air, susulan hujan berterusan serta air pasang besar bermula semalam.\n\n\nDi Johor pula, daerah Mersing menjadi daerah keenam dan terbaharu terjejas banjir apabila seramai 366 penduduk daripada 90 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara (PPS).\n\n\nIa menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri ini melonjak kepada 3,841 mangsa daripada 1,008 keluarga di 62 PPS, setakat pagi tadi manakala berbanding hanya 3,665 mangsa daripada 967 keluarga di 59 PPS di Johor, sebelum subuh tadi.\n\n\nSementara itu, di Pahang enam sungai di Negeri ini merekodkan bacaan air sungai melepasi paras bahaya, setakat awal pagi tadi.\n\n\nIa masing-masing satu di Lipis, Jerantut, Temerloh, Bera, Maran dan Rompin.\n\n\nMenurut info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 1,956 mangsa banjir daripada 616 keluarga masih berada di 53 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8 pagi tadi.\n\n\nJumlah itu membabitkan sembilan daerah iaitu Pekan, Temerloh, Raub, Lipis, Bera, Maran, Rompin, Jerantut dan Kuantan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/mungkin-iktiraf-uec-pula-selepas-ini-ridhuan-tee-2/", "title": "\u2018Mungkin Iktiraf UEC Pula Selepas Ini\u2019 \u2013 Ridhuan Tee", "body": "0\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berpendapat sekolah vernakular tidak seharusnya didanai sepenuhnya oleh kerajaan.\n\n\nKerana isunya adalah kenapa kerajaan terus mendanai sekolah vernakular dan Lebih dahsyat lagi sekolah persendirian bersifat vernakular juga dibantu.\n\n\nJika operasi ini selaras dengan Perlembagaan, mereka kene menanggung sendiri semua perbelanjaan sekolah ini dan bukannnya kerajaan.\n\n\nDalam pada itu, Ridhuan Tee tidak menolak kemungkinan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pula akan diiktiraf selepas ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n#BoikotIndia sohor di Twitter\n\n\n\n\n\n\nZahid Mohon Tangguh Prosiding Bela Diri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nUMNO, BN Negeri Sembilan Sedia Tanding Sendirian Dalam Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Perlu Jadi \u2018Gentlemen\u2019 Jika Yakin Di Pihak Yang Benar \u2013 PEMBELA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/mungkin-iktiraf-uec-pula-selepas-ini-ridhuan-tee/", "title": "Mungkin Iktiraf Uec Pula Selepas Ini \u2013 Ridhuan Tee", "body": "0\n\n\n( \nPemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa kewujudan sekolah jenis kebangsan (SJK) Cina dan Tamil tidak bercanggah Perlembagaan Persekutuan bukan perkara mengejutkan.\n\n\nSetidak-tidaknya keputusan itu membuka mata semua pihak, terutama pihak kerajaan untuk berhenti mendanai sekolah itu kerana dikatakan sekolah bukan satu entiti yang boleh dianggap sebagai badan statutori atau pihak berkuasa awam.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPihak luar terbabit lakukan perlombong haram nadir bumi \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nGangguan Seksual, Polis Sahkan Kereta Peronda milik IPD Petaling Jaya\n\n\n\n\n\n\nUtamakan bantu sekolah daif berbanding sekolah persendirian Cina\n\n\n\n\n\n\nSPRM tidak temui salah laku dalam kontrak RM399 juta \u2013 Petronas\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu wujudkan sistem data raya bekalan sayur negara\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nProf Dr Ridhuan Tee Abdullah, Pemerhati Politik berkata :\n\n\n\u201cIni tidak, setiap tahun, ada sahaja pertambahan sekolah vernakular ini. Paling menyedihkan, tempat yang tidak sepatutnya didirikan sekolah vernakular, terus didirikan. Apakah sudah lupa beberapa insiden. Terbaharu, di bandar Kinrara, Puchong.\u201d\n\n\nPemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berpendapat sekolah vernakular tidak seharusnya didanai sepenuhnya oleh kerajaan.\n\n\nKerana isunya adalah kenapa kerajaan terus mendanai sekolah vernakular\u00a0 dan Lebih dahsyat lagi sekolah persendirian bersifat vernakular juga dibantu.\n\n\nJika operasi ini selaras dengan Perlembagaan, mereka\u00a0 kene menanggung sendiri semua perbelanjaan sekolah ini dan bukannnya kerajaan d\nalam pada itu, Ridhuan Tee tidak menolak kemungkinan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pula akan diiktiraf selepas ini.\n\n\nLebih-lebih jika sokongan orang Cina kembali kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/pas-kekal-pertahankan-perikatan-nasional/", "title": "PAS Kekal Pertahankan Perikatan Nasional", "body": "0\n\n\n(\n Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Pas berpegang dengan keputusan untuk melebarkan Muafakat Nasional (MN) dan meneruskan kerjasama yang terjalin antara parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN).\n\n\nItu pendirian yang ditegaskan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. \nJelas Abdul Hadi, agenda bagi memperkukuhkan PN dalam kerajaan merupakan persetujuan bersama.\n\n\nMemetik tulisannya dalam ruangan \u2018Minda Presiden\u2019 yang dimuat naik di laman Facebook rasminya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerkataan \u2018Rahmah\u2019 pada menu tidak halal kurang sesuai\n\n\n\n\n\n\nSPRM buat siasatan forensik terhadap akaun UiTM\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : jijik, cemari kesucian Ramadan \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nKeputusan status Islam, pengiktirafan terhadap Mahkamah Syariah\n\n\n\n\n\n\nMKN Ambil Alih Banjir, NADMA Lembap?\n\n\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi menambah, bagi meneruskan kelangsungan perubahan dalam politik, semua parti harus bergabungan dengan PN b\nerlapang dada menerima asas penting dalam Perlembagaan Persekutuan dan menolak mana-mana parti yang berpendirian bercanggah daripada itu.\n\n\n\u00a0\n\n\nTan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS berkata :\n\n\n\u201cPAS pernah bersama UMNO menubuhkan Barisan Nasional (BN) yang sudah tidak berfungsi secara berasingan yang telah ditolak dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Maka, PN ialah pembaharuannya dalam bentuk yang lebih besar,\u201d\n\n\nAbdul Hadi menambah, perjuangan PAS bukanlah atas dasar nasionalisme yang sempit sebaliknya aqidah perjuangan parti itu adalah berlandaskan Islam.\n\n\nOleh itu, masyarakat Malaysia yang didominasi bangsa Melayu yang beragama Islam berusaha menyatukan bangsa itu bermula dengan penyatuan tiga parti besar iaitu UMNO, BERSATU dan PAS dalam MN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/03/tidak-realistik-dan-bebankan-peminjam/", "title": "Tidak Realistik Dan Bebankan Peminjam", "body": "0\n\n\n\n\n(\nKetua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad \n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 3 JANUARI\n \u2013 Meskipun institusi kewangan menawarkan moratorium kepada mangsa banjir, namun cadangan supaya rakyat membuat pembiayaan peribadi tanpa faedah disifatkan tidak realistik.\n\n\nKetua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad berkata\u00a0 desakan sesetengah pihak supaya kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan wang simpanan mereka juga bukan satu penyelesaian bijak.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiga Jawatan TPM Bakal Dimasukkan Dalam Manifesto BN Sabah \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nMohd Shuhaily dilantik Pengarah JSJ baharu \u2013 PDRM\n\n\n\n\n\n\nPeniaga luah rasa kesal harga barang mentah meningkat\n\n\n\n\n\n\nPEMUDAH ditambahbaik, Malaysia destinasi mesra perniagaan \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nMAIS Gagal Kembalikan Status Islam 5 Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Penerangan Berjasa, Hazwan Mohamad berkata :\n\n\n\n\n\u201cNegara tua tidak dapat tidak, akan dikaitkan dengan golongan pesara. Sekiranya golongan ini tidak mempunyai simpanan hari tua yang kukuh dan mencukupi, maka beban tanggungan itu bakal beralih kepada generasi muda (anak-anak).\u201d\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBeliau berkata, negara bakal menghadapi status negara tua\u00a0 pada tahun 2030 yang secara tidak langsung memberi impak dari sudut sosial dan juga ekonomi.\n\n\nBerikutan itu, kerajaan perlu memiliki perancangan penjanaan persaraan yang baik\u00a0\nuntuk rakyat sebagai salah satu persediaan menghadapi \u2018ageing population\u2019 kelak.\n\n\nJelasnya, Generasi muda ini pula akan berhempas pulas mencari rezeki untuk diri sendiri, keluarga yang bakal dibina dan tanggungan orang tua mereka.\n\n\nGenerasi muda ini jugalah yang bakal berdepan dengan inflasi, kos sara hidup yang semakin tinggi dan gaji buruh yang tidak menunjukkan akan berlaku peningkatan yang ketara pun.\n\n\nHazwan menegaskan, semua perkara itu akan menatijahkan impak sosial dan ekonomi yang tidak genting untuk generasi masa hadapan.\n\n\nAtas sebab itu, beliau tidak bersetuju dengan cadangan dan desakan untuk membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan KWSP mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/7-negeri-catat-14344-mangsa-banjir/", "title": "7 Negeri Catat 14,344 Mangsa Banjir", "body": "0\n\n\n( 7 negeri catat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara setakat pagi tadi menerusi portal JKM / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 14, 344 mangsa banjir daripada 4, 346 keluarga ditempatkan di 201 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan tujuh negeri yang dilanda bencana itu, setakat pagi tadi.\n\n\nMenerusi portal Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan Johor mencatatkan angka tertinggi mangsa banjir iaitu 5, 310 mangsa daripada 1,470 keluarga di 82 PPS yang dibuka.\n\u00a0\n\n\nDi Sabah, 2, 698 mangsa banjir daripada 1,123 keluarga di 24 PPS. \nManakala Di Melaka, seramai 2,648 mangsa daripada 687 keluarga ditempatkan di 22 PPS, diikuti Pahang 1,830 mangsa dari 552 keluarga di 48 PPS.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN tidak masuk campur isu politik BN di Melaka\n\n\n\n\n\n\nKes positif Covid-19 menurun kepada 5,809\n\n\n\n\n\n\nPelantikan Izzah, sah undang-undang tapi salah dari sudut moral \u2013 Hassan Karim\n\n\n\n\n\n\nDatuk Hasanah Abdul Hamid meninggal dunia akibat kanser hati\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tinggi benarkan semakan kehakiman Swatch cabar rampas jam dikaitkan LGBT\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi negeri Terengganu,\n 19 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di dua PPS, dan Selangor, seramai 40 mangsa daripada 12 keluarga ditempatkan di dua PPS.\n\n\nDalam perkembangan lain, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengekalkan amaran hujan berterusan kategori buruk dan waspada di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sabah, sehingga tengah malam ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/90-jangkitan-varian-delta-di-kelantan/", "title": "90 Jangkitan Varian Delta Di Kelantan", "body": "0\n\n\n(\nPengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin \n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 Jangkitan kes varian Delta di Kelantan kini membimbangkan apabila 60 kes direkodkan dalam masa sembilan hari sejak 26 Disember lalu sehingga semalam.\n\n\nPengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kes berkenaan dikesan menerusi kajian berterusan makmal Kementerian Kesihatan (KKM).\n\n\n Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJamal Abdillah akur dan serahkan kepada bekas isteri\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat khas namakan calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan\n\n\n\n\n\n\nKerja Pembersihan Dijalankan Pasca Banjir\n\n\n\n\n\n\nPegawai Tugas-Tugas Khas PM dilantik CEO Yadim\n\n\n\n\n\n\nKemenangan Mohd Johari di DUN Tioman bukti gabungan BN, PH diterima rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u201cVarian ini sudah lama berada dalam komuniti kita dan jangkitannya terlalu cepat jika individu yang positif tidak mengambil langkah kuarantin diri,\u201d\n\n\nBeliau berkata, jumlah keseluruhan kes varian Delta dicatatkan di negeri ini sebanyak 170 kes. \nPenularan varian Delta yang tinggi dalam masa sembilan hari amat membimbangkan memandangkan varian berkenaan berbahaya dan cepat merebak.\n\n\nDr Zaini berkata, kes jangkitan varian Beta yang dikesan di negeri ini sehingga semalam adalah sebanyak 27 kes. \nKatanya, keseluruhan jangkitan kes varian Delta serta Beta adalah sebanyak 197 kes dan setakat ini tiada kes membabitkan varian Omicron.\n\n\nAngka harian positif covid-19 pada 3 Januari merekodkan jumlah di bawah paras 3,000 iaitu 2,690 kes. \nIni menjadikan jumlah kumulatif mangsa yang dijangkiti Covid-19 di Malaysia sebanyak \n2,767,044\n kes. \n\n\nUntuk pecahan kes mengikut negeri akan dimuatnaik menerusi portal covid now selepas tengah malam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/banyak-parti-politik-akur-kerana-dambakan-undi/", "title": "Banyak Parti Politik Akur Kerana Dambakan Undi", "body": "0\n\n\n(Rentetan berkenaan kemungkinan tidak meolak Sijil Peperiksaan\u00a0 Bersepadu (UEC) akan diiktiraf / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 Rentetan keputusan saman keabsahan sekolah vernakular tidak bercanggah dengan perlembagaan, pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak menolak kemungkinan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pula akan diiktiraf selepas ini.\n\n\nMalah dalam penghakiman kes yang menyebut \nsekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam, maka kata beliau secara tidak langsung \nsokongan orang Cina didakwa akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.\n\n\nBagi\u00a0 Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam,\u00a0 Aminuddin Yahaya perkara ini boleh menjadi satu bahan politik demi memenuhi kehendak kelompok yang mahukan suara merek didengari.\n\n\n(Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya ketika dihubungi TV Pertiwi bagi mengulaskan berkenaan isu UEC ini/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nAminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA berkata :\n\n\n\u201cMasalah bukan UEC sahaja, serba serbi yang diorg mintak ni mereka akan dapat jugak. Semua parti, bukan parti BN sahaja, baik PN, baik PH, baik semualah termasuk PAS pun sama-sama mendambakan undi mereka ini. Jadi mereka boleh buat apa saja yang mereka nak. Dan saya yakin parti2 melayu ni akan bagi ruang pada mereka. Jadi tidak ada masalah lah bagi mereka untuk mendapatkan tuntutan itu. Yang masalah orang kita. Ekonomi makin mundur, orang kita jugak. Tanah makin hilang, orang kita juga. Jadi mereka boleh buat apa saja, yet mereka dapat apa yang mereka mintak\u201d\n\n\nTambahnya, jika keadaan ini berterusan, bukan masalah sebegini sahaja, malah hal-hal berkaitan agama juga akan turut dikompromikan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/bapa-cederakan-anak-dengan-kabel-elektrik-dipenjara-3-tahun/", "title": "Bapa Cederakan Anak Dengan Kabel Elektrik Dipenjara 3 Tahun", "body": "0\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendera anak perempuan berusia lapan tahun, akhir bulan lalu.\n\n\nTertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menganiaya anak perempuan kandung berusia lapan tahun itu dengan cara memukul menggunakan sebatang kabel sehingga mendatangkan kecederaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/bukan-badan-awam-perlu-dialihkan-peruntukan-kepada-sk/", "title": "Bukan Badan Awam , Perlu Dialihkan Peruntukan Kepada Sk", "body": "0\n\n\n( Bukan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 Tindakan kerajaan memberi peruntukan kepada sekolah vernakular \u2013 iaitu bukan pihak berkuasa awam \u2013 ibarat menganaktirikan institusi pendidikan milik Kementerian Pendidikan yang masih daif.\n\n\nItu pula pandangan Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Kamal Shukri Abdullah Sani.\n\n\nMenurut Kamal sebagai badan swasta, sekolah tersebut seharusnya membiayai sendiri semua perbelanjaannya dan tidak menggunakan atau memohon peruntukan kerajaan.\n\n\n( Kamal Shukri Abdullah Sani, Pengerusi Biro Pembangunan Ummah Dan Komuniti/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKamal Shukri Abdullah Sani, Pengerusi Biro Pembangunan Ummah Dan Komuniti berkata :\n\n\n\u201cTidakkah sebenarnya peruntukan yang besar itu sepatutnya disalurkan kepada ribuan sekolah kerajaan sendiri yang masih daif terutama di kawasan pedalaman semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak?\u201d\n\n\nKamal berkata, banyak taikun yang kaya-raya boleh dan sedia membantu mereka pada bila-bila masa sahaja.\n\n\nLebih lebih lagi dasar dan sikap kebanyakan mereka tidak mahu meraikan bahasa rasmi negara sebagai bahasa penghanta apabila kurikulum yang tidak berkiblatkan negara ini seperti UEC misalnya.\n\n\nJusteru, beliau menyarankan segala peruntukan untuk sekolah tersebut dialihkan sepenuhnya bagi memperkasakan sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah yang sedia mematuhi kurikulum, falsafah pendidikan dan bahasa kebangsaan.\n\n\nJelasnya, selain daripada agensi kerajaan dan badan awam, tentunya tidak menjadi kewajipan serta tanggungan pihak kerajaan untuk memberikan sebarang bantuan kewangan apatah lagi peruntukan khusus daripada belanjawan negara pada setiap tahun.\n\n\nTambahnya, jika hal ini diambil kira maka apakah statusnya segala peruntukan tahunan berjumlah jutaan ringgit daripada belanjawan negara yang cukup banyak yang diberikan secara tetap setiap tahun kepada bukan badan awam selama ini seperti sekolah vernakular tersebut yang dikelaskan sebagai bukan badan awam.\n\n\nKamal berpandangan bahawa tidak mustahil pihak kerajaan dan KPM terdedah kepada tindakan undang-undang susulan keputusan mahkamah baru-baru ini menyatakan sekolah vernakular bukan bersifat badan awam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/cadangan-penubuhan-jawatankuasa-siasatan-khas-tan-sri-azam-baki/", "title": "Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Siasatan Khas Tan Sri Azam Baki", "body": "0\n\n\n(\nKetua Pesuruhjaya SPRM, \n\u00a0\nTan Sri Datuk Seri Azam Baki didakwa atas pertuduhan miliki saham korporat\n\u00a0/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 Peguam Kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla mencadang agar Jawatankuasa Siasatan Khas \u2018Special Task Force\u2019 diwujudkan bagi menyiasat kes melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, \n\u00a0\nTan Sri Datuk Seri Azam Baki.\n\n\nIni berikutan terdedahnya pertuduhan serius berkaitan dengan dakwaan terhadap Tan Sri Azam Baki kerana memiliki saham korporat dalam jumlah yang melampau.\n\n\nDifahamkan perkara itu bercanggah dengan peruntukan perundangan yang terikat kepada pengkhidmatan awam berkaitan milikan saham korporat.\n\n\n( Haniff Khatri / sumber : TV Pertiwi)\n\n\n\u00a0\nMohamed Haniff Khatri Abdulla , Peguam berkata :\n\n\n\u201c\u2026. Dengan penuh rendah diri mengesyorkan\u2026\n\u2026 Bagi mengendalikan siasatan ini\u2026\u201d\n\n\nJelasnya, terma pembentukan dan keanggotaan yang perlu untuk \u2018task force\u2019 ini adalah agar siasatan telus, lengkap dan penuh berintegriti dilakukan tanpa menjejaskan hak mana-mana pihak sama ada Pengadu, Agensi mahupun pihak Yang Diadu.\n\n\nDalam pada itu, Haniff Katri memohon sebarang kenyataan mengenai perkara ini oleh pihak dalaman SPRM perlu dihentikan kerana ia dikhuatiri menganggu siasatan dan secara tidak langsung mengucar-kacirkan kedaulatan perundangan di negara ini.\n\n\nMohamed Haniff Khatri Abdulla berkata lagi bahawa :\n\n\n\u201c\u2026. Baru-baru ini terdapat pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa individu yang merupakan ahli-ahli panel Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta SPRM ataupun Akta 694\n\u2026 Memporak perandakan atau tidak sihat terhadap konsep kedaulatan undang-undang\u2026"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/fenomena-banjir-gelombang-kedua/", "title": "Fenomena Banjir Gelombang Kedua", "body": "0\n\n\n( Tinjauan oleh kru TV Pertiwi berikutan fenomena banjir berpunca ban pecah/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh Ruszaini Ruslan, wartawan TV Pertiwi.\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 Ban berdekatan rumah pam Kampung Rancangan Tanah Belia, Bukit Changgang, Kuala Langat, dilaporkan pecah semalam.\n\n\nKejadian itu mengakibatkan air Sungai Langat mula memasuki kawasan tali air berdekatan kampung tersebut menyebabkan banjir di beberapa kawasan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTerserah RoS putuskan keabsahan PAU 2022 \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nTiada mogok di Klinik Kesihatan Bangi\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi masih belum dipanggil ke Bukit Aman\n\n\n\n\n\n\nJenazah dikebumi di London, hajatnya disemadikan di kota terakhir meninggal\n\n\n\n\n\n\nAjaran sesat SiHulk pengaruh anak muda, hidup mewah di luar negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi mendapatkan situasi terkini keadaan di sana kita terus bersama Ruszaini Ruslan sekarang ini di lokasi. Silakan Ruszaini.\n\n\n(( Wartawan, Ruszaini Ruslan berada di lokasi Labohan Dagang / sumber : TV Pertiwi))\n\n\nSILA IKUTI PERKEMBANGAN DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/hujan-berterusan-dijangka-sehingga-esok/", "title": "Hujan Berterusan Dijangka Sehingga Esok", "body": "1\n\n\n( Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan amaran cuaca buruk tahap jingga iaitu hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga esok.\n\n\nAgensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini memaklumkan daerah yang terlibat ialah Rompin di Pahang dan Mersing di Johor.\n\n\nKenyataan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap kuning yang diramal berlaku di Kemaman (Terengganu), Maran, Kuantan, Bera, Pekan (Pahang), Kuala Pilah, Rembau, Jempol, Tampin (Negeri Sembilan) dan Melaka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMajikan dera amah, kerja 15 bulan tanpa gaji\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Pulihkan kedudukan kewangan, jaga keperluan rakyat \u2013 KM Sabah\n\n\n\n\n\n\nBersatu Tidak Bertanding Di PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri angkat sumpah Menteri Besar Terengganu\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Terus Menurun, Bawah 40,000 Orang\n\n\n\n\n\n\n\n\nAmaran tahap waspada itu turut diberikan kepada beberapa kawasan iaitu Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru (Johor) dan Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran (Sabah).\n\n\nDalam pada itu NADMA turut menyarankan supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan Daerah diaktifkan di kawasan yang berisiko tinggi selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana.\n\n\nKenyataan itu juga berkata, pihak jawatankuasa itu juga dimohon untuk memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai segala aset pengoperasian mencukupi serta berada di dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/kerajaan-cadang-tambah-siren-banjir-dilengkapi-amaran-suara/", "title": "Kerajaan Cadang Tambah Siren Banjir Dilengkapi Amaran Suara", "body": "0\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 Kerajaan bercadang menambah jumlah siren yang dilengkapi amaran suara di lokasi-lokasi berisiko berlakunya bencana banjir untuk mengarahkan penduduk berpindah.\n\n\nPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata ia merupakan antara cadangan penambahbaikan menghadapi bencana banjir yang dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Task Force Pengurusan Pasca Banjir Bencana Monsun Timur Laut 2021/2022 (MTL 2021/2022) dipengerusikannya hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/penduduk-di-lima-negeri-diminta-waspada/", "title": "Penduduk Di Lima Negeri Diminta Waspada", "body": "0\n\n\n( Antara 5 negeri yang diminta berrwaspada iaitu Pahan, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 Jabatan Pengairan dan Saliran JPS memberi amaran bahaya bagi \nbeberapa batang sungai di beberapa negeri yang melepasi paras yang ditetapkan.\n\n\nAntaranya di Pahang, \nparas air Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang di Bera, Stesen Paya Gintong di Jerantut dan Sungai Pahang, Kuala Krau di Temerloh berada pada tahap bahaya dengan trend menaik.\u00a0\n\n\nMangsa banjir, juga menunjukkan peningkatan di pusat pemindahan sementara PPS di Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah terus mencatat peningkatan pagi ini berbanding semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRapid Rail Sdn Bhd Mohon Maaf Kerana Kesulitan\n\n\n\n\n\n\nInflasi : Rakyat Perlu Urus Kewangan Sebaiknya \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nBekas setiausaha politik didakwa terima suapan lebih RM400,000\n\n\n\n\n\n\nTun M pertimbang bertanding pada PRN wakili Putra\n\n\n\n\n\n\nPenubuhan pasukan khas D11 bantu banteras aktiviti pornografi kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, di Pahang, hujan berterusan menyebabkan pertambahan mangsa iaitu 2,188 masih berada di 51 PPS pada awal pagi ini, membabitkan lapan daerah.\n\n\nDi Johor pula, Batu Pahat menjadi daerah ketujuh dan terbaharu terjejas banjir di negeri ini apabila 42 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) balai raya Kampung Haji Kamisan, setakat tengah hari ini.\n\n\nSungai di Segamat iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah dan Sungai Segamat di Bandar Segamat mencatat tahap bahaya dengan trend menaik manakala Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak berada tahap bahaya dengan tidak menunjukkan perubahan.\n\n\nSementara itu, di Sabah, jumlah mangsa terus meningkat kepada 2,435 daripada 874 keluarga setakat pagi ini berbanding 1,823 mangsa daripada 599 keluarga malam tadi. \nSekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan setakat ini sebanyak 23 PPS dibuka enam daerah di negeri ini sejak Jumaat lalu.\n\n\nDalam pada itu, di Selangor, dua PPS di daerah Kuala Langat yang menempatkan 40 mangsa kembali dibuka semalam. \nMenurut JPS, Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat, juga berada pada tahap bahaya tetapi dengan trend menurun.\n\n\nDi Melaka, jumlah mangsa meningkat kepada 2,537 mangsa daripada 656 keluarga setakat jam 8 pagi ini berbanding 1,778 mangsa daripada 462 keluarga pada jam 8 malam tadi.\n\n\nSungai Melaka di Melaka Pindah, Alor Gajah mencatat tahap bahaya tetapi dengan trend menurun, sungai sama di Batu Hampar, Melaka Tengah mencatat tahap bahaya dengan trend menaik manakala Sungai Kesang di Telok Rimba, Jasin pula mencatat tahap bahaya dengan tidak menunjukkan perubahan.\n\n\nDi Terengganu, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, jumlah mangsa banjir kekal 137 orang daripada 42 keluarga pagi ini di dua PPS di Dungun."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/penguasa-kanan-sprm-didakwa-pecah-amanah/", "title": "Penguasa Kanan Sprm Didakwa Pecah Amanah", "body": "0\n\n\n( Penguasa Kanan SPRM didakwa pecah amanah/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 Ini pula mengenai kes pendakwaan berhubung kes rasuah terhadap penjawat awam.\n\n\nSeorang Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini\n atas pertuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang berjumlah 6.94 juta Dolar atau hampir RM25 juta.\n\n\nTertuduh Shahrum Nizam Baharuddin berusia 41 tahun, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMohamad fokus siapkan kapal LCS secepat mungkin\n\n\n\n\n\n\nTelah Diperbetulkan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi sindir pelantikan Anwar, PH menang \u2018dalam masa kecederaan\u2019\n\n\n\n\n\n\nPm Arahkan Sidang Media Harian Ops Banjir Oleh Agensi\n\n\n\n\n\n\nDAP tidak perlu minta maaf, henti timbul isu \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan kertas pertuduhan, Shahrum didakwa sebagai penjawat awam iaitu Penguasa Kanan SPRM, Gred P 44 dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas matawang 6.94 juta dolar Amerika\u00a0 dan melakukan pecah amanah terhadap harta berkenaan.\n\n\nDia dituduh melakukan kesalahan itu di Bilik Ketua Cawangan Tindakan Khas (CTK) Aras 14, Blok C, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya antara 17 Disember 2018 dan 9 April 2019.\n\n\nPendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda.\n\n\nMahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula kes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/polis-selangor-hulur-bantuan-membersihkan-kediaman-mangsa-banjir/", "title": "POLIS SELANGOR HULUR BANTUAN MEMBERSIHKAN KEDIAMAN MANGSA BANJIR", "body": "0\n\n\nSepasukan Polis dari IPD Ampang Jaya bantu mangsa banjir di Kajang | FOTO: Polis Selangor\n\n\nSepasukan Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menghulurkan bantuan bagi membantu mangsa-mangsa banjir membersihkan kesan lumpur di sekitar kediaman mereka di Batu 14, Hulu Langat, pagi tadi.\n\n\n\u00a0\n\n\nBantuan tersebut telah diketuai oleh Seorang Pegawai Kanan dan 47 anggota polis dari IPD Ampang Jaya\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPendakwa Raya Fail Afidavit Bukti Baharu Tiada Kaitan Elemen Kes Jenayah Rasuah Najib\n\n\n\n\n\n\n10 Jam Keluarkan Mangsa Daripada Timbunan Runtuhan Di Cameron Highlands\n\n\n\n\n\n\nMangsa \u2018berputih mata\u2019 rugi puluhan ribu ditipu sindiket\n\n\n\n\n\n\nPilihan Raya Tetap Diadakan Dalam Penggal Kelima \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\nBekas Perdana Menteri Dimasukkan Ke IJN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSepasukan Polis dari IPD Ampang Jaya bantu mangsa banjir di Kajang | FOTO: Polis Selangor\n\n\nBantuan pasca banjir ini bertujuan untuk meringgankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir dan ini selari dengan motto PDRM.\n\n\nSemalam, TV Pertiwi melaporkan Kawasan di sekitar Hulu Langat mula dinaiki selepas hujan tanpa henti sejak kelmarin.\n\n\nJabatan Meteorologi (MET Malaysia) melaporkan jangkaan hujan berterusan sehingg hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/rayuan-azmin-batal-saman-pengundi-gombak-ditetap-untuk-pengurusan-kes/", "title": "Rayuan Azmin Batal Saman Pengundi Gombak Ditetap Untuk Pengurusan Kes", "body": "0\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 Rayuan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan saman yang dikemukakan 10 pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak terhadapnya atas dakwaan menipu dan melanggar kewajiban fidusiari sebagai ahli Parlimen kawasan itu, ditetapkan untuk pengurusan kes pada Isnin ini.\n\n\nPerkara ini disahkan peguam Nizamuddin Hamid yang mewakili Mohamed Azmin dan peguam N.Yohendra yang mewakili pengundi itu, semasa dihubungi Bernama selepas kes tersebut didengar secara dalam talian di hadapan tiga Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk S. Nantha Balan dan Datuk Nordin Hassan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/suhakam-jangan-gadai-islam-perlembagaan-iktiraf-identiti-songsang/", "title": "SUHAKAM, Jangan Gadai Islam & Perlembagaan Iktiraf Identiti Songsang", "body": "0\n\n\n(SUHAKAM, jangan gadai Islam / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh Ezzati Asyiqin, wartawan TV Pertiwi.\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 Akhir-akhir ini terdapat pertambahan identifikasi diri yang menolak identifikasi sedia ada dan juga menafikan seksbiologi.\n\n\nGerakan itu\u00a0 secara tidak langsung melanggar fitrah jantina manusia yang diciptakan Allah iaitu lelaki atau perempuan atau khunsa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMOTAC Giat Semarakkan Aktiviti Pelancongan, Seni dan Budaya Tahun Ini\n\n\n\n\n\n\nUMNO Kubu Kuat Di Melaka\n\n\n\n\n\n\nJAIS batal kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong\n\n\n\n\n\n\nBanjir tidak berlaku tapi saya ditohmah \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nMalaysia berminat sertai pembangunan IKN Nusantara dengan potensi nilai RM1b\n\n\n\n\n\n\n\n\nGaya hidup itu semakin ketara diperkenal dengan pelbagai terminologi seperti \u00a0 Lesbian, Gay, Bisekual, Transgender dan juga queer atau lebih dikenali sebagai LGBTQ.\n\n\nTidak setakat itu\u00a0 \u2013 ada lagi tambahan identiti songsang dengan kategori terbaharu iaitu\u00a0 non-binary, yang menolak mana-mana jantina\u00a0 sama ada lelaki atau perempuan, yang cuba diserap atas nama kebebasan manusia.\n\n\nWartawan Ezzati Asyiqin Solleh menyingkap permasalahan kecelaruan jantina abad ini.\n\n\nNon binary \natau hujah tatabahasa, gender ketiga ini tidak mengakui sama ada lelaki ataupun perempuan\n.\n\n\nMenurut Profesor Madya Doktor Rafidah Hanim Moktar yang juga \nPresiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) gerakan itu sekaligus mengkucar-kacirkan sistem masyarakat.\n\u00a0\n\n\nMalah, membangkitkan ideologi pemikiran baharu yang nyata bercanggah terutama bagi orang Islam yang ditunjuk ajar mengikut sunnatullah dan sunnah Rasulullah.\n\n\n( \nDR Rafidah Hanim Mokthar, \nPresiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) \n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nDR Rafidah Hanim Mokthar, \nPresiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) berkata :\n\n\n\u2018\u2019\u2026dia bukan lelaki dia bukan perempuan, mereka menggunakan Bahasa mengidentifikasikan wanita sebagai she, lelaki sebagai he jadi untuk orang sebegini mereka kata mereka taknak guna he ataupun she mereka nak gunakan it ataupun they. Satu konsep yang sebenarnya sangat asing dan kita melihat ia sebagai satu bentuk apa nama kita panggil ideologi pemikiran yang kalau kita di Malaysia tidak berhati-hati ia akan mengganggu banyak perkara daripada segi agama Islam kita daripada segi undang-undang, daripada segi hubungan sosial dan banyak lagi system\u2026\u2019\u2019\n\n\nMeskipun di\u00a0 Malaysia belum wujud\u00a0 golongan yang menuntut jantina\u00a0 ketiga ini, namun terdapat cubaan untuk diperkenalkan dalam kelompok sosio budaya negara antaranya diperjuangkan melalui artis antarabangsa, yang mudah menyelinap masuk dalam pengaruh golongan muda.\n\n\n\u201c\u2026.Antara contoh ataupun selebriti terkenal yang menggunakan konsep non-binary ini adalah penyanyi lagu frozen, demi levato. Tak silap saya apabila konsep ini mula mendapat perhatian daripada barat dia menggangu banyak perkara kerana saya ambil jika kita tidak menggunakan hujah agama pun dia menjadikan sesuatu yang mengkucar-kacirkan sistem masyarakat. \u2026\u2019\u2019\n\n\nJusteru katanya apa sahaja usaha untuk memperkenalkannya harus ditentang, apatah lagi\u00a0 apabila ada badan yang secara tidak sedar menormalisasikan budaya itu\u00a0 yang jauh menyimpang dengan perlembagaan negara ini.\n\n\n\u2018\u2019\u2026Oleh sebab itulah apabila konsep non-binary ini mula diperkenalkan dalam proposal SUHAKAM saya rasa ia lebih kepada perkara promosi daripada membela nasib seseorang sebab bendanya tak ada lagi di Malaysia. Jadi kita rasa amt tidak wajarlah bagi suatu pertubuhan hak asasi walaupun ianya bersifat Suruhanjaya untuk membawa idea yang tidak selari dengan\u00a0 perlembagaan persekutuan Malaysia, dan tidak selari dengan agama dan bukan sahaja Agama Islam saya banyak bicnang dengan sahabat-sahabat beragama krisitian dan juga budhist dan hindu mereka juga mengatakan bahawa adalah sesuatu yang amat pelik untuk seseorang individu tidak mempunyai sebarang jantina pengenalan \u2026\u2019\u2019\n\n\nMenurut Doktor Rafidah lagi, dari sudut perundangan banyak klausa yang meliputi pelbagai aspek diperuntukkan kepada jantina yang diiktiraf iaitu lelaki atau perempuan, baik undnag undnag sivil atau syariah.\n\n\n\u2018\u2019\u2026bahkan dalam kata SUHAKAM sendiri pun untuk klausa pemilihan pesuruh jaya, pesuruh jaya hendaklah terdiri daripada lelaki dan perempuan yang memenuhi kriteria. Jadi dekat situ pun boleh dicabar apabila kita memperkalkan non-binary dalam masyarakat kerana orang yang dia tidak mahu dikenali sebgai lelaki atau perempuan akan mencabar undang-undang ini\n\n\nMenjelaskan lebih lanjut, tindakan SUHAKAM yang cuba mempromosikan gender ketiga ini sangat dikesali kerana sepatutnya SUHAKAM menolak kriteria ini sebagai salah satu\u00a0 pematuhan kepada prinsip yang ditetapkan \nNational Human Rights Institutions (NHRI).\n\n\n\u2018\u2019.. bagi NHRI ni ada satu badan yang mengawal selianya dan merek memberi pemarkahan kepada NHRI seperti SUHAKAM ni dan semua negara-negara yang menyertai proses penilaian hak asasi UN. Kita sepatutnya ada identiti sendiri dan menyelesaikan masalah kita sendiri kita tak sepatutnya mengikuti step- by steps yang ditetapkan oleh Paris Principle jika kriteria tersebut tidak selari ataupun bertentangan dengan identity negara Malaysia . Jika tidak pun SUHAKAM seharusnya kental dan jangan mengangguk dengan pematuhan itu dan menggadai nilai Islam dan juga perundangan Malaysia sebagai negara berdaulat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/04/taubat-seorang-gay/", "title": "Taubat Seorang Gay", "body": "1\n\n\n( Saiful bukan nama sebenar / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh Ezzati Asyiqin, Wartawan TV Pertiwi.\n\n\nSELASA, 4 JANUARI\n \u2013 Wartawan Ezzati juga menyelami luahan individu yang pernah terpalit budaya songsang ini.\n\n\nBeliau yang bersetuju ditemui Tv Pertiwi,\u00a0 berkongsikan kisahnya untuk dijadikan iktibar buat masyarakat. \nSaiful bukan nama sebenar,\u00a0 berusia lingkungan 50-an.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJemaah Haji Kongsi Pengalaman Manis Setelah 2 Tahun Pandemik\n\n\n\n\n\n\nKPM pantau, elak ibu bapa terbeban yuran PIBG\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan SOP pengembara China esok\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi Hadi keluarkan amanat halalkan ajaran menyimpang\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Negara Gagal Fahami Sentimen Rakyat \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau dahulunya seorang pengamal budaya songsang atau lebih spesifik\u00a0 pengamal gay namun kini Kembali ke pangkal jalan. \nSetelah dirinya diperlakukan dan sering dianiaya oleh individu lain, ia sebaliknya menimbulkan keseronokan.\n\n\nSaiful (Bukan Nama Sebenar), Bekas Pengamal Gay berkata :\n\n\n\u2018\u2019\u2026 sebenarnya saya sendiri pada awal usia darjah lima telah diperkosa membuatkan satu titik hitam bagi saya sehingga membawa ke kekedewasaan dan membawa keketuaan. Untuk pengetahuan tuan-tuan, puan-puan. Bukan kehendak kita, bukan kita nak jadi sebegini tetapi mungkin faktor perlakuan kita dianiaya. Satu and then no dua seperti, lgbtq macam ni satu diperlakukan satu lagi didikan\n\u00a0\n\n\nMeningkat dewasa beliau semakin sedar perbuatan itu tidak sewajarnya diteruskan.\n\n\n\u2018\u2019\u2026 Sampai satu tahap saya terfikir sampai bila saya nak jadi macam ni sampai kita sendiri apabila benda tu kita tak suka, benda tu jadi tabiat kita jadi seronok. Saya senang cerita membela anak ikan, saya ada pasangan yang romantic. Bermakna kasih saying seseorang yang saya inginkan sangat-sangat berbeza\u2026benda ni berlarutan sampai saya berumur 40 tahun\u2026\n\n\n\u00a0\n\n\nDetik itu hatinya terpanggil untuk berhijrah dan kembali kepada fitrah.\n\n\n\u2018\u2019\u2026 Alhamdulillah masa tu usia saya di dalam lingkungan 42 tahun tak silap saya mengikuti kelas-kelas agama saya sebagai islam yang muslim tidak melakukan dosa. Tidak melakukan maksiat. So alhamdulillah apabila saya masuk ke kelas agama diberi ajaran yang sempurna sehingga ke hari ini.\n\n\nSyukur selepas penghijrahan, saiful memutuskan untuk mendirikan rumah tangga dan tealh pun dikurniakan dua cahaya mata.\n\n\n\u2018\u2019\u2026saya pun terfikir melihat sahabat-sahabat saya telah berumah tangga dan mempunyai anak sampai di situ terdetik hati saya sampai bila saya jadi macam ni ..\n\u2026 saya mengambil keputusan untuk berkahwin selepas saya berhijrah tu Alhamdulillah saya ada dua orang anak masih kecil lagi dan kehidupan saya sangagt memberangsangkan\u2026\u2019\u2019\n\n\nDitanya lanjut, beliau menjelaskan, dirinya\u00a0 bukan seorang pondan atau maknyah namun jiwa dan nalurinya cenderung menyukai lelaki namun masih mampu dikawal.\n\n\nMenyesal dengan apa yang telah terjadi saiful mengharapkan masyarakat sama sama supaya golongan berkenaan tidak terus tersesat jauh.\n\n\n\u2018\u2019\u2026masyarakat netizen-netizen banyak mengutuk dorang bila pandang jenis-jenis orang macam n ikan dorang akan pandang hina padahal bendanya boleh ditegur boleh dinasihati ada segelintir yang lari ke luar negara kerana apa kerana dorang tak tahan. Apa salahnya ahli jawatankuasa MAIS ke badan-badan berkanun ambil dorang ini dan pulihkan dorang dengan kemuliaan naikkan dorang untuk dijadikan sebagai pekerja yang berguna masukkan dorang dalam pengajian Insha Allah saya yakin kalau pihak-pihak MAIS atau JAKIM membuat satu program untuk Kembali ke asal. Insha Allah saya yakin kita boleh membanteras\n\n\nBagi pakar motivasi yang banyak membimbing golongan ini ke pangkal jalan, Haji Hushim Sallah berkata\u00a0 telah terang dan dinyatakan dalam Surah Al Araf tentang perlakuan-perlakuan songsang ini dilaknat oleh Allah dan dijelaskan di dalam surah Al Araf.\u00a0\n\n\n(Cr Hj Hushim Hj Salleh, Pakar Perunding Motivasi / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nCr Hj Hushim Hj Salleh, Pakar Perunding Motivasi berkata :\n\n\n\u2018\u2019\u2026dari sudut agama kita selalu. Kalau kita membaca surah Al- Araf, dalam Al Quran ada ya iaitu, ayat 80, 81,82,83,84 di mana Allah telah berfirman dalam Al Quran dikatakan bahawa orang-orang yang kita kata golongan-golongan LGBT ni memang dilaknat oleh Allah \u2026. Ditujukan kepada kaum bani Lut.\n\n\nUjar beliau, selaku kaunselor yang banyak mengendalikan kes golongan sebegini, kebanyakkannya mereka sedar dan tahu apa yang mereka lakukan adalah bertentangan dengan norma agama dan budaya.\n\n\n\u2018\u2019..mereka tahu benda ni \u2026.. Dalam surah al Araf ayat 80, dan kami utus Nabi Lut ingatlah ketika kami berseru kepadanya kenapa lakukan perkara keji homoseks.. Maka perhatikanlah akibatnya orang yang berdosa itu\u2026\u2019\u2019\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/2842-kes-baharu/", "title": "2,842 Kes Baharu", "body": "0\n\n\n( Jumlah Kes Baharu COVID-19 pada 4 Januari / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 Jumlah kes baharu COVID-19 pada 4 Januari mengalami sedikit peningkatan kepada 2, 842 kes berbanding 2,690 kes semalam.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Doktor Noor Hisham Abdullah berkata;\n\n\n\u201c\u2026. angka terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara mencapai 2,769, 886 kes.\n\n\nMaklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW selepas tengah malam. \nDalam pada itu, tiada penambahan dilaporkan mengenai kes Omicron dan jumlah keseluruhan varian itu di Malaysia kekal 64 kes.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDadah bernilai RM11 juta dirampas dalam serbuan\n\n\n\n\n\n\nTajaan biasiswa bidang perubatan, pergigian dan farmasi diteruskan\n\n\n\n\n\n\nKebakaran Jakel: Bomba fokus unsur sabotaj, sisa bara api\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria: Arkitek apartmen mewah ditahan selepas larikan diri\n\n\n\n\n\n\nPN tolak permohonan, PEJUANG zahir rasa dukacita\n\n\n\n\n\n\n\n\nDilaporkan kerajaan akan menanggung kos kuarantin jemaah umrah termasuk makan, minum dan pengangkutan dari lapangan terbang bagi jemaah yang pulang dari tanah suci.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, Jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta iaitu\u00a0 hotel yang disenaraikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atau stesen kuarantin yang diuruskan kerajaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/4-kes-omicron-dikesan-di-kelantan/", "title": "4 Kes Omicron Dikesan Di Kelantan", "body": "0\n\n\n(\nDatuk Dr Zaini Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan \n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin berkata Empat kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Kelantan.\n\n\nDr Zaini berkata, empat kes itu adalah mereka yang pulang dari Arab Saudi iaitu tiga daripadanya yang tiba pada 22 Disember dan seorang lagi pada 19 Disember lalu.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN peroleh manfaat jika UMNO terus goyah\n\n\n\n\n\n\nKuota Minyak Masak Bersubsidi Cukup\n\n\n\n\n\n\nKKM sasar bentang semula Rang Undang-Uundang Kawalan Produk Tembakau dalam masa terdekat\n\n\n\n\n\n\nDadah bernilai RM180,000 dirampas di Pasir Mas\n\n\n\n\n\n\nPakar undang-undang, forensik anggotai Jawatankuasa Khas siasat kematian kes Adib\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Dr Zaini Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan berkata :\n\n\n\u201cSemua mereka menjalani kuarantin seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah,\u201d\n\n\nJelasnya tiga individu dijangkiti COVID-19 varian Omicron kategori satu dan mempunyai gejala, manakala seorang lagi kategori satu tidak mempunyai gejala.\n\n\nTambahnya, Semua mereka menjalani kuarantin seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah.\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian ketika mengulas laporan daripada KKM yang dipaparkan di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan empat kes varian Omicron membabitkan penduduk dari Kelantan.\n\n\nSementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 31 kematian akibat COVID-19 sehingga tengah malam tadi, termasuk sembilan membabitkan kematian di luar hospital (BID).\n\n\nBerdasarkan laman sesawang COVIDNOW, kes kematian itu menjadikan jumlah keseluruhan 31,591 kes dengan 6,375 daripadanya adalah kes BID."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/562-keluarga-masih-di-pusat-pemindahan-sementara/", "title": "562 Keluarga Masih Di Pusat Pemindahan Sementara", "body": "0\n\n\n(562 kelaurga masih di pusat pemindahan sementara/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 Seramai 1,846 mangsa banjir daripada 562 keluarga masih ditempatkan di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi tadi.\n\n\nBerdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, jumlah itu membabitkan mangsa banjir dari Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin, Bera dan Raub.\n\n\nDalam pada itu, \nMetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Perak dan Selangor sehingga pukul 1 petang ini. \nEmpat sungai di Pahang masih merekodkan bacaan melepasi paras bahaya, masing-masing dua di Bera dan Pekan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSurat Tommy kepada kumpulan Sulu tidak dapat persetujuan Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor bubar 23 hari lagi\n\n\n\n\n\n\nLebih 6.1 Juta Individu Selesai Terima Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil alih siasatan jika ada unsur khianat nahas Elmina\n\n\n\n\n\n\nEnam Penghantar Makanan Foodpanda Dilepas Tanpa Bebas\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai berkenaan ialah Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera yang merekodkan 32.01 meter (m), berbanding paras bahaya 30.50m.\n\n\nSungai Bera di Jambatan Sungai Bera, merekodkan 26.43m, berbanding 26m, diikuti Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan mencatat bacaan 16.43m, berbanding 14.90m, manakala Sungai Pahang Tua di Rumah Pam Pahang Tua, Pekan merekodkan 10.65m, berbanding 9m.\n\n\nDi Johor pula, Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 5,399 orang pada jam 8 pagi berbanding 5,364 orang pada 4 pagi Rabu. \nExco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R Vidyananthan berkata, jumlah itu melibatkan 1,340 keluarga di 81 pusat pemindahan sementara (PPS).\n\n\nDaerah yang terjejas banjir ketika ini adalah Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Muar dan Batu Pahat. \nDan di Melaka Keadaan banjir semakin pulih selepas tujuh daripada 23 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan sebelum ini telah ditutup.\n\n\nAngka mangsa yang masih ditempatkan di 16 lagi PPS sekitar negeri itu juga berkurangan kepada 1,265 mangsa sehingga pagi ini berbanding 2,674 mangsa pada pagi Selasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/bagaimana-dana-awam-boleh-diberi-kepada-bukan-badan-awam-cikgu-izzat/", "title": "Bagaimana Dana Awam Boleh Diberi Kepada Bukan Badan Awam? \u2013 Cikgu Izzat", "body": "0\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 \u201cIni satu perkara sangat mengejutkan. Selama ini kita anggap sekolah vernakular sebagai sekolah awam.\n\n\n\u201cAda banyak faktor kita boleh katakan sekolah ini adalah sekolah kerajaan. Sebab itu kita lawan, saman pihak kerajaan kenapa sekolah kerajaan tidak mengamalkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan ataupun bahasa komunikasi. Itu perkara asas yang sebenar,\u201d\n\n\n\u201cMengejutkan rakyat Malaysia sebenarnya\u2026Bagaimana dana awam boleh diberi kepada bukan badan awam?\u201d\n\n\n-Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Cikgu Izzat Johari\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBalak Haram : \u2018Sampai Bila Nak Berdiam Diri ?\u2019 \u2013 Ustaz Fahmi Bazlan\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Inggeris, Adibah Noor Pelopor Penggunaan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nKanak-kanak \u2018tidak bernegara\u2019 dapat kerakyatan Malaysia\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid Wajar Tumpu Kes Mahkamah, Letak Jawatan\n\n\n\n\n\n\nTiga Kes Omicron Dikesan Di Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTonton diskusi penuh di:\n\nFacebook: \nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/459894188845068\n\n\nYoutube:\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=Q1n-kdhQhT8"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/jemaah-mahu-kerajaan-pertimbang-kos-dan-pilihan-tempat-kuarantin/", "title": "Jemaah Mahu Kerajaan Pertimbang Kos Dan Pilihan Tempat Kuarantin", "body": "0\n\n\n( Tangkapan skrin mengenai sebuah video viral berkenaan jemaah umrah tidak berpuas hati dengan kos kuarantin yang perlu dibayar sendiri/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 \u201cRamai jemaah ni semua taka da duit kitaorang pun dah 12 hari kuarantin di Madinah balik-balik dah kena kuarantin lagi. Bagi pilihan hotel tak kan 1 hotel saja buyers\u2026\u201d\n\n\nMenerusi satu hantaran video yang tular di media sosial dipercayai daripada salah seorang Jemaah umrah yang tiba di pada 3 Januari lalu, kelompok jemaah berkenaan meluahkan rasa kesal terhadap SOP yang ditetapkan.\n\n\nJemaah umrah berkenaan tidak berpuas hati dengan kos kuarantin selama tujuh\u00a0 hari di hotel yang telah ditetapkan pihak berkuasa. \nDipercayai Jemaah perlu membayar setiap seorang kos sebanyak RM250 hingga RM335 sehari.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS Tidak Kaji Kerjasama Dalam PN\n\n\n\n\n\n\nBoy Iman didakwa tipu jual tapak Hooray X Fest Raya\n\n\n\n\n\n\nTiada dalam senarai giliran punca jemaah haji B40, M40 bayar kos penuh\n\n\n\n\n\n\nSPRM tahan Muhyiddin, didakwa esok\n\n\n\n\n\n\nAngkat sumpah MB Negeri Sembilan berlangsung hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nDan kos keseluruhan selama tujuh hari itu lebih kurang RM2 ribu\u00a0 hingga hampir RM3 ribu untuk ditanggung sendiri. \nMereka mencadangkan supaya diberi pilihan lokasi kuarantin lain yang lebih berpatutan.\n\n\nVideo itu juga menyebut 280 jemaah berkenaan baru sahaja selesai kuarantin di Madinah selama 12 hari dengan kos RM3.5 ribu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/keputusan-diambil-demi-nyawa-rakyat-pm/", "title": "Keputusan Diambil Demi Nyawa Rakyat \u2013 PM", "body": "0\n\n\n(Perdana Menteri, Ismail Sabri turun padang ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Tandong, Buloh Kasap, Segamat Johor / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 keputusan Kementerian Kesihatan untuk menangguhkan ibadah umrah buat sementara waktu berkuat kuasa Lapan Januari ini, adalah untuk menjaga nyawa rakyat. \nDemikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\n\n\nBeliau juga akan mendapatkan laporan terperinci berkaitan keputusan itu, yang akan dibentangkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Mesyuarat Khas Kabinet, esok.\n\n\n\u00a0\nJelasnya, KKM akan membentang isu COVID-19 terutamanya berkaitan penularan varian Omicron termasuk keputusan yang dibuat mengenai umrah dalam Mesyuarat Khas Kabinet.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli Politik Terlibat Dalam Jawatankuasa Khas Rumah Berhala\n\n\n\n\n\n\nUMNO bakal lumpuh angkara Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan SRC Diteruskan Dalam Talian\n\n\n\n\n\n\nPDRM sekat sindiket tipu pelaburan kad SIM\n\n\n\n\n\n\nAnwar jelaskan tidak pernah mohon pengampunan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Datuk Seri Ismail meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Tandong, Segamat Johor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/masyarakat-perlu-tolak-kandungan-promosi-identiti-songsang/", "title": "Masyarakat Perlu Tolak, Kandungan Promosi Identiti Songsang", "body": "1\n\n\n( Masyarakat perlu tolak, kandungan promosi identiti songsang/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 Semalam kami menyiarkan kisah seorang gay yang kembali ke pangkal jalan dan mahukan masyarakat terus membantu mereka yang pernah terjebak dalam kehidupan songsang.\u00a0\n\n\nMelihat kepada senario identiti songsang yang semakin diterima oleh golongan muda khususnya, pencegahan terhadap budaya itu perlu dilakukan secara tuntas dan konsisten dan pastinya bukan sahaja masyarakat tapi dari rumah.\n\n\nApakah normalisasi LGBTQ itu sedang berlaku? \nWartawan Ezzati Asyiqin Solleh ada kupasannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia berminat sertai pembangunan IKN Nusantara dengan potensi nilai RM1b\n\n\n\n\n\n\nKPM Semak Semula Sukatan KSSR, KSSM \u2013 Radzi\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Rakus, Ingin Dapatkan Dana Dari Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nPembaikan Jambatan, Cerun Bukit Dan Jalan Raya Di Sungai Lui\n\n\n\n\n\n\nPerketat Kawalan Pintu Masuk Antarabangsa, Elak Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\n\n\nBergelar\u00a0 doktor perubatan dan juga pensyarah di universiti sains malaysia di Kubang Kerian Kelantan, tidak menghalang dirinya menyampaikan dakwah bagi kebaikan masyarakat Islam. \nDengan pengikut seramai, 100 ribu orang Dr. Syahir Musafir layak digelar Pempengaruh Media Sosial.\n\n\nMenurutnya masyarakat semakin tidak sensitif dengan kandungan identiti songsang sebaliknya seolah diraikan. \nHantaran beliau di facebooknya sebelum ini tular sehingga menerima lebih dua ribu perkongsian dan lima ribu sukaan.\n\n\nDalam penulisannya dr syahir menegur tindakan seorang remaja media influencer yang menggunakan akaun tiktok dengan mengajuk lakonan semula guru di sekolah.\n\n\nVideo remaja berkenaan kemudian tular dan disukai ramai tanpa menyedari\u00a0 pakaian silang yang dilakukan.\n\n\n( DR Syahir Musafir, Pempengaruh media sosial ketika dihubungi menerusi platform skype / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nDR Syahir Musafir, Pempengaruh Media Sosial berkata :\n\n\n\u2018\u2019.. media sosial ni bukan sahaja memberi kesan kepada audience tetapi memberi kesan kepada orang yang buat content tu sendiri so perkara begini saya nak minta masyarakat untuk lihat bahawa perkara yang salah dibuat oleh pembuat content maka masyarakat tak boleh nak sokong atau normalkan perkara itu sebab kita tak mahu content creator tu jadi seperti orang yang disimboliknya..\u2019\u2019\n\n\nUjar beliau masyarakat hari ini terang-terangan menolak pemakaian silang, atau lelaki berpakaian perempuan dan sebaliknya, dan tidak sensitif dengan isu sebegini.\n\n\n\u2018\u2019\u2026kita tidak mahu orang tu betul-betul mahu jadi macam tu tapi bila ada orang yang meniru membuat-buat gaya tu maka kita sokong sedangkan sebelum ni sedangkan sebenarnya bila kita sokong, sokongan kita tu boleh menukar orang itu seperti orang yang dilakonkan. Benda ni dah terbukti dah pun, asal dia buat suka-suka jadikan content buat lawak sahaja yang akhirnya betul-betul menukar dia di alam reality dia jadi perempuan\u201d\n\n\nBeliau juga bimbang apabila masyarakat khususnya ibu bapa mula berkongsi video berkenaan kepada anak-anak sebagai bahan jenaka namun tanpa sedar mengalakkan budaya berkenaan.\n\n\n\u2018\u2019\u2026 Bilamana mereka mula share bagitahu kat pelajar share kat pelajar hantar kat whatsapp\u00a0 upload video tu bukan sekadar share tapi upload video tu kat facebook diaorang dan sebagainya dan benda ni jadi trigger yang besar untuk saya fikir bahawa benda ni perlu ditegur \u2026perkara tu sangat besar kita tak boleh teruskan biar \u2026 ada orang tak akan bersetuju pun\u2026\u2019\u2019\n\n\nTambahnya peranan media sosial kini terlalu besar namun hilang kawalan apabila jatuh pada tangan yang tidak sepatutnya.\u00a0 \n\n\nGenerasi muda terlalu mengejar populariti sambil mahu menjana pendapatan tambahan, selain mahu ramai pengikut dan perkongsian. \nMalangnya\u00a0 perisian kandungan tidak diambil kira.\n\n\nPada akhir perbualan Doktor Syahir menyeru dirinya dan setiap individu\u00a0 bersama-sama menolak perkara yang salah dan tidak menormalisasikan budaya\u00a0 yang secara terang-terangan salah dari sisi agama dan budaya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/mohon-kerajaan-jangan-tangguh-sop-umrah-d-iperketat-papuh/", "title": "Mohon Kerajaan Jangan Tangguh, SOP Umrah Diperketat \u2013 PAPUH", "body": "0\n\n\n( \nPresiden \nPersatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham ketika dihubungi TV Pertiwi berkenaan penangguhan ibadah umrah\n\u00a0/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 Penangguhan ibadah umrah berikutan peningkatan kes Covid-19 dan Varian Omicron akan menjejaskan banyak agensi umrah tempatan serta pihak yang berkaitan dengannya yang baru saja hendak bernafas semula.\n\n\nPresiden \nPersatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham mencadangkan agar ibadah umrah tidak ditangguhkan sebaliknya mengenakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat.\n\n\nMenurut beliau jemaah bakal menampung kerugian besar kerana tidak mendapat kembali pulangan penuh kos pembiayaan umrah mereka \ndan pihak agensi turut terjejas berikutan tiket dan penginapan hotel yang telah ditempah membaitkan kos perbelanjaan yang tinggi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGuna kod QR salur aduan kebersihan makanan, bazar Ramadan\n\n\n\n\n\n\nProklamasi Melayu bukan martabatkan Melayu tapi nak guling kerajaan \u2013 P.Ramasamy\n\n\n\n\n\n\nKit Siang cuba cetuskan api perkauman\n\n\n\n\n\n\nMOU Bukan \u2018Kitab Suci\u2019 Untuk Halang Buat PRU Awal \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Operasi hari ketujuh pasukan SAR negara cari mangsa hidup\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nDatuk Seri Razali Mohd Sham\n\u00a0, Presiden \nPersatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) berkata :\n\n\n\u201cJangan tangguh dulu SOP ketat kita terima jadi siapa nak pergi buat umrah biarlah dia pergi dapatkan kuarantin balik benarkan pergi jadi kuarantin semula diorang bayarlah Jemaah bayar siapa nak pergi kalau ditangguhkan pertama yang paling kecewa Jemaah dia mungkin tak dapat full refund yang ke-2 travel agen dia dah melabur duit untuk booking tiket dan hotel jadi akan rugi tetapi kalau katakan kerajaan bagi kelonggaran pergi bawa Jemaah jadi balik dikuarantin secara tak langsung ekonomi negara pun maju kerana hotel-hotel semua dapat pakej kuarantin hotel kita pun dapat hidup Jemaah Malaysia balik hotel pun hidup Jemaah pun happy semua happy daripada kita tutup kan susah semua kita buat macam tu.\u201d\n\n\n( Jemaah ibadah umrah bakal menampung kerugian besar. foto hiasan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKerajaan pada satu januari lalu mengumumkan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula sabtu ini ke tarikh yang diberitahu kelak.\n\n\nIni berikutan peningkatan kes varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah berdasarkan penilaian risiko situasi varian Omicron di dalam dan luar negara khususnya di Arab Saudi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/penduduk-tetap-waspada-walau-paras-air-tidak-membimbangkan/", "title": "Penduduk Tetap Waspada Walau Paras Air Tidak Membimbangkan", "body": "0\n\n\n(Tinjauan kru TV Pertiwi di Bukit Changgang / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh Ruszaini Ruslan, wartawan TV Pertiwi.\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 Sebelum ini media melaporkan kawasan Bukit Changgang kembali dinaiki air. \nIa susulan ban \nberdekatan rumah pam Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) di kawasan tersebut, dilaporkan pecah, pagi semalam.\n\n\nWartawan Ruszaini Ruslan yang meninjau kawasan itu ada butirannya. \nTinjauan saya hari ini ke Bukit Changgang mendapati kawasan-kawasan yang banjir sebelum ini sudah surut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes Pertama Varian Berbahaya Omicron Dikesan Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPotong elaun Menteri bukan kurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen\n\n\n\n\n\n\nRUU Perkhidmatan Parlimen sedang dimuktamadkan \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\ni-Guru syor galak semula SOP COVID-19 di sekolah\n\n\n\n\n\n\nBarisan artis mewarnai arena politik republik Indonesia 2024\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun berlainan pula di kawasan Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB), Bukit Changgang. \nBan yang pecah berdekatan rumah pam kawasan tersebut mengakibatkan air mula melimpahi kawasan persekitaran.\n\n\n\u00a0\n\n\nMuhammad Farhan Sohaini,\u00a0 Penduduk Bukit Changgang berkata :\n\n\n\u201cini sebabkan air yg ni, kalau tak dah surut semua\n\u2026.tu yang air masuk, banjir balik lah\u201d\n\n\nMuhammad Fikri Lewon, Penduduk Bukit Changgang berkata bahawa :\n\n\n\u201cmungkin belah2 hutan hujan haritu 2 hari kan, mungkin dia naik sikit lah\n\u2026.skrg ban dah repair, air xde masuk lah. \nMcm sebelum ni laju\n\u2026dah 2 hari pun, mcm gini je lah\u201d\n\n\nMuhammad Haziq Md Rohim, Penduduk Bukit Changgang berkata :\n\n\n\u201cyelah kena bersiap sedia lah. Sebab sebelum2 ni tak adalah seteruk macam ni\n\u2026.kalau sebelum ni rumah belah-belah belakang je\u201d\n\n\nMenurut penduduk, \nkejadian pukul 10.10 pagi semalam, mengakibatkan air Sungai Langat mula memasuki kawasan tali air berdekatan kampung tersebut.\n\n\nAir mula memenuhi kawasan ladang kelapa sawit terlebih dahulu dan kemudian kawasan penempatan. \nBagaimanapun setakat tinjauan hari ini, paras air tidak begitu membimbangkan penduduk. \n\n\nKenderaan biasa masih boleh melalui jalan raya yang dilimpahi air. \nBan yang dilaporkan pecah itu juga sudah dibaik pulih hari ini.\n\n\n\n\nRuszaini Ruslan, Wartawan melaporkan bahawa :\n\n\n\u201cdisinilah lokasi ban pecah\n\u2026.kembali pulih seperti sediakala\u201d (buang part sign off)\u201d\n\n\nSebelum ini saya pernah melaporkan kawasan Bukit Changgang yang ditenggelami air.\u00a0\nHari ini saya mendapati banyak kawasan yang sudah pulih sepenuhnya, dan aktiviti harian orang ramai sudah kembali seperti biasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/rapid-rail-sdn-bhd-mohon-maaf-kerana-kesulitan/", "title": "Rapid Rail Sdn Bhd Mohon Maaf Kerana Kesulitan", "body": "0\n\n\n(Perkhidmatan MRT laluan Kajang mengalami masalah teknikal pada sebuah tren bernombor 22 pagi tadi / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 Masalah teknikal di stesen MRT Phileo Damansara menyebabkan berlakunya kelewatan jadual perjalanan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail).\n\n\nDalam satu kenyataan Rapid Rail\u00a0 Sdn Bhd \nselaku operator kepada perkhidmatan MRT Laluan Kajang \nmemohon maaf di\n atas kesulitan yang dialami pengguna.\n\n\nIni berikutan kelewatan jadual selepas \nsebuah tren bernombor 22 mengalami masalah teknikal ketika menghampiri stesen tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n1,839 premis seluruh negara diperiksa sepanjang dua hari Ramadan \u2013 KPDN\n\n\n\n\n\n\nLynas rayu MOSTI gugur syarat tidak hasilkan lagi sisa radio aktif\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tak mampu selesai tekanan kos sara hidup penjawat awam \u2013 Cuepacs\n\n\n\n\n\n\nSemua Parti Ada Ruang Sama Rata Untuk Kempen \u2013 Annuar\n\n\n\n\n\n\nAzalina calon wanita tunggal tanding Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\nTular di media sosial orang ramai berkongsikan keadaan di dalam tren yang sesak, dan rungutan mendakwa mereka yang bekerja di Lembah Klang mengalami kelewatan ke tempat kerja.\n\n\nPihak operasi telah mengaktifkan pelan servis alternatif dengan menggunakan satu landasan antara stesen Phileo Damansara dengan stesen Semantan.\u00a0\n\n\nSituasi ini telah menyebabkan pergerakan tren akan menjadi lebih perlahan dan berhenti lebih lama di platform."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/sekolah-cina-sejak-dahulu-lagi-bermasalah-kok-seong/", "title": "Sekolah Cina Sejak Dahulu Lagi Bermasalah \u2013 Kok Seong", "body": "1\n\n\n(\nFelo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 Keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kewujudan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama di sekolah berkenaan tidak bercanggah Perlembagaan sepatutnya memberi keinsafan kepada golongan rakus Cina.\n\n\nTanpa menyebut mana-mana pihak, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata mereka perlu insaf daripada keputusan itu kerana buat kali ini memihak kepada mereka.\n\n\nFelo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa hanya pilih parti \u2018berhaluan baik\u2019\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tekad tangani isu Islamofobia melalui hubungan diplomasi\n\n\n\n\n\n\nBukan masa sesuai perkenalkan semula GST\n\n\n\n\n\n\n23 laporan polis terhadap Guan Eng\n\n\n\n\n\n\nUndi tak percaya ke atas Presiden UMNO boleh dilakukan \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAda toleransi selama 64 tahun. Tetapi akhir-akhir ini sebab tingkah laku orang Cina yang rakus menolak banyak sangat unsur Melayu secara agresif dan tiada adab khususnya dalam kes tulisan Jawi, jadi orang Melayu melenting\u201d\n\n\nBerkata kepada ISMAWEB, beliau menjelaskan orang cina tidak seharusnya angkuh. \nIni kerana selama ini orang Melayu tidak kisah pun dengan sekolah Cina sebelum, selepas merdeka sehingga\u00a0 sekarang.\n\n\nNamun, berikutan sejak akhir-akhir ini disebabkan tingkah laku orang Cina yang rakus menolak banyak sangat unsur Melayu secara agresif dan tiada adab khususnya dalam kes tulisan Jawi, jadi orang Melayu melenting.\n\n\nDi mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, Kok Seong berkata, seharusnya sekolah Cina di negara ini mesti ada unsur watan dan Melayu. \nDalam pada itu, beliau mengakui bahawa sekolah Cina \u2018bermasalah\u2019 ketika penjajahan British sehingga selepas merdeka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/sekolah-cina-sejak-dulu-lagi-memang-bermasalah-kok-seong/", "title": "\u2018Sekolah Cina sejak dulu lagi memang bermasalah\u2019 \u2013 Kok Seong", "body": "0\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 \u201cJadi mereka janganlah terus angkuh. Selama ini orang Melayu tidak kisah pun dengan sekolah Cina sebelum, selepas merdeka sampai sekarang.\n\n\n\u201cAda toleransi selama 64 tahun. Tetapi akhir-akhir ini sebab tingkah laku orang Cina yang rakus menolak banyak sangat unsur Melayu secara agresif dan tiada adab khususnya dalam kes tulisan Jawi, jadi orang Melayu melenting,\u201d\n\n\n\u201cSebelum merdeka, penjajah Inggeris \u2018sakit kepala\u2019 dengan orang Cina dan sekolah Cina.\n\n\n\u201cSetelah merdeka sampai ke hari ini, orang Melayu \u2018sakit kepala\u2019 dengan sekolah Cina, jadi ia memang bermasalah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n17 Kes Varian Omicron Import Libatkan Individu Tak Divaksin\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Cadang Tambah Siren Banjir Dilengkapi Amaran Suara\n\n\n\n\n\n\n#BoikotIndia sohor di Twitter\n\n\n\n\n\n\nKeluhan Vendor Bumiputera, TM Didakwa Tindas Kontraktor\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA Sifatkan Jasa Tun Arshad Amat Besar Pada Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/selangor-kuala-lumpur-catat-kes-luar-tabii-tertinggi/", "title": "Selangor, Kuala Lumpur Catat Kes Luar Tabii Tertinggi", "body": "0\n\n\n( \nTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 Dari sudut data, negeri selangor dan kuala lumpur mencatatkan kes luar tabii tertinggi setakat ini. \nKes-kes berkenaan membabitkan mangsa berusia bawah 18 tahun.\n\n\nTimbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan berkata, statistik polis diraja malaysia bagi tempoh 2019 hingga November lalu, sebanyak 287 kes direkodkan iaitu Selangor 94 kes dan Kuala Lumpur 39 kes.\n\n\n( Kes luar tabii 2019 \u2013 Nov 2021 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nMenurut Zailah, kes bagi negeri lain dalam tempoh itu ialah Johor 37 kes, Sabah (18) Sarawak (17), Pahang dan Perak masing-masing 16 kes, Kedah (13), Pulau Pinang (12), Terengganu (sembilan), Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing lapan kes, Kelantan (enam) dan Perlis (empat).\n\n\n( Usia terbabit kes luar tabii/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nTambah beliau, Antara umur yang terlibat dalam kes ini ialah di bawah 16 tahun seramai 208 orang, usia 16 hingga 18 tahun pula 82 orang dengan dengan 114 lelaki dan 176 perempuan.\n\n\nData setakat tahun 2018 daripada , Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganggarkan jumlah gay di malaysia berjumlah 310,000 orang.\n\n\nPenolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, berdasarkan Statistik Kementerian Kesihatan, golongan itu hanya sebanyak 173 ribu orang setakat tahun 2013.\n\n\nJumlah itu mewakili dua peratus daripada keseluruhan masyarakat Malaysia dengan 70 hingga 80 peratus daripadanya kaum Melayu, lapor \nThe Malaysian Insight\n.\n\n\nTiada peruntukan perundangan spesifik terhadap gerakan LGBT. \nBerdasarkan undang-undang di Malaysia,\u00a0 perbuatan homoseksual dan seksual di luar tabii merupakan satu kesalahan.\n\n\nMerujuk kepada undang-undang Jenayah Sivil, Seksyen 377B Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa \u2018Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela akan dihukum penjara maksimum 20 tahun termasuk sebatan.\u2019\n\n\nManakala bagi kesalahan melibatkan orang Islam, ia termaktub kepada jenayah syariah negeri masing-masing."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/semak-semula-kebenaran-perjalanan-ke-negara-lain/", "title": "Semak Semula Kebenaran Perjalanan Ke Negara Lain", "body": "0\n\n\n( \n\u00a0\nProf Madya Dr Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi Dan Biostatistik) UPM/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 Dalam pada itu, keputusan menangguhkan umrah itu bertepatan bagi menjaga kesihatan awam, namun kerajaan juga perlu menyemak kembali kebenaran perjalanan ke negara-negara lain bagi mengelakkan salah faham.\n\n\nItu pandangan Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi dan Biostatistik) Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Doktor Malina Osman yang kami hubungi.\n\n\n\u00a0\nProf Madya Dr Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam (Epidemiologi Dan Biostatistik) UPM berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cDAP boleh jadi punca kerajaan Anwar runtuh\u201d \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nYasin berdepan hukuman mati, mengaku tidak bersalah miliki, tanam ganja\n\n\n\n\n\n\nRakyat jijik perlakuan rasuah, pemimpin diingat jangan ulangi kesalahan sama\n\n\n\n\n\n\nSanusi selesai angkat sumpah MB\n\n\n\n\n\n\nBekas pelajar IPT bunuh, bakar kekasih berdepan hukuman mati\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya setuju dengan tindakan kerajaan untuk menangguhkan umrah dan dalam masa yang sama kerajaan juga perlu menimbangkan menyemak kembali kebenaran perjalanan ke tempat lain negara-negara lain dan ia perlu disemak dari masa ke semasa bergantung kepada risiko semasa, jadi fokus ini perlu ditumpukan kepada semua perjalanan antarabangsa bukan sahaja kepada umrah untuk mengelakkan salah faham seolah-olah tumpuan pada masa hanya kepada penangguhan umrah.\u201d\n\n\n( \nMenteri kesihatan Khairy Jamaludin\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nPada Sabtu lalu Menteri kesihatan Khairy Jamaludin berkata, sejak 1 Januari lalu, 11,108 jemaah umrah tiba di Malaysia dan 1,306 daripadanya atau 11.76 peratus dikesan positif.\u00a0\n\n\nDaripada jumlah positif berkenaan,\n 50 peratus Jemaah umrah dikesan positif Varian Omicron. \nMelalui angka tersebut Dr Malina tidak menafikan ada berlaku pelanggaran SOP dalam kalangan Jemaah umrah sehingga menyebabkan peningkatan kes COVID-19.\n\n\n\u201cSaya berpendapat kemungkinan besar keadaan sedemikian berdasarkan maklumat yang kita peroleh dari media sosial dan mereka yang pergi ke sana memang menunjukkan terdapat pelanggaran SOP konteks interaksi sosial semasa dan juga membuka peluang berlakunya jangkitan jadi ini perlu outcome seperti yang kita lihat ramai di kalangan Jemaah kita yang menjangkiti mendapat maklumat sebahagian daripada mereka yang perlu menunaikan umrah tapi enggan mendapatkan dos penggalak dengan alasan mereka telah lengkap divaksin dengan 2 dos sedangkan mereka sepatutnya diberikan dos penggalak tersebut.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/05/video-minta-duit-tular-geng-budak-rohingya-minta-sedekah-dah-kena-kutip/", "title": "Video Minta Duit Tular, Geng Budak Rohingya Minta Sedekah Dah Kena \u2018Kutip\u2019", "body": "0\n\n\nRABU, 5 JANUARI\n \u2013 Kisah budak peminta sedekah berbangsa Rohingya ini sememangnya menjadi antara isu hangat yang diperdebatkan. Hal ini susulan beberapa video tular berkenaan kebiadapan kanak-kanak tersebut ketika meminta duit dan sewaktu wajahnya dirakam oleh orang awam.\n\n\nDisebabkan video kanak-kanak tersebut kerap kali berlegar di media sosial, pihak berkuasa telah menjalankan tugas dengan \u2018mengangkut\u2019 kanak-kanak tersebut susulan daripada kejadian tempoh hari."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/100-jemaah-umrah-malaysia-dikuarantin-di-makkah/", "title": "100 Jemaah Umrah Malaysia Dikuarantin Di Makkah", "body": "0\n\n\n(/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Sekurang-kurangnya seratus jemaah umrah Malaysia disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di Makkah,\u00a0\u00a0\n\n\nPresiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh) Datuk Seri Razali Mohd Sham, berkata daripada jumlah itu, terdapat jemaah yang menerima rawatan di hospital berikutan mempunyai masalah kesihatan lain.\n\n\nPAPUH berkata Setakat laporan yang diterima setakat ini, anggaran jemaah yang dikuarantin seramai 100 orang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJaga Sensitiviti, Jangan Provokasi Agama \u2013 Idris Ahmad\n\n\n\n\n\n\nBanjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam\n\n\n\n\n\n\nKluster Mahkamah bukan sekadar wayang politik\n\n\n\n\n\n\nTerence Gomez Letak Jawatan Ahli Panel SPRM\n\n\n\n\n\n\nSPR Saran Pengundi Datang Lebih Awal\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa membabitkan\u00a0 dua kumpulan jemaah , masing-masing membabitkan kumpulan 55 orang dan lebih 40 jemaah, tetapi jumlah keseluruhan 104 orang.\n\n\nKesemuanya sudah selesai menjalani ibadah umrah, namun ditahan kerana ujian saringan Covid-19 sebelum kembali ke tanah air didapati ada yang positif\n\n\nRazali berkata, jumlah jemaah tanah air yang berada di Makkah semakin menurun dengan anggaran antara 2,000 ke 3,000 orang.\n\n\nSementara itu, Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada 5 Januari mencatatkan peningkatan kepada 3,270 kes berbanding 2,842 kes yang direkodkan semalam.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia melepasi 2.8 juta\u00a0 kes setakat ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/almaty-mangistau-diisytiharkan-darurat-2-minggu-presiden-kazakhstan/", "title": "Almaty, Mangistau diisytiharkan darurat 2 minggu \u2013 Presiden Kazakhstan", "body": "0\n\n\n( Presiden Kazakhstan isytihar darurat di dua bandar/ sumber : ismaweb)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayvev mengisytiharkan darurat selama dua minggu di bandar terbesar, Almaty dan wilayah barat Mangistau.\n\n\nDarurat dilaksanakan selama dua minggu bermula hari ini sehingga 19 Januari depan.\n\n\nLangkah itu termasuk perintah berkurung bermula 11 malam hingga 7 pagi, sekatan pergerakan, dan larangan perhimpunan besar-besaran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Berjanji Berdiri Teguh Selepas Salhiya Dirobohkan\n\n\n\n\n\n\nJuruterbang enggan bawa Presiden Israel ke London\n\n\n\n\n\n\nMaghribi Ikuti langkah Kanada, Sepanyol, Australia Halang Pelancong China Masuk\n\n\n\n\n\n\nMalaysia berjaya mengenepikan perintah penahanan waris Sultan Sulu\n\n\n\n\n\n\nSelepas operasi besar-besaran rejim Israel lancar serangan udara ke Semenanjung Gaza\n\n\n\n\n\n\n\n\nSejak semalam, Almaty berada dalam keadaan huru-hara, memaksa polis melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan untuk meredakan kekacauan, selepas rakyat memprotes kenaikan harga tempatan bagi Gas Petroleum Cecair (LPG).\n\n\nKira-kira 5,000 penduduk menyertai perarakan membantah isu harga minyak \u2013 sehingga demonstrasi menjadi di luar kawalan.\n\n\nMenurut wartawan AFP, polis mula melepaskan tembakan selepas peserta perhimpunan enggan beredar.\n\n\nTokayev, menerusi Twitter berkata, pihak berkuasa sudah mengambil keputusan untuk mengurangkan harga LPG di wilayah barat, Mangistau bagi mewujudkan kestabilan di dalam negara.\n\n\nBeberapa jam sebelum itu Tokayev menerusi video di Facebook yang dimuat naik oleh Setiausaha Akhbarnya, Berik Uali meminta rakyat negara itu supaya bertenang. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/azam-baki-perlu-jadi-gentlemen-jika-yakin-di-pihak-yang-benar-pembela/", "title": "Azam Baki Perlu Jadi \u2018Gentlemen\u2019 Jika Yakin Di Pihak Yang Benar \u2013 PEMBELA", "body": "0\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu bersifat \u2018gentleman\u2019 dengan membenarkan siasatan terhadapnya dijalankan jika yakin beliau berada di pihak yang benar.\n\n\nMenurut Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Aminuddin Yahaya, beliau perlu letak jawatan atau paling kurang bercuti sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sepanjang siasatan dijalankan terhadapnya.\n\n\n\u201cTan Sri Azam tidak perlu bimbang terhadap siasatan oleh pihak berkuasa jika beliau berada di pihak yang benar,\u201d katanya dalam satu kenyataan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/azam-baki-tak-perlu-bimbang-disiasat-pembela/", "title": "Azam Baki Tak Perlu Bimbang Disiasat \u2013 PEMBELA", "body": "0\n\n\n( Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya berkata bahawa Tan Sri Azam\u00a0 tidak perlu bimbang jika berada di pihak yang benar/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu bersifat \u2018gentleman\u2019 dengan membenarkan siasatan terhadapnya dijalankan jika yakin beliau berada di pihak yang benar.\n\n\nPengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Aminuddin Yahaya berkata beliau perlu letak jawatan atau paling kurang bercuti sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM sepanjang siasatan dijalankan terhadapnya.\n\n\nPengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nParti Politik, Calon Hati-Hati Guna Media Sosial\n\n\n\n\n\n\nAkta FINAS dipinda elak ambil kesempatan kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nArmada buat laporan polis terhadap Anwar, Guan Eng\n\n\n\n\n\n\nPresiden MCA tolak tawaran PN\n\n\n\n\n\n\nLapor Polis, Buat Siasatan \u2013 Musa Hassan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTan Sri Azam tidak perlu bimbang terhadap siasatan oleh pihak berkuasa jika beliau berada di pihak yang benar\u201d\n\n\nPEMBELA turut mendesak pihak polis dan pihak berwajib lain seperti Jawatankuasa Khas Parlimen diberikan laluan untuk melakukan siasatan secara menyeluruh dan telus terhadap kes yang melibatkan Azam Baki dan kes-kes lain melibatkan SPRM.\n\n\nTambah Aminuddin, dakwaan melibatkan Azam Baki adalah kes yang sangat serius yang membuatkan kepercayaan rakyat semakin hilang terhadap SPRM.\n\n\nPEMBELA tidak pernah lupa bagaimana SPRM memandang sepi laporan-laporan yang PEMBELA lakukan dalam kes pencerobohan tanah khususnya di negeri Pahang (durian Musang King Raub, dsb) walaupun pelbagai bukti yang terbongkar seperti sudah terang lagi bersuluh.\n\n\nOleh itu, PEMBELA tidak akan berkompromi dengan segala masalah integriti terutamanya yang melibatkan badan penguatkuasa seperti SPRM"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/basmi-pengasingan-kuasa/", "title": "Basmi Pengasingan Kuasa", "body": "0\n\n\n( Muhammad Hariz Bin MD Yusof, EXCO Persatuan Peguam-peguam Msulim Malaysia, PPMM / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Kerajaan digesa bertindak\u00a0 segera dan progresif dalam membanteras dan membasmi segala bentuk ajaran dan dakyah yang mengancam dan mengasingkan keharmonian perpaduan di negara yang berbilang bangsa ini.\n\n\nAntaranya seperti mengetengahkan kempen sekolah kebangsaan dan mempelbagai pengajaran bahasa kaum dan bangsa lain sebagai subjek elektif di sekolah kebangsaan di samping mengutamakan bahasa kebangsaan sebagai medium utama dalam pengajaran dan pembelajaran\n.\n\n\n\u201cPada masa yang sama,\u00a0 kerajaan sewajarnya bertindak dengan segera dan progresif dalam membanteras dan membasmi segala bentuk ajaran dan dakyah yang mengancam dan mengasingkan keharmonian perpaduan di negara yang berbilang bangsa ini seperti mengetengahkan kempen sekolah kebangsaan dan mempelbagai pengajaran bahasa kaum dan bangsa lain sebagai subjek elektif di sekolah kebangsaan di samping mengutamakan bahasa kebangsaan sebagai medium utama dalam pengajaran dan pembelajaran.\u2019\u2019\n\n\n-Muhammad Hariz Md Yusoff, Exco Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, PPMM\n\n\nMenurut Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff,\u00a0 walaupun keputusan keabsahan sekolah vernakular telah diketahui, bahawa penubuhannya tidak bercanggah dengan Perlembagaan perlu ada mekanisme lain untuk kerajaan memperhebatkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRibut petir dijangka melanda seluruh Malaysia esok\n\n\n\n\n\n\nGesaan Kepada Semua Pemegang Taruh Politik Tanah Air\n\n\n\n\n\n\nPolis Negeri Sembilan terima 83 laporan melibatkan PRN sejak penamaan calon\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : PEMBELA akan lapor polis\n\n\n\n\n\n\nPertubuhan Hindu Mohon Jakim Ambil Tindakan Terhadap Pendakwah Bebas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPerkara 12 Perlembagaan Persekutuan Hak Pendidikan:\n\n\n(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.\n\n\nKetika ditanya mengenai perbandingan peruntukan kepada sekolah sekolah lain seperti tahfiz dan sebagainya beliau berkata Sekolah-sekolah seperti tahfiz dan sekolah agama Islam swasta telah secara jelas dan terang dinyatakan keabsahan peruntukan dana.\n\n\nSama ada\u00a0 oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri berdasarkan Perkara 12 Perlembagaan Persekutuan di mana secara khusus \u201cmelakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.\n\n\nDan apabila sesuatu perkara itu dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan maka perkara itu adalah dibenarkan dan dibolehkan tanpa sebarang perbahasan atau pertikaian mengenainya lagi kerana tafsiran Perlembagaan Persekutuan dibuat dengan sangat ketat dan teliti oleh Mahkamah.\n\n\nSementara itu bagi mengetahui apakah saman keabsahan itu boleh dipanjangkan, Hariz berkata keputusan Mahkamah Tinggi telah diputuskan bukanlah penamat segala-galanya bagi tindakan saman tersebut.\u00a0\n\n\nPihak Plaintif boleh merayu akan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan seterusnya ke peringkat tertinggi di Mahkamah Persekutuan. \n\n\nKita yakin Plaintif dalam tindakan sekolah vernakular ini sedang merancang strategi untuk memfailkan rayuan dalam memberikan hujahan kepada Mahkamah yang lebih tinggi akan tafsiran dan kesan undang-undang terhadap sekolah vernakular di negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/dong-zong-desak-kerajaan-percepatkan-peruntukan/", "title": "Dong Zong Desak Kerajaan Percepatkan Peruntukan", "body": "0\n\n\n( / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Rayuan saman keabsahan sekolah vernakular masih diteruskan ke peringkat Mahkamah Rayuan oleh pihak plaintif.\n\n\nDan pada masa sama persoalan timbul apakah sekolah vernakular layak menerima peruntukan daripada kerajaan kerana dalam penghakiman kes berkenaan, menyebut sekolah berkenaan bukan pihak berkuasa awam.\n\n\nTanpa mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, apa yang dikesali ialah\u00a0 sikap rakus pertubuhan pendidikan cina, berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRakyat Kesal Mahu Dapat Bantuan Perlu Hadapi Pelbagai Birokrasi\n\n\n\n\n\n\nGTA akan kerjasama dengan PN?\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin saman Anwar kerana fitnah isu pelupusan hutang peneroka Felda\n\n\n\n\n\n\nPemilihan UMNO 2023 : Shahrizat atau Noraini jadi Ketua?\n\n\n\n\n\n\nATM tahan 10 PATI cuba ceroboh negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nRentetan keputusan itu, Dong Zong\u00a0 dilihat seolah mengambil kesempatan mendesak kerajaan mempercepatkan peruntukan kepada sektor pendidikan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.\n\n\nTerbaru Pertubuhan pendidikan Cina, itu\u00a0 mendesak kerajaan mempercepatkan peruntukan kepada sektor pendidikan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.\n\n\nMemetik ismaweb,\u00a0 Pengerusinya, Tan Tai Kim juga meminta kerajaan menyelesaikan masalah kekurangan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) susulan sesi persekolahan baharu akan bermula pada Mac ini.\n\n\n\u201cWalaupun peruntukan untuk pembangunan pendidikan dalam belanjawan telah bertambah dengan banyak sekali, tetapi belanjawan tersebut tidak menyebut tentang sekolah mubaligh dan SMJK. \u2026bahkan tidak juga menyebut peruntukan untuk pembinaan SJKC baru dan pembinaan sekolah baru untuk SJKC yang dipindahkan ke kawasan lain,\u201d\u00a0 Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim.\n\n\nDong Zong antara lain turut meminta kerajaan memperincikan peruntukan pendidikan yang diumumkan dalam Belanjawan 2022, khususnya membabitkan sekolah mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK).\n\n\n(\nFelo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSementara itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata\u00a0 Keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kewujudan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar utama di sekolah berkenaan tidak bercanggah Perlembagaan sepatutnya memberi keinsafan kepada golongan rakus Cina.\n\n\nTanpa menyebut mana-mana pihak,\u00a0 berkata mereka perlu insaf daripada keputusan itu kerana buat kali ini memihak kepada mereka.\n\n\nNamun, berikutan sejak akhir-akhir ini disebabkan tingkah laku orang Cina yang rakus menolak banyak sangat unsur Melayu secara agresif dan tiada adab khususnya dalam kes tulisan Jawi, jadi orang Melayu melenting.\n\n\nDalam pada itu, beliau mengakui bahawa sekolah Cina \u2018bermasalah\u2019 ketika penjajahan British sehingga selepas merdeka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/dong-zong-rakus-ingin-dapatkan-dana-dari-kerajaan/", "title": "Dong Zong Rakus, Ingin Dapatkan Dana Dari Kerajaan", "body": "0\n\n\n( Haji Aminuddin Yahaya, pengerusi PEMBELA turut mengulas berkenaan isu sekolah vernakular/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Turut mengulas isu berkenaan ialah Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya.\n\n\nSudah lali dengan sikap \u2018rakus\u2019 Dong Zong itu, beliau berkata, pertubuhan berkenaan akan berusaha mendapatkan manfaat daripada kerajaan, dan kesempatan itu pastinya digunakan kerana tahu pemerintahan kini yang tidak stabil dan memerlukan undi daripada kaum Cina.\n\n\n\u201cKeputusan mahkamah masih dalam rayuan, lagipun interpretasi bahawa sekolah vernakular bukan \u2018public entity\u2019 memberikan gambaran bahawa mereka adalah hak \u2018private\u2019. Jika hak \u2018private\u2019, maka adakah mereka ini layak mendapatkan bantuan kerajaan? Ini persoalan yang masih tidak terjawab,\u201d\n\n\n\u2013 Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA\n\n\nJusteru, katanya, Dong Zong yakin kerajaan akan terus melayani karenah mereka walaupun sudah jelas pertubuhan itu mempunyai agendanya yang tersendiri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKelemahan Pengurusan\n\n\n\n\n\n\nJAINJ, PDRM buru pengikut ajaran sesat Si Hulk\n\n\n\n\n\n\nAcryl Sani bersara awal sebagai Ketua Polis Negara\n\n\n\n\n\n\nPAS Tidak Kaji Kerjasama Dalam PN\n\n\n\n\n\n\nHari Merdeka Mahu Dimansuh, Bekas Menteri Gagal Fahami 31 Ogos\n\n\n\n\n\n\n\n\nAtas dasar itu, beliau meminta kerajaan melihat isu berkenaan dalam skop yang lebih luas, khususnya membabitkan masalah perpaduan dalam Keluarga Malaysia.\n\n\nDan ia bukan hanya melihat pada kehendak pihak-pihak tertentu sahaja, kerana sekiranya perkara itu berlaku makan sampai bila pun negara tidak akan ke mana-mana, ujar beliau.\n\n\nPada 29 disember lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah berkenaan tidak bercanggah Perlembagaan.\n\n\nKeputusan dibuat Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas menolak saman Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA).\n\n\n\u201cPenubuhan dan kewujudan sekolah vernakular tidak melanggar Perkara 5 (kebebasan diri), Perkara 8 (hak kesamarataan), Perkara 10 (kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan), Perkara 11 (kebebasan beragama) dan Perkara 12 (hak berkenaan pendidikan) Perlembagaan Persekutuan. \u2018\u2019 \u2013 Penghakiman kes keabsahan sekolah vernakular (29 Disember 2021)\n\n\nDalam penghakimannya, Mohd Nazlan berkata, penubuhan dan kewujudan sekolah vernakular tidak melanggar Perkara 5 (kebebasan diri), Perkara 8 (hak kesamarataan), Perkara 10 (kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan), Perkara 11 (kebebasan beragama) dan Perkara 12 (hak berkenaan pendidikan) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\u201cSekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam dan berdasarkan latar belakang sejarah serta perundangan Perkara 152 (Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan) serta niat pihak yang menggubal perlembagaan ketika itu, penggunaan selain Bahasa Melayu bagi pengajaran di sekolah vernakular bukan untuk tujuan rasmi dan tidak melanggar Perkara 152 (1) Perlembagaan.\u2019\u2019 \u2013 Penghakiman kes keabsahan sekolah vernakular (29 Disember 2021)\n\n\nKatanya, sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam dan berdasarkan latar belakang sejarah serta perundangan Perkara 152 (bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan) serta niat pihak yang menggubal perlembagaan ketika itu, penggunaan selain Bahasa Melayu bagi pengajaran di sekolah vernakular bukan untuk tujuan rasmi dan tidak melanggar Perkara 152 (1) Perlembagaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/etnik-islam-uyghur-tuntut-bela-fail-aduan-jenayah-ke-atas-china/", "title": "Etnik Islam Uyghur tuntut bela, fail aduan jenayah ke atas China", "body": "0\n\n\n(19 individu etnik Islam Uyghur di Turki memfailkan aduan jenayah / sumber : ismaweb)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 19 individu etnik Islam Uyghur di Turki memfailkan aduan jenayah ke atas pihak berkuasa China, atas dakwaan melakukan pembunuhan beramai-ramai, penyeksaan, merogol serta jenayah kemanusiaan.\n\n\nPeguam Gulden Sonmez berkata, tindakan itu perlu kerana badan antarabangsa tidak bertindak terhadap pihak berkuasa China yang dituduh menyeksa etnik Uyghur sebagai buruh paksa, termsuk menahan sejuta minoriti Islam di kem sejak 2016.\n\u00a0\n\n\n\u201cMahkamah jenayah antarabangsa sepatutnya sudah memulakan perbicaraan ini, tetapi China adalah ahli Majlis Keselamatan PBB dan nampaknya tidak mungkin dalam dinamik ini,\u201d kata Sonmez.\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKurang 12 jam, gempa susulan landa Turkiye\n\n\n\n\n\n\nPenunjuk Perasaan Pertahan Sheikh Jarrah Ditahan Di Washington\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi Turkiye: Warga emas minta air untuk solat bawah runtuhan\n\n\n\n\n\n\n40 Negara desak Israel tarik balik sekatan atas Palestin\n\n\n\n\n\n\nTaliban larang wanita sertai sambutan Aidilfitri di dua wilayah Afghanistan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAduan difailkan di Pejabat Ketua Pendakwa Istanbul pada Selasa.\n\u00a0\n\n\nAduan itu berkaitan dengan 116 orang yang menurut pengadu masih ditahan di China dan difailkan terhadap 112 pihak termasuk anggota Parti Komunis China, pengarah dan pegawai kem buruh.\n\u00a0\n\n\n\u201cPerundangan Turki mengiktiraf bidang kuasa sejagat. Penyeksaan, pembunuhan beramai-ramai, rogol dan jenayah kemanusiaan boleh didakwa di mahkamah Turki dan penjenayah boleh dibicarakan,\u201d kata Sonmez.\n\n\nChina pada awalnya menafikan kem itu wujud, namun kemudian mendakwa kononnya ia adalah sebuah pusat vokasional dan diwujudkan untuk memerangi ekstremisme.\n\u00a0\n\n\nNegara itu menafikan semua tuduhan penderaan.\n\n\nKira-kira 50,000 etnik Uyghur \u2013 yang berkongsi hubungan etnik, agama dan bahasa dengan Turki \u2013 dipercayai menetap di negara itu, iaitu diaspora Uyghur terbesar di luar Asia Tengah.\n\u00a0\n\n\nSetakat ini, Kedutaan China di Turki dan pejabat pendakwa belum mengulas mengenai aduan jenayah terbabit.-\n\u00a0\u00a0\nAgensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/jumlah-mangsa-banjir-di-3-negeri-menurun/", "title": "Jumlah Mangsa Banjir Di 3 Negeri Menurun", "body": "0\n\n\n(Jumlah mangsa banjir di Negeri Sembila, Melaka dan Pahang / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Keadaan banjir di tiga negeri dilaporkan semakin baik apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menunjukkan pengurangan pagi ini.\n\n\nBagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah meningkat sedikit pagi ini berbanding malam tadi.\n\n\nDi Negeri Sembilan, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan mangsa banjir menurun kepada 506 individu membabitkan 124 keluarga dengan lima PPS dibuka setakat 8 pagi tadi berbanding 589 individu melibatkan 148 keluarga, malam tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAzalina calon wanita tunggal tanding Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nKDN rampas al-Quran elektronik tanpa kelulusan\n\n\n\n\n\n\nPRN Sarawak Ke-12, 18 Disember Ini\n\n\n\n\n\n\nHari mengundi PRK Kuala Terengganu serentak PRU DUN KE15\n\n\n\n\n\n\nNahas ELmina: Polis sah identiti semua mangsa\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi Melaka, jumlah mangsa banjir menurun sedikit kepada 466 orang daripada 126 keluarga pada pukul 8 pagi berbanding 468 mangsa daripada 128 keluarga pada pukul 8 malam tadi.\n\n\nPengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan 14 kawasan di Jasin.\n\n\nSementara itu, di Pahang, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan masih terdapat seramai 1,369 mangsa banjir di 30 PPS melibatkan lima daerah pagi ini, sekali gus menunjukkan penurunan berbanding malam tadi dengan 1,491 mangsa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/khairy-nafi-tangkap-layar-vaksinasi-tular/", "title": "Khairy Nafi Tangkap Layar Vaksinasi Tular", "body": "0\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini menyatakan yang beliau telahpun menerima dua suntikan vaksinasi serta suntikan dos penggalak dan menafikan status vaksinasi COVID-19 miliknya, adalah seperti yang telah ditularkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/korban-banjir-meningkat-hari-ini/", "title": "Korban Banjir Meningkat Hari Ini", "body": "0\n\n\n( Korban banjir meningkat hari ini/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Jumlah korban banjir\u00a0 meningkat 54 orang dengan dua lagi dilaporkan masih hilang dalam bencana banjir yang melanda negeri Selangor, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan dan Sabah.\n\n\nPengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, statistik itu dicatatkan setakat jam 12 tengah hari tadi dengan Selangor kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi, 25 orang.\n\n\nDi Pahang, jumlah kematian kekal 21 orang, manakala dua lagi mangsa dilaporkan masih hilang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin sampaikan bantuan, redakan krisis kebuluran pelarian\n\n\n\n\n\n\nKedudukan Saarani Kekal, Tiga Adun Masuk Parti Bangsa Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPerlis tidak sambung lesen judi tahun depan\n\n\n\n\n\n\n4 tahun-UKSB serah wang bulanan kepada Zahid, untuk Kontrak Sistem Visa Luar Negara\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Bukan Badan Awam, Layakkah Dapat Peruntukan?\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelantan pula mencatatkan empat kematian, tiga di Sabah dan satu di Negeri Sembilan.\n\n\nTambahnya maklumat dari semua pusat kawalan kontinjen PDRM, di seluruh negara setakat jam 12 tengah hari tadi, adalah seramai 13,322 orang daripada 3,989 keluarga."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/mogok-lapar-anggota-hamas-akan-dibebaskan-selepas-140-hari/", "title": "Mogok Lapar, Anggota Hamas Akan Dibebaskan Selepas 140 Hari", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber : ismaweb)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Tahanan Palestin di penjara haram Israel, Hisham Abu Hawash yang melakukan mogok lapar selama 140 hari sebagai protes penahanan pentadbiran, akan dibebaskan bulan hadapan.\n\n\nHawash, 40, anggota Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dari Hebron ditahan pada Oktober 2020 \u2013 diletakkan di bawah tahanan pentadbiran, bagi membolehkan beliau ditahan beberapa bulan atau tahun tanpa dibicarakan secara adil.\n\n\nMenurut peguam Hawash, Jawad Bulos anak guamnya bersetuju menamatkan mogok lapar selepas kerajaan zalim Israel bersetuju membebaskannya pada 26 Februari depan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKorea Utara Uji Peluru Berpandu Hipersonik\n\n\n\n\n\n\nElon Musk tukar logo Twitter dengan X\n\n\n\n\n\n\nYadim, Kit Siang kutuk tindakan bakar al-Quran di Sweden\n\n\n\n\n\n\nPolis diarah siasat pembunuhan orang awam di Srinagar\n\n\n\n\n\n\nIran, Syria Setuju Wujudkan Bank Di Zon Ekonomi Khas\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, pentadbiran kerajaan haram menegaskan penahanan pentadbiran diperlukan bagi menggagalkan serangan dan penahanan anggota dan pejuang Palestin.\n\n\nSementara itu, pegawai keselamatan Israel menuduh Hawash terlibat dengan aktiviti keganasan dan mereka yang terlibat boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa dibicarakan.\n\n\nDisember lalu, Hawash ditahan di hospital berikutan kemerosotan kesihatan dan menderita akibat keletihan yang kritikal kesan mogok lapar.\n\n\nBadan Abu Hawash kurus kering, kekurangan kalium yang teruk, sakit di hati dan jantung, muntah berterusan, serta gagal tidur dan berjalan.\n\n\nSerentak itu, pemimpin Hamas mengancam kerajaan haram Zionis untuk melakukan serangan sekiranya tahanan (Abu Hawash) meninggal dunia ketika berada dalam tahanan.\n\n\nSementara itu, Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menerusi Twitternya mengucapkan tahniah di atas pembebasan Abu Hawash. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/pembaikan-jambatan-cerun-bukit-dan-jalan-raya-di-sungai-lui/", "title": "Pembaikan Jambatan, Cerun Bukit Dan Jalan Raya Di Sungai Lui", "body": "0\n\n\n( Kampung Sungai Lui perlu menambahbaik jambatan, cerun bukit dan jalan raya/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Kawasan yang teruk terjejas di negeri Selangor akibat banjir besar bermula pada 18 Disember lalu di Kampung Sungai Lui di Batu 19 apabila 12 keluarga terputus hubungan apabila jambatan yang merintangi Sungai Lui ranap dibadai arus \u2018Kepala Air\u2019.\n\n\n\u00a0Pada 5 Januari\n, wartawan Azizi Sunip meninjau perkembangan proses pemulihan struktur di lokasi tersebut.\n\n\nWarjan Sulaiman, Mangsa Banjir berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRas Adiba umum sertai BERSATU, sokong PN bela OKU\n\n\n\n\n\n\nPertukaran Kabinet tertakluk budi bicara PM\n\n\n\n\n\n\nBadan kehakiman jadi sasaran beberapa pihak capai objektif niat jahat mereka\n\n\n\n\n\n\nPN Cari Kaedah Elak Pertembungan Tiga Penjuru\n\n\n\n\n\n\nInstitusi Perundangan : Tidak boleh ada keistimewaan antara ahli politik dengan rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026. Alhamdulillah lah semua rakyat tolong rakyat kan\n\u2026.. Keperluan lain boleh cari sendiri lah kan\n\u2026. Gotong-royonglah buat ramai-ramai\u2026.. Yang terputus ni lapan biji rumah\u2026\u201d\n\n\nDemikian luahan suri rumah yang merupakan saksi pertama apabila kejadian \u2018Kepala Air\u2019 membadai kawasan kediamannya yang betul-betul terletak di tebing Sungai Lui di Kampung Batu 19, Hulu Langat Selangor ini.\n\n\n\u00a0\nKesedihan jelas terpancar di wajahnya, apabila menceritakan saat-saat getir ketika menyelamatkan diri dan keluarga, sejurus sahaja menyedari paras air Sungai Lui di hadapan rumahnya melimpah dan memasuki kediaman pada malam 18 Disember lalu.\n\n\nKini, hasil bantuan pelbagai pihak termasuk kerajaan dan swasta \u2013 Serba sedikit meringankan beban yang ditanggung. \nNamun, kerisauan menyelubungi diri kerana anak-anaknya bakal memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.\n\n\nUjarnya lagi, Warjan Sulaiman :\n\n\n\u201c\u2026. Kalau harap pihak sekolah dapat ringankan beban kami, buku sekolah ke, yuran sekolah ke, dapat tangguhkan pembayaran ke\n\u2026. Darjah satu, darjah tiga dan pra lima tahun\u2026.\u201d\n\n\nBagi menghadapi gelombang kedua banjir di Sungai Lui, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menempatkan kira-kira 200 anggota secara \u2018shift\u2019 yang bersiap siaga 24 jam di lima lokasi \u2018hot spot\u2019.\n\n\nLokasi yang dipanggil pangkalan hadapan itu bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua, Pejabat Penghulu Batu 14, Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Dewan Orang Ramai Sungai Lui dan Agro Night Market Nanding di Hulu Langat.\n\n\n Shahrin Yusmar Mat Yusof, Penguakasa Kanan Bomba 1, Pejabat Zon 4 Hulu Langat berkata :\n\n\n\u201c\u2026. Bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, kami tidak mengambil mudah dalam situasi yang berlaku pada ketika ini\n\u2026. Kenaikan paras air yang cepat\u2026.\u201d\n\n\nSelain meletakkan anggota penyelamat di lokasi, tambahnya aset-aset penyelamat juga ditempatkan di lokasi seperti bot getah, bot fiber, kenderaan logistik darat seperti \u2018Four by Four\u2019 dan Ambulan EMRS.\n\n\nAnggota dari tiga Balai Bomba dalam zon empat Hulu Langat turut digerakkan iaitu di Balai Bomba Tun Hussein Onn, Balai Bomba Hang Tuah dan juga Balai Bomba Semenyih.\n\n\n( Wartawan, Azizi Sunip/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nWartawan TV Pertiwi, Azizi Sunip melaporkan bahawa s\nebanyak 895 jambatan, jalan raya dan juga cerun yang terjejas sejak 18 Disember lalu sehingga ke hari ini adalah kesan daripada banjir yang berlaku. \n\n\nSejak 18 Disember juga hujan lebat yang dikatakan menyebabkan struktur tanah tidak stabil berlaku di seluruh Semenanjung Malaysia dilaporkan, dan 802 daripadanya telah dibaik pulih, salah satunya pembinaan Jambatan Bailey di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat ini adalah salah satu peruntukan yang dipinta oleh kerajaan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.\n\n\n( Wartawan TV Pertiwi berada di sekitar kawasan viraloleh kerana rumah pusaka dihanyutkan dalam aliran deras banjir / sumber : TV Pertiwi)"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/pemuda-pas-harap-pertemuan-mengukuhkan-penyatuan/", "title": "Pemuda Pas Harap Pertemuan Mengukuhkan Penyatuan", "body": "0\n\n\n(Pemuda PAS Kelantan, Mohd Kamal Mohamad berkata yakin dan berpegang kepada Islam sebagai asas penyatuan dalam kehidupan/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Pemuda Pas Kelantan berharap hubungan parti itu dengan UMNO Kelantan dalam Muafakat Nasional (MN) diperkukuhkan selari dengan hasrat penyokong akar umbi kedua-dua parti.\n\n\nKetuanya, Mohd Kamal Mohamad berkata, persetujuan untuk mengadakan pertemuan pada 22 Januari ini juga membuktikan keseragaman dalam penyatuan ummah antara kedua-dua pihak.\n\n\nMohd Kamal Mohamad,\u00a0 Pemuda PAS Kelantan berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nArmand Tidak Bersetuju Segerakan Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nPenganjur, beberapa individu akan dipanggil polis\n\n\n\n\n\n\nJangan Terlibat, Perlu Cari Peluang Pekerjaan Lain\n\n\n\n\n\n\n\u2018Duta Madani Perpaduan\u2019 murid sekolah pupuk semangat perpaduan \u2013 Fadhlina\n\n\n\n\n\n\nPM mesti orang Melayu, BERJASA sanggah idea Kit Siang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelagi kita berpegang kepada Islam sebagai asas penyatuan, kami yakin MN akan terus subur dan dibimbing oleh Allah swt\u201d\n\n\nKamal berharap semuanya berjalan dengan baik dan kembali memperkukuhkan MN memandangkan setiap sayap kedua-dua parti ini memainkan peranan penting sebagai pendukung dan ejen pengukuh MN, bukan sebagai pemanas suasana.\n\n\nBeliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai hasrat UMNO negeri dan Pas Kelantan yang dijangka mengadakan pertemuan pada 22 Januari ini bagi membincangkan dengan lebih lanjut kerjasama antara kedua-dua pihak terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nPengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub pada awalnya menghantar surat rasmi kepada Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengenai hasrat untuk mengadakan pertemuan tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/sabah-kesan-kes-omicron-pertama/", "title": "Sabah Kesan Kes Omicron Pertama", "body": "0\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Sabah melaporkan kes import varian Omicron COVID-19 yang pertama iaitu di daerah Tawau, pada Selasa.\n\n\nMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia melibatkan seorang warganegara yang pulang daripada menunaikan umrah di Arab Saudi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/saya-tidak-miliki-kepentingan-dalam-mana-mana-syarikat-azam-baki/", "title": "\u201cSaya Tidak Miliki Kepentingan Dalam Mana-Mana Syarikat\u201d- Azam Baki", "body": "0\n\n\n(Azam Baki berkata bahawa beliau tidak memiliki kepentingan dalam mana-mana syarikat / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 \nKetua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki menafikan sekeras-kerasnya tuduhan beliau mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat seperti didakwa dan tular, sejak akhir-akhir ini.\n\n\nMalah beliau juga berkata \u2013 dakwaan kononnya, terdapat \u2018\nconflict of interest\n\u2018 seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak adalah tidak berasas sama sekali.\n\n\nDemikian penjelasan beliau dalam satu sidang media khas dikendalikan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) hari ini,\u00a0 selepas sekian lama berdiam diri berhubung dakwaan ke atasnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUlama perlu berani tegur kerajaan \u2013 Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nKhidmat LRT di 6 stesen dihentikan bermula Ahad ini\n\n\n\n\n\n\nSekolah vernakular tidak patut wujud \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Najib Tangguh Keputusan Rayuan SRC Ditolak\n\n\n\n\n\n\nMalaysia jadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN-GCC \u2013 Zambry\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026. saya ingin mengeaskan bahawa\n\u2026Sebagai ketua pesuruhjaya dan juga isntitusi SPRM\u201d\n\n\nTerdahulu Azam ditanya wartawan mengapa dia mengambil masa yang agak lama sebelum membuat penjelasan berkenaan tuduhan yang berkaitan dengannya.\n\n\nKetua Pesuruhjaya SPRM itu\u00a0 menganggap ia satu penipuan besar pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif yang direka cipta untuk menjatuhkan reputasinya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\nBeliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan membuat\u00a0 keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan reputasinya.\n\n\nBeliau juga tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akaun media sosial Edisi Siasat yang sejak beberapa bulan lalu mendakwa berlaku salah laku membabitkannya.\n\n\nSementara itu, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LPPR), Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan beliau memiliki saham dengan jumlah yang melampau.\n\n\nPengerusinya, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, mesyuarat yang diadakan bersama Azam pada 24 November lalu mendapati beliau tidak ada sebarang kaitan dengan dakwaan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/06/sekolah-vernakular-bukan-badan-awam-layakkah-dapat-peruntukan/", "title": "Sekolah Vernakular Bukan Badan Awam, Layakkah Dapat Peruntukan?", "body": "1\n\n\n(Dimensi TV Pertiwi membahaskan mengenai sekolah vernakular bukan badan awam/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 6 JANUARI\n \u2013 Dalam perkembangan lain \nPengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Cikgu Izzat Johari yang hadir dalam rancangan Dimensi di TV Pertiwi berkata beliau terkejut selepas mengetahui bahawa sekolah vernakular bukan badan awam.\n\n\nTurut menegaskan perkara\u00a0 sama, Pakar Perlembagaan , Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berpendapat bahawa penolakan ini mungkin disebabkan Hak dan kebebasan asasi manusia.\n\n\nPakar Perlembagaan, ProfProf. Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGuna kod QR salur aduan kebersihan makanan, bazar Ramadan\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA Syor Perkasa TH, Mahkamah Syariah Dan Tubuh Suruhanjaya\n\n\n\n\n\n\nKedudukan Malaysia Terus Merosot Ke Tangga 62\n\n\n\n\n\n\nPemuda ISMA Lancar Kempen Suntik Semangat Perjuangan Melayu, Islam\n\n\n\n\n\n\nRosakkan harta sekolah, pelajar bakal jalani khidmat komuniti\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c.\u2026.sebenarnya ramai, dekat luar sana termasuk saya sendiri\n\u2026.. guru gurunya, macam mana guru guru di bawah kementerian mengajar di sebuah, sekolah sebuah vernakular yang bukan badan awam\u201d\n\n\nBagi Profesor shamrahayu, Peruntukan 5 dan Peruntukan 8 seperti yang dinyatakan dalam kes membabitkan Sekolah Vernakular ini, membabitkan hak dan kebebasan asasi.\n\n\nMalah beliau enggan mengulas dengan lebih lanjut kerana atas faktor mahkamah belum mengeluarkan alasan dengan lebih lengkap lagi.\n\u00a0\n\n\nSILA TONTON DIMENSI DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/13-maut-termasuk-tujuh-kanak-kanak-kebakaran-di-philadelphia/", "title": "13 Maut Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Kebakaran Di Philadelphia", "body": "0\n\n\n(13 orang maut termasuk tujuh kanak-kanak dalam kebakaran di sebuah rumah tiga tingkat / sumber : AFP)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Sekurang-kurangnya 13 orang maut termasuk tujuh kanak-kanak dalam kebakaran di sebuah rumah tiga tingkat yang diubah suai menjadi pangsapuri, di Philadelphia, Pennsylvania, pada Rabu, lapor Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan.\n\n\nJabatan Bomba Philadelphia menerusi ciapan Twitter berkata, anggota bomba tiba di bangunan blok utara 800, 23rd Street pada 6.40 pagi waktu tempatan dan mendapati api merebak dari tingkat dua bangunan itu.\n\n\nPihaknya mengambil masa 50 minit untuk mengawal keadaan tetapi kebakaran masih aktif, katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaut, 7 pelancong ditimpa Cenuram runtuh di Brazil\n\n\n\n\n\n\nDamsyik dibom Zionis Israel\n\n\n\n\n\n\nSeoul Diselubungi Jerebu Tebal Berbahaya\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi bincang isu Palestin dengan Mahmoud Abbas\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia di Rusia, Armenia, Belarus dinasihat berwaspada\n\n\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Pesuruhjaya Bomba Philadelphia, Craig Murphy dalam sidang akhbar berkata, tujuh daripada 13 orang yang terkorban adalah kanak-kanak, menyifatkan kejadian itu sebagai antara tragedi kebakaran paling buruk pernah dilihatnya.\n\n\nTerdapat empat alat pengesan kebakaran di dalam bangunan itu tetapi tiada satu pun berfungsi, katanya.\n\n\nSeramai 26 penghuni ketika kejadian berlaku, dan jumlah kematian boleh meningkat.\n\n\nAnggota bomba berkata, dua mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal.\n\n\nSiasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kebakaran.\n\n\nMurphy enggan mendedahkan butiran siasatan yang diketuai pejabat Marsyal bahagian kebakaran Philadelphia. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/17-kes-varian-omicron-import-libatkan-individu-tak-divaksin/", "title": "17 Kes Varian Omicron Import Libatkan Individu Tak Divaksin", "body": "0\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati, daripada 117 kes Covid-19 varian Omicron di negara ini, sebanyak 17 daripada mereka tidak memiliki rekod vaksinasi.\n\n\nDapatan itu adalah setakat 4 Jan tahun ini.\n\n\nMenteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata tindakan individu terbabit adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana pihak berkuasa menetapkan hanya orang yang sudah menerima vaksin lengkap boleh melakukan perjalanan ke luar negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/apa-yang-berlaku-tidak-mengejutkan-rakyat/", "title": "Apa Yang Berlaku Tidak Mengejutkan Rakyat", "body": "0\n\n\n(Komen netizen terhadap SPRM / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Netizen mula mempersoalkan integriti SPRM di media sosial. \nMalah ada yang menganggap perkara itu bukan lah sesuatu yang mengejutkan memandangkan bagi mereka, sesetengah badan berkuasa sudah lama pudar nilai integritinya.\n\n\nTinjauan ke ruangan twitter mendapati pelbagai jenis reaksi dari kalangan netizen.\n\n\nRata-rata tidak terkejut dengan apa yang terjadi, memandangkan mereka sudah lama tidak meletakkan harapan kebergantungan yang tinggi pada sesetengah badan berkuasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMangsa Macau Scam \u2018berputih mata\u2019, wang simpanan KWSP RM141,000 lesap\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Serah Kedudukannya Kepada Agong\n\n\n\n\n\n\nBatal sidang media, \u2018Langkah Kinabalu\u2019 didakwa gagal\n\n\n\n\n\n\nDakwaan pesakit tidak terima rawatan di Hospital Kampar tidak tepat \u2013 Saksi\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2022 Diumum 7 Julai\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi mereka, badan-badan berkuasa seperti SPRM ini sudah menjadi satu bahan jenaka sahaja.\n\n\nNetizen juga berpendapat, Penjelasan Ketua Pesuruhjaya (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkenaan pemilikan saham yang dikatakan milik adiknya itu adalah satu alasan yang remeh.\n\n\nDan dakwaan bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkannya juga tidak diterima netizen.\n\n\nSelain mendambakan pemimpin yang lebih berintegriti, netizen juga mengingatkan agar para pemimpin tidak memandang rendah pada kebolehan rakyat untuk menilai sesuatu perkara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/aras-air-sungai-melepasi-bahaya-di-beberapa-negeri/", "title": "Aras Air Sungai Melepasi Bahaya Di Beberapa Negeri", "body": "0\n\n\n( Aras air sungai melepasi bahaya di beberapa negeri iaitu Pahang, Johor dan Melaka/ sumber : TV pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Aras air di enam sungai iaitu Pahang dan Johor melepasi tahap bahaya, dengan sekurang-kurang satu sungai menunjukkan trend meningkat setakat pagi tadi.\n\n\nBerdasarkan maklumat Portal Public InfoBanjir bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai di Johor mencatat amaran merah membabitkan Sungai Muar di Liang Batu, Muar; Sungai Muar di Panchor; dan Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Muar.\n\n\nBagaimanapun, kedua-dua paras air di Sungai Muar serta Sungai Pagoh itu menunjukkan trend menurun ketika bacaan direkodkan, setakat pagi tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n29 Kes Kematian Dalam Tempoh 24 Jam\n\n\n\n\n\n\nBila Pejuang Agama Mahu Haramkan Rokok?\n\n\n\n\n\n\nPas sedia beri kerjasama kepada SPRM\n\n\n\n\n\n\nMaritim rampas 23 bubu naga di Perairan Tanjung Karang\n\n\n\n\n\n\nCecair vape tidak wajar dikeluarkan daripada Akta Racun\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi Pahang, aras air Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan, merekodkan bacaan 16.25 meter (m), melebihi paras bahaya 14.9m tetapi kini dalam trend menurun.\n\n\nManakala aras air Sungai Bera di Jambatan Sungai Bera, Bera, melepasi tahap bahaya dengan aras air setinggi 26.45 meter, dan menunjukkan trend menurun setakat pagi tadi.\n\n\nSementara itu, tujuh sungai di tiga negeri melepasi tahap amaran atau jingga, iaitu satu di Pahang, Johor (empat) dan Melaka (dua).\n\n\nSungai berkenaan ialah Sungai Kundang di Jambatan Sungai Kundang, Maran, Pahang; Empangan Bekok, Batu Pahat; Sungai Muar, Segamat; Sungai Kesang dan Sungai Tangkak, Tangkak; Sungai Kesang, Jasin; dan Sungai Melaka di Melaka Tengah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/jumlah-mangsa-banjir-di-lima-negeri-terus-menurun/", "title": "Jumlah Mangsa Banjir Di Lima Negeri Terus Menurun", "body": "0\n\n\n( Jumlah mangsa banjir di 5 negeri terus menurun / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa negeri yang terjejas terus menunjukkan trend penurunan tengah hari ini.\n\n\nDi Pahang, jumlah mangsa banjir terus berkurangan tengah hari ini apabila Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan seramai 1,171 orang ditempatkan di pusat pemindahan berbanding 1,369 individu pagi tadi.\n\n\nKesemua mangsa daripada 322 keluarga itu ditempatkan di 30 PPS di daerah Bera, Rompin, Pekan, Maran dan Temerloh.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMindef lancar DIPKN tahun ini, gubal akta berkaitan industri pertahanan negara\n\n\n\n\n\n\nMUDA bantah JAIS larang umat Islam lawat rumah ibadah lain\n\n\n\n\n\n\nJangan Terlibat, Perlu Cari Peluang Pekerjaan Lain\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Kerajaan akan kaji secara komprehensif\n\n\n\n\n\n\n8.03 Juta Individu Selesai Terima Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0Selain itu, beberapa jalan masih ditutup antaranya Jalan Bohor Baru dan Jalan Kemayan-Tembangau di Bera, Jalan Ibam-Kampung Aur dan Jalan Kampung Lubuk Batu (Rompin), Jalan Teluk Ganchong Lepar (Pekan) manakala di Maran melibatkan Jalan Serengkam dan Jalan Pekan Sehari Kampung Awah.\n\n\nDi Negeri Sembilan, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan mangsa banjir menurun kepada 472 individu membabitkan 113 keluarga dengan empat PPS dibuka setakat tengah hari berbanding 506 individu (124 keluarga) pagi tadi.\n\n\nDi melaka, jumlah mangsa banjir turut menurun kepada 451 orang daripada 123 keluarga pada 12 tengah hari berbanding 466 orang daripada 128 keluarga pada 8 pagi tadi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/kabinet-setuju-ibadah-umrah-ditangguh-selama-sebulan/", "title": "Kabinet Setuju Ibadah Umrah Ditangguh Selama Sebulan", "body": "0\n\n\n( / sumber : TV Perrtiwi)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Kabinet bersetuju untuk menangguhkan perjalanan umrah bermula 8 Januari selama sebulan.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, penangguhan itu dibuat bagi membolehkan kadar risiko penilaian jangkitan Omicron itu dibuat.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMerapi meletus lagi, muntahkan awan panas dan lava\n\n\n\n\n\n\nFasa Bertahan, Dipinggir Di Negara Sendiri?\n\n\n\n\n\n\nKerja kilang, E-hailing pekerjaan diminati 300,000 pelajar lepasan SPM\n\n\n\n\n\n\nEnam bulan hilang di Mekah, Ustaz Musthafa disahkan meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa ubah dasar kemasukan Matrikulasi\n\n\n\n\n\n\n\n\nYb Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan berkata :\n\n\n\u201c\u2026jemaah menteri semalam telah mengarahkan penangguhan sementara.. ingin ke tanah suci\u201d\n\n\nSelain itu beliau juga turut menjelaskan mengenai 14 peratus jemaah umrah yang positif belum pernah divaksin\n\n\nUjarnya lagi, Menteri Kesihatan ini berkata bahawa :\n\n\n\u201c \u2026. kita sedang check sama ada mereka ni disebabkan kesihatan ataupun mereka memang tak ada vaksinasi dan enggan divaksinasi , so we are checking that right now \u201c"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/keadaan-terkini-pasca-banjir-di-pahang/", "title": "Keadaan Terkini Pasca Banjir Di Pahang", "body": "0\n\n\n( Liputan lintas langsung, wartawan TV Pertiwi, Haffiz Azizi di Bentong, Pahang)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Biarpun keadaan banjir di Pahang sudah surut, namun penduduk di kawasan terjejas masih lagi terkesan dengan apa yang berlaku dua minggu lepas.\n\n\nLebih lebih lagi, kawasan kediaman mereka dihanyutkan arus deras, jalan raya berlumpur dan dipenuhi oleh kaya\u00a0 kayu balak.\n\n\nBagi meninjau dengan lebih dekat keadaan terkini pasca banjir di pahang, kita terus sahaja lansung bersama dengan rakan setugas Haffiz Aziz yang sudah pun bersiap sedia dari Sungai Temelong, Karak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup setahun\n\n\n\n\n\n\nPEMUDAH ditambahbaik, Malaysia destinasi mesra perniagaan \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nBukan persenda Menu Rahmah, hanya mahu nasi berkuah \u2013 Hanafiah\n\n\n\n\n\n\nHentikan bantuan khas sekolah persendirian Cina, tidak patuhi Akta Pendidikan 1996 \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n25 Kes Positif COVID-19 Di Parlimen Mungkin Varian Delta\n\n\n\n\n\n\n\n\nSILA TONTON DI \nSINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/kerajaan-harap-ibadah-haji-dibenar-tahun-ini/", "title": "Kerajaan Harap Ibadah Haji Dibenar Tahun Ini", "body": "0\n\n\n( Datuk Idris Ahmad,\u00a0 Menteri Hal Ehwal Agama berkata berharap Arab Saudi tidak akan sekat atau tutup kemasukan jemaah disebabkan Covid-19 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Kerajaan berharap Arab Saudi membenarkan pelaksanaan ibadah haji oleh jemaah luar negara tahun ini, walaupun dunia berhadapan dengan ancaman varian baharu COVID-19, Omicron.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Arab Saudi selewat-lewatnya Februari ini bagi membincangkan hal-hal berkaitan termasuk pengekalan kuota seramai 30,000 jemaah setiap tahun.\n\n\n \nDatuk Idris Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Johor Mahu Pengkhianat Dihukum\n\n\n\n\n\n\nPAS Beri Gambaran GPS Akan Dominasi PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nNajib Mohon Tangguh Keputusan Rayuan Kes SRC\n\n\n\n\n\n\nJangan guna modal politik raih keputusan agong\n\n\n\n\n\n\nPengarah Filem Mentega Terbang beri keterangan di Bukit Aman\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\u00a0\n\u201cKita harap soal COVID-19 tidak menjadi penyebab Arab Saudi sekat atau tutup kemasukan jemaah. Setakat ini, Arab Saudi hanya laksanakan semula penjarakan antara saf bagi mengawal jangkitan\u201d\n\n\nJelasnya, setakat pertemuan awal dengan kerajaan Arab Saudi Disember lepas, ibadah haji untuk tahun ini masih dibenarkan dan mereka pun tidak berhasrat untuk tutup.\n\n\nBeliau berharap soal COVID-19 tidak menjadi penyebab Arab Saudi sekat atau tutup kemasukan jemaah. Setakat ini, Arab Saudi hanya laksanakan semula penjarakan antara saf bagi mengawal jangkitan.\n\n\nBagi musim Haji 1442 hijrah, Arab Saudi mengehadkan ibadah haji hanya untuk rakyatnya dan golongan ekspatriat yang berada di negara itu susulan pandemik COVID-19 yang belum reda.\n\n\nKementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,543 kes positif baharu COVID-19 pada 6 Januari.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkongsi ringkasan laporan itu berkata, ia menjadikan keseluruhan melepasi 2.8 juta kes positif akibat wabak itu di Malaysia setakat ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/khutbah-tegur-kakitangan-kerajaan-makan-rasuah/", "title": "Khutbah Tegur Kakitangan Kerajaan Makan Rasuah", "body": "0\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Mimbar Jumaat di Selangor memberi amaran laknat ke atas mereka yang terlibat dalam gejala rasuah, khususnya kakitangan awam.\n\n\nMenurut khatib, sukar untuk mengenal pasti seseorang kakitangan kerajaan itu mengambil wang kerajaan secara salah atau pun tidak.\n\n\nBahkan, kata khutbah, wujud pula persepsi mustahil kakitangan kerajaan untuk tidak menjamah hasil pendapatan kerajaan secara tidak sah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/korea-utara-uji-peluru-berpandu-hipersonik/", "title": "Korea Utara Uji Peluru Berpandu Hipersonik", "body": "0\n\n\n(Korea Utara Uji Peluru Berpandu Hipersonik / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Korea Utara berjaya menguji peluru berpandu hipersonik, dalam ujian pertama seumpama itu oleh negara bersenjata nuklear itu tahun ini, menurut media kerajaan.\n\n\nUjian peluru berpandu itu dikatakan tepat mengenai sasaran sejauh 700 kilometer, kata Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).\n\n\nDifahamkan, ia adalah ujian kedua Korea Utara mengenai peluru berpandu hipersonik, senjata canggih sekali gus menandakan kemajuan teknologi terkini dalam pembuatan senjata nuklear di negara itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Turki selar pihak tutup mata, subahat bakar Quran\n\n\n\n\n\n\nHAMAS bincang isu ketegangan Palestin bersama Hezbollah\n\n\n\n\n\n\nBakar al-Quran: Salah guna prinsip kebebasan bersuara\n\n\n\n\n\n\nDi Caprio dedah Jho Low guna RM132 juta bayar dana politik Obama\n\n\n\n\n\n\nTujuh Maut Insiden Letupan Bas Di Afghanistan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeluru berpandu hipersonik bergerak jauh lebih pantas dan lebih tangkas daripada peluru berpandu normal, menjadikannya lebih sukar untuk sistem pertahanan peluru berpandu memintasnya.\n\n\n\u201cUjian berkenaan turut mengesahkan semula kawalan penerbangan dan kestabilan peluru berpandu dalam peringkat penerbangan aktif dan menilai prestasi teknik pergerakan sisi baharu yang digunakan pada peluru berpandu hipersonik,\u201d kata KCNA.\n\n\nPelancaran itu juga mengesahkan ketahanan sistem peluru berpandu dalam keadaan cuaca musim sejuk.\n\n\nSeoul dan Tokyo semalam mengesan pelancaran peluru berpandu balistik yang disyaki dari Korea Utara yang jatuh di laut timur semenanjung Korea.\n\n\nAmerika Syarikat mengecam pelancaran itu, dan menggesa Pyongyang untuk berbincang.\n\n\n\u201cUjian peluru berpandu ini juga melanggar beberapa resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan menimbulkan ancaman kepada negara jiran dan masyarakat antarabangsa,\u201d kata jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat. \u2013 AFP\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/lagi-rumah-palestin-diroboh-pengganas-israel/", "title": "Lagi Rumah Palestin Diroboh Pengganas Israel", "body": "0\n\n\n( Lagi rumah Palestin diroboh pengganas Israel/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Perbandaran Israel di Baitulmaqdis Barat terus merobohkan kediaman milik rakyat Palestin di bahagian dijajah, yang turut membabitkan sebuah rumah di kejiranan Silwan di sempadan selatan Masjid al-Aqsa atas alasan dibina tanpa permit.\n\n\nMenurut agensi berita WAFA, tentera Israel mengepung kawasan milik Sultan Halisi di kawasan Wadi Hilweh di Silwan, sebelum kakitangan majlis perbandaran meneruskan tindakan meroboh rumah itu.\n\n\nHalisi berkata beliau telah tinggal di rumah seluas 60 meter persegi itu bersama isteri dan empat anaknya yang berusia 13 tahun hingga 6 tahun sejak 2014.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDitembak lebih 20 das, penolong ketua kampung maut\n\n\n\n\n\n\nDua maut lelaki bersenjata pisau serang pusat Islam Ismailiah di Lisbon\n\n\n\n\n\n\nHong Kong Lupuskan Ribuan Hamster Cegah COVID-19\n\n\n\n\n\n\nBicara rakyat Malaysia di Guantanamo Bay, ditangguh lagi \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\n13 Maut Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Kebakaran Di Philadelphia\n\n\n\n\n\n\n\n\nSejak itu, perbandaran Israel telah mengganggunya berhubung dakwaan pembinaan rumah tanpa permit selain turut didenda sebanyak sepuluh ribu dolar.\n\n\nKatanya, sepanjang tahun lalu pihak berkuasa pendudukan mengarahkannya untuk merobohkan sendiri rumah itu tetapi beliau enggan melakukannya.\n\n\nAkibatnya majlis perbandaran Israel semalam mula merobohkan rumah berkenaan dan turut mengenakan bayaran kepada pemilik sebagai kos perobohan itu yang dianggap melampau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/lapor-polis-buat-siasatan-musa-hassan/", "title": "Lapor Polis, Buat Siasatan \u2013 Musa Hassan", "body": "0\n\n\n( Azmi Hassan berkata bahawa perlu buat laporan polis dan jalankan siasatan sekiranya Tan Sri Azam Baki didapati bersalah/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Berhubung isu membabitkan salah laku Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki;\n\n\nBekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, siasatan perlu dilakukan dan laporan polis perlu dibuat sekiranya benar dakwaan mengatakan Azam Baki bersalah.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Gesa Kerajaan Selamatkan Tanah Melayu Kampung Bharu\n\n\n\n\n\n\nPas kekal jadi pembangkang konstruktif, tidak sertai Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nKadar subsidi harga padi naik kepada RM500 setiap tan mulai esok\n\n\n\n\n\n\nSiasatan perlu adil, tidak kira kawan atau lawan \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\n179 orang dipindahkan ke PPS di Larut, Matang dan Selama\n\n\n\n\n\n\n\n\n Tan Sri Musa Hassan, Bekas Ketua Polis Negara berkata :\n\n\n\u201cNombor 1 apa silap dia siasat lah dulu betul ke you tak siasat dulu main cakap je mana boleh kita ada LPPR dia ada lembaga penasihat pun boleh siasat tiada masalah then kalau betul ada salah laku katakan terlibat dengan jenayah then report polis kena dibuat dulu kalau report polis tak dibuat macam mana you katakan dia melakukan kesalahan jadi orang yang tahu kesalahan yang dilakukan buat report polislah jangan main cakap je tanpa report polis.\u201d\n\n\nSehubungan itu katanya pihak yang mengetahui salah laku yang dibuat ketua pesuruhjaya SPRM itu supaya tampil membuat laporan polis dan siasatan akan dijalankan ke atasnya bagi mengetahui samada benar mahupun sebaliknya dakwaan yang dibuat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/lppr-tidak-ada-kuasa-membersihkan-azam/", "title": "LPPR Tidak Ada Kuasa \u2018Membersihkan\u2019 Azam", "body": "0\n\n\n( Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) tiada kuasa bagi membersihkan nama Tan Sri Azam/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Peranan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) dalam isu dakwaan pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki bukannya bertujuan membersihkan nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.\n\n\nMenegaskan perkara itu, Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata pihaknya juga tiada kuasa untuk berbuat demikian.\n\n\nTan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\nData keciciran murid dianggarkan NGO tidak tepat \u2013 KPM\n\n\n\n\n\n\n100 Hari Tempoh Menilai Kredibiliti Menteri\n\n\n\n\n\n\nTanding jawatan lain, bukan Presiden dan Timbalan \u2013 Khir Toyo\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tingkat taraf pendidikan, baiki sekolah daif\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya setuju bahawa LPPR tiada kuasa untuk membersihkan nama Tan Sri Azam. Kami hanya meminta beliau memberi penjelasan yang sebenar-benarnya di atas segala tuduhan berkenaan saham-saham yang dibangkitkan,\u201d\n\n\nMemetik laporan Berita Harian, Abu Zahar berkata, tujuan panel lembaga itu memanggil Azam pada 24 November lalu adalah untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan berkenaan yang tular di media sosial kerana ia menimbulkan pandangan negatif terhadap SPRM.\n\n\nMengulas lanjut, beliau berkata LPPR tidak akan melindungi mana-mana pegawai suruhanjaya berkenaan yang terbabit dalam kesalahan undang-undang khususnya rasuah dan salah guna kuasa.\n\n\nPada Rabu lalu, Abu Zahar dalam sidang media khas menyatakan LPPR yang juga satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM, mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau percanggahan kepentingan membabitkan Azam dalam urus niaga saham pada 2015.\n\n\nKatanya, LPPR dalam mesyuarat khas pada 24 November lalu mendapatkan penjelasan Azam dan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu menjelaskan bahawa akaun sahamnya digunakan oleh adiknya, Nasir Baki untuk membeli saham pada 2015."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/perdana-menteri-perlu-campur-tangan-jaga-reputasi-sprm/", "title": "Perdana Menteri Perlu Campur Tangan Jaga Reputasi SPRM", "body": "0\n\n\n( Zamani Ibrahim berkata bahawa Azam Baki pmesti mendahulukn kemuliaan institusinya dan bekerjasama menjaga kewibawaan SPRM / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu beri kerjasama jika benar mahu menjaga imej SPRM sebagai badan berintegriti.\n\n\nPresiden Parti BERJASA, Zamani Ibrahim \nketika dihubungi berkata selain Azam Baki perlu disiasat, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga perlu campur tangan supaya reputasi SPRM dapat terus terpelihara.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSistem wakaf Malaysia jadi rujukan pelajar Indonesia\n\n\n\n\n\n\nTREND Jangkitan Semakin Meningkat\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019 : Ketua Pemuda UMNO tidak teragak-agak halang program\n\n\n\n\n\n\nArab saudi janji selesaikan isu penginapan jemaah umrah Malaysia\n\n\n\n\n\n\nAda Pihak Cuba Bunuh Karakter Azam Baki \u2013 MCW\n\n\n\n\n\n\n\n\nZamani Ibrahim, Presiden BERJASA berkata :\n\n\n\u201cDia mesti menjaga mendahulukan kemuliaan institusi itu sendiri dan sekiranya perkara ini ingin dia berikan kerjasama hendaklah dia sekurang-kurangnya ambil cuti, berehat dan biarkan perkara itu disiasat supaya nampak dia beri kerjasama nampak dia berada di pihak bersungguh-sungguh untuk menjaga integrity\u00a0 dan itu dan bersungguh-sungguh dia menjaga kewibawaan dan kemuliaan SPRM itu sendiri.\u201d\n\n\nTambah Zamani, Perdana Menteri perlu bersuara apabila membabitkan isu integriti penjawat awam ini dan memberikan ruang agar siasatan secara bersih dijalankan.\n\n\n\u201cPerdana Menteri mesti memastikan dan bersuara untuk menjaga kebersihan kesucian SPRM itu sendiri dan di sini perdana menteri mesti bersuara untuk campur tangan supaya maknanya sesiapa sahaja yang terlibat dengan isu yang tidak sesuai sebagai orang yang beranggap berintegriti maka hendaklah perdana menteri membersihkan SPRM itu sendiri bagaimana caranya mungkin menteri boleh panggil dia dan nasihatkan dia supaya dia berehat dan berikan ruang kepada badan tertentu untuk menyiasat sebaik-baik mungkin.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/perlis-benar-masjid-rapat-saf-solat-berjemaah/", "title": "Perlis Benar Masjid Rapat Saf Solat Berjemaah", "body": "0\n\n\n( Negeri Perlis membenarkan semua masjid mula solat berjemaah dengan saf dirapatkan/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Semua masjid di seluruh Perlis akan mula solat berjemaah dengan saf dirapatkan, berkuat kuasa solat Subuh pada Sabtu ini.\n\n\n\u00a0\nYang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan itu mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa COVID-19 di negeri ini.\n\n\nSelain itu, peratusan tinggi vaksinasi lengkap dan peningkatan dos penggalak yang mencapai kadar 16.9 peratus atau 30,575 penerima berdasarkan maklumat terkini pada 2 Januari lalu dan didapati keadaan penularan wabak di Perlis berada dalam keadaan terkawal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n30 rakyat Malaysia bakal tiba di tanah air esok\n\n\n\n\n\n\nTiada wawasan akhirat jika bersara atas faktor usia \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nPahang dedah 29 individu palsu gelaran Datuk, Datuk Seri\n\n\n\n\n\n\nKekalkan TMJ \u2013 Kim Pan Gon\n\n\n\n\n\n\nZahid ingatkan PAS jangan berangan sertai Kerajaan PH-BN\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, baginda mempertimbang dengan penuh hikmah dan teliti serta menilai dengan penuh bijaksana dan berhati-hati dalam menjalankan tanggungjawab Raja Pemerintah dan Ketua Agama Negeri.\n\n\nKebenaran ini adalah kepada semua masjid di seluruh Perlis sahaja, manakala surau atau tempat solat umum atau awam kekal tidak dibuka untuk solat berjemaah merapatkan saf.\n\n\nBaginda bertitah, pematuhan terhadap SOP masih diperketatkan dan tidak dibenarkan sebarang kontak sentuhan fizikal seperti bersalaman."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/rayuan-rosmah-mohon-batal-kes-rasuah-projek-solar-pada-24-mac/", "title": "Rayuan Rosmah Mohon Batal Kes Rasuah Projek Solar Pada 24 Mac", "body": "0\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Rayuan terakhir Rosmah Mansor untuk membatalkan perbicaraan rasuahnya membabitkan projek tenaga hibrid solar Sarawak bernilai RM1.25 bilion akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada 24 Mac.\n\n\nMahkamah tertinggi negara menetapkan tarikh perbicaraan susulan sebutan rayuan hari ini oleh isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/thailand-nilai-situasi-covid-19-selepas-cuti-tahun-baharu/", "title": "Thailand Nilai Situasi Covid-19 Selepas Cuti Tahun Baharu", "body": "0\n\n\n( Perdana Menteri Prayut Chan o-cha sedang meneliti situasi COVID-19 selepas cuti tahun baharu / sumber : the star)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Thailand akan menilai situasi COVID-19 selepas cuti Tahun Baharu sebelum membuat keputusan mengenai langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk membendung gelombang baharu jangkitan.\n\n\nJurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri Prayut Chan o-cha sedang meneliti situasi COVID-19 selepas cuti Tahun Baharu berikutan sektor swasta dan awam menyambung semula operasinya.\n\n\n\u201cKerajaan akan menilai keadaan termasuk jumlah kes dan kematian baharu dan jumlah pesakit yang mengalami gejala teruk sebelum membuat pelarasan terhadap langkah sedia ada,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu ubah dasar, benarkan kru kabin bertudung\n\n\n\n\n\n\nDi Caprio dedah Jho Low guna RM132 juta bayar dana politik Obama\n\n\n\n\n\n\nNama tebing barat ditukar, taktik baru Israel tawan Palestin\n\n\n\n\n\n\nWHO Jangka Omicron Bakal Jangkiti Separuh Eropah\n\n\n\n\n\n\nParlimen, NGO bincang bentuk jawatankuasa khas isu Palestin\n\n\n\n\n\n\n\n\nPrayuth dijangka mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) pada Jumaat untuk membincangkan isu penting termasuk penggantungan program bebas kuarantin \u201cTest & Go\u201d, tempoh kuarantin untuk pelancong yang memasuki Thailand, dan pembukaan semula pub dan bar untuk membendung penularan COVID-19 di negara itu.\n\n\nSementara itu, Gabenor Bangkok Asawin Kwanmuang berkata Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) telah bersedia dengan petugas perubatan, peralatan, ubat-ubatan dan katil pesakit sekiranya terdapat lonjakan baharu kes Omicron.\n\n\nBeliau berkata BMA menyediakan 40 tapak kuarantin komuniti dengan kira-kira 5,000 katil untuk merawat pesakit COVID-19. Selain itu, Jabatan Perkhidmatan Perubatan turut menyediakan kira-kira 25,000 katil untuk pesakit di hospital dan hospital lapangan.\n\n\nDalam tempoh 24 jam yang lalu, Thailand merekodkan 3,899 kes baharu COVID-19 dan 19 kematian, menjadikan jumlah jangkitan dalam negara kepada 2,239, 475 kes dan 21,769 kematian.\n\n\nSetakat ini, Thailand merekodkan 2,338 kes Omicron di 55 wilayah.\n\n\nSementara itu, Timbalan Jurucakap CCSA Dr Sumanee Wacharasin memberi amaran kes COVID-19 boleh mencecah \u2018berpuluh-puluh ribu\u2019 setiap hari jika orang ramai mengabaikan langkah-langkah pencegahannya.\n\n\n\u201cPenularannya akan dapat dilihat dalam tempoh dua minggu akan datang,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/tunggu-surat-saman-azam-baki/", "title": "Tunggu Surat Saman \u2013 Azam Baki", "body": "0\n\n\n(Tan Sri Azam Baki berkata surat saman akan dikeluarkan kepada mereka kerana telah mencemarkan reputasinya dan SPRM / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemarkan reputasinya dan SPRM.\n\n\nKatanya, tindakan tegas akan diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak Bertanding, Shahrir Enggan Berselindung Di Sebalik Kedudukan Politik\n\n\n\n\n\n\nSPRM ambil keterangan Ketua Pembangkang\n\n\n\n\n\n\nBanjir di Johor terburuk sejak tahun 2006\n\n\n\n\n\n\nNilai Agama & Penghayatan Jati Diri Perlu Diperkasa \u2013 iGuru\n\n\n\n\n\n\nAbdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM\n\n\n\n\n\n\n\n\nTan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sprm)\n\n\n\u201cJust wait\u2019 (tunggu)\u2026. saman akan dibuat ke atas orang itu\u201d\n\n\nPada sidang akhbar khas bersama Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) di Ibu Pejabat SPRM, Rabu lepas, Azam memaklumkan terdapat usaha beberapa pihak yang berkepentingan atau mempunyai agenda yang tidak baik terhadap SPRM.\n\n\nPihak berkenaan mengambil kesempatan untuk terus menghakis kepercayaan masyarakat ke atas agensi itu dengan menjadikannya sasaran serangan bertubi-tubi.\n\n\nSetelah mendapatkan nasihat peguam, Azam telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.\n\n\nSidang akhbar itu dibuat bagi menjawab dakwaan berhubung salah laku yang dikatakan membabitkan pegawai tinggi di suruhanjaya berkenaan.\n\n\nMengulas lanjut, Azam berkata, mereka yang terlibat sudah dikenal pasti dan mendakwa mereka digunakan pihak tertentu untuk memberi tekanan ke atas SPRM."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/07/vaksinasi-populasi-dewasa-hampiri-100-peratus/", "title": "Vaksinasi Populasi Dewasa Hampiri 100 Peratus", "body": "1\n\n\n( Vaksinasi di Malaysia hampir mencapai 100 peratus/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 7 JANUARI\n \u2013 Hanya 2.3 peratus sahaja lagi diperlukan negara untuk mencapai angka 100 peratus populasi dewasanya lengkap divaksinasi.\n\n\nBerdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia KKM menerusi laman CovidNow, setakat 11.59 malam Khamis seramai 22, 876 ribu 224 individu atau 97. 7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.\n\n\nSetakat Khamis juga, 98.9 peratus atau 23,162,767 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFenomena \u2018Bossku\u2019 dalam UMNO belum berakhir \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nInspektor Sheila didakwa ugut, aibkan kehormatan\n\n\n\n\n\n\nMelampau, pelawak Singapura hina, perlekeh Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPersatuan Bas Sekolah Tiada Hak Letak Harga, Tapi Ramai `Bungkus\u2019 Angkara Pandemik\n\n\n\n\n\n\nKDN, Kerajaan Malaysia tarik balik rayuan kes kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,763,787 individu atau 87.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,854,126 individu atau 90.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.\n\n\n( COVIDNOW papar angka kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSementara itu, kementerian kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.\n\n\nIni menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,628 orang, daripada 2.76 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.\n\n\nMenurut data KKM di portal CovidDNow, empat daripada 19 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/13-ditahan-pandu-secara-mabuk-sekitar-ibu-negara/", "title": "13 Ditahan Pandu Secara Mabuk Sekitar Ibu Negara", "body": "0\n\n\n( 13 ditahan pandu secara mabuk sekitar ibu negara/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Seramai 13 pemandu ditahan dalam Operasi Samseng Jalan, Op Motosikal Pelbagai didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.\n\n\nKetua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh dalam satu kenyataan berkata, 13 suspek yang ditahan itu berusia antara 26 hingga 43 tahun.\n\n\n(Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, JSPT Kuala Lumpur / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nAsisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, JSPT Kuala Lumpur berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua bekas PM disaman berhubung penamatan projek HSR\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat Dewan Rakyat berlangsung pada 19 dan 20 Disember\n\n\n\n\n\n\nNga Kor Ming suruh Hadi bertaubat\n\n\n\n\n\n\nAkta Antigangguan Seksual dikuat kuasa secara berperingkat\n\n\n\n\n\n\nCecair vape tidak wajar dikeluarkan daripada Akta Racun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan terus mempertingkatkan skop operasi kami pada hujung minggu untuk membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya,\u201d\n\n\nMenurut Sarifudin, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan akan didakwa.\n\n\nUjar beliau, pemandu terbabit ditahan dalam operasi yang bermula Jumaat lalu hingga hari ini.\n\n\nSementara itu, Operasi sama yang diadakan di sekitar kawasan bandar termasuk Jalan Raja Laut dan Jalan Pahang, turut menyaksikan lapan orang ditahan kerana melakukan aksi berbahaya.\n\n\nKatanya, sebanyak 350 saman dikeluarkan sepanjang operasi itu dan sembilan motosikal dirampas kerana ubah suai secara haram."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/14-juta-penduduk-tianjin-diarah-jalani-saringan-covid-19/", "title": "14 juta penduduk Tianjin diarah jalani saringan COVID-19", "body": "0\n\n\n(Penduduk Tianjin di China beratur untuk menjalani ujian calitan COVID-19 / sumber : berita harian)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Bandar Tianjin di utara China menyarankan hampir 14 juta penduduknya untuk kekal di rumah ketika saringan COVID-19 besar-besaran dilaksanakan.\n\n\nSaringan itu susulan 165 kes baharu COVID-19 dikesan di China dalam tempoh 24 jam baru-baru ini termasuk dua kes yang berpunca daripada varian Omicron.\n\n\nMenurut kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Nasional hari ini, daripada jumlah itu, 92 kes adalah penularan tempatan, kebanyakan dilaporkan di wilayah Henan dan Shaanxi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam Afghanistan hanya bertahan dengan roti dan teh di bulan Ramadan\n\n\n\n\n\n\nBakar Quran: Malaysia kutuk tindakan biadap Patrioterne Gar Live\n\n\n\n\n\n\nGara-gara perpecahan politik, Libya sambut Aidilfitri pada dua tarikh berbeza\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Berjanji Berdiri Teguh Selepas Salhiya Dirobohkan\n\n\n\n\n\n\nVarian Omicron berasal daripada tikus\n\n\n\n\n\n\n\n\nSuruhanjaya itu juga memaklumkan, Tianjin kini menjadi lokasi baharu yang mencetus kebimbangan selepas lebih 20 kes COVID-19 dilaporkan dalam beberapa hari lalu, dengan kebanyakannya kes import.\n\n\nMedia negara itu melaporkan, kes berkenaan merangkumi sekurang-kurangnya dua varian Omicron serta 15 jangkitan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.\n\n\nBandar berhampiran Beijing itu melancarkan saringan besar-besaran awal hari ini, dengan menasihatkan penduduk kekal atau berada berhampiran kediaman masing-masing supaya sedia untuk menjalani saringan peringkat komuniti.\n\n\nPenduduk Tianjin dimaklumkan bahawa aplikasi pengesanan kontak COVID-19 dalam telefon pintar mereka tidak akan bertukar hijau selagi tidak mendapat keputusan negatif dalam ujian saringan berkenaan.\n\n\nSetakat ini, China yang menjadi lokasi pertama kemunculan COVID-19 pada 2019, hanya melaporkan sejumlah kecil kes Omicron.\n\n\nPihak berkuasa China juga sedang bergelut dengan pusat penularan lebih besar di bandar Xi\u2019an, yang mencetus persoalan mengenai dasar sifar tolak ansur dalam pelaksanaan perintah berkurung serta pelaksanaan saringan besar-besaran.\n\n\nMereka antara lain berdepan rungutan penduduk Xi\u2019an berhubung pengurusan perintah berkurung yang kucar-kacir, termasuk kekurangan akses pada makanan dan keperluan harian.\n\n\nBandar itu turut berdepan beberapa isu yang tular di media sosial, antaranya kes keguguran dialami seorang wanita yang mengandung lapan bulan selepas tidak dibenarkan masuk ke hospital tanpa menjalani ujian saringan COVID-19. \u2013 AFP\n\n\nTiada kes kematian baharu dilaporkan di China, menjadikan jumlah kumulatif di negara itu kekal kepada 4,636 maut dengan 103,619 kes positif setakat ini. \u2013 AGENSI\n\n\n-BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/4639/", "title": "", "body": "0\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Seorang pengarah urusan syarikat dan seorang jurutera yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor semalam, direman enam hari bermula hari ini. Tempoh reman sehingga 15 Jan itu dikeluarkan oleh Majistret Nurmardiana Mamat di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.\n\n\nLelaki berusia 41 dan 52 tahun itu ditahan pukul 7 malam semalam (Ahad) di pejabat SPRM Johor Bahru kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bagi projek pembinaan jambatan sementara di Segamat, bernilai lebih RM250,000, enam tahun lepas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/empat-juta-penduduk-israel-mungkin-dijangkiti-covid-19/", "title": "Empat juta penduduk Israel mungkin dijangkiti Covid-19", "body": "0\n\n\n(Antara dua hingga empat juta penduduk Israel dijangka dijangkiti dengan Covid-19 / sumber : sinar harian)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Hampir 40 peratus daripada penduduk Israel dijangka dijangkiti oleh Covid-19 dalam gelombang semasa virus itu, kata Perdana Menteri, Naftali Bennett pada Ahad.\n\n\n\u201cData yang dibentangkan pada mesyuarat Kabinet menunjukkan bahawa di Israel, antara dua hingga empat juta rakyat secara keseluruhan akan dijangkiti gelombang semasa ini,\u201d ciap Bennett dalam akaun Twitternya.\n\n\nIsrael yang mempunyai 9.4 penduduk telah menyaksikan jangkitan hampir empat kali ganda sepanjang minggu lalu berbanding sebelumnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTwitter benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna\n\n\n\n\n\n\nMaghribi Ikuti langkah Kanada, Sepanyol, Australia Halang Pelancong China Masuk\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Berjanji Berdiri Teguh Selepas Salhiya Dirobohkan\n\n\n\n\n\n\nRobot Pintar Edar Air Zamzam Beroperasi Kembali\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi: 23 juta penduduk terjejas, angka korban lepasi 5,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Kementerian kesihatan, terdapat 17,518 jangkitan baharu pada Sabtu lalu.\n\n\nLebih 1.5 juta kes Covid termasuk 8,269 kematian telah direkodkan secara rasmi di Israel. \u2013 Agensi\n\n\n-SinarHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/empat-tertimbus-lombong-arang-batu-runtuh-di-pakistan/", "title": "Empat Tertimbus Lombong Arang Batu Runtuh Di Pakistan", "body": "0\n\n\n( Empat tertimbus lorong arang batu runtuh di Pakistan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Sekurang-kurangnya dua terbunuh apabila lombong tempat mereka bekerja runtuh di Darra Adamkhel, Pakistan.\n\n\nSumber Penyelamat 1122 berkata, kejadian runtuhan yang berlaku akibat daripada hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.\n\n\nKatanya, buat masa ini, empat buruh dikesan tertimbus dalam runtuhan berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Kuwait perintahkan Jho Low dihukum penjara 10 tahun\n\n\n\n\n\n\nCOVID-19: Kes kalangan kanak-kanak AS rekod lebih 10 juta\n\n\n\n\n\n\nTiada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye\n\n\n\n\n\n\n14 Mei \u2013 pilihan raya Presiden Turkiye\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk serangan terhadap jemaah Palestin, pencerobohan Israel di Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, tiga ditemukan dalam keadaan cedera, manakala seorang pelombong disahkan terkorban.\n\n\nMayat kini dipindahkan ke hospital Shiney Killay untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.\n\n\nBagaimanapun seorang lagi pelombong yang cedera disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.\n\n\nSementara itu, jurucakap pasukan penyelamat berkata, pihaknya akan terus melancarkan operasi pencarian berikutan ada lagi buruh yang dilaporkan hilang.\n\n\n\u201cKita akan teruskan operasi mencari dan menyelamat dan kawalan keselamatan di kawasan terbabit diperketatkan,\u201d katanya. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/hanya-bayar-rm2500-boleh-dapat-sijil-vaksinasi/", "title": "Hanya Bayar Rm2,500 Boleh Dapat Sijil Vaksinasi?", "body": "0\n\n\n(Tangkapan di perbualan aplikasi Whatsapp mengenai khidmat membuat sijil vaksinasi palsu /sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Tular satu mesej di aplikasi WhatsApp mendakwa dengan bayaran hanya RM2,500 sahaja bagi setiap individu, boleh terus mendapatkan sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera secara palsu.\n\n\nIndividu yang menawarkan sijil digital itu mendakwa pembeli akan \u2018selamat\u2019 jika diperiksa oleh penguat kuasa selain sijil tersebut boleh digunakan di semua tempat.\n\n\nMenurut sumber, sijil tersebut juga akan dipaparkan dengan maklumat pembeli itu sendiri seperti nama dan nombor kad pengenalan pada aplikasi MySejahtera.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat kecoh ketika bahas usul percaya terhadap PM\n\n\n\n\n\n\nDicalon Speaker Parlimen, ADUN Gurun letak jawatan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan tawar RM10 juta pemerhati politik mohon maaf pada SPRM\n\n\n\n\n\n\nKebocoran siasatan SPRM terhadap Nazlan telah dijelaskan\n\n\n\n\n\n\nPolis larang terbangkan dron di kawasan tumpuan PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\nMelalui mesej pembeli hanya perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan ID MySejahtera dan mengambil masa dua minggu selepas pembayaran dibuat sebelum MySejahtera pembeli dikemas kini dengan sijil tersebut.\n\n\nIndividu itu juga mendakwa, MySejahtera pembeli akan dikemas kini sehingga dos yang disyorkan selain turut akan menerima kemas kini dos penggalak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/jangan-sampai-parti-melayu-sahaja-tinggal-tapi-tanah-tergadai-mpm/", "title": "Jangan Sampai Parti Melayu Sahaja Tinggal, Tapi Tanah Tergadai \u2013 MPM", "body": "0\n\n\n(Shahbudin Embun,\u00a0 Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM) / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Jangan sampai parti Melayu sahaja yang banyak tetapi tiada langsung Tanah Rizab Melayu yang tinggal.\n\n\nDemikian luahan berbaur amaran \u2013 oleh Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun yang berasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak menggadaikan Tanah rizab Melayu.\n\n\nBeliau berkata, sangat menyedihkan apabila Tanah rizab Melayu juga yang diambil telah bertukar status kepada tanah freehold atau Tanah Pegangan Bebas yang boleh dimiliki oleh golongan bukan Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar nafi buat dakwaan tanpa asas ke atas PN\n\n\n\n\n\n\nTuntutan 9 Kerusi Makkal Sakhti Daripada BN Tidak Realistik\n\n\n\n\n\n\nHarga Ais Akan Dinaikkan \u2013 Pengusaha\n\n\n\n\n\n\nSindiket curi kereta seludup ke negara jiran tumpas\n\n\n\n\n\n\nPemain hoki digantung, tidak dibenarkan mewakili negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nShahbudin Embun selaku Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM) berkata :\n\n\n\u201cSaya ingin merasa kesal kerana isu tanah simpanan melayu ini dan mengikut perlembagaan negara setiap pengambilan tanah melayu rizab melayu ini mesti diganti itu memang tercatat di dalam perlembagaan dan yang lebih menyedihkan sekarang ini tinggal 23 peratus bermakna 77 peratus sudah hilang dan tanah yang telah hilang status tanah rizab melayu ini menjadi freehold dan ini amat menyedihkan kita.\u201d\n\n\nJusteru katanya, kerajaan wajib mengembalikan Tanah Rizab Melayu kepada orang Melayu untuk menggantikan tanah yang telah diambil begitu sahaja.\n\n\nJelasnya, kerajaan juga berkuasa menggazetkan tanah-tanah bukit dan lembah sebagai Tanah Rizab melayu untuk menggantikan tanah yang sudah hilang.\n\n\n\u201cSaya mintalah kerajaan yang masih ada saki baki 23 peratus ini minta supaya you must resto back status malay rezab land ini jika ada tanah bukit ke tanah lembah ke maka kerajaan wilayah persekutuan patut ambil inisiatif untuk gazetkan tanah-tanah itu menjadi dikembali tanah rizab melayu waimah tanah milik kerajaan juga mesti digazetkan sebagai tanah malay rizab untuk menggantikan tanah yang telah hilang begitu saja atas perbuatan pemimpin-pemimpin daripada government ke politician yang tidak begitu peka tentang kehendak perlembagaan dan berkenaan tanah rizab melayu ini kita tidak mahu suatu hari nanti parti melayu ada tetapi tanah rizab melayu telah hilang selama-lamanya di bumi orang Melayu ini.\u201d\n\n\nSemalam, satu resolusi dibuat Pertubuhan-pertubuhan Islam (PEMBELA) berhubung isu Tanah Rizab Melayu dalam Konvensyen Tanah Melayu 2022.\n\n\nAntara intipati resolusi, menggesa Suruhanjaya Di raja ditubuhkan dengan terdiri daripada pakar undang-undang dan ekonomi tanah bagi tujuan menyelamat dan melindungi Tanah Rezab Melayu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/kes-positif-global-lebih-306-juta/", "title": "Kes Positif Global Lebih 306 Juta", "body": "0\n\n\n(\nJumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 306 juta\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 306 juta, berikutan pertambahan lebih 2 juta kes dalam tempoh 24 jam yang lepas.\n\n\nData terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 60 juta kes.\n\n\nIni diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 35.5 juta kes dan 22.5 juta kes.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka\n\n\n\n\n\n\nMindef teruskan rancangan peroleh 18 pesawat tempur ringan\n\n\n\n\n\n\nTM dedah punca tak perbaharui konsesi Menara KL\n\n\n\n\n\n\nPotongan 30% cukai taksiran kediaman di Putrajaya bawah RM300,000\n\n\n\n\n\n\nEmpat kru bot Jabatan Perikanan ditemukan selamat di perairan Indonesia\n\n\n\n\n\n\n\n\nNegara yang melebihi angka 10 juta kes adalah United Kingdom, Perancis dan Rusia manakala Turki merekodkan lebih 9 juta kes.\n\n\nSementara Itali, Sepanyol dan Jerman melebihi tujuh juta kes. \nDi Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.2 juta.\n\n\nDiikuti Filipina hampir 3 juta, Malaysia 2.7 juta dan Thailand dengan 2.2 juta kes. \nManakala Singapura melebih 285 ribu kes.\n\n\nSementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 5.48 juta.\n\n\nBerdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 837 ribu\u00a0 kes.\n\n\nIni diikuti Brazil dengan lebih 620 ribu kes, India lebih 483 ribu kes dan Rusia lebih 309 ribu kes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/khairy-selar-kritikan-king-sing-malaysia-tidak-boleh-ikut-china/", "title": "Khairy Selar Kritikan King Sing, Malaysia Tidak Boleh Ikut China", "body": "0\n\n\n(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, membalas kritikan dilontarkan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, terhadap beliau dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Doktor Noor Hisham Abdullah dalam mengendalikan pandemik COVID-19 di negara ini.\n\n\nDalam penjelasannya, Khairy mengakui pendekatan China seperti dibangkitkan King Sing, berkesan dalam mengawal penularan COVID-19, namun strategi negara itu adalah pembendungan atau sifar COVID, bermaksud \u2014 Sekatan pergerakan dibuat sepenuhnya walaupun hanya ada tiga kes positif.\n\n\nBeliau menegaskan yang Malaysia tidak mampu melaksanakan pendekatan sama seperti dilaksanakan China, berikutan kekangan ekonomi dan aspek kebajikan rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGerakan Islam Perlu Bersama Susun Gerak Kerja Berdepan Musuh \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nBanjir besar disebabkan pengaruh fenomena La Nina \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nLepas dikecam Bong Guang Yik minta maaf buat kenyataan rasis\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Terus Menurun, Bawah 40,000 Orang\n\n\n\n\n\n\nHenti bertelagah, bergerak ke hadapan untuk menyatupadukan rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk \u2018lockdown\u2019.\n\n\n\n\nDalam lontaran tweet Khairy menambah, Ini bermaksud, kita mengurus kes positif dengan berkesan, meningkatkan vaksinasi, jaga prosedur operasi standard (SOP), tanda pagar, #TRIIS iaitu \u2018test, report, inform, isolate and seek\u2019 \nagar kadar kematian, penggunaan unit rawatan rapi (ICU) dan kemasukan ke hospital menurun.\n\n\nDalam ciapannya juga, Khairy mempertahankan Doktor Noor Hisham dalam menggalas tanggungjawabnya.\n\n\nSebelum ini, King Sing mempersoalkan sama ada Khairy mempunyai strategi jelas untuk berdepan dengan senario terburuk, selain memuji pendekatan yang dilaksanakan China dalam menangani wabak itu.\n\n\nBeliau turut mempersoalkan kelayakan Doktor Noor Hisham, sama ada beliau ialah individu terbaik untuk menerajui usaha negara memerangi varian Omicron kerana Doktor Noor Hisham dikatakan ialah seorang pakar bedah dan bukan pakar kesihatan awam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/maut-7-pelancong-ditimpa-cenuram-runtuh-di-brazil/", "title": "Maut, 7 pelancong ditimpa Cenuram runtuh di Brazil", "body": "0\n\n\n( 7 pelancong maut ditimpa cenuram runtuh di Brazil/ sumber : Berita Harian)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dan tiga masih hilang selepas cenuram runtuh menimpa bot membawa pelancong di sebuah tasik di Brazil, kata pihak berkuasa, semalam.\n\n\nPasukan penyelamat termasuk skuad penyelam dan anggota Tentera Laut Brazil bergegas ke Tasik Furnas di negeri Minas Gerais, ketika pelancong yang panik melihat serpihan bongkah batu pecah dari cenuram dan menimpa tiga bot pelancong.\n\n\n\u201cAngka rasmi terkini yang maut ialah tujuh orang dan tiga lagi hilang,\u201d kata jurucakap bomba Minas Gerais, Pedro Aihara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJuruterbang enggan bawa Presiden Israel ke London\n\n\n\n\n\n\nF-22 \u201cRaptor\u201d tembak jatuh sekali lagi objek misteri selepas belon pengintip China\n\n\n\n\n\n\nMyanmar tahan kira-kira 150 Rohingya cuba melarikan diri ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nUNESCO bimbang kerosakan di tapak warisan Syria, Turkiye\n\n\n\n\n\n\nJacinda Ardern dilantik utusan khas tangani keganasan di New Zealand\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Komander Bomba Minas Gerais, Kolonel Edgard Estevo da Silva berkata sekurang-kurangnya 20 orang masih hilang, selain 32 orang cedera.\n\n\nEstevo berkata, usaha pencarian dihentikan sementara pada waktu malam atas faktor keselamatan dan disambung semula pada waktu pagi.\n\n\nJelasnya, jumlah yang hilang dianggarkan berdasarkan \u2018maklumat saksi, agensi pelancongan dan saudara mara mereka\u2019.\n\n\nPada tengah hari semalam waktu tempatan, serpihan bongkah batu jatuh dan menghempap tiga bot pelancongan di Tasik Furnas, kawasan pelancongan di wilayah Capitolio.\n\n\nPelancong berpusu-pusu melihat dinding batu, gua dan air terjunnya yang mengelilingi perairan Tasik Furnas, dibentuk oleh empangan hidroelektrik.\n\n\nDalam video dikongsi di rangkaian media sosial, terdapat rakaman detik tepat apabila cenuram itu jatuh ke atas tiga bot berkenaan yang mencetuskan panik dalam kalangan penumpang yang menyaksikan kejadian itu dari bot lain.\n\n\nSatu lagi video di media sosial menunjukkan detik beberapa minit sebelum cenuram itu runtuh, yang mana beberapa orang memberi amaran terdapat banyak batu yang jatuh dan menjerit kepada penumpang bot lain supaya menjauhi dinding tasik berkenaan.\n\n\nMenurut anggota bomba dan pasukan penyelamat lain termasuk penyelam, sekurang-kurangnya 32 orang cedera dengan sembilan daripadanya terpaksa dimasukkan ke hospital.\n\n\nBomba berkata, hujan lebat dalam beberapa hari kebelakangan ini di tenggara Brazil mungkin antara faktor berlakunya runtuhan itu. \u2013 AFP\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/obor-obor-portuguese-man-owar-masih-beracun-walaupun-sudah-mati/", "title": "Obor-obor Portuguese Man o\u2019War Masih Beracun Walaupun Sudah Mati", "body": "0\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Tampak comel namun sengatannya boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.\n\n\nPengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, obor-obor jenis Portuguese Man o\u2019War atau nama saintifiknya \u2018physalia physalis\u2019 masih beracun walaupun sudah mati."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/penduduk-gesa-kerajaan-selamatkan-tanah-melayu-kampung-bharu/", "title": "Penduduk Gesa Kerajaan Selamatkan Tanah Melayu Kampung Bharu", "body": "0\n\n\n(Turut kelihatan hadir di Majlis Konvensyen Tanah Melayu Pengerusi PEMBELA dan beberapa yang lain / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Menerusi Konvensyen Tanah Melayu yang diadakan semalam, Pengkaji Sejarah Tanah Melayu, Zaharah Sulaiman dalam pembentangannya berkata tanah rezab Melayu sehingga kini hanya meliputi 23 peratus di seluruh negara.\n\n\nSusulan itu, Pengerusi Koperasi Pembangunan M.A.S Kampong Bharu Kuala Lumpur (MASKOP), Datuk A.R. Mohtar Haji Rahmad menggesa agar semua tanah pegangan pajakan di Kampong Bharu ditukar syarat nyata kepada tanah pegangan bebas.\n\n\n( Datuk Ar. Mohtar Haji Rahmad, Pengerusi Koperasi Pembangunan M.A.S Kampong Bharu Kuala Lumpur (MASKOP) / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nDatuk Ar. Mohtar Haji Rahmad, Pengerusi Koperasi Pembangunan M.A.S Kampong Bharu Kuala Lumpur (MASKOP) berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemuda ISMA Lancar Kempen Suntik Semangat Perjuangan Melayu, Islam\n\n\n\n\n\n\nSelamat tinggal UMNO \u2013 Tun Abdul Hamid\n\n\n\n\n\n\nKerajaan wajar beri perhatian kepada isu kos sara hidup \u2013 MPPN\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Awalkan PRU \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nWarga Singapura marah ditegur isi minyak dalam tong\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026atas dasar pengorbanan pemilik hartanah setuju pembangunan kg bharu wujudnya akta 733\u2026hanya tinggal 3% kini\u2026\u201d\n\n\nTambah Mohtar, semua tambakan tanah di pesisiran pantai baik di Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain hendaklah dijadikan sebahagian kawasan di tanah rizab Melayu bagi mengganti balik tanah yang telah digadai oleh pihak kerajaan negeri.\n\n\nMengulas lanjut katanya, bagi membangunkan semua tanah rizab melayu yang terbiar \u2013 tabung wakaf pembangunan tanah rizab melayu perlu diwujudkan.\n\n\nBeliau juga mencadangkan agar bayaran premium tukar syarat nyata daripaa pertanian kepada pusat bandar komersial, \u2013 bagi tanah pertanian Melayu dan tanah rezab melayu hendaklah norminal iaitu RM1,000 per lot.\n\n\nPembangunan cara pajakan dan dan wakaf juga digalakkan dalam membangunkan semua tanah pegangan bebas dan pegangan pajakan bagi memastikan pegangan pemilik terjamin terhadap hakmilik tanah.\n\n\nDalam pada itu, Mohtar turut meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan kerajaan yang akan membentangkan akta tanah Kampong Bharu di parlimen tanpa membincangkan terlebih dahulu bersama pemilik tanah.\n\n\n\u201c\u2026saya sangat dukacita bahawa akan dtg satu akta tanah kg bharu akan dibentangkan di parlimen sedangkan kami pemilik tanah tidak tahu apa isi kandungan ini\u2026Di dalam MAS ini terkandung pembahagian harta dan tanah melalui\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sesi soal jawab Konvensyen Tanah Melayu 2022 yang dianjurkan Yayasan PEMBELA dengan kerjasama Pertubuhan Profesional Tanah Melayu (PERTAMA) di Wisma Sejarah, semalam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/pengarah-urusan-jurutera-ditahan-sprm/", "title": "Pengarah Urusan, Jurutera Ditahan SPRM", "body": "0\n\n\n( / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Seorang pengarah urusan sebuah syarikat dan jurutera ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM250 ribu\u00a0 bagi projek pembinaan jambatan sementara di Segamat, malam tadi.\n\n\nKedua-dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 52 dan 41 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira jam 7 Malam tadi, selepas hadir memberikan keterangan bagi membantu siasatan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak adil sekat perhimpunan orang Melayu \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nHanya ada satu kem dalam UMNO \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nBenarkah Ada Usaha Dalam UMNO Desak PM Percepat PRU15?\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Gesa Kerajaan Selamatkan Tanah Melayu Kampung Bharu\n\n\n\n\n\n\nPengundi dinasihat tolak parti main isu 3R \u2013 Hafidzah\n\n\n\n\n\n\n\n\nDifahamkan, pada 2016 hingga 2020, kedua-dua suspek bersubahat dalam mengemukakan dan memperakukan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan di daerah Segamat bagi projek pembinaan jambatan sementara bernilai lebih RM4 juta, sedangkan kerja-kerja itu tidak dilaksanakan.\n\n\nSementara itu, Pengarah SPRM Johor, mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.\n\n\nKedua-kedua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi ini, bagi mendapatkan perintah permohonan reman"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/sprm-sokong-azam-baki/", "title": "SPRM Sokong Azam Baki", "body": "0\n\n\n( Kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menyokong Azam Baki/ sumber ; TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyokong kepimpinan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.\n\n\nDalam satu kenyataan, SPRM berpendirian tohmahan dan serangan yang dibuat terhadap Azam baki adalah bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.\n\n\nKenyataan bersama itu dikeluarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCukai Barangan Mewah dilaksana separuh kedua 2023\n\n\n\n\n\n\nMayat lelaki terapung dalam sungai ditemukan dalam keadaan terlungkup\n\n\n\n\n\n\nTiada Tanda Perhimpunan Berlaku Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\nBapa belajar hisap dadah daripada anak\n\n\n\n\n\n\n349 Kertas Pencalonan Bagi 82 Kerusi Bertanding\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam kenyataan bersama itu, turut menggesa agar semua pihak menghentikan kemelut ini dan membiarkan proses undang-undang berjalan secara adil, telus dan saksama.\n\n\nTambahnya, warga SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi Ketua Pesuruhjaya dan SPRM demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta.\n\n\nKes membabitkan Azam sedang disiasat Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).\n\n\nLembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), mendapatkan penjelasan Azam dan dikatakan akaun sahamnya digunakan oleh adiknya, Datuk Nasir Baki, untuk membeli saham pada 2015."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/taliban-tangkap-pensyarah-lantang-kritik-pentadbiran/", "title": "Taliban Tangkap Pensyarah Lantang Kritik Pentadbiran", "body": "0\n\n\n( Taliban tangkap pensyarah lantang kritik pentadbiran / sumber : ismaweb)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Taliban menahan seorang pensyarah universiti yang lantang dan secara terbuka mengkritik pentadbiran Afghanistan termasuk peraturan-peraturan baharu yang diperkenalkan.\n\n\nJurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid memaklumkan, kenyataan yang dikeluarkan Profesor Faizuallah Jalal di media sosial dilihat cubaan menghasut orang ramai menentang pentadbiran negara sementara Taliban.\n\n\n\u201cBeliau ditahan supaya orang ramai tidak terpedaya dengan maklumat yang disampaikan yang sekali gus boleh memudaratkan lagi keadaan, selain menjatuhkan maruah pentadbiran kami,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRemaja lelaki Palestin maut ditembak rejim Israel\n\n\n\n\n\n\nMaghribi Ikuti langkah Kanada, Sepanyol, Australia Halang Pelancong China Masuk\n\n\n\n\n\n\nTentera Israel mula berundur dari Jenin\n\n\n\n\n\n\nPendatang Yahudi serbu perkampungan Palestin di Tebing Barat\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia di Rusia, Armenia, Belarus dinasihat berwaspada\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, anak kepada pensyarah berkenaan, Hasina Jalal yang merupakan Felo Universiti Georgetown Washington melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan dan kesihatan bapanya.\n\n\nSebelum ini, tular di media sosial mengenai kritikan Prof Faizuallah Jalal secara terbuka terhadap pentadbiran Afghanistan dan menyifatkan keadaan menjadi huru-hara selepas Taliban memerintah sehingga menyebabkan ekonomi semakin merudum.\n\n\nKritikan yang disuarakan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pimpinan Taliban.\n\n\nSementara itu, Kumpulan Hak Asasi Manusia Amnesty International mengecam penahanan Pensyarah Undang-undang dan Sains Politik itu kerana menggunakan kebebasan bersuara dan mengkritik Taliban.\n\n\nSelain, menggesa penahanan itu dibebaskan segera tanpa syarat.\n\n\nTaliban sebelum ini menerima kecaman hebat daripada masyarakat antarabangsa apabila membentuk Kabinet yang terdiri daripada lelaki sahaja dan hampir kesemuanya adalah etnik Pashtun.\n\n\nMalah pentadbiran baharu Taliban juga tidak adil apabila melarang wanita untuk bekerja dan bersekolah sekali gus dilihat sebagai melanggar hak asasi wanita. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/varian-omicron-berasal-daripada-tikus/", "title": "Varian Omicron berasal daripada tikus", "body": "0\n\n\n(Varian Omicron berasal dari tikus / sumber : kosmo)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Sekumpulan penyelidik dari China mendakwa bahawa varian Omicron berkemungkinan telah bermutasi dalam kawanan tikus sebelum menjangkiti manusia, lapor akhbar Daily Star kelmarin.\n\n\nMenurut kajian berkenaan, apabila virus terhasil dalam haiwan tersebut, ia mengumpul mutasi dengan pantas sebelum menular dalam kalangan manusia.\n\n\n\u201cHasil kajian kami mendapati bahawa asal usul Omicron dipindahkan daripada manusia kepada tikus, seterusnya mengumpul mutasi dengan pantas untuk menjangkiti perumah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMyanmar tahan kira-kira 150 Rohingya cuba melarikan diri ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMemperingati ulang tahun kesembilan tragedi MH17\n\n\n\n\n\n\nOIC adakan mesyuarat tergempar bincang insiden bakar al-Quran di Stockholm\n\n\n\n\n\n\nAS Catat 1.1 Juta Kes Covid-19 Sehari\n\n\n\n\n\n\nMekah Dari Tandus Kini Menghijau\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa kemudiannya kembali menjangkiti manusia, sekali gus menunjukkan trajektori evolusi antara spesies bagi penularan varian Omicron,\u201d kata kajian tersebut.\n\n\nSebelum ini, asal usul Omicron dipercayai bermula daripada pesakit kronik yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah.\n\n\nIa juga dikatakan bermula daripada populasi yang mempunyai pengawasan dan penjujukan virus yang tidak mencukupi.\n\n\n\u201cBagaimanapun, berdasarkan kajian kami sebelum ini berkenaan evolusi virus, kami membuat hipotesis bahawa spesies perumah di mana Omicron memperoleh set mutasi tertentu boleh ditentukan dengan menganalisis spektrum mutasi molekul,\u201d kata pasukan saintis itu. \u2013 AGENSI\n\n\n-Kosmo"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/10/wakaf-penyelesaian-terbaik-untuk-tanah-orang-melayu-p-pinang/", "title": "Wakaf Penyelesaian Terbaik Untuk Tanah Orang Melayu P.Pinang", "body": "0\n\n\n(Wakaf penyelesaian terbaik selamatkan Tanah Melayu P.Pinang / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 10 JANUARI\n \u2013 Salah satu cara mengelakkkan tanah warisan Melayu di Pulau Pinang yang tiada peruntukan tanah rezab melayu, bertukar tangan dan pemilikan kepada orang lain ialah melalui mekanisme tanah wakaf.\n\n\nMenurut Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (PEMIKIR), Datuk Dr Muhamad Farid, tiada jalan lain yang boleh dilakukan kecuali dengan menjadikan tanah milik orang melayu di negeri itu kepada tanah wakaf.\n\n\nMalah dalam keadaan terkini dengan peratusan pemilikan tanah Melayu yang semakin rendah iaitu orang Melayu 24 peratus manakala bangsa lain secara individu dan swasta 45 peratus, ia adalah satu tahap yang membimbangkan dan wajar perihal tanah melayu dibawa ke suruhanjaya diraja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemandu langgar enam kenderaan positif ganja\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas\n\n\n\n\n\n\nMasjid, surau di Selangor perlu bebas propaganda politik \u2013 JAIS\n\n\n\n\n\n\nSolat sunat gerhana matahari diadakan tengah hari ini\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : tiada lesen, restoran tamat tempoh\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n( Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (PEMIKIR), Datuk Dr Muhamad Farid/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nMenurut Pengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (PEMIKIR), Datuk Dr Muhamad Farid berkata :\n\n\n\u201cKita berpandangan alternatif yang ada ialah untuk menjadikan tanah orang melayu kepada tanah wakaf, jika hari ini Majlis agama islam ialah agensi tunggal tanah wakaf, maka sudah sampai masanya ,Tuanku agung dapat mempertahankan tanah orang melayu sebagai tanah wakaf, kubur masjid kita serah kepada majlis agama Islam, tapi untuk tanah wakaf dikomersialkan pembangunan orang melayu dan dianggotai oleh profesional bukan ahli politik, dengan haritu tanah tanah Melayu melayu dibangunkan komersial pembangunan dan sebagainya sebagai tanah wakaf kekal sampai bila bila.\u201d\n\n\nSekiranya tidak dilakukan demikian beliau menyatakan kebimbangan bahawa tanah melayu akan terus terlepas ke tangan orang lain dan melayu pulau pinang akan semakin terhimpit.\n\n\n\u201cJadi kita risau kerana orang melayu 28 % sebelum merdeka sekarang 47 peratus lebih 2% daripada cina, masyarakat etnik terbesar tapi tanah kurang, so apa akan jadi dalam 10 tahun akan datang\u201d\n\n\nMalah ketika ini tanah yang dibangunkan untuk perumahan dijual balik dengan harga yang tidak mampu dibeli kembali oleh orang melayu.\n\n\nTambahnya, dengan lima daerah di pulau pinang, bahagian timur laut , 40 peratus tanah pulau \u2013 hanya 1.6 peratus adalah milik orang melayu.\n\n\nDi barat daya keluasan tanah 60 peratus namun hanya dimiliki 15 peratus orang melayu, sedangkan pemilikan bangsa lain, syarikat dan swasta menghampiri pemilikan 45 peratus.\n\n\nTambah Datuk Dr Muhammad, dapatan itu yang diperoleh daripada kajian beliau dalam buku berjudul kemelut dan kepimpinan melayu pulau pinang, menyatakan banyak data terperinci mengenai tanah milik orang melayu pulau pinang.\n\n\nDalam konvensyen tanah melayu 2022 semalam, yang dianjur PEMBELA dan PERTAMA, enam resolusi dicapai antaranya \u2013 menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelamatkan dan melindungi tanah rezab melayu.\n\n\nUjarnya lagi memang ada kebimbangan bahawa tanah wakaf berkemungkinan lewat dibangunkan atau di salah tadbir namun, melalui mekanisme yang baharu beliau yakin pembangunan tanah wakaf secara komersil bersama dengan badan profesional mampu mempertahankan tanah melayu dan juga islam sampai bila bila.\n\n\nAntaranya Pembangunan Tanah Wakaf Seetee Aisah,dan Uda Holdings."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/abu-zahar-sedia-disiasat-serah-kedudukan-kepada-agong/", "title": "Abu Zahar Sedia Disiasat, Serah Kedudukan Kepada Agong", "body": "0\n\n\n(Abu Zahar menyatakan kesediaan beliau bagi disiasat mana-mana organisasi / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang menyatakan kesediaan beliau untuk disiasat mana-mana organisasi berhubung kenyataannya pada 5 Januari lalu.\n\n\nIa berhubung dakwaan pemilikan saham dan kepentingan dalam syarikat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.\n\n\nBeliau juga menyerahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya sebagai pengerusi LPPR.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nOPR kekal 3 peratus \u2013 BNM\n\n\n\n\n\n\nWisma Putra terima maklumat tiga rakyat Malaysia masih di Sudan\n\n\n\n\n\n\nKes Covid-19 Melonjak Di China, Rakyat Tidak Perlu Bimbang\n\n\n\n\n\n\nYayasan Ikhlas terima anugerah Most Trusted Foundation Brand\n\n\n\n\n\n\nPersenda OKU Diminta Mohon Maaf\n\n\n\n\n\n\n\n\nTan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berkata :\n\n\n\u201c\u2026sukacita saya menegaskan saya bersedia untuk mana-mana pihak menyiasat saya pada bila-bila masa. I have nothing to hide kerna apa yang saya tekankan ini demi Allah benar belaka\u2026\u201d\n\n\nAbu Zahar berkata, beliau dan mana-mana ahli lembaga pengarah tidak mempunyai niat untuk menghalang penyiasatan terhadap Azam Baki yang telah terbabit dalam kontroversi saham katanya menerusi sidang media khas hari ini.\n\n\nTambahnya, beliau amat menyedari bahawa LPPR tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat salah laku jenayah oleh pegawai SPRM.\n\n\nDalam pada itu, Abu Zahar turut menyatakan kekecewaan-nya dengan kenyataan enam anggota lembaga itu yang menjauhkan diri daripada kandungan kenyataan media pada 5 Januari, dipercayai dilakukan atas dasar reaksi tidak popular daripada segolongan pihak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/as-catat-1-1-juta-kes-covid-19-sehari/", "title": "AS Catat 1.1 Juta Kes Covid-19 Sehari", "body": "0\n\n\n( AS Catat 1.1 Juta Kes Covid-19 Sehari/ sumber : harakah daily)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Penularan kes jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) mencecah sekurang-kurangnya 1.13 juta semalam, sekali gus menjadikan kadar rekod tertinggi dalam tempoh 24 jam.\n\n\nKadar tertinggi yang dicatatkan sebelum ini ialah 1.03 juta pada 3 Januari lalu.\n\n\nPeningkatan mendadak kes COVID-19 di AS semalam dipercayai berpunca daripada pertambahan kes yang tidak dilaporkan segelintir negeri pada hari minggu lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAS tuntut TikTok jual kepentingan\n\n\n\n\n\n\nMuzium popular di kota London jadi tuan rumah majlis iftar\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi Lelong 3 Lesen Melombong Tahun Ini\n\n\n\n\n\n\nJuruterbang enggan bawa Presiden Israel ke London\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Malaysia hantar 142 anggota, dua anjing k9 sertai SAR\n\n\n\n\n\n\n\n\nPurata kes baharu dalam tempoh tujuh hari pula merekodkan lonjakan tiga kali ganda, hanya dalam masa 14 hari, mencecah 700,000 kes baharu sehari.\n\n\nTidak semua negeri di AS sudah melaporkan kes jangkitan masing-masing semalam, justeru angka kes dijangka lebih tinggi.\n\n\nTurut mencatatkan peningkatan ialah kadar kemasukan pesakit ke hospital, menjangkau dua kali ganda dalam tempoh tiga minggu.\n\n\nBerdasarkan perangkaan semasa, lebih 135,500 orang dimasukkan ke hospital berikutan COVID-19, melangkau rekod terdahulu iaitu 132,051 orang yang dicatatkan pada Januari tahun lalu.\n\n\nMeskipun varian Omicron mengundang potensi kurang berbahaya, pegawai kesihatan memberi amaran bahawa peningkatan jumlah jangkitan berupaya menambah beban terhadap sistem perkhidmatan hospital, selain penangguhan prosedur pembedahan elektif.\n\n\nHal itu kerana petugas di hospital terpaksa memberi tumpuan terhadap rawatan pesakit COVID-19, sekali gus berdepan kekurangan tenaga perubatan.\n\n\nLonjakan kes turut merencatkan operasi sekolah yang berdepan kekurangan pegawai, guru dan pemandu bas sekolah.\n\n\nChicago membatalkan kelas pada hari keempat, selepas daerah berkenaan dan barisan gurunya belum menentukan keputusan untuk menangani isu lonjakan kadar jangkitan.\n\n\nNew York pula menghentikan operasi tiga kereta api bawah tanah, memandangkan sebahagian besar pekerjanya dilaporkan sakit.\n\n\nUsaha beberapa syarikat supaya pekerja kembali ke pejabat juga tertangguh berikutan penularan varian Omicron.\n\n\nKadar kematian ketika ini berada di sekitar 1,700 sehari, iaitu peningkatan daripada kira-kira 1,400 kes dalam tempoh beberapa hari lalu. \u2013 REUTERS\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/azam-baki-dilantik-selepas-lalui-proses-tapisan-keselamatan/", "title": "Azam Baki Dilantik Selepas Lalui Proses Tapisan Keselamatan", "body": "0\n\n\n(Perlantikan \nTan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) \n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Pelantikan Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat secara teratur, mengikut peraturan serta kaedah yang ditetapkan dalam perkhidmatan awam.\n\n\nBekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Marzuki Mohamad berkata, pelantikan Azam dibuat di bawah peruntukan Seksyen 5 Akta SPRM 2009.\n\n\nJelas beliau, di bawah Seksyen 5 Akta SPRM 2009, jawatan Ketua Pengarah SPRM adalah dilantik Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPERKEP Selangor Tunjuk Usaha Murni Bantu Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin pelawa Khairy sertai Bersatu\u00a0\n\n\n\n\n\n\nGolongan T20 tidak akan terima subsidi haji, elektrik\n\n\n\n\n\n\nManfaat Pertumbuhan Ekonomi Perlu Diagihkan Sama Rata \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nRakyat Kesal Mahu Dapat Bantuan Perlu Hadapi Pelbagai Birokrasi\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, Perdana Menteri pula seperti mana dalam pelantikan mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang lain, biasanya menerima syor daripada Ketua Setiausaha Negara atau mana-mana pihak yang diperuntukkan di bawah undang-undang.\n\n\nSyor ini diangkat kepada Perdana Menteri dalam bentuk kertas cadangan pelantikan pegawai yang mana di dalamnya terdapat laporan mengenai kelayakan pegawai dan justifikasi pelantikan.\n\n\nTerdapat proses tertentu dalam perkhidmatan awam yang menentukan kelayakan seseorang pegawai untuk dilantik ke mana-mana jawatan. Ini termasuk proses tapisan keselamatan dan keutuhan yang dibuat oleh pelbagai agensi dari masa ke semasa.\n\n\nBeliau berkata demikian sebagai respons kepada persoalan yang dibangkitkan Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia), Datuk Seri Azalina Othman Said sama ada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ketika itu membuat semakan latar belakang Azam sebelum beliau dilantik memegang jawatan itu.\n\n\nMengulas lanjut, Marzuki berkata bagi pegawai yang sedang berkhidmat pula, mereka ini adalah tertakluk kepada pelbagai peraturan dan syarat termasuk pengisytiharan harta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/israel-serbu-universiti-birzeit-culik-5-pelajar-palestin/", "title": "Israel serbu Universiti Birzeit, culik 5 pelajar Palestin", "body": "0\n\n\n(Israel serbu Universiti Birzeit, culik 5 pelajar Palestin / sumber : Ismaweb)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Pasukan khas Israel menculik lima pelajar Universiti Birzeit, utara Ramallah petang Isnin, menurut sumber tempatan dan saksi.\n\n\nMereka berkata, bahawa pasukan khas Israel menggunakan van putih dengan plat pendaftaran Palestin untuk menyelinap masuk ke dalam kampus universiti dan menculik lima pelajar dari pintu masuk kampus.\n\u00a0\n\n\nMalah, tentera pengganas turut melepaskan tembakan untuk menyuraikan pelajar lain ketika kejadian penculikan berlaku sehingga mencederakan dua daripada mereka.\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis diarah siasat pembunuhan orang awam di Srinagar\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi bincang isu Palestin dengan Mahmoud Abbas\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi Turkiye: Warga emas minta air untuk solat bawah runtuhan\n\n\n\n\n\n\nMemperingati ulang tahun kesembilan tragedi MH17\n\n\n\n\n\n\n4 dekad, Maher akhirnya bebas sebagai tahanan paling lama rejim Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan itu, Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat mengecam tindakan tentera Israel menyerbu Universiti Birzeit dan menyerang pelajar kampus itu.\n\u00a0\n\n\nKementerian dalam satu kenyataan menyifatkan serangan itu sebagai sebahagian daripada pencerobohan pendudukan dan perang berterusan terhadap rakyat Palestin, hak tanah, tapak suci, harta dan institusi mereka.\n\n\nBahkan, tindakan Israel berkenaan adalah pelanggaran yang jelas terhadap norma dan undang-undang antarabangsa yang menjenayahkan pencerobohan itu.\n\u00a0\n\n\nKementerian turut menggesa masyarakat antarabangsa dan institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk mengecam pencerobohan itu serta serangan dan gangguan terhadap institusi pendidikan Palestin.\n\n\nKatanya, langkah-langkah perlu diambil mengikut undang-undang antarabangsa dalam memberikan perlindungan kepada rakyat Palestin dan institusi pendidikan mereka. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/kedudukan-saarani-kekal-tiga-adun-masuk-parti-bangsa-malaysia/", "title": "Kedudukan Saarani Kekal, Tiga Adun Masuk Parti Bangsa Malaysia", "body": "0\n\n\n( \nMenteri Besar, Datuk Seri \n\u00a0Saarani Mohamad\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Sah, tiga ADUN di Perak menganggotai Parti Bangsa Malaysia, PBM yang hanya diwujudkan 21 Disember lalu.\n\n\nSebelum itu dua daripadanya bekas ADUN DAP menyertai BERSATU dan sekali lagi bertukar parti.\n\n\nNamun tindakan melompat parti itu tidak menyebabkan sebarang perubahan kepada kerajaan negeri Perak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAda fail pemimpin kerajaan cuma retorik Hamzah \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nShebby Meninggal Akibat Serangan Jantung\n\n\n\n\n\n\nDesakan Berterusan Buat KPM Oleh Penduduk\n\n\n\n\n\n\nSelangor hulur sumbangan RM500,000 kepada Kelantan, Terengganu\n\n\n\n\n\n\nData keciciran murid dianggarkan NGO tidak tepat \u2013 KPM\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri \n\u00a0Saarani Mohamad berkata, keutuhan pentadbiran kerajaan negeri kekal, selagi mempunyai mandat menerusi jumlah kerusi yang mencukupi.\n\n\n\u201cSekarang kita mempunyai 36 kerusi yang masih menyokong pentadbiran kerajaan negeri dan tiga ADUN lompat ke parti lain ini tidak menarik sokongan. Justeru, ia tidak akan memberi sebarang kesan kepada keabsahan pentadbiran kerajaan negeri,\u201d\n\n\n\u2013 Menteri Besar Perak /\u00a0 Datuk Seri Saarani Mohamad\n\n\n(\nADUN Bersatu \u2013 A Sivasubramanian (Buntong) dan Paul Yong Choo Kiong (Tronoh), serta Leong Cheok Keng (Bebas-Malim Nawar)\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nTiga ADUN berkenaan kata Menteri besar hanya menukar parti dan tidak menarik sokongan pada kerajaan negeri.\n\n\nTiga ADUN termasuk satu dari bebas yang menyertai PBM, ialah \n\u00a0ADUN Bersatu \u2013 A Sivasubramanian (Buntong) dan Paul Yong Choo Kiong (Tronoh), serta Leong Cheok Keng (Bebas-Malim Nawar).\n\n\nMesyuarat agung luar biasa PBM Sabtu lalu, melihat Sivasubramaniam dan Choo Kiong, masing-masing dilantik sebagai Naib Presiden serta Bendahari Agung, manakala Cheok Keng kini menyandang jawatan ahli Majlis Tertinggi.\n\n\nSaarani juga, masih kekal sebagai menteri besar dengan sokongan 36 ADun, 25 dari barisan nasional, bersatu empat, pas \u2013 tiga, pbm \u2013 tiga dan bebas satu.\n\n\nManakala DAP menguasai 15 kerusi, AMANAH,\u00a0 5, PKR, 3 .\n\n\nPaul Yong \ndiperintah membela diri atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, dua tahun lepas.\n\n\nKes ADUN Tronoh itu bersambung februari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/keputusan-kerajaan-adalah-selektif/", "title": "Keputusan Kerajaan Adalah Selektif", "body": "0\n\n\n(Setiausaha Kerja MUIS, Ustaz Muhammad Hafizuddin Jamil / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Majlis Ulama ISMA (MUIS) menyifatkan tindakan kerajaan menangguhkan kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari lalu, adalah tidak wajar.\n\n\nIa susulan kebenaran merentas negara selain daripada ibadah itu, bahkan urusan-urusan lain masih berjalan seperti biasa.\n\n\nSetiausaha Kerja MUIS, Ustaz Muhammad Hafizuddin Jamil berkata, penangguhan urusan ibadah tanpa sebab kukuh bukanlah suatu pengurusan yang baik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu perhalusi keputusan tarik balik rayuan kes kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nPN sasar menang 33 kerusi bentuk kerajaan di Selangor\n\n\n\n\n\n\nMat London menghembus nafas terakhir di pagi Subuh hening\n\n\n\n\n\n\nMelayu bersama Islam akan menyelamatkan semua bangsa \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\n31,600 surat tawar haji mula dikeluarkan Rabu ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni kerana jika vaksin terbukti menyumbang kepada penurunan kes kemasukan hospital, sekali gus mengurangkan risiko kematian akibat jangkita COVID-19, maka tiada lagi sebab munasabah untuk menghalang urusan-urusan kehidupan termasuk menunaikan ibadah umrah atas alasan mengekang jangkitan COVID-19,\u201d\n\n\n\u2013 Setiausaha Kerja MUIS, Ustaz Muhammad Hafizuddin Jamil\n\n\nDalam satu kenyataan MUIS, beliau berkata, kerajaan perlu menjelaskan tahap risiko sebenar jangkitan ke atas mereka yang telah lengkap divaksin.\n\n\nTambahnya, ini kerana jika vaksin terbukti menyumbang kepada penurunan kes kemasukan hospital, sekali gus mengurangkan risiko kematian akibat jangkitan COVID-19, maka tiada lagi sebab munasabah untuk menghalang urusan-urusan kehidupan termasuk menunaikan ibadah umrah atas alasan mengekang jangkitan COVID-19.\n\n\nSehubungan itu, beliau berkata, kerajaan perlu mengemukakan langkah-langkah yang lebih menjamin maslahah dan memudahkan urusan rakyat dalam beribadah.\n\n\nPada 1 Januari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan keputusan penangguhan sementara perjalanan umrah berkuat kuasa 8 Januari, bagi mengurangkan risiko penularan varian Omicron dan memperlahan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/lulus-21-projek-bernilai-rm-558-7-juta/", "title": "Lulus 21 Projek Bernilai RM 558.7 Juta", "body": "0\n\n\n( Lulus 21 projek bernilai RM558.7 juta/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Kerajaan sudah meluluskan 21 projek naik taraf dan pembangunan fizikal baharu bagi agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membabitkan peruntukan berjumlah RM558.7 juta.\n\n\nMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya komited untuk memastikan segala infrastruktur dan keperluan agensi dipenuhi bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam kekal terjamin.\n\n\n(\nDatuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\n Datuk Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAzman mahu bawa aspirasi, suara rakyat Padang Serai ke Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nPolis kesan dua warga Singapura\n\n\n\n\n\n\nJAIS batal kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong\n\n\n\n\n\n\nSivaraj letak jawatan, isytihar keluar MIC\n\n\n\n\n\n\nInspektor antara 14 pegawai, anggota polis disyaki terbabit kongsi gelap\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c.\u2026ahhh manakala, saya telah umumkan PDRM projek dalam RMK cuma hari ini saya nak maklumkan untuk kita maklumkan agensi agensi lain KDN telah mempastikan\n\u2026.. tebedu di Sarawak\u201d\n\n\nMengulas lanjut, Hamzah berkata, kerajaan turut meluluskan empat projek bagi JPM membabitkan pembinaan Kompleks Latihan Tenun Pahang Diraja, Pahang; tangki air di Penjara Kajang; menaik taraf Pusat Asingan dan Penempatan Banduan, Blok Peralihan serta Blok Penempatan Penjara Simpang Renggam, Johor selain menaik taraf sistem kumbahan di penjara itu.\n\n\nBeliau hadir dalam satu majlis pecah untuk membina satu pusat latihan Unit Tindakhas (UTK) di semenyih pagi tadi bagi menampung jumlah anggota Tindakan Khas di seluruh Malaysia\n\n\nTurut hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Kerjaya Raya Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/malaysia-catat-18-kematian-covid-19/", "title": "Malaysia Catat 18 Kematian Covid-19", "body": "0\n\n\n(Kematian COVID-19 di Malaysia yang dipaparkan seluruh Malaysia pada laman COVIDNOW / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 18 nyawa terkorban akibat Covid-19 di negara ini setakat tengah malam tadi, dengan dua kes kematian berlaku di luar fasiliti kesihatan (BID).\n\n\nDaripada jumlah itu, sebanyak 6,392 kematian adalah membabitkan kes BID.\n\n\nMenerusi laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM) pula menunjukkan empat kematian akibat COVID-19 semalam, dilaporkan berlaku di Johor, diikuti tiga kematian di Kedah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAkta FINAS dipinda elak ambil kesempatan kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nLebih 3.5 Juta Dadah Dirampas Dalam Tempoh Tiga Hari\n\n\n\n\n\n\nNajib Mohon Tangguh Keputusan Rayuan Kes SRC\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin saman Anwar kerana fitnah isu pelupusan hutang peneroka Felda\n\n\n\n\n\n\nBazar raya Usrah Khadijah bantu golongan tidak berkemampuan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, empat negeri mencatatkan dua kematian iaitu di Pahang, Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur, manakala satu kematian direkodkan di Kelantan, Melaka dan Perak.\n\n\n\n\nSebanyak 39,742 kes positif covid-19 masih lagi aktif dengan 32,517 individu menjalani kuarantin di rumah.\n\n\nManakala 3,583 kes berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan seramai 3,389 pesakit dirawat di hospital."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/manusia-lebih-hina-daripada-babi-jika-amalkan-korupsi-ridhuan-tee/", "title": "Manusia Lebih Hina Daripada Babi Jika Amalkan Korupsi \u2013 Ridhuan Tee", "body": "0\n\n\n( Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, Penganalisis Politik / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Dosa makan rasuah jauh lebih besar daripada makan babi ini kerana rasuah lebih haram daripada babi.\n\n\nDemikian menurut, Profesor Doktor Ridhuan Tee Abdullah.\n\n\nBeliau dengan nada tegas berkata \u2014 Pastinya manusia terlibat rasuah lebih hina daripada babi kerana haiwan itu tidak boleh meruntuhkan agama, bangsa dan tanah air.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTarik Balik Poster Papar Imej Wanita Bertudung\n\n\n\n\n\n\nGTA akan kerjasama dengan PN?\n\n\n\n\n\n\nDAP sambung usaha hapus ketuanan Melayu\n\n\n\n\n\n\nPakej perkahwinan, pertunangan dan pakaian sekolah akan diperkenal\n\n\n\n\n\n\nPRN: Agihan kerusi PN selesai 97 peratus \u2013 Ahmad Samsuri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nProf Dr Ridhuan Tee Abdullah, Penganalisis Politik berkata :\n\n\n\u201c\nSemulia-mulia manusia, adalah khalifah di muka bumi namun mereka sanggup \u2018bertukar\u2019 menjadi babi hanya kerana mengejar habuan dunia, dengan menerima dan memberi rasuah,\u201d\n\n\nRidhuan Tee menambah, analogi babi yang dimaksudkan adalah merujuk kepada golongan yang menerima dan memberi rasuah untuk memperlihatkan perbuatan itu keji dan jijik.\n\n\nLangkah mengatasi masalah ini ialah, cara pendekatan menanganinya perlu diubah \u2014 Baik perundangan, pendidikan dan kesedaran sehingga pelaksanaan polisi di peringkat kerajaan.\n\n\nBeliau mendakwa, Rasuah bermula daripada atas, oleh itu jika pemimpin tidak dapat menunjukkan teladan yang baik dan tidak menjalan amanah, akhirnya, rasuah semakin menjadi-jadi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/muhyiddin-nafi-pilih-azam-sebagai-ketua-pesuruhjaya/", "title": "Muhyiddin Nafi Pilih Azam Sebagai Ketua Pesuruhjaya", "body": "0\n\n\n( Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin nafi memilih Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua SPRM / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan beliau yang memilih Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\nKatanya, pelantikan Azam dibuat mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan melalui satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).\n\n\nTan Sri Muhyiddin Yassin, Bekas Perdana Menteri berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n34 Ladang Khinzir Ditutup, Gagal Penuhi Syarat Pelesenan\n\n\n\n\n\n\nPemborong Ayam Dikenakan Siasatan\n\n\n\n\n\n\n10 Exco kerajaan negeri Melaka angkat sumpah\n\n\n\n\n\n\nTuntutan veteran ATM belum diambil tindakan\n\n\n\n\n\n\nNajib hanya mahu iringan doa dan kasih rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026Yang melantik bukan saya iaitu selepas diperkenankan yang di pertuan agong\u2026jadi jangan kaitkan dengan proses tu dengan kes yang kita dengar sekarang ni saya tak nak ulas kes tu\u2026\u201d\n\n\n( Keratan artikel mengenai kenyataan Azam Baki dalam berita harian/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nBeliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said pada Ahad yang mempersoalkan sama ada Muhyiddin memeriksa latar belakang Azam sebelum memberi nasihat berkenaan pelantikannya kepada Agong atau sebaliknya.\n\n\nAzalina membuat kenyataan itu susulan kontroversi yang melanda Azam berhubung pemilikan saham, selepas dia mengaku adiknya Nasir Baki menggunakan akaun perdagangan miliknya untuk membeli lebih dua juta saham dan waran dua syarikat pada 2015 dan 2016."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/pfizer-mula-bangunkan-vaksin-khas-omicron/", "title": "Pfizer Mula Bangunkan Vaksin Khas Omicron", "body": "0\n\n\n( Pfizer Mula Bangunkan Vaksin Khas Omicron/ sumber : Bernama)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Pfizer Inc sedang membangunkan vaksin hibrid yang mengandungi campuran suntikan asas dan formulasi yang berupaya memberi perlindungan terhadap varian Omicron.\n\n\nTatkala penyelidikan giat dilakukan, Ketua Pegawai Operasi Pfizer, Albert Bourla, berkata syarikat farmaseutikal itu bakal terus menilai formulasi hibrid terbaharu untuk menghasilkan suntikan khas bagi mengekang penularan Omicron dan merangka hala tuju terbaik menjelang Mac.\n\n\nKatanya, Pfizer akan bersiap sedia menjelang dua bulan lagi untuk mengadakan libat urus dengan pihak kawal selia Amerika Syarikat (AS) mengenai kandungan vaksin yang ditambah baik dan mengetengahkannya di pasaran, malah proses pengeluaran produk terbaharu itu sudah bermula.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye, Syria : Agong dan Permaisuri zahir takziah\n\n\n\n\n\n\nSelepas operasi besar-besaran rejim Israel lancar serangan udara ke Semenanjung Gaza\n\n\n\n\n\n\nAS tuntut TikTok jual kepentingan\n\n\n\n\n\n\nIsrael seksa wanita Palestin hingga alami penyakit kronik\n\n\n\n\n\n\nLebih 230 maut, 900 cedera dalam kemalangan kereta api di India\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas kemunculan Omicron, Pfizer pada November tahun lalu dilaporkan berkata bahawa pihaknya giat merintis usaha untuk mengeluarkan vaksin khas bagi membendung jangkitan Omicron.\n\n\nBourla berkata, syarikat farmaseutikal yang berpangkalan di New York dan menjalin kerjasama dengan rakan strategik dari Jerman, BioNTech SE itu turut mengendalikan ujian penggunaan dos suntikan yang lebih tinggi kadarnya dan meneliti perbezaan jadual dos suntikan.\n\n\nBeliau berkata, Pfizer akan terus memperuntukkan sumber tambahan kepada unit pembangunan vaksin syarikat berkenaan dan meneroka ruang lain bagi melebarkan penggunaan teknologi penyampai maklumat RNA.\n\n\n\u201cJelas (mRNA) adalah suatu teknologi yang sangat berkuasa dan kita ketika ini belum mengoptimumkan sepenuhnya kemampuan berkenaan,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, Pfizer mengumumkan tiga perjanjian untuk membangunkan mRNA yang bakal mengekang COVID-19, penyakit jarang dijumpai dan kanser.\n\n\nPfizer juga giat memperluaskan akses kepada produk rawatan COVID-19 secara oral, menerusi Paxlovid.\n\n\n\u201cDalam tempoh beberapa minggu, produk ini dapat diperoleh di mana-mana,\u201d kata Bourla. \u2013 BLOOMBER\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/seoul-diselubungi-jerebu-tebal-berbahaya/", "title": "Seoul Diselubungi Jerebu Tebal Berbahaya", "body": "0\n\n\n( Seoul Diselubungi Jerebu Tebal Berbahaya / sumber : Metro)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Ibu kota Korea Selatan, Seoul diselubungi jerebu tebal berbahaya yang memaksa kerajaan mengeluarkan arahan kecemasan berwaspada buat pertama kali bagi tahun ini, lapor akhbar The Korean Herald kelmarin.\n\n\nMenurut Pejabat Pengurusan Kualiti Udara Metropolitan (MAMO), tahap ketumpatan habuk ultra halus di Seoul, Wilayah Gyeonggi dan Wilayah Chuncheong Selatan diunjurkan sangat teruk dengan sukatan 76 mikrogram setiap meter padu.\n\n\nMAMO mengeluarkan arahan kecemasan pada pukul 6 pagi kelmarin untuk mengurangkan operasi di tapak- tapak pembinaan dan jumlah kenderaan di kawasan yang terlibat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n14 terkorban banjir kilat Turkiye\n\n\n\n\n\n\nCubaan bakar kitab Yahudi dihalang, serlah sikap pilih kasih Sweden\n\n\n\n\n\n\nGempa ranapkan tinggalan sejarah Kota Gaziantep berusia 2,200\n\n\n\n\n\n\nLebih separuh tasik, takungan air di dunia semakin kering\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Berjanji Berdiri Teguh Selepas Salhiya Dirobohkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nLangkah-langkah berjaga-jaga tersebut berkuat kuasa sehingga 9 malam hari sama.\n\n\nPusat ramalan cuaca tempatan mengunjurkan kepadatan habuk ultra halus dalam empat peringkat dengan dua lagi adalah baik (15 ke bawah) dan sederhana buruk (16~35).\n\n\nPihak berkuasa negara itu\u00a0 turut menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar rumah jika tidak mempunyai urusan penting dan memakai pelitup muka penapisan tinggi seperti jenis KF 94 jika berada di tempat terbuka. \u2013 Agensi\n\n\n-Harian Metro"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/tekanan-terhadap-pembelian-saham-keterlaluan/", "title": "Tekanan Terhadap Pembelian Saham Keterlaluan", "body": "0\n\n\n(\nDatuk Mazlan Mohamad, \nPresiden Persatuan Bekas Pegawai SPRM / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Tindakan pelbagai pihak terhadap dakwaan pembelian saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dilihat keterlaluan.\n\n\nPresiden Persatuan Bekas Pegawai SPRM Datuk Mazlan Mohamad berkata, tindakan berkenaan boleh menyebabkan keyakinan masyarakat terhadap agensi tunggal pencegahan rasuah negara ini terjejas teruk.\n\n\nDatuk Mazlan Mohamad, \nPresiden Persatuan Bekas Pegawai SPRM berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTeks Sahih Masih Bahasa Inggeris, Apa Ahli Parlimen Buat?\n\n\n\n\n\n\nAhmad Maslan sebenarnya punca BN kalah PRU15 \u2013 Ismail Sabri\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Di Lima Negeri Diminta Waspada\n\n\n\n\n\n\nBeri PReP kepada pasangan homoseksual untuk elak HIV adalah subahat -Mufti\n\n\n\n\n\n\nLelaki Dituduh Bunuh Ibu Yang Badannya Dikerat 15\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita yakin kedua-dua institusi berkenaan akan menjalankan siasatan yang bebas, adil dan telus selaras dengan peruntukkan perundangan negara dan menggesa agar kedua-kedua pihak berkenaan dapat menjalankan siasatan mereka dengan memberi keutamaan dan disegerakan\u201d\n\n\nMazlan berkata, Persatuan ini berdiri teguh atas prinsip undang-undang bahawa seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh proses undang-undang dan bukannya melalui perbicaraan awam atau perbicaraan media.\n\n\nPersatuan ini juga mempunyai keyakinan yang tinggi ke atas sistem keadilan jenayah negara ini serta proses perundangan yang menjamin \u2018maruah\u2019 individu serta organisasi, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan\n\n\nMenurutnya, semua pihak perlu menanti keputusan siasatan dijalankan oleh pihak polis dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).\n\n\nBeliauyakin kedua-dua institusi berkenaan akan menjalankan siasatan yang bebas, adil dan telus selaras dengan peruntukkan perundangan negara dan menggesa agar kedua-kedua pihak berkenaan dapat menjalankan siasatan mereka dengan memberi keutamaan dan disegerakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/tiada-vaksin-tamat-tempoh-kkm-pantau-melalui-vms/", "title": "Tiada Vaksin Tamat Tempoh, Kkm Pantau Melalui Vms", "body": "0\n\n\n(\nNorhaliza Abdul Halim sebagai Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) memantau secara berterusan bekalan dan tarikh luput vaksin COVID-19 yang diterima oleh Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).\n\n\nPengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza Abdul Halim berkata, pemantauan itu dilakukan dengan mengguna pakai Sistem Pengurusan Vaksin (VMS).\u00a0\n\n\n Norhaliza Abdul Halim sebagai Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenerbangan pertama haji dijangka 21 Mei\n\n\n\n\n\n\nPN Cari Kaedah Elak Pertembungan Tiga Penjuru\n\n\n\n\n\n\nKeluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali gesa kerajaan dedah laporan penuh\n\n\n\n\n\n\nJambatan Bagan Datuk-Kampung Sejagop wujudkan 4,000 peluang pekerjaan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid Nafi Jadi Calon PM Jika BN Menang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u201cBerdasarkan semakan, tiada stok vaksin yang luput dibekalkan kepada PSV atau PPV\u201d\n\n\nMenurutnya dalam kenyataan merujuk kepada beberapa kiriman dan video yang dimuat naik dan ditularkan di media sosial \nberhubung dakwaan vaksin COVID-19 yang diberikan kepada penerima, sama ada telah luput atau hampir luput.\n\n\nPengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM berkata lagi bahawa :\n\n\n\u201cPelanjutan tempoh jangka hayat produk vaksin tersebut hanya akan diluluskan setelah hasil penilaian dapat mengesahkan ia memenuhi keperluan regulatori. Malah, ini juga terpakai kepada semua produk farmaseutikal lain yang sedia berdaftar,\u201d\n\n\n( Tiada vaksin tamat tempoh, KKM pantau melalui VMS/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nNorhaliza berkata, NPRA meluluskan permohonan pelanjutan jangka hayat bagi vaksin Comirnaty \u2014 Pfizer daripada enam kepada sembilan bulan, vaksin CoronaVac (Sinovac) keluaran China (daripada sembilan kepada 12 bulan) dan vaksin CoronaVac (Sinovac) keluaran Pharmaniaga Lifescience, Malaysia (daripada enam kepada 12 bulan).\n\n\nDalam perkembangan lain, \nPolis Terengganu menahan seorang doktor sebuah klinik swasta selepas disyaki mengeluarkan sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu di Marang, Kuala Terengganu, Sabtu lalu\n\n\nKetua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata doktor lelaki berusia 51 tahun itu ditahan di kliniknya dalam satu serbuan bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu selepas mendapat aduan awam mengenai kegiatan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/11/varian-deltacron-gabungan-antara-delta-dan-omicron/", "title": "Varian Deltacron Gabungan Antara Delta Dan Omicron", "body": "0\n\n\n( Varian Deltacron gabungan antara Delta dan Omicron/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 11 JANUARI\n \u2013 Varian baharu COVID-19 Deltacron ditemui, Deltacron merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron.\n\n\nSaintis di Makmal Bioteknologi dan Virologi Molekul telah mengesan 25 individu yang dijangkiti varian itu.\n\n\nMereka turut mendapati varian tersebut lebih mudah menjangkiti individu yang sedang dirawat di hospital.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNaratif dibawa Anwar didakwa gagal tarik sokongan Melayu\n\n\n\n\n\n\nTahanan PATI Filipina paling ramai dalam depot imigresen\n\n\n\n\n\n\nKa Siong sedih makanan di PPS tidak sempurna\n\n\n\n\n\n\nTidak hantar anak ke sekolah, KPM terus nasihati ibu bapa\n\n\n\n\n\n\nWee Ka Siong bawa telur ayam import dan tempatan ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\nPara saintis di Cyprus percaya mereka telah menemui varian terbaharu COVID-19.\n\n\nPara saintis turut melaporkan dua simptom berbeza yang ditunjukkan pesakit iaitu konjunktivitis atau \u2018pink eye\u2019 dan keguguran rambut.\n\n\nManakala kes harian Covid-19 di Malaysia pada 10 Januari merekodkan 2,641 kes berbanding 2,888 pada Ahad.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah sebanyak 2juta 788,860 kes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/200000-benih-pokok-balak-pelbagai-spesis-musnah/", "title": "200,000 Benih Pokok Balak Pelbagai Spesis Musnah", "body": "0\n\n\n( Solehan Saorani, Penolong Pegawai Kanan Pusat Perolehan Biji Benih dan Bahan Tanaman (PPBBBT), Lentang / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Kejadian banjir sejak akhir tahun lalu memusnahkan lebih 200,000 benih pokok balak pelbagai spesies berusia antara tiga bulan hingga dua tahun.\n\n\nPenolong Pegawai Kanan Pusat Perolehan Biji Benih dan Bahan Tanaman, Lentang di Bentong, Solehan Saorani berkata kerugian dianggarkan lebih RM4 juta termasuk kemusnahan kemudahan tapak semaian yang terdapat di situ.\n\n\n\u201dAnak benih berkenaan digunakan untuk projek tanaman semula kawasan ceroboh dan bekas lesen kawasan pembalakan termasuk program menghijaukan semula hutan di Semenanjung.\u201d\n\n\n\u2013 Solehan Saorani, Penolong Pegawai Kanan Pusat Perolehan Biji Benih dan Bahan Tanaman (PPBBBT), Lentang\n\n\nBeliau berkata kawasan berkenaan adalah laluan kepala air pertemuan Sungai Benus dan hulu Sungai Bentong yang membawa puing dan lumpur dari Janda Baik dan Bukit Tinggi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM sahkan Muhyiddin didakwa esok\n\n\n\n\n\n\nWang tidak dituntut berjumlah RM11 bilion\n\n\n\n\n\n\nHampir 23 Juta Populasi Dewasa Malaysia Lengkap Vaksinasi\n\n\n\n\n\n\nVideo titah Sultan Perak diolah, pihak istana buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\nSOSMA : Kaji Semula Bukan Hapuskan, Saya Tidak Setuju \u2013 Musa Hasan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, anak benih berkenaan digunakan untuk projek tanaman semula kawasan ceroboh dan bekas lesen kawasan pembalakan termasuk program menghijaukan semula hutan di Semenanjung\n\n\nTambanhnya, paras banjir setinggi kira-kira 1.9 meter yang membawa bersama lumpur dan pokok yang tumbang, arus air yang deras turut memusnahkan jambatan konkrit yang merentas Sungai Bentong\n\n\nMenurut Solehan, usaha memulihkan kawasan berkenaan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun sekiranya tiada kekangan kelulusan peruntukan kewangan daripada kerajaan pusat\n\n\nLentang merupakan tapak semaian terbesar di Semenanjung milik JPSM dan JPNP yang membekalkan pelbagai spesies benih pokok balak antaranya seperti meranti, merbau, perah, keruing, jelutong, kapor dan keladan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/8-03-juta-individu-selesai-terima-dos-penggalak/", "title": "8.03 Juta Individu Selesai Terima Dos Penggalak", "body": "0\n\n\n(8.03 juta individu selesai menerima dos penggalak vaksin COVID-19 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Seramai 8.03 juta individu atau 24.6 peratus selesai melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19.\n\n\nSemalam terdapat pertambahan 218,076 individu melengkapkan suntikan ketiga vaksin tersebut.\n\n\n( laman COVIDNOW / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nBerdasarkan data portal COVIDNOW, seramai 25.65 juta populasi keseluruhan atau 78.6 peratus yang lengkap divaksinasi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKementerian Kewangan tangguh pelaksanaan tiga duti eksais, cukai di bawah Bajet 2022\n\n\n\n\n\n\nAnwar beri tempoh tiga hari untuk Ahli Parlimen Pendang minta maaf\n\n\n\n\n\n\nRelawan Muda ISMA-Yayasan Telekom kerjasama program kecemerlangan pendidikan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tarik balik permohonan pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi\n\n\n\n\n\n\nKPM sedia Program Lima Minit Antirokok/Vape kekang murid ketagih e-rokok\n\n\n\n\n\n\n\n\nManakala, 26 juta individu atau 79.7 peratus daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.\n\n\nBagi populasi dewasa, seramai 22.88 juta individu atau 97.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.\n\n\nPICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.\n\n\n( Kes harian COVID-19 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSetelah beberapa hari,\u00a0 positif covid-19 pada 11 jJanuari merekodkan peningkatan kes kepada 3, 175 kes baharu berbanding pada 10 Januari, 2,641.\n\n\nSetakat ini, jumlah keseluruhan positif berjumlah 2,792,035 kes kumulatif.\n\n\nKemas kini data harian \ndan pecahan kes negeri akan dimuat naik di laman portal COVIDNOW selepas tengah malam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/abu-zahar-kesal-tindakan-enam-anggota-lppr/", "title": "Abu Zahar Kesal Tindakan Enam Anggota LPPR", "body": "0\n\n\n( S\nidang media khas yang sama, Tan Sri Abu Zahar\u00a0 turut menyatakan kekecewaan beliau terhadap enam anggota lembaga LPPR\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Dalam pada itu, menerusi sidang media khas yang sama, Tan Sri Abu Zahar\u00a0 turut menyatakan kekecewaan beliau terhadap enam anggota lembaga LPPR yang mengeluarkan kenyataan berhubung pemilikan saham Azam Baki tanpa memaklumkan beliau terlebih dahulu.\u00a0\n\n\nMenurutnya, beliau percaya kenyataan media itu dilakukan atas dasar reaksi tidak popular daripada satu pihak.\n\n\nTan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerja Pembersihan Dijalankan Pasca Banjir\n\n\n\n\n\n\nGuru al-Quran di kampung hanya dibayar RM10 sebulan\n\n\n\n\n\n\nSunway Theme Park Adakan Perkongsian Strategik Bersama PERHILITAN\n\n\n\n\n\n\nAsyraf Wajdi Setiausaha Agung UMNO yang baharu\n\n\n\n\n\n\nDAP patut tinggalkan PH selepas PRU14 \u2013 Shahrir Samad\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026tetapi pada tarikh 8 hb mereka keluarkan kenyataan and they have meeting on themself without tell me. So what can I do? So kenyataan yang dibuat oleh ke enam anggota itu amatlah saya kesali\u2026\u201d\u00a0\n\n\nAbu Zahar turut menyatakan kronologi perhubungan beliau bersama ahli-ahli jawatankuasa LPPR sehingga berlakunya ke enam-enam anggota itu mengeluarkan kenyataan media pada 8 Januari 2022.\u00a0\n\n\n(Kronologi hubungan dengan ahli jawatankuasa LPPR / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nMenurutnya, pada 7 Januari pada jam 6:19 petang, Datuk Seri Azman Ujang telah menghantar pesan menerusi aplikasi whatsapp yang memberitahu mengenai isu ini yang semakin hangat.\n\n\n( Kronologi hubungan dengan ahli jawatankuasa LPPR/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKemudian, pada jam 6:22 petang, Datuk David Chua Kok Tee telah memberi maklum balas \u00a0 kepada Datuk Seri Azman Ujang dan menggesa LPPR mengadakan mesyuarat dan perbincangan segera.\u00a0\n\n\n( Kronologi hubungan dengan ahli jawatankuasa LPPR / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRentetan itu, pada jam 6:27 petang, Tan Sri Ismail Omar turut memberi maklum balas dan menyatakan perjumpaan akan diadakan pada 11 Januari.\u00a0\n\n\nSusulan daripada pandangan dan permintaan itu, Abu Zahar menyatakan persetujuan untuk mengadakan perjumpaan tertutup pada tarikh 11 Januari 2022, jam 10:00 pagi di Pejabat Akademi SPRM di Jalan Duta Kuala Lumpur.\n\n\nBagaimanapun katanya, pada 8 Januari 2022,\u00a0 kesemua enam ahli LPPR tersebut telah mengadakan mesyuarat antara mereka terlebih dahulu tanpa memberitahu beliau dan mengeluarkan kenyataan media.\n\n\nDalam pada itu, Abu Zahar menegaskan bahawa siasatan berkaitan dakwaan salah laku membabitkan Azam masih terbuka untuk diteruskan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/abu-zahar-serah-kedudukannya-kepada-agong/", "title": "Abu Zahar Serah Kedudukannya Kepada Agong", "body": "0\n\n\n( \nPengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tan Sri Abu Zahar Ujang menyerahkan kedudukannya kepada Agong\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Saya bersedia disiasat mana-mana pihak dan saya tiada apa untuk dilindungi.\n\n\nDemikian ketegasan Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini, bahawa beliau bersedia untuk disiasat oleh mana-mana pihak dan organisasi \nberhubung dakwaan pemilikan saham dan kepentingan dalam syarikat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.\u00a0\n\n\nBeliau juga menyerahkan kepada budi bicara mutlak kerajaan dan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan kedudukannya sebagai pengerusi LPPR.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNga Kor Ming salah bawa masuk pakar perumahan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 negeri Johor dibentang esok\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa khas kaji kedudukan, pengiktirafan Leftenan Adnan perlu ditubuhkan\n\n\n\n\n\n\nPakej perkahwinan, pertunangan dan pakaian sekolah akan diperkenal\n\n\n\n\n\n\nLelaki tabur paku ditahan polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nTan Sri Abu Zahar Ujang\n, Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berkata :\n\n\n\u201c\u2026sukacita saya menegaskan saya bersedia untuk mana-mana pihak menyiasat saya pada bila-bila masa. I have nothing to hide kerna apa yang saya tekankan ini demi Allah benar belaka\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian menerusi sidang media khas yang diadakan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\nAbu Zahar menegaskan, kedudukan Institusi SPRM adalah lebih penting dan mendapat sokongan daripada rakyat, yang tujuan utamanya memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa tanpa khuatir \u201cwithout fear or favour\u201d.\n\n\nTambahnya, beliau tetap dengan pendirian untuk tidak berkompromi dengan mana-mana salah lagu rasuah di semua peringkat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/ada-pihak-cuba-bunuh-karakter-azam-baki-mcw/", "title": "Ada Pihak Cuba Bunuh Karakter Azam Baki \u2013 MCW", "body": "0\n\n\n(\nJais Abdul Karim, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW)\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Dakwaan pemilikan saham dan kepentingan dalam syarikat oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dianggap sengaja diperbesarkan.\n\n\nPresiden Pemerhati Rasuah Malaysia, Jais Abdul Karim berkata, dakwaan tersebut sengaja dilemparkan bagi membunuh karektor Azam Baki dan memburukkan imej SPRM.\n\n\nBeliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menyokong penuh Azam Baki dan SPRM bagi membawa pemuka rasuah membawa ke muka pengadilan secepat mungkin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBahang Hari Pengundian Makin Terasa\n\n\n\n\n\n\n11 Tahun Menetap, Kali Pertama Alami Banjir\n\n\n\n\n\n\nPHEB Akan Adakan Perarakan Pedati Berhala Walau Dilarang\n\n\n\n\n\n\nUKM Bantu Pelajar Baharu & Pelajar B40 Lanjut Pengajian\n\n\n\n\n\n\nAstro Radio Catat Peningkatan Jumlah Pendengar Melebihi 16 Juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nJais Abdul Karim, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) berkata :\n\n\n\u201cIsu yang membabitkan Tan Sri Azam baki ini bukanlah satu isu kes rasuah atau salah guna kuasa atau tidak termasuk dalam sebarang kesalahan jenayah dalam negara ianya sengaja diperbesarkan untuk menimbulkan kemarahan rakyat dengan jelas pembelian saham bukanlah suatu perkara yang luar biasa atau baharu kepada penjaat awam atau rakyat malaysia secara keseluruhannya dan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM beliau pasti akan berdepan dengan ugutan dan ancaman dari pelbagai sudut berbagai teori konspirasi jelas kelihatan dalam kes ini bagai MCW rakyat Malaysia patut menyokong belaiu bagi membawa pemuka rasuah membawa kemuka pengadilan secepat mungkin itulah sebabnya kenapa ada usaha untuk membunuh karektor beliau.\u201d\n\n\nTambah Jais, kontroversi yang melanda Azam berhubung pemilikan saham, selepas beliau mengaku adiknya Nasir Baki menggunakan akaun perdagangan miliknya untuk membeli lebih dua juta saham dan waran dua syarikat pada 2015 dan 2016 adalah bukan kesalahan dalam peraturan.\n\n\nJelasnya, tindakan itu adalah perkara normal yang berlaku dan siasatan oleh pihak Suruhajaya Securiti Malaysia (SC) mendapati tiada kesalahan dalam perkara ini.\n\n\n\u201cKami difahamkan bahawa Tan Sri Azam Baki terlibat dalam jual beli saham atau mempunyai akaun sejak tahun 2009 dan kali terakhir beliau buat trading saham ini pada tahun 2016 dan dari segi peraturan tiada suatu kesalahan pun yang beliau lakukan apabila adik beliau membeli saham tersebut menggunakan akaun beliau jadi ini adalah satu perkara normal yang pihak suruhanjaya sekuriti pun siasat dia dapati tiada kesalahan pun dalam perkara ini jadi ini adalah perkara yang cuba dibesar-besarkan oleh orang yang berusaha membunuh karakter beliau sekarang ini.\u201d\n\n\nSebelum ini menurut kenyataan SC, di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mestilah atas nama pemilik sekuriti yang didepositkan atau atas nama penama yang diberi kuasa\n\n\nSC mahu mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berhubung pemilikan sahamnya dalam beberapa syarikat"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/indonesia-india-hantar-bantuan-ke-afghanistan/", "title": "Indonesia, India Hantar Bantuan Ke Afghanistan", "body": "0\n\n\n( Indonesia, India Hantar Bantuan Ke Afghanistan/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Indonesia dan India menyertai negara-negara lain dalam membantu rakyat Afghanistan menghadapi keadaan musim sejuk melampau dan kekurangan makanan.\n\n\nBerikutan arahan Presiden Joko Widodo sebagai respons kepada keadaan yang semakin meruncing di Afghanistan, dua pesawat Garuda Indonesia yang membawa bantuan kemanusiaan termasuk 65 tan makanan berlepas ke Kabul pada awal Ahad.\n\n\n\u201cIndonesia akan terus memperkukuh dan menyumbang ke arah diplomasi kemanusiaan. Bagi Indonesia, keselamatan dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa menjadi keutamaan,\u201d ciap Menteri Luar Retno Marsudi di Twitter.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWHO Jangka Omicron Bakal Jangkiti Separuh Eropah\n\n\n\n\n\n\nBedilan bom, peluru menghiasi Aidilfitri di Sudan\n\n\n\n\n\n\nTunjuk Perasaan Di Sudan Catat Kematian Pertama\n\n\n\n\n\n\nSudan : 459 maut, 4,072 cedera akibat konflik bersenjata\n\n\n\n\n\n\nTindakan Israel serbu Al-Aqsa hina sensitiviti umat Islam sedunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum itu, India menghantar dua tan ubat-ubatan penting ke Hospital Indira Gandhi di Kabul, bantuan peringkat ketiga yang dihantar ke negara itu sejak Disember 2021.\n\n\nNegara itu menerbangkan ubat-ubatan melalui Dubai pada Jumaat lalu, kerana tiada penerbangan terus antara India dan Afghanistan ketika ini, sebelum diserahkan kepada wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia.\n\n\n\u201cDalam beberapa minggu akan datang, kami akan membekalkan lebih banyak kumpulan bantuan kemanusiaan yang terdiri daripada ubat-ubatan dan bijirin makanan kepada Afghanistan,\u201d lapor media dalam talian memetik kementerian hal ehwal luar India.\n\n\nBulan lalu, kerajaan India membenarkan penerbangan sewa khas yang mengangkut 1.6 tan ubat-ubatan dan pada 1 Jan menghantar 500,000 dos vaksin Covid-19 ke negara itu.\n\n\nKumpulan kemanusiaan bebas, ACAPS berkata, akses kepada perkhidmatan kesihatan adalah sangat mencabar di Afghanistan.\n\n-Sinar Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/jkr-sabah-nasihatkan-tutup-jambatan-gantung-tular/", "title": "JKR Sabah Nasihatkan Tutup Jambatan Gantung Tular", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dinasihatkan menutup sementara jambatan gantung usang dan rosak di Sandakan yang tular kelmarin, bagi membolehkan kerja pembaikan dilakukan pada kadar segera.\n\n\nIni susulan selepas gambar beberapa pelajar sekolah terpaksa mengharungi jambatan gantung Sungai Batang yang berusia lebih 30 tahun itu tular di alam maya, ketika menghadiri hari pertama persekolahan mereka di SK Sibugal Besar, Sandakan, Sabah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/jual-sijil-palsu-doktor-disambung-reman/", "title": "Jual Sijil Palsu, Doktor Disambung Reman", "body": "0\n\n\n(S\neorang doktor swasta disambung reman, dipercayai terbabit dalam kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Perintah reman terhadap seorang doktor swasta yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 disambung sehingga Khamis ini.\n\n\nPerintah reman terhadap suspek\u00a0 dikeluarkan oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang, Terengganu.\n\n\nLanjutan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIdris Jusoh tamat perkhidmatan Pengerusi FELDA lebih awal\n\n\n\n\n\n\nNoh mahu jadi penceramah bebas, janji cakap benar\n\n\n\n\n\n\nHenti kecam Cikgu Hadi, kekalkannya sebagai jurulatih\n\n\n\n\n\n\nHarga Turun Kepada RM4.90 Seunit, Tidak Jejas Kualiti\n\n\n\n\n\n\nSaya tiada kuasa \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, suspek yang ditahan pada Sabtu lalu direman selama tiga hari sehingga hari ini.\n\n\nKelmarin polis Terengganu membongkarkan kegiatan penjualan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan temu janji vaksinasi.\n\n\nKegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa kepada penahanan suspek pada Sabtu.\n\n\nSiasatan awal mendapati, klinik berkenaan dilantik sebagai salah satu Pusat pemberian vaksin bagaimanapun doktor berkenaan didakwa tidak memberi sebarang suntikan vaksin dan melengkapkan borang vaksin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/kerjasama-dengan-kementerian-luar-interpol-dan-kedutaan/", "title": "Kerjasama Dengan Kementerian Luar, Interpol Dan Kedutaan", "body": "0\n\n\n( P\nenangkapan suspek pembunuh imam Palestin Dr Fadi al Batsh di ibu negara \n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Polis Diraja Malaysia sedang mendapatkan\u00a0 pengesahan mengenai penangkapan suspek pembunuh imam Palestin Dr Fadi al Batsh di ibu negara pada tahun 2018.\n\n\nPengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pada masa ini, perkara itu sedang diusahakan bagi membolehkan suspek berkenaan diekstradisi ke negara ini.\n\n\nHujung Minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri di bawah Hamas, dipetik berkata \u00a0 suspek pembunuhan Fadi al-Batsh telah ditahan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat\u2026\u2019- Anwar\n\n\n\n\n\n\nSUMBANGAN BAS SEJAJAR NILAI JATI DIRI \u2018BERILMU UNTUK BERJASA\u2019\n\n\n\n\n\n\nPM arah JPA bincang isu gaji penjawat awam dengan Cuepacs\n\n\n\n\n\n\nPadah tukar eBelia kepada wang tunai, pelajar berputih mata\n\n\n\n\n\n\nGantung Bina SJKC Jawatankuasa Fail Tuntutan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJurucakap Kementerian Dalam Negeri Iyad al-Buzom memberitahu sidang akhbar di Bandar Gaza bahawa suspek mengaku beliau direkrut ejen perisikan Zionis,\u00a0 Mossad.\n\n\nPengesahan juga didapatkan daripada Kementerian Luar Malaysia, Kedutaan Palestin di Malaysia dan Polis Antarabangsa (Interpol).\n\n\nPada 21 April 2018, Allahyarham Dr. Fadi, Pakar kejuruteraan elektik dalam penghasilan roket dan bertugas sebagai tenaga pengajar di UniKL, ditembak 10 kali berhampiran rumahnya di Kuala Lumpur selepas pulang dari solat Subuh.\n\n\n\u201cPembunuh As-Syahid Fadi Al Batsh di tangan badan keselamatan di Gaza. Dia (suspek) masuk ke Gaza dan memerlukan duit lalu menghubungi pegawai yang mengaturnya dan memberinya tanggungjawab untuk membunuh Fadi Al Batsh (Dr. Fadi) maka dia ditanya pegawai, kau berada di mana? Dia menjawab aku di Gaza, lalu pegawai naik gila bagaimana dia masuk ke Gaza (sebab akan tertangkap), pengintip dikejutkan apabila alat pengintipan bahagian perisikan Gaza menangkap butir bicara mereka lalu terus pergi menangkapnya, dan dengan izin Allah dia mengaku melaksanakan operasi di Malaysia bersama orang kedua dengan arahan Mossad. \u2018\u2019\n\n\nPembunuh tersebut telah diberkas oleh pihak berkuasa Gaza setelah intipan dilakukan ketika dia menuntut pembayaran upah dari pihak Israel.\n\n\nTerdahulu rakyat Malaysia di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Ka\u00adma\u00adruzaman menterjemah mesej berbahasa Arab yang diterimanya mengenai berita penahanan ejen Israel tersebut.\n\n\nPembunuh dipercayai memasuki Malaysia dengan menggunakan pasport palsu dari Serbia dan Montenegro dan kemudian melarikan diri melalui laluan tikus di sempadan Malaysia.\n\n\nBapa Allahyarham mahu pembunuh anaknya menerima hukuman mati setelah diadili."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/malaysia-di-tangga-ke-57-dunia/", "title": "Malaysia Di Tangga Ke- 57 Dunia", "body": "0\n\n\n(Malaysia di tangga ke-57 dunia / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Menurut Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2020 menunjukkan Malaysia menduduki tangga ke 57 daripada 180 negara.\n\n\nIndeks dikeluarkan Transparency International Malaysia (TI Malaysia) itu menunjukkan, kedudukan itu jatuh daripada tahun sebelumnya, dimana kedudukan Malaysia adalah di tangga ke 51 pada tahun 2019.\n\n\nBagi Indeks Persepsi Rasuah dunia tahun 2021 akan dikeluarkan TI Malaysia pada 25 Januari depan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tiada rancangan iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nJALAN PALING BAHAYA DI MALAYSIA DINAIK TARAF\n\n\n\n\n\n\nSambut hari terakhir sekolah dengan lakukan vandalisme\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 untuk penjawat awam\n\n\n\n\n\n\n4 beradik ditemukan maut dalam kebakaran\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami menggesa kerajaan untuk melantik badan penyiasatan bebas yang terdiri daripada individu yang layak dan bebas untuk mendedahkan fakta kes dan menentukan sama ada mana-mana undang-undang atau peraturan telah dilanggar.\u201d\n\n\n\u2013 Presiden Transparency International Malaysia, Muhammad Mohan Abdullah\n\n\nDalam pada itu, presidennya Muhammad Mohan Abdullah turut menggesa siasatan bebas dijalankan berhubung isu pegangan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, berikutan kenyataan bercanggah mengenai perkara itu.\n\n\nTI Malaysia juga menggesa kerajaan untuk melantik badan penyiasatan bebas yang terdiri daripada individu yang layak dan bebas untuk mendedahkan fakta kes dan menentukan sama ada mana-mana undang-undang atau peraturan telah dilanggar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/penduduk-kanada-tidak-divaksin-bakal-dicukai/", "title": "Penduduk Kanada Tidak Divaksin Bakal Dicukai", "body": "0\n\n\n( Penduduk Kanada yang tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19 akan dikenakan cukai/ sumber : bharian)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Sebuah wilayah di Kanada akan melaksanakan cukai baharu kepada penduduk yang tidak mendapat suntikan vaksin Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata Ketua Menterinya, Francois Legault pada Selasa.\n\n\nIa akan dilaksanakan dalam bentuk cukai kesihatan baharu di wilayah yang sedang bergelut menghalang penularan varian baharu Omicron itu.\n\n\nMenurut Ketua Menteri itu, ia diperkenalkan kerana golongan yang tidak mendapat suntikan vaksin tersebut sebenarnya satu bebanan kewangan untuk semua penduduk di wilayah berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n10.3 juta solat di Masjid Nabawi pada 10 hari pertama Ramadan\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada pakaian tak hormat sensitiviti agama Islam\n\n\n\n\n\n\nKhabar saudara Islam Syria, Palestin di kem pelarian membimbangkan\n\n\n\n\n\n\nAmazon umum buang 9,000 orang pekerja lagi\n\n\n\n\n\n\n78 negara hadiri majlis pelantikan Presiden Turkiye\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, seramai 10 peratus penduduk di Quebec yang masih belum menerima vaksin sepatutnya tidak boleh membahayakan kesihatan 90 peratus orang yang sudah divaksinasikan di wilayah tersebut.\n\n\nBeliau menyatakan bahawa mereka yang tidak divaksinasi atas sebab perubatan akan dikecualikan daripada dikenakan cukai baharu itu.\n\n\nPada 30 Disember tahun lalu, wilayah tersebut mengembalikan sekatan tertentu termasuk perintah berkurung pada jam 10 malam dan larangan mengadakan perhimpunan peribadi.\n\n\nSecara keseluruhan, seramai 2,742 orang yang dijangkiti Covid telah dimasukkan ke hospital dan lebih 250 orang diberikan rawatan rapi di Quebec yang mempunyai kira-kira lapan juta penduduk. \u2013 Agensi\n\n\n-Sinar Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/pengantin-baru-perlu-jaga-aib-fokus-tanggungjawab-suami-isteri/", "title": "Pengantin Baru Perlu Jaga Aib Fokus Tanggungjawab Suami Isteri", "body": "0\n\n\n(Fahmi Bazlan, Ketua Pemuda BERJASA / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Pasangan muda yang baru berkahwin perlu fokus kepada tanggungjawab dan amanah yang baru dipikul bukan mencemar dan menodai dengan menjatuhkan aib dan maruah diri.\n\n\nDemikian pandangan yang diberikan Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan berhubung video yang tular baru-baru ini melibatkan pasangan pengantin baru menjalankan upacara \u201cunboxing isteri\u201d.\n\n\n\u201c Perkahwinan perlu diiringi restu sanak-saudara, doa dan ucapan selamat daripada rakan dan taulan, bukannya membina persepsi buruk sehingga mengundang kecaman dan ejekan netizen.\u201d\n\n\n\u2013 Fahmi Bazlan, Ketua Pemuda BERJASA\n\n\nBeliau berkata sudah menjadi peranan suami membimbing isteri menjadi nakhoda memimpin keluarga dalam melayari bahtera perkahwinan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHadi sifatkan Melayu bangsa tidak rasis\n\n\n\n\n\n\nSemua Parti Ada Ruang Sama Rata Untuk Kempen \u2013 Annuar\n\n\n\n\n\n\n\u201cKementerian jemput calon layak jadi CEO Teraju, Yayasan Peneraju\u201d \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nTukar tanah wakaf ke tanah rizab Melayu, Perak digesa kaji keputusan\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Hamas, UAE ucap tahniah kepada Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, perkahwinan perlu diiringi restu sanak-saudara, doa dan ucapan selamat daripada rakan dan taulan, bukannya membina persepsi buruk sehingga mengundang kecaman dan ejekan netizen.\n\n\nSelaku Ketua Pemuda Berjasa, beliau bertegas supaya trend \u201d Unboxing by husband\u201d tidak diteruskan lagi oleh mana-mana pihak.\n\n\nSehubungan itu, Fahmi ingin mengajak seluruh Pemuda dan Pemudi Islam tetap teguh memelihara prinsip dan jati diri sebagai sorang muslim yang baik dan bersikap adil dalam meletakkan kemasyhuran dan populariti dalam neraca pertimbangan yang waras dan menepati kehendak syarak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/perang-besar-berlaku-sekiranya-israel-serang-al-quds/", "title": "Perang Besar Berlaku Sekiranya Israel Serang Al-Quds", "body": "1\n\n\n( Perang besar berlaku sekiranya Israel serang Al- Quds/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Penjajah Israel dan peneroka haram diberi amaran supaya tidak membuat provokasi secara berterusan di Baitulmaqdis.\n\n\nPemimpin Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) Khaled al- Batsh menegaskan, perang serantau secara besar-besaran bakal tercetus sekiranya Israel membuat sebarang serangan ke atas kota lama al-Quds.\n\n\nBeliau mengingatkan penduduk negara haram mengenai keupayaan pihaknya dalam mempertahankan kota suci berkenan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael kejam bunuh remaja Palestin\n\n\n\n\n\n\nJokowi lawat Malaysia dua hari\n\n\n\n\n\n\nEmpat Tertimbus Lombong Arang Batu Runtuh Di Pakistan\n\n\n\n\n\n\nF-22 \u201cRaptor\u201d tembak jatuh sekali lagi objek misteri selepas belon pengintip China\n\n\n\n\n\n\nKedutaan Malaysia di Lubnan sokong Aman Palestin bantu pelarian Syria, Palestin\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Beliau menggesa, rakyat Palestin terus memelihara dan menyemarakkan perpaduan sambil menyifatkan perpaduan Palestin sebagai cara sah untuk mempertahankan hak negara mereka.\n\n\nSebelum ini, rakyat Palestin bertegas mahukan Baitulmaqdis dijadikan ibu kota negara masa akan datang.\n\n\nBagaimanapun rejim Israel, menuntut seluruh bandar tersebut dan mengenakan sekatan secara besar-besaran ke atas kota suci.\n\n\nMalah rejim haram turut mengenakan sekatan ke atas kebebasan penduduk Palestin memasuki kawasan Baitulmaqdis.\n\n\nRejim pengganas terus mengeruhkan keadaan apabila membenarkan peneroka berterusan menceroboh kawasan Masjid al-Aqsa yang merupakan tapak ketiga paling suci bagi umat Islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/robot-pintar-edar-air-zamzam-beroperasi-kembali/", "title": "Robot Pintar Edar Air Zamzam Beroperasi Kembali", "body": "0\n\n\n( Robot pintar kembali aktif mengagihkan botol air zamzam kepada jemaah dan pengunjung/ sumber : majoriti)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Fungsi robot pintar untuk mengagihkan botol air zamzam kepada jemaah dan pengunjung di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah Arab Saudi diaktifkan semula oleh Jabatan Tertinggi Bagi Hal Ehwal dua masjid suci berkenaan.\n\n\nIa susulan arahan mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di kesemua lokasi bermula akhir bulan lepas.\n\n\nMenurut Timbalan Setiausaha Bahagian Pengairan Zamzam Masjidil Haram, Badr Al-Laqmani, teknologi robot pintar ini boleh bekerja sehingga lapan jam tanpa campur tangan manusia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPutera Mohammed, Putin bincang hubungan Arab Saudi-Rusia\n\n\n\n\n\n\nSweden tiada harapan dapat sokongan Turkiye sertai NATO \u2013 Erdogan\n\n\n\n\n\n\nPfizer Mula Bangunkan Vaksin Khas Omicron\n\n\n\n\n\n\nPemaksaaan Terlibat Seks, Pemerdagangan Gadis Muda Ahli Gereja Filipina\n\n\n\n\n\n\nHong Kong Lupuskan Ribuan Hamster Cegah COVID-19\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cRobot ini juga mampu mengedarkan 30 botol air zamzam dalam tempoh 10 minit.\n\n\n\u201cIa berhenti hanya 20 saat untuk mengisi botol\u201d, katanya menerusi satu kenyataan di portal rasmi jabatan berkenaan.\n\n\nTambahnya, pada masa ini usaha sedang giat dijalankan untuk membolehkan robot dapat beroperasi secara meluas di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.\n\n\nJelasnya lagi, ia termasuk mengendalikan beg dan silinder mudah alih.\n\n\n\u201cKami berusaha untuk menyediakan tahap keselamatan dan kualiti tertinggi untuk pengunjung Masjidil Haram.\n\n\n\u201cSebagai langkah berjaga-jaga dan memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), pihak kami sedang dalam perancangan untuk membangunkan \u2018sensor\u2019 tanpa sentuh pada tangki marmar yang mengalirkan air zamzam di seluruh Masjidil Haram,\u201d ujarnya.\n\n\nArab Saudi buat pertama kali merekodkan jangkitan harian Covid-19 melebihi 4,000 kes pada Isnin apabila mencatatkan 4,778 kes baharu.\n\n\nMenurut perkongsian infografik Kementerian Kesihatan Saudi di laman Twitter, dua mangsa dilaporkan maut akibat virus berkenaan dalam tempoh 24 jam.\n\n\nIa sekali gus meningkatkan jumlah kumulatif kematian kepada 8,895 kes, di negara yang mencatatkan 583,531 kes jangkitan sehingga Selasa.\n\n\nSementara itu, seramai 154 pesakit Covid-19 pula direkodkan berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).\n\n\n\u2014\u00a0Majoriti"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/tayar-kereta-ditembak-selepas-pemandu-cuba-rempuh-polis/", "title": "Tayar kereta Ditembak Selepas Pemandu Cuba Rempuh Polis", "body": "0\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Anggota polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap sebuah kenderaan selepas pemandunya bertindak merempuh pihak berkuasa ketika melarikan diri dalam kejadian di Jalan Tun Fuad, di sini, pada Selasa.\n\n\nDalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, suspek yang juga pemandu bersama dua rakannya dipercayai tiada dokumen pengenalan diri dan cuba mengelak daripada ditahan polis."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/tubuh-jawatankuasa-pantau-individu-dilantik-jawatan-utama/", "title": "Tubuh Jawatankuasa Pantau Individu Dilantik Jawatan Utama", "body": "0\n\n\n( \nSamad Ashaari, Naib Presiden BERJASA\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Satu jawatankuasa khas perlu dibentuk bagi menilai dan memantau individu yang bakal dilantik ke jawatan utama sebelum menerima tanggungjawab.\n\n\nNaib Presiden BERJASA, Haji Samad Ashaari berkata, saringan secara terperinci perlu dilakukan badan khas terbabit dengan mengesahkan individu yang bakal dilantik tiada rekod buruk termasuk isu rasuah.\n\n\n\u201cPerlu selidik dan pantau keseluruhan bukan sekadar melihat kecemerlangan rekod prestasi semata-mata.\n\n\nSelama ini, pelantikan jawatan-jawatan utama hanya dibuat berdasarkan kecemerlangan rekod prestasi dan juga berdasarkan senioriti sahaja tetapi soal keagamaan tidak diberikan perhatian,\u201d\n\n\n-Samad Ashaari, Naib Presiden BERJASA\n\n\n\u00a0\nMemetik ISMAWEB.Net, Samad Ashaari berkata tindakan itu penting supaya individu yang dilantik bukan sahaja memenuhi kriteria yang diperlukan tetapi mempunyai integriti yang tinggi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWang tidak dituntut berjumlah RM11 bilion\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: 130,000 rakyat miskin tegar dibantu keluar daripada kemiskinan\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih atas khidmat sebagai Naib Presiden, PM \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nBella hadir Prosiding Mahkamah Hari Ini, Siti Bainun Menangis\n\n\n\n\n\n\nHarga tiket pulang Tawau cecah RM3,138 \u2013 Ka Wee Siong\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nJelas pemantauan secara keseluruhan perlu dilakukan bukan sekadar melihat kecemerlangan rekod prestasi semata-mata tetapi soal agama juga dianggap perlu diberikan perhatian.\n\n\n\u00a0\nMengulas isu rasuah yang kini seolah-olah menjadi \u2018budaya\u2019, beliau percaya ia berlaku kerana sikap tamak dan kurang integriti, selain pegangan agama yang lemah.\n\n\n\u00a0\nKatanya, perlakuan rasuah berlaku disebabkan kelemahan iman dan menganggap perkara berkenaan sebagai sesuatu yang remeh.\n\n\nJusteru, beliau mencadangkan supaya diadakan kursus asas keagamaan dan silibus berkaitan integriti kepada pemimpin dan ahli politik negara.\n\n\n\u00a0\nLangkah tersebut diyakini sebagai \u2018peringatan awal\u2019 supaya tidak terdedah kepada amalan yang tidak bertanggungjawab."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/unboxing-isteri-boleh-runtuhkan-institusi-keluarga-timbalan-menteri/", "title": "\u2018Unboxing Isteri\u2019 Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga \u2013 Timbalan Menteri", "body": "0\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n \u2013 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Ahmad Marzuk Shaary menegaskan trend \u2018unboxing isteri\u2019 boleh membawa kepada keruntuhan institusi keluarga.\n\n\nKatanya ia apabila bakal ibu bapa sebagai tonggak institusi ini daripada awal lagi sudah tidak mengikut landasan nilai yang betul, apatah lagi mahu memupuk nilai moral anak-anak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/12/who-jangka-omicron-bakal-jangkiti-separuh-eropah/", "title": "WHO Jangka Omicron Bakal Jangkiti Separuh Eropah", "body": "0\n\n\n( WHO, vaksin Covid-19 perlu dikemaskini bagi perlindungan terhadap varian Omicron/ sumber : mstar)\n\n\nRABU, 12 JANUARI\n -Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, bahawa vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini untuk perlindungan berterusan terhadap varian baharu, termasuk Omicron.\n\n\nKumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin COVID-19 (TAG-CO-VAC), melibatkan 18 pakar berkata, walaupun vaksin terkini memberikan perlindungan tinggi daripada terkena jangkitan teruk dan kematian disebabkan varian yang dibimbangi (VOC), vaksin bagi mencegah jangkitan dan penularan perlu dibangunkan, kata Xinhua.\n\n\nSementara itu, komposisi vaksin COVID-19 semasa mungkin perlu dikemas kini bagi menghalang virus daripada terus berubah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael seksa 700 tahanan Palestin dalam penjara\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye, Syria : Agong dan Permaisuri zahir takziah\n\n\n\n\n\n\nEtnik Islam Uyghur tuntut bela, fail aduan jenayah ke atas China\n\n\n\n\n\n\nTradisi tembakan meriam iftar di Libya dihidupkan semula selepas 48 tahun\n\n\n\n\n\n\nVape ancaman serius kepada golongan muda Indonesia\n\n\n\n\n\n\n\n\nPakar telah menggalakkan pengeluar vaksin COVID-19 menyediakan data berhubung prestasi terkini vaksin khususnya terhadap Omicron, sebelum memutuskan perubahan terhadap komposisi vaksin yang mungkin diperlukan.\n\n\nPakar turut menekankan kepentingan akses global terhadap vaksin COVID-19 bagi membendung varian Omicron. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/13/5-individu-sedia-jadi-saksi/", "title": "5 Individu Sedia Jadi Saksi", "body": "0\n\n\n(Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Lima individu termasuk mereka yang pernah mendapatkan sijil vaksinasi COVID-19 dipercayai palsu dari sebuah klinik swasta di Marang bersedia menjadi saksi kes berkenaan.\n\n\nKetua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kesemua mereka tampil secara sukarela bagi membantu siasatan kes penjualan sijil vaksinasi itu.\n\n\nDatuk Rohaimi Md Isa,Ketua Polis Terengganu berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan Johor 2023 catat lebihan RM2.44 juta\n\n\n\n\n\n\nKeputusan hakim sokong permohonan, bangkitkan semula pengaruh Najib\n\n\n\n\n\n\nDUN Kedah bubar 28 Jun ini\n\n\n\n\n\n\nRamasamy letak semua jawatan, umum keluar DAP\n\n\n\n\n\n\nMat Sabu nafi terbabit promosi skim pelaburan syariah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita berharap lebih ramai individu tampil secara sukarela bagi membantu siasatan kerana kita tidak mampu mengesan kesemua yang terbabit.\u201d\n\n\nBeliau berkata, setakat ini siasatan berjalan lancar dan pihaknya bekerjasama rapat dengan Jabatan Kesihatan Terengganu untuk membuat semakan menerusi MySejahtera.\n\n\nJelasnya, lima saksi memberi persetujuan menjadi saksi dalam kes ini yang mana mereka mengaku tidak divaksin tetapi mendapat kad vaksin untuk suntikan pertama.\n\n\nAda antara mereka ini memberi persetujuan melalui telefon dan mengaku baru menerima suntikan pertama dan akan buat semakan selepas ini.\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hari ini.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan polis Terengganu membongkarkan kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan (temu janji) vaksinasi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/13/azam-baki-saman-penyelidik-rasuah-lalitha-kunaratnam-rm10-juta/", "title": "Azam Baki Saman Penyelidik Rasuah, Lalitha Kunaratnam \u2013 RM10 Juta", "body": "0\n\n\n(Tan Sri Azam Baki, \nKetua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memfailkan saman fitnah RM 10 juta , di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam.\n\n\nDalam satu kenyataan media oleh peguam beliau, Megat Abdul Munir berkata, saman dibuat berikutan surat tuntutan yang dikeluarkan pada 6 Januari lalu tidak mendapat sebarang respons daripada wanita tersebut berhubung artikel \u2018Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?\u2019.\n\n\nSelaku\u00a0 plaintiff, Azam menuntut perintah mahkamah supaya Lalitha memadam kenyataan atau artikel berkenaan dalam masa tiga hari dari tarikh penghakiman serta permohonan maaf secara terbuka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBukan persenda Menu Rahmah, hanya mahu nasi berkuah \u2013 Hanafiah\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Perkara 152, Pinda Akta DBP Bukan Setakat Penguatkuasaan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Azam Baki, Cubaan Heret Institusi Diraja \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nTiga Lagi Kes COVID-19 Di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nPAS anjur himpunan solidariti bantah tindakan bakar Al-Quran Jumaat ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau menegaskan, tajuk artikel tersebut adalah sensasi, bersifat skandal, menjengkelkan dan menjelekkan.\n\n\n\u201cIni kerana artikel tersebut telah didrafkan, diterbitkan dan diterbitkan semula dengan niat jahat (malice and mala fide) bagi memberikan kesan dan gambaran yang amat buruk kepada pembaca.\u2019\u2019\n\n\n\u2013 Tan Sri Azam Baki\n\n\nTambahnya dalam erti kata lain, kenyataan fitnah artikel tersebut diterbit dan diterbitkan semula tanpa membuat sebarang pengesahan fakta secara terus atau memberi peluang kepada plaintif untuk mengemukakan maklum balas terlebih dahulu.\n\n\nMenerusi artikel tersebut, plaintif mendakwa Lalitha sebagai defendan, memfitnah beliau dengan membuat kesimpulan bahawa plaintif adalah seorang penjawat awam yang korup.\n\n\nArtikel itu juga mendakwa plaintif menyalahgunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai tinggi SPRM bagi tujuan kepentingan sendiri dan atau adik-beradiknya.\n\n\n( Lalitha / sumber : TV Pertiwi)\n\n\n\u2018\u2019Tindakan Lalitha yang menerbit dan menerbitkan semula kenyataan media peguam defendan tersebut katanya, merupakan cubaan untuk membuatkan plaintif dibicarakan melalui media dan memenangi persepsi orang awam.\u2019\u2019\n\n\n\u00a0\nLalitha sebelum ini\u00a0 juga mendakwa Azam mempunyai konflik kepentingan dalam pemilikan saham beberapa syarikat mencecah jutaan ringgit namun dinafikan teraju utama SPRM itu dalam satu sidang media khas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/13/jawatankuasa-pilihan-khas-mesyuarat-rabu-depan/", "title": "Jawatankuasa Pilihan Khas Mesyuarat Rabu Depan", "body": "0\n\n\n( / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Bawah Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan mesyuarat, Rabu depan, untuk membincangkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.\n\n\nSetiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin, dalam satu pekeliling bertarikh 11 Januari 2022 (hari ini) kepada sembilan Ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa itu, memaklumkan mesyuarat berkenaan akan diadakan pada jam 2 petang.\n\n\nKatanya, mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan bagi 2022 akan berlangsung di Bilik Jawatankuasa 2, Aras 2, Bangunan Blok Utama Parlimen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nmyIDENTITY bantu SPA saring maklumat tepat pemohon\n\n\n\n\n\n\nSekolah perlu SOP tentukan hukuman murid : i-Guru\n\n\n\n\n\n\nMaklumat Dakwa Fenomena Aphelion Mula PALSU\n\n\n\n\n\n\nKes, kluster Covid-19 meningkat, KKM saran pelajar, guru disaring\n\n\n\n\n\n\nTarik balik rayuan timbul pertikaian isu agama : ABIM\n\n\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat ini bertujuan membincangkan isu pemilikan saham syarikat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM.\n\n\nMelalui pekeliling itu, Nizam Mydin turut meminta semua ahli jawatankuasa berkenaan untuk menjalani ujian kendiri COVID-19 menggunakan kaedah RTK Ag Saliva di Klinik Parlimen pada 19 Januari sebelum menghadiri mesyuarat.\n\n\nJawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi Bawah Jabatan Perdana Menteri dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai daripada PAS, Abdul Latiff Abdul Rahman.\n\n\nSurat pekeliling jemputan mesyuarat itu dimuat naik oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP, Chan Foong Hin, dalam Facebook\n\n\nSelain Foong Hin, ia turut dianggotai Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (UMNO), Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria (UMNO), Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau (Gabungan Parti Sarawak); dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS).\n\n\nSeterusnya, Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen (PKR); Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong (DAP) dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman (Parti Warisan Sabah)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/13/mandikan-pencuri-islam-tidak-ajar-kezaliman/", "title": "Mandikan pencuri: Islam tidak ajar kezaliman", "body": "0\n\n\n( Tular sebuah video, pencuri dimandikan kerana mencuri tabung masjid / sumber : sinar harian)\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Penceramah dan pendakwah bebas, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak menyifatkan tindakan memandikan seorang lelaki yang disyaki mencuri tabung masjid\u00a0 di tempat mandi jenazah, seolah-olah memperlihat seperti agama Islam membenarkan berbuat zalim kepada umatnya walaupun sebenarnya tindakan itu untuk menyedarkan si pencuri.\n\n\nMenerusi akaun rasmi Instagramnya, Syed Mohd. Bakri yang juga Pencetus Ummah berkata, tidak perlu menviralkan video seperti itu kerana dikuhuatiri jika ada yang salah faham terhadap tindakan tersebut.\n\n\nKatanya, memang nampak kasihan terhadap lelaki itu kerana dilayan seperti pencuri yang mencuri \u2018jutaan\u2019 ringgit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTugas Timbalan Menteri Pendidikan Hanya Jaga Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\nIdris Jusoh tamat perkhidmatan Pengerusi FELDA lebih awal\n\n\n\n\n\n\nBenarkah Ada Usaha Dalam UMNO Desak PM Percepat PRU15?\n\n\n\n\n\n\nNoh Omar mungkin sertai PN \u2013 Azmin\n\n\n\n\n\n\n29 Kampung Melayu Dilenyapkan Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\nRakaman video yang tular itu memaparkan lelaki tersebut menutup mukanya dengan tangan dan dibaringkan sambil disiram air oleh seseorang yang dipercayai sebagai imam dan badannya dilumur dengan kapur barus di tempat mandi jenazah sebuah masjid.\n\n\nTindakan tersebut dilakukan kerana lelaki itu disyaki mencuri tabung masjid.\n\n\nMenjengah ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Syed Mohd. Bakri dan rasa kasihan dengan lelaki tersebut yang dilayan seperti itu.\n\n\n\u201cBetul itu. Sebab orang khususnya orang bukan Islam tidak akan pandang imam yang berbuat zalim, tapi orang akan pandang yang Islam itu mengajar untuk berbuat zalim. Padahal tindakan imam itu sembur air dengan pukul guna getah paip itu tidak mencerminkan cara Islam. Sila cabut dulu serban imam,\u201d kata @DoNarha14.\n\n\n\u201cSaya bersetuju dengan ustaz. Tetapi itulah, maaf cakap jika macam ini perangai apabila jadi ahli masjid rasa dirinya adalah seperti \u2018ahli syurga\u2019. Tempat saya begini juga, ada ahli masjid yang tetap suka perli orang yang jarang ke masjid. Ada satu surau di sini juga, hanya orang yang pernah pergi haji atau umrah boleh berjemaah bersama,\u201d kongsi @FairuzAMansor.\n\n\nSeorang pengguna Twitter, @fromSHIDALEN berkata, ahli masjid dan imam tersebut perlu memberi pengajaran yang baik bukan hukuman yang memalukan dan jatuhkan maruah pesalah.\n\n\n\u201cBetul itu ustaz, aib budak itu janganlah dibuat macam itu. Tahu dia salah tetapi Islam bukan kejam macam ini,\u201d kata @watyCheAnin\n\n\n\u2013 UTUSAN ONLINE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/13/pemalsuan-sijil-vaksin-undang-kemurkaan-allah/", "title": "Pemalsuan Sijil Vaksin Undang Kemurkaan Allah", "body": "0\n\n\n( Pengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Syamil Esa/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Persoalan umrah dan vaksinasi adalah dua persoalan yang berbeza di mana sah atau batalnya umrah itu tidak berkaitan dengan persoalan lain, termasuklah mempunyai sijil vaksinasi atau tidak.\n\n\nMenurut Pengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Syamil Esa berkata meskipun pemalsuan sijil vaksin tidak membatalkan umrah tetapi boleh tindakan itu boleh mengundang kemurkaan Allah.\n\n\n\u201cMenunaikan ibadah umrah adalah untuk mencari keredaan Allah, namun bagaimana mahu mendapatkan reda Allah sekiranya beribadah tetapi dalam masa yang sama melaksanakan kesalahan-kesalahan lain, yang boleh mengundang kemurkaan Allah apatah lagi ia boleh melibatkan keselamatan pihak lain terutamanya golongan berisiko.\u201d\n\n\n\u2013 Ustaz Syamil Esa, Pengarah Sekretariat MUIS\n\n\nBeliau berkata pemalsuan sijil vaksinasi boleh dikategorikan sebagai penipuan terhadap pihak autoriti yang bertanggungjawab mengurus keluar masuk negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n31 Pusat Mengundi Awal Dibuka\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin beri amaran, jangan cetuskan elemen \u2018memanaskan\u2019 keadaan\n\n\n\n\n\n\nMayat nelayan ditemukan dalam perut buaya\n\n\n\n\n\n\nLaporan polis: Guan Eng dakwa Wan Fayshal lakukan kesalahan jenayah\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Anwar diminta kembalikan tanah rezab Melayu yang diceroboh \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, semua polisi yang dilakukan termasuk syarat vaksin adalah bertitik tolak daripada polisi keselamatan yang melibatkan seluruh pihak, bukan pihak-pihak tertentu sahaja.\n\n\nMenurut Ustaz Syamil, menunaikan ibadah umrah adalah untuk mencari keredaan Allah, namun bagaimana mahu mendapatkan reda Allah sekiranya beribadah tetapi dalam masa yang sama melaksanakan kesalahan-kesalahan lain, yang boleh mengundang kemurkaan Allah\n\n\nApatah lagi ia boleh melibatkan keselamatan pihak lain terutamanya golongan berisiko.\n\n\nSehubungan itu, Ustaz Syamil menasihatkan mana-mana pihak yang terlibat dalam pemalsuan sijil vaksin perlu bertaubat dan tindakan sewajarnyperlu diambil.\n\n\nNamun sekiranya ia terbabit dalam melibatkan kemudaratan kepada pihak lain, ia boleh didakwa dan dikenakan hukuman atau ganti rugi kepada pihak yang terlibat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/13/peniaga-tertekan-harga-barang-harian-mahal/", "title": "Peniaga Tertekan Harga Barang Harian Mahal", "body": "0\n\n\n(Peniaga tertekan harga barang harian mahal / sumber :TV Pertiwi)\n\n\nOleh Ayiha Ariffin, wartawan TV Pertiwi.\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Jangkaan harga barang naik pada tahun 2022 tidak dapat disangkal lagi.\n\n\nBoleh dikatakan harga semua mengalami kenaikan seperti, ayam, ikan dan sayur dan ia memberi kesan begitu besar buat peniaga.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nARAK \u2018TIMAH\u2019: KABINET DENGAR CAKAP SIAPA?\n\n\n\n\n\n\nSuhakam setuju hukuman mati mandatori dimansuhkan\n\n\n\n\n\n\nTiada bukti PN terima dana daripada syarikat perjudian\n\n\n\n\n\n\nTun Faisal sertai BERSATU\n\n\n\n\n\n\nBanjir bertambah buruk di lima negeri, 46,683 dipindahkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nRamai yang meluahkan kebimbangan jika keadaan tersebut berterusan menekan rakyat, apatah lagi apabila ada jangkaan yang mengatakan bakal berlaku peningkatan harga seperti ayam menjelang Februari nanti.\n\n\n( Asyiha Ariffin, wartawan TV Pertiwi ketika meninjau keadaan harga barang / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nIkuti tinjauan Asyiha Ariffin.\n\n\nPasar Raja Bot, Chow Kit terkenal dengan barangan segar dan harga berpatutan bagi penduduk yang tinggal berhampiran kawasan itu.\n\n\nNamun, sejak kebelakangan ini peninggkatan harga barang yang dilihat seolah-olah tiada kesudahan memaksa peniaga menanggung kerugian yang besar pada setiap hari.\n\n\nPeniaga mengeluh apabila tiada tindakan yang dilakukan pihak berkuasa untuk memastikan harga barangan kembali menurun.\n\n\nPeniaga, Siti Zubaidah yan meniaga di pasar itu hampir 45 tahun berkata, keuntungan yang diperolehi setiap hari hanya sekadar mampu mengembalikan modal asal\u00a0tambahan pula bekalan sayur-sayuran sukar diperolehi berikutan beberapa kawasan yang terjejas banjir baru-baru ini.\n\n\nSiti Zuraidah Abu Bakar, Peniaga berkata :\n\n\n\u201c\u2026sambutan macam mana? Sakit la ini hari. Teruk!!! Orang tak boleh datang banjir. Jadi biasa kita berniaga katalah dapat 500 hingga 600. Tapi sekarang nak dapat serratus pun susah. Rasa dah tak nak berniaga dah\u2026\u201d\n\n\nBagi peniaga yang dikenali sebagai Syah, 44 tahun berkata, harga ikan keli naik daripada harga RM6 sekilogram kepada sembilan sekilogram.\n\n\nDia berkata, kerajaan perlu mencari solusi untuk menangani masalah harga barang yang naik agar rakyat tidak ters terbeban.\n\n\nSyah Putra , Peniaga berkata :\n\n\n\u201c\u2026saya berniaga ikan eli daripada RM6 keada RM9 sekilogram ambil di pasar borong. Lepas tu upah caj RM8. Jadi, saya jual dulu enam ringgit jadi dah berapa tong saya lari\u2026\u201d\n\n\nDalam pada itu, peniaga ayam dan daging turut merungut apabila bilangan pelanggan kini berkurangan selepas harga barang tidak turun sejak sebulan yang lalu.\n\n\nMuhammad Syuhari Suzali, Peniaga berkata bahawa :\n\n\n\u201c\u2026harga makin meningkat la kak\u2026buat masa sekarang makin meningkat\u2026pelanggan pun makin kurang\u2026\u201d\n\n\nBagi Syazali yang turut meniaga ayam dan daging pula berharap agar kerajaan dapat memantau harga barangan agar tidak terus berlaku peningkatan yang bOleh membebankan banyak pihak.\n\n\nMuhammad Syazali Abdul Rahim, Peniaga berkata :\n\n\n\u201c\u2026ekonomi sekarang pun semakin meningkat so kita harap kepada kerajaan harga tak meningkat lagi barang macam ni. Kalau macam ni boleh terima lagi kita tak nak la sebab pelanggan akan lari punya kak\u2026\u201d\n\n\nMereka menyeru pihak berkuasa agar memantau harga barang dengan lebih ketat demi menjamin hak pengguna dalam pembelian barangan harian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/13/perlu-siasatan-menyeluruh-banteras-pemalsuan-sijil/", "title": "Perlu Siasatan Menyeluruh Banteras Pemalsuan Sijil", "body": "0\n\n\n(DR Ihsanuddin Abbas, Ketua Unit Kesihatan Awam I-MEDIK / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Dalam pada itu, Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK), Doktor Ihsanuddin Abbas, percaya perbuatan ini berlaku disebabkan wujud permintaan dan bekalan yang membuka ruang kepada tindakan tidak beretika itu.\n\n\nTegas beliau, mengeluarkan sijil palsu vaksin adalah suatu tindakan yang mengancam dari sudut individu dan kesihatan awam.\n\n\nDR Ihsanuddin Abbas, Ketua Unit Kesihatan Awam I-MEDIK berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nOPR naik atau tangguh, esok?\n\n\n\n\n\n\nPengurusan Menara KL Ambil Tindakan Undang-Undang Pihak Sebar Fitnah\n\n\n\n\n\n\nEtnik Rohingnya paling ramai mohon suaka di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPenggantungan ini bukan satu pengakhiran \u2013 Hishammuddin\n\n\n\n\n\n\nSultan Hassanal Bolkiah adakan lawatan khas ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026Dalam keadaan seperti ini dia biasa berlaku based on supply and demand maksudnya bila ada demand di sana pastinya ada peluang untuk melakukan sesuatu yang dalam keadaan ni dia tidak beretika\u2026\u201d\n\n\n\u201cSituasi sebegini tidak patut berlaku kerana tindakan membuat sijil palsu untuk vaksin ni suatu tindakan yang mengancam dari sudut individu dan kesihatan awam dengan keadaan kita lebih-lebih lagi pandemic covid-19 yang melibatkan kematian ribuan rakyat malaysia dan juga ramai yang mendapat komplikasi penyakit disebabkan jangkitan covid-19 jadi segala usaha kerajaan untuk mengekang segala penyakit dengan kawalan pergerakan aktiviti sosial yang terkini sepatutnya disokong oleh semua pengamal perubatan dengan baik tidak kira dia berada dalam kerajaan ataupun swasta dan kita lihat peranan swasta pun besar yang mana mereka juga terlibat dalam pemberian vaksin dan dalam kes ini klinik berkenaan merupakan salah satu tempat pemberian vaksin.\u201d\n\n\nSehubungan itu katanya, siasatan secara menyeluruh perlu dijalankan dengan mengambil kira aspek sistem pengesahan vaksin melalui aplikasi My Sejahtera bagi menyekat golongan yang cuba menipu vaksinasi.\n\n\n\u201cSebenarnya kita perlu lihat juga siasatan ni perlu secara menyeluruh bukan sekadar melihat kepada amalan Dr tadi tetapi juga bagaimana sistem yang berkaitan ini menyokong dan juga menyelamatkan daripada adanya ruang salah guna ni walaupun ada kad vaksin pengesahan vaksin sepatutnya My sejahtera syncronize dengan sistem My sejahtera dan pemantaun penguatkuasaan melalui Mysejahtera sepatutnya menyekat golongan yang cuba menipu vaksin ini lebih awal lagi.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/13/rakyat-malaysia-masih-lagi-mematuhi-sop/", "title": "Rakyat Malaysia Masih Lagi Mematuhi SOP", "body": "0\n\n\n( Rakyat Malaysia masih lagi mematuhi SOP/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nOleh Haffiz Aziz, wartawan TV Pertiwi.\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Ada yang patuh, ada yang tidak. Itu situasinya ketika TV Pertiwi melakukan tinjauan di sekitar Ibu Kota pagi tadi..\n\n\nMenurut pengunjung, daripada aspek pemakaian pelitup muka, rata rata pengunjung masih lagi mematuhimya, namun dari segi penjarakkam fizikal, adakalanya ia tidak dipatuhi.\n\n\nIkuti tinjauan yang dibuat saya pagi tadi di sekitar jalan TAR Kuala Lumpur.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah biasa dengan perpecahan \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nKedudukan Saarani Kekal, Tiga Adun Masuk Parti Bangsa Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPRN enam negeri diadakan serentak\n\n\n\n\n\n\nLantik Timbalan Exco membazir wang rakyat \u2013 PN Melaka\n\n\n\n\n\n\nNasib Khairy dan pengkhianat UMNO diketahui esok\n\n\n\n\n\n\n\n\nTinjauan yang saya buat di sekitar ibu kota pagi tadi, menampakkan sesetengah pengunjung masih lagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan.\n\n\nNamun ada diantara mereka masih lagi ingkar dengan arahan yang telah ditetapkan.\n\n\n( Ada juga rakyat yang memakai pelitup muka di bawah paras hidung/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nAda yang memakai pelitup muka di bawah paras hidung, dan ada berdiri tanpa penjarakkan fizikal.\n\n\nSesetengah dari mereka sukar untuk mematuhi peratauran ketika berada di luar luar premis kerana jika mereka ingin masuk ke kedai kedai, pihak kedai akan memastikan mereka mematuhi SOP yang telah ditetapkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/13/shebby-meninggal-akibat-serangan-jantung/", "title": "Shebby Meninggal Akibat Serangan Jantung", "body": "0\n\n\n( \nShebby Singh bekas pemain bola\n sepak kebangsaan malaysia dan juga penasihat teknikal, pasukan bola sepak johor FA \n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Shebby Singh bekas pemain bola\n sepak kebangsaan malaysia dan juga penasihat teknikal, pasukan bola sepak johor FA disahkan meninggal dunia malam tadi.\n\n\nSheeby, 61 tahun,\u00a0 atau nama sebenar beliau serbegeth singh, \ndikatakan, meninggal ketika sedang berbasikal di sekitar sunway iskandar, jam 7 malam tadi.\n\n\nIstana Negara dalam pada itu memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJasa, bakti TUDM sentiasa disanjung \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nRM800 sebulan untuk pelatih industri di GLC, kerajaan\n\n\n\n\n\n\nCeroboh Menara 118, YouTuber ditahan polis Mei tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nKenapa PAS Perlu Bertanding Di Sarawak? \u2013 PBB\n\n\n\n\n\n\nAhli PKR Pertama Kali Dilantik Menteri Membimbangkan \u2013 Tian Chua\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nBaginda amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan\n\n\nShebby dan menyifatkan pemergian lagenda itu sebagai satu kehilangan besar \nkepada dunia bola sepak negara.\n\n\nPenggemar bola sepak berdukacita dengan pemergian mendiang secara mengejut pada Rabu.\n\n\nMendiang \n\u00a0pernah menyarung jersi Harimau Malaya pada 1982 hingga 1991 dan Shebby turut berjaya memenangi pingat emas Sukan Asia Tenggara (SEA) Kuala Lumpur pada tahun 1989."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/13/tipu-sijil-mungkin-melibatkan-orang-dalam/", "title": "Tipu Sijil Mungkin Melibatkan \u201cOrang Dalam\u201d", "body": "0\n\n\n( \u00a0Amrahi Buang,\u00a0 Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Tindakan menipu sijil dianggap satu perbuatan yang mendukacita dan memalukan pengamal perubatan di negara ini.\n\n\nPresiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang tidak menafikan perkara itu boleh terjadi disebabkan ada orang dalam yang cuba meraih keuntungan.\n\n\nAmrahi Buang,\u00a0 Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan bubar DUN 1 Jun\n\n\n\n\n\n\nSemua operasi perkhidmatan telekomunikasi Sudan dihentikan\n\n\n\n\n\n\nBERJASA sedia kerjasama PN agenda pertahankan agama, negara\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Azam Baki, Cubaan Heret Institusi Diraja \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful fail notis, afidavit ketepi tuduhan rasuah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya rasa semua merasa dukacita tentang perkara ni kerana implikasinya sangat besar dia bukan sahaja melibatkan pihak kita tetapi juga melibatkan pihak lain dan juga negara-negara lain jadi kesannya tu terlampau besar sangat betul pemalsuan itu satu perkara yang salah yang salah tetap salah sesiapa pun yang melakukan sama ada Dr ke atau bersekongkol dengan dia ke semuanya telah melakukan kesilapan.\u201d\n\n\nMenurut Amrahi, penipuan sijil mustahil berlaku di kalangan pihak farmasi perubatan kerana sijil vaksin yang sah hanya boleh dikeluarkan oleh pihak kerajaan.\n\n\nKatanya, berkemungkinan pemalsuan sijil boleh dibuat sendiri oleh pihak yang menguruskan pengeluaran sijil vaksin berkenaan.\n\n\n\u201cSebab apa kita dari segi farmasi kita memang tak ada handle vaksin ni dari segi sijilnya pengetahuan saya memang tak adalah sebab perkara tu memang dilakukan oleh pihak kerajaan memang dikawal rapid dan kalau tak silap saya terdengar juga yang dicakap yang berhormat menteri mosti bahawa kita punya sijil ni pakai teknologi block change jadi kita tak tahu macam mana perkara ni boleh berlaku tapi kalau kita kata kerkata ni melibatkan orang yang nak buat penipuan besar kemungkinan ia melibatkan pihak yang ada dalam sistemlah.\u201d\n\n\nDalam pada itu, Amarahi menyerahkan keputusan itu kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan berharap agar penipuan sijil vaksin tidak berulang yang boleh membawa jenayah dan akhirnya merugikan diri sendiri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/13/tumpu-isu-utama-ambil-tindakan-terhadap-ketua-sindiket-haram/", "title": "Tumpu Isu Utama, Ambil Tindakan Terhadap Ketua Sindiket Haram", "body": "0\n\n\n( \nBekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Orang ramai disarankan melihat isu yang lebih besar iaitu pelakuan merasuah dan mereka yang bersekongkol berbanding memandang serong terhadap penjawat awam.\n\n\nBekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, lebih baik tindakan diambil terhadap ketua-ketua sindiket haram yang selalu merasuah dan yang bersekongkol serta memberi sumbangan dana kepada pihak politikus.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertingkat Intervensi Awal Bendung Omicron \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Jumlah rasmi mangsa terlibat 92, bukan 94\n\n\n\n\n\n\nSanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Ketua Polis Negara meninjau pembersihan perumahan mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nOmicron Makin Hampiri Malaysia \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi ciapan di akaun Twitter milik beliau berkata, jika media sosial disalah guna akan mendatangkan masalah kepada keselamatan diri serta boleh dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggung jawab yang akhirnya akan mendedahkan keaiban diri.\n\n\nTambahnya, tidak semua penjawat awam korup, justeru mereka yang mempunyai integriti dan berani bertindak perlu dipilih mengisi jawatan ini.\n\n\nMalah, mereka perlu mendapat sokongan dari pemerintah jika benar mahu memulihkan keadaan.\n\n\n\u201cPihak-pihak berani membuat tuduhan liar dan fitnah di media sosial kerana tidak ada pengenalan yang sebenar. Ia agenda pihak tertentu mewujudkan persepsi negatif bagi merosakkan kredibiliti.\u201d\n\n\n-Tan Sri Musa Hassan, Bekas Ketua Polis Negara\n\n\nDalam pada itu, Musa Hassan berkata ada pihak berani membuat tuduhan liar di media sosial kerana tidak mendedahkan diri mereka yang sebenar.\u00a0\n\n\nOleh itu, penguatkuasa atau mangsa tidak dapat mengambil tindakan kerana tidak tahu identiti mereka yang sebenar dan ia adalah agenda pihak tertentu unutk mewujudkan persepsi negatif bagi merosakkan kredibiliti.\n\n\nKenyataan itu dikeluarkan Musa Hasan tanpa merujuk mana-mana pemilik akaun Twitter."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/5-maut-kemalangan-kereta-api-di-india/", "title": "5 Maut Kemalangan Kereta Api Di India", "body": "0\n\n\n(lima maut dan puluhan lagi cedera dalma nahas kereta api di negeri Bengal, Barat, India / sumber : sinar harian)\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Sekurang-kurangnya lima maut dan puluhan lagi cedera dalam nahas kereta api di negeri Bengal Barat, India pada Khamis.\n\n\nSebanyak 12 gerabak kereta api Ekspres Guwahati-Bikaner tergelincir dari landasan berhampiran bandar Maynaguri di daerah Jalpaiguri.\n\n\nPegawai kanan kerajaan berada di lokasi nahas untuk menyelia operasi membantu dan menyelamat, kata ketua menteri Bengal Barat, Mamata Banerjee.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertubuhan Islam Indonesia bimbang larangan majlis buka puasa\n\n\n\n\n\n\nMemperingati ulang tahun kesembilan tragedi MH17\n\n\n\n\n\n\n20 jemaah umrah maut dalam kemalangan ke Kota Mekah\n\n\n\n\n\n\nPAS anjur himpunan solidariti bantah tindakan bakar Al-Quran Jumaat ini\n\n\n\n\n\n\nJepun Perluas Sekatan Pergerakan COVID-19\n\n\n\n\n\n\n\n\nKereta api itu dalam perjalanan dari Patna di Bihar ke Guwahati di timur laut Assam, menurut media tempatan.\n\n\n\u201cKami rasa kereta api bergoyang dan bagasi yang disimpan di bahagian atas terjatuh berselerakan ke bawah,\u201d kata seorang mangsa yang terselamat.\n\n\nVisual dari lokasi kemalangan memaparkan gerabak rosak dan penumpang serta penduduk tempatan yang kelihatan resah.\n\n\n\u201cMemantau secara peribadi bagi operasi menyelamat yang pantas,\u201d kata Menteri Kereta Api Ashwini Vaishnaw dalam ciapan Twitternya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/arab-saudi-lelong-3-lesen-melombong-tahun-ini/", "title": "Arab Saudi Lelong 3 Lesen Melombong Tahun Ini", "body": "0\n\n\n(Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman Al-Saud.\u00a0 / sumber : berita harian)\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Arab Saudi merancang melakukan lelongan tiga lesen perlombongan tahun ini, termasuk lombong Khnaiguiyah dengan anggaran simpanan zink dan tembaga sekitar 26 juta tan.\n\n\nMenteri Perlombongan dan Industri Arab Saudi, Bandar Al-khorayef, berkata lesen itu akan dilelong mengikut undang-undang perlombongan baharu yang berkuat kuasa mulai bulan ini.\n\n\n\u201cIa bertujuan mempercepatkan pelaburan asing dalam sektor ini, sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagaikan ekonomi hidrokarbon negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBedilan bom, peluru menghiasi Aidilfitri di Sudan\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada pakaian tak hormat sensitiviti agama Islam\n\n\n\n\n\n\nFinland kekal negara paling bahagia enam tahun berturut-turut\n\n\n\n\n\n\n17 Kanak-Kanak Terbunuh Di Yaman Sejak Januari\n\n\n\n\n\n\nRobot Pintar Edar Air Zamzam Beroperasi Kembali\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKhnaiguiyah akan menjadi yang pertama,\u201d katanya sambil menambah bahawa proses bidaan akan bermula pada penghujung suku pertama tahun ini atau awal suku kedua.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam temu bual dengan Reuters di luar persidangan perlombongan antarabangsa yang diadakan di Riyadh.\n\n\nBeliau menjelaskan, fasa pra-kelayakan bidaan itu akan mengambil masa kira-kira enam bulan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri itu menambah bahawa dua lagi lokasi akan dilelong bergantung pada pengesahan teknikal.\n\n\n\u201cSekurang-kurangnya tiga\u2026 lebih atau kurang, tetapi ini memerlukan pengesahan teknikal.\u201d katanya.\n\n\nRiyadh kini berusaha membina ekonomi yang tidak banyak bergantung kepada industri minyak dan beralih kepada industri pelombongan rizab bauksit yang belum diterokai, sumber utama aluminium serta fosfat, emas, tembaga dan uranium.\n\n\nNegara itu menganggarkan sumber mineral kerajaan yang tidak digunakan itu bernilai 5 trilion riyal (RM5.56 trilion).\n\n\nPada persidangan yang sama, Kementerian Tenaga Arab Saudi memaklumkan, sebagai negara pengeksport minyak mentah terbesar dunia, mereka merancang menggunakan sumber uranium bagi membangunkan program tenaga nuklear.\n\n\nMenteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman Al-Saud, berkata negara itu mensasarkan pengwujudan lebih 200,000 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung dalam sektor perlombongan menjelang 2030.\n\n\nNegara itu juga sedang merangka undang-undang khusus bagi pelesenan sumber tenaga baharu itu.\n\n\n\u201cJadi, akan ada aktiviti tertentu yang akan ditawarkan oleh pembida dan begitulah cara kita menilai bidaan yang akan dibuat.\n\n\n\u201cPembida mungkin akan menumpukan kepada pembangunan teknologi, sumbangan kepada masyarakat setempat atau kriteria lain.\n\n\n\u201cIa adalah formula yang rumit tetapi membolehkan kerajaan menilai bidaan berdasarkan pelbagai elemen dan penunjuk prestasi utama (KPI), katanya. \u2013 REUTERS\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/gubal-undang-undang-elak-umat-islam-didiskriminasi-2/", "title": "Gubal Undang-undang Elak Umat Islam Didiskriminasi", "body": "0\n\n\n(Gubal undang-undang elak umat Islam didiskriminasikan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dinasihatkan untuk bercuti ketika kes beliau disiasat pihak berkuasa.\n\n\nMengulas mengenai perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Tan Sri Rais Yatim berkata, siasatan terhadap Azam Baki melibatkan kes salah laku dan tidak menyempurnakan tugas, bukannya kes jenayah.\n\n\nJusteru katanya, mengikut amalan mereka yang disiasat membabitkan kes salah laku akan digantung kerja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTerpaksa Beli Juga Kerana Masih `Enak Dimakan Begitu Saja\u2019\n\n\n\n\n\n\nPDRM pantau media sosial kumpulan dikaitkan dengan IS\n\n\n\n\n\n\nChe\u2019GuBard dakwa Speaker lantik anak jadi pegawai parlimen\n\n\n\n\n\n\nTeguran Perdana Menteri Terhadap Kenaikan Harga Barangan\n\n\n\n\n\n\nPELAJAR DIJANGKITI, TAPI SEKOLAH TIDAK CUTI\n\n\n\n\n\n\n\n\nTan Sri Rais Yatim, Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) berkata :\n\n\n\u201c\u2026ini amalan apabila seseorang pegawai disiasat atas apa-apa salah laku pegawai itu biasanya digantung kerja\u2026namun dalam hal ini banyak pandangan dan ini bukan satu jenayah tetapi mungkin hanya salah laku\u2026justeru terbaik pandangan kami beliau mengambil cuti dan rehat sebentar dan membiarkan jawatankuasa itu menjalankan tugas\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Parlimen hari ini.\n\n\nDalam pada itu, Rais Yatim berkata, isu pengisytiharan harta oleh Azam Baki perlu menjadi perkara utama dalam siasatan yang sedang berjalan ketika ini.\n\n\nBeliau menegaskan, terdapat beberapa persoalan berkenaan pemilikan saham oleh Azam yang masih belum terjawab.\n\n\n\u201c\u2026apabila sesuatu perkara berlaku terhadap ketua sesuatu jabatan, ketua itu perlu ada lunas dan procedure untuk disiat. Jika perkara itu ada, maka kita menunggu laporan itu. Dalam hal ini kami menunggu laporan dibuat samaada drp JPA, PDRM, Suruhanjaya Security\u2026\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/i-guru-cadang-tubuh-jawatankuasa-khas-perkasa-pendidikan/", "title": "I-Guru Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Pendidikan", "body": "0\n\n\n( \nUstaz Mohd Azizee Hasan, \nPresiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) \n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Dalam dunia pendidikan masa kini yang pelajarnya berdepan dengan pelbagai cabaran \u2013 Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menolak cadangan atau mengurangkan \u00a0 subjek Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan.\n\n\nPresidennya \nUstaz Mohd Azizee Hasan\n berkata penekanan subjek Pendidikan Islam di sekolah perlu diberi keutamaan dengan menekankan aspek amali dan teori bagi mengukuhkan jati diri pelajar.\n\n\nBeliau berkata, ancaman keruntuhan moral dan pemikiran liberalisasi boleh menghambat akidah dan keimanan generasi pelajar hari ini kerana pelajar terdedah dengan pelbagai risiko masalah disiplin dan keruntuhan akhlak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu doktor dibuli akan segera ditangani KKM\n\n\n\n\n\n\nTunggakan hutang tidak mampu dibayar Felcra berjumlah RM312.22 juta\n\n\n\n\n\n\nAminuddin mahu Bantu Selesaikan Masalah Pendidikan Penduduk Setempat Temerloh\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy umum Portfolio EXCO Pahang\n\n\n\n\n\n\nDPMM Gesa Kerajaan Cari Jalan Terbaik Bantu Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nUstaz Mohd Azizee Hasan, \nPresiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) berkata :\n\n\n\u201cLagipun kita melihat cabaran yang dihadapi generasi pelajar hari ini berdepan dengan pelbagai ancaman khususnya berdepan dengan masalah disiplin, masalah keruntuhan akhlak masalah cabaran pemikiran liberalisasi ini semua akan mengancam jati diri pelajar jadi subjek pendidikan Islam ini relevan dan peril dilihat supaya lebih kepada menekankan aspek amali dan teori dan kita lihat penting subjek ini untuk memenuhi aspirasi falsafah pendidikan kebangsaan untuk membina generasi yang holistic dari segi jasmani emosi, rohani dan intelek.\u201d\n\n\nSehubungan itu, Ustaz Azizee mencadangkan satu jawatankuasa khas pendidikan Islam ditubuhkan kerajaan bagi mengkaji semula subjek agama itu adakah mencukupi waktu yang diajarkan, kandungan dalam silibus dan keperluan semasa.\n\n\n\u201cDalam hal ini saya harap perlu ada satu jawatankuasa khas untuk melihat semula kurikulum pendidikan islam yang diajar sebab kita lihat kita mahu pendidikan islam ini menjadi subjek yang benar-benar membangunkan ilmu dalam diri pelajar tersebut ia menjadi benteng dalam kita berdepan dengan cabaran pendidikan yang lebih mencabar khususnya berdepan dengan revolusi 4.0 jadi kita nak pelajar pendidikan islam ini memberikan impak kesan dari segi pengukuhan jadi diri berdepan dengan cabaran masa kini.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/ibu-bapa-sekarang-sibuk-kalau-tiada-subjek-agama-lagi-hanyut-netizen/", "title": "`Ibu Bapa Sekarang Sibuk, Kalau Tiada Subjek Agama Lagi Hanyut\u2019 \u2013 Netizen", "body": "0\n\n\n( Status twitter mengenai pendidikan agama/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Netizen berpendapat matapelajaran pendidikan islam masih relevan dengan dunia kini.\n\n\nIni kerana bukan sahaja faktor kesibukan ibu bapa yang tidak sempat mengajar pendidikan agama malah ada juga generasi muda khususnya kanak-kanak yang tidak langsung menerima pendidikan Islam.\n\n\nRata-rata menyatakan bahawa adalah penting untuk subjek pendidikan Islam diperkasa kerana berdasarkan perkongsian mereka, ada daripada kenalan yang tidak boleh mengaji Quran hingga belajar di peringkat menengah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Rayuan benarkan rayuan MAIS & kerajaan negeri kembalikan agama Islam wanita\n\n\n\n\n\n\nDiarah robohkan kelas, pelarian Syria tetap berusaha belajar agama\n\n\n\n\n\n\nHenti bertelagah, bergerak ke hadapan untuk menyatupadukan rakyat\n\n\n\n\n\n\nBas persiaran terbakar, laluan keluar Plaza Tol UPM dibuka semula\n\n\n\n\n\n\nAnwar peroleh injunksi sementara halang Sanusi ulang kenyataan fitnah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah ada juga menyatakan hujah bahawa subjek agama penting kerana jika tidak mereka tidak mengenal jiwa dan perjuangan masyarakat islam di zaman lampau.\n\n\n\u00a0\n \n\n\nTambahan pula ada yang mengatakan pengalamannya mengajar, remaja yang tahu membaca jawi sangat mengecewakan.\n\n\nTidak kurang pula yang bukan menafikan pengajian Islam tetapi mau pengurangan jam pembelajaran bagi subjek berkenaan.\n\n\nIni bagi membolehkan subjek teras seperti matematik, sains bahasa inggeris ditambah waktunya.\n\n\nPerbalahan di media sosial timbul selepas \u2014 satu ciapan yang seolah mempersoalkan jam yang diperuntukkan bagi subjek pendidikan Islam melebihi 5.5 jam bagi subjek lain.\n\n\nBerbanding Matematik dan Bahasa Inggeris masing-masing 2.5 jam dan 1.5 jam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/iran-syria-setuju-wujudkan-bank-di-zon-ekonomi-khas/", "title": "Iran, Syria Setuju Wujudkan Bank Di Zon Ekonomi Khas", "body": "0\n\n\n(Menteri Pengangkutan Iran, Rostam Qassemi / sumber : ismaweb)\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Iran dan Syria bersetuju menubuhkan bank bersama di zon ekonomi khas dalam usaha meningkatkan lagi kerjasama dua negara.\n\n\nMenteri Pengangkutan Iran, Rostam Qassemi berkata, kedua-dua negara mahu memperluaskan hubungan ekonomi dan perdagangan selepas negara Arab kembali bangkit hampir sedekad susulan peperangan dan keganasan.\n\n\nBeliau membincangkan perkara berkenaan ketika mengunjungi Damsyik minggu lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n5 Maut Kemalangan Kereta Api Di India\n\n\n\n\n\n\nNetizen gesa boikot produk Sweden\n\n\n\n\n\n\nGara-gara perpecahan politik, Libya sambut Aidilfitri pada dua tarikh berbeza\n\n\n\n\n\n\nRemaja lelaki Palestin maut ditembak rejim Israel\n\n\n\n\n\n\nRibut Salji Jejas 2.8 Juta Penduduk Syria\n\n\n\n\n\n\n\n\nRostam memberitahu, pihaknya kini sedang mengatur pegawai-pegawai tertinggi yang akan ke Syria bagi menandatangani perjanjian akhir bagi menjayakan program berkenaan.\n\n\nBuat masa ini, kedua-dua telah mencapai persetujuan bagi penubuhan bank bersama Iran-Syria.\n\n\n\u201cSemuanya telah dibincangkan dalam pertemuaan baru-baru ini, kami harapkan akan ada lagi beberapa cawangan di kedua-dua negara,\u201d katanya.\n\n\nDalam masa terdekat, kedua-dua pemimpin negara akan mengadakan mesyuarat bagi memuktamadkan perjanjian yang dicapai ketika lawatan ke Syria baru-baru ini.\n\n\nPerbincangan akan memberi penumpuan terhadap beberapa kerjasama lagi dalam beberapa bidang termasuk mengeluarkan jentera dan peralatan bagi pertanian terutama bagi meningkatkan hasil di negara Arab. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/lelaki-palestin-80-tahun-meninggal-diserang-kejam-tentera-israel/", "title": "Lelaki Palestin 80 Tahun Meninggal Diserang Kejam Tentera Israel", "body": "0\n\n\n(lelaki Palestin berusia 80 tahun meninggal dunia pagi ini, selepas ditangkap dan diserang dengan kejam oleh tentera penggans Israel / sumber : ismaweb)\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Seorang lelaki Palestin berusia 80 tahun meninggal dunia pagi ini, selepas ditangkap dan diserang dengan kejam oleh tentera pengganas Israel di kampung Jiljilya, utara Ramallah di Tebing Barat yang diduduki, kata Kementerian Kesihatan Palestin.\n\n\nKetua Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah, Ahmad Bitawi memberitahu, Al Jazeera bahawa Omar Abdulmajeed Asad meninggal dunia setibanya di hospital kira-kira jam 5.30 pagi.\n\n\nMenurut Datuk Bandar tempatan, Omar dan ahli keluarganya sedang bergerak pulang ke rumah selepas melawat saudara-mara apabila kereta mereka dihalang oleh tentera.\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKematian Shireen : Al Jazeera tetap akan mencari kebenaran\n\n\n\n\n\n\nTiada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin sampaikan bantuan, redakan krisis kebuluran pelarian\n\n\n\n\n\n\nPakistan kenakan larangan perjalanan ke atas Imran Khan\n\n\n\n\n\n\nTunjuk Perasaan Di Sudan Catat Kematian Pertama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMereka (tentera rejim) memberhentikan kereta di pusat kampung dan menangkap penumpang di dalam dan menggari mereka.\n\n\n\u201cKami menuntut siasatan antarabangsa dan penjenayah dipertanggungjawabkan,\u201d kata Fuad Moutee kepada AFP.\n\u00a0\n\n\nAbang Omar memaklumkan bahawa dia seorang warga emas yang mengalami masalah pernafasan dan jantung.\u00a0\n\u00a0\n\n\n\u201cSaya tidak faham bagaimana seorang lelaki seusia boleh dianggap bahaya. Mereka menggarinya dan menolaknya. Itu penderaan. Tidak dapat disangkal lagi apa yang dia lalui menyebabkan kematiannya,\u201d katanya.\n\n\nSerbuan semalaman oleh tentera Israel adalah amalan hampir setiap hari di Tebing Barat yang diduduki.\n\u00a0\n\n\nIsrael mendakwa bahawa serbuan sedemikian penting untuk tujuan risikan, tetapi kumpulan hak asasi manusia telah menyelar dan menegaskan bahawa matlamatnya adalah untuk menindas serta menakut-nakutkan penduduk Palestin dan meningkatkan kawalan negara.\u00a0\n\u00a0\n\n\nSeperti pusat pemeriksaan dan penghalang pemisah, serbuan itu adalah sebahagian daripada modus operandi pasukan pendudukan, kata pengkritik. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/mahkamah-agung-as-tolak-mandat-vaksin-biden/", "title": "Mahkamah Agung As Tolak Mandat Vaksin Biden", "body": "0\n\n\n( Joe Biden / sumber : sinar harian)\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Mahkamah Agung Amerika Syarikat menolak perintah dikeluarkan pentadbiran Joe Biden, untuk mewajibkan pekerja di syarikat-syarikat besar divaksin dan jalani ujian berkala mingguan.\n\n\nKeputusan itu dibuat kerana mandat vaksin berkenaan melampaui bidang kuasa pentadbiran Biden.\n\n\nMahkamah bagaimanapun memutuskan mandat vaksin terhad boleh terpakai ke atas kakitangan fasiliti penjagaan kesihatan yang dibiayai kerajaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKumpulan Palestin kutuk tindakan Israel ceroboh ruang solat Masjid Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\nDelegasi Hamas tunaikan umrah\n\n\n\n\n\n\nJepun Perluas Sekatan Pergerakan COVID-19\n\n\n\n\n\n\nTaliban tahan pengasas projek sekolah perempuan Afghanistan\n\n\n\n\n\n\nLebih separuh tasik, takungan air di dunia semakin kering\n\n\n\n\n\n\n\n\nPentadbiran Biden sebelum ini bertegas mahu kuatkuasa mandat vaksin untuk memerangi pandemik COVID-19.\n\n\nSementara itu, Presiden Biden kecewa dengan keputusan mahkamah, yang disifatkan menolak keperluan untuk menyelamatkan nyawa, berdasarkan dapatan kajian sains.\n\n\nBeliau bagaimanapun akan tetap menggunakan suaranya untuk memperkasa kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai kepentingan vaksin.\n\n\nBiden juga mendesak pemimpin di syarikat besar untuk menurut langkah mewajibkan vaksin dalam kalangan pekerja.\n\n\n\u2013 Awani"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/masa-belajar-pendidikan-islam-lebih-di-sk-daripada-sjk/", "title": "Masa Belajar Pendidikan Islam Lebih Di SK Daripada SJK", "body": "0\n\n\n(Masa belajar pendidikan Islam lebih di SK daripada SJK / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Daripada data diberikan NUTP, pada 2018 peruntukan waktu bagi pembelajaran pendidikan agama di sekolah kebangsaan untuk tempoh setahun\u00a0 lebih tinggi\u00a0 berbanding sekolah jenis kebangsaan.\n\n\nDan peruntukannya semakin meningkat mengikut tahap pembelajaran.\n\n\nKedua-dua pendidikan ini tidak boleh dikompromi kerana subjek itu berperanan dalam membentuk jati diri dan nilai murni dalam diri murid.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZuraida Masih Mahu Menjadi Menteri\n\n\n\n\n\n\n24 PUSAT PENGUNDIAN AWAL AKAN DIBUKA \u2013 SPR\n\n\n\n\n\n\nAntara Cabaran Utama Kepada Perpaduan \u2013 Dr. Jemilah\n\n\n\n\n\n\nCALON BEBAS BERSATU DI BAWAH \u2018GAGASAN BEBAS\u2019\n\n\n\n\n\n\nAda Pihak Cuba Bunuh Karakter Azam Baki \u2013 MCW\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini timbul persoalan supaya pengubahsuaian perlu dilakukan kepada mata pelajaran sekolah dan tidak tertumpu kepada pembelajaran agama semata-mata."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/pemimpin-negara-gagal-fahami-sentimen-rakyat-pembela-2/", "title": "Pemimpin Negara Gagal Fahami Sentimen Rakyat \u2013 PEMBELA", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Kes pencerobohan puluhan ribu hektar tanah hutan simpan di Pahang yang berlaku sejak lebih 40 tahun dan telah disahkan oleh pihak mahkamah masih tiada hukuman dijatuhkan.\n\n\nNamun, kes membabitkan seorang guru madrasah dan pelajarnya menceroboh hutan simpan tersebut pada bulan Ogos 2021 sudah pun dijatuhkan hukuman.\n\n\nPengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata ini bukti wujudnya double standard dan sentimen rakyat yang gagal para difahami para pemimpin di negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM34 Juta Disalurkan Kepada 34,000 Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n#BoikotIndia sohor di Twitter\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSD Sokong Anwar : Ahmad Maslan Tanta Siapa PM Sekarang?\n\n\n\n\n\n\nTarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/pemimpin-negara-gagal-fahami-sentimen-rakyat-pembela/", "title": "Pemimpin Negara Gagal Fahami Sentimen Rakyat \u2013 PEMBELA", "body": "0\n\n\n( Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Kes pencerobohan puluhan ribu hektar tanah hutan simpan di Pahang yang berlaku sejak lebih 40 tahun dan telah disahkan oleh pihak mahkamah masih tiada hukuman dijatuhkan.\n\n\nNamun, kes membabitkan seorang guru madrasah dan pelajarnya menceroboh hutan simpan tersebut pada bulan Ogos 2021 sudah pun dijatuhkan hukuman.\n\n\nPengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata ini bukti wujudnya double standard dan sentimen rakyat yang gagal para difahami para pemimpin di negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPencarum yang terdesak pinjam bank, caruman KWSP jadi cagaran\n\n\n\n\n\n\ni-Guru syor galak semula SOP COVID-19 di sekolah\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam dapat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada 17 April\n\n\n\n\n\n\nAgong Berangkat Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-257 Hari Kedua\n\n\n\n\n\n\nJawapan Anwar di Parlimen kualiti rendah, cacamerba\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cItu belum lagi masuk bab pencerobohan-pencerobohan hutan untuk curi emas dan balak. Tahun lepas sahaja ada berapa banyak kes yang dilaporkan media. Sepi begitu sahajalah nampaknya.\u201d\n\n\n\u2013 Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA\n\n\nBeliau berkata, ada berapa banyak kes yang dilaporkan media membabitkan pencerobohan hutan untuk mencuri emas dan balak namun hanya sepi begitu sahaja.\n\n\nBegitu juga katanya, Tanah-tanah Rizab Melayu yang lebih 60 tahun menjadi barang dagangan kepada para taikun walaupun undang-undang menyatakan wajibnya menggantikan Tanah Rizab Melayu yang hilang tetapi tidak dilakukan.\n\n\nDalam kes berlainan Aminuddin berkata, ramai yang berkongsi kepada beliau dengan rintihan dan kekecewaan terhadap apa yang menimpa nasib seorang guru madrasah dan pelajarnya yang didenda kerana menceroboh hutan simpan kekal dan boleh berdepan penjara enam bulan jika gagal membayarnya.\n\n\nTambah Aminuddin, kedua-duanya tidak diwakili peguam, dipercayai kerana tidak mampu namun mereka tetap membayarnya juga.\n\n\n( Tertuduh yang bernama Ismail Taib dan Kairulanuar Zulkifli dipenjara selama 6 bulan jika gagal membayar denda/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nBerlainan pula dengan seorang guru di sebuah madrasah bersama pelajarnya didenda masing-masing RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di atas kesalahan menceroboh Hutan Simpan Kekal Rimba Teloi, Sik, tahun lalu.\n\n\nTertuduh, Ismail Taib, 69, dan Kairulanuar Zulkifili, 34, dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda itu.\n\n\nMengikut pertuduhan, kedua-dua mereka dituduh memasuki kawasan hutan tertutup iaitu Kompartmen 23, Hutan Simpan Rimba Teloi tanpa memiliki permit memasuki hutan simpanan kekal pada jam 11.30 pagi pada 23 Ogos 2021.\n\n\nKedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.\n\n\nTerdahulu, kedua-dua tertuduh dalam rayuan meminta denda dikurangkan, berikutan orang susah dan menanggung keluarga."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/ppv-dibuka-semula-9000-dos-penggalak-az-diberi-setiap-hari/", "title": "PPV Dibuka Semula, 9,000 Dos Penggalak AZ Diberi Setiap Hari", "body": "1\n\n\n( \nPusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) akan kembali beroperasi sebagai PPV\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) akan kembali beroperasi sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bagi dos penggalak AstraZeneca (AZ) bermula 15 Januari ini sehingga 15 Mac depan.\n\n\nMenurut Ketua Pegawai Operasinya,, Fauzy Wahab, \npembukaan semula itu dibuat selaras dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mempertingkatkan kapasiti pemberian vaksin dos ketiga.\n\n\nBeliau berkata, pemberian dos penggalak AstraZeneca itu hanya akan diberikan kepada mereka yang menerima temu janji vaksinasi melalui aplikasi My Sejahtera atau khidmat pesanan ringkas (SMS) sahaja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSanusi tuntut bukti dakwaan Perdana Menteri susulan dana parti\n\n\n\n\n\n\nJawatan Presiden, Timbalan Presiden biar perwakilan tentukan \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nHanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam\n\n\n\n\n\n\nRamasamy pertikai keahlian MPPK, tunjuk perangai sebenar DAP\n\n\n\n\n\n\nKes cabar Mahkamah Syariah, BERJASA desak kerajaan bertegas\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara, pemberian secara walk-in tidak lagi dibenarkan.\n\n\nTambah Fauzy, penerima vaksin dinasihatkan membawa pen sendiri untuk mengisi borang kebenaran sebagai usaha bersama untuk meminimumkan sentuhan fizikal.\n\n\nJumlah kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam mencatatkan peningkatan iaitu sebanyak 3,684 kes.\n\n\nMemetik hantaran di akaun Twitter oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Doktor Noor Hisham Abdullah, penambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara sebanyak\u00a0 2,798,917 kes.\n\n\nUntuk pecahan kes mengikut negeri-negeri selengkapnya, boleh merujuk ke laman web https://covidnow.moh.gov.my/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/pusat-pengambilan-vaksin-ppv-dibuka-esok/", "title": "Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) Dibuka Esok", "body": "0\n\n\n( 4 lokasi dibuka bagi program pusat pemberian vaksin PPV mulai esok / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Kementerian Kesihatan Malaysia KKM, akan membuka empat lokasi program pusat pemberian vaksin PPV dibuka mulai esok, di Lembah Klang.\n\n\nKKM menyatakan empat lokasi PPV integrasi itu adalah di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur PPV Axiata Arena, Bukit Jalil; PPV Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam dan PPV Sokka Gakkai, Klang.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pihaknya turut menyasarkan 80 peratus warga emas menerima dos penggalak dalam tempoh sebulan manakala negeri yang masih terkebelakang dalam aspek itu akan diberi tumpuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsa Samad masuk hospital, bicara kes rasuah ditangguh sekali lagi\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadikan saya calon pilihan terakhir\u201d \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\nSPRM tidak temui salah laku dalam kontrak RM399 juta \u2013 Petronas\n\n\n\n\n\n\nKPM umum sekolah cuti khas Aidilfitri pada 19 April\n\n\n\n\n\n\nSPRM buat siasatan forensik terhadap akaun UiTM\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, pembukaan PPV Integrasi itu juga bertujuan mempergiatkan pemberian vaksinasi dos penggalak kepada warga emas yang pada masa kini berada pada paras lebih daripada 50 peratus."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/roket-sasar-sekolah-di-zon-hijau-baghdad-dua-kanak-kanak-cedera-parah/", "title": "Roket Sasar Sekolah Di Zon Hijau Baghdad, Dua Kanak-kanak Cedera Parah", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Tiga orang termasuk dua kanak-kanak cedera parah dalam serangan roket di Zon Hijau Baghdad.\n\n\nMenurut sumber keselamatan Iraq, serangan udara itu mengenai sebuah sekolah dan dua kawasan kedutaan Amerika Syarikat (AS).\n\n\nIa berlaku ketika mahkamah tinggi menggantung Speaker Parlimen yang baharu dilantik, di tengah-tengah ketegangan politik baharu di negara dilanda perang itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKesilapan Tulisan Jawi Di Papan Tanda Mengundang Persoalan Ramai\n\n\n\n\n\n\nMydin Lancar Kempen OURDIN, Kumpul Dana Bantu Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nMOTAC Giat Semarakkan Aktiviti Pelancongan, Seni dan Budaya Tahun Ini\n\n\n\n\n\n\nPN Masih Bincang Guna Logo PAS Pada Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nTarik Balik Poster Papar Imej Wanita Bertudung"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/saya-yang-suruh-ajk-masjid-buat-laporan-atuk-remaja-curi-tabung-masjid/", "title": "\u201cSaya Yang Suruh AJK Masjid Buat Laporan\u201d \u2013 Atuk Remaja Curi Tabung Masjid", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Datuk kepada Daniel Iskandar, remaja yang tular akibat mencuri duit tabung masjid memberi keterangan dan mendedahkan sikap sebenar cucunya yang sebenarnya memang \u2018melampau.\u2019\n\n\nMenerusi twitter Malaysia Gazette, datuk kepada Daniel Iskandar telah memberi keterangan dan menyatakan bahawa dia sebenarnya yang meminta ahli jawatan kuasa (AJK) Masjid Al Islahiah membuat laporan ke atas cucunya agar Daniel menjadi orang yang berguna."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/tawar-pendidikan-islam-syarat-sjk-dapat-dana-kerajaan-pembela/", "title": "Tawar Pendidikan Islam Syarat SJK Dapat Dana Kerajaan \u2013 PEMBELA", "body": "0\n\n\n(\nNaib Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Nor Izzat Mohd Johari \n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Ibu bapa diingatkan jangan tertipu dengan sekolah vernakular yang menawarkan pendidikan agama Islam kepada pelajar Melayu.\n\n\nMenurut Naib Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Nor Izzat Mohd Johari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat\n\n\nSubjek Pendidikan Islam dan subjek-subjek lain di sekolah vernakular yang ditawarkan sekadar syarat mahu mendapatkan dana kerajaan kononnya menepati garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTunku Abdul Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nHartal Doktor Kontrak, Kesatuan Jururawat nafi terlibat mogok\n\n\n\n\n\n\nPerlu Ada Tindakan Sekiranya Parlimen Bermasalah\n\n\n\n\n\n\nManifesto PRU15 Perlu Utamakan Isu Infra Pendidikan, Sekolah Daif\n\n\n\n\n\n\nInspektor Sheila didakwa ugut, aibkan kehormatan\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetika dihubungi TV PERTIWI menerusi aplikasi zoom, Cikgu Izzat berkata, sekolah vernakular termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sengaja memperdayakan orang ramai dan menganggap mereka adalah tempat terbaik dalam menyatupadukan rakyat malaysia \nsedangkan tujuan utama mereka adalah untuk memperjuangan Bahasa ibunda mereka dan bukannya mahu mengangkat Bahasa kebangsaan.\n\n\nMohd Nor Izzat Mohd Johari\n, Naib Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata :\n\n\n\u201cSebenarnya sekolah vernakular ni diorang dah tipu kerajaan dia dummy je dia ambil semua subjek pun Bahasa Inggeris, Bahasa melayu, pendidikan agama Islam, Moral semua dia ambil sebab dia nak dapatkan syarat untuk dana kerajaan tu tapi dia nak guna nama sekolah dia, sekolah jenis kebangsaan. Jadi syarat nak dapat dana you kena ikut konon-kononya ikut spec.\u00a0 jadi dia tipu je sebenarnya dia nak memperjuangkan Bahasa Cina satu.\u201d\n\n\nTambah Cikgu Izzat, ibu bapa boleh memohon pihak KPM untuk menyediakan subjek pendidikan Bahasa tambahan di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah untuk pendidikan anak-anak.\n\n\nMalah, kerajaan juga digesa untuk memenuhi keperluan serta kehendak ibu bapa dengan menyediakan subjek Bahasa tambahan sebagai pilihan di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah milik kerajaan.\n\n\n\u201cUntuk tujuan belajar bahasa mandarin sebagai contoh maknanya ibu bapa boleh meminta pihak KPM untuk menyediakan Bahasa Mandarin diajar di sekolah kebangsaan, boleh dan unutk makluman semua ada sekolah-sekolah SK atau SMK yang belajar Bahasa France dan Bahasa Jerman ada tetapi tidak menyeluruh mengikut satu kelas minimum tu contohnya 20 orang jadi ada yang minat untuk belajar maknanya boleh buka kelas jaid berbalik kepada soalan tadi ibu bapa yang majority hantar anak sekolah ke vernakular sebenarnya majoritinya telah ditipu buta-buta oleh sekolah vernakular dank alai ini kita KPM sediakan pelajaran Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil dan lain-lain kaum di negara kita dalam sekolah kebangsaan.\u201d\n\n\n\n\nTular di Twitter hari ini, sebahagian netizen menganggap sekolah jenis kebangsaan mampu menyediakan pendidikan Islam yang bagus kepada pelajar-pelajar Melayu beragama Islam.\n\n\nMalah, ada sebahagian turut menganggap pendidikan agama yang ditawarkan di sekolah vernakular berkenaan sudah memadai dalam masa yang sama mereka dapat mempelajari Bahasa Mandarin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/tetapkan-tarikh-operasi-semula-elak-masalah-lain-timbul-papuh/", "title": "Tetapkan Tarikh Operasi Semula, Elak Masalah Lain Timbul \u2013 PAPUH", "body": "0\n\n\n( \nPresiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji, PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Penangguhan pelaksanaan ibadah Umrah oleh kerajaan, menjadi polimek sejak beberapa minggu lalu kerana kesannya merugikan semua pihak.\n\n\nMenurut Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji, PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata :\n\n\n\u201cKerajaan perlu meneliti semasak-masaknya tarikh pembukaan semula perjalanan Umrah untuk rakyat Malaysia termasuk SOP baru selepas mengumumkan penangguhan melakukan ibadah itu secara drastik sebelum ini.\u201d\n\n\nDatuk Seri Razali Mohd Sham, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH) berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPakar Saran Perkenal Sistem Pengawal Selia Kandungan Media\n\n\n\n\n\n\nMenteri Hantar Kad Laporan 100 Hari Kepada PM\n\n\n\n\n\n\nKPM bincang kenaikan gaji guru ada kelayakan lebih tinggi\n\n\n\n\n\n\nPamer kertas undi, polis akan panggil Sanusi beri keterangan\n\n\n\n\n\n\nSokongan Suami Bawa Kejayaan Isteri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026. Masa kita berjumpa dengan Kementerian Kesihatan berapa lama ditangguh dia kata tak pasti\n\u2026. Saya pun terkejut NADMA belum ready\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media hari ini di ibu negara.\n\n\nTerdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan Kementerian Kesihatan (KKM) bertindak pilih kasih terhadap jemaah umrah apabila memutuskan untuk menangguh perjalanan untuk ibadat itu selama sebulan.\n\n\nTegasnya, keputusan itu dibuat berdasarkan data-data yang diperolehi oleh KKM.\n\n\nDalam perkembangan lain\u2026 Beliau turut mengulas mengenai kebenaran terhadap penganut Hindu melakukan perarakan Thaipusam pada tahun ini.\n\n\nMenurut Razali, kerajaan perlu konsisten dalam membuat keputusan.\n\n\nUjarnya lagi, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan, Umrah dan Haji (PAPUH) :\n\n\n\u2026. Siapa nak masuk buatlah RTK Swap Test\n\u2026. Ken ajangkitan isu lain pulak esok\u2026\u00a0\n\n\nPada 7 Disember, Menteri Perpaduan Negara, \nDatuk Halimah Sadique mengumumkan \u2014 S\nemua perarakan perayaan Thaipusam tidak dibenarkan berikutan varian baharu COVID-19, Omicron \nnamun selepas menerima kritikan pelbagai pihak, Kementerian Perpaduan Negara telah membuat kenyataan bahawa SOP COVID-19 untuk sambutan itu belum dimuktamadkan.\n\n\nNamun, memetik kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk M. Saravanan \nkerajaan secara dasarnya membenarkan perarakan pedati berhala sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada 18 Januari ini. \nNamun, perlu mematuhi SOP yang ketat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/tunjuk-perasaan-di-sudan-catat-kematian-pertama/", "title": "Tunjuk Perasaan Di Sudan Catat Kematian Pertama", "body": "0\n\n\n( Tunjuk perasaan di Sudan catat kematian pertama/ sumber : berita harian)\n\n\nJUMAAT, 14 JANUARI\n \u2013 Seorang pegawai polis Sudan maut, semalam, disyaki akibat ditikam oleh penunjuk perasaan yang membantah rampasan kuasa oleh tentera, menurut pihak berkuasa.\n\n\nSelain itu, seorang penunjuk perasaan turut dilaporkan terkorban, dalam perkembangan terbaru insiden pergolakan terbabit yang sudah berlarutan selama berminggu-minggu.\n\n\nPolis dalam satu kenyataan melalui Facebook memaklumkan, Brigedier Jeneral Ali Bareema Hamad terbunuh ketika menjalankan tugas dan mengawal tunjuk perasaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis Itali Berang Diberi Pelitup Muka Merah Jambu\n\n\n\n\n\n\nIndia dan Jepun bawa keluar rakyat terkandas\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Malaysia hantar 142 anggota, dua anjing k9 sertai SAR\n\n\n\n\n\n\nMyanmar tahan kira-kira 150 Rohingya cuba melarikan diri ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMaut, 7 pelancong ditimpa Cenuram runtuh di Brazil\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHamad ditikam oleh sekumpulan penunjuk perasaan di pelbagai bahagian tubuhnya.\n\n\n\u201cAnggota polis lain mengalami kecederaan parah,\u201d kata jurucakap polis, Idris Abdalla Idris, kepada Sudan TV.\n\n\nKematian Hamad adalah kes pertama seumpama itu yang dilapor membabitkan pasukan keselamatan sejak tunjuk perasaan tercetus lebih dua bulan lalu untuk mendesak pemerintahan awam dikembalikan di negara ini.\n\n\nDalam pada itu, kumpulan ahli perubatan pula mendakwa, sekurang-kurang 64 individu lain sudah terbunuh dan ratusan lagi cedera akibat tindakan keras pasukan keselamatan.\n\n\nMereka mendakwa, ramai penunjuk perasaan maut akibat ditembak peluru hidup.\n\n\nKorban terbaru membabitkan penunjuk perasaan juga dilaporkan berlaku di Khartoum, semalam.\n\n\nJawatankuasa Pusat Doktor Sudan yang prodemokrasi dalam kenyataan melalui Facebook, mendakwa pasukan keselamatan menembak Al-Reeh Mohammad di bahagian perut.\n\n\nSudan terus bergolak dengan ribuan penunjuk perasaan turun ke jalanan untuk membantah rampasan kuasa oleh tentera diketuai oleh Jeneral Abdel Fattah al-Burhan pada 25 Oktober lalu.\n\n\nBuat masa ini, tiada pembentukan kerajaan di Sudan dan bantuan asing pula telah digantung, manakala bantahan terus meluas membabitkan penyertaan puluhan ribu penunjuk perasaan dengan pihak berkuasa didakwa sering menanganinya secara keras. \u2013 AFP\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/uae-bakal-sertai-inisiatif-dana-arab-saudi-perancis-bantu-lubnan/", "title": "UAE Bakal Sertai Inisiatif Dana Arab Saudi-Perancis Bantu Lubnan", "body": "0\n\n\n( Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian berkata, UAE akan menyertai dana Arab Saudi-Perancis\u00a0 / sumber : ismaweb)\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Seorang diplomat tertinggi Perancis berkata, Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menyertai inisiatif dana bersama Arab Saudi-Perancis untuk diberikan kepada Lubnan, lapor Reuters.\n\n\nMenurut laporan itu, Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian berkata, UAE akan menyertai dana Arab Saudi-Perancis yang bertujuan memberi sokongan kepada rakyat Lubnan.\n\n\nDisember lalu, Presiden Emmanuel Macron mengumumkan inisiatif Arab Saudi-Perancis untuk menyelesaikan krisis diplomatik dengan Lubnan semasa lawatannya ke Riyadh.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTumpahan Minyak, Peru Isytihar Darurat Alam Sekitar\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Remaja perempuan diselamatkan selepas 248 jam terperangkap di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nSelepas operasi besar-besaran rejim Israel lancar serangan udara ke Semenanjung Gaza\n\n\n\n\n\n\nAbbas lawat Jenin, suntik semangat kepada rakyat Palestin\n\n\n\n\n\n\nParlimen, NGO bincang bentuk jawatankuasa khas isu Palestin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLawatan Presiden Macron membolehkan Teluk (negara Arab) memperbaharui hubungan, yang menyaksikan (penciptaan) dana bersama Franco-Saudi untuk menyokong Lubnan, yang akan dibantu esok, atau lusa, dengan\n\u00a0\u00a0\nsumbangan daripada Emiriah Arab Bersatu,\u201d Le Drian memberitahu sidang Parlimen.\n\n\nPada 2018, UAE mendermakan angkatan bersenjata Lubnan dengan bantuan sebanyak AS$200 juta untuk membantu \u2018menstabilkan\u2019 negara.\n\n\nDengan pembinaan dana ini, Perancis dan Arab Saudi berhasrat untuk memusnahkan pengaruh kuat Hezbollah yang disokong Iran di negara itu. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/who-beri-amaran-jangkitan-covid-19-penyakit-pernafasan-lain/", "title": "WHO Beri Amaran Jangkitan Covid-19 & Penyakit Pernafasan Lain", "body": "0\n\n\n\n\n( Dr Maria van Kerkhove daripada Program Kecemasan Kesihatan WHO / sumber : astroawani)\n\n\n\n\nKHAMIS, 13 JANUARI\n \u2013 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memberi amaran dan menggesa masyarakat bersiap sedia menghadapi ancaman serentak wabak COVID-19 dan penyakit pernafasan lain menjelang musim bunga nanti.\n\n\n\n\nMenurut Xinhua, Dr Maria van Kerkhove daripada Program Kecemasan Kesihatan WHO, berkata pada sesi taklimat media bahawa keadaan itu berlaku apabila pergaulan antara masyarakat meningkat, serta patogen sistem pernafasan lain seperti influenza merebak ketika musim bunga.\n\n\n\n\nLebih 15 juta kes baharu jangkitan COVID-19 di seluruh dunia telah dilaporkan pada minggu lepas, bilangan terbanyak kes dilaporkan dalam tempoh seminggu.\n\n\n\n\nPeningkatan kes didorong oleh \u201cvarian Omicron yang pantas menggantikan Delta di hampir semua negara,\u201d kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, jumlah kematian mingguan kekal stabil sejak Oktober tahun lalu, dengan purata 48,000.\n\n\n\n\n\n\nMeskipun bilangan pesakit dimasukkan ke hospital meningkat di kebanyakan negara, ia tidak berada pada tahap seperti gelombang sebelum ini.\n\n\n\n\n\u201cKemungkinan varian Omicron tidak terlalu serius serta imuniti daripada vaksinasi yang semakin meluas atau jangkitan sebelum itu,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\u201cMari kita jelaskan: Omicron menyebabkan simptom kurang serius berbanding Delta, tetapi kekal sebagai virus berbahaya, terutamanya bagi mereka yang tidak divaksinasi,\u201d kata ketua WHO itu.\n\n\n\n\nOrganisasi itu sentiasa memberi amaran bahawa jumlah kes yang tinggi bakal membebankan sistem kesihatan.\n\n\n\n\n\u2014 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/14/yaman-kecam-jenayah-perang-arab-saudi-serang-kemudahan-air/", "title": "Yaman Kecam Jenayah Perang Arab Saudi Serang Kemudahan Air", "body": "0\n\n\n( pesawat pejuang Arab Saudi melakukan tiga serangan udara ke atas takungan projek air Sa\u2019ada City / sumber : ismaweb)\n\n\nKHAMIS, 3 JANUARI\n \u2013 Pegawai Yaman mengecam serangan udara terbaharu Arab Saudi menyasarkan kemudahan bekalan air untuk berpuluh-puluh ribu penduduk di Wilayah Sa\u2019ada.\n\n\nLewat pada hari Selasa, pesawat pejuang Arab Saudi melakukan tiga serangan udara ke atas takungan projek air Sa\u2019ada City di stesen air Talmous.\n\n\nBercakap dari lokasi serangan, Timbalan Menteri Air dan Alam Sekitar, Hanin al-Darib semalam berkata, tangki-tangki tersebut dan institusi itu menyediakan bekalan air kepada 130,000 orang awam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRibut Salji Jejas 2.8 Juta Penduduk Syria\n\n\n\n\n\n\nNama tebing barat ditukar, taktik baru Israel tawan Palestin\n\n\n\n\n\n\nLebih 200 terkorban, hampir 600 cedera gempa di Kahramanmaras, Turkiye\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada pakaian tak hormat sensitiviti agama Islam\n\n\n\n\n\n\nAfghanistan : Russia Sedia Pertimbang Iktiraf Kerajaan Taliban\n\n\n\n\n\n\n\n\nAl-Darib memberitahu rangkaian berita al-Masirah bahawa serangan itu berlaku di tengah-tengah kekurangan bahan api yang teruk di negara ini, sehingga memburukkan lagi penderitaan penduduk Kota Sa\u2019ada.\n\n\nPegawai itu menegaskan bahawa projek air minuman itu adalah kemudahan awam.\n\n\nJusteru, beliau menggesa organisasi antarabangsa untuk menunaikan tanggungjawab mereka terhadap wanita dan kanak-kanak di Sa\u2019ada.\n\n\nSementara itu, Gabenor Sa\u2019ada, Mohammed Jaber Awad menyatakan, bahawa stesen air Talmous adalah satu-satunya stesen yang membekalkan air minuman kepada pesakit terlantar, golongan yang memerlukan dan penduduk Kota Sa\u2019ada serta pinggir bandarnya.\n\n\nMohammed Jaber berkata, bandar itu mempunyai penduduk lebih 200,000 orang yang mendapat manfaat daripada projek ini.\n\n\nBeliau menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia untuk mengecam Arab Saudi menyasarkan medan air dan sumber yang menyediakan penduduk bandar Sa\u2019ada dengan air minuman yang selamat.\n\n\nSementara itu, Ketua Perbadanan Air dan Sanitasi Kerajaan, Mohammad al-Sa\u2019adi menyelar serangan itu sebagai tindakan pengecut, sambil menyatakan bahawa bandar itu sedang musnah sekarang.\n\n\nManakala, Timbalan Ketua Majlis Manusia di Saa\u2019da, Hamid Mohmal menyifatkan serangan itu sebagai jenayah perang.\n\n\nMohmal menggesa pertubuhan antarabangsa untuk mengecam jenayah tersebut dan bertindak balas segera terhadap kerosakan itu. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/17/5016/", "title": "RFID: Punca Sesak 10km", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nISNIN, 17 JANUARI : RFID Didakwa Punca Jalan Sesak Teruk Sejauh 10KM\n\u00a0| Trafik di tol Bandar Seri Putra, Bangi dilaporkan sesak teruk didakwa berpunca daripada penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di tol berkenaan.\n\n\nKeadaan sesak itu dilaporkan berlaku seawal pukul 7 pagi ketika orang ramai sibuk hendak ke tempat kerja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTanah runtuh bukan bermula di Father\u2019s Organic Farm\n\n\n\n\n\n\nSurat Azalina tidak dibincang Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nPenjadualan semula SPM 2022 bagi 533 calon bermula 16 Mac\n\n\n\n\n\n\nBerdoa kepada Yang Maha Esa, teruskan perjalanan ke tanah air\n\n\n\n\n\n\nAmirudin, isteri datang buang undi menaiki motosikal vespa\n\n\n\n\n\n\n\n\nDifahamkan, keadaan sesak itu juga menyebabkan pengguna jalan raya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasi tol berkenaan.\n\n\nSementara itu, keadaan sama juga turut dilaporkan berlaku di Tol Sungai Besi apabila keadaan trafik sesak kira-kira 10 kilometer menghala ke Kuala Lumpur.\n\n\nTinjauan di media sosial mendapati orang ramai meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan pembukaan lorong-lorong RFID yang didakwa menyebabkan kesesakan teruk pada pagi ini.\n\n\nPengguna juga mendakwa, terdapat beberapa kenderaan terpaksa mengundurkan kereta kerana sistem RFID gagal mengesan pelekat yang ditampal pada kenderaan mereka.\n\n\nTerdahulu, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) mengumumkan akan beralih kepada sistem pembayaran transaksi tol RFID secara berperingkat bermula 15 Januari.\n\n\n\u2013\u00a0KOSMO"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/17/akan-didakwa-pada-rabu-ini/", "title": "Akan Didakwa Pada Rabu Ini", "body": "0\n\n\n( \nTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata Abd Hamim\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 17 JANUARI\n \u2013 Lelaki Rohingya, \u2018Long Tiger\u2019 atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, di sini, pada 15 Disember lalu dijangka didakwa Rabu ini.\n\n\nTimbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata Abd Hamim akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak.\n\n\nRazarudin berkata, Long Tiger akan didakwa pada 19 Januari ini di Tangkak selepas perintah tahanan remannya berakhir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu telur : Wee Ka Siong gesa panggilan telefon diterima disiasat\n\n\n\n\n\n\nPelancong LGBTQ kini dibenar masuk Arab Saudi\n\n\n\n\n\n\nTeguran Perdana Menteri Terhadap Kenaikan Harga Barangan\n\n\n\n\n\n\nTiada istilah majoriti-minoriti dalam negara\n\n\n\n\n\n\n40 tahun kekal bersih rasuah, imej Singapura tercalar\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 6 Januari lalu, Abd Hamim, 33, dilaporkan masih direman selain menjalani kuarantin 14 hari di Penjara Sungai Udang, Melaka.\n\n\nPemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin, dilaporkan berkata Long Tiger direman dan dikuarantin mulai 5 sehingga 18 Januari ini.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan, Long Tiger meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu, dipercayai untuk ke negara jiran sebelum ditahan di Jalan Kuala Ketil, Alor Setar, Kedah, pada 28 Disember.\n\n\nLelaki itu meloloskan diri melalui pintu hadapan mahkamah ketika menunggu perbicaraan mengikut Seksyen 388 kerana pemerasan.\n\n\nDia juga masih mempunyai status perbicaraan mengikut Seksyen 506 kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 di Mahkamah Sesyen Muar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/17/hukuman-lebih-kepada-pengajaran-bukan-penyeksaan/", "title": "Hukuman Lebih Kepada Pengajaran, Bukan Penyeksaan", "body": "0\n\n\n( \nHaji Aminuddin Yahaya\u00a0 selaku Pengerusi PEMBELA \n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 17 JANUARI\n \u2013 Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh pihak masjid itu keterlaluan dalam membentuk dan memberi pengajaran kepada mangsa.\n\n\n\u00a0\nWalaupun pada hakikatnya mencuri itu adalah salah di sisi undang undang dan agama islam.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertembungan tiga penjuru di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram\n\n\n\n\n\n\nTujuh Ahli Parlimen ambil peluang tanding PRN\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen PKR Buta Sejarah Cadang Kaji Semula Perkara 153\n\n\n\n\n\n\nTertekan pedal minyak, kereta rempuh kedai serbaneka\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi ulangi dakwaan, Kerajaan Pusat berubah jika PN menang\n\n\n\n\n\n\n\n\nHaji Aminuddin Yahaya\u00a0 selaku Pengerusi PEMBELA berkata :\n\n\n\u201c.\u2026. pertama yang salah tetap salah maknanya kalau dia mencuri tambahan pula di masjid itu memang salah, itu memang tak ada\u2026 kenakan hukuman hukuman lah , kita tidak boleh tentang orang yang salah walau niat dia baik atau sebagainya . dalam islam ni tak ada matlamat menghalalkan cara dan sebagainya kalau betul la dia nak beli ubat untuk datuknya \u2026..\u201d\n\n\nDalam pada itu, Haji Amin berpendapat tindakan ahli masjid yang memberi hukuman dan menularkan video berkaan adalah tidak wajar. Katanya biarlah pihak berkuasa yang menentukan dan menjalankan tindakan sewajarnya\n\n\n\u00a0\n\n\nHaji Aminuddin Yahaya berkata kagi bahawa :\n\n\n\u201c.\u2026 di sini point nya ialah, isu cara dia tu dikenakan sedikit tindakan oleh pihak masjid. Pada pandangan saya dalam malaysia ini salu kita kata kita ada undang udnang so sebaiknya , maknanya biarlah pihak polis membuat siasatan bukan kita sendiri yang menjalankan hukuman itu . tambahan pula cara menghukum itu agak kurang sesuai. Itu juga satu penyiksaan , bukan satu pengajaran. Apakah dia berubah selepas itu..\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/17/mahkamah-tinggi-semak-keputusan-kes-remaja-curi-tabung-masjid/", "title": "Mahkamah Tinggi Semak Keputusan Kes Remaja Curi Tabung Masjid", "body": "0\n\n\n( Mahkamah Tinggi Jenayah satu Shah Alam hari ini menyemak keputusan kes remaja curi tabung masjid/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 17 JANUARI\n \u2013 Mahkamah Tinggi Jenayah satu Shah Alam hari ini menyemak keputusan kes seorang remaja lelaki yang dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM4 ribu kerana mencuri tabung masjid baru-baru ini.\n\n\nProsiding semakan itu dihadiri peguam dari Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pada jam 9 pagi tadi.\n\n\nTurut hadir di mahkamah, Peguam Kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff dari PPMM bersama tiga lagi peguam mewakili Daniel Iskandar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBukan Hanya Pembeli, Peniaga Juga Turut Terkesan\n\n\n\n\n\n\nRM200,000 Nilai Kompaun Dikeluarkan Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\nBella hadir Prosiding Mahkamah Hari Ini, Siti Bainun Menangis\n\n\n\n\n\n\nSiti Nuramira Dibebaskan Dengan Jaminan JAWI\n\n\n\n\n\n\nLawatan PM ke China sebagai langkah populis \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\nMerujuk kepada pelbagai versi fakta dan penceritaan berkaitan latar belakang Daniel Iskandar dan kejadian berkenaan PPMM berpandangan tidak begitu sihat dari sudut keadilan dan kepentingan Daniel, mahupun mana-mana pihak yang berkaitan untuk diteruskan di media sosial, terutamanya dalam menghormati prosiding yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam.\n\n\nPPMM melalui Tetuan Hariz Syakinah and co. bagi pihak Daniel turut memohon semua pihak untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menampilkan kekeliruan lanjut di pihak masyarakat awam sehinggalah penyelesaian prosiding di mahkamah.\n\n\nKhamis lepas, Mahkamah Majistret Selayang menjatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 ke atas Daniel selepas mengaku cuba mencuri tabung masjid pada 8 Januari.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan tular di media sosial video berdurasi satu minit 25 saat yang memaparkan tindakan jemaah sebuah masjid memandikan remaja itu seperti jenazah serta melumurkan dengan kapur barus kerana mencuri tabung masjid."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/17/mahu-jadi-lebih-cina-daripada-cina/", "title": "Mahu Jadi Lebih Cina Daripada Cina", "body": "0\n\n\n(Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah,\u00a0 Penganalisis Politik mengulas berkenaan struktur dekorasi Suria KLCC seperti \u2018Qingming\u2019 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 17 JANUARI\n \u2013 Suria KLCC menerima kecaman dari warganet berikutan struktur dekorasi Tahun Baharu Cina di luar pusat beli belah berkenaan yang kelihatan seperti \u2018Qingming\u2019.\n\n\nQingming merujuk kepada \u201chari membersihkan kubur\u201d atau Cheng Beng oleh etnik Cina.\n\n\nPenganalisis Politik, Prof. Dr Ridhuan Tee Abdullah turut menyelar tindakan pihak pengurusan menggunakan struktur hiasan seperti pagoda yang didirikan di luar pusat beli-belah itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengedar dadah maut ditembak selepas merempuh polis\n\n\n\n\n\n\nKrisis Sudan: Wisma Putra sedaya upaya bawa pulang rakyat Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nKes cabar Mahkamah Syariah, BERJASA desak kerajaan bertegas\n\n\n\n\n\n\nGolongan T20 tidak akan terima subsidi haji, elektrik\n\n\n\n\n\n\n\n\nProf. Dr. Ridhuan Tee Abdullah,\u00a0 Penganalisis Politik berkata :\n\n\n\u201dAdakah kita berada di Hong Kong atau Taiwan? Tidakkah Suria KLCC sedar bahawa kita berada di Malaysia? Walaupun negara ini berbilang bangsa, tetapi berpada-pada,\u201d\n\n\nJelas Ridhuan Tee, memang menjadi pantang orang Cina, jika Tahun Baharu mereka dikaitkan dengan kematian.\n\n\nJusteru itu, apabila berlaku kematian pada hari raya besar itu ibarat sesuatu yang malang.\n\n\nBeliau turut mempersoalkan kenapa perlu membuat binaan sebesar itu, seolah-olah bukan berada di Malaysia, malah seperti berada di Hong Kong atau Taiwan, bahkan bukan melambangkan Malaysia yang gah dengan menara KLCC.\n\n\nKatanya lagi, pihak pengurusan perlu ada garis panduan, supaya negara ini ada jati diri dan tidak caca merba.\n\n\nJika tidak, bila tiba Tahun Baharu Cina, sesebuah bandaraya atau bangunan mahupun pusat membeli belah akan jadi seperti Hong Kong dan bila tiba Krismas, jadi seperti London.\n\n\nJusteru, Ridhuan Tee mengharapkan agar semua pihak mencontohi negara Brunei yang juga berbilang bangsa, namun sentiasa memartabatkan agama dan bangsa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/17/pdrm-serah-mahkamah-semak-keputusan/", "title": "PDRM Serah Mahkamah Semak Keputusan", "body": "0\n\n\n(\nDatuk Razarudin Husain, Timbalan Ketua Polis Negara \n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 17 JANUARI\n \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan kes remaja dimandikan seperti \u2018jenazah\u2019 kerana mencuri tabung masjid di Rawang, Selangor kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menyemak semula keputusan kes berkenaan.\n\n\nTimbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata, biarlah kes itu dikendalikan Mahkamah Tinggi tanpa sebarang ulasan PDRM buat masa ini.\n\n\nDatuk Razarudin Husain, Timbalan Ketua Polis Negara berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZahid Tidak Minta Annuar Musa Tandatangan SD\n\n\n\n\n\n\nWanita Palestin diikat, dipukul, ancam gugurkan kandungan\n\n\n\n\n\n\nDasar dan perancangan KPM seolah terpisah dari realiti\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful mengaku tak bersalah minta, terima rasuah RM6.9 juta\n\n\n\n\n\n\nQari al-Quran Braille johan Tilawah Kebangsaan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBiarlah\n Mahkamah Tinggi semak dahulu hukuman remaja berkenaan yang dilaporkan esok. Buat masa ini PDRM tidak mahu mengulas mengenai kes ini.\n\n\nJelas Razarudin Polis tidak boleh memberi pandangan begitu sahaja apatah lagi Mahkamah Tinggi Shah Alam dilaporkan akan menyemak semula hukuman yang dijatuhkan ke atas remaja berkenaan.\n\n\nKatanya, siasatan polis sudah selesai dan remaja berkenaan juga sudah dituduh di mahkamah, dan pihaknya masih menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam esok.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika sidang media selepas majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Johor dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor hari ini.\n\n\nMahkamah Majistret Selayang pada Khamis lalu menjatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap remaja itu, Daniel Iskandar, 19.\n\n\nHukuman terhadap remaja itu dijatuhkan selepas dia mengaku bersalah mencuri tabung Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah di masjid berkenaan di Kuang, Rawang pada 11.58 malam, 8 Januari lalu.\n\n\nTerdahulu, video remaja berkenaan tular di media sosial kerana dimandikan seperti \u2018jenazah\u2019 termasuk dilumur dengan kapur barus akibat cuba mencuri tabung masjid berkenaan.\n\n\nBerikutan itu, ia mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial apabila ada yang menyokong tindakan pengurusan masjid sebagai pengajaran, namun setengah pihak yang lain menyifatkan tindakan kariah masjid memandikan remaja seperti jenazah itu bertentangan undang-undang dan keterlaluan.\n\n\nSemalam pula, media melaporkan Mahkamah Tinggi akan menyemak keputusan kes remaja lelaki itu.\n\n\nPresiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dilaporkan berkata, prosiding semakan itu ditetapkan mengikut peruntukan mengikut Bab 31 Kanun Tatacara Jenayah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/17/tiada-bukti-omicron-mampu-bina-imuniti-kelompok-khairy/", "title": "Tiada Bukti Omicron Mampu Bina Imuniti Kelompok \u2013 Khairy", "body": "0\n\n\n( Tiada bukti Omicron mampu bina imuniti kelompok/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 17 JANUARI\n \u2013 Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan tiada data menunjukkan seseorang itu perlu dijangkiti varian Omicron kerana didakwa mampu membina imuniti kelompok dalam kalangan masyarakat.\n\n\nKhairy berkata demikian susulan terdapat satu kajian yang dijalankan oleh pakar luar negara terutama di Afrika yang mendakwa varian itu mampu membina imuniti kelompok disebabkan oleh kadar transmisinya yang tinggi.\n\n\nKhairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan berkata bahawa :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHanya Empat Kerusi Ditawarkan Untuk PAS\n\n\n\n\n\n\nBasikal lajak: Pertuduhan terhadap Ke Ting tidak sah\n\n\n\n\n\n\nJemaah Mahu Kerajaan Pertimbang Kos Dan Pilihan Tempat Kuarantin\n\n\n\n\n\n\nRombakan Kabinet: GRS, BN, PH bentuk Kerajaan Negeri Sabah\n\n\n\n\n\n\nAnwar jumpa Erdogan zahir solidariti kepada Turkiye\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTidak kira varian apa. Omicron ke Delta, Alpha dan Beta, jangan sengaja nak dapat Covid-19 sebab yang pertama kita tidak tahu kesan wabak itu sama ada mereka sudah divaksinkan ataupun tidak,\u201d\n\n\nMemetik laporan The Star pada Khamis, data saintifik yang dikumpulkan dalam tempoh 50 hari selepas varian itu dikesan di Afrika Selatan dan Botswana,\n\u00a0Omicron didapati berbeza daripada strain Covid-19 lain kerana ia mempunyai simptom lebih ringan dan kadar kematian yang lebih rendah.\n\n\nMengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, pendekatan itu juga masih belum dibuktikan kesahihannya lagi dan masyarakat diminta untuk tidak sengaja menjangkitkan diri dengan Covid-19, malah menasihati masyarakat untuk terus mendapatkan dos penggalak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/17/tiada-istilah-sambutan-hari-agama-sedunia/", "title": "Tiada Istilah Sambutan Hari Agama Sedunia", "body": "0\n\n\n(\nIdris Ahmad, \nMenteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 17 JANUARI\n \u2013 Tiada istilah berkenaan Perayaan Hari Agama Sedunia.\n\n\nDemikian tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad terhadap satu poster sambutan Hari Agama Sedunia yang tular dalam media sosial hari ini.\n\n\nMenurut Idris, umat Islam seharusnya mengukuhkan keimanan untuk menjadi hamba Allah yang taat disamping meneruskan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHutan bakau Pantai Cermin diancam kemusnahan\n\n\n\n\n\n\nBekas setiausaha politik didakwa terima suapan lebih RM400,000\n\n\n\n\n\n\nTekanan, persekitaran, kesihatan punca kesihatan polis terganggu\n\n\n\n\n\n\nInspektor wanita tular ditahan polis, satu lagi klip video aksi \u2018garang\u2019 tersebar\n\n\n\n\n\n\nMinta Wanita Muslim Bukakan Bir, Pengasas Kelab Komedi Jelas Hina Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n Idris Ahmad, \nMenteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata :\n\n\n\u201cTeruslah\n mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan teruskanlah juga mengukuhkan keimanan untuk menjadi hamba Allah yang taat,\u201d\n\n\nBeliau kemudian memetik ayat 19 surah Al-Imran yang menyentuh sesungguhnya agama yang benar dan diredai di sisi Allah ialah Islam.\n\n\nTiada istilah berkenaan Perayaan Hari Agama Sedunia. Ia jelas dan ia wajib diimani.\u00a0\n\n\nIdris Ahmad menerusi hantaran di facebooknya menegaskan suapaya teruslah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan teruskanlah juga mengukuhkan keimanan untuk menjadi hamba Allah yang taat.\n\n\nTerdahulu, tular satu poster Selamat Menyambut Hari Agama Sedunia dengan memetik ayat 13 surah al-Hujurat.\n\n\nTindakan itu bantahan pelbagai termasuk para tokoh agama yang menegaskan perkara itu tidak seharusnya berlaku di negara ini.\n\n\nAntaranya tokoh yang menentang idea sambutan tersebut, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim;\u00a0 Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis,\u00a0 Dr. Kamilin Jamilin dan Pakar Akidah, Dr. Aizam Mas\u2019ud.\n\n\nMenurut hantaran Zamri dalam Facebook, sambutan Hari Agama Sedunia adalah inisiatif dan cadangan agama Bahai."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/17/tindakan-pembatalan-notis-19-tokong-di-perak-mengejutkan/", "title": "Tindakan Pembatalan Notis 19 Tokong Di Perak Mengejutkan", "body": "0\n\n\n( / sumber \u201d TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 17 JANUARI\n \u2013 Parti BERJASA Perak memandang serius berhubung keputusan pembatalan notis mengusir 19 tokong yang dibina di atas tanah hak milik kerajaan.\n\n\nPengerusi Badan Perhubungan BERJASA Negeri Perak, Shaharuzzaman Bistaman berkata, tindakan Pejabat Tanah dan Galian Perak sangat mengejutkan dan dilihat seolah-olah ada sesuatu yang tidak jelas berlaku.\n\n\nJelasnya, BERJASA Perak menganggap ini suatu isu yang besar membabitkan pencerobohan tanah hak milik kerajaan, hutan simpan dan juga tanah rizab Melayu.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih Anwar, PN akan menjadi pembangkang \u2013 Muhyiddin Yassin\n\n\n\n\n\n\nWang tidak dituntut berjumlah RM11 bilion\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid nafi wujud hubungan dingin dalam BN\n\n\n\n\n\n\nPendaki hilang ketika menyeberang Sungai Tanum ditemukan lemas\n\n\n\n\n\n\nPemansuhan Hukuman Mati Mandatori Akan Dikaji \u2013 Mas Ermieyati\n\n\n\n\n\n\n\n\nShaharuzzaman Bistaman, Pengerusi Badan Perhubungan BERJASA Negeri Perak berkata :\n\n\n\u201c\u2026malangnya selepas itu berlaku pertemuan diantara ketua MCA Perak dan wakil-wakil kuil dengan PTD, hasil perbincangan tersebut pihak pejabat tanah telah menarik balik notis itu sedangkan arahan itu jelas drp MB dan di ambil tindakan oleh PTD. Dan itu dilihat sesuatu yg pelik ianya berubah dengan tiba-tiba dan cukup mengejutkan. Dan bagi kami BERJASA ini bukan isu yg biasa tapi isu besar yg berterusan berkaitan dengan pencerobohan\u2026\u201d\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi bagi mengulas mengenai isu pembatalan notis mengusir 19 tokong yang dibina di atas tanah hak milik kerajaan.\n\n\nSusulan daripada itu, BERJASA Perak menggesa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad agar bertegas dalam isu ini dan akur dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak.\n\n\nBeliau berkata, satu penerangan yang jelas perlu dilakukan oleh pihak berkuasa berhubung tindakan pembatalan notis itu.\n\n\nMengulas lanjut, katanya, BERJASA Perak dengan penuh komited menubuhkan sebuah badan bertindak untuk isu tanah ini dikenali sebagai Sekretariat Pertahankan Tanah Rakyat.\n\n\nPengerusi Badan Perhubungan BERJASA Negeri Perak, ujarnya lagi bahawa :\n\n\n\u201c\u2026berjasa perak mengambil inisaituf untuk mengajak semua NGO dan mereka yg mempunyai pengaruh dalam isu ini untuk membuat dan membetuk satu sektretiat untuk melindungi tanah kerjaan ini atau istilah lain tanah rakyat untuk kepentingan bersmaa. Isu ini besar dan tanah itu menunjukkan kepad asatu ketuanan, kedaulatan, dan bukan satu isu sampingan yg mesti dipertahan dan dibahaskan dengan sleayaknya dan sebijaknya\u2026\u201d\n\n\nSebelum ini, Pengerusi MCA Perak, Dr Mah Hang Soon berkata, notis pengusiran yang disampaikan ke atas 19 tokong dalam gua di daerah Kinta di Perak telah dibatalkan.\n\n\nMalah mendakwa, keputusan itu dibuat oleh Pejabat Tanah dan Galian Perak berikutan mesyuarat dialog antara dirinya, wakil dari 19 tokong dalam gua dan jabatan itu.\n\n\nKatanya, pengarah jabatan itu bersetuju bahawa beberapa tokong gua itu penting dari segi budaya dan sejarah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/17/tujuh-individu-ditahan-terbabit-keluar-sijil-vaksin-palsu-kp-selangor/", "title": "Tujuh individu ditahan terbabit keluar sijil vaksin palsu \u2013 KP Selangor", "body": "0\n\n\n\n\nDatuk Arjunaidi Mohamed, Ketua Polis Selangor | Foto: Haffiz Aziz\n\n\n\n\nISNIN, 17 JANUARI : \nPolis menahan tujuh individu tempatan termasuk tiga wanita berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun yang merupakan pekerja dan pemilik sebuah poliklinik dipercayai terbabit dalam aktiviti pemalsuan cara memperoleh dan mengeluarkan sijil vaksinasi secara tidak sah di Selangor.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dalam serbuan di poliklinik berkenaan, polis turut merampas peralatan komputer yang dipercayai boleh digunakan untuk mengisi data pesakit ke dalam aplikasi MySejahtera.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata walaupun poliklinik tersebut menerima vaksin COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), namun kandungan botol vaksin dibuang dan dipulangkan kepada KKM sebagai tanda sudah dicucuk dan sijil vaksinasi dikeluarkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBercakap pada sidang media di sini hari ini, Arjunaidi berkata modus operandi poliklinik itu adalah bagi individu yang tidak mahu menerima vaksin (antivaksin), mereka tidak akan disuntik tetapi hanya dikeluarkan sijil selepas dikenakan bayaran tertentu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya pada peringkat awal, pelanggan akan dikenakan bayaran sehingga RM3,000 tetapi kemudiannya berdasarkan laporan yang diterima harganya turun kepada RM500.\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga tidak menafikan terdapatnya persaingan harga dari kumpulan lain yang menawarkan perkhidmatan yang sama dan serbuan itu dilakukan susulan pesanan ringkas yang tular melalui aplikasi WhatsApp yang menawarkan khidmat pendaftaran vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHasil penelitian di dalam komputer riba yang dirampas mendapat terdapat 5,601 pesakit yang telah didaftarkan sebagai penerima vaksinasi ke dalam sistem MySejahtera dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jumlah yang didaftarkan tanpa menerima suntikan,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nArjunaidi berkata modus operandi yang digunakan dalam kes itu ialah dengan cara mendapatkan pelanggan melalui sebaran WhatsApp dan juga kenalan terdekat.\n\n\nBeliau berkata kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/17/tuntutan-9-kerusi-makkal-sakhti-daripada-bn-tidak-realistik/", "title": "Tuntutan 9 Kerusi Makkal Sakhti Daripada BN Tidak Realistik", "body": "0\n\n\n( / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 17 JANUARI\n \u2013 Sekali pun mahu menjaga hati rakan komponen Barisan Nasional (BN), UMNO diingatkan untuk tidak cuba menjadi murah hati mengorbankan lebih banyak lagi kerusi Melayu kepada parti berasaskan kaum lain.\n\n\nIa berikutan banyak kerusi Melayu telah \u2018dikorbankan\u2019 untuk MCA dan MIC sebelum ini.\u00a0\n\n\n \nIr Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad , Setiausaha Agong BERJASA berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAudit 1MDB: Nasib Najib, Arul Kanda akan diputuskan esok\n\n\n\n\n\n\nDAP sombong, angkuh gesa pecahkan dominasi Melayu dalam kakitangan awam\n\n\n\n\n\n\n476,037 Individu Biasa Layak Mengundi \u2013 SPR\n\n\n\n\n\n\nFinland kekal negara paling bahagia enam tahun berturut-turut\n\n\n\n\n\n\nMotac cadang wajibkan syarikat pengendali umrah sedia perjanjian dengan jemaah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\u201cTuntutan\n tidak masuk akal\u2026ini tidak perlu dilayan sama sekali oleh BN dan UMNO kerana ia jelas bersifat \u2018opportunist\u2019 dan tidak realistik,\u201d dakwanya kepada Ismaweb.net, hari ini.\u201d\n\n\nSetiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad berkata, mana-mana kawasan majoriti Melayu wajar ditandingi oleh calon berbangsa Melayu Islam dari UMNO dan bukannya parti komponen lain.\n\n\nJusteru, beliau menyifatkan tuntutan Makkal Sakhti untuk diberikan empat kerusi Parlimen serta lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada BN pada RU15 nanti, sebagai melucukan dan bersifat keanak-anakan.\n\n\nKatanya lagi, tuntutan tidak masuk akal Ini tidak perlu dilayan sama sekali oleh BN dan UMNO kerana ia jelas bersifat \u2018opportunist\u2019 dan tidak realistik.\n\n\nSebelum ini, Makkal Sakhti memaklumkan menyasar untuk bertanding sebanyak empat kerusi Parlimen dan lima DUN pada PRU15, susulan janji Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada parti berkenaan.\n\n\nParti komponen lain di bawah BN termasuklah UMNO, MCA, MIC dan PBRS.\n\n\nMenyelar tuntutan parti itu, Muhammad Lukman mengingatkan BN bahawa sebarang tawar menawar dalam isu pembahagian kerusi Melayu dianggap sebagai pengkhianatan UMNO kepada kepercayaan yang diberikan oleh bangsa Melayu sejak merdeka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/18/16-kematian-dilaporkan-selangor-tertinggi/", "title": "16 Kematian Dilaporkan, Selangor Tertinggi", "body": "0\n\n\n\n\nSELASA, 18 JANUARI\n \u2013 16 kematian akibat covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM semalam menjadikan jumlah keseluruhan bertambah kepada 31,808 orang akibat pandemik itu.\n\n\nDaripada jumlah itu dua pesakit dilaporkan meninggal dunia sebelum dirawat di hospital.\n\n\nSelangor mencatatkan jumlah kematian baharu tertinggi iaitu lima orang, diikuti negeri Terengganu tiga, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dua, manakalan Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah masing-masing merekodkan satu kematian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPotong elaun Menteri bukan kurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Pulihkan kedudukan kewangan, jaga keperluan rakyat \u2013 KM Sabah\n\n\n\n\n\n\nIsu bebanan kerja guru akan dikaji MPPK\n\n\n\n\n\n\nRM3.4 bilion tuntutan semula Wang Tidak Dituntut sehingga 31 Mei\n\n\n\n\n\n\nTumpahan minyak diesel punca 4 LRA henti tugas sementara\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, di Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya tiada kematian baharu direkodkan.\n\n\nSebanyak 15 daripada 16 kematian yang dilaporkan berlaku dalam tujuh hari terakhir dan purata 25 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 16, menunjukkan trend menurun."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/18/dakwaan-azam-baki-cubaan-heret-institusi-diraja-pembela/", "title": "Dakwaan Azam Baki, Cubaan Heret Institusi Diraja \u2013 PEMBELA", "body": "0\n\n\n\n\nSELASA, 18 JANUARI\n \u2013 Isu membabitkan dakwaan salah laku terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dilihat cuba mengheret kuasa pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong.\n\n\nNaib Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Mohd Nor Izzat Mohd Johari atau lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat berkata, pihak pembangkang akan gunakan pelbagai sumber untuk menjayakan misi mereka demi menghapuskan Sistem Beraja di negara ini secepat yang mungkin.\n\n\nMenurut Cikgu Izzat Johari lagi, secara teknikal dan hierarkinya sebagai kakitangan kerajaan bermakna Tan Sri Azam Baki mendapat lantikan daripada YDPA atas nasihat Perdana Menteri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSUHAKAM Tidak Serius Bela Hak Umat Islam \u2013 WAFIQ\n\n\n\n\n\n\nGuna Akta ISA cegah rasuah dan penyelewengan \u2013 Ibrahim Ali\n\n\n\n\n\n\nApa motif Anwar buat kenyataan menyinggung orang Melayu?\n\n\n\n\n\n\nDua lagi didakwa di Johor Bahru, Shah Alam berkait dana Jana Wibawa esok\n\n\n\n\n\n\nKerajaan ada hak ambil tindakan undang-undang, tuntut pampasan\n\n\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun katanya, ianya bukanlah sesuatu keputusan yang dibuat sesuka hati seperti dakwaan pembangkang yang kononya mahu menuduh YDPA pro-rasuah dan ini adalah satu tuduhan yang sangat menghina Institusi Raja di Malaysia.\n\n\nMohd Nor Izzat Mohd Johari, Naib Pengerusi PEMBELA berkata :\n\n\n\u201cSebenarnya kita minta azam baki untuk berehat bukan bermakna dia bersalah kita suruh dia berehat kerana secara tidak langsung dia telah mempalikan isunya dengan kuasa autoriti atau kuasa yang melantik iaitu YDPA jadi secara tidak langsung walapupun dia kata dia tidak bersalah tetapi sedikit sebanyak telah meletakkan satu indicator bahwa lantikan Agong ini ada 1 pertikaian ini yang membuka peluang kepada pembangkang yang taka da modal ni untuk menghina agong.\u201d\n\n\nTambah Cikgu Izzat, sebagai suruhanjaya sekiranya berlaku satu pertikaian, maka tindakan yang sepatutnya adalah perlu direhatkan di satu tempat yang tiada kaitan supaya dapat melancarkan perjalanan siasatan.\n\n\n\u201cWalau bagaimanapun saya hairan mengapa Azam Baki masih berdegil macam kanak-kanak yang baru belajar tidak mahu melepaskan jawatan untuk membenarkan siasatan berjalan dengan baik jadi perkara ini jelas menunjukkan ada sesuatu yang disembunyikan bukan kita kata azam baki bersalah secara total tetapi ia telah terpalit dengan nama dan juga YDPA kerana suruhanjaya ni atas lantikan Yang Di Pertuan Agong.\u201d\n\n\nSebelum ini, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Azam Baki.\n\n\nAkmal yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga mengulangi pendirian mahu tindakan lebih berani dibuat oleh kerajaan untuk mempertahankan integriti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/18/selesaikan-perselisihan-di-meja-rundingan/", "title": "Selesaikan Perselisihan Di Meja Rundingan", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSELASA, 18 JANUARI\n \u2013 Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menggesa semua pihak dalam institusi kehakiman syariah tidak menggunakan media bagi menegakkan pendirian masing-masing.\n\n\nMengulas mengenai perkara itu, presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, polemik berbalas kenyataan menyerlahkan perpecahan dalam kalangan kepimpinan tertinggi di negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n5 pegawai Sivakumar ditamat perkhidmatan, 1 bertukar jabatan\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Di Kelantan Menurun\n\n\n\n\n\n\nLebih 200 guru tidak lapor diri, tolak tawaran penempatan ke Sarawak\n\n\n\n\n\n\nLaksana Projek Tanaman Setempat Guna Tenaga Kerja Tempatan- Pakar\n\n\n\n\n\n\nCagar caruman KWSP heret masalah baharu rakyat \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden PPMM berkata :\n\n\u2018PPMM melahirkan rasa dukacita dengan penularan isu status moral seorang hakim kanan Syariah, baru-baru ini,\u201d\n\n\nZainul Rijal berkata, kes berkenaan sudah berada di dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ketika ini.\n\nPPMM katanya akur serta menanti hasil siasatan berkenaan dan tidak mahu mengambil pendirian ataupun mendahalui siasatan polis, dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nKatanya, PPMM memandang serius permasalahan berkenaan dan demi mengembalikan nama baik institusi ini, adalah wajar ia diselesaikan secara baik mengikut ajaran Islam.\n\n\nTegas beliau, Menteri Agama sebagai Menteri bertanggungjawab kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), perlu menyelesaikan polemik ini supaya tidak mengalami defisit kepercayaan daripada orang awam sebagaimana dialami beberapa institusi.\n\n\nSehubungan itu, PPMM percaya perpecahan ini sudah lama tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib malah hakim bukan kalangan pengamal undang-undang dan kehakiman wajar dilantik untuk memudahkan perjalanan perbincangan semua pihak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/41-6-individu-terima-dos-penggalak-semalam/", "title": "41.6% Individu Terima Dos Penggalak Semalam", "body": "0\n\n\n( Sejumlah 41.6 % individu\u00a0 telah menerima dos penggalak CODVI-19 setakat semalam/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Seramai 127,066 individu dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 9.7 juta atau 41.6 peratus setakat malam tadi.\n\n\nBerdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, seramai 23 juta individu atau 97.9 peratus populasi dewasa telah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 23juta\u00a0 individu atau 99.1 peratus populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.\n\n\nBagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,774,961 individu atau 88.2 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,861,715 individu atau 91 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKhairy tiada niat buat rayuan, yakin tidak akan dilayan\n\n\n\n\n\n\nSelepas berjaya takluk Everest, pendaki negara dilapor hilang\n\n\n\n\n\n\nBekalan barang kawalan cukup menjelang Ramadan\n\n\n\n\n\n\nSPRM sita harta lebih RM3 juta disyaki terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\nNaikkan Elaun Warden Asrama Langkah Jangka Pendek : iGuru\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, statistik harian menunjukkan 129,597 dos vaksin telah diberikan semalam membabitkan 1,043 dos pertama dan 1,488 dos lengkap menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 61.2 juta\n\n\nSementara itu, menurut portal GitHub KKM, sembilan kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan Selangor, Pahang dan Melaka masing-masing merekodkan dua kematian manakala Terengganu, Sabah dan Kelantan masing-masing satu kematian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/ahli-politik-terlibat-dalam-jawatankuasa-khas-rumah-berhala/", "title": "Ahli Politik Terlibat Dalam Jawatankuasa Khas Rumah Berhala", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Saarani Mohamad , Menteri Besar Perak / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan, sebuah Jawatankuasa Khas akan ditubuhkan bagi menentukan status rumah ibadat di kawasan gua negeri berkenaan.\n\n\nTambah beliau jawatankuasa khas tersebut bukan sahaja akan dianggotai oleh pihak kerajaan, tetapi juga parti politik.\n\n\nDatuk Seri Saarani Mohamad , Menteri Besar Perak berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKhairy Selar Kritikan King Sing, Malaysia Tidak Boleh Ikut China\n\n\n\n\n\n\nMP Langkawi mohon maaf, tak sangka tewaskan Tun M\n\n\n\n\n\n\nMahfuz Omar Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pula di LKIM\n\n\n\n\n\n\nDasar dan perancangan KPM seolah terpisah dari realiti\n\n\n\n\n\n\nNoh Omar mungkin sertai PN \u2013 Azmin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni bukan isu politik, jadi tidak mengapalah kita panggil wakil MCA,MIC,DAP,PKR dalam jawatankuasa kha situ. Kita akan panggil jabatan teknikal dan pengusaha (pengendali kuil) untuk duduk berbincang kerana kita perlu mencari penyelesaian segera. Pada saya isu keselamatan adalah keutamaan\u2019\u2019.\n\n\nMenurut Saarani jawatan kuasa itu akan juga membabitkan wakil parti politik daripada pihak Kerajaan dan pembangkang juga perlu bagi mengelakkan isu berhubung perkara itu dipolitikkan oleh sesetengah pihak.\n\n\nBerikutan itu, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak sedang menunggu senarai nama ahli jawatankuasa khas berkenaan daripada pengendali kuil bagi menyelesaikan masalah ini.\n\n\nSementara itu, wakil daripada parti MCA dan 19 kuil mengadakan pertemuan dengan pegawai dari Pejabat Tanah dan Galian Perak bagi membantah pengusiran kuil yang dibina di atas tanah milik Kerajaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/aliran-trafik-di-lorong-rfid-lancar/", "title": "Aliran Trafik Di Lorong RFID Lancar", "body": "0\n\n\n(Aliran trafik di Plaza Tol Bangi pada lorong RFID berjalan lancar pagi tadi/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Penggunaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) berjalan lancar dengan bantuan beberapa petugas PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di lorong sistem berkenaan.\n\n\nTinjauan TV Pertiwi di Plaza Tol Bangi, Selangor menuju ke Plaza Tol Sungai Besi kira-kira jam 9 pagi tadi mendapati aliran trafik berjalan lancar.\n\n\nDi Plaza Tol Bangi, terdapat empat lorong membabitkan tiga lorong Touch n\u2019 Go dan satu lorong RFID di kedua-dua arah dan aliran trafik di semua lorong berkenaan berjalan lancar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis Panggil Penganjur Perhimpunan Minggu Depan\n\n\n\n\n\n\nPDRM, Plus aktifkan dua laluan pintar atasi kesesakan\n\n\n\n\n\n\nKuza, Kuni diarah failkan pembelaan terhadap saman fitnah\n\n\n\n\n\n\n100 Hari Tempoh Menilai Kredibiliti Menteri\n\n\n\n\n\n\nHenti sebar berita palsu, tunggu pengumuman rasmi tarikh hari raya\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar, terdapat 12 lorong membabitkan sembilan lorong Touch n\u2019 Go, dua lorong Smart Tag dan dua lorong RFID.\n\n\nSehingga 10 pagi tadi,\u00a0 aliran trafik sehingga ke plaza tol berkenaan lancar, namun di lorong RFID dan Smart Tag bergerak perlahan menyebabkan kesesakan hampir satu meter di laluan kanan lebuh raya terbabit.\n\n\nIa susulan kesesakan lalu lintas selepas plaza tol berkenaan kerana jumlah kenderaan yang tinggi menuju ke pusat bandar.\n\n\nBeberapa petugas PLUS turut dilihat berada di lorong RFID dan Smart Tag bagi membantu kelancaran trafik di lorong-lorong berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/arab-saudi-catat-lonjakan-kes-covid-19/", "title": "Arab Saudi Catat Lonjakan Kes Covid-19", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber : bharian)\n\n\nSELASA, 18 JANUARI\n \u2013 Kes harian COVID-19 di Arab Saudi menyaksikan lonjakan ketara yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menurut Kementerian Kesihatan.\n\n\nBagaimanapun kes kritikal jauh lebih rendah dengan perbezaan yang jelas daripada peringkat sebelumnya.\n\n\nMemetik laporan Saudi Gazette, kes baharu COVID-19 di Arab Saudi pada Ahad kekal melebihi paras 5,000 dengan 5,477 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam dengan 336 kes daripada kes aktif berada dalam keadaan kritikal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIran, Syria Setuju Wujudkan Bank Di Zon Ekonomi Khas\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Hantar Wakil Khas ke India Sampaikan Pandangan Negara\n\n\n\n\n\n\nImam cedera ditikam makmum ketika solat subuh di New Jersey\n\n\n\n\n\n\nPekerja Di UK Tidak Perlu Lagi Pakai Pelitup Muka\n\n\n\n\n\n\nNGO dialukan terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria\n\n\n\n\n\n\n\n\nJurucakap Kementerian Kesihatan, Dr. Mohammed Al-Abdali berkata negara yang mengalami peningkatan kes kritikal adalah negara yang tidak melengkapkan dos vaksin dan enggan mengikuti kempen vaksinasi.\n\n\nBeliau berkata keluk epidemiologi di negara itu memantau penurunan dalam kadar pecutan, sambil menekankan jumlah kes akan mencatatkan penurunan tidak lama lagi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi berada di tangga 79. \u2013 sumber\u00a0\nhttps://www.worldometers.info/coronavirus/\n\n\n\u00a0\n\n\nSetakat ini Arab Saudi sudah memberikan 53 juta dos vaksin sejak permulaan program vaksinasi.\n\n\nDr Al-Abdali berkata dos penggalak hanya diberikan kepada mereka yang berumur 16 tahun ke atas, dan ia tidak akan diberikan kepada mereka yang berumur di bawah 16 tahun kecuali selepas pengesahan dan kelulusan daripada jawatankuasa dan pakar negara itu.\n\n\nSementara itu Arab Saudi memulakan pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. \u2013 AGENSI\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/azam-baki-tidak-langgar-peraturan-dagangan-sc/", "title": "Azam Baki Tidak Langgar Peraturan Dagangan \u2013 SC", "body": "0\n\n\n( Siaran media yang dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menamatkan inkuiri berkaitan dengan akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki \ndan berdasarkan keterangan yang dikumpul ia tidak dapat membuat penemuan secara konklusif bahawa berlakunya pelanggaran di bawah seksyen 25 (4) SIC DA.\n\n\nMemetik daripada malaysia kini, kenyataan rasmi SC baru-baru ini, s\nebagai pengawal selia pasaran modal, bidang kuasa kawal selianya adalah sebagaimana yang terkandung di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SIC DA).\u00a0\n\n\nSuruhanjaya itu mengeluarkan kenyataan media tersebut sebagai menjawab pertanyaan media mengenai hasil siasatan SC di bawah seksyen 25 (4) SIC DA berhubung akaun dagangan Tan Sri Azam Baki\u00a0 yang dirujuk sebagai \u201csiasatan tersebut\u201d.\n\n\n(Keputusan Inkuiri Suruhanjaya Sekuriti / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nMenurut kenyataan itu lagi, Seksyen 25 (4) menyatakan bahawa suatu akaun dagangan mesti dibuka di atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa.\n\n\nDalam perkembangan sama, Tan Sri Azam Baki mengeluarkan kenyataan rasmi semalam bahawa b\neliau masih memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan menjalankan tugas seperti biasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/golongan-antivaksin-semakin-terdesak/", "title": "Golongan Antivaksin Semakin Terdesak", "body": "0\n\n\n(DR Suhazeli Abdullah, Aktivis Perubatan Negara / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Golongan antivaksin cuba mendapatkan sijil pemalsuan vaksin tanpa disuntik.\n\n\nPeningkatan kes penipuan membabitkan sijil vaksin termasuk yang dikeluarkan tanpa suntikan di premis perubatan swasta dipercayai berpunca daripada kumpulan antivaksin yang semakin terdesak.\n\n\nSegelintir pihak mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan apabila keadaan terjadi kerana kecelaruan maklumat berkaitan vaksin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPERKASA gesa Syed Saddiq lebih peka isu agama Islam\n\n\n\n\n\n\nQari al-Quran Braille johan Tilawah Kebangsaan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan pesakit tidak terima rawatan di Hospital Kampar tidak tepat \u2013 Saksi\n\n\n\n\n\n\nCecair vape dibenarkan tanpa sebarang kawalan?\n\n\n\n\n\n\nLangkawi, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu tetap jadi tumpuan pelancong musim panas\n\n\n\n\n\n\n\n\nDR Suhazeli Abdullah, Aktivis Perubatan Negara berkata :\n\n\n\u201cMereka terlalu percaya kononnya vaksin itu mengandungi mudarat yang besar sedangkan kajian di seluruh dunia dan dalam negara kita sendiri bahawa vaksin itu selamat serta berkesan mengurangkan jangkitan COVID-19. Manfaat pemberian vaksin terlalu tinggi berbanding sedikit risiko yang mungkin dihadapi,\u201d.\n\n\nMenurut, Pengerusi Majlis Penasihat Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) berkata, kejujuran setiap pengamal perubatan bertauliah amat penting bagi meningkatkan lagi pemberian vaksin dalam negara.\n\n\nWalau bagaimanapun, Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (IMEDIK), Prof Dr Azizi Ayob, berkata, pihak berwajib disyorkan untuk melakukan penguatkuasaan yang lebih ketat berdasarkan peruntukan sedia ada.\n\n\nKetua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata semua suspek termasuk tiga wanita berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan minggu lalu dalam serbuan di klinik berkenaan.\n\n\nManakala angka harian positif COVID-19 pada 18 Januari merekodkan peningkatan kes kepada 3,245 kes baru berbanding semalam, sejumlah 2 ribu kes. Setakat ini, jumlah keseluruhan kumulatif kes positif berjumlah 2,813,934 kes kumulatif. Untuk kemaskini data harian dan pecahan kes negeri akan dimuat naik di laman portal COVIDNOW selepas tengah malam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/jepun-pertimbang-separa-darurat/", "title": "Jepun Pertimbang Separa Darurat", "body": "0\n\n\n(Pejalan kaki di Tokyo mengenakan pelitup muka ketika lonjakan kes COVID-19 di Jepun. \u2013 Foto Reuters / sumber: bharian)\n\n\nSELASA, 18 JANUARI\n \u2013 \nKerajaan Jepun memulakan rundingan untuk mengenakan separa darurat di Tokyo dan kawasan sekitarnya bagi tempoh seminggu susulan peningkatan kes COVID-19, kata penyiar FNN hari ini.\n\n\nGabenor Tokyo, Yuriko Koike, Khamis lalu, dilaporkan berkata ibu negara akan mencadangkan langkah sedemikian jika penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 meningkat kepada 20 peratus.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan katil untuk pesakit COVID-19 semalam berada pada 19.3 peratus. Varian Omicron yang sangat mudah berjangkit melonjakkan semula kes COVID-19 di Jepun.\n\n\n\n\nKes baharu di seluruh negara melebihi 25,000 dalam tempoh dua hari, menghampiri paras rekod.\n\n\n\n\nKerajaan pada 9 Januari lalu mengisytiharkan langkah separa darurat di tiga wilayah yang menjadi tuan rumah kemudahan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) selepas penularan Omicron di pangkalan itu merebak kepada masyarakat sekitar.\n\n\n\n\nIa termasuk memendekkan waktu operasi untuk restoran dan bar, penguatkuasaan pertama sekatan sedemikian sejak September lalu, apabila Jepun menarik balik kawalan kecemasan di seluruh negara, tahun lalu.\n\n\n\n\nMinggu lalu, Koike berkata, pengisytiharan penuh darurat di Tokyo akan dimohon, jika kadar penggunaan katil hospital meningkat kepada 50 peratus.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTokyo memperuntukkan kira-kira 6,900 daripada kira-kira 128,000 keseluruhan katil bagi penjagaan pesakit COVID-19. \u2013 AGENSI\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGenap 40 tahun khidmat Sheikh Abdul Rahman Sudais di Masjidil Haram\n\n\n\n\n\n\nQatar Kenakan Sekatan Ke Atas Pelancong China\n\n\n\n\n\n\nTragedi Stadium Kanjuruhan, pegawai perlawanan bola dipenjara 18 bulan\n\n\n\n\n\n\nKurang 12 jam, gempa susulan landa Turkiye\n\n\n\n\n\n\nLelaki Palestin 80 Tahun Meninggal Diserang Kejam Tentera Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/kelemahan-pengurusan/", "title": "Kelemahan Pengurusan", "body": "1\n\n\n( Kelemahan pengurusan sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio, RFID/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Kelemahan teknikal yang berlaku pada penggunaan sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio, RFID disebabkan oleh kelemahan kepimpinan dari pihak pengurusan tertinggi PLUS dalam mengurus projek mega berskala besar ini.\n\n\nDemikian pandangan Jurutera Pakar, Ir Ts Lukman Al Hakim terhadap sistem berkenaan yang menerima rungutan ramai penggunanya pada hari awal pelaksanaannya pada sesetengah pintu tol di seluruh negara.\n\n\nTambah beliau, sehinggalah tamat tempoh ujian yang panjang dan menerima maklum balas pengguna, pihak pengurusan PLUS boleh mengambil langkah proaktif bagi penambahbaikan sistem, serta beberapa prosedur lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDr Radzi Hassan Ketua Pengarah Kesihatan baharu\n\n\n\n\n\n\n2.59 Juta Populasi Remaja Negara Lengkap Divaksinasi\n\n\n\n\n\n\nMAIS Gagal Kembalikan Status Islam 5 Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan Johor 2023 catat lebihan RM2.44 juta\n\n\n\n\n\n\n1.75 juta kenderaan dijangka memasuki ibu negara malam ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut penggunaan itu, beliau yang juga Setiausaha Agung BERJASA juga berkata antara proses lain ialah menggiatkan kempen kesedaran dan makluman kepada seluruh pelanggan serta melaksanakan transformasi secara lebih berperingkat.\n\n\nBagi saya selain masalah teknikal kejuruteraan, isu yang lebih besar ialah pengurusan projek dan pengurusan pelanggan dan satu pasukan khas juga perlu dibentuk untuk menangani isu yang telah berlaku (crisis management) supaya kepercayaan rakyat kembali dipulihkan\n\n\nBeliau juga tidak menafikan terdapat kelemahan dari sudut pengguna yang perlu diberi lebih panduan oleh pihak syarikat tol berkenaan sebelum pelaksanaan sistem berkenaan.\n\n\nTidak dapat dinafikan ada kelemahan dari pihak pengguna sendiri contohnya menggunakan pelekat RFID yang masih belum aktif, kesilapan dalam pemasangan dan lain-lain namun menjadi tanggungjawab pihak PLUS dalam mendidik dan memastikan penerangan yang lengkap telah diberikan dalam pelbagai medium maya mahupun interaksi fizikal."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/keputusan-sc-sangat-mengejutkan-gomez/", "title": "\u201cKeputusan SC Sangat Mengejutkan\u201d \u2013 Gomez", "body": "0\n\n\n( Bekas ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Dr Edmund Terence Gomez\u00a0/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Kenyataan SC semalam tidak dipersetujui bekas bekas ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR)\u00a0 Dr Edmund Terence Gomez .\n\n\nMemetik malaysiakini \u2013 Menurutnya Ketidakupayaan (SC) untuk menentukan secara muktamad sama ada Azam Baki telah melakukan pelanggaran undang-undang atau tidak menunjukkan perlunya ketua pesuruhjaya SPRM itu direhatkan sementara beliau disiasat.\n\n\n\u201cSC yang tidak menyatakan sebab mengapa ia tidak dapat secara muktamad menentukan kesahan dakwaan terhadap Azam menimbulkan persoalan yang sangat membimbangkan \u2013 mengapa semua usaha untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan ini tidak menghasilkan siasatan yang mendalam dan terbuka?\u2019\u2019\n\n\n\u2013\u00a0 bekas ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Dr Edmund Terence Gomez\n\n\nGomez yang merupakan bekas ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM berkata ini kerana keputusan SC semalam sangat mengejutkan dan \u201ctidak boleh diterima.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLulus dua RUU fokus sidang khas DUN Sabah esok\n\n\n\n\n\n\nVernakular Gagalkan Perpaduan \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nKa Siong sedih makanan di PPS tidak sempurna\n\n\n\n\n\n\nLihat anak bulan Syawal petang ini\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni Bukan Kali Pertama Buat Kami, Tapi Paling Dahsyat\u201d- Penduduk\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya walaupun kes itu dilaporkan secara meluas di media dan dibangkitkan di Parlimen dan dibawa ke perhatian lembaga penasihat SPRM, tiada siasatan bebas dilakukan. Sekarang kita diberitahu oleh SC yang ia tidak dapat menentukan jika Azam melanggar undang-undang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/lebih-sebulan-baiki-kabel-dasar-laut-tonga/", "title": "Lebih Sebulan Baiki Kabel Dasar Laut Tonga", "body": "0\n\n\n( Imej satelit menunjukkan Pulau Nomuka Tonga yang dilitupi debu (kanan) selepas dua hari gunung berapi Hunga Tonga Hunga Ha\u2019apa meletus sehingga menyebabkan tsunami di Lautan Pasifik. \u2013 Foto AFP / sumber : bharian)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Kabel dasar laut menghubungkan Tonga yang dilanda gunung berapi dan tsunami dengan seluruh dunia akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk dibaiki, kata Kementerian Luar New Zealand.\n\n\n\u201cSyarikat kabel AS, SubCom memberi anggaran ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat minggu untuk membaiki sambungan kabel Tonga,\u201d kata kementerian itu mengenai bencana itu yang memutuskan hubungan komunikasi negara kecil Pasifik Selatan itu dengan seluruh dunia.\n\n\nLetusan gunung berapi dahsyat di Tonga yang mencetuskan gelombang tsunami di sekitar Pasifik Sabtu lalu, memutuskan kabel dasar laut di dua lokasi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDamsyik dibom Zionis Israel\n\n\n\n\n\n\nBERJASA lancar bantuan kecemasan gempa bumi Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\nJumlah kematian gempa bumi Turkiye, Syria meningkat melebihi 11,200\n\n\n\n\n\n\nKurang 12 jam, gempa susulan landa Turkiye\n\n\n\n\n\n\nMogok Lapar, Anggota Hamas Akan Dibebaskan Selepas 140 Hari\n\n\n\n\n\n\n\n\nPejabat kedutaan asing di ibu negara Tonga, Nuku\u2019alofa menggunakan telefon satelit manakala pengendali telekomunikasi Digicel, yang berusaha memulihkan beberapa perkhidmatan asas liputan telekomunikasi domestik pula melaporkan bahawa kerja menyambung semula komunikasi antarabangsa masih sukar dilaksanakan.\n\n\nFirma itu berkata, terdapat dua lokasi berasingan kabel telekomuniksai terputus iaitu terletak di 37 kilometer di luar pesisir pulau dan satu lagi adalah kabel domestik berhampiran gunung berapi.\n\n\nSebuah kapal pembaikan sedang dalam perjalanan dari negara jiran Papua New Guinea.\n\n\nSementara itu, syarikat operator Kacific, yang terbabit dalam pertikaian kontrak dengan kerajaan Tonga sejak gangguan kabel terakhir pada 2019, berkata ia sedia membantu tetapi setakat ini tiada menerima sebarang arahan untuk berbuat demikian.\n\n\n\u201cKami masih belum mempunyai hubungan dengan kerajaan (Tonga) untuk membincangkan perkhidmatan kami,\u201d kata Ketua Eksekutif Kacific, Christian Patouraux kepada AFP.\n\n\nBeliau berkata, syarikat yang berpangkalan di Singapura itu sedia untuk menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan jalur lebar satelit di bawah Perjanjian Perkhidmatan Rangka Kerja yang ditandatangani oleh Pihak Berkuasa Tonga pada 2019.\n\n\nBagaimanapun, kerajaan Tonga sebelum ini tidak meneruskan kontrak itu dan pertikaian itu kini tertakluk kepada timbang tara di Singapura, katanya.\n\n\n\u201cKacific bersedia dan mampu memulihkan ketersambungan kerana perjanjian yang sah dan ditandatangani wujud untuk kesan itu antara kerajaan Tonga dan Kacific.\n\n\n\u201cApa yang kami perlukan ialah mengaktifkan perkhidmatan itu dan melaksanakan kontrak itu. Kami kini sedang menunggu arahan.\n\n\n\u201cKami mempunyai satu mesej ringkas untuk Kerajaan Tonga. Kami boleh membantu,\u201d kata Patouraux. \u2013 AFP\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/masyarakat-india-tidak-puas-hati-sop-sambutan-thaipusam/", "title": "Masyarakat India Tidak Puas Hati Sop Sambutan Thaipusam", "body": "1\n\n\n( Masyarakat India tidak puas hati SOP sambutan Thaipusam/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan untuk sambutan Hari Thaipusam kali ini mendapat reaksi kurang senang oleh seluruh masyarakat India di negara ini.\n\n\nDemikian yang dinyatakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan sendiri secara peribadi mengakui kecewa dengan ketetapan itu.\n\n\nBeliau berkata, lebih mengecewakan apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung SOP Thaipusam daripada ribuan masyarakat penganut agama Hindu yang meraikan hari kebesaran mereka itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n25 tahun berlalu, Anwar `kembali\u2019 ke Menara Dato\u2019 Onn\n\n\n\n\n\n\nKa Siong sedih makanan di PPS tidak sempurna\n\n\n\n\n\n\nGTA dakwa konsep \u2018Rahmah\u2019 idea Tun M bukan Anwar\n\n\n\n\n\n\nBung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan\n\n\n\n\n\n\nTekanan Terhadap Pembelian Saham Keterlaluan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Seri M Saravanan, Timbalan Presiden MIC berkata :\n\n\n\u201c\u2026Saya doalah kalau menteri berkaitan boleh faham bahasa Tamil mereka tahu bagaimana kita boleh jadi sasaran kepada kumpulan sosial india sehingga kita menjadi populer di kalangan masyarakat India. Walaupun kebetulannya masyarakat India di seluruh negara tidak berpuas hati dengan SOP yang ditetapkan ini saya tidak boleh lari dari fakta salah satu alasan apabila kita memperkenalkan SOP yang begitu ketat boleh kita adakan pasar malam dengan beribu orang pergi beratus kedai \u2018shopping complex\u2019 di seluruh negara termasuk pavilion yang merangkumi beribu orang semalam masih buka. So apabila masyarakat India membangkitkan isu ini saya tiada jawapan\u2026\u201d\n\n\nSaravanan yang juga Menteri Sumber Manusia menegaskan, masyarakat India tidak akan teragak-agak akan \u2018menghukum\u2019 kerajaan pada pilihan raya akan datang berikutan kekecewaan masyarakat India sangat tinggi pada tindak-tanduk kerajaan hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media ketika menghadiri sambutan Hari Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy Batu Caves yang turut dihadiri Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohd Sadique.\n\n\nSebelum ini Saravanan bersama Halimah telah membangkitkan untuk meminta beribu orang berarak namun yang dibenarkan hanya 100 orang kerana mengambil kira tularan wabak Covid-19."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/mma-mahu-hukuman-paling-berat-terhadap-mereka-terlibat/", "title": "MMA Mahu Hukuman Paling Berat Terhadap Mereka Terlibat", "body": "0\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kes pengeluaran sijil vaksinasi COVID-19 palsu dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.\n\n\nPresiden MMA Dr Koh Kar Chai berkata hukuman paling berat harus dikenakan kerana ia adalah kesalahan serius yang boleh membahayakan nyawa orang ramai.\n\n\n\u201cAgak mengejutkan apabila lebih 5,000 sijil vaksinasi dikeluarkan oleh klinik di Gombak kepada individu yang tidak diberikan suntikan vaksin COVID-19.\u201d\n\n\nSumber : BERNAMA\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS Harap Hubungan MN Dapat Dikekalkan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Rayuan Kes Rasuah Abdul Azeez Ditangguhkan\n\n\n\n\n\n\nSD Sokong Anwar : Ahmad Maslan Tanta Siapa PM Sekarang?\n\n\n\n\n\n\nKeluarga Nazrin Hassan Mohon Pendakwaan Fail Rayuan\n\n\n\n\n\n\nMOTAC Giat Semarakkan Aktiviti Pelancongan, Seni dan Budaya Tahun Ini"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/penggunaan-penuh-ruang-solat-masjid-di-selangor-dibenarkan/", "title": "Penggunaan Penuh Ruang Solat Masjid Di Selangor Dibenarkan", "body": "0\n\n\n( Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan penggunaan sepenuhnya ruang solat utama dan ruang limpah di semua masjid dan surau, yang mendapat kebenaran solat Jumaat di negeri ini.\n\n\nPengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan jarak satu meter ditetapkan antara satu jemaah dengan jemaah yang lain.\n\n\n\u201cKetetapan baharu ini akan memberi kesan peningkatan kapasiti bilangan jemaah solat Jumaat di seluruh Selangor sehingga 35 peratus tertakluk kepada keluasan fizikal masjid dan surau.\u201d\n\n\u2013 Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)\n\n\nBeliau berkata, berikutan perkenan terkini daripada Sultan Sharafuddin, satu surat ketetapan mengenainya akan dikeluarkan dan diedarkan oleh JAIS kepada kesemua masjid dan surau terbabit dalam tempoh terdekat untuk dilaksanakan bermula Jumaat ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid nafi wujud hubungan dingin dalam BN\n\n\n\n\n\n\nRumah terbuka Malaysia MADANI gelojoh, mencabar maruah negeri\n\n\n\n\n\n\nPencarum KWSP boleh mohon pinjaman bank mulai 7 April\n\n\n\n\n\n\nPotong elaun Menteri bukan kurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Hamas, UAE ucap tahniah kepada Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, ketetapan baharu ini akan memberi kesan peningkatan kapasiti bilangan jemaah solat Jumaat di seluruh Selangor sehingga 35 peratus tertakluk kepada keluasan fizikal masjid dan surau, berbanding jumlah bilangan jemaah yang dibenarkan melalui ketetapan terakhir JAIS pada 1 November tahun lalu.\n\n\nKetetapan baharu ini membabitkan 427 masjid dan surau yang mendapat kebenaran Solat Jumaat.\n\n\nShahzihan turut mengingatkan pihak pentadbir masjid dan surau supaya memainkan peranan untuk mengambil pendekatan keseimbangan (wasatiyyah) dalam mengurus pertembungan sikap individu dan jemaah atau masyarakat dalam beberapa perkara berhubung penguatkuasaan SOP yang ditetapkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/polis-itali-berang-diberi-pelitup-muka-merah-jambu/", "title": "Polis Itali Berang Diberi Pelitup Muka Merah Jambu", "body": "0\n\n\n(Kesatuan Anggota Polis Itali mengecam pemberian pelitup muka bewarna merah jambu/ sumber : utusan)\n\n\nSELASA, 19 JANUARI\n \u2013 Kesatuan anggota polis Itali mengecam pemberian pelitup muka berwarna merah jambu kepada para anggota yang bertugas.\n\n\nPelitup muka merah jambu diedarkan kepada anggota polis di beberapa wilayah di negara ini ketika kes jangkitan Covid-19 melonjak sejak beberapa minggu lalu.\n\n\nKesatuan tersebut menegaskan, warna pelitup muka itu boleh menjejaskan imej pasukan keselamatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kecam tindakan bakar al-Quran di Denmark\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin sampaikan bantuan, redakan krisis kebuluran pelarian\n\n\n\n\n\n\nMerapi meletus lagi, muntahkan awan panas dan lava\n\n\n\n\n\n\n14 juta penduduk Tianjin diarah jalani saringan COVID-19\n\n\n\n\n\n\nWanita cuba seludup 22 ekor ular dari KLIA ke India\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi surat kepada Ketua Polis Negara Italu, Setiausaha Agung Kesatuan Polis Autonomi (SAP), Stefano Paoloni membantah pemberian pelitup muka berwarna merah jambu.\n\n\nKatanya, warna pelitup muka itu tidak sesuai untuk anggota polis dan menyifatkan keputusan itu sebagai \u2018mengelirukan\u2019.\n\n\n\u201cKami menggesa tindakan segera diambil bagi memastikan anggota polis diberikan pelitup muka berwarna berbeza seperti putih, biru atau hitam.\n\n\n\u201cDalam apa keadaan sekali pun, pelitup muka perlu sesuai dengan uniform polis dan perlu mengelakkan sebarang perkara yang dianggap tidak sesuai,\u201d kata Paoloni.\n\n\nKesatuan itu juga menegaskan mereka tidak memandang rendah golongan wanita, sebaliknya menjurus kepada etika pemakaian polis yang ketat.\n\n\nSAP dianggotai kira-kira 20,000 ahli, iaitu 20 peratus anggota polis di seluruh Itali. \u2013 AGENSI\n\n\n-Utusan Malaysia"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/program-makanan-sedunia-sambung-operasi-di-sudan-barat/", "title": "Program Makanan Sedunia Sambung Operasi Di Sudan Barat", "body": "0\n\n\n(Foto hiasan / sumber : bharian)\n\n\nSELASA, 18 JANUARI\n \u2013 Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Ahad memutuskan untuk menyambung semula operasinya di Negeri Darfur Utara, Sudan barat selepas dihentikan kira-kira dua minggu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengarah Negara WFP, Eddie Rowe mengumumkan penyambungan semula pengedaran makanan di kawasan berbeza di Darfur Utara, lapor Xinhua memetik Agensi Berita SUNA yang dikendalikan kerajaan.\n\n\n\n\nRowe mengecam rampasan dan serangan baru-baru ini ke atas gudang agensi itu di ibu negara El Fasher, menekankan keperluan untuk menangkap pelaku dan membawa mereka ke muka pengadilan.\n\n\n\n\nPada 31 Disember 2021, WFP mengumumkan penggantungan operasinya di Darfur Utara, dua hari selepas serangan oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenali. \nDianggarkan lebih 5,000 tan makanan dirampas. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/serangan-terbaharu-pakatan-arab-saudi-korbankan-20-nyawa/", "title": "Serangan Terbaharu Pakatan Arab Saudi Korbankan 20 Nyawa", "body": "0\n\n\n( Serangan udara di bandar Sanaa, Yaman telah mengorbankan seramai 20 orang termasuk orang awam/ sumber : bharian)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Serangan udara oleh pakatan tentera diketuai Arab Saudi terhadap sebuah bangunan di Sanaa, Yaman bagi menentang kumpulan Houthi, mengorbankan 20 orang termasuk orang awam.\n\n\nMenurut media Houthi dan penduduk di situ, serangan di bandar Sanaa yang dikawal kumpulan itu adalah antara yang terburuk sejak 2019.\n\n\nDifahamkan, seramai 14 orang terbunuh apabila pesawat pakatan tentera itu menyerang rumah seorang pegawai tinggi tentera Houthi, termasuk isteri dan anak lelakinya, menurut jiran dan seorang doktor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n10.3 juta solat di Masjid Nabawi pada 10 hari pertama Ramadan\n\n\n\n\n\n\nIsrael lulus projek bina jalan, curi lagi tanah Palestin\n\n\n\n\n\n\nMogok Lapar, Anggota Hamas Akan Dibebaskan Selepas 140 Hari\n\n\n\n\n\n\nJangan `tutup mata\u2019 terhadap Syria \u2013 WHO\n\n\n\n\n\n\nLelaki Pakistan dihukum mati persenda agama\n\n\n\n\n\n\n\n\nSerangan udara itu adalah susulan daripada serangan dron dan peluru berpandu kumpulan itu pada Isnin lalu, ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menyebabkan tiga terbunuh.\n\n\nPasukan pakatan tentera itu juga turut memintas lapan dron yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah Arab Saudi.\n\n\nSetiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pula berkata, PBB bimbang dan kesal susulan serangan udara oleh pakatan itu, kata jurucakapnya Stephane Dujarric.\n\n\nKelmarin, Dujarric berkata, Guterres mengutuk serangan dron dan peluru berpandu ke atas UAE.\n\n\n\u201cSetiausaha Agung PBB sekali lagi meminta semua pihak untuk mengekang secara maksimum dan mencegah konflik ini daripada semakin meruncing,\u201d katanya.\n\n\nUAE semalam meminta Majlis Keselamatan PBB membincangkan serangan dron dan peluru berpandu oleh kumpulan Houthi kelmarin.\n\n\n\u201cKami berharap Majlis Keselamatan mengeluarkan satu kenyataan kukuh mengutuk serangan berkenaan,\u201d kata Duta UAE ke PBB, Lana Nusseibeh.\n\n\nKumpulan diplomat berkata, ahli jawatankuasa majlis itu mungkin akan bermesyuarat secara tertutup pada minggu ini.\n\n\nSerangan pakatan berkenaan di sekitar bandar itu yang berlanjutan semalaman mengorbankan sejumlah kira-kira 20 orang, kata Timbalan Menteri Luar Negeri bagi pentadbiran Houthi, yang menguasai sebahagian besar utara Yaman, menerusi Twitter.\n\n\nDalam satu serangan oleh kumpulan Houthi, beberapa trak minyak meletup di dua tapak perindustrian di Abu Dhabi dan mencetuskan kebakaran berhampiran lapangan terbang Abu Dhabi. \u2013 REUTERS\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/tambah-baik-sistem-tidak-lestari-tidak-mesra-pengguna-pakar/", "title": "Tambah Baik Sistem Tidak Lestari & Tidak Mesra Pengguna \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n(Kenyataan dari Facebook Muhammad Lukman berkenaan teknologi RFID/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Terdahulu di dalam hantaran facebook beliau menyatakan teknologi RFID juga adalah satu isu polisi keselamatan yang mana penggunaan gelombang radio boleh dimanipulasi oleh pihak berniat jahat dengan pintasan data.\n\n\nPerbezaan RFID dan Smart TAG katanya ialah, smartag menggunakan gelombang infra-red iaitu gelombang radiasi elektromagnetik yang biasanya dihasilkan oleh haba seperti alat kawalan jauh televisyen dan peralatan perubatan canggih.\n\n\nManakala RFID, menggunakan gelombang radio jauh lebih panjang dalam skala spektrum elektromagnetik, dan memberi kelebihan untuk ia berfungsi tanpa jarak lurus.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRakyat tidak mahu suntikan RM1 billion, rakyat mahu KWSP bersasar\n\n\n\n\n\n\nPasar Borong Borneo Tunjukkan Kebudayaan Kaum\n\n\n\n\n\n\nTiada dalam senarai giliran punca jemaah haji B40, M40 bayar kos penuh\n\n\n\n\n\n\nN. Sembilan tiada parti peroleh majoriti, PH kekal di Selangor\n\n\n\n\n\n\nMangsa Banjir Boleh Mohon Kelonggaran Bayaran Semula\n\n\n\n\n\n\n\n\nTeknologi itu terpakai pada telefon pintar, internet, sistem penggera keselamatan dan sebagainya.\n\n\nJusteru persoalan timbul, kelebihan teknologi gelombang radio RFID seperti dirungutkan pengguna semalam gagal membantu pengguna apabila palang tol lambat terbuka malah ada yang tidak berfungsi langsung.\n\n\nBerkemungkinan ia belaku katanya disebabkan oleh kualiti serta lokasi pengesan yang diletakkan.\n\n\nBeliau mencadangkan pengesan atau detector diletakkan lebih ke hadapan daripada palang, sudut yang baik dan perlu diset tepat kereta melepasi palang dengan selamat.\n\n\nKegagalan tetapan dan reka bentuk teknikal itu mungkin merupakan faktor yang dialami pengguna tol.\n\n\nDari sudut pembayaran beliau mencadangkan sistem e-wallet yang membenarkan kredit/hutang direka cipta supaya kereta yang kehabisan baki tidak tersangkut sehingga menimbulkan kesesakan.\n\n\nPenggunaan RFID oleh negara maju lain juga perlu diambil kira seperti tiada palang selain pemasangan cip frekuensi yang lestari, bertahan lama \u2013 sehingga lima tahun yang ditawarkan,- serta pelekat yang kekal.\n\n\nBeliau turut menyatakan kekecewaannya dengan satu solusi sistem yang tidak lestari kepada pengguna, sebaliknya hanya akan membebankan pengguna."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/teruk-dikecam-netizen-plus-tutup-ruangan-komen/", "title": "Teruk Dikecam Netizen, Plus Tutup Ruangan Komen", "body": "0\n\n\n(PLUS tutup ruang komen di media sosial / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini dalam kenyataannya akan menambah pasukan petugasnya di plaza tol untuk membantu melicinkan pergerakan pengguna lebuh raya Utara-Selatan yang berhijrah menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).\n\n\nPLUS turut menghargai maklum balas dan pandangan orang ramai terhadap isu kesesakan yang timbul di plaza tol dan sudah mengambil tindakan penambahbaikan berdasarkan maklum balas itu.\n\n\nPLUS dalam kenyataan-nya hari ini turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang sudah berhijrah ke RFID sebagai pembayaran tol pilihan mereka sejak pelaksanaannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cBukan kerana kerusi empuk, saya sedih tinggalkan kakitangan saya \u2026 \u201d \u2013 Sulaiman\n\n\n\n\n\n\nAda Pihak Cuba Bunuh Karakter Azam Baki \u2013 MCW\n\n\n\n\n\n\nMuktamar PAS ditangguhkan beri laluan kepada PRN\n\n\n\n\n\n\nBERSATU buat laporan polis terhadap Anwar, Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tiada rancangan iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch \u2018n Go yang terdekat akan disediakan, pada kenyataan itu.\n\n\nPLUS juga berkata sekiranya tag RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch \u2018n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma.\n\n\nSyarikat penyelenggara lebuhraya itu mendapat kritikan daripada masyarakat sehingga memaksa PLUS menutup ruangan komen.\n\n\nNamun sehingga jam 6 petang tadi ruang \u2013 like, comment dan share di Facebook rasmi PLUS, sudah kembali berfungsi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/terus-perkasa-sekolah-kebangsaan-jangan-layan-penentang-perpaduan-cikgu-izzat/", "title": "Terus Perkasa Sekolah Kebangsaan, Jangan Layan Penentang Perpaduan! \u2013 Cikgu Izzat", "body": "0\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Tindakan pihak tertentu mempertahankan sekolah vernakular kononnya atas alasan supaya bahasa ibunda mereka tidak hilang begitu tidak masuk akal.\n\n\nHakikatnya kerana sekolah vernakular, agenda memartabatkan bahasa kebangsaan dilihat semakin mustahil untuk berlaku. Bahkan, penguasaan bahasa Melayu di sekolah vernakular juga semakin parah.\n\n\nAtas dasar itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat), Cikgu Izzat Johari menggesa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melayan permintaan sesiapa sahaja berkaitan sekolah vernakular, sebaliknya terus memperkasakan sekolah kebangsaan.\n\n\n-ismaweb.net\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSD Sokong Anwar : Ahmad Maslan Tanta Siapa PM Sekarang?\n\n\n\n\n\n\nBERJASA Sedia Hadapi PRU 15\n\n\n\n\n\n\nRM34 Juta Disalurkan Kepada 34,000 Ketua Isi Rumah Terjejas Banjir \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nJohor Berhak Putuskan Had Umur Minimum ADUN\n\n\n\n\n\n\nVideo Minta Duit Tular, Geng Budak Rohingya Minta Sedekah Dah Kena \u2018Kutip\u2019"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/upin-ipin-meninggal/", "title": "UPIN IPIN meninggal?", "body": "0\n\n\n(Tular sebuah video di aplikasi Tiktok, adanya kubur kartun animasi Upin dan Ipin / sumber : gamer santai)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Kecoh semalam dilaporkan watak animasi UPIN dan IPIN meninggal.\n\n\nNamun selepas satu penjelasan oleh\u00a0Penerbit dan Pengarah Urusan Les Copaque Production, Haji\u00a0 Burhanuddin Md Radzi di dalam kemas kini di laman Facebook, beliau juga berkata terkejut dengan \u2018berita sedih\u2019 mengenai pemergian dua kanak-kanak itu.\n\n\nDalam reaskinya berhubung perkara itu Haji Burhanudin berkata beliau tergamam membaca berita dari Jakarta bahawa Upin Ipin meninggal dunia akibat kemalangan ketika mereka sedang bercuti di Sulawesi.\n\n\n\n\nDalam reaksi awal beliau berkata,\n mana mungkin kerana beliau sendiri yang menghantar Upin Ipin ke sekolah tadika pada hari itu (Isnin)\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaporan dari \nKompas.com \n\u00a0 secara tidak langsung menunjukkan betapa popularnya Upin Ipin di negara jiran itu. Malah kata beliau, beberapa portal media juga menghantar e-mel kepada beliau untuk pengesahan perkara berkenaan.\n\n\n\n\nBurhanuddin yang merupakan pengisi suara watak Atok dalam siri animasi itu menambah, Upin Ipin sebenarnya dalam keadaan sihat dan akan muncul bersama rakan-rakan dalam musim baharu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang dapat kita pelajari ialah Upin \nIpin\n bukan siri animasi sembarangan. Iaadalah siri luar biasa yang membuatkan peminatnya percaya UI masih hidup. Sebagai penerbit siri itu, ia menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kandungan-kandungannya memberi manfaat kepada generasi masa hadapan, di mana pun mereka berada. Kami juga berbangga bahawa kami telah sampai ke satu tahap dan pasukan saya akan terus bekerja keras untuk mempertahankan piawaian kami. Kita memimpin, yang lain ikut.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaporan\u00a0 itu tular rentetan,\u00a0 satu video daripada aplikasi TikTok milik @bang_alonk3110 yang memperlihatkan kuburan bertanda nama UPIN dan IPIN tersebar di Indonesia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPetisyen BN ditolak, Che Alias kekal Ahli Parlimen Kemaman\n\n\n\n\n\n\nPemain hoki digantung, tidak dibenarkan mewakili negara\n\n\n\n\n\n\n\u2018Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat\u2026\u2019- Anwar\n\n\n\n\n\n\nTiada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nRelawan Muda ISMA-Yayasan Telekom kerjasama program kecemerlangan pendidikan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDua kubur itu berkedudukan bersebelahan antara satu sama lain menggunakan batu nesan berwarna biru.\n\n\nTertulis di batu nisan tarikh meninggal Upin meninggal pada\u00a0 6 Ogos 1995, manakala\u00a0 Ipin pada 2 April 1996.\n\n\nVideo TikTok itu mendapat tontonan 36 juta kali sehari selepas dimuat naik.\n\n\nPemilik akaun juga mengaku video itu hanya imaginasinya dan dia mendapatkannya daripada kawan dari Malaysia.\n\n\n-Zati Arish"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/19/utamakan-guru-interim-untuk-tetap-i-guru/", "title": "Utamakan Guru Interim Untuk Tetap I-Guru", "body": "0\n\n\n( \nMohd Azizee Hasan, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) \n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Keutamaan perlu diberikan kepada guru interim yang terlatih untuk ditempatkan ke perjawatan tetap bagi memastikan pengalaman dan kemahiran mereka dapat dimanfaatkan se-maksimum mungkin demi kelangsungan sistem pendidikan negara.\n\n\nPresiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memberikan jaminan terhadap kedudukan guru interim.\n\n\nMohd Azizee Hasan, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nParlimen: Golongan kaya tidak lagi nikmati subsidi haji, elektrik\n\n\n\n\n\n\nSesi libat urus bincang selaras umur kanak-kanak kepada 18 tahun\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan kementerian mana urus isu kalimah Allah \u2013 Naim\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Vape, rokok elektronik akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nMukhriz Dakwa Keputusan Tanam Durian Dibuat Ahmad Bashah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNamun, apa yang menyedihkan ialah ketika ini ramai dalam kalangan guru interim tidak dilanjutkan kontrak meskipun mereka sudah menamatkan latihan ikhtisas masing-masing.\u201d\n\n\nKatanya, pihaknya menerima pelbagai aduan dan mendapat banyak maklum balas berkaitan kedudukan guru interim seperti mana yang hangat diperbincangkan di media sosial.\n\n\nPihaknya mendapati tiada kepastian terhadap kedudukan guru interim walaupun mereka sudah lengkap dengan pengalaman dan latihan tetapi kontrak mereka tidak dilanjutkan.\n\n\nJelas Azizi lagi pihaknya menggesa KPM mengutamakan guru interim yang terlatih untuk ditempatkan ke perjawatan tetap supaya pengalaman dan kemahiran mereka dapat dimanfaatkan sepenuhnya.\n\n\nBeliau mengulas mengenai isu guru interim susulan ciapan di Twitter oleh seorang guru interim Bahasa Inggeris yang memohon penjelasan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkenaan isu penamatan kontrak Guru Interim Bahasa Inggeris DC41 ambilan 2019 pada 21 April ini.\n\n\nKesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menerusi Presidennya Aminuddin Awang, turut kecewa, jika dakwaan guru interim ditamatkan kontrak dan menggesa KPM menyelesaikan segera isu berkenaan dengan baik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/agong-perkenan-tubuh-rci-siasat-isu-tabung-haji-wan-junaidi/", "title": "Agong Perkenan Tubuh RCI Siasat Isu Tabung Haji \u2013 Wan Junaidi", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\nKHAMIS, 20 JANUARI\n \u2013 Kerajaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu pengurusan dan pengoperasian Lembaga Tabung Haji (TH) dari 2014 hingga 2020.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penubuhan RCI itu dilakukan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/hong-kong-lupuskan-ribuan-hamster-cegah-covid-19/", "title": "Hong Kong Lupuskan Ribuan Hamster Cegah COVID-19", "body": "0\n\n\n(Penduduk berjalan melepasi kedai haiwan peliharaan, Little Boss di Causeway Bay, Hong Kong. \u2013AFP / sumber : Utusan)\n\n\nKHAMIS, 20 JANUARI\n \u2013 Pihak berkuasa Hong Kong mengarahkan ribuan hamster diserahkan untuk dilupuskan selepas jangkitan Covid-19 ditemukan terhadap 11 ekor spesies haiwan itu di sebuah kedai haiwan peliharaan.\n\n\nLapor\u00a0\nThe Guardian\n, perintah itu termasuk haiwan peliharaan yang dibeli beberapa hari sebelum Hari Krismas.\n\n\nAmaran turut dikeluarkan untuk tidak \u2018mencium atau meninggalkan haiwan peliharaan berkenaan di jalanan\u2019 ketika Hong Kong dan China cuba mengekalkan strategi sifar Covid-19.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSudan : 30 rakyat Malaysia selamat tiba di Port Sudan\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi kuat 7.3 magnitud gegar wilayah Kepulauan Kermadec\n\n\n\n\n\n\nIraq mahu lelaki bakar Quran ditangkap\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi Catat Lonjakan Kes Covid-19\n\n\n\n\n\n\nSudan : 459 maut, 4,072 cedera akibat konflik bersenjata\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut pihak berkuasa, jangkitan virus itu dikesan pada 11 hamster daripada 178 haiwan kecil lain termasuk arnab dan chinchillas yang dijual di Little Boss dan gudang berkaitan di Causeway Bay.\n\n\nJelas pihak berkuasa, mereka juga sedang menyiasat kes seorang pekerja kedai berusia 23 tahun yang dijangkiti varian Delta, yang jarang dilaporkan di Hong Kong dalam tempoh lebih tiga bulan.\n\n\nDilaporkan, dua pekerja juga disahkan dijangkiti Covid-19 termasuk individu yang membersihkan sangkar haiwan dan mengendalikan hamster.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai tindak balas, pihak berkuasa mengarahkan pemberhentian serta-merta penjualan hamster dan import semua haiwan kecil jenis tikus.\n\n\nMemetik laporan media tempatan, dianggarkan 2,000 hamster termasuk mana-mana spesies haiwan kecil yang dibeli sejak 22 Disember, perlu diserahkan untuk dilupuskan, manakala pemiliknya juga akan\n\nmenjalani ujian saringan Covid-19.\n\n\nSementara itu, Setiausaha Kesihatan Hong Kong, Sophia Chan mengakui tiada bukti menunjukkan haiwan peliharaan boleh memindahkan jangkitan Covid-19 kepada manusia.\n\n\nNamun, katanya, pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga. \u2013 AGENSI\n\n\n-Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/jepun-perluas-sekatan-pergerakan-covid-19/", "title": "Jepun Perluas Sekatan Pergerakan COVID-19", "body": "0\n\n\n(Rakyat Jepun memakai pelitup muka di kawasan awam di stesen Shinagawa, Tokyo, berikutan peningkatan kes jangkitan harian akibat varian Omicron. \u2013 Foto AFP / sumber : bharian)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Jepun sedia meluaskan perintah sekatan pergerakan COVID-19 meliputi separuh daripada populasi penduduknya susulan penularan varian Omicron yang menyebabkan peningkatan jangkitan kes baharu.\n\n\nPerdana Menterinya, Fumio Kishida dijangka meluluskan pelan itu secara rasmi selepas ia dimuktamadkan oleh panel pakar kesihatan.\n\n\nPelan separa darurat dijangka membenarkan gabenor mengenakan sekatan ke atas pergerakan dan perniagaan, termasuk waktu operasi yang lebih pendek untuk bar dan restoran serta larangan ke atas penjualan alkohol.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWarga Indonesia mangsa kerja palsu di Vietnam dihantar pulang\n\n\n\n\n\n\nRakyat Palestin memperingati kematian Shireen Abu Akleh\n\n\n\n\n\n\nCOVID-19: Kes kalangan kanak-kanak AS rekod lebih 10 juta\n\n\n\n\n\n\nBeberapa wilayah Arab Saudi berdepan ribut petir\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Malaysia hantar 142 anggota, dua anjing k9 sertai SAR\n\n\n\n\n\n\n\n\nLangkah itu sudah dilaksanakan di tiga wilayah bermula Jumaat lalu hingga 13 Februari ini dan akan diperluaskan ke Tokyo serta 12 wilayah lain.\n\n\nJepun merekodkan lebih 32,000 kes baharu COVID-19 semalam. Mengikut statistik oleh penyiar nasional NHK, ia melebihi paras tertinggi sebelumnya yang direkod pada Ogos lalu, sejurus selepas Tokyo menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas.\n\n\nWilayah barat Osaka mencatatkan 5,396 kes baharu, manakala Tokyo merekodkan 5,185 kes iaitu tertinggi sejak Ogos lalu.\n\n\nVarian Omicron lebih mudah berjangkit tetapi ia dilihat tahap keseriusannya rendah.\n\n\nBagaimanapun, pakar kesihatan awam bimbang gelombang kes Omicron boleh membebankan sistem penjagaan kesihatan negara itu.\n\n\nJepun sudah memberi vaksin kepada kira-kira 80 peratus penduduknya terhadap COVID-19, tetapi program suntikan dos penggalak hampir tidak berjaya.\n\n\nPada bulan ini, Jepun mengisytiharkan sekatan separa darurat di tiga wilayah yang menempatkan kemudahan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), selepas varian Omicron mula menular dalam komuniti.\n\n\nKadar penggunaan katil hospital di Tokyo bagi pesakit COVID-19, meningkat kepada 23.4 peratus semalam.\n\n\nMenurut pihak berkuasa, sekiranya ia terus melonjak sehingga 50 peratus, kerajaan akan mengisytiharkan perintah darurat sepenuhnya. \u2013 REUTERS\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/kabinet-putuskan-beri-pilihan-pada-pengguna/", "title": "Kabinet Putuskan Beri Pilihan Pada Pengguna", "body": "0\n\n\n(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 20 JANUARI\n \u2013 Mesyuarat Kabinet memutuskan pengguna lebuh raya perlu diberi pilihan sama ada mahu menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Touch N Go (TnG), atau SmartTAG untuk bayaran caj tol.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pilihan sama turut diberikan kepada pengguna ketika peralihan pembayaran tunai kepada TnG dan SmartTAG, sebelum ini.\n\n\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Sektor kesihatan terima RM36 bilion\n\n\n\n\n\n\n\u2018Separuh jiwaku telah mati\u2019 luah Hassan Karim dalam puisi\n\n\n\n\n\n\nBarang Naik Harga, Sampai Bila?\n\n\n\n\n\n\nWAFIQ gesa ambil tindakan & perkasa undang-undang filem persenda Islam\n\n\n\n\n\n\nKapitalis Pegang Pemimpin Punca Kegiatan Haram Gagal Dibanteras? \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cCadangan itu bagus tetapi dari segi pengguna, mereka mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID, TnG atau SmartTAG,\u201d\n\n\nJelas Ismail Sekarang kerajaan mahu memperkenalkan RFID untuk percepatkan laluan, tiada gate dan sebagainya.\n\n\nDan Cadangan itu bagus tetapi dari segi pengguna, mereka mesti diberi pilihan sama ada mahu menggunakan RFID, TnG atau SmartTAG.\n\n\nBeliau berkata, syarikat konsesi juga seharusnya mengekalkan lorong pembayaran menggunakan TnG dan SmartTAG bagi memberi kebebasan memilih kepada pengguna.\n\n\nIsmail Sabri berkata, Kementerian Kerja Raya akan memanggil syarikat terbabit untuk berbincang dan dimaklumkan mengenai keputusan Jemaah Menteri itu selain keputusan membabitkan bayaran perlu dirujuk kepada Kabinet.\n\n\nPelaksanaan RFID yang dimulakan secara berperingkat di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) pada 15 Januari lalu, mengundang kemarahan pengguna lebuh raya terbabit apabila mereka terpaksa berdepan kesesakan teruk di Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Bandar Seri Putra kerana kegagalan sistem berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/kesilapan-tulisan-jawi-di-papan-tanda-mengundang-persoalan-ramai/", "title": "Kesilapan Tulisan Jawi Di Papan Tanda Mengundang Persoalan Ramai", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\nKHAMIS, 20 JANUARI\n \u2013 Kesilapan tulisan jawi pada papan tanda jalan di Jalan Dana Permai dan Jalan Damai di kawasan Residensi Permai dan Residensi Aman di Bandar Teknologi Kajang di sini mengundang persoalan ramai.\n\n\nIni kerana, walaupun secara terang-terangan tulisan jawi di tiga papan tanda jalan di kawasan berkenaan terdapat kesilapan iaitu ejaan terbalik dan huruf tidak bersambung, ia tetap tidak perbetulkan.\n\n\nMalah lebih meragukan, papan tanda berkenaan tetap mendapat kelulusan dari Majlis Perbandaran Kajang kerana logo pihak berkuasa tempatan (PBT) itu turut diletakkan bersama-sama panda tanda jalan berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n2 Sekolah Malaysia Disenarai Pendek 10 Teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia\n\n\n\n\n\n\nSD Sokong Anwar : Ahmad Maslan Tanta Siapa PM Sekarang?\n\n\n\n\n\n\nTentera Darat Sedia Bina Pos Kawalan Di Lawas\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Cadang Tambah Siren Banjir Dilengkapi Amaran Suara\n\n\n\n\n\n\nBella hadir Prosiding Mahkamah Hari Ini, Siti Bainun Menangis"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/kpm-siasat-pelajar-hanya-diberi-nasi-putih-kuah/", "title": "KPM Siasat Pelajar Hanya Diberi Nasi Putih & Kuah", "body": "0\n\n\n( Facebook Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkenaan menu RMT / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 19 JANUARI\n \u2013 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius dakwaan menghidangkan nasi putih dan kuah sahaja kepada seorang pelajar di sebuah sekolah dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT).\n\n\nMenteri Pendidikan, Datuk Doktor Mohd Radzi Md Jidin berkata, siasatan lanjut mengenai perkara itu akan dijalankan demi memastikan kebajikan pelajar terjaga.\n\n\n(Hidangan yang dibekalkan dalam Rancangan Makanan Tambahan (RMT) iaitu nasi putih dan kuah sahaja / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nMenerusi hantaran di laman facebook miliknya, beliau telah mengarahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n100 Rumah Di Sandakan Musnah Dipukul Air Pasang\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Mayat mangsa terakhir sudah ditemui\n\n\n\n\n\n\nKDN benarkan usul jawatan Presiden UMNO, Timbalan tidak dipertanding\n\n\n\n\n\n\nAmirudin pegang 5 portfolio utama, Selangor umum senarai 11 EXCO\n\n\n\n\n\n\nSTATUS BUMIPUTERA UNTUK SEMUA?\n\n\n\n\n\n\n\n\nTegasnya, KPM tidak akan berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.\n\n\n(Facebook pengguna yang memuatnaik gambar hidangan pelajar penerima RMT / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSemalam, seorang pengguna Facebook memuatnaik gambar menunjukkan pelajar penerima RMT didakwa hanya berbekalkan nasi putih dan kuah sahaja di sekolah.\n\n\nMenurut hantaran wanita itu, sebelum ini pelajar sering mengadu makanan RMT tidak sedap namun diminta supaya bersyukur dengan bantuan yang diterima.\n\n\nWanita itu turut menggesa kerajaan menyiasat isu terbabit agar tiada pihak yang tertekan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/mufti-perlis-saran-kkm-tangguh-dos-penggalak/", "title": "Mufti Perlis Saran KKM Tangguh Dos Penggalak", "body": "0\n\n\n(\nDatuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis \n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 20 JANUARI\n \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) wajar menangguhkan pemberian dos penggalak atau dos ketiga vaksin COVID-19 kerana dibimbangi mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan.\n\n\nMufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata penangguhan berkenaan perlu mengambil kira satu kenyataan yang jelas terhadap siapa atau golongan mana yang sebenarnya tidak wajar mengambil dos berkenaan.\n\n\nDatuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTunggu Surat Saman \u2013 Azam Baki\n\n\n\n\n\n\n\u2018Alisha beritahu nak pergi jauh\u2019\n\n\n\n\n\n\nKDN, PDRM pastikan PRN 6 negeri lancar\n\n\n\n\n\n\nOPR naik : Bank Negara tidak kejam \u2013 Gabenor\n\n\n\n\n\n\nTiga Kluster Pendidikan Baharu Dikesan Di Kedah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya ingin mencadangkan agar KKM menangguhkan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan dengan jelas siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga ini kerana dibimbangkan kesan yang serius.\u201d\n\n\n\u00a0\nAsri mencadangkan agar KKM menangguhkan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan dengan jelas siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga ini kerana dibimbangkan kesan yang serius.\n\n\nBeliau tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang sudah mengurangkan risiko COVID-19 tetapi bercakap apa yang sedang dialami oleh ramai pada dos yang ketiga ini.\n\n\nPenafian atau \u2018state of denial\u2019 tidak berfaedah jika masyarakat melihat realiti sebenar di hadapan mata mereka dan biarlah ada panduan jelas siapa yang layak dan siapa tidak layak ambil dos ketiga ini.\n\n\nAsri berkata, sudah banyak aduan mengenai kesan yang serius selepas pengambilan dos ketiga vaksin COVID-19.\n\n\nSebelum ini, wujud kebimbangan pada orang ramai termasuk Dr Mohd Asri sendiri selepas bapanya dimasukkan ke hospital sejak lebih seminggu lalu, selepas keadaan kesihatan bapanya itu dilihat semakin teruk selepas mendapat dos penggalak vaksin Covid-19."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/mustahil-dihapuskan-perlu-dijinak-supaya-lebih-bersifat-nasional/", "title": "Mustahil Dihapuskan, Perlu Dijinak Supaya Lebih Bersifat Nasional", "body": "0\n\n\n( \nProf Datuk DR Teo Kok Seong, \nFelo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 20 JANUARI\n \u2013 Cadangan pelaksanaan pengajaran bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan (SK) sebagai alternatif untuk memansuhkan sekolah vernakular adalah baik, namun realitinya ia sukar diterima oleh kaum Cina.\n\n\nFelo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, syor tersebut pernah diutarakan sebelum ini tetapi tidak popular dalam\u00a0 kalangan pelajar dan ibu bapa, khususnya kaum Cina.\n\n\nProf Datuk DR Teo Kok Seong, \nFelo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBarisan Exco Melaka baharu akan dibentuk dalam 48 jam\n\n\n\n\n\n\nUlama berperanan penting, parti jadikan agama tunggangan tidak dapat reda Allah \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nJiao Zong wajar terima Bahasa Melayu sebagai identiti negara\n\n\n\n\n\n\nSultan Kedah seru kerajaan sokong Projek KXP\n\n\n\n\n\n\nMandikan pencuri: Islam tidak ajar kezaliman\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026 dimasukkan unsur budaya, bahasa Cina yang lebih dalam sifatnya, rumit sifatnya untuk diajar dan dipelajari. Bahkan, mata pelajaran lain semua diajar dalam bahasa Cina. Itu memperkukuhkan lagi pengetahuan dan pemerkasaan pelajar dalam bahasa Cina,\u201d\n\n\nIni kerana, katanya, mata pelajaran bahasa Cina di SK lebih ringkas dan tidak begitu mendalam seperti di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC).\n\n\nIa bakal menjadi lebih ringkas, dan hanya lebih ke arah pendekatan komunikasi supaya boleh bertutur dalam bahasa Cina.\n\n\n\u00a0\nKatanya lagi, ini tidak akan dipersetujui ibu bapa Cina disebabkan mereka mahukan anak mereka belajar sukatan pelajaran yang lebih bersifat kebudayaan Cina, seperti mana silibus di SJKC yang lebih berat.\n\n\n\u00a0\nJelasnya, jalan menghapuskan sekolah vernakular adalah sukar dan hampir mustahil, meskipun suatu hari nanti sekolah vernakular tidak lagi menjadi entiti kerajaan, ia tetap akan terus wujud kerana pembiayaan daripada masyarakat Cina tidak akan pernah putus.\n\n\nApa yang boleh diusahakan adalah menjadikan ia lebih bersifat nasional dan ia menjadikan masalah utama sekarang dimana sekolah vernakular dilihat sebagai antinasional.\n\n\n\u00a0\nPada 16 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa kewujudan sekolah vernakular dan sistem pengajaran di sana yang menggunakan bahasa lain selain bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, adalah kedua-duanya sah di sisi Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\u00a0\nSusulan itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, pihak peguamcara kesemua plaintif akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Rayuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/pbb-siap-sedia-mulakan-operasi-bantuan-buat-tonga/", "title": "PBB Siap Sedia Mulakan Operasi Bantuan Buat Tonga", "body": "0\n\n\n(Helikopter pengangkut berat CH-47 Chinook dan kapal HMAS Adelaide milik Tentera Australia bersedia di pelabuhan Brisbane untuk menyertai misi bantuan di Tonga. \u2013 Foto REUTERS / sumber : bharian)\n\n\nKHAMIS, 20 JANUARI\n \u2013 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang bersiap sedia menjalankan operasi bantuan buat Tonga dari jauh bagi mengelakkan penularan COVID-19 di negara kepulauan Pasifik itu susulan letusan gunung berapi dan tsunami.\n\n\nSemua rumah di salah sebuah pulau kecil di Tonga musnah dan tiga orang meninggal dunia, kata pemerintah dalam kenyataan pertama selepas letusan dahsyat Sabtu lalu, dianggap sebagai \u2018bencana yang tidak pernah berlaku sebelum ini\u2019.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDengan sistem perhubungan terjejas teruk akibat kabel dasar laut terputus, maklumat mengenai skala kemusnahan setakat ini kebanyakannya diperoleh daripada pesawat peninjau.\n\n\n\n\nPenyelaras PBB yang berpangkalan di Fiji, Jonathan Veitch, dalam taklimat media, berkata agensi itu akan menjalankan kebanyakan operasi dari jauh dan mungkin tidak menghantar kakitangan ke pulau itu.\n\n\n\n\n\u201cKami percaya bekalan dapat dihantar melalui penerbangan dan kami tidak pasti sama ada boleh menghantar penerbangan dengan kakitangan kerana Tonga mempunyai dasar bebas Covid yang sangat ketat.\n\n\n\n\n\u201cTonga adalah antara beberapa negara yang bebas COVID-19 dan PBB tidak mahu pendemik coronavirus menambah bencana di pulau berkenaan.\n\n\n\n\n\u201cNegara kepulauan kecil itu mempunyai 90 peratus kadar imunisasi dalam kalangan orang dewasa dan juga golongan muda berumur 12 tahun ke atas,\u201d katanya.\n\n\nJusteru, tambah beliau, mereka amat berhati-hati membuka sempadan seperti kebanyakan pulau Pasifik lain kerana sejarah membuktikan wabak penyakit di Pasifik mampu menghapuskan masyarakat di situ.\n\n\nPBB mempunyai 23 orang di lapangan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa lain untuk melakukan usaha bantuan, kata Veitch.\n\n\nBeliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan berbincang dengan pemerintah Tonga tetapi tidak akan melakukan apa-apa untuk mengancam keselamatan protokol COVID-19 dan keselamatan penduduk.\n\n\nKetua saintis di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA, Dr James Garvin, berkata kekuatan letusan gunung berapi di Tonga dianggarkan bersamaan dengan lima hingga 10 megaton TNT.\n\n\nKuasa letupan itu lebih 500 kali ganda bom nuklear yang dijatuhkan Amerika Syarikat (AS) di Hiroshima, Jepun pada akhir Perang Dunia Kedua.\n\n\nKerajaan Tonga sudah mula memindahkan penduduk yang terkandas di beberapa kawasan terpencil.\n\n\nBekalan air terjejas teruk oleh abu gunung berapi dan bekalannya kini menjadi kebimbangan utama, kata pejabat perdana menteri dalam satu kenyataan lewat kelmarin.\n\n\nTonga dijangka membuat permintaan rasmi bagi dapatkan bantuan tidak lama lagi.\n\n\nSementara itu, kapal New Zealand dan Australia sudah berlepas dengan membawa bekalan air, pasukan peninjau dan helikopter.\n\n\nPerdana Menteri Australia, Scott Morrison, pada sidang akhbar di Canberra, berkata beliau berharap dapat berbual dengan Perdana Menteri Tonga, Siaosi Sovaleni, secepat mungkin.\n\n\n\u201cIa adalah sekitaran yang sangat sukar untuk beroperasi dengan kepulan abu, asp tebal dan pelbagai halangan lain.\n\n\n\u201cPasukan pertahanan kami meneruskan operasi mereka dan mengerahkan segala kelengkapan yang ada, seperti yang diarahkan,\u201d katanya.\n\n\nPulau itu sebahagian besarnya masih sukar dihubungi selepas letusan gunung berapi merosakkan satu-satunya kabel komunikasi fiber optik bawah laut, yang mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk dibaiki. \u2013 REUTERS\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/pekerja-di-uk-tidak-perlu-lagi-pakai-pelitup-muka/", "title": "Pekerja Di UK Tidak Perlu Lagi Pakai Pelitup Muka", "body": "0\n\n\n(Pekerja-pekerja tidak akan memakai pelitup muka di London mulai minggu depan. \u2013 Foto AFP\u00a0/ sumber : sinar harian)\n\n\nKHAMIS, 20 JANUARI\n \u2013 United Kingdom (UK) mengumumkan pada Rabu bahawa sekatan yang dilaksanakan di England pada bulan lalu untuk memerangi kes Covid-19 akibat varian Omicron akan ditarik semula.\n\n\nIa berikutan data-data menunjukkan jangkitan akibat varian tersebut telah mencapai tahap maksimum dan kembali menurun semula di UK.\n\n\nArahan bekerja dari rumah akan ditarik balik dengan segera manakala mulai minggu depan mereka tidak perlu lagi memakai pelitup muka dalam suasana apa pun atau menggunakan apa yang disebut sebagai pas Covid-19 untuk memasuki tempat seperti kelab malam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTurkiye kutuk Sweden benarkan pemimpin bakar Al-Quran\n\n\n\n\n\n\nMuzium popular di kota London jadi tuan rumah majlis iftar\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Britain didenda tidak pakai tali pinggang keledar\n\n\n\n\n\n\nArgentina tak sabar sambut wira Piala Dunia\n\n\n\n\n\n\nAnkara ucap terima kasih kepada Kuala Lumpur hantar SMART\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri UK, Boris Johnson memberitahu anggota-anggota parlimen bahawa kempen suntikan penggalak telah memungkinkan perubahan itu berlaku.\n\n\nBeliau menyatakan lebih 36 juta suntikan penggalak telah dilakukan dengan lebih 90 peratus penduduk berusia 60an diberikan suntikan ketiga manakala kadar kes Covid-19 telah menurun dalam tempoh beberapa minggu.\n\n\nJohnson memberitahu, saintis-saintis UK percaya kemungkinan gelombang Omicron sekarang sudah memuncak tetapi memperingatkan bahawa pandemik Covid-19 masih lagi belum berakhir. \u2013 Agensi\n\n\n-Sinar Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/perdana-menteri-britain-didesak-letak-jawatan/", "title": "Perdana Menteri Britain Didesak Letak Jawatan", "body": "0\n\n\n(Boris Johnson berdepan desakan supaya berundur dari kalangan Ahli Parlimen Parti Konservatif ketika hadir pada sidang Parlimen di House of Commons, London, 19 Jan, 2022, Foto AP / sumber : bharian)\n\n\n\n\nKHAMIS, 20 JANUARI\n \u2013 Tuntutan supaya Perdana Menteri Britain Boris Johnson meletak jawatan semakin kuat. Bekas Menteri Kabinet, David Davis kini menyertai barisan Ahli Parlimen yang mahu beliau berundur.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetakat ini enam Ahli Parlimen Konservatif mengumumkan secara terbuka hilang kepercayaan terhadap Johnson. Ramai lagi dijangka mengemukakan surat mengenai hal sama kepada pengerusi kelab penyokong kerajaan.\n\n\n\n\nBagi membolehkan pertukaran jawatan nombor satu itu, 54 daripada 350 Ahli Parlimen daripada Parti Konservatif harus mengemukakan undi tidak percaya kepada pengerusi jawatankuasa parti.\n\n\n\n\nTuntutan supaya Johnson meletak jawatan timbul susulan kegagalannya bertanggungjawab ke atas isu parti di 10 Downing Street ketika sekatan dikenakan.\n\n\n\n\nSementara itu, Johnson minta Ahli Parlimen Konservatif untuk tidak menilainya sehingga laporan mengenai kejadian berkenaan dikeluarkan minggu depan.\n\n\n-Astro Awani"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/sanggup-disuntik-air-suling-air-garam-demi-sijil-vaksin/", "title": "Sanggup Disuntik Air Suling, Air Garam Demi Sijil Vaksin", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\nKHAMIS, 20 JANUARI\n \u2013 Polis Terengganu mendedahkan terdapat individu yang sanggup disuntik dengan air suling asalkan mereka dapat memperoleh sijil vaksinasi Covid-19 daripada seorang doktor klinik swasta yang didakwa melakukan kegiatan itu di Marang.\n\n\nKetua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata setakat ini pihaknya sudah mengambil keterangan daripada 23 individu dengan pelbagai latar belakang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/sebahagian-arab-saudi-catat-suhu-di-bawah-sifar/", "title": "Sebahagian Arab Saudi Catat Suhu Di Bawah Sifar", "body": "0\n\n\n( Penduduk wilayah Turaif menikmati pemandangan salji selepas mencatatkan suhu bawah sifar celsius. \u2013 Foto NCM/ARAB NEWS / sumber : bharian)\n\n\nRABU, 19 JANUARI\n \u2013 Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi meramalkan bahagian utara negara itu akan berdepan gelombang sejuk sehingga mencatatkan suhu di bawah sifar.\n\n\nSistem amaran awal NCM meramalkan penurunan suhu di bawah paras beku akan berterusan di kebanyakan bandar di wilayah utara sehingga hujung minggu ini, manakala suhu dicatatkan di ibu negara Riyadh, pula adalah satu darjah celsius.\n\n\nDalam ramalan hariannya, NCM berkata penurunan suhu itu akan berterusan di kebanyakan wilayah, bersama kabus dan awan hujan, disertai angin berdebu pada permukaan aktif yang mengurangkan jarak penglihatan mendatar di beberapa bahagian di Madinah, Riyadh dan wilayah Timur.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDelegasi Hamas tunaikan umrah\n\n\n\n\n\n\nUNESCO bimbang kerosakan di tapak warisan Syria, Turkiye\n\n\n\n\n\n\nMalaysia hantar SMART bantu cari mangsa gempa bumi di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nJemaah umrah disediakan pengangkutan percuma di Jeddah\n\n\n\n\n\n\nSelepas tembak lelaki Palestin, Israel halang ambulans dekati tubuh mangsa\n\n\n\n\n\n\n\n\nKemungkinan berlaku ribut petir disertai angin aktif adalah tinggi di beberapa bahagian wilayah Jazan, Assir, Al-Baha dan Makkah, lapor agensi berita Arab News.\n\n\nDalam ciapan di Twitter, NCM memaklumkan suhu terendah direkodkan di wilayah Turaif. Ia mencatatkan suhu terendah sejak awal musim sejuk tahun ini dengan di bawah sifar darjah celsius, diikuti di Qurayyat dan Arar.\n\n\nSementara itu, Pengarah Pusat Meteorologi Kebangsaan di wilayah Tabuk, Farhan Al-Anzi, berkata pihaknya merekodkan suhu di bawah sifar. Salji di muhafazah akan berterusan pada Selasa.\n\n\nBandar utama lain di wilayah utara, seperti Tabuk, Arar, Rafha dan Shaqraa turut mencatatkan penurunan suhu di bawah sifar dengan berlakunya salji lebat.\n\n\nDi Riyadh, mengikut ramalan cuaca, ia mencatatkan suhu terendah musim ini iaitu lapan darjah celsius pada Selasa dan menjangkakan penurunan kepada tiga darjah celsius esok dan satu darjah celsius (Jumaat). \u2013 AGENSI\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/semua-pihak-perlu-terima-keputusan-badan-profesional-pm/", "title": "Semua Pihak Perlu Terima Keputusan Badan Profesional \u2013 PM", "body": "0\n\n\n( Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 20 JANUARI\n \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan semua pihak agar menerima keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) berhubung pembelian saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.\n\n\nMengulas lanjut beliau berkata, keputusan yang dibuat oleh badan profesional itu boleh dijadikan panduan semua.\n\n\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri berkata :\n\n\n\u201c\u2026SC dah pun membuat keputusan jadi kita dah kata tadi kita serahkan kepada SC kerana ia melibatkan pembelian share\u2026jangan kita fikir kena ikut kehendak kita\u2026kalau pembangkang rasa kena ikut kehendak dia tidak boleh\u2026dia kena terima keputusan daripada badan profesional seperti SC itu\u2026\u201d\n\n\n(Kenyataan media Suruhanjaya Sekuriti Malaysia/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSuruhanjaya Sekuriti dalam satu kenyataan semalam membuat keputusan tiada pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) berhubung akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPindaan Akta 342 Demi Kesinambungan Penguatkuasaan\n\n\n\n\n\n\nAgong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\n3 Dos Vaksin Sinovac Beri 94% Perlindungan Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\nKes Batu Puteh, Sultan Johor terima laporan Pasukan Petugas Khas\n\n\n\n\n\n\nDua ahli UMNO hantar notis bantahan kepada RoS\n\n\n\n\n\n\n\n\nSuruhanjaya Sekuriti menjelaskan bahawa bukti bebas yang dikumpulkan pada siasatan akaun dagangan Azam menunjukkan bahawa Azam ialah pemegang akaun dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/20/tanpa-arahan-pm-azam-baki-undur-diri-atau-berehat-penganalisis/", "title": "Tanpa Arahan Pm, Azam Baki Undur Diri Atau Berehat \u2013 Penganalisis", "body": "0\n\n\n( \nAzmi Hassan, Pakar Geostrategis \n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 20 JANUARI\n \u2013 Berehatlah sementara atau ambil cuti\u2026\u201d. \nItu saranan Pakar Geostrategis, Azmi Hassan ketika memberi pandangan mengenai situasi yang melanda pemimpin nombor satu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.\n\n\n\u00a0\nSudah menjadi kelaziman setiap penjawat awam akan disiasat sekiranya terdapat laporan mengenai sesuatu isu tidak mengira pangkat, oleh itu \u2013 Bagi menjernihkan keadaan seharusnya pihak yang disiasat wajar berkecuali dengan mengundurkan diri buat sementara sehingga siasatan selesai ke atasnya.\n\n\n Azmi Hassan, Pakar Geostrategis berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemain Industri Perlu Adakan Filem Berunsur Jati Diri Seperti Mat Kilau\n\n\n\n\n\n\nNajib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara\n\n\n\n\n\n\nKuil Masih Ada, Yayasan Kubra Tersekat Bina Pusat Perlindungan\n\n\n\n\n\n\nPolis Tidak Tolak Kemungkinan Ada Pihak Tipu Kutipan Derma Bencana\n\n\n\n\n\n\nKehadiran orang ketiga antara punca kes cerai meningkat di Kedah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026. Seharusnya Ketua Pengarah TS Azam Baki mengundur atau bercuti rehat, tidak perlu menunggu arahan Perdana Menteri\n\u2026. Membuatkan Perdana Menteri itu sendiri serba salah\u2026.\n\n\nMengulas lanjut, langkah yang dicadangkan bukan sahaja beliau bahkan banyak pihak ini adalah bagi mengekalkan kredibiliti S-P-R-M di mata masyarakat.\n\n\n\u00a0\nJelasnya, sebagai penjawat awam \u2013 Bercuti rehat seketika semasa sesuatu siasatan dilakukan atau isu sedang hangat adalah langkah terbaik sehingga benar-benar didapati tidak bersalah.\n\n\n\u00a0\nAzmi turut menjelaskan, perkara ini berbeza jika dibandingkan dengan kes rasuah yang melanda Lim Guan Eng ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang beberapa tahun lalu k\nerana Azam Baki ialah penjawat awam manakala Lim Guan Eng adalah pemimpin politik.\n\n\nUjarnya lagi, Pakar Geostrategis berkata bahawa :\n\n\n\u201c\u2026. Seharusnya meletakkan tahap standard yang lebih tinggi berbanding dengan Lim Guan Eng, sebab itu dikatakan atas inisiatif sendiri\n\u2026. Ini menunjukkan integrity yang tinggi\u2026\u201d\n\n\nTerdahulu, Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) mengesyorkan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu dicutikan sementara siasatan dibuat terhadap dakwaan beliau memiliki saham.\n\n\n\u00a0\nMenerusi Pengerusi JKMR, Tan Sri Rais Yatim \u2014 Ini adalah bagi membolehkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam membuat siasatan dengan lebih telus tanpa keberadaannya sebagai pengerusi badan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/21/27-pati-karam-2-maut-dan-6-hilang/", "title": "27 Pati Karam, 2 Maut Dan 6 Hilang", "body": "0\n\n\n(27 pati karam, 2 maut dan 6 hilang yang dilaporkan pada 20 januari waktu pagi / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 21 JANUARI\n \u2013 Seperti tidak serik, cubaan menyeludup masuk Pendatang Tanpa Izin, PATI ke perairan negara dilaporkan berlaku pagi, 20 Januari.\n\n\nMenurut Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, pada jam 3.45 pagi \u2014 Radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim Malaysia mengesan satu sasaran curiga sedang bergerak dari perairan Pulau Bintan, Indonesia menuju ke perairan Malaysia.\n\n\n(Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, Pengarah Maritim Negeri Johorr / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nBot itu membawa 27 PATI warga Indonesia dan seramai 21 mangsa berjaya ditemui dengan 19 orang selamat terdiri dari 10 wanita serta sembilan lelaki.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful mengaku tak bersalah minta, terima rasuah RM6.9 juta\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin didakwa terbabit pengubahan wang haram RM5 juta\n\n\n\n\n\n\nPDRM perlu tambah Pusat CIC di Sabah dan Sarawak\n\n\n\n\n\n\nCalon Melayu DAP Hanya Dipergunakan Demi Raih Undi \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nPembinaan SJKC Too Joon Hing di Kinrara Terus Bantah Penduduk\n\n\n\n\n\n\n\n\nManakala dua lagi mangsa wanita ditemui mati dalam kejadian.Baki enam orang mangsa lagi masih hilang di laut.\n\n\n\n\nMRSC Johor Bahru telah mengaktifkan OP CARILAMAT pada jam 6.40 pagi bagi mencari baki mangsa yang hilang.\n\n\nTerdahulu, bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan dua buah bot dalam keadaan mencurigakan di perairan Tanjung Piai juga di Johor pada 19 Januari.\n\n\nDilaporkan bot kayu berwarna biru berserta enam PATI warga Indonesia, tiga lelaki dan tiga wanita berumur di antara 23 tahun hingga 36 tahun.\n\n\nKesemua PATI telah ditahan di kedudukan 3.7 batu nautika barat daya Tanjung Piai pada jam 10.45 malam semalam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/21/agensi-agensi-minta-mesyuarat-psc-diteruskan/", "title": "Agensi-Agensi Minta Mesyuarat PSC Diteruskan", "body": "0\n\n\n( Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 21 JANUARI\n \u2013 Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi-Agensi di Bawah Jabatan Perdana Menteri , mahu mesyuarat membincangkan isu pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki diteruskan, walaupun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah membuat keputusan berhubung perkara itu.\n\n\nAhli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata pihaknya merayu Pengerusi Jawatankuasa itu Abdul Latiff Abdul Rahman untuk mengadakan mesyuarat berkenaan secepat mungkin, kerana ia adalah isu berkepentingan awam.\n\n\nWilliam menjelaskan, mesyuarat sekarang ditangguhkan, dan pihaknya sedang menunggu nasihat daripada penasihat undang-undang Parlimen dan merayu kepada Pengerusi untuk mengadakan mesyuarat dengan secepat mungkin kerana ini adalah isu kepentingan awam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham Penerima Anugerah Green Endorsement TUDM\n\n\n\n\n\n\nAhli Politik Terlibat Dalam Jawatankuasa Khas Rumah Berhala\n\n\n\n\n\n\n13 individu ditahan ceroboh hutan simpan\n\n\n\n\n\n\nMP Langkawi mohon maaf, tak sangka tewaskan Tun M\n\n\n\n\n\n\nBawa agenda songsang, himpunan tidak patut diadakan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDimana, jawatankuasa berkenaan perlu bermesyuarat untuk meneliti keseluruhan kes itu, termasuk mengenai jumlah pemilikan saham oleh seorang penjawat awam.\n\n\nMesyuarat berkenaan yang dijadual berlangsung semalam, ditangguh ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian berikutan terdapat beberapa isu perundangan yang memerlukan pandangan undang-undang terlebih dahulu, daripada pejabat penasihat undang-undang Parlimen.\n\n\nSemalam, SC telah membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), berhubung akaun dagangan Azam.\n\n\n\n\nDalam satu kenyataan, SC menjelaskan bukti bebas yang dikumpulkan pada siasatan akaun dagangan Azam menunjukkan, beliau ialah pemegang akaun dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/21/kenyataan-azam-baki-bercanggah-dengan-keputusan-sc-peguam/", "title": "Kenyataan Azam Baki Bercanggah Dengan Keputusan SC \u2013 Peguam", "body": "0\n\n\n( Haniff Khatri Abdulla\u00a0 / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 21 JANUARI\n \u2013 Berikut adalah perkembangan keputusan siasatan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, SC, berkenaan kes Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki.\n\n\nSuruhanjaya itu menjelaskan bahawa bukti bebas yang dikumpulkan pada siasatan akaun dagangan Azam menunjukkan bahawa beliau ialah pemegang akaun dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan berkenaan.\n\n\nMemetik kenyataan yang dikeluarkan, jelas Suruhanjaya itu keterangan bebas yang diperolehi semasa melaksanakan inkuiri adalah merujuk kepada dua perkara penting.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes cerai di Perlis dibicarakan secara tertutup\n\n\n\n\n\n\nMuda terkilan tidak dijemput ke mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nTidak sentuh 3R, Rukun Negara nak letak mana? \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nAnnuar gesa henti pertikai pelantikan Anwar sebagai PM\n\n\n\n\n\n\nHisap Rokok & Tiada Penjarakan Fizikal, Pematuhan SOP Dipertikai\n\n\n\n\n\n\n\n\nPertama \u2014 Beliau adalah penama akaun saham dan mempunyai kuasa ke atas akaun saham itu dan yang kedua, beliau telah mengendalikan akaun saham yang dibukanya dan menyampaikan arahan untuk menjual, beli serta pemindahan saham daripada akaun itu.\n\n\nOleh itu, SC menetapkan \u2014 Tiada pelanggaran terhadap seksyen 25 (4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991.\n\n\nNamun sebaliknya, menurut peguam Haniff Katri, penjelasan SC adalah bercanggah dengan kenyataan Tan Sri Azam sebelum ini bahawa akaun dagangan itu digunakan oleh adiknya.\n\n\nHaniff Khatri Abdulla selaku Peguam berkata :\n\n\n\u201c\u2026. Azam is the holder of the account and control the account including carry out transaction and giving instruction of purchase sale\u2026\u2026. By his brother Nasir Baki\u2026.\u201d\n\n\nTegas peguam itu lagi, kenyataan Tan Sri Azam adalah tidak betul dan tidak tepat daripada siasatan yang dilaksanakan SC.\n\n\nOleh itu, Haniff mencadangkan agar satu Jawatankuasa Khas siasatan ditubuhkan oleh Peguam Negara Tan Sri Idris Harun yang wajar diberi tempoh enam minggu.\n\n\nDalam masa sama, Tan Sri Azam diminta bercuti rehat sepanjang proses siasatan Jawatankuasa Khas itu dilakukan.\n\n\nUjar Haniff Khatri lagi berkata bahawa :\n\n\n\u201c\u2026. This is not a political issue, this is the issue of rule of law\u2026. Especially those who carry out the enforcement of law\u2026\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/21/kesilapan-papan-tanda-masih-belum-diganti-baru/", "title": "Kesilapan Papan Tanda Masih Belum Diganti Baru", "body": "0\n\n\n(Kesialapan tulisan jawi pada papan tanda jalan di Jalan Dana Permai dan Jalan Damai / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 21 JANUARI\n \u2013 Kesilapan tulisan jawi pada papan tanda jalan di Jalan Dana Permai dan Jalan Damai di kawasan Residensi Permai dan Residensi Aman di Bandar Teknologi Kajang mengundang kemarahan ramai.\n\n\nPerkara itu diketahui atas sikap sensitif dan peduli oleh komuniti setempat dengan kesilapan pada tulisan jawi.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNama Tengku Zafrul \u2018tercicir\u2019 daripada senarai calon BN\n\n\n\n\n\n\nGuru Perlu Diberi Tatacara, Mekanisme Sesuai Berpolitik\n\n\n\n\n\n\nNajib Berjaya Tangguhkan Sabitan, Hukuman\n\n\n\n\n\n\n\u201cDAP boleh jadi punca kerajaan Anwar runtuh\u201d \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nJawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO masih boleh dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesilapan yang berlaku di papan tanda berkenaan menyebabkan netizen berang dan menganggap pihak berkuasa tempatan seolah-olah membuat kerja sambil lewa.\n\n\n\n\nNetizen turut mempersoalkan mengapa pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) tidak menyemak papan tanda tersebut terlebih dahulu sebelum ia dipasang.\n\n\n\n\nBerikutan itu Majlis Perbandaran Kajang tampil memaklumkan, pihaknya sudah menanggalkan papan tanda berkenaan semalam bagaimanapun tidak menjelaskan punca kesilapan itu boleh berlaku.\n\n\nHari ini Kru TV Pertiwi meninjau di lokasi berkenaan iaitu di Residensi Damai, Residensi Aman dan Residensi Permai sekitar jam empat petang tadi mendapati papan tanda yang ditanggalkan masih belum diganti dengan yang baru.\n\n\nMalah terdapat tiga tiang di kawasan berbeza masih tiada papan tanda yang dipasang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/21/pengimbas-suhu-dikeluarkan-daripada-sop-wajib-khairy/", "title": "Pengimbas Suhu Dikeluarkan Daripada SOP Wajib \u2013 Khairy", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 21 JANUARI\n \u2013 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju untuk tidak mewajibkan lagi penggunaan pengimbas suhu di premis.\n\n\nMenterinya Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, hanya imbasan kod MySejahtera diperlukan untuk memasuki mana-mana premis.\n\n\nKhairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n100 Hari Tempoh Menilai Kredibiliti Menteri\n\n\n\n\n\n\nPutra Mahu Bangun Minda Melayu Bumiputera\n\n\n\n\n\n\nPendaki hilang ketika menyeberang Sungai Tanum ditemukan lemas\n\n\n\n\n\n\nIsu Mogok: Dr Zaliha sedia bersemuka petugas kesihatan\n\n\n\n\n\n\nHukuman salah laku ADUN Sungkai dikekalkan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u201cSelepas dipinda SOP nanti, tidak akan diwajibkan premis-premis untuk ada pengimbas suhu lagi. Memadai untuk check-in MySejahtera,\u201d\n\n\nKhairy berkata, bagi memansuhkan prosedur operasi standard SOP itu, perkara ini akan dipinda terlebih dahulu dalam sesi Mesyuarat Kuartet Covid-19 sebelum dibawa ke Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara MKN.\n\n\nMengulas lanjut, Khairy berkata, langkah untuk tidak mewajibkan pengimbas suhu, berikutan KKM mendapati ia bukan langkah yang boleh mengekang penularan Covid-19.\n\n\nSehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang tidak sihat dan bergejala supaya kekal berada di rumah bagi membendung penularan penyakit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/21/prn-johor-dijangka-diumum-esok/", "title": "PRN Johor Dijangka Diumum Esok", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 21 JANUARI\n \u2013 Menteri Besar, Datuk Hasni Mohamad, akan mengadakan sidang media khas esok, dengan khabar angin mengaitkan ia akan membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).\n\n\nSumber UMNO Johor mengesahkan perancangan sidang media itu selepas Badan Perhubungan UMNO Johor mengadakan mesyuarat khas esok.\n\n\nSumber itu juga berkata esok, UMNO Johor dijadualkan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan secara lanjut mengenai PRN negeri, terutama pembentangan nama-nama calon.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar nafi buat dakwaan tanpa asas ke atas PN\n\n\n\n\n\n\nBainun bersalah dua pertuduhan abai, aniaya Bella\n\n\n\n\n\n\nTeguran Perdana Menteri Terhadap Kenaikan Harga Barangan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Minta Sistem Muka Sauk Ditambah Baik\n\n\n\n\n\n\nKes positif Covid-19 menurun kepada 5,809\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesemua 26 ketua bahagian UMNO Johor akan hadir mesyuarat esok dan selepas itu satu sidang media khas dijangka diadakan.\n\n\nSetakat ini masih tiada tarikh sebenar pembubaran DUN Johor seperti yang didakwa sebuah portal semalam, namun ia memang ke arah itu dalam masa terdekat.\n\n\nSebuah portal semalam mendakwa surat permohonan pembubaran DUN oleh Menteri Besar telah dihantar kepada pejabat Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat.\n\n\nLaporan itu yang memetik sumber UMNO turut mendakwa, DUN Johor akan dibubar pada Ahad ini, selepas permohonan untuk pembubaran DUN telah mendapat perkenan Istana Johor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/21/speaker-dun-tidak-terima-surat-bubar-dun/", "title": "Speaker DUN Tidak Terima Surat Bubar DUN", "body": "0\n\n\n( / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 21 JANUARI\n \u2013 Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak menerima sebarang surat permohonan pembubaran DUN, bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat.\n\n\nPerkara itu disahkan oleh Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat hari ini, selepas tular di media sosial susulan sebuah portal mendakwa beliau sudah mendapat surat tersebut, sekali gus menyatakan PRN bakal berlangsung tidak lama lagi.\n\n\nSuhaizan Kaiat, Speaker DUN Johor berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBukan Hanya Pembeli, Peniaga Juga Turut Terkesan\n\n\n\n\n\n\nPRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram pada 9 September\n\n\n\n\n\n\nCorak kepimpinan jatuhkan pempimpin, dibimbangi sebabkan pembangunan negara tersasar \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n13 Ditahan Pandu Secara Mabuk Sekitar Ibu Negara\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Di Tangga Ke- 57 Dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTidak, makluman portal itu tidak benar,\u201d\n\n\nSihaizat menjelaskan laporan sebuah portal tersebut adalah tidak benar.\n\n\nTerdahulu, sebuah portal mendakwa Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, telah menghantar surat permohonan pembubaran DUN kepada Pejabat Speaker DUN Johor semalam.\n\n\nKhabar angin mengenai PRN akan datang bertiup kencang, berikutan kematian ADUN Kempas Datuk Osman Sapian bulan lepas menjadikan kerajaan pimpinan UMNO hanya memiliki majoriti satu kerusi dalam DUN Johor.\n\n\n\n\nPada masa ini, DUN Johor diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi yang merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan PAS (satu), manakala Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (7) dan Amanah (6)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/21/tiga-kluster-pendidikan-baharu-dikesan-di-kedah/", "title": "Tiga Kluster Pendidikan Baharu Dikesan Di Kedah", "body": "0\n\n\n(DR Othman Warijo selaku Pengarah JKK Kedah / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 21 JANUARI\n \u2013 Jabatan Kesihatan Kedah (JKK) mengesan enam kluster berkaitan pendidikan di mana tiga kluster baharu dilaporkan sehingga hari ini, membabitkan 253 individu positif COVID-19.\n\n\nPengarah (JKK) Kedah, Dr Othman Warijo berkata, tiga kluster baharu itu adalah Kluster Dah Padang Halban, Kluster Dah Sungai Kob dan Kluster Dah Sungai Limau.\n\n\nDR Othman Warijo selaku Pengarah JKK Kedah berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaklumat Dakwa Fenomena Aphelion Mula PALSU\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri dakwa Lembaga Disiplin UMNO tak pernah nasihat pecat, gantung pemimpin\n\n\n\n\n\n\nWanita Berjasa Fokus Institusi Keluarga Dan Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nPersatuan Peguam Syarie terkilan KDN tarik balik rayuan kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nBeberapa wilayah Arab Saudi berdepan ribut petir\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSeramai sembilan lagi pelajar asrama Maktab Mahmud Pendang dikesan positif COVID-19 membabitkan Kluster Dah Penyarom menjadikan keseluruhan kes di maktab itu adalah sebanyak 108\u201d\n\n\nDalam kenyataannya beliau berkata, kluster Dah Halban membabitkan 25 kes di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Kubang Pasu dan Kluster Dah Sungai Kob pula membabitkan 37 kes di SMK Sungai Kob, Kulim.\n\n\nManakala, Kluster Dah Sungai Limau membabitkan seramai 27 warga Sekolah Menengah Agama Saadah Al-Diniyah Al-Islamiah, Yan yang positif COVID-19.\n\n\nSelain itu, beliau juga menyatakan kluster Dah Jalan Pantai di SMK Kota Kuala Muda, Sungai Petani pula, tiada pertambahan dengan kes positif kekal 33 pelajar.\n\n\nDr Othman memaklumkan, majoriti yang positif adalah pelajar di mana kesemua sekolah ini sudah diarah tutup selama seminggu.\n\n\nJusteru itu, beliau menasihati orang ramai termasuk warga institusi pendidikan supaya terus patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/21/tiket-vtl-malaysia-singapura-dijual-semula-hari-ini/", "title": "Tiket Vtl Malaysia-Singapura Dijual Semula Hari Ini", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 21 JANUARI\n \u2013 Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi kedua-dua inisiatif \u2018Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Malaysia-Singapura dibuka semula berkuat kuasa hari ini.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, buat masa ini kuota tiket yang dijual bermula hari ini akan dikurangkan daripada kuota sedia ada iaitu 50 peratus daripada kapasiti bas dan penerbangan.\n\n\nDalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, bagi penumpang yang telah membeli tiket untuk tarikh perjalanan selepas 20 Januari 2022 sebelum pengumuman penggantungan tiket dibuat, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan menggunakan inisiatif ini mengikut kuota yang telah ditetapkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenaikan harga ayam, KPDN periksa bekalan dengan MAFS\n\n\n\n\n\n\nPenjara, sebatan hukuman gantian paling sesuai bagi 11 kesalahan mati mandatori\n\n\n\n\n\n\nJohor Berhak Putuskan Had Umur Minimum ADUN\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tubuh Majlis Madani, satukan NGO Islam\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Catat Penurunan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, garis masa berhubung peningkatan kuota jualan tiket ini akan bergantung kepada penilaian risiko yang akan dilakukan dari semasa ke semasa secara berterusan oleh KKM berdasarkan situasi COVID-19 semasa di kedua-dua negara.\n\n\nJusteru, selaras pengumuman KKM sebelum ini berhubung pengukuhan langkah-langkah pencegahan dan kawalan sedia ada bagi pengembara dari luar negara termasuk melalui inisiatif VTL, adalah diingatkan untuk melaksanakan ujian RTK-Ag atau ujian pantas antigen (kendiri) pada hari ke-2, ke-4 dan ke-6 selepas ketibaan.\n\n\nTambahnya, ujian RTK-Ag atau ujian pantas antigen (professional) perlu dibuat pada hari ke-3 dan hari ke-5 selepas ketibaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/guru-perlu-diberi-tatacara-mekanisme-sesuai-berpolitik/", "title": "Guru Perlu Diberi Tatacara, Mekanisme Sesuai Berpolitik", "body": "0\n\n\n( Muhammad Afnan Tumiran,\u00a0 Setiausaha Agung Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-GURU)/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Penglibatan guru dalam politik dianggap satu perkembangan yang baik namun risau sekiranya akan menjejaskan tugas rasmi mereka dan wujud situasi kurang baik.\n\n\nSehubungan itu, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-GURU) menyarankan satu tatacara dan mekanisme yang jelas diberikan kepada guru supaya mereka dapat terlibat dalam politik secara sihat.\n\n\nMuhammad Afnan Tumiran,\u00a0 Setiausaha Agung Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-GURU) berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAmalan \u2018Little Napoleon\u2019 tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan \u2013 Cuepacs\n\n\n\n\n\n\nTak cukup lagi ke orang Melayu berkorban?\n\n\n\n\n\n\nRokok elektronik rosakkan generasi walaupun kerajaan peroleh untung\n\n\n\n\n\n\nPN tolak permohonan, PEJUANG zahir rasa dukacita\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Hanya akan bermula selepas EMP lulus\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAndaikata perkara ini perkara ini benar-benar terjadi mungkin ada situasi kurang baik. Sebagai contoh mungkin sebenarnya ada kalangan guru sendiri bukan sedikit bilangannya mungkin pelbagai fahaman politik dan sebagainya dibimbangi sukar untuk mendisiplinkan diri bahawa politik ini tidak masuk ke dalam sekolah mungkin dibincangkan dalam sekolah di meja makan sebagainya di bilik guru. Mungkin situasi ini kurang baik di sekolah mewujudkan satu situasi yang mungkin melibatkan perasaan kurang enak kurang sedap bersama rakan-rakanlah.\n\n\nBagi mengelakkan perselisihan politik berlaku di kalangan para guru dan situasi yang kurang enak, Afnan menegesyorkan kerajaan mengeluarkan satu tatacara yang jelas kepada guru sebagai panduan mereka berpolitik demi kebaikan institusi pendidikan.\n\n\n\u201cSaranan iguru adalah supaya pihak kerajaan ini perlu ada sebenarnya satu tatacara yang jelas dia bukan satu statement kenyataan yang umum dia kena ada satu tatacara yang jelas bagaimana terutama pegawai dalam kerajaan ini boleh berpolitik terutama guru perlu ada tatacara yang jelas.\n\n\n\u201cBilakah waktu atau masa yang sesuai guru berpolitik adalah selepas dari waktu sekolah samada hujung minggu atau waktu tertentu pilihan raya ditekankan sekali lagi bukan di dalam waktu persekolahan itu sendiri.\n\n\nSemalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan guru dan petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) agar tidak mengabaikan tugas hakiki mereka, walaupun diberi kebenaran untuk berpolitik.\n\n\nPerkara itu dinyatakan selepas kerajaan membenarkan guru bergiat aktif dalam politik sebagaimana rakyat lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/hari-ini-penentuan-zahid-bebas-atau-perlu-bela-diri/", "title": "Hari Ini Penentuan Zahid Bebas Atau Perlu Bela Diri", "body": "0\n\n\n( bekas Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Hampir tiga tahun dan selepas memanggil 99 orang saksi, esok akan menjadi tarikh keputusan sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi \u2013 bebas atau perlu membela diri.\n\n\nIa berhubung 47 pertuduhan pecah amanah rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akal Budi.\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadualkan untuk menyampaikan keputusan pada penghujung kes pendakwaan pada jam 9.30 pagi, 24 Januari.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada Lagi PKP Di Seluruh Negara, Termasuk Pada Aidilfitri Ini\n\n\n\n\n\n\n3 laluan kontra atasi kesesakan jalan di ibu negara\n\n\n\n\n\n\nPemberian ubat PrEP galakkan aktiviti LGBT\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Mahkamah, Tetapi Menteri, Ahli Politik & Penguatkuasa \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nMahathir tolak nasihat Jomo bersara daripada dunia politik\n\n\n\n\n\n\n\n\nPresiden UMNO itu, dibicarakan bermula pada 18 November 2019 dan pendakwaan menutup kes pada 19 Mac tahun lalu terhadap dakwaan berkenaan.\n\n\nPertuduhan pecah amanah (CBT) didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).\n\n\nBagi pertuduhan CBT, Presiden UMNO itu didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membuat enam pembayaran kad kredit milik persendirian, polisi insurans kenderaan dan lesen motor persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia (PDRM).\n\n\nBeliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016. Pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.\n\n\nBagi lapan tuduhan rasuah, Ahmad Zahid didakwa menerima suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi membantu syarikat-syarikat berkenaan mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport, dan dilantik sebagai pengendali pusat sehenti visa migran, masing-masing di Pakistan dan Nepal.\n\n\nBeliau dituduh melakukan perbuatan itu di cawangan Maybank Dataran Maybank di Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016, dan 15 Mac 2018, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.\n\n\nAhli Parlimen Bagan Datuk itu juga berdepan dengan 27 pertuduhan pengubahan wang haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan pendapatan daripada aktiviti haram antara 29 Mac 2016 dan 11 April 2018.\n\n\nKesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di bank yang sama di Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, di sini, antara 29 Mac 2016 dan April 2018.\n\n\nAhmad Zahid 68 tahun juga berdepan dengan 40 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung sistem visa luar negara, yang menjadikan beliau berdepan dengan sejumlah 87 pertuduhan semuanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/kanak-kanak-5-hingga-12-tahun-wajar-divaksin-pakar/", "title": "Kanak-Kanak 5 Hingga 12 Tahun Wajar Divaksin \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n( Prof. Madya Dr. Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Ibu bapa dinasihatkan agar mengambil peluang program vaksinasi yang bakal dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.\n\n\nMenurut Pakar Kesihatan Awam, Profesor Madya Doktor Malina Osman, langkah ini adalah penting memandangkan data yang dikeluarkan oleh KKM menunjukkan sekitar 500 ribu kanak-kanak dijangkiti COVID-19 setakat ini.\n\n\nProf. Madya Dr. Malina Osman, Pakar Kesihatan Awam berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Lynas berhimpuan esok dibenarkan polis\n\n\n\n\n\n\nMurid, guru boleh terus pakai baju sukan \u2013 Fadhlina\n\n\n\n\n\n\nHukuman salah laku ADUN Sungkai dikekalkan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Azam Baki, Cubaan Heret Institusi Diraja \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nHarga Sayur Naik Himpit Kehidupan Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026. Vaksin kanak-kanak yang dimulakan pada bulan hadapan, yang berusia lima hingga 12 tahun\u2026. Ketinggalan dalam aktiviti sukan dan sosial serta sebagainya\u2026\u201d\n\n\nBeliau menambah, kanak-kanak yang berusia antara lima hingga dua belas tahun antara yang terdedah dengan risiko jangkitan terutama di kawasan tadika dan sekolah.\n\n\nOleh itu dengan pemberian vaksin ini, dijangkakan tularan wabak dapat dibendung.\n\n\nDalam pada itu, formulasi vaksin COVID-19 Comirnaty yang akan digunakan merupakan vaksin yang khas untuk kanak-kanak.\n\n\nUjar Prof. Madya Dr. Malina Osman lagi, bahawa :\n\n\n\u201c\u2026. Data-data yang dikumpulkan menunjukkan vaksin yang digunakan pada kumpulan umur adalah selamat dan berkesan\u2026 Perubahan varian baharu\u2026.\u201d\n\n\nPemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun akan bermula pada Februari ini, sebaik sahaja vaksin Pfizer khas untuk kanak-kanak, tiba di Malaysia mulai 31 Januari.\n\n\nSetiap kanak kanak yang mendapatkan suntikan pertama, memerlukan suntikan kedua dos vaksin itu selepas lapan minggu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/kos-rm150-juta-patut-disalurkan-pada-golongan-memerlukan-pakar/", "title": "Kos RM150 Juta Patut Disalurkan Pada Golongan Memerlukan \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n(Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Setiap kali Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan akan menelan kos perbelanjaan yang begitu tinggi.\n\n\nBagi PRN Johor dijangka melibatkan peruntukan sekurang-kurangnya RM150 juta.\n\n\nPensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia UPM, Profesor Madya Doktor Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, sebaiknya peruntukan RM150 juta itu disalurkan untuk bantuan tambahan kepada mangsa banjir dan pandemik Covid-19 selain boleh disalurkan membantu peniaga mikro serta perusahaan kecil dan sederhana.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Lawan tetap lawan\u2019 jadi \u2018dulu lawan sekarang kawan\u2019\n\n\n\n\n\n\nIsu Menara KL : Annuar Musa Ambil Tindakan Terhadap Tiga Individu\n\n\n\n\n\n\nFenomena \u2018Bossku\u2019 dalam UMNO belum berakhir \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nLelaki ditahan miliki dadah bernilai RM227,914\n\n\n\n\n\n\nJangan Biar Aset Negara Digadai, Dirampas Pihak Luar \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nProf Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM berkata :\n\n\n\u2018Setiap kali PRN diadakan yang tidak disekalikan dengan PRU maka ia melibatkan sejumlah kos yang besar mungkin saya ingat Johor ni pun RM150 Juta sekurang-kurangnya dan biasanya peruntukan ini tidak ada dalam belanjawan kerajaan persekutuan atau diperuntukan SPR sebab peruntukan tu sekali dengan PRU dengan Negeri maka ia melibatkan belanjawan tambahan dan peruntukan tambahan memang ini memberi bebanan kepada kerajaan persekutuan untuk menambahkan peruntukan kepada SPR.\u201d\n\n\nSehubungan itu, Dr Ahmad Razman berkata, peruntukan 150 Juta Ringgit itu lebih baik disalurkan kepada kepada rakyat terutamanya golongan yang memerlukan.\n\n\n\u201cSaya lihat RM150 juta tu memang sesuai seeloknya disalurkan kepada mereka yang memerlukan bantuan tambahan akibat banjir ataupun pandemik Covid-19 dan selebihnya juga untuk membantu perusahaan mikro kecil dan sederhaan kerana kita lihat banyak lagi perniagaan yang masih tidak mampu kembali kepada situasi sebelum pandemik mereka masih memiliki bebanan hutang tinggi operasi tinggi tetapi pendapatan tu belum lagi sampai seperti sebelumnya itu yang saya nampak lebih sesuai RM150 juta ribu untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan berbanding mengerjakan pilihan raya negeri.\u201d\n\n\nUntuk rekod perbelanjaan prn melaka tempoh hari ialah RM46 juta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/melayu-perlu-cintai-hak-dimiliki-tanah-rezab-pembela/", "title": "Melayu Perlu Cintai Hak Dimiliki, Tanah Rezab \u2013 PEMBELA", "body": "0\n\n\n( Melayu perlu cintai hak dimiliki, tanah rezab/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Mencintai Bangsa bukan satu racis, itu tegas Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya dalam satu forum khas Cinta Watan yang berlangsung siang tadi.\n\n\nKatanya, majoriti umat islam di negara ini, mempunyai prinsip untuk mempertahankan hak hak keistimewaan\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCalon BN akan guna logo dacing pada PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\nLantik Izzah, Anwar langgar konsep Nepotisme yang diperjuangkan \u2013 GTA\n\n\n\n\n\n\nKJ keterlaluan, Hishammuddin membelakang parti\n\n\n\n\n\n\n240 Pengembara VTL Udara Dari Singapura Tiba Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri perlu hormati keputusan PAU 2022\n\n\n\n\n\n\n\n\nHaji Aminuddin Yahaya sebagai Pengerusi PEMBELA berkata :\n\n\n\u201c\u2026 ini bukan racist saudara saudari,malah satu ketika dalam keadaan tertentu mencintai bangsa. Kerana bangsa ini lah. Bangsa melayulah . bukan bangsa lain\n\n\u2026.Yang pikiran tak betul tu berapa persen sahaja tetapi majoriti kita beriman dan bertakwa seperti dalam dwwan ini\u2026\u201d\n\n\nDalam program yang berlangsung hampir 3 jam ini, Naib Pengerusi Pembela Ustaz Masridzi Sat juga menekankan sifat yang perlu dididik untuk menjadi seorang bangsa Melayu yang berjaya sehingga ke titisan darah.\n\n\nIni kerana telah lebih 60 tahun malaysia merdeka, sehingga hari ini perebutan kuasa politik semakin serius dinegara ini.\n\n\n\n\nUstaz Masridzi Sat, Naib Pengerusi PEMBELA pula berkata :\n\n\n\u201c\u2026. kita tidak boleh berundur lagi tuan tuan puan puan kerana terlalu banyak kita memberi msa kepada terlalu banyak dan terlalu bersabar melihat kerenah mereka dari hari ke hari sejak zaman 60 tahun dahulu kemudian diambil alih oleh zaman 22 bulan kerajaan 22 bulan pun tak boleh arapkemudian diambil alih oleh kerajaan yang baru pulak dan sekrang kerajaan keluarga malaysia. Keluarga malaysia, kalau menang sorak kampung tergadai \u2026\u201d\n\n\nGerak cinta watan siri 1 yang diadakan di Raudhah City, Cyberjaya disertai lebih 600 wakil serta aktivis masyarakat yang ketengahkan beberapa isu teras bagi mencetus kesedaran serta cinta segenap lapisan masyarakat untuk kembali bersama memperkasa Watan Malaysia.\n\n\nAntara yang turut hadir Agamawan MAMPIR Maulana Iqbal Zain, Walid Ibrahim Al Malik selain Pengerusi Pembela Haji Aminuddin Yahaya dan Naib Pengerusi Pembela Ustaz Masridzi Sat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/pelajar-new-sales-wales-victoria-jalani-ujian-covid-19-2-kali-seminggu/", "title": "Pelajar New Sales Wales, Victoria Jalani Ujian Covid-19 2 Kali Seminggu", "body": "0\n\n\n( Pelajar New Sales Wales, Victoria Jalani Ujian Covid-19 dua Kali Seminggu/ sumber : bharian)\n\n\nAHAD, 23 JANUARI\n \u2013 Australia melaporkan 58 kematian akibat COVID-19 pada Ahad ketika dua negeri yang mempunyai paling ramai penduduk, New South Wales (NSW) dan Victoria akan melaksanakan ujian saringan COVID-19 dua kali seminggu ke atas pelajar apabila sesi persekolahan bermula minggu depan.\n\n\nNSW melaporkan 34 kematian akibat COVID-19, manakala Victoria menyaksikan 14 kematian, dan Queensland melaporkan 10 kematian.\n\n\nPegawai kesihatan berkata mereka percaya wabak Omicron memuncak di NSW dan Victoria, yang masing-masing melaporkan 20,324 dan 13,091 kes baharu pada Ahad.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAbbas lawat Jenin, suntik semangat kepada rakyat Palestin\n\n\n\n\n\n\nTujuh Maut Insiden Letupan Bas Di Afghanistan\n\n\n\n\n\n\nKartunis Turki balas sindiran karikatur tidak berperikemanusiaan Charlie Hebdo\n\n\n\n\n\n\nBERJASA lancar bantuan kecemasan gempa bumi Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\nArgentina tak sabar sambut wira Piala Dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nSesi persekolahan di Australia kembali selepas cuti musim panas.\n\n\nKetua Menteri NSW, Dominic Perrottet, berkata ibu bapa akan diminta menggunakan ujian antigen pantas dua kali seminggu untuk menyaring anak-anak mereka dan melaporkan sebarang keputusan kepada sekolah dan kerajaan.\n\n\nJutaan kit ujian sedang diedarkan kepada 3,000 sekolah minggu ini, dan pelajar perlu menjalani saringan sebelum menghadiri hari pertama persekolahan, katanya kepada pemberita di Sydney.\n\n\nGuru dan pelajar sekolah menengah akan diwajibkan memakai pelitup muka.\n\n\nVictoria juga mengesyorkan ujian dua kali seminggu terhadap pelajar di bawah rancangan kembali ke sekolah.\n\n\nKakitangan sekolah di NSW dan Victoria perlu divaksin COVID-19, dan guru di Victoria perlu mendapatkan suntikan dos penggalak selewat-lewatnya akhir Februari ini, kata pegawai kesihatan Victoria. \u2013 REUTERS\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/penduduk-berjanji-berdiri-teguh-selepas-salhiya-dirobohkan/", "title": "Penduduk Berjanji Berdiri Teguh Selepas Salhiya Dirobohkan", "body": "0\n\n\n(Pasukan keselamatan Israel berkawal ketika jentera memusnahkan rumah rakyat keturunan Palestin. \u2013 Foto AFP / sumber : bharian)\n\n\nAHAD, 23 JANUARI\n \u2013 Polis Israel memusnahkan rumah keluarga Palestin di timur bandar ini, iaitu kawasan sensitif Sheikh Jarrah, pada Rabu lalu, kata jurugambar AFP.\n\n\nBeberapa keluarga di kejiranan itu yang dihalau May tahun lalu mengakibatkan perang 11 hari di antara Israel dengan kumpulan serpihan Palestin di Gaza.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum subuh, polis Israel menyerbu rumah keluarga Salhiya, yang diugut untuk dihalau sejak 2017, kes yang menjadi kemuncak kemarahan kempen antipengusiran.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTidak lama kemudian, rumah itu dirobohkan jentera.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTradisi tembakan meriam iftar di Libya dihidupkan semula selepas 48 tahun\n\n\n\n\n\n\nAfghanistan : Russia Sedia Pertimbang Iktiraf Kerajaan Taliban\n\n\n\n\n\n\nSekatan terhadap rakyat Palestin ke Al-Aqsa ketika Ramadan\n\n\n\n\n\n\nTujuh terbunuh dalam serangan ke atas konvoi senjata di Syria\n\n\n\n\n\n\nSerangan Terbaharu Pakatan Arab Saudi Korbankan 20 Nyawa\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPolis Israel menyelesaikan pelaksanaan perintah pengusiran bangunan haram yang dibina di atas kawasan yang ditetapkan untuk sekolah kanak-kanak berkeperluan khas di timur Baitulmaqdis,\u201d menurut kenyataan polis.\n\n\n\u201cAhli keluarga yang tinggal di bangunan haram itu diminta diberi peluang untuk tidak terlalu berkira dan menyerahkan tanah itu dengan persetujuan\u201d.\n\n\nJurucakap polis memberitahu AFP, 18 ahli keluarga dan penyokong mereka ditahan ketika operasi itu kerana melanggar perintah mahkamah, bertindak ganas dan mengganggu ketenteraman awam, tetapi tiada pertempuran berlaku semasa kejadian.\n\n\nKeluarga Salhiya menghadapi ancaman pengusiran dari rumah mereka di kejiranan Sheikh Jarrah di Selepas Baitulmaqdis timur diduduki Israel sejak 2017, tanah tempat kediaman mereka dikhaskan untuk pembinaan sekolah.\n\n\nApabila polis tiba untuk melaksanakan perintah pengusiran pada hari Isnin lalu, ahli keluarga Salhiya naik ke bumbung bangunan dengan tong gas, mengugut untuk membakar diri mereka bersama tong gas, jika mereka dipaksa keluar dari rumah mereka.\n\n\nDelegasi diplomat Eropah yang turut melawat tapak itu, Ketua Misi Kesatuan Eropah ke Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, Sven Kuehn von Burgsdorff, memberitahu AFP, tindakan mengusir penduduk di wilayah yang diduduki itu melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa.\n\n\nKenyataan itu menyebabkan polis berundur.\n\n\nKelmarin, Timbalan Datuk Bandar Baitulmaqdis, Fleur Hassan-Nahoum, berkata lot kediaman yang didakwa milik keluarga Salhiya itu sebenarnya dimiliki orang perseorangan Palestin yang kemudian dijualnya kepada pihak berkuasa bandar itu, dikhaskan untuk dibina bilik darjah untuk kanak-kanak Palestin berkeperluan khas.\n\n\nKatanya, beliau sangat kecewa dengan tindakan diplomat Eropah dalam menghadapi sesuatu yang menjadi isu perbandaran, isu bangunan dan perancangan serta mengaitkannya dengan pelanggaran undang-undang antarabangsa.\n\n\nBeratus-ratus rakyat Palestin diusir dari kediaman mereka di Sheikh Jarrah dan kejiranan di Baitulmaqdis timur, kawasan sekitar diancam pengusiran dengan sebab yang berbeza-beza.\n\n\nDalam beberapa kes, orang Yahudi Israel membuat tuntutan undang-undang untuk pengambilan secara haram, ketika perang yang menyebabkan pembentukan wilayah Israel pada tahun 1948.\n\n\nPenduduk Palestin berkata, rumah mereka dibeli secara sah daripada pihak berkuasa Jordan yang mengawal Baitulmaqdis timur di antara 1948 dan 1967.\n\n\nIsrael menawan Baitulmaqdis timur dalam Perang Enam Hari 1967, namun penaklukan itu tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.\n\n\nLebih 200,000 peneroka Yahudi berpindah ke sektor timur bandar itu, mencetuskan ketegangan dengan rakyat Palestin, yang mendakwanya sebagai ibu negara masa depan mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/pensyarah-cipta-permainan-bantu-pelajar-tahfiz/", "title": "Pensyarah Cipta Permainan Bantu Pelajar Tahfiz", "body": "0\n\n\n( Pensyarah cipta permainan bantu pelajar tahfiz/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Menghafal Al-Quran adalah amalan yang sangat mulia dan mereka yang menghafalnya akan diangkat darjat menjadi imam.\n\n\nPelbagai cara boleh dilaksanakan untuk mengulang kaji hafalan Al-Quran antaranya melalui permainan Global Tahfiz Game yang sangat mudah dan menghiburkan untuk sesi mengulang kaji.\n\n\nIdea kreatif yang dihasilkan oleh pensyarah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dilihat mampu meningkatkan minat dan motivasi terutamanya pelajar tahfiz untuk menghafal dan mengulang kaji Al-Quran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJiao Zong tidak setuju soalan BM sama untuk SK dan SRJK\n\n\n\n\n\n\nJual Sijil Palsu, Doktor Disambung Reman\n\n\n\n\n\n\nKeadaan geografi Sungai Golok punca penyeludupan terus berlaku \u2013 Kastam\n\n\n\n\n\n\nKementerian Kewangan tidak terima cadangan mohon KWSP \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid dedah identiti 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nGlobal Tahfiz Game yang dibangunkan oleh Profesor Dr Azman Ab Rahman, Dr Muhammad Hafiz Saleh, Dr Abd Muhaimin Ahmad, Dr Zainora Daud dan Mohammad Anwar Zakaria telah disemak oleh Persatuan Tahfiz Negeri Selangor (PITAS).\n\n\nPermainan didik hibur ini dihasilkan dengan mengambil masa selama setahun kerana perlu membuat kajian secara terperinci selain mengambil silibus peringkat sekolah dan rujukan dari pakar.\n\n\nPermainan ini turut membantu dalam aspek pengurusan institusi tahfiz dan meningkatkan kefahaman dari sudut tajwid.\n\n\nProf Dr Azman Ab Rahman, Pengasas Global Tahfiz Game berkata :\n\n\n\u201cTetapi objektif sebenarnya kita satunya untuk meningkatkan minat dan motivasi untuk ulangkaji sebab satunya dah menghafal lepas menghafal kita nak ulangkaji tu bukan mudah nak mengingat jadi macam mana nak datangkan minat dan motivasi mengulangkaji jadi inilah antara kaedah yang kita bangunkan antaranya permainan yang lebih berbentuk didik hibur interaktif dan sebagainya mungkin lebih memudahkan para pelajar ini lebih mantapkan dan mengingatkan ayat Al-Quran dan sebagainya. Produk ni bukan hanya untuk ulang kaji hafalan tetapi dalam produk ni juga kita ada berkaitan dengan Tajwid dia ada soalan-soalan berkaitan tajwid.\u201d\n\n\nPermainan ini juga diwujudkan bagi membantu para guru tahfiz sebagai alat mengajar mereka di sekolah.\n\n\n( Kelihatan sekumpulan pelajar sedang bermain Global Tahfiz Game / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nBeberapa peralatan sampingan disediakan dalam permainan ini seperti kad soalan, kad semakan dan nota untuk mengukur tahap kemampuan pelajar.\n\n\n\u201cDalam permainan kita ni kita ada pelbagai soalan untuk mengukur tahap kemampuan pelajar untuk mengulangkaji jadi kita ada sediakan soalan tasmik soalan tasmik ni dari juzuk 1 sampai juzuk 30 jadi bagaimana nak bermain sebelum bermain pelajar ni tentukan kalaulah dia dah hafal juzuk pertama jadi dia ambil juzuk pertama dia letakkan dekat papan permainan jadi dia main juzuk pertama sahaja tetapi kalau dia dah fahal 5 juzuk dia ambil 5 kad juzuk tu dia letak, begitulah seterusnya.\u201d\n\n\nBagi anda yang berminat dengan permainan Global Tahfiz Game boleh layari dan hubungi Instagram Global Islamic Game."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/prn-johor-hanya-buang-masa-dan-sia-sia/", "title": "PRN Johor Hanya Buang Masa Dan Sia-Sia", "body": "0\n\n\n(\u00a0Haji Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Buang masa dan duit kerajaan, Pandangan itu dilemparkan oleh Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya apabila Menteri Besar Johor mengumumkan Kerajaan Negeri telah dibubarkan setelah mendapat perkenan Sultan Johor Semalam.\n\n\nHaji Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA berkata :\n\n\n\u201c.\u2026. bagi saya ia satu perkara yang tidak perlu dibuat sebenarnya demi keadaan yang menderita hari ini dan kita pun telah diberitahu PRU 15 pada tahun ini. Jadi jarak antara PRN ini dengan PRU enam bulan apa maknanya bagi saya ini melambangkan\u2026. sistem politik kita yang mendambakan kausa tanpa melihat penderitaan yang rakyat alami pandemik, mati pun 31 ribu orang ini satu waste of timw waste of kepada pihak kerajaan..\u201d\n\n\nJelas Aminuddin lagi, langkah kerajaan negeri untuk membubarkan DUN adalah satu tindakan yang tidak berasas dan membuang masa. Ini kerana jarak antara PRN dan PRU amat dekat sekali.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSampai Bila Mahu Biarkan Negara ditadbir Pemimpin Rakus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat khas namakan calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 : inisiatif tambahan diumum hari ini\n\n\n\n\n\n\nDAP, UMNO bukan kahwin paksa \u2013 Anthony Loke\n\n\n\n\n\n\nTiada Lagi PKP Di Seluruh Negara, Termasuk Pada Aidilfitri Ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan.\n\n\nIa selepas kerajaan negeri hanya mempunyai kelebihan satu kerusi, iaitu 28 berbanding 27 kerusi milik Pakatan Harapan (PH)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/prn-patut-diadakan-serentak-pru-supaya-memudahkan-rakyat/", "title": "PRN Patut Diadakan Serentak Pru Supaya Memudahkan Rakyat", "body": "0\n\n\n(Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Pilihan Raya Negeri diadakan kerana dianggap Perdana Menteri belum mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.\n\n\nMengulas lanjut, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan berkata, seharusnya Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum diadakan sekali bagi memudahkan rakyat untuk mengundi.\n\n\nDr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Noh Omar sokong kenyataan MAIS\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Operasi SAR ditangguh sementara akibat hujan lebat\n\n\n\n\n\n\nBERSATU lapor polis fitnah terhadap Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nGempa ranapkan tinggalan sejarah Kota Gaziantep berusia 2,200\n\n\n\n\n\n\nPolis percepat siasatan pelajar kecam soalan Sejarah SPM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDikatakan PRN itu telah menjadi satu tradisi. Ini kita fahami kerana politik itu menjadi kawalan kerajaan negeri tetapi masalahnya parti politik yang mahukan pilihan raya itu tidak mempunyai kawalan terhadap kerajaan persekutuan dalam hal ini UMNO walaupun perdana menteri daripada umno tetapi PM tidak berminat mengadakan PRU secepat mungkin saya baca kenapa PRN itu diadakan bermula Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor selepas ini itu sahaja yang mereka ada dalam hal ini jikalau apa yang berlaku di Melaka itu juga berlaku di Johor UMNO hampir menyapu bersih maka besar kemungkinan selepas johor itu pilihan raya umum.\u201d\n\n\nTambah Azmi, sebaik-baiknya PRU dan PRN diadakan serentak, bukan sahaja dapat menjimatkan bajet bahkan pengundi mudah membuat keputusan mereka.\n\n\n\u2018Seharusnya rakyat dan pengundi dah biasa di mana PRU dengan PRN diadakan sekali kerana mudah untuk pengundi buat keputusan bukan sahaja dari segi kos tetapi proses demokrasi itu lebih baik kecuali dulu Sarawak, Melaka dan Johor akan mengadakan Pilihan raya negeri berasingan tetapi sebaik-baiknya PRU dan negeri diadakan serentak seperti dikatakan tadi bukan sahaja kos minimum tapi memudahkan pengundi membuat keputusan mereka.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/r-naught-terus-melonjak-kedah-kl-melaka-n-sembilan-tinggi/", "title": "R-Naught Terus Melonjak \u2013 Kedah, KL, Melaka, N. Sembilan Tinggi", "body": "0\n\n\n( / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 kadar kebolehjangkitan atau R-naught COVID-19 terus melonjak hingga mencecah 1.07, semalam, selepas meningkat melepasi 1.00 sehari sebelumnya.\n\n\n\n\nKelmarin, Malaysia merekodkan R-t 1.03 selepas beberapa minggu kadar, cuma berlegar antara 1.00 dan 0.99 di peringkat kebangsaan.\n\n\n( Twitter, Tan Sri Dr Noor Hisham/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nMenerusi ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan dari 5 hingga 7 Januari lalu kadar r-naught terendah ialah di antara 0.96 hingga 0.95\n\n\nNegeri Sembilan, Kuala Lumpur, Kedah dan Melaka catat Rt melebihi kadar kebangsaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/tiada-lagi-pkp-di-seluruh-negara-termasuk-pada-aidilfitri-ini/", "title": "Tiada Lagi PKP Di Seluruh Negara, Termasuk Pada Aidilfitri Ini", "body": "0\n\n\n( Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara akan dilaksanakan selepas ini.\n\n\nDemikian jaminan diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan keresahan rakyat apabila PKP akan dilaksanakan semula termasuk ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.\n\n\n\u201cSaya pernah umumkan bahawa kita tidak akan buat lagi PKP seluruh negara, negeri dan daerah. Sektor ekonomi buka seperti biasa, saya beri jaminan tidak akan akan menutup lagi negara dari segi perniagaan, pergerakan rakyat bebas seperti biasa, tetapi kita fokus kawasan bersasar sahaja,\u201d\n\n\n\u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob\n\n\nMenurut beliau pada masa akan datang tiada PKP akan dilakukan lagi di seluruh negara, manakala sektor ekonomi akan dibuka seperti biasa sebaliknya hanya kawasan bersasar akan diberi tumpuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHujan Berterusan Dijangka Sehingga Esok\n\n\n\n\n\n\nTiada cadangan tutup akaun media sosial yang disalah guna \u2013 Fahmi\n\n\n\n\n\n\nTolak Pilihan Raya Awal\n\n\n\n\n\n\nHerba ada kandungan babi? \u2026`itulah pentingnya english edukesyen\u2019!\n\n\n\n\n\n\nKPT perkenal Menu Siswa Rahmah RM3.50 di Universiti Awam, Politeknik\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media selepas perjumpaan bersama anggota-anggota Kemas daerah Bera, Pahang.\n\n\nUjar Perdana Menteri, sekiranya sesuatu kawasan berlaku peningkatan jumlah kes positif Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana.\n\n\nJadi kata beliau jangan bimbang dan membuat spekulasi, menyatakan kononnya rakyat tidak boleh bergerak bebas seperti balik kampung dan sebagainya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/tujuh-maut-insiden-letupan-bas-di-afghanistan/", "title": "Tujuh Maut Insiden Letupan Bas Di Afghanistan", "body": "0\n\n\n(Tujuh Maut Insiden Letupan Bas Di Afghanistan / sumber : ismaweb)\n\n\nAHAD, 23 JANUARI\n \u2013 Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam insiden bas meletup di bandar Herat, barat Afghanistan pada Sabtu.\n\n\nBom yang dilekatkan pada tangki minyak bas itu turut menyebabkan sembilan orang lagi cedera.\n\n\n\u201cEmpat wanita antara tujuh yang terbunuh,\u201d kata ketua hospital wilayah Herat, Arif Jalali kepada AFP.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n70 buah rumah milik rakyat Palestin dirampas Israel\n\n\n\n\n\n\nTentera Israel mula berundur dari Jenin\n\n\n\n\n\n\nDiarah robohkan kelas, pelarian Syria tetap berusaha belajar agama\n\n\n\n\n\n\nSweden tiada harapan dapat sokongan Turkiye sertai NATO \u2013 Erdogan\n\n\n\n\n\n\nPertubuhan Islam Indonesia bimbang larangan majlis buka puasa\n\n\n\n\n\n\n\n\nLetupan itu disahkan oleh pejabat perisikan Herat.\n\n\n\u201cLaporan awal menunjukkan ia adalah bom yang dilekatkan pada tangki minyak kenderaan penumpang,\u201d kata jurucakap pejabat itu, Sabit Harwi.\n\n\nPolis wilayah Herat turut mengesahkan letupan bom itu.\n\n\nTahap keselamatan di Afghanistan bertambah baik sejak pemberontakan selama dua dekad oleh Taliban berakhir dengan penawanan ke atas ibu kota Kabul pada Ogos lepas.\n\n\nBagaimanapun, beberapa serangan dilaporkan setiap minggu di seluruh negara, termasuk yang didakwa dilakukan kumpulan Daesh.\n\n\nHerat ialah bandar ketiga terbesar di negara itu, terletak berhampiran sempadan Iran dan kekal aman dalam beberapa bulan kebelakangan ini. \u2013 Agensi\n\n\n-Ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/tumpahan-minyak-peru-isytihar-darurat-alam-sekitar/", "title": "Tumpahan Minyak, Peru Isytihar Darurat Alam Sekitar", "body": "0\n\n\n(Kru melakukan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di pantai Lima, Peru. \u2013 Foto AFP / sumber : bharian)\n\n\nAHAD, 23 JANUARI\n \u2013 Peru mengisytiharkan darurat alam sekitar pada Sabtu susulan tumpahan minyak di sepanjang pantainya disebabkan gelombang kesan letusan gunung berapi di Pasifik Selatan.\n\n\nMenerusi perintah 90 hari itu, Kementerian Alam Sekitarnya berkata, mereka merancang mengurus 21 pantainya selepas dicemari 6,000 tong minyak yang tumpah dari kapal tangki di loji penapisan, Sabtu lalu.\n\n\nTumpahan itu terjadi susulan letusan kuat gunung berapi bawah laut berhampiran Tonga Sabtu lalu, mengakibatkan gelombang tsunami di sekitar Pasifik sehingga ke Amerika Syarikat (AS).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Kuwait perintahkan Jho Low dihukum penjara 10 tahun\n\n\n\n\n\n\nJuruterbang enggan bawa Presiden Israel ke London\n\n\n\n\n\n\nBERJASA lancar bantuan kecemasan gempa bumi Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\nTiada rakyat Malaysia terjejas gempa di Syria\n\n\n\n\n\n\nVarian baharu Covid-19 `Kraken\u2019 \u2013 mula ancam dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi Peru, tumpahan minyak berhampiran Lima mengakibatkan pantai menjadi kotor, membunuh burung serta menjejaskan industri perikanan dan pelancongan.\n\n\nKerajaan menuntut bayaran ganti rugi daripada syarikat gergasi Sepanyol, Repsol yang juga pemilik loji penapisan berkenaan.\n\n\nKementerian itu menjelaskan, 174 hektar (menyamai 270 padang bola sepak) laut, pantai serta rizab semula jadinya terjejas ekoran tumpahan minyak itu.\n\n\nKementerian itu berkata, petugasnya sudah membersihkan tumpahan itu sejak beberapa hari lalu, namun perintah darurat dikeluarkan selepas minyak yang masih berada dalam air terus merebak sejauh 40 kilometer dari lokasi tumpahan asal.\n\n\nKetika mengisytiharkan darurat, kementerian itu berkata, insiden tumpahan berkenaan memberi kesan ketara terhadap ekosistem marin pantai, yang mempunyai kepelbagaian biologi utama.\n\n\nSementara itu, Repsol berkata, syarikat itu bertanggungjawab untuk operasi pembersihan segera berikutan kilang penapisannya terletak di bandar Ventanilla berhampiran Lima.\n\n\nRepsol berkata, tumpahan itu berlaku kerana gelombang disebabkan letusan di Pasifik, selain menyatakan kerajaan tidak memberi amaran awal kemungkinan kesan letusan dasar laut itu.\n\n\nRepsol turut memaklumkan 1,350 petugasnya sudah dikerah bagi operasi pembersihan menggunakan trak pelantar, \u2018Skimmer\u2019, penghadang pembendung terapung serta peralatan lain.\n\n\nRepsol berkata mereka sudah mengerahkan segala usaha untuk langkah pemulihan daripada insiden tumpahan itu.\n\n\nMinggu lalu, nelayan dan penduduk tempatan yang tinggal di sekitar pantai mengadakan protes berikutan kehilangan sumber mata pencarian mereka secara tiba-tiba. \u2013 AFP.\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/umno-mahu-tanding-42-kerusi-dun-johor-mohamad-hasan/", "title": "\u2018UMNO Mahu Tanding 42 Kerusi Dun Johor\u2019 \u2013 Mohamad Hasan", "body": "0\n\n\n(Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 UMNO meletakkan sasaran 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.\n\n\nTimbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jumlah sasaran itu belum mengambil kira kerusi DUN bagi komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.\n\n\n\u201cKami menyasar minimum 42 daripada 56 kerusi DUN di Johor. Ini hanya mengambil kira UMNO sahaja,\u201d\n\n\nMemetik laporan Berita Harian, beliau berkata, parti itu masih di peringkat perbincangan bersama rakan komponen dan akan memutuskan jumlah akhir tidak lama lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDebat ekonomi Rafizi, Syahir pada 9 Ogos\n\n\n\n\n\n\n30 rakyat Malaysia bakal tiba di tanah air esok\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP Ambil Tindakan Segera\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Vape, rokok elektronik akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak guna wang kerajaan \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum itu, Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad memberitahu BN negeri itu bercadang bertanding tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin menang dua pertiga daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRN akan datang.\n\n\nBeliau berkata namun keputusan itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/24/zahid-diperintah-bela-diri-atas-47-pertuduhan/", "title": "Zahid Diperintah Bela Diri Atas 47 Pertuduhan", "body": "0\n\n\n( Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.\n\n\nAhli Parlimen Bagan Datuk bersama pasukan peguam beliau mahu meneruskan usaha membela dirinya mengikut prosedur ditetapkan.\n\n\nHakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintah Zahid membela diri setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid, 69, terhadap 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu, yang dimiliki Ahmad Zahid.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenempatan haram PATI seluas dua padang bola dibongkar\n\n\n\n\n\n\nPH desak Abdul Hadi lapor polis jika DAP promosi Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid mohon pasport dikembalikan untuk jalankan tugas rasmi\n\n\n\n\n\n\nAmirudin, isteri datang buang undi menaiki motosikal vespa\n\n\n\n\n\n\nBeri PReP kepada pasangan homoseksual untuk elak HIV adalah subahat -Mufti\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Seri Ahmad ZAHID Hamidi, Presiden UMNO berkata :\n\n\n\u201csaya peribadi dan peguam-peguam\u2026.\n\n\u2026.pasukan guaman saya akan menjalankan tugas mengikut prosedur yang telah ditentukan mahkamah.\u201d\n\n\nBeliau bagaimanapun tidak mengambil sebarang soalan daripada wartawan, dan terus berlalu meninggalkan mahkamah selepas membuat kenyataan ringkas itu.\n\n\nSuasana di luar Mahkamah Tinggi juga kekal tenang berikutan keputusan itu, dengan puluhan penyokong Ahmad Zahid berkumpul secara aman dan memberi kata-kata semangat kepadanya ketika beliau bergerak masuk ke dalam kereta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/17-kanak-kanak-terbunuh-di-yaman-sejak-januari/", "title": "17 Kanak-Kanak Terbunuh Di Yaman Sejak Januari", "body": "0\n\n\n(17 kanak-kanak terbunuh di Yaman bulan ini akibat pertempuran berterusan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Kira-kira 17 kanak-kanak terbunuh di Yaman bulan ini akibat pertempuran berterusan di negara yang dilanda perang itu, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).\n\n\nPengarah wilayah UNICEF untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Ted Chaiban dalam satu kenyataan berkata, angka itu hampir dua kali ganda daripada jumlah keseluruhan pada Disember lalu.\n\n\nKatanya, lebih 10,000 kanak-kanak cedera mahupun terbunuh di negara itu sejak 2014.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes Positif Global Melebihi 350 Juta\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Berjanji Berdiri Teguh Selepas Salhiya Dirobohkan\n\n\n\n\n\n\nWanita cuba seludup 22 ekor ular dari KLIA ke India\n\n\n\n\n\n\nTaliban tahan pengasas projek sekolah perempuan Afghanistan\n\n\n\n\n\n\n4 dekad, Maher akhirnya bebas sebagai tahanan paling lama rejim Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi,\u201d katanya sambil menggesa pesaing Yaman yang berperang dan negara mempunyai pengaruh ke atas mereka untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan melindungi orang awam, termasuk kanak-kanak, pada setiap masa.\n\n\nKatanya, fasiliti awam termasuk kemudahan pendidikan serta perubatan tidak seharusnya menjadi sasaran dan perlu sentiasa dihormati.\n\n\nYaman dilanda keganasan dan ketidakstabilan sejak 2014, apabila Houthi \u2013 yang bersekutu dengan Iran \u2013 menawan sebahagian besar negara itu, termasuk Sanaa.\n\n\nKonflik itu menyebabkan salah satu krisis kemanusiaan paling teruk di dunia, dengan hampir 80 peratus atau sekitar 30 juta orang memerlukan bantuan dan perlindungan kemanusiaan.\n\n\nMenurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 13 juta orang dalam bahaya kebuluran. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/525-pelajar-positif-15-sekolah-ditutup-di-kedah/", "title": "525 Pelajar Positif, 15 Sekolah Ditutup Di Kedah", "body": "0\n\n\n(Exco Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Kes positif COVID-19 membabitkan kluster pendidikan di negeri ini, dianggap membimbangkan apabila seramai 525 pelajar dan 25 guru disahkan dijangkiti setakat ini.\n\n\nExco Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata;\n\n\n\u201c\u2026jumlah itu adalah membabitkan lapan kluster pendidikan yang dikesan di seluruh negeri menyebabkan 15 sekolah terpaksa ditutup.\u201d\n\n\nDatuk Najmi Ahmad, Exco Pendidikan, Agama dan Sumber Manusia Kedah berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCuri air pili bomba, kontraktor bayar kompaun RM100\n\n\n\n\n\n\nUlama perlu berani tegur kerajaan \u2013 Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nKPM bincang kenaikan gaji guru ada kelayakan lebih tinggi\n\n\n\n\n\n\nBainun bersalah dua pertuduhan abai, aniaya Bella\n\n\n\n\n\n\n30 produk raih anugerah industri reka bentuk Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDi Kedah terdapat 15 sekolah terjejas akibat COVID-19 membabitkan 525 pelajar, semua sekolah perlu memberi perhatian terhadap usaha meningkatkan tahap pematuhan SOP masing-masing,\u201d\n\n\n\u201cBanyak kes berlaku di asrama sekolah harian yang terbuka, jadi diharapkan mereka mempertingkatkan pelaksanaan SOP di sekolah,\u201d\n\n\nJabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dan pihak pengurusan sekolah meningkatkan pemantauan termasuk memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi.\n\n\nJabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan kes positif COVID-19 membabitkan pelajar sekolah antaranya di Daerah Pendang, Kulim, Kubang Pasu, Yan dan Kuala Muda.\n\n\nMengulas lanjut, Najmi berkata, secara keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di sekolah masih dalam keadaan terkawal dan ibu bapa diharap tidak terlalu bimbang.\n\n\n\n\nAngka harian covid-19 hari ini mencatatkan sedikit penurunan kepada 3,856 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif individu yang dijangkiti covid-19 sebanyak 2,836,159 kes.\n\n\nBagi pecahan kes mengikut negeri akan dimuatnaik meneruis laman web covidnow selepas tengah malam ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/hanya-sempadan-negara-sahaja-tutup-pm/", "title": "Hanya Sempadan Negara Sahaja Tutup \u2013 PM", "body": "0\n\n\n(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Kerajaan menegaskan untuk tidak melaksanakan sekatan terhadap pergerakan rakyat dan sektor ekonomi meskipun berlaku penularan Covid-19.\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tumpuan kerajaan ketika ini adalah terus mengurangkan kes pandemik dan pada masa sama memulihkan ekonomi.\n\n\nDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n3,214 Hektar Tanah Rizab Melayu Perak Dimiliki Bukan Melayu\n\n\n\n\n\n\nPertama kali dalam sejarah, Terengganu tiada pembangkang\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan KJ beri kelebihan kepada PN\n\n\n\n\n\n\nPEMUDAH ditambahbaik, Malaysia destinasi mesra perniagaan \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nPusat Rawatan TH Diiktiraf Arab Saudi, Negara Pertama Diluluskan Permit\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u201cDua hari lalu, kerajaan sudah mengumumkan kita tidak membuat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menyekat pergerakan rakyat. Tiada istilah menyekat pergerakan dari daerah ke daerah dan negeri ke negeri lain. Cuma, (yang) kita masih menutup adalah sempadan negara,\u201d\n\n\nIsmail Sabri berkata, penutupan sempadan terpaksa dilakukan kerana kes di luar negara masih tinggi \u2013 justeru itu, langkah berhati-hati perlu diambil walaupun sudah memulakan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) dengan Singapura.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.\n\n\nIsmail berkata, walaupun sesetengah negara sudah mengurangkan prosedur operasi standard (SOP) untuk pelancong ke negara mereka, kerajaan masih mempertimbangkannya dan mungkin akan mengambil langkah sama.\n\n\nMengulas lanjut katanya, KKM boleh mempertimbangkan kelonggaran SOP sekiranya pemberian vaksin lengkap dua dos dan dos penggalak selesai dilaksanakan.\n\n\nBeliau berkata demikian bagi mengulas mengenai khabar angin disebarkan di media sosial mengenai umat Islam tidak boleh pulang ke kampung untuk berhari raya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/kepimpinan-felda-peneroka-fokus-tangani-isu-dadah/", "title": "Kepimpinan Felda, Peneroka Fokus Tangani Isu Dadah", "body": "0\n\n\n(Pengerusi Pertubuhan Satu Silaturahim Anak Felda (1SAF), Yahya Zakaria / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Semua pihak termasuk kepemimpinan Felda dan peneroka tanah rancangan tersebut perlu memberikan fokus utama dalam isu penyalahgunaan dadah di perkampungan Felda ketika ini.\n\n\nPengerusi Pertubuhan Satu Silaturahim Anak Felda (1SAF), Yahya Zakaria berkata, penyelesaian isu tersebut juga perlu dijadikan tanda aras petunjuk prestasi utama (KPI) ketua-ketua peneroka dan pegawai-pegawai Felda terlibat.\n\n\n\u201cSaya cadangkan isu ini turut dijadikan tanda aras KPI semua pihak terutama ketua-ketua peneroka dan penerokawati, pegawai-pegawai Felda termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang wujud dan bergiat aktif di dalam kawasan Felda. Kuatkan tekad dan ikhlaskan niat untuk bersama-sama berusaha menyedarkan masyarakat dan perkara ini perlu mendapat sokongan moral dan dana peruntukan Felda dan kerajaan,\u201d \u2013 Pengerusi Pertubuhan Satu Silaturahim Anak Felda (1SAF), Yahya Zakaria\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan mencadangkan isu ini menjadi tanda aras KPI semua pihak termasuk ketua-ketua peneroka, penerokawati pegawai FELDA, NGO yang wujud bergiat aktif dalam kawasan FELDA.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPas kekal jadi pembangkang konstruktif, tidak sertai Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nTekanan Terhadap Pembelian Saham Keterlaluan\n\n\n\n\n\n\nRonnie Liu mohon tamatkan keahlian bersama DAP\n\n\n\n\n\n\nGEG: Kajian kawalan penggunaan rokok, vape dijalankan serentak\n\n\n\n\n\n\nBadan Kehakiman Diugut : Pandangan Sebelah Lagi\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik utusan tambah Yahya, dalam pada semua pihak kini mengejar kemajuan dan mahu mencapai sasaran tinggi, diharapkan supaya isu-isu masyarakat yang perlu dibendung segera seperti isu penagihan dadah di dalam tanah rancangan tidak dipinggirkan.\n\n\nKatanya sebahagian penagih dadah ini telah lama lalai, jangan kita pula lalai untuk berusaha membantu dan mencegah masyarakat daripada terus rosak.\n\n\nKelmarin, media melaporkan polis menahan 41 lelaki dan seorang wanita disyaki penagih dan tokan dadah dalam serbuan Op Tapis Khas dan Op Sarang di tiga kawasan Felda sekitar Tampin iaitu Felda Bukit Jalor, Felda Sungai Kelamah dan Felda Jelai 4.\n\n\nSebelum itu, seramai 17 orang lelaki ditangkap dalam Op Sarang yang dijalankan polis di lokasi tumpuan penagih dadah di dalam ladang kelapa sawit di Felda Palong 4, 5 dan 6 di Jempol."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/kuil-masih-ada-yayasan-kubra-tersekat-bina-pusat-perlindungan/", "title": "Kuil Masih Ada, Yayasan Kubra Tersekat Bina Pusat Perlindungan", "body": "0\n\n\n( Wan Asshima Kamarussin, Ahli Yayasan Kubra / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Walapun sudah hampir setahun laporan polis dibuat ke atas pencerobohan tanah milik Yayasan Kubra di Rawang, namun pihak kuil yang menceroboh masih tidak berganjak dari tanah berkenaan.\n\n\nDengan nada kecewa, Ahli Yayasan Kubra, Wan Asshima Kamaruddin berkata pihak terpaksa akur dengan hasil perbincangan iaitu perlu menunggu lokasi baru supaya kuil itu dipindahkan dari tanah milik mereka.\n\n\nPerbincangan yang berlangsung hari ini membabitkan pihak Yayasan Kubra, pihak kuil, wakil pejabat tanah dan dihadiri ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Keen serta ADUN Rawang, Chua Wei Kiat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPastikan Status Kesihatan Dulu Sebelum Memandu \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Pulihkan kedudukan kewangan, jaga keperluan rakyat \u2013 KM Sabah\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa khas kaji kedudukan, pengiktirafan Leftenan Adnan perlu ditubuhkan\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP jamin isu harga, bekalan ayam selesai dua minggu\n\n\n\n\n\n\nHormati keputusan mahkamah tolak rayuan SIS Forum\n\n\n\n\n\n\n\n\nHasil perbincang berkenaan memutuskan, kuil yang berada di atas tanah Yayasan Kubra perlu dipindahkan dan akan mengambil masa sehingga lokasi baru yang sesuai ditemui.\n\n\nWan Asshima Kamarussin, Ahli Yayasan Kubra berkata :\n\n\n\u201cApa yang kita dapat hari ni pihak kuil akui dia akan pindah Cuma dia tengah tunggu relokasi tanah baru dicari insyAllah diorang dalam pencarian jadi saya fikir satu benda kalau diturun di tanah pun dia tak dapat menyelesaikan masalah sebab pihak kuil ni dia tetap dengan pendiriannya apa semua.\u201d\n\n\nWan Asshima yang juga merupakan Pengasas Pondok Hijrah Muslimah Malaysia (MUM) berkata, pihaknya mempunyai perancangan yang lebih besar iaitu mahu membina pusat perlindungan wanita dan remaja di tanah tersebut.\n\n\nBagaimanapun, proses yang sepatutnya berjalan lebih cepat terganggu dan pihaknya hanya mampu memfokuskan lakaran pelan pusat perlindungan berkenaan ketika ini.\n\n\n\u201cJadi kami fikir 1 altenatif kita siapkan dulu 1 lakaran ppwr pusat perlindungan wanita dan remaja dan selepas itu selepas siap semua jawatankuasa kita terus buat secara drastik pembangunan di situ saya terfikir itu satu sahaja untuk menyelesaikan masalah sebab tanah tu memang dah hak yayasan kubra dan kita telah maklumkan kepada pihak kuil dan kita memang tak bagi masa lagi sebab semakin lama orang kata dia pijak kepala jadi kita akan buat juga Cuma buat masa sekarang Yayasan Kubra tak akan turun di tanah itu sampailah kami dapat kelulusan pihak majlis untuk membangunkan bangunan di situ insyAllah.\u201d\n\n\nPada 10 Oktober tahun lalu kami sempat menyiarkan pencerobohan yang berlaku ke atas tanah Milik Yayasan Kubra.\n\n\nPihak penceroboh menuntut pampasan dari Yayasan Kubra sekiranya kuil haram itu mahu dipindahkan dengan alasan mereka sudah lama menjaga tanah yang terbiar kosong itu.\n\n\nMembidas dakwaan berkenaan, Wan Asshima berkata pihak Yayasan Kubra tidak pernah menyuruh mereka menjaga tanah itu dan Pihak kuil diberi tempoh 14 hari untuk mengosongkan tanah tersebut namun gagal dipatuhi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/mahkamah-israel-tolak-petisyen-keluarga-salhia-bina-semula-rumah/", "title": "Mahkamah Israel Tolak Petisyen Keluarga Salhia Bina Semula Rumah", "body": "0\n\n\n( Mahkamah Daerah Israel di Baitulmaqdis menolak, petisyen oleh keluarga Salhia untuk membina semula rumah mereka / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Mahkamah Daerah Israel di Baitulmaqdis menolak, petisyen oleh keluarga Salhia untuk membina semula rumah mereka yang dirobohkan minggu lalu oleh perbandaran Israel di barat Baitulmaqdis dalam usaha untuk mengambil alih tanah rumah itu.\n\n\nPeguam keluarga Salhia, Walid Abu Tayeh berkata, mahkamah menolak atas alasan perobohan itu adalah fakta.\n\n\nKatanya, selepas penolakan oleh Mahkamah Daerah, beliau akan membuat petisyen kepada Mahkamah Tinggi Israel atas alasan perobohan itu adalah haram.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIndonesia bawa keluar warganya termasuk rakyat Malaysia, Myanmar\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk tindakan bakar Al-Quran oleh ahli politik Denmark\n\n\n\n\n\n\nDi Caprio dedah Jho Low guna RM132 juta bayar dana politik Obama\n\n\n\n\n\n\nAngkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa\n\n\n\n\n\n\n14 terkorban banjir kilat Turkiye\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni kerana katanya, keluarga Salhia tidak pernah menerima perintah perobohan untuk rumah tersebut.\n\n\n\u201cJusteru keluarga itu boleh kembali ke tanahnya secara sah dan membina semula rumahnya,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, keluarga Salhiah diserang, dipukul, ditangkap dan rumah mereka dirobohkan oleh tentera penjajah Israel. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/najib-akan-mohon-peguam-diraja-dari-uk/", "title": "Najib Akan Mohon Peguam Diraja Dari UK", "body": "0\n\n\n( Mohd Ashrof Andrin Kamarul, Timbalan Pendakwa Raya/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memohon Peguam Diraja dari United Kingdom untuk rayuannya bagi membatalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta ringgit bagi kes melibatkan dana SRC International Sendirian Berhad di Mahkamah Persekutuan.\n\n\nMohd Ashrof Andrin Kamarul, Timbalan Pendakwa Raya berkata :\n\n\n\u201cPembelaan akan menulis surat kepada Mahkamah Persekutuan selewat-lewatnya esok mengenai hasrat untuk memohon Peguam Diraja dari UK untuk menghadiri dan berhujah mengenai rayuan Najib. Mahkamah menetapkan 28 Januari untuk pengurusan kes seterusnya bagi menentukan langkah berikutnya untuk rayuan,\u201d\n\n\nMenurut Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Andrin Kamarul peguam utama Datuk Seri Najib \u2014 Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara itu kepada Mahkamah Persekutuan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n30 produk raih anugerah industri reka bentuk Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKes Taun Kini Dikesan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nTukar MB Kelantan sebab Ahmad Yaakob uzur \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nKhidmat LRT di 6 stesen dihentikan bermula Ahad ini\n\n\n\n\n\n\nJAINJ, PDRM buru pengikut ajaran sesat Si Hulk\n\n\n\n\n\n\n\n\nPelantikan Peguam Diraja itu akan dibuat secara \u2018ad-hoc\u2019 selepas mendapat kebenaran daripada mahkamah Malaysia.\n\n\nMahkamah juga menetapkan 15 dan 16 Mac untuk mendengar rayuan Najib untuk mengemukakan bukti baharu.\n\n\nPada 7 Disember lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi rayuannya dalam kes S-R-C dengan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baharu diperlukan untuk keadilan dalam kes itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/oslo-jadi-tuan-rumah-perbincangan-taliban/", "title": "Oslo Jadi Tuan Rumah Perbincangan Taliban", "body": "0\n\n\n( Oslo Jadi Tuan Rumah Perbincangan Taliban / sumber : ismaweb)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Delegasi Taliban memulakan perbincangan selama tiga hari sejak semalam, bersama beberapa wakil masyarakat sivil Afghanistan di Oslo, lapor pihak berkuasa Norway.\n\n\nPerbincangan hari pertama diketuai oleh Menteri Luar Sementara, Amir Khan Muttaqi yang diadakan secara tertutup, di Oslo selepas pihaknya menawarkan lokasi perbincangan.\n\n\nJurucakap Menteri Luar Afghanistan, Abdul Qahar Balkhi mengesahkan perbincangan berkenaan di Twitter sambil menyatakan, pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan beberapa personaliti Afghanistan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTumpahan Minyak, Peru Isytihar Darurat Alam Sekitar\n\n\n\n\n\n\nTaliban Tangkap Pensyarah Lantang Kritik Pentadbiran\n\n\n\n\n\n\nPakistan kenakan larangan perjalanan ke atas Imran Khan\n\n\n\n\n\n\nHAMAS bagi amaran jangan tukar status quo Masjidil Aqsa!\n\n\n\n\n\n\nNetizen gesa boikot produk Sweden\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDalam perbincangan berkenaan semua peserta mendengar pendapat sambil bertukar pandangan dalam situasi semasa di negara sedang bergolak.\n\n\n\u201cMereka bersetuju supaya semua rakyat perlu bekerjasama untuk memastikan keadaan politik, ekonomi dan keselamatan negara kembali stabil dan kukuh,\u201d katanya dalam kenyataan.\n\n\nKesemua peserta bersetuju dan memahami persefahaman serta menyifatkan kerjasama tersebut adalah jalan penyelesaian terbaik kepada Afghanistan.\n\n\n\u201cSemua peserta dengan satu suara menyifatkan perbincangan berkenaan adalah kepentingan kepada negaranya,\u201d katanya.\n\n\nMalah, kesemua delegasi berterima kasih kepada Norway yang memberi peluang sedemikian dengan menyediakan lokasi bagi mereka berhimpun dan menyelesaikan permasalahan.\n\n\nKenyataan berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan siapa yang terlibat dalam perbincangan yang diadakan.\n\n\nPerbincangan berkenaan diadakan berikutan kebimbangan terhadap situasi di Afghanistan sehingga menyebabkan krisis kemanusiaan dan Norway bersedia menjadi tuan rumah untuk memberi peluang kepada perwakilan mengadakan perbincangan bermula 23 hingga 25 Januari.\n\n\nMenteri Luar Norway, Anniken Huifeldt berkata, pihak amat bimbang tentang keadaan yang berterusan berlaku di Afghanistan, mengorbankan jutaan penduduk berikutan berdepan bencana kemanusiaan yang besar.\n\n\n\u201cUntuk dapat membantu penduduk di Afghanistan, adalah penting bagi kedua-dua masyarakat dan wakil Afghanistan dari pelbagai pihak terlibat dalam dialog dengan Taliban,\u201d tambahnya.\n\n\nSehingga kini, separuh daripada penduduk Afghanistan berdepan kelaparan melampau selain kehilangan tempat tinggal, serta jutaan kanak-kanak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan disebabkan keadaan politik yang tidak aman. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/pejuang-hak-asasi-iran-narges-mohammadi-kembali-dipenjarakan/", "title": "Pejuang Hak Asasi Iran, Narges Mohammadi Kembali Dipenjarakan", "body": "0\n\n\n(Narges Mohammadi dijatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan lebih 70 sebatan ke atas pejuang hak asasi manusia / sumber ; TV Pertiwi)\n\n\nISNIN, 24 JANUARI\n \u2013 Mahkamah Iran menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan lebih 70 sebatan ke atas pejuang hak asasi manusia, Narges Mohammadi, semalam.\n\n\nMenurut suaminya, Taghi Rahmani menerusi Twitter, hukuman ke atas isterinya dijatuhkan selepas perbicaraan di mahkmah berlangsung selama lapan minit.\n\n\nBagaimanapun, Taghi yang kini berada di Perancis berkata, keputusan terperinci hukuman ke atas Narges masih tidak jelas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnkara ucap terima kasih kepada Kuala Lumpur hantar SMART\n\n\n\n\n\n\nTiada rakyat Malaysia terjejas gempa di Syria\n\n\n\n\n\n\nElon Musk tukar logo Twitter dengan X\n\n\n\n\n\n\nJumlah kematian gempa bumi Turkiye, Syria meningkat melebihi 11,200\n\n\n\n\n\n\nIsrael jadikan Gaza `penjara di langit terbuka\u2019 : Kementerian Luar Rusia\n\n\n\n\n\n\n\n\nNarges telah berulang kali ditahan di penjara dan terbaharu beliau dibebaskan pada Oktober 2020.\n\n\nBeliau kemudian ditahan semula pada November lalu di Karaj di luar Tehran, semasa menghadiri peringatan untuk seorang lelaki yang terbunuh ketika protes di seluruh negara pada November 2019.\n\n\nSebelum penahanan terbaharunya, Narges bekerjasama dengan keluarga lelaki dikatakan dibunuh pasukan keselamatan dalam protes 2019 bagi mencari keadilan untuk mereka.\n\n\nAmnesty International (Amnesty) mengutuk penahanan \u2018sembarangan\u2019 Narges dan menyifatkan wanita tersebut sebagai \u2018sasaran semata-mata bagi aktiviti hak asasi manusia yang aman\u2019.\n\n\nAktivis mengecam peningkatan penindasan di Iran sejak beberapa bulan lalu, termasuk pemenjaraan pejuang dan penggunaan hukuman mati yang lebih luas. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/penunjuk-perasaan-pertahan-sheikh-jarrah-ditahan-di-washington/", "title": "Penunjuk Perasaan Pertahan Sheikh Jarrah Ditahan Di Washington", "body": "0\n\n\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Beberapa orang telah ditangkap pada hari Ahad selepas menyertai protes aman di luar kedutaan Israel di Washington, bagi membantah pengusiran paksa rakyat Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis Timur dan kawasan lain di Palestin yang diduduki.\n\n\nPada awal hari itu, ratusan aktivis pro-Palestin berkumpul di hadapan kedutaan untuk membantah dasar Israel terhadap rakyat Palestin.\n\u00a0\n\n\nSelepas menghalang jalan di hadapan kedutaan, penunjuk perasaan memasang tiga khemah dan meletakkan sepanduk di hadapan pintu pagar bangunan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n17 Kanak-Kanak Terbunuh Di Yaman Sejak Januari\n\n\n\n\n\n\nLebih Sebulan Baiki Kabel Dasar Laut Tonga\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Israel Tolak Petisyen Keluarga Salhia Bina Semula Rumah\n\n\n\n\n\n\nWHO Jangka Omicron Bakal Jangkiti Separuh Eropah\n\n\n\n\n\n\nCOVID-19: Kes kalangan kanak-kanak AS rekod lebih 10 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRamai penunjuk perasaan memakai keffiyeh hitam dan putih, selempang yang melambangkan penentangan Palestin terhadap penjajahan serta pendudukan rejim pengganas Israel, sambil mereka mengangkat sepanduk berkata, \u201cLepaskan Sheikh Jarrah!\u201d\n\n\nPergerakan Belia Palestin (PYM), pertubuhan yang menganjurkan protes aman berkata, tujuh penunjuk perasaan telah ditangkap selepas protes dan mereka ditahan di dua presint di Washington.\n\n\nProtes itu berlaku di tengah-tengah kecaman meluas terhadap keputusan Israel minggu lalu untuk merobohkan rumah keluarga Salhiya di Sheikh Jarrah, menyebabkan 18 orang, termasuk kanak-kanak, kehilangan tempat tinggal.\n\n\nPerobohan itu dilakukan pada hari Rabu oleh operasi keselamatan besar Israel yang menyaksikan tentera Israel menyerbu rumah Mahmoud Salhiya dengan ganas sebelum menangkapnya, beberapa saudara dan penyokongnya.\n\n\n\u201cKami semua keluar ke sini hari ini untuk membantah keterlibatan AS dalam jenayah perang dan membiayai jenayah perang yang Israel lakukan terhadap rakyat Palestin.\n\n\n\u201cIsrael pada masa ini melakukan pembersihan etnik rakyat Palestin di Sheikh Jarrah, di al-Naqab, dan di al-Khalil. Dan kami tidak mahu duit cukai kami pergi ke arah itu,\u201d kata penganjur PYM, yang enggan dikenali.\n\n\nKetika ini, 37 keluarga Palestin tinggal di Sheikh Jarrah, enam daripada mereka\n\u00a0\n\n\n\u00a0\nmenghadapi pengusiran yang bakal berlaku.\n\n\nSejak 2020, mahkamah Israel telah mengarahkan pengusiran 13 keluarga Palestin di kawasan kejiranan itu. Mei lalu, pengusiran paksa beberapa keluarga mencetuskan gerakan protes antarabangsa, dengan puluhan ribu orang berarak di Washington, New York, London dan banyak bandar utama lain di seluruh dunia.\n\n\nSelebriti terkenal termasuk Bella Hadid, Mark Ruffalo, The Weeknd, Halsey, dan Kehlani, semuanya tampil sebagai solidariti dengan rakyat Palestin, sama ada secara langsung mengambil bahagian dalam protes atau berkongsi suara mereka di media sosial. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/pertemuan-umno-bincang-pengagihan-kerusi/", "title": "Pertemuan UMNO Bincang Pengagihan Kerusi", "body": "0\n\n\n(Pertemuan UMNO bincang pengagihan kerusi / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan dijangka berada di Johor sehingga esok bagi memperincikan butiran persiapan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.\n\n\nSumber Umno berkata, kunjungan kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu akan dimulakan dengan pertemuan tertutup bersama Pengerusi Perhubungan Umno Johor Datuk Hasni Mohammad yang juga Menteri Besar.\n\n\nPertemuan tertutup itu akan diadakan di Saujana, Johor pada jam 8.30 malam ini dengan disertai pimpinan Umno Johor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZahid Tidak Minta Annuar Musa Tandatangan SD\n\n\n\n\n\n\nDi Mana Agensi Kerajaan Di Saat Rakyat Kesusahan?\n\n\n\n\n\n\nAjaran sesat SiHulk pengaruh anak muda, hidup mewah di luar negara\n\n\n\n\n\n\nVarian XE belum dikesan di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nBN Umum Tidak Letak Calon Dalam PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas sumber itu juga, Esok pagi, Presiden dan Timbalan Presiden dijangka menyertai Mesyuarat Umno Johor bersama komponen Barisan Nasional (BN) di Bangunan Umno di Jalan Yahya Awal, bagi memperincikan butiran lanjut mengenai PRN Johor.\n\n\nSetakat ini, ketetapannya memang Presiden dan Timbalan Presiden akan ke Johor Bahru mulai malam ini, namun ia tertakluk perubahan saat akhir.\n\n\nSemalam, Umno dilaporkan mahu bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam PRN Johor yang akan diadakan.\n\n\nMohamad dilapor berkata, jumlah itu tidak mengambil kira kerusi Dun bagi parti komponen BN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/raikan-kepelbagaian-bukan-makna-korbankan-jati-diri/", "title": "Raikan Kepelbagaian Bukan Makna Korbankan Jati Diri", "body": "0\n\n\n( Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Penganalisis Politik / sumber : TV Pertwii)\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Meskipun negara sudah merdeka lebih 64 tahun, namun rakyat masih terkial-kial dalam mencari jati diri dan identiti.\n\n\nPenganalisis Politik, Profesor Doktor Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengingatkan dalam meraikan kepelbagaian bukan bererti kita boleh mengorbankan jati diri, identiti dan maruah.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSivakumar perlu cuti sebagai menteri\n\n\n\n\n\n\nTragedi Stadium Kanjuruhan, pegawai perlawanan bola dipenjara 18 bulan\n\n\n\n\n\n\nDunia akhirat perlu selari \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\nPilihan Raya Tetap Diadakan Dalam Penggal Kelima \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\nAkta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Ditambah Baik\n\n\n\n\n\n\n\n\nProf Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Penganalisis Politik berkata :\n\n\n\u201cJika tidak, negara ini akan hilang jati diri dan identiti, menjadi caca marba. Tidak mustahil, sudah pun berlaku, menjadi lebih barat daripada daripada barat, atau terlebih Cina,\u201d\n\n\nMengulas lanjut dalam hal ini, Ridhuan Tee meluahkan rasa hairan mengapa rakyat masih lagi belum dapat keluar daripada kemelut dalam usaha memajukan negara.\n\n\nJusteru itu, beliau tidak menolak kemungkinan antara penghalang terbesar dalam mengejar kemajuan adalah sikap sendiri begitu juga gejala rasuah yang semakin membarah, katanya dipetik menerusi portal Ismaweb.\n\n\nSelain itu, negara juga ketandusan pemimpin yang mempunyai jati diri dan beridentiti yang mampu membawa rakyatnya untuk sehati sejiwa, sehidup semati membangun agama, bangsa dan negara tercinta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/rehatkan-ahmad-zahid-dari-jawatan-presiden-umno-syed-ali/", "title": "Rehatkan Ahmad Zahid Dari Jawatan Presiden UMNO \u2013 Syed Ali", "body": "0\n\n\n( Laman Facebook, Datuk Seri Syed Ali berkongsi kebimbangan UMNO dan BN berdepan kesukaran meraih kemenangan besar pada PRU15/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu \u2018direhatkan\u2019 serta-merta daripada memegang jawatan penting dalam parti termasuk kerusi Presiden UMNO.\n\n\nBekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, kekosongan tersebut sewajarnya dipangku oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sesuai dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sehinggalah pemilihan pucuk pimpinan parti diadakan.\n\n\nMenerusi catatan terbaharu di laman Facebook nya, beliau berkongsi kebimbangannya UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan berdepan kesukaran untuk meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerkenal nama bersesuaian pada makanan bukan halal\n\n\n\n\n\n\nIndividu buat ciapan biadab berhubung kesihatan Abdul Hadi, diarah mohon maaf\n\n\n\n\n\n\nLEBIH 22 JUTA POPULASI DEWASA MALAYSIA LENGKAP VAKSIN\n\n\n\n\n\n\nLelaki tabur paku ditahan polis\n\n\n\n\n\n\nBuli Secara Emosi Perlu Diberi Perhatian \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, Keputusan PRU14 sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada UMNO bahawa pemimpin yang berdepan dengan kes mahkamah dan bergelumang dengan isu penyalahgunaan kuasa akan menjadi beban kepada parti dan dicemuh serta ditolak pengundi.\n\n\nDalam pada itu beliau berpandangan, Ismail Sabri perlu dipilih sebagai Presiden UMNO dan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden bagi menjamin survival parti untuk menghadapi PRU15."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/ribut-salji-jejas-2-8-juta-penduduk-syria/", "title": "Ribut Salji Jejas 2.8 Juta Penduduk Syria", "body": "0\n\n\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Hampir tiga juta penduduk Syria yang kehilangan tempat tinggal berdepan ancaman musim sejuk yang teruk akibat ribut salji melanda wilayah itu.\n\n\nSusulan itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa masyarakat antarabangsa membantu penduduk Syria untuk mendapatkan tempat berlindung daripada ancaman cuaca melampau itu.\n\n\n\u201cTiada sesiapa harus hidup dalam keadaan ini dan ia sama sekali tidak boleh diterima. Kami amat prihatin nasib 2.8 juta orang yang tiada tempat tinggal di rantau ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSweden tiada harapan dapat sokongan Turkiye sertai NATO \u2013 Erdogan\n\n\n\n\n\n\nIsrael lulus projek bina jalan, curi lagi tanah Palestin\n\n\n\n\n\n\nRakyat Palestin memperingati kematian Shireen Abu Akleh\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Operasi hari ketujuh pasukan SAR negara cari mangsa hidup\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi: 23 juta penduduk terjejas, angka korban lepasi 5,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa adalah zon bencana yang sebenar,\u201d kata Timbalan Penyelaras Kemanusiaan serantau PBB untuk krisis Syria, Mark Cutts.\n\n\nRibut salji terbaru menyebabkan khemah di kem pelarian utara Syria yang dilanda perang, kebanyakannya runtuh akibat timbunan salji manakala kawasan lain mengalami hujan lebat atau suhu beku.\n\n\nTahun lalu, PBB memohon lebih AS$4bilion untuk bantuan kemanusiaan di Syria tetapi hanya mengumpul 45 peratus daripada jumlah itu.\n\n\nDisebabkan kekurangan peralatan, operasi pembersihan salji dijalankan dengan tangan sambil meminta khemah digantikan dengan tempat perlindungan yang lebih kukuh.\n\n\nWilayah Idlib, tempat tinggal 2.8 juta orang yang kehilangan tempat tinggal, adalah wilayah terakhir Syria menentang rejim di Damsyik.\n\n\nBantuan kemanusiaan sampai kepada mereka terutamanya melalui sempadan Turki-Syria menerusi kebenaran khas PBB. \u2013 AFP\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/utamakan-bahasa-kebangsaan-dalam-semua-aspek-kehidupan/", "title": "Utamakan Bahasa Kebangsaan Dalam Semua Aspek Kehidupan", "body": "0\n\n\n( Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Datuk Seri Doktor Awang Sariyan / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Antara cara untuk menimbulkan jati diri adalah dengan mengangkat unsur-unsur kebangsaan terutamanya Bahasa Melayu.\n\n\nPengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Datuk Seri Doktor Awang Sariyan berkata, unsur Bahasa kebangsaan perlu diterapkan dalam kehidupan termasuk nama tempat, seni bina, perumahan dan busana.\n\n\nBeliau berkata, pengalaman semasa berada di luar negara yang dikunjungi seperti China memperlihatkan penggunaan unsur tempatan diserap dalam aspek kehidupan seperti aspek pentadbiran, pendidikan dan undang-undang menggunakan Bahasa kebangsaan mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor Pandang Serius Perpecahan Politik Orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nPembahagian kerusi PH, BN selepas DUN bubar\n\n\n\n\n\n\nKedah jadi tumpuan kerajaan noktah miskin tegar\n\n\n\n\n\n\nAmbil Langkah Berjaga-Jaga Elak Gelombang Keempat \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nSelangor laksanakan program SelVax bermula esok\n\n\n\n\n\n\n\n\nBegitu juga seperti negara Jerman, Korea Selatan, Jepun, Thailand dan Indonesia yang mengangkat Bahasa kebangsaan mereka dengan menjadikan negara mereka bercirikan identiti kebangsaan.\n\n\nSehubungan itu, Profesor Awang Sarian menegaskan, unsur-unsur kebangsaan ini sangat penting diterapkan dalam negara kita.\n\n\nProf. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka berkata :\n\n\n\u201cCaranya untuk menimbulkan jati diri kita perlu mengangkat unsur-unsur kebangsaan kita terutama bahasa kebangsaan kemudian ciri-ciri yang menggambarkan tamadun kita ciri setempat kita busana seni bina patut dipamerkan dipaparkan dalam pembinaan bangunan kerajaan bahkan perumahan mesti diusahakan penampilan ciri-ciri jati diri seni bina kebangsaan kita.\u201d\n\n\n\u201cSt Pol di Melaka tu kan bukit melaka jadi nama-nama yang tidak berkaitan sangat dengan jati diri kita mesti diubah supaya warganegara kita memahami tokoh-tokoh atau nama berkaitan pohon, flora dan fauna negara kita daripada kita mengagung-agungkan nama asing.\u201d\n\n\nBeliau yang juga Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM berkata, setiap pihak perlu mendukung usaha untuk memaparkan jati diri dan identiti negara.\n\n\nMenurut Profesor Awang Sarian, paling penting adalah perananan pemimpin yang berkuasa mesti melaksanakan dasar negara yang ditentukan termasuk dalam aspek Bahasa Kebangsaan.\n\n\n\u201cPaling penting soal peranan penguasa atau pemerintah kerana pemerintah yang mempunyai kuasa eksekutif kita ada penggubal undang-undang parlimen sudah dilulus oleh parlimen kita ada badan eksekutif badan pelaksana menteri-menteri timbalan menteri ketua setiausaha kementerian ketua setiausaha negara pegawai penjawat awam itu mesti melaksanakan dasar negara yang sudah ditentukan.\u201d\n\n\nDalam perkembangan lain kerajaan Indonesia membuat keputusan menamakan ibu negaranya yang baharu menggantikan Jakarta, dengan nama Nusantara.\n\n\nNama Nusantara menjadi pilihan Presiden Joko Widodo yang kemudian disetujui Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) untuk diabadikan, sebagai ibu kota, menggantikan Jakarta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/25/zahid-akur-meskipun-keputusan-tidak-menyebelahinya/", "title": "Zahid Akur Meskipun Keputusan Tidak Menyebelahinya", "body": "0\n\n\n( Datuk Seri Ahmad Zahid akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur yang mengarahkan membela diri/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Terdahulu, pagi tadi Datuk Seri Ahmad Zahid akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur yang mengarahkan beliau untuk membela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.\n\n\nMeskipun ia tidak memihak kepada beliau, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan, pihaknya akan tetap menghormati keputusan dan prosedur mahkamah.\n\n\nJusteru, bekas Timbalan Perdana Menteri itu bersama pasukan peguam beliau akan meneruskan usaha membela dirinya mengikut prosedur ditetapkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMulai Rabu tidak perlu lagi pelitup muka dalam pengangkutan awam, hospital\n\n\n\n\n\n\nRibut petir dijangka melanda seluruh Malaysia esok\n\n\n\n\n\n\nSudan : 459 maut, 4,072 cedera akibat konflik bersenjata\n\n\n\n\n\n\nKeputusan semakan sabitan buktikan kes SRC Najib bukan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nFinland kekal negara paling bahagia enam tahun berturut-turut\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO berkata :\n\n\n\u201csaya peribadi dan peguam-peguam\u2026.\n\n\u2026.pasukan guaman saya akan menjalankan tugas mengikut prosedur yang telah ditentukan mahkamah\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/17-premis-dinasihatkan-henti-operasi-sementara/", "title": "17 Premis Dinasihatkan Henti Operasi Sementara", "body": "0\n\n\n(Kejadian tanah mendap di Seri Kembangan petang semalam telah menyebabkan 17 premis tidak beroperasi / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 17 premis tidak dapat beroperasi akibat kejadian tanah mendap di Lestari Perdana, Seri Kembangan yang berlaku pada jam 6.38 petang semalam.\n\n\nSusulan kerja baik pulih yang berkemungkinan mengambil masa kira-kira seminggu.\n\n\nKerja membaik pulih telah bermula seawal jam 2 pagi hari ini dan dijangka akan berlangsung selama seminggu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n423 pengembara China diberi Notis Penolakan Masuk\n\n\n\n\n\n\nJangan ambil kesempatan terhadap Orang Asli\u00a0\n\n\n\n\n\n\nAnwar arah cetak sejuta al-Quran, reaksi tindakan biadab Paludan\n\n\n\n\n\n\nPotong gaji menteri, kerajaan jimat RM100,000 sebulan\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat khas SPR bincang PRK DUN Pelangai pada Khamis ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam tempoh itu, kawasan berkenaan telah ditutup dan premis-premis di kawasan terjejas telah dimaklumkan untuk tidak beroperasi.\n\n\nBagaimanpun premis-premis yang lain di kawasan berdekatan masih beroperasi seperti biasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/46-maut-ribut-kencang-landa-madagascar-mozambique-malawi/", "title": "46 maut ribut kencang landa Madagascar, Mozambique, Malawi", "body": "0\n\n\n(Orang ramai berjalan melalui air banjir selepas beberapa rumah terjejas akibat hujan lebat di kawasan kejiranan seluas 67 hektar di Antananarivo, Madagascar. \u2013 Foto AFP/ sumber : bharian)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 Ribut Tropika Ana mengorbankan sekurang-kurangnya 46 nyawa di Madagascar, Mozambique dan Malawi sehingga menjejaskan sistem janakuasa akibat banjir, menurut pihak berkuasa di tiga negara itu, semalam.\n\n\nRibut itu yang terbentuk di pantai timur pulau terbesar di Afrika, Madagascar mengakibatkan hujan lebat yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh di ibu kota Antananarivo.\n\n\n\n\n\n\nLaporan terbaru daripada agensi pengurusan bencana Madagascar semalam, menunjukkan 39 orang terbunuh dan hampir 65,000 kehilangan tempat tinggal sejak minggu lalu.\n\n\n\n\n\n\nBeberapa daerah di lokasi rendah di ibu negara kekal dalam keadaan berjaga-jaga dan pemindahan kecemasan sudah bermula semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIstanbul diramal lokasi gempa bumi kuat seterusnya\n\n\n\n\n\n\nTunjuk Perasaan Di Sudan Catat Kematian Pertama\n\n\n\n\n\n\nTaliban larang wanita sertai sambutan Aidilfitri di dua wilayah Afghanistan\n\n\n\n\n\n\nTiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Singkil, Aceh\n\n\n\n\n\n\nChris Hipkins dijangka ganti Ardern sebagai Perdana Menteri baharu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami sedang dalam proses memindahkan orang dari kawasan banjir,\u201d kata Pengarah Unit Penyelamat di Agensi Pengurusan Bencana, John Razafimandimby memberitahu AFP.\n\n\nSelepas menyeberangi Lautan Hindi, ribut itu melanda di tanah besar Afrika pada Isnin lalu dengan membawa hujan lebat dan angin kencang di daerah tengah dan utara Mozambique.\n\n\nPegawai Mozambique berkata, tiga orang terbunuh dengan sekurang-kurangnya 49 cedera di wilayah Zambezia.\n\n\nLebih setengah juta orang terjejas di Zambezia serta wilayah Nampula dan Sofala, menurut kerajaan Mozambique dan agensi PBB.\n\n\nInstitut Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan berkata, sebuah klinik dan 16 bilik darjah sekolah musnah semalam.\n\n\nPBB meramalkan ribut itu akan menyebabkan banjir berleluasa, menyebabkan orang ramai terpaksa berpindah dan merosakkan infrastruktur. \u2013 AFP\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/46024-orang-asli-di-pahang-lengkap-dua-dos-vaksin/", "title": "46,024 Orang Asli Di Pahang Lengkap Dua Dos Vaksin", "body": "0\n\n\n( Johari Alwi Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 46,024 orang masyarakat orang asli di 11 daerah di Kuantan selesai menerima dua dos vaksin COVID-19 secara berperingkat sejak awal tahun ini.\n\n\nMenurut Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang, Johari Alwi, seramai 1,816 orang pula telah tampil secara sukarela bagi mendapatkan dos penggalak.\n\n\nJohari Alwi sebagai Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGERAKAN mohon maaf secara terbuka kepada semua penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nTiada campur tangan dalam kes mahkamah libat Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Putar Belit, Takut SPRM \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nMALAYSIA BUKAN NEGARA YANG SIHAT\n\n\n\n\n\n\nPRN: Enam negeri masih kekal sepakat bubar DUN serentak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cProgram masuk kampung pedalaman tetap terus dilakukan oleh pegawai KKM dan JAKOA untuk memberi vaksin COVID-19, minggu lalu program berkenaan diadakan di Pos Lenjang, Lipis,\u201d\n\n\nMemetik laporan Berita Harian, Johari berkata, pemberian dos penggalak turut membabitkan petugas di barisan hadapan terdiri daripada golongan muda Orang Asli yang membantu jabatan itu melaksanakan pelbagai program membabitkan Orang Asli.\n\n\nTambah beliau, secara keselurhan seramai 86,532 golongan remaja serta dewasa termasuk warga emas Orang Asli layak menerima suntikan\u00a0dan daripada jumlah itu seramai 3,989 orang tidak berminat menerima vaksin manakala selebihnya, hanya menerima satu dos sahaja.\n\n\nSehingga kini, katanya Pekan mencatat jumlah penerima vaksin paling tinggi iaitu 8,279 orang, diikuti Lipis seramai 7,555 orang, Muadzam Shah (4,913) dan Rompin (4,659)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/bersatu-johor-berhasrat-rujuk-kembali-bersama-ph/", "title": "Bersatu Johor Berhasrat Rujuk Kembali Bersama PH", "body": "0\n\n\n(Razrul Anwar Rusli , Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor Bahru mencadangkan satu bentuk kerjasama baharu antara Perikatan Nasional (PN) dengan semua parti pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.\n\n\nTimbalan Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli mengesyorkan Muafakat Rakyat Johor (MRJ) ditubuhkan sebagai formula untuk menentang Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan.\n\n\nRazrul Anwar Rusli , Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis Tidak Tolak Kemungkinan Ada Pihak Tipu Kutipan Derma Bencana\n\n\n\n\n\n\nUMNO Runding Dengan Kerajaan Bila PRU15\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah Puji Usaha Koordinasi Sukarelawan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nMalaysia mungkin jadi macam Singapura lagi dua kali pilihan raya \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cFormula gabungan PH sebelum ini berjaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)\u201d\n\n\nBeliau berkata, cadangan penubuhan MRJ itu akan terdiri daripada Bersatu, Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).\n\n\nSelain penggunaan nama MRJ, ia juga boleh namakan gabungan Perikatan Nasional, PH dan parti pembangkang ini sebagai Gabungan Rakyat Johor atau GRJ seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang digunakan dalam PRN Sabah.\n\n\nJelas Razrul lagi , Formula gabungan PH sebelum ini berjaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).\n\n\nKemuafakatan dalam parti dan rakan seperjuangan adalah kunci kejayaan untuk menang dalam PRN Johor.\n\n\nRazrul berkata, parti yang menentang BN mesti berada di bawah satu panji dan menganggap formula itu adalah relevan serta terbaik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/covid-19-kes-kalangan-kanak-kanak-as-rekod-lebih-10-juta/", "title": "COVID-19: Kes kalangan kanak-kanak AS rekod lebih 10 juta", "body": "0\n\n\n(Lebih 10 juta kanak-kanak di AS diuji positif COVID-19 sejak penularan wabak itu. \u2013 Foto Agensi / sumber : bharian)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 Lebih 10 juta kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) diuji positif COVID-19 sejak penularan wabak itu, menurut laporan terkini Akademi Pediatrik Amerika (AAP) dan Persatuan Hospital Kanak-kanak.\n\n\nKes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak meningkat secara mendadak akibat varian Omicron, lapor agensi berita Xinhua.\n\n\nSebanyak 10,603,034 kes COVID-19 membabitkan kanak-kanak dilaporkan di seluruh negara setakat 20 Januari lalu dan jumlah itu menyumbang kepada 18.4 peratus daripada keseluruhan kes, menurut laporan yang diterbitkan pada Isnin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerang Besar Berlaku Sekiranya Israel Serang Al-Quds\n\n\n\n\n\n\nKematian Shireen : Al Jazeera tetap akan mencari kebenaran\n\n\n\n\n\n\n4 dekad, Maher akhirnya bebas sebagai tahanan paling lama rejim Israel\n\n\n\n\n\n\n30 rakyat Malaysia selamat keluar dari Pelabuhan Sudan\n\n\n\n\n\n\nLagi Rumah Palestin Diroboh Pengganas Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nLebih 1.1 juta kes COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan pada minggu lalu, iaitu hampir lima kali ganda berbanding musim sejuk lalu, menurut AAP.\n\n\n\u201cTerdapat keperluan mendesak untuk mengumpul lebih banyak data khusus berdasarkan umur untuk menilai tahap penyakit serta potensinya bagi jangka masa panjang.\n\n\n\u201cPenting untuk kita sedar bahawa terdapat kesan segera COVID-19 terhadap kesihatan kanak-kanak, tetapi sangat penting untuk kita kenal pasti dan tangani kesan berpanjangan terhadap fizikal, mental dan kesejahteraan sosial generasi kanak-kanak ini,\u201d kata laporan itu.\n\n\nSementara itu, lebih 91,000 kanak-kanak dimasukkan ke hospital sejak Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS mula merekodkan data mulai 1 Ogos 2020.\n\n\nNegara itu menyaksikan peningkatan mendadak bagi kadar kemasukan ke hospital dalam kalangan kanak-kanak dan kadar vaksinasi mereka rendah.\n\n\nHanya 20.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun dan 55.4 peratus remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun lengkap suntikan vaksin sepenuhnya pada Selasa, menurut data CDC.\n\n\nPengarah CDC Rochelle Walensky, berkata cara terbaik memastikan kanak-kanak dilindungi adalah dengan pemberian vaksin. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/eu-longgar-sekatan-tanpa-kuarantin-wajib/", "title": "EU Longgar Sekatan Tanpa Kuarantin Wajib", "body": "0\n\n\n( negara-negara EU boleh memperkenalkan langkah tambahan bagi mana-mana pengembara yang tiba/ sumber : ismaweb)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 Kesatuan Eropah (EU) memudahkan kebenaran perjalanan ke negara-negara blok itu tanpa mewajibkan kuarantin atau ujian saringan tambahan.\n\n\nSetiausaha Hal Ehwal EU Perancis, Clement Beaune berkata, akses terbaharu itu hanya mengambil kira maklumat vaksinasi atau ujian saringan negatif COVID-19 tanpa sebarang perintah kuarantin.\n\n\n\u201cSaranan yang disemak akan mengambil kira situasi individu dan bukannya situasi epidemiologi negara mereka,\u201d katanya selepas mesyuarat menteri bagi hal ehwal Eropah yang meluluskan langkah perjalanan tidak mengikat itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNGO dialukan terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria\n\n\n\n\n\n\nSekurang-kurangnya 40 terbunuh dalam nahas pesawat di Nepal\n\n\n\n\n\n\nWHO Jangka Omicron Bakal Jangkiti Separuh Eropah\n\n\n\n\n\n\nIsrael seksa wanita Palestin hingga alami penyakit kronik\n\n\n\n\n\n\nHina Quran \u2013 Iraq singkir Duta Sweden\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehingga kini, negara-negara EU boleh memperkenalkan langkah tambahan bagi mana-mana pengembara yang tiba dari negara berpotensi mempunyai kes jangkitan tinggi berdasarkan peta virus di Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC).\n\n\nBerdasarkan peraturan yang disemak semula dan sah mulai 1 Februari itu, pelancong memegang pas digital COVID-19 EU tidak diharuskan terikat dengan langkah sekatan tambahan seperti kuarantin atau ujian saringan apabila memasuki negara-negara EU lain.\n\n\nPas digital COVID-19 EU menjadi bukti jika individu terbabit telah divaksin, diuji negatif dan pulih sepenuhnya sekiranya pernah dijangkiti wabak itu.\n\n\nCadangan baharu itu juga menunjukkan bahawa sijil siri vaksinasi primer atau dos penggalak adalah sah selama 270 hari.\n\n\nBagi mereka yang tidak mempunyai pas digital COVID-19 EU, negara anggota juga harus menerima ujian saringan yang diambil dalam tempoh 24 jam dan bukan meminta saringan sebelum melakukan perjalanan.\n\n\nKeputusan itu juga memerlukan peta virus rasmi untuk mempertimbangkan kadar vaksinasi setiap negara, selain keputusan ujian saringan mengikut situasi epidemiologi dan potensi jangkitan.\n\n\nBagaimanapun, peraturan baharu itu tidak mengikat secara sah untuk negara EU, kerana kerajaan sentiasa boleh memperkenalkan langkah lebih ketat untuk menghenyikan krisis kesihatan.-\n\u00a0\u00a0\nAgensi\n\n\n-ismawe.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/hanya-empat-kerusi-ditawarkan-untuk-pas/", "title": "Hanya Empat Kerusi Ditawarkan Untuk PAS", "body": "0\n\n\n( / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 Barisan Nasional (BN) menawarkan PAS hanya empat kerusi dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Johor akan datang.\n\n\nMengulas mengenai perkara itu, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tawaran empat kerusi di Johor bukan satu penyelesaian terbaik buat mereka.\n\n\nTuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLPPR Tidak Ada Kuasa \u2018Membersihkan\u2019 Azam\n\n\n\n\n\n\nMufti Perlis saran DAP mohon maaf kepada masyarakat Islam, Melayu\n\n\n\n\n\n\nPAS tiada halangan disiasat SPRM\n\n\n\n\n\n\nJHEV perlu kerjasama JRP untuk peroleh data veteran ATM\n\n\n\n\n\n\nPM Akui Kelemahan Pengurusan Banjir\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPAS menghormati pendirian Umno (dan BN) untuk bergerak solo. Bagi PAS, kami sudah hulurkan salam muafakat dan penyatuan ummah,\u201d\n\n\nMemetik laporan Malaysiakini, Tuan Ibrahim berkata, PAS bercadang untuk meletakkan calon mereka di semua kerusi yang gagal ditawan BN pada PRU lalu sebaliknya hanya empat kerusi ditawarkan.\n\n\nBeliau berkata, cadangan tersebut dibawa kepada UMNO dengan tujuan mahu mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) sekaligus menghalang Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa di Johor\n\n\nBeliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, apabila cadangan PAS tidak diterima rundingan dengan BN akhirnya gagal mencapai titik persefahaman.\n\n\nTambahnya, PAS menghormati keputusan UMNO dan BN untuk bergerak solo dalam PRN Johor akan datang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/hapuskan-kuasa-kecualikan-bahasa-kebangsaan-di-sek-vernakular/", "title": "Hapuskan Kuasa Kecualikan Bahasa Kebangsaan Di Sek Vernakular", "body": "2\n\n\n( / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 Lebih setengah abad merdeka dan sistem pendidikan negara secara integrasi menampilkan kekuatan kekuatan sesuatu bangsa dipertahankan seperti penubuhan sekolah vernakular antara salah satu puncanya.\n\n\nJusteru ada peruntukan tertentu di dalam Akta Pendidikan negara yang perlu dihapuskan dan diubah suai untuk mengangkat bahasa rasmi negara.\n\n\nMenurut pendidik, Dr Shamsatun Nahar Ahmad, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM cawangan Johor, penubuhan sekolah vernakular itu juga menjadikan mustahil untuk bahasa Melayu di martabatkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga Makanan Meningkat Ke Paras Tertinggi Sejak November 2011\n\n\n\n\n\n\nPimpinan pusat PH, BN muktamadkan pembahagian kerusi DUN Selangor\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy, Khaled dan Johari berjaya merebut jawatan Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nMisi Bantuan Banjir Aman Palestin Dan Kelab Perwira Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMenu Rahmah di IPT bermula selepas Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\n\n\nDr Shamsatun Nahar Ahmaad, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM Cawangan Johor berkata :\n\n\nPendidikan di malaysia tak amalkan prinsip asimilasi jepun orang china jepun eropah, pendidikan malaysia secara integrasi berdasarkan kekuatan sesuatu bangsa dipertahankan termasuk bahasa, maka sek vernakular diwujudkan dan bhs penghantar nya bukan bahasa melayu ini antara punca mengapa pelajar Vernakular tak fasih berbahasa melayu.\n\n\nTambahnya dalam Akta Pendidikan 1996 Fasa ke-28 menyatakan Menteri Pendidikan mempunyai bidang kuasa untuk mewujudkan sekolah kebangsaan dan vernakular.\n\n\nNamun masalah timbul pula pada sekolah vernakular pula, diadakan fasa ke-17 iaitu Menteri Pendidikan diberi kuasa mengecualikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan di sekolah vernakular.\n\n\nJusteru perlu ada usaha untuk mengelakkan bahasa melayu terus dipijak dan perpaduan direalisasikan dalam kalangan bangsa Malaysia.\n\n\nUntuk hapuskan fasa 17 dan kuasa ini boleh tapi sukar- dilakukan secara berperingkat . Dia telah terlalu lama digunakan oleh golongan berkepentingan memanfaatkan. Pada pandangan saya jika kerajaan benar benar tegas untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kerajaan atau menteri pendidikan hendaklah mengkaji semula fasa ke-17 ini dan adalah lebih baik adakan penyeldidikan ttg kesan dan cari jawapan kesan terhadap fasa ini dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Kemudian boleh bawa usul ke parlimen dan fasa 17 dihapuskan dengan membawa bukti bukti yang kukuh.\n\n\nTambahnya peruntukan yang diberikan kerajaan kepada sekolah menengah persendirian cina, smpc, namun dikesali kerana sistem pengajaran dan pembelajaran sekolah berkenaan tidak memihak kepada sistem pendidikan kebangsaan.\n\n\nJadi kita tahu keujudkan sekolah vernakular ialah penyumbang kepada raky malaysia tidak gafish bahasa melayu. Negara dah merdeka lebih setengah abad. Ramai bansga malaysia tidak asih bebahas melayu tertuama bansga bukan melayu sepatutnya dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung\n\n\nUjar beliau lagi, Malaysia mengambil maklum dan tahu hak seseorang warganegara berbahasa ibunda namun melepasi tahun 2020, sudah perlu bangsa Malaysia menjunjung perlembagaan negara dan fasih kepada bahasa kebangsaan.\n\n\nDengan kata lain bahasa melayu mewakili semua rakyat malaysia sama ada melayu bukan melayu. Kita sedia maklum ahakbangsa untuk bertuutur dalam berbahsa bahasa ibunda namun tidak boleh pada urusan rasmi x mapu dalam bahasa kebangsaan yang baik dan kita sudah berada pada tahun 2022 dan kita perlu dan hayati wawasan 2020 junjung perlembagaan dan fasih berbahasa melayu"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/kedudukan-malaysia-terus-merosot-ke-tangga-62/", "title": "Kedudukan Malaysia Terus Merosot Ke Tangga 62", "body": "0\n\n\n( / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 Kedudukan Malaysia terus merosot iaitu di tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021.\n\n\nKeadaan itu menyaksikan negara terus jatuh berbanding pada tangga 57 pada tahun 2020.\n\n\nPerkara itu diumumkan oleh Presiden TI Malaysia (TIM), Dr. Muhammad Mohan ketika membentangkan CPI 2021 secara maya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBerkompromi halalkan pekebun haram, MB khianati rakyat Pahang \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nCukai barangan mewah : beg dan jam tangan mewah antara tersenarai\n\n\n\n\n\n\nRayuan petisyen Ramasamy ditangguh ke 1 Ogos secara fizikal\n\n\n\n\n\n\nBerapa ramai sokong Anwar tidak diketahui \u2013 Takiyuddin\n\n\n\n\n\n\nEnam Penghantar Makanan Foodpanda Dilepas Tanpa Bebas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, kegagalan untuk melaksanakan reformasi terhadap beberapa institusi di dalam negara antara punca menyebabkan kejatuhan kedudukan Malaysia dalam CPI 2021.\n\n\nAntara faktor menyumbang kepada isu tersebut adalah ketiadaan kehendak politik oleh parti kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-undang Pendanaan Politik.\n\n\nKatanya, kegagalan usaha mereformasi isu pendanaan terhadap politik negara itu membabitkan kesemua parti kerajaan sebelum ini iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/kes-positif-global-melebihi-350-juta/", "title": "Kes Positif Global Melebihi 350 Juta", "body": "0\n\n\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 350 juta. Ini berikutan pertambahan lebih 2.67 juta kes dalam tempoh 24 jam lepas.\n\n\n\n\nData terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 70.6 juta kes. \nIni diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 39 juta dan 23.9 juta kes.\n\n\n\n\n\n\nNegara yang melebihi angka 10 juta kes ialah Perancis, United Kingdom, Rusia dan Turki. \nItali merekodkan lebih 9 juta kes, manakala Sepanyol dan Jerman melebihi 8 juta kes.\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 4.28 juta. Diikuti Filipina melebihi 3.4 juta, Malaysia 2.83 juta, Thailand 2.3 juta kes, manakala Singapura lebih 313,000 kes.\n\n\nSementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.59 juta. Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 866,000 kes.\n\n\nIni diikuti Brazil dengan lebih 623,000 kes, India 489,000 kes, Rusia 319,000 kes, manakala Mexico mencatat lebih 303,000 kematian. United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.\n\n\nNegara yang merekodkan angka korban melebihi 90,000 kes ialah Sepanyol. Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 144,000 kes korban.\n\n\nFilipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 53,000 diikuti Malaysia dengan 31,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 22,000 angka korban.\n\n\n-Astro Awani"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/lebih-3-5-juta-dadah-dirampas-dalam-tempoh-tiga-hari/", "title": "Lebih 3.5 Juta Dadah Dirampas Dalam Tempoh Tiga Hari", "body": "0\n\n\n( / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas sejumlah 212 perpuluhan Enam Kilogram dan Seribu 199 Perpuluhan Dua Liter pelbagai jenis dadah;\n\n\nRampasan dianggar bernilai lebih Tiga Perpuluhan Lima Juta Ringgit, selepas menahan Lima Ribu 200 orang menerusi Op Tapis Khas di seluruh negara dari 21 hingga 23 Januari.\n\n\nDatuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah JSJN Bukit Aman berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDiarah robohkan kelas, pelarian Syria tetap berusaha belajar agama\n\n\n\n\n\n\nFakta siasatan tanpa memihak, pertuduhan ikut keterangan- Peguam Negara\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu perhalusi keputusan tarik balik rayuan kes kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nAgensi-Agensi Minta Mesyuarat PSC Diteruskan\n\n\n\n\n\n\nBlok pembangkang mahupun kerajaan akan disiasat jika terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026. Dalam operasi selama tiga hari itu, polis dalam masa sama berhasil menahan 942 tokan dadah yang turut melibatkan remaja bawah umur. Seramai 129 suspek merupakan warga asing. Operasi sama itu turut menggempur 367 sarang penagih.\u201d\n\n\nPengarah JSJN, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata bahawa :\n\n\n\u201c\u2026 mereka yang ditahan dalam operasi bersama polis kontinjen negeri-negeri itu, terdiri daripada 4,987 lelaki dan 213 wanita berumur lingkungan 13 hingga 60 tahun.\u201d\n\n\nBeliau berkata kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 39 B, 39 A (2), 39 A (1), 39 C, 12 (2), dan Enam Akta Dadah Berbahaya 1952 selain Seksyen 30 (3) Akta Racun 19-52 dan Akta Dadah Berbahaya Langkah- langkah Pencegahan Khas 19-85.\n\n\nTambahnya PDRM mengesan aktiviti penyeludupan dadah di sempadan negara semakin meningkat.\n\n\nDan kes penyeludupan membabitkan negara jiran bukan perkara baharu dan ia sentiasa dipantau pihak berkuasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/mais-rayu-kembalikan-status-islam-3-kanak-kanak/", "title": "MAIS Rayu Kembalikan Status Islam 3 Kanak-kanak", "body": "0\n\n\n( Haniff Khatri Abdulla, Peguam MAIS / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pendaftar Muallaf Negeri Selangor berusaha untuk mengembalikan status penukaran agama tiga kanak-kanak kepada Islam di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi membatalkan rayuan mereka sebelum ini.\n\n\nNamun kes itu ditangguhkan Mahkamah Rayuan bagi menunggu satu lagi kes serupa yang akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan esok.\n\n\nHaniff Khatri Abdulla, Peguam MAIS berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran Telur Kurang\n\n\n\n\n\n\nTangguh bicara kes mahkamah Zahid hanya isu kecil \u2013 Fadhli Shaari\n\n\n\n\n\n\nNajwan tetap tercalon walaupun bersifat perkauman\n\n\n\n\n\n\nBAHAYA TANGGA BERGERAK \u2018ESCALATOR\u2019 TIDAK DISELENGARA\n\n\n\n\n\n\nKadar Kemasukan Ke Hospital Semakin Meningkat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan MAIS yang membuat rayuan untuk mengembalikan semula agama asal lima kanak-kanak \u2013 Yang dibuat oleh bapa mereka \u2013 Kepada Islam,\u201d\n\n\nPeguam MAIS, Haniff Khatri Abdulla memaklumkan kepada mahkamah bahawa akan ada kes penukaran agama sebelah pihak yang sama di Mahkamah Persekutuan esok dan persoalan undang-undang yang sama akan dibangkitkan.\n\n\nKetiga-tiga remaja itu berusia antara lapan dan 13 tahun apabila bapa mereka menukar agama mereka di sebuah masjid di Batu Muda, Gombak pada 16 Mac 2015.\n\n\nIbu mereka yang bukan beragama Islam \u2013 Yang telah bercerai \u2013 Mendakwa dia tidak dirundingi mengenai pertukaran anak mereka kepada Islam. Kanak-kanak terbabit juga mendakwa mereka tidak bersetuju untuk memeluk Islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/penyertaan-muda-dalam-prn-johor-meraikan-demokrasi/", "title": "Penyertaan Muda Dalam Prn Johor Meraikan Demokrasi", "body": "0\n\n\n( Datuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung UMNO/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 UMNO menyifatkan penyertaan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai satu proses \u2018meraikan\u2019 demokrasi yang tiada sesiapa pun boleh menghalangnya untuk bertanding.\n\n\nSetiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata semua parti berhak untuk bertanding dan UMNO sebagai parti yang terbesar di negara ini melihat ia sebagai dinamika dalam politik.\n\n\nDatuk Seri Ahmad Maslan, Setiausaha Agung UMNO berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenunggang lawan arus itu `pembunuh\u2019!\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perluas bantuan e-dompet mahasiswa\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen pembangkang belum buat permohonan rasmi \u2013 Fadillah\n\n\n\n\n\n\nLelaki ditahan miliki dadah bernilai RM227,914\n\n\n\n\n\n\nMohd Shuhaily dilantik Pengarah JSJ baharu \u2013 PDRM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTeruskan, tiada halangan, mereka telah diluluskan pendaftaran dan tiada siapa boleh menghalang (MUDA bertanding). Undang-undang tidak boleh menghalang, ini demokrasi, silakan\u201d\n\n\nMaslan ingin mengulangi, UMNO selepas Pilihan Raya Umum ke-14 terbuka dengan dinamik politik yang pelbagai,dan menghadapinya dengan ketabahan, cabaran dan perjuangan.\n\n\nTerdahulu, MUDA dilaporkan bersedia untuk bertanding secara solo termasuk sudah menyenaraikan calon bagi kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, bagaimanapun keputusan itu tertakluk kepada hasil perbincangan melibatkan biro politik MUDA.\n\n\nAhmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata strategi untuk menambat pengundi baharu yang terdiri daripada golongan muda telah dimulakan menerusi platfrom media sosial seperti yang dilakukan semasa PRN Melaka.\n\n\nMengulas lanjut, Ahmad berkata manifesto Barisan Nasional untuk PRN itu masih dalam proses dimantapkan serta menjelaskan calon-calon yang akan bertanding akan diputuskan pucuk pimpinan parti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/ratusan-tahanan-palestin-dijangkiti-covid-19/", "title": "Ratusan Tahanan Palestin Dijangkiti Covid-19", "body": "0\n\n\n\n\nSELASA, 25 JANUARI\n \u2013 Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengatakan kecuaian perubatan Israel menjadi punca di sebalik peningkatan COVID-19 di kalangan tahanan Palestin di penjara negara haram itu.\n\n\nRatusan tahanan Palestin di dua penjara Israel iaitu Ofer dan Eshel, baru-baru ini telah disahkan positif COVID-19, kata Pusat Maklumat Palestin, memetik sumber hak asasi manusia.\n\n\nMenurut Kelab Tahanan Palestin, kira-kira 100 banduan dijangkiti COVID-19 di Ofer (seksyen 17 dan 22) manakala 10 yang lain didapati positif di penjara Eshel, termasuk Nael al-Barghouthi, yang telah memasuki tahun ke-42 di penjara Israel.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPBB Siap Sedia Mulakan Operasi Bantuan Buat Tonga\n\n\n\n\n\n\nSweden tiada harapan dapat sokongan Turkiye sertai NATO \u2013 Erdogan\n\n\n\n\n\n\nTaliban Tangkap Pensyarah Lantang Kritik Pentadbiran\n\n\n\n\n\n\nPenunjuk Perasaan Pertahan Sheikh Jarrah Ditahan Di Washington\n\n\n\n\n\n\nImam cedera ditikam makmum ketika solat subuh di New Jersey\n\n\n\n\n\n\n\n\nAngka oleh Pusat Maklumat Palestin pada hari Isnin menunjukkan bahawa, dengan pesakit baharu, 526 banduan Palestin telah dijangkiti COVID-19 di penjara Israel sejak permulaan wabak itu.\n\n\nHamas menyalahkan rejim Israel atas penyebaran coronavirus di kalangan banduan Palestin di penjara, dengan mengatakan peningkatan itu adalah akibat kecuaian perubatan yang disengajakan.\u00a0\n\u00a0\n\n\nJurucakap Hamas, Hazem Qassem dalam satu kenyataan berkata, penularan penyakit itu di kalangan banduan mendedahkan ketiadaan sebarang langkah pencegahan atau penjagaan utama untuk banduan tersebut.\n\n\nPegawai Hamas itu menegaskan, rejim Tel Aviv bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kehidupan banduan Palestin, menggesa kumpulan hak asasi manusia dan Persatuan Palang Merah untuk menyediakan apa sahaja yang diperlukan untuk melindungi banduan tersebut dan mencegah penularan penyakit itu di kalangan mereka.\n\n\nLebih 7,000 tahanan Palestin kini ditahan di kira-kira 17 penjara Israel, dengan berpuluh-puluh daripada mereka menjalani beberapa hukuman penjara seumur hidup.\u00a0\n\u00a0\n\n\nLebih 540 tahanan, termasuk wanita dan bawah umur, berada di bawah tahanan pentadbiran Israel, di mana Israel menahan tahanan tanpa dakwaan sehingga enam bulan dan ke atas. \u2013 Agensi\n\n\n-ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/telah-diperbetulkan-oleh-pihak-berkuasa-tempatan/", "title": "Telah Diperbetulkan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan", "body": "0\n\n\n( papan tanda Jalan Dana Permai, Semenyih/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 26 JANUARI \u2013 \nKecoh di media sosial minggu lepas berkenaan dengan papan tanda tulisan jawi terbalik di salah sebuah jalan dekat Kajang, Selangor.\n\n\nBertindak di atas penularan tulisan jawi terbalik itu pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan papan tanda itu serta merta.\n\n\nWartawan TV Pertiwi, Haffiz Aziz\u00a0 melakukan tinjauan pada petang semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak Rasmi : Dr Akmal Salleh, Ketua Pemuda yang baharu\n\n\n\n\n\n\nAhmad Maslan sebenarnya punca BN kalah PRU15 \u2013 Ismail Sabri\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan\n\n\n\n\n\n\nMAQIS sita 25 tan dada ayam Thailand dengan sijil halal diragui\n\n\n\n\n\n\nKerajaan wajar kaji semula pemansuhan pelepasan cukai SSPN\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertindak menurunkan papan tanda memaparkan tulisan Jawi \u2018terbalik\u2019 yang dipasang di beberapa kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu selepas teruk dikecam banyak pihak.\n\n\nDalam masa sama, MPKj merakam penghargaan kepada penduduk yang membuat aduan berhubung perkara itu di laman Facebook rasmi PBT itu, dan menurunkannya serta merta selepas dikecam hebat.\n\n\nBerdasarkan gambar tular, papan tanda Jalan Dana Permai, Semenyih di bawah pentadbiran PBT itu ditulis dari kiri ke kanan daripada yang sepatutnya iaitu dari kanan ke kiri, sekali gus mengelirukan orang ramai.\n\n\nTinjuan saya di lokasi berkenaan hari ini mendapati papan tanda itu telah diubah dan diperbetulkan\n\n\nBeberapa papan tanda yang mengalami kesalahan tulisan jawi pada minggu lalu telah dipasang kembali dengan jawi yang betul."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/thailand-benarkan-ganja-ditanam-di-rumah/", "title": "Thailand Benarkan Ganja Ditanam Di Rumah", "body": "0\n\n\n(Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan ganja digunakan untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan pada tahun 2018. \u2013 Foto Reuters / sumber : bharian)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 Agensi narkotik Thailand mengeluarkan ganja daripada senarai dadahnya, sekali gus membuka jalan kepada isi rumah untuk menanam tumbuhan itu.\n\n\nThailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan ganja digunakan untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan pada tahun 2018.\n\n\nMenteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul, berkata di bawah peraturan baharu itu, orang ramai boleh menanam tanaman ganja di rumah selepas memaklumkan kepada kerajaan tempatan, tetapi ia tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial tanpa lesen lanjut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHong Kong Lupuskan Ribuan Hamster Cegah COVID-19\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin sampaikan bantuan, redakan krisis kebuluran pelarian\n\n\n\n\n\n\nTwitter benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna\n\n\n\n\n\n\nEtnik Islam Uyghur tuntut bela, fail aduan jenayah ke atas China\n\n\n\n\n\n\nNGO dialukan terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeraturan itu perlu diterbitkan dalam Warta Diraja secara rasmi dan perlu juga melepasi 120 hari sebelum menanam tumbuhan ganja di rumah menjadi sah.\n\n\nKementerian kesihatan minggu ini akan membentangkan draf rang undang-undang berasingan kepada Parlimen yang menyediakan butiran mengenai penggunaan ganja secara sah, termasuk pengeluaran dan penggunaan komersialnya serta garis panduan mengenai penggunaan rekreasi.\n\n\nSementara itu, Ketua Pengawal Selia Makanan dan Dadah, Paisal Dankhum, berkata ganja buatan sendiri perlu digunakan untuk tujuan perubatan seperti perubatan tradisional dan pemeriksaan rawak.\n\n\nDraf rang undang-undang mengenakan hukuman sehingga AS$605.33 (RM2,536) dan menetapkan denda sehingga 300,000 baht (RM38,000) atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya kerana menanam ganja tanpa memaklumkan kerajaan tempatan dan menjualnya tanpa lesen.\n\n\nIa adalah langkah terbaru dalam rancangan Thailand untuk mempromosikan ganja sebagai tanaman tunai.\n\n\nKira-kira satu pertiga daripada tenaga buruh di negara itu bekerja dalam bidang pertanian, menurut Bank Dunia.\n\n\nSyarikat minuman dan kosmetik Thailand tahun lalu melancarkan produk dengan hem dan CBD iaitu sebatian yang tidak memberikan kesan berkhayal selepas penggunaannya diluluskan untuk barangan pengguna. \u2013 REUTERS\n\n\n-Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/26/vernakular-gagalkan-perpaduan-pembela/", "title": "Vernakular Gagalkan Perpaduan \u2013 PEMBELA", "body": "0\n\n\n(Aminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nRABU, 26 JANUARI\n \u2013 Menurut Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam Malaysia, PEMBELA, Aminuddin Yahya, usaha untuk memecah-belahkan antara kaum di negara ini melalui sekolah vernakular yang diwujudkan sejak zaman penjajahan tidak perlu dipertahankan.\n\n\nJusteru menurutnya dengan itu perpaduan di negara ini juga sukar dicapai sebaliknya pengwujudan Kementerian Perpaduan pula terpaksa diwujudkan dan menyukarkan penyatuan bangsa Malaysia.\n\n\nAminuddin Yahaya, Pengerusi PEMBELA berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRibut petir dijangka melanda seluruh Malaysia esok\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri konsisten tak bersetuju keputusan PAU2022\n\n\n\n\n\n\nTiada perubahan besar berjaya dilakukan Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\n\u2018Yang Mula Kata Pakat Ni Muhyiddin Dengan Hadi\u2019 \u2013 ANWAR\n\n\n\n\n\n\nKetua Menteri Melaka tidak mahu wakil rakyat, kakitangan awam makan \u2018gaji buta\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya Tak Tahu \u2014 Mengapa Kita Harus Pertahankan \u2014Negara Ini.\n\n\nTambah beliau, isu ini menjadi isu politik kerana kelemahan pemimpin dan sepatutnya satu usaha drastik perlu dilakukan bagi mengelak isu perpaduan melebar dan mencapai hasrat Keluarga Malaysia.\n\n\nDitambah pula tujuan persatuan di sebalik sekolah vernakular persendirian dan kerajaan, seperti Dong Zong yang mengutamakan silibus dan sejarah negara lain daripada Malaysia.\n\n\nKita dah tahu punca Sungai rosak \u2013itu kita persoalkan dan bawa ke mahkamah kerana ini kita rasa punca, pakar bahasa penguasaan bahasa kebangsaan saat lemah \u2013 bagaimana nak bersatu dlm sosial dan sebagainya"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/27/bersatu-kenal-pasti-siapa-pengganti-muhyiddin/", "title": "Bersatu Kenal Pasti Siapa Pengganti Muhyiddin", "body": "0\n\n\n( BERSATU kenal pasti siap pengganti Muhyiddin/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 27 JANUARI\n \u2013 Parti BERSATU sudah mengenal pasti calon sesuai untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.\n\n\nKetua Penerangan BERSATU Johor, Mohd Solihan Badri, berkata calon bakal menggantikan Muhyiddin yang membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi itu pada PRN Johor kelak diyakini mempunyai kelayakan selain mendapat sokongan dan diterima akar umbi.\n\n\nTan Sri Muhyiddin sudah meminta kepemimpinan Bahagian BERSATU Ledang menyerahkan senarai calon yang berkelayakan kepada beliau kerana DUN Gambir terletak di bahagian ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM tidak temui salah laku dalam kontrak RM399 juta \u2013 Petronas\n\n\n\n\n\n\nSaudi sahkan pertemuan PM, Raja Salman dan Putera Mohammed\n\n\n\n\n\n\nAngkara Tangan Ghaib, Rakyat Sengsara!\n\n\n\n\n\n\nTidak hantar anak ke sekolah, KPM terus nasihati ibu bapa\n\n\n\n\n\n\nGuna kod QR salur aduan kebersihan makanan, bazar Ramadan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, Ledang sudah mengenal pasti calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin di DUN Gambir, kerana calon ini mempunyai kelayakan selain mendapat sokongan dan diterima akar umbi.\n\n\nSemalam, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU mengesahkan beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi DUN Gambir yang disandangnya sebelum ini bagi membolehkan lebih ramai calon muka baharu ditampilkan parti itu dalam PRN Johor.\n\n\nMohd Solihan berkata, keputusan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga dibuat kerana beliau mahu fokus dan memberi komitmen untuk memperkasakan jentera parti bagi menewaskan Barisan Nasional (BN) kali ini.\n\n\nKatanya, tanpa terikat sebagai calon, bekas Perdana Menteri kelapan itu boleh memberi fokus sepenuhnya untuk tugas pengurusan dan operasi jentera PN di seluruh Johor.\n\n\nBeliau berpendirian, dominasi kerajaan BN mesti ditamatkan dan UMNO yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/27/bn-kaji-kerjasama-dengan-pas/", "title": "BN Kaji Kerjasama Dengan PAS", "body": "0\n\n\n( \nUMNO dan Barisan Nasional (BN) belum memuktamadkan keputusan jika akan bekerjasama dengan PAS\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 27 JANUARI\n \u2013 UMNO dan Barisan Nasional (BN) belum memuktamadkan keputusan sama ada akan bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.\n\n\n\u00a0\nTimbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata;\n\n\n\u201cperkara itu masih diteliti secara mendalam buat masa ini.\u201d\n\n\n\u00a0\nJelasnya lagi\u00a0 UMNO perlu melihat dan mengkaji dengan teliti sama ada mahu bekerjasama dengan PAS ataupun tidak k\nerana majoriti kepimpinan pada semua peringkat bahagian serta akar umbi mahukan BN bergerak bersendirian dalam PRN Johor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGenap 40 tahun khidmat Sheikh Abdul Rahman Sudais di Masjidil Haram\n\n\n\n\n\n\nMemperingati ulang tahun kesembilan tragedi MH17\n\n\n\n\n\n\nRaja Rozela bersara awal, Mohd Dusuki ketuai pendakwaan kes Zahid\n\n\n\n\n\n\nKabinet Setuju Ibadah Umrah Ditangguh Selama Sebulan\n\n\n\n\n\n\nLetup mesin ATM, dua suspek ditahan ketika \u2018cuci\u2019 wang guna peluntur\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nNamun pada peringkat pemimpin tertinggi, Tok Mat berkata, pihaknya akan meneliti dengan sebaik-baiknya sebelum apa jua keputusan dibuat.\n\n\n\u00a0\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pertemuan Pengerusi BN, Datuk Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi, dengan komponen BN Johor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/27/bn-menang-besar-jika-pn-ph-tak-buat-perubahan/", "title": "BN Menang Besar Jika PN, PH Tak Buat Perubahan", "body": "0\n\n\n(\nAzmi Hassan, Penganalisis Politik\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 27 JANUARI\n \u2013 Penganalisis Politik, Azmi Hassan berpendapat, cadangan penyatuan antara Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan adalah tidak wajar, jika kedua-dua gabungan terbabit masih lagi tidak memperbaiki kelemahan yang ada seperti di dalam PRU ke 14 lalu.\n\n\nMalah katanya, situasi ini akan dimanfaatkan oleh BN untuk menang besar seperti Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum ini.\n\n\nAzmi Hassan, Penganalisis Politik berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan hanya laungkan \u2018Rahmah\u2019 dan \u2018Madani\u2019, perlu hidup bersama nadi rakyat\n\n\n\n\n\n\nNajib hanya mahu iringan doa dan kasih rakyat\n\n\n\n\n\n\nEddin Syazlee digugurkan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Putar Belit, Takut SPRM \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nTuntutan segera AS$16 bilion dari Sulu melampau, kes masih berjalan \u2013 AGC\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c.\u2026. jika pakatan harapan dan juga Barisan Nasional tidak memperbaiki kedudukan lemah mereka melalui kerjasama antara kedua-duanya besar kemungkinan apa yang tercetus di Melaka akan juga tercetus di Johor iaitu iaitu BN memenangi kemenangan yang amat besar sekali jadi hakikatnya adalah keputusannya terletak apda Barisan Nasional tetapi tindakan yang akan dilakukan pakatan harapan dan perikatan dalam hal ini\u2026..\u201d\n\n\nTambah Azmi lagi, dalam pilihan raya negeri pada kali ini, Barisan Nasional tidak membuka ruang untuk bekerjasama dengan PAS berikutan kedudukan kerusi yang ditandingi PAS adalah jauh ketika PRU ke-14 lalu\n\n\n\u00a0\nAzmi Hassan sebagai Penganalisis Politik, ujarlagi berkata bahawa :\n\n\n\u201c.\u2026 rasalah kerana PAS meminta kesemua kerusi yang ditandingi oleh BN pada PRU 14 itu ditandingi diberikan kepada PAS secara asasnya permintaan itu adalah logik sebab kerusi BN tewas tapi kalau kita lihat Keputusan PRU 14 setiap kekalahan BN itu dan jika ada calon PAS yang bertanding kesemua kekalahan tersebut saya rasa hampir dimana PAS juga bertanding pada ketika itu bersama sama UMNO dengan pakataan harapan jumlah undi yang diperoleh BN adalah jauh apa yang diperolehi oleh PAS pada ketika itu"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/27/imej-rasuah-dalam-umno-perlu-dibuang-malays-never-learn/", "title": "Imej Rasuah Dalam Umno Perlu Dibuang, Malays Never Learn", "body": "0\n\n\n( Imej rasuah dalam UMNO perlu dibuang, Malays never learn/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 27 JANUARI\n \u2013 UMNO perlu buang imej rasuah sebelum Pilihan Raya Negeri Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15.\n\n\nDemikian yang dikatakan Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dalam ucapan dan rencananya sejak 2012.\n\n\nBeliau secara konsisten berkata, UMNO berada di atas landasan yang betul, tetapi masalah parti itu adalah pemimpinnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Hujah Plaintif Cabar Keabsahan Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Hamas, UAE ucap tahniah kepada Anwar\n\n\n\n\n\n\nMelampau, pelawak Singapura hina, perlekeh Malaysia\n\n\n\n\n\n\nRakyat Mahu Masalah Diselesaikan Dahulu Sebelum PRU 15\n\n\n\n\n\n\nSaya sayang Bella lebih daripada anak lain \u2013 Siti Bainun\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi blog Tun Abdul Hamid \u2013 Buat kerja, beliau berkata, UMNO perlu membersihkan dirinya daripada pemimpin-pemimpin yang terlibat atau terpalit dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa untuk parti Melayu itu pulih semula.\n\n\nKatanya antara individu yang dianggap perlu disingkirkan adalah bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nMenurut Tun Abdul Hamid, semasa Datuk Seri Mohamad Hassan memangku jawatan Presiden UMNO dari 20 Disember 2018 ke Jun 30 Jun 2019 UMNO berjaya memenangi tiga pilihan raya kecil secara berterusan iaitu PRK Parlimen Cameron Highlands, PRK Dun Semenyih dan PRK Dun Rantau.\n\n\nJelasnya, ini adalah tanda UMNO sudah mula pulih namun, apabila Zahid kembali semula memegang teraju UMNO dan Najib dibawa balik sebagai Penasihat UMNO, Tun Abdul Hamid menaggap ia sebagai tanda UMNO tidak akan berubah.\n\n\nTambah Tun Abdul hamid, UMNO tidak akan berubah kerana Najib dan Zahid dilihat seperti mula menggunakan UMNO untuk membebaskan diri mereka daripada pertuduhan-pertuduhan terhadap mereka, manakala ahli-ahli MKT menurut peranc\n\nUMNO katanya boleh merasa lega dengan keputusan PRN Melaka itu dan mengharapkan ia akan berulang di Johor. Tetapi, ada faktor-faktor lain yang mungkin menjadi penghalang.\n\n\nPertama, Johor adalah negeri TS Muhyiddin. Pengaruhnya tentu masih ada, cuma kita tidak tahu setakat mana kuatnya.\n\n\nKedua, katanya kebenaran pengundi-pengundi 18 tahun hingga 21 tahun buat kali pertama ini juga bakal mengubah kedudukan. Katanya kita boleh meneka dengan yakin pengundi-pengundi muda keturunan Cina akan bersepadu mengundi calon DAP dan PH. Tetapi, perkara seperti itu tidak mungkin berlaku kepada pengundi-pengundi muda Melayu.\n\n\nPerpecahan akan lebih buruk jika Pejuang, Perkasa dan Warisan juga turut serta. Walaupun tidak berapa banyak undi yang mereka akan perolehi, tetapi dalam pertandingan banyak penjuru, ia cukup untuk memberi kemenangan kepada PH. Malays never learn.\n\n\nTambah beliau Faktor yang akan amat sangat mempengaruhi golongan muda ini adalah perkataan \u201crasuah\u201d, \u201cpenyalahgunaan kuasa\u201d dan \u201cintegriti\u201d. PH akan menggunakan perkataanperkataan itu sebagai senjata paling tajam mereka terhadap UMNO dan golongan muda 4 akan termakan dengannya. Sekarang pun PH telah memulakan perang urat saraf itu, dengan membesar-besarkan tuduhan tehadap TS Azam Baki."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/27/isma-seru-pengundi-angkat-calon-muslim-berwibawa/", "title": "ISMA Seru Pengundi Angkat Calon Muslim Berwibawa", "body": "0\n\n\n( \nNorzafry Norhalim, Ketua Biro Komunikasi Korporat dan Multimedia ISMA \n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 27 JANUARI\n \u2013 Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa selepas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), Sabtu lalu.\n\n\nBahkan, tarikh-tarikh penting berkaitan PRN Johor juga bakal diketahui tidak lama lagi sebaik Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) selesai mengadakan mesyuarat khas 9 Februari ini.\n\n\nNorzafry Norhalim, Ketua Biro Komunikasi Korporat dan Multimedia ISMA berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPasar Borong Borneo Tunjukkan Kebudayaan Kaum\n\n\n\n\n\n\nSUMBANGAN BAS SEJAJAR NILAI JATI DIRI \u2018BERILMU UNTUK BERJASA\u2019\n\n\n\n\n\n\nKelantan dianaktiri: Anwar dakwa Syahir terkhilaf, hujah tanpa fakta\n\n\n\n\n\n\nImej Rasuah Dalam Umno Perlu Dibuang, Malays Never Learn\n\n\n\n\n\n\nKeputusan tuntutan MA63 pada 4 Januari\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cISMA melihat perkara ini penting supaya dapat meramaikan pemimpin muslim yang akan lantang bersuara dan berani mempertahankan segala kepentingan umat Islam.\n\n\nAtas dasar itu, gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) \u2013 selaku badan pendesak yang prihatin kepada kepentingan Islam dan Melayu \u2013 menggesa pengundi muslim di Johor membuat pilihan bijak dengan memilih wakil rakyat yang berwibawa pada PRN nanti.\n\n\nKetua Biro Komunikasi Korporat dan Multimedia ISMA, Norzafry Norhalim berkata, calon muslim yang bakal dipilih mestilah memenuhi kriteria wibawa seperti mengangkat agenda Islam dan aspirasi Perlembagaan di Parlimen, memperjuang agensi Bumiputera, berintegriti, cekap serta mahir dalam urus tadbir.\n\n\nKatanya, calon berkenaan juga mesti bebas daripada pengaruh asing, selain mempunyai agenda perpaduan umat dan rakyat, serta mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara tamadun Melayu.\n\n\nISMA melihat perkara ini penting supaya dapat meramaikan pemimpin muslim yang akan lantang bersuara dan berani mempertahankan segala kepentingan umat Islam.\n\n\nDengan pemimpin muslim berwibawa yang ramai ini, pasti dapat menjadi suara yang akan menyatukan umat Islam agar segera duduk semeja, berunding, berbincang dan bersepakat demi menjaga hak dan kepentingan umat Islam tanpa mengira blok kepartian sama ada UMNO, PAS Amanah, PPBM dan PKR,\u201d katanya dalam kenyataan.\n\n\nPada masa sama, beliau berkata, PRN Johor juga bakal berdepan dengan 700,000 pengundi muda terutama yang berusia 18 tahun apabila Akta Undi 18 telah diwartakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/27/mais-gagal-kembalikan-status-islam-5-kanak-kanak/", "title": "MAIS Gagal Kembalikan Status Islam 5 Kanak-Kanak", "body": "0\n\n\n( M\nahkamah Persekutuan menolak kebenaran kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Ketua Pendaftar Muallaf Selangor untuk status agama Islam 5 kanak-kanak dikembalikan\n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 27 JANUARI\n \u2013 Mahkamah Persekutuan semalam, menolak kebenaran kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Ketua Pendaftar Muallaf Selangor untuk merayu supaya status agama Islam 5 kanak-kanak dikembalikan.\n\n\n\u00a0\nRayuan kedua-dua agensi agama negeri itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam 2020 untuk membatalkan penukaran agama yang dimulakan oleh bapa mualaf mereka.\n\n\n\u00a0\nPanel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, pagi ini \nsebulat suara menolak permohonan supaya dua badan agama negeri itu mendapat kebenaran untuk meneruskan rayuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGUGURKAN CALON PN AJAR CARA LOLOS KE ISRAEL\n\n\n\n\n\n\n50 Peratus Kawasan Berpenduduk Boleh Capai Liputan 5G\n\n\n\n\n\n\nLelaki hina Agong berkaitan pelantikan PM direman 3 hari\n\n\n\n\n\n\n312 Penumpang Ke Kuala Perlis Terkandas\n\n\n\n\n\n\nBukan persenda Menu Rahmah, hanya mahu nasi berkuah \u2013 Hanafiah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nAnggota panel hakim mahkamah tertinggi yang lain hari ini ialah Vernon Ong Lam Kiat dan Hasnah Mohammed Hashim.\n\n\n\u00a0\nUntuk rekod, MAIS dan Ketua Pendaftar Muallaf Selangor memohon untuk mengembalikan semula status penukaran agama kelima-lima kanak-kanak itu, di mana Mahkamah Tinggi telah mengisytiharkannya sebagai tidak sah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/27/muhyiddin-mungkin-tak-pertahan-dun-gambir/", "title": "Muhyiddin Mungkin Tak Pertahan DUN Gambir", "body": "0\n\n\n( \nMuhyiddin Yassin menyuarakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi DUN Gabmbir dalam PRN Johor \n/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 27 JANUARI\n \u2013 Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin menyuarakan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi DUN Gabmbir dalam PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.\n\n\n\u00a0\nBagaimanapun, Muhyiddin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata \u201c\n\u2026 perkara itu terserah kepada pimpinan BERSATU.\n\n\nMuhyiddin berkata \u2014 Dia mahu memberi tumpuan kepada pentadbiran di peringkat pusat dan pengurusan parti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCalon BN akan guna logo dacing pada PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\nHadi sedia diheret ke mahkamah, Ketua Pembangkang sudah dilantik\n\n\n\n\n\n\nElaun tambahan diberikan kepada kakitangan perubatan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nBomba Giat Cari Tujuh Mangsa Hilang Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nLebih separuh tasik, takungan air di dunia semakin kering\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nDia berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat BERSATU Johor.\n\n\n\u00a0\nDUN Johor dibubarkan pada 22 Januari lalu, bagi membuka jalan kepada pelaksanaan PRN.\n\n\nKerajaan negeri sebelum ini diterajui BN dengan 28 kerusi merangkumi UMNO dengan 14 kerusi, MIC, dua kerusi, BERSATU dengan 11 kerusi dan PAS \u2013 Satu Kerusi \nmanakala PH dengan 27 kerusi iaitu DAP (14 Kerusi), PKR (Tujuh Kerusi) dan Amanah (Enam kerusi).\n\n\n\u00a0\nDalam pada itu, Muhyiddin memaklumkan BERSATU sedia untuk menampilkan calon-calon muda dalam PRN kali ini yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/27/pengeluaran-telur-kurang/", "title": "Pengeluaran Telur Kurang", "body": "0\n\n\n(Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nKHAMIS, 27 JANUARI\n \u2013 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengenal pasti keadaan cuaca tidak menentu antara faktor kurangnya penghasilan dan pengeluaran telur ayam dalam negara.\n\n\nTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, faktor berkenaan bukan sahaja mempengaruhi pengeluaran sektor pertanian, malah haiwan ternakan dan perikanan.\n\n\nTimbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nElaun tambahan diberikan kepada kakitangan perubatan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nLRA Sungai Semenyih beroperasi semula\n\n\n\n\n\n\nSarjan direman minta rasuah daripada penagih, pengedar dadah\n\n\n\n\n\n\nJangan hanya laungkan \u2018Rahmah\u2019 dan \u2018Madani\u2019, perlu hidup bersama nadi rakyat\n\n\n\n\n\n\nKKM tidak kompromi jika pegawai langgar garis panduan WHO FCTC\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTelur ikut trend\u2026 terutamanya bulan ini (Januari) hasilnya kurang tapi bulan depan (Februari) akan meningkat balik kerana perkara ini (pengeluaran telur ayam) bermusim.\n\n\nBeliau berkata, kejadian banjir serta peningkatan harga bekalan makanan ayam yang diimport dari luar negara turut mempengaruhi kekurangan pengeluaran telur.\n\n\nTambahnya telur mengikut trend semasa, terutamanya pada bulan januari hasilnya kurang tetapi pada bulan berikutnya akan meningkat balik dari segi pengeluaran.\n\n\nKenaikan harga juga berdasarkan pesanan dan bekalan. Begitu juga banjir serta pekerja terjejas kerana COVID-19.\n\n\nBeliau Diminta mengulas laporan sebuah akhbar berhubung isu terbabit, beliau juga tidak menafikan kewujudan kawalan harga barang terbabit dari pihak peruncit.\n\n\nDan pihak kementerian mendapati, memang ada kebenaran berhubung kawalan harga di pihak peruncit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/28/dakwaan-penganut-hindu-melampaui-batas-peace/", "title": "Dakwaan Penganut Hindu Melampaui Batas \u2013 Peace", "body": "0\n\n\n(\nUstaz Muhammad Syazwan Menon, Pengerusi Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE)\n / sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT, 28 JANUARI\n \u2013 Memberi respond terhadapan dakwaan pertubuhan itu, Pengerusi Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE), Ustaz Muhammad Syazwan Menon berkata, tindakan pertubuhan berkenaan melampau batas.\n\n\nMalah memorandum yang dihantar kepada Jabatan kemajuan islam, JAKIM, itu jelas\u00a0 salah\u00a0 menafsirkan penggunaan kandungan ayat Al-Quran dan Hadis.\n\n\n\u00a0\nBeliau berkata, walaupun berlainan agama, dalam kitab kepercayaan Hindu terdapat banyak ayat menceritakan tentang keesaan Allah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP tidak perlu minta maaf, henti timbul isu \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nBekalan air Melaka bertahan hingga Ogos\n\n\n\n\n\n\nKekurangan bekalan ayam, telur diatasi menjelang Ramadan\n\n\n\n\n\n\nSampai Bila Mahu Biarkan Negara ditadbir Pemimpin Rakus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nGTA akan kerjasama dengan PN?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nJelasnya dalil yang disebut dalam memorandum itu yang menyatakan Islam hanya agama yang diredai Allah bukanlah bermaksud menghina agama lain tetapi menerangkan kebenaran wahyu yang diturunkan Tuhan.\n\n\nUstaz Muhammad Syazwan Menon, Pengerusi Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE) berkata :\n\n\n\u201cPandangan saya tentang memorandum tu sebenarnya benda tu melampaui bataslah sebenarnya kita dalam agama Islam kita memang diminta menghormati\u00a0 antara satu sama lain walaupun berlainan agama apabila kita berceramah tentang Allah SWT sebenarnya setiap agama bercerita tentang tuhan yang satu termasuklah di dalam agama hindu sebenarnya mungkin disenaraikan penceramah-penceramah mungkin saya tak sebut nama penceramah terutama yang dihinglkishtkan dalam memorandum tadi tu tetapi apabila kita tengok tentang agama di muka bumi sebenarnya agama dari Allah SWT kita percaya Islam satu-satunya agama yang diredai Allah So, kita boleh kaitkan juga dalil dari agama lain termasuk agama hindu itu sendiri banyak ayat cerita tentang keesaan Allah . banyak veda-veda contoh 32 verses 3 yang mana tiada rupa bagi tuhan itu sendiri.\n\n\n\u00a0\nTambah Ustaz Syazwan, yang lebih 10 tahun menganut Islam hadis yang dinyatakan dalam memorandum berkenaan adalah memberi tafsiran yang lain bukan seperti yang didakwa.\n\n\n\u00a0\nMalah, tindakan wakil penganut hindu berkenaan juga boleh dianggap menyakiti agama Islam.\n\n\n\u201chadis itu sebenarnya maksud orang bukan Islam dibawah perlindungan Islam maksudnya adalah mereka yang menerima ajaran Islam dan mereka beradaptasi ajaran Islam di tempat mereka duduk so apabila mereka timbulkan setiap dari perkataan orang Islam itu satu penghinaan sebenarnya bukan kita yang menyakiti dia tetapi sebalik dia yang menyakiti agama Islam sebenarnya.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/28/gelombang-omicron-sudah-bermula-di-negara-ini/", "title": "Gelombang Omicron Sudah Bermula Di Negara Ini", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 28 JANUARI\n \u2013 Gelombang Omicron sudah bermula di negara ini. \nMengesahkannya \u2013 Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan beliau juga memberi amaran bahawa kes COVID-19 berkaitan varian itu akan naik, namun yakin keadaan dapat dikawal dengan baik.\n\n\n\u00a0\nSetakat 25 Januari lalu secara keseluruhan negara ini sudah mengesan 601 kes COVID-19 yang ada kaitan dengan varian Omicron.\n\n\n\u00a0\nDaripada jumlah itu, 90 peratus atau 545 kes adalah diimport. \nBagaimanapun, terdapat 56 kes penularan tempatan dengan 34 daripadanya dilaporkan di Sarawak, dan 12 di Selangor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nYGMB sumbang bantuan kepada 100 pelajar asnaf\n\n\n\n\n\n\nKajian semula pakaian pramugari MAS mampu henti stigma\n\n\n\n\n\n\nKadar Kemasukan Ke Hospital Semakin Meningkat\n\n\n\n\n\n\nPenamaan Calon PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Dana RM388.1 bilion\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nKes penularan tempatan juga dilaporkan di Kedah, Labuan \u2013 Dengan masing-masing empat kes \u2013 serta dua kes lagi di Sabah.\n\n\n\u00a0Manakala a\nngka harian positif COVID-19\u00a0 pada 27 Januari\u00a0 merekodkan\u00a0 peningkatan\u00a0 kes\u00a0 kepada 5,439\u00a0 kes baharu berbanding semalam 4, 744 kes.\n\n\nAngka ini adalah yang tertinggi sejak kali terakhir dicatatkan 2 bulan lalu. \nSetakat ini, jumlah keseluruhan kumulatif kes positif telah berjumlah sebanyak 2,850,408 kes.\n\n\n\u00a0\nUntuk kemas kini data harian dan pecahan kes negeri akan dimuat naik di laman portal COVIDNOW selepas tengah malam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/28/malaysia-terima-bekalan-pertama-vaksin-kanak-kanak/", "title": "Malaysia Terima Bekalan Pertama Vaksin Kanak-Kanak", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 28 JANUARI\n \u2013 Malaysia menerima sebanyak 624 ribu dos vaksin jenis mRNA 10 mikrogram concentrate for dispersion (PfizerBioNTech) untuk diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun.\n\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Malaysia KKM, menerusi penghantaran pertama,vaksin tersebut tiba di Malaysia pada 7:15 pagi tadi menggunakan pesawat TH383 milik Raya Air dari kilang Pfizer di Belgium.\n\n\nKKM menerusi kenyataan di laman facebook rasminya hari ini berkata, sebanyak 72 kotak Sotbox Vaksin ini akan dihantar ke 52 pusat simpanan Vaksin Ultra Low Freezer (ULTF) di 12 buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, WP Labuan Selangor, Kelantan dan Terengganu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP Ambil Tindakan Segera\n\n\n\n\n\n\nProklamasi Melayu rasis hanya mainan puak cauvinis\n\n\n\n\n\n\nNama jalan wajar abadikan nama tokoh yang berjasa \u2013 Budayawan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Katil Icu Di Selangor Meningkat\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Tetap Waspada Walau Paras Air Tidak Membimbangkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nManakala di kawasan utara seperti Kedah, Perlis, Perak, akan terus dibawa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.\n\n\nSebanyak 16 lokasi dijadikan sebagai Pusat Simpanan Vaksin (PSV) di seluruh negara.\n\n\nDianggarkan seramai empat juta kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun layak untuk menerima vaksin ini bermula Februari melalui Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids).\n\n\nSebagai permulaan, pemberian vaksin Pfizer kanak-kanak akan dilaksanakan di Lembah Klang melalui hospital-hospital bagi kanak-kanak mempunyai masalah perubatan manakala pemberian vaksin bagi kanak-kanak yang tiada masalah perubatan akan diberi di pusat pemberian vaksin ppv integrasi.\n\n\nSehingga kini 484 ribu 639 kanak-kanak berumur lima hingga dibawah 12 tahun telah berdaftar di aplikasi Mysejahtera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/28/mazlan-bujang-keluar-bersatu/", "title": "Mazlan Bujang Keluar BERSATU", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 28 JANUARI\n \u2013 Ketua Bahagian BERSATU Tebrau, Mazlan Bujang, hari ini, meletak jawatan ketua bahagian, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.\n\n\nMazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi BERSATU Johor, berkata beliau tidak menyertai mana-mana parti setakat ini, namun menyatakan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).\n\n\nKatanya, keputusan itu diambil selepas menilai dan menimbang perkara itu sejak sekian lama dengan pemikiran yang waras.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak guna wang kerajaan \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPAS YAKIN MENANG DI LAPAN KERUSI UNDI TERAS\n\n\n\n\n\n\nHAMAS bagi amaran jangan tukar status quo Masjidil Aqsa!\n\n\n\n\n\n\nAgihan pendapatan ASB 4.60 sen, bonus tambahan 0.50 sen\n\n\n\n\n\n\nSPR pertimbang adakan pilihan raya lebih 60 hari selepas bubar Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Mazlan berkata, keputusan itu diambil berdasarkan keperluan untuk mewujudkan semula kerajaan negeri yang stabil.\n\n\nKatanya, ia termasuk kepimpinan yang diyakini dan berdasarkan kegagalan dua kepimpinan menteri besar sebelum ini mentadbir Johor dengan baik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/28/muafakat-didukung-tidak-halang-saingan-secara-demokratik-annuar/", "title": "Muafakat Didukung, Tidak Halang Saingan Secara Demokratik \u2013 Annuar", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 28 JANUARI\n \u2013 Kerajaan Persekutuan akan terus mendukung semangat muafakat dan kerjasama dalam kalangan parti gabungan yang membentuk kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\n\n\n\u00a0\nMalah, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata dasar kerjasama rentas sempadan kepartian termasuk dengan pembangkang akan terus dilaksanakan khasnya bagi perkara berkaitan kepentingan rakyat.\n\n\n\u00a0\nMenerusi catatan di akaun Twitter, Annuar menggesa parti politik Melayu, bumiputera dan Islam terlebih dahulu berusaha memperkukuh muafakat dan kerjasama \nuntuk terus mampu memimpin selari dengan apa yang ditunjukkan dalam sejarah perjuangan Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPihak luar terbabit lakukan perlombong haram nadir bumi \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nBanjir gelombang kedua dijangka lebih buruk\n\n\n\n\n\n\nProfesor wanita Melayu pertama meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nPRN: MUDA, PSM kerjasama beri pilihan baru kepada pengundi\n\n\n\n\n\n\nJamil Khir Dilantik Penasihat Agama PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nTan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh berkata :\n\n\n\u201cHak dan kebebasan setiap parti gabungan terus dihormati. Inilah \u2018Orde Baru\u2019 politik masa kini yang lebih matang, lebih luas dan lebih terbuka. Tidak perlu berpatah arang berkerat rotan,\u201d\n\n\nBagaimanapun Ahli Parlimen Ketereh itu berkata pendekatan seperti tidak menghalang parti-parti gabungan bersaing secara demokratik di peringkat negeri dengan terus memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/28/patuh-sop-ambil-dos-penggalak-elak-peningkatan-kes-pakar/", "title": "Patuh Sop, Ambil Dos Penggalak Elak Peningkatan Kes \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 28 JANUARI\n \u2013 Peningkatan kes Covid-19 sehingga mencecah angka lima ribu semalam sudah dijangka berikutan adanya varian Omicron yang lebih mudah merebak.\n\n\nPakar Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, langkah-langkah keselamatan terutama pematuhan SOP dan juga mempercepatkan pengambilan dos penggalak bagi mereka-mereka yang layak sangat penting bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.\n\n\nProf. Madya Dr. Malina Osman,\u00a0 Pakar Kesihatan Awam UPM berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIbu bapa berlainan agama boleh jaga anak beragama Islam\n\n\n\n\n\n\nMalapetaka kepada Anwar jika Najib, Ahmad Zahid bebas\n\n\n\n\n\n\nEnam Penghantar Makanan Foodpanda Dilepas Tanpa Bebas\n\n\n\n\n\n\nMinta ganjaran demi undi parti tertentu tanda normalisasi rasuah\n\n\n\n\n\n\nDatuk Johari Abdul dipilih Speaker Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau kita tengok pola semasa ya dekat Eropah US dan juga negara-negara Asia berdekatan memang secara purata terlihat dengan berlaku peningkatan dan kita tengok di Filipina contohnya memang peningkatan agak drastik saya nak satu atau dua minggu lepas Walaupun pada sekarang ni agak menurun di Malaysia kita baru menyaksikan pola peningkatan dan pada pandangan saya Ia memang dijangkakan berikutan adanya omicron yang telah dikesan di negara kita melalui beberapa Siri pemeriksaan yang dilakukan oleh kementerian kesihatan apa yang penting pada masa ni saya berpendapat kita perlu memperteguhkan ya semua langkah-langkah keselamatan terutama pematuhan SOP dan juga mempercepatkan pengambilan dos penggalak bagi mereka-mereka yang layak dan juga untuk anak-anak kita ni akan bermula tidak berapa lama lagi.\u201d\n\n\nTambahnya, rakyat Malaysia juga perlu bersiap sedia kemungkinan lonjakan kes yang akan berlaku.\n\n\nPerkara ini sangat membimbangkan apabila sistem kesihatan negara terdedah kepada bahaya dan lumpuh sehingga menjejaskan perkhidmatan lain.\n\n\nSehubungan itu, beliau turut menyarankan pemvaksinan di kalangan kanak-kanak juga perlu dilakukan bagi melindungi golongan berkenaan dan kumpulan rentan.\n\n\n\u201cKita perlu bersiap sedialah dengan kemungkinan dengan lonjakan kes dan itu perlu kita elakkan sebab bila berlakunya lonjakan kes kita pun faham ialah sistem perkhidmatan kesihatan kita terdedah kepada bahaya untuk Lumpuh hingga menjejaskan perkhidmatan lain dan ini perlu kita elakkan dari pemvaksinan di kalangan kanak-kanak yang sangat penting bagi melindungi bukan sahaja golongan kana-kanak berkenaan tapi mereka lain dalam kumpulan rentan dari mendapat komplikasi serius yang tidak dijangka.\u201d\n\n\nSemalam negara menyaksikan peningkatan kes covid 19 kepada 5,439 yang tertinggi sejak kali terakhir dicatatkan 2 bulan lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/28/peguam-fail-rayuan-isu-keabsahan-sekolah-vernakular/", "title": "Peguam Fail Rayuan Isu Keabsahan Sekolah Vernakular", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 28 JANUARI\n \u2013 Rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi berkaitan isu keabsahan sekolah-sekolah vernakular di sisi perlembagaan telah difailkan di mahkamah rayuan.\n\n\n\u00a0\nPeguam, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan, bagi mencabar kebasahan sekolah-sekolah vernakular kerana membelakangkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.\n\n\n\u00a0\nTiga badan-badan bukan kerajaan yang menjadi perayu adalah Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), yang diwakili oleh Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil serta Tetuan Hariz Syakinah & Co, serta pasukan ini akan diketuai oleh peguam kanan, Haniff Khatri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu bebanan kerja guru akan dikaji MPPK\n\n\n\n\n\n\nAda agenda tersembunyi, sebar fahaman liberal secara halus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nPemuda ISMA bantah KKM keluarkan cecair nikotin daripada Akta Racun\n\n\n\n\n\n\nGuna kod QR salur aduan kebersihan makanan, bazar Ramadan\n\n\n\n\n\n\nAmirudin menghadap Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nMenurut Hariz, rayuan-rayuan tersebut telah difailkan masing-masing pada 25, 26 dan 27 Januari 2022.\n\n\n\u00a0\nMuhammad Hariz Md Yusoff sebagai Peguam berkata :\n\n\n\u2018pertamanya untuk kita memfailkan rayuan di peringkat rayuan adalah kerana kita ingin mendapatkan 1 keputusan mahkamah tertinggi berkenaan keputusan yang dibuat oleh yang Arif mahkamah tinggi bahawa sekolah vernakular adalah sah di mana rayuan kita di peringkat mahkamah rayuan akan mencabar dapatan mahkamah tinggi untuk kita dapatkan harapan bahawa penentuan persoalan undang-undang samada sekolah jenis kebangsaan cina atau sekolah jenis kebangsaan tamil yang ditubuhkan di bawah akata pendidikan dan mendapat dana sumber awam adalah sebenar ya badan awam atau tidak selain isu perundangan dan lainnya.\n\n\nTegas Hariz, Bahasa kebangsaan perlu dijadikan Bahasa pengantar utama dalam mana-mana institusi pendidikan awam yang menerima dana awam.\n\n\n\u201cApa yang kami nak tegaskan Bahasa kebangsaan perlu dijadikan Bahasa pengantar utama dalam mana-mana institusi pendidikan awam yang menerima dana awam kerana hal tersebut akan bercanggah dengan kedudukan Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan yang digunakan sebagai sumber tujuan rasmi sekiranya Bahasa lain dari Bahasa kebangsaan diguna pakai sebagai Bahasa pengantara dalam sesuatu institusi pendidikan tersebut.\u201d\n\n\nDisember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) di seluruh Malaysia adalah sah di sisi Perlembagaan.\n\n\n\u00a0\nTiga badan-badan bukan kerajaan yang menjadi Plaintif di Mahkamah Tinggi tempoh hari telah mengarahkan pihak peguam masing-masing untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan, bagi mencabar kebasahan sekolah-sekolah vernakular kerana membelakangkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/28/pengurusan-kes-pecah-amanah-rm6-6-bilion-najib-irwan-serigar-1-mac/", "title": "Pengurusan Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion Najib-Irwan Serigar 1 Mac", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 28 JANUARI\n \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan\u00a0 1 Mac depan bagi pengurusan kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah \nberhubung enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion.\n\n\n\u00a0\n\n\n1 Mac 2022 ditetapkan\u00a0 bagi pengurusan kes Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah; berhubung enam pertuduhan pecah amanah berjumlah RM6.6 bilion\u00a0 \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSanusi didakwa langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya tayang kertas undi\n\n\n\n\n\n\nTH gesa 31,600 bakal haji segera jawab surat tawaran\n\n\n\n\n\n\nEmpat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi\n\n\n\n\n\n\nDua \u2018Marshal\u2019 Sudah Dicekup, Empat Lagi Diburu\n\n\n\n\n\n\nTM dedah punca tak perbaharui konsesi Menara KL\n\n\n\n\n\n\n\n\nPihak pendakwaan memohon tarikh baharu untuk pengurusan kes berikutan kes One MDB membabitkan, Datuk Seri Najib masih berlangsung di peringkat pemeriksaan balas saksi pendakwaan kedua belas\n iaitu bekas Ketua Pegawai Kewangan One MDB, Azmi Tahir dengan saksi-saksi serta keterangan yang akan dikemukakan pada perbicaraan kes pecah amanah itu adalah sama dengan kes One MDB.\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim ketika ditemui pemberita berkata\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n\u00a0\u201c\n\u2026 Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu untuk kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai perkembangan kes pecah amanah serta kes berkaitan One Malaysia Development Berhad (1MDB) dan laporan audit membabitkan bekas perdana menteri itu.\u201d\n\n\nPeguam Syahirah Hanapiah yang mewakili Najib turut mengesahkan perkara itu. \nOleh itu, hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes pecah amanah tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/28/pertubuhan-hindu-mohon-jakim-ambil-tindakan-terhadap-pendakwah-bebas/", "title": "Pertubuhan Hindu Mohon Jakim Ambil Tindakan Terhadap Pendakwah Bebas", "body": "0\n\n\n( Memorandum bantahan Pertubuhan Hinda Agamam Ani Malaysia/ sumber : TV Pertiwi)\n\n\nJUMAAT 28 JANUARI\n \u2013 Satu memorandum bantahan dihantar Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mendakwa terdapat ceramah Islam yang bersifat penghinaan, perkauman dan berbentuk hasutan.\n\n\n\u00a0\nArun Dorasamy yang mewakili pertubuhan berkenaan mendesak JAKIM mengambil tindakan terhadap beberapa agamawan Muslim berketurunan Cina dan India yang dianggap penghancur keamanan dan keharmonian kaum.\n\n\nSemalam, Wakil Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia menghantar memorandum sebanyak empat muka surat\u00a0 \u2013 menyatakan bantahan ceramah agama yang bersifat penghinaan, perkauman dan berunsur hasutan di hadapan bangunan JAKIM.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSiti Nuramira Dibebaskan Dengan Jaminan JAWI\n\n\n\n\n\n\nCari jalan pendekkan kes mahkamah syariah, elak mangsa dizalimi\n\n\n\n\n\n\nMalaysia berjaya lahirkan 2,130 huffaz profesional di 8 IPT\n\n\n\n\n\n\nKerajaan pimpinan Anwar, kerajaan separa perpaduan \u2013 Nik Ahmad Kamal\n\n\n\n\n\n\nMengapa perlu minta maaf, saya hanya ikut kehendak parti \u2013 Hishammuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nAntara agamawan yang disebut dalam memorandum itu ialah Dr Zakir Naik, Firdaus Wong dan Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, dan beberapa lagi \u2013 semua mereka didakwa menyerang penganut Hindu.\n\n\nMereka turut memetik beberapa dalil al quran yang dikatakan Islam mengajar perpaduan namun sebaliknya yang dilakukan dalam ceramah pendakwah berkenaan.\n\n\nPertubuhan itu turut meminta JAKIM menasihatkan penceramah berkenaan serta memperincikan isu ini bagi menjaga keharmonian agama di Malaysia.\n\n\nMereka juga mendakwa sudah 6 ribu aduan dilakukan terhadap kenyataan pendakwah yang dikatakan mempunyai hasutan, hinaan dan mencabar, namun belum diambil tindakan.\n\n\nPendakwah telah xxxxxxx dengan ini kami minta jakim kekang dan kemukakan garispanduan yang ketat \u2014tidak campuri urusan agama lain atas nama dakwah islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/28/rekahan-baharu-dikesan-di-tempat-kejadian/", "title": "Rekahan Baharu Dikesan Di Tempat Kejadian", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 28 JANUARI\n \u2013 Kerosakan dan rekahan baharu dikesan di jalan kawasan tanah mendap di Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, akibat hujan lebat semalam.\n\n\n\u00a0\nKetua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. Anbalagan, berkata \u2018\nagensi penguatkuasaan termasuk Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengambil maklum perkara itu dan kerja membaik pulih jalan berkenaan sedang giat dilakukan.\n\n\nACP A. ANBALAN, Ketua Polis Daerah Serdang berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM Akan Keluarkan Jadual Baharu SPM 2021\n\n\n\n\n\n\nSyed Saddiq bela diri mulai hari ini\n\n\n\n\n\n\n\u201cIsmail Tak Usah Salahkan 12 Menteri PN\u201d- Tun M\n\n\n\n\n\n\nPeperiksaan bertulis SPM 2022 bermula 20 Februari\n\n\n\n\n\n\nPetisyen Parlimen Segamat ditolak, Ramasamy kemuka rayuan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya diberitahu sebanyak 50 besi cerucuk ditanam sepanjang 150 meter di kawasan kejadian. Proses penanaman itu masih berlangsung dan akan mengambil masa tujuh hari bagi memastikan tiada pergerakan tanah serta berlaku rekahan di kawasan lain,\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cKita juga ingin menasihatkan 17 pemilik premis komersial di kawasan itu untuk terus mengosongkan kedai masing-masing hingga keadaan kembali selamat,\u201d\n\n\n\u00a0\nMengenai kenderaan rosak akibat tanah mendap, Anbalagan berkata, pemilik kenderaan terbabit boleh membuat laporan polis untuk tuntutan dan pampasan insurans.\n\n\n\u00a0\nSetakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada pihak terbabit kerana kenderaan terbabit dimaklumkan sudah rosak.\n\n\n\u00a0\nBagi kenderaan yang mempunyai insurans, mereka boleh membuat laporan polis untuk tindakan susulan.\n\n\nTerdahulu, hasil tinjauan TV Pertiwi semalam mendapati \u2014 Kerja-kerja penanaman cerucuk telah dimulakan pada jam 2 pagi semalam.\n\n\nProses ini melibatkan anggota Bahagian Kejuruteraan MBSJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia JBPM dan di bawah pemantauan PDRM."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/28/wan-azizah-dipanggil-ke-bukit-aman-petang-ini/", "title": "Wan Azizah Dipanggil Ke Bukit Aman Petang Ini", "body": "0\n\n\n\n\nJUMAAT, 28\u00a0 JANUARI\n \u2013 Polis mengesahkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipanggil ke Bukit Aman pada jam 3 petang hari ini.\n\n\nPengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata Ahli Parlimen Pandan itu diminta hadir untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan penerbitan buku bertajuk \u2018My Story: Justice in the Wilderness\u2019 ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.\n\n\nDatuk Seri Abd Jalil Hassan / Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman :\n\n\u201cBenar (Wan Azizah dipanggil Bukit Aman) dan ini adalah prosedur biasa dalam sesuatu siasatan,\u201d\n\n\nMedia melaporkan pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan Tommy dalam bukunya itu, mengadakan mesyuarat pertama di ibu negara, pada 23 Disember lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nB40 jika rayuan diterima tapi luar tahun giliran kena bayar penuh\n\n\n\n\n\n\nSelangor, Kuala Lumpur Catat Kes Luar Tabii Tertinggi\n\n\n\n\n\n\nTolak Tulisan Jawi Bererti Tidak Hormati Identiti Nasional\n\n\n\n\n\n\nJom Ziarah Gereja : Bercanggah Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen pembangkang belum buat permohonan rasmi \u2013 Fadillah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dipetik berkata pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat awal berhubung beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku itu termasuk isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.\n\n\nTommy menerbitkan buku berkenaan pada awal tahun tahun lalu, namun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, peguam, ahli politik dan orang awam kerana didakwa mengandungi unsur hasutan, penghinaan serta fitnah.\n\n\nBerikutan itu, polis menerima lebih 100 laporan terhadap Tommy berhubung penerbitan buku berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/31/2-57-juta-pengundi-biasa-layak-mengundi/", "title": "2.57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi", "body": "0\n\n\n\n\nISNIN, 31 JANUARI\n \u2013 Seramai Dua Perpuluhan 576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.\n\n\nBerdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah keseluruhan itu \n22,536 orang merupakan pengundi awal melibatkan 10,958 anggota tentera dan pasangan, manakala 11,578 pula anggota polis dan pasangan mereka.\n\n\nMenurut data yang diwartakan SPR pada 17 Januari lalu, jumlah pengundi tidak hadir luar negara adalah seramai 376 orang di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGelar kerajaan zina, calon PN Parlimen Padang Serai perlu disiasat \u2013 Fahmi Fadzil\n\n\n\n\n\n\nBekas diplomat tidak setuju pelantikan Nazri Aziz\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Sektor kesihatan terima RM36 bilion\n\n\n\n\n\n\nPRN Sarawak Ke-12, 18 Disember Ini\n\n\n\n\n\n\nBlinken Adakan Lawatan Kerja Ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengundi boleh membuat semakan awal melalui portal semakan daftar pemilih di portal rasmi SPR, aplikasi My SPR Semak dan Hotline SPR menerusi talian tertera.\n\n\n\u00a0\nJumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi 18.\n\n\n\u00a0\nSPR dijangka mengumumkan tarikh PRN Johor selepas mengadakan mesyuarat khas pada Sembilan Februari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/31/gantung-bina-sjkc-jawatankuasa-fail-tuntutan/", "title": "Gantung Bina SJKC Jawatankuasa Fail Tuntutan", "body": "0\n\n\n\n\nISNIN, 31 JANUARI\n \u2013 Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Too Joon Hing memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi semakan kehakiman terhadap perintah penggantungan pembinaan sekolah itu yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).\n\n\nSelain itu, jawatankuasa berkenaan turut memohon mahkamah menilai kerugian yang ditanggung sepanjang tempoh penggantungan.\n\n\nExco kerajaan negeri Selangor, Ng Sze Han berkata \u2013 Memandangkan permohonan untuk semakan kehakiman mesti dikemukakan dalam tempoh tiga bulan, Jawatankuasa Pembinaan SJKC Too Joon Hing telah memfailkan permohonan di mahkamah pada 17 Januari.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKecelaruan surat RoS langkah licik Zahid \u2013 Penganalisis Politik\n\n\n\n\n\n\nZahid ingatkan PAS jangan berangan sertai Kerajaan PH-BN\n\n\n\n\n\n\n40 Negara desak Israel tarik balik sekatan atas Palestin\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Johor Mahu Pengkhianat Dihukum\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa bertanding atau tidak, diputus malam ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nMahkamah juga dilaporkan memilih Satu Mac depan untuk sesi pendengaran dalam talian.\n\n\nDakwanya, sudah lebih dua bulan setengah Jawatankuasa Pembinaan SJKC Too Joon Hing menerima perintah penggantungan pembinaan dari KPM n\namun sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan yang jelas berhubung sebab perintah penggantungan pembinaan sekolah dikeluarkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/31/genting-hong-kong-tidak-mampu-bayar-hutang-3-bank-malaysia/", "title": "Genting Hong Kong Tidak Mampu Bayar Hutang 3 Bank Malaysia", "body": "0\n\n\n\n\nISNIN, 31 JANUARI\n \u2013 Syarikat Genting Hong Kong tidak berupaya membayar balik hutang terhadap tiga bank Malaysia yang memberi pinjaman kepada syarikat gergasi itu.\n\n\nPakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, aset-aset syarikat itu akan dijual semula bagi membayar hutang mengikut prioriti dan peratusan yang ditetapkan.\n\n\n\u00a0\nProf Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Pakar Ekonomi berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M ditahan di IJN kerana jangkitan\n\n\n\n\n\n\nPAS Perak Pelawa Tajuddin Bertanding Tiket PN\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu wujudkan sistem data raya bekalan sayur negara\u00a0\n\n\n\n\n\n\nRosmah dibenar dapatkan sementara pasport lawat cucu sakit\n\n\n\n\n\n\nPUTRA BERTANDING 5 KERUSI PRN MELAKA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSyarikat itu telah dibubarkan jadi tidak akan berupaya membayar balik tetapi pembubaran ini akan dilakukan oleh firma perundangan dan firma itu akan menjual semua aset-aset syarikat genting di hong kong ini dan apa-apa yang dia akan kutip akan bayar hutang mengikut prioriti dan mengikut peratusan atau propotion yang berkait jadi mungkinnya syarikat ketiga bank itu akan mungkin setiap 20 sen untuk setiap ringgit yang dipinjamkan dulu.\u201d\n\n\n\u00a0\nTambahnya, wabak Covid-19 dan penutupan sektor ekonomi sangat memberi kesan kepada sektor pelancongan dan Genting antara syarikat besar yang menyerah diri.\n\n\n\u00a0\nBagaimanapun katanya, banyak lagi syarikat pelancongan yang turut terjejas dan berusaha memulihkan semula ekonomi mereka.\n\n\n\u201cSebenarnya ada banyak lagi syarikat-syarikat lain berkait dengan pelancongan, pengangkutan dan perhotelan sedang mengalami masalah yang sama tetapi masing-masing mempunyai strategi cuba memulihkan ekonomi termasuklah Air Asia semalam dia tukar nama kepada capital dan dia juga menanggung banyak hutang yang besar tetapi mereka dapat berusaha cuba menstrukturkan semula.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/31/pemandu-mabuk-catat-kesalahan-tertinggi-polis/", "title": "Pemandu Mabuk Catat Kesalahan Tertinggi \u2013 Polis", "body": "0\n\n\n\n\nISNIN, 31 JANUARI\n \u2013 Polis menahan seramai 1,558 individu atas pelbagai kesalahan trafik termasuk memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan menunggang motosikal secara berbahaya, menerusi pelbagai operasi diadakan di ibu negara tahun lalu.\n\n\n\u00a0\nTimbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah berkata, pemandu mabuk mencatatkan kesalahan tertinggi dengan 1,157 kes direkodkan dan disiasat mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.\n\n\n\u00a0\n \nSUPT. Zulkafli Chek Lah, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur berkata:\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n10 Exco kerajaan negeri Melaka angkat sumpah\n\n\n\n\n\n\n29 Kampung Melayu Dilenyapkan Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nMelayu Islam Subahat Jual Arak?\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Teliti Semula Import Ayam Luar\n\n\n\n\n\n\nCeti haram hina agama Islam, PPIM gesa KDN, JAKIM bertindak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026ahh untuk mabuk ahhhh,memandu di bawah pengaruh alkohol kita telah menangkap sebanyak 192 orang dalam masa sebulan,192 dan lain lain kesalahan 4 dan 5 lah iaitu sekyen 50 dan seksyen 108 jumlah tangkapan buat masa sebulan ni sebanyak 235 orang\n\n\nBeliau berkata, bagi kesalahan memandu secara berbahaya pula, seramai 287 individu ditahan dan diambil tindakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.\n\n\nZulkafli berkata, dalam Op Selamat tahun ini bermula 1 Januari hingga semalam, seramai 235 individu ditahan bagi pelbagai kesalahan trafik dengan tangkapan tertinggi juga membabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol iaitu seramai 192 individu, manakala memandu secara berbahaya seramai 34 individu ditahan.\n\n\nSementara itu, katanya dalam operasi dilakukan malam tadi di tiga lokasi di sekitar Kuala Lumpur, sebanyak 189 saman dikeluarkan dengan tiga pemandu mabuk ditahan dan tujuh motosikal disita.\n\n\n-Haffiz Aziz"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/31/puting-beliung-terbangkan-bumbung-rumah/", "title": "Puting Beliung Terbangkan Bumbung Rumah", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nISNIN, 31 JANUARI\n \u2013 Beberapa rumah rosak dan pokok tumbang akibat ribut di Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas di sini akibat ribut lewat petang semalam.\n\n\nJurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.40 petang memaklumkan kejadian ribut kawasan sekitar Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas sebelum anggota bergegas ke lokasi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM600,000 paras simpanan ideal untuk hidup selesa selepas bersara\n\n\n\n\n\n\nBERSATU serah kerusi DUN di Jeli, Gua Musang kepada PAS\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Hantar Wakil Khas ke India Sampaikan Pandangan Negara\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid sindir MB Terengganu bercuti ke luar negara\n\n\n\n\n\n\nKDN, PDRM pastikan PRN 6 negeri lancar\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut, (JBPM), setibanya di lokasi didapati beberapa pokok tumbang dan rumah rosak dan tiada kecederaan dilaporkan tetapi pemantauan masih diteruskan.\n\n\nTerdahulu tular di media sosial berkenaan kejadian ribut dan pokok tumbang di beberapa kawasan di Bandaraya Ipoh terutama di Kampung Tawas.\n\nRata-rata mangsa terkejut apabila tiba-tiba terdengar bunyi angin kuat pada kira-kira jam 6 petang semalam.\n\n\nSaksi Mita Devi berkata dia melihat sendiri kejadian \u2018puting beliung\u2019 yang berlaku kira-kira 20 minit dan menerbangkan atap rumah.\n\n\nSementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran berkata, semua mangsa terlibat diminta membuat laporan polis bagi memudahkan proses menyaluran bantuan kewangan daripada pejabatnya dan kerajaan negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/31/tiada-agenda-besar-punca-muafakat-parti-politik-melayu-rapuh/", "title": "Tiada Agenda Besar Punca Muafakat Parti Politik Melayu Rapuh", "body": "0\n\n\n\n\nISNIN, 31 JANUARI\n \u2013 Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat lebih kepada medan pertembungan parti-parti politik Melayu berebut kuasa berbanding mahu mendapat mandat baharu rakyat.\n\n\nPemerhati politik, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir berkata, lebih mendukacitakan parti-parti politik Melayu ini lebih mengutamakan kepentingan peribadi dan taksub kepartian sempit.\n\n\n\u201cPermuafakatan parti politik dalam PN dan MN masih terkial-kial dan dinilai sebagai pemuafakatan terlalu rapuh kerana tiada agenda besar untuk bangsa.\u201d\n\n-Ustaz Sharipudin Abdul Kadir, Pemerhati Politik\n\n\nMemetik ISMAWEB beliau berkata, lihat sahaja kepada ucapan pimpinan parti yang terlibat seolah-olah pengisytiharan perang antara parti-parti Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSivaraj letak jawatan, isytihar keluar MIC\n\n\n\n\n\n\nTidak perlu doktor khas iringi Azizulhasni \u2013 PKBM\n\n\n\n\n\n\nTak benar keluar KWSP, simpanan pencarum susut 50 peratus\n\n\n\n\n\n\nUcapan berbaur perkauman, Lim Guan Eng disiasat bawah Akta Hasutan\n\n\n\n\n\n\nLebih ramai individu akan dipanggil bantu siasatan kes LCS\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, permuafakatan mereka dalam PN dan MN masih terkial-kial dan dinilai sebagai pemuafakatan terlalu rapuh kerana tiada agenda besar untuk bangsa.\n\n\nSharipudin turut mempersoalkan adakah PRN Johor memberi keuntungan kepada rakyat sedangkan apa yang berlaku adalah perpecahan Melayu yang semakin parah.\n\n\nDalam masa yang sama duit 150 juta ringgit yang dibelanjakan untuk PRN Johor akan hangus begitu sahaja.\n\n\nUjar Sharipudin, bila kepimpinan negara diberi kepada mereka yang tidak ada akhlak dan amanah ia memperlihatkan langkah bermula menuju kehancuran.\n\n\nKatanya, rakyat diperbodohkan dengan pelbagai dakwaan kononnya untuk membentuk kerajaan kuat perlu kepada PRN tetapi bila diteliti ia hanya dakwaan palsu.\n\n\nLebih dikesalkan katanya, harapan rakyat untuk melihat penyatuan umat tidak dihiraukan oleh ahli-ahli politik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/31/tidak-bertanding-shahrir-enggan-berselindung-di-sebalik-kedudukan-politik/", "title": "Tidak Bertanding, Shahrir Enggan Berselindung Di Sebalik Kedudukan Politik", "body": "0\n\n\n\n\nISNIN, 31 JANUARI\n \u2013 Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menjelaskan alasan beliau tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.\n\n\nJelasnya beliau tidak mahu berselindung di sebalik kedudukan politik susulan sedang menghadapi pendakwaan dalam mahkamah.\n\n\n\u201cPaling utama ialah kerana saya sedang menghadapi pendakwaan dalam mahkamah. Lagipun, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), memang saya berhajat untuk memberi laluan kepada calon baharu dalam kalangan bakat baharu.\u201d\n\n\u2013 TAN SRI SHAHRIR SAMAD, Veteran UMNO\n\n\nKetika ini beliau sedang menghadapi kes Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan tuduhan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPM mahu Timbalan Menteri fokus laksana perancangan, perubahan untuk rakyat\n\n\n\n\n\n\nAhli Dewan Diraja Selangor tuntut Sanusi mohon maaf secara terbuka\n\n\n\n\n\n\nPemberian ubat PrEP galakkan aktiviti LGBT\n\n\n\n\n\n\nKekosongan kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram, SPR masih tunggu pemakluman\n\n\n\n\n\n\nKPWKM tidak kompromi kualiti makanan di PPS\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru katanya, tidak wajar beliau mewakili mana-mana parti sebagai calon bertanding dalam PRN Johor mahupun Pilihan Raya Umum ke-15.\n\n\nBeliau turut menjelaskan, keadaan itu tidak sama seperti ahli politik lain yang tetap mahu bertanding walaupun berhadapan tuduhan jenayah pecah amanah.\n\n\nShahrir turut mendakwa, walaupun pendakwaan terhadap dirinya adalah keputusan politik dan selektif tetapi beliau tidak mahu berlindung di sebalik kedudukan politik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/31/tutup-sekolah-untuk-kekang-covid-19/", "title": "Tutup Sekolah Untuk Kekang Covid-19", "body": "0\n\n\n\n\nISNIN, 31 JANUARI\n \u2013 Kerajaan negeri Sabah mengarahkan penutupan sekolah yang diisytiharkan sebagai pencetus kluster Covid-19 bertujuan melindungi lebih ramai pelajar dan guru daripada dijangkiti wabak berkenaan.\n\n\n\u00a0\nMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, keputusan itu juga untuk memastikan jangkitan Covid-19 dapat dibendung supaya tidak merebak ke kawasan lain.\n\n\n Datuk Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata :\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis rakam keterangan 3 individu kes curi wang BAP RM109,000\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan perhimpunan haram depan Sogo, Dataran Merdeka\n\n\n\n\n\n\nI-Guru gesa tindakan tegas kepada pelajar rosakkan harta benda sekolah\n\n\n\n\n\n\nRakyat Kesal Mahu Dapat Bantuan Perlu Hadapi Pelbagai Birokrasi\n\n\n\n\n\n\nHassan selar tindakan Menteri Pelancongan \u2018gempur\u2019 KLIA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTindakan drastik ini juga adalah peringatan kepada semua pengurusan sekolah termasuk guru-guru, murid-murid dan ibu bapa agar mengambil langkah proaktif bagi mengurangkan risiko jangkitan ke atas murid-murid dan guru-guru sekolah\u2019\u2019.\n\n\nMenurut beliau, Masidi berkata, semua prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja atau sekolah hendaklah dikuatkuasakan secara ketat.\n\n\n\u00a0\nSelain itu, Kerajaan Sabah juga mengarahkan semua sekolah yang terlibat dengan kluster Covid-19 ditutup serta-merta antara dua hingga tiga minggu bagi mengekang penyebaran pandemik itu terutama dalam kalangan pelajar.\n\n\n\u00a0\nWalaubagaimanapun, sesi pembelajaran bagi semua pelajar sekolah yang akan menghadapi peperiksaan utama boleh diteruskan dengan pematuhan SOP ketat.\n\n\n\u00a0\nSementara itu, Masidi berkata, sebanyak 267 kes positif baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di Sabah meningkat kepada 247,379 kes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/01/31/wanita-berjasa-fokus-institusi-keluarga-dan-pendidikan/", "title": "Wanita Berjasa Fokus Institusi Keluarga Dan Pendidikan", "body": "0\n\n\n\n\nISNIN, 31 JANUARI\n \u2013 Parti BERJASA serius ingin membangunkan negara sekiranya diberi mandat memimpin selepas memenangi mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen sekiranya diberi peluang. \nDemikian menurut Ketua Wanita BERJASA, Umi Kalsom Husin.\n\n\nBeliau menegaskan, rakyat Malaysia memerlukan kepimpinan baharu yang membawa politik beradab, jujur, telus, idea yang segar, progresif dan berintegriti;\n\n\nMenerusi dua solusi yang dibawa parti Islam itu iaitu memperkasakan institusi keluarga dan pendidikan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSalahuddin Ayub pula dituduh lantik adik-beradik\n\n\n\n\n\n\nPenjualan Arak Di Kalangan Jurujual Muslim Semakin Berleluasa\n\n\n\n\n\n\nJPJ atasi isu pelekat cukai jalan tidak berkualiti\n\n\n\n\n\n\nPemandu Mabuk Catat Kesalahan Tertinggi \u2013 Polis\n\n\n\n\n\n\nTambang MRT2 percuma sehingga 31 Mac\n\n\n\n\n\n\n\n\nSiti Umi Kalsom Husin, Ketua Wanita BERJASA berkata :\n\n\n\u201c\u2026. Kita akan dan telahpun merancang dalam pemukiman program-program yang bersesuaian untuk menarik anak muda dan anak muda yang menjadi aspirasi negara ini\n\u2026. Memperkuatkan institusi keluarga itu sendiri\u2026.\n\n\nJelas Umi Kalsom, hasrat Wanita dan Pemudi BERJASA adalah untuk memperkasakan pendidikan agar generasi akan datang terdidik dengan penuh tanggungjawab terhadap Allah, Bangsa dan Negara.\n\n\nMengulas mengenai persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor, PRN Johor dan seterusnya Pilhan Raya Umum kelima Belas;\n\n\nUmi Kalsom berkata, individu yang akan dilantik mewakili parti Islam berwibawa itu akan membariskan muka-muka baharu yang bukan dikitar semula sebagai pilihan kepada pengundi generasi baru iaitu Undi 18.\n\n\n Siti Umi Kalsom Husin, Ketua Wanita BERJASA berkata lagi bahawa :\n\n\n\u201c\u2026. Untuk PRN Johor dan PRU kita bagi pihak Pemudi dan Wanita bersedia untuk itu\n\u2026. Tetapi kita menyerahkan pengurusan kepada kepimpinan Parti\u2026\u00a0\n\n\nTerdahulu, Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim mengumumkan parti Islam itu akan bertanding di 41 kerusi Parlimen dalam PRU Kelima Belas dengan berazam.\n\n\nSekiranya menang dalam Pilihan Raya akan datang, kepimpinan BERJASA akan membina semula negara dengan lebih bermaruah, menghindari rasuah dengan memperkasakan institusi keluarga dan pendidikan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/02/01/memperingati-kejayaan-rakyat-menentang-malayan-union/", "title": "Memperingati kejayaan rakyat menentang Malayan Union", "body": "0\n\n\n\n\nSUMBER: ISMAWEB\n\n\nTatkala kita menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari setiap tahun, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa tarikh ini sebenarnya juga adalah Hari Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu secara rasmi (1 Februari 1948).\n\n\nTarikh keramat ini sebenarnya menyingkap suatu peristiwa penting dalam garis sejarah bangsa Melayu, iaitu kemenangan besar kita memansuhkan Malayan Union melalui gelombang kebangkitan rakyat, iaitu orang Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDira tanding jawatan ketua puteri UMNO cabar tiga lagi calon\n\n\n\n\n\n\nCadangan tukar status tanah wakaf wajar diperhalusi\n\n\n\n\n\n\nDirawat Di Hospital, Alami Kecederaan Tisu Lembut\n\n\n\n\n\n\nTiada gelombang hijau di PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\nSetiausaha politik Anwar nafi khabar angin pelantikan Wan Azizah di JPM\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesannya besar, kerana ianya menjadi asas kepada pembinaan kenegaraan Malaysia yang ada pada hari ini, iaitu berpaksikan kepada agama Islam, bangsa Melayu dan raja-raja Melayu sebagai teras utama.\n\n\nAlangkah baiknya juga jika kerajaan dapat mengangkat naratif ini bagi seluruh negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu kerana ianya sebenarnya salah satu hari kemenangan kita mematahkan komplot licik dan rakus kolonial (British) pada masa itu.\n\n\nBagi saya, memang molek sangat kerana memang tiada langsung hari bagi memperingati peristiwa kemenangan rakyat menentang Malayan Union dan akhirnya menyatukan negeri-negeri Melayu.\n\n\nMungkin cadangan ini payah dan sensitif buat pemerintah. Tetapi, mungkin kita boleh sambut di peringkat masyarakat dahulu supaya anak cucu kita tidak lupa akan peristiwa yang cukup bersejarah ini.\n\n\nSelamat ulang tahun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang ke-74.\n\n\nAminuddin Yahaya\n\nPengerusi PEMBELA\n\n1 Februari 2022"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/02/01/ops-selamat-selangor-catat-penurunan-kes/", "title": "Ops Selamat: Selangor Catat Penurunan Kes", "body": "0\n\n\nKetua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat. FOTO: POLIS SELANGOR\n\n\nShah Alam: Sebanyak 1,163 kemalangan direkodkan dalam tempoh tiga hari Op Selamat 17 sempena Tahun Baharu Cina di Selangor.\n\n\n\u00a0\n\n\nKetua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding Op Selamat 16 pada 2020 yang merekodkan 1,649 kemalangan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPesakit COVID-19 Di PKRC Kelantan Masih Tinggi\n\n\n\n\n\n\nJumlah Penggunaan Katil ICU Selangor Meningkat\n\n\n\n\n\n\nSelangor Benarkan Solat Jemaah dirapatkan bermula 1 April\n\n\n\n\n\n\nSeorang Jemaah Umrah Dari Melaka Dijangkiti Omicron\n\n\n\n\n\n\nBapa belajar hisap dadah daripada anak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cKemalangan maut juga menurun iaitu enam kes direkodkan setakat ini berbanding 11 kes pada Op Selamat 16 dan kita mengharapkan yang terbaik supaya tidak ada lagi kemalangan yang berlaku selepas ini,\u201d katanya kepada pemberita pada Op Bersepadu sempena Op Selamat 17 Tahun Baharu Cina 2022 di bekas tapak Plaza Tol Sungai Rasau arah Klang di sini, semalam.\n\n\n\u00a0\n\n\nBeliau berkata, pihaknya juga memberikan tumpuan kepada beberapa laluan \u2018black spot\u2019 iaitu lokasi yang sering berlaku kemalangan di negeri ini termasuk Persiaran Tengku Ampuan dan Jalan Meru di Klang; Persiaran Surian di Petaling Jaya; Jalan Nilai ke Bukit Changgang di Sepang, MRR2 di Ampang Jaya dan Jalan Klang-Banting.\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam perkembangan lain, Arjunaidi memaklumkan bahawa seorang lagi individu ditahan dipercayai terbabit dalam kes pengeluaran sijil vaksinasi digital tanpa suntikan.\n\n\nKatanya, penahanan individu berkenaan menjadikan lapan orang ditahan setakat ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/02/04/muhyiddin-ingatkan-najib-muhasabah-malu-separuh-daripada-iman/", "title": "Muhyiddin ingatkan Najib muhasabah, malu separuh daripada iman", "body": "0\n\n\nJOHOR BAHRU,\u00a0 4 Jan 2022\n : Menjelang mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, pada Rabu ini (9 Feb) kenyataan daripada parti parti yang bakal bertanding terus panas. Tidak terkecuali di antara dua bekas Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.\n\n\nSemalam Tan Sri Muhyiddin menerusi hantaran\n Facebook\n beliau mendakwa Najib, yang juga Ahli Parlimen Pelan cuba memutarbelitkan fakta dengan menuduh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) punca kegagalan Muafakat Nasional.\n\n\nDalam hantaran yang dikongsi beliau itu, Muhyiddin selaku, Pengerusi Perikatan Nasional\u00a0 berkata, Najib sepatutnya bermuhasabah diri, dan ada rasa malu kerana telah didapati bersalah di mahkamah.\n\n\n\u201cSaya fikir Datuk Seri Najib elok ambil masa muhasabah diri. Tak usahlah bermain politik jelik. Anda telah didapati bersalah oleh mahkamah atas satu kesalahan jenayah yang berat. Sepatutnya ada sedikit rasa malu.\n\n\u201cDalam Islam, malu itu adalah sebahagian daripada iman. Tetapi malangnya dalam UMNO, seorang yang telah disabitkan dengan kesalahan jenayah yang disifatkan sebagai \u2018national embarrassment\u2019 oleh mahkamah diangkat sebagai boss dan dilaungkan slogan \u2018malu apa bossku\u2019,\u201d \u2013 Tan Sri Muhyiddin Yassin / Pengerusi Perikatan Nasional\n\n\nBaru-baru ini Najib mendakwa Bersatu telah mengkhianati kerjasama politik kedua-dua parti itu pada Pilihan Raya Negeri Sabah\u00a0 dengan meletakkan calon untuk melawan UMNO, adalah punca kegagalan Muafakat Nasional.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada cuti umum 12 Ogos di Selangor\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Sektor kesihatan terima RM36 bilion\n\n\n\n\n\n\nSPR terima watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan Dana 1MDB Ditangguh Sekali Lagi\n\n\n\n\n\n\nSaya tak faham kenapa orang salahkan saya \u2013 Tun Dr Mahathir\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebaliknya Muhyiddin berkata, faktanya, tidak ada satupun kerusi di mana calon Bersatu melawan UMNO dalam PRN Sabah.\n\n\n\u201cSebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi PN, saya telah mempengerusikan beberapa mesyuarat yang dihadiri oleh pimpinan PN, BN dan PBS untuk menetapkan pembahagian kerusi bagi PRN Sabah. Saya telah menyatakan dengan jelas dalam mesyuarat-mesyuarat ini penting untuk PN, BN dan PBS mengelakkan pertembungan sesama sendiri dalam PRN Sabah. \u201d \u2013 \u00a0Tan Sri Muhyiddin Yassin / Pengerusi Perikatan Nasional\n\n\n\u201cSaya juga pada waktu itu telah mengarahkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Setiausaha Agung PN untuk membentuk jawatankuasa pembahagian kerusi antara parti-parti PN, BN dan PBS dengan satu arahan yang jelas bahawa semua parti mesti mengelakkan pertembungan sesama sendiri,\u201d katanya lagi.\n\n\nJawatankuasa itu, kata Muhyiddin, telah memuktamadkan pembahagian kerusi antara parti masing-masing, namun beliau berkata BN sendiri yang tiba-tiba menambah kerusi, menyebabkan pertembungan dengan PN di beberapa kerusi DUN.\n\n\nMelihat keadaan itu, Muhyiddin berkata, beliau sendiri pergi ke Kota Kinabalu sebelum hari penamaan calon untuk melakukan rundingan saat akhir bagi mengelakkan pertembungan sesama parti-parti PN, BN dan PBS.\n\n\n\u201cMalangnya, mesyuarat ini gagal mencapai kata sepakat kerana masing-masing bertegas untuk meletakkan calon di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh parti-parti rakan yang lain.\n\n\u201cJadi, saya tidak faham dengan tuduhan Datuk Seri Najib bahawa Bersatu mengkhianati UMNO dalam PRN Sabah dengan meletakkan calon menentang UMNO dan itu menjadi punca Muafakat Nasional gagal,\u201d katanya lagi.\n\n\nMengulas mengenai jawatan Ketua Menteri yang akhirnya jatuh kepada wakil Bersatu, iaitu Datuk Seri Hajiji Noor pula, Muhyiddin berkata, keputusan itu diambil selepas UMNO sendiri tidak meletakkan calon pilihan mereka.\n\nKatanya lagi, beliau telah meminta Pengerusi BN, yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menamakan calon mereka, tetapi tidak berbuat demikian.\n\n\nKerana itu Muhyiddin berkata, beliau menamakan Hajiji sebagai calon KM Sabah daripada PN sekiranya PN memenangi jumlah kerusi yang terbesar dalam kalangan parti-parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).\n\nDan akhirnya, tambahnya lagi, keputusan PRN menunjukkan PN mempunyai kerusi terbesar, iaitu 17, diikuti BN (14) dan PBS (7), menjadikan parti yang beliau pimpin tu memenangi kerusi terbanyak dalam kalangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).\n\n\n\u201cAdakah saya khianat? Saya tidak khianat. Saya beritahu UMNO supaya menamakan calon. Sekiranya UMNO tiada calon, saya ada calon yang ingin diketengahkan. Saya bersikap telus dan berterus terang dengan UMNO.\n\n\u201cDatuk Seri Najib janganlah memutarbelitkan fakta. Apa yang berlaku dalam PRN Sabah bukanlah sebab Muafakat Nasional gagal,\u201d tegasnya lagi.\n\n\nMuhyiddin juga menjelaskan Bersatu\u00a0 sudah melupakan niat untuk menyertai Muafakat Nasional dan bagi beliau ada hikmah untuk meninggalkan muafakat Nasional. Apatah lagi menurut beliau, tidak mahu ada kaitan dengan seseorang yang telah pun disabitkan dengan kesalahan.\n\n\n\u201c\u00a0\nDi mana letaknya keimanan? Di mana maruah? \nSaya sudah lupakan Muafakat Nasional. Tak perlu diungkit-ungkit lagi.\u00a0 \nBersatu telah buat keputusan untuk tidak menyertai Muafakat Nasional. UMNO pun telah buat keputusan dalam Perhimpunan Agungnya untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu. Jadi apa lagi yang hendak diungkit?.\u00a0Ada hikmah Bersatu tidak bekerjasama dengan UMNO. Jadi Bersatu tidak terpalit dengan masalah moral yang membelenggu pemimpin UMNO. Secara peribadi saya malu untuk dikaitkan dengan parti yang masih mengangkat seorang yang telah didapati bersalah oleh mahkamah atas satu kesalahan jenayah berat sebagai boss,\u201d Tan Sri Muhyiddin Yassin / Pengerusi Perikatan Nasional\n\n\n\u2013 Tulisan penuh layari : \nhttps://www.facebook.com/search/top?q=muhyiddin%20yassin"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/02/04/oic-sambut-baik-laporan-amnesty-international-mengenai-aparteid-terhadap-palestin/", "title": "OIC sambut baik laporan Amnesty International mengenai aparteid terhadap Palestin", "body": "1\n\n\n\n\nJEDDAH, 4 Jan 2022 : Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik laporan oleh Amnesty International yang berpangkalan di London baru-baru ini, yang mengesahkan bahawa dasar apartheid rejim Israel terhadap penduduk Palestin adalah rejim kejam yang menunjukkan dominasi dan jenayah terhadap kemanusiaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAgensu dunia itu juga menyeru masyarakat antarabangsa mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan akauntabiliti Israel atas pencabulan, jenayah dan dasar perkaumannya terhadap rakyat Palestin.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Agensi Berita Saudi (SPA), OIC menegaskan bahawa laporan itu merupakan dokumen undang-undang antarabangsa yang mengesahkan pencabulan yang dilakukan Israel, jenayahnya, dan dasar perkauman terhadap rakyat Palestin.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBadan dunia itu juga menyeru masyarakat antarabangsa agar mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan akauntabiliti Israel atas pencabulan, jenayah dan dasar perkaumannya terhadap rakyat Palestin.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaporan komprehensif berjudul \u201cApartheid Israel terhadap Palestin: Sistem Penguasaan yang Kejam dan Jenayah terhadap Kemanusiaan\u201d itu dikeluarkan pada 1 Feb.\n\n\n\n\n\u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/02/06/pengambilan-tembakau-antara-penyebab-kanser-meningkat/", "title": "Pengambilan tembakau antara penyebab kanser meningkat", "body": "0\n\n\nBangi, 6 Jan 2022\n :\u00a0 4 Februari setiap tahun disambut sebagai Hari Kanser Sedunia\u00a0 di seluruh dunia. Pemilihan tarikh berkenaan adalah untuk meningkatkan tahap\u00a0 kesedaran serta mengajak orang ramai mengambil bahagian dalam usaha mencegah dan membendung penyakit kanser yang kian meningkat. Sempena hari sambutannya tahun ini tema dipilih ialah \nClose the Care Gap\n\u00a0atau Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaludin dalam satu kenyataan pada 4 Jan berkata kanser merupakan satu daripada penyakit tidak berjangkit (\nnon-communicable disease\u00a0\natau NCD) yang penting dan merupakan penyebab kematian kedua terpenting di dunia, dengan jumlah kes dan kematian yang meningkat setiap tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan peningkatan 93% atau 19.3 juta kes baharu dikesan pada tahun 2020 berbanding 10 juta kes pada tahun 2000. Jumlah kematian akibat kanser turut meningkat bagi tempoh dua dekad ini iaitu dari 7 juta kepada 10 juta, iaitu peningkatan sebanyak 42.9%.\n\n\n\u201cDi Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes kanser sebanyak 11% (115,238 kes)bagi tempoh 2012-2016 berbanding 103,507 kes bagi tempoh2007-2011. Kematian akibat kanser merupakan sebab utama kematian di hospital-hospital swasta (34.95%) dan sebab kematian keempat di hospital KKM (11.56%). Kanser juga merupakan antara sepuluh sebab utama kemasukan ke hospital di kedua-dua hospital KKM (5.17%) dan hospital swasta (5.37%).\u201d\n\n\nDi Malaysia\n, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki adalah kanser kolorektal atau usus besar (16.9%), kanser paru-paru (14.8%) dan kanser prostat (8.1%). Dalam kalangan wanita pula adalah kanser payudara (33.9%) dikuti dengan kanser kolorektal (10.7%) dan kanser serviks (6.2%). Kadar kelangsungan hidup relatif bagi pesakit-pesakit kanser setelah lima tahun disahkan menghidap kanser adalah 11.0% untuk kanser paru-paru, 51.1% kanser kolorektal, 51.6% kanser serviks, 66.8% dan 73.0% kanser payudara. Sebanyak 63.7% dari keseluruhan kanser dikesan pada tahap lewat (tahap III dan IV). Tahap kanser semasa penyakit ini dikesan menyumbang kepada kadar kelangsungan hidup pesakit-pesakit kanser.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar serah kepada Peguam Negara ambil tindakan ke atas Sanusi\n\n\n\n\n\n\nMelampau, pelawak Singapura hina, perlekeh Malaysia\n\n\n\n\n\n\nNilai Agama & Penghayatan Jati Diri Perlu Diperkasa \u2013 iGuru\n\n\n\n\n\n\nNuramira Akan Didakwa Di Mahkamah Tinggi Syariah Esok\n\n\n\n\n\n\nIstiqamah \u2013 Solat Subuh selamatkan akidah anak-anak\n\n\n\n\n\n\n\n\nKanser bukan sahaja memberi kesan negatif kepada pesakit, tetapi ia turut memberi kesan negatif termasuk psikososial dan ekonomi kepada keluarga serta pembangunan ekonomi negara. Secara amnya, faktor-faktor risiko kanser adalah serupa dengan faktor risiko penyakit NCD yang lain. Pengesanan awal serta rawatan yang cepat dan berkesan memberi peluang yang baik kepada pesakit untuk sembuh.\n\n\nDalam pada itu, WHO menyatakan satu pertiga daripada kematian akibat kanser adalah dikaitkan dengan pengambilan tembakau (termasuk merokok), berat badan berlebihan, pengambilan alkohol secara berlebihan, kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, serta tidak aktif secara fizikal. Untuk makluman, pengambilan tembakau merupakan faktor risiko paling penting untuk kejadian kanser dan ia menyumbang kepada 22% kes kematian akibat kanser. Anggaran kos untuk merawat penyakit kanser paru-paru akibat merokok adalah sebanyak RM 132.7 juta.\n\n\nMenyedari perkara ini, KKM katanya kini sedang meneliti pelaksanaan larangan merokok dan pemilikan sebarang produk merokok kepada generasi akan datang melalui peruntukan berkaitan \nGenerational End Game\n\u00a0di dalam akta baharu iaitu Akta Kawalan Tembakau dan Merokok yang akan dibentangkan nanti. Pelaksanaan ini diharap dapat mengurangkan jumlah perokok baharu dan dengan itu, KKM boleh menumpukan perhatian kepada kos beban rawatan pesakit sedia ada.\n\n\n\u201cDari aspek penjagaan dan rawatan untuk pesakit kanser di Malaysia, banyak juga \u00a0kemajuan yang telah dicapai. KKM menyediakan perkhidmatan rawatan dan penjagaan yang terbaik serta berkualiti untuk pesakit-pesakit kanser. Namun, tidak dinafikan wujud ketidaksamaan dalam penjagaan dan rawatan kanser di negara ini. Kebanyakkan perkhidmatan tertumpu di pusat-pusat bandar dan sukar untuk dicapai oleh pesakit yang tinggal jauh dari bandar atau pedalaman.\u201d- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin\n\n\nKerajaan sebelum ini melalui KKM, telah memperkenalkan program PeKa B40 bagi menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah. Ia merangkumi saringan kanser tertentu, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser dan insentif tambang pengangkutan. Walau bagaimanapun, dengan beban penyakit NCD, termasuklah kanser, yang terus meningkat, kita memerlukan satu reformasi sistem kesihatan yang kalis masa hadapan dan ia akan turut merangkumi reformasi sistem pembiayaan kesihatan (\nhealthcare financing\n). Sehubungan itu satu Kertas Putih Kementerian Kesihatan Malaysia akan disediakan untuk dibentangkan di Parlimen bagi mendapat sokongan kedua-dua Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.\n\n\n\u201cAyuh berganding bahu dan beri sokongan padu kepada KKM untuk mengurangkan beban kanser yang kian meningkat dan bersama-sama menangani jurang penjagaan kanser di negara kita.\u201d- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin\n\n\nSempena sambutan hari Kanser Sedunia pada tahun ini, Khairy turut\u00a0 menyeru kepada semua supaya sentiasa menjadikan amalan cara hidup sihat dan menjaga kesihatan diri sebagai satu daripada agenda utama dalam kehidupan kita seharian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/02/06/walau-sudah-tiada-rayan-buktikan-rasa-kemanusiaan-itu-ada/", "title": "Rayan buktikan rasa kemanusiaan itu ada", "body": "0\n\n\nMaghribi, 6 Jan 2022\n \u2013 Setelah terperangkap hampir 100 jam, Rayan Awram kanak-kanak berusia lima tahun yang terjatuh dalam telaga berkedalaman 32 meter, selamat dikeluarkan detik malam Sabtu waktu tempatan. ( pagi Ahad Malaysia) \u00a0Berita itu suatu yang amat dinantikan seluruh dunia, sejak kejadian Rayan terperosok dalam telaga tular dan menerima simpati, sokongan dan juga doa daripada masyarakat melampaui batasan sempadan.\u00a0\n\n\nDi media sosial, terlihat\u00a0 sorakan gembira, tepukan tangan menzahirkan kejayaan petugas mencari dan menyelamat yang berjaya menarik keluar Rayan. Laungan takbir, Allahuakbar\u00a0 juga kedengaran sebaik dikelaurkan dan mengiringi perjalanannya ke dalam ambulans.\n\n\nNamun kegembiraan itu tidak bertahan lama, sejurus dikeluarkan media Arab News mengesahkan disahkan meninggal dunia sebelum sempat dibawa untuk rawatan. P\negawai kesihatan Maghribi\u00a0 mengesahkan Rayyan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia sebelum penyelamat sampai kepadanya. Jenazahnya yang\u00a0 dibalut dengan kain selimut kuning selepas dia dibawa keluar dari terowong, terus dikejarkan ke hospital menggunakan helikopter.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDamsyik dibom Zionis Israel\n\n\n\n\n\n\nMalaysia buka semula kedutaan besar di iraq\n\n\n\n\n\n\n30 rakyat Malaysia selamat keluar dari Pelabuhan Sudan\n\n\n\n\n\n\nWHO Beri Amaran Jangkitan Covid-19 & Penyakit Pernafasan Lain\n\n\n\n\n\n\nAkhirnya Amerika Syarikat benarkan laungan azan 5 kali sehari\n\n\n\n\n\n\n\n\nBukan sahaja, dirasai kehilangannya diseluruh dunia\u00a0 oleh marhaen biasa, tidak ketinggalan pohak istana yang berutas takziah menyatakan rasa sedih atas kehilangan kanak-kanak comel itu\u00a0 yang diratapi seklaian mansuia yang mengikuti lima hari keisahnya. Raja Maghribi, Raja Mohammed VI terys meneflon kedua orang tua rayan sebaiak menerima berita pemergiannya. Khaled Oram, bapa Rayyan dan bonda, Wassima Khersheesh menerima\u00a0 ucapan takziah atas kehilangan anak kesayangan, dan didoakan bersabar atas ujian yang didatangkan daripada Allah SWT. \n\n\nIbu bapa Rayan, Khaled Oram dan Wassima Khersheesh\n\n\nMenurut laporan \nArab News\n, Rayan dipercayai mengalami kecederaan di kepala, kecederaan saraf tunjang serta patah tulang di beberapa bahagian badannya.\u00a0 Ketika diketahui lokasi dia terjatuh, pasukan penyelamat dan perubatan, menyalurkan oksigen, makanan dan air serta kamera pemantauan ke dalam lubang itu untuk memantau keadaannya. Usaha akhir menyelamatkan Rayan pula menggunakan kaedah memasuki terowong penggalian sedalam lebih 150 meter di bahagian sisi lokasi lubang mangsa terperangkap.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nOperasi menyelamatkan Rayan disifatkan sangat kritikal lebih-lebih berlaku insiden sedikit runtuhan tanah ketika detik-detik akhir proses membawa keluar mangsa.\u00a0 Sejak empat hari itu pelbagai cara dicuba, temasuk pasukan keselamatan \u00a0terpaksa menggunakan peralatan tangan untuk menggali struktur tanah. Operasi fasa terakhir pada petang Sabtu memakan masa lebih empat jam dan perlu dibuat secara berhati-hati bagi mengelakkan insiden tanah runtuh yang akan merumitkan keadaan sekali gus menjejaskan seluruh operasi.\n\n\n\u00a0\n\n\nRayan jatuh ke dalam telaga sedalam 32 meter atau bersamaan lebih 100 kaki setelah bermain-main dengan kawannya pada Isnin 1\u00a0 Februari lalu. Rayan yang tinggal di perkampungan kecil Ighrane, di wilayah Chefchaouen, Maghribi, adalah di antara ribuan kanak-kanak yang mengharapkan bekalan air bersih daripada telaga yang digali disekitar kawsan kediaman mereka.\n\n\n\u00a0\n\n\nDi Maghribi , menurut \nMoroco World News\n, penggalian telaga boleh dilakukan setelah mendapat kebenaran dan perlu melalui prosedur yang betul. Namun, banyak aduan diterima berhubung banyak telaga digali yang tidak mengambil kira ciri-ciri keselamatan.\u00a0 Berdasarkan laporan \nBBC World\n,\u00a0 bapa Rayan berkata beliau sedang membaiki telaga berkenaan sebelum kejadian.\n\n\n\u00a0\n\n\nBukan sahaja\u00a0 Rayan, sebaliknya banyak lagi kisah yang sama seperti Rayan, terperangkap dalam terowong di dalam tanah, sempit dan mengharapkan bantuan.\u00a0 Antaranya tragedi yang menimpa adik \nHassan Khader Al Zaalan\n, 10 tahun , di utara Idlib, Syria, Mac tahun lalu\u00a0 yang menghembuskan nafasnya di dalam sangkar terowong sendirian, selepas usaha 48 jam mengeluarkannya gagal.\u00a0 Malah di India, pada tahun 2019,\u00a0Fatehveer Singh, 2 tahun maut dalam sebuah\u00a0 perigi setelah terjauh sedalam 33 meter.\u00a0 Dia berjaya dibawa keluar tapi malangnya, sudah tidak bernyawa setelah lima hari terperangkap.\n\n\nApa yang perlu dipelajari dalam kisah menyayat hati ini ialah nilai kemanusiaan yang masih menebal di hati manusia. Tidak kira usia, dan bangsa serta benua rasa kemanusiaan itu diperlihat dengan doa dan sokongan orang ramai. Terima kasih kepada teknologi yang bisa menyampaikan maklumat di depan mata, atas apa yang menimpa manusia di dunia.\n\n\nPerkara lain yang boleh juga dipelajari ialah, keselamatan kanak-kanak di kawasan persekitaran permainan mereka atau juga kawasan perumahan. Kesilapan yang kecil boleh membawa maut bagi seseorang kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa-apa.\n\n\nDari sudut bekalan air bersih, ramai kanak-kanak pelarian dan juga negara membangun masih ada penduduknya, lebih tepat lagi kanak-kanak mendambakan air bersih. Namun, demi mendapatkan seteguk air untuk keluarga, menggali sendiri telaga membuatkan mereka alpa ciri-ciri keselamatan yang perlu dijaga.\n\n\nYa, benar bukan untuk menimbulkan isu tetapi demikian jugalah pengakuan ayah mangsa, berkata kepada media pada awal kejadian.\u00a0 Dalam kehidupan penuh terhimpit, dan dibandingkan mereka yang lain yang mudah mendapatkan sumber air, lagilah di dalam rumah, kisah Rayan sepatutunya menjadikan kita bersyukur dan bertuah.\n\n\nJeritan Rayan \u2013 keluarkan aku dari sini! sepatutnya membuka mata!"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/02/11/hotel-pertama-bertaraf-lima-bintang-adakan-solat-jumaat/", "title": "Hotel Pertama Bertaraf Lima Bintang Adakan Solat Jumaat", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR: Bagi yang belum tahu, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, setakat ini adalah satu satunya Hotel bertaraf lima bintang yang mendirikan solat Fardhu Jumaat.\n\n\n\u00a0\n\n\nSejak 7 bulan lalu, iaitu bermula pada Ogos 2021, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memberi kebenaran untuk solat Jumaat diadakan.\n\n\nSuasana Solat Jumaat di Hotel Royale Chulan KL | Foto : Haffiz Aziz\n\n\nDengan kapasiti melebihi 100 orang dalam satu satu masa, solat Jumaat ini bukan sahaja dihadiri oleh petugas dan pekerja hotel itu, malah pekerja ofis berdekatan juga turut bersama sama mendirikan solat Jumaat.\n\n\n\u00a0\n\n\nPengurus Besar Royal Chulan Kuala Lumpur, Badrul Rezal Baharudin berkata, idea ini tercetus selepas pihak pengurusan hotel mengadakan Solat Sunat Aidilfitri tahun lepas.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201c Sememangnya idea asal nya bermula dengan pihak kami mengadakan Solat Sunat Hari Raya pada tahun 2021 untuk para pekerja yang tidak pulang ke kampung. Dari situ timbulnya idea untuk mengadakan solat Jumaat di sini\u201d \u2013 \u00a0BADRUL REZAL BAHARUDIN / Pengurus Besar Royale Chulan KL\n\n\nBADRUL REZAL BAHARUDIN Pengurus Besar Royale Chulan KL\n\n\nJelas Badrul lagi,\u00a0selepas mengadakan solat hari raya, pihaknya memohon kepada Pejabat Agama Wilayah Persekutuan untuk diadakan solat jumaat bagi jemaah yang tinggal dan bekerja berdekatan dengan hotel terbabit.\n\n\nSuasana Solat Jumaat di Hotel Royale Chulan KL | Foto : Haffiz Aziz\n\n\nUntuk rekod, setakat ini Hotel yang dimiliki penuh oleh Bumiputra ini, memiliki 7 cawangan iaitu satu di Kuala Lumpur, 2 di Damansara, 1 di Cherating, dan masing masing 1 di Seremban dan Pulau Pinang termasuk sebuah hotel di luar negara iaitu di London."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/03/07/isu-ceroboh-perairan-negara-lewat-bantuan-banjir-dijangka-tumpuan-dewan-rakyat-hari-ini/", "title": "Isu ceroboh perairan negara, lewat bantuan banjir dijangka tumpuan Dewan Rakyat hari ini", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR \n\u2013 Isu pencerobohan perairan negara khususnya di Zon Ekonomi Eksklusif dan kelewatan mengeluarkan arahan bagi menyelamatkan mangsa banjir, dijangka menjadi antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.\n\n\n\n\n\n\nMenurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, pertanyaan mengenai isu berkenaan akan dibangkitkan semasa Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.\n\n\n\n\n\n\nPersoalan mengenai langkah yang diambil Malaysia bersama ASEAN untuk menangani isu China yang dikatakan sering menceroboh perairan negara terutama di Zon Ekonomi Eksklusif, dikemukakan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) kepada Menteri Luar Negeri.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Seri Mohd Salim Sharif\u00a0(BN-Jempol) pula dijangka bertanyakan Perdana Menteri Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang didakwa lewat mengeluarkan arahan sehingga pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa turun tanpa arahan bagi menyelamatkan mangsa banjir.\n\n\n\u00a0\n\n\nPada sesi sama,\u00a0Tan Kok Wai (PH-Cheras) turut dijangka bertanyakan Perdana Menteri mengenai\u00a0kemiskinan di dalam dan luar bandar serta\u00a0jurang pendapatan dalam negara seterusnya\u00a0pencapaian serta kegagalan program yang dirangka dan dilaksana untuk mewujudkan masyarakat lebih saksama.\n\n\n\u00a0\n\n\nSelain itu,\u00a0Ahmad Johnie\u00a0Zawawi (GPS-Igan) meminta\u00a0Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan\u00a0status terkini mengenai Fasa 2 Projek Pan Borneo Sarawak\u00a0susulan pengumuman\u00a0Perdana Menteri untuk meneruskan projek berkenaan semasa melawat ke Serian, selepas projek itu\u00a0dibatalkan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.\n\n\n\n\nDatuk Zakaria\u00a0Mohd\u00a0Edris (Bersatu-Libaran)\u00a0pula meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan\u00a0perkembangan terkini Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) serta\u00a0Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) yang disasar untuk menjadikan negara sebagai antara hab pengeluar vaksin.\n\n\n\u00a0\n\n\nSelesai sesi tersebut, persidangan Dewan Rakyat akan bersambung semula dengan sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.\n\n\n\u00a0\n\n\nSidang Dewan Rakyat hari ini juga dijangka menyaksikan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 selepas dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Disember tahun lepas.\u00a0 \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/03/14/dewan-serbaguna-ruang-solat-dinamakan-sempena-siti-sarah/", "title": "Dewan Serbaguna & Ruang Solat dinamakan sempena Siti Sarah", "body": "0\n\n\n\n\nKlang, 14 Mac 2022\n \u2013 Sebuah dewan serba guna dan ruang solat pusat jagaan anak-anak yatim di Pelabuhan Klang dinamakan\nsempena Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara itu dikongsikan suami kepada penyanyi berkenaan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad di hantaran video berdurasi dua minit di instagram beliau.\n\n\n\n\nMenurut Shuib,\u00a0 12 Mac kelmarin adalah kunjungannya kedua beliau ke Rumah Anak -anak Yatim, \nBaitul Sakinah As-Shariff.\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam hantaran itu Shuib berkata, beliau dan Sarah mengunjungi dewan di pusat jagaan anak yatim berkenaan pada 25 Julai\u00a0 tahun lalu, beberapa bulan sebelum pemergian Allahyarham.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSarah (Allahyarham) terlalu gembira berkunjung ke sana, dapat bertemu anak-anak yatim itu. Sara juga berpeluang untuk menyumbang untuk melengkapkan dewan solat dan dewan serba guna berkenaan yang hampir 70 peratus siap. Arwah bersungguh-sungguh\u00a0 mahu menyumbang kerana katanya selain anak-anak yatim itu, penduduk kampung juga boleh menggunakan dewan berkenaan.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nDewan berkenaan dinamakan\u00a0 Musolla dan Dewan serbaguna Sarah Muslim Al-Attas.\n\n\nUjar Shuib, pengurusan Rumah Anak Yatim berkenaan memutuskan untuk meletakkan nama Sarah selain beberapa individu lain, sebagai penghargaan kepada sumbangan masing-masing.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cTerima kasih sayang kerana mengajar daddy tentang sedekah, mengajar tentang yakin dan percaya kepada kuasa sedekah dan membuatkan daddy suka bersedekah. Semoga pahala terus mengalir untuk mu sayang\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nSiti dan seluruh keluarganya positif COVID-19 pada 27 Julai tahun lalu.\n\n\n\u00a0\n\n\nPada 4 Ogos 2021, Sarah dimasukkan ke\u00a0 Hospital Canselor Tuanku Muhriz in Universiti Kebangsaan Malaysia selepas paras oksigennya menurun akibat dijangkiti COVID-19.\n\n\n\u00a0\n\n\nAllahyarham pada ketika itu hamil tujuh bulan dan terpaksa menjalani pembedahan Cesarean bagi mengeluarkan bayinya, Ayash Affan yang kini berusia lebih kurang lapan bulan.\n\n\nPasangan berkenaan memiliki tiga anak lain iaitu\u00a0\u00a0 Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra and Ariq Matin.\n\n\n\n\nAl fatihah buat Sarah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/03/17/undi-melayu-prn-johor-melaka-jadi-petunjuk-pada-pru-15/", "title": "Undi Melayu, PRN Johor & Melaka jadi petunjuk pada PRU 15", "body": "3\n\n\n\n\n\n\nOleh Tun Abdul Hamid Mohamad\n\n\n\n\n\n\n\n\nJIKA\n\u00a0keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka terlalu awal untuk kita membuat kesimpulan mengenai pendirian orang Melayu pada masa ini terhadap parti-parti politik di Malaysia, keputusan PRN Johor mengesahkan apa yang ditunjuk oleh keputusan PRN Melaka itu.\n\n\nMelihat bilangan parti-parti yang mengharapkan undi orang Melayu dan bilangan calon-calon Melayu yang bertanding di sesuatu kawasan yang lebih ramai daripada di Melaka itu, amat mengecewakan. Ia menunjukkan pemimpin-pemimpin parti-parti Malay based itu langsung tidak kisah jika tindakan mereka akan memberi kemenangan semula kepada Pakatan Harapan dan apa akan terjadi kepada orang Melayu/Islam. Yang menjadi pertimbangan hanyalah kepentingan parti dan diri.\n\n\n\n\nNasib baiklah kebanyakan orang Melayu menyedari bahaya perpecahan undi Melayu itu dan memberi sokongan kepada satu parti Malay based iaitu UMNO, dengan itu mengelak kemenangan Pakatan Harapan.\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKita lihat keputusannya dahulu. Daripada jumlah 56 kerusi yang dipertandingkan BN memenangi 40 kerusi (71.4%) iaitu UMNO 33 kerusi, MCA 4 kerusi dan MIC 3 kerusi. Pakatan Harapan memenangi 11 kerusi iaitu DAP 10 kerusi dan Amanah satu kerusi (termasuk PKR satu kerusi menjadi 12 kerusi (21.4%)). Perikatan Nasional memperolehi 3 kerusi (5.3%) iaitu Bersatu 2 kerusi dan Pas satu kerusi. Muda cuma memperolehi satu kerusi (1.7%). Pejuang, Warisan, Putra, Parti Bangsa Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan calon-calon bebas tidak memenangi satu kerusi pun.\n\n\nKedudukan ini boleh dikatakan sebagai ulangan kedudukan di Melaka di mana daripada 28 kerusi yang dipertandingkan BN memenangi 21 kerusi (75%) iaitu UMNO 18 kerusi, MCA 2 kerusi dan MIC satu kerusi. Pakatan Harapan memenangi 5 kerusi (23.8%) iaitu DAP 4 kerusi dan Amanah satu kerusi. PKR tidak memenangi satu kerusi pun. Perikatan Nasional memenangi 3 kerusi (14.2%) iaitu Bersatu 3 kerusi manakala Pas tidak memenangi satu kerusi pun. Parti-parti lain dan calon-calon bebas tidak memenangi satu kerusi pun.\n\n\nKeputusan PRN Johor sekali lagi menunjukkan bahawa sebahagian besar pengundi-pengundi Melayu, terutama sekali yang bakal mengundi UMNO/BN, yang telah lari dan mengundi Pakatan Harapan dalam PRU 14 (2018), telah kembali mengundi UMNO/BN semula. Itu bukan bererti mereka telah memaafkan pemimpin-pemimpin UMNO yang korup, tetapi kerana mereka betul-betul serik dengan Pakatan Harapan dan penyokong-penyokongnya. Saya percaya pendirian ini serupa di negeri-negeri lain di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu.\n\n\n\n\nBagi Pakatan Harapan, yang tinggal kepadanya hanyalah undi orang-orang Cina yang setia kepada DAP. Sebilangan pengundi-pengundi Cina juga telah kembali kepada BN. Pengundi-pengundi India yang dijanjikan akan menjadi jutawan oleh Hindraf apabila mereka menang kes di England telah menyedari di mana nasib mereka telah bergantung semenjak Merdeka, juga telah kembali semula kepada BN. Maka MCA dan MIC yang pada suatu masa mengancam keluar daripada BN pun tentu tidak berfikir untuk berbuat demikian lagi. PPP telah pi (kata orang Utara) dan tidak kedengaran lagi. Gerakan yang dengan angkuhnya keluar dari BN cuba mendekatinya semula. Apabila tidak diterima ia menyertai Perikatan Nasional bersama-sama Bersatu. Nasibnya dapat dilihat sekarang.\n\u00a0\n\n\nKeserikan orang Melayu dengan Pakatan Harapan turut dirasai parti-parti Malay based dalam Pakatan Harapan. Paling dirasai akibatnya ialah PKR yang tidak mendapat satu kerusi pun di Melaka dan hanya satu kerusi di Johor. Kemenangannya di Johor itu pun adalah dalam pertandingan empat penjuru di kawasan majoriti Cina di mana semua calon-calon adalah bukan Melayu dengan mengalahkan calon BN daripada MIC dengan majoriti 137 undi. Ia hanyalah satu fluke (kebetulan). Saya percaya PKR akan lebih berjaya terutama sekali di kawasan Melayu jika ia tidak berada dalam Pakatan Harapan.\u00a0\n\u00a0\n\n\nBerdasarkan dua PRN ini,\n\u00a0\u00a0\ndalam PRU15 kelak kawasan-kawasan majoriti Cina manakah yang akan diberi kepada keluarga Presiden PKR dan sanggupkah DAP\n\u00a0\u00a0\nmemberinya?\n\n\nSaya fikir keputusan di dua PRN itu adalah petunjuk bahawa cita-cita seumur hidup Presiden PKR itu tidaklah akan tercapai dalam PRU15 ini. Saya fikir sudahlah tiba masanya bagi beliau menerima hakikat itu sebagai takdir dan bersara daripada politik.\n\n\nSaya tidak fikir Amanah boleh mengharapkan undi Melayu untuk menang. Orang Melayu melihatnya sebagai boneka DAP. Saya tidak fikir ia boleh kekal lama.\n\n\nDalam tempoh empat tahun kebelakangan ini kita telah melihat sejarah Bersatu yang sangat menarik. Ia lahir dengan gagahnya, mencabar UMNO yang dikuasai pemimpin-pemimpin yang korup, mewujudkan gabungan yang menjatuhkan karajaan BN yang berkuasa selama 60 tahun.\n\u00a0\n\n\nTidak sampai dua tahun, Bersatu berpecah, menyebabkan jatuhnya Kerajaan Pakatan Harapan. Tidak sampai dua tahun selepas itu, Pejuang-Tun Dr Mahathir yang tidak memenangi satu kerusi pun jelas sedang menuju ke akhir sejarahnya.\n\u00a0\n\n\nDalam rencana saya bertajuk\n\u00a0\u00a0\n\u201cPembahagian Kawasan Pilihan Raya Antara Parti-Parti Komponen PN Dalam PRU15\u201d (22 06 2020) saya telah menelah \u201c\u2026 jika Bersatu bertanding sendiri dalam PRU15 di kawasan-kawasan yang dimenanginya dalam PRU14 dan UMNO dan PAS mengelak bertanding sesama sendiri, saya yakin Bersatu tidak boleh menang lebih daripada bilangan jari sebelah tangan, mungkin tidak langsung.\u201d\n\n\nSaya mengulanginya dalam rencana bertajuk \u201cTS Muhyiddin Kembali Kepada UMNO: Sokongan Terhadap Cadangan DS Nazri Aziz\u201d (09 07 2020), \u201cJika Bersatu bertanding sendiri dalam PRU15, ia akan terkubur.\u201d\n\n\nTidak sampai dua tahun kemudian, dalam PRN Johor, negeri TS Muhyiddin sendiri, walaupun bersama-sama Pas yang selepas PRU14 mendabik dada sebagai pengganti UMNO, bilangan kerusi yang Bersatu menangi hanyalah dua kerusi.\n\u00a0\n\n\nIngat kembali, selepas PRU14, Tun Dr Mahathir telah berusaha untuk menarik Ahli-Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu dan menjadikan Bersatu pengganti UMNO. Sebilangan Ahli-Ahli Parlimen dan bekas-bekas Menteri kanan di era-Mahathir meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu. Tun Dr. Mahathir dengan yakin melaungkan bahawa UMNO akan terkubur. Menteri-menteri kanan di era-Najib yang menang atas tiket UMNO/BN juga hanya menunggu masa yang sesuai untuk menyeberang hinggalah Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands mengubah fikiran mereka.\n\u00a0\n\n\nHari ini, mereka tentu berterima kasih kerana nasib mereka yang baik. Bagaimana dengan mereka yang telah menyeberang kepada Bersatu? Antara mereka ialah DS Mustapa Mohamed. Mungkin beliau akan terpaksa berdepan dengan Dato\u2019 Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda UMNO, di Jeli. Biar apa pun yang akan terjadi kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin, beliau telah berjasa kepada bangsa Melayu kerana menjatuhkan Pakatan Harapan. Beliau patut kembali kepada UMNO sebelum PRU15 dan diterima dengan tangan terbuka dan diberi pengecualian untuk bertanding semula atas tiket UMNO/BN. Sebelum itu mungkin beliau boleh berbuat satu perkara lagi: bubarkan Bersatu.\n\n\nTan Sri Muhyiddin pula eloklah bersara. Beliau boleh diingati kerana jasanya menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir daripada manjadi Perdana Menteri dan membuka jalan bagi UMNO/BN berkuasa semula.\n\n\n\n\nPas, setelah menandatangani Muafakat Nasional, lebih terpikat dengan Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Pakatan Harapan, saya percaya kerana wang ihsan petroleum. Selepas jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan dan TS Muhyiddin menjadi Perdana Menteri faktor wang ihsan petroleum dan pemberian jawatan dalam Kabinet dan GLC manakala Presidennya DS Haji Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri (tidak tahu apa yang dibuatnya) telah menjadikan Pas\n\u00a0\u00a0\nlebih rapat kepada Bersatu dan semakin renggang daripada UMNO. Apa yang dapat diberi oleh UMNO? Pukulan terakhir ialah apabila Pas menyertai Perikatan Nasional sebagai salah satu parti komponennya, dengan itu menguburkan Muafakat Nasional.\n\n\nIa menyertai PRN Melaka atas tiket Perikatan Nasional dengan penuh keyakinan tetapi adalah nyata bahawa tahaluf siasinya salah lagi. Adakah ia akan terus berganding dengan Bersatu lagi dalam PRU15? Saya tidak\n\u00a0\u00a0\nhairan jika, selepas dua PRN itu,\n\n\nUMNO pula yang jual mahal. Jika UMNO masih bersedia bekerjasama sekalipun, UMNO tentu tidak semudah sebelum dua PRN itu untuk menyerah kawasan Parlimen dan DUN kepada Pas. Jangan-jangan selepas PRU15 Pas hanya tinggal Kelantan, itu pun dengan bilangan kerusi yang berkurangan. Pada pandangan saya PRU15 akan menyaksikan Kedah kembali kepada BN manakala Bersatu, Pejuang, PKR dan Amanah akan terkubur.\n\n\nTidak boleh dinafikan bahawa UMNO telah membuat kepusan yang betul dalam memasuki dua PRN itu secara bersendirian. Tindakan itu memberi peluang kepadanya untuk menguji kekuatannya dan ia berjaya. Kita patut mengucap tahniah kepada pemimpin-pemimpin UMNO dalam hal ini.\n\n\nTetapi kejayaan mereka adalah kerana sokongan orang Melayu yang rata-rata amat serik dengan Pakatan Harapan dan masih sayangkan UMNO. UMNO terhutang budi kepada orang Melayu, bukan sebaliknya. UMNO janganlah take it for granted. Pemimpin-pemimpin UMNO janganlah mula angkuh dan kembali kepada sikap dan amalan sebelum PRU14. Mereka mestilah ingat bahawa pengundi-pengundi Melayu tidak memaafkan amalan korup mereka sebelum PRU14. Orang Melayu memberi kuasa semula kepada mereka di dua buah negeri itu dan akan memerhati apa yang mereka lakukan.\n\n\nAdalah lebih menguntungkan UMNO/BN jika PRU15 diadakan segara. Perdana Menteri DS Ismail Sabri patut mula berfikir dengan serius untuk menasihatkan SPB Yang di-Pertuan Agong untuk membubar Parlimen bagi membolehkam PRU15 diadakan. Beliau hendaklah mengenepikan kepentingan diri seperti takut tidak akan menjadi Perdana Menteri lagi selepas PRU15. Biarlah parti dan SPB Yang di-Pertuan Agong menentukannya.\n\n\nApa yang lebih penting ialah, janganlah setelah melihat UMNO telah kuat kembali, pemimpin-pemimpin UMNO berebut kuasa semula. Saya ulangi apa yang saya katakan dalam rencana saya \u201cKeputusan PRN Melaka: Pengajaran Kepada Parti-Parti Melayu Dalam PRU15\u201d (22 11 2022) \u201c\u2026orang Melayu masih mahukan UMNO tetapi mereka mahu UMNO berubah.\u201d Orang Melayu mahukan UMNO yang bersih daripada amalan korup pemimpin-pemimpinnya.\n\u00a0\n\n\nBagi mereka yang sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah, adalah lebih elok jika mereka lie low terlebih dahulu sehingga mahkamah tertinggi membebaskan mereka daripada semua pertuduhan. Sehingga mereka dibersihkan, mereka tidak sepatutnya bertanding dalam PRU15 atau duduk dalam Kerajaan, jika menang sekalipun. Ini soal\n\u00a0\u00a0\nimej parti dan negara.\n\n\nMereka juga tidak sepatutnya menggunakan kemenangan pilihan raya untuk Pendakwa Raya menarik balik pertuduhan (seperti yang dilakukan semasa pemerintahan Pakatan Harapan) atau mendapat pengampunan, jika didapati bersalah, seperti dalam kes DS Anwar Ibrahim (juga semasa pemerintahan Pakatan Harapan). Diharapkan Lembaga Pengampunan tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi. \u2013 Sila baca rencana-rencana saya bertajuk \u201cPengampunan Dato\u2019 Sri Anwar Ibrahim Atas Dasar Apa?\u201d (12 05 2018), \u201cKuasa Pengampunan\u201d (13 05 2018) dan \u201cPengampunan Dato\u2019 Seri Anwar Dan Keadilan kepada Saiful\u201d (14 05 2018) dan \u201cPower Over Justice\u201d (31 08 2018). (Kesemuanya boleh didapati dalam laman web saya.)\n\n\nAkhir kata, satu perkara yang patut dipuji ialah istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar tidak diadakan pada malam kiraan undi itu juga seperti yang dilakukan di beberapa buah negeri. Ia memberi gambaran seolah-olah ahli-ahli yang berhormat itu, yang bertanding dan menang atas tiket partinya, tidak boleh dipercayai walaupun untuk satu malam, khuatir mereka akan melompat parti. Bahawa terdapat majoriti kecil atau besar bukanlah pertimbangannya. Ini soal kestiaan kepada parti dan maruah diri. Pihak istana tidak sepatutnya melayan cubaan berbuat demikian. Kehormatan Raja mestilah dijaga.\n\n\n15 03 2022\n\n\ntunabdulhamid@gmail.com\n\n\nhttp://www.tunabdulhamid.my\n\n\nhttps://tunabdulhamid.me"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/03/27/selangor-benarkan-solat-jemaah-dirapatkan-bermula-1-april/", "title": "Selangor Benarkan Solat Jemaah dirapatkan bermula 1 April", "body": "0\n\n\n27 Mac 2022, BANGI \u2013 Masyarakat Islam di Selangor akan kembali bersolat jemaah tanpa penjarakan sosial bermula 1 April depan.\n\n\nSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan supaya solat berjemaah di masjid dan surau di seluruh negeri dirapatkan saf berkuatkuasa 1 April.\n\n\nPengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad menerusi kenyataan memaklumkan ketetapan itu dibuat selepas baginda mengadakan satu rundingan bersama dengan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, JAIS, Timbalan Mufti Selangor, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) serta beberapa orang Ahli Dewan di-raja Selangor.\n\n\nKatanya, baginda berkenaan membuat penelitian dan memperhalusi beberapa perkara untuk mengelakkan kesan mendalam akibat COVID-19, di samping memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dan institusi masjid serta surau terus berfungsi sebagai pusat ibadah di Selangor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRUU Perkhidmatan Parlimen sedang dimuktamadkan \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\nPDRM siasat video tular dua lelaki hina Nabi \u2013 Saifuddin\n\n\n\n\n\n\nBN-PH tawar 5 perkara jika tawan Kedah\n\n\n\n\n\n\n\u2018UMNO Mahu Tanding 42 Kerusi Dun Johor\u2019 \u2013 Mohamad Hasan\n\n\n\n\n\n\nMansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain solat jemaah solat tarawih juga dibenarkan untuk dilaksanakan sebanyak 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan.\n\n\n\u201cBaginda juga berkenan solat tarawih dibenarkan untuk dilaksanakan dengan 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini di semua masjid dan surau di negeri ini. \n\u00a0\nHanya individu berumur 18 tahun dan ke atas yang lengkap dua dos vaksin COVID-19, membawa sejadah dan memakai pelitup muka sahaja dibenarkan hadir ke masjid dan surau.\u2019\u2019 \u2013 Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad\u00a0\n\n\nSementara itu individu yang bergejala diminta menangguhkan daripada menghadiri sebarang aktiviti di masjid dan surau sehingga tahap kesihatan dapat dipastikan demi menjaga kesejahteraan jemaah lain, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.\n\n\nKatanya\u00a0 Sultan Sharafuddin turut menzahirkan rasa bimbang dengan penularan wabak COVID-19 yang masih tinggi di Selangor dan baginda menasihati rakyat Selangor untuk terus berhati-hati dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP)\u00a0 serta mengikuti semua arahan yang dikeluarkan oleh kementerian dari semasa ke semasa.\n\n\nENDS"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/03/31/data-aplikasi-mysejahtera-hak-milik-mutlak-kerajaan-malaysia/", "title": "Data Aplikasi MySejahtera Hak Milik Mutlak Kerajaan Malaysia", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n31 Mac 2022 \u2013 KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan semua data dan maklumat yang diperolehi menerusi penggunaan aplikasi MySejahtera adalah hak milik penuh dan mutlak kerajaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata sebelum aplikasi itu dilancarkan pada 20 April 2020, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pihak kerajaan telah memeterai Perjanjian Ketakdedahan (NDA) dengan KPISOFT Sdn Bhd pada 1 April 2020, dengan terma yang dipersetujui kedua-dua pihak.\n\n\nAntara terma utama yang terkandung dalam perjanjian NDA itu, katanya, termasuklah berkenaan hak milik setiap data dan maklumat yang diperolehi menerusi penggunaan MySejahtera adalah hak milik penuh dan mutlak Kerajaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya ingin memberi jaminan bahawa segala data yang tersimpan di dalam pangkalan data MySejahtera adalah terpelihara dan hanya bagi tujuan kawalan pandemik oleh KKM sahaja. \nDalam hal ini, penggunaan dan pengurusan data MySejahtera adalah tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Akta Perubatan 1971 (Akta 50) dan piawaian antarabangsa,\u201d \n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau menjelaskan demikian ketika menggulung perbahasan mengenai isu membabitkan MySejahtera di Dewan Negara, petang tadi (Khamis)\n\n\n\n\nBerhubung keselamatan aplikasi dan data MySejahtera, Khairy memaklumkan Agensi Keselamatan Siber Nasional (NACSA) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) sudah menjalankan pelbagai ujian bagi memastikan aplikasi itu selamat, termasuk pengujian penembusan dan kerentanan sebelum ia dilancarkan.\n\n\nKatanya, NACSA juga menjalankan audit keselamatan berkala setiap bulan dan melaksanakan ujian penembusan dari semasa ke semasa, selain turut melaksanakan audit jejak kepada pangkalan data yang menyimpan data MySejahtera ini.\n\n\nMenerusi audit jejak itu, katanya, kerajaan dapat mengetahui sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mendaftar masuk ke dalam sistem pangkalan data dan menggunakan data itu untuk sebarang bentuk tujuan.\n\n\n\u201cNACSA melalui Cyber Coordination and Command Centre (NC4) memantau keselamatan secara berterusan ke atas aplikasi MySejahtera untuk mengesan sebarang pencerobohan.\n\n\n\u201cSyarikat pengendali MySejahtera juga telah menerima piawaian ISO270001 (ISMS), iaitu spesifikasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat meliputi dasar dan pengurusan keselamatan maklumat, keselamatan fizikal dan persekitaran, keselamatan komunikasi dan keselamatan sumber manusia. Berdasarkan fakta ini, saya ingin tegaskan setiap data dan maklumat yang diperolehi menerusi aplikasi MySejahtera adalah hak milik kerajaan dan terjamin keselamatan dan kerahsiaannya.\u201d\n\n\n\u201cSaya berharap orang ramai akan terus menggunakan aplikasi MySejahtera tanpa ragu-ragu. Kerahsiaan data orang ramai adalah terjamin dan KKM akan sentiasa memastikan aspek ini tidak dikompromi,\u201d katanya. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/03/31/yasin-berdepan-hukuman-mati-mengaku-tidak-bersalah-miliki-tanam-ganja/", "title": "Yasin berdepan hukuman mati, mengaku tidak bersalah miliki, tanam ganja", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n31 Mac 2022, PETALING JAYA \u2013\n\u00a0 Muhammad Yasin Sulaiman,\u00a0 bekas penyanyi nasyid dan komposer, berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini (Khamis) atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac\u00a0 lalu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengikut pertuduhan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah, Yasin didakwa mengedar dadah jenis ganja anggaran berat 214 gram di sebuah unit kondominium di Kota Damansara pada jam 5.30 petang, 24 Mac lalu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendakwaan dibuat ke atasnya\u00a0 mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati. Sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan, jika sabit kesalahan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Yasin juga mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin di Mahkamah Sesyen.\n\n\n\n\n\n\nDia didakwa menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah merah di lokasi, waktu dan tarikh yang\u00a0 sama.\n\n\n\n\n\n\nBagi kedua-dua prosiding itu, Yasin tidak dibenarkan jaminan.\n\n\n\n\n\n\nTertuduh sebelum ini ditahan polis bersama 17 pasu pokok ganja yang dipercayai ditanam sejak dua bulan lalu dalam serbuan di kediamannya di sebuah kondominium di Kota Damansara, Petaling Jaya, Khamis lalu.\n\n\n\n\n\n\nPolis turut merampas ketulan mampat ganja seberat 214 gram.\n\n\n\n\n\n\nHasil ujian saringan air kencing terhadap artis itu didapati positif dadah jenis THC (ganja).\n\n\n\n\n\n\nSiasatan awal mendapati suspek dipercayai menanam ganja terbabit untuk kegunaan sendiri selain telah terlibat dengan penagihan dadah sejak 10 tahun lalu.\n\n\n\n\n\n\nPolis juga tidak menolak kemungkinan bekas penyanyi nasyid dan komposer itu mendapatkan bekalan benih secara dalam talian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/04/02/pensyarah-uitm-kontroversi-direhatkan/", "title": "Pensyarah UiTM kontroversi `direhatkan\u2019", "body": "1\n\n\nBANGI \u2013 Profesor Dr. Roshana Takim, pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM)\u00a0 yang tular dengan kes dengan muridnya direhatkan daripada tugas pengajaran bermula Jumaat (1 April).\n\n\nUiTM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat bagi memastikan proses siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur.\n\n\n\n\nDr. Roshana sebelum ini dibelenggu kontroversi apabila video yang memaparkan dia sedang memarahi seorang pelajarnya menjadi tular di media sosial.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKedutaan Malaysia di Sudan ditutup sementara\n\n\n\n\n\n\nTragedi basikal lajak: Sam Ke Ting dibebaskan\n\n\n\n\n\n\nPemandu langgar enam kenderaan positif ganja\n\n\n\n\n\n\n2 helikopter sedia ke lokasi banjir di Pantai Timur\n\n\n\n\n\n\nPelajar Dibuli 10 Senior, Badan Ditekap Seterika\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMesyuarat Lembaga Pengarah Universiti yang diadakan pada 31 Mac 2022 telah berkeputusan untuk merehatkan Profesor Dr. Roshana Takim, daripada tugasan pengajaran mulai 1 April 2022 sehingga siasatan lengkap dilaksanakan oleh UITM. \u201d\n\n\n\n\nKeputusan berkenaan dibuat adalah bagi memastikan siasatan dapat dilaksanakan secara berkesan dan teratur, dalam kenyataan pihak pengurusan UiTM.\n\n\n\n\nSementara itu, UiTM turut menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan imej dan nama baik universiti serta menggugat keselamatan warga.\n\n\n\n\n\n\n\u201cUITM juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat pihak yang berkongsi hantaran (posting) yang mengelirukan,\u201d\n\n\n\n\nSebagai sebuah institusi pendidikan tinggi, UiTM sentiasa cakna dan prihatin kepada kesejahteraan warga akademik dan juga pelajarnya.\n\n\nDan dalam konteks ini, UiTM akan memperkasa peranan pensyarah dan menambah baik polisi serta etika pengajaran di semua peringkat pengajian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/04/03/warga-singapura-ambil-peluang-isi-minyak-penuh-di-johor/", "title": "Warga Singapura Ambil Peluang Isi Minyak Penuh di Johor", "body": "0\n\n\nBANGI \u2013 Pembukaan sempadan selatan tanah air menyaksikan ramai\u00a0 warga tempatan pulang kembali ke tanah air.\n\n\nTidak ketinggalan warga Singapura yang mengambil peluang setelah lama terperap di pulau Republik itu, sama ada melancong, menziarahi saudara mara atau pun berniaga.\n\n\nNamun ada aksi yang kurang menyenangkan orang tempatan apabila ada segelintir yang cuba mengambil kesempatan atas pembukaan sempadan pada Jumaat lalu.\n\n\nDi media sosial tular aksi warga Singapura,\u00a0 berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan mereka, mengisi minyak\u00a0 di selatan tanah air. Gara-gara mahu memenuhkan minyak kenderaan pelbagai cara dilakukan. Sekiranya dulu, ada yang menggoyang-goyangkan kenderaan bagi memenuhkan tangki kini kaedahnya berbeza.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Projek khusus tangani kesesakan jejas lokasi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nBawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang\n\n\n\n\n\n\nAGENDA PERTIWI EDISI AIDILADHA\n\n\n\n\n\n\n11 maut, 13 cedera dalam runtuhan salji di Pakistan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nFound this pic on fb. No need to shake car anymore..hahahaha \npic.twitter.com/m9ninXKLWR\n\n\n\u2014 Amirul | \u0639\u0645\u064a\u0631\u0648\u0644 (@amirulfadhlii) \nApril 1, 2022\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSebahagian warga republik berkenaan dilihat\u00a0 meletakkan kenderaan pada kedudukan senget dan meletakkan alat \njack\n untuk meninggikan kenderaan mereka, lalu mengisi petrol.\n\n\nPelbagai gelagat mereka dirakam netizen.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\npic.twitter.com/JJnqaIfj9z\n\n\n\u2014 azmil (@azmil_n) \nApril 1, 2022\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSehingga 1 April tahun ini, seliter\u00a0 petrol 95 di negara itu adalah pada kadar\u00a0 harga 3.05 dolar Singapura bersamaan RM9.37 sen.\u00a0 \u00a0 \nManakala bagi RON 97,\u00a0 berharga\u00a0 3.51 dolar Singapura seliter bersamaan RM10.90, dan antara yang termurah di dunia.\n\n\n\u00a0\n\n\nSebaliknya di Malaysia, minyak petrol RON 95 bersubsidi berharga di antara RM 2.05\u00a0 ataupun bersamaan \u00a066 sen seliter di Singapura.\n\n\n\u00a0\n\n\nBagi pengisian tangki penuh 40 liter di Singapura akan mengambil harga lebih kurang 90 dolar Singapura.\n\n\nNamun jika minyak dalam kandungan yang sama diisi di Malaysia, rakyat Singapura hanya perlu membayar dalam\u00a0 sejumlah 50 dolar Singapura.\n\n\n\u00a0\n\n\nMinyak petrol RON 95 bersubsidi tidak dibenarkan dibeli oleh warga asing, sebaliknya mereka hanya perlu membeli RON 97.\u00a0Menjual kepada warga asing RON 95 adalah melanggar Akta Kawalan Bekalan.\n\n\nSehubungan itu para netizen berharap kerajaan akan memantau kembali syarat pengisian petrol oleh warga asing di negara ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nENDS"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/04/05/5873/", "title": "Varian XE belum dikesan di Malaysia", "body": "0\n\n\nFOTO: Kementerian Kesihatan\n\n\nIPOH \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan Malaysia belum mengesan kehadiran mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE yang setakat ini hanya dikesan di negara jiran iaitu Thailand.\n\n\nMenteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang mengikuti perkembangan berkaitan varian baharu itu yang mana KKM sendiri belum mengetahui ciri-cirinya varuan berkenaan.\n\n\nJelas Khairy, ada dua benda yang\u00a0\u00a0dilihat pada varian baharu ini iaitu kebolehjangkitan dan keseriusannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam paling ramai terlibat rasuah di Selangor \u2013 SPRM\n\n\n\n\n\n\n140 NGO Serah Memorandum Bantahan Terhadap Suruhanjaya Tinggi India\n\n\n\n\n\n\n\u2018Timah\u2019 sandiwara politik: MCA jangan cuba guris perasaan umat Islam\n\n\n\n\n\n\nPDRM, Plus aktifkan dua laluan pintar atasi kesesakan\n\n\n\n\n\n\nAG saran teks BM jadi versi rasmi Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\n\n\nKebolehjangkitan Omicron contohnya lagi tinggi daripada Delta, sebab itu kes melambung naik\u2026tetapi keseriusan (Omicron) lebih sederhana daripada Delta, sebab itu kita punya Unit Rawatan Rapi (ICU) tidak penuh seperti dahulu.\n\n\nKatanya Malaysia\u00a0belum lagi dikesan varian XE, tetapi Thailand sudah menular kes terbabit.\n\n\nMengulas lanjut, Khairy berkata, pihaknya perlu melihat secara lebih mendalam daripada aspek kebolehjangkitan dan keseriusan varian baharu itu terhadap negara lain.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai satu mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE, yang lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian COVID-19.\n\n\nMenurut laporan Times of India, WHO menerusi laporan terbaharunya berkata, varian berkenaan adalah gabungan mutasi hibrid dua versi terdahulu bagi Omicron iaitu BA.1 dan BA.2."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/04/05/bantuan-khas-kewangan-aidilfitri-rm500-dibayar-25-april/", "title": "Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 dibayar 25 April", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bayaran itu juga diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.\n\n\n\u201cKerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada pesara kerajaan.\n\n\n\u201cPembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April ini,\u201d katanya dalam satu kenyataan, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : NADMA kongsi 21 nama mangsa meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nUMNO tersepit hadapi PRN di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nSOSMA tidak dimansuhkan dalam masa terdekat \u2013 KDN\n\n\n\n\n\n\n423 pengembara China diberi Notis Penolakan Masuk\n\n\n\n\n\n\nPAS komited dalam perjuangan, Ahmad Zahid \u2018mengkarung politik\u2019 sebenar\n\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan khas itu membabitkan peruntukan RM923 juta bagi manfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.\n\n\nIsmail Sabri berkata, pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cPemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.\n\n\n\u201cKerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/04/05/didakwa-seludup-migran-di-wang-kelian/", "title": "KMUM tawar jadi penganjur debat Anwar-Najib", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menawarkan untuk menjadi penganjur sesi perdebatan antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim isu `bail out\u2019 Sapura Energy.\n\n\nKMUM dalam kenyataan berkata, sebagai badan persatuan mahasiswa yang meraikan program bersifat keilmuan dan pendapat, pihaknya mahu menjadi penganjur bagi sesi perdebatan tokoh politik tanah air.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSalah ke parti politik terima sumbangan?\n\n\n\n\n\n\nPN ada sebab tolak permohonan PEJUANG\n\n\n\n\n\n\n1,023 Sukarelawan Dari Serata Malaysia Turun Padang\n\n\n\n\n\n\nProklamasi Melayu rasis hanya mainan puak cauvinis\n\n\n\n\n\n\nTun M dakwa ada pihak sedang bersihkan imej Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKMUM menawarkan diri atas kapasiti organisasi sebagai entiti neutral yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak dan mampu memberi keyakinan kepada rakyat.\n\n\n\u201cDengan itu, kami menjemput kedua-dua tokoh untuk menerima pelawaan KMUM sebagai penganjur bagi sesi debat yang bersejarah ini,\u201d kata kenyataan itu. \u2013 BH Online"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/04/05/sindiket-seludup-minyak-diesel-tumpas/", "title": "Sindiket seludup minyak diesel, tumpas", "body": "0\n\n\nANTARA barangan yang dirampas dalam operasi berkenaan. FOTO Ihsan PGA\n\n\nKluang: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan satu sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sekitar Johor Bahru susulan penahanan lima suspek termasuk dua warga asing, semalam.\n\n\nPegawai Pemerintahnya Superintendan Dimin Awang berkata, pihaknya turut merampas dua lori digunakan suspek selain bahan bakar berkenaan, dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM300,300.\n\n\n\u201cSemalam, kira-kira 2 petang, sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Batalion 5 PGA menahan tiga warga tempatan dan dua warganegara asing yang berumur lingkungan 34 hingga 42 tahun di sebuah premis di Taman Wawasan, Kulai.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Akur Telunjuk Barat, Ikut Budaya Masyarakat Setempat\n\n\n\n\n\n\nSPRM Fokus Banteras Sindiket Besar & Punca Kes Rasuah Meningkat \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan salah guna jawatan tidak dedahkan kesalahan Muhyiddin \u2013 Teh Poh Teik\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Catat 18 Kematian Covid-19\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air tiada kerjasama dengan mana-mana parti untuk PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPolis membuat rampasan iaitu dua lori, lima tong minyak kosong berkapasiti 1,000 liter, tong besi yang diubah suai berkapasiti 4,000 liter yang berisi anggaran 1,000 liter diesel, lima unit pam minyak diesel berserta hos.\n\n\n\u201cTurut dirampas, tiga tong minyak 1,000 liter berisi anggaran lebih kurang 1,000 liter setiap tong, sebuah tangki besi berkapasiti 20,000 liter berisi lebih kurang 16,000 liter minyak diesel bersubsidi selain sebuah tangki besi penuh berisi kira-kira 20,000 liter minyak bersubsidi,\u201d katanya ketika dihubungi hari ini.\n\n\nBeliau berkata, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor untuk tindakan Ianjut.\n\n\nKatanya, disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/04/15/kes-dera-bella-diberi-makan-20-cili-padi-seminggu/", "title": "Kes Dera Bella : diberi makan 20 cili padi seminggu", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR: 14 April \u2013 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis (14 April) diberitahu remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMahkamah juga mendengar keterangan bahawa remaja itu tidak dibenarkan minum air selama beberapa hari kerana tidak mendengar cakap Siti Bainun.\n\n\nMenurut keterangan saksi pendakwaan kelima yang juga penghuni rumah kebajikan itu, Yasmin Nahar Mahmood, Bella juga dimarah dan diugut diberi air panas jika tidak mendengar cakap, selain ditendang di perut jika menjerit kuat ketika diberi suntikan picagari.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenceritakan lanjut kejadian itu, saksi berkata, beliau atau seorang lagi penghuni rumah terbabit dikenali sebagai Aida mengira jumlah cili padi berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nYasmin menjawab soalan balas peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf bersetuju bahawa cili padi itu diberi kepada Bella beberapa kali seminggu.\n\n\nFarhan bertanyakan sama ada Siti Bainun mengeluarkan arahan untuk mengira jumlah cili itu secara spesifik dan Yasmin Nahar menjawab \u2018ya\u2019.\n\n\nPeguam itu mempersoalkan adakah mangsa tidak mengalami sakit perut akibat memakan 80 cili jika diikutkan perkiraan mangsa diberi makan empat kali seminggu.\n\n\n\u201cKatakan Bella didera empat bulan, kiranya 1,280 cili padi disumbat dalam mulut Bella,\u201d soal peguam itu.\n\n\nKelmarin, pada Rabu 13 April, Yasmin dalam keterangannya berkata, Siti Bainun mendera remaja itu setiap hari selama hampir empat bulan yang berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.\n\n\nSiti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.\n\n\nDia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.\n\n\nPertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.\n\n\nDitanya sama ada mulut Bella menunjukkan tanda melecet dan kemerah-merahan akibat makan cili padi itu, Yasmin berkata, terdapat kesan merah dan cili padi itu dibuang mangsa.\n\n\nMengenai isu Bella tidak dibenarkan minum air, saksi berkata remaja itu curi-curi minum dan beliau pun memberikan Bella minum secara curi-curi.\n\n\n\u201cSiti Bainun juga arahkan saya pegang bahu Bella ketika berdiri dan menyuruh remaja itu untuk melutut dan diugut bagi air panas. Bella juga ada dihentak kepala di dinding, diejek dan diperbodohkan,\u201d katanya.\n\n\n\n\nPengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali. \u2013 foto BERNAMA\n\n\n\n\nSementara itu, Yasmin berkata, beliau diarahkan oleh Siti Bainun untuk memasak lima ketul ayam mentah yang busuk dan diberikan kepada Bella dan dipaksa makan nasi dalam satu periuk yang dicampur cuka, serbuk cili, cili, garam, kunyit dan kicap.\n\n\n\u201cKetika itu bulan puasa, Bella tidak makan nasi sebab dah kenyang kerana curi makan makanan kering dan minum. Dia tidak dibenarkan makan dan minum sesuka hati.\n\n\n\u201cSiti Bainun balik malam. Bila Siti Bainun tahu Bella curi makan dan minum, dia suruh Bella habiskan nasi tabur cuka, cili, garam, kunyit dan kicap,\u201d katanya.\n\n\nDitanya peguam Siti Bainun, Asiah Abd Jalil, mengenai penderaan pengasas rumah kebajikan berkenaan terhadap Yasmin, saksi itu berkata, dia pernah dilempang beberapa kali oleh pengasas rumah kebajikan berkenaan.\n\n\n\u201cDi kondominium (Wangsa Maju) Siti Bainun kata saya pecahkan pinggan. Siti Bainun tarik rambut saya dahulu sebelum lempang saya di Selayang, dua kali.\n\n\n\u201cSaya juga dilempang di rumah di Setapak, selepas melarikan diri, tarikhnya saya tak ingat,\u201d katanya.\n\n\nPerbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung hari ini. (15 April) \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/04/16/israel-jadikan-gaza-penjara-di-langit-terbuka-kementerian-luar-rusia/", "title": "Israel jadikan Gaza `penjara di langit terbuka\u2019 : Kementerian Luar Rusia", "body": "0\n\n\nMOSCOW: Kementerian Luar Russia semalam, menyelar tindakan Israel terhadap Palestin sambil menyifatkan Tel Aviv mengubah Semenanjung Gaza menjadi \u2018penjara di bawah langit terbuka\u2019,\u201d lapor Agensi Anadolu.\n\n\nMengulas mengenai kenyataan Menteri Luar Israel menyokong penggantungan keanggotaan Russia dalam Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC), kementerian luar mendakwa Israel menggunakan situasi di Ukraine bagi mengalih perhatian dunia mengenai isu Palestin.\n\n\n\u201cSeperti diketahui umum, selepas pelbagai pelanggaran dibuat terhadap keputusan Majlis Keselamatan (PBB) dan Perhimpunan Agung PBB, rejim Israel masih meneruskan pendudukan haram dan \u2018pengilhakan\u2019 di wilayah Palestin, mengakibatkan lebih 2.5 juta rakyat Palestin di Tebing Barat Sungai Jordan diusir ke kawasan terpencil dan terputus dari dunia luar.\n\n\n\u201cSemenanjung Gaza pada dasarnya menjadi \u2018penjara terbuka\u2019 hingga memaksa dua juta rakyatnya bertahan di bawah sekatan laut, udara dan darat Israel hampir 14 tahun,\u201d menurut kementerian itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTahanan Palestin mogok lapar meninggal dunia dalam penjara Israel\n\n\n\n\n\n\n10.3 juta solat di Masjid Nabawi pada 10 hari pertama Ramadan\n\n\n\n\n\n\nIsrael lanjut tempoh tahanan Khalil Awawdeh\n\n\n\n\n\n\nPemain bola sepak Liga Perancis dilarang berpuasa pada hari perlawanan\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi Turkiye: Warga emas minta air untuk solat bawah runtuhan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekurang-kurangnya 152 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada Jumaat, menurut ciapan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.\n\n\nKetegangan antara Israel dan Palestin memuncak di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sejak tiga minggu lalu susulan sambutan Hari Easter bertindih dengan Ramadan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/04/28/sunway-theme-park-adakan-perkongsian-strategik-bersama-perhilitan/", "title": "Sunway Theme Park Adakan Perkongsian Strategik Bersama PERHILITAN", "body": "1\n\n\n\nSUBANG \u2013 Perkongsian strategik antara Sunway Theme Parks dan PERHILITAN dalam memulihara haiwan sudah lama terjalin sejak sekian lamanya. \n\n\n\n\nUntuk itu, Sunway berpeluang untuk berkerjasama dengan PERHILITAN dengan menubuhkan satu pusat \u2018Pemuliharaan Tuntung Sungai\u2019 di Sunway Lagoon. \n\n\n\n\nProgram ini bertujuan memberi kesedaran dan mendedahkan kepada orang awam tentang spesis Tuntung Sungai iaitu \u2018Batagur Affinis\u2019 yang dikategorikan sebagai haiwan \u2018terancam secara kritikal\u2019 (Critically Endangered). Ianya disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi sepenuhnya di dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.\n\n\nKetua Pengarah PERHILITAN Malaysia, YBhg. Dato\u2019 Abdul Kadir bin Abu Hashim\n\n\n\nTurut hadir pada majlis perasmian itu ialah Ketua Pengarah PERHILITAN Malaysia, YBhg. Dato\u2019 Abdul Kadir bin Abu Hashim, selain pengurusan tertinggi kumpulan Sunway.\n\n\nHadirin yang hadir juga turut dijamu dengan masakan bertemakan juadah kampung dari pihak pengurusan Sunway. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKadar Kemasukan Ke Hospital Semakin Meningkat\n\n\n\n\n\n\nKluster \u2018merajuk\u2019 bawa pengaruh tumbangkan PH-BN\n\n\n\n\n\n\nPKR teruskan legasi di Melaka, Gagal sebarang kerusi di Sarawak\n\n\n\n\n\n\nBatalkan PSI, Oh sedia tarik diri bertanding\n\n\n\n\n\n\nLantikan politik pengarah GLC lemahkan peluang menang PRN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/04/30/5965/", "title": "Pengunaan Imbasan Kod QR MySejahtera Tidak Digunakan Bermula Malam ini.", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR \u2013 Bermula tengah malam ini, imbasan kod QR MySejahtera tidak lagi diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam.\n\n\nMenteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata,\n\u00a0 \nkesemua individu yang mempunyai aplikasi berkenaan, disaran mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak.\n\n\nTinjauan kru TV Pertiwi di beberapa pusat tumpuan orang awam mendapati walaupaun penggunaan kod QR tidak lagi digalakkan, namun rakyat Malaysia sudah terbiasa menggunakan aplikasi berkenaan ketika memasuki premis luar.\n\n\nBagi Aiman Hakim, sudah hampir 2 tahun menggunakan aplikasi berkenaan, beliau sudah terbiasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia punya keistimewaan tersendiri, tak perlu ikut negara luar\n\n\n\n\n\n\nLelaki hina Agong berkaitan pelantikan PM direman 3 hari\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023, isu Batu Puteh jadi tumpuan Mesyuarat ke-15 Parlimen\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Hanya akan bermula selepas EMP lulus\n\n\n\n\n\n\nPeniaga luah rasa kesal harga barang mentah meningkat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKos QR sudah menjadi teman hidup, sepanjang dua tahun ini, mungkin kita akan berasa kekok apabila tidak mengimbas QR Kod berkenaan\u201d\n\n\n\n\nSementara itu, bagi Muhammad Jabir\n\u00a0 \npenggunaan Kod QR tidak diwajibkan selepas ini mungkin memudahkan, oleh kerana ia akan melancarkan untuk pengunjung yang masuk ke sesebuah premis.\n\n\n\n\n\u201cSebelum ini ada premis atau kedai yang terpaksa beratur panjang untuk menunggu pengunjung mengimbas Kod QR MySjahtera.\u201d\n\n\n\n\nDalam sidang media Menteri Kesihatan sebelum ini juga berkata, fungsi yang sedia ada, iaitu Hotspot Tracker yang dahulunya digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes COVID-19, kini akan diubah sebagai Infectious Disease Tracker untuk melihat kawasan titik panas penyakit-penyakit seperti rabies (penyakit anjing gila); demam campak; penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD); dan denggi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/04/30/radio-dibawah-astro-radio-catat-peningkatan-jumlah-pendengar/", "title": "Astro Radio Catat Peningkatan Jumlah Pendengar Melebihi 16 Juta", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR :\n Astro Radio mengukuhkan kedudukannya sebagai pengendali radio tempatan yang mempunyai pendengar tertinggi dalam negara apabila merekodkan jumlah pendengar sebanyak 15.6 juta secara mingguan.\n\n\n\n\nData ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat \nGfK Radio Audience Measurement (RAM) Wave 2, 2021\n, kata Astro Radio dalam kenyataannya pada Khamis.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKajian \nRAM Wave 2\n, \n2021 \nmenunjukkan satu peningkatan baharu radio dengan mencapai 96 peratus individu di Semenanjung Malaysia iaitu setara dengan 21.1 juta pendengar radio mingguan, membawa kepada peningkatan 469,000.\n\n\n\n\n\n\n\u201cDaripada ini, Astro Radio meningkatkan kadar pasarannya kepada 15.6 juta pendengar mingguan,\u201d katanya.\n\n\n\n\nJelas Astro Radio, rekod ini dijayakan dengan 312.6 juta purata penstriman radio digital dan video bulanan, 24.1 juta pengikut di media sosial dan 103 juta capaian di Facebook secara bulanan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cJenama Astro Radio terus kukuh di kedudukan nombor 1 dari kesemua bahasa iaitu ERA, HITZ, MY, dan RAAGA.\n\n\n\n\n\n\n\u201cERA terus mencapai jangkauan mingguan tertinggi di Malaysia dalam kalangan pendengar muda Melayu berusia antara 10 hingga 29 tahun dengan 2.9 juta pendengar.\n\n\n\n\n\n\n\u201cDengan peningkatan 2.6 juta pendengar mingguan, HITZ juga mencapai \u2018Pendengar Eksklusif\u2019 tertinggi untuk jenama Inggeris dengan 328,000 pendengar, jumlah segmen pagi tertinggi untuk jenama-jenama Inggeris dengan 1.2 juta pendengar dan merupakan Segmen Petang tertinggi dalam jenama radio Inggeris dengan 1.3 juta pendengar,\u201d katanya lagi.\n\n\n\n\nBagi jenama MY pula, pendengar mingguan turut meningkat dari 300,000 kepada 2.5 juta pendengar. Segmen pagi dan petang mencapai kadar pendengar tertinggi untuk jenama Cina dengan 1.6 juta bagi setiap segmen berkenaan.\n\n\n\n\n\u201cManakala, RAAGA meningkatkan pendengar mingguannya kepada 1.5 juta. Peningkatan ini juga berdasarkan segmen pagi kepada satu juta pendengar, dan peningkatan segmen petang kepada 936,000 pendengar. RAAGA juga mencatatkan kenaikan \u2018Pendengar Eksklusif\u2019 dari 43,000 kepada 622,000,\u201d ujar Astro Radio lagi.\n\n\n\n\nSelain itu, prestasi-prestasi cemerlang dalam peningkatan jumlah pendengar turut ditunjukkan jenama Astro Radio yang lain.\n\n\n\n\n\u201cSINAR, kekal menjadi jenama kedua tertinggi di Malaysia yang banyak didengari, dengan 4.6 juta pendengar mingguan.\n\n\n\n\n\u201cGEGAR, jenama radio No. 1 di Pantai Timur yang mencapai 2.3 juta pendengar mingguan.\n\n\n\u201cMIX mencatatkan peningkatan kepada 1.2 juta pendengar mingguan, dengan segmen pagi dan segmen petang masing-masing meningkat kepada 519,000 pendengar dan 584,000 pendengar, yang menandakan peningkatan hampir 115,000 (pagi) dan 150,000 (petang).\n\n\n\n\n\u201cPrestasi ini turut dikongsikan jenama, LITE yang menyaksikan peningkatan untuk pendengar mingguannya kepada 937,000 dengan segmen petangnya kini mencecah 432,000 pendengar, selain peningkatan untuk \u2018Pendengar Eksklusif\u2019 kepada 108,000 pendengar,\u201d jelas kenyataan sama.\n\n\n\n\nKajian ini dilakukan untuk tempoh enam minggu dengan gabungan diari radio tradisional (75%) dan e-diari (25%) yang diedarkan kepada 6,000 individu di seluruh Semenanjung Malaysia bagi memahami tabiat mendengar mereka.\n\n\n\n\n\n\nSebanyak 20 jenama radio komersial terbabit dalam kajian ini dan Astro Radio memperoleh enam kedudukan dari 10 kedudukan jenama teratas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/04/30/sarimah-kecewa-berita-palsu-terlantar-sakit-tersebar/", "title": "Sarimah kecewa berita palsu terlantar sakit tersebar", "body": "0\n\n\nDATUK SARIMAH AHMAD\n\n\nSUBANG JAYA: Meraikan ulang tahun kelahiran pada tanggal 28 April, setiap tahun, bintang legenda, Datuk Sarimah Ahmad mempunyai cara tersendiri sebagai hadiah atas penambahan usianya.\n\n\nSarimah berkata, dia akan memastikan dirinya khatam al-Quran yang sudah menjadi rutin hidupnya setiap kali tarikh istimewa bakal menjelma.\n\n\n\u201cRutin harian saya lebih kepada mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa, sejak tidak berlakon. Saya bangun awal pagi dan selesaikan apa yang patut. Selepas menunaikan solat Dhuha, barulah saya mengambil sarapan dan melakukan senaman ringan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKelantan boleh jadi negeri kaya jika PAS terus diberi mandat\n\n\n\n\n\n\nSultan Johor berkenan berkunjung ke kediaman rasmi Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Peruntukan Diskriminasi Pekerja Muslim \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nSelesaikan masalah umat Islam dengan adil, secepat mungkin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nSindiket seludup minyak diesel, tumpas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya akan pastikan mengaji al-Quran, setiap hari. Seingat saya, setiap kali hari ulang tahun kelahiran, saya akan khatam membaca al-Quran.\n\n\n\u201cTahun ini, saya mula mengaji pada hari pertama Ramadan dan Alhamdulillah, sehari sebelum tarikh hari jadi tiba pada 28 April, saya sudah pun khatam sebanyak dua kali.\n\n\n\u201cSaya meluahkan rasa syukur kerana inilah sahaja cara saya untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri,\u201d katanya kepada BH Online.\n\n\nMeraikan ulang tahun ke-80 pada 28 April lalu, pemegang watak Marjina dalam filem klasik, Ali Baba Bujang Lapuk ini meluahkan perasaan kecewa apabila ada pihak menyebarkan berita palsu kononnya kini terlantar sakit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/04/30/trafik-ke-utara-dan-pantai-timur-sesak/", "title": "Trafik ke Utara dan Pantai Timur Sesak", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama sesak berikutan orang ramai balik ke kampung sempena Aidilfitri, hari ini.\n\n\nTinjauan menerusi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) hingga jam 9 pagi tadi mendapati trafik sesak di beberapa laluan di Lebuhraya Utara Selatan.\n\n\nAliran trafik sesak di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Hospital Sungai Buloh ke Bukit Beruntung; Bukit Tagar ke Tanjung Malim; Slim River ke Sungkai; Sungkai ke kawasan rehat dan rawat (RNR) Tapah; persimpangan Tapah ke Gopeng dan Ipoh Selatan ke Sungai Perak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBatal sidang media, \u2018Langkah Kinabalu\u2019 didakwa gagal\n\n\n\n\n\n\nPakar Saran Perkenal Sistem Pengawal Selia Kandungan Media\n\n\n\n\n\n\nKotak perakam suara kokpit akan dihantar ke pengilang di Florida, Amerika Syarikat\n\n\n\n\n\n\nPejuang dalam dilema, pilihan terbaik tidak sertai PRN\n\n\n\n\n\n\nTun M banyak khilaf dengan PAS, tapi ambil titik persamaan \u2013 Hadi\n\n\n\n\n\n\n\n\nTrafik juga perlahan di lebuh raya sama arah utara dari Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buaya; selepas Sungai Buaya ke Bukit Tagar; dari Lembah Beringin ke Behrang; susur keluar persimpangan Sungkai ke Plaza Tol Sungkai; dari Bidor ke Gopeng; dari Ipoh Selatan ke Ipoh Utara dan sebelum Sungai Perak ke Kuala Kangsar.\n\n\nSelain itu, Lebuhraya Utara Selatan arah utara turut perlahan dari Rawang ke Sungai Buaya; dari Slim River ke Sungkai akibat \u2018bottle neck\u2019 dan dari Tapah ke Gopeng.\n\n\nDi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pula, trafik sesak arah timur dari Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) (Bandar Dalam) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) (Taman Melawati) ke Plaza Tol Gombak terus ke Lentang.\n\n\nOrang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di\u00a0\nhttp://www.twitter.com/plustrafik\n\u00a0atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di\u00a0\nhttp://www.twitter.com/LLMinfotrafik\n."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/05/09/badan-kehakiman-diugut-pandangan-sebelah-lagi/", "title": "Badan Kehakiman Diugut : Pandangan Sebelah Lagi", "body": "0\n\n\nOleh\n\nTun Abdul Hamid Mohamad\n\n\nSemenjak Raja Petra menerbitkan artikelnya \n\u201cPendedahan Mengejutkan: Konflik \nKepentingan Hakim Perbicaraan Najib Nazlan Terdedah\u201d\n pada 14 Mac 2022 dalam blognya, Malaysia Today, kita hanya membaca pandangan sebelah pihak mengenai isu itu, sama ada daripada kenyataan akhbar oleh Ketua Pendaftar, Majlis Peguam, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi DAP, Ketua Hakim Negara, The Edge Malaysia mahu\n\npun Dr. Shad Saleem Faruqi.\n\n\nDalam artikel ini, saya memberikan pandangan sebelah lagi dengan tujuan semata-mata untuk memberikan hujah kedua belah pihak kepada orang ramai supaya mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membuat keputusan mengenai isu tersebut. Saya tidak mengatakan saya betul dan mereka salah, Raja Petra betul dan Hakim Mohd Nazlan salah, atau sebaliknya.\n\n\nMerujuk kepada kenyataan Majlis Peguam dan laporan The Edge Malaysia, dikatakan bahawa Raja Petra dan ahli politik terutamanya penyokong Najib sedang mengugut Badan Kehakiman. Sama ada itu benar atau tidak, tidakkah boleh dihujahkan bahawa mereka juga mengugut SPRM dalam menjalankan tugasnya? Majlis Peguam seolah-olah\n\nlupa bahawa SPRM-lah yang menyiasat Najib yang membawa kepada sabitan kesalahannya. Sekarang, hanya kerana dakwaan dibuat terhadap hakim yang telah mensabitkan Najib, sabitan yang mereka takut kiranya diketepikan, mereka melompat membelanya dan meragui kredibiliti SPRM.\n\n\nMajlis Peguam menuntut penyiasatan setara dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap laporan polis yang dibuat oleh Hakim Mohd Nazlan; bahawa tidak sepatutnya ada double standard dalam mendekati perkara itu; bahawa siasatan SPRM melanggar doktrin pengasingan kuasa; bahawa ia menjejaskan kebebasan badan kehakiman; bahawa ia\n\ntidak berperlembagaan dan ia harus ditangani di bawah Perkara 125 Perlembagaan. Soalan: Sekiranya Hakim Mohd Nazlan membebaskan Najib adakah Majlis Peguam akan mengeluarkan kenyataan yang sama?\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M yakin Anwar dalang lokasi penganjuran Proklamasi Melayu dibatalkan\n\n\n\n\n\n\nHadi tergamak guna dalil agama salah demi kepentingan PAS\n\n\n\n\n\n\nDakwa Anwar pendendam, Awang disaman\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen PH tidak sependapat pelantikan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat\n\n\n\n\n\n\nKPM teliti isu sekolah Tamil di kawasan pedalaman kurang murid\n\n\n\n\n\n\n\n\nTidak perlu dikatakan bahawa laporan polis Hakim Mohd Nazlan dan laporan yang dibuat terhadap Hakim Mohd Nazlan mesti diberi penyiasatan yang setara dan saya pasti mereka sedang diberikan. Tetapi, dengan menuntut \u201cpenyiasatan setara\u201d diberikan kepada laporan Hakim Mohd Nazlan tetapi cuba menghalang siasatan dijalankan\n\nterhadap laporan terhadap Hakim tersebut, tidakkah Majlis Peguam mengamalkan double standard?\n\n\nSaya menerima beberapa mesej WhatsApp dan e-mel, semuanya daripada bukan peguam yang bertanya soalan yang sama: Adakah menyalahi doktrin pengasingan kuasa bagi SPRM menyiasat hakim? Ia menunjukkan bahawa bukan-peguam pun mendapati pandangan Majlis Peguam itu pelik. Hakim tidak terkecuali daripada undang-undang.\n\nPerlukah saya berkata lebih daripada itu kepada Presiden Majlis Peguam?\u00a0 Majlis Peguam juga mengatakan bahawa siasatan itu menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman. Puan Presiden, kebebasan Badan Kehakiman tidak termasuk kebebasan untuk melakukan jenayah dan daripada disiasat mengenainya.\n\n\nMajlis Peguam juga mengatakan bahawa siasatan itu tidak mengikut perlembagaan.\u00a0 Saya ingin tahu di bawah peruntukan manakah ia tidak berperlembagaan? Presidennya merujuk kepada Perkara 125. Saya menggesa beliau membaca semula peruntukan itu. Perkara itu merujuk kepada situasi di mana seseorang Hakim itu \u201cpatut dipecat atas\n\nalasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) atau atas alasan tidak berdaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain, untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya,..\u201d Ia tidak meliputi pelakuan kesalahan jenayah.\n\n\nSebaliknya, SPRM dan Polis hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa masing-masing dan bukan perkara yang disebut dalam Perkara 125. (Walaupun Dr. Shad Saleem Faruqi cuba meluaskan liputan Perkara 125, saya tidak fikir boleh boleh tidak bersetuju dengan dua ayat terakhir saya itu.)\n\n\nSaya merujuk kepada dua kenyataan akhbar oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Atas sebab apa pun, tiada dakwaan sedemikian pernah dibuat terhadap mana-mana hakim dalam tempoh lima puluh tahun yang lalu. Jadi reaksi Badan Kehakiman dengan mengeluarkan kenyataan akhbar itu juga adalah yang pertama. Saya percaya Ketua Pendaftar tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian melainkan diarahkan oleh Ketua Hakim Negara.\n\nAmbil perhatian bahawa dakwaan Raja Petra itu bukanlah dakwaan umum terhadap Badan Kehakiman. Ia adalah dakwaan terhadap hakim tertentu. Kenapa badan kehakiman harus melompat membelanya? Walaupun dakwaan itu telah dibuat oleh seorang penulis blog, jika peguam Najib tidak membuat permohonan untuk perbicaraan semula atau tidak menggunakannya sebagai alasan rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk mahkamah mengetepikan sabitan dan memerintahkan perbicaraan semula, perkara itu berakhir di situ.\n\n\nJika peguam Najib memilih untuk melakukan salah satu daripada dua perkara yang\u00a0 disebut sebelum ini, jika tiada kenyataan dikeluarkan oleh Badan Kehakiman, walaupun mahkamah menolak permohonan atau hujah itu, tiada kritikan atas alasan berat sebelah boleh dilemparkan terhadap Badan Kehakiman. Sebaliknya, apabila kenyataan itu telah dikeluarkan, peguam Najib boleh berhujah bahawa mahkamah berat sebelah kerana Badan Kehakiman telah mengeluarkan\u00a0 kenyataan menolak dakwaan itu lebih awal. Jika dan apabila mahkamah menolak permohonan atau hujah itu, ia memberi alasan kepada pengkritik untuk mengatakan bahawa mahkamah berat sebelah. Bagaimanapun, mengapa memberi alasan kepada Najib dan penyokongnya untuk menyerang keputusan mahkamah? Mengenai sub judice, tidakkah kenyataan oleh Badan Kehakiman itu juga sub judice? Ia sepatutnya lebih lagi, ia datang dari Badan Kehakiman sendiri sebelum isu itu diputuskan oleh mahkamah, jika dibangkitkan.\n\n\nSekarang kita sampai kepada ucapan Ketua Hakim Negara. Tidak ada bahagian yang saya tidak bersetuju dengannya. Saya hanya mempersoalkan mengenai kesesuaian masanya. Walaupun Ketua Hakim Negara tidak menyebutnya, sesiapa yang membaca ucapan itu tahu bahawa beliau merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Raja Petra yang dilaporkan dalam Malaysia Today bahawa Hakim Mohd Nazlan sedang disiasat oleh SPRM. Saya mengulangi apa yang saya katakan mengenai kesan dua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar. Ambil perhatian bahawa satu peristiwa penting telah berlaku selepas kenyataan akhbar kedua itu, iaitu SPRM mengesahkan bahawa ia\n\nsedang menyiasat Hakim berkenaan.\n\n\nSoalan: Tidakkah lebih baik membiarkan SPRM meneruskan dan menyelesaikan siasatan? Di akhir siasatan, SPRM akan mengumumkan sama ada tiada bukti untuk menyokong dakwaan Raja Petra itu atau terdapat bukti yang mencukupi untuk menyokong pertuduhan terhadap Hakim berkenaan. Jika ia yang awal disebutkan, Hakim itu\n\ndibersihkan. Tidakkah lebih baik bagi Hakim berkenaan bahawa beliau dibersihkan oleh SPRM selepas siasatan lengkap dan tiada kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh Badan Kehakiman? Jika pengumuman itu yang kemudian disebut, maka fail siasatan itu\u00a0 akan dirujuk kepada Pendakwa Raya (Peguam Negara) untuk memutuskan sama ada\n\nhendak mendakwa Hakim berkenaan atau tidak. Jika, berdasarkan keterangan, Pendakwa Raya memutuskan untuk tidak membuat pertuduhan, perkara itu tamat di situ. Jika beliau memutuskan sebaliknya, proses perbicaraan bermula. Sama ada Hakim itu dibersihkan atau tidak, tiada kritikan boleh dilemparkan terhadap Ketua Hakim Negara. Beliau tidak boleh dituduh cuba mengganggu siasatan oleh SPRM. Sekiranya saya dituduh pro-Najib, biarlah saya jelaskan bahawa saya tidak kisah\u00a0 \u00a0walaupun Najib terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di penjara dengan syarat beliau mendapat perbicaraan yang adil.\n\n\nSaya tidak mengatakan dakwaan Raja Petra bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil, ada merit atau tidak. Itu untuk mahkamah memutuskannya. Saya tidak mengatakan dakwaan Raja Petra dan laporan bahawa Hakim Mohd Nazlan terlibat dalam skandal kewangan 1MDB benar atau tidak, mahupun sama ada laporan Hakim Mohd Nazlan terhadap Raja Petra ada merit atau tidak. Itu hanya akan diketahui selepas SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kedua-dua dakwaan dan laporan itu. Justeru, SPRM hendaklah dibiarkan menjalankan tugasnya tanpa gangguan atau apa yang nampak seperti gangguan oleh sesiapa.\n\n\n(Nota: Sebaik sahaja saya selesai menulis artikel ini, saya menerima mesej daripada seorang rakan bahawa dua peguam dan seorang aktivis telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi memohon pengisytiharan berikut:\n\n\n\u2022 badan penyiasatan jenayah, termasuk SPRM tidak berhak atau dihalang daripada\n\nmenyiasat hakim-hakim yang sedang berkhidmat di mahkamah atasan (Mahkamah\n\nTinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) melainkan mereka digantung\n\nkerja seperti yang dikehendaki di bawah Perlembagaan Persekutuan;\n\n\n\u2022 pendakwa raya tidak diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang\n\nprosiding bagi kesalahan terhadap hakim yang sedang berkhidmat di mahkamah atasan.\n\nMereka juga telah memohon pengisytiharan bahawa siasatan oleh SPRM terhadap\n\nHakim Nazlan adalah tidak berperlembagaan.\n\n\nBerita itu menyebabkan saya memutuskan untuk menerbitkan artikel ini.\n\n07 05 2022\n\n\ntunabdulhamid@gmail.com\n\n\nhttp://www.tunabdulhamid.my\n\n\nhttps://tunabdulhamid.me"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/05/16/inflasi-rakyat-perlu-urus-kewangan-sebaiknya-pakar/", "title": "Inflasi : Rakyat Perlu Urus Kewangan Sebaiknya \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\nBANGI, 16 Mei 2022 \u2013 Sejak kebelakangan ini, ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen terhadap mata wang AS itu mengukuh.\n\n\nKetua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd,\u00a0 Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berikutan data inflasi dari Amerika Syarikat (AS) nilai matawang itu terus kekal pada paras tinggi dengan data Indeks Harga Pengguna (IHP) terkini sebanyak 8.3 peratus pada April 2022 berbanding konsensus 8.1 peratus sekali gus menjangka ringgit akan terus mendatar.\n\n\n\u00a0\n\n\nDr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Penganalisis Ekonomi, Bank Islam Malaysia Bhd\n\n\nKatanya kepada TV Pertiwi, apabila nilai Ringgit semakin merosot ia akan memberi implikasi kepada rakyat kesannya import menjadi lebih mahal, eksport lebih murah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPH-BN pertimbang fail petisyen pilihan raya bagi empat kerusi \u2013 Amirudin\n\n\n\n\n\n\nKenderaan persendirian tidak perlu pamer cukai jalan bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nKKM pantai penyakit bawaan air pascabanjir \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nJumlah Kematian Di Terengganu Meningkat\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya rakam, tapi bukan untuk sebar video tu\u201d \u2013 isteri bekas KPN\n\n\n\n\n\n\n\n\nPergantungan kepada import juga akan menyebabkan berlaku inflkasi seperti harga ayam yang naik mendadak berikutan makanan ayam yang\u00a0 diimport dari luar.\n\n\nPenganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff\u00a0 yang dihubungi TV Pertiwi berkata meskipun kerajaan memberi subsidi kepada barangan namun itu dianggap hanya memberi beban kepada kerajaan sekitar RM28 hingga 30 billion\u00a0 untuk dibelanjakan sebagai subsidi dan mungkin ini menjadi dilema dengan subsidi dikurangkan dan dijadikan sebagai bersasar.\n\n\nProf Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, Penganalisis Ekonomi Putra Business School\n\n\nDr Razman turut menggesa kerajaan melihat ringgit menjadi kukuh melalui pendekatan baharu seperti pendigitalan, tetapi yang lebih penting adalah impak daripada kemerosostan ringgit Malaysia tidak memberi kesan yang genting buat rakyat pada waktu ini.\n\n\nSementara itu, Bank Negara Malaysia (BNM) menolak\u00a0 menambat ringgit disebabkan faktor ekonomi global kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan juga ketidak tentuan di China disebabkan mereka menutup banyak sektor ekonomi bagi membendung penularan wabak Covid-19.\n\n\nBagaimanapun bagi Dr Razman berkata, strategi menambat ringgit tidak menyelesaikan masalah kerana turun naik ringgit adalah tidak stabil.\u00a0Jadi apabila berlaku isu global, kerajaan terpaksa menggunakan rezab negara sendiri bagi menampung kos pendapatan.\n\n\nOleh itu katanya, menambat US dolar bukan penyelesaian yang perlu diambil buat masa sekarang tetapi perlu kepada usaha sebagaimana boleh mengukuhkan ringgit dengan meningkatkan eksport.\n\n\nKerajaan juga boleh memikirkan satu mekanisme untuk menambat kepada komuditi supaya tidak tertakluk kepada spekulasi yang boleh merugikan negara.\n\n\n\n\nDalam masa yang sama, BNM menaikkan Dasar Semalaman (OPR) kepada dua peratus supaya tidak berlaku inflasi yang lebih teruk pada masa akan datang.\n\n\nNamun apabila OPR dinaikkan, kos pembiayaan akan meningkat dari segi komitmen bulanan, bayaran hutang kepada bank meningkat dan ringgit merosot sekali gus akan memberi tekanan kepada rakyat untuk berhutang dengan bank.\n\n\nMenurut Dr Razman, ini menyebabkan kos barangan meningkat ditambah pula ketidak tentuan geopolitik Rusia-Ukraine dan sebagainya menyebabkan harga barangan kekal tinggi termasuk harga komoditi seperti minyak sawit juga kekal tinggi dan cabaran kos sara hidup rakayt meningkat.\n\n\nJusteru itu, rakyat dinasihatkan membuat pengurusan kewangan sebaiknya dan bukan masa untuk menambah hutang baharu jika sukar untuk menampung komitmen."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/05/16/kes-batu-puteh-sultan-johor-terima-laporan-pasukan-petugas-khas/", "title": "Kes Batu Puteh, Sultan Johor terima laporan Pasukan Petugas Khas", "body": "0\n\n\nJOHOR BAHRU, 15 Mei 2022 \u2013\u00a0 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, pada Ahad berkenan menerima laporan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyemak isu dan tindakan perundangan berhubung kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Pengerusi Pasukan Petugas Khas berkenaan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mempersembah laporan itu serta taklimat kepada Sultan Ibrahim di Istana Polo, di Johor Bahru.\n\n\nSultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menerima laporan Pasukan Petugas Khas kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi Pasukan Khas berkenaan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, di Istana Polo, Johor Bahru. \u2013 Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar\n\n\nBerangkat sama ke pertemuan itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.\n\n\nTurut hadir Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTuntutan pekebun \u2018Musang King\u2019 satu kegilaan \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nGuna Akta ISA cegah rasuah dan penyelewengan \u2013 Ibrahim Ali\n\n\n\n\n\n\nJangan politikkan tema, logo Hari Kebangsaan \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Guang Eng cabar Muhyiddin dedah nama Menteri DAP\n\n\n\n\n\n\nNatrah peristiwa yang perlu diangkat sebagai sejarah\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 29 Oktober lalu, Kabinet bersetuju membentuk Pasukan Petugas Khas itu susulan keputusan Kerajaan Persekutuan ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSultan Ibrahim dilaporkan bertitah, keputusan itu seolah-olah mengaku kalah sebelum memasuki gelanggang di ICJ walaupun ada penemuan bukti baharu yang memihak kepada Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKenapa keputusan untuk tidak meneruskan permohonan itu diambil? Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu?\u201d soal baginda dalam satu kenyataan pada tahun lalu.\n\n\nPada pertemuan hari ini, Sultan Ibrahim sekali lagi menegaskan kepada Pasukan Petugas Khas bahawa sebab-sebab keputusan kerajaan Dr Mahathir untuk tidak meneruskan semakan semula kes itu di ICJ perlu dijadikan pengetahuan umum.\n\n\n\u201cIni adalah soal kedaulatan negeri Johor. Rakyat Johor berhak untuk mengetahui mengapa Kerajaan PH Pakatan Harapan) mengambil keputusan sedemikian,\u201d titah baginda.\n\n\n\n\n\u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/05/18/bekas-pengerusi-1mdb-diawasi-hingga-ke-tandas-ketika-mou-dengan-petrosaudi/", "title": "Bekas Pengerusi 1MDB diawasi hingga ke tandas ketika MOU dengan PetroSaudi", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu pada Rabu (18 Mei)\u00a0 bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh\u00a0 bahawa beliau diawasi dan diperhatikan oleh kakitangan 1MDB hingga ke tandas pada majlis menandatangani perjanjian usaha sama 1MDB-Petrosaudi (JVCO).\n\n\nMohd Bakke berkata, beliau hadir pada majlis itu yang mana Datuk Seri Najib Razak adalah tetamu kehormat atas dasar menghormati Lembaga Pengarah (BOD) dan pemegang saham 1MDB yang juga syarikat pelaburan strategik negara.\n\n\nSaksi ke-15 pendakwaan itu berkata, perjanjian usaha sama itu sudah ditandatangani sebelumnya, bagaimanapun majlis rasmi dengan Putera Turki bin Abdullah (pengasas PetroSaudi) yang dihadiri tetamu kehormat lain diadakan pada November 2009.\n\n\nMohd Bakke meletakkan jawatan pada 19 Oktober 2009 manakala bekas pengarah 1MDB Tan Sri Azlan Mohd Zainol meletakkan jawatan pada 11 Januari 2010.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaksi itu menjelaskan bagaimana beliau diawasi dan diperhatikan ketika disoal oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, mengapa tidak menemui Najib pada majlis itu untuk menyatakan ketidakpuasan mengenai pembayaran AS$1 bilion dalam dua peringkat yang dibuat oleh 1MDB bagi syarikat usaha sama dan perkara berkaitan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nApabila dicadangkan oleh Muhammad Shafee bahawa kemungkinan tindakan kakitangan 1MDB adalah menjaga keselamatannya, Mohd Bakke menjawab \u201cWallahu a\u2019lam (dan Allah lebih mengetahui).\n\n\nMohd Bakke berkata, pada majlis berkenaan, dia sentiasa diikuti ke mana-mana oleh kakitangan 1MDB, malah hingga ke tandas.\n\n\n\u201cSelepas meletak jawatan daripada 1MDB, saya tidak mahu terbabit lagi dengan 1MDB, \u2026ia adalah sesuatu yang saya ingin lupakan. \u201d- Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh\u00a0 \u00a0/ Saksi ke-15 pendakwaan\n\n\nSementara itu, Mohd Bakke berkata beliau tidak pernah mencurigai peranan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low sebagai wakil kepada Najib.\n\n\nBagaimanapun katanya, beliau mengesyaki tindakan Najib yang mahu mempercepatkan pelaburan 1MDB dalam syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi (JVCo) dan tindakan Jho Low memberikan arahan kepada pengurusan 1MDB.\n\n\nJho Low pernah mengemukakan cadangan kerjasama dengan FGV Holdings Berhad (FGV) pada 2007 yang mana ketika itu beliau adalah pengerusinya.\n\n\nJho Low dibawa oleh bekas Pengerusi, Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang bagi membuat pembentangan kepada FGV mengenai tenaga yang boleh diperbaharui.\n\n\nKetika pembentangan, saksi berkata beliau tidak memberikan tumpuan kepada Jho Low, sebaliknya hanya fokus kepada Abu Zahar yang sudah lama dikenalinya.\n\n\n\u201cSaya dengar pembentangan itu pun kerana Abu Zahar. Bagaimanapun kerjasama itu tidak diteruskan kerana terdapat beberapa syarat yang tidak dipenuhi,\u201d\n\n\n\u2013 BERITA HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/05/18/saksi-pendakwaan-ke-15-kata-40-penghantaran-duit-dibuat-sendiri-ke-rumah-zahid/", "title": "Saksi pendakwaan ke-15 kata 40 penghantaran duit dibuat sendiri ke rumah Zahid", "body": "0\n\n\nSHAH ALAM \u2013 18 Mei 2022 :\u00a0 B\nekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) mengesahkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam,\u00a0 bahawa syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam Dolar Singapura kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarry Lee Vui Khun berkata, bayaran kepada Ahmad Zahid bermula akhir tahun 2014 dengan bayaran sebanyak SG$200,000 sebulan kemudian meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBayaran SG$200,000 sebulan bermula pada hujung tahun 2014 dan berterusan sehingga pertengahan 2015. Dalam tempoh itu, kami ada pergi ke rumah beliau (Ahmad Zahid) di Country Heights, Kajang dan dalam perjumpaan itu Datuk Seri Zahid (Ahmad Zahid) meminta sumbangan bulanan dinaikkan. Selepas berbincang dengan Wan Quoris (Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, Pengarah UKSB) dan David Tan, kami bersetuju untuk (memberi) SG$300,000 sebulan.\u201d \u2013 B\nekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Harry Lee Vui Khun / saksi pendakwaan ke -15\u00a0\n\n\n\u201cKemudian pada 2017, Datuk Seri Zahid meminta untuk berjumpa kami berdua di kediaman peribadinya. Dalam pertemuan itu juga Datuk Seri Zahid meminta bayaran bulan dinaikkan berikutan pilihan raya umum akan diadakan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelepas berbincang dengan Wan Quoris dan David Tan, kami bersetuju untuk menaikkan bayaran bulanan daripada SG$300,000 kepada SG$520,000 sebulan,\u201d katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Abdul Malik Ayob pada perbicaraan kes Ahmad Zahid yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaksi pendakwaan ke-15 itu menambah mereka bersetuju dengan jumlah itu selepas Ahmad Zahid memaklumkan bahagian UMNO memerlukan bantuan kewangan.\n\n\n\u201cDalam perbincangan kami, kami bersetuju untuk membayar sejumlah RM10,000 bagi setiap bahagian iaitu lebih kurang 100 bahagian UMNO dan selepas pengiraan jumlah keseluruhan mencecah SG$520,000 sebulan,\u201d\n\n\nSaksi pendakwaan ketiga, bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Siti Jalilah Abd Manap sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid telah menyambung kontak UKSB untuk projek VLN walaupun kontrak sedia ada masih berbaki tiga tahun lagi.\n\n\nApabila ditanya dalam soalan tambahan oleh DPP Datuk Raja Rozela Raja Toran, bolehkah anda mengingati berapa kali anda menghantar (wang tunai) dari 2014 hingga 2018?\n\n\nBeliau berkata: \u201cProses itu 70 peratus dilakukan oleh saya\u202640 kali dalam tempoh empat tahun.\u201d\n\n\nRaja Rozela: Bolahkah anda ingat dengan siapa anda pergi ke Country Heights, Kajang (rumah Ahmad Zahid) untuk menyerahkan wang itu?\n\n\nHarry Lee: Dengan Wan Quoris dan David Tan.\n\n\nRaja Rozela: Dalam kenyataan, anda berkata wang itu diserahkan sendiri oleh anda, anda pergi bersama (Wan Quoris dan David Tan) mengapa anda berbuat demikian?\n\n\nHarry Lee: Saya tak pasti, dari hari pertama penghantaran sedemikian, saya hanya ikut dari hari pertama, ia adalah pertemuan empat mata (dengan Ahmad Zahid).\n\n\nBeliau menambah sepanjang 40 kali penghantaran yang dilakukannya, Ahmad Zahid tidak pernah memulangkan wang itu.\n\n\nAhmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.\n\n\nBagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.\n\n\nDia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.\n\n\nPerbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/05/19/anak-muda-sepatutnya-perlu-digalakkan-kuasai-teknologi-baharu-bukan-berjinak-dengan-ganja/", "title": "Anak muda sepatutnya perlu digalakkan kuasai teknologi baharu, bukan `berjinak\u2019 dengan ganja!", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR \u2013 19 Mei 2022 :\u00a0 Anak-anak muda di negara ini perlu digalakan untuk terlibat dengan berkemahiran tinggi dalam teknologi baru, sekali gus menyumbang kepada ekonomi dan masa depan negara.\n\n\n\n\n\n\nGolongan itu juga tidak\u00a0 seharusnya digalakkan untuk berjinak-jinak dengan ganja sehingga menanam pohon yang boleh disalahgunakan untuk berkhayal tersebut di rumah.\n\n\nKetua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil\n\n\nKetua Penerangan Barisan Nasional Selangor Isham Jalil berkata, jika seseorang individu terbabit sakit dan perlu rawatan dengan menggunakan ganja mereka harus pergi ke hospital.\n\n\nIndividu berkenaan sama sekali tidak boleh menanam pohon tersebut di rumah.\n\n\n\u201cKita mahu anak muda kita berkemahiran tinggi dalam teknologi baru dan menyumbang kepada ekonomi dan masa depan negara. Bukan berjinak-jinak dengan ganja.\u00a0 Jika ada yang sakit dan perlu rawatan dengan ganja, pergi ke hospital dan jumpa doktor dan guna saluran yang betul. Bukan tanam sendiri di rumah dan hisap sendiri atau jual kepada orang lain. Saya percaya anak muda Malaysia adalah lebih bijak dan bertanggungjawab.\u201d\n\n\nMenurut Isham, beliau bersetuju dengan pendapat Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa banyak pesakit perlu guna ganja untuk tujuan perubatan.\n\n\n\n\n\n\nNamun itu tidak bermakna, pesakit berkenaan boleh sewenang-wenangnya menanam ganja sendiri di rumah.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSyed Saddiq kata banyak pesakit perlu guna ganja untuk tujuan perubatan. Betul. Tetapi ia tidak bermakna kamu boleh tanam ganja sendiri di rumah. Di hospital juga pesakit diberi morfin untuk tahan sakit, tetapi tidak bermakna kamu boleh pergi beli atau buat morfin sendiri.\u201d\n\n\nMalah katanya di hospital juga ada guna radioaktif untuk tujuan perubatan, dan banyak negara guna nuklear untuk jana elektrik, tetapi tidak bermakna kamu boleh melombong atau beli uranium atau plutonium sendiri.\n\n\nIsham yang dihubungi Malaysia Gazette berkata, sekiranya seseorang boleh menanam ganja di rumah maka bahan itu sukar untuk dikawal. Mereka boleh menyalahgunakan bahan tersebut.\n\n\n\u201cDan undang-undang tetap undang-undang. Sebab itu semasa seorang anak taikun ditangkap dan dilepas kerana tuduhan tanam ganja di rumah, saya persoal Peguam Negara macam mana dia boleh lepaskan orang ini?\u201d\n\n\nIsham turut mengingatkan bagaimana pada kurun ke-19 keadaan ekonomi dan sosial China amat teruk kerana ramai rakyatnya menjadi penagih candu dan melemahkan negara itu.\n\n\nBritish telah membawa dan menyeludup candu ke China dan ketagihan candu menyebabkan China tewas dalam siri peperangan dengan negara tersebut.\n\n\nTangkap layar Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam pada prosiding kes Yasin Sulaiman.\n\n\nSemalam Syed Saddiq yang merupakan Pengerusi Muda hadir ke\u00a0 Mahkamah Petaling Jaya Selangor\u00a0 bagi mengikuti sebutan semula kes melibatkan penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman.\n\n\n\u00a0\n\n\nYasin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium, Mac lalu.\n\n\nDalam serbuan pada 24 Mac di kediamannya, polis menemui 17 pokok dalam pasu disyaki ganja.\n\n\nSebutan semula kes komposer, Yasin Sulaiman semalam. Yasin berdepan hukuman mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium, Mac lalu.\n\n\nKetika bertemu media, Pengerusi Kaukus Medical Marijuana itu berkata, kerajaan harus mengiktiraf bahawa banyak pesakit di Malaysia yang perlu menggunakan kanabis untuk tujuan perubatan. \u2013 MG"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/05/20/4-tahun-uksb-serah-wang-bulanan-kepada-zahid-untuk-kontrak-sistem-visa-luar-negara/", "title": "4 tahun-UKSB serah wang bulanan kepada Zahid, untuk Kontrak Sistem Visa Luar Negara", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR , 19 Mei 2022 : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu diberitahu bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) telah menaja bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melancong ke luar negara, sambutan ulang tahun isterinya dan hari raya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun berkata penajaan itu merupakan keutamaan sumbangan bulanan daripada syarikat tersebut dari 2014 hingga 2018.\n\n\n\u201cTerdapat juga beberapa bulan kami tidak membuat bayaran tetapi kami telah menggandakan bayaran pada bulan berikutnya untuk menampung bulan yang kami terlepas., katanya.\n\n\n\u201cSecara peribadi saya tidak menyimpan rekod pembayaran itu namun saya tahu David Tan (Pengurus Pentadbiran UKSB dari 2012 hingga 2018) menyimpan lejar mengenai bayaran bulanan itu yang ditunjukkannya kepada saya dari semasa ke semasa,\u201d katanya ketika membaca pernyataan saksi dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Abdul Malik Ayob.\n\n\nTerdahulu, saksi pendakwaan ke-15 itu mengesahkan bahawa UKSB telah menyerahkan wang tunai secara bulanan berjumlah antara SGD200,000 dan SGD520,000 kepada Ahmad Zahid dari 2014 kepada 2018 berhubung Kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).\n\n\nSebelum ini, saksi ketiga pendakwaan iaitu bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal imigresen Kementerian Dalam Negeri Siti Jalilah Abd Manap memberitahu mahklamah bahawa Ahmad Zahid telah melanjutkan kontrak UKSB bagi projek VLN meskipun kontrak sedia ada sah untuk tempoh tiga tahun lagi.\n\n\nMenjelaskan bagaimana sumbangan itu bermula, Lee berkata Ahmad Zahid telah membayangkan bahawa beliau memerlukannya untuk dana politik dan meminta saksi tersebut membantu dalam hal berkaitan UMNO.\n\n\n\u201cWang tunai itu disediakan oleh David Tan. Setelah siap, David Tan akan memberikan sampul mengandungi wang itub dan saya akan menghantarnya. Biasanya, kami bertiga iaitu Wan Quoris (Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani \u2013 pengarah UKSB), David Tan dan saya akan pergi sendiri ke rumah Datuk Seri Zahid nsmun hanya seorang yang diberikan tanggungjawab menyerahkan wang itu.\u201d\n\n\nSaksi itu berkata tarikh penghantaran wang itu tidak ditetapkan dan bergantung kepada keselesaan Ahmad Zahid.\n\n\nBeliau berkata meskipun pembayaran itu dikatakan untuk dana politik, UKSB tidak pernah memasukkannya ke akaun UMNO atau diberikan resit atau perakuan bagi pembayaran tersebut.\n\n\nLee juga berkata UKSB tidak akan memberikan wang itu kepada Ahmad Zahid jika beliau tidak memintanya.\n\n\nBeliau berkata kali pertama bertemu Ahmad Zahid ialah pada Mei 2013 di Hospital Tawakal ketika anak Presiden UMNO itu kemalangan dan dirawat di situ.\n\n\nAhmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menrima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB ketika menjadi Menteri Dalam Negeri untuk melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan membekalkan sistem VLN serta mengekalkan perjanjian kontrak bagi membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.\n\n\nBagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa meminta SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.\n\n\nBeliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya serta Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.\n\n\nPerbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung Khamis\n\n\n-BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/05/20/pindaan-baru-perlembagaan-umno-mengurangkan-amalan-demokrasi-galakkan-kediktatoran-dalam-parti-tun-hamid/", "title": "Pindaan baru perlembagaan UMNO, mengurangkan amalan demokrasi, galakkan kediktatoran dalam parti \u2013 Tun Hamid", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\nOleh: Tun Abdul Hamid Mohamad\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMAKA Persidangan Agung Khas UMNO pada 15 Mei 2022 pun meluluskan pindaan kepada Perlembagaan UMNO. Mari kita lihat pindaan itu dengan lebih dekat. Fasal 10.16.1 setelah dipinda, berbunyi:\n\n\n\u201cMajlis Kerja Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak lebih daripada lapan belas (18) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan ATAU tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat) yang mana terkemudian.\u201d\n\n\n\n\nUntuk memudahkan perbincangan ini, saya hanya merujuk kepada jawatan-jawatan yang disebut dam Fasal 9.3 iaitu:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPresiden, Timbalan Presiden, tiga orang Naib Presiden dan dua puluh lima orang Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih oleh Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun sekali.\u201d\n\n\n\n\n\n\nPINDAAN SEBELUM DAN SELEPAS\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum dipinda, MKT hanya boleh menangguh pemilihan selama 18 bulan, menjadikan hayat jawatan pemegang-pemegang itu 3 tahun + 18 bulan = 4 tahun 6 bulan. Pemilihan mesti diadakan sebelum tamat tempoh 4 tahun 6 bulan itu.\n\n\nSelepas dipinda, MKT ada dua pilihan: tidak lebih daripada 18 bulan ATAU tidak lebih daripada enam (6) bulan selepas diadakan sesuatu PRU.\n\n\nPerhatikan perkataan \u201catau\u201d yang digunakan dalam ayat itu. Ertinya, MKT hanya boleh memilih salah satu daripada dua pilihan yang ada itu.\n\n\nJika pada tarikh tamatnya tempoh tiga tahun itu, tempoh lima tahun hayat Parlimen itu juga akan tamat tidak lama lagi dan MKT mahu tempoh mereka memegang jawatan dilanjutkan seberapa lama yang boleh, lebih baik MKT tidak menggunakan klausa kedua. Ini kerana klausa pertama boleh memberikan mereka 18 bulan tambahan, tidak kira PRU diadakan sebelum tamat tempoh 18 bulan atau tidak.\n\n\nJika dalam keadaan itu mereka menggunakan klausa kedua, pemilihan mesti dibuat dalam tempoh enam bulan selepas PRU diadakan yang, besar kemungkinan, adalah kurang daripada 18 bulan.\n\n\n\n\nKatakanlah PRU baru sahaja diadakan sebelum tamatnya tempoh tiga tahun itu. Dalam keadaan ini, jika MKT memilih menggunakan klausa pertama, penangguhan hanya selama 18 bulan selepas tarikh tamat tempoh tiga tahun itu.\n\n\nSebaliknya, jika ia memilih klausa kedua, sama ada penangguhan akan lebih atau kurang daripada 18 bulan tertakluk kepada bila PRU berikutnya diadakan. Jika ia diadakan di hujung tempoh lima tahun hayat Parlimen, ia boleh jadi hampir 3 tahun + 5 tahun + 6 bulan = 8 tahun 6 bulan.\n\n\n\u201cKita lihat satu senario lagi, iaitu di mana UMNO adalah parti memerintah dan Presiden UMNO adalah Perdana Menteri. Perdana Menteri dan Menteri-Menteri yang kebanyakannya ahli MKT mahu terus memegang jawatan dalam parti seberapa lama yang boleh tanpa pemilihan baru. MKT boleh menggunakan klausa kedua. Presiden UMNO boleh mengatur bila tarikh pemilihan diadakan tertakluk kepada apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan UMNO.\u201d \u2013 Tun Abdul Hamid Mohamad / Bekas Ketua Hakim Negara\n\n\n\u00a0\n\n\nAMALAN DEMOKRASI\n\n\nSebagai Perdana Menteri beliau boleh pula mengatur tarikh PRU dalam tempoh lima tahun hayat Parlimen itu yang boleh memberi tempoh paling panjang baginya dan penyokong-penyokongnya memegang jawatan parti. Ia boleh jadi hampir lapan tahun enam bulan (3 tahun + 5 tahun + 6 bulan = 8 tahun 6 bulan.)\n\n\nErtinya, mereka boleh memegang jawatan hampir tiga kali ganda daripada tempoh tiga tahun asal. Akibatnya, akan berkuranglah amalan demokrasi dalam UMNO dan ia akan menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai diktator.\n\n\nItukah yang dikehendaki olah Presiden, ahli-ahli MKT, penjawat-penjawat UMNO yang menjadi perwakilan dan mengundi meluluskan pindaan itu? Adakah terdapat di antara mereka yang tidak mengetahui akibatnya? Adakah ahli-ahli biasa memahaminya dan mahukan demikian?\n\n\n\u201cSaya tidak faham apa tujuannya dimasukkan kata-kata \u201cyang mana terkemudian\u201d. Saya tidak nampak bagaimana ia menjadi relevan. MKT hanya boleh memilih satu daripada dua pilihan itu. Jika MKT memilih klausa pertama, pemilihan perlu dibuat sebelum tamat tempoh 18 bulan. Tarikh untuk pemilihan berikutnya diketahui pada masa penangguhan dibuat lagi. Jika MKT memilih klausa kedua, pemilihan perlulah dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas PRU diadakan. Bila? Tidak diketahui sebab tarikh PRU berikutnya belum diketahui.\u201d- Tun Abdul Hamid Mohamad / Bekas Ketua Hakim Negara\n\n\nBiar apa pun, tempoh 18 bulan dan enam bulan selepas PRU berikutnya itu tidak berjalan selari kerana MKT cuma boleh pilih salah satu daripada dua pilihan itu pada sesuatu masa. Dari mana datangnya yang mana terkemudian? Tiga perkataan itu adalah superflous (berlebihan).\n\n\nPendaftar perlu meminta penjelasan daripada UMNO apakah tujuannya memasukkan perkataan-perkataan itu. Jika penjelasan yang memuaskan tidak dapat diberi dan Pendaftar hendak meluluskan juga pindaan itu, perkataan-perkataan itu hendaklah dipotong.\n\n\nKita tahu bahawa pindaan itu tidak akan berkuatkuasa melainkan setelah ia diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Peruntukan undang-undang mengenainya berbunyi begini:\n\n\n\u201c1. Tiadalah sesuatu pertubuhan berdaftar boleh \u2013\n\n\n(a) \u2026\n\n\n(b) meminda aturan-aturannya,\n\n\ndengan tidak terlebih dahulu mendapat kebenaran Pendaftar\u2026\u201d\n\n\nPeruntukan ini langsung tidak menyebut apa tujuan mendapat kelulusan itu dan apakah faktor-fakor yang perlu dipertimbangkan sama ada kelulusan hendak diberi atau tidak.\n\n\nMengikut laporan akhbar, ditanya oleh wartawan, Ketua Pengarah (Pendaftar) menjelaskan:\n\n\n\u201cKami perlu meneliti pindaan itu dari segi istilah dan terma-terma dalam perlembagaan parti itu, selain meneliti proses Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) termasuk jumlah kehadiran mesyuarat.\n\n\n\u2026ada banyak perkara perlu diteliti, lebih lagi ini membabitkan terma perundangan berkaitan perlembagaan parti\u2026\u201d\n\n\nPejelasan Pendaftar pun hanya sekadar menyebut untuk meneliti terma dan istilah yang digunakan dan prosedur mesyuarat, dalam kata lain, format, bukan isi.\n\n\nBiar apa pun kita tunggulah keputusan Pendaftar. Tetapi, jika pindaan itu diluluskan sekalipun, ia tidak boleh digunakan untuk menangguh tarikh pemilihan sekali lagi untuk melanjutkan tempoh jawatan penjawat-penjawat pada masa ini. Berbuat demikian bererti menggunakan kedua-dua pilihan itu, lepas satu, satu. Itu tidak dibenarkan oleh pindaan itu.\n\n\n\u201cSaya sarankan UMNO kembali ke pangkal jalan. Tiga tahun sekali pemilihan sudah cukup panjang. Dalam keadaan yang sangat terkecuali, penangguhan tidak lebih dari enam bulan adalah patut dan memadai. Lebih dari itu, apatah lagi seperti pindaan baru ini, ia mengurangkan amalan demokrasi dan menggalakkan kediktatoran dalam parti. Sama ada ia digunakan sedemikian atau tidak bukanlah isunya. Isunya mengapa mengesahkan apa yang sepatutnya menjadi penyalahgunaan kuasa? \u201d \u2013 \u00a0Tun Abdul Hamid Mohamad / Bekas Ketua Hakim Negara\n\n\n20 05 2022\n\n\ntunabdulhamid@gmail.com\n\n\nhttp://www.tunabdulhamid.my\n\n\nhttps://tunabdulhamid.me"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/07/taman-tema-mendapat-sambutan-ketika-musim-cuti-sekolah/", "title": "TAMAN TEMA MENDAPAT SAMBUTAN KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH", "body": "0\n\n\nMelaka Bandaraya Bersejarah antara lokasi percutian cuti sekolah\n\n\n\nHaffiz Aziz\n\n\nhaffizaziz@tvpertiwi.com.my\n\n\nKUALA LUMPUR : Setiap kali tiba musim cuti sekolah sudah pastinya ibu bapa akan merancang percutian yang menarik untuk anak-anak mereka.\n\n\nPelbagai aktiviti yang boleh dibuat termasuk pulang ke kampung bagi menghabiskan cuti sekolah yang berbaki.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM, PDRM siasat terperinci pemilikan tanah rizab PDRM- PUTRA\n\n\n\n\n\n\nKerajaan, pembangkang perlu bersaing juarai isu Islam & Melayu \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan GEG Disambut Baik Tetapi Perlu Diteliti \u2013 ADUN Bemban\n\n\n\n\n\n\nProjek LCS tetap diteruskan biarpun sukar dilaksana\n\n\n\n\n\n\nTiada kesalahan jenayah babitkan kes hakim Nazlan\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun bagi ibu bapa yang merancang percutian di sekitar Lembah Klang, harus dilihat keadaan dan situasi semasa. Ia berikutan ramai ibu bapa yang akan membawa keluarga mereka keluar pada waktu cuti sekolah ini.\n\n\nSudah pastinya keadaan sesak yang dipenuhi pengunjung akan tertumpu di kawasan tumpuan ramai.\n\n\nAntara kawasan yang menjadi tumpuan di sekitar Lembah Klang adalah Zoo Negara, Taman Tema Sunway Lagoon, Aquaria KLCC dan kawasan tumpuan yang lain.\n\n\nIbu bapa turut tidak melepaskan peluang membawa anak anak ke Aquaria KLCC\n\n\nTinjauan TV Pertiwi di laman sosial hari ini mendapati rata rata ibu bapa mengulas isu kesesakan yang berlaku di tempat tumpuan ramai.\n\n\n\u201cRamai ibu bapa teruja berikutan sambutan luar biasa di tempat yang ingin dikunjungi selain permintaan luar biasa ketika musim cuti sekolah\u201d\n\n\nMalah ada ibu bapa yang menukar perancangan percutian mereka dari Lembah Klang ke negeri lain seperti Bandar bersejarah Melaka, Pusat Peranginan Cameron Highland, Taman Tema di Ipoh (Lost World Of Tambun) dan beberapa pusat riadah lain.\n\n\nLost World of Tambun di Ipoh antara tempat yang menjadi tumpuan ramai\n\n\n\u00a0\n\n\nOleh itu, ibu bapa yang ingin membawa anak anak bercuti pastikan anda merancang dengan lebih awal lokasi yang ingin dituju, bagi mengelak kesesakan yang teruk dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini akan berlaku."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/08/zuraida-sedia-lepas-jawatan-kabinet/", "title": "Zuraida Sedia Lepas Jawatan Kabinet", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n \n\n\nKuala Lumpur \u2013\n Ekoran pengumuman keluar daripada parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Zuraida Kamaruddin sedia untuk melepaskan jawatan Kabinet sekiranya diminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\n\n\nNamun beliau mendakwa masih belum dipanggil untuk bertemu dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara berkenaan.\n\n\n\n\n\u201cKita belum putuskan masa pertemuan itu lagi. Beliau katakan kita akan bertemu minggu ini, namun ia berkemungkinan sepanjang minggu ini juga. Kalau PM kata lepaskan jawatan Menteri, saya akan lepaskan.\u201d\n\n\n\n\nBeliau berkata pada waktu ini masih belum ada kata putus namun beliau telah bersiap sedia untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan akan akur sekiranya jawatan Menteri diminta untuk dilepaskan.\n\n\nZuraida yang juga merupakan Ahli Parlimen Ampang itu berkata beliau akan menghadiri mesyuarat Kabinet esok kerana masih lagi memegang jawatan menteri.\n\n\nTerdahulu, Zuraida mengumumkan untuk keluar Bersatu pada 26 Mei lalu bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).\n\n\nHighlight Video :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/1994840164019690\u00a0\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/05/20/pindaan-baru-perlembagaan-umno-mengurangkan-amalan-demokrasi-galakkan-kediktatoran-dalam-parti-tun-hamid/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/6160/", "title": "Pemandu lori maut dihempap papan tanda jalan", "body": "0\n\n\nPAPAN tanda yang patah dan menghempap bahagian hadapan sebuah lori \u2013 FOTO IHSAN PDRM\n\n\nPetaling Jaya: Seorang lelaki warga asing maut selepas lori dipandunya dihempap papan tanda yang patah dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan susur keluar ke Icon City, dekat sini, hari ini.\n\n\nKetua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu 11.33 pagi tadi.\n\n\n\n\n\u201cSiasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku selepas lori berkenaan dipercayai melanggar papan tanda yang mempunyai had ketinggian tidak melebihi 2.1 meter.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPembalakan Punca Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nTiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Singkil, Aceh\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\nAnwar beri bayangan kluster mahkamah masih berpeluang sertai Kabinet\n\n\n\n\n\n\nPH arah enam negeri runding dengan BN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAkibat pelanggaran itu, papan tanda berkenaan patah lalu menghempap bahagian hadapan lori terbabit dan mengakibatkan pemandu lori berkenaan berusia 59 tahun disahkan maut di lokasi kejadian,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohamad Fakhrudin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.\n\n\n\u201cOrang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/bekalan-pasport-cukup-kesesakan-ekoran-peningkatan-mendadak/", "title": "Bekalan pasport cukup, kesesakan ekoran peningkatan mendadak", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\nOrang ramai dinasihati mengambil peluang cuti persekolahan ketika ini untuk memohon dan memperbaharui pasport antarabangsa Malaysia di pejabat imigresen di luar kawasan Lembah Klang bagi mengelakkan kesesakan. (Gambar Bernama)\n\n\nPUTRAJAYA: Kesesakan yang dilaporkan berlaku di pejabat imigresen terutama di kawasan Lembah Klang bukan disebabkan kekurangan bekalan pasport tetapi ekoran peningkatan mendadak permohonan dan permohonan memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).\n\n\nKetua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata, permohonan dan pembaharuan PMA meningkat mendadak sebanyak 65% ketika ini hingga berlaku kesesakan luar biasa di pejabat imigresen terutama di Lembah Klang.\n\n\nBeliau bagaimanapun memberi jaminan Jabatan Imigresen mempunyai bekalan pasport sebanyak lebih 1.2 juta yang mampu menampung peningkatan mendadak permohonan serta pembaharuan PMA.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019 : Ketua Pemuda UMNO tidak teragak-agak halang program\n\n\n\n\n\n\nBila Pejuang Agama Mahu Haramkan Rokok?\n\n\n\n\n\n\nPN tawar saya jadi senator dan menteri \u2013 Wan Rosdy\n\n\n\n\n\n\nMB Perak dakwa videonya mengenai Tanah Rizab Melayu dimanipulasi\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan perhimpunan haram depan Sogo, Dataran Merdeka\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBekalan pasport mencukupi, kami ada lebih 1.2 juta (pasport) dalam stor dan kalau habis, pembekal akan tambah lagi,\u201d katanya ketika dihubungi hari ini bagi mengulas situasi kesesakan di kaunter imigresen.\n\n\nKhairul berkata, antara faktor berlakunya kesesakan di pejabat imigresen adalah kerana orang ramai hadir serentak pada sebelah pagi untuk urusan membuat PMA.\n\n\n\u201cContohnya di pejabat imigresen di Shah Alam, pejabat memang sempit dan ramai datang pada waktu pagi untuk urusan buat pasport\u2026mereka boleh datang sebelah petang,\u201d katanya.\n\n\nWaktu operasi di enam pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen dipanjangkan hingga 10 malam manakala enam lagi dilanjutkan hingga 6 petang sejak 11 Mei lepas.\n\n\nEnam premis yang dipanjangkan waktu operasi hingga 10 malam ialah Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Perlis dilanjutkan hingga 6 petang.\n\n\n\n\nKhairul menasihatkan orang ramai supaya mengambil peluang cuti persekolahan ketika ini bagi memohon dan memperbaharui PMA di pejabat imigresen di luar kawasan Lembah Klang.\n\n\n\u201cKita ada pejabat imigresen yang menguruskan pasport dan tidak sibuk seperti di Putrajaya atau Shah Alam. Negeri seperti Perlis, Kedah, Kuantan dan Terengganu ini antara pejabat yang tidak sibuk dan permohonan pasport kurang,\u201d katanya.\n\n\nKhairul turut menasihati orang ramai agar memastikan mereka benar-benar mempunyai keperluan seperti urusan rasmi kerja dan melancong bagi memohon atau memperbaharui PMA.\n\n\n\u201cJika tidak ada keperluan, tidak perlu buat pasport lagi\u2026kadang-kadang saya tanya 10 orang yang buat pasport, enam beri jawapan tidak tahu lagi (bila nak ke luar negara),\u201d katanya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/boikotindia-sohor-di-twitter/", "title": "#BoikotIndia sohor di Twitter", "body": "0\n\n\n\n\nKuala Lumpur \u2013 \nGara-gara kecewa dengan tindakan dua orang ahli politik India baru-baru ini yang \ndidakwa telah menghina Nabi Muhammad \ufdfa dalam satu debat televisyen, pengguna Twitter mewujudkan tanda pagar \n#BoikotIndia.\n\n\n\u201cNabi Muhammad SAW adalah Nabi kesayangan kami, Baginda telah menetapkan bahwa jangan sesekali berkata buruk tentang orang lain, dan apabila ada orang berkata buruk tentang baginda Nabi Muhammad SAW kita tidak boleh berdiam diri #BoikotIndia.\u201d kata pengguna akaun Twitter @fanni95lineR.\n\n\nPerkembangan itu hadir susulan ciapan berterusan netizen Malaysia yang hangat memperkatakan isu panas melibatkan ahli politik India itu. \nMalah, netizen Malaysia \nturut sepakat menyelar di media sosial dengan ciapan tanda pagar #BoikotIndia menjadi \u2018trending\u2019 di Twitter dengan mendapat lebih 5,000 tweet sejak beberapa hari yang lepas.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGERRYMANDERING : Hasrat DAP Pecahkan Kawasan Dominasi Pengundi Melayu Bakal Tercapai?\n\n\n\n\n\n\nGEG: Kajian kawalan penggunaan rokok, vape dijalankan serentak\n\n\n\n\n\n\nPerlu Ada Tindakan Sekiranya Parlimen Bermasalah\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Rakus, Ingin Dapatkan Dana Dari Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIWP, Penerima Anugerah Perdana\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cWahai India, kami boleh hidup tanpa gandum anda. Bukan negara anda sahaja yang mengeksport gandum ke seluruh dunia. Dan gandum bukan satu-satunya makanan yang ada. Jadi hentikan menggunakan lawak yang sama kerana ia menjengkelkan, Terima kasih.\u201d\n\n\nCiapan bersama tanda pagar #BoikotIndia turut ditujukan kepada pemimpin negara India tatkala negara pengeluar gandum itu juga telah menghentikan export gandum \ndalam usaha menangani ancaman keselamatan bekalan makanan negara itu susulan kenaikan mendadak dalam harga bijirin global.\n\n\nJurucakap kebangsaan BJP, Nupur Sharma digantung daripada keahlian utama parti pada Ahad kerana komen yang dibuat dalam perbahasan televisyen baru-baru ini, manakala Ketua Operasi Media Delhi BJP, Naveen Kumar Jindal dibuang kerja.\n\n\nMalaysia bersama-sama Indonesia, Qatar, Kuwait, Iran, Arab Saudi dan negara Islam lain mengutuk kenyataan ahli politik parti pemerintah India baru-baru ini yang didakwa menghina Islam.\n\n\nSementara itu, semakan TV Pertiwi pada Khamis turut mendapati kata kunci Boikot India, Boikot Indian Product dan Prophet Muhammad trending di laman Twitter.\n\n\n\u00a0\n\n\nPautan Facebook :\u00a0\nhttps://fb.watch/dxoGjEWM0S/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/05/20/majlis-hukama-muslimin-nafi-ada-kaitan-penubuhan-one-world-religion-chrislam-dan-agama-ibrahimi-abraham/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/jamal-abdillah-akur-dan-serahkan-kepada-bekas-isteri/", "title": "Jamal Abdillah akur dan serahkan kepada bekas isteri", "body": "2\n\n\n\n\n\n\nDato Jamal Abdullah\n\n\nKuala Lumpur: Datuk Jamal Abdillah, 63, tidak berdepan masalah mengenai hubungan dengan anaknya termasuk isu dia dihalang bekas isteri berjumpa anaknya, Zaki Yamani.\n\n\nJamal ketika ditanya mengenai dakwaan itu berkata, dia akur dan menyerahkan aturan itu kepada bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad.\n\n\n\u201cSaya serahkan kepada Allah. Saya tak boleh buat apa. Kuasa pada mak dia. Saya tak nak bergaduh, nanti anak yang susah. Jadi saya serahkan kepada dia untuk uruskan.\n\n\n\u201cSaya sudah bersembang dan berbual dengannya. Saya pun ada terbabit dengan rakaman sebuah program pencarian bakat dengan Zaki,\u201d katanya.\n\n\nPenyanyi itu juga sentiasa menitikberatkan perhatian terhadap setiap anaknya. Malah, dia sentiasa terbuka untuk menerima kedatangan mereka dalam hidupnya.\n\n\n\u201cBila-bila masa, kalau nak duduk dengan saya, tak apa. Saya memang sudah sediakan semua. Jadi, tiada isulah saya nak terima kasih sayang daripada anak-anak. Saya sudah siapkan semua harta rumah apabila saya sudah tiada esok. Insya-Allah semua senanglah,\u201d katanya.\n\n\nZaki yang juga penyanyi adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra.\n\n\nSelain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki iaitu Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.\n\n\nPada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani, 2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/kempen-malaysia-sejahtera-tanpa-arak-masih-diteruskan/", "title": "Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak Masih Diteruskan", "body": "0\n\n\n\n\nKuala Lumpur \u2013\n Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak yang dilancarkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Yayasan Maghfirah masih lagi diteruskan dengan menyerahkan memorandum bantahan penjualan minuman keras di plaza Southville City menerusi ISMA Sepang.\n\n\nBantahan itu membabitkan tiga premis kedai serbaneka yang dijual secara terbuka, selain terdapat arak diletakkan di atas rak biasa tanpa label minuman keras.\n\n\nMemetik ismaweb.net, memorandum bantahan itu diserahkan Yang Dipertuan ISMA Sepang, Ustaz Ibrahim Mohd Hasan kepada pengurus dan jurujual premis berkenaan dan turut disertai Surau Al-Hidayah Southville City.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLelaki muat naik ciapan berbaur perkauman ditahan\n\n\n\n\n\n\n\u201cTidak Boleh Tergesa \u2013 Gesa Buat Pemilihan Parti\u201d \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nHujan Berterusan Dijangka Sehingga Esok\n\n\n\n\n\n\nShahrizat sah kembali, bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO\n\n\n\n\n\n\nTerserah RoS putuskan keabsahan PAU 2022 \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nUstaz Ibrahim berkata, penyerahan bantahan itu adalah untuk menyelamatkan pekerja muslim yang terpaksa menyusun dan menjual arak walaupun ia ditegah oleh Islam serta menjadi kesalahan di bawah Enakmen Syariah Negeri Selangor.\n\n\nSementara itu, Pengerusi Surau Al-Hidayah Southville, Ustaz Fauzi berkata, penjualan arak secara terbuka adalah tidak wajar di kawasan itu kerana 98 peratus penduduk tempatan adalah dalam kalangan Melayu muslim.\n\n\nDifahamkan, ISMA Sepang akan terus memantau penjualan arak di premis itu dan memberikan tempoh 21 hari sebelum tindakan seterusnya diambil.\n\n\n\u00a0\n\n\nPautan Ismaweb :\u00a0\nhttps://ismaweb.net/2022/06/09/kedai-serbaneka-southville-city-terima-memorandum-bantah-jual-arak/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/kenapa-perlu-terhegeh-hegeh-sambut-bon-odori-ridhuan-tee/", "title": "Kenapa Perlu Terhegeh-Hegeh Sambut Bon Odori? \u2013 Ridhuan Tee", "body": "0\n\n\n\n\nKuala Lumpur \u2013\n Pendakwah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengakui pelik melihat sikap segelintir umat Islam yang terhegeh-hegeh mahu menyertai program Festival Bon Odori yang dijadualkan berlangsung pada 16 Julai depan.\n\n\nKatanya, lebih menyedihkan apabila ada yang sanggup mempertahankan perayaan itu dengan bersungguh-sungguh, sedangkan perayaan agama sendiri dibuat endah tak endah.\n\n\n\u201cKenapa tidak timbul perayaan memisahkan kita? Kenapa orang Jepun begitu sedikit yang ada di sini kita terlalu obses? Sejak bila perayaan menyatukan kita?\u201d soalnya dalam satu kenyataan.\n\n\nPada masa sama, beliau mempersoalkan sama ada hubungan diplomatik akan tergugat jika Festival Bon Odori tidak disambut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGubal peraturan bolehkan undang-undang dakwa & pecat PM \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\nKes, kluster Covid-19 meningkat, KKM saran pelajar, guru disaring\n\n\n\n\n\n\nJumlah isi rumah miskin tegar aib, memalukan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nIsu tutup sekolah agama, ada pihak berniat timbul kegelisahan umat Islam\n\n\n\n\n\n\nPemain Industri Perlu Adakan Filem Berunsur Jati Diri Seperti Mat Kilau\n\n\n\n\n\n\n\n\nFestival Bon Odori \u2013 yang sudah disambut di Jepun sejak 500 tahun lalu \u2013 menampilkan persembahan tarian dengan dikaitkan bagi menghormati semangat nenek moyang dalam perayaan Buddha Jepun.\n\n\nAmalan Buddha-Confucian ini berkembang menjadi musim cuti di mana keluarga berkumpul di tempat kelahiran nenek moyang, melawat dan membersihkan kubur mereka.\n\n\nSebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menasihati umat Islam tidak menyertai sebarang aktiviti keagamaan yang tidak mempunyai kaitan dengan Islam terutama \u2018Bon Odori\u2019 yang berlangsung di Shah Alam pada 16 Julai ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/ngo-melayu-diketepikan-hua-zong-lebih-istimewa-diutamakan/", "title": "NGO Melayu Diketepikan, Hua Zong Lebih Istimewa Diutamakan?", "body": "0\n\n\n\n\n\u201cEntah apalah istimewanya Hua Zong kepada Perdana Menteri, sedangkan gabungan NGO Melayu nak berjumpa sangat susah dengan banyak alasan dan halangan.\u201d\n\n\nDemikian pandangan yang dikemukakan Pengerusi Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya yang mempersoalkan kewajaran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kunjungan pemimpin cauvinis itu.\n\n\nMengkritik perkara itu, Aminuddin berkata, ia bukan perkara baharu tetapi sudah menjadi kebiasaan sejak sekian lama lagi, tidak kira di zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSany Hamzan tak layak jelas isu peruntukan Ahli Parlimen pembangkang\n\n\n\n\n\n\n7 Julai, keputusan representasi Rizal Van Geyzel\n\n\n\n\n\n\nLelaki direman punca kebakaran 13 motorsikal, 4 skuter di KLCC\n\n\n\n\n\n\nSaudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah \u2013 Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nEnam PRN dicadang serentak elak perbelanjaan berulang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya dalam satu kenyataan di laman Facebook, pertemuan itu sudah seperti tradisi apabila Perdana Menteri menyantuni mereka secara rapat, mesra, tertutup dan khas di pejabatnya.\n\n\nBerbeza dengan layanan yang diberikan kepada NGO Melayu, Aminuddin merasakan pihaknya seperti terhina walaupun NGO-NGO sudah banyak berbakti dan berjuang membela agama, bangsa dan tanah air.\n\n\nSemalam ,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menerima kunjungan hormat pemimpin utama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), atas sebab mahu berkongsi pandangan mengenai ekonomi dan isu-isu semasa yang berlaku terhadap negara.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSebelum ini Ismail Sabri secara lantang pernah menyatakan supaya Dong Zong diharamkan dan menganggap pertubuhan Cina itu rasis dan sempit serta mengundang semula kepada pertembungan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 satu ketika dahulu.\n\n\nKenyataan Ismail Sabri sebelum ini :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/ismailsabri60/photos/a.10152019631701282/10157832395171282/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/08/zuraida-sedia-lepas-jawatan-kabinet/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/sultan-selangor-cadang-menteri-agama-hadir-festival-bon-odori/", "title": "Sultan Selangor Cadang Menteri Agama Hadir Festival Bon Odori", "body": "0\n\n\n\n\nShah Alam \u2013\n Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mencadangkan agar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, untuk hadir ke sambutan Bon Odori pada 16 Julai 2022 di Kompleks Sukan Negara, Shah Alam (Panasonic).\n\n\nBaginda bertitah, ia bertujuan supaya Menteri Agama dapat memahami perbezaan di antara agama dan budaya.\n\n\n\u201cApa saja bentuk budaya yang diamalkan oleh setiap masyarakat di dunia ini, sememangnya ada hubungkait dengan agama. Namun seiring peredaran zaman, amalan-amalan budaya ini tidak lagi menonjolkan ciri-ciri keagamaan,\u201d \u2013 Titah Sultan Sharafuddin Idris Shah\n\n\nBaginda mengingatkan pihak tertentu untuk tidak menggunakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk membuat kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat serta boleh menjejaskan imej JAKIM.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek Solar : Rayuan Kes Rosmah Didengar Julai\n\n\n\n\n\n\nIsu doktor dibuli akan segera ditangani KKM\n\n\n\n\n\n\nBuli Secara Emosi Perlu Diberi Perhatian \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nAnwar bukti keabsahan sebagai PM di Parlimen\n\n\n\n\n\n\nEddin Syazlee digugurkan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n\n\nIdris pada 6 Jun lalu menimbulkan kontroversi susulan nasihatnya supaya umat Islam tidak menyertai Festival Bon Odori yang akan berlangsung pada 16 Julai ini kerana didapati mempunyai unsur-unsur keagamaan lain.\n\n\nKenyataan Media Sultan Selangor : \nhttps://www.facebook.com/100064327463639/posts/pfbid0EtPFxxvBwBerQUgS8iQZDuEFyrMvmt85fsafsi2cXPondjnC6xeN9FTuSMmJFTujl/?d=n\n\n\nBaginda bertitah, sambutan Bon Odori di Malaysia adalah lebih kepada festival kebudayaan yang mempamerkan budaya tradisonal rakyat Jepun khususnya tarian, persembahan gendang, perhiasan tanglung, pakaian dan makanan tradisi Jepun serta produk makanan tempatan, titah baginda menerusi hantaran di Facebook, Selangor Royal Office.\n\n\nBaginda menggesa mereka agar tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu perkara itu negatif tanpa membuat kaji selidik yang mendalam. Mereka juga perlu berlaku adil dalam membuat apa jua kenyataan umum yang melibatkan keharmonian bermasyarakat.\n\n\nPautan Berita Berkaitan :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/tarik-balik-poster-papar-imej-wanita-bertudung/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/tarik-balik-poster-papar-imej-wanita-bertudung/", "title": "Tarik Balik Poster Papar Imej Wanita Bertudung", "body": "0\n\n\n\n\nKuala Lumpur \u2013\n Festival Bon Odori satu bentuk promosi yang dilihat seperti usaha menormalisasikan penglibatan orang Islam.\n\n\nJusteru itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Shah Alam mendesak penganjur Festival Bon Odori menarik balik poster yang memaparkan ilustrasi wanita bertudung bagi mempromosikan program berkenaan.\n\n\n\u201cSabda Rasulullah \ufdfa bahawa barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia adalah daripada kalangan mereka. Maka, adalah difahami bahawa menyerupai orang kafir dalam perayaan mereka adalah dilarang. Hadis itu bertujuan untuk menjauhkan umat Islam daripada mengikuti apa jua perkara yang menjadi syiar khusus orang bukan Islam.\u201d\n\n\nYang Dipertua ISMA Shah Alam, Fakrur Radzi Mohd Omar berkata, tindakan itu perlu untuk mengelakkan kekeliruan umat Islam terhadap festival yang jelas bercanggah dengan agama Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis tunggu laporan perubatan budak dipercayai mangsa dera\n\n\n\n\n\n\nSemua Parti Ada Ruang Sama Rata Untuk Kempen \u2013 Annuar\n\n\n\n\n\n\nTiada Lagi PKP Di Seluruh Negara, Termasuk Pada Aidilfitri Ini\n\n\n\n\n\n\nCadangan wajib bayar elaun latihan industri dibawa ke kabinet\n\n\n\n\n\n\nBERJASA minta henti budaya hina satu sama lain ketika berkempen\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Ismaweb, Fakrur berkata, mengingati roh nenek moyang dengan menari, menyembah semangat mereka dan sebagainya adalah larangan di dalam Islam. Ini boleh membawa dosa syirik kepada Allah.\n\n\nSebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak menyertai Festival Bon Odori yang akan diadakan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai ini kerana mengandungi unsur agama lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/tiada-alasan-lengah-bentang-ruu/", "title": "Tiada Alasan Lengah Bentang RUU", "body": "0\n\n\n\n\nKuala Lumpur \u2013\n Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam berkata, pihaknya bersetuju untuk meminta dan mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen pada minggu pertama Julai ini.\n\n\nDalam kenyataan sama, Wan Junaidi berkata, mesyuarat yang diadakan jawatankuasa itu pada Selasa turut melakukan ulasan dan memberikan jawapan terhadap lima persoalan dasar dibangkitkan Jemaah Menteri semasa mesyuarat kabinet 1 Jun lalu.\n\n\nPada 2 Jun lalu, Wan Junaidi dilaporkan berkata, kerajaan tidak membantah sebarang cadangan pindaan berkenaan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang dibentang Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen semasa mesyuarat kabinet.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerjanjian 1963 dimuktamad bulan depan\n\n\n\n\n\n\nHimpunan LGBT: Lapan lelaki disyaki pengikut ajaran sesat\n\n\n\n\n\n\nPerjuangan PAS sudah berubah \u2013 Mohammad Agus\n\n\n\n\n\n\nHarta ratusan bilion ringgit di luar negara, bekas Menteri Kewangan disiasat\n\n\n\n\n\n\nPN perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan pusat\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, Peguam Negara, Jemaah Menteri juga turut mendapat penjelasan daripada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkaitan pindaan perlembagaan itu.\n\n\nLink Kenyataan Media DS Wan Junaidi :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=522560922995943&set=a.350519310200106&type=3\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/08/zuraida-sedia-lepas-jawatan-kabinet/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/10/140-ngo-serah-memorandum-bantahan-terhadap-suruhanjaya-tinggi-india/", "title": "140 NGO Serah Memorandum Bantahan Terhadap Suruhanjaya Tinggi India", "body": "0\n\n\n\n\nKuala Lumpur, JUMAAT \u2013 \nYayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Majlis Amal Islami Malaysia (Maim) mewakili 140 badan bukan kerajaan (NGO) menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan India di Jalan Pahang di sini, berhubung isu penghinaan Nabi Muhammad SAW.\n\n\nWakil NGO tersebut yang juga Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Muhammad Najhan Shahir Halim berkata, mereka mendesak BJP memohon maaf kepada seluruh umat Islam di dunia dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa mampu menggugat kestabilan masyarakat. Kami mendesak kerajaan India pada hari ini khasnya parti BJP utk mengenakan tindakan tegas kepada kedua-dua pemimpin itu dengan melucutkan jawatan dalam parti dan kerajaan sekiranya ada,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Tinggi India di sini pada Jumaat.\n\n\n\n\n\n\nPenasihat Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Kamarulzaman Mohamad pula menegaskan selagi tiada tindakan terhadap dua jurucakap tersebut, Nupur Sharma dan Naveen Jindal, mereka akan terus membangkitkan kesedaran umat Islam terhadap isu tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelagi mana tiada tindakan yang diambil terhadap mereka, maka kita umat Islam akan teruskan agenda untuk bangkitkan kesedaran umat Islam terhadap perbuatan biadab yang dilakukan BJP.\n\n\n\n\nBagaimananpun, Muhammad Najhan berkata, memorandum itu tidak dapat disampaikan terus kepada Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia sebaliknya diminta meletakkannya dihadapan pintu kedutaan sahaja.\n\n\n\n\nMereka juga menuntut permohonan maaf daripada India terutama Parti BJP susulan kenyataan ahli politik parti pemerintah mereka kepada seluruh umat Islam dan berjanji agar perkara seumpama ini tidak berulang pada masa akan datang.\n\n\n\n\n\n\nBerita IsmaWeb :\u00a0\nhttps://ismaweb.net/2022/06/10/1hina-nabi-siasat-jika-individu-negara-ini-ada-kaitan-bjp/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/siasat-ahli-politik-yang-mempunyai-hubungan-bjp-pembela/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/10/2-sekolah-malaysia-disenarai-pendek-10-teratas-anugerah-sekolah-terbaik-dunia/", "title": "2 Sekolah Malaysia Disenarai Pendek 10 Teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia", "body": "0\n\n\n\n\nKuala Lumpur \u2013\n Dua Sekolah Amanah Malaysia disenarai pendek sebagai 10 teratas bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.\n\n\nSekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang tercalon bagi kategori \u2018Inovasi\u2019 manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor tercalon bagi kategori \u2018Menangani Cabaran\u2019.\n\n\nTiga lagi kategori adalah Cabaran Kolaborasi Komuniti, Tindakan Alam Sekitar dan Menyokong Kehidupan Sihat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Digugurkan Dari MKT UMNO Kerana Kritik Parti\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Pilihan Raya Jika Mahu Bina Kekuatan Dalam Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Ikut Perasaan, Guna Saluran Yang Betul\n\n\n\n\n\n\nPAS Masih Harapkan Kerjasama UMNO Dalam MN\n\n\n\n\n\n\nTarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnugerah Sekolah Terbaik Dunia itu dilancarkan oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express pada tahun ini dengan\n\u00a0menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai ASD250,000 (RM1,098,302).\n\n\nAnugerah Sekolah Terbaik Dunia bertujuan meraikan sekolah yang memainkan peranan penting dalam membangunkan generasi masa depan dan memberi sumbangan besar terhadap kemajuan masyarakat terutama semasa pandemik Covid-19.\n\n\nPara pemenang akan diumumkan pada Oktober 2022 di World Education Week dan setiap pemenang akan menerima AS$50,000.\n\n\nPengasas T4 Education dan Anugerah Sekolah Terbaik Dunia, Vikas Pota pula berkata, sekolah disenarai pendek tersebut dipilih menerusi penceritaan kisah-kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid, membawa perubahan kepada komuniti serta menjadi sekolah contoh.\n\n\n\u201cSaya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada SK Kempadang dan SMK Kampong Jawa atas kejayaan disenarai pendek dalam 10 teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia yang julung kali diadakan. Kini, para pendidik di seluruh dunia akan dapat belajar daripada sekolah-sekolah Malaysia yang cemerlang ini,\u201d katanya.\n\n\nPautan BERNAMA :\u00a0\nhttps://www.bernama.com/bm/news.php?id=2089430\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/bekalan-pasport-cukup-kesesakan-ekoran-peningkatan-mendadak/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/10/kekalkan-tmj-kim-pan-gon/", "title": "Kekalkan TMJ \u2013 Kim Pan Gon", "body": "1\n\n\n\n\nPetaling Jaya \u2013\n Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon terkejut dengan keputusan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang mengundurkan diri meninggalkan Johor Darul Ta\u2019zim (JDT). Pengendali dari Korea Selatan itu juga menggesa bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu untuk pertimbangkan semula keputusannya.\n\n\n\u201cSaya harap Tunku Ismail mempertimbangkan semula keputusannya. Bagi saya, ini adalah satu kerugian amat besar kepada bola sepak Malaysia jika Tunku Ismail memutuskan untuk keluar daripada dunia bola sepak.\u201d\n\n\nMalah sebelum ketibaannya di Kuala Lumpur lagi, Pan Gon sudah tahu dan sedar akan pengaruh besar Tunku Ismail terhadap bola sepak Malaysia.\n\n\n\u201cMalah sebelum kedatangan saya, saya juga sudah mengetahui akan kemudahan dan infrastruktur latihan JDT adalah bertaraf Eropah. Kami menghargai tawaran Tunku Ismail untuk Harimau Malaya berlatih di Johor. Dengan infrastruktur yang ada, mereka yang berlatih di sana boleh mendapat manfaat daripada kemudahan terkini. Pada sudut pandangan peribadi saya, ia dilihat sebagai satu lagi sumbangan JDT kepada bola sepak Malaysia,\u201d \u2013 kata Kim Pan Gon.\n\n\nDalam kenyataan peribadi beliau, Tunku Ismail telah berjaya membawa pasukan Harimau Selatan itu ke tahap yang membolehkan kelab itu layak bermain dalam Liga Juara-Juara Asia. Mentaliti kemenangan dan pengurusan yang baik yang diterapkan oleh Tunku Ismail merupakan faktor utama perubahan dalam bola sepak tempatan. Tunku Ismail perlu kekal bukan sahaja demi kelabnya tetapi untuk kepentingan pasukan kebangsaan juga.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPadah tukar eBelia kepada wang tunai, pelajar berputih mata\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 negeri Johor dibentang esok\n\n\n\n\n\n\nPindaan Memansuhkan Hukuman Mati Mandatori Akan Dibentangkan Pada Oktober \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\nLaporan polis: Guan Eng dakwa Wan Fayshal lakukan kesalahan jenayah\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan ketujuh, mohon dibicara\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Pan Gon, dengan prestasi yang disumbang JDT ini, ia secara langsung dapat meningkatkan lagi profil bola sepak Malaysia terutama di sudut pembangunan dan penjenamaan bola sepaknya yang mampu dijadikan contoh kepada kelab bola sepak yang lain.\n\n\n\u00a0\n\n\nPautan Kenyataan FAM :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/100031897353455/posts/pfbid035yATVvLL9hFYJJ4JXhrD3S7aXom1wVrWNHqWzNfiDt4wmLHb3xdDd4L6hMtQ8oHTl/?sfnsn=mo\n\n\nBerita Berkaitan :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/09/tmj-undur-diri/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/11/keluhan-vendor-bumiputera-tm-didakwa-tindas-kontraktor/", "title": "Keluhan Vendor Bumiputera, TM Didakwa Tindas Kontraktor", "body": "0\n\n\n\n\nKuala Lumpur \u2013\n Kerajaan disaran masuk campur dalam pembelaan nasib kontraktor dan usahawan Bumiputera yang kini semakin terhimpit dengan penindasan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).\n\n\nPresiden Persatuan Kontraktor Telekomunikasi Malaysia (PKTM), Datuk Zakaria Husain mendakwa, kontraktor dan usahawan Bumiputera telah ditindas oleh Telekom Malaysia Bhd (TM), dimana tindakan pihak TM seolah-olah tidak mengendahkan ketidakpuasan hati pihak kontraktor.\n\n\nBeliau juga menyatakan, sebagai rakan perniagaan TM, ahli persatuan sejak sekian lama telah memberikan kerjasama baik dalam melaksanakan kerja yang diagihkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri angkat sumpah Menteri Besar Terengganu\n\n\n\n\n\n\nHenti bangkitkan isu perkauman dan agama, titah Tuanku Muhriz\n\n\n\n\n\n\nAnwar janji nilai semula upah dan gaji penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nTiada `perang dingin\u2019 kerajaan negeri dan kerajaan Pusat \u2013 MB\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : langgar konsep Malaysia Madani\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun, sejak 6 tahun kebelakangan ini, pihak kontraktor mula merasakan terdapatnya penindasan daripada segi perniagaan, terutama sekali tawaran harga yang tidak mengikut perkiraan munasabah sesuai dengan keperluan perlaksanaan dan pengurusan projek-projek yang diagihkan.\n\n\n\u201cPihak kontraktor merasakan mereka seolah-olah ditindas ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan berbaur ugutan oleh pihak TM,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.\n\n\n\u201cTM dilihat seolah-olah menganiaya kontraktor dengan memindahkan semua masalah pelaksanaan projek kepada kontraktor tetapi mengekalkan harga yang tidak munasabah seperti disebutkan,\u201d katanya.\n\n\nZakaria mendakwa, tindakan berkenaan dilihat sebagai keterlaluan dan cubaan untuk mufliskan usahawan yang terlibat. Tambahan pula hari ini merupakan sidang media yang pertama oleh PKTM sejak 30 tahun.\n\n\nOleh itu, PKTM dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendesak kerajaan membantu kontraktor dan usahawan Bumiputera di TM yang semakin terhimpit.\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/10/kekalkan-tmj-kim-pan-gon/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/13/kedai-sarbaneka-bangi-kajang-henti-jual-arak/", "title": "Kedai Sarbaneka Bangi, Kajang Henti Jual Arak", "body": "0\n\n\n\n\nBangi, Isnin \u2013\n Hasil usaha berterusan Ikatan Muslimin Malaysia pada Ramadan lalu dalam kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak berjaya membuahkan hasil apabila empat kedai serbaneka di Bangi dan Kajang sudah menghentikan penjualan arak.\n\n\nYang Dipertua ISMA Bangi, Ustaz Bilal Jailani berkata, tindakan menghentikan jualan arak ini menunjukkan mereka cakna kepada suara-suara NGO dan komuniti dan berharap banyak lagi kedai serbenaka melakukan tindakan sama.\n\n\nBeliau berkata, empat premis terbabit adalah KK Supermart Hentian Kajang, Potboy Mart Hentian Kajang, MyNews Bangi Avenue dan Speedmart Bangi Vista.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar ketuai kerajaan PH, bukan Kerajaan Perpaduan \u2013 Gerakan\n\n\n\n\n\n\n2 ditahan seludup 1,382 bungkus sosej sejuk beku dari negara jiran\n\n\n\n\n\n\nShahrir akan fail saman sivil terhadap kerajaan\n\n\n\n\n\n\nJana Wibawa: SPRM cari \u2018Datuk Roy\u2019 bantu siasatan\n\n\n\n\n\n\nHari mengundi PRK Kuala Terengganu serentak PRU DUN KE15\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKedai serbanek adalah kedai komuniti yang dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat Muslim, non muslim, kanak-kanak, Wanita dan orang tua yang mana arak tidak sesuai untuk berada di kedai komuniti sebegini, yang ke-2 kita nak melindungi pekerja di kedai serbaneka yang rata-ratanya Muslim yang terpaksa mengendalikan arak, Menyusun arak di rak jualan dan membersihkan arak jika tertumpah, paling teruk kena kejar orang yang curi arak itu amat memalukan dan itu tidak sepatutnya berada dalam job description ataupun tugasan mereka.\u201d\n\n\n\u201cSebab itu kita membantu kakitangan Muslim yang membantu di kedai serbaneka, mudah-mudahan dengan pemberhentian menjual arak di kedai serbaneka ini memberikan sinar baharu untuk mereka dan mereka boleh kecapi gaya hidup halal.\u201d\n\n\nPada masa sama, Ustaz Bilal memaklumkan ISMA Bangi turut mengunjungi beberapa buah kedai serbaneka lain untuk menyerahkan surat bantahan penjualan minuman keras di premis itu.\n\n\n\u00a0\n\n\nSementara itu, pekerja kedai serbaneka menganggap usaha dilakukan ISMA Bangi disambut baik dan turut rasa bersyukur tidak terbabit dengan penjualan arak.\n\n\n\u00a0\n\n\nPenyerahan surat bantahan penjualan arak di kedai serbaneka adalah antara sebahagian usaha ISMA melalui kempen \u2018Malaysia Sejahtera Tanpa Arak\u2019 yang dilancarkan pada 5 Februari lalu. Kempen bersama Yayasan Maghfirah itu, bukan hanya disasarkan kepada golongan Muslim, tetapi juga untuk setiap lapisan masyarakat di negara ini.\n\n\nIa itu turut mendapat sokongan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain antaranya Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID), Malaysia Alliance of Civil Society Organisation (MACSA) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).\n\n\n\u00a0\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/13/pindaan-memansuhkan-hukuman-mati-mandatori-akan-dibentangkan-pada-oktober-wan-junaidi/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/13/manfaat-pertumbuhan-ekonomi-perlu-diagihkan-sama-rata-pakar/", "title": "Manfaat Pertumbuhan Ekonomi Perlu Diagihkan Sama Rata \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n\n\nFoto : Investopedia\n\n\nKuala Lumpur, ISNIN \u2013\n Gangguan rantaian antarabangsa menyebabkan inflasi meningkat dengan tinggi di beberapa negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah malahan negara jiran seperti Singapura turut mengalami Inflasi.\n\n\nDi Malaysia, walaupun kadar inflasi rendah namun harga makanan telah menunjukan peningkatan sebanyak 4.1 peratus.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019 : Ketua Pemuda UMNO tidak teragak-agak halang program\n\n\n\n\n\n\nPerpaduan mesti dipimpin oleh Islam yang berintegriti \u2013 Hadi\n\n\n\n\n\n\nZeti nafi Najib rujuk derma kerabat Arab Saudi kepada BNM\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham Tan Sri Ali Hashim Tokoh Jihad Bisnes Yang Disegani\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor bubar secara rasmi hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut pensyarah Kanan Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, kadar kenaikan harga makanan itu telah menimbulkan kegusaran serta tanda tanya mengenai pertumbuhan ekonomi di Malaysia.\n\n\n\u201c\u2026namun saya melihat dari segi fundamental ekonomi negara kita masih lagi kukuh ditambah dengan harga komoditi seperti minyak gas dan juga minyak sawit yang kekal tinggi walaupun ringgit lemah berbanding dengan US dollar dan mata wang yang lain.\u201d\n\n\n\u201cTetapi ini membuka peluang untuk kita meningkatkan eksport supaya ringgit kembali mengukuh dan sebenarnya ringgit melemah membolehkan banyak pelaburan terutamanya FDI untuk masuk ke negara kita kerana kos menjadi lebih murah,\u201d\n\n\n\u201cNamun kita tidak boleh sepenuhnya bergantung kepada ringgit yang melemah kerana ia akan menyebabkan barang import akan kekal tinggi dan ini juga akan memberi kesan kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan di peringkat domestik, dan itulah yang berlaku kalau kita lihat sekarang, kerajaan terpaksa meletakkan harga kawalan dan memberikan susbisidi\u2026\u201d\n\n\nBeliau berkata pertumbuhan ekonomi yang positif perlu dirasai oleh semua pihak dan disalurkan sama rata tanpa membeza kedudukan orang awam.\n\n\nKatanya, walaupun negara mencatatkan pertumbuhan yang positif namun keseimbangan hak sama rata perlu ada agar semua keluarga Malaysia dapat menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi yang positif.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/13/pindaan-memansuhkan-hukuman-mati-mandatori-akan-dibentangkan-pada-oktober-wan-junaidi/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/13/pindaan-memansuhkan-hukuman-mati-mandatori-akan-dibentangkan-pada-oktober-wan-junaidi/", "title": "Pindaan Memansuhkan Hukuman Mati Mandatori Akan Dibentangkan Pada Oktober \u2013 Wan Junaidi", "body": "0\n\n\n\n\nPUTRAJAYA, Isnin \u2013\n\u00a0Pindaan perundangan berkaitan memansuhkan hukuman mati mandatori dijangka akan dibentangkan pada sidang parlimen pada Oktober ini, kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) berkata, Malaysia tidak akan mengenakan lagi hukuman mati mandatori bermula Januari tahun depan jika semua berjalan mengikut perancangan.\n\n\nMalah, beliau menambah bahawa moratorium pelaksanaan hukuman mati, yang dilaksanakan sejak 2018, akan kekal selagi pindaan itu belum dimuktamadkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahu pinjaman MARA bebas riba \u2013 Asyraf Wajdi\n\n\n\n\n\n\nIsmail janji isu tuntutan KWSP akan dibawa ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\nKJ, Shahidan sah tiada dalam senarai calon PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\nUMNO Terengganu lancar Gelombang Biru 2.0\n\n\n\n\n\n\nPelantikan Izzah: BERSATU tuntut penjelasan Anwar \u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHukuman alternatif berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori adalah mengikut budi bicara mahkamah,\u201d katanya.\n\n\nWan Junaidi juga berkata kerajaan tidak boleh meringankan hukuman terhadap mereka yang sedang dihukum mati kerana pindaan itu masih belum dimuktamadkan.\n\n\nBeliau berkata tribunal akan ditubuhkan untuk mengkaji kes mereka yang telah dijatuhkan hukuman mati mandatori.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cDi Dewan Negara akan dibincang pada Disember dan Insyaallah Januari 2023 kita sudah ada undang-undang yang dimansuhkan secara realiti,\u201d katanya pada sidang media di sini hari ini.\n\n\nPada Jumaat lepas, kerajaan mengumumkan akan memansuh hukuman mati mandatori di negara ini. Bagaimanapun, ia akan digantikan dengan hukuman lain tertakluk kepada budi bicara mahkamah.\n\n\nKeputusan itu dicapai selepas Wan Junaidi membentangkan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung Rabu lalu.\n\n\nPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob telah menjelaskan bahawa hukuman mati akan kekal bagi kesalahan besar, tetapi tidak akan ada lagi hukuman mati mandatori.\n\n\n\u00a0\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/10/140-ngo-serah-memorandum-bantahan-terhadap-suruhanjaya-tinggi-india/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/14/pembela-sifatkan-jasa-tun-arshad-amat-besar-pada-negara/", "title": "PEMBELA Sifatkan Jasa Tun Arshad Amat Besar Pada Negara", "body": "0\n\n\n\n\nKuala Lumpur, SELASA\u00a0 \u2013 Jasa dan sumbangan Allahyarham Tun Arshad Ayub kepada sektor pendidikan terutamanya pendidikan orang Melayu di negara ini cukup besar termasuk perintis kepada penubuhan sebuah institusi pendidikan tinggi terpenting negara.\n\n\nPengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya berkata, sehingga kini ribuan graduan anak Melayu dalam pelbagai bidang profesional telah dilahirkan melalui Universiti Teknologi MARA (UiTM).\n\n\n\u201cAllahyarham Tun Arsyad dikenali sebagai seorang pejuang bangsa Melayu dalam bidang Pendidikan dan merupakan pengasas kepada UiTM yang wujud pada hari ini.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHentikan bantuan khas sekolah persendirian Cina, tidak patuhi Akta Pendidikan 1996 \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nTiada kesalahan jenayah babitkan kes hakim Nazlan\n\n\n\n\n\n\nSampai Bila Mahu Biarkan Negara ditadbir Pemimpin Rakus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nHadi tergamak guna dalil agama salah demi kepentingan PAS\n\n\n\n\n\n\nLelaki ditahan miliki dadah bernilai RM227,914\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat negara terutama orang Melayu dan amat sukar dicari ganti.\n\n\nTambah Aminuddin, PEMBELA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Dr Arshad Ayub yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.\n\n\nArshad, 93, menabur bakti di ITM sejak 1967 hingga 1975 meninggal dunia pada 2.06 pagi tadi selepas dilapor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Damansara sejak Selasa lepas kerana masalah kesihatan.\n\n\nJenazah Allahyarham telah disemadikan di Makam Diraja Shah Alam, Selangor petang tadi.\n\n\nAnak kelahiran Muar, Johor itu juga dilantik sebagai Canselor Universiti Antarabangsa INTI yang pertama pada 2013 dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya.\n\n\n\u00a0\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/13/pindaan-memansuhkan-hukuman-mati-mandatori-akan-dibentangkan-pada-oktober-wan-junaidi/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/14/pilihan-raya-tetap-diadakan-dalam-penggal-kelima-annuar-musa/", "title": "Pilihan Raya Tetap Diadakan Dalam Penggal Kelima \u2013 Annuar Musa", "body": "0\n\n\n\n\nKuala Lumpur, SELASA \u2013\nMana-mana pihak perlu mempunyai autoriti sekiranya mahu bercakap atau menggesa Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) diadakan segera.\n\n\nMenteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata semua pihak tidak perlu risau kerana tempoh pembubaran parlimen akan bermula pada Julai ekoran sudah cukup penggal untuk mengadakan PRU 15.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nVarian Deltacron Gabungan Antara Delta Dan Omicron\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Perlu Campur Tangan Jaga Reputasi SPRM\n\n\n\n\n\n\nKenyataan Setiausaha PAS Selangor Tidak Tepat\n\n\n\n\n\n\nATM tahan 10 PATI cuba ceroboh negara\n\n\n\n\n\n\nMuktamar PAS ditangguhkan beri laluan kepada PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026bila sampai masa pilihan raya tetap diadakan apa pun sekarang sudah masuk penggal ke lima, dalam istilah parlimen dia panggil penggal tahun pertama lepas pilihan raya penggal pertama tahun kedua penggal kedua parlimen ke 14, penggal ke tiga\u2026masuk bulan depan kita masuk penggal kelima parlimen ke 14 memanglah penggal kelima\u2026so tidak perlu bimbang pru tetap akan diadakan dalam penggal kelima ini.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang diadakan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.\n\n\nDalam pada itu, Annuar turut berkata kerajaan akan terus komited dalam menggalas tanggungjawab serta melaksanakan tugas sehingga parlimen dibubarkan.\n\n\n\u201c\u2026apa yang saya hendak tekankan disini ialah kerajaan pimpinan yang amat berhormat perdana menteri dan Jemaah menteri ini, yang pertama adalah satu kerajaan yang telah membentuk satu consensus bagi nak buat kerja bukan politiking, yang kedua kerajaan pimpinan yang amat berhormat perdana menteri adalah komited untuk menjunjung titah perintah agong dan tidak akan lari daripada tanggungjawab itu secara menggelabah atau tak semena-mena nak buat-buat pilihan raya tidak ada, we work to do we have responsibilities that we should and must hold itu komitmen\u2026\u201d\n\n\nSebelum ini, Annuar dilaporkan berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob merupakan sebuah kerajaan yang stabil hasil dukungan semua pihak termasuk pembangkang.\n\n\nNamun kenyataan itu dibidas oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Puad Zarkashi dan berkata Annuar tidak sepatutnya merendahkan kebijaksanaan rakyat memilih kerajaan yang stabil dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/13/manfaat-pertumbuhan-ekonomi-perlu-diagihkan-sama-rata-pakar/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/afghanistan-russia-sedia-pertimbang-iktiraf-kerajaan-taliban/", "title": "Afghanistan : Russia Sedia Pertimbang Iktiraf Kerajaan Taliban", "body": "0\n\n\n\n\nMoscow, RABU\n\u00a0\u2013 Russia berkemungkinan akan mengiktiraf kerajaan sementara Taliban dan bersedia menyimpan bijirin ke negara Asia Selatan itu bagi mengelakkan krisis makanan berlarutan.\n\n\nMemetik dari IsmaWeb, Duta Russia ke Afghanistan, Zamir Kabulov berkata, tidak mustahil bagi kedua-dua negara menentukan syarat dan membincangkan perkara berkenaan.\n\n\nKubalov dalam temubual khas bersama saluran TV Russia berkata, negara itu tidak akan mengikut jejak Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain untuk tidak mengiktiraf kerajaan Taliban.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir beri bayangan sertai PUTRA\n\n\n\n\n\n\nTerserah RoS putuskan keabsahan PAU 2022 \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Turki selar pihak tutup mata, subahat bakar Quran\n\n\n\n\n\n\nLelaki mengaku tidak salah buat komunikasi jelik terhadap Sultan Johor\n\n\n\n\n\n\nNetizen gesa boikot produk Sweden\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, Taliban juga bersedia bekerjasama dengan Russia dan menerima perkara itu selari dengan peraturan antarabangsa.\n\n\nKubalov memberitahu bahawa Timbalan Menteri Perdangangan Afghanistan akan mengadakan kunjungan ke Moscow, dan mendakwa negar itu berhasrat membeli beberapa barangan dari Russia.\n\n\nSementara itu, Presiden Vladimir Putin berkata, pihaknya telah membenarkan bekalan bijirin dikhaskan kepada Afghanistan.\n\n\nSelepas pengunduran tentera AS di Afghanistan pada Ogos lalu, masyarakat dunia masih belum mengiktiraf Taliban sebagai pemerintah negara itu.\n\n\nPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut memberi amaran bahawa lebih sejuta kanak-kanak Afghanistan berisiko berdepan masalah kekurangan makanan tahun ini.\n\n\nLebih menyedihkan musim kemarau melanda negara berkenaan memburukkan lagi keadaan selain krisis kemiskinan.\n\n\nMalah, beberapa agensi kemanusiaan telah memotong berbilion bantuan kewangan kepada kerajaan Taliban menyebabkan lebih ramai keluarga berdepan keadaan ekonomi yang kritikal. \u2013 IsmaWeb\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/malaysia-ke-piala-asia-2023/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/bn-terengganu-tanding-solo-semua-kerusi/", "title": "BN Terengganu Tanding Solo Semua Kerusi", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA TERENGGANU, Rabu \u2013\n Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak berganjak dengan keputusan untuk bertanding secara solo di semua kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.\n\n\nSetiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozi Mamat, berkata UMNO akan meletakkan calon bertanding secara solo di 32 kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) serta lapan kerusi Parlimen.\n\n\n\u201cKita tidak berganjak dengan keputusan bertanding secara solo terutama mempertahankan 10 daripada 32 kerusi DUN dan satu daripada lapan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU lalu,\u201d\n\n\nMemetik Berita Harian, keputusan bertanding secara solo tanpa kerjasama parti lain termasuk PAS sudah diumumkan oleh Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Said sebelum ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZahid tidak tahu isu surat RoS tular, usul tambahan disah KDN\n\n\n\n\n\n\nKeputusan status Islam, pengiktirafan terhadap Mahkamah Syariah\n\n\n\n\n\n\nBawa lembing, pedang, perisai, Ketua Pemuda PAS sifatkan perarakan \u2018pelik\u2019\n\n\n\n\n\n\nBERJASA sedia kerjasama dengan PN selagi tidak bercanggah prinsip\n\n\n\n\n\n\nDadah bernilai RM11 juta dirampas dalam serbuan\n\n\n\n\n\n\n\n\nUjar Rozi pendirian BN dan UMNO untuk bertanding secara solo dibuat atas desakan pengundi dan pimpinan parti di peringkat akar umbi.\n\n\nRozi yang juga yang juga Ketua UMNO bahagian Hulu Terengganu, berkata pintu rundingan terutama membabitkan pengagihan kerusi dengan PAS sudah ditutup walaupun beberapa pemimpin parti itu mendakwa rundingan masih berlangsung.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/muhyiddin-tetap-mahu-calonkan-pengganti-zuraida/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/hina-nabi-muhammad-saw-polis-siasat-isu-video-tular/", "title": "Hina Nabi Muhammad SAW: Polis Siasat Isu Video Tular", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n Polis menyiasat rakaman video TikTok tular yang memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil di Batu Caves dan menyatakan sokongan terhadap penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.\n\n\n\u201cRakaman video berdurasi satu minit 18 saat itu mendapat 16,000 tontonan, 302 komen dan turut dikesan tular melalui aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp\u201d\n\n\nPolis menyiasat rakaman video TikTok tular yang memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil di Batu Caves dan menyatakan sokongan terhadap penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.\n\n\nPengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima laporan berhubung video itu yang dimuat naik menggunakan nama @ganggarammahto280.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKonvoi Diiringi Polis Trafik Diberi Laluan Untuk Elak Kemalangan\n\n\n\n\n\n\nHanya Dihargai Oleh Bukan Melayu Untuk Keuntungan Mereka\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bincang manifesto di di Menara Dato\u2019 Onn malam ini\n\n\n\n\n\n\nZahid sahkan lantik Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi Mara\n\n\n\n\n\n\n7 Julai, keputusan representasi Rizal Van Geyzel\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, dalam video itu individu berkumpul menyatakan pendirian mereka menyokong tindakan ahli politik India yang mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW.\n\n\nJelas kenyataan itu juga, Rakaman video berdurasi satu minit 18 saat itu mendapat 16,000 tontonan, 302 komen dan turut dikesan tular melalui aplikasi media sosial lain seperti Facebook dan WhatsApp.\n\n\nSiasatan berhubung video berkenaan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman dan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau golongan awam.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://fb.watch/dFj3YoKnk5/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/afghanistan-russia-sedia-pertimbang-iktiraf-kerajaan-taliban/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/keluarga-adib-tarik-rayuan-komital-terhadap-tommy-thomas/", "title": "Keluarga Adib Tarik Rayuan Komital Terhadap Tommy Thomas", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n Keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.\n\n\nKeluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim telah menarik balik rayuan komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Ia membabitkan dua rayuan oleh bapa arwah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid bagi mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa Tommy mempunyai hak merayu dan rayuannya diterima.\n\n\nBagaimanapun peguam cara mewakili Mohd Kassim, Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates dalam kenyataan kepada media hari ini berkata tindakan itu sesekali tidak mengubah keputusan dan dapatan Mahkamah Koroner pada 27 September 2019 bahawa mangsa meninggal dunia kerana perbuatan jenayah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Permohonan rayuan UMNO atas dasar simpati\n\n\n\n\n\n\nShahrir akan fail saman sivil terhadap kerajaan\n\n\n\n\n\n\nKonsep Malaysia Madani mampu ancam Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nKelantan bubar DUN 22 Jun, beri laluan Pilihan Raya Negeri\n\n\n\n\n\n\nAnwar diisytihar Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenyataan itu menjelaskan rayuan itu ditarik balik kerana pihak keluarga tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan. Tambahnya, pihak keluarga Muhammad Adib turut berharap masyarakat dapat menerimanya, sekali gus membolehkan mereka memulakan kehidupan baharu.\n\n\nMenurut kenyataan itu, pendirian keluarga Allahyarham untuk menarik balik rayuan komital juga tidak bererti usaha mencari pembunuh arwah Muhammad Adib tidak boleh diteruskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana siasatan jenayah tiada had masa di sisi undang-undang.\n\n\nKata kenyataan itu lagi perjuangan menuntut keadilan untuk seorang anggota kerajaan yang mati dibunuh ketika dalam bertugas menjaga keamanan juga boleh diteruskan oleh mana-mana masyarakat sivil, orang awam, serta badan-badan bukan kerajaan yang prihatin.\n\n\nMuhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.\n\n\nPada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/afghanistan-russia-sedia-pertimbang-iktiraf-kerajaan-taliban/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/kerajaan-beri-kebenaran-khas-eksport-tiga-komoditi-berasaskan-ayam/", "title": "Kerajaan Beri Kebenaran Khas Eksport Tiga Komoditi Berasaskan Ayam", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n Kerajaan memberi kebenaran khas untuk mengeksport ayam setelah mengadakan perbincangan lanjut bersama pemain-pemain industri.\n\n\nKementerian Pertanian dan Industri Makanan memaklumkan, tiga jenis komoditi itu merangkumi ayam daging berwarna iaitu ayam kampung dan ayam hitam sahaja. Selain itu, eksport itu juga termasuk semua produk berasaskan ayam dan Day Old Chick (DOC) Parent Stock saja.\n\n\nKerajaan turut menegaskan larangan eksport untuk ayam pedaging, ayam boiler dan anak ayam Day Old Chick (DOC) umur sehari ayam pedaging masih kekal berkuatkuasa. Kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanakan oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan barangan eksport komoditi itu perlu diuruskan sewajarnya oleh pemilik permit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJaga sensitiviti kaum, agama, institusi diraja pada PRN Selangor\n\n\n\n\n\n\nNga Kor Ming suruh Hadi bertaubat\n\n\n\n\n\n\nPolis Tahan Ibu Saudara Kanak-Kanak Maut\n\n\n\n\n\n\nTuntutan waris Sulu tidak berasas, PETRONAS pertahan kedudukan\n\n\n\n\n\n\nMusibah banjir: Jakim anjur solat hajat, doa selamat\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut kenyataan itu, sebarang penyalahgunaan terhadap kebenaran khas ini boleh tindakan mengikut Subseksyen 11(2) dan 11(3), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 [Akta 728].\n\n\nDenda boleh dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya manakala bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/?p=6262&preview=true"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/lelaki-dituduh-bunuh-ibu-yang-badanya-dikerat-15/", "title": "Lelaki Dituduh Bunuh Ibu Yang Badannya Dikerat 15", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\nhttps://fb.watch/dFklTyvg8R/\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Parit Buntar hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya yang 15 keratan bahagian badannya ditemukan dalam tangki kumbahan di sebuah rumah.\n\n\nNg Yu Lim, 42 tahun, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Parit Buntar, Perak hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya kepada 15 keratan badan, bulan lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeganasan domestik, penindasan wanita wajar diberi keutamaan \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nLetak Jawatan Enggan Terbabit Keputusan 1MDB \u2013 Ismee\n\n\n\n\n\n\nJAKIM lancar kutipan derma bantu mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria\n\n\n\n\n\n\nMYDIN rugi setengah juta kerana cuti tambahan raya\n\n\n\n\n\n\n30 produk raih anugerah industri reka bentuk Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nTertuduh, didakwa membunuh Ong Suan Bee, 68 tahun, di sebuah rumah di Taman Kerian, antara pukul 2.30 pagi hingga 3 pagi, 26 Mei lepas. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.\n\n\nPertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 3-0-2 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Yan Ni manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Julai bagi mendapatkan laporan perubatan.\n\n\nPada 4 Jun lepas, polis menahan tertuduh susulan penemuan potongan daging menyerupai anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan rumah itu dan turut merampas sebilah parang, dua pisau serta barang-barang lain.\n\n\nBau busuk membawa kepada penemuan 15 keratan bahagian badan seorang wanita warga emas dalam tangki kumbahan. Semakan mendapati tertuduh pernah mendapat rawatan sakit mental di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang, 20 tahun lalu.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/hina-nabi-muhammad-saw-polis-siasat-isu-video-tular/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/malaysia-ke-piala-asia-2023/", "title": "Malaysia ke Piala Asia 2023", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n \nMalaysia menamatkan kemarau lebih 40 tahun gagal layak secara merit ke Piala Asia selepas menumpaskan Bangladesh dengan keputusan empat gol berbalas satu.\n\n\nKemenangan itu menyaksikan Malaysia mengumpul enam mata sekali gus muncul antara lima naib juara terbaik yang layak ke kejohanan itu pada tahun hadapan. Pasukan negara akan berentap bersama 23 pasukan terbaik benua ini yang berkemungkinan akan berlangsung sama ada di Korea Selatan atau Jepun, pada pertengahan tahun depan.\n\n\nMalaysia seawal minit pertama permainan dengan melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang Bangladesh bagi menguji penjaga gol lawan, Anisur Rahman.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKDN tetapkan klasifikasi filem 2023 berkuat kuasa hari ini\n\n\n\n\n\n\nHukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dihapus\n\n\n\n\n\n\nPenganalisis Jangka Sentimen Pelabur Tidak Terjejas Jika PRU Negara Berjalan Progresif\n\n\n\n\n\n\nTiada Lagi PKP Di Seluruh Negara, Termasuk Pada Aidilfitri Ini\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri Umum Perkhidmatan Percuma Untuk Semua Kendalian RadpidKL Selama Sebulan\n\n\n\n\n\n\n\n\nStadium Nasional Bukit Jalil akhirnya bersorak selepas Safawi Rasid menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-16 untuk meletakkan Malaysia didepan. Selang beberapa minit kemudian Mohammad Ibrahim menanduk masuk hasil lontaran ke dalam pada minit-31, menjadikan kedudukan 1-1. Gol itu nyata mengejutkan kem negara yang terus memburu gol kedua dan hasilnya kemudian Dion Cools merembat kencang untuk gol pertamanya buat negara.\n\n\nKemasukan Darren Lok, Akhyar Rashid dan Nazmi Faiz Mansor menambah sengat di jentera depan dan hasilnya Darren menolak mudah hantaran Akhyar pada minit ke-73, menjadikan gol keduanya di pentas antarabangsa. Tuan rumah sebenarnya mampu menambah gol, tetapi percubaan Syamer Kutty Abba dan Akhyar gagal menemui sasaran dan keputusan 4-1 kekal hingga tamat aksi.\n\n\nUntuk rekod, kali terakhir skuad negara beraksi di pentas tertinggi itu adalah pada 1980 di Kuwait selepas melepasi peringkat kelayakan secara merit, meskipun 2007 pernah berentap atas tiket tuan rumah kejohanan bersama Thailand, Vietnam dan Indonesia. \u2013 Agensi\n\n\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/afghanistan-russia-sedia-pertimbang-iktiraf-kerajaan-taliban/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/mpn-setuju-malaysia-kembali-sebagai-negara-pertanian/", "title": "MPN Setuju Malaysia Kembali Sebagai Negara Pertanian", "body": "0\n\n\n\n\nPUTRAJAYA, Rabu \u2013\n Malaysia perlu kembali menjadi sebuah negara pertanian bagi mengurangkan pengimportan bahan makanan daripada negara luar.\n\n\nPengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, MPN menerusi mesyuarat MPN turut berbincang mengenai jaminan keselamatan makanan agar Malaysia tidak berdepan dengan detik cemas apabila tidak menyediakan bekalan makanan yang diperlukan.\n\n\n\u201cKita berpendapat wajar untuk kerajaan meneliti semula dasar import bahan ternakan dan tidak bergantung kepada negara luar semata-mata,\u201d\n\n\nMuhyiddin berkata, berdasarkan Indeks Keselamatan Makanan Global pada tahun lalu, Malaysia berada pada kedudukan ke-39 iaitu naik sebanyak sembilan anak tangga berbanding tahun 2020 dengan lapan komoditi utama stabil.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSegera dapatkan dos penggalak kedua \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\n73 Pelajar SBP Seri Puteri Positif COVID\n\n\n\n\n\n\nPenamaan Calon PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nPolis Ikut Akta, KPN Jawab Kecaman Najib Dapat Pengiring\n\n\n\n\n\n\nMasyarakat India Tidak Puas Hati Sop Sambutan Thaipusam\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga berkata, Malaysia ketika ini mengimport 100 peratus makanan ternakan ayam dan akan berlaku masalah jika berlaku gangguan pada rantaian makanan global.\n\n\nDalam pada itu, Muhyiddin berkata, Malaysia juga perlu meneroka secara lebih agresif dengan menggunakan teknologi moden bagi menghasilkan bahan keperluan makanan negara dan tidak perlu bergantung bahan yang diimport sahaja. Langkah ini katanya, dapat memastikan negara lebih maju dalam sektor industri makanan dan pertanian.\n\n\nMengulas lanjut katanya, beliau diberitahu oleh Menteri MAFI, Datuk Seri Ronald Kiandee bahawa hampir 500 juta biji kelapa diimport sedangkan negara mempunyai tanaman kelapa.\n\n\nJusteru itu katanya, industri perlu dimajukan semula kerana kelapa semakin meningkat.\n\n\nMalah, beliau menambah, sektor ternakan, pengeluaran susu juga boleh ditambah, dan bekalan ayam sudah dikeluarkan sehingga 200 peratus.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/keluarga-adib-tarik-rayuan-komital-terhadap-tommy-thomas/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/muhyiddin-tetap-mahu-calonkan-pengganti-zuraida/", "title": "Muhyiddin Tetap Mahu Calonkan Pengganti Zuraida", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa BERSATU tetap akan mencalonkan pengganti Datuk Zuraida Kamaruddin yang memegang jawatan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi yang keluar parti BERSATU dan menyertai Parti Bangsa Malaysia baru-baru ini.\n\n\n\u201cPerdana Menteri menyatakan beliau akan berjumpa dengan saya selepas bertemu dengan Zuraida. Kini saya sedang menunggu tarikh perjumpaan berkenaan\u201d katanya.\n\n\nPresiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah berhubung dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk membincangkan mengenai kedudukan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet.\n\n\nPerkara itu dinyatakan sendiri oleh Ahli Parlimen Pagoh itu yang berpandangan kedudukan Zuraidi sebagai Menteri Industri Perladangan dan Komoditi itu perlu diganti kerana ia adalah kuota parti itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLupus Kenderaan Lebih 10 Tahun Belum Sesuai Dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Kuwait perintahkan Jho Low dihukum penjara 10 tahun\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin didakwa terbabit pengubahan wang haram RM5 juta\n\n\n\n\n\n\nFenomena Banjir Gelombang Kedua\n\n\n\n\n\n\nSeorang Jemaah Umrah Dari Melaka Dijangkiti Omicron\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin berkata, kedudukan Zuraida sebagai menteri dahulu atas kapasiti beliau sebagai ahli BERSATU. Justeru itu, beliau menambah kuota jawatan menteri itu adalah milik BERSATU.\n\n\nBagaimanapun ujar beliau, keputusan untuk melantik siapa (sebagai menteri) adalah hak Perdana Menteri, dan BERSATU akan mencalonkan nama yang dianggap sesuai untuk menggantikan Zuraida.\n\n\nPada 26 Mei lalu, Zuraida mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar BERSATU untuk sertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).\n\n\nBagaimanapun Ismail Sabri menegaskan Zuraida masih menteri Kabinet dan perlu menjalankan tugas seperti biasa, selagi beliau tidak membuat keputusan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/malaysia-ke-piala-asia-2023/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/permohonan-maaf-terbuka-boikot-produk-sebagai-pengajaran/", "title": "Permohonan Maaf Terbuka, Boikot Produk Sebagai Pengajaran", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n Umat Islam seluruh dunia masih menunggu permohonan maaf secara terbuka daripada dua ahli politik India yang bertindak biadab menghina Nabi Muhammad SAW.\n\n\nTimbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Dr Ahmad Kamsani berkata, tindakan menghina terhadap siapapun adalah perbuatan tidak wajar sama, lebih-lebih lagi jika penghinaan itu dilakukan oleh pemimpin negara.\n\n\nSehubungan itu katanya seluruh umat Islam perlu memboikot barangan dari India sebagai tindak balas terhadap kenyataan dua ahli politik negara itu serta sebagai amaran terhadap apa yang berlaku.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCalon Melayu DAP Hanya Dipergunakan Demi Raih Undi \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nPemilik Flat Kg Baru nafi Setuju Sebarang Tawaran Daripada Pemaju\n\n\n\n\n\n\nRibut petir dijangka melanda seluruh Malaysia esok\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur mahu kesan penambakan kawasan Batu Puteh oleh Singapura diteliti\n\n\n\n\n\n\n16 Senator dilantik Ahli Dewan Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMasyarakat dunia juga perlu lihat kekejaman yang berlaku di India terhadap umat Islam yang berlarutan sejak sekian lama.\u201d\n\n\nMemetik Ismaweb beliau berkata ,langkah itu wajar bagi sebagai tanda protes dan amaand aripada seluruh penduduk dunia.\n\n\nUjar beliau, kerajaan Malaysia juga haruslah melihat balik hubungan dengan India.\n\n\nTerdahulu, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu mendesak supaya umat Islam di negara ini memboikot semua barangan keluaran India.\n\n\nJumaat lalu dalam satu bantahan aman di SuruhanjayaTinggi India Pengerusi PEMBELA Haji Aminuddin Yahaya berkata, tindakan awal itu perlu dilakukan sebagai tanda protes terhadap perbuatan dua ahli politik Parti Bharatiya Janata (BJP) berhubung menghina Nabi Muhammad SAW.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/15/hina-nabi-muhammad-saw-polis-siasat-isu-video-tular/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/16/ismail-sabri-umum-perkhidmatab-percuma-untuk-semua-kendalian-radpidkl-selama-sebulan/", "title": "Ismail Sabri Umum Perkhidmatan Percuma Untuk Semua Kendalian RadpidKL Selama Sebulan", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\nPerdana Menteri Ketika Menyampaikan Ucapan\n\n\n\nKUALA LUMPUR : Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya fasa satu dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu sepanjang 17.5 kilometer siap sepenuhnya dan sedia untuk beroperasi.\n\n\nMajlis Pelancaran yang disempurnakan oleh Perdana Menteri , Dato Seri Ismail Sabri itu siang tadi meliputi sembilan stesen baharu dan tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang, dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang ini.\n\n\nTambah Ismail Sabri, Sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu, beliau\n\u00a0 \nmengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWang BAP dilarikan akan diganti, diagihkan sebelum Mac\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Wanita DAP Bermulut Jahat \u2013 Tajuddin\n\n\n\n\n\n\nBapa belajar hisap dadah daripada anak\n\n\n\n\n\n\nBatal sidang media, \u2018Langkah Kinabalu\u2019 didakwa gagal\n\n\n\n\n\n\nBN GABUNG PH, DONG ZONG TERUS BERANI DESAK IKTIRAF UEC\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya lagi, Pihak MRT juga kini dalam perancangan untuk menambah empat lagi stesen baharu pada masa akan datang agar akses kepada pengangkutan awam dapat terus ditingkatkan\n\n\nBerita Penuh di Buletin Pertiwi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/16/perdana-menteri-lancar-laluan-putrajaya-fasa-1-pagi-ini/", "title": "Perdana Menteri Lancar MRT Laluan Putrajaya Fasa 1, Pagi Ini", "body": "0\n\n\nSekitar Majlis Pelancaran di Stesen MRT Kampung Batu\n\n\nOleh: Haffiz Aziz / haffizaziz@tvpertiwi.com.my\n\n\n\nKUALA LUMPUR \u2013 Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya fasa satu dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu sepanjang 17.5 kilometer siap sepenuhnya dan sedia untuk beroperasi.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSyed Mokhtar mangsa agenda politik kotor?\n\n\n\n\n\n\n4 Kes Omicron Dikesan Di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nBN-PH tawar 5 perkara jika tawan Kedah\n\n\n\n\n\n\nCPTPP Beri Kesan Lebih Teruk, Tidak Selesaikan Masalah Rakyat -BERJASA\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tidak perlu defensif \u2013 Nik Nazmi\n\n\n\n\n\n\n\n\nFasa satu yang meliputi sembilan stesen baharu dan tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang, dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nPembukaan laluan kedua Projek MRT Lembah Klang\n\u00a0 \ndirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu majlis 10.00 pagi ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nSembilan stesen baharu yang akan dibuka ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu, manakala tiga stesen yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada MRT Laluan Kajang ialah Kwasa Damansara, Kampung Selamat dan Sungai Buloh.\n\n\nKetiga-tiga stesen ini telah beroperasi sejak 2016 apabila MRT Laluan Kajang fasa satu dibuka.\n\n\nBagaimanapun, stesen berkenaan ditutup sejak Oktober tahun lalu bagi kerja-kerja pemindahan stesen untuk menjadi sebahagian daripada MRT Laluan Putrajaya yang baharu.\n\n\nStesen terbabit juga kini telah berjaya dipindahkan ke MRT Laluan Putrajaya dan akan dibuka semula pada 16 Jun ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/18/bella-hadir-prosiding-mahkamah-hari-ini-siti-bainun-menangis/", "title": "Bella hadir Prosiding Mahkamah Hari Ini, Siti Bainun Menangis", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/facebook-video.mp4\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Remaja menghidap Sindrom Down dikenali sebagai Bella yang didakwa menjadi mangsa penderaan bawah jagaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, dibawa ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini bagi proses sesi pengecaman terhadap beberapa saksi kes berkenaan, selain pengecaman saksi ke atas Bella. Siti Bainun pula dilaporkan media tidak dapat menahan sebak ketika melihat kelibat Bella.\n\n\nRemaja kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Bella yang didakwa menjadi mangsa pengabaian di bawah jagaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hadir ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nRemaja itu dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk melakukan sesi pengecaman terhadap beberapa saksi kes berkenaan, selain pengecaman saksi ke atas Bella. Bella 13 tahun itu tiba di mahkamah kira-kira jam 9.45 pagi menaiki van Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMAINPP tuntut permohonan maaf penceramah bebas\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid mohon kes rasuah digugurkan, bicara kes tangguh 1 April\n\n\n\n\n\n\nAfghanistan : Russia Sedia Pertimbang Iktiraf Kerajaan Taliban\n\n\n\n\n\n\nLima bas ekspres terbakar\n\n\n\n\n\n\nKDN rampas al-Quran elektronik tanpa kelulusan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMedia tempatan hari ini melaporkan, sesi hari ini bersambung dengan pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan terhadap saksi kelapan Suhana Zam, 40 tahun. Saksi berkenaan yang merupakan Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman adalah rakan kepada Siti Bainun yang dikenali sejak 10 tahun lalu ketika bertugas di Menara Dato\u2019 Onn.\n\n\nPengasas Rumah Bonda yang dituduh mengabai dan menganiaya Bella, Siti Bainun Ahd Razali dilihat tidak dapat menahan sebak ketika mangsa dan lima lagi kanak-kanak jagaannya ketika dipanggil ke mahkamah hari ini.\n\n\nSiti Bainun, 30 tahun, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021.\n\n\nPertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Remaja OKU itu yang kini ditempatkan di sebuah pusat perlindungan kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Seremban sepatutnya hadir dua kali sebelum ini iaitu pada 31 Mei lalu dan 4 hari lepas. Namun, ia terpaksa ditangguhkan kerana remaja Sindrom Down tersebut demam.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/18/demonstrasi-aman-peguam-malaysia-hal-kebebasan-badan-kehakiman/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/18/demonstrasi-aman-peguam-malaysia-hal-kebebasan-badan-kehakiman/", "title": "Demonstrasi Aman Peguam Malaysia Hal Kebebasan Badan Kehakiman", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Ratusan peguam yang menyertai protes terhadap dakwaan cubaan melemahkan badan kehakiman, tidak dibenarkan berarak ke parlimen.\n\n\nIa selepas pihak penganjur tidak setuju dengan cadangan peserta untuk melepasi sekatan pihak polis dan bergerak dari tempat letak kereta dekat Padang Merbok, tempat mereka mula berkumpul, sejak jam sembilan pagi tadi.\n\n\nBagaimanapun, selepas lebih 30 minit pihak penganjur membuat rundingan bersama polis, hasrat kumpulan peguam berkenaan tidak dibenarkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Lancar MRT Laluan Putrajaya Fasa 1, Pagi Ini\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen jangan kompromi soal etika pakaian, elak jadi isu politik\n\n\n\n\n\n\nCuepacs gesa siasat dakwaan menteri buat \u2018kecoh\u2019 di KLIA\n\n\n\n\n\n\nCalon Timbalan Menteri dimuktamadkan dalam masa terdekat\n\n\n\n\n\n\nPN perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan pusat\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu Presiden Majlis Peguam Malaysia , Karen Cheah Yee Lynn berkata beliau telah menerima memorandum yang diterima oleh Majlis Peguam untuk diserahkan kepada Parlimen.\n\n\nMemorandum diserahkan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin untuk diserahkan kepada Yang Berhormat menteri serta perdana menteri.\n\n\n\u201c\u2026.hari ini saya hadir bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menerima memorandum daripada Bar Council, dan saudari Karen juga adalah sahabat lama saya dan harini saya bertemu dengan ramai sahabat sahabat yang dulu saya beramal di Melaka. Jadi terima kasih di atas kerjasama dan saya mohon maaf atas segala kesulitan dan kepayahan yang berlaku pada hari ini. Dan saya akan serahkan kepada Yang Berhormat Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi dan Yang Berhormat Perdana Menteri Memorandum yang saya terima pada hari ini..\u201d\n\n\n\u2013 DATUK WIRA MAS ERMIEYATI / Timbalan Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang).\n\n\nDalam pada itu seramai hampir 300 Peserta perhimpunan yang terdiri daripada Peguam dari seluruh Negara peserta dilihat melaungkan perkataan \u2018bebas kehakiman\u2019 sambil terus memegang sepanduk ditulis \u2018Jom Jalan For Judicial Independence\u2019, \u2018Get Ready Walk Steady\u2019 dan Pertahan Kebebasan Kehakiman.\n\n\nTerdahulu pada 27 Mei yang lepas, Badan Peguam mengundi pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), untuk mengadakan bantahan secara aman bagi menegakkan kebebasan kehakiman dan juga mengutuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali .\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/16/perdana-menteri-lancar-laluan-putrajaya-fasa-1-pagi-ini/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/18/filem-mat-kilau-cabaran-besar-buat-para-pelakon/", "title": "Filem Mat Kilau Cabaran Besar Buat Para Pelakon", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Sabtu \u2013\n Seperti pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah yang akan disaksikan oleh penonton pada hari Khamis lepas hasil tangan terbaharu pengarah berprolifik, Syamsul Yusof.\n\n\nLatar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.\n\n\nSemasa ditemuramah oleh wartawan TV Pertiwi, Pelakon utama filem Mat Kilau, Datuk Adi Putra berkata, wataknya itu adalah satu tanggungjawab dan amanah yang besar daripada almarhum Mat Kilau sendiri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZahid Mohon Tangguh Prosiding Bela Diri\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin Tetap Mahu Calonkan Pengganti Zuraida\n\n\n\n\n\n\n2 Sekolah Malaysia Disenarai Pendek 10 Teratas Anugerah Sekolah Terbaik Dunia\n\n\n\n\n\n\n3 Beranak Ditemukan Lemas, Saling Berpelukan Dalam Kereta\n\n\n\n\n\n\nTarik Balik Poster Papar Imej Wanita Bertudung\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cSaya secara jujurnya menolak tawaran ini sebanyak 2 kali. Cabarannya bagi saya bukan mudah, mengangkat satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang besar iaitu Almarhum Mat Kilau itu sendiri. Terima kasih kepada pengarah memberi ruang meskipun lepas 3 kali baru bersetuju mengambil watak mat kilau bersama barisan pelakon yang lain.\u201d\n\n\n\u201cSemoga mesej dalam filem Mat Kilau ini bukan sekadar hiburan aksi, akan tetapi fahamilah dan seeloknya, tak faham tidak mengapa tapi jangan salah faham.\u201d kata DATUK ADI PUTRA / Watak Utama\n\n\n\u00a0\n\n\nBagi Datuk Jalaluddin Hassan yang menyandang peranan sebagai Pembesar Melayu, beliau menyifatkan pengarah mempunyai idea yang hebat dalam mengadunkan aksi dan jalan cerita untuk mencapai setiap klimaks dalam babak yang ditonjolkan menerusi filem berkenaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cJika kita lihat, seperti filem Hollywood sahaja yang mampu menghasilkan filem berkualiti sebegini, ini satu perkara yang kita harapkan, dimana untuk dijadikan satu ukuran kepada yang lain dalam menghasilkan filem-filem yang berkualiti untuk ditonjolkan kepada negara luar, bahawa filem kita ada \u2018standard\u2019 dan mampu untuk bersaing walaupun bajetnya kecil.\u201d \u2013 DATUK JALALUDDIN HASSAN / Pelakon Mat Kilau.\n\n\n\u00a0\n\n\nFilem biografi ini juga menjadi satu karya yang segar hasil penulisan skrip oleh Shahrudin Dali.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201c\u2026kerana penulisnya yang seorang yang sangat arif dengan tanah melayu, iaitu Encik Syahrudin dan digarap pula oleh pengarah hebat Shamsul Yusof. Jadi saya percaya karya Mat Kilau ini karya \u2018epic\u2019 yang boleh beri mesej jelas mengenai semangat orang Melayu.\u201d\u00a0 \u2013 JOHAN AS\u2019ARI / Pelakon Mat Kilau\n\n\n\u00a0\n\n\nMenurut Datuk Yusof Haslam selaku pengarah filem, terdapat pelbagai kisah tokoh-tokoh sejarah Melayu yang lain yang boleh diadaptasikan oleh pengarah filem tempatan untuk dijadikan bukan sahaja sebagai filem hiburan semata, malah dijadikan untuk menerapkan semangat patriotisme dan semangat jati diri dikalangan anak muda.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201c\u2026harapan saya kepada filem Mat Kilau, semoga filem ini menjadi anjakan paradigma kepada filem-filem Melayu sebab kita dah lama, dan kita mempunyai banyak lagi tokoh-tokoh yang kita boleh dedahkan dalam bentuk visual di layar perak untuk kita memberi input kepada golongan muda. Jadi kita kena bangkitkan semangat perjuangan lah\u2026\u201d \u2013 DATUK YUSOF HASLAM / Pengarah Filem\n\n\nAntara barisan artis lain yang membintangi filem ini ialah Beto Khusyairi, Fattah Amin,, Ali Karimi, Yayan Ruhian, Geoff Andre Feyaerts, Wan Hanafi Su, dan Zarina Zainoordin.\n\n\nFilem ini mengisahkan pahlawan melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabatnya bangkit menentang penjajahan British. Kebijaksanaan Mat Kilau merancang penentangan kolonial British telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlaku pertempuran yang sengit demi membebaskan tanah air tercinta.\n\n\nMenelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.\n\n\nMat Kilau dibikin dalam suasana\u00a0 tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu. Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.\n\n\nKebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.\n\n\nTontonlah filem aksi tanpa henti ini, yang menyaksikan pengorbanan, keberanian, dan kesatuan pahlawan-pahlawan Melayu untuk membebaskan tanahair tercinta.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nPautan Video :\u00a0\nhttps://fb.watch/dKfSNso4aB/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/16/ismail-sabri-umum-perkhidmatab-percuma-untuk-semua-kendalian-radpidkl-selama-sebulan/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/18/kenyataan-setiausaha-pas-selangor-tidak-tepat/", "title": "Kenyataan Setiausaha PAS Selangor Tidak Tepat", "body": "2\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/facebook-video-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nSHAH ALAM, Jumaat \u2013\n Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha PAS Selangor, seperti disiarkan sebuah portal berita adalah tidak tepat serta tidak pernah berlaku ketika sesi menghadap Sultan Selangor berhubung festival Bon Odori.\n\n\nSetiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha PAS Selangor, seperti disiarkan sebuah portal berita semalam adalah tidak tepat serta tidak pernah berlaku ketika sesi menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKM Saran Hadir Janji Temu Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\nIbu mualaf dikurung, anak dipukul dengan penyangkut baju sebab kuat menangis\n\n\n\n\n\n\nBN Umum Tidak Letak Calon Dalam PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nMUDA, PSM dan PRM kalah semua kerusi dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nProjek Canal City Dibatalkan Punca Banjir Besar Di Shah Alam?\n\n\n\n\n\n\n\n\nMunir Bani berkata, ketika sesi menghadap, baginda hanya menyatakan pendirian baginda kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bahawa baginda tidak menyekat Festival Kebudayaan Jepun \u2018Bon Odori\u2019 yang akan diadakan di Selangor pada 16 Julai depan.\n\n\nBaginda berpandangan festival itu hanya berunsurkan kebudayaan semata-mata.\n\n\nKenyataan itu menyatakan, baginda juga tidak menghalang mana-mana orang Islam untuk menghadirinya sehingga satu kajian mendalam dilakukan terhadap festival itu, sama ada ia berunsur keagamaan atau kebudayaan bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat khususnya masyarakat Islam.\n\n\nSetiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah portal semalam di bawah tajuk \u2018Tiada Masalah antara kami, memberitahu yang mana dalam kandungan berita tersebut memetik sebagai berkata \u2018Baginda ingin tahu pendirian kami dalam perayaan Bon Odori\u2019.\n\n\nKenyataan itu juga berkata, Baginda memberi pandangan dan kami juga sampaikan kepada baginda bahawa kami menghormati pendirian baginda\u2019, adalah ditegaskan bahawa kenyataan ini adalah tidak tepat sama sekali dan tidak berlaku sebenarnya ketika Pesuruhjaya PAS Selangor menghadap Sultan Selangor pada tarikh berkenaan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/18/bella-hadir-prosiding-mahkamah-hari-ini-siti-bainun-menangis/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/18/tidak-perlu-akur-telunjuk-barat-ikut-budaya-masyarakat-setempat/", "title": "Tidak Perlu Akur Telunjuk Barat, Ikut Budaya Masyarakat Setempat", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Sabtu \u2013\n Tekanan memansuhkan hukuman mati dilakukan dari negara Barat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kiri atau liberal yang berlaku sekian lama.\n\n\nPengerusi Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat Malaysia (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata, mana-mana hukuman di sesebuah negara itu mencerminkan nilai budaya masyarakat setempat dan perlu meminta pandangan daripada rakyat sendiri.\n\n\n\u201cTekanan untuk memansuhkan langsung hukuman mati ini telah berlaku sekian lama, tekanan ini telah diberikan terutamanya oleh negara-negara barat dan NGO berhaluan kiri yang dipanggil liberal. Apabila saya ada pertemuan dengan kedutaan. Ini adalah isu-isu yang dbangkitkan samada bila kita dapat memansuhkan hukuman mati dan ini berlaku sebelum 2018. Setelah 2018 satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji semula hukuman mati.\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, pihaknya tidak bersetuju langsung untuk memansuhkan hukuman mati kerana katanya perkara sebegini patut diajukan kepada rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKertas arahan halang MB Kedah wujud\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam Disaran Letak Azam Jaga Agama, Bela Umat -MUIS\n\n\n\n\n\n\nKerajaan negeri tidak benarkan pesta seks berlaku di Johor\n\n\n\n\n\n\nTawaran RM10 juta: SPRM akan ambil tindakan undang-undang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tubuh Majlis Madani, satukan NGO Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, di Amerika Syarikat sendiri majoriti rakyat mahu hukuman mati dilaksanakan demi menuntut keadilan.\n\n\n\u201cIni patut diajukan kepada rakyat sebenarnya hukuman sepatutnya mencerminkan budaya masyarakat dan apabila ingin mengubah sebegitu rupa sepatutnya rakyat diminta pandangan supaya nak tahu mereka mereka bersetuju atau tidak.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam rancangan Dimensi TV Pertiwi malam tadi.\n\n\nSebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.\n\n\nKeputusan berkenaan dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lepas.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/18/filem-mat-kilau-cabaran-besar-buat-para-pelakon/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/harga-ayam-naik-rakyat-terima-keputusan-kerajaan/", "title": "Harga Ayam Naik, Rakyat Terima Keputusan Kerajaan", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Sabtu \u2013\n Harga baharu ayam segar selepas berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini, perlu melebihi RM10 sekilogram bagi mendapatkan situasi menang-menang antara pemain industri rantaian makanan itu serta pengguna.\n\n\nTinjauan TV Pertiwi dalam mendapatkan pendapat orang ramai mengenai kenaikan harga ayam yang bakal berlaku pada bulan Julai ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023\n\n\n\n\n\n\nTidak mudah PH-BN rampas negeri Kedah \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nTiada Vaksin Tamat Tempoh, Kkm Pantau Melalui Vms\n\n\n\n\n\n\nPEJUANG tidak bertanding pilihan raya di enam negeri\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan kalimah Allah akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u20268.90 sen kan harga datang ayam pun sekarang ni pun dah 9 ringgit lebih lepas pada siling, so sekarang ni masalahnya Malaysia ni pun baru nak tanam jagung, lagi harga pun lagi macam ni so sebelum ini tiada pun harga macam ni datang pun murah kita jual pun murah untuk rakyat kan \u2026\u201d\n\n\nMOHD FAUZI ZAKARIA / Peniaga\n\n\nBersetuju dengan tindakan kerajaan, suri rumah Latifah Abdullah berkata walaupun harga ayam meningkat dia akan tetap membeli ekoran mendapat permintaan tinggi daripada anak-anaknya.\n\n\n\u201c\u2026rasa wajarlah boleh lah tu naik RM10, ada sekali yang dulu yang belum naik RM10 tu dia tulis RM8.90 tetapi mereka jual sampai 9 ringgit lebih tapi kalau RM10 tu boleh lah kan sesuailah tapi jangan naik tinggi lagi sudahlah RM10 tu okaylah\u2026\u201d katanya.\n\n\nMenurut Penjawat Awam Marzita Mokhtar, sekiranya isu ini dapat ditangani dengan baik kemungkinan dapat memberi kebaikan serta keseimbangan kepada pengeluar dan pembeli ayam di negara ini.\n\n\n\u201c\u2026jika ditangani dengan betul, mungkin kaedah itu akan memberi kesimbangan kepada harga ayam semasa, tidaklah kenaikan terlalu tinggi banyak memberi kesan kepada rakyat. Jadi kalau kewajarannya kenaikan ini kita tidak boleh nak tolak, dalam keadaan suasana ekonomi yang tidak menentu sama ada di Malaysia atau dunia, tetapi kalau boleh itu minta kerajaan menyeimbangkan itu jangan terlalu membebankan rakyat\u2026\u201d kata Marzita.\n\n\nRata-rata rakyat berpendapat kenaikan harga ayam adalah sejajar dengan krisis ekonomi yang berlaku pada waktu ini namun kerajaan juga harus mempertimbangkan segala keputusan yang dibuat agar tidak terlalu membebankan rakyat.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/mafi-sasar-kurangkan-pekerja-asing-sehingga-2030/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/johor-berhak-putuskan-had-umur-minimum-adun/", "title": "Johor Berhak Putuskan Had Umur Minimum ADUN", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/DUN-johor-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nJOHOR BAHRU, Sabtu \u2013\n Johor berhak memutuskan sama ada untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, autonomi negeri perlu dihormati terutama dalam perkara tertentu yang kerajaan Persekutuan tiada kuasa ke atasnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMohd Shafiq tak puas hati, ambil tindakan undang-undang\n\n\n\n\n\n\nSelamat hari lahir ke-98 Tun!\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri Tiba Di Singapura Sempena Pelaksanaan VTL\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa di Lima Negeri Menurun\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih atas khidmat sebagai Naib Presiden, PM \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSekiranya Johor tidak akan meluluskan mana-mana undang-undang untuk membenarkan calon mereka bagi DUN dikurangkan kepada umur 18 tahun itu adalah hak mereka.\u201d\n\n\n\u2013 DATUK SERI DR WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR / Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)\n\n\nJelas Wan Junaidi , Untuk negeri bersetuju atau tidak bersetuju terhadap sesuatu mereka masih mempunyai autonomi untuk membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka mahu.\n\n\nKatanya, Sekira Johor tidak akan meluluskan mana-mana undang-undang untuk membenarkan calon mereka bagi DUN dikurangkan kepada umur 18 tahun, dan itu adalah hak mereka.\n\n\nKhamis lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan menjelaskan mengapa baginda belum memberi persetujuan mengenai pindaan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor (Pindaan) untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi DUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.\n\n\nPada pembukaan rasmi Penggal Persidangan Pertama DUN yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Johor, Sultan Ibrahim bertitah had umur minimum untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor masih kekal 21 tahun.\n\n\nPada 6 Januari lepas, DUN Johor meluluskan enakmen berkenaan untuk menurunkan had umur minimum calon pilihan raya bagi kerusi DUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.\n\n\nSementara itu, Wan Junaidi berkata, di peringkat Persekutuan, umur minimum calon pilihan raya untuk Ahli Parlimen masih 18 tahun dan ini mungkin menimbulkan kekeliruan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama dalam pilihan raya serentak.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/maklumat-dakwa-fenomena-aphelion-mula-palsu/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/mafi-sasar-kurangkan-pekerja-asing-sehingga-2030/", "title": "MAFI Sasar Kurangkan Pekerja Asing Sehingga 2030", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/PEKERJA-ASING1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Sabtu \u2013\n Sebanyak 10 peratus sehingga tahun 2030 disasarkan oleh Jabatan Pertanian dalam mengurangkan pekerja asing ekoran peningkatan penggunaan teknologi tinggi serta pembabitan belia tempatan dalam sektor agromakanan subsektor tanaman.\n\n\nMenurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah, Jabatan Imigresen merekodkan lebih seratus 56 ribu pekerja asing aktif di Malaysia bagi sektor pertanian untuk tempoh sehingga 30 Jun 2019\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n4 Kes Omicron Dikesan Di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nTiada Waran Tangkap Buat Rosmah\n\n\n\n\n\n\nSudah Beritahu PM, Segera Adakan Pilihan Raya Umum \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nPelajar, OKU nikmati tambang KTMB percuma mulai 15 Februari\u00a0\n\n\n\n\n\n\nKWSP lancar i-Sayang, suami boleh carum dua peratus untuk isteri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSehingga 9 Jun lalu, terdapat 17,425 peluang kerjaya aktif dalam sektor pertanian diiklankan dalam portal MYFutureJobs. Sebanyak 13,167 atau 76 peratus daripadanya adalah pekerjaan yang ditawarkan dalam subsektor tanaman membabitkan pelbagai kategori jawatan termasuk pengurusan dan pentadbiran, teknikal pertanian, penyelia ladang dan pekerja ladang.\u201d\n\n\nDATUK SERI AHMAD HAMZAH / Timbalan Menteri Pertanian dan Industri\n\n\nMenurutnya, pihak industri ketika ini memaklumkan bahawa sektor tanaman negara dianggarkan memerlukan pekerja asing seramai kira-kira 46 ribu pekerja. Katanya, ia adalah peluang pekerjaan yang boleh dimanfaatkan oleh warga tempatan.\n\n\nSelain itu, Ahmad berkata, pihaknya juga memberi jaminan bekalan makanan termasuk ayam dan daging mencukupi menjelang musim perayaan bulan depan. Beliau berkata, bekalan lembu untuk ibadah korban pada Aidiladha tahun ini juga mencukupi selepas kerajaan membenarkan import haiwan ternakan itu dari Thailand.\n\n\nTerdahulu, kerajaan menarik balik larangan import lembu dan kerbau dari Thailand berkuat kuasa serta-merta hasil persetujuan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan Jabatan Pembangunan Ternakan (DLD) berkaitan langkah pengawalan penyakit Lumpy Skin Disease (LSD) yang sebelum ini membabitkan pengimportan lembu dan kerbau.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/johor-berhak-putuskan-had-umur-minimum-adun/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/maklumat-dakwa-fenomena-aphelion-mula-palsu/", "title": "Maklumat Dakwa Fenomena Aphelion Mula PALSU", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/facebook-video-3.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Sabtu \u2013\n Maklumat tersebar termasuk di WhatsApp dan media sosial bahawa Malaysia akan mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga menjejaskan kesihatan, kesan fenomena Aphelion bermula esok hingga Ogos adalah palsu.\n\n\nKetua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah, menegaskan perkongsian terbabit yang memaklumkan kononnya cuaca sejuk daripada fenomena akan memberi kesan selsema, batuk dan sesak nafas adalah tidak benar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSuspek 1MDB, Kee Kok Thiam mati mengejut akibat strok\n\n\n\n\n\n\nPAS anjur himpunan solidariti bantah tindakan bakar Al-Quran Jumaat ini\n\n\n\n\n\n\nBukan kuasa PM beri pentaulihan kepada agamawan, ulama\n\n\n\n\n\n\nAhmad Shah akui tidak sukar raih mandat rakyat sekali lagi\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMaklumat dikongsi itu palsu (hoax), termasuk dakwaan akan mengalami sakit tertentu itu tidak benar,\u201d\n\n\nBeliau berkata, fenomena Aphelion dijangka bermula pada 4 Julai depan iaitu keadaan di mana kedudukan bumi berada dalam orbit yang paling jauh dari matahari. Tambahnya Maklumat dikongsi itu palsu (hoax), termasuk dakwaan akan mengalami sakit tertentu itu tidak benar.\n\n\nMenerusi perkongsian maklumat terbabit, mendakwa fenomena Aphelion akan bermula esok hingga 22 Ogos depan dan negara akan mengalami cuaca sejuk lebih daripada cuaca sejuk sebelum ini yang akan memberi kesan kepada selsema, batuk, sesak nafas dan lain-lain. Maklumat itu turut menggesa orang ramai meningkatkan daya ketahanan badan dengan mengambil vitamin dan suplemen tambahan.\n\n\nMengulas lanjut mengenai fenomena Aphelion, beliau berkata, ia berlaku setiap tahun dan masanya ialah kira-kira dua minggu selepas Solstis Musim Panas (21 Jun).\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/18/kenyataan-setiausaha-pas-selangor-tidak-tepat/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/motac-giat-semarakkan-aktiviti-pelancongan-seni-dan-budaya-tahun-ini/", "title": "MOTAC Giat Semarakkan Aktiviti Pelancongan, Seni dan Budaya Tahun Ini", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289385883_562097238967596_539336456313130093_n-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nTUMPAT, Ahad \u2013\n Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melakukan pelbagai usaha dalam membangunkan serta menyemarakkan semula aktiviti pelancongan, seni dan budaya bagi mengembalikan semula sektor itu ekoran terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 sejak 2019.\n\n\nPembangunan dan penyemarakan semula aktiviti pelancongan, seni dan budaya di negara ini sedang digiatkan semula oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi mengembalikan semula sektor ekoran terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak 2019.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenderaan persendirian tidak perlu pamer cukai jalan bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nTurunkan Papan Tanda Jawi Di SJKC \u2013 ADUN Bilut\n\n\n\n\n\n\nSuhakam, Kenapa Enggan Berdialog? \u2013 Pembela\n\n\n\n\n\n\nPerjuangan PAS sudah berubah \u2013 Mohammad Agus\n\n\n\n\n\n\n73 Pelajar SBP Seri Puteri Positif COVID\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBermula 1 April lalu, sempadan negara sudah dibuka dan semua aktiviti di bawah mana-mana agensi diberi kelonggaran untuk dianjurkan dan aktif kembali. MOTAC sentiasa memastikan kesenian tradisional yang ada dapat dipromosi dan dipopularkan di luar negara melalui pelbagai medium selari dengan perkembangan teknologi semasa,\u201d\n\n\nMenurut Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC, Norazman Othman, pihaknya telah melakukan pelbagai usaha melalui jabatan dan agensi seperti Pejabat MOTAC Negeri, Tourism Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kraftangan Malaysia, Jabatan Warisan Negara dan Istana Budaya.\n\n\nKata beliau, menerusi sesi pemeriksaan Bajet 2023 pada bulan lalu, setiap agensi membuat permohonan peruntukan kepada kerajaan untuk menganjurkan aktiviti bagi merancakkan semula kesenian dan budaya.\n\n\nTambahnya, Festival Kesenian Rakyat Kelate 2022 (FKRK 2022) sejak 16 Jun hingga semalam juga merupakan satu usaha kerajaan membuka lebih banyak peluang kepada penggiat seni serta pemain industri pelancongan.\n\n\nSehubungan itu, beliau menggesa semua pihak termasuk penggiat seni dan komuniti setempat dapat memainkan peranan membantu MOTAC dalam memulihara serta mengembangkan seni budaya warisan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/harga-ayam-naik-rakyat-terima-keputusan-kerajaan/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/pas-harap-hubungan-mn-dapat-dikekalkan/", "title": "PAS Harap Hubungan MN Dapat Dikekalkan", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289250876_159570993271255_1936046576093462539_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Ahad \u2013\n Terdapat dua kelompok UMNO dalam isu perjuangan Muafakat Nasional (MN) yang sehingga kini masih tergantung \u2013 PAS Perlis\n\n\nMuafakat Nasional (MN) dianggap masih boleh diteruskan sekiranya UMNO bersetuju untuk terus kekal bersama PAS. Menurut Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli, terdapat dua kelompok UMNO dalam isu perjuangan Muafakat Nasional yang sehingga kini masih tergantung.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN didakwa bergolak: Ismail Sabri jumpa Pas, Ahmad Zahid di rumah Anwar\n\n\n\n\n\n\nKertas arahan halang MB Kedah wujud\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi Hadi keluarkan amanat halalkan ajaran menyimpang\n\n\n\n\n\n\n3 Kes Dikesan Di Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nPKR tarik balik penggantungan keahlian Iswardy\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUMNO \u2018Putrajaya\u2019 yang lebih mahukan MN dipertahankan manakala kelompok kedua pula adalah UMNO \u2018PWTC\u2019 yang mahu bergerak solo. Biarpun begitu PAS kekal berharap hubungan MN ini diteruskan walaupun ada dalam kalangan UMNO melihat tidak perlu MN lagi,\u201d\n\n\nBeliau berkata, dalam hubungan PAS dan UMNO terdapat dua kelompok yang diperlihatkan iaitu UMNO\u2019 Putrajaya\u2019 dan UMNO \u2018PWTC\u2019.\n\n\nMemetik ismaweb, Mohd Shukri berkata walaupun UMNO secara tegas mahu bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) namun PAS tidak akan putus asa dalam mempertahankan MN yang diyakini memberi manfaat besar dalam penyatuan Ummah.\n\n\nTambahnya, PAS tetap mengharapkan kerjasama tersebut dapat diteruskan menjelang PRU 15 serta parti itu turut bersedia untuk menjadi orang tengah dalam perundingan antara UMNO dan BERSATU.\n\n\nMenurutnya sekiranya UMNO masih berkeras menolak kerjasama MN maka PAS terpaksa bertembung dengan parti itu dalam PRU15 yang akan datang.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/umno-bn-negeri-sembilan-sedia-tanding-sendirian-dalam-pru/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/polis-panggil-penganjur-perhimpunan-minggu-depan/", "title": "Polis Panggil Penganjur Perhimpunan Minggu Depan", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Sabtu \u2013\n Pihak polis akan memanggil beberapa individu untuk dirakam keterangan pada minggu hadapan bagi membantu siasatan berhubung Perhimpunan Untuk Kebebasan Kehakiman di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam.\n\n\nKetua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan individu yang dipanggil mengambil keterangan itu membabitkan semua penganjur yang hadir.\n\n\nDalam perhimpunan semalam, kira-kira 500 peserta berkumpul di Padang Merbok, sejak 9 pagi. Pihak polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula berkawal di sepanjang laluan lokasi terbabit sejak 7 pagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kecam tindakan bakar al-Quran di Denmark\n\n\n\n\n\n\n94 lokasi bencana dikenal pasti seluruh negara\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan\n\n\n\n\n\n\nSerahkan Semula Tugas Kepada Pdrm & Atm\n\n\n\n\n\n\n10 Jam Keluarkan Mangsa Daripada Timbunan Runtuhan Di Cameron Highlands\n\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan itu, polis membuka kertas siasatan berhubung perhimpunan itu yang dianjurkan Badan Peguam Malaysia bagi menuntut supaya Badan Kehakiman terus bebas daripada mana-mana pihak. Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 15 (3), Peraturan 6 dan Peraturan 7, Akta Perhimpunan Aman 2012.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/johor-berhak-putuskan-had-umur-minimum-adun/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/saya-yakin-dengan-bersatu-rashid-hasnon/", "title": "Saya Yakin Dengan BERSATU \u2013 Rashid Hasnon", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289195055_527127935778850_8857768680152300146_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Ahad \u2013\n Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan akan meninggalkan Bersatu.\n\n\nMenerusi kenyataan beliau di Facebook, Mohd Rashid berkata dakwaan dirinya dan ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan keluar daripada Bersatu sebagai mustahil dan usaha untuk melemahkan parti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKM nafi pertimbang ambil jururawat asing\n\n\n\n\n\n\nApa motif Anwar buat kenyataan menyinggung orang Melayu?\n\n\n\n\n\n\nKonsep Madani hasil pengalaman, perjuangan panjang Anwar\n\n\n\n\n\n\nRM3.4 bilion tuntutan semula Wang Tidak Dituntut sehingga 31 Mei\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen PH tidak sependapat pelantikan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, beliau mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap parti ini dan akan terus menyokong parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sementara itu beliau itu berkata serangan berita palsu itu jelas menunjukkan bahawa pihak tertentu cuba memberi perkspektif negatif yang cuba menjatuhkan Bersatu.\n\n\n\u201cBerhentilah mengadu domba dengan propaganda murahan untuk melemahkan Bersatu. Serangan berita palsu seperti ini jelas menunjukkan ada pihak tertentu ketandusan isu cuba untuk memberikan tekanan dengan memberi persepsi negatif yang kononnya boleh melemahkan Bersatu,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Mohd Rashid dan Mohamed Azmin terpalit dengan dakwaan mereka akan meninggalkan Bersatu selepas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar Bersatu pada 26 Mei lepas dan kemudiannya menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/pas-harap-hubungan-mn-dapat-dikekalkan/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/semak-semula-perkara-152-dan-akta-342/", "title": "Semak Semula Perkara 152 dan Akta 342", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/akta1521.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Sabtu \u2013\n Penetapan baharu mengenai Perkara 152 Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (Akta 342) dibuat serta disemak semula mengenai kedudukan Bahasa Melayu dalam pentadbiran negara seperti dalam sistem pendidikan, perbicaraan di mahkamah serta dewan perundangan supaya tidak dijadikan bahan polemik.\n\n\nPenasihat Institut Reformasi Politik dan Demokrasi (REFORM), Datin Dr Faridah Jalil berkata hampir 51 tahun peruntukan itu tidak pernah disemak semula walaupun banyak berlaku perubahan dalam dasar negara berkenaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsham suruh Rafizi cari jalan, jangan tunggu ringgit terus jatuh!\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Tak Perlu Bimbang Disiasat \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nBomba Siap Siaga Hadapi Gelombang Kedua Banjir\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan bas tergendala akibat banjir kilat \u2013 RapidKL\n\n\n\n\n\n\nTiada kompromi kepada polis terbabit pertubuhan haram \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPenggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan atau rasmi disangga Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (Akta 342), yang kini berusia hampir 59 tahun jika dihitung dari 1963 dan hampir 55 tahun jika dihitung dari 1967. Akta 342 ini juga disemak untuk kali terakhir pada 1971,\u201d\n\n\nMenurut beliau, ia menimbul kemusykilan apabila peruntukan itu yang menjadi pasak pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tidak pernah dikaji semula walaupun pejuang, pakar bahasa dan kerajaan menyedari kedudukan bahasa ini terumbang-ambing.\n\n\nMenerusi penulisan beliau di BH, badan Eksekutif perlu tegas mengenai penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara bagi urusan dalaman pentadbiran dan merangka dasar terbaru mengenai kedudukan bahasa Melayu selari dengan pembentukan perpaduan dan hubung kaitnya dengan tamadun.\n\n\nTambahnya, pembentukan dasar terbaru membolehkan dewan perundangan menghasilkan undang-undang bahasa yang jitu untuk memandu pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta menutup tohmahan mengenai kedudukan Bahasa Melayu.\n\n\nBeliau berkata selepas 10 tahun, Perkara 152 sepatutnya dipindahkan menjadi satu peruntukan di Bahagian I Perlembagaan yang dikhususkan sebagai, \u2018Negeri-negeri, Agama, Bahasa dan Undang-undang bagi Persekutuan\u2019. Akta 342 pula sewajarnya digantikan dengan peruntukan baharu lebih tegas dan terarah berkait penggunaan Bahasa Melayu.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/umno-bn-negeri-sembilan-sedia-tanding-sendirian-dalam-pru/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/umno-bn-negeri-sembilan-sedia-tanding-sendirian-dalam-pru/", "title": "UMNO, BN Negeri Sembilan Sedia Tanding Sendirian Dalam Pilihan Raya", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/UMNO-N9.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nSEREMBAN, Sabtu \u2013\n UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan dikatakan sudab bersedia untuk bertanding sendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Ismail Lasim.\n\n\nBeliau berkata walaupun pengumuman rasmi mengenai PRU15 belum dikeluarkan namun keputusan itu sejajar dengan ketetapan dibuat kepemimpinan peringkat tertinggi parti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerja penyelenggaraan punca Lebuhraya Karak sesak\n\n\n\n\n\n\nBukan masa sesuai perkenalkan semula GST\n\n\n\n\n\n\nSampai Bila Mahu Biarkan Negara ditadbir Pemimpin Rakus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nPengharaman buku homoseksual ikut undang-undang \u2013 AGC\n\n\n\n\n\n\nJakim nafi laporan hasil cerapan 1 Syawal 1443H tidak sah, batal\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cWalaupun setakat ini belum ada keputusan dibuat di peringkat badan perhubungan, tetapi kita (UMNO dan BN) sudah bersedia untuk bertanding sendirian tanpa kerjasama mana-mana gabungan lain pada PRU-15 nanti. Ini seiring dengan keputusan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO, selain menerusi kenyataan Presiden dan Timbalan Presiden parti,\u201d\n\n\nTerdahulu, Setiausaha UMNO Negeri Sembilan, Mustafa Salim, mengesahkan UMNO dan BN Negeri Sembilan akan meletakkan calon di semua lapan kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada PRU15.\n\n\nMustafa dilaporkan berkata, ia sejajar dengan keputusan kepemimpinan tertinggi parti bahawa UMNO dan BN akan bertanding bersendirian pada PRU berkenaan. Mengulas mengenai pandangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berhubung pemimpin veteran perlu memberi laluan kepada calon muda untuk bertanding.\n\n\nIsmail berkata UMNO tidak harus mengetepikan semua veteran parti itu daripada menjadi calon. Kata beliau, UMNO tidak boleh membuang orang lama dan mesti mempunyai keseimbangan misalnya sebanyak 30 peratus orang muda dan pemimpin veteran dalam menjadi calon untuk PRU15. Ujar beliau, tidak boleh semua yang baharu kerana pengalaman penting supaya ada keseimbangan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/johor-berhak-putuskan-had-umur-minimum-adun/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/bukan-sahaja-inggeris-adibah-noor-pelopor-penggunaan-bahasa-melayu/", "title": "Bukan Sahaja Inggeris, Adibah Noor Pelopor Penggunaan Bahasa Melayu", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/facebook-video-2.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Ahad \u2013\n Jenazah Allahyarham Adibah Noor , selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat Permai, Taman Keramat Kuala Lumpur pada jam 11.30 pagi tadi.\n\n\nAdibah yang sebelum ini mesra dipanggil guru Bahasa Inggeris sebenarnya adalah pejuang dalam mempertahankan Bahasa Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRampas tanah Palestin, Israel rancang bina lebih 2,000 penempatan haram\n\n\n\n\n\n\nSelangor tidak iktiraf kahwin luar negara\n\n\n\n\n\n\nPelampau Israel lempar kata kesat sambik berarak di Baitulmaqdis\n\n\n\n\n\n\nRekahan Baharu Dikesan Di Tempat Kejadian\n\n\n\n\n\n\nWarga Singapura marah ditegur isi minyak dalam tong\n\n\n\n\n\n\n\n\nRakan Allahyarham, iaitu penyampai radio Linda Onn berkata Adibah seorang yang mementingkan penggunaan Bahasa Melayu yang sempurna selain akan membetulkan jika ada penggunaan bahasa pasar yang tidak bersesuaian.\n\n\n\u201c\u2026 dan dia switch itu, in the full sentence perfect Malay perfect English dia macam tak ada campur aduk dia punya bahasa eventhough dia berbual dengan kita ni, keluar dengan kita ni pun cara percakan dalam bahasa Melayu pun memang betul bahasa english pon sedap di dengar betul so itu adibah noor \u2026\u201d\n\n\nLINDA ONN / Penyampai Radio\n\n\nBagi rakan seperjuangan yang pernah bersama dalam satu rancangan bual bicara radio suatu ketika dahulu, Halim Othman mengagap Adibah Noor ada seorang yang sangat mencintai dan menjaga Bahasa Melayu dalam setiap percakapan yang diungkapkannya.\n\n\n\u201c.\u2026 Adibah Noor seolah olah penjaga bahasa kita hilang seorang yang special yang menjadi bahasa Melayu yang juga mengajar kita juga untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan betul\u2026\u201d\n\n\nHALIM OTHMAN / Penyampai Radio\n\n\nSemalam, Allahyarham Adibah atau nama sebenar, Adibah Noor Mohd Omar menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat setelah lama bertarung mengidap penyakit itu.\n\n\nSebelum ini, penampilan terbaru Adibah, 52, dilihat semakin kurus di instagram berbanding sebelum ini mencuri tumpuan ramai. Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohd Omar bagaimanapun enggan mendedahkan berapa berat badannya sekarang ini yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan.\n\n\nLebih 100 orang termasuk rakan artis dan penggiat seni hiburan tanah air hadir memberi penghormatan terakhir termasuklah Datuk Afdlin Shauki, Nikki Palikat, Suki, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Liza Abdullah, Anuar Zain, Ziana Zain, Nadiya Nissa, Ruzana Ibrahim, Sharifah Amani, Saiful Apek dan Linda Onn.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/motac-giat-semarakkan-aktiviti-pelancongan-seni-dan-budaya-tahun-ini/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/lupus-kenderaan-lebih-10-tahun-belum-sesuai-dilaksanakan/", "title": "Lupus Kenderaan Lebih 10 Tahun Belum Sesuai Dilaksanakan", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Ahad \u2013\n Cadangan supaya kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun dilupuskan bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas, masih belum sesuai dilaksanakan di negara ini.\n\n\nMenteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata dasar sedemikian jika mahu dilaksanakan memerlukan kajian terperinci di samping kesediaan dan kemampuan rakyat negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu bangunkan tiga sektor jika ekonomi tak gawat \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Kebenaran Perjalanan Ke Negara Lain\n\n\n\n\n\n\n\u201cKenyataan saya, akar umbi undi DAP dipolemikkan\u201d- Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nKedai Sarbaneka Bangi, Kajang Henti Jual Arak\n\n\n\n\n\n\nIklan Jual Minyak Masak Secara \u2018Online\u2019 Diturunkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan sentiasa dengar pandangan dan idea pakar, namun dasar supaya melupuskan kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun masih tidak sesuai dilaksanakan di negara kita.\n\n\nDATUK SERI DR WEE KA SIONG / Menteri Pengangkutan\n\n\nKatanya, setakat ini terdapat lebih 34 juta kenderaan berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), namun hanya 22 juta sahaja yang aktif memperbaharui cukai jalan.\n\n\nJelasnya, kerajaan sentiasa dengar pandangan dan idea pakar, namun dasar supaya melupuskan kenderaan yang melepasi had usia lebih 10 tahun masih tidak sesuai dilaksanakan di negara kita.\n\n\nKa Siong berkata demikian pada sidang media selepas pelepasan perkhidmatan Tren Shuttle KTMB JB-Singapura di JB Sentral,Johor Bahru, hari ini.\n\n\nTurut hadir, Pengerusi KTMB, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/pas-harap-hubungan-mn-dapat-dikekalkan/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/malaysia-hantar-wakil-khas-ke-india-sampaikan/", "title": "Malaysia Hantar Wakil Khas ke India Sampaikan Pandangan Negara", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289224396_724915695483824_228572342600950998_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Isnin \u2013\n Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghantar wakil khasnya untuk bertemu Perdana Menteri India, Narendra Modi bagi menyampaikan sendiri pandangan Malaysia berhubung isu menghina Nabi Muhammad SAW.\n\n\n\u201cSetakat ini difahamkan utusan khas berkenaan belum dapat lagi mengadakan pertemuan secara rasmi dengan Perdana Menteri India. Perdana Menteri mengambil tindakan itu supaya pandangan kita dapat disampaikan sendiri ke pihak tertinggi kerajaan India.\u201d\n\n\nDATUK SERI SAIFUDDIN ABDULLAH / Menteri Luar\n\n\nWakil khas Perdana Menteri Malaysia dihantar untuk bertemu dengan Perdana Menteri India, Narenda Modi berhubung isu penghinaan Nabi Muhammad SAW yang berlaku di negara itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLHDN serbu rumah Hamzah, rampas fail, dokumen pemilikan aset\n\n\n\n\n\n\nKonsert Coldplay tiada manfaat kepada rakyat, negara\n\n\n\n\n\n\nKetua Menteri Melaka Mulakan Tugas Pentadbiran Negeri\n\n\n\n\n\n\nDakwaan DAP Sokong Ideologi Komunis Tidak Akan Ditarik Balik \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nADUN DAP dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Melaka\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu diambil bagi menyampaikan pandangan Malaysia berhubung isu berkenaan.\n\n\nSelain itu, kementeriannya telah memanggil Pesuruhjaya India di Kuala Lumpur ke Wisma Putra bagi menyampaikan nota protes berkaitan hal itu pada 7 Jun lepas.\n\n\n\u201cKementerian Luar negeri telah memanggil pesuruhjaya India di Kuala Lumpur ke wisma putra dan kita telah menyampaikan nota protes kepada beliau dan beliau juga telah menerangkan bahawa kerajaan India telah mengambil Tindakan yang cepat kedua-dua yang terlibat telah dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka dan kerajaan India mengatakan bahawa itu bukan pendirian rasmi kerajaan.\u201d\n\n\nBaru-baru ini, dua jurucakap BJP yang mentadbir India telah mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad dan isteri baginda Saidatina Aisyah.\n\n\nPerkara itu telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, terutama di Asia Barat yang mengutuk tindakan itu sehingga terdapat pusat beli-belah yang memunggah keluar produk India daripada rak jualan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/lupus-kenderaan-lebih-10-tahun-belum-sesuai-dilaksanakan/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/mtem-gesa-kerajaan-tangani-kemiskinan-pasca-pandemik/", "title": "MTEM Gesa Kerajaan Tangani Kemiskinan Pasca Pandemik", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289282778_121325093927502_8529965419270904928_n-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Ahad \u2013\n Melalui kajian yang dijalankan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), 60 peratus rakyat di negara ini tiada daya tahan ekonomi sekiranya ditimpa kejutan seperti kenaikan kos sara hidup mendadak yang berlaku masa kini.\n\n\nSehubungan itu, Felo Kanan MTEM, Ahmad Yazid Othman menggesa kerajaan supaya perhalusi strategi yang ingin dilaksanakan supaya kemiskinan dapat ditangani pasca pandemik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBahang Hari Pengundian Makin Terasa\n\n\n\n\n\n\nNajib aset strategik \u2018beku\u2019 UMNO \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nTentera Darat Sedia Bina Pos Kawalan Di Lawas\n\n\n\n\n\n\nLapor Polis, Buat Siasatan \u2013 Musa Hassan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri lawat mangsa banjir selepas 5 hari ke New Zealand\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, terdapat kategori \u201cekonomi mati\u201d yang meliputi sehingga 5% daripada komuniti termiskin di dalam dan luar kawasan luar bandar di Malaysia.\n\n\nJelasnya, sekiranya perkara ini dibiarkan, ia akan menghimpit seluruh lapisan rakyat dan bakal menyumbang kepada penularan gejala sosial, kegiatan jenayah dan ketegangan hubungan antara kaum.\n\n\n\u201cOleh itu kita menyarankan agar kerajaan segera melaksanakan langkah langkah khusus bagi menangani krisis ekonomi yang menyasarkan golongan B60. Antaranya ialah dengan meluaskan agihan serta menambah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk merangkumi sehingga 5% masyarakat termiskin dan ia tidak terhad kepada golongan \u2018miskin tegar\u2019 semata-mata. Selain itu, inisiatif-inisiatif untuk melonjakkan ekonomi luar bandar juga harus diusahakan dengan menambah nilai perkhidmatan, menggunakan teknologi terkini menggalakkan penyelesaian luar kotak. Semua ini mampu dilaksanakan memandangkan kos pelaksanaan usaha-usaha tersebut hanya sekitar 20% daripada kos subsidi minyak umpamanya.\u201d\n\n\n-AHMAD YAZID OTHMAN / Felo Kanan MTEM\n\n\nSementera itu, Felo Kanan MTEM, Azlan Awang berkata sekiranya 60 hingga 70 peratus rakyat dalam kalangan golongan rentan, ia disebabkan dasar yang tidak berjaya dilakukan dan tidak dinafikan ada pihak yang cuba mengaut keuntungan sehingga berlaku ekonomi yang tidak seimbang.\n\n\n\u201cDasar kita tidak betul bukan pada attitude orang miskin maknanya ekonomi yang kita pilih itu menyebabkan kemiskinan ini bukan kerana dia malas tidak. Dia adalah hasil system yang salah itu yang kita ken address short term, medium term, long term.\u201d\n\n\n-AZLAN AWANG / Felo Kanan MTEM\n\n\nBeliau berkata demikian dalam majlis forum bertajuk \u201cKemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pademik\u201d di Anjung Melayu, Kuala Lumpur.\n\n\nSelain Azlan, ahli panel lain yang terlibat adalah Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, Ketua Pegawai Eksekutif Orphancare Foundation, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dan Setiausaha Agung NUBE, J Solomon.\n\n\nDalam pada itu, pihak MTEM akan membawa intipati forum sebagai tuntutan dalam penganjuran Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2022 yang bakal diadakan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/tampil-semangat-patriotik-angkat-perjuangan-pahlawan-melayu/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/pas-masih-harapkan-kerjasama-umno-dalam-mn/", "title": "PAS Masih Harapkan Kerjasama UMNO Dalam MN", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289264783_438075524791612_8045232412597784298_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKOTA BAHRU, Isnin \u2013\n PAS masih mengharapkan kerjasama bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).\n\n\nMasih lagi mengharapkan supaya wujud kerjasama bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), parti PAS akan tetap berusaha selagi parlimen tidak dibubarkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat dakwaan Menteri Pelancongan berlaku rasuah di KLIA\n\n\n\n\n\n\nCuri air pili bomba, kontraktor bayar kompaun RM100\n\n\n\n\n\n\nAmbil tindakan terhadap Najwan Halimi \u2013 Rafique\n\n\n\n\n\n\nKenaikan Harga Sayur Sehingga 100 Peratus, Namun Dijangka Bersifat Sementara\n\n\n\n\n\n\nNasib 89 keluarga terbabit laluan ECRL akan dibela \u2013 MB Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita sudah biasa, sedia atau tidak sedia bila UMNO buat keputusan (untuk terus bekerjasama) maka kita kena hadapi. Kita tidak boleh terima jika UMNO hendak bekerjasama, PAS perlu tinggalkan BERSATU kerana jika boleh kita hendak sentiasa bersama untuk kepentingan semua.\u201d\n\n\nDATUK MOHD AMAR NIK ABDULLAH / Naib Presiden PAS\n\n\nMenurut Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sekiranya UMNO masih berkeras untuk bergerak secara sendiri maka partinya terpaksa hadapi perkara itu.\n\n\nTambahnya, jawatankuasa bagi membuat rundingan mengenai pemilihan kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah dibentuk dan pemilihan itu masih di peringkat rundingan.\n\n\nMohd Amar turut berkata partinya sentiasa bersiap siaga hadapi PRU15 yang diadakan pada bila-bila masa kerana sudah hampir memasuki tahun kelima.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/pas-utamakan-penyatuan-ummah-tolak-khemah-besar/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/pas-utamakan-penyatuan-ummah-tolak-khemah-besar/", "title": "PAS Utamakan Penyatuan Ummah, Tolak Khemah Besar", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/Peyatuan-Ummah-PAS.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Ahad\n \u2013 Idea khemah besar yang disifatkan untuk memfokuskan kepada Penyatuan Ummah ditolak oleh PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nNaib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata prinsip PAS mengenai penyatuan ummah adalah jelas iaitu kerjasama politik yang menguatkan umat Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelangor rekod purata 6 kematian seminggu akibat Covid-19 tahun ini\n\n\n\n\n\n\nSOSMA tidak dimansuhkan dalam masa terdekat \u2013 KDN\n\n\n\n\n\n\nDipercayai Libat Pegawai SPRM, Ditahan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia bakal tanah besar ke-2? Segera tangani pelancong China tidak pulang\n\n\n\n\n\n\nBN-PH tawar 5 perkara jika tawan Kedah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPAS berdiri teguh dengan prinsip kerjasama politik yang menguatkan dulu umat Islam, pada masa sama berdiri di satu perikatan dengan parti bukan Islam yang tidak ekstrim dan menjulang prinsip Perlembagaan Persekutuan. Kita tidak akan berhenti menyeru seluruh parti Melayu Islam baik UMNO dan BERSATU untuk bersama-sama dalam membina semula negara dan memperkukuhkan umat Islam,\u201d\n\n\nDATUK MOHD AMAR ABDULLAH / Naib Presiden PAS\n\n\nBeliau menegaskan bahawa prinsip parti itu yang sebagaimana termaktub dalam Perlembagaannya juga adalah jelas bahawa Islam yang paling utama.\n\n\nKatanya, bagi menghadapi Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018 hingga 2019, PAS menggerakkan usaha muafakat ummah sebagai ikhtiar menguatkan akar politik Melayu Islam yang semakin goyah.\n\n\nBeliau berkata usaha ini adalah untuk Islam serta prinsip kestabilan kerajaan yang dipegang PAS.\n\n\nMengulas lanjut, Mohd Amar berkata sejak kebelakangan ini, PAS juga menyedari situasi semasa umat Islam yang semakin dihimpit dengan cabaran yang banyak dari pelbagai aspek.\n\n\nKatanya, parti itu dengan segenap kemampuan yang ada menggerakkan usaha memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) untuk meneruskan agenda menerusi penyatuan ummah rentas ideologi dan parti politik.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/19/saya-yakin-dengan-bersatu-rashid-hasnon/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/sekadar-beri-bantuan-tidak-dapat-atasi-kemiskinan-rakyat-tun-m/", "title": "Sekadar Beri Bantuan Tidak Dapat Atasi Kemiskinan Rakyat \u2013 Tun M", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/TUN-M-MTEM.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Ahad \u2013\n Mungkin dahulu cara mengatasi kemiskinan adalah dengan memberi bantuan tetapi bantuan yang diberikan pada masa kini dianggap tidak mampu membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.\n\n\nBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemiskinan tidak mungkin diatasi dengan subsidi dan bantuan sebaliknya adalah dengan produktiviti mereka yang miskin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek Canal City Dibatalkan Punca Banjir Besar Di Shah Alam?\n\n\n\n\n\n\nNajib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara\n\n\n\n\n\n\nDakwaan kes Menteri buat kecoh di KLIA disiasat rapi -PM\n\n\n\n\n\n\nHospital Tuanku Ja\u2019afar tubuh jawatankuasa siasat dakwaan cuai\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran KWSP secara terus lebih mudah berbanding cagaran\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKemiskinan tidak mungkin diatasi dengan subsidi dan bantuan sebaliknya adalah dengan produktiviti mereka yang miskin. Justeru, cara si miskin menambah pendapatan perlu diperkenalkan kerajaan.\u201d\n\n\nTUN DR MAHATHIR MOHAMAD / Bekas Perdana Menteri\n\n\nBeliau berkata, kerajaan perlu perkenalkan cara-cara menambah pendapatan kepada golongan miskin dan mereka mesti menyambut baik cara-cara ini dan mengamalkannya.\n\n\nBeliau berkata, sikap golongan miskin perlu diubah iaitu rasa tidak mampu, tidak boleh, tidak ada kemahiran dan tidak ada pengetahuan kepada semangat sanggup belajar untuk membuat sesuatu, bukan sahaja membuat kerja tetapi cara-cara, sikap dan tugas-tugas.\n\n\nDalam pada itu beliau turut berkata, Malaysia perlu mempunyai pelaburan berdaya saing tinggi dari dalam dan luar negara untuk memperkayakan negara, dalam usaha mengatasi isu kemiskinan yang membelenggu masyarakat.\n\n\nMalah katanya, negara memerlukan infrastruktur dan pentadbiran yang cekap serta kerajaan tidak mengamalkan rasuah bagi keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negara ini berbanding negara Asia Tenggara lain.\n\n\nBeliau berkata demikian pada Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di Anjung Melayu, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/mtem-gesa-kerajaan-tangani-kemiskinan-pasca-pandemik/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/tampil-semangat-patriotik-angkat-perjuangan-pahlawan-melayu/", "title": "Tampil Semangat Patriotik, Angkat Perjuangan Pahlawan Melayu", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289228942_751328942575531_2071576795008723102_n-1-1.mp4\n\n\nKUALA LUMPUR, Ahad \u2013\n Mengangkat kisah perjuangan pahlawan Melayu, itu merupakan objektif Filem Mat Kilau.\n\n\nPenerbit filem Mat Kilau, Shahruddin Dali berkata beliau memilih \u2018genre\u2019 ini kerana generasi pada waktu ini amat gemar kepada filem yang bercorak aksi, ekoran itu beliau menghasilkan karya filem Mat Kilau yang menonjolkan kehebatan serta jadi diri orang Melayu dalam menyelamatkan tanah air.\n\n\n\u201c\u2026Mat Kilau ni kita pilih kerana kita berasa bahawa itu adalah satu vacuum ataupun satu \u2018genre\u2019 yang saya rasa sudah lama 11 tahun lalu kali terakhir filem ber\u2019genre\u2019 patriotik dihasilkan jadi kita memilih filem dengan judul Mat Kilau\u2026\u201d\n\n\n-SHAHRUDDIN DALI / Penerbit Filem Mat Kilau\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjadi panel program Dimensi: Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan terbitan TV Pertiwi malam tadi. Ketika ditanya mengenai kesesuaian \u2018genre\u2019 pada era ini, Shahruddin berkata filem biopik sejarah ini banyak menunjukkan semangat patriotik yang boleh diambil oleh masyarakat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Perlu Main Peranan Tahu Skop Kerja \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nCadangan Penubuhan Jawatankuasa Siasatan Khas Tan Sri Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nPengampunan diraja: UMNO masih perlukan Najib\n\n\n\n\n\n\nDua varian utama di China dikesan di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPenjualan Arak Di Kalangan Jurujual Muslim Semakin Berleluasa\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026saya rasa masyarakat sangat memerlukan rangsangan untuk cetuskan semangat kebangkitan anak-anak muda kerana kita lihat anak-anak muda pada ketika ini agak cair semangat patriotik jadi sebab itu kita memilih genre kepahlawanan ini dan tokoh Mat Kilau untuk membantu atau menyumbangkan memberi suntikkan kepada masyarakat dia\u2026\u201d\n\n\nSementara itu, pelakon daripada negara jiran iaitu Indonesia Yayan Ruhian yang juga merupakan sebahagian pelakon daripada Filem Mat Kilau berkata filem ini banyak memberikan pengajaran serta semangat yang berunsur positif yang diperlukan oleh masyarakat pada era ini.\n\n\n\u201c\u2026Mat Kilau ini tidak saja akan menjadikan tontonan yang menghibur tapi akan menjadi satu tontonan yang bisa menggugah tentang semangat tentang arti perjuangan tentang bagaimana bila kita memiliki akidah yang kuat apabila kita menjaga persahabatan persaudaraan menjaga persatuan\u2026pasti mendapatkan keberhasilan\u201d\n\n\n-YAYAN RUHIAN / Pelakon Indonesia\n\n\nFilem Mat Kilau menelan perbelanjaan sebanyak 8 juta ringgit yang memakan masa hampir 15 tahun untuk ditayangkan. Filem ini menampilkan bintang-bintang hebat seperti Datuk Adi Putra, Wan Hanafi Su, Beto Kusyairy, Khir Rahman, Fattah Amin dan Johan As\u2019ari.\n\n\n\u201cSaya tahu akan ada segelintir penonton Melayu yang bakal kurang senang dengan beberapa dialog & babak dalam filem ini nanti. Memang sengaja saya persembahkan sedemikian kerana itulah hakikat sebenar & semangat \u2018Perpaduan Melayu\u2019 yang kian pudar hari ini.\u201d\n\n\nSementara itu, pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menjawab tomahan penonton yang mempertikai jalan cerita dan watak dalam filem arahannya itu.\n\n\nKatanya, sebanyak 90 peratus jalan cerita dan dialog filem Mat Kilau telah diolah dan ditulis kembali olehnya dan Rizal Ashraf, malah rombakan besar dilakukan untuk mengikut kehendaknya sebagai pengarah dan penulis.\n\nTambah Syamsul, beliau turut meminta orang ramai yang mungkin tidak suka dengan filem itu untuk tidak menyalahkan penulis asal, kerana perubahan yang dilakukan demi menghasikan sebuah format filem sejarah bangsa yang baik.\n\n\nBeliau mengakui ada segelintir penonton Melayu yang bakal kurang senang dengan beberapa dialog dan babak dalam filem ini nanti.\n\n\nJelasnya persembahan itu sengaja dilakukan sedemikian kerana itulah hakikat sebenar dan semangat perpaduan Melayu yang kian pudar hari ini.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/bukan-sahaja-inggeris-adibah-noor-pelopor-penggunaan-bahasa-melayu/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/zuraida-masih-mahu-menjadi-menteri/", "title": "Zuraida Masih Mahu Menjadi Menteri", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289322535_749699176461794_3259603874063740260_n-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Isnin \u2013\n Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin berharap pertemuannya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membawa perkhabaran baik berhubung kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.\n\n\nAhli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin berharap pertemuannya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membawa perkhabaran baik berhubung kedudukannya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN GABUNG PH, DONG ZONG TERUS BERANI DESAK IKTIRAF UEC\n\n\n\n\n\n\nGuru al-Quran di kampung hanya dibayar RM10 sebulan\n\n\n\n\n\n\nBung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan\n\n\n\n\n\n\nNajib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara\n\n\n\n\n\n\nKit Siang cuba cetuskan api perkauman\n\n\n\n\n\n\n\n\nZuraida berkata beliau berharap jawatan itu kekal supaya dapat menyelesaikan segala program dan perancangan kementerian diterajuinya.\n\n\n\u201c\u2026I hope good news kekal jawatan untuk dihabiskan program atau rancangan yang telah saya mulakan, dan untuk stabilize kan negara dan juga kabinet. Jadi dapatlah kita sempurnakan apa yang kita rancangkan dapat dilaksanakan, ada few more programs yang belum lagi dapat dilaksanakan sudah dalam perancangan tengah diperingkat implementation jadi itulah kalau terus in shaa allah boleh dilaksanakan\u2026\u201d\n\n\nDATUK ZURAIDA KAMARUDDIN / Ahli Parlimen Ampang\n\n\nSebelum ini media melaporkan Ismail Sabri akan bertemu Zuraida pda minggu ini bagi membincangkan kedudukan bekas Ketua Wanita PKR itu dalam Kabinet selepas ahli parlimen Ampang itu bertindak keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).\n\n\nDalam pada itu, PBM meminta Ismail Sabri menimbangkan jawatan Zuraida dikekalkan kerana beliau menunjukkan prestatsi yang memberansangkan sepanjang menjadi menteri tersebut.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/pas-utamakan-penyatuan-ummah-tolak-khemah-besar/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/21/kerajaan-kelantan-sedia-beri-kerjasama-kepada-sprm/", "title": "Kerajaan Kelantan Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM", "body": "0\n\n\n\n\nKOTA BAHRU, Isnin \u2013\n Kerajaan negeri Kelantan akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pencerobohan balak yang didakwa berlaku di Hutan Simpan Kekal (HSK) Nenggiri, Gua Musang.\n\n\nTimbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan mengalu-alukan sebarang siasatan oleh Suruhanjaya tersebut.\n\n\n\u201cKerajaan negeri akan bekerjasama dengan SPRM. Sepanjang pentadbiran PAS di Kelantan, tiada seorang pun pegawai negeri kita didakwa di mahkamah kerana rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.\u201d\n\n\nDATUK MOHD AMAR NIK ABDULLAH/ Timbalan Menteri Besar Kelantan\n\n\nBeliau berkata Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan SPRM bagi membantu siasatan kes pencerobohan balak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir tidak bertanding pada PRN\n\n\n\n\n\n\nWisma Putra terima maklumat tiga rakyat Malaysia masih di Sudan\n\n\n\n\n\n\nLesen percuma tidak dapat diberikan kepada semua B40 \u2013 Anthony Loke\n\n\n\n\n\n\nLEBIH 22 JUTA POPULASI DEWASA MALAYSIA LENGKAP VAKSIN\n\n\n\n\n\n\nLima ADUN keluar UMNO sertai Gagasan Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun ujarnya, sepanjang pentadbiran PAS di Kelantan, tiada seorang pun pegawai negeri ini didakwa di mahkamah kerana rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Mohd Amar turut mengingatkan orang ramai untuk melaporkan sebarang penyalahgunaan kuasa atau rasuah melibatkan kerajaan negeri kepada pihak berkuasa yang berkaitan, bukannya membuat dakwaan palsu di media sosial.\n\n\nTerdahulu, SPRM Kelantan telah dilaporkan mengambil dokumen daripada beberapa jabatan negeri bagi membantu siasatan kes pembalakan haram, yang didakwa berlaku di Nenggiri. Beberapa individu dijangka akan dipanggil SPRM, termasuk kakitangan kerajaan dan mereka yang terlibat dalam pembalakan, untuk membantu dalam siasatan.\n\n\nSPRM mula menyiasat perkara itu selepas menerima maklumat mengenai dakwaan pembalakan haram di hutan simpan awal bulan ini. Polis Gua Musang baru-baru ini mengesahkan menerima laporan mengenai pencerobohan hutan simpan Nenggiri pada 2 Jun lalu.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/zuraida-masih-mahu-menjadi-menteri/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/21/kerajaan-laksana-program-dermasiswa-tvet-untuk-pelajar-b40/", "title": "Kerajaan Laksana Program Dermasiswa TVET Untuk Pelajar B40", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSHAH ALAM, Isnin \u2013\n Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pelaksanaan Program Dermasiswa B40 Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) khusus untuk pelajar B40 dengan pengambilan pertama membabitkan seribu orang.\n\n\nBeliau berkata program itu disediakan untuk pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang TVET di institusi pengajian awam (IPTA) seliaan Kementeriaan Pengajian Tinggi (KPT).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRUU Larangan Lompat Parti Dijangka Dikuatkuasa Bulan Depan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tak takut disiasat, nafi seleweng RM600 bilion\n\n\n\n\n\n\nRaikan Kepelbagaian Bukan Makna Korbankan Jati Diri\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Ikut Perasaan, Guna Saluran Yang Betul\n\n\n\n\n\n\nRibuan mangsa rugi puluhan juta terhadap skim pelaburan kutu \u2018Sapiza\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya yakin, program ini menawarkan lebih banyak peluang kepada anak Keluarga Malaysia, terutamanya daripada kumpulan B40 mendapat akses pendidikan di peringkat lebih tinggi, seterusnya membina kerjaya dalam bidang TVET,\u201d\n\n\nDATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB / Perdana Menteri\n\n\n\n\nIsmail Sabri berkata, kerajaan menjangkakan program ini membabtikan implikasi kewangan berjumlah RM36.41 juta bagi setiap pengambilan.\n\n\nTambahnya, aspek akreditasi, pengiktirafan dan pensijilan program TVET harus ditambah baik dengan pendedahan perlu dilaksanakan seawal usia muda supaya mereka lebih celik mengenai potensi laluan kerjaya TVET.\n\n\nDalam pada itu, Ismail Sabri menjelaskan walaupun kesedaran orang ramai terhadap pekerjaan sektor yang melibatkan TVET sudah meningkat namun ia belum mencapai tahap yang disasarkan.\n\n\n\u201c\u2026dalam usaha memperkasakan TVET, penjenamaan dan reputasi perlu dipertingkatkan dan ini memerlukan usaha lebih jitu bagi mengukuhkannya secara holistik. Sehubungan dengan itu, anjakan paradigma mesti dilakukan bagi meningkatkan persepsi positif dengan sokongan ibu bapa, belia dan industri terhadap TVET\u2026\u201d\n\n\nKatanya, agenda Pemerkasaan TVET telah menggariskan beberapa inisiatif yang berimpak besar dan strategic antaranya ialah pewujudan Hab Kolaborasi TVET (TCH) dan penubuhan Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC).\n\n\nSementara itu, beliau turut mengsityharkan tarikh 2 Jun sebagai Hari Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara dan wajar disambut setiap tahun bagi menghargai sumbangan daripada pihak TVET.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/16/ismail-sabri-umum-perkhidmatab-percuma-untuk-semua-kendalian-radpidkl-selama-sebulan/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/21/krisis-ekonomi-mendorong-masalah-mental-rakyat-pakar/", "title": "Krisis Ekonomi Mendorong Masalah Mental Rakyat \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/287954707_2190587771101105_3568814962120907233_n-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Isnin \u2013\n Sebahagian besar rakyat di negara ini bakal menghadapi masalah kesihatan mental sekiranya krisis ekonomi berterusan tanpa diberikan jalan penyelesaian oleh kerajaan.\n\n\nMenurut pensyarah Psikologi Pekerjaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Daniella Mokhtar, krisis ekonomi turut memberi masalah kesihatan mental yang berpanjangan seperti kebimbangan dan kemurungan sekiranya berlaku peningkatan kos sara hidup.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKuala Langat Kembali Dilanda Banjir\n\n\n\n\n\n\nHerba ada kandungan babi? \u2026`itulah pentingnya english edukesyen\u2019!\n\n\n\n\n\n\nIbu bapa teruja anak dapat sertai program khatan secara percuma\n\n\n\n\n\n\nSecara teorinya Muafakat Nasional sudah \u2018mati\u2019 \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Operasi hari ketujuh pasukan SAR negara cari mangsa hidup\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026so obviously kesihatan mesti akan terkesan walaupun belum terjadi lagi, ada desas desus sebenarnya ramai yang sudah terkesan, jadi peningkatan harga barang mungkin selepas ini ada juga golongan M40, ada juga beberapa ramai yang terjatuh pergi ke golongan B40, so itu juga merupakan kesan yang kita boleh nampak\u2026of course yang paling teruk yang boleh kita tengok masalah depression, covid-19 macam mana orang ramai terkesan lebih-lebih lagi pasal pekerjaan dan sebagainya\u2026\u201d\n\n\nDR DANIELLA MOKHTAR / Pensyarah Psikologi Pekerjaan UKM\n\n\nDr Daniella juga berkata krisis ekonomi ini akan turut mendorong rakyat bekerja lebih masa dan tidak mempunyai kesimbangan dalam pekerjaan.\n\n\n\u2026krisis ekonomi ini mungkin kemungkinan besar masyarakat umum kena kerja more than one job, jadi kerja dua tiga kerja adalah very common, bila bekerja dua tiga kerja ini dia punya masa lebih fokus kepada hanya bekerja sahaja, jadi dia tiada work life balance dia tiada masa untuk life dia. All this akan memberi kesan kalau tidak dibendung, obviously saya rasa dia akan memberi kesan kepada peningkatan statistik semasa masalah kesihatan macam tulah\u2026\u201d\n\n\nDR DANIELLA MOKHTAR / Pensyarah Psikologi Pekerjaan UKM\n\n\nDalam pada itu beliau turut menyarankan agar pihak organisasi atau pihak kerajaan memberikan khidmat kauseling untuk menyokong membantu mengurangkan beban masyarakat dalam menghadapi cabaran kehidupan.\n\n\nBeliau turut berpendapat organisasi yang terbabit perlu memainkan peranan penting dengan menyebarkan mengenai tanda-tanda awal penyakit kemurungan agar rakyat cakna terhadap penyakit itu.\n\n\nPautan FB ;\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/21/umno-dalam-bahaya-jika-terus-beri-muka-pada-mca-ridhuan-tee/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/21/rakyat-terbeban-kos-sara-hidup-tinggi/", "title": "Rakyat Terbeban Kos Sara Hidup Tinggi", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n Kenaikan kos sara hidup memberi kesan kepada rakyat pada masa kini terutamanya ketika mahu berbelanja untuk mendapatkan keperluan harian.\n\n\nInflasi yang mencengkam bukan sahaja di negara ini tetapi kebanyakan negara dunia juga dirasai mereka. Ada yang beranggapan kenaikan harga barang tidak setimpal dengan kenaikan gaji minimum terutamanya dalam kalangan golongan B40.\n\n\nWartawan Dzulfadhly Aiasa ada laporannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nOrang asli kesal, mohon maaf kepada Sultan Johor\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tidak perlu defensif \u2013 Nik Nazmi\n\n\n\n\n\n\nPengharaman buku homoseksual ikut undang-undang \u2013 AGC\n\n\n\n\n\n\nPAS Tidak Kaji Kerjasama Dalam PN\n\n\n\n\n\n\nGubal akta baharu dulu sebelum kenakan cukai cecair vape \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\n\n\nTinjauan di sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang hari ini mendapati kenaikan harga barang sangat terkesan kepada orang ramai dan menganggap kenaikan sebahagian harga barang tidak masuk akal.\n\n\nJika sebelum ini 100 ringgit sudah boleh memenuhi satu troli barangan yang dibeli, namun kenaikan harga barang menyebabkan rakyat berfikir banyak kali dan terpaksa mencongak barang barang yang ingin dibeli.\n\n\n\u201c\u2026kesannya memang nampakla sebab harga barang dia tidak setimpal dengan gaji rakyat, ada yang kadang dapat gaji rm 1200, rm1500 patutnya kena naik sikitlah. Macam harga contohlah harga bahan mentah ,macam ayam dulu boleh dapat sekilo dalam rm 15 atau 14 paling murah . sekarang pun seekor pon sudah rm 20. so kalau nak compare dengan gaji pekerja rm 1500 tu tak boleh pergilah\u2026\u201d\n\n\nHIDAYAH ZAHARI / Pekerja Swasta\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201c\u2026sekarang ini memberi effect kepada perbelanjaan isi rumah terutamanya melibatkan perbelanjaan harian especially bahagian makanan dan juga persekolahan anak-anak jugalah. Yang ketara sekarang adalah bahan untuk makanan, itu yang menyebabkan macam rantaian kepada kos kos lain. selain itu ia menjejaskan untuk berbelanja lebih lah lagi\u2026.\u201d\n\n\nHISHAM RANI / Bekerja Sendiri\n\n\nWalaupun bersyukur dengan kenaikan gaji minima kini, namun kadar peningkatan harga barangan dengan kadar gaji tidak seiring.\n\n\nSehubungan itu mereka berharap ada subsidi bersasar boleh dilaksanakan kerajaan untuk menempuh hari hari mendatang.\n\n\n\u201c\u2026Pada pendapat saya memang amat membebankan kepada rakyat \u2013 rakyat Malaysialah terutama sekali buat mereka yang berpendapatan mungkin dalam B40 ataupun M40. Walaupun kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji minimum RM1500 untuk semua kakitangan yang bekerja sebagai swasta ,kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan tetapi saya rasa keadaan sekarang memang kalau kata ikotkan RM 1500 tu memang tak cukup untuk golongan B40 dan juga golongan yang lebih bawah daripada itulah kerana memandangkan barang-barang sekarang semakin hari semakin naik dan tanpa ada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan membantu rakyat-rakyat yang terkesan dengan keadaan sekarang , pada pendapat saya memang agak sukar untuk rakyat-rakyat malaysia untuk apa orang kata berbelanja secara berhemah\u2026\u201d\n\n\nBASHER ABU BAKAR/ Ejen Hartanah\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201c\u2026sekarang ini harga barang semuanya naik . So, sedikit sebanyak memang terkesan kepada kami sebagai rider ,untuk golongan B40 .So, kami macam saya mengharapkan kerajaan beri sedikit sebanyak subsidi sikit atau imbuhan buat kami golongan-golongan rider ataupun B40. So, sedikit sebanyak boleh menampung perbelanjaan harga semasa sekarang ini. pastu dari segi gaji pun saya harap naik sikitlah sesuai dengan orang kata kenaikan harga barang sekarang. Akan datang ni pun TNB nak naikkan harga pulak . banyak kos nak kenekeluar semua\u201d\n\n\nNOR IKHWAN NORDIN / Penghantar Makanan\n\n\nDalam pada itu, ada yang berharap agar bantuan baharu diberikan untuk membantu mereka mereka yang memerlukan termasuklah membantu rakyat menyediakan peluang pekerjaan yang bersesuaian.\n\n\n\u201c\u2026Memang kita amat mengalu-alukan yang saya rasa daripada apa yang kerajaan buat sekarang ini memang ada langkah-langkah diambil. Contohnya ,Bantuan Keluarga Malaysia, sebelum ini Bantuan Prihatin Nasional memang itu satu langkah yang terbaik, Cuma kalau boleh saya cuma cadangkan kepada kerajaan untuk meneruskan lagi lain \u2013lain bantuan yang dirasakan perlu membantu rakyat-rakyat Malaysia yang terkesan dengan keadaan sekarang ini. Pada saya, mungkin first sekali mungkin kerajaan boleh turun padang untuk memantau harga semasa barang keperluan harian yang digunakan. Yang keduanya, mungkin dari segi bantuan mungkin boleh kerajaan perlu memperkenalkan satu lagi bentuk bantuan yang baru untuk membantu mereka mereka yang memerlukan. kita tengok sekarang ini walaupun kadar minimum gaji yang ditetapkan oleh kerajaan rm 1500, ada lagi masih belum mendapat pekerjaan yang sesuai . So, saya cadangkan kerajaan lebih prihatin untuk kita dalam langkah dalam membantu rakyat yang terkesan sekarang ini\u201d.\n\n\nBASHER ABU BAKAR/ Ejen Hartanah\n\n\nPautan FB :\u00a0\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/mtem-gesa-kerajaan-tangani-kemiskinan-pasca-pandemik/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/21/umno-dalam-bahaya-jika-terus-beri-muka-pada-mca-ridhuan-tee/", "title": "UMNO Dalam Bahaya Jika Terus Beri Muka Pada MCA \u2013 Ridhuan Tee", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289580456_694968688461090_6089839194750571022_n-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n UMNO dalam situasi bahaya jika terus memberi muka pada MCA, sebaliknya UMNO harus bertegas dan tidak melayan MCA seperti anak emas.\n\n\nDemikian yang dinyatakan, pemerhati politik Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah yang menyifatkan kehadiran MCA hanya menyusahkan UMNO.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada halangan ahli politik masuk universiti\n\n\n\n\n\n\nPensyarah Cipta Permainan Bantu Pelajar Tahfiz\n\n\n\n\n\n\nBung Moktar dakwa pemimpin keluar parti tidak berprinsip\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib:\u00a0UMNO ada hak mohon, keputusan bergantung kepada Agong\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Tidak Langgar Peraturan Dagangan \u2013 SC\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMCA ini bongkak, kekuatan tidak ada, cakap besar, sampai gajah pun boleh terbang. Baru dengar desas-desus UMNO mahukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Perlis iaitu, Titi Tinggi dan Indera Kayangan, MCA melompat seperti cacing kepanasan.\u201d\n\n\nBeliau berkata, Hal ini kerana MCA tidak mempunyai kekuatan di kawasan majoriti Cina dan hanya bertanding di kawasan majoriti Melayu.\n\n\nMalah, kehadiran MCA dalam BN hanyalah sekadar menampakkan UMNO lebih berwarna. MCA tidak perlu menuntut kononnya kerusi tradisi, jika tiada satu pun kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai majoriti orang Cina kerana MCA hanya menggunakan UMNO untuk menyambung talian hayat.\n\n\nJelasnya, tanpa MCA, UMNO akan terus kuat dalam mendepani PRU15 jika bersama PAS. Sejarah membuktikan ketika UMNO dalam keadaan susah, PAS yang sering menghulurkan tangan kepada UMNO. PRU15 tidak menjanjikan UMNO BN akan mendapat kerusi Parlimen sebegitu banyak seperti sebelumnya. Jika majoriti kerusi Parlimen yang dimenangi tidak banyak berubah seperti PRU14, kedudukan UMNO tetap bahaya, meskipun ada akta lompat parti.\n\n\nMengulas lanjut mengenai hubungan Muafakat Nasional (MN), beliau berkata kekuatan UMNO bukan pada MCA, tetapi dalam kalangan Islam dan Bumiputera.\n\n\nUjarnya, UMNO perlu segera mengubati hati PAS dan segera melakukan hubungan Bumiputera Sabah dan Sarawak serta semua NGO Islam jika mahu selamat.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/zuraida-masih-mahu-menjadi-menteri/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/22/keluarga-nazrin-hassan-mohon-pendakwaan-fail-rayuan/", "title": "Keluarga Nazrin Hassan Mohon Pendakwaan Fail Rayuan", "body": "0\n\n\n\n\nSHAH ALAM, Selasa \u2013\n Keluarga kepada Ketua Pegawai Eksekutif CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan akan meminta pihak pendakwaan untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini yang melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar bersama dua remaja daripada tuduhan membunuh CEO Cradle Fund, empat tahun lalu.\n\n\nAbang kepada Nazri Hasan, Doktor Abdul Aziz, 62 tahun berkata, pihaknya menerima keputusan mahkamah dan menganggap sebagai takdir, namun, rayuan akan dibuat demi mencari keadilan terhadap adiknya itu.\n\n\nMenurut Abdul Aziz, terlampau banyak persoalan yang tidak terjawab sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung dan jika rayuan tidak dilakukan, katanya seperti dilapor media tempatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN Akan Sokong Usul Undi Percaya Kepada PM \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nIni Negara China Atau Malaysia \u2013 Prof Redhuan Tee Abdullah\n\n\n\n\n\n\nYGMB sumbang bantuan kepada 100 pelajar asnaf\n\n\n\n\n\n\nHari mengundi PRK Kuala Terengganu serentak PRU DUN KE15\n\n\n\n\n\n\n4 Kes Omicron Dikesan Di Sarawak\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Kakak Nazrin, Che Elainee Che Hassan, 65 tahun, pula berkata ahli keluarga menerima keputusan itu dan berserah kepada Allah.\n\n\nHakim Datuk Ab Karim Ab Rahman memutuskan perkara itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah Muzaffar, 47 tahun, yang juga balu Allahyarham Nazrin dan remaja berusia 16 serta 19 tahun berkenaan.\n\n\nHakim turut memberitahu bahawa, tidak dapat menerima hujahan Samirah Muzaffar dan dua remaja dilihat kali terakhir bersama Nazrin Hassan, menjurus ke arah kematian Ketua CEO Cradle Fund, empat tahun lalu.\n\n\nKetika membaca keputusan penghakimannya, Ab Karim berkata, tiada sebarang keterangan langsung yang menunjukkan ketiga-tiga mereka melakukan pembunuhan itu.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/21/kerajaan-laksana-program-dermasiswa-tvet-untuk-pelajar-b40/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/22/pendakwaan-akan-buktikan-semua-kesalahan-syed-saddiq-berniat-jahat-tidak-jujur/", "title": "Pendakwaan Akan Buktikan Semua Kesalahan Syed Saddiq berniat Jahat, Tidak Jujur", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa \u2013\n Pihak pendakwaan dalam kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dan pengubahan wang haram akan membuktikan kesemua kesalahan yang didakwa dilakukan Ahli Parlimen Muar itu adalah berniat jahat dan tidak jujur.\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata pihaknya akan bergantung kepada kombinasi keterangan terus, ikut keadaan dan dokumentar dalam membuktikan kes terhadap tertuduh.\n\n\n\u201cKeterangan di bawah Seksyen 6, 7, 8 dan 9 Akta Keterangan 1950 langsung tidak memihak kepada tertuduh. Kami juga tidak akan menggunakan anggapan di bawah Seksyen 409A Kanun Keseksaan dalam membuktikan kes kami ke atas tertuduh kelak,\u201d\n\n\nDATUK WAN SHAHARUDDIN WAN LADIN / Timbalan Pendakwa Raya\n\n\nKetika membaca pernyataan pembukaan pendakwaan pada hari pertama perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid. Datuk Wan Shaharudin berkata, keterangan di bawah Seksyen 6, 7, 8 dan 9 Akta Keterangan 1950 langsung tidak memihak kepada tertuduh.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJika keadaan Rusia meruncing, rakyat Malaysia dibawa pulang\n\n\n\n\n\n\n2,842 Kes Baharu\n\n\n\n\n\n\nPenularan Omicron Tidak Dapat Dielakkan\n\n\n\n\n\n\nSD Sokong Anwar : Ahmad Maslan Tanta Siapa PM Sekarang?\n\n\n\n\n\n\nDasar Perumahan Negara akan dikaji semula\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyed Saddiq, 29 tahun, yang memakai kemeja batik biru tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi, diwakili peguam Gobind Singh Deo, Datuk S Ambiga, Haijan Omar dan Lim Wei Jeit.\n\n\nMengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.\n\n\nBagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut.\n\n\nBeliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.\n\n\nPertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktivti Haram 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.\n\n\nSyed Saddiq berdepan hukuman maksimun penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram jika sabit kesalahan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/21/kerajaan-laksana-program-dermasiswa-tvet-untuk-pelajar-b40/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/22/pkr-azmin/", "title": "PKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/287497826_553240663071791_4515989029528793670_n.mp4\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa \u2013\n Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, selepas bekas Timbalan Presiden itu dikatakan menemui wakil PKR minggu lalu, kata Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil.\n\n\nPengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberitahu bahawa PKR memutuskan untuk tidak akan berbincang atau bekerja sama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada kesalahan jenayah babitkan kes hakim Nazlan\n\n\n\n\n\n\nPPV Dibuka Semula, 9,000 Dos Penggalak AZ Diberi Setiap Hari\n\n\n\n\n\n\nLebih banyak Ahmad Maslan cakap, lagi cepat ringgit merudum\n\n\n\n\n\n\nDAP Rengsa Hal Membabitkan Islam\n\n\n\n\n\n\nSelangor hulur sumbangan RM500,000 kepada Kelantan, Terengganu\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Fahmi, perkara itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat malam tadi. Fahmi menerusi kenyataan berkata, Azmin Ali yang dianggap oleh anggota, penyokong parti dan orang ramai sebagai salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton.\n\n\nBaru-baru media tempatan melaporkan spekulasi mengenai Azmin Ali akan kembali bersama PKR selepas didakwa mengadakan pertemuan bersama dua wakil pemimpin parti itu di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.\n\n\nBagaimanapun, beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjawab perkara itu hanya spekulasi semata-mata.\n\n\nSementara itu, Fahmi Fadzil turut memaklumkan mesyuarat MPP semalam antara lain turut membincangkan perihal Pemilihan 2022 dan persiapan Kongres Keadilan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/zuraida-masih-mahu-menjadi-menteri/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/22/saya-tidak-terima-wang-dari-uksb-khairy-jamaluddin/", "title": "\u201cSaya Tidak Terima Wang Dari UKSB\u2019\u2019 \u2013 Khairy Jamaluddin", "body": "0\n\n\n\n\nPUTRAJAYA, Selasa \u2013\n Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan bahawa beliau pernah menerima sebarang bayaran daripada Ultra Kirana Sdn Bhd UKSB.\n\n\nKhairy berkata, dirinya tidak pernah menerima apa-apa sumbangan secara peribadi seperti mana yang dilaporkan bahkan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya sekiranya dipanggil pihak berkuasa.\n\n\n\u201c\u2026saya nak nyatakan bahawa saya tak pernah terima apa-apa secara peribadi seperti mana telah pun dilaporkan\u2026saya tak pernah terima wang dalam kes tersebut\u2026jika dipanggil oleh mana-mana pihak saya bersedia beri kerjasama sepenuhnya\u2026\u2019\n\n\nKhairy berkata demikian selepas sesi dialog Menteri Kesihatan sempena Persidangan Pengarah-Pengarah Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia KKM hari ini. Beliau\u00a0yang juga Ahli Parlimen Rembau antara ahli politik yang namanya turut dikaitkan turut menerima bayaran peribadi dari UKSB.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBung Moktar dakwa pemimpin keluar parti tidak berprinsip\n\n\n\n\n\n\n80% tenaga kerja Twitter hilang di bawah Elon Musk\n\n\n\n\n\n\nIsu ceroboh perairan negara, lewat bantuan banjir dijangka tumpuan Dewan Rakyat hari ini\n\n\n\n\n\n\nBadan Kehakiman Diugut : Pandangan Sebelah Lagi\n\n\n\n\n\n\nATM tahan 10 PATI cuba ceroboh negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 13 Jun 2022, Bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), Wan Quoris Shah, 42 tahun, memberitahu Mahkamah Tinggi, Shah Alam, bahawa syarikatnya memberi sumbangan dana politik antara RM50,000 hingga RM200,000 kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.\n\n\nBagaimanapun, katanya, wang untuk tujuan bantuan politik, bencana dan aktiviti kemanusiaan itu tidak diserahkan secara terus kepada Khairy, sebaliknya diberikan menerusi UMNO Bahagian Rembau di mana Khairy adalah Timbalan Ketua UMNO di bahagian terbabit.\n\n\nSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM Sabtu lalu memaklumkan akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang dikatakan menerima wang dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.\n\n\nEmpat lagi ialah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman. Zahid didakwa atas 40 pertuduhan menerima rasuah dalam pelbagai mata wang berjumlah lebih RM48 juta pada kadar pertukaran semasa.\n\n\nDia didakwa menerima dorongan itu atas kapasitinya sebagai menteri dalam negeri antara 2014 dan 2018 untuk melanjutkan kontrak UKSB untuk mengendalikan sistem visa asing.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/21/umno-dalam-bahaya-jika-terus-beri-muka-pada-mca-ridhuan-tee/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/4726-miskin-tegar-di-johor-melayu-paling-tinggi/", "title": "4,726 Miskin Tegar Di Johor, Melayu Paling Tinggi", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nJOHOR BAHRU, Jumaat \u2013\n 83 peratus atau hampir 4 ribu kaum Melayu di Johor adalah dalam golongan miskin tegar.\n\n\nPeratusan itu adalah daripada 4,726 orang yang dicatatkan di dalam kategori berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin Nisa Ismail mendedahkan perkara berkenaan berdasarkan statistik Ketua Isi Rumah (KIR) dalam sistem eKasih di negeri terbabit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih Anwar, PN akan menjadi pembangkang \u2013 Muhyiddin Yassin\n\n\n\n\n\n\nJumlah Penggunaan Katil ICU Selangor Meningkat\n\n\n\n\n\n\nKadar Kemasukan Ke Hospital Semakin Meningkat\n\n\n\n\n\n\nNajib Berjaya Tangguhkan Sabitan, Hukuman\n\n\n\n\n\n\nISMA Seru Pengundi Angkat Calon Muslim Berwibawa\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMenjadikan jumlah keseluruhan etnik tegar di negeri johor adalah seramai 4,726 orang dan daerah Batu Pahat yang merupakan tertinggi dengan jumlah 891 orang. Ke-2, statistik KIR e-kasih miskin bagi negeri Johor adalah 10,428 orang dan daerah tertinggi adalah Johor Bahru.\u201d\n\n\nKHAIRIN-NISA ISMAIL @ MD ON / Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor\n\n\n\n\nJelasnya lagi, daripada 4,726 orang, sebanyak 3,926 orang kaum Melayu tergolong dalam miskin tegar diikuti kaum India (390), Cina (305) dan lain-lain (105).\n\n\nManakala menerusi statistik yang dikeluarkan Pejabat Pembangunan Negeri Johor, 5 ribu 636 KIR sudah terkeluar dari kategori miskin dan miskin tegar.\n\n\nDalam perkembangan lain katanya, 20,790 orang telah berdaftar dalam eKasih setakat Mei lepas.\n\n\nKhairin Nisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom berkata, beberapa program pembangunan ibu tunggal dan usahawan wanita sedang dirancang oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPDKT) dengan kerjasama pelbagai pihak menerusi Pelan Tindakan Pemerkasaan Wanita Negeri Johor.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/berjasa-sedia-hadapi-pru-15/", "title": "BERJASA Sedia Hadapi PRU 15", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSHAH ALAM, Selasa \u2013\n Parti BERJASA sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana persiapan telah lama dilaksanakan daripada pelbagai sudut kekuatan.\n\n\nPresiden Parti BERJASA , Ustaz Haji Zamani Ibrahim berkata, pihaknya aktif bertemu dan berbincang dengan parti-parti yang ingin membina semula negara serta membetulkan kerosakan sistem politik tanah air, menerusi jajaran baharu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMAINJ keluar fatwa larang orang Islam hadir ritual keagamaan bukan Islam\n\n\n\n\n\n\nUsul penubuhan Jabatan Kanak-Kanak kali kedua Jumaat ini\n\n\n\n\n\n\n\u2018Halang hak rakyat, sekat peruntukan pembangkang, jawablah di akhirat kelak\u2019\n\n\n\n\n\n\nBudaya derma sudah sebati dengan ahli Pas\n\n\n\n\n\n\nTun M pertimbang bertanding pada PRN wakili Putra\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSudah sampai masanya jajaran baharu mengambil alih pimpinan negara dengan muka baharu, pemain muka lama yang bermasalah integriti mesti direhatkan demi kemajuan negara yang bermaruah\u201d\n\n\nUSTAZ HAJI ZAMANI IBRAHIM/ Presiden BERJASA\n\n\nMemetik Ismaweb Beliau berkata, jajaran baharu itu akan menghidangkan pengundi dengan pimpinan baharu yang lebih berwibawa.\n\n\nTambahan beliau, BERJASA telah menghimpunkan ramai daripada kalangan pimpinan parti berwibawa termasuk pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh kebangsaan untuk turut bersama memimpin negara ini.\n\n\n\u201cKita telah menyakinkan mereka bahawa kalau kita tidak bertindak sekarang membetulkan dan membina negara, bila lagi dan siapa lagi yang kita nak harapkan kalau bukan kita yang cintakan untuk membina semula negara.\u201d\n\n\nUSTAZ HAJI ZAMANI IBRAHIM/ Presiden BERJASA\n\n\nDalam usaha memantapkan jajaran baharu, Ustaz Zamani berkata, BERJASA turut bersedia menerima pelawaan daripada mana-mana parti untuk bekerjasama, dengan syarat ia mestilah membersihkan partinya daripada korupsi dan bebas tuduhan rasuah.\n\n\nSementara itu, BERJASA dan beberapa parti lagi yakin PRU15 mampu memberikan saingan sengit kepada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).\n\n\nZamani berkata Kebencian rakyat kepada parti-parti sedia ada akan memberikan kelebihan kepada jajaran baharu ini kerana parti berkenaan gagal dalam menjalankan mandat rakyat bahkan lebih kepada kepentingan kuasa individu semata-mata.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/21/umno-dalam-bahaya-jika-terus-beri-muka-pada-mca-ridhuan-tee/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/cukai-makmur-bantu-rakyat-hadapi-inflasi/", "title": "Cukai Makmur Bantu Rakyat Hadapi Inflasi", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289024102_173412865146190_5882246544187758848_n-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Kerajaan perlu agresif mencari penyelesaian jangka pendek bagi membantu rakyat menghadapi inflasi di tengah-tengah kenaikan kos sara hidup yang semakin membebankan.\n\n\nKerajaan haruslah bertindak agresif dalam mencari penyelesaian untuk jangka masa pendek bagi membantu rakyat menghadapi inflasi di tengah-tengah kenaikan kos sara hidup yang semakin membebankan kini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRayuan tunggakan cukai Najib, anak didengar 14 Jun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nUEC sangat merbahaya, kedaulatan Malaysia boleh tergugat\n\n\n\n\n\n\nPejabat Perdana Menteri pandang serius tindakan pihak salah guna nama, kedudukan PMO\n\n\n\n\n\n\nFOMCA gesa kerajaan pecah monopoli sektor makanan, perubatan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenganalisis Ekonomi UniKL Business School, Professor Madya Dokter Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpendapat, mengenakan Cukai Makmur kepada syarikat yang menjana pendapatan tinggi harus diketengahkan kerana ia dapat membantu kerajaan menampung subsidi minyak masak yang diberikan kepada rakyat.\n\n\nTambahan pula, beliau melihat Senario ini sama seperti Cukai Makmur yang dikenakan kepada syarikat seperti Top Glove yang menjana keuntungan berlipat kali ganda disebabkan permintaan sarung tangan getah yang melonjak ketika penularan Covid-19 di seluruh dunia.\n\n\nMemetik Utusan, beliau menegaskan bahawa syarikat yang mendapat \u2018durian runtuh\u2019 daripada keadaan semasa seperti perusahaan kelapa sawit serta, minyak dan gas yang memanfaatkan kenaikan harga global dan pihak bank haruslah dicadangkan untuk membayar Cukai Makmur supaya dapat disalurkan kepada rakyat sebagai langkah jangka pendek.\n\n\nTerdahulu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan telah memutuskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/dewan-rakyat-dijangka-bubar-selepas-pembentangan-bajet-2023/", "title": "Dewan Rakyat Dijangka Bubar Selepas Pembentangan Bajet 2023", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa \u2013\n Pilihan Raya Umum ke-15 dijangka akan diadakan selepas pembentangan Bajet 2023 Oktober ini.\n\n\nFelo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan berkata, bajet merupakan satu strategi kerajaan untuk menawan hati rakyat meraih undi memenangi pilihan raya akan datang.\n\n\n\u201cBajet itu dikatakan 1 strategi bagi pemerintah kerajaan kerana dalam bajet itu dikatakan ada banyak yang diletakkan gula-gulanya jadi selalunya lepas bajet tu rasa senang hati di kalangan rakyat tak kira samada t20 ke M40 B40 kerana bajet boleh dirungkai sebegitu rupa jadi sebab itu dikatakan bahawa pilihan raya itu akan diadakan selepas pembentangan bajet, itu adalah strategi kerajaan bukan pada tahun ini tetapi sebelum-sebelum ini juga dilakukan seperti itu bukan sahaja dilakukan selepas bajet tapi dilakukan secepat mungkin kenapa saya melihat tangan perdana Menteri ketika amat terikat kerana terlampau banyak dikatakan percaturan dalaman dalam kerajaan persekutuan itu terutama antara UMNO, BERSATU DAN PAS.\u201d\n\n\nAZMI HASSAN / Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR)\n\n\nTambahnya, rakyat sudah menanti empat tahun supaya PRU-15 diadakan dan tiba masanya untuk menentukan siapakah parti yang layak memerintah menjadi kerajaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRoket Sasar Sekolah Di Zon Hijau Baghdad, Dua Kanak-kanak Cedera Parah\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Operasi SAR ditangguh sementara akibat hujan lebat\n\n\n\n\n\n\nKKM akan bincang semula pelaksanaan cukai vape\n\n\n\n\n\n\nRogol \u2013 bapa tiri berdepan hukuman sebat, 380 tahun penjara\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Anwar diminta kembalikan tanah rezab Melayu yang diceroboh \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun menurut Azmi, kebanyakan parti-parti politik dilihat belum bersedia menghadapi PRU-15 kerana dianggap masih tidak stabil dan berlaku pergelutan dalaman.\n\n\n\u201cBagi saya pertama rakyat dah bersedia kerana sebelum ini 4 tahun yang lepas kemelut politik adalah disebabkan orang politik parlimen itu sendiri jadi bagi say aini peluang terbaik untuk rakyat bagi menentukan hala tuju bentuk kerajaan yang mereka mahu bentuk bagi pihak parti politik pula melihat hanya BN yang bersedia agak confident dalam hal ini dan parti lain masih belum bersedia unutk PRU dalam masa terdekat.\u201d\n\n\nBaru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan PRU-15 diadakan lebih awal sebelum Julai 2023.\n\n\nTimbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata beliau menjangkakan Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Ogos atau September 2022 untuk membolehkan Bajet 2023 dibentangkan oleh kerajaan baharu.\n\n\nSelain itu penganalisis politik lain juga turut menjangkakan tarikh PRU-15 semakin hampir dan kemungkinan akan berlaku sebelum tahun hadapan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/zuraida-masih-mahu-menjadi-menteri/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/kpdnhep-ambil-tindakan-segera/", "title": "KPDNHEP Ambil Tindakan Segera", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Dalam perkembangan berkaitan KPDNHEP akan bertindak tegas terhadap golongan tidak bertanggungjawab mengambil keuntungan secara mudah dengan mencatu, menaikkan harga secara melampau, tidak terkawal serta menyorok barangan makanan.\n\n\nTimbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata akan ada golongan yang tidak bertanggungjawab mengambil keuntungan secara mudah, apabila subsidi barangan dimansuhkan pada 1 Julai ini.\n\n\nTambahnya dalam hal ini pihak KPDNHEP dengan kemampuan serta kerjasama bersama pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen akan pastikan penyelewengan dapat dibanteras.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nOps Sudan selesai, 30 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA\n\n\n\n\n\n\n80% tenaga kerja Twitter hilang di bawah Elon Musk\n\n\n\n\n\n\nHanya Bayar Rm2,500 Boleh Dapat Sijil Vaksinasi?\n\n\n\n\n\n\nBunuh kucing: Polis tahan penyewa kondominium\n\n\n\n\n\n\nCukup-cukuplah berpolitik, sekarang masa untuk bekerja \u2013 Pemangku Raja Pahang\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, golongan yang tidak beretika mempunyai taktik lain untuk melakukan penyelewengan dan ini menjadi cabaran kepada pihaknya.\n\n\nKatanya pihak kementerian tidak dapat menyekat secara keseluruhan kerana individu yang tidak bertanggungjawab mempunyai taktik dan mencari jalan lain untuk menyeleweng.\n\n\nJusteru KPDNHEP akan mengambil tindakan segera berkaitan aduan dan laporan yang diterima membabitkan perbuatan golongan tidak bertanggungjawab.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kempen \u2018Jadikan Halal Pilihan Utama Anda\u2019, di Lotus Ampang siang tadi.\n\n\nLotus\u2019s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus\u2019s Malaysia) kini bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dalam kempen \u2018Jadikan Halal Pilihan Pertama Anda\u2019 untuk meningkatkan kebolehpasaran produk halal buatan tempatan, yang berlangsung sepanjang April hingga Julai.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/pelancaran-measat-3d-bantu-rapatkan-jurang-digital-pm/", "title": "Pelancaran MEASAT \u2013 3d Bantu Rapatkan Jurang Digital \u2013 PM", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289776592_400053662071644_6917349067646555080_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pelancaran satelit Measat-3d membantu merapatkan jurang digital seterusnya menarik lebih ramai anak muda untuk ceburi bidang aeroangkasa.\n\n\nSempena pelancaran satelit Measat-3d, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap ianya dapat membantu merapatkan jurang digital seterusnya menarik lebih ramai anak muda untuk ceburi bidang aeroangkasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHukuman Lebih Kepada Pengajaran, Bukan Penyeksaan\n\n\n\n\n\n\nPRN Johor Dijangka Diumum Esok\n\n\n\n\n\n\nKajang Dinaiki Air Selepas Hujan Lebat\n\n\n\n\n\n\n4 tahun-UKSB serah wang bulanan kepada Zahid, untuk Kontrak Sistem Visa Luar Negara\n\n\n\n\n\n\nAnwar diisytihar Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri Yaakob berkata, dengan pelancaran satelit itu juga, keupayaan capaian Internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar akan lebih ditingkatkan di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.\n\n\nTerdahulu, Ismail Sabri menyaksikan secara langsung pelancaran Measat-3d dari Pusat Angkasa Lepas Eropah Kourou, French Guiana Amerika Selatan pada 5.50 pagi waktu Malaysia di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC).\n\n\nSatelit kelapan yang dianggar melibatkan kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun itu dijangka mampu merapatkan jurang ketersambungan digital, dan membentuk masa depan ketersambungan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).\n\n\nSatelit Measat-3d merupakan jenis Geostationary Equatorial Orbit atau GEO mempunyai tapak liputan yang luas serta berkemampuan dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang pantas dan menyokong aliran tinggi data dikenali sebagai High Throughput Satellite (HTS).\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/saya-beri-guan-eng-rm200000-saksi/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/pemain-industri-perlu-adakan-filem-berunsur-jati-diri-seperti-mat-kilau/", "title": "Pemain Industri Perlu Adakan Filem Berunsur Jati Diri Seperti Mat Kilau", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/mat-kiall-1-1-1.mp4\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Tayangan filem Mat Kilau yang bermula hari ini bakal membangkitkan semangat kepahlawanan Islam serta mengembangkan rasa kecintaan terhadap negara.\n\n\nPresiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata penerimaan masyarakat mengenai filem ini adalah penting kerana ianya bakal menyuntik penerbit-penerbit filem dan pemain industri untuk beralih arah dari tema-tema filem yang \u2018biasa-biasa\u2019 sahaja kepada satu tema yang memberi kesan kepada semangat jati diri perjuangan bangsa.\n\n\n\u201c\u2026salah satu perkara yang saya rasa menonjol dalam mat kilau ini adalah kerana dia menceritakan berkenaan tentang penentangan orang-orang melayu terhadap british kita selalu sajikan cerita penentangan orang melayu terhadap komunis cerita orang melayu terhadap jepun tetapi terhadap british ini adalah merupakan sesuatau yang kadang-kadang mungkin dari satu sudut sebahagian daripada masyarakat kita sudah lupa jadi disini dia telah mengangkat semula berkenaan tentang isu british yang pernah muncul dinegara kita ini sebagai penjajah\u2026\u201d\n\n\nUSTAZ MUHAMMAD FAUZI ASMUNI / Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)\n\n\nBeliau berkata filem Mat Kilau ini juga menunjukkan satu perjuangan bangsa Melayu dalam menentang penjajah yang sanggup berkorban sehingga ke akhir nyawa untuk mempertahankan tanah mereka daripada dijajah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAkta FINAS dipinda elak ambil kesempatan kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nKementerian Kewangan tidak terima cadangan mohon KWSP \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nPM mesti orang Melayu, BERJASA sanggah idea Kit Siang\n\n\n\n\n\n\nKetua Hakim Negara terima ancaman bunuh\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023, isu Batu Puteh jadi tumpuan Mesyuarat ke-15 Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi hantaran beliau di Facebook beliau turut menceritakan mengenai pahlawan-pahlawan Melayu yang menentang penjajah British dan mahu masyarakat sentiasa mengingati perjuangan mereka.\n\n\nTambahnya, Filem Mat Kilau berjaya membangkitkan kembali perasaan kecintaan negara serta kebangkitan pahlawan Melayu.\n\n\nDalam pada itu beliau berharap orang Melayu dapat kembali kepada jati dirinya yang asal sebagai pejuang agama yang tulin menegakkan Islam.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/", "title": "Penyatuan Ummah Penting Dalam Mendepani Pilihan Raya", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/122313242_1054705305184602_3823448490760572397_n.mp4\n\n\nGEORGETOWN, Jumaat\u00a0 \u2013\n Parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan rakan lain perlu menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalam keadaan politik negara yang tidak stabil terutamanya dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).\n\n\nParti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan rakan lain perlu menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalam keadaan politik negara yang tidak stabil terutamanya dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Wanita DAP Bermulut Jahat \u2013 Tajuddin\n\n\n\n\n\n\nNajib Gagal Masuk Bukti Baharu Kes Seleweng Dana SRC INTL\n\n\n\n\n\n\nFinland kekal negara paling bahagia enam tahun berturut-turut\n\n\n\n\n\n\n52 penerbangan tambahan ke seluruh negara diluluskan MOVCOM\n\n\n\n\n\n\nTambang MRT2 percuma sehingga 31 Mac\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff penyatuan ummah mampu mengelakkan tragedi 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan pasca PRU14 berulang.\n\n\nMenerusi kenyataan beliau, Muhammad Fauzi berkata kelalaian Melayu islam di Pulau Pinang yang tidak menjalinkan hubungan penyatuan ummah, sudah semestinya untuk menjatuhkan DAP serta Pakatan Harapan hanyalah omongan kosong.\n\n\nJusteru, PAS Pulau Pinang yakin bahawa usaha penyatuan ummah ini memerlukan kesungguhan jiwa yang besar serta sikap toleransi dan sabar demi mencapai kesejahteraan.\n\n\nTerdahulu, PAS menegaskan bahawa parti itu menolak idea \u2018khemah besar\u2019 dan memfokuskan kepada agenda penyatuan ummah ekoran ianya tersasar dari agenda penyatuan ummah dan cadangan itu hanya memberi nyawa kepada PH semata-mata.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/21/umno-dalam-bahaya-jika-terus-beri-muka-pada-mca-ridhuan-tee/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/rakyat-mahu-masalah-diselesaikan-dahulu-sebelum-pru-15/", "title": "Rakyat Mahu Masalah Diselesaikan Dahulu Sebelum PRU 15", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\n Tarikh pilihan raya umum ke-15 masih menjadi tanda tanya walaupun sebelum ini ada kata-kata termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\n\n\nAda pula, yang mengatakan PRU15, bakal berlaku pada Ogos atau pun selepas Bajet 2023 dibentangkan.\n\nNamun pandangan orang ramai yang ditemui TV Pertiwi ialah PRU sememangnya perlu diadakan untuk rakyat mengenal ahli politik yang dapat membina negara, namun permasalahan masyarakat yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.\n\n\n\u201c\u2026kita pun tengok keadaan politik sekarang tidak menentu jadi saya rasa kita kena buat satu\u2026untuk kita stabilkan balik politik kerana ianya berkaitan dengan ekonomi kita dengan mata wang kita pun jatuh disebabkan keadaan politik tidak menentu\u2026dalam masa terdekat ini\u2026\u201d\n\n\nMOHD FAIZ ABDUL RAZAK / Orang Awam\n\n\n\u201c\u2026untuk PRU15 saya rasa perlulah sebab dengan ketidakstabilan kerajaan harini yang sekejap A sekejap B saya rasa dah sampai masa rakyat memilih kerajaan mana yang mereka nak\u2026\u201d\n\n\nAMY SHAZLIN / Orang Awam\n\n\nMempunyai pendapat yang berbeza, Mohd Aziz Ithnin berkata, sebelum mengadakan PRU15 kerajaan harus fokus memberi penyelesaian kepada masalah yang sedia ada agar ekonomi kembali stabil.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan sokong dan beli produk dijual warga asing \u2013 DBKL\n\n\n\n\n\n\nSabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Tanpa Ujian COVID-19\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan perhimpunan haram depan Sogo, Dataran Merdeka\n\n\n\n\n\n\nPemandu Mercedez belasah doktor direman empat hari\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin belum tengok surat RoS berhubung usul UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026pada saya tak sesuai diadakan sekarang ini dengan ekonomi kita tidak stabil kalau kita adakan pru15 ekonomi akan bergoyang lagi dengan ekonomi tak stabil dengan harga barang semua naik kan pada saya kita postpone dulu, stabilkan harga barang dulu baru pru15 akan diadakan kalau diadakan sekarang ekonomi makin down rasanya\u2026\u201d\n\n\nMOHD AZIZ ITHNIN / Orang Awam\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/samirah-dua-remaja-bebas-tuduhan-bunuh-ceo-cradle-fund/", "title": "Samirah, Dua Remaja Bebas Tuduhan bunuh CEO Cradle Fund", "body": "0\n\n\n\n\nSHAH ALAM, Selasa \u2013\n Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa 21 Jun 2022 memerintahkan Samirah Muzaffar bersama dua anaknya dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, empat tahun lalu. Hakim menetapkan keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.\n\n\nSamirah Muzaffar bersama dua anaknya, dilepas serta dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini daripada pertuduhan membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan, empat tahun lalu.\n\n\nHakim Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah, 47 tahun dan dua remaja berusia 16 serta 19 tahun berkenaan di akhir prosiding pendakwaan, lapor media tempatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka\n\n\n\n\n\n\nSeorang Jemaah Umrah Dari Melaka Dijangkiti Omicron\n\n\n\n\n\n\nBelum keperluan isytihar darurat bencana di Johor \u2013 Fahmi Fadzil\n\n\n\n\n\n\nMB Perak dakwa videonya mengenai Tanah Rizab Melayu dimanipulasi\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya rakam, tapi bukan untuk sebar video tu\u201d \u2013 isteri bekas KPN\n\n\n\n\n\n\n\n\nSamirah, bersama remaja berusia 16 serta 19 tahun berkenaan tiba di mahkamah pada jam 9.10 pagi dengan diiringi peguam dan ahli keluarga. Pada 12 Mac 2019, Samirah bersama dua remaja berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh suaminya yang merupakan CEO Cradle Fund ketika kejadian.\n\n\nPasukan pendakwaan dianggotai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah; Tengku Intan Suraya Tengku Ismail dan Nur Sabrina Abu Bakar, manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta Rahmat Hazlan.\n\n\nPada 14 Februari lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 57 saksi termasuk abang dan kakak Nazrin iaitu Dr Abdul Aziz, Dr Malek Reedzwan serta Che Elainee, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Edwin Galan Anak Teruki; Pegawai Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng serta pengawal keselamatan kediaman Nazrin, Raju Kumar Pandit.\n\n\nPerbicaraan bermula pada 6 September 2019. Samirah bersama dua remaja terbabit didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam, 13 Jun 2018 hingga 4 pagi 14 Jun 2018.\n\n\nTurut berdepan pertuduhan sama bersubahat dengan jenayah tersebut ialah Eka Wahyu Lestari yang merupakan pembantu rumah Indonesia yang ketika ini masih bebas.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/21/rakyat-terbeban-kos-sara-hidup-tinggi/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/saya-beri-guan-eng-rm200000-saksi/", "title": "Saya Beri Guan Eng RM200,000 \u2013 Saksi", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/290076712_741505157169318_7389828315442008658_n.mp4\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Saksi utama kes rasuah projek pembinaan terowong dasar laut yang membabitkan Lim Guan Eng dikatakan membayar RM 200 ratus ribu kepadanya bagi memenuhi sebahagian daripada janji.\n\n\nPengarah Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata, wang itu telah dibayar kepada Lim yang juga merupakan ahli parlimen Bagan pada tahun 2013 dan 2014.\n\n\nKata beliau, sebanyak RM100,000 diberikan kepada Lim pada Ogos 2013 dan RM100,000 lagi pada Jan 2014 selepas mengeluarkan wang itu daripada akaun bank syarikat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cWell done guys\u201d \u2013 Khairy puji tindakan berani ahli UMNO rujuk ke RoS\n\n\n\n\n\n\nKes Dera: Jeritan Mangsa Dorong Keinginan Pelaku\n\n\n\n\n\n\nBoleh bawa kepada kekufuran, rosak akidah agama\n\n\n\n\n\n\nTiada unsur diskriminasi penjawatan awam, hanya perspektif Ramasamy \u2013 Tun Faisal\n\n\n\n\n\n\nMansuh pinjaman PTPTN hanya propaganda politik, jangan percaya lagi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUntuk bayaran pertama, selepas saya berjaya mendapatkan temu janji melalui pejabat YB Lim di Komtar, saya sediakan sampul surat dengan saya masukkan RM100,000. Dalam pertemuan itu, saya telah menyerahkan sampul berisi wang tunai kepada YB Lim. Saya tidak beritahu berapa banyak wang diserahkan dan hanya menyatakan `this is for you, sir\u2019. Beliau mengambilnya dan saya beredar,\u201d\n\n\nZARUL AHMAD MOHD ZULKIFLI / Pengarah Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd\n\n\nSementara itu, Zarul berkata bagi bayaran kedua beliau beliau mengeluarkan RM100,000 lagi untuk membayar Lim sebelum Tahun Baharu Cina pada 2014.\n\n\nLim dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk meminta Zarul potongan 10 peratus daripada keuntungan projek terowong dasar laut dan menerima RM3.3 juta sebagai sogokan daripada ahli perniagaan itu.\n\n\nBeliau juga didakwa atas dua pertuduhan menyalahgunakan tanah negeri bernilai RM208.7 juta secara tidak jujur kepada dua syarikat.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/semak-semula-perkara-152-pinda-akta-dbp-bukan-setakat-penguatkuasaan/", "title": "Semak Semula Perkara 152, Pinda Akta DBP Bukan Setakat Penguatkuasaan", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa \u2013\n Penggunaan Bahasa Kebangsaan dengan lebih tepat dan meluas akan berlaku sekiranya Perkara 152 Perlembagaan dan Akta Bahasa Kebangsaan dipinda.\n\n\nPengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata malah dengan pindaan terhadap AKta Bahasa Kebangsaan akan memberi laluan mudah bagi akta Dewan Bahasa dan Pustaka diperkasa dalam mengambil tindakan terhadap salah guna bahasa Melayu.\n\n\n\u201cBerkaitan soal keperluan juga yang dicadangkan bukan sahaja pindaan akta DBP tetapi cadangan akta Bahasa kebangsaan kerana itu induknya jadi kalua akta Bahasa kebangsaan diperluas kuasa kerajaan untuk meminta pihak pbt laksanakan dasar lebih jelas akta DBP juga akan bergerak lebih meluas lebih banyak pihak guna Bahasa kebangsaan lebih banyak pihak khidmat DBP dalam pengesahan.\u201d\n\n\nPROF DATUK SERI DR AWANG SARIYAN / Pengerusi Lembaga Pengelola DBP\n\n\nDalam pada itu beliau berkata, pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka perlu dilihat secara holistik bukan semata-mata bertindak untuk menguatkuasa penggunaan bahasa Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cKenyataan saya, akar umbi undi DAP dipolemikkan\u201d- Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Tentukan Nasib Perpaduan Kaum\n\n\n\n\n\n\nRakyat jijik perlakuan rasuah, pemimpin diingat jangan ulangi kesalahan sama\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin nafi ditahan, hanya beri keterangan di SPRM esok\n\n\n\n\n\n\nPemecatan Tajuddin Satu Amaran \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebaliknya akta berkenaan melihat dalam aspek pengantaraangsaan dan pertauliahan Bahasa kebangsaan yang boleh dilaksanakan di bawah dasar berkenaan.\n\n\n\u201cAspek pengantarabngsaan perlu masuk dalam DBP kalua tidak DBP akan didakwa undang-undang yang ke-2 soal pentauliahan mudah-mudahan DBP diangkat dengan boleh memberikan tauliah dengan itu penyebaran Bahasa bukan hanya terputus pada DBP munsyi, Syarikat, persatuan untuk melaksanakan Bahasa sastera juga sangat penting yang ke-13 soal pelesenan begitu juga.\u201d\n\n\nPROF DATUK SERI DR AWANG SARIYAN / Pengerusi Lembaga Pengelola DBP\n\n\nSebelum ini Kerajaan menyatakan akan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 supaya mana-mana pelanggaran Bahasa Melayu akan diambil tindakan oleh DBP.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu pada Mei lalu berkata, ia adalah sebagai usaha kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu dan menjadikannya bahasa ilmu.\n\n\nAwang Sariyan berkata demikian dalam majlis sambutan ulang tahun Dewan Bahasa dan Pustaka ke-66 dan pelancaran Jendela DBP di Kuala Lumpur, pagi tadi yang dirasmikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.\n\n\nPelan Strategik lima tahun DBP juga dirangka dengan memberi tumpuan kepada tiga teras strategik, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi, bahasa negara dan bahasa ilmu.\n\n\nSementara itu Radzi dalam ucapannya berkata, usaha memartabatkan bahasa Melayu dengan cara yang lebih dekat kepada masyarakat perlu diteruskan supaya generasi muda dapat faham dan menjadi pelapis yang akan memperjuangkan bahasa kebangsaan ini.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/zuraida-masih-mahu-menjadi-menteri/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/tajuddin-digugurkan-sebagai-ahli-majlis-tertinggi-umno/", "title": "Tajuddin Digugurkan Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289644751_2101954413298589_4485539388895110111_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nPETALING JAYA, Jumaat \u2013\n Presiden parti UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengugurkan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatannya sebagai ahli majlis kerja tertinggi UMNO.\n\n\nPresiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengugurkan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatannya sebagai ahli majlis kerja tertinggi UMNO.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar peroleh injunksi sementara halang Sanusi ulang kenyataan fitnah\n\n\n\n\n\n\nSekolah vernakular tidak patut wujud \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nKPM sedia Program Lima Minit Antirokok/Vape kekang murid ketagih e-rokok\n\n\n\n\n\n\nBukan Hanya Pembeli, Peniaga Juga Turut Terkesan\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam, Telur, Kacang Panjang, Sawi Turun Esok\n\n\n\n\n\n\n\n\nTajuddin dimaklumkan mengenai keputusan itu dalam surat bertarikh 21 Jun, yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.\n\n\nSurat itu didahulukan dengan ucapan tahniah terhadap Tajuddin atas pelantikannya sebagai duta Malaysia ke Indonesia sebelum diakhiri dengan ucapan penghargaan atas khidmatnya sebagai ahli majlis kerja tertinggi Umno.\n\n\nMedia tempatan melaporkan Tajuddin tidak mengesahkan sama ada beliau menerima surat berkenaan.\n\n\nSebelum ini, Tajuddin beberapa kali dipilih menganggotai majlis tertinggi Umno dan ini merupakan kali kedua beliau digugurkan sebagai ahli majlis tertinggi.\n\n\nTajuddin sebelum ini menerima watikah pelantikannya sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\nBeliau turut dijadual ke Indonesia dalam tempoh terdekat termasuk bagi menghadiri majlis menerima lantikan duta luar negara daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/usah-bagi-hadiah-yang-memalukan-mempelai-dan-keluarga-idris/", "title": "Usah Bagi Hadiah Yang Memalukan Mempelai dan Keluarga \u2013 Idris", "body": "0\n\n\n\n\nPUTRAJAYA, Selasa \u2013\n Pemberian hadiah kepada pengantin adalah suatu tanda kesyukuran dan penghargaan buat pengantin baru.\n\nNamun, pemberian hadiah yang mengaibkan bukan sahaja memalukan pasangan mempelai, malah memberi malu kepada keluarga kedua dua belah pengantin.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegur perangai jelik tetamu yang tular memberi hadiah pelik kepada pengantin baharu.\n\n\n\u201cJika hendak memberi hadiah, bagilah benda yang baik dan menggembirakan tetapi kalau tambah keaiban, ia dibimbangi boleh cetus permusuhan pula,\u201d\n\n\nDATUK IDRIS AHMAD/ Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)\n\n\nBeliau dalam nada kesal menyifatkan bahawa pemberian hadiah tersebut bukan sahaja memalukan pasangan mempelai, malah memberi malu kepada keluarga dari kedua-dua pengantin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWIRA PUTRA nasihat pemimpin BERSATU jangan angkuh, sombong\n\n\n\n\n\n\nDidakwa menipu Agong, Papagomo disoal siasat polis\n\n\n\n\n\n\nEmpat beradik maut dalam kebakaran di Muar\n\n\n\n\n\n\nNuramira Akan Didakwa Di Mahkamah Tinggi Syariah Esok\n\n\n\n\n\n\nKenapa hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK \u2013 DAP\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaru-baru ini tular menerusi wadah media sosial tempatan yang memaparkan aksi tetamu menghadiahkan paket kondom kepada pasangan pengantin dalam satu kenduri perkahwinan.\n\n\nMeskipun ia dianggap sebagai bahan jenaka, banyak komen yang meluahkan rasa kurang bersetuju dengan hadiah itu kerana disifatkan agak keterlaluan dan tidak sepatutnya diberi.\n\n\nTerdahulu beliau yang berkata selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 Agensi Hal Ehwal Islam di Putrajaya berkata, Rasulullah SAW sendiri menyarankan pemberian hadiah yang tidak mengakibatkan aib kepada si penerima terutamanya pada program kenduri keramaian. Tidak semestinya mahal namun cukup bermanfaat kepada pengantin.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/20/mtem-gesa-kerajaan-tangani-kemiskinan-pasca-pandemik/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/visa-furada-berhati-hati-jangan-sampai-duit-hangus/", "title": "Visa Furada \u2013 Berhati-Hati Jangan Sampai Duit Hangus", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Usah terpedaya dengan penawaran visa furada dengan pakej yang boleh mencecah lebih RM50,000 namun tiada sebarang jaminan visa haji diluluskan kepada pemohon.\n\n\nKetua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, sehingga kini Arab Saudi tidak memaklumkan mengenai pengeluaran visa furada musim haji 1443H/2022M dan orang ramai yang telah membuat pembayaran perlu lebih berhati-hati\n\nVisa furada ialah visa yang diuruskan sendiri dan dilaporkan dikeluarkan oleh Arab Saudi tanpa melibatkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPembaikan Jambatan, Cerun Bukit Dan Jalan Raya Di Sungai Lui\n\n\n\n\n\n\nJiao Zong tidak setuju soalan BM sama untuk SK dan SRJK\n\n\n\n\n\n\n25 tahun berlalu, Anwar `kembali\u2019 ke Menara Dato\u2019 Onn\n\n\n\n\n\n\n31,600 surat tawar haji mula dikeluarkan Rabu ini\n\n\n\n\n\n\nPelantikan Izzah, sah undang-undang tapi salah dari sudut moral \u2013 Hassan Karim\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cArab Saudi menawarkan dua pakej kepada rakyat tempatan untuk menunaikan ibadah haji, pakej ini dalam lingkungan harga RM11,000 hingga RM14,000. Saya harap kita memahami suasana ini dan juga kerajaan Arab Saudi telah menyatakan supaya kita harus berhati-hati kerana memang ada pihak tertentu yang menawarkan pakej haji palsu.\u2019\u2019- Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman\n\n\nBeliau berkata, TH seringkali mengingatkan risiko haji furada apatah lagi dengan senario musim haji tahun ini yang menetapkan pelbagai syarat oleh kerajaan Arab Saudi.\n\n\nArab Saudi juga mengehadkan hanya sejuta umat Islam menunaikan ibadah haji iaitu 85 peratus melibatkan jemaah di luar Arab Saudi dan 15 peratus lagi khusus untuk mereka yang tinggal di negara itu, namun perlu mendapatkan permit serta melanggan pakej yang telah disediakan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.\n\n\n\u201cSenario ini berlaku di peringkat antarabangsa dan di Malaysia kita juga dapati ada agensi yang bukan dilesenkan oleh TH dan tidak diiktiraf TH yang menawarkan pakej kononnya visa furada. Jadi saya harap umat Islam di Malaysia tidak seharusnya terpedaya dengan iklan-iklan yang dikeluarkan ini,\u201d\n\n\nBeliau berkata kepada media di bangunan Abraj Al Janadriyah yang menempatkan ibu pejabat TH dan jemaah haji Malaysia.\n\n\nSyed Saleh turut mengingatkan individu atau syarikat yang menawarkan visa furada tanpa lesen boleh dikenakan tindakan di bawah Akta TH iaitu kesalahan kerana mengiklan atau mengendalikan haji tanpa mempunyai lesen daripada TH.\n\n\nJusteru, orang ramai yang telah membuat bayaran visa furada sebaiknya melakukan pemeriksaan lanjut dan sepertimana yang dikatakan Syed Saleh, bimbang bayaran yang dibuat akan hangus begitu sahaja.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/harga-makanan-meningkat-ke-paras-tertinggi-sejak-november-2011/", "title": "Harga Makanan Meningkat Ke Paras Tertinggi Sejak November 2011", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Jumaat \u2013\n Harga makanan terus meningkat ke paras tertinggi baharu sejak November 2011, dengan subkumpulan daging mencatatkan peningkatan tertinggi.\n\n\nMenurut Jabatan Perangkaan Malaysia Inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2%, tertinggi sejak November 2011, dengan 93% item dalam kumpulan itu merekodkan kenaikan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nInflasi Naik Mendadak Jika Subsidi Minyak Diganti\n\n\n\n\n\n\nPAU hanya dihadiri parti kompenan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri diramal pertahankan kerusi DUN Rhu Rendang\n\n\n\n\n\n\nTerengganu haramkan filem `Pulau\u2019 ikut garis panduan syariah\n\n\n\n\n\n\nAhli Politik Terlibat Dalam Jawatankuasa Khas Rumah Berhala\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Perangkawan Datuk Uzir Mahidin berkata, subkumpulan daging mencatatkan peningkatan tertinggi 9.5% pada Mei 2022, berbanding April (6.2%) disebabkan oleh permintaan tinggi pada musim perayaan.\n\nIa diikuti kenaikan sayur-sayuran (8.1%); susu, keju dan telur (8%); ikan dan makanan laut (4.3%) dan minyak dan lemak (3.7%).\n\n\nAyam yang merupakan komponen terbesar dalam subkumpulan daging (46.1%) meningkat sebanyak 13.4% berbanding 7.5% pada April, dengan purata harga ayam yang meningkat daripada RM8.44 kepada RM9.70 sekilogram pada Mei 2021.\n\n\nUzir turut menambah, kos makanan yang meningkat ditambah dengan peningkatan permintaan antara punca kenaikan harga ayam kali ini.\n\n\nManakala lonjakan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini pula berpunca daripada peningkatan harga baja, kos logistik, kekurangan tenaga buruh dan keadaan cuaca.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/pemansuhan-hukuman-mati-mandatori-akan-dikaji-mas-ermieyati1/", "title": "Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori Akan Dikaji \u2013 Mas Ermieyati", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Sabtu \u2013\n Kerajaan secara dasarnya bersetuju dengan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori, setelah meneliti Laporan Kajian Hukuman Gantian yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lalu.\n\n\nTimbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) diminta mengkaji dan meneliti syor-syor yang dikemukakan, sebelum satu draf Rang Undang Undang (RUU) berkaitan pindaan itu dikeluarkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPH Menang Mudah Jika MCA Bertanding Di Alor Setar \u2013 UMNO\n\n\n\n\n\n\nAmirudin, isteri datang buang undi menaiki motosikal vespa\n\n\n\n\n\n\n100 Rumah Di Sandakan Musnah Dipukul Air Pasang\n\n\n\n\n\n\nPm Arahkan Sidang Media Harian Ops Banjir Oleh Agensi\n\n\n\n\n\n\nPecah monopoli tidak beri kesan pengurangan tenaga kerja\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJusteru, satu perjumpaan di antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun telah diadakan pada 20 Jun lalu,\u201d katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.\n\n\nSelain itu, Mas Ermieyati berkata, satu sesi libat urus akan turut diadakan bersama pakar-pakar akademik dan ahli Dewan Rakyat. \nIni bertujuan, mendapatkan pandangan lebih lanjut mengenai perkara ini, sebelum dibentangkan di Parlimen pada Oktober nanti.\n\n\n\u201cKerajaan amat berterima kasih di atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam perkara ini dan berharap RUU ini dapat dilaksanakan serta dikuatkuasakan mengikut garis masa yang telah ditetapkan,\u201d ujarnya.\n\n\nTerdahulu, pada 10 Jun lalu, Wan Junaidi menjelaskan bahawa kerajaan bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dalam negara, dengan melaksanakan hukuman gentian, tertakluk budi bicara mahkamah. \u2013 Agensi\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/perhimpunan-jalanan-bukan-penyelesaian/", "title": "Perhimpunan Jalanan Bukan Penyelesaian", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289332717_137561635569389_8912904516361142257_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nJOHOR BAHRU, Jumaat \u2013\n Sultan Johor Sultan Ibrahim bertitah perhimpunan jalanan sebagaimana dicadangkan oleh seorang pemimpin DAP, bukannya cara bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian yang membina.\n\n\nMenerusi hantaran di Facebook, baginda bertitah suara atau pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat boleh disampaikan kepada kerajaan menerusi pelbagai forum lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M ditahan di IJN kerana jangkitan\n\n\n\n\n\n\nUniversiti awam di Terengganu dikompaun RM25,000\n\n\n\n\n\n\nKKM Saran Hadir Janji Temu Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\nRaikan Kepelbagaian Bukan Makna Korbankan Jati Diri\n\n\n\n\n\n\nSerahkan Semula Tugas Kepada Pdrm & Atm\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaginda berkata demonstrasi yang diadakan pada tahun 1969 dan perhimpunan Bersih dahulu tidak mencapai sebarang matlamat selain mengakibatkan kekecohan yang bukan menunjukan cara negara ini.\n\n\nSultan Ibrahim turut bertitah bahawa undang-undang negara perlu dihormati dan elakan membuat kenyataan berbaur hasutan kerana ianya tidak membantu sedangkan terdapat banyak saluran yang lebih membina untuk menyuarakan pandangan.\n\n\nBaginda bertitah perhimpunan jalanan juga akan memberi impak negatif kepada ekonomi negara menakutkan pelabur asing dan merencatkan permulihan negara daripada pandemik Covid-19.\n\n\nTerdahulu anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali mengajak rakyat berhimpun sebagai tanda protes susulan kenaikan kos sara hidup.\n\n\nKenyataan itu dibuat sejurus selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub menafikan kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak secara keseluruhan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/rm40000-elaun-pengerusi-fgv-naik-pengarah-dapat-rm12500-sebulan/", "title": "RM40,000 Elaun Pengerusi FGV Naik, Pengarah Dapat RM12,500 Sebulan", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289776091_5150395231742448_5105105926751278247_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Elaun pengerusi bukan eksekutif FGV Holdings Bhd (FGV) dinaikkan kepada RM40,000 sebulan, berbanding RM25,000 sebelum ini, antara 13 resolusi diluluskan majoriti pemegang sahamnya dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu.\n\n\nElaun pengerusi bukan eksekutif FGV Holdings Bhd (FGV) akan dinaikkan daripada RM25,000 kepada RM40,000 sebulan.\n\nIa adalah di antara 13 resolusi diluluskan majoriti pemegang saham dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCukai Barangan Mewah dilaksana separuh kedua 2023\n\n\n\n\n\n\nTindakan Kerajaan Kedah adalah Betul- Peguam\n\n\n\n\n\n\nKJ keterlaluan, Hishammuddin membelakang parti\n\n\n\n\n\n\nPetisyen pilihan raya Gua Musang dibicarakan, Putrajaya ditolak\n\n\n\n\n\n\nKPM Siasat Pelajar Hanya Diberi Nasi Putih & Kuah\n\n\n\n\n\n\n\n\nFGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, AGM itu dilakukan sepenuhnya secara maya pada Khamis, menyaksikan semua resolusi dibentang untuk pertimbangan telah diluluskan pemegang saham.\n\n\n\u201cSemua 13 resolusi ditetapkan pada notis AGM ke-14 bertarikh 28 April 2022, dibentangkan pada AGM telah diluluskan.\u201d\n\n\nFELDA GLOBAL VENTURES HOLDING BERHAD (FGV)\n\n\nPerkara itu dilaporkan oleh Berita Harian dan menurut laporan Notis AGM itu, Imbuhan pengarah bukan eksekutif FGV bagi tempoh sama juga naik daripada RM120,000 kepada RM150,000 atau daripada RM10,000 sebulan kepada RM12,500 sebulan.\n\n\nManakala elaun pengerusi bukan eksekutif FGV dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM480,000 atau bersamaan RM25,000 sebulan kepada RM40,000 sebulan bagi tempoh setahun, bermula 24 Jun 2022 hingga AGM akan datang.\n\n\nSelain itu, AGM semalam turut meluluskan pemberian kereta syarikat untuk kegunaan pengerusi dengan perbelanjaan kemudahan kenderaan tahunan sebanyak RM180,000 berbanding elaun kereta syarikat sebanyak RM15,000 sebulan termasuk petrol, tol dan penyelenggaraan sebelum ini.\n\n\nElaun perniagaan rasmi turut diberikan kepada pengerusi bukan eksekutif dan pengarah bukan eksekutif FGV sebanyak RM1,000 sehari bagi menghadiri mesyuarat dengan wakil kerajaan atau pihak ketiga seperti perunding, jurubank dan penasihat bagi pihak syarikat dengan laporan rasmi kepada Lembaga Pengarah atau Lembaga Jawatankuasa atau lawatan rasmi ke projek dan atau rujukan tapak untuk menasihati pengurusan atau syarikat.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/segerakan-pilihan-raya-jika-mahu-bina-kekuatan-dalam-kerajaan/", "title": "Segerakan Pilihan Raya Jika Mahu Bina Kekuatan Dalam Kerajaan", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA TERENGGANU, Jumaat \u2013\n Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan segera jika ingin membina kekuatan dalam kerajaan serta mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara.\n\n\nPresiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata pelaksanaan PRU juga perlu mengambil kira keadaan semasa dan persediaan yang berkaitan.\n\n\n\u201c\u2026memang pada dasarnya, kita bersetuju PRU diadakan apabila habis penggal tetapi kalau dalam keadaan memerlukan untuk membina kekuatan dalam kerajaan, ia perlu disegera tengok keadaanlah\u2026\u201d\n\n\n\u201c\u2026kena ada persediaan. Kalau tiada persediaan, tidak boleh buat pilihan raya kena ada persediaan\u2026\u201d\n\n\nTAN SRI ABDUL HADI AWANG / Presiden PAS\n\n\nBeliau berkata demikian selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, Terengganu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid Nafi Jadi Calon PM Jika BN Menang\n\n\n\n\n\n\nPDRM buru ahli kumpulan ajaran sesat `SiHulk\u2019\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: DAP bidas kenyataan Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nJangkitan Fluorona Boleh Berlaku Di Malaysia \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nFaizal sanggah Ramasamy, tidak tahu sentimen sebenar orang Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, PAS dilapor menolak gesaan supaya PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat bukan disebabkan oleh gila kuasa serta kebimbangan tewas.\n\n\nAbdul Hadi dipetik berkata, saranan agar PRU15 diadakan apabila tempoh penggal Parlimen Ke-14 berakhir, adalah bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan menyelesaikan pelbagai masalah dihadapi rakyat.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tajuddin-digugurkan-dari-mkt-umno-kerana-kritik-parti/", "title": "Tajuddin Digugurkan Dari MKT UMNO Kerana Kritik Parti", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\n Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO disebabkan kritikan terbuka Ahli Parlimen Pasir Salak itu terhadap parti dan pendirian beliau yang bercanggah dengan parti itu yang berkuat kuasa Selasa lalu.\n\n\nPresiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana ahli MKT seharusnya mematuhi ketetapan dan keputusan dibuat berdasarkan perlembagaan parti.\n\n\n\u201c ..kuasa pelantikan mengikut perlembagaan adalah kuasa presiden parti. Saya berpendirian bahawa mana- mana ahli majlis seharusnya mematuhi ketetapan dan keputusan parti. bukan sahaja apa yang telah jadi ketetapan dalam PAU atau AGM apatah lagi jika kita menjadi sebahagian daripada anggota majlis tertinggi . satu ketetapan harus dipatuhi, kita boleh berbeza pendapat di dalam perbincangan ataupun mesyuarat tapi jika sesuatu keputusan itu telah dibuat, maka keputusan itu merupakan keputusan parti and we have through the party line bukan sebaliknya \u2026\u201d\n\n\nDATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI/ Presiden Umno\n\n\nBeliau berkata dalam hal ini, beliau sangat berlapang dada walaupun secara peribadinya ia tidak dipersetujui namun apabila keputusan parti tentukan, maka ia harus menerima apa saja keputusan yang dibuat oleh parti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTrafik ke Utara dan Pantai Timur Sesak\n\n\n\n\n\n\nPastikan Status Kesihatan Dulu Sebelum Memandu \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nAGENDA NASIONAL BANTU KELUARGA MALAYSIA HADAPI FASA ENDEMIK\n\n\n\n\n\n\nNasib Khairy dan pengkhianat UMNO diketahui esok\n\n\n\n\n\n\nPUTRA sangkal dakwaan mahu sertai PN\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahan pula katanya perkara itu juga harus ditanya kepada tajuddin sendiri kerana tidak adil jika beliau memberi tahu secara umum kerana tajuddin lebih mengetahui apa yang telah dia lakukan dan apa yang diucapkan dalam majlis tertutup.\n\n\nUjar Beliau, Tajuddin juga tidak perlu merayu terhadap keputusan penggugurannya itu, kerana lantikan yang dibuat terletak di bawah kuasa presiden.\n\n\nTajuddin digugurkan daripada ahli MKT UMNO, dengan surat pemakluman itu dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 21 Jun lalu.\n\n\nMenurut surat yang dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, pelucutan jawatan itu berikutan komitmen Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/tajuddin-digugurkan-sebagai-ahli-majlis-tertinggi-umno/?fbclid=IwAR3CGbTUEJ0pnJIihpQjD7P8RKVW_bvhBf2VcbyYtD1nd2MgIB_FhtWj1K8"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/", "title": "Tanda Pagar #MatKilau Sohor Di Twitter", "body": "1\n\n\n\n\n\n\nOleh Yusri Malik\n\n\nyusrimalik@tvpertiwi.com.my\n\n\nKUALA LUMPUR, Sabtu \u2013\n Sebaik sahaja filem biopik Mat Kilau mula ditayangkan di pawagam seluruh negara Khamis lepas, tanda pagar #MatKilau sohor kini di Twitter.\n\n\nSetakat jam 6.20 petang tadi, tanda pagar ini sohor kini pertama dengan 10,700 ciapan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPejuang terdesak, opportunis, tiada prinsip mahu sertai PN\n\n\n\n\n\n\nSUHAKAM Tidak Serius Bela Hak Umat Islam \u2013 WAFIQ\n\n\n\n\n\n\nAsyraf Wajdi Setiausaha Agung UMNO yang baharu\n\n\n\n\n\n\nPRN Kelantan medan terakhir Ahmad Yakob bertanding politik\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Peruntukan Diskriminasi Pekerja Muslim \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara komen warganet yang telah menerima 12 ribu tanda \u2018Like\u2019 adalah daripada \n@TheFunSizeGuy\n:\n\n\n\u201cSalah seorang daripada pelajar dalam kelas saya berkata \u201cSaya nak belajar silatlah lepas tengok Mat Kilau, Cikgu\u201d. Anda lihat? Itu adalah impak perfileman dan kesenian yang tersembunyi terhadap perspektif masyarakat tradisi dan budaya tempatan.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMalah, ada ciapan berunsur visual daripada @wan_azril \u201cLelaki Melayu selepas menonton Mat Kilau seperti;.\u201d.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cSaya perlu \u2018review\u2019 filem ini. Ya Allah, mat Kilau adalah filem Melayu yang paling epik pada dekad ini. Adegan yang penuh aksi. Tidak perlu cakap berkenaan lakonan kerana kita tahu sangat pelakon-pelakon ni adalah pelakon \u2018top tier\u2019 di Malaysia.\u201d ciapan daripada @parkheesoonies\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMereka (pengguna Twitter) yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai memainkan peranan yang besar dengan memuatnaik ciapan dan perkongsian gambar mengenai filem Mat Kilau, secara langsung telah menaikkan \u2018trend\u2019 tanda pagar #MatKilau di platorm sosial media itu.\n\n\n\n\nHasil pelbagai perkongsian mengenai filem biopik Mat Kilau di Twitter, ramai rakyat Malaysia terutamanya anak-anak muda dikalangan orang Melayu mula berpusu-pusu ke pawagam untuk menonton sendiri filem arahan Syamsul Yusof itu.\n\n\nSekadar informasi, filem berdasarkan fakta sejarah yang diadaptasi ke layar perak, Mat Kilau \u2013 Kebangkitan Pahlawan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada hari Khamis yang lepas, 23 Jun 2022.\n\n\nPada hari pertama tayangannya kelmarin, filem arahan Syamsul Yusof, 38, itu mencipta rekod sebagai filem epik tempatan pertama mencatat kutipan sebanyak RM1 juta. Sehingga hari ini, filem terbitan Studio Kembara itu sudah mencatat kutipan hampir RM3 juta.\n\n\nSyamsul berkata, dia bersyukur dan bangga apabila filem tempatan mendahului kutipan filem luar negara. \n\n\nFilem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu diterbitkan Studio Kembara dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asa\u2019ri, Datuk Adi Putra, dan Wan Hanafi Su.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/pemansuhan-hukuman-mati-mandatori-akan-dikaji-mas-ermieyati1/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tarif-elektrik-air-kekal-di-semenanjung-harga-ayam-tidak-diapungkan/", "title": "Tarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/290220446_176888204759772_7756376153264309206_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung serta harga ayam di pasaran negara tidak akan diapungkan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kadar elektrik dan air kekal seperti sekarang dan kerajaan akan terus komited menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Dana RM388.1 bilion\n\n\n\n\n\n\nRemaja lelaki hilang di Pantai Batu Layar ditemukan lemas\n\n\n\n\n\n\nSelangor Benarkan Solat Jemaah dirapatkan bermula 1 April\n\n\n\n\n\n\nSiti Bainun jalani prosiding bela diri tanpa diwakili peguam\n\n\n\n\n\n\nSivaraj letak jawatan, isytihar keluar MIC\n\n\n\n\n\n\n\n\nPejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata pengekalan tarif berkenaan perlu dibuat di tengah-tengah berlakunya peningkatan kos bahan api dan kos penjanaan lain.\n\n\nTambahnya lagi pemberian rebat dua sen per kilowatt jam dikekalkan kepada semua pengguna domestik dan tiada surcaj dikenakan.\n\n\nDalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri berkata harga siling ayam baharu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.\n\n\nMenurutnya, keputusan yang dibuat ini membuktikan keprihatinan Kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/penyatuan-ummah-penting-dalam-mendepani-pilihan-raya/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tidak-perlu-ikut-perasaan-guna-saluran-yang-betul/", "title": "Tidak Perlu Ikut Perasaan, Guna Saluran Yang Betul", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289332717_137561635569389_8912904516361142257_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Perhimpunan demonstrasi protes merupakan salah satu cara agresif yang tidak patut dilakukan oleh masyarakat kepada kerajaan.\n\n\nPengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun berkata masyarakat tidak perlu membuat keputusan yang terlalu mengikut perasaan dan emosi untuk berhimpun membuat protest di Kuala Lumpur.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu tutup sekolah agama, ada pihak berniat timbul kegelisahan umat Islam\n\n\n\n\n\n\nPesara rugi RM128,037 diperdaya \u2018pegawai\u2019 mahkamah\n\n\n\n\n\n\nGuna Akta ISA cegah rasuah dan penyelewengan \u2013 Ibrahim Ali\n\n\n\n\n\n\nUndang-Undang Curang Perlu Dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\nPenyatuan Ummah Penting Dalam Mendepani Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata kerajaan tidak tidur maka perlulah bijak dalam menyuarakan pandangan dan bukan mengadakan perhimpunan yang boleh membuatkan kekecohan.\n\n\n\u201c\u2026jadi saya rasa eloklah dahulu, tidaklah membuat satu tindakan yang cuba untuk mengungut kerajaan, dan ini adalah tidak elok dalam keadaan yang tuanku sendiri menyebut masalah pandemik covid-19, dengan keadaan sekarang ini dengan polemik kehendak \u2018politician\u2019 adalah begitu juga DAP, cara \u2013 cara agresif\u2026\u201d\n\n\nSHAHBUDIN EMBUN / Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM)\n\n\nBeliau berkata sekiranya perhimpunan tersebut diadakan maka ia menunjukkan bahawa rakyat protes terhadap kerajaan dan itu merupakan cara yang tidak betul dalam menyuarakan pandangan.\n\n\nKatanya, perhimpunan protes itu merupakan budaya barat dan tidak perlu terlalu mengikut kerana terdapat banyak saluran untuk menyuarakan pandangan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/24/visa-furada-berhati-hati-jangan-sampai-duit-hangus/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/26/bersatu-tak-bincang-tawar-kerusi-kepada-tajuddin-faizal-azumu/", "title": "BERSATU Tak Bincang Tawar Kerusi Kepada Tajuddin \u2013 Faizal Azumu", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nIPOH, Sabtu \u2013\n Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak membincangkan tawaran kerusi untuk ditandingi Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman jika Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak dipilih UMNO bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).\n\n\nTimbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri\u00a0Ahmad Faizal Azumu\u00a0berkata, Bersatu tidak mahu terlibat dengan apa yang berlaku terhadap parti lain selepas Tajuddin digugurkan daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga Ais Akan Dinaikkan \u2013 Pengusaha\n\n\n\n\n\n\nKebebasan bersuara dalam UMNO sudah mati\n\n\n\n\n\n\nFasa 2 SUKE dibuka tengah malam ini\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham Tan Sri Ali Hashim Tokoh Jihad Bisnes Yang Disegani\n\n\n\n\n\n\nJawatan Pengerusi MKN : Noh Omar \u201cSekolahkan\u201d MB Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, berhubung kenyataan Pas Perak yang sedia menawarkan Tajuddin bertanding atas tiket Pas dan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Pasir Salak jika\u00a0 tidak dipilih oleh UMNO, perkara itu terserah pada Pas.\n\n\n\u201cSaya tak boleh komen perkara yang tidak melibatkan saya, itu hak pucuk pimpinan. Kami tak ada bincang perkara itu, tak terlibat dengan apa yang berlaku dalam parti orang lain.\n\n\n\u201c(Pas tawar Tajuddin kerusi bertanding) Itu terserah pada Pas, itu hak mereka untuk memberi pandangan, bagi Bersatu kami tak bincang pun tentang perkara itu,\u201d katanya selepas merasmikan Temasya Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sekolah Raja Perempuan (RPS) di sini, hari ini.\n\n\nBeliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai kenyataan Pas Perak yang sedia menawarkan kerusi untuk ditandingi Tajuddin pada PRU15.\n\n\nPesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, tawaran itu dibuat setelah Tajuddin digugurkan daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.\n\n\nMenurutnya, tawaran itu tidak bermaksud Pas mahu mencampuri urusan atau kemelut dalaman mana -mana parti yang lain.\n\n\n\u201cApabila digugurkan daripada MKT UMNO, tentunya Tajuddin tidak akan diberi peluang dalam Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada PRU15, jadi Pas Perak sedia untuk menawarkan kerusi Pasir Salak kepada beliau atas tiket Perikatan Nasional (PN)\u00a0 bagi mewakili Pas.\n\n\n\u201cSekiranya pembahagian kerusi Parlimen Pasir Salak dalam PN diberikan pada Pas dan Tajuddin bersedia untuk bertanding atas tiket PN, kita akan beri kepadanya,\u201d katanya. \u2013 UTUSAN\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/26/bersih-mohon-sembah-tidak-bersetuju-dengan-sultan-johor/", "title": "BERSIH Mohon Sembah Tidak Bersetuju Dengan Sultan Johor.", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/290591480_751118042578475_8822592746282744592_n-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nJOHOR BAHRU, Sabtu \u2013\n Badan pemantau pilihan raya Bersih tidak bersetuju dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bahawa perhimpunan jalanan bukan cara bertanggungjawab dalam mencari \u201cpenyelesaian yang membina\u201d.\n\n\nBERSIH dalam satu kenyataan memohon sembah untuk tidak bersetuju dengan pandangan tuanku dan ingin sembah maklum beberapa perkara menunjukkan bahawa protes adalah kaedah ekspresi politik yang sah dan juga membentuk sejarah Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCuti umum Johor ditambah hari Isnin\n\n\n\n\n\n\n73 Pelajar SBP Seri Puteri Positif COVID\n\n\n\n\n\n\nPM jamin industri kewartawanan negara bebas tanpa campur tangan\n\n\n\n\n\n\nMuafakat Nasional Perjanjian Politik Terbaik \u2013 Nik Abduh\n\n\n\n\n\n\nBung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBersih memohon sembah untuk tidak bersetuju dengan pandangan tuanku dan ingin sembah maklum beberapa perkara menunjukkan bahawa protes adalah kaedah ekspresi politik yang sah dan juga membentuk sejarah negara kita,\u201d \u2013 kenyataan media BERSIH\n\n\nTambah kenyataan itu Siri perhimpunan aman Bersih yang telah dirujuk oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor sebagai \u2018titik hitam\u2019 dalam sejarah negara bersama dengan insiden 13 Mei, yang dalam pandangan baginda bahawa protes tersebut hanya menghasilkan kekacauan dan kemusnahan di mana tiada yang menang serta kita masih lagi sedang pulih daripada kesan negatifnya.\n\n\nMenurut Bersih, Malaysia sendiri lahir daripada gerakan protes di mana Dato Onn Jaafar telah mengetuai massa untuk menentang Malayan Union, yang dipaksakan oleh British setelah Perang Dunia Kedua.\n\n\n\u201cDato Onn dan Umno bukan sahaja pihak yang menggunakan protes sebagai cara yang sah untuk bertindak secara kolektif. Parti berbilang bangsa seperti gabungan Putera\u2013AMCJA melalui pemimpin seperti Ishak Haji Muhammad, Tan Cheng Lock, K Ganapathy dan Dr Burhanuddin Helmy melancarkan protes hartal seluruh negara pada 1947 untuk mendesak Perlembagaan Rakyat.\u2019\u2019 \u2013 kenyataan media BERSIH\n\n\nDan ini membuka jalan kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu, pelopor kepada kemerdekaan kita daripada British pada 1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963.\n\n\nBersih berkata lagi, melalui protesnya yang membangkitkan isu pilihan raya bersih dan adil, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan.\n\nMengulas lanjut, Bersih berkata pihaknya sejak dari awal kekal komited dengan protes dan himpunan secara aman.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/26/isham-jalil-sah-dilantik-mkt-umno-ganti-tajuddin/", "title": "Isham Jalil Sah Dilantik MKT UMNO, Ganti Tajuddin", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Sabtu \u2013\n Bekas Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil sah dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi MKT UMNO, menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang baru dipecat.\n\n\nIsham Jalil menerusi hantaran di laman facebook beliau turut memaklumkan perlantikan beliau sebagai MKT UMNO berkuatkuasa 24 Jun 2022. Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan tertinggi parti dan ahli-ahli MKT UMNO yang menyokong perlatikan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nElaun tambahan diberikan kepada kakitangan perubatan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nImej Rasuah Dalam Umno Perlu Dibuang, Malays Never Learn\n\n\n\n\n\n\nProklamasi Melayu rasis hanya mainan puak cauvinis\n\n\n\n\n\n\nSaya Tidak Sokong Mencuri, Tetapi Mereka Tiada Pilihan, Saya Halalkan\u201d \u2013 MYDIN\n\n\n\n\n\n\n476,037 Individu Biasa Layak Mengundi \u2013 SPR\n\n\n\n\n\n\n\n\nTajudddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak, digugurkan daripada menjawat jawatan MKT UMNO difahamkan kerana melanggar keputusan parti. Perkara Itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melalui surat bertarikh 21 Jun 2022.\n\n\nSementara itu, Isham ketika ditemui media selepas mesyuarat berkata agenda utamanya adalah untuk menumpukan isu kos sara hidup dan pemulihan ekonomi negara selepas pandemik Covid-19.\n\n\nMenurutnya, pelantikannya itu akan dijadikan satu motivasi untuk dirinya bekerja dengan lebih keras demi parti.\n\n\n\u201cDi bawah Tun M, terdapat menteri, timbalan menteri dan MKT yang menentang beliau secara terbuka, namun tiada sesiapa digugurkan hanya kerana tidak menyokong Presiden,\u201d\n\n\nTAN SRI ANNUAR MUSA / Menteri Komunikasi dan Multimedia\n\n\nDalam pada itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan pemecatan ahli MKT sebelum tamat penggal perkhidmatan akan hanya membawa kepada krisis dan perpecahan.\n\n\nAnnuar Musa berkata, tindakan ini bercanggah dengan semangat dan resolusi Perhimpunan Agong (PAU), dan PAU Khas.\n\n\nJelas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, meskipun terdapat peruntukan bagi presiden memecat ahli MKT yang dilantik Presiden, namun tindakan itu tidak membawa kepada kebaikan malah jarang dilakukan oleh mana-mana parti.\n\n\nMengulas lanjut, Annuar tureut mendakwa bahawa difahakan akan berlaku pemecatan lagi beberapa nama lagi ahli MKT, bagaimanapun nama itu tidak diperincikan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/pemansuhan-hukuman-mati-mandatori-akan-dikaji-mas-ermieyati1/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/26/kpm-semak-semula-sukatan-kssr-kssm-radzi/", "title": "KPM Semak Semula Sukatan KSSR, KSSM \u2013 Radzi", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Sabtu \u2013\n Kurikulum sekolah rendah dan menengah akan disemak semula.\n\n\nSemakan oleh Kementerian Pendidikan itu bagi menilai dakwaan sukatan mata pelajaran terlalu sukar atau sebenarnya pelajar yang tidak biasa dengan aras kesukaran berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeadaan geografi Sungai Golok punca penyeludupan terus berlaku \u2013 Kastam\n\n\n\n\n\n\nPARTI PUTRA GUNA SIMBOL TANJAK MARTABAT MELAYU\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah Allah bakal jadi polemik \u2013 Al-Sultan Abdullah\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus jawatankuasa pemilih bagi Parlimen ke-15\n\n\n\n\n\n\nKuota Minyak Masak Bersubsidi Cukup\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenterinya, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pusingan pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan lengkap pada tahun ini, manakala Kurikulum Standard Sekolah Menengah lengkap pada tahun lalu.\n\n\n\u201cJika tamat pusingan ini, memang kita akan semak semula silibus. Kita lihat kesesuaian dengan mengambil kira keadaan dan perkembangan semasa. \u201cIa tidak boleh dibuat secara suka-suka. Ada proses perlu diikuti. Tidak boleh hari ini kata nak semak, kita boleh semak.\u2019\u2019\n\n\nMENTERI PENDIDIKAN / Datuk Dr Radzi Jidin\n\n\nTambah Radzi dalam semakan semula nanti, perkara keutaaman dilihat termasuklah sama ada kurikulum itu benar-benar kompleks atau ketidakbiasaan.\n\n\nRadzi mengulas rungutan segelintir ibu bapa dan guru yang mengatakan kurikulum beberapa mata pelajaran seperti Matematik Tahun Satu beraras tinggi.\n\n\nTerdahulu beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan dan Padang SekolahKebangsaan (SK) Putrajaya Presint 18(2) serta Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan di Putrajaya pagi tadi.\n\n\nSementara itu, Radzi berkata, kementerian itu memberi keutamaan membuka sekolah baharu di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti di Klang, Selangor dan beberapa kawasan di Johor.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/26/naikkan-elaun-warden-asrama-langkah-jangka-pendek-iguru/", "title": "Naikkan Elaun Warden Asrama Langkah Jangka Pendek : iGuru", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/290427510_341082878203975_8361896865067400511_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\n Ikatan Guru-guru Muslim I-Guru, menyifatkan pengumuman kerajaan untuk menaikkan elaun warden sebagai langkah jangka masa pendek setelah 25 tahun tidak disemak.\n\n\nPresidennya, Ustaz Azizee Hassan berpandangan, bahawa terdapat aspek lain yang perlu diberi perhatian supaya isu beban tugas warden dapat diselesaikan untuk jangka panjang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes Taun Kini Dikesan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nPemandu langgar enam kenderaan positif ganja\n\n\n\n\n\n\nBekalan air Melaka bertahan hingga Ogos\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Cukai pendapatan M40 dikurangkan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik laporan Ismaweb, beliau mengulangi beberapa saranan iGuru sebelum ini untuk diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan (KPM), antaranya cadangan mewujudkan perjawatan warden sepenuh masa yang bukan dalam kalangan guru.\n\n\n\u201cKPM perlu memastikan kebajikan guru warden terbela dan terjaga bukan sahaja dari imbuhan material semata-mata tetapi juga dari sudut peruntukan undang-undang dengan menggubal akta keguruan yang dapat menjamin nasib para guru,\u201d\n\n\nUSTAZ MOHD AZIZEE HASAN / Presiden i-Guru\n\n\nUjar beliau, antara lain juga adalah mengurangkan beban tugas guru warden dengan mewujudkan guru warden seperti guru pusat sumber dan tidak dibebankan dengan bebanan akademik.\n\n\nSemalam, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan kadar baharu elaun diterima ketua warden asrama dinaikkan mulai 1 Ogos depan kepada RM350, manakala warden pula RM300, membabitkan implikasi kewangan hampir RM19 juta.\n\n\nMengulas lanjut, beliau berkata iGuru mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan atas keprihatinan KPM menaikkan sebanyak RM60 elaun berkenaan.\n\n\nKenaikan ini katanya diharap dapat memberikan suntikan dan motivasi kepada para warden untuk bekerja dengan lebih gigih dan berdedikasi.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/pemansuhan-hukuman-mati-mandatori-akan-dikaji-mas-ermieyati1/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/26/pas-perak-pelawa-tajuddin-bertanding-tiket-pn/", "title": "PAS Perak Pelawa Tajuddin Bertanding Tiket PN", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nIPOH, Sabtu \u2013\n PAS Perak mempelawa Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) mewakili PAS pada Pilihanraya Umum akan datang.\n\n\nPesuruhjaya Pas negeri, Razman Zakaria berkata, sekiranya pembahagian kerusi Parlimen Pasir Salak dalam PN diberikan kepada Pas dan Tajuddin bersedia untuk bertanding atas tiket PN, maka PAS bersedia untuk memberikan kerusi itu kepada Tajuddin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu gula selesai hujung bulan ini \u2013 KPDN\n\n\n\n\n\n\nFuad bidas kenyataan Kadir, siapa sebenarnya \u2018harakiri\u2019\n\n\n\n\n\n\nSampai Bila Mahu Biarkan Negara ditadbir Pemimpin Rakus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nTambah baik sistem pengecaman identiti, elak isu mayat tertukar berulang\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap Sanusi masih belum selesai \u2013 Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApabila digugurkan daripada MKT UMNO, tentunya Tajuddin tidak diberi peluang dalam Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada PRU15. Jadi Pas Perak sedia menawarkan kerusi Pasir Salak kepada beliau atas tiket Perikatan Nasional (PN) bagi mewakili PAS\u201d\n\n\nRAZMAN ZAKARIA / Pesuruhjaya Pas Negeri\n\n\nBagaimanapun, Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri Perak itu menegaskan bahawa pendirian PAS sama sekali tidak akan mencampuri urusan dalaman mana-mana parti lain.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam satu video pendek yang dimuat naik di Facebook rasminya pada Jumaat\n\n\nTerdahulu, Tajuddin dipecat sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkuatkuasa 21 Jun selepas difahamkan kerana melanggar keputusan parti.\n\n\nMengulas lanjut, Razman berkata, kenyataan bahawa PRU akan berlaku pada bila-bila masa bukan daripada pemimpin-pemimpin kluster mahkamah sahaja tetapi kenyataan sama juga dikeluarkan oleh perdana menteri sendiri.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/pemansuhan-hukuman-mati-mandatori-akan-dikaji-mas-ermieyati1/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/26/pelajar-dibuli-10-senior-badan-ditekap-seterika/", "title": "Pelajar Dibuli 10 Senior, Badan Ditekap Seterika", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Sabtu \u2013\n Kes mangsa buli Zulfarhan Osman Zulkarnain, pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), yang didera dengan tekapan seterika wap masih meninggalkan kesan kepada rakyat Malaysia.\n\n\nKejadian itu hari ini berulang kembali apabila pelajar tingkatan dua menerima nasib sama. Pelajar berkenaan dari sebuah sekolah di Teluk Intan, Perak dilaporkan cedera akibat dipukul sekumpulan pelajar senior yang turut menggunakan seterika panas dalam kejadian buli itu, Khamis lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid nafi wujud hubungan dingin dalam BN\n\n\n\n\n\n\nBimbang Kesedaran Melayu Bangkit Punca Tuduhan Dilempar Pada Filem Mat Kilau\n\n\n\n\n\n\nSabah, Sarawak dapat kuasa luluskan projek bawah RM50 juta\n\n\n\n\n\n\nKPM yakin subjek pilihan raya tidak pengaruhi murid\u00a0\n\n\n\n\n\n\nFatwa Abdul Hadi berbeza-beza \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMangsa yang mengadu sakit di bahagian pinggang masih menerima rawatan di hospital berkenaan dan kini berada dalam keadaan stabil,\u201d\n\n\nDATUK MIOR FARIDALATHRASH WAHID / Ketua Polis Perak\n\n\nKetua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati, mangsa telah dicederakan oleh 10 pelajar senior berusia antara 16 hingga 17 tahun semasa berada di asrama sekolah.\n\n\nMenurut Faridalathrash, kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 12.30 malam dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu selepas mangsa berbual dengan seorang pelajar wanita.\n\n\nBeliau berkata, mangsa dibawa ke sebuah bilik asrama oleh salah seorang suspek lalu memukul mangsa secara beramai-ramai termasuk mencederakannya menggunakan seterika panas pada badan.\n\n\nMangsa kemudiannya, menghubungi ibunya sebelum dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan.\n\n\nFaridalathrash berkata, semua suspek terlibat telah ditahan pada hari sama dan direman selama empat hari sehingga Isnin ini. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/26/pemecatan-tajuddin-satu-amaran-penganalisis/", "title": "Pemecatan Tajuddin Satu Amaran \u2013 Penganalisis", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/290452396_556081412860605_5140086206739017183_n-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Sabtu \u2013\n Pemecatan Tajuddin Abdul Rahman dilihat sebagai kemuncak perbezaan pandangan dalam parti UMNO.\n\n\nPenganalisis Politik, Doktor Mazlan Ali berkata pemecatan Tajudin sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi MKT UMNO itu juga sudah dijangkakan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeluarkan nikotin dari Akta Racun, KKM nafi perjudi kesihatan kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nPertingkat Intervensi Awal Bendung Omicron \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nSPRM kesan suspek isu rasuah projek berkaitan biometrik pekerja asing\n\n\n\n\n\n\nHenti bangkitkan isu perkauman dan agama, titah Tuanku Muhriz\n\n\n\n\n\n\nPRN Kelantan medan terakhir Ahmad Yakob bertanding politik\n\n\n\n\n\n\n\n\nDoktor Mazlan berkata, tindakan itu dilihat sebagai satu amaran terhadap beberapa ahli MKT lain yang dilihat tidak sejajar dengan ahli UMNO lain yang mahukan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) diadakan segera.\n\n\n\u201c\u2026saya melihat pemecatan tajuddin\u2026yg mahukan pru diadakan segera\u2026yang tidak sejajar dengan zahid sebagai umno\u201d\n\n\nDR MAZLAN ALI / Penganalisis Politik\n\n\nUjar beliau, apa yang berlaku kini dalam umno dilihat sebagai kemuncak kepada perbezaan pandangan dalam pucuk pimpinan umno khususnya pemimpin umno yang dikaitkan dengan kluster mahkamah dibawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri.\n\n\nMengulas lanjut, Mazlan Ali berkata, tindakan Tajuddin yang pernah mengkritik pucuk pimpinan tertinggi umno yang mendesak agar pru diadakan segera dianggap sebagai bertentangan dengan keputusan kepimpinan tertinggi umno yang mahukan pru disegerakan.\n\n\nTerdahulu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Tajuddin Abdul Rahman itu dipecat daripada MKT Umno berkuatkuasa 21 Jun 2022 difahamkan kerana melanggar keputusan parti.\n\n\nSusulan itu, Bekas Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil dilantik sebagai ahli MKT UMNO berkuatkuasa 24 Jun 2022 selepas diputuskan dalam mesyuarat MKT malam semalam.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/pemansuhan-hukuman-mati-mandatori-akan-dikaji-mas-ermieyati1/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/26/stok-minyak-masak-sukar-didapati-membebankan-pengguna/", "title": "Stok Minyak Masak Sukar Didapati, Membebankan Pengguna", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/290530993_178467891265763_3517104779305681218_n-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\n Sukar mendapatkan stok minyak botol dan dan kehabisan stok minyak paket bukan sahaja menyusahkan pengguna , malah turut membebankan dan memberikan kesan yang besar kepada peruncit ekoran subsidi bagi minyak botol telah dilupuskan.\n\n\nPengurus bagi Pembangunan Perniagaan ISMART , Awie Bakrie berkata walaupun tiada pembelian secara mengejut setakat ini tetapi kehabisan minyak paket juga menghimpit pengguna kerana harganya lebih murah berbanding minyak masak dalam botol.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO BERI KATA DUA KEPADA PAS; MN ATAU PN\n\n\n\n\n\n\n48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara\n\n\n\n\n\n\nTerengganu akan jadi Kelantan kedua jika undi PAS \u2013 Ahmad Said\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Tak perlu debat, semua sibuk PRN \u2013 Kon Yeow\n\n\n\n\n\n\nJangkitan Fluorona Boleh Berlaku Di Malaysia \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026seperti yang kita tahu , sekarang ini kita ada isu kenaikan harga minyak. So, setakat ini takde lagi lah panic buying ke apa, yang datang sini orang kata apa nak beli minyak dalam kuantiti minyak dan sebagainya setakat ini. Tapi seperti yang dapat kita lihat di sini, stok masih sekarang ini memang susah, stok sekarang ini memang terhad, kami dah pun oder tapi tak dapat lagi setakat hari ini. So memang terhad dan kalau pun kita ada stok setakat ini kita ada , minyak peket pun kita takde stok, dah lama kita takde stok minyak peket. So itu sangat sangat apa orang kata menyusahkan pengguna dan lain lain\u2026\u201d\n\n\nAWIE BAKRIE / Pengurus Pembangunan Perniagaan ISMART\n\n\nUjar Awie, beliau turut menegaskan bahawa ketiadaan stok minyak paket juga menyusahkan dan sekiranya stok minyak paket itu sampai hanyalah dalam kuantiti yang sedikit dan terpaksa menjaga kawalan minyak yang sedia ada.\n\n\nBeliau tidak menolak untuk menjual dengan kuantiti sebanyak tiga paket seorang sahaja.\n\n\nTambahannya beliau menekankan kebanyakan barang yang dijual di ISMART seperti , telur , gula dan tepung yang merupakan barangan produk tempatan muslim itu masih berada dalam harga kawalan bagi memberikan kemudahan kepada pengguna yang lain.\n\n\nTV PERTIWI juga meninjau penjualan minyak masak di kedai-kedai runcit sekitar BANGI.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/pemansuhan-hukuman-mati-mandatori-akan-dikaji-mas-ermieyati1/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/27/3-beranak-ditemukan-lemas-saling-berpelukan-dalam-kereta/", "title": "3 Beranak Ditemukan Lemas, Saling Berpelukan Dalam Kereta", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/290259534_420981243245448_1703806064071926387_n-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nALOR STAR, Ahad \u2013\n Sebuah kereta yang dinaiki tiga beranak dipercayai terbabas sebelum terjunam di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani Baling, petang semalam ditemukan lemas awal pagi Ahad.\n\n\nKira-kira 3.30 pagi mayat Masyitoh Ibrahim, 37 bersama dua anaknya Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, dijumpai di bahagian belakang kereta terbabit yang tenggalam di dasar sungai berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPH-BN pertimbang fail petisyen pilihan raya bagi empat kerusi \u2013 Amirudin\n\n\n\n\n\n\nNorsyahrin Hamidon dinobat Presiden DPMM yang baharu\n\n\n\n\n\n\nKertas Putih perolehan vaksin Covid-19 tidak ikut prosedur\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Kampung Sungai Baru Mengeluh Pampasan Tidak Setimpal\n\n\n\n\n\n\n100 Hari Tempoh Menilai Kredibiliti Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\nKereta jenis Proton Persona itu ditarik keluar dari dasar sungai pada kedalaman hampir lima meter, dengan bantuan kren sebelum mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan seakan-akan saling berpelukan.\n\n\nTimbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron, berkata pihaknya berjaya mengesan kedudukan kereta terbabit di dasar sungai itu kira-kira jam 11 malam tadi.\n\n\n\u201c\u2026untuk makluman mangsa\u00a0 adalah tiga orang, mangsa seorang ibu dan dua orang anak 5 hingga 7 tahun, kita percaya mangsa ini apabila terhempas menjunam ke dalam sungai jatuh di bahagian belakang\u2026mungkin berpelukan\u2026hampir macam tu\u2026\u201d\n\n\nSYUFAAT KAMARON / Timbalan Pengarah JBPM Kedah\n\n\nSyufaat berkata pada jam 3.32 pagi mayat masyitoh berjaya dikeluarkan diikuti kdua-dua anaknya selang dua minit kemudian.\n\n\nMenurut Syufaat pihaknya menghadapi cabaran pada mulanya di mana anggota telah mengikat rantai besi pada mata kren tetapi ia tercabut akibat arus deras.\n\n\nKatanya, pada cubaan kedua pihaknya berjaya menaikkan kenderaan dan dikatakan mangsa seakan-akan saling berpelukan apabila ditemui.\n\n\nDifahamkan, mayat tiga beranak itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/27/ahmad-zahid-wajar-tumpu-kes-mahkamah-letak-jawatan/", "title": "Ahmad Zahid Wajar Tumpu Kes Mahkamah, Letak Jawatan", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Isnin \u2013\n Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang juga bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mencadangkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi tumpuan kepada kes beliau di mahkamah.\n\n\nKata Tajudin perkara itu lebih baik difokuskan Ahmad Zahid kerana Presiden UMNO itu berdepan pelbagai tuduhan rasuah.\n\n\nPada masa sama beliau mendedahkan wujud memorandum untuk meminta Zahid, melepaskan jawatan Presiden parti. Memorandum itu katanya susulan pertemuan diketuai Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Mei 2020.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar bantah permohonan Sanusi berkaitan pengampunan diraja\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen disaran patuhi Peraturan Mesyuarat, elak Dewan Rakyat digelar \u2018zoo\u2019\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tinggi benarkan semakan kehakiman Swatch cabar rampas jam dikaitkan LGBT\n\n\n\n\n\n\nPengharaman Judi Bukan Kecil, Isu Sejagat \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nLima bas ekspres terbakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada sidang media khas berhubung pemecatannya Tajuddin turut menunjukkan gambar pertemuan berkenaan yang dikatakan diadakan di rumahnya pada Mei 2020.\n\n\n\u201c\u2026so masa itu dah apa keputusan itu\u2026demi kepentingan umno\u2026\u201d\n\n\nDATUK SERI TAJUDDIN ABDUL RAHMAN / Ahli Parlimen Pasir Salak\n\n\nSelain Mohamad Hasan dan Datuk Seri Najib, yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.\n\n\nBagaimanapun, menurut Tajuddin yang dipecat daripada MKT UMNO minggu lalu, usaha berkenaan gagal selepas Mohamad \u201cmembelot\u201d daripada ketetapan berkenaan.\n\n\nDakwa Tajuddin, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu \u201cdigertak\u201d oleh pegawai kanan Ahmad Zahid. Selepas itu Tok Mat hanya jawab dia tidak terbabit.\n\n\nDalam sidang media siang tadi juga Tajuddin Abdul Rahman, mendakwa beliau antara saksi hidup atas kewujudan Akuan Bersumpah (SD) dalam kalangan ahli parti bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.\n\n\n\u201cJajaran baru\u2026 saya saksi hidup, tak usah nafi memang ada SD ditandatangan hendak sokong Anwar jadi perdana menteri, dan ada surat dihantar pada istana\u2026saya sign juga la\u2026\u201d\n\n\nDATUK SERI TAJUDDIN ABDUL RAHMAN / Ahli Parlimen Pasir Salak\n\n\nBeliau menyaksikan UMNO menghantar SD tersebut yang turut meminta beliau menurunkan tandatangannya sehingga wujudnya jajaran baharu.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/27/kerajaan-johor-mahu-pengkhianat-dihukum0/", "title": "Kerajaan Johor Mahu Pengkhianat Dihukum", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/kerajan-johor-tangkap-penghkiant-2-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nJOHOR BAHRU, Ahad \u2013\n Kerajaan Johor bertegas mahu pengkhianat yang menyebabkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh dikenakan tindakan undang-undang.\n\n\nMenteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Pulau Batu Puteh mempunyai kepentingan dari sudut kedudukan strategik maritim walaupun ada yang beranggapan tiada kepentingan ekonomi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRumah terbuka Malaysia MADANI gelojoh, mencabar maruah negeri\n\n\n\n\n\n\nUMNO Kubu Kuat Di Melaka\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Pemilik lima kenderaan di tapak perkhemahan dikenal pasti\n\n\n\n\n\n\nJenama streetwear biadap, reka pakaian bercetak nama Allah\n\n\n\n\n\n\nKerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong \u2013 Speaker DUN Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBatu Puteh sebelum ini merupakan kawasan perikanan penting bagi nelayan kita dan juga tempat mereka berteduh ketika ombak besar dan ribut. Bahkan pada ketika ini, kita sudah menerima laporan bahawa ramai nelayan-nelayan kita yang sudah dihalau keluar dari kawasan berdekatan Batu Puteh oleh pengawal pantai Singapura.\u201d\n\n\nDATUK ONN HAFIZ GHAZI / Menteri Besar Johor\n\n\nBeliau berkata, kehilangan Pulau Batu Puteh memberi kesan negatif kepada rakyat terutamanya nelayan yang mengeluh kerana sumber pendapatan mereka terjejas.\n\n\nMenurut Onn Hafiz, memandangkan Batu Puteh kini menjadi hak Singapura, ini akan menimbulkan pertikaian tuntutan bertindih kawasan maritim, apatah lagi jarak Batuan Tengah milik Malaysia hanya sekitar satu kilometer daripada Batu Puteh.\n\n\nPihak turut mengambil serius apabila laporan menyatakan bahawa Singapura telah mula menjalankan kerja-kerja penambakan di Batu Puteh, sedangkan perbatasan maritim masih lagi dalam perundingan dan belum dimuktamadkan.\n\n\nAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu turut berharap jangan disebabkan dendam kesumat dan iri hati, Johor dan rakyatnya menjadi mangsa, malah keputusan untuk tidak meneruskan rayuan terhadap Batu Puteh telah dibuat oleh pemimpin PH.\n\n\nJelasnya, ini soal kedaulatan dan maruah negara malah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pernah menyebut secara jelas bahawa Batu Puteh pernah menjadi milik Kesultanan Johor Lama.\n\n\nSebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kehilangan pulau kecil itu bukanlah satu perkara besar dan ia merupakan kesilapan kerajaan Johor yang menafikan pemilikan pulau itu.\n\n\nKatanya, Malaysia seharusnya bersyukur dengan keputusan ICJ yang menganugerahkan Pulau Ligitan dan Sipadan kepada Malaysia mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi berbanding Pulau Batu Puteh yang hanya merupakan batu.\n\n\nTun Mahathir mengatakan Malaysia dan Singapura sudah berjanji untuk menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ICJ berhubung kes berkenaan.\n\n\nSementara itu, Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa Tun Mahathir menyembunyikan hakikat sebenar bahawa status pemilikan Pulau Batu Puteh masih boleh dicabar.\n\n\nKatanya, walaupun Malaysia sudah berjanji dengan Singapura untuk tidak membuat rayuan selepas ICJ membuat keputusan, itu tidak bermakna rayuan langsung tidak boleh dilakukan.\n\n\nJelasnya, statut ICJ dengan jelas menerangkan bahawa mereka tidak menghalang mana-mana pihak untuk membuat rayuan terhadap keputusan asal.\n\n\nPulau Batu Puteh mempunyai saiz sebesar padang bola (8,560 meter persegi), terletak begitu dekat dengan Johor iaitu 14.3 kilometer dari Tanjung Penyusop, Johor berbanding 46 kilometer dari Changi, Singapura.\n\n\nKedudukan pulau itu amat strategik iaitu terletak di laluan utama bagi kapal-kapal dagang melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/27/mat-kilau-cetus-revolusi-industri-perfileman/", "title": "MAT KILAU Cetus Revolusi Industri Perfileman", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289958651_605827890754455_6900632207669285994_n-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Ahad \u2013\n Mengangkat pahlawan silam bangsa Melayu, Filem Mat Kilau merupakan filem yang dinanti-nantikan oleh rakyat ekoran ianya menceritakan mengenai kehebatan perjuangan pahlawan membela agama, bangsa dan tanah air dari penjajah.\n\n\nPengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya berkata Filem Mat Kilau membuktikan bahawa genre sejarah tempatan mempunyai potensi dan nilai yang tersendiri jika dibuat dengan penuh berkualiti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM bongkar penyelewengan sukuk bernilai RM596 juta\n\n\n\n\n\n\nPak Jamil Hayat, banduan seumur hayat paling lama dipenjara kini bebas\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Fatwa Selangor isytihar SIS Forum sesat, kekal\n\n\n\n\n\n\nNazri Aziz dilantik duta Amerika Syarikat oleh kerajaan lalu \u2013 Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nFokus kukuh golongan wanita, bukan angkat budaya songsang\n\n\n\n\n\n\n\n\nMeluahkan rasa bangga, Aminuddin dalam hantaran facebook berkata Filem Mat Kilau telah memecahkan rekod filem epik Melayu pertama yang mengutip sebanyak satu juta pada hari tayangan pertama iaitu pada Khamis 23 Jun.\n\n\nBeliau berkata pelakon serta pengarah turut menyumbangkan kejayaan kepada filem tersebut dan sukar untuk melihat sekumpulan ternama industri hiburan tanah air berada dalam satu filem.\n\n\nAminuddin berkata fielm tersebut telah mencipta sejarah dan akan mencetuskan revolusi baharu industri perfileman tanah air dan fenomena patriotisme alaf baharu.\n\n\nTambahnya, dengan hasil kutipan yang luar biasa pasukan penerbit Studio Kembara mampu menghasilkan banyak filem sejarah pahlawan pada masa akan datang terutamanya Mat Kilau 2.\n\n\nBeliau percaya, Filem Mat Kilau mampu menembusi pasaran antarabangsa susulan mendapat hasil kutipan yang tinggi di pasaran tempatan.\n\n\nSementara itu, dalam memasuki hari ketiga tayangan iaitu pada Sabtu, Filem Mat Kilau dilaporkan berjaya meraih 7 juta ringgit kutipan susulan sokongan padu yang diberikan oleh masyarakat terhadap filem tempatan.\n\n\nMemasuki hari kedua tayangan di pawagam seluruh negara iaitu pada Jumaat, filem epik Mat Kilau terbitan Studio Kembara mencipta sejarah apabila berjaya meraih kutipan 1.8 juta ringgit.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/27/nilai-agama-penghayatan-jati-diri-perlu-diperkasa-iguru/", "title": "Nilai Agama & Penghayatan Jati Diri Perlu Diperkasa \u2013 iGuru", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n Angkara cemburu, seorang pelajar lelaki Tingkatan 2 menjadi mangsa pukul 10 pelajar lain dalam kejadian di bilik asrama sekolah Teluk Intan, Perak, 23 Jun lalu.\n\n\nMalah, mangsa berusia 14 tahun itu turut dicederakan dengan seterika panas pada badannya.\n\n\nPresiden i-Guru, Ustaz Azizee Hassan amat kesal dengan kejadian malah kata beliau kes buli berkenaan tidak sepatutnya berlaku khususnya di sekolah-sekolah yang pelajarnya tinggal di asrama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n100 Jemaah Umrah Malaysia Dikuarantin Di Makkah\n\n\n\n\n\n\nLima warga Indonesia kendali bot tempatan tanpa dokumen, ditahan\n\n\n\n\n\n\nJom Ziarah Gereja : Bercanggah Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988\n\n\n\n\n\n\nTragedi 3 Syawal, 6 maut kereta bertembung\n\n\n\n\n\n\nPengambilan vaksinasi Covid-19 tunjuk peningkatan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026saya amat kesal dengan kejadian berlaku kepada pelajar itu dipukul dan ditekap dengan seterika, sepatutnya kejadian seumpama itu tidak berlaku khususnya di sekolah-sekolah asrama penuh. Saya berharap akan ada siasatan yang telus dan juga keadilan perlu diberikan kepada mangsa, dan pelajar-pelajar yang terlibat perlu diambil tindakan yang tegas supaya perbuatan seperti ini tidak berulang\u2026\u201d\n\n\nUSTAZ MOHD AZIZEE HASSAN / Presiden i-Guru\n\n\nBeliau berkata, pihak sekolah terutamanya para warden asrama perlu memantau pelajar-pelajar di asrama, agar perkara seperti itu tidak berlaku lagi.\n\n\nTambah Ustaz Azizee, pihak KPM perlu melihat perkara ini dengan lebih serius dengan melakukan siasatan bagaimana perkara sebegini boleh berlaku.\n\n\nAspek penerapan nilai-nilai agama dan penghayatan jati diri perlu ditekankan di peringkat sekolah dan diperkasakan sebaik-baiknya.\n\n\nKelmarin Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan mangsa telah dicederakan oleh sepuluh pelajar senior berusia antara 16 hingga 17 tahun semasa berada di asrama sekolah.\n\n\nSemua suspek telah ditahan pada hari yang sama dan direman sehingga hari ini.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/27/pn-masih-bincang-guna-logo-pas-pada-pilihan-raya/", "title": "PN Masih Bincang Guna Logo PAS Pada Pilihan Raya", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/289594356_2586592511473771_1638631238371714029_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Ahad \u2013\n Cadangan penggunaan logo PAS adalah sebahagian daripada strategi Perikatan Nasional untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\n\u201cPAS masih lagi bersama dengan Perikatan Nasional. Perbincangan strategi untuk menggunakan logo itu adalah strategi dalam pilihan raya. Akan kita umumkan kemudian.\u201d\n\n\nDATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN / Setiausaha Agung Perikatan Nasional\n\n\nPerikatan Nasional berkemungkinan akan menggunakan logo PAS sebagai strategi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nInspektor wanita tular ditahan polis, satu lagi klip video aksi \u2018garang\u2019 tersebar\n\n\n\n\n\n\nHarga tiket penerbangan balik Sabah tidak masuk akal\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Baharu Melaka Jangan Abai Nasib Nelayan\n\n\n\n\n\n\n80% tenaga kerja Twitter hilang di bawah Elon Musk\n\n\n\n\n\n\nDireman 4 hari kerana hina Sultan Perak\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun menurut Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin, perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat tertinggi Perikatan Nasional (PN).\n\n\nJelasnya ia akan diumumkan kemudian, selepas keputusan mengenainya dibuat.\n\n\nDalam pada itu, Hamzah turut berpandangan tidak ada salahnya jika PRU15 diadakan segera jika semua pihak, termasuk rakyat sudah bersedia.\n\n\nSebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin memberi bayangan bahawa parti itu akan menggunakan logo sendiri pada PRU15 nanti.\n\n\nNamun, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata itu pandangan peribadi dan sehingga kini PAS masih menggunakan logo PN.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/28/hakim-kecewa-guan-eng-buat-kenyataan-luar-mahkamah/", "title": "Hakim Kecewa Guan Eng Buat Kenyataan Luar Mahkamah", "body": "1\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Isnin \u2013\n Di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pula, hakim Azura Alwi memberi amaran kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung kenyataan-nya Jumaat lalu, yang dianggap subjudis, berhubung perbicaraan rasuah projek terowong dasar laut bernilai 6 perpuluhan 3 bilion ringgit.\n\n\n\u201cSaya sebelum ini menekankan supaya semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan subjudis. Kamu semua sudah matang, dan ini bukan kali pertama berdepan perbicaraan mahkamah. Ini bukan sesuatu yang asing atau baru kepada mana-mana daripada kamu. Saya sangat kecewa perkara ini masih berlaku,\u201d\n\n\nAZURA ALWI / Hakim\n\n\nHakim Azura Alwi meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Lim dan memberi peringatan agar perkara ini tidak berulang kembali memandangkan kes tersebut masih dalam perbicaraan.\n\n\nPeguam Lim, Gobind Singh Deo, kemudian bangkit dan memohon maaf kepada mahkamah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDasar Perumahan Negara akan dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nPolis kesan dua warga Singapura\n\n\n\n\n\n\nIPD Ampang Jaya Tumpaskan Samun, Curi Tabung Ekzos Kereta\n\n\n\n\n\n\n10,000 rakyat Malaysia dijangka sertai ibadah korban di Tanah Suci\n\n\n\n\n\n\nUMNO telah tamat tarikh luput \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nJumaat lalu, Lim melalui satu kenyataan awam, menyifatkan keterangan mahkamah yang mendakwa bahawa dia menerima rasuah sebagai tidak benar dan \u201ckhayalan\u201d.\n\n\nSebelum perbicaraan bermula, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin merujuk kepada mahkamah satu laporan polis yang dibuat berhubung kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Lim yang mendakwa beliau tidak bersalah kerana tiada jejak wang dibuktikan berkaitan pertuduhan itu.\n\n\nAhli Parlimen Bagan itu didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang yang bernilai 208 perpuluhan 8 juta ringgit dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut, di negeri itu.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/28/imam-masjid-disembelih-mangsa-terbaru-jenayah-perkauman-di-india/", "title": "Imam Masjid Disembelih, Mangsa Terbaru Jenayah Perkauman Di India", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/06/290639132_130523669661228_241345300417873564_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nNEW DELHI, Isnin \u2013\n Jenayah perkauman terus dilakukan oleh pelampau Hindu di India yang dilihat semakin agresif menyemai Islamophobia.\n\n\nMalah serangan terhadap masyarakat Islam terus dilakukan, dengan kes terbaru pada 10 Jun lalu membabitkan seorang imam masjid di bandar Siwan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSanggup Disuntik Air Suling, Air Garam Demi Sijil Vaksin\n\n\n\n\n\n\nDAP sambung usaha hapus ketuanan Melayu\n\n\n\n\n\n\nPAS Perak Pelawa Tajuddin Bertanding Tiket PN\n\n\n\n\n\n\nRSF umum gencatan senjata di Sudan sempena Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\n78 negara hadiri majlis pelantikan Presiden Turkiye\n\n\n\n\n\n\n\n\nImam berkenaan Muhammad Safi maut dikelar ketika tidur oleh pelampau Hindu atau dikenali sebagai Hindutva yang menyembelihnya dengan pisau.\n\n\nImam itu ditemukan maut berlumuran darah ketika orang ramai datang ke Masjid Khalispur bagi melakukan kerja pembersihan.\n\nKejadian mengerikan itu kemudian menjadi tukar dan mendapat prihatin warga media sosial yang kemudiannya mewujudkan tanda oagar, #JusticeForSiwanMaulvi, #HindusTerrorism menuntut penyiasatan adil terhadap pembunuhan imam tersebut.\n\n\nSehingga kini, suspek belum ditangkap polis. Gambar imam tersebut turut tersebar dan memenuhi ruangan media sosial di India serta negara Islam lain kerana mencetuskan kemarahan ramai.\n\n\nKebisuan Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu terhadap tindakan puak pelampau Hindu di India cukup dikesali.\n\n\nUmat Islam juga menurut netizen harus bersatu dan mendesak kerajaan Kerajaan India pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP) menangani isu berkenaan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/28/inflasi-naik-mendadak-jika-subsidi-minyak-diganti/", "title": "Inflasi Naik Mendadak Jika Subsidi Minyak Diganti", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Isnin \u2013\n Lonjakan kadar inflasi di Malaysia akan ketara seandainya kerajaan menggantikan subsidi bahan api semasa dengan mekanisme subsidi bahan api bersasar serta menyediakan bantuan tunai kepada kumpulan 670 peratus berpendapatan rendah.\n\n\n\u00a0\u201cKami menjangkakan kadar inflasi akan meningkat di atas purata enam peratus tahun ini, memandangkan harga petrol RON95 akan melebihi RM4 seliter (tanpa subsidi). Disebabkan itu, kami percaya bahawa penetapan harga bahan api secara bertingkat atau mengikut jumlah adalah pilihan lebih baik dan memberikan kesan yang lebih kecil terhadap inflasi serta ekonomi keseluruhan,\u201d\n\n\nKENANGA RESEARCH\n\n\nMenurut Kenanga Research, ia menegaskan kadar inflasi di Malaysia berkemungkinan akan menunjukkan peningkatan pada separuh kedua 2022 ekoran pemansuhan harga siling makanan asas, perang berterusan Rusia dan Ukraine serta dasar ketat COVID-19 oleh China.\n\n\nKenanga Research berkata, Malaysia masih lagi merekodkan paras inflasi yang boleh diterima iaitu 2.4 peratus setakat tahun ini dan dijangka meningkat serta berada pada purata kira-kira 4.1 peratus semasa separuh kedua 2022, menjadikan Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan bagi tahun ini diunjurkan 3.3 peratus.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah batal kemenangan PAS di Parlimen Kuala Terengganu\n\n\n\n\n\n\nAgong titah projek pembangunan di Cameron Highlands dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nDAP bermuka-muka, `memperkuda\u2019 orang Melayu \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPegawai Tugas-Tugas Khas PM dilantik CEO Yadim\n\n\n\n\n\n\nBukan kuasa PM beri pentaulihan kepada agamawan, ulama\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam perkembangan lain, Kenanga Research turut menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas dan menjadikan kadarnya kepada 2.75 peratus menjelang akhir 2022.\n\n\nKenaikan kadar di lebih awal daripada bulan lalu memberikan isyarat agresif BNM disebabkan petunjuk bahawa permintaan domestik telah meningkat selepas pelonggaran sekatan COVID-19.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/06/28/zahid-mohon-tangguh-prosiding-bela-diri/", "title": "Zahid Mohon Tangguh Prosiding Bela Diri", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Isnin \u2013\n Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding membela diri dalam kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) sehingga rayuannya untuk mendapatkan salinan percakapan saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diputuskan Mahkamah Rayuan, Kuala Lumpur.\n\n\nPeguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa pihaknya memfailkan permohonan itu pada 23 Jun lepas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTajuddin dakwa Ahmad Maslan punca kemusnahan UMNO\n\n\n\n\n\n\nGPS Umum Calon Bertanding Pada 4 Disember\n\n\n\n\n\n\nMESIR BATALKAN TAYANGAN ETERNALS EKORAN BABAK HOMOSEKSUAL\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor Cadang Menteri Agama Hadir Festival Bon Odori\n\n\n\n\n\n\nSanusi saman Saifuddin isu REE, MARRIS\n\n\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob berkata pihaknya menerima salinan notis permohonan itu menerusi e-mel pada Sabtu lepas dan akan membantah permohonan tersebut.\n\n\nUjar beliau, pihaknya memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balasan berhubung permohonan itu.\n\n\nMahkamah kemudian menetapkan 4 Julai untuk pihak pendakwaan memfailkan afidavit balasan dan permohonan itu didengar pada 7 Julai ini.\n\n\nBerdasarkan afidavit sokongan yang difailkan bersama notis usul permohonan itu, Ahmad Zahid berkata beliau dinasihatkan oleh peguamnya bahawa keterangan saksi-saksi yang akan beliau sebutkan di mahkamah adalah mustahak dan material untuknya mendapatkan salinan rakaman-rakaman percakapan mereka.\n\n\nMenurut Ahmad Zahid, ini kerana beliau dapat melihat wujudnya sokongan antara keterangannya dan keterangan mereka.\n\n\nSaksi-saksi itu termasuk anaknya Datuk Nurulhidayah, adiknya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi dan seorang ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.\n\n\n\u201cPermohonan ini bukan bertujuan untuk melengahkan atau melewatkan perbicaraan kes saya kerana saya telah memberikan keterangan di peringkat keterangan utama di mahkamah. Permohonan ini adalah bersifat bona fide (niat baik) untuk memastikan saya mendapat perbicaraan yang adil dalam penyediaan pembelaan di mahkamah.\n\n\nDATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI / Presiden UMNO\n\n\nAhmad Zahid berkata, tanpa salinan rakaman percakapan saksi-saksi berkenaan, haknya untuk mendapatkan perbicaraan yang adil akan terjejas dan beliau ingin memberikan keterangan yang penuh serta lengkap semasa pemeriksaan utama di mahkamah sebelum disoal balas.\n\n\nPada 9 Mei lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan rakaman percakapan saksi daripada SPRM kerana saksi boleh terdedah kepada intimidasi dan sebagai contoh, diugut agar memberikan keterangan yang berbeza daripada yang terdapat dalam rakaman kenyataan.\n\n\nAhmad Zahid diperintah membela diri atas 47 pertuduhan itu pada 24 Januari selepas mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.\n\n\nPada prosiding hari ini, Ahmad Zahid menyambung membacakan pernyataan saksi.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/allahyarham-tan-sri-ali-hashim-tokoh-jihad-bisnes-yang-disegani/", "title": "Allahyarham Tan Sri Ali Hashim Tokoh Jihad Bisnes Yang Disegani", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n Nama Tan Sri Muhammad Ali Hashim sudah tidak asing di pentas dunia perniagaan islam dimana beliau seorang tokoh jihad bisnes yang menjadi idola ramai terutamanya masyarakat melayu dan yang beragama islam.\n\n\nAWQAF Holdings Berhad (AWQAF), sebuah syarikat bersama-sama rakan penerbit, UKM Press telah melancarkan Buku Biografi Muhammad Ali Hashim: \u2018Champion of Business Jihad & Corporate Waqf\u2019 bersempena Mesyuarat Agung Tahunan AWQAF Holdings Berhad kali ke \u2013 9 di Bangi Convention Centre.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenamaan Calon PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nEnam warga Filipina dipenjara salah guna MyKad rakyat Malaysia\n\n\n\n\n\n\nWanita Berjasa Fokus Institusi Keluarga Dan Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nPemimpin tertinggi parti politik akan didakwa SPRM?\n\n\n\n\n\n\nSanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok\n\n\n\n\n\n\n\n\nPelancaran buku tersebut adalah satu inisiatif yang dibawa oleh AWQAF demi menyelusuri kehidupan Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim dalam jihadnya melaksanakan agenda Waqaf Korporat, Jihad Bisnes dan pembangunan sosioekonomi demi mengukuhkan kesejahteraaan ummah sejagat.\n\n\nBuku biografi Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim juga mengupas usaha beliau dalam mengembangkan institusi wakaf, dengan memperkenalkan konsep wakaf baharu iaitu wakaf berbentuk entiti perniagaan Islam atau Wakaf Korporat.\n\n\nPerjuangan Allahyarham terhadap agenda wakaf korporat tidak pernah utuh. Selepas beliau tidak berkhidmat bersama jCorp, beliau meneruskan perjuangan dengan menubuhkan sebuah syarikat Wakaf Korporat melalui Dewan Perdangangan Islam Malaysia iaitu AWQAF Holdings Berhad dan berterusan memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan wakaf korporat sehingga nafas terkahir beliau.\n\n\nAntara isi kandungan yang lain adalah, bagaimana perjuangan Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim memperluaskan perniagaan Halal Toyyiban melalui pelbagai syarikat di bawah naungan JCorp.\n\n\nMajlis pelancaran buku biografi ini dirasmikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) bersama-sama Penulis Buku Biografi, Prof Dr Rokiah Talib dan Pengerusi AWQAF Holdings Berhad, Tan Sri Siti Sa\u2019diah Sheikh Bakir .\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/bukti-kecurangan-politik-terbesar-presiden-penganalisis/", "title": "Bukti Kecurangan Politik Terbesar Presiden \u2013 Penganalisis", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa \u2013\n Pendedahan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengenai kemelut yang berlaku dalam UMNO adalah bukti kecurangan politik terbesar yang dilakukan oleh Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap ahli dan akar umbi parti.\n\n\nMengulas perkara itu, Penganalisis Politik, Dr Muhammad Tawfik Yaakob berpandangan, presiden UMNO perlu segera melepaskan jawatan kerana beliau dilihat semakin merosakkan parti berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada saksi mata tengok kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah\n\n\n\n\n\n\nKadar pengangguran akan turun lagi tahun depan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: GLC labur RM1.5 bilion dalam syarikat pemula tempatan\n\n\n\n\n\n\nHarga kuih masih kekal sejak 4 tahun lalu\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerang\u201d antara Sanusi dengan Saifuddin belum tamat\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah menurut beliau percakaran politik yang berlaku dalam UMNO mahupun Pakatan Harapan (PH) ketika ini petanda bahawa negara memerlukan satu nafas dan wajah politik baharu.\n\n\nBeliau berkata, pemimpin-pemimpin bahagian dan akar umbi perlu segera bertindak untuk menyelamatkan umno daripada terus berada dalam bahtera yang tidak tahu hala tuju sepertimana dakwaan Tajuddin wujudnya jajaran baharu bersama pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nUjar Tawfik, perkara itu nyata memalukan institusi presiden yang tidak pernah berlaku sebelum ini.\n\n\nMalah katanya menerusi pendedahan kontroversi oleh Tajudin itu, menunjukkan sejarah politik UMNO yang paling buruk dilakukan oleh seorang presiden semata-mata mahu kembali berkuasa.\n\n\nMengulas lanjut, Tawfik berkata, pendedahan Tajuddin itu juga seolah-olah memberi senjata kepada pembangkang dalam menghadapi pilihan raya umum ke -15 (PRU-15).\n\n\nJika ramai melihat perpecahan berlaku dalam kalangan pembangkang seperti DAP kenyataan kontroversi itu bukti berlakunya perpecahan yang kritikal dalam UMNO.\n\n\nTambah beliau lagi, keadaan ini akan menyebabkan rakyat semakin muak dengan perkembangan politik negara dan perpecahan dalam kalangan pemimpin sendiri.\n\n\nUjar Tawfik, percakaran politik yang berlaku dalam UMNO mahupun Pakatan Harapan (PH) ketika ini pertanda bahawa negara memerlukan satu nafas dan wajah politik baharu.\n\n\nSemalam Tajuddin dalam sidang medianya membuat beberapa dakwaan khususnya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nAntara dakwaan beliau adalah akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen UMNO yang diketuai Ahmad Zahid untuk menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri memang wujud.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/harga-ayam-cecah-rm13-90-sekilogram/", "title": "Harga Ayam Cecah RM13.90 Sekilogram", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/291409155_339916018159906_1681021834639959295_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Bermula hari ini, harga siling runcit ayam standard di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram sebagaimana diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Jun lepas.\n\n\nHarga siling runcit ayam standard di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram bermula hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN Kaji Kerjasama Dengan PAS\n\n\n\n\n\n\nHanya Kit Ujian Air Liur Sahaja Dibenarkan Di Sekolah : KPM\n\n\n\n\n\n\nExco DAP cuba semarakkan Islamofobia, biadap \u2013 Haji Amin\n\n\n\n\n\n\n82.8 Peratus Remaja Lengkap Divaksinasi\n\n\n\n\n\n\nKapal pengawal pantai China \u201cThe Monster\u201d awasi projek gas Petronas\n\n\n\n\n\n\n\n\nManakala harga ayam super adalah RM9.90 sekilogram.\n\n\nBerbeza di Sarawak, harga ayam sekilogram mencecah sehingga RM 13.90 bagi ayam super dan RM 12.90 bagi ayam standard iaitu di zon Limbang dan Lawas.\n\n\nHARGA SILING TELUR AYAM\n\nGRED A = 45 sen\n\nGRED B = 43 sen\n\nGRED C = 41 sen\n\n\nMesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Jun lepas bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam sebiji pada kadar 45 sen bagi gred A, gred B 43 sen dan gred C 41 sen di Semenanjung.\n\n\nAntara lain, keputusan tersebut dicapai selepas kerajaan putuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya meneruskan subsidi.\n\n\nPada 24 Jun, Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak mengapungkan harga ayam di pasaran selain tidak menaikkan kadar tarif elektrik dan air di Semenanjung.\n\n\nDalam pada itu Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataannya hari ni berkata, OPS ATM (OPS Ayam, Telur Ayam dan Minyak Masak) Fasa 2 akan diteruskan bagi memastikan bekalan ayam, telur dan Minyak Masak sentiasa mencukupi dan stabil di pasaran.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/kerajaan-pas-kelantan-tetap-kukuh/", "title": "Kerajaan PAS Kelantan Tetap Kukuh", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKOTA BAHRU, Selasa \u2013\n Pemerintahan Pas Kelantan akan tetap kukuh malah tidak tergugat dengan dakwaan daripada Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa mengatakan kerajaan gagal melaksanakan urus tadbir baik di Negeri Kelantan.\n\n\nKetua Penerangan Pas Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, sesiapa sahaja boleh melemparkan tomahan dan tuduhan termasuklah bercakap tanpa berlandaskan fakta.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSolat sunat gerhana matahari diadakan tengah hari ini\n\n\n\n\n\n\n3 juta jemaah bakal wukuf di Arafah Selasa ini\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Dinasihat Jangan Bergaduh, Segera Ambil Tahu Nasib Rakyat \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nZahid kuku besi, matikan demokrasi \u2013 Lukman Al Hakim\n\n\n\n\n\n\nMalaysia mohon Arab Saudi tambah kuota haji kepada 31,950 jemaah\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau menegaskan jika pihak yang berkenaan itu mempunyai fakta kukuh berhubung satu-satu isu mereka boleh mengemukakan perkara tersebut.\n\n\nJelas beliau , Perkara yang harus difikirkan mengenai masalah yang sering berlaku seperti air harus diutamakan dan ia telah dibentang dalam Dewan Undangan Negeri walaupun bukan negeri itu sahaja mempunyai masalah air.\n\n\nMemetik utusan, beliau memberitahu sepanjang Pas memerintah di Kelantan, kerajaan negeri tidak menerima apa-apa peruntukan daripada kerajaan pusat untuk meningkatkan air di Kelantan.\n\n\n\u201cOrang boleh fitnah tapi tidak ada seorang pun wakil rakyat Pas yang didakwa di mahkamah yang terbabit dengan rasuah\u201d\n\n\nDATUK MOHD NASSURUDDIN DAUD/ Ketua Penerangan Pas Kelantan\n\n\nMohd. Nassuruddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta memberitahu, sepanjang mentadbir negeri ini tidak ada seorang pun wakil rakyat Pas yang didakwa terbabit dengan rasuah.\n\n\nJelas beliau, dia tidak menafikan ada memfitnah kepada mana-mana wakil rakyat Pas namun tiada siapa yang didakwa di mahkamah atas tuduhan terbabit dengan rasuah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/lembaga-disiplin-umno-belum-terima-laporan-rasmi-tajuddin/", "title": "Lembaga Disiplin UMNO Belum Terima Laporan Rasmi Tajuddin", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa \u2013\n Lembaga Disiplin Umno melaporkan masih belum menerima laporan rasmi berkaitan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ekoran dakwannya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\n\u201cLembaga Disiplin Umno adalah badan penyiasatan dalaman yang akan bertindak apabila menerima laporan rasmi atau aduan. Lembaga Disiplin tidak akan memberi komen terhadap isu-isu melibatkan kesalahan etika ahli UMNO,\u201d\n\n\nTAN SRI ZULHASNAN RAFIQUE / Pengerusi Lembaga Disiplin Umno\n\n\nMemetik media tempatan, Tan Sri Zulhasnan Rafique berkata tindakan sewenang-wenangnya tidak akan diambil oleh pihaknya ke atas ahli atau pemimpin parti itu tanpa sebarang laporan rasmi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua bekas pengarah ditahan seleweng dana RM9 juta\n\n\n\n\n\n\nTambang MRT2 percuma sehingga 31 Mac\n\n\n\n\n\n\nKementerian Kewangan tangguh pelaksanaan tiga duti eksais, cukai di bawah Bajet 2022\n\n\n\n\n\n\nGUGURKAN CALON PN AJAR CARA LOLOS KE ISRAEL\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid dedah identiti 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, sebarang tindakan tatatertib terhadap mana-mana ahli dan pemimpin UMNO akan dimaklumkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.\n\n\nZulhasnan berkata demikian ekoran pendedahan yang dibuat oleh Tajuddin dalam sidang media semalam yang mendakwa beliau merupakan saksi UMNO menghantar akuan berkanun kepada Agong Untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.\n\n\nDalam sidang media itu, Tajuddin mendesak Ahmad Zahid untuk berundur sebagai Presiden parti secara terbuka selain mendakwa hampir 130 ketua bahagian UMNO mahu Zahid berundur.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/", "title": "Parti Melayu Perlu Kembali Kepada Perpaduan Ummah \u2013 MPM", "body": "2\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\n Pada perkembangan berkaitan UMNO masih lagi menjadi tunjang orang melayu serta tulang belakang pemerintahan negara.\n\n\nItu pula pandangan Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun berkenaan status UMNO yang dikatakan menunjukkan bibit-bibit tanda perpecahan ekoran pemimpin parti itu berbalah antara satu sama lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n17 Kes Varian Omicron Import Libatkan Individu Tak Divaksin\n\n\n\n\n\n\nKonvoi Diiringi Polis Trafik Diberi Laluan Untuk Elak Kemalangan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu rangka undang-undang khas kekang LGBT \u2013 Presiden ISMA\n\n\n\n\n\n\nLaporan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nDAP Patut Jaga Sensitiviti Hak Istimewa Melayu Bumiputera\n\n\n\n\n\n\n\n\nTV PERTIWI menghubungi beliau rentetan sidang media kontroversi semalam oleh ahli majlis kerja tertinggi, MKT, UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.\n\n\n\u201c\u2026saya tidak bersetuju dengan pendapat bahawa UMNO tidak mementingkan melayu, UMNO tidak perjuangkan hak melayu, UMNO tidak memperjuangkan keistimewaan melayu yang saya tahu dalam perlembagaan parti UMNO bahawa merekalah yang menjadi pejuang tulen kepada kesinambungan orang-orang melayu\u2026bagi pendapat saya tidak ada parti lain yang dapat mengumpul kekuatan orang-orang melayu\u2026\u201d\n\n\nSHAHBUDIN EMBUN / Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM)\n\n\nTambah beliau sekiranya penyatuan ummah ingin dilaksanakan di negara ini, hubungan bersama kerajaan perlu diadakan untuk mencari jalan penyelesaian yang dihadapi ketika ini seperti kegawatan ekonomi serta masalah COVID-19.\n\n\n\u201c\u2026sebab itu saya merayu kepada UMNO, PAS dan parti melayu lain selepas sahaja pilihan raya ini kembalilah kepada pengukuhan Islamiyah bersatu hati semua demi untuk perpaduan ummah itu sendiri\u2026\u201d\n\n\nDan Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) beliau berharap kesemua parti melayu patut bersatu padu dalam mengukuhkan jalinan ukhuwah serta mencari formula terbaik dalam membentuk ummah dalam kalangan pemimpin.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/06/25/tanda-pagar-matkilau-sohor-di-twitter/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/sd-sokong-anwar-ahmad-maslan-tanta-siapa-pm-sekarang/", "title": "SD Sokong Anwar : Ahmad Maslan Tanta Siapa PM Sekarang?", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa \u2013\n Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang dilantik sebagai Perdana Menteri selepas wujudnya dakwaan berkaitan akuan bersumpah (SD).\n\n\nDalam perkembangan lain, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang dilantik sebagai Perdana Menteri selepas wujudnya dakwaan berkaitan akuan bersumpah (SD) yang dikatakan beliau ingin diangkat sebagai pemimpin negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTauliah mengajar: Tokoh agama, ulama patut diberi pengecualian\n\n\n\n\n\n\nPapagomo diperintah bela diri cederakan, hina Syed Saddiq\n\n\n\n\n\n\nJangan sentuh isu agama, raja, kaum pada PRN di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nMufti Pahang haramkan konsert Coldplay\n\n\n\n\n\n\nMangsa penipuan pekerjaan ulangi perbuatan selepas diselamatkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik media tempatan, Ahmad dalam penegasannya berkata Datuk Seri Ismail Sabri yang diangkat sebagai Perdana Menteri selepas 15 Ahli Parlimen termasuk Presiden parti membuat pengorbanan dengan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.\n\n\nDalam sidang media khas semalam, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman turut mendedahkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengetuai bagi menandatangani SD dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.\n\n\n\u201cDalam perjuangan yang penting adalah hasilnya, perjuangan presiden, dibantu timbalan (presiden) dan ahli MKT antaranya kita menang tujuh pilihan raya. Yang terbesar ialah apabila 15 Ahli Parlimen mendesak yang akhirnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri,\u201d\n\n\nDATUK SERI AHMAD MASLAN / Setiausaha Agung UMNO\n\n\nDalam pada itu, Ahmad turut berkata Ahmad Zahid telah membuktikan perjuangannya dalam UMNO apabila wakil parti itu berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri.\n\n\nMenurutnya, Presiden parti itu terpaksa membayar harga yang mahal untuk melawan kehendak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya UMNO dibubarkan sebelum ini.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/tajuddin-putar-belit-takut-sprm-puad-zarkashi/", "title": "Tajuddin Putar Belit, Takut SPRM \u2013 Puad Zarkashi", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa \u2013\n Ibarat masuk bakul angkat sendiri. Malah banyak putar belitnya. Itu dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berhubung sidang media khas mengenai pemecatan bekas Ahli MKT Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman pada Isnin 27 Jun 2022.\n\n\nIbarat masuk bakul angkat sendiri \u2013 demikian pandangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, terhadap sidang media Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNegara tanggung kos biaya pesakit vape, bukan bertambah kaya\n\n\n\n\n\n\nKenaikan Harga Barangan Bukan Sekadar Terletak Kepada KPDNHEP\n\n\n\n\n\n\nPegawai Media Blinken Positif\n\n\n\n\n\n\nJalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup setahun\n\n\n\n\n\n\nTanding jawatan lain, bukan Presiden dan Timbalan \u2013 Khir Toyo\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau dalam hantaran terbaru Facebook beliau berkata banyak juga fakta yang diputar belit Tajudin.\n\nKatanya banyak pertemuan dianjurkan Tajudin di kediamannya dan mengapa harus dipusingkan fakta 200 darjah.\n\n\nDakwa beliau lagi, Tajudin fobia kerana disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan katanya ramai lagi saksi yang hidup.\n\n\nDalam sidang media khas semalam, Tajudin mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, melepaskan jawatan secara terhormat kerana tidak layak memimpin parti.\n\n\nTajuddin yang digugurkan daripada jawatan ahli MKT UMNO juga mendakwa, Ahmad Zahid sebenarnya mengepalai gerakan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.\n\n\nMohd Puad turut menempelak Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, berhubung isu pendedahan yang dibuat Tajuddin.\n\n\nTambah Puad, sidang media semalam bagi Annuar itu adalah bola tanggung untuk membelasah UMNO.\n\n\nAnnuar dalam Annuar kata tindakan terhadap Tajuddin akan timbulkan krisis.\n\n\nMemang Annuar mahu begitu. Sebab itu dia viral dan share,\u201d katanya.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/bekalan-minyak-masak-subsidi-dijangka-pulih-beberapa-hari-lagi-kpdnhep/", "title": "Bekalan Minyak Masak Subsidi Dijangka Pulih Beberapa Hari Lagi \u2013 KPDNHEP", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Sabtu \u2013\n Dalam beberapa hari lagi, isu kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi dijangka stabil dan kembali pulih.\n\n\nDemikian yang dinyatakan Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMelabur dalam dana ASB tidak merugikan\n\n\n\n\n\n\nPemandu tabur paku di jalan raya diburu polis\n\n\n\n\n\n\nRadzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya\n\n\n\n\n\n\nFilipina-China selesaikan isu maritim di Laut China Selatan\n\n\n\n\n\n\nLebih 100 \u2018Bikers\u2019 Turut Serta Konvoi Merdeka Ride\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, 60 ribu metrik tan minyak masak bakal diedarkan kepada pihak pembungkus dan pemborong.\n\n\n\u201cSebenarnya, kekurangan bekalan ini bukan disebabkan pembelian panik, tetapi kerana permintaan sangat tinggi terhadap minyak masak paket kerana perbezaan subsidi kerajaan dengan yang tidak bersubsidi.\u201d\n\n\nAZMAN ADAM / Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP\n\n\nBeliau berkata, kerajaan masih lagi menangguh harga kuota tersebut sebanyak RM2.50 sepaket bagi satu kilogram berikutan lonjakan terhadap permintaan minyak masak paket adalah amat tinggi akibat permintaan yang banyak oleh pengguna.\n\n\nAzman berkata demikian selepas menjalankan pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum di Padang Besar Alor Setar, hari ini.\n\n\nSementara itu, pihaknya telah melakukan 1,873 pemeriksaan yang melibatkan harga ayam, telur dan minyak masak di seluruh negara.\n\n\nDalam pemeriksaan tersebut, didapati hanya 13 kes yang dilaporkan namun ia tidak membabitkan penjualan yang melebihi harga kawalan.\n\n\nJelasnya, harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan sememangnya sudah mengambil kira kadar keuntungan margin yang amat mencukupi.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/harga-ayam-cecah-rm13-90-sekilogram/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/berjasa-sedia-kerjasama-dengan-pas/", "title": "BERJASA Sedia Kerjasama Dengan PAS", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/291597149_137654702228360_3553757216192967866_n-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\n Parti BERJASA mahu menjangkau lebih jauh daripada sempadan UMNO dan BERSATU untuk membina semula negara ini.\n\n\nPresiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkata, pihaknya sangat terbuka dengan mana-mana parti termasuk mahu bekerjasama dengan PAS dalam jajaran baharu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKM perkenal ubat mesra OKU penglihatan dengan tulisan Braille\n\n\n\n\n\n\nKajang Dinaiki Air Selepas Hujan Lebat\n\n\n\n\n\n\nBung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan\n\n\n\n\n\n\nApandi tidak layak dapat pampasan Tun Mahathir ada sebab untuk tahu\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadikan saya calon pilihan terakhir\u201d \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBerjasa mempelawa untuk bersama dengan jajaran baharu yang kita ingin laksanakan ini supaya Hasrat untuk membina sebuah negara itu akan tercapai. Kita mewujudkan jajaran baharu ini untuk membina sebuah negara jadi di situ ada titik pertemuan antara PAS dan BERJASA maka saya mempelawa Bersama dengan jajaran baharu yang akan kita wujudkan insyAllah dan masuk dalam perbincangan perundingan untuk kita muktamadkan bagaimana ia dapat dilaksanakan.\u201d\n\n\nZAMANI IBRAHIM / Presiden BERJASA\n\n\nDalam pada itu beliau berkata, BERJASA akan terus membawa agenda besar ini untuk membina negara kerana melihat parti UMNO sudah tidak mampu membangunkan negara kerana berlaku perpecahan dalaman.\n\n\n\u201cPertama sekali untuk kita membina sebuah negara ini dengan barisan kepimpinan baharu kita tidak mahu negara ini dipimpin oleh negara kita yang lama, kalau sekiranya UMNO mengatakan bahawa PRU15 akan Kembali menang dengan bacaan politiknya berasaskan kepada PRN Melaka dan PRN Johor tetapi bagaimana rakyat atau negara boleh diuruskan dengan baik oleh parti yang rapuh dan di dalamnya berlaku perbalahan dan sebagainya sehingga hari ni pun kitab oleh nampak bagaimana mereka menjatuhkan menggugurkan pimpinan yang sering tidak sehaluan walaupun dalam satu politik yang sama.\u201d\n\n\nNegara ini perlu ditadbir urus dan mampu dibina semula dengan kepimpinan baharu dalam kalangan individu berjiwa negarawan, tokoh nasional.\n\n\nPada Mei lalu, BERJASA melancarkan Majlis Negarawan Berjasa dilancarkan dengan mengumpulkan tokoh dan pakar bagi mengetengahkan dasar-dasar dan polisi yang berwibawa demi kepentingan rakyat dan negara.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/dasar-umno-bn-jelas-sokong-ismail-sabri-sebagai-pm-tok-mat/", "title": "Dasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai PM \u2013 Tok Mat", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Sabtu \u2013\n Sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah dasar yang sepatutnya dipegang UMNO dan Barisan Nasional.\n\n\nTimbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, cakap-cakap segelintir individu yang bertentangan dengan dasar itu tidak sepatutnya dijadikan sebagai pandangan parti UMNO mahupun BN.\n\n\n\u201cKita memperakui baru-baru ini Perdana Menteri (Ismail Sabri) merupakan calon \u2018poster boy\u2019 (Perdana Menteri) kita menghadapi pilihan raya (PRU15), ini jelas menunjukkan keikhlasan parti untuk kita pastikan ketenangan dalam parti itu dapat kita capai sebelum kita hadapi pilihan raya.\n\n\nMOHAMAD HASAN / Timbalan Presiden UMNO\n\n\nBeliau berkata, tiada pihak dalam UMNO dan BN yang menyerang kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, malah parti memberikan sokongan kepada Ismail Sabri dengan penuh ikhlas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPENAMPILAN TUAN IBRAHIM DI GLASLOW MENARIK PERHATIAN\n\n\n\n\n\n\nHarga Racun Naik Sehingga 199 Peratus\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan kalimah Allah akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet\n\n\n\n\n\n\nHarga siling ayam, telur dimuktamad esok\n\n\n\n\n\n\nBencana Banjir: Umat Islam Perlu Ambil Iktibar Kebesaran Allah\n\n\n\n\n\n\n\n\nTegasnya, apa yang penting dalam UMNO dan BN adalah memupuk perpaduan dan kesepakatan dalam parti itu yang perlu serta amat penting ketika parti menghadapi PRU15.\n\n\nSemalam, Ismail pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi BN Bersama Kepimpinan BN Sabah menekankan perpaduan dalam parti selain mengingatkan bahawa beliau Perdana Menteri daripada BN, justeru tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan BN.\n\n\nBeliau turut mendakwa ada pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan antara ahli UMNO.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/harga-ayam-cecah-rm13-90-sekilogram/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/keputusan-rayuan-kes-rasuah-abdul-azeez-ditangguhkan/", "title": "Keputusan Rayuan Kes Rasuah Abdul Azeez Ditangguhkan", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Pasukan pembelaan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memohon keputusan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji itu bagi membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Rayuan di sini hari ini, ditangguhkan.\n\n\nKeputusan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji itu bagi membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Rayuan di sini hari ini, ditangguhkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHanya Kit Ujian Air Liur Sahaja Dibenarkan Di Sekolah : KPM\n\n\n\n\n\n\nPerlu Siasatan Menyeluruh Banteras Pemalsuan Sijil\n\n\n\n\n\n\nWaris Korban Banjir Dapat Sumbangan Rm10,000\n\n\n\n\n\n\nPKR teruskan legasi di Melaka, Gagal sebarang kerusi di Sarawak\n\n\n\n\n\n\nMahathir tolak nasihat Jomo bersara daripada dunia politik\n\n\n\n\n\n\n\n\nPasukan pembelaan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Amer Hamzah Arshad memohon penangguhan tersebut bagi memberi ruang dan masa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\nIa bertujuan untuk menjalankan siasatan terhadap penemuan fakta serta bukti baharu kes itu yang diserahkan oleh pihaknya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).\n\n\nBeliau juga dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sedang meneliti perkara berkenaan daripada aspek tertentu.\n\n\nPanel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menetapkan 26 Ogos ini bagi keputusan rayuan itu, selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.\n\n\nKamaludin berkata, mahkamah menangguhkan keputusan rayuan itu untuk kali terakhir, kerana kes itu sudah berjalan dalam tempoh lama.\n\n\nAbdul Azeez, 54, yang juga Ahli Parlimen Baling menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram mencecah jutaan ringgit.\n\n\nPendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 serta dibaca bersama seksyen 16(a)(A) dan seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/keputusan-tawaran-ke-tingkatan-enam-tahun-2022-diumum-7-julai/", "title": "Keputusan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2022 Diumum 7 Julai", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/291919055_5222930174464195_5264193282999134664_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Sabtu \u2013\n Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2022 akan diumumkan pada 7 Julai 2022.\n\n\nDalam kenyataan KPM memberitahu murid lepasan SPM tahun 2021 sudah boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam untuk sesi tahun 2022 secara atas talian dan juga melalui sekolah asal masing-masing.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN sedia hadapi PRN, punggut undi parti komponen\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bakal bangunkan pangkalan data untuk PMKS\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu wujudkan sistem data raya bekalan sayur negara\u00a0\n\n\n\n\n\n\nLima gabungan parti politik meterai perjanjian\n\n\n\n\n\n\nPetisyen pilihan raya Gua Musang dibicarakan, Putrajaya ditolak\n\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan itu, murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara atas talian mulai 7 hingga 24 Julai tahun ini.\n\n\nSementara itu, murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.\n\n\nKeputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama dan murid yang tidak mempunyai capaian internet, akan dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.\n\n\nTambahnya, murid yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di Kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran.\n\n\nManakala bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/harga-ayam-cecah-rm13-90-sekilogram/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/pusat-rawatan-th-diiktiraf-arab-saudi-negara-pertama-diluluskan-permit/", "title": "Pusat Rawatan TH Diiktiraf Arab Saudi, Negara Pertama Diluluskan Permit", "body": "0\n\n\nTabung Haji media conference at Kuala Lumpur\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Makkah dan Madinah menjadi pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan permit (Tarkhis) oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi bagi pembukaan dan pengoperasian hospital musim haji kali ini.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkhidmatan ditawarkan di pusat rawatan itu hampir setara dengan hospital pakar Minor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Pemilik lima kenderaan di tapak perkhemahan dikenal pasti\n\n\n\n\n\n\nKeabsahan Sekolah Vernakular Disambung Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nWang tidak dituntut berjumlah RM11 bilion\n\n\n\n\n\n\nSPNB bina 500 RMR di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nKertas arahan halang MB Kedah wujud\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Dr Noor Hisham kelulusan permit ini diberikan setelah melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti oleh Kementerian Kesihatan Arab Saudi.\n\n\nIa juga pengiktirafan kepada kualiti dan standard fasiliti serta perkhidmatan kesihatan bagi jemaah Malaysia di Makkah dan Madinah.\n\n\nBukan itu sahaja malah Permit Ambulans (Tasrih) untuk menjalankan perkhidmatan ambulans yang mana Malaysia mempunyai 20 ambulans spesifikasi tinggi juga diiktiraf.\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) serta Rombongan Perubatan Musim Haji 1443H/2022M, Dr Mohd Shaffari Marzuki.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/tentera-darat-sedia-bina-pos-kawalan-di-lawas/", "title": "Tentera Darat Sedia Bina Pos Kawalan Di Lawas", "body": "4\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUCHING, Sabtu \u2013\n Tentera Darat Malaysia TDM akan membina pos kawalan di Lawas bagi mengawal kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), selain mengekang kegiatan penyeludupan antara Sarawak dan Sabah.\n\n\nPanglima 1 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa berkata, kerajaan Sarawak sudah menyediakan tapak seluas 1 perpuluhan 3 hektar bagi membina pos kawalan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKhutbah Jumaat tegaskan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam\n\n\n\n\n\n\nLepasan SPM, hati-hati tawaran masuki IPTA melalui media sosial \u2013 Khaled\n\n\n\n\n\n\nAnnuar gesa henti pertikai pelantikan Anwar sebagai PM\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah Santuni Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nTiada keperluan PRK DUN Gurun, pengosongan kerusi hampir tamat penggal\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u201cBiasanya pos kawalan tentera diwujudkan di sempadan antarabangsa, tetapi berbeza dengan pos yang bakal dibina di Lawas itu kerana ia adalah untuk mengawal keluar masuk antara negeri. Ini kerana situasi di Lawas agak lain sedikit,\u201d\n\n\nMEJAR JENERAL DATUK DZULKAFLI MUSTAFFA / Panglima 1 Divisyen Infantri\n\n\nMenurutnya, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, menyokong penuh langkah untuk mewujudkan pos berkenaan, dan pembinaan akan bermula sebaik peruntukan diterima dari kerajaan Sarawak.\n\n\nMengulas lanjut, Dzulkafli berkata, sementara pos kekal dibina, pihaknya sudah melaksanakan gerakan di kawasan Lawas menerusi Ops Bambu.\n\n\nJelasnya, apabila siap dibina kelak, pos kawalan tentera di Lawas itu adalah yang pertama diwujudkan di sempadan antara negeri.\n\n\nSementara itu, mengenai perkembangan pembinaan pos kawalan tentera di Padang Pan di Bau, Batu Kaya di Lubok Antu dan Sungai Paoh di Serian, Dzulkafli berkata tiga pos berkenaan sudah siap 85 peratus manakala pos kawalan di Tapak Megah, Kapit sudah siap dalam 50 peratus.\n\n\nSebelum ini, dua buah kontena dari Sabah dalam cubaan penyeludupan masuk rokok yang bernilai RM4.7 juta berjaya dipatahkan melalui Ops Bambu.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/harga-ayam-cecah-rm13-90-sekilogram/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/umno-serlah-sikap-ego-yakin-menang-besar-tanpa-muafakat-nasional-berjasa/", "title": "UMNO Serlah Sikap Ego Yakin Menang Besar Tanpa Muafakat Nasional \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/291736057_1074903530114013_4300740407435235890_n-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Keyakinan UMNO mampu menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tanpa Muafakat Nasional menyerlahkan sikap ego dan tamak parti itu yang tidak menguntungkan rakyat.\n\n\n\u201cNegara memerlukan barisan kepimpinan baharu, muka baru serta berwibawa untuk membina semula keunggulan negara serta bermaruah. Agenda besar ini tidak ada dalam \u2018road map\u2019 UMNO, yang dicanang setiap hari ialah UMNO nak berkuasa.\u201d\n\n\nZAMANI IBRAHIM / Presiden BERJASA\n\n\nUMNO menyerlahkan sifat sikap ego dan tamak parti itu yang tidak menguntungkan rakyat dengan keyakinan mereka mampu menang besar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tanpa Muafakat Nasional.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPegawai Tugas-Tugas Khas PM dilantik CEO Yadim\n\n\n\n\n\n\nAminuddin hairan jumlah penceroboh tanah Raub cecah 500 orang\n\n\n\n\n\n\nFakta siasatan tanpa memihak, pertuduhan ikut keterangan- Peguam Negara\n\n\n\n\n\n\nGerakan Murtad Malaysia Anjur Forum Kebebasan Agama Ambang 2023 Hina Islam\n\n\n\n\n\n\nMangsa banjir enam negeri meningkat kepada 11,918\n\n\n\n\n\n\n\n\nPresiden BERJASA, Zamani Ibrahim percaya keyakinan UMNO untuk bergerak solo dibina atas dasar kemenangannya pada dua Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor sebelum ini.\n\n\nMemetik ISMAWEB beliau berkata, UMNO tidak membawa makna kepada agenda rakyat serta negara sekalipun menang pada PRU-15 sekiranya parti itu sarat dengan perpecahan dalaman.\n\n\nBeliau berkata demikian sebagai mengulas situasi semasa politik negara dan hala tuju kerjasama parti-parti Melayu dalam mendepani PRU15 tidak lama lagi.\n\n\nManakala kedudukan PAS ketika ini, Zamani berkata, parti itu perlu menjangkau lebih jauh daripada sempadan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekiranya serius ingin membina semula negara.\n\n\nKatanya, PAS boleh ditinggalkan tanpa izin UMNO dan juga Bersatu apabila parti tersebut mendapat peluang tanpa PAS.\n\n\nSehubungan itu, beliau menyarankan PAS untuk terbuka berbincang dan mengadakan sesi meja bulat dengan parti-parti lain walaupun bersaiz kecil.\n\n\nUstaz Zamani mempelawa PAS untuk turut serta dengan Jajaran Baharu atas slogan Bersama Pimpin Negara dalam membina kekuatan sokongan dan kerjasama dengan beberapa parti, pimpinan NGO dan tokoh nasional.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/zahid-tidak-minta-annuar-musa-tandatangan-sd/", "title": "Zahid Tidak Minta Annuar Musa Tandatangan SD", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah meminta Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menandatangani akuan bersumpah SD bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.\n\n\nMenteri Komunikasi dan Multimedia itu juga berpendapat, pucuk pimpinan parti perlu mencari jalan bagi mengharmonikan keadaan susulan pendedahan yang dibuat itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTuntutan 9 Kerusi Makkal Sakhti Daripada BN Tidak Realistik\n\n\n\n\n\n\nKonvoi Diiringi Polis Trafik Diberi Laluan Untuk Elak Kemalangan\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Nelayan Masih Lagi Terjejas\n\n\n\n\n\n\nMCA Minta Papan Tanda Baharu Kerana Tiada Tulisan Cina\n\n\n\n\n\n\nSebutan semula kes Muhyiddin 4 Ogos ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPertama saya tidak terlibat tak pernah sign apa-apa sokong Anwar Ibrahim keduanya apa yang disabitkan berapa belas orang tu saya tak terlibat saya nak komen pun tak boleh Cuma saya fahamnya bukan sahaja Datuk Tajudin, Datuk seri Nazri juga mengesahkan dan mereka orang yang terlibat lebih berwibawa dari saya untuk menerima atau tidak dan datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima SD pun turut mengesahkan dan beberapa pemimpin PKR mengesahkan.\u201d\n\n\nTAN SRI ANNUAR MUSA / Menteri Komunikasi dan Multimedia\n\n\nBeliau mengulas mengenai pendedahan SD yang dibuat bekas ahmli majlis kerja tertinggi umno Datuk seri tajuddin abdul rahman dalam satu sidang media khas.\n\n\nKatanya jika masing-masing menyerang antara satu sama lain, mungkin ada baiknya UMNO menumpukan kepada solidariti dan memberi perkhidmatan kepada rakyat.\n\n\nDalam pada itu, Annuar juga memberitahu Kabinet masih belum membincangkan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau tarikhnya.\n\n\nBeliau juga menafikan laporan bahawa kebanyakan menteri dan timbalan menteri menyokong untuk mengadakan PRU15 menjelang Oktober.\n\n\nSebelum ini, Datuk Seri Tajuddin mendakwa wujud SD dalam kalangan ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.\n\n\nMenurut Ahli Parlimen Pasir Salak itu, beliau adalah saksi hidup yang turut menandatangani SD itu meskipun yang pada awalnya menolak cadangan pucuk pimpinan parti berkenaan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/01/parti-melayu-perlu-kembali-kepada-perpaduan-ummah-mpm/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/2-4-juta-kenderaan-dijangka-masuk-ke-pantai-timur/", "title": "2.4 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Ke Pantai Timur", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/292090044_731960714743547_8548772042573655023_n.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Isnin \u2013\n Kira-kira 2.4 juta kenderaan dijangka pulang ke Pantai Timur menjelang perayaan Aidiladha tahun ini.\n\n\nAnih Berhad menjangkakan sejumlah satu juta 648 ribu kenderaan bakal menggunakan lebuhraya Kuala Lumpur \u2013 Karak (KLK) dan 704 ribu kenderaan di lebuhraya pantai timur fasa 1 (LPT1) bermula dari 8 Julai hingga 11 Julai.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa ubah pakaian seragam pramugari tempatan terutama yang Islam\n\n\n\n\n\n\nBomba Giat Cari Tujuh Mangsa Hilang Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nKapitalis Pegang Pemimpin Punca Kegiatan Haram Gagal Dibanteras? \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPasang tenaga solar tanpa pendahuluan bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nJBPU batal pemilihan UMNO Bahagian Tumpat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi dalam satu kenyataan memaklumkan peningkatan jumlah kenderaan itu berikutan rakyat Malaysia yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung bagi menyempurnakan ibadah korban pada hari raya Aidiladha yang akan diasambut pada 10 Julai ini.\n\n\nKatanya, berdasarkan trend hujung minggu yang stabil sejak awal tahun ini, purata harian hujung minggu bagi Lebuhraya KLK adalah sebanyak 161,000 kenderaan manakala jumlah kenderaan di LPT1 pula direkodkan sebanyak 65,000 kenderaan.\n\n\nRazimah berkata, ANIH Berhad mengambil langkah meningkatkan tahap kesediaan pada musim perayaan kali ini dengan penambahan petugas dan anggota sebagai persediaan pengaktifan lorong-lorong tambahan jika berlaku peningkatan trafik.\n\n\nAnih Berhad mengingatkan pengguna supaya memandu dengan berhemah serta memastikan keadaan kenderaan optimum.\n\n\nUntuk maklumat tepat dan terkini Lebuhraya KLK dan LPT1, pengguna diminta rujuk laman sosial rasmi atau hubungi hotline yang tertera.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/dasar-umno-bn-jelas-sokong-ismail-sabri-sebagai-pm-tok-mat/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/isu-kenaikan-harga-perlu-diperhalusi-dari-segala-dimensi-pakar/", "title": "Isu Kenaikan Harga Perlu Diperhalusi Dari Segala Dimensi \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/292100111_407941461304915_456556828568257705_n-1-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Ahad \u2013\n Isu kenaikan harga barang perlu diperhalusi dari pelbagai dimensi termasuk dari sudut punca kenaikan harga barang dan dari sudut ekonomi.\n\n\nPenganalisis ekonomi Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, ketika ini kenaikan harga input dari sektor pertanian memberi kesan besar ditambah pula suasana ekonomi global apa yang berlaku di ukraine dan Dasar sifar covid di china banyak memberi kesan kepada negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin nafi dakwaan KDN beri kerakyatan kepada warga China\n\n\n\n\n\n\nMOU Bukan \u2018Kitab Suci\u2019 Untuk Halang Buat PRU Awal \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nBERJASA masih perlu RM50,000 bantu mangsa gempa bumi Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\nPertikai Pulau Pinang dalam Perlembagaan akan dikenakan tindakan\n\n\n\n\n\n\nPenukaran nama PUTRA kepada Gerakan Tanah Air tidak sahih \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu isu-isu ini perlu ditangani dengan baik oleh kerajaan dan individu.\n\n\nMalaysia sebagai negara pedagang bagaimana kita beroperasi dari segi ekonomi sangat berkait rapat dengan ekonomi global dan isu ini memberi kesan, dari segi dasar kerajaan dan sebagainya isu isu ini perlu diperhalusi bagaimana ia dapat diselesaikan dan meminimumkan kesan itu.belanjawan yang sedang dilaksanakan , harga meningkat sesuai atau tidak dengan pendapatan itu yang fokus perlu diberikan.\n\n\nDR MOHD AFZANIZAM ABDUL RASHID / Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd\n\n\nTambah beliau dalam suasana inflasi yang tinggi kuasa beli seseorang juga merosot, selain mencari jalan mencari penyelesaian, baik dari sudut kerajaan dan juga individu.\n\n\nSebarang demonstrasi yang dilakukan bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barang adalah satu bentuk manifestasi dan sentimen rakyat terhadap isu yang berlaku ini.\n\n\nNamun semua pihak harus bersikap positif katanya dalam mencari jalan keluar dalam kemelut ekonomi yang melanda juga perlu difikirkan.\n\n\nDari sudut individu katanya mempelbagaikan sumber pendapatan antaranya dengan menceburi peluang ekonomi gig adalah antara langkah yang boleh dilakukan oleh individu\n\n\nBagi mereka yang mempunyai lebihan wang, aktiviti pelaburan boleh diambil kira sebagai satu langkah dalam suasana inflasi yang tinggi.\n\n\nSementara itu kata Dr Afzanizam, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi adalah satu langkah yang dapat memberi koordinasi yang baik di antara kementerian dan agensi kerajaan, dan diharap merungkai amalan perniagaan yang tidak sihat.\n\n\nDengan adanya jawatankuasa ini ia diantara kementerian dan jabatan agensi kerajaan dan melihat amalan peniaga sendiri, dengan adanya jawatankuasa ini dapat melihat kewujudan kartel, sorok dan sebagainya koordinasi yang baik dan kita lihat dalam jangka masa terdekat.\n\n\nDR MOHD AFZANIZAM ABDUL RASHID / Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd\n\n\nRabu lalu kabinet bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.\n\n\nPasukan khas itu berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/pemuda-isma-lancar-kempen-suntik-semangat-perjuangan-melayu-islam/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/jemaah-tipu-status-kesihatan-tabung-haji-diarah-siasat-dakwaan/", "title": "Jemaah Tipu Status Kesihatan, Tabung Haji Diarah Siasat Dakwaan", "body": "0\n\n\n\n\nPUTRAJAYA, Ahad\u00a0 \u2013\n Lembaga Tabung Haji diarah menyiasat dakwaan yang mengatakan terdapat bakal jemaah haji yang menipu status kesihatan mereka untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada tahun ini.\n\n\nTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya sudah menyerahkan perkara itu kepada Tabung Haji dan siasatan awal perlu dijalankan untuk memastikan dakwaan tersebut benar atau sebaliknya.\n\n\n\u201cSaya tidak menolak kemungkinan faktor cuaca di tanah suci menyumbang kepada kesihatan jemaah terganggu,\u201d\n\n\n\u2013 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary\n\n\nMenurutnya, perkara tersebut kini sudah berada dalam pengetahuan pihak berwajib dan kerajaan sudah mengarahkan Tabung Haji untuk menyiasat mengenai dakwaan berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPembiaya dana dari AS didakwa dalang tuntutan Sulu \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\nNajib Ulangi Sumpah Laknat, Tidak Tahu Tentang RM42 Juta\n\n\n\n\n\n\nNahas ELmina: Polis sah identiti semua mangsa\n\n\n\n\n\n\nMOTAC tidak wajar letak pegawai fasih Bahasa Mandarin di KLIA\n\n\n\n\n\n\nTumpu Isu Utama, Ambil Tindakan Terhadap Ketua Sindiket Haram\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya setakat ini perkara itu masih belum dapat disahkan kebenarannya dan kita sedang menunggu maklum balas daripada Tabung Haji.\n\n\nBeliau diminta mengulas mengenai dakwaan segelintir jemaah haji merahsiakan status dan tahap kesihatan sebelum terbongkar semasa berada di Tanah Suci.\n\n\nTahun ini, bakal jemaah dikenakan syarat ketat untuk menunaikan haji apabila perlu melepasi saringan kesihatan.\n\n\nAntaranya jemaah berusia 65 tahun ke bawah, tidak menghidap penyakit kronik dan beberapa syarat lain dibenarkan ke menunaikan haji.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/dasar-umno-bn-jelas-sokong-ismail-sabri-sebagai-pm-tok-mat/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/pemuda-isma-lancar-kempen-suntik-semangat-perjuangan-melayu-islam/", "title": "Pemuda ISMA Lancar Kempen Suntik Semangat Perjuangan Melayu, Islam", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/291773377_2865494080425132_8087257355118662349_n-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Ahad \u2013\n Mengangkat semangat nasionalisme silam bangsa Melayu, Filem Mat Kilau semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia ekoran ianya menceritakan mengenai kehebatan perjuangan pahlawan membela agama, bangsa dan tanah air dari penjajah.\n\n\nRentetan maklum balas positif hasil filem berkenaan, Pengarah Kempen Kemerdekaan 2022, Muslim Abdullah Zaik, Pemuda ISMA mengambil peluang menyusun satu kempen semangat kemerdekaan daripada perjuangan pejuang-pejuang silam tanah air.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi sindir pelantikan Anwar, PH menang \u2018dalam masa kecederaan\u2019\n\n\n\n\n\n\nZahid gagal dapat pasport secara kekal\n\n\n\n\n\n\nCukai cecair vape tidak memadai demi kesihatan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu siasat dakwaan \u2018sedekah\u2019 pengundi\n\n\n\n\n\n\nAnwar ziarah kawan lama perkara biasa \u2013 Salahuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\u2026memang kita gunakan semangat mat kilau ini untuk lancarkan kempen kita harini menjejak tanah dijajah, yang mana kita harapkan semangat dalam dewan ini boleh dibugarkan dan boleh direalisasikan pada kempen-kempen kemerdekaan seterusnya, dan sinonim dengan pemuda ISMA kita akan mengimbau kembali ssemangat silam utk kita selarikan dengan semangat perjuangan yang sekarang, maksudnya di sini kemerdekaan itu bukan kita lawan komunis semata-mata, kita lawan British juga, jadi saya kira filem Mat Kilau ini adalah bertepatan dgn kempen yg kita lancarkan\u2026\u201d\n\n\nMUSLIM ABDULLAH ZAIK / Pengarah Kempen Kemerdekaan 2022\n\n\nMuslim selaku Pengarah Kempen Kemerdekaan \u2018Menjejak Tanah Yang Hilang\u2019 berkata filem Mat Kilau mampu menanamkan semangat jatidiri Melayu Islam, yang mana filem tersebut mengimbau kembali semangat nasionalisme bangsa Melayu menentang penjajah, sejajar dengan bulan kemerdekaan negara.\n\n\nTambahnya aura filem Mat Kilau bertepatan dengan kempen yang dianjurkan oleh Pemuda ISMA itu, Kempen Kemerdekaan \u2018Menjejak Tanah Yang Hilang\u2019 merupakan kesinambungan Kempen \u2018Tukar Nama Asal, Hapuskan Jejak Penjajah\u2019 yang berlangsung pada Ogos 2020 lepas.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nDalam sesi temuramah bersama TV Pertiwi, Ketua Pemuda ISMA Arifin Manan berkata, objektif utama kempen \u2018Menjejak Tanah Yang Hilang\u2019 ini adalah untuk mengembalikan semangat kemerdekaan tanah air dikalangan generasi muda, dan menyedarkan golongan muda bahawa peradaban Alam Melayu itu luas dan bukan sahaja di Malaysia semata-mata.\n\n\n\u201c\u2026kita antara objektifnya, pertama kita nak orang muda ini sedar bahawa peradaban alam melayu ni luas bukan sekadar di Malaysia sahaja, kita pernah berada rumpun yang sangat-sangat besar, kita beharap dalam kempen ini kali ni kita tahu sesungguhnya tanah di Singapura, tanah di Riau tanah di selatan Thailand, rumpun Melayu ni sangat besar, itu antara objektif utama kita, sebenarnya kita ni sebuah rumpun melayu yg besar \u2026\u201d\n\n\nARIFFIN MANNAN / Ketua Pemuda ISMA\n\n\nPelancaran Kempen Kempen Kemerdekaan \u2018Menjejak Tanah Yang Hilang\u2019 ini akan berlansung bermula Julai 2022 sehingga September 2022, dan merangkumi aktiviti seperti jelajah bermula dari Kuala Lumpur ke Singapura dan Batam, penerbitan dokumentari dan juga menganjurkan program Hari Peradaban Bangsa Melayu bersama NGO-NGO yang lain dalam mempromosikan adat dan budaya Melayu.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/dasar-umno-bn-jelas-sokong-ismail-sabri-sebagai-pm-tok-mat/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/sultan-selangor-pandang-serius-perpecahan-politik-orang-melayu/", "title": "Sultan Selangor Pandang Serius Perpecahan Politik Orang Melayu", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSHAH ALAM, Isnin \u2013\n Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, memandang serius terhadap gejala perpecahan dalam kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik Melayu.\n\n\nBaginda berkata, perbalahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu yang ketara sekarang boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat serta kestabilan politik di Negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM kekal pendirian tidak iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat bekas PM, menantu berkaitan kontrak kerajaan\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi ulangi dakwaan, Kerajaan Pusat berubah jika PN menang\n\n\n\n\n\n\nPM tersentuh dalam siri syarahan kehormat Madani\n\n\n\n\n\n\nSultan Kedah berangkat ke Rumah Terbuka Malaysia Madani esok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBeta tidak berhasrat mencampuri urusan politik dan pentadbiran negara, walau bagaimanapun beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan, di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan. Ianya adalah bagi menjamin agar kepentingan masyarakat hak Melayu dapat dipelihara tanpa mengetepikan hak dan kepentingan masyarakat bukan Melayu di negara ini,\u201d\n\n\nSULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH / Sultan Selangor\n\n\nSultan Sharafuddin menerusi satu kenyataan yang dikongsikan menerusi facebook Selangor Royal Office bertitah, pemimpin-pemimpin politik Melayu perlu sedar bahawa pembangunan dan kemajuan Negara amat bergantung kepada kepimpinan yang stabil.\n\n\nTitah baginda, kegagalan pemimpin Melayu menunjukkan kepimpinan yang baik dan bertanggungjawab menyebabkan kaum lain akan hilang rasa hormat terhadap pemimpin Melayu sekaligus tidak memberi sokongan kepada pemimpin Melayu.\n\n\nPemimpin politik Melayu harus juga bekerjasama dengan pemimpin parti politik kaum lain bagi menjamin pembangunan negara dijadikan keutamaan demo keselesaan hidup rakyat pelbagai kaum, titah baginda.\n\n\nDalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut menggalakkan rakyat terutama kaum Melayu menonton filem Mat Kilau agar ia boleh dijadikan sebagai satu tauladan dan pengajaran bahawa sesebuah tamadun dan negara boleh runtuh seandainya tidak bersatu-padu mempertahankannya.\n\n\nFilem Mat Kilau yang memaparkan bagaimana perpecahan dalam kalangan orang Melayu boleh mengakibatkan pihak luar mudah menguasai kita.\n\n\nTitah baginda, dialog yang digunakan di dalam filem ini, bertepatan bagi menyampaikan mesej kepada orang Melayu bahawa kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada semangat perpaduan dan pegangan kepada agama Islam.\n\n\nSementara itu, Sultan Sharafuddin turut bertitah, baginda sedar gejala fitnah-memfitnah berlaku dengan berleluasa di kalangan masyarakat dan penyebaran berita tidak ditentukan kesahihannya serta budaya menyerang perilaku peribadi bukan Melayu di negara ini.\n\n\nTitah baginda, penyebaran berita fitnah yang tidak ditentukan kesahihannya serta budaya menyerang perilaku peribadi seseorang individu sudah menggugat keharmonian masyarakat.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/dasar-umno-bn-jelas-sokong-ismail-sabri-sebagai-pm-tok-mat/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/suntik-dana-anak-muda-hasil-seni-bermutu-cukuplah-karya-berkiblat-barat1/", "title": "Suntik Dana Anak Muda Hasil Seni Bermutu, Cukuplah Karya Berkiblat Barat", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n ULTRA kiasu mula takut apabila Mat Kilau menjadi fenomena.\n\n\nPemerhati politik, Prof Dr. Ridhuan Tee Abdullah, berkata dengan fenomena limpahan Mat Kilau ini kerajaan dan orang Melayu mesti tampil ke hadapan dan serius membantu industri seni tempatan dan mengambil peluang dalam keadaan ultra kiasu membisu.\n\n\nKerajaan dan orang Melayu mesti tampil ke hadapan dan serius membantu industri seni tempatan serta menyuntik dana untuk anak muda berkarya bagi melahirkan hasil seni sebegini, bagi memastikan ia terus hidup dan jati diri Melayu dan bumiputera mengakar di bumi Melayu ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMinum spirit campur air berbikarbonat pelajar diintubasi\n\n\n\n\n\n\nKKM perkenal ubat mesra OKU penglihatan dengan tulisan Braille\n\n\n\n\n\n\n3 Syarat Perlembagaan Untuk Lantikan Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nJaga keselamatan, Johor diuji bencana banjir sekali lagi\n\n\n\n\n\n\nPAS Masih Harapkan Kerjasama UMNO Dalam MN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya selalu membuat analogi sebegini. Negara China dan Korea, jati diri Raja-raja dan dinastinya telah pupus. Tetapi mereka berjaya menghasilkan filem dan karya seni beraja dan berjati sehingga pecah panggung. Ratusan dan puluhan siri diterbitkan, menjadi fenomena seluruh dunia, lebih-lebih lagi negara kita, menjadi tontonan sehingga terbit air mata. Mereka berjaya menampilkan jati diri bangsa mereka. \u2018\u2019\n\n\n\u2013 Pemerhati politik, Prof Dr. Ridhuan Tee Abdullah\n\n\nMenurut Prof Ridhuan Tee, anak bangsa Melayu Islam mesti dikembalikan berjati diri sebagai asas kekuatan dan masa depan negara tercinta ini.\n\n\nDan usaha itu tidak boleh menoleh ke belakang lagi sebaliknya terus bergerak ke hadapan.\n\n\nTambahnya jarang sekali berlaku \u2018filem purba\u2019 berjati diri Melayu mendapat sambutan anak muda sehingga pecah panggung namun fenomena Mat Kilau telah menunjukkan sedemikain .\n\n\n\n\nBeliau turut mengucapkan tahniah kepada anak-anak seni berkenaan juga kepada orang kuat belakang tabir iaitu Haji Abdul Rahman Mat Dali, yang sanggup mengeluarkan dana demi menyuntik perjuangan agama dan bangsa Melayu.\n\n\nFenomena in katanya menjadikan ultra kiasu, tidak boleh berbuat apa apa sebaliknya mengikut rentak semasa.\n\n\nMalah, demi undi ada ahli parlimen ulta kiasu yang menaja tiket menonton wayang MAt Kilau.\n\n\nPersoalannya, kata beliau apa iktibar yang boleh dipelajari dan tindakan segera yang perlu dilakukan?\n\n\nPertama, kerajaan mesti tampil membantu karya seni sebegini, demi martabatkan jati diri Melayu Bumiputera dan jangan membiarkan Rahman Dali dan ISMA sahaja.\n\n\nKedua, katanya kerajaan mesti memelihara tempat-tempat bersejarah, tanpa dirosakkan dan diganggu-gugat persekitarannya, bagi tujuan penggambaran dan menjaga khazanah seni.\n\n\nKetiga, pelaburan untuk anak bangsa dan jatidiri jangan terlalu berkira untung rugi. Meskipun pada mulanya terpaksa menanggung kerugian, jangan pula berputus asa demi jati diri anak bangsa.\n\n\nKeempat, selain Mat Kilau (Pahang), karya seni lain juga perlu diterbitkan seperti tokokh tokoh pejuang silam yang lain.\n\n\nAntaranya Tok Gajah ( Pahang), Dato\u2019 Bahaman (Pahang), Pawang Nong (Pahang), Tok Janggut ( Kelantan), Tok Kenali (Kelantan), Rentap ( Sarawak), Rosli Dhobi ( Sarawak), Syarif Masahor ( Sarawak), Kanang AK Langkau ( Sarawak),dan yang lain.\n\n\nKelima katanya cukup-cukuplah menerbit filem dan karya seni berkiblatkan barat yang memualkan dan kembali kepada jati diri negeri yang berpaksikan kepada Melayu dan Bumiputera, bersendikan Islam.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/2-4-juta-kenderaan-dijangka-masuk-ke-pantai-timur/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/tajuddin-mahu-ismail-sabri-jadi-perdana-menteri-selepas-pru15/", "title": "Tajuddin Mahu Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri Selepas PRU15", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/291687500_415557430322595_5499075725461827687_n-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nIPOH, Ahad \u2013\n Minggu lalu beliau membuat kenyataan yang menggemparkan berhubung parti UMNO bersabit dengan pemberhentiannya sebagai ahli majlis kerja tertinggi UMNO, MKT.\n\n\nHari ini, secara terbuka di hadapan Perdana Menteri dan kira-kira 15,000 warga Pasir Salak, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengulangi sokongan tidak berbelah baginya kepada Datuk Ismail Sabri Yaakob.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n572 calon sah bertanding, PN paling ramai calon\n\n\n\n\n\n\nKita harus hormati keputusan rakyat \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nJAINJ, PDRM buru pengikut ajaran sesat Si Hulk\n\n\n\n\n\n\nTun M sudah buat yang terbaik, usah ganggu lagi \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nRosmah pula mohon dibebaskan selepas kes Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau dalam ucapannya berkata apa pun berlaku beliau tetap menyokong Perdana Menteri.\n\n\nTuduhan bermacam-macma terhadap perdana menteri termasuk lembik dan sebagainya kata Tajudin, Ismail Sabri juga yang dikehendak untuk menjadi PM selepas PRU15.\n\n\nBeliau berkata demikian pada program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, di Kampung Gajah, Perak siang tadi yang dihadiri Perdana Menteri.\n\n\nDalam sidang media khas di Petaling Jaya itu, Tajuddin turut berkata Ahmad Zahid tidak layak untuk memimpin Umno bagi menghadapi PRU ke-15.\n\n\nTindakan Tajuddin itu mendapat kecaman sesetengah pemimpin UMNO dan beliau berdepan tindakan disiplin parti.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/bekalan-minyak-masak-subsidi-dijangka-pulih-beberapa-hari-lagi-kpdnhep/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/tiada-perbincangan-mengenai-kumpulan-sokong-ismail-sabri-dalam-pemilihan-umno/", "title": "Tiada Perbincangan Mengenai Kumpulan Sokong Ismail Sabri Dalam Pemilihan UMNO", "body": "1\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Isnin \u2013\n Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa mengesahkan tiada perbincangan mengenai barisan kepimpinan tertentu dalam parti yang menyokong Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanding jawatan presiden parti itu seperti yang tular di media sosial yang dinamakan \u201cSaf Kepimpinan UMNO Selepas Pemilihan\u201d.\n\n\n\u201cKami tidak pernah membincangkan perkara ini, saya tahu ada orang yang menyebarkan barisan kepimpinan itu. Saya rasa kami mempunyai banyak masa untuk memikirkan semua perkara itu tetapi kami tidak pernah duduk bersama dan membincangkan mengenai kedudukan barisan pemimpin dan pertandingan,\u201d\n\n\nKetua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata tiada perbincangan mengenai barisan kepimpinan tertentu dalam parti yang menyokong Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanding jawatan presiden parti itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMenu Rahmah di IPT bermula selepas Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa Dakwa UMNO Sudah Dikuasai Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nDAP mahu ubah identiti negara, perkukuh naratif Malaysian Malaysia \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik wanita ditemukan lemas ketika mandi di pantai Port Dickson\n\n\n\n\n\n\nKronologi Kejadian Babitkan Pesawat TUDM Hawk\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLapor Bernama, beliau mengesahkan perkara itu bagi mengulas mengenai satu poster senarai kepimpinan baharu UMNO tersebar di media sosial yang dinamakan \u201cSaf Kepimpinan UMNO Selepas Pemilihan\u201d.\n\n\nPoster itu antara lain memaparkan Ismail Sabri sebagai presiden dan Annuar sebagai timbalan presiden manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Khairy Jamaluddin sebagai naib presiden.\n\n\nAnnuar berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan Industri Ekonomi Digital Malaysia Sempena Sambutan Jubli Perak Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), hari ini.\n\n\nSementara itu, ketika ditanya mengenai pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri seperti yang diutarakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Annuar berpandangan permintaan pelantikan itu tidak salah.\n\n\nBagaimanapun, katanya ia terpulang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/02/dasar-umno-bn-jelas-sokong-ismail-sabri-sebagai-pm-tok-mat/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/05/kuota-minyak-masak-bersubsidi-cukup/", "title": "Kuota Minyak Masak Bersubsidi Cukup", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Isnin \u2013\n Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, berkata, kuota minyak masak bersubsidi yang diperuntukkan sebanyak 55 ribu tan metrik sebulan atau 660 ribu tan metrik setahun mencukupi setakat ini.\n\n\nBagaimanapun, beliau berkata terdapat aduan yang diterima mengenai kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua sayap UMNO dapat teraju baharu, Wanita kekal\n\n\n\n\n\n\nNasib 89 keluarga terbabit laluan ECRL akan dibela \u2013 MB Selangor\n\n\n\n\n\n\nLebih RM103.86 juta kepada imam, guru agama di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nCagar caruman KWSP heret masalah baharu rakyat \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nSekat kebebasan bersuara bertentangan agenda reformasi \u2013 Dr Mohammad Tawfik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita tahu peruntukan itu setakat ini tak jadi isu sebab untuk B40 minyak RM2.50 (sekilogram) itu tetap kita buat subsidi, tak ada kekurangan. Bagi pandangan saya, kalau benar tak cukup (bekalan minyak masak) boleh tambah kuota,\u201d\n\n\nDATUK SERI DR WEE JECK SENG / Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi\n\n\nWee berkata, pihaknya akan memanjangkan aduan berkenaan kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi itu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk tindakan lanjut.\n\n\nBeliau berkata, pihaknya akan meneliti punca perkara itu berlaku memandangkan jumlah minyak masak yang diperuntukan mencukupi, namun apabila tinjauan dilakukan mendapati bekalan minyak masak tidak mencukupi\n\n\nKatanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia di Bentong hari ini.\n\n\nPada majlis itu Wee turut menyampaikan Sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Skim Bantuan Integrasi berjumlah antara RM3,000 hingga RM15,000 kepada pekebun kecil.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/2-4-juta-kenderaan-dijangka-masuk-ke-pantai-timur/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/05/najib-zahid-dalang-ketidakstabilan-politik-negara-wan-saiful/", "title": "Najib, Zahid Dalang Ketidakstabilan Politik Negara \u2013 Wan Saiful", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Isnin \u2013\n Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan melabelkan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai dalang di sebalik ketidakstabilan politik negara yang menurutnya sengaja dicipta untuk menyelamatkan diri masing-masing.\n\n\nWan Saiful yang sering mempertahankan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga mempersoalkan jasa dan faedah mereka terhadap negara, terutamanya ketika Muhyiddin sedang menyelesaikan masalah rakyat, sewaktu memegang jawatan sebagai perdana menteri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKedai Sarbaneka Bangi, Kajang Henti Jual Arak\n\n\n\n\n\n\nSanusi calon tunggal MB Kedah\n\n\n\n\n\n\nMalaysia, Vietnam sasar kerjasama kukuh pasaran buruh\n\n\n\n\n\n\nKartunis Turki balas sindiran karikatur tidak berperikemanusiaan Charlie Hebdo\n\n\n\n\n\n\nLPPR Tidak Ada Kuasa \u2018Membersihkan\u2019 Azam\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau dalam kenyataannya di Facebook beliau, berkata perkaran yang berlaku ini jauh bezanya dengan Zahid dan Najib, yang menjadi punca bukan sahaja masalah rasuah dan kleptokrasi yang kita warisi di Malaysia, tetapi juga punca kepada krisis politik yang mereka sengaja cipta dengan mempergunakan jentera parti, semata-mata untuk menyelamatkan diri.\n\n\nWan Saiful juga berkata, kedua-dua mereka sudah pasti menjadikan Muhyiddin sebagai sasaran kerana selagi dia dianggap sebagai negarawan oleh rakyat, selagi itulah hidup dua manusia ini tidak tenteram.\n\nDia seterusnya berkata topik mengenai Najib adalah untuk perbincangan lain dan menumpukan serangan ke atas Zahid.\n\n\nJadi kata Wan Saiful apa sebenarnya faedah wujudnya manusia bernama Zahid dalam senario politik Malaysia hari ini?\n\n\nPaling jelas menurutnya Zahid adalah dalang di sebalik ketidakstabilan politik negara.\n\n\nMalah Zahid juga adalah dalang di sebalik 15 orang ahli parlimen Umno yang mengkhianati kerajaan sendiri.\n\n\nBeliau juga membidas zahid sebagai dalang yang pengecut menghadapi pemilihan parti sendiri.\n\n\nWan Saiful dana satu hantaran Facebook yang berasingan mempertahankan Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).\n\n\nBeliau juga menasihatkan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki untuk tidak mengikut jejak Zahid yang sering memburukkan imej bekas presiden Bersatu itu.\n\n\nSebagai orang yang berlatarbelakangkan agama, ASyraf wajar berhati hati supaya jangan terikut dengan Zahid yang memburukkan imej Muhyiddin.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/2-4-juta-kenderaan-dijangka-masuk-ke-pantai-timur/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/08/kapitalis-pegang-pemimpin-punca-kegiatan-haram-gagal-dibanteras-berjasa/", "title": "Kapitalis Pegang Pemimpin Punca Kegiatan Haram Gagal Dibanteras? \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSHAH ALAM, Jumaat \u2013\n Malaysia sebagai sebuah negara Islam sehingga kini tidak mampu membanteras penjualan dan kegiatan seperti judi, arak, rokok pelacuran dan pelbagai lagi kegiatan haram lain yang dipercayai berpunca daripada kuasa kapitalis ke atas pemimpin politik.\n\n\nSetiausaha Agung BERJASA Ir. Ts. Muhammad Lukman Al Hakim mendakwa perkara ini disebabkan sistem melobi, rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa di seluruh dunia termasuk Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin wajar letak jawatan demi kebaikan BERSATU, PN \u2013 Azmi Hassan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : Operasi SAR diteruskan jam 9:00 pagi ini\n\n\n\n\n\n\nTiada Perbincangan Mengenai Kumpulan Sokong Ismail Sabri Dalam Pemilihan UMNO\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023\n\n\n\n\n\n\nHanya ada satu kem dalam UMNO \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi hantaran di Facebook, Lukman berkata, perkara sama juga berlaku di Amerika Syarikat membabitkan industri penjualan senjata api apabila taktik kotor ini sudah menjadi budaya.\n\n\nMenurut Lukman, Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang liberal dan terbuka tidak langsung mengetatkan kawalan penjualan senjata api kononnya atas nama kebebasan individu.\n\n\nIni menyebabkan banyak nyawa telah terkorban dan majoriti rakyat Amerika Syarikat memperjuangkan kawalan terhadap penjualan senjata api, namun ia tidak mampu mengubah apa-apa.\n\n\nPada masa sama, dakwanya lagi, hak serta kebebasan majoriti rakyat untuk hidup aman tanpa ancaman senjata api dinafikan.\n\n\nLebih malang apabila Amerika yang menggelarkan diri mereka sebagai negara paling maju dan demokratik di dunia juga langsung tidak mengendahkan kehendak majoriti rakyat yang inginkan kawalan ketat terhadap penjualan senjata api.\n\n\nSebaliknya, para ahli politik di sana memenuhi kehendak National Rifle Association (NRA) yang kuat melobi agar undang-undang terhadap penjualan senjata api dilonggarkan oleh kerajaan dengan membelanjakan puluhan juta USD setiap tahun bagi mencapai tujuan mereka.\n\n\nLukman turut tidak menafikan insiden tembakan rambang yang mengorbankan 19 murid dan dua guru di Texas baru-baru ini seperti menjadi \u2018tradisi\u2019 di negara itu.\n\n\nDalam masa sama, Lukman mengatakan kebanyakan industri di Malaysia juga dikuasai oleh kapitalis yang melobi pemimpin politik yang majoriti beragama Islam supaya memenuhi nafsu mereka tanpa mempedulikan kehendak majoriti rakyat.\n\n\nDisebabkan itu, beliau melihat Malaysia yang majoriti pemimpin dan rakyatnya adalah Islam seolah-olah tidak mampu membanteras arak, judi, dadah, rokok, pelacuran, pornografi dan hedonisme.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/04/2-4-juta-kenderaan-dijangka-masuk-ke-pantai-timur/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/08/pola-kes-aktif-dijangka-meningkat-dalam-tempoh-1-2-minggu-pakar/", "title": "Pola Kes Aktif Dijangka Meningkat Dalam Tempoh 1 & 2 Minggu \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013\n Lebih 110 negara sudah merekodkan peningkatan kes Covid-19 yang didorong oleh dua subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 termasuk Malaysia, Singapura dan Indonesia.\n\n\nPakar Kesihatan Awam, Profesor Madya Dr. Malina Osman menjangkakan akan berlaku peningkatan kes aktif dalam tempoh terdekat pengesanan varian membimbangkan Omicron BA.4 dan BA.5.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLelaki warga tempatan ditahan buat hantaran keji institusi beraja\n\n\n\n\n\n\nAda benarnya kenyataan Tun M \u2013 Pakar Perlembagaan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan PAU 2002 takutkan orang muda sertai UMNO\n\n\n\n\n\n\nCukai Makmur Bantu Rakyat Hadapi Inflasi\n\n\n\n\n\n\n20,041 kes kehilangan wang dari institusi perbankan tahun lalu\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun katanya, impaknya tidak sebegitu teruk bagi mereka yang sudah melengkapkan perlindungan diri iaitu vaksin covid-19.\n\n\n\u201c\u2026Saya jangkakan akan berlaku peningkatan dalam tempoh terdekat 1- 2 minggu akan datang, dan peningkatan kes aktif. Namun berdasarkan apa saya sebut tadi dengan adanya pemvaksinan dengan sejumlah yang besar, majoriti penduduk kita impak akibat sub-varian Omicron mungkin tidak begitu teruk seperti kita lalui masa badai Delta dan Omicron tahun ini. Dalam konteks itu apa kita perlu lihat setiap individu perlu menjaga SOP tidak leka dan ambil mudah dan ambil tumpuan kepada mereka yang mempunyai risio jangkitan dan tidaj boleh divaksin\u2026\u201d\n\n\nPROF MADYA DR MALINA OSMAN / PAKAR KESIHATAN AWAM\n\n\nMengulas lanjut berkenaan sub varian BA.4 dan BA.5, Dr Malina berkata, bagi mereka yang pernah dijangkiti COVID-19 berkemungkinan untuk mendapat semula jangkitan subvarian berkenaan.\n\n\nNamun, setiap individu berupaya untuk mencegah jangkitan dengan pertahanan imun yang disebabkan oleh vaksin atau perlindungan semula jadi.\n\n\nJusteru itu, katanya, pengambilan vaksin covid-19 memberi memainkan peranan penting untuk melindungi seseorang daripada mendapat kesan jangkitan yang ketara.\n\n\nDalam pada itu, Dr. Malina berpandangan, kerajaan boleh mengekalkan langkah pencegahan sepertimana yang dilaksanakan ketika ini.\n\n\nNamun, orang ramai perlu kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan segera melaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya dijangkiti wabak itu bagi memastikan penularan dapat dibendung dengan segera.\n\n\n\u201c\u2026Saya berpendapatan apa yang dilakukan sekarang boleh diteruskan. tak perlu perinta kawalan pergerakan pada masa ini speerti mana yang saya sedia maklum, sejumlah majoriti kes yang dijagkiti adlaah ringan walaupun ada sebagian memerlukan rawaran hospital. Ada sedikit peningkatan ICU tapi tidak membimbangkan. Aktiviti ekonomi dan sosial boleh diteruskan tapi perlu berhati-hati bagi mengelak tularan dapat berlaku pantas.\u201d\n\n\nDr. Malina berkata, bagi mereka yang mempunyai risiko jangkitan tinggi dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan vaksin penggalak dos kedua dengan segera.\n\n\nTerdahulu semalam, Menteri Kesihatan Khairu Jamaluddin memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak mengambil ringan jangkitan akibat wabak COVID-19 memandangkan dua subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 kini merebak dengan pantas.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/05/najib-zahid-dalang-ketidakstabilan-politik-negara-wan-saiful/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/09/gerakan-islam-perlu-bersama-susun-gerak-kerja-berdepan-musuh-isma/", "title": "Gerakan Islam Perlu Bersama Susun Gerak Kerja Berdepan Musuh \u2013 ISMA", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/292433191_439236024723074_8482074231222916709_n-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\n Pertembungan membawa manusia ke arah menyembah Allah iaitu perjuangan Al-Haq, dengan membawa manusia mentaati taghut ataupun perjuangan Bathil menjadi kebimbangan ketika ini apabila umat Islam serik kali kalah dalam perjuangan al-Haq.\n\n\nPresiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, kejatuhan umat Islam berpunca daripada kegagalan \u2018mengukur\u2019 saiz musuh dan kesilapan cara mendepani mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPM digesa tolak tuntutan Dong Zong iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Gesa Kerajaan Selamatkan Tanah Melayu Kampung Bharu\n\n\n\n\n\n\nTunggu saya akan jawab \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPAS tak boikot Dominic, cuma kekurangan ahli\n\n\n\n\n\n\n2,842 Kes Baharu\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu katanya, badan-badan Islam yang lain termasuk ISMA perlu melakukan koreksi yang bersungguh-sungguh untuk menyusun gerak kerja mendepani musuh.\n\n\nBeliau berkata setakat ini kesatuan idea sudah berjaya buat dengan badan-badan lain tetapi cabaran masa akan datang adalah bagaimana untuk mengembling tenaga nak bangunkan projek yang boleh menyelesaikan masalah umat.\n\n\n\u201cAntara yang menjadi tumpuan kita sekarang ni adalah isu kesatuan umat Islam, di antara perkara yang sentiasa menjadi keutamaan kita adalah menjalinkan hubungan kerjasama dengan Badan Pertumbuhan Islam yang lain, jadi kita ada kerjasama dengan badan-badan Islam yang lain dalam gabungan, PEMBELA dan lain-lain, jadi apa yang kita perlu pergi pada fasa akan datang ini bukan setakat kesepakatan dari segi idea, tetapi lebih daripada itu adalah jadi apa yang perlu kita pergi pada fasa akan datang ni, bukan setakat kesepakatan dari segi idea tetapi lebih daripada itu adalah membangunkan projek bersama-sama, jadi ini akan menjadi keutamaan pada masa akan dating.\u201d\n\n\nUSTAZ MUHAMMAD FAUZI ASMUNI / Presiden ISMA\n\n\nDalam pada itu, Ustaz Fauzi tidak menafikan usaha besar yang ingin dilakukan mempunyai keterbatasan tertentu dan mencabar.\n\n\nJusteru itu, sinergi antara badan-badan Islam di seluruh malaysia sangat memainkan peranan dan bersama-sama mencapai Hasrat ini untuk membawa negara ke arah lebih baik.\n\n\nBeliau berkata demikian semasa Pelancaran Sambutan 25 Tahun ISMA, dengan tema \u201cBersama Mebangunkan Peradaban\u201d di Bangi Resort Hotel, Selangor semalam.\n\n\nSambutan dimulakan dengan Malam Munajat dan akan berakhir pada Malam Kemuncak Sambutan Jubli Perak 25 Tahun ISMA pada Oktober dengan pelbagai program yang dirancang sebagai satu usaha berterusan mendapatkan sokongan masyarakat dan pemimpin tempatan.\n\n\nSepanjang 25 tahun ini, ISMA antara pertubuhan yang terkehadapan dalam isu-isu semasa antaranya mengetuai gerakan bantahan COMANGO pada 2014 yang mendapat perhatian kerajaan, mengetuai gerakan bantahan ICERD dan banyak lagi siri-siri kempen bertemakan \u2018Selamatkan Ummah\u2019 yang dianjurkan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/08/pola-kes-aktif-dijangka-meningkat-dalam-tempoh-1-2-minggu-pakar/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/09/pas-merancang-guna-logo-baharu-pada-pru15/", "title": "PAS Merancang Guna Logo Baharu Pada PRU15", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n PAS bercadang tidak menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dan bulan purnama untuk calonnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nPresidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan membabitkan jawatankuasa pimpinan tertinggi untuk menggunakan simbol baharu dan sesuai untuk kesemua calonnya bagi PRU akan datang.\n\n\n\u201ckita berbincang untuk nak ubah simbol, semua kita bincang dalam parti nak buat satu simbol yang baru yang sesuai\u201d\n\n\nTAN SRI ABDUL HADI AWANG / Presiden PAS\n\n\nSabtu lalu, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BERSATU dan PAS membuat keputusan untuk menggunakan logo PN pada PRU15 dan penggunaan logo PN sudah dipersetujui oleh Abdul Hadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHina Quran \u2013 Iraq singkir Duta Sweden\n\n\n\n\n\n\nJAKIM lancar kutipan derma bantu mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria\n\n\n\n\n\n\nHujan Ribut Di Beberapa Negeri Pada Krismas\n\n\n\n\n\n\nSPRM, PDRM siasat terperinci pemilikan tanah rizab PDRM- PUTRA\n\n\n\n\n\n\nAda benarnya kenyataan Tun M \u2013 Pakar Perlembagaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, PAS tetap berpegang kepada PRU tidak akan diadakan sehingga tempoh mandat Parlimen berakhir pertengahan tahun depan.\n\n\nBagaimanapun, katanya, jika keadaan terdesak PRU boleh diadakan pada bila-bila masa.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/08/pola-kes-aktif-dijangka-meningkat-dalam-tempoh-1-2-minggu-pakar/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/09/varian-omicron-sub-lineage-ba-5-di-malaysia-mungkin-sudah-merebak-khairy/", "title": "Varian Omicron Sub-Lineage BA.5 Di Malaysia Mungkin Sudah Merebak \u2013 Khairy", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/292498361_3222007141390302_6718452954682298846_n-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Lima kes varian Omicron BA.5 dikesan sudah berada di Malaysia dan dicatatkan terdapat peningkatan sebanyak 31 peratus kes Covid-19 bagi tempoh 3 Julai hingga 7 Julai.\n\n\nMenteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan rakyat Malaysia mengenai kemungkinan gelombang keempat COVID-19 melanda negara tidak lama lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgihan pendapatan ASB 4.60 sen, bonus tambahan 0.50 sen\n\n\n\n\n\n\nPadah tukar eBelia kepada wang tunai, pelajar berputih mata\n\n\n\n\n\n\nSistem wakaf Malaysia jadi rujukan pelajar Indonesia\n\n\n\n\n\n\nIdris Harun dilantik semula Peguam Negara\n\n\n\n\n\n\nPRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram pada 9 September\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSehingga 30 Jun dan data ini kita sedang kemas kini terdapat 13 kes sub-lineage Omicron yang kita sedang pantau. Enam kes BA.2 12.1, lima kes BA.5 dan dua kes BA.5.2. Setakat ini tiada kes BA.4. Kes-kes ini adalah kes jujukan genom dibuat ke atas kes positif antara Mei dan Jun, jadi kemungkinan BA.5 sudah merebak dengan meluas di Malaysia.\u201d\n\n\nKHAIRY JAMALUDDIN / Menteri Kesihatan\n\n\nJelas Khairy, BA.5 merupakan sub-lineage utama yang menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di seluruh dunia ketika ini.\n\n\nAwal hari ini, media melaporkan jangkitan kes baharu Covid-19 melonjak kepada 4,020 kes pada Khamis berbanding 3,561 pada hari sebelumnya.\n\n\nDisamping itu, Kementerian Kesihatan Malaysia turut menasihatkan orang ramai terutamanya individu dewasa yang belum mendapatkan dos penggalak untuk dapatkan segera.\n\n\nSetakat ini, sekitar 30 peratus golongan dewasa masih belum mendapatkan dos penggalak.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/08/pola-kes-aktif-dijangka-meningkat-dalam-tempoh-1-2-minggu-pakar/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/12/bimbang-kesedaran-melayu-bangkit-punca-tuduhan-dilempar-pada-filem-mat-kilau/", "title": "Bimbang Kesedaran Melayu Bangkit Punca Tuduhan Dilempar Pada Filem Mat Kilau", "body": "2\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n Tuduhan filem Mat Kilau berunsurkan rasis dan fasis hanyalah dakwaan terpilih yang dicipta ke atas filem yang menaikkan semangat serta jati diri Melayu.\n\n\nPresiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, berkata hakikatnya, di dunia terdapat terlalu banyak filem dari China dan Barat yang menggambarkan kekejaman dilakukan oleh pihak lain ke atas mereka.\n\n\n\u201cApa yang jelas adalah kemungkinan wujud kebimbangan di kalangan sesetengah pihak yang melihat kesedaran Melayu Islam meningkat. Kebimbangan itulah yang menjadi latar belakang tuduhan rasis, fasis dan seumpamanya kerana mereka mahu bangsa Melayu terus layu dan diperkotak katikkan sentiasa,\u201d\n\n\nUSTAZ FAUZI ASMUNI / Presiden ISMA\n\n\nMemetik laporan Ismaweb, Ustaz Fauzi berkata, kesedaran jati diri Melayu adalah permulaan kepada satu perubahan di dalam negara ini.\n\n\nJelasnya, perubahan itu akan membawa kepada dominasi lebih kukuh Islam dalam urusan kenegaraan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNGO Islam berkumpul bantah tarik balik rayuan kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nBelum keperluan isytihar darurat bencana di Johor \u2013 Fahmi Fadzil\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri disambut Sabtu ini\n\n\n\n\n\n\nWIRA PUTRA nasihat pemimpin BERSATU jangan angkuh, sombong\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia di Rusia, Armenia, Belarus dinasihat berwaspada\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni bertentangan dengan gerakan yang berlaku sekarang yang bermatlamatkan untuk mengubah struktur dan asas kenegaraan.\n\n\nBeliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan bahawa filem Mat Kilau bersifat fasis dan rasis.\n\n\nMengulas lanjut, katanya, filem Mat Kilau sekadar cuba menggambarkan sejarah sebagaimana ia berlaku dengan olahan tertentu.\n\n\nMenurut beliau, isu askar upahan atau penjajah adalah sebahagian daripada realiti sejarah yang berlaku yang tidak mampu dibuang dari sejarah lepas.\n\n\nJika pertikaian itu kerana adegan askar upahan itu dibunuh dengan kejam, sepatutnya kritikan juga diberikan kepada adegan askar-askar upahan membunuh penduduk kampung dengan kejam, katanya.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/08/pola-kes-aktif-dijangka-meningkat-dalam-tempoh-1-2-minggu-pakar/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/12/isma-anjur-ibadat-korban/", "title": "ISMA Anjur Ibadat Korban", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/D-1-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Cawangan Bangi tidak ketinggalan mengadakan program ayuh korban dengan kerjasama Surau Apartment Bangi Idaman, Bangi Selangor, sebagai satu syiar setiap tahun pada musim Aidiladha.\n\n\nProgram dilaksanakan secara bergotong-royong bermula jam 7 pagi melibatkan kira-kira 35 orang ahli Isma Bangi dan selebihnya penduduk di Apartment Bangi Idaman.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDr Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Dilantik Selepas Lalui Proses Tapisan Keselamatan\n\n\n\n\n\n\nAgong, Putera Mahkota Abu Dhabi berkenan lawat LIMA\u201923\n\n\n\n\n\n\nWAFIQ gesa ambil tindakan & perkasa undang-undang filem persenda Islam\n\n\n\n\n\n\nWanita BERJASA bantu golongan ibu tangani isu keciciran pendidikan anak\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia Bangi, Ibrahim Azran, sebanyak tiga ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan pada \u201cPogram Ibadah Korban Bersama Isma\u201d bertempat di Surau Apartment berkenaan.\n\n\nSelain daripada Isma Bangi dua ekor lembu turut disumbangkan masing-masing oleh Pusat Komuniti Anjung Budi dan Surau An Nur di Apartment Bangi Idaman.\n\n\n\u201c\u2026Hari ini kita akan bahagikan daging korban ini kepada asnaf yang kita akan edarkan tengahari nanti, dan insya Allah kita doakan ibadah qurban ini akan diterima oleh Allah SWT dan golongan asnaf akan dapat manfaat daripada kurban kita ini\u2026.\n\n\nIBRAHIM AZRAN / Ketua Pemuda ISMA Bangi\n\n\nMenurut Ibrahim, ibadah korban ini turut diadakan di cawangan-cawangan Isma di seluruh negeri.\n\n\nUjar beliau, program korban menerusi ayuhkorban.com yang dilaksanakan ISMA ini merupakan satu inisiatif untuk melibatkan ahli-ahli Isma dalam masyarakat selain untuk menghidupkan ibadat korban di Malaysia.\n\n\nSementara itu, Pengarah Operasi Pusat Komuniti Anjung Budi, Ustaz Zaizul Irshadi di mana pertubuhan itu yang turut serta menyumbang seekor lembu dalam program kali ini meluahkan rasa syukur apabila ibadat korban tahun ini dapat dilaksanakan dalam keadaan sedikit longgar berbanding dua tahun lalu ekoran pandemik covid-19.\n\n\n\u201c\u2026bukan perasaan kami sahaja tapi seluruh umat Islam seronok tahun ini Aidiladha diadakan dalam keadaan sedikit terbuka. Sebelum ini, aktiviti korban di buat di rumah sembelihan, tetapi hari ini dibuat dengan penduduk atas inisiatif dengan Anjung Budi, setiap darah yang mengalir itu merupakan pahala untuk peserta korban\u2026\u201d\n\n\nZAIZUL IRSHADI ZAMAN / Pengarah Operasi Pusat Komuniti Anjung Budi\n\n\nTurut meluahkan rasa syukur itu ialah wakil penduduk Apartment Bangi, Idaman, Abdul Aziz yang sudah dua tahun tidak melaksanakan ibadat korban di kawasan penduduk itu ekoran pandemik covid-19.\n\n\n\u201c\u2026di Bangi Idaman ni, sebenarnya kalau nak diikutkan kita buat sebelum PKP, selepas PKP alhamdulillah dipermudahkan kita dapat 3 ekor. Alhamdulillah.\u201d\n\n\nABD AZIZ MOHD ABD MUBIN / Wakil Surau An Nur\n\n\nSelepas dua tahun dilanda pandemik covid-19, rakyat Malaysia kembali menyambut Aidiladha dalam suasana yang lebih bermakna tahun ini apabila kerajaan mengumumkan perlonggaran Prosedur Operasi Ibadat korban.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/08/pola-kes-aktif-dijangka-meningkat-dalam-tempoh-1-2-minggu-pakar/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/12/tanpa-tpm-negara-masih-terus-berfungsi-ridhuan-tee/", "title": "Tanpa TPM Negara Masih Terus Berfungsi \u2013 Ridhuan Tee", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/293153795_593835505465157_6552449090832943535_n-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n Cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri seperti yang dituntut oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin tatkala rakyat berdepan krisis kos sara hidup dan peningkatan kes COVID-19 hanya akan merugikan negara.\n\n\nIni kerana, kerajaan terpaksa membayar gaji Timbalan Perdana Menteri serta menyediakan banyak lagi kelayakan dan kemudahan yang sepatutnya dinikmati oleh individu yang memegang jawatan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWajar tolak SIS, perjuangan bercanggah dengan ajaran Islam\n\n\n\n\n\n\nTerserah RoS putuskan keabsahan PAU 2022 \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nKhairy akui sertai kerajaan bukan jalan mudah jadi PM\n\n\n\n\n\n\nTelur gred A,B dan C kurang 10 hingg 15 % \u2013 KPDN\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Mahkamah, Tetapi Menteri, Ahli Politik & Penguatkuasa \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTidak usahlah bangkitkan soal jawatan TPM ketika rakyat sedang susah. Ada pun jawatan TPM, ringgit bukan boleh naik pun. Lagipun Pilihan Raya Umum (PRU) sudah tidak lama lagi,\u201d\n\n\nPROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH / Pemerhati Politik\n\n\nMenurut Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, negara dapat terus berfungsi seperti biasa meskipun tiada jawatan berkenaan ketika ini.\n\n\nBeliau menggesa ahli politik memberi fokus kepada masalah untuk meringankan beban rakyat, bukan soal jawatan.\n\n\nSebelum ini, bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad mengesahkan, wujudnya perjanjian antara Pengerusi PN itu dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai jawatan Timbalan Perdana Menteri.\n\n\nMarzuki mendakwa, perjanjian itu disaksikan dua individu penting daripada UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.\n\n\nTerdahulu, Muhyiddin Yassin dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/08/pola-kes-aktif-dijangka-meningkat-dalam-tempoh-1-2-minggu-pakar/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/13/agihan-keuntungan-perlu-adil-tidak-memihak-pawagam-cikgu-izzat/", "title": "Agihan Keuntungan Perlu Adil Tidak Memihak Pawagam \u2013 Cikgu Izzat", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa \u2013\n Tindakan proaktif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) membuahkan hasil selepas memberi tempoh seminggu kepada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) membentangkan kertas kerja mekanisme pengiraan baharu berdasarkan prestasi filem tempatan yang ditayangkan di pawagam.\n\n\nIkon Buy Muslim First (BMF), Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat, Cikgu Izzat Johari berkata jika mekanisma baru ini berjaya memberi keuntungan lebih pada produser, ini bakal memberikan berita gembira pada semua pembikin filem dan sekali lagi mencipta kejayaan pada industri perfileman tempatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJakim tiada kaitan urusan tauliah mengajar agama Islam\n\n\n\n\n\n\nKurang 12 jam, gempa susulan landa Turkiye\n\n\n\n\n\n\nBekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nPelan Tindakan Warga Emas Negara dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nJohari pertahan keputusan lantik anak jadi pegawai khas Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cFINAS yang ada sekarang bukanlah yang dulu-dulu. Maaf cakap, dulu, FINAS pun saya tak kenal malah nampak macam \u2018badan politik\u2019 tetapi kini, FINAS sedang memainkan peranannya yang sebenar. Kita kena sama-sama menghargai pihak-pihak yang juga turut menyokong dan memberikan sokongan penuh kepada pembikinan filem ini iaitu FINAS.\u201d\n\n\nCIKGU IZZAT JOHARI / Ikon BMF Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat\n\n\nBeliau berkata, apa yang jelas, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tidak hanya mencipta sejarah baru pada kejayaan filem Melayu tetapi ia membuka mata ramai pihak bercerita aspek plot, fakta sejarah, pahlawan Melayu hingga soal siapa yang kaut untung lebih daripada kutipan jualan tiket di pawagam.\n\n\nTindakan FINAS wajar disokong yang mencari ruang dan peluang kepada pemain industri serta memastikan rakyat Malaysia mendapat hiburan hasil karya filem terbaik daripada pengarah dan penerbit filem yang berkualiti.\n\n\nSebelum ini, FINAS) dalam satu kenyataan media menjelaskan filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu turut mendapat geran Dana Produksi sebanyak RM1.5 juta dan Dana Pemasaran iaitu RM300,000. Malah, FINAS juga membantu dari aspek pascaproduksi apabila proses suntingan dijalankan di Studio Mixstage, FINAS.\n\n\nSebelum ini, FINAS mengadakan mesyuarat dengan pihak pawagam dan produser untuk berbincang lebih lanjut mengenai agihan keuntungan daripada jualan tiket antara pihak terbabit dan mencari garis panduan yang lebih jelas dan adil.\n\n\nDalam mesyuarat itu, MAFE dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bersetuju untuk mengkaji semula pembahagian kutipan tiket yang ketika ini lebih memihak kepada pawagam.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/12/tanpa-tpm-negara-masih-terus-berfungsi-ridhuan-tee/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/13/kpdnhep-akan-tarik-lesen-subsidi-pengilang-seludup-minyak-masak/", "title": "KPDNHEP Akan Tarik Lesen Subsidi Pengilang Seludup Minyak Masak", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/292514958_3420871954825167_6628765608386598180_n-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Rabu \u2013\n Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan kegiatan penyeludupan minyak masak subsidi boleh berdepan tindakan digantung daripada beroperasi dan lesen subsidi mereka akan ditarik balik.\n\n\nPengilang yang menjalankan kegiatan penyeludupan minyak masak subsidi boleh berdepan tindakan digantung daripada beroperasi dan lesen subsidi mereka akan ditarik balik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM\n\n\n\n\n\n\nJimat RM17 bilion kalau mansuh subsidi petrol T20\n\n\n\n\n\n\n20 Pengajar & Pelajar Di Jempol Disahkan Positif\n\n\n\n\n\n\nPengurusan Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion Najib-Irwan Serigar 1 Mac\n\n\n\n\n\n\nDong Jiao Zong Mahu Tulisan Jawi Letak Paling Bawah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, itu antara tindakan boleh diambil kementeriannya seperti diperuntukkan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.\n\n\n\u201cJika kita dapat bukti dan putuskan mereka benar-benar bersalah, ada undang-undang dan peraturan tertentu yang boleh kita kenakan terhadap individu yang menjalankan kegiatan berkenaan. Kita perlu lihat sejauh mana masalah itu, kita boleh gantung operasi dan tarik balik lesen mereka, namun ia tertakluk kepada tahap mana kesalahan berkenaan.\u201d\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi\n\n\nTambah beliau, isu ketirisan minyak masak subsidi itu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet hari ini dan memutuskan untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain bagi membanteras jenayah terbabit.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas mengadakan Pemeriksaan dan Pemantauan Harga Barang di AEON Big, Alamanda Putrajaya, hari ini.\n\n\nTurut hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.\n\n\nMengulas pembabitan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam isu harga barang, Alexander berkata, sukarelawan belia yang mendaftar di bawah kementerian berkenaan akan menjadi mata dan telinga KPDNHEP bagi melapor jika penjual menaikkan harga barang.\n\n\nAhmad Faizal pula berkata, lebih 3,000 sukarelawan diturunkan bagi memantau harga barangan di negara ini dan jika terdapat kenaikan harga barang mereka akan melaporkannya kepada KPDNHEP.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/13/agihan-keuntungan-perlu-adil-tidak-memihak-pawagam-cikgu-izzat/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/13/mukhriz-dakwa-keputusan-tanam-durian-dibuat-ahmad-bashah/", "title": "Mukhriz Dakwa Keputusan Tanam Durian Dibuat Ahmad Bashah", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nAlor Setar, Selasa \u2013\n Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa penanaman durian Musing King di ladang hutan Gunung Inas, Baling dibuat ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) diterajui Ahmad Bashah Md Hanipah.\n\n\nPresiden PEJUANG itu mendakwa, kerajaan negeri pimpinan Ahmad Bashah pada 2016 hingga 2018 membuat keputusan menukar tanaman pokok getah klon balak (TLC) kepada durian Musang King sekali gus menafikan tuduhan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Noor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUniversiti awam di Terengganu dikompaun RM25,000\n\n\n\n\n\n\nPolis tahan seorang lelaki miliki pistol Beretta, peluru dan dadah\n\n\n\n\n\n\nFaizal sanggah Ramasamy, tidak tahu sentimen sebenar orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nHari Pengundian Awal Bermula, GPS Terus Mendahului\n\n\n\n\n\n\nMP Langkawi mohon maaf, tak sangka tewaskan Tun M\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAnak syarikat kerajaan Kedah, Kedah Agro Sdn Bhd yang sebelum itu diamanahkan untuk menanam semula kawasan terbabit bagaimanapun, gagal melaksanakannya. Selepas itu, Aman Mega Sdn Bhd dilantik untuk mengambil alih tanggungjawab itu, tetapi syarikat itu dibeli oleh syarikat ECK. Ketika pentadbiran Bashah, ECK dibenarkan menanam durian,\u201d\n\n\nDATUK SERI MUKHRIZ MAHATHIR / Bekas Menteri Besar Kedah\n\n\nSemalam, Sanusi menafikan pentadbirannya terbabit dalam projek itu sebaliknya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu pimpinan Mukhriz yang menjadi Menteri Besar pada 2013 hingga 2016 dan 2018 hingga 2020.\n\n\nMukhriz berkata, apabila beliau kembali sebagai Menteri Besar pada 2018, keputusan dibuat untuk mengehadkan penanaman durian kepada hanya 20% sahaja.\n\n\nKatanya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut membenarkan peratusan itu untuk tanaman selain TLC dan tujuh spesies pokok hutan lain.\n\n\nProjek ladang durian Musang King di Gunung Inas sebelum ini dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, minggu lalu.\n\n\nKejadian itu mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain beratus lagi kediaman penduduk rosak teruk.\n\n\nMukhriz berkata, walaupun penanaman durian dikaitkan sebagai punca utama bencana berkenaan, namun perlu dilihat bahawa kawasan hutan simpan kekal di Gunung Inas ditukar status kepada ladang pertanian oleh kerajaan BN pada 2007, dan dijenamakan Ladang Sejahtera oleh kerajaan PAS pada 2008.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/12/tanpa-tpm-negara-masih-terus-berfungsi-ridhuan-tee/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/13/ribut-kuat-di-perai-empat-rumah-rosak-teruk/", "title": "Ribut Kuat di Perai, Empat rumah Rosak Teruk", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nAlor Star, Selasa \u2013\n Lebih empat buah rumah di Kampung Jawa, Perai, Pulau Pinang mengalami kerosakan teruk selepas bumbung zink kediaman itu diterbangkan angin ribut, semalam.\n\n\nRumah kayu jenis berkembar itu bukan sahaja rosak di bahagian bumbung malah dua daripadanya turut mengalami kerosakan pada dinding luar rumah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPPV Dibuka Semula, 9,000 Dos Penggalak AZ Diberi Setiap Hari\n\n\n\n\n\n\nKJ jumpa Muhyiddin minggu depan\n\n\n\n\n\n\nPAS mohon ketepikan saman Mujahid isu sokong LGBT\n\n\n\n\n\n\nPelan Tindakan Warga Emas Negara dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nRogol \u2013 bapa tiri berdepan hukuman sebat, 380 tahun penjara\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeorang penduduk, Asrul Affendi berkata, tiga daripada empat rumah itu tidak berpenghuni manakala sebuah lagi didiami sebuah keluarga namun mereka tidak mengalami kecederaan kerana sempat menyelamatkan diri.\n\n\nTular di medial sosial video kejadian angin kencang dan hujan lebat yang turut melanda kawasan Perai dan beberapa kawasan di Pulau Pinang.\n\n\nSelain itu, penduduk yang mengadakan majlis kenduri aqiqah dan kesyukuran turut mengalami detik cemas selepas makanan dan khemahnya diterbangkan ribut ke sebuah pokok kelapa berketinggian kira-kira 20 meter di hadapan rumah.\n\n\nLebih tiga puluh tetamu dan ahli keluarga sedang menjamu selera sempat menyelamatkan diri di dalam rumah dan setakat tiada kecederaan dan kemalangan jiwa direkodkan selepas kejadian itu.\n\n\nSementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat beserta ribut petir sedang tertumpu di utara Semenanjung dan beberapa negeri lain.\n\n\nMetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, cuaca buruk itu lebih tertumpu di sekitar negeri Kedah, manakala hujan lebat turut melanda beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Johor\n\n\nBagaimanapun, keadaan tersebut akan kembali reda dalam masa terdekat.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/12/tanpa-tpm-negara-masih-terus-berfungsi-ridhuan-tee/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/13/sampai-bila-mahu-biarkan-negara-ditadbir-pemimpin-rakus-isma/", "title": "Sampai Bila Mahu Biarkan Negara ditadbir Pemimpin Rakus \u2013 ISMA", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKOTA BAHRU, Selasa \u2013\n Sampai bila rakyat harus membiarkan pemimpin rakus dengan harta dan pangkat memerintah negara, sedangkan bangsa Melayu tidak pernah ketandusan pemimpin yang bermaruah.\n\n\nDemikian yang dinyatakan Ketua Perhubungan ISMA Kelantan, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPATI antara faktor penyakit tibi meningkat di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKemeriahan Sambutan Hari Malaysia 2021\n\n\n\n\n\n\nCuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak ambil hak golongan B40\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO dijangka beri sokongan kepada Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\n\n\nTegasnya, sudah tiba masanya negara ini dipimpin oleh mereka yang berakhlak mulia, mempunyai jati diri serta rela berkorban nyawa dan harta demi kepentingan umat dan Malaysia.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cTiada harta dan pangkat yang mereka tinggalkan setelah dipanggil ilahi, tetapi keharuman jasa dan bakti terhadap agama dan negara tetap dikenang oleh ratusan generasi hingga abadi.\u201d\n\n\nUSTAZ SHARIPUDIN ABDUL KADIR / Ketua Perhubungan ISMA Kelantan\n\n\nMemetik Ismaweb beliau berkata perjuangan Mat Kilau dan rakan seangkatannya perlu dicontohi oleh seluruh anak bangsa terutamanya tokoh-tokoh kepimpinan negara.\n\n\nKatanya, ungkapan Melayu Sepakat Islam Berdaulat adalah ungkapan keramat untuk bangsa Melayu demi agama, bangsa dan negara.\n\n\nMenurut Ustaz Sharipudin, masih ramai individu yang berakhlak layak untuk dijadikan sebagai pemimpin bangsa dan negara.\n\n\nSehubungan itu katanya, sampai bila kita harus membiarkan mereka rakus harta dan pangkat untuk memimpin negara?\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/13/agihan-keuntungan-perlu-adil-tidak-memihak-pawagam-cikgu-izzat/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/13/tajuddin-mungkin-tiada-dalam-senarai-watikah-sumber-kerajaan/", "title": "Tajuddin Mungkin Tiada Dalam Senarai Watikah \u2013 Sumber Kerajaan", "body": "1\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Selasa \u2013\n Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman didakwa telah digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.\n\n\nMemetik sumber, nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHenti sebar berita palsu, tunggu pengumuman rasmi tarikh hari raya\n\n\n\n\n\n\nKaji Semula SOP Masjid -Pakar Epidemiologi\n\n\n\n\n\n\nHishammuddin terima surat digantung keahlian UMNO\n\n\n\n\n\n\nPM Akui Kelemahan Pengurusan Banjir\n\n\n\n\n\n\n423 pengembara China diberi Notis Penolakan Masuk\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTiada komen. Tanyalah Kementerian Luar ke, tanya Perdana Menteri ke, saya mana tahu,\u201d\n\n\nDATUK SERI TAJUDDIN ABDUL RAHMAN / Ahli Parlimen Pasir Salak\n\n\nLapor, Free Malaysia Today (FMT) yang memetik sumber kerajaan berkata, nama ahli politik UMNO itu tidak tersenarai dalam penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara dari Yang di-Pertuan Agong hari ini.\n\n\nMenurutnya lagi, kerajaan sudah \u201cberubah hati\u201d mengenai pelantikan Tajuddin.\n\n\nFMT dalam laporannya mendakwa bahawa Tajuddin ketika dihubungi enggan mengulas dan meminta merujuk isu itu kepada Wisma Putra.\n\n\nSebelum ini, media melaporkan Tajuddin digugurkan daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO menerusi satu surat bertarikh 21 Jun.\n\n\nPelantikan Tajuddin mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk bekas diplomat.\n\n\nBagaimanapun, The Malaysian Insight memetik sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan FMT, dan pelantikan Ahli Parlimen itu cuma \u201cditangguh\u201d.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/13/agihan-keuntungan-perlu-adil-tidak-memihak-pawagam-cikgu-izzat/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/14/ada-dua-kemungkinan-pemilihan-umno-sebelum-atau-selepas-pru-15-mahdzir/", "title": "Ada Dua Kemungkinan, Pemilihan UMNO Sebelum Atau Selepas PRU-15 \u2013 Mahdzir", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013\n Terdapat dua kemungkinan akan berlaku selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membuat keputusan berhubung permohonan parti itu meminda Perlembagaan parti seperti yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas, Mei lalu.\n\n\nNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kemungkinan-kemungkinan itu ialah pemilihan parti akan diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekiranya permohonan berkenaan diluluskan atau pemilihan diadakan selepas PRU-15 jika sebaliknya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAmirudin Pengerusi MKN Selangor Baharu, Ganti Noh Omar\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri perlu hormati keputusan PAU 2022\n\n\n\n\n\n\nPejuanita gesa kerajaan bendung budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nKPDN nafi harga gula RM4.60 sekilo\n\n\n\n\n\n\nCuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSetakat ini kita (UMNO) tidak dapat lagi (keputusan), tetapi ada (ramai) orang lawan teka sekarang ini (jangkaan keputusan), tetapi pada saya, tidak perlu keterlaluan, kita tunggu keputusan daripada (RoS)\u201d\n\n\nDATUK SERI MAHDZIR KHALID / Naib Presiden UMNO\n\n\nMahdzir berkata, ahli UMNO diharap dapat menerima keputusan yang akan dikeluarkan RoS dijangka diumumkan selewat-lewatnya Sabtu ini selain tidak bersifat keterlaluan sebelum keputusan dikeluarkan.\n\n\nBeliau berkata, sekiranya pindaan itu tidak diluluskan pemilihan perlu dibuat terlebih dahulu setelah itu pilihan raya akan dilaksanaka dan jika pindaan itu lulus, pemilihan parti akan dilakukan selepas pilihan raya.\n\n\nBagaimanapun katanya, ia terserah kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menghadapi kemungkinan yang dijangka berlaku selepas keputusan berkenaan diumumkan.\n\n\nPada Rabu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menjelaskan, RoS belum mengeluarkan keputusan berhubung permohonan pindaan Perlembagaan UMNO bagi menangguhkan tarikh pemilihan parti.\n\n\nKata Hamzah, sebarang keputusan yang akan dikeluarkan jabatan itu kelak dibuat secara bebas.\n\n\nUMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lalu.\n\n\nTempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum 30 Disember 2022.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/14/jangan-biar-aset-negara-digadai-dirampas-pihak-luar-pakar/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/14/iklan-jual-minyak-masak-secara-online-diturunkan/", "title": "Iklan Jual Minyak Masak Secara \u2018Online\u2019 Diturunkan", "body": "1\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Rabu \u2013\n Sebanyak 38 iklan penjualan minyak masak paket serta botol yang dipaparkan di dua platform terkenal utama pasaran dalam talian telah diarah untuk diturunkan.\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan itu merupakan inisiatif Kementerian untuk menggempur barang dagangan bersubsidi yang dijual secara atas talian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada `perang dingin\u2019 kerajaan negeri dan kerajaan Pusat \u2013 MB\n\n\n\n\n\n\nTun M puji perkhidmatan MRT, seperti di negara maju\n\n\n\n\n\n\nSuhakam, Kenapa Enggan Berdialog? \u2013 Pembela\n\n\n\n\n\n\nTanpa TPM Negara Masih Terus Berfungsi \u2013 Ridhuan Tee\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri tak setuju 2 jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cRentetan itu, sebanyak 255 minyak masak peket satu kilogram (kg) dan 41 botol dalam bungkusan 500 gram, 1 kg, 2 kg serta 3 kg disita dengan nilai rampasan sebanyak RM1,495.50. Kedua-kedua kes ini sedang dalam tindakan mengikut saluran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDNHEP,\u201d\n\n\nDATUK SERI ALEXANDER NANTA LINGGI / Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna\n\n\nBeliau berkata, penguatkuasaan bagi tempoh 1 hingga 12 Julai lalu turut menyaksikan 18 premis yang mempunyai alamat penjual pada platform dalam talian berkenaan digempur, sebelum pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan bekalan minyak masak paket dan botol.\n\n\nSebanyak 255 paket minyak masak dan 41 buah botol minyak masak telah disita dalam operasi selama dua minggu itu.\n\n\nHasil daripada operasi itu, 1 kes direkodkan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan Kawalan Bekalan (PKB) 1974, iaitu mana-mana orang tidak boleh berurusan secara borong atau runcit apa-apa barang berjadual tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Peraturan 4.\n\n\nBagi kes kedua pula, katanya, tindakan diambil mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi kesalahan menyimpan apa-apa barang yang dikawal selain daripada premis yang dilesenkan.\n\n\nSusulan itu, bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan barangan subsidi, KPDNHEP selanjutnya sedang meneliti beberapa langkah untuk mengetatkan tatacara jualan dalam talian khususnya membabitkan barangan kawalan serta barangan bersubsidi.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/13/kpdnhep-akan-tarik-lesen-subsidi-pengilang-seludup-minyak-masak/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/14/jangan-biar-aset-negara-digadai-dirampas-pihak-luar-pakar/", "title": "Jangan Biar Aset Negara Digadai, Dirampas Pihak Luar \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/VT-PETRONAS-1-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013\n Malaysia perlu bersedia dengan sebarang ancaman dari pihak luar termasuk cubaan merampas aset negara yang bakal menjejaskan ekonomi dan imej watan.\n\n\nFelo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan berkata pihak berkuasa tidak boleh berdiam diri berhubung dua aset Petronas iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus yang didakwa dirampas oleh waris Kesultanan Sulu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBanjir di Johor terburuk sejak tahun 2006\n\n\n\n\n\n\nSaksi pendakwaan ke-15 kata 40 penghantaran duit dibuat sendiri ke rumah Zahid\n\n\n\n\n\n\nMajlis Presiden PH bincang isu PRN, kerjasama BN pada Sabtu ini\n\n\n\n\n\n\nTindakan Pantas Perlu, Kawal COVID-9 \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nAgamawan, ulama diberi pengecualian tauliah di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata meskipun Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara berkaitan arahan pembayaran pampasan berjumlah RM62.59 bilion kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis.\n\n\nKerajaan perlu bersedia dengan pelbagai tuntutan dan ancaman yang akan menggugat kedaulatan negara.\n\n\n\u201cDalam hal ini kita perlu bersedia dengan hujah-hujah kenapa keputusan tribunal itu tidak boleh diterima kerana ia dilakukan oleh 1 pihak sahaja dan perkara itu dah berlaku lebih 6, 7, 8 bulan dan penstitaan eset petronas itu tidak boleh dikatakan satu Langkah yang mengejut kalua ianya langkah mengejut dilihat oleh kerajaan Malaysia saya lihat sangat kecewa sebagai rakyat Malaysia kerana ia telah berlaku lama jadi seharusnya dilakukan penghujahan dan perundangan antarabangsa bagi pihak kita untuk mempertahankan asset kita di luar negara kerana asset kita bukan sahaja Petronas tetapi banyak lagi asset kita di luar negara.\u201d\n\n\nAZMI HASSAN / Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR)\n\n\nPada 29 Jun 2021, atas permohonan kerajaan, Mahkamah Madrid membatalkan pelantikan Dr Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara dan kesemua tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Dr Stampa adalah terbatal.\n\n\nMahkamah Madrid pada 13 Oktober 2021 memutuskan bahawa Partial Award on Jurisdiction yang dikeluarkan oleh Dr Stampa bertarikh 25 Mei 2021 adalah terbatal.\n\n\nMenurut Azmi Hassan, bantahan yang dibuat negara seolah-olah tidak dipersetujui waris kesultanan Sulu dan sanggup bertindak menjangkaui keputusan Mahkamah antarabangsa.\n\n\nMalah, tindakan waris berkenaan menimbulkan keraguan dan tanda tanya siapakah yang membiayai dan membantu mereka memenuhi tuntutan mereka.\n\n\n\u201cSetahu saya kita telah pun menghantar bantahan terhadap keputusan tribunal itu jadi saya tak faham kenapa bagi waris Sultan sulu itu menggunakan tindakan sebelum bantahan itu didengar dan satu perkara menarik ialah dari segi kewangan yang membiayai waris Sultan Sulu itu menarik kerana dikatakan untuk mendapatkan peguam-peguam dalam hal ini memerlukan pembelanjaan yang besar yang kita tahu waris sultan usulu tidak mempunyai sumber kewangannya. Jadi menarik untuk kerajaan Malaysia menyelidik siapakah yang membiayai proses ini kerana pembelanjaanya besar. \u201d\n\n\nAkhbar Financial Times sebelum ini melaporkan aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang menuntut RM62.59 bilion daripada Malaysia.\n\n\nPeguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset PETRONAS yang didaftarkan di Luxembourg, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih RM8.8 bilion.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menjelaskan Mahkamah Rayuan Paris membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award yang dikeluarkan Mahkamah Arbitrasi Paris, dengan alasan perundangan kes itu menjejaskan kekebalan kedaulatan Malaysia.\n\n\nBerikutan itu, Final Award yang diputuskan tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana negara sehingga Mahkamah Paris membuat keputusan muktamad berkenaan permohonan pembatalan Final Award dibuat kerajaan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/14/iklan-jual-minyak-masak-secara-online-diturunkan/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/14/kelab-komedi-tiada-lesen-hiburan/", "title": "Kelab Komedi Tiada Lesen Hiburan", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/vt_TIADA-LESEN-1-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n Dalam pada itu, sebuah kelab Komedi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang dikaitkan dengan wanita menghina Islam ketika melakukan persembahan komedi disahkan tiada lesen hiburan.\n\n\nTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias mengesahkan perkara itu berkata, kelab terbabit pemilik premis berkenaan hanya diberi lesen operasi restoran dan minuman keras yang diluluskan pada 2018.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPM jamin industri kewartawanan negara bebas tanpa campur tangan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Hujah Plaintif Cabar Keabsahan Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\nCPTPP Beri Kesan Lebih Teruk, Tidak Selesaikan Masalah Rakyat -BERJASA\n\n\n\n\n\n\nAS tuntut TikTok jual kepentingan\n\n\n\n\n\n\nPahang negeri terbaharu dilanda banjir, Terengganu dan Kelantan rekod mangsa teramai\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPemilik kelab memohon lesen hiburan tetapi tidak diluluskan kerana dalam lesen hiburan terdapat beberapa syarat tertentu dikenakan sebagai contoh laporan bomba, syarat aktiviti hiburan yang hendak diadakan, kita tidak boleh beri persetujuan menyeluruh kepada setiap hiburan.\u2019\n\n\nDATUK SERI JALALUDDIN ALIAS / Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan\n\n\nBeliau berkata, penggantungan operasi berkenaan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 10 Julai lepas selaras dengan Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.\n\n\nMenurut beliau, setiap premis yang menjalankan perniagaan restoran dan operasi berbentuk hiburan perlu memiliki dua lesen iaitu lesen restoran dan hiburan.\n\n\nJalaluddin berkata, pihak kementerian tidak berkompromi terhadap penyalahgunaan lesen.\n\n\nSementara itu, Jalaluddin berkata pihaknya turut menerima laporan berkaitan seorang individu yang didakwa sebagai pemilik premis itu yang mempermainkan serta memperlekehkan bangsa Melayu menerusi video tular persembahan di premis tersebut.\n\n\nJalaluddin berkata mengikut rekod, premis tersebut telah beroperasi tanpa lesen sejak 2014 hingga 2017 bagaimanapun lesen diluluskan pada 2018 dan masih sah sehingga kini iaitu untuk operasi restoran dan minuman keras.\n\n\nPada 10 Julai, DBKL menggantung sementara operasi kelab terbabit susulan klip video tular didakwa menghina Islam oleh seorang wanita yang bertindak membuka pakaian dan tudung ketika membuat persembahan komedi.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/13/agihan-keuntungan-perlu-adil-tidak-memihak-pawagam-cikgu-izzat/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/14/lebih-50-orang-awam-dibunuh-tentera-british-di-afghanistan/", "title": "Lebih 50 Orang Awam Dibunuh Tentera British Di Afghanistan", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKABUL, Khamis \u2013\n BBC dalam satu laporan mendedahkan Perkhidmatan Udara Khas British (SAS) secara tidak sah membunuh 54 orang awam di wilayah Helmand, Afghanistan dari tahun 2010 hingga 2011.\n\n\nLaporan itu mendedahkan bahawa pegawai kanan British termasuk Ketua Pasukan Khas United Kingdom (UK), menyedari jenayah itu tetapi tidak melaporkannya kepada polis tentera.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi: Bayi disatukan dengan ibunya selepas 54 hari\n\n\n\n\n\n\nLagi provokasi bakar Al-Quran ketika umat Islam sambut Aidiladha\n\n\n\n\n\n\nDemimu Ayah\u2026 gendong bapa sempurnakan tawaf\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPindaan Memansuhkan Hukuman Mati Mandatori Akan Dibentangkan Pada Oktober \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\n\n\nMangsa perang yang mencecah tempoh 20 tahun dan penyokong Afghanistan menuntut pampasan serta tanggungjawab ke atas kerugian mereka.\n\n\nSebelum ini, berpuluh-puluh laporan diterbitkan mendedahkan skandal dan pembunuhan oleh tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) termasuk tentera Amerika Syarikat (AS) dan Australia.\n\n\nSecara keseluruhan, lebih 46 orang awam Afghanistan terbunuh dari 2001 hingga 2021.\n\n\nRakyat Afghanistan marah atas kemusnahan dua dekad NATO di negara mereka.\n\u00a0\n\n\nMereka juga menyeru keadilan untuk ratusan orang awam yang dibunuh oleh tentera pakatan pimpinan AS semasa kehadiran di Afghanistan. \u2013 Agensi\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/13/kpdnhep-akan-tarik-lesen-subsidi-pengilang-seludup-minyak-masak/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/14/minta-wanita-muslim-bukakan-bir-pengasas-kelab-komedi-jelas-hina-islam/", "title": "Minta Wanita Muslim Bukakan Bir, Pengasas Kelab Komedi Jelas Hina Islam", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\n Kemarahan umat Islam terus memuncak apabila tular pula sebuah tangkap layar memaparkan pemilik akaun seorang lelaki \u2013 juga pengasas bersama kelab komedi itu \u2013 apabila meminta seorang wanita muslim membuka minuman bir untuknya.\n\n\nPengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya berkata, perlakuan itu jelas bukan sahaja menghina Agama Islam malah menghina masyarakat muslim.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n88% perokok beralih hisap vape untuk berhenti merokok\n\n\n\n\n\n\nRakyat Mahu Bebas Pandemik, Bukan PRU15 \u2013 Faizal Azumu\n\n\n\n\n\n\nPertama kali dalam sejarah, Terengganu tiada pembangkang\n\n\n\n\n\n\nTanah runtuh : 76 kakitangan SPRM diarah keluar\n\n\n\n\n\n\nPM digesa tolak tuntutan Dong Zong iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni susulan video yang dimuat naik di TikTok, pemilik akaun bernama Rizal Van Geyzel sedang membuat persembahan komedi berdiri yang kononnya berkongsi pengalaman bersekolah di sekolah kerajaan, mengaitkan pembelajaran pengajian Islam.\n\n\nBukan itu sahaja, video tular seorang lelaki itu didakwa turut menyindir dan mempersendakan agama rasmi negara itu di kelab komedi sama.\n\n\nAminuddin dalam kenyataannya berkata, tangkap layar yang dikongsikan ini yang paling menyakitkan hatinya.\n\n\nUjar beliau, sudah banyak video dan tangkap layar hantaran sosial medianya yang menunjukkan penghinaan terhadap Islam dan Melayu yang tular hasil pembongkaran netizen.\n\n\nAminuddin berkata, jika dia selaku pengasas begitu bangga berkongsikan persembahan yang kononnya \u2018lawak\u2019 itu, maka ini adalah satu bentuk sokongan kuat kepada kelakuan-kelakuan melampau lain oleh pemilik kelab berkenaan.\n\n\nJusteru, katanya, tidak hairanlah insiden wanita yang membuka tudung dan pakaian baru-baru ini boleh berlaku, kerana seolah-olah ada motivasi tinggi untuk melakukannya.\n\n\nBeliau turut mempersoalkan apakah DBKL masih ingin bertolak ansur atau takut dengan kritikan pihak tertentu jika mengambil tindakan menghentikan operasi kelab itu serta-merta.\n\n\nTerdahulu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan, kelab Komedi Crack House di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur yang digantung sementara operasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 10 Julai lalu didapati tidak mempunyai lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/14/iklan-jual-minyak-masak-secara-online-diturunkan/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/14/pembela-lancar-petisyen-desak-tutup-crackhouse-secara-mutlak/", "title": "PEMBELA Lancar Petisyen Desak Tutup Crackhouse Secara Mutlak", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\n Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), melancarkan petisyen mendesak Kelab Komedi Crackhouse di Bandar Tun Doktor Ismail (TTDI), ditutup secara mutlak, bukan sementara.\u00a0\n\n\nPengerusi Aminuddin Yahaya berkata, petisyen itu bagi mengajak seluruh rakyat Malaysia agar menyokong penutupan secara mutlak kelab tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin nafi dakwaan KDN beri kerakyatan kepada warga China\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen langgar peraturan, berdepan penalti sehingga RM10,000\n\n\n\n\n\n\nAnwar langgar tadbir urus yang baik dengan melantik Nurul Izzah\n\n\n\n\n\n\nSampai Bila Mahu Biarkan Negara ditadbir Pemimpin Rakus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin mahu Anwar buktikan keabsahan sebagai PM10\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, perkara ini bertujuan untuk memberi iktibar kepada mana-mana premis hiburan sebegini agar menjaga batas-batas yang beteraskan nilai-nilai dalam Perlembagaan Persekutuan di mana Islam, Melayu dan Bumiputera adalah asas penting.\n\n\nBerikut petisyen yang boleh disertai bagi menandakan bantahan terhadap penghinaan ke atas agama Islam yang berlegar ketika ini.\n\n\nTerdahulu, Aminuddin dalam kenyataan berasingan meluahkan rasa kecewa dengan video tular wanita menghina Islam apabila membuka pakaian dan tudungnya ketika di pentas komedi.\u00a0\n\n\nTidak terhenti disitu sahaja, netizen terus menerus membongkarkan kegiatan tidak bermoral kelab terbabit apabila pengasas kepada Crackhouse Comedy Club itu seolah menyokong kuat perkara itu.\n\n\nIni susulan video yang dimuat naik di TikTok, pemilik akaun bernama Rizal Van Geyzel sedang membuat persembahan komedi berdiri yang kononnya berkongsi pengalaman bersekolah di sekolah kerajaan, mengaitkan pembelajaran pengajian Islam.\n\n\nIni termasuk juga tangkap layar hantaran seorang wanita Muslim bertudung dimalukan ketika disuruh membuka minuman keras oleh seorang \u2018performer\u2019 di atas pentas.\n\n\nSementara itu, petisyen yang dilancarkan oleh Pembela itu turut menggunakan tanda pagar tutup crackhouse comedy dan tanda pagar jangan hina islam.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/14/jangan-biar-aset-negara-digadai-dirampas-pihak-luar-pakar/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/14/ruu-anti-lompat-parti-dibahas-di-dewan-rakyat/", "title": "RUU Anti Lompat Parti Dibahas Di Dewan Rakyat", "body": "0\n\n\n\n\nPUTRAJAYA, Rabu \u2013\n Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dibahaskan di Dewan Rakyat pada sidang parlimen akan datang pada 27 dan 28 Julai ini.\n\n\nMenteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keputusan sama ada RUU itu dibenarkan untuk dibahas atau tidak tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat.\n\n\nWan Junaidi berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas RUU itu mencadangkan sesi libat urus Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Jabatan Peguam Negara bersama Ahli Dewan Rakyat Kerajaan diadakan pada 25 Julai 2022.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP dambakan sokongan orang Melayu demi kepentingan survival politik\n\n\n\n\n\n\nFestival Good Vibes dibatalkan serta-merta\n\n\n\n\n\n\nIndustri filem tempatan mahu kerajaan luluskan pulangan duti hiburan 25%\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: DAP bidas kenyataan Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nMKN Ambil Alih Banjir, NADMA Lembap?\n\n\n\n\n\n\n\n\nManakala libat urus bersama Ahli Dewan Rakyat pembangkang akan berlangsung pada 26 Julai 2022.\n\n\nMesyuarat mencadangkan sesi libat urus bersama Ahli Dewan Negara diadakan pada 8 Ogos 2022 dan bacaan kali pertama di Dewan Negara adalah pada 9 Ogos 2022 diikuti bacaan kedua pada 10 Ogos 2022.\n\n\nDalam kenyataannya, setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, RUU itu akan dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan untuk diperkenankan.\n\n\nPewartaan itu bakal dibuat diantara 29 Ogos hingga 2 September tahun ini.\n\n\n\u201cSetelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, rang undang-undang tersebut akan dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan di antara 11 hingga 26 Ogos 2022 untuk diperkenankan.\n\n\nDATUK SERI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR / Menteri Parlimen dan Undang-Undang\n\n\nTambahnya, mesyuarat berjaya memuktamadkan draf RUU itu dan meneliti draf penyata yang bakal dibentangkan untuk dijadikan rujukan di persidangan Parlimen bermula pada 18 Julai hingga 4 Ogos 2022.\n\n\nJelas Wan Junaidi, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun turut memberi penjelasan pindaan itu kepada jemaah menteri dan tiada bantahan dalam kalangan jemaah menteri.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/13/kpdnhep-akan-tarik-lesen-subsidi-pengilang-seludup-minyak-masak/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/18/salahkan-pemimpin-jangan-sentuh-ketuanan-melayu-pengarang-tv-pertiwi/", "title": "Salahkan pemimpin, jangan sentuh Ketuanan Melayu \u2013 Pengarang TV Pertiwi", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nRakyat Malaysia beruntung kerana negara ini memiliki banyak sumber asli dan bahan komoditi yang boleh dibuat duit.\nYa, negara ini memang kaya. Jika tidak, tidaklah puak penjajah berpusu-pusu merebut dan menjarah hasil mahsul tanah ini.\nDalam filem Mat Kilau, digambarkan bumi Pahang kaya dengan emas dan disebabkan itu, pihak British bersungguh-sungguh mengimport pekerja dari negara luar untuk bekerja di lombong-lombong.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKurang 12 jam, gempa susulan landa Turkiye\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen langgar peraturan, berdepan penalti sehingga RM10,000\n\n\n\n\n\n\nMogok doktor kontrak bukan jalan penyelesaian \u2013 KP Kesihatan\n\n\n\n\n\n\nImigresen tahan 61 warga asing dalam serbuan perkampungan haram\n\n\n\n\n\n\nSelain KM, Melaka juga akan dapat barisan EXCO baharu \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nItu kisah dahulu. Kisah sekarang, masih ramai pelabur asing yang menjadi negara ini sebagai tempat membuat duit. Tengok sahaja syarikat-syarikat China, berapa banyak wang dilaburkan dalam projek-projek mega di seluruh negara.\nAkan tetapi, mengenangkan realiti cabaran hidup hari ini, pengarang berasa sedih dan kesal dengan nasib sebahagian rakyat yang tidak bernasib baik.\nMereka yang tergolong dalam kategori B40 berterusan diuji dengan kenaikan harga barang seperti harga minyak masak dan barangan asas lain.\nSemua orang bercakap, sekarang barang makin mahal. Kena berjimat cermat. Masalahnya, pendapatan B40 dah memang kecil. Nak berjimat apa lagi?\nBayangkan pula mereka yang bergaji RM3,000 dan tinggal di Kuala Lumpur. Kalau dahulu, RM3,000 ini cukup serba serbi. Tapi sekarang, kalau berpada dengan RM3,000, hidup membujang boleh lah. Kalau sudah berkahwin, takkanlah tak nak ada anak.\nAkhirnya, mereka terpaksa mengerahkan tenaga mencari sumber pendapatan kedua. Inilah realiti kesukaran hidup yang dilalui sebahagian besar rakyat Malaysia.\nOleh itu, janganlah terkejut sekiranya ada yang memprotes Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi yang memakai kasut bernilai RM40,000.\nYa, betul ia adalah kurniaan Sultan Johor. Tapi, di saat rakyat susah, memang wajar ia dipersoalkan.\nMengapakah ketika harga barang naik, rakyat yang disuruh berjimat dan mengubah gaya hidup? Bukankah sepatutnya pihak atasan juga berubah, sekurang-kurangnya merasai kesusahan rakyat?\nSebenarnya, banyak faktor mengapa harga barang naik, mengapa gaji tak naik dan mengapa masih ramai rakyat yang hidup dalam kesusahan.\nPengarang tak berhajat bercerita panjang mengenai faktor-faktor ini. Cukuplah satu faktor yang wajar kita fikirkan bersama, iaitu kegagalan pemimpin negara dalam mengatasi masalah ini.\nSatu hujah mudah, mengapakah Malaysia yang merupakan antara pengeluar utama minyak sawit, minyak masaknya mahal-mahal? Pelik bin ajaib. Mungkinkah kerajaan sengaja memberi peluang kepada pengilang membuat untung besar? Mana Ahli Parlimen kita yang 222 orang, ataupun anggota Kabinet Menteri yang bilangannya 70 orang lebih dalam isu rakyat ini?\nSelaku pengamal media, pengarang bersifat berkecuali dalam memihak kepada mana-mana parti politik sama ada parti kerajaan atau parti pembangkang.\nBagi pengarang, pemimpin yang menjadi kerajaan hari ini hanyalah mereka yang bekerja untuk diri sendiri, bukan untuk kepentingan rakyat.\nMerujuk kepada tajuk di atas, pengarang faham dan setuju dengan kemarahan rakyat kepada pemimpin negara di atas kegagalan mereka. Tapi satu saja nak pesan, jangan diusik kedaulatan dan ketuanan Melayu.\nNak marah pemimpin, silakan. Tapi jangan disalahkan bangsa Melayu secara keseluruhan. Apatah lagi dihina dan dicabar.\nPemimpin negara memang ramai yang Melayu. Tapi tak bekerja untuk orang Melayu.\nPengarang: Siapa makan cili, dia terasa pedas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/19/jemaah-haji-kongsi-pengalaman-manis-setelah-2-tahun-pandemik/", "title": "Jemaah Haji Kongsi Pengalaman Manis Setelah 2 Tahun Pandemik", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/294430537_5247944775296916_7740748148046968335_n-1-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nSEPANG, Isnin \u2013\n Tiada perasaan yang dapat digambarkan selain lafaz rasa syukur kepada Allah SWT.\n\n\nSebaik menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Jeddah pagi tadi, rasa sebak sempurna menunaikan ibadah terasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUsaha bawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan sudah dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\n25 Kes Positif COVID-19 Di Parlimen Mungkin Varian Delta\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Tapak perkhemahan beroperasi secara haram sejak 2020\n\n\n\n\n\n\nKadar subsidi harga padi naik kepada RM500 setiap tan mulai esok\n\n\n\n\n\n\nPandangan ekstrem berunsur kaum, agama wajib dihentikan \u2013 Sultan Nazrin\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetelah dua tahun rakyat Malaysia tidak dibenarkan menunaikan ibadah haji kerana pandemik Covid-19 banyak negara menyekat kemasukan pelancong terutamanya Arab Saudi.\n\n\nBagi pasangan suami isteri Md Razi Md Lazim dan Nurul Zatil Aqmar Mat Lazim berkata pelaksanaan ibadah haji mudah dan lancar walaupun selepas pandemik pelbagai penetapan prosedur perlu dipatuhi.\n\n\nTambah Md Razi, disebabkan faktor cuaca yang panas, menyebabkan tahap kesihatan suami isteri sedikit berkurang.\n\n\n\u201ckesihatan ada naik turun disebabkan faktor cuaca disana sekarang ini sangat panas berbanding dengan Malaysia\u201d\n\n\nMD RAZI MD LAZIM / Jemaah\n\n\nPengalaman sebagai jemaah dan pada masa sama menjadi sukarelawan di bawah Persatuan Sahabat Maktab, amat dihargai dan tidak akan dilupakan Muhammad Anas Rosdi.\n\n\nGembira dapat menyantuni jemaah haji kurang berkemampuan beliau juga teruja berbakti kepada jemaah haji tahun 1443 Hijrah ini dengan melakukan pelbagai urusan termasuk pengagihan makanan.\n\n\n\u201csaya dilantik sebagai sukarelawan untuk Tabung Haji cari orang-orang muda untuk membantu dan memudahkan urusan jemaah haji, kebetulan saya pun muda saya juga mendaftarkan diri untuk membantu jemaah haji. So kami banyak membantu semasa Saie sampai di Arafah sampai di Mina sahabat maktab banyak membantu.\u201d\n\n\nMUHAMMAD ANAS ROSDI / Jemaah\n\n\nSelain urusan ibadah \u2013 kisah yang dialami di Tanah suci juga dikongsi Nursyafiqah Rosdi.\n\n\nPengalaman bergelap ketika melontar Jamrah akibat litar pintas menyebabkan jemaah haji cemas dan mencari pasangan masing-masing.\n\n\nKumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 298 orang tiba di tanah air pagi ini di KLIA melalui penerbangan Saudia Airlines SV 5612.\n\n\nKetibaan mereka disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary dan Pengerusi Tabung Haji Tan Sri Azman Mokhtar.\n\n\nMenurut Ahmad Marzuk 49 penerbangan menerusi Malaysia Airlines (MH) dan Saudia Airlines disediakan bagi membawa kesemua 14,305 jemaah haji pulang ke tanah air bermula semalam hingga 13 Ogos ini.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/18/salahkan-pemimpin-jangan-sentuh-ketuanan-melayu-pengarang-tv-pertiwi/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/19/nuramira-akan-didakwa-di-mahkamah-tinggi-syariah-esok/", "title": "Nuramira Akan Didakwa Di Mahkamah Tinggi Syariah Esok", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa \u2013\n Wanita kontroversi yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah ditahan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI hari ini.\n\n\nSiti Nuramira ditahan penguatkuasa JAWI selepas menandatangani Borang Jamin dengan ditemani peguamnya, Ramesh Chandran di Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada saksi mata tengok kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah\n\n\n\n\n\n\nJakel perkenal `Baju Raya Rahmah\u2019 serendah RM148\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: AMANAH mohon maaf kepada UMNO\n\n\n\n\n\n\nLebih ramai individu akan dipanggil bantu siasatan kes LCS\n\n\n\n\n\n\nUsul penubuhan Jabatan Kanak-Kanak kali kedua Jumaat ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan prosedur, wanita itu akan ditahan oleh JAWI selama 24 jam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah esok untuk dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.\n\n\nSeksyen itu membabitkan kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina yang mana jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.\n\n\nSebelum ini, Nuramira dan teman lelakinya, Alexander Navin membayar wang jaminan masing-masing berjumlah RM20,000 melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai.\n\n\nPada 13 Julai lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.\n\n\nMengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mengaku seorang Muslim, telah menghafal 15 juzuk al-Quran, bertindak membuka tudung dan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.\n\n\nHakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali, yang membenarkan Siti Nuramira, 26, diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin, memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulas mengenai kes itu.\n\n\nSementara di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Alexander Navin turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik di laman sosial Instagram serta YouTube, bulan lalu.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/19/jemaah-haji-kongsi-pengalaman-manis-setelah-2-tahun-pandemik/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/19/tidak-boleh-tergesa-gesa-buat-pemilihan-parti-ahmad-maslan/", "title": "\u201cTidak Boleh Tergesa \u2013 Gesa Buat Pemilihan Parti\u201d \u2013 Ahmad Maslan", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Isnin \u2013\n UMNO akan menghadapi masalah besar jika terpaksa melakukan pemilihan terlebih dahulu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).\n\n\nSetiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak boleh tergesa-gesa membuat pemilihan parti kerana akan berlaku pecah-belah di dalam parti jika ia diadakan dalam masa terdekat ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN Akan Sokong Usul Undi Percaya Kepada PM \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa Dakwa UMNO Sudah Dikuasai Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nBomba Siap Siaga Hadapi Gelombang Kedua Banjir\n\n\n\n\n\n\nTanpa Arahan Pm, Azam Baki Undur Diri Atau Berehat \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nFelcra laksana Transformasi 3.0, kukuhkan keterjaminan makanan negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami telah membuat kajian berkali-kali jika pemilihan UMNO dilakukan sebelum PRU-15. Ia adalah kesan yang negatif kepada kekuatan UMNO.\u201d\n\n\nDATUK SERI AHMAD MASLAN / Setiausaha Agung UMNO\n\n\nAhmad Maslan berharap, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) boleh membuat keputusan secara profesional memandangkan MCA sudah diluluskan dan UMNO juga boleh mendapat keputusan yang sama.\n\n\nUjar beliau, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM, Datuk Seri Hamzah Zainudin amat tahu mengenai perkara ini tentunya beliau akan membantu UMNO untuk memastikan UMNO kukuh sebelum pilihan raya.\n\n\nBagaimanapun Ahmad Maslan tetap positif menantikan keputusan RoS.\n\n\nBeliau berkata demikian menerusi program SKOP MG bertajuk UMNO, Apa Cerita RoS? malam tadi.\n\n\nDalam pada itu, ditanya mengenai jika keputusan tidak memihak kepada UMNO, Ahmad Maslan berkata, pihaknya sudah mempunyai jadual bermula September hingga Disember tahun ini.\n\n\nUMNO sebelum ini membuat pindaan terhadap perlembagaan parti itu bagi menangguhkan pemilihan parti untuk tempoh 18 bulan atau enam bulan selepas PRU-15.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/18/salahkan-pemimpin-jangan-sentuh-ketuanan-melayu-pengarang-tv-pertiwi/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/21/ahli-parlimen-wanita-dap-bermulut-jahat-tajuddin/", "title": "Ahli Parlimen Wanita DAP Bermulut Jahat \u2013 Tajuddin", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n Sidang Dewan Rakyat hari ini menjadi kecoh apabila Ahli parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menggelar sebahagian ahli Parlimen wanita DAP berperangai tidak senonoh dan bermulut jahat.\n\n\nDalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual di Dewan Rakyat, Tajuddin mencelah ketika ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berbahas dan membidas dakwaan ahli Perlimen Kulai Teo Nie Ching bahawa beliau sering membuat kenyataan berbaur seksis kepada Ahli Parlimen wanita.\n\n\n\u201cYou dont know how we treat wanita, you dont laugh, you can ask tanya wanita umno mcm mna, yang masalahnya wanita DAP perangai tak senonoh mulut cabul\u201d\n\n\nDATUK SERI TAJUDDIN ABDUL RAHMAN / Ahli Parlimen Pasir Salak\n\n\nTuduhan itu mencetuskan kegawatan apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang bangkit memohon Ahli Parlimen Pasir Salak itu menarik balik kenyataan dan memohon maaf.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua PPS Di Hulu Langat Masih Beroperasi\n\n\n\n\n\n\nIsrak Mikraj, lahirkan seruan agung, hayati peristiwa luar biasa umat Islam\n\n\n\n\n\n\n4 tahun-UKSB serah wang bulanan kepada Zahid, untuk Kontrak Sistem Visa Luar Negara\n\n\n\n\n\n\nDatuk Hasanah Abdul Hamid meninggal dunia akibat kanser hati\n\n\n\n\n\n\n2 ditahan seludup 1,382 bungkus sosej sejuk beku dari negara jiran\n\n\n\n\n\n\n\n\nYang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon kemudiannya memberi amaran kepada Tajuddin supaya tidak mengulangi kenyataannya itu dan meminta ahli Parlimen yang tidak berpuas hati supaya membuat usul.\n\n\nSemalam, ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual, teo Nie Ching mendakwa sekurang-kurangnya ada tiga Ahli Parlimen iaitu Kinabatangan, Pasir Salak dan Baling sering membuat kenyataan berbaur seksis kepada wakil rakyat wanita dalam Dewan Rakyat.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/21/siti-nuramira-dibebaskan-dengan-jaminan-jawi/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/21/pasangan-hina-islam-mungkin-terima-sokongan-luar-berjasa/", "title": "Pasangan Hina Islam Mungkin Terima Sokongan Luar \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n Hasil sumbangan orang ramai dari dalam dan luar negara kepada pasangan didakwa menghina Islam mengejutkan ramai pihak terutamanya umat Islam.\n\n\nYang Di-Pertua BERJASA Larut, Zulkifli Yahya mempersoalkan pihak yang menyokong pasangan berkenaan dan berkemungkinan ia bakal menimbulkan sesuatu yang tidak harmoni dalam negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nOIC sambut baik laporan Amnesty International mengenai aparteid terhadap Palestin\n\n\n\n\n\n\nEnam warga Filipina dipenjara salah guna MyKad rakyat Malaysia\n\n\n\n\n\n\nOmicron Makin Hampiri Malaysia \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\nHarga kuih masih kekal sejak 4 tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nHamzah dakwa ada banyak \u2018fail\u2019 pemimpin kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Ismaweb beliau menegaskan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan Nabi tidak akan menyokong mereka yang mempersenda Islam dan menghina Rasulullah SAW.\n\n\n\u201cNamun tiba-tiba ada sokongan dan dukungan antarabangsa. Sangat luar biasa. Pihak berkuasa perlu segera menyiasat perkara ini,\u201d\n\n\nZULKIFLI YAHYA / Yang Di-Pertua (YDP) BERJASA Larut\n\n\nSehubungan itu, Zulkifli menggesa pihak berkuasa menyiasat siapakah pihak yang menyokong pasangan menghina Islam itu.\n\nTerdahulu, Siti Nuramira Abdullah dan V Alexander Navin selesai membayar ikat jamin masing-masing berjumlah RM20,000 setiap seorang.\n\n\nIa selepas kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL) berjaya mengumpul RM40,000 untuk ikat jamin pasangan itu.\n\n\nHakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali, membenarkan Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin dan turut memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulas mengenai kes itu.\n\n\nManakala Navin diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 September untuk sebutan semula kes.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/19/nuramira-akan-didakwa-di-mahkamah-tinggi-syariah-esok/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/21/siti-nuramira-dibebaskan-dengan-jaminan-jawi/", "title": "Siti Nuramira Dibebaskan Dengan Jaminan JAWI", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n Siti Nuramira Abdullah didakwa menghina Islam dibebaskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan tidak akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nPendakwaan tidak diteruskan kerana membabitkan tuduhan bersifat sama dan hukuman dihadapi jika disabitkan kesalahan melalui pertuduhan di mahkamah sivil adalah lebih berat berbanding hukuman diperuntukkan melalui tuduhan mahkamah syariah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat khas SPR bincang PRK DUN Pelangai pada Khamis ini\n\n\n\n\n\n\nParlimen Tergantung : Agong Boleh Isytihar Darurat\n\n\n\n\n\n\nApakah Untung Buat Pakatan Harapan Setelah Najib Dipenjara?\n\n\n\n\n\n\nTian Chua Dakwa Bukan Proksi Azmin\n\n\n\n\n\n\nTol percuma 20, 21 Januari sempena Tahun Baharu Cina\n\n\n\n\n\n\n\n\nParalegal kepada peguam R Sivaraj yang mewakili Siti Nuramira, Hannann Syoffeeya Zainal Syahrir dalam kenyataannya berkata, Siti Nuramira akan dibebaskan tanpa jaminan atau bon oleh JAWI dengan serta merta.\n\n\nMenurut Hannann, JAWI akan berhubung dengan Siti Nuramira atau pihaknya apabila sudah bersedia untuk meneruskan prosiding pendakwaan, bagaimanapun setakat jam 9 malam semalam, mereka tidak berjaya mendapatkan seorang penjamin untuk membantu Siti Nuramira.\n\n\nPencarian penjamin diteruskan apabila penjamin seorang akauntan dari London yang baru pulang ke Malaysia, dianggap tidak sesuai oleh peguam syarie.\n\n\nSemalam, Siti Nuramira ditahan penguat kuasa JAWI selepas dibebaskan dengan jaminan berkaitan pertuduhan menghina Islam yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.\n\n\nTV Pertiwi bersama pengamal media telah berkumpul sejak jam 8 pagi tadi di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur untuk membuat liputan pendakwaan itu, bagaimanapun difahamkan ia tidak akan diteruskan hari ini.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/19/nuramira-akan-didakwa-di-mahkamah-tinggi-syariah-esok/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/07/22/pemilik-flat-kg-baru-nafi-setuju-sebarang-tawaran-daripada-pemaju/", "title": "Pemilik Flat Kg Baru nafi Setuju Sebarang Tawaran Daripada Pemaju", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/07/295327543_724320812190300_393722491515795363_n-1-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\n Ahli Jawatankuasa Bertindak Flat PKNS Kg Baru menyatakan warga penduduk yang merangkumi lebih daripada 250 orang pemilik tidak pernah memberi sebarang persetujuan dan kata putus terhadap tawaran daripada pihak pemaju Menara Rezeki Sdn Bhd (MRSB).\n\n\n\u201cKami tidak pernah bersetuju apa apa tawaran.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDeepak nafi ugut Ka Siong isu bekalan telur import\n\n\n\n\n\n\nPerbetul subjek Sejarah di sekolah, elak salah faham isu kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nManusia biasa lupa hukum bila tamak kuasa\n\n\n\n\n\n\nKematian kanak-kanak perempuan, Menteri Kesihatan tunggu laporan polis\n\n\n\n\n\n\nPembantu Ahli Parlimen langgar kod etika pakaian diarah keluar\n\n\n\n\n\n\n\n\nDemikian pengakuan Ahli Jawatankuasa Bertindak Flat PKNS Kampung Baru, yang\n\nmenyatakan, warga penduduk unit flat PKNS merangkumi lebih daripada 250 orang pemilik tidak pernah memberi sebarang persetujuan dan kata putus terhadap tawaran daripada pihak pemaju Menara Rezeki Sdn Bhd (MRSB).\n\n\nWakil Ahli Jawatankuasa Bertindak Flat PKNS, Zulkifli Ishak berkata kepada TV PERTIWI malam tadi, penduduk flat itu juga tidak pernah menerima dan menandatangani sebarang dokumentasi berkenaan persetujuan antara pihak pemilik flat PKNS Kg Baru dengan pihak MRSB.\n\n\n\u201c..Setuju pun masih belum ada hitam putih, sebab tawaran belum keluar, kalau dah keluar kami penduduk mesti dah tahu. Benda ni (Surat perjanjian) tak keluar lagi macam mana dia boleh kata ada. Pada masa itu hanyalah taklimat ringkas sahaja, pemaju hanya tunjuk macam ni je ok, habis tu dia anggap semua dah setuju mana boleh, kita tiada serah hak, tandatangan pun tidak..\u201d\n\n\nZULKIFLI ISHAK / Wakil AJK Bertindak Flat PKNS\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKeratan fail gambar simpanan Ahli Jawatankuasa Bertindak Kg Baru, Kuala Lumpur\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSalinan tawaran yang ditawarkan oleh pihak pemaju kepada penduduk flat PKNS Kg Baru\n\n\n\u00a0\n\n\nMenurut Zulkifli, pihak pemaju memang sudah mengadakan perjumpaan tertutup dengan para penduduk untuk membentangkan cadangan projek pembangunan semula tersebut.\n\n\nAkan tetapi mereka tidak pernah menandatangani sebarang dokumentasi berkenaan persetujuan antara pihak pemilik flat PKNS Kg Baru dengan pihak pemaju.\n\n\nTambah beliau, pada 30 Jun 2022 media tempatan melaporkan Menara Rezeki Sdn Bhd (MRSB) kononnya sudah mendapat persetujuan daripada 80 peratus penduduk flat.\n\n\nNamun katanya semua itu adalah tidak benar malah beliau menyoalkan dari mana dapatan sumber fakta media tersebut.\n\n\nJelasnya, sebanyak 70 peratus penduduk flat PKNS Kg Baru itu adalah pemilik tunggal dan 30 peratus masih belum dipindah milik dan masih menyewa dengan PKNS.\n\n\nPengerusi MUDA Wilayah Persekutuan Taufik Zarak berkata, tindakan yang dilakukan oleh pihak pemaju seolah-olah menindas, dan mereka seharusnya mengambil tanggungjawab dan akauntabiliti dalam memberikan penjelasan yang lebih terperinci kepada pemilik-pemilik unit tersebut.\n\n\n\u201c.. Kami mendapati bahawa tidak ada ketelusan di antara pemaju dengan pihak pemilik. Piha pemaju seharusnya memberikan satu maklumat yang menyeluruh kepada semua penduduk, apa yg mereka tawarkan apa yg berlaku apa status terkini bukan hanya mereka katakan dapat majoriti tapi kita tak tahu siapa majoriti itu. Penduduk asal pun tidak dapat apa-apa tawaran berkenaan isu ini, ini satu penindasan..\u201d\n\n\nTAUFIK ZARAK / Pengerusi MUDA Wilayah Persekutuan\n\n\nJelas Taufik, pihak kerajaan khususnya pihak Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dan juga pihak yang berkepentingan perlu menangani isu pembangunan tanah di flat PKNS Kampung Baru ini dengan lebih telus, holistik, dan inklusif.\n\n\nTanah unit flat PKNS ini menurutnya berkeluasan sekitar 3.6 ekar yang terdiri daripada 11 buah lot, iaitu 7 buah lot kediaman, 2 buah lot taman, 1 buah lot surau, dan 1 buah lot anjung untuk kegunaan penduduk setempat.\n\n\nSebelum ini, media tempatan melaporkan Menara Rezeki Sdn Bhd (MRSB) akan meneruskan projek pembangunan semula Flat PKNS Jalan Tun Razak bernilai RM1.2 bilion di Kampung Baru di sini memandangkan ia telah mendapat persetujuan daripada majoriti penduduk tempatan.\n\n\nDalam kenyataan yang sama, MRSB menjelaskan projek pembangunan semula itu sudah mendapat persetujuan daripada 80 peratus penduduk flat itu, melebihi syarat yang ditetapkan oleh Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).\n\n\nRancangan pembangunan semula itu meliputi menara pangsapuri 52 tingkat, dibina untuk pemilik Flat PKNS sedia ada selain tiga menara tambahan untuk unit kediaman dan runcit.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/21/siti-nuramira-dibebaskan-dengan-jaminan-jawi/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/08/02/geg-perlu-sokongan-wakil-rakyat-demi-selamatkan-dua-juta-nyawa/", "title": "GEG Perlu Sokongan Wakil Rakyat Demi Selamatkan Dua Juta Nyawa", "body": "0\n\n\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa \u2013\n Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang diusahakan sejak lebih sedekad lalu, pada masa ini, sedang dikupas oleh ahli Dewan Rakyat, dan persetujuan majoriti mereka diperlukan untuk pelaksanaannya demi menyelamatkan dua juta nyawa rakyat menjelang 2040.\n\n\nJika diluluskan, Malaysia bakal melakar sejarah dengan melahirkan Generasi Penamat melalui strategi Generational End Game (GEG) yang melarang individu yang lahir pada dan selepas tahun 2007 merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti.merokok.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri angkat sumpah Menteri Besar Terengganu\n\n\n\n\n\n\nMinum spirit campur air berbikarbonat pelajar diintubasi\n\n\n\n\n\n\nAl-Fatihah : Bekas Pengerusi Airasia meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nJakim tiada kaitan urusan tauliah mengajar agama Islam\n\n\n\n\n\n\nSabah, Sarawak dapat kuasa luluskan projek bawah RM50 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJika diluluskan dan pelaksanaan GEG berjaya, kita dapat elakkan dua juta kematian. Tidak banyak rang undang-undang di negara ini yang boleh menyelamatkan nyawa sebegitu banyak (dan) sebab itu, saya merayu ahli-ahli Parlimen bersama-sama meluluskan rang undang-undang ini\u201d\n\n\nKHAIRY JAMALUDDIN / Menteri Kesihatan\n\n\n\u00a0\n\n\nMenteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menegaskan undang-undang itu sebagai agenda kerajaan paling mustahak kerana mampu mengurangkan kematian akibat penyakit berkaitan merokok, demi kesejahteraan rakyat dan negara.\n\n\nAntara lain, undang-undang itu memperuntukkan individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok, boleh didenda tidak melebihi RM5,000, jika sabit kesalahan.\n\n\nBagi mereka yang membeli produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau atau peranti merokok juga berdepan hukuman denda hingga RM5,000, jika sabit kesalahan.\n\n\nMenurut Khairy, kerajaan menanggung perbelanjaan yang sangat tinggi untuk rawatan akibat komplikasi merokok berbanding hasil yang diperoleh daripada industri itu.\n\n\nPada 2020 sahaja, kerajaan membelanjakan RM6.21 bilion bagi rawatan penyakit akibat komplikasi merokok dan dijangka meningkat kepada RM8.77 bilion menjelang 2030. Kos rawatan bagi seorang pesakit rokok elektronik (vape) atau Vaping Associated Lung Injury (EVALI) pula melebihi RM150,000 untuk 12 hari kemasukan hospital dan dianggar berjumlah RM369 juta bagi merawat 2,445 orang menjelang 2030.\n\n\nMengulas syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi Parlimen agar GEG ditangguhkan selama tiga tahun, beliau berkata jika syor itu diterima, jumlah kematian akan meningkat kepada 81,000 orang dalam tempoh tiga tahun berkenaan.\n\n\nKesan lain ialah bilangan kematian pramatang akan meningkat. Ketika ini, menurut Malaysian Factsheet The Tobacco Atlas 2019, bilangan kematian pramatang dianggarkan sebanyak 27,000 kes setahun.\n\n\nSelain itu, undang-undang berkenaan juga perlu bagi mengawal selia penjualan produk rokok elektronik dan vap yang selama ini tidak dikawal di negara ini.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/07/22/pemilik-flat-kg-baru-nafi-setuju-sebarang-tawaran-daripada-pemaju/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/08/04/pelaksanaan-geg-disambut-baik-tetapi-perlu-diteliti-adun-bemban/", "title": "Pelaksanaan GEG Disambut Baik Tetapi Perlu Diteliti \u2013 ADUN Bemban", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/08/vt_-REAX-ADUN-1-1-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\n Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 semakin hangat diperkatakan dan menjadi tumpuan ramai pihak samada mampu direalisasikan atau tidak.\u00a0\n\n\nJika diluluskan, Malaysia bakal melakar sejarah dengan melahirkan Generasi Penamat melalui strategi Generational End Game (GEG) yang melarang individu yang lahir pada dan selepas tahun 2007 merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti merokok.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSatu PPS dibuka tempatkan mangsa ribut di Sepang\n\n\n\n\n\n\nSelain KM, Melaka juga akan dapat barisan EXCO baharu \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nVarian BA.5.2, BF.7 dikesan pada Mac, Ogos tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nPutra buat laporan polis, desak KDN haramkan tayangan filem Mentega Terbang\n\n\n\n\n\n\nMalaysia perlu tekan PBB, OIC henti kekejaman Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli Dewan Undangan Negeri Bemban Dr. Mohd Yadzil Yaakub, ketika dihubungi TV Pertiwi berkata, beliau menyambut baik Rang Undang \u2013 Undang tersebut dari sudut kesihatan, dan fakta yang dibentangkan oleh Menteri Kesihatan \njelas menunjukkan terdapat lebih banyak kesan buruk kepada kesihatan dari penggunaan produk tembakau dan peranti rokok elektronik (Vape).\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cDari sudut kesihatan amat lah baik. Kos perubatan juga banyak digunakan untuk merawat pesakit-pesakit ini yang terutamanya telah mencapai tahap akhir atau kritikal yang memerlukan perkhidmatan ICU. Dan kita sedia maklum rawatan ICU akan menelan kos yang mahal. Dengan peningkatan kos kesihatan yang tinggi sekarang sudah tentu akan menjadi beban yang besar kepada kerajaan.\u201d\n\n\nDR. MOHD YADZIL YAAKUB / ADUN Bemban\n\n\n\u00a0\n\n\nBeliau berkata, kos perubatan yang tinggi terutamanya pesakit kritikal yang memerlukan perkhidmatan ICU yang saban tahun meningkat akan menjadi bebanan yang besar kepada kerajaan.\n\n\nYadzil yang merupakan bekas Doktor Perubatan juga menegaskan, merokok dan penggunaan peranti elektronik bukanlah suatu penyakit yang boleh dirawat dengan ubat-ubatan, malah ia merupakan suatu tabiat yang menjadi amalan seharian sehinggakan seseorang itu menjadi ketagih.\n\n\nJelasnya, untuk mengubah tabiat adalah satu proses yg memakan masa yang lama dan perlukan disiplin yg tinggi. Bukan ubat yang menjadi faktor utama dalam mengubah perilaku seseorang dari merokok kepada tidak merokok.\n\n\nBeliau turut menyatakan, dalam melaksanakan satu undangan-undang sebegini perlulah diteliti secara mendalam, kerana jika dilaksanakan terburu-buru akan menyebabkan implikasi yang negatif.\n\n\nBeliau tidak menafikan mungkin akan terlihatnya pemberontakan dari golongan GEG ini, malah penyeludupan rokok haram dan murah yang kini yang berleluasa juga tidak akan memberi kesan kepada undang-undang ini jika tidak ditangani lebih awal.\n\n\nKelmarin, Dewan Rakyat bersetuju RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan.\n\n\nUsul RUU berkenaan yang kini masih berada di peringkat bacaan kali kedua, dipersetujui sebulat suara oleh Ahli Parlimen untuk dirujuk ke jawatankuasa berkenaan selepas ia dibahas 12 Ahli Parlimen, seterusnya digulung oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/08/02/geg-perlu-sokongan-wakil-rakyat-demi-selamatkan-dua-juta-nyawa/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/", "title": "14 Hari Tidak Mohon Pengampunan, Najib Hilang Status Ahli Parlimen", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kehilangan status sebagai Ahli Parlimen Pekan secara automatik selepas 14 hari, jika tiada sebarang prosedur mahkamah atau Pengampunan Diraja diterima dalam tempoh berkenaan.\n\n\nYang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, berkata ia selaras Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 ribu ringgit serta dia mendapat pengampunan bebas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTH jangka bantuan kewangan haji meningkat RM500 juta pada 2024\n\n\n\n\n\n\n16 Senator dilantik Ahli Dewan Negara\n\n\n\n\n\n\nAnwar masih ada sokongan majoriti tanpa UMNO, BN\n\n\n\n\n\n\nTukar MB Kelantan sebab Ahmad Yaakob uzur \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nPihak pendakwaan fail rayuan ketepikan pembebasan Najib, Arul\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c..Sekarang sudah tiada lagi rayuan kerana hukuman diputuskan di Mahkamah Persekutuan, namun Perkara 48(4)(b) juga ada menyebut jika ada apa-apa prosiding mahkamah lain, maka kedudukan Najib kekal sehingga prosiding itu selesai. Saya perlu meneliti dahulu sama ada prosiding itu termasuk semakan, kerana proses semakan ini ada dalam tatacara mahkamah. Jika termasuk dan Najib memfailkan semakan itu dalam 14 hari, maka kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pekan kekal sehingga prosiding semakan tamat..\u201d\n\n\nTAN SRI AZHAR AZIZAN HARUN / Yang Dipertua Dewan Rakyat\n\n\nMenurut Azhar, Datuk Seri Najib Razak mempunyai pilihan untuk memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara terhadapnya.\n\n\nTambah Azhar, perkara 48 juga memperuntukkan jika dalam 14 hari terdapat permohonan untuk pengampunan diraja, maka kedudukannya kekal sehingga proses pengampunan selesai.\n\n\nMemetik Berita Harian, Speaker Dewan Rakyat itu masih lagi menunggu perintah rasmi yang diwartakan berhubung status kerusi parlimen Pekan yang disandang oleh Najib.\n\n\nSebelum ini, Datuk Seri Najib Razak dipilih menjadi Ahli Parlimen Pekan sejak tahun 1976.\n\n\nBeliau bertanding di kerusi itu berikutan kematian bapanya Allahyarham Abdul Razak Hussein, yang merupakan Perdana Menteri Kedua.\n\n\nSpekulasi mengenai pengampunan untuk Najib telah tersebar sejak kesnya bermula.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/08/02/geg-perlu-sokongan-wakil-rakyat-demi-selamatkan-dua-juta-nyawa/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/08/24/apakah-untung-buat-pakatan-harapan-setelah-najib-dipenjara/", "title": "Apakah Untung Buat Pakatan Harapan Setelah Najib Dipenjara?", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n Najib Razak sudahpun\u00a0 dihukum \u2013 dan selepas itu ada pihak khususnya pakatan harapan mendakwa ia kejayaan mereka sehingga memasukkan Najib ke penjara dan terus memulakan gerakan mereka untuk mempengaruhi rakyat Malaysia mengundi PH pada PRU 15 akan datang.\n\n\nPengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam, PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya menangkis sekeras-kerasnya kenyataan yang berbaur kemenangan PH dan didakwa memberi keuntungan kepada PH.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS Selangor intai kerusi dimenangi pada PRU12\n\n\n\n\n\n\nIsu ceroboh perairan negara, lewat bantuan banjir dijangka tumpuan Dewan Rakyat hari ini\n\n\n\n\n\n\nCalon MUDA tarik diri bertanding kerusi DUN Repah\n\n\n\n\n\n\nKhairy mula tugas di Hot FM 15 Februari ini\n\n\n\n\n\n\nPekerja kedai makan maut di hostel akibat penyakit Tibi\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebaliknya, kata beliau keuntungan sebenar\u00a0 adalah kepada rakyat keseluruhannya untuk mengetahui kebenaran dan bukan seperti\u00a0 dakwaan pihak pembangkang\u00a0 berkenaan.\n\n\n\u201cTidak bagi saya, ianya tidak menguntungkan mana-mana pihak, ini untung kepada rakyat dan rakyat keseluruhannya dan bukan pada ph tidak itu bagi saya ianya adalah statement yang dibuat oleh penyokong PH lah tetapi sebenarnya pada saya benda ini membawa kebaikan kepada rakyat secara keseluruhan.\n\n\nHAJI AMINUDDIN YAHAYA/ Pengerusi pertubuhan-pertubuhan (PEMBELA)\n\n\nBelia menyarankan agar rakyat tidak perlu terlalu yakin saat hal ini berbangkit yang melibatkan pihak PH.\u00a0\u00a0\n\n\nMenurut beliau PH juga mempunyai banyak lagi kes kes dakwaan rasuah tertunda yang membabitkan pemimpin tertinggi mereka.\n\n\n\u201c Sebab kita kena ingat, PH juga mempunyai banyak kes-kesnya, yang masih lagi berjalan di court jadi itu menunjukkan bahawa, bukan semua orang, jadi kalau kes sebenar yang berlaku dahulu kita tengok walaupun dia berjaya membongkar kes kes ini tapi dalam masa yang sama, pimpinan atau kerajaan PH juga telah menghapuskan atau membebaskan banyak kes kes yang sepatutnya dibebaskan termasuklah kes Lim Guan Eng, jadi itu salah satu lah kes yang betul-betul memperjuangkan keadilan itu boleh dipersoalkan juga bagi saya lah.\n\n\nHAJI AMINUDDIN YAHAYA/ Pengerusi pertubuhan-pertubuhan (PEMBELA)\n\n\nAminuddin turut berkata,\u00a0 kes kes mahkamah ini melibatkan tentang parti mana,\u00a0 yang jelas mempunyai kadar integriti yang tinggi serta\u00a0 tidak memilih mana-mana bulu saat menjalankan operasi politik di negara ini.\u00a0\n\n\nBeliau\u00a0 jelas menyatakan, perkara ini bukanlah mesej baharu buat rakyat saat melihat UMNO dan PH mula membersihkan ahli-ahli sebelum bertanding.\u00a0\n\n\nTerdahulu, beliau turut menyarankan seluruh rakyat untuk tidak alpa,\u00a0 di mana sewaktu zaman ph, bangkitnya penularan gejala LGBT, kes ancaman terhadap agama dan umat Islam, serta pendanaan wang rakyat kepada pihak sekolah swasta dan vernakular\n\n\nRakyat sangat fobia dengan kes kes itu sendiri dan sukar untuk dilupakan saat era pemerintahan kerajaan PH ketika itu.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/08/24/bukan-sahaja-mahkamah-tetapi-menteri-ahli-politik-penguatkuasa-isma/", "title": "Bukan Sahaja Mahkamah, Tetapi Menteri, Ahli Politik & Penguatkuasa \u2013 ISMA", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\n Presiden\u00a0 Ikatan Muslimin Malaysia, ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, kes Datuk Seri Najib Razak yang diputuskan kekal dengan sabitan hukuman penjara semalam bukan hanya menjadi pengukur kepada kredibiliti mahkamah.\u00a0\n\n\nSebaliknya kredibiliti\u00a0 pihak menteri, ahli politik dan badan penguatkuasa dan lain lain\u00a0 di negara ini termasuk institusi Islam\u00a0 \u2013 yang kini masih penuh dengan tanda soal juga perlu dikembalikan supaya keyakinan rakyat dipertingkatkan terhadap sistem di negara ini .\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuafakat desak Anwar beri penjelasan Konsep Madani\n\n\n\n\n\n\nBekalan barang kawalan cukup menjelang Ramadan\n\n\n\n\n\n\nPRN Kelantan medan terakhir Ahmad Yakob bertanding politik\n\n\n\n\n\n\nPELAJAR DIJANGKITI, TAPI SEKOLAH TIDAK CUTI\n\n\n\n\n\n\nPM mahu Timbalan Menteri fokus laksana perancangan, perubahan untuk rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Fauzi, beliau\u00a0 apapun keputusan yang telah dicapai dalam kes Datuk Seri Najib,\u00a0 telah memperlihatkan kredibiliti mahkamah di negara ini.\n\n\nNamun kepercayaan rakyat juga harus dikembalikan terhadap kredibiliti lain lain badan yang banyak membabitkan kes kes rasuah di negara ini .\n\n\n\u201cSaya sebagai warga yang tidak mempunyai pengetahuan terperinci berkenaan kes, cuma mampu menyerahkan semua ini kepada kebijaksanaan para hakim pastinya. Untuk memberikan ulasan dirasakan tidak sesuai.\u00a0 Kredibiliti sistem kehakiman negara pernah menjadi isu yang dibincangkan sebelum ini. Untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman negara sudah tentu rakyat menunggu apakah pula yang akan berlaku kepada senarai kes-kes rasuah dan lain-lain yang banyak itu. \n\n\nUstaz Muhammad Fauzi Asmuni /\u00a0 Presiden ISMA\n\n\nKatanya dalam hantaran di facebook, apa jua keputusan, suatu yang pasti adalah keadilan di dalam kes SRC masih lagi mempunyai teka-teki yang besar dengan ramai lagi nama lain yang masih disyaki terlibat dan belum dibawa ke muka pengadilan.\n\n\nTambahnya, sebagai warganegara yang tidak mempunyai pengetahuan terperinci mengenai kes itu, beliau hanya menyerahkan kepada kebijaksanaan para hakim.\u00a0\n\n\nDan pastinya selepas ini rakyat menunggu lain kes-kes rasuah lain yang sedang diadili .\n\n\n\u201cTetapi lebih mencabar lagi adalah kredibiliti badan lain juga sebenarnya perlu untuk dikembalikan. Kes ini dan kes-kes seumpamanya bukan hanya menjadi pengukur kepada kredibiliti badan kehakiman, tetapi juga kredibiliti menteri-menteri dan ahli politik. Begitulah juga dengan badan-badan penguatkuasa di peringkat pusat atau negeri. Bahkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi Islam dalam negara juga suatu yang boleh diperdebatkan sekali.\u2019\u2019\n\n\nUstaz Muhammad Fauzi Asmuni /\u00a0 Presiden ISMA\n\n\nSehubungan itu katanya sekiranya tiada langkah sungguh-sungguh untuk menyemai semula kepercayaan dalam diri rakyat kepada semua badan itu, negara mungkin akan berdepan dengan keadaan yang lebih sukar.\n\n\nTambahnya perjalanan untuk membina negara maju\u00a0 kuat dan berdaulat masih panjang dan berharap ada pihak tidak terlalu berseronok dan juga berduka atas catatan sejarah daripada kes semalam.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/08/24/bukti-keadilan-badan-kehakiman-bukan-kemenangan-ph/", "title": "Bukti Keadilan Badan Kehakiman, Bukan Kemenangan PH", "body": "0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/08/vt_REAX-ZAMANI-1-1-1-1.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013\n Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, menerima pelbagai reaksi daripada para pemimpin.\n\n\nPresiden BERJASA, Ustaz Zamani bin Ibrahim berkata, keputusan Mahkamah keatas Datuk Seri Najib adalah bukti keadilan badan kehakiman negara, malah menafikan kenyataan pemimpin-pemimpin PH yang berbaur Najib dipenjarakan atas usaha PH.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nShahrir akan fail saman sivil terhadap kerajaan\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Ketua Polis Negara meninjau pembersihan perumahan mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nMAINPP tuntut permohonan maaf penceramah bebas\n\n\n\n\n\n\nBuli Secara Emosi Perlu Diberi Perhatian \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi Hadi keluarkan amanat halalkan ajaran menyimpang\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Zamani, jika benar PH memperjuangkan isu rasuah dalam negara, maka mereka seharusnya membuktikan kesungguhan mereka dengan mengheret pemimpin-pemimpin dari parti komponen PH yang mempunyai kes mahkamah termasuk Lim Guan Eng.\n\n\nTambah Zamani, BERJASA kekal dengan prinsip parti bahawa parti itu tidak akan kompromi dengan mereka yang terlibat dengan rasuah walaupun pemimpin tersebut merupakan sebahagian daripada parti komponen Gerakan Tanah Air.\n\n\nZamani menjelaskan, BERJASA telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa parti yang bersama dengan Gerakan Tanah Air haruslah berprinsip dan mempunyai jatidiri yang kukuh dalam menentang rasuah.\n\n\nTambah beliau, jika GTA memenangi PRU yang akan datang BERJASA akan tetap menegakkan keadilan dalam membasmi rasuah walaupun jika ia berlaku dalam kalangan GTA sendiri.\u00a0\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/08/25/jaga-sensitiviti-jangan-provokasi-agama-idris-ahmad/", "title": "Jaga Sensitiviti, Jangan Provokasi Agama \u2013 Idris Ahmad", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nPUTRAJAYA, Khamis \u2013\n Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menegaskan masyarakat untuk tidak memainkan serta membuat provokasi terhadap agama Islam.\n\n\nBeliau memberi reaksi berhubung penampilan individu seolah-olah mempersendakan agama menerusi pemakaiannya sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) di ibu negara, baru-baru ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat video tular lagu Negaraku kibar Jalur Gemilang, bendera Israel\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Laksana Program Dermasiswa TVET Untuk Pelajar B40\n\n\n\n\n\n\nPuspakom tidak lagi monopoli pemeriksaan kenderaan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia jadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN-GCC \u2013 Zambry\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat Dewan Rakyat berlangsung pada 19 dan 20 Disember\n\n\n\n\n\n\n\n\nUjarnya, setiap rakyat berhak menganut agama masing-masing untuk mencapai kedamaian dan perpaduan yang utuh namun perlu menjaga sensitiviti agama lain.\n\n\n\u201cPihak berkuasa perlu ambil tindakan segera terhadap individu tersebut supaya perkara ini dapat dibendung. Individu tersebut perlu diberikan hukuman agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain.\u2019\u2019\n\n\nDATUK IDRIS AHMAD / Menteri \nJabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)\n\n\nSebelum ini tular di media sosial seorang lelaki berbangsa Cina memakai songkok dan memakai baju separa bogel semasa KLFW 2022 di ibu kota.\n\n\nTindakan tersebut mengundang kecaman orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/08/25/najib-hadir-perbicaraan-dua-hari-dipenjara/", "title": "Najib Hadir Perbicaraan Dua Hari Dipenjara", "body": "0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013\n Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kini menjalani hukuman penjara kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, telah hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).\n\n\nBekas Perdana Menteri itu dijadual menghadapi perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTukar kepada pinjaman Islam jika OPR turun pada masa akan datang\n\n\n\n\n\n\nRonnie Liu mohon tamatkan keahlian bersama DAP\n\n\n\n\n\n\nKJ, Shahidan sah tiada dalam senarai calon PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\nSarjan maut 3 das tembakan ada masalah keluarga \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nWanita Rusia ceroboh Menara Merdeka 118 kongsi pengalaman di Twitter\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.27 pagi tadi dilihat dibawa menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna hitam dan diiringi pihak polis dan Jabatan Penjara.\n\n\nNajib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.\n\n\nPerbicaraan hari ini berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.\n\n\nPada Selasa lalu, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.\n\n\nProsiding hari ini akan bersambung dengan mahkamah mendengar keterangan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, yang akan diperiksa semula oleh pihak pendakwaan.\n\n\nSementara\u00a0 itu tiada kelibat penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir ke Mahkamah Tinggi di sini berhubung perbicaraan beliau mengenai kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).\n\n\nSuasana dilihat agak berbeza berbanding perbicaraan Ahli Parlimen Pekan itu di Putrajaya sebelum ini.\n\n\nSetakat jam 10.30 pagi, hanya wartawan daripada pelbagai media dilihat berada Mahkamah Tinggi bagi melaporkan keadaan terkini perbicaraan kes tersebut.\n\n\nTurut dilihat hadir ialah anak Najib, Nooryana Najib pada jam 9.30 pagi.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/08/28/mohamadin-ketapi-lompat-parti-lagi-kini-sertai-pbm/", "title": "Mohamadin Ketapi Lompat Parti Lagi, Kini Sertai PBM", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/08/298587708_605510437682586_5899225467707161255_n.mp4\n\n\nLAHAD DATU, Ahad \u2013\n Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi sah \u2013 menyertai Parti Bangsa Malaysia dan bertindak meninggalkan Bersatu.\n\n\nMohamadin dikatakan rancak melompat parti kerana sebelum itu, beliau pernah melompat parti dari Warisan dan menyertai BERSATU pada September lalu.\n\n\nPengumuman keluarnya MP Lahad Datu itu dibuat pada sidang media khas pada Ahad, yang diiringi oleh Presiden PBM serta Ahli Parlimen Julau Larry Sng.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n37 Maut Akibat Banjir\n\n\n\n\n\n\nSalahuddin Ayub pula dituduh lantik adik-beradik\n\n\n\n\n\n\nProsiding baharu LCS dicadang PAC\n\n\n\n\n\n\nPesakit COVID-19 Di PKRC Kelantan Masih Tinggi\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor bubar 23 hari lagi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHari ini saya ingin mengumumkan, secara rasmi bahawasanya saya ini dan juga rakan-rakan daripada lahad datu menyertai Parti Bangsa Malaysia atau pada pendeknya PBM \u201c\n\n\nMOHAMADDIN KETAPI / AHLI PARLIMEN LAHAD DATU\n\n\nDifahamkan, Mohamaddin memilih untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) kerana parti itu dilihat memperjuangkan hak-hak autonomi warga Borneo.\n\n\n\u201cSetelah menilai dan meneliti perlembagaan parti yang menjadi teras penubuhannya, iaitu memperjuangkan perlaksanaan hak-hak dan autonomi Wilayah Borneo seperti yang termaktub di dalam perjanjian Malaysia MA63\u201d\n\n\nMOHAMADDIN KETAPI / AHLI PARLIMEN LAHAD DATU\n\n\nPenyertaan Mohamadin ke dalam PBM dialu-alukan Setiausaha Agungnya, Nor Hizwan Ahmad.\n\n\nKetika ditanya adakah beliau akan bertanding pada PRU15, katanya perkara itu akan diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan PBM.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/08/28/penduduk-kampung-sungai-baru-mengeluh-pampasan-tidak-setimpal/", "title": "Penduduk Kampung Sungai Baru Mengeluh Pampasan Tidak Setimpal", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/08/IMG_6478.mp4\n\n\n\u00a0\n\n\nKUALA LUMPUR, Ahad \u2013\n Isu pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur berbangkit lagi sebaik selesai sesi pendengaran kali kedua oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan.\n\n\nMenurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kampung Sungai Baru Puan Lele Suzana Kudari, pihak pemaju bersikap kurang ajar dan biadap dengan mengeluarkan kenyataan kepada pemilik dengan menawarkan pampasan tidak setimpal ketika sesi pendengaran baru-baru ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n2 ditahan seludup 1,382 bungkus sosej sejuk beku dari negara jiran\n\n\n\n\n\n\nPuspakom tidak lagi monopoli pemeriksaan kenderaan\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerang\u201d antara Sanusi dengan Saifuddin belum tamat\n\n\n\n\n\n\nKebebasan bersuara dalam UMNO sudah mati\n\n\n\n\n\n\nPengimbas Suhu Dikeluarkan Daripada SOP Wajib \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cUntuk makluman, ketika sesi hearing berlalu baru-2 ini, pemaju agak kurang ajar dan biadap. Ini kerana mereka telah mengeluarkan kenyataan kepada pemilik-2 teres yang ketika itu berasa sedih dan dukacita apabila pampasan yang diterima tidak setimpal. Pemaju juga meminta pemilik untuk keluar daripada rumah pada 31 Oktober. Saya rasa itu tidak munasabah kerana rumah itu masih milik kami, walaupun hearing telah diterima tapi kami belum terima apa-apa pampasan. Pemaju kena ingat bahawa kami telah tinggal disini lebih dari 50 tahun \u201d\n\n\nLELE SUZANA KUDARI / Pengerusi AJK Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kg Sungai Baru\n\n\nTambah Lele, pihaknya pernah merujuk perkara ini kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, tetapi malangnya tiada respon dan khabar daripada Ahli Parlimen berkenaan.\n\n\nLele juga mengeluh dan dukacita kerana dakwa Lele, beliau (Ahli Parlimen Titiwangsa) tidak bersama-sama membantu mereka dalam isu ini.\n\n\n\u201c Kami pernah merujuk perkara ini dengan Ahli Parlimen Titiwangsa, ada lah pada awal dulu bulan 12 kita berjumpa tapi malangnya beliau selalu hantar wakil sahaja, dan lebih malang beliau tidak turun bersama kami. Last jumpa pada akhir 2021 sehingga kini tiada. Kami hantar surat tiada respon, kita ada bertanyakan tapi tiada khabar, kami sangat dukacita. Pada PRU lepas beliau sendiri turun dan berjumpa kami menabur janji kata boleh bantu jika beliau menang PRU. Tetapi bila kami dilanda masalah beliau hilang entah kemana tanpa khabar berita.\u201d\n\n\nLELE SUZANA KUDARI / Pengerusi AJK Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Kg Sungai Baru\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBagi Pengerusi MUDA Wilayah Persekutuan Taufik Zarak berkata, tindakan yang dilakukan oleh pihak pemaju sememangnya menindas, dan mereka seharusnya akur kepada permintaaan penduduk dengan memberikan pampasan sewajarnya daripada jumlah yang ditawarkan.\n\n\n\u201c Kes ini telah berlangsung terlalu lama, mereka telah berjumpa dengan ahli-ahli kerajaan, Menteri Wilayah, Pejabat Tanah, cara mereka pergi dan saluran mereka sudah betul. Tetapi suara mereka masih lagi tidak didengari, kadar pampasan yang mereka minta pun masih lagi rendah dan ini merupakan satu penindasan bagi mereka. Jadi saya bersama dengan rakan-rakan dengan penduduk Kampung Sungai Baru bersolidariti untuk mereka menyatakan ketidakpuasan hati hari ini supaya suara mereka didengaari lebih lagi. Sewajarnya pampasan itu diberikan lebih dari yang ditawarkan, ini bukan tanah MAS (Malay Agricultural Settlement) tapi\u00a0 ini tanah komersial, so mereka berhak diberikan harga yang sewajarnya.. \u201d\n\n\nTAUFIK ZARAK / Pengerusi MUDA Wilayah Persekutuan\n\n\nSebelum ini, 37 pemilik rumah teres Kampung Sungai Baru cuba mempertahankan tanah mereka daripada diambil pemaju bagi projek pembangunan semula kawasan itu terpaksa akur dengan desakan undang-undang di bawah Akta Pengambilan (APT) Tanah 1960.\n\n\nMaklumat yang diperoleh dari pihak PTG hanya menawarkan pampasan sekitar RM500 sekaki persegi kepada pemilik tanah.\n\n\nDifahamkan pendengaran kali kedua adalah penamat kepada proses pengambilan tanah dan selepas ini hanya Menteri yang mempunyai kuasa untuk menerus atau membatalkan pengambilan tanah dengan harga yang telah ditawarkan.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/08/28/ruu-larangan-lompat-parti-dijangka-dikuatkuasa-bulan-depan/", "title": "RUU Larangan Lompat Parti Dijangka Dikuatkuasa Bulan Depan", "body": "0\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2022/08/301772921_427718269189445_8186421157279333210_n.mp4\n\n\nKUALA LUMPUR, Ahad \u2013\n Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, akan berkuat kuasa pada pertengahan bulan depan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cTuanku baru balik dari Turkiye tiga hari lalu dan baginda juga ada bertanya dengan saya berhubung RUU itu. Kita sudah persembahkannya. Jadi berilah masa dalam seminggu ini kepada baginda untuk meneliti RUU berkenaan\u201d\n\n\nDATUK SERI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR/ Menteri di Jabatan Perdana Menteri\n\n\nRang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti, akan berkuat kuasa pada pertengahan bulan depan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGuna ikon hanya mainan politik, hapuskan sekolah vernakular \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\nPAS akan tentukan tarikh bubar DUN di 3 negeri naungannya\n\n\n\n\n\n\nPimpinan pusat PH, BN muktamadkan pembahagian kerusi DUN Selangor\n\n\n\n\n\n\nKPM setuju sesi persekolahan bermula Januari\n\n\n\n\n\n\nLantikan politik bukan peluang laba politik \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan dengan yakin bahawa RUU berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti akan berkuatkuasa pada minggu kedua September ini.\n\n\nJusteru, memetik Berita Harian beliau berkeyakinan RUU berkenaan akan dikuatkuasakan pada minggu kedua September ini.\n\n\nWan Junaidi berkata beliau turut mempersembahkan RUU larangan lompat parti ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah saat baginda pulang daripada Turkiye.\n\n\nBaginda memerlukan masa dalam seminggu untuk meneliti semula RUU berkenaan dengan lebih mendalam.\n\n\nTambahnya sekiranya terdapat perkara yang perlu diperjelaskan perihal RUU berkenaan, Baginda akan memanggil peguam negara untuk penjelasan lanjut.\n\n\nWan Junaidi memberitahu media, ketika menghadiri Program Kenduri Rakyat di Kampung Bako hilir, Kuching Sarawak pada Ahad.\n\n\nPada Julai lalu, Dewan Rakyat melakar sejarah apabila RUU larangan lompat parti ini diluluskan dengan mengaut sokongan majoriti lebih dua per tiga.\n\n\nRUU ini juga digubal berdasarkan lapan parameter utama yang diluluskan oleh kutipan undi setelah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/08/24/14-hari-tidak-mohon-pengampunan-najib-hilang-status-ahli-parlimen/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/08/30/pemimpin-dinasihat-jangan-bergaduh-segera-ambil-tahu-nasib-rakyat-aminuddin/", "title": "Pemimpin Dinasihat Jangan Bergaduh, Segera Ambil Tahu Nasib Rakyat \u2013 Aminuddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\n Desakan mempercepatkan PRU-15 oleh para pemimpin\u00a0 kian rancak, namun adakah mereka yakin dengan laksananya pilihan raya dalam masa yang terdekat ini, masa depan rakyat bakal terbela dan terjamin dengan jayanya.\n\n\nPengerusi Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA),\u00a0 Haji Aminuddin Yahaya menggesa agar para pemimpin untuk tidak mengejar pangkat, kuasa dan wang semata-mata di saat dunia politik negara kian barah dan punah.\n\n\nJusteru, hentikan scenario-senario \u201cMunafik Politik\u201d ini dan segera bersatu demi mengangkat nasib rakyat dan orang Melayu terbela.\n\n\nParti DAP pula dikatakan sering komited untuk \u201cmelangkah mayat aku dahulu\u201d dan menganggap PAS adalah musuh sejati mereka. Namun, pada era Pakatan Harapan mereka dilihat menjalinkan kerjasama yang utuh bersama PAS.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKanak-Kanak 5 Hingga 12 Tahun Wajar Divaksin \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nAl Fatihah : Mohd Isa pemimpin tegar, perjuangkan penduduk miskin sejak dulu\n\n\n\n\n\n\nSekolah vernakular tidak patut wujud \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful fail notis, afidavit ketepi tuduhan rasuah\n\n\n\n\n\n\nProsiding baharu LCS dicadang PAC\n\n\n\n\n\n\n\n\nBuat PKR pula, mereka mengutuk sekeras-kerasnya Tun Mahathir, walhal pada PRU14 tiba sahaja menjulang setinggi-tinggi Tun Mahathir.\u00a0\n\n\nJusteru, Aminuddin memaklumkan politik di Malaysia sememangnya tidak menentu dan kuat menikam belakang.\u00a0\n\n\n\u201cBukan sahaja rakyat akan terus terabai tetapi yang lebih membimbangkan, musuh akan mengambil kesempatan dalam kecamukan ini untuk terus menguasai negara. Mungkin mereka tidak kuasai dalam bentuk fizikal kerana itu agak tragis dan mengundang pelbagai masalah tetapi mereka akan menguasai secara halus (soft power).\u201d\n\n\nHAJI AMINUDDIN YAHAYA/ Pengerusi\u00a0 Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)\n\n\nDalam ketika itu, beliau juga gusar sekiranya mainan politik ini menyebabkan nasib rakyat terus terabai serta musuh mudah menguasai negara dengan menyebarkan\u00a0 beberapa dakyah kotor melalui \u201csoft power\u201d ini.\u00a0\n\n\nKini rakyat sudah dipengaruhi oleh jarum halus musuh apabila lahirnya golongan yang mengangkat hak LGBT dan hampir mendominasi tempatnya di negara ini.\u00a0\n\n\nKesemua dakyah kotor politik harus segera dihentikan dan perjuangan mengangkat nasib rakyat masih belum selesai.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/08/28/penduduk-kampung-sungai-baru-mengeluh-pampasan-tidak-setimpal/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/08/31/lebih-100-bikers-turut-serta-konvoi-merdeka-ride/", "title": "Lebih 100 \u2018Bikers\u2019 Turut Serta Konvoi Merdeka Ride", "body": "0\n\n\n\n\nPUNCAK ALAM, Rabu \u2013\n Sambutan Hari Kebangsaan 2022 kembali meriah di seluruh negara setelah 2 tahun ditangguh berikutan pandemik COVID-19. Kelab Bersekutu 2 Roda (KB2R) juga tidak melepaskan peluang dengan mengadakan acara Merdeka Ride sambil mengibarkan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2022 di Puncak Alam, di sini.\n\n\nPenaung Kelab Bersekutu 2 Roda Tan Sri Rozali Ismail berkata, matlamat konvoi ini adalah untuk menghargai dan meraikan Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini, sekali gus dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara ahli Kelab bersama penduduk Bandar Puncak Alam.\n\n\n\u201cBenda yang kita nak tonjolkan adalah kemuafakatan Keluarga Malaysia yang telah disemarakkan oleh YAB Perdana Menteri kita, sesuai dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Jadi kita tidak mahu ketinggalan, sama-sama kita mengingati sejarah kemerdekaan dan perjuangan datuk nenek kita untuk menyambut kemerdekaan.\n\n\nKita juga akan adakan pelbagai program kemasyarakatan untuk menyemarakan lagi sambutan bulan kemerdekaan.\u201d\n\n\nTAN SRI ROZALI ISMAIL / Penaung Kelab Bersekutu 2 Roda (KB2R)\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSistem Tebatan Banjir Di Selangor Perlu Diberi Perhatian\n\n\n\n\n\n\nPengundi muda paling ramai di Selangor \u2013 SPR\n\n\n\n\n\n\nKempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak Masih Diteruskan\n\n\n\n\n\n\nPelancong LGBTQ kini dibenar masuk Arab Saudi\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat video tular lagu Negaraku kibar Jalur Gemilang, bendera Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKetika ditanya wartawan berhubung beliau akan bertanding di Kuala Selangor, Rozali hanya bersahaja dan menjawab bahawa beliau belum membuat keputusan lagi berkenaan perkara tersebut.\n\n\n\u201cSaya belum lagi buat keputusan\u201d\n\n\nTAN SRI ROZALI ISMAIL / Penaung Kelab Bersekutu 2 Roda (KB2R)\n\n\nPada 17 Julai lalu, media tempatan melaporkan tokoh korporat itu akan bertanding di daerah Kuala Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang. Namun, belum memutuskan untuk bertanding sama ada di kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) daerah ini.\n\n\nProgram Merdeka Ride dan Kibar Jalur Gemilang ini turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Kuala Selangor Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, serta lebih dari 100 orang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang dianjur dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ, serta Puncak Niaga Holdings Berhad.\n\n\nPautan FB :\u00a0\nhttps://www.facebook.com/TvPertiwi/\n\n\nBerita Semasa :\u00a0\nhttps://tvpertiwi.com.my/2022/08/28/penduduk-kampung-sungai-baru-mengeluh-pampasan-tidak-setimpal/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/09/21/jual-minyak-masak-dalam-talian-boleh-dikenakan-tindakan-kpdnhep/", "title": "Jual Minyak Masak Dalam Talian Boleh Dikenakan Tindakan \u2013 KPDNHEP", "body": "2\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\n Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan tiga tindakan ke atas individu atau pihak menjual minyak masak secara atas talian \u00a0bermula awal tahun hingga 19 September lalu.\n\n\nKetua Pengarah Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, pihaknya memantau aktiviti penjualan dalam talian melalui kerjasama penyedia tapak pasar dalam talian.\n\n\nAzman berkata, lebih 121 iklan penjualan barang kawalan berjadual minyak masak dinyahturun tahun ini setakat 19 September lalu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEPL dihenti seketika, beri ruang pemain berbuka puasa\n\n\n\n\n\n\nKronologi Kejadian Babitkan Pesawat TUDM Hawk\n\n\n\n\n\n\nJoe Biden dipaksa keluarkan laporan terkini Shireen Abu Akleh\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin Nafi Pilih Azam Sebagai Ketua Pesuruhjaya\n\n\n\n\n\n\nPemandu tersepit, tong gas bertaburan atas jalan di Jempol\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, KPDNHEP telah menjalankan 55 pemeriksaan seluruh negara dan menerima sembilan aduan membabitkan pelbagai kesalahan.\n\n\nTambahnya lagi, antara kesalahan adalah berurusniaga secara borong dan runcit tanpa lesen yang sah dan menyimpan minyak masak di tempat tidak dilesenkan.\n\n\nTegas beliau, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terbabit dalam penyelewengan barang kawalan seumpama ini.\n\n\nIndividu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh didenda tidak melebihi RM3 juta.\n\n\nManakala, syarikat juga boleh disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).\n\n\nJika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.\n\n\nKes berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, membabitkan nilai rampasan berjumlah RM1,564.90, katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/09/21/sekolah-vernakular-cipta-jurang-halang-integrasi-nasional-isma/", "title": "Sekolah Vernakular Cipta Jurang, Halang Integrasi Nasional \u2013 ISMA", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu\n\u00a0\u2013 \nIkatan Muslimin Malaysia (ISMA) membantah pengekalan sekolah vernakular untuk dimasukkan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15.\n\n\nPresidennya, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, sekolah vernakular akan memberi jurang kepada perpaduan serta menjadi penghalang integrasi nasional di antara masyarakat majmuk di Malaysia.\u00a0\n\n\nBeliau berkata sekolah vernakular ini akan mencipta jurang dari pelbagai segi termasuklah dari segi pengetahuan, cara berfikir bahkan pertuturan bahasa yang menyumbang kepada penghalang pembentukan perpaduan negara.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nUstaz Muhammad Fauzi Asmuni / Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)\n\n\n\u201cSebab sekolah vernakular itu sendiri sebenarnya adalah merupakan suatu yang akan memberikan jurang dari segi pengetahuan. Kemudian begitu juga dari segi cara pandang, cara fikir, bahkan begitu sampai kepada kemahiran berbahasa pun. Jadi semua itu sebenarnya akan menjadi penghalang kepada integrasi nasional.\u201d \u2013 Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni / Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemu bual TV PERTIWI, bagi menyatakan sokongan kepada hampir ke semua elemen yang dikemukakan oleh Mufti Pulau Pinang, \nDatuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor\n kecuali pengekalan sekolah vernakular di negara ini.\u00a0\n\n\nTegasnya, parti politik yang bakal bertanding perlulah memandang serius isu berkaitan perpaduan kaum ini dari pelbagai sudut agar keharmonian dan keamanan negara berbilang kaum ini akan tercapai.\u00a0\n\n\nSebelum ini, Datuk Wan Salim telah menyatakan elemen-elemen yang wajar di masukkan dalam manifesto PRU15 termasuk\n\u00a0meneruskan pendidikan vernakular untuk semua kaum dengan memasukkan subjek tentang latar belakang sejarah penubuhan negara Malaysia dan elemen patriotisme.\n\n\nSelain itu, beliau menyarankan manifesto yang bakal dirangka juga wajar mempunyai elemen untuk memartabatkan bahasa Melayu termasuk usaha mengembalikan tulisan jawi kepada kedudukannya yang asal di dalam kurikulum pendidikan negara yang formal."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/09/22/pakar-saran-perkenal-sistem-pengawal-selia-kandungan-media/", "title": "Pakar Saran Perkenal Sistem Pengawal Selia Kandungan Media", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu\n \u2013 Budaya interaksi kian berubah apabila penggunaan media sosial dianggap sebagai satu keperluan supaya tidak dianggap ketinggalan zaman sehingga disalahgunakan lebih-lebih lagi golongan muda.\n\n\nIroninya, penggunaan sosial media tersebut digunakan dengan melayari kandungan jelek seperti \u2018dark side\u2019 atau sisi gelap di laman sosial yang mampu memberikan kesan buruk terhadap akidah anak muda Islam.\n\n\nMenurut\u00a0 Ketua Pusat Kecemerlangan Komunikasi, Media dan Industri Kreatif, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff\u00a0 berkata satu sistem kawalan pelindung media perlu diperkenalkan kepada golongan remaja Islam bagi membendung kegiatan itu.\n\n\n\u00a0\n\n\nDR. SYED AGIL ALSAGOFF / Ketua Pusat Kecemerlangan Komunikasi, Media dan Industri Kreatif, UPM\n\n\n\u201cSatu sistem pengawal selia kandungan media harus diperkenalkan kepada pengguna Islam khususnya rermaja Islam supaya mereka tidak terpengaruh dengan kandungan jelek ataupun bersifat fitnah dan penipuan.\u201d \u2013 Dr Syed Agil Alsagoff /Ketua Pusat Kecemerlangan Komunikasi, Media dan Industri Kreatif, UPM\n\n\nTegasnya,\u00a0 masyarakat perlu turut sama berganding bahu dalam memberikan kesedaran kepada anak muda dari terjerumus dengan kancah \u2018dark side\u2019 serta laman web yang mampu memberikan kesan buruk.\n\n\nDalam pada itu, Syed Agil juga menyeru agar masyarakat menyalurkan penjelasan isu-isu dan maklumat yang tepat kepada masyarakat menerusi saluran media agar dapat diyakini dan difahami oleh para pengguna media dan generasi muda, katanya menerusi temubual Tv Pertiwi.\n\n\nProgram-program yang bersifat positif seperti mengiktiraf dan menghargai para pengguna media dalam generasi muda dengan memberikan ruang buat mereka memanfaatkan penggunaan media sebagai medium kreatif dan inovatif ke pentas global.\n\n\nAkaun Dark Side telah lama berleluasa di laman sosial Twitter di mana penggunanya menyembunyikan identiti sebenar untuk mengeksploitasi akaun demi tujuan yang salah, termasuk khidmat langganan seks dan memuat naik hantaran berkaitan pornografi.\n\n\nMenurut laporan, laman sosial Twitter ini merupakan media sosial yang membenarkan kandungan eksplisit yang memberi kebebasan kepada pengguna untuk tujuan peribadi atau jualan seperti menghambur kata-kata kesat dan lucah serta pelawaan kepada pengguna lain untuk menjalinkan hubungan intim."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/09/23/hakim-meragui-pelepasan-tuduhan-rasuah-ke-atas-zahid/", "title": "Hakim Meragui Pelepasan Tuduhan Rasuah Ke Atas Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat\n \u2013 Ketiadaan bukti tidak langsung adalah antara sebab Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan pada Jumaat\u00a0 daripada semua 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Asing (VLN).\n\n\nPelepasan kes tuduhan rasuah terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kekal tidak selesai dan tidak terjawab apabila menimbulkan keraguan sama ada wang suapan yang dibayar benar-benar wujud dan gerangan entiti yang menyerahkan wang tersebut.\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa, membuat dapatan itu selepas menimbangkan bukti secara keseluruhan dan tidak dapat membayangkan bagaimana jutaan wang dimasukkan ke dalam sampul surat.\n\n\nDatuk Yazid berpandangan bahawa Seksyen 153 Kanun Acara Jenayah menghendaki pihak pendakwaan mengemukakan butiran identiti individu yang menyerahkan wang terbabit kepada Ahmad Zahid.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nStatus empat Ahli Parlimen Sabah cetus tanda tanya\n\n\n\n\n\n\nPengampunan diraja: UMNO masih perlukan Najib\n\n\n\n\n\n\nZahid kuku besi, matikan demokrasi \u2013 Lukman Al Hakim\n\n\n\n\n\n\nPN sasar menang 33 kerusi bentuk kerajaan di Selangor\n\n\n\n\n\n\nKhairy hargai tawaran Pas, masih setia dengan UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\nKata beliau lagi, butiran itu sepatutnya dinyatakan dalam semua tuduhan untuk memberikan notis yang mencukupi kepada Ahmad Zahid mengenai kesalahan yang dipertuduhkan kepadanya.\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi / Datuk Mohd Yazid Mustafa\n\n\n\u201cKetiadaan butiran penting seperti gerangan yang menyerahkan wang tunai kepada tertuduh menyebabkan prejudis yang serius terhadapnya bagi membuat pembelaan. Ia adalah amat kritikal yang seterusnya menjadikan pertuduhan ke atas tertuduh menjadi cacat\u201d\n\n\nPihak Pembelaan katanya turut bergantung dengan kandungan lejar bagi menguji kredibiliti dan kebolehpercayaan tiga saksi utama pendakwaan iaitu pengarah UKSB (ketika itu) Harry Lee Vui Khiun dan Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani serta Siong Sun.\n\n\nSeorang warga China yang bekerja dengan subkontraktor di Hong Kong, memainkan peranan penting untuk menjelaskan tugasnya dalam menyediakan dana daripada RM238 juta seperti yang dinyatakan dalam lejar.\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi mendakwa keterangan tiga saksi utama pendakwaan juga tidak boleh dipercayai dan berwibawa dan didapati tiada kewajaran untuk memberikan penekanan kepada bukti berkenaan.\n\n\n\n\nZahid didakwa menerima rasuah untuk menyambung kontrak UKSB bagi mengendalikan perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta menyambung kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan sistem bersepadu VLN.\n\n\nPertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/12/agong-titah-rakyat-dan-agensi-kerajaan-sedia-hadapi-risiko-banjir/", "title": "Agong Titah Rakyat Dan Agensi Kerajaan Sedia Hadapi Risiko Banjir", "body": "0\n\n\nBangi, Ahad \u2013 \nYang di-Pertuan Agong,\u00a0 \nAl-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah \nmenitahkan semua rakyat Malaysia terutamanya agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk memperkemaskan diri dan membuat persiapan rapi bagi menghadapi risiko banjir berskala besar yang dijangka melanda bulan November nanti susulan Monsun Timur Laut.\u00a0\n\n\nAl-Sultan Abdullah bertitah ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW juga menuntut semua umatnya untuk sentiasa melakukan persediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya perubahan fenomena cuaca yang bakal berlaku kelak.\n\n\n\n\n\u201cMengambil tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu \u201cKeluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran\u201d marilah kita menyatukan ikatan hati dan menumpukan usaha ke arah memelihara kemaslahatan ummah.\u201d \u2013 Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah / Yang di-Pertuan Agong\u00a0\n\n\nYang di-Pertuan Agong,\u00a0 Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah ketika majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444 Hijrah/ 2022 Masihi di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada Ahad. FOTO JAKIM\n\n\n\u00a0\n\n\nDalam pada itu, turut hadir sama ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Haji Ahmad serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusof.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRemaja lelaki hilang di Pantai Batu Layar ditemukan lemas\n\n\n\n\n\n\nShahidan tiada dalam senarai calon PRN \u2013 PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\nKDN akan bentang kertas kerja bawa keluar tahanan kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nHari Merdeka Mahu Dimansuh, Bekas Menteri Gagal Fahami 31 Ogos\n\n\n\n\n\n\nPAS tiada halangan disiasat SPRM\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, Seri Paduka bertitah persediaan tersebut turut merangkumi satu kaedah yang dirangka untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir secara terancang, segera dan efektif selain untuk mengurangkan kesan banjir."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/12/ukm-bantu-pelajar-baharu-pelajar-b40-lanjut-pengajian/", "title": "UKM Bantu Pelajar Baharu & Pelajar B40 Lanjut Pengajian", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nSeramai 4,166 pelajar baharu berjaya memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi bagi sesi akademik 2022/2023 di tiga kampus antaranya, Kampus Bangi, Kampus Kuala Lumpur serta Kampus Cheras.\u00a0\n\n\nNaib Canselor, Prof. Datuk Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata pihaknya menerima sebanyak 44,750 permohonan dengan 9,112 merupakan permohonan pilihan pertama.\n\n\n\u201cDaripada jumlah itu, seramai 1,460 atau kira-kira 36 peratus adalah pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) dan lima pelajar adalah orang kurang upaya (OKU) yang merangkumi cacat pendengaran, cacat penglihatan dan cacat fizikal.\u201d \u2013 Prof. Datuk Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman / Naib Canselor UKM\n\n\nMenurut Prof Mohd Ekhwan, UKM melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) telah mengadakan Program Jejak Anak Watan ke rumah bakal pelajar untuk menyerahkan surat tawaran dan bantuan yuran kemasukan serta sara hidup berjumlah RM1,300 seorang.\u00a0\n\n\nBeliau berkata UKM juga menyokong penuh hasil inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dilancarkan oleh menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad melalui Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG).\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: 130,000 rakyat miskin tegar dibantu keluar daripada kemiskinan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tidak perlu defensif \u2013 Nik Nazmi\n\n\n\n\n\n\nBN GABUNG PH, DONG ZONG TERUS BERANI DESAK IKTIRAF UEC\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023\n\n\n\n\n\n\nBekalan barang kawalan cukup menjelang Ramadan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nProf. Datuk Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan berpeluang untuk meninjau kolej kediaman pelajar.\u00a0\n\n\n\n\nProgram itu bertujuan membantu anak sulung dalam keluarga yang memerlukan bantuan untuk\u00a0 melanjutkan pengajian ke universiti dan UKM juga menerima seramai 10 orang pelajar yang terlibat dalam program sama.\u00a0\n\n\nLebih menarik lagi, bagi pendaftaran tahun ini, UKM menerima lima pasangan kembar wanita yang akan sama-sama melanjutkan pengajian di universiti itu.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, pelajar baharu UKM turut berkongsi kegembiraan mereka kerana dapat menyambung pelajaran ke peringkat universiti dan berpeluang untuk belajar secara bersemuka.\n\n\nBagi pasangan kembar, Alisya Emilie dan Juwana Amanie, mereka berkongsi rezeki kerana berjaya menempatkan diri masing-masing untuk mengikuti pembelajaran dalam bidang yang sama.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nProf. Dr. Mohd Ekhwan Toriman juga berkesempatan untuk bertemu pasangan kembar, Alsyia Emilie dan Juwana Amanie dengan ibunya, Wan Rohani Halim ketika sesi pendaftaran pelajar baharu bagi sesi akademik 2022/2023 di UKM Bangi.\u00a0\n\n\nIbu kepada pasangan kembar ini, Wan Rohani Halim meluahkan rasa leganya apabila berpeluang melihat anak kembarnya berjaya mendapatkan tempat pengajian dalam pilihan pertama mereka iaitu Undang-Undang.\n\n\nSalah seorang pelajar, Yashaswini A/P Ganapathy merupakan anak sulung dalam keluarganya bersyukur kerana tawaran pengajian yang diterimanya merupakan bidang pilihan pertama juga selain turut mengakui lebih fokus untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.\u00a0\n\n\nSelain itu, menurut Ganapathy dan Sarasvathi, sebagai ibu bapa, mereka perlu memainkan peranan penting untuk mendorong anak-anak melanjutkan pengajian mereka sehingga ke menara gading.\u00a0\n\n\nMereka turut memuji komitmen kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam membantu para pelajar dari golongan B40 ke universiti awam.\u00a0\n\n\nPerasaan berbeza pula buat salah seorang pelajar, Nurul Ain Natasya Asuad Ridzuan yang tidak berputus asa untuk melanjutkan pengajian biarpun tidak diterima seperti pilihan pertama, namun UKM ini merupakan institusi impian pengajiannya.\u00a0 \n\n\nJusteru, tidak dapat dinafikan pendidikan adalah perkara penting dalam kehidupan setiap individu dan peluang ini tidak datang secara bergolek tanpa usaha keras yang mampu mengubah hidup mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/15/gerakan-tanah-air-tekad-kuburkan-kleptokrat-buka-kerjasama-capai-agenda/", "title": "Gerakan Tanah Air Tekad Kuburkan Kleptokrat, Buka Kerjasama Capai Agenda", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\n Gerakan Tanah Air (GTA) tekad untuk menguburkan golongan kleptokrat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nPengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad masih terbuka untuk mengadakan kerjasama politik dengan parti-parti tertentu yang mempunyai agenda sama.\n\n\n \u201cMoga-moga kita dapat bekerjasama dan berganding bahu melawan kleptokrat demi negara tercinta. Kuburkan kleptokrat.\u2019\u2019 \u2013\u00a0 Tun Dr Mahathir Mohamad / Pengerusi Gerakan Tanah Air\n\n\nTun Dr Mahathir Mohamad / Pengerusi Gerakan Tanah Air\n\n\nSebelum ini, Dr Mahathir berkata, GTA membuat pertimbangan untuk kerjasama politik dengan parti-parti lain yang mempunyai agenda sama, iaitu menentang UMNO dan Barisan Nasional.\n\n\nBeliau juga tiada masalah untuk bekerjasama dengan Pengerusi Pakatan Harapan yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia ambil langkah proaktif tangani isu Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nPas kekal jadi pembangkang konstruktif, tidak sertai Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\n3 tahun tempoh 1,500 doktor kontrak dapat lantikan tetap \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nAbang Iskandar angkat sumpah jawatan & taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan\n\n\n\n\n\n\nAzmin cuba nasib di DUN Hulu Kelang\n\n\n\n\n\n\n\n\nWalau bagaimanapun, PH membuat keputusan muktamad bahawa tiada kerjasama dengan Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui GTA dan Perikatan Nasional (PN).\n\n\nSementara PN pula meneliti kerjasama dengan GTA bagi menghadapi PRU15 akan datang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/15/ismail-tak-usah-salahkan-12-menteri-pn-tun-m/", "title": "\u201cIsmail Tak Usah Salahkan 12 Menteri PN\u201d- Tun M", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu\n \u2013 \nPengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhenti menyalahkan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) atas keputusan beliau membubarkan Parlimen.\n\n\nTun Dr Mahathir, Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA)\n\n\nTegas beliau, walaupun Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri tetapi dalam kerajaan campuran, parti komponen berhak memberi pandangan mereka.\n\n\nMenerusi satu hantaran facebook yang dikeluarkan, beliau berkata hakikatnya UMNO yang mahukan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera walaupun pengetahuan dan persetujuan parti komponen lain juga perlu diambil kira.\n\n\n\u201c\nMemang pun UMNO yang hendak PRU awal. Pedulikan banjir. Yang penting ialah UMNO menang dan penjenayah-penjenayah elak dari dihukum segera,\u201d \u2013 TUN DR MAHATHIR / Pengerusi Gerakan Tanah Air\n\n\nSebelum ini dilaporkan, Ismail Sabri berkata, keputusan pembubaran Parlimen dilakukan berikutan 12 menteri menunjukkan sikap tidak wajar apabila mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaarani dedah PN cuba \u2018beli\u2019 ADUN BN selepas PRU15\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid dedah identiti 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM\n\n\n\n\n\n\nAmuk, cubaan tukang gunting serang polis dengan pisau pemotong daging\n\n\n\n\n\n\nPertama Kali BN, PH Kelantan duduk semeja\n\n\n\n\n\n\n\u2018Kabinet\u2019 PN permulaan reformasi blok pembangkang \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\n\n\nTegas beliau, pembubaran itu bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/15/lima-kerusi-parlimen-tumpuan-berjasa-untuk-menang/", "title": "Lima Kerusi Parlimen Tumpuan BERJASA Untuk Menang PRU-15", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu\n \u2013 BERJASA sasar memenangi kerusi yang ditandingi di Parlimen Putrajaya, Shah Alam, Sepang, Kota Bharu dan Baling pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nTimbalan Presiden BERJASA, Datuk Mohd Rosli Ramli berkata, hasrat itu disuarakan kerana BERJASA pernah menggerakkan jentera parti di kawasan berkenaan sebelum ini.\n\n\n\u201cJadi tempat-tempat ini insya-allah kita yakin bahawa berjasa boleh menyumbang kerusi kepada penubuhan kerajaan baru di bawah Gerakan Tanah Air (GTA) jadi antara kerusi yang kita telah kenal pasti ialah Putrajaya, Shah Alam, Sepang, Kota Bharu dan Baling serta ada berapa tempat lain yang kita rasakan kita akan boleh menyumbangkan kerusi kepada GTA.\u201d \u2013 Datuk Mohd Rosli Ramli / Timbalan Presiden BERJASA\n\n\nTimbalan Presiden BERJASA, Datuk Rosli Ramli\n\n\nBeliau berkata demikian susulan\u00a0 parti komponen Gerakan Tanah Air (GTA) itu mengenal pasti 40 calon boleh menang untuk bertanding dalam PRU15.\n\n\nBagaimanapun difahamkan senarai kawasan itu masih dalam perbincangan Majlis Tertinggi (MT) GTA.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSambut hari terakhir sekolah dengan lakukan vandalisme\n\n\n\n\n\n\nTujuh Exco Melaka dilantik semula, tiga muka baharu termasuk ADUN PH\n\n\n\n\n\n\nPegawai Media Blinken Positif\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Di Lima Negeri Diminta Waspada\n\n\n\n\n\n\nJangan politikkan tema, logo Hari Kebangsaan \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Pengarah Pilihan Raya Berjasa, Ir. Ts. Lukman Al-Hakim berkata BERJASA sudah mengenalpasti 40 orang calon boleh menang yang akan bertanding pada PRU-15.\n\n\nJelasnya, calon terbabit terdiri daripada bekas ketua jabatan, doktor pakar, pensyarah universiti, tokoh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pegawai tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan multinasional (MNC) serta beberapa teknokrat serta individu ternama yang lain.\n\n\nBERJASA dijangka menggunakan logo PEJUANG dalam PRU15 berikutan\u00a0 penubuhan GTA belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).\n\n\nSelain BERJASA, tiga parti lain dalam GTA adalah PEJUANG, PUTRA dan IMAN selain NGO Gagasan Bangsa yang dijangka turut serta dalam PRU-15."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/15/penganalisis-jangka-sentimen-pelabur-tidak-terjejas-jika-pru-negara-berjalan-progresif/", "title": "Penganalisis Jangka Sentimen Pelabur Tidak Terjejas Jika PRU Negara Berjalan Progresif", "body": "3\n\n\nBANGI, Sabtu\n \u2013 Pilihan Raya Umum (PRU) yang progresif dapat memastikan sentimen pelabur tidak terjejas sekiranya berlaku perubahan Kabinet.\u00a0\n\n\nPada waktu ini Malaysia dianggap memerlukan pilihan raya progresif berkenaan\u00a0 kerana ia mampu menaikkan pemimpin dan kerajaan yang dilihat mempunyai visi untuk negara.\u00a0\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Ustaz Syed Ahmad Israa\u2019 Syed Ibrahim berkata perkara ini penting kerana sejak pilihan raya bagi tempoh dua dekad iaitu pada tahun 1999 hingga tahun ini, pilihan raya di Malaysia yang berlaku adalah pilihan raya regresif iaitu untuk menjatuhkan pemimpin dan kerajaan yang dilihat bermasalah.\u00a0\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif IRIS Institute, Ustaz Syed Ahmad Israa\u2019 Syed Ibrahim\n\n\n\u201cDalam erti kata lain, pilihan raya di tempoh itu, masyarakat memilih untuk membuang apa yang mereka tak mahu sama ada sebab faham atau tidak, itu satu isu juga. Masyarakat tidak memilih untuk menaikkan apa yang mereka sebenarnya mahu untuk masa depan negara dan bangsa.\u201d \u2013 Ustaz Syed Ahmad Israa\u2019 Syed Ibrahim / Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute\n\n\nSyed Ahmad Israa\u2019 juga yakin sentimen pelabur tidak akan terjejas sekiranya berlaku pilihan raya serta perubahan Kabinet.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSurat Tommy kepada kumpulan Sulu tidak dapat persetujuan Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nAmirudin menghadap Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP Akan Tarik Lesen Subsidi Pengilang Seludup Minyak Masak\n\n\n\n\n\n\n10 terkorban, 20 cedera serangan kejam Israel di Tebing Barat\n\n\n\n\n\n\nPolis larang terbangkan dron di kawasan tumpuan PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas beliau, ini kerana pelabur telah memiliki kepercayaan terhadap kredibiliti Malaysia sebagai proses mencari pemimpin kuat untuk meneruskan kemajuan negara.\u00a0\n\n\nBagaimanapun katanya, \njika muncul satu pemain politik yang berjaya menjadi nakhoda baharu kepada bahtera yang membawa masyarakat kepada satu arus baharu, maka pemain politik itu bakal menghentikan rantaian tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/15/ph-menang-mudah-jika-mca-bertanding-di-alor-setar-umno/", "title": "PH Menang Mudah Jika MCA Bertanding Di Alor Setar \u2013 UMNO", "body": "0\n\n\nSABTU, Alor Setar \n\u2013 UMNO menjangkakan Pakatan Harapan (PH) bakal menang dengan mudah di Parlimen Alor Setar sekiranya Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon daripada MCA di kerusi terbabit.\n\n\n\u00a0\nKetua UMNO bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, keadaan itu dijangka berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk MCA dilihat berdepan kesukaran untuk mendapatkan undi daripada orang Melayu.\n\n\nJusteru, katanya, UMNO Bahagian Alor Setar akan terus mendesak agar kerusi tersebut diserahkan kepada UMNO yang dilihat memiliki peluang lebih cerah menawan Parlimen berkenaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nElak beli pemimpin, undang-undang lompat parti di Sabah perlu disegerakan\n\n\n\n\n\n\nTanah runtuh : 76 kakitangan SPRM diarah keluar\n\n\n\n\n\n\nPeratus Keluar Mengundi Menggalakkan\n\n\n\n\n\n\nMusibah banjir: Jakim anjur solat hajat, doa selamat\n\n\n\n\n\n\nUji kemampuan teknologi siber negara antara cubaan kumpulan penggodam -ATM\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Yusof, beliau yakin \ncalon UMNO sangat sesuai diletakkan di kerusi Parlimen Alor Setar berikutan parti itu berjaya mendampingi kira-kira 44,000 keluarga sejak empat tahun lalu terutama ketika tempoh pandemik COVID-19.\n\n\nMohd Yusof berkata, MCA sepatutnya berlapang dada menyatakan hak parti itu di Parlimen Alor Setar kerana kemenangan calon sepatutnya menjadi keutamaan kepada BN pada PRU15.\n\n\nKatanya, jika wakil MCA dipilih bertanding di kerusi terbabit, pihaknya bercadang menyerahkan jawatan Pengarah Pilihan Raya Parlimen Alor Setar kepada wakil MCA bagi mengelak dakwaan UMNO melakukan sabotaj ketika tempoh kempen.\n\n\nDalam pada itu, beliau tidak kisah walau siapa pun yang menjadi calon parti itu di Parlimen berkenaan kerana tumpuan utama mereka adalah untuk memenangkan kerusi tersebut untuk BN.\n\n\n \n\n\nParlimen Alor Setar dianggap sebagai kerusi tradisi MCA kerana dikuasai parti itu sejak PRU pada 1955, sehinggalah ia dirampas PKR pada PRU13.\n\n\nPada PRU14, PKR mempertahankan kerusi itu dalam saingan tiga penjuru bersama PAS dan BN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/15/ph-tidak-bubar-dun-di-selangor-pulau-pinang-dan-negeri-sembilan/", "title": "PH Tidak Bubar Dun Di Selangor, Pulau Pinang Dan Negeri Sembilan", "body": "0\n\n\nPETALING JAYA, Sabtu\n \u2013 Pakatan Harapan (PH) menetapkan pendirian mereka untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di ketiga-tiga negeri di bawah pentadbiran gabungan tersebut.\n\n\nPengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya membuat keputusan itu bagi memastikan persiapan dibuat bagi menangani banjir di ketiga-tiga\u00a0 negeri terbabit.\n\n\n \n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTerence Gomez Letak Jawatan Ahli Panel SPRM\n\n\n\n\n\n\nHadi tergamak guna dalil agama salah demi kepentingan PAS\n\n\n\n\n\n\nCagaran caruman KWSP bukan penyelesaian \u2013 MTUC\n\n\n\n\n\n\nPemegang taruh agama patut malu kerana perundangan Islam dicabar di negara sendiri\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak boleh iktiraf UEC yang tidak mengikut silibus KPM\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian selepas\n\u00a0Mesyuarat Majlis Presiden PH di ibu pejabat PKR hari ini yang turut hadir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.\u00a0\n\n\nKatanya, keputusan itu dibuat selepas perbincangan diadakan bersama DAP dan Amanah serta wakil rakyat di beberapa negeri terbabit.\n\n\nTegasnya, PH menolak kerakusan pemimpin politik yang mahu kuasa tanpa memikirkan keselamatan rakyat pada musim tengkujuh ini.\n\n\nJusteru, beliau menyeru jentera kerajaan yang sah untuk memberi tumpuan kepada persiapan menangani banjir dan bukannya pilihan raya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/16/ahmad-zahid-nafi-jadi-calon-pm-jika-bn-menang/", "title": "Ahmad Zahid Nafi Jadi Calon PM Jika BN Menang", "body": "0\n\n\nBAGAN DATUK, Ahad\n \u2013 Dakwaan pemimpin pembangkang bahawa\n Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diangkat sebagai perdana menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disangkal Presiden UMNO itu sendiri.\n\n\nAhmad Zahid berkata, UMNO tidak berganjak dengan keputusan mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika BN memenangi PRU-15.\n\n\n\u201cUMNO telah mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri dan itu tidak boleh dipertikaikan lagi. \nNamun kuasa melantik perdana menteri adalah kuasa mutlak kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut perkara 40 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan.\u201d \u2013 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Presiden UMNO\n\n\nDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan beliau sebagai calon Perdana Menteri.\n\n\nTambahnya, jika ada parti pembangkang yang menamakan orang lain daripada Ismail Sabri, beliau menganggap itu adalah usaha untuk mereka memecahkan UMNO dan BN.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk di sini pada Ahad.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Khalid mohon maaf, beza pandangan dengan UMNO\n\n\n\n\n\n\nRamasamy pertikai keahlian MPPK, tunjuk perangai sebenar DAP\n\n\n\n\n\n\nTiada kompromi kepada polis terbabit pertubuhan haram \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\n2 ditahan seludup 1,382 bungkus sosej sejuk beku dari negara jiran\n\n\n\n\n\n\nPAS Masih Harapkan Kerjasama UMNO Dalam MN\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 14 April lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri menjadi calon perdana menteri pada PRU15.\n\n\nBeberapa UMNO bahagian yang mengadakan mesyuarat perwakilan pada Sabtu dan Ahad turut mengemukakan usul agar Ismail Sabri dicalonkan sebagai perdana menteri jika BN menang pada PRU15."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/16/gerakan-tanah-air-alternatif-rakyat-muak-politik-korup/", "title": "Gerakan Tanah Air Alternatif Rakyat Muak Politik Korup", "body": "0\n\n\nTEMERLOH, Ahad \u2013\n Gerakan Tanah Air (GTA) dianggap bukan gerakan parti semata-mata sebaliknya parti gerakan rakyat.\u00a0\n\n\nPengerusi GTA Negeri Pahang, Aminuddin Yahaya berkata, GTA membawa konsep baharu dipelopori oleh gerakan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Gagasan Bangsa sebuah parti politik kemahuan rakyat.\u00a0\n\n\nAminuddin berkata, rakyat mempunyai alternatif selepas muak akan senario dan tindakan pemimpin politik yang tiada kredibiliti.\u00a0\u00a0\n\n\n\u201c\u2026Dan hari ini GTA memberikan alternatif kepada rakyat kita akan angkat suara rakyat, saya dah berjuang dalam NGO lama, apa saya tak buat lagi? Sudah pergi istana, agensi kerajaan , tapi apa saya suarakan tanyakan Sabrina dan Khaidir, ini bukan semakin baik tetapi semakin rosak dan dirosakkan\u201d \u2013 Aminuddin Yahaya/ Pengerusi Gerakan Tanah Air Negeri Pahang\n\n\nAminuddin Yahaya berucap ketika Himpunan Gerakan Tanah Air (GTA) Negeri Pahang di Temerloh Pahang, semalam.\n\n\nTambahnya, pembelajaran agama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ditukar kepada peradaban dan etika membawa kerosakkan pemikiran liberal dan akidah yang dipegang sebelum ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTambah Baik Sistem Tidak Lestari & Tidak Mesra Pengguna \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n306 Sampel Kes Positif Mungkin Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\n1.75 juta kenderaan dijangka memasuki ibu negara malam ini\n\n\n\n\n\n\nTiada kerusi bertanding, MCA dan MIC wajar keluar BN\n\n\n\n\n\n\nKhidmat imam luar negara tidak dibenarkan ketika tarawih di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAgama kita makin ditekan hari ini pembelajaran agama di IPT telah ditukar kepada peradaban dan etika dah tak ada dah jadi jangan heranlah pelajar IPT nanti ada pemikiran liberal yang tidak lagi berpegang pada akidah yang kita pegang sebelum ini , kerana ditanam dengan idea-idea lain.\u201d \u2013 Aminuddin Yahaya/ Pengerusi Gerakan Tanah Air Negeri Pahang\n\n\nAminuddin berkata, bangsa Melayu akan menjadi pengemis kepada bangsa lain disebabkan jurang ekonomi antara melayu dan bangsa lain semakin tinggi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/16/i-guru-nasihat-penjawat-awam-guna-saluran-betul-suarakan-pendapat/", "title": "i-Guru Nasihat Penjawat Awam Guna Saluran Betul Suarakan Pendapat", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad\n \u2013 Seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Fadli atau nama sebenar Mohd Fadli Salleh berhadapan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana sering menegur berkaitan isu persekolahan.\n\n\nAntara tegurannya ialah isu beg berat, silibus tinggi dan padat, bilangan murid yang ramai dalam kelas, subjek yang banyak, masa belajar untuk subjek teras singkat dan adanya \u2018Little Napoleon\u2019 dalam sistem pendidikan.\n\n\nSemalam, Cikgu Fadli memuat naik di Facebooknya surat yang ditandatangani\u00a0 Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Sokongan\u00a0 (No.1) Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof.\n\n\nHantaran Cikgu Fadli\n\n\nSurat yang dimuat naik Cikgu Fadli di Facebooknya\n\n\nSurat berkenaan menyatakan \n\u2018tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat\u2019 yang melibatkan tiga pertuduhan terhadap Cikgu Fadli selepas guru berkenaan lantang menegur silibus sistem pendidikan di laman Facebooknya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 dibayar 25 April\n\n\n\n\n\n\nKJ keterlaluan, Hishammuddin membelakang parti\n\n\n\n\n\n\nUcapan berbaur perkauman, Lim Guan Eng disiasat bawah Akta Hasutan\n\n\n\n\n\n\nKristian mahu memperdaya umat Islam, damba kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nWanita Rusia ceroboh Menara Merdeka 118 kongsi pengalaman di Twitter\n\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan itu, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin menyatakan hasrat untuk berjumpa sendiri dengan Cikgu Fadli berhubung tindakan tatatertib yang dihadapinya.\n\n\nMengulas lanjut,\u00a0 Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Ustaz Azizee Hassan menasihatkan agar penjawat awam menggunakan saluran yang betul bagi menyuarakan pandangan khususnya guru bagi mengelakkan salah faham di antara institusi dan majikan.\n\n\n\u201cSaya melihat dalam isu ini, mana-mana penjawat awam terikat dengan etika penjawat awam, dan beliau perlu menjaga intergriti dan kredibiliti sebagai penjawat awam. Sekiranya mana-mana guru atau institusi tidak berpuas hati ataupun ingin menyampaikan pelbagai cadangan dan kritkan eloklah gunakan saluran yang betul bagi mengelakkan salah faham kepada institusi ataupun kepada majikan yang dia bekerja dibawahnya.\u201d\u00a0\n\n\n\u201cGuru tersebut sekiranya beliau merasakan beliau di pihak yang benar bawalah ke pihak mahkanah sama ada beliau itu benar ataupun tidak dan tindakan beliau itu sebenarnya akan memikul risikonya sendiri kerana menyaman pihak pengurusan iaitu pihak KPM.\u201d- Ustaz Azizee Hassan / Presiden i-Guru\n\n\nMenurut Ustaz Azizee lagi, tindakan KPM yang meminta Cikgu Fadhli untuk tunjuk sebab dan memberi amaran untuk memberhentikan beliau adalah bukan semberono setelah melalui tapisan dan kerja yang ketat melalui kes disiplin oleh mana-mana guru.\u00a0\n\n\n\u201cBerkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh cikgu Fadhli berkenaan surat yang ditularkan tentang pihak KPM untuk tunjuk sebab dan juga memberi amaran untuk memberhentikan sebagai seorang guru, proses dikenakan tindakan tatatertib kepada mana-mana guru adalah proses yang rumit dan memerlukan fakta dan data yang jelas dan bila KPM membuat satu tindakan ia bukan semberono setelah melalui tapisan dan kerja yang ketat melalui kes disiplin oleh mana-mana guru.\u201d- Ustaz Azizee Hassan / Presiden i-Guru\n\n\nMengulas lanjut, beliau turut menegaskan agar semua guru mematuhi etika penjawat awam dengan menggunakan cara dan platform yang betul untuk menyampaikan pandangan\u00a0\n\n\nPenggunaan media sosial perlu dielakkan bagi membina justifikasi negatif kerana perkara tersebut boleh mendedahkan kepada tindakan tatatertib.\n\n\nBeliau juga mendakwa berkenaan isu berbangkit seperti subjek Matematik dan jadual pembelajaran yang padat telah dilakukan sebaiknya mengikut percaturan KPM."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/16/perhalusi-cadangan-penjawat-awam-tambah-baik-sistem-pendidikan/", "title": "Perhalusi Cadangan Penjawat Awam, Tambah Baik Sistem Pendidikan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0\nMeskipun penjawat awam tertakluk kepada peraturan lisan atau bertulis khususnya membabitkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan mengenai sesuatu isu tetapi pandangan yang dilontar atau teguran mereka perlu dinilai terlebih dahulu.\n\n\nPensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, cadangan yang baik boleh diperhalusi Kementerian Pendidikan dan menambah baik sistem atau dasar yang dilihat wujud kelompongan demi kualiti pendidikan pelajar.\n\n\n\u201cSebagai penjawat awam memang semua penjawat awam tertakluk kepada peraturan yang telah sedia ada berkaitan dengan larangan memberikan kenyataan media itu kita faham dan mengakui wujud perkara itu bagaimanapun peraturan itu harus dilihat secara lebih menyeluruh tentang apa yang disebut oleh penjawat awam tersebut sebelum kita boleh mengambil tindakan kepada beliau.\u201d Dr Anuar Ahmad / Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, UKM\n\n\nDr Anuar Ahmad / Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, UKM\n\u00a0\n\n\nTambahnya isu yang diutarakan Cikgu Fadli berhubung isu silibus \u2018kayangan\u2019 tahun 1 terutamanya berkaitan subjek Matematik, jadual padat dan isu beg sekolah berat adalah perkara lama yang dibangkitkan.\n\n\nMalah katanya, KPM sendiri dan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Md Jidin sedang berusaha menyelesaikan isu beg sekolah berat dan semakan kurikulum sekolah rendah dan menengah akan dilakukan atas dakwaan mata pelajaran terlalu sukar untuk pelajar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perluas bantuan e-dompet mahasiswa\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Akur Telunjuk Barat, Ikut Budaya Masyarakat Setempat\n\n\n\n\n\n\nIbu kandung, bapa tiri didakwa eskploitasi seks anak perempuan OKU\n\n\n\n\n\n\nMuat turun aplikasi Saudi Visa Bio untuk urusan visa haji\n\n\n\n\n\n\nMalaysia salur lebih AS$2 juta kepada Turkiye, Syria\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi apa yang disebut oleh cikgu Fadli ini pada saya adalah isu yang telah diketahui oleh semua pihak oleh masyarakat, ibu bapa, guru-guru malah diperakui dan disahkan sendiri oleh pihak KPM jadi mengapa guru ini nak dikenakan tindakan kepada sesuatu yang memang semua orang dah tahu?\u201d-Dr Anuar Ahmad / Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, UKM\n\n\nSehubungan itu katanya, keputusan untuk mengenakan tindakan tatatertib kepada Cikgu Fadli perlu dinilai semula kerana beliau dianggap tiada niat untuk memburukkan KPM mahupun mengeluarkan kenyataan berbaur politik.\n\n\n\u201cTidak perlu mengambil tindakan tatatertib membuang kerja saya rasa itu terlalu keras sedangkan apa yang disampaikan oleh beliau tidaklah bersifat politik atau tujuan menjatuhkan reputasi tidak. Itu adalah pandangan beliau sebagai seorang guru sebagai ayah untuk melihat sistem pendidikan kita menjadi lebih baik penambahbaikan dilakukan dan kalau kita tengok rekod yang diberikan pun dia adalah guru yang baik cemerlang disukai oleh guru, pelajar-pelajar oelh ibu bapa bagi saya tidak adil kalau kita nak lihat kenyataan itu sebagai mengkritik KPM terus kita menganggap dia bersalah dan perlu dijalankan tindakan saya rasa kita kena lebih berlaku adil.\u201d \u2013 Dr Anuar Ahmad / Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, UKM\n\n\nSebelum ini tular surat yang dikeluarkan oleh KPM kepada Cikgu Fadli Mohamed Salleh bertajuk \u2018tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat\u2019 yang melibatkan tiga pertuduhan terhadap Mohd. Fadli selepas guru berkenaan lantang menegur silibus sistem pendidikan di laman Facebooknya.\n\n\nHantaran Facebook Cikgu Fadli\n\n\nSurat yang diterima Cikgu Fadli dari KPM\n\n\nAntara teguran yang dikemukakan adalah isu beg berat, silibus tinggi dan padat, bilangan murid yang ramai dalam kelas, subjek yang banyak dan masa belajar untuk subjek teras adalah singkat.\n\n\nHantar Cikgu Fadli di Facebooknya mendapat perhatian menteri pendidikan dengan menyatakan hasrat untuk berjumpa bagi mendapatkan maklum balas berhubung silibus matematik daripada guru subjek itu.\n\n\nBagaimanapun, Mohd. Fadli mempersoalkan keprihatinan Radzi yang baru timbul sedangkan beliau sudah lama memperjuangkan isu berkaitan sekolah sejak sekian lama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/20/pengintip-israel-hukuman-berat-kepada-tali-barut-israel/", "title": "Pengintip Israel : Hukuman Berat Kepada Tali Barut Israel!", "body": "0\n\n\nBANGI, 19 OKT 2022 \u2013\u00a0\u00a0\nHeret pengintip Israel ke muka pengadilan dengan hukuman tegas.\n\n\nDemikian desakan dinyatakan kepada pihak berkuasa supaya hukuman setimpal dan tindakan lebh keras\u00a0 bagi mengelak\u00a0 kejadian seumpamanya berulang lagi.\n\n\n Pengurus Aman Palestin Cawangan Temerloh, Ustaz Ahmad Nu\u2019man Mazlan\u00a0 menyifatkan\u00a0 kesediaan warga tempatan menjadi tali barut Zionis itu satu sikap yang sanggup memperjudikan saudara seIslam sendiri demi mengaut wang semata-mata.\n\n\nMalah pembabitan rakyat tempatan sebagai tali barut Israel ini\u00a0 secara tidak langsung memperlihatkan ancaman keselamatan kepada warga Palestin di negara ini dan juga bagi masyarakat Islam Malaysia amnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDana RM600 bilion: Tengku Zafrul belum dipanggil SPRM\n\n\n\n\n\n\nSuhakam setuju hukuman mati mandatori dimansuhkan\n\n\n\n\n\n\n48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara\n\n\n\n\n\n\nTanah runtuh : 76 kakitangan SPRM diarah keluar\n\n\n\n\n\n\nFelcra laksana Transformasi 3.0, kukuhkan keterjaminan makanan negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAncaman Zionis dan Israel ini kini bukan sahaja dilihat di seluruh dunia, di Palestin tapi juga di negara kita sendiri di mana sewenang-wenangnya mereka mudah merekrut rakyat tempatan dan bertindak melakukan operasi jahat Zionis setelah dibayar .\u201d \u2013 Pengurus Aman Palestin Cawangan Temerloh, Ustaz Ahmad Nu\u2019man Mazlan\u00a0 \n\n\nKatanya lagi, umat Islam di Malaysia pasti tidak mahu\u00a0 rakyat di negara ini\u00a0 menjadi tali barut ejen Isr4el dengan menculik dan \nmenangkap rakyat Palestin yang sepatutnya mereka saudara SeIslam yang sepatutnya dipertahankan.\n\n\n\u201cKita tidak mahu rakyat kita menjadi tali barut untuk menangkap dan menculik rakyat Palestin yang sepatutnya saudara seIslam yang perlu dipertahankan. Perkara ini harus disiasat secara menyeluruh oleh pihak berkuasa dan harap pihak berkuasa memperketatkan dan memantau gerak-geri pihak yang mahu mengganggu keselamatan negara, dan ia mendatangkan kerisauan kepada rakyat\u201d. \u2013 Pengurus Aman Palestin Cawangan Temerloh, Ustaz Ahmad Nu\u2019man Mazlan\u00a0 \n\n\n\u00a0\n\n\nBagaimana pun Nuqman pasti pihak berkuasa telah berjaya mengesan mereka dan kes ini pun telah di hadapkan ke mahkamah dan diharap hukuman yang berat boleh dijadikan iktibar kepada mana-mana rakyat tempatan untuk tidak menjadi\u00a0 api dalam sekan kepada saudara Islam di Palestin.\n\n\nTindakan Polis Diraja Malaysia juga diharap akan diperketatkan dalam pemanatauan gerak geri rakyat tempatan yang menjadi\u00a0 ejen asing.\n\n\nTambah Nuqman mereka yang terbabit juga perlu didedahkan kepada masyarkat umum kerana\u00a0 pelaku terbabit menggangu keselamatan negara.\n\n\nApapun beliau bersyukur\u00a0 dengan kejadian ini\u00a0 masih ada kesedaran isu Palestin dalam kalangan rakyat Malaysia\u00a0 dan isu sebegini harus terus diperkasa untuk rakyat terus menolak sebarang unsur zionis dalam negara.\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nIsrael semakin berani mencabar kedaulatan negara dengan merekrut rakyat tempatan bersubahat\u00a0 menculik dan menangkap warga Palestin di negara ini. Tindakan dan hukuman\u00a0 tegas perlu dikenakan kepada pengintip Israel warga tempatan.-\u00a0 Pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia \u2013 Nadir Al-Nuri.\n\n\n\u00a0\n\n\nSementara itu Nadir Al-Nuri, Pengasas \nPersatuan Cinta Gaza Malaysia \nturut menyatakan kekesalan terhadap serangan yang dilakukan oleh suspek warga tempatan ke atas warga Palestin di ibu negara.\n\n\n\u00a0\n\n\nKatanya dalam hantaran di \naplikasi telegramnya, \n\u00a0Mossad semakin berani\u00a0 mencabar kedaulatan negara dengan menggunakan aset lokal.\n\n\nMalaysia yang dulunya menjadi tempat selamat bagi masyarakat Palestin kini semakin terancam.\n\n\nDan memetik portal \nmalaysiakini\u00a0\n kes\u00a0 melibatkan operasi Israel memburu aset Hamas, kumpulan bersenjata Palestin, di bumi Malaysia telah dibawa ke mahkamah, kata PDRM ketika dihubungi.\n\n\nUjarnya lagi tiada maklum balas buat masa ini memandangkan kes telah dituduh di mahkamah.\n\n\nTV Pertiwi juga yang menghubungi Bahagian Komuniasi Bukit Aman berkata setakat ini suspek kes berkenaan telah dibawa ke mahkamah dan sebarang perkembangan mengenainya akan dimaklumkan.\n\n\nPada Selasa akhbar newsstraitstime melaporkan ejen Mossad satu ejen perisikan Israel terdiri daripada rakyat tempatan menjalankan operasi mengesan Hamas yang dilabel Yahudi sebagai pengganas.\n\n\nMereka \ndirekrut dan diupah sebanyak RM120,000 untuk membantu rejim Yahudi memburu rakyat Palestin, t\nerutama yang\u00a0 mempunyai hubungan dengan Hamas dan sayap bersenjatanya, Briged Izz ad-Din al-Qassam.\n\n\nInfografik NST mengenai kejadian penculikan dua warga Palestin pada 28 September lalu.\n\n\nDalam kejadian 28 september lalu,\u00a0 jam 10 malam\u00a0 dua pakar pengaturcaraan komputer Palestin memasuki kenderaan berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur selepas makan malam di sebuah pusat beli-belah.\n\n\n\u00a0\nNST\n melaporkan\u00a0 pakar berkenaan ditangkap untuk Israel mendapatkan maklumat dan mengetahui pengalaman lelaki\u00a0 berkenaan dalam pembangunan aplikasi komputer, kekuatan Hamas membangunkan perisian, informasi mengenai anggota Briged al-Qassam dan kekuatan mereka.\n\n\nDan soal siasat pihak berkuasa yang dijalankan selama kira-kira sehari menggerakkan satu serbuan pihak berkuasa Malaysia ke tempat kurungan dan menahan mereka yang didakwa bertanggungjawab menculik mangsa.\u00a0\n\n\nDifahamkan ketika polis menyelamatkan lelaki Palestin tersebut, dia mengalami pelbagai kecederaan.\n\n\nhttps://www.youtube.com/watch?v=Qe9ZmYVUo28\n\n\nIni bukan kali pertama kejadian membabitkan rakyat Palestin.\u00a0\n\n\nPada tahun 2018, jurutera elektrik kelahiran Gaza, Fadi Mohammed al-Batsh ditembak mati oleh dua penunggang motosikal ketika menuju ke masjid untuk menunaikan solat subuh di Kuala Lumpur.\u00a0\n\n\nKejadian itu juga dipercayai dijalankan oleh agensi perisikan Israel.\n\n\nENDS"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/22/gerakan-tanah-air-mula-bincang-kerjasama-dengan-perikatan-nasional/", "title": "Gerakan Tanah Air Mula Bincang Kerjasama Dengan Perikatan Nasional", "body": "0\n\n\n \nBANGI, Sabtu \u2013 \nGerakan Tanah Air (GTA) sudah memulakan perbincangan bersama Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerjasama yang mungkin dijalinkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nGerakan Tanah Air (GTA) mengesahkan perbincangan bersama Perikatan Nasional (PN) sudah dimulakan bagi melihat kemungkinan jalinan kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).\n\n\nTimbalan Pengerusi GTA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kedua-dua pihak masih berusaha untuk mencapai persefahaman sebelum perbincangan secara rasmi dapat dilaksanakan.\n\n\n\u00a0\n \u201cPerbincangan masih di peringkat awal yang mana kita masih perlu menentukan konsep gabungan berkenaan dan setakat ini, respon PN adalah positif.\u201d \u2013 Datuk Seri Mukhriz Mahathir / Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air\n\n\nKatanya, perbincangan berkenaan baru sahaja menerusi peringkat awal namun respon pihak Perikatan Nasional kelihatan memberangsangkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 negeri Johor dibentang esok\n\n\n\n\n\n\n\u2018Kami diserang oleh parti sendiri\u2019 \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\nSultan Hassanal Bolkiah adakan lawatan khas ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nJemaah Haji Kongsi Pengalaman Manis Setelah 2 Tahun Pandemik\n\n\n\n\n\n\nHenti bertelagah, bergerak ke hadapan untuk menyatupadukan rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Berita Harian, beliau berkata kerjasama itu mampu dicapai sekiranya kedua-dua pihak dapat mengetepikan perbezaan pendapat serta cuba menetapkan matlamat dalam memastikan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU15.\n\n\nDatuk Seri Mukhriz Mahathir / Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air\n\n\n\u201cKita melihat kerjasama ini boleh dibuat dalam bentuk gabungan politik (GTA dan PN), tetapi ia berkemungkinan agak sukar kerana kesuntukan masa. Tetapi mungkin boleh dibuat kerjasama dalam menghadapi pilihan raya jika kedua-dua pihak melihat kerosakan bakal dibuat BN dan UMNO sekiranya kembali mendapat kuasa,\u201d \u2013 Datuk Seri Mukhriz Mahathir / Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air\n\n\n\u00a0\nMenurut Mukhriz, gabungan tersebut perlu dilakukan segera selepas capai persetujuan berikutan kesuntukan masa bagi penamaan calon PRU15 yang diadakan pada 5 November ini.\n\n\nTambahnya, kedua-dua belah pihak perlu melihat kemudaratan yang akan terjadi jika BN dapat membentuk kerajaan selepas PRU15 nanti.\n\n\nSebelum ini, Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, pihaknya sedang mempertimbangkan kerjasama dengan PN bagi menghadapi PRU15.\n\n\nKatanya, pihaknya sedia bekerjasama bersama PN jika gabungan itu boleh sependapat dengan GTA serta tidak terbabit dengan perkara bertentangan dasar dan prinsip."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/22/kerjasama-umno-pas-tidak-kesampaian-tuan-ibrahim/", "title": "Kerjasama UMNO & PAS Tidak Kesampaian \u2013 Tuan Ibrahim", "body": "0\n\n\n BANGI, Sabtu \u2013\n\u00a0Kerjasama UMNO-PAS mencapai jalan buntu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berikutan tiada kata sepakat yang boleh dicapai sehingga kini.\n\n\nTiada kata sepakat antara UMNO dan PAS sekali gus memberi bayangan tiada kerjasama antara kedua-dua parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15.\n\n\nLapor Awani, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, UMNO mendakwa PAS tiada pendirian kerana memilih untuk bersama dengan BERSATU dan tidak berpihak kepada UMNO.\n\n\nKatanya, UMNO sepatutnya melihat kerjasama berkenaan dalam kerangka yang lebih besar.\n\n\nTimbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man\n\n\nJelasnya, mereka mengimpikan penyatuan di antara PAS, UMNO dan BERSATU bagi membentuk sebuah gagasan yang kuat dalam menghadapi PRU-15 namun menemui jalan buntu meskipun sudah hampir tiga tahun.\n\n\nTegasnya, PAS adalah parti yang setia dengan rakan, walaupun UMNO menetapkan syarat tertentu yang dianggap tidak munasabah dalam kerjasama berkenaan.\n\n\nBagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan UMNO pasca keputusan pilihan raya umum itu nanti.\n\n\nTerdahulu, PAS memutuskan untuk kekal dengan BERSATU meskipun pernah diberi kata dua untuk memilih UMNO."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/22/manifesto-pru15-perlu-utamakan-isu-infra-pendidikan-sekolah-daif/", "title": "Manifesto PRU15 Perlu Utamakan Isu Infra Pendidikan, Sekolah Daif", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\nManifesto utama yang perlu diangkat oleh semua parti politik adalah isu infra pendidikan dan penyelesaian sekolah daif dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nSelain itu, isu sekolah kurang murid serta sekolah sesak di kawasan bandar juga dianggap wajar diberi perhatian dalam memperbaiki infra pendidikan negara.\n\n\nDr Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\n\n\nPensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, kelemahan sistem pelaksanaan pendidikan dan kekangan kewangan negara jelas mengugat usaha Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.\n\n\nMenurut Dr Anuar, daripada 10,020 buah sekolah kerajaan di negara ini, satu pertiga sahaja sekolah terletak di kawasan bandar dan selebihnya di luar bandar yang tidak diutamakan keadaan infra yang sempurna\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN peroleh manfaat jika UMNO terus goyah\n\n\n\n\n\n\nKes Dera: Jeritan Mangsa Dorong Keinginan Pelaku\n\n\n\n\n\n\nSebutan semula kes Muhyiddin 4 Ogos ini\n\n\n\n\n\n\nIsrael serang Gaza awal pagi Khamis\n\n\n\n\n\n\nPenyelewengan Zakat MAINS, PDRM buka kertas siasatan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHampir dua per tiga daripada sekolah-sekolah kita itu ataupun sekitar 7 ribu buah itu berada di kasan luar bandar dan pedalaman. Dan kita memang sedia maklum, sekolah-sekolah ini berada dalam keadaan yang infranya sangat tidak memuaskan dan sebahagiannya itu adalah sekolah-sekolah yang dalam keadaan yang sangat daif.\u201d \u2013 Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan UKM\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi bagi menjelaskan keadaan infra pendidikan sekolah luar bandar yang perlu diambil perhatian.\n\n\nMengulas lanjut, beliau berkata, negara juga berhadapan dengan isu sekolah kurang murid yang sekali gus menunjukkan elemen pembaziran sumber dan ketidakcekapan dalam urus tadbir sistem pendidikan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cMemang kita mengharapkan kerajaan mengambil serius tentang isu infra ini. Sebab kalau kita bercakap tentang mentransformasikan pendidikan, jadikan sistem pendidikan kita berkualiti dan sebagainya. Tetapi jika infra sekolah ini berada dalam keadaan tidak memuaskan. Ia akan menggagalkan usaha untuk transformasi pendidikan untuk menjadikan sekolah sejahtera dan sebagainya.\u201d- Dr Anuar Ahmad, Pensyarah Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan UKM\n\n\nJelas beliau, negara telah gagal mencapai matlamat yang dihasratkan dalam dokumen yang menunjukkan data-data pencapaian pendidikan yang disasarkan oleh PPPM sehingga tahun 2021."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/22/pelajar-ipt-diberi-5-hari-pelepasan-pulang-mengundi/", "title": "Pelajar IPT Diberi 5 Hari Pelepasan Pulang Mengundi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\n \nKementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan\u00a0 memberi pelepasan selama lima hari kepada pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bermula 17 November ini untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).\n\n\nPerkara itu disahkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar selepas satu surat edaran mengenai pelepasan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk pulang mengundi telah tular di media sosial hari ini.\n\n\nKetua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar \u2013 Harian Metro\n\n\n\u00a0\n\n\nSatu kenyataan media juga telah dikeluarkan oleh KPT yang turut ditandatangani oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dr Noraini Ahmad berikutan isu tersebut.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertikai Pulau Pinang dalam Perlembagaan akan dikenakan tindakan\n\n\n\n\n\n\nSedekah amal jariah okey, tapi sedekah untuk undi rasuah\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Dinasihat Jangan Bergaduh, Segera Ambil Tahu Nasib Rakyat \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nLim Kit Siang sindir gesaan Muhyiddin desak Anwar, Zahid berundur\n\n\n\n\n\n\nSPRM sahkan akaun bank Bersatu dibeku\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut kenyataan itu, tarikh pelepasan akan bermula pada 17 hingga 21 November bagi memberikan waktu untuk pelajar IPT membuat perjalanan pergi dan balik mengundi di negeri masing-masing.\u00a0\n\n\nKenyataan itu juga meminta supaya semua IPT memberi pelepasan kepada pelajar untuk pulang mengundi.\n\n\nTambahnya, semua kelas dan aktiviti pelajar dalam tempoh berkenaan hendaklah ditangguhkan dan diadakan pada suatu tarikh yang lain.\n\n\nKeputusan itu dibuat selaras usaha melaksanakan Undi 18 seperti yang diwartakan oleh kerajaan mengikut Seksyen 3 (a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019.\n\n\nMenurut laporan sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 November, dengan penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala pengundian awal pada 15 November."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/23/banyak-isu-tanah-hutan-korupsi-tak-selesai-punca-negeri-pahang-ketinggalan/", "title": "Banyak Isu Tanah, Hutan & Korupsi Tak Selesai Punca Negeri Pahang Ketinggalan?", "body": "0\n\n\nTEMERLOH, Ahad\n \u2013 Sudah ramai Perdana Menteri dalam kalangan orang Pahang namun, keadaan negeri itu dianggap masih jauh ketinggalan.\n\n\nPengerusi Gerakan Tanah Air Negeri Pahang, Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya menerima pelbagai masalah yang diutarakan rakyat di negeri itu yang menyebabkan mereka mengalami kesannya.\n\n\n\u00a0\u201cSaya yakin ramai sudah tidak tahan dengan sikap kerajaan negeri yang dilihat bermudah-mudah terhadap isu-isu sebegini. Mungkin mereka terlalu selesa dengan kedudukan yang mereka ada.\u201d \u2013 Aminuddin Yahaya Pengerusi Gerakan Tanah Air Negeri Pahang\n\n\nBeliau berkata antara masalah yang dibangkitkan adalah isu tanah iaitu tanah rizab, pemilikan tanah dan pencerobohan, isu integriti dan korupsi, isu pembangunan negeri, isu penjawatan awam negeri dan isu alam sekitar yang melibatkan hutan dan bencana banjir.\n\n\n\u00a0\nAminuddin berkata, pihaknya mengambil serius masalah yang dihadapi oleh rakyat berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nKDN akan bentang kertas kerja bawa keluar tahanan kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nTiada cuti umum 12 Ogos di Selangor\n\n\n\n\n\n\n5 pegawai Sivakumar ditamat perkhidmatan, 1 bertukar jabatan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan wajar kaji semula pemansuhan pelepasan cukai SSPN\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, pihaknya mengalu-alukan sesiapa sahaja terutamanya dalam kalangan persatuan, NGO atau individu-individu perseorangan untuk bersama-sama dengan Gerakan Tanah Air untuk mengembleng tenaga memacu perubahan demi nasib anak-anak Pahang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/23/calon-pn-kelantan-diumum-3-november-guna-logo-pas/", "title": "Calon PN Kelantan Diumum 3 November, Guna Logo PAS", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\n \nPerikatan Nasional (PN) akan mengumumkan semua calon akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di semua 14 kawasan Parlimen di negeri Kelantan pada 3 November depan.\n\n\nPengarah Pilihan Raya PN Kelantan, Zulkifli Mamat, berkata pelancaran jentera pilihan raya juga dijangka dibuat pada tarikh berkenaan serta mengesahkan penggunaan logo PAS pada PRU15 nanti.\n\n\nZulkifli Mamat, Pengarah Pilihan Raya PN Kelantan \u2013 Sumber Utusan Malaysia\n\n\n\u201cKebiasaannya kita akan memperkenalkan calon dan pelancaran jentera dua hari sebelum hari penamaan calon. Insya-Allah tahun ini juga sama. Semua calon PN Kelantan serta dua negeri lagi akan guna logo PAS sebagaimana yang dimuktamadkan sebelum ini,\u201d \u2013 \n Zulkifli Mamat,\n Pengarah\n Pilihan Raya PN Kelantan\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Bilik Gerakan Media PN Kelantan serta kempen secara semuka akan dikekalkan bagi meraih sokongan pengundi untuk memilih PN.\n\n\nTambahnya, lebih 27,000 petugas jentera pilihan raya akan dikerah turun padang mendekati pengundi dalam usaha merebut semua 14 kerusi Parlimen di negeri ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nInspektor wanita tular ditahan polis, satu lagi klip video aksi \u2018garang\u2019 tersebar\n\n\n\n\n\n\nSPNB bina 500 RMR di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nDasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai PM \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nAnnuar gesa henti pertikai pelantikan Anwar sebagai PM\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah nazak, hanya berpaut pada PH \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada masa yang sama PN juga akan mengaktifkan 544 bilik gerakan Unit Daerah Mengundi (UDM) bagi melancarkan gerak kerja sepanjang tempoh berkenaan,\u201d \u2013 Zulkifli Mamat, Pengarah Pilihan Raya PN Kelantan\n\n\nPada masa sama, beliau berkata, PN juga akan mengaktifkan semula bilik gerakan Unit Daerah Mengundi (UDM) serta akan mengadakan sidang media harian di bilik gerakan berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/23/tiga-jawatan-tpm-bakal-dimasukkan-dalam-manifesto-bn-sabah-zahid/", "title": "Tiga Jawatan TPM Bakal Dimasukkan Dalam Manifesto BN Sabah \u2013 Zahid", "body": "0\n\n\nKIMANIS, Ahad\n \u2013 \nBarisan Nasional (BN) mengesyorkan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkumi wakil dari negeri Sabah, Sarawak dan Semenanjung dalam manifesto BN Sabah.\n\n\nPengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan terbabit akan dilaksanakan jika BN mendominasi kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional (BN)\n\n\nMenurut beliau, saranan itu perlu dikemukakan oleh BN Sabah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam membuat pertimbangan.\n\n\n\u201cOleh kerana kerajaan sekarang tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri, hanya ada Menteri-Menteri Kanan. Saya ingin mencadangkan kepada Datuk Seri Bung Mokhtar, mohon kepada Perdana Menteri, letakkan dalam manifesto agar ada jawatan Timbalan Perdana Menteri dari rakyat Sabah.\u201d \u2013 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional (BN)\n\n\nBeliau berkata demikian selepas merasmikan program Gelombang Biru Barisan Nasional Zon 3 melibatkan Kimanis, Papar, Beaufort dan Sipitang, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDUN Pulau Pinang bubar 28 Jun\n\n\n\n\n\n\nAUKU tidak dimansuh, akta baharu ibarat \u2018salin kulit\u2019 sahaja\n\n\n\n\n\n\nApandi tidak layak dapat pampasan, Tun M ada sebab untuk tahu mengapa pampasan dirahsiakan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tawar Khairy bertanding atas tiket BERSATU\n\n\n\n\n\n\nKesihatan Ustaz Azhar Idrus semakin baik\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, cadangan melantik tiga TPM tidak mustahil untuk dilaksanakan berikutan tiada termaktub dalam Perlembagaan serta ia merupakan pendekatan baharu untuk dimasukkan dalam manifesto.\n\n\nAhmad Zahid juga berkata jawatan TPM ini akan menentukan nasib rakyat di negeri Sabah dan Sarawak berikutan tugas mereka yang akan memperjuangkan suara rakyat di negeri masing-masing.\n\n\n\u201cKerana TPM inilah yang akan memperjuangkan nasib rakyat negeri Sabah dengan memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk meminta banyak lagi peruntukan dapat diturunkan di negeri Sabah ini.\u201d \u2013 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional (BN)\n\n\nSehubungan itu, beliau turut mencadangkan agar BN Sabah memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya peruntukan diberikan terus kepada kerajaan Negeri melalui agensi dan jabatan yang melaksanakan.\n\n\nTegas beliau, langkah tersebut adalah untuk memudahkan pelaksanaan peruntukan di peringkat kerajaan Negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/24/pembina-syor-mahasiswa-undi-pos-kurangkan-kos-pulang-ke-kampung/", "title": "PEMBINA Syor Mahasiswa Undi Pos, Kurangkan Kos Pulang Ke Kampung", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n Sebanyak 1.3 juta pelajar institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara dilaporkan mungkin terlepas peluang untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).\n\n\nBimbang dengan peratusan yang sangat rendah kepada pemilih yang akan keluar mengundi ini, Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Muhammad Wafiq Azman mengesyorkan satu tindakan efektif dilakukan bagi memberi peluang para pelajar mengundi pada PRU15.\n\n\nBeliau berkata antara cabaran yang dihadapi adalah pelajar-pelajar yang baru mendaftar di IPT terpaksa kembali semula ke kampung untuk mengundi.\n\n\nKatanya ini, akan memberi kos yang besar kepada mereka untuk pulang ke kampung.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDatuk Dr. Zulkapli \u2013 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu\n\n\n\n\n\n\nSPRM ambil keterangan Ketua Pembangkang\n\n\n\n\n\n\nTurkiye tidak ambil hati Malaysia pilih pesawat buatan Korea\n\n\n\n\n\n\nTiada sekatan mana-mana kaum sertai pasukan beruniform, cuma kurang minat \u2013 Musa Hassan\n\n\n\n\n\n\nAhli Politik Terlibat Dalam Jawatankuasa Khas Rumah Berhala\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, tarikh mengundi PRU15 iaitu pada 19 November ini dilihat serentak dengan majlis konvokesyen sebahagian universiti seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaya (UM).\n\n\nSehubungan itu, pihak UTM telah meminda tarikh baharu majlis konvokesyen berkenaan, namun menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pelajar kerana ada yang sudah membuat tempahan awal tiket perjalanan.\n\n\nKenyataan yang dikeluarkan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di laman Facebook rasmi.\n\n\n\u201cGolongan yang terlibat dengan konvokesyen bertembung dengan tarikh PRU-15. Ini pun salah satu cabaran untuk mereka yang dah beli tiket contohnya dari Sabah Sarawak nak ke Semenanjung dan sebaliknya. Selain itu, mereka yang terpaksa berdepan cabaran adalah mereka yang sudah sambung belajar atau pulang ke kampus tetapi mereka ini duduk di kawasan yang merentas Sabah dan Sarawak, jadi ini semua memainkan kos yang besar.\u201d \u2013 Muhammad Wafiq Azman / Presiden PEMBINA\n\n\nMuhammad Wafiq Azman / Presiden PEMBINA\n\n\nSehubungan itu katanya, IPT boleh membantu pelajar menyediakan bas dan pengangkutan untuk mereka pulang mengundi.\n\n\nBagaimanapun, langkah terbaik dilihat adalah memberi peluang kepada pelajar untuk melakukan undi pos di IPT masing-masing yang dilihat bakal menjimatkan banyak kos.\n\n\n\u201cBantuan daripada IPT boleh diberikan dengan menyedia bas khas untuk pelajar pulang ke kampung halaman turun mengundi. Sefaham saya waktu PKP dulu memang ada usaha daripada KPT untuk bawa pelajar ini pulang ke kampung halaman dan benda itu boleh diurus. Mungkin kita boleh kategorikan buat kaji selidik pelajar-pelajar yang ada kekangan pulang ke kampung untuk turun mengundi nib oleh diberikan peluang untuk pulang ke kampung menggunakan bas university, cadangan kedua ini tertakluk kepada SPR untuk memberikan keperluan pada mahasiswa untuk undi pos tapi setahu saya pendaftaran undi pos hampir tamat so cadangan saya tarikh dilanjutkan untuk undi pos ni kita buat kepada mahasiswa itu lebih baik dan sangat menjimatkan kos berbanding kita memperuntukan kos pengangkutan mereka untuk pulang ke kampung.\u201d \u2013 Muhammad Wafiq Azman / Presiden PEMBINA\n\n\nTambahnya lagi, IPT sangat sesuai dijadikan tempat mengundi pos dan boleh diadakan di dewan-dewan peperiksaan seperti mana program vaksinasi yang dijalankan di IPT sebelum ini.\n\n\nSelain itu katanya, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mahupun swasta boleh memberikan peruntukan khas berbentuk duit atau baucer kepada pelajar yang turun mengundi terutama mereka yang pertama kali mengundi.\n\n\nSementara itu, Wafiq juga turut mengesyorkan agar syarikat penerbangan mahupun pengangkutan darat memberi potongan harga kepada para pelajar menggunakan perkhidmatan tersebut untuk mereka pulang ke kampung mengundi pada PRU-15."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/31/4-kes-baharu-xbb-dicatatkan-di-malaysia/", "title": "4 Kes Baharu XBB Dicatatkan Di Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n \nEmpat kes terbaharu jangkitan sub varian XBB telah dicatatkan ekoran kenaikan gelombang kecil penularan COVID-19 yang merekodkan 0.02 peratus di Malaysia.\n\n\nMenteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, kes XBB tersebut terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan berumur antara 25 hingga 51 tahun dari Selangor dan Negeri Sembilan.\n\n\n\n\nKhairy Jamaluddin / Menteri Kesihatan Malaysia\n\n\n\u201cSemua kes adalah kategori dua dengan gelaja demam, batuk, sakit tekak dan selesema. Hanya satu kes merupakan kes jangkitan semula dan kes-kes ini telah menjalani isolasi selama tujuh hari seperti yang diarahkan di dalam MySejahtera. Semua kontak rapat juga telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan sihat. Justeru orang ramai tidak perlu risau walaupun kes semakin meningkat kerana keadaan adalah terkawal. \u201d \u2013 Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia\n\n\nBeliau berkata, sub-varian XBB merupakan sub-varian Omicron yang telah \nberkembang daripada sub-varian BA.2 Omicron sedia ada, ia merupakan sub-varian \nrecombinant\n daripada sub-varian BA.2.10.1 dan BA.2.75 dengan beberapa mutasi tambahan di \nspike protein\n.\n\n\nMengulas lanjut katanya, sub-varian XBB lebih mudah merebak berbanding sub-varian Omicron yang lain dan dijangka akan menjadi sub-varian dominan menggantikan BA.5 selepas ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan usik perasan orang Melayu \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n23 laporan polis terhadap Guan Eng\n\n\n\n\n\n\nCalon Melayu DAP Hanya Dipergunakan Demi Raih Undi \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nVaksinasi Penuh Bagi Pengembara Luar Termasuk China\n\n\n\n\n\n\nHentikan Bersubahat Dalam Penjualan Arak \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehingga sekararang, masih belum ada bukti tentang perubahan dalam kebolehannya untuk menyebabkan penyakit yang lebih teruk.\n\n\nJumlah kes baharu Covid-19 meningkat sebanyak 16.5 peratus iaitu dari 14,525 kes sejak 23 o hingga 27 Oktober lalu kepada 16,917 kes berbanding minggu sebelum itu.\n\n\nNamun, jumlah kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak 31 peratus iaitu dari 29 kes kepada 20 kes minggu sebelum itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/31/calon-melayu-dap-hanya-boneka-mahdzir/", "title": "Calon Melayu Dap Hanya Boneka \u2013 Mahdzir", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n \nPerletakkan ramai calon Melayu dalam DAP didakwa hanya sebagai boneka untuk menampakkan parti itu sebuah parti majmuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\u00a0\n\n\nDatuk Seri Mahdzir Khalid, Naib Presiden UMNO\n\n\nNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah tersebut hanyalah sebahagian taktik DAP dalam cubaan untuk meraih undi.\n\n\n\u201cTindakan DAP meletakkan ramai calon Melayu pada PRU-15 kali ini hanyalah sebagai boneka bagi menunjukkan parti itu bersifat majmuk dan itu adalah sebahagian strategi dan taktik DAP untuk meraih undi Melayu. Hakikatnya DAP tahu ada antara calon itu tidak ada potensi untuk menang.\u201d \u2013 Datuk Seri Mahdzir Khalid, Naib Presiden UMNO\n\n\nMenurut beliau, tindakan tersebut merupakan perancangan DAP bagi memaparkan imej mereka yang berbilang kaum serta calon tersebut hanya diletakkan di kerusi yang sukar dimenangi.\u00a0\n\n\n\u201cDAP letak saja Melayu sebagai calon kerana bila ada yang bercakap soal calon Melayu, mereka boleh tunjukkan bahawa mereka letakkan peratusan calon Melayu lebih tinggi kali ini. Maka mereka bolehlah kata kepada umum bahawa parti itu memang sudah meletakkan orang Melayu sebagai calon tetapi tak dapat buat apa-apa kerana calon tersebut kalah.\u201d- Datuk Seri Mahdzir Khalid, Naib Presiden UMNO\n\n\nTambahnya, calon Melayu DAP hanya ditempatkan bagi menunjukkan peratusan calon Melayu yang lebih tinggi tetapi hakikatnya calon tersebut tidak mempunyai potensi untuk menang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTukar KM Melaka : \u201cTunggu keputusan rasmi\u201d \u2013 Datuk Rauf\n\n\n\n\n\n\nAgong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nJemaah Tipu Status Kesihatan, Tabung Haji Diarah Siasat Dakwaan\n\n\n\n\n\n\n7 individu diambil keterangan kes buli pelajar\n\n\n\n\n\n\nUMNO tersepit hadapi PRN di enam negeri\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, katanya walaupun calon Melayu kalah, DAP tetap telah menggambarkan kedudukan sama rata kepada semua kaum dalam parti politik itu.\u00a0\u00a0\n\n\nMahdzir berkata demikian selepas merasmikan Himpunan Anggota Kumpulan Pelaksana dan Pesara Kumpulan Pelaksana Pendidikan Padang Terap dan Ketua-Ketua Pembantu Tadbir Peringkat Negeri Kedah, semalam.\n\n\nPada PRU kali ini, DAP bakal menampilkan lebih ramai calon Melayu antaranya Syahredzan Johan di Bangi, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di Lipis, Sheikh Umar Bagharib Ali di Ayer Hitam serta Young Syefura Othman di Bentong.\n\n\nTegas Mahdzir, beliau yakin rakyat negara ini bijak dalam membuat penilaian serta mampu memilih parti yang jujur dan Amanah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/10/31/tiga-tpm-cadangan-tidak-masuk-akal-rosli-ramli/", "title": "Tiga TPM Cadangan Tidak Masuk Akal \u2013 Rosli Ramli", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\n \nCadangan manifesto Barisan Nasional (BN) iaitu mewujudkan tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM) manakala\u00a0 Pakatan Harapan (PH) pula mencadangkan dua TPM.\n\n\nPengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada kenyataan sebelumnya mengumumkan gaji Perdana Menteri akan dikurangkan jika PH menjadi kerajaan walhal mewujudkan dua jawatan TPM tentunya menambah kos perbelanjaan kerajaan.\n\n\nJusteru cadangan itu disifatkan satu bentuk pembaziran.\n\n\nTimbalan Presiden BERJASA, Dato\u2019 Mohd Rosli Ramli berkata cadangan tersebut dikatakan tidak masuk akal serta menyifatkan keputusan yang terkebelakang.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKhairy nasihat pencarum KWSP simpan untuk hari tua, tidak perlu pengeluaran lagi\n\n\n\n\n\n\nAngkuh vokalis The 1975 salahkan penganjur, mengapa undang dia?\n\n\n\n\n\n\nKekalkan TMJ \u2013 Kim Pan Gon\n\n\n\n\n\n\n10 Exco kerajaan negeri Melaka angkat sumpah\n\n\n\n\n\n\nKerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, jawatan TPM ini hanya akan menjadi suatu bentuk beban kewangan kepada kerajaan serta terdapat perkara yang wajar difokuskan selain mewujudkan jawatan baru.\n\n\n\u201cSekiranya jawatan Timbalan Perdana Menteri diwujudkan terlalu banyak ini, ia akan menambahkan kos kepada kerajaan. Dalam suasana hari ini dalam keadaan negara kita tidak stabil, dari segi kewangannya, kita hendak menambahkan lagi jawatan Timbalan Perdana Menteri yang mana bila wujud jawatan Timbalan Perdana Menteri, ada banyak lagi jawatan-jawatan yang perlu diiringi dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri.\u201d \u2013 Dato\u2019 Mohd Rosli Ramli, Timbalan Presiden BERJASA\n\n\nTambahnya, jawatan TPM ini memerlukan kos peruntukan yang banyak termasuk kos naik taraf pejabat, pelantikan pegawai-pegawai khas serta sistem kawalan keselamatan yang ketat.\n\n\nTegas beliau, cadangan TPM ini dikatakan tidak logik serta tidak sewajarnya diwujudkan kerana masih ada Menteri yang bertanggungjawab mengendalikan portfolio pembangunan di Sabah dan Sarawak.\n\n\n\u201cJadi ini satu cadangan yang terkebelakang. Yang mana dengan tujuan untuk berfungsi sebagai jawatan-jawatan ini, bagi negeri di Sabah dan Sarawak, ianya adalah satu yang boleh dikatakan tidak logik kerana kita ada Menteri-Menteri yang bertanggungjawab kepada portfolio yang berkaitan dengan pembangunan negara yang boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut\u201d \u2013 Dato\u2019 Mohd Rosli Ramli, Timbalan Presiden BERJASA\n\n\nMengikut laporan sebelumnya, cadangan tiga TPM itu telah diletakkan dalam manifesto BN seperti dinyatakan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui ucapannya di Program Gelombang Biru Barisan Nasional Zon 3 pada Ahad.\u00a0\n\n\nManakala PH menerusi Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula meletakkan dua jawatan TPM dalam manifesto PH ketika ditemui media selepas Jelajah PH Sabah di Sandakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/07/aminuddin-mahu-bantu-selesaikan-masalah-pendidikan-penduduk-setempat-temerloh/", "title": "Aminuddin mahu Bantu Selesaikan Masalah Pendidikan Penduduk Setempat Temerloh", "body": "0\n\n\nTEMERLOH, Isnin-\n Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan calon Parlimen Temerloh pada jam 1.10 tengah hari pada Sabtu.\n\n\nBagi Calon 04 Gerakan Tanah Air, Parlimen Temerloh, Aminuddin Yahaya berkata pihaknya akan memperjuangkan isu ekonomi dan masalah penduduk setempat untuk diselesaikan dan akan membantu sebaik mungkin penduduk di temerloh.\n\n\n\n\u201cKita selepas majlis penamaan calon kita akan turun ke kawasan menggerakan jentera kita berkempen. Kita khusus isu ekonomi berkenaan peluang pekerjaan golongan muda dan terdapat masalah yang timbul seperti infrastruktur maslah air. Ini masalah kita akan bawa dan cerita perancangan kita pada pengundi di temerloh ini.\u201d \u2013 Aminuddin Yahaya / Calon Gerakan Tanah Air Parlimen Temerloh\n\n\nAminuddin Yahaya (dua dari kiri) bersama calon Gerakan Tanah Air DUN Mentakab, DUN Lanchang dan DUN Kualan Semantan semasa penamaan calon\n\n\nBeliau berkata demikian selepas penamaan calon bagi Parlimen Temerloh di Dewan Tun Razak, Temerloh.\n\n\nP.088 Temerloh menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Gerakan Tanah Air (GTA), Aminuddin Yahaya, Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, Perikatan Nasional, Salamiah Mohd Nor dan Pakatan Harapan Mohd Hasbie Muda.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTanah runtuh : 76 kakitangan SPRM diarah keluar\n\n\n\n\n\n\nPutra desak Guan Eng umum siapa didakwa ekstremis\n\n\n\n\n\n\nPKR tarik balik penggantungan keahlian Iswardy\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful fail notis, afidavit ketepi tuduhan rasuah\n\n\n\n\n\n\nUMNO wajar jelaskan dasar parti kepada ahli \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\nManakala bagi, DUN Lanchang membabitkan lima penjuru iaitu, Kolonel Zaini Mohamad (GTA), Datuk Razmi Sudin (BN), Rosli Ismail (PH), Hasan Omar PN dan Abdul Jamil Yakob (Parti Rakyat Malaysia).\n\n\nDUN Kuala Semantan, empat penjuru iaitu Syafiq Khaidir (GTA), Datuk Nor Azmi Md Ludin (BN), Azizul Shah Mohd Noor (PH) dan Hasanudin Salim (PN).\n\n\nDi DUN Mentakab, meletakkan calon Abdul Wahab Kadir (GTA), Wong Tze Shang (BN), Woo Chee Wan (PH) dan Mohd Yusof Abdullah (PN)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/08/budaya-politik-wang-lahir-pemimpin-tidak-berintegriti-teraju-negara/", "title": "Budaya Politik Wang Lahir Pemimpin Tidak Berintegriti Teraju Negara", "body": "0\n\n\nTAMPIN, Ahad\n \u2013 \nPenggunaan wang selalu dikaitkan dalam arena politik di Malaysia setiap kali menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) yang menjadi tonggak utama untuk memancing undi daripada rakyat sekali gus menjadi punca integriti negara tercalar.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, perkara ini tidak asing lagi dalam kalangan ahli-ahli politik yang tamak dengan kuasa dan jawatan sanggup menabur puluhan sehingga boleh mencecah ribuan ringgit kepada rakyat demi kepentingan mereka untuk menang dalam pilihan raya.\u00a0\n\n\nCalon Gerakan Tanah Air (GTA) Parlimen Tampin, Ustaz Zamani Ibrahim berkata budaya politik wang ini juga mampu memusnahkan sistem negara sedia ada, melahirkan seorang pemimpin yang tidak berintegriti dan secara tidak langsung rakyat menjadi mangsa.\u00a0\n\n\n\u201cSaya memang mengakui bahawa politik wang ini boleh menghancurkan negara. Sistem negara akan rosak sebab semua sistem negara yang disusun atur akan dapat dimusnahkan dengan wang. Wang itu lah akan merosakkan sistem itu sendiri.\u201d \u2013 Ustaz Zamani Ibrahim / Calon Gerakan Tanah Air (GTA) Parlimen Tampin\u00a0\n\n\nUstaz Zamani, Presiden BERJASA melambai kepada peniaga sekitar kawasan pasar malam di Tampin.\n\n\nTambah Ustaz Zamani, sebagai seorang pemimpin sepatutnya mereka memberi peluang kepada rakyat untuk bijak memilih ahli-ahli politik yang berwibawa dan mampu meneraju negara dengan cara bersih dan tidak menggunakan wang sebagai sogokkan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid patut jaga MCA bukan DAP\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Kesal Tindakan Enam Anggota LPPR\n\n\n\n\n\n\nProjek tambak laut: Hanya satu pulau dibina\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah ALLAH: Saifuddin dakwa Muhyiddin tidak hormati nasihat Majlis Raja-Raja\n\n\n\n\n\n\nRonnie Liu mohon tamatkan keahlian bersama DAP\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui di Pejabat BERJASA Tampin di Gemencheh, Negeri Sembilan pada Ahad. \n\n\nJelas beliau, budaya politik wang ini bukan sahaja melahirkan seorang pemimpin tidak berintegriti bahkan mereka juga akan menjadi pemimpin korup yang merampas hasil negara untuk kepentingan peribadi.\n\n\nPerkara ini juga perlu dibendung berikutan ia melibatkan imej dan nama negara di mata dunia secara langsung dapat melindungi dari menjadi negara tidak bermaruah dan terkenal dengan gejala rasuah yang berleluasa.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Ustaz Zamani turut mencadangkan supaya kursus integriti oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) diperluaskan lagi kepada peringkat menteri-menteri serta wakil rakyat dan bukan hanya melibatkan pegawai-pegawai kerajaan sahaja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/08/ismail-sabri-perlu-hati-hati-khuatir-ditipu-bn-shahidan/", "title": "Ismail Sabri Perlu Hati-hati, Khuatir Ditipu BN \u2013 Shahidan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin\n \u2013 \nParti-parti politik seperti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) telah pun ketengahkan calon bakal perdana menteri mereka sementera Barisan Nasional (BN) masih lagi mendiamkan diri.\u00a0\n\n\nCalon PN Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan rasa khuatir beliau terhadap nasib Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang merupakan \u2018poster boy\u2019 bagi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.\u00a0\n\n\nBeliau berkata BN yang diterajui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu tidak lagi mencanangkan nama Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri sekiranya mereka menang dalam PRU15.\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDatuk Seri Shahidan Kassim beramah mesra dengan penduduk Kampung Rambai, Pauh, Arau, Perlis.\n\n\n\u00a0\n\n\nShahidan yang juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan memaklumkan Ismail Sabri perlu berhati-hati dengan BN dan bimbang beliau akan ditipu oleh parti berkenaan.\n\n\n\u201cYa saya pun tak faham, sepatutnya calon bakal perdana menteri BN adalah Ismail Sabri, tapi nampak mereka macam diamkan saja. Saya rasa Ismail Sabri kena berhati-hati di jalan raya, silap-silap kena kencing (tipu) di tengah jalan. Puak ini kalau dia boleh khianat parti, dia juga boleh kencing calon perdana menteri. Tengok diam saja, sepatutnya momok-momokkan calon perdana menteri, poster boy. Tapi diam saja.\u201d\u00a0 \u2013 Datuk Seri Shahidan Kassim / Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Arau\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditanya sejauh mana BN mengangkat Ismail Sabri sebagai calon perdana menteri selepas program Jalan Kaki Bersama Rakyat sempena kempennya di Arau, Perlis pada Ahad.\u00a0\n\n\nShahidan tekad mempertahankan kerusi Parlimen Arau atas tiket PN susulan digugurkan daripada BN sebagai calon PRU15 sebelum ini.\u00a0\n\n\nSementara itu, Shahidan turut memaklumkan walaupun usaha penyatuan ummah antara\u00a0 UMNO, Bersatu dan PAS tidak berjaya, beliau tetap meneruskan usaha tersebut di Arau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/08/tian-chua-dakwa-bukan-proksi-azmin/", "title": "Tian Chua Dakwa Bukan Proksi Azmin", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n Bekas Timbalan Presiden PKR, Tian Chua nafi dakwaan pernah menjadi sebahagian puak Datuk Seri Azmin Ali ketika berada dalam parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nTian Chua berkata beliau hanya sehaluan dengan Azmin ketika pemilihan parti PKR 2018, menyokong bekas Ahli Parlimen Gombak itu untuk jawatan timbalan presiden.\n\n\n\n\nTian Chua / Bekas Timbalan Presiden PKR\n\n\n\u201cAzmin adalah menteri besar (Selangor) sebelum itu dan beliau sudah pun menjadi timbalan presiden PKR. Kami baru sahaja menawan kerajaan persekutuan, dan parti memerlukan kestabilan,\u201d \u2013 Tian Chua / Bekas Timbalan Presiden PKR\n\n\n\n\nBeliau menerusi laporan The Vibes menegaskan bahawa dirinya menyokong Azmin ketika itu namun dakwaan orang ramai yang melabel beliau sebagai puak Azmin dianggap sebagai suatu yang sangat tidak adil.\n\n\nTambahnya lagi, Chua tidak pernah dianggap sebagai puak Azmin, malah penyandang Parlimen Gombak itu juga mengetahui perkara tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M kecewa pengundi tolak calon bersih, tidak bersalah\n\n\n\n\n\n\nAyob Khan terajui Jabatan Siasatan Jenayah mulai 16 April\n\n\n\n\n\n\nIsrael selimutkan bukti dan kebenaran pembunuh Shireen Akleh\n\n\n\n\n\n\nPN berhak rancang tumbangkan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada rekaan fesyen, gerakan terancang hina Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi samping itu, beliau turut mendakwa \u201ckewartawanan simplistik\u201d yang mengaitkan dirinya dengan puak Azmin dalam parti.\n\n\nBekas naib presiden PKR itu memilih untuk tidak bertanding semula untuk jawatan berkenaan semasa pemilihan parti awal tahun ini.\n\n\nTian Chua dilihat sebagai sekutu rapat Azmin yang mengetuai sekumpulan ahli PKR keluar parti, akhirnya menyertai Bersatu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/08/yang-mula-kata-pakat-ni-muhyiddin-dengan-hadi-anwar/", "title": "\u2018Yang Mula Kata Pakat Ni Muhyiddin Dengan Hadi\u2019 \u2013 ANWAR", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan beliau berpakat dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).\n\n\nAnwar berkata, dakwaan tidak berasas itu mula dicetuskan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).\n\n\n\n\nDatuk Seri Anwar Ibrahim / Presiden PKR\n\n\n\u201cYang mula kata kita runding dengan Zahid dengan UMNO ni, Muhyiddin dengan Ustaz Hadi . Ustaz Hadi dengan serban, jubah fitnah orang. Bila saya runding Zahid? Orang agama ini kena belajar yang mana dalam politik kena jaga akhlak, kalau tidak saya tak peduli walaupun nanti orang kata Anwar antiulama. Siap kata saya antiulama\u2026 yang saya anti (adalah) orang politik yang bertopengkan agama,\u201d \u2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim / Presiden PKR\n\n\n\n\nAnwar dalam ucapannya mendakwa beliau tidak pernah mengadakan sebarang pakatan atau rundingan bersama Calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding untuk kerusi Parlimen Bagan Datuk itu.\n\n\nTegasnya, dakwaan yang dilemparkan kepadanya adalah berbentuk fitnah semata-mata serta meminta bukti dakwaan itu, katanya pada Jelajah Mega Harapan Negeri Pulau Pinang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas pelajar IPT bunuh, bakar kekasih berdepan hukuman mati\n\n\n\n\n\n\n12 kes Covid-19 subvarian Arcturus dikesan di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nLIMA 2023 : Kontrak bernilai RM10.1 bilion termeterai\n\n\n\n\n\n\nTitah Agong beri mesej jelas kepada ahli politik agar serius urus negara, pelihara perpaduan\n\n\n\n\n\n\nData keciciran murid dianggarkan NGO tidak tepat \u2013 KPM\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Abdul Hadi dalam satu kenyataan mendakwa wujud muslihat antara UMNO serta BN dan PH dalam menghadapi PRU15.\n\n\nKenyataan sama turut dikeluarkan Muhyiddin yang mendakwa terdapat kemungkinan wujud kerjasama antara kedua-dua pemimpin itu selepas pilihan raya bagi membentuk kerajaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/10/dakwaan-dap-sokong-ideologi-komunis-tidak-akan-ditarik-balik-hadi-awang/", "title": "Dakwaan DAP Sokong Ideologi Komunis Tidak Akan Ditarik Balik \u2013 Hadi Awang", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis\n \u2013 \nKenyataan PAS yang mendakwa DAP sebuah parti menyokong dan membawa ideologi komunis tidak akan ditarik balik.\u00a0\u00a0\n\n\nPresiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetap dengan pendiriannya tidak gentar dan tidak akan berganjak daripada pendirian itu walaupun berdepan pelbagai desakan daripada pimpinan DAP.\u00a0\n\n\nAbdul Hadi juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) turut mendedahkan pengaruh komunis dalam pentadbiran DAP terserlah ketika parti itu mentadbir Pulau Pinang.\u00a0\n\n\nSementara itu, beliau yang juga penyandang Parlimen Marang memaklumkan telah dipanggil ke Bukit Aman bagi memberi keterangan mengenai isu berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cIsmail Tak Usah Salahkan 12 Menteri PN\u201d- Tun M\n\n\n\n\n\n\nAda usaha promosi negara berbilang kaum, ketepi unsur Kemelayuan\n\n\n\n\n\n\nKenyataan CPTPP tidak jejaskan pertanian, keterjaminan makanan adalah tidak benar\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : langgar konsep Malaysia Madani\n\n\n\n\n\n\n17 Korban Banjir Di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nTimbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak akan menarik balik dakwaan terhadap DAP sebuah parti menyokong dan membawa ideologi komunis.\n\n\n\u00a0\n\n\nBeliau berkata ketika mengulas laporan polis oleh pemimpin DAP yang mendakwa beliau bersikap rasis dan fitnah membabitkan isu parti komunis.\u00a0\n\n\nWalaupun mengakui bukan semua pimpinan DAP dipengaruhi ideologi komunis, Abdul Hadi berkata PAS tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan parti itu dan Pakatan Harapan (PH) kerana mendakwa agenda politik mereka sangat \u2018bahaya\u2019.\n\n\nBeliau ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden PAS di Kuala Lumpur pada Khamis.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Abdul Hadi berkata PAS memilih untuk keluar daripada Pakatan Rakyat pada 2008 susulan ia berpunca daripada agenda DAP dan PH yang menjauh daripada prinsip parti tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/10/lrt-laluan-kelana-jaya-digantung-operasi-7-hari/", "title": "LRT Laluan Kelana Jaya Digantung Operasi 7 Hari", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013\n Sebahagian perkhidmatan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya digantung operasi selama tujuh bermula hari ini.\n\n\nRapid KL dalam kenyataan hari ini berkata, penggantungan operasi membabitkan 16 stesen LRT dari Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park.\n\n\n\n\nPenggantungan operasi melibatkan Stesen LRT Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asian Jaya,Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum dan KL Sentral.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGERAKAN mohon maaf secara terbuka kepada semua penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nKKD usaha lindungi wartawan sambilan\n\n\n\n\n\n\nMengapa PRU Awal Dituntut\n\n\n\n\n\n\nAnwar janji nilai semula upah dan gaji penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nRais saran Jawatankuasa Khas Dewan Negara bincang segera isu UEC\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, Stesen LRT Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC dan Ampang Park.\n\n\nGangguan dipercayai berpunca daripada komponen elektronik sistem kawalan tren automatik atau ATC menyebabkan kehilangan signal di antara pusat kawalan dan tren.\n\n\nKatanya, perkara itu menyebabkan tren tidak dapat beroperasi secara automatik di antara Stesen LRT Kelana Jaya dan Stesen LRT Ampang Park.\n\n\n\n\nMenurut kenyataan itu, lain-lain stesen beroperasi seperti biasa bermula jam 6 pagi dan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu hingga jam 11 malam mulai hari ini hingga 15 November depan.\n\n\n\n\nSelain itu, perkhidmatan bas perantara percuma antara Stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park disediakan dan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/11/calon-melayu-dap-hanya-dipergunakan-demi-raih-undi-hadi-awang/", "title": "Calon Melayu DAP Hanya Dipergunakan Demi Raih Undi \u2013 Hadi Awang", "body": "0\n\n\nMARAN, Jumaat \u2013 Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa calon-calon Melayu yang bertanding atas tiket DAP hanya dipergunakan oleh parti itu bagi meraih undi Melayu-Islam.\n\n\nBeliau yang kekal dengan menyatakan sebelum ini \nDAP adalah parti yang menyokong dan membawa ideologi komunis berkata DAP yang mengetengah calon Melayu adalah taktik yang sama digunakan di Singapura oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) sehingga mereka berkuasa.\n\n\n\u201cCumanya saya merasa risau kerana banyak calon melayu ini digunakan DAP. Saya pernah sebut DAP ni adalah PAP dari Singapura masa PAP nak tawan Singapura dulu PAP tonjolkan Yusof Ishak di Singapura. Menteri-menteri melayu ditonjolkan untuk menawan Singapura Lee kuan Yue boleh baca jawi pakai songkok di mana PAP ini ditubuhkan masa PAP masuk Malaysia bila Singapura keluar Malaysia PAP jadi DAP, Dap guna taktik yang sama termasuklah Anwar ni jadi Yusof Ishak di Singapuralah.\u201d \u2013 Tan Sri Abdul Hadi Awang / Presiden PAS\n\n\nTan Sri Abdul Hadi Awang / Presiden PAS\n\n\nMenurut calon PN untuk kerusi Marang itu, beliau tidak akan meminta maaf berhubung kenyataan beliau terhadap DAP.\n\n\nKatanya, ini terbukti apabila ahli parti cauvinis DAP yang mahu membawa masuk ke Malaysia abu mayat \nbekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM)\n Chin Peng dan menyertai \nmajlis memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Malaysia-PKM iaitu Perjanjian Damai Hatyai di Kajang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSurat Ahmad Zahid ke Istana Negara langgar ketetapan BN\n\n\n\n\n\n\nMalaysia berjaya lahirkan 2,130 huffaz profesional di 8 IPT\n\n\n\n\n\n\nMalaysia perlu tekan PBB, OIC henti kekejaman Israel\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi dakwa tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH\n\n\n\n\n\n\n4 Kes Omicron Dikesan Di Sarawak\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada PRU-15 kali ini, DAP mengetengahkan lebih ramai calon Melayu antaranya, Young Syefura Othman di kerusi Parlimen Bentong, Syahredzan Johan (Bangi), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji di (Lipis), Sheikh Umar Bagharib Ali (Ayer Hitam) dan Zulhazmi Shariff (Jerai)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/11/tidak-salah-bercita-cita-nak-jadi-pm-kj/", "title": "Tidak Salah Bercita-Cita Nak Jadi PM \u2013 KJ", "body": "0\n\n\nCYBERJAYA, Jumaat\n \u2013 C\nalon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin \nberkata, tidak salah sesiapa sahaja bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.\n\n\nJelas Khairy, beliau hanya memberi bayangan untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat sekiranya diberikan peluang mengemudi kerajaan.\u00a0\n\n\nCalon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin melawat wad hospital semasa hadir untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya.\n\n\n\u00a0\n\n\nSelain itu, beliau juga ingin menunjukkan BN dan UMNO tidak ketandusan barisan pimpinan yang berwibawa untuk meneraju kerajaan satu hari nanti. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak mudah PH-BN rampas negeri Kedah \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nShahidan beri bayangan bertanding pada PRN\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Cipta Jurang, Halang Integrasi Nasional \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nBN setuju pertahan Kerajaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Anwar diminta kembalikan tanah rezab Melayu yang diceroboh \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTak salah siapa-siapa untuk mempunyai cita-cita. We can all have our ambitions, saya cuma memberi bayangan yang saya ingin berkhidmat untuk negara dan juga untuk rakyat. Kita nak tunjuk bahawa UMNO dan Barisan Nasional tidak ketandusan pemimpin yang boleh menerajui kerajaan suatu hari nanti.\u201d \u2013 Khairy Jamaluddin / Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Khairy turut yakin Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menang di kerusi BN Parlimen Rembau susulan beliau yang juga Pengerusi UMNO Negeri Sembilan itu tidak asing lagi dengan rakyat Rembau.\u00a0\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media selepas \nMajlis Pelancaran Pengoperasian Hospital Cyberjaya hari ini.\n\n\nSelain itu, Khairy yang mewakili dari BN akan bertarung dengan tujuh lagi penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), \nDatuk R Ramanan, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Ghazali Md Hamin, calon Gerakan Tanah Air (GTA), Mohd Akmal Mohd Yusof serta calon Parti Rakyat Malaysia, Ahmad Jufliz Faiza.\n\n\nManakala dua lagi calon merupakan calon Bebas iaitu Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff, dan Nurhaslinda Basri.\n\n\nPada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, kerusi Parlimen Sungai Buloh disandang oleh R Sivarasa daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 26,634."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/23/ahmad-zahid-nafi-letak-jawatan-pengerusi-bn-presiden-umno/", "title": "Ahmad Zahid nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO seperti mana yang didakwa satu kenyataan media yang tular menerusi media sosial.\n\n\nDalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini, beliau berkata, surat atau kenyataan media yang disebarkan adalah palsu dan rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab.\n\n\n\u201cMohon jangan dikeruhkan lagi keadaan\u2026 Mohon doakan yang terbaik dalam keadaan sekarang ini,\u201d kata Ahmad Zahid yang turut memuat naik kenyataan media berkenaan dalam Facebook beliau.\n\n\nKenyataan media dengan kepala surat BN Malaysia bertarikh 22 November itu turut mendakwa satu mesyuarat tergempar diadakan semalam dihadiri pemimpin utama parti komponen BN yang membuat beberapa keputusan termasuk menentukan sokongan kepada gabungan yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak mudah PH-BN rampas negeri Kedah \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nUsaha Merangka Pendekatan Lestari Dakwah Dalam Negara\n\n\n\n\n\n\n40 Negara desak Israel tarik balik sekatan atas Palestin\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin Tetap Mahu Calonkan Pengganti Zuraida\n\n\n\n\n\n\nIsrael mohon maaf atas pembunuhan Shireen Akleh\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenyataan media itu turut mendakwa keinginan Ahmad Zahid\u00a0untuk meletakkan kedua-dua jawatannya\u00a0dalam parti atas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selain menyerahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memangku kedua-dua jawatannya sehingga pemilihan UMNO Januari 2023.\n\n\nPada PRU15, BN hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen, Pakatan Harapan (82), Perikatan Nasional (73), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia serta\u00a0Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu manakala Bebas (dua)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/23/anuar-musa-dakwa-umno-sudah-dikuasai-anwar-ibrahim/", "title": "Annuar Musa Dakwa UMNO Sudah Dikuasai Anwar Ibrahim", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa\n \u2013 Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa telah menguasai UMNO.\n\n\nDemikian yang dinyatakan Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dengan menyifatkan perbualan telefon antara \u201cGuru dan Murid\u201d kini menjadi jelas dan nyata.\n\n\nBeliau dalam satu hantaran di Facebook hari ini menyatakan \u201cLangkah Cikgu\u201d kini terbongkar malah mendakwa Cikgu boleh mengatasi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan mengikut arahan \u2018Cikgu\u201d di luar parti.\n\n\nBagaimanapun, Anuar tidak menamakan siapakah \u201cCikgu\u201d dan \u201cMurid\u201d yang dimaksudkannya.\n\n\nKenyataan Tan Sri Annuar Musa menerusi Facebook miliknya\n\n\nTambahnya, disebabkan UMNO tidak dapat menentukan perhimpunan agung sendiri seluruh ahli UMNO dan Barisan Nasional telah tertipu dan menerima aib yang dahsyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nMenurut Annuar Musa lagi, banyak pemimpin dan kerusi selamat UMNO dikorbankan semata-mata untuk menjayakan \u201cLangkah Cikgu\u201d dengan menganggap akan menjadi penghalang kepada \u201cLangkah Cikgu\u201d jika ahli UMNO menang besar dalam PRU15.\n\n\nDalam perkembangan lain, Annuar Musa menyifatkan Permohonan Barisan Nasional (BN)\u00a0 menangguhkan sembah menghadap Yang Di-Pertuan Agong dilihat sebagai perbuatan ingkar dan menunjukkan ada \u2018sesuatu\u2019 yang tidak sepatutnya dalam parti itu.\n\n\nBeliau mendakwa percubaan menghalang titah yang telah dikeluarkan secara terbuka dan telus oleh Istana Negara adalah tidak wajar dan boleh disifatkan sebagai menghalang Yang di-Pertuan Agong daripada menyempurnakan tugas baginda.\n\n\nSemalam, Istana Negara memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 30 ahli Dewan Rakyat daripada Barisan Nasional (BN) untuk menghadap baginda jam 10.30 pagi hari ini di Istana Negara.\n\n\nBagaimanapun, menerusi mesyuarat Barisan Nasional malam tadi, memohon supaya ditangguhkan sesi menghadap yang dijadualkan tanpa memberitahu tarikh baharu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/23/mt-umno-teliti-tawaran-pn-ph-malam-ini/", "title": "MT UMNO teliti tawaran PN, PH malam ini", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013 Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijangka memperhalusi kedua-dua tawaran Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sekali gus akan akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong agar Barisan Nasional (BN) menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan.\n\n\nPerkara itu dimaklumkan Ketua Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nAsyraf Wajdi berkata, pertemuan kepimpinan BN dan PN di Hotel St. Regis petang ini selaras dengan pendirian Dewan Tertinggi BN untuk bersikap terbuka.\n\n\nKatanya, ini kerana Dewan Tertinggi BN menetapkan pendirian untuk bertemu serta berunding dengan dua parti gabungan terbesar PH dan PN bagi membincangkan mengenai Kerajaan Perpaduan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMelayu Islam Subahat Jual Arak?\n\n\n\n\n\n\nApa motif Anwar buat kenyataan menyinggung orang Melayu?\n\n\n\n\n\n\nBelanda setuju serah 41 rangka keturunan Penang Woman\n\n\n\n\n\n\n\u2018Selangor Baharu\u2019 tawaran PN kepada rakyat Selangor\n\n\n\n\n\n\nSiti Bainun jalani prosiding bela diri tanpa diwakili peguam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDua hari lepas kepemimpinan PH hadir bertemu dengan kepemimpinan BN di Hotel Seri Pacific bagi membentangkan terma-terma dan tawaran mereka jika BN bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan bersama mereka.\n\n\n\u201cKepimpinan PH lebih \u2018gentleman\u2019 dan beradab dengan membuat pertemuan secara rasmi dengan tujuh orang kepimpinan BN bagi menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan kepimpinan BN.\n\n\n\u201cSebaliknya, PN masih dengan perangai lama cuba buat \u2018dealing\u2019 secara senyap-senyap dan mencuri 10 Orang Ahli-Ahli Parlimen untuk tandatangan Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,\u201d katanya.\n\n\nSehubungan itu, katanya, pertemuan dengan PN yang sepatutnya dijadualkan sejak dua hari lalu terpaksa ditunda beberapa kali.\n\n\n\u201cKononnya, PN sudah cukup \u2018numbers\u2019, bilangan Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.\n\n\n\u201cHinggalah apabila 10 SD yang ditandatangani oleh Ahli-Ahli Parlimen BN ditarik balik atas arahan Dewan Tertinggi BN, barulah mereka menyatakan kesediaan untuk bertemu pada hari ini jam 3.30 petang.\n\n\n\u201cItupun selepas mereka dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan dimaklumkan secara rasmi bahawa Tan Sri (Muhyiddin) sudah tidak cukup bilangan SD yang menyokong,\u201d katanya.\n\n\nDalam masa sama, Asyraf Wajdi mempersoal mengapakah PN begitu bongkak dan sombong untuk menolak titah nasihat Seri Paduka agar Kerajaan Perpaduan dibentuk."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/23/parlimen-tergantung-agong-boleh-isytihar-darurat/", "title": "Parlimen Tergantung : Agong Boleh Isytihar Darurat", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa \u2013\n Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika kesemua\u00a0parti gagal mencari kata sepakat membentuk kerajaan.\n\n\nBeliau berkata, ini menerusi kuasa yang ada pada baginda mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan sehingga keadaan boleh menubuhkan kerajaan.\n\n\n\u201cSekiranya tiada gabungan parti mendapat majoriti 112 kerusi, maka kuasa itu kembali kepada Yang di-Pertuan Agong, hanya baginda yang boleh menentukan caranya.\u201d \u2013 Tengku Razaleigh Hamzah / Veteran UMNO\n\n\nTengku Razaleigh Hamzah, Veteran UMNO\n\n\nMenurut Ku Li, tempoh darurat itu jika diisytiharkan kelak, bergantung kepada keupayaan semua parti mendapat kesepakatan membentuk kerajaan.\n\n\nKatanya lagi, kerajaan akan tergantung lebih lama atau mungkin lebih teruk lagi jika ia masih dibiarkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerjanjian 1963 dimuktamad bulan depan\n\n\n\n\n\n\nDONG ZONG RAKUS, SEPATUTNYA PERKASA SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan perhimpunan haram depan Sogo, Dataran Merdeka\n\n\n\n\n\n\nBERSIH Mohon Sembah Tidak Bersetuju Dengan Sultan Johor.\n\n\n\n\n\n\nPerketat Kawalan Pintu Masuk Antarabangsa, Elak Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\n\n\nENDS/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/23/surat-ahmad-zahid-ke-istana-negara-tapi-langgar-ketetapan-bn/", "title": "Surat Ahmad Zahid ke Istana Negara langgar ketetapan BN", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013 MCA mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah melanggar ketetapan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) apabila mempersembahkan maklumat salah kepada Yang di-Pertuan Agong.\n\n\nSetiausaha Agong MCA, Datuk Chong Sin Woo berkata, isi kandungan surat bertarikh 22 November 2022 dengan menggunakan kepala surat BN yang ditandatangani Ahmad Zahid itu memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.\n\n\n\u201dDitegaskan bahawa isi kandungan surat bertarikh 22 November 2022 dengan menggunakan kepala surat\u00a0(\nletterhead\n)\u00a0Barisan Nasional (BN) yang ditandatangani Pengerusi BN, YB Dato\u2019 Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mengenai BN memberi sepenuh kepercayaan dan sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), YB Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10, bukanlah keputusan yang dibuat secara konsensus dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada 22 November 2022,\u201d katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.\n\n\nTegas beliau, isi kandungan surat itu ternyata bertentangan dengan keputusan Dewan Tertinggi BN yang kekal dengan pendirian berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak buat masa ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM tambah baik proses pembayaran wang bantuan sekolah\n\n\n\n\n\n\nKastam rampas barangan seludup bernilai lebih RM600,000\n\n\n\n\n\n\nKerajaan dan penyokong Anwar takut Melayu bangkit?\n\n\n\n\n\n\nTerserah RoS putuskan keabsahan PAU 2022 \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nKPM bincang kenaikan gaji guru ada kelayakan lebih tinggi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201dApa yang berlaku dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi, MCA dan parti-parti komponen BN telah mempersoalkan tindakan Ahmad Zahid yang dilihat secara jelas bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN.\n\n\n\u201dPada mulanya beliau cuba menafikan mengenai surat tersebut, namun mengakuinya selepas salah seorang anggota Dewan Tertinggi BN mengemukakan bukti sahih,\u201d dedahnya.\n\n\nSin Woo menegaskan, Ahmad Zahid tidak lagi layak memimpin BN sebagai pengerusi dan sekali lagi menggesa Presiden UMNO itu meletakkan jawatan secara terhormat.\n\n\nKatanya, tempat Ahmad Zahid wajar digantikan dengan Datuk Seri Mohamad Hasan seperti yang disarankan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/24/130-ketua-bahagian-sokong-ahmad-zahid-kekal-presiden-umno/", "title": "130 ketua bahagian sokong Ahmad Zahid kekal Presiden UMNO", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013 Pemimpin UMNO negeri terutama Ketua UMNO bahagian di seluruh negara menyatakan solidariti bagi menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nSeramai 90 daripada 130 ketua UMNO bahagian hadir mengadakan pertemuan bersama Ahmad Zahid di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC) hari ini.\n\n\nKetua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah berkata, 130 ketua bahagian termasuk pengerusi perhubungan negeri berikrar menyokong Ahmad Zahid bagi meneruskan perjuangan dan memastikan parti terus relevan.\n\n\n\u201cPresiden meminta kita terus bersama memperkukuh parti, mana-mana ketua bahagian yang masih rasa bimbang, syak wasangka, masih fikir macam-macam, silalah kembali untuk kita bersatu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBukan persenda Menu Rahmah, hanya mahu nasi berkuah \u2013 Hanafiah\n\n\n\n\n\n\nPH-BN pertimbang fail petisyen pilihan raya bagi empat kerusi \u2013 Amirudin\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Lapan mangsa disahkan maut setakat jam 9 pagi\n\n\n\n\n\n\nLim Kit Siang sindir gesaan Muhyiddin desak Anwar, Zahid berundur\n\n\n\n\n\n\nLelaki warga tempatan ditahan buat hantaran keji institusi beraja\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara yang hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said.\n\n\nSelain itu, Mohd Shafie berkata, semua ketua UMNO bahagian turut menyatakan kekesalan atas kebiadaban pemimpin parti komponen MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) atas desakan supaya Presiden meletak jawatan.\n\n\n\u201cKita bawa dan kendong mereka berpuluh tahun, kerusi dimenangi mereka pun banyak majoriti Melayu tetapi apabila kita dalam keadaan genting ini mereka pula berpaling tadah,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, beberapa pemimpin parti termasuk komponen BN mendesak Ahmad Zahid melepaskan jawatan Pengerusi BN dan Presiden UMNO sebagai mengambil tanggungjawab kekalahan besar parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nSemalam, kepemimpinan tiga parti komponen BN turut mengemukakan ketetapan undi tidak percaya terhadap Ahmad Zahid.\n\n\nUsul berkenaan dikemukakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Datuk Arthur Joseph Kurup menerusi sepucuk surat bertarikh hari sama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/24/anwar-angkat-sumpah-jawatan-perdana-menteri-jam-5-petang/", "title": "Anwar angkat sumpah jawatan Perdana Menteri jam 5 petang", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013\u00a0Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melantik Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.\n\n\nDatuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata, pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nIa selepas Seri Paduka memperhalusi titah pandangan Raja-Raja Melayu yang berkenan berangkat menghadiri Perbincangan Khas Raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini bagi membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.\n\n\nlstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri akan berlangsung pada jam 5 petang di lstana Negara hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTakkan Nak Tunggu Rakyat Makan Rumput?\n\n\n\n\n\n\nKaji Semula SOP Masjid -Pakar Epidemiologi\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu keluarkan SOP pelancong China\n\n\n\n\n\n\nPAS tak boikot Dominic, cuma kekurangan ahli\n\n\n\n\n\n\nProjek Solar : Rayuan Kes Rosmah Didengar Julai\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhmad Fadil berkata, pada sesi perbincangan khas yang dipengerusikan Al-Sultan Abdullah bermula 11 pagi itu, Seri Paduka berkenan mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu proses pelantikan Perdana Menteri baharu susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov lepas.\n\n\nAntara yang berangkat pada perbincangan khas itu ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,\u00a0Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.\n\n\nTurut berangkat ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.\n\n\n\u201cSeri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua,\u201d katanya.\n\n\nMenggunakan peribahasa Melayu \u201cbagaikan biduk lalu, kiambang bertaut\u201d, Seri Paduka turut menasihatkan agar\u00a0semua ahli-ahli Dewan Rakyat\u00a0 merapatkan semula saf demi masa depan negara tercinta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/24/anwar-sah-perdana-menteri-ke-10-malaysia/", "title": "Anwar sah Perdana Menteri ke-10 Malaysia", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013 Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia petang ini.\n\n\nMajlis mengangkat sumpah jawatan itu dijalankan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.\n\n\nAnwar diperkenan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selepas Baginda memperhalusi pandangan Raja-Raja Melayu yang menghadiri perbincangan khas di Istana Negara hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKaji semula Tanah Rizab Melayu di Perak, gesa MHO kepada JKPTG\n\n\n\n\n\n\nTidak Hadir Mesyuarat, Tengku Zafrul Nafi Tengok Piala Dunia\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy angkat sumpah MB Pahang untuk penggal kedua\n\n\n\n\n\n\nRUU Larangan Lompat Parti Dijangka Dikuatkuasa Bulan Depan\n\n\n\n\n\n\nMohamadin Ketapi Lompat Parti Lagi, Kini Sertai PBM\n\n\n\n\n\n\n\n\nDengan pelantikan Anwar itu, berakhirlah penantian orang ramai untuk melihat pemimpin baharu bagi memimpin negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov lalu.\n\n\nTurut hadir pada majlis mengangkat sumpah ialah Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat; Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim; serta Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun.\n\n\nTidak ketinggalan pemimpin-pemimpin kanan PH dan BN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/24/mkt-umno-sokong-ahmad-zahid-sebagai-presiden-tidak-bersama-pn/", "title": "MKT UMNO sokong Ahmad Zahid sebagai Presiden, tidak bentuk kerajaan bersama PN", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013 Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan pada malam tadi \u00a0dan dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menetap beberapa perkara penting.\n\n\nDalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Setiausa Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, beliau menyatakan MKT telah mengambil maklum serta memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).\n\n\n\n\n\u201cMKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong supaya BN menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertemuan UMNO Bincang Pengagihan Kerusi\n\n\n\n\n\n\nMHO nafi cetus kekacauan, fokus bantu pihak tertindas di Sabah\n\n\n\n\n\n\nVarian Baharu Panjangkan Jangka Masa Pandemik\n\n\n\n\n\n\nPACU, UKM meterai MoU bangunkan bidang keilmuan\n\n\n\n\n\n\nNazri Aziz dilantik duta Amerika Syarikat oleh kerajaan lalu \u2013 Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMKT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong,\u201d kata Ahmad.\n\n\nPada masa sama, MKT juga bertegas akan memperkukuhkan sokongan terhadap Ahmad Zahid untuk terus kekal mempertahankan kedudukan sebagai Pengerusi BN sekali gus sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO Malaysia.\n\n\nAhmad juga memberitahu, Perhimpunan Agung UMNO untuk tahun 2022 akan diadakan pada 21 hingga 24 Disember ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/24/muhyiddin-mahu-anwar-buktikan-keabsahan-sebagai-pm10/", "title": "Muhyiddin mahu Anwar buktikan keabsahan sebagai PM10", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013 Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan jumlah sokongan dimiliki bagi mengabsahkan surat akaun bersumpah\u00a0(SD) yang diperoleh bagi memegang jawatan Perdana Menteri.\n\n\nMuhyiddin berkata, beliau yakin telah mendapat majoriti mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri dengan mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen.\n\n\n\u201cPada jam 10.30 pagi 22 November 2022, Setiausaha Agung PN menghantar satu lagi surat akuan Ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri menjadikan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong saya adalah seramai 115 orang.\n\n\n\u201cIaitu melebihi majoriti mudah 112 orang untuk membolehkan saya dilantik sebagai Perdana Menteri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerlis Benar Masjid Rapat Saf Solat Berjemaah\n\n\n\n\n\n\nMOU Bukan \u2018Kitab Suci\u2019 Untuk Halang Buat PRU Awal \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nAkta FINAS dipinda elak ambil kesempatan kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nPemilihan Putera, Puteri 2023, mampukah tarik penyokong muda kepada UMNO?\n\n\n\n\n\n\nLebih 6.1 Juta Individu Selesai Terima Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHari ini, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar yang dikatakan mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat akan dilantik sebagai Perdana Menteri.\n\n\n\u201cDemi keyakinan rakyat akan keabsahsan Anwar sebagai Perdana Menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,\u201d katanya dalam sidang media petang ini.\n\n\nMuhyiddin mendakwa dia mendapat sokongan 73 ahli Parlimen PN; GPS (22); BN (10); GRS (6); Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat ataupun (KDN) (1) dan Bebas (2).\n\n\nSokongan itu dikemukakan SD dan diserahkan kepada Istana Negara sebanyak dua kali iaitu pada 21 dan 22 November lalu.\n\n\nDitanya mengenai dakwaan 10 ahli Parlimen BN menarik sokongan, Muhyiddin kata dia tidak mengetahui mengenai perkara itu tetapi yakin telah mengemukakan jumlah mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri.\n\n\nTerdahulu hari ini, Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Kuala Lumpur berkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10.\n\n\nDatuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini berkata, pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nDalam pada it, Muhyiddin ketika ditanya apa tindakannya selepas ini, Ahli Parlimen Pagoh tersebut berkata, dia mengambil pendekatan tunggu dan lihat selain memberi peluang kepada Anwar mengemukakan bukti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/26/berjasa-akan-terus-beri-sumbang-saran-kritik-kerajaan-baharu/", "title": "Berjasa akan terus beri sumbang saran, kritik kerajaan baharu", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Parti\u00a0Berjasa menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan dan kebijaksanaan menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara.\n\n\nPada masa sama, Berjasa juga mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.\n\n\n\u201cSelamat bekerja buat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 kelmarin.\n\n\n\u201cBerjasa dan seluruh rakyat berharap agar lantikan ini dapat memberi fokus kepada agenda rakyat dan nasional khususnya dalam memastikan survival Melayu Islam serta Bumiputera tetap terjamin sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,\u201d menurut satu kenyataan yang dikeluarkan dalam Facebooknya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n37 Maut Akibat Banjir\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat dakwaan pegawai Imigresen dicederakan ketika jalani ujian kecergasan\n\n\n\n\n\n\nPemalsuan Sijil Vaksin Undang Kemurkaan Allah\n\n\n\n\n\n\nBERSATU tidak puas hati diberi hanya 3 jawatan EXCO Kedah\n\n\n\n\n\n\nUKM Bantu Pelajar Baharu & Pelajar B40 Lanjut Pengajian\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerjasa juga akan terus memainkan peranan dalam memberi sumbang saran dan kritikan kepada kerajaan baharu yang diketuai Anwar demi kepentingan agama, bangsa dan negara.\n\n\nPada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Berjasa menyertai Gerakan Tanah Air (GTA) bersama Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan diketuai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).\n\n\n\n\nPada hantaran Facebook terdahulu, Zamani Ibrahim menyokong penuh titah Agong untuk membentuk satu kerajaan perpaduan bagi menyelesaikan polemik negara kita ini.\n\n\n\u201cIni bermakna dua parti dengan majoriti terbesar iaitu Pakatan Harapan (PH) dengan 82 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi perlu bergabung membentuk sebuah kerajaan dengan melibatkan 30 ahli Parlimen daripada Barisan Nasional turut serta sekali.\n\n\n\u201cSetiap parti ini perlu membuang ego masing-masing untuk kesejahteraan negara kita. Atas dasar menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, semua parti sepatutnya menuruti titah tersebut,\u201d katanya.\n\n\nZamani menambah, negara juga memerlukan kerajaan yang kukuh untuk membentang belanjawan bagi tahun hadapan.\n\n\n\u201cKerisauan berkenaan perkara ini patut diutamakan kerana negara memerlukan sebuah kerajaan untuk beroperasi dalam soal ekonomi, keselamatan, pendidikan dan pentadbiran.\n\n\n\u201cBerjasa mengharapkan sengketa politik dapat diselesaikan dengan segera bagi menyiapkan negara kita yang akan berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi global pada 2023 nanti,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/26/bn-didakwa-bergolak-ismail-sabri-jumpa-pas-ahmad-zahid-di-rumah-anwar/", "title": "BN didakwa bergolak: Ismail Sabri jumpa Pas, Ahmad Zahid di rumah Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Khabar angin yang mendakwa berlaku pergolakan dalam Barisan Nasional (BN) semakin bertiup kencang selepas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri\u00a0Ismail Sabri Yaakob\u00a0didakwa mengadakan pertemuan tertutup bersama pemimpin Pas di sebuah kelab golf di Petaling Jaya, Selangor semalam.\n\n\nSelain Ismail Sabri, pemimpin lain yang terlibat dalam pertemuan itu ialah Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Annuar Musa; Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan; Presiden MCA, Wee Ka Siong dan bekas Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.\n\n\nPertemuan itu menguatkan lagi spekulasi yang Ismail Sabri sedang mengatur langkah untuk membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional yang turut dianggotai Pas.\n\n\nTambahan pula, pagi tadi Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad\u00a0Zahid Hamidi kelihatan berada di rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTengku Zafrul angkat sumpah Ahli MKT dilantik Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nCadangan KWSP sebagai cagaran pinjaman tidak wajar \u2013 Kesatuan Pekerja\n\n\n\n\n\n\nTiada Tanda Perhimpunan Berlaku Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\nSecara teorinya Muafakat Nasional sudah \u2018mati\u2019 \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nDr Muhammad Faiz letak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar dalam Twitternya berkata, beliau menerima kunjungan Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg bersama rombongan.\n\n\n\u201cGabungan Parti Sarawak (GPS) menjadi antara tunggak selain Barisan Nasional, Warisan dan GRS yang membentuk Kerajaan Perpaduan yang dikemudi saya.\n\n\n\u201cInsya-Allah, hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan,\u201d katanya.\n\n\nMengulas pertemuan tertutup di Kelab\u00a0Golf Tropicana, Ismail Sabri berkata, beliau hanya menghadiri majlis perpisahan bersama bekas kakitangannya di Jabatan Perdana Menteri (PMO) tetapi terdapat fitnah yang mengatakan bahawa dia bersama Bendahari Agung BN, Hishammuddin Hussein.\n\n\n\u201cTak betul (pertemuan tersebut). Mana ada perjumpaan melibatkan 10 orang tu. Tengok senarai nama tu lima orang saja. Ini semua fitnah jahat untuk merosakkan nama saya.\n\n\n\u201cHari ni nak jumpa kawan-kawan pun tak boleh. Jumpa kawan PAS (dianggap) jadi pengkhianat, jumpa orang PH jadi hero penyelamat parti. Semua orang dah gila,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Ka Siong turut menafikan dakwaan pertemuan berkenaan dan menjelaskan beliau cuma ke lokasi tersebut untuk menjamu selera dengan rakannya.\n\n\n\u201cIni mengarut. Saya sedang menjamu selera (brunch), dimsum bersama dua rakan di restoran, pada jam 10 pagi semalam,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/26/dong-zong-mula-tunjuk-belang-wira-putra-tolak-pengiktirafan-sijil-uec/", "title": "Dong Zong mula tunjuk belang, Wira Putra tolak pengiktirafan sijil UEC", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Baru berapa hari Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Persidangan Perwakilan Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia Dong Zhong mula tunjuk belang.\n\n\nKetua Pergerakan Wira Putra Malaysia, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, permintaan pertubuhan itu yang menuntut kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan peruntukan kekal buat aliran berkenaan perlu ditentang.\n\n\n\u201cWalaupun kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan perpaduan, ia tak bermakna kerajaan perlu tunduk dan sewenangnya beri autonomi mengiktiraf sijil pendidikan dari China dan Taiwan ini,\n\n\n\u201cIni kerana aspek piawaian, silibus dan bahasa jelas tidak selari dengan status quo sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada sebab Hamzah dipanggil SPRM\n\n\n\n\n\n\nOPR naik atau tangguh, esok?\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM\n\n\n\n\n\n\n\u201cJangan Buat Transaksi Itu, Jika Tidak Saya Buat Laporan Polis\u2019\u2019 \u2013 Bilal\n\n\n\n\n\n\nAnwar bukti keabsahan sebagai PM di Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerpaduan yang cuba diperkenal sepatutnya bukan semata-mata di peringkat Parlimen, ia patut diterjemah kepada semua peringkat bagi menjamin keharmonian. Ia bermula dari bangku sekolah.\n\n\n\u201cPerpaduan dan kesatuan yang dipupuk dari sekolah satu aliran mampu memberi impak positif dalam membentuk generasi yang sayangkan tanah air serta saling hormat-menghormati sesama etnik,\u201d katanya dalam satu kenyatan.\n\n\nNasrul Ali Hasan berkata, Wira Putra sekali lagi menegaskan dan menggesa keutamaan Menteri Pendidikan yang bakal dilantik bagi kerajaan perpaduan dalam bidang pendidikan adalah menyerap semua sekolah jenis kebangsaan yang diletakkan di bawah sistem pendidikan kebangsaan untuk dijadikan sekolah perpaduan atau satu aliran.\n\n\nKatanya, jika ia bukan lagi ditakrif atau diletakkan di bawah sistem pendidikan kebangsaan iaitu di kategorikan sebagai pendidikan swasta, pengiktirafan dan sebarang dana kerajaan tidak wajar diberikan kepada sekolah vernakular ini.\n\n\n\u201cPemerkasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah Dasar Pendidikan Kebangsaan yang perlu diutamakan dan tolak pengiktirafan Sijil UEC yang akan merenggangkan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia,\u201d tambah beliau.\n\n\n\n\nTerdahulu, Dong Zong dilaporkan menggesa kerajaan baharu mengiktiraf UEC dan memberi peruntukkan secara kekal.\n\n\nMenurut laporan \nSin Chew Daily\n, mesyuarat bersama Dong Zong kali ke-93 sebulat suara meluluskan dan menerima 11 cadangan termasuk menggesa kepimpinan Pengerusi Pakatan Harapan itu mengiktiraf sijil UEC dan menginstitusikan peruntukan Sekolah Menengah Cina Persendirian itu secepat mungkin.\n\n\nMesyuarat berkeaan dipengerusikan oleh Pengerusi Dong Zong, Chen Taijin. Seramai 25 orang wakil yang menyertai mesyuarat ini terdiri daripada 12 persatuan Dong Zong iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinangm Kedah, Perlis, Pahang, Terenggani, Sarawak dan Sabah.\n\n\nPada sidang media kemudiannya, Chen Taijin berkata, sebaik sahaja Menteri Pendidikan mengambil alih jawatan, Dong Zong akan memanggil Menteri Pendidikan baharu untuk melihat pelbagai isu pendididkan\u00a0 Cina, termasuk pengiktirafan UEC.\n\n\nPada Pilihan Raya Umum ke-15, Pakatan Harapan sekali lagi memasukkan mengiktiraf UEC dalam manifesto pilihan raya mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/26/gerakan-dakwa-ini-bukan-kerajaan-perpaduan-ini-kerajaan-ph/", "title": "Anwar ketuai kerajaan PH, bukan Kerajaan Perpaduan \u2013 Gerakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mendakwa, kerajaan yang ditadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggambarkan Kerajaan Perpaduan yang sepatutnya merangkumi semua parti politik.\n\n\nSebaliknya Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoi Chai berkata, kerajaan itu dilihat hanya didominasi oleh Pakatan Harapan (PH)\n\n\n\u201cPendirian PN seperti yang dikatakan Pengerusi (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan menjadi pembangkang dalam arena politik negara.\n\n\n\u201cDefinisi kerajaan perpaduan adalah yang merangkumi semua parti politik, jelas ini adalah kerajaan PH dan bukan perpaduan. Oleh itulah kita akan memainkan peranan sebagai pembangkang,\u201d katanya pada sidang media Pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUiTM untuk Melayu & Bumiputera selagi Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy angkat sumpah MB Pahang untuk penggal kedua\n\n\n\n\n\n\nJohor kesan Orang Asli dieksploitasi demi kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\n147 ketua Wanita UMNO bahagian tidak lagi menyokong Noraini\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk pencerobohan terbaharu Masjid Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, PN menegaskan akan menjadi parti pembangkang meskipun dipelawa Anwar untuk menyertai kerajaan perpaduan yang baharu ditubuhkan.\n\n\nPas turut senada dengan Muhyiddin apabila menolak untuk menyertai Kerajaan Persekutuan dan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar dan dapat ditegakkan berpaksikan kepada prinsip prihatin, bersih dan stabil.\n\n\nKerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Ke-10 itu disertai PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).\n\n\nTerdahulu, Dominic berkata, sebanyak 34 peratus pengundi kali pertama memilih Gerakan pada PRU15 baru-baru ini dan majoriitnya adalah dalam kalangan orang Melayu.\n\n\nBeliau menyifatkan situasi berkenaan membuktikan bahawa ideologi PN yang turut dibawa Gerakan semakin diterima rakyat.\n\n\n\u201cPRU ini kita telah membuktikan rakyat menerima ideologi PN. Rakyat yang menyokong kita menolak rasuah, tidak mahu kleptokrat,\u201d ujarnya.\n\n\nDominic beriltizam akan terus memberi penerangan ideologi yang dibawa oleh PN secara meluas termasuk kepada yang bukan Melayu.\n\n\n\u201cWalaupun ada yang bimbang dalam PN ada Pas, khususnya yang bimbang dalam kalangan bukan Melayu tapi mereka perlu faham dalam PN kita tidak serang agama dan kaum lain. Kita hormat Perlembagaan Persekutuan dan hak rakyat untuk beragama,\u201d tambahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/26/isma-harap-pentadbiran-anwar-ibrahim-bersih-berintegriti/", "title": "ISMA harap pentadbiran Anwar Ibrahim bersih, berintegriti", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berharap barisan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengotakan segala janji yang dilafaskan untuk memulihkan ekonomi dan kestabilan politik di Malaysia.\n\n\nMenerusi satu kenyataan, Presiden ISMA, Muhammad Fauzi Asmuni berkata, pihaknya juga berharap agar di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, pentadbiran negara akan bersih dan berintegriti.\n\n\n\u201cISMA berpandangan bahawa Perdana Menteri harus menjaga hak-hak Melayu, Bumiputera dan agama Islam seperti yang tertakluk dalam Perlembagaan,\u201d katanya.\n\n\nPada masa sama, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia didakwa berunding dengan China ekstradisi Jho Low\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri pernah tolak kenderaan kalis peluru\n\n\n\n\n\n\nSuspek 1MDB, Kee Kok Thiam mati mengejut akibat strok\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat dakwaan pegawai Imigresen dicederakan ketika jalani ujian kecergasan\n\n\n\n\n\n\nKhairy akui sertai kerajaan bukan jalan mudah jadi PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cISMA juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan menerima barisan kepimpinan negara yang baharu agar negara stabil tanpa gangguan,\u201d katanya.\n\n\n\n\nSemalam, Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di Agong.\n\n\nAnwar yang memulakan tugas pada Jumaat lalu berkata, pentadbiran beliau bakal menyaksikan pembentukan saiz Kabinet yang lebih kecil.\n\n\nBahkan, pihaknya juga akan mengusulkan supaya gaji menteri dalam Kabinet kerajaan perpaduan nanti dikurangkan ekoran perkembangan situasi ekonomi kini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/26/ktmb-cadang-anthony-loke-jadi-menteri-pengangkutan/", "title": "KTMB cadang Anthony Loke jadi Menteri Pengangkutan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbangkan untuk melantik Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan dalam Kerajaan Perpaduan.\n\n\nPresiden kesatuan itu, Abdul Razak Md Hassan dalam satu kenyataan berkata, sokongan terhadap Anthony Loke itu berdasarkan rekod prestasi beliau yang pernah memegang jawatan tersebut \u00a0dari Mei 2018 hingga Februari 2020.\n\n\n\u201cPihak kesatuan turut percaya, jika pelantikan Menteri Pengangkutan ini dibuat kepada YB (Yang Berhormat) Anthony Loke, maka pengangkutan awam khususnya akan menerima limpah kebaikan terutamanya membantu bagi peningkatan taraf pengangkutan awam yang lebih efisien,\u201d katanya.\n\n\nAnwar \u00a0mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n31,600 kuota haji Malaysia bagi musim 1444H/2023M\n\n\n\n\n\n\nAmbil maklum hak pegawai perubatan, perbaiki kekurangan perkhidmatan\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Bukan Badan Awam, Layakkah Dapat Peruntukan?\n\n\n\n\n\n\nPN yakin rampas Selangor, Negeri Sembilan pada PRN\n\n\n\n\n\n\nKeabsahan Sek Vernakular\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Abdull Rahim Saad dalam kenyataan berasingan berharap kepimpinan Anwar dapat beri fokus bagi membawa usahawan daripada golongan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) ke tahap yang lebih tinggi lagi serta ke persada dunia.\n\n\nMenurut Abdull Rahim, Perdasama akan terus mengorak langkah menjalankan aktiviti ke seluruh dunia dalam membantu ahli mereka khususnya Bumiputera antaranya dengan menjalin hubungan perniagaan dan menganjurkan ekspo di Turkiye, selain menjalankan aktiviti mereka di China, Singapura, Indonesia, Perancis, Brunei dan Britain.\n\n\n\u201cSekali lagi kami warga Perdasama mendoakan kerajaan baharu bawah pimpinan Anwar ini dapat mengekalkan dan membangunkan lagi kemampanan ekonomi negara,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/26/mufti-perlis-saran-dap-mohon-maaf-kepada-masyarakat-islam-melayu/", "title": "Mufti Perlis saran DAP mohon maaf kepada masyarakat Islam, Melayu", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 DAP disarankan untuk memohon maaf kepada masyarakat Islam dan bangsa Melayu seperti yang mereka lakukan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) agar dapat meredakan perasaan masyarakat majoriti negara ini.\n\n\nMufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, memandangkan DAP bersama kerajaan baharu yang akan dibentuk selepas ini, pihaknya mencadangkan agar mereka dapat memohon maaf kepada masyarakat Muslim dan Melayu seperti yang dilakukan kepada GPS di Sarawak.\n\n\n\u201cIni diharapkan dapat meredakan perasan masyarakat majoriti negara ini dan memulakan azam yang lebih baik dengan menjaga sensitiviti umat Islam dan masyarakat Melayu,\u201d katanya menerusi satu di Facebook.\n\n\nKatanya, beliau \u00a0juga berpendapat bahawa parti politik yang mempunyai dominasi Muslim perlu menyertai kerajaan baharu ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu siasat dakwaan \u2018sedekah\u2019 pengundi\n\n\n\n\n\n\nNik Razi, adik Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nKelantan boleh jadi negeri kaya jika PAS terus diberi mandat\n\n\n\n\n\n\nWartawan Pakistan hilang telah dihantar pulang\n\n\n\n\n\n\nTanah runtuh : 19 kediaman sementara untuk kakitangan SPRM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDalam masa yang sama juga, saya berasakan untuk keharmonian negara, eloklah parti lain dan semua pihak memberikan ruang dahulu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 ini melaksanakan agenda pemerintah beliau.\n\n\n\u201cSelagi tiada zahir kemungkaran atau mafsadah ke atas rakyat, tiada alasan untuk sesiapa membantah atau mengganggu pemerintahan,\u201d katanya.\n\n\n\n\nMohd Asri berkata, dirinya secara peribadi turut mengucapkan tahniah kepada Anwar di atas pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri.\n\n\n\u201cDiharapkan Anwar yang dahulu dikenali lahir dari lubuk gerakan Islam itu kembali menjelma dengan semangat yang Islamik dan negarawan yang baik dan kerisauan dominasi pihak tertentu terhadap beliau harap dapat dipudarkan dengan pembuktian beliau dalam tindakan.\n\n\n\u201cSelain itu, saya doakan semoga Allah membimbing pentadbiran beliau kepada kebaikan dan dilindungi dari keburukan dan kemurkaan-Nya,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/26/pas-kekal-jadi-pembangkang-konstruktif-tidak-sertai-kerajaan-perpaduan/", "title": "Pas kekal jadi pembangkang konstruktif, tidak sertai Kerajaan Perpaduan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pas akhirnya mengesahkan tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif bersama Perikatan Nasional (PN).\n\n\nKenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan itu muncul selepas 24 jam parti tersebut memaklumkan akan membincangkan tawaran menyertai Kerajaan Perpaduan bersama rakan komponen PN.\n\n\nIa senada dengan kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan, gabungan parti politik itu akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen dengan membawa suara rakyat selaras prinsip demokrasi berparlimen.\n\n\n\u201cSetelah membuat pertimbangan dari pelbagai sudut serta meneliti pendapat umum, Pas berpendirian tidak akan menyertai Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) dan DAP.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPembahagian kerusi PH, BN selepas DUN bubar\n\n\n\n\n\n\nFelcra laksana Transformasi 3.0, kukuhkan keterjaminan makanan negara\n\n\n\n\n\n\nPH, BN setuju kekal kerusi penyandang PRU14 hadapi PRN\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Pemilik lima kenderaan di tapak perkhemahan dikenal pasti\n\n\n\n\n\n\nKurang hadiri masjid, belia wajar imarahkan rumah Allah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa demi menghormati kepercayaan dan mandat majoriti rakyat khususnya pengundi yang memilih Pas dan PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),\u201d katanya melalui kenyataan media hari ini.\n\n\nSementara itu Takiyuddin berkata, Pas akan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif dengan menasihati semua pihak bagi memastikan tadbir urus negara berjalan lancar dan dapat ditegakkan berpaksikan kepada prinsip prihatin, bersih dan stabil.\n\n\nSemalam, Takiyuddin melalui kenyataan kepada media memaklumkan selain berbincang dengan rakan komponen dalam PN, Pas juga akan meninjau pandangan dan kesediaan rakyat khususnya pengundi yang memberikan undi memberangsangkan kepada Pas dan PN pada PRU15.\n\n\nIa susulan sidang media sulung Anwar selepas mengangkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri mengajak PN mendukung Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkannya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/26/pemimpin-hamas-uae-ucap-tahniah-kepada-anwar/", "title": "Pemimpin Hamas, UAE ucap tahniah kepada Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Ketua Biro Politik Hamas di Palestin, Ismail Haniyeh mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.\n\n\nDalam surat ucapan tahniah yang diutuskannya, Ismail berharap sokongan Anwar terhadap perjuangan Palestin akan berterusan, sekali gus mendoakan kejayaan beliau dalam memimpin Malaysia dan perjuangan untuk umat Islam serta rakyat.\n\n\n\u201cSambil kami mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama, kami mengingati dengan penuh bangga akan pendirian anda untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dan Masjid Al-Aqsa yang diberkati.\n\n\n\u201cKami berharap dapat meneruskan usaha ini dengan pendirian lebih berani dan tabah sehingga rakyat kami memperoleh hak penuh, negara kami dibebaskan daripada penjajahan kejam serta negara Palestin yang merdeka diwujudkan dengan Al-Quds sebagai ibu kota kekal,\u201d katanya dalam surat bertarikh 24 November lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy dibatalkan, JAWI diarah siasat\n\n\n\n\n\n\nKes keganasan kanak-kanak perlu diteliti, bendung jenayah penderaan\n\n\n\n\n\n\nWakil rakyat ditegur merokok di bangunan Parlimen\n\n\n\n\n\n\nPoster Desak Zahid Letak Jawatan Di Gantung Di Melaka\n\n\n\n\n\n\nKenaikan Harga Sayur Sehingga 100 Peratus, Namun Dijangka Bersifat Sementara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, pemimpin Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar.\n\n\nMenurut Kedutaan UAE di Kuala Lumpur, Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan menghantar perutusan tahniah kepada Anwar pada Jumaat lalu.\n\n\nNaib Presiden, Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoun juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar.\n\n\nPara pemimpin mendoakan Perdana Menteri yang baru dilantik itu dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta kemajuan kepada kerajaan serta rakyat Malaysia. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/26/selamat-tinggal-umno-tun-abdul-hamid/", "title": "Selamat tinggal UMNO \u2013 Tun Abdul Hamid", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 UMNO melakukan satu penipuan yang besar kepada orang Melayu selepas bersetuju untuk bersekongkol dengan DAP dalam membentuk kerajaan baharu.\n\n\nBekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, keputusan UMNO untuk bersama kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang di dalamnya terdapat DAP tidak boleh diterima sama sekali kerana ia satu penipuan yang jelas kepada pengundi khususnya orang Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November lalu.\n\n\nTun Abdul Hamid juga mempersoalkan sokongan majoriti Ahli Parlimen (MP) yang didakwa dimiliki Anwar untuk menjadikannya seorang Perdana Menteri (PM) kerana tidak jelas dinyatakan parti mana satu yang menyokong beliau.\n\n\n\u201cBagi saya, bahawa UMNO-BN (Barisan Nasional) berkecuali pun saya kecewa kerana ia sepatutnya bergabung dengan PN untuk menghalang PH berkuasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPermohonan permit jual mercun dijangka meningkat\n\n\n\n\n\n\nLelaki mengaku tidak salah buat komunikasi jelik terhadap Sultan Johor\n\n\n\n\n\n\nAgong perkenan lima akta yang diluluskan Parlimen\n\n\n\n\n\n\nPM jamin industri kewartawanan negara bebas tanpa campur tangan\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa sedia sertai mana-mana parti\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBergabung dengan PH tidak boleh diterima langsung. Ia adalah satu penipuan kepada pengundi-pengundi Melayu,\u201d katanya.\n\n\n\u201cTidak pula disebut parti-parti yang bersetuju bergabung dengan PH dan berapa orangkah ahli-ahli Dewan Rakyat (DR) yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n\u201cDengan pelantikan ini tercapailah cita-cita Anwar setelah sekian lama menunggu. Apa yang akan dilakunya selepas ini sama-samalah kita menunggu untuk melihatnya,\u201d katanya lagi.\n\n\n\n\nTun Abdul Hamid menambah, DAP paling licik dalam memainkan peranan mereka apabila berdiam diri sepanjang rundingan antara UMNO dengan Anwar berjalan untuk memastikan rancangan tersebut berjaya.\n\n\n\u201cYang paling licik adalah DAP. Dengan menutup mulut dan tidak menampakkan muka mereka sepanjang kempen PRU15 dan rundingan bergabung selepas PRU15, mereka tidak membangkitkan kecurigaan orang Melayu terhadapnya seperti sebelumnya,\u201d katanya lagi.\n\n\nPerkara paling tidak boleh diterima sama sekali ialah bagaimana seorang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh bertindak menipu Yang di-Pertuan Agong semata-mata mahu memastikan cita-cita Anwar menjadi kenyataan.\n\n\n\u201cSaya tidak faham bagaimana sepuluh orang ahli-ahli Dewan Rakyat UMNO yang pada mulanya membuat SD (akuan berkanun) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin itu boleh menarik balik SD mereka.\n\n\n\u201cTakut sangatkah kepada Ahmad Zahid dan dipecat? Saya juga tidak faham bagaimana ahli-ahli MKT (Majlis Kerja Tertinggi UMNO) yang berkali-kali mengundi untuk berkecuali boleh menerima keputuan (siapa?) bahawa UMNO-BN bersetuju menyokong Anwar sebagai PM dan bergabung menubuh kerajaan dengan PH.\n\n\n\u201cTakut sangatkah mereka kepada Ahmad Zahid? Adakah mereka juga bersekongkol untuk berbohong?\u201d katanya lagi.\n\n\nSecara peribadi, Tun Abdul Hamid berkata, beliau rasa tertipu dengan pendirian pemimpin UMNO dan mengucapkan selamat tinggal kepada parti utama orang Melayu tersebut kerana berbohong kepada rakyat dan pengundi khususnya orang Melayu itu.\n\n\n\u201cBiar apa pun, saya berasa tertipu. Saya sudah tidak percaya kepada pemimpin-pemimpin UMNO lagi. Selamat tinggal UMNO,\u201d tegasnya lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/26/terima-kasih-anwar-pn-akan-menjadi-pembangkang-muhyiddin-yassin/", "title": "Terima kasih Anwar, PN akan menjadi pembangkang \u2013 Muhyiddin Yassin", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Perikatan Nasional (PN) kekal dengan pendirian untuk tidak menyertai kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa gabungan itu menyertai pentadbiran mereka.\n\n\nPengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gabungan itu mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas tawaran tersebut, namun menolaknya atas semangat menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen.\n\n\n\u201cPN akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen serta memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah selaras dengan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.\n\n\n\u201cDemi untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, PN bersedia untuk merintis bentuk-bentuk kerjasama yang lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSedekah amal jariah okey, tapi sedekah untuk undi rasuah\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tumbang, Hadi Awang mengigau \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nPenukaran nama PUTRA kepada Gerakan Tanah Air tidak sahih \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\n31 Pusat Mengundi Awal Dibuka\n\n\n\n\n\n\n\u201cKenyataan saya, akar umbi undi DAP dipolemikkan\u201d- Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada sidang media sulung Perdana Menteri malam tadi, Anwar menegaskan kerajaan perpaduan yang dibentuk dengan penyertaan PH, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) setakat ini, akan memastikan kestabilan negara dan ekonomi serta menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nBercakap dalam sidang media pada hari pertama memasuki Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra di Putrajaya pagi semalam pula, Anwar berkata, kerajaan perpaduan pimpinan beliau telah mencapai majoriti dua pertiga melalui penyertaan terkini oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).\n\n\nAnwar berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/27/bn-akan-sokong-usul-undi-percaya-kepada-pm-ahmad-zahid/", "title": "BN Akan Sokong Usul Undi Percaya Kepada PM \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, 27 Nov- Ahad \u2013 Barisan Nasional (BN) akan menyokong usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat, 19 Disember.\n\n\nPengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia berdasarkan prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya menghormati pelantikan Perdana Menteri Ke-10.\n\n\nTambahnya, langkah itu juga bagi mendiamkan pihak yang cuba mempertikaikan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri.\n\n\n\u201cWalaupun ada pihak mengatakan langkah itu berisiko, namun ia adalah proses demokrasi yang perlu dilalui dan BN akan terus menyokong sebagai tanda menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dalam pembentukan kerajaan baharu,\u201d katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAminuddin hairan jumlah penceroboh tanah Raub cecah 500 orang\n\n\n\n\n\n\nSemua 6 negeri lebih 90 peratus keluar undi awal\n\n\n\n\n\n\nPM Anwar ucap takziah atas pemergian Mother Mangalam\n\n\n\n\n\n\nPertukaran Kabinet tertakluk budi bicara PM\n\n\n\n\n\n\nJamal Abdillah akur dan serahkan kepada bekas isteri\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya lagi, pelantikan Anwar telah diputuskan Yang di-Pertuan Agong berlunaskan Perlembagaan berdasarkan peruntukan mengikut Perkara 43(2)(a) menetapkan dua syarat lantikan Perdana Menteri.\n\n\n\u201cJusteru, semua pihak perlu menghormati keputusan dan kebijaksanaan tersebut. Tidak perlu lagi pihak mempertikaikan keputusan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara. Janganlah umpama rumah siap, pahat berbunyi.\n\n\n\u201cMarilah kita sama-sama menjunjung titah dan menghormati perkenan pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan perlembagaan negara,\u201d katanya.\n\n\nAhmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, BN perlu bergerak ke depan dan bersama-sama membina negara ke arah kemakmuran dan kestabilan.\n\n\nDengan itu, katanya, BN menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan individu dan parti.\n\n\n\u201cBN tidak mahu berpolitik sepanjang masa dan ingin memfokuskan masalah ekonomi rakyat yang perlu ditangani bersama,\u201d jelasnya.\n\n\nAnwar menerusi sidang media sulungnya baru-baru ini memberitahu, bahawa sidang Dewan Rakyat akan diadakan pada 19 Disember, bagi membentangkan beberapa perkara, antaranya usul percaya kepada Perdana Menteri.\n\n\nJelasnya, usul percaya itu bakal membuktikan keabsahan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat terhadapnya, sekali gus memperkukuh kestabilan Kerajaan Perpaduan yang merangkumi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Warisan (WARISAN), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas.\n\n\nSebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Anwar membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri ke-10.\n\n\nMuhyiddin berkata, pembuktian itu demi meyakinkan rakyat akan keabsahan Anwar selaku orang nombor satu kerajaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/27/bn-gabung-ph-dong-zong-terus-berani-desak-iktiraf-uec/", "title": "BN GABUNG PH, DONG ZONG TERUS BERANI DESAK IKTIRAF UEC", "body": "0\n\n\nPersatuan Pengarah Sekolah Cina di Malaysia, Dong Zong sudah menuntut haknya pada kerajaan baharu untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) selain peruntukan kekal kepada sekolah persendirian Cina.\n\n\nTimbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air, Aminuddin Yahya berkata, baru dua hari Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan utama dalam pentadbiran negara, namun Dong Zong sudah berani menuntut janjinya.\n\n\n\u201cDong Zong mungkin sangka yang rakyat tidak akan bangkit menentang agenda UEC dan peruntukan sekolah persendirian mereka ini,\u201d\n\n\nTambahnya memang pandai dan rakusnya Dong Zong mengambil peluang kerana mereka tahu antara kesemua janji manifesto PH, inilah yang paling susah untuk ditunaikan.\n\n\nDan mereka kata Aminudin inginkan jaminan itu secepat mungkin, lebih\u00a0 lebih lagi apabila\u00a0 momentum penerimaan rakyat terhadap pembentukan kerajaan baharu ini adalah bersangka baik iaitu \u201ckita berilah peluang dulu\u201d.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\ni-Biaya ganti Skim Rumah Pertamaku\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tanah terbiar Felda, Felcra, Risda digunakan untuk penghasilan makanan\n\n\n\n\n\n\nIndividu Lengkap Vaksin Digalakkan Ambil Ujian Saringan\n\n\n\n\n\n\nDua lagi didakwa di Johor Bahru, Shah Alam berkait dana Jana Wibawa esok\n\n\n\n\n\n\nPemilik Flat Kg Baru nafi Setuju Sebarang Tawaran Daripada Pemaju\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, dalam satu kenyataannya Aminuddin berkata, keberanian golongan berkenaan disebabkan Barisan Nasional (BN) juga yang kini bergabung bersama kerajaan hari ini telah menerima UEC.\n\n\nMalah, pernah menjanjikan perkara yang sama seperti yang termaktub dalam manifesto mereka sejak zaman kepimpinan Datuk Seri Najib Razak lagi.\n\n\n\u201cLebih parah lagi, baru-baru ini ada ahli Majlis Tertinggi UMNO mendedahkan ada suara-suara pimpinan tertinggi sudah berani berkata tidak mahu \u2018jaga orang Melayu lagi\u2019 selepas kecewa dengan penolakan orang Melayu terhadap UMNO. Setakat setuju terima UEC ini, apalah sangat. Parti-parti komponen lain terutamanya MCA dalam BN memang penyokong tegar UEC. Ditambah lagi dengan pendokong tegar UEC dalam PH, iaitu DAP adalah parti yang mempunyai kerusi Parlimen terbanyak\u2019\u2019\n\n\nJusteru, Aminuddin berpandangan, kerajaan campuran \u2018PH plus\u2019 zaman Anwar Ibrahim ini adalah jauh lebih \u2018totok\u2019 menyokong UEC berbanding kepimpinan sebelum ini.\n\n\nBahkan, beliau menyifatkan janji dan agenda mengiktiraf UEC kali ini adalah jauh lebih serius.\n\n\nAtas dasar itu tegasnya arus menolak UEC kali ini mesti lebih besar dan keras.\n\n\nTerdahulu, mesyuarat Dong Zong kali-93 sebulat suara meluluskan dan menerima 11 cadangan termasuk menggesa kepimpinan Pengerusi PH mengiktiraf Sijil UEC dan menginstitusikan peruntukan Sekolah Menengah Cina persendirian secepat mungkin.\n\n\nMesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim, bersama 25 orang wakil yang menyertai mesyuarat ini terdiri daripada 12 persatuan Dong Zong iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang Kedah, Perlis, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Sabah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/27/dong-zong-rakus-sepatutnya-perkasa-sistem-pendidikan-kebangsaan/", "title": "DONG ZONG RAKUS, SEPATUTNYA PERKASA SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN", "body": "0\n\n\nDi sebalik\u00a0 tuntutan mengiktiraf Dong zong secepat mungkin, pertubuhan itu sepatutnya\u00a0 memperkasa indentiti nasional melalui sistem pendidikan dengan satu aliran sepatutnya sebagai asas perjuangan Dong Zong.\n\n\nNamun sebaliknya Dong Zong terlalu rasis dengan begitu rakus.\n\n\nPresiden BERJASA Ustaz Zamani Ibrahim berkata ia dapat dilihat apabila belum lagi tertubuh kerajaan yang sepenuhnya Dong Zong, mendesak pengiktirafan UEC dan mahu pembiayaan pendidikan kekal kepada sekolah persendirian Cina.\n\n\n\u201dDong Zong mesti tunjukkan kesetiaan kepada negara dengan memikirkan bagaimana cara yang paling praktikal untuk melahirkan khususnya kaum cina dinegara kita ini dapat hidup dengan harmoni dengan merapatkan jurang perbezaan terutama penggunaan bahasa kebangsaan dan melahirkan identiti nasional berteraskan perlembagaan.\u2019\u2019\n\n\nJusteru itu, Dong Zong katanya digesa meminta sumbangan bagi pembangunan sekolah berkenaan daripada tauke atau daripada jutawan Cina.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBersatu Tidak Bertanding Di PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nKKM garis tiga kriteria utama serap pegawai perubatan tetap\n\n\n\n\n\n\nBN Terengganu Tanding Solo Semua Kerusi\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi dakwa tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH\n\n\n\n\n\n\nAtas dasar simpati, Sunway Lagoon turun padang bantu mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni kerana peruntukan kerajaan Malaysia sudah ada tanggungjawabnya kepada pembangunan sekolah kebangsaan di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak.\n\n\nDalam satu kenyataan mengulas desakan pengiktiran UEC oleh Dong Zong kepada TV PERTIWI Zamani berkata itu antara cadangan dilontarkan kepada Dong Zong.\n\n\nKedua katanya Dong Zong juga perlu mendirikan sekolah persendirian Cina dan mengeluarkan sijil UEC.\n\n\nNamun pemegang UEC bukan untuk keperluan negara ini jadi Dong Zong mesti berani meneroka pengiktirafan UEC di luar negara sama ada dari Cina, Taiwan dan seumpamanya.\n\n\nCadangan lain beliau ialah Dong Zong sepatutnya menyediakan kertas untuk mendapatkan pengiktirafan luar negara bagi lepasan UEC, IPTA dan peluang kerjaya hanya untuk mereka yang melalui sistem Pendidikan Kebangsaan sahaja.\n\n\nDari sudut kesetiaan kepada negara perlu ditunjukkan Dong Zong dengan memikirkan bagaimana cara yang paling praktikal untuk melahirkan khususnya kaum cina di negara ini\u00a0 hidup dengan harmoni\n\n\nSerta merapatkan jurang perbezaan terutama penggunaan bahasa kebangsaan dan melahirkan identiti nasional berteraskan perlembagaan.\n\n\nMenurut Presiden BERJASA itu Dong Zong mesti memanggil pakar daripada Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem pendidikan persendirian Cina dan UEC sendiri agar menepati kehendak serta selari dengan sistem pendidikan kebangsaan negara kita."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/27/wan-rosdy-sekali-lagi-dilantik-mb-pahang/", "title": "Wan Rosdy Sekali Lagi Dilantik MB Pahang", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 27 Nov Ahad \u2013 Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi dilantik untuk memegang jawatan Menteri Besar Pahang selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 14 Oktober lalu.\n\n\nPerkara itu dimaklumkan oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nMenurut kenyataan itu, pelantikan itu selepas diperkenan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\n\u201cBerdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah berkenan untuk melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSubsidi bersasar atasi masalah ketirisan dan bekalan\n\n\n\n\n\n\nAhli Dewan Diraja Selangor tuntut Sanusi mohon maaf secara terbuka\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan\n\n\n\n\n\n\nPejuang sah tinggalkan Gerakan Tanah Air\n\n\n\n\n\n\nKelantan dianaktiri: Anwar dakwa Syahir terkhilaf, hujah tanpa fakta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBerdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II, Perkara 3.(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang telah berkenan untuk melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang,\u201d\n\n\nWan Rosdy, 64, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai akan mengangkat sumpah jawatan pada 11 pagi di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.\n\n\nDalam pada itu, Pemangku Raja Pahang juga telah memperkenankan pembentukan Kerajaan Negeri daripada parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).\n\n\nPada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi daripada 41 kerusi DUN Pahang dan PH memperoleh lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 17 kerusi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/abdul-hadi-sindir-pelantikan-anwar-ph-menang-dalam-masa-kecederaan/", "title": "Abdul Hadi sindir pelantikan Anwar, PH menang \u2018dalam masa kecederaan\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi terus mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.\n\n\nAbdul Hadi dikatakan menyindir keputusan pihak Istana Negara apabila mengaitkan pelantikan itu dengan masa kecederaan dalam perlawanan bola sepak.\n\n\nMenggunakan analogi perlawanan bola sepak, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, cara pelantikan Anwar umpama memberikan masa tambahan bagi membolehkan Pakatan Harapan (PH) mengumpul lebih banyak Ahli Parlimen bagi menyokongnya.\n\n\nKetika kerancakan Piala Dunia yang sedang berlangsung, Abdul Hadi mendakwa ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang kerana berjaya melepasi 112 majoriti mudah, PH dan Anwar sebaliknya diberikan masa tambahan untuk mencari sokongan tambahan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis\n\n\n\n\n\n\nAmah melecur badan, lebam muka dan mata didera\n\n\n\n\n\n\nSekadar Beri Bantuan Tidak Dapat Atasi Kemiskinan Rakyat \u2013 Tun M\n\n\n\n\n\n\nInstitusi Perundangan : Tidak boleh ada keistimewaan antara ahli politik dengan rakyat\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak ambil hak golongan B40\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara itu dinyatakannya dalam Twitter beliau \n@abdulhadiawang\n semalam dan kenyataan penuhnya disiarkan juga oleh portal berita Pas, Harakahdaily.\n\n\n\u201cBagaimana pula kalau pengadil menambah masa bukan kerana faktor kecederaan atau seri tiada keputusan?\n\n\n\u201cPadahal keputusannya sudah ada kemenangan pada satu pihak, ada mata dan golnya.\n\n\n\u201cTiba-tiba pengadilnya menambah masa juga untuk memberikan peluang kepada yang nyata sudah kalah supaya mereka dapat meraih kemenangan juga dengan apa cara sekalipun, yakni masanya dicederakan oleh si pengadil,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/anwar-beri-bayangan-kluster-mahkamah-masih-berpeluang-sertai-kabinet/", "title": "Anwar beri bayangan kluster mahkamah masih berpeluang sertai Kabinet", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pemimpin politik yang sedang berdepan kes mahkamah daripada parti yang membentuk kerajaan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat masih berpeluang menyertai Kabinet.\n\n\nSituasi itu berdasarkan gambaran diberikan Perdana Menteri yang menegaskan mana-mana individu hanya didapati bersalah apabila selesai dijatuhi hukuman.\n\n\nAnwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian ketika ditanya berhubung desakan pelbagai pihak yang tidak mahu mana-mana pemimpin politik mempunyai kes mahkamah termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik dalam Kabinetnya.\n\n\nBagaimanapun beliau berkata, pihaknya akan mengambil kira pandangan semua pihak sebelum memutuskan mengenainya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPuad dakwa Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun M sebab wang\n\n\n\n\n\n\nKPKM akan teliti masalah lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing\n\n\n\n\n\n\nTerengganu akan jadi Kelantan kedua jika undi PAS \u2013 Ahmad Said\n\n\n\n\n\n\nBendahari Bersatu ditahan SPRM, disiasat kes perbelanjaan dana parti\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak cadang turunkan harga siling petrol, diesel\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPandangan semua, kita ambil kira. Ia dalam perbincangan tetapi seperti mana yang kita tahu dari segi undang-undang hanya setelah ada hukuman (didapati bersalah).\n\n\n\u201cYang lain itu kita akan beri pertimbangan,\u201d katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di Petaling Jaya hari ini.\n\n\nSebelum ini, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik tidak mahu mana-mana pemimpin yang mempunyai kes mahkamah dilantik dalam Kabinet.\n\n\nIa termasuk gesaan oleh Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mahu jemaah Menteri dilantik kelak bebas kes mahkamah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/anwar-guna-kenderaan-sedia-ada-tolak-mercedes-s600/", "title": "Anwar guna kenderaan sedia ada, tolak Mercedes S600", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat.\n\n\nLangkah tersebut, diambil kerana beliau tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas dirinya.\n\n\n\u201cSebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian,\u201d katanya.\n\n\nAnwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada Khamis lalu dan memulakan tugas di Perdana Putra sehari kemudian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMAQIS sita 25 tan dada ayam Thailand dengan sijil halal diragui\n\n\n\n\n\n\nPantai Timur Diramal Hadapi Banjir Serentak Bermula Esok\n\n\n\n\n\n\nBangunan MACA dijangka dibuka semula 18 Mei depan\n\n\n\n\n\n\nSeorang Jemaah Umrah Dari Melaka Dijangkiti Omicron\n\n\n\n\n\n\nPenukaran nama PUTRA kepada Gerakan Tanah Air tidak sahih \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\n\n\nHari ini (Ahad), beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara 2022 di Pejabat Perdana Menteri.\n\n\nAnwar dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan yang memenangi 82 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15, bergabung dengan Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak bagi membentuk kerajaan Persekutuan. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/anwar-tetap-bentang-usul-undi-percaya-buktikan-keabsahan/", "title": "Anwar tetap bentang usul undi percaya, buktikan keabsahan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Usul undi percaya bagi membuktikan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 akan tetap dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 19 Disember ini.\n\n\nAnwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menegaskan langkah itu penting bagi membuktikan keabsahan beliau dari segi persepsi politik, selain penafsiran dalam Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\u201cYa benar Ramkarpal (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) menggunakan isu berdasarkan penafsiran Perlembagaan Persekutuan sebab majoriti jelas.\n\n\n\u201cTetapi saya juga berbincang tadi, kita punya pandangan bukan sahaja keperluan dalam Perlembagaan tapi saya fikir keabsahan dari segi persepsi politik juga penting.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak sentuh 3R, Rukun Negara nak letak mana? \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nUNI-MLC gesa kerajaan lindungi kepentingan jangka panjang pencarum KWSP\n\n\n\n\n\n\nTidak wajar halang tanding jawatan Presiden, Timbalan\n\n\n\n\n\n\nCuepacs gesa siasat dakwaan menteri buat \u2018kecoh\u2019 di KLIA\n\n\n\n\n\n\nProsiding baharu LCS dicadang PAC\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi kita akan teruskan dengan undi percaya pada 19 Disember ini,\u201d katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Petaling Jaya hari ini.\n\n\nSebelum ini, Ramkarpal Singh dilaporkan berkata, tiada keperluan bagi mengemukakan usul undi percaya terhadap Anwar pada sidang Dewan Rakyat, 19 Disember ini bagi membuktikan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri.\n\n\nAhli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP menegaskan, ini kerana sudah jelas ketika ini, Anwar sudah mempunyai sokongan majoriti melebihi 140 Ahli Parlimen.\n\n\nRamkarpal berkata, Pakatan Harapan (PH) kini diyakini mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen dengan sokongan daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/bersih-tolak-kluster-mahkamah-sertai-kabinet-kerajaan-baharu/", "title": "Bersih tolak kluster mahkamah sertai Kabinet kerajaan baharu", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menolak dengan tegas sebarang pelantikan mana-mana wakil rakyat yang sedang menjalani pendakwaan jenayah ke sebarang jawatan Kabinet.\n\n\nMenerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Bersih berkata, perkara tersebut boleh menjejaskan integriti dan kepercayaan rakyat terhadap Jabatan Peguam Negara (AGC) dan badan kehakiman.\n\n\nBersih juga mengingatkan bahawa gerakan politik sedemikian boleh menimbulkan keraguan terhadap integriti kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mencemarkan reputasi negara.\n\n\n\u201cBersih berpandangan bahawa sehingga dan melainkan kedua-dua pihak pendakwaan dan kehakiman benar-benar bebas daripada pengaruh politik, ahli politik yang masih mempunyai kes mahkamah mengambil jawatan eksekutif adalah langsung tidak boleh diterima.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLantik Timbalan Exco membazir wang rakyat \u2013 PN Melaka\n\n\n\n\n\n\nAmirudin Pengerusi MKN Selangor Baharu, Ganti Noh Omar\n\n\n\n\n\n\nIsu agihan kerusi PN di enam negeri selesai 95 peratus\n\n\n\n\n\n\n3 lelaki ditahan pukul pekerja nasi kandar\n\n\n\n\n\n\nMansuh kemasukan penjawat awam guna kelulusan PMR\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni kerana sebarang pembebasan akan dilihat sebagai pemberian pengampunan kepada mereka yang di pihak eksekutif, sekalipun jika kes mereka secara meritnya layak dibebaskan.\n\n\n\u201cHal ini akan melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap kedua-dua AGC dan kehakiman,\u201d kata kenyataan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pemandu Bersih hari ini.\n\n\nBersih juga meluahkan kebimbangan dengan cadangan pihak tertentu dan individu supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipertimbangkan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam pembentukan Kabinet baharu nanti.\n\n\n\u201cAhmad Zahid masih dalam perbicaraan untuk 47 pendakwaan jenayah pecah amanah dalam kes Yayasan Akalbudi.\n\n\n\u201cWalaupun beliau telah dibebaskan daripada 40 tuduhan rasuah skim visa VLN oleh Mahkamah Tinggi pada 22 September lalu, pasukan pendakwaan juga telah mengemukakan rayuan untuk kes tersebut,\u201d kata Bersih.\n\n\nBersih juga menggesa semua parti dalam kerajaan campuran supaya mengelak daripada menamakan individu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah untuk pertimbangan Perdana Menteri.\n\n\n\u201cWakil rakyat yang sedang menjalani kes rasuah seperti (Pengerusi DAP) Lim Guan Eng, (Presiden Muda) Syed Saddiq dan (Pengerusi BN Sabah) Bung Mokhtar Radin tidak boleh dilantik ke dalam Kabinet sehingga kes mereka selesai sepenuhnya oleh mahkamah tanpa sebarang campur tangan eksekutif melalui Jabatan Peguam Negara,\u201d kata Bersih.\n\n\nBadan pemantau pilihan raya itu juga mengulangi keperluan mendesak untuk mereformasi AGC dengan memisahkan kuasa mendakwa kepada sebuah jabatan pendakwa raya yang bebas.\n\n\n\u201cSebagai langkah segera, peranan pendakwaan perlu dipindahkan sementara Peguam Cara Negara, jawatan kedua yang tidak politik di Jabatan Peguam Negara.\n\n\n\u201cIni untuk mengambil pendirian neutral terhadap semua kes yang sedang berjalan, terutamanya melibatkan ahli politik.\n\n\n\u201cPengurusan kes-kes ini tidak boleh dijadikan alat tawar-menawar untuk pembentukan kerajaan atau kabinet,\u201d katanya lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/cukup-cukuplah-berpolitik-sekarang-masa-untuk-bekerja-pemangku-raja-pahang/", "title": "Cukup-cukuplah berpolitik, sekarang masa untuk bekerja \u2013 Pemangku Raja Pahang", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kerajaan negeri yang baharu dibentuk perlu mengetepikan ideologi dan sentimen politik.\n\n\nBaginda juga menitahkan kerajaan negeri supaya meletakkan agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.\n\n\n\u201cKini bukan lagi masa untuk berpolitik, cukup-cukuplah. Pilihan raya telah tamat, kerajaan negeri telah dibentuk. Sekarang masa untuk bekerja,\u201d titahnya.\n\n\nBaginda bertitah demikian pada Istiadat dan Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang di Balairung Seri Istana Abu Bakar hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKedah Tidak Luluskan Lesen Baharu Judi, Hadkan Jualan Arak\n\n\n\n\n\n\nBILIK GERAKAN PN DI TELOK MAS DITUTUP KERANA COVID-19, DIKOMPAUN RM10,000\n\n\n\n\n\n\nLebih ramai individu akan dipanggil bantu siasatan kes LCS\n\n\n\n\n\n\nDiarah robohkan kelas, pelarian Syria tetap berusaha belajar agama\n\n\n\n\n\n\ni-Biaya ganti Skim Rumah Pertamaku\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam proses mencapai negeri maju, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bertitah, rakyat tidak mahu lagi melihat ahli politik terus berpolitik dan mencari salah.\n\n\nSebaliknya, titahnya, rakyat mahu wakil rakyat yang duduk di kerusi kerajaan untuk membawa Pahang terus maju ke hadapan.\n\n\n\u201cBagi wakil rakyat yang berada di sebelah pembangkang, menjadi semak dan imbang dengan profesional dan matang.\n\n\n\u201cMana dasar yang kurang baik, tegur dan berilah idea untuk untuk ditambah baik, bukanlah gah pada gelaran yang berhormat tetapi harus diingat anda menjadi wakil untuk membawa dan menyelesaikan masalah setempat.\n\n\n\u201cBetulkan niat, jangan menjadi wakil rakyat untuk mencipta kekayaan diri, untuk rasa dihormati, sedangkan amanah yang diberi langsung dikhianati,\u201d titahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/dap-ibarat-membaling-batu-di-tengah-khalayak-ramai-abdul-hadi/", "title": "DAP ibarat membaling batu di tengah khalayak ramai \u2013 Abdul Hadi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pas mendakwa, DAP menjadikan parti itu sebagai sasaran selepas melihat kejayaan mereka memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nPresiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, DAP ibarat membaling batu di tengah khalayak ramai pada waktu siang demi kepentingan politik mereka.\n\n\n\u201cPandangan orientalis dan media Barat yang bermusuh serta berbohong terhadap Islam yang disebarkan di negara Barat diimport ke Malaysia oleh DAP, sehingga dilaporkan maklumat yang salah terhadap Pas.\n\n\n\u201cTindakan ini secara halus boleh mengelirukan mereka yang tidak mengkaji Islam daripada sumber asal dan sejarah pelaksanaannya yang diterima tanpa sebarang paksaan,\u201d katanya menerusi Minda Presiden hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiga Lagi Kes COVID-19 Di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nWakil rakyat ditegur merokok di bangunan Parlimen\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Cecah RM13.90 Sekilogram\n\n\n\n\n\n\nKenapa hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK \u2013 DAP\n\n\n\n\n\n\nCukai barangan mewah : beg dan jam tangan mewah antara tersenarai\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Marang itu berkata, DAP tidak mengambil iktibar walaupun beberapa ketika dahulu pernah berdialog bersama Pas secara langsung bagi menjelaskan banyak kekeliruan terhadap hukum Islam yang menjadi modal mereka.\n\n\nBagaimanapun, jawapan yang diterima daripada parti itu adalah semata-mata kepentingan politik sempit dan masih menjadi pegangan.\n\n\n\u201cPas dilabelkan laksana Taliban yang berperang dengan Amerika Syarikat di Afghanistan, walhal Amerika Syarikat menceroboh negara itu dengan ganas dan bertindak melampau melalui media Barat terhadap Taliban yang dizalimi, namun keadaan yang sebenar ditutup oleh Dap.\n\n\n\u201cHukum Islam hudud dan qisas terus menjadi modal mereka dengan penjelasan yang salah dan menyesatkan, semata-mata bagi memberikan suatu gambaran buruk terhadap Islam dan wajah Pas,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, DAP memejamkan mata walaupun Pas mengamalkan konsep demokrasi dan pelaksanaan Islamnya mengikut prinsip serta konsep yang betul."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/islam-terbina-atas-asas-wahyu-ilmu-dan-rasional/", "title": "Islam bukan ekstrem sempit tapi terbina atas asas wahyu", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dalam mengambil dan beramal dengan satu-satu hukum pada satu-satu perkara.\n\n\nTimbalan Ketua Wanita Berjasa Malaysia, Siti Umi Kalsom Hussin berkata, hukum dan fatwa dalam Islam mesti keluar daripada individu yang berkelayakan serta mesti daripada kalangan mereka yang ahli dalam bidang ini.\n\n\n\u201cHukum dan fatwa tidak boleh dikeluarkan secara sembrono yang tidak diasaskan sama sekali kepada prinsip dan proses mengeluarkan hukum.\n\n\n\u201cIndividu yang layak mengeluarkan hukum atau fatwa mesti mempunyai ilmu Usul Fiqh dan menguasai Qawaed Fiqhhiyyah yang kemas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu Kenaikan Harga Perlu Diperhalusi Dari Segala Dimensi \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nRamasamy akan kempen seluruh negara gesa mansuhkan SOSMA\n\n\n\n\n\n\nIbu bapa berlainan agama boleh jaga anak beragama Islam\n\n\n\n\n\n\nSPR pertimbang adakan pilihan raya lebih 60 hari selepas bubar Parlimen\n\n\n\n\n\n\nDominic Lau sah bertanding di DUN Bayan Lepas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJika tidak, maka akan berlakulah seperti yang berlaku hari ini. Umat Islam jadi keliru dan kelam kabut,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nSiti Umi Kalsom menambah, beliau juga menasihati dua individu yang terlibat iaitu Ustazah Siti Afifah dan suami\u00a0supaya berhenti daripada perbuatan tersebut.\n\n\nKatanya, kedua-dua individu itu semakin hari semakin jauh lari menyimpang daripada perbahasan ilmu fiqh nampaknya.\n\n\n\u201cHukum yang keluar adalah sangat dangkal dan tidak melalui proses ilmu yang betul. Berhati-hatilah. Kerana ia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.\n\n\n\u201cIslam adalah agama unggul yang turun sebagai sumber ilmu dan iman. Agama ini terbina atas asas wahyu, ilmu dan rasional. Bukan atas asas ekstrem sempit,\u201d tambah beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/ismail-sabri-pernah-tolak-kenderaan-kalis-peluru/", "title": "Ismail Sabri pernah tolak kenderaan kalis peluru", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan ketika menjadi Perdana Menteri.\n\n\nBekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik beliau, Datuk Ruhaidini Abd Kadir berkata, sepanjang bergelar Perdana Menteri, Ahli Parlimen Bera itu lebih selesa menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipakai pentadbiran terdahulu.\n\n\nMelalui hantaran di Facebook, beliau memaklumkan, Ismail Sabri juga enggan meluluskan permohonan untuk mengubah suai pesawat khas bagi kegunaan Perdana Menteri, selain terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana.\n\n\n\u201cDi sebalik nama Ismail Sabri. Keputusan YAB Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan kenderaan rasmi (import) yang baharu bukan perkara luar biasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful fail notis, afidavit ketepi tuduhan rasuah\n\n\n\n\n\n\nSurat Azalina tidak dibincang Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nBeri ubat PReP secara bersasar kepada golongan berisiko, elak subur aktiviti songsang\n\n\n\n\n\n\nBomba Giat Cari Tujuh Mangsa Hilang Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nBolehkah Individu Ada Kes Mahkamah Jadi TPM? \u2013 TUN M\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan untuk beliau. Sepanjang bergelar Perdana Menteri, Ismail Sabri lebih selesa menggunakan kenderaan jenis MPV yang telah digunakan oleh pentadbiran terdahulu.\n\n\n\u201cBahkan, Ismail Sabri juga enggan meluluskan permohonan untuk mengubah suai pesawat khas (Perdana 1) bagi kegunaan rasmi Perdana Menteri. Ismail Sabri juga terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana, meskipun kediaman rasmi Perdana Menteri telah indah diubahsuai,\u201d katanya.\n\n\nMalam tadi, Anwar melalui ciapan di Twitternya, memaklumkan menolak menggunakan kereta jenis Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh JPM sebelum beliau memasuki pejabat.\n\n\nPerdana Menteri berkata, langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat oleh kerajaan untuknya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/malaysia-brunei-teroka-potensi-kerjasama-dua-hala/", "title": "Malaysia, Brunei teroka potensi kerjasama dua hala", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Malaysia dan Brunei mengambil peluang untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada selain meneroka potensi baharu meningkatkan hubungan yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua buah negara.\n\n\nDalam satu kenyataan Wisma Putra, perkara itu akan direalisasikan menerusi pertemuan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Putrajaya hari ini sempena Lawatan Khas baginda ke Malaysia.\n\n\nIa pertemuan julung kali antara Anwar dan Sultan Hassanal Bolkiah selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu.\n\n\nLawatan terakhir Baginda ke Kuala Lumpur adalah pada 4 hingga 6 Mac 2019 bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLepas dikecam Bong Guang Yik minta maaf buat kenyataan rasis\n\n\n\n\n\n\nWakil rakyat ditegur merokok di bangunan Parlimen\n\n\n\n\n\n\nHarga Ais Akan Dinaikkan \u2013 Pengusaha\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa Dakwa UMNO Sudah Dikuasai Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nDunia akhirat perlu selari \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMalaysia dan Brunei mempunyai hubungan istimewa yang telah lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama insan.\n\n\n\u201cBertitik tolak daripada hubungan istimewa ini, kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang semasa lawatan tersebut,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nTambah Wisma Putra, Anwar akan turut meraikan Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda \u2018Abdul Mateen Bolkiah serta rombongan dalam satu majlis santapan tengah hari.\n\n\nBrunei Darussalam adalah rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia pada 2021 dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM8.03 bilion (AS$1.94 bilion)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/nur-jazlan-desak-henti-keluar-kenyataan-retorik-jaga-hubungan-baik-bn-ph/", "title": "Nur Jazlan desak henti keluar kenyataan retorik, jaga hubungan baik BN-PH", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengundang risiko dan menjejaskan hubungan kerjasama di antara parti itu dan Barisan Nasional (BN) yang sedang bersama dalam pembentukan kerajaan ketika ini.\n\n\nTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, masa untuk mengeluarkan kenyataan \u2018berapi-api\u2019 dan retorik sudah berakhir selepas rakyat menyuarakan melalui peti undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) minggu lalu.\n\n\n\u201cAhli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, memberi peringatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak melantik Ahli Parlimen yang sedang berdepan kes mahkamah dalam Kabinet beliau.\n\n\n\u201cSaya ingin mengingatkan mereka bahawa undang-undang Malaysia yang diwarisi dari United Kingdom (UK) yang mana seseorang itu tidak bersalah sehingga disabitkan oleh mahkamah,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas peguam 1MDB, Jasmine Loo ditahan polis \u2013 Saifuddin\n\n\n\n\n\n\nAnwar beri tempoh tiga hari untuk Ahli Parlimen Pendang minta maaf\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid raikan perbezaan pendapat, tidak berkompromi sentuh integriti parti\n\n\n\n\n\n\nEzam, 3 calon PRM berentap di PRN DUN Selangor\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid lantik Datuk Dusuki Ahmad ketuai Majlis Ulama UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\nNur Jazlan yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri turut mengingatkan bahawa mereka yang dibicarakan perlu diadili di mahkamah, bukan menerusi persepsi umum.\n\n\nJusteru, pemimpin PH tidak seharusnya menjadi rabun dan mengabaikan standard antarabangsa berkaitan hak asasi manusia, secara tidak langsung meletakkan kerajaan Anwar dalam risiko.\n\n\n\u201cTiada mana-mana parti atau gabungan memperoleh majoriti untuk menerajui kerajaan. Namun, Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) berbesar hati mengubah pendiriannya atas nasihat Yang di-Pertuan Agong dan menyatukan Ahli Parlimen parti itu untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.\n\n\n\u201cTiada pra-syarat ditetapkan mana-mana gabungan termasuk Anwar, mengenai siapa yang berhak berkhidmat dalam Kabinet atau sebaliknya,\u201d katanya.\n\n\nMalah, Nur Jazlan mendakwa, Ahmad Zahid meletakkan negara sebagai keutamaan bagi memastikan Malaysia memiliki kerajaan yang stabil.\n\n\n\u201cAhmad Zahid tidak menyalahkan Anwar, mahupun PH di atas tuduhan liar dan tohmahan terhadap BN sepanjang tempoh berkempen PRU15.\n\n\n\u201cJadi, PH patut membalas kesungguhan Ahmad Zahid dengan menunjukkan niat ikhlas untuk menjadikan kerajaan ini stabil dan bebas daripada politik serta kritikan yang tidak perlu,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/ph-desak-abdul-hadi-lapor-polis-jika-dap-promosi-islamofobia/", "title": "PH desak Abdul Hadi lapor polis jika DAP promosi Islamofobia", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya tidak menyebarkan kebencian dan berita palsu serta menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.\n\n\nPengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, Abdul Hadi perlu membuat laporan polis berhubung kenyataan yang disiarkan dalam Facebook beliau yang mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia.\n\n\n\u201cHentikanlah sebar kebencian, kepalsuan. Jika benar DAP seperti apa yang dituduh, buat laporan polis. Biar pihak berkuasa ambil tindakan.\n\n\n\u201cPada masa\u00a0sama, ingatlah titah nasihat Agong agar kita semua rapatkan saf demi masa depan Malaysia tercinta. Jangan derhaka,\u201d tulis beliau dalam akaun Twitternya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis tunggu laporan perubatan budak dipercayai mangsa dera\n\n\n\n\n\n\nSelepas tembak lelaki Palestin, Israel halang ambulans dekati tubuh mangsa\n\n\n\n\n\n\n3 laluan kontra atasi kesesakan jalan di ibu negara\n\n\n\n\n\n\nSelangor rekod purata 6 kematian seminggu akibat Covid-19 tahun ini\n\n\n\n\n\n\nAcryl Sani bersara awal sebagai Ketua Polis Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa DAP mempromosi Islamofobia kepada golongan bukan Islam, melalui Facebooknya.\n\n\nAbdul Hadi mendakwa, Pas terus menjadi sasaran DAP selepas melihat kemaraan parti itu meraih kerusi terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nDAP dakwanya, ibarat membaling batu di tengah khalayak ramai pada waktu siang demi kepentingan politiknya, selain menyebarkan Islamofobia kepada kaum bukan Islam.\n\n\nAhli Parlimen Marang itu turut mendakwa DAP sebagai sebuah parti melampau walaupun cuba menipu dengan menampilkan ahli, calon dan pemimpin Melayu Islam, namun ia sekali-kali tidak boleh menghalalkan ideologinya yang bercanggah dengan prinsip agama Islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/ribut-petir-hujan-dijangka-berlaku-tiga-hari-di-seluruh-negara-metmalaysia/", "title": "Ribut petir, hujan dijangka berlaku tiga hari di seluruh negara \u2013 MetMalaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan di beberapa tempat di Semenanjung, Sarawak dan Sabah selama tiga hari bermula hari ini.\n\n\nMetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, ribut petir dijangka berlaku petang ini di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung, Sarawak dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan).\n\n\nPada sebelah malam, ribut petir dijangka melanda satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Sabah (Pedalaman) dan Labuan.\n\n\nSelain itu, ribut petir dijangka berlaku pagi esok di Sabah (Sandakan dan Kudat) selain hujan di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang, Pulau Pinang (kawasan pantai), Negeri Sembilan (kawasan pedalaman) dan beberapa kawasan di Sarawak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n31,600 kuota haji Malaysia bagi musim 1444H/2023M\n\n\n\n\n\n\nPenterjemahan Perlembagaan Persekutuan tidak sepatutnya disia-siakan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Pusat tidak akan berubah meskipun PN menang 6 negeri\n\n\n\n\n\n\nZahid sahkan lantik Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi Mara\n\n\n\n\n\n\nPN usah rasa selesa dengan gelombang hijau \u2013 Samsuri\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada petang Selasa, ribut petir dijangka melanda seluruh Semenanjung dan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.\n\n\nSementara itu, daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Bintulu di Sarawak dan Sabah (Pantai Barat dan Sandakan) pula dijangka hujan malam esok.\n\n\nPada Rabu, MetMalaysia menjangka berlaku ribut petir di satu dua tempat di Tawau, Sabah selain hujan di beberapa kawasan di Sandakan dan Kudat, Kelantan, Terengganu, Pahang, kawasan pantai Pulau Pinang dan kawasan pedalaman Johor.\n\n\nPada sebelah petang Rabu pula, ribut petir dijangka berlaku di seluruh Semenanjung selain hujan di Terengganu dan Kelantan manakala pada waktu malam ribut petir dijangka berlaku di kawasan pedalaman Pahang dan Sabah.\n\n\nHujan juga diramal pada waktu malam di seluruh Semenanjung kecuali Melaka, beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah (Tawau, Sandakan, Kudat) dan Labuan. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/sultan-hassanal-bolkiah-adakan-lawatankhas-ke-malaysia/", "title": "Sultan Hassanal Bolkiah adakan lawatan khas ke Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semasa lawatan khas Baginda ke Malaysia hari ini.\n\n\nMenurut kenyataan Kementerian Luar, pertemuan itu adalah yang julung kali antara Anwar dan Sultan Hassanal Bolkiah selepas Perdana Menteri memegang jawatan pada 24 November.\n\n\nLawatan terakhir Baginda ke Kuala lumpur adalah pada 4 hingga 6 Mac 2019 untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-22 antara Malaysia dan Brunei.\n\n\nMalaysia dan Brunei mempunyai hubungan istimewa yang telah lama terjalin melalui persamaan warisan, budaya dan hubungan sesama rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFatwa Abdul Hadi berbeza-beza \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air tiada kerjasama dengan mana-mana parti untuk PRN\n\n\n\n\n\n\nUMNO BERI KATA DUA KEPADA PAS; MN ATAU PN\n\n\n\n\n\n\nKeabsahan Sekolah Vernakular Disambung Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nMemperingati ulang tahun kesembilan tragedi MH17\n\n\n\n\n\n\n\n\nBertitik tolak daripada hubungan istimewa ini, kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang semasa lawatan itu untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada, di samping meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara.\n\n\nPada 2001, Brunei ialah rakan dagangan ke-30 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan bernilai RM8.03 bilion (AS$1.94 bilion).\n\n\nAnwar akan turut meraikan Seri Paduka Baginda serta Pengiran Muda \u2018Abdul Mateed dan delagasi Brunei dalam satu majlis santapan tengah hari. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/wajar-beri-perhatian-kepada-isu-kos-sara-hidup-mppn/", "title": "Kerajaan wajar beri perhatian kepada isu kos sara hidup \u2013 MPPN", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Langkah kerajaan memberikan perhatian terhadap isu kos sara hidup dilihat sebagai satu pendekatan yang amat wajar.\n\n\nPengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia termasuk pendekatan untuk mewujudkan subsidi bersasar yang memerlukan mekanisme yang efisien.\n\n\n\u201cSaya juga berpendapat tumpuan awal harus diberi kepada menentukan kaedah memastikan keperluan asas rakyat tidak terdedah kepada monopoli dan eskploitasi oleh perusahaan besar.\n\n\n\u201cSaya mengusulkan agar kebergantungan negara kepada sumber luar iaitu import terutama bahan makanan perlu diatasi dalam jangka masa sederhana dan panjang,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia jadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN-GCC \u2013 Zambry\n\n\n\n\n\n\nHarga Barang Dijangka Kembali Stabil Awal Tahun Depan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nRas Adiba umum sertai BERSATU, sokong PN bela OKU\n\n\n\n\n\n\nHujan Di 8 Negeri Berterusan Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nHamzah dakwa ada banyak \u2018fail\u2019 pemimpin kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Mohd Azmi turut berpendapat, kerajaan perlu memastikan perusahaan domestik dikembangkan bagi menampung keperluan dalam negara.\n\n\nBagi mencapai matlamat itu, kerajaan juga perlu mewujudkan insentif yang wajar kepada perusahaan tempatan selain memberikan keutamaan kepada pengeluaran dalam negara.\n\n\n\u201cMPPN menyokong supaya kos sara hidup dalam hal makanan, utiliti, pengangkutan, kesihatan, perumahan dan pendidikan perlu menjadi tumpuan utama Kerajaan dan harus disokong oleh pengeluar, peniaga dan pengguna,\u201d katanya lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/28/wan-rosdy-angkat-sumpah-mb-pahang-untuk-penggal-kedua/", "title": "Wan Rosdy angkat sumpah MB Pahang untuk penggal kedua", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Ahli\u00a0Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini\u00a0mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Pahang buat penggal kedua\u00a0sehingga tempoh yang diperkenankan.\n\n\nIstiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang itu berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar.\n\n\nTurut berangkat Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri\u2019ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.\n\n\nWan Rosdy yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang dipilih untuk menerajui pentadbiran negeri Pahang kali pertama pada 15 Mei 2018 bagi menggantikan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS ditawar sertai Kerajaan Perpaduan, Nga sifatkan cerita dongeng\n\n\n\n\n\n\nPertubuhan Perpaduan Ummah Bukan Nak Lawan Muafakat Nasional \u2013 Shahidan\n\n\n\n\n\n\nLaporan polis: Guan Eng dakwa Wan Fayshal lakukan kesalahan jenayah\n\n\n\n\n\n\nProklamasi Melayu rasis hanya mainan puak cauvinis\n\n\n\n\n\n\nSPRM geledah pejabat, kediaman Sivakumar\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Wan Rosdy yang juga Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai buat penggal kelima dengan majoriti 6,983 undi.\n\n\nPelantikan Wan Rosdy mendapat perkenan daripada Tengku Hassanal, yang turut berkenan dengan pembentukan kerajaan negeri daripada BN dan Pakatan Harapan (PH), selepas tiada parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri selepas PRU15.\n\n\nPada pilihan raya itu, BN memperoleh 16 kerusi, kurang satu berbanding Perikatan Nasional (PN) manakala PH memenangi\u00a0lapan kerusi.\n\n\nTerdapat 42 kerusi di DUN Pahang, namun pengundian bagi DUN Tioman ditangguhkan ke tarikh 7 Disember ini, ekoran kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 November lepas, dipercayai akibat serangan jantung.\n\n\nNamun, keputusan DUN Tioman itu kelak, juga tidak membolehkan mana-mana parti mendapat majoriti mudah. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/29/abdul-hadi-dakwa-kerajaan-perpaduan-tak-didominasi-pemimpin-islam/", "title": "Kerajaan Perpaduan yang menerajui Malaysia kini dikuasai DAP \u2013 Abdul Hadi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi menegaskan parti itu menolak pelawaan menyertai Kerajaan Perpaduan disebabkan gabungan berkenaan tidak didominasi pemimpin Islam.\n\n\nMemperkukuhkan lagi keputusan dibuat Pas bersama gabungannya menerusi Perikatan Nasional (PN), Timbalan Pengerusi PN itu juga menggelar kerajaan tersebut sebagai kerajaan minoriti dan turut mendakwa \u2018cakap tidak serupa bikin\u2019.\n\n\n\u201cIslam melihat dominasi umat Islam yang memimpin. Orang Melayu Islam (sebanyak) 80 peratus atau lebih memilih PN\u2026 bersama kaum lain.\n\n\n\u201cBukan Melayu saja termasuk ada India, China dan bukan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKaji Semula Anggota SUHAKAM, Lantik Individu Ada Jati Diri\n\n\n\n\n\n\nBukan kuasa PM beri pentaulihan kepada agamawan, ulama\n\n\n\n\n\n\nUMNO wajar jelaskan dasar parti kepada ahli \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nKJ jumpa Muhyiddin minggu depan\n\n\n\n\n\n\n2,842 Kes Baharu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c(Sokongan ini) mencukupkan jumlah majoriti untuk memilih (PN) sebagai kerajaan yang sah mengikut Islam,\u201d katanya dalam Ceramah Umum Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman yang disiarkan di Facebook Abdul Hadi malam tadi.\n\n\nHadir sama, Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.\n\n\nMengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, hakikatnya Kerajaan Perpaduan yang menerajui Malaysia kini dikuasai DAP yang meraih jumlah kerusi terbesar dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.\n\n\n\u201cYang dominasi sekarang adalah DAP, (parti) bukan Islam. Dalam PKR, sebahagiannya sahaja Islam daripada 30 kerusi dimenangi mereka, sebahagian lagi bukan Islam. DAP pula meraih 40 kerusi.\n\n\n\u201cDengan jumlah minoriti ini tertubuhnya kerajaan minoriti, malah perkara ini turut menimbulkan kekecohan, protes dalam UMNO, ini menandakan ia perkara tak sihat (sedang berlaku),\u201d katanya yang tidak menafikan menyayangi persahabatan dengan UMNO dan sedar tidak semua pemimpin dalam parti itu menyokong kerajaan \u2018minoriti\u2019 yang dibentuk tersebut.\n\n\nBahkan, Abdul Hadi turut memberitahu PN tidak menerima kerajaan dipimpin PH itu disebabkan ia disokong oleh \u2018individu dan kumpulan\u2019 yang berpegang kepada perkara yang tidak selari dengan prinsip perjuangan gabungan mereka.\n\n\n\u201cKerajaan minoriti ini disokong oleh pemberi rasuah dan penerima rasuah. (Dulu) bukan main kata menentang rasuah tetapi bila nak tubuh kerajaan sanggup bergabung untuk cukupkan jumlah (sokongan).\n\n\n\u201cMacam mana kami nak terima, kita ada maruah. Perintah Allah SWT mengatasi perintah yang ada di dunia ini,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/29/annuar-gesa-henti-pertikai-pelantikan-anwar-sebagai-pm/", "title": "Annuar gesa henti pertikai pelantikan Anwar sebagai PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri tidak wajar dipertikaikan, tegas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.\n\n\nIni kerana katanya, proses pelantikan telah pun selesai dan ia adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk melantik Perdana Menteri yang pada hemat Seri Paduka mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.\n\n\nBeliau berkata, sebaliknya tumpuan kini haruslah tertumpu kepada pembentukan kerajaan yang mampu menunaikan tugas dan berkhidmat untuk rakyat serta negara.\n\n\n\u201cDalam keadaan sekarang, yang diperlukan bukan saja perpaduan nasional tetapi juga rekonsiliasi nasional.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Pilihan Raya Jika Mahu Bina Kekuatan Dalam Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nMAQIS sita 25 tan dada ayam Thailand dengan sijil halal diragui\n\n\n\n\n\n\nKPT perkenal Menu Siswa Rahmah RM3.50 di Universiti Awam, Politeknik\n\n\n\n\n\n\nPenyelewengan Zakat MAINS, PDRM buka kertas siasatan\n\n\n\n\n\n\n6,000 serbu pejabat Tesla Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHentikan pertikaian, perkasakan muafakat dan kerjasama.\n\n\n\u201cSatu proses pemulihan yang dapat membangkitkan semula keutuhan dan kekuatan negara bangsa yang mampu mendepani cabaran ekonomi, sosial serta politik global yang kian mencabar,\u201d katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.\n\n\nBekas penyandang kerusi Parlimen Ketereh itu turut berharap Parlimen menjadi tempat suburnya amalan demokrasi berparlimen negara dengan nilai dan etika anggotanya.\n\n\n\u201cMarilah kita sama-sama mendoakan agar semua 221 orang ahli Parlimen yang telah terpilih itu akan menunaikan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.\n\n\n\u201cSemoga Parlimen menjadi tempat suburnya amalan demokrasi berparlimen negara kita dengan nilai dan etika anggotanya yang boleh dibanggakan seluruh rakyat Malaysia,\u201d ujar beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/29/dap-patut-tinggalkan-ph-selepas-pru14-shahrir-samad/", "title": "DAP patut tinggalkan PH selepas PRU14 \u2013 Shahrir Samad", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 DAP sepatutnya sudah meninggalkan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).\n\n\nVeteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, semasa PH berkuasa penuh pun mereka tidak berupaya untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).\n\n\n\u201cInikan pula masih berharap pengiktirafan itu dibuat apabila PH masih memerlukan sokongan tambahan untuk menubukan kerajaan perpaduan,\u201d katanya dalam satu hantaran Facebook.\n\n\nShahrir turut mengingatkan bahawa kerajaan perpaduan ini bukan kepunyaan DAP.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful fail notis, afidavit ketepi tuduhan rasuah\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan elak cukai, penggubahan wang haram Rosmah Mansor bermula esok\n\n\n\n\n\n\nIslam bukan lesen untuk penunggang agama capai matlamat\n\n\n\n\n\n\nKeadaan Terkini Pasca Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nCuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201dEntah apa nak cakap lagi!,\u201d \u00a0kata Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu.\n\n\n\n\nBeliau mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas ugutan DAP yang didakwa mencapai kata sepakat untuk meninggalkan kerajaan, jika UEC tidak diiktiraf.\n\n\n\u201cKami tidak kisah tidak berada dalam kerajaan, ini prinsip asas, kami akan mendukungnya,\u201d kata Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming melalui sebuah akhbar berbahasa Cina.\n\n\nBeliau yang juga ketua DAP Perak berkata, menteri daripada parti itu tidak pernah mendiamkan diri, sebaliknya mereka berusaha membangkitkan isu tersebut dan ia tidak diuar-uarkan media."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/29/gelar-kerajaan-zina-calon-pn-parlimen-padang-serai-perlu-disiasat-fahmi-fadzil/", "title": "Gelar kerajaan zina, calon PN Parlimen Padang Serai perlu disiasat \u2013 Fahmi Fadzil", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin bertindak biadap apabila menggelar kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai \u2018Kerajaan Zina\u2019.\n\n\nAhli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan itu sangat biadap dan tidak sepatutnya dikeluarkan.\n\n\nIni kerana pengisytiharan Anwar sebagai Perdana Menteri diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada minggu lalu.\n\n\nJusteru, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) menggesa agar Azman disiasat selepas membuat kenyataan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO masih boleh dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nIndividu buat ciapan biadab berhubung kesihatan Abdul Hadi, diarah mohon maaf\n\n\n\n\n\n\nEsok hari terbaik usul undi tidak percaya pada PM\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kabinet Yang Bercuti Diarah Pulang Malaysia Segera\n\n\n\n\n\n\nHanya Sempadan Negara Sahaja Tutup \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAzman Nasruddin wajib pulangkan balik pingat Darjah Dato\u2019 Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) dan berhenti daripada menggunakan gelaran Datuk.\n\n\n\u201cKenyataan beliau bahawa Kerajaan Perpaduan ini adalah \u2018Kerajaan Zina\u2019 satu penghinaan terhadap\u00a0 keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan khususnya Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin yang turut hadir Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu berhubung pelantikan YAB Perdana Menteri.\n\n\n\u201cAzman juga mesti disiasat di atas ucapan yang sangat kasar dan biadab ini,\u201d katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.\n\n\nAzman pada Ahad lalu yakin akan ada isyarat jelas penolakan terhadap PH dan Barisan Nasional (BN) susulan pembentukan kerajaan baharu yang disifatkannya sebagai \u2018Kerajaan Zina\u2019.\n\n\nJelasnya, \u2018perkahwinan\u2019 PH dan BN itu tidak direstui sebahagian pimpinan dan ahli pada peringkat akar umbi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/29/ismail-sabri-nafi-perbelanjaan-rm620-bilion-tidak-direkodkan/", "title": "Ismail Sabri nafi perbelanjaan RM620 bilion tidak direkodkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan kononnya sejumlah RM620 bilion yang digunakan untuk pakej rangsangan tidak direkodkan dalam Akaun Perbendaharaan.\n\n\nBeliau menegaskan, semua perbelanjaan kerajaan yang berkaitan telah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan.\n\n\n\u201cBerhubung dengan komen bahawa pakej rangsangan tidak direkodkan dalam akaun kerajaan dari tahun 2020 hingga 2022, saya ingin menegaskan dakwaan ini tidak benar dan semua perbelanjaan kerajaan yang berkaitan telah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan.\n\n\n\u201cNilai keseluruhan lapan pakej rangsangan adalah RM530 bilion, di mana sebahagian besar tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan (seperti moratorium pinjaman oleh bank).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPola Kes Aktif Dijangka Meningkat Dalam Tempoh 1 & 2 Minggu \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nKeabsahan Sekolah Vernakular Disambung Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nCagaran caruman, KWSP kaji kaedah baki akaun 2 jadi cagaran peribadi\n\n\n\n\n\n\nPotongan 30% cukai taksiran kediaman di Putrajaya bawah RM300,000\n\n\n\n\n\n\nDi Mana Agensi Kerajaan Di Saat Rakyat Kesusahan?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerbelanjaan langsung kerajaan hanya sebanyak RM110 bilion dan peruntukan tersebut telahpun diluluskan Parlimen sebulat suara,\u201d katanya menerusi satu hantaran Facebooknya hari ini.\n\n\n\n\nBeliau mengulas ciapan seorang pengguna akaun Twitter, Yusoff Bachek yang membuat hantaran tidak benar.\n\n\nDalam ciapan itu, pengguna Twitter terebut menyatakan, \u201cRM620 bilion tidak direkod dalam Akaun Perbendaharaan untuk 2020-2022 semasa PKP dan darurat. Sekarang kita tahu kenapa Muhyiddin dan Ismail Sabri tidak mahu orang lain jadi Perdana Menter.\u201d\n\n\nAhli Parlimen Bera itu menggantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 23 Ogos 2021."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/29/kerajaan-perak-akan-dipertahankan-hingga-akhir-penggal/", "title": "Kerajaan Perak akan dipertahankan hingga akhir penggal", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menerajui kerajaan negeri Perak akan dipertahankan sehingga akhir penggal demi pembangunan serta \u00a0kesejahteraan rakyat.\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau tidak pasti mengapa ada pihak yang mengharapkan selepas enam bulan kerajaan ini akan runtuh.\n\n\nSepatutnya, beliau berkata, mereka berdoa untuk melihat kerajaan ini dipertahankan dan beliau yakin apabila BN bersama PH bersetuju membuat keputusan menubuhkan kerajaan bersama sudah tentu ada kesefahaman yang dipersetujui.\n\n\n\u201cMalah saya dimaklumkan, siang tadi (semalam) ada mesyuarat pertama PH di Ipoh, Perak buat kali pertama selepas pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM50 juta bantu tingkat keupayaan JBPM hadapi banjir\n\n\n\n\n\n\nHapuskan Kuasa Kecualikan Bahasa Kebangsaan Di Sek Vernakular\n\n\n\n\n\n\nNajib aset strategik \u2018beku\u2019 UMNO \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nAgong zahir penghargaan kepada Arab Saudi urus jemaah haji\n\n\n\n\n\n\nKit Siang terima anugerah Tan Sri?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya difahamkan Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dalam perjumpaan itu bertekad untuk memastikan kerajaan ini sehingga akhir penggal,\u201d katanya kepada media selepas Majlis Makan Malam Menteri Besar Perak bersama media di sebuah hotel malam tadi.\n\n\nSaarani berkata, PH yang mempunyai jumlah kerusi lebih banyak mengharapkan kerajaan ini sehingga akhir penggal dan tidak mahu berlaku sebarang perubahan kerajaan, jadi BN yang hanya ada sembilan kerusi tidak mungkin ingin meruntuhkannya.\n\n\n\u201cKita sambut baik dan sebab itu kita sudah setuju untuk tubuh kerajaan bersama, malah saya berharap tidak ada orang yang berdoa kerajaan ini jatuh dalam tempoh enam bulan.\n\n\n\u201cKita ada agenda lapan tahun untuk bangunkan negeri ini dan saya juga ada memaklumkan dalam mesyuarat exco hari itu kita meraikan perbezaan pendapat apatah lagi kerajaan dibina dalam dua kumpulan berbeza tetapi dapat duduk semeja. Pada saya ia satu petanda baik buat rakyat Perak,\u201d katanya.\n\n\nBeliau menambah, parti ini masih berbeza di mana PH dengan perlembagaan dan hala tujunya sendiri begitu juga dengan BN.\n\n\n\u201cJadi saya tidak lihat apabila penubuhan kerajaan bersama ini akan membawa kepada perubahan dasar dan hala tuju BN.\n\n\n\u201cSekarang ini apabila kita bersetuju menubuhkan kerajaan bersama, kita akan cuba sebaik mungkin mengurangkan perbezaan pendapat dengan fokus utama membangunkan negeri dan mensejahterakan rakyat,\u201d katanya.\n\n\nMengenai cadangan pelantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri tertakluk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau merasakan dapat membantunya dalam kerajaan.\n\n\nSecara peribadi, beliau tidak mempunyai masalah jika Ahmad Zahid dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.\n\n\n\u201cMengikut Perlembagaan hanya ada jawatan Perdana Menteri manakala Timbalan Perdana Menteri dilantik secara pentadbiran.\n\n\n\u201cJika Perdana Menteri berasa bahawa Ahli Parlimen Bagan Datuk (Ahmad Zahid) boleh dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk membantu beliau maka tiada masalah. Tiada bantahan daripada saya berhubung pelantikan itu,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii dilaporkan berkata, pemilihan calon Timbalan Perdana Menteri dari BN bagi mengisi slot pentadbiran Kerajaan Perpaduan perlu dibuat berdasarkan hierarki parti.\n\n\nSehubungan itu, beliau berkata, berdasarkan hierarki parti, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah calon yang perlu menggalas jawatan berkenaan.\n\n\nSementara itu, mengulas mengenai Akta Antilompat Parti, Saarani berkata, dalam mesyuarat exco pertama, pihaknya sudah bersetuju dan sedang mengambil tindakan sewajarnya di mana proses sedang diikuti.\n\n\n\u201cKita akan mengguna pakai apa yang sudah diluluskan di Parlimen. Jadi, saya yakin ia akan dibawa di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Disember ini dan ia akan diluluskan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/29/kerajaan-pimpinan-anwar-kerajaan-separa-perpaduan-nik-ahmad-kamal/", "title": "Kerajaan pimpinan Anwar, kerajaan separa perpaduan \u2013 Nik Ahmad Kamal", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Tiga jenis kerajaan yang biasa diamalkan dalam sesebuah negara ialah kerajaan campuran (coalition), minoriti (minority) dan gabungan (unity).\n\n\nBagi sesebuah kerajaan minoriti, kedudukannya tidak kukuh dan tidak stabil yang membolehkan undi tidak percaya dilakukan.\n\n\nSebaliknya, ketiga tiga jenis kerajaan iaitu campuran, gabungan dan minoriti itu tidak akan berlaku sekiranya parti atau gabungan parti yang bertanding menang dengan majoriti mudah.\n\n\nPenganalisis Politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Malaysia digambarkan sebagai sebuah kerajaan campuran atau perpaduan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelepas berjaya takluk Everest, pendaki negara dilapor hilang\n\n\n\n\n\n\nDua varian utama di China dikesan di Malaysia\n\n\n\n\n\n\n306 Sampel Kes Positif Mungkin Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\nPRU-15 Boleh Disegerakan Jika Kes Aktif Kekal Menurun \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nSaya sedia disiasat bila-bila masa \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, ia tidak tepat kerana tidak menggambarkan makna sebenar kerajaan campuran iaitu kerajaan campuran perlu mempunyai semua parti yang menang atau mendapat kerusi Parlimen pada PRU15.\n\n\n\u201cSemua parti yang mempunyai kerusi pada pilihan raya akan menubuhkan kerajaan atas dasar untuk memastikan kerajaan itu dapat berfungsi dengan baik. Semua parti yang menang dalam pilihan raya ataupun yang mempunyai kerusi dalam Parlimen menyokong kerajaan yang sama.\n\n\n\u201cDalam konteks lebih mudah, ia bermaksud bahawa kerajaan campuran ini tidak mempunyai pembangkang tapi kalau ada satu atau dua parti atau gabungan parti yang berperanan kepada pembangkang, maka ia tidak boleh dipanggil kerajaan perpaduan.\n\n\n\u201cIa adalah sebuah kerajaan gabungan di mana wujud kerajaan yang mempunyai majoriti yang ada parti ataupun wakil-wakil rakyat menjadi pembangkang. Itu dipanggil kerajaan gabungan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau menambah, kerajaan minoriti pula terbentuk apabila keputusan pilihan raya itu tidak menunjukkan sebuah parti yang memiliki majoriti mudah.\n\n\nJika di Malaysia, majoriti mudah adalah 112 kerusi, namun selepas PRU15, tidak ada satu parti atau gabungan parti yang mendapat majoriti mudah.\n\n\nPakatan Harapan memenangi 82 kerusi manakala Perikatan Nasional (73 kerusi) dan Barisan Nasional (30 kerusi).\n\n\n\n\n\u201cJadi, jika Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk melantik seorang Perdana Menteri daripada salah sebuah parti itu, maka parti yang memimpin kerajaan dipanggil kerajaan minoriti.\n\n\n\u201cMisalnya, jika Yang di-Pertuan Agong bersetuju melantik Perdana Menteri daripada PH, Perdana Menteri PH itu akan mengetuai kerajaan minoriti.\n\n\n\u201cKenapa minoriti, ini kerana PH tidak mempunyai kerusi lebih daripada 112 kerusi tetapi mereka dipilih untuk menubuhkan kerajaan dengan alasan bahawa apabila kerajaan itu ditubuhkan, maka kerajaan yang diketuai oleh PH akan mengadakan kerjasama dengan parti-parti lain untuk memastikan kerajaan itu terus kekal.\n\n\n\u201cKerjasama ini dijalin dalam bentuk satu perjanjian yang dipanggil Memorandum Persefahaman (MoU) atau Confidence and Supply Agreement (CSA) yang mana semua parti bersetuju untuk membantu kerajaan minoriti itu terus menjalankan tugas mereka sebagai kerajaan,\u201d tambahnya.\n\n\nNik Ahmad Kamal berkata, dalam konteks Malaysia yang masih belum meluluskan Bajet 2023, CSA akan memastikan semua parti lain menyokong bajet yang akan dibentangkan di Parlimen.\n\n\nJadi, sesebuah kerajaan itu boleh berterusan sehinggalah suatu masa di mana berlaku perselisihan antara kerajaan dan parti-parti lain yang menyebabkan mereka menarik diri daripada MOU atau CSA tersebut.\n\n\nKerajaan minoriti ini tegak berdiri kerana mendapat sokongan daripada parti-parti lain walaupun mereka tidak bersama dalam kerajaan tersebut.\n\n\nBagaimanapun, kerajaan minoriti ini selalunya tidak kukuh dan tidak stabil. Maka, mungkin akan berlaku suatu masa di mana kerajaan ini akan jatuh kerana undi tidak percaya.\n\n\n\u201cIni adalah \u00a0beberapa jenis kerajaan yang ada. Sudah tentu kalau parti itu menang dengan majority mudah, tidak wujudlah kerajaan gabungan, minoriti atau perpaduan kerana ada parti yang menang banyak kerusi dan kukuh untuk menubuhkan kerajaan.\n\n\n\u201cDalam konteks Malaysia, terdapat satu bentuk kerajaan perpaduan.\n\n\n\u201cNamun, kerajaan perpaduan ini sebenarnya boleh wujud tanpa melibatkan semua parti dengan syarat parti yang tidak mahu pada asalnya itu lama kelamaan menyokong kerajaan dalam bentuk salah seorang ketua daripada parti tersebut dilantik sebagai menteri Kabinet.\n\n\n\u201cContohnya, PN yang tidak mahu bersama-sama kerajaan tapi lama-kelamaan terutamanya apabila pemimpin-pemimpin mereka dipujuk dan mereka bersetuju untuk menyokong, mereka akan masuk dan lengkapkan kerajaan perpaduan tersebut.\n\n\n\u201cNamun, jika PN masih lagi tidak mahu, kita tidak boleh kata ia kerajaan perpaduan penuh. Mungkin kita boleh sebut bahawa ia sebuah kerajaan separa perpaduan,\u201d katanya.\n\n\nNik Ahmad Kamal turut memberikan contoh seperti situasi yang berlaku di negara jiran, Indonesia.\n\n\nSelepas pilihan raya pada tahun 2019, Presiden Indonesia, Jokowi Widodo telah mengumumkan seluruh barisan kabinetnya bagi tahun 2019 hingga 2024.\n\n\nJokowi yang memberi nama kabinetnya sebagai\u00a0 Kabinet Indonesia Maju telah melantik pesaingnya iaitu Ketua Umum Parti Gerindra, Prabowo Subianto sebagai Menteri Pertahanan.\n\n\n\n\nNik Ahmad Kamal menambah, Malaysia boleh digambarkan sebagai kerajaan perpaduan tetapi secara totalnya masih belum mencapai status sebuah kerajaan perpaduan.\n\n\nJika masih tidak wujud persetujuan untuk semua parti dalam Parlimen, maka status negara dalam bentuk kerajaan gabungan.\n\n\nSatu lagi terma yang boleh digunakan ialah kerajaan campuran tetapi kerajaan campuran itu selalunya dalam bentuk di mana ideologi yang sangat berbeza antara dua parti dan mereka bersetuju untuk membentuk kerajaan.\n\n\nKerajaan campuran ini wujud di negara-negara Barat seperti kerjasama parti Demokrat\u00a0dan Republikan, malah Komunis yang dinamakan sebagai kerajaan campuran.\n\n\nTapi kita jarang guna kerajaan campuran sebab kita anggap bahawa apabila parti atau gabungan parti itu menyokong satu sama lain, ia adalah dalam bentuk kerajaan gabungan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/29/kpdnhep-nafi-wujud-kartel-telur-ayam-sorok-bekalan-sebelum-pru15/", "title": "KPDNHEP nafi wujud kartel telur ayam sorok bekalan sebelum PRU15", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM534,200 terhadap 2,205 pengeluar, pemborong dan peruncit ayam serta telur ayam melibatkan pelbagai kesalahan bagi tempoh 5 Februari hingga semalam.\n\n\nKetua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, kompaun itu dikeluarkan menerusi 2,205 tindakan penguatkuasaan bagi membanteras pencatutan harga barangan kawalan bersubsidi dalam tempoh berkenaan.\n\n\nBeliau berkata, daripada jumlah itu\u00a0153 tindakan melibatkan kesalahan menjual melebihi harga maksimum, tidak mempamerkan tanda harga merah jambu pada barang\u00a0kawalan (1,980) dan tidak mempamerkan tanda harga (72).\n\n\n\u201cTindakan dan kompaun terbabit dikenakan terhadap 13 pengeluar, 54 pemborong dan 2,138 peruncit bekalan ayam dan telur ayam, dengan nilai sitaan adalah RM336,634,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSogokan rasuah kepada pengundi bukan amalan Pas\n\n\n\n\n\n\nSyed Saddiq bela diri mulai hari ini\n\n\n\n\n\n\nHentikan Pengeluaran Lesen Judi, Arak \u2013 Tindakan Wajib Disokong\n\n\n\n\n\n\nCadangan tukar status tanah wakaf wajar diperhalusi\n\n\n\n\n\n\nSarimah kecewa berita palsu terlantar sakit tersebar\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program \u2018Sihat Ke Saya?\u2019 anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) cawangan KPDNHEP di sini hari ini.\n\n\nAzman berkata, pihaknya mengalu-alukan pengguna untuk membuat aduan melalui enam saluran rasmi KPDNHEP iaitu Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) dengan menelefon 03-8882 6088/6245, aplikasi Ez-ADU, menerusi talian hotline 1-800-886-800, WhatsApp 019-279 4317/019-848 8000, portal e-Aduan http://e-aduan.kpdnhep.gov.my dan e-mel eaduan@kpdnhep.gov.my.\n\n\nMengenai dakwaan kewujudan kartel telur ayam yang menyorok bekalan itu sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau menyifatkan ia sebagai tuduhan tidak berasas, malah pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kegiatan terbabit.\n\n\n\u201cSekiranya berlaku, pengguna boleh buat laporan kepada kami dan Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP akan jalankan siasatan tetapi perlu kemukakan aduan terperinci bagi memudahkan pihak kami,\u201d katanya.\n\n\nBagi isu kenaikan harga telur ayam di pasaran, Azman berkata, tindakan boleh dikenakan terhadap pemain industri di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011) sekiranya didapati melanggar akta itu.\n\n\n\u201cKPDNHEP sentiasa peka dengan aduan pengguna bagi memastikan barangan kawalan bersubsidi sentiasa dipantau dan tidak dimanipulasi oleh pemain industri,\u201d katanya.\n\n\nBaru-baru ini tular di laman media sosial mengenai bekalan telur ayam kembali pulih di pasaran, namun dijual pada harga yang tinggi selain dikaitkan dengan kewujudan kartel telur ayam yang memanipulasi bekalan terbabit. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/29/penjawat-awam-diseur-bawa-perubahan-kembalikan-malaysia-ke-tahap-gemilang/", "title": "Penjawat awam diseru bawa perubahan kembalikan Malaysia ke tahap gemilang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta penjawat awam bekerjasama dengan kepimpinan kerajaan bagi membawa perubahan agar negara kembali ke zaman kegemilangannya.\n\n\nPada perjumpaan pertamanya bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, Anwar berkata, penjawat awam perlu membawa semangat islah iaitu perubahan ke arah kebaikan demi negara\n\n\nBeliau berkata, reformasi adalah satu permulaan untuk negara yang memerlukan perubahan kerana negara pernah mencapai tahap tertentu tetapi malangnya telah merosot baik dari segi ekonomi, kestabilan atau disiplinnya.\n\n\n\u201cKita tidak mungkin berjaya sekiranya tonggak perkhidmatan awam tidak sepenuhnya bersama saya,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerarakan Hari Wanita sekadar boneka, sebar mesej budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nIsu tutup sekolah agama, ada pihak berniat timbul kegelisahan umat Islam\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Cecah RM13.90 Sekilogram\n\n\n\n\n\n\n2.59 Juta Populasi Remaja Negara Lengkap Divaksinasi\n\n\n\n\n\n\nTanah Rizab Melayu meningkat lebih 29 peratus di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar berkata, perkhidmatan awam adalah tonggak kepada negara dan ia tidak akan berubah meskipun kerajaan atau Perdana Menteri telah bertukar ganti.\n\n\n\u201cPimpinan silih berganti, namun penjawat awam kekal dengan maksud mereka mengangkat sistem dan peraturan negara dengan tegak dan hukumnya,\u201d katanya berdasarkan pengalaman sebagai Menteri Kewangan, beliau tidak mungkin berjaya tanpa tonggak perkhidmatan yang membantu.\n\n\nSehubungan itu, beliau mahu semua menteri yang akan dilantik dalam Kabinet untuk mendengar pandangan daripada penjawat awam di kementerian masing-masing.\n\n\n\u201cKalau ada cadangan balas atau teguran (daripada menteri) hanya (dilakukan) setelah dengar pandangan mereka\u2026 kepintaran kita, kecekalan kita, minat kita tidak akan sama dengan pengalaman mereka (penjawat awam),\u201d katanya yang menambah barisan Kabinet akan diumumkan tidak lama lagi.\n\n\nAnwar turut memuji komitmen penjawat awam seperti yang ditunjukkan pada mesyuarat khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara pada Ahad lepas apabila semua hadir dengan persiapan lengkap.\n\n\n\u201cSaya dalam pertemuan itu sangat gembira, kehadiran penuh dan persiapan teliti. Ini perlu kita kembangkan dan jangan kita izinkan sedikit kalangan untuk merosak imej dan kekuatan penjawat awam,\u201d katanya.\n\n\nAnwar berkata, beliau juga akan turun ke jabatan dan kementerian untuk mendapatkan nasihat serta pandangan daripada semua penjawat awam.\n\n\n\u201cHanya dengan ini kita dianggap sebagai satu keluarga yang bekerja sebagai satu pasukan,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/29/prinsip-no-pkr-dap-dan-bersatu-hanya-untuk-pru15-bukannya-pasca-pilihan-raya/", "title": "Prinsip \u2018No PKR, DAP dan Bersatu\u2019 hanya untuk PRU15, bukannya pasca pilihan raya", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam membentuk kerajaan di Perak serta Pahang adalah berdasarkan prinsip untuk membawa kestabilan kepada kerajaan negeri bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.\n\n\nPengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kini adalah masa untuk bekerja dan memastikan segala aspek urusan pembangunan untuk diberikan perhatian sebagai jalan bergerak ke hadapan.\n\n\nMenteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.\n\n\nKatanya, kesan suasana ekonomi dunia yang mencabar perlu ditangani dengan lebih baik di peringkat tempatan agar tidak memberikan kesan berterusan kepada negeri dan negara.\n\n\n\u201cKerjasama yang dibina oleh BN Perak dan Pahang juga memancarkan realiti masyarakat berbilang kaum serta meraikan kepelbagaian sesuai dengan demografi negeri yang merupakan asas kepada pembentukan kerjasama strategik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDana RM600 bilion: Tengku Zafrul belum dipanggil SPRM\n\n\n\n\n\n\nKhairy nasihat pencarum KWSP simpan untuk hari tua, tidak perlu pengeluaran lagi\n\n\n\n\n\n\nPeluang Khairy jadi MB lebih terbuka di Kelantan \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nKedudukan Saarani Kekal, Tiga Adun Masuk Parti Bangsa Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMuafakat Didukung, Tidak Halang Saingan Secara Demokratik \u2013 Annuar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerjasama antara blok adalah pilihan dan pendekatan baharu ini akan menjadi perintis kepada perpaduan serta keharmonian kerajaan agar fokus pembangunan dapat diteruskan.\n\n\n\u201cKeterbukaan ini mencerminkan bahawa BN-PH merintis jalan baharu untuk membawa politik sentrik, jalan kesederhanaan dan matang,\u201d katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.\n\n\nMenteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.\n\n\nPresiden UMNO itu menambah, kesemua ini selari dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\nBagaimanapun, kini ia berbentuk kerajaan campuran selepas Perikatan Nasional (PN) menolak untuk menyertainya.\n\n\n\u201cNamun, semangat perpaduan tetap menjadi inti atau teras utama kerajaan ini.\n\n\n\u201cKerjasama strategik ini tidak mengabaikan prinsip UMNO. Perlu difahami bahawa prinsip menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu adalah untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 dan bukannya untuk pasca pilihan raya.\n\n\n\u201cSelepas pilihan raya umum, marilah kita merapatkan barisan. Umpama \u2018lidi seikat\u2019 ini perlu bagi menyapu segala kotoran yang telah dilemparkan kepada UMNO dan pembersihan ini penting bagi memastikan laman politik tidak kotor luar serta dalam,\u201d tambah beliau.\n\n\nAhmad Zahid juga berkata, kesinambungan politik ini tidak akan menghilangkan identiti UMNO yang tetap tidak berubah objektif penubuhan parti iaitu sebagai wadah perjuangan orang Melayu dan Islam bagi memperkasa kemajuan bangsa.\n\n\nIa sesuai dengan perkembangan dan perlu cakna dengan perubahan semasa, dinamik serta dilihat inklusif.\n\n\nKatanya, UMNO tetap mempertahankan dasar parti untuk mengamalkan sikap moderate, sederhana, sentrik dan progresif dalam menangani perubahan.\n\n\nUMNO juga menolak parti politik menggunakan agama untuk berpolitik, sebaliknya UMNO secara bertanggungjawab menggunakan politik untuk memelihara perkara berkaitan kepentingan bangsa, Melayu-Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/29/pru15-ph-beri-laluan-kepada-calon-bn-di-dun-tioman/", "title": "PRU15: PH beri laluan kepada calon BN di DUN Tioman", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Parti Amanah Negara (Amanah) memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman sebagai tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.\n\n\nSetiausaha Agung Amanah, Datuk Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli berkata, parti itu memandang PRU15 DUN Tioman sebagai pertembungan kerajaan baharu negeri ini dengan kelompok ekstremisme kaum dan agama yang perlu ditangani secara serius.\n\n\nBersandarkan semangat tersebut, Amanah melihat keperluan mewujudkan perpaduan erat komponen kerajaan negeri dalam menentang calon Perikatan Nasional (PN).\n\n\n\u201cOleh yang demikian, Amanah yang juga sebahagian daripada parti komponen Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan memberi laluan kepada calon BN bagi PRU15 bahagian N.42 Tioman.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n31,600 kuota haji Malaysia bagi musim 1444H/2023M\n\n\n\n\n\n\nMufti Perlis saran DAP mohon maaf kepada masyarakat Islam, Melayu\n\n\n\n\n\n\nRekahan Baharu Dikesan Di Tempat Kejadian\n\n\n\n\n\n\nPN jumpa Anwar bincang isu agihan peruntukan pembangkang\n\n\n\n\n\n\nKTMB cadang Anthony Loke jadi Menteri Pengangkutan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagi memenangkan calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan ini, jentera pilihan raya PH akan bergerak secara bersama dalam setiap kempen BN dalam pilihan raya berkenaan.\n\n\n\u201cSemoga dengan kerjasama ini, keutuhan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat diperkuatkan demi kepentingan rakyat, agama dan negara,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nSemalam, Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-15 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Pekan.\n\n\nIstiadat angkat sumpah itu menamatkan kemelut politik yang melanda negeri ini pasca PRU15 selepas tiada gabungan parti politik meraih kemenangan dengan majoriti mudah.\n\n\nPemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar ke-15 kepada Wan Rosdy.\n\n\nMohd. Hatta berkata, Amanah menjunjung kasih atas perkenan Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bagi pembentukan kerajaan negeri pimpinan PH dan BN.\n\n\n\u201cParti Amanah juga mengucapkan tahniah kepada Wan Rosdy atas perkenan Pemangku Raja Pahang untuk dilantik sebagai Menteri Besar Pahang,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/29/saarani-dedah-pn-cuba-beli-adun-bn-selepas-pru15/", "title": "Saarani dedah PN cuba \u2018beli\u2019 ADUN BN selepas PRU15", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendedahkan terdapat usaha membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).\n\n\nMenurut beliau, cubaan tersebut dimaklumkan sendiri oleh wakil rakyat BN apabila terdapat individu yang menjadi \u2018ejen\u2019 untuk menarik sekurang-kurangnya empat ADUN BN.\n\n\n\u201cSaya dimaklumkan bahawa sudah ada \u2018ejen\u2019 yang menghubungi ADUN BN supaya tinggalkan parti dan menyertai mereka seperti mana yang berlaku pada PRU14.\n\n\n\u201cPerkara itu (cubaan curi ADUN BN) melukakan hati saya. Itu bukan cara yang betul (kerana) itu tikam belakang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBrek lori rosak punca kemalangan\n\n\n\n\n\n\nSyarikat produksi diminta lunaskan janji?\n\n\n\n\n\n\nPAS Selangor intai kerusi dimenangi pada PRU12\n\n\n\n\n\n\nJangan Sampai Parti Melayu Sahaja Tinggal, Tapi Tanah Tergadai \u2013 MPM\n\n\n\n\n\n\n\u201cKenyataan saya, akar umbi undi DAP dipolemikkan\u201d- Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya terus buat keputusan menghubungi pihak istana, malah saya mendapat persetujuan daripada lapan ADUN BN, maka saya menghadap Sultan Perak, sembilan daripada BN dan 24 daripada Pakatan Harapan (PH) kita cukup kerusi bentuk kerajaan negeri,\u201d katanya dalam wawancara bertajuk Situasi Semasa Politik di Negeri Perak anjuran BN Perak.\n\n\n\n\nSaarani menjelaskan bahawa pemilihan untuk membentuk kerajaan bersama PH bukanlah suatu pengkhianatan sebaliknya demi kestabilan politik dan negeri dapat ditadbir dengan baik.\n\n\n\u201cTidak timbul masalah mengkhianati parti atau masalah meninggalkan perjuangan, tidak timbul masalah hilang prinsip.\n\n\n\u201cSaya reda orang mengata tetapi saya yakin saya buat keputusan betul demi Allah baik untuk agama dan bangsa,\u201d katanya.\n\n\nMenteri Besar Perak itu turut memberi jaminan bahawa beliau tidak akan mengikut telunjuk mana-mana pihak.\n\n\n\u201cSaya berjanji sekiranya ada pihak terus mengasak dan meminta saya ikut telunjuk mereka, saya tidak teragak-agak menarik keluar sembilan orang dari kerajaan negeri, kita tidak perlu akur,\u201d katanya.\n\n\nPada PRU14 yang lalu, Pakatan Harapan (PH) memperoleh 29 kerusi DUN diikuti BN sebanyak 27 kerusi dan Pas menang tiga kerusi.\n\n\nBagaimana pun tindakan oleh dua ADUN dari BN iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi yang mengumumkan sokongan terhadap PH membolehkan parti berkenaan membentuk kerajaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/29/secara-teorinya-anwar-tidak-perlu-usul-undi-percaya-19-disember-ini/", "title": "Secara teorinya, Anwar tidak perlu usul undi percaya 19 Disember ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Secara teorinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu membentangkan usul undi percaya bagi membuktikan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 19 Disember ini.\n\n\nPenganalisis Politik, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik seorang Perdana Menteri selaras dengan kuasa baginda.\n\n\n\u201cDalam sidang media pertama Perdana Menteri, beliau (Anwar Ibrahim) ada menyebut tentang usul undi percaya apabila Parlimen bersidang, 19 Disember ini.\n\n\n\u201cItu adalah untuk menyatakan keabsahan kerajaan yang ada walaupun secara teorinya tidak perlu kerana Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemandu dan Pihak Sekolah Perlu Lebih Prihatin\n\n\n\n\n\n\nBawa pihak sorok bekalan gula ke muka pengadilan \u2013 CAP\n\n\n\n\n\n\nSelagi bernyawa saya akan bersuara pada apa yang tidak betul \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\nPARTI PUTRA GUNA SIMBOL TANJAK MARTABAT MELAYU\n\n\n\n\n\n\nOrang asli kesal, mohon maaf kepada Sultan Johor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin akan mendapat sokongan majoriti.\n\n\n\u201cJadi, apabila Anwar mengangkat sumpah, beliau telah sah menjadi seorang Perdana Menteri. Secara teorinya dalam undang-undang, beliau tidak perlu membentangkan usul undi percaya,\u201d katanya kepada TV Pertiwi.\n\n\n\n\nNik Ahmad Kamal menambah, undi percaya ini seolah-olah menjadi kebiasaan di kebanyakan negara khususnya apabila kerajaan yang terbentuk itu berada dalam keadaan tidak mendapat majoriti dengan mudah.\n\n\nKatanya, apabila wujud sebuah kerajaan perpaduan atau gabungan kerajaan antara mana-mana parti, maka untuk memastikan bahawa kerajaan itu sebenarnya mempunyai sokongan, ia boleh berbuat demikian dengan membentangkan undi percaya.\n\n\n\u201cDi Malaysia, amalam ini pernah berlaku ketika Tun Hussein Onn membentangkan undi percaya setelah beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1976.\n\n\n\u201cTun Abdullah Ahmad Badawi juga ada ura-ura untuk berbuat demikian pada tahun 2003 tetapi tidak berlaku.\n\n\n\u201cJadi, dalam konteks sebuah kerajaan yang mahu membuktikan keyakinan masih wujud dan mendapat sokongan majoriti, maka saya rasa tidak salah undang-undang di bawah Perlembagaan untuk membentangkan usul undi percaya,\u201d tambah beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/30/abdul-hadi-masih-belum-dipanggil-ke-bukit-aman/", "title": "Abdul Hadi masih belum dipanggil ke Bukit Aman", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang\u00a0memberitahu, beliau bersedia untuk disiasat berhubung kenyataan yang mengaitkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Yahudi baru-baru ini.\n\n\nBagaimanapun, Abdul Hadi Awang berkata, sehingga kini beliau masih belum dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakamkan keterangan.\n\n\n\u201cSiapa kata, saya tak kata. Kalau saya tak kata, dia (Anwar) yang kata lah, serah pada dia. Bukit Aman tahu saya kata tak kata, saya ceramah pun dia rakam, kenyataan media saya pun dia orang baca. Saya kata ke tak, terpulang pada mereka.\n\n\n\u201cSaya bukan sekali dua dipanggil ke bukit aman. Boleh pergi Bukit Aman tak jadi masalah. Ya, memang kita terbuka, sedia untuk disiasat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSuhakam setuju hukuman mati mandatori dimansuhkan\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Pilihan Raya Jika Mahu Bina Kekuatan Dalam Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nSPRM, PDRM siasat terperinci pemilikan tanah rizab PDRM- PUTRA\n\n\n\n\n\n\n6,000 serbu pejabat Tesla Malaysia\n\n\n\n\n\n\n29 Kampung Melayu Dilenyapkan Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSetakat ini belum ada panggilan daripada Bukit Aman. Tak adalah tu,\u201d katanya pada sidang media program ceramah Pilihan Raya Umum ke-15 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)\u00a0Tioman, Pahang semalam.\n\n\nAbdul Hadi turut menafikan kenyataan yang mendakwa bahawa Pas adalah sebuah parti ekstrem kerana parti itu juga bekerjasama dengan semua pihak termasuk parti Gerakan.\n\n\n\u201cApa yang menarik, MCA, MIC dan parti dari Sabah tandatangan Surat Akuan Berkanun (SD) untuk menyokong kita bentuk kerajaan baru-baru ini,\u201d katanya.\n\n\nPada masa sama, Abdul Hadi berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak gentar untuk menghadapi PRU15 bagi (DUN)\u00a0Tioman meskipun PH memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN).\n\n\nKatanya, keputusan PH untuk memberi laluan kepada BN membuktikan bahawa PN sebuah gabungan yang kuat.\n\n\n\u201cKalau kita tak kuat, dia (PH-BN) tak berpakat. Kita jalan macam biasa. Kita tiada masalah sebagaimana kita menang di tempat lain. Itu juga yang berlaku. Kita menang, kita berjaya. Yang penting, pengundi yang menentukan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/30/belanjawan-2023-negeri-johor-dibentang-esok/", "title": "Belanjawan 2023 negeri Johor dibentang esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kerajaan negeri akan membentangkan Belanjawan Johor 2023 secara langsung pada jam 9.30 pagi esok.\n\n\nTimbalan Speaker DUN Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sesi kali ini akan berlangsung selama tujuh hari.\n\n\n\u201cSidang DUN Johor akan bermula Khamis ini dengan pembentangan Belanjawan Johor 2023 oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.\n\n\n\u201cIa akan diikuti dengan sesi soal jawab dan perbahasan pada hari Ahad hingga Selasa depan dan sesi penggulungan setiap portfolio pula bermula Rabu dan Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan Penuh Ruang Solat Masjid Di Selangor Dibenarkan\n\n\n\n\n\n\nKPM rangka pelan pemulihan pelajar keciciran\n\n\n\n\n\n\nPemandu tersepit, tong gas bertaburan atas jalan di Jempol\n\n\n\n\n\n\nHutan bakau Pantai Cermin diancam kemusnahan\n\n\n\n\n\n\nTampil Semangat Patriotik, Angkat Perjuangan Pahlawan Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSidang DUN Johor akan diakhiri dengan sesi penggulungan Belanjawan Johor 2023 oleh Menteri Besar pada 11 Disember.\n\n\n\u201cNotis pemaklumkan semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengenai persidangan dewan juga sudah dihantar,\u201d katanya.\n\n\nPada 26 Oktober lalu, Samsolbari yang juga ADUN Semarang dan Setiausaha UMNO Johor dilaporkan mengesahkan Sidang DUN Johor bagi pembentangan Belanjawan negeri yang dijadualkan pertengahan bulan ini, ditangguhkan, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nKatanya, penangguhan itu perlu dilakukan berikutan semua Ahli Dewan akan terbabit secara langsung dalam PRU15 menerusi parti masing-masing.\n\n\nPembentangan Belanjawan Negeri 2023 adalah kali pertama buat kerajaan negeri di bawah pentadbiran Onn Hafiz.\n\n\nIa selepas Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan selesa apabila berjaya memperoleh kejayaan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lalu.\n\n\nBN menang 40 daripada 56 kerusi DUN Johor, Pakatan Harapan (PH) menang 11 kerusi DUN, diikuti Perikatan Nasional (PN) tiga manakala PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi.\n\n\nKerajaan Johor sebelum ini adalah kerajaan campuran disokong Bersatu yang memiliki majoriti tipis dengan majoriti satu kerusi iaitu 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.\n\n\nIa berikutan kematian ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga mantan Menteri Besar pada 21 Disember lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/30/dap-tuntut-cina-setaraf-bumiputera-cetus-api-perkauman-penganalisis/", "title": "DAP Tuntut Cina Setaraf Bumiputera Cetus Api Perkauman \u2013 Penganalisis", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu\n \u2013 Kemelut politik yang berlaku di Malaysia dapat dilihat apabila PAS menolak untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana menganggap DAP bakal mendominasi kerajaan baharu.\n\n\nKetamakan DAP juga dapat dilihat semasa pemerintahan PH selama 22 bulan sebelum ini telah menuntut pelbagai perkara yang dianggap tidak logik dan bercanggah dengan perlembagaan.\n\n\nTimbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Kartini Aboo Talib berkata DAP kurang sopan dalam urusan watan walaupun pembentukan kerajaan masih belum sempurna.\n\n\n\n\nProfesor Doktor Kartini Aboo Talib / Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)\n\n\n\u201cHarus diingat PH hilang lebih 100 kerusi parlimen dan BN hanya mampu mempertahankan 30 kerusi parlimen, ini memberi tanda besar bahawa rakyat muak dengan politik rasuah dan politik di bawah naungan DAP yang agak kurang bersopan dalam unsur watan dalam perlembagaan yang tidak habis digugat DAP menerusi pakatan harapan. Sekarang pun kita sudah lihat, kerajaan belum naik sepenuhnya, DAP Sarawak telah menuntut supaya org cina diberi taraf bumiputera, perkara ini tidak digemari oleh masyarakat Melayu Islam,\u201d \u2013 Profesor Doktor Kartini Aboo Talib / Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), UKM\n\n\nBeliau ketika dihubungi TV Pertiwi turut menafsirkan tiga bentuk kerajaan iaitu minoriti, campuran dan perpaduan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan KJ beri kelebihan kepada PN\n\n\n\n\n\n\nPH Tidak Bubar Dun Di Selangor, Pulau Pinang Dan Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nUMNO wajar jelaskan dasar parti kepada ahli \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih atas khidmat sebagai Naib Presiden, PM \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah pulangkan pasport Syed Saddiq untuk sementara waktu\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, kerajaan minoriti melibatkan semua ahli dalam parlimen dengan adanya undi percaya untuk mengelakkan kekakuan politik dalam keputusan berkait dengan belanjawan atau dasar negara.\n\n\nManakala kerajaan campuran adalah gabungan kerajaan yang mempunyai beberapa elemen iaitu demokrasi, aristokrasi dan monarki.\n\n\nProf Kartini juga berkata kerajaan perpaduan ialah apa yang berlaku di Malaysia sekarang atas titah Yang di-Pertuan Agong, untuk memastikan semua ahli parlimen yg menang pilihan raya tanpa majoriti jelas boleh bekerjasama secara kolektif dan berpartisipasi mengurus negara tanpa mengira blok.\n\n\nBagaimanapun katanya, keputusan Perikan Nasional yang mahu menjadi blok pembangkang perlu dihormati dan kerajaan yang dibina dianggap sebagai kerajaan kesepaduan.\n\n\n\u201cP\nerikatan Nasional mahu menjadi blok pembangkang, saya kira cadangan itu harus dihormati maka istilah perpaduan tidak boleh digunakan lagi tapi boleh kekal model kerajaan kesepaduan. Maksud kesepaduan ialah cohation adanya keadaan bersetuju untuk bersetuju dan bersetuju untuk tidak bersetuju.\u00a0 \n\n\nBermakna gabungan yang ada tidak membentuk kerjaaan PH tetapi sebuah kerajaan kesepaduan dengan kerjasama BN, GPS dan GRS, cuma jika BN menarik undi untuk tidak bersama terutama dalam pemilihan agong UMNO nanti dan jika itu berlaku, GPS dan GRS ada kemungkinan akan ikut serta dengan BN, maka kerajaan kesepaduan boleh terbubar pada bila-bila masa.\u201d- Profesor Doktor Kartini Aboo Talib / Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), UKM."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/30/fuad-bidas-kenyataan-kadir-siapa-sebenarnya-harakiri/", "title": "Fuad bidas kenyataan Kadir, siapa sebenarnya \u2018harakiri\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Ahli Majlis\u00a0Kerja\u00a0Tertinggi (MKT) UMNO,\u00a0Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi\u00a0mendakwa, Tokoh Wartawan Negara, Datuk A\u00a0Kadir Jasin mempunyai agenda menghalang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).\n\n\nJadi, tidak hairanlah apabila beliau memainkan isu \u2018bunuh diri\u2019 atau \u2018harakiri\u2019 sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Ahmad Zahid sebagai TPM.\n\n\n\n\nMohd Puad berkata, Kadir meneruskan konspirasi tertinggi tajaan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membunuh UMNO.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar guna kenderaan sedia ada, tolak Mercedes S600\n\n\n\n\n\n\nPembantu Ahli Parlimen langgar kod etika pakaian diarah keluar\n\n\n\n\n\n\nPDRM tidak kompromi pihak sentuh sensitiviti agama & kaum\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat gerai mercun terbakar di Chow Kit\n\n\n\n\n\n\nTuduhan Saifuddin berniat jahat, mainan politik isu MARRIS, REE\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKenapa apabila Anwar dan Pakatan Harapan (PH) terima sokongan UMNO yang dimomokkan ada kluster mahkamah tidak dianggap bunuh diri?\n\n\n\u201cSepatutnya dari awal lagi penyokong PH akan menolak. Apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu memperkenankannya, ia bermakna maslahah bernegara lebih utama daripada \u2018persepsi\u2019.\n\n\n\u201cPersepsi Kluster Mahkamah adalah konspirasi tertinggi tajaan Tun M untuk bunuh UMNO. Pertuduhan selektif dan puluhan pertuduhan bertujuan membina persepsi buruk kepada UMNO.\n\n\n\u201cTun M boleh lakukan apa sahaja. Dia suruh Tun Daim\u00a0Zainuddin jumpa Anwar di Penjara Sungai Buloh supaya Anwar berpakat dengan Tun M. Anwar dijanjikan jawatan Perdana Menteri.\n\n\n\u201cPerbincangan sulit itu didedahkan sendiri oleh Tun Daim dalam program Soal Rakyat TV3 pada 5 September 2018. \u00a0Anwar tidak dapat juga jadi PM. Siapa bunuh siapa sebenarnya?,\u201d soalnya dalam satu hantaran Facebook.\n\n\nMohd Fuad menambah, tujuan utama Kadir membangkitkan isu itu adalah untuk memastikan kerajaan baharu yang dipimpin Anwar tidak stabil.\n\n\nBeliau juga mendakwa, Kadir meneruskan misi Tun M yang mahu melihat UMNO berkubur selepas beliau hilang deposit setelah tewas di Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.\n\n\n\u201cSebab itu melantik Ahmad Zahid akan mengukuhkan lagi kerajaan baharu ini \u00a0hingga tamat tempoh. Ahmad Zahid komited kepada kerajaan ini. Dia kunci utama.\n\n\n\u201cMenolak Ahmad Zahid akan mengancam kestabilan UMNO. 130 Ketua Bahagian bantah beliau letak jawatan. Itu \u2018signal\u2019 penting. Anwar perlu kerajaan stabil untuk membawa perubahan.\n\n\n\u201cAnwar perlu diberi peluang sehingga cukup penggal untuk mentadbir. Cukup lima tahun, beri balik mandat kepada rakyat untuk memilih. Tiada Langkah Sheraton atau tebuk atap. Jalan terus,\u201d katanya.\n\n\n\n\nSemalam, Kadir menerusi satu hantaran Facebooknya mendedahkan, Anwar dianggap mengambil langkah\u00a0\u2018harakiri\u2019\u00a0jika memilih Ahmad Zahid sebagai TPM atau memberikan sebarang jawatan dalam kerajaan.\n\n\nKatanya, jika Anwar mengambil langkah itu ia hanya akan memberikan imej buruk kepada kerajaan ketika ia mula mendapat sokongan lebih ramai pihak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/30/henti-bangkitkan-isu-perkauman-agama-titah-tuanku-muhriz/", "title": "Henti bangkitkan isu perkauman dan agama, titah Tuanku Muhriz", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menitahkan kerajaan baharu serta pemimpin politik negara ini berhenti daripada membangkitkan isu perkauman atau agama dengan tujuan menghasut masyarakat.\n\n\nTuanku Muhriz turut menitahkan agar kerajaan baharu yang dibentuk pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini menggunakan peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memacu negara ke tahap yang lebih tinggi.\n\n\n\u201cBeta menyeru kerajaan baharu untuk memupuk semangat kebersamaan atau \nspirit of togetherness\n dalam kalangan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama, bangsa dan budaya,\u201d titah baginda dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-260 di Istana Negara yang berakhir hari ini.\n\n\nTuanku Muhriz mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-26 yang bermula semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaya Tidak Sokong Mencuri, Tetapi Mereka Tiada Pilihan, Saya Halalkan\u201d \u2013 MYDIN\n\n\n\n\n\n\nPAS kekal di Kelantan dan Terengganu\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tiada GST tetapi barangan mewah akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nDadah bernilai RM11 juta dirampas dalam serbuan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa bertindak kembalikan semula kehilangan tanah rizab Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut berangkat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.\n\n\nBerangkat sama, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin serta Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.\n\n\nSementara Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, manakala Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra.\n\n\nMesyuarat itu juga turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani turut sama hadir mesyuarat itu.\n\n\nDalam titah ucapannya, Tuanku Muhriz turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua calon yang memenangi kerusi masing-masing pada PRU15 dan pilihan raya di beberapa buah negeri yang terbabit pada 19 November lalu.\n\n\n\u201cBeta juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru dilantik untuk menyandang jawatan dalam kerajaan iaitu Perdana Menteri dan Menteri Besar-Menteri Besar negeri yang berkenaan.\n\n\n\u201cJawatan-jawatan yang membawa tanggungjawab yang besar ini memberi peluang kepada mereka yang dilantik untuk memimpin negara ke hadapan,\u201d titahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/30/henti-bertelagah-bergerak-ke-hadapan-untuk-menyatupadukan-rakyat/", "title": "Henti bertelagah, bergerak ke hadapan untuk menyatupadukan rakyat", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan, Islam adalah mendamaikan, bukannya agama kekecohan atau pertembungan.\n\n\nJusteru, beliau berharap agar semua pemimpin tidak lagi bertelagah dan bergerak ke hadapan untuk menyatupadukan rakyat.\n\n\n\u201cPemimpin yang baik dan hebat ialah yang mampu mencantum bukan mencarik, menyatu bukan memecah dalam kepelbagaian identiti rakyat.\n\n\n\u201cJangan diapi-apikan dengan pelbagai sentimen keagamaan dan perkauman kerana sekali perpaduan rakyat koyak dan rabak, sangat sukar untuk dipertautkan,\u201d katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih 6.1 Juta Individu Selesai Terima Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\nPH, BN didakwa cuai selesaikan isu bekalan air Kedah\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Apa rakyat dapat jika tambak laut?\n\n\n\n\n\n\nRakyat Rayu Pengeluaran One-Off Kwsp Rm10,000\n\n\n\n\n\n\nSegera Tubuhkan Badan Kawal Selia Khas\n\n\n\n\n\n\n\n\nKhairuddin menambah, kewajipan semua pemimpin ialah memupuk perpaduan antara rakyat walaupun wujud perbezaan berfikir dan ideologi terutamanya melibatkan politik.\n\n\n\u201cPerbezaan ilmu dan kefahaman menjadikan manusia sentiasa berbeza. Malah, Islam mengiktiraf kepelbagaian agama anutan manusia meskipun menegaskan agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam.\n\n\n\u201cJusteru, seorang pemimpin perlu mencari titik persamaan dalam kepelbagaian tadi. Perbezaan dikecilkan jurangnya dan kesepakatan diperbesarkan saiznya. Disitulah letaknya nilai kebijaksanaan seorang pemimpin,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/30/kutipan-tol-lebuhraya-dash-bermula-tengah-malam-ini/", "title": "Kutipan tol Lebuhraya DASH bermula tengah malam ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Semua pengguna lebuh raya Projek Lintasan Damansara-Shah Alam (DASH) akan mula dikenakan bayaran tol ketika melalui laluan itu, bermula jam 12.01 tengah malam ini.\n\n\nKutipan tol terbabit berkuat kuasa selepas tamat tempoh penggunaan secara percuma selama 48 hari yang diumumkan kerajaan sempena perasmian Lebuh Raya DASH bermula 14 Oktober lalu hingga hari ini.\n\n\nPengurusan DASH memaklumkan, kutipan bayaran tol itu akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya, menggunakan kad Touch \u2018N Go, SmartTAG dan RFID.\n\n\nKatanya, susulan itu, pengguna dinasihat supaya memastikan baki kad Touch \u2018N Go dan e-wallet masing-masing adalah mencukupi sebelum memasuki lebuh raya itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahfuz cabar sanusi bertanding DUN dikuasai DAP\n\n\n\n\n\n\nLebih RM103.86 juta kepada imam, guru agama di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 untuk penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nTak puas hati kalah, anak Presiden UMNO lapor Jawatankuasa Pemilihan\n\n\n\n\n\n\nHanya Bank Negara boleh beri jawapan OPR naik atau tidak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKadar tol akan dikenakan kepada pengguna melalui ketiga-tiga plaza tol Lebuhraya DASH iaitu Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol Kota Damansara.\n\n\n\u201cKadar tol bagi kereta dan kenderaan Kelas Satu dan butiran kenderaan dua gandar, tiga atau empat roda (tidak termasuk teksi dan bas) sebanyak RM2.30.\n\n\n\u201cKadar tol bagi lori dan kenderaan Kelas Dua, butiran kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (tidak termasuk bas) berharga RM4.60,\u201d kata syarikat konsesi itu menerusi kenyataan hari ini.\n\n\nPengurusan DASH berkata, kadar tol bagi treler atau kenderaan Kelas Tiga, yang mempunyai tiga gandar atau lebih (tidak termasuk bas) berharga RM6.90, manakala kadar tol kereta yang kelas kenderaan empat dan butiran teksi berharga RM1.20.\n\n\n\u201cKadar tol bas yang kelas kenderaan lima berharga RM2.30,\u201d katanya.\n\n\nPengurusan DASH menasihatkan pengguna supaya sentiasa mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah yang disediakan ketika melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju.\n\n\n\u201cBahagian Operasi Lebuhraya DASH akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/30/majlis-raja-raja-cadang-pelantikan-ahli-spk-tidak-dibuat-perdana-menteri/", "title": "Majlis Raja-Raja cadang pelantikan ahli SPK tidak dibuat Perdana Menteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Majlis Raja-Raja hari ini menggesa agar pelantikan lima ahli Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) tidak dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nDalam perutusan Pengerusi Mesyuarat Raja-Raja, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Almarhum Tuanku Munawir bertitah, proses pelantikan hakim di Malaysia pada masa ini mempunyai kelemahan dan boleh diperbaiki.\n\n\n\u201cUntuk memastikan SPK bebas dalam melaksanakan tanggungjawab, Beta mencadangkan agar pelantikan lima ahli SPK tidak dibuat oleh Perdana Menteri.\n\n\n\u201cSebaliknya ia diberikan kepada beberapa institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-undang Sana, Persatu Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pemilih Parlimen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n13 Laluan Di Negeri Sembilan Ditutup\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful gagal ketepi kes rasuah RM6.9 juta\n\n\n\n\n\n\nKWSP lancar i-Sayang, suami boleh carum dua peratus untuk isteri\n\n\n\n\n\n\nEmpat beradik maut dalam kebakaran di Muar\n\n\n\n\n\n\nUMNO guna \u2018pengundi hantu\u2019 lulus usul tambahan \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDengan kaedah ini, keanggotaan SPK akan lebih seimbang dan tidak membawa kepentingan mana-mana pihak,\u201d titah Tuanku Mukhriz selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang berakhir hari ini.\n\n\nJelas Tuanku Mukhriz, SPK memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan pelantikan hakim.\n\n\nTitah baginda, keanggotaan SPK adalah kritikal untuk memastikan JAC terus berkemampuan mengemukakan nama-nama hakim yang berintegriti dan berkaliber.\n\n\n\u201cBeta juga mencadangkan supaya struktur SPK turut dinilai semula dengan rundingan dibuat antara kerajaan, ahli SPK sedia ada dan badan-badan guaman serta institusi lain yang relevan.\n\n\n\u201cBeta yakin SPK akan mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan menjadikan pemilihan serta pelantikan hakim-hakim di Malaysia adalah di kalangan individu yang berkeperubadian mulia, telus dan adil,\u201d titah baginda.\n\n\nUntuk rekod, SPK mempunyai sembilan anggota yang mana empat daripadanya adalah hakim yang sedang memegang jawatan terkanan manakala lima lagi merupakan lantikan daripada Perdana Menteri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/30/saudara-nak-persoal-saya-tidak-mengapa-tapi-jangan-bawa-naratif-fitnah-anwar-ibrahim/", "title": "Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah \u2013 Anwar Ibrahim", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kasut Louis Vuitton (LV) yang dipakainya ketika bertemu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah baru-baru ini adalah hadiah daripada Sultan Johor.\n\n\nDalam ciapan di Twitter beliau lewat malam tadi, Anwar berkata, beliau menerima hadiah itu dua tahun lalu.\n\n\nAnwar memberi penjelasan itu kepada pengguna Twitter \n@NaratifRakyat\n yang menyorot bahawa walaupun Anwar enggan menggunakan kereta Mercedez Benz S600 kerajaan, dia memakai sepasang LV Major Loafers yang berharga RM5,500.\n\n\n\u201cIa pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,\u201d tulis Anwar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaya sayang Bella lebih daripada anak lain \u2013 Siti Bainun\n\n\n\n\n\n\nHusam Musa mula tugas Pengerusi SPNB berkuat kuasa 22 Mac\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan\n\n\n\n\n\n\nPekebun Sayur Enggan Jawab Kenaikan Harga Sayur\n\n\n\n\n\n\nAltimet diumum calon PKR Lembah Jaya\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPakaian Anwar turut menjadi tumpuan sebelum ini selepas dia memakai baju Melayu dan sepasang capal yang dibuat di Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari pertama dia hadir di pejabat, Jumaat lalu.\n\n\nAnwar sebelum ini mendedahkan, beliau menolak untuk menggunakan kereta Mercedez Benz S600 yang dibeli oleh pentadbiran terdahulu dan dilaporkan menelan kos lebih RM1 juta sebagai langkah untuk membudayakan penjimatan kerajaan.\n\n\nFesyen pakaian Mantan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob juga sering menjadi bualan netizen sebelum ini \u00a0terutama baju jenama mewah Burberry yang sering dipakainya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/30/selangor-rekod-purata-6-kematian-seminggu-akibat-covid-19-tahun-ini/", "title": "Selangor rekod purata 6 kematian seminggu akibat Covid-19 tahun ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Selangor merekodkan purata enam kematian akibat Covid-19 setiap minggu sepanjang tahun ini hingga 19 November lalu.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, situasi penularan Covid-19 di Selangor sepanjang tahun ini bagaimanapun masih terkawal.\n\n\n\u201cPurata kematian akibat Covid-19 di Selangor ialah enam kes seminggu. Sebanyak 11 kematian dicatat pada Minggu Epidemiologi (ME) 46 (bermula 13 November) yang berakhir 19 November lalu.\n\n\n\u201cDari aspek kadar kematian secara keseluruhan, Selangor mencatat sejumlah 10,911 kes atau 0.7 peratus Case-Fatality-Rate (CFR) sejak Covid-19 bermula. Tahun ini hingga ME 46 pula, sebanyak 939 kematian direkodkan,\u201d katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari in\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTujuh lelaki pakai seluar pendek kena amaran JAHEAIK\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2022 Diumum 7 Julai\n\n\n\n\n\n\nKenaikan OPR beri kesan kepada golongan miskin \u2013 SPCAAM\n\n\n\n\n\n\nMalaysia duduki tangga ke-73 kebebasan akhbar\n\n\n\n\n\n\nKawal inflasi, BNM mungkin naik semula nisbah keperluan rizab berkanun\n\n\n\n\n\n\n\n\nSecara purata, beliau berkata, sekitar 1,000 hingga 2,000 kes Covid-19 sehari direkodkan di Selangor mulai ME 35 hingga ME 46.\n\n\n\u201cMengikut kategori kes yang didaftarkan, majoriti atau 95 peratus adalah kes Kategori 2 manakala 4.5 peratus lagi Kategori 3, 4 dan 5.\n\n\n\u201cBagaimanapun untuk tahun ini sejak ME 3, kadar CFR telah menurun kepada 0.1 peratus.\n\n\n\u201cData-data berkenaan menunjukkan tahap kawalan bagi penyakit Covid-19 di Selangor kini adalah baik dan memuaskan,\u201d katanya.\n\n\nDr Siti Mariah berkata, antara faktor menyumbang kepada keadaan semasa itu ialah kadar vaksinasi Covid-19, termasuk dos penggalak yang tinggi, dengan meliputi lebih 90 peratus penduduk Selangor.\n\n\n\u201cFaktor lain ialah fasiliti kesihatan awam mampu menampung kes dalam Kategori 3, 4 dan 5. Selain itu, aktiviti pendidikan kesihatan berterusan dijalankan bagi mengingatkan orang awam mengenai TRIIS (uji, lapor, maklum, asing dan mendapatkan rawatan) serta kepentingan menjaga kesihatan kendiri,\u201d katanya.\n\n\nNamun, beliau menjelaskan, aktiviti promosi bagi menggalakkan masyarakat mengambil vaksin dos penggalak kedua perlu diteruskan, terutama untuk golongan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit kronik dan ibu mengandung.\n\n\n\u201cIni kerana kemunculan XBB menunjukkan peningkatan kadar kebolehjangkitan, walaupun kadar kematian akibat subvarian baharu itu masih rendah,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/30/tun-m-dakwa-ada-pihak-sedang-bersihkan-imej-ahmad-zahid/", "title": "Tun M dakwa ada pihak sedang bersihkan imej Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mendakwa terdapat gerakan untuk membersihkan imej Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nPengerusi Pejuang itu mendakwa, langkah tersebut dibuat bagi melicinkan laluan untuk Ahmad Zahid menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.\n\n\n\u201cMereka (pihak tertentu) kini sedang bersihkan imej (Ahmad) Zahid. Dalam sistem undang-undang kita, anda tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Jadi mereka akan kata dia layak.\n\n\n\u201cMereka akan desak (agar Ahmad Zahid dapat jawatan TPM) sebab kalau UMNO tarik diri, kerajaan akan tumbang,\u201d katanya memetik laporan\u00a0\nThe Malaysian Insight\n hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBella hadir Prosiding Mahkamah Hari Ini, Siti Bainun Menangis\n\n\n\n\n\n\nSkandal 1MDB, SRC: SPRM tahan sekutu Jho Low di KLIA2\n\n\n\n\n\n\n100 hari Anwar, tiada apa boleh dibanggakan \u2013 Tun M\n\n\n\n\n\n\nProklamasi Melayu rasis hanya mainan puak cauvinis\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Peruntukan Diskriminasi Pekerja Muslim \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPelbagai media hari ini melaporan bahawa Ahmad Zahid akan dilantik ke jawatan itu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nAntaranya,\u00a0\nSin Chew\n\u00a0yang melaporan sumber berkata, kemungkinan Zahid jadi TPM adalah tinggi.\n\n\nIa kerana laporan yang memetik sumber itu menyebut Ahmad Zahid dilihat sebagai penggerak utama dalam pembentukan kerajaan perpaduan hari ini.\n\n\nSumber itu juga membayangkan bahawa MCA dan MIC tidak akan mendapat sebarang pelantikan menteri.\n\n\nMalah\u00a0\nBerita Harian Online\n\u00a0turut melaporkan kemungkinan Anwar akan mengumumkan senarai Kabinetnya esok yang terdiri daripda dua Timbalan Perdana Menteri dalam 25 Jemaah Menteri .\n\n\nAkhbar arus perdana itu dalam laporan yang tidak menamakan sumber, berkata senarai Jemaah Menteri akan didedahkan dalam masa terdekat ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/11/30/uec-sangat-merbahaya-kedaulatan-malaysia-boleh-tergugat/", "title": "UEC sangat merbahaya, kedaulatan Malaysia boleh tergugat", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Berjasa menggesa kerajaan agar kekal dengan pendirian tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana ia bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).\n\n\nKetua Wanita Berjasa, Dr. Fadilah Ashari berkata, UEC yang dilaksanakan di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) menggunakan kurikulum yang berasal dari luar negara serta dibangunkan Dong Zong selain menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar utama.\n\n\n\u201cMalaysia mempunyai Dasar Pendidikan Kebangsaan yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta melaksanakan kurikulum kebangsaan dan menyediakan murid untuk menduduki peperiksaan yang sama.\n\n\n\u201cIni merupakan suatu yang terbukti sejak merdeka, berjaya memupuk perpaduan kaum dan masyarakat saling hormat menghormati,\u201d katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKanak-kanak Syria kutip cebisan roti dan disimpan\n\n\n\n\n\n\nMajlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Selangor\n\n\n\n\n\n\nRogol \u2013 bapa tiri berdepan hukuman sebat, 380 tahun penjara\n\n\n\n\n\n\nPenceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka\n\n\n\n\n\n\nKDN serah nama kakitangan JPN minta sogokan kepada SPRM \u2013 Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, desakan untuk pengiktirafan UEC adalah sesuatu yang sangat merbahaya kepada negara kerana keamanan serta kedaulatan Malaysia boleh tergugat.\n\n\nIni kerana apabila sistem pendidikan yang diambil dari negara luar atau digubal khusus untuk sesuatu kaum, boleh melahirkan rakyat yang ketaatan serta kecintaan mereka kepada Malaysia, berbelah bahagi.\n\n\nDr. Fadilah berkata, Berjasa menyeru kerajaan agar komited dan terus menambah baik sistem pendidikan negara mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan.\n\n\n\u201cIa bagi melahirkan rakyat yang bersatu padu serta saling bekerjasama ke arah membawa Malaysia ke mercu kemajuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/01/agong-berkenan-terima-watikah-pelantikan-12-ketua-perwakilan-asing-ke-malaysia/", "title": "Agong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Yang\u00a0di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nTurut berangkat ke istiadat berkenaan ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.\n\n\nKetua perwakilan asing berkenaan ialah Jose Luis Pardo Cuerdo dari Sepanyol, Betty Oyella Bigombe (Uganda), Jacques Louis Werner (Belanda), Valeria Csukasi (Uruguay), Peter Van Acker (Belgium), Dilli Raj Poudel (Nepal), Florence Buerki Akonor (Ghana), Ali Hussain Didi (Maldives) dan Yeo Seung-bae (Korea).\n\n\nSelain itu, Fleming Raul Duarte Ramos dari Paraguay, Houssein Sidi Abdellah Deh (Mauritania) dan Tumur Amarsanaa (Mongolia).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMYDIN rugi setengah juta kerana cuti tambahan raya\n\n\n\n\n\n\nKos Tunai Haji Bakal Dimuktamadkan Kabinet\n\n\n\n\n\n\nPertama kali dalam sejarah, Terengganu tiada pembangkang\n\n\n\n\n\n\nRumah Terbuka Malaysia Madani hanya bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nKuliah Ustaz Azhar Idrus ditangguh, JAWI tampil beri penjelasan\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir sama pada istiadat itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zain. \u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/01/belanjawan-johor-2023-catat-lebihan-rm2-44-juta/", "title": "Belanjawan Johor 2023 catat lebihan RM2.44 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Johor 2023 yang merupakan belanjawan lebihan RM2.44 juta selepas dua tahun berturut-turut mempersembahkan belanjawan defisit pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, hari ini.\n\n\nKali terakhir kerajaan Johor membentangkan belanjawan lebihan ialah Belanjawan 2020 pada November 2019.\n\n\nMenteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, hasil negeri pada tahun hadapan dijangka kira-kira RM1,734.18 juta dengan unjuran perbelanjaan negeri pada tahun 2023 ialah kira-kira RM1,731.74 juta, yang kemudiannya mencatatkan lebihan sebanyak RM2.44 juta.\n\n\nMembentangkan Belanjawan 2023 buat kali pertama, beliau berkata, anggaran hasil pada tahun hadapan dijangka meningkat sebanyak 3.75 peratus manakala perbelanjaan mengurus bagi tempoh yang sama menurun sebanyak 11.56 peratus.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPasang tenaga solar tanpa pendahuluan bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nKukuhkan hubungan Riyadh \u2013 Kuala Lumpur\n\n\n\n\n\n\n31,600 surat tawar haji mula dikeluarkan Rabu ini\n\n\n\n\n\n\nPolis beri amaran, batalkan `Gang Bang\u2019\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Terus Meningkat, Kini Lebih 1,100 Penduduk\n\n\n\n\n\n\n\n\nOnn Hafiz berkata, belanjawan tersebut yang bertemakan \u2018Maju Johor: Makmur Bersama Rakyat\u2019 disifatkan sebagai satu kesinambungan perjuangan yang memartabatkan pertumbuhan ekonomi Johor yang gemilang.\n\n\n\u201cSebagai kerajaan yang prihatin, saya akan perincikan pelbagai inisiatif dalam Belanjawan Johor 2023 ini yang bertujuan untuk mengurangkan impak ekonomi global serta memastikan sasaran pertumbuhan dapat dipacu yang insya-Allah akan mempertingkatkan kesejahteraan Bangsa Johor,\u201d kata beliau ketika berucap pada Mesyuarat Keempat (Belanjawan 2023) Penggal Persidangan Pertama DUN Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.\n\n\nOnn Hafiz berkata, perbelanjaan negeri tahun hadapan terdiri daripada perbelanjaan pembangunan sebanyak RM600 juta manakala perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.126 bilion.\n\n\n\u201cBelanjawan Johor 2023 ini dirangka dengan 3.8 juta rakyat Johor sentiasa berada di hati dan benak fikiran kerajaan negeri Johor. Suara hati, jiwa dan minda mereka kita selami bersama keadaan dan situasi semasa maka lahirlah Belanjawan Johor 2023 ini.\n\n\n\u201cKita berada dalam keadaan ekonomi yang mencabar (tahun hapadan). Apa yang penting adalah kita perlu menyediakan perancangan ekonomi yang mampan, berdaya tahan serta reserve simpanan yang mencukupi bagi menghadapi pelbagai cabaran mendatang,\u201d kata beliau tambahnya ekonomi Malaysia pastinya tidak terkecuali daripada berhadapan dengan impak yang sama.\n\n\nMeskipun negara berada dalam fasa pemulihan, ketidaktentuan ekonomi global ini tentunya memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara termasuk negeri Johor yang berekonomi terbuka, kata Onn Hafiz. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/01/kluster-mahkamah-bukan-sekadar-wayang-politik/", "title": "Kluster Mahkamah bukan sekadar wayang politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai dalang di sebalik berlakunya pendakwaan terpilih dalam kalangan pemimpin politik adalah satu tuduhan yang tidak bijak.\n\n\nKetua Wira Putra, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, tanpa pendedahan yang dibuat Mantan Perdana Menteri itu, rakyat tidak mungkin mengetahui penyalahgunaan kuasa yang dilakukan pemimpin-pemimpin politik terutamanya daripada UMNO.\n\n\nBeliau mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang mendedahkan persepsi Kluster Mahkamah adalah konspirasi tertinggi tajaan Tun M untuk bunuh UMNO sebelum ini.\n\n\n\u201cKewujudan Kluster Mahkamah bukan sekadar wayang politik kerana terdapat pertuduhan yang telah pun dijatuhi hukuman di Mahkamah Persekutuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBuluh lemang sumber pendapatan Shafie di Raub\n\n\n\n\n\n\nPusat lindungi mangsa pemerdagangan orang perlu diwujudkan\n\n\n\n\n\n\nNajib Berjaya Tangguhkan Sabitan, Hukuman\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa hanya pilih parti \u2018berhaluan baik\u2019\n\n\n\n\n\n\n4 Kes Omicron Dikesan Di Kelantan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJika pemimpin-pemimpin tersebut tak didakwa, semua isu salah guna kuasa, rasuah atau penggubahan wang haram yang dilakukan pemimpin UMNO selama ini langsung tidak kedengaran dan lenyap begitu sahaja.\n\n\n\u201cPemimpin yang terlibat seolah telah disucikan kerana mereka memegang jawatan tertinggi dan menguasai pemimpin di akar umbi,\u201d katanya dalam satu hantaran di Facebook.\n\n\nNasrul Ali Hasan menambah, apabila berlaku pendakwaan, banyak pendedahan dan bukti-bukti yang dikeluarkan serta hujah-hujah bagi menyokong fakta dan bukti kes tersebut.\n\n\nSekiranya terdapat bukti dan fakta yang tidak boleh disangkal, rakyat tidak boleh terima perkara itu bulat-bulat sebagai fitnah.\n\n\n\u201cTak kan kita nak salahkan Hakim yang menjatuhkan hukuman?\n\n\n\u201cJadi, meletak Tun M sebagai \u2018punching bag\u2019 dengan alasan pendakwaan terpilih dan beliau adalah dalang bukan tuduhan bijak.\n\n\n\u201cRakan sekutu UMNO terkini dari Pakatan Harapan (PH) juga pernah terlibat dan memperjuangkan hal yang sama sebelum ini.\n\n\n\u201cJangan kerana nak jalin hubungan dan dapatkan kuasa bersama kumpulan yang juga sebelum ini menjadi dalang sampai sanggup berkokok berderai-derai, tetapi tak sedar ekor bergelumang dengan tahi,\u201d tambah beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/01/mesyuarat-dewan-rakyat-berlangsung-pada-19-dan-20-november/", "title": "Mesyuarat Dewan Rakyat berlangsung pada 19 dan 20 Disember", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Mesyuarat Dewan Rakyat penggal pertama Parlimen ke-15 akan diadakan selama dua hari pada 19 dan 20 Disember ini.\n\n\nMenurut notis yang dihantar kepada Ahli Parlimen hari ini,\u00a0mesyuarat dimulakan dengan pemilihan Yang di-Pertua Dewan Rakyat diikuti istiadat angkat sumpah termasuk dalam kalangan Ahli-Ahli Parlimen.\n\n\nSidang berkenaan kemudian diteruskan dengan memilih Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua.\n\n\nTumpuan pada mesyuarat pertama itu adalah usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAbang Grab boleh kerja balik, akaun diaktif semula\n\n\n\n\n\n\nSyahir tolak pelawaan Rafizi berdebat, ikut jejak \u2018senior\u2019\n\n\n\n\n\n\nReman Lima Suspek Kes Dera Disambung Tujuh Hari\n\n\n\n\n\n\nPenguat kuasa dibayar RM2,500 lepaskan PATI di lapangan terbang\n\n\n\n\n\n\nSubsidi menyeluruh dimansuh berperingkat kepada subsidi bersasar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan undi percaya itu bertujuan membuktikan keabsahan Anwar sebagai ketua kerajaan, sekali gus menghentikan pertikaian dibawa pihak tertentu.\n\n\nMemandangkan majlis angkat sumpah dijangka berlangsung tidak lebih tiga jam, pembentangan usul percaya berkemungkinan besar akan berlaku pada 19 Disember.\n\n\nAgenda terakhir pula ialah rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/01/pn-tawar-saya-jadi-senator-dan-menteri-wan-rosdy/", "title": "PN tawar saya jadi senator dan menteri \u2013 Wan Rosdy", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengakui terkejut apabila Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan jawatan senator dan menjadi menteri semasa wakil gabungan parti itu mengadakan perbincangan bersama beliau bagi pembentukan kerajaan negeri baru-baru ini.\n\n\nPengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang itu berasa pelik, bagaimana tawaran itu dibuat sedangkan kerajaan pusat masih belum dibentuk oleh mana-mana gabungan parti ketika itu.\n\n\nPN juga menuntut jawatan Speaker, Exco dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan.\n\n\n\u201cNampak bukan nak berbincang, nampak macam sudah menetap dan menentukan. Kemudian saya jawab, saya juga mendapat tawaran daripada PH (Pakatan Harapan) dan keesokannya mereka tawarkan jawatan Menteri Besar Pahang yang lain kekal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak perlu doktor khas iringi Azizulhasni \u2013 PKBM\n\n\n\n\n\n\nFenomena \u2018Bossku\u2019 dalam UMNO belum berakhir \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nNajwan tetap tercalon walaupun bersifat perkauman\n\n\n\n\n\n\nAnak muda sepatutnya perlu digalakkan kuasai teknologi baharu, bukan `berjinak\u2019 dengan ganja!\n\n\n\n\n\n\n31,600 kuota haji Malaysia bagi musim 1444H/2023M\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerjumpaan kali kedua, mereka nak Speaker, Exco seimbang, ADUN dilantik tiga. Kalau saya setuju dengan dengan mereka, saya boleh tersingkir bila-bila masa sebab mereka ada 22 kerusi,\u201d katanya ketika berucap semasa Ceramah Umum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pasar Besar Rompin malam tadi.\n\n\nTurut hadir Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.\n\n\nSemasa perbincangan itu, Wan Rosdy berkata, PN diwakili Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.\n\n\nKatanya, aa berbeza dengan PH yang menawarkan gabungan pembentukan kerajaan negeri tanpa syarat.\n\n\nMenurut beliau, perbincangan dengan Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dibuat berasaskan konsep Kerajaan Perpaduan seperti peringkat pusat.\n\n\nTawaran yang dinyatakan oleh Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari itu dilihat mendapat persefahaman bersama dan perbincangan syarat selanjutnya akan dilakukan selepas penubuhan kerajaan negeri.\n\n\n\u201cSaya telah menerima panggilan telefon daripada sahabat saya, Datuk Seri Amirudin selepas kedudukan tergantung kerana tidak mendapat majoriti mudah.\n\n\n\u201cPengerusi PH Pahang itu menyatakan hasrat bersedia berkerjasama tanpa syarat bagi menubuhkan kerajaan demi kestabilan dan kemakmuran. Lepas tubuh kerajaan dan kita bincang satu dua perkara,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Wan Rosdy menegaskan, pemilihan bersama PH dilakukan secara sebulat suara oleh rakan-rakan ADUN BN dan Perhubungan UMNO Pahang.\n\n\n\u201cKita nak tubuh kerajaan untuk rakyat negeri Pahang bukan untuk politik, perbincangan perlu dilakukan. Keputusan BN untuk bersama PH dibuat bukan keputusan saya seorang, saya bawa perkara ini bincang dengan semua rakan-rakan ADUN, telah sebulat suara untuk bersama PH.\n\n\n\u201cKami masih menawarkan satu kerusi kepada PN kerana berjiwa besar tetapi mereka enggan,\u201d katanya lagi.\n\n\nPada 27 November lalu, BN Pahang memutuskan untuk bekerjasama bersama PH bagi membentuk kerajaan negeri disusuli Majlis Pengurniaan Surat Cara Perlantikan dan Mengangkat Sumpah jawatan Menteri Besar Pahang pada 28 November di Istana Abu Bakar, Pekan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/01/polis-siasat-video-tular-lagu-negaraku-kibar-jalur-gemilang-bendera-israel/", "title": "Polis siasat video tular lagu Negaraku kibar Jalur Gemilang, bendera Israel", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Polis telah membuka kertas siasatan berhubung klip video tular yang menunjukkan beberapa individu menyanyikan lagu Negaraku sambil menaikkan bendera Malaysia dan Israel.\n\n\nTimbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ku Mashriman Ku Mahmood, berkata ia dilakukan susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki tempatan pada 29 November lalu yang melihat rakaman tular di WhatsApp itu.\n\n\nKatanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada September lalu ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan bersama agensi pelancongan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu arak : Exco DAP tidak perlu melatah \u2013 Fayhsal\n\n\n\n\n\n\nPas Pahang bimbang DAP sokong pengusaha haram Musang King\n\n\n\n\n\n\nTuntutan segera AS$16 bilion dari Sulu melampau, kes masih berjalan \u2013 AGC\n\n\n\n\n\n\nLaporan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nPelepasan cukai SSPN dilanjutkan hingga 2024\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita menerima satu laporan polis daripada lelaki warga tempatan yang menyatakan melihat rakaman video berdurasi 47 saat di dalam kumpulan sembang WhatsApp, di mana lagu Negaraku dinyanyikan beberapa individu dan bendera Malaysia dikibarkan bersama dengan bendera Israel.\n\n\n\u201cHasil siasatan awal mendapati kejadian di dalam video tersebut berlaku pada September lalu ketika sekumpulan warga tempatan mengadakan lawatan ke sebuah negara bersama dengan agensi pelancongan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\n\nBeliau berkata, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988.\n\n\nJusteru, Ku Mashriman meminta orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan dan menyebarkan sebarang bahan di mana-mana platform.\n\n\nTegasnya, ia bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis serta menggugat ketenteraman awam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/01/tolak-pemimpin-kelabu-mata-bila-ditawarkan-jawatan-penting/", "title": "Tolak pemimpin \u2018kelabu mata\u2019 bila ditawarkan jawatan penting", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \u201cKita sebenarnya belajar daripada siapa?\u201d\n\n\nItu antara persoalan yang dilontarkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika berbicara tentang ahli-ahli politik di negara ini.\n\n\nTimbalan\u00a0Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga berkata, rakyat perlu menolak jenis pemimpin yang \u2018kelabu mata\u2019 apabila ditawarkan sesuatu jawatan penting.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua Kes Omicron Mula Direkod Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nTawar Pendidikan Islam Syarat SJK Dapat Dana Kerajaan \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nMisi Bantuan Banjir Aman Palestin Dan Kelab Perwira Malaysia\n\n\n\n\n\n\nGuna ikon hanya mainan politik, hapuskan sekolah vernakular \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir meningkat, empat daerah di Johor masih terjejas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApabila pemimpin Musyrikin Makkah menawarkan jawatan raja, harta kekayaan dan wanita kepada Nabi Muhammad SAW semasa fasa Makkiyyah, asalkan Nabi meninggalkan dakwah Islamiah, Baginda dengan tegas menolak tawaran tersebut.\n\n\n\u201cWalhal boleh saja Nabi menerima tawaran tersebut kerana dengan kuasalah Baginda mampu melakukan apa-apa sahaja.\n\n\n\u201cNamun, Nabi menolak kerana Islam tidak dapat memimpin dan perlu menuruti kehendak orang kafir Quraisy.\n\n\n\u201cSelepas berhijrah ke Madinah, barulah Rasulullah menjadi pemimpin Madinah kerana Islam sudah boleh memimpin dan menyatupadukan seluruh masyarakat majmuk di sana. Inilah petunjuk Sirah Nabawiyyah yang patut kita teladani.\n\n\n\u201cMalangnya hari ini, apabila ditawarkan jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan sebagainya, terus kelabu mata untuk menerimanya dan sanggup menggadaikan prinsip,\u201d katanya dalam satu hantaran Facebook.\n\n\nAbdul Hadi menambah, rakyat yang melihat dan memahami tentang perkara itu mesti menolak jenis pemimpin seperti ini.\n\n\nSebaliknya, beliau yang berucap pada\u00a0ceramah\u00a0umum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Dewan Undangan Negeri (DUN)\u00a0Tioman\u00a0di Rompin, Pahang menyeru rakyat sama-sama mendukung Perikatan Nasional (PN) untuk melakukan perubahan dan membina kepimpinan negara secara istiqamah berdasarkan petunjuk Allah SWT."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/01/wan-saiful-silap-ruu-anti-lompat-parti-selamatkan-pn-fuad/", "title": "Wan Saiful silap, RUU Anti Lompat Parti selamatkan PN \u2013 Fuad", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berteraskan \u2018kepercayaan\u2019.\n\n\nSebaliknya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd.\u00a0Puad Zarkashi berkata, situasi itu \u00a0berbeza ketika BN bekerjasama dengan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang bersifat \u2018dendam\u2019.\n\n\nPuad mendedahkan perkara itu bagi mengulas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan semalam bahawa kerajaan Anwar masih tidak stabil dan boleh diugut pada bila-bila masa.\n\n\nWan Saiful berkata, situasi itu sama ketika pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bawah Muhyiddin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n6.1 juta pencarum KWSP bawah 55 tahun miliki simpanan kurang RM10,000\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak ambil hak golongan B40\n\n\n\n\n\n\nDasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai PM \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nKes saman fitnah Nie Ching-Yazid ditangguh tahun depan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tiba di SPRM beri keterangan pagi tadi\n\n\n\n\n\n\n\n\nPuad menegaskan, PN seharusnya sedar jika tanpa Akta Anti-Lompat Parti yang diluluskan ketika era pentadbiran Ismail Sabri, ramai wakil rakyat gabungan itu akan melompat ke parti lain.\n\n\n\n\n\u201cPenyertaan BN dalam kerajaan Anwar berasaskan \u2018trust\u2019 tetapi Muhyiddin terima sokongan BN dalam kerajaan beliau dengan niat dendam. Dia mahu membunuh UMNO.\n\n\n\u201cWan Saiful bangga PN berprinsip kerana sanggup jadi pembangkang. Beliau silap. Akta Anti-Lompat Parti menyelamatkan PN. Tanpa Akta itu, ramai MP (wakil rakyat) PN akan lompat parti.\n\n\n\u201cApatah lagi ramai Ahli Parlimen PN adalah bekas pelompat parti. Sepatutnya PN berterima kasih kepada BN. Akta itu digubal dan diluluskan semasa BN jadi perdana menteri,\u201d katanya menerusi satu hantaran \u00a0di Facebook.\n\n\nPuad menambah, kerana dendam kerajaan Muhyiddin tidak mampu bertahan lama.\n\n\n\u201cSebab itu Muhyiddin boleh jadi PM 17 bulan sahaja. Silap sendiri. \u2018Scheme of things\u2019 gagal. Tiada berkat,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/02/tindak-tanduk-dap-sebenarnya-islamophobia/", "title": "Tindak Tanduk DAP Sebenarnya Islamophobia", "body": "0\n\n\nBangi, Jumaat \u2013 Penafian demi penafian diberikan pemimpin DAP kerana didakwa sebagai Islamophobia walaupun tindakan dalam menentang usaha memartabatkan agama Islam sering dilakukan mereka.\u00a0\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa (GB) Aminuddin Yahaya berkata kepimpinan\u00a0 DAP\u00a0 tidak pernah mempunyai respon bersetuju dalam usaha negara memartabatkan agama islam sebaliknya pejuang Islam di label mereka sebagai ektremis.\n\n\nAminuddin berkata, isu islamophobia menjadi alat sejak dahulu bagi menakutkan orang ramai untuk mengenal dan mencintai Islam sedangkan Islam membawa keadilan dan kesejahteraan kepada semua agama dan kaum.\u00a0\n\n\n\u201cIslam sering dilabelkan sebagai ektremis dan pemimpin mereka dahulu pernah berkata kalau ingin laksanakan aturan islam perlu langkah mayat mereka dahulu, perkara itu tidak selari dengan perlembagaan Islam sebagai agama persekutuan\u201d\n\n\nSelain itu, tindak tanduk DAP katanya, sering menggambarkan Islam sebagai kejam dan mempengaruhi orang muda untuk skeptikal kepada agama Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenaikan Harga Sayur Sehingga 100 Peratus, Namun Dijangka Bersifat Sementara\n\n\n\n\n\n\nTerence Gomez Letak Jawatan Ahli Panel SPRM\n\n\n\n\n\n\nBekalan telur ayam dijangka pulih menjelang hujung tahun\n\n\n\n\n\n\nPH, BN didakwa cuai selesaikan isu bekalan air Kedah\n\n\n\n\n\n\nTiada tarikh luput pelaksanaan Menu Rahmah kepada peniaga\n\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan itu, Aminuddin turut menyifatkan terdapat pencanggahan terhadap penafian dan tindakan DAP dalam menghalang islam dimartabatkan sebaiknya dalam negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/03/3-syarat-perlembagaan-untuk-lantikan-jemaah-menteri/", "title": "3 Syarat Perlembagaan Untuk Lantikan Jemaah Menteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\n \nNegara memerlukan sebuah kerajaan \nyang kukuh, stabil dan\u00a0 dapat melaksanakan fungsi dengan berkesan dan membuat serta melaksana dasar dan undang-undang negara dengan menepati prinsip-prinsip Perlembagaan dan Rukun Negara.\n\n\nPakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata, proses lantikan Jemaah Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong perlu memenuhi tiga syarat yang ternyata dalam peruntukan Perlembagaan.\n\n\n\n\nProf Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz / Pakar Perlembagaan\n\n\n\u201cPertama, baginda hendaklah memilih salah seorang ahli Dewan Rakyat; kedua, Yang di-Pertuan Agong hendaklah membuat keputusan bahawa seseorang yang dilantik itu mungkin mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat,\u201d \u2013 Pakar\u00a0 Perlembagaan\n\n\nMenurut beliau, syarat pertama bagi proses pelantikan Jemaah Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memilih salah seorang ahli Dewan Rakyat.\n\n\nManakala, syarat kedua Al Sultan Abdullah perlu membuat keputusan bahawa sesorang yang dilantik itu mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO tidak perlu berkempen minta penyokong undi DAP\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Sany Hamzah hanya bermotifkan politik \u2013 Zulkifli Yahya\n\n\n\n\n\n\nJenazah bunuh, toreh, bakar selamat dikebumikan\n\n\n\n\n\n\nTengku Zafrul angkat sumpah Ahli MKT dilantik Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nHutan bakau Pantai Cermin diancam kemusnahan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau melalui laman sosial Facebook rasminya\u00a0 berkata bahawa hal tersebut dinyatakan mengikut Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nTambahnya, menurut Perkara 43(7) orang yang hendak dilantik sebagai Perdana Menteri itu bukan seseorang yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17.\n\n\nMengulas lanjut, kata Prof Sham, Al Sultan Abdullah melantik Perdana Menteri dengan menggunakan kuasa budi baginda yang dinyatakan dalam Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan .\n\n\nSementara itu, jelas beliau lagi baginda perlu melantik para Menteri atas nasihat Perdana Menteri menurut peruntukan umum di bawah perkara 40(1) dan (1).\n\n\nBagi sudut kelayakan jemaah menteri, satu syarat wajib ialah, menteri hendaklah seorang ahli Parlimen, sama ada ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.\u00a0\n\n\nMalah menteri juga tidak semestinya seseorang yang menang dalam Pilihan Raya Umum dan boleh dilantik sebagai senator.\n\n\nDalam perkembangan lain, pembentukan barisan Kabinet dijangka diumumkan selewat-lewatnya hari ini bagi membolehkan Jemaah Menteri Kabinet baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/03/ahli-pkr-pertama-kali-dilantik-menteri-membimbangkan-tian-chua/", "title": "Ahli PKR Pertama Kali Dilantik Menteri Membimbangkan \u2013 Tian Chua", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad\n \u2013 Ahli PKR yang pertama kali dilantik dan tiada pengalaman sebagai Menteri kabinet adalah situasi membimbangkan.\n\n\nBekas Naib presiden PKR Tian Chua yang menzahirkan kebimbangan itu berkata, ini kerana kebanyakan daripada lapan menteri yang dinamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada partinya ialah muka baharu.\n\n\n\u201cSaya risau kerana kebanyakan menteri PKR baru pertama kali menjadi menteri. Mereka tiada pengalaman, jadi saya harap timbalan mereka ada pengalaman,\u201d katanya memetik laporan Free Malaysia Today hari ini.\n\n\nBekas Naib Presiden PKR, Tian Chua menzahirkan kebimbangan berhubung menteri yang baharu dilantik.\n\n\nJusteru, Tian berharap agar timbalan mereka yang akan dilantik adalah dalam kalangan ahli parlimen yang mempunyai pengalaman dalam kabinet bagi membantu.\n\n\nSelain Anwar dan Rafizi, enam lagi anggota Jemaah Menteri daripada PKR terdiri daripada Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri), Fadhlina Sidek (Menteri Pendidikan), Dr Zaliha Mustafa (Menteri Kesihatan), Chang Lih Kang (Menteri Sains dan Teknologi), Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi Digital)\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada diskriminasi kaum dalam pengambilan penjawat awam \u2013 SPA\n\n\n\n\n\n\nAnwar mengakui kerajaan pimpinannya ada kelemahan, tidak sempurna\n\n\n\n\n\n\nJangan usik perasan orang Melayu \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nLambakan Nepal di Nilai tiada kerja dan tidak diberikan gaji\n\n\n\n\n\n\nKDN serah nama kakitangan JPN minta sogokan kepada SPRM \u2013 Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara ahli PKR yang dilantik, Fadhlina dan Zaliha merupakan Ahli Parlimen penggal pertama.\n\n\nBekas Ahli Parlimen Batu itu turut menyifatkan tindakan Anwar menamakan dirinya sebagai menteri kewangan dan Rafizi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) sebagai langkah yang sangat berisiko untuk PKR.\n\n\nJusteru, Anwar perlu membawa perubahan positif sepanjang kepemimpinannya.\n\n\n\u201cAnwar ialah pengerusi Pakatan Harapan (PH), manakala Rafizi timbalan presiden PKR. Mereka mesti buktikan bahawa mereka boleh membawa perubahan positif, jika tidak, pihak lain akan mengkritik mereka dengan teruk,\u201d katanya.\n\n\nJemaah Menteri semasa terdiri daripada 15 orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), enam orang daripada Barisan Nasional (BN), lima daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/03/pas-sedia-ganti-umno-bawa-suara-orang-melayu-islam/", "title": "PAS Sedia Ganti UMNO Bawa Suara Orang Melayu Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu\n \u2013 PAS menyatakan keterbukaan untuk menggantikan parti keramat iaitu UMNO dalam membawa suara orang Melayu Islam di Parlimen.\n\n\nMenurut PAS, ini kerana mereka sangat berpengalaman, konsisten bahkan lebih baik dalam menjaga agama Islam dan bangsa Melayu berbanding UMNO.\n\n\n\u201cKerana apa yang dicari di dalam UMNO, boleh ditemui di dalam PAS. Namun, apa yang ada di dalam PAS belum tentu ada di dalam UMNO. Dalam bab pengalaman, kedua-duanya merupakan parti tertua dan terbesar di Malaysia. Sebagaimana UMNO, PAS sangat berpengalaman, konsisten bahkan lebih baik dalam menjaga agama Islam dan bangsa Melayu,\u201d kata PAS menerusi kenyataan di Facebook rasmi pada Sabtu.\n\n\nPAS memuat naik poster di laman Facebook rasminya menyatakan ketersediaan menggantikan UMNO\n\n\nJelasnya, walaupun kedua-duanya merupakan parti tertua dan terbesar di Malaysia, namun ada perbezaannya.\n\n\n\u201cUMNO memperjuangkan bangsa, PAS memperjuangkan agama yang dengannya terpelihara semua bangsa. Pemimpin UMNO terpalit dengan pelbagai kes rasuah dan salah laku manakala pemimpin PAS kekal bersih dan istiqamah berpegang kepada prinsip. Pendirian UMNO sekarang untuk bersama DAP-PH demi peribadi dan kuasa menambahkan lagi jurang perbezaan.\u201d\n\n\nJelasnya lagi, UMNO mulai lemah dan berpecah apabila PAS melalui Perikatan Nasional meraih sokongan majoriti orang Melayu dalam PRU-15.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan himpunan \u2018Mana Kapal LCS?\u2019\n\n\n\n\n\n\nPusat Rawatan TH Diiktiraf Arab Saudi, Negara Pertama Diluluskan Permit\n\n\n\n\n\n\n31 Lagi Kematian Baharu Akibat COVID-19\n\n\n\n\n\n\nPN ada sebab tolak permohonan PEJUANG\n\n\n\n\n\n\nKajang Dinaiki Air Selepas Hujan Lebat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cOrang UMNO jangan risau, PAS terbuka untuk menerima ahli daripada mana-mana parti yang sudi bersama PAS membawa suara orang Melayu Islam di parlimen. PAS sedia memikul tanggungjawab ini.\u201d\n\n\nJusteru, PAS terbuka untuk menerima ahli dari mana-mana parti untuk bersama membawa suara orang Melayu Islam di Parlimen."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/03/pelantikan-zahid-sebagai-tpm-punca-imej-integriti-bebas-rasuah-ph-tercalar/", "title": "Pelantikan Zahid Sebagai TPM, Punca Imej Integriti & Bebas Rasuah PH Tercalar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu\n \u2013 \nDatuk Seri Anwar Ibrahim didakwa tersepit untuk mengekalkan kuasa dan nyawanya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyebabkan imej berintegriti dan bebas rasuah oleh Pakatan Harapan (PH) tercalar.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa, (GB) Aminuddin Yahaya berkata, sekaligus pengumuman barisan Kabinet dalam kerajaan baharu yang diterajui Perdana Menteri, mendapat pelbagai reaksi susulan meletakkan Ahmad Zahid yang merupakan \u201ckluster Mahkamah\u201d sebagai Timbalan Perdana Menteri.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa (GB), Aminuddin Yahaya berkata tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri menjadi satu penipuan atau scam politik yang terbesar dalam sejarah negara.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBlok pembangkang mahupun kerajaan akan disiasat jika terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\nAmirudin, isteri datang buang undi menaiki motosikal vespa\n\n\n\n\n\n\nSpeaker nafi anak jadi pegawai khas di Parlimen\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid akan terkesan jika PN menang pilihan raya di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nKerjasama UMNO & PAS Tidak Kesampaian \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, beliau turut memaklumkan senarai jemaah menteri Kabinet Anwar Ibrahim menjadi satu bentuk penipuan kepada politik Malaysia dan dalam masa yang sama boleh menjadikan keadaan kerajaan yang terumbang-ambing untuk memacu pentadbiran negara.\u00a0\n\n\nAminuddin berkata berkemungkinan besar selepas ini juga ramai yang menjangkakan kes kluster mahkamah akan disucikan susulan tindakan Anwar sebelum ini hanyalah lakonan semata-mata selain rakyat sebagai penonton bersorak untuk menghiburkan diri sendiri. \n\n\n\u201cAnwar dan PH tidak lagi layak bercakap (atau menyanyi) mengenai integriti dan \u2018good governance\u2019. Malah, ramai penyokong mereka pun difahamkan sudah \u2018pening\u2019 nak \u2018back-up\u2019 apa. Barangkali sebab itulah apabila PM guna istilah yang di luar kebiasaan seperti \u2018cerakin\u2019 dalam ucapan pun boleh jadi \u2018pencapaian\u2019 yang dibangga-banggakan.\u201d \u2013 Aminuddin Yahaya / Jurucakap Gagasan Bangsa (GB)\n\n\nAminuddin berkata demikian menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook rasminya hari ini.\n\n\nSemalam, Anwar mengumumkan senarai 28 menteri Kabinet yang menganggotai kerajaan baharu diterajuinya di Perdana Putra, Putrajaya.\u00a0\n\n\nSelain jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid turut memegang portfolio sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sementara wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadilah Yusof juga dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi.\u00a0\n\n\nAnwar berkata beliau juga memegang portfolio Menteri Kewangan manakala urusan kerajaan khususnya Kementerian Kewangan akan dibantu oleh beberapa penasihat termasuk Bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican.\n\n\nSelain itu, Aminuddin berkata harapan rakyat untuk melihat perubahan selepas kemenangan PH pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu akhirnya berkecai berikutan parti yang berjuang berpuluh-puluh tahun untuk banteras korupsi turut menjulang tinggi pemimpin korup."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/03/umno-tewas-di-tangan-dap/", "title": "UMNO Tewas DI TANGAN DAP", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Takziah kepada UMNO kerana tewas di tangan DAP.\n\n\nDemikian kenyataan oleh PAS susulan parti itu bersetuju untuk bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\n\u201cKini penyokong akar umbi UMNO terpaksa patuh, jangan diusik DAP lagi. Ahli UMNO juga perlu belajar untuk terima bahawa komunis adalah pahlawan negara seperti yang dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin DAP.\n\n\n\u201cUMNO yang dahulunya memperjuangkan kemerdekaan kini terpaksa membantu DAP untuk menulis semula sejarah kemerdekaan negara ini.\n\n\n\u201cTahniah DAP. Takziah UMNO,\u201d kata kenyataan itu di Facebook rasmi PAS pada Jumaat.\n\n\nDakwanya, UMNO tewas dengan tawaran-tawaran jawatan dari parti itu.\n\n\n\u201cPilihan telah dibuat, jawatan telah ditawarkan, suka atau tidak, UMNO perlu menerima dan memenuhi kehendak DAP,\u201d katanya sambil mendakwa pemimpin Umno yang bersuara menentang kerjasama dengan DAP telah diketepikan.\n\n\nBaru-baru ini, PAS terus mengeluarkan kenyataan berkaitan DAP selepas Perdana Menteri dilantik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUsahawan perlu bantuan intervensi kerajaan untuk pulih, kekal bertahan\n\n\n\n\n\n\nKeluarga Nazrin Hassan Mohon Pendakwaan Fail Rayuan\n\n\n\n\n\n\nMAT KILAU Cetus Revolusi Industri Perfileman\n\n\n\n\n\n\nTak dapat lunas hutang, peminjam direkrut buat kerja khianat\n\n\n\n\n\n\nPemandu Preve Rempuh Kedai Perabot Bukan Mabuk Tapi Pitam\n\n\n\n\n\n\n\n\nMinggu lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia.\n\n\nAhli parlimen PAS Baling Hassan Saad pula mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar adalah ejen Israel, yang menyebabkan polis menyiasatnya atas tuduhan fitnah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/04/27-menteri-selesai-angkat-sumpah-di-istana-negara/", "title": "27 Menteri Selesai Angkat Sumpah Di Istana Negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\n \nSeramai 27 menteri selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang tadi.\n\n\nKesemua jemaah menteri dipecahkan kepada enam kumpulan dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia yang berlangsung selama sejam.\n\n\nMajlis Istiadat Angkat Sumpah Jemaah Menteri di Istana Negara \n(Sumber: Bernama)\n\n\nIstiadat angkat sumpah dimulakan dengan Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah\u00a0\n\n\nIstiadat tersebut turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSebutan semula kes Muhyiddin 4 Ogos ini\n\n\n\n\n\n\nSanusi saman Saifuddin isu REE, MARRIS\n\n\n\n\n\n\nDUN Kedah bubar 28 Jun ini\n\n\n\n\n\n\nMB Selangor dijangka mengadap Sultan Selangor sebelum 25 Jun\n\n\n\n\n\n\nKerajaan, pembangkang perlu bersaing juarai isu Islam & Melayu \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelesai istiadat mengangkat sumpah antara yang dilihat meninggalkan Istana Negara ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar.\n\n\nSelain itu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Yang Dipertuan Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim turut dilihat meninggalkan Istana Negara kira-kira jam 5.45 petang tadi.\n\n\nBeberapa kenderaan menteri lain pula menyusul, antaranya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sempat melambai kepada media yang berada di luar istana.\n\n\nSelain itu, Menteri Pendidikan, Dr Fadhlina Sidek dilihat meninggalkan Istana Negara pada jam 5.50 petang disusuli beberapa menteri lain dan juga Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli pada jam 6.00 petang.\n\n\nPergerakan pulang semua menteri difahamkan selesai pada jam 6.05 petang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/04/filem-farha-papar-penderitaan-rakyat-palestin-atas-kekejaman-rejim-israel/", "title": "Filem Farha : Papar Penderitaan Rakyat Palestin Atas Kekejaman Rejim Israel", "body": "1\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\n Sebahagian realiti penidasan yang berlaku ke atas rakyat Palestin dapat dilihat menerusi filem Farha yang ditayangkan di Festival Filem Toronto pada 14 September 2021 dan mula disiarkan di Netflix pada 1 Disember 2022.\n\n\nFarha diinspirasikan melalui kisah benar berlatarkan peristiwa Nakbah 1948 atau lebih dikenali malapetaka rakyat Palestin menceritakan kisah seorang gadis Palestin berusia 14 tahun bertukar derita apabila menyaksikan kekejaman tentera Zionis membunuh seluruh keluarganya, termasuk bayi.\n\n\nFilem Farha ditayangkan di Festival Filem Toronto pada 14 September 2021 dan mula disiarkan di Netflix pada 1 Disember 2022.\n\n\nFilem yang berdurasi 1 jam 31 minit itu merupakan arahan, Darin J. Sallam, berjaya memperoleh anugerah \u2018Filem Remaja Terbaik\u2019 di Anugerah Skrin Asia Pasifik ke-15 yang diadakan di Australia.\n\n\n\u00a0\n\n\nFilem Farha memperoleh anugerah \u2018Filem Remaja Terbaik\u2019 di Anugerah Skrin Asia Pasifik ke-15\n\n\nFilem Farha turut mendapat tentangan dan bantahan hebat terutama pemimpin Israel yang tegas menolak filem itu dan menganggap sengaja memburukkan negara haram Israel dan tenteranya.\n\n\nSehubungan itu, orang ramai boleh menonton Filem Farha di\n Netflix\n kemudian berikan like atas tanda sokongan.\n\n\nSelain itu, boleh melayari Google Review dan Internet Movie Database \n(IMDB)\n memberikan 5 bintang dan ulasan yang baik bagi meningkatkan rating filem Farha.\n\n\nAntara komen-komen netizen tanda sokongan terhadap Filem Farha\n\n\nRata-rata netizen prihatin dengan nasib Palestin dan menyatakan sokongan mereka serta berpendapat apa yang berlaku kepada rakyat Palestin lebih teruk berbanding yang dipaparkan dalam filem Farha."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/04/pm-jadi-menteri-kewangan-tiada-lagi-fungsi-semak-imbang-radzi/", "title": "PM Jadi Menteri Kewangan, Tiada Lagi Fungsi Semak Imbang \u2013 Radzi", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0\n \nTindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyandang jawatan Menteri Kewangan dianggap satu tindakan yang amat terkebelakang dalam sudut tadbir urus sebuah negara.\u00a0\n\n\nNaib Presiden BERSATU, Datuk Radzi Jidin berkata, apabila Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan, maka tiada lagi fungsi semak dan imbang.\n\n\nDatuk Dr. Radzi Jidin / Naib Presiden BERSATU\n\n\n\u201cDi bawah Janji 12 dalam Manifesto Pakatan Harapan bagi PRU14, disebut bahawa Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan Menteri lain, terutamanya Menteri Kewangan,\u201d \u2013 Naib Presiden BERSATU\n\n\nBeliau melalui laman Facebook rasminya menyatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) menyebut bahawa PM tidak akan memegang jawatan menteri lain terutamanya Menteri Kewangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).\n\n\nTambahnya, Pemimpin PH sendiri dengan sedar tidak bersetuju pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAbdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram\n\n\n\n\n\n\nTutup Sekolah Untuk Kekang Covid-19\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam perlu bersatu, jangan berpuak-puak\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Alternatif Rakyat Muak Politik Korup\n\n\n\n\n\n\nHina Nabi Muhammad SAW: Polis Siasat Isu Video Tular\n\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan itu, rakyat Malaysia yang memahami tentang tadbir urus negara tentunya tidak bersetuju.\n\n\nRadzi juga menjelaskan perkara paling asas dalam sesebuah negara adalah untuk mempunyai satu sistem tadbir urus yang mantap dan kukuh\u00a0 bagi melindungi dan memastikan wang kerajaan digunakan secara keseluruhannya dengan cekap.\n\n\nMengulas lanjut, pada 16 September 2015, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli\u00a0 pernah menulis di Facebook bahawa beliau memfailkan satu Rang Undang-undang Persendirian untuk menggubal satu akta menghalang seorang Perdana Menteri daripada melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan.\n\n\nMenurutnya, Perdana Menteri terakhir yang menjadi Menteri Kewangan ialah Datuk Seri Najib Tun Razak, malah Perdana Menteri selepas itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga tidak memegang portfolio Menteri Kewangan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/04/tindakan-tuduh-pihak-lawan-bukan-kemenangan-sebenar-nik-abduh/", "title": "Tindakan Tuduh Pihak Lawan Bukan Kemenangan Sebenar \u2013 Nik Abduh", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\n Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberi peringatan kepada pihak-pihak tertentu bahawa tindakan mentohmah dan menuduh pihak lawan memang mudah menarik sokongan dan undi namun ia bukanlah kemenangan sebenar.\n\n\nKatanya, Islam juga melarang umatnya melemparkan tohmahan, tuduhan, mahupun persepsi buruk yang sengaja diada-adakan.\n\n\n\u201cHakikatnya ia petunjuk awal daripada Allah bahawa si penuduh itulah yang nantinya akan menelan ludahnya sendiri. Siapa yang menggali lubang, dia sendiri akan jatuh di lubang itu,\u201d katanya dalam kenyataan pada Ahad.\n\n\nMenurut bekas ahli parlimen Bachok itu, dalam Islam amalan mengkritik sama ada secara lembut atau keras memang dibenarkan tetapi ia mestilah terikat kepada fakta dan akhlak.\n\n\nKenyataan Nik Abduh itu tidak menyebut sebarang nama, namun muncul ketika PAS berterusan mengkritik pentadbiran negara yang kini dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, khususnya selepas gabungan terbabit gagal membentuk kerajaan pusat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBimbang Kesedaran Melayu Bangkit Punca Tuduhan Dilempar Pada Filem Mat Kilau\n\n\n\n\n\n\nMelayu Perlu Cintai Hak Dimiliki, Tanah Rezab \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nBERJASA lancar bantuan kecemasan gempa bumi Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\n525 Pelajar Positif, 15 Sekolah Ditutup Di Kedah\n\n\n\n\n\n\nSuami Atau Bekas Suami Berdepan Sekatan Bank\n\n\n\n\n\n\n\n\nPN juga giat mengkritik Barisan Nasional (BN) yang membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) walaupun kedua parti itu bermusuh sebelum ini.\n\n\n\u201cIa tanda tidak sihat. Parti mana yang berjaya menjauhinya, ia akan lebih kekal dan berjaya\u201d\n\n\nKata Nik Abduh, dalam politik di negara ini memang biasa melihat ahli-ahli politik melemparkan pelbagai tuduhan kepada musuh.\n\n\nNamun, ia bukanlah perkara yang sihat.\n\n\nNik Abduh turut mengingatkan bahawa menjadi kewajipan semua pihak khususnya umat Islam di Malaysia menjaga keharmonian negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/05/hadi-sedia-diheret-ke-mahkamah-ketua-pembangkang-sudah-dilantik/", "title": "Hadi sedia diheret ke mahkamah, Ketua Pembangkang sudah dilantik", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Timbalan Presiden Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan gabungan parti berkenaan sudah melantik Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.\n\n\nBagaimanapun, Presiden Pas itu tidak memaklumkan siapa individu yang telah dilantik dan meminta menunggu kenyataan rasmi daripada PN.\n\n\nJelasnya kenyataan rasmi berkenaan siapa ketua pembangkang tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.\n\n\n\u201cItu akan dibuat kenyataan. Kita sudah lantik dan PN akan buat kenyataan dalam masa terdekat,\u201d jawabnya ringkas selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Korban Banjir Meningkat 47 Orang\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir beri bayangan sertai PUTRA\n\n\n\n\n\n\n\u201cBukan kerana kerusi empuk, saya sedih tinggalkan kakitangan saya \u2026 \u201d \u2013 Sulaiman\n\n\n\n\n\n\nCadangan perluas visa ketibaan boleh gugat keselamatan negara\n\n\n\n\n\n\nMansuh Hukuman Mati Mandatori? Ambil Kira Pandangan Rakyat, Jangan Ikut Telunjuk Ala Barat\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, media melaporkan Naib Ketua Wanita Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan PN masih belum memutuskan siapa yang akan dipilih mewakili gabungan itu sebagai ketua pembangkang.\n\n\nNamun, beliau menjangkakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dipilih sebagai Ketua Pembangkang.\n\n\nTerdahulu, Pemuda Amanah Terengganu mencadangkan agar Abdul Hadi dilantik sebagai ketua pembangkang bertaraf menteri.\n\n\nKetuanya, Zamir Ghazali berkata, perkara itu dilihat wajar memandangkan Pas memenangi kerusi Parlimen paling banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15).\n\n\nSementara itu, ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mendakwa terdapat usaha memastikan PN menjadi kerajaan, Abdul Hadi berkata, ia adalah untuk PRU akan datang.\n\n\n\u201cSekurang-kurangnya untuk PRU akan datang kerana pengaruh yang kita ada sekarang kita akan lonjakkan lagi.\n\n\n\u201cKita juga akan lihat pada perkembangan selanjutnya apakah tindakan kerajaan dan kita tunggu apa reaksi rakyat terhadao kerajaan hari ini,\u201d katanya.\n\n\nMengulas lanjut, Hadi berkata, beliau sedia diheret ke mahkamah selepas disiasat polis kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Pakatan Harapan (PH).\n\n\n\u201cSaya memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada polis dan bersedia untuk tindakan selanjutnya, sama ada ke mahkamah atau sebagainya.\n\n\n\u201cIni \u2018giliran\u2019 sayalah (disiasat) dan saya nampak kerajaan baru ini, sangat proaktif,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/05/jemaah-menteri-setuju-potong-gaji-20-peratus-setiap-bulan/", "title": "Jemaah Menteri setuju potong gaji 20 peratus setiap bulan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Jemaah Menteri bersetuju untuk memotong gaji sebanyak 20 peratus pada setiap bulan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil sebagai semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat.\n\n\n\u201cJemaah Menteri setuju bahawa atas semangat keprihatinan terhadap masalah rakyat dan memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus.\n\n\n\u201c(Pemotongan gaji) ini sehingga ekonomi pulih. Kalau ekonomi pulih tiga tahun (pemotongan berlaku tiga tahun).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS\n\n\n\n\n\n\nJawapan Anwar di Parlimen kualiti rendah, cacamerba\n\n\n\n\n\n\nGara-gara ditipu scammer, pesara guru hilang lebih RM500,000\n\n\n\n\n\n\nVarian baharu Covid-19 `Kraken\u2019 \u2013 mula ancam dunia\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Semakin Berkurang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPemotongan gaji ini sangat wajar dan saya berterima kasih dengan kesediaan mereka (barisan Kabinet,\u201d katanya dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri, di sini pada Isnin.\n\n\nHadir sama dua Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.\n\n\nSebelum itu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pertamanya di Perdana Putra.\n\n\nPada 2 Disember, Anwar mengumumkan barisan kabinet yang dianggotai 28 menteri termasuk dua TPM selain beliau sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.\n\n\nMengulas lanjut, Perdana Menteri turut menafikan dakwaan bahawa beliau mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.\n\n\n\u201cAda yang kata Anwar tak terima gaji Perdana Menteri kerana dia ambil gaji Menteri Kewangan, itu tidak benar,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/05/muhyiddin-tak-takut-disiasat-nafi-seleweng-rm600-bilion/", "title": "Muhyiddin tak takut disiasat, nafi seleweng RM600 bilion", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin menegaskan, beliau tidak takut disiasat berhubung laporan polis dibuat beberapa pihak yang mendakwa beliau\u00a0menyeleweng dana RM600 bilion.\n\n\nMantan Perdana Menteri itu menjelaskan, tidak mungkin beliau boleh menyeleweng dana itu memandangkan ia adalah wang individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank, yang bukan di bawah kawalannya.\n\n\nBeliau juga menyatakan tidak pasti bagaimana angka RM600 bilion ini dipetik, jika pun merujuk kepada lapan Pakej Rangsangan Ekonomi diumumkan ketika menerajui kerajaan sebelum ini adalah bernilai RM530 bilion.\n\n\n\u201cSaya tidak takut untuk disiasat kerana tahu saya tidak seleweng duit rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan untuk digunakan bagi tujuan membantu rakyat ketika zaman susah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRauf Nafi Ada Pihak Tidak Setuju Sulaiman Dilantik Ketua Menteri\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tempah 87.9 juta dos vaksin COVID-19\n\n\n\n\n\n\nDAP mahu ubah identiti negara, perkukuh naratif Malaysian Malaysia \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n80% tenaga kerja Twitter hilang di bawah Elon Musk\n\n\n\n\n\n\nMelayu Perlu Cintai Hak Dimiliki, Tanah Rezab \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cCuma pesan saya kepada ahli-ahli politik Pakatan Harapan (PH) dan UMNO, janganlah asyik menuding jari kepada orang lain dengan menuduh yang bukan-bukan semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan yang baru berusia beberapa hari ini yang kelihatan masih belum ada idea bernas untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.\n\n\n\u201cAwak dah jadi kerajaan, \u2018act like a government\u2019 (bertindaklah seperti kerajaan). Sudah-sudahlah bermain wayang politik kerana rakyat mahu lihat apa perancangan kerajaan untuk mereka,\u201d katanya dalam satu hantaran Facebook.\n\n\n\n\nAhli Parlimen Pagoh itu mengulas laporan polis dibuat Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan serta Ahli Parlimen Lembah Pantai yang baru dilantik sebagai Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil yang mendakwa wujud penyelewengan itu.\n\n\nMengulas lanjut, Muhyiddin berkata, jika benar dakwaan itu berlaku, sudah tentu diketahui melalui penemuan audit yang dibuat Jabatan Audit Negara (JAN) setiap tahun serta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan membentangkan laporan mengenainya di Parlimen.\n\n\n\u201cTak mungkin JAN atau PAC terlepas pandang. Ini bukan perkara kecil. Ia perkara besar. Malah Bank Negara tentunya telah mendapat notifikasi tentang pergerakan jumlah wang yang besar masuk ke akaun saya dan siasatan telah dimulakan sejak lebih setahun yang lalu. Tetapi tidak ada apa-apa pun.\n\n\n\u201cNak kata saya halang siasatan kerana saya Perdana Menteri pun tak betul. Kerana saya telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri lebih setahun yang lalu.\n\n\n\u201cSelain itu, kalau hal ini berlaku sekalipun, sudah tentu Pak Mat, Pak Jusoh, Mak Piah di kampung sedar wang yang sepatutnya mereka terima tak masuk ke dalam akaun mereka. Cuba tanya mereka. Dapat ke tidak duit itu.\n\n\n\u201cTanya juga En Salim, Mr Lim, Mr Kumar mereka terima atau tidak subsidi upah yang disalurkan kepada syarikat-syarikat mereka. Kalau semua dapat, mana mungkin wang itu diseleweng oleh saya?\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, negara mempunyai sistem dan amalan yang standard untuk menjamin ketelusan dan akauntabiliti dalam perbelanjaan wang kerajaan yang mana perbelanjaan kerajaan tertakluk kepada audit.\n\n\n\u201cJika terdapat penemuan audit mencurigakan, teguran audit boleh dibuat terhadap jabatan kerajaan berkenaan. Jika terdapat salah laku rasuah atau penyelewengan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap si pelaku.\n\n\n\u201cSaya percaya pihak Kementerian Kewangan (MOF) khususnya Agensi LAKSANA mempunyai setiap butiran perbelanjaan bagi semua lapan Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilaksanakan semasa saya menjadi Perdana Menteri,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Muhyiddin berkata, desakan pemimpin PH meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerlahkan sikap sebenar mereka yang tanpa segan silu menggunakan polis untuk menekan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka.\n\n\n\u201c\nThis is a clear attempt at silencing dissent\n (ia percubaan jelas untuk mengetepikan perbezaan pendapat). Ini berbeza sekali dengan janji reformasi institusi mereka untuk menjamin kebebasan institusi-institusi penting negara tanpa campur tangan politik termasuk PDRM.\n\n\n\u201cApapun, saya tidak hairan dengan kemungkiran janji-janji mereka. Sebelum pilihan raya mereka bermati-matian menafikan akan bekerjasama dengan puak kleptokrat. Selepas pilihan raya, mereka tanpa segan silu berpeluk cium dan membentuk kerajaan bersama-sama,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/05/rais-saran-jawatankuasa-khas-dewan-negara-bincang-segera-isu-uec/", "title": "Rais saran Jawatankuasa Khas Dewan Negara bincang segera isu UEC", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Jawatankuasa Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan Dewan Negara disaran segera mengadakan mesyuarat bagi meneliti isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang dibangkitkan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) baru-baru ini.\n\n\nYang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Senator Aknan Ehtook itu perlu meneliti secara mendalam dan membuat perbandingan percanggahan antara cadangan yang dikemukakan persatuan itu dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang dahulu dikenali sebagai Akta Pelajaran 1961.\n\n\n\u201cSelain itu, kemungkinan ia akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat yang ingin agar isu ini segera dituntaskan,\u201d katanya dalam kenyataan pada Isnin.\n\n\nSabtu lepas, Dong Zong dilaporkan mahu bertemu Menteri Pendidikan baharu bagi memberi cadangan supaya mengiktiraf UEC namun tindakan tersebut telah membangkitkan kemarahan beberapa pihak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n2.57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi\n\n\n\n\n\n\nGuna kod QR salur aduan kebersihan makanan, bazar Ramadan\n\n\n\n\n\n\nPolis Panggil Penganjur Perhimpunan Minggu Depan\n\n\n\n\n\n\nPN tidak mampu tawan Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nI-Guru Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Pendidikan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerikutan itu, Dong Zong dalam kenyataan selepas itu memaklumkan pihaknya sudi berdialog serta berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC selain meningkatkan muafakat supaya isu pendidikan dapat didalami secara rasional dan pragmatik. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/05/separuh-jiwaku-telah-mati-luah-hassan-karim-dalam-puisi/", "title": "\u2018Separuh jiwaku telah mati\u2019 luah Hassan Karim dalam puisi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Puisi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang ditujukan kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) hari ini mencetuskan tanda tanya.\n\n\nIa berikutan bait-bait puisi nukilannya itu menyatakan PKR dan PH seolah-olah menggadai prinsip dan perjuangan asal parti demi kuasa.\n\n\nDalam puisi bertajuk \u2018Ku Simpan Risalah Reformasi Di Dalam Peti\u2019 yang mempunyai 16 rangkap itu, Hassan meluahkan kekecewaan dengan perkembangan politik terkini yang dipercayai merujuk kepada PKR dan PH yang sanggup membentuk kerajaan dengan Barisan Nasional (BN).\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLantik Ahmad Zahid jadi TPM tak berpegang kepada kedaulatan undang-undang\n\n\n\n\n\n\nZahid Diperintah Bela Diri Atas 47 Pertuduhan\n\n\n\n\n\n\nSarjan direman minta rasuah daripada penagih, pengedar dadah\n\n\n\n\n\n\nKadar subsidi harga padi naik kepada RM500 setiap tan mulai esok\n\n\n\n\n\n\nSungai Lui Kini \u201cDibanjiri\u201d Sukarelawan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau secara tersirat, menyatakan bagaimana Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memberikan jaminan kepada pengundi bahawa beliau tidak akan sesekali menggadai prinsip demi kuasa.\n\n\n\u201cMaka, aku pun percaya, lalu aku kumandangkan suara keyakinanku ke setiap penjuru tanah air tercinta ini, ke bukit ke gunung, ke lembah, ke lurah ke tanah datar aku berbicara.\n\n\n\u201cBahawa hidup ini hanya sekali, maka marilah kita rakyat marhaen, warga bawahan rakyat jelata, demi keadilan kita bersama, aku seru kita bawa perubahan hakiki yang kita panggil reformasi,\u201d tulisnya dalam puisi yang dimuat naik menerusi hantaran Facebook hari ini.\n\n\nDalam pada itu, Hassan turut menyatakan perasaan malunya apabila terpaksa membuat keputusan menyimpan semua ucapan dan tulisannya yang mempromosikan reformasi, slogan politik yang sinonim dengan PKR.\n\n\n\u201cKini aku malu pada diri sendiri, aku malu untuk ucapkan kata-kata keramat itu lagi, separuh jiwaku telah mati, aku merasa tewas, ketika menang tanpa integriti seperti ini,\u201d luahnya.\n\n\nHassan sebelum ini adalah wakil rakyat PKR yang lantang dan konsisten tidak bersetuju kluster mahkamah dilantik dalam Kabinet kerajaan baharu.\n\n\nJumaat lalu, Anwar yang juga Pengerusi PH dilaporkan mengumumkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, walaupun Presiden UMNO itu berdepan 47 pertuduhan rasuah dan pecah amanah di mahkamah.\n\n\nKetika berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Anwar beberapa kali dilaporkan mengulangi pendirian bahawa kerajaan yang akan dibentuknya sekiranya PH berjaya dalam pilihan raya itu, tidak akan sesekali memasukkan ahli politik yang terpalit kes mahkamah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/06/peraturan-atau-akta-untuk-orang-politik-seperti-penjawat-awam-yang-digantung-tugas/", "title": "Peraturan atau Akta untuk Orang Politik Seperti Penjawat Awam Yang Digantung Tugas", "body": "1\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nSatu peraturan atau akta yang terpakai kepada individu\u00a0 atau orang politik yang menjadi pentadbir perlu diperkenal bagi\u00a0 mendisiplinkan diri mereka yang terpalit dengan dakwaan kes jenayah, termasuk rasuah.\n\n\nBekas Ketua Polis Negara berkata peraturan itu perlu kerana penjawat awam juga terikat dengan tindakan berat sekiranya melakukan sebarang perbuatan jenayah dan didakwa di mahkamah\u00a0 sehinggakan mereka boleh dilarang menjalankan tugas sehingga kes mereka selesai diadili.\n\n\nKata beliau secara amalannya mana-mana penjawat awam yang\u00a0 berhadapan dengan masalah disiplin atau jenayah serta rasuah harus digantung tugas bagi menjaga disiplin, integriti dan nama baik agensi kerajaan yang diwakilinya.\n\n\nTan Sri Musa berkata perkara itu tertakluk di bawah perintah Am penjawat awam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam Disaran Letak Azam Jaga Agama, Bela Umat -MUIS\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Cecah RM13.90 Sekilogram\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah ALLAH: Saifuddin dakwa Muhyiddin tidak hormati nasihat Majlis Raja-Raja\n\n\n\n\n\n\n\u2018The Greater Kedah\u2019 akan menjadi realiti, jangan halang \u2013 MB Kedah\n\n\n\n\n\n\nIslam bukan ekstrem sempit tapi terbina atas asas wahyu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTan Sri Musa Hassan / Bekas Ketua Polis Negara\n\n\n\u201cSeseorang penjawat awam jika dia disiasat kerana terlibat dalam satu kesalahan sama ada jenayah atau apa-apa tohmahan, maka dia boleh digantung kerja\u00a0 mengikut Perintah Am berkaitan dengan tatatertib dan juga kelakuan penjawat awam, di mana mereka akan digantung kerja dan diberi separuh gaji dan tidak boleh bertugas tapi mereka kena lapor diri di pejabat tersebut di masa-masa tertentu yang telah diaturkan oleh ketua jabatan,\u201d- Tan Sri Musa Hassan /\u00a0 Bekas Ketua Polis Negara\n\n\nBeliau ketika dihubungi TV Pertiwi turut menjelaskan dalam bidang kepolisian, pegawai dan anggota\u00a0 juga terikat dengan Akta Polis 1967,\u00a0 yang mana ia mempunyai peraturan ketat yang mana mereka akan dikenakan dengan tindakan disiplin sekiranya didapati bersalah termasuk kes rasuah.\n\n\nTambahnya, sekiranya ia melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka akan berhadapan tindakan lebih ketat dan tindakan itu sewajarnya diambil kerana ia dapat mencemarkan integriti badan beruniform.\n\n\nMengulas berkenaan hal itu, bekas Ketua Polis Negara turut menegaskan ahli politik perlu mempunyai disiplin diri malah mereka yang terpalit isu ini perlu diperintahkan tindakan sama seperti penjawat awam.\n\n\nJelasnya, o\nrang politik menganggap dirinya bukan penjawat awam bahkan menganggap diri mereka sebagai pentadbir politik, maka \nmereka tidak terikat dengan disiplin dan akta penjawat awam. \n\n\nMusa Hassan juga mencadangkan ahli politik perlu ada\u00a0 disiplin sendiri dan perlu diadakan akta sendiri jika\u00a0 terlibat perkara melibatkan tatatertib dan boleh diperintahkan sama dengan penjawat awam.\n\n\n\u201cOrang politik ni dia menganggap dirinya bukan penjawat awam, dia menganggap diri dia sebagai administration atau political administrator, jadi dia tidak terikat dengan disiplin dan akta penjawat awam. Saya cadangkan dia patut ada disiplin sendiri, kena ada akta sendiri kalau orang politik terlibat dengan perkara macam ini mereka juga boleh diperintahkan sama seperti penjawat awam,\u201d \u2013 Tan Sri Musa Hassan / Bekas Ketua Polis Negara\n\n\nUntuk rekod, berdasarkan situasi semasa pentadbiran negara, masih ada ahli kabinet yang terpalit dakwaan kes rasuah seperti yang dilalui\u00a0 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/06/tidak-hadir-mesyuarat-tengku-zafrul-nafi-tengok-piala-dunia/", "title": "Tidak Hadir Mesyuarat, Tengku Zafrul Nafi Tengok Piala Dunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai isu ketidakhadiran beliau pada Mesyuarat Khas Kabinet pada Isnin\n\n\nMenerusi satu video berdurasi dua minit enam saat yang dimuat naik di Twitternya hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu turut menafikan menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia di Qatar seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam.\n\n\nJelasnya, beliau berkunjung ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah bagi menyaksikan pemeteraian kerjasama antara Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd dan Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC).\n\n\n\u201cBaru saja angkat sumpah jadi menteri, terus keluar macam-macam fitnah dan fake news. Kononnya saya ponteng mesyuarat jemaah menteri untuk tengok menonton Piala Dunia di Qatar. Pertamanya, saya pergi Abu Dhabi (di UAE), bukan Qatar. Abu Dhabi tiada World Cup.\n\n\n\u201cKeduanya, saya pergi ke Abu Dhabi untuk urusan rasmi, bukan saja-saja nak pergi. Tak dapat hadir Mesyuarat Jemaah Menteri bukan macam ponteng kelas. Rasa tak nak pergi, tak pergi. Mana-mana Menteri yang nak ke luar negeri perlu dapat kebenaran Perdana Menteri (PM) dulu, kalau PM tak lulus, tak boleh pergi,\u201d katanya dalam Twitter pada Selasa.\n\n\nhttps://twitter.com/i/status/1600015319149355008\n\n\n\u00a0\n\n\nMengulas lanjut Tengku Zafrul berkata, kerjasama bersejarah bagi Malaysia dan UAE itu bagi meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1 yang meliputi kawasan konsesi 2,000 kilometer persegi di wilayah Al Dhafra.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Tekad Kuburkan Kleptokrat, Buka Kerjasama Capai Agenda\n\n\n\n\n\n\nSanusi selesai angkat sumpah MB\n\n\n\n\n\n\nBersalah atau tidak, Ahmad Zahid tetap liabiliti kerajaan Anwar\n\n\n\n\n\n\n1 Ramadan 1444H \u2013 esok umat Islam di Malaysia mula berpuasa\n\n\n\n\n\n\nKDN benarkan usul jawatan Presiden UMNO, Timbalan tidak dipertanding\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cInsyaAllah saya akan kembali ke Malaysia untuk memberi taklimat mengenai perjanjian ini serta membentangkan perkara-perkara lain semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini,\u201d katanya.\n\n\nDengan termeterainya perjanjian itu, beliau yakin syarikat Malaysia dapat mampu menunjukkan keupayaan di peringkat antarabangsa.\n\n\nAntara yang hadir menyaksikan detik bersejarah itu adalah Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE Dr Sultan Ahmed Al Jaber merangkap Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADNOC dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz. AWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/07/abdul-hadi-dakwa-tauke-syarikat-judi-hanya-layak-bersama-ph/", "title": "Abdul Hadi dakwa tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menepis tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu yang membayangkan sebahagian dana kempen pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang daripada syarikat perjudian.\n\n\nAbdul Hadi berkata, hanya individu yang tidak boleh berfikir akan menerima tuduhan yang mengatakan bahawa tauke dan syarikat judi menyumbang kepada PN.\n\n\n\u201cSedangkan saham syarikat judi jatuh menjunam setelah mendapat maklumat kemaraan PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu.\n\n\n\u201cSahamnya hanya naik semula, apabila Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa secara luar biasa daripada amalan demokrasi yang bersih.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua produk kosmetik dilarang guna ada kandungan racun berjadual\n\n\n\n\n\n\nDapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini\n\n\n\n\n\n\nMohamadin Ketapi Lompat Parti Lagi, Kini Sertai PBM\n\n\n\n\n\n\nPembinaan SJKC Too Joon Hing di Kinrara Terus Bantah Penduduk\n\n\n\n\n\n\nPahang negeri terbaharu dilanda banjir, Terengganu dan Kelantan rekod mangsa teramai\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDiikuti pula dengan pembentukan kabinet yang tidak bersih kerana telah melibatkan bekas banduan walaupun telah diampun, kluster mahkamah yang belum selesai perbicaraannya, pemberi dan penerima rasuah serta golongan penipu yang selari dengan kemahuan tauke serta syarikat judi.\n\n\n\u201cAdalah tidak masuk akal tauke dan syarikat judi menyumbang kepada kumpulan yang terdapat di dalamnya yang dituduh sebagai Taliban, pihak yang paling agresif merobohkan pusat judi dengan ganas,\u201d katanya dalam Minda Presiden Pas menerusi hantaran Facebook hari ini.\n\n\nTimbalan Pengerusi PN itu menambah, tuduhan itu bermakna tauke judi tersebut sangat bodoh kerana mereka pandai menipu dan paling banyak menyumbang rasuah kepada penerima rasuah yang bergabung dengan bekas banduan kluster mahkamah, sehingga menjadi penyokong kuat PH bagi menubuhkan kerajaan.\n\n\nKatanya, apabila Pas memerintah Kelantan, mereka mengambil satu langkah bagi menutup tempat perjudian yang diharamkan oleh Islam dan diadakan dialog dengan para pemimpin semua agama.\n\n\nIni kerana, mereka memaklumkan bahawa judi turut diharamkan oleh semua agama.\n\n\n\u201cSelepas itu, kami menghadapi masalah apabila bidang kuasa kerajaan negeri hanya terhad kepada premis perjudian.\n\n\n\u201cAdapun lesen kebenaran berjudi adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan Menteri Kewangan pada masa itu ialah Perdana Menteri, sama seperti sekarang.\n\n\n\u201cApabila \u00a0negeri Kelantan, Terengganu serta Kedah menutup premis perjudian dan lain-lain di bawah bidang kuasa mereka, tiba-tiba tindakan itu mendapat protes daripada parti komponen PH,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/07/calon-timbalan-menteri-dimuktamadkan-dalam-masa-terdekat/", "title": "Calon Timbalan Menteri dimuktamadkan dalam masa terdekat", "body": "2\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempengerusikan mesyuarat Kabinet berkata, senarai Timbalan Menteri akan dimuktamadkan tidak lama lagi.\n\n\n\u201cInsya-Allah, calon-calon Timbalan Menteri juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,\u201d katanya di laman Facebooknya, hari ini.\n\n\nSabtu lalu, seramai 28 Menteri penuh mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\nIa termasuk dua Timbalan Perdana Menteri dan 25 menteri Kabinet.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZuraida Masih Mahu Menjadi Menteri\n\n\n\n\n\n\nAniaya anak monyet hingga mati, moderator kandungan TikTok akan didakwa\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa khas kaji kedudukan, pengiktirafan Leftenan Adnan perlu ditubuhkan\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa Dakwa UMNO Sudah Dikuasai Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nKhairy hargai tawaran Pas, masih setia dengan UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Anwar, mesyuarat Kabinet yang beliau pengerusikan hari ini berjalan lancar.\n\n\nJelasnya, ia penuh dengan suasana harmoni dan produktif.\n\n\n\u201cSaya menegaskan bahawa isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup harus diberi tumpuan dan diselesaikan sesegera mungkin,\u201d ujarnya.\n\n\nKabinet Kerajaan Campuran pimpinan Anwar mula dibentuk apabila beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 24 November lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/07/kenapa-asri-hamidin-perlu-diganti-siapa-ksu-perbendahara-baharu/", "title": "Kenapa Asri Hamidin perlu diganti, siapa KSU Perbendahara baharu?", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Ketua Setiausaha Perbendaharaan baharu dijangka akan dilantik tidak lama lagi bagi menggantikan Datuk Seri Asri Hamidin.\n\n\nMemetik laporan \nNew Straits Times\n, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengumumkan secara khusus bahawa Asri akan diganti, beliau membuat kenyataan merujuk kepada perkara itu\n\n\nBeliau dilapor berkata, peranan penasihat Kementerian Kewangan baharu akan ditentukan selepas rundingan dengan pegawai kanan kementerian dan Ketua Setiausaha kementerian baharu.\n\n\nAnwar berkata demikian dalam sidang akhbar secara rasmi selepas memulakan tugas di Kementerian Kewangan pada Selasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSanusi \u2018poster boy\u2019, kekal Menteri Besar jika PN menang di Kedah\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 negeri Johor dibentang esok\n\n\n\n\n\n\nKPT tidak kompromi dakwaan UiTM Holdings rugi RM157 juta\n\n\n\n\n\n\nJakim tiada kaitan urusan tauliah mengajar agama Islam\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu perhalusi keputusan tarik balik rayuan kes kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\n\n\nAsri tidak hadir hadir dalam pertemuan itu dan difahamkan beliau dalam tempoh bercuti.\n\n\nMengenai penasihat, Perdana Menteri berkata, beliau akan membincangkan peranan mereka dengan bekas Presiden Petronas dan Ketua Eksekutif, Tan Sri Mohd Hassan Marican.\n\n\n\u201cSaya perlu berbincang dengan Hassan syarat rujukan, parameter dan keutamaan penasihat,\u201d katanya.\n\n\nKetika mengumumkan Kabinetnya minggu lalu, Anwar memaklumkan pasukan penasihat untuk membantunya sebagai menteri kewangan akan dibentuk yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/07/kuasa-peguam-negara-pendakwa-raya-akan-diasingkan/", "title": "Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya akan diasingkan", "body": "1\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Jabatan Peguam Negara (AGC) akan menyediakan satu kertas pelan pengubahsuaian mengenai pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.\n\n\nMenteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini susulan daripada pertemuan dan perbincangan dengan AGC yang diketuai oleh Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh semalam.\n\n\n\u201cIni antara langkah pertama ke arah pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Kita berharap kerjasama baik ini akan membuahkan hasil,\u201d katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya \u00a0hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Tetap Waspada Walau Paras Air Tidak Membimbangkan\n\n\n\n\n\n\nMyJPJ catat lebih 2.97 juta pengguna\n\n\n\n\n\n\nBeri ubat PReP secara bersasar kepada golongan berisiko, elak subur aktiviti songsang\n\n\n\n\n\n\nNajib punca Malaysia jadi negara kleptokrasi, pencuri\n\n\n\n\n\n\nAnthony Loke belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaporan sebelum ini mendedahkan, Azalina menegaskan untuk menyemak semula undang-undang yang sudah lapuk serta membuat pindaan yang diperlukan supaya ia relevan pada masa kini.\n\n\nAntara yang akan diusahakan ialah pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya untuk memelihara kebebasan budi bicara Pendakwa Raya.\n\n\nLangkah sedemikian penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi itu.\n\n\nIni susulan kontroversi buku bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk \u2018My Story: Justice in the Wilderness\u2019, yang mempersoalkan tahap daya saing dan kebolehpercayaan pegawai undang-undang di AGC."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/07/lantik-ahmad-zahid-jadi-tpm-tak-berpegang-kepada-kedaulatan-undang-undang/", "title": "Lantik Ahmad Zahid jadi TPM tak berpegang kepada kedaulatan undang-undang", "body": "1\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak berpegang kepada kedaulatan undang-undang atau \u2018rule of law\u2019 apabila melantik seseorang yang sedang berdepan kes mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).\n\n\nTun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan Anwar melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai TPM adalah sesuatu yang janggal dan tidak memungkinkan usaha kerajaan membersihkan negara daripada gelaja rasuah dan kleptokrat.\n\n\n\u201cYa, betul belum dihukum tetapi orang ini sudah dihadapkan ke mahkamah, kalau kita ada orang sebegini jadi pemimpin, akan rosaklah negara kita.\n\n\n\u201cSaya berpendapat, kalau kita nak bersihkan negara kita, tidak boleh pilih orang yang semua orang berpendapat dia seorang yang melakukan jenayah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua varian utama di China dikesan di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMulai 1 April deposit 10% wajib bayar jika beli rumah pertama\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak cadang turunkan harga siling petrol, diesel\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan salah guna jawatan tidak dedahkan kesalahan Muhyiddin \u2013 Teh Poh Teik\n\n\n\n\n\n\nPAS Terengganu pastikan ahli politik mohon tauliah MAIDAM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi, saya hairan bagaimana Anwar boleh pilih orang ini walaupun dia pemimpin parti tetapi dia menghadapi tuduhan di mahkamah. Ya betul tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.\n\n\n\u201cTetapi kalau dia dihadapkan dengan satu-satu kes itu sudah menunjukkan dia (Ahmad Zahid) tidak layak jadi pemimpin,\u201d katanya ketika melancarkan buku 40 tahun Dasar Pandang ke Timur di ibu negara hari ini.\n\n\nBeliau mengulas penubuhan Kerajaan Campuran membabitkan kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan beberapa Ahli Parlimen lain.\n\n\nAhmad Zahid dilantik sebagai TPM ketika Anwar mengumumkan barisan 28 anggota Kabinet Kerajaan Campuran pada 2 Disember lalu.\n\n\nMahkamah Tinggi pada 24 Januari lalu, memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.\n\n\nHakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap Ahmad Zahid yang juga pengasas yayasan terbabit.\n\n\nSequerah dalam penghakimannya berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas melakukan penilaian maksimum terhadap bukti yang dikemukakan pendakwaan.\n\n\nProsiding bela diri Ahmad Zahid yang berjalan sehingga 2 November lalu ditangguhkan hingga disambung semula pada Januari depan.\n\n\nSequerah membenarkan penangguhan prosiding dan menetapkan perbicaraan didengar selama 21 hari iaitu pada 16 hingga 19 Januari, 30 dan 31 Januari, 7 hingga 9 Februari, 27 hingga 30 Mac, 10 hingga 13 April dan 15 hingga 18 Mei 2023."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/07/proses-undi-parlimen-padang-serai-dun-tioman-bermula-8-pagi/", "title": "Proses undi Parlimen Padang Serai, DUN Tioman bermula 8 pagi", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Proses pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang bermula secara rasmi pada jam 8 pagi ini, melibatkan sejumlah 161,063 pengundi.\n\n\nDaripada jumlah itu, 132,955 orang mengundi bagi Parlimen Padang Serai manakala 28,108 orang pengundi bagi DUN Tioman.\n\n\nBagi pengundian Parlimen Padang Serai, sebanyak 46 pusat mengundi dibuka melibatkan 230 saluran bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.\n\n\nBagi DUN Tioman, 17 pusat mengundi dibuka melibatkan 52 saluran bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPekebun Sayur Enggan Jawab Kenaikan Harga Sayur\n\n\n\n\n\n\nPetisyen Parlimen Segamat ditolak, Ramasamy kemuka rayuan\n\n\n\n\n\n\nTidak hantar anak ke sekolah, KPM terus nasihati ibu bapa\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Kabinet persembah cadangan kepada Majlis Raja-Raja\n\n\n\n\n\n\nTidak mahu bahasa ibunda hanya jadi simbol, BERJASA sokong teks BM versi rasmi Perlembagaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPRU15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding iaitu M. Karupaiya dari Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) di DUN Tioman. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/07/pru15-calon-tarik-diri-tetap-diisytihar-pemenang-jika-dapat-undi-tertinggi-pengerusi-spr/", "title": "PRU15: Calon tarik diri tetap diisytihar pemenang jika dapat undi tertinggi \u2013 Pengerusi SPR", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Calon yang menarik diri dan memberi laluan kepada calon parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 bagi\u00a0Parlimen Padang Serai serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman akan tetap diisytiharkan sebagai pemenang sekiranya memperoleh jumlah undi yang tertinggi.\n\n\nPengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, ia kerana kesemua calon\u00a0sedia ada telah disahkan layak bertanding pada hari penamaan calon\u00a024 November lepas.\n\n\n\u201cKita akan umum (nama calon yang menang walaupun mereka menarik diri). Calon yang (boleh) tarik diri\u00a0hanya pada waktu pencalonan (antara jam 9 hingga 10 pagi) pada hari berkenaan.\n\n\n\u201cJadi selepas jam 10 pagi sudah tidak boleh (menarik diri) kerana telah disahkan layak bertanding,\u201d katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat pengundian PRU15 Parlimen Padang Serai di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMasyarakat Perlu Tolak, Kandungan Promosi Identiti Songsang\n\n\n\n\n\n\nTambah baik hal ehwal Islam, beri manfaat kepada semua\n\n\n\n\n\n\nElak normalisasi gugat agama Islam, sensitiviti perlu dijaga\n\n\n\n\n\n\nHadi jumpa Mahathir, sokong Proklamasi Orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nTarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 29 November lepas, Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN) di DUN Tioman sebagai tanda kesepakatan kerajaan perpaduan di peringkat negeri dan nasional.\n\n\nSelepas itu, langkah yang sama turut diambil di Parlimen Padang Serai dengan calon Warisan turut mengumumkan untuk memberi laluan kepada PH selepas hari penamaan calon bagi kawasan itu selesai.\n\n\nBN turut membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding pada PRU15 Parlimen Padang Serai dan memberi laluan kepada PH beberapa jam sebelum hari pengundian awal dijalankan pada 3 Disember lepas.\n\n\nParlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Dr Mohamad Sofee Razak (PH), Datuk Azman Nasrudi (Perikatan Nasional), Datuk C. Sivaraj (BN), Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan calon Bebas,\u00a0Sreanandha Rao.\n\n\nPRU15 DUN Tioman pula melibatkan penyandang daripada BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussien; Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH), Sulaiman Bakar (Bebas), Osman Bakar (Pejuang) dan calon PN Nor Idayu Hashim.\n\n\nSementara\u00a0itu, Abdul Ghani menyasarkan statistik keluar mengundi antara 60 hingga 75 peratus pada PRU15 di Parlimen Padang Serai dan DUN Tioman hari ini.\n\n\nJusteru, beliau meminta\u00a0majikan supaya\u00a0memberi kebenaran kepada pekerja yang layak mengundi di kawasan masing-masing untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka.\n\n\nSetakat 11\u00a0pagi tadi, SPR merekodkan sebanyak 28\u00a0peratus statistic keluar mengundi bagi Parlimen Padang Serai dan 27\u00a0peratus bagi DUN Tioman. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/07/sprm-buka-kertas-siasatan-isu-dana-rm600-bilion/", "title": "SPRM buka kertas siasatan isu dana RM600 bilion", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.\n\n\nKetua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi \nBernama\n mengesahkan perkara itu, namun tidak mendedahkan butiran lanjut berhubung siasatan yang sedang dilaksanakan agensi berkenaan.\n\n\n\u201cYa,\u00a0SPRM ada membuka kertas siasatan berhubung isu ini,\u201d katanya ringkas.\n\n\nKontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik Covid-19 pernah dibangkitkan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pada 15 November lepas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018The Greater Kedah\u2019 akan menjadi realiti, jangan halang \u2013 MB Kedah\n\n\n\n\n\n\nPeniaga luah rasa kesal harga barang mentah meningkat\n\n\n\n\n\n\nRM3.4 bilion tuntutan semula Wang Tidak Dituntut sehingga 31 Mei\n\n\n\n\n\n\nPH Menang Mudah Jika MCA Bertanding Di Alor Setar \u2013 UMNO\n\n\n\n\n\n\nLima Kerusi Parlimen Tumpuan BERJASA Untuk Menang PRU-15\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada agensi berkaitan untuk menyiasat isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan terdahulu.\n\n\nMenurut Anwar, Kementerian Kewangan telah memaklumkan beberapa pelanggaran melibatkan isu itu.\n\n\nBekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dilapor berkata, beliau tidak takut disiasat susulan dakwaan penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM600 bilion ketika mengetuai pentadbiran sebelum ini. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/08/azman-mahu-bawa-aspirasi-suara-rakyat-padang-serai-ke-dewan-rakyat/", "title": "Azman mahu bawa aspirasi, suara rakyat Padang Serai ke Dewan Rakyat", "body": "4\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ahli Parlimen Padang Serai yang baharu dipilih Datuk Azman Nasrudin mahu membawa aspirasi dan\u00a0suara rakyat di kawasan itu ke\u00a0Dewan Rakyat serta memastikan hak mereka sentiasa terjamin.\n\n\nAzman berkata,\u00a0beliau beraspirasi bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin serta wakil rakyat lain yang telah dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)\u00a0untuk menjadi pembangkang berwibawa dan memantau tindak-tanduk Kerajaan Campuran.\n\n\n\u201cSyukur ke hadrat Allah atas kemenangan\u00a0dengan majoriti besar untuk PN\u00a0malam ini. Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan ini adalah satu kemenangan buat rakyat Malaysia.\n\n\n\u201cTerima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi\u00a0di Padang Serai kerana memilih saya sebagai wakil rakyat mereka,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRayuan SIS cabar fatwa MAIS sekali lagi ditolak\n\n\n\n\n\n\nCadang Tubuh Srikandi Muda Galak Penglibatan Wanita Muda\n\n\n\n\n\n\nTambang bas sekolah: Ibu bapa rayu kerajaan tanggung 5 peratus\n\n\n\n\n\n\nKelibat Ismail Sabri tak kelihatan pada taklimat Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nSultan Sharafuddin larang adakan aktiviti LGBT di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman keputusan PRU15 bagi Parlimen Padang Serai di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech malam tadi.\n\n\nKeputusan pilihan raya itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah pada jam 10.55 malam.\n\n\nAzman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas memperoleh 51,637 undi menewaskan lima calon lain dengan majoriti 16,260 undi.\n\n\nCalon Pakatan Harapan (PH), Dr Mohamad Sofee Razak pula memperoleh jumlah undi kedua tertinggi iaitu 35,377 diikuti calon Barisan Nasional (BN), Datuk C\u00a0Sivaraj (2,983 undi); calon Bebas, Sreanandha Rao (846 undi); calon Pejuang, Hamzah Abd Rahman (424 undi) dan calon Warisan, Mohd Bakhri Hashim (149 undi).\n\n\nMenteri Besar yang juga Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pula berkata, kemenangan Azman dengan majoriti undi sebanyak itu adalah satu pencapaian yang amat baik kerana Parlimen Padang Serai sebelum ini dikuasai PH selama tiga penggal.\n\n\n\u201cKali ini rakyat menunjukkan satu isyarat bahawa pengundi dan rakyat di kawasan ini bersama PN dengan majoriti 16,260 undi. Saya juga mengucapkan tahniah kepada calon\u00a0lain yang bertanding,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/08/dana-rm600-bilion-tengku-zafrul-belum-dapat-panggilan-sprm/", "title": "Dana RM600 bilion: Tengku Zafrul belum dipanggil SPRM", "body": "10\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengakui, beliau belum dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) barkaitan dakwaan salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik Covid-19.\n\n\nTengku Zafrul berkata, beliau akan memberi kerjasama terhadap badan itu sekiranya dipanggil untuk siasatan.\n\n\nBekas Menteri Kewangan ketika era pentabiran Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin itu menegaskan, tidak ada apa-apa yang mahu disorokan berhubung penggunaan dana RM600 bilion berkenaan.\n\n\nBeliau menegaskan, telah bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nOrang ramai dinasihat guna bekalan air diiktiraf SPAN\n\n\n\n\n\n\nMalaysia jadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN-GCC \u2013 Zambry\n\n\n\n\n\n\n42 kanak-kanak Palestin dibunuh Israel pada 2022\n\n\n\n\n\n\nBuli Secara Emosi Perlu Diberi Perhatian \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nAcryl Sani bersara awal sebagai Ketua Polis Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tidak mahu jelaskan buat masa ini (berhubung isu berkenaan), kita tunggu dahulu belum ada apa-apa nak dijelaskan.\n\n\n\u201cPaling penting kalau ada apa-apa isu berbangkit yang tidak betul kita \nhighlight\n (tonjolkan), saya rasa tiada isu,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian sejurus selepas majlis pelancaran jenama kenderaan elektrik dari China, BYD yang diadakan hari ini.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan, Tengku Zafrul, Muhyiddin dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dijangka dipanggil memberi keterangan kepada SPRM berhubung dakwaan berlaku salah guna dana RM600 bilion."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/08/kemenangan-mohd-johari-di-dun-tioman-bukti-gabungan-bn-ph-diterima-rakyat/", "title": "Kemenangan Mohd Johari di DUN Tioman bukti gabungan BN, PH diterima rakyat", "body": "3\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahan\u00a0kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman merupakan bukti nyata penerimaan rakyat terhadap kerjasama gabungan politik itu dengan Pakatan Harapan (PH) di Pahang.\n\n\nPengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kejayaan itu\u00a0juga menunjukkan masyarakat sudah melihat rasional keputusan parti membentuk kerajaan negeri bersama PH yang pertama kali berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nKerjasama itu dibuat bagi membentuk kerajaan negeri apabila keputusan PRU15 menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi di DUN Pahang\u00a0selepas BN menang 16 kerusi, kurang\u00a0satu berbanding\u00a0 Perikatan Nasional (PN) manakala PH menguasai lapan kerusi.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n17 Korban Banjir Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nHanya Bank Negara boleh beri jawapan OPR naik atau tidak\n\n\n\n\n\n\nCalon PN di Terengganu, Kelantan guna logo PAS\n\n\n\n\n\n\nTitah Agong beri mesej jelas kepada ahli politik agar serius urus negara, pelihara perpaduan\n\n\n\n\n\n\nFokus kukuh golongan wanita, bukan angkat budaya songsang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSudah tentu masyarakat boleh terima kerana jika tidak, mana mungkin kita boleh menang. Saya telah jelaskan beberapa kali kerajaan negeri harus ditubuhkan (dengan kerjasama antara BN dan PH) supaya kita dapat melaksanakan tugas untuk rakyat.\n\n\n\u201cSekiranya kerajaan negeri tidak dapat ditubuhkan, kerajaan negeri akan tergantung dan pihak yang rugi adalah rakyat,\u201d katanya kepada pemberita\u00a0di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi DUN Tioman di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah malam tadi.\n\n\nPada pilihan raya itu, calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain mempertahan DUN Tioman dengan majoriti 573 undi selepas memperoleh 8,080 undi menewaskan calon PN Nor Idayu Hashim yang mendapat 7,507 undi.\n\n\nTiga lagi calon iaitu Mohd Fadzli Mohd Ramly daripada\u00a0PH\u00a0mendapat 784\u00a0undi, Osman A Bakar (Pejuang) 79\u00a0undi dan Sulaiman Bakar (Bebas) hanya memperoleh 58\u00a0undi.\n\n\nWan Rosdy berkata, keputusan bekerjasama dengan PH di Pahang\u00a0juga\u00a0adalah selari dengan pembentukan kerajaan di peringkat Persekutuan\u00a0yang disifatkan dapat memudahkan perancangan kerajaan negeri.\n\n\nMenteri Besar Pahang itu turut melahirkan keyakinan Mohd Johari dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan berkhidmat dengan baik kepada penduduk Tioman.\n\n\nSementara itu, \u00a0Mohd Johari juga senada apabila menyatakan bahawa kemenangan dengan kerjasama PH bermaksud masyarakat mahukan sebuah kerajaan yang boleh membawa kestabilan politik dan ekonomi di Pahang.\n\n\n\u201cSaya juga berterima kasih kepada Pengerusi BN Pahang kerana banyak membantu dan telah mewujudkan kerjasama erat demi kepentingan dan kestabilan,\u201d katanya.\n\n\n\u00a0\n\n\nMohd Johari turut berterima kasih kepada pimpinan BN dan UMNO negeri serta Pusat selain jentera yang bertungkus lumus membantu perjalanan kempen beliau.\n\n\nProses pengundian bagi DUN Tioman diadakan selepas ditangguhkan ekoran kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 November lepas\u00a0dipercayai akibat serangan jantung.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/08/spr-kaji-panjangkan-tempoh-adakan-pilihan-raya-melebihi-60-hari/", "title": "SPR pertimbang adakan pilihan raya lebih 60 hari selepas bubar Parlimen", "body": "2\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang melihat kemungkinan\u00a0memanjangkan tempoh untuk mengadakan pilihan raya melebihi 60 hari selepas pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti mana yang diperuntuk\u00a0ketika ini.\n\n\nPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, perkara itu bagi membolehkan suruhanjaya berkenaan\u00a0melakukan persiapan sebaik mungkin berikutan pertambahan jumlah pengundi setiap tahun di negara ini.\n\n\n\u201cKita akan cuba panjangkan lagi\u00a0sebab tempoh sekarang ini (60 hari), daripada\u00a0dahulu hingga sekarang agak sempit (suntuk) sikitlah dengan keadaan jumlah pengundi yang banyak iaitu\u00a0daripada 14.9 juta\u00a0sebelum ini meningkat kepada 21.1 juta.\n\n\n\u201cKita juga kena ingat pengundi berusia 18 tahun ini tiap-tiap tahun akan bertambah sebanyak setengah juta, jadi (jumlah pengundi) akan bertambah dan terus bertambah,\u201d katanya pada sidang media malam tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKelantan bubar DUN 22 Jun, beri laluan Pilihan Raya Negeri\n\n\n\n\n\n\nLantikan politik bukan peluang laba politik \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nSyed Mokhtar mangsa agenda politik kotor?\n\n\n\n\n\n\nSpeaker nafi anak jadi pegawai khas di Parlimen\n\n\n\n\n\n\nTiada keperluan isytihar darurat banjir\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, beliau hadir ke pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke-15\u00a0bagi Parlimen Padang Serai di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech.\n\n\nMengulas lanjut, Abdul Ghani berkata, berikutan peningkatan jumlah pengundi, SPR perlu melakukan persiapan termasuk menyediakan pusat dan saluran mengundi\u00a0serta\u00a0petugas agar proses pilihan raya dapat dilaksana\u00a0dalam keadaan selesa.\n\n\nBeliau juga berkata, pihaknya berharap pilihan raya bagi enam negeri yang belum mengadakannya dapat dilaksanakan secara serentak bagi memudahkan urusan SPR.\n\n\n\u201cIa akan memudahkan petugas kita, memudahkan kita membuat penyelarasan, itu yang terbaik\u00a0tapi dari segi kos, sama juga,\u201d katanya.\n\n\nDitanya waktu yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan, Abdul Ghani berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa dalam hal itu dan ia terpulang kepada kepimpinan negeri terbabit.\n\n\nBeliau juga berkata pilihan raya bagi keenam-enam negeri dianggarkan menelan belanja kira-kira RM450 juta.\n\n\nAbdul Ghani berkata, secara keseluruhan, proses pengundian bagi Parlimen Padang Serai di Kedah dan DUN Tioman di Pahang berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi agak baik.\n\n\n\u201cSecara keseluruhan\u00a0saya lihat untuk PRU15, peratus keluar mengundi ialah sebanyak 74.71 Satu gambaran masyarakat kita mengambil tanggungjawab untuk keluar mengundi,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/09/abdul-azeez-bebas-9-tuduhan-rasuah-pengubahan-wang-haram/", "title": "Abdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram", "body": "122\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini dibebaskan daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.\n\n\nPesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid membebaskan Abdul Azeez selaku pemohon selepas membenarkan notis usul difailkan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez supaya anak guamnya dilepas dan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan berkenaan.\n\n\n\u201cMemandangkan tiada bantahan daripada pihak pendakwaan, permohonan notis usul itu dibenarkan. Pemohon kini dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan itu,\u201d kata Azhar.\n\n\nPada 23 September lepas, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan (DNAA) Abdul Azeez daripada kesemua pertuduhan itu selepas pendakwaan memohon agar beliau DNAA mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah atas alasan representasi yang dikemukakan Abdul Azeez telah dipertimbangkan oleh pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMelayu Perlu Cintai Hak Dimiliki, Tanah Rezab \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tingkat taraf pendidikan, baiki sekolah daif\n\n\n\n\n\n\nLapor Polis, Buat Siasatan \u2013 Musa Hassan\n\n\n\n\n\n\nBeri alternatif jaga kebajikan guru KAFA\n\n\n\n\n\n\nPemimpin PN mesyuarat, bincang usul undi percaya PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Amer Hamzah memaklumkan kepada mahkamah, pihaknya menerima surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 26 Oktober lepas yang menyatakan bahawa siasatan oleh agensi itu telah selesai dan kesemua aset yang dirampas telah dipulangkan kepada Abdul Azeez.\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya Nik Haslinie Hashim pula berkata, pihaknya tidak membantah terhadap notis usul yang difailkan pada 1 Disember lepas, agar pemohon dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan tersebut.\n\n\nAbdul Azeez, 55, didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan enam pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM972,414.60 berhubung projek jalan raya di Perak serta Kedah. Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di lima bank di ibu negara antara 6 September 2010 dan 10 April 2018.\n\n\nAbdul Azeez dituduh mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 28(1)(c) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.\n\n\nBagi pertuduhan pengubahan wang haram, beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.\n\n\nJika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.\n\n\nPada 5 Sept lepas, Abdul Azeez gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya.\n\n\nPanel tiga hakim terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menolak rayuan Abdul Azeez untuk membatalkan sembilan pertuduhan selepas memutuskan pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau tidak cacat dan memerintahkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen diteruskan.\n\n\nBagaimanapun panel tersebut membenarkan rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji itu bagi membatalkan empat pertuduhan pengubahan wang haram.\n\n\nPerbicaraan kes itu bermula 19 Ogos 2020 dengan tujuh saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/10/pemimpin-bersatu-sabah-keluar-parti-kekal-di-bawah-grs/", "title": "Pemimpin Bersatu Sabah keluar parti, kekal di bawah GRS", "body": "10\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bersatu Sabah mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan sebulat suara mengambil keputusan menjadikan Gabungan Rakyat Sabah (GSR) sebagai komponen parti tempatan.\n\n\nKetua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Bersatu Sabah berkata, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan landskap politik negara ketika ini.\n\n\nBeliau menegaskan, keputusan itu juga demi kepentingan Sabah dan perpaduan rakyat negeri tersebut.\n\n\nIa juga memenuhi hasrat serta aspirasi rakyat Sabah untuk berjuang di bawah naungan sebuah parti tempatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMelayu Islam Subahat Jual Arak?\n\n\n\n\n\n\nHapus judi, syabas Kedah! \u2013 Mufti Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nPerketat Kawalan Pintu Masuk Antarabangsa, Elak Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\nSungai Lereh bertukar hitam, busuk akibat sisa kumbahan ternakan\n\n\n\n\n\n\nKPM setuju sesi persekolahan bermula Januari\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDengan keputusan ini, kami akan menggunakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menyuarakan kepentingan Sabah dan negeri-negeri Borneo di Malaysia.\n\n\n\u201cKami yakin keputusan ini adalah yang terbaik untuk perpaduan dan kestabilan politik di Sabah,\u201d katanya.\n\n\nHajiji menegaskan, keputusan meninggalkan Bersatu adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo.\n\n\n\n\nIni kerana di peringkat Persekutuan, Bersatu adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong Kerajaan Campuran yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n\u201cSabah mahukan kestabilan politik dan perpaduan. Kami mahu memastikan momentum dalam pertumbuhan dan pembangunan Sabah.\n\n\n\u201cUntuk melihat Sabah makmur sejajar dengan mandat yang diberikan kepada kami dalam pilihan raya lalu.\n\n\n\u201cKami mengucapkan terima kasih kepada Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kepimpinan beliau sepanjang tempoh kami sebagai ahli Bersatu,\u201d katanya.\n\n\nPengerusi GRS itu berkata, Kerajaan Negeri yang ditunjangi GRS dan Barisan Nasional membuat keputusan itu turut berdasarkan nasihan Yang di-Pertuan Agong bahawa pertimbangan terbaik untuk kewujduan Kerajaan Campuran adalah untuk kestabilan politik dan pemulihan ekonomi.\n\n\nHajiji berkata, melangkah ke hadapan, mereka akan menubuhkan sebuah parti tempatan yang baharu.\n\n\n\u201cKami berikrar untuk memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan\n\n\n\u201cKami yakin dengan kepimpinan dan kebijaksanaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/10/projek-lcs-tetap-diteruskan-biarpun-sukar-dilaksana/", "title": "Projek LCS tetap diteruskan biarpun sukar dilaksana", "body": "20\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) akan tetap diteruskan biarpun sukar untuk dilaksanakan dan taklimat lanjut mengenainya dibuat dalam masa terdekat.\n\n\nMenteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau terlebih dahulu akan mendengar taklimat mengenai projek itu daripada pihak-pihak berkenaan.\n\n\nBeliau berkata, ia penting bagi membolehkan beliau melihat sendiri latar belakang projek itu serta apa isu di sebalik projek berkenaan.\n\n\n\u201cKami akan pastikan kapal-kapal ini dapat dibina. Jangan cakap lagi pasal perkara yang lepas tetapi apa yang kita akan capai kerana ia aset strategik pertahanan negara,\u201d katanya selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN) dan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Tahun 2020 di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEmpat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi\n\n\n\n\n\n\nSemua Premis Judi, Loteri Kedah Ditutup Berkuat Kuasa Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Johor Mahu Pengkhianat Dihukum\n\n\n\n\n\n\nTiada Lagi PKP Di Seluruh Negara, Termasuk Pada Aidilfitri Ini\n\n\n\n\n\n\nPelajar, OKU nikmati tambang KTMB percuma mulai 15 Februari\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohamad berkata, beliau akan berusaha bersama-sama kepimpinan Kementerian Pertahanan dan memohon kerajaan meneliti dengan baik supaya kapal-kapal ini dapat dibina dalam keadaan terbaik.\n\n\n\n\nSebelum ini, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memaklumkan kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk lima LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.\n\n\nLaporan dikeluarkan pada 4 Ogos lalu turut menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam\u00a0LCS\u00a0bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.\n\n\nPada 2 Oktober lalu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan fasa mobilisasi projek LCS selama enam bulan bermula Jun menunjukkan perkembangan positif dan berjalan lancar selari dengan syor oleh beberapa pihak berkepentingan.\n\n\nDitanya mengenai isu kebajikan ATM terutamanya elaun, veteran dan perumahan, Mohamad berkata, perkara itu juga akan diteliti dengan baik berdasarkan kemampuan kewangan negara.\n\n\n\u201cDalam keadaan banyak orang kata akan berdepan kemelesetan ekonomi tahun depan, kita akan beri keutamaan kepada mana yang ada dan kita susun atur sebaiknya,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/11/bersatu-sabah-tiada-akar-umbi-bakal-tutup-kedai/", "title": "Bersatu Sabah tiada akar umbi, bakal \u2018tutup kedai\u2019", "body": "1\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Bersatu Sabah dijangka \u2018tutup kedai\u2019 susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu mengumumkan keluar parti itu semalam.\n\n\nAhli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr.\u00a0Mohd.\u00a0Puad Zarkashi mendakwa,\u00a0parti itu tiada akar umbi, malah akar umbi sedia ada juga daripada\u00a0UMNO yang \u2018lompat parti\u2019.\n\n\n\u201cApabila UMNO hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 21 Ketua Bahagian UMNO Sabah melompat masuk Bersatu. Tinggal tiga orang yang terus istiqamah iaitu Bung Mokhtar, Yaakub Khan dan Ramie Unggi.\n\n\n\u201cSebanyak 21 Bahagian itu dipangku oleh mereka yang baharu termasuk dua pemimpin akar umbi Wanita. Apakah UMNO Sabah mati. UMNO Sabah bangkit semula dan menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M puji perkhidmatan MRT, seperti di negara maju\n\n\n\n\n\n\nLulus dua RUU fokus sidang khas DUN Sabah esok\n\n\n\n\n\n\nKempen Norma Baharu Meriah\n\n\n\n\n\n\nTiada Perbincangan Mengenai Kumpulan Sokong Ismail Sabri Dalam Pemilihan UMNO\n\n\n\n\n\n\nKes mahkamah pemimpin PN tak lemahkan \u2018gelombang hijau\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cItu maknanya UMNO Sabah berakar umbi. Sekarang giliran Bersatu, semua keluar Bersatu dan akan tubuh parti baharu. Akan ada lagikah Bersatu\u00a0di Sabah,\u201d katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.\n\n\nLaporan media pada 10 Disember 2022.\n\n\nMengulas lanjut, Mohd.\u00a0Puad berkata, tanpa kuasa di peringkat kerajaan negeri di Sabah, Bersatu\u00a0di situ boleh \u2018tutup kedai\u2019.\n\n\n\u201cBersatu\u00a0tidak ada akar umbi. Akar umbi parti itu berasal dari akar umbi UMNO yang lompat parti.\n\n\n\u201cTanpa kuasa di kerajaan negeri, Bersatu\u00a0bolehlah `tutup kedai\u2019 di Sabah,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, kepemimpinan Bersatu\u00a0Sabah mengumumkan keluar daripada parti itu.\n\n\nPengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor selepas mengambil pertimbangan keadaan landskap politik negara ketika ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/13/banjir-tidak-berlaku-tapi-saya-ditohmah-ahmad-zahid/", "title": "Banjir tidak berlaku tapi saya ditohmah \u2013 Ahmad Zahid", "body": "2\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan,\u00a0gesaan\u00a0beliau supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada November lalu adalah tepat kerana tidak berlaku banjir seperti yang dijangka sesetengah pihak.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri itu berkata, sebelum ini ada pihak yang melemparkan tohmahan terhadapnya.\n\n\n\u201cAda pihak menjangkakan pilihan raya diadakan ketika musim banjir tetapi banjir tidak berlaku, tapi yang kena tohmahan adalah saya.\n\n\n\u201cTapi alhamdulillah, Allah SWT memihak kepada saya,\u201d katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JBPB) hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTH gesa 31,600 bakal haji segera jawab surat tawaran\n\n\n\n\n\n\nPAS tak boikot Dominic, cuma kekurangan ahli\n\n\n\n\n\n\nOnn Hafiz calon paling layak Ketua Pemuda UMNO\n\n\n\n\n\n\nPH-BN guna logo sendiri di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nBongkah batu halang laluan diangkat menjelang 2024, jalan dilebarkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid sebelum ini mendapat kecaman ramai pihak, termasuk ia dijadikan modal politik beberapa parti ketika ceramah pilihan raya.\n\n\nDalam pada itu, musim banjir dijangka bermula 17 Disember ini dengan ramalan kawasan yang memiliki taburan hujan tinggi di tiga kawasan utama\u00a0seperti Pantai Timur Semenanjung, Pantai Timur Sabah dan Pantai Barat Sarawak.\n\n\nAHMAD ZAHID HAMIDI bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JBPB) hari ini.\n\n\nSebelum ini, media melaporkan Pusat Mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil untuk kawasan Parlimen Sepang ditukarkan ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil berikutan bangunan sekolah itu dilanda banjir dan tenggelam sepenuhnya pada 17 November lalu.\n\n\nProses mengundi di 11 pusat pengundian di Parlimen Baram pula digantung pada hari pengundian 19 November lalu berikutan cuaca buruk menyebabkan petugas tidak dapat tiba ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat dan air.\n\n\nTurut dilanda banjir empat pusat pengundian bagi PRU15 di utara Sarawak iaitu di Bahagian Limbang dan Miri, namun proses pengundian diteruskan apabila pengundi dibawa menaiki perahu untuk menunaikan tanggungjawab mereka.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan seramai 12 Menteri Perikatan Nasional (PN) mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan Kabinet tidak sebulat suara mengenai keputusan membubarkan Parlimen bagi mengadakan PRU15.\n\n\nAntara alasan yang dikemukakan adalah mengenai Monsun Timur Laut yang akan bermula dengan banjir dijangka melanda beberapa negeri di Malaysia terutama di Pantai Timur."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/13/kerajaan-lulus-peruntukan-rm30-juta-untuk-kamera-badan-pdrm/", "title": "Kerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM", "body": "1\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta bagi perolehan kamera badan untuk kegunaan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika menjalankan tugas.\n\n\nMenteri Dalam Negeri,\u00a0Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,\u00a0ketika ini proses perolehan sedang dilaksanakan dan berharap tiada sebarang masalah untuk mendapatkan kamera badan tersebut.\n\n\n\u201cSaya harap perolehan ini dapat disegerakan memandangkan ia merupakan satu keperluan pada masa kini dan telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian untuk tindakan susulan,\u201d katanya dalam sidang media selepas lawatan kerja ke Bukit Aman\u00a0hari ini.\n\n\nSAIFUDDIN NASUTION ISMAIL bercakap dalam sidang media selepas lawatan kerja ke Bukit Aman\u00a0hari ini.\n\n\nMengulas mengenai Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC)\u00a02020,\u00a0Saifuddin berkata,\u00a0ia akan berkuat kuasa Jun tahun depan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Saman Penyelidik Rasuah, Lalitha Kunaratnam \u2013 RM10 Juta\n\n\n\n\n\n\nSPRM tahan Muhyiddin, didakwa esok\n\n\n\n\n\n\nUsaha martabatkan bangsa tidak harus jerumuskan negara ke arah polarisasi \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nJejambat Kota Bharu siap dengan penjimatan kos RM7.9 juta\n\n\n\n\n\n\nSultan Sharafuddin larang adakan aktiviti LGBT di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nRang Undang-undang berkenaan diluluskan pada 26 Julai lepas bertujuan mempertingkatkan integriti, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggota polis dan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan keselamatan itu.\n\n\nMengenai persiapan banjir terutama di negeri-negeri pantai timur, Saifuddin berkata,\u00a0PDRM telah bersiap sedia sepenuhnya termasuk daripada aspek aset untuk\u00a0memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara.\n\n\nMenurut beliau 18,170 anggota PDRM telah diatur tugas bagi menghadapi musim monsun kali ini.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/13/kerajaan-tidak-tarik-balik-subsidi-pukal-kepada-rakyat/", "title": "Kerajaan tidak tarik balik subsidi pukal kepada rakyat", "body": "3\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Malaysia mesti menyalurkan semula subsidi pukal yang turut memanfaatkan golongan mahakaya dan konglomerat ke arah menopang atau menyokong kumpulan B40, M40 serta peniaga kecil yang amat terkesan dan memerlukan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai contoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai hampir 10 juta pengguna tetapi 10 peratus daripada angka itu iaitu satu juta pengguna yang meliputi kumpulan konglomerat menikmati lebih 50 peratus subsidi elektrik.\n\n\nJusteru tegas beliau, jabatan-jabatan kerajaan mesti merangka serta membangun wahana bersesuaian bagi melaksanakan subsidi bersasar dengan mengambil kira kepentingan pengguna dan industri serta memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan kebijakan ini.\n\n\nANWAR IBRAHIM mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bil. 4 untuk tahun 2022 di Putrajaya hari ini.\n\n\nAnwar menyampaikan perkara itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) Bil. 4 untuk tahun 2022\u00a0hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nElaun tambahan diberikan kepada kakitangan perubatan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPelantikan Izzah, sah undang-undang tapi salah dari sudut moral \u2013 Hassan Karim\n\n\n\n\n\n\nLebih RM72.5 juta disalur ke Sekolah Swasta Cina sejak tahun 2019\n\n\n\n\n\n\nPDRM perlu tambah Pusat CIC di Sabah dan Sarawak\n\n\n\n\n\n\nAkta Antigangguan Seksual dikuat kuasa secara berperingkat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada saat ini, isu bekalan menjadi tumpuan utama kerajaan kerana kekurangan bekalan akan memberi dampak yang buruk.\n\n\n\u201cJusteru,\u00a0kerajaan akan mempertimbang untuk meneliti kaedah campur tangan kerajaan di peringkat pengguna.\n\n\n\u201cMesyuarat NACCOL membincangkan perkara ini dengan panjang lebar serta beberapa ikhtiar disyorkan dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan Kabinet akan membuat keputusan esok,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nMenurut Perdana Menteri, sebanyak tiga kertas dibentangkan dalam mesyuarat berkenaan yang mengupas isu, tantangan dan strategi secara bersama oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Kementerian Perladangan dan Komoditi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/13/mohd-shafiq-tak-puas-hati-ambil-tindakan-undang-undang/", "title": "Mohd Shafiq tak puas hati, ambil tindakan undang-undang", "body": "2\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat ke atas penamatan perkhidmatannya.\n\n\nShafiq dalam satu kenyataan media hari ini berkata, beliau terkilan dengan keputusan yang di buat ke atas dirinya.\n\n\n\u201cBagaimanapun, saya tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan saya dan saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiayai saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam,\u201d katanya.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nOperasi mencari kru kapal jatuh laut diteruskan\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPAS tawan 32 kerusi, BN-PH pulang dengan tangan kosong\n\n\n\n\n\n\nTambang bas sekolah: Ibu bapa rayu kerajaan tanggung 5 peratus\n\n\n\n\n\n\nPH arah enam negeri runding dengan BN\n\n\n\n\n\n\nMat Sabu nafi terbabit promosi skim pelaburan syariah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Kerajaan memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan Mohd Shafiq sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa 12 Disember\u00a02022.\n\n\nPenamatan ini adalah selaras dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993].\n\n\nMenurut kenyataan Ketua Setiausaha Negara,\u00a0Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini, Mohd Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980 [Akta 227].\n\n\nPeruntukan tersebut membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya. \u201cKeputusan ini diambil setelah melalui semua prosedur bagi Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara.\n\n\n\u201cSaya bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Shafiq atas jasa serta khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam.\n\n\n\u201cSaya menyeru kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan demi negara yang kita cintai,\u201d kata Mohd Zuki."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/14/isma-bangi-hantar-surat-bantahan-papan-tanda-cemar-imej-wanita/", "title": "ISMA Bangi hantar surat bantahan, papan tanda cemar imej wanita", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nSebuah papan tanda yang memperagakan wanita memakai bengkung seolah-olah kelihatan tidak berpakaian di tempat awam menimbulkan rasa kurang senang orang ramai terutama di kawasan berdekatan.\n\n\nSehubungan itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Bangi menghantar surat bantahan secara aman kepada wakil pemilik premis terbabit menyatakan rasa tidak setuju dengan apa yang dipaparkan premis berkenaan meskipun bertujuan promosi.\n\n\nYang Dipertua ISMA Bangi, Ustaz Bilal Jailani menghantar surat bantahan kepada wakil premis berkenaan untuk disampaikan kepada pengurusan bagi menghentikan imej papan tanda yang mencolok mata.\n\n\nJelasnya, tidak salah untuk mempromosi produk yang ingin dijual tetapi perlu ada garis panduan dan tidak menjadikan wanita sebagai model yang menjatuhkan martabat mereka sedangkan Islam mengangkat golongan wanita ke darjat yang mulia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenapa Anwar tak arah polis, SPRM siasat Zahid isu LCS?\n\n\n\n\n\n\n50 Peratus Kawasan Berpenduduk Boleh Capai Liputan 5G\n\n\n\n\n\n\nCagaran caruman, KWSP kaji kaedah baki akaun 2 jadi cagaran peribadi\n\n\n\n\n\n\nPAS bantah rumah ibadat bukan Islam tidak ikut garis panduan\n\n\n\n\n\n\nISMA Seru Pengundi Angkat Calon Muslim Berwibawa\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSepanjang 30 tahun kita tinggal di Bandar Baru Bangi ini kita tidak pernah melihat iklan seteruk ini iaitu pakai satu bengkung di dadanya warna lain dan perutnya warna sama sekan kulit. Kalau nampak dari jauh seolah pakai bikini sahaja. Selain itu Bangi Central ini\u00a0 terkenal dengan syurga tudung punyalah baik nama tersebut tetapi tiba-tiba ada imej taksopan seperti ini\u00a0 kerana mencemarkan imej wanita, kedua mempromosikan soft-pornografi dan yang ketiga melanggar kesopanan warga bangi. Kami atas kesedaran tanggungjawab sosial menghantar surat bantahan kepada pihak Jovian Outlet Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.\n\n\n-Ustaz Bilal Jailani / Yang Dipertua ISMA Bangi\n\n\nYang Dipertua ISMA Bangi, Ustaz Bilal Jailani (kiri) menunjukkan surat bantahan yang dihantar kepada pemilik premis terbabit.\n\n\nLebih menyedihkan papan tanda yang terpampang berdekatan dengan Pejabat Khidmat Adun Sungai Ramal dan hanya 600 meter dari Masjid ikonik Bandar Baru Bangi iaitu Masjid Hasanah.\n\n\nSehubungan itu pihaknya menggesa supaya papan tanda itu segera diturunkan supaya tidak menimbulkan persepsi yang lebih buruk nak kemarahan orang ramai.\n\n\nPihak Jovian perlu segera menurunkan papan tanda yang tidak sopan ini dan cadagan kami adalah pihak Jovian hanya menggunakan imej wanita berbengkuk ini di dalam premis sahaja di kawasan yang hanya boleh diakses oleh pelanggan wanita sahaja. Itulah penyelesaian yang kita tawarkan. -Ustaz Bilal Jailani / Yang Dipertua ISMA Bangi\n\n\nTambah Ustaz Bilal, pihaknya turut membuat tinjauan ringkas berkenaan papan tanda berkenaan di Facebook Bandar Baru Bangi Community (BBBC) seramai 108 ribu dan hasilnya 300 warganet menyatakan tidak setuju terhadap papan tanda berkenaan.\n\n\nDalam pada itu, orang ramai yang berada di kawasan berkenaan turut merasakan kurang senang dengan papan tanda memaparkan imej wanita memakai bengkuk apatah lagi yang bertudung dianggap tidak patut.\n\n\nBerikutan itu pemilik premis yang menayangkan imej wanita memakai bengkung seolah-olah kelihatan tidak berpakaian di tempat awam bersetuju untuk menurunkan papan tanda itu.\n\n\nMenurut maklum balas yang diberikan kepada pemilik premis berkenaan, pihaknya bersetuju menurunkan dan menukar papan tanda yang mencolok mata itu dalam tempoh 14 hari.\n\n\nSelain itu, pihak premis terbabit turut memohon maaf atas tindakan mereka yang tidak disengajakan telah mencetuskan isu yang kurang baik di kawasan sekitar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/14/pm-digesa-tolak-tuntutan-dong-zong-iktiraf-uec/", "title": "PM digesa tolak tuntutan Dong Zong iktiraf UEC", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Majlis Bertindak Pendidikan Kebangsaan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tuntutan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).\n\n\nPengerusinya, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, pengiktirafan itu tidak selari dengan sistem pendidikan kebangsaan yang sudah sedia ada iaitu menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.\n\n\nMenurut beliau, tuntutan Dong Zong untuk mengiktiraf UEC adalah bertentangan dengan aspirasi negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa khas kaji kedudukan, pengiktirafan Leftenan Adnan perlu ditubuhkan\n\n\n\n\n\n\n15 murid, pelajar cedera, van sekolah terbalik diseret lori balak\n\n\n\n\n\n\nTindak Tanduk DAP Sebenarnya Islamophobia\n\n\n\n\n\n\nCalon BN akan guna logo dacing pada PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\nSaya sayang Bella lebih daripada anak lain \u2013 Siti Bainun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cFalsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah dimartabatkan oleh Kementerian Pendidikan manakala UEC ialah sistem peperiksaan yang disediakan oleh persatuan sekolah swasta Cina bercanggah dengan pembinaan jati diri negara bangsa Malaysia.\n\n\n\u201cKerajaan juga digesa tidak meluluskan sebarang peruntukan kepada sekolah dan pusat pengajian swasta yang dituntut oleh Dong Zong,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\n\nKenyataan berkenaan dikeluarkan secara bersama 11 wakil badan bukan kerajaan (NGO) yang menghadiri pertemuan bagi membincangkan mengenai isu UEC.\n\n\nNGO terbabit ialah Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) yang diwakili Datuk Zainal Abidin Borhan; wakil Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dr Mohamad Saleeh Rahamad; Presiden Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPPM), Datuk Abdul Raof Hussin dan wakil Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mahmud Hishamuddin Abdul Rashid.\n\n\nWakil Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Mohd Sahandri Gani; wakil Persatuan Penulis Budiman Malaysia, Profesor Dr Abd Halim Ali; wakil Persatuan Penulis Budiman Malaysia, Profesor Madya Dr Abdul Halim Hussein dan Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti,Majlis Perundangan Melayu (MPM), Kamal Shukri Abdullah Sani.\n\n\nTurut serta ialah wakil KOR AKWAM 181, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, wakil Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohamad Zai Mustafa; wakil Persatuan Sejarah Batu Pahat, Ramlee Wahab dan Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md Kechik.\n\n\nTambah Zainal Abidin, pihaknya bersedia untuk memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam perkongsian kepakaran dan penasihatan demi negara yang sejahtera dan bersatu padu.\n\n\n\u201cMajlis Bertindak Pendidikan Kebangsaan menjunjung tinggi hasrat Kebawah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentuk Kerajaan Perpaduan yang dapat menjamin kestabilan negara berteraskan prinsip Kedaulatan Undang-undang dan Keluhuran Perlembagaan,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/14/sanusi-sedia-berdepan-anwar-di-mahkamah/", "title": "Sanusi sedia berdepan Anwar di mahkamah", "body": "6\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersedia untuk berdepan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah berhubung saman dikemukakan terhadapnya semalam.\n\n\nMenerusi satu hantaran Facebook yang dimuat naik tengah malam tadi, Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu juga tidak sedikit menunjukkan tanda-tanda untuk meminta maaf.\n\n\nSebaliknya Muhammad Sanusi menegaskan beliau hanya mengisahkan \u2018sejarah\u2019 selain memuat naik surat peguamnya daripada firma Yusfarizal Aziz & Zaid Advocates & Solicitors kepada Tetuan SN Nair & Partners yang mewakili Anwar bertarikh 7 Disember lalu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPUTRA sangkal dakwaan mahu sertai PN\n\n\n\n\n\n\nMB Kedah dilarang hadiri program kerajaan persekutuan\n\n\n\n\n\n\nHormati keputusan mahkamah tolak rayuan SIS Forum\n\n\n\n\n\n\nUtamakan bantu sekolah daif berbanding sekolah persendirian Cina\n\n\n\n\n\n\nJejambat Kota Bharu siap dengan penjimatan kos RM7.9 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi surat itu, firma Yusfarizal Aziz & Zaid memaklumkan pihaknya telah diarahkan oleh Muhammad Sanusi sebagai anak guam untuk menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak menafikan ada membuat ucapan pada 13 November lalu yang disiarkan dalam akaun Facebook dengan nama \u2018Faizal Azumu\u2019.\n\n\n\u201cArtikel berita diterbitkan portal\u00a0Malaysiakini\u00a0bertajuk \u2018Kes liwat Anwar: Dulu kesian sungguh, sekarang Pas kata kena pikiaq\u2019 bertarikh 14 November dan video dimuat naik dalam aplikasi akaun YouTube\u00a0Malaysiakini\u00a0tidak berada dalam kawalan atau milikan anak guam kami.\n\n\n\u201cOleh yang demikian sekiranya terdapat apa-apa olahan atau penambahan fakta, ulasan atau komen yang membawa kepada apa-apa unsur fitnah, ia dibuat oleh portal\u00a0Malaysiakini\u00a0dan di luar kawalan anak guam kami,\u201d katanya.\n\n\nFirma itu menyatakan, surat tuntutan bertarikh 16 November oleh Tetuan SN Nair & Partners kepada Muhammad Sanusi juga tidak menyatakan dengan jelas kata-kata fitnah terkandung dalam ucapan berkenaan sebaliknya hanya menyatakan petikan secara umum.\n\n\n\u201cDalam apa jua keadaan, anak guam kami menafikan bahawa ucapan tersebut adalah terjumlah kepada suatu ucapan berunsur fitnah. Sekiranya kata-kata fitnah merujuk kepada ucapan anak guam kami berkenaan salah laku dan kes-kes jenayah melibatkan anak guam pihak tuan, anak guam kami menafikan tuduhan tersebut,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya, ucapan Muhammad Sanusi dibuat berdasarkan fakta-fakta yang sememangnya telah berlaku iaitu pada sekitar 1998, Anwar sememangnya telah dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden dan UMNO atas dakwaan salah guna kuasa dan isu moral.\n\n\nSelain itu surat tersebut turut menyatakan beberapa lagi kes melibatkan Anwar di mahkamah selain pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\u201cOleh demikian, anak guam kami melalui ucapan tersebut telah memaklumkan kepada orang ramai tentang fakta-fakta yang sememangnya berlaku pada tahun-tahun lepas, yang telah diketahui umum.\n\n\n\u201cHanya kerana anak guam pihak tuan telah diberikan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong, ia tidak menghalang mana-mana pihak daripada menyebut atau menyatakan fakta-fakta dan sejarah yang berlaku berkaitan anak guam pihak tuan,\u201d katanya.\n\n\nSurat itu turut menyatakan bahawa Muhammad Sanusi menegaskan yang dirinya mempunyai pembelaan bermerit di bawah undang-undang.\n\n\n\u201cDalam keadaan ini, kami mempunyai arahan anak guam untuk menerima tuntutan bagi pihaknya dan anak guam kami dengan ini merizabkan kesemua haknya yang diperuntukkan undang-undang,\u201d katanya"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/14/wan-rosdy-umum-portfolio-exco-pahang/", "title": "Wan Rosdy umum Portfolio EXCO Pahang", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang hari ini.\n\n\nWan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai yang sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang akan memegang portfolio Perancangan, Kewangan, Tanah, Sumber Asli, Tenaga dan Air.\n\n\nSelain itu, Wan Rosdy turut memegang portfolio Pembangunan Ekonomi, Perladangan dan Komoditi.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKabinet baharu Sabah dijangka angkat sumpah esok\n\n\n\n\n\n\n13 Laluan Di Negeri Sembilan Ditutup\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Digugurkan Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO\n\n\n\n\n\n\n\u2018Dato Malik\u2019 di tahan SPRM di bawah AMLA\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada pakaian tak hormat sensitiviti agama Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nADUN Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak memegang portfolio Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan.\n\n\nDatuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga ADUN Kerdau memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli.\n\n\nADUN Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff memegang portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan.\n\n\nRazali Kassim yang juga ADUN Muadzam Shah memenang portfolio Felda, Koperasi dan Usahawan manakala ADUN Pelangai, Datuk Seri Johari Harun memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau.\n\n\nADUN Peramu Jaya, Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi dan ADUN Guai, Datuk Sabariah Saidan memegang portfolio Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga.\n\n\nADUN Dong, Fadzli Mohamad Kamal pula memegang portfolio Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan.\n\n\nSim Chon Siang yang juga ADUN Teruntum memegang portfolio Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia manakala ADUN Triang, Leong Yu Man memegang portfolio Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan.\n\n\nSementara itu, Wan Rosdy pada sidang media di Wisma Sri Pahang \u00a0mengharapkan 10 EXCO mengetepikan sentimen politik dan perbezaan ideologi masing-masing.\n\n\nJusteru, katanya, kerjasama dapat dilakukan sebagai satu pasukan yang mantap bagi memastikan segala agenda pembangunan negeri dan kebajikan rakyat dapat terus dilaksanakan dengan cemerlang.\n\n\n\u201cLaksanakanlah setiap tugas yang diberikan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah agar hasrat untuk menjadikan Pahang sebagai sebuah negeri maju akan tercapai.\n\n\n\u201cSelain itu, saya mengharapkan rakyat Pahang juga dapat memberi kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan negeri yang baharu dibentuk ini demi kestabilan dan kemakmuran negeri,\u201d katanya.\n\n\n\n\nPada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Barisan Nasional (BN) memperoleh 17 kerusi daripada 42 kerusi DUN Pahang dan Pakatan Harapan (PH) memperoleh lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 17 kerusi.\n\n\nBerikutan itu, tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri mendorong gabungan BN dan PH.\n\n\nPahang mempunyai 42 kerusi DUN dan parti perlu mempunyai 22 kerusi untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/15/ciri-kepelbagaian-bebas-dalam-pelantikan-ahli-jac-tuanku-muhriz/", "title": "Ciri kepelbagaian, bebas dalam pelantikan ahli JAC \u2013 Tuanku Muhriz", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mencadangkan untuk memperkenalkan mekanisme kepelbagaian dan bebas apabila melibatkan pelantikan lima tokoh terbilang sebagai ahli dalam Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).\n\n\nBaginda bertitah, orang yang dipilih bukan sahaja bebas daripada sebarang bentuk pengaruh politik tetapi inklusif mencerminkan kepelbagaian masyarakat berbilang kaum dan komposisi Persekutuan iaitu negeri-negeri Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.\n\n\n\u201cPelantikan ahli daripada pelbagai latar belakang dan bebas akan membolehkan lebih ramai pihak berkepentingan diwakili. Justeru, meluaskan kepakaran dalam proses pelantikan kehakiman sambil mengekalkan kebebasan JAC.\n\n\n\u201cBeta telah dinasihatkan bahawa adalah sama pentingnya untuk Akta JAC 2009 menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan dan tidak kekal sebagai Akta Parlimen,\u2019 titah baginda pada majlis pelancaran buku \u2018Upholding The Federal Constitution: The Judicial Thoughts Of Datuk Seri Hishamudin Yunus\u2019 hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemimpin DAP gesa BN hukum semua Ahli Parlimen sokong Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nAgong Titah Rakyat Dan Agensi Kerajaan Sedia Hadapi Risiko Banjir\n\n\n\n\n\n\nKabinet belum bincang laksana semua GST\n\n\n\n\n\n\nDua sayap UMNO dapat teraju baharu, Wanita kekal\n\n\n\n\n\n\nKeputusan status Islam, pengiktirafan terhadap Mahkamah Syariah\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir sama, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta lebih 30 hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan Rayuan serta Pesuruhjaya Kehakiman.\n\n\n\n\nTuanku Muhriz juga menggesa masyarakat sivil dan pihak berkepentingan lain untuk memimpin perbincangan yang bermakna bagi mencapai aspirasi kebebasan kehakiman ini sebagai cara untuk menegakkan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara.\n\n\n\u201cJangan kita lupa, rakyat pergi ke mahkamah untuk mencari dan mendapatkan keadilan. Sama ada rayuan jenayah, rayuan terhadap keputusan kerajaan atau salah satu agensinya atau perkara peribadi, orang ramai melihat mahkamah sebagai jalan mereka untuk mendapatkan keadilan,\u201d titahnya.\n\n\nSemasa bertitah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 pada 30 November lalu, Tuanku Muhriz telah menegaskan tentang keperluan untuk memperbaharui proses pelantikan badan kehakiman sedia ada.\n\n\nDalam ucapan titahnya hari ini, baginda seterusnya bertitah walaupun niat utama suruhanjaya itu adalah untuk menegakkan kebebasan badan kehakiman namun dilihat peruntukan tadbirannya mungkin tidak selaras dengan hasrat tersebut.\n\n\n\u201cSetakat ini, Perdana Menteri melantik lima daripada sembilan anggota suruhanjaya itu. Mengikut Perlembagaan, beliau juga mempunyai kata putus dalam pelantikan hakim di mahkamah atasan.\n\n\n\u201cKita perlu berpandukan prinsip pengasingan kuasa eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman. Untuk mencapai matlamat ini, beberapa pembaharuan perlu dipertimbangkan bagi mengukuhkan kebebasan suruhanjaya itu dan akhirnya badan kehakiman,\u201d titah baginda.\n\n\nBaginda menambah, kebebasan adalah intipati badan kehakiman, justeru, beliau bertitah adalah penting bahawa kebebasan kehakiman sentiasa dipelihara dan dilindungi.\n\n\nTuanku Muhriz bertitah, hakim terikat untuk memegang ikrar sumpah jawatan mereka dengan teguh dan sentiasa mengingatkan diri mereka bahawa keputusan mereka mempunyai kesan mendalam kepada masyarakat dan oleh itu, pelantikan hakim yang bebas dan berwibawa adalah penting untuk memastikan matlamat ini tercapai.\n\n\nSementara itu, Tuanku Muhriz memuji Hishamudin yang merupakan bekas hakim Mahkamah Rayuan yang telah \u2018menghidupkan\u2019 banyak peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan terutamanya yang berkaitan dengan hak asasi.\n\n\n\u201cSepanjang khidmatnya, beliau dikenang kerana integriti dan kebebasannya, justeru, memberi laluan kepada komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk menegakkan keluhuran dan kesucian Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\u201cKeputusannya termasuk banyak bantahan pendapat barisan panel hakim namun penghakimannya adalah berdasarkan penghayatannya terhadap undang-undang, di mana dia secara elegan menerima prinsip undang-undang yang sentiasa berkembang dan menggunakannya secara bijaksana dengan objektif utama untuk memberikan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih,\u201d titahnya.\n\n\nMenurut Tuanku Muhriz, seorang hakim yang baik juga perlu menunjukkan kesabaran dan belas ihsan dalam proses membuat keputusan dan dalam konteks ini, Hishamudin adalah seorang hakim yang memiliki semua ciri penting ini yang menjadikannya menonjol sebagai hakim yang disegani. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/15/kpm-tumpu-cabaran-ekonomi-bukan-iktiraf-uec/", "title": "KPM tumpu cabaran ekonomi bukan iktiraf sijil UEC", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengutamakan isu untuk mendepani masalah ekonomi terlebih dahulu daripada memberikan ruang kepada isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).\n\n\nMenurut menterinya, Fadhlina Sidek, ini kerana tumpuan kepada cabaran ekonomi merupakan salah satu faktor utama yang akan difokuskan oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n\u201cIsu utama kerajaan Perpaduan pada hari ini akan menumpukan kepada cabaran ekonomi dan kos sara hidup.\u00a0Apa-apa isu yang terkait rapat yang sedang dibangkitkan seperti UEC dan sebagainya kita akan lihat dari semasa ke semasa,\u201d katanya dalam sidang media khas hari ini.\n\n\nFADHLINA SIDEK berucap pada Sidang Media Khas di Kementerian Pendidikan, Putrajaya hari ini.\n\n\nHadir sama adalah Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Datuk Pkharuddin Ghazali.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada kerusi bertanding, MCA dan MIC wajar keluar BN\n\n\n\n\n\n\n1.75 juta kenderaan dijangka memasuki ibu negara malam ini\n\n\n\n\n\n\nMaszlee beri bayangan bakal kembali dalam kerajaan\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah biasa dengan perpecahan \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nBekas MB Perlis hadapi 5 pertuduhan ubah wang haram RM1.06 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 26 November lalu, Dong Zong menggesa kerajaan Perpaduan mengiktiraf sijil UEC dan menginstitusikan peruntukan Sekolah Menengah Persendirian Cina secepat mungkin.\n\n\nTindakan itu mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan melalui portal berita meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu.\n\n\nKerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan satu pasukan petugas untuk mengkaji dasar UEC pada ke-14 (PRU14).\n\n\nDalam pada itu, Fadhlina berkata, biar pun UEC ada dinyatakan dalam manifesto, perkara itu akan turut diteliti semula kerana kerajaan yang dibentuk adalah merupakan Kerajaan Perpaduan.\n\n\n\u201cKita akan lihat (manifesto mengenai UEC) kerana ini adalah kerajaan Perpaduan dan kita tidak lagi bercakap mengenai manifesto kerajaan atau pun PH semata-mata.\n\n\n\u201cManifesto ini\u00a0juga kita akan lihat dari masa ke semasa mengikut keperluan dan keutamaan semasa,\u201d katanya lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/16/bekalan-telur-ayam-import-dari-india-tiba-di-klia/", "title": "Bekalan telur ayam import dari India tiba di KLIA", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) membenarkan kemasukan telur ayam import dari India pagi ini melalui laluan udara sebagai fasa percubaan.\n\n\nKementerian itu dalam kenyataan hari ini, memaklumkan ia bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati segala piawaian yang ditetapkan.\n\n\n\u201cMAFS telah membawa masuk telur ayam dari negara luar untuk menampung kekurangan bekalan telur yang sedang dihadapi negara sejak beberapa bulan yang lalu.\n\n\n\u201cJabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk secara ujian Hold, Test and Release (HTR), yang merangkumi ujian PCR untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPasport Zahid dikembalikan petanda awal dibebaskan \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\nUiTM tubuh Task Force kaji penggabungan tiga fakulti\n\n\n\n\n\n\nBapa belajar hisap dadah daripada anak\n\n\n\n\n\n\nAnwar tidak terganggu tuduhan tindakan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat khas SPR bincang PRK DUN Pelangai pada Khamis ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPengujian yang dijalankan ini adalah bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih, halal dan bebas dari segala penyakit di samping melindungi industri penternakan negara,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMAFS berkata, segala protokol dan tatacara yang ditetapkan oleh kerajaan juga sudah dipatuhi tanpa kompromi.\n\n\n\u201cHasil ujian yang dilaksanakan oleh MAQIS dan DVS mendapati telur ayam yang diimport bebas dari segala penyakit, selamat dan mematuhi segala piawaian yang ditetapkan bagi kegunaan pasaran negara.\n\n\n\u201cSehubungan itu, kementerian bersetuju memberikan kebenaran sementara kemasukan telur ayam daripada sumber luar dan kebenaran ini akan dikaji semula apabila bekalan telur dalam negara kembali stabil,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan.\n\n\n\n\n\u201cSebaliknya, bagi memastikan kecukupan bekalan telur ayam dalam negara dengan harga yang kompetitif selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutamakan kebajikan rakyat,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/16/dr-mahathir-letak-jawatan-pengerusi-pejuang/", "title": "Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).\n\n\nPerkara tersebut disahkan oleh sumber parti itu, bagaimanapun menegaskan bekas Perdana Menteri itu kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA).\n\n\n\u201cDr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang, kekal sebagai Pengerusi GTA,\u201d kata sumber.\n\n\nMenurut sumber itu, satu pengumuman rasmi akan dibuat oleh Dr Mahathir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgong titah bangunkan Wilayah Persekutuan sebagai bandar raya unggul\n\n\n\n\n\n\nPegawai KPDN diarah jumpa pemilik restoran henti jual Menu Rahmah\n\n\n\n\n\n\nKJ jumpa PN minggu hadapan\n\n\n\n\n\n\nKDN warta larangan penerbitan berunsurkan LGBTQ+ jam Swatch\n\n\n\n\n\n\nPelantikan Zahid Sebagai TPM, Punca Imej Integriti & Bebas Rasuah PH Tercalar\n\n\n\n\n\n\n\n\nDifahamkan, Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Pejuang kedua akan diadakan pada 14 Januari depan.\n\n\nDalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Langkawi, calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah memperoleh majoriti 13,518 undi menewaskan Armishah Siraj (BN), Zabidi Yahya (PH), Dr Mahathir dan Abd Kadir Sainudin (Bebas)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/16/fahmi-nafi-halang-ridhuan-tee-muncul-di-televisyen/", "title": "Fahmi nafi halang Ridhuan Tee muncul di televisyen", "body": "1\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menafikan beliau mengeluarkan arahan untuk menghalang pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah daripada muncul di kaca televisyen.\n\n\nFahmi berkata, program Forum Perdana Ehwal Islam tersebut bukan di bawah bidang kuasa beliau.\n\n\n\u201cTidak,\u201d katanya ringkas.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar guna kenderaan sedia ada, tolak Mercedes S600\n\n\n\n\n\n\nPM mahu Timbalan Menteri fokus laksana perancangan, perubahan untuk rakyat\n\n\n\n\n\n\nCagar caruman KWSP heret masalah baharu rakyat \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nKes keganasan kanak-kanak perlu diteliti, bendung jenayah penderaan\n\n\n\n\n\n\nF-22 \u201cRaptor\u201d tembak jatuh sekali lagi objek misteri selepas belon pengintip China\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan amanat di kementeriannya hari ini.\n\n\nBaru-baru ini, Ridhuan melahirkan rasa kesal apabila beliau disekat menjadi panel dalam program Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).\n\n\nMalah, Tokoh Maulidur Rasul dan Maal Hijrah tersebut juga menzahirkan rasa sedih apabila rancangan bual bicara popular setiap Khamis itu turut dibatalkan kerana ada penampilan dirinya.\n\n\n\u201cForum Perdana dibatalkan. Baru sahaja dapat notis daripada pihak RTM. Saya tidak dibenarkan keluar,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/16/lelaki-hina-agong-berkaitan-pelantikan-pm-direman-3-hari/", "title": "Lelaki hina Agong berkaitan pelantikan PM direman 3 hari", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan terhadap satu hantaran di Facebook yang berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong berkaitan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nSetiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 33 tahun itu direman selama tiga hari bermula Jumaat selepas ditahan pada Khamis oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.\n\n\nMenurutnya, turut dirampas satu telefon bimbit jenama Vivo serta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran berkenaan.\n\n\nKes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS kekal di Kelantan dan Terengganu\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di Lima Negeri Terus Menurun\n\n\n\n\n\n\nHina Quran \u2013 Iraq singkir Duta Sweden\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat Dewan Rakyat berlangsung pada 19 dan 20 Disember\n\n\n\n\n\n\nRM40,000 Elaun Pengerusi FGV Naik, Pengarah Dapat RM12,500 Sebulan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut mengingatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial untuk membangkitkan kegusaran dan kebencian yang boleh menggugat keharmonian negara terutama yang melibatkan isu 3R iaitu Raja (rulers), agama (religions) dan bangsa (races).\n\n\n\u201cTindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,\u201d ujarnya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/16/lima-gabungan-parti-politik-meterai-perjanjian/", "title": "Lima gabungan parti politik meterai perjanjian", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Lima gabungan parti politik hari ini memeterai pemuafakatan dan perjanjian persefahaman bagi mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.\n\n\nMajlis menandatangani pemuafakan berkenaan berlangsung di Bangunan Perdana Putra hari ini.\n\n\nProgram dimulakan dengan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani setiausaha-setiausaha gabungan politik iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (BN), Datuk Loretto S Padua Jr (Warisan), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (GPS) dan Datuk Seri Masidi Manjun (GRS).\n\n\nMajlis kemudian diteruskan dengan majlis menandatangani perjanjian sama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi PH; Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi; Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM Sokong Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nMulai Rabu tidak perlu lagi pelitup muka dalam pengangkutan awam, hospital\n\n\n\n\n\n\nBekalan air Melaka bertahan hingga Ogos\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan aerotrain KLIA digantung sementara bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nMerapi meletus lagi, muntahkan awan panas dan lava\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu; Presiden Parti Ikatan Demokratik (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng.\n\n\nKerajaan Perpaduan hari ini dibentuk hasil gabungan PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selain beberapa wakil rakyat Bebas dan parti kecil.\n\n\nMajlis pemuafakatan itu penting bagi Anwar selaku Perdana Menteri dan\u00a0Kerajaan Campuran\u00a0yang diketuainya demi mengukuhkan kestabilan dan kedudukan kerajaan sekarang.\n\n\nIa sekali gus mendahului usul percaya dan keabsahan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang bakal dibentangkan di Parlimen Isnin ini.\n\n\nKerajaan Campuran dibuat atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimana Anwar dilantik sebagai Perdanan Menteri bagi mengetuai kerajaan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/16/mahkamah-arah-keluarga-altantuya-dibayar-rm5-juta-rm75000/", "title": "Mahkamah arah keluarga Altantuya dibayar RM5 juta, RM75,000", "body": "3\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Mahkamah Tinggi memerintahkan Kerajaan Malaysia serta empat defendan lain membayar ganti rugi am dan teladan terhadap keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu\u00a0sebanyak RM5 juta dan RM75,000 kepada plaintif hari ini.\n\n\nHakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera mengeluarkan arahan demikian selepas pihak plaintif berjaya membuktikan kes terhadap defendan tiga defendan dan defendan keempat (Kerajaan Malaysia) sebagai majikan kepada defendan pertama dan kedua.\n\n\nTerdahulu bapa mendiang, Dr Shaariibuu Setev; ibunya, Altantsetseg Sanjaa serta dua anak lelaki Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan tuntutan saman pada 4 Jun 2007.\n\n\nKeluarga itu mendakwa, kematian ahli keluarga pada 2006 itu menyebabkan mereka mengalami trauma mental dan psikologi, selain melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan teruk.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat dakwaan pegawai Imigresen dicederakan ketika jalani ujian kecergasan\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO dijangka beri sokongan kepada Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\nNga Kor Ming suruh Hadi bertaubat\n\n\n\n\n\n\nPertemuan Anwar-Ahmad beri hasil baik kepada Kelantan\n\n\n\n\n\n\nKKM cadang pemakaian semula pelitup muka ke sekolah\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam penfailan tersebut, mereka menamakan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar; peguam dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan kerajaan sebagai defendan.\n\n\nBagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga dikeluarkan daripada senarai plaintif berikutan meninggal dunia pada 2017.\n\n\nSeramai 26 saksi plaintif, termasuk bapa serta anak sulung Altantuya memberi keterangan dalam perbicaraan yang bermula pada 2019.\n\n\nDefendan iaitu kerajaan mengemukakan tiga saksi dan Abdul Razak memilih tidak memberi keterangan bagi menjawab tuntutan saman terbabit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/16/tragedi-batang-kali-dua-mangsa-ditemui-maut/", "title": "Tragedi Batang Kali: Lapan mangsa disahkan maut setakat jam 9 pagi", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat: Seorang kanak-kanak antara mangsa yang disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Gohtong Jaya, awal pagi tadi.\n\n\nMenurut polis, setakat jam 0 pagi tadi, 92 mangsa disahkan terlibat, 53 orang ditemui selamat, 7 cedera, 8 meninggal dunia manakala 24 mangsa masih belum ditemui dalam kejadian di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father\u2019s Organic Farm itu.\n\n\nDilaporkan, kejadian tersebut berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.\n\n\nKetinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM umum sekolah cuti khas Aidilfitri pada 19 April\n\n\n\n\n\n\nKabinet Putuskan Beri Pilihan Pada Pengguna\n\n\n\n\n\n\nExco DAP cuba semarakkan Islamofobia, biadap \u2013 Haji Amin\n\n\n\n\n\n\nHarimau Malaya tewaskan Thailand 1-0 di Bukit Jalil\n\n\n\n\n\n\nPemandu Mercedez belasah doktor direman empat hari\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeramai 37 individu berjaya diselamatkan selepas dipercayai terperangkap di tapak perkhemahan berkenaan dan kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan.\n\n\n\n\nBagaimanapun polis masih belum mengesahkan identiti kedua-dua mangsa.\n\n\nDifahamkan, jumlah mangsa seramai 79 orang termasuk 15 pekerja tapak perkhemahan.\n\n\nSeramai 37 orang diselamatkan di tapak perkhemahan berhampiran Gohtong Jaya berikutan tanah runtuh berhampiran sebuah ladang organik awal pagi ini.\n\n\nBerdasarkan, sejumlah 79 orang mangsa yang berada di tapak perkhemahan tersebut terlibat dengan kejadian runtuhan yang berlaku.\n\n\n\n\nSeramai 23 orang dalam keadaan selamat, dua orang meninggal dunia, tiga orang cedera dan 51 orang masih tidak ditemui.\n\n\nUsaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak bomba serta dibantu bersama oleh agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, PDRM, APM, KKM dan Pasukan SMART.\n\n\nTerdahulu, menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/16/tragedi-batang-kali-tapak-perkhemahan-beroperasi-secara-haram-sejak-2020/", "title": "Tragedi Batang Kali: Tapak perkhemahan beroperasi secara haram sejak 2020", "body": "2\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Tiga tapak perkhemahan yang terbabit dalam kejadian runtuhan cerun di Jalan Batang Kali-Goh Tong dikenal pasti beroperasi secara haram sejak 2020.\n\n\nMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ketiga-tiga tapak berkenaan sebaliknya hanya memiliki Kebenaran Merancang untuk aktiviti pertanian organik yang diluluskan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 2019.\n\n\nSehubungan itu, pengusaha tapak berkenaan dikenal pasti melanggar peruntukan di bawah Akta Jalan Saliran dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang memperuntukkan hukuman penjara selama tiga tahun atau denda maksimum RM50,000.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Permohonan Rosmah\n\n\n\n\n\n\nBersatu Sabah tiada akar umbi, bakal \u2018tutup kedai\u2019\n\n\n\n\n\n\n11,557 Pengundi Awal Mengundi Esok\n\n\n\n\n\n\n5 pegawai Sivakumar ditamat perkhidmatan, 1 bertukar jabatan\n\n\n\n\n\n\nZahid lantik \u2018orang\u2019 sendiri kukuhkan kedudukan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerajaan akan ambil tindakan tegas (ke atas pengusaha). Kedaulatan undang-undang adalah Rukun Negara kita, tiada siapa yang boleh melangkaui undang-undang.\n\n\n\u201cMalah, tindakan ini bukan hanya tertakluk kepada pengusaha tapak ini, sebaliknya akan diperluas ke seluruh negara. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh mengeluarkan kompaun manakala Pejabat Peguam Negara (AGC) akan membuat pertuduhan di mahkamah.\n\n\n\u201c(Semua pengusaha tapak perkhemahan tidak berlesen diminta) hentikan operasi masing-masing, segera mohon lesen sebelum tindakan diambil,\u201d katanya pada sidang media hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/18/dicalon-speaker-parlimen-adun-gurun-letak-jawatan/", "title": "Dicalon Speaker Parlimen, ADUN Gurun letak jawatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun di Kedah, Datuk Johari Abdul mengumumkan meletak jawatan sebagai ADUN pada hari ini (Ahad).\n\n\n\n\nDatuk Johari Abdul\n dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook rasminya mengesahkan beliau telah mengutuskan sepucuk surat kepada Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat bagi tujuan itu yang maa surat itu \u00a0telah sah diterima bertarikh 13 Disember 2022.\n\n\n\n\nPengumumanan beliau itu\u00a0 menjadikan spekulasi dirinya tercalon\u00a0 sebagai Speaker Parlimen semakin menjadi kenyataan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cDi kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Speaker yang telah memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian secara aktif dalam DUN Kedah.\u00a0 Saya juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh rakyat Gurun dan pengundi-pengundi saya di sana.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah itu, inti pati surat berkenaan menjelaskan beliau memaklumkan kepada Speaker DUN Kedah bahawa kerusi DUN Gurun disandangnya sebelum ini dikosongkan berkuat kuasa secara serta-merta pada tarikh surat dihantar.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTuan-tuan dan puan-puan telah pun memberikan kerjasama dan kepercayaan luar biasa terhadap saya dalam menjalankan tugasan sebagai ADUN Gurun. Insya-ALLAH kita akan berjumpa lagi dan saya yakin hubungan baik kita akan berkekalan dalam membangunkan negeri Kedah.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan \nvideo\n melalui aplikasi Whatsapp turut mengucapkan terima kasih\u00a0 kepada penyokong yang memberikan kerjasama dan kepercayaan luar biasa terhadap beliau dalam menjalankan tugas sebagai ADUN Gurun.\n\n\n\n\n\n\n\n\nNama Johari Abdul adalah antara nama yang\u00a0 disebut-sebut bakal menjawat jawatan Speaker Parlimen.\n\n\n\n\nSidang majlis mesyuarat penggal pertama persidangan Dewan Rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan pada 19 November ini.\n\n\n\n\nSelain Johari yang bakal mewakili blok kerajaan, nama bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad difahamkan turut dicalonkan blok pembangkang diketuai Perikatan Nasional (PN) bagi jawatan itu.\n\n\n\n\nBerdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan sebagai urusan persidangan paling utama, diikuti pelantikan Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.\n\n\n\n\nAturan mesyuarat seterusnya diikuti upacara angkat sumpah ahli-ahli Parlimen yang menang PRU15 diikuti pemilihan dua Timbalan Speaker Parlimen.\n\n\n\n\nPada 2 Disember, media melaporkan, Tan Sri Azhar Azizan Harun mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang.\n\n\n\n\n\n\nBagi jawatan Timbalan Speaker Parlimen, Ahli Parlimen Lanang daripada DAP, Alice Lau dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Md Nor daripada Barisan Nasional (BN) dilapor dicalonkan bagi blok kerajaan.\n\n\n\n\nManakala PN\u00a0 dilaporkan akan mencalonkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin bagi jawatan Timbalan Speaker Parlimen.\n\n\n\n\nMemetik Sinar, sumber Pejabat Parlimen memaklumkan seseorang ahli politik yang tercalon bagi jawatan Speaker Parlimen harus melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat di peringkat DUN negeri bagi mengelakkan pertindihan tugasan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/18/pemimpin-pn-mesyuarat-bincang-usul-undi-percaya-pm/", "title": "Pemimpin PN mesyuarat, bincang usul undi percaya PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dilihat berkumpul di luar pekarangan Dewan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Clubhouse hari ini.\n\n\nIa dipercayai berhubung Mesyuarat Jawatankuasa PN yang membincangkan mengenai pendirian terhadap usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 November ini.\n\n\nMesyuarat yang bermula sejak jam 4.30 petang di dalam Dewan PAUM itu turut dihadiri pemimpin akar umbi termasuk ahli Parlimen PN.\n\n\nTerdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan, Mesyuarat Jawatankuasa PN akan diadakan pada Ahad bagi membincangkan pendirian gabungan parti itu mengenai usul undi percaya kepada Anwar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSultan Nazrin berkenan umum Lat sebagai Seniman Diraja\n\n\n\n\n\n\nMB menghadap Sultan Terengganu esok, pohon perkenan bubar DUN\n\n\n\n\n\n\nRamasamy letak semua jawatan, umum keluar DAP\n\n\n\n\n\n\nJohari Ghani dilantik ketua pasukan bertindak 1MDB\n\n\n\n\n\n\nAgong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin berkata, walaupun beliau yakin sebahagian besar Ahli Parlimen daripada PN tidak akan menyokong usul berkenaan, keputusan mereka sama ada menyokong atau sebaliknya itu tidak boleh dipaksa.\n\n\nPersidangan Dewan Rakyat yang pertama di bawah Kerajaan Campuran akan bermula pada 19 November ini dengan agenda utama antara lain bakal menyaksikan pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri.\n\n\nUsul undi percaya itu bertujuan membuktikan Anwar yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu mendapat sokongan Ahli-ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/18/tiada-keperluan-prk-dun-gurun-pengosongan-kerusi-hampir-tamat-penggal/", "title": "Tiada keperluan PRK DUN Gurun, pengosongan kerusi hampir tamat penggal", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pilihan raya kecil\u00a0 Dewan Undangan Negeri\u00a0 (DUN) Gurun tidak perlu diadakan memandangkan tempoh pengosongan kerusi itu terlalu hampir dengan pengakhiran penggal.\n\n\nSpeaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat berkata, mengikut perundangan sedia ada, PRK hanya perlu diadakan sekiranya pengosongan jawatan itu dibuat dalam tempoh dua tahun sebelum tempoh penggal berakhir.\n\n\n\u201cNamun disebabkan tempoh sangat singkat iaitu kira-kira hanya tujuh bulan sahaja lagi sebelum penggal berakhir, ini bermakna tidak perlu lagi PRK. Kerusi\n\u00a0\u00a0\nGurun itu akan dibiarkan kosong dalam sidang DUN akan datang,\u201d\n\n\nSebelum itu pada pagi Ahad, Ketua Pembangkang DUN Kedah, Datuk Johari Abdul mengumumkan keputusan mengosongkan kerusi DUN Gurun yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, berkuat kuasa serta merta.\n\n\nBagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara terperinci faktor pengunduran itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan tiba di Vietnam\n\n\n\n\n\n\nKPM tumpu cabaran ekonomi bukan iktiraf sijil UEC\n\n\n\n\n\n\nSOSMA : Kaji Semula Bukan Hapuskan, Saya Tidak Setuju \u2013 Musa Hasan\n\n\n\n\n\n\nMustahil Dihapuskan, Perlu Dijinak Supaya Lebih Bersifat Nasional\n\n\n\n\n\n\n525 Pelajar Positif, 15 Sekolah Ditutup Di Kedah\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun nama beliau disebut-sebut antara calon bagi jawatan Speaker Parlimen yang akan mengadakan sidang majlis mesyuarat penggal pertama pertama persidangan Dewan Rakyat pasca PRU15 pada esok (19 November)\n\n\nMengulas lanjut, Juhari berkata, ADUN pembangkang perlu mengadakan mesyuarat bagi menentukan individu yang akan menggantikan Johari selaku ketua pembangkang.\n\n\n\u201cItu terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan siapa yang layak dan gantikan tempat tersebut namun perlu maklumkan keputusan tersebut secara rasmi kepada saya.\u201d\n\n\nJohari menjadi ADUN Gurun sejak 2018 selepas menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 4,207 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/18/tragedi-batang-kali-fathers-organic-farm-mohon-maaf/", "title": "Tragedi Batang Kali : Father\u2019s Organic Farm zahir simpati kepada mangsa", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Pengurusan tapak perkhemahan, Father\u2019s Organic Farm menzahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terjejas akibat tragedi tanah runtuh yang berlaku di kawasan penyeliaan syarikat itu pada Jumaat lalu.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cKami dengan rendah memohon maaf kepada semua mangsa terjejas akibat tragedi.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nMenerusi kenyataan tapak perkhemahan itu yang disiarkan menerusi laman Facebook rasminya pada Ahad, pengurusan tapak berkenaan turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua waris mangsa yang terlibat.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cHati kami bersama anda semua dan semoga roh mereka yang terkorban tenang di sana. Kami juga mendoakan mangsa yang terselamat sembuh sepenuhnya dan jaga diri baik-baik.\u201d\u00a0\n\n\nFather\u2019s Organic Farm turut berkongsi rasa duka cita dan simpati mereka terhadap semua mangsa dan waris yang terkesan akibat tragedi berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO, BN Negeri Sembilan Sedia Tanding Sendirian Dalam Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nAbang Grab boleh kerja balik, akaun diaktif semula\n\n\n\n\n\n\nTurkiye tidak ambil hati Malaysia pilih pesawat buatan Korea\n\n\n\n\n\n\nTular Tikus Jamah Ayam, Restoran Ditutup 14 Hari \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\nDAP bermuka-muka, `memperkuda\u2019 orang Melayu \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nMisi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa tanah runtuh yang hilang masih diteruskan.\n\n\nSementara itu, 24 nyawa lain terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terbabit dalam tragedi itu.\n\n\nTragedi tanah runtuh itu berlaku pada pukul 2.42 pagi Jumaat lalu di sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan yang terletak di Jalan Genting \u2013 Batang Kali."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/18/tragedi-batang-kali-jenazah-nurul-azwani-selamat-dikebumikan/", "title": "Tragedi Batang Kali : Jenazah Nurul Azwani selamat dikebumikan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Jenazah salah seorang mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor Nurul Azwani Kamaruzaman, 31, selamat dikebumikan malam tadi.\n\n\nAllahyarham dikebumikan di\u00a0 Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak), Taman Selasih,\u00a0 kira-kira jam 10 malam.\n\n\nSebelum itu jenazah dimandi dan dikafankan di Hospital Sungai Buloh, Selangor, selepas selesai proses pengecaman kira-kira jam 7 malam.\n\n\nJenazah kemudian dibawa ke Masjid Abu Hurairah, Kampung Batu, Batu 5,\u00a0 untuk disembahyangkan.\n\n\nJenazah Nurul Azwani disolatkan di Masjid Abu Hurairah, Kampung Batu, Batu 5, Kuala Lumpur.\n\n\nAllahyarham Azwani merupakan pekerja kantin Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJKC Mun Choong dan beliau ke tapak khemah Father\u2019s Organic Farm kerana menemani dua anak majikannya.\n\n\nIdentitinya dikenal pasti berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan\u00a0 oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pada Sabtu.\n\n\n\u201cSaya cuba menghubunginya kira-kira jam 10 malam Khamis lalu, tetapi gagal kerana liputan telekomunikasi kurang elok. Namun, dia menghubungi saya semula. Kami bercakap mengenai tiket bas untuk balik kampung di Gua Musang, Kelantan yang dijadual semalam. Kiranya, itu kali terakhir kami bercakap. Tidak jangka pula, hari yang sepatutnya kami pulang kampung adalah hari dia pergi buat selamanya,\u201d \u2013 Siti Esah Hassan / ibu Allahyarham Nurul Azwani Kamaruzaman\n\n\nMemetik Berita Harian, Ibu Allahyarham, Siti Esah Hassan, 53, berkata kali terakhir dia bercakap dengan anak sulungnya itu, kelmarin.\n\n\nSiti Esah berkata Allahyarham yang mesra disapa Wani itu pasti merancang pulang ke kampung setiap kali cuti sekolah.\n\n\nKatanya, walaupun mereka sekeluarga sudah tinggal di Kuala Lumpur, Azwani tetap pulang melawat keluarga di Kelantan, lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah selama tiga minggu ini.\n\n\nJenazah mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali, Allahyarham Nurul Azwani Kamaruzaman diusung ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (KL-Karak) malam tadi. \u2013 Foto:BERNAMA\n\n\nAllahyarham merupakan antara 24 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.42 pagi, Jumaat lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/18/tragedi-batang-kali-nadma-kongsi-21-nama-mangsa-meninggal-dunia/", "title": "Tragedi Batang Kali : NADMA kongsi 21 nama mangsa meninggal dunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 21 orang\u00a0 mangsa yang meninggal dunia susulan kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor telah dikenal pasti setakat jam 1 tengah hari Ahad.\n\n\nAgensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan berkata, individu tersebut adalah Lim Wei Xin (36 tahun), Hong Mei Jing (38), Nurul Azwani Kamaruzaman (31), Lai Lee Yin (37), Lai Lee Koon (44), Ka Kok Boon (43).\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPematuhan SOP Perlu Berterusan\n\n\n\n\n\n\nPM digesa tolak tuntutan Dong Zong iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nPH salahkan Tun M dalam Ops lalang, tapi masih lantik sebagai PM\n\n\n\n\n\n\nRamadan : rakyat dinasihat jangan membazir makanan \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nAnwar guna kenderaan sedia ada, tolak Mercedes S600\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut dikenal pasti, Eng Choon Wen (43), Ka Sin Ya Vanya (6), Lam Sook Man (37), Wong Kim Yap (34), Fong Choy Kee (43), Liu Pei Si (44), Chin Su King (36), Lai Chee Sam (33) dan Gain Choo Yin (35).\n\n\nSelain itu, enam lagi mangsa melibatkan kanak-kanak adalah Tong Kai En (9), Zech Loh Qi Yi (7), Eng Huai Yi (12), Ng Yee Tong (11), Daniel Khor Yen (5) dan Wong Zi Hang (1).\n\n\nMenurut Nadma, proses bedah siasat untuk semua 24 mayat yang dijumpai telah selesai dijalankan.\n\n\nTambahnya, proses mengenalpasti mayat mangsa dijalankan dengan menggunakan kombinasi tiga kaedah iaitu pengecaman DNA, cap jari, dan pengecaman pihak waris pada wajah atau pun barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTiga daripada 24 mangsa yang meninggal dunia sedang dikenal pasti melalui kaedah-kaedah ini,\u201d katanya pada Ahad.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, Nadma turut mengeluarkan status bagi lapan mangsa yang dirawat.\n\n\n\n\n\n\n\n\nDaripada jumlah tersebut, lima daripadanya telah dibenarkan keluar dan tiga iaitu Tan Ei Ein (43), Ling Zi Xuan (19) dan Loh Teng Shui (44) masih menerima rawatan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,\u201d \u2013 NADMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/18/tragedi-batang-kali-operasi-sar-diteruskan-jam-900-pagi-ini/", "title": "Tragedi Batang Kali : Operasi SAR diteruskan jam 9:00 pagi ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Operasi mencari dan menyelamat mangsa,\u00a0 SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father\u2019s Organic Farm, di Jalan Gohtong Jaya \u2013 Genting, di Batang Kali,\u00a0 Selangor\u00a0 akan disambung\u00a0 jam 9:00 pagi ini.\n\n\nOperasi mengesan sembilan lagi mangsa yang hilang diteruskan sehingga jam 4:00 pagi tadi.\n\n\n\n\nMemetik Awani, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, selepas tempoh itu operasi SAR akan ditangguhkan sementara waktu dan bersambung semula pada jam 9 pagi Ahad.\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian dalam satu sidang media pada jam 9:00\u00a0 malam tadi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya ingin nyatakan bahawa pihak kami memberi fokus kepada lima agensi utama, yang mempunyai kepakaran dalam kita meneruskan operasi terutama sekali di waktu malam. Saya difahamkan setakat operasi ini walaupun keadaan cuaca hujan (pada waktu ini) tetapi saya difahamkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meneruskan usaha-usaha untuk mencari mangsa yang mungkin masih hilang atau tertimbus pada malam ini,\u201d\n\n\n\n\n\n\nJelas Suffian lagi\u00a0 fokus pencarian pada malam ini akan meliputi kesemua sektor iaitu A (Hillview), B (Farmview) dan C (Riverside).\n\n\n\n\nSehingga jam 12:35 minit malam pada Ahad,\u00a0 mayat ke-15 telah\u00a0 dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selepas proses bedah siasat selesai.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetakat ini, seramai 24 mangsa terkorban dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father\u2019s Organic Farm."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/18/tragedi-batang-kali-siasat-pengurus-fathers-organic-farm-elak-kejadian-sama-berulang/", "title": "Tragedi Batang Kali: Siasat pengurus Father\u2019s Organic Farm, elak kejadian sama berulang", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad\n \u2013 \nPersatuan Penyelidik Sumber Asli, Pertanian dan Alam Sekitar Malaysia (SALAM) menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan ke atas pengurus Father\u2019s Organic Farm, Batang Kali yang tidak mempunyai lesen atau permit untuk melakukan aktiviti perkhemahan di lokasi itu.\u00a0\n\n\nAhli Jawatan Kuasa (AJK) Pusat Persatuan itu, Fadhilah Othman percaya pihak berkuasa akan melaporkan kajian lebih terperinci bagi mengenal pasti punca berlakunya tanah runtuh untuk tindakan pemulihan.\u00a0\n\n\n\u201cDalam kes ini pihak berkuasa tempatan (PBT) kena bertanggungjawab penuh kerana tidak memantau aktiviti-aktiviti haram atau yang tidak mendapat kelulusan ini, Father\u2019s Organic Farm contohnya dikatakan telah menjalankan aktiviti perkhemahan tanpa lesen ni sejak tahun 2020 lagi.\u201d\n\u00a0\u00a0\n\n\nBeliau berkata kepada TV Pertiwi ketika diminta mengulas mengenai kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father\u2019s Organic Farm, Batang Kali yang berlaku pada Jumaat lalu sehingga meragut 24 nyawa setakat ini.\u00a0\n\n\nPihak berkuasa bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Father\u2019s Organic Farm, Batang Kali.\n\n\nFadhilah turut mencadangkan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT) mempertingkatkan proses kelulusan permohonan lesen yang melibatkan aktiviti rekreasi luar dengan menjadikan lereng bukit antara kawasan risiko berlakunya bencana sebagai tapak perkhemahan dengan piawaian ketat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSatu PPS dibuka tempatkan mangsa ribut di Sepang\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil alih siasatan jika ada unsur khianat nahas Elmina\n\n\n\n\n\n\nMPN Setuju Malaysia Kembali Sebagai Negara Pertanian\n\n\n\n\n\n\nKematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nDAP tidak perlu minta maaf, henti timbul isu \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, beliau juga menasihati orang ramai yang ingin bercuti supaya merancang percutian dengan sebaik-baiknya terutama dari aspek keselamatan bagi mengelakkan aktiviti berisiko seperti tanah tinggi dan lereng bukit ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.\u00a0\n\n\nSemalam, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi itu memaklumkan siasatan terhadap pengurus yang mengendalikan tapak perkhemahan berkenaan akan dilakukan selepas operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh tersebut berakhir.\u00a0\n\n\nJelasnya, untuk peringkat awal, pihak polis akan mengambil keterangan daripada pengurus lelaki terbabit selain tumpuan utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika ini ialah usaha operasi SAR baki sembilan mangsa yang masih hilang dalam insiden itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/19/23-sungai-di-pantai-timur-pada-paras-bahaya/", "title": "23 sungai di Pantai Timur pada paras bahaya", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sebanyak 23 sungai di Pantai Timur dilaporkan berada diparas bahaya setakat 12 tengah hari tadi berikutan hujan berteruaan sejak beberapa hari lalu, menurut\u00a0laman web info banjir Jabatan Pengairan san Saliran (JPS)\n\n\nDi Pahang membabitkan Sungai Keratong berada di paras 11.74 meter (m) manakala di Kelantan merekodkan 13 sungai di paras bahaya iaitu di Jambatan Merok pada paras 9.8m, Sungai Lanas (29.68m) dan Sungai Lebir (39.32m)\n\n\nRantau Panjang (10.7m), Kampung Jenob (25.07m), Kampung Jambu (2.99m), Sungai Golok (24.97m), Kampung Sungai Nal (29.24m).\n\n\nSebanyak 15 sungai di Terengganu pula turut berada di paras bahaya iaitu Sungai Besut (10.31m), Sungai Dungun (13.58m), Sungai Peneh (37.58m), Sungai Kemaman (14.91m).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Operasi SAR ditamatkan jam 12 tengah hari\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa hanya pilih parti \u2018berhaluan baik\u2019\n\n\n\n\n\n\nGEG Perlu Sokongan Wakil Rakyat Demi Selamatkan Dua Juta Nyawa\n\n\n\n\n\n\nDua produk kosmetik dilarang guna ada kandungan racun berjadual\n\n\n\n\n\n\nDasar pendidikan tinggi perlu dikaji semula \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\n\n\nManakala Sungai Tebak (19.88m), Sungai Tumpat (2.88), Sungai Marang (3.85m), Sungai Chalok (10.22m), Sungai Nerus (23.41m), Sungai Setiu (10.04m), Sungai Besut (26.05m) dan Sungai Berang (26.5m),\u201d katanya.\n\n\nSementara itu,\u00a0\u00a0beberapa sungai di Kedah, Sarawak, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Perlis ketika ini berada di tahap amaran serta berjaga-jaga."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/19/anwar-bukti-keabsahan-sebagai-pm-di-parlimen/", "title": "Anwar bukti keabsahan sebagai PM di Parlimen", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim lulus dengan undian suara majoriti petang ini.\n\n\nKeputusan itu dicapai setelah Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul tidak mengadakan undian belah bahagi.\n\n\nDengan keputusan itu, Anwar kekal sebagai Perdana Menteri, kira-kira tiga minggu selepas mengangkat sumpah jawatan setelah membentuk Kerajaan Campuran dengan Barisan Nasional (BN) dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia berminat sertai pembangunan IKN Nusantara dengan potensi nilai RM1b\n\n\n\n\n\n\nKaji Semula SOP Masjid -Pakar Epidemiologi\n\n\n\n\n\n\nMUDA bantah JAIS larang umat Islam lawat rumah ibadah lain\n\n\n\n\n\n\nGuna ikon hanya mainan politik, hapuskan sekolah vernakular \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\nPeperiksaan bertulis SPM 2022 bermula 20 Februari\n\n\n\n\n\n\n\n\nMelalui undian suara, Ahli Parlimen perlu berkata \u2018setuju\u2019 atau \u2018tidak bersetuju\u2019 terhadap sesuatu usul.\n\n\nParlimen membahaskan usul itu terlebih dahulu.\n\n\nDalam sesi itu, Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau) mencadangkan gabungan itu tidak mengambil bahagian dalam pengundian.\n\n\nKatanya, tiada keperluan berbuat demikian kerana Yang di-Pertuan Agong sudah pun melantik Anwar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/19/datuk-johari-abdul-dipilih-speaker-dewan-rakyat/", "title": "Datuk Johari Abdul dipilih Speaker Dewan Rakyat", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu selepas memperoleh undi sokongan tertinggi dari Ahli-Ahli Dewan Rakyat.\n\n\nSetiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Mydin Bacha Mydin ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Johari memperoleh sokongan 147 undi, sementara seorang lagi calon yang juga bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad memperoleh 74 undi.\n\n\nPada proses pengundian itu, setiap Ahli Parlimen diberi satu kertas dan mereka perlu menulis nama calon yang disokongnya, sebelum kiraan undi dibuat.\n\n\nTerdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukan cadangan mencalonkan Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari sebagai calon Speaker Dewan Rakyat mewakili kerajaan dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Terus Menurun, Bawah 40,000 Orang\n\n\n\n\n\n\nPERKASA gesa Syed Saddiq lebih peka isu agama Islam\n\n\n\n\n\n\nAl Fatihah : Mohd Isa pemimpin tegar, perjuangkan penduduk miskin sejak dulu\n\n\n\n\n\n\nMulai Rabu tidak perlu lagi pelitup muka dalam pengangkutan awam, hospital\n\n\n\n\n\n\nDadah, pornografi punca sumbang mahram tinggi di Kelantan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin pula mencadangkan Mohd Radzi sebagai sebelum disokong Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.\n\n\nJohari pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Biro Tata Negara (BTN) selain mempunyai ijazah sarjana di dalam Pengajian Strategik dari University of Lancaster.\n\n\nBeliau menjadi Parlimen Sungai Petani sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, namun mengambil keputusan tidak bertanding pada PRU15 lalu, dengan kerusi lamanya kini disandang anaknya, Dr Taufiq.\n\n\nSebelum itu, pemimpin senior PKR itu pernah mencuba nasib bertanding di Parlimen Sungai Petani pada PRU 1999 dan pilihan raya umum 2004 bagi DUN Bakar Arang tetapi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN).\n\n\nSemalam, beliau juga mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun berkuat kuasa serta-merta melalui sepucuk surat yang dikirim bertarikh 13 Disember lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/19/dewan-rakyat-kecoh-ketika-bahas-usul-percaya-terhadap-pm/", "title": "Dewan Rakyat kecoh ketika bahas usul percaya terhadap PM", "body": "0\n\n\nBANGI, ISNIN \u2013 Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 sesi petang kecoh seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang.\n\n\nKekecohan bermula selepas Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau) mempersoal kandungan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.\n\n\nKetika bangkit mencelah, Shahidan berkata, tidak sepatutnya institusi diraja terutamanya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja digunakan untuk mempengaruhi sidang Dewan Rakyat.\n\n\n\u201cKita tidak boleh menggunakan perkataan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja Melayu untuk mempengaruhi majlis mesyuarat. Kita tidak perlu pakai, kita bawa usul tanpa menggunakan benda ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGesaan Kepada Semua Pemegang Taruh Politik Tanah Air\n\n\n\n\n\n\nDominic Lau sah bertanding di DUN Bayan Lepas\n\n\n\n\n\n\nKPM tambah baik proses pembayaran wang bantuan sekolah\n\n\n\n\n\n\nZahid gagal dapat pasport secara kekal\n\n\n\n\n\n\nKTMB cadang Anthony Loke jadi Menteri Pengangkutan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagi kami (pembangkang), kalau Yang di-Pertuan Agong sudah absah kenapa hendak bawa ke sini lagi, jadilah Perdana Menteri,\u201d katanya.\n\n\nUcapan Shahidan itu bagaimanapun tidak dipersetujui Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/19/operasi-sar-hari-keempat-diteruskan-cari-baki-9-mangsa/", "title": "Tragedi Batang Kali: Operasi SAR hari keempat diteruskan, cari baki 9 mangsa", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa bencana tanah runtuh di tapak perkemahan Father\u2019s Organic Farm (FOF) di Jalan Batang Kali-Genting Highlands yang memasuki hari keempat disambung pagi ini.\n\n\nOperasi yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dimulakan pada jam 8 pagi.\n\n\n\n\nSehingga kini tiada penemuan mangsa diumumkan pasukan penyelamat selepas dua jam operasi disambung hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai PM \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nMalaysia punya keistimewaan tersendiri, tak perlu ikut negara luar\n\n\n\n\n\n\nPusat Rawatan TH Diiktiraf Arab Saudi, Negara Pertama Diluluskan Permit\n\n\n\n\n\n\nPaludan tidak berhenti provokasi, ancam bakar lagi tiga Al-Quran\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil keterangan wanita olah video manipulasi titah Sultan Perak\n\n\n\n\n\n\n\n\nOperasi mencari semalam menyaksikan jumlah individu yang dilaporkan hilang kekal sembilan orang dengan 24 mangsa maut sehingga SAR ditamatkan pada pukul 8.15 malam akibat hujan lebat dan kabus tebal di lokasi kejadian.\n\n\nJumaat lalu, media melaporkan tragedi tanah runtuh melibatkan tapak perkemahan FOF melibatkan 94 mangsa sekitar pukul 2.42 pagi.\n\n\nSehingga kini, 61 mangsa dilaporkan selamat manakala 24 lagi disahkan terkorban dan\u00a0 sembilan lagi masih hilang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/19/pahang-negeri-terbaharu-dilanda-banjir-terengganu-dan-kelantan-rekod-mangsa-teramai/", "title": "Pahang negeri terbaharu dilanda banjir, Terengganu dan Kelantan rekod mangsa teramai", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir menjadikan lima negeri kini terjejas banjir selepas Terengganu, Perak, Kelantan dan Johor setakat pagi ini.\n\n\nTerengganu dan Kelantan merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir teramai pagi ini berbanding malam tadi manakala jumlah mangsa di Johor dan Perak kekal.\n\n\nSekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang melaporkan, seramai 40 mangsa banjir daripada 13 keluarga berada di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Pia, Raub pada pagi ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBila Pejuang Agama Mahu Haramkan Rokok?\n\n\n\n\n\n\nBanjir besar disebabkan pengaruh fenomena La Nina \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nHarga makanan di gerai makan, restoran naik hingga 40 peratus\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen pembangkang belum buat permohonan rasmi \u2013 Fadillah\n\n\n\n\n\n\nPDRM, Plus aktifkan dua laluan pintar atasi kesesakan\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaman web \npublicinfobanjir.water.gov.my\n pula melaporkan Sungai Keratong di Rompin melebihi paras bahaya manakala Sungai Lipis di Batu Malim, Raub dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran direkodkan pada paras amaran.\n\n\nJabatan Meterologi meramalkan kebanyakan daerah di Pahang termasuk Raub akan mengalami hujan pada pagi dan petang ini.\n\n\nSementara itu di Terengganu, situasi banjir semakin buruk apabila jumlah mangsa terlibat meningkat dengan mendadak kepada 11,415 orang daripada 3,326 keluarga, berbanding 3,785 orang daripada 1,068 keluarga malam tadi.\n\n\nMenurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, setakat ini sebanyak 174 PPS telah dibuka di tujuh daerah di negeri ini iaitu di Besut (65 PPS); Hulu Terengganu (45 PPS); Setiu (38 PPS); Kemaman (12 PPS); Dungun (11 PPS); Marang (dua PPS); dan Kuala Terengganu (satu PPS).\n\n\nSetakat ini, Hulu Terengganu merupakan daerah yang paling terjejas dengan merekodkan 3,998 mangsa daripada 1,276 keluarga; Besut 3,765 mangsa (1,040 keluarga); Setiu 2,157 mangsa (632 keluarga); Kemaman 1,008 mangsa (277 keluarga); Dungun 355 mangsa (84 keluarga); Marang 119 mangsa (14 keluarga); manakala Kuala Terengganu 13 mangsa (tiga keluarga).\n\n\nDi\u00a0Kelantan, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 8,645 orang daripada 2,586 keluarga pagi ini, berbanding 5,642 orang daripada 1,679 keluarga malam tadi melibatkan sebanyak 80 PPS dibuka di sembilan jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.\n\n\nBerdasarkan laman web\u00a0\nhttps://publicinfobanjir.water.gov.my/\n, enam sungai utama melepasi paras bahaya termasuk Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai dengan bacaan 38.29 meter (m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (24.59 m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.61 m).\n\n\nDi\u00a0Johor, JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir di daerah Segamat kekal 75 orang setakat 8 pagi ini dengan kesemua mangsa yang terdiri daripada 21 keluarga itu masih ditempatkan di tiga PPS yang beroperasi setakat ini.\n\n\nSeramai 34 orang ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak dan 27 orang masih berada di Balai Raya Kampung Kuala Paya, manakala di Dewan Komuniti Kampung Tasek menempatkan 14 mangsa.\n\n\n\u201cKesemua mangsa adalah penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya,\u201d katanya.\n\n\nMenurut JPBN paras air di tiga lembangan sungai di negeri ini, berada di paras amaran iaitu Sungai Muar, Buluh Kasap di Segamat menunjukkan bacaan 8.87 m, Sungai Lenik, Ladang Chaah di Segamat (5.76 m) dan Sungai Endau, Kampung Labong di Mersing (1.66 m).\n\n\nDi\u00a0PERAK\u00a0pula, mangsa banjir kekal 49 orang daripada 16 keluarga melibatkan dua PPS iaitu di Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4, Teluk Intan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, Selekoh. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/19/tiga-beradik-perempuan-maut-terkena-renjatan-elektrik/", "title": "Tiga beradik perempuan maut terkena renjatan elektrik", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, Tumpat pagi tadi.\n\n\nKesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi.\n\n\nDifahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/19/tragedi-batang-kali-pemilik-lima-kenderaan-di-tapak-perkhemahan-dikenal-pasti/", "title": "Tragedi Batang Kali: Pemilik lima kenderaan di tapak perkhemahan dikenal pasti", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sejumlah tujuh buah kenderaan milik mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers\u2019 Organic Farm, Jalan Batang Kali- Gohtong Genting telah ditemui pasukan\u00a0 operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.\n\n\nKetua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, lima daripada kenderaan itu sudah dikenal pasti pemiliknya.\n\n\n\u201cDaripada lima buah kenderaan, dua pemiliknya adalah mangsa yang masih hidup, dua lagi telah meninggal dunia dan satu kenderaan lagi membabitkan mangsa yang masih hilang disyaki tertimbus dalam runtuhan tanah itu,\u201d katanya dalam sidang media harian melaporkan perkembangan terbaharu pagi tadi.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin hadapi satu lagi pertuduhan rasuah Isnin ini\n\n\n\n\n\n\nPRN Johor Dijangka Diumum Esok\n\n\n\n\n\n\nTak benar keluar KWSP, simpanan pencarum susut 50 peratus\n\n\n\n\n\n\nFenomena \u2018Bossku\u2019 dalam UMNO belum berakhir \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nDUN Kedah lulus RUU Anti Lompat Parti\n\n\n\n\n\n\n\n\nDitanya mengenai pemilik dua lagi kenderaan, beliau menjelaskan polis masih dalam proses untuk mengesan dan mengenal pasti identiti pemiliknya.\n\n\n\u201cKami masih dalam proses mencari pemilik dua lagi kenderaan,\u201d tambah Suffian.\n\n\nMengulas lanjut mengenai perkembangan insiden itu, beliau berkata, angka masih kekal seperti semaalam \u2013 61 mangsa terselamat, sembilan orang hilang dan 24 telah meninggal dunia.\n\n\nPasukan penyelamat masih meneruskan pencarian sembilan lagi mangsa yang sudah memasuki hari keempat.\n\n\nOperasi bermula jam 8 pagi tadi dengan menggunakan khidmat enam ekor anjing pengesan K9."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/20/6-hospital-72-fasiliti-kesihatan-terjejas-akibat-banjir/", "title": "6 hospital, 72 fasiliti kesihatan terjejas akibat banjir", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Sebanyak enam buah hospital dan 72 fasiliti kesihatan di Kelantan serta Terengganu dilaporkan terjejas teruk akibat bencana banjir yang mengakibatkan ada antaranya tidak dapat beroperasi.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dua buah hospital di Kelantan yang terjejas adalah Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di Kota Bharu dan Hospital Tengku Anis (HTA) di Pasir Puteh.\n\n\n\u201cSemua perkhidmatan di HRPZ II masih beroperasi seperti biasa walaupun bangunan hospital telah dimasuki air namun perkhidmatan makmal, pengimejan dan diagnostik di HTA telah diberhentikan buat sementara waktu.\n\n\n\u201cPenutupan bekalan kuasa dalaman telah dilakukan bagi melindungi peralatan daripada kerosakan dan sebarang keperluan perkhidmatan tersebut akan dirujuk ke hospital berdekatan,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJiao Zong tidak setuju soalan BM sama untuk SK dan SRJK\n\n\n\n\n\n\nBanjir tidak berlaku tapi saya ditohmah \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham Penerima Anugerah Green Endorsement TUDM\n\n\n\n\n\n\nTiada diskriminasi dalam penganjuran bengkel SPM\n\n\n\n\n\n\nKhairy mungkin bertanding pada PRN, calon MB Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, seramai 19 pesakit dari HTA turut dipindahkan ke HRPZ II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana dikhuatiri paras air akan meningkat pada bila-bila masa.\n\n\nMenurut Dr. Noor Hisham, hospital yang terjejas di Terengganu pula adalah Hospital Kemaman, Hospital Besut, Hospital Setiu dan Hospital Hulu Terengganu yang kini sedang dipantau secara rapi.\n\n\n\u201cPeningkatan, paras air akibat banjir telah menyebabkan limpahan air ke dalam ruang Jabatan Kecemasan dan Dewan Bersalin di Hospital Kemaman pada malam 18 Disember namun telah surut keesokan harinya.\n\n\n\u201cPeningkatan mendadak di kawasan berhampiran Hospital Besut, Hospital Setiu serta Hospital Hulu Terengganu pula telah mengakibatkan laluan ke hospital juga kawasan sekitar terputus dan hanya dapat dilalui menggunakan kenderaan air atau udara,\u201d katanya.\n\n\nMenurut beliau, kesemua hospital-hospital tersebut bersedia untuk menghadapi bencana banjir dengan keperluan bekalan perubatan, makanan dan pakai buang yang mencukupi.\n\n\nDr. Noor Hisham berkata, sebanyak 32 fasiliti kesihatan telah terjejas akibat banjir di Kelantan melibatkan 22 klinik desa dan 10 klinik kesihatan namun tujuh fasiliti kesihatan masih beroperasi manakala 22 lagi telah pindah operasi ke fasiliti alternatif dengan tiga tidak beroperasi.\n\n\n\u201cDi Terengganu pula, 40 fasiliti kesihatan dilaporkan terjejas melibatkan 27 klinik desa, lima klinik kesihatan, empat klinik pergigian, tiga Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan satu unit vektor di Jabatan Kesihatan Negeri.\n\n\n\u201cDaripada jumlah tersebut, sebanyak 19 fasiliti kesihatan masih beroperasi, enam dipindahkan operasi ke fasiliti kesihatan alternatif manakala 15 lagi tidak beroperasi,\u201d jelas beliau.\n\n\nMengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, orang ramai dinasihati agar peka dengan arahan semasa pihak berkuasa dan mengambil langkah penjagaan kesihatan bagi mencegah penyakit berjangkit berkaitan banjir."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/20/anwar-jelaskan-tidak-pernah-mohon-pengampunan/", "title": "Anwar jelaskan tidak pernah mohon pengampunan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau tidak pernah memohon pengampunan penuh yang diberikan kepadanya pada 2018, sebaliknya ia adalah inisiatif Yang di-Pertuan Agong ketika itu.\n\n\nPerdana Menteri berkata, Sultan Muhammad V sendiri menelefon beliau yang ketika itu sedang mendapatkan rawatan di Pusat Rehabilitasi di Cheras berkaitan proses pengampunan penuh itu.\n\n\n\u201cSaya tidak memohon pengampunan kerana saya dihukum, \u2018make it clear\u2019 di hansard. Kita bantah penghakiman yang melanggar prinsip hukum (ketika itu), mengada-adakan termasuk dalam kes pertama, membuat pertuduhan dan peristiwa yang berlaku di bangunan yang belum ada dan memaksa orang menjadi saksi atau mengambil siasatan sebelum laporan polis dibuat.\n\n\n\u201cSaya minta maaf sebut perkara ini kerana soal pengampunan itu penting. Yang mengambil insiatif ketika itu ialah Yang di-Pertuan Agong sendiri ketika itu, baginda menelefon saya dan ini saya sebut kepada umum, semasa saya masih di pusat rehabilitasi,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nVarian Omicron Sub-Lineage BA.5 Di Malaysia Mungkin Sudah Merebak \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nPesta Holi dicemari pencabulan ke atas wanita\n\n\n\n\n\n\nCecair vape dibenarkan tanpa sebarang kawalan?\n\n\n\n\n\n\nTun M pertimbang bertanding pada PRN wakili Putra\n\n\n\n\n\n\nWIRA PUTRA nasihat pemimpin BERSATU jangan angkuh, sombong\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nIsu pengampunan kepada Perdana Menteri pada 2018 itu dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam perbahasan usul undi percaya kepada Perdana Menteri semalam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/20/argentina-tak-sabar-sambut-wira-piala-dunia/", "title": "Argentina tak sabar sambut wira Piala Dunia", "body": "0\n\n\nARGENTINA, Buenos Aires \u2013 Rakyat Argentina menanti penuh sabar bagi menyambut kepulangan hero Piala Dunia mereka ketika bintang Perancis tiba di Paris selepas drama final hebat di Qatar.\n\n\nIbu kota Amerika Selatan itu bersedia untuk sambutan besar di jalanan dengan juara dunia yang baharu itu dijangka tiba lewat hari ini waktu tempatan.\n\n\n\n\n\u201cDimahkotakan dengan penuh gemilang,\u201d tulis kain rentang dekat gerai menjual akhbar di Buenos Aires, manakala akhbar harian \nClarin dan La Prensa\n mengucapkan \u201cTerima kasih\u201d kepada Lionel Messi dan rakan sepasukan kerana memenangi gelaran Piala Dunia ketiga dan pertama dalam 36 tahun.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS anjur himpunan solidariti bantah tindakan bakar Al-Quran Jumaat ini\n\n\n\n\n\n\nUNESCO bimbang kerosakan di tapak warisan Syria, Turkiye\n\n\n\n\n\n\nRSF umum gencatan senjata di Sudan sempena Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi Turkiye: Warga emas minta air untuk solat bawah runtuhan\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam perlu cakna perubahan politik dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nArgentina menang aksi final di Qatar 4-2 menerusi penalti selepas terikat 3-3 sepanjang 120 minit dalam drama menarik.\n\n\nSambutan besar itu bermula selepas aksi final Ahad lalu dan terhenti seketika apabila pihak berkuasa tempatan terus membersihkan sampah sarap apabila jutaan penduduk ke luar ke jalan raya.\n\n\nPasukan berkenaan akan menerima sambutan apabila mereka mendarat di Lapangan Terbang Ezeiza dekat Buenos Aires dijangka jam 2:25 pagi waktu tempatan hari ini.\n\n\n\u201cSaya akan menyambut mereka di lapangan terbang. Kini mereka sudah dimahkotakan dan kami mesti menyambut mereka dan mengucapkan terima kasih,\u201d kata Jose Luis Quinoga, 56, kepada \nAFP\n dekat Obelisk di tengah Buenos Aires.\n\n\nSambutan secara persendirian di bilik VIP sudah diatur bagi menyambut kepulangan pemain dan Persekutuan Bolasepak Argentina (AFA) berkata mereka kemudiannya akan bersama penyokong di Obelisk. \u2013 AFP"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/20/berapa-ramai-sokong-anwar-tidak-diketahui-takiyuddin/", "title": "Berapa ramai sokong Anwar tidak diketahui \u2013 Takiyuddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Blok pembangkang berpendirian bahawa undi percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dikemukakan di Dewan Rakyat selepas Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri.\n\n\nSetiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerana itu pembangkang memilih untuk tidak terlibat dalam pengundian dan membiarkan ia diluluskan dengan undian suara.\n\n\nJelas Ahli Parlimen Kota Bharu itu, ia juga menunjukkan bahawa tiada angka jelas berapa ramai Ahli Parlimen yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSubsidi menyeluruh dimansuh berperingkat kepada subsidi bersasar\n\n\n\n\n\n\nDasar dan perancangan KPM seolah terpisah dari realiti\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Fatwa Selangor isytihar SIS Forum sesat, kekal\n\n\n\n\n\n\nBawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang\n\n\n\n\n\n\nHarta ratusan bilion ringgit di luar negara, bekas Menteri Kewangan disiasat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang dibincangkan oleh pihak kami adalah berkisar tentang tujuan kenapa ia dibawa. Pada pandangan kami, secara umum sepatutnya tidak perlu dibawa kerana Yang di-Pertuan Agong telah pun melantik Perdana Menteri di bawah Perkara 43(2) dalam Perlembagaan, mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\u201cPerdana Menteri selepas dilantik, beliau telah membentuk kerajaan dan apa yang perlu dibawa usul percaya Perdana Menteri melainkan hasrat Perdana Menteri untuk membuktikan berapa sokongan terhadap beliau (sama ada) majoriti mudah, dua pertiga atau sebagainya.\n\n\n\u201cIni yang berlaku hari ini, sokongan terhadap Perdana Menteri daripada 222 Ahli Parlimen, ia tidak diketahui, itu sahaja\u2026 tidak diketahui berapa orang yang menyokong,\u201d katanya dalam sidang media di Parlimen, pada Isnin.\n\n\nMengulas lanjut, Takiyuddin berkata, pembangkang juga mempersoalkan perjanjian persefahaman (MoU) Kerajaan Perpaduan baru-baru ini yang didakwa bercanggah dengan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\u201cYang ada di dalam MoU ini, mana-mana Ahli Parlimen atau parti-parti yang menandatangani MoU ini kalau tidak mengundi atau menyokong Perdana Menteri dianggap terlucut jawatannya. Ada ke tidak dalam 49A? Itu yang tanya kepada Datuk Seri Azalina Othman dan tidak dijawab.\n\n\n\u201cJawapannya tidak ada. Maknanya, apa yang dibuat ini bercanggah dengan Perlembagaan. Mengundi dengan memaksa adalah satu percanggahan dengan undang-undang dan perjanjian ini terbatal,\u201d katanya.\n\n\nPerkara 49A Perlembagaan Persekutuan adalah pindaan baharu kepada Perlembagaan Persekutuan yang digubal untuk menghalang Ahli Parlimen daripada bertukar parti. Ia tidak menghalang seseorang Ahli Parlimen daripada mengundi bertentangan dengan arahan partinya sendiri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/20/dewan-rakyat-lulus-bajet-mini-rm107-bilion/", "title": "Dewan Rakyat lulus Bajet Mini RM107 bilion", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Dewan Rakyat hari ini secara sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nKeputusan itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul selepas tiada perbahasan bagi kedua-dua usul yang dibentangkan Perdana Menteri pada mesyuarat pertama Majlis Parlimen Ke-15.\n\n\nTerdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan\u00a0\nbajet mini\n, bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan, membabitkan wang bernilai RM107,718,676,650.\n\n\nBeliau membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari depan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M puji perkhidmatan MRT, seperti di negara maju\n\n\n\n\n\n\nTidak Rasmi : Dr Akmal Salleh, Ketua Pemuda yang baharu\n\n\n\n\n\n\nPerlawanan 3 Penjuru DUN Pantai Kundur\n\n\n\n\n\n\nDireman 4 hari kerana hina Sultan Perak\n\n\n\n\n\n\nPopulasi umat Islam kedua terbesar selepas Kristian di seluruh dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa susulan RUU Perbekalan 2023 tidak akan diluluskan Parlimen sebelum 1 Januari depan, maka peruntukan perlu dikeluarkan bagi perbelanjaan dalam tahun 2023 bagi tempoh dari 1 Januari hingga tarikh RUU Perbekalan 2023 menjadi undang-undang dan mula berkuat kuasa.\n\n\nDalam pada itu, Anwar menerusi Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1996 mencadangkan dana bernilai RM55,959,213,200 dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023 untuk perbelanjaan segera.\n\n\nBeliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, perbelanjaan segera itu bagi maksud yang dinyatakan dalam penyata sementara, dibentangkan sebagai Kertas Perintah 54 Tahun 2022.\n\n\n\u201cJumlah wang berkenaan dalam ruang tiga dan empat penyata itu bertentangan dengan maksud yang dinyatakan dalam ruang satu penyata ini adalah diuntukkan bagi perbelanjaan sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/20/jalan-batang-kali-genting-highlands-ditutup-setahun/", "title": "Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup setahun", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang berlaku Jumaat lalu dijangka mengambil tempoh selama setahun sebelum laluan Jalan Batang Kali- Genting Highlands, Hulu Selangor boleh dibuka semula bagi laluan orang ramai.\n\n\nKetua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, sementara tempoh itu pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif yang akan dikeluarkan bilik gerakan Jabatan Kerja Raya (JKR).\n\n\nBeliau berkata, pihaknya juga akan membuat kajian dengan lebih mendalam di tapak tragedi berhubung pembinaan cerun selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) berakhir.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir meningkat, empat daerah di Johor masih terjejas\n\n\n\n\n\n\nKJP diminta semak, kemas kini data tanah persekutuan\n\n\n\n\n\n\n34 Korban Banjir Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\nPalestin serang balas tentera Israel\n\n\n\n\n\n\nPolis tahan seorang lelaki miliki pistol Beretta, peluru dan dadah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cWalaupun jalan itu OK, kita tidak berani buka sehingga cerun baharu dibuat yang akan mengambil tempoh kira-kira setahun,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers\u2019 Organic Farm, Batang Kali yang mengorbankan 24 mangsa.\n\n\nWan Ahmad Uzir berkata, pembinaan jalan di kawasan itu tidak menyebabkan berlakunya runtuhan, sebaliknya insiden berkenaan disebabkan faktor semula jadi kerana adanya aliran air bawah tanah.\n\n\n\u201cIa juga tidak disebabkan pengairan secara haram dari tapak perkhemahan, namun pergerakan air yang kita tidak nampak dari mata kasar,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, KKR mengenal pasti 1,045 cerun yang berada di sepanjang jalan Persekutuan di Semenanjung dalam kategori berisiko tinggi untuk runtuh.\n\n\n\u201cTiada pembangunan dibenar dibangunkan di kawasan berisiko tinggi itu.\n\n\n\u201cKita sudah ada garis panduan yang diluluskan melalui Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang perlu diikuti pihak berwajib. Melalui garis panduan itu juga kita meletakkan kriteria iaitu kawasan merah tidak dibenarkan sebarang pembangunan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/20/lebih-56000-mangsa-banjir-berada-di-pps-5-negeri/", "title": "Lebih 56,000 mangsa banjir berada di PPS 5 negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seramai 56,159 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri, setakat pagi ini dengan Kelantan dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan.\n\n\nDi Terengganu, situasi banjir tidak menunjukkan petanda lebih baik apabila angka mangsa banjir terus melonjak kepada 37,792 melibatkan 10,401 keluarga berbanding 26,494 orang daripada 7,369 keluarga malam tadi dan semua mereka ditempatkan di 310 PSS yang beroperasi di semua lapan daerah.\n\n\nSekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan Kemaman menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 12,000; diikuti Besut (8,228); Hulu Terengganu (6,691); Setiu (3,988); Dungun (2,484); Kuala Nerus (1,521); Kuala Terengganu (1,900) manakala Marang (980).\n\n\nDi Kelantan, portal rasmi eBanjir negeri,\u00a0\nhttps://ebanjir.kelantan.gov.my/\n\u00a0memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 17,326 orang daripada 4,793 keluarga pagi ini, berbanding 14,359 orang daripada 3,942 keluarga malam tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP sambung usaha hapus ketuanan Melayu\n\n\n\n\n\n\nAmaran tsunami ditarik balik kesan gempa Maluku\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap MB Kedah bukan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\n1 Ramadan 1444H \u2013 esok umat Islam di Malaysia mula berpuasa\n\n\n\n\n\n\nAgihan kerusi PN hampir 90 peratus selesai\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebanyak 106 PPS dibuka membabitkan sembilan jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Bachok, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.\n\n\nBerdasarkan laman web\u00a0\nhttps://publicinfobanjir.water.gov.my/\n,\u00a0lapan sungai utama melepasi paras bahaya antaranya Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai dengan bacaan 41.57m, Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (24.01m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.80m).\n\n\nSementara itu, di Pahang, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir pagi ini kekal seperti semalam iaitu 934 orang dan mereka berada di 11 PPS di dua daerah iaitu di Kuantan serta Raub.\n\n\nSungai Keratong di Rompin masih berada di paras bahaya pagi ini manakala dua lagi sungai direkodkan pada paras amaran iaitu Sungai Tembeling di Kampung Merting, Jerantut dan Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran.\n\n\nJabatan Meteorologi meramalkan semua daerah di Pahang akan mengalami hujan, pada pagi ini.\n\n\nDi Johor, Sekretariat JPBN memaklumkan mangsa banjir yang masih ditempatkan di tiga PPS membabitkan daerah Segamat kekal 53 orang setakat pukul 8 pagi ini.\n\n\n\u201cKesemua mangsa daripada 17 keluarga itu adalah penduduk Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya,\u201d menurut JPBN.\n\n\nSementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, berada pada paras amaran dengan ketinggian 8.75m, manakala cuaca dilaporkan cerah di semua daerah setakat, 8 pagi ini.\n\n\nDi Perak, jumlah mangsa banjir kekal 54 orang daripada 17 keluarga membabitkan dua daerah iaitu Bagan Datuk dan Hilir Perak.\n\n\nJurucakap Sekretariat JPBN Perak memaklumkan jumlah itu tidak berubah sejak pukul 12 tengah malam tadi.\n\n\nSemua 26 mangsa di Bagan Datuk ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat manakala 28 orang di Hilir Perak berada di PPS Dewan Sekolah Menengah Abd Rahman Talib (SMART). \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/20/pandangan-ekstrem-berunsur-kaum-agama-wajib-dihentikan-sultan-nazrin/", "title": "Pandangan ekstrem berunsur kaum, agama wajib dihentikan \u2013 Sultan Nazrin", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pandangan ekstrem berunsur kaum dan agama berbentuk hasutan yang boleh menyemaikan rasa benci serta berpotensi mencetuskan permusuhan sesama warga wajib dihentikan.\n\n\nSultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, tindakan tegas lagi segera wajib diambil untuk menghentikan aktiviti mana-mana pihak sama ada secara ucapan atau perbuatan yang meracuni fikiran dan membakar emosi rakyat dengan mengeksploitasi isu-isu agama dan kaum.\n\n\n\u201cBumi ini tidak boleh dibenarkan untuk disemai dengan rumpai-rumpai beracun yang boleh membunuh pohon perpaduan, langit di negeri ini jangan sama sekali dibenarkan untuk diselubungi awan-awan berasid yang akan menghujani bumi dengan fahaman ekstremis berlandaskan perkauman dan berpaksikan agama.\n\n\n\u201cTindakan segera Polis Diraja Malaysia pasca pilihan raya, mengambil langkah-langkah preventif untuk menjamin ketenteraman awam, merupakan tindakan yang tepat,\u201d titah baginda.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZahid kata Sanusi hanya pelawak politik\n\n\n\n\n\n\nKos Haji Dijangka Meningkat Lebih 50 Peratus\n\n\n\n\n\n\nFasa peralihan monsun dijangka mula Khamis\n\n\n\n\n\n\nAADK sasar 75 peratus penagih tidak berulang\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid sindir MB Terengganu bercuti ke luar negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Pertama Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.\n\n\nTurut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.\n\n\nSultan Nazrin bertitah, negara memiliki elemen yang begitu mudah dieksploitasi untuk mencetuskan anarki, kerukunan perhubungan kaum yang telah diasaskan sejak era pra-merdeka dan terus dipupuk sepanjang era pascamerdeka, tidak boleh diperjudikan kerana permainan politik yang berunsur meracuni fikiran dan membakar emosi rakyat.\n\n\nOleh itu, titah baginda, setiap individu berperanan untuk memastikan hubungan harmoni antara kaum terus disuburkan dan persefahaman antara pengikut pelbagai agama terus dipupuk.\n\n\n\u201cWarga di negara ini, terutamanya generasi muda perlu diberikan bimbingan dan fahaman mengenai sistem berkerajaan dan bernegara yang berteraskan doktrin demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan serta pentingnya warga memahami dan menghayati lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara untuk dijadikan pedoman dalam usaha mahu memupuk warga yang bersatu padu, hidup penuh harmoni dalam sebuah negara merdeka yang berdaulat, aman lagi makmur,\u201d titah baginda.\n\n\nSultan Nazrin bertitah, banyak negara di dunia berakhir dengan perang saudara kerana rakyatnya memilih untuk berbalah, bertelagah, bersengketa dan berkonfrontasi atas faktor-faktor perbezaan kasta, kaum, warna kulit dan agama.\n\n\nTitah baginda, jika perbezaan yang mahu diberikan fokus, maka kita sebenarnya memilih menulis resipi untuk melahirkan warga yang akan berselisih, berkonflik, dan berpecah belah.\n\n\n\u201cJika kita mahu memperbesarkan perbezaan, kita sebenarnya telah memilih membina tembok pemisah untuk tidak memungkinkan terbinanya masyarakat yang bersatu, masyarakat yang menerima dan meraikan perbezaan, masyarakat yang menghormati realiti kepelbagaian, dan masyarakat yang melihat kepelbagaian secara positif yang mengandungi kekayaan dan kekuatan.\n\n\n\u201cDi sebaliknya, jika secara bijak, perbezaan berjaya didandan dan dipintal, akan teranyam hamparan keharmonian yang indah lagi berwarna-warni,\u201d titah baginda.\n\n\nBaginda bertitah, asas hubungan antara umat Islam dan bukan Islam adalah toleransi, ihsan dan juga perdamaian.\n\n\nTitah baginda, pergaulan umat Islam bersama bukan Islam bukanlah perkara baharu malah telah berlaku sejak zaman Rasulullah SAW dalam pelbagai urusan seperti muamalat, perjanjian dan perdamaian.\n\n\n\u201cBahawa tidak ada salahnya mengadakan hubungan baik dengan bukan Islam untuk kebaikan bersama agar warga dapat hidup dalam suasana aman dan damai, malah usaha menyatukan ummah merupakan salah satu tuntutan Ilahi.\n\n\n\u201cSemangat kerjasama antara kaum yang berlainan agama ini menjadi asas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan pencapaian kemerdekaan pada tahun 1957 yang disusuli pada tahun 1963 dengan pembentukan negara Malaysia.\n\n\n\u201cSegala bentuk ancaman dan cabaran yang boleh mencetus pertelingkahan antara kaum, agama dan ideologi politik, hendaklah diuruskan dengan berhikmah dan bijaksana, agar penyelesaian jangka panjang berjaya diolah dan dicapai,\u201d titah baginda.\n\n\nTerdahulu, Sultan Nazrin memeriksa kawalan kehormatan utama terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota lain-lain pangkat dari Batalion Pertama Pasukan Gerakan Am Briged Utara Ulu Kinta. \u2013 Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/20/selangor-hulur-sumbangan-rm500000-kepada-kelantan-terengganu/", "title": "Selangor hulur sumbangan RM500,000 kepada Kelantan, Terengganu", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan Selangor menghulurkan sumbangan RM500,000 masing-masing kepada Kelantan dan Terengganu bagi membantu menguruskan banjir yang semakin buruk di negeri tersebut.\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat di dua negeri tersebut yang dilanda musibah banjir.\n\n\n\u201cBagi meringankan beban atas musibah yang melanda, Kerajaan Negeri bersedia menghulurkan Sumbangan Bantuan Banjir #KitaSelangor 2022.\n\n\n\u201cSumbangan berbentuk bantuan kewangan buat Kelantan dan Terengganu yang berhadapan musibah banjir dengan sejumlah RM500,000 setiap negeri,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLima ADUN keluar UMNO sertai Gagasan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nRM800 sebulan untuk pelatih industri di GLC, kerajaan\n\n\n\n\n\n\nAzman mahu bawa aspirasi, suara rakyat Padang Serai ke Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nAmuk, cubaan tukang gunting serang polis dengan pisau pemotong daging\n\n\n\n\n\n\nPesara rugi RM128,037 diperdaya \u2018pegawai\u2019 mahkamah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAmirudin berkata, kerajaan negeri juga melalui Skuad PANTAS serta SERVE bersedia berkhidmat untuk sebarang bentuk bantuan kemanusiaan pasca banjir sebaik sahaja keadaan mengizinkan kelak.\n\n\n\u201cSetakat jam 8 pagi hari ini, NADMA melaporkan seramai 25,353 orang di Kelantan dan 37,021 di Terengganu telah menjadi mangsa musibah ini,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, acara Sambutan Ambang Tahun Baharu peringkat Negeri Selangor juga dibatalkan.\n\n\n\u201cKeputusn itu dibuat demi menghormati mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah banjir dan tragedi tanah runtuh Batang Kali,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/20/tanah-runtuh-bukan-bermula-di-fathers-organic-farm/", "title": "Tanah runtuh bukan bermula di Father\u2019s Organic Farm", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pengusaha tapak perkhemahan Father\u2019s Organic Farm menjelaskan, kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 24 nyawa setakat ini bukan berpunca di tapak perkhemahan mereka.\n\n\nSebaliknya, jurucakap tapak perkhemahan Father\u2019s Organic Farm, Frankie Tan berkata, tanah runtuh itu tanah kerajaan dan di tepi jalan yang jaraknya antara 2 \u2013 3 kilometer (km) dari tapak mereka.\n\n\n\u201cSaya ingin menjelaskan tanah runtuh bukan bermula di tapak perkhemahan kami tetapi di tanah kerajaan dan di tepi jalan yang jaraknya antara 2 \u00a0\u2013 3km dari tapak kami,\u201d katanya dalam sidang akhbar semalam.\n\n\nMengulas mengenai lesen, Frankie Tan berkata, pihaknya tidak dapat membuat permohonan bagi mendapatkan lesen perkhemahan kerana permit sedemikian tidak pernah wujud.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPendakwa Raya Fail Afidavit Bukti Baharu Tiada Kaitan Elemen Kes Jenayah Rasuah Najib\n\n\n\n\n\n\n13 Laluan Di Negeri Sembilan Ditutup\n\n\n\n\n\n\nAudit 1MDB: Nasib Najib, Arul Kanda akan diputuskan esok\n\n\n\n\n\n\nPKR tarik balik penggantungan keahlian Iswardy\n\n\n\n\n\n\nKekosongan kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram, SPR masih tunggu pemakluman\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, perkara itu dimaklumkan oleh pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Pertanian bahawa tiada lesen seumpama itu boleh dipohon oleh pengusaha tapak perkhemahan.\n\n\n\u201cSaya pernah bertanya kepada pegawai kerajaan sama ada kami perlu memohon lesen tapak perkhemahan atau tidak. Pegawai itu berkata tiada permit kerana tapak perkhemahan ini bukan struktur kekal seperti hotel, justeru tiada lesen untuk dipohon.\n\n\n\u201cBukannya kami tidak mahu membuat permohonan tetapi memang tidak ada cara untuk kami memohon,\u201d katanya.\n\n\nDalam tragedi pukul 2.42 pagi pada Jumaat lalu, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan yang terletak di Jalan Batang Kali-Genting Highlands itu.\n\n\nSeramai 24 mangsa disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terbabit dalam tragedi itu manakala, sembilan mangsa lagi masih hilang dan sehingga kini, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) masih dijalankan.\n\n\nPihak pengurusan Father\u2019s Organic Farm telah memberi keterangan kepada polis pada Ahad lalu dan turut mengucapkan takziah kepada semua waris mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di bawah kawasan seliaan mereka.\n\n\nFather\u2019s Organic Farm dalam satu kenyataan di Facebooknya melahirkan rasa dukacita dan simpatinya terhadap semua mangsa dan waris yang terkesan akibat tragedi berkenaan.\n\n\nDalam pada itu, Tan turut mendakwa bahawa pihaknya tidak menyedari bahawa kawasan berkenaan diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi selain bermula sebagai ladang organik sebelum menyediakan perkhidmatan perkhemahan pada 2017 atas permintaan pengunjung.\u00a0 \u2013 Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/21/jangan-cuba-jadi-petualang-negara/", "title": "Jangan cuba jadi petualang negara", "body": "0\n\n\nBAGAI kaduk naik junjung.\n\nMungkin ini adalah peribahasa paling sesuai untuk menggambarkan sikap individu tidak bertanggungjawab yang mahu merosakkan perpaduan kaum di negara ini.\n\nMereka sungguh biadab. Lepas satu, satu lagi isu perkauman dimainkan pihak tertentu bagi mencapai niat jahat mereka.\n\nTidak puas mempersoalkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dan agama Islam di Malaysia, puak-puak ini menjolok pula kuasa Raja-Raja Melayu.\n\nAda pula yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik seperti Singapura.\n\nDalam diam-diam, tukar tulisan pada papan tanda jalan. Kemudian cuba melaksanakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) dan meratifikasi Statut Rom.\n\nAda individu yang \u2018berakal pendek\u2019 menghina penghulu umat Islam, Nabi Muhammad SAW sama ada dengan perkataan atau karikatur.\n\nTiba-tiba muncul \u2018sekawan\u2019 manusia yang menentang sekeras-kerasnya pelaksanaan seni khat atau tulisan jawi.\n\nMereka bimbang anak- anak mereka \u2018murtad\u2019 jika belajar tiga muka surat tulisan jawi yang akan dilaksanakan. Namun, tindakan dua jutawan \u2018tua\u2019 menghina Jalur Gemilang dan anggota tentera boleh dianggap sangat biadab.\n\nSelepas melukakan hati rakyat Malaysia, ahli perniagaan itu membuat permohonan maaf yang seolah-olah tidak menggambarkan mereka telah melakukan satu perbuatan keji dan sangat hina.\n\nFahamilah, kedudukan agama Islam dan bahasa Melayu termaktub dalam Perlembagaan. Sudah tentu, kedua-duanya ada keistimewaan.\n\nBegitu juga dengan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.\n\nMalaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, agama dan bangsa. Kita adalah sebuah negara majmuk yang sudah lebih 60 tahun merdeka.\n\nBangsa Melayu, Cina dan India di Semenanjung Malaysia manakala etnik Kadazan di Sabah serta Iban di Sarawak adalah rakyat negara ini.\n\nKita semua warganegara Malaysia. Tidak ada istilah pendatang kerana semuanya telah tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan. Jangan nak jadi petualang yang merosakkan kemakmuran negara ini.\n\nJangan sesekali cuba menyalakan api perkauman yang kelak membakar diri sendiri.\n\nMalaysia milik kita bersama. Berapa ramai anak-anak yang lahir hasil perkahwinan campur di negara ini? Malah, mungkin ada antara saudara-mara kita yang berkahwin atau lahir daripada proses ini.\n\nAdakah mereka juga pendatang dan perlu diusir keluar dari negara ini?\n\nApa yang penulis tahu, istilah pendatang ini boleh ditujukan kepada warga asing yang menetap di negara ini secara haram.\n\nSama ada mereka masuk secara haram, tinggal di negara ini melebihi tempoh, menyalahgunakan pas lawatan sosial, pas pelajar atau sebagainya.\n\nMari kita berganding bahu menggempur dan menghantar pulang pendatang haram ini. Lihat bagaimana pendatang dari Indonesia terutamanya warga Aceh membina perkampungan dan menguasai sektor perniagaan.\n\nLihatlah kewujudan perkampungan Pakistan yang turut menguasai sektor perniagaan. Tidak kurang juga dengan lambakan warga Afrika, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Vietnam dan sebagainya. Tidak kurang juga kewujudan gadis pelayan pelanggan (GRO) di pusat-pusat hiburan.\n\nSebahagian daripada mereka merompak hasil kekayaan negara, mengganggu ketenteraman penduduk tempatan, melakukan jenayah dan aktiviti sosial yang menyimpang daripada norma-norma masyarakat tempatan.\n\nBerapa bilion wang negara mengalir keluar secara harap pada setiap tahun?"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/21/kerajaan-setuju-pinda-tujuh-akta-hukuman-mati-mandatori/", "title": "Kerajaan setuju pinda tujuh akta hukuman mati mandatori", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kerajaan bersetuju meminda tujuh akta berkaitan pelaksanaan cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tujuh akta itu ialah RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022; RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2022; RUU Keadilan Jenayah (Pindaan) 2022 dan RUU Penculikan (Pindaan) 2022; RUU Senjata Api (Penalti Lebih Berat)(Pindaan) 2022; RUU Senjata (Pindaan) 2022 dan RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2022.\n\n\n\n\nMenurut Azalina, Jabatan Peguam Negara telah meneliti dasar pelaksanaan cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori melibatkan 11 kesalahan sebagaimana peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api Lebih Berat 1971.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Hanya akan bermula selepas EMP lulus\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan Penuh Ruang Solat Masjid Di Selangor Dibenarkan\n\n\n\n\n\n\nTak salah lantik ahli keluarga jika layak \u2013 Mufti Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nFasa 4 PPN, Pembukaan Ekonomi Punca Kenaikan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri Tiba Di Singapura Sempena Pelaksanaan VTL\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenelitian itu turut melibatkan 23 kesalahan yang membawa hukuman mati tertakluk budi bicara mahkamah di bawah Akta Senjata 1960, Akta Senjata Api Lebih Berat 1971 dan Akta Penculikan 1961.\n\n\nRUU berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori ini dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen pada Februari 2023.\n\n\nAzalina menambah, penangguhan pelaksanaan hukuman mati masih dikekalkan bagi pesalah hukuman mati sehingga semua pindaan RUU tersebut dilaksanakan.\n\n\nMenurutnya, pelaksanaan hukuman gantian ini dijangka memberi kesan langsung kepada 1,327 orang banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah.\n\n\nBagi lain-lain individu yang belum dituduh hukuman gantian terhadap hukuman mati boleh dikuatkuasakan secara prospektif.\n\n\nJelas beliau, pindaan undang-undang berkaitan tidak memansuhkan hukuman mati sepenuhnya tetapi memberi budi bicara kepada mahkamah untuk memutuskan hukuman setimpal berdasarkan fakta kes.\n\n\n\u201cPelaksanaan cadangan hukuman gantian ini merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan pelaksanaan pemansuhan hukuman mati mandatori diteliti secara mendalam dan terperinci dari semua aspek agar tindakan susulan kerajaan berkaitan isu ini memberikan impak positif kepada negara,\u201d ujarnya.\n\n\nTambah Azalina, sistem keadilan jenayah adalah asas utama bagi masyarakat yang selamat dan aman.\n\n\nOleh itu, kerajaan juga akan mempertimbangkan kajian susulan Fasa 2 yang melibatkan pembaharuan sistem keadilan jenayah seperti dasar penghukuman penjara yang merangkumi langkah-langkah mengurangkan kesesakan penjara.\n\n\nFokus ini, akan diberi terhadap pendekatan hukuman berteraskan pemulihan dan keadilan restoratif."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/21/mb-terengganu-disahkan-bercuti-di-new-zealand/", "title": "MB Terengganu disahkan bercuti di New Zealand", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0Ketiadaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di tempat banjir sejak Ahad lalu terjawab apabila pemimpin itu disahkan berada di Auckland, New Zealand.\n\n\nPerkara itu disahkan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu Hanafiah Mat sambil memaklumkan Ahmad Samsuri akan pulang hari ini.\n\n\nHanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu berkata, beliau tidak pasti masa ketibaan Menteri Besar itu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu bangunkan tiga sektor jika ekonomi tak gawat \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA Lancar Petisyen Desak Tutup Crackhouse Secara Mutlak\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat tidak pernah bahas Laporan Ketua Audit Negara 2021 \u2013 PN\n\n\n\n\n\n\nEmpat kru bot Jabatan Perikanan ditemukan selamat di perairan Indonesia\n\n\n\n\n\n\nWarga asing bergaduh, rakyat diingat jangan buat spekulasi sendiri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cInsya-Allah, Menteri Besar akan balik dari New Zealand hari ini tapi jam berapa tidak dapat dipastikan.\n\n\nTerdahulu, bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Ahmad Samsuri kini berada di luar negara walaupun Terengganu dilanda banjir besar.\n\n\nBeliau juga mendakwa mempunyai bukti Ahmad Samsuri sedang bercuti bersama keluarganya di Auckland.\n\n\nLokman berkata, Ahmad Samsuri dan isterinya berlepas ke Auckland pada 11 Disember dan dijangka pulang pada esok.\n\n\nDalam pada itu, Setiausaha Kelab Sahabat Ma\u2019ruuf Terengganu (KSMT), Imran Azmi, berkata semua pemimpin sepatutnya berada di dalam negeri sepanjang musim tengkujuh yang biasanya berlaku pada penghujung tahun.\n\n\n\u201cKetiadaan mana-mana pemimpin, apatah lagi seorang Menteri Besar ketika rakyat sedang berada dalam keadaan huru-hara akibat banjir terburuk, tidak sepatutnya berlaku.\n\n\n\u201cWalau apa juga alasan beliau tidak turun ke lokasi untuk bertemu empat mata dengan mangsa banjir, penjelasan perlu dibuat supaya tidak menimbulkan fitnah atau prasangka dalam kalangan rakyat negeri sendiri,\u201d katanya.\n\n\nKali terakhir Ahmad Samsuri dilihat berada di Terengganu ketika mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah ke Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kali ke-20 pada 11 Disember lalu.\n\n\nSehari sebelum majlis itu, Naib Presiden PAS itu sempat meninjau keadaan mangsa banjir di beberapa PPS di sekitar Chendering dan Atas Tol di sini serta Tok Jembal di Kuala Nerus."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/21/musibah-banjir-jakim-anjur-solat-hajat-doa-selamat/", "title": "Musibah banjir: Jakim anjur solat hajat, doa selamat", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tiga masjid utama bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan solat hajat dan doa selamat memohon perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan negara dari musibah banjir.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na\u2019im Mokhtar berkata, program itu akan diadakan selepas solat Maghrib esok di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.\n\n\nSelain itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga akan bekerjasama untuk turut mengadakan program itu di masjid dan surau Wilayah Persekutuan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgong, Permaisuri selamat tiba di Madinah\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin nafi ditahan, hanya beri keterangan di SPRM esok\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO mula pertikai tindakan Zahid, Anwar\n\n\n\n\n\n\nGEG Perlu Sokongan Wakil Rakyat Demi Selamatkan Dua Juta Nyawa\n\n\n\n\n\n\nSebutan semula kes Muhyiddin 4 Ogos ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya mengikuti perkembangan berita kejadian banjir yang melanda negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.\n\n\n\u201cSaya amat bersimpati dan berdukacita dengan keadaan mangsa banjir dan masyarakat yang sedang berhadapan dengan situasi ini.\n\n\n\u201cSemua pihak dimohon mengambil langkah berwaspada serta sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan diri dan keluarga masing-masing,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau menyeru semua pihak untuk terus berdoa dan bermunajat memohon perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan negara daripada musibah banjir serta kemudahan dan kesegeraan penemuan mangsa.\n\n\nDr. Mohd Na\u2019im berharap semua mangsa banjir dan ahli keluarga sentiasa tabah dan sabar dengan ujian itu.\n\n\n\u201cSemoga urusan seluruh anggota keselamatan, jentera barisan hadapan, sukarelawan dan semua pihak dipermudahkan Allah,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, sempena program itu pihaknya akan mengadakan bacaan Yaasin, solat hajat dan doa selamat secara serentak selepas solat Maghrib Khamis ini.\n\n\n\u201cJakim turut menjemput dan mengesyorkan semua Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri melalui masjid dan surau di seluruh negara mengadakan program seumpamanya agar kesatuan usaha serta doa seluruh umat akan menambahkan lagi keberkatan doa,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/21/polemik-satu-parti-politik-orang-melayu/", "title": "Polemik satu parti politik orang Melayu", "body": "0\n\n\nBARU-BARU ini, penulis mendengar lagu di YouTube.\n\nDalam banyak-banyak lagu itu, penulis memilih untuk mendengar lagu Hukum Karma dendangan kumpulan rock tempatan, Wings yang diterbitkan pada tahun 1988.\n\nGila darjat, gila nama, gila kuasa, gila harta, semua gila adalah antara lirik yang terkandung dalam lagu tersebut.\n\nKetika melayan halwa telinga ini, penulis terbayangkan senario politik orang Melayu sejak akhir-akhir ini. Penulis teringat ucapan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang enam parti politik Melayu yang wujud ketika ini.\n\nDemi memastikan orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah belah, Dr. Mahathir mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti.\n\nBeliau berkata, setakat ini sudah ada lebih enam parti Melayu termasuk UMNO dan jika lebih banyak parti politik ditubuhkan, orang Melayu akan terus berpecah belah.\n\nNamun, idea itu mencetuskan polemik dalam media massa sama ada media cetak, elektronik atau media sosial terutamanya Twitter.\n\nRata-rata pemimpin-pemimpin parti politik itu tidak bersetuju dan mendakwa cetusan idea Bekas Perdana Menteri tersebut mempunyai agenda tersembunyi.\n\nSampai kiamat pun tidak mungkin kesemua parti politik orang Melayu ini akan bergabung jika mempunyai pemimpin-pemimpin yang gila darjat, gila nama, gila kuasa, gila harta dan semua gila seperti yang terkandung dalam lirik lagu Hukum Karma itu.\n\nMana mungkin pemimpin-pemimpin tertinggi politik itu melepaskan jawatan dan kedudukan merek semata-mata mahu bersatu membentuk sebuah parti besar orang Melayu.\n\nMereka mendakwa, parti mereka lebih baik kerana mempunyai ideologi dan matlamat yang berbeza berbanding parti-parti komponen lain.\n\nMasing-masing mahu terus berkuasa, memegang jawatan tinggi, memiliki kekayaan, mempunyai pengaruh dan dihormati rakyat.\n\nMacam-macam cadangan dikemukakan tetapi tidak mungkin parti politik yang menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu dibubarkan untuk bergabung dengan parti politik yang kalah.\n\nSebagai contoh, dalam medan peperangan. Secara logiknya, tidak mungkin pasukan yang menang akan menyerahkan kuasa pemerintahan mereka kepada pasukan yang dikalahkan. Selepas lebih 60 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman penjajah, belum ada dalam sejarah negara seorang pemimpin politik yang kaya menjadi muflis kerana menginfak\u00ad kan harta mereka kepada rakyat.\n\nJauh sekali untuk mencontohi sifat Khalifah Uthman bin Affan yang menggunakan harta kekayaan untuk membantu rakyat miskin selain mengem\u00adbangkan syiar Islam.\n\nBagi penulis, biar apa sekalipun agenda Dr. Mahathir, ia mempunyai matlamat yang baik untuk meneruskan kelangsungan parti politik dan masa depan orang Melayu. Ia juga bagi memastikan tanah air milik orang Melayu ini tidak tergadai suatu hari nanti.\n\nJangan sampai perebutan kuasa politik ini akan menyusahkan rakyat. Kita tidak mahu rakyat berada dalam situasi gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah.\n\nKita perlu mengambil iktibar daripada sejarah kerajaan Melayu Melaka. Begitu juga dengan beberapa empayar Islam seperti Uthmaniah serta kerajaan silam Rom, Yunani selain China, Parsi mahupun di England.\n\nBanyak kisah yang menceritakan tentang keruntuhan kerajaan tersebut berpunca daripada pengkhianatan pihak dalaman atau individu yang dipercayai oleh pemerintah ketika itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/21/rm100-juta-bantuan-segera-kepada-kelantan-terengganu/", "title": "RM100 juta bantuan segera kepada Kelantan, Terengganu", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kerajaan Persekutuan mengumumkan bantuan segera sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu yang dilanda banjir teruk.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di dua negeri berkenaan.\n\n\n\u201cMemandangkan banjir lebih parah dari biasa, saya bersetuju selepas mengadakan perbincangan dengan Jemaah Menteri untuk meluluskan bantuan segera RM50 juta bagi Kelantan dan RM50 juta untuk Terengganu.\n\n\n\u201cBantuan ini bagi membantu mangsa banjir memandangkan kebanyakan mangsa yang terkesan adalah golongan miskin,\u201d katanya pada sidang media ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Permohonan Rosmah\n\n\n\n\n\n\nSyed Mokhtar mangsa agenda politik kotor?\n\n\n\n\n\n\nTawaran RM10 juta: SPRM akan ambil tindakan undang-undang\n\n\n\n\n\n\n11,557 Pengundi Awal Mengundi Esok\n\n\n\n\n\n\nPakar Saran Perkenal Sistem Pengawal Selia Kandungan Media\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zainin Husin.\n\n\nPada masa sama, kerajaan juga akan meneruskan bantuan banjir RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terkesan.\n\n\n\u201cManakala, bantuan RM10,000 bagi keluarga yang kematian ahli keluarga akibat banjir dan bayaran berkenaan akan diberikan kepada KIR.\n\n\n\u201cMangka banjir berkenaan perlu mendaftar di PPS dan kita serahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk menguruskan perkara itu,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/21/tragedi-batang-kali-operasi-sar-ditangguh-sementara-akibat-hujan-lebat/", "title": "Tragedi Batang Kali: Operasi SAR ditangguh sementara akibat hujan lebat", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari keenam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers\u2019 Organic Farm, Gohtong Jaya di Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditangguhkan sementara pada kira-kira 4 petang tadi berikutan hujan lebat.\n\n\nKetua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah yang mengesahkan perkara itu berkata, operasi tersebut bagaimanapun akan disambung semula sekiranya keadaan cuaca baik dan tiada pergerakan tanah berlaku di kawasan terbabit.\n\n\n\u201cYa, ditangguhkan sementara kerana hujan dan akan disambung semula (namun) bergantung kepada keadaan cuaca serta tahap keselamatan di lokasi pencarian,\u201d katanya ringkas.\n\n\nTragedi tanah runtuh pada jam 2.42 pagi Jumaat lalu, di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 orang selamat, 26 terkorban dan tujuh lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa. \u2013 Bernama\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUtamakan bantu sekolah daif berbanding sekolah persendirian Cina\n\n\n\n\n\n\nPembelaan Zahid Diputuskan Mahkamah 24 Januari\n\n\n\n\n\n\nHarga juadah di bazar Ramadan Bandar Baru Bangi masih `mesra poket\u2019\n\n\n\n\n\n\nRumah Terbuka Malaysia Madani hanya bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nKelab Komedi Tiada Lesen Hiburan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/22/agihan-pendapatan-asb-4-60-sen-bonus-tambahan-0-50-sen/", "title": "Agihan pendapatan ASB 4.60 sen, bonus tambahan 0.50 sen", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.\n\n\nAnak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu juga mengumumkan bonus tambahan 0.50 sen seunit bagi 30,000 unit pertama yang dipegang oleh pemegang unit ASB.\n\n\nJumlah keseluruhan pengagihan pendapatan adalah sebanyak RM8.9 bilion yang akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit ASB.\n\n\nPada 2021, pengagihan pendapatan ASB adalah 5.0 sen seunit, merangkumi agihan pendapatan\u00a0sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPorak-peranda politik jejas institusi kehakiman negara\n\n\n\n\n\n\nPDRM, Plus aktifkan dua laluan pintar atasi kesesakan\n\n\n\n\n\n\nAnwar minta beri tempoh buktikan hapus budaya \u2018sakau-menyakau\u2019\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Projek khusus tangani kesesakan jejas lokasi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nDemimu Ayah\u2026 gendong bapa sempurnakan tawaf\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria berkata, walaupun dalam keadaan pasaran yang sukar, pengurus dana terbesar di Malaysia itu telah memberi agihan pendapatan yang kompetitif kepada pemegang unit ASB, termasuk bonus tambahan pada tahun ini.\n\n\nBeliau berkata, jumlah pengagihan sebanyak RM8.9 bilion akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit yang memegang 186.4 bilion unit dalam ASB.\n\n\n\u201cBonus tambahan itu adalah untuk membantu pemegang unit kami berhadapan dengan tekanan kos sara hidup,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\n\nPresiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata tahun ini syarikat Malaysia muncul sebagai penyumbang terbesar kepada pulangan, didorong oleh pelaburan ASB\u00a0dalam sektor perkhidmatan kewangan, perladangan dan penjagaan kesihatan.\n\n\nBeliau berkata, ASB memanfaatkan prestasi pasaran ekuiti domestik yang agak kukuh pada separuh pertama 2022 untuk meraih keuntungan, mengimbangi semula portfolio dan meningkatkan pegangan tunainya.\n\n\n\u201cASB terus memberikan pulangan yang mampan dan kompetitif mengatasi penanda aras kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.\n\n\n\u201cJumlah bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.6 juta akaun manakala unit dalam edaran meningkat sebanyak 4.6 bilion atau 2.53 peratus kepada 186.4 bilion unit.\n\n\n\u201cIni menunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai satu instrumen simpanan dan pelaburan yang penting kepada Bumiputera dalam perancangan kewangan mereka,\u201d katanya.\n\n\nPengiraan pengagihan pendapatan dan bonus untuk ASB adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana berkenaan.\n\n\nPengiraan pengagihan bonus tambahan adalah tertakluk kepada 30,000 unit pertama untuk setiap akaun.\n\n\nUnit yang dilaburkan semula daripada pengagihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2023.\n\n\nPembayaran dividen dibuat daripada pendapatan bersih ASB manakala bonus dan bonus tambahan dibayar daripada dana proprietari PNB atas budi bicara syarikat.\n\n\nUrus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 22 hingga 31 Disember 2022.\n\n\nPemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www,myasnb.com.my) atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Januari 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 3 Januari 2023."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/22/banjir-kilat-dijangka-landa-6-negeri-dalam-24-jam/", "title": "Banjir kilat dijangka landa 6 negeri dalam 24 jam", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Banjir kilat mungkin melanda Johor, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.\n\n\nPusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui notis dikeluarkan jam 7 pagi ini berkata, kawasan terbabit di\u00a0Johor\u00a0ialah Kota Tinggi sekitar Sedili Kechil dan Ulu sungai Sedili Besar, Muar (Bandar, Bandar Maharani dan Jalan Bakri) serta Mersing (Bandar Padang Endau).\n\n\nDi\u00a0Pahang, tiga daerah terbabit iaitu Kuantan sekitar Bandar Kuantan, Hulu Kuantan, Kuala Kuantan, Pulau Manis dan Sungai Karang, Maran (Pekan) serta Pekan (Bebar, Pekan dan Langgar).\n\n\nSementara itu, di\u00a0Perak\u00a0dua daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat) dan Hilir Perak (Durian Sebatang) manakala di Selangor membabitkan Klang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTH jangka bantuan kewangan haji meningkat RM500 juta pada 2024\n\n\n\n\n\n\nTiada kesalahan jenayah babitkan kes hakim Nazlan\n\n\n\n\n\n\nAudit 1MDB: Nasib Najib, Arul Kanda akan diputuskan esok\n\n\n\n\n\n\nMasjid Biru Istanbul dibuka semula buat umat Islam\n\n\n\n\n\n\nGantung Bina SJKC Jawatankuasa Fail Tuntutan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi\u00a0Terengganu\u00a0pula, kawasan diramal terjejas adalah Marang (Bukit Payung) dan Kuala Terengganu (Batu Buruk, Chendering dan Kuala Terengganu) manakala di\u00a0Sabah\u00a0ialah Tuaran (Kampung Berungis dan Pekan Tenghilan).\n\n\nNotis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh terbabit.\n\n\n\u201cSila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang\u00a0\nhttps://publicinfobanjir.water.gov.my\n\u00a0atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/22/guna-sosma-pota-kekang-millah-abraham-mais/", "title": "Guna SOSMA, POTA kekang Millah Abraham \u2013 MAIS", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ajaran Millah Abraham@Ibrahim yang difatwakan sebagai sesat bukan hanya licik dan mengancam keselamatan negara tetapi memberi implikasi kepada sifat taksub melampau serta fenomena \u2018takfir\u2019 (kafir mengkafir) dalam kalangan masyarakat Islam.\n\n\nJusteru, Majlis Agama Islam Malaysia (MAIS) berkata, kerjasama dan tindakan bersepadu pihak berkuasa agama bersama pelbagai agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu diperkukuhkan lagi.\n\n\n\u201cIni bertujuan memantau gerakan Millah Abraham@Ibrahim\u00a0dan kumpulan ajaran sesat lain yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam.\n\n\n\u201cTindakan tegas terhadap pengikut dan pemimpin gerakan Millah\u00a0Abraham@Ibrahim\u00a0dan kumpulan ajaran sesat\u00a0lain yang terbabit perlu dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Kanun Keseksaan,\u201d katanya melalui satu hantaran Facebook hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu agihan kerusi PN di enam negeri selesai 95 peratus\n\n\n\n\n\n\n\u201cDAP boleh jadi punca kerajaan Anwar runtuh\u201d \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nGubal peraturan bolehkan undang-undang dakwa & pecat PM \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\nAhli politik tak perlu campur keputusan perolehan aset tentera\n\n\n\n\n\n\nAgihan Keuntungan Perlu Adil Tidak Memihak Pawagam \u2013 Cikgu Izzat\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas mengenai ajaran itu, MAIS berkata, Millah\u00a0Abraham@Ibrahim\u00a0bukan sekadar menetapkan pengikutnya untuk membayar wang bagi tujuan taubat tetapi perlu menuntut cerai ke atas pasangan yang tidak menyertai gerakan itu.\n\n\nMenggunakan medium kelas al-Quran dalam talian untuk menarik pengikut baharu, katanya modus operandi digunakan ajaran Millah\u00a0Abraham@Ibrahim\u00a0terbahagi kepada tiga iaitu indoktrinasi ahli, propaganda dan perkaderan ahli.\n\n\nAjaran Millah\u00a0Abraham@Ibrahim\u00a0dikaitkan dengan rangkaian Gerakan Pemuda Kahfi di Bogor, Indonesia yang diterajui Ahmad Musodiq. Ajaran itu dipercayai berpusat di Cilimus Kuningan, Kota Cirebon di Jawa Barat, Indonesia yang diketuai oleh Zubaedi Djawahir.\n\n\nMereka meyakini ajaran itu lurus lagi benar selepas jatuhnya kerajaan Islam Abbasiyah manakala Islam yang diamalkan hari ini adalah palsu. Dakwaan itu mengakibatkan sesiapa sahaja selain daripada pengikutnya menjadi sesat.\n\n\nPada 17 September 2015, fatwa diwartakan menegaskan beberapa perkara berhubung ajaran Millah Abraham@Ibrahim.\n\n\nAntaranya, Islam dibawa Nabi Muhammad SAW berakhir sejak kejatuhan kerajaan Islam dan diganti dengan agama baharu iaitu Millah\u00a0Abraham@Ibrahim, selain menggelar mereka yang tidak mengikuti ajaran itu sebagai sesat, kafir dan syirik serta wajib bertaubat dengan ajaran Millah\u00a0Abraham@Ibrahim.\n\n\nMAIS berkata, kumpulan ajaran sesat itu juga menafikan kefarduan solat lima waktu dan solat Jumaat, selain mewajibkan bai\u2019ah dan berpegang dengan bai\u2019ah.\n\n\n\u201cMereka terlalu taksub dengan dakyah sehingga sanggup membuang keluarga, ibu bapa, isteri dan lain-lain hanya kerana tidak ajaran Millah Abraham@Ibrahim\u00a0ini, malah menggabungkan kitab suci tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi,\u201d katanya.\n\n\nSelain itu, MAIS juga memaklumkan ajaran Millah Abraham@Ibrahim\u00a0menyasarkan golongan muda sebagai wadah untuk dakyah yang dibawa serta mempunyai unsur militan yang sesat dan membahayakan.\n\n\n\u201cKumpulan ini juga bersembahyang melalui penyampaian makna dalam bahasa Melayu, selain tidak berpegang kepada Hadis Nabi SAW,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/22/potongan-30-cukai-taksiran-kediaman-di-putrajaya-bawah-rm300000/", "title": "Potongan 30% cukai taksiran kediaman di Putrajaya bawah RM300,000", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Semua kediaman di Putrajaya yang berharga bawah RM300,000 diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan itu dibuat selepas mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di kawasan berkenaan bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitar.\n\n\n\u201cPengurangan ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutamanya yang melibatkan golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya,\u201d katanya menerusi kenyataan, hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPeratus Keluar Mengundi Menggalakkan\n\n\n\n\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nGERRYMANDERING : Hasrat DAP Pecahkan Kawasan Dominasi Pengundi Melayu Bakal Tercapai?\n\n\n\n\n\n\nTajuddin dakwa Ahmad Maslan punca kemusnahan UMNO\n\n\n\n\n\n\nHentikan bantuan khas sekolah persendirian Cina, tidak patuhi Akta Pendidikan 1996 \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, potongan sebanyak 30 peratus itu diberikan kepada premis kediaman yang telah siap dibina pada 2017 sehingga kini melibatkan hampir 8,500 buah kediaman.\n\n\nTambah beliau, pengurangan cukai taksiran akan mula berkuat kuasa mulai 1 Januari depan sehingga penilaian semula dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/22/tragedi-batang-kali-4-lagi-mangsa-ditemui-3-masih-hilang/", "title": "Tragedi Batang Kali: 4 lagi mangsa ditemui, 3 masih hilang", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) menemui empat mayat mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father\u2019s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland hari ini.\n\n\nDua daripada mangsa adalah lelaki dan wanita dewasa manakala dua kanak-kanak perempuan ditemui bermula jam 10.39 pagi.\n\n\n\u201cPagi ini para petugas SAR berjaya menemui empat lagi mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh Father\u2019s Organic Farm,\u201d kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi hantaran di Facebook hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran Telur Kurang\n\n\n\n\n\n\n1.75 juta kenderaan dijangka memasuki ibu negara malam ini\n\n\n\n\n\n\nUMNO dijangka kalah lebih teruk pada PRN\n\n\n\n\n\n\nPolis kesan dua warga Singapura\n\n\n\n\n\n\nBukan persenda Menu Rahmah, hanya mahu nasi berkuah \u2013 Hanafiah\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada keempat-empat mangsa itu mempunyai hubungan kekeluargaan.\n\n\nBerikutan penemuan itu, kini angka korban tragedi pada awal pagi Jumaat lalu meningkat kepada 30 orang.\n\n\nPolis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengadakan sidang media berkenaan perkara itu tengah hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/22/tragedi-batang-kali-jumlah-rasmi-mangsa-terlibat-92-bukan-94/", "title": "Tragedi Batang Kali: Jumlah rasmi mangsa terlibat 92, bukan 94", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Angka sebenar mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Father\u2019s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Gohtong di Jalan Batang Kali-Genting Highlands adalah 92 orang, bukan 94 seperti yang dilaporkan sebelum ini.\n\n\nKetua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, semakan mendapati berlaku pertindihan nama dalam buku pendaftaran tapak perkhemahan yang membawa kepada kekeliruan jumlah sebenar mangsa.\n\n\n\u201cIa berdasarkan rekod daftar di pusat perkhemahan (Father\u2019s Organic Farm) dan selepas kita buat semakan beberapa kali, termasuk maklumat daripada laporan polis oleh waris, kita rumuskan bahawa jumlah rasmi sebenarnya adalah 92 orang iaitu kurang dua orang daripada jumlah asal yang dilaporkan sebelum ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu telur : Wee Ka Siong gesa panggilan telefon diterima disiasat\n\n\n\n\n\n\nPenunggang lawan arus itu `pembunuh\u2019!\n\n\n\n\n\n\nPolis Maut disyaki tembak diri sendiri\n\n\n\n\n\n\nZuraida Sedia Lepas Jawatan Kabinet\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir akan bertemu Annuar Musa, bincang bentuk kerjasama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSetakat ini, yang ditemui meninggal dunia adalah seramai 30 orang, selamat (61) dan seorang lagi mangsa belum ditemui,\u201d katanya pada sidang media di lokasi, hari ini.\n\n\nMengulas lanjut, Arjunaidi berkata, kekeliruan berhubung jumlah sebenar mangsa sudah dikesan sejak beberapa hari lalu, namun semakan demi semakan perlu dilakukan terlebih dahulu untuk kepastian.\n\n\nDalam pada itu, identiti seorang lagi mangsa yang belum ditemui itu sudah pun dikenal pasti dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan.\n\n\n\u201cMangsa yang masih hilang adalah seorang kanak-kanak lelaki,\u201d katanya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.\n\n\nPada sidang media itu juga, Arjunaidi mengesahkan empat mayat mangsa yang ditemui di Sektor C (Riverside), pagi tadi adalah terdiri daripada satu keluarga.\n\n\nTerdahulu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, memaklumkan empat mayat mangsa ditemui dalam satu gulungan khemah yang tertimbus dalam timbunan tanah.\n\n\nKatanya, anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui petanda awal ketika pengorekan dibuat menggunakan jengkaut sebelum menemui mayat pada jam 11.04 pagi.\n\n\n\u201cSemasa proses mengeluarkan mayat, pasukan bomba menemui keempat-empat mangsa berbalut dalam satu khemah pada kedalaman tanah tujuh meter.\n\n\n\u201cEmpat mayat itu terdiri daripada dua kanak-kanak, masing-masing seorang lelaki dan perempuan serta seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa,\u201d katanya.\n\n\nSepanjang operasi SAR yang genap seminggu pada hari ini, seramai 30 mangsa ditemui dan disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi masih hilang.\n\n\nDalam tragedi 2.42 pagi Jumaat lalu, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu, yang terletak di Gohtong Jaya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/23/2-helikopter-sedia-ke-lokasi-banjir-pantai-timur/", "title": "2 helikopter sedia ke lokasi banjir di Pantai Timur", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia untuk menggerakkan dua helikopter milik mereka ke kawasan terputus hubungan akibat banjir di Pantai Timur.\n\n\nPengarah Bahagian Operasi JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, unit udara itu akan dikerahkan jika bantuan aset darat dan air menghadapi masalah untuk ke kawasan terjejas banjir seperti di Gua Musang di Kelantan yang terputus hubungan sejak empat hari lalu.\n\n\n\u201cUnit udara akan digerakkan ke kawasan itu bagi menghantar bekalan makanan kepada mangsa di lokasi,\u201d katanya pada program Selamat Pagi Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia di TV1 hari ini.\n\n\nNor Hisham berkata, bantuan seperti penggunaan lori muatan besar seberat 10 hingga 20 tan juga digunakan secara praktikal di kawasan bandar dalam menggerakkan mangsa banjir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMansuh pinjaman PTPTN hanya propaganda politik, jangan percaya lagi\n\n\n\n\n\n\nPRN: Enam negeri masih kekal sepakat bubar DUN serentak\n\n\n\n\n\n\nBlok pembangkang mahupun kerajaan akan disiasat jika terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\nDemonstrasi Aman Peguam Malaysia Hal Kebebasan Badan Kehakiman\n\n\n\n\n\n\nPertukaran Kabinet tertakluk budi bicara PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Nor Hisham menasihatkan orang ramai mengelak berada di kawasan peranginan di negeri yang sedang menghadapi banjir.\n\n\n\u201cKami tidak mahu insiden seperti kepala air berlaku di kawasan peranginan dan memohon orang ramai tangguhkan percutian ke negeri terjejas banjir,\u201d katanya.\n\n\nBeliau juga menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi dan memantau anak-anak mereka yang berada di kawasan banjir bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/23/690-bookie-judi-piala-dunia-ditahan/", "title": "690 \u2018bookie\u2019 judi Piala Dunia 2002 ditahan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Polis menumpaskan kegiatan perjudian bola sepak Piala Dunia 2022 di Qatar dengan penahanan 690 \u2018bookie\u2019 atau \u2018punter\u2019 menerusi serbuan di seluruh negara sejak 19 November lalu.\n\n\nSetiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, statistik Op Soga IX sehingga 21 Disember itu dijalankan hasil 530 serbuan.\n\n\n\u201cSelangor merekodkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu seramai 179 orang diikuti Kuala Lumpur (142), Johor (59), Negeri Sembilan (57), Sarawak (54), Pulau Pinang (43), Sabah (41) dan Kedah (32).\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n349 Kertas Pencalonan Bagi 82 Kerusi Bertanding\n\n\n\n\n\n\nMAINPP tuntut permohonan maaf penceramah bebas\n\n\n\n\n\n\nSindiket Kuota Umrah: SPRM tahan pengarah urusan agensi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nSPNB bina 500 RMR di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nPenubuhan pasukan khas D11 bantu banteras aktiviti pornografi kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagi negeri lain adalah Melaka (27), Pahang (18), Perak (17), Terengganu (11), Perlis (6) serta Kelantan (4),\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau berkata, polis telah merampas nilai had kredit dalam perisian berjumlah RM22.3 juta, dolar Hong Kong 382,995.60, wang tunai RM518,563 serta 500 dolar Singapura.\n\n\nKatanya, turut dirampas antaranya 74 komputer, 47 komputer riba, empat tablet, telefon bimbit (817), mesin kira-kira (3), router (24), 120 helai keping kertas catitan disyaki pertaruhan serta 27 keping jadual perlawanan bola sepak Piala Dunia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/23/94-lokasi-bencana-dikenal-pasti-seluruh-negara/", "title": "94 lokasi bencana dikenal pasti seluruh negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti sebanyak 94 lokasi bencana berlaku seluruh negara setakat ini.\n\n\nMenteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu ia membabitkan 52 jalan negeri dan 42 jalan Persekutuan di lapan negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Perak.\n\n\n\u201cSebanyak 61 lokasi membabitkan banjir manakala cerun runtuh (19 lokasi), jalan runtuh (lima lokasi), jalan mendap (enam lokasi) dan jambatan rosak atau runtuh (tiga lokasi).\n\n\n\u201cEnam daerah masing-masing di Terengganu dan Kelantan mencatatkan kawasan yang paling banyak terjejas akibat bencana, diikuti masing-masing empat daerah di Pahang dan Negeri Sembilan, masing-masing dua daerah di Kedah dan Johor serta masing-masing satu daerah di Perak dan Selangor,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSivakumar perlu cuti sebagai menteri\n\n\n\n\n\n\nSyukuri nikmat kebebasan beragama, ambil iktibar musibah di Palestin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Awalkan PRU \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nBunuh suami kekasih, tanam mayat selepas hubungan sulit terbongkar\n\n\n\n\n\n\nKedah umum cuti peristiwa 5 Februari sempena Thaipusam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di Jambatan Kusial di Tanah Merah, Kelantan hari ini susulan berlaku runtuhan dan hakisan tebing di bawah jambatan terbabit.\n\n\nNamun, Nanta berkata, jumlah kerugian akibat bencana berkenaan belum diperoleh kerana pihaknya masih dalam proses mengumpul maklumat.\n\n\n\u201cKita akan segera baik pulih di lokasi terjejas akibat bencana dengan memberi tumpuan di kawasan seperti Batang Kali, Selangor,\u201d katanya.\n\n\nMengulas mengenai tinjauan beliau di Kelantan, Nanta berkata, pembaikan segera akan dilakukan di laluan Persekutuan FT003 di Seksyen 664.00 iaitu laluan Kota Bharu-Kuala Terengganu akibat ditenggelami air pada Ahad lalu melibatkan anggaran kos berjumlah RM850,000.\n\n\n\u201cBagi struktur jambatan Kusial di Tanah Merah pula,\u00a0ia tidak terjejas dan laluan jambatan dibuka kepada pengguna walaupun berlaku runtuhan dan hakisan tebing pada\u00a0pile cap\u00a0di bawah jambatan itu berikutan hujan lebat Ahad lalu di jalan Persekutuan FT004 Seksyen 281.50 Machang-Jeli.\n\n\n\u201cNamun begitu, pemantauan rapi serta pemeriksaan secara fizikal oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan konsesi tetap dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) yang berfungsi sebagai pusat sehenti bagi pengurusan maklumat kejadian bencana seperti banjir, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak serta runtuh yang melibatkan jalan di bawah seliaan JKR seluruh negara. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/23/ahmad-samsuri-lawat-mangsa-banjir-selepas-5-hari-ke-new-zealand/", "title": "Ahmad Samsuri lawat mangsa banjir selepas 5 hari ke New Zealand", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan negeri bersetuju menyalurkan bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang menjadi mangsa banjir.\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan khas kepada KIR yang berdaftar sebagai mangsa banjir disalurkan bagi meringankan bebanan mereka.\n\n\nKerajaan negeri juga bersetuju menyalurkan RM10,000 kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia disebabkan banjir.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas setiausaha politik didakwa terima suapan lebih RM400,000\n\n\n\n\n\n\nPAS umum tukar MB, TMB Kelantan lepas pilihan raya\n\n\n\n\n\n\nKeganasan rumah tangga dominasi kes jenayah wanita dan kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid akan terkesan jika PN menang pilihan raya di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nOrang Ramai Dinasihat Ambil Langkah Berwaspada Elak Penyakit Berjangkit\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBantuan lain termasuk membaiki kerosakan kediaman, membina rumah rosak dan lain-lain kerosakan infrastruktur akan dilaksanakan kerajaan selepas mendapat maklumat penuh dan penilaian kemusnahan,\u201d katanya dalam kenyataan menerusi satu hantaran Facebook hari ini.\n\n\nTerdahulu, Ahmad Samsuri yang menjadi mangsa kritikan netizen selepas ketiadaannya di lokasi banjir sejak Ahad lalu melawat dan menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai, Chukai, Kemaman.\n\n\nTurut mengiringi Ahmad Samsuri adalah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.\n\n\nBagaimanapun, media arus perdana tidak dimaklumkan termasuk daripada Setiausaha Akhbar Menteri Besar dan Pejabat Menteri Besar mengenai lawatan Ahmad Samsuri.\n\n\nSelepas menyantuni mangsa banjir, Ahmad Samsuri ke bilik gerakan bencana di pejabat Daerah Kemaman untuk mendengar taklimat pengurusan banjir disampaikan Pengerusi Bencana Daerah Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab.\n\n\nDifahamkan,\n\u00a0Ahmad Samsuri ke New Zealand \nuntuk menziarahi anaknya, Nabilah yang menerima ijazah sarjana di sebuah universiti di Auckland.\n\n\nBagaimanapun, berdasarkan catatan pada FB, Ahmad Samsuri hanya sempat mengucapkan tahniah kepada Nabilah dan memohon maaf kerana tidak sempat hadir majlis konvokesyen berkenaan.\n\n\nDalam pada itu, dalam kiriman FB itu juga menunjukkan Ahmad Samsuri sempat melawat dan membantu mangsa banjir sebelum berangkat ke New Zealand, Sabtu lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/24/ahmad-zahid-sindir-mb-terengganu-bercuti-ke-luar-negara/", "title": "Ahmad Zahid sindir MB Terengganu bercuti ke luar negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Semua pihak perlu bersedia untuk menghadapi banjir besar kerana dalam situasi seperti ini, keprihatinan pemimpin dituntut dan dinilai oleh rakyat.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bercuti keluar negara bukan satu keputusan terbaik ketika rakyat yang memilih seseorang pemimpin itu ditimpa musibah.\n\n\nKenyataan yang dikeluarkan Presiden UMNO ini seakan-akan memberikan satu sindiran yang tajam kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar\u00a0yang dilaporkan bercuti ke New Zealand ketika rakyat di negeri tersebut ditimba bencana banjir besar baru-baru ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBanjir besar disebabkan pengaruh fenomena La Nina \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nFokus kukuh golongan wanita, bukan angkat budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nPakar sokong RUU KPTM, cegah golongan muda terjebak vape dan rokok\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Irwan, Arul batal saman 1MDB ditolak\n\n\n\n\n\n\nTanpa Arahan Pm, Azam Baki Undur Diri Atau Berehat \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBanjir boleh dijangka khususnya pada musim tengkujuh di Pantai Timur kerana perubahan monsun yang melibatkan faktor semula jadi dan geografi.\n\n\n\u201cMaka, mana-mana pihak perlu lebih bersedia menghadapinya. Bercuti ke luar negara misalnya bukanlah keputusan terbaik ketika rakyat yang memilihnya dahulu ditimpa musibah.\n\n\n\u201cDi sinilah keprihatinan pemimpin dituntut dan dinilai oleh rakyat,\u201d katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.\n\n\nAhmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, manusia juga boleh menjadi faktor selepas ada kawasan yang tidak pernah dilanda banjir besar kini turut dilanda banjir.\n\n\nKatanya, kerakusan pembalakan haram dan penerokaan hutan secara tidak terkawal mengakibatkan ekosistem terjejas teruk dan kawasan tadahan hujan juga kehilangan fungsi.\n\n\n\u201cOleh itu, kesemua ini menuntut kesedaran untuk menstabilkan kembali ekosistem alam ini,: tambah beliau.\n\n\nAhmad Zahid menambah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berada dalam keadaan bersiap siaga sepanjang tempoh 24 jam kerana mereka mempunyai kepakaran dan kelengkapan walaupun masih ada yang perlu ditambah baik.\n\n\nKatanya, NADMA mendapat peruntukan tambahan berjumlah RM400 juga bagi kesiapsiagaan untuk menghadapi bencana banjir pada hujung tahun ini.\n\n\nTerdahulu, Ahmad Samsuri memohon maaf ekoran tindakan beliau ke luar negara ketika Terengganu dilanda musibah banjir besar sejak Ahad lalu.\n\n\nBeliau juga kesal tidak dapat bersama rakyat yang sedang menderita terutama sepanjang tempoh kritikal banjir besar iaitu pada Isnin hingga Rabu lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/24/banjir-gelombang-kedua-dijangka-lebih-buruk/", "title": "Banjir gelombang kedua dijangka lebih buruk", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pakar tidak menolak kemungkinan akan berlaku gelombang kedua banjir besar di seluruh negara ketika ini khususnya membabitkan kawasan kerap dilanda bencana itu.\n\n\nMenurut Pakar Hidrologi dan Banjir Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Edlic Sathiamurthy, ia berdasarkan kajian tentang sejarah lepas yang menyaksikan negara pernah menghadapi dua kali gelombang tersebut.\n\n\nUjar beliau, sekiranya berlaku, situasi tempat yang dilanda bencana berkenaan akan lebih kritikal.\n\n\n\u201cKadang-kadang, gelombang kedua itu boleh jadi lebih buruk jika jaraknya dengan gelombang pertama hampir, sebab pada waktu tersebut, paras air di sungai masih tinggi dan belum kembali ke tahap yang normal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJiao Zong wajar terima Bahasa Melayu sebagai identiti negara\n\n\n\n\n\n\nTuntutan Sulu: Cubaan laksana perintah survei bangunan milik Malaysia gagal\n\n\n\n\n\n\nKenaikan OPR beri kesan kepada golongan miskin \u2013 SPCAAM\n\n\n\n\n\n\n3,464 beri respon positif projek PSI\n\n\n\n\n\n\nLapor Polis, Buat Siasatan \u2013 Musa Hassan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada ketika itu juga, keadaan tanah dan empangan masih tepu dengan kuantiti air yang ditampung gelombang pertama.\n\n\n\u201cJadi, tidak dapat menolak kemungkinan tentang berlakunya gelombang kedua nanti,\u201d katanya dalam Program Sinar Live bertajuk \u2018Banjir: Kenapa Macam tak bersedia?\u2019 pada Jumaat.\n\n\nTurut sama bergandingan sebagai panelis iaitu mangsa banjir Terengganu, Muhammad Syazli Sulaiman.\n\n\nSementara itu, Edlic menambah, kerajaan disarankan untuk menghasilkan satu aplikasi memaparkan informasi mengenai banjir dengan lebih terperinci yang boleh dicapai secara atas talian bagi memastikan orang ramai dapat bersiap sedia.\n\n\nJelas beliau, informasi tersebut merangkumkan kombinasi maklumat mengenai cuaca, paras air sungai semasa dan petunjuk tentang mana-mana jalan yang berisiko dilimpahi air ketika banjir.\n\n\n\u201cContohnya, apabila saya gunakan aplikasi tersebut dan masukkan koordinat kediaman saya, saya boleh dapat mengenai maklumatnya sekali gus seperti keadaan hujan semasa, adakah ia akan berterusan, maklumat tentang paras air sungai di stesen berdekatan dan jangkaan banjir.\n\n\n\u201cJuga, maklumat lain seperti jalan mana yang berpotensi untuk dilimpahi air jika berlakunya banjir tersebut,\u201d ujarnya.\n\n\nUlas Edlic, perkara tersebut sekali gus turut memudahkan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam hal ehwal pengurusan banjir untuk membuat keputusan tepat bagi berhadapan dengan bencana tersebut. \u2013 Sinar Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/24/keputusan-tuntutan-ma63-pada-4-januari/", "title": "Keputusan tuntutan MA63 pada 4 Januari", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Keputusan berhubung beberapa tuntutan Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat kabinet, 4 Januari depan.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, antara yang dijangka diputuskan ialah penurunan kuasa kepada agensi teknikal di Sabah dan Sarawak seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).\n\n\nFadillah berkata, beliau sudah memanggil Jawatankuasa Teknikal MA63 yang ketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Armizan Mohd Ali bagi memperhalusi perkara terbabit termasuk perkara yang dirancang dan dipersetujui oleh kerajaan terdahulu.\n\n\nMenurutnya, tiga perkara utama diberi perhatian kini ialah perkara yang sudah diselesaikan menerusi penurunan kuasa, perkara sudah dibincangkan dan sudah mendapat keputusan dasar serta perkara sedang dalam perbincangan tetapi belum mendapat keputusan dasar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCabul kemuliaan Ramadan, Israel dijangka serang lagi umat Islam Palestin\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin Mungkin Tak Pertahan DUN Gambir\n\n\n\n\n\n\nJangan takutkan orang Melayu dengan gelombang hijau \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\nDakwaan DAP Sokong Ideologi Komunis Tidak Akan Ditarik Balik \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nBarang Naik Harga, Sampai Bila?\n\n\n\n\n\n\n\n\nSatu lagi perkara tambahan adalah di luar bidang MA63 tetapi diminta oleh Sabah dan Sarawak.\n\n\n\u201cItu antara perkara yang diberi tumpuan dalam tempoh sebulan (tempoh yang diberikan Perdana Menteri untuk diselesaikan bermula 5 Disember lalu).\n\n\n\u201cSehingga kini, apa yang saya lihat boleh dipersetujui antaranya ialah penyerahan sebahagian daripada kuasa kepada agensi teknikal, cuma jumlah akan diberi kuasa sedang dimuktamadkan walaupun Sabah dan Sarawak meminta keseluruhan kuasa itu,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengagihkan biskut kepada orang ramai sempena perayaan Krismas di sebuah restoran di Kuching, Sarawak hari ini.\n\n\nMengulas lanjut, Fadillah berkata, rundingan penurunan kuasa kepada agensi teknikal itu memerlukan masa kerana membabitkan banyak pihak termasuk dengan Kementerian Kewangan.\n\n\n\u201cSebab itu kita (mencadangkan) akan buat secara interim dahulu kerana menerusinya sekurang-kurangnya ada bidang kuasa yang boleh diserahkan terus kepada JKR dan JPS di Sarawak serta Sabah,\u201d katanya.\n\n\nFadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, pihaknya juga akan mendapatkan keputusan kabinet berhubung perkara sudah mendapat persetujuan secara dasar di peringkat Majlis MA63 yang lalu, dipengerusikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\n\n\nMenurutnya lagi, keseluruhannya sebanyak tujuh perkara dasar yang sedang diusahakan untuk diselesaikan.\n\n\nBagaimanapun, ada perkara yang membabitkan pindaan perlembagaan yang tidak mungkin dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan.\n\n\n\u201cAda yang (dijamin) dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan (seperti yang ditetapkan) dan ada yang kena tunggu sidang Parlimen untuk dibentangkan bagi mendapat kelulusan sebelum kita boleh dimuktamadkan kerana membabitkan pindaan perlembagaan,\u201d katanya.\n\n\nMengenai perkara di luar MA63 yang turut dibincangkan jawatankuasa teknikal ketika ini, Fadillah berkata, ia juga akan diumumkan oleh Anwar 4 Januari nanti.\n\n\n\u201cPerdana Menteri akan umumkan nanti, kalau saya cakap sekarang, tiadalah kejutan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/24/pesara-rugi-rm128037-diperdaya-pegawai-mahkamah/", "title": "Pesara rugi RM128,037 diperdaya \u2018pegawai\u2019 mahkamah", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Seorang pesara mengalami kerugian sebanyak RM128,037 selepas terpedaya dengan penyamaran oleh \u2018pegawai\u2019 dari Mahkamah Pulau Pinang yang mendakwanya mempunyai saman tertunggak.\n\n\nKetua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pada 14 Disember lepas, wanita berusia lingkungan 60-an itu telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang memaklumkannya mempunyai saman mahkamah kerana tidak membayar tunggakan Touch N Go sebanyak RM11,800.\n\n\n\u201cMangsa kemudiannya telah disambungkan kepada beberapa individu menyamar sebagai polis yang memberitahu dia mempunyai rekod kes jenayah dan memintanya untuk memindahkan wang bagi mengelakkan akaun dibekukan,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nSejurus itu, mangsa telah membuat pemindahan wang secara berperingkat berjumlah RM128,037 ke dalam sebuah akaun\u00a0sebelum menyedari wang dalam akaun itu telah berkurangan\u00a0setelah semakan dibuat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRogol adik kandung remaja dihantar ke Henry Gurney\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin saman Anwar kerana fitnah isu pelupusan hutang peneroka Felda\n\n\n\n\n\n\nPimpinan pusat PH, BN muktamadkan pembahagian kerusi DUN Selangor\n\n\n\n\n\n\nPDRM siasat video tular dua lelaki hina Nabi \u2013 Saifuddin\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin Mungkin Tak Pertahan DUN Gambir\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, mangsa telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.\n\n\nDalam pada itu, Ramli mengulangi nasihatnya supaya orang ramai sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dan membuat semakan terperinci terlebih dahulu sebelum bertindak. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/24/tragedi-batang-kali-mayat-terakhir-sudah-ditemui/", "title": "Tragedi Batang Kali: Mayat mangsa terakhir sudah ditemui", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Selepas sembilan hari mencari, mangsa terakhir tanah runtuh di tapak perkhemahan Father\u2019s Organic Farm dipercayai sudah ditemui.\n\n\nMedia yang berkampung sejak awal pagi tadi terdengar suara-suara anggota yang terlibat dalam operasi ini menyebut \u2018alhamdulillah\u2019.\n\n\nKetika berita ini ditulis, difahamkan mayat kanak-kanak itu sedang dibawa naik dari lokasi.\n\n\nMayat mangsa terakhir itu ditemui jam 4.45 petang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenyataan Setiausaha PAS Selangor Tidak Tepat\n\n\n\n\n\n\n240 Pengembara VTL Udara Dari Singapura Tiba Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMAQIS sita 25 tan dada ayam Thailand dengan sijil halal diragui\n\n\n\n\n\n\nArah kiblat tersasar, JAKIM & Majlis Agama Negeri perlu keputusan bersama\n\n\n\n\n\n\nEsok hari terbaik usul undi tidak percaya pada PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam cuaca terik, pasukan yang terlibat melakukan misi mencari tanpa henti sejak jam 7.30 pagi dengan bantuan 10 anjing pengesan dan sembilan jengkaut. Pada masa ini, trak polis yang dipercayai akan digunakan untuk membawa mayat terakhir ke Hospital Sungai Buloh sudah tiba di lokasi.\n\n\nSetakat hari ini, tragedi runtuhan yang berlaku pada awal pagi 16 Disember lalu telah meragut 30 nyawa, manakala 61 selamat dengan berbaki seorang lagi masih hilang iaitu kanak-kanak lelaki.\n\n\nSeramai 92 mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan. \u2013 Malaysia Gazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/25/100-rumah-di-sandakan-musnah-dipukul-air-pasang/", "title": "100 Rumah Di Sandakan Musnah Dipukul Air Pasang", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 \nKira-kira 100 rumah rosak akibat fenomena air pasang besar yang berlaku kira-kira jam 10 malam tadi menjejaskan lebih 300 penduduk yang tinggal di pesisir pantai di Kampung Forest, Sandakan, Sabah.\n\n\nSusulan itu, penduduk di kawasan tersebut diminta mengosongkan rumah masing-masing sebelum jam 6 petang ini susulan jangkaan fenomena air pasang besar akan berlaku sekali lagi malam ini dan malam esok.\u00a0\n\n\nKetua Polis Sandakan ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, Jabatan Meteorologi juga telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di kawasan sekitar hingga esok.\n\n\nSaya telah meninjau beberapa tempat yang berisiko dan menasihatkan penduduk supaya berpindah ke rumah saudara mara atau ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang akan dikenal pasti di kawasan masing-masing, \u2013 Ketua Polis Sandakan / ACP Abdul Fuad Abdul Malek\n\n\nSelain Kampung Forest, Kampung Tinusa 2 di daerah itu juga mengalami air pasang dan ombak kuat malam tadi, namun tidak melibatkan kerosakan rumah, kata beliau kepada pemberita.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan hakim sokong permohonan, bangkitkan semula pengaruh Najib\n\n\n\n\n\n\nPDRM pantau media sosial kumpulan dikaitkan dengan IS\n\n\n\n\n\n\nTiada tarikh luput pelaksanaan Menu Rahmah kepada peniaga\n\n\n\n\n\n\nKerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong \u2013 Speaker DUN Selangor\n\n\n\n\n\n\nZahid akan lalui \u2018prosesnya\u2019 di mahkamah \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik kenyataan Bernama, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan hari ini, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2.\u2063\u2063\n\n\nJumlah mangsa dijangka meningkat memandangkan proses pendaftaran masih dijalankan pagi ini.\u2063\u2063\n\n\nSementara itu, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong berkata beliau akan berjumpa dengan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi meminta unit Program Perumahan Rakyat (PPR) yang kosong untuk digunakan sebagai tempat tinggal sementara bagi mangsa berkenaan.\n\n\nKatanya mangsa tidak mempunyai tempat tinggal dan PPS bukan solusi jangka masa panjang serta beliau difahamkan ada rumah PPR yang belum didiami boleh digunakan sementara mangsa mencari rumah lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/25/lra-sungai-semenyih-beroperasi-semula/", "title": "LRA Sungai Semenyih beroperasi semula", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Bacaan tahap kosong ton sebanyak tiga kali berturut-turut direkodkan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pagi tadi, sekali gus membolehkan loji itu beroperasi semula selepas dihenti tugas semalam akibat pencemaran bau.\n\n\nPengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan berkata, pengoperasian semula ini membabitkan proses pembersihan dan rawatan air yang dijangka akan mengambil masa kira-kira 12 jam.\n\n\n\u201cSelepas proses pembersihan dan rawatan itu, bekalan air terawat yang bersih dan selamat akan mula diagihkan secara berperingkat kepada pengguna di kawasan terjejas akibat penutupan LRA berkenaan,\u201d menurut satu kenyataan Air Selangor hari ini.\n\n\nSetakat ini, 85 lori tangki air giat digerakkan bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna di kawasan terjejas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak Rasmi : Dr Akmal Salleh, Ketua Pemuda yang baharu\n\n\n\n\n\n\nUMNO bakal lumpuh angkara Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nAhli MKT UMNO tawar diri bertanding jawatan Ketua Pemuda\n\n\n\n\n\n\nIsma Melaka Sentiasa Bersiap Siaga Bantu Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nGuna Akta ISA cegah rasuah dan penyelewengan \u2013 Ibrahim Ali\n\n\n\n\n\n\n\n\nBantuan bekalan air diberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/25/relawan-muda-isma-sumbang-rm100000-bantu-mangsa-banjir-di-terengganu-kelantan/", "title": "Relawan Muda ISMA Sumbang RM100,000 Bantu Mangsa Banjir Di Terengganu, Kelantan", "body": "0\n\n\nBESUT, Ahad \u2013 Relawan Muda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dengan kerjasama Yayasan Ikhlas dan Komuniti Teknikal Islam Malaysia (KomTech) memperuntukan 100 ribu ringgit sumbangan khusus kepada mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan.\n\n\nKetua Pegawai Operasi Pemuda ISMA, Mohd Soufi Annual berkata, seramai 100 Relawan Muda ISMA turun padang selama seminggu bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di Pantai Timur dari segi sokongan emosi, kerja-kerja pembersihan dan kerja pendawaian elektrik.\n\n\n\u201cKami daripada pemuda ISMA datang dengan tiga benda yang pertama kita bantu cuci rumah yang dah surut, kita datang dengan water jet, kita bawa tangki, kereta sorong, kita bersihkan rumah dengan bawa keluar barang-barang yang telah rosak dan kemudian kita cuci tempat yang berselut. Alhamdulillah kita buat betul-betul sampai licin rumah jadi banyak dah rumah yang kita bantu dekat Pasir Puteh dan Jerteh.\u201d\n\n\n\u2013 Ketua Pegawai Operasi Pemuda ISMA, Mohd Soufi Annual\n\n\n\u00a0\n\n\nKetua Pegawai Operasi Pemuda ISMA, Mohd Soufi Annual\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kampung La, Besut hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan \u2018anugerah\u2019 Deepak import telur dari India\n\n\n\n\n\n\nPAS tak boikot Dominic, cuma kekurangan ahli\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik didera dan dirantai pada kaki\n\n\n\n\n\n\nKesilapan Papan Tanda Masih Belum Diganti Baru\n\n\n\n\n\n\nPas Pahang bimbang DAP sokong pengusaha haram Musang King\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, setakat ini hampir 50 rumah sudah dibersihkan sekitar kawasan Besut dan Pasir Mas.\n\n\nBeliau turut menjangkakan akan membersihkan 50 buah rumah yang terjejas banjir di setiap daerah.\n\n\n\u00a0\n\n\nRelawan Muda ISMA sedang membersihkan salah sebuah rumah mangsa banjir\n\n\nMenurut Soufi, pihaknya juga mengedarkan Kit Emosi serta \u2018drawing tablet\u2019 kepada kanak-kanak di PPS bagi membantu ibu bapa mengetahui dan menilai emosi serta kesihatan mental anak-anak mereka akibat banjir selain mengisi masa lapang di PPS.\n\n\n\u201cKit emosi ini khas untuk kanak-kanak daripada sekolah rendah sampai ke tadika jadi yang ni kita beri dekat masjid kampung la, besut di mana kit emosi ni dia ada aktivitinya budak-budak akan dapat pensel, magic pen dengan tablet jadi mereka boleh buat aktiviti dalam ni jadi seronoklah terisi masa lapang mereka.\u201d \u2013 Ketua Pegawai Operasi Pemuda ISMA, Mohd Soufi Annual\n\n\nKanak-kanak di PPS diberikan Kit Emosi serta \u2018drawing tablet\u2019 sebagai aktiviti mengisi masa lapang\n\n\nDalam perkembangan lain, pihaknya akan bekerjasama dengan KomTech untuk melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik di rumah mangsa yang terjejas pada masa akan datang.\n\n\nJelasnya ia termasuk menukar suis, soket dan papan pengagihan elektrik yang dilakukan individu berkemahiran secara percuma.\n\n\nPihaknya juga mengalu-alukan penglibatan anak muda untuk membantu menjalankan misi ini yang dijangka berakhir pada Januari dan boleh hubungi di Facebook Relawan Muda ISMA."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/25/tragedi-batang-kali-operasi-sar-ditamatkan-jam-12-tengah-hari/", "title": "Tragedi Batang Kali: Operasi SAR ditamatkan jam 12 tengah hari", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengumumkan misi mencari dan menyelamat (SAR) tragedi tanah runtuh di Father\u2019s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup secara rasmi pada jam 12 tengah hari ini.\n\n\nBeliau berkata, misi itu ditamatkan selepas pasukan SAR merumuskan tiada lagi mangsa tragedi terbabit dilaporkan hilang atau belum ditemui, selaras Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN).\n\n\nBagaimanapun, kerja teknikal di lokasi tanah runtuh itu akan diteruskan beberapa agensi berkaitan, antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).\n\n\n\u201cSaya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi terbabit, termasuk rakan media yang bertungkus-lumus sepanjang misi SAR ini. Saya sangat menghargai setiap pengorbanan dan kerjasama anda.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM tidak bercadang wujud silibus baharu berkaitan patriotisme\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas\n\n\n\n\n\n\nPolis tunggu laporan perubatan budak dipercayai mangsa dera\n\n\n\n\n\n\nRayuan Akan Dikemukakan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Kelantan Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cInilah satu-satunya operasi yang setiap agensi memainkan peranan sesuai Arahan 20 MKN dan tiada pertindanan tugas sepanjang misi, sekali gus menjadi rujukan bagi apa-apa kerjasama pengurusan bencana yang mungkin berlaku pada masa depan,\u201d katanya pada sidang media di sini, hari ini.\n\n\n\n\nMayat mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father\u2019s Organic Farm iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui petang semalam.\n\n\nDifahamkan, mayat itu ditemui pasukan SAR di Sektor A (Hill View) yang menjadi tumpuan utama pencarian pada jam 4.53 petang.\n\n\nBerdasarkan maklumat, 19 daripada 30 mayat mangsa sebelum ini ditemukan di Sektor A (Hill View), manakala 10 di Sektor C (Riverside) dan seorang di Sekstor B (Farm View).\n\n\nSementara itu, Acryl Sani mengakui faktor cuaca menjadi satu-satunya cabaran dihadapi petugas misi SAR berkenaan menyebabkan petugas berdepan risiko tinggi ketika bertugas.\n\n\nBeliau juga mengakui tidak berdepan kesukaran menggerakkan sumber tenaga berikutan kerjasama erat pelbagai agensi, selain keperluan jentera turut mencukupi.\n\n\n\u201cBerdasarkan statistik, kita gunakan hampir 12 jentera berat daripada pihak swasta dan pelbagai agensi. Tuah masih di pihak kita.\n\n\n\u201cJusteru, kita perlu bersujud syukur dan membaca doa selamat kerana semua petugas SAR terselamat sepanjang menjalankan misi.\n\n\n\u201cTerima kasih juga kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang teruja membantu, tetapi kali ini kami tidak dapat gunakan khidmat anda kerana risiko di lokasi kejadian, selain tidak mahu pihak tidak berkelengkapan atau berkemahiran menyertai misi ini,\u201d katanya.\n\n\nDitanya sama ada pihaknya menerima sebarang aduan berhubung kutipan sumbangan palsu membabitkan tragedi terbabit, Acryl Sani bagaimanapun menjelaskan keadaan sedemikian tidak berlaku setakat ini.\n\n\nBeliau antara lain meminta pihak berkaitan segera menyemak semula garis panduan aktiviti riadah di lokasi berisiko, termasuk di kawasan cerun dan berhampiran sungai bagi mengelak kejadian sama berulang.\n\n\nJumaat lalu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengeluarkan senarai 30 mangsa, termasuk 12 kanak-kanak, masing-masing enam perempuan berusia satu hingga 12 tahun yang maut akibat kejadian tanah runtuh, sekitar jam 2.30 pagi, 16 Disember lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/25/tular-tikus-jamah-ayam-restoran-ditutup-14-hari-kkm/", "title": "Tular Tikus Jamah Ayam, Restoran Ditutup 14 Hari \u2013 KKM", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan sebuah restoran di Pandan Indah, Kuala Lumpur ditutup selama 14 hari susulan tular video seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan restoran berkenaan baru-baru ini.\n\n\nKetua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan dibuat selepas Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) menjalankan siasatan berhubung video viral itu.\n\n\n\u201cTindakan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983. Selain itu, sebanyak enam notis kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat,\u201d katanya menerusi satu kenyataan pada Ahad.\n\n\nDalam pada itu, KKM turut menyeru orang ramai terutama pengusaha dan pengendali makanan untuk menjalankan tanggungjawab bersama dalam memastikan aspek keselamatan makanan terjaga.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenubuhan pasukan khas D11 bantu banteras aktiviti pornografi kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nMansuh kemasukan penjawat awam guna kelulusan PMR\n\n\n\n\n\n\nMahkamah arah Zuraida bayar RM10 juta kepada PKR\n\n\n\n\n\n\nHormati keputusan mahkamah tolak rayuan SIS Forum\n\n\n\n\n\n\nStatus empat Ahli Parlimen Sabah cetus tanda tanya\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, tular satu video dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter bernama Zoey Hanafiah yang memaparkan seekor tikus sedang menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan sebuah restoran.\n\n\n\n\nDepan mata sndiri, No More mkn mamak \ud83d\ude35 janjiii \npic.twitter.com/HxkhjFbZHY\n\n\n\u2014 ig : zoeyhanafiah (@zoeyhanafiah) \nDecember 22, 2022\n\n\n\n\nIa berlaku ketika dia sedang menjamu selera di restoran berkenaan.\n\n\nSementara itu, Noor Hisham dalam masa sama menegaskan pihaknya memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan.\n\n\n\u201cPengguna turut disarankan memilih premis makanan yang mempunyai logo BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) apabila membeli atau menjamu makan di luar rumah,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/27/batik-air-kesal-penerbangan-tergendala-beri-baucar-percuma/", "title": "Batik Air Kesal Penerbangan Tergendala, Beri Baucar Percuma", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Syarikat penerbangan Batik Air yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air, meluahkan rasa kesal susulan kelewatan penerbangan ke Kuching, Sarawak pada 22 Disember lalu.\n\n\nMenerusi kenyataan hari ini, Batik Air berkata, pihaknya akan menghubungi semua penumpang terkesan bagi menyampaikan baucar istimewa secara percuma kepada mereka.\n\n\nMengakui kesal dengan kelewatan itu, syarikat penerbangan tambah murah berkenaan turut menyatakan akan memperbaiki kelemahan operasi dan melakukan penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan.\n\n\nMenurut jurucakap syarikat itu, penerbangan ke Kuching (Sarawak) dan Trichy, India dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada tarikh tersebut terganggu akibat cuaca buruk dan masalah teknikal pada pesawat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya akan diasingkan\n\n\n\n\n\n\nToleransi orang Melayu kepada kaum lain sangat tinggi\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri belum putuskan pertahan jawatan Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nSalahuddin Ayub pula dituduh lantik adik-beradik\n\n\n\n\n\n\nTidak wajar halang MB Kedah hadir majlis Kerajaan Persekutuan \u2013 Samsuri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKelewatan ini menimbulkan banyak kesulitan kepada kebanyakan penumpang kami. Kami sudah mengambil langkah tambahan untuk memastikan operasi penerbangan kami berjalan lancar dan kejadian ini amat dikesali.\n\n\n\u201cKami tidak berniat untuk menyebabkan kelewatan itu berpanjangan dan ingin meyakinkan orang ramai bahawa keadaan sudah diperbetul dan yakinlah bahawa operasi kami di terminal KLIA sudah kembali seperti biasa,\u201d katanya.\n\n\nMenurutnya, baucar makanan disediakan semasa kelewatan untuk penumpang terjejas, tetapi tidak dapat memberikan tempat penginapan kerana semua bilik hotel habis ditempah, dan tiada kedai makanan dibuka selepas tengah malam di terminal tersebut.\n\n\n\u201cKami amat kesal dan memohon maaf kerana kelewatan itu menimbulkan banyak kesulitan kepada penumpang dan keluarga mereka,\u201d katanya.\n\n\nUjarnya lagi, syarikat itu sedang menyiasat punca kejadian yang menyebabkan berlaku kelewatan ke atas dua penerbangan terbabit.\n\n\n\u201cPunca kejadian sedang disiasat dan kami akan melihat sebarang kelemahan operasi untuk penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan pelanggan kami.\n\n\n\u201cSebagai maklum balas, Batik Air akan menghubungi semua penumpang yang terjejas untuk memberikan mereka baucar percuma khas,\u201d katanya, lapor Getaran.\n\n\nSemalam, Anthony Loke memaklumkan, Malindo Air akan menghubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf atas kesulitan baru-baru ini.\n\n\n\n\nSalam Saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan \n@malindoair\n ..mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab. \nhttps://t.co/YqzWlJEgvT\n\n\n\u2014 Loke Siew Fook (@anthonyloke) \nDecember 26, 2022\n\n\n\n\nMenurut beliau, perkara itu dimaklumkan syarikat penerbangan terbabit selepas dihubunginya.\n\n\n\n\nYB \n@anthonyloke\n please do somethinglah to Malaysia punya airline operator. \n@malindoair\n tak ada hati perut ker nak maklum kan kepada pelanggan hantar blanket atau neck pillow at least. Delayed dari jam 11 ke 6 pagi dalam airport sejuk macam ni? Tolonglah elok sikit. \npic.twitter.com/uRv1i8bgWG\n\n\n\u2014 Mohd Firdaus Jailan (@firdausjailan) \nDecember 22, 2022\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nTerdahulu, seorang pengguna Twitter @firdausjailan menggesa Anthony Loke melakukan tindakan segera terhadap pihak pengurusan Malindo Air di atas sikap lepas tangan mereka terhadap penumpang yang \u2018tersidai\u2019 lama di lapangan terbang gara-gara penerbangan ditangguhkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/27/kes-covid-19-melonjak-di-china-rakyat-tidak-perlu-bimbang/", "title": "Kes Covid-19 Melonjak Di China, Rakyat Tidak Perlu Bimbang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa\n \u2013 \nRakyat Malaysia tidak perlu bimbang dengan peningkatan jumlah jangkitan kes Covid-19 yang melanda di China ketika ini.\u00a0\n\n\nPakar Epidemiologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata ini kerana China mengamalkan dasar sifar Covid yang berbeza dengan polisi diamalkan di Malaysia.\u00a0\n\n\nJelasnya, peningkatan jumlah jangkitan kes Covid-19 yang melanda di China itu juga tidak memberikan kebimbangan ketara terhadap epidemiologi sehingga menyebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Perkara 152, Pinda Akta DBP Bukan Setakat Penguatkuasaan\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Kebenaran Perjalanan Ke Negara Lain\n\n\n\n\n\n\nTiga Kluster Pendidikan Baharu Dikesan Di Kedah\n\n\n\n\n\n\nPenyatuan Ummah Penting Dalam Mendepani Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\n2 pengurus PetroSaudi didakwa di Switzerland berhubung skandal 1MBD\n\n\n\n\n\n\n\n\nChina mengamalkan polisi sifar kes yang berbeza dengan sistem Malaysia dan k\nalau kita lihat dari segi beban epidemiologi ia tidak memberikan satu kebimbangan yang ketara sehingga menyebabkan perlu membuat perintah kawalan pergerakan (PKP ) atau pun kawalan pergerakan begitu ketat \n.\n\n\nPakar Epidemiologi Universiti Putra Malaysia (UPM) / Prof Madya Dr Malina Osman\n\n\n\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian kepada TV Pertiwi selepas diminta mengulas mengenai peningkatan jangkitan kes Covid-19 di China.\n\n\n\n\nTambah Dr Malina, perkara ini tidak menjadi isu besar susulan peranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberikan vaksinasi dan dos penggalak kepada rakyat dan dalam masa sama tidak berlaku sebarang ancaman kepada negara walaupun telah memasuki fasa endemik sejak 1 April lalu.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, beliau berkata walaupun jumlah jangkitan kes Covid-19 di Malaysia adalah terkawal namun rakyat harus diingatkan untuk sentiasa berjaga-jaga untuk memakai pelitup muka di tempat sesak dan menjalani kuarantin kendiri sekiranya bergejala.\u00a0\n\n\nSementara itu, Dr Malina turut berpendapat tindakan dilakukan oleh KKM ketika ini adalah bertepatan seperti garis panduan yang disarankan oleh pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) dan sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/27/mansuh-hukuman-mati-mandatori-ambil-kira-pandangan-rakyat-jangan-ikut-telunjuk-ala-barat/", "title": "Mansuh Hukuman Mati Mandatori? Ambil Kira Pandangan Rakyat, Jangan Ikut Telunjuk Ala Barat", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nHukuman mati mandatori yang bakal dibentangkan pada Februari tahun hadapan sepatutnya dinilai semula agar mematuhi nilai tertentu masyarakat yang dapat dijadikan teladan.\n\n\nPengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias \n\u00a0berkata, tinjauan pendapat oleh masyarakat perlu diambil kira supaya hukuman tersebut dijalankan dengan adil.\n\n\n\u00a0\n\n\nPengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias\n\n\nMalah katanya tidak semua kesalahan yang membawa kepada hukuman mati mandatori boleh dimansuhkan sama sekali dan perlu mengikut telunjuk\u00a0 ala Barat dan meminggirkan nilai budaya negara ini yang mempunyai nilainya sendiri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBNM kekalkan OPR 2.75 peratus\n\n\n\n\n\n\nMungkin ada rakyat Malaysia jadi tali barut \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\nTajaan JPA bidang perubatan, pergigian dan farmasi diteruskan\n\n\n\n\n\n\nPolis rakam keterangan 3 individu kes curi wang BAP RM109,000\n\n\n\n\n\n\nPembaikan Jambatan, Cerun Bukit Dan Jalan Raya Di Sungai Lui\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Lukman pandangan masyarakat perlu diambilkira berikutan kesesuaian dengan kehendak dan kemahuan nilai dan budaya masyarakat tersebut.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cSaya mempunyai pandangan bahawa sesetengah mandatori boleh dimansuhkan tetapi bagi saya sesetengah hukuman mati mandatori patut tidak dimansuhkan kerana ia satu kesalahan yang serius, henious crime lah, yang mana masyarakat mempunyai nilai tertentu untuk menjadi teladan untuk masyarakat itu sendiri. Dalam 2-3 kesalahan kita patut meninjau pendapat dan pendirian masyarakat apakah masyarakat mahu hukuman mandatori itu dimansuhkan atau tidak supaya bersesuaian dengan kehendak dan kemahuan nilai dan budaya masyarakat tersebut. Sebab itu saya tidak bersetuju sekiranya ia dimansuhkan secara keseluruhan.\u201d\u00a0\n\n\n\n\nBeliau menerusi satu temu bual eksklusif bersama TV Pertiwi berkata hukuman mati dijalankan sekiranya seseorang melakukan pembunuhan dan disabitkan kesalahan, termasuk merancang dengan niat dan melakukan pembunuhan akan dijatuhkan hukuman mati mandatori.\u00a0\n\n\nTambah beliau, sekiranya ingin merubah undang-undang kepada hukuman mati discretionary, peninjauan kepada masyarakat seharusnya dilakukan dari segi soal selidik dan bukannya terus tunduk kepada nilai nilai di Barat yang\u00a0 menolak hukuman mati.\n\n\nHal ini dapat menentukan sama ada masyarakat menginginkan hukuman tersebut dikekalkan atau tidak.\n\n\n\u201cSaya rasa ini nilai-nilai baharu dari Barat, yang mana cuba menjadikannya satu dunia supaya menolak \ncapital punishment\n hukuman mati,\u00a0 pada asalnya mereka mahu , kumpulan belah kiri liberal mahukan penghapusan lagsung hukuman mati, tapi dalam Malaysia masih mahu hukuman mati maka apa yang terjadi merubah hukuman mandatori kepada hukuman discretionary ataupun hukuman mati. Hakim mempunyai budi bicara untuk meletakkan atau tidak meletakkan hukuman mati mengikut sabit kesalahan.\u201d\n\n\nDalam pada itu, belau turut mengatakan bahawa pemansuhan Akta ini seakan sama dengan perundangan di negara Eropah yang menetapkan tiada hukuman mati di United Kingdom, yang tidak perlu diikuti kerana Malaysia mempunyai nilai budaya sendiri.\n\n\nLukman turut mencadangkan sekiranya hukuman mati mandatori tidak dimansuhkan, hukuman sedia ada perlu dikekalkan.\n\n\nTegasnya, pandangan masyarakat seharusnya didengari terlebih dahulu mengenai apa kemahuan mereka dari segi teladan yang mahu ditunjukkan supaya hukuman yang dijalankan menjadi sesuatu yang adil kepada mereka.\n\n\nENDS/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/28/mudarat-lebih-besar-jika-bn-bersama-pn-ahmad-zahid/", "title": "Mudarat lebih besar jika BN bersama PN \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menubuhkan kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bukannya dengan Perikatan Nasional (PN) seperti penggal lalu adalah kerana kerjasama dengan PN akan membawa lebih banyak mudarat\n\n\nPengerusi\u00a0BN, Ahmad Zahid Hamidi\u00a0berkata, BN membuat analisis berkenaan gabungan politik mana yang akan membawa paling kurang mudarat kepada BN dalam jangka panjang.\n\n\n\u201cKami buat analisis, bukan sahaja sekarang tapi untuk jangka sederhana dan panjang. Mudarat mana yang kurang, yang boleh terus relevankan UMNO.\n\n\n\u201cMajlis Tertinggi (MT) UMNO putuskan lebih banyak mudarat dengan PN.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJana Wibawa: SPRM cari \u2018Datuk Roy\u2019 bantu siasatan\n\n\n\n\n\n\n2 Marsyal Termasuk \u2018Datuk\u2019 Serah Diri\n\n\n\n\n\n\n64 jemaah hidap jangkitan paru-paru akibat cuaca panas\n\n\n\n\n\n\nDasar dan perancangan KPM seolah terpisah dari realiti\n\n\n\n\n\n\nMOTAC Giat Semarakkan Aktiviti Pelancongan, Seni dan Budaya Tahun Ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMereka bertanding di kawasan sama yang kami bertanding, di kawasan\u00a0Malayu, yang ada kelompok Melayu. Kita berperang di gelanggang yang sama,\u201d katanya\u00a0dalam wawancara yang disiarkan secara langsung di saluran \nYoutube NRChannel\n\u00a0malam tadi.\n\n\n\n\nJusteru, UMNO memilih untuk berpihak kepada PH kerana ia akan menjamin survival politik parti itu dan BN.\n\n\n\u201cBersama PH, (UMNO ada) potensi besar untuk menang semula kawasan yang dulu (dapat) kurang undi. Kita boleh gali semula potensinya,\u201d katanya.\n\n\nTanpa menyebut sebarang nama secara khusus, Ahmad Zahid mendedahkan ada dua ahli MT yang tidak setuju dengan kerjasama bersama PH.\n\n\n\u201cTak lebih dua orang (anggota MT) yang tak setuju.\n\n\n\u201cAdakah ini tidak demokratik? Adakah saya guna kuasa autokratik ataupun saya seorang diktator yang buat keputusan sendiri? Saya jaga kepentingan parti,\u201d katanya\u00a0sambil menambah walaupun ada perbezaan pandangan, semua perlu akur apabila MT sudah mencapai keputusan muktamad.\n\n\nAhmad Zahid sebelum ini berdepan bantahan dalam BN kerana didakwa mengambil keputusan menyokong Pengerusi PH, Anwar Ibrahim bertentangan dengan keputusan gabungan parti \u00a0itu.\n\n\nPemimpin MCA dan MIC juga menggesa Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN.\n\n\nSemalam, Ahmad Zahid berkata,\u00a0beliau telah memaafkan pemimpin tersebut dan faham mereka berdepan tekanan dalaman yang hebat.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri itu juga berkata, beliau telah memaafkan 10 Ahli Parlimen UMNO yang dikatakan menyokong Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Perdana Menteri.\n\n\n\u201cJangan dikenang peristiwa yang sudah berlalu. Mari kita\u00a0\nmove on\n.\n\n\n\u201cBentuk gagasan baharu, perkukuhkan parti, siap siagakan parti untuk hadapi landskap politik baharu. Ketepikan perbezaan antara kita,\u201d katanya.\n\n\nMengulas rasa tidak senang beberapa pihak terhadap kerjasama UMNO dengan DAP dalam kerajaan, Ahmad Zahid berkata, kemarahan itu patut dihalakan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\nMenurut Ahmad Zahid, Mahathir patut dipersalahkan kerana \u2018mendoktrin\u2019 selama 22 tahun dan memberi \u2018gambaran yang sangat negatif\u2019 terhadap DAP."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/28/national-task-force-bubar-op-benteng-ditamatkan/", "title": "National Task Force bubar, Op Benteng ditamatkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Selepas dua tahun tujuh bulan dan 25 hari mencurahkan khidmat bakti menjaga keselamatan daripada ancaman luar di sempadan negara, National Task Force (NTF) akhirnya dibubarkan berkuat\u00a0kuasa pada 31 Disember ini.\n\n\nDengan pembubaran itu,\u00a0maka berakhirnya pelaksanaan Operasi Benteng (Op Benteng)\u00a0 yang dianggotai 18 agensi keselamatan dan penguatkuasaan sejak tahun 2020 bagi mengekang penularan Covid-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga memasuki Fasa Endemik Covid-19 1 April 2022 yang kini sudah terkawal.\n\n\nPanglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang mengumumkan pembubaran secara rasmi NTF dalam satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKM Saran Hadir Janji Temu Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\nDilabel zoo, Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen jaga kelakuan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Long Tiger\u2019 Bolos Dari Lokap Mahkamah Tangkak\n\n\n\n\n\n\nFatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor \u2013 Sultan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Perlu Main Peranan Tahu Skop Kerja \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nOp Benteng melalui kuasa Akta 342 iaitu Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 telah digerakkan oleh NTF bagi membanteras kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke dalam negara serta mengekang penyebaran wabak Covid-19.\n\n\nSepanjang pelaksanaan Op Benteng, sejak Mei 2020 hingga 26 Disember 2022, seramai 7,490 tangkapan dibuat membabitkan 1,444 orang tekong, 23, 894 PATI dan 1,377 orang dalam tempoh sama serta rampasan sebanyak RM1.10 bilion berjaya dikumpulkan.\n\n\n\u201cNamun, setelah dua tahun, tujuh bulan dan 25 hari menyumbang kejayaan demi kejayaan, kita harus menerima hakikat organisasi bersepadu yang merangkumi pelbagai agensi in perlu dibubarkan.\n\n\n\u201cPembubaran NTF telah diarahkan melalui Sidang Majlis Keselamatan Negara bilangan 2 tahun 2022 setelah mengambilkira situasi pandemik Covid-19 negara dan dunia yang semakin terkawal dan lebih utamanya bagi mempertingkatkan keberkesanan tadbir urus keraiaan ke arah yang lebih mampan.\n\n\n\u201cApa jua keputusannya, saya amat berpuas hati dengan segala usaha kawal selia dan pengurusan NTF serta pelaksanaan OP Benteng dan percaya bahawa kita semua telah menggembleng seluruh tenaga melakukan yang terbaik untuknya,\u201d katanya pada Majlis Penghargaan Perkhidmatan Operasi Benteng 2020-2022 sempena Pembubaran NTF di Auditorium Wisma Pertahanan hari ini.\n\n\nTurut hadirKetua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Mohd Daud dan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som.\n\n\nTambah Affendi, organisasi bersepadu pelbagai agensi yang julung kali diwujudkan ini\u00a0berjaya membuktikan keberkesanannya dengan sangat signifikan dan relevan sekali dan pengalaman serta pemerhatian yang amat berharga dalam menyelaras kesemua 18 agensi keselamatan serta penguatkuasaan kerajaan yang bernaung di bawah NTF.\n\n\nMenurut Affendi, pembentukan NTF bukan suatu tugas yang mudah kerana setiap agensi mempunyai keutamaan strategik tersendiri selain amalan tugas berbeza-beza termasuklah kekangan sumber manusia serta peralatan bersesuaian untuk ditugaskan di lapangan.\n\n\nNamun,\u00a0berkat kebijaksanaan barisan kepimpinan serta komitmen tinggi oleh segenap lapisan warga di setiap agensi, segala kekangan dalam penguatkuasaan diatasi secara berkesan.\n\n\nBeliau memberitahu, setiap warga telah menunjukkan tekad yang tinggi selain bertolak ansur bagi mencari titik penyatuan sehingga membolehkan kelancaran organisasi NTF dan Op Benteng dilaksanakan.\n\n\n\u201cPada masa sama, kejayaan penyatuan kesemua 18 agensi ini bukan hanya dikecapi oleh NTF malah ia\u00a0memperlihatkan kepada rakyat kerajaan serius terhadap mengekang pencerobohan kemasukan PATI ke dalam negara.\n\n\n\u201cKonsistensi di dalam setiap aktiviti pengusiran, tangkapan dan rampasan melalui Op Benteng telah memberi impak positif sehingga dapat mewujudkan kepercayaan sekali\u00a0gus mengundang rakyat untuk bersama-sama secara sukarela, menjadi mata dan telinga di dalam setiap kejayaan Op Benteng secara keseluruhannya.\n\n\n\u201cOleh yang demikian, apa yang boleh saya katakan di sini adalah arahan untuk mewujudkan NTF merupakan suatu tindakan yang tepat oleh kerajaan kerana ia bukan sahaja berjaya memperkasakan kawalan sempadan dan maritim negara malah lebih penting mengajar kita pendekatan \nwhole of government and whole of society (WoGoS)\n\u00a0merupakan formula terbaik dalam memastikan pemeliharaan kesejahteraan dan keselamatan nasional secara menyeluruh,\u201d ujarnya.\n\n\nMenurutnya, semua pihak harus akur bahawa NTF akan dibubarkan dan selepas itu, agenda pemerkasaan kawalan sempadan negara akan diteruskan melalui mekanisme sedia ada di bawah kerangka Majlis Keselamatan Negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/28/sosma-kaji-semula-bukan-hapuskan-saya-tidak-setuju-musa-hasan/", "title": "SOSMA : Kaji Semula Bukan Hapuskan, Saya Tidak Setuju \u2013 Musa Hasan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0 Sebarang cadangan untuk mengkaji semula peruntukan dalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk penambahbaikannya adalah disokong.\n\n\nBagaimanapun menurut bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan, beliau akan membantah\u00a0 sekiranya undang-undang peruntukan mengikut akta berkenaan cuba untuk dihapuskan.\n\n\nJelas beliau yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), SOSMA masih diperlukan untuk menjaga keselamatan negara daripada jenayah keganasan yang digerakkan secara berkumpulan dan individu.\n\n\nTAN SRI MUSA HASAN /\u00a0 Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC)\n\n\nTambah beliau,\u00a0 Amerika Syarikat juga mempunyai undang-undang seumpama SOSMA, dan polis di negara\u00a0 berkenaan boleh menahan sesiapa\u00a0 di mana-mana negara jadi mengapa perlu di Malaysia akta seumpamanya hendak dilupuskan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Jangan Berlakon Bantu Rakyat\n\n\n\n\n\n\nSelesaikan masalah umat Islam dengan adil, secepat mungkin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nMelayu Islam Subahat Jual Arak?\n\n\n\n\n\n\nSPRM badan bebas, tiada keperluan maklum siasatan kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nMB Perak dakwa videonya mengenai Tanah Rizab Melayu dimanipulasi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSOSMA ini adalah undang-undang berkaitan dengan keselamatan negara dan selalunya tadi kumpulan orang ni ramai. Jadi, apabila kumpulan tadi ramai maka polis memerlukan masa yang lama untuk menyiasat mereka. Selalunya mereka ni ada ketua, ada financial dia, ada orang-orang bawah dia menjalankan tugas tersebut. Untuk melumpuhkan\u00a0 kumpulan tersebut the police need time, polis perlukan masa yang panjang untuk menyiasat. Itu sebab dalam undang-undang tersebut, undang-undang tadi beri kuasa pihak polis boleh menahan 28 hari untuk siasatan dijalankan. Selepas 28 hari tadi, pihak polis akan dituduhkan di mahkamah.\u201d \u2013 \u00a0 TAN SRI MUSA HASAN /\u00a0 Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC)\u00a0\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nTambah Tan Sri Musa, kajian semula itu perlu dilakukan untuk memperbaiki lagi undang-undang berkenaan, namun jika ada usaha ke arah melupuskannya beliau sama sekali tidak bersetuju.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201c Review itu perlu kita buat untuk memperbaiki lagi undang-undang tersebut kalau kita hendak. Bukan review untuk dilupuskan, ya,\u00a0 review untuk dilupuskan kita tidak ada undang-undang yang menjaga keselamatan negara lah. Ya, kita perlukan undang-undang ini, di Amerika pun ada akata tahan mana-mana orang di mana-mana negara. So, pasal apa kita tak boleh jaga negara kita sendiri dengan undang-undang tersebut? Review can but bukan untuk dilupuskan, untuk diperbaiki kan saya setuju.\u201d\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0\u2013 TAN SRI MUSA HASAN /\u00a0 Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC)\u00a0\u00a0\n\n\nBeliau terdahulu\u00a0 melancarkan Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir, di Dewan Masjid Al- Mukhlisin, Alam Damai,di ibu negara pagi tadi.\n\n\n40 buah kenderaan digerak untuk agih bantuan banjir ke Pantai Timur. Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Tan Sri Musa Hassan bersama Persatuan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO)\n\n\nMengulas lanjut beliau berkata, kuasa polis untuk menahan tertuduh selama 28 hari merupakan peruntukan dalam SOSMA yang wajar dikekalkan kerana tempoh berkenaan akan digunakan oleh pihak berkuasa itu untuk menjalankan siasatan.\n\n\nSebelum ini media melaporkan , Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan bersetuju supaya peruntukan dalam SOSMA dikaji semula berikutan terdapat pelbagai aspek dalam peruntukan tersebut menerima kritikan terutama dalam isu mengehadkan pemberian jaminan.\n\n\nSaifuddin sebelum ini dilaporkan memberi bayangan akta berkenaan tidak akan disemak kembali dan menyatakan individu yang ditahan boleh mengambil khidmat peguam sekiranya dihadapkan ke mahkamah.\n\n\nBagaimanapun, kemudiannya Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo meminta Menteri Dalam Negeri itu mempertimbangkan keputusan tersebut kerana ia bertentangan pendirian Pakatan Harapan (PH) yang tidak bersetuju dengan mekanisme dalam akta berkenaan.\n\n\nENDS"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/28/subsidi-bersasar-atasi-masalah-ketirisan-dan-bekalan/", "title": "Subsidi bersasar atasi masalah ketirisan dan bekalan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Masalah\u00a0 kekurangan bekalan bersubsidi dapat diselesaikan jika kerajaan berjaya menangani isu ketirisan yang berlaku.\n\n\nPengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan semula bentuk pemberian subsidi barang makanan seperti minyak masak kepada rakyat.\n\n\nAmeer Ali berkata, peruntukan subsidi minyak masak sebanyak RM4 bilion yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jun lalu perlu ditarik semula.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n24 PUSAT PENGUNDIAN AWAL AKAN DIBUKA \u2013 SPR\n\n\n\n\n\n\nNasib 89 keluarga terbabit laluan ECRL akan dibela \u2013 MB Selangor\n\n\n\n\n\n\nBuat hantaran sensitiviti kaum, pemilik Crackhouse didenda RM8,000\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tiada GST tetapi barangan mewah akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nWanita warga Thailand antara tujuh individu khayal ditahan Kastam\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa susulan masalah kekurangan bekalan selepas berlaku ketirisan yang disebabkan oleh penyeludupan dan ia secara tidak langsung memberi manfaat kepada negara luar serta pihak tidak bertanggungjawab.\n\n\n\u201cKalau barang itu mahal sangat untuk golongan B40,\u00a0kita bagi subsidi. Kerajaan memang bagi\u00a0bantuan, mereka\u00a0keluarkan subsidi, kerajaan bagi 1.8\u00a0bilion, kemudian 4 bilion\u00a0tapi minyak masak paket sampai sekarang tidak cukup sebab ada ketirisan.\n\n\n\u201cHantarlah\u00a0berapa banyak masih ada ketirisan sebab kita adalah sendiket di Indonesia dan Thailand. Semua boleh keluar sempadan,\u00a0jadi sebetulnya kita bagi subsidi kepada rakyat negara asing,\u201d kata beliau pada program Dimensi : Kerajaan Belum Jumpa Cara Turunkan Harga Barang anjuran TV Pertiwi pagi tadi.\n\n\nAmeer Ali berkata, penjualan barangan bersubsidi seperti minyak masak pada harga tanpa subsidi dapat menangani masalah ketirisan sekaligus mengelakkan penyeludupan ke negara jiran serta digunakan golongan industri dan peniaga.\n\n\nTambah beliau, bentuk pemberian subsidi itu perlu dikaji semula serta diberikan secara terus dan bersasar kepada rakyat yang berkelayakan.\n\n\nSebagai rekod, pada Ahad lepas, media melaporkan lebih 1,220 premis di seluruh negara menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan membabitkan telur ayam, minyak masak paket dan tepung gandum."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/29/bajet-2023-akan-dibentangkan-semula-pada-24-februari/", "title": "Bajet 2023 akan dibentangkan semula pada 24 Februari", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Kewangan mengesahkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Bajet 2023 yang disemak semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023.\n\n\n\u201cYa tarikh itu disahkan,\u201d ujar ringkas seorang jurucakap Kementerian Kewangan kepada media semasa diminta mengesahkan perkara tersebut\u00a0hari ini.\n\n\nBeberapa media melaporkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menyatakan bahawa Bajet 2023 akan dibentangkan pada 24 Februari depan kerana hanya mini belanjawan bagi perbelanjaan perkhidmatan dan pembayaran gaji dibentangkan sebelum ini.\n\n\n\u201cSecara keseluruhan, pembentangan belanjawan dan proses perbahasan\u00a0termasuk urusan jawatankuasa dan dasar akan mengambil masa selama 21 hari,\u201d beliau dipetik sebagai berkata dalam portal \nThe Star Online\n\u00a0lewat semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTubuh Jawatankuasa Pantau Individu Dilantik Jawatan Utama\n\n\n\n\n\n\nLawatan PM ke Arab Saudi capai objektif\n\n\n\n\n\n\nMHO nafi cetus kekacauan, fokus bantu pihak tertindas di Sabah\n\n\n\n\n\n\nP.Ramasamy gesa reformasi penjawat awam pecah monopoli kaum tertentu\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Mahkamah, Tetapi Menteri, Ahli Politik & Penguatkuasa \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut portal rasmi Parlimen, mesyuarat pertama sesi kedua Parlimen ke-15 akan berlangsung dari 13 Februari hingga 30 Mac, 2023.\n\n\nPada 20 Disember lepas, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Mini Bajet 2023 dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Akauntabiliti) 2022.\n\n\n\n\nPada 7 Oktober 2022, menteri kewangan pada masa itu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 yang bernilai RM372.3 bilion, peruntukan terbesar dalam sejarah Malaysia.\n\n\nTiga hari kemudiannya, pada 10 Oktober, Parlimen dibubarkan bagi memberi ruang kepada pilihan raya ke-15 diadakan pada 19 November 2022. \u2013\u00a0Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/29/kes-dera-jeritan-mangsa-dorong-keinginan-pelaku/", "title": "Kes Dera: Jeritan Mangsa Dorong Keinginan Pelaku", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Isu penderaan dan stres memang sukar dipisahkan.\n\n\nStres yang berterusan membawa kepada ketegangan dan kemurungan, akhirnya mencetuskan tingkah laku separa sedar atau luar kawal sehingga berlaku kes penderaan terhadap kanak-kanak.\n\n\nMenurut Pakar Psikologi Kanak-Kanak Universiti SEGi, Profesor Datin Dr Mariani Md Nor, penderaan boleh berlaku apabila kesihatan mental individu atau si pelaku itu terjejas.\n\n\nMalah, lebih teruk, jeritan mangsa menjadi \u2018keterujaan\u2019 bagi si pelaku.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTajuddin dakwa Ahmad Maslan punca kemusnahan UMNO\n\n\n\n\n\n\nJangan sokong dan beli produk dijual warga asing \u2013 DBKL\n\n\n\n\n\n\nBantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO mula pertikai tindakan Zahid, Anwar\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir beri bayangan sertai PUTRA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKeseronokan apabila melihat, mendengar anak-anak itu menjerit, meminta tolong, merayu-rayu, kita juga ada manusia yang jenis macam itu. Itu bukan penyakit, itu yang saya katakan kesihatan mental tu dah terjejas,\u201d katanya ketika dihubungi TV Pertiwi pada Khamis.\n\n\nJelasnya lagi, antara faktor yang menyebabkan si pelaku mengalami masalah mental seperti stres di tempat kerja, masalah kewangan dan keluarga.\n\n\nJusteru, apabila tidak dirawat atau diselesaikan, ia akan mencetuskan bom jangka yang tidak terkawal lagi.\n\n\nDalam pada itu, beliau juga mengulas kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia akibat didera oleh lima rakan kakaknya di Senggarang, Johor Bahru baru-baru ini.\n\n\n\u201cJadi kita tidak tahu apa yang berlaku dalam keluarga itu, tetapi persoalan kita mengapa diberi rakan untuk menjaga, mungkin dia percaya kepada rakan, tapi kita kena ingat, rakan juga adalah manusia yang memerlukan kesabaran, kebijaksanaan, mengawas kanak-kanak, apabila hilang sabar, stres memuncak\u2026 kadang-kadang orang ini seronok melihat budak menangis, merintih, merayu\u2026 kakak jangan kakak\u2026mereka seronok, mereka memegang kuasa,\u201d katanya.\n\n\nUntuk menangani masalah tersebut, Dr Mariani turut menyarankan agar kerajaan menggubal polisi mengikut corak penderaan yang berlaku pada masa ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/29/status-empat-ahli-parlimen-sabah-cetus-tanda-tanya/", "title": "Status empat Ahli Parlimen Sabah cetus tanda tanya", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul\u00a0mengesahkan menerima notis pemakluman daripada Bersatu\u00a0mengenai status empat Ahli Parlimennya di Sabah yang keluar parti.\n\n\nKeempat-empat Ahli Parlimen berkenaan adalah Datuk Armizan Mohd Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Matbali Musah (Sipitang).\n\n\nAhli Parlimen tersebut sebelum ini\u00a0\nmengumumkan keluar Bersatu\u00a0\ntetapi kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan menyokong Kerajaan Campuran pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nJohari berkata,\u00a0sehingga ini\u00a0status Ahli Parlimen terbabit masih kekal dan belum ada kekosongan di kerusi berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia di Rusia, Armenia, Belarus dinasihat berwaspada\n\n\n\n\n\n\nAnwar peroleh injunksi sementara halang Sanusi ulang kenyataan fitnah\n\n\n\n\n\n\nTiada rancangan mansuh hutang golongan B40, miskin\n\n\n\n\n\n\nTiada Lagi PKP Di Seluruh Negara, Termasuk Pada Aidilfitri Ini\n\n\n\n\n\n\n80, 000 rakyat Israel bantah pembaharuan badan kehakiman\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga tidak memaklumkan bila keputusan mengenai isu itu akan dibuat.\n\n\nNaib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata,\u00a0parti sudah menghantar notis kepada Johari untuk memastikan berlaku kekosongan \u2018luar jangka\u2019 membabitkan empat kerusi Parlimen berkenaan.\n\n\n\n\nRonald yang juga Ketua Bersatu Sabah berkata,\u00a0permohonan sudah dibuat kepada Speaker supaya kekosongan itu dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 21 hari.\n\n\nKatanya, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin\u00a0mengesahkan bahawa keempat-empat Ahli Parlimen itu adalah calon bertanding sebagai ahli Bersatu\u00a0pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)\u00a0merujuk kepada surat bertarikh 3 November daripada setiausaha Besatu\u00a0Sabah.\n\n\n\u201cTelah berlakunya kekosongan luar jangka dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat menurut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan melibatkan empat daripada ahlinya yang telah bertanding dalam PRU15 sebagai ahli parti Bersatu\u00a0dengan menggunakan logo parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).\n\n\n\u201cKeahlian mereka dalam GRS adalah sebagai anggota parti Bersatu,\u201d katanya dalam kenyataan.\n\n\nRonald berkata,\u00a0tindakan empat Ahli Parlimen terbabit duduk di blok kerajaan pada sidang Parlimen, 19 Disember lalu dan tidak menyokong Bersatu\u00a0adalah tindakan \u2018crossing the floor\u2019 dan ia melanggar janji pilihan raya kepada pengundi.\n\n\n\u201cAkibat daripada itu, keahlian mereka sebagai anggota parti Bersatu\u00a0telah gugur mengikut perlembagaan parti dan perkara ini telah dimaklumkan melalui surat bertarikh 21 Disember 2022.\n\n\n\u201cJusteru, menurut Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan, ahli-ahli Dewan Rakyat itu hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat dan kerusi mereka hendaklah dikosongkan,\u201d katanya yang juga Ahli Parlimen Beluran.\n\n\nPada 10 Disember lalu, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan semua pimpinan tinggi Bersatu\u00a0Sabah keluar parti, termasuk empat Ahli Parlimen itu.\n\n\nHajiji berkata, keputusan kepimpinan Bersatu\u00a0Sabah untuk meninggalkan parti adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo.\n\n\nJelasnya, di peringkat persekutuan, Bersatu adalah pembangkang manakala GRS telah berikrar menyokong kerajaan campuran yang dipimpin oleh Anwar. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/29/tm-dedah-punca-tak-perbaharui-konsesi-menara-kl/", "title": "TM dedah punca tak perbaharui konsesi Menara KL", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Telekom Malaysia Bhd (TM) menjelaskan bahawa Menara KL dimiliki oleh kerajaan manakala operasi dan penyelenggaraan menara itu diberikan di bawah satu konsesi.\n\n\nPenyedia perkhidmatan telekomunikasi itu menerusi anak syarikat milik penuh\u00a0mereka,\u00a0\nMenara Kuala Lumpur\n\u00a0Sdn Bhd (MKLSB) melaksanakan konsesi tersebut sejak 1996.\n\n\nTM dalam satu kenyataan berkata, sebagai sebahagian daripada program transformasi, ia menumpukan usaha dan sumber untuk mengukuhkan perniagaan teras iaitu telekomunikasi serta teknologi.\n\n\n\u201cSelepas membuat pertimbangan mengenai perubahan dalam ciri-ciri perniagaan Menara KL, daripada perkhidmatan telekomunikasi kepada pelancongan dan hospitaliti, TM pada Oktober 2021 memutuskan untuk tidak memperbaharui konsesi Menara KL serta memaklumkan sewajarnya kepada kerajaan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada Istilah Sambutan Hari Agama Sedunia\n\n\n\n\n\n\nLaungan \u2018bebas Najib\u2019 depan PM pada PAU 2023 dianggap janggal\n\n\n\n\n\n\nMayat lelaki terapung dalam sungai ditemukan dalam keadaan terlungkup\n\n\n\n\n\n\nRumah Terbuka : Anwar salah jika guna wang kerajaan, guna dana parti\n\n\n\n\n\n\nQari al-Quran Braille johan Tilawah Kebangsaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTM berkata, pada tahun ini, proses pemilihan konsesi baharu itu dilaksanakan oleh kerajaan yang mana TM dimaklumkan mengenai syarikat yang dilantik untuk mengambil alih saham MKLSB dan konsesi Menara KL.\n\n\nIa berkata, MKLSB akan terus mengendalikan konsesi itu dan memastikan kesinambungan operasi Menara KL untuk rakyat Malaysia, termasuk pengunjung antarabangsa.\n\n\n\u201cPekerja akan kekal dengan MKLSB di bawah konsesi baharu bagi tempoh minimum tiga tahun. Ini akan memastikan kebajikan mereka dilindungi menerusi peralihan ini,\u201d katanya.\n\n\nTM berkata, dalam pengumuman suku ketiga 2022 kepada Bursa Malaysia, satu rujukan sudah dibuat berhubung perubahan mengenai pegangan saham dalam MKLSB.\n\n\n\u201cTM mengamalkan tadbir urus dan ketelusan yang baik dalam urusan perniagaan bagi menjamin kepentingan pelanggan serta pihak berkepentingan. TM akan memberikan kerjasama penuh dan butiran yang diperlukan oleh pihak berkuasa.\n\n\n\u201cMembina komitmen kami untuk mengupayakan Digital Malaysia, TM akan terus menyampaikan perkhidmatan telekomunikasi dan teknologi terbaik kepada komuniti, perniagaan, kerajaan serta industri,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/30/bolehkah-individu-ada-kes-mahkamah-jadi-tpm-tun-m/", "title": "Bolehkah Individu Ada Kes Mahkamah Jadi TPM? \u2013 TUN M", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 B\nekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengenai\u00a0 pelantikan Timbalan Perdana Menteri yang masih mempunyai kes yang dalam perbicaraan di mahkamah.\n\n\nMahathir membuat spekulasi sekiranya\u00a0 Timbalan Perdana Menteri lebih utama hinggakan dilayan lebih tinggi berbanding Yang di-Pertuan Agong dengan\n\u00a0merujuk peruntukan 33A Perlembagaan Persekutuan\u00a0 yang menetapkan fungsi jawatan terhenti apabila pendakwaan berlaku ke atasnya.\n\n\n\u201cSekarang bagaimana pula dengan jawatan yang lebih rendah seperti Timbalan Perdana Menteri. Dia sudah didakwa dengan 40 pertuduhan. Namun dia masih dilantik sebagai TPM dan masih menjawat jawatan itu,\u201d\n\n\nBekas Ahli Parlimen Langkawi itu menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasminya merujuk peruntukan yang dibenarkan oleh Perkara 33A perlembagaan persekutuan\u00a0 berhubung\u00a0 perlantikan seseorang individu yang berdepan pertuduhan di mahkamah.\n\n\nTun Mahathir mengambil contoh berkenaan fungsi Yang di-Pertuan Agong, dengan hanya didakwa dengan kesalahan pun sudah dianggap serius sehingga menyebabkan fungsi Agong terhenti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFilem Mentega Terbang tidak ambil kira sensitiviti agama, rendah nilai moral\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya Tidak Miliki Kepentingan Dalam Mana-Mana Syarikat\u201d- Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir meningkat, empat daerah di Johor masih terjejas\n\n\n\n\n\n\nTambah baik sistem pengecaman identiti, elak isu mayat tertukar berulang\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Maaf Terbuka, Boikot Produk Sebagai Pengajaran\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeruntukan berkenaan\u00a0 \nmenyatakan\u00a0 bahawa \u2018jika Yang di-Pertuan Agong dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV dia hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong\u2019.\n\n\nJelasnya lagi, tanpa perlu menyebut -didapati bersalah- fungsi itu sudah jelas\u00a0 menerangkan bahawa perlembagaan menetapkan terhentinya fungsi Baginda.\n\n\nSehubungan itu beliau meragui pelantikan Timbalan Perdana Menteri yang masih lagi memegang jawatan walaupun masih mempunyai 40 pertuduhan yang masih dibicarakan di mahkamah.\n\n\nTun Mahathir bagaimanapun\u00a0 tidak menyebut nama individu berkenaan, namun dipercayai\u00a0 ia merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berdepan 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi di mahkamah.\n\n\nDalam pada itu, beliau pada akhir kenyataannya\u00a0 secara berseloroh meminta penulisannya berkenaan pelantikan Timbalan Perdana Menteri diabaikan bagi kembali menjaga cucunya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/30/pendakwa-fail-pestisyen-rayuan-kes-visa-luar-negara-ahmad-zahid/", "title": "Pendakwa Fail Pestisyen Rayuan Kes Visa Luar Negara Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pihak pendakwaan memfailkan petisyen rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 tuduhan menerima rasuah.\n\n\nMengikut pertuduhan Ahmad Zahid menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk menyambung kontrak berkaitan sistem visa luar negara (VLN) dan pusat sehenti di China.\n\n\nMemetik portal Free Malaysia Today,\u00a0 petisyen itu menyenaraikan 15 alasan mengapa Mahkamah Rayuan perlu membatalkan pembebasan Ahmad Zahid dan mengarahkannya membela diri atas tuduhan berkenaan.\n\n\nRayuan itu difailkan di Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam, selepas pihak pendakwaan menerima rekod rayuan daripada pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada minggu lalu.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bebas daripada 40 tuduhan menerima rasuah.\n\n\nPada bulan lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pengurusan kes pada 10 Jan ini sementara menunggu rekod berkenaan disiapkan.\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi Yazid Mustafa pada 23 September lalu membebaskan Presiden UMNO itu selepas memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.\n\n\nYazid berkata, kes pendakwaan gagal kerana tiga saksi utamanya tidak boleh dipercayai.\n\n\nSebagai rekod, Ahmad Zahid didakwa atas 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM42 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ketika menjadi menteri dalam negeri, untuk menyambung kontrak firma itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.\n\n\nDia juga didakwa atas tujuh lagi tuduhan memperoleh untuk dirinya SGD1.15 juta; RM3 juta; 15,000 franc Swiss; dan USD15,000 daripada syarikat sama berkaitan dengan tugas rasminya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/31/9504/", "title": "CPTPP Beri Kesan Lebih Teruk, Tidak Selesaikan Masalah Rakyat -BERJASA", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan digesa memperkukuhkan strategi pembekalan makanan dan keselamatan secara mandiri berbanding mengharapkan pasaran luar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat ketika ini.\n\n\nSetiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim berkata, Perjanjian Komprehensif dan Progresif Transpasifik (CPTPP) hanya menjerumuskan negara ke dalam masalah ekonomi dan keselamatan makanan yang lebih serius.\n\n\n\u201cSaya secara dasarnya konsisten sebagaimana kita kita menolak CPTPP yang akan bakal menjerumus negara ke lembah masalah ekonomi dan keselamatan negara yang lebih parah. Sifirnya mudah sebelum terlibat dengan TPP lagi negara berhadapan masalah keselamatan makanan yang serius dan kronik bayangkan kalua kita sudah meratifikasi CTPPP saya rasa ia tidak menyelesaikan masalah makanan bahkan akan memberi kesan lebih teruk.\u201d \u2013 Setiausaha Agung BERJASA / Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim\n\n\nSetiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim\n\n\nJelasnya lagi kerajaan juga sepatutnya membantu golongan petani dan penternak kecil dengan meluluskan serta menguatkuasakan akta, selain memberikan bantuan dan insentif bagi membangunkan industri dengan lebih baik.\n\n\nUjarnya, keselamatan makanan akan terjamin sekiranya kerajaan tidak bergantung kepada pasaran luar selain memperkukuhkan dan membantu golongan petani tempatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu siasat dakwaan \u2018sedekah\u2019 pengundi\n\n\n\n\n\n\nBN Terengganu Tanding Solo Semua Kerusi\n\n\n\n\n\n\n7 individu diambil keterangan kes buli pelajar\n\n\n\n\n\n\nShahidan tiada dalam senarai calon PRN \u2013 PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\nPas Pahang bimbang DAP sokong pengusaha haram Musang King\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebagai contoh katanya, tahun ini sahaja kerajaan terpaksa mengimport 55 billion kilogram makanan asas untuk kegunaan rakyat.\n\n\n\u201cJadi kerajaan kena melihat secara holistic dengan memperkukuhkan pembekalan makanan keselamatan makanan yang mandiri dan bukannya kita membuka pasaran kita dengan mengharap isu keselamatan akan selesai ia tidak akan berlaku sama sekali.\u201d \u2013 Setiausaha Agung BERJASA / Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim\n\n\n\u00a0\nTegas Lukman, selagi kerajaan tidak mampu berdikari dan terus mengimport makanan, isu keselamatan negara tidak selesai serta meratifikasi CPTPP bukan penyelesaian terbaik.\n\n\nCPTPP merangkumi semua aspek perdagangan termasuk e-dagang, perusahaan milik negara dan disiplin tambahan bagi hak harta intelektual serta halangan teknikal perdagangan yang memberikan layanan istimewa kepada anggotanya.\n\n\nNamun, perjanjian perdagangan ini dilihat lebih mementingkan mereka yang terlibat dalam industri eksport tanpa menghiraukan kesan pada ekonomi tempatan seperti perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/31/gerakan-murtad-malaysia-anjur-forum-kebebasan-agama-ambang-2023-hina-islam/", "title": "Gerakan Murtad Malaysia Anjur Forum Kebebasan Agama Ambang 2023 Hina Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Satu akaun di Facebook menggunakan nama Encik Murtad mengeluarkan hantaran berbaur hasutan dengan mempromosikan forum rasmi \u201cMurtad4RM\u201d sempena tahun baru 2023 yang dianjurkan Gerakan Murtad Malaysia (GMM).\n\n\nPemilik akaun itu turut memaklumkan pendaftaran secara percuma dan berkisarkan mengenai kebebasan beragama, kebebasan hak manusia dan bertukar pandangan berhubung kaum minoriti dan agama.\n\n\nMalah, katanya peserta yang mahu mengikuti forum itu diberi ruang menggunakan identiti diri bukan sebenar.\n\n\nAkaun Encik Murtad Dipercayai telah bergerak selama setahun secara aktif mempromosikan murtad dan penyertaan dalam GMM termasuk di laman sesawang mereka.\n\n\nForum dianjurkan cuba mencari ruang untuk menjatuhkan agama Islam\n\n\nSatu lagi akaun facebook yang sama diwujudkan dengan menggunakan nama Encik Murtad Kedua.\n\n\nSelain itu, forum berkenaan turut dipromosikan menerusi akaun Twitter dan\u00a0 Instagram\n\n\n\u00a0\n\n\nAkaun Youtube Gerakan Murtad Malaysia mengeluarkan video berbentuk menghina agama Islam\n\n\nGMM mempunyai akaun di Youtube dengan memperomosikan unsur-unsur murtad dan mengeluarkan video berbentuk provokasi terhadap agama Islam.\n\n\nSehingga kini, akaun Encik Murtad dan Gerakan Murtad Malaysia masih aktif dan tidak disekat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/31/pengurusan-menara-kl-ambil-tindakan-undang-undang-pihak-sebar-fitnah/", "title": "Pengurusan Menara KL Ambil Tindakan Undang-Undang Pihak Sebar Fitnah", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nPihak pengurusan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu atau fitnah membabitkan Hydroshoppe Sdn Bhd atau pengarah syarikat konsesi berkenaan.\n\n\nDalam satu kenyataan bersama Hydroshoppe Sdn Bhd, pihaknya memandang serius berkenaan penyebaran maklumat palsu atau fitnah yang dilemparkan.\n\n\nKami juga akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) berhubung isu ini. Kami ingin menekankan semua rundingan membabitkan isu Menara Kuala Lumpur mendapat kelulusan lembaga pengarah dan melalui cara yang sewajarnya,\u201d \u2013 MENARA KL SDN BHD & HYDROSHOPPE SDN BHD\n\n\nSyarikat tersebut melalui kenyataannya menegaskan semua urusniaga berkaitan MKLSB dilakukan mengikut undang-undang serta dengan usaha wajar (due diligence).\n\n\nKenyataan bersama Menara KL Sdn Bhd & Hydroshoppe Sdn Bhd\n\n\nDalam kenyataan berbahasa Inggeris itu, syarikat tersebut juga meminta pengguna media sosial untuk berhenti menyebarkan maklumat palsu serta membuat kenyataan fitnah dan spekulasi, yang bertujuan menjejaskan reputasi mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMB Kelantan pegang lima portfolio Exco\n\n\n\n\n\n\nHentikan Bersubahat Dalam Penjualan Arak \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nCagaran caruman KWSP bukan penyelesaian \u2013 MTUC\n\n\n\n\n\n\nUMNO perlu gencatan politik, fokus isu masyarakat Melayu Islam \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nTiada cedera, kemalangan jiwa kebakaran di unit farmasi HTJS\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, isu penjualan saham dalam Menara KL Sdn Bhd telah dibangkitkan di media sosial ekoran syarikat pengurusan itu dikatakan sangat menguntungkan, pada masa sama syarikat yang membeli saham TM tidak dikenali.\n\n\nSemalam, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dilapor berkata, beliau memandang serius isu yang dibangkitkan di media sosial dan akan meneliti isu pengambilalihan pengurusan Menara KL daripada TM oleh syarikat Hydroshoppe.\n\n\nBeliau turut mengesahkan, sudah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada kementerian pada 14 Disember lalu dan akan menerima satu taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada TM pada 3 Januari ini.\n\n\nTerdahulu Telekom Malaysia (TM) berkata pihaknya memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu menumpukan kepada perniagaan terasnya iaitu perkhidmatan telekomunikasi.\n\n\nTM juga berkata proses untuk memilih pemegang konsesi baru dibuat oleh kerajaan.\n\n\nSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah memulakan siasatan dan setakat semalam telah memanggil tiga saksi dan mendapatkan sejumlah dokumen dari pihak berkaitan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2022/12/31/reman-lima-suspek-kes-dera-disambung-tujuh-hari/", "title": "Reman Lima Suspek Kes Dera Disambung Tujuh Hari", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nTempoh tahanan reman terhadap lima suspek kes dera kanak-kanak empat tahun sehingga mati di Senggarang, Batu Pahat dilanjutkan selama tujuh hari bermula esok hingga 7 Januari depan.\n\n\nMajistret Mahkamah Batu Pahat, Zubaidah Mahat membenarkan permohonan sambungan reman oleh Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd Shafiq Mohd. Salleh daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat terhadap kesemua suspek termasuk sepasang suami isteri.\n\n\nTerdahulu, kesemua suspek yang berusia di antara 15 dan 37 tahun tiba di pekarangan Mahkamah Batu Pahat kira-kira jam 8.30 pagi tadi diiringi polis.\n\n\nGambar Hiasan\n\n\nPada 26 Disember lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor selepas pengsan di sebuah rumah di Senggarang, dekat sini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLesen percuma tidak dapat diberikan kepada semua B40 \u2013 Anthony Loke\n\n\n\n\n\n\nTubuh Jawatankuasa Pantau Individu Dilantik Jawatan Utama\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi: Menteri Turkiye hargai sokongan Malaysia\n\n\n\n\n\n\nAl-Azhar Mesir seru boikot produk keluaran Sweden dan Belanda\n\n\n\n\n\n\nMahkamah arah Zuraida bayar RM10 juta kepada PKR\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengesahkan punca kematian kanak-kanak malang itu akibat hentakan objek keras dan tumpul.\n\n\nPada awalnya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, namun pihak polis mengklasifikasikan semula kes ini akibat kematian mangsa iaitu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/01/gerrymandering-hasrat-dap-pecahkan-kawasan-dominasi-pengundi-melayu-bakal-tercapai/", "title": "GERRYMANDERING : Hasrat DAP Pecahkan Kawasan Dominasi Pengundi Melayu Bakal Tercapai?", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Memp\nerbetulkan ketidak seimbangan saiz pengundi\u00a0 pilihan raya atau\u00a0 \u201cmalapportionment\u201d adalah sesuatu yang telah lama diperjuangkan oleh parti DAP.\n\n\nSemasa kerajaan PH memerintah selama 22 bulan sebelum ini, hasrat untuk merealisasikan perjuangan memecahkan sempadan berkenaan tidak kesampaian kerana PH tidak mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen.\u00a0\n\n\nTanpa majoriti 2/3, pindaan Perlembagaan untuk menambah jumlah kerusi Parlimen tidak boleh dibuat.\n\n\nNamun menurut Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad seperti dipetik \nportal Malaysia Today,\u00a0\n dengan kuasa yang dimiliki kini serta pencantuman\u00a0 PH dan BN hasrat itu boleh direalisasikan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Jumpa Perdana Menteri Untuk Awalkan PRU\n\n\n\n\n\n\nCalon PN Kelantan Diumum 3 November, Guna Logo PAS\n\n\n\n\n\n\nIsrael lancar serangan terhadap Syria\n\n\n\n\n\n\nShahril sepatutnya Ketua Pemuda seterusnya \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\nTun M puji perkhidmatan MRT, seperti di negara maju\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesan demangering nanti akan menyebabkan mana-mana kawasan parlimen yang didominasi oleh pengundi Melayu boleh dipecahkan, lantas menyebabkan sejauh mana besar peratus orang Melayu keluar mengundi, ia tidak mungkin akan menguasai kawasan pilihan raya berkenaan.\n\n\nSecara tidak langsung pelaksanaan pemecahan sempadan akan menyebabkan jumlah pengundi dalam sesuatu kawasan pilihan raya akan ditentukan supaya tidak lebih atau kurang 30 peratus daripada saiz purata pengundi yang sepatutnya bagi setiap kawasan pilihan raya.\n\n\nIa selaras manifesto Pakatan Harapan yang berjanji akan mengatasi isu ketidakseimbangan atau mal-apportion-ment saiz pengundi di kawasan-kawasan pilihan raya di Malaysia.\u00a0\n\n\nTambah Datuk Dr Marzuki untuk itu, had sisihan sebanyak 30 peratus daripada purata saiz populasi pengundi akan ditetapkan bagi setiap kawasan pilihan raya.\n\n\nIni adalah selaras dengan amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya sebelum ini sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\n\n\u00a0\u00a0\nSebagai contoh, Malaysia mempunyai 21 juta pengundi dengan 222 kawasan Parlimen.\u00a0\n\n\nMaka saiz purata pengundi yang ideal bagi setiap kawasan Parlimen ialah 94,600 orang.\n\n\n\n\nJika formula sisihan 30 peratus diguna pakai, bermakna jumlah pengundi maksima yang boleh diterima bagi setiap kawasan pilihan raya ialah 125,800 orang (30 peratus melebihi saiz purata).\n\n\nManakala\u00a0 saiz minima pula ialah 62,436 orang (30 peratus kurang daripada saiz purata).\n\n\nJumlah pengundi di satu kawasan pilihan raya yang lebih daripada jumlah maksima atau kurang daripada jumlah minima akan dikira sebagai tidak seimbang.\n\n\nMasalah \u2018malapportionment\u2019 telah berlaku sejak sekian lama sehinggakan ada kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi melebihi saiz sisihan maksima 30 peratus secara melampau.\n\n\n\n\nSebagai contoh, katanya Parlimen Bangi mempunyai pengundi seramai 302,786 orang atau 320 peratus lebih tinggi daripada jumlah purata pengundi yang sepatutnya. Oleh itu, jumlah pengundi di Parlimen Bangi dikira sebagai tidak seimbang.\n\n\nUntuk memperbetulkan masalah ketidakseimbangan ini, Parlimen Bangi mungkin boleh dipecahkan kepada tiga kawasan Parlimen, menjadikan pengundi bagi setiap kawasan berjumlah lebih kurang 106,000 orang, iaitu dalam julat sisihan 30 peratus. Ini kiraan secara kasar tanpa mengambil kira jumlah purata pengundi yang akan berubah apabila berlaku pertambahan kerusi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/01/kidon-sasar-musuh-musuh-israel-di-luar-yahudi/", "title": "\u201cKidon\u201d-sasar musuh-musuh Israel di luar Yahudi", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \n\u00a0Kira-kira jam 6:00 pagi pada 21 April 2018, pensyarah warga Palestin dikenali dengan nama Dr Fadi al-Batsch sedang berjalan menuju ke sebuah surau berhampiran kediamannya di Setapak untuk menunaikan solat Subuhnya.\n\n\nKetika sedang berjalan, beliau telah didatangi dua lelaki menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi yang telah melepaskan 14 das tembakan terhadap pensyarah Palestin itu, membunuhnya beliau serta-merta.\n\n\n\n\n\n\n\u201cUnit \u201cKidon\u201d ini ditubuhkan pada 1970 dan bernaung di bawah \u201cJabatan Caesarea\u201d di dalam Mossad itu sendiri, dengan tugas dan fokus utama unit rahsia ini adalah melaksanakan pembunuhan terhadap musuh-musuh Israel di luar negara Yahudi itu. Di dalam bahasa Hebrew, \u201cKidon\u201d itu bermaksud \u201cbayonet\u201d atau \u201ctip of the spear.\u201d\n\n\n\n\nMenurut polis, kedua-dua penunggang motosikal itu memiliki ciri-ciri Timur-Tengah dan menggunakan passport Serbia dan Montenegro untuk memasuki Malaysia.\n\n\nSebaik sahaja membunuh pensyarah Palestin, mereka telah menyeberangi sempadan Malaysia-Thai menggunakan lorong tikus.\n\n\nMedia-media Israel yang memetik sumber keselamatan Israel mengatakan pensyarah Palestin itu bukan ahli akademik sembarangan tetapi Allahyarham adalah pakar teknologi kepada Hamas terutama berkaitan pesawat tanpa pemandu atau dron.\n\n\nPembunuhan pensyarah Palestin di Kuala Lumpur itu menarik perhatian dunia yang mendakwa ia telah dilakukan oleh agensi perisikan Israel, Mossad yang sememangnya terkenal dengan misi-misi pembunuhannya terhadap \u201cmusuh-musuh\u201d Israel.\n\n\nUntuk lebih tepat lagi, misi pembunuhan oleh Mossad ini dilakukan oleh satu unit rahsianya dipanggil \u201cKidon\u201d, dimana tugas utama hanya melaksanakan pembunuhan terhadap sasaran yang telah dikenalpasti oleh agensi perisikan Israel itu.\n\n\n\n\nUnit \u201cKidon\u201d ditubuhkan pada 1970 dan bernaung di bawah \u201cJabatan Caesarea\u201d yang berada dalam Mossad itu sendiri, dengan tugas dan fokus utama unit adalah melaksanakan pembunuhan terhadap musuh-musuh Israel di luar negara Yahudi itu.\n\n\nDi dalam bahasa Hebrew, \u201cKidon\u201d itu bermaksud \u201cbayonet\u201d atau \u201ctip of the spear.\u201d\n\n\n\u201cJabatan Caesarea\u201d adalah cabang paling rahsia di dalam Mossad dan \u201cKidon\u201d adalah unit pelaksana yang paling paling rahsia.\n\n\nMenurut mereka yang menganalisis cara pembunuhan didakwa dilakukan oleh unit rahsia Mossad selama ini, anggota unit \u201cKidon\u201d kerap menggunakan lelaki bersenjata, bermotosikal dan \u201csticky bombs\u201d yang diletakkan di sisi kenderaan mangsa.\n\n\nTaktik yang digunakan oleh lelaki bersenjata yang membunuh pensyarah Palestin itu di Setapak empat tahun lepas itu adalah sama sebagaimana dilakukan oleh anggota unit \u201cKidon\u201d Mossad itu di dalam siri-siri pembunuhan mereka yang lain.\n\n\nWalaupun tidak banyak yang diketahui tentang unit \u201cKidon\u201d yang memiliki tahap kerahsiaan yang amat tinggi, namun unit itu dikatakan ditubuhkan oleh salah seorang operatifnya sendiri dikenali dengan nama \u201cMike Harari.\u201d\n\n\nUnit \u201cKidon\u201d itu ditubuhkan tidak lama selepas insiden pembunuhan 11 orang atlet Israel oleh pejuang Palestin ketika Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada tahun 1972.\n\n\nSebagai tindak balas Israel terhadap insiden yang berlaku pada Sukan Olimpik pada 1972,\n Tel Aviv\n telah melancarkan operasi \u201cWrath of God\u201d di mana anggota unit \u201cKidon\u201d memburu mereka yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan terhadap atlet-atlet Israel pada sukan itu.\n\n\nSemasa operasi yang berlangsung daripada 1972 hingga 1988, unit \u201cKidon\u201d dikatakan bertanggungjawab terhadap 22 insiden pembunuhan terhadap pemimpin dan anggota \nPLO (Palestine Liberation Organisation)\n yang pada ketika dipimpin oleh Yasser Arafat.\n\n\nSejak 1972, terdapat lebih daripada 100 kes pembunuhan dikaitkan dengan Israel, namun adalah sukar untuk mengaitkannya dengan negara itu apatah lagi ia tidak pernah mengakuinya secara terbuka atau menafikannya.\n\n\nBilangan sebenar bilangan mereka yang terkorban akibat tindakan kejam oleh unit \u201cKidon\u201d berkemungkinan besar tidak akan diketahui oleh masyarakat dunia sampai bila-bila.\n\n\n\n\nMangsa serangan pada Sukan Olimpik di Munich pada 1972\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMenurut bekas pegawai operasi Mossad \u201cMishka Ben-David\u201d, anggota unit \n\u201cKidon\u201d\n dipilih sama ada dari dalam Mossad itu sendiri atau mereka dari unit-unit khas di dalam Tentera Israel seperti Sayeret Matkal dan lain-lain unit.\n\n\nAnggota unit rahsia \u201cKidon\u201d itu akan menjalani latihan intensif di padang pasir Negev selama dua tahun sebelum mereka bersedia untuk dihantar ke negara-negara yang dianggap \u201cbermusuh\u201d dengan Israel bagi melaksanakan misi-misi pembunuhan itu.\n\n\nMenurut Ben-David lagi tahap kerahsiaan tentang unit \u201cKidon\u201d adalah amat tinggi dengan anggotanya tidak berinteraksi dengan anggota Mossad yang lain bagi memastikan kerahsiaan tentang unit itu sentiasa terpelihara.\n\n\nDisebabkan tahap kerahsiaannya yang amat tinggi, maka adalah sukar untuk mengasingkan di antara fakta dan spekulasi tentang unit pembunuh \u201cKidon\u201d ini. \u2014 Defense Security Asia"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/01/maghribi-larang/", "title": "Maghribi Ikuti langkah Kanada, Sepanyol, Australia Halang Pelancong China Masuk", "body": "0\n\n\n\u00a0BANGI, Ahad \u2013\u00a0 \u00a0Mulai 3 Januari ini, Maghribi bakal mengenakan larangan masuk kepada pelancong dari China berikutan peningkatan kes Covid-19.\u00a0 \nSusulan trend peningkatan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan, pihak berkuasa Maghribi telah mengenakan larangan ke atas seluruh pelancong dari China daripada memasuki ke negara itu tanpa mengira kewarganegaraan.\u00a0\n\n\nMenurut laporan agensi, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan gelombang penularan baharu di negara itu.\u00a0\n\n\n\n\nSementara itu, Kanada semalam turut mengumumkan pelancong China, Hong Kong dan Macau perlu menyerahkan keputusan kit ujian saringan Covid-19 yang berstatus negatif sebelum menaiki penerbangan ke negara itu.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPalestin serang balas tentera Israel\n\n\n\n\n\n\n13 maut dalam tragedi gempa bumi di Afghanistan\n\n\n\n\n\n\nPekerja Di UK Tidak Perlu Lagi Pakai Pelitup Muka\n\n\n\n\n\n\nEmpat juta penduduk Israel mungkin dijangkiti Covid-19\n\n\n\n\n\n\nHampir tiga juta jemaah berwukuf hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, langkah larangan dan penetapan arahan yang baharu ini akan dilaksanakan selama 30 hari serta pihak berkuasa akan menilai semua apabila lebih banyak data diperolehi.\u00a0\n\n\nLangkah terbaru Maghribi itu menjadikan negara itu bersama-sama dengan Kanada, Australia dan Sepanyol menjadi negara\u00a0 yang mengenakan sekatan perjalanan ke atas ketibaan pengembara dari China berikutan lonjakan kes COVID-19 di sana.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKenyataan rasmi Maghribi ekoran larangan sekatan pelancong dari ChinaMemetik kebimbangan mengenai gelombang jangkitan baharu dan kekurangan maklumat mengenai varian dari China, lebih daripada 12 negara telah mengenakan sekatan baharu COVID-19 ke atas pengembara dari China."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/01/persatuan-bas-sekolah-tiada-hak-letak-harga-tapi-ramai-bungkus-angkara-pandemik/", "title": "Persatuan Bas Sekolah Tiada Hak Letak Harga, Tapi Ramai `Bungkus\u2019 Angkara Pandemik", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nPersekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia menegaskan pihaknya tidak berhak menentukan harga tambang bas sekolah kerana penetapan harga ditetapkan oleh pihak operator bas tersebut.\n\n\nPengerusinya, Amali Munif berkata, kekangan ekonomi semasa COVID-19 yang telah melanda menyebabkan kehilangan 50 peratus pengusaha bas sekolah yang\n terpaksa \u2018gulung tikar\u2019 akibat\u00a0 tiada bantuan dihulurkan oleh pihak yang bertanggungjawab.\n\n\nKekurangan pemandu operator yang terkesan masa PKP tidak dibantu kerajaan. Kerajaan cuma bantu RM400 juta setiap tahun kepada bas awam dan bas rapid tetapi untuk bas sekolah tiada peruntukan, \u2013 AMALI MUNIF / Pengerusi Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia\n\n\nGambar hiasan\n\n\nBeliau ketika dihubungi TV Pertiwi turut berkata, kenaikan harga tambang bas ini adalah termasuk dengan kos dan bahan yang telah naik.\u00a0\n\n\nKatanya, operasi bas secara penuh selepas PKP menyebabkan penyelenggaran perlu dilakukan setelah dua tahun tidak beroperasi kerana alat ganti komponen bas perlu diimport sebanyak 90 peratus dari luar negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid mohon kes rasuah digugurkan, bicara kes tangguh 1 April\n\n\n\n\n\n\nProsiding baharu LCS dicadang PAC\n\n\n\n\n\n\n14 Mei \u2013 pilihan raya Presiden Turkiye\n\n\n\n\n\n\nJawapan Anwar di Parlimen kualiti rendah, cacamerba\n\n\n\n\n\n\nDasar pendidikan tinggi perlu dikaji semula \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, kenaikan tambang bas ini juga dipercayai susulan pengumuman gaji minima RM1500 yang ditetapkan oleh kerajaan pada awal sesi tahun ini.\n\n\nBagi pengusaha,\u00a0 sebarang kenaikan yang wajar perlu dilakukan pada enam bulan pertama\u00a0 supaya pengusaha tidak perlu melakukan sebarang kenaikan pada tempoh berikutnya yang mungkin boleh menyebabkan ibu bapa terbeban pada pertengahan tahun.\n\n\nKeratan akhbar berhubung kenaikan tambang bas sekolah naik menjangkau RM300 yang menyebabkan keluhan ibu bapa.\n\n\nBerhubung isu yang hangat baru-baru ini, Amali juga meminta pihak yang membayar tambang bas sekolah sebanyak RM300 ringgit itu tampil ke depan dan memberi maklumat kepada persatuan berhubung transaksi pembayaran sebelum dan selepas kenaikan harga.\n\n\nKatanya kejadian yang berlalu di Pulau Pinang itu penting untuk diketahui sedalamnya kerana ia boleh merosakkan imej persatuan bas sekolah berkenaan dengan kenaikan mendadak yang hangat diperkatakan baru-baru ini.\n\n\nAmali turut menegaskan bahawa pihaknya dilarang untuk campur tangan dalam penetapan harga tambang bas kerana ia telah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Persaingan 2010."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/01/pertubuhan-perpaduan-ummah-bukan-nak-lawan-muafakat-nasional-shahidan/", "title": "Pertubuhan Perpaduan Ummah Bukan Nak Lawan Muafakat Nasional \u2013 Shahidan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Pertubuhan Perpaduan Ummah yang dilancarkan di Perlis semalam bukan untukbersaing dengan NGO Muafakat Nasional.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan Pertubuhan itu hanya bertujuan menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira parti.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKeahlian (bagi Pertubuhan Perpaduan Ummah) akan dibuka bermula malam ini (iaitu sejurus selepas ia dirasmikan). Saya difahamkan Perpaduan Ummah (ini menerima) banyak sokongan dari media sosial. \u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nAhli Parlimen Arau Shahidan Kassim berucap pada pelancaran Pertubuhan Perpaduan Ummah di Arau, Perlis semalam.\n\n\n\u00a0\n\n\nBeliau menjelaskan seperti dipetik Awani Online pada Ahad, pertubuhan itu akan diperluaskan di semua 222 kawasan Parlimen.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c(Untuk masyarakat dari) Parlimen yang lain (yang berminat) juga boleh teruskan (dengan mendaftar sebagai ahli), alamat individu berkenaan akan ditentukan di Parlimen mana mereka akan berada,\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBeliau yang ditemui pada sidang media di Arau semalam berkata NGO itu telah menerima kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada 29 Disember lalu.\n\n\nTurut hadir dalam sidang media tersebut adalah Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli.\n\n\nMengulas lanjut, Shahidan berkata Pertubuhan Perpaduan Ummah bukan ditubuhkan untuk bersaing dengan Muafakat Nasional dan dia sendiri tiada masalah dengan penggeraknya, Annuar Musa.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u201cTidak ada masalah (di antara saya dan Annuar) Muafakat Nasional juga NGO, Perpaduan Ummah adalah NGO. Cuma kami (Perikatan Nasional) di Perlis di dalam poster (pilihan raya) sudah tulis Perpaduan Ummah, (negeri lain semua gunakan) PN Best.\u00a0 Tetapi kami\u00a0 tambah Perpaduan Ummah kerana sudah tidak mampu melihat perpecahan yang berlaku. Sesiapa sahaja jika hendak masuk kedua-dua NGO ini pun tidak apa, tidak ada masalah,\u201d\n\n\n\n\nShahidan yang juga bekas menteri Umno berkata Pertubuhan Perpaduan Ummah akan menekankan kebajikan dan manifesto pilihan raya umum lalu.\n\n\n\u201cMasuk tiga atau empat (NGO) tidak beri apa-apa kesan, tetapi saya nyatakan bahawa Pertubuhan Perpaduan Ummah lebih tekankan kepada kebajikan dan manifesto supaya semua pihak selepas pilihan raya mesti bersatu padu,\u201d katanya lagi.\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan di Facebook rasminya berkata pendaftan boleh dibuat melalui pautan ini \u2013 Panggilan kepada semua yang berminat menjadi sebahagian dari Penyatuan Ummah anda boleh daftarkan diri anda dengan layari \nhttps://perpaduanummah.com/\u00a0 \u2013\nAWANI ONLINE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/01/semua-premis-judi-loteri-kedah-ditutup-berkuat-kuasa-hari-ini/", "title": "Semua Premis Judi, Loteri Kedah Ditutup Berkuat Kuasa Hari Ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Premis perjudian di Kedah tidak lagi beroperasi susulan kerajaan negeri memutuskan sebelum ini untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian mulai hari ini.\n\n\nSehubungan itu, semua operasi premis perjudian dan loteri di negeri jelapang padi itu ditamatkan sepenuhnya semalam.\n\n\n\u201cSemua penguat kuasa PBT diarah memeriksa kedai judi dan loteri di seluruh Kedah bagi memastikan tidak ada yang dibuka hari ini. Semua lesen tamat tempoh pada 31 Disember dan kita tidak lagi memperbaharui lesen judi.\u201d \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor\n\n\nMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor\n\n\nMemetik Berita Harian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memastikan semua premis berkaitan mematuhi arahan yang diputuskan pada November 2021 itu.\n\n\nPada 14 November 2021, Muhammad Sanusi dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah\n mengumumkan negeri itu tidak lagi meluluskan lesen perjudian selain mahu menghadkan aktiviti penjualan arak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAmirudin kekal jawatan Menteri Besar Selangor\n\n\n\n\n\n\nBERSATU mohon SPRM batal beku akaun, perlu wang bayar gaji, sewa\n\n\n\n\n\n\nSebar ajaran bukan Islam kepada orang Islam boleh diambil tindakan\n\n\n\n\n\n\nLapor RoS, berani atau dipergunakan? Puad tempelak Khairy\n\n\n\n\n\n\nTakkan Nak Tunggu Rakyat Makan Rumput?\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeputusan itu dibuat bagi mengelakkan mudharat lebih besar kepada penduduk selain bagi mencapai sasaran sifar judi.\n\n\nTindakan itu mencetuskan kontroversi apabila masyarakat bukan Islam mendakwa ia melanggar hak mereka sebagai rakyat Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/01/tetapkan-awal-tarikh-bubar-parlimen-pru-demi-kestabilan-aminuddin/", "title": "Tetapkan Awal Tarikh Bubar Parlimen & PRU Demi Kestabilan \u2013 Aminuddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Tarikh pembubaran Parlimen atau tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) perlu ditetapkan awal bagi mengelakkan ketidakstabilan politik negara.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya berkata, malah, pembubaran itu juga bukan prerogatif Perdana Menteri semata-mata yang \nmenggunakan kuasa penentuan tarikh pembubaran parlimen sebagai bahan politik.\n\n\n\u201cAda yang ingin disegerakan dan ada yang mahu dilambatkan. Tekanan demi tekanan dikenakan kepada PM ketika itu sehingga setiap temuramah yang dibuat maka PM akan ditanya soalan berkaitan. Ketidaktentuan tarikh pembubaran parlimen ini bukan sahaja menyebabkan keadaan politik tidak stabil malah pebur asing juga cuak untuk datang,\u201d katanya.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahay\n\n\nKatanya dalam satu kenyataan pada Ahad, suasana politik negara semakin membimbangkan apabila tarikh pembubaran Parlimen sebelum PRU15 dilihat menjadi mainan politik pemimpin-pemimpin.\n\n\nTambahnya, tekanan demi tekanan diberikan kepada Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menyegerakan atau melambatkan tarikh pembubaran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tekad tangani isu Islamofobia melalui hubungan diplomasi\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Perlu Campur Tangan Jaga Reputasi SPRM\n\n\n\n\n\n\nMansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda\n\n\n\n\n\n\nSanusi menghadap Sultan Kedah mohon perkenan tarikh bubar DUN\n\n\n\n\n\n\nTindakan Tuduh Pihak Lawan Bukan Kemenangan Sebenar \u2013 Nik Abduh\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, katanya, situasi ini juga boleh menyebabkan pelabur-pelabur asing berasa tidak yakin untuk melabur di Malaysia.\n\n\n\u201c\nBajet yang dibentang terpaksa dibuat kembali dan akan dibentangkan semula pada bulan Februari depan. Apakah ini tidak membazir masa dan tenaga penjawat awam? Peniaga-peniaga koporat pun terpaksa menangguh keputusan-keputusan besar kerana bimbang akan tersalah langkah,\u201d katanya.\n\n\nUlasnya lagi, susulan pembubaran Parlimen tahun lalu, Belanjawan 2023 terpaksa ditangguhkan pada Februari tahun ini yang mana ia memberi kesan kepada rakyat.\n\n\n\u201cDalam hal ini penentuan tarikh tersebut boleh dibincang dan dipersetujui dalam Dewan Rakyat. Biar rakyat, parti pembangkang, pelabur asing, syarikat-syarikat korporat faham dan tahu tarikh pilihan raya hadapan. Semua pihak berhak tahu bila PRU akan diadakan demi kesejahteraan negara,\u201d katanya.\n\n\nJusteru, beliau mencadangkan isu penentuan tarikh-tarikh tersebut dibincang dan dipersetujui dalam Dewan Rakyat supaya semua pihak termasuk rakyat cakna mengenai perkara itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/01/umat-islam-disaran-letak-azam-jaga-agama-bela-umat-muis/", "title": "Umat Islam Disaran Letak Azam Jaga Agama, Bela Umat -MUIS", "body": "0\n\n\nAHAD, Bangi \u2013 Pandangan seorang Muslim perlu melangkaui kepentingan peribadinya bagi melihat dari perspektif umat yang mana dia adalah sebahagian daripadanya.\n\n\nPengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa berkata Islam yang dijunjung mengajar umatnya untuk menjadi seorang yang proaktif dan meletakkan diri dalam kancah perjuangan membela umat dan menjaga agama.\n\n\nPengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa\n\n\nBeliau menyeru umat Islam membangunkan aspirasi ummah fadhilah iaitu umat yang unggul pada masa akan datang atas dasar kepatuhan kepada syariah, ketinggian akhlak dan moral, kesatuan ummah, pembudayaan ilmu, dan kesetiaan kepada tanah air.\n\n\nSehubungan itu katanya, tahun 2023 perlu diisi dengan penuh makna dan meletakkan keazaman yang tinggi sebagai seorang muslim yang hakiki, warganegara yang setia, dan ahli dalam masyarakat yang peka dan cakna dalam pembinaan masyarakat dan pembangunan negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKecelaruan surat RoS langkah licik Zahid \u2013 Penganalisis Politik\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi dipindahkan ke wad biasa, keadaan semakin baik\n\n\n\n\n\n\nKaji Semula SOP Masjid -Pakar Epidemiologi\n\n\n\n\n\n\nCagaran caruman, KWSP kaji kaedah baki akaun 2 jadi cagaran peribadi\n\n\n\n\n\n\nBN tidak rebut kerusi, ikut persetujuan parti komponen"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/02/13-individu-ditahan-ceroboh-hutan-simpan/", "title": "13 individu ditahan ceroboh hutan simpan", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Unit Tindakan Khas Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub menahan 13 individu kerana memasuki Hutan Simpan Batu Talam tanpa permit pada Ahad.\n\n\nPegawai Hutan Daerah Raub (PHD), Safiah Aimi Md Isa berkata, kesemua individu berusia antara 22 hingga 60 tahun dipercayai melakukan aktiviti sukan lasak di hutan berkenaan.\u00a0\n\n\n\u201cSiasatan awal mendapati individu yang ditahan terdiri daripada penduduk sekitar daerah ini dan Kuala Lumpur.\u201d \u2013 Safiah Aimi Md Isa / Pegawai Hutan Daerah Raub\n\n\nSafiah Aimi berkata, penahanan itu dibuat ketika aktiviti rondaan sempena operasi cuti tahun baharu dan siasatan awal mendapati individu ditahan adalah penduduk sekitar dan Kuala Lumpur.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNaikkan Elaun Warden Asrama Langkah Jangka Pendek : iGuru\n\n\n\n\n\n\nZahid kuku besi, matikan demokrasi \u2013 Lukman Al Hakim\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat bekas PM, menantu berkaitan kontrak kerajaan\n\n\n\n\n\n\nAwas penipuan ibadah korban!\n\n\n\n\n\n\nDakwaan seleweng wang zakat MAINS, SPRM kaji semula siasatan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPihaknya berjaya merampas tiga kenderaan pacuan empat roda, tiga motosikal lasak dan lima \u2018all terrain vehicle\u2019 (ATV) serta beberapa peralatan perkhemahan.\u00a0\n\n\nSelain itu, peralatan perkhemahan dan memasak beserta parang dan penyodok dipercayai digunakan untuk mendirikan khemah turut disita.\n\n\nKesemua yang ditahan dipercayai satu kumpulan yang merancang untuk melakukan aktiviti lasak dan berkhemah sambil bermalam di hutan berkenaan.\u00a0\n\n\nJelasnya, kegiatan mereka itu lebih kepada aktiviti riadah sempena cuti tahun baharu.\n\n\nIndividu ditahan mendakwa tidak mengetahui untuk mendapatkan permit sebelum memasuki hutan simpan kekal dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) atau PHD Raub\n\n\n\n\nTegasnya, jabatan itu masih lagi menutup sementara semua 26 Taman Eko Rimba (TER) dan Hutan Taman Negeri (HTN) di negeri ini berikutan musim tengkujuh.\n\n\nJika disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 dan didenda RM10,000 atau penjara tiga tahun atau keduanya sekali."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/02/3214-hektar-tanah-rizab-melayu-perak-dimiliki-bukan-melayu/", "title": "3,214 Hektar Tanah Rizab Melayu Perak Dimiliki Bukan Melayu", "body": "0\n\n\nMANJUNG, Isnin \u2013 Sekurang-kurangnya 3,214 hektar Tanah Rizab Melayu di Perak hilang dan dipercayai telah berpindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.\n\n\nTindakan itu sekali gus bertentangan dengan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu 142 dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara.\n\n\nMemetik Utusan Malaysia, Menurut Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019, Siri 2 Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 28 September 2021 tanah rizab melayu yang hilang membabitkan 3,214 hektar hanya membabitkan Mukim Jaya Baru dan Sitiawan.\n\n\nTanah Rizab Melayu yang membabitkan 3,214 hektar hilang membabitkan Mukim Jaya Baru dan Sitiawan.\n\n\nLaporan itu turut mendedahkan, kesilapan Pejabat Tanah dan Galian Perak (PTG) membenarkan pendaftaran pindah milik menyebabkan tanah rizab Melayu dimiliki oleh bukan Melayu walaupun hak milik asal adalah pegangan Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nOrang Ramai Dinasihat Ambil Langkah Berwaspada Elak Penyakit Berjangkit\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus Bajet Mini RM107 bilion\n\n\n\n\n\n\n\u2018The Greater Kedah\u2019 akan menjadi realiti, jangan halang \u2013 MB Kedah\n\n\n\n\n\n\nHarga Makanan Meningkat Ke Paras Tertinggi Sejak November 2011\n\n\n\n\n\n\nEnam PRN dicadang serentak elak perbelanjaan berulang\n\n\n\n\n\n\n\n\nJabatan Audit Negara turut memaklumkan pencerobohan haram dikesan ke atas tanah rizab Melayu seluas 309 hektar di daerah Perak Tengah dan Kerian yang diteroka sebagai ladang sawit sejak 20 tahun lalu.\n\n\nBerikutan itu kerajaan negeri Perak mengalami kerugian berjumlah 741,945 ringgit dalam bentuk cukai, premium dan denda susulan pencerobohan tanah itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/02/50-peratus-kawasan-berpenduduk-boleh-capai-liputan-5g/", "title": "50 Peratus Kawasan Berpenduduk Boleh Capai Liputan 5G", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Liputan 5G di seluruh negara mencapai hampir 50 peratus liputan kawasan berpenduduk (COPA) setakat akhir tahun lalu.\n\n\nKetua Pegawai Operasi Digital National Bhd (DNB), Nasution Mohamed, berkata\u00a0ranngkaian itu membabitkan 3,900 tapak yang dapat dicapai 15 juta penduduk dan dijangka bakal mencapai 30 juta orang apabila dilaksanakan sepenuhnya.\n\n\nMenurutnya dalam kenaytaan hari ini DNB kini memberikan tumpuan penuh ke arah mencapai komitmen 80 peratus COPA menjelang akhir tahun 2024 atau lebih awal.\n\n\ngambar hiasan\n\n\nKelulusan bagi meneruskan pelaksanaan 5G dapat dipercepatkan dengan sokongan penuh yang diberikan pihak berkuasa negeri dan tempatan selain berjaya menyelesaikan isu tapak tertangguh seterusnya mencapai tahap lebih pantas sepanjang bulan lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWartawan Pakistan hilang telah dihantar pulang\n\n\n\n\n\n\nPengarah Urusan, Jurutera Ditahan SPRM\n\n\n\n\n\n\nBomba Bersiap Siaga, Paras Air Sungai Lui Tidak Seperti Didakwa\n\n\n\n\n\n\nTambah kantung negara, kerajaan halalkan bakar mercun dan bunga api\n\n\n\n\n\n\nKes bunuh Zulfarhan: 18 penuntut UPNM didapati bersalah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetakat ini, DNB mencapai lebih 90 peratus liputan COPA di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya serta Selangor dan kira-kira 50 peratus di Johor, Melaka serta Negeri Sembilan.\n\n\n\u201cNegeri lain pula kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaan dan akan turut mencapai pelaksanaan rangkaian penuh menjelang 2024 ataupun lebih awal,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/02/dua-varian-utama-di-china-dikesan-di-malaysia/", "title": "Dua varian utama di China dikesan di Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Dua varian Covid-19 utama dalam penularan penyakit itu di China iaitu BA.5.2 dan BF.7 telah dikesan di Malaysia.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kedua-dua varian berkenaan dikesan dalam 80 peratus kes COVID-19 di China.\n\n\nKatanya, di Malaysia setakat 31 Disember lalu, sebanyak 4,148 kes positif melibatkan BA.5.2 manakala tiga lagi kes adalah BF.7.\n\n\nBegitupun, kedua-dua varian berkenaan, jelas Dr Noor Hisham tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum tergolong sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAMANAH bertanding di 31 DUN, Mahfuz di Alor Mengkudu\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Operasi SAR hari keempat diteruskan, cari baki 9 mangsa\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah fokus aspek pendidikan, sasar RM600,000 agihan Ramadan\n\n\n\n\n\n\nRasional peraturan baharu Arab Saudi untuk tumpu ibadah\n\n\n\n\n\n\nAnwar enggan layan \u2018celoteh\u2019 tak relevan Mahathir\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagaimanapun, kedua-dua varian BA.5.2 dan BF.7 dipercayai boleh menyebabkan jangkitan semula atau mempunyai kadar jangkitan yang lebih tinggi disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi di China.\n\n\n\u201cTetapi belum ada data yang dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.1,\u201d kata Dr Noor Hisham dalam kenyataan pada Isnin.\n\n\nBF.7, singkatan untuk BA.5.2.1.7, berasal daripada varian Omicron BA.5 dan pertama kali dikesan di dunia pada Julai 2022.\n\n\nDalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, varian XBB dikesan mendominasi penularan COVID-19 di negara ini sepanjang Disember lalu.\n\n\nSubvarian Omicron itu, merangkumi 55.4 peratus daripada bilangan sampel yang menjalani penjujukan genom.\n\n\nJelas beliau, varian XBB juga masih merupakan varian utama yang menular dalam kalangan penduduk Malaysia sejak Oktober lalu.\n\n\n\u201cIa diikuti dengan varian BA.2.75 (20.8 peratus) dan varian BQ.1 (10.8 peratus).\n\n\n\u201cKedua-dua varian XBB dan BA.2.75 adalah sejenis varian LUM WHO,\u201d katanya.\n\n\nDr Noor Hisham menambah, data daripada negara-negara lain yang mengalami penularan XBB seperti Singapura dan India menunjukkan peningkatan bilangan kes jangkitan semula.\n\n\nPeningkatan tersebut, khususnya kata beliau berlaku dalam kalangan penduduk yang dijangkiti semasa gelombang Delta atau dijangkiti oleh varian membimbangkan (VOC) Omicron sekurang-kurang enam bulan lalu.\n\n\nKejadian jangkitan semula disebabkan \u2018immune escape\u2019 yang lebih tinggi oleh XBB.\n\n\n\u201cIni mungkin disebabkan oleh tahap antibodi yang sudah mula berkurangan dan menyebabkan jangkitan semula tidak dapat dielakkan,\u201d katanya"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/02/hapus-judi-syabas-kedah-mufti-pulau-pinang/", "title": "Hapus judi, syabas Kedah! \u2013 Mufti Pulau Pinang", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, mengucapkan syabas kepada Kerajaan Kedah kerana melaksanakan pendirian tegas menamatkan sepenuhnya semua operasi premis perjudian dan loteri di negeri itu.\n\n\nWan Salim berkata, pengharaman judi dan minuman arak ke atas umat Islam sudah dinyatakan secara jelas dalam kitab suci al-Quran (Surah al-Maidah: 90-91).\n\n\nBeliau menjelaskan, sebab pengharaman itu sebagaimana dinyatakan dalam ayat sama ialah arak dan judi diperalatkan oleh syaitan bagi mencetuskan perseteruan serta kebencian dalam kalangan anggota masyarakat, selain menghalang mereka daripada mengingati Allah SWT dan menunaikan solat.\n\n\n\u201cAl-Quran juga ada menyebut bahawa antara fungsi utama pihak yang diberi kuasa pemerintahan ialah menyuruh kepada kebajikan, mencegah kemungkaran dan memastikan solat didirikan oleh masyarakat yang beragama Islam (Surah al-Hajj: 41),\u201d katanya lapor Berita Harian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPSI sudah lalui semua pertimbangan teknikal \u2013 KM P.Pinang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan wajar kaji semula pemansuhan pelepasan cukai SSPN\n\n\n\n\n\n\nPACU, UKM meterai MoU bangunkan bidang keilmuan\n\n\n\n\n\n\n4,726 Miskin Tegar Di Johor, Melayu Paling Tinggi\n\n\n\n\n\n\nMangsa kemalangan lawan arus ahli surau\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan semua operasi premis perjudian dan loteri di negeri itu ditamatkan sepenuhnya.\n\n\nJusteru, beliau mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memastikan semua premis berkaitan mematuhi arahan berkenaan yang diputuskan pada November 2021.\n\n\nDalam pada itu, Wan Salim berkata, memandangkan situasi di Pulau Pinang agak berbeza di mana masyarakat bukan Islam mewakili kira-kira separuh daripada bilangan penduduknya, beliau berpendapat pihak berkuasa boleh membenarkan premis judi terus beroperasi di negeri ini tetapi hendaklah dihadkan kepada masyarakat bukan Islam saja.\n\n\nBeliau menekankan, orang Islam mesti dilarang mengunjungi premis berkenaan dengan penguatkuasaan peraturan yang ketat dan tegas.\n\n\n\u201cSaya mencadangkan supaya pihak berkuasa agama Islam dengan bantuan polis memantau premis berkenaan secara konsisten. Jika ada mana-mana orang Islam didapati terbabit kegiatan judi atau loteri, maka hendaklah dikenakan hukuman keras.\n\n\n\u201cJabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) perlu mempertingkatkan lagi kempen membanteras amalan berjudi dalam segala rupa bentuk dan sentiasa mengingatkan masyarakat Islam supaya tidak terbabit amalan haram ini.\n\n\n\u201cPeringatan itu boleh dibuat melalui khutbah Jumaat dan program ceramah serta kuliah di masjid dan surau di negeri ini,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/02/kerajaan-kedah-perlu-waspada-judi-pasaran-gelap-pakar/", "title": "Kerajaan Kedah Perlu Waspada Judi Pasaran Gelap \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerajaan Kedah perlu berwaspada dengan pengendali premis perjudian tanpa lesen susulan keputusan kerajaan negeri tidak memperbaharui lesen judi dan loteri baru-baru ini.\n\n\nPakar Jenayah, P Sundramoorthy dari Universiti Sains Malaysia, berkata bookie haram ini akan mengambil kesempatan dan sukar untuk dikesan.\n\n\n\u201cPasaran gelap 4D akan berkembang pesat kerana lebih ramai kaki judi akan membantu pengendali ini,\u201d katanya memetik laporan FMT.\n\n\nSundramoorthy berkata, bookie ini akan lebih tersusun dan mengendalikan platform serupa seperti kasino dalam talian yang sah, selain sukar dikesan mahupun dihapuskan.\n\n\nGambar hiasan\n\n\nSelain kehilangan hasil cukai daripada kedai 4D yang sah, beliau berpandangan, mereka yang beroperasi di pasaran gelap akan cuba merasuah pihak berkuasa yang bertanggungjawab sebagai dorongan tidak mengambil tindakan.\n\n\nJelas beliau lagi, di sesetengah negara, pengendali judi seperti ini juga telah berjaya merosakkan tokoh politik.\n\n\nSundramoorthy berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pengawal selia komunikasi mesti memantau kesan pengharaman kedai 4D di Kedah.\n\n\n\u201cSemua perkara yang tidak diingini dalam mengharamkan pengendali 4D yang sah mesti dicegah,\u201d katanya.\n\n\nMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor\n\n\nSemalam, premis perjudian dilaporkan tidak lagi dibenarkan beroperasi di Kedah berkuat kuasa 1 Jan berikutan keputusan kerajaan negeri tidak memperbaharui lesen premis tersebut.\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengumumkan larangan terhadap kedai 4D di seluruh negeri pada 14 November 2021, dan mengarahkan majlis tempatan untuk tidak memperbaharui lesen perniagaan tahunan mereka.\n\n\nKerajaan negeri memberikan penangguhan dengan lesen tidak boleh diperbaharui selepas 31 Dis 2022 kerana kelulusan persekutuan untuk kedai 4D berkuat kuasa sehingga tempoh itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/02/kerajaan-perlu-caontohi-kedah-tamatkan-operasi-judi/", "title": "Kerajaan perlu contohi Kedah tamatkan operasi judi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Dewan Ulama Pas\u00a0menyeru kerajaan mengikuti langkah Kedah yang tidak memperbaharui lesen judi, menjadikan tiada lagi premis perjudian dan loteri beroperasi di negeri itu bermula tahun ini.\n\n\nKetua Dewan Ulamak Pas, Datuk Ahmad Yahaya berkata,\u00a0tidak cukup bagi kerajaan sekadar menurunkan cabutan khas nombor ramalan daripada 22 kali kepada lapan kali setahun.\n\n\n\u201cDewan Ulama Pas\u00a0ingin menyeru kerajaan supaya turut mempunyai tekad politik yang sama. Tidak wajar sekadar berbangga dengan penurunan cabutan undi tetapi premis judi masih dibiarkan membelenggu masyarakat di negara ini.\n\n\n\u201cDewan Ulama Pas\u00a0yakin dan percaya bahawa tidak ada dapatan yang menunjukkan aktiviti perjudian boleh membawa masyarakat keluar daripada kepompong kemiskinan. Ia hanya ilusi ibarat sebuah fatamorgana,\u201d katanya dalam kenyataan\u00a0hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Dalam Bahaya Jika Terus Beri Muka Pada MCA \u2013 Ridhuan Tee\n\n\n\n\n\n\nPerpaduan Negara Tidak Akan Tercapai Selagi Bahasa Melayu Tidak Dikuasai\n\n\n\n\n\n\nDakwa Anwar pendendam, Awang disaman\n\n\n\n\n\n\nTipu skim pelaburan, lebih 100 mangsa buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan ketujuh, mohon dibicara\n\n\n\n\n\n\n\n\nBermula semalam, tiada lagi premis perjudiaan dan loteri beroperasi di Kedah selepas kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen aktiviti itu.\n\n\nMenteri Besar Kedah,\u00a0Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata,\u00a0pihaknya juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melakukan pemantauan bagi memastikan semua premis perjudian mematuhi arahan yang dimuktamadkan sejak November lalu.\n\n\nAhmad berkata,\u00a0dasar yang tegas perlu dilaksanakan kerana kegiatan judi membawa kepada keruntuhan moral serta mengganggu keharmonian keluarga dan masyarakat.\n\n\n\u201cSatu pintu kerosakan ditutup, jutaan pintu keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah dibuka,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/02/ph-bn-bekerjasama-pada-prn-pulau-pinang/", "title": "PH-BN bekerjasama pada PRN Pulau Pinang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mungkin bekerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, yang dijadual dalam tempoh beberapa bulan lagi.\n\n\nPengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, pembentukan kerajaan campuran di peringkat persekutuan membawa kepada kerjasama di peringkat negeri seperti di Perak dan Pahang.\n\n\n\u201cPerbincangan lanjut mengenai perkara itu akan dibuat dalam satu mesyuarat PH, membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tinggi lain, pada minggu ketiga bulan ini, sebelum Tahun Baharu Cina.\u201d \u2013 Lim Guan Eng / \nPengerusi DAP\n\n\nGuan Eng berkata, perbincangan lanjut akan diadakan pada mesyuarat PH membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tinggi lain sebelum Tahun Baharu Cina.\n\n\nTambah beliau, sebarang pengumuman perbincangan mengenai PRN dan kerjasama lain antara kedua parti itu akan diumumkan selepas keputusan bersama dimuktamadkan pada mesyuarat itu.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga ayam, telur dijangka diapungkan selepas Jun \u2013 Mat Sabu\n\n\n\n\n\n\nBas terbakar, 20 orang penumpang hampir maut\n\n\n\n\n\n\nProjek Pulau Pinang Selatan yang dibantah diluluskan\n\n\n\n\n\n\nKapal LCS dikurangkan kepada lima kapal \u2013 Panglima TLDM\n\n\n\n\n\n\nBERSATU tidak puas hati diberi hanya 3 jawatan EXCO Kedah\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam perkembangan berkaitan, Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying mengumumkan pelantikan Bendahari DAP negeri, Wong Hon Wai sebagai pengarah kempen bagi persediaan PRN nanti.\n\n\nSelain itu, Guan Eng berkata, penyokong DAP dan BN perlu memahami antara satu sama lain mengikut situasi politik semasa walaupun dahulu kedua-dua parti itu adalah musuh politik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/02/qatar-kenakan-sekatan-ke-atas-pelancong-china/", "title": "Qatar Kenakan Sekatan Ke Atas Pelancong China", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Qatar mewajibkan pelancong yang tiba dari China menunjukkan keputusan ujian negatif Covid-19 yang diambil dalam tempoh 48 jam selepas berlepas,\u00a0\n\n\nMenurut Kementerian Kesihatan Awam negara itu pada Isnin, ujian itu dikenakan ke atas semua pelancong tanpa mengira status vaksinasi.\n\n\n\u201cIa adalah langkah sementara memandangkan China kini sedang mengalami gelombang Covid-19,\u201d lapor Arab News.\n\n\nBeberapa negara lain yang turut mengetatkan peraturan kemasukan bagi pelancong dari China termasuklah Australia, Kanada, Jepun, Itali, Sepanyol dan Maghribi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada cadangan tutup akaun media sosial yang disalah guna \u2013 Fahmi\n\n\n\n\n\n\nSiasatan perlu adil, tidak kira kawan atau lawan \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nPRU15: Calon tarik diri tetap diisytihar pemenang jika dapat undi tertinggi \u2013 Pengerusi SPR\n\n\n\n\n\n\nTarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan\n\n\n\n\n\n\nTok Mat beri bayangan pertahan Dun Rantau\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeberapa negara pula dilaporkan sedang memperhebat pemantauan dan pelaksanaan kawalan sempadan bagi individu yang datang dari China."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/02/segera-dapatkan-dos-penggalak-kedua-kkm/", "title": "Segera dapatkan dos penggalak kedua \u2013 KKM", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Orang ramai yang menerima dos penggalak pertama Covid-19, melebihi tempoh enam bulan disaran mendapat dos penggalak kedua.\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ia susulan varian dan sub varian yang ada di China telah dikesan di negara ini.\n\n\n\u201cKetika ini 49.8 peratus sahaja rakyat Malaysia mendapat vaksin dos penggalak pertama manakala 1.9 peratus sahaja yang mengambil vaksin dos penggalak kedua,\u201d katanya menerusi kenyataan pada Selasa.\n\n\nBeliau juga menasihatkan orang ramai untuk tidak menunggu vaksin bivalen kerana vaksin monovalen sedia ada sangat berkesan untuk mengurangkan gejala serius dan kes kematian akibat jangkitan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nR-Naught Terus Melonjak \u2013 Kedah, KL, Melaka, N. Sembilan Tinggi\n\n\n\n\n\n\n82.8 Peratus Remaja Lengkap Divaksinasi\n\n\n\n\n\n\nTiada sebab Hamzah dipanggil SPRM\n\n\n\n\n\n\nMenteri Hantar Kad Laporan 100 Hari Kepada PM\n\n\n\n\n\n\n\u201cGelombang Abah\u201d lebih besar \u2013 Takiyuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, katanya, KKM akan meningkatkan kaedah pembendungan penularan jangkitan Covid-19 dalam negara dan kesiapsiagaan bagi berdepan dengan sebarang kemungkinan peningkatan kes Covid-19.\n\n\nJelas beliau, ini termasuk mengubah dasar sedia ada terutama penjagaan kesihatan dan pengurusan pandemik Covid-19 di sempadan negara serta memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di pintu masuk negara.\n\n\nPelaksanaan itu bukan sahaja tertakluk kepada warganegara dan bukan yang tiba dari China tetapi melibatkan ketibaan dari semua negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/02/tambang-bas-sekolah-ibu-bapa-rayu-kerajaan-tanggung-5-peratus/", "title": "Tambang bas sekolah: Ibu bapa rayu kerajaan tanggung 5 peratus", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kenaikan tambang bas sekolah nyata memberikan impak kepada ibu bapa yang bergantung dengan perkhidmatan bas sekolah terutama golongan B40.\n\n\nMelalui tinjauan TV Pertiwi, rata-rata ibu bapa yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah menyatakan kenaikan tambang bas yang mendadak tidak berlaku di sekitar kawasan Selangor, namun mereka mahu sebarang kenaikan perlulah mengikut kemampuan ibu bapa.\n\n\nGambar hiasan\n\n\nPeniaga, Samsul Bahar Hashim berkata, kenaikan mendadak harga tambang bas sekolah adalah tidak wajar sekiranya mencapai amaun RM300 setiap seorang kerana jumlah itu dianggap keterlaluan.\n\n\nSebaliknya, sekiranya ia berlaku beliau mencadangkan pihak kerajaan membantu ibu bapa yang terbeban dengan kos tambang yang meningkat dengan peruntukan sebanyak lima peratus.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKurang 12 jam, gempa susulan landa Turkiye\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Dana RM388.1 bilion\n\n\n\n\n\n\nYayasan Ikhlas terima anugerah Most Trusted Foundation Brand\n\n\n\n\n\n\nDAP bermuka-muka, `memperkuda\u2019 orang Melayu \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nNajib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau mengira keadaan semasa sekarang ni wajar dari segi kenaikan lima peratus kerana ia merangkumi tenaga kerja dan kos lain-lain.\u201d\n\n\n\u201cNampak seperti kos tersembunyi tetapi memang perlu diambil kira selain kenaikan kos sara hidup tetapi jika kerajaan mampu sokong lima peratus daripada jumlah tambang mungkin dapat kekalkan harga tambang semasa,\u201d kata Samsul.\n\n\nSelain itu, seorang pengguna, Jusliana Jusoh yang menggunakan perkhidmatan ini kerana kekangan waktu bekerja juga menggesa kerajaan untuk menyelaraskan tambang bas sekolah selain memberikan insentif tambahan kepada ibu bapa kerana desakan ekonomi.\n\n\n\u201cSaya perlukan bas sekolah kerana saya bekerja dan perlukan pengangkutan untuk anak-anak saya ke sekolah,\n\n\n\u201cSekarang ini memang dua trip penghantaran pergi dan balik sekolah dicaj sebanyak RM160, tetapi selepas ini kemungkinan harga tambang akan naik kerana pemandu memberi alasan sebahagian bayaran insuran kepada anak-anak.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cCuma kalau ekonomi sekarang, kalau boleh selaraskanlah atau ada bantuan sedikit dari kerajaan kerana cabaran ekonomi kian meningkat selain banyak komitmen lain yang perlu dibayar lebih-lebih lagi perbelanjaan untuk sekolah anak-anak,\u201d kata Jusliana kepada pemberita."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/02/umno-perlu-kembali-kepada-islam-mendampingi-pas/", "title": "UMNO perlu kembali kepada Islam, mendampingi Pas", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Jenama Barisan Nasional (BN) yang terlalu lama, kusam dan tiada sentuhan pembaharuan serta tua antara faktor utama parti itu tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15\u00a0(PRU15).\n\n\nAhli Jawatankuasa Kerja Pas,\u00a0Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, BN juga tewas disebabkan perpecahan yang berlaku dalam parti itu.\n\n\n\u201cJenama BN yang terlalu lama, kusam dan tiada sentuhan pembaharuan. Berbanding PN dan PH yang lebih muda, baru dan menarik ia lebih kuat untuk menarik pengundi baru. Tua adalah kejatuhan.\n\n\n\u201cPerpecahan dalaman yang tidak diubati. Apabila anda masuk gelanggang dengan hati yang terpecah-pecah, anda tidak akan menang. Perpecahan adalah kekalahan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO perlu sedia beri undi pada DAP, turuti arahan parti\n\n\n\n\n\n\nTidak Salah Bercita-Cita Nak Jadi PM \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri konsisten tak bersetuju keputusan PAU2022\n\n\n\n\n\n\nAgong, Permaisuri selamat tiba di Madinah\n\n\n\n\n\n\nPindaan Memansuhkan Hukuman Mati Mandatori Akan Dibentangkan Pada Oktober \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKedua-dua faktor di atas adalah sunnah dan aturan Allah di dalam jatuh bangun hidup manusia,\u201d kata bekas Ahli Parlimen Bachok itu.\n\n\nKatanya, dengan dua kelemahan itu,\u00a0BN tidak mempunyai kekuatan untuk menangkis segala serangan yang dihalakan ke atas parti itu ketika kempen PRU15 berlangsung.\n\n\nSementara Nik Abduh berkata, untuk bangkit semula UMNO perlu kembali kepada Islam.\n\n\n\u201cMusibah adalah hukuman ringan, pengajaran, jalan taubat dan lebih hebat, meninggikan darjat.\n\n\n\u201cHukuman berat hanyalah dengan musibah kematian. UMNO terkena musibah pada PRU14\u00a0tetapi tidak mati. Justeru ia adalah pengajaran dan jalan taubat yang perlu dilalui,\u201d kata Nik Abduh.\n\n\nKatanya, UMNO telah menunjukkan tekad untuk berubah melalui pindaan dalam perlembagaan parti yang meletakkan Islam di tempat utama.\n\n\nMalangnya menurut Nik Abduh perpecahan dalaman, kekalutan perebutan kuasa dalam kerajaan selepas PRU14 serta persaingan dengan Bersatu telah memalapkan usaha-usaha untuk meneguhkan semangat Islam di dalam UMNO.\n\n\n\u201cAdakah itu hipokrit? Allahlah yang maha tahu. Saya tidak akan menghukum.\n\n\n\u201cBagi saya, pilihan UMNO untuk bersama PH adalah tindakan terdesak akibat hilangnya keyakinan terhadap PN, bukan terhadap Islam,\u201d katanya.\n\n\nTambah beliau, bagi memperbaiki diri UMNO juga perlu mendampingi rakan yang baik iaitu Pas.\n\n\nIni kerana hanya Pas menunjukkan komitmen terhadap Islam berbanding parti lain.\n\n\n\u201cApabila anda bertaubat dan ingin membaiki diri, anda perlu mendampingi rakan yang baik. Pesakit mesti bersama doktor.\n\n\n\u201cJika hanya bersama pesakit sepertinya, mereka akan saling mengeluh dan putus asa. Jika bersama bomoh serba tahu, dia akan diberi penawar beracun. Mati.\n\n\n\u201cJusteru UMNO mesti bersama Pas. Ia kerana Pas. adalah lebih mendahului parti yang lain di dalam komitmennya untuk Islam,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Nik Abduh salah faham antara UMNO dan Pas boleh diselesaikan.\n\n\nAnak bekas Mursyidul Am Pas itu berkata, beliu konsisten untuk mengajak UMNO bersama dengan Pas.\n\n\n\u201cUMNO masih dua kumpulan. Kumpulan mana yang akan memimpin nanti, saya konsisten mengajak mereka untuk bersama PAS membina negara. Antara pantang saya, masuk campur urusan dalaman orang.\n\n\n\u201cSegala salah faham boleh diselesaikan. Kemenangan besar bukan dengan membunuh\u00a0tetapi dicapai dengan perdamaian. Bukankah begitu \u2018fathu Makkah\u2019?\n\n\n\u201cPolitik negara telah menzahirkan pelbagai kepelikan. Ia bermaksud tiada yang mustahil dalam politik. Biarlah kalau mulut kuat sembang. Jangan pula muka yang tersembam,\u201d kata Nik Abduh."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/cadangan-stabilkan-harga-babi-dibawa-ke-kabinet-esok/", "title": "Cadangan stabilkan harga babi dibawa ke Kabinet esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Cadangan untuk mengawal kestabilan harga daging babi\u00a0menjelang Tahun Baharu Cina pada 22 Januari depan\u00a0akan dibawa untuk perbincangan mesyuarat Kabinet esok.\n\n\nPerkara itu diumumkan selepas mesyuarat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) hari ini.\n\n\n\u201cMAFS dan KPDN akan memastikan rantai bekalan makanan kekal stabil demi kesejahteraan rakyat,\u201d kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJohor kesan Orang Asli dieksploitasi demi kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nPuting Beliung Terbangkan Bumbung Rumah\n\n\n\n\n\n\nMelayu bersama Islam akan menyelamatkan semua bangsa \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nPH desak Abdul Hadi lapor polis jika DAP promosi Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nIsu Kenaikan Harga Perlu Diperhalusi Dari Segala Dimensi \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nMAFS diwakili oleh Timbalan Menterinya,\u00a0Chan Foong Hin.\n\n\nSalahuddin berkata,\u00a0mesyuarat itu adalah yang pertama dihadirinya setelah hari pertama bekerja pada tahun baharu 2023.\n\n\nSementara itu, Foong Hin\u00a0berkata,\u00a0dia telah mendengar berkaitan kegusaran pelbagai pihak berkenaan kestabilan bahan makanan menjelang Tahun Baharu Cina termasuk isu bekalan dan kos daging babi dalam lawatan ke Sabah baru-baru ini.\n\n\n\u201cKementerian-kementerian kami akan meneruskan kerjasama bagi memastikan rantai bekalan makanan kekal stabil supaya kesejahteraan rakyat terus terjamin,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/harga-maksimum-minyak-masak-botol-kekal/", "title": "Harga maksimum minyak masak botol kekal", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Harga minyak masak sawit tulen kemasan botol satu, dua, tiga dan lima kilogram (kg) bagi tempoh 8 Januari hingga 7 Februari depan\u00a0akan dikekalkan.\n\n\nMenurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), harga maksimum minyak masak botol itu kekal walaupun harga purata minyak sawit mentah (CPO) di pasaran dunia mengalami peningkatan pada bulan Disember 2022.\n\n\n\u201cKerajaan ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain industri pengeluar minyak masak sawit tulen melalui libat urus yang dijalankan telah bersetuju mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen kemasan botol pada harga sedia ada sebagai usaha bersama untuk membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup.\n\n\n\u201cKerajaan menerusi KPDN telah menetapkan harga runcit maksimum terkini bagi minyak masak sawit tulen kemasan botol di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) 2022.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUstaz Wadi Annuar mohon maaf pada masyarakat India\n\n\n\n\n\n\nLebih 56,000 mangsa banjir berada di PPS 5 negeri\n\n\n\n\n\n\n23 laporan polis terhadap Guan Eng\n\n\n\n\n\n\nGerakan Murtad Malaysia Anjur Forum Kebebasan Agama Ambang 2023 Hina Islam\n\n\n\n\n\n\nKPDN berhasrat perkenal \u2018Baju Raya Rahmah\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKawalan harga ini dilaksanakan mengikut kaedah harga siling bergerak berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nJelasnya, harga runcit maksimum bagi tempoh tersebut adalah RM6.90 bagi kemasan botol 1kg, RM13.30 (2kg), RM19.60 (3kg) dan RM30.90 bagi lima kilogram.\n\n\nKPDN berkata, mana-mana pihak yang didapati menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.\n\n\n\u201cMereka tersebut juga boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000,\u201d tegasnya.\n\n\nDalam pada itu, KPDN turut menggalakkan pengguna untuk menjadi mata dan telinga kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang membabitkan harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000 atau Portal e-aduan.kpdnhep.\n\n\nPengguna juga boleh membuat aduan menerusi pusat panggilan 1-800-886-800, emel\u00a0e-aduan@kpdnhep.gov.my, Ez ADU KPDNHEP atau Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/henti-kecam-cikgu-hadi-kekalkannya-sebagai-jurulatih/", "title": "Henti kecam Cikgu Hadi, kekalkannya sebagai jurulatih", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \u201cHentikanlah kecam dan jangan ambil tindakan terhadap jurulatih anak saya, Cikgu Hadi (Saiful Hadee Amar) sebab tamparan itu pun bukannya sampai cedera malah anak-anak pun merayu kerana jurulatih mereka sudah banyak berkorban melatih mereka.\n\n\n\u201cTanpa jurulatih itu, anak-anak saya tentu tidak berjaya sehingga dapat mewakili Melaka dalam sukan bola tampar,\u201d kata Abd Halim Bakar, 50, bapa kepada Nur\u2019 Saidatul Akma, 14, yang insidennya ditampar jurulatih berkenaan tular baru-baru ini.\n\n\nMenurut juruteknik kilang itu, walaupun pada mulanya terkejut dengan insiden berkenaan, beliau secara peribadi menghormati tindakan guru berkenaan yang dilihat bertujuan mendidik anaknya.\n\n\nMalah kedua-dua anaknya, Saidatul Akma dan Nur\u2019 Syaafiah, 16, juga amat menyenangi guru berkenaan sepanjang lima tahun menjadi anak didiknya dalam sukan tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan \u2018anugerah\u2019 Deepak import telur dari India\n\n\n\n\n\n\nHajiji dapat sokongan 44 Adun, kekal teraju Sabah\n\n\n\n\n\n\nSuntikan Liraglutide batalkan puasa\n\n\n\n\n\n\nGuan Eng desak Muhyiddin mohon maaf, disaman jika enggan\n\n\n\n\n\n\nAnwar janji kenaikan gaji bila pendapatan negara bertambah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAdatlah dalam sukan, kena tampar sikit-sikit itu perkara biasa untuk membangkitkan semangat malah selepas ditampar itu, anak saya terus bangkit dengan prestasi yang lebih baiik.\n\n\n\u201cInsiden itu langsung tidak membuatkan emosinya terganggu, sebab itu saya harap kerajaan tidak mengenakan hukuman berat pada Cikgu Hadi yang sudah banyak berkorban membangunkan sukan bola tampar negeri ini.\n\n\n\u201cMalah, cikgu ini juga ada menggunakan perbelanjaan sendiri untuk melatih anak-anak saya daripada tak tahu apa-apa sampai mampu mewakili negeri,\u201d katanya. \u2013 Astro Awani"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/isu-bebanan-kerja-guru-akan-dikaji-mppk/", "title": "Isu bebanan kerja guru akan dikaji MPPK", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Isu bebanan kerja guru akan menjadi fokus utama\u00a0Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).\n\n\nMenteri Pendidikan Fadhlina Sidek\u00a0berkata, tanggungjawab mengkaji perkara itu akan diberikan kepada majlis berkenaan yang sebelum ini diumumkan akan diaktifkan semula tidak lama lagi.\n\n\n\u201c(Isu) bebanan guru, saya dah umumkan sebelum ini. Kita akan berikan tanggungjawab itu kepada Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan,\u201d katanya.\n\n\nFadhlina memaklumkan perkara itu kepada media ketika ditemui selepas meninjau hari pertama persekolahan di SK Jalan Kebun dan SMK Jalan Kebun.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu keluarkan SOP pelancong China\n\n\n\n\n\n\nBersatu Kenal Pasti Siapa Pengganti Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nPertubuhan Perpaduan Ummah Bukan Nak Lawan Muafakat Nasional \u2013 Shahidan\n\n\n\n\n\n\nCemar al-Quran di Denmark, Turkiye kutuk tindakan kumpulan Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nMansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 15 Disember\u00a0lalu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menggesa kerajaan agar segera mewujudkan jawatankuasa khas bagi mengkaji semula beban tugas guru.\n\n\nPresidennya, Aminuddin Awang berkata, jawatankuasa berkenaan penting dalam usaha menyelesaikan masalah beban tugas guru supaya sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna.\n\n\nSebelum ini, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengaktifkan semula MPPK, seperti yang termaktub bawah Akta Pendidikan 1996\u00a0bagi menyumbang idea dan pandangan dalam merangka serta menambah baik hala tuju pendidikan negara.\n\n\nMajlis berkenaan akan dianggotai 15 orang\u00a0termasuk pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan seperti aktivis, guru, bekas guru dan ahli akademik.\n\n\nDalam pada itu, KPM memberi kelonggaran kepada pengurusan sekolah menentukan sama ada pelajar perlu memakai tali leher ataupun sebaliknya.\n\n\nFadhlina berkata, kuasa menentukannya itu adalah di bawah bidang kuasa sekolah.\n\n\n\u201cMengenai perkara ini (pemakaian tali leher oleh pelajar) kita serah kepada pihak sekolah.\n\n\n\u201cKita beri kelonggaran kepada sekolah untuk terus pakai (tali leher) atau tidak . Tidak ada isu,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/isu-menara-kl-annuar-musa-ambil-tindakan-terhadap-tiga-individu/", "title": "Isu Menara KL : Annuar Musa Ambil Tindakan Terhadap Tiga Individu", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0 Tan Sri Annuar Musa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa memfitnahnya berhubung isu penjualan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).\n\n\n\n\nBekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, sejak tercetus polemik berhubung Menara KL yang kononnya dijual senyap-senyap oleh Telekom Malaysia (TM), telah tersiar pelbagai kenyataan yang mengelirukan.\n\n\nLebih buruk lagi katanya, terdapat beberapa \u2018posting\u2019 yang tanpa segan silu membuat fitnah yang menjejaskan imej dan reputasi serta memberi kesan mendalam kepada beberapa pihak termasuk dirinya sendiri.\n\n\n\u201cSetelah merujuk perkara tersebut serta meneliti secara mendalam bersama peguam, saya tiada pilihan melainkan mengarahkan peguam mengambil tindakan menurut jalur undang-undang terhadap tiga individu iaitu Adrian Lim Chee En, K Pragalath Kumar dan Mohd Razlan Rafii.\u201d\n\n\n\u201cAda juga yang membuat \u2018posting\u2019 tanpa mengemukakan identiti sebenar mereka dan pihak saya akan cuba untuk mengenalpasti mereka.\n\n\n\u201cSaya serahkan kepada pasukan peguam untuk memulakan tindakan yang sesuai dan bertepatan dengan undang-undang sedia ada,\u201d\n\n\nBeliau dalam satu hantaran di Facebook beliau,\u00a0 pada Selasa berkata akan menyerahkan kepada pehuam untuk tindakan yang bersesuaian dan bertepatan dengan undang-undang sedia ada.\n\n\nDalam pada itu, Annuar berkata, setiap perkara berbangkit, terutama yang membabitkan kepentingan rakyat dan negara perlu disiasat dengan teliti oleh pihak berwajib.\n\n\n\u201cSemua pihak perlu memberikan kerjasama serta tidak mengganggu penyiasatan dengan menyebarkan fitnah dan berita palsu,\u201d katanya.\n\n\nIsu pengambilalihan pengurusan Menara KL tular di media sosial baru0baru ini apabila orang ramai mempersoalkan keputusan TM melalui anak syarikatnya.\n\n\nMenara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) memindahkan pemilikan penuh mereka kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd pada Oktober lalu.\n\n\nSusuan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil tiga saksi bagi membantu siasatan isu berkenaan.\n\n\n\n\nMenurut SPRM, pihaknya juga mendapatkan beberapa dokumen daripada pihak berkaitan untuk diteliti. \u2013 ISMAWEB"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/kabinet-putuskan-sop-pengembara-china-esok/", "title": "Kabinet putuskan SOP pengembara China esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Sebarang keputusan sama ada membenarkan atau tidak kemasukan pengembara dari China ke negara ini hanya akan diputuskan pada mesyuarat Kabinet esok.\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ia termasuk sebarang ketetapan baharu, langkah tambahan termasuk mewajibkan ujian Covid-19, mahu pun perubahan prosedur operasi standard (SOP) bagi menerima kemasukan pengembara terbabit.\n\n\nMenurutnya, beliau sudah bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim\u00a0hari ini bagi memberi taklimat berkaitan isu berkenaan.\n\n\n\u201cInsya-Allah esok ada mesyuarat Kabinet dan kita akan bentangkan semua fakta yang kita dapat termasuk kemungkinan-kemungkinan kepada Kabinet.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nChong Wei bidas kenyataan hina Islam, perkauman bekas pemain badminton\n\n\n\n\n\n\nCuri air pili bomba, kontraktor bayar kompaun RM100\n\n\n\n\n\n\nPlutokrasi Nasib Rakyat Sekarang Ditentukan Oleh Golongan Jutawan?\n\n\n\n\n\n\nIsu doktor dibuli akan segera ditangani KKM\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Nelayan Masih Lagi Terjejas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMalah, kita harap ada satu keputusan terbaik yang akan mengimbangkan dari sudut sains dan data serta juga persepsi masyarakat,\u201d katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 di Sepang, Selangor hari ini.\n\n\nLawatan itu bertujuan memantau kesiapsiagaan kedua-dua lapangan terbang itu khususnya dalam menerima kedatangan pelancong asing.\n\n\nKatanya, sebarang keputusan perlu dibuat secara bersama termasuk melihat dari segi Rnaught (kadar kebolehjangkitan) atau tidak.\n\n\n\u201cSetakat taklimat yang diberikan kepada Perdana Menteri, kita akan kekalkan apa yang kita lakukan pada hari ini tetapi jika esok rakan Kabinet ada pandangan lain, kemungkinannya kita akan tengok macam mana untuk keputusan terbaik,\u201d katanya.\n\n\nPada masa sama, sebarang langkah tambahan juga perlu dibincang secara lebih komprehensif bersama kementerian dan agensi-agensi lain termasuk pemegang taruh.\n\n\nJelasnya lagi, beliau berpuas hati dengan tahap kesiapsiagaan di pintu masuk utama negara terutama di KLIA dan klia2 setakat ini.\n\n\nPada awal bulan lalu, China menamatkan dasar \u2018sifar-Covid\u2019 bagi membendung wabak berkenaan dengan membuka semula sempadan negara itu.\n\n\nNamun, tindakan itu menyaksikan peningkatan kes dan kematian di China oleh subvarian Omicron, BA.5 yang lebih berbahaya.\n\n\nSusulan itu, KKM menetapkan pengembara yang tiba dari luar negara termasuk China perlu melalui saringan demam di pintu masuk antarabangsa (PMA) manakala sampel air kumbahan pesawat dari China juga akan diambil.\u00a0\u2013 Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/kebakaran-jakel-bomba-fokus-unsur-sabotaj-sisa-bara-api/", "title": "Kebakaran Jakel: Bomba fokus unsur sabotaj, sisa bara api", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perbuatan membakar dan sisa bara api antara fokus utama siasatan bomba termasuk melibatkan kebakaran terbaharu di bangunan Wisma Jakel dan deretannya di Seksyen 7, Shah Alam.\n\n\nSiasatan terperinci melibatkan kemusnahan keseluruhan 16 premis syarikat tekstil itu akan mengambil masa selama 14 hari.\n\n\nPengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, tempoh itu turut meliputi keputusan analisa makmal menerusi hasil pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian.\n\n\nBeliau\u00a0berkata, pihaknya setakat ini belum dapat membuat kesimpulan mengenai punca sebenar kebakaran gedung tekstil terkemuka itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n17 Premis Dinasihatkan Henti Operasi Sementara\n\n\n\n\n\n\nIsrak Mikraj, lahirkan seruan agung, hayati peristiwa luar biasa umat Islam\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Pertama Didakwa Dan Disabitkan Di Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nInspektor wanita tular ditahan polis, satu lagi klip video aksi \u2018garang\u2019 tersebar\n\n\n\n\n\n\nKPM beri guru autonomi buat pilihan rekod SPPB\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSiasatan akan menumpukan sama ada wujud perbuatan membakar atau kesan bara api kecil yang masih tersisa pada fabrik atau pakaian.\n\n\n\u201cBomba memerlukan tempoh 14 hari bagi menjalankan siasatan dan analisa termasuk mendapatkan saksi-saksi kejadian itu,\u201d katanya.\n\n\nPada kejadian terbaharu kira-kira 12.40 tengah malam tadi itu telah memusnahkan dua lagi premis termasuk sebuah bilik simpanan kain langsir.\n\n\nJelas Norazam, pihaknya turut menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan punca kebakaran sekali gus membantu proses siasatan.\n\n\n\u201cDua anjing yang digunakan turut berfungsi mengesan sekiranya ada minyak petrol atau sisa bara api di premis yang terbakar.\n\n\nAds by\u00a0\nKiosked\n\n\n\u201cSelain itu, kita mula membuka Pusat Kawalan Hadapan (PKH) dengan lebih 10 anggota sebagai langkah pemantauan dan berjaga-jaga sekiranya berlaku kebakaran berulang,\u201d ujarnya.\n\n\nKatanya, semua orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasuki kawasan lokasi kejadian kecuali pihak berkuasa.\n\n\n\u201cBomba akan menjalankan kerja pemunggahan semua barangan terutama fabrik daripada premis yang terbakar.\n\n\n\u201cKebakaran setakat ini sudah dipadamkan sepenuhnya namun langkah pemantauan menyeluruh masih diteruskan,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini dilaporkan kebakaran bangunan tiga tingkat di Wisma Jakel, Seksyen 7 mengakibatkan sebuah syarikat tekstil mengalami kerugian ratusan juta ringgit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/kedah-tidak-akan-pertimbang-semula-keputusan-tamat-lesen-judi/", "title": "Kedah tidak akan pertimbang semula keputusan tamat lesen judi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan,\u00a0pihaknya tidak akan mempertimbangkan semula keputusan\u00a0\nmenamatkan semua lesen perjudian dan loteri\n\u00a0di negeri itu.\n\n\nBeliau berpandangan bahawa perjudian bukan isu untuk satu kaum, sebaliknya ia sudah merosakkan semua kaum di negara ini.\n\n\n\u201cTidak akan ada pertimbangan semula (terhadap keputusan berkenaan). Ini bukan isu satu kaum saja, judi merosakkan semua kaum.\n\n\n\u201cJudi tidak pernah menjadi alat membentuk keharmonian kaum,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGPS Umum Calon Bertanding Pada 4 Disember\n\n\n\n\n\n\nBanjir besar disebabkan pengaruh fenomena La Nina \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nPAS kekal di Kelantan dan Terengganu\n\n\n\n\n\n\nTugas hakiki tidak menghalang Polis untuk membantu mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nMCA janji bantu calon BN pada PRN kali ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan Setiausaha DAP Kedah, Teh Swee Leong berkata,\u00a0kerajaan Kedah diharap dapat\u00a0\nmempertimbangkan semula keputusan\n\u00a0itu bagi mengekalkan keharmonian kaum dan mengawal masalah sosial.\n\n\nSwee Leong mendakwa, tindakan tidak membenarkan premis judi dibuka dilihat akan memberi lebih banyak masalah kepada masyarakat kerana ia secara tidak langsung menggalakkan kegiatan perjudian haram.\n\n\nMengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, Swee Leong diminta membuktikan terlebih dahulu bahawa perjudian boleh membentuk keharmonian kaum.\n\n\nBeliau menjelaskan, ini kerana keharmonian kaum hanya boleh dibentuk melalui aktiviti seperti integrasi di sekolah, sukan, silang seni budaya dan bahasa pertuturan yang sama.\n\n\n\u201cSuruh dia buktikan judi boleh membentuk keharmonian kaum,\u201d katanya.\n\n\nMedia kelmarin melaporkan semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah kini ditamatkan sepenuhnya susulan keputusan kerajaan negeri ini untuk tidak lagi memperbaharui lesen perjudian yang tamat tempoh pada 31 Disember lalu.\n\n\nSehubungan itu, Muhammad Sanusi mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memastikan semua premis berkaitan mematuhi arahan berkenaan yang diputuskan pada November 2021.\u00a0\u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/kerajaan-digesa-bertindak-kembalikan-semula-kehilangan-tanah-rizab-melayu/", "title": "Kerajaan digesa bertindak kembalikan semula kehilangan tanah rizab Melayu", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nKerajaan digesa bertindak sekarang bagi melindungi tanah rizab Melayu daripada terus hilang dan usaha untuk menggantikannya semula harus dilakukan.\n\n\nNaib Presiden BERJASA, Samad Ashaari berkata, perkara itu amat serius\u00a0 dan usaha perlu dilakukan kerana ia telah mencabuli perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Fasa 89 dan 89 (3) serta Wasiat Raja-Raja Melayu.\n\n\nMalah, tanah rizab Melayu hanya tinggal 12 peratus di seluruh negara.\n\n\nMenurut beliau kehilangan tanah rizab Melayu di Perak adalah hanya sebahagian kecil daripada kehilangan tanah rizab Melayu di seluruh negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPH-BN bekerjasama pada PRN Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nPelan Induk Wakaf Nasional, usaha memperkasa wakaf negara\n\n\n\n\n\n\nKWSP umum dividen konvensional 5.35% , Syariah 4.75 % untuk 2022\n\n\n\n\n\n\nNajib Gagal Masuk Bukti Baharu Kes Seleweng Dana SRC INTL\n\n\n\n\n\n\nNajib Mohon Tangguh Keputusan Rayuan Kes SRC\n\n\n\n\n\n\n\n\nBukan setakat di Perak,\u00a0 katanya tanah rizab Melayu telah mengalami kehilangan besar dan kini hanya tinggal 12 peratus\u00a0 di seluruh negara.\n\n\n\u201cBukan sahaja di Perak kehilangan tanah rizab Melayu tapi di seluruh negara. Ini satu yang sangat serius\u00a0 sebab dalam Perlembagaan Fasal 89\u00a0 Tanah Simpanan Melayu ini adalah merupakan satu enakmen yang mewajibkan kerajaan Negeri menggantikan mana-mana tanah daripada kawasan tanah simpanan Melayu. \n\n\n\u201cIaitu jenis yang sama dengan luas yang sama, maknanya tanah itu perlu diganti jadi menyeru kerajaan sedia ada mengambil langkah yang sangat serius tentang kehilangan tanah melayu yang tinggal 12 peratus sahaja,\u201d katanya.\n\n\nKeperluan untuk menggantikan tanah rizab itu semula akibat dibangunkan atau sebagainya harus juga dibuat dalam nilaian yang sama.\n\n\nIa selaras bagi mengembalikan semula hak orang Melayu yang telah dicabuli seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Fasa 89 dan 89 (3) serta Wasiat Raja-Raja Melayu.\n\n\nTambah beliau, lebih membimbangkan ialah apabila penguatkuasaan yang longgar menyebabkan ada tanah rezab Melayu yang bertukar milik dan tidak diketahui bagaimana ia boleh berpindah ke tangan bukan Melayu.\n\n\n\u201cSejak kita tengok zaman kolonial lagi, British telah melaksanakan\u00a0 tanah rizab Melayu ini adalah sebagai perlindungan kepada orang Melayu dan tidak boleh jual.\n\n\n\u201cTanah Melayu tidak boleh jual kepada orang lain, aset orang Melayu dan kehilangan tanah anak cucu tidak ada tanah dan ini serius sebenarnya. \n\n\n\u201cKita melihat bahawa penguatkuasaan ini perlu dilihat semula dan kenapa\u00a0 tanah tanah ini\u00a0 boleh dijual sewenang-wenangnya. Dalam perlembagaan memang\u00a0 tidak boleh jual dijual dan macam mana boleh terlepas perkara ini perlu diteliti semula pihak penguatkuasa tempatan\u201d tambah beliau.\n\n\nSemalam media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 3,214 hektar tanah rizab Melayu di Perak hilang dan dipercayai telah berpindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.\n\n\nTindakan itu sekali gus bertentangan dengan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu 142 dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara.\n\n\nMemetik \nUtusan Malaysia\n, Menurut Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019, Siri 2 Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 28 September 2021 tanah rizab Melayu yang hilang membabitkan 3,214 hektar hanya membabitkan Mukim Jaya Baru dan Sitiawan.\n\n\nLaporan itu turut mendedahkan, kesilapan Pejabat Tanah dan Galian Perak (PTG) membenarkan pendaftaran pindah milik menyebabkan tanah rizab Melayu dimiliki oleh bukan Melayu walaupun hak milik asal adalah pegangan Melayu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/kerajaan-perlu-hukum-penceroboh-tanah-rizab-melayu-berjasa/", "title": "Kerajaan perlu hukum penceroboh tanah rizab Melayu \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPihak kerajaan perlu memperketatkan penguatkuasaan dalam menghalang pencerobohan dan pertukaran hak milik tanah rizab Melayu secara tidak sah.\n\n\nPresiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, orang luar yang menceroboh tanah rizab Melayu perlu dikenakan hukuman agar kegiatan berkenaan dapat dibendung.\n\n\n\u201cBERJASA melihat, bukan tidak ada undang undang bagi menjaga sebarang pencerobohan tanah rizab melayu namun kelemahan pihak berkuasa melaksanakan penguatkuasaan itu yang menjadikan tanah rizab melayu ini terus diceroboh dan ditukar hak milik.\u201d \u2013 ZAMANI IBRAHIM / Presiden BERJASA\n\n\nBeliau berkata, penguatkuasaan undang-undang daripada pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam mengekalkan tanah rizab Melayu dan menghalang penceroboh daripada orang luar.\n\n\nTegasnya, tanpa undang-undang untuk menghalang penceroboh tersebut, pengurangan tanah rizab Melayu dikatakan semakin melampau sehinggakan mereka menganggap tanah itu milik mereka.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJurulatih bola tampar viral mohon maaf secara terbuka\n\n\n\n\n\n\nPorak-peranda politik jejas institusi kehakiman negara\n\n\n\n\n\n\nAmah melecur badan, lebam muka dan mata didera\n\n\n\n\n\n\nHari Ini Penentuan Zahid Bebas Atau Perlu Bela Diri\n\n\n\n\n\n\nKrisis Ekonomi Mendorong Masalah Mental Rakyat \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, beliau berkata, kerajaan wajib mengembalikan tanah rizab Melayu kepada orang Melayu untuk menggantikan tanah yang telah diambil begitu sahaja.\n\n\n\u201cBERJASA melihat juga bahawa tanah itu bukan hanya harta, malah ia adalah kuasa. Ini bermakna berlakunya pencerobohan, maka mereka telah menceroboh kuasa orang Melayu dan berlakunya pertukaran hak milik maka berlakunya pengurangan kuasa orang Melayu itu sendiri.\u201d \u2013 ZAMANI IBRAHIM / Presiden BERJASA\n\n\nTambahnya lagi, pemilikan tanah rizab Melayu ini disifatkan sebagai kuasa bagi orang Melayu dan pengurangan tanah rizab yang ada turut mengurangkan kuasa bagi orang Melayu di negara ini.\n\n\nSebelum ini, media melaporkan sekurang-kurangnya 3,214 hektar tanah rizab Melayu di Perak hilang dan dipercayai telah berpindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.\n\n\nTindakan itu sekali gus bertentangan dengan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu 142 dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/majlis-presiden-ph-bincang-isu-prn-kerjasama-bn-pada-sabtu-ini/", "title": "Majlis Presiden PH bincang isu PRN, kerjasama BN pada Sabtu ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat rasmi berhubung persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini.\n\n\nMenteri Dalam Negeri,\u00a0 Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara perbincangan itu sudah pasti mengenai PRN yang dijangka berlangsung kurang daripada enam bulan lagi melibatkan Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Selangor.\n\n\n\u201cSaya jarang nak komen berkenaan politik semasa menjalankan tugas rasmi, cuma saya nak beritahu pada 7 Januari hari Sabtu, 4 petang Majlis Presiden PH mengadakan mesyuarat rasmi tahun ini.\n\n\n\u201cSaya percaya kita akan bincang \u2018post-mortem\u2019 Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan persiapan PRN di enam negeri yang akan berlangsung,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Najib Tangguh Keputusan Rayuan SRC Ditolak\n\n\n\n\n\n\nPertemuan Anwar-Ahmad beri hasil baik kepada Kelantan\n\n\n\n\n\n\nCuepacs gesa siasat dakwaan menteri buat \u2018kecoh\u2019 di KLIA\n\n\n\n\n\n\nMangsa sindiket penipuan jangan takut buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\nJPS selia pelepasan air guna 15 pam bergerak\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian\u00a0dalam sidang akhbar selepas selesai lawatan kerja ke Ibu pejabat Penjara Malaysia Kajang, Selangor hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/pau-2022-hanya-bahas-usul-ucapan-dasar-presiden/", "title": "PAU 2022 hanya bahas usul ucapan dasar Presiden", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 11 hingga 14 Januari ini hanya akan membahaskan usul ucapan dasar Presiden.\n\n\nSetiausaha Agung UMNO,\u00a0Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berbeza dengan perhimpunan agung sebelum ini, hanya satu usul akan dibahaskan.\n\n\nUsul ucapan dasar Presiden sudah tentunya akan meliputi pelbagai perkara dan bidang.\n\n\n\u201cKali ini walaupun hanya ada satu usul, ucapan dasar Presiden, tentunya hal pendidikan, agama, ekonomi, politik dan antarabangsa akan disentuh seperti selalunya,\u201d katanya pada sidang media hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Ma63 Lulus\n\n\n\n\n\n\nCuepacs perlu faham kekangan kewangan dihadapi kerajaan \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nSaya tiada kuasa \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nMangsa Macau Scam \u2018berputih mata\u2019, wang simpanan KWSP RM141,000 lesap\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin bebas empat tuduhan rasuah, ini ulasan peguam\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Sumali Reduan; Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar; Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hasan dan Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO,Nurul Hazwani Haslan.\n\n\n\n\nSeramai 2,648 perwakilan bersama 174 pemerhati dijangka hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022.\n\n\nAhmad menjelaskan,\u00a0rasional hanya ada satu usul kerana Perhimpunan Agung UMNO kali ini kerana ia diadakan dua hari berbanding tiga hari sebelum ini, selain kedudukan parti hanya sebagai sebahagian daripada Kerajaan Campuran.\n\n\nUMNO bukan lagi memegang tampuk pentadbiran kerajaan sepenuhnya dan kebanyakan isu yang dibangkitkan, UMNO tiada menteri dalam kerajaan bagi menjawabnya di pentas parti.\n\n\n\u201cKalau usul ekonomi, kita tiada menteri dari UMNO maka sukar menteri berkaitan menjawab di pentas parti. Sama seperti isu kos sara hidup, kita tiada menteri yang menjaga isu ini dan boleh menjawab, walhal itu isu popular yang akan dibangkitkan, maka sebab itu kita tumpu ucapan dasar Presiden,\u201d katanya.\n\n\n\u200cDalam perkembangan berkaitan, keputusan mengenai sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakil parti dalam Kerajaan Campuran hadir pada perhimpunan itu akan diputuskan mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.\n\n\n\u201cPerkara ini kita akan bincangkan pada mesyuarat bulanan MKT, Khamis ini dan malam ini akan diadakan mesyuarat Pengurusan parti dipengerusikan Timbalan Presiden (Datuk Seri Mohamad Hasan) juga bincangkan perkara itu,\u201d katanya.\n\n\nMengulas keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang memutuskan dasar No Bersatu, No Anwar, No DAP\u2019, katanya keputusan itu sudah tamat tempoh.\n\n\n\u201cMemandangkan parti perlu membuat keputusan besar dan Perhimpunan Agung UMNO tidak dapat memutuskannya maka mengikut perlembagaan parti, MKT boleh buat keputusan besar parti.\n\n\n\u201cMaka, kita terima dengan keputusan MKT yang mahu bersama Kerajaan Campuran,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, ditanya mengenai pemilihan UMNO, perkara itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan MKT.\n\n\nBerdasarkan pindaan perlembagaan UMNO tahun lalu, pemilihan parti akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU) seperti ditetapkan dalam pindaan Perlembagaan UMNO.\n\n\nJabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebelum ini meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO yang diputuskan parti itu sebelum ini.\n\n\nKelulusan itu menyaksikan pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu PRU Parlimen (Dewan Rakyat).\n\n\nUMNO pinda perlembagaan selaras peraturan antilompat parti 13 Januari ini\n\n\nDalam pada itu, Ahmad berkata, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung Khas pada 13 Januari ini bagi meminda Perlembagaan parti bagi disesuaikan dengan pelaksanaan peraturan antilompat parti melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nPindaan itu membabitkan Fasal 20.11 yang menyebut seseorang ahli yang menang bertanding tetapi meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan pada pilihan raya akan gugur keahlian dengan sendirinya, untuk disesuaikan dengan Undang-undang antilompat parti yang diluluskan Parlimen.\n\n\n\u201cPerhimpunan Agung Khas itu juga membolehkan Ketua Penerangan Bahagian secara automatik menjadi perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun, membabitkan pindaan pada Fasal 8.4,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/putra-desak-guan-eng-umum-siapa-didakwa-ekstremis/", "title": "Putra desak Guan Eng umum siapa didakwa ekstremis", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memperincikan siapakan golongan ekstremis yang dimaksudkannya.\n\n\nKetua Penerangan\u00a0Putra, Shahrulufti Sharif menegaskan, setahunya puak ekstremis adalah golongan yang selalu mempersoal dan mendesak agar dasar nasional yang terikat dengan asas Perlembagaan dipinda atas nama\u00a0 reformasi, hak asasi atau demokrasi.\n\n\n\u201cTiba-tiba saja Guan Eng ajak rakyat supaya bersatu untuk mengalahkan puak ekstremis yang ingin melihat rakyat di negara ini saling bertelingkah.\n\n\n\u201cSiapakah puak ekstremis yang anda maksudkan? Bila bercakap, biar jelas dan nyatakan pihak mana, puak mana, individu mana, NGO mana atau parti mana?\u201d katanya menerusi satu hantaran Facebook hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n17 Premis Dinasihatkan Henti Operasi Sementara\n\n\n\n\n\n\nBersih tolak kluster mahkamah sertai Kabinet kerajaan baharu\n\n\n\n\n\n\nBekalan telur, daging untuk Ramadan dijamin stabil\n\n\n\n\n\n\nMisi Bantuan Banjir Aman Palestin Dan Kelab Perwira Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSekolah perlu SOP tentukan hukuman murid : i-Guru\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi ciapan di Twitternya, Guan Eng dilaporkan mengajak rakyat bersatu mengalahkan puak ekstremis yang ingin memecahbelahkan agar menumpukan perhatian kepada masalah ekonomi negara dan menghapuskan amalan rasuah.\n\n\n\u201cHanya bila kita teguh bersama barulah Malaysia akan maju bersama dan Kerajaan Perpaduan yang berada di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong akan terus memberi fokus kepada ekonomi,\u201d kata bekas Setiausaha Agung DAP itu.\n\n\nMenurut Shahrulufti, apakah NGO Dong Zong yang menuntut diiktiraf Sijil UEC walaupun bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan termasuk mempersoalkan hak kaum Bumiputera yang terjamin dalam Perlembagaan yang dimaksudkan puak ekstremis?\n\n\nKatanya, pelbagai kereneh dilakukan pihak berkenaan seperti mendesak SOSMA dipinda kononnya mereka yang ditahan bawah akta itu adalah ektremis.\n\n\n\u201cKalau betul Guan Eng ikhlas menentang extremis, mereka sepatutnya mendesak kerajaan kekalkan Akta SOSMA seperti asal dan kembalikan Akta ISA untuk polis dapat bertindak dengan cepat serta berkesan terhadap golongan itu.\n\n\n\u201cPersoalan untuk Guan Eng ialah apakah beliau sedar tanggungjawab orang Islam dari segi akidah seperti menentang judi dan mendesak judi diharamkan juga disifatkan ekstremis?\n\n\n\u201cBagi umat Islam, perjuangan menegakkan hukum Allah berpaksikan penghayatan amal makruf nahi mungkar dan boleh dituduh sebagai ekstremis. Apakah perjuangan Malaysian Malaysia bukan ektremis?\u201d soalnya.\n\n\nBeliau mahu Ahli Parlimen Bagan itu belajar memahami ajaran dan akidah orang Islam kerana\u00a0jika orang Islam menyentuh ajaran agama lain sudah pasti Guan Eng melenting.\n\n\n\u201cPersepsi selalunya orang Islam yang mahu hukum agama ditegakkan dituduh ektremis dan orang Melayu yang mempertahankan hak bumiputera pula dituduh rasis.\n\n\n\u201cManakala pihak lain yang jelas jahat dikatakan tidak rasis dan ektremis. Hello! sedarlah sikit. Jangan pandai mahu berkokok sebelah pihak sahaja.\n\n\n\u201cPutra tegas dengan pendirian apa sahaja yang patut dihayati iaitu mendokong dan mendaulat Asas Perlembagaan Negara, Rule of Law dan Rukun Negara,\u201d katanya.\n\n\nKata beliau, kebebasan demokrasi tidak boleh dibiarkan sehingga nyawa rakyat terancam dan negara musnah serta penghayatan hak asasi manusia boleh diterima selagimana tidak bertentangan dengan ajaran syariat Islam dan tidak bertentangan dengan nilai moral serta budaya masyarakat setempat.\n\n\nUjarnya lagi, jika betul mahu ekstremis dan rasis dibendung dengan berkesan, berilah sokongan agar Akta SOSMA tanpa pindaan dikekalkan serta Akta ISA dikembalikan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/sany-hamzan-tidak-layak-beri-penjelasan-isu-peruntukan-mp-pembangkang/", "title": "Sany Hamzan tak layak jelas isu peruntukan Ahli Parlimen pembangkang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nAhli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan tidak layak memberi penjelasan berhubung isu Ahli Parlimen pembangkang yang mendakwa tidak menerima peruntukan daripada kerajaan.\n\n\nAhli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim menegaskan, penjelasan itu sepatutnya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n\u201cSaya telah mendapat maklumat bahawa semua Ahli Parlimen dari kerajaan mendapat peruntukan. Tetapi hingga ke hari ini tiada peruntukan yang diterima oleh pembangkang terutamanya negeri yang diterajui oleh Perikatan Nasional seperti Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan. \n\n\n\u201cSaya tidak perlu mendengar penjelasan dari Ahli Parlimen Hulu Langat. Ini kerana saya berasakan penjelasan beliau sesuatu yang tidak layak. Saya hanya perlukan penjelasan dari Perdana Menteri,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah Santuni Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : Father\u2019s Organic Farm zahir simpati kepada mangsa\n\n\n\n\n\n\nKhidmat ATM, terminal layan diri, Maybank2U \u2013 Maybank tergendala Sabtu, Ahad ini\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Permohonan Rosmah\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi satu hantaran di Facebooknya, beliau mendapat makluman bahawa semua Ahli Parlimen kerajaan sudah memperoleh peruntukan, namun sebaliknya tidak diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang.\n\n\nKatanya, tiada peruntukan yang diterima oleh pembangkang terutamanya negeri yang diterajui oleh Perikatan Nasional seperti Perlis, Kedah, Terengganu dan Kelantan.\n\n\n\u201cSaya menuntut hak kami sebagai Ahli Parlimen untuk diagihkan kepada rakyat. Jadi tidak wajar apabila duit kerajaan diedarkan secara tidak adil. Bersesuaian dengan manifesto PH iaitu memberi peruntukan sama rata untuk semua Ahli Parlimen,\u201d katanya.\n\n\nBeliau meminta peruntukan yang diagihkan kepada Ahli Parlimen kerajaan juga diterima oleh Ahli Parlimen pembangkang, seiring dengan janji manifesto pilihan raya mereka.\n\n\nTerdahulu, Mohd Sany mempersoalkan dakwaan Shahidan berkaitan isu peruntukan itu dengan mendakwa Ahli Parlimen Arau itu cuba \u2018memancing\u2019.\n\n\nBeliau juga menyifatkan tuduhan Shahidan itu hanya untuk menekan kerajaan supaya mereka juga diberikan peruntukan sama dengan wakil kerajaan menerusi Belanjawan 2023."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/tidak-logik-dakwaan-kebakaran-wisma-jakel-disengajakan/", "title": "Tidak logik dakwaan kebakaran Wisma Jakel disengajakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Dakwaan kebakaran\u00a0\nWisma Jakel\n\u00a0di Seksyen 7 di Shah Alam, Selangor disengajakan kerana hendak menuntut insurans adalah tidak logik.\n\n\nPengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel\u00a0mempersoalkan dakwaan yang tular di media sosial itu kerana cawangan gedung tekstil di Shah Alam adalah kedua paling maju selepas Jakel Mall, Kuala Lumpur.\n\n\n\u201cShah Alam merupakan kedua terbanyak\u00a0\njualan\n\u00a0yang mana setahun memberikan sebanyak hampir RM300 juta, buat apa kita bakar?\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWAFIQ gesa ambil tindakan & perkasa undang-undang filem persenda Islam\n\n\n\n\n\n\nKhairy Selar Kritikan King Sing, Malaysia Tidak Boleh Ikut China\n\n\n\n\n\n\nPolis Maut disyaki tembak diri sendiri\n\n\n\n\n\n\nSeramai 39 cedera akibat mercun di Kelantan sejak 25 Mac\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 : Jimat-cermat, tiada cadangan tangani isu kenaikan harga \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSudah dua minggu berturut-turut orang ramai disebabkan cuti sekolah. Kejadian berlaku pada hari Ahad iaitu seminggu sebelum tamat jualan murah dan memang orang tengah sesak beli barang.\n\n\n\u201cHari Jumaat pun barang berapa juta masuk (seperti) kain-kain baharu untuk menyokong jualan. Kemudian, hari raya lagi tiga bulan dan memang waktu untuk membeli-belah selain Shah Alam kebiasaannya padat kalau musim perayaan,\u201d katanya.\n\n\nMohamed Faroz menambah, bukan kerja pihaknya untuk melakukan perbuatan kotor seperti itu.\n\n\n\u201cKita ada lebih 500 pekerja, gaji pun kita komited bayar. Ini kedai tutup setahun kita hilang jualan. Gaji sebulan berapa? Lebih RM2 juta. Kalau kita bakar, mana nak dapat RM2 juta untuk bayar (gaji).\n\n\n\u201cInsurans bukan boleh bayar esok. Insurans nak kena proses dan ada prosedur. Mungkin enam bulan atau setahun.\n\n\n\u201cSelepas itu jumlah barang lebih daripada insurans. Buat apa kita nak ambil satu langkah yang merosakkan nama Jakel. Apabila ini berlaku, kita pun terkesan. Tetapi kita\u00a0\nreda\n\u00a0dengan kehendak Allah dan yakin ada hikmah di sebaliknya,\u201d ujarnya.\n\n\nDalam pada itu, beliau memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat fitnah tersebut selain telah membuat laporan polis mengenainya.\n\n\n\u201cKita akan buat beberapa lagi laporan polis dan sudah dapatkan maklumat-maklumat (ini) semua serta meneruskan (tindakan undang-undang) bagi pemfitnahan-pemfitnah ini,\u201d katanya.\u00a0\u2013 Sinar Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/varian-ba-5-2-bf-7-dikesan-pada-mac-ogos-tahun-lalu/", "title": "Varian BA.5.2, BF.7 dikesan pada Mac, Ogos tahun lalu", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Varian BA.5.2 dan BF.7 COVID-19 yang sedang menular di China\u00a0masing-masing dikesan sudah berada di Malaysia pada Mac dan Ogos tahun lalu.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah\u00a0berkata,\u00a0kemuncak penularan varian BA.5.2 adalah sekitar September hingga Oktober tahun lalu dan banyak ditemui di Afrika Selatan, England, China serta Amerika Syarikat (AS).\n\n\n\u201cIa dikesan di Malaysia sejak 16 Mac 2022. Sehingga 31 Disember 2022, data terkini mendapati 4,152 kes dijangkiti dengan BA.5.2.\n\n\n\u201cKini prevalen varian ini semakin menurun di seluruh dunia,\u201d katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBERSIH Mohon Sembah Tidak Bersetuju Dengan Sultan Johor.\n\n\n\n\n\n\nDeepak nafi ugut Ka Siong isu bekalan telur import\n\n\n\n\n\n\nDek kerana Tun M tidak sehaluan, DAP mahu gelaran Tun ditarik balik\n\n\n\n\n\n\nLulus dua RUU fokus sidang khas DUN Sabah esok\n\n\n\n\n\n\n\u2018Yang Mula Kata Pakat Ni Muhyiddin Dengan Hadi\u2019 \u2013 ANWAR\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKes pertama dikesan pada 21 Ogos 2022 dan kes jangkitan tempatan; kes kedua pada 6 September 2022 adalah kes import jangkitan dari negara Turki dan kes ketiga pada 7 Oktober 2022 juga\u00a0kes jangkitan tempatan,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, Dr Noor Hisham menerusi kenyataan memaklumkan varian BA.5.2 dan BF.7 COVID-19 yang sedang menular di China dikesan sudah berada di Malaysia dengan 4,148 kes dijangkiti BA.5.2 dan tiga kes BF.7 setakat 31 Disember lalu.\n\n\nBeliau bagaimanapun berkata, belum ada data dapat mengaitkan peningkatan bilangan kes kemudaratan atau kematian dengan varian BA.5.2 dan BF.7.\n\n\n\u201cSituasi ini akan disemak dari semasa ke semasa apabila berlaku perubahan ketara yang memerlukan perubahan dalam strategi kesihatan awam.\n\n\n\u201cPerkara ini akan diumumkan segera oleh WHO kepada semua negara anggota pertubuhan itu serta penduduk secara am,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi kira-kira 80 peratus daripada varian yang menular di China ketika ini.\n\n\nKatanya, kedua-dua varian berkenaan tergolong sebagai sublineage Omicron BA.5 dan belum digolongkan sebagai Lineage Under Monitoring (LUM) WHO."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/03/wartawan-pakistan-hilang-telah-dihantar-pulang/", "title": "Wartawan Pakistan hilang telah dihantar pulang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan mengesahkan telah menghantar pulang wartawan Pakistan, Syed Fawad Ali Shah yang dilaporkan hilang di Malaysia sejak 23 Ogos lalu.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, keberadaan individu itu di negara ini menyebabkan Pakistan membuat permohonan untuk menghantar pulang individu tersebut.\n\n\n\u201cPermohonan atas permintaan Pakistan pada kerajaan ketika itu, bukan kerajaan sekarang (Kerajaan Perpaduan)\u2026 ini dibuat lebih awal pada Ogos, jadi itu faktanya.\n\n\n\u201cKerajaan ketika itu berjaya mengesan Fawad dan seawal minggu ketiga bulan Ogos, beliau telah dihantar pulang ke Islamabad.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan putus tak wajar tarik semakan Batu Puteh\n\n\n\n\n\n\nBekalan barang kawalan cukup menjelang Ramadan\n\n\n\n\n\n\nSiapa Bakal Ketua Menteri Melaka Yang Baharu?\n\n\n\n\n\n\nHadi sifatkan Melayu bangsa tidak rasis\n\n\n\n\n\n\nVape musnahkan generasi tahfiz, pondok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya boleh sahkan berdasarkan rekod rasmi, tindakan yang dibuat bersesuaian dengan permintaan kerajaan Pakistan. Kita dah kesan dan kemudian hantar dia (Fawad) pulang,\u201d katanya ketika sidang media selepas hadir lawatan rasmi di Penjara Kajang pada Selasa.\n\n\nMengulas lanjut, Saifuddin turut menyatakan bahawa Malaysia mengenali individu tersebut sebagai seorang wartawan.\n\n\nSebaliknya, sumber yang diterima daripada Pakistan menyatakan Fawad merupakan seorang anggota polis yang mempunyai masalah disiplin.\n\n\n\u201cMedia kita kenali dia sebagai wartawan tetapi versi rasmi dari Pakistan, beliau merupakan bekas anggota polis yang ada masalah disiplin.\n\n\n\u201cWalaupun bekas polis yang ada kes, beliau ada keupayaan menulis yang baik jadi tulisannya banyak kritik kerajaan Pakistan\u2026 Saya baru sahaja diberi maklum kes ini seminggu lebih,\u201d katanya lagi.\n\n\nSebelum ini, Syed Fawad pernah ditahan pihak berkuasa Pakistan pada 2008 berhubung penulisannya berkaitan kehilangan paksa penduduk di negara itu.\n\n\nSelain itu, individu yang dikatakan sebagai wartawan itu juga pernah ditahan selama 18 hari oleh pegawai risikan Pakistan sebelum diberi amaran agar berhenti menulis isu seumpama itu.\n\n\nSyed Fawad pernah berkunjung ke Malaysia pada 2011 melalui Thailand sebelun diberi status pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).\n\n\nBaru-baru ini, isteri kepada Syed Fawad turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar campur tangan berhubung isu kehilangan suaminya.\n\n\nDakwanya, wujud beberapa perkara yang mencurigakan berhubung penghantaran pulang suaminya ke negara asal."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/benarkan-pelancong-cina-ke-malaysia-risikokan-sistem-kesihatan-negara/", "title": "Benarkan pelancong Cina ke Malaysia risikokan sistem kesihatan negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nKerajaan wajar mengambil kira soal kesihatan dan keselamatan rakyat serta tidak berkompromi tentang dua perkara tersebut ketika ini walaupun kedatangan pelancong asing terutamanya dari China akan merancakkan ekonomi negara.\n\n\nPakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, keputusan membenarkan pelancong China masuk ke Malaysia dalam masa terdekat akan merisikokan sistem kesihatan negara.\n\n\nMemetik \nSinar Harian\n, beliau berkata, kerajaan perlu menunggu sehingga penularan kes Covid-19 di negara republik itu terkawal.\u00a0\n\n\n\u201cSaya tidak mahu kita mengulangi kesilapan sama pada awal tahun 2020. Punca Covid-19 \u2018mengganas\u2019 ketika itu adalah kerana membenarkan pelancong dari China masuk ke Malaysia,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: AMANAH mohon maaf kepada UMNO\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Kebenaran Perjalanan Ke Negara Lain\n\n\n\n\n\n\nSekolah Cina Sejak Dahulu Lagi Bermasalah \u2013 Kok Seong\n\n\n\n\n\n\nJambatan Bagan Datuk-Kampung Sejagop wujudkan 4,000 peluang pekerjaan\n\n\n\n\n\n\n688 permohonan diterima libat anak lahir di luar negara \u2013 KDN\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Dr Hanafiah turut menyuarakan kebimbangan beliau terhadap ketepatan keputusan ujian kendiri Covid-19 yang kebiasaannya digunakan oleh pelancong.\u00a0\n\n\nJelasnya, kit ujian kendiri Covid-19 tidak memberikan 100 peratus keputusan yang jitu kerana wujud kebarangkalian terdapat individu terlepas daripada ujian saringan tersebut meskipun individu berkaitan berkemungkinan dijangkiti virus tersebut.\u00a0\n\n\nSementara itu, Dr Hanafiah berharap agar seluruh \nrakyat Malaysia bersatu dan tingkatkan tekanan kepada kerajaan supaya tidak membenarkan kemasukan pelancong dari China dalam tempoh terdekat ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/bertindak-segera-bukan-sekadar-retorik-politik-anwar/", "title": "Bertindak segera, bukan sekadar retorik politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar bertindak segera dalam mengekang kes rasuah yang kian parah di negara ini.\n\n\nSekiranya Anwar tidak menggerakkan solusi kes rasuah ini dengan kadar segera, rakyat akan beranggapan ia hanyalah sebuah retorik politik semata-mata demi meningkatkan imej beliau.\n\n\nPerdana Menteri menegaskan, beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap kelompok kecil yang terpalit dengan rasuah\n\n\nMenurut, Penganalisis Politik Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang, Anwar sering membawa isu amalan rasuah dan provokasi pemimpin politik sepanjang perjuangan beliau tetapi sehingga kini masih \nbelum ada sebarang solusi yang konkrit untuk menangani isu rasuah. \n\n\nBeliau juga masih belum mengetengahkan isu ini dalam majlis-majlis rasminya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perluas bantuan e-dompet mahasiswa\n\n\n\n\n\n\nBeri peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen di kawasan terjejas banjir\n\n\n\n\n\n\nTiada bukti PN terima dana daripada syarikat perjudian\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi dakwa tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH\n\n\n\n\n\n\nDemokrasi Berasaskan Teknokrat Mampu Urus Tadbir Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cRakyat sudah muak untuk mendepani isu ketirisan serta kes rasuah yang kian parah di negara ini lantas keyakinan mereka terhadap pihak kerajaan sudah tidak lagi relevan,\u201d katanya.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, bagi meraih semula keyakinan rakyat, Anwar tidak akan bertolak ansur serta tegas menangani gejala negatif ini dan menyeru semua badan penguatkuasaan untuk kerjasama dalam menghapuskan kelompok kecil tersebut.\n\n\nJusteru, beliau kini komited dalam mengekang isu rasuah serta memaklumkan tindakan itu masih lagi dilakukan oleh kelompok kecil dalam kerajaan pimpinan beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/empat-lokasi-pantai-di-pulau-pangkor-dikesan-terhakis-teruk/", "title": "Empat lokasi pantai di Pulau Pangkor dikesan terhakis teruk", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Empat lokasi di Pulau Pangkor membabitkan jarak keseluruhan 32 kilometer (km) dikesan mengalami hakisan pantai yang serius.\n\n\nJurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Manjung, Mohd Shamimi Mohd Tahir berkata,\u00a0keempat-empat lokasi itu terletak di Teluk Nipah, Teluk Dalam, Teluk Gedung dan Tanjung Kelawai.\n\n\nKatanya, lokasi berkenaan dimasukkan dalam kategori pertama yang mengalami hakisan pantai serius dan terdapat kira-kira 350 rumah nelayan di lokasi terbabit yang berisiko musnah.\n\n\n\u201cUntuk penyelesaian sementara, JPS membina tembok batu seperti di Choral Beach pada 2020 bagi menyerap impak dari ombak kuat dan mengurangkan hakisan pantai,\u201d katanya ketika lawatan lapangan di Choral Beach, Pulau Pangkor\u00a0semalam\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPDN Kedah ambil tindakan peniaga jual gula bersyarat\n\n\n\n\n\n\nAliran Trafik Di Lorong RFID Lancar\n\n\n\n\n\n\nUMNO dijangka kalah lebih teruk pada PRN\n\n\n\n\n\n\nLebih 300 pegawai polis ditukar akibat masalah disiplin sejak 2018\n\n\n\n\n\n\nTAMAN TEMA MENDAPAT SAMBUTAN KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Sivil dan Alam Sekitar, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Dr Teh Hee Min merangkap Ketua Projek Mewujudkan Persekitaran Pantai Lestari; Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Helmi Arifin dan Pengarah Hello Pangkor, Tan Wee Hoe.\n\n\nMengenai penyelesaian jangka panjang, Mohd Shamimi berkata, JPS kini menyediakan sebut harga (tender) bagi menambak pasir pantai di Pantai Teluk Nipah.\n\n\nSementara itu, petugas rekreasi pantai, Mohd Nor Azahari Ahmad Baddri, 40, berharap pihak kerajaan dapat menyelesaikan isu hakisan pantai dengan segera.\n\n\n\u201cDahulu hakisan pantai di sini tidaklah ketara seperti sekarang. Kawasan pasir di sini dahulu lebih besar tetapi sejak 2019, hakisan semakin teruk.\n\n\n\u201cOmbak kuat di sini biasanya berlaku antara Oktober hingga Disember, namun kadangkala ia datang di luar waktu kebiasaan.\n\n\n\u201cProjek tembok batu ini sudah tiga kali dibuat. Kali pertama dibuat pada 2016 dan bertahan selama lima tahun, manakala kali kedua cuma bertahan kurang setahun,\u201d katanya ketika ditemui di Choral Beach.\n\n\nAzahari berkata, dia tiada masalah untuk berpindah jika tempat baharu yang disediakan pihak berkuasa sesuai dengan keperluan pekerjaannya.\n\n\n\u201cPerniagaan kami memerlukan tempat untuk simpan bot dan jetski. Jadi, jika boleh jangan terlalu jauh dari pantai. Kalau buat di seberang jalan di pesisir pantai ini pun sudah cukup baik,\u201d katanya yang sudah 13 tahun bertugas sebagai `beach boy\u2019 di Choral Beach.\n\n\nProjek Mewujudkan Persekitaran Pantai Lestari adalah tanggungjawab sosial UTP dengan kerjasama JPS dan MPM sejak 2019 bagi menyelidik kesan hakisan pantai di Teluk Nipah, Pulau Pangkor dan memberi kesedaran kepada komuniti di pulau berkenaan mengenai isu terbabit.\u00a0\u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/jawatan-presiden-timbalan-presiden-umno-masih-boleh-gipertandingkan/", "title": "Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO masih boleh dipertandingkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nSetiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan usul mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak akan dikemukakan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bakal berlangsung dari 11 hingga 14 Januari ini.\n\n\nBagaimanapun, Penganalisis Politik, Prof Dr Azmi Hassan menjelaskan,\u00a0 jika usul berkenaan tidak dikemukakan, ia masih memberi kebebasan kepada perwakilan parti itu untuk mengadakan pertandingan pemilihan kerusi Presiden dan Timbalan Presiden.\n\n\nSetiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bercakap pada sidang media mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan diadakan pada 11-14 Januari 2023\n\n\nMengulas lanjut, Dr Azmi berkata, maksud kenyataan Setiausaha Agung UMNO itu adalah bahawa pertandingan pemilihan jawatan tertinggi tersebut masih berjalan seperti biasa sekiranya tiada usul lain yang wujud ketika ucapan Presiden UMNO dalam PAU nanti.\n\n\nDalam pada itu, Dr Azmi\u00a0 turut memaklumkan, selagi tiada sekatan terhadap usul itu, maka wujud kebebasan untuk mana-mana pihak\u00a0 dalam UMNO menyusun strategi politik mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPH-BN guna logo sendiri di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih Anwar, PN akan menjadi pembangkang \u2013 Muhyiddin Yassin\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan\n\n\n\n\n\n\nPencarum KWSP boleh mohon pinjaman bank mulai 7 April\n\n\n\n\n\n\nKJP diminta semak, kemas kini data tanah persekutuan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSepertimana yang dilakukan oleh sekumpulan kecil pemimpin tertinggi UMNO yang didakwa membentuk satu rundingan sulit di London baru-baru ini.\n\n\n\u201cRundingan sulit di London itu wujud kerana kumpulan kecil tersebut mahu menaikkan presiden yang baharu dan menjatuhkan presiden ketika ini iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,\u201d katanya.\n\n\nSelain itu, beliau turut menyatakan, dipercayai rundingan sulit di London itu wujud kerana kumpulan kecil tersebut mahu menaikkan Presiden yang baharu dan menjatuhkan presiden ketika ini iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nOleh yang demikian, beliau turut menjelaskan bahawa kumpulan rundingan sulit berkenaan masih lagi merisik dan mengetahui hasrat akar umbi di dalam parti UMNO itu sendiri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/jpj-atasi-isu-pelekat-cukai-jalan-tidak-berkualiti/", "title": "JPJ atasi isu pelekat cukai jalan tidak berkualiti", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nMasalah pelekat cukai jalan yang tiada kualiti kerana cepat rosak dan tidak tahan lama akan ditambah baik mulai tahun ini.\u00a0\u00a0\n\n\nMenteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkara itu selepas mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam.\n\n\nBeliau berkata, masalah itu akan diatasi dan dimasukkan dalam perancangan JPJ untuk memperkenalkan pelekat cukai jalan berkualiti tinggi yang tidak mudah rosak pada tahun ini.\u00a0\n\n\n\u201cSaya tahu ramai orang mengadu berkenaan stiker cukai jalan yang kurang berkualiti. Perkara itu memang dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan dalam tahun ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnak Allahyarham Salahuddin bakal jadi calon Parlimen Pulai?\n\n\n\n\n\n\nBekalan telur ayam import dari India tiba di KLIA\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan elak cukai, penggubahan wang haram Rosmah Mansor bermula esok\n\n\n\n\n\n\nKDN rampas al-Quran elektronik tanpa kelulusan\n\n\n\n\n\n\nHarga Barang Dijangka Kembali Stabil Awal Tahun Depan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebarang pelaksanaan inisiatif baharu akan dirancang dengan rapi dan saya pengumuman apabila persediaan sepenuhnya telah dibuat,\u201d katanya dalam satu \nhantaran di Facebook semalam.\u00a0\n\n\nSebelum ini, pelekat cukai jalan menjadi perhatian orang ramai kerana didakwa tidak berkualiti susulan cepat rosak dan tidak tahan lama sekiranya ditanggalkan.\u00a0\n\n\nPelekat itu juga menyebabkan cermin kereta menjadi kabur dan kurang jelas sebelum cukai jalan itu tamat manakala sisa gam melekat apabila ditanggalkan.\n\n\nSelain itu, beliau berkata, antara agenda utama JPJ pada tahun ini juga adalah untuk melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada rakyat seperti perlesenan kenderaan dan pemandu selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.\u00a0\n\n\nIni kerana isu beratur panjang di pejabat JPJ juga tidak berkesudahan sejak sekian lama \nmeskipun era digitalisasi pejabat kerajaan sudah lama berlangsung dan menyebabkan kewujudan \u2018ejen-ejen\u2019 yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan sistem terbabit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/jurulatih-bola-tampar-viral-mohon-maaf-secara-terbuka/", "title": "Jurulatih bola tampar viral mohon maaf secara terbuka", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Jurulatih pasukan bola tampar B-14\u00a0wanita\u00a0Melaka, Saiful Hadee Amar secara terbuka memohon maaf mengenai keterlanjuran\u00a0beliau menampar dua pemain\u00a0sehingga ia tular di media sosial baru-baru ini.\n\n\nPermohonan maaf itu dibuat guru sekolah berusia 44 tahun berkenaan di hadapan keluarga dua remaja perempuan berumur 14 tahun tersebut di pejabat Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM) di Krubong, Melaka.\n\n\nMenurut guru sekolah rendah di Masjid Tanah berkenaan, akibat keterlanjurannya, beliau juga bersedia dan reda dengan segala keputusan yang bakal dikenakan dan berharap ia menjadi pengajaran buatnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKM perkenal ubat mesra OKU penglihatan dengan tulisan Braille\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Terus Menurun, Bawah 40,000 Orang\n\n\n\n\n\n\nSelangor tidak iktiraf kahwin luar negara\n\n\n\n\n\n\nHakim terkilaf dari segi fakta dan undang-undang\n\n\n\n\n\n\nPersatuan Ulama Sokong Keputusan Kerajaan Kedah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya sesungguhnya kesal dengan apa yang berlaku, latihan yang saya adakan mempunyai pelbagai jenis antaranya pendekatan psikologi, intensif dan fizikal dalam membentuk pemain saya.\n\n\n\u201cIa demi menaikkan semangat mereka sebagai seorang pemain yang berjuang bagi mencari setiap kemenangan. Pemain-pemain saya adalah keluarga dan sumber kekuatan saya tanpa mereka saya tidak boleh menjadi jurulatih,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas berhubung isu berkenaan yang dipengerusikan\u00a0Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), VP Shanmugam.\n\n\nHadir sama, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail; Presiden Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA), Hean Boon Yeow dan Pengarah MSN negeri, Asri Ninggal.\n\n\nMengulas lanjut, jurulatih itu yang dikenali dengan nama Hadee Amar itu tidak berniat untuk mengambil tindakan sehingga mendatangkan kecederaan sebaliknya untuk menaikkan lagi semangat dan memotivasikan pemain-pemainnya dalam setiap perjuangan.\n\n\n\u201cSaya memohon maaf kepada semua pemain terutama sekali dua pemain yang terlibat, ibu bapa pada kelab saya sendiri, Mastanah, MAVA, Persatuan Bola Tampar Melaka dan komuniti bola tampar seluruh Malaysia.\n\n\n\u201cSaya sedia dan reda dengan segala keputusan yang bakal dikenakan kepada saya dan berharap perkara ini menjadi pengajaran pada diri saya sendiri,\u201d katanya lagi. \u2013\u00a0MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/kerajaan-perlu-keluarkan-sop-pelancong-china/", "title": "Kerajaan perlu keluarkan SOP pelancong China", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nProsedur Operasi Standard (SOP) yang jelas perlu dikeluarkan segera oleh pihak kerajaan dalam menghadapi pelancong China serta mengekang penularan Covid-19 ke negara ini.\n\n\nKetua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia bagi memastikan kepentingan negara terjamin terutama\u00a0 bagi menjaga nyawa rakyat.\n\n\n\u201cSOP tersebut mestilah bersifat mencegah (\npreventive\n) agar penularan varian tersebut dapat dibendung dengan berkesan. \u00a0Ia haruslah adil kepada semua pihak bagi memelihara kelangsungan kehidupan rakyat terutama mereka yang terlibat dalam industri pelancongan dan perniagaan. \n\n\n\u201cSOP tersebut juga mestilah mempunyai perincian yang mampu memantau serta menjejaki pengembara yang berada dalam negara dan mengambil kira keupayaan sistem kesihatan awam (\nnational health care system\n).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nParlimen, NGO bincang bentuk jawatankuasa khas isu Palestin\n\n\n\n\n\n\nKelemahan Pengurusan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Malaysia bertambah 2.1 peratus pada 2023\n\n\n\n\n\n\nTiada kesalahan jenayah babitkan kes hakim Nazlan\n\n\n\n\n\n\nPas sedia beri kerjasama kepada SPRM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerajaan wajar dengan segera mengaktifkan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan semua jabatan dan agensi kerajaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan,\u201d kata Ahli Parlimen Larut tersebut.\n\n\nSebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, varian BA.5.2 dan BF.7 COVID-19 yang sedang menular di China, telah dikesan di Malaysia pada Mac dan Ogos tahun lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/kes-denggi-meningkat-150-peratus-kematian-180-peratus-pada-2022/", "title": "Kes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang tahun 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 150.7 peratus atau 39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada 2021.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,\u00a0jumlah kumulatif kematian akibat komplikasi denggi yang dilaporkan pada 2022 pula ialah 56 berbanding 20 bagi tempoh sama pada 2021 iaitu peningkatan 36 kematian atau 180 peratus.\n\n\n\u201cPeningkatan kes dan kematian akibat denggi ketika ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Membanteras denggi adalah tanggungjawab semua,\u201d menurutnya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau berkata,\u00a0tindakan pencegahan amat diperlukan bagi memastikan kejadian demam denggi dapat diatasi dan semburan racun serangga tidak akan menyelesaikan masalah jika tempat pembiakan nyamuk Aedes tidak dihapuskan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Veteran UMNO ingatkan jangan bertindak semberono\n\n\n\n\n\n\nPembahagian kerusi PH, BN selepas DUN bubar\n\n\n\n\n\n\nKADAR PENGGUNAAN KATIL DI TERENGGANU MEMBIMBANGKAN\n\n\n\n\n\n\nBekas Pengerusi 1MDB diawasi hingga ke tandas ketika MOU dengan PetroSaudi\n\n\n\n\n\n\nDONG ZONG RAKUS, SEPATUTNYA PERKASA SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN\n\n\n\n\n\n\n\n\nDr Noor Hisham berkata,\u00a0faktor yang menyebabkan peningkatan kes ialah pergerakan manusia apabila semua sektor dibuka sepenuhnya setelah pandemik Covid-19 menjadikan lebih mudah menyebarkan virus denggi ke tempat lain.\n\n\nKatanya,\u00a0pesakit denggi tidak bergejala yang melawat ke tempat baharu boleh menyebarkan virus itu apabila digigit nyamuk Aedes.\n\n\nFaktor lain ialah apabila berlaku perubahan serotaip denggi kepada DEN 4 di kebanyakan negeri menyebabkan peningkatan kes dan kematian serta tabiat segelintir masyarakat yang tidak membuang sampah di tempat pelupusan disediakan turut menyumbang kepada tempat pembiakan Aedes.\n\n\n\u201cFaktor cuaca, suhu serta bencana banjir yang dialami dapat mempengaruhi perkembangan nyamuk dan larva yang menyebabkan populasi Aedes meningkat seterusnya menyebarkan virus denggi,\u201d katanya.\n\n\nBagi menurunkan kejadian kes dan wabak denggi, Dr Noor Hisham menyarankan negeri yang dilanda banjir seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak supaya melaksanakan aktiviti pembersihan longgokan sampah serta sisa seminggu selepas air surut untuk mengelak daripada ia menjadi tempat pembiakan Aedes.\n\n\nKatanya,\u00a0pihak berkuasa tempatan juga hendaklah memastikan urusan pelupusan sampah berjalan sempurna dan teratur manakala masyarakat diingatkan agar menjalankan aktiviti \u2018cari dan musnah\u2019 tempat pembiakan Aedes di kawasan persekitaran kediaman masing-masing setiap minggu.\n\n\nDr Noor Hisham turut mencadangkan penggunaan bahan pembunuh jentik-jentik di kawasan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan Aedes seperti pam tandas, kolam hiasan dan kolah air manakala bekas penyimpanan air hendaklah ditutup rapat agar nyamuk tidak dapat bertelur.\n\n\n\u201cPastikan tiada air bertakung di penutup bekas penyimpanan air, alas penapis air, palong air hujan, alas pasu dan sebagainya,\u201d kata beliau.\n\n\nBeliau berkata,\u00a0survelan chikungunya merekodkan sebanyak 13 kes pada Minggu Epidemiologi ke-52 dengan lapan kes dari Pulau Pinang, empat kes dari Selangor serta satu kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.\n\n\nJumlah kumulatif kes chikungunya bagi 2022 pula ialah 814 berbanding 1,432 kes pada 2021.\n\n\nDr Noor Hisham berkata bagi survelan zika sepanjang 2022, sebanyak 2,238 sampel darah serta 18 urin telah disaring dan hasilnya adalah negatif. \u2013 Bernam"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/melabur-dalam-dana-asb-tidak-merugikan/", "title": "Melabur dalam dana ASB tidak merugikan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nRata-rata masyarakat yang menganggap pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) menerusi pembiayaan adalah merugikan ketika dividen rendah kurang tepat dan tidak wajar.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif KAC, Wealth Sdn Bhd, Khairi Aizat Hasan berpendapat, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) masih menawarkan dividen setiap tahun dan dana unit amanah dalam ASB berharga tetap RM1 seunit.\n\n\nMenurut Khairi, jumlah dividen yang diberikan mungkin mengecil pada tahun 2022 yang menyebabkan ramai beranggapan tidak untung melabur di ASB terutamanya individu yang menggunakan teknik \nrolling dividen\n.\u00a0\n\n\n\u201cDalam mengira untung atau rugi pelaburan ASB menerusi pembiayaan, ia perlu mengambil kira nilai serahan dan jumlah dividen, yang mana kebanyakan pelabur terlepas pandang akan pengiraan nilai serahan. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnak muda sepatutnya perlu digalakkan kuasai teknologi baharu, bukan `berjinak\u2019 dengan ganja!\n\n\n\n\n\n\nStok Minyak Masak Sukar Didapati, Membebankan Pengguna\n\n\n\n\n\n\nPasang tenaga solar tanpa pendahuluan bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nMalaysia salur lebih AS$2 juta kepada Turkiye, Syria\n\n\n\n\n\n\nArah kiblat tersasar, JAKIM & Majlis Agama Negeri perlu keputusan bersama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cContohnya, pelabur ambil jumlah pembiayaan ASB RM100,000, dia dapat dividen RM5,000 dan jumlah ansuran setahun sebanyak RM6,000, jadi jumlah RM1,000 yang perlu ditambah untuk tampung jumlah ansuran itu dikatakan rugi.\n\n\n\u201cSedangkan nilai serahan ketika pembiayaan dibatalkan, pelabur berkenaan boleh dapat lebih daripada RM1,000, sekali gus mereka tidak rugi apa-apa,\u201d katanya.\n\n\nJelas beliau, pelabur ASB yang menggunakan kaedah pembiayaan perlu melihat pulangan pelaburan (ROI) secara menyeluruh berbanding tertumpu kepada jumlah dividen sahaja tetapi juga nilai serahan jika mereka membatalkan pembiayaan ketika itu.\u00a0\n\n\nBaru-baru ini, ASNB mengumumkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit, dengan jumlah keseluruhan 4.60 sen seunit kepada pemegang unit ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.\n\n\nMengulas lanjut, Khairi yang berpengalaman berkhidmat di tiga bank utama, berkata kerugian akan dihadapi oleh pelabur yang mengambil pembiayaan ASB tanpa membuat pengiraan secara tepat dan salah memilih strategi.\n\n\n\u201cJika pelan takaful diambil secara berlebih-lebihan, ia akan menjejaskan nilai serahan apabila pembiayaan dibatalkan, yang mana pelabur perlu mengeluarkan dana tambahan untuk menampung kekurangan nilai atau short fall yang wujud. \n\n\n\u201cSebagai contoh, katakan mereka mengambil tempoh pembiayaan 30 tahun, namun merancang untuk jual semula sijil pada tahun kelima. \n\n\n\u201cSewajarnya, mereka hanya ambil takaful untuk tempoh lima tahun, bukan 30 tahun kerana premium takaful akan jadi tinggi mengakibatkan ansuran bulanan serta kadar faedah perlu dibayar juga menjadi lebih tinggi,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, pelabur juga akan rugi jika pelan takaful yang diambil berlebihan berbanding tempoh pelaburan namun dinasihatkan untuk \nmengambil pelan itu seminimum yang mungkin dan mencukupi dengan tempoh pelaburan \nyang diinginkan\n.\n\n\nTegasnya, strategi ideal bagi mengoptimumkan pelaburan ASB ialah dengan kuasa kompaun, yang mana dividen tidak dikeluarkan kerana modal pelaburan akan terus bertambah jika dibiarkan untuk jangka masa panjang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/perjanjian-1963-dimuktamad-bulan-depan/", "title": "Perjanjian 1963 dimuktamad bulan depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu- \nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau akan mempengerusikan Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 ataupun MA63 di Kuching, Sarawak pada bulan hadapan.\n\n\nSehubungan itu, Anwar turut menyatakan, satu pertemuan akan dibentuk bersama Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah.\n\n\nSIDANG MEDIA PASCA MESYUARAT KABINET DI JABATAN PERDANA MENTERI\n\n\nMenurut Anwar , satu keputusan mengenai soal kuasa penyeliaan gas di Sabah dan Sarawak sudah diputuskan. Kini hanya menunggu tindakan muktamad daripada Ketua Menteri Sabah setelah memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.\n\n\nDalam pada itu, Anwar turut memaklumkan, Timbalan Perdana, Menteri Datuk Fadhilah akan mempengerusikan dan menyegerakan isu MA63 bersama Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Nizam Abu Bakar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDunia akhirat perlu selari \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin Mungkin Tak Pertahan DUN Gambir\n\n\n\n\n\n\nBERSIH Mohon Sembah Tidak Bersetuju Dengan Sultan Johor.\n\n\n\n\n\n\nSerbu kedai pakaian, rebut baju raya RM1 hingga kecoh\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik didera dan dirantai pada kaki\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, \nkerajaan digesa segerakan semakan semula warta berkenaan Pemberian Khas kepada Sabah seperti yang termaktub dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/perketat-sop-pelancong-china-tidak-disekat-anwar-ibrahim/", "title": "Perketat SOP, pelancong China tidak disekat \u2013 Anwar Ibrahim", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Sekatan untuk pelancong China memasuki negara tidak akan berlaku, namun kawalan keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) akan diperketatkan bagi mengekang penularan Covid-19 ke negara ini.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, tiada sekatan dilakukan kepada pelancong dari mana-mana negara tetapi kerajaan akan memperketatkan SOP di pintu-pintu masuk sempadan negara.\n\n\n\u201cKawalan itu diperketatkan tetapi tidak memilih negara kerana seperti mana yang saya tahu, pelawat mungkin dari Indonesia tetapi bulan lalu\u00a0 mereka ke negara China, umpamanya. \n\n\n\u201cJadi hal-hal sedemikian itu lebih kompleks. Jadi, kita tidak mahu ambil satu tindakan yang gopoh semata-semata beberapa laporan,\u201d katanya k\netika diminta mengulas isu sekatan pelancong China yang dibimbangi membawa virus Covid-19 pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin wajar letak jawatan demi kebaikan BERSATU, PN \u2013 Azmi Hassan\n\n\n\n\n\n\nArahan tulisan Jawi di papan tanda tidak langgar Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nPermohonan permit jual mercun dijangka meningkat\n\n\n\n\n\n\nDakwaan kes Menteri buat kecoh di KLIA disiasat rapi -PM\n\n\n\n\n\n\nPolis Tahan Ibu Saudara Kanak-Kanak Maut\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, mengikut tinjauan di seluruh dunia, penularan Covid-19 dilihat berlaku di setiap negara dan bukan hanya di China.\n\n\nTegas beliau, keselamatan negara akan menjadi keutamaan serta tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana isu yang mengancam keselamatan rakyat.\n\n\n\u201cYang penting bagi kita ialah tidak tolak ansur untuk menjamin keselamatan rakyat dan negara,\u201d tambah beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/perlu-ada-jabatan-khas-tangani-dera-kanak-kanak-raja-zarith/", "title": "Perlu ada jabatan khas tangani isu dera kanak-kanak \u2013 Raja Zarith", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Permaisuri Johor mendesak kerajaan Persekutuan agar meneliti dan memperbaiki kelemahan sistem pihak berkuasa berkaitan keselamatan serta perlindungan kanak-kanak di negara ini.\n\n\nRaja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, kelemahan itu menyebabkan kurangnya keyakinan masyarakat awam terhadap kemampuan pihak berkuasa sama ada tindakan susulan dibuat berkesan atau tidak dalam memastikan persekitaran yang sebaiknya bagi melindungi mangsa.\n\n\n\u201cDimanakah kelemahan di dalam sistem kita sehingga penderaan yang begitu dahsyat seperti kes Allahyarham Lokman boleh berlaku. Mungkin ada pelbagai faktor, namun di sinilah peranan yang perlu dimainkan oleh pihak berkuasa bagi memperbaiki situasi ini.\n\n\n\u201cMungkin ramai dalam kalangan rakyat tidak menyedari saluran yang sepatutnya mereka gunakan dalam kes-kes melibatkan kanak-kanak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSerahkan Semula Tugas Kepada Pdrm & Atm\n\n\n\n\n\n\nTolak Tulisan Jawi Bererti Tidak Hormati Identiti Nasional\n\n\n\n\n\n\nZahid sahkan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nSekolah vernakular tidak patut wujud \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n50 Peratus Kawasan Berpenduduk Boleh Capai Liputan 5G\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTerdapat juga isu defisit kepercayaan terhadap keberkesanan laporan yang diutarakan kepada pihak berkuasa, sama ada tindakan susulan mereka berkesan atau tidak dalam memastikan persekitaran yang sebaiknya bagi melindungi mangsa,\u201d titah Baginda.\n\n\nBaginda bertitah demikian selepas berkenan menerima mengadap beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Istana Polo, Pasir Pelangi pada Rabu.\n\n\nPada Isnin lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut akibat didera di Senggarang, Batu Pahat.\n\n\nMangsa yang dikenali sebagai Lokman dilaporkan telah meninggal dunia selepas tiga hari dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat pengsan di rumahnya di Senggarang.\n\n\nHasil siasatan awal mendapati kematian kanak-kanak berkenaan akibat didera dengan terdapat pelbagai kesan kecederaan baharu dan lama di seluruh tubuh badan mangsa.\n\n\nRaja Zarith seterusnya berharap semua pihak berkaitan mengambil langkah menambah baik sistem perlindungan kanak-kanak.\n\n\nBaginda juga terkenang kes penderaan yang dilaporkan berlaku sebelum ini seperti melibatkan Allahyarhamah Nurul Huda Abdul Ghani pada 2004 dan Allahyarhamah Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) pada 2012.\n\n\n\u201cKes Allahyarham Lokman ini mengingatkan saya kepada kepiluan dan kesedihan tragedi lalu seperti yang berlaku kepada mereka.\n\n\n\u201cAkta Kanak-Kanak perlu diperkukuh dengan peruntukan perundangan supaya tindakan yang lebih proaktif dan agresif boleh diambil. Salah satu perkara utama lagi yang mesti diberi perhatian adalah peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang perlu dikemas kini untuk perkhidmatan yang lebih berkesan.\n\n\n\u201cJKM pada masa kini amat terbeban dengan aduan keluarga yang memerlukan bantuan, termasuk ketika bencana seperti banjir atau kebakaran rumah. Mungkin sebuah jabatan kerajaan khas boleh ditubuhkan khusus untuk menangani isu kanak-kanak termasuk penderaan, buli di sekolah dan lain-lain,\u201d titah baginda."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/sabah-sarawak-dapat-kuasa-luluskan-projek-bawah-rm50-juta/", "title": "Sabah, Sarawak dapat kuasa luluskan projek bawah RM50 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kuasa bagi meluluskan projek di bawah RM50 juta telah diserahkan hampir sepenuhnya kepada Sabah dan Sarawak selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan.\n\n\nKuasa selia gas sepenuhnya di Sarawak dan di Sabah juga telah diluluskan\n\n\nKini Sabah serta Sarawak tidak lagi perlu menunggu kelulusan daripada kerajaan Persekutuan agar projek yang sewajarnya dibentuk tidak dilengahkan berdasarkan kerenah birokrasi dan peraturan oleh penguatkuasa sebelum ini.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Rabu.\n\n\nDalam pada itu, beliau turut menyatakan pihaknya telah membincangkan mengenai keputusan menurunkan kuasa kepada bekalan gas Sabah dan Sarawak lantas meluluskan isu berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPindaan Memansuhkan Hukuman Mati Mandatori Akan Dibentangkan Pada Oktober \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\nMain kutu moden tawarkan dividen boleh dikenakan cukai\n\n\n\n\n\n\nPN sasar menang 33 kerusi bentuk kerajaan di Selangor\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Irwan, Arul batal saman 1MDB ditolak\n\n\n\n\n\n\nTH gesa 31,600 bakal haji segera jawab surat tawaran"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/04/tanah-rizab-melayu-orang-dalam-ahli-politik-mungkin-terlibat/", "title": "Tanah rizab Melayu: Orang dalam, ahli politik mungkin terlibat", "body": "0\n\n\nBangi, Rabu \u2013 Isu kehilangan tanah rizab Melayu bukan perkara kecil dan berkemungkinan mempunyai penglibatan ahli politik dalam isu berkenaan.\u00a0\n\n\nAktivis Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Rashidi Haris berkata, penglibatan politikus pasti ada walaupun pelbagai pihak cuba menafikannya.\u00a0\n\n\nRashidi menambah, mandat serta amanah bagi menjaga kepentingan rakyat dan harta orang melayu hanyalah politik semata-mata.\u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan manipulasi isu pemilikan tanah rizab Polis Diraja Malaysia\n\n\n\n\n\n\nGaji penjawat awam naik boleh tingkatkan defisit negara \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nMelayu Perlu Cintai Hak Dimiliki, Tanah Rezab \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nSaksi pendakwaan ke-15 kata 40 penghantaran duit dibuat sendiri ke rumah Zahid\n\n\n\n\n\n\nManusia biasa lupa hukum bila tamak kuasa\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik \nIsmaweb\n, Rashidi berkata, kehilangan tanah rizab melayu menjadi perkara yang perlu dibahaskan apabila penjualan tanah rizab Melayu melibatkan kehilangan ribuan ekar kepada bukan melayu.\u00a0\n\n\nTambahnya, penyelesaian dan penggantian tanah rizab melayu belum diganti sehingga kini tetapi terus diterokai sehingga membabitkan ribuan ekar.\u00a0\n\n\nRashidi turut mempersoalkan kawasan tanah kosong dan rizab yang boleh diketahui umum dengan proses penjualan berjalan lancar seperti mempunyai penglibatan pegawai dalaman.\u00a0\n\n\nTerdahulu, \nUtusan Malaysia\n melaporkan, pengurusan tanah rizab Melayu di Perak dikesan kurang cekap sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,214 hektar tanah rizab Melayu di Mukim Jaya Baru dan Sitiawan dipindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.\n\n\nTindakan itu bertentangan dengan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu 142 dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara.\n\n\nBagaimanapun, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak menegaskan tiada penyelewengan dalam isu pindah milik beribu hektar tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu seperti didedahkan akhbar berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/05/aadk-sasar-75-peratus-penagih-tidak-berulang/", "title": "AADK sasar 75 peratus penagih tidak berulang", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) digesa untuk mencapai sasaran 75 peratus penagih yang menjalani proses pemulihan meninggalkan aktiviti tersebut.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, AADK mempunyai kekuatan tersendiri iaitu komitmen kerja luar bisa selain fokus agensi tersebut yang sangat jelas.\n\n\n\u201cKayu ukur kepada hasil kerja AADK, termasuklah pertama apabila mereka dapat menjayakan beberapa program pemulihan untuk tahun lepas baru berakhir seminggu, angka menunjukkan bagi setiap 100 penagih yang dikesan kemudian dibawa ke bawah program pemulihan.\n\n\n\u201cPada akhir program pemulihan, yang kekal meninggalkan amalan itu adalah 70 peratus, tahun ini saya menggesa supaya AADK meletakkan sasaran lebih tinggi iaitu 75 peratus, apakah \nbenchmark\n antarabangsa? \nBenchmark\n antarabangsa antara 35 hingga 50 peratus,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProgram melawat rumah ibadah tidak harus disekat \u2013 MUDA\n\n\n\n\n\n\nPenyokong PH Bantah ADUN Bilut Dan Minta Anwar Letak Jawatan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tawar Khairy bertanding atas tiket BERSATU\n\n\n\n\n\n\nPengumuman peruntukan sekolah persendirian cina dipersoal\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Diambil Demi Nyawa Rakyat \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Agensi Antidadah Kebangsaan di Kajang, Selangor pada Khamis.\n\n\nSementara itu, AADK menerusi edaran siaran media berkata, agensi tersebut telah merawat pulih 44,754 orang penagih melalui Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) di 109 Pejabat AADK daerah seluruh negara.\n\n\nDaripada jumlah itu, dari Januari hingga November 2022, seramai 17,151 penagih telah dinilai dan hasilnya mendapati 12,212 penagih mencapai tahap pemulihan.\n\n\nMenurut kenyataan tersebut, pencapaian itu dinilai menerusi kaedah Cure dan Care Recovery Index (CCRI)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/05/ahmad-zahid-enggan-komen-langkah-london/", "title": "Ahmad Zahid enggan komen \u2018Langkah London\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas mengenai dakwaan\u00a0 \u2018Langkah London\u2019 dalam cubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Campuran yang melibatkan beberapa pemimpin politik, termasuk daripada\u00a0UMNO.\n\n\nSebaliknya,\u00a0Presiden UMNO itu berkata, ia hanyalah khabar angin semata-mata.\n\n\n\u201cSaya dengar khabar angin (sahaja), (saya) tak buat keputusan\u00a0\nbased on rumours\n\u00a0(berdasarkan kepada khabar angin),\u201d katanya dalam sidang media sempena Amanat Tahun Baharu 2023 di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Putrajaya hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKetepikan Masalah Dalaman \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPATI antara faktor penyakit tibi meningkat di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nZuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS\n\n\n\n\n\n\nSultan Kedah berangkat ke Rumah Terbuka Malaysia Madani esok\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil alih siasatan jika ada unsur khianat nahas Elmina\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian bagi mengulas\u00a0gambar yang tersebar memaparkan individu didakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan pertemuan tertutup di London.\n\n\nGambar tersebut telah menimbulkan spekulasi terdapat rancangan pihak tertentu untuk menjatuhkan Ahmad Zahid.\n\n\nNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut tempias dalam spekulasi itu mendakwa beliau menjadi mangsa serangan fitnah oleh pihak yang\u00a0\u2019tidak mengenal dosa\u2019.\n\n\nBeliau yang juga bekas Perdana Menteri berkata, sejak berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU), beliau lebih banyak berdiam diri untuk mengelak daripada menjadi mangsa sebarang fitnah atau spekulasi.\n\n\nTegasnya, beliau tidak pergi atau bercuti ke London baru-baru ini sebaliknya menghabiskan masa bersama keluarganya di Timur Tengah.\n\n\nKumpulan itu dikatakan mengadakan pertemuan rahsia di London baru-baru ini dan dituduh sedang mengatur gerakan bagi membuat penjajaran semula politik negara. \u2013 MalayaiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/05/batal-sidang-media-langkah-kinabalu-didakwa-gagal/", "title": "Batal sidang media, \u2018Langkah Kinabalu\u2019 didakwa gagal", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Sidang akhbar\u00a0Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang dikatakan berhubung mengambil alih\u00a0pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dijadualkan pukul 7 malam ini, ditunda ke satu masa yang akan dimaklumkan kemudian.\n\n\nHari ini, Barisan Nasional (BN) Sabah turut mengadakan mesyuarat di bangunan UMNO negeri dipercayai berkaitan perkara sama.\n\n\nTerdahulu, wujud spekulasi mengatakan Warisan dan BN Sabah akan bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.\n\n\nKetika ini, gabungan kedua-dua parti tersebut memiliki 36 kerusi iaitu Warisan dengan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN Sabah mempunyai 17 kerusi termasuk dua ADUN Dilantik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis rakam keterangan 3 individu kes curi wang BAP RM109,000\n\n\n\n\n\n\nPeguam Negara rayu keputusan pembebasan Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nPAS ditawar sertai Kerajaan Perpaduan, Nga sifatkan cerita dongeng\n\n\n\n\n\n\nDitembak lebih 20 das, penolong ketua kampung maut\n\n\n\n\n\n\nSudah isytihar taubat, pengasas ajaran sesat `Asmaul Husna\u2019 dikenal pasti masih aktif\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya BN menarik sokongan daripada kerajaan GRS maka parti itu hanya tinggal 29 kerusi.\n\n\nNamun, masih ada enam ADUN yang mesra kerajaan termasuk seorang ADUN Bebas.\n\n\nSemalam, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, difahamkan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mendakwa telah memperoleh sokongan lebih separuh daripada ADUN Sabah untuk membolehkan kumpulan tersebut menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang baharu.\n\n\nMasidi berkata, Datuk Seri Hajiji Noor telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk terus memimpin kerajaan negeri yang ada sekarang. Ia termasuk sokongan tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah.\n\n\nNamun, tujuh ADUN PH Sabah hari ini mengeluarkan kenyataan bersama bahawa mereka tidak pernah memberikan akaun bersumpah kepada mana-mana pihak selepas 2020.\n\n\nSebaliknya pada November lalu, ADUN PH Sabah hanya menyatakan sokongan terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Hajiji sehingga habis penggal demi kestabilan politik di Sabah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/05/kemasukan-pelancong-china-tingkatkan-kes-tiada-komplikasi-teruk/", "title": "Kemasukan pelancong China tingkatkan kes, tiada komplikasi teruk", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nSekatan kemasukan pelancong China ke Malaysia telah banyak disuarakan namun sukar untuk dilaksanakan kerajaan susulan sekatan itu tidak dibuat secara keseluruhan di peringkat global.\n\n\nSusulan itu, Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Malina Osman berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lonjakan kes namun situasi komplikasi teruk berada dalam keadaan rendah.\n\n\n\n\n\u201cSaya berpendapat, kita memang berisiko dapat lonjakan kes tapi risiko untuk kita berdepan dengan masalah kelumpuhan sistem perkhidmatan kesihatan atau mereka yang mendapat komplikasi teruk agak rendah,\u201d katanya \nketika dihubungi TV Pertiwi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerkataan \u2018Rahmah\u2019 pada menu tidak halal kurang sesuai\n\n\n\n\n\n\nJual Sijil Palsu, Doktor Disambung Reman\n\n\n\n\n\n\nKhutbah Jumaat tegaskan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam\n\n\n\n\n\n\nNajib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara\n\n\n\n\n\n\nRafizi bagi 4 sebab kenapa kerajaan tidak benar keluar KWSP\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut menjelaskan, komplikasi rendah tersebut adalah disebabkan liputan vaksin yang sangat baik di Malaysia.\n\n\nTambahnya, sub varian omicron BA-5.2 dan BA.7 sememangnya menyebabkan lonjakan kes tetapi tiada data jangkitan teruk atau kematian yang dikaitkan.\n\n\nBerdasarkan data terkini, Dr. Malina menjelaskan sepanjang satu hingga dua minggu lalu tidak ada tanda-tanda baru yang mencatatkan virus baharu sehingga mencatatkan virus baharu kerana ia disebabkan laoporan data China yang tidak tepat.\n\n\nJelasnya, pada tahun 2022 banyak kes dari China yang tidak dilaporkan.\n\n\nDalam pada itu, Dr. Malina turut mengesyorkan agar rakyat memanfaatkan vaksin dos penggalak yang telah disediakan selain mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pola pemakanan.\n\n\nSemalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan \n\u00a0\nkerajaan tidak akan mendiskrimasi mana-mana negara termasuk China daripada memasuki Malaysia susulan peningkatan kes COVID-19 di negara itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/05/mohamad-fokus-siapkan-kapal-lcs-secepat-mungkin/", "title": "Mohamad fokus siapkan kapal LCS secepat mungkin", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Pertahanan memberi jaminan akan memastikan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) disiapkan menjelang Julai 2024.\n\n\nMenterinya,\u00a0Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya mengambil serius dalam perkara itu selain ia juga merupakan agenda utama kementeria\u00a0tersebuta.\n\n\nBuat permulaan, sekurang-kurangnya empat kapal LCS disasarkan untuk siap dibina secepat mungkin.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLepasan SPM, hati-hati tawaran masuki IPTA melalui media sosial \u2013 Khaled\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Ikut Perasaan, Guna Saluran Yang Betul\n\n\n\n\n\n\nSemakan kehakiman rampasan jam tangan kaitan LGBTQ ditangguh 23 Ogos\n\n\n\n\n\n\nHadi disiasat Akta Hasutan berhubung hantaran berbaur perkauman\n\n\n\n\n\n\nNasib 89 keluarga terbabit laluan ECRL akan dibela \u2013 MB Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLagipun, saya dan Ketua Setiausaha Kementerian (Datuk Seri Muez Abd Aziz) mengambil serius isu ini dan misi kami sekarang adalah untuk menyiapkan pembinaan kapal LCS itu dengan segera,\u201d\n\n\n\u201cKami hanya akan menumpukan fokus dan pertimbangan dalam aspek komersial dan akan memastikan sekurang-kurangnya empat kapal LCS siap belayar.\n\n\n\u201cSelagi saya bertanggungjawab di Mindef ini, misi saya adalah mahu memelihat kapal LCS ini berada atas air (belayar) menjelang Julai 2024,\u201d katanya dalam amanat Tahun Baharu Menteri Pertahanan 2023 di Auditorium Wisma Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nTurut hadir Timbalan Menterinya,\u00a0Adly Zahari; Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.\n\n\nMohamad berkata, beliau akan berusaha menyiapkan projek pembinaan kapal LCS itu dipergiatkan oleh kementeriannya.\n\n\nMalah, pihaknya juga akan membawa perkara ini kepada perhatian segera Kementerian Kewangan dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi untuk pertimbangan sewajarnya.\n\n\n\u201cApabila perkara ini dibawa kepada kedua-dua kementerian itu (Anwar Ibrahim-Rafizi Ramli), gambaran menyeluruh tentang projek kapal LCS akan dibincangkan secara terperinci untuk diselesaikan segera,\u201d ujar beliau.\n\n\nDalam satu lagi perkembangan lain berkaitan aset pertahanan, beliau berkata, Kementerian Pertahanan juga akan memastikan perolehan untuk Light Combat Aircraft (LCA) and Littoral Mission Ship (LMS) diselesaikan pada tahun ini.\n\n\n\u201cSaya akan mengadakan lawatan terhadap projek perolehan utama yang lain yang telah dicadangkan untuk tahun ini.\n\n\nPada Disember lalu, Mohamad memaklumkan projek pembinaan kapal LCS tetap akan diteruskan tetapi tertakluk kepada semakan semula.\n\n\nNamun sebelum itu, katanya beliau perlu memperoleh taklimat terperinci bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai projek berbilion ringgit yang dilanda masalah kelewatan untuk disiapkan.\n\n\n\u201cKementerian Pertahanan akan memastikan semua enam buah kapal LCS itu disiapkan kerana ia merupakan aset yang sangat diperlukan oleh Angkatan Tentera kita,\u201d tegasnya.\u00a0\u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/05/shahrir-dilepas-bebas-kes-penggubahan-wang-rm1-juta/", "title": "Shahrir dilepas, bebas kes penggubahan wang RM1 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur\u00a0hari ini melepas dan membebaskan Tan Sri Shahrir Ab Samad bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Datuk Seri Najib Razak melalui sekeping cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jalil Hussin membuat keputusan itu mengikut peruntukan Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah selepas mendengar permohonan pihak pendakwaan dan pembelaan bekas Pengerusi Felda\u00a0itu.\n\n\nDifahamkan pendakwaan juga tidak akan meneruskan dakwaan terhadap tertuduh pada masa ini.\n\n\nPada mulanya, pendakwaan memohon untuk membebas tanpa melepaskan (DNAA) Shahrir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSuspek bakar isteri ditahan di Nibong Tebal\n\n\n\n\n\n\nIsu agihan kerusi PN di enam negeri selesai 95 peratus\n\n\n\n\n\n\nKes Dera: Jeritan Mangsa Dorong Keinginan Pelaku\n\n\n\n\n\n\nMKN Ambil Alih Banjir, NADMA Lembap?\n\n\n\n\n\n\nPM cadang proses rundingan peruntukan kepada pembangkang\n\n\n\n\n\n\n\n\nDNAA bermaksud tertuduh masih boleh didakwa atas kesalahan sama pada masa akan datang.\n\n\nSepatutnya hari ini, Najib dijangka memberi keterangan sebagai saksi dalam kes ini.\n\n\nShahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bharu sedang didakwa atas dakwaan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Najib melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013\u00a0kepada LHDN.\n\n\nBeliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. \u2013\u00a0MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/05/wanita-rusia-ceroboh-menara-merdeka-118-kongsi-pengalaman-di-twitter/", "title": "Wanita Rusia ceroboh Menara Merdeka 118 kongsi pengalaman di Twitter", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nSeorang wanita Rusia tular di media sosial selepas melakukan perbuatan menceroboh Menara Merdeka 118 dengan memanjat ke puncak pencakar langit berkenaan baru-baru ini.\n\n\nMenerusi ciapan di akaun Twitter miliknya, wanita yang dikenali sebagai Angela Nikolau itu mengenakan tudung, cermin mata dan pakaian seragam pekerja bangunan supaya identitinya tidak dapat dikenali pihak berkuasa.\n\n\nWanita Rusia menceroboh pencakar langit, Menara Merdeka 118 berkongsikan pengalamannya berjaya memasuki menara itu di Twitter.\n\n\n\u201cSaya mengakui jatuh cinta terhadap Menara Merdeka 118 sebaik melihatnya dan merasakan suatu sambungan secara spiritual,\u201d\u00a0 katanya.\n\n\nWanita itu menerusi laman sosial Twitternya mengakui, dia jatuh cinta terhadap Menara Merdeka 118 yang dikatakan mempunyai suatu sambungan secara spiritual sebelum nekad memanjat menara tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelajar SJKC Perlu Sedar Kepentingan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nJiao Zong tidak setuju soalan BM sama untuk SK dan SRJK\n\n\n\n\n\n\nHakim Meragui Pelepasan Tuduhan Rasuah Ke Atas Zahid\n\n\n\n\n\n\nIstiqamah \u2013 Solat Subuh selamatkan akidah anak-anak\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor bubar secara rasmi hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, pencerobohan haram yang dilakukannya itu dimulakan dengan menyewa sebuah apartemen dengan pemandangan menara yang menarik supaya boleh menjalankan pengawasan dan pemerhatian terhadap bangunan berkenaan sebelum memasukinya.\n\n\nAngela Nikolau mengenakan tudung, cermin mata dan pakaian seragam pekerja pembinaan sebagai penyamaran.\n\n\nAngela menceritakan misi itu dimulakan dengan teknik penyamaran iaitu memakai tudung, cermin mata dan seragam pekerja bangunan untuk memastikan identitinya tidak dapat dikenalpasti.\n\n\n\n\n\u26a1\ufe0fThe time has come and I'd love to share the giga story how I climbed the incredible Merdeka 118\u26a1\ufe0f\n\n\nCouldn't help adding \n@steveaoki\n music here as it was playing in my head when I was standing on top of the world.\nFeel the dizziness of being there with me\n\n\n Back to the story\ud83d\udc47 \npic.twitter.com/PYtwbzLX9T\n\n\n\u2014 Angela Nikolau (@AngelaNikolau_) \nJanuary 4, 2023\n\n\n\n\nMenerusi klip berdurasi lapan saat itu, Angela dilihat mengenakan pakaian serba merah serta membuat pusingan 360 darjah melalui kameranya sebelum menghabiskan beberapa minggu mencari butiran penting yang perlu diketahui sebelum berjaya memasuki menara itu.\n\n\nBagaimanapun, pihak Menara Merdeka 118 telah membuat laporan polis di Balai Polis Tun H S Lee yang memaklumkan wanita Rusia dan pasangannya yang menceroboh dan memanjat ke puncak bangunan tersebut.\n\n\nDalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai maklumat terperinci pemilik asal akaun media sosial yang mengaitkan pasangan itu sudah diperoleh hari ini.\n\n\nPolis akan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) keberadaan semasa pasangan warga Rusia dalam negara ini untuk membantu kes pencerobohan dan memanjat Menara Merdeka 118 dalam kejadian baru-baru ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/06/9949/", "title": "Projek Solar : Rayuan Kes Rosmah Didengar Julai", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat -Mahkamah Rayuan Putrajaya menetapkan tempoh selama empat hari, bermula 11 Julai depan bagi mendengar rayuan Rosmah Mansor bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.\n\n\nMahkamah turut membatalkan jadual pendengaran yang ditetapkan sebelum ini, iaitu pada 22 dan 23 Jun.\n\n\nPeguam Akberdin Abdul Kader mengesahkan perkara itu selepas pengurusan kes pagi ini.\n\n\n\u201cTarikh baru untuk pendengaran rayuan adalah 11 hingga 14 Julai, dengan jadual sebelum ini iaitu 22 dan 23 Jun dikosongkan.\u201d\n\n\n\u201cIni kerana kami (pembelaan) mahu lebih hari bagi tiga permohonan (berkaitan kes tersebut).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSarimah kecewa berita palsu terlantar sakit tersebar\n\n\n\n\n\n\nLantikan politik bukan peluang laba politik \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir sangkal kenyataan `Melayu angkuh\u2019\n\n\n\n\n\n\nAnkara ucap terima kasih kepada Kuala Lumpur hantar SMART\n\n\n\n\n\n\nDakwaan komplot PN guling kerajaan tidak berasas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi mahkamah tetapkan selama empat hari pada Julai,\u201d katanya ketika dihubungi hari ini.\n\n\nTimbalan pendakwa raya Poh Yin Tinn turut mengesahkan perkara itu, sambil menambah mahkamah mengarahkan semua pihak untuk memfailkan hujahan bertulis paling lewat pada 9 Jun dan membuat balasan paling lewat 4 Julai.\n\n\n\u201cPengurusan kes terakhir pada 4 Julai,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPasukan peguam Rosmah sebelum ini dilaporkan akan membangkitkan 127 asas dalam rayuan isteri Najib Razak itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntaranya adalah dia tiada kuasa untuk meluluskan sebarang projek kerajaan dan dakwaan hakim perbicaraan Mohamed Zaini Mazlan tidak bersikap adil terhadapnya.\n\n\nRosmah juga mendakwa dalang sebenar itu adalah bekas pembantunya, Rizal Mansor.\n\n\nRizal pada mulanya turut didakwa namun ia digugurkan. Dia kemudian menjadi saksi pendakwaan.\n\n\nRosmah turut membuat rayuan terhadap keputusan Zaini menolak permohonannya agar dia menarik diri daripada mendengar kes tersebut. \u2013 Malaysiakini"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/06/agong-titah-projek-pembangunan-di-cameron-highlands-dikaji-semula/", "title": "Agong titah projek pembangunan di Cameron Highlands dikaji semula", "body": "0\n\n\nCAMERON HIGHLANDS, Jumaat \u2013 Berikutan kebimbangan berlakunya bencana alam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan kajian semula dijalankan ke atas semua projek pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi di Cameron Highlands.\n\n\nBaginda bertitah, perhatian serius perlu diberikan bagi segala bentuk projek di atas bukit tinggi kerana mendapati masih terdapat projek khususnya yang berasaskan pertanian dilihat berleluasa di Cameron Highlands.\n\n\n\u201cCukuplah. Saya sudah cakap dulu dan sekarang. Walaupun ada kelulusan, perlu dikaji semula. Kalau tidak, mungkin kawasan ini menjadi botak dan tidak ada lagi kawasan hijau ataupun hutan atas bukit lagi,\u201d titah baginda.\n\n\nYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir\n\n\nAl-Sultan Abdullah bertitah,\u00a0ada sahaja kawasan tinggi bukit telah dipotong setiap kali baginda hadir ke kawasan berkenaan yang menimbulkan kemusykilan.\n\n\nJutseru baginda berharap kerajaan negeri memberi penekanan dalam isu projek pembangunan di di kawasan bukit dan tanah tinggi di Cameron Highlands.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak apologetik pertahan Islam sebagai agama Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nPejuang dalam dilema, pilihan terbaik tidak sertai PRN\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri perlu hormati keputusan PAU 2022\n\n\n\n\n\n\nAb Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka\n\n\n\n\n\n\nBanjir \u2013 Johor dapat peruntukan tambahan RM150juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaginda bertitah demikian pada majlis pengurniaan sumbangan kepada mangsa banjir lumpur di Kampung Baru, Kampung Raja di Cameron Highlands.\n\n\nBaginda menzahirkan simpati kepada mangsa terbabit dan kesyukuran kerana tiada kehilangan nyawa dalam musibah banjir lumpur itu.\n\n\nYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, beramah mesra dengan penduduk di Cameron Highlands\n\n\nAl-Sultan Abdullah berharap projek berhampiran kawasan penempatan berkenaan turut dikaji semula bagi mengelakkan kerosakan persekitaran dan ekosistem.\n\n\n\u201cPihak berkaitan tidak patut sewenang-wenangnya memberi kelulusan projek tanpa penelitian keadaan sebenar lokasi. Turun padang\u2026supaya kelulusan diberi bagi sesuatu projek, lebih dibuat dengan berhati-hati. Kena turun padang sendiri, jangan berdasarkan peta semata-mata,\u201d titah baginda.\n\n\nSehubungan itu, baginda mencadangkan Menteri Besar, Pegawai Daerah dan Tanah, membuat tinjauan melalui helikopter dan menggunakan segala teknologi ada termasuk dron.\n\n\nPada Disember lalu, beberapa rumah dan jalan sekitar Kampung Raja dipenuhi lumpur ekoran kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan itu.\n\n\nAl-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada seramai 21 keluarga mangsa banjir lumpur berkenaan, sebelum berangkat pulang pada jam 5 petang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/06/kabinet-sabah-akan-dirombak-dalam-masa-terdekat-hajiji/", "title": "Kabinet Sabah akan dirombak dalam masa terdekat \u2013 Hajiji", "body": "0\n\n\nKOTA KINABALU, Jumaat \u2013 Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengumumkan Kabinet kerajaan negeri akan dirombak.\n\n\nBeliau tanpa mengulas lanjut berkata, maklumat terperinci berhubung rombakan itu akan dimaklumkan kemudian.\n\n\nHal itu disahkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan hari ini.\n\n\n\u201cMaklumat terperinci mengenai rombakan itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat,\u201d katanya.\n\n\nRombakan Kabinet negeri dibuat dipercayai berikutan cubaan menukar kerajaan negeri itu semalam menerusi kerjasama Parti Warisan (WARISAN) dan Barisan Nasional (BN) Sabah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih 3.5 Juta Dadah Dirampas Dalam Tempoh Tiga Hari\n\n\n\n\n\n\nTunggakan hutang tidak mampu dibayar Felcra berjumlah RM312.22 juta\n\n\n\n\n\n\nMasyarakat India Tidak Puas Hati Sop Sambutan Thaipusam\n\n\n\n\n\n\nSelepas tembak lelaki Palestin, Israel halang ambulans dekati tubuh mangsa\n\n\n\n\n\n\nMKT UMNO sokong Ahmad Zahid sebagai Presiden, tidak bentuk kerajaan bersama PN\n\n\n\n\n\n\n\n\nSejak tengah hari ini, timbul spekulasi bahawa Kabinet Negeri Sabah akan dirombak dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri akan digugurkan.\n\n\nTurut dijangka digugurkan ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin yang juga Setiausaha BN Sabah.\n\n\nSelain itu, rombakan berkenaan juga dipercayai ada kaitan dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) terhadap kepemimpinannya.\n\n\nPada Rabu, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Masihi Manjun berkata parti itu bersedia untuk membuktikan keabsahan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri, susulan difahamkan ada pihak tertentu mendakwa memperoleh lebih separuh sokongan untuk membolehkan kumpulan itu menubuhkan kerajaan negeri baharu.\n\n\nSemalam semua tujuh ADUN Pakatan Harapan Sabah berkata mereka tidak akan menyokong kerajaan yang dibentuk melalui \u2018pintu belakang\u2019 dan\u00a0berpendirian sebarang usaha untuk menubuhkan kerajaan baharu seharusnya berdasarkan agenda yang konstruktif dan polisi yang baik, demi kepentingan rakyat negeri itu.\n\n\nDUN Sabah mempunyai 79 ADUN iaitu 73 ADUN yang dipilih dan enam ADUN dilantik.\n\n\nKerajaan Sabah pada masa ini mempunyai sokongan 59 ADUN iaitu 29 daripada GRS, Barisan Nasional (17), PH (tujuh), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (3) dan masing-masing seorang ADUN daripada Parti Bangsa Malaysia, Parti Harapan Rakyat Sabah dan Bebas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/06/kkm-perkenal-ubat-mesra-oku-penglihatan-dengan-tulisan-braille/", "title": "KKM perkenal ubat mesra OKU penglihatan dengan tulisan Braille", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nKementerian Kesihatan (KKM) melancarkan inisiatif label Ubat Mesra Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan dalam tulisan Braille bagi memudahkan urusan pengambambilan ubat di 250 klinik kesihatan di seluruh negara.\n\n\nMenterinya, Dr. Zaliha Mustaffa berkata, label tersebut diwujudkan bagi memudahkan OKU Penglihatan mendapat maklumat berkenaan ubat-ubatan yang diambil.\n\n\nLabel ubat mesra OKU penglihatan yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan tulisan Braille yang menerangkan pengambilan ubat serta kegunaan ubat berkenaan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cLabel ini diwujudkan bagi memudahkan orang kurang upaya penglihatan mendapat maklumat yang bukan sahaja cepat tetapi tepat mengenai ubat dan preskripsi keatasnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri perlu hormati keputusan PAU 2022\n\n\n\n\n\n\nSyahir tolak pelawaan Rafizi berdebat, ikut jejak \u2018senior\u2019\n\n\n\n\n\n\nKerajaan PAS Kelantan Tetap Kukuh\n\n\n\n\n\n\nFasa 4 PPN, Pembukaan Ekonomi Punca Kenaikan\n\n\n\n\n\n\nDUN Kedah lulus RUU Anti Lompat Parti\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLangkah ini selaras dengan matlamat di bawah \nMalaysian Patient Safety Goals 2.0 \u2013 Medication Safety: Medication Without Harm\n,\u201d kata Zaliha.\n\n\nBeliau yang ditemui dalam sidang media turut menjelaskan tulisan Braille yang terdapat pada ubat pesakit OKU penglihatan mempunyai penerangan cara pengambilan atau dos ubat selain mempunyai indikasi kegunaan ubat.\n\n\nIa juga bertujuan memudahkan urusan golongan itu mendapat maklumat yang cepat dan tepat mengenai ubatan yang diambil.\n\n\n\n\nTambahnya, golongan OKU sentiasa menjadi kumpulan keutamaan bagi KKM dengan memikirkan kaedah-kaedah baru bagi memudahkan dan membantu rakan-rakan OKU dalam mencapai perkhidmatan kesihatan yang terbaik.\n\n\n\u201cBuat permulaan, inisiatif ini akan dilaksanakan di 250 klinik kesihatan di seluruh negara yang akan memanfaatkan seramai 55,000 OKU penglihatan.\n\n\n\u201cTahniah diucapkan kepada program perkhidmatan farmasi atas usaha proaktif dan prihatin dalam memenuhi keperluan OKU penglihatan,\u201d katanya dalam sidang media itu.\n\n\nPagi tadi, Menteri Kesihatan memaklumkan perkara itu melalui pelancaran Amanat Tahun Baru 2023 yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni; Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/06/selangor-laksanakan-program-selvax-bermula-esok/", "title": "Selangor laksanakan program SelVax bermula esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan Selangor akan meneruskan Program Pemberian Vaksin COVID-19 (SelVax) dan dos penggalak secara percuma mulai esok dalam usaha mencegah penularan pandemik berkenaan.\n\n\n\u201cVaksin COVID-19 akan diberikan kepada kanak-kanak dan individu dewasa manakala dos penggalak akan diberikan kepada individu berumur 18 tahun ke atas dengan syarat enam bulan selepas menerima dos terakhir,\u201d\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Dr Siti Mariah Mahmud, berkata rakyat negeri itu yang ingin mendapatkan vaksin berkenaan boleh mengunjungi 15 rangkaian Klinik Selcare dan THE KL clinic yang berhampiran, katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nTambahnya, pendaftaran boleh dibuat secara walk in namun orang ramai digalakkan membuat temu janji melalui panggilan ke talian hotline Selcare iaitu 1-800-22-6600.\n\n\nSelain itu, waktu operasi klinik adalah dari jam 9 pagi hingga 9 malam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMARA Tamatkan Pengajian 10 Pelajar MRSM Terlibat Buli\n\n\n\n\n\n\nGTA akan kerjasama dengan PN?\n\n\n\n\n\n\nPertingkat Intervensi Awal Bendung Omicron \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nRamasamy mulut celupar, abaikan dia \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPasar Borong Borneo Tunjukkan Kebudayaan Kaum"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/06/uitm-tubuh-task-force-kaji-penggabungan-tiga-fakulti/", "title": "UiTM tubuh Task Force kaji penggabungan tiga fakulti", "body": "0\n\n\nSHAH ALAM, Jumaat \u2013 Universiti Teknologi Mara (UiTM) membentuk pasukan petugas khas (special task force) bagi mengkaji semula penstrukturan Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media di universiti tersebut.\n\n\nUiTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasukan petugas itu melibatkan semua pemegang taruh UiTM termasuk alumni, pelajar, ibu bapa, badan bukan kerajaan (NGO), industri, warga universiti, dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).\n\n\n\u201cSemasa perbincangan itu, pihak UiTM mempertimbangkan untuk menukar nama Kolej kepada Kolej Pengajian Media, Komunikasi, Pengkomputeran dan Informatik selain melaksanakan penstrukturan semula dua buah fakulti iaitu Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti Pengurusan Maklumat.Manakala Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Masscom) dikekalkan seperti sebelumnya,\u201d\n\n\nPasukan petugas khas itu ditubuhkan selepas perbincangan antara Naib Canselor UiTM, Prof Dr Roziah Mohd Janor; Pengurusan Tertinggi, wakil Majlis Profesor UiTM, Penolong Naib Canselor, dan Dekan-dekan dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media UiTM, dengan wakil Alumni Masscomm UiTM di Bangunan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM, di sini semalam.\n\n\nSementara itu, UiTM memaklumkan proses libat sama itu dijangka mengambil masa tiga hingga enam bulan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJPJ rugi RM14.38 juta cetak kad lesen memandu\n\n\n\n\n\n\nIdris Jusoh tamat perkhidmatan Pengerusi FELDA lebih awal\n\n\n\n\n\n\nBukan persenda Menu Rahmah, hanya mahu nasi berkuah \u2013 Hanafiah\n\n\n\n\n\n\nSanusi saman Saifuddin isu REE, MARRIS\n\n\n\n\n\n\nAkta FINAS dipinda elak ambil kesempatan kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan itu, UiTM memaklumkan pengoperasian dan pengendalian Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media berjalan seperti biasa sehingga satu ketetapan baharu dibuat.\n\n\nTerdahulu, pihak pengurusn UiTM menerima pandangan Alumni Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) UiTM untuk membatalkan penggabungkan FKPM dengan dua fakulti lain dan bersetuju mengekalkan FKPM sebagai fakulti tunggal.\n\n\nPresiden Alumni FKPM (Alumi Masscomm UiTM) Basree Rakijan berkata perkara itu dimaklumkan Naib Canselor UiTM Prof Dr Datuk Roziah Mohd Janor dalam pertemuan bersama wakil persatuan berkenaan dengan pihak UiTM, semalam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/07/berjaya-tewaskan-thailand-1-0-malaysia-ke-perlawanan-akhir/", "title": "Harimau Malaya tewaskan Thailand 1-0 di Bukit Jalil", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Malaysia dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menumpaskan juara bertahan Thailand 1-0 pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam ini.\n\n\nPemain sayap sensasi, Mohamad Faisal Abdul Halim yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-25 hari ini, muncul wira apabila meledak gol kemenangan skuad Harimau Malaya pada pertembungan disaksikan 62,989 penonton itu.\n\n\nBarisan skuad Harimau Malaya\n\n\nKemenangan dilakar Malaysia menyaksikan juara 2010 itu membawa bekalan yang diinginkan ke Bangkok bagi aksi timbal balik di Stadium Thammasat, Selasa depan dalam kemuncak perebutan slot ke final.\n\n\nPada pertembungan mendebarkan malam ini, di sebalik sokongan padu puluhan ribu penyokong, Thailand yang belum tewas dalam kempen kali ini lebih mendominasi permainan dan hampir mengejutkan Malaysia seawal minit keempat apabila tandukan bebas Pansa Hemviboon di depan gawang tersasar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSeribu akok terjual dalam sehari di bulan Ramadan\n\n\n\n\n\n\nAUKU dijangka dipinda hujung tahun ini\n\n\n\n\n\n\nKeadaan Salahuddin agak kritikal namun stabil \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nAnwar guna kuasa PM perangi rasuah meskipun diugut pelbagai pihak\n\n\n\n\n\n\nMuafakat desak Anwar beri penjelasan Konsep Madani\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, Malaysia terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Mohamad Faisal pada minit ke-11 selepas menerima umpanan V. Ruventhiran dari sebelah kiri yang menanduk hantaran jauh Sharul Nazeem Zulpakar.\n\n\nIa merupakan gol keempat Mohamad Faisal dalam kempen kejohanan sekali gus berada di kedudukan kedua dalam carta penjaring terbanyak di belakang penyerang prolifik Thailand Teerasil Dangda yang mengumpul lima gol.\n\n\nJaringan pembukaan itu tidak mematahkan semangat skuad bimbingan Alexandre Polking yang tenang mengawal permainan selain mencipta gerakan berbahaya menyaksikan penjaga gol negara Ahmad Syihan Hazmi Mohamed tidak senang duduk di gawang.\n\n\nMalaysia di bawah bimbingan Kim Pan Gon terlepas peluang keemasan menggandakan kedudukan pada minit ke-28 selepas Quentin Cheng gagal memanfaatkan lorongan Mohamad Faisal dalam kotak penalti apabila rembatannya dari jarak dekat tinggi melepasi palang.\n\n\nSelepas kedudukan 1-0 memihak Malaysia pada separuh masa pertama, Thailand tidak menunjukkan tanda-tanda memperlahankan permainan apabila hampir menyamakan kedudukan tetapi tandukan Dangda terkena tiang dua minit selepas permainan bersambung.\n\n\nMalaysia kemudian menyaksikan jaringan keduanya hasil tandukan Dominic Tan berpunca sepakan percuma Lee Tuck pada minit ke-55 dibatalkan pengadil Kim Dae Yong dari Korea Selatan selepas mendakwa terdapat kekasaran dilakukan pemain negara dalam kotak penalti.\n\n\nGol yang dijaringkan Kim Dae Yong dibatalkan pengadil kerana didakwa melakukan kekasaran ke atas pemain Thailand. (Sumber FA Malaysia)\n\n\nSituasi itu dimanfaatkan sebaiknya Thailand untuk terus menekan pasukan negara sebelum Panya terlepas peluang terbaik untuk meledak gol apabila percubaan dari jarak dekat diselamatkan Ahmad Syihan pada minit ke-63.\n\n\nMenghampiri minit ke-70 kedua-dua pasukan membuat beberapa pertukaran pemain bagi menyuntik nafas baharu dengan Thailand melancarkan serangan bertali arus dalam usaha memburu gol penyamaan, namun gagal mengubah kedudukan sehingga masa penuh perlawanan.\n\n\nKekalahan itu menyaksikan Stadium Nasional kekal menjadi igauan buruk buat Thailand apabila masih belum berjaya menamatkan badi tanpa kemenangan di sini.\n\n\nPerlawanan malam ini diserikan dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.\n\n\nTurut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bersama timbalannya Adam Adli Abd Halim dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/07/umno-perlu-gencatan-politik-fokus-isu-masyarakat-melayu-islam-penganalisis/", "title": "UMNO perlu gencatan politik, fokus isu masyarakat Melayu Islam \u2013 Penganalisis", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nKemelut politik dalam kepimpinan parti UMNO masih berterusan apabila terdapat pucuk pimpinan yang ingin mencabar kedudukan presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nBagaimanapun, penganalisis keselamatan dan politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UiTM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin menggesa parti itu segera membuat gencatan politik bagi mengelakkan ancaman keselamatan politik negara.\n\n\nKatanya apa yang lebih penting sekarang adalah memperjuangkan isu berhubung kepentingan negara khususnya isu masyarakat Melayu Islam dalam negara.\u00a0\n\n\nPada masa kini sebarang perubahan ketara seperti pertukaran pucuk pimpinan dan presiden boleh mengganggu gugat kestabilan politik negara dan ini amatlah tidak dimahukan dalam keadaan kekucaran politik dan ketidakstabilan ekonomi dunia termasuk ancaman terhadap keselamatan negara dan politik\u00a0 yang boleh berlaku pada bila-bila masa, \u2013 DR. NOOR NIRWANDY MAT NORDIN / Penganalisis\u00a0\n\n\nKeselamatan & Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UiTM\n\n\nBeliau ketika dihubungi TV Pertiwi turut menjelaskan kestabilan politik negara adalah berbeza sebelum dan selepas pilihanraya kerana pembentukan kerajaan gabungan perlu menumpukan kepada keselamatan politik negara.\n\n\nGambar hiasan\n\n\nDr. Nirwandy turut berkata ia juga bagi mengelakkan pelarutan persengketaan politik yang telah berlaku hingga kini dan perlu meletakkan titik noktah selain menghadapi ketidaktentuan unjuran ekonomi pada tahun ini.\n\n\nTambahnya, walaupun perubahan pucuk pimpinan itu dilihat penting dari kaca mata masyarakat luar tetapi UMNO juga harus terus memastikan mereka mempunyai bentuk kepimpinan yang kuat bagi membantu pembentukan kerajan yg lebih stabil.\n\n\nKenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini yang menyahut cabaran perebutan jawatan presiden UMNO.\n\n\nSebelum ini, Zahid Hamidi berkata beliau terbuka untuk dicabar oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memegang jawatan nombor satu parti itu pada pemilihan parti akan datang.\n\n\nBagaimanapun, minggu lalu presiden UMNO itu dilaporkan berkata beliau menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukannya sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan atau tidak.\n\n\nSetakat ini desas desus mengatakan ahli parlimen Bagan Datuk itu akan dicabar oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, \nNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.\n\n\nBagaimanapun, beliau berpandangan jawatan itu tidak perlu dipertandingkan kerana keadaan huru hara politik yang telah berlaku pada sekian lama dan UMNO harus memahami perubahan besar boleh membantutkan usaha mewujudkan kestabilan politik dlm kerajaan baharu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/9998/", "title": "Majlis Presiden PH Setuju Letakkan Pembangkang Sebagai Pengerusi PAC \u2013 Fahmi Fadzil", "body": "0\n\n\nBangi, Sabtu \u2013 Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah sebulat suara untuk bersetuju pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) adalah daripada pihak pembangkang.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMenurut Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil, kaedah itu bakal membuahkan hasil yang positif dari sudut semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan campuran ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak wajar halang tanding jawatan Presiden, Timbalan\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah gugur perjuangan asal \u2013 Tun M\n\n\n\n\n\n\nUMNO pecat Tun Faisal\n\n\n\n\n\n\nPN Selangor rangka strategi tembusi kerusi \u2018hitam\u2019 milik DAP\n\n\n\n\n\n\n25 tahun berlalu, Anwar `kembali\u2019 ke Menara Dato\u2019 Onn\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cWaima sewaktu PH mentadbir (sebelum ini), kita lihat bila pengerusi PAC daripada pihak pembangkang, ia memberi fokus kepada proses semak imbang, urus tadbir dan tata kelola,\u201d katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat PKR pada Sabtu.\n\n\nNamun, Fahmi turut menjelaskan masih belum ada sebarang perbincangan dengan pihak pembangkang berhubung perkara itu.\n\n\nDalam pada itu, beliau memaklumkan perkara berkenaan adalah mengikut kebebasan jawatankuasa berkenaan dalam melakukan siasatan lanjut berhubung isu-isu yang berbangkit pada sebelum ini.\n\n\n\n\nSelain itu, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membincangkan mengenai cadangan sesi jawab lisan Perdana Menteri di Sidang Parlimen yang akan datang.\n\n\n\u00a0\n\n\nDalam perkembangan lain, Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail juga memaklumkan mesyuarat tersebut tidak membincangkan dengan terperinci mengenai kerjasama PH dan Barisan Nasional (BN) dalam mendepani enam Pilihan Raya Negeri (PRN).\n\n\n\u00a0\n\n\nNamun, beliau menjelaskan mesyuarat itu hanya membincangkan PRN dari segi gabungan itu sahaja serta mengaktifkan semula jawatankuasa pilihan raya PH.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cBelum sampai ke situ (keputusan kerjasama) sebab jawatankuasa pilihan raya akan buat beberapa persiapan dahulu barulah diukur langkah yang munasabah.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan itu, beliau menyatakan waktu ini PH hanya perlu fokus dalam mempertahankan tiga negeri yang menjadi milik PH iaitu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.\n\n\n\u00a0\n\n\nSelain itu, pihaknya turut menjangkakan peluang kemenangan di Kedah malah bertekad untuk menghantar suara pembangkang yang kuat di Kelantan serta Terengganu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/gencatan-senjata-selesai-kemelut-politik-sabah/", "title": "\u2018Gencatan senjata\u2019 selesai kemelut politik Sabah", "body": "0\n\n\nRABU, Ahad \u2013 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin ada formula bagi menyelesaikan ketidaktentuan politik di Sabah ketika ini.\n\n\nTanpa menjelaskan secara lanjut, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata,\u00a0formula itu antaranya mempericikan kehendak atau \u2018wishlist\u2019 yang dikemukakan pihak terbabit, namun pastinya ia akan dipertimbang secara rasional.\n\n\nBeliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata,\u00a0formula penyelesaian itu akan dibawa dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor\u00a0dalam masa terdekat.\n\n\n\u201cWalaupun ia (kemelut politik Sabah) nampak besar, tetapi saya yakin ada formula yang akan kita bawa ke Kota Kinabalu\u00a0dan saya fikir \u2018gencatan senjata\u2019 mesti dilakukan sekarang\u00a0dan tidak ada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak yang menyentuh mengenai perkara itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada wawasan akhirat jika bersara atas faktor usia \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nKeturunan Sulu dipergunakan golongan tertentu tuntut wang Malaysia\n\n\n\n\n\n\nNik Razi, adik Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nBarisan artis mewarnai arena politik republik Indonesia 2024\n\n\n\n\n\n\n\u2018Yang Mula Kata Pakat Ni Muhyiddin Dengan Hadi\u2019 \u2013 ANWAR\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cRakyat jangan dibebani jika berlaku \u2018\nhung government\n\u2018\u00a0ataupun masalah perundangan mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri ataupun perlembagaan negeri itu sendiri,\u201d katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Wisma Berita, Angkasapuri Kota Media\u00a0Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nAhmad Zahid juga mahu kestabilan politik di peringkat nasional diterjemahkan di peringkat negeri termasuk dalam isu di Sabah.\n\n\nJumaat lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri, mengumumkan keputusan untuk menarik sokongan daripada kerajaan Sabah.\n\n\nSemalam pula Anwar berkata,\u00a0pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Sabah bagi membincangkan isu politik negeri itu akan diadakan sebaik sahaja beliau pulang daripada lawatan rasmi ke Indonesia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/hajiji-dapat-sokongan-44-adun-kekal-teraju-sabah/", "title": "Hajiji dapat sokongan 44 Adun, kekal teraju Sabah", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akhirnya membuka mulut dan mengesahkan beliau mempunyai sokongan daripada 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk terus menerajui kerajaan negeri itu.\n\n\nTegas Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu lagi, surat akuan bersumpah (SD) ADUN-ADUN tersebut telah diserahkan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada Sabtu.\n\n\nDengan pengesahan ini ia berkemungkinan menamatkan kemelut politik Sabah.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBajet 2023 akan dibentangkan semula pada 24 Februari\n\n\n\n\n\n\nPeratus Keluar Mengundi Menggalakkan\n\n\n\n\n\n\nV. Sivakumar arah siasat dakwaan \u2018rider\u2019 dizalimi\n\n\n\n\n\n\nPolis Ikut Akta, KPN Jawab Kecaman Najib Dapat Pengiring\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa bertanding atau tidak, diputus malam ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUntuk makluman semua kita mempunyai sokongan majoriti drpd 44 ADUN Sabah. Ini bermakna kerajaan yang ada ini saya pimpin ini masih lagi utuh dan kuat dan akan terus mentadbir negeri Sabah,\u201d katanya ketika ditemui di Sri Gaya, Kota Kinabalu pada Ahad.\n\n\nSelain itu Hajiji memaklumkan akan mengadakan rombakan kabinet negeri dalam waktu terdekat.\n\n\nDitanya mengenai segelintir pihak yang mempertikaikan kedudukannya berdasarkan Perlembagaan Negeri Sabah, Hajiji optimis pihak berkenaan boleh membawa perkara itu ke mahkamah.\n\n\n\u201cMengenai Perlembagaan Negeri ini mana yang tidak berpuas hati mereka boleh bawa ke mahkamah untuk diputuskan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/jangan-ambil-kesempatan-terhadap-orang-asli/", "title": "Jangan ambil kesempatan terhadap Orang Asli", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat pembangunan sosioekonomi dan kebajikan masyarakat Orang Asli.\n\n\nMenerusi muat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah, masyarakat Orang Asli bukannya golongan terpinggir, sebaliknya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sentiasa memastikan golongan berkenaan terus membangun dan maju.\n\n\n\u201cPada masa sama, Jakoa juga perlu lebih sentiasa peka khususnya berkaitan pentadbiran penempatan atau perkampungan masyarakat Orang Asli di mana Tok Batin atau penghulu turut memainkan peranan penting.\n\n\n\u201cSelain pembangunan masyarakat di sesuatu perkampungan menjadi keutamaan, pada masa sama Jakoa juga perlu memberi perhatian dalam pemilihan Tok Batin. Ia (pemilihan) perlu dipastikan dalam kalangan suku kaum, bukannya orang luar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDr Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India\n\n\n\n\n\n\nSurat Ahmad Zahid ke Istana Negara langgar ketetapan BN\n\n\n\n\n\n\nMansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda\n\n\n\n\n\n\nInspektor antara 14 pegawai, anggota polis disyaki terbabit kongsi gelap\n\n\n\n\n\n\nSiapa Bakal Ketua Menteri Melaka Yang Baharu?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTok Batin yang dipilih juga perlu tahu fungsi serta peranan mereka. Pada masa sama, jangan ada pihak mengambil kesempatan dengan menghasut masyarakat Orang Asli,\u201d titah baginda.\n\n\nBaru-baru ini, Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Seri Azmi Rohani Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan wakil daripada Jakoa Johor serta Jakoa daerah Johor Bahru.\n\n\nBaginda bertitah, masyarakat berbilang kaum yang hidup bersatu-padu menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor selama ini.\n\n\n\u201cAtas sebab itulah, perlunya peraturan-peraturan tertentu bagi mengawal keharmonian dan kesejahteraan ini, termasuk berkaitan pembinaan rumah-rumah ibadat.\n\n\n\u201cSaya menyeru semua rakyat mematuhi peraturan-peraturan ini demi kesejahteraan sejagat,\u201d titah baginda.\n\n\nSultan Ibrahim juga menasihatkan masyarakat orang asli supaya sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan penempatan masing-masing bertujuan memastikan aspek kesihatan sentiasa terjaga. \u2013\nSinar Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/jiao-zong-tidak-setuju-soalan-bm-sama-untuk-sk-dan-srjk/", "title": "Jiao Zong tidak setuju soalan BM sama untuk SK dan SRJK", "body": "0\n\n\nRABU, Ahad \u2013 Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) berpendapat,\u00a0penggunaan bank soalan yang sama untuk subjek Bahasa Melayu (BM) bagi semua aliran sekolah adalah tidak sesuai.\n\n\nPengerusi Jiao Zong, Cheah Lek Aee berkata, jumlah masa pengajaran BM adalah berlainan antara Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) dan bahasa itu juga merupakan bahasa ibunda murid Melayu.\n\n\nBeliau berkata, penggunaan soalan dari bank soalan yang sama untuk Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi semua aliran sekolah adalah bertentangan dengan prinsip pendidikan.\n\n\n\u201cKementerian Pendidikan telah mengambil tindakan berlainan dalam UASA pertama dan menggunakan kertas ujian Bahasa Melayu yang selaras tanpa mendapatkan pandangan pihak sekolah terlebih dahulu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis percepat siasatan pelajar kecam soalan Sejarah SPM\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM\n\n\n\n\n\n\n\u2018Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat\u2026\u2019- Anwar\n\n\n\n\n\n\nAnthony Loke belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA\n\n\n\n\n\n\nFokus kukuh golongan wanita, bukan angkat budaya songsang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami berasa terkejut dan bimbang serta tidak bersetuju dengan dasar ini,\u201d katanya kepada\u00a0\nSinchew Daily\n.\n\n\nSusulan daripadanya, Lek Aee meminta Kementerian Pendidikan memperbetulkan dasar berkenaan kerana waktu pelajaran subjek BM adalah tidak sama antara SRJK dan SK tidak kira pada tahap pertama (darjah satu hingga tiga) atau tahap kedua (darjah empat hingga lima).\n\n\nBeliau menjelaskan, waktu untuk subjek Bahasa Melayu di SK dan SRJK masing-masing adalah minimum 192 jam dan 160 jam setahun pada tahap pertama dan 160 jam dan 128 jam pada tahap kedua.\n\n\n\u201cDisebabkan perbezaan ini, SRJK menggunakan buku teks yang berlainan.\n\n\n\u201cWalaupun tema dan kandungannya adalah serupa, tetapi tahapnya adalah berlainan,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya, cara pengajaran BM di SRJK juga berbeza dengan SK kerana kebanyakan murid di SK menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.\n\n\n\u201cDisebabkan faktor ini, Kementerian Pendidikan selama ini menyediakan buku teks dan waktu pelajaran berlainan untuk SK dan SRJK.\n\n\n\u201cSoalan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah atau UPSR sebelum ini juga menggunakan soalan berbeza,\u201d katanya.\n\n\nBeliau justeru berpendapat, keadaannya adalah bertentangan dengan prinsip pendidikan tidak kira Kementerian Pendidikan menaikkan atau menurunkan tahap kesukaran soalan UASA untuk menyesuaikan keperluan aliran sekolah berlainan.\n\n\n\u201cIni tidak membantu proses pelajaran serta memberi tekanan dan gangguan kepada murid dan cikgu.\n\n\n\u201cKementerian Pendidikan harus meneliti isu ini bagi mengelakkan ia menjejaskan keberkesanan pendidikan murid,\u201d katanya. \u2013\u00a0MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/jumlah-doktor-masih-tak-cukup-di-hospital-kerajaan/", "title": "Jumlah doktor masih tak cukup di hospital kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Bilangan doktor di negara ini masih kurang biarpun Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan penambahan 4,914 perjawatan tetap yang dikhususkan kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi yang ditawarkan pada tahun ini.\n\n\nJurucakap Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK), Dr Muhammad Yassin berkata,\u00a0ia berikutan jumlah itu hanya membabitkan bilangan sedia ada yang bertukar status daripada kontrak kepada lantikan tetap.\n\n\n\u201cPertambahan perjawatan itu tidak meningkatkan bilangan doktor dalam KKM kerana jumlah itu hanya bertukar status, realitinya bilangan doktor masih sangat kurang berbanding yang diperlukan bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.\n\n\n\u201cKami tiada data berkenaan baki kakitangan kontrak berikutan hanya KKM mempunyai maklumat lanjut kerana terjadi perubahan besar angka doktor kontrak dalam perkhidmatan sejak HDK ditubuhkan pada Julai 2021 selepas sistem kontrak diperkenalkan pada Disember 2016.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMayat dikerat enam dalam bagasi bukan rakyat Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSemua Pihak Perlu Terima Keputusan Badan Profesional \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nLEKAS, gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat lulus Projek Pulau Pinang Selatan\n\n\n\n\n\n\nKempen \u2018Sosial Media\u2019 Belum Boleh Diterima Pengundi\n\n\n\n\n\n\n\u2018Long Tiger\u2019 Bolos Dari Lokap Mahkamah Tangkak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni kerana ramai sudah ditawarkan jawatan tetap selain yang baru dilantik sebagai kontrak dan sebahagiannya pula meninggalkan KKM.\n\n\n\u201cNamun difahamkan, terdapat lebih 20,000 doktor kontrak dalam perkhidmatan awam yang ada sekarang, sekali gus menyebabkan masa depan mereka tidak menentu jika tiada usaha dibuat bagi membantu mereka mendapatkan jawatan tetap yang diperlukan,\u201d katanya.\n\n\nPada September 2021, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, sejak akhir 2016, setiap pegawai perubatan latihan siswazah dilantik secara kontrak iaitu lebih 24,000 orang, namun yang ditawarkan secara tetap hanya 1,000 saja.\n\n\nMenerusi pembentangan Belanjawan 2022, Khairy dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak 10,583 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi dengan peruntukan RM336.35 juta dan daripada jumlah itu, seramai 4,186 pegawai sudah dilantik mulai Jun hingga Oktober 2022.\n\n\nUntuk rekod, hampir 5,000 doktor kontrak membabitkan 948 pakar perubatan dan 4,028 pegawai perubatan meletakkan jawatan sejak 2016 hingga Jun 2021.\n\n\nSementara itu, Dr Muhammad berkata, pekerja kesihatan lain juga wajar diberi perhatian untuk dilantik ke jawatan tetap demi kelancaran sistem kesihatan di negara ini.\n\n\n\u201cSelain pegawai perubatan, pergigian, farmasi, pekerja kesihatan kontrak lain iaitu jururawat, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai persekitaran kesihatan, pegawai dietitik, pegawai fisioterapi dan penolong pegawai sains perlu diberi perhatian,\u201d katanya.\u00a0\u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/kpm-rangka-pelan-pemulihan-pelajar-keciciran/", "title": "KPM rangka pelan pemulihan pelajar keciciran", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kementerian Pendidikan (KPM) sedang merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.\n\n\nMenterinya,\u00a0Fadhlina Sidek\u00a0berkata, setakat ini KPM belum mempunyai data lengkap mengenai jumlah pelajar terlibat dan sedang mengumpul data serta maklumat daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk memproses input kajian yang dijalankan berrhubung isu berkenaan.\n\n\n\u201cMemang dalam perhatian kita untuk dapatkan maklum balas daripada semua pihak termasuk NGO, kalau mereka ada maklumat termasuk dakwaan yang 100,000 pelajar keciciran itu, saya minta mereka datang kepada KPM bawa bersama data tersebut untuk buat intervensi bersama-sama,\u201d katanya kepada pemberita di Nibong Tebal hari ini\n\n\nTerdahulu beliau mengadakan tinjauan di gelanggang bola keranjang Bukit Panchor\u00a0iaitu lokasi Pasar Percuma 2023 Parlimen Nibong Tebal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSerbu kedai pakaian, rebut baju raya RM1 hingga kecoh\n\n\n\n\n\n\nNajib Hentam Mahathir Isu Tanah Di Langkawi\n\n\n\n\n\n\nSuami Atau Bekas Suami Berdepan Sekatan Bank\n\n\n\n\n\n\nTengku Zafrul sahkan sudah dihubungi SPRM\n\n\n\n\n\n\nHarimau Malaya tewaskan Thailand 1-0 di Bukit Jalil\n\n\n\n\n\n\n\n\nFadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian bagi mengulas saranan sebuah NGO agar KPM merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia,\u00a0Zul Fikri Zamir dilaporkan berkata,\u00a0kajian di lapangan mendapati hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan dan ia realiti yang amat membimbangkan.\n\n\nMengulas lanjut, Fadhlina berkata,\u00a0pihaknya sentiasa memandang serius isu keciciran pelajar itu malah KPM sejak dari awal lagi, menerusi tujuh teras yang dibentangkan sebelum ini, antara lain ialah menangani isu keciciran pelajar.\n\n\n\u201cSaya harap NGO itu (Untuk Malaysia) dapat datang ke KPM untuk bersama-sama berbincang kerana kita juga nak lihat program-program (berkaitan isu keciciran pelajar) yang telah dijalankan sama ada efektif atau tidak,\u201d katanya.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/malaysia-berminat-sertai-pembangunan-ikn-nusantara-dengan-potensi-nilai-rm1b/", "title": "Malaysia berminat sertai pembangunan IKN Nusantara dengan potensi nilai RM1b", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Malaysia menyuarakan hasrat berminat untuk terlibat dalam pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara di Kalimantan Timur berdekatan Sarawak sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara republik itu.\n\n\nHasrat tersebut dizahirkan melalui penyerahan 11 pucuk Surat Minat (LoI) oleh 10 syarikat Malaysia bernilai lebih RM1 bilion kepada Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi dengan disaksikan Anwar dalam satu majlis di sebuah hotel, di Jakarta pada Ahad.\n\n\nHadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.\n\n\nSyarikat Malaysia yang terlibat adalah Success Electronics & Transformer Manufacturer Sdn Bhd (SETM); Carsome; Olympic Cable Company (OSK Group; Boustead Properties Berhad dan Berjaya Corporation Berhad dan Pharmaniaga Berhad.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat Di Ampang\n\n\n\n\n\n\nWanita Berjasa Fokus Institusi Keluarga Dan Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nSedekah amal jariah okey, tapi sedekah untuk undi rasuah\n\n\n\n\n\n\nKesihatan Ustaz Azhar Idrus semakin baik\n\n\n\n\n\n\nData Aplikasi MySejahtera Hak Milik Mutlak Kerajaan Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat lain, Alliance MEP (Sarawak) Sdn Bhd; Tenaga Nasional Berhad; Protasco Berhad dan Reneuco Berhad.\n\n\nPada majlis sama, sembilan memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat swasta Malaysia dan Indonesia dimeterai dengan pelaburan berpotensi berjumlah lebih RM1.66 bilion melibatkan pelbagai bidang ekonomi.\n\n\nAntaranya, kejuruteraan perkapalan, perbankan, teknologi pembuatan bateri, penerokaan tenaga hijau dan pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara serta sains teknologi.\n\n\nAnwar pada Ahad meneruskan tradisi bertemu rakan sejawat di Indonesia dalam lawatan rasmi pertama ke luar negara bagi membincangkan beberapa agenda penting ke arah mempertingkatkan hubungan dua hala.\n\n\nPada Isnin iaitu hari kedua lawatan, beliau dijadualkan mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Istana Bogor bagi membincangkan agenda penting mempertingkat kerjasama dua hala kedua-dua negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/maszlee-beri-bayangan-bakal-kembali-dalam-kerajaan/", "title": "Maszlee beri bayangan bakal kembali dalam kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Bekas Menteri Pendidikan,\u00a0Dr. Maszlee Malik membayangkan beliau mungkin kembali berkhidmat dengan kerajaan baharu selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.\n\n\nMaszlee menyiarkan beberapa siri gambar termasuk dirinya dan Anwar pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.\n\n\n\u201cKami di MPP PKR berdiri teguh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan keutuhan kerajaan campuran dan penerusan agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat serta negara.\n\n\n\u201cAhli MPP bertekad untuk memastikan parti akan terus relevan dan menjadi parti pilihan utama rakyat berbilang bangsa di tanah air ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan himpunan \u2018Mana Kapal LCS?\u2019\n\n\n\n\n\n\n7 individu diambil keterangan kes buli pelajar\n\n\n\n\n\n\nGerakan Murtad Malaysia Anjur Forum Kebebasan Agama Ambang 2023 Hina Islam\n\n\n\n\n\n\nGambar dipercayai berunsur seksual adalah tangkap layar aplikasi\n\n\n\n\n\n\nLim Kit Siang sindir gesaan Muhyiddin desak Anwar, Zahid berundur\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDatuk Seri (Anwar Ibrahim)\u00a0bilang:\u00a0\u201c\nJust get ready, your sabbatical will soon be over!\n\u201d\u00a0(Bersiap sedia, cuti sabatikal kamu akan tamat tak lama lagi,\u201d kata Maszlee pada hantaran di Facebook.\n\n\nTiada butiran lanjut diberikan tentang bila atau dalam bentuk apa Maszlee akan kembali bekerja untuk kerajaan.\n\n\nMaszlee tidak berjaya mempertahankan kerusi Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-15, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri\u00a0Hasni Mohammad.\n\n\nPada masa ini, Maszlee tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/mekah-dari-tandus-kini-menghijau/", "title": "Mekah Dari Tandus Kini Menghijau", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad\u00a0 \u2013 \n\u00a0Hujan yang berterusan di Mekah baru-baru ini telah menjadikan negeri penjaga dua masjid suci orang Islam itu ditumbuhi rumput\u00a0 hijau. \n\n\nP\nerubahan pandangan daripada bumi yang tandus dan kering kontang, bertukar wajah menjadi perhatian orang ramai.\n\n\n\u00a0\n\n\nBumi Mekah\u00a0 pada kali ini menyaksikan fenomena hujan lebat dan ribut yang berterusan sehingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan di negeri itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael serang Gaza awal pagi Khamis\n\n\n\n\n\n\nTragedi Stadium Kanjuruhan, pegawai perlawanan bola dipenjara 18 bulan\n\n\n\n\n\n\nDeepfake AI risiko kecurian data laman web penipuan\n\n\n\n\n\n\nJangan `tutup mata\u2019 terhadap Syria \u2013 WHO\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri selamat tiba di Turkiye\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nEkoran hujan yang berterusan telah menyebabkan kawasan pergunungan Mekah dan kawasan sekitarnya mula ditumbuhi dengan tanaman hijau.\n\n\nSecara normalnya, kota suci berkenaan hanya menerima purata hujan antara 2 hingga 3 hari setahun, namun kota itu kini dilihat menerima hujan yang berterusan sehingga berlakunya banjir.\n\n\nLapor portal \nHaramain Sharifain\n,\u00a0 Mekah yang kini menghijau akan kembali tandus apabila musim hujan tiada lagi di negeri itu.\n\n\nTerdahulu, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud telah menitahkan seluruh masjid dan rakyat\u00a0 untuk melaksanakan solat sunat Istisqa, susulan musim kemarau yang melampau di negeri berkenaan pada bulan November lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/pau-hanya-dihadiri-parti-kompenan/", "title": "PAU hanya dihadiri parti kompenan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan\u00a0\nPerhimpunan Agong UMNO (PAU)\n\u00a02023 yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Januari ini hanya akan dihadiri oleh parti komponen.\n\n\nSetiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bukan sahaja parti-parti politik lain tidak dijemput, malah juga duta-duta asing.\n\n\nKatanya, setakat ini keputusan terbabit dibuat bagi memberi ruang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta parti komponennya termasuk enam \u2018Friends of BN\u2019 untuk memberi tumpuan kepada isu dalaman parti.\n\n\n\u201cKami membuat keputusan PAU kali ini adalah hanya antara parti-parti komponen. Mahu selesaikan perkara berkait UMNO dan BN sahaja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSeramai 39 cedera akibat mercun di Kelantan sejak 25 Mac\n\n\n\n\n\n\nHukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dihapus\n\n\n\n\n\n\nGara-gara ditipu scammer, pesara guru hilang lebih RM500,000\n\n\n\n\n\n\nSuhakam setuju hukuman mati mandatori dimansuhkan\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin dedah belum terima sebarang notis daripada Sanusi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBukan sahaja parti lain, malah duta asing yang sebelum ini kita jemput juga kita tidak jemput. Setakat ini itulah keputusan,\u201d katanya dalam sidang akhbar di Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)\u00a0hari ini.\n\n\nBeliau hadir bagi memberi penerangan tentang isu-isu semasa terkini negara kepada 1,309 pimpinan UMNO bahagian seluruh negeri ini.\n\n\nMenyentuh tentang program berkenaan, Ahmad memberitahu, tujuan program terbabit diadakan bagi memberi penjelasan tentang situasi semasa dan pembentukan Kerajaan Perpaduan.\n\n\n\u201cSaya harap dengan penerangan yang diberikan, seluruh pimpinan yang hadir dapat memahami situasi Kerajaan Perpaduan selain mengingatkan untuk melakukan persiapan bagi menghadapi PAU minggu hadapan.\n\n\n\u201cSelain itu, program seumpama ini juga akan diadakan di enam negeri lain yang akan berhadapan dengan PRN (Pilihan Raya Negeri) pada bila-bila masa akan datang.\n\n\n\u201cKita harap selepas PAU ini nanti seluruh jentera telah bersedia dan akan memberi tumpuan untuk menghadapi PRN pula,\u201d katanya.\n\n\nBagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO masih belum memutuskan bagaimana bentuk kerjasama yang akan dilakukan antara parti politik lain dalam Kerajaan Perpaduan bagi mengadapi PRN terbabit.\n\n\n\u201cKita sudah bekerjasama bentuk kerajaan. Kerjasama parti bagi menghadapi PRN belum diputuskan bagaimana rupa bentuknya. Parti masing-masing akan mesyuarat sendiri. Kami akan akan tumpu PRN selepas PAU.\n\n\n\u201cBagaimana kerjasama belum ada mesyuarat lagi. Kita bincangkan kemudian. Dari segi pucuk pimpinan parti belum ada mesyuarat antara BN dan parti-parti lain,\u201d katanya. \u2013\u00a0Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/pegawai-fasih-mandarin-dihantar-ke-lapangan-terbang-bantu-pelancong-china/", "title": "Pegawai fasih Mandarin dihantar ke lapangan terbang bantu pelancong China", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menempatkan pegawai-pegawai yang fasih berbahasa Mandarin di semua lapangan terbang antarabangsa di seluruh negara bagi membantu kelancaran di pintu sempadan, khususnya melibatkan pengembara dari China.\n\n\nUsaha ini akan diselaraskan bersama pihak pengurusan lapangan terbang antarabangsa seluruh negara dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memastikan ketersediaan di pintu sempadan negara, sekali gus melancarkan proses kemasukan pengembara dari China.\n\n\nMenurut Menteri MOTAC,\u00a0Datuk Seri Tiong King Sing, langkah diambil setelah mengambil kira sejumlah besar pengembara dari China yang dijangka memasuki negara selepas sempadan negara itu dibuka semula selepas tiga tahun.\n\n\n\u201cBagi menerima dan mengalu-alukan kedatangan pelancong China dengan lebih baik, MOTAC mencadangkan untuk menyediakan laluan mudah di lapangan terbang antarabangsa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUlama berperanan penting, parti jadikan agama tunggangan tidak dapat reda Allah \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\n1.75 juta kenderaan dijangka memasuki ibu negara malam ini\n\n\n\n\n\n\nGaji, upah penjawat awam akan dibincang semula\n\n\n\n\n\n\nSabah Sarawak Bukan Tanah Besar Malaysia\n\n\n\n\n\n\nJangan hanya laungkan \u2018Rahmah\u2019 dan \u2018Madani\u2019, perlu hidup bersama nadi rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni bukan sahaja untuk kelancaran tetapi juga dapat menyingkatkan proses ketibaan,\u201d jelasnya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.\n\n\nKatanya, selain mempercepat proses pemeriksaan kastam tanpa menjejaskan pengembara dari negara lain, langkah ini juga dapat \u2018menonjolkan sifat mesra Malaysia\u2019 dalam mengalu-alukan kedatangan pengembara dari China.\n\n\n\u201cPada masa sama, ia juga tetap mengambil kira tahap kesihatan dan keselamatan pengembara dari China serta menghapuskan kebimbangan pelancong asing berhubung langkah Malaysia dalam mengetatkan SOP di pintu masuk negara,\u201d ujarnya.\n\n\nBeliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Imigresen kerana bersetuju untuk memudah dan mempercepatkan proses kemasukan pengembara yang memasuki negara serta mempercepatkan proses pemeriksaan kastam.\n\n\nSebelum ini, King Sing meminta orang ramai supaya mengelakkan memberi komen negatif di media sosial berhubung kemasukan pelancong dari China susulan pembukaan semula pintu sempadan negara itu bermula 8 Januari.\n\n\nJelasnya, saranan itu bagi memelihara hubungan persahabatan antara Malaysia dan China.\n\n\nSelain Malaysia, kebanyakan negara di Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Singapura dan Thailand turut tidak menguatkuasakan sekatan terhadap pengembara dari China, seperti mana yang dilaksanakan oleh kerajaan di Eropah, Amerika Syarikat dan Jepun."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/selangor-tidak-iktiraf-kahwin-luar-negara/", "title": "Selangor tidak iktiraf kahwin luar negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pasangan memilih berkahwin di luar negara termasuk Thailand bukan sahaja boleh didenda malah bakal berdepan kesukaran selagi mereka tidak mengesahkan status perkahwinan di negara ini.\n\n\nPengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pasangan berkahwin tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri turut berdepan pelbagai risiko di masa akan datang.\n\n\n\u201cApabila mereka akad nikah di negara luar, mereka akan kena bayar denda di sini, terpaksa pergi ke mahkamah dan akan dikenakan denda untuk mendaftarkan dan mengesahkan mereka berkahwin.\n\n\n\u201cJabatan-jabatan agama Islam di sini, dari segi undang-undangnya juga tidak mengiktiraf (perkahwinan) mereka, walaupun mungkin dari segi agama adalah sah kahwin, cukup syarat dan sebagainya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKetua Menteri Dari Etnik Dayak Mampu Bawa Wajah Baru Sarawak\n\n\n\n\n\n\nMohd Shuhaily dilantik Pengarah JSJ baharu \u2013 PDRM\n\n\n\n\n\n\nSyarikat produksi diminta lunaskan janji?\n\n\n\n\n\n\nTerengganu haramkan filem `Pulau\u2019 ikut garis panduan syariah\n\n\n\n\n\n\nBeberapa wilayah Arab Saudi berdepan ribut petir\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDari segi peraturan dan undang-undang negara termasuk Selangor, jika mereka berkahwin di luar negara dan tidak didaftarkan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jadi kita tidak akan mengiktiraf mereka,\u201d katanya.\n\n\nAbdul Aziz ditemui pemberita selepas melakukan perlepasan konvoi prihatin mangsa banjir ke Terengganu dan Kelantan MAIS bersama agensi dan anak syarikat MAIS di lobi Bangunan Sultan Idris Shah di sini pada Ahad.\n\n\nHadir sama, Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar.\n\n\nDalam pada itu, Abdul Aziz berkata, anak hasil pernikahan pasangan terbabit juga akan berdepan kesukaran untuk melangsungkan perkahwinan sekiranya kedua ibu bapa mereka tidak mendaftarkan perkahwinan itu.\n\n\n\u201cMisalnya anak nak kahwin, hasil nikah (luar negara) itu, kita kena semak, sama ada perkahwinan itu ada daftar di JAIS, kalau tak ada kita tidak boleh, kena pergi mahkamah untuk mengesahkan dan mungkin akad nikah balik.\n\n\n\u201cItu sebagai contoh, atau pun dari segi urusan pembahagian harta pusaka pun tak boleh dilakukan sebab kita tidak mengiktiraf dari segi undang-undang dari segi peraturan kalau mereka kahwin di luar negara,\u201d katanya.\n\n\nBeliau menambah, pihak berkuasa agama negeri juga tidak pernah menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak yang menguruskan pakej perkahwinan di luar negara dengan dakwaan mendapat kebenaran pihaknya.\n\n\n\u201cWalaupun dalam pakej (diedarkan) tersebut tulis diiktiraf negara kita, saya tak pasti dan saya tidak fikir Selangor ada kerjasama seperti itu kerana ruang terbuka luas untuk kita yang hendak kahwin di sini,\u201d katanya. \u2013 \nSinar Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/tujuh-kertas-siasatan-berunsur-hina-agama-kaum-institusi-diraja-dibuka/", "title": "Tujuh kertas siasatan berunsur hina agama, kaum, institusi diraja dibuka", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Tujuh kertas siasatan dibuka berhubung penyebaran kandungan berunsur penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi diraja bagi tempoh 1 Disember tahun lepas hingga 6 Januari lepas.\n\n\nTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, tindakan penguatkuasaan diambil menerusi penubuhan Pasukan Khas Menangani Berita Palsu yang diwujudkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada 1 Disember tahun lepas, bertujuan memantau penyebaran berita palsu di media yang dilihat mempunyai kesan negatif terhadap sistem politik ekonomi sosial, agama dan budaya.\n\n\n\u201cTujuh kertas siasatan telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan (diserah kepada) Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya. Kesalahan melibatkan artikel berkaitan agama, kaum dan institusi diraja.\n\n\n\u201cOleh itu, kita telah bekerjasama dengan PDRM dan AGC untuk memastikan sebarang kesalahan termasuk berita palsu, ucapan kebencian berkaitan dengan tiga hal ini diambil tindakan tegas,\u201d katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri Johor hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDominic Lau sah bertanding di DUN Bayan Lepas\n\n\n\n\n\n\nMCA Minta Papan Tanda Baharu Kerana Tiada Tulisan Cina\n\n\n\n\n\n\nMi Kari Putih Penang Ah Lai, Mi Segera Perisa Ayam Special selamat dimakan\n\n\n\n\n\n\nPAS mohon ketepikan saman Mujahid isu sokong LGBT\n\n\n\n\n\n\nFasa 4 PPN, Pembukaan Ekonomi Punca Kenaikan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir Pengarah Penyiaran Johor, Ramlee Johari dan Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Johor, Nor Baizura Basri.\n\n\nNie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat akses masyarakat kepada dunia digital menerusi pelbagai platform media sosial yang tersedia pada masa kini.\n\n\n\u201cSekarang media sosial sudah menjadi platform yang diguna pakai semua orang, kita tidak boleh hentikan akses mereka dan itu bukan hasrat kerajaan.\n\n\n\u201cSebaliknya, kita mahu mendidik dan meningkatkan literasi digital supaya rakyat menjadi lebih celik digital untuk mendapatkan info sahih, khususnya melalui agensi berita tempatan seperti RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, beliau berkata, KKD bersedia mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi tempatan untuk menaik taraf mutu perkhidmatan rangkaian Internet khususnya di kawasan kampus universiti awam dan swasta di seluruh negara.\n\n\n\u201cKalau mana-mana universiti berdepan masalah rangkaian Internet, saya alu-alukan pihak universiti hubungi kami supaya kita boleh adakan mesyuarat, kami akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi agar kampus universiti ada perkhidmatan rangkaian yang bagus untuk mahasiswa.\n\n\n\u201cIni merupakan satu keperluan asas, utiliti yang diperlukan semua lapisan masyarakat khususnya mahasiswa, MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi untuk memastikan kampus mempunyai rangkaian, jadi kami akan bantu,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian mengulas laporan media semalam yang memetik Eksekutif Umum Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya 2022, Muhammad Noraiman Zulkifli sebagai berkata, masalah capaian internet di institusi pengajian tinggi masih tiada jalan penyelesaian walaupun banyak pihak mendakwa kemudahan itu kini semakin baik dan mencapai tahap memuaskan.\n\n\nTerdahulu, dalam satu temu bual bersama Johor FM hari ini menerusi program \u2018Istimewa YB Apa Cerita?\u2019 Nie Ching berkata, penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dapat membantu menyekat pengaliran keluar wang mangsa penipuan dalam talian.\n\n\n\u201cIa bertindak sebagai pusat respons setempat yang menggabungkan sumber dan kepakaran daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), PDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), MCMC, institusi-institusi perbankan serta syarikat telekomunikasi bagi menerima laporan daripada mangsa-mangsa penipuan dalam talian.\n\n\n\u201cKementerian akan memastikan kerjasama ini akan terus dijalankan dan diperkasakan bagi melindungi pengguna. Mangsa penipuan dalam talian boleh menghubungi talian bank masing-masing atau talian NSRC di talian 997 yang boleh dihubungi dari 8 pagi hingga 8 malam setiap hari, sekiranya menyedari telah menjadi mangsa scam,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/08/varian-baharu-covid-19-kraken-mula-ancam-dunia/", "title": "Varian baharu Covid-19 `Kraken\u2019 \u2013 mula ancam dunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \n\u00a0Subvarian COVID-19 baharu yang dikesan pada 2022 dilaporkan menjadi strain dominan paling pantas di Amerika Syarikat (AS).\n\n\nMenurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes membabitkan varian XBB.1.5 yang dikenali sebagai \u201cKraken\u201d itu melonjak ke seluruh AS dan turut dikesan di sekurang-kurangnya 31 negara lain, lapor \nBloomberg\n,\n\n\n\u00a0\nXBB.1.5 ialah subvarian Omicron XBB yang merupakan gabungan di antara dua strain terdahulu iaitu BA.2.75 dan BA.2.10.1.\n\n\n\u00a0\nWalaupun menyumbang hanya satu peratus daripada semua kes COVID-19 pada awal Disember, jangkaan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS menunjukkan kes terus melonjak menjelang akhir bulan, meliputi 41 peratus jumlah jangkitan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSolat sunat gerhana matahari diadakan tengah hari ini\n\n\n\n\n\n\nPAS komited dalam perjuangan, Ahmad Zahid \u2018mengkarung politik\u2019 sebenar\n\n\n\n\n\n\nMB Kelantan pegang lima portfolio Exco\n\n\n\n\n\n\nKabinet Setuju Ibadah Umrah Ditangguh Selama Sebulan\n\n\n\n\n\n\nPendengaran Mahkamah Keabsahan Sjkc, Sjkt 20 Mac 2022\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nMenurut Ketua Teknologi COVID-19 WHO, Dr Maria Van Kerkhove, angka melonjak melebihi 70 peratus di negeri-negeri di timur laut.\n\n\n\u00a0\n\u201cXBB.1.5 ialah subvarian yang mudah berjangkit yang berjaya dikesan,\u201d katanya.\n\n\nNamun, saintis dalam artikel yang diterbitkan dalam jurnal Cell baru-baru ini, memberi amaran bahawa subvarian seperti XBB.1.5 menimbulkan \u2018ancaman serius\u2019 kepada vaksin COVID-19 semasa.\n\n\nKeupayaan menular yang lebih tinggi juga bermakna lebih ramai orang berkemungkinan dijangkiti, dan dengan itu mengalami akibat yang teruk."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/09/ag-saran-teks-bm-jadi-versi-rasmi-perlembagaan-persekutuan/", "title": "AG saran teks BM jadi versi rasmi Perlembagaan Persekutuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun hari ini mencadangkan agar edisi Perlembagaan Persekutuan yang diterjemah ke Bahasa Melayu menggantikan teks asal dalam Bahasa Inggeris sebagai versi rasmi.\n\n\nBeliau berkata untuk berbuat demikian, cadangan itu memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\u201cPerlembagaan Persekutuan bertindak sebagai asas kita dalam melaksanakan dasar pengasingan kuasa.\n\n\n\u201cJusteru, bagi tahun 2023, menurut Perkara 160A Perlembagaan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara (AGC) bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah terkini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPencarum KWSP boleh mohon pinjaman bank mulai 7 April\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat projek Petronas bernilai RM399 juta di Sarawak\n\n\n\n\n\n\nKuala Langat Kembali Dilanda Banjir\n\n\n\n\n\n\nIsu arak : Exco DAP tidak perlu melatah \u2013 Fayhsal\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi dakwa tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAGC juga akan mencadangkan kepada kerajaan supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa kebangsaan menjadi teks rasmi selaras dengan Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan. Kedua-dua cadangan tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong,\u201d katanya dalam ucapan pada pembukaan Tahun Perundangan 2023 di sini hari ini.\n\n\n\n\nAntara pindaan perlembagaan bersejarah baru-baru ini ialah mengurangkan umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.\n\n\nSelain itu, Idrus berkata AGC telah mencetak semula kira-kira 100 undang-undang terutama yang berkaitan dengan pilihan raya pada 2022 sahaja.\n\n\nBeliau berkata pindaan yang berterusan kepada undang-undang sedia ada mencerminkan perubahan dan ini dilakukan bagi memastikan versi terkini tersedia untuk orang ramai.\n\n\n\u201cTeks undang-undang yang telah disemak dan dicetak semula juga boleh didapati secara dalam talian melalui Portal Perundangan Persekutuan Malaysia,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/09/jiao-zong-wajar-terima-bahasa-melayu-sebagai-identiti-negara/", "title": "Jiao Zong wajar terima Bahasa Melayu sebagai identiti negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nGabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) sedang giat menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tidak menggunakan bank soalan yang sama bagi subjek Bahasa Melayu dalam semua aliran sekolah di negara ini.\n\n\nDalam satu kenyataan lantang yang dikeluarkan oleh Jiao Zong, pihaknya tidak mahu pelajar Cina disusahkan dengan penggunaan silibus soalan Bahasa Melayu yang selaras dengan aliran sekolah kebangsaaan kerana ia akan menjejaskan fokus pelajar-pelajar terhadap bahasa Cina itu sendiri.\u00a0\n\n\nJusteru, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Siong menggesa Jiao Zong untuk menukar kembali mentaliti kuno mereka mengenai Bahasa Melayu yang hanyalah bahasa etnik dan bukannya bahasa identiti nasional negara.\n\n\nKok Siong turut menyarankan agar bantahan secara lantang dibuat oleh pelbagai pihak selain Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menghentikan permintaan yang kurang relevan daripada gabungan tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelupusan hutang RM8 bilion peneroka Felda tidak diteruskan\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor bubar secara rasmi hari ini\n\n\n\n\n\n\nIndustri filem tempatan mahu kerajaan luluskan pulangan duti hiburan 25%\n\n\n\n\n\n\nGaji penjawat awam naik boleh tingkatkan defisit negara \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nLelaki muat naik ciapan berbaur perkauman ditahan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Penganalisis Politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah turut menyarankan agar Kementerian Pelajaran (KPM) tidak tunduk kepada tekanan yang dibentuk oleh gabungan tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/09/ketua-hakim-negara-terima-ancaman-bunuh/", "title": "Ketua Hakim Negara terima ancaman bunuh", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat\u00a0mendedahkan,\u00a0terdapat ancaman bunuh terhadapnya dan tindakan menakut-nakutkan Badan Kehakiman dalam kes membabitkan tokoh politik.\n\n\nTengku Maimun berkata, cubaan menakut-nakutkan dan memberi tekanan kepada hakim yang mendengar kes berkepentingan awam menjadi semakin ketara sekitar tahun lalu.\n\n\nMalah, katanya komen-komen yang diberikan kepada kehakiman juga agak keterlaluan dan berat sebelah, selain tidak objektif dan berbaur politik.\n\n\n\u201cSaya mengharapkan bahawa masyarakat di luar sana memahami struktur proses undang-undang di negara ini sebelum mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan ketidakfahaman mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenetapan Hharga akhir tidak bergantung hanya pada kos bahan mentah\n\n\n\n\n\n\nPenempatan haram PATI seluas dua padang bola dibongkar\n\n\n\n\n\n\nMangsa penipuan pekerjaan ulangi perbuatan selepas diselamatkan\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi dakwa tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH\n\n\n\n\n\n\nPengantin Baru Perlu Jaga Aib Fokus Tanggungjawab Suami Isteri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cFahami dulu, jika masih tidak faham bertanyalah kepada orang-orang yang faham dan tidak membuat kenyataan keterlaluan,\u201d katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Tahun Perundangan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)\u00a0Putrajaya\u00a0hari ini.\n\n\nTengku Maimun berkata, tindakan menakut-nakutkan dan memberi tekanan adalah penghinaan langsung kepada Kedaulatan Undang-undang dan kebebasan kehakiman.\n\n\n\u201cAdalah tidak baik bagi sesiapa yang cuba memburukkan imej mahkamah dan mencemarkannya melalui kritikan yang tidak adil, berat sebelah hanya kerana mereka tidak menyukai keputusan tertentu,\u201d katanya.\n\n\nSelain itu, Tengku Maimun turut mengingatkan hakim-hakim supaya membuat keputusan tanpa rasa takut atau pilih kasih.\n\n\n\u201cKebebasan badan kehakiman tidak akan terjejas selagi kes diputuskan tanpa tekanan dalaman mahupun luaran.\n\n\n\u201cSelagi hakim masih berpegang teguh kepada prinsip itu, saya yakin bahawa kebebasan badan kehakiman akan terus diangkat,\u201d katanya\n\n\nBeliau turut mengingatkan bahawa hakim juga perlu membuat keputusan dan menulis penghakiman berdasarkan undang-undang dan bukan untuk mencari populariti.\n\n\n\u201cKita (hakim) menulis untuk memaklumkan orang ramai mengenai fungsi kehakiman dan bukan untuk mendapatkan persetujuan daripada sesetengah pihak.\n\n\n\u201cJika hakim memutuskan kes berdasarkan selain daripada undang-undang atau fakta, maka hakim gagal menegakkan kebebasan kehakiman dan Kedaulatan Undang-undang,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/09/lulus-dua-ruu-fokus-sidang-khas-dun-sabah-esok/", "title": "Lulus dua RUU fokus sidang khas DUN Sabah esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Persidangan khas Dewan Undangan Negeri (\nDUN)\n\u00a0Sabah akan berlangsung esok di sebalik kemelut politik yang melanda pada masa ini.\n\n\nMenteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, persidangan khas DUN itu untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan dua enakmen bagi tujuan penyelarasan di peringkat negeri.\n\n\nPersidangan itu berkaitan enakmen penyerahan kuasa mengenai pengurusan bagi mengawal selia gas serta penubuhan Suruhanjaya Tenaga Sabah yang akan mempunyai kuasa dalam pengurusan gas.\n\n\n\u201cPersidangan itu tiada kaitan dengan perkembangan politik semasa. Saya ingat bukan setiap hari orang politik bercakap pasal politik. Kadang-kadang kita harus menumpukan perhatian kepada kerja dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJambatan Bagan Datuk-Kampung Sejagop wujudkan 4,000 peluang pekerjaan\n\n\n\n\n\n\nMasyarakat India Tidak Puas Hati Sop Sambutan Thaipusam\n\n\n\n\n\n\nMajlis Raja-Raja cadang pelantikan ahli SPK tidak dibuat Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nBERSIH Mohon Sembah Tidak Bersetuju Dengan Sultan Johor.\n\n\n\n\n\n\nKabinet Sabah akan dirombak dalam masa terdekat \u2013 Hajiji\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya di sini pun baru dari pejabat sebagai tanda fokus kita adalah bekerja dan berkhidmat demi rakyat,\u201d katanya ketika ditemui di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu\u00a0hari ini.\n\n\nMenurut Masidi, diharap persidangan DUN esok berjalan lancar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan bersifat matang.\n\n\n\u201cKita hadiri persidangan DUN bagi menunaikan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat untuk mengurus dua RUU yang diharap boleh diluluskan esok. Ia berkaitan dengan memberi kuasa kepada Sabah untuk mengurus hal ehwal negeri ini sendiri,\u201d katanya.\n\n\nMenteri Kewangan II itu berkata, kedua-dua RUU itu berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerana selama ini, pengurusan bekalan elektrik di bawah Suruhanjaya Tenaga Kebangsaan dan pengurusan gas pula di bawah Petronas.\n\n\n\u201cEsok adalah permulaan untuk melihat hasih usaha rundingan antara kerajaan negeri dan Persekutuan dalam menyerahkan lebih banyak kuasa kepada Sabah sesuai dengan semangat MA63.\n\n\nDitanya mengenai pelantikan menteri baharu, Masidi berkata, setakat ini tiada perkara itu dibincangan namun, jika berlaku perubahan dalam Kabinet Negeri, ia akan diumumkan pada masa yang sesuai.\n\n\nPada 21 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan keputusan Kabinet Persekutuan untuk memindahkan kuasa kawal selia gas kepada Sabah.\u00a0\u2013 Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/09/motac-tidak-wajar-letak-pegawai-fasih-bahasa-mandarin-di-klia/", "title": "MOTAC tidak wajar letak pegawai fasih Bahasa Mandarin di KLIA", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nKeputusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk meletakkan pegawai yang fasih dalam Bahasa Mandarin di Lapangan Terbang Antarabangsa di seluruh negara bukan satu tindakan yang tepat.\n\n\nIni kerana ia hanya lebih menguntungkan pelancong dari negeri China berbanding kepentingan kesihatan seluruh rakyat Malaysia.\u00a0\n\n\n\n\nJusteru, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menggesa kerajaan untuk menghentikan idea tersebut sebaliknya lebih baik menghalang pelancong yang berisiko tinggi itu daripada memasuki negara ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n2.57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi\n\n\n\n\n\n\nBomba Siap Siaga Hadapi Gelombang Kedua Banjir\n\n\n\n\n\n\nAgensi-Agensi Minta Mesyuarat PSC Diteruskan\n\n\n\n\n\n\nDipercayai Libat Pegawai SPRM, Ditahan\n\n\n\n\n\n\nUsaha bawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan sudah dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Ketua Penerangan PUTRA Malaysia, Shahrulutfi Sharif dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi pihaknya memaklumkan, apabila kerajaan mula meletakkan pegawai yang berfasih Bahasa Mandarin, pelancong Tanah Besar China itu bakal menganggap status Malaysia adalah sebahagian daripada Wilayah China.\u00a0\n\n\nShahrulutfi turut mempertikaikan, adakah negara China akan melakukan tindakan yang sama kepada rakyat Malaysia iaitu dengan meletakkan pegawai yang fasih berbahasa Melayu di lapangan terbang antarabangsa mereka.\n\n\nJusteru, beliau turut menyarankan agar orang Melayu sedar bahawa terdapat pihak yang sengaja meminggirkan hak Perlembagaan Melayu demi menjaga periuk nasi politik mereka semata-mata.\u00a0\n\n\nSelain itu, beliau turut berkata, golongan yang menjaga kepentingan politik ini harus memahami bahawa Malaysia masih berada di bawah naungan raja-raja Melayu sebagai ketua negara dan negeri, bukannya demi mengaut keuntungan ekonomi serta wang semata-mata. \n\n\nTerdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, dengan kehadiran pegawai berkenaan bakal membantu kelancaran di pintu sempadan khusus buat pelancong dari China yang lemah berbahasa Inggeris."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/09/sesi-libat-urus-bincang-selaras-umur-kanak-kanak-kepada-18-tahun/", "title": "Sesi libat urus bincang selaras umur kanak-kanak kepada 18 tahun", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Penyelarasan umur kanak-kanak kepada 18 tahun dalam akta-akta berkaitan adalah antara isu yang dibincangkan dalam sesi libat urus berkaitan cadangan pindaan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Akta keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 (Akta 676) yang diadakan hari ini.\n\n\nSesi libat urus itu melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),\u00a0Datuk Seri Azalina Othman Said dan pihak berkepentingan berlangsung di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Kuala Lumpur.\n\n\nDalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri itu, ia memaklumkan sesi libat urus itu bertujuan untuk mendapatkan cadangan, pandangan dan maklum balas berkaitan cadangan pindaan terhadap Akta 792 dan Akta 676.\n\n\n\u201cPindaan terhadap akta yang berkaitan adalah penting bagi memastikan keberkesanan sistem pengadilan jenayah dalam mengendalikan kes kesalahan seksual yang melibatkan kanak-kanak,\u201c menurut kenyataan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar arah cetak sejuta al-Quran, reaksi tindakan biadab Paludan\n\n\n\n\n\n\nPM Jadi Menteri Kewangan, Tiada Lagi Fungsi Semak Imbang \u2013 Radzi\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan bubar DUN 1 Jun\n\n\n\n\n\n\nJHEV perlu kerjasama JRP untuk peroleh data veteran ATM\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah : Majlis Perundingan agama gesa kerajaan kaji semula enakmen negeri\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsu lain yang dibincangkan dalam sesi libat urus itu adalah cabaran yang dihadapi semasa siasatan, proses pendakwaan, perbicaraan dan pasca perbicaraan bagi kes jenayah yang melibatkan mangsa dan saksi kanak-kanak.\n\n\nIa turut membincangkan mengenai peruntukan undang-undang baharu untuk membendung eksploitasi seksual secara dalam talian terhadap kanak-kanak, pembayaran pampasan oleh tertuduh kepada mangsa, bantuan pemulihan untuk mangsa dan saksi kanak-kanak serta memperkasakan perkhidmatan pendamping guaman yang sedia ada.\n\n\nTurut dibincangkan ialah mengenai penerimaan keterangan saksi kanak-kanak oleh mahkamah tanpa keterangan sokongan.\n\n\nTurut dibincangkan ialah mengenai kewujudan elemen tanggungan keras dalam undang-undang berkaitan kesalahan seksual kanak-kanak dalam keadaan tertentu dan pemberian kuasa kepada pihak berkuasa untuk mengekstrak keterangan daripada alat digital dan komunikasi.\n\n\nKenyataan Pejabat Menteri itu menyebut kerajaan komited dalam penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai suatu badan bebas yang dapat memantau dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia.\n\n\nNamun, ia memaklumkan penubuhan suruhanjaya itu memerlukan pandangan pelbagai pemegang taruh dan juga penggubalan suatu akta.\n\n\n\u201cSebagai penyelesaian jangka masa pendek, kerajaan berhasrat untuk mewujudkan pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak di bawah Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia),\u201c menurut kenyataan itu. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/10/31600-kuota-haji-jemaah-malaysia-tahun-ini/", "title": "31,600 kuota haji Malaysia bagi musim 1444H/2023M", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan Arab Saudi meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji jemaah Malaysia bagi musim 1444H/2023M.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na\u2019im Mokhtar\u00a0berkata,\u00a0kelulusan itu diberikan Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia ketika beliau menghadiri mesyuarat bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi\u00a0semalam.\n\n\nMenurutnya, mesyuarat khas itu berlangsung dengan penuh mahabbah (taqwa, keadilan, kejujuran, amanah dan bertanggungjawab) khususnya bagi membincangkan aspek persiapan musim haji tahun ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDemokrasi Berasaskan Teknokrat Mampu Urus Tadbir Negara\n\n\n\n\n\n\nBN setuju pertahan Kerajaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nIsrael serang Gaza awal pagi Khamis\n\n\n\n\n\n\nPemuda PAS tawar `bahtera penyelamat\u2019\n\n\n\n\n\n\nPARTI PUTRA GUNA SIMBOL TANJAK MARTABAT MELAYU\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, pada mesyuarat itu,\u00a0Dr Tawfiq Fawzan juga memuji Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang baik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang perlu dijadikan contoh kepada pihak lain.\n\n\n\u201cSaya menegaskan, TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan diadakanKerajaan Arab Saudi,\u201d katanya melalui satu kenyataan hari ini.\n\n\nPada tahun lalu, Kerajaan Arab Saudi meluluskan 14,306 kuota haji Malaysia iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima dan terpakai kepada semua negara.\n\n\nJemaah haji yang dibenarkan pula adalah berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik, mempunyai sijil vaksinasi COVID-19 dan perlu mengemukakan keputusan negatif ujian calitan (PCR) dalam tempoh 72 jam daripada masa berlepas.\n\n\nMohd Na\u2019im berkata, bagi pihak Kerajaan Malaysia beliau menzahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota diberikan itu.\n\n\nKatanya, beliau yakin penilaian sudah dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi dari semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin ketika menunaikan rukun Islam yang ke lima.\n\n\n\u201cSaya memohon kepada semua umat Islam dapat bersama-sama berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan perjalanan haji tahun ini serta mendoakan pihak TH dapat menguruskan jemaah haji Malaysia dengan baik dan lancar,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/10/ceroboh-menara-118-youtuber-ditahan-polis/", "title": "Ceroboh Menara 118, YouTuber ditahan polis Mei tahun lalu", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Sekumpulan lelaki yang menceroboh Menara Merdeka 118 seperti tular dalam satu video di media sosial baru-baru ini telah ditahan pada Mei tahun lalu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).\n\n\nPNB Merdeka Ventures Sdn Berhad (PMVSB) berkata,\u00a0 insiden tersebut berlaku pada 1 Mei tahun lalu dan kesemua penceroboh telah didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan pada hari yang sama.\n\n\n\u201cKami ingin menekankan bahawa aksi ini menyalahi undang-undang dan berbahaya, sekali gus merisikokan keselamatan penceroboh dan pekerja-pekerja di tapak pembangunan.\n\n\n\u201cOleh yang demikian, kami menyelar segala perbuatan haram yang dilakukan di tapak pembangunan ini untuk meraih keuntungan komersial dan populariti secara haram,\u201d menurut PMVSB dalam satu kenyataan pada Selasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKaji Semula SOP Masjid -Pakar Epidemiologi\n\n\n\n\n\n\nWarga asing bergaduh, rakyat diingat jangan buat spekulasi sendiri\n\n\n\n\n\n\nTarik Balik Poster Papar Imej Wanita Bertudung\n\n\n\n\n\n\nFitnah Zakir Naik, Santiago mohon maaf\n\n\n\n\n\n\nNajwan tetap tercalon walaupun bersifat perkauman\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, tular satu video berdurasi selama 7 minit 18 saat yang dikongsikan kumpulan pencipta kandungan YouTube, Driftershoots mengenai pencerobohan yang mereka dilakukan\u00a0 ke atas menara tertinggi di Malaysia tersebut.\n\n\nKumpulan itu mendakwa, kejadian berlaku pada 30 Disember tahun lalu dan mereka turut memaparkan adegan meraikan kejayaan selepas menawan Menara Merdeka 118 di bilik hotel.\n\n\nSebelum itu, video tersebut menunjukkan bagaimana kumpulan berkenaan terdiri daripada sekurang-kurangnya empat individu, termasuk dua daripada mereka dikaburkan muka, menyelinap masuk ke tapak bangunan itu dengan memakai jaket seperti pekerja binaan.\n\n\nMereka kemudian memotong jaring keselamatan yang digunakan untuk menutup laluan masuk ke puncak menara sebelum memanjat bangunan itu menuju ke puncak.\n\n\nDalam pada itu, PMVS turut menegaskan bahawa tapak Menara Merdeka 118 masih aktif dengan kerja pembinaan dan syarikat itu sentiasa memberikan keutamaan terhadap tahap keselamatan.\n\n\n\u201cJusteru, PNBMV akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatannya. Menceroboh merupakan kesalahan jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang dan sesiapa yang didapati bersalah atas perbuatan ini akan dikenakan tindakan sewajarnya,\u201d lapor kenyataan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/10/kabinet-baharu-sabah-dijangka-angkat-sumpah-esok/", "title": "Kabinet baharu Sabah dijangka angkat sumpah esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Majlis angkat sumpah Kabinet baharu Sabah dijangka esok susulan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengenai rombakan Kabinet negeri sebelum ini.\n\n\nDifahamkan upacara yang diadakan di Dewan Kunjungan, Istana Seri Kinabalu itu dijadual berlangsung pada jam 10 pagi.\n\n\nSebelum ini, media difahamkan upacara angkat sumpah jawatan anggota Kabinet baharu diadakan semalam, namun upacara berkenaan dipercayai ditangguhkan berikutan kemelut politik yang belum selesai.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenaikan Harga Sayur Sehingga 100 Peratus, Namun Dijangka Bersifat Sementara\n\n\n\n\n\n\nAmah melecur badan, lebam muka dan mata didera\n\n\n\n\n\n\nKKM pantai penyakit bawaan air pascabanjir \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nKadar gaji graduan dibincang minggu depan\n\n\n\n\n\n\nSeribu akok terjual dalam sehari di bulan Ramadan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi restu kepada Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri selepas perbincangan dengan semua pemimpin Sabah berhubung kemelut yang berlaku.\n\n\nRentetan daripada itu, difahamkan tidak timbul lagi keraguan untuk Hajiji terus kekal sebagai Ketua Menteri dan memilih anggota baharu Kabinetnya.\n\n\nDifahamkan juga, majlis angkat sumpah esok membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Sabah yang dibawa masuk berikutan sokongan tujuh ADUN PH kepada Hajiji.\n\n\nMereka dijangka mengisi jawatan menteri yang kosong berikutan tindakan Barisan Nasional (BN) \u2013 UMNO Sabah menarik sokongan kepada kerajaan negeri pada minggu lalu.\n\n\nTiga portfolio utama termasuk jawatan Timbalan Ketua Menteri yang sebelum ini dipegang Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin kosong berikutan tindakan yang diketuainya itu.\n\n\nPortfolio terbabit ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang sebelum ini dipegang Timbalan Ketua UMNO Sabah yang juga ADUN Karambunai, Datuk Yakub Khan; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin (Sukau) dan Menteri Kerja Raya yang sebelum ini turut disandang Bung Moktar.\n\n\nADUN BN-UMNO yang menyokong tindakan parti itu sebelum ini turut memegang beberapa portfolio pembantu menteri, antaranya ialah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Harun Durabi; Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohd Hamsan Awang Supain.\n\n\nBagaimanapun, difahamkan, angkat sumpah esok hanya membabitkan portfolio menteri, manakala portfolio pembantu menteri dikatakan tidak berubah setakat ini.\n\n\nDifahamkan juga ADUN UMNO yang tidak menentang keputusan parti itu kekal memegang jawatan, iaitu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya; Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Jasnih Daya dan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk James Ratib.\n\n\nSekurang-kurangnya tiga daripada tujuh ADUN PH Sabah dijangka dibawa masuk ke dalam Kabinet negeri termasuk kemungkinan seorang ADUN DAP bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri bagi mengisi kekosongan kuota jawatan untuk mewakili masyarakat Cina atau bukan Bumiputera.\n\n\nKetika ini, DAP mempunyai empat ADUN iaitu Datuk Frankie Poon (Tanjung Papat), Phoong Jin Zhe (Luyang), Tan Lee Fatt (Likas) dan Jannie Lasimbang (Kapayan).Di samping itu, Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew turut dijangka diberikan portfolio dalam Kabinet negeri mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).\n\n\nChristina pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri ketika pentadbiran kerajaan Parti Warisan (WARISAN) sebelum ini.\n\n\nHanya Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai komponen PH Sabah yang tiada wakil dalam Kabinet baharu itu memandangkan parti berkenaan hanya ada seorang ADUN iaitu Datuk Ewon Benedick (Kadamaian).\n\n\nIa berikutan Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang sudah memegang portfolio Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam Kerajaan Perpaduan persekutuan.\u00a0\u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/10/kabinet-belum-bincang-laksana-semua-gst/", "title": "Kabinet belum bincang laksana semua GST", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Sebarang perbincangan berkenaan pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) masih belum diadakan di peringkat Kabinet.\n\n\nTimbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pelaksanaan cukai tersebut kepada negara juga masih tidak mempunyai sebarang keputusan.\n\n\n\u201cSaya tidak kata tidak. Yang saya kata, belum dibincangkan lagi. Tidak ada lagi perbincangan mengenai cukai seperti GST itu. Belum ada dibincangkan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditanya adakah cukai\u00a0\nGST\n\u00a0yang pernah diperkenalkan dahulu akan dilaksanakan semula.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri tak setuju 2 jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nNGO alam sekitar dakwa kelulusan projek tambak laut Pulau Pinang meragukan\n\n\n\n\n\n\nAngkuh vokalis The 1975 salahkan penganjur, mengapa undang dia?\n\n\n\n\n\n\nBN Kaji Kerjasama Dengan PAS\n\n\n\n\n\n\nKenapa Anwar tak arah polis, SPRM siasat Zahid isu LCS?\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, media melaporkan, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyarankan kerajaan agar mempertimbangkan semula pelaksanaan GST bagi memastikan ekonomi negara terus mampan dan teguh.\n\n\nNaib Presiden Muda, Zaidel Baharuddin berkata, sistem cukai GST lebih menyeluruh dan telus berbanding cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST).\n\n\nMenurutnya, ia merupakan satu sumber pendapatan kepada kerajaan yang lebih stabil dan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada cukai hasil minyak dan gas.\u00a0\u2013 Sinar Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/10/mindef-teruskan-rancangan-peroleh-18-pesawat-tempur-ringan/", "title": "Mindef teruskan rancangan peroleh 18 pesawat tempur ringan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kementerian Pertahanan (Mindef) akan meneruskan perancangan untuk memperoleh 18 pesawat tempur ringan (\nlight combat aircraft\n) yang telah diluluskan secara dasar.\n\n\n\u201cKita hendak supaya Jemaah Menteri dan Kabinet baharu ini dapat mengabsahkan apa yang diluluskan (18 pesawat tempur ringan) kabinet terdahulu.\n\n\n\u201cPerolehan pesawat tempur ringan masih kekal 18 dan kalau boleh secepat mungkin, tapi ia perlu melalui proses-proses tertentu,\u201d kata\u00a0Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan\u00a0kepada pemberita selepas melawat Pangkalan Udara Subang\u00a0di Petaling Jaya hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPPV Dibuka Semula, 9,000 Dos Penggalak AZ Diberi Setiap Hari\n\n\n\n\n\n\nKelibat Ismail Sabri tak kelihatan pada taklimat Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nJPJ atasi isu pelekat cukai jalan tidak berkualiti\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat kecoh ketika bahas usul percaya terhadap PM\n\n\n\n\n\n\nPersenda OKU Diminta Mohon Maaf\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir Ketua Setiausaha Mindef, Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.\n\n\nBeliau berkata, pihaknya juga akan melihat keutamaan dan cadangan untuk menambah aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia melibatkan peruntukan yang besar.\n\n\n\u201cKita hendak melengkapkan apa yang sepatutnya kita ada dan apa yang perlu dinaiktarafkan (pesawat),\u201d katanya.\n\n\nMengulas mengenai persiapan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA\u201923), Mohamad berkata, Mindef telah menjemput enam negara bagi menyertai pertunjukan statik dan udara.\n\n\n\u201cDua negara telah mengesahkan untuk terlibat pertunjukan berkenaan. Setakat ini, 80 peratus pempamer telah mengambil bahagian untuk menyertai LIMA\u201923 yang merupakan satu pertunjukan udara dan maritim yang terbesar. Maka kita perlu meneruskannya kerana kali terakhir ia diadakan pada 2019,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/10/suhu-politik-sabah-reda-bn-sabah-sokong-tubuh-kerajaan-perpaduan/", "title": "Suhu politik Sabah reda, BN Sabah sokong tubuh Kerajaan Perpaduan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi BN Sabah Datuk Bung Moktar Radin meredakan kemelut politik Sabah.\n\n\nHasil pertemuan itu, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyokong penuh cadangan Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang membabitkan semua parti politik di negeri itu.\n\n\nKatanya, beliau yakin menerusi Kerajaan Perpaduan ini mampu meredakan kembali suhu politik dan seterusnya menstabilkan semula politik di Sabah ketika ini.\n\n\n\u201cSaya juga berharap agar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima saranan daripada Perdana Menteri dengan hari terbuka demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBERJASA sedia kerjasama PN agenda pertahankan agama, negara\n\n\n\n\n\n\nIslam bukan lesen untuk penunggang agama capai matlamat\n\n\n\n\n\n\nMindef lancar DIPKN tahun ini, gubal akta berkaitan industri pertahanan negara\n\n\n\n\n\n\nLHDN serbu rumah Hamzah, rampas fail, dokumen pemilikan aset\n\n\n\n\n\n\nNajwan tetap tercalon walaupun bersifat perkauman\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan\u00a0hari ini.\n\n\nDalam pada itu, Bung Moktar turut berkata, majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah tidak dapat hadir dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini, berikutan perlu menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur.\n\n\nBagaimanapun, beliau bersama bersama ADUN UMNO Sabah turut menyokong penuh Rang Undang-Undang (RUU) Bekalan Gas 2023 yang akan dibentangkan dalam sidang khas terbabit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/11/exco-dap-selangor-biadab-kaitkan-isu-arak-dengan-solat-umat-islam/", "title": "Exco DAP Selangor biadab, kaitkan isu arak dengan solat umat Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Dewan Pemuda Pas Selangor (DPPS) menyifatkan kenyataan Exco Pelaburan, Perdagangan dan Industri Kecil dan Sederhana negeri, Teng Chang Khim sebagai biadab kerana mengaitkan isu arak dengan solat umat Islam.\n\n\nKetuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang itu boleh mempertahankan arak\u00a0tetapi tidak boleh memperlekehkan solat umat Islam.\n\n\n\n\n\u201cHantaran ADUN dari DAP itu menerusi akaun Facebooknya semalam sangat biadab. Dia sengaja memainkan sentimen agama dengan memperlekehkan umat Islam dan solat dengan isu arak,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRekahan Baharu Dikesan Di Tempat Kejadian\n\n\n\n\n\n\nMAQIS sita 25 tan dada ayam Thailand dengan sijil halal diragui\n\n\n\n\n\n\n\u201cKementerian jemput calon layak jadi CEO Teraju, Yayasan Peneraju\u201d \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nTumpu Isu Utama, Ambil Tindakan Terhadap Ketua Sindiket Haram\n\n\n\n\n\n\nKadar pengangguran akan turun lagi tahun depan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi hantaran itu, Chang Khim memuat\u00a0naik status, \u201cKalau kamu tak minum (arak), tapi tengok pun boleh mabuk, itu masalah kamu, bukan masalah arak. Sia-sia kamu sembahyang.\u201d\n\n\nExco itu memuatnaik status tersebut rentetan tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan bertemu dengan pihak pengurusan Sunway Carnival Mall bagi menyampaikan ketidakselesaan pengunjung Muslim.\n\n\nDalam pertemuan itu, Pas Permatang Pauh membantah sebarang penjualan atau promosi arak secara besar-besaran seperti di ruang legar utama kompleks beli belah itu.\n\n\nPenganjur bagaimanapun, menyambut baik bantahan itu dan berjanji menganjurkannya secara tertutup dalam tempoh seminggu ini, demi menjaga sensitiviti umat Islam dan masyarakat sekitar.\n\n\nMengulas lanjut, Mohamed Sukri menjelaskan, Pemuda Pas Selangor menyokong dan mempertahankan tindakan Muhammad Fawwaz tersebut kerana itulah yang dilakukan oleh DPPS selama ini.\n\n\n\u201cSelama ini, kita ambil serius isu berkaitan arak dan kes mabuk dengan cara membuat bantahan, mengkritik dan memberikan solusi.\n\n\n\u201cNampaknya, Chang Kim ini mempunyai banyak masa kosong dengan menyibukkan diri dalam isu berkaitan arak sekalipun kejadian itu berlaku di luar Selangor.\n\n\n\u201cKita tahu arak ini jelas perkara yang mendatangkan kerosakan lebih besar ditambah lagi dengan isu kemalangan jalan raya sehingga ada yang terkorban disebabkan kes mabuk,\u201d ujar beliau.\n\n\nKatanya, sebagaimana Exco itu sanggup merentas negeri dengan hantaran yang biadap lagi celupar kerana sayang sangat pada arak, DPPS juga bangkit mempertahankan Muhammad Fawwaz atas tindakannya dan akidah yang satu.\n\n\n\u201cMalunya Selangor ada YB yang celupar, biadap dan sanggup memperlekehkan solat umat Islam. Mana pergi Exco lain yang beragama Islam dalam kerajaan negeri Selangor untuk tegur perbuatan pemimpin ini?\n\n\n\u201cSudah jelas dalam banyak kali kenyataan media sama ada tulisan atau lisan sebelum ini, arak hanya lebih membawa kemudaratan sama ada moral syaksiah dan nyawa malah ekonomi negara.\n\n\n\u201cMereka yang memiliki akal yang waras pasti tidak menerima arak itu sesuatu yang membawa kebaikan yang banyak,\u201d katanya. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/11/jemaah-menteri-setuju-rci-ditubuh-siasat-buku-tommy-thomas/", "title": "Jemaah Menteri setuju tubuh RCI siasat buku Tommy Thomas", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Jemaah Menteri bersetuju mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk \nMy Story: Justice in the Wilderness \ntulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan berkata, RCI ini bertujuan untuk mencari kebenaran serta mengemukakan syor kepada kerajaan untuk reformasi institusi perundangan negara dan bukannya untuk mencari kesalahan mana-mana pihak tertentu.\n\n\n\u201cPenubuhan RCI ini adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) yang terletak di bawah bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\u201cKerajaan memandang serius terhadap dakwaan yang melibatkan pelanggaran tanggungjawab profesional suatu jawatan tertinggi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHad usia teksi, e-hailing seluruh negara dinaikkan kepada 15 tahun\n\n\n\n\n\n\nTidak wajar halang MB Kedah hadir majlis Kerajaan Persekutuan \u2013 Samsuri\n\n\n\n\n\n\nPM arah JPA bincang isu gaji penjawat awam dengan Cuepacs\n\n\n\n\n\n\nTengku Zafrul sahkan sudah dihubungi SPRM\n\n\n\n\n\n\nDPMM Gesa Kerajaan Cari Jalan Terbaik Bantu Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHal ini kerana ketelusan dan akauntabiliti adalah asas kepercayaan rakyat terhadap sistem pentadbiran keadilan (\nadministration of justice\n) dan institusi kerajaan,\u201d jelasnya.\n\n\nUntuk itu, tambah Azalina, cadangan Terma Tauliah (\nTerms of Commission\n) RCI ini akan mempunyai skop yang lebih luas dan tidak terhad kepada syor-syor yang telah dikemukakan oleh Pasukan Petugas Khas (PPK).\n\n\nAzalina turut memaklumkan, Terma Tauliah yang terperinci, keahlian dan tempoh RCI ini akan dicadangkan kemudian oleh kerajaan.\n\n\nIa merupakan syor yang dicadangkan oleh Pasukan Petugas Khas yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Fong Joo Chung dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/11/kelibat-ismail-sabri-tak-kelihatan-pada-taklimat-presiden-umno/", "title": "Kelibat Ismail Sabri tak kelihatan pada taklimat Presiden UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara pimpinan tertinggi UMNO yang tidak kelihatan dalam Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang bermula\u00a0hari ini.\n\n\nTinjauan di pentas utama Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapati, hanya dua naib presiden kelihatan hadir pada\u00a0majlis pembukaan PAU\u00a02022 itu.\n\n\nAntara Naib Presiden UMNO yang hadir itu ialah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Datuk Seri Khaled Norden.\n\n\nMedia tidak menolak kemungkinan beberapa pimpinan yang pernah menganggotai Kabinet Ismail Sabri sebelum ini turut tidak hadir dalam Majlis Taklimat Presiden itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNegara rugi RM158.08 juta pada tahun 2021\n\n\n\n\n\n\nKit Siang cuba cetuskan api perkauman\n\n\n\n\n\n\nAgong titah perhebat bendung aktiviti jenayah, sama-sama jaga kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\nPermohonan permit jual mercun dijangka meningkat\n\n\n\n\n\n\nIsu agihan kerusi PN di enam negeri selesai 95 peratus\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntaranya bekas Menteri Pertahanan. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.\n\n\nBagaimanapun, Tan Sri Noh Omar yang sebelum ini tidak dicalonkan semula sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelihatan muncul dalam majlis itu.\n\n\nKetidakhadiran beberapa pimpinan UMNO dalam pembukaan PAU\u00a02022 hari ini dipercayai melibatkan penyokong kem Ismail Sabri yang dipercayai akan mencabar jawatan utama dalam pemilihan UMNO akan datang. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/11/operasi-mencari-kru-kapal-jatuh-laut-diteruskan/", "title": "Operasi mencari kru kapal jatuh laut diteruskan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor meneruskan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan seorang kru kapal FV SHUENN MAN NO 23 yang jatuh laut di sekitar perairan Pulau Ketam pada Selasa.\n\n\nPengarahnya, Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam berkata, Operasi CARILAMAT yang dikoordinasikan Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru disambung pada hari kedua, jam 7 pagi Rabu dengan mengatur gerak bot PERKASA 36 dan dibantu oleh KD Teguh Samudera dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).\n\n\nOperasi CARILAMAT itu merangkumi keluasan 46.98 batu nautika persegi.\n\n\nMangsa Syaefullah, 27, warga Indonesia dikatakan telah jatuh laut pada 10 Januari 2023 pada jam sekitar 10.57 pagi dan dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bunuh rakyat, benar penjualan mercun \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nSekadar Beri Bantuan Tidak Dapat Atasi Kemiskinan Rakyat \u2013 Tun M\n\n\n\n\n\n\nTidak wajar halang tanding jawatan Presiden, Timbalan\n\n\n\n\n\n\nNoh mahu jadi penceramah bebas, janji cakap benar\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Tiada Hasrat Tarik Balik Kelulusan Lesen Jual Arak\n\n\n\n\n\n\n\n\nMangsa dilihat kali terakhir memakai baju berwarna hijau gelap sebelum dilaporkan hilang di laut.\n\n\nMenurutnya, operasi itu telah diaktifkan pada jam 4 petang Selasa dengan mengatur gerak bot PERKASA 36.\n\n\nDalam pada itu, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga telah ditubuhkan di Jeti Maritim Negeri Selangor.\n\n\nCuaca di lokasi hujan renyai dengan kelajuan angin sekitar 20 hingga 30 kilometer sejam.\n\n\nKapal FV SHUENN MAN NO 23 berasal dari Taiwan dan dalam perjalanan ke Pelabuhan Mauritius, Afrika."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/11/rakaman-kamera-tersembunyi-tular-sedang-disiasat-polis/", "title": "Rakaman kamera tersembunyi tular sedang disiasat Polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Rakaman kamera tersembunyi dalam bilik persalinan yang tular di media sosial baru-baru ini kini dibawah siasatan pihak polis.\n\n\nKetua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, \npihaknya telah menerima laporan polis mengenai penularan video itu jam 4.38 petang pada 9 Januari lalu.\n\n\n\u201cLaporan dibuat oleh seorang pengurus kawalan keselamatan sebuah premis di Jalan Imbi namun siasatan dan pemeriksaan mendapati kejadian itu bukan berlaku di lokasi tersebut.\n\n\n\u201cSiasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian tersebut,\u201d katanya dalam kenyataan pada Rabu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMohon Kerajaan Jangan Tangguh, SOP Umrah Diperketat \u2013 PAPUH\n\n\n\n\n\n\nUMNO Tewas DI TANGAN DAP\n\n\n\n\n\n\nPemborong Ayam Dikenakan Siasatan\n\n\n\n\n\n\nAkta FINAS dipinda elak ambil kesempatan kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nMuat turun aplikasi Saudi Visa Bio untuk urusan visa haji\n\n\n\n\n\n\n\n\nOrang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-4149917 atau Hotline Polis Kuala Lumpur (03-21159999).\n\n\nTerdahulu, kecoh di media sosial apabila beberapa tangkap layar rakaman video di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka tersebar meluas sejak malam tadi.\n\n\nDi dalam hantaran tersebut, pengguna mendakwa kejadian tersebut berlaku di sebuah butik pakaian di Kuala Lumpur."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/11/rombakan-kabinet-grs-bn-ph-bentuk-kerajaan-negeri-sabah/", "title": "Rombakan Kabinet: GRS, BN, PH bentuk Kerajaan Negeri Sabah", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah,\u00a0Datuk Seri Bung Moktar Radin digugurkan daripada Kabinet baharu Ketua Menteri Sabah,\u00a0Datuk Seri Hajiji Noor.\n\n\nBung Moktar mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah I pada 9 September 2020 dan memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.\n\n\nDalam rombakan Kabinet terbaharu,\u00a0Hajiji mengumumkan Presiden STAR,\u00a0Datuk Seri Dr. Jeffery Kitingan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Menteri Pertanian.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelesaikan masalah umat Islam dengan adil, secepat mungkin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nPM lantik 5 individu anggotai badan penasihat khas Menteri Kewangan\n\n\n\n\n\n\nPH-BN mampu Tawan Kedah, Terengganu jika strategi betul\n\n\n\n\n\n\nKelulusan Ma63 Bertepatan Dengan Kepentingan Sabah, Sarawak?\n\n\n\n\n\n\nNetizen naik angin, kecam pelancong `first world country\u2019 isi minyak murah di Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Presiden PBS,\u00a0Datuk Seri Dr. Joachim Gunasalam sebagai Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.\n\n\nAhli Dewan Undangan Negeri Tanjung Keramat (UMNO) Datuk Ir. Shahelmey Yahya sebagai Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerjaraya.\n\n\nDalam kenyataan hari ini, Hajiji berkata, rombakan Kabinet adalah perlu dan bertujuan memperkukuhkan kerajaan negeri serta bersifat inklusfi dengan memasukan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan.\n\n\n\u201cMenyedari keperluan untuk membentuk satu pentadbiran inkusif, saya telah memasukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan ke dalam Kabinet sebagai tambahan di samping wakil dari UMNO-BN dan GRS.\n\n\nAdalah penting bagi Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saya dapat berfungsi sebagai satu pasukan yang bersatu padu, dengan berkongsi aspirasi yang sama uang diina atas kepercayaan dan saling menghormati,\u201d katanya.\n\n\nMenurut beliau, Kerajaan Negeri berazam untuk mempunyai pemimpin yang beriltizam untuk bergerak sehaluan.\n\n\nPemimpin terbabit juga menghargai keperluan bagi memastikan usaha membangunkan negeri berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang ganggungan seperti yang diharapkan oleh rakyat.\n\n\n\u201cKestabilan politik adalah penting untuk mencapai matlamat ini.\n\n\n\u201cBersama satu pasukan yang kukuhkah kami akan memastikan pelaburan dinamik kerajaan negeri dapat dikekalkan, seterusnya meningkatkan keyakinan pelabur di sampaing dapat menarik lebih ramai lagi untuk datang melabur ke Sabah.\n\n\n\u201cKita perlu memastikan momentum pembangunan kita terus maju ke hadapan dan seterusnya dapat memenuhi janji-janji pilihan raya kita kepada rakyat dan negeri,\u201d katanya.\n\n\nTurut dilantik adalah Datuk Seri Masidi Manjun sebagai Menteri Kewangan, Datuk Jahid Jadim sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Mohd. Ariffin Mohd. Arif sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.\n\n\nDatuk Ellron Angin sebagai menteri Belia dan Sukan, Datuk James Ratib (BN) sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahreraan Rakyat, Datuk Liew Chin Jin (PKR) sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Phoong Jin Zhe (DAP) sebagai Menteri Pembangunan Perindusrian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/11/zahid-dedah-identiti-10-ahli-parlimen-bn-sokong-muhyiddin-jadi-pm/", "title": "Ahmad Zahid dedah identiti 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi\u00a0mendedahkan 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk daripada UMNO yang menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nPendedahan itu dibuat Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika berucap pada sesi taklimat khas Presiden UMNO yang diadakan secara tertutup sempena Persidangan Agung UMNO\u00a0(PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nSumber pemimpin parti itu ketika ditemui memaklumkan, Ahmad Zahid memperincikan kawasan diwakili Ahli Parlimen berkenaan tanpa menyebut nama mereka, dengan empat daripadanya dari Johor.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi 3 Syawal, 6 maut kereta bertembung\n\n\n\n\n\n\nRamasamy letak semua jawatan, umum keluar DAP\n\n\n\n\n\n\nKaji semula tempoh masa jemaah haji di Tanah Suci\n\n\n\n\n\n\nUMNO Kubu Kuat Di Melaka\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap MB Kedah bukan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAhli Parlimen ini adalah mereka yang menyokong Muhyiddin ketika kemelut pembentukan kerajaan tercetus selepas PRU-15 lalu.\n\n\nMelalui taklimat sama juga,\u00a0Ahmad Zahid mendedahkan cubaan pihak tertentu yang mahu mendesaknya supaya berundur daripada Pengerusi BN, namun gerakan itu berjaya dihalang.\n\n\nSementara itu, sumber menyatakan, Ahmad Zahid menjelaskan wujud cadangan untuk UMNO menyertai blok pembangkang selepas PRU15, namun pertimbangan itu sukar dipersetujui memandangkan UMNO perlu memilih antara PN atau PH.\n\n\n\u201cPresiden (Ahmad Zahid) jelaskan, keputusan menyertai Kerajaan Campuran bukan dibuat olehnya, sebaliknya dipersetujui oleh pemimpin utama BN ketika mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\n\u201cSyarat ditetapkan UMNO ketika mengadakan rundingan dengan PH adalah kerajaan yang dibentuk mestilah Kerajaan Campuran bukannya kerajaan PH, sebelum ia dipersetujui pemimpin PH,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika ditemui selepas sesi khas itu memaklumkan, kunci utama taklimat disampaikan Ahmad Zahid semalam adalah menekankan supaya tiada pengkhianatan dalam perjuangan parti.\n\n\n\u201cSalah satu perkara yang Presiden (Ahmad Zahid) tekankan bahawa dia tidak mahu dalam UMNO berlaku pengkhianatan dalam parti.\n\n\n\u201cMaknanya waktu bila kita pergi pertandingan (pilihan raya), (ahli) parti yang datang daripada UMNO juga menyokong parti lain\u2026\u00a0itu maksud dia, jangan ada pengkhianatan dalam perjuangan parti UMNO,\u201d katanya.\n\n\nTaklimat bermula 3 petang itu berlangsung dua jam dengan dihadiri kira-kira 3,000 perwakilan UMNO dari seluruh negara.\n\n\nDalam pada itu, Pengerusi BN dan UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said berkata, UMNO percaya demi masa depan parti, penyatuan bersama PH serta pembersihan parti perlu dilakukan daripada mereka yang mensabotaj UMNO dan BN dalam PRU15 lalu atas pelbagai alasan.\n\n\n\u201cMelalui penyatuan (dalam Kerajaan Perpaduan) dan pembersihan, selain hala tuju baharu parti, ia boleh mengukuhkan kembali UMNO dan BN untuk bersaing dalam PRU akan datang,\u201d katanya.\u00a0\u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/12/10219/", "title": "Asyraf Wajdi tidak pertahan jawatan beri laluan muka baharu", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki secara rasmi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya ketika ini dalam pemilihan parti akan datang.\n\n\nBeliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi laluan kepada muka baharu dalam menerajui kepimpinan parti.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Asyraf Wajdi, kepimpinan baharu diyakini mampu memastikan Pemuda UMNO bangkit semula dan bergerak lebih kuat bagi mengukuhkan parti Melayu itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita kena lihat bagaimana nak bangkit semula daripada apa yang berlaku, sebab itu saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mempertahankan jawatan saya selaku Ketua Pemuda UMNO.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya mengambil tanggungjawab ini untuk pastikan bahtera kita akan kembali kuat dan dinakhodai oleh orang baharu yang boleh membawa idea segar dan baharu, katanya.\n\n\n\u201cTetapi satu perkara saya minta tolong, kita adalah Pemuda yang sama-sama menyaksikan dan merasai susah payah dalam perjuangan ini,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menggulung ucapan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMinyak masak botol juga ada subsidi RM5\n\n\n\n\n\n\nRibut petir, hujan dijangka berlaku tiga hari di seluruh negara \u2013 MetMalaysia\n\n\n\n\n\n\nKelantan dianaktiri: Anwar dakwa Syahir terkhilaf, hujah tanpa fakta\n\n\n\n\n\n\nPN Namakan Mas Ermieyati Calon Ketua Menteri Melaka\n\n\n\n\n\n\nPN tidak mampu tawan Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Pemilihan UMNO 2018, Asyraf Wajdi memenangi pemilihan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bagi penggal 2018-2021.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada pemilihan tersebut, Asyraf Wajdi mendapat 65 undi, diikuti Senator Khairul Azwan Harun (62), Mohd Shahar Abdullah (51) dan hanya dua undi untuk Datuk Seri Jamal Yunos. \u2013 SINAR"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/12/ahli-mkt-umno-tawar-diri-bertanding-jawatan-ketua-pemuda/", "title": "Ahli MKT UMNO tawar diri bertanding jawatan Ketua Pemuda", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Khamis \u2013\u00a0 Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Arman Azha Abu Hanifah mengesahkan dirinya untuk bertanding\u00a0 jawatan Ketua Pemuda.\n\n\nBeliau menyatakan kesanggupannya untuk bertanding kerana mahu mengembalikan taring yang digeruni oleh pelbagai pihak kepada Pemuda Umno seperti yang pernah dinikmati parti terbabit suatu ketika dulu.\n\n\n\u201cBetullah tu, memang saya nak bertanding,\u201d\n\n\nBeliau mengesahkannya kepada portal \nMalaysiakini\n ketika ditemui di persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Kuala Lumpur pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFestival Good Vibes dibatalkan serta-merta\n\n\n\n\n\n\n6,000 serbu pejabat Tesla Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPDRM Serah Mahkamah Semak Keputusan\n\n\n\n\n\n\nNasib Khairy dan pengkhianat UMNO diketahui esok\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin dedah belum terima sebarang notis daripada Sanusi\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk rekod Pemuda Umno kini diketuai Asyraf Wajid Dusuki.\n\n\nUmno akan mengadakan pemilihan seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan parti itu sebelum 19 Mei.\n\n\n\n\n\n\n\n\nAsalnya pemilihan parti perlu diadakan pada tahun lalu namun Umno mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menangguhkan proses tersebut bagi memberi tumpuan kepada PRU ke-15.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPermintaan tersebut akhirnya dibenarkan oleh ROS.\n\n\nArman Azha berkata semua pihak perlu memahami bahawa Umno ialah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, justeru pertandingan memang terbuka.\n\n\nArman yang sebelum ini dilantik menjadi senator turut memetik nama seorang tokoh politik Umno Selangor, Allahyarham Harun Idris, sebagai contoh pemimpin pemuda yang diharapkan.\u00a0 Harun pernah mengetuai Pemuda Umno Malaysia di antara 1971 dan 1976.\u00a0 Beliau juga merupakan bekas menteri besar Selangor.\n\n\nKata Arman Azha suatu ketika dulu Pemuda Umno digeruni lawan sebagai sebuah organisasi yang berani mempertahankan parti dan pemimpinnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cApa yang perlu hari ini ialah semangat Datuk Harun itu perlu dikembalikan. Semangat perjuangan Datuk Harun itu perlu kita tiupkan dalam Pemuda Umno bagi mengembalikan kegerunan orang ramai kepada parti,\u201d\u00a0\n\n\nPada masa sama Arman Azha menyedari langkahnya itu bergantung kepada penerimaan dan pencalonan daripada ahli parti.\n\n\n\u201cSama ada saya dapat menawarkan diri atau tidak, terserah kepada perwakilan (untuk membuat pencalonan). Jika mereka menganggap saya layak, saya sentiasa terbuka (untuk menerika pencalonan tersebut),\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/12/aman-palestin-sampaikan-bantuan-redakan-krisis-kebuluran-pelarian/", "title": "Aman Palestin sampaikan bantuan, redakan krisis kebuluran pelarian", "body": "0\n\n\nBEIRUT, Khamis \u2013 Negara Lubnan telah diistiharkan muflis pada April 2022, memberi kesan besar kepada penduduk termasuk pelarian yang ada di Lubnan.\n\n\nLubnan merekodkan satu per tiga pelarian terdiri daripada pelarian Syria seramai 1.5 juta orang dan pelarian Palestin seramai setengah juta.\n\n\nKanak-kanak pelarian Syria di Akkar, Lubnan\n\n\nKrisis ekonomi yang melanda Lubnan dan kesan perang yang berlaku di antara Ukrain dan Rusia menyebabkan berlaku kekurangan bekalan makanan dan kos yang meningkat untuk mendapatkan keperluan asas.\n\n\nSehubungan itu Aman Palestin hadir menyalurkan sumbangan dalam Misi Bantuan Musim Sejuk sebanyak 167 ribu USD kepada pelarian Syria dan Palestin di Lubnan meskipun jumlah yang diperoleh bantuan tidak sama seperti sebelum ini.\n\n\nAman Palestin menyampaikan pek kotak makanan kepada pelarian Syria di Akkar, Lubnan\n\n\n\u201cKrisis ekonomi di Lubnan menyebabkan kotak-kotak makanan ini kalau sebelum ini nilai 1 kotak 25 usd sekarang ni tetap 5 usd dolar tapi kandungannya berkurangan jadi harga meningkat 25 peratus inilah kegawatan yang berlaku di Lubnan sekali gus memberikan tekanan pada pelarian di sini untuk mendapatkan bantuan bekalan.\u201d kata Ketua Misi bantuan Musim Sejuk Pelarian Syria Di Lubnan, Ustaz Ismail Juffri\n\n\nTambahnya, selain makanan misi kali ini berfokus kepada bantuan pakaian musim sejuk, minyak pemanas, bantuan klinikal dan bantuan fisioterapi.\n\n\nKetua Misi bantuan Musim Sejuk Pelarian Syria Di Lubnan, Ustaz Ismail Juffri\n\n\nMenurut Ustaz Ismail, misi kali ini diadakan selama 11 hari bagi memastikan sumbangan yang disampaikan rakyat Malaysia benar-benar sampai kepada pelarian Syria dan Lubnan bagi mereka yang amat memerlukan.\n\n\n\u201cPada misi kali ini kita akan smapaikan sumbangan bernilai 167 uSD kepada pelarian Syria dan Palestin yang berada di Lubnan dan kami berada di sini selama 11 hari untuk memastikan segala sumbangan yang diberikan para penyumbang di Malaysia yang telah mengamanahkan Aman Palestin. Jadi kita akan pastikan sumbangan akan selamat sampai kepada penerimanya.\u201d kata Ketua Misi bantuan Musim Sejuk Pelarian Syria Di Lubnan, Ustaz Ismail Juffri\n\n\nDi kem Manfal dan Abu Sheikh, Akkar Lubnan sebanyak 200 kotak makanan berjaya diagihkan kepada pelarian Syria yang menetap di sini.\n\n\nBantuan seterusnya akan diberikan kepada beberapa kem pelarian di Akkar, nanti laporan seterusnya.\n\n\nOrang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui Bantuan Musim Sejuk Palestin Syria dan Yaman di akaun Maybank Aman Palestin atau ke akaun tabung Aman Palestin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/12/kerajaan-perlu-ubah-dasar-benarkan-kru-kabin-bertudung/", "title": "Kerajaan perlu ubah dasar, benarkan kru kabin bertudung", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nKetua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia,\u00a0 ISMA, Dr Suriani Sudi menggesa kerajaan untuk mengubah dasar kod pemakaian seragam syarikat penerbangan\u00a0 bagi membolehkan pramugari muslim memakai tudung atau tunik ketika menjalankan tugas mereka di penerbangan.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nSehubungan itu, Dr Suriani tampil berkata, dimana letaknya maruah negara ini yang merupakan sebuah negara Islam lantas menegaskan kerajaan wajar membentuk tindakan yang sama seperti British Airways.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTambang bas sekolah: Ibu bapa rayu kerajaan tanggung 5 peratus\n\n\n\n\n\n\nJacinda Ardern dilantik utusan khas tangani keganasan di New Zealand\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik wanita ditemukan lemas ketika mandi di pantai Port Dickson\n\n\n\n\n\n\nPerarakan Hari Wanita sekadar boneka, sebar mesej budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nFadhlina sangkal dakwaan Bee Yin\n\n\n\n\n\n\n\n\nKod pemakaian yang tidak tertutup ini menyebabkan sesetengah wanita muslim di negara ini terpaksa membuka tudung ketika bekerja malah terpaksa menarik diri daripada terlibat dengan kerjaya berkenaan.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nBritish Airways\u00a0 memperkenalkan pakaian seragam baharu buat kakitangan serta pramugari bertudung.\n\n\nTerdahulu,tular di media sosial, sebuah syarikat penerbangan British Airways telah memberi kebebasan kod pemakaian seragam mereka buat kakitangan yang bertudung buat pertama kali setelah tempoh 20 tahun. \n\n\n\u00a0\n\n\nSyarikat itu, mula memperkenalkan pakaian seragam baharu dengan menyertakan pilihan tunik mahupun tudung buat kru kabin wanita serta pemilihan pakaian gaun, skirt atau seluar dan bukans sekadar \u201cjumpsuit\u201d."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/12/kj-gesa-jangan-matikan-demokrasi-dalam-umno/", "title": "KJ gesa `jangan matikan\u2019 demokrasi dalam UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nJangan matikan demokrasi, buka ruang pertandingan.\u00a0\n\n\nTimbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin mengungkapkan\u00a0 perkataan itu dengan menyifatkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi\u00a0 seorang pejuang dan tidak gentar menghadapi saingan\u00a0 sekiranya kedudukan sebagai presiden dicabar dalam pemilihan parti.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIbu bapa berlainan agama boleh jaga anak beragama Islam\n\n\n\n\n\n\nGenting Hong Kong Tidak Mampu Bayar Hutang 3 Bank Malaysia\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah Puji Usaha Koordinasi Sukarelawan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nRM600,000 paras simpanan ideal untuk hidup selesa selepas bersara\n\n\n\n\n\n\nSurat Tommy kepada kumpulan Sulu tidak dapat persetujuan Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\nKhairy, dalam satu kenyataan yang dimuat naik melalui instagram beliau menyebut \u201chentikan kegilaan ini dan saya rasa presiden seorang pejuang yang tidak gentar dengan cabaran.\u201d\n\n\nKenyataannya itu dipercayai bagi mengulas tindakan 140\u00a0 Ketua UMNO bahagaian yang mengumumkan sokongan supaya dua jawatan utama parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan yang akan diadakan sebelum 19 Mei depan.\n\n\nJusteru, Khairy berkata UMNO seharusnya membuka ruang untuk jawatan presiden\u00a0 dipertandingkan bagi mengekalkan demokrasi dalam parti politik Melayu berkenaan.\n\n\nPengerusi Solidariti Ketua-Ketua Bahagian UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah, yang mengetuai kumpulan itu berkata, ia sebagai persediaan menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN), sekali gus memerlukan solidariti semua pihak bagi menyokong kepemimpinan Ahmad Zahid.\n\n\nSebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah memaklumkan beliau sedia dicabar sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memegang jawatan nombor satu parti itu pada pemilihan parti akan datang.\n\n\nTimbalan Ketua UMNO Rembau, Khairy Jamaluddin berjabat tangan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 hari ini. Gambar oleh Mukhriz Hazim, Malaysiakini\n\n\nTegas Ahmad Zahid, sebelum ini beliau juga pernah dicabar dalam pemilihan pada 2018, namun kedua-dua pencabarnya gagal memperoleh undi yang banyak.\n\n\nPada Pemilihan UMNO 2018, Ahmad Zahid diangkat sebagai Presiden selepas Datuk Seri Najib Razak melepaskan kedudukan itu dan mengalahkan pencabarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/12/sprm-tahan-enam-individu-lima-antaranya-penjawat-awam/", "title": "SPRM tahan enam individu, lima antaranya penjawat awam", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nSuruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), memberkas enam individu termasuk lima penjawat awam di sebuah jabatan di Tawau, Sabah\u00a0 pada malam tadi.\u00a0\n\n\nAntara suspek yang terlibat, disyaki menjadi orang tengah yang bertindak\u00a0 meminta wang rasuah kira-kira RM20,000 daripada seorang individu.\u00a0\n\n\n\n\nBerdasarkan sumber, sogokan yang diterima itu adalah untuk mengelakkan salah satu anak suspek yang terlibat tidak dikenakan tindakan ke atasnya berhubung kesalahan menyimpan kira-kira 100 kotak minyak masak yang bersubsidi disyaki untuk diseludup ke luar negara.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO dipecat sedang giat memasarkan diri \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nBekas Dekan Sebaran Am ITM, Dr Bukhori Ismail meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nBot Jabatan Perikanan Johor bersama 4 kru dilapor hilang\n\n\n\n\n\n\nSelamat tinggal UMNO \u2013 Tun Abdul Hamid\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Mahkamah, Tetapi Menteri, Ahli Politik & Penguatkuasa \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\nSemua suspek berusia antara 29 dan 50 tahun ditahan pegawai SPRM selepas menerima sebahagian daripada wang rasuah iaitu sebanyak kira-kira RM5,000 daripada orang awam berkenaan. \u201d \u2013\n\u00a0DATUK S KARUNANITHY/ Pengarah SPRM Sabah\n\n\nDalam pada itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy turut mengesahkan tangkapan berkenaan dan menyatakan semua suspek yang berusia antara 29 dan 50 tahun ditahan pegawai SPRM selepas menerima sebahagian daripada wang rasuah iaitu sebanyak kira-kira RM 5,000 daripada orang awam berkenaan.\u00a0\n\n\nBerikutan itu, beliau turut memaklumkan kes berkenaan bakal disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.\u00a0\n\n\nSemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Tawau untuk proses permohonan reman pada Khamis untuk tujuan siasatan lanjut dijalankan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/12/umno-pilih-dap-sebab-tidak-berpura-pura-setiakawan-tok-mat/", "title": "UMNO pilih DAP sebab tidak berpura-pura setiakawan \u2013 Tok Mat", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nUMNO menjalinkan kerjasama dengan DAP pada pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana parti berkenaan tidak lagi bermuka-muka dalam setia kawan.\u00a0\n\n\nItu penjelasan diberikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang tampil ke depan menyatakan\u00a0 sekiranya UMNO bersama dengan Perikatan Nasional, ia hanya akan menimbulkan kesukaran dalam libat urus negara dan segala bentuk perbezaan diantara mereka pada masa akan datang.\u00a0\n\n\nSelain itu, Mohamad Hasan turut menyifatkan DAP merupakan parti yang tidak bermuka-muka dalam mengenai setia kawan dan menyatakan\u00a0 kedua parti berkenaan amat memahami pendirian parti masing-masing sehingga tidak perlu berpura-pura lagi.\u00a0\n\n\n\u201cKita memang kenal pendirian mereka (DAP). Mereka juga faham pendirian kita. Mereka tidak bermuka-muka dan berpura-pura setia kawan. Setia kawan macam kawan kita, mereka tidak berpura-pura senang kita hendak pendirian mereka, \u00a0 Kita pula\u00a0 tidak perlu berpura-pura, jadi kita duduk yang tidak akan berpura-pura,\u201d \u2013 \nDATUK SERI MOHAMAD HASAN / Timbalan Presiden UMNO\n\n\nBeliau berkata demikian, ketika berucap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam tadi.\n\n\nTimbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi ucapan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022.\n\n\nSementara itu, beliau yang juga ahli Parlimen Rembau, menyatakan pihaknya sedar akan identiti DAP yang sebenar, dengan itu mereka akan membuat pilihan yang sesuai bagi membolehkan libat urus perbezaan antara kedua parti itu terbentuk.\u00a0\n\n\n\u201cKita tahu siapa itu DAP. Kita\u00a0 tahu siapa itu PKR dan AMANAH. Maka kita membuat keputusan, berdasarkan pilihan paling sesuai, untuk membolehkan kita mengurus perbezaan pada ketika itu\u201d, ujarnya lagi.\n\n\nTerdahulu, beliau turut menjelaskan pilihan UMNO untuk bersama dengan Pakatan Harapan (PH) bakal menjadikan UMNO antara parti yang mewakili kepentingan orang Melayu dalam kerajaan campuran ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/13/10231/", "title": "Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda failkan rayuan", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI,\u00a0 Jumaat \u2013\u00a0 Mahkamah Tinggi Shah Alam\u00a0 pada Khamis\u00a0 mendengar saman keluarga wanita warga Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu.\n\n\nMahkamah diberitahu bahawa tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan supaya bekas anggota polis Sirul Azhar Umar mengeluarkan senjata api dari tempat simpanan di Bukit Aman pada 2006.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSupt Tonny Anak Lunggan, 42, pegawai penyiasat dalam kes bunuh wanita itu berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh Peguam Kanan Persekutuan Zetty Zurina Kamarudin pada prosiding kes saman RM100 juta difailkan bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev Shaariibuu dan keluarganya terhadap dua bekas anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar, penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda serta kerajaan Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cYa, saya setuju tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan untuk Sirul Azhar mengeluarkan senjata itu,\u201d kata saksi ke-26 berkenaan.\n\n\n\n\n\n\nDalam pernyataan saksinya, Tonny berkata senjata bernombor siri S98756 berdaftar di dalam Buku Daftar Keluar dan Masuk Senjata, tertulis pangkat Koperal 125591, nombor polis Sirul Azhar dan jenis senjata yang tertulis di ruangan buku daftar itu adalah jenis MP 5 (S).\n\n\n\n\nBerdasarkan buku daftar itu, Tonny berkata senjata yang sama telah dikeluarkan pada 4 Okt 2006 dan dikembalikan pada 8.15 pagi, 30 Okt tahun sama serta ia dinyatakan di ruangan \u2018masuk\u2019 buku daftar itu.\n\n\nTonny, yang kini bertugas di Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang Bukit Aman, bersetuju dengan cadangan Zetty Zurina bahawa tiada mana-mana rakaman percakapan saksi yang menyatakan Sirul Azhar dan Azilah terlibat di dalam tugas khas dan sulit pada 2006 dan tiada arahan daripada mana-mana pegawai atasan bahawa mereka terlibat dalam tugas berkenaan.\n\n\nKepada soalan peguam Manjeet Singh Dhillon, saksi itu menafikan bahawa beliau hanya membuat anggapan berhubung penglibatan Razak Baginda (Abdul Razak) berkenaan kematian Altantuya.\n\n\nDisoal semula oleh peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, saksi itu bagaimanapun menjelaskan cadangan untuk menuduh Razak Baginda atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya dibuat selepas siasatan secara menyeluruh dijalankan.\n\n\n\u201cIa (pertuduhan subahat membunuh) dibuat berdasarkan bukti yang diperoleh melalui rakaman percakapan saksi-saksi dan keterangan pakar. Selepas itu, baru boleh dirumuskan sedemikian. Ia bukannya dibuat berdasarkan andaian,\u201d jelas Tonny.\n\n\nPada 4 Jun 2007, ibu bapa Altantuya, Dr Shaariibuu dan isterinya, Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelaki mereka, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman RM100 juta terhadap Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak serta kerajaan Malaysia.\n\n\nBagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga kemudian dikeluarkan daripada senarai plaintif apabila dia meninggal dunia pada 2017.\n\n\nDalam pernyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa kematian Altantuya mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.\n\n\nPerbicaraan di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera bersambung esok.\u00a0\u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/13/10251/", "title": "Korek agenda buku Thommy Thomas ke lubang cacing \u2013 Zahid", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 UMNO menuntut supaya segala maklumat dan agenda sulit terkandung dalam buku\u00a0 ` My Story : Justice in the Wilderness\u00a0 yang ditulis oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dikorek sehingga ke lubang cacing.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPresidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyerahkan tanggungjawab itu kepada Datuk Seri Azalina Othman Said merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) untuk berbuat demikian.\n\n\n\u201cKita menuntut semua maklumat yang selama ini tersirat oleh penulis buku itu mesti didedahkan, segala maklumat, dokumen dan agenda sulit mesti dikorek sehingga ke lubang cacing.\u201d\n\n\n\u201cAzalina, ini tanggungjawab anda. Kalau anda gagal, anda gagalkan UMNO keseluruhannya. Kalau berjaya, UMNO akan memberi sesuatu yang cukup baik untuk saudari,\u201d kata Zahid.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur pada Jumaat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJemaah Menteri sebelum ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti secara menyeluruh Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas Dakwaan Dalam Buku Bertajuk \u2018My Story: Justice in the Wilderness\u2019.\n\n\n\n\nAzalina dilaporkan berkata, penubuhan itu selaras Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, mengikut bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.\n\n\nPenubuhan RCI itu, katanya, bertujuan mencari kebenaran serta mengemuka syor kepada kerajaan bagi reformasi institusi perundangan, bukannya untuk mencari kesalahan mana-mana pihak.\n\n\nMengulas lanjut mengenai RCI itu, Ahmad Zahid, merakamkan penghargaan kepada Kabinet kerana meluluskan penubuhan suruhanjaya terbabit.\n\n\nDalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Azalina yang disifatkannya sebagai \u2018Iron Lady\u2019 UMNO.\n\n\n\u201cIron Lady kita pula, Azalina, dalam agenda pembaharuan institusi ia perlu dilakukan segera dan beliau sudah melakukannya, tahniah. Kita berjaya dalam membawa akta anti lompat parti.\u201d\n\n\n\u201cBeberapa pembaharuan institusi lain pula perlu diteruskan pada kadar segera termasuk pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya,\u201d katanya. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/13/10295/", "title": "Keputusan status Islam, pengiktirafan terhadap Mahkamah Syariah", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Majlis Agama Islam Selangor, MAIS, menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya berkaitan kes melibatkan wanita berusia 37 tahun yang merupakan responden dalam prosiding berkaitan status agama Islam, pada Jumaat.\n\n\nKeputusan mahkamah membenarkan rayuan MAIS, dan Kerajaan Selangor berkaitan status agama Islam\u00a0 wanita berkenaan\u00a0 disifatkan sebagai pengukuhan pengiktirafan kuasa Mahkamah Syariah dalam sistem perundangan negara.\n\n\nPengerusi MAIS,\u00a0 Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof, ibu responden mendaftarkan pengislaman itu ketika dia masih kecil dan perakuan memeluk Islam dikeluarkan pada 17 Mei 1991.\n\n\n\u201cMahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 20 Julai 2017 memuktamadkan wanita yang didaftarkan sebagai mualaf itu satu keputusan yang mengikat responden.\n\n\n\u201cResponden kemudian memfailkan permohonan pengisytiharan bahawa dia bukan seorang Islam di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan namun ditolak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan seleweng wang zakat MAINS, SPRM kaji semula siasatan\n\n\n\n\n\n\nAUKU dijangka dipinda hujung tahun ini\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tidak kompromi isu provokasi agama, tak halang protes\n\n\n\n\n\n\n306 Sampel Kes Positif Mungkin Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\nKemeriahan Sambutan Hari Malaysia 2021\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada tahun 2021, wanita itu merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan namun turut ditolak dan mengekalkan keputusan terdahulu,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau\u00a0 dalam satu kenyataan menambah, Mahkamah Rayuan turut bersetuju bahawa cabaran terhadap keputusan Mahkamah Syariah itu ke Mahkamah Tinggi Sivil bersifat \u2018res judicata\u2019 dan penyalahgunaan proses mahkamah.\n\n\n\u201cSelain itu, Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam diputuskan tidak boleh mengubah keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan. Perkara itu bercanggah dengan Perkara 121(1) Perlembagaan Persekutuan dan responden kekal sebagai seorang yang beragama Islam,\u201d ujarnya.\n\n\nJusteru, kata Abdul Aziz lagi, MAIS menasihatkan rakyat supaya tidak menyalahgunakan proses mahkamah dan sentiasa menghormati kedudukan Mahkamah Syariah sebagai institusi keadilan.\n\n\nTerdahulu, MAIS dan kerajaan Selangor berjaya dalam rayuan untuk mengembalikan status agama Islam wanita itu dengan keputusan majoriti 2-1, panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Yaacob Md. Sam membenarkan rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama.\n\n\nKeputusan majoriti itu disampaikan secara dalam talian daripada Yaacob dan Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali, namun Datuk P. Ravinthran memberikan penghakiman bertentangan.\n\n\nMohd. Nazlan berkata, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah memutuskan wanita itu masih beragama Islam dan ia adalah kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.\n\n\nMAIS diwakili Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Majdah Muda manakala kerajaan negeri diwakili Datuk Salim Soib dan Husna Abd Halim."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/13/exco-dap-cuba-semarakkan-islamofobia-biadap-haji-amin/", "title": "Exco DAP cuba semarakkan Islamofobia, biadap \u2013 Haji Amin", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nExco Pelaburan, Perdagangan dan Industri Kecil dan Sederhana Selangor,\u00a0 Datuk Teng Chang Kim didakwa cuba menyemarakkan Islamofobia apabila \nmengaitkan isu arak dengan solat umat Islam baru-baru ini.\n\n\nTimbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Aminuddin Yahaya berkata,\u00a0 tindakan Chang Kim itu disifatkan sebagai satu perkara yang biadab.\n\n\n\u201cSebagai bukan Islam, tidakkah beliau sedar bahawa arak memang merosakkan keluarga, masyarakat dan negara? Sudah tentu perkara yang merosakkan sebegini tidak patut dipromosikan besar-besaran ala-ala karnival secara terbuka di ruangan awam seperti ruang legar kompleks membeli belah,\u201d katanya.\n\n\nTambah beliau, perkara itu tidak susah untuk difahami bukan Islam melainkan hati Exco DAP itu memang pekat dengan kebencian dan Islamofobia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTawar Pendidikan Islam Syarat SJK Dapat Dana Kerajaan \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nTiada wawasan akhirat jika bersara atas faktor usia \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nNik Razi, adik Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nBongkah batu halang laluan diangkat menjelang 2024, jalan dilebarkan\n\n\n\n\n\n\nLoh Siew Hong gagal batal pertukaran agama anak kepada Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi kenyataan rasminya di Facebook, Aminuddin juga kesal apabila tiada tindakan tegas diambil ke atas Chang Kim sehingga kini.\n\n\nBeliau secara sinis mengakui kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa DAP tidak bermuka-muka.\n\n\n\u201cBenarlah kata Tok Mat dalam PAU semalam. Katanya UMNO pilih berkawan dengan DAP sebab DAP tak bermuka-muka dan berpura-pura.\n\n\n\u201cInilah contoh jelas agaknya, kalau dia Islamofobia, dia terus tunjuk.\n\n\n\u201cOrang Melayu janganlah terpedaya dengan \u2018kempen\u2019 suci menyuci DAP,\u201d katanya menerusi kenyataan tersebut.\n\n\n\n\nBaru-baru ini, Chang Kim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baru Klang memuatnaik status di Facebook menyatakan, \u201cKalau kamu tak minum (arak), tapi tengok pun boleh mabuk, itu masalah kamu, bukan masalah arak. Sia-sia kamu sembahyang\u201d.\n\n\nKenyataan itu susulan tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan bertemu dengan pihak pengurusan Sunway Carnival Mall bagi menyampaikan ketidakselesaan pengunjung muslim.\n\n\nDalam pertemuan itu, Fawwaz membantah sebarang penjualan atau promosi arak secara besar-besaran seperti di ruang legar utama kompleks beli belah berkenaan.\n\n\nBagaimanapun, Chang Kim memadam hantaran berkenaan selepas menerima kecaman pelbagai pihak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/13/hishamuddin-sedia-tanding-jawatan-tertinggi-parti-akan-datang/", "title": "Hishamuddin sedia tanding jawatan tertinggi parti akan datang", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nKetua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersedia untuk bertanding salah satu jawatan tertinggi dalam pemilihan parti akan datang.\n\n\nKesedian tersebut bergantung kepada keputusan UMNO sama ada pemilihan diadakan untuk dua jawatan tertinggi parti iaitu presiden dan timbalan presiden.\n\n\nKetua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika ditemui pada Perhimpuanan Agung UMNO 2022 (PAU2022).\n\n\n\u201cKalau keputusan PAU hari ini ada pemilihan, saya sendiri tidak keberatan untuk memikirkan untuk bertanding pada pemilihan yang akan datang,\u201d \u2013 DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN, Ketua UMNO bahagian Sembrong,\u201d katanya.\n\n\nMemetik \nMalaysia Gazette\n, ketika ditanya berkenaan jawatan yang ingin dipertandingkan, beliau enggan mengulas sebaliknya beliau\n\u00a0menunggu keputusan pemilihan itu diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan parti itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHentikan Bersubahat Dalam Penjualan Arak \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n11 Tahun Menetap, Kali Pertama Alami Banjir\n\n\n\n\n\n\nSuspek 1MDB, Kee Kok Thiam mati mengejut akibat strok\n\n\n\n\n\n\n13 individu ditahan ceroboh hutan simpan\n\n\n\n\n\n\nTun M ditahan di IJN kerana jangkitan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Hishammuddin turut mengingatkan perwakilan UMNO supaya tidak menjadikan Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) sebagai medan untuk menyerang dan berbalah sesama sendiri.\n\n\nTambahnya, rakyat sudah muak dengan cara UMNO yang menggunakan pendekatan negatif ketika menguruskan krisis dalaman.\n\n\n\u201cSaya nak ingatkan semua pihak, orang ramai di luar sana sudah muak dan mual, bosan dengan cara kita berbalah, bertelagah, menuduh sesama kita.\n\n\n\u201cSaya harap apa yang kita bincangkan dalam PAU tahun ini mengenai hala tuju dan cara bagaimana dapat mengurangkan jurang kepercayaan orang ramai terhadap parti dan perjuangan.\n\n\n\u201cItu lebih baik daripada hanya menggunakan platform ini untuk bercakaran berbalah sesama kita, tuduh menuduh sesama kita, serang menyerang sesama kita.\n\n\n\u201cSedarlah cukup cukuplah,\u201d katanya ketika ditemui pada Perhimpuanan Agung UMNO 2022."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/13/isu-arak-exco-dap-tidak-perlu-melatah-fayhsal/", "title": "Isu arak : Exco DAP tidak perlu melatah \u2013 Fayhsal", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nExco Pelaburan, Perdagangan dan Industri Kecil dan Sederhana negeri,\u00a0 Datuk Teng Chang Kim tidak sepatutnya melatah dengan bantahan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan terhadap penjualan arak secara terbuka di pusat membeli belah di Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.\n\n\nSehubungan itu Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, apa yang dilakukan Fawwaz bukan melanggari undang-undang, sebaliknya mengikut semua saluran yang ada untuk menyatakan bantahan secara beradab kepada pihak Sunway Carnival Mall.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia punya keistimewaan tersendiri, tak perlu ikut negara luar\n\n\n\n\n\n\nMukhriz Dakwa Keputusan Tanam Durian Dibuat Ahmad Bashah\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat projek Petronas bernilai RM399 juta di Sarawak\n\n\n\n\n\n\nKes, kluster Covid-19 meningkat, KKM saran pelajar, guru disaring\n\n\n\n\n\n\nKPDN berhasrat perkenal \u2018Baju Raya Rahmah\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAhli Politik DAP tidak sepatutnya melatah berlebihan kerana prinsip menolak promosi arak sama sahaja dengan menolak promosi rokok di khalayak umum,\u201d\n\n\nBeliau melalui kenyataan rasmi di laman Facebook berkata DAP sepatutnya tidak melatah dengan bantahan itu kerana\n\u00a0ketika dahulu rokok diiklankan dalam sukan tetapi kini tidak lagi yang mana ia sama dengan perjudian.\n\n\nTerdahulu, Fawwaz dilaporkan bertemu dengan pihak pengurusan Sunway Carnival Mall bagi menyampaikan ketidakselesaan pengunjung muslim.\n\n\nAhli Parlimen Machang itu juga menyambut baik gesaan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd supaya undang-undang berkaitan penjualan dan promosi arak di negeri itu diperbaiki kerana sensitiviti semua pihak mesti dipertimbangkan.\n\n\nAhli Parlimen Machang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan\n\n\n\u201cTerima kasih Sahib al-Samahah Mufti Pulau Pinang yang memahami polemik mengapa kaum muslimin tidak senang dengan promosi arak secara terbuka di ruangan awam,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal juga mengatakan Islam tidak menghalang pihak bukan Islam menikmati ketiga-tiganya selagi mana dibuat di tempat-tempat yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan khususnya di kawasan majoriti bukan Islam.\n\n\nBeliau turut menegaskan \u2018penyakit masyarakat tiga serangkai\u2019 \u2013 arak, rokok dan judi \u2013 ketiga-tiganya perlulah dikawal oleh kerajaan tempatan dari segi promosi yang boleh memudaratkan rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/13/jawatan-presiden-timbalan-presiden-biar-perwakilan-tentukan-zahid/", "title": "Jawatan Presiden, Timbalan Presiden biar perwakilan tentukan \u2013 Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin ahli parti mampu menilai antara kaca dan permata dalam memilih barisan kepemimpinan baharu pada proses pemilihan parti kelak.\n\n\nBerucap menyampaikan Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, beliau juga menyahut supaya proses demokrasi dalam parti mesti disuburkan.\n\n\n\u201cSaya mendengar lontaran-lontaran pandangan yang menyentuh soal pemilihan parti khususnya jawatan utama Presiden dan Timbalan Presiden parti. Ada yang mahu kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan dan tidak kurang juga yang mahu ia dipertandingkan.\n\n\n\u201cSebagai seorang yang yakin kepada proses demokrasi, saya menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukannya. Namun, saya yakin ahli-ahli UMNO boleh menilai yang mana kaca yang mana permata. Yang mana pepat di luar, rencong di dalam. Bak kata orang muda, yang mana \u2018ori\u2019 (tulen) yang mana \u2018fake\u2019 (palsu),\u201d katanya.\n\n\nDalam ucapan sama, beliau juga menafikan tuduhan kononnya dalam soal pemilihan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu, presiden sudah bertindak secara bersendirian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Muhyiddin, tutup isu RoS pemilihan UMNO \u2013 Pemimpin PN\n\n\n\n\n\n\nMemperingati ulang tahun kesembilan tragedi MH17\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin pelawa Khairy sertai Bersatu\u00a0\n\n\n\n\n\n\nIsham suruh Rafizi cari jalan, jangan tunggu ringgit terus jatuh!\n\n\n\n\n\n\nBERJASA sedia kerjasama PN agenda pertahankan agama, negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDaripada 119 calon UMNO, hanya enam sahaja yang bertukar di saat akhir atas beberapa pertimbangan. Bakinya 113, adalah hasil rundingan dengan Pengerusi Perhubungan Negeri bersama \u2018Top Five\u2019 (lima kepimpinan tertinggi).\n\n\n\u201cSaya sebutkan dua perkara utama ini, kerana ia secara sendirinya boleh meleraikan segala nista dan cacian yang dilemparkan kepada parti, khususnya terhadap saya secara peribadi.\n\n\n\u201cApakah dengan usaha yang membabitkan semua struktur kepimpinan parti, boleh dijadikan alasan kononnya saya mengecilkan peluang kemenangan?.\n\n\n\u201cApakah dengan menampilkan muka-muka baharu, sebagai satu proses pembaharuan dalaman parti juga, adalah satu langkah mengecilkan peluang kemenangan? Atau apakah mengurangkan persepsi UMNO adalah parti \u2018warlord\u2019 juga boleh ditafsir sebagai langkah mengecilkan peluang kemenangan parti?\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, jika mengandaikan kesilapan percaturan menyebabkan ramai muka baharu tewas pada PRU-15, hakikat sebenarnya muka lama dengan nama besar juga tewas.\n\n\n\u201cSaya sendiri ditentang oleh tokoh dari PKR di (Parlimen) Bagan Datuk. Apakah ini bermakna, saya ada perjanjian sulit dengan Pakatan Harapan (PH)?\n\n\n\u201cApakah saya sendiri mahu mengecilkan peluang kemenangan saya di Bagan Datuk? Saya kira dengan iman yang ada, tepuk dada tanya iman,\u201d katanya. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/13/mahkamah-rayuan-benarkan-rayuan-mais-kerajaan-negeri-kembalikan-agama-islam-wanita/", "title": "Mahkamah Rayuan benarkan rayuan MAIS & kerajaan negeri kembalikan agama Islam wanita", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan kerajaan negeri Selangor hari ini berjaya dalam rayuan untuk mengembalikan status agama Islam seorang wanita berusia 37 tahun.\n\n\nDalam keputusan majoriti 2-1, panel Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Yaacob Md Sam membenarkan rayuan MAIS dan kerajaan negeri untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan penukaran agama wanita itu.\n\n\nKeputusan majoriti itu yang disampaikan secara dalam talian adalah daripada Yaacob dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang memihak kepada MAIS dan kerajaan negeri Selangor, manakala Datuk P Ravinthran memberikan penghakiman bertentangan.\n\n\nMohd Nazlan, yang menyampaikan keputusan majoriti itu berkata Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah telah memutuskan bahawa wanita itu masih beragama Islam dan oleh itu ia adalah kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata penentuan kehakiman oleh Mahkamah Syariah bahawa seseorang itu masih Islam seperti dalam kes wanita ini, semestinya bermakna dia seorang Islam dan bukannya seorang yang tidak pernah beragama Islam.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohd Nazlan berkata mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa semakan kehakiman ke atas Mahkamah Syariah, apatah lagi dalam mengubah atau meminda, membicarakan semula atau menolak keputusan Mahkamah Syariah kerana ia sama seperti melanggar Perkara 121 ( 1A) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara 121 (1A) menyatakan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa terhadap perkara yang terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan keputusan Mahkamah Syariah adalah salah dan tidak boleh dikekalkan.\n\n\nPada 12 Disember 2013, wanita itu telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa dia tidak lagi beragama Islam namun pada 20 Julai 2017, Mahkamah Tinggi Syariah menolak samannya.\n\n\nMahkamah Rayuan Syariah juga menolak rayuannya pada 1 Ogos 2017.\n\n\nRavinthran, dalam penghakimannya yang menolak rayuan MAIS dan kerajaan negeri Selangor berkata Mahkamah Tinggi betul dalam memberikan relif yang dimohon oleh wanita itu.\n\n\nDalam saman pemulanya, wanita itu yang ketika dilahirkan pada 1986, berbapa seorang penganut agama Hindu dan ibu yang penganut Buddha, memohon perisytiharan bahawa dia bukan seorang yang menganut agama Islam.\n\n\nDia berkata ibunya memeluk Islam pada 1991 dan secara unilateral telah mengislamkannya, yang ketika itu berusia lima tahun, di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).\n\n\nPenukaran agama itu berlaku ketika ibu bapanya dalam proses perceraian, yang kemudian dimuktamadkan pada 1992. Pada tahun berikutnya (1993) ibunya berkahwin dengan seorang lelaki Islam manakala bapanya meninggal dunia dalam kemalangan tiga tahun kemudian.\n\n\nWanita itu mendakwa walaupun dia memeluk Islam, ibu dan bapa tirinya membenarkan dia terus mengamalkan kepercayaan Hindu, agama yang dianuti sejak dilahirkan. Dia mendakwa tidak mengamalkan ajaran Islam.\n\n\nSelepas gagal di Mahkamah Syariah, wanita itu kemudiannya memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam. Dia kemudiannya berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam pada 4 April tahun lalu.\n\n\nPeguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Majdah Muda mewakili MAIS manakala Penasihat Undang-undang Negeri Selangor Datuk Salim Soib@Hamid bagi pihak kerajaan negeri Selangor.\n\n\nPeguam A Surendra Ananth yang mewakili wanita itu memberitahu media bahawa beliau mendapat arahan daripada anak guamnya supaya memfailkan permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/13/mengapa-perlu-minta-maaf-saya-hanya-ikut-kehendak-parti-hishammuddin/", "title": "Mengapa perlu minta maaf, saya hanya ikut kehendak parti \u2013 Hishammuddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri\n Hisamuddin Tun Hussein\u00a0 menyifatkan sokongan beliau melalui surat akuan bersumpah ( SD) terhadap Perikatan Nasional bukanlah satu simbol pengkhianatan, tetapi ia lebih kepada memenuhi kehendak parti sewaktu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 dahulu.\n\n\nEkoran itu, beliau memaklumkan tiada keperluan untuk beliau memohon maaf apabila digelar sebagai pengkhianat parti.\n\n\n\u201cSaya cukup yakin bahawa apapun yang telah pun berlaku, tiada benda apa benda yang kita apologetic, sehingga dituduh mengkhianati perjuangan parti,\u201d \u2013 DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN / Ketua Bahagian UMNO Sembrong\n\n\nDalam pada itu, Hishamuddin turut mempertikaikan mengapa beliau digelar pengkhianat, apabila keputusan menyokong Perikatan Nasional juga merupakan antara kehendak partinya dan menyarankan agar kemelut ini tidak lagi berlaku kerana pelbagai pihak sudah muak dengan perkara ini.\u00a0\u00a0\n\n\nKatanya, itu merupakan kehendak parti di mana beliau sendiri telah\u00a0 bersetuju Kerajaan Perpaduan dibentuk serta menyoalkan dimanakah pengkhianat seperti yang didakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemilihan UMNO 2023 : Shahrizat atau Noraini jadi Ketua?\n\n\n\n\n\n\nHerba ada kandungan babi? \u2026`itulah pentingnya english edukesyen\u2019!\n\n\n\n\n\n\nKMUM tawar jadi penganjur debat Anwar-Najib\n\n\n\n\n\n\nMansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda\n\n\n\n\n\n\nAhli Politik Terlibat Dalam Jawatankuasa Khas Rumah Berhala\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi bagi saya, saya mahu ingat kan kepada semua pihak, orang ramai di luar sana, sudah agak mual, muak dan bosan dengan cara kita berbalah dan bertelagah, untuk sesama kita, kerana penting untuk parti melihat kehadapan,\u201d\n\n\nBeliau turut mempersoalkan mengapa dirinya digelar pengkhianat bersama sembilan lagi Ahli Parlimen yang lain setelah bertindak menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada pasca PRU-15.\n\n\nTerdahulu , Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi\u00a0 telah mendedahkan sebanyak 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional termasuk daripada UMNO yang bertindak menandatangani surat akuan ataupun SD yang menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/13/selangor-sedia-hadapi-kenaikan-bahan-binaan-180-peratus/", "title": "Selangor sedia hadapi kenaikan bahan binaan 180 peratus", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Kerajaan Negeri Selangor bersedia mendepani kenaikan harga bahan binaan yang melambung 180 peratus terutama bagi pelaksanaan projek perumahan mampu milik di negeri ini berikutan kesan akibat konflik perang Rusia-Ukraine dan tekanan ekonomi global.\n\n\nMenteri Besar,\u00a0 Datuk Seri Amirudin Shari berkata, harga bahan seperti simen, batu bata dan besi mengakibatkan aktiviti pembangunan perumahan mampu milik yang dalam pembinaan dan perancangan bakal tergendala.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni secara tidak langsung memberi kesan kepada rakyat berpendapatan rendah terutama B40 yang menetap di bandar,\u201d katanya ketika berucap pada\u00a0 Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumah Selangorku Kemuning Idaman, hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada program itu, seramai 20 daripada 30 individu hadir menerima kunci rumah tersebut.Beliau menambah, kerajaan negeri sedia maklum mengenai situasi itu yang semakin mencabar dan pelbagai usaha dilakukan bagi menghadapinya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLangkah itu antaranya memperkukuhkan lagi \u2018smart partnership\u2019 membangunkan rumah Selangorku dengan pihak berkaitan. Pihak seperti Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB),\u201d ujarnya.\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Amirudin memaklumkan, sebanyak 386 projek\u00a0 diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) melibatkan 221, 671 unit rumah Selangorku, MBI Idaman dan Rumaj Harapan sehingga 1 Januari lalu.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebanyak 93 projek rumah Selangorku siap dibina dan diserahkan kunci melibatkan 33,061 unit manakala 61 projek lagi dalam pembinaan.\n\n\n\u201cProjek yang belum dibina masih dalam peringkat perancangan bagi mendapatkan kelulusan pembangunan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan,\u201d\u00a0 jelasnya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Amirudin, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) terlibat dalam penyediaan Rumah Selangorku yang kini membangunkan lima lokasi melibatkan pembinaan 3,500 unit rumah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cRumah Selangorku itu antaranya di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang dan Projek Rumah Selangor Alam Impian Shah Alam,\u201d ujarnya.\u00a0 \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/13/umno-telah-tamat-tarikh-luput-berjasa/", "title": "UMNO telah tamat tarikh luput \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 UMNO dilihat semakin hilang arah dan tiada identiti apabila beberapa pemimpin parti itu mengeluarkan kenyataan jelik berkaitan perjuangan mereka dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini.\n\n\nNaib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Al-Hakim Muhammad berkata, lebih menyedihkan selepas pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kenyataan yang dikeluarkan UMNO tidak membawa nadi perjuangan orang melayu.\n\n\n\u201cKenyataan beberapa pemimpin UMNO sangat mendukacitakan dan menyedihkan. Selepas kekalahan dalamPRU15, UMNO hilang arah, tiada indentiti diri dan mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan pelik dan jelik berkaitan perjuangan. Ini melihatkan satu petanda bahawa UMNO akan terkubur satu hari nanti,\u201d\u00a0\n\n\nLukman\u00a0 yang dihubungi TV Pertiwi turut menyifatkan parti keramat itu juga telah tamat tarikh luput dan perlu diganti dengan parti baharu yang lebih jelas perjuangan untuk orang Melayu.\n\n\n\u201cUMNO telah tamat tarikh luput, kita perlukan satu parti baharu untuk membawa suara org Melayu, kita perlukan parti baharu, parti anak muda, parti yg lebih segar, lebih jelas hala tujunya bagi menggantikan UMNO dan kita ucapkan talkin kepada UMNO hari ini,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN yakin rampas Selangor, Negeri Sembilan pada PRN\n\n\n\n\n\n\nMasjid, surau di Kelantan digesa adakan solat hajat minta hujan\n\n\n\n\n\n\nBekas setiausaha politik didakwa terima suapan lebih RM400,000\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : tiada lesen, restoran tamat tempoh\n\n\n\n\n\n\nBERSATU JUGA BERTANGGUNGJAWAB \u2013 MT UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa \nparti itu bekerjasama dengan DAP pasca PRU15\u00a0 kerana tidak bermuka-muka dan berpura-pura dalam setia kawan.\n\n\nDalam ucapan itu juga, Mohamad Hasan berkata, dengan pendirian UMNO menyokong Kerajaan Perpaduan, akan membuka ruang untuk masyarakat bukan Melayu membina semula keyakinan kepada UMNO.\n\n\nJusteru, Lukman menyifatkan kenyataan itu sebagai sandiwara sahaja dan mengingatkan UMNO bahawa orang bukan Melayu setia kepada parti DAP.\n\n\n\u201c\nUMNO yang terhegeh-hegeh, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu.\n\n\n\u201cBukan Melayu sangat solid tegas dan tuntas menyokong parti-parti komunis, DAP\u2026Jadi kenapa UMNO masih lagi dalam mock denial dan tidak sedar diri masih lagi mengharapkan sokongan bukan Melayu, jadi ini semua satu sandiwara,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/14/ahmad-zahid-lantik-datuk-dusuki-ahmad-ketuai-majlis-ulama-umno/", "title": "Ahmad Zahid lantik Datuk Dusuki Ahmad ketuai Majlis Ulama UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 UMNO bakal menubuhkan Majlis Ulama UMNO yang akan diketuai tokoh veteran UMNO, Datuk Dusuki Ahmad.\n\n\nPresiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hubungan Ulama dan Umara\u2019 yang merupakan elemen penting dalam memastikan urusan petadbiran negara sentiasa berpedoman, berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.\n\n\n\u201cMaka sukacita saya mengumumkan pelantikan Datuk Dusuki Ahmad sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO. Dengan pelantikan ini, kita mengharapkan golongan ulama akan dapat bersama-sama membimbing perjalanan kita agar sentiasa berada di landasan yang benar,\u201d katanya dalam ucapan pengulungan Perhimpunan Agung UMNO 2022\u00a0hari ini.\n\n\nDalam pada itu, Ahmad Zahid mengumumkan penubuhan Institut UMNO yang akan dipengerusikan oleh tokoh akademik, Prof. Emeritus Dr. Kamaruddin M. Said manakala Timbalannya, Prof Datuk Dr. Abdul Mua\u2019ti @ Zambri Ahmad.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJalan Temiang ditukar nama pengasas DAP, kerajaan digesa nilai semula\n\n\n\n\n\n\nKawalan produk tembakau dijangka kuat kuasa tahun depan\n\n\n\n\n\n\nFelcra laksana Transformasi 3.0, kukuhkan keterjaminan makanan negara\n\n\n\n\n\n\nJBPU batal pemilihan UMNO Bahagian Tumpat\n\n\n\n\n\n\nKaji semula tempoh masa jemaah haji di Tanah Suci\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKetua Eksekutifnya pula ialah Prof Dr. Awang manakala Ketua Penyelaras dan Setiausaha Eksekutif Institut UMNO pula akan disandang oleh Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/14/anwar-enggan-layan-celoteh-tak-relevan-mahathir/", "title": "Anwar enggan layan \u2018celoteh\u2019 tak relevan Mahathir", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu lagi polemik \u2018permusuhan\u2019 atau \u2018hubungan pasang surut\u2019 antara beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berterusan, sebaliknya menegaskan semua pihak perlu menerima hakikat bahawa rakyat sudah memberi mandat kepada\u00a0beliau untuk menerajui kerajaan.\n\n\nTanpa menyatakan secara khusus mengenai status hubungannya dengan Dr Mahathir, Anwar berkata, tumpuan beliau ketika ini ialah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri dan enggan melayani \u2018kerenah\u2019 atau \u2018celoteh\u2019 yang tidak relevan daripada negarawan itu.\n\n\n\u201cBelum ada apa-apa hubungan (situasi terkini) antara saya dengan beliau\u2026 saya pun hanya tumpu kepada kerja saya (sebagai Perdana Menteri) dan saya tidak sangat melayani kerenah atau celoteh beliau yang saya fikir tak begitu relevan.\n\n\n\u201cRakyat sudah memilih dan kita diberi mandat untuk menjalankan kerja, saya tumpukan ke arah itu\u2026 tapi saya juga tidak mahu ini dianggap permusuhan (dengan Dr Mahathir) berterusan\u2026 tidak perlulah,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUndi tak percaya ke atas Presiden UMNO boleh dilakukan \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\nPERKESO sahkan pegawai ditahan SPRM\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat dakwaan pegawai Imigresen dicederakan ketika jalani ujian kecergasan\n\n\n\n\n\n\nMandikan pencuri: Islam tidak ajar kezaliman\n\n\n\n\n\n\nPapagomo diperintah bela diri cederakan, hina Syed Saddiq\n\n\n\n\n\n\n\n\nTemu bual khas itu dirakam ketika lawatan rasmi Anwar ke Indonesia selama dua hari pada 8 dan 9 Januari lalu.\n\n\nDitanya mengenai suasana politik Malaysia pula, Anwar mengakui keadaan politik di negara ini berbeza dengan Indonesia dan beberapa negara lain\u00a0kerana permusuhan politik Malaysia disifatkannya sebagai \u2018terlalu tajam\u2019 yang mungkin disebabkan warisan cara kepimpinan Dr Mahathir.\n\n\n\u201cSiapa yang tidak mendukungnya (Dr Mahathir) dianggap musuh\u2026 dan situasi ini (permusuhan politik yang tajam) berkembang hingga kini. Tapi sekurang-kurangnya kita (Kerajaan Campuran) cepat bertindak (ubah kepada cara baharu) dengan memikirkan soal negara, masa depan dan kestabilan politik sehingga berjaya membentuk \u2018pergabungan\u2019 dengan pendirian tatakelola baik serta menolak korupsi, dan prinsip ini telah disepakati.\n\n\n\u201cSaya berharap pembangkang kita (di Malaysia) juga tidak terlalu mempertajamkan (permusuhan), dan saya juga minta mereka hindari daripada mengeluarkan kenyataan yang menghukum dan mengkafirkan orang\u2026 jika ini dapat diringankan, kita boleh berdialog dengan lebih baik,\u201d katanya.\n\n\nDalam soal kritikan rakyat terhadap kerajaan, khususnya oleh golongan muda, Anwar berkata, rakyat tidak boleh dipersalahkan.\n\n\nSebaliknya, beliau berkata, ia adalah cabaran kepada kerajaan kerana rakyat sentiasa menilai prestasi Kabinet pimpinannya.\n\n\nBagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, \u2018ketajaman politik\u2019 sehingga mengkafirkan orang lain harus dibendung, malah jika terdapat anak muda yang cenderung dengan ekstremisme, ia juga perlu dibendung dengan sifat kasih sayang.\n\n\n\u201cMisalnya, saya melihat nada anak muda juga pada masa sekarang dengan bulan lalu, sangat berbeza\u2026 ertinya, mereka mengamalkan sikap terbuka serta tidak terkongkong dengan pemikiran yang jumud atau konservatif, dan mereka juga menilai kita,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/14/ismail-sabri-tak-setuju-2-jawatan-tertinggi-umno-tidak-dipertanding/", "title": "Ismail Sabri tak setuju 2 jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 meluluskan usul dua jawatan utama parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang dilihat sebagai suatu pendirian yang membimbangkan.\n\n\nNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob\u00a0berkata,\u00a0ia juga dikhuatiri boleh memberi kesan terhadap usaha untuk memulihkan keyakinan generasi muda serta orang Melayu terhadap parti.\n\n\nMengulas lanjut, beliau mengakui dalam UMNO sendiri terdapat dua pandangan berbeza mengenai status dan kedudukan usul itu dari segi Perlembagaan parti, dengan ada yang berpandangan ia bertentangan dengan ketetapan Perlembagaan.\n\n\n\u201cKalau lihat fasal 8.1 Perlembagaan UMNO sendiri mengatakan PAU adalah kuasa tertinggi dalam menentukan perjalanan parti, namun ia tertakluk kepada Perlembagaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHajiji dapat sokongan 44 Adun, kekal teraju Sabah\n\n\n\n\n\n\nTrafik ke Utara dan Pantai Timur Sesak\n\n\n\n\n\n\nKes Omicron Pertama Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023\n\n\n\n\n\n\nMahkamah pulangkan pasport Syed Saddiq untuk sementara waktu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDalam Perlembagaan dari segi memilih jawatan, ia hendaklah dibuat secara pemilihan tiga tahun sekali atau pun penangguhan seterusnya yang dilaksana di peringkat bahagian.\n\n\n\u201cItu dalam Perlembagaan (yang mana) apabila disebut pemilihan hendaklah dipilih. (Maknanya) jawatan seperti Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan ahli MKT (Majlis Kerja Tertinggi) hendaklah dipilih (ada pemilihan) tiga tahun sekali atau (dibuat) penangguhan di peringkat bahagian,\u201d katanya pada sidang media di Laman Media PAU 2022 hari ini.\n\n\nSehubungan itu, beliau menegaskan ahli akar umbi dan pemimpin yang tidak jelas dan mahu mendapatkan kepastian dari sudut perundangan mengenai usul tambahan itu boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).\n\n\nIsmail Sabri turut menjelaskan, usul itu masih terikat dengan notis usul seperti ditetapkan dalam fasal 10.1 perlembagaan UMNO.\n\n\n\u201cMKT mungkin boleh mencadangkan satu-satu usul. Ada yang berpandangan usul asalnya adalah membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden iaitu ada tujuh perkara yang dicadangkan, tetapi (ada) tambahan satu lagi usul.\n\n\n\u201cJadi ada yang berpandangan tidak boleh ditambah seperti itu\u00a0kerana dari segi notis usul dalam fasal 10.1, usul dari bahagian mesti 14 hari notis dan usul dari MKT mesti tujuh hari.\n\n\n\u201cUsul tadi cuma semalam dibawa dan masukkan terus. Walaupun ada sebut pindaan (terhadap usul asal), pindaan kalau di bawah fasal 20.3 pun, mengatakan jika ada pindaan ke atas usul sama, kalau nak perbetulkan dari perkataan dan ayat, memang boleh, tapi bukan ditambah, itu pun ada pandangan berbeza.\n\n\n\u201cAda yang kata kalau pengerusi benarkan, pun boleh. Ada kata tak boleh, sebab tertakluk kepada notis apa yang boleh dipinda, bukan ditambah macam itu saja,\u201d katanya.\n\n\nIsmail Sabri berkata, tidak pernah berlaku sehingga perwakilan membawa usul sedemikian dalam PAU kerana ia dilihat seolah-olah mengenepikan pandangan akar umbi.\n\n\n\u201cZaman Tun Dr Mahathir (Mohamad) pun, 22 tahun dia jadi presiden tidak ada arahan yang keluar (dari PAU) tak boleh jawatan presiden dan timbalan presiden tak boleh dipertandingkan.\n\n\n\u201cWalaupun tidak ada yang lawan Dr Mahathir waktu itu, tidak bermakna (kena) keluar arahan tidak boleh ditandingi,\u201d katanya.\u00a0\u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/14/kanak-kanak-syria-kutip-cebisan-roti-dan-disimpan/", "title": "Kanak-kanak Syria kutip cebisan roti dan disimpan", "body": "0\n\n\nAKKAR, Sabtu \u2013 Lubnan kini sedang mengalami krisis ekonomi dan kewangan terburuk dalam sejarah.\n\n\nLapor L\u2019Orient Today, sebungkus kecil roti Lubnan kini seberat 340 gram dan akan dijual pada harga LL10,000 iaitu RM28.64 berbanding kadar sebelumnya LL10,000 untuk 365 gram pada Oktober 2022.\n\n\nManakala roti paket sederhana seberat 835 gram dijual pada harga LL17,000 (RM48.68), berbanding LL16,000 (RM45.82) untuk paket 800 gram sebelum ini.\n\n\nBagi sepaket besar roti arab seberat 1,107gram adalah LL21,000 (RM60) berbanding LL20,000 untuk 1,065 gram (RM 57.27).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak hantar anak ke sekolah, KPM terus nasihati ibu bapa\n\n\n\n\n\n\nLantik Izzah, Anwar langgar konsep Nepotisme yang diperjuangkan \u2013 GTA\n\n\n\n\n\n\nDadah bernilai RM11 juta dirampas dalam serbuan\n\n\n\n\n\n\nHarimau Malaya tewaskan Thailand 1-0 di Bukit Jalil\n\n\n\n\n\n\nJejambat Kota Bharu siap dengan penjimatan kos RM7.9 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeningkatan harga roti yang berlaku hampir setiap bulan pada tahun 2021 dan 2022 memberi kesan besar pada pelarian Syria.\n\n\nPeningkatan harga roti Lubnan yang menjadi makanan asas menekan pelarian Syria\n\n\nDalam perjalan ke Arsal, kru Tv Pertiwi sempat bertemu dengan Muhammad Mahmud yang berumur 13 tahun di Kem Daddah sedang mengutip cebisan roti yang berada di tanah.\n\n\nRoti yang dikutip itu akan disimpan dan digunakan ketika waktu yang memerlukan.\n\n\n\u201cHaram rezeki dibuang, Allah haramkan kita buang makanan. Biarlah kami kutip makanan yang dibuang atas tanah.\u201d kata Muhmmad.\n\n\n\n\nSementara itu, di Kem Tufail, Ketua Komuniti, Soleh Abdul Rahim berasa syukur dengan bantuan yang tiba daripada Aman Palestin berbentuk kotak makanan dan minyak pemanas.\n\n\nBeliau berkata, selama enam bulan mereka tidak menerima bekalan makanan yang mencukupi.\n\n\n\u201cMajoriti keluarga di sini dikeluar daripada senarai penerima bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kami di sini kurang bekalan makanan sebab kami tidak dapat pertolongan.\n\n\n\u201cInilah pertubuhan pertama datang ke kem kami memberi bantuan makanan dan minyak pemanas. Terima kasih,\u201d kata Soleh.\n\n\nSehubungan itu Aman Palestin telah mengagihkan 800 kotak makanan kepada 800 keluarga termasuk di kem pelarian Syria Akkar yang mempunyai 140 kem.\n\n\n\n\n\u201cJadi di sini Aman Palestin memberi bantuan kepada mereka kerana mereka tidak mampu untuk membeli keperluan makanan mereka di sini maka kita berika 1 kotak makanan kepada 1 keluarga mudah-mudahan akan meringankan sedikit bebanan mereka sepanjang usim sejuk ini,\u201d kata Ustaz Ismail Muhammad Juffri.\n\n\nOrang ramai yang ingin menyumbang, boleh salurkan melalui Bantuan Musim Sejuk Palestin Syria dan Yaman di akaun Maybank Aman Palestin atau ke akaun tabung Aman Palestin yang tertera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/14/keputusan-pau-2002-takutkan-orang-muda-sertai-umno/", "title": "Keputusan PAU 2002 takutkan orang muda sertai UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Langkah UMNO yang tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan akan datang hanya akan menakutkan golongan muda untuk menyertai parti itu.\n\n\nVeteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, keputusan itu juga menunjukkan\u00a0parti ini sukar untuk diremajakan apabila kepimpinan tidak dapat digantikan dengan orang muda.\n\n\n\u201cOrang muda tak masuk\u2026\u00a0Kita nak remajakan UMNO kena bawa orang muda masuk\u00a0dan\u00a0orang muda mesti bawa seberapa ramai (rakan-rakan) untuk masuk ikut dia\u2026ini hanya berlaku kalau ada pertandingan,\u201d katanya ketika ditemui selepas mendengar ucapan penangguhan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.\n\n\nTerdahulu, PAU 2022 hari ini meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\ni-Guru Nasihat Penjawat Awam Guna Saluran Betul Suarakan Pendapat\n\n\n\n\n\n\nDAP dambakan sokongan orang Melayu demi kepentingan survival politik\n\n\n\n\n\n\n73 Pelajar SBP Seri Puteri Positif COVID\n\n\n\n\n\n\nKerajaan, pembangkang perlu bersaing juarai isu Islam & Melayu \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nRemaja mengaku salah buat aksi \u2018wheelie\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nUsul berkenaan diluluskan dengan tujuan memastikan kestabilan parti.\n\n\nKira-kira 98 peratus perwakilan menyokong usul tambahan yang dibawa oleh wakil Negeri Sembilan, Mohd. Shukri Shamsuddin semalam.\n\n\nDitanya sama ada beliau bersetuju dengan usul tidak mempertandingkan jawatan berkenaan, Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, beliau bukannya tidak bersetuju dengan usul yang diluluskan itu.\n\n\nCuma, ia perlu dilakukan dengan cara yang baik.\n\n\nKatanya, beliau melihat seolah-olah berlaku sekatan dalam parti berhubung perkara tersebut sedangkan ia boleh dirundingkan.\n\n\n\u201cSaya lawan Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu hebatlah, tak pecah pun UMNO.\n\n\n\u201cDia orang ikutlah nak lobi\u2026parti penting nak ajak orang ramai dari luar UMNO kuatkan kita parti Melayu, nak bawa masuk dalam UMNO..kalau sekat sana, sekat sini parti lain ada lagi,\u201d tambahnya. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/14/khairy-akan-dihadapkan-ke-lembaga-disiplin-umno/", "title": "Khairy akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Lembaga Disiplin UMNO akan berbincang mengenai tindakan terhadap Khairy Jamaluddin yang mendakwa terdapat cubaan membawa masuk \u2018perwakilan import\u2019 pada sesi pengundian usul.\n\n\nPresiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia kemudian akan diserahkan kepada jawatankuasa pengurusan peringkat bahagian.\n\n\nKhairy adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau manakala Timbalan Presiden,\u00a0Mohamad Hasan adalah ketua bahagiannya.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKita harus hormati keputusan rakyat \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPRN: Enam negeri masih kekal sepakat bubar DUN serentak\n\n\n\n\n\n\nCadangan wajib bayar elaun latihan industri dibawa ke kabinet\n\n\n\n\n\n\nEsok hari terbaik usul undi tidak percaya pada PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa akan dibincangkan oleh pegawai disiplin dan akan dibawa ke jawatankuasa pengurusan yang diuruskan ketua bahagiannya,\u201d kata\u00a0Ahmad\u00a0Zahid pada sidang media selepas sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.\n\n\nTerdahulu, media melaporkan Khairy mendakwa beberapa tanda nama dikhaskan untuk perwakilan UMNO pada kerusi dalam Dewan Merdeka ditanggalkan untuk undian usul sempena PAU.\n\n\nMenerusi satu video di TikTok, beliau berkata,\u00a0tindakan itu dipercayai bagi membolehkan \u2018perwakilan import\u2019\u00a0dibawa masuk untuk sorak dan \u2018\nbulldoze\n\u2019\n\u00a0\nusul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.\n\n\nSementara itu, Zahid turut menafikan dakwaan Khairy.\n\n\n\u201cMana boleh masuk kalau tiada kad ini.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/14/pejuang-sah-tinggalkan-gerakan-tanah-air/", "title": "Pejuang sah tinggalkan Gerakan Tanah Air", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Perwakilan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengumumkan tarik diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA) pada mesyuarat agung kedua parti itu.\n\n\nPresidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir\u00a0berkata,\u00a0ketetapan itu juga membolehkan Pejuang diberikan sedikit masa untuk mengukuhkan parti dalam banyak perkara dilakukan sebelum ia benar-benar dapat memberi nilai tambah kepada mana-mana parti dalam gabungan itu.\n\n\n\u201cOleh itu, perhimpunan agung ini juga adalah badan paling tinggi dalam parti membuat keputusan Pejuang untuk berundur secara terhormat daripada GTA.\n\n\n\u201cSelain itu, kita turut mengadakan perbincangan panjang lebar mengenai gabungan mana yang kita (Pejuang) jika sertai sekiranya ada menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlaku dalam tahun ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAl-Azhar Mesir seru boikot produk keluaran Sweden dan Belanda\n\n\n\n\n\n\nDadah bernilai RM11 juta dirampas dalam serbuan\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi iktiraf jemaah haji Malaysia berdisiplin\n\n\n\n\n\n\nKerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong \u2013 Speaker DUN Selangor\n\n\n\n\n\n\nPDRM Serah Mahkamah Semak Keputusan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi dalam hal ini, banyak pandangan dikemukakan, daripada pembahas yang mewakili negeri-negeri, akhirnya mandat diberikan kepada Majlis Eksekutif Pusat (MEP) untuk meneruskan rundingan dengan mana-mana pihak dan diputuskan di peringkat MEP,\u201d katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini.\n\n\nTerdahulu, Pejuang mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) di hotel sama.\n\n\nMukhriz berkata, pada masa ini, Pejuang tiada mempunyai sebarang keputusan, selain mandat untuk parti terbuka untuk berunding dan berbincang dengan mana-mana pihak.\n\n\n\u201cRundingan itu belum dibuat dan berbincang pun secara tidak rasmi, tetapi dalam masa terdekat ini kita akan bertemu pemimpin daripada gabungan sedia ada untuk kita terokai mengenai kemungkinan kerjasama yang boleh dipupuk sekiranya boleh, kalau tidak boleh tidak apalah.\n\n\n\u201cKita bukanlah seperti hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong.\n\n\n\u201cMandat yang diterima adalah meneruskan rundingan dan saya terpaksa mengakui, pandangan daripada negeri adalah berbeza-beza, mengikut keadaan di negeri itu,\u201d katanya.\n\n\nDalam perkembangan lain, satu jawatankuasa akan ditubuhkan MEP untuk menilai semua pilihan yang ada.\n\n\nBerkenaan PRN, beliau berkata, semangat ahli berada pada tahap tinggi walaupun melalui banyak perkara khususnya keputusan PRN Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\n\n\n\u201cNamun kita merasakan tetap bersedia untuk menawarkan calon berbanding di PRN, iaitu buat keputusan di negeri mana kita berbanding, berapa bilangan kerusi dan tidak semestinya semua negeri,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/14/umno-guna-pengundi-hantu-lulus-usul-tambahan-khairy/", "title": "UMNO guna \u2018pengundi hantu\u2019 lulus usul tambahan \u2013 Khairy", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa wujud komplot \u2018Langkah Dewan Merdeka\u2019 untuk meluluskan usul tambahan supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.\n\n\nKhairy mendakwa, \u2018tag\u2019 (tanda) pada kerusi dalam Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan UMNO sudah ditanggalkan ketika ini sebagai usaha membawa masuk \u2018perwakilan import\u2019 bagi meluluskan usul tambahan berkenaan.\n\n\n\u201cPetang ini akan ada undi untuk usul tambahan ini dan saya difahamkan ia akan \n\u2018dibulldoze\u2019 \n(dilanggar).\n\n\n\u201cMalah, beberapa \u2018tag\u2019 (tanda) di kerusi di Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan bahagian telah dicabut dan ditanggal supaya perwakilan import boleh dibawa masuk untuk sorak (sokongan) dan \n\u2018bulldoze\u2019 \nusul supaya ia (jawatan Presiden dan Timbalan Presiden) tidak dipertandingkan,\u201d katanya dalam satu video di TikTok\u00a0hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBlinken Adakan Lawatan Kerja Ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSuspek bakar isteri ditahan di Nibong Tebal\n\n\n\n\n\n\nAntara Cabaran Utama Kepada Perpaduan \u2013 Dr. Jemilah\n\n\n\n\n\n\nUlama perlu berani tegur kerajaan \u2013 Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin fail pembelaan berkaitan saman fitnah Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Dewan Merdeka dilapor gamat selepas perwakilan Negeri Sembilan mencadangkan usul tambahan supaya dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.\n\n\nCadangan usul tambahan dikemukakan wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd Shukri Shamsudin, ketika berucap sebagai pencadang usul Ucapan Dasar Presiden dan mendapat reaksi berbeza daripada perwakilan.\n\n\nTerdahulu ketika membahaskan usul ucapan Dasar Presiden UMNO, reaksi berbelah bahagi dizahirkan perwakilan negeri mengenai usul tambahan itu.\n\n\nKetua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique\u00a0yang mewakili Wilayah Persekutuan senada dengan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad, menegaskan usul tambahan dikemukakan semalam itu bertentangan dengan Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan Perkara 10 Peraturan Persidangan.\n\n\nKedua-dua mereka beranggapan usul berkenaan tidak sempurna dan tidak boleh diteruskan.\n\n\nDifahamkan, empat lagi perwakilan iaitu Selangor, Kelantan, Perak serta wakil mahasiswa bersetuju dan menyokong usul tambahan berkenaan.\n\n\nMengulas lanjut, Khairy menyifatkan usul tambahan itu sebagai pelik apabila disampaikan oleh wakil daripada Bahagian Rembau, memandangkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan adalah Ketua Bahagian UMNO Rembau.\n\n\n\u201cKalau nak bawa usul penambahan pun, lindunglah sikit. \nWhat happen to you\n\u00a0(Apa dah jadi pada kamu) Mat Hasan (Mohamad)?\u201d soalnya.\n\n\nSehubungan itu, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau\u00a0merayu kepada semua perwakilan UMNO dalam Dewan Merdeka supaya tidak meluluskan usul tambahan berkenaan, sebaliknya memberi kebebasan kepada perwakilan untuk memilih pucuk pimpinan parti.\n\n\nBeliau turut memberi jaminan pertandingan dua jawatan itu tidak akan menyebabkan UMNO berpecah-belah, sebaliknya akan menyokong mana-mana individu yang mendapat mandat menerajui UMNO.\n\n\n\u201cSaya janji bahawa pemilihan tidak akan membawa kepada perpecahan. Siapa yang menang dapat mandat daripada parti. Siapa yang menang, kita sokong dan kita ketepikan segala perbezaan selepas selesai pemilihan nanti.\n\n\n\u201cKita dah tinggal 26 kerusi Parlimen UMNO. Ini prestasi yang terburuk dalam sejarah parti kita.\n\n\n\u201cJadi sangat penting perwakilan dalam UMNO jangan melakukan \u2018Langkah Dewan Merdeka\u2019 untuk bunuh demokrasi, menidakkan suara perwakilan di akar umbi menentukan masa depan UMNO dan memilih siapa yang boleh dan layak menerajui parti kita dan membangkitkan semula parti keramat UMNO,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil, mengesahkan tujuh usul dibentangkan dalam persidangan semalam, selain satu usul tambahan iaitu mengenai cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.\n\n\nBeliau bagaimanapun berkata, usul tambahan berkenaan tidak membabitkan sebarang pindaan Perlembagaan parti dan hanya membabitkan persetujuan dalam dewan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/15/bn-cabar-kemenangan-kerusi-parlimen-marang-kemaman-dan-kuala-terengganu/", "title": "BN cabar kemenangan kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Barisan Nasional (BN) memfailkan tiga petisyen bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.\n\n\nMenerusi jemputan kepada media, tiga petisyen tersebut dibuat susulan dakwaan rasuah berleluasa dilakukan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 membabitkan tiga kerusi berkenaan.\n\n\nJusteru, satu sidang media berhubung perkara itu akan dibuat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada jam 12.30 tengah hari esok di ibu pejabat UMNO Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.\n\n\nPada PRU15, kerusi Parlimen Kemaman dimenangi calon PAS, Che Alias Hamid menewaskan tiga calon lain termasuk Ahmad Said mewakili BN dengan majoriti 27,179 undi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : Operasi SAR diteruskan jam 9:00 pagi ini\n\n\n\n\n\n\nAjaran sesat SiHulk pengaruh anak muda, hidup mewah di luar negara\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri : KTMB sedia 4 ETS tambahan, tiket dijual mulai Jumaat\n\n\n\n\n\n\nMenteri Agama arah JAWI siasat perarakan LGBTQ\n\n\n\n\n\n\nRinggit mata wang paling lemah di Asia tahun ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nParlimen Marang pula dimenangi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dengan majoriti 41,729 undi dalam pertandingan empat penjuru.\n\n\nManakala Parlimen Kuala Terengganu kekal disandang PAS apabila calonnya, Datuk Amzad Hashim memperoleh majoriti 40,907 undi menewaskan tiga pencabar lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/15/lima-warga-indonesia-kendali-bot-tempatan-tanpa-dokumen-ditahan/", "title": "Lima warga Indonesia kendali bot tempatan tanpa dokumen, ditahan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor menahan lima lelaki warga Indonesia yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas C tanpa kebenaran di sekitar perairan Sungai Besar, Selangor pada 12.50 tengah hari semalam.\n\n\nPengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, kesemua warga asing itu ditahan ketika bot ronda Maritim Selangor membuat pemeriksaan ke atas bot nelayan pada kedudukan 5.2 batu nautika di perairan Sungai Besar menerusi Op Ehsan.\n\n\nSiva Kumar berkata,\u00a0hasil pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong dan empat kru warga asing berusia lingkungan 31 hingga 54 tahun.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nQatar derma 10,000 rumah mudah alih untuk mangsa gempa Turkiye & Syria\n\n\n\n\n\n\nKekurangan bekalan ayam, telur diatasi menjelang Ramadan\n\n\n\n\n\n\n34 Korban Banjir Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\nEmpat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi\n\n\n\n\n\n\nBas persiaran terbakar, laluan keluar Plaza Tol UPM dibuka semula\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan pemilik bot itu didapati menggaji warga Indonesia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta menemukan 200 kilogram ikan campur dan peralatan menangkap ikan di atas bot.\n\n\n\u201cKesemua warga asing tersebut bekerja dengan pemilik bot antara empat bulan hingga dua tahun dan dibayar gaji secara tunai mengikut hari keluar ke laut iaitu RM100 bagi tekong bot manakala RM50 bagi kru bot,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nSiva Kumar berkata, kesemua warga asing itu dan bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.\n\n\nKes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan warga asing tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana bekerja tanpa permit yang sah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/15/pejuang-dalam-dilema-pilihan-terbaik-tidak-sertai-prn/", "title": "Pejuang dalam dilema, pilihan terbaik tidak sertai PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kini didakwa berada dalam dilema untuk memutuskan perlu menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan dalam tahun ini atau sebaliknya.\n\n\nTimbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA), Mahdzir Ibrahim mendakwa, sukar untuk Pejuang membuat keputusan ketika ini selepas mengumumkan menarik diri daripada menjadi komponen GTA pada Sabtu.\n\n\nBeliau yang dilantik Pejuang sebagai Penyelaras Parlimen Parit Sulong berkata, parti itu masih memiliki pilihan kedua iaitu menyertai Pakatan Harapan (PH) dan pilihan ketiga pula menyertai Perikatan Nasional (PN).\n\n\nMenurut Mukhriz, ketetapan itu juga membolehkan Pejuang diberikan sedikit masa untuk mengukuhkan parti dalam banyak perkara dilakukan sebelum benar-benar dapat memberi nilai tambah kepada mana-mana parti dalam gabungan berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGuna Akta ISA cegah rasuah dan penyelewengan \u2013 Ibrahim Ali\n\n\n\n\n\n\nHospital Tuanku Ja\u2019afar tubuh jawatankuasa siasat dakwaan cuai\n\n\n\n\n\n\nHadi disiasat Bukit Aman berhubung kenyataan jatuhkan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nPN Namakan Mas Ermieyati Calon Ketua Menteri Melaka\n\n\n\n\n\n\nDicalon Speaker Parlimen, ADUN Gurun letak jawatan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelain itu, kita turut mengadakan perbincangan panjang lebar mengenai gabungan mana yang kita (Pejuang) jika sertai sekiranya ada menjelang PRN yang akan berlaku dalam tahun ini,\u201d kata Mukhriz lagi.\n\n\nMenurut Mukhriz, ketetapan itu juga membolehkan Pejuang diberikan sedikit masa untuk mengukuhkan parti dalam banyak perkara dilakukan sebelum benar-benar dapat memberi nilai tambah kepada mana-mana parti dalam gabungan berkenaan.\n\n\n\u201cSelain itu, kita turut mengadakan perbincangan panjang lebar mengenai gabungan mana yang kita (Pejuang) jika sertai sekiranya ada menjelang PRN yang akan berlaku dalam tahun ini,\u201d kata Mukhriz lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/15/putra-kekal-bersama-gta-walau-dalam-keadaan-sukar/", "title": "Putra kekal bersama GTA walau dalam keadaan sukar", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Presiden\u00a0Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk\u00a0Ibrahim Ali\u00a0berkata,\u00a0parti itu akan kekal bersama Gerakan Tanah Air (GTA) buat masa ini, meskipun gabungan itu sedang berdepan keadaan sukar berkaitan hala tuju.\n\n\nIbrahim berkata, Putra enggan membuat keputusan tergopoh-gapah memandangkan masih panjang masa sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dan parti itu juga belum memutuskan untuk bertanding pada pilihan Raya Negeri (PRN)\u00a0di enam negeri tahun ini.\n\n\nKatanya, keputusan itu kekal sehinggalah barisan pimpinan GTA membuat keputusan berkenaan hala tuju gabungan itu.\n\n\n\u201cDunia politik ada dua golongan, yang sertai politik untuk kejayaan diri dengan cepat, yang lebih malang ada yang sudah menikmati kejayaan sebelum ini dan memegang jawatan, cukup dengan kekayaannya, namun jati diri amat rapuh dan lalang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPindaan Memansuhkan Hukuman Mati Mandatori Akan Dibentangkan Pada Oktober \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa bertanding atau tidak, diputus malam ini\n\n\n\n\n\n\nSaudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah \u2013 Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nJangka Masa Kempen Media \u2018Mainstream\u2019 Terlalu Pendek\n\n\n\n\n\n\nBuli Secara Emosi Perlu Diberi Perhatian \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPemimpin palsu yang pasti tidak memberi apa-apa harapan kepada perjuangan membela dan memperkasa Islam, Melayu, Bumiputera dan negara. Mereka adalah sama darjat dengan golongan yang hendak diganti dan jika dicermin diri, tidak lebih dari dua kali lima sahaja,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nBagaimanapun, Ibrahim tidak mengaitkan kenyataan\u00a0tu dengan mana-mana pihak secara khusus.\n\n\nKenyataan ini dibuat sehari selepas Presiden\u00a0Parti\u00a0Pejuang\u00a0Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri\u00a0Mukhriz\u00a0Tun\u00a0Mahathir mengumumkan parti itu\u00a0\nkeluar dari GTA\n\u00a0atas sebab ingin memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan parti.\n\n\nMukhriz berkata,\u00a0keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan para perwakilan dalam Perhimpunan Agung Pejuang kali kedua semalam, ekoran kekalahan teruk parti itu dalam PRU15 yang lalu.\n\n\nDalam kenyataannya, Ibrahim membangkitkan bekas pengerusi Pejuang dan bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kekal bersama GTA selepas meletakkan jawatan dalam parti.\n\n\n\u201cPerjuangan (Putra) baru menempuh usia hampir empat tahun termasuk ketika penularan wabak Covid-19 selama duan tahun\u00a0boleh aktif hanya dua tahun.\n\n\n\u201cTerbukti yg tetap kekal bersama adalah yg telah teruji ketahanan jati diri perjuangan\u2026\u00a0dan bukan pada retorik di bibir mulut,\u201d katanya lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/15/sekurang-kurangnya-40-terbunuh-dalam-nahas-pesawat-di-nepal/", "title": "Sekurang-kurangnya 40 terbunuh dalam nahas pesawat di Nepal", "body": "0\n\n\nPOKHARA, Nepal \u2013 Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh selepas sebuah pesawat milik Yeti Airlines dari Kathmandu ke bandar pelancongan, Pokhara terhempas semasa mendarat dan terbakar berhampiran lapangan terbang di tengah Nepal.\n\n\nVideo yang dimuat naik di media sosial menunjukkan sebuah pesawat terbang rendah di kawasan berpenduduk sebelum menjunam.\n\n\nKira-kira 200 tentera Nepal terlibat dalam operasi menyelamat di lokasi nahas di gaung Sungai Seti yang terletak 1.5 kilometer dari lapangan terbang.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKrisis Yaman \u2013 Kebuluran Paling Kronik Di Dunia\n\n\n\n\n\n\nChris Hipkins dijangka ganti Ardern sebagai Perdana Menteri baharu\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin sampaikan bantuan, redakan krisis kebuluran pelarian\n\n\n\n\n\n\nRatusan Tahanan Palestin Dijangkiti Covid-19\n\n\n\n\n\n\nGenap 40 tahun khidmat Sheikh Abdul Rahman Sudais di Masjidil Haram\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami menjangka terdapat lebih banyak mayat,\u201d kata jurucakap tentera yang menyatakan pesawat itu berkecai.\n\n\nPerdana Menteri, Pushpa Kamal Dahal memanggil mesyuarat tergempar dan menggesa agensi negeri untuk menjalankan operasi menyelamat.\n\n\nPesawat itu membawa 72 orang penumpang dan daripada jumlah tersebut 53 adalah warga Nepal, India (5), Rusia (4) dan Korea Selatan (2).\n\n\nSelain itu seorang penumpang masing-masing dari Ireland, Australia, Argentina dan Perancis serta empat orang anak kapal. \u2013 Agensi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/15/tidak-wajar-halang-tandingan-jawatan-presiden-timbalan/", "title": "Tidak wajar halang tanding jawatan Presiden, Timbalan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 UMNO Johor menegaskan, adalah tidak wajar untuk menghalang mana-mana ahli parti itu menawarkan diri bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, walaupun ketetapan sudah dicapai pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022\u00a0semalam.\n\n\nPengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad\u00a0berkata,\u00a0ia berikutan kaedah usul tambahan berhubung jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan ketika PAU 2022 semalam, adalah melanggar perlembagaan parti.\n\n\nBerikutan itu, Hasni yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut\u00a0berpandangan,\u00a0isu pemilihan jawatan tertinggi parti itu perlu diteliti sewajarnya.\n\n\nBeliau berpendapat, cara usul tambahan itu dibawa melanggar kehendak perlembagaan parti, sedangkan usul itu perlu mendapat persetujuan daripada\u00a0Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPesawat TUDM terhempas di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nGuna Akta ISA cegah rasuah dan penyelewengan \u2013 Ibrahim Ali\n\n\n\n\n\n\nPenjara 218 tahun, 75 sebatan rogol anak kandung\n\n\n\n\n\n\nBawa pihak sorok bekalan gula ke muka pengadilan \u2013 CAP\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Kuwait perintahkan Jho Low dihukum penjara 10 tahun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAda juga pendapat menyatakan ia tidak mematuhi garis panduan ditetapkan ROS. Sama ada perkara itu benar atau sebaliknya, itu terpulang kepada pentadbiran UMNO menanganinya.\n\n\n\u201cOleh itu, UMNO Johor berpandangan tidak perlu wujud sekatan kepada mana-mana pihak yang mahu bertanding atau menawarkan diri walaupun ada ketetapan tiada pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang.\n\n\n\u201cSaya percaya apa pun yang terjadi, Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bersetuju dan majoriti pemimpin UMNO turut bersetuju bahawa tidak ada sekatan untuk mana pihak bertanding atau menawarkan diri walaupun adanya usul tiada pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden.\n\n\n\u201cMalah saya yakin Presiden dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan tiada halangan, kalau ada ahli yang menawarkan diri untuk bertanding. Ini kerana saya percaya itu dibenarkan dalam perlembagaan dan itu adalah hak ahli yang dijamin melalui perlembagaan parti,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, perwakilan UMNO dari Johor dilaporkan melahirkan rasa pelik apabila usul tambahan mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan yang dibawa oleh perwakilan Negeri Sembilan kelmarin boleh diterima dan dibahaskan.\n\n\nJurucakap UMNO Johor yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad\u00a0dilaporkan berkata,\u00a0mungkin parti itu kini telah menjadi \u2018pasti asal boleh\u2019.\n\n\nUsul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang seterusnya diluluskan pada PAU 2022.\n\n\nKetua Penerangan UMNO, Isham Jalil\u00a0dilaporkan berkata, usul berkenaan disokong hampir kesemua perwakilan yang hadir.\n\n\nDalam pada itu, Hasni yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian\u00a0berkata,\u00a0imej parti terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pastinya mempunyai kesan pada pemilihan akan datang.\n\n\n\u201cUMNO Johor berpandangan masyarakat di luar terutama pimpinan parti di peringkat cawangan memandang tentang imej parti selepas PRU15. Kita tidak melihat selain daripada mahu menguatkan kedudukan parti.\n\n\n\u201cOleh itu, parti seolah-olah digambarkan tidak menjunjung demokrasi atau kebebasan lebih-lebih lagi apabila ada ahli-ahli yang bertanya berhubung kelulusan usul tiada pertandingan Presiden dan Timbalan Presiden,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/16/10427/", "title": "Tiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Singkil, Aceh", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam gempa bumi yang menggegarkan Aceh, Sumatera, Indonesia pagi tadi.\n\n\nGempa bumi berukuran 6.2 skala Richter itu berlaku pada jam 5:30 pagi.\n\n\nWisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam bencana itu.\n\n\nSekiranya mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor di talian tertera.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada sekatan mana-mana kaum sertai pasukan beruniform, cuma kurang minat \u2013 Musa Hassan\n\n\n\n\n\n\nISMA konsisten sedarkan masyarakat perkara ancam akidah\n\n\n\n\n\n\nTarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan\n\n\n\n\n\n\nPN tidak masuk campur isu politik BN di Melaka\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBadan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BKMG) melaporkan, gempa tersebut berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi waktu tempatan dan pusat gempa berada pada 47 kilometer (km) di tenggara daerah Aceh Singkil.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBadan Pengurusan Bencana Negara (BNPB) berkata, gempa bumi itu menyebabkan ramai penduduk panik namun pihaknya sudah menggerakkan pasukan untuk memantau keadaan di kawasan terlibat.\n\n\nMenurut BKMG, penduduk merasakan gempa bumi kuat berdurasi tiga hingga 10 saat di empat daerah iaitu Aceh Singkil, Tapanuli Tengah, Nias Utara dan Aceh Selatan.\n\n\nBadan itu turut mengesahkan gempa tersebut tidak berpotensi mencetuskan tsunami namun meminta penduduk berwaspada dengan kemungkinan gempa susulan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/16/8-7-juta-golongan-b40-terima-rm1-67-bil-melalui-sumbangan-tunai-rahmah/", "title": "8.7juta golongan B40 terima RM1.67bil melalui Sumbangan Tunai Rahmah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan nama baharu untuk Bantuan Tunai kepada golongan B40 dalam\u00a0 membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memutuskan supaya STR Fasa 1\u00a0 diawalkan kepada Januari ini berbanding perancangan awal pada Mac bagi meringankan beban sara hidup rakyat.\n\n\nMalah katanya, pembayaran STR Fasa 1 kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data secara berperingkat mulai esok.\n\n\n\u201cKerajaan Perpaduan menekankan pendekatan Rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, kerajaan telah memperkenal konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.\n\n\n\u201cMaka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah dan akan terus ditambah baik,\u201d\n\n\n8.7 juta penerima bantuan tunai akan diberikan dalam Fasa 1 STR iaitu empat juta isi rumah menerima RM300 dan 1.2 juta warga emas tiada pasangan menerima RM100 dan 3.5 juta rakyat yang bujang pula menerima RM100.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJenazah Mangsa Akan Dikebumi Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nPasukan Khas Pasca Banjir, Siap Siaga Gelombang Kedua\n\n\n\n\n\n\nRadzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya\n\n\n\n\n\n\nPelajar IPT Diberi 5 Hari Pelepasan Pulang Mengundi\n\n\n\n\n\n\nGuna kod QR salur aduan kebersihan makanan, bazar Ramadan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPenerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok. Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my,\u201d\n\n\nAnwar\u00a0 berkata, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/16/80-000-rakyat-israel-bantah-pembaharuan-badan-kehakiman/", "title": "80, 000 rakyat Israel bantah pembaharuan badan kehakiman", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nTel Aviv semalam dibanjiri oleh lebih 80,000 rakyat Israel yang melakukan protes besar-besaran dalam membantah cadangan kerajaan Israel yang dipimpin oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berhubung pembaharuan badan kehakiman.\u00a0\n\n\nPihak berkuasa rejim haram itu, melaporkan bantahan besar-besaran itu berlangsung selama dua hari berturut-turut di Dataran Habima.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, lapor berita Agensi penunjuk perasaan turut berkumpul di hadapan kediaman presidennya di BaitulMaqdis barat dan kediaman rasmi Netanyahu.\u00a0\n\n\nCadangan pembaharuan badan kehakiman itu meraih kemarahan rakyat itu, bakal mengehadkan kuasa Mahkamah Agung Keadilan bagi kuasa selia dalam memilih hakim dan menghentikan\u00a0 pelantikan penasihat undang-undang kementerian oleh peguam negara itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSerahkan Semula Tugas Kepada Pdrm & Atm\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri: Warga asing \u2018hiasi\u2019 wajah ibu kota\n\n\n\n\n\n\nAgong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKerajaan import telur ayam sehingga bekalan stabil\n\n\n\n\n\n\nAntara Cabaran Utama Kepada Perpaduan \u2013 Dr. Jemilah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nDalam pada itu, rakyat itu turut membantah pelantikan Benjamin Netanyahu sebagai Perdana Menteri, susulan beliau terlibat dengan pelbagai skandal rasuah, penipuan dan mempunyai rekod jenayah lampau yang banyak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/16/dewan-negara-dewan-rakyat-perlu-bentuk-jawatankuasa-tangani-isu-rakyat-rais-yatim/", "title": "Dewan Negara, Dewan Rakyat perlu bentuk jawatankuasa tangani isu rakyat \u2013 Rais Yatim", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, bercadang agar Dewan Negara dan Dewan Rakyat dapat membentuk jawatankuasa baharu dalam usaha membantu serta menangani isu berkaitan rakyat.\n\n\nBeliau berkata, perkara itu termasuk dalam pembentukan Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat dan Jawatankuasa Antirasuah.\n\n\n\u201cPembentukan kerjasama seumpama ini diharap dapat menjadikan Parlimen sebuah institusi sandaran dan harapan untuk rakyat menyuarakan permasalahan dihadapi yang memerlukan perhatian pemimpin negara,\u201d \n\n\nTerdahulu, Rais telah menerima kunjungan hormat dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, iaitu Datuk Ramli Mohd Nor dan Alice Lau Kiong Yieng, di Parlimen, hari ini.\n\n\nDalam pertemuan itu, Rais menerangkan kedudukan transformasi Parlimen yang sedang dilaksanakan, dengan Parlimen dalam proses melakukan beberapa pindaan terhadap akta seperti Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP ibarat membaling batu di tengah khalayak ramai \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nBas persiaran terbakar, laluan keluar Plaza Tol UPM dibuka semula\n\n\n\n\n\n\nKhairy perlu lebih masa sebelum kembali ke arena politik\n\n\n\n\n\n\n147 ketua Wanita UMNO bahagian tidak lagi menyokong Noraini\n\n\n\n\n\n\nPenerbangan pertama haji dijangka 21 Mei\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada masa sama, Parlimen turut berhasrat mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 1963. Penggubalan Kod Etika Ahli Parlimen juga dilihat mampu melancarkan perjalanan sidang dewan,\u201d\u00a0\n\n\nBeliau berkata, pembabitan kedua-dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu amat diperlukan untuk merealisasikan hasrat berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/16/kerajaan-digesa-ubah-pakaian-seragam-pramugari-tempatan-terutama-yang-islam/", "title": "Kerajaan digesa ubah pakaian seragam pramugari tempatan terutama yang Islam", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Jika syarikat penerbangan British Airways telah pun mengorak langkah menukar pakaian krunya ke arah lebih sopan, mengapa tidak syarikat penerbangan tempatan di Malaysia.\n\n\nPemerhati politik, \nProf Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah\n,\u00a0 berkata apakah wajar perniagaan penerbangan perlu memaparkan pendedahan aurat oleh pramugari tempatan.\n\n\nKatanya ini adalah sebahagian daripada penganiayaan terhadap wanita, sehubungan itu beliau berharap pihak yang berkuasa mengambil peranan untuk mengubah perkara berkenaan.\n\n\nProfesor Ridhuan Tee dalam satu kenyataannya di \nportal ismaweb.net\u00a0\n berkata dirinya tidak pernah menafikan hak bagi mereka yang bukan Islam, namun apakah wajar dalam sebuah\u00a0 negara Islam, pakaian seorang pramugari agak terlalu seksi.\n\n\nMalah katanya apabila ada yang mempersoalkan mengenai isu itu, timbul pelbagai kata penafian\u00a0 termasuk daripada seseorang\u00a0 yang\u00a0 bertaraf menteri mengatakan dirinya tidak berkuasa atas hal berkenaan ketika ditanya berhubung pakaian seragam pramugari Islam.\n\n\nTambah beliau lagi, se\nbenarnya, ramai pramugari beragama Islam yang mahu menutup auratnya, tetapi tidak dapat berbuat demikian namun mereka terus berada di dalam dilema, di samping terus menjalankan tugas.\n\n\n\u201cKita nak berbisnes penerbangan atau apa? Apakah kita mahu melariskan bisnes penerbangan dengan mendedahkan peha dan dada wanita. Ini satu penganiayaan kepada wanita. `Pasal apa kita tidak nampak semua itu? Apakah kita mahu terus biarkan anak-anak gadis kita yang mencari rezeki terus hidup sebegini, sedangkan kita ada kuasa mengubah? Bersuaralah dan bertindaklah wahai pemimpin negaraku.\u2019\u2019 \u2013 Pemerhati politik / \nProf Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah\n\n\nMalah katanya ia juga satu penganiayaan kepada anak-anak gadis yang mencari rezeki dalam sektor ini namun terpaksa akur dengan kehendak syarikat.\n\n\nKata beliau, setelah 20 tahun\u00a0 syarikat penerbangan \nBritish Airways memperkenalkan pakaian seragam barunya\n yang cukup sopan dan pelbagai mengikut tugas malah dibenarkan juga berhijab kepada pramugari Muslim.\n\n\nSehubungan itu katanya apakah ia tidak boleh diadaptasi oleh\u00a0 syarikat penerbangan tempatan.\n\n\n\u201cKita teramat sedih apabila isu ini dibangkitkan, maka pihak bertanggungjawab berjawatan menteri berkata, \u201cSaya tiada komen kerana ia perkara subjektif. Kalau anda semua rasa pakaian pramugari kita mencolok mata, tolong jangan pandang,\u201d \u2013\u00a0 Pemerhati politik / \nProf Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah\n\n\nSemua maklum, pakaian pramugari bagi syarikat penerbangan lazimnya mengikut bentuk badan dan terdiri daripada pelbagai warna dan corak.\n\n\nMasing-masing anggun dan elegan memperaga pakaian seragam syarikat penerbangan masing-masing dalam melayani ribuan penumpang, namun sedihnya apabila ada pihak berjawatan menteri hanya berkata tidak boleh memberi komen, jika tidak mahu tengok jangan pandang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/16/malaysia-airlines-lancar-kajian-minta-pandangan-orang-ramai-mengenai-pakaian-seragam-kru/", "title": "Malaysia Airlines lancar kajian minta pandangan orang ramai mengenai pakaian seragam kru", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines)\u00a0 pada Isnin\u00a0 melancarkan satu maklum balas meminta pandangan orang ramai mengenai pakaian seragam yang dipakai oleh pramugari.\u00a0\n\n\nKajian itu dikeluarkan menerusi laman web syarikat tersebut memberi ruang kepada orang ramai menyatakan pandangan mereka sekiranya syarikat itu perlu membuat pembaharuan kepada cara pemakaian.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nLaman web dengan pautan \nhttps://www.research.net/r/5WLHBHK\u00a0 ///\u00a0\u00a0\nmeminta orang ramai memberi maklum balas berhubung beberapa soalan terhadap pakaian seragam kini.\n\n\nSelain itu kajian itu juga mengalu-alukan cadangan daripada orang ramai untuk pakaian seragam baharu untuk kru\u00a0 penerbangan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n94 lokasi bencana dikenal pasti seluruh negara\n\n\n\n\n\n\nSekadar bawa masuk PH dalam Exco, bukan kepentingan rakyat \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nGerakan Islam Perlu Bersama Susun Gerak Kerja Berdepan Musuh \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nPDRM sahkan rakam kenyataan Dr Mahathir berkaitan Proklamasi Melayu\n\n\n\n\n\n\nPN Selangor rangka strategi tembusi kerusi \u2018hitam\u2019 milik DAP\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyarikat Malaysia Airlines terkenal dengan pemakaian pramugari yang seragam dengan mengenakan baju kebaya sebagai ikonik Malaysia sejak 1972 dan dikenali di peringkat tempatan dan antarabangsa.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, isu pemakaian pramugari yang dikenakan oleh syarikat ini mendapat pelbagai kritikan daripada beberapa pemimpin-pemimpin tempatan untuk mengubah kepada pakaian pramugari yang lebih sopan khususnya kepada pekerja Islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/16/malaysia-bakal-tanah-besar-ke-2-segera-tangani-pelancong-china-tidak-pulang/", "title": "Malaysia bakal tanah besar ke-2? Segera tangani pelancong China tidak pulang", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyatakan sekali lagi kebimbangan mereka berhubung kehadiran pelancong dari China.\n\n\nMenerusi satu hantaran di Facebook pertubuhan itu, ia menyatakan sebelum ini telah mempersoalkan berhubung\u00a0 apakah berlaku\u00a0 kepincangan dalam pentadbiran sehingga jumlah pelancong luar sebesar itu \u2018lenyap\u2019 dan tidak\u00a0 kembali ke negara asal.\n\n\nJusteru, PEMBELA mahu kerajaan\u00a0 mengambil tindakan drastik dengan segera sebelum perkara yang tidak diingini berlaku di dalam negara.\n\n\nManakan tidak, kata kenyataan itu ini kerana\u00a0 1.2 juta orang pelancong China yang sebelum ini didedahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSivaraj letak jawatan, isytihar keluar MIC\n\n\n\n\n\n\nKementerian Kewangan tidak terima cadangan mohon KWSP \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nPenempatan haram PATI seluas dua padang bola dibongkar\n\n\n\n\n\n\nMisteri bagasi hitam dirungkai \u2013 mayat dikerat tanpa kepala ditemukan\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki sanggah laporan awal kata insiden KLIA tiada unsur rasuah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMereka membangkitkan persoalan bagaimana pula dengan angka yang mungkin tidak direkodkan?\n\u00a0\n\n\nNamun apa yang lebih menggerunkan, kata mereka Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini juga telah\u00a0 mengeluarkan kenyataan yang mana jika isu rakyat China \u2018hilang\u2019 di Malaysia ini jika tidak dibendung, maka rakyat negara ini jangan berasa hairan dalam tempoh tiga tahun akan datang jumlah yang \u2018hilang\u2019 mungkin sudah pun meningkat menjadi dua juta orang.\n\n\nMenurut kenyataan PPIM itu,\u00a0 sekiranya ia menjadi realiti, apakah nasib bangsa anak Melayu.\n\n\nPPIM turut mempersoalkan apakah Malaysia bakal jadi Tanah Besar Kedua?"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/16/mas-mesti-berani-ubah-kepada-pakaian-lebih-sopan-untuk-kru-penerbangan/", "title": "MAS mesti berani ubah kepada pakaian lebih sopan untuk kru penerbangan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin- \nMalaysia Airlines dilihat telah menyedari dan memahami reaksi pelbagai pihak yang mahukan pemakaian pramugari syarikat penerbangan negara diubah dengan pakaian yang lebih sopan dan menutup aurat.\u00a0\n\n\nUsaha MAS itu dilihat apabila pihaknya mewujudkan satu pautan untuk mendapatkan\u00a0 maklum balas daripada orang ramai bagi meraih pandangan mengenai pemakaian pramugari yang sewajarnya.\u00a0\n\n\nKetua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Dr Suriani Sudi bagaimanapun berpandangan maklum balas yang dibentuk itu tidak menjamin sepenuhnya suara majoriti orang ramai yang setuju sekiranya kod pemakaian pramugari negara diubah kepada kepada yang lebih sopan.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPihak Berkuasa Digesa Kaji Harga Bahan Mentah Makanan Ternakan\n\n\n\n\n\n\nKes saman fitnah Nie Ching-Yazid ditangguh tahun depan\n\n\n\n\n\n\nTumpahan minyak diesel punca 4 LRA henti tugas sementara\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri Umum Perkhidmatan Percuma Untuk Semua Kendalian RadpidKL Selama Sebulan\n\n\n\n\n\n\nPRN Selangor: Pembahagian kerusi PH 83 peratus, utama parti menang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru beliau menyarankan Malaysia Airlines (MAS) untuk tampil berani mengubah pemakaian pramugari dan kakitangan penerbangan ke arah lebih sopan dan tertutup di samping mengekalkan identiti uniform batik yang menjadi kebanggaan negara.\n\n\nBeliau turut berpandangan implementasi pemilihan pakaian batik masih boleh dikekalkan, namun ia perlulah mempunyai potongan yang tidak terlalu ketat dan dilihat\u00a0 masih menutup aurat.\n\n\nJelas beliau juga, sekiranya MAS melakukan perubahan berkenaan, secara tidak langsung pihaknya\u00a0 telah mengangkat martabat buat seluruh pramugari dan kakitangan wanita syarikat penerbangan negara.\n\n\nTerdahulu, Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggesa (MAS) untuk segera mencontohi\u00a0 tindakan syarikat penerbangan British Airways yang selepas 20 tahun bersetuju membenarkan kru kabin wanita untuk memakai hijab dan pakaian sut yang lebih longgar.\n\n\n\u00a0\n\n\nBritish Airways kini membenarkan kru kabin wanita memakai hijab\n\n\nIa selaras wajah baru pakaian kru yang bersesuaian dengan tugas mereka di awan biru berdasarkan daripada kajian dan maklum balas kepada petugas syarikat penerbangan berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/16/tiada-kompromi-pemain-industri-langgar-peraturan-kawalan-harga/", "title": "Tiada kompromi pemain industri langgar Peraturan Kawalan Harga", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak akan berkompromi dengan pemain industri melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan khususnya melibatkan kawalan harga barangan.\u00a0\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berharap kerjasama baik antara pemain industri dan pengguna selain memaklumkan pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat sekiranya menjual melebihi harga maksimum.\n\n\n\u201cSaya sebenarnya tak suka mengulas mengenai amaran tetapi itu bukan bermakna KPDN bertolak ansur kerana jika ada perlanggaran, kita akan ambil tindakan walaupun ia bukan pilihan terbaik.\n\n\n\u201cSaya mengharapkan kerjasama antara pemain industri dan pengguna dapat dijalin supayadengan kefahaman pengguna dan tanggungjawab industri, semua orang boleh mendapat manfaat,\u201d katanya \nselepas membuat tinjauan menerusi \nProgram Lawatan Kos Sara Hidup Sempena Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2023 di sebuah pasar raya di ibu negara hari ini.\n\n\nHadir sama,\u00a0\nKetua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Azman Adam, Pengarah Urusan KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aeon Co (M) Bhd (Aeon), Ono Keiji.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsteri maut ditembak suami lebih lima das\n\n\n\n\n\n\nGereja Borneo tarik balik semakan kehakiman kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nSyed Saddiq bela diri mulai hari ini\n\n\n\n\n\n\nMAS mesti berani ubah kepada pakaian lebih sopan untuk kru penerbangan\n\n\n\n\n\n\nKumpulan Sulu buat tuntutan di mahkamah untuk dapatkan wang\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Salahuddin, berdasarkan tinjauan dilakukan, beliau berpuas hati dengan harga jualan barangan di pasar raya itu kerana dijual di bawah paras harga kawalan.\n\n\nDalam pada itu, KPDN menetapkan lapan barangan ditetapkan untuk harga kawalan semasa Tahun Baru Cina termasuk kobis bulat (Indonesia dan China), kentang (China), bawang putih (China), ikan bawal putih dan udang putih. \n\n\n\u201c\nApa yang menggembirakan saya adalah beberapa barangan seperti kobis bulat dan ubi kentang\u00a0 yang dijual di bawah paras harga kawalan. \n\n\n\u201cContohnya, kobis bulat yang sepatutnya di jual pada harga maksimum RM4, dijual dengan harga RM2.80 manakala ubi kentang yang harganya RM4 dijual pada harga RM3.50,\u201d katanya lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/16/tiada-perang-dingin-kerajaan-negeri-dan-kerajaan-pusat-mb/", "title": "Tiada `perang dingin\u2019 kerajaan negeri dan kerajaan Pusat \u2013 MB", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan wujud \u2018perang dingin\u2019 antara pimpinan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan.\n\n\nIa susulan ketidakhadiran beliau dan barisan pemimpin negeri pada program lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ke Terengganu, Khamis lalu.\n\n\n\n\n\n\nSamsuri berkata kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan pusat dan bersedia memberikan kerjasama dalam apa juga urusan terutama yang melibatkan kepentingan bersama.\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang berlaku ialah masalah komunikasi dan saya pun tak mahu panjangkan masalah ini,\u201d katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kunci Rumah Mampu Milik (RMM) Tajin Sejahtera di Kampung Tajin, Hulu Terengganu, di Kuala Berang,\u00a0 hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, beliau dan pemimpin negeri tidak hadir ke program lawatan tersebut kerana tidak dimaklumkan bahawa terdapat urusan khusus yang melibatkan kerajaan negeri dalam program lawatan perdana menteri, tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Samsuri berkata pihaknya hanya menyalurkan bantuan dari aspek logistik serta pengangkutan seperti yang diminta oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan SOP pengembara China esok\n\n\n\n\n\n\nUndang-Undang Curang Perlu Dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\n50 penghantar makanan serah memorandum bantahan kepada Foodpanda\n\n\n\n\n\n\n`Influencer\u2019 antara ditahan dalam Op Samseng Jalanan\n\n\n\n\n\n\n3 juta jemaah bakal wukuf di Arafah Selasa ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAmalan sebelum ini ialah apabila PMO menghubungi kerajaan negeri untuk apa juga urusan, kita dimaklumkan dengan jelas apa tujuan kedatangan dan siapa yang dilibatkan.\n\n\n\u201cTetapi dalam kunjungan perdana menteri baru-baru ini, saya tak dimaklumkan ada urusan khusus dengan kerajaan negeri. Oleh kerana itu, kita hanya membantu dari segi logistik dan pengangkutan\u2026 tidak diminta lain daripada itu,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Samsuri berkata setakat ini kerajaan negeri juga belum dipanggil untuk sebarang mesyuarat rasmi dengan kerajaan pusat.\n\n\nBagaimanapun, beliau dijangka menghadiri majlis syarahan amanat Perdana Menteri bersama ketua kerajaan negeri dan menteri-menteri Kabinet, Khamis ini di ibu negara.\n\n\n\u201cSaya difahamkan negeri-negeri lain juga belum dipanggil untuk sebarang mesyuarat dengan Perdana Menteri, yang ada pada Khamis ini dijemput semua menteri besar bersama menteri Kabinet untuk hadir pada majlis syarahan amanat Khamis ini di Kuala Lumpur,\u201d katanya.\n\n\nDalam perkembangan lain, Samsuri berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menyiasat dakwaan Umno Terengganu bahawa berlaku pengagihan wang secara berleluasa oleh PAS kepada pengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), November lalu.\n\n\n\u201cItu adalah hak yang diberi dalam undang-undang PRU kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dalam apa juga alasan.\n\n\n\u201cPetisyen akan diuruskan dengan cara undang-undang oleh semua pihak,\u201d katanya.\n\n\nPada 3 Jan lalu, Ketua Umno Terengganu Ahmad Said memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 melibatkan Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu.\n\n\nMenurut Ahmad, petisyen yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu itu dibuat kerana beliau mendakwa berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan Parlimen berkenaan. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/16/umno-sudah-nazak-hanya-berpaut-pada-ph-aminuddin-yahaya/", "title": "UMNO sudah nazak, hanya berpaut pada PH \u2013 Aminuddin Yahaya", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nUMNO dilihat semakin nazak serta tidak mempunyai kekuatan yang sama seperti sebelum ini untuk memimpin negara apatah lagi memenangi majoriti kerusi di parlimen.\n\n\nTimbalan Pengerusi GTA, Aminuddin Yahaya berkata parti itu dikatakan masih kekal relevan\u00a0 disebabkan kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH).\n\n\nTambahnya satu-satunya untuk UMNO berpaut ialah kepada Pakatan Harapan untuk memberi mereka peluang namun perjuangan parti itu telah lari daripada perjuangan.\n\n\n\u201cKita tahu UMNO sudah nazak, hampir-hampir lemas dan mereka hanya ada satu nyawa lagi iaitu pada Pakatan Harapan. Jadi itulah yang memberi nyawa kepada mereka sehingga mereka boleh lagi berenang. Tetapi walau bagaimanapun apa yang berlaku sehari dua hari ini, melihat kepada rakyat bagaimana UMNO\u00a0 telah lari jauh daripada perjuangan mereka memperjuangkan orang melayu dan sebagainya tetapi melihat parti seperti DAP sebagai satu parti yang harus dijadikan kawan malahan selama ini merekalah yang mengatakan macam-macam. Semuanya itu nampaknya dibangkulsampahkan disebabkan oleh mahu memiliki kuasa dan sebagainya, jadi mereka terpaksa kompromi dengan perjuangan mereka.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi ketika ditanya ulasan beliau terhadap isu UMNO selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 yang diadakan baru-baru ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nYGMB sumbang bantuan kepada 100 pelajar asnaf\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tiba di SPRM beri keterangan pagi tadi\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada pakaian tak hormat sensitiviti agama Islam\n\n\n\n\n\n\nLebih separuh tasik, takungan air di dunia semakin kering\n\n\n\n\n\n\nSarimah kecewa berita palsu terlantar sakit tersebar\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu beliau yang mewakili Gagasan Bangsa (GB) berkata, kerjasama dengan GTA akan diteruskan bagi memperjuangkan isu-isu Melayu, integriti dan ekonomi rakyat walaupun tanpa parti Pejuang.\n\n\nMenurut beliau, GB tetap menghormati keputusan yang dibuat oleh Pejuang untuk keluar daripada GTA namun berharap untuk bekerjasama pada masa hadapan.\n\n\n\u201cKita hormati keputusan mereka dan kalau perjuangan mereka kekal sebagaimana yang kita persetujui selama ini InsyaAllah satu hari nanti mungkin kita boleh bergabung balik dengan PEJUANG.\u201d\n\n\nKatanya, perjuangan nasib rakyat akan diteruskan bersama GTA agar parti itu dapat dilihat sebagai alternatif mengangkat suara rakyat berbanding parti lain.\n\n\nSebelum ini, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan Pejuang menarik diri daripada menjadi parti komponen dalam parti gabungan GTA.\n\n\nMenurut beliau, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang untuk mengukuhkan parti dalam banyak perkara sebelum dapat memberi nilai tambah kepada mana-mana parti yang akan disertai gabungan tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/40-negara-desak-israel-tarik-balik-sekatan-atas-palestin/", "title": "40 Negara desak Israel tarik balik sekatan atas Palestin", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nKira-kira 40 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas Pihak Berkuasa Palestin (PA) awal bulan ini.\n\n\nTindakan itu usulan desakan ke atas mahkamah tertinggi PBB yang mengeluarkan pendapat nasihat mengenai pendudukan Israel.\n\n\nPada 30 Disember lalu, Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi meminta pandangan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai isu pendudukan Israel di wilayah Palestin.\n\n\nSebagai tindak balas, negara haram Israel mengumumkan beberapa siri sekatan termasuk kewangan pada 6 Januari lalu terhadap pihak berkuasa Palestin sebagai \u2018membayar harga\u2019 kerana desakan resolusi itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPH Tidak Bubar Dun Di Selangor, Pulau Pinang Dan Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nPengambilan vaksinasi Covid-19 tunjuk peningkatan\n\n\n\n\n\n\nBank Negara Malaysia OPR kekal 2.75%\n\n\n\n\n\n\nAbang Iskandar angkat sumpah jawatan & taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan\n\n\n\n\n\n\nSelangor sedia hadapi kenaikan bahan binaan 180 peratus\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi satu kenyataan semalam, kira-kira 40 negara anggota mengesahkan \u2018sokongan tidak berbelah bahagi\u2019 mereka kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan undang-undang antarabangsa.\n\n\nKenyataan itu turut menyatakan kebimbangan mendalam terhadap keputusan kerajaan Israel mengenakan tindakan hukuman ke atas rakyat Palestin, kepimpinan dan masyarakat sivil susulan permintaan Perhimpunan Agung PBB kepada mahkamah.\n\n\n\n\nAlarabiya melaporkan kenyataan itu ditandatangani negara yang mengundi resolusi berkenaan seperti Algeria, Argentina, Belgium, Ireland, Pakistan dan Afrika Selatan.\n\n\nBagaimanapun, terdapat beberapa negara yang bersikap berkecuali seperti Jepun, Perancis dan Korea Selatan, manakala Jerman dan Estonia menentang.\n\n\n\n\nDuta Palestin ke PBB, Riyad Mansour, dalam kenyataan berkata, ia penting bagi menunjukkan negara anggota bersatu menolak langkah punitif itu tanpa mengira bentuk undian masing-masing."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/abang-iskandar-angkat-sumpah-sebagai-presiden-mahkamah-rayuan/", "title": "Abang Iskandar angkat sumpah jawatan & taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0 Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan iaitu jawatan kedua tertinggi dalam badan kehakiman negara.\n\n\nAbang Iskandar, 63, dari Sarawak, menggantikan Tan Sri Rohana Yusuf yang bersara pada November tahun lepas.\n\n\nBeliau merupakan hakim pertama dari Sabah dan Sarawak\u00a0yang dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.\n\n\nHakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya\n\n\nHakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pula mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya manakala Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sebli, 63, juga dari Sarawak, sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerarakan Hari Wanita sekadar boneka, sebar mesej budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nSkandal 1MDB, SRC: SPRM tahan sekutu Jho Low di KLIA2\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Kedah Perlu Waspada Judi Pasaran Gelap \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nBaik Khairy sertai platform politik sedia ada \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nCeramah Dr Sikh, AJK masjid perlu bertanggungjawab\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohamad Zabidin, 65, dari Kedah, menggantikan Tan Sri Azahar Mohamed yang bersara pada 27 Okt tahun lepas.\n\n\nSementara itu, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nordin Hassan, 59, mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.\n\n\nTurut mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Hakim Mahkamah Rayuan ialah enam Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Azman Abdullah, 61;\u00a0\u00a0Datuk Azimah Omar, 60; Datuk Lim Chong Fong, 60; Datuk Collin Lawrence Sequerah, 62, Mohamed Zaini Mazlan, 55,\u00a0dan Datuk Wong Kian Kheong, 58.\n\n\nSequerah merupakan hakim yang mendengar perbicaraan kes\u00a0bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kes Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan dana Yayasan Akalbudi.\n\n\nMohamed Zaini pula adalah hakim yang mendengar kes rasuah bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta kes rasuah dan pengubahan wang haram isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.\n\n\nHakim itu juga akan memutuskan pada 30 Jan ini sama ada Najib dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy perlu membela diri atau dibebaskan daripada\u00a0pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.\n\n\nSelain itu, 11 Pesuruhjaya Kehakiman mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Norsharidah Awang, 62; Tee Geok Hock, 64; Datuk Zaleha Rose Pandin, 61;\u00a0 Alice Loke Yee Ching, 60;\u00a0 Datuk Azhar Abdul Hamid, 59;\u00a0 Dr Arik Sanusi Yeop Johari, 53;\u00a0 G. Bhupindar Singh, 59;\u00a0 Mahazan Mat Taib, 55; Ahmad Murad Abdul Aziz, 63;\u00a0 Liza Chan Sow Keng, 65; dan Wan Muhammad Amin Wan Yahya, 50.\n\n\n\n\nSeramai lima individu turut mengangkat sumpah sebagai Pesuruhjaya Kehakiman iaitu Zaharah Hussain yang sebelum ini merupakan Pendaftar Mahkamah Tinggi, M. Sumathi (Pengerusi Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur), Dr Suzana Muhamad Said (Felo Kanan Undang-Undang Fakulti Ekonomi & Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia), Evawani Farisyta Mohammad (peguam Petronas) dan Dr Wendy Ooi Su Ghee (Rakan Kongsi Tetuan Gan & Zul).\n\n\nTurut hadir pada majlis yang berlangsung di\u00a0Istana Kehakiman itu ialah Ketua Hakim Negara\u00a0Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/filem-berbaur-lucah-finas-boleh-batal-lesen-jika-ada-kecurangan-fraud-atau-keburukan-akhlak/", "title": "Filem berbaur lucah: FINAS boleh batal lesen jika ada kecurangan, fraud atau keburukan akhlak", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem bergenre seram, Pulau yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata, garis panduan kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Penapis Filem (LPF).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, katanya, FINAS boleh membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen disabitkan kesalahan berkaitan kecurangan, penipuan atau keburukan akhlak.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cFINAS mengambil maklum berhubung isu video trailer filem Pulau yang tular dalam media sosial ketika ini.\u00a0 Trailer yang tular memaparkan beberapa adegan keterlaluan dan dilihat tidak menitikberatkan budaya kesopanan dan kesusilaan yang diamalkan rakyat Malaysia.\n\n\n\n\n\u201cBabak seperti ini tidak wajarnya dilakukan. Namun, kelulusan tayangan tertakluk di bawah LPF menerusi penguatkuasaan Akta 620, Akta Penapisan Filem 2002.\n\n\n\u201cFilem Pulau menerima kelulusan LPF pada September, tahun lalu,\u201d katanya menerusi kenyataan dikeluarkan.\n\n\nMd Nasir berkata, tugasan penapisan filem dilaksanakan tiga Ahli Lembaga Penapis dan keputusan panel diperakukan untuk pertimbangan Pengerusi atau Naib Pengerusi Lembaga Penapisan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah tangguh rayuan Najib saman Thomas ke 11 Ogos\n\n\n\n\n\n\nMYDIN rugi setengah juta kerana cuti tambahan raya\n\n\n\n\n\n\nPenguatkuasaan Akta Cecair 1952 masih lemah, tiada kawalan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nOIC sambut baik laporan Amnesty International mengenai aparteid terhadap Palestin\n\n\n\n\n\n\nBERSATU tidak puas hati diberi hanya 3 jawatan EXCO Kedah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSesuatu pertimbangan dibuat berdasarkan peraturan dan kriteria ditetapkan tiga dokumen asas iaitu Akta Penapisan Filem, Garis Panduan Penapisan Filem dan Panduan Khusus Penapisan Filem.\n\n\n\u201cFilem adalah salah satu platform terbaik dalam menyemai semangat toleransi, persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama serta bangsa.\n\n\n\u201cNamun, FINAS tidak menghalang atau menyekat usaha mana-mana pihak mengeluar dan menerbitkan karya seni sebagaimana termaktub dalam Akta 244, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 dan pematuhan kepada prosedur permohonan lesen penggambaran yang meliputi Sijil Perakuan Penggambaran (SPP), Lesen Pengeluaran Filem (PF) dan Lesen Pengedaran Filem (DF) serta mana-mana akta perundangan Kerajaan Malaysia yang sedang berkuat kuasa,\u201d katanya.\n\n\nBagaimanapun, katanya, FINAS akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlesenan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (1983), Peraturan 6 (2) selaku badan dipertanggungjawabkan dalam pengeluaran lesen penerbitan filem tempatan.\n\n\n\n\n\u201cFINAS boleh membatalkan lesen jika pemegang lesen disabitkan kesalahan berkenaan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak.\n\n\n\u201cSehubungan itu, FINAS menasihatkan agar penggiat seni lebih sensitif dan berhati-hati dalam penghasilan sesuatu karya kreatif dan mematuhi garis panduan ditetapkan kerajaan.\n\n\n\n\n\u201cIa bagi mengelak timbul prasangka tidak baik atau kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai latar belakang budaya dan agama,\u201d katanya. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/guru-besar-putih-mata-wang-rm109000-bantuan-awal-persekolahan-lesap/", "title": "Guru Besar putih mata, wang RM109,000 bantuan awal persekolahan lesap", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nMalang tidak berbau apabila seorang guru besar berputih mata kerana wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 dilarikan penjenayah.\n\n\nWang yang baru sahaja dikeluarkan oleh guru besar berkenaan diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor sebelum mendapati cermin keretanya dipecahkan ketika membeli minuman.\n\n\nKetua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.17 tengah hari semalam, seusai guru tersebut mengeluarkan wang berkenaan dari sebuah bank di pekan Semenyih untuk diagihkan kepada pelajarnya pada keesokan hari.\n\n\nMangsa ketika kejadian berseorangan telah mengeluarkan wang tunai berjumlah lebih kurang RM109,000 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih yang merupakan bantuaan awal persekolahan.\n\n\nMenerusi kenyataan rasminya, selepas mangsa yang berusia 50 tahun itu mengeluarkan wang berkenan dalam sebuah beg, beg ditinggalkan di dalam\u00a0 kereta Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsmail janji isu tuntutan KWSP akan dibawa ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\nTiga Kluster Pendidikan Baharu Dikesan Di Kedah\n\n\n\n\n\n\nKJ jangka parti kerajaan dilanda \u2018tsunami tidak puas hati\u2019\n\n\n\n\n\n\nLonggokan Sisa Kayu Berpunca Daripada Fenomena \u2018Kepala Air\u2019\n\n\n\n\n\n\nJAKIM lancar kutipan derma bantu mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta miliknya dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai dicuri.\n\n\nMohd Zaid turut berkata, polis kini sedang menggiatkan usaha bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.\n\n\nOrang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.\n\n\nKes juga disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.\n\n\nSementara itu, berdasarkan keterangan guru besar berkenaan, beliau tidak membuat permohonan pengiring polis untuk transaksi pengeluaran wang berkenaan kerana sudah berpengalaman 10 tahun dalam mengendalikan situasi itu dan perkara demikian tidak pernah berlaku ."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/hutang-negara-cecah-rm1-2-trilion-anwar/", "title": "Hutang negara cecah RM1.5 trilion \u2013 Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hutang negara termasuk liabiliti kini sudah mencecah hampir RM1.5 trilion.\n\n\nKedudukan hutang negara terkini itu menurut Menteri Kewangan sudah mencecah melebihi 80 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan usha menanganinya harus disegerakan.\n\n\nIa turut memberi kesan apabila Bajet Defisit akan lebih melebar daripada jangkaan awal iaitu 5.8 peratus daripada KDNK untuk tahun 2022.\n\n\nPerdana Menteri berkata, cabaran yang dihadapi kini ialah masalah hutang negara sudah mencecah hampir RM1.2 trillion yang merupakan kenyataan walaupun masih ada pihak yang mempertikai.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLaman web Jabatan Imigresen digodam\n\n\n\n\n\n\nAhli MKT UMNO tawar diri bertanding jawatan Ketua Pemuda\n\n\n\n\n\n\nMahkamah arah Zuraida bayar RM10 juta kepada PKR\n\n\n\n\n\n\nTanda Pagar #MatKilau Sohor Di Twitter\n\n\n\n\n\n\nPM gesa siasatan dilakukan terhadap \u2018perasuah tak berani disentuh sesiapa\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, kemerosotan ekonomi masih belum reda manakala keadaannya masih malap yang turut terkesan dengan perkembangan antarabangsa global, perang Ukraine-Russia serta pascaCOVID-19.\n\n\nTambah beliau, semua pihak termasuk kepimpinan dan wakil kementerian harus menerima kenyataan itu, bahawa ia bukan lagi urusan biasa selain mereka tidak seharusnya terus selesa.\n\n\nDalam pada itu, Anwar berkata, negara boleh melakukan penjimatan hingga RM10 bilion daripada kebocoran yang berlaku dalam sistem perolehan kerajaan.\n\n\nKita mengalami kebocoran yang tinggi, dalam hampir belum dua bulan saya berada di kementerian kewangan. saya boleh kenal pasti RM3 bilion hingga RM4 bilion yang boleh diselamatkan, yg bocor pada parti dan tokoh2 politik. Dan kalau kita boleh teruskan dengan kerjasama dgn hubungan rakan-rakan di MOF, saya ucap terima kasih.\u00a0 kita boleh jimatkan mencecah RM10 billion daripada kebocoran yang berlaku.\n\n\nKatanya negara mengalami kebocoran yang tinggi belum dua bulan dirinya di Kementerian Kewangan, beliau juga sudah mengenalpasti RM3 bilion hingga RM4 bilion yang boleh diselamatkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/isma-sokong-teks-rasmi-perlembagaan-versi-bahasa-melayu/", "title": "ISMA sokong teks rasmi Perlembagaan versi Bahasa Melayu", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nIkatan Muslimin Malaysia (ISMA) memberi sokong terhadap cadangan edisi Perlembagaan Persekutuan diterjemah ke Bahasa Melayu menggantikan teks asal dalam Bahasa Inggeris sebagai versi rasmi.\n\n\nPresiden ISMA, Ustaz Fauzi Asmuni berkata usaha itu dilihat sebagai perubahan positif selaras dengan Perlembagaan 152 Perlembagaan Persekutuan, yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan termasuk di mahkamah.\n\n\nMemetik Ismaweb.net, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, beliau berkata saranan yang diutarakan oleh Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun itu bertepatan seperti yang terkandung dalam perkara 160B Perlembagaan.\n\n\nKatanya, walaupun masih di peringkat cadangan, ISMA menyambut baik cadangan tersebut dan berharap pihak kerajaan dapat mengangkat cadangan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil keterangan wanita olah video manipulasi titah Sultan Perak\n\n\n\n\n\n\nJenazah Mangsa Akan Dikebumi Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nBasmi Pengasingan Kuasa\n\n\n\n\n\n\nKPM tumpu cabaran ekonomi bukan iktiraf sijil UEC\n\n\n\n\n\n\nKes positif Covid-19 menurun kepada 5,809\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mencadangkan kepada kerajaan supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu menjadi teks rasmi selaras Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nPeguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, pihaknya juga bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah yang terkini mengikut Perkara 160A Perlembagaan Persekutuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/kebebasan-bersuara-dalam-umno-sudah-mati/", "title": "Kebebasan bersuara dalam UMNO sudah mati", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nKeputusan UMNO meluluskan usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang menyebabkan masih ramai akar umbi dan pimpinan parti itu tidak berpuas hati walaupun perkara itu sudah dua hari berlalu.\u00a0\n\n\nPerkara itu turut disuarakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar yang tidak menyokong keputusan berkenaan dan menganggap amalan demokrasi semakin mati di dalam parti tersebut.\u00a0\n\n\nBeliau juga kecewa apabila mengetahui terdapat wakil anak muda daripada Kelab-Kelab UMNO Luar Negara yang tidak dibenarkan berucap pada saat-saat akhir oleh pemimpin tertinggi UMNO ketika PAU 2022. \n\n\nSaudara Muhammad Iman Irfan bin Yahya merupakan pelajar dari luar negara yang telah disenaraikan sebagai pembahas Ucapan Dasar Presiden No.17 di PAU 2022 tetapi di saat-saat akhir telah tidak dibenarkan berucap oleh pemimpin tertinggi UMNO Malaysia.\n\n\nBeliau meluahkan perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nManusia Lebih Hina Daripada Babi Jika Amalkan Korupsi \u2013 Ridhuan Tee\n\n\n\n\n\n\nAgong Perkenan 3 Akta Diluluskan Pada Mesyuarat Pertama Parlimen\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: 4 lagi mangsa ditemui, 3 masih hilang\n\n\n\n\n\n\nNajwan tetap tercalon walaupun bersifat perkauman\n\n\n\n\n\n\nVarian XE belum dikesan di Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Noh percaya tindakan yang dikenakan ke atas Muhammad Iman itu adalah disebabkan tulisannya di media sosial mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\u00a0\n\n\nJelasnya, sejak 25 tahun lalu, perwakilan daripada Kelab UMNO United Kingdom dibenarkan berbahas dan kejadian ini merupakan kali pertama mereka disingkir dan dihalang berbuat sedemikian.\u00a0\n\n\nNoh yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor itu mendakwa situasi itu jelas memperlihatkan bukan sahaja demokrasi telah mati bahkan kebebasan bersuara juga telah terkubur di dalam UMNO.\u00a0\n\n\nSementara itu, beliau tidak menolak\u00a0 kemungkinan sokongan pengundi kepada UMNO dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) khususnya di Selangor terhad di Saluran 1 dan 2 sahaja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/misteri-bagasi-hitam-dirungkai-mayat-dikerat-tanpa-kepala-ditemukan/", "title": "Misteri bagasi hitam dirungkai \u2013 mayat dikerat tanpa kepala ditemukan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Misteri sebuah bagasi hitam bagasi hitam yang mengandungi beberapa bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), berhampiran susur Rawang Selatan, pada pagi Selasa.\n\n\nMengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superitendan Shafa\u2019aton Abu Bakar berkata, beg berkenaan ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 11.30 pagi tadi.\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, hasil pemeriksaan polis berjaya menemukan beberapa anggota badan daripada bahu ke pinggang yang dikerat tanpa bahagian kepala dan kedua-dua tangan dalam bagasi itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIdentiti mangsa belum dikenal pasti dan anggota badan berkenaan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses selanjutnya,\u201d katanya.\n\n\nTanbahnya, setakat ini polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/perpaduan-mesti-dipimpin-oleh-islam-yang-berintegriti-hadi/", "title": "Perpaduan mesti dipimpin oleh Islam yang berintegriti \u2013 Hadi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPresiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menegaskan perpaduan mestilah dipimpin oleh Islam yang berintegriti mengikut takrifnya yang tepat.\u00a0\n\n\nBukannya dipimpin oleh kalangan yang tidak beriman, tidak berakhlak dan tidak berilmu, serta bukan berwala\u2019 kepada musuh Islam yang nyata.\n\n\nKatanya, ini merupakan perpaduan asas ketaqwaan yang mendapat rahmat Allah SWT.\n\n\n\u201cAdapun perpaduan dengan masyarakat bukan Islam berkonsepkan kemanusiaan. Diwajibkan menegakkan keadilan kepada semua termasuk terhadap golongan bukan Islam yang bersedia berada di bawah pemerintahan Islam,\u201d \u2013\u00a0 TAN SRI ABDUL HADI AWANG / Presiden PAS\n\n\nPresiden Pas itu berkata keadilan wajib ditegakkan termasuk terhadap golongan bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNik Razi, adik Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri nafi perbelanjaan RM620 bilion tidak direkodkan\n\n\n\n\n\n\nMuafakat Nasional gesa polis siasat Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPeguam Muslim cabar debat rayuan kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Digugurkan Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nTambahnya, menerusi kenyataan rasmi, syarat perpaduan adalah berdasarkan kepada aqidah atau iman yang kukuh dengan berpegang kepada konsep aqidah Islamiah yang berteraskan beriman kepada Allah, Rasul, Kitab dan Hari Akhirat.\n\n\nBegitu juga yang harus dilaksanakan dalam perpaduan melalui skop yang lebih besar, iaitu konteks menubuhkan sebuah negara dan kerajaan.\u00a0\n\n\n\u201cMaka mesti dilihat, adakah kumpulan tersebut terbentuk daripada hasil salah laku, rasuah, menipu, zalim dan lain-lain?\n\n\n\u201cTanpa mereka itu bertaubat dengan taubat nasuha dan berazam dengan ikhlas untuk meninggalkan maksiat setelah benar-benar berjaya meninggalkannya, atau setelah benar-benar menjalani hukuman yang adil di alam dunia, bukan yang berjaya melepaskan diri dengan berbagai-bagai tipu dan helah.\n\n\n\u201cMaka, perpaduannya adalah sangat rapuh,\u201d katanya melalui kenyataan rasmi.\n\n\nBeliau turut menggariskan berkenaan dengan perpaduan sama ada kumpulan itu terbentuk hasil daripada salah laku, rasuah, menipu, zalim serta perkara yang berkenaan tanpa bertaubat daan berazam akan meninggalkan perkara itu.\n\n\n\u201cJika pembangkangnya sangat besar, jadilah kerajaan itu berkepala besar bukannya kerajaan perpaduan.\n\n\n\u2018Jika kepalanya terlalu besar lebih besar daripada jasadnya, maka kemungkinan jatuhnya itu lebih mudah,\u201d ujarnya.\n\n\nHadi juga menekankan dalam istilah politik, Kerajaan Perpaduan sepatutnya tiada pembangkang \natau pembangkang terlalu kecil dan tidak bermaya \nkerana jika pembangkang berskala besar, kerajaan itu \u2018berkepala besar\u2019 bukannya kerajaan perpaduan.\n\n\nDalam pada itu, Presiden Pas itu menjelaskan Islam menetapkan asas keberkatan kepada kerja dan hasiln yang membawa kebajikan di dunia yang menjadi jambatan ke akhirat, berpahala di akhirat atau kebajikan yang disimpan di Hari Akhirat kelak.\u00a0\n\n\nTegasnya, perkataan berkat tidak terdapat dalam kamus istilah agama bukan Islam dan ideologi ciptaan manusia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/polis-tunggu-laporan-perubatan-budak-dipercayai-mangsa-dera/", "title": "Polis tunggu laporan perubatan budak dipercayai mangsa dera", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\nPihak polis masih menunggu laporan perubatan melibatkan kes seorang kanak-kanak lelaki yang ditemukan dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan, tangan, jari dan dahi di tepi jalan di Cheras Utama, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nKetua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata kanak-kanak yang dianggarkan berusia antara tiga empat tahun itu dalam keadaan baik.\u00a0\n\n\nBeliau berkata polis juga masih mengesan waris kanak-kanak berkenaan dan seorang individu warga Myanmar juga telah dipanggil bagi membantu berkomunikasi namun kanak-kanak itu masih tidak memahami percakapan individu tersebut. \n\n\nKita masih menunggu laporan perubatan dari Hospital Kajang, kes itu juga sudah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat. Kita juga sedang mengesan keluarga kanak-kanak tersebut.\n\n\nMenurut Mohd Zaid, polis tidak menjumpai sebarang butiran atau dokumen pengenalan diri kanak-kanak tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaya sayang Bella lebih daripada anak lain \u2013 Siti Bainun\n\n\n\n\n\n\nJawatan Presiden, Timbalan Presiden biar perwakilan tentukan \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nRakyat Palestin memperingati kematian Shireen Abu Akleh\n\n\n\n\n\n\nBoy Iman didakwa tipu jual tapak Hooray X Fest Raya\n\n\n\n\n\n\nSpeaker DUN Tidak Terima Surat Bubar DUN\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki yang disyaki mangsa dera itu ditemui ditinggalkan bersendirian di tepi jalan simpang tiga berhampiran pangsapuri Cheras Utama, Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, seorang lelaki berusia 36 tahun menemui kanak-kanak terbabit pada jam 11.30 malam yang kemudiannya melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis melalui talian MERS999."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/semua-peguam-tarik-diri-siti-bainun-menangis/", "title": "Semua peguam tarik diri, Siti Bainun menangis", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nDua lagi peguam yang mewakili kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down, Bella memfailkan permohonan menarik diri secara bertulis semalam.\u00a0\n\n\nTindakan dua peguam itu, Asiah Abd Jalil dan Nurul Hafidzah Hassan menyebabkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31 tahun berseorangan tanpa lima peguambelanya dalam kes berkenaan.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, semasa berdiri di kandang tertuduh pada prosiding bela diri hari ini, beliau dilihat mengesat air mata dan suaranya berubah sebak ketika menjawab pertanyaan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Izralizam Sanusi.\u00a0\n\n\nNotis permohonan penarikan diri secara bertulis daripada dua peguam berkenaan itu telah diterima pada jam 9 malam semalam dan mahkamah turut mengesahkannya.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM, KKM pantau penularan COVID-19 waktu SPM 2022 berlangsung\n\n\n\n\n\n\nOIC adakan mesyuarat tergempar bincang insiden bakar al-Quran di Stockholm\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil keterangan wanita olah video manipulasi titah Sultan Perak\n\n\n\n\n\n\nGereja Borneo tarik balik semakan kehakiman kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\n179 orang dipindahkan ke PPS di Larut, Matang dan Selama\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas memberitahu bahawa ini merupakan kali kedua peguam, Nurul Hafidzah menarik diri daripada kes berkenaan.\u00a0\n\n\nSemalam, tiga peguam pengasas Rumah Bonda itu, Mohammad Farhan Maaruf, Nur Ellena Mohamed Razi dan Nur\u2019Aminahtul Mardiah Md. Nor menarik diri daripada mengendalikan kes tersebut sekali gus menyebabkan prosiding bela diri Siti Bainun ditangguhkan.\u00a0\u00a0\n\n\nKetiga-tiga peguam itu memberikan alasan mempunyai kekangan masa dan jadual yang bertindih menyebabkan mereka terpaksa menarik diri.\n\n\nTerdahulu, Izralizam menetapkan 26 dan 27 Januari bagi menyambung perbicaraan bela diri manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat ini dilapangkan serta menasihati Siti Bainun melantik peguam lebih bertanggungjawab untuk mengendalikan kesnya.\u00a0\n\n\nPada 24 November tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Siti Bainun membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.\n\n\nSiti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 31(1) (a) Aka Kanak-Kanak 2001."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/tangguh-bicara-kes-mahkamah-zahid-hanya-isu-kecil-fadhli-shaari/", "title": "Tangguh bicara kes mahkamah Zahid hanya isu kecil \u2013 Fadhli Shaari", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPenangguhan perbicaraan kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi diumpamakan hanya perkara kecil berbanding menguruskan negara yang lebih besar.\u00a0\n\n\nAhli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari secara sinis \u2018membela\u2019 Ahli Parlimen Bagan Datuk itu apabila mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kes dijadualkan semula pada 10 April ini.\n\n\nBeliau berkata menerusi hantaran di Facebooknya, Ahmad Zahid tentunya sibuk dengan urusan tadbir negara sebagai Timbalan Perdana Menteri sehinggakan pembicaraannya ditunda.\n\n\nFadhli turut menyindir kenyataan yang dikeluarkan media sebelum ini akan menggambarkan imej buruk Kerajaan Perpaduan kepada masyarakat dan mereka pastinya tidak mahu perkara sebegini terjadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFahmi nafi halang Ridhuan Tee muncul di televisyen\n\n\n\n\n\n\nPAS Masih Harapkan Kerjasama UMNO Dalam MN\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi dijangka bawah 70 peratus\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran KWSP secara terus lebih mudah berbanding cagaran\n\n\n\n\n\n\nTindakan Pembatalan Notis 19 Tokong Di Perak Mengejutkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, mahkamah telah menetapkan perbicaraan Ahmad Zahid dijalankan selama 27 hari, iaitu lima bulan berturut-turut bermula April hingga Ogos depan.\n\n\nAhmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu akan menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/uji-kemampuan-teknologi-siber-negara-antara-cubaan-kumpulan-penggodam-atm/", "title": "Uji kemampuan teknologi siber negara antara cubaan kumpulan penggodam -ATM", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenal pasti empat kemungkinan yang menjadi punca pihak tertentu untuk cuba menggodam rangkaian sistem komunikasi pertahanan negara.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan ATM Laksamana Muda Datuk Shamsuddin Ludin berkata hasil siasatan mendapati\u00a0perbuatan yang mungkin dilakukan oleh satu kumpulan atau individu itu, adalah untuk menguji\u00a0kemampuan teknologi pertahanan siber selain mencuba kemahiran mereka dalam teknologi semasa.\n\n\n\u201cPenggodam ini mungkin mahu mencuba teknologi yang dibina atau sudah ada dalam pasaran. Kemungkinan juga ada pihak menaja supaya selepas ini\u00a0mereka\u00a0boleh menjual sistem perlindungan\u00a0atau\u00a0\nfirewall\n\u00a0yang lain,\u201d katanya kepada\u00a0pemberita selepas program Hari Kesedaran Satelit\n\u00a0\ndi Kompleks Haigate ATM di ibu negara hari ini.\n\n\nShamsuddin berkata walaupun setakat ini\u00a0ATM masih belum mengenal pasti objektif sebenar cubaan godam itu dilakukan, namun tindakan dan usaha untuk meningkatkan sistem pertahanan siber negara sudah pun dilaksanakan.\n\n\nMenurut beliau,\u00a0penggodam menggunakan e-mel pancingan dalam cubaan serangan secara rawak ke rangkaian e-mel rasmi yang digunakan oleh beberapa agensi di Kementerian Pertahanan dan ATM baru-baru ini.\n\n\nShamsuddin berkata cara menggunakan e-mel pancingan boleh berlaku kepada mana-mana pihak, namum ATM sentiasa bersedia menghadapi ancaman tersebut termasuk dengan menguatkan\u00a0\nfirewall.\n\n\n\n\n\u201cKami\u00a0buat tindakan bukan berdasarkan sesuatu yang berlaku, tindakan kita adalah berterusan pada waktu\u00a0aman, krisis dan perang\u2026perkara ini\u00a0tidak menjadi kejutan, jadi tidak ada persoalan apabila berlaku kita kelam-kabut buat tindakan, pelan tindakan sentiasa ada,\u201d katanya.\n\n\n\n\nPada 13 Jan lalu, Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang mengesahkan bahawa keseluruhan rangkaian komunikasi ATM yang terdedah kepada capaian internet kekal selamat dan kegiatan penggodam itu telah dikesan awal.\n\n\nBaru-baru ini\u00a0kumpulan penggodam baharu yang dikenal pasti sebagai Dark Pink dilaporkan\u00a0menggunakan e-mel pancingan data dan perisian lanjutan untuk menjejaskan sistem pertahanan tentera di Filipina dan Malaysia, serta organisasi kerajaan di Kemboja, Indonesia dan Bosnia-Herzegovina.\n\n\nTerdahulu,\u00a0Shamsuddin menghadiri\u00a0program Hari Kesedaran Satelit\n\u00a0\nyang dirasmikan\u00a0Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad.\n\n\nProgram selama dua hari yang berakhir esok diadakan bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan aplikasi satelit kepada aspek pertahanan dan keselamatan negara seiring dengan ancaman semasa yang semakin kompleks.\n\n\nIa disertai 23 agensi kerajaan dan syarikat swasta, 15 universiti tempatan dan sekolah serta warga ATM-BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/17/usahawan-perlu-bantuan-intervensi-kerajaan-untuk-pulih-kekal-bertahan/", "title": "Usahawan perlu bantuan intervensi kerajaan untuk pulih, kekal bertahan", "body": "0\n\n\nBANGI, SELASA \u2013 \nKadar prestasi usahawan negara masih lagi belum menunjukkan trend pemulihan yang memberangsangkan akibat kadar inflasi yang tinggi serta kemelesetan ekonomi sejak Mac 2022.\u00a0\n\n\nOleh itu hanya 45 peratus usahawan di negara ini yang masih mencatatkan peningkatan jualan dan selebihnya terpaksa menggulung tikar buat\u00a0 perniagaan yang dijalankan.\n\n\n\n\nJusteru, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menyatakan intervensi daripada kerajaaan masih diperlukan untuk\u00a0 memastikan usahawan dapat terus bangkit serta\u00a0 kekal bertahan bagi menjalankan perniagaan mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n10 Exco kerajaan negeri Melaka angkat sumpah\n\n\n\n\n\n\nTubuh Jawatankuasa Pantau Individu Dilantik Jawatan Utama\n\n\n\n\n\n\nPAS Sedia Ganti UMNO Bawa Suara Orang Melayu Islam\n\n\n\n\n\n\nPindaan Akta 715 diharap henti manipulasi industri teksi, e-hailing\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan Penuh Ruang Solat Masjid Di Selangor Dibenarkan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMengulas lanjut, Ewon Benedick memaklumkan golongan usahawan yang terjejas akibat bencana banjir, kegagalan tadbir urus perniagaan dan bebanan kos sara hidup yang tinggi amat memerlukan bantuan intervensi daripada kerajaan bagi memulihkan semula perniagaan mereka.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, beliau turut menjelaskan pihaknya sedang giat mewujudkan\u00a0 sebanyak 24 strategi utama dan 185 program serta projek\u00a0 bagi membantu dan memperkasakan lagi golongan usahawan di negara ini.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPelan strategik yang dibentuk dapat memberi manfaat kepada 543,080 usahawan dan bakal usahawan dalam menjadikan mereka lebih maju, proaktif serta berupaya mampan di dalam industri ekonomi negara.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian, dalam sidang media Majlis Amanat Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Tahun 2023, Di Menara Kembar Bank Rakyat Kuala Lumpur."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/10637/", "title": "Amuk, cubaan tukang gunting serang polis dengan pisau pemotong daging", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tukang gunting rambut yang mengamuk sambil memegang pisau pemotong daging ditahan polis di sebuah kawasan pangsapuri di Taman Lembah Maju, Ampang pagi tadi.\n\n\nDalam kejadian jam 10.51 pagi, polis menerima panggilan daripada orang awam sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.\n\n\n\n\nKetua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 45 tahun terbabit mengamuk sambil menggunakan senjata tajam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPBB, EU, Kesatuan Afrika gesa gencatan senjata segera\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada pakaian tak hormat sensitiviti agama Islam\n\n\n\n\n\n\n3 tahun tempoh 1,500 doktor kontrak dapat lantikan tetap \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor Pandang Serius Perpecahan Politik Orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nPenularan Omicron Tidak Dapat Dielakkan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAnggota berjaya menahan suspek dan merampas satu pisau pemotong daging berukuran 30 sentimeter dan hulu kayu dengan lilitan tali.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSuspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan dan polis akan menjalankan ujian saringan air kencing untuk mengenalpasti sama ada suspek di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau berkata, berdasarkan semakan awal mendapati suspek adalah pemegang kad pesakit mental (PSY) dan sedang menjalani rawatan.\n\n\nKatanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 kanun sama.\n\n\nBerdasarkan dua rakaman video berdurasi 15 saat dan sembilan saat menunjukkan lelaki memakai topi keledar mengamuk dan menjerit ke arah anggota polis sambil memegang pisau.\n\n\nSuspek kemudian dilihat membuka topi keledar lalu mencampaknya ke jalan dan terus mengekori anggota polis yang dipercayai cuba menenangkan suspek. \u2013 METRO"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/3-mac-tarikh-bela-diri-atau-bebas-najib-arul-kanda-kes-pinda-laporan-audit/", "title": "Kes pinda laporan audit: 3 Mac, tarikh bela diri atau bebas Najib & Arul Kanda", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0\nKeputusan sama ada Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan meminda laporan audit syarikat pelaburan strategik itu, ditangguhkan ke 3 Mac ini.\n\n\nKeputusan itu sepatutnya dibuat Hakim Mohamed Zaini Mazlan, pada 30 Januari ini namun dilapangkan dan ditetapkan semula pada tarikh berkenaan.\n\n\nMemetik Berita Harian\n, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.\n\n\nSelain Ahmad Akram, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, manakala Najib dan Arul Kanda masing-masing diwakili peguam, Tan Sri Shafee Abdullah serta Datuk N Sivananthan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSarjan maut 3 das tembakan ada masalah keluarga \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful gagal ketepi kes rasuah RM6.9 juta\n\n\n\n\n\n\nTokoh wartawan negara kesal Menteri bidas laporan BH\n\n\n\n\n\n\n31 Ogos Tidak Wajar Dimansuhkan \u2013 Veteran Atm\n\n\n\n\n\n\nKerajaan setuju tubuhkan Jawatankuasa Tertinggi tangani isu doktor kontrak\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendakwaan menutup kes pada 7 September lalu, selepas memanggil 16 saksi bagi memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung selama 43 hari bermula 18 Februari 2019.\n\n\nPada 24 Jun lalu, mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi bagi memberi keterangan terhadap Najib mengikut Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\nPendakwaan kemudian menawarkan 18 saksi kepada pembelaan, antaranya bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.\n\n\nAntara saksi utama dipanggil memberi keterangan ialah bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa; bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang serta Tan Sri Dr Madinah Mohamad.\n\n\nNajib selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada tindakan sivil atau jenayah berkaitan peranannya dalam perjalanan operasi syarikat 1MDB.\n\n\nBekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengarahkan Laporan Pengauditan 1MDB dimuktamadkan Ketua Audit Negara, dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamadkan semula dan dibentang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), yang mana Najib secara langsung mempunyai kepentingan.\n\n\nArul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib meminda laporan berkenaan bagi melindungi bekas Perdana Menteri itu untuk mengelak dikenakan tindakan tatatertib atau jenayah berkaitan 1MDB.- BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/amaran-tsunami-ditarik-balik-kesan-gempa-maluku/", "title": "Amaran tsunami ditarik balik kesan gempa Maluku", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0 Gempa bumi luar pesisir dengan magnitud 7.0 melanda kawasan berhampiran kepulauan Maluku timur di Indonesia lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).\n\n\n\n\n\n\nGegaran tersebut mencetuskan amaran tsunami yang kemudiannya ditarik balik.Memetik \nberita ANTARA,\n pusat gempa\u00a0 dilaporkan terletak kira-kira 150 kilometer (km) di barat laut pulau Halmahera di timur Indonesia pada kedalaman 48km.\n\n\nGempa bumi itu berlaku kira-kira jam 1.06 tengah hari waktu tempatan di luar pantai pulau Sulawesi, menggegarkan pulau berhampiran dan memaksa penduduk melarikan diri dalam keadaan panik.\n\n\nGegaran gempa juga mengikut saksi kejadian dirasakan selama 15 hingga 20 saat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/coklat-rm2-juta-untuk-pm-bukan-guan-eng/", "title": "\u2018Coklat\u2019 RM2 juta untuk PM, bukan untuk Guan Eng", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0\nPasukan peguam bekas Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa wang RM2 juta yang diberikan kepada beliau dengan kod nama \u2018coklat\u2019 adalah sebenarnya untuk Perdana Menteri pada tahun 2017.\u00a0\n\n\nPeguam, Gobind Singh Deo membuat dakwaan itu semasa perbicaraan hari ini dalam kes rasuah membabitkan Guan Eng yang dikaitkan dengan projek terowong dasar laut negeri itu bernilai RM6.3 bilion.\u00a0\n\n\n\n\nBeliau berkata berdasarkan perbualan melalui aplikasi WhatsApp pada 17 Ogos 2017 antara dua lagi saksi pendakwaan dalam kes itu, Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan ahli perniagaan, G Gnanaraja yang dikatakan sebagai orang tengah membuat pembayaran berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBukan media sengaja tiup isu sensitif, tapi ahli politik\n\n\n\n\n\n\nBukan Hanya Pembeli, Peniaga Juga Turut Terkesan\n\n\n\n\n\n\nPAS Kekal Pertahankan Perikatan Nasional\n\n\n\n\n\n\nKerajaan cadang guna helikopter bomba sebagai ambulans\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib, UMNO tidak boleh failkan permohonan\n\n\n\n\n\n\n\n\nGobind berkata demikian ketika menyoal balas saksi kelapan pendakwaan, \nPegawai Penyiasat Jabatan Forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Mohd Firdaus Wan Yusof dengan merujuk kepada perbualan Whatsapp terkandung dalam laporan forensik pada perbicaraan kes rasuah yang dihadapi Guan Eng.\n\n\nWan Mohd Firdaus bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa dalam perbualan itu ada dinyatakan bahawa \u2018coklat\u2019 adalah untuk \n\u2018big boss\u2019\n bagaimanapun apabila dicadangkan sama ada boleh menyatakan yang ia merujuk kepada Perdana Menteri ketika itu, saksi terbabit menjawab, \u201ctidak.\u201d\n\n\nGobind seterusnya merujuk saksi dengan perbualan Whatsapp pada 23 Julai 2017 yang berkisar mengenai sambutan hari jadi seseorang dikenali sebagai \nbig boss\n dan berkaitan sebuah kediaman di Taman Duta di sini, dan saksi bersetuju perkara itu terdapat dalam perbualan berkenaan.\n\n\nGobind seterusnya menyatakan bahawa ia adalah jelas \n\u2018big boss\u2019\n tidak merujuk kepada anak guamnya kerana Guan Eng tidak tinggal di Taman Duta dan tidak dilahirkan pada 23 Julai 2017.\n\n\nSementara itu, Hakim, Azura Alwi kemudian mengarahkan pihak pembelaan memfailkan permohonan bagi dibekalkan dokumen laporan forensik itu yang ditetapkan bagi pendengaran pada 15 Februari ini.\n\n\nGuan Eng, 61, berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.\n\n\nGuan Eng yang juga bekas Setiausaha Agung DAP, turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu. \u2013 MALAYSIAKINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/diarah-robohkan-kelas-pelarian-syria-tetap-berusaha-belajar-agama/", "title": "Diarah robohkan kelas, pelarian Syria tetap berusaha belajar agama", "body": "0\n\n\nARSAL, Rabu \u2013 Pelarian Syria tetap berusaha mendapatkan pendidikan meskipun sudah diarah untuk meruntuhkan bangunan sekolah oleh pihak berkusa Lubnan atas sebab tidak mahu sebarang bangunan didiami pelarian Syria.\n\n\nSebuah bangunan yang menyediakan 10 buah kelas didirikan pelarian Syria di sini sebagai kelas pendidikan buat kanak-kanak kerana tidak mahu keciciran dalam pendidikan.\n\n\nMeskipun tidak dapat belajar secara formal disebabkan akur dengan undang-undang Lubnan dan tidak berkemampuan, kanak-kanak Syria di Kem Mualimin, Arsal, Lubnan tetap gigih menuntut ilmu sehingga ada dalam kalangan mereka sudah menghafal 30 juzuk Al-Quran sejak berumur 12 tahun.\n\n\nKanak-kanak pelarian Syria mengambil peluang hadiri kelas belajar membaca Al-Quran\n\n\n\u201cMajoritinya merupakan guru-guru bekas guru di Syria, mereka mengusahakan untuk mengadakan kelas-kelas kecil untuk anak-anak yang berada di perkhemahan ini antaranya mengajar huruf bagaimana untuk menulis dan anak-anak di sini tidak dibenarkan masuk sekolah rasmi di Lubnan kerana sekolah rasmi ini tidak mampu untuk menampung jumlah anak-anak pelarian Syria di sini dalam satu jumlah yang sangat besar,\u201d kata Ketua Misi Bantuan Musim Sejuk Aman Palestin, Ustaz Ismail Muhammad Juffri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia menang dengan tepat, selaras dengan undang-undang antarabangsa\n\n\n\n\n\n\nCecair vape dibenarkan tanpa sebarang kawalan?\n\n\n\n\n\n\nPantai Timur Diramal Hadapi Banjir Serentak Bermula Esok\n\n\n\n\n\n\nPAS cadang PRK Kuala Terengganu diadakan serentak dengan PRN\n\n\n\n\n\n\nPAS Terengganu pastikan ahli politik mohon tauliah MAIDAM\n\n\n\n\n\n\n\n\nUstaz Ismail berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan daripada tabung Aman Palestin kepada pelarian Syria berbentuk pek kotak makanan dan minyak pemanas.\n\n\nSalah seorang guru muda, Usamah Al-Mahrawi berusia 16 tahun merupakan hafiz Al-Quran dan berjaya mendapat ijazah sanad 10 Qiraat bacaan Al-Quran.\n\n\nBeliau berhasrat mahu melahirkan ramai lagi tahfiz dan anak-anak Syria yang berilmu di kem yang didiami.\n\n\nSalah seorang guru muda, Usamah Al-Mahrawi\n\n\n\u201cAlhamdulilllah, saya bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada saya dapat menghafal Al-Quran dan saya berharap Allah kurniakan saya ilmu yang melimpah ruah dan menjadikan saya berkhidmat dan menyumbang kepada agama ini. Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia,\u201d kata guru pelarian Syria, Usamah Al-Mahrawi.\n\n\nKem Mualimin yang didiami seramai 65 keluarga dapat menghidupkan budaya ilmu dalam kalangan anak-anak meskipun hanya tinggal di khemah pelarian yang serba daif.\n\n\n\n\nOrang ramai yang ingin menyumbang, boleh salurkan melalui Bantuan Musim Sejuk Palestin Syria dan Yaman di akaun Maybank Aman Palestin atau ke akaun tabung Aman Palestin yang tertera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/gendong-ayah-sempurnakan-tawaf/", "title": "Demimu Ayah\u2026 gendong bapa sempurnakan tawaf", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0Bilakah kali terakhir anda berbuat sesuatu untuk ibu atau ayah anda?\n\n\nBenar, pengorbanan kedua-dua orang tua kita tiada tolok bandingnya, pengorbanan besar ibu bapa sememangnya tidak terbalas dengan wang ringgit.\n\n\nPada usia semakin uzur,\u00a0 masa dan tenaga kita lebih diperlukan untuk berbakti kepada mereka.\n\n\nPada umrah awal tahun ini,\u00a0 tular di media sosial mengenai seorang anak berpakaian ihram yang menggendong\u00a0 ayahnya untuk menunaikan ibadah umrah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSanusi janji bayar ganti rugi RM120,000 kepada Mahfuz\n\n\n\n\n\n\nKampung Digital Melaka dilancarkan, perbaiki sistem penyampaian perkhidmatan\n\n\n\n\n\n\nIsrael jadikan Gaza `penjara di langit terbuka\u2019 : Kementerian Luar Rusia\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir Johor meningkat hampir 40,000\n\n\n\n\n\n\nPekerja kedai makan maut di hostel akibat penyakit Tibi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nFoto lelaki itu yang menggendong ayahnya mengundang rasa sebak sesiapa pun yang melihat.\n\n\nPengorbanannya menggunakan kekuatan diri yang dimiliki digunakan untuk membantu ayah yang berada di belakangnya untuk menyempurnakan ibadah tawaf mengelilingi Kaabah.\n\n\n\u00a0Foto beliau yang tidak diketahui identitinya serta ayahnya banyak dikongsi orang ramai di seluruh dunia termasuk oleh media rasmi dua Masjid suci orang Islam \nHaramain Sharafain.\n\n\nBagaimanapun bila peristiwa itu berlaku tidak dinyatakan sebaliknya\u00a0Haramain Info hanya menciapnya pada 16 Januari lalu.\n\n\nDalam situasi yang sama, pada April tahun lalu, \nsatu video\n juga tular berhubung seorang anak yang mengencang ayahnya di atas bahu sambil berjalan untuk menyempurnakan\u00a0 ibadah tawaf umrah\u00a0 mengelilingi Kaabah.\n\n\nPerbuatannya itu juga mendapat pujian daripada ramai netizen dan menyifatkan beliau seorang anak yang baik malah orang ramai turut mendoakannya.\n\n\n\n\nKisah ini mengingatkan kita mengenai pengorbanan seorang anak syurga Uwais Al Qarni, yang sanggup meyantuni ibunya walau apa sahaja permintaan wanita yang melahirkan beliau ke dunia.\n\n\nIbunya sangat berhajat menunaikan haji.\n\n\nUwais berusaha dengan membeli seekor anak lembu lalu membuat kandang di sebuah bukit.\n\n\nSalam lapan bulan\u00a0 Uwais menggendong anak lembu turun naik bukit, sehinggalah ototnya sudah kuat. Perbuatannya itu membingungkan orang ramai malah mengejek dia atas keanehan perlakunya.\n\n\nLantas setibanya musim haji,\u00a0 Uwais menunaikan hajat si ibu dengan berangkat ke Tanah Suci.\n\n\nBeliau menggendong ibunya dari Yaman ke Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima.\n\n\nDi tanah suci, Uwais al Qarni dengan tegap menggendong ibunya wukuf di Arafah dan Tawaf di Kakbah.\n\n\nDi depan Kaabah air mata ibunya tumpah.\n\n\nUwais lantas \u2013\u00a0 \u201cYa Allah, ampuni semua dosa ibuku.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/isu-ayam-dan-telur-mafs-dapat-markah-tercorot/", "title": "Isu ayam dan telur, MAFS dapat markah tercorot", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) diterajui oleh menterinya, Mohamad Sabu mendapat markah tercorot dalam laporan penilaian persepsi rakyat susulan isu kekurangan telur dan ayam.\n\n\nMohamad berkata, markah itu didedahkan dalam pemukiman Jemaah Menteri di Putrajaya baru-baru ini.\n\n\nBagaimanapun, semalam, beliau mengumumkan kekurangan bekalan telur di pasaran negara semakin pulih susulan langkah sementara kerajaan membenarkan telur import.\n\n\n\n\nMohamad berkata situasi itu terbukti apabila data daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur pada Disember tahun lalu hanyalah sebanyak sejuta berbanding situasi kekurangan kritikal sebelum itu iaitu November sebanyak 157 juta dan 118 juta pada Oktober.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMOTAC tidak wajar letak pegawai fasih Bahasa Mandarin di KLIA\n\n\n\n\n\n\nJangan Biar Aset Negara Digadai, Dirampas Pihak Luar \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n25 Kes Positif COVID-19 Di Parlimen Mungkin Varian Delta\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa kembalikan nikotin dalam Akta Racun 1952\n\n\n\n\n\n\nSaya Tidak Sokong Mencuri, Tetapi Mereka Tiada Pilihan, Saya Halalkan\u201d \u2013 MYDIN\n\n\n\n\n\n\n\n\nDisember tahun lalu, kerajaan membenarkan kemasukan telur ayam dari India menerusi laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati piawaian yang ditetapkan.\n\n\n\n\n\u201c\nMereka (pengeluar telur) sangat mengharapkan hasil eksport telur untuk menampung kerugian dialami di pasaran tempatan kerana kawalan harga dikenakan terlalu lama dan boleh menyebabkan banyak syarikat terpaksa menghentikan operasi,\u201d katanya.\n\n\n\n\nMengenai cadangan supaya kerajaan menghentikan eksport telur, Mohamad berkata, langkah itu tidak dapat dilakukan kerana kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan harga yang terlalu lama hingga menekan pengeluar telur tempatan.\n\n\nBagi menyelesaikan isu berkenaan, beliau berkata, MAFS telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Kewangan (MOF) selain mencadangkan agar subsidi bersasar diberikan kepada rakyat memerlukan, sebelum harga telur diapungkan semula."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/kajian-semula-pakaian-pramugari-mas-mampu-henti-stigma/", "title": "Kajian semula pakaian pramugari MAS mampu henti stigma", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nTindakan syarikat penerbangan, Malaysia Airlines melakukan tinjauan untuk mendapatkan pandangan orang ramai menerusi dalam talian mengenai pramugari dibenarkan mengenakan hijab atau menutup aurat ketika bertugas merupakan satu langkah proaktif.\u00a0\u00a0\n\n\nPerkara itu turut dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang berkata, kaedah itu dapat menghentikan stigma dan eksploitasi kepada wanita terlibat dalam industri berkenaan.\n\n\nBeliau berkata, inisiatif ke arah kebenaran kod pemakaian patuh syariah dalam kalangan pramugari itu wajar diberi pujian dan sokongan selaras dengan agenda mengangkat martabat wanita serta Islam yang dibawa oleh kerajaan. \n\n\n\u201cMalaysia Airlines bakal menyertai beberapa lagi syarikat yang membenarkan pramugarinya menutup aurat seperti Royal Brunei Airline, Egyptair dan Air Cairo malah baru-baru ini British Airways juga memperkenalkan seragam baharu dengan pilihan tudung untuk kru wanita,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGaji penjawat awam bakal dinilai semula\n\n\n\n\n\n\nYayasan Ikhlas Pertingkat Pendidikan Sains Kesihatan\n\n\n\n\n\n\nBoleh bawa kepada kekufuran, rosak akidah agama\n\n\n\n\n\n\nGambar dipercayai berunsur seksual adalah tangkap layar aplikasi\n\n\n\n\n\n\nPenguatkuasaan Akta Cecair 1952 masih lemah, tiada kawalan kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas Tuan Kamarul Arief, \nYadim optimis bahawa tinjauan tersebut akan mendapat respons positif daripada rakyat.\n\n\nTambahnya, perkara ini juga tidak akan menjejaskan produktiviti Malaysia Airlines, malah ia adalah selari dengan slogan cogan kata syarikat itu yang dikenali seperti \u2018Hospitaliti Malaysia Bermula Dengan Kita\u2019.\n\n\nSebelum ini, media melaporkan Malaysia Airlines memulakan langkah pembaharuan mereka dengan menyeragamkan pakaian pramugari syarikat itu apabila menghantar borang kajian bagi mendapatkan pandangan daripada pengguna serta orang ramai."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/kejatuhan-umno-berpunca-daripada-legasi-presiden/", "title": "Kejatuhan UMNO berpunca daripada legasi presiden", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, prestasi UMNO yang semakin merudum selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah disebabkan presiden yang terdahulu tidak berjuang untuk bangsa dan negara.\n\n\nTun Mahathir berkata, kini UMNO telah dikuasai oleh presiden yang sedang dibicara kerana rasuah.\u00a0 \u00a0\n\n\n\u201cAhmad Zahid takut kalau dia tidak jadi Timbalan Perdana Menteri dia akan didapati bersalah. Sebab itu ia tidak benar pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden dalam mesyuarat agung UMNO,\u201d katanya menerusi kenyataan di Twitter pada Rabu.\n\n\nJusteru, UMNO akan terus dikuasai oleh presiden dan kemungkinan besar UMNO akan merosot pada PRU seterusnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNajib Gagal Masuk Bukti Baharu Kes Seleweng Dana SRC INTL\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu perhalusi keputusan tarik balik rayuan kes kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nUNI-MLC gesa kerajaan lindungi kepentingan jangka panjang pencarum KWSP\n\n\n\n\n\n\nUcapan berbaur perkauman, Lim Guan Eng disiasat bawah Akta Hasutan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Pemilik lima kenderaan di tapak perkhemahan dikenal pasti\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, jelas Tun Mahathir, kemerosotan prestasi UMNO adalah disebabkan presiden-presiden yang menyeleweng dan Ahmad Zahid juga kata Mahathir, sedang menghadapi caj di mahkamah.\n\n\n\u201cPenurunan prestasi UMNO disebabkan presiden-presiden yang menyeleweng. Perlembagaan UMNO memperuntukkan ahli menukar pemimpin tetapi ahli UMNO nampak bersedia mengekalkan pemimpin yang sedang dicaj pun.\n\n\n\u201cSekarang Presiden UMNO sedang hadapi caj. Apakah ahli UMNO akan terus sokong UMNO?\u201d katanya.\n\n\nTun Mahathir turut menimbulkan persoalan sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyelamatkan Ahmad Zahid daripada kes perbicaraan mahkamah.\n\n\nKatanya, Anwar jelas menerima 30 Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan dan memberikan jawatan kepada Ahmad Zahid.\n\n\nUntuk rekod, Mahkamah Tinggi pada penghujung tahun lalu menetapkan keputusan sama ada Ahmad Zahid akan dibebaskan atau diperintahkan membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akal Budi bakal diketahui pada 24 Januari depan.\n\n\nAhmad Zahid menghadapi 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah (CBT), lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan kebajikan yang diasaskannya itu.\n\n\nPada 23 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Shah Alam melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berkaitan Visa Luar Negeri (VLN)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/kpm-tambah-baik-proses-pembayaran-wang-bantuan-sekolah/", "title": "KPM tambah baik proses pembayaran wang bantuan sekolah", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nKementerian Pendidikan (KPM) akan menambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan termasuk memasukkan terus ke dalam akaun bank murid atau ibu bapa mereka supaya lebih selamat dan menjimatkan masa.\n\n\nMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga mengambil maklum semua cadangan yang dikemukakan pelbagai pihak berhubung proses pembayaran wang \nbantuan awal persekolahan sebanyak RM150 bagi setiap murid.\n\n\nKatanya, KPM akan mengekalkan proses sedia ada dan menambah baik dari semasa ke semasa.\n\n\nMengulas lanjut, Fadhlina berkata, ketika ini pihaknya masih perlu melakukan proses pemberian wang bantuan awal persekolahan itu secara bersemuka kerana mengambil kira terdapat ibu bapa yang tiada akaun bank.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBas persiaran terbakar, laluan keluar Plaza Tol UPM dibuka semula\n\n\n\n\n\n\nAhli MKT UMNO tawar diri bertanding jawatan Ketua Pemuda\n\n\n\n\n\n\nPerbanyakkan bertadarus di masjid \u2013 Sultan Terengganu\n\n\n\n\n\n\nShabery ingatkan pemimpin PH, kerajaan Anwar bukan jambatan konkrit\n\n\n\n\n\n\nTujuh Ahli Parlimen ambil peluang tanding PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan daripada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin yang mahu pembayaraan bantuan awal persekolahan seeloknya dimasukkan terus ke dalam akaun bank murid supaya lebih selamat dan menjimatkan masa.\n\n\n\n\nIsu cara pembayaran bantuan awal persekolahan timbul selepas seorang guru besar berputih mata apabila wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kendaraannya di Semenyih dalam kejadian 10 pagi Isnin lalu.\n\n\nMenurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berdasarkan keterangan guru besar terbabit, mangsa yang berpengalaman 10 tahun mengendalikan transaksi pengeluaran wang tidak membuat sebarang permohonan polis pengiring kerana sudah biasa melakukan sebegitu. \u2013 Malaysia Gazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/mayat-dikerat-enam-dalam-bagasi-bukan-rakyat-malaysia/", "title": "Mayat dikerat enam dalam bagasi bukan rakyat Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Mayat yang ditemukan dengan dikerat enam semalam di tepi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS),\u00a0 disahkan bukan warga Malaysia.\n\n\nProses bedah siasat yang dijalankan hari ini juga mendapati, mangsa juga adalah seorang lelaki dan bukan beragama Islam dan bukan orang tempatan.\n\n\nKetua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa\u2019aton Abu Bakar, berkata setakat ini, pihaknya sudah merakam percakapan seorang individu bagi membantu siasatan kes penemuan mayat berkenaan.\n\n\n\u201cSiasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti sebenar mangsa dan mengesan saksi yang boleh membantu siasatan. Hasil laporan awal bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah berpunca daripada hentakan benda tajam dan tumpul atau \u2018multiple blunt and sharp injury\u2019,\u201d katanya kepada BH.\n\n\nPolis turut merakam keterangan seorang saksi bagi membantu siasatan kes penemuan mayat itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM100 juta bantuan segera kepada Kelantan, Terengganu\n\n\n\n\n\n\nSijil pentauliahan bukan penghalang aktiviti belajar agama\n\n\n\n\n\n\nTun M puji perkhidmatan MRT, seperti di negara maju\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Putar Belit, Takut SPRM \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nDua Kes Omicron Mula Direkod Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\nSuperintendan Shafa\u2019aton menambah rakaman keterangan saksi itu diambil pada jam 4.30 petang semalam.\n\n\n\u201cSetakat ini hanya satu saksi sudah dirakam percakapan berkaitan kes ini.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMayat dikerat enam itu ditemui di Kilometer 447, Lebuhraya PLUS arah utara, berhampiran persimpangan Rawang Selatan.\n\n\nSebahagian keratan tubuh mangsa disumbatkan dalam beg bagasi, manakala separuh bahagian badan iaitu dari pinggang ke atas dan tanpa kepala, ditemui di tepi jalan.\n\n\nPada masa ini, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/nancy-sambut-baik-pengumuman-pm-lantik-pesuruhjaya-kanak-kanak/", "title": "Nancy sambut baik pengumuman PM lantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0 \nMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyambut baik pengumuman kerajaan berkaitan lantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).\n\n\nSuruhanjaya itu juga bersifat bebas serta dapat membantu kementerian dalam menangani isu melibatkan kebajikan kanak-kanak tanpa menyebabkan pertindihan kuasa atau bidang tugas dengan pihaknya.\n\n\n\u201cAlhamdulillah tetapi itu bukan di bawah kementerian kita walaupun kementerian kita adalah kementerian yang bertanggungjawab dan memberi cadangan kepada suruhanjaya itu.\n\n\n\u201cNamun ia akan menjadi suruhanjaya yang bebas untuk memantau segala urusan berkaitan dengan kanak-kanak. Kami juga boleh menggunakan perkhidmatan tersebut,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPesawat terhempas di Elmina, Shah Alam\n\n\n\n\n\n\nCadangan perluas visa ketibaan boleh gugat keselamatan negara\n\n\n\n\n\n\nPercepat laksana Akta Pendanaan Politik, elak amalan rasuah\n\n\n\n\n\n\nRakyat Mahu Bebas Pandemik, Bukan PRU15 \u2013 Faizal Azumu\n\n\n\n\n\n\nHanya Dihargai Oleh Bukan Melayu Untuk Keuntungan Mereka\n\n\n\n\n\n\n\n\nNancy berkata, biarpun suruhanjaya itu bukan di bawah naungan beliau, pihaknya memikul tanggungjawab serta memberi cadangan kepada suruhanjaya tersebut berkaitan dengan suruhanjaya kanak-kanak.\n\n\n\n\n\u201cTidak (berlaku pertindihan). Kami akan menjalankan tugas seperti biasa dan ini akan membantu bukan sahaja kita tetapi juga membantu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan yang berurusan dengan kanak-kanak.\n\n\n\n\n\u201cJadi tiada pertindihan, malah boleh membantu dari segi semak dan imbang juga untuk kami,\u201d katanya ketika ditemui \u00a0selepas Sesi Town Hall Perkhidmatan Kanak-kanak (Pemeliharaan dan Perlindungan) Jabatan Kebajikan Masyarakat Tahun 2023.\n\n\nDalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu berkata, kerajaan memutuskan melantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi menganggotai Suhakam susulan peningkatan kes penderaan dan masalah sosial.\n\n\nAnwar menyifatkan pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak itu juga sebagai satu cabang khas berautonomi di bawah Suhakam. \u2013 Astro Awani"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/nga-kor-ming-salah-bawa-masuk-pakar-perumahan/", "title": "Nga Kor Ming salah bawa masuk pakar perumahan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nMenteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming baru-baru ini membawa masuk pakar Pembangunan dan Perumahan (HBD) yang merupakan sebuah syarikat pembangunan dari Singapura untuk berkongsi kepakaran serta kejayaan negara itu.\u00a0\n\n\nRakyat Singapura turut mengalami kegagalan untuk mendapatkan rumah flat jenis Built-To-Order (BTO)\n\n\nBerikutan itu, tindakan beliau menerima reaksi yang pelbagai oleh masyarakat di negara ini, susulan kebanyakan pakar perumahan Singapura mempunyai pelbagai isu antaranya harga rumah yang tidak mampu dimiliki oleh rakyat, isu waktu pembinaan rumah yang panjang serta kegagalan mendapat rumah flat jenis Built \u2013 To \u2013 Order (BTO).\u00a0\n\n\nSehubungan itu, Naib Presiden Berjasa, IR Lukman Al-Hakim tampil mempersoalkan apa sebenarnya kejayaan yang wajar dibanggakan dengan kepakaran dari Singapura itu.\u00a0\n\n\nNga Kor Ming membawa masuk pakar perumahan Singapura walapun kepakaran turut dimiliki oleh rakyat tempatan\n\n\nLantas beliau menegaskan,\u00a0 tindakan Kor Ming merupakan satu tindakan yang tidak komited buat agenda pembangunan negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir tidak bertanding pada PRN\n\n\n\n\n\n\nPAS Selangor intai kerusi dimenangi pada PRU12\n\n\n\n\n\n\nSuhu politik Sabah reda, BN Sabah sokong tubuh Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nAPM Johor siap siaga amaran hujan berterusan tahap bahaya\n\n\n\n\n\n\nTun M sah sertai Putra\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut menyifatkan Kor Ming jelas menjadikan China dan Hong Kong sebagai kiblat serta panduan utama bagi memperkasakan lagi kementeriannya.\u00a0\n\n\nJusteru, beliau berkata, mengapa Kor Ming perlu lebih mempercayai dan mencari kepakaran luar berbanding rakyat di negara ini bersusah payah menggenggam segulung ijazah dalam bidang tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/opr-naik-atau-tangguh-esok/", "title": "OPR naik atau tangguh, esok?", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0\nMaybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan membuat kejutan dengan menangguhkan kenaikan seterusnya Kadar Dasar Semalaman (OPR) atau pada kadar yang lebih kecil.\n\n\nBank pelaburan itu berkata, tindakan sedemikian bertujuan menangani reaksi negatif.\n\n\nMaybank IB dalam satu kenyataan seperti \ndipetik The Edge\n berkata, sebarang kenaikan baharu OPR pada Januari akan hanya mengukuhkan aliran kenaikan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur tiga bulan (KLIBOR 3M).\n\n\nNamun, ia terkecuali apabila terdapat sebarang pengumuman mengenai langkah berkaitan mudah tunai.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAb Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka\n\n\n\n\n\n\nIslam bukan ekstrem sempit tapi terbina atas asas wahyu\n\n\n\n\n\n\nPemberian ubat PrEP galakkan aktiviti LGBT\n\n\n\n\n\n\n\u201cBukan kerana kerusi empuk, saya sedih tinggalkan kakitangan saya \u2026 \u201d \u2013 Sulaiman\n\n\n\n\n\n\nMelampau, pelawak Singapura hina, perlekeh Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu \nStandard Chartered Malaysia pula menjangkakan Bank Negara akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada tiga peratus daripada 2.75 peratus.\n\n\nKenaikan OPR itu dikatakan tidak mustahil memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata kerajaan tidak mencampuri urusan di bawah bidang kuasa BNM dan menegaskan ia adalah keputusan mutlak bank pusat tersebut.\n\n\nFirma penyelidikan itu dalam satu nota penyelidikannya juga berkata, pertumbuhan kukuh, kadar inflasi yang tinggi dan meluas akan mendorong dasar monetari selanjutnya yang lebih ketat.\n\n\nSementara itu, ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini,\u00a0 menjelang keputusan mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis.\n\n\nPada jam 9.06 pagi, ringgit susut kepada 4.3270/3310 berbanding dolar AS daripada 4.3250/3280 ketika ditutup pada Selasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/opr-naik-ramai-bakal-muflis/", "title": "OPR naik, ramai bakal muflis!", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kerajaan diharap dapat mempertimbangkan langkah menaikkan kadar dasar semalaman, OPR,\u00a0 kerana kesannya amat besar terhadap rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.\n\n\nPresiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif berkata kadar OPR itu tidak sepatutnya dinaikkan lagi pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), Bank Negara Malaysia (BNM) yang berlangsung hari ini.\n\n\nPresiden Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif\n\n\nIni kerana kata beliau\u00a0 langkah peningkatan kadar itu hanya akan mengakibatkan lebih ramai menderita dan terbeban sehingga boleh berdepan risiko bankrap.\u00a0\n\n\nMalah beliau yakin semua pihak sama ada kerajaan, Kementerian Kewangan atau BNM sedar rakyat sedang susah, sebaliknya jelas beliau kadar itu harus\u00a0 diberi penurunan selari\u00a0 dengan hasrat kerajaan yang prihatin terhadap rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenapa Asri Hamidin perlu diganti, siapa KSU Perbendahara baharu?\n\n\n\n\n\n\nPAS Masih Harapkan Kerjasama UMNO Dalam MN\n\n\n\n\n\n\nSamirah, Dua Remaja Bebas Tuduhan bunuh CEO Cradle Fund\n\n\n\n\n\n\nKJ, Shahidan sah tiada dalam senarai calon PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\nFahmi nafi halang Ridhuan Tee muncul di televisyen\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya lagi apabila kenaikan OPR berlaku, lebih ramai isi rumah, akaun akan tertunggak dan rumah bakal dilelong dan menambah golongan yang bankrap.\n\n\n\u201cKita menguruskan orang ramai masalah perbankan dan sivil dan kami dapat lihat keadaan lebih teruk rakyat hilang kenderaan tidak mampu tebus. Ramai akan naik pengangkutan awam, dan lebih ramai orang hilang rumah dan balik kampung, orang Melayu banyak bankrap.\u2019\u2019\u00a0\n\n\nPersatuan beliau yang berdepan pelbagai masalah perbankan orang ramai terutama Melayu, bimbang keadaan terdesak akan menyebabkan ramai yang menjadi muflis.\n\n\nMengulas lanjut, Rosland berkata, kerajaan sepatutnya memainkan peranan utama dengan melihat penderitaan ditanggung rakyat ketika ini terutamanya berkaitan kos sara hidup.\n\n\n\u201c\nSaya tidak faham, kerajaan sedar kesan kenaikan OPR akan menjejaskan kenaikan ekonomi orang ramai, tetapi hendak dinaikkan juga, apakah ini untuk menguntungkan pihak bank? Itu yang saya sedih dan kecewa, ramai yang susah tetapi apa saya boleh buat, tetapi tolong mereka hari-hari\u201d\n\n\nSehubungan itu beliau berharap kerajaan akan memperhalusi kenaikan itu dan bagi tahun 2023 yang dijangka berlaku kemelesetan ekonomi,\u00a0 kerajaan digesa menyediakan langkah lebih baik kepada peminjam.\u00a0\n\n\n\n\nUntuk rekod, Persatuan Penyeleaian Pengguna dan Peminjam Malaysia, 4PM, menawarkan perkhidmatan dan nasihat\u00a0 kepada orang ramai yang menghadapi masalah\u00a0 tanggungan hutang berlebihan, rumah, tanah dan cagaran harta mereka dalam kemelut ekonomi keluarga individu dan juga syarikat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/pembela-seru-masyarakat-untuk-lawan-tayangan-filem-pulau/", "title": "Pembela seru masyarakat untuk lawan tayangan filem Pulau", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nSebuah filem tempatan bertajuk \nPulau\n baru sahaja mengeluarkan \ntrailer\n rasmi mereka tetapi mendapat kritikan yang hebat selepas filem itu berani memaparkan adegan dan pemakaian yang mencolok mata.\n\n\nPertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mempersoalkan bagaimana filem yang berunsurkan moral rendah dan dianggap lucah ini boleh mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk tontonan rakyat Malaysia.\u00a0\n\n\nPEMBELA cakna dengan isu tayangan filem itu kerana ia jelas memaparkan babak-babak tidak senonoh dan tidak sesuai dijadikan tontonan awam.\n\n\nMenerusi satu hantaran di Facebook rasmi mereka, PEMBELA menjelaskan, filem ini mampu mencetuskan fenomena yang hebat jika ia mengandungi pelbagai ideologi murni yang bermanfaat, khususnya buat\u00a0 golongan muda.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRUU Perkhidmatan Parlimen sedang dimuktamadkan \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\nKadar subsidi harga padi naik kepada RM500 setiap tan mulai esok\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tak takut disiasat, nafi seleweng RM600 bilion\n\n\n\n\n\n\nHentikan bantuan khas sekolah persendirian Cina, tidak patuhi Akta Pendidikan 1996 \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n240 Pengembara VTL Udara Dari Singapura Tiba Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, pihaknya mendakwa filem tersebut sudah dirosakkan dengan kehadiran watak pelakon yang memainkan kandungan dewasa serta penyajian adegan-adegan yang kurang enak untuk dilihat.\n\n\nPEMBELA turut mempersoalkan adakah ini merupakan tahap idea serta mentaliti penerbit perfileman negara sehingga sanggup menggadaikan nilai-nilai murni demi mengejar gelaran \nbox office\n serta anugerah semata-mata.\n\n\nJusteru, PEMBELA menyeru kepada semua pihak untuk tampil berani melawan landskap industrI yang membawa ideologi moral rendah di negara ini.\n\n\nTerdahulu, filem yang mengandungi unsur lucah ini telah lulus dengan klasifikasi P13 oleh lembaga Penapisan Filem (LPS) pada 15 September 2022 dan akan ditayangkan untuk tontonan umum pada 9 Mac 2023."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/pkr-tarik-balik-penggantungan-keahlian-iswardy/", "title": "PKR tarik balik penggantungan keahlian Iswardy", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nPengerusi Pro-Keadilan Sarawak, Iswardy Morni didapati tidak bersalah kerana mengkritik Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri\u2019ayatudin Al Mustafa Billah Shah pada 28 Mei tahun lepas.\n\n\nIswardy juga ditahan kerana mengkritik kerajaan ketika itu berhubung pengurusan pandemik Covid-19 yang tersebar di media sosial.\n\n\n\u201cAlhamdulillah, saya (didapati) tidak bersalah dalam semua pertuduhan. Penggantungan saya ditarik balik dan keahlian saya telah dikembalikan. \nForgive, not forget\n (maafkan tapi tidak lupakan). Saya kembali,\u201d katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial.\n\n\nDalam pada itu, Iswardy berkata, \nbeliau didapati tidak bersalah dalam semua pertuduhan serta penggantungan sebagai ahli PKR ditarik balik dan telah dikembalikan keahliannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBadan Kehakiman perlu bebas, neutral dan berwibawa \u2013 Hassan Karim\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid enggan komen \u2018Langkah London\u2019\n\n\n\n\n\n\n179 orang dipindahkan ke PPS di Larut, Matang dan Selama\n\n\n\n\n\n\nTidak mudah PH-BN rampas negeri Kedah \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nPlutokrasi Nasib Rakyat Sekarang Ditentukan Oleh Golongan Jutawan?\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Iswardy yang merupakan ahli PKR ditahan pada 29 Mei tahun lalu selepas video YouTubenya, mengkritik Yang di-Pertuan Agong tersebar di media sosial.\n\n\nMenerusi video tersebut, beliau mengeluarkan kenyataan mendakwa Seri Paduka seakan-akan tidak bertindak terhadap peningkatan kes Covid-19 selain mempersoalkan sama ada Baginda ada menerima video dibuat individu lain mendakwa dirinya ada menghina Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\n\nSementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil sebelum ini mengesahkan Iswardy adalah ahli biasa dan tidak memegang sebarang jawatan dalam hierarki kepimpinan PKR Sarawak mahupun dalam kepimpinan pusat.\n\n\nPada 1 Jun lalu, Iswardi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan di laman YouTube yang disifatkan berbaur hasutan dan didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.\n\n\nKumpulan hak asasi manusia Article 19 kemudiannya menggesa pertuduhan menghasut terhadap Iswardy digugurkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/selepas-tembak-lelaki-palestinm-israel-halang-ambulans-dekati-tubuh-mangsa/", "title": "Selepas tembak lelaki Palestin, Israel halang ambulans dekati tubuh mangsa", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kementerian Kesihatan dan Keselamatan Palestian mengesahkan tentera Israel menembak mati seorang lelaki warga Palestin di Tebing Barat yang didudukinya.\n\n\nMangsa yang bernama Hamdi Abu Dayyeh, berusia 40 tahun maut pada hari Selasa disebabkan tembakan Israel di Halhul, sebuah bandar di Pinggir Utara, Bandar Hebron.\n\n\nBagaimanapun, media Palestin melaporkan Abu Dayyeh ditembak mati ketika melakukan serangan tembakan terhadap tentera Israel yang ditempatkan di pusat pemeriksaan di kawasan itu.\u00a0\n\n\n\u00a0\nSaksi berkata, tentera Israel menghalang ambulans daripada mendekati Abu Dayyeh ketika dia terbaring di atas tanah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNGO dialukan terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria\n\n\n\n\n\n\nPAS bantah rumah ibadat bukan Islam tidak ikut garis panduan\n\n\n\n\n\n\nKes Covid-19 Melonjak Di China, Rakyat Tidak Perlu Bimbang\n\n\n\n\n\n\nInstitusi Perundangan : Tidak boleh ada keistimewaan antara ahli politik dengan rakyat\n\n\n\n\n\n\nJenazah Pengerusi MDN Mahmood Zuhdi selamat dikebumi\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeberapa minit sebelum kejadian, pihak berkuasa Israel menerima laporan mengenai insiden tembakan ke atas bas peneroka di kawasan Hebron. \n\n\nTiada kecederaan dilaporkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/tidak-mahu-bahasa-ibunda-hanya-jadi-simbol-berjasa-sokong-teks-bm-versi-rasmi-perlembagaan/", "title": "Tidak mahu bahasa ibunda hanya jadi simbol, BERJASA sokong teks BM versi rasmi Perlembagaan", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Tidak mahu bahasa ibunda hanya dijadikan sekadar simbol,\u00a0BERJASA menyokong penuh cadangan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun supaya edisi Perlembagaan Persekutuan diterjemah ke Bahasa Melayu menggantikan teks asal dalam Bahasa Inggeris sebagai versi rasmi.\n\n\n\n\n\n\nNaib Presiden BERJASA, Ir Muhammad Lukman Al Hakim Mohammad berkata pendirian itu disuarakan atas dasar tidak mahu bahasa ibunda sekadar\u00a0 menjadi lambang, sebaliknya mesti diamal dan dikuasai segenap lapisan masyarakat.\n\n\n\u201cSebagai sebuah negara yang telah merdeka lebih 60 tahun, mengapa kita masih lagi dipengaruhi oleh penjajah British dari segi sistem politik, budaya dan bahasa?\n\n\nApatah lagi katanya dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri termaktub Perkara 160B yang menyatakan bahawa sekiranya terdapat percanggahan atau perselisihan antara teks Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris, maka teks Bahasa Kebangsaan sepatutnya mengatasi teks Bahasa Inggeris.\n\n\nSebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mencadangkan kepada kerajaan supaya preskripsi Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu menjadi teks rasmi selaras Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nIdrus berkata, pihaknya juga bercadang untuk mencetak semula Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan pindaan perlembagaan bersejarah yang terkini mengikut Perkara 160A Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nMengulas lanjut, Muhammad Lukman berkata, mungkin ramai yang tidak maklum, teks sahih Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Kebangsaan telahpun wujud dan dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong semenjak 2003 lagi.\n\n\nJusteru, beliau menggesa semua perbicaraan dan komunikasi dalam semua jenis dan tahap mahkamah juga menggunakan bahasa kebangsaan sebagai medium rasmi. \u2013 ISMAWEB"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/18/tol-percuma-20-21-januari-sempena-tahun-baharu-cina/", "title": "Tol percuma 20, 21 Januari sempena Tahun Baharu Cina", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim\u00a0mengumumkan tol percuma kepada semua kelas kenderaan sempena Tahun Baharu Cina.\n\n\nAnwar berkata,\u00a0tol percuma itu boleh dinikmati pengguna lebuh raya di seluruh negara pada 20 dan 21 Januari ini.\n\n\n\u201c(Ada) berita baik (untuk Tahun Baharu Cina). Untuk itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi) dan Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Anthony Loke) sudah mengambil inisiatif berbincang dengan syarikat konsesi dan setuju supaya ditiadakan tol bagi 20 dan 21 Januari.\n\n\n\u201cIa untuk memudahkan kerana ramai rakyat yang akan pulang ke kampung bukan saja (masyarakat) Cina tetapi juga Melayu, India dan yang lain,\u201d katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet, di Bangunan Perdana Putra\u00a0hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nADUN Tronoh Diperintah Bela Diri Dakwaan Merogol\n\n\n\n\n\n\nTanda Pagar #MatKilau Sohor Di Twitter\n\n\n\n\n\n\nZuraida Masih Mahu Menjadi Menteri\n\n\n\n\n\n\nPemuda Pas Harap Pertemuan Mengukuhkan Penyatuan\n\n\n\n\n\n\nSelesaikan Perselisihan Di Meja Rundingan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, langkah itu memberi implikasi kewangan dianggarkan sebanyak RM40 juta.\n\n\nMasyarakat Cina di negara ini akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada 22 dan 23 Januari ini.\n\n\nAnwar turut menitipkan pesanan agar mereka yang pulang bercuti supaya berhati-hati dan mematuhi semua peraturan jalan raya yang ditetapkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/bapa-belajar-hisap-dadah-daripada-anak/", "title": "Bapa belajar hisap dadah daripada anak", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pasangan anak-beranak antara 48 individu yang ditahan dalam serbuan di Ladang Kelapa Sawit ECPI, dekat Gurun, pada Khamis.\n\n\nDua beranak masing-masing berusia 53 dan 26 tahun itu ditahan ketika mereka memasuki ke kawasan yang dijadikan \u2018port\u2019 untuk mendapatkan bekalan dadah serta melepaskan gian ketagihan.\n\n\nKetika disiasat, si bapa mendakwa yang dia belajar mengenali serta menghisap dadah daripada anak lelakinya akibat tertekan selepas bercerai dengan isteri.\n\n\nLelaki terbabit mendakwa selepas bercerai, dia tinggal bersama ibunya manakala anaknya pula menetap bersama bekas isteri dan mereka akan bertemu di ladang terbabit untuk melepaskan gian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTH jangka bantuan kewangan haji meningkat RM500 juta pada 2024\n\n\n\n\n\n\nPertemuan UMNO Bincang Pengagihan Kerusi\n\n\n\n\n\n\nBelum keperluan isytihar darurat bencana di Johor \u2013 Fahmi Fadzil\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Pihak terkesan diberi tempoh sebulan buat rayuan\n\n\n\n\n\n\nPDRM nafi Datuk Ayob Khan miliki akaun TikTok\n\n\n\n\n\n\n\n\nDia juga memberitahu mereka berdua tidak bekerja dan dia akan meminta wang daripada ibunya untuk membeli bekalan dadah manakala anaknya pula mendapatkan wang daripada bekas isterinya.\n\n\nSementara itu, dalam serbuan berasingan di Ladang Kelapa Sawit Kampung Batu Lima, seorang datuk kepada lima cucu ditahan selepas dia memasuki kawasan terbabit untuk mendapatkan bekalan dadah.\n\n\nDia turut memberi alasan tidak masuk akal kononnya mahu membeli roti canai dalam ladang.\n\n\nBagaimanapun, alasan itu tidak diterima dan terus ditahan.\n\n\nDia ketika itu langsung tidak menyedari kehadiran sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda yang sudah mengepung kawasan berkenaan.\n\n\nSebaik mematikan enjin motosikal, anggota polis terus menahannya dan ketika disoal lelaki berkenaan dengan spontan mendakwa dia kononnya dalam perjalanan mahu membeli roti canai sedangkan lokasi ladang terletak jauh dari jalan utama dan kedai.\n\n\nDia yang tinggal di kampung berhampiran menyangka helah serta alasan diberikan dapat menyelamatkannya daripada ditahan namun cubaan itu gagal meraih simpati anggota polis yang sudah mengetahui taktiknya kerana lokasi terbabit sebenarnya adalah lokasi penagih membeli serta menghisap dadah.\n\n\nMalah, sebaik mengetahui dia ditahan, isteri serta anak perempuannya turut hadir dan menunggu lelaki terbabit di luar ladang kelapa sawit itu dan mereka tiga beranak sempat berpelukan sebelum dia dibawa ke lokap IPD menaiki trak polis.\n\n\nKetika itu, isteri serta anaknya dilihat menangis sambil bersalaman meminta maaf namun lelaki terbabit masih tenang serta sempat berpesan kepada mereka supaya tidak bersedih.\n\n\nSelain lelaki berkenan, ada juga penagih lain yang memberi alasan mahu mencari isteri, rakan serta ada yang mendakwa mereka kononnya tersesat jalan.\n\n\nMalah, seorang daripada penagih yang ditahan memberitau sengaja masuk ke \u2018port\u2019 terbabit untuk memantau serta menasihati rakan supaya menjauhi dan tidak menghisap dadah.\n\n\nTimbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, dalam serbuan di dua ladang berkenaan seramai 48 penagih ditahan termasuk seorang wanita.\n\n\nMenurutnya, dalam operasi itu polis berjaya merampas heroin seberat 26.15 gram (g) bernilai RM915 dan syabu seberat 1.2g yang bernilai RM120.\n\n\nKatanya, hasil siasatan mendapati ladang kelapa sawit ECPI sudah beberapa kali diserbu namun golongan penagih masih menjadikannya sebagai lokasi itu untuk mendapatkan bekalan dadah.\n\n\nPihaknya juga mendapati lokasi ladang yang bersempadan dengan daerah Yan serta Pendang itu menjadi tumpuan penagih yang datang dari daerah berkenaan kerana kawasannya yang luas.\n\n\nManakala menurutnya, lokasi ladang di Kampung Batu Lima pula baru wujud dan penagih serta pengedar memilih lokasi berkenaan kerana ia terletak agak jauh dari kawasan rumah penduduk kampung.\n\n\nKesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. \u2013 Astro Awani"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/bnm-kekalkan-opr-2-75-peratus/", "title": "BNM kekalkan OPR 2.75 peratus", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat kejutan apabila memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus selepas empat kali kenaikan OPR.\n\n\nPengekalan ini sekali gus menolak jangkaan para penganalisis yang meramalkan kenaikan sekurang-kurangnya 25 mata asas.\n\n\nKenaikan empat kali berturut-turut itu dibuat sejak Mei, Julai, September dan November tahun lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.\n\n\nMenurutnya, keputusan OPR pada hari ini membolehkan MPC menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa (\nlag effect\n) dasar monetari terhadap ekonomi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Terus Perkasa Agenda Ekonomi Bumiputera\n\n\n\n\n\n\nBanyak kesan negatif nikotin bukan lagi dalam senarai racun\n\n\n\n\n\n\nRayuan SIS cabar fatwa MAIS sekali lagi ditolak\n\n\n\n\n\n\nTauliah mengajar: Tokoh agama, ulama patut diberi pengecualian\n\n\n\n\n\n\nHarga Barang Dijangka Kembali Stabil Awal Tahun Depan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.\n\n\nLangkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.\n\n\nMPC akan terus menetapkan dasar monetari yang mengimbangi risiko inflasi dalam negeri dan pertumbuhan yang mampan.\n\n\nBNM berkata, di Malaysia, data terkini menunjukkan bahawa ekonomi terus berkembang pada suku terakhir tahun 2022 disebabkan oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.\n\n\nHasilnya, pertumbuhan tahun 2022 dijangka melebihi julat unjuran awal iaitu 6.5\u00a0peratus\u00a0hingga 7.0\u00a0peratus.\n\n\nSelepas mencatatkan prestasi yang kukuh pada tahun 2022, pertumbuhan pada tahun 2023 dijangka sederhana berikutan ekonomi global yang lebih perlahan\u00a0akan terus disokong oleh permintaan dalam negeri.\n\n\nPerbelanjaan isi rumah akan disokong oleh prospek pekerjaan dan pendapatan yang terus bertambah baik.\n\n\nMenurutnya, ketibaan pelancong terus bertambah, lantas menggiatkan lagi sektor berkaitan pelancongan\u00a0malah, pelaksanaan projek infrastruktur berbilang tahun akan menyokong aktiviti pelaburan.\n\n\nRisiko pertumbuhan ekonomi dalam negeri menjadi perlahan terus berpunca daripada pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, aktiviti penghindaran risiko yang lebih tinggi dalam pasaran kewangan global berikutan dasar monetari yang semakin ketat secara lebih agresif di ekonomi utama, konflik geopolitik yang semakin meruncing serta gangguan ketara pada rantaian bekalan yang kembali wujud.\n\n\nKatanya, ekonomi global terus terjejas akibat tekanan kos yang kekal tinggi, kadar faedah yang lebih tinggi serta gangguan berkaitan Covid-19 di China.\n\n\nKesan faktor-faktor ini melebihi kesan sokongan daripada keadaan pasaran pekerja yang positif serta pembukaan semula sepenuhnya ekonomi dan sempadan antarabangsa.\n\n\nInflasi keseluruhan menurun sedikit daripada paras tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini,bagaimanapun\u00a0inflasi teras terus kekal melebihi purata yang pernah dicatatkan sebelum ini.\n\n\nBagi menguruskan tekanan inflasi, bank-bank pusat dijangka terus menaikkan kadar faedah, meskipun pada kadar yang lebih perlahan.\n\n\nTindakan ini akan menyebabkan prospek pertumbuhan global terus menghadapi rintangan namun, pertumbuhan di China dijangka bertambah baik apabila gelombang semasa Covid-19 di negara itu reda.\n\n\nKatanya, prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan, termasuk ketegangan geopolitik yang semakin meruncing, pertumbuhan sebenar di ekonomi utama yang lebih lemah daripada jangkaan dan keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara ketara. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/felcra-laksana-transformasi-3-0-kukuhkan-keterjaminan-makanan-negara/", "title": "Felcra laksana Transformasi 3.0, kukuhkan keterjaminan makanan negara", "body": "0\n\n\nBangi, Khamis \u2013 Felcra diarah merancang dan menyediakan hala tuju baharu pelan Transformasi 3.0 bagi membantu kerajaan aspek keselamatan makanan serta mengurangkan kos sara hidup rakyat.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sudah tiba masa negara mengurangkan kebergantungan terhadap makanan import.\n\n\nUjarnya, inisiatif komersial itu akan dimulakan dengan memberi fokus pengeluaran ayam, daging dan telur secara domestik dengan segera kerana ia akan memakan masa hingga empat tahun untuk distabilkan.\n\n\n\u201cSaya sasar empat tahun tapi kita boleh gunakan sekarang kerana asasnya dan pengeluaran telah ada, kita cuma perlu luaskan skop\u00a0dan tingkatkan produktiviti\u00a0yang penting adalah\u00a0\ncost efficiency\n\u00a0supaya dapat keberkesanan kos (nilai tambah keuntungan) kepada aktiviti komersial atau ekonomi yang dibuat oleh Felcra.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSekolah vernakular tidak patut wujud \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPetisyen rayuan Najib tidak dibincang Lembaga Pengampunan\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar masih dalam peringkat kajian\n\n\n\n\n\n\nJasa, bakti TUDM sentiasa disanjung \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\n`Ibu Bapa Sekarang Sibuk, Kalau Tiada Subjek Agama Lagi Hanyut\u2019 \u2013 Netizen\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAyam, telur, daging dan bahan makanan utama yang boleh dikeluarkan dari Felcra. Setiap barangan yang dimport haruslah produk domestik bukan sahaja untuk mengurangkan kos tetapi mengurangkan pertukaran mata wang asing sekaligus mampu meningkatkan ringgit Malaysia semula,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Taklimat Felcra Berhad di Wisma Felcra di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nTambah Ahmad Zahid lagi, agensi itu disarankan untuk bersama kerajaan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan memberi penekanan terhadap keterjaminan makanan.\n\n\nDalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa berkata, hasil semakan yang dilakukan daripada Laporan Ketua Audit Negara 2021 mendapati tidak banyak ketirisan berlaku seperti sebelum ini.\n\n\nBeliau mengulas\u00a0mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta setiap menteri meneliti secara serius setiap teguran dilaporkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2021.\n\n\nBagaimanapun, kata Ahmad Zahid, sekiranya berlaku penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan, pihaknya akan mengambil tindakan segera.\n\n\n\u201cSemua ahli jemaah telah meneliti laporan audit itu dan saya telah memberitahu mesyuarat pengurusan tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) semalam bahawa kita mesti mengambil langkah segera untuk mengatasi dapatan kajian audit itu yang memfokus jika ada ketirisan, penyelewengan, penyalahgunaankuasa atau sebarang perkara yang melibatkan kewangan dan juga pengurusan.\n\n\n\u2018Maka ini mesti diberi tumpuan segera oleh pihak pengurusan tertinggi dan juga pihak pegawai,\u201d jelasnya. \u2013\u00a0MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/ismail-sabri-belum-putuskan-pertahan-jawatan-naib-presiden-umno/", "title": "Ismail Sabri belum putuskan pertahan jawatan Naib Presiden UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan sama ada akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang.\n\n\nKatanya, masih terlalu awal untuk menentukan perkara itu, namun beliau mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera.\n\n\n\u201cSaya perlu berbincang dengan orang Bera dulu (untuk pertahan jawatan Naib Presiden).\n\n\n\u201cYang pasti, saya akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera di dalam kawasan Parlimen Bera ini,\u201d katanya pada sidang media Majlis Perasmian Pusat Kawalan Operasi Daerah Bera (PKOD) dan Majlis Penyerahan Sijil, Pingat Pertahanan Awam serta Pemakaian Pangkat Anggota APM, Bera pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat dakwaan pegawai Imigresen dicederakan ketika jalani ujian kecergasan\n\n\n\n\n\n\nMufti Perlis saran DAP mohon maaf kepada masyarakat Islam, Melayu\n\n\n\n\n\n\nSPRM tahan Muhyiddin, didakwa esok\n\n\n\n\n\n\nBukan masa sesuai perkenalkan semula GST\n\n\n\n\n\n\nBNM kekalkan OPR 2.75 peratus\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri memberitahu, Perhimpunan Agong UMNO (PAU) 2022 baru-baru ini memutuskan, hanya jawatan Naib Presiden dan ke bawah sahaja yang akan dipertandingkan pada pemilihan parti.\n\n\nKatanya, keputusan PAU itu seolah-olah \u2018keputusan muktamad\u2019 bahawa tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.\n\n\n\u201cKita tak tahu lagi apa jadi selepas ini. Kalau ada (tindakan) perundangan atau apa-apa perkara berkaitan perundangan\u2026 contohnya kalau ada orang yang mencabar keputusan tersebut, mungkin berbeza.\n\n\n\u201cTapi setakat hari ni, berdasarkan keputusan PAU, Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.\n\n\n\u201cSeperti saya katakan tadi, saya akan mempertahankan jawatan di Bahagian Bera sebab sebagai Ahli Parlimen Bera perlu ada dalam Bahagian.\n\n\n\u201cKita akan teruskan dengan Bera dulu, yang lain tunggu dululah. Kita akan bincang. Tunggulah pengumuman saya nanti,\u201d tambahnya lagi.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu ditanya sama ada akan mempertahankan jawatan Naib Presiden atau sebaliknya pada Pemilihan UMNO tahun ini. \u2013 Astro Awani"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/jumlah-isi-rumah-miskin-tegar-aib-memalukan-pm/", "title": "Jumlah isi rumah miskin tegar aib, memalukan \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan jumlah terkini isi rumah yang masih dikategorikan sebagai miskin tegar adalah aib dan memalukan.\n\n\nMenurutnya, setakat Julai 2022, seramai 136,000 isi rumah berada dalam kategori tersebut.\n\n\n\u201cAdalah aib dan memalukan jika kita izinkan kelompok ini bersama 308,000 isi rumah dalam kategori miskin tatkala pemimpin hidup dengan mewah dan terus mengutip habuan yang bukan hak mereka,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, angka daripada Jabatan Perangkaan turut mendedahkan terdapat 20 peratus daripada kumpulan isi rumah M40 beralih kepada kumpulan B40 susulan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsteri maut ditembak suami lebih lima das\n\n\n\n\n\n\nMaritim Malaysia tumpas cubaan seludup 4.8 juta rokok\n\n\n\n\n\n\nGereja Borneo tarik balik semakan kehakiman kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nPakar sokong RUU KPTM, cegah golongan muda terjebak vape dan rokok\n\n\n\n\n\n\nJenazah Osman Akan Dikebumikan Selepas Zohor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHaram bagi kita pimpinan politik dan penjawat awam mengamalkan rasuah atau membazir sedangkan ratusan rakyat hidup dalam keperitan,\u201d katanya dalam ucapan amanat Perdana Menteri: Membangun Malaysia Madani\u00a0di Putrajaya pada Khamis.\n\n\nTegas Anwar, prinsip \n\u2018unbridled capitalism\u2019\n\u00a0yang diamalkan di negara ini suatu ketika dahulu menyaksikan golongan maha kaya terpilih menguasai hampir semua bidang.\n\n\n\u201cIa seolah-olah kita dan seluruh jentera tidak mempunyai keupayaan mengenal pasti syarikat atau kelompok baharu untuk dilatih dan diangkat bersama supaya diperluas peluang kepada mereka,\u201d katanya.\n\n\nUjar beliau, ketiadaan kawalan kekuatan politik yang telus serta tata kelola yang baik di dalam mana-mana sistem yang tidak adil menyebabkan rompakan terhadap rakyat berpanjangan.\n\n\n\u201cSaya masih ingat kupasan ekonomi politik\u2026 Bahas soal pengalaman dalam sejarah apabila raja terdahulu atau kelompok lanun yang datang merompak ke desa tentunya menyebabkan keperitan hidup kerana kezaliman ini menyusahkan.\n\n\n\u201cSetiap minit kegunaan air dan elektrik umpamanya akan menyebabkan rompakan kecil berterusan setiap minit, setiap bulan, setiap tahun,\u201d katanya.\n\n\nMenurutnya, pembebasan golongan terpinggir daripada belenggu kemiskinan perlu mengambil kira usaha memerdekakan mereka daripada terus bergantung kepada bantuan serta sumbangan kerajaan.\n\n\n\u201cKita tidak mahu negara ini dibangunkan dengan ada dalam kalangan kaum minoriti atau golongan miskin daripada pelbagai latar belakang bangsa termasuklah rakyat Sabah serta Sarawak yang merasakan mereka terpinggir atau tersisih,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, sokongan dasar Kerajaan Perpaduan Malaysia harus menjamin sokongan kepada pemodal supaya dapat menjalankan kegiatan ekonomi dengan baik tanpa menyebabkan penekanan serta sengsara terhadap rakyat di bawah.\n\n\n\u201cIni bukan idea baharu saya dalam kebangkitan Asia.\n\n\n\u201cSaya sebut di antara lain asas ekonomi manusiawi yang harus faham dalam konteks Madani sekarang,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/kedutaan-malaysia-di-lubnan-sokong-aman-palestin-bantu-pelarian-syria-palestin/", "title": "Kedutaan Malaysia di Lubnan sokong Aman Palestin bantu pelarian Syria, Palestin", "body": "0\n\n\nSAIDA, Khamis \u2013 Krisis ekonomi di Lubnan memberi cabaran besar buat Aman Palestin dalam menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada pelarian Syria dan Palestin.\n\n\nSehubungan itu Aman Palestin menjalinkan kerjasama dengan kedutaan Malaysia di Lubnan supaya proses menghantar bantuan kepada mereka yang memerlukan, berjalan lancar.\n\n\nSumbangan peralatan fisioterapi itu turut disaksikan Duta Malaysia Di Lubnan, Azri Mat Yacob.\n\n\nBeliau berkata, pihak kedutaan amat berterima kasih kepada Aman Palestin atas segala usaha yang dijalankan terutama ketika Lubnan memerlukan pertolongan saat mengalami krisis ekonomi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin yakin PN raih 80 peratus undi pada PRN\n\n\n\n\n\n\nRM100 juta bantuan segera kepada Kelantan, Terengganu\n\n\n\n\n\n\nWHO Beri Amaran Jangkitan Covid-19 & Penyakit Pernafasan Lain\n\n\n\n\n\n\nPAS mohon ketepikan saman Mujahid isu sokong LGBT\n\n\n\n\n\n\nProses undi Parlimen Padang Serai, DUN Tioman bermula 8 pagi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi sumbangan Aman Palestin amat membantu golongan yang memerlukan di Lubnan dan saya mengambil peluang memohon rakyat Malaysia agar terus memberikan sumbangan kepada Aman Palestin untuk terus membantu pelarian Palestin, Syria dan rakyat tempatan yang terkesan akibat krisis ekonomi di Lubnan ini,\u201d\n\n\nDuta Malaysia Di Lubnan, Azri Mat Yacob (kanan) merasmikan sumbangan peralatan baharu fisioterapi dari Aman Palestin\n\n\n\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian ketika merasmikan sumbangan peralatan Aman Palestin kepada pusat fisioterapi Balsamah Centre sebanyak AS$27 ribu (RM116 ribu) bagi membantu pelarian Syria, Palestin dan fakir miskin untuk mendapatkan rawatan.\n\n\nKetua Misi Bantuan Musim Sejuk Aman Palestin, Ustaz Ismail Muhammad Juffri menyambut baik sokongan yang diberikan kedutaan Malaysia di Lubnan dan berhasrat untuk meluaskan lagi kerjasama dua hala dalam menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia kepada golongan yang memerlukan.\n\n\n\u201cAman Palestin memang mencari ruang kerjasama significan yang mana membantu kehidupan pelarian Palestin, Syria dan penduduk Lubnan memang tengah dalam kemelut ekonomi yang dahsyat jadi ini antara usaha kami sebelum ini menghantar delegasi bersama ustaz awang suffian kita bersetuju menjalankan projek ini dan insyallah kita akan menambah lagi projek-projek yang mendatang memberi manfaat kepada mereka semua,\u201d katanya.\n\n\nKetua Misi Bantuan Musim Sejuk Aman Palestin, Ustaz Ismail Muhammad Juffri ketika menyampaikan ucapan\n\n\nSementara itu, sebanyak 30 peratus daripada penduduk Lubnan memerlukan rawatan fisioterapi terutamanya kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan dan kekurangan oksigen, Orang Kurang Upaya dan mereka yang pernah membuat pembedahan sebelum ini.\n\n\nSehubungan itu Balsamah Centre menyediakan rawatan berbentuk tangan dan kaki palsu, audiogram, rawatan komunikasi dan pelbagai lagi.\n\n\nSelain itu, sebuah van yang telah dihadiahkan Aman Palestin kepada Balsama Centre pada 2019 sangat bermanfaat dengan membawa pelarian Syria dan Palestin dari kem ke pusat rawatan.\n\n\nPengarah Balsamah Centre, Dr Ramzi Zeidan turut menyampaikan penghargaan buat rakyat Malaysia yang menyalurkan sumbangan melalui tabung Aman Palestin sekali gus dapat membantu lebih ramai pelarian Syria, Palestin dan golongan miskin di Lubnan terutamanya dalam aspek fisioterapi.\n\n\n\u201cKami sangat bangga bekerjasama dengan Aman Palestin. Kami juga berbangga bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di Lubnan yang bersama-sama dengan kami, Encik Azri Mat Yacob.\n\n\nKita akan cuba sebaik mungkin buat rakyat Malaysia untuk membantu pelarian Syria dan fakir miskin di kalangan Lubnan disebabkan krisis ekonomi di Lubnan,\u201d katanya.\n\n\nMisi Bantuan Musim Sejuk Aman Palestin kepada pelarian Syria, Palestin dan fakir miskin di Lubnan selama 10 hari memperuntukan sebanyak AS$167 ribu (RM722 ribu) telah memberi manfaat kepada 2,461 keluarga di 29 kem pelarian.\n\n\nSumbangan membabitkan 1,500 kotak makanan, 1,100 selimut, 900 minyak pemanas 20 Liter, 761 pakaian musim sejuk, 300 pek makanan panas, 100 karpet dan 48 buah khemah pelarian dibaiki telah berjaya diberikan.\n\n\n\n\nDalam pada itu, Aman Palestin berhasrat menambah lagi bantuan musim sejuk dan persedian untuk membantu dalam kempen Ramadan pada Mac ini.\n\n\nOrang ramai yang ingin menyumbang, boleh salurkan melalui Bantuan Musim Sejuk Palestin Syria dan Yaman di akaun Maybank Aman Palestin atau ke akaun tabung Aman Palestin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/konsep-madani-hasil-pengalaman-perjuangan-panjang/", "title": "Konsep Madani hasil pengalaman, perjuangan panjang Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Konsep\u00a0Membangun Malaysia Madani yang akan menjadi wawasan negara mampu menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan cemerlang.\n\n\nPengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman\u00a0berkata,\u00a0apa yang digariskan sebagai rukun madani lahir daripada hasrat dan perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dahulu.\n\n\nBeliau berkata, terdapat enam aspek konsep Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.\n\n\n\u201cKonsep Madani yang diilhamkan oleh Anwar bukan datang secara tiba-tiba sebaliknya berdasarkan pengalaman panjang beliau menjadi pemimpin dari peringkat universiti sehingga bergelar pemimpin nombor satu negara ketika ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar mengakui kerajaan pimpinannya ada kelemahan, tidak sempurna\n\n\n\n\n\n\nPH Tidak Bubar Dun Di Selangor, Pulau Pinang Dan Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nDua sayap UMNO dapat teraju baharu, Wanita kekal\n\n\n\n\n\n\nPemecatan Tajuddin Satu Amaran \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nTuntutan veteran ATM belum diambil tindakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTumpuan (diberikan) kepada aspek daya cipta yang dikait dengan \u2018islah\u2019 dan aspek hormat bagi mengangkat martabat insan.\n\n\n\u201cDaya cipta bukan sekadar perubahan dangkal, ia harus diberikan satu nilai tambah yang signifikan kepada sesebuah sistem dalam mewujudkan proses perubahan yang berterusan yang mendakap dan memperkasa kreativiti rakyat,\u201d katanya sebagai panel\u00a0Wacana Membangun Negara\n\n\nMadani : Daya Cipta dan Hormat\u00a0di Kuala Lumpur\u00a0hari ini.\n\n\nSelain beliau,\u00a0panel jemputan lain termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty dan Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) di Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Haslinda Abdullah.\n\n\nMohammad Redzuan berkata, beliau yakin Malaysia Madani mampu membawa kejayaan kepada negara selain menjadikan Malaysia sebuah negara maju.\n\n\n\u201cRukun dalam konsep madani yang digariskan sebahagian hasrat Perdana Menteri, usaha untuk mempertingkat ekonomi, pebagai bentuk reformasi dilakukan dan Anwar antara yang terawal memperkenalkan pinjaman tanpa faedah melalui Koperasi Belia Islam pada 1997.\n\n\n\u201cApabila sebut pembangunan ekonomi yang memberi keadilan kepada semua, idea diperkenalkan bukan sekadar terfikir dan dilaksana sebaliknya ia adalah penyelesaian hasil dari pengalaman beliau,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu Haslinda yang mengupas aspek \u2018keyakinan\u2019 dan \u2018ihsan\u2019 berkata,\n\n\ndalam konteks membentuk kepercayaan, rakyat menuntut dasar yang adil dan dimanifestasi secara jelas di mana sistem itu juga harus bersifat holistik serta dirasai.\n\n\n\u201cDalam konteks membentuk kepercayaan ini, kita menuntut sistem polisi yang adil dan dimanifestasi secara jelas dan tidak boleh retorik. Maknanya sistem itu harus holistik sifatnya, harus dirasai dan dijiwai.\n\n\n\u201cKalau cakap pasal kesejahteraan, maknanya ia boleh dirasai, bukan hanya disebut atau dipamerkan.\n\n\n\u201cBagi membina keyakinan kepada masyarakat, kepimpinan (dalam kerajaan) yang ada perlu sentiasa turun padang untuk merasai nadi masyarakat bagi menjelaskan konsep berkenaan,\u201d katanya. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/muhyiddin-fail-pembelaan-berkaitan-saman-fitnah-anwar/", "title": "Muhyiddin fail pembelaan berkaitan saman fitnah Anwar", "body": "0\n\n\nBangi, Khamis \u2013 Tan Sri Muhyiddin Yassin memfailkan pernyataan pembelaan berkaitan saman fitnah yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ceramah menjelang pilihan raya di Padang Serai, Kedah bulan lalu.\n\n\nPernyataan pembelaan tersebut difailkan di Pejabat Pendaftraran Sivil, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur dua hari lalu.\n\n\nSaman itu berhubung ucapan Muhyiddin yang didakwa berbaur fitnah yang menyatakan Anwar menerima gaji sebanyak RM15 juta semasa berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.\n\n\nMahkamah Tinggi di sini kemudian mengarahkan Anwar memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan pada 16 Februari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSindiket Kuota Umrah: SPRM tahan pengarah urusan agensi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah arah Zuraida bayar RM10 juta kepada PKR\n\n\n\n\n\n\nTumpahan minyak diesel punca 4 LRA henti tugas sementara\n\n\n\n\n\n\nTiada kerusi bertanding, MCA dan MIC wajar keluar BN\n\n\n\n\n\n\nTanah runtuh bukan bermula di Father\u2019s Organic Farm\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Anwar selaku plaintif memaklumkan demikian kepada pihak media selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Penolong Pendaftar Nur Shasha Hidayah Nor Azahar hari ini.\n\n\n\u201cMahkamah menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 23 Februari secara dalam talian di hadapan penolong pendaftar yang sama,\u201d katanya.\n\n\nAnwar turut diwakili peguam Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin manakala peguam Chetan Lachman Jethwani mewakili Muhyiddin (defendan).\n\n\nPada 20 Disember 2022, Perdana Menteri memfailkan saman fitnah terhadap Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berhubung dakwaan beliau (plaintif) menerima bayaran RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.\n\n\nDalam saman itu, Anwar, 75, mendakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu telah membuat kenyataan fitnah dalam satu ucapan semasa \u2018Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai\u2019 di Taman Selasih, Kulim, Kedah pada 5 Disember 2022.\n\n\nUcapan itu dibuat sebagai menyokong calon PN, Datuk Azman Nasrudin bagi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan ratusan pengunjung telah menghadiri ceramah tersebut.\n\n\nDalam pernyataan tuntutannya, Anwar mendakwa sehari selepas surat saman dikeluarkan, keseluruhan ucapan Muhyiddin dalam ceramah itu diterbitkan selanjutnya di bawah akaun Facebook defendan.\n\n\nMenurut Anwar, dakwaan itu sebagai fitnah, palsu dan memperlekeh dirinya serta dibuat dengan niat jahat.\n\n\nPlaintif antara lain mendakwa, kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak jujur mengenai penerimaan jutaan ringgit daripada Kerajaan Negeri Selangor selaku penasihat ekonomi dan menipu orang ramai.\n\n\nSehubungan itu, Anwar menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi pampasan selain perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.\n\n\nPada 7 Disember 2022, laporan sebuah portal berita menyebut, Pejabat Menteri Besar Selangor menyangkal dakwaan Muhyiddin dan sebaliknya mendedahkan bahawa Anwar hanya dibayar simbolik RM1 setahun sebagai penasihat. \u2013 Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/negara-selamat-berbilion-ringgit-jika-teguran-laporan-ketua-audit-dibaiki/", "title": "Negara selamat berbilion ringgit jika teguran Laporan Ketua Audit dibaiki", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan mampu menyelamatkan ketirisan antara RM5 hingga RM6 bilion jika segala kelemahan berpuluh tahun yang ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dapat ditangani dan diperbaiki pemimpin politik dan penjawat awam.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika LKAN2021 diteliti pada Mesyuarat Kabinet semalam, didapati ada antara kelemahan itu berulang kali disebut dalam LKAN.\n\n\n\u201cKalau dapat diperbaiki kelemahan yang disebut berulang kali selama berpuluh tahun oleh Ketua Audit Negara oleh pimpinan politik dan penjawat awam, saya yakin RM5 hingga RM6 bilion ringgit boleh diselamatkan. Itu dari Laporan Audit Negara.\n\n\n\u201cDaripada kajian projek besar dan termasuk kekuatan badan penguatkuasaan, sekiranya dijalankan dengan teliti, telus dan bertanggungjawab saya yakin berbilion ringgit lagi boleh diselamatkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAudit 1MDB: Nasib Najib, Arul Kanda akan diputuskan esok\n\n\n\n\n\n\nKPM teliti isu sekolah Tamil di kawasan pedalaman kurang murid\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Tiada Hasrat Tarik Balik Kelulusan Lesen Jual Arak\n\n\n\n\n\n\nLelaki hina Agong berkaitan pelantikan PM direman 3 hari\n\n\n\n\n\n\nInspektor Sheila didakwa ugut, aibkan kehormatan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau kata dana kita kurang RM15 bilion, pengurusan yang cekap dan baik itu boleh menyelamatkan RM15 bilion tanpa projek, ikhtiar dan inisiatif baharu,\u201d katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Program Amanat Perdana Menteri: Membangun Malaysia Madani di Putrajaya hari ini.\n\n\nAnwar berkata, ia adalah cabaran yang dihadapi dan tidak mungkin dilaksanakan oleh Jemaah Menteri sahaja sebaliknya dengan kerjasama seluruh kekuatan yang ada.\n\n\nPada masa sama, Perdana Menteri berkata, dalam mendepani 2023, beliau percaya konsep Madani yang dibawanya itu akan kekal relevan dan direncanakan sebagai satu iltizam serta pendekatan untuk menyelamatkan negara.\n\n\nKatanya, beliau enggan mengungkit pengalaman lalu, berikutan ada kekuatan dan sumbangan yang boleh dimanfaatkan tanpa mengira dari blok, parti, fahaman mana.\n\n\nNamun, beliau berkata, semua kelemahan dulu perlu dihentikan.\n\n\n\u201cKelemahan terbesar adalah cara mengurus, menggunakan ruang untuk mengkayakan kelompok kecil.\n\n\n\u201cSaya yakin sekiranya kita dapat urus tadbir baik (kita) dapat mendepani kemelut ekonomi mendatang dengan jauh lebih yakin,\u201d katanya"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/negara-wajar-cari-alternatif-baharu-hadapi-krisis-global-sultan-nazrin/", "title": "Negara wajar cari alternatif baharu hadapi krisis global \u2013 Sultan Nazrin", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nSultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semalam bertitah bahawa negara wajar membangunkan semula beberapa alternatif serta inovasi baharu bagi mendepani krisis global pada masa kini.\u00a0\n\n\nBaginda turut bertitah, negara tidak lagi perlu bergantung kepada tampuk polisi lama yang kian digunakan dalam konteks global yang semakin mencabar.\n\n\nSultan Nazrin bertitah, Malaysia mempunyai asas institusi yang kukuh dalam pelbagai aspek\n\n\nSultan Nazrin juga bertitah, dengan memberi cadangan melalui konsep kesihatan planet, ia secara tidak langsung menggambarkan sejauh mana tahap kesihatan dan kesejahteraan manusia saling berkait rapat dengan kesihatan bumi sertaa kini menjadi semakin ketara.\n\n\nJelas baginda, pertumbuhan ekonomi tidak boleh dijadikan sebagai satu-satunya matlamat utama dalam pembangunan negara kerana terdapat aspek yang lebih penting untuk difokuskan iaitu elemen kemakmuran sejagat pada waktu ini dan di masa hadapan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: 4 lagi mangsa ditemui, 3 masih hilang\n\n\n\n\n\n\nPerketat Kawalan Pintu Masuk Antarabangsa, Elak Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\nGuna Akta ISA cegah rasuah dan penyelewengan \u2013 Ibrahim Ali\n\n\n\n\n\n\nTiada keperluan isytihar darurat bencana banjir\n\n\n\n\n\n\nLRA Sungai Semenyih beroperasi semula\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaginda bertitah demikian, ketika menghadiri\u00a0 pelancaran buku \u201cMalaysia Leap Into The Future: The Building Blocks Towards Balanced Development, di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/pahang-dedah-29-individu-palsu-gelaran-datuk-datuk-seri/", "title": "Pahang dedah 29 individu palsu gelaran Datuk, Datuk Seri", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nKerajaan Pahang sekali lagi tampil mendedahkan seramai 29 individu yang memalsukan gelaran Datuk serta Datuk Seri di negeri itu.\n\n\nAntara nama individu yang disenaraikan itu juga terlibat dengan aktiviti pemalsuan kandungan laman web sistem pengurusan darjah kebesaran serta pingat negeri Pahang pada tahun lalu.\n\n\nSetiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Salllehuddin Ishak, bertindak mendedahkan individu palsu dalam menggunakan gelaran datuk\n\n\nMengulas lanjut, senarai nama itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Salllehuddin Ishak menerusi laman Facebook rasmi Kerajaan Negeri Pahang.\n\n\nSelain itu, pihaknya turut memaklumkan nama individu yang\u00a0 disenaraikan terlibat dengan pemalsuan nama penerima pingat daripada Sultan Pahang berhubung gelaran Datuk dan Datuk Seri sebelum ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPembelaan Zahid Diputuskan Mahkamah 24 Januari\n\n\n\n\n\n\nKelibat Ismail Sabri tak kelihatan pada taklimat Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nMCA janji bantu calon BN pada PRN kali ini\n\n\n\n\n\n\nMajlis Raja-Raja cadang pelantikan ahli SPK tidak dibuat Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nSelagi bernyawa saya akan bersuara pada apa yang tidak betul \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik berita \nSinar Harian\n pada 28 Disember lalu, dua individu yang terlibat dengan kes tersebut dilaporkan mengaku tidak bersalah di atas 29 pertuduhan berhubung aktiviti pemalsuan dan pengubahsuaian kandungan laman web sistem pengurusan darjah kebesaran serta pingat negeri Pahang tanpa kebenaran.\n\n\nTertuduh dihadapi sebanyak 29 tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuantan pada 28 Disember lalu\n\n\nTertuduh merupakan dua bekas kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan iaitu Mohd Isa Mohd Yusof, 36, yang telah dihadapkan atas\u00a0 26 pertuduhan manakala, Muhammad Amer Syafeeq Aziz, 30 menghadapi tiga pertuduhan.\n\n\nTerdahulu, dua individu terbabit didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/pengangkutan-awam-percuma-untuk-oku-pelajar-sekolah/", "title": "Pengangkutan awam percuma untuk OKU, pelajar sekolah", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Pengangkutan akan melihat perkhidmatan pengangkutan awam yang sesuai di negara ini untuk dilaksanakan inisiatif tambang percuma yang bukan hanya akan diberikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) tetapi melibatkan pelajar sekolah.\n\n\nMenteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sehubungan itu juga, beliau akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat bersama operator pengangkutan awam iaitu Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) dan Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) bagi membincangkan kaedah pelaksanaan inisiatif berkenaan.\n\n\n\u201cAkan ada perjumpaan dengan pihak operator seperti KTMB dan Prasarana untuk melihat bagaimana boleh dilaksanakan inisiatif ini.\n\n\n\u201cKementerian sedang melihat sektor dan perkhidmatan yang mungkin boleh diberikan secara percuma, ia akan secara berfasa-fasa. Saya sudah minta KTMB untuk melihat bagaimana boleh dioptimumkan subsidi yang diberikan kerajaan kepada KTMB untuk kegunaan manfaat golongan OKU dan juga pelajar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nArah kiblat tersasar, JAKIM & Majlis Agama Negeri perlu keputusan bersama\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Kelantan Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM\n\n\n\n\n\n\nCagar caruman KWSP heret masalah baharu rakyat \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nRombakan Kabinet: GRS, BN, PH bentuk Kerajaan Negeri Sabah\n\n\n\n\n\n\nSabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Tanpa Ujian COVID-19\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPihak KTMB kami ada perkhidmatan KTM Komuter dan KTM Komuter Utara dan perkhidmatan kereta api di Pantai Timur yang digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah, jadi saya akan melihat bagaimana untuk perkhidmatan percuma khususnya perkhidmatan komuter dan kereta api KTM ini dapat ditawarkan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Pertandingan Kaligrafi Cina Tahun 2023 di Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.\n\n\nHadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.\n\n\nSemalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, golongan OKU bakal menikmati kelebihan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam secara percuma dan memaklumkan perkara itu juga sudah dipersetujui Siew Fook.\n\n\nBagaimanapun, Jelas beliau, mekanisme pelaksanaan pemberian tambang percuma untuk golongan berkenaan perlu diteliti dan tarikh pelaksanaan tambang percuma itu bergantung kepada pihak Kementerian Pengangkutan.\n\n\nSiew Fook dalam pada itu melihat, pelaksanaan inisiatif berkenaan tidak memerlukan sebarang peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan sebaliknya akan mengoptimumkan sumber yang ada termasuk menerusi bantuan dan subsidi yang telah diberikan sebelum ini.\n\n\n\u201cMemang saya ada perancangan, kita optimumkan sumber yang ada dalam kerajaan, perlu kita lihat kembali bagaimana untuk menstrukturkan semula bantuan dan subsidi supaya ia lebih bersasar dan sampai kepada golongan yang memerlukan.\n\n\n\u201cSaya tidak melihat perlunya peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan, gunakan peruntukan sedia ada, apabila kita rombak semula, apabila kita sasarkan peruntukan itu ia dapat bantu golongan OKU dan pelajar,\u201d jelasnya lagi. \u2013 Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/polis-rakam-keterangan-3-individu-kes-curi-wang-bap-rm109000/", "title": "Polis rakam keterangan 3 individu kes curi wang BAP RM109,000", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nPolis Diraja Malaysia (PDRM) merakam keterangan tiga individu untuk membantu siasatan kehilangan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan kepada sebuah sekolah rendah di Beranang, Selangor.\n\n\nPemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, tiga individu berkenaan ialah dua guru sekolah rendah tersebut termasuk guru besar dan seorang pekerja restoran.\n\n\n\u201cSiasatan teliti dijalankan secara menyeluruh termasuk kemungkinan wujud elemen \u2018orang dalam\u2019. Polis juga akan memanggil pihak bank untuk membantu siasatan,\u201d katanya.\n\n\nMemetik Berita Harian, beliau berkata, pihak polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di sekitar tempat kejadian termasuk kemungkinan wujud \u2018orang dalam\u2019.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMUDA terima kekalahan dengan hati terbuka\n\n\n\n\n\n\nIsu Menara KL : Annuar Musa Ambil Tindakan Terhadap Tiga Individu\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan Muda Dalam Prn Johor Meraikan Demokrasi\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Wanita DAP Bermulut Jahat \u2013 Tajuddin\n\n\n\n\n\n\nLebih 200 guru tidak lapor diri, tolak tawaran penempatan ke Sarawak\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, pihaknya juga akan memanggil pihak bank untuk membantu siasatan dan setakat ini masih belum ada tanda positif.\n\n\nTerdahulu, wang BAP bernilai RM109,000 dikeluarkan guru besar berkenaan dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru, Semenyih telah dilarikan penjenayah pada Isnin lalu.\u00a0\n\n\n\n\nKetua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata, guru berusia 50 tahun itu mengeluarkan wang BAP yang akan diagihkan kepada pelajar Selasa lalu tanpa ditemani orang lain atau polis pengiring.\n\n\nKatanya, selepas wang dikeluarkan dari bank, ia diletakkan dalam sebuah beg sebelum ditinggalkan dalam kereta Toyota Innova dipandunya ketika singgah membeli minuman\n\n\nNamun, beliau mendapati cermin keretanya dipecahkan pada bahagian kanan penumpang belakangdan beg yang berisi wang tunai dicuri setelah kembali ke kereta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/pulau-bukan-filem-porno/", "title": "Pulau bukan filem porno tapi sebuah filem seram", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Lembaga Penapisan Filem (LPF) mendapati terdapat perbezaan antara kandungan treler yang dikongsikan dalam media sosial dengan kandungan yang dikemukakan untuk penapisan.\n\n\nKatanya, LPF sentiasa peka dengan tatasusila serta sosiobudaya masyarakat Malaysia dan melaksanakan penapisan filem sebagaimana yang ditetapkan dalam garis panduan\n\n\n\u201cFilem \nPulau \nadalah merupakan sebuah filem seram dan bukan filem porno seperti yang digembar-gemburkan,\u201d katanya dalam kenyataan\u00a0hari ini.\n\n\n \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n1,023 Sukarelawan Dari Serata Malaysia Turun Padang\n\n\n\n\n\n\nEmpat beradik maut dalam kebakaran di Muar\n\n\n\n\n\n\n64 jemaah hidap jangkitan paru-paru akibat cuaca panas\n\n\n\n\n\n\nHarga Sayur Dijangka Stabil Hujung Tahun\n\n\n\n\n\n\nSubsidi menyeluruh dimansuh berperingkat kepada subsidi bersasar\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil berpendapat,\u00a0filem \nPulau \ntidak sesuai untuk ditayangkan dan menyarankan\u00a0badan berwajib meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan perkara ini tidak\u00a0 berulang.\n\n\nFilem \nPulau \ntelah mendapat kelulusan LPF pada September 2022 menerusi tugasan penapisan yang dilaksanakan panel tiga orang Ahli Lembaga Penapis.\n\n\nTrailer filem terbitan WebTVAsia dengan kerjasama\u00a0My Way Pictures\u00a0dan Filmforce Studio mencetuskan kontroversi apabila memaparkan babak panas, selain menunjukkan pelakon wanita berbikini.\n\n\nPulau \nmengisahkan percutian impian sekumpulan rakan di pulau eksotik berubah menjadi mimpi ngeri apabila berlaku kejadian mistik dengan kehadiran makhluk ilmu hitam.\n\n\nMenurut LPF, pihaknya\u00a0melaksanakan tugas berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2002 [Akta 620] yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan atau dipancarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia, kecuali melalui internet."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/rayuan-kes-src-mungkin-dibicara-semula-di-mahkamah-persekutuan/", "title": "Rayuan kes SRC mungkin dibicara semula di Mahkamah Persekutuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Keseluruhan rayuan berhubung kes SRC International Sdn Bhd (SRC) yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak berkemungkinan besar akan dibicarakan semula di hadapan Mahkamah Persekutuan.\n\n\nPeguam kepada bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, situasi tersebut antara perkara yang dijangka berlaku sekiranya Mahkamah Persekutuan yang dibarisi oleh lima panel hakim lain\u00a0bersetuju dengan hujahan untuk permohonan semakan sabitan dan hukuman bagi kes SRC.\n\n\n\u201cJika mereka (Mahkamah Rayuan) bersetuju dengan saya, dua perkara boleh berlaku. Mereka membuat perintah supaya keseluruhan perkara itu dibicarakan semula di hadapan Mahkamah Persekutuan.\n\n\n\u201cKeseluruhan rayuan itu akan dibicarakan semula di Mahkamah Persekutuan. Saya rasa itu kemungkinan besar berlaku,\u201d katanya pada sidang media di lobi Istana Kehakiman, Presint 2 pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCemar al-Quran di Denmark, Turkiye kutuk tindakan kumpulan Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nAkan Didakwa Pada Rabu Ini\n\n\n\n\n\n\nPTPTN komited laksana inisatif Belanjawan 2023\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Akur Telunjuk Barat, Ikut Budaya Masyarakat Setempat\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur mahu kesan penambakan kawasan Batu Puteh oleh Singapura diteliti\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeramai lima panel hakim mula mendengar semakan yang difailkan oleh Najib bagi menyemak semula keputusan mahkamah yang mengekal sabitan, hukuman dan denda terhadapnya berhubung kes penyelewengan dana SRC di Mahkamah Persekutuan Putrajaya\u00a0pada jam 9.43 pagi.\n\n\nMereka ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebil Sebli; tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.\n\n\nSelain itu, Muhammad Shafee berkata, situasi yang lain iaitu Mahkamah Rayuan juga boleh memerintahkan supaya keseluruhan perbicaraan bagi kes itu kembali semula ke Mahkamah Tinggi.\n\n\n\u201cTetapi jika mereka bersetuju dengan permohonan menolak kelayakan Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mereka boleh memerintahkan supaya semuanya kembali ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/semakan-hukuman-najib-bersambung-20-februari-depan/", "title": "Semakan hukuman Najib bersambung 20 Februari depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menetapkan prosiding pendengaran semakan sabitan dan hukuman kes SRC International Sdn Bhd, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 20 Februari depan.\n\n\nPanel lima hakim yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli memutuskan tarikh itu selepas peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, memberitahu, masih banyak hujahan mahu dikemukakan sedangkan masa yang ada adalah agak singkat.\n\n\n\u201cKita akan sambung semula pada 20 hingga 22 Februari depan,\u201d katanya.\n\n\nSelain Abdul Rahman, turut bersidang ialah tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSurat Tommy kepada kumpulan Sulu tidak dapat persetujuan Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nRayuan SIS batalkan fatwa JAIS didengar Ogos depan\n\n\n\n\n\n\nAda rakyat Malaysia jadi tali barut, dalang tuntutan Kumpulan Sulu\n\n\n\n\n\n\nMalaysia lakar kemenangan dalam kes tuntutan kumpulan Sulu\n\n\n\n\n\n\nJahidah yang dipukul hingga koma, sah bercerai fasakh\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, semasa hujahan, Muhammad Shafee berkata, permohonan penangguhan oleh peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika merayu bagi pihak Najib adalah munasabah.\n\n\nMenurutnya, secara amalan, ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk mahkamah memberikan penangguhan atas dasar peguam itu baharu dilantik.\n\n\nMalah katanya, pihak pendakwaan sendiri tidak membantah permohonan penangguhan itu.\n\n\n\u201cMungkin kerana, pendakwaan sendiri menyedari kewajaran permohonan penangguhan oleh pasukan peguam dan peguam cara baharu, berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalam pelbagai kes di mahkamah, termasuk Mahkamah Persekutuan.\n\n\nTerdahulu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan itu menolak bantahan awal Najib yang diwakili Muhammad Shafee\u00a0 supaya Abu Bakar menarik diri daripada mendengar permohonan semakan itu.\n\n\nMengulas lanjut, kehadiran Abu Bakar telah dinamakan secara sah oleh Ketua Hakim Negara berhubung komposisi panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan semakan itu.\n\n\nMohammad Shafee membantah penglibatan Abu Bakar sebagai panel Hakim Persekutuan sebelum prosiding bermula\n\n\nBantahan awal itu ditolak oleh Abdul Rahman kerana pihaknya tidak diyakinkan oleh hujahan Muhamad Shafee bahawa Abu Bakar seharusnya menarik diri daripada mendengar permohonan semakan itu.\u00a0\n\n\nSementara itu, pihaknya turut berpandangan undang-undang jelas menunjukkan bahawa Ketua Hakim Negara diberi kuasa budi bicara dalam menamakan Hakim Mahkamah Rayuan untuk bersidang sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan bagi kepentingan keadilan mengikut Peruntukan 122 (2) Perlembagaan Persekutuan.\u00a0\n\n\nSebelum ini, peguam yang mewakil bekas Perdana Menteri itu bertindak membantah kehadiran Abu Bakar sebagai antara panel lima Hakim Persekutuan bagi mendengar permohonan semakan berkenaan sebelum sesi prosiding bermula.\u00a0\n\n\nBekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke Mahkamag Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya\n\n\nNajib dilihat hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonan rayuan menyemak sabitan dan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM 42 Juta di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, penyokong Najib turut dilihat berada di luar kawasan mahkamah bagi memberi sokongan kepada beliau ketika menghadiri prosiding hari ini.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, sesi prosiding diakhiri dengan kebenaran permohonan peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan prosiding petang ini kepada 20 hingga 22 Feb depan, yang diputuskan oleh lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli.\n\n\nNajib turut diiringi oleh\u00a0 pegawai penjara untuk pulang ke Penjara Kajang, berikutan penangguhan pendengaran semakan kes SRC petang ini kepada 20 Feb depan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/shabery-ingatkan-pemimpin-ph-kerajaan-anwar-bukan-jambatan-konkrit/", "title": "Shabery ingatkan pemimpin PH, kerajaan Anwar bukan jambatan konkrit", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan tindakan beberapa pemimpin parti dalam gabungan kerajaan yang mula menyerang sesama sendiri kini menjadi virus.\n\n\nJelasnya, tindakan beberapa pemimpin itu akan memberi kesan kepada kerajaan sekarang yang didakwa belum kukuh.\n\n\nMenerusi hantaran di laman Facebook, Shabery mengingatkan bahawa kerjasama yang terjalin kini adalah ibarat jambatan besi yang menggunakan banyak skru dan bukannya jambatan konkrit.\n\n\nJusteru, jika terdapat skru yang tercabut, jambatan besi tersebut akan runtuh.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTangguh projek monorel Putrajaya punca sistem pengangkutan bersepadu terjejas\n\n\n\n\n\n\nKPM yakin subjek pilihan raya tidak pengaruhi murid\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSatu kehilangan kepada badan kehakiman negara \u2013 Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nKeputusan hakim sokong permohonan, bangkitkan semula pengaruh Najib\n\n\n\n\n\n\nProduk babi gagal dibawa masuk dari luar negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nWalaupun tidak menyebut sebarang nama, Shabery dipercayai merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin PH yang menyerang sesama rakan dalam kerajaan hari ini.\u00a0\n\n\nShabery menasihatkan mereka supaya menjadikan apa yang berlaku kepada kerajaan PH selepas pilihan raya \nke-14 pada 2018 apabila mereka berjaya membentuk kerajaan sebagai iktibar.\n\n\nIsnin lalu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyifatkan BN dan UMNO yang terdiri daripada kelompok kes jenayah rasuah dan pecah amanah sebagai virus.\n\n\nBeliau berkata, virus berkenaan sedang menjangkiti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR dan PH.\n\n\nDalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berkata, keputusan mengekalkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dilihat menjadi beban kepada parti itu dan PH.\n\n\nKeputusan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kata beliau, hanya memberi kelegaan sementara kepada Ahmad Zahid, namun ia seolah-olah menjadi duri dalam daging dalam gabungan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/treler-pulau-tidak-sesuai-ditayangkan/", "title": "Treler Pulau tidak sesuai ditayangkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nMenteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan, treler filem bergenre seram \u2018Pulau\u2019 yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas serta lucah tidak sesuai untuk ditayangkan.\n\n\nBagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut bagi pihak Lembaga Penapis Filem (LPF) yang berada di bawah naungan Kementerian Dalam Negeri (KDN).\n\n\nFahmi berkata, prosedur yang dipantau Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) adalah berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) perhubungan antara LPF dengan Finas.\n\n\nBeliau turut meminta Finas meneliti dan merombak semula SOP agar kelulusan itu diberi dengan penelitian yang lebih khusus.\u00a0\n\n\nMenteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Fadzil bersama Pengarah, Sabri Yunus menyaksikan tayangan eksklusif Filem Duan Nago Bogho di Starling Mall Damansara, Selangor.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menghadiri tayangan eksklusif filem Duan Nago Bogho di Starling Mall, Damansara malam semalam.\u00a0\n\n\nTambahnya, LPF atau Finas akan mempertimbangkan semula untuk menayangkan filem itu di pawagam.\n\n\nPihaknya sudah berhubung dengan Golden Screen Cinemas (GSC) dan difahamkan penerbit memutuskan untuk menarik semula treler itu dalam tempoh terdekat serta melakukan penyuntingan baharu.\n\n\nBeliau berkata, menurut laporan diterimanya, berkemungkinan terdapat babak yang dipotong terlepas masuk ke treler filem itu.\n\n\nSemalam, media melaporkan Finas tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem bergenre seram, Pulau yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengandungi adegan panas dan lucah.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif Finas, Prof Dr Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata, garis panduan kandungan penerbitan terletak di bawah bidang kuasa LPF.\n\n\nMedia turut melaporkan Pulau yang bakal ditayangkan 9 Mac depan menerima kecaman pelbagai pihak yang menggesa LPF mengkaji semula kelulusan karya terbitan WebTVAsia dengan kerjasama My Way Pictures dan Filmforce Studio itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/umno-tersepit-hadapi-prn-di-enam-negeri/", "title": "UMNO tersepit hadapi PRN di enam negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nKerelevanan UMNO menjadi tanda tanya terutamanya negeri mana yang bakal dikuasai mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nIni kerana tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu dikuasai Perikatan Nasional (PN) manakala Pakatan Harapan (PH) mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.\u00a0\n\n\nPenganalisis politik, Dr. Azmi Hassan berkata, UMNO seharusnya mendapat banyak kerusi, namun pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 baru-baru ini jelas menunjukkan parti keramat Orang Melayu itu telah hilang kuasa.\n\n\n\u201cKalau dilihat sebelum berlaku PAU, di tiga negeri dikuasai PAS seharusnya UMNO mendapat kerusi terbanyak.\n Kalau dibandingkan antara UMNO dengan PKR atau Amanah, UMNO mendapat kerusi terbanyak kerana parti itu mempunyai kekuatan untuk menarik pengundi Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nOps Sudan selesai, 30 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA\n\n\n\n\n\n\nPolitikus Diingatkan Fikir Soal Rakyat Bukan Kepentingan Politik\n\n\n\n\n\n\nTok Mat beri bayangan pertahan Dun Rantau\n\n\n\n\n\n\nSaya tiada kuasa \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Malaysia bertambah 2.1 peratus pada 2023\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelepas PAU2022,\u00a0 UMNO telah kehilangan kuasa pemilihan kerusi di Kedah, Kelantan dan Terengganu.\n\n\n\u201cUMNO mempunyai kekuatan yang kurang dalam menetukan\u00a0 kerusi mana yang dikehendaki tidak kira dalam tiga negeri naungan PAS, dan tiga\u00a0 lagi negeri di bawah PH, UMNO-BN berada dalam kedudukan yang agak tersepit sekarang,\u201d katanya pada program \nDimensi\n anjuran \nTV Pertiwi\n.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDr. Azmi turut menegaskan UMNO dan PH tidak akan bertembung pada PRN kali ini kerana tarikan pengundi Melayu jauh lebih lemah yang menyebabkan mereka perlu bekerjasama serta\n dari segi pembahagian kerusi, UMNO juga lemah kerana dijangka sukar untuk memenangi jumlah kerusi yang banyak.\n\n\nMengambil contoh politik yang berlaku di Pulau Pinang, Dr Azmi menyifatkan kritikan Timbalan Menteri Pulau Pinang, Prof. Dr. P Ramasamy terhadap UMNO adalah simpati yang sebenar atau kerana UMNO lemah, maka PH akan lemah di kawasan itu.\n\n\nDalam hal ini juga, DAP banyak berdiam diri kerana tidak mahu mengeluarkan dasar yang boleh mengguris hati UMNO kerana UMNO pada bila-bila masa boleh keluar dari kerajaan sekiranya mereka membuat onar di Pulau Pinang.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nSementara itu, katanya jika UMNO membentuk kerajaan di Pulau Pinang, ia akan menimbulkan tanda tanya adakah mereka mampu memberi cadangan yang baik di negeri tersebut kerana DAP tidak menyebelahi nasib orang Melayu.\n\n\n\u201cKekuatan DAP di Pulau Pinang, mereka mempunyai banyak kerusi dun. \n\n\n\u201cApa yang berlaku di Permatang Pauh pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2015, menakutkan DAP kerana g\nelombang PAS hanya berlaku di Timur dan Utara, dan juga Permatang Pauh, jadi sebab itu dikatakan Pramasay risau, malah Lim Guan Eng\u00a0 boleh bekerjasama dengan UMNO,\u201d ujarnya.\n\n\nJelas penganalisis politik itu, sekiranya DAP tidak bekerjasama dengan BN dan tidak memberi sebarang kerusi yang boleh dimenangi UMNO, maka PAS akan mengambil alih kerusi itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/19/wang-bap-dilarikan-akan-diganti-diagihkan-sebelum-mac/", "title": "Wang BAP dilarikan akan diganti, diagihkan sebelum Mac", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan wang peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 yang dilarikan penjenayah dalam satu kejadian di pekan Semenyih, Isnin lalu akan diganti dan diagihkan kepada murid sebelum sesi persekolahan bermula Mac depan.\n\n\nMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mengakui ralat dengan kes kehilangan wang itu berkata, KPM sedang menunggu kelulusan dan jawapan daripada Kementerian Kewangan (MOF) mengenai gantian tersebut.\n\n\n\u201cDuit yang hilang itu akan diganti. Jangan risau, itu hak anak-anak. Kita ralat dan kesal dengan kejadian ini berlaku tetapi pastinya keutamaan adalah hak anak-anak ini yang kita mesti serahkan kembali hak mereka,\u201d katanya pada sidang media selepas majlis Amanat Tahun Baharu bersama warga kementerian di Putrajaya hari ini.\n\n\nBeliau berkata, guru besar sekolah berkenaan juga akan disiasat mengikut tatatertib penjawat awam kerana berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kewangan sewaktu pengeluaran wang BAP.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNaikkan Elaun Warden Asrama Langkah Jangka Pendek : iGuru\n\n\n\n\n\n\nKelantan dianaktiri: Anwar dakwa Syahir terkhilaf, hujah tanpa fakta\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Mungkin Tiada Dalam Senarai Watikah \u2013 Sumber Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nAGENDA NASIONAL BANTU KELUARGA MALAYSIA HADAPI FASA ENDEMIK\n\n\n\n\n\n\nBekalan telur ayam import dari India tiba di KLIA\n\n\n\n\n\n\n\n\nKPM menyerahkan kepada polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bagi menyiasat insiden berkenaan.\n\n\nKatanya, JPN Selangor juga sudah bertemu dengan guru besar berkenaan dan akan mengumumkan hasil siasatan itu kemudian.\n\n\nPada Isnin lalu, dilaporkan wang tunai BAP berjumlah lebih RM100,000 dikeluarkan seorang guru besar dilarikan penjenayah di pekan Semenyih.\n\n\nWang itu dipercayai dikeluarkan dari sebuah bank oleh pengetua sekolah secara bersendirian.\n\n\nDalam perkembangan lain, Fadhlina menyeru orang awam atau guru supaya tidak berkongsi atau tularkan kejadian kes pergaduhan melibatkan pelajar, sebaliknya melindungi golongan tersebut bagi membantu membentuk ekosistem sihat dan selamat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/20/10757/", "title": "6.1 juta pencarum KWSP bawah 55 tahun miliki simpanan kurang RM10,000", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Kira-kira 6.1 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun ke bawah bakal berdepan masalah kewangan berikutan simpanan hari tua mereka hanya berbaki kurang daripada RM10,000 setakat Disember 2021.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pada Mac tahun lalu, semasa mengulas kedudukan simpanan persaraan kira-kira 12.6 juta pencarum tabung berkenaan selepas tiga kali pengeluaran khas iaitu i-Lestari, i-Sinar dan yang terakhir i-Citra pada Februari 2022.\n\n\nSebelum ini, Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) menggesa kerajaan menimbang pengeluaran caruman KWSP antara RM10,000 dan RM30,000 secara sekali gus.\n\n\nPerdana Menteri, \nDatuk Seri Anwar Ibrahim\n pada Ahad lalu, menyatakan lebih baik kerajaan memikirkan bentuk bantuan lain daripada membenarkan pengeluaran khas KWSP sekali lagi seperti yang digesa oleh beberapa pihak kerana khuatir dengan keadaan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong \u2013 Speaker DUN Selangor\n\n\n\n\n\n\nPM digesa tolak tuntutan Dong Zong iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Turki selar pihak tutup mata, subahat bakar Quran\n\n\n\n\n\n\nJangan buat spekulasi tarikh keputusan SPM\n\n\n\n\n\n\nBekalan telur, daging untuk Ramadan dijamin stabil\n\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan itu, pakar ekonomi bersetuju dengan kenyataan Anwar apabila masing-masing melihat pengeluaran KWSP bukan penyelesaian mampan terhadap masalah kewangan rakyat dalam mengharungi peningkatan kos sara hidup sekarang.\n\n\n\n\n\u201cSaya percaya jika masalah kos sara hidup dan isu berkaitan peningkatan harga barang ini\u00a0 dapat ditangani dengan baik, kebajikan rakyat akan terbela, \nkerajaan perlu cari penyelesaian menyeluruh kerana kita lihat isu kenaikan harga barang ini bukan isu lokal semata-mata sebaliknya adalah isu global yang turut didepani negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara Eropah,\u201d\n\n\n\n\nMemetik Malaysia Gazette BERNAMA melaporkan,\u00a0 Prof. Dr.Mohamad Fazli Sabri, Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,\u00a0 UPM, \nbeliau berkata meletakkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan sebagai antara penyumbang utama kesempitan hidup sebahagian masyarakat sekarang serta kerajaan perlu mencari penyelesain kepada perkara itu.\n\n\nIni termasuk memperkasa rantaian bekalan dan sekuriti makanan bagi memastikan harga barangan dapat diturunkan serta kekal terkawal.\n\n\nTambahnya, sekiranya pencarum mengeluarkan simpanan mereka atas alasan itu, pakar juga khuatir cabaran yang dihadapi pada masa akan datang yang memungkinkan keadaan ekonomi ketika itu lebih mencabar dengan tabungan (persaraan) yang sangat sedikit.\n\n\n\n\n\u201cPendedahan dalam bidang kemahiran dan teknikal serta berkaitan \u2018reskilling\u2019 dan \u2018upskilling\u2019 akan\u00a0 meningkatkan kebolehpasaran mereka seiring dengan trend industri semasa. Mereka yang minat berniaga, atau perniagaan terjejas akibat COVID-19, mungkin boleh diberi bantuan oleh agensi berkaitan dari segi latihan dan peralatan selain modal,\u201d\n\n\n\n\nMohamad Fazli juga berpandangan ada pelbagai pendekatan tidak bersandarkan bantuan tunai boleh diambil oleh kerajaan termasuk bekerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan\u00a0 (GLIC) menerusi penawaran pekerjaan kepada yang terjejas sebagai langkah menangani masalah itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/20/4-dekad-maher-akhirnya-bebas-sebagai-tahanan-paling-lama-rejim-israel/", "title": "4 dekad, Maher akhirnya bebas sebagai tahanan paling lama rejim Israel", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nSeorang lelaki Palestin yang merupakan tahanan paling lama ditahan oleh rejim zionis Israel dibebaskan pada awal pagi semalam.\n\n\nPihak berkuasa pendudukan Israel membebaskan Maher Younis, 63 tahun daripada penjara di Negev, Israel selepas 40 tahun dipenjarakan.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, pembebasan Maher dihargai secara meluas namun Israel melarang sebarang perayaan dan sambutan ke atas hari yang dianggap bersejarah berkenaan.\u00a0\n\n\nSepupu Maher, Karim Younis mencabar larangan itu dengan mengatakan orang ramai akan mengadakan perayaan yang selayaknya.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar mengakui kerajaan pimpinannya ada kelemahan, tidak sempurna\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Menteri Hal Ehwal Agama nasihat orang ramai bertenang, berhati-hati\n\n\n\n\n\n\nSOSMA : Kaji Semula Bukan Hapuskan, Saya Tidak Setuju \u2013 Musa Hasan\n\n\n\n\n\n\nFuad bidas kenyataan Kadir, siapa sebenarnya \u2018harakiri\u2019\n\n\n\n\n\n\nPM arah JPA bincang isu gaji penjawat awam dengan Cuepacs\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, \nMaher menyertai pergerakan Fatah sebagai seorang lelaki muda dan dituduh membunuh seorang askar \nregim zionis Israel \nserta didakwa memiliki senjata secara haram.\u00a0\u00a0\n\n\nBerikutan penahanannya pada 1983, dia dijatuhi hukuman gantung sampai mati bersama sepupunya, Karim dan Sami Younis namun hukuman itu dikurangkan atas rayuan kepada penjara seumur hidup."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/20/bonus-kakitangan-awam-tidak-kena-cukai/", "title": "Bonus kakitangan awam tidak kena cukai", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0\nKakitangan awam di semua negeri akan menikmati pemberian bonus tanpa dikenakan sebarang cukai.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan itu setelah mempertimbangkan bahawa bonus penjawat awam tidak tinggi dan tidak wajar dikenakan cukai.\n\n\n\n\n\u201cSekarang ini bonus yg diberikan kerajaan negeri itu tertakluk kpd cukai, tapi atas desakan yang saya fikir munasabah..premier telah asak isu ini, saya fikir munasabah kerana bonus itu tidak tinggi. Jadi oleh itu bonus akan dikecualikan daripada cukai dan ini terpakai kepada semua penjawat awam di seluruh negeri, walaupun dicadangkan di sarawak tapi terpakai untuk penjawat awam di negara kita,\u201d\u00a0\n\n\n\n\nPada Disember lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengumumkan bantuan khas kewangan RM700 untuk penjawat awam pada 2023.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada diskriminasi dalam penganjuran bengkel SPM\n\n\n\n\n\n\nJohari Abdul, Allahyarham Nik Aziz, Kit Siang dikurnia gelaran Tan Sri\n\n\n\n\n\n\nBekas diplomat tidak setuju pelantikan Nazri Aziz\n\n\n\n\n\n\nIsu audit rumit, makan masa dan tidak tumpu satu kementerian\n\n\n\n\n\n\nRM800 sebulan untuk pelatih industri di GLC, kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pekeliling itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPA Zulkapli Mohamed berkata, penjawat awam dalam kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan Gred 56 ke bawah akan menerima bantuan itu.\n\n\nIni termasuk pemandu peribadi anggota pentadbiran, hakim dan pesuruhjaya kehakiman serta pekerja di bawah program MyStep juga akan mendapat bantuan ini.\n\n\nTerdahulu, Anwar mengumumkan pemberian khas kepada Sarawak dinaikkan kepada RM300 juta.\n\n\nBeliau juga berkata, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, \nDatuk Seri Dr Wan Lizozman Wan Omar\n telah dilantik ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkuat kuasa serta-merta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/20/dua-ahli-umno-hantar-notis-bantahan-kepada-ros/", "title": "Dua ahli UMNO hantar notis bantahan kepada RoS", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Dua wakil UMNO menyerahkan notis bantahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini.\n\n\nJurucakapnya, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir berkata, usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden itu tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan UMNO.\n\n\n\u201cPelanggaran Perlembagaan UMNO semasa perhimpunan PAU 2022 baru-baru ini . \nSo\n, apa yang kita bangkitkan adalah pembawaan usul di mana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan yang mengikut perlembagaan umno mestilah dilakukan sekurang-kurangnya tiga tahun, dalam masa tiga tahun sekali,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media di luar pejabat RoS ketika memberi penjelasan berhubung bantahan keputusan PAU 2022 baru-baru ini serta notis bantahan itu diterima Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMHO serah surat permohonan maklum balas kes e-Ganjaran\n\n\n\n\n\n\nZahid gagal dapat pasport secara kekal\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tak takut disiasat, nafi seleweng RM600 bilion\n\n\n\n\n\n\nPM digesa tolak tuntutan Dong Zong iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nBN sedia hadapi PRN, punggut undi parti komponen\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Aizat, usul tambahan itu juga tidak sah kerana tiada notis 14 hari dikemukakan sebelum hari persidangan serta melanggar Peraturan 10, Perlembagaan UMNO memperuntukkan apa-apa usul perlu disampaikan dalam tempoh tertentu.\n\n\n\u201cDan mereka tidak menghantar notis 14 hari di mana kalau usul MKT tujuh. Dalam UMNO ni juga ada satu klaus dimana boleh masukkan satu usul pada hari persidangan tapu dengan dua syarat, pertama MKT mesti menerangkan usul tersebut kepada para perwakilan. Yang kedua adalah usul tu mestilah \npublic interest\n, usul ni tak \npublic interest\n. Usul ni saya kira hanya menguntungkan 2 orang. So sbb tulah harini kita bawak kepada ros,\u201d katanya.\n\n\nJusteru, beliau memohon agar RoS melihat laporan itu dan seterusnya memutuskan untuk tidak meluluskan usul tersebut di dalam laporan persidangan itu.\n\n\nJelasnya, RoS mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mana-mana penubuhan yang tidak mematuhi perlembagaan melalui Akta Pertubuhan 1966.\n\n\nTerdahulu, PAU 2022 meluluskan usul tambahan berhubung dua jawatan tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.\n\n\nUsul yang dikemukakan wakil UMNO Negeri Sembilan itu, mendapat lebih 90 peratus undian daripada perwakilan bersetuju dengan usul berkenaan serta kurang 10 peratus sahaja tidak bersetuju dengan pindaan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/20/kenapa-hanya-dua-wakil-bukan-melayu-dalam-mppk-dap/", "title": "Kenapa hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK \u2013 DAP", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nTindakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyenaraikan dua anggota bukan Melayu sebagai ahli dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2023 \u2013 2025 disifatkan tidak mencukupi.\u00a0\n\n\nPerkara itu disuarakan Timbalan Pengerusi DAP, Dr P. Ramasamy yang berpendapat, sangat penting \nuntuk mempunyai wakil yang bercakap mengenai masa depan sistem pendidikan vernakular yang wujud bersama sistem kebangsaan.\n\n\nMenurut Ramasamy, beliau tertanya-tanya sekiranya dua wakil bukan Melayu itu mencukupi untuk mewakili dan bercakap mengenai sistem pendidikan negara dengan penekanan khusus diberikan kepada pendidikan vernakular yang terbahagi kepada dua komponen iaitu sekolah Mandarin dan sekolah Tamil.\n\n\n\u201cSaya berharap MPPK tidak mengabaikan peranan sistem pendidikan vernakular di negara ini terutamanya memandangkan tahap enrolmen yang tinggi,\u201d katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSudan bergolak, 27 maut lebih 180 cedera\n\n\n\n\n\n\nSPR Saran Pengundi Datang Lebih Awal\n\n\n\n\n\n\nPeserta himpunan LGBTQ depan Kompleks Sogo ditahan polis\n\n\n\n\n\n\nDUN Pulau Pinang bubar 28 Jun\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan KJ beri kelebihan kepada PN\n\n\n\n\n\n\n\n\nRamasamy berkata demikian \nbagi mengulas lanjut mengenai pelantikan lapan tokoh dan individu termasuk dua anggota wakil bukan Melayu bagi menggangotai MPPK oleh KPM.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, dua anggota wakil bukan Melayu yang menganggotai MPPK adalah Datuk Dr Mehander Singh Nahar Singh dan Chee Poh Kiem.\u00a0\n\n\n\u201cHanya dua orang bukan Melayu telah dipilih. Sekali lagi, saya tidak pasti tentang kelayakan mereka.\n\n\n\u201cSaya harap tidak ada peninggalan serius yang disengajakan dalam mengabaikan perwakilan masyarakat bukan Melayu,\u201d katanya lagi.\n\n\nTambah Ramasamy, beliau juga tidak bersetuju MPPK ditubuhkan dengan matlamat jelas iaitu perlu terlibat dalam isu mengurangkan beban tugas guru berlebihan yang sepatutnya dalam urusan pentadbiran dan boleh diselesaikan oleh pegawai-pegawai kementerian serta pihak sekolah.\u00a0\n\n\nJelasnya, \nMPPK perlu mengambil pendekatan yang luas serta menyeluruh dalam peranannya sebagai penasihat dan harus memastikan sistem sekolah bergerak ke arah yang betul serta mencerminkan permintaan global.\n\n\nTerdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengumumkan \nsenarai sembilan anggota MPPK yang baharu dengan bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Amin Senin dilantik sebagai Pengerusi.\n\n\nDalam pengumuman sama, beliau berkata, semua yang terpilih mempunyai kepakaran dan daripada pelbagai latar belakang berbeza dalam bidang masing-masing.\n\n\nMPPK ditubuhkan pada November 2010 mengikut Seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 atau Akta 550."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/20/opr-kekal-langkah-taktikal-bnm-sokong-momentum-ekonomi/", "title": "OPR kekal, langkah taktikal BNM sokong momentum ekonomi", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0\nPengekalan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah langkah taktikal ketika ekonomi terus berada dalam kedudukan yang kukuh.\n\n\nPenganalisis Ekonomi, Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed berkata, bank pusat memainkan peranan secara strategik bagi tempoh 2019 hingga 2022 dengan terbukti dapat menangani cabaran tekanan harga.\n\n\nDasar monetari itu menjadi keutamaan BNM dalam memenuhi mandat unjurannya ketika semua bank global menaikkan kadar faedah bagi membendung lonjakan harga dalam ekonomi global.\n\n\n\n\n\u201cBagi saya, sebahagian besar bank pusat global ini akan bertindak mengurangkan kadar itu selepas suku ketiga dan keempat tahun ini bagi menyokong trajektori pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK).BNM akan terus menyokong ekonomi di peringkat makro lagi,\u201d\n\n\n\n\nShan juga menyifatkan keadaan inflasi semakin memuncak di rantau Asean dan akan hanya susut dalam suku ketiga 2023 manakala tuas dasar monetari itu pula memerlukan tempoh selama 12-15 bulan untuk memberi kesan di peringkat makro bagi menurunkan harga komoditi-komoditi utama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tumbang, Hadi Awang mengigau \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\n3,464 beri respon positif projek PSI\n\n\n\n\n\n\nMufti Pahang haramkan konsert Coldplay\n\n\n\n\n\n\n31 Ogos Tidak Wajar Dimansuhkan \u2013 Veteran Atm\n\n\n\n\n\n\nRayuan SIS batalkan fatwa JAIS didengar Ogos depan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, ringgit menunjukkan kestabilan dari segi struktur dan meningkat sebanyak 10.64 peratus sejak Oktober 2022.\n\n\nSelain ringgit dijangka meneruskan aliran kenaikannya pada 2023 dan mencecah sekitar paras 4.10 hingga 4.37 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).\u00a0\n\n\nBank pusat mengekalkan OPR bagi membolehkan ia menilai kesan kumulatif pelarasan OPR yang lalu berikutan kesan lewat dasar monetari ke atas ekonomi.\n\n\nDalam perkembangan berkaitan, penyelidikan oleh MIDF menjelaskan BNM mengambil pendekatan tunggu dan lihat untuk menilai prestasi pasaran selepas peningkatan lebih 100 mata asas (bps) yang diputuskan pada tahun lepas.\n\n\nSemalam, \u00a0Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada kadar 2.75 peratus.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLangkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap yang wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. \nJawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan terus menentukur tetapan dasar monetari yang mengimbangi risiko kepada inflasi domestik dan pertumbuhan mampan,\u201d\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBNM dalam satu kenyataannya berkata\u00a0 pada\u00a0 tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/20/pengambilan-vaksinasi-covid-19-terima-peningkatan/", "title": "Pengambilan vaksinasi Covid-19 tunjuk peningkatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kadar peningkatan pengambilan dos penggalak kedua di seluruh fasiliti kesihatan sejak dua minggu lalu yang menunjukkan kesedaran rakyat berhubung keperluan mengambil suntikan tersebut.\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustapa berkata, pengambilan dos penggalak pertama meningkat daripada 49.8 peratus berbanding 1 Januari lalu kepada 49.9 peratus yang menyaksikan peningkatan iaitu sebanyak 2.2 peratus.\n\n\nBeliau berkata, kadar peningkatan juga meningkat di Sarawak sebanyak 35 peratus yang menunjukkan jumlah pengambilan yang meningkat 20 kali ganda berbanding pada Disember tahun lalu.\n\n\nKatanya, KKM juga ingin menasihatkan individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin Covid-19 agar segera mendaftar serta mendapatkan vaksin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPas sedia beri kerjasama kepada SPRM\n\n\n\n\n\n\nDr Muhammad Faiz letak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU\n\n\n\n\n\n\nTidak Bertanding, Shahrir Enggan Berselindung Di Sebalik Kedudukan Politik\n\n\n\n\n\n\nPenamaan Calon PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak cadang turunkan harga siling petrol, diesel\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada masa sama, KKM memaklumkan bahawa kes Covid-19 di Malaysia masih kekal di bawah 500 sehari walaupun sejak pembukaan sempadan negara China 8 Januari 2023.\n\n\nJusteru, Dr. Zaliha berkata, pelaporan kes harian Covid-19 juga kekal dengan angka tiga digit sejak 17 Disember 2022 dan hanya seorang daripada pengembara tersebut dikesan mengalami demam semasa saringan.\n\n\nTambahnya, ujian RTK-Ag yang dijalankan ke atas pengembara tersebut juga negatif serta tiada pengembara dari China yang dikesan positif Covid-19 di pintu masuk antarabangsa negara setakat ini.\n\n\nTegasnya, KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan dalam dan luar negara melalui maklumat yang diperoleh daripada pihak WHO serta kerjasama bersama negara-negara ASEAN dan juga negara China."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/20/peperiksaan-bertulis-spm-2022-bermula-20-februari/", "title": "Peperiksaan bertulis SPM 2022 bermula 20 Februari", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang melibatkan 403,637 orang calon bermula dari 20 Februari hingga 15 Mac 2023.\n\n\nKementerian Pendidikan Malaysia berkata, peperiksaan amali sains SPM akan bermula pada 30 Januari ini.\n\n\nManakala ujian bertutur bahasa Melayu pada 7 dan 9 Februari dan bahasa Inggeris pada 13 hingga 15 Februari.\n\n\nUjian mendengar bahasa Melayu dan bahasa Inggeri pada 16 Februari.\n\n\nBagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan ini, seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini dan sebanyak 3,355 pusat peperiksaan disediakan di seluruh negara.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201dKPM ingin mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung,\u201d katanya dalam satu kenyataan di sini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nJadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan \nhttp://lp.moe.gov.my\n\n\nCalon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan dan hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPM tahun 2022. \u2013 MalaysiaGzette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/20/ramasamy-akan-kempen-seluruh-negara-gesa-mansuhkan-sosma/", "title": "Ramasamy akan kempen seluruh negara gesa mansuhkan SOSMA", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Satu kempen besar-besaran di seluruh negara akan diadakan bagi menggesa kerajaan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)\u00a0 dan membebaskan lebih 100 tahanan yang ditahan di bawah akta berkenaan.\n\n\nPemimpin DAP. P Ramasamy berkata kempen itu bagi mendapatkan sokongan rakyat dan menarik perhatian kerajaan untuk memansuhkan SOSMA.\n\n\n\n\nTimbalan ketua menteri Pulau Pinang yang juga naib pengerusi DAP negeri itu menyifatkan akta berkenaan kejam dan menyebabkan ramai yang ditahan dalam penjara menunggu perbicaraan tanpa tempoh masa yang ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya membebaskan tahanan Sosma terlebih dahulu sebelum kerajaan menyemak semula undang-undang yang membolehkan penahanan selama 28 bulan tanpa bicara, seperti dalam kes tahanan dari Sungai Petani.\n\n\n\n\n\u201cKami akan menganjurkan kempen di seluruh negara untuk mendapatkan sokongan rakyat dan menarik perhatian kerajaan untuk memansuhkan Sosma. Tidak kira kerajaan mana yang memerintah, undang-undang zalim itu tidak adil dan tidak diperlukan di Malaysia,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nRamasamy berkata demikian di Komtar, Pulau Pinang selepas bertemu keluarga 33 tahanan Sosma dari Sungai Petani, Kedah yang ditahan sejak September 2020.\n\n\n\n\nP.Ramasamy bertemu keluarga 33 tahanan SOSMA dari Sungai Petani, Kedah yang ditahan sejak September 2020 di KOMTAR, P. Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAdalah tidak adil untuk menahan tahanan tanpa bicara dan mereka telah berada dalam tahanan sejak 28 bulan lalu. Mereka adalah satu-satunya pencari nafkah keluarga mereka. Dakwa mereka atau lepaskan mereka,\u201d katanya.\n\n\nRamasamy berkata gabungan Pakatan Harapan (PH) menyokong pemansuhan SOSMA sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15, tetapi pendirian gabungan itu kini tidak jelas selepas membentuk kerajaan dengan BN.\n\n\n\n\n\u201cKita mempunyai undang-undang yang mencukupi termasuk Kanun Tatacara Jenayah dan Kanun Keseksaan, dan mereka harus didakwa jika polis mempunyai bukti. Ia adalah kemuncak kezaliman untuk menahan tahanan selama 28 bulan.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahanan Sosma berkenaan ditahan pada bulan September 2020 dan kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sungai Petani mengikut Seksyen 130v(1) Kanun Keseksaan kerana didakwa menganggotai kumpulan jenayah terancang.\n\n\nPerbicaraan bagi 33 tahanan itu diadakan di Mahkamah Tinggi Sungai Petani pada 18 dan 19 Disember tahun lalu, dan perbicaraan ditetapkan pada 19 dan 20 April serta 17, 24 dan 25 Mei tahun ini.\n\n\nBagaimanapun, keluarga mereka melahirkan rasa tidak senang kerana perbicaraan sekali lagi ditangguhkan dan mereka merayu agar tahanan dibebaskan segera.\n\n\nTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Ramkarpal Singh bulan lalu berkata bahawa kerajaan telah bersetuju untuk meneliti peruntukan tertentu dalam Sosma dan akan berhubung dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, tetapi belum ada perkembangan dalam perkara itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/20/tular-herba-ada-kandungan-babi-netizen-ingatkan-balik-benar-kata-usop-wilcha-pentingnya-inglish-edukesyen/", "title": "Herba ada kandungan babi? \u2026`itulah pentingnya english edukesyen\u2019!", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Pada minggu ini, netizen tidak kering gusi membaca hantaran yang singgah di media sosial masing-masing berhubung satu video aplikasi TikTok tular mengenai dakwaan produk herba mengandungi babi.\n\n\nDalam video TikTok itu yang dipercayai milik seorang wanita dikenali sebagai nurshaheera, dia menyenaraikan beberapa\u00a0 produk herba keluaran syarikat itu yang didakwanya mengandungi babi.\n\n\nNamun, sebenarnya beliau tersilap membaca penggunaan herba itu sebagai perisa perapan dan bukan kandungan bahan dalam herba berkenaan.\n\n\nDalam videonya dia mendakwa \nCajun Seasoning\n keluaran syarikat McCormik, mempunyai kandungan babi. Dia juga menasihatkan orang ramai yang mahu menggunakan produk itu supaya membaca terlebih dahulu paparan bahan pada herba-herba yang dijual oleh syarikat itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Britain didenda tidak pakai tali pinggang keledar\n\n\n\n\n\n\nKawalan produk tembakau dijangka kuat kuasa tahun depan\n\n\n\n\n\n\nSelangor sedia hadapi kenaikan bahan binaan 180 peratus\n\n\n\n\n\n\nSPR pertimbang adakan pilihan raya lebih 60 hari selepas bubar Parlimen\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Isi rumah pendapatan bawah RM2,500 terima Sumbangan Tunai Rahmah\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada asasnya, McCormik menampilkan herban berkenaan yang boleh digunakan sebagai bahan perapan untuk daging lembu, ayam, ikan, makanan laut termasuk daging babi.\n\n\nKesilapannya menyebabkan ramai netizen tampil mengkritik yang dikatakan tidak mengetahui Bahasa Inggeris.\n\n\nTidak kurang juga menyuruh dia masuk semula ke sekolah untuk mempelajari bahasa berkekenaan sebelum menaikkan sebarang kandungan atau hantaran di media sosial.\n\n\nNetizen turut berkongsi\u00a0 sebahagian dialog yang pernah diucapkan oleh salah seorang karektar pelakon filem \nHantu Mat Limah\n, Usop Wilcha.\n\n\nUsop dalam filem itu berkali-kali mengutarakan perkataan\u00a0 yang berbunyi \u201citulah pentingnya English Education\u201d, sebagai satu teguran bahawa bahasa itu penting untuk dipelajari semua.\n\n\n\n\nBelajar bahasa Inggeris itu penting. Kesian & bahaya bila yg tonton video pun sama-sama tak reti Bahasa Inggeris. \n\n\nCik Kak, tu bukan ingredients atau bahan. Tu cadangan kegunaan untuk masakan apa!!!\n\n\nMcCormick should sue this woman, ghairah buat video tapi spread false info \npic.twitter.com/Xnkzg4wHAt\n\n\n\u2014 KucingK\u00e8rong (@KlutzyKucing) \nJanuary 18, 2023\n\n\n\n\nKesilapan pemilik akaun TikTok itu juga dijadikan satu bahan iklan oleh syarikat besar pasar raya AEON.\n\n\nAEON menggunakannya sebagai bahan iklan untuk mengambil perhatian orang ramai terhadap pembelian McCormick yang boleh didapatkan di pasar raya itu secara datang ke pasar raya atau membelinya secara dalam talian.\n\n\n\n\nBak kata Usop Wilcha, \"Itu lah pentingnya 'English Edukesyen'.\" \ud83e\udd0c\ud83c\udffb Dapatkan McCormick di stor AEON berdekatan atau pesan secara online di myAEON2go, \nhttps://t.co/qnnD0YeFFj\n. \ud83e\uddc2\n#mccormick\n \n#seasoning\n \n#englisheducation\n \n#taburataskaupunboleh\n \npic.twitter.com/CXo5Mjx1Ld\n\n\n\u2014 AEON Retail Malaysia (@aeonretailmy) \nJanuary 19, 2023\n\n\n\n\nDalam perkembangan berkaitan,\u00a0 pada Januari tahun lalu, McCormik berminat melabur sejumlah RM360 juta dalam hab pelaburan pengeluaran makanan membabitkan lada hitam di Setiu, Terengganu.\n\n\nMcCormick juga mendapat pengiktirafan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.\n\n\nSesiapa pun perlu ingat, tidak pasti jangan kongsi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/20/well-done-guys-khairy-puji-tindakan-berani-ahli-umno-rujuk-ke-ros/", "title": "\u201cWell done guys\u201d \u2013 Khairy puji tindakan berani ahli UMNO rujuk ke RoS", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Tindakan beberapa ahli Umno merujuk isu salah satu usul yang diluluskan parti itu baru-baru ini ke Jabatan Pedaftaran Pertubuhan (RoS) mendapat pujian Khairy Jamaluddin hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBekas ketua Pemuda Umno itu malah menganggap mereka sebagai ahli Umno yang menjadi pemberani dan waras.\n\n\n\u201c\nWell done, guys\n,\u201d kata Khairy, \u201cada yang masih berani dan waras dalam UMNO.\u201d\n\n\nKhairy juga yakin ROS akan mengambil tindakan sewajarnya ekoran aduan yang dikemukakan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau dalam instastorynya\u00a0 hari ini berkata beliau yakin dengan kredibiliti RoS untuk membuat semakan terhadap usul dikemukakan oleh perwakilan) Rembau di PAU (perhimpunan agung UMNO) baru -baru ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Ahli Umno Terengganu, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir, dan Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom (ahli Umno Negeri Sembilan) hari ini dilaporkan menghantar notis bantahan kepada ROS.\n\n\nNotis bantahan tersebut dibuat kedua-dua mereka selepas beranggapan usul tambahan berkaitan dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Umno.\n\n\nPada 13 Jan lalu, perwakilan Negeri Sembilan, Mohd Shukri Samsudin, mengemukakan usul tambahan dalam PAU 2022 bagi membolehkan jawatan presiden Umno dan timbalan tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.\n\n\n\n\nUsul berkenaan mendapat sokongan daripada Umno Terengganu, Selangor, Perwakilan Wanita dan Pulau Pinang.\n\n\n\n\nApabila usul berkenaan diundi di hari terakhir persidangan, ia mendapat sokongan majoriti.\n\n\nKhairy merupakan antara tokoh Umno yang paling menonjol mendesak agar ruang pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden dibuka seperti selalu.\n\n\nUMNO dijadual mengadakan pemilihan sebelum 19 Mei depan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/21/100-ditipu-sindiket-tawar-penjualan-baucer-dalam-talian-mho/", "title": "100 ditipu sindiket tawar penjualan baucer dalam talian \u2013 MHO", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nSindiket penipuan di Malaysia dilihat semakin licik apabila berjaya memperdaya dengan menawarkan baucer di aplikasi dalam talian untuk digunakan bagi pembelian barangan peribadi di premis terpilih menerusi ganjaran menarik dan penjimatan sehingga 50%.\u00a0\n\n\nKejadian itu juga mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) selepas lebih 100 aduan diterima berhubung aktiviti penipuan itu daripada pengadu-pengadu.\u00a0\n\n\nSetiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata pengadu-pengadu menghadapi masalah apabila aplikasi dalam talian berbentuk perkhidmatan yang memberikan ganjaran atas talian telah dihentikan oleh syarikat.\u00a0\n\n\nBeliau berkata pengadu-pengadu dikehendaki membeli baucer yang dikenali sebagai QV dengan nilai pembelian 1 QV bersamaan dengan satu ringgit bagi membolehkan mereka untuk menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan dalam aplikasi tersebut.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua Kes Omicron Mula Direkod Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nUNDI MELAYU PECAH DI MELAKA | BULETIN PERTIWI \u2013 ISNIN 8 NOVEMBER 2021\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi keluar PN \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nLapan calon rebut kerusi Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nPekerja kedai makan maut di hostel akibat penyakit Tibi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\nPengadu-pengadu yang telah berdaftar dan membeli menggunakan sistem dalam talian tidak lagi diberi QV malah lebih teruk lagi aplikasi berkenaan tidak lagi berfungsi,\u201d katanya dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat MHO di ibu negara semalam.\n\n\n\n\nJelas Hishamuddin, antara perkhidmatan yang tersedia dalam aplikasi itu adalah perkhidmatan yang menjanjikan ganjaran melalui pembelian mata ganjaran bagi setiap pembelian seperti penghantaran barang, tempahan hotel dan percutian, platform pengiklanan digital serta platform untuk menonton persembahan atau video secara dalam talian.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat dan berharap tindakan diambil mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan sekali gus mengheret pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.\u00a0\n\n\nHishammuddin turut memaklumkan MHO juga akan merujuk kes ini kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk siasat lanjut \nkerana difahamkan syarikat berkenaan pernah dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum ini.\n\n\nBeliau juga menyeru kepada individu-individu yang terlibat dan menjadi mangsa kepada aplikasi berkenaan untuk tampil ke hadapan kerana pihak MHO sedia membantu mereka mendapatkan keadilan sewajarnya. \u00a0\n\n\n\u201cJadi, kita minta mereka menghubungi pihak MHO kerana kami mahu mengumpul seramai yang mungkin untuk membuat tindakan berkelompok (join action) kepada syarikat terbabit,\u201d tambahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/21/10915/", "title": "Google, Alphabet, Twitter, Amazon, serta Salesforce dilaporkan akan kurangkan pekerja", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Syarikat utama Google, Alphabet, dan Twitter, Amazon, serta Salesforce dilaporkan akan mengurangkan tenaga kerja mereka di seluruh dunia.\n\n\nAlphabet akan menjadi firma teknologi gergasi Amerika Syarikat (AS) terbaru yang bertindak mengurangkan 12,000 kakitangan selepas pandemik COVID-19, menurut laporan The Guardian.\n\n\nKetua Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai, berkata pemberhentian pekerja itu dilakukan susulan \u2018semakan rapi\u2019 terhadap struktur perniagaan syarikat.\n\n\nKetua Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai\n\n\nKeputusan itu dibuat beberapa hari selepas langkah sama diambil Microsoft untuk mengurangkan 10,000 tenaga kerja akibat peralihan dalam tabiat perbelanjaan digital dan kelemahan ekonomi global.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAkan Didakwa Pada Rabu Ini\n\n\n\n\n\n\nAfghanistan : Russia Sedia Pertimbang Iktiraf Kerajaan Taliban\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tiada rancangan iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Malaysia bertambah 2.1 peratus pada 2023\n\n\n\n\n\n\nLaungan \u2018bebas Najib\u2019 depan PM pada PAU 2023 dianggap janggal\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Pichai, pemberhentian pekerja itu menjejaskan kira-kira enam peratus daripada 187,000 tenaga kerja Alphabet, yang diumumkan menerusi e-mel kepada kakitangan Google.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulangi kenyataan baru-baru ini oleh rakan kongsi syarikat itu, Pinchai menyatakan bahawa perniagaan Alphabet berkembang secara berlebihan semasa kemuncak pandemik, apabila permintaan untuk perkhidmatan dan produk digital meningkat.\n\n\n\u201cSejak dua tahun lalu kami menyaksikan tempoh pertumbuhan yang dramatik. Bagi memadankan dan memacu pertumbuhan itu, kami mengupah pekerja untuk realiti ekonomi yang berbeza daripada yang kami hadapi hari ini,\u201d katanya.\n\n\nTambah beliau, pengurangan tenaga kerja itu akan \u2018merentasi Alphabet, lingkungan produk, fungsi, tahap dan wilayah\u2019.\n\n\nDi bawah Google, syarikat itu turut merangkumi YouTube dan sistem pengendalian mudah alih, Android.- BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/21/80-tenaga-kerja-twitter-hilang-di-bawah-elon-musk/", "title": "80% tenaga kerja Twitter hilang di bawah Elon Musk", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 \u00a0Bilangan kakitangan Twitter dianggarkan berkurangan sebanyak 80 peratus sejak pengambilalihan berbilion dolar oleh usahawan Amerika Syarikat (AS), Elon Musk.\n\n\nSebelum pengambilalihan bernilai AS$44 bilion pada akhir Oktober 2022, syarikat yang berpangkalan di San Francisco itu mempunyai kira-kira 7,500 pekerja.\n\n\nBagaimanapun, jumlah itu kini menurun kepada kira-kira 1,300 pekerja aktif.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTwitter kini mempunyai kurang daripada 550 jurutera sepenuh masa, manakala hanya terdapat 20 pekerja sepenuh masa bagi pasukan keselamatan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi samping itu, kira-kira 75 daripada 1,300 pekerja syarikat sedang bercuti, termasuk 40 jurutera.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMusk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tesla mengubah operasi harian syarikat, termasuk memberhentikan eksekutif Twitter yang bertanggungjawab ke atas landasan privasi, keselamatan siber dan penapisan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLima bas ekspres terbakar\n\n\n\n\n\n\n\u201cJangan Buat Transaksi Itu, Jika Tidak Saya Buat Laporan Polis\u2019\u2019 \u2013 Bilal\n\n\n\n\n\n\nSuspek bakar isteri ditahan di Nibong Tebal\n\n\n\n\n\n\nCalon anak beranak bukan isu baharu \u2013 Bibi Sharliza\n\n\n\n\n\n\nTiada tarikh luput pelaksanaan Menu Rahmah kepada peniaga\n\n\n\n\n\n\n\n\nDisember lalu, The New York Times melaporkan bahawa Twitter berhenti membayar sewa ruang pejabat selama beberapa minggu untuk mengurangkan kos. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/21/bekas-kpn-pertahan-akta-sosma-bukan-zalim-bukan-salah-guna-kuasa/", "title": "Bekas KPN pertahan Akta SOSMA bukan zalim, bukan salah guna kuasa", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menepis dakwaan pemimpin DAP, P Ramasamy bahawa \nAkta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kejam dan tidak adil.\n\n\nJelas Musa, seseorang yang ditahan di bawah akta itu ada proses mahkamah dan tidak timbul salah guna kuasa atau kezaliman.\n\n\n\u201cSeseorang yang ditahan sementara menunggu perbicaraan ada proses mahkamah dan tidak timbul salah guna kuasa atau kezaliman. Mahkamah yang menentukan tarikh untuk mereka dibicarakan.\n\n\n\u201cTahanan atau tertuduh dibawah kes SOSMA boleh membela diri melalui perbicaraan, hak tertuduh sama seperti kes jenayah yang lain. Tidak timbul soal akta itu satu undang-undang yang tidak adil kepada tertuduh,\u201d katanya ketika dihubungi TV Pertiwi pada Sabtu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRUU Anti Lompat Parti Dibahas Di Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nDebat ekonomi Rafizi, Syahir pada 9 Ogos\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid raikan perbezaan pendapat, tidak berkompromi sentuh integriti parti\n\n\n\n\n\n\nMB menghadap Sultan Terengganu esok, pohon perkenan bubar DUN\n\n\n\n\n\n\n3 Ahli Bersatu Dipecat Akibat Bertanding Bebas\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Musa menekankan SOSMA adalah undang-undang yang berkaitan dengan kesalahan yang menggugat keselamatan negara.\u00a0\n\n\nOleh itu, undang-undang berkenaan mempunyai prosedur tahanan untuk siasatan berbeza dengan prosedur Kanun Jenayah di bawah Seksyen 117.\n\n\nBeliau sekali lagi menekankan bahawa tahanan SOSMA didakwa menjalankan aktiviti yang boleh menggugat keselamatan negara, maka pihak berkuasa memerlukan masa yang agak lama untuk menjalankan siasatan.\n\n\n\u201cTempoh tahanan yang dibenarkan SOSMA membolehkan pihak polis menyiasat dengan menyeluruh kumpulan-kumpulan yang terlibat dengan jenayah kekerasan seperti terorisme dan kesalahan-kesalahan BAB VI, kesalahan terhadap Negara (offences against the State).\u00a0\n\n\n\u201cOleh itu, kuasa diberi kepada polis untuk menahan selama 28 hari untuk menjalankan siasatan terhadap mereka.\n\n\n\u201cUndang-undang SOSMA berbeza dengan ISA kerana setelah siasatan dijalankan mereka perlu menghadapi tuduhan di mahkamah untuk dibicarakan. Manakala ISA adalah tahanan preventif oleh kuasa menteri,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, P Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang \nakan menganjurkan kempen di seluruh negara bagi menggesa kerajaan memansuhkan akta SOSMA dan membebaskan lebih 100 tahanan yang ditahan di bawah akta berkenaan.\n\n\nBeliau menyifatkan akta berkenaan kejam dan menyebabkan ramai yang ditahan dalam penjara menunggu perbicaraan tanpa tempoh masa yang ditetapkan.\n\n\n\u201cBagi saya undang-undang itu perlu, kalau tak setuju itu pandangan mereka, tetapi negara memerlukan undang-undang tersebut,\u201d kata Musa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/21/berbalas-kenyataan-khairy-jawab-puad-dia-tidak-guna-proksi/", "title": "Khairy jawab Puad, dia tidak guna proksi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Bekas Ketua Pemuda\n\u00a0UMNO\n, Khairy Jamaluddin menafikan beliau mempergunakan dua ahli parti itu untuk membuat bantahan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, semalam.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara itu ditegaskan menerusi\n\u00a0Instastory\n\u00a0hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tidak berselindung di sebalik proksi atau\u00a0\nbulldozed motion\n\u00a0(paksaan). Saya berjuang dengan cara sendiri. Baru betul \u2018sedia untuk lawan\u2019,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, media melaporkan, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Datuk Dr Puad Zarkashi menempelak pujian diberikan Khairy kepada dua ahli parti yang merujuk ROS berkait isu usul tambahan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa selepas dua ahli UMNO memfailkan aduan kepada RoS semalam berhubung usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden parti kekal tidak dicabar dalam pemilihan parti.\n\n\nMenerusi menerusi hantaran di Facebook hari ini, Puad mempersoalkan sama ada tindakan terbabit satu keberanian atau kedua-dua hanya dipergunakan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPuad secara sinis menegur pemimpin tertentu supaya tidak menggunakan orang bawahan untuk menjayakan agenda mereka. UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/21/biadap-pemuda-israel-kencing-minum-arak-dalam-perkarangan-al-aqsa/", "title": "Biadap! Pemuda Israel kencing, minum arak dalam perkarangan Al Aqsa", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu\u00a0 \u2013\u00a0\u00a0\nSengaja mahu mencetuskan provokasi, sebilangan pemuda Israel minum arak di luar masjid Bab Al Moud yang terletak di\u00a0 perkarangan Masjid Al Aqsa.\n\n\nMemburukkan lagi keadaan mereka sengaja kencing di kawasan ruang luar masjid suci itu di bahagian dinding dan pintu masjid berkenaan.\n\n\nMereka juga kemudian berkumpul dan menyanyi beramai-ramai dan mengibarkan bendera Israel.\n\n\nPerlakuan mereka seolah hanya dilihat tanpa dilarang oleh tentera rejim. \u2013 Middle East Monitor\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCecair vape tidak wajar dikeluarkan daripada Akta Racun\n\n\n\n\n\n\nPetisyen Parlimen Segamat ditolak, Ramasamy kemuka rayuan\n\n\n\n\n\n\nKes mahkamah pemimpin PN tak lemahkan \u2018gelombang hijau\u2019\n\n\n\n\n\n\nSivakumar perlu cuti sebagai menteri\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu contohi Kedah tamatkan operasi judi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/21/lapor-ros-berani-atau-dipergunakan-puad-tempelak-khairy/", "title": "Lapor RoS, berani atau dipergunakan? Puad tempelak Khairy", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi menempelak pujian yang diberikan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin\n \nkepada dua ahli parti yang merujuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkait isu usul tambahan.\n\n\nBeliau mempersoalkan sama ada tindakan terbabit adalah satu keberanian atau ahli terbabit hanya dipergunakan.\n\n\n\n\nPuad dalam kenyataannya di hantaran Facebook rasmi beliau\u00a0\nsecara sinis menegur pemimpin tertentu supaya tidak menggunakan orang bawahan untuk menjayakan agenda mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMinum spirit campur air berbikarbonat pelajar diintubasi\n\n\n\n\n\n\nBak Kut Teh makanan warisan? Kaji sensitiviti masyarakat dulu \u2013 Rais Yatim\n\n\n\n\n\n\nChe\u2019gu Bard lapor polis terhadap PM\n\n\n\n\n\n\nSaudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah \u2013 Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nPN usah rasa selesa dengan gelombang hijau \u2013 Samsuri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSepatutnya orang ataslah yang buat aduan. Itu baru berani namanya. Jangan guna orang bawah apatah lagi kalau bekas pegawai sendiri. Itu waras ke?\u201d soalnya.\n\n\nSemalam, Khairy memuji tindakan beberapa ahli parti merujuk isu satu usul yang diluluskan baru-baru ini ke ROS.\n\n\nMalah, bekas menteri kesihatan itu juga menganggap mereka yang membuat laporan berkenaan sebagai ahli UMNO yang menjadi berani dan waras.\n\n\nMenurut Khairy, beliau yakin ROS akan mengambil tindakan sewajarnya susulan aduan yang dikemukakan.\n\n\nDua ahli UMNO\u00a0 pada Jumaat mendesak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) meneliti laporan persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 mengandungi usul tambahan berkaitan\u00a0 jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang, yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan parti.\n\n\nAhli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir, berkata perkara itu adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/21/mangsa-berputih-mata-rugi-puluhan-ribu-ditipu-sindiket/", "title": "Mangsa \u2018berputih mata\u2019 rugi puluhan ribu ditipu sindiket", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \n\u2018Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari\u2019 adalah ungkapan tepat dan boleh menggambarkan situasi mangsa-mangsa terpaksa berputih mata susulan kerugian ribuan ringgit kepada sindiket penipuan yang menawarkan penjualan baucer di aplikasi dalam talian.\u00a0\u00a0\n\n\nSalah seorang mangsa, Mohamad Azlan Azhar, 36, mendakwa mula memuat turun aplikasi itu apabila diperkenalkan oleh seorang rakan pada awal tahun 2021 dan telah kerugian lebih RM 90,000 selepas menggunakannya.\u00a0\n\n\nBeliau berkata pengguna perlu membuat pembelian baucer mengikut nilai ditetapkan dan akan menerima mata ganjaran serta subsidi baucer sementara baucer berkenaan boleh digunakan di premis-premis perniagaan dan stesen minyak yang disenaraikan dalam aplikasi itu.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBas Mekar JPN permudah urusan permohonan kad pengenalan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk serangan terhadap jemaah Palestin, pencerobohan Israel di Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\nSelagi bernyawa saya akan bersuara pada apa yang tidak betul \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\nPN Selangor rangka strategi tembusi kerusi \u2018hitam\u2019 milik DAP\n\n\n\n\n\n\n850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan dapat RM200\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSetiap transaksi menggunakan aplikasi itu, pengguna akan menikmati penjimatan sehingga 50%. Sebagai contoh isi petrol pada harga RM90 tapi hanya bayar RM45.\n\n\n\u201cYang baki RM45 lagi pihak syarikat itu akan membayar menggunakan bonus baucer tersebut,\u201d katanya kepada TV Pertiwi \nbagi mengulas lanjut mengenai sindiket penipuan yang didedahkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) di ibu negara semalam.\n\n\nMenurut Mohamad Azlan, syarikat terbabit disyaki melakukan aktiviti itu di Pulau Pinang selain mempunyai cawangan di beberapa negeri termasuk Selangor, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak.\u00a0\n\n\nTurut mendapat nasib sama, seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Izzudin Ahmad, 37, daripada Kuantan, Pahang kerugian RM30,000 akibat membuat tambah nilai RM600 hampir setiap hari untuk mendapatkan ganjaran serta subsidi baucer menerusi aplikasi tersebut.\u00a0\n\n\n\u201cSaya mula memuat naik aplikasi ini pada bulan Jun 2021 dan ketika itu jumlah maksimum bagi tambah nilai adalah sebanyak RM600 sehari untuk mendapatkan baucer\u201d\n\n\n\u201cPada mulanya saya tidak ragu-ragu namun selepas beberapa bulan, akaun dibekukan dan tidak dapat membuat pembelian menggunakan baucer berkenaan ,\u201d tambahnya.\n\n\nJelas Izuddin,\u00a0 \nsyarikat tersebut juga menaikkan jumlah tambah nilai sehingga satu ribu ringgit yang menyebabkan pengguna-pengguna tiada pilihan lain kerana terpaksa klik setuju dengan terma dan syarat di aplikasi berkenaan sebelum tambah nilai.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata selepas beberapa bulan, akaunnya telah dibekukan sekali gus menyebabkan beliau tidak dapat membuat pembelian menggunakan baucar itu dan telah beberapa kali menghubungi syarikat untuk menuntut semula wang namun sehingga kini tiada maklum balas diberikan.\u00a0\n\n\nTerdahulu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata pihaknya telah menerima lebih 100 aduan berhubung aktiviti penipuan itu dan akan membawa kes berkenaan kepada pihak berkuasa.\u00a0\n\n\nBeliau berkata pihak MHO juga berbesar hati membantu individu-individu yang terlibat dan menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini untuk menuntut keadilan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/21/pas-akan-tentukan-tarikh-bubar-dun-di-3-negeri-naungannya/", "title": "PAS akan tentukan tarikh bubar DUN di 3 negeri naungannya", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 PAS akan menentukan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sendiri di tiga negeri yang diterajuinya iaitu Kedah Kelantan dan Terengganu.\u00a0\n\n\n\n\n\u201cKita akan berbincang sesama sendiri dan ia terpulang pada kami bila mahu bubarkan DUN.Sama ada mereka (PH) nak ikut atau tidak, itu terpulang. Selama ini pun, mereka banyak mengikut kita.Sebelum ini, kita buat kenyataan tidak mahu ikut membubarkan Parlimen, mereka ikut juga,\u201d\u00a0 \u2013 Tan Seri Abdul Hadi Awang / Presiden PAS\n\n\n\n\nPresiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perbincangan akan dibuat di peringkat parti dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum tarikh sesuai ditetapkan.\u00a0\n\n\nBeliau menegaskan, jika negeri diterajui Pakatan Harapan (PH) iaItu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan mahu membubarkan DUN pada Jun itu terserah kepada mereka.\u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemilik kelab komedi Crackhouse dibenar cabar tindakan DBKL tarik balik lesen perniagaan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Di Tangga Ke- 57 Dunia\n\n\n\n\n\n\nRasuah punca orang Melayu jadi kuli bangsa lain jika hilang kuasa\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam tidak perlu sambut dan terlibat Sambutan Hari Thaipusam \u2013 Menteri Agama\n\n\n\n\n\n\nLaporan polis: Guan Eng dakwa Wan Fayshal lakukan kesalahan jenayah\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang akhbar program Semarak Gelombang Rakyat Bersama Perikatan Nasional(PN) di Ladang Alam Warisan pada Sabtu.\n\n\nAbdul Hadi berkata pihaknya akan mengkaji dari segi kesan kepada pengundi luar, mahasiswa, pengundi muda dan orang balik bercuti raya.\u00a0\n\n\nSebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, satu pertemuan akan diadakan di antara Menteri besar dan Ketua Menteri enam negeri itu bagi membincangkan tarikh yang sesuai.\n\n\nAminuddin juga ada memberi jangkaan untuk DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada bulan Mei depan bagi memberi laluan PRN diadakan sama ada pada Jun atau Julai."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/21/perdana-menteri-britain-didenda-tidak-pakai-tali-pinggang-keledar/", "title": "Perdana Menteri Britain didenda tidak pakai tali pinggang keledar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Perdana Menteri Britain Rishi Sunak disaman kerana gagal memakai tali pinggang keledar semasa membuat rakaman video di tempat duduk penumpang bahagian belakang kereta yang sedang bergerak.\n\n\nTindakan ke atas Sunak dilaporkan Agensi Akhbar Jerman, DPA.\n\n\nSunak sebelum ini memohon maaf atas kesalahannya itu yang dilakukan ketika beliau mengadakan beberapa siri lawatan di Lancashire pada Khamis.\n\n\nMenurut Polis Lancashire, selepas meneliti perkara itu mereka mengeluarkan notis penalti bersyarat kepada seorang lelaki berusia 42 tahun dari London.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin hadapi satu lagi pertuduhan rasuah Isnin ini\n\n\n\n\n\n\nManusia biasa lupa hukum bila tamak kuasa\n\n\n\n\n\n\nKenapa hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK \u2013 DAP\n\n\n\n\n\n\nDr Mahathir dakwa UMNO sudah tidak wujud lagi\n\n\n\n\n\n\nSeremban catat IPU tidak sihat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nApologies for not wearing a seatbelt, but I thought that rule only applied to other people and not to us. You know, like all the other rules.\n#LevellingUpFund\npic.twitter.com/ZzFmiHcgFL\n\n\n\u2014 Parody Rishi Sunak (@Parody_PM) \nJanuary 19, 2023"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/21/tanding-jawatan-lain-bukan-presiden-dan-timbalan-khir-toyo/", "title": "Tanding jawatan lain, bukan Presiden dan Timbalan \u2013 Khir Toyo", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nKeputusan UMNO meluluskan usul dua jawatan utama dalam parti itu tidak dipertandingkan dalam\u00a0 masih mendapat pelbagai reaksi daripada ahli-ahli politik sehingga ke hari ini.\u00a0\n\n\nPerkara ini turut disuarakan oleh veteran UMNO, \nDr. Mohamad Khir Toyo yang memaklumkan sekiranya dua jawatan utama parti itu dicabar ia akan merencatkan proses pemulihan dan melebarkan perpecahan.\n\n\nBeliau yang juga bekas Menteri Besar Selangor itu turut \nmenasihati pemimpin UMNO yang ingin membantu memulihkan parti untuk bertanding jawatan lain selain jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.\n\n\n\u201cMereka yang ingin membantu memulihkan parti sewajarnya bertanding jawatan tertinggi lain dan melontarkan idea dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT), apatah lagi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi seorang yang suka mendengar pandangan ahli MKT,\u201d katanya.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTeks Sahih Masih Bahasa Inggeris, Apa Ahli Parlimen Buat?\n\n\n\n\n\n\nKek Bulan Berlogo HALAL Dikesan Ada DNA Babi\n\n\n\n\n\n\nAnwar tidak \u2018anak tirikan\u2019 negeri pembangkang\n\n\n\n\n\n\nPindaan baru perlembagaan UMNO, mengurangkan amalan demokrasi, galakkan kediktatoran dalam parti \u2013 Tun Hamid\n\n\n\n\n\n\nPeraturan atau Akta untuk Orang Politik Seperti Penjawat Awam Yang Digantung Tugas\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Malaysiakini, jelasnya, mereka yang ingin membantu parti seharusnya melontarkan idea kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan bukannya Ahmad Zahid kerana beliau MKT lebih berkuasa dalam UMNO berbanding beliau.\u00a0\n\n\n\u201cBukan Zahid yang berkuasa dalam UMNO sebaliknya MKT. Apakah matlamat sebenar mereka yang ingin bertanding untuk jawatan dua tertinggi, apakah agenda peribadi untuk menjadi timbalan perdana menteri mahupun menteri?\u201d katanya lagi.\u00a0\n\n\nBeliau turut mempersoalkan sama ada pihak yang ingin mencabar kepimpinan Ahmad Zahid mempunyai agenda peribadi dalam mencabar dua jawatan tertinggi parti berkenaan.\n\n\nMengulas lanjut, Khir berkata sekarang bukan masanya untuk pemimpin dan ahli parti itu bertelagah sesama sendiri sebaliknya perlu bergandingan bahu untuk memulihkan UMNO.\n\n\nPada 14 Januari lalu, majoriti perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) menyokong usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini.\n\n\nBagaimanapun, usul tersebut mendapat kritikan dari beberapa pemimpin parti itu antaranya bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.\n\n\nSelain itu, semalam, \nahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom dilaporkan menghantar notis bantahan kepada Jabatan Pertubuhan Pendaftaran (RoS).\n\n\nNotis bantahan itu dibuat kedua-dua mereka selepas beranggapan usul tambahan berkaitan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan parti itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/21/turkiye-kutuk-sweden-benarkan-pemimpin-bakar-al-quran/", "title": "Turkiye kutuk Sweden benarkan pemimpin bakar Al-Quran", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Kerajaan Turkiye memanggil Duta Sweden ke Ankara susulan kebenaran yang diberikan kepada seorang pemimpin perkauman berhaluan kanan untuk membakar senaskhah A\n \nl-Quran.\n\n\nMenurut laporan TRT World, pemimpin tersebut, Rasmus Paludan, menerima permit daripada kerajaan Sweden untuk membakar kitab suci umat Islam itu di hadapan bangunan kedutaan Turkiye.\n\n\nAnkara mengutuk sekeras-kerasnya tindakan provokasi itu yang jelas merupakan jenayah kebencian, tambah sumber berkenaan.\n\n\nMenurut kerajaan Turkiye, sikap Sweden tidak boleh diterima dan dianggap penghinaan terhadap nilai-nilai suci serta tidak boleh dipertahankan dengan bertopengkan hak-hak demokrasi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Stadium Kanjuruhan, pegawai perlawanan bola dipenjara 18 bulan\n\n\n\n\n\n\nAfghanistan masih larang wanita belajar di universiti\n\n\n\n\n\n\nIndonesia, India Hantar Bantuan Ke Afghanistan\n\n\n\n\n\n\nAbbas lawat Jenin, suntik semangat kepada rakyat Palestin\n\n\n\n\n\n\nBeberapa wilayah Arab Saudi berdepan ribut petir\n\n\n\n\n\n\n\n\nPaludan, 41, mengetuai parti sayap kanan Denmark, Stram Kurs dan memegang kewarganegaraan Denmark dan Sweden.\u00a0\n\n\nPada 2020, beliau dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas menyiarkan video anti-Islam di media sosial rasmi partinya.\u00a0\n\n\nWalaupun Paludan telah membuat rayuan terhadap sabitan itu, Mahkamah Tinggi Denmark masih mengekalkan keputusan tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/21/ubat-prep-kepada-pasangan-homoseksual-untuk-elak-hiv-adalah-subahat-mufti/", "title": "Beri PReP kepada pasangan homoseksual untuk elak HIV adalah subahat -Mufti", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Jabatan Mufti Selangor berpendirian pemberian ubat pencegahan HIV Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) kepada pengamal LGBT adalah dilarang dan dianggap sebagai bersubahat.\u00a0\n\n\nMenurut jabatan itu, pengambilan dan pemberian ubat itu hanya diharuskan kepada pasangan suami isteri.\n\n\nDalam satu ruangan ruangan \nsoal jawab di portal Jabatan Mufti\u00a0 Selangor,\n jabatan itu berkata pemberian ubat itu bertujuan untuk pasangan suami isteri.\n\n\nIa menyatakan mana-mana salah seorang daripada mereka yang telah dijangkiti oleh HIV mereka perlu mendapatkan ubat Prep berkenaan apabila mereka melakukan hubungan suami isteri bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDaniel, remaja dimandi bak jenazah dihantar ke Sekolah Henry Gurney\n\n\n\n\n\n\nPenerbangan pertama haji dijangka 21 Mei\n\n\n\n\n\n\nTambang MRT2 percuma sehingga 31 Mac\n\n\n\n\n\n\nAnwar janji nilai semula upah dan gaji penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nTiada Kes Kematian Disebabkan Vaksin Covid-19\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nPendekatan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam meningkatkan penggunaan PrEP secara percuma di klinik kesihatan awam terpilih mendapat pelbagai reaksi masyarakat terutamanya golongan ilmuwan dan agamawan.\u00a0\n\n\nPrEP adalah ubatan oral yang digunakan untuk mencegah jangkitan HIV yang tersebar melalui hubungan kelamin ataupun penggunaan jarum suntikan yang telahpun diedarkan melalui klinik-klinik kesihatan di Selangor, Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan juga Sabah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/22/10962/", "title": "Bicara rakyat Malaysia di Guantanamo Bay, ditangguh lagi \u2013 Peguam", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \u00a0Penantian dua suspek pengganas Malaysia yang ditahan di penjara Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo, Cuba, hampir 20 tahun untuk dibicarakan masih tidak berkesudahan, menurut seorang peguambela.\n\n\nPeguam mewakili seorang daripada suspek, Brian Bouffard, berkata mereka muak dan bosan dengan kerajaan AS kerana menyebabkan penangguhan berterusan untuk perbicaraan dijalankan.\n\n\n\n\nDalam langkah terbarunya, Bouffard yang berpangkalan di AS, mewakili Nazir Lep, berkata mereka memfailkan usul minggu lalu, meminta Suruhanjaya Tentera AS di Guantanamo menetapkan tarikh perbicaraan juri pada Disember, seperti dicadangkan kerajaan AS sebelum ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami memfailkan usul meminta suruhanjaya itu (menetapkan tarikh), tetapi kerajaan (AS) membantahnya, walaupun mereka yang mula-mula mencadangkannya,\u201d kata Bouffard menerusi e-mel kepada FMT.\n\n\n\n\nNazir, seorang lagi warga Malaysia Farik Amin, dan warga Indonesia Encep Nurjaman meringkuk di penjara Teluk G Guantanamo hampir 20 tahun.\n\n\nMereka berdepan lapan tuduhan bersama, termasuk tujuh berhubung dua pengeboman berkembar mengorbankan 202 orang di Bali, pada Oktober 2002, dan pengeboman di hotel JW Marriott Jakarta, pada Ogos 2003.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNGO Melayu Diketepikan, Hua Zong Lebih Istimewa Diutamakan?\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan kementerian mana urus isu kalimah Allah \u2013 Naim\n\n\n\n\n\n\nSubsidi bersasar atasi masalah ketirisan dan bekalan\n\n\n\n\n\n\nMangsa sindiket penipuan jangan takut buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\nBN Akan Sokong Usul Undi Percaya Kepada PM \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nMereka ditangkap di Thailand pada 2003 dan dihantar ke lokasi rahsia kendalian CIA sebelum dipindahkan ke Teluk Guantanamo, pada 2006.\n\n\nKetiga-tiga mereka pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada Ogos 2021, namun perbicaraan tidak dapat diteruskan kerana kerajaan AS gagal menyediakan penterjemah Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia yang berkelayakan.\n\n\nBouffard berkata, Nazir telah mendesak agar perbicaraan diadakan segera selepas ditahan 20 tahun dalam kurungan seorang diri, tetapi kerajaan AS tidak membantu dalam perkara itu.\n\n\n\u201cNazir mahukan perbicaraan, dan kami sudah muak dan letih, kecewa dengan penangguhan berterusan oleh kerajaan, serta ketiadaan akauntabiliti mahupun kesan atas penangguhan itu.\n\n\n\u201cNazir telah ditahan tanpa perbicaraan selama 20 tahun, dan dia diseksa. Perkara ini menjadi noda pada maruah negara (AS).\n\n\n\u201cSuruhanjaya tentera dan sejarah di Guantanamo menjadi satu penghinaan terhadap kedaulatan undang-undang dan nilai yang (AS) dakwa dihargai,\u201d katanya.- FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/22/10980/", "title": "Arab Saudi tidak akan normalisasi hubungan dengan Israel", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengalu-alukan pendirian Arab Saudi berhubung normalisasi hubungan dengan negara haram Israel.\n\n\nDalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar, PA berkata, pendirian Arab Saudi mencerminkan sokongan sebenar kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka.\n\n\nPA berkata, ini termasuk sokongan untuk hak rakyat Palestin di semua platform antarabangsa.\n\n\nKatanya, pendirian ini berada di bawah kepimpinan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammad Bin Salman.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Stadium Kanjuruhan, pegawai perlawanan bola dipenjara 18 bulan\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Remaja perempuan diselamatkan selepas 248 jam terperangkap di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nJokowi lawat Malaysia dua hari\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin lancar kempen \u2018Ramadan Bersamamu\u2019 peruntuk RM12 juta\n\n\n\n\n\n\nBekas ahli parlimen dibunuh di depan media\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenyataan itu juga memuji sokongan penuh Arab Saudi untuk hak rakyat Palestin bagi menentukan nasib sendiri dan mewujudkan negara bebas mereka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya berdasarkan resolusi antarabangsa.\n\n\n\n\nPendirian itu dinyatakan ketika Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Bin Farhan Al-Saud mengesahkan pada Khamis bahawa tidak akan ada normalisasi hubungan dengan Israel tanpa negara Palestin.\n\n\n\n\nSaudi Arabia\ud83c\uddf8\ud83c\udde6 Refuses Normalization With Israel\ud83c\uddee\ud83c\uddf1 Without Solution to Palestine Cause \nhttps://t.co/GKJaRYsgbk\n\n\n\u2014 Africa Updates (@africaupdates) \nJanuary 21, 2023\n\n\n\n\n\u201cPenormalan dan kestabilan sebenar hanya akan dicapai apabila rakyat Palestin diberikan sebuah negara,\u201d katanya kepada Bloomberg TV ketika wawancara diadakan di luar Forum Ekonomi Dunia di Davos.\n\n\n\u201cPenormalan dan kestabilan sebenar hanya akan dicapai apabila rakyat Palestin diberikan sebuah negara,\u201d\n\n\nMenurut Bloomberg, Menteri Luar mengesahkan bahawa perjanjian untuk mewujudkan negara Palestin akan menjadi prasyarat bagi mewujudkan hubungan diplomatik rasmi dengan Israel. \u2013 Agensi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/22/bas-persiaran-terbakar-laluan-keluar-plaza-tol-upm-dibuka-semula/", "title": "Bas persiaran terbakar, laluan keluar Plaza Tol UPM dibuka semula", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Sebuah bas persiaran membawa muatan 44 penumpang terbakar di Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pagi tadi.\n\n\nPenolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 6.19 pagi.\n\n\nMenurut beliau, bas persiaran dari Johor Bahru mengahala ke Kuala Lumpur itu mengalami kebakaran 100 peratus manakala kesemua penumpang termasuk pemandu sempat menyelamatkan diri sebelum kebakaran menjadi lebih teruk.\n\n\nTambah Hafisham, kebakaran tersebut juga telah menyebabkan bumbung pondok tol terbakar hampir 10 peratus.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak membenarkan sistem beraja diperolok\n\n\n\n\n\n\nPeguam Muslim cabar debat rayuan kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tubuh Majlis Madani, satukan NGO Islam\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Diskaun PTPTN hingga 20 peratus selama 3 bulan\n\n\n\n\n\n\nTidak Bertanding, Shahrir Enggan Berselindung Di Sebalik Kedudukan Politik\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan laluan plaza tol tersebut terpaksa ditutup sementara dan telah dibuka semula lebih kurang pukul 11.40 pagi tadi.\n\n\nBagaimanapun, dalam kenyataan terkini yang dikeluarkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), lorong keluar paling kiri di plaza tol terbabit masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/22/beri-ubat-prep-secara-bersasar-kepada-golongan-berisiko-elak-subur-aktiviti-songsang/", "title": "Beri ubat PReP secara bersasar kepada golongan berisiko, elak subur aktiviti songsang", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pemberian ubat mencegah penyakit HIV, Pre-Exposure Prophylaxis atau PREP disarankan diberikan kepada penerima golongan berisiko secara bersasar.\n\n\nProfesor Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),\u00a0\nDr Rafidah Hanim Mokhtar,\u00a0 berkata beliau bersetuju dengan pandangan beberapa mufti yang\u00a0 menyatakan pemberian ubat PReP adalah dilarang kepada pasukan golongan homoseksual yang melakukan avitiviti berkenaan dianggap bersubahat kepada aktiviti songsang.\n\n\nMalah menurut beberapa kajian pengambilan ubat itu oleh salah satu pasangan yang dijangkiti HIV hanyalah dalam 20 peratus\u00a0 namun selebihnya pula diambil oleh golongan homoseksual.\n\n\nMenurut Dr Rafidah dalam sebarang perancangan perubatan dan kesihatan\u00a0 aspek sosio budaya dan agama dalam komuniti serta pembabitan masyarakat perlu diambil kira untuk keberkesanannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBersatu Sabah tiada akar umbi, bakal \u2018tutup kedai\u2019\n\n\n\n\n\n\nDeepak nafi ugut Ka Siong isu bekalan telur import\n\n\n\n\n\n\nIsa Samad masuk hospital, bicara kes rasuah ditangguh sekali lagi\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : NADMA kongsi 21 nama mangsa meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nNahas ELmina: Polis sah identiti semua mangsa\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, kata beliau pandangan mufti yang menolak pemberian PREP kepada golongan berkenaan adalah dilakukan secara terperinci dan bukan menolak secara total.\n\n\n\u201cJadi\u00a0 kalau kita kata pemberian PReP, tidak disasarkan kepada golongan yang sepatutnya, bermaksud ada golongan dikategori haram\u00a0 untuk menerimanya kerana menggalakkan aktiviti berisiko tinggi atau aktiviti homoseksualiti maka mereka yang\u00a0 golongan kedua ini tidak wajarlahlah dan saya ingat \u00a0 mufti menjelaskan secara terperinci dan bukan secara total\u00a0 pengharaman PReP itu tetapi kepada golongan yang berhak menerimanya iaitu isteri atau suami kepada pasangan yang positif HIV\u201d, jelas beliau.\n\n\nTambah beliau dalam pemberian PReP di beberapa negara, kajian\u00a0 menunjukkan hanya 20 peratus mereka yang menerima PReP\u00a0 adalah golongan suami atau isteri yang menjadi pasangan positif HIV.\n\n\n\u201cSebenarnya perkara yang tidak didedahkan ialah dalam banyak kajian di dalam bahkan di\u00a0 luar negara, apabila PReP dimulakan, 80 hingga 90 peratus yang akan datang mendapatkan PReP adalah golongan homoseksual.\u00a0 Ada yang mengatakan bahawa kalau kerajaan hendak buat polisi ini untuk menangani isteri atau suami yang menjadi pasangan kepada yang positif HIV. Mereka ini hanya 20 peratus sahaja, jadi jika mereka 20%\u00a0 sahaja maka kerajaan wajar untuk berikan secara bersasar iaitu 20% sahaja kita punya wang, tenaga melihat kepada sasaan yangbetul dan tidak perlu\u00a0 80 peratus lagi itu yang boleh lagi dibimbing untuk tidak melakukan aktiviti homoseksualiti.\u201d\n\n\nMenurut beliau sekiranya polisi ini tidak ditangani dengan sebaiknya maka ia \n\u00a0berkemungkinan pengurusan tenaga kesihatan kepada malah berkemungkinan membuka ruang kepada aktiviti pengamal homoseksualiti baru.\n\n\n\u201cOleh itu maslahah, mufti melihat kebarangkalian yang lebih besar, dan saya sendiri sebagai pengamal kesihatan melihat\u00a0 perlakuan baharu yang mungkin meningkat\u201d\n\n\n\n\nSebelum ini\u00a0 dalam ruangan soal jawab Jabatan Mufti selangor, melarang pemberian ubat PrEP (Pre-Exposure prophylaxis) yang digunakan untuk mencegah jangkitan HIV kepada pasangan homoseksual.\n\n\nMenurutnya, pengambilan atau pemberian ubat itu hanya diharuskan kepada pasangan suami isteri.\n\n\nPandangan itu juga dipersetujui oleh mufti Pulau Pinang dan Sabah yang melarang pemberian PReP kepada golongan homoseksualiti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/22/beri-wang-tunai-kalau-pas-dikata-sedekah-orang-lain-rasuah-zahid/", "title": "Beri wang tunai, kalau PAS dikata sedekah, orang lain rasuah \u2013 Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan ulama politik untuk tidak menukar fatwa dan hukum sesuka hati.\n\n\nAhmad Zahid membidas kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya adalah sedekah kepada pengundi oleh orang awam.\n\n\nBeliau dengan sinis berkata jika BN memberi wang tunai kepada pengundi dikatakan rasuah namun jika PAS melakukannya sebaliknya adalah sedekah.\u00a0\n\n\nAhmad Zahid menasihati jika ulama politik memberi kenyataan sedemikian golongan ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat serta orang Islam.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS terima cabaran Ahmad Zahid ukur sokongan rakyat melalui PRN\n\n\n\n\n\n\nAbang Jo Dijangka Menang Dengan Majoriti Lebih 4,000\n\n\n\n\n\n\nPemuda PAS bantah hasrat Presiden GERAKAN bertanding di kawasan majoriti Melayu\n\n\n\n\n\n\nKhairy mungkin bertanding pada PRN, calon MB Selangor\n\n\n\n\n\n\nRevolusi Politik Negara: Mana Hala Tuju?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau dia buat sedekah kalau kita bagi dikata rasuah, ulama-ulama ini jangan tukar hukum fatwalah akhirnya ulama politik tidak akan dihormati oleh orang rakyat dan oleh orang Islam ulama kena ada integriti sebagai ulama jangan tukar fatwa okay, kata Zahid.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika hadir pada\u00a0 Sambutan Tahun Baru Cina di Wisma MCA Kuala Lumpur hari ini.\u00a0\n\n\nTerdahulu, Abdul Hadi menyifatkan pemberian wang tunai sewakty kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana dianggap sebagai sedekah kepada pengundi oleh orang ramai.\u00a0\n\n\nIa susulan tindakan UMNO Terengganu menfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/22/chris-hipkins-dijangka-ganti-ardern-sebagai-perdana-menteri-baharu/", "title": "Chris Hipkins dijangka ganti Ardern sebagai Perdana Menteri baharu", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nTindakan bekas Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang mengumumkan peletakan jawatannya secara mengejut menyebabkan Parti Buruh yang memerintah \nkini berusaha untuk mencari penggantinya. \n\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Parti Buruh turut mengesahkan satu-satunya calon ahli Parlimen untuk parti itu, Chris Hipkins, 44 tahun bagi menggantikan Ardern sebagai Ketua Parti Buruh dan Perdana Menteri New Zealand \nbaharu.\u00a0\n\n\nHipkins juga dijangka disahkan sebagai pemimpin baharu pada mesyuarat 64 Ahli Parlimen Buruh atau Kaukus pada Ahad.\n\n\nBeliau yang juga menteri untuk polis, pendidikan dan perkhidmatan awam serta ketua Dewan itu pertama kali dipilih\u00a0 sebagai Ahli Parlimen untuk Parti Buruh pada 2008 dan menjadi terkenal selepas dilantik sebagai Menteri Respons Covid-19 pada November 2020.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia perlu tekan PBB, OIC henti kekejaman Israel\n\n\n\n\n\n\nTentera Israel mula berundur dari Jenin\n\n\n\n\n\n\nRibut Salji Jejas 2.8 Juta Penduduk Syria\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Israel Tolak Petisyen Keluarga Salhia Bina Semula Rumah\n\n\n\n\n\n\nSerangan Terbaharu Pakatan Arab Saudi Korbankan 20 Nyawa\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, tokoh global untuk politik progresif, Ardern mengejutkan New Zealand \napabila\u00a0\n\n\nmengumumkan peletakan jawatan secara mengejut dan kurang tiga tahun selepas memperoleh kemenangan besar untuk penggal kedua dalam pilihan raya pada Khamis lalu.\u00a0\n\n\nWanita berusia 42 tahun yang mengetuai negara ketika melalui bencana alam, wabak COVID-19 dan serangan pengganas yang paling teruk berkata beliau tidak lagi mempunyai \u2018tenaga yang mencukupi\u2019."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/22/gerakan-tanah-air-tiada-kerjasama-dengan-mana-mana-parti-untuk-prn/", "title": "Gerakan Tanah Air tiada kerjasama dengan mana-mana parti untuk PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 G\nerakan Tanah Air (GTA) memaklumkan tidak akan mengadakan kerjasama rasmi dengan mana-mana gabungan parti termasuk Perikatan Nasional (PN) untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.\n\n\nKetua Setiausaha penaja GTA, Datuk Marzuki Yahya berkata, gabungan itu perlu menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebelum menetapkan hala tuju politiknya mendepani PRN.\n\n\n\u00a0\nMemetik Utusan,\n beliau berkata kerjasama dengan parti politik lain juga tidak disentuh semasa mesyuarat Majlis Presiden yang diadakan tiga hari lalu.\n\n\n\u00a0\nMalah, katanya, sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, pihaknya tidak menilai kerjasama dalam bentuk gabungan rasmi, tetapi hanya mempunyai kesepakatan bagi mengelakkan pertembungan di kawasan yang sama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia mohon Arab Saudi tambah kuota haji kepada 31,950 jemaah\n\n\n\n\n\n\nKKM nafi pertimbang ambil jururawat asing\n\n\n\n\n\n\nRibuan mangsa rugi puluhan juta terhadap skim pelaburan kutu \u2018Sapiza\u2019\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP jamin isu harga, bekalan ayam selesai dua minggu\n\n\n\n\n\n\nArmand Tidak Bersetuju Segerakan Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang penting sekarang adalah terus memperkasa GTA sahaja, kerana kami adalah satu-satunya gabungan yang membawa gerakan Melayu baharu menghadapi situasi dan masalah negara yang dihadapi hari ini. Kami akan terus memastikan sentiasa menjadi kaum majoriti dan menjadi kuasa politik terbesar. Jadi, soal kerjasama ini tidak dibincangkan,\u201d \u2013 Datuk Marzuki Yahya / Ketua Setiausaha Penaja Gerakan Tanah Air (GTA)\n\n\n\u00a0\n\n\nBeliau yang juga bekas Timbalan Presiden Pejuang itu turut akan terus memperkasakan GTA dan memastikan kaum Melayu sentiasa menjadi blok parti politik terbesar dalam negara.\n\n\nTerdahulu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan keputusan parti keluar daripada GTA bagi memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan parti sebelum memberi nilai tambah kepada mana-mana gabungan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/22/kelantan-terengganu-mahu-perubahan-tapi-tak-yakin-dengan-pkr/", "title": "Kelantan, Terengganu mahu perubahan tapi tak yakin dengan PKR", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menggesa pemimpin parti itu di Kelantan dan Terengganu supaya menggandakan usaha membantu rakyat untuk mengubah persepsi pengundi di dua negeri berkenaan.\n\n\nMenurutnya, rakyat negeri itu sebenarnya mempunyai keinginan untuk mengubah pemerintahan kerajaan negeri yang kini ditadbir parti PAS terutamanya di Terengganu tetapi pada masa sama kurang yakin terhadap pimpinan PKR.\n\n\n\u201cMereka tengok semua ini (pengaruh dan peranan), kalau tak sampai ke peringkat yang mereka rasa yakin walaupun berpuas hati dengan prestasi kerajaan persekutuan, ada kemungkinan mereka tetap tak bagi undi pada PKR,\u201d katanya ketika berucap pada Konvensyen Pilihan Raya PKR Kelantan semalam.\n\n\nUntuk rekod, PAS telah mentadbir negeri Kelantan sejak 23 tahun lalu dengan sebahagian besar tempoh itu adalah sebagai negeri pembangkang dan sering menjadi tumpuan dalam aspek kemajuan infrastruktur, masalah air dan banjir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN Terengganu Tanding Solo Semua Kerusi\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Khalid mohon maaf, beza pandangan dengan UMNO\n\n\n\n\n\n\nJangan buat spekulasi tarikh keputusan SPM\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid lantik Datuk Dusuki Ahmad ketuai Majlis Ulama UMNO\n\n\n\n\n\n\nBersatu Tidak Bertanding Di PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Rafizi menolak dakwaan bahawa kemenangan PKR pada beberapa pilihan raya lalu disumbangkan daripada kerusi bandar semata-mata.\n\n\nKatanya, ini kerana rekod menunjukkan PKR masih mampu menang di Parlimen Segamat dan Sekijang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu meskipun kedua-duanya mempunyai kawasan Felda yang lebih besar berbanding kerusi Parlimen di Terengganu dan Kelantan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/22/malaysia-kutuk-tindakan-bakar-al-quran-oleh-ahli-politik-denmark/", "title": "Malaysia kutuk tindakan bakar Al-Quran oleh ahli politik Denmark", "body": "0\n\n\nPETALING JAYA: Malaysia mengutuk keras demonstrasi membakar al-Quran oleh ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan.\n\n\nPerdana Menteri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia mendesak kerajaan Sweden mengambil tindakan segera terhadap ahli politik tersebut.\n\n\n\n\nPada masa yang sama Anwar turut mendesak kerajaan Sweden mengambil tindakan drastik menangani kebangkitan Islamofobia di sana.\n\n\n\u201cPenghinaan terhadap kitab suci Islam secara terang-terangan oleh ahli politik Sweden itu dan ketiadaan tindakan adalah sama dengan mencetuskan Islamofobia.\n\n\n\n\n\u201c\u2026dan merupakan provokasi besar terhadap sensitiviti bukan sahaja Turki tetapi lebih daripada dua billion umat Islam di dunia,\u201d katanya di Facebook.\n\n\nAnwar berkata, Malaysia mengulangi pentingnya menegakkan prinsip dialog, penglibatan dan saling hormat-menghormati dalam penyelesaian pertikaian,\n\n\nKatanya, Malaysia turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk menolak umpan perkauman atau agama dengan bertopengkan kebebasan bersuara dan kekal bersatu menentang segala bentuk hasutan untuk kebencian dan keganasan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDi Caprio dedah Jho Low guna RM132 juta bayar dana politik Obama\n\n\n\n\n\n\nImam cedera ditikam makmum ketika solat subuh di New Jersey\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Usaha menyelamat terganggu, kematian cecah 28,000 orang\n\n\n\n\n\n\nPolis diarah siasat pembunuhan orang awam di Srinagar\n\n\n\n\n\n\nIsrael selimutkan bukti dan kebenaran pembunuh Shireen Akleh\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada masa yang sama, kerajaan turut mengecam jenayah kebencian yang menyasarkan umat Islam di seluruh dunia selain daripada perbuatan yang menyemarakkan api perkauman.\n\n\nSemalam, pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line, Rasmus Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turki di Stockholm, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.\n\n\nDia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).\n\n\n\n\nTurkish officials have slammed the burning of the Quran by convicted racist Rasmus Paludan near T\u00fcrkiye's embassy building in Sweden, calling it an \"outright hate crime\" \npic.twitter.com/YLj5WGOI9d\n\n\n\u2014 TRT World (@trtworld) \nJanuary 21, 2023"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/22/pemberian-prep-kepada-golongan-homoseksual-akan-normalisasi-lgbt/", "title": "Pemberian PReP kepada golongan homoseksual akan normalisasi LGBT", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pemberian ubat mencegah HIV, Pre-Exposure Prophylaxis atau PReP kepada golongan LGBT, mengukuhkan lagi naratif untuk menormalisasikan golongan itu di negara ini.\n\n\nPresiden Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, golongan tersebut harus dibanteras menggunakan kuasa undang-undang, kesedaran, pendekatan, pendidikan, dakwah dan seumpamanya.\n\n\n\u201cDalam negara kita ini sememangnya ada arus untuk menormalisasikan LGBT, jadi pemberian PReP ini akan mengukuhkan lagi naratif utk menormalisasikan LGBT dan itu merupakan perkara kita tidak mahu,\u201d katanya ketika dihubungi TV Pertiwi pada Ahad.\n\n\nMalah, jelasnya, terdapat banyak cara untuk membantu golongan itu selain pemberian ubat PReP.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBrek lori rosak punca kemalangan\n\n\n\n\n\n\nPas yang janji mansuh hutang PTPTN pada PRU14 \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nPelajar IPT Diberi 5 Hari Pelepasan Pulang Mengundi\n\n\n\n\n\n\nPutra buat laporan polis, desak KDN haramkan tayangan filem Mentega Terbang\n\n\n\n\n\n\nKhairy perlu lebih masa sebelum kembali ke arena politik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi, LGBT ini harus dibanteras menggunakan kuasa undang-undang, kesedaran, pendekatan, pendidikan, dakwah dan seumpamanya, tetapi sekiranya kita gunakan pendekatan-pendekatan yang semakin akan menggalakan mereka, kita makin merosakkan mereka dan mengukuhkan lagi naratif untuk menormalisasikan LGBT di negara ini,\u201d katanya.\n\n\n\n\nTambahnya, beliau juga menyokong pandangan beberapa mufti dan ahli akademik Islam yang berpandangan melarang pemberian PReP kepada golongan tersebut.\n\n\n\u201cKerana kita semua faham dan tahu bahawa golongan tersebut bermasalah dan mereka juga ada penyakit-penyakit tertentu yang mungkin terkena kepada mereka,\u201d katanya lagi.\n\n\nTerdahulu, \ndalam ruangan soal jawab Jabatan Mufti selangor, melarang pemberian ubat PReP yang digunakan untuk mencegah jangkitan HIV kepada pasangan homoseksual.\n\n\nMenurutnya, pengambilan atau pemberian ubat itu hanya diharuskan kepada pasangan suami isteri.\n\n\nPandangan itu juga dipersetujui oleh mufti Pulau Pinang dan Sabah yang melarang pemberian PReP kepada golongan homoseksual."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/22/ramasamy-pertikai-keahlian-mppk-tunjuk-perangai-sebenar-dap/", "title": "Ramasamy pertikai keahlian MPPK, tunjuk perangai sebenar DAP", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr. P Ramasamy yang mempersoalkan hanya pelantikan dua anggota bukan Melayu dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) menunjukkan sikap sebenar parti itu yang suka bermain api perkauman.\n\n\nTimbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Aminuddin Yahaya berkata pada masa yang sama DAP kononnya lantang melaungkan slogan \u2018Malaysian Malaysia\u2019.\n\n\nBeliau juga mempersoalkan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang berkenaan yang mempertikaikan isu terbabit kononnya demi menjaga kepentingan sekolah vernakular Cina dan Tamil.\n\n\nTambah Aminuddin, isu ini seperti menunjukkan sekolah vernakular mempunyai keistimewaannya tersendiri sehingga memerlukan \u2018kuota\u2019 wakil bukan Melayu dalam apa juga badan pendidikan kerajaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nStatus Mysejahtera \u2018Jingga\u2019, Perbicaraan Rosmah Tangguh\n\n\n\n\n\n\n\u2018Dato Malik\u2019 di tahan SPRM di bawah AMLA\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid lantik Datuk Dusuki Ahmad ketuai Majlis Ulama UMNO\n\n\n\n\n\n\nWartawan Pakistan hilang telah dihantar pulang\n\n\n\n\n\n\nNoh Omar dijangka umum hala tuju politik esok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau ikut logik DAP, jika betul dua anggota bukan Melayu itu adalah wakil untuk sekolah vernakular, maka manakah wakil-wakil untuk pendidikan pondok dan tahfiz? Pendidikan TVET dan seni siapa pula jadi wakil?\u201d katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya semalam.\n\n\nAminuddin berkata demikian bagi mengulas tindakan Ramasamy yang mempersoalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya meletakkan dua anggota bukan Melayu sebagai ahli dalam Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2023-2025.\n\n\nBeliau yang juga Jurucakap Jawatankuasa Pemandu Gagasan Bangsa (GB) itu turut mempersoalkan sama ada tindakan melantik wakil sekolah vernakular memerlukan \u2018restu\u2019 Dong Zong atau Jiao Zong memandangkan mereka adalah pengelola sistem vernakular di negara ini.\n\n\nDalam pada itu, Aminuddin berpendapat keanggotaan MPPK seharusnya dilantik mengikut merit dan kewibawaan tokoh masing-masing yang arif dalam pendidikan secara keseluruhannya dan bukan menjadi wakil mana-mana pihak tertentu.\n\n\nSebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek \nmengumumkan senarai sembilan anggota MPPK yang baharu termasuk dua wakil anggota bukan Melayu iaitu Datuk Dr Mehander Singh Nahar Singh dan Chee Poh Kiem.\u00a0\n\n\nPerkara itu turut mendapat perhatian Ramasamy yang menyuarakan \nsekiranya dua wakil bukan Melayu itu mencukupi untuk mewakili dan bercakap mengenai sistem pendidikan negara dengan penekanan khusus diberikan kepada pendidikan vernakular.\u00a0\n\n\nBeliau berkata ia penting untuk mempunyai wakil yang bercakap mengenai masa depan sistem pendidikan vernakular yang wujud bersama sistem kebangsaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/bakar-al-quran-salah-guna-prinsip-kebebasan-bersuara/", "title": "Bakar al-Quran: Salah guna prinsip kebebasan bersuara", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Tindakan biadab ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang\u00a0\nmembakar naskhah al-Quran\n\u00a0disifatkan telah menyalahgunakan prinsip kebebasan bersuara.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar berkata, tindakan membakar al-Quran yang menjadi kitab suci agama Islam itu mestilah dibantah sekeras-kerasnya.\n\n\n\u201cJabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menggesa pemerintah Sweden agar mengambil tindakan tegas terhadap\u00a0\nperbuatan provokatif\n\u00a0tersebut yang bertujuan untuk mewujudkan ketidaktenteraman masyarakat dunia,\u201d katanya dalam kenyataan pada Isnin.\n\n\nPada Sabtu, Rasmus Paludan menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemain bola sepak Liga Perancis dilarang berpuasa pada hari perlawanan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kecam tindakan bakar al-Quran di Denmark\n\n\n\n\n\n\nBeberapa wilayah Arab Saudi berdepan ribut petir\n\n\n\n\n\n\nGenap setahun kematian wartawan Shireen Abu Akleh\n\n\n\n\n\n\nNadia hakim pertama berhijab di New Jersey\n\n\n\n\n\n\n\n\nDia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).\n\n\nTambah Mohd Na\u2019im, masyarakat juga diseru menghormati kemuliaan agama Islam, membudayakan dialog dan menyemarakkan nilai-nilai kehormatan sejagat bagi mewujudkan keharmonian.\n\n\n\u201cKenyataan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik Sweden itu juga telah membuktikan kesungguhan Malaysia untuk menentang sebarang bentuk keganasan dan kebencian khususnya Islamofobia,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/banjir-kilat-dijangka-landa-enam-negeri-dalam-tempoh-24-jam/", "title": "Banjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Selangor berisiko dilanda banjir kilat dalam tempoh 24 jam, jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).\n\n\nNotis PRABN yang dikeluarkan pada jam 5\u00a0petang ini memaklumkan, kawasan terlibat di\u00a0Johor\u00a0ialah Tangkak sekitar Grisek, Batu Pahat (Sungai Punggor, Minyak Beku, Simpang Kanan, Bandar Penggaram, Peserai, Sri Gading, Tanjung Sembrong dan Simpang Kiri), Kota Tinggi (Johor Lama, Penggerang, Kota Tinggi dan Ulu Sungai Johor).\n\n\nDaerah lain dan kawasan sekitarnya yang turut terlibat ialah Muar (Ayer Baloi, Sri Menanti, Ayer Hitam, Mukim Bandar, Jalan Bakri, Bandar Maharani dan Bandar Panchor), Pontian (Rimba Terjun, Ayer Masin, Pontian, Ayer Baloi, Api-Api, Benut dan Sungai Pinggan) serta Kluang (Ulu Benut, Rengam dan Machap).\n\n\nDi Pahang, tiga daerah terlibat iaitu Bera sekitar Bera dan Triang, Maran (Chenor dan Kertau) serta Termerloh (Bandar Temerloh, Bangau, Sanggang, Lipat Kajang dan Jenderak) manakala di Melaka ialah Melaka Tengah (Umbai dan Telok Mas).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGantung akaun rider, orang ramai mahu boikot Grab\n\n\n\n\n\n\nIsu arak : Exco DAP tidak perlu melatah \u2013 Fayhsal\n\n\n\n\n\n\nBicara rakyat Malaysia di Guantanamo Bay, ditangguh lagi \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nBukti Keadilan Badan Kehakiman, Bukan Kemenangan PH\n\n\n\n\n\n\nSuami Atau Bekas Suami Berdepan Sekatan Bank\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, di Perak\u00a0daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Perak Tengah (Pasir Salak) dan Negeri Sembilan\u00a0pula melibatkan kawasan\u00a0Port Dickson di Mukim Si Rusa, Pekan Lukut, Pekan Jemima dan Mukim Jimah juga dijangka terjejas dari banjir kilat.\n\n\nDi\u00a0Selangor, kawasan diramal terjejas adalah Klang (Pekan Pandamaran, Klang, Bandar Klang, Kapar dan Pekan Kapar), Petaling (Damansara, Pekan Hicom, Pekan Batu Tiga, Bandar Shah Alam dan Sungai Buloh), Kuala Langat (Kelanang, Tanjong Duabelas, Bandar, Pekan Chodoi, Pekan Jenjarom dan Telok Panglima Garang) serta Kuala Selangor (Pasangan dan Pekan Bestari Jaya).\n\n\nNotis kesiapsiagaan itu, dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh tersebut.\n\n\n\u201cSila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman web \nhttps://publicinfobanjir.water.gov.my\n\u00a0atau Facebook \n@PublicInfoBanjir\n\u00a0dan Twitter \n@JPS_InfoBanjir\n\u00a0untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa,\u201d menurut notis itu.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/bawa-masuk-pakar-perumahan-singapura-bukti-negara-tandus-bakat/", "title": "Bawa masuk pakar perumahan Singapura bukti negara tandus bakat", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Keputusan kerajaan \u2018mengimport\u2019 pakar daripada agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) terus dipersoalkan apabila ada pihak mendakwa langkah itu jelas membuktikan negara ketandusan pakar tempatan.\n\n\nAhli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na\u2019aman berkata,\u00a0beliau juga khuatir model perumahan yang bakal diperkenalkan kelak oleh pakar asing hanya menguntungkan pihak tertentu seperti didakwanya sudah berlaku di Pulau Pinang.\n\n\nBerikutan itu, beliau membangkitkan persoalan siapakah individu yang \u2018merestui\u2019 keputusan membawa masuk pakar dari Singapura ke negara ini, termasuk mempertikai kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memantau isu berbangkit.\n\n\n\u201cSoalnya apa istimewa HDB Singapura hingga Menteri KPKT (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan) dari DAP\u00a0beriya-iya benar nak bawa masuk ke Malaysia?.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFahmi nafi halang Ridhuan Tee muncul di televisyen\n\n\n\n\n\n\nPH arah enam negeri runding dengan BN\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir meningkat, empat daerah di Johor masih terjejas\n\n\n\n\n\n\nEsok hari terbaik usul undi tidak percaya pada PM\n\n\n\n\n\n\nMuafakat Didukung, Tidak Halang Saingan Secara Demokratik \u2013 Annuar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDah pupus ke pakar-pakar perancangan bandar tempatan atau ada udang di sebalik batu untuk menyusun struktur penduduk dan pemilikan hartanah negara kita menjadi seperti Singapura?. Nampaknya tembelang dan kiblat sebenar DAP dah mula keluar.\n\n\n\u201cSaya bimbang ada \u2018grand design\u2019 politik yang besar di sebalik usaha ini, kita tahu DAP sudah lama membawa masuk model HDB Singapura dan HKHA Hong Kong di Pulau Pinang.\n\n\n\u201cLihatlah apa jadi kepada Pulau Pinang dan pemilikan hartanah di sana. Agenda halus yang disusun menyebabkan ramai yang hanya mampu melihat rumah atau projek pembangunan, khususnya di kawasan pulau, sedangkan orang lain membelinya,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nSebelum ini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming\u00a0mengumumkan,\u00a0kerajaan Singapura bersetuju menghantar beberapa pakar HDB bulan depan untuk berkongsi kepakaran dengan Malaysia dalam usaha memantapkan lagi sektor pembinaan perumahan awam negara.\n\n\nLangkah itu, jelas Kor Ming adalah antara komitmennya untuk memberi tumpuan khusus kepada sektor perumahan, selain menyatakan kesediaan untuk mempelajari daripada negara lain.\n\n\nIa termasuk dari Jepun dan China sebagai langkah mereformasi sektor perumahan negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/dasar-perumahan-negara-akan-dikaji-semula/", "title": "Dasar Perumahan Negara akan dikaji semula", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Dasar Perumahan Negara sedia ada akan dikaji semula berdasarkan rangkuman intisari Madani supaya ia dapat diterjemahkan kepada nilai kesejahteraan dan keseimbangan untuk semua kumpulan rakyat Malaysia.\n\n\nKementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan melalui dasar perumahan baharu itu dan perancangan yang lebih teratur, kementerian itu percaya sasaran untuk penyediaan 500,000 rumah mampu milik menjelang 2025 dengan kerjasama semua agensi perumahan di peringkat Persekutuan, negeri dan pemaju swasta, boleh dicapai.\n\n\n\u201cKPKT bersedia mengkaji inisiatif sedia ada, mencari insentif baharu dan memudah cara semua bentuk prosedur dalam kelulusan pemajuan perumahan supaya dapat memberi ruang kepada pemaju swasta bergiat aktif dalam menyediakan perumahan mampu milik berkualiti dan selesa untuk rakyat,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nKenyataan itu menyebut beberapa contoh dasar perumahan di negara lain termasuk negara jiran seperti Singapura akan dilihat terutamanya dalam aspek pengurusan perumahan awam dan mampu milik, berdasarkan kejayaan negara itu menyediakan perumahan awam atau sosial untuk 80 peratus rakyatnya tanpa mengira bangsa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n3 pemimpin BERSATU sokong Proklamasi Orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nSultan Kedah berangkat ke Rumah Terbuka Malaysia Madani esok\n\n\n\n\n\n\n100 Hari Tempoh Menilai Kredibiliti Menteri\n\n\n\n\n\n\nKerjasama Dengan Kementerian Luar, Interpol Dan Kedutaan\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Noh Omar sokong kenyataan MAIS\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut kenyataan itu, Dasar Perumahan Negara yang baharu kelak akan mengambil kira pelbagai keperluan rakyat mengikut acuan budaya, adat resam, agama dan senario rakyat berbilang kaum di negara ini.\n\n\nMenurut KPKT, kementerian turut bercadang mengadakan sesi perkongsian ilmu bersama pakar perumahan dari Singapura bagi mengukuhkan strategi pembangunan perumahan negara berpaksikan kerangka dasar Madani yang menerapkan nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/enam-maut-selepas-dua-kereta-dinaiki-bertembung/", "title": "Enam maut selepas dua kereta dinaiki bertembung", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Enam maut membabitkan sebuah kereta tempatan yang membawa lapan individu selepas bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Batu 13, Jalan Mersing-Kluang, Johor petang semalam.\n\n\nKemalangan yang turut mengorbankan dua kanak-kanak itu berlaku kira-kira jam 4.40 petang ketika kenderaan tersebut dalam perjalanan dari arah Kluang ke Kahang.\n\n\nKetua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd Noh berkata, lima daripada korban nahas itu disahkan maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Enche\u2019 Besar Hajjah Khalsom, Johor.\n\n\nJelasnya, kemalangan itu turut menyebabkan lima yang lain cedera, masing-masing daripada kedua-dua kenderaan terbabit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTak perlu panik, Tuaran masih terkawal \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nMahkamah arah Zuraida bayar RM10 juta kepada PKR\n\n\n\n\n\n\nPembantu Ahli Parlimen langgar kod etika pakaian diarah keluar\n\n\n\n\n\n\nPelakon, Ridzuan Hashim meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nMCA Minta Papan Tanda Baharu Kerana Tiada Tulisan Cina\n\n\n\n\n\n\n\n\nBahrain berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta jenama tempatan dipandu oleh Mohd Sharizan datang dari arah Kluang menuju ke Kahang sebelum dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.\n\n\nBeliau memaklumkan, kejadian itu menyebabkan kereta dilanggar dipandu oleh Zulkefly yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta berkenaan.\n\n\nKes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/harga-makanan-di-gerai-makan-restoran-naik-hingga-40-peratus/", "title": "Harga makanan di gerai makan, restoran naik hingga 40 peratus", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pengusaha gerai dan restoran didapati terpaksa menaikkan harga makanan sehingga 40 peratus susulan bekalan bahan mentah yang mahal dikenakan pembekal.\n\n\nPresiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata,\u00a0tinjauan harga purata makanan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan peningkatan harga makanan yang membimbangkan pengguna.\n\n\n\u201cNampaknya dalam sub kumpulan makanan dan minuman (bukan alkohol), harga daging dan ayam meningkat. Akibatnya inflasi ayam dan daging tertinggi berbanding barangan lain, meningkatkan harga makanan bermasak di kedai makan, termasuk di gerai,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau berkata, aduan yang diterima daripada pengguna mendapati pengusaha gerai dan restoran menaikkan harga pada kadar 10 hingga 40 peratus.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan aerotrain KLIA digantung sementara bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nKDN benarkan usul jawatan Presiden UMNO, Timbalan tidak dipertanding\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi Hadi keluarkan amanat halalkan ajaran menyimpang\n\n\n\n\n\n\nPolis kenal pasti 190 kawasan panas di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nSaksi pendakwaan ke-15 kata 40 penghantaran duit dibuat sendiri ke rumah Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPengguna berasa kenaikan terlalu tinggi dan ini menjejaskan kunjungan pelanggan harian restoran. Pengusaha kedai makan dan minuman memberi alasan mereka terpaksa menaikkan harga kerana harga banyak bahan mentah meningkat.\n\n\n\u201cBarangan seperti minyak masak, gula, sayur-sayuran, ikan dan bijirin, telur serta daging yang mereka beli daripada pembekal telah dinaikkan,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, MAPIM berpandangan walaupun harga bahan mentah naik, harga makanan bermasak dan minuman tidak harus dinaikkan tanpa kawalan.\n\n\nMohd Azmi yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara berkata,\u00a0harga makanan masak dan minuman bukan alkohol didapati semakin tinggi dengan sepinggan nasi berlauk kini meningkat dan sangat dirasai pengguna.\n\n\n\u201cHampir semua restoran telah meningkatkan harga, malah ada mengenakan caj hingga 60 sen segelas ais kosong. Kenaikan harga makanan siap masak di kedai atau restoran sedang dirasai pengguna yang bergantung kepada kedai sebagai pilihan utama setiap hari untuk makan.\n\n\n\u201cMereka yang bekerja dan makan di luar setiap hari menghadapi kesan yang sangat berat, terutama golongan berpendapatan rendah,\u201d katanya.\n\n\nTambah beliau, golongan berpendapatan rendah tidak punya pilihan, melainkan membeli makanan dan akan menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin berat.\n\n\n\u201cMenaikkan harga makanan bermasak secara berlebihan akhirnya akan menjejaskan peniaga sendiri apabila pengguna membuat pilihan. Pengguna boleh guna kuasa mereka untuk membeli atau tidak.\n\n\n\u201cOleh sebab itu, kenaikan harga yang melampau perlu dikawal. Pihak berkuasa perlu memantau keadaan di pasaran. Walaupun tanda harga wajib dipamerkan di setiap restoran dan gerai, harga ditetapkan oleh peniaga dan pengusaha,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, faktor bekalan dan harga bahan mentah juga harus ditangani dan kerajaan perlu mengambil langkah meningkatkan pengeluaran domestik serta mengurangkan kebergantungan kepada import.\n\n\n\u201cAkta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 perlu dikuatkuasakan secara berkesan. Namun kuasa pengguna juga perlu diguna jika ada pengusaha meraih keuntungan keterlaluan,\u201d katanya turut menyarankan pengguna mengurangkan tabiat makan di luar sebagai langkah penjimatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/inspektor-antara-14-pegawai-anggota-polis-disyaki-terbabit-kongsi-gelap/", "title": "Inspektor antara 14 pegawai, anggota polis disyaki terbabit kongsi gelap", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Inspektor antara sekurang-kurangnya 14 pegawai dan anggota polis bertugas di dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan peringkat kontinjen dari Pantai Timur\u00a0yang ditahan pada Jumaat lalu selepas disyaki terbabit dalam\u00a0\nkumpulan kongsi gelap\n.\n\n\nMereka yang turut membabitkan anggota pelbagai pangkat\u00a0iaitu sarjan, konstabel, koperal dan lans koperal antara 21 individu berusia 20-an hingga 40-an\u00a0termasuk tujuh orang awam yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan Ayahanda Harimau Kumbang (AHK).\n\n\n\u201cDalam operasi khas dikenali Op Selendang itu, 14 pegawai dan anggota polis itu bersama tujuh lelaki lain membabitkan orang awam, kini direman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966,\u201d kata sumber seperti dilaporkan Harian Metro.\n\n\nSumber memberitahu, kes berkenaan kini disiasat Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman yang mula mengawasi pergerakan ahli pertubuhan haram berkenaan sejak 2021.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin belum tengok surat RoS berhubung usul UMNO\n\n\n\n\n\n\nCadangan SPRM di bawah seliaan EAIC masih dalam penelitian\n\n\n\n\n\n\nLepas dikecam Bong Guang Yik minta maaf buat kenyataan rasis\n\n\n\n\n\n\nLidah manusia lebih panjang daripada akal \u2013 Ustaz Zamani\n\n\n\n\n\n\nKJ masih simpan cita-cita politik, tidak mahu dilupakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui aktiviti kumpulan itu dengan lebih lanjut. Beberapa aset, barangan dan peralatan turut dirampas dalam operasi itu, iaitu yang sering digunakan dalam upacara angkat sumpah,\u201d katanya.\n\n\nDifahamkan, antaranya beberapa kenderaan, telefon bimbit, pedang, ekor ikan pari, senjata tajam, al-Quran, sejadah, songkok, baju, kain kapan serta nombor plat berlogo pertubuhan, selain beberapa pelekat, sijil dan borang keahlian kumpulan itu.\n\n\nDifahamkan, selain D7, operasi turut dijalankan Bahagian Risikan Bahagian Intergriti dan Pematuhan Standart (JIPS) Bukit Aman yang memantau rapat pembabitan anggota dan pegawai polis dengan kumpulan pertubuhan itu.\n\n\nDifahamkan juga, reman terhadap semua yang ditahan dibuat secar berperingkat dan bergantung kepada tahap siasatan kes itu.\n\n\n\u201cApa yang pasti penahanan semua anggota dan pegawai polis berkenaan membuktikan ketelusan dan ketegasan PDRM yang diketuai Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam menjaga dan memulihara imej dan integiti pasukan.\n\n\n\u201cIa juga membuktikan pasukan polis tidak pernah memilih \u2018bulu\u2019 dalam menguatkuasakan undang-undang terhadap orang awam dan pasukan sendiri, tanpa mengira pangkat,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/isu-islamofobia-di-sweden-antara-yang-akan-dibincang-dengan-brunei/", "title": "Isu Islamofobia di Sweden antara yang akan dibincang dengan Brunei", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Wisma Putra akan membincangkan mengenai pendirian Malaysia dan Brunei terhadap isu Islamofobia yang berlaku di Stockholm, Sweden pada lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brune yang dijadualkan bermula esok.\n\n\nMenteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga selaku menteri pengiring Anwar pada lawatan rasmi itu berkata, beliau akan membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya, Erywan Mohd Yusof.\n\n\n\u201cOleh kerana hal ini menyentuh kedudukan umat Islam seluruh dunia yang dilakukan ektremis, tentunya ia akan mencetuskan keprihatinan Malaysia-Brunei.\n\n\n\u201cJadi, saya akan bincang dengan rakan sejawat saya pada sesi lawatan rasmi ini,\u201d katanya kepada pada sidang media mengenai isu terbabit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenapa Perlu Terhegeh-Hegeh Sambut Bon Odori? \u2013 Ridhuan Tee\n\n\n\n\n\n\nHannah Yeoh akan dipanggil polis bantu siasatan\n\n\n\n\n\n\nKes Pertama Membabitkan VTL Malaysia-Singapura Dikesan\n\n\n\n\n\n\nPegawai Media Blinken Positif\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Isi rumah pendapatan bawah RM2,500 terima Sumbangan Tunai Rahmah\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Sabtu lepas, Rasmus Paludan yang merupakan pemimpin parti pelampau kanan Denmark \u201cStram Kurs\u201d, diberikan kebenaran membakar Al-Quran di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm, Sweeden hingga membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia.\n\n\nTindakan itu turut menarik perhatian Anwar yang dilaporkan berkata, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia dan menggesa Kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji itu, selain memastikan langkah drastik di masa depan untuk menangani peningkatan Islamofobia yang membimbangkan di negara itu.\n\n\nAnwar dijadual mengadakan lawatan rasmi dua hari ke Brunei mulai esok. Brunei merupakan destinasi kedua lawatan rasmi Anwar, selepas dilantik ke jawatan itu pada Disember lepas.\n\n\nMenyifatkan tindakan Paludan sebagai melampaui batas persefahaman serta tidak menghormati kehidupan beragama, Zambry berkata, perbuatan seumpama itu sudah pasti tidak dapat diterima mana-mana negara bertamadun.\n\n\n\u201cMereka cakap soal demokrasi tetapi ini bukan tindakan sepatutnya. Sebaliknya perlu jaga keamanan dan kestabilan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan keamanan dan menerapkan sikap hormat menghormati antara pelbagai kaum serta agama dalam kalangan rakyat.\n\n\n\u201cAnwar terkenal sebagai seorang yang gemar adakan dialog peradaban, ini sepatutnya dilakukan bukan cetuskan Islamofobia,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/jambatan-bagan-datuk-kampung-sejagop-wujudkan-4000-peluang-pekerjaan/", "title": "Jambatan Bagan Datuk-Kampung Sejagop wujudkan 4,000 peluang pekerjaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sekurang-kurangnya 4,000 peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan apabila Jambatan Bagan Datuk \u2013 Kampung Sejagop siap dibina dan dijangkakan boleh beroperasi April ini.\n\n\nPerkara itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika melawat tapak pembinaan jambatan yang menghubungkan Pekan Bagan Datuk dalam daerah Bagan Datuk dengan Kampung Sejagop dalam daerah Perak Tengah\u00a0hari ini.\n\n\nBeliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk\u00a0berkata,\u00a0pembinaan jambatan itu dapat menjimatkan tempoh perjalanan warga Bagan Datuk ke Kuala Lumpur sehingga satu jam setengah apabila Lebuh Raya Pesisir Pantai Barat (WCE) lengkap nanti.\n\n\n\u201cIni tentu memberikan kesan jangka panjang untuk warga Parlimen Bagan Datuk dan Pasir Salak. Saya sudah berbincang dengan pelabur asing supaya beberapa kilang dibina di seberang kedua-dua jambatan ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas diplomat tidak setuju pelantikan Nazri Aziz\n\n\n\n\n\n\nEmpat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi\n\n\n\n\n\n\nPemimpin DAP gesa BN hukum semua Ahli Parlimen sokong Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nTiada Perhimpunan, Perarakan Hari Penamaan Calon PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nLHDN serbu rumah Hamzah, rampas fail, dokumen pemilikan aset\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada peringkat permulaan, 4,000 peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan ia bakal bertambah kepada 10,000 menjelang 2030 nanti.\n\n\n\u201cTentutnya akan memacu pembangunan lain separti bangunan komersial, kawasan perumahan dan kuasa beli oleh mereka yang bekerja di sini,\u201d kata Ahmad Zahid hari ini.\n\n\nBeliau juga berkata, projek pembinaan jambatan yang bermula sejak akhir tahun 2016 itu sepatutnya siap pada 2020. Namun, ia tertangguh akibat beberapa faktor.\n\n\n\u201cKita tahu terdapat beberapa kekangan yang dihadapi seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak kontraktor utama iaitu Naza Construction hadapi kenaikkan kos bahan binaan, masalah pekerja di lapangan serta iklim. Kini jambatan ini sudah 97 peratus siap,\u201d katanya.\n\n\nMenteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, projek yang menelan belanja RM406 juta itu membabitkan pembinaan jalan raya dari Pekan Jalan Datuk sejauh 8.2 kilometer (km) menggunakan \u2018\nelevated rode\n\u2018 bagi mengatasi masalah tanah gambut di sebelah Bagan Datuk. Panjang jambatan berkenaan adalah 1.54 km merentasi Sungai Perak.\n\n\n\u201cTiada kenaikan kos yang perlu dibayar oleh kerajaan kerana ini adalah \u2018\ndesign and build\n\u2018. Maksudnya jika ada kenaikkan kos, ia akan ditanggung oleh kontraktor utama. Kerajaan bayar berdasar kos asal,\u201d katanya. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/malaysia-berpotensi-negara-maju-jika-bersihkan-rasuah-pm/", "title": "Malaysia berpotensi negara maju jika bersihkan rasuah \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Malaysia berpotensi untuk diangkat sebagai salah sebuah negara maju sekiranya mampu membersihkan negara daripada amalan rasuah.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mampu naik semula sekiranya tiada pihak yang mencuri atau merompak kekayaan negara.\n\n\nMenurutnya, selain itu, negara akan kembali kuat sekiranya penjawat awam tertinggi dan badan penguatkuasaan tidak lagi menggunakan kuasa mereka dalam memperoleh kekayaan yang bukan milik mereka melalui kontrak yang diberi.\n\n\n\u201cRakyat Malaysia perlu berani untuk tolak diskriminasi, isu perkauman serta rasuah, saya percaya jika kita berjaya menolak semua ini, kita akan mengecapi apa yang belum kita peroleh sebelum ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMansuh kemasukan penjawat awam guna kelulusan PMR\n\n\n\n\n\n\nRayuan Akan Dikemukakan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan \u2018anugerah\u2019 Deepak import telur dari India\n\n\n\n\n\n\nPertingkat Intervensi Awal Bendung Omicron \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nCalon PN Kelantan Diumum 3 November, Guna Logo PAS\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKomisen itu ok, \u2018\ncorruption\n\u2018 no. Sedekah itu, jika untuk amal jariah, itu pun ok. Tetapi jika sedekah untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya, itu rasuah,\u201d katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 Ketua Menteri Pulau Pinang di Spice Arena di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Isnin.\n\n\nTurut hadir, Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan barisan pemimpin negeri lain.\n\n\nAnwar turut mengingatkan agar semua rakyat Malaysia hidup dalam suasana aman, hormat-menghormati serta berkasih sayang antara satu sama lain.\n\n\nKata beliau, perbezaan agama, warna kulit dan bangsa bukan pilihan kita sebagai manusia sebaliknya sudah ditentukan oleh Tuhan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/netizen-gesa-boikot-produk-sweden/", "title": "Netizen gesa boikot produk Sweden", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Tindakan ahli politik Sweden,\u00a0 Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turki di negara itu pada Sabtu lalu turut mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di seluruh dunia.\n\n\nAda segelintir yang menggesa supaya barangan dan produk daripada negara berkenaan dipulaukan seperti mana pernah dilakukan masyarakat dunia menentang perbuatan keji pihak terbabit terhadap mana-mana penghinaan.\n\n\nDalam pada itu, tindakan memboikot barangan produk Sweden juga disaran penyanyi dan pempengaruh, Ariz Ramli yang menggesa rakyat Malaysia terutamanya umat Islam.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n46 maut ribut kencang landa Madagascar, Mozambique, Malawi\n\n\n\n\n\n\nNama tebing barat ditukar, taktik baru Israel tawan Palestin\n\n\n\n\n\n\nJika keadaan Rusia meruncing, rakyat Malaysia dibawa pulang\n\n\n\n\n\n\nThailand Nilai Situasi Covid-19 Selepas Cuti Tahun Baharu\n\n\n\n\n\n\nPolis diarah siasat pembunuhan orang awam di Srinagar\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau lebih dikenali sebagai Caprice berkata demikian kerana kesal dan berang terhadap tindakan Paludan yang juga ahli politik sayap kanan Sweden-Denmark.\n\n\n\u201cJangan masuk Ikea! Jangan masuk H&M! F \nthe meatballs\n! Selagi mereka memprovok agama kita, selagi itu lah kita jangan sokong produk-produk buatan mereka!\u201d katanya dalam nada marah sambil menggunting sehelai kemeja T jenama H&M.\n\n\nDalam perkembangan sama, masyarakat antarabangsa mula mencetuskan pendapat untuk memboikot barangan dari Sweden bagi menghormati al-Quran dan agama Islam.\n\n\nAntaranya, mereka menganjurkan protes memboikot barangan Sweden seperti Ikea dan beberapa lagi produk lain.\n\n\nSelain itu, pengguna Twitter dipercayai warga Pakistan menyeru rakyat Pakistan berhenti membeli dan memboikot barangan buatan negara berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/pekerja-kedai-makan-maut-di-hostel-akibat-penyakit-tibi/", "title": "Pekerja kedai makan maut di hostel akibat penyakit Tibi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Seorang pekerja kedai makan yang ditemui meninggal dunia dalam bilik sebuah hostel di Taman Pendamar Indah, Pandamaran di Klang pada Sabtu lalu disahkan akibat penyakit Tuberculosis (Tibi).\n\n\nKetua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa yang merupakan lelaki warga asing itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penyelianya sebelum melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis kira-kira jam 10.40 pagi.\n\n\nMenurutnya, petugas perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.\n\n\n\u201cMangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik, HTAR, Klang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Hilang Idealisme Parti Kerana Ada Muslihat Peribadi \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nMoratorium Dilanjutkan 2 Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah\n\n\n\n\n\n\nRakaman kamera tersembunyi tular sedang disiasat Polis\n\n\n\n\n\n\nBangunan MACA dijangka dibuka semula 18 Mei depan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin wajar letak jawatan demi kebaikan BERSATU, PN \u2013 Azmi Hassan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHasil pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan punca kematian adalah disebabkan penyakit Tibi,\u201d katanya menerusi kenyataan pada Isnin.\n\n\nMenurutnya, mangsa berumur 45 tahun telah bekerja di kedai makan tersebut lebih kurang dua tahun.\n\n\n\u201cMangsa sebelum ini pernah mendapat rawatan di Klinik Utara Kota Pendamar disahkan positif penyakit Tibi,\u201d katanya.\n\n\nMenurutnya, pemeriksaan tubuh badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah.\n\n\n\u201cOrang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh mengugat ketenteraman awam,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/pemandu-tersepit-tong-gas-bertaburan-atas-jalan-di-jempol/", "title": "Pemandu tersepit, tong gas bertaburan atas jalan di Jempol", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sebuah treler dalam perjalanan membawa tong gas memasak kosong ke Melaka terbabas menyebabkan 525 tong berkenaan bertaburan di atas jalan, kira-kira jam 12.25 tengah hari tadi.\n\n\nKetua Polis Daerah Jempol,\u00a0Superintendan Hoo Chang Hook\u00a0berkata, treler berkenaan kemudian melintang di tengah jalan, menyebabkan laluan terbabit terpaksa ditutup tiga jam bagi kerja pembersihan.\n\n\n\u201cKejadian dipercayai apabila pemandu treler berusia 45 tahun gagal mengawal kenderaan lalu melanggar tebing jalan dan terbalik sebelum melintang di tengah jalan.\n\n\n\u201cPemandu treler tersepit di tempat duduk sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba pada jam 3.40 petang,\u201d katanya dalam satu kenyataan\u00a0hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenapa Anwar tak arah polis, SPRM siasat Zahid isu LCS?\n\n\n\n\n\n\nPARTI PUTRA GUNA SIMBOL TANJAK MARTABAT MELAYU\n\n\n\n\n\n\nMPN Setuju Malaysia Kembali Sebagai Negara Pertanian\n\n\n\n\n\n\nLantik Timbalan Exco membazir wang rakyat \u2013 PN Melaka\n\n\n\n\n\n\nPN Namakan Mas Ermieyati Calon Ketua Menteri Melaka\n\n\n\n\n\n\n\n\nChang Hook berkata, lelaki berkenaan patah kaki dan tangan kanan kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah ( HTAN ) untuk rawatan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/pendaki-hilang-ketika-menyeberang-sungai-tanum-ditemukan-lemas/", "title": "Pendaki hilang ketika menyeberang Sungai Tanum ditemukan lemas", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pendaki yang hilang ketika\u00a0\nmenyeberangi Sungai Tanum\n\u00a0semasa menuruni Gunung Tahan semalam\u00a0ditemui mati lemas hari ini.\n\n\nMayat Haniff Harun, 47, dari Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu\u00a0ditemukan kira-kira 300 meter dari tempat dia jatuh sebelum dihanyutkan arus, pada jam 11.20 pagi tadi.\n\n\nKetua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor\u00a0berkata,\u00a0pasukan penyelamat pelbagai agensi yang meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mulai jam 8 pagi menjumpai mangsa tersangkut dalam sungai.\n\n\n\u201cKumpulan pencarian terbahagi kepada tiga iaitu pencarian di tebing sepanjang sungai, pencarian dari Kuala Juram ke hilir sungai dan kumpulan yang menggunakan bot menyusuri sungai itu,\u201d katanya melalui satu kenyataan\u00a0hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNasib Khairy dan pengkhianat UMNO diketahui esok\n\n\n\n\n\n\n3 lelaki ditahan pukul pekerja nasi kandar\n\n\n\n\n\n\nPertembungan Shahrizat-Noraini, apakah jawatan Ketua Wanita milik orang lama?\n\n\n\n\n\n\nRakyat Mahu Masalah Diselesaikan Dahulu Sebelum PRU 15\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Peruntukan Diskriminasi Pekerja Muslim \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, jarak tempat kejadian dari Kuala Juram, kira-kira tiga kilometer dengan kelebaran sungai 20 meter.\n\n\nMenurutnya, lebih 20 anggota polis, Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung dan Gua (MOSAR) serta anggota bomba dan penyelamat, selain agensi lain terbabit SAR itu.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan Haniff bersama sembilan pendaki memulakan pendakian ke Gunung Tahan melalui Merapoh pada 20 Januari lalu dan dijadualkan turun pada Selasa.\n\n\nBagaimanapun, cuaca buruk menyebabkan kumpulan itu yang dipandu malim gunung berpatah balik ke Kuala Jarum selain perlu menyeberangi Sungai Tanum.\n\n\nSAR diaktifkan sejurus maklumat semalam, dengan hanya beg mangsa ditemui berhampiran lokasi kejadian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/polis-rampas-840-kg-ganja-penjawat-awam-antara-ditahan/", "title": "Polis rampas 840 kg ganja, penjawat awam antara ditahan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Polis merampas lebih 840 kilogram (kg) ganja bernilai RM2.1 juta dalam beberapa serbuan di Pulau Pinang\u00a0serta Perak pada 18 dan 19 Januari lalu.\n\n\nOperasi khas yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen negeri itu turut membawa kepada tangkapan tujuh lelaki termasuk seorang penjawat awam.\n\n\nKetua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tangkapan pertama membabitkan tiga lelaki dalam sebuah kereta di\u00a0Plaza Tol Bagan Ajam, Butterworth.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai PM \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nKorek agenda buku Thommy Thomas ke lubang cacing \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin cabar SPRM siasat Anwar, Zahid\n\n\n\n\n\n\nMenu Rahmah akan dilaksana di R&R PLUS\n\n\n\n\n\n\nAmbil alih BNS, kerajaan tiada pilihan selesaikan projek LCS\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau\u00a0berkata, penahanan itu membawa kepada penemuan ganja bernilai RM1.1 juta di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di Bukit Jambul di sini.\n\n\n\u201cSusulan itu, kita menahan tiga lagi lelaki di kawasan Plaza Tol Changkat Jering, Perak.\u00a0Polis kemudian\u00a0melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta di kawasan Bayan Baru sebelum menemui 10 guni plastik berisi 361 kg ganja.\n\n\n\u201cRentetan itu, kita menyerbu sebuah rumah di Air Itam sebelum menahan seorang lagi lelaki,\u201d katanya pada sidang media di George Town hari ini.\n\n\nMohd Shuhaily berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM2.1 juta dan boleh digunakan oleh 1.8 juta penagih dadah.\n\n\nTurut disita tiga kenderaan termasuk sebuah motosikal yang bernilai keseluruhan RM51,500.\n\n\nTambah beliau, sindiket tersebut aktif sejak awal tahun lalu dan ganja tersebut dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan.\n\n\n\u201cKesemua suspek direman sehingga 26 Januari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,\u201d kata beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/pum-cadang-oic-tubuh-pasukan-khas-tentang-islamofobia/", "title": "PUM cadang OIC tubuh pasukan khas tentang Islamofobia", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Satu pasukan bertindak khas di peringkat dunia perlu ditubuhkan bagi melakar agenda untuk menyekat Islamofobia.\n\n\nCadangan itu dilontarkan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menjelaskan bahawa Kesatuan Ulama Dunia tersebut harus dinaungi badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).\n\n\nMenurut PUM, tindakan Islamofobia seorang ahli politik Sweden yang membakar Al-Quran itu bukan pertama kali bahkan masih berterusan berlaku.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael jadikan Gaza `penjara di langit terbuka\u2019 : Kementerian Luar Rusia\n\n\n\n\n\n\nSebahagian Arab Saudi Catat Suhu Di Bawah Sifar\n\n\n\n\n\n\nKematian Shireen : Al Jazeera tetap akan mencari kebenaran\n\n\n\n\n\n\n100 termasuk kanak-kanak terkorban dalam serangan udara di Myanmar\n\n\n\n\n\n\nEmpat Tertimbus Lombong Arang Batu Runtuh Di Pakistan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPUM juga menggesa umat Islam untuk mengutuk tindakan sedemikian hanya menimbulkan rasa benci yang tiada pengakhirannya.\n\n\nPada masa sama, PUM turut mengucapkan syabas di atas ketegasan Malaysia dalam perbuatan berkenaan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.\n\n\nKatanya, ia adalah pendirian konsisten pemimpin Malaysia sejak sekian lama yang ditunjukkan pemimpin terdahulu dan hanya dipertegaskan lagi oleh Perdana Menteri ke-10 itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/remaja-lelaki-hilang-di-pantai-batu-layar-ditemukan-lemas/", "title": "Remaja lelaki hilang di Pantai Batu Layar ditemukan lemas", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Remaja lelaki berusia 16 tahun yang hilang selepas mandi-manda di Pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi semalam, ditemukan lemas petang ini.\n\n\nKetua Polis Daerah Kota Tinggi,\u00a0Superintenden\u00a0Hussin Zamora berkata,\u00a0mayat mangsa ditemukan terapung kira-kira 100 meter daripada lokasi terakhir dilaporkan hilang, 5.20 petang tadi.\n\n\n\u201cMangsa yang dilaporkan hilang semalam telah ditemui pasukan mencari dan menyelamat dalam keadaan terapung dan menghala ke pantai.\n\n\n\u201cKeadaan fizikal mangsa ketika ditemui tiada sebarang tanda kecederaan dan lengkap berpakaian,\u201d katanya dalam kenyataan\u00a0hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKetua Menteri Melaka tidak mahu wakil rakyat, kakitangan awam makan \u2018gaji buta\u2019\n\n\n\n\n\n\nMungkin Iktiraf Uec Pula Selepas Ini \u2013 Ridhuan Tee\n\n\n\n\n\n\nBersatu Johor Berhasrat Rujuk Kembali Bersama PH\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni Bukan Kali Pertama Buat Kami, Tapi Paling Dahsyat\u201d- Penduduk\n\n\n\n\n\n\nPejuang dalam dilema, pilihan terbaik tidak sertai PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata,\u00a0ibu bapa remaja itu juga telah melakukan pengecaman dan mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.\n\n\nOperasi mencari dan menyelamat justeru dihentikan 6 petang tadi.\n\n\nTerdahulu, operasi itu dimulakan pagi tadi melibatkan 72 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam.\n\n\nHussin pada masa sama mengulangi nasihatnya kepada orang ramai yang beriadah di pantai di daerah itu agar lebih peka dan berhati-hati terutama ketika Monsun Timur Laut serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.\n\n\nSemalam, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas manakala seorang lagi hilang selepas mandi-manda di pantai itu.\n\n\nMereka datang ke pantai itu dengan menaiki motosikal bersama empat rakan lain dari Kluang dan kehadiran mereka diketahui ibu bapa masing-masing.- Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/sedekah-amal-jariah-okey-tapi-sedekah-untuk-undi-rasuah/", "title": "Sedekah amal jariah okey, tapi sedekah untuk undi rasuah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas fahaman setengah pihak yang menggunakan istilah \u2018sedekah\u2019 sebagai sesuatu pemberian bagi meraih undi pada pilihan raya.\n\n\nSebaliknya, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu perbuatan berbentuk rasuah kepada pengundi.\n\n\n\u201cMacam sebelum ini,\u00a0dalam ucapan saya sebut komisen okey,\u00a0corruption\u00a0(rasuah)\u00a0no. Sekarang ada pulak sedekah okey.\n\n\n\u201cSedekah sebagai amal jariah okey tetapi sedekah untuk mendapat undi pilihan raya itu\u00a0\ncorruption\u00a0\n(rasuah).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTekanan, persekitaran, kesihatan punca kesihatan polis terganggu\n\n\n\n\n\n\nTunku Abdul Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nElaun tambahan diberikan kepada kakitangan perubatan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nSPRM badan bebas, tiada keperluan maklum siasatan kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\n164 mangsa gempa bumi terima rawatan di Hospital Medan Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni fahaman yang boleh merugikan negara dan masyarakat,\u201d katanya ketika berucap pada sambutan rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Spice Arena hari ini.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya oleh individu bukan calon tidak menyalahi peraturan kerana ia hanya sedekah kepada pengundi oleh orang awam.\n\n\nPemberian tersebut dikatakan hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.\n\n\nBeliau dilaporkan berkata, undang-undang juga telah menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/shahrir-akan-fail-saman-sivil-terhadap-kerajaan/", "title": "Shahrir akan fail saman sivil terhadap kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan memfailkan saman sivil terhadap kerajaan kerana dikatakan berniat jahat dalam pertuduhan terhadap\u00a0beliau sebelum ini.\n\n\nBekas Pengerusi Felda itu memberitahu, beliau telah memulakan langkah dengan membuat laporan polis terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.\n\n\n\u201cLepas ini, saya akan bincang dengan peguam-peguam saya. Tunggu je lah,\u201d katanya dalam hantaran Facebook hari ini.\n\n\nPada 5 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Shahrir daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri\u00a0(LHDN).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHadi tergamak guna dalil agama salah demi kepentingan PAS\n\n\n\n\n\n\nKestabilan politik dorong pelabur Arab Saudi ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPerhimpunan Jalanan Bukan Penyelesaian\n\n\n\n\n\n\nLetak Jawatan Enggan Terbabit Keputusan 1MDB \u2013 Ismee\n\n\n\n\n\n\nKetua Hakim Negara terima ancaman bunuh\n\n\n\n\n\n\n\n\nHakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membebaskan Shahrir, 73, selepas Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh dalam kes itu.\n\n\nPada 13 Januari lalu, Shahrir telah membuat laporan polis bagi mendesak siasatan ke atas Tommy yang didakwa menyalahgunakan kuasanya dalam kes perbicaraan beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/sogokan-rasuah-kepada-pengundi-bukan-amalan-pas/", "title": "Sogokan rasuah kepada pengundi bukan amalan Pas", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sumbangan orang awam yang disebut Tan Sri Abdul Hadi Awang tiada kaitan dengan calon, wakil atau parti itu sendiri.\n\n\nMenjelaskan perkara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khairudin berkata, kenyataan Presiden Pas itu telah dipetik secara bercanggah dengan ucapan dan makna sebenar yang mahu disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\n\u201cMerujuk kepada kenyataan Presiden UMNO (Ahmad Zahid) yang menyebut bahawa \u2018Kalau dia (Pas) buat dipanggil sedekah, kalau kita (UMNO) buat dipanggil rasuah\u2019, ternyata ia adalah suatu kenyataan yang jelas bercanggah dengan ucapan dan makna sebenar Presiden Pas.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBasikal lajak: Pertuduhan terhadap Ke Ting tidak sah\n\n\n\n\n\n\nBN Menang Besar Jika PN, PH Tak Buat Perubahan\n\n\n\n\n\n\nPRN: Enam negeri masih kekal sepakat bubar DUN serentak\n\n\n\n\n\n\nRohana pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB\n\n\n\n\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSedangkan Presiden Pas ketika menjawab soalan media di Negeri Sembilan semalam menyebut bahawa, undang-undang pilihan raya tidak membenarkan calon dan wakil calon memberikan sumbangan kepada pengundi tetapi jika ada individu atau orang awam yang hendak memberikan sumbangan, terpulang kepada mereka sendiri.\n\n\n\u201cAdapun sumbangan orang awam tersebut tiada kaitan dengan calon, wakil calon atau Pas sebagai sebuah parti yang bertanding,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nPada Ahad, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menasihati golongan ulama politik supaya tidak sesuka hati menukar hukum dan fatwa agama.\n\n\nKatanya, tindakan itu boleh menyebabkan golongan tersebut tidak dihormati rakyat dan umat Islam sendiri.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Abdul Hadi yang mempertahankan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya yang dikatakan tidak menyalahi peraturan kerana mendakwa ia sedekah kepada pengundi oleh orang awam.\n\n\nKenyataan Abdul Hadi itu susulan tindakan UMNO Terengganu yang memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman, dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi di ketiga-tiga kerusi terbabit ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).\n\n\nMengulas lanjut, Khairul Nizam menegaskan, Pas tidak pernah mengamalkan sebarang bentuk politik wang atau sogokan rasuah kepada pengundi.\n\n\n\u201cBerbanding pihak lain yang terkenal dengan amalan politik wang sama ada dalam pemilihan parti mahupun pilihan raya dan tiada keabsahan moral untuk membangkitkan perkara ini,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/terpulang-pada-ros-tentukan-nasib-umno-ahmad-zahid/", "title": "Terserah RoS putuskan keabsahan PAU 2022 \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan UMNO sebagai parti yang sangat terbuka kepada ahli\u00a0untuk membuat sebarang aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkenaan keputusan meluluskan usul tambahan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU)\u00a02022.\n\n\nAhmad Zahid berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai tindakan ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammmad Rom membuat aduan kepada RoS berkenaan isu jawatan presiden dan timbalan tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.\n\n\nMenurut beliau, sememangnya terdapat klausa dalam Akta Pendaftaran 1966 yang menyatakan keputusan itu perlu dikemukakan kepada RoS.\n\n\n\u201cPada hemat saya, isunya bukan untuk kelulusan daripada\u00a0RoS tapi \u2018dimaklumkan\u2019.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Sarawak Kecam Jabatan Pendidikan Pahang\n\n\n\n\n\n\nIsu Batu Puteh: Kerajaan serah kepada Parlimen buat keputusan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin hadapi satu lagi pertuduhan rasuah Isnin ini\n\n\n\n\n\n\nAwas penipuan ibadah korban!\n\n\n\n\n\n\nPN tidak mampu tawan Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSegala proses mesyuarat sudah mematuhi Perlembagaan UMNO dan Pengerusi Tetap Persidangan turut mengikut peraturan mesyuarat.\n\n\n\u201cJadi jika ada laporan atau sebarang aduan yang dibuat kepada RoS, UMNO amat terbuka untuk mereka kemukakan. Kita harap RoS menerima keputusan yang dibuat PAU minggu lalu sebagai keputusan yang absah,\u201d kata Ahmad Zahid ketika melawat tapak pembinaan Jambatan Bagan Datuk \u2013 Kampung Sejagop\u00a0hari ini.\n\n\nMenteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, biarkan RoS memuaskan hati mereka yang membuat analasis dan spekulasi berkenaan isu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.\n\n\n\u201cSaya menyerahkan diri kepada perwakilan dan mereka sudah membuat keputusan pada PAU minggu lalu.\n\n\n\u201cApa yang penting adalah perpaduan dalam kepimpinan UMNO dapat dipertahankan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/23/yadim-kit-siang-kutuk-tindakan-bakar-al-quran-di-sweden/", "title": "Yadim, Kit Siang kutuk tindakan bakar al-Quran di Sweden", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk tindakan membakar al-Quran oleh ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, kemarahan dan kekecewaan rakyat Malaysia terutamanya penduduk majoriti Islam berikutan insiden itu adalah wajar.\n\n\n\u201cKami percaya sikap biadap berkenaan tidak melambangkan budaya dan kepercayaan majoriti rakyat Sweden yang lain. Tindakan ini seharusnya dihentikan segera untuk mengelak keadaan menjadi lebih buruk.\n\n\n\u201cSelain mengadakan bantahan menerusi saluran diplomatik, Yadim percaya bahawa ajaran Islam dan al-Quran mesti disebarkan bukan sahaja di dunia Islam semata-mata,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKapsul Sejarah: Yaman Konflik Tak Bernoktah\n\n\n\n\n\n\nOslo Jadi Tuan Rumah Perbincangan Taliban\n\n\n\n\n\n\nIsrael serbu Universiti Birzeit, culik 5 pelajar Palestin\n\n\n\n\n\n\nTindakan Israel serbu Al-Aqsa hina sensitiviti umat Islam sedunia\n\n\n\n\n\n\nKes Positif Global Melebihi 350 Juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nTuan Kamarul berkata, mesej ke arah belas kasihan, rahmah dan kasih sayang serta budi bahasa yang terdapat dan selalu ditegaskan dalam al-Quran mesti ditegakkan serta sebarang percubaan untuk mengundang kebencian dan keganasan atas alasan kebebasan dan hak asasi manusia tidak boleh dibenarkan.\n\n\nSementara itu, veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, tindakan Paludan bukan sahaja satu perbuatan yang mencemarkan kitab suci agama Islam tetapi juga satu bentuk ucapan kebencian yang tidak dapat diterima sebagai \u2018kebebasan bersuara\u2019 dalam mana-mana masyarakat bertamadun.\n\n\n\u201cPembakaran kitab suci agama Islam adalah satu bentuk Islamofobia yang jelas, namun pada masa yang sama tindakan mengada-adakan Islamofobia dengan tidak adanya fenomena ini untuk menimbulkan kebencian dan syak wasangka juga merupakan satu perkara yang tidak bermoral, tidak bertanggungjawab dan jahat,\u201d katanya dalam kenyataan.\n\n\nSemalam Anwar dilaporkan bukan sahaja mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu, malah menggesa kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji tersebut selain memastikan langkah drastik pada masa depan untuk menangani peningkatan Islamofobia yang membimbangkan di negara itu.\n\n\nPaludan, pemimpin parti pelampau kanan Denmark \u2018Stram Kurs\u2019, diberikan kebenaran membakar al-Quran pada Sabtu di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm yang membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/24/apm-johor-siap-siaga-amaran-hujan-berterusan-tahap-bahaya/", "title": "APM Johor siap siaga amaran hujan berterusan tahap bahaya", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0 \nAngkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Johor menyenaraikan 432 \u2018\nhotspot\n\u2018 kawasan banjir di Johor susulan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) terhadap Johor, semalam.\n\n\nPengarah APM Johor, Penolong Pesuruhjaya Kamal Mokhtar berkata, seramai 1,000 anggota diarahkan bersiap siaga terhadap kemungkinan banjir susulan amaran hujan berterusan tahap merah bermula kelmarin hingga esok.\n\n\nTambah beliau, kawasan kediaman berdekatan sungai serta tempat rendah berisiko untuk dinaiki air bah jika hujan lebat berterusan lagi seperti semalam.\u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCaruman Baharu Dikreditkan Sepenuhnya Ke Akaun 1\n\n\n\n\n\n\nTanpa Arahan Pm, Azam Baki Undur Diri Atau Berehat \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Teliti Semula Import Ayam Luar\n\n\n\n\n\n\nMenteri Sahkan, Dana RM100 Juta Untuk Najib\n\n\n\n\n\n\nZuraida Sedia Lepas Jawatan Kabinet\n\n\n\n\n\n\n\n\nKamal memaklumkan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) secara rasmi dibuka walaupun berlaku banjir kilat di Batu Pahat, Kota Tinggi, Muar, Pontian, Kluang dan Tangkak.\n\n\nMalam tadi, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya sehingga esok di Johor membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Kulai dan Mersing."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/24/ayahanda-harimau-kumbang-kumpulan-gengster-kutip-hutang-tarik-kereta/", "title": "Ayahanda Harimau Kumbang kumpulan gengster kutip hutang, tarik kereta", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pegawai dan anggota yang ditahan kerana terbabit dengan kumpulan kongsi gelap dikenali sebagai Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) dikatakan terbabit gengsterism dan keganasan termasuk ugutan jenayah.\n\n\nAntara aktiviti yang dilakukan kumpulan terbabit seperti mengutip wang pinjaman bagi pihak ah long dan tarik kereta.\n\n\nBagaimanapun, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa\u00a0berkata,\u00a0tidak semua pegawai dan anggota yang ditahan terbabit dengan aktiviti keganasan.\n\n\n\u201cKita sudah mengenal pasti aktiviti dilakukan kumpulan terbabit dan setakat ini kita pasti tidak semua pegawai dan anggota yang ditahan itu terbabit dengan aktiviti keganasan sebaliknya antara mereka ada yang sekadar menyertai sebagai ahli biasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN jangka proses agihan kerusi selesai Ahad ini\n\n\n\n\n\n\nMasa Belajar Pendidikan Islam Lebih Di SK Daripada SJK\n\n\n\n\n\n\nPemimpin tertinggi parti politik akan didakwa SPRM?\n\n\n\n\n\n\nGaji minimum : 100 pekerja protes di hadapan pejabat Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nTiada hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSemua mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan IPK Terengganu ditahan di Dungun dan Kuala Terengganu antara Khamis dan Sabtu,\u201d katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.\n\n\nBeliau berkata, 10 daripada 14 yang ditahan berusia antara 20 hingga 49 sudah dikenakan perintah tahan kerja bermula petang semalam, manakala yang lain masih ditahan reman hingga esok.\n\n\n\u201cSiasatan dilakukan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan 1958,\u201d katanya.\n\n\nRohaimi berkata, hasil siasatan, kumpulan diketuai lelaki berusia 39 tahun dikenali sebagai Hussin Hassan itu dipercayai adalah serpihan daripada Pertubuhan Selendang Merah yang kini memiliki keahlian seramai 200 hingga 300 orang dikatakan aktif menjalankan aktiviti itu sejak 2021.\n\n\n\u201cBagaimanapun,\u00a0Selendang Merah (Pertubuhan) adalah pertubuhan berdaftar dan setakat ini kita tidak ada menerima sebarang aktiviti keganasan membabitkan pertubuhan itu. Kita akan meminta supaya kumpulan ini (AHK) diwartakan sebagai haram,\u201d katanya.\n\n\nSusulan penahanan itu, beberapa barangan dirampas membabitkan pelbagai barangan dan peralatan termasuk senjata berbahaya yang digunakan kumpulan terbabit iaitu enam bilah pedang, dua badik, satu ekor pari yang diubahsuai menjadi senjata berbahaya.\n\n\nTurut dirampas lapan kereta, 28 telefon bimbit, borang keahlian, logo pertubuhan, baju serta al-Quran, sejadah, songkok dan kain kapan dipercayai digunakan bagi upacara baiah.\n\n\nBeliau meminta agar masyarakat sekitar membantu dalam menyalurkan maklumat terus kepada pihak JSJ IPK mengenai kumpulan berkenaan atau terus ke Pejabat Ketua Polis Terengganu.\n\n\nMedia semalam melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan sekurang-kurangnya 14 anggota dan pegawai kanan yang bertugas di dua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan peringkat kontinjen dari pantai timur, Jumaat lalu.\n\n\nPegawai dan anggota pelbagai pangkat itu adalah antara 21 individu termasuk orang awam berusia 20-an hingga 40-an yang ditahan.\n\n\nMereka ditahan selepas disyaki terbabit dengan kumpulan kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan Ayahanda Harimau Kumbang (AHK) dalam satu operasi khas dikenali sebagai Op Selendang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/24/beri-sedekah-kepada-pengundi-tetap-rasuah-azam-baki/", "title": "Beri \u2018sedekah\u2019 kepada pengundi tetap rasuah \u2013 Azam Baki", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nSuruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat apa sahaja bentuk rasuah berlandaskan peruntukan undang-undang dan bukan tertakluk kepada pemahaman peribadi.\n\n\n\n\nPesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, sedekah atau sumbangan kepada pengundi tetap rasuah walaupun apa sekali pun seseorang itu menggambarkannya kerana undang-undang jelas memberi maksud dengan pembelian undi.\n\n\nMemetik \nThe Star\n, Azam menegaskan, Seksyen 10 (a) mentakrifkan secara terperinci perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh calon sendiri atau oleh wakil bagi pihaknya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSampai Bila Mahu Biarkan Negara ditadbir Pemimpin Rakus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nLHDN serbu rumah Hamzah, rampas fail, dokumen pemilikan aset\n\n\n\n\n\n\nKeluarga Adib Tarik Rayuan Komital Terhadap Tommy Thomas\n\n\n\n\n\n\nPelajar Tahfiz pukul lelaki kurang siuman, niat mahu bantu tukang masak kantin\n\n\n\n\n\n\nGambar dipercayai berunsur seksual adalah tangkap layar aplikasi\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, sesiapa yang didapati bersalah boleh dipenjara maksimum dua tahun, denda antara RM1,000 dan RM5,000, serta penjara sehingga setahun.\n\n\nTambahnya, calon juga boleh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan kehilangan hak untuk bertanding pada pilihan raya selama lima tahun jika mereka didapati bersalah melakukan kesalahan itu.\n\n\n\n\nBeliau berkata, SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung pemberian wang tunai ketika kempen pilihan raya seperti dilihat dalam satu video yang berlaku di Terengganu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/24/budaya-derma-sudah-sebati-dengan-ahli-pas/", "title": "Budaya derma sudah sebati dengan ahli Pas", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pas\u00a0Perak mendakwa kenyataan UMNO menyamakan budaya infaq atau sedekah yang dihidupkan parti itu dengan rasuah, menunjukkan kecelaruan yang membahayakan negara.\n\n\nApatah lagi, yang ditegaskan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang adalah derma dan sedekah orang awam, meskipun pada musim pilihan raya.\n\n\nPesuruhjaya Pas\u00a0Perak, Razman Zakaria berkata, parti itu telah lama menghidupkan budaya infaq atau derma yang menjadi tuntutan Islam.\n\n\n\u201cTerkini Pas\u00a0Perak sedang menggerakkan usaha membangunkan kompleks sendiri atas tanah seluas 10 ekar hasil infaq dan derma yang digerakkan melalui kutipan di kawasan-kawasan Pas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan bubar DUN 1 Jun\n\n\n\n\n\n\n80, 000 rakyat Israel bantah pembaharuan badan kehakiman\n\n\n\n\n\n\nPesta Holi dicemari pencabulan ke atas wanita\n\n\n\n\n\n\n6.1 juta pencarum KWSP bawah 55 tahun miliki simpanan kurang RM10,000\n\n\n\n\n\n\nKJ jumpa PN minggu hadapan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUsaha itu diteruskan lagi untuk membina bangunan yang akan dibuat secara beransur-ansur,\u201d katanya dalam kenyataan\u00a0pada Isnin.\n\n\nBeliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menempelak Abdul Hadi yang menyifatkan pemberian wang tunai ketika kempen pilihan raya hanya sedekah kepada pengundi.\n\n\nAhmad Zahid sebelum ini mendakwa, sebagai ulama, pemimpin Pas\u00a0seharusnya mempunyai integriti dan tidak boleh bertukar \u2018fatwa\u2019 sesuka hati.\n\n\nMengulas lanjut, Razman menegaskan bahawa budaya derma telah menjadi darah daging dan sebati dalam perjuangan ahli Pas.\n\n\n\u201cDi seluruh negara rakyat akan bertemu dengan markas-markas Pas\u00a0hinggakan peringkat cawangan. Ia milik parti hasil sumbangan ahli.\n\n\n\u201cSelain itu, institusi pendidikan Pas\u00a0juga dibina atas sumbangan derma sama ada musim atau di luar musim pilihan raya. Tiada parti selain PAS yang miliki pusat dan markas hingga peringkat cawangan.\n\n\n\u201cSemua aktiviti Pas\u00a0adalah derma ahli dan rakyat yang prihatin hingga Pas\u00a0dikenali dengan parti \u2018tin milo\u2019,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, mungkin bagi mereka yang biasa bergelumang dengan rasuah melihat setiap pemberian itu bermaksud kepentingan diri.\n\n\nBagaimanapun, bagi Pas\u00a0dan ahli\u00a0mereka, setiap sumbangan derma bermatlamat akhirat serta amalan rasuah adalah sesuatu perbuatan keji dalam Islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/24/dadah-pornografi-punca-sumbang-mahram-tinggi-di-kelantan/", "title": "Dadah, pornografi punca sumbang mahram tinggi di Kelantan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Kelantan mendedahkan dadah dan pornografi menjadi punca utama kepada perlakuan sumbang mahram di negeri ini.\n\n\nKetua Wanitanya, Profesor Madya Dr Dasmawati Mohamad berkata, perkara tersebut disifatkan sebagai meruncing berpandukan kepada laporan akhbar yang menunjukkan 197 orang ditahan polis sepanjang tahun lalu selepas terbabit kes rogol, sumbang mahram dan penyalahgunaan dadah.\n\n\n\u201cItu laporan yang dikeluarkan pada 20 Mac 2022 lalu. Melihat kepada laporan itu, kita perlu gusar dan gerun dengan situasi ini,\u201d katanya.\n\n\nSebahagian daripada individu yang menjayakan seminar \u2018Haruan Makan Anak\u2019 di Perpustakaan Awam Kelantan, Kota Bharu pada Isnin.\n\n\nMenurut beliau, berpandukan kepada situasi tersebut,\u00a0Wanita Ikram negeri terpanggil menganjurkan seminar \u2018\nHaruan Makan Anak\n\u2019 untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat terutama ibu bapa dalam mencegah berlakunya insiden sumbang mahram dalam rumah sendiri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeluarga Nazrin Hassan Mohon Pendakwaan Fail Rayuan\n\n\n\n\n\n\nTiada Agenda Besar Punca Muafakat Parti Politik Melayu Rapuh\n\n\n\n\n\n\nKWSP lancar i-Sayang, suami boleh carum dua peratus untuk isteri\n\n\n\n\n\n\nRumah Musnah Kesan Banjir & Rempuhan Balak\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Bukan Badan Awam, Layakkah Dapat Peruntukan?\n\n\n\n\n\n\n\n\nUjarnya, usaha advokasi itu tidak terhad untuk ibu bapa sahaja malah golongan guru.\n\n\n\u201cSetiap daripada kita perlu memainkan peranan untuk menangani isu ini. Sebagai ibu bapa, tugas mereka adalah mendidik anak-anak tentang aurat, sentuhan selamat dan adab pergaula\n\n\n\u201cMelatih anak-anak supaya berkongsi maklumat dan tidak berahsia, sentiasa ambil peduli setiap aduan mereka. Menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan di dalam pendidikan anak-anak dan perhubungan suami isteri,\u201d katanya.\n\n\nDr Dasmawati berkata, pengukuhan institusi kekeluargaan dalam masyarakat adalah melalui hubungan keluarga yang sihat dan menjadikan rumah selamat.\n\n\nTambahnya, sebagai anggota masyarakat, keterlibatan dan kesedaran masyarakat terhadap penderaan seksual kanak-kanak perlu ada.\n\n\n\u201cIaitu dengan cara membuat aduan dan pelaporan kepada pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak polis dan hospital, menggunakan talian kasih 15999,\u201d katanya.\n\n\nSeminar \u2018\nHaruan Makan Anak\n\u2019 yang diadakan di Perpustakaan Awam Kelantan\u00a0semalam, melibatkan tiga panel iaitu Yang Dipertua Ikram Kelantan, Che Rahimi Samat; Timbalan Pengarah JKM Kelantan, Siti Nor Hasma Mat Isa dan Pengerusi Raudhah Sakeenah Kelantan (RSK), Prof Madya Dr Zaharah Sulaiman.\u00a0\u2013 Sinar Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/24/isu-ancam-keharmonian-perpaduan-harus-ditangani-pantas-cekap-sultan-johor/", "title": "Isu ancam keharmonian, perpaduan harus ditangani pantas, cekap \u2013 Sultan Johor", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Isu-isu yang dikhuatiri boleh mengancam keharmonian dan perpaduan Bangsa Johor seharusnya ditangani dengan cekap oleh pihak berkuasa, titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.\n\n\nSultan Johor yang merujuk dakwaan tular berkaitan bengkel peperiksaan dianjurkan khusus bagi pelajar Islam oleh sebuah sekolah menengah di Johor Bahru bertitah, tindakan pantas dan tepat oleh pihak berkuasa boleh membantu mencegah kekeliruan dan penularan sentimen berbaur kebencian.\n\n\n\u201cSaya tidak mahu Bangsa Johor keliru dan mula berburuk sangka antara satu sama lain. Saya cukup menitik-beratkan betapa pentingnya persefahaman, perpaduan dan toleransi antara kaum kita yang pelbagai.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekalan telur ayam import dari India tiba di KLIA\n\n\n\n\n\n\nSanusi menghadap Sultan Kedah mohon perkenan tarikh bubar DUN\n\n\n\n\n\n\nTiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Singkil, Aceh\n\n\n\n\n\n\nKPM tidak bercadang wujud silibus baharu berkaitan patriotisme\n\n\n\n\n\n\nTiada Waran Tangkap Buat Rosmah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJabatan Pendidikan seharusnya bertindak pantas untuk menangani situasi sebegini agar tidak menular emosi negatif serta perkara tidak sahih dalam kalangan rakyat.\n\n\n\u201cIa juga merupakan pengajaran kepada semua pihak yang perlu menangani rasa tidak puas hati mereka,\u201d titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.\n\n\nBaginda bertitah, tiada individu patut disisihkan daripada sesuatu program awam kerana agama atau bangsanya.\n\n\n\u201cJika benar ada yang diasingkan kerana itu, maka tindakan perlu diambil kepada penganjur. Begitu juga jika didapati ada tuduhan tidak benar dan dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,\u201d titah baginda.\n\n\nSebelum ini, tular di Twitter berkait tangkap layar dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa dan kakitangan sekolah yang melahirkan rasa tidak puas hati segelintir ibu bapa selepas sekolah itu didakwa mengadakan bengkel SPM secara eksklusif untuk pelajar Islam yang berprestasi rendah dalam akademik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/24/kedah-umum-cuti-peristiwa-5-februari-sempena-thaipusam/", "title": "Kedah umum cuti peristiwa 5 Februari sempena Thaipusam", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 5 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kelulusan itu dipersetujui dalam mesyuarat EXCO 18 Januari lalu.\n\n\n\u201cPemberian cuti peristiwa ini adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di negeri ini meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga.\n\n\n\u201cKepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa ini juga diharap dapat memberikan mereka manfaat yang sebaik-baiknya memandangkan ia jatuh pada Ahad yang berturutan dengan cuti mingguan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSultan Kedah seru kerajaan sokong Projek KXP\n\n\n\n\n\n\nTun M yakin Anwar dalang lokasi penganjuran Proklamasi Melayu dibatalkan\n\n\n\n\n\n\nPRU-15 Boleh Disegerakan Jika Kes Aktif Kekal Menurun \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nPN kemuka nama calon MB dalam masa terdekat \u2013 Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nBAJET 2023 : Tingkatkan peruntukan pembangunan kokurikulum Islam \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsu cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam di Kedah hangat diperdebatkan pada awal 2021 apabila kerajaan negeri memutuskan tiada cuti peristiwa untuk perayaan itu.\n\n\nPada waktu itu Muhammad Sanusi menegaskan bahawa keputusan kerajaan negeri bukan bertujuan untuk menafikan hak penganut Hindu sebaliknya rakyat sememangnya telah pun \u2018dicutikan\u2019 oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/24/kerajaan-perlu-siasat-dakwaan-sedekah-pengundi/", "title": "Kerajaan perlu siasat dakwaan \u2018sedekah\u2019 pengundi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kadar integriti pihak berkuasa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini diuji bagi memastikan siasatan bebas berhubung dakwaan sogokan sedekah yang diperakui oleh ahli kepimpinan Pas.\n\n\nNaib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, rakyat sedang menilai sejauh mana reformasi demokrasi di bawah pimpnan Anwar dapat ditunaikan bagi mengekang rasuah, korupsi serta salah guna yang dlaung-laungkan selama ini.\n\n\n\u201cBagaimana kerajaan dapat memastikan badan berwajib bebas melakukan siasatan dan pendakwaan setelah berpuas hati dengan siasatan tersebut.\n\n\n\u201cBagaimana pula pendakwa raya bertindak setelah laporan siasatan diserahkan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPas sedia beri kerjasama kepada SPRM\n\n\n\n\n\n\n\u2018Halang hak rakyat, sekat peruntukan pembangkang, jawablah di akhirat kelak\u2019\n\n\n\n\n\n\nJahidah yang dipukul hingga koma, sah bercerai fasakh\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Putar Belit, Takut SPRM \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nDONG ZONG RAKUS, SEPATUTNYA PERKASA SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa, pemberian wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah sedekah.\n\n\nBeliau membalas kenyataan itu sebagai reaksinya terhadap tindakan UMNO Terengganu yang menfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan PRU15 di tiga kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman yang dimenangi oleh calon Pas.\n\n\nSehubungan itu, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu laporan memaklumkan, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung pemberian wang tunai ketika kempen pilihan raya seperti yang dipaparkan di sebuah video yang berlaku di Terengganu.\n\n\nSementara itu, Norliza memaklumkan, kenyataan terbuka \u00a0yang dikeluarkan oleh Presiden Pas mengenai sedekah sewaktu pilihan raya bukanlah satu kesalahan, berjaya mengejutkan pelbagai \u00a0pihak di negara ini.\n\n\nSetiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin pula menyatakan, segala bentuk pemberian bergantung kepada niat seolah-olah bersetuju dengan kenyataan Abdul Hadi.\n\n\n\u201cKerajaan Malaysia Madani wajib bertegas dalam membanteras pihak-pihak tidak bertanggung jawab mendoktrin \u2018sedekah\u2019 ke dalam pemikiran anak-anak muda ini.\n\n\n\u201cPerlu diingat, anak muda pewaris masa hadapan negara. Rosak pemikiran anak muda akan rosaklah masa hadapan negara kita,\u201d kata Norliza."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/24/putra-bantah-himpunan-desak-kerajaan-mansuh-sosma/", "title": "Putra bantah himpunan desak kerajaan mansuh Sosma", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menentang sebarang bentuk perhimpunan yang dianjurkan pihak-pihak\u00a0tertentu bagi mendesak banduan yang dihukum bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) (Sosma) dibebaskan.\n\n\nPutra turut menentang sebarang usaha mendesak kerajaan agar akta itu dimansuhkan.\n\n\nKetua Penerangan\u00a0Putra, Shahrulufti Sharif\u00a0berkata, beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia yang prihatin bersama parti itu menggagalkan usaha pihak terbabit daripada mengganggu gugat keselamatan negara dan rakyat khususnya.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPadah tukar eBelia kepada wang tunai, pelajar berputih mata\n\n\n\n\n\n\nBaik Khairy sertai platform politik sedia ada \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nPerkataan \u2018Rahmah\u2019 pada menu tidak halal kurang sesuai\n\n\n\n\n\n\nPercepat laksana Akta Pendanaan Politik, elak amalan rasuah\n\n\n\n\n\n\nHukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dihapus\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPutra dari awal penubuhan\u00a0lagi komited untuk kerajaan kekalkan Sosma tanpa pindaan dan pada masa sama membawa balik Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengelakkan huru-hara serta ancaman kepada keselamatan rakyat.\n\n\n\u201cMalaysia mempunyai majoriti 70 peratus bumiputera Melayu di bawah payung negara iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu.\n\n\n\u201cMalaysia juga merupakan negara Ketuanan Melayu yang lahir daripada Persekutuan Tanah Melayu, bukan Sri Lanka. Oleh itu, Melayu bumiputera mengutamakan keselamatan rakyat dan negara, bukan mementingkan diri sendiri atau kepentingan politik,\u201d katanya.\n\n\nBeliau mengulas kenyataan pemimpin DAP, P. Ramasamy yang dilaporkan akan menganjurkan kempen di seluruh negara bagi menggesa kerajaan memansuhkan Akta Sosma dan membebaskan lebih 100 tahanan yang ditahan bawah akta itu.\n\n\nTimbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menyifatkan Akta Sosma sebagai kejam dan menyebabkan ramai yang ditahan dalam penjara menunggu perbicaraan tanpa tempoh masa ditetapkan.\n\n\nDia menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya membebaskan tahanan Sosma terlebih dahulu sebelum kerajaan menyemak semula undang-undang yang membolehkan penahanan selama 28 bulan tanpa bicara seperti dalam kes tahanan dari Sungai Petani, Kedah.\n\n\nMengulas lanjut kenyataan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang itu, Shahrulufti berkata, Putra akan berjuang memastikan Akta ISA dikembalikan dan Sosma dikekalkan demi menjamin keselamatan negara dan warganegara.\n\n\n\u201cSangat mudah, Ramasamy. Putra mahu kerajaan kembalikan ISA kerana Sosma tidak cukup untuk menjamin keselamatan negara dan rakyat.\n\n\n\u201cRamasamy cuba membawa masalah kepada Malaysia dan desakan itu pula tidak lebih untuk kepentingan politik mereka.\n\n\n\u201cPutra mengingatkan Ramasamy, jika hendak kekal sebagai Timbalan Menteri Pulau Pinang, dia mesti memastikan negara ini selamat dan demokrasi dapat berfungsi dengan berkesan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/24/sweden-tiada-harapan-dapat-sokongan-turkiye-sertai-nato-erdogan/", "title": "Sweden tiada harapan dapat sokongan Turkiye sertai NATO \u2013 Erdogan", "body": "0\n\n\nBANGI. Selasa \u2013 \nTurkiye memberi amaran kepada Sweden agar tidak mengharapkan sokongan negara itu untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selepas insiden bakar al-Quran di Stockholm.\n\n\nPresiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan kes pembakaran Al-Quran di Sweden merupakans satu jenayah kebencian yang menggugat agama Islam\n\n\nKenyataan itu dikeluarkan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan semalam, sekali gus menjadikan peluang Sweden dan Finland untuk menyertai pertahanan itu semakin jauh sebelum pilihan raya Turkiye.\n\n\n\u201cSweden tidak sepatutnya mengharapkan sokongan Turkiye untuk NATO. Adalah jelas bahawa mereka yang menyebabkan aib di hadapan kedutaan kita, tidak boleh mengharapkan sebarang kebajikan berhubung permohonan untuk menjadi ahli NATO,\u201d katanya.\n\n\nErdogan berkata, Sweden sepatutnya tidak mengharapkan sokongan bagi perjanjian NATO selepas membiarkan insiden membakar al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDelegasi Hamas tunaikan umrah\n\n\n\n\n\n\nSudan : 30 rakyat Malaysia selamat tiba di Port Sudan\n\n\n\n\n\n\nKurang 12 jam, gempa susulan landa Turkiye\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia di Rusia, Armenia, Belarus dinasihat berwaspada\n\n\n\n\n\n\nRibuan rakyat Palestin sertai protes mega\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, pembakaran kitab suci umat Islam adalah jenayah kebencian yang tidak dapat dipertahankan dengan kebebasan bersuara.\n\n\nNamun, Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom berkata, beliau tidak boleh mengulas mengenai kenyataan itu kerana mahu memahami dengan tepat apa yang dikatakan.\n\n\nTerdahulu, Turkiye telah membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson ke negara berkenaan yang sepatutnya dijadualkan pada 27 Januari ini susulan tindakan biadap terhadap umat Islam itu.\n\n\nPerkara tersebut disebabkan seorang ahli politik Sweden, Rasmus Paludan membakar kitab suci al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye selepas mendapat permit kerajaan Sweden."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/24/tiada-diskriminasi-dalam-penganjuran-bengkel-spm/", "title": "Tiada diskriminasi dalam penganjuran bengkel SPM", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan,\u00a0tidak berlaku sebarang isu diskriminasi terhadap pelajar dalam program bengkel pembelajaran sebuah sekolah di Johor.\n\n\nKementerian berkenaan dalam satu kenyataan berkata,\u00a0Bengkel Persediaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu membabitkan calon dari sebuah sekolah menengah di Johor Bahru.\n\n\nBerdasarkan maklum balas awal diterima KPM daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor berhubung program itu, laporan awal mendapati bengkel tersebut adalah salah satu daripada pelbagai perancangan pihak berkaitan bagi memastikan semua murid tanpa mengira kaum dapat membuat persediaan menjelang peperiksaan SPM.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGaji, upah penjawat awam akan dibincang semula\n\n\n\n\n\n\nKanak-kanak Syria kutip cebisan roti dan disimpan\n\n\n\n\n\n\nAbang Iskandar angkat sumpah jawatan & taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan\n\n\n\n\n\n\n2.57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi\n\n\n\n\n\n\nRumah Terbuka Malaysia Madani hanya bermotif politik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada 19 dan 20 Januari 2023, Bengkel Persediaan SPM untuk calon telah dilaksanakan dahulu di Hotel Suasana, Johor Bahru membabitkan 30 orang calon yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta melibatkan calon GALUS (gagal lulus) dalam beberapa mata pelajaran lain.\n\n\n\u201cBengkel yang dilaksanakan diasingkan mengikut siri untuk mengelakkan gangguan terhadap calon yang sedang membuat persiapan bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.\n\n\n\u201cKPM dimaklumkan bahawa bengkel susulan yang sama bagi calon lain juga telah dirancang untuk dilaksanakan pada 26 dan 27 Januari 2023 bertempat di hotel yang sama.\n\n\n\n\n\u201cHasil siasatan mendapati tiada isu diskriminasi terhadap semua calon yang akan menduduki SPM dalam program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dengan melibatkan pegangan agama berbeza sebagaimana yang didakwa,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nMengulas lanjut, KPM menegaskan pendidikan adalah elemen utama yang merentas setiap kaum, agama dan bangsa.\n\n\nOleh yang demikian, kementerian berkata,\u00a0proses dan carta alir penganjuran program oleh pihak sekolah antara aspek yang sering diberi penekanan.\n\n\n\u201cNamun prestasi komunikasi akan dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.\n\n\n\u201cKPM memohon kerjasama agar ibu bapa dan masyarakat terus menghubungi KPM melalui platform rasmi sekiranya terdapat sebarang isu atau masalah terutamanya yang melibatkan murid-murid.\n\n\n\u201cKPM sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/25/khabar-saudara-islam-syria-palestin-di-kem-pelarian-membimbangkan/", "title": "Khabar saudara Islam Syria, Palestin di kem pelarian membimbangkan", "body": "0\n\n\nSeramai 1.5 juta pelarian Syria berada di Lubnan iaitu kedua tertinggi selepas Turkiye manakala pelarian Palestin di Lubnan seramai setengah juta.\n\n\nJumlah ini sekali gus merekodkan satu per tiga penduduk di Lubnan adalah pelarian.\n\n\nKrisis ekonomi yang memburuk di Lubnan berikutan negara bekas jajahan Perancis itu diistiharkan muflis pada April 2022 memberi kesan besar terutamanya pelarian Syria dan Palestin yang tinggal di sini.\n\n\nGandum yang menjadi bahan asas utama makanan harian penduduk di Lubnan mengalami peningkatan harga mendadak berikutan perang antara Rusia dan Ukraine.\n\n\nRoti Arab menjadi makanan asas dan utama pelarian Syria dan Palestin di Lubnan\n\n\nLapor \nL\u2019Orient Today\n, sebungkus kecil roti Lubnan seberat 340 gram kini dijual pada harga LL10,000 iaitu RM28.64 berbanding kadar sebelumnya LL10,000 untuk 365 gram pada Oktober 2022.\n\n\nManakala roti paket sederhana seberat 835gram dijual pada harga LL17,000 (RM48.68), berbanding LL16,000 (RM45.82) untuk paket 800 gram sebelum ini.\n\n\nBagi sepaket besar roti arab seberat 1,107gram adalah LL21,000 (RM60) berbanding LL20,000 untuk 1,065 gram (RM 57.27).\n\n\nPeningkatan harga roti yang berlaku hampir setiap bulan pada tahun 2021 dan 2022 memberi tekanan kepada pelarian sehingga ada yang sanggup mengutip cebisan roti di tanah yang kemudiannya disimpan.\n\n\nKanak-kanak Syria kutip cebisan roti dan disimpan\n\n\n\n\nBerikutan itu, sembilan daripada 10 pelarian Syria hidup dalam kemiskinan tegar terpaksa mengurangkan makanan dan rawatan perubatan mereka ketika berdepan musim sejuk tahun ini.\n\n\nKem pelarian Syria di Arsal, Lubnan\n\n\nLebih membimbangkan apabila Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan Program Makanan Sedunia (WFP) menghentikan bantuan kewangan bulanan.\n\n\nLapor \nXinhua Net\n, UNHCR dan WFP hanya memberi bantuan kepada 35,000 daripada 269,000 keluarga Syria yang kehilangan tempat tinggal di Lubnan bermula Januari tahun ini dengan alasan pembiayaan dan sumber yang tidak mencukupi.\n\n\nUNHCR dan WFP menghentikan bantuan kewangan bulanan.\n\n\nKesanya, terdapat pelarian Syria terputus bekalan makanan selama sebulan dan sudah enam bulan tidak menerima makanan yang mencukupi.\n\n\nKetua Kem Al Masri, di wilayah Baaben, Arsal, Khaled Ibrahim memberitahu, hampir 90 peratus penghuni kem tersebut telah dikategorikan tidak layak menerima bantuan dan dikeluarkan daripada senarai menerima bantuan UNHCR.\n\n\nBegitu juga yang berlaku terhadap kanak-kanak kurang upaya pelaria Syria, Syaimak, 16 tahun yang berdepan dengan cabaran rawatan apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menarik balik bantuan perubatan dan rawatannya sejak empat bulan lalu.\n\n\nSyaimak yang sebelum ini merupakan kanak-kanak normal telah kehilangan ibu dan ayahnya ketika peperangan di Syria telah mengalami kecederaan serta hanya mampu berada di atas kerusi roda.\n\n\nSyaimak (berbaju merah) tinggal bersama nenek, ibu saudara dan sepupunya di kem pelarian\n\n\nSudah pasti kesan yang sama turut tempias dan dihadapi oleh pelarian Syria dan Lubnan yang lain.\n\n\nSebagai umat Islam, sudah semestinya perlu membantu saudara Islam yang lain dalam apa cara sekali pun bagi meringankan beban mereka.\n\n\nKehidupan pelarian bagai layang-layang putus tali itu mengingatkan rakyat Malaysia erti syukur dan menghargai rezeki serta pemberian Ilahi.\n\n\nLebih penting adalah mengajar kita untuk mempertahankan tanah air daripada ancaman-ancaman serta cabaran terhadap agama Islam yang menjadi tunjang dan bangsa Melayu sebagai kelompok majoriti di negara ini.\n\n\nIni supaya Melayu dan Islam tidak tergadai di tanah air sendiri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/25/lagi-parti-haluan-kanan-bakar-al-quran-di-belanda/", "title": "Lagi parti haluan kanan bakar al-Quran di Belanda", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nSeorang ahli politik Belanda berhaluan kanan, dan ketua kumpulan Islamofobia Pegida, pada hari Ahad mengoyakkan halaman al-Quran sebelum dibakar di The Hague, Belanda.\n\n\nMenerusi ciapan di Twitter, Edwin Wagensveld berkongsi video tindakan provokasinya yang dilakukan di hadapan bangunan parlimen The Hague.\n\n\nhttps://twitter.com/i/status/1617578911247761418\n\n\nPihak berkuasa polis tempatan dilaporkan memberinya kebenaran untuk melakukan perbuatan itu dengan syarat dia tidak membakar kitab suci umat Islam itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBeberapa wilayah Arab Saudi berdepan ribut petir\n\n\n\n\n\n\nGara-gara perpecahan politik, Libya sambut Aidilfitri pada dua tarikh berbeza\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri selamat tiba di Turkiye\n\n\n\n\n\n\n70 buah rumah milik rakyat Palestin dirampas Israel\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Operasi hari ketujuh pasukan SAR negara cari mangsa hidup\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, video Wagensveld menunjukkan dia kemudian membakar muka surat al-Quran yang terkoyak dalam kuali sebagai protes Islamofobia yang sama pada hari Sabtu di Sweden.\n\n\nOktober lalu, polis Belanda menahannya sebelum dia berpeluang membakar al-Quran semasa perhimpunan yang dihadiri sekumpulan kecil penyokong Pegida di Rotterdam.\n\n\nPuluhan negara mengecam provokasi di ibu kota Sweden, Stockholm, termasuk T\u00fcrkiye.\n\n\nIni merupakan kejadian kedua berlaku pada tahun ini berhubung isu penghinaan terhadap kitab suci umat Islam selepas \nahli politik berhaluan kanan Sweden, Rasmus Paludan secara sengaja membakar kitab suci Al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Sweden pada Ahad lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/25/malaysia-letak-aset-ketenteraan-di-perairan-beting-patinggi-ali/", "title": "Malaysia letak aset ketenteraan di perairan Beting Patinggi Ali", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nMalaysia akan memperluas kawalan di sekitar perairan Beting Patinggi Ali, Sarawak bagi memantau kehadiran kapal pengawal pantai China di kawasan pertindihan di Laut China Selatan dengan meletakkan aset ketenteraan bagi menyokong tuntutan.\u00a0\n\n\nMenteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata penting untuk negara meletakkan aset ketenteraan di kawasan pertindihan untuk mengelakkan kawasan perairan milik Malaysia yang kaya dengan minyak dan gas itu dilabel milik negara lain.\u00a0\n\n\n\u201cKita meletakkan aset di sana supaya ia tidak menjadi \ndoctrine of estoppel\n (menghalang individu daripada menuntut sesuatu) iaitu apabila anda meletakkan aset di sana (perairan) itu menjadi milik anda.\n\n\n\u201cIni kawasan pertindihan, kawasan pertindihan begitulah masing-masing akan cuba membuktikan itu adalah kawasan mereka. \n\n\n\u201cKita pun akan membuktikan\u00a0 keberadaan aset kita di sana bagi membuktikan kita juga menuntut kawasan yang sama,\u201d katanya dalam sidang media selepas melakukan tinjauan kerja Menteri Pertahanan ke pembinaan perumahan bagi Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) ATM di Sungai Besi, Kuala Lumpur, pagi tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes buli pelatih tentera berkait dengan salah guna kuasa\n\n\n\n\n\n\nPerbaharui tekad dan ibrah sempena Israk Mikraj \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nIbu kandung, bapa tiri didakwa eskploitasi seks anak perempuan OKU\n\n\n\n\n\n\nKKM PANTAU HOSPITAL, KADAR KEBOLEHJANGKITAN MENINGKAT \u2013 KHAIRY\n\n\n\n\n\n\nPolis beri amaran, batalkan `Gang Bang\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, Malaysia tidak menganggap kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan itu sebagai satu pencerobohan kerana ia adalah kawasan pertindihan.\n\n\nMohamad Hasan bersama pegawai tentera mendengar penerangan berkenaan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) ATM di Sungai Besi, Kuala Lumpur, pagi tadi\n\n\nMohamad Hassan juga ditanya berkenaan jumlah aset ketenteraan di perairan itu justeru beliau memaklumkan bahawa aset ketenteraan negara berada dalam tahap yang lebih dari mencukupi.\n\n\nKatanya, kawalan di kawasan perairan dilakukan dengan kerjasama Tentera Laut di Raja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)\n\n\nSemalam, portal Sarawak News melaporkan \nkapal peronda kelas-Kedah milik tentera laut, KD Kelantan (PV175) kini berada di perairan sekitar Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) untuk memantau kehadiran kapal pengawal pantai China di perairan milik Malaysia yang kaya dengan sumber minyak dan gas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/25/negara-ada-pakar-perumahan-tidak-perlu-ambil-pakar-luar-isma/", "title": "Negara ada pakar perumahan sendiri, tidak perlu ambil pakar luar-ISMA", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0Tindakan kerajaan mengimport pakar agensi perumahan Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) disifatkan seperti meremehkan kebolehan syarikat tempatan.\u00a0\n\n\nPresiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni yakin negara mempunyai kepakaran dan mampu membangunkan sektor perumahan negara.\n\n\n\u201cSedangkan kita\u00a0 tahu sektor perumahan ini ada kaitan dengan banyak industri lain, jika kita buka kepada pakar luar untuk masuk, dibimbangi banyak syarikat luar akan terlibat.\u201d \u2013 Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni\n\n\nUstaz Fauzi turut menyatakan kebimbangan sektor lain yang berkaitan akan terlibat secara tidak langsung.\u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak hantar anak ke sekolah, KPM terus nasihati ibu bapa\n\n\n\n\n\n\nGEG Perlu Sokongan Wakil Rakyat Demi Selamatkan Dua Juta Nyawa\n\n\n\n\n\n\nHarga tiket pulang Tawau cecah RM3,138 \u2013 Ka Wee Siong\n\n\n\n\n\n\nPensyarah Cipta Permainan Bantu Pelajar Tahfiz\n\n\n\n\n\n\nTuduhan Saifuddin berniat jahat, mainan politik isu MARRIS, REE\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, ia akan mengakibatkan kerugian kepada syarikat tempatan walaupun negara memiliki kepakaran untuk membangunkan sektor berkenaan.\u00a0\n\n\nMemetik Ismaweb.net, beliau mengulas lanjut sektor perumahan mempunyai kaitan dengan konsep dan struktur masyarakat di negara ini.\n\n\nSingapura dan Malaysia adalah dua negara yang berbeza dan semestinya memiliki struktur bangunan dan budaya yang berbeza.\u00a0\n\n\nUstaz Fauzi berpendapat, Malaysia perlu dibangunkan dengan ciri-ciri tersendiri dan perkara tersebut hanya difahami oleh syarikat dan pakar tempatan sahaja.\n\n\nSebelum ini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan, kerajaan Singapura bersetuju menghantar beberapa pakar HDB bulan depan bagi berkongsi kepakaran dengan Malaysia dalam usaha memantapkan lagi sektor pembinaan perumahan awam negara.\n\n\nIa termasuk dari Jepun dan China sebagai langkah mereformasi sektor perumahan negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/25/pas-anjur-himpunan-solidariti-bantah-tindakan-bakar-al-quran-jumaat-ini/", "title": "PAS anjur himpunan solidariti bantah tindakan bakar Al-Quran Jumaat ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nTindakan biadab ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah Al-Quran mendapat kecaman dan bantahan dari pelbagai pihak dan seluruh dunia Islam.\u00a0\n\n\nBantahan itu turut disuarakan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yahaya memaklumkan akan menganjurkan satu himpunan solidariti berhubung penghinaan terhadap agama Islam yang dilakukan ahli politik tersebut.\u00a0\n\n\nBeliau berkata himpunan solidariti itu akan bermula di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) sebelum berarak ke Kedutaan Sweden pada Jumaat ini.\u00a0\n\n\nJelas Ahmad, \nsudah tiba masanya umat Islam menyuarakan bantahan keras terhadap kerajaan Sweden kerana membenarkan tindakan membakar Al-Quran oleh pemimpin pelampau berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : jijik, cemari kesucian Ramadan \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nMaszlee Malik buat pemohonan maaf terbuka, sebut skrip lucah\n\n\n\n\n\n\nMansuh Hukuman Mati Mandatori? Ambil Kira Pandangan Rakyat, Jangan Ikut Telunjuk Ala Barat\n\n\n\n\n\n\nNajib punca Malaysia jadi negara kleptokrasi, pencuri\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, beliau berkata insiden sedemikian seolah-olah mendapat restu daripada kerajaan Sweden atas nama kebebasan, sedangkan ia merupakan langkah provokatif dan menghina agama Islam.\n\n\nSabtu lalu, pemimpin berhaluan kanan parti Stram Kurs itu membakar Al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye selepas mendapat permit kerajaan Sweden dengan dikawal ketat pasukan polis.\n\n\nPerbuatan biadab Paludan itu menyebabkan Turkiye bertindak balas membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson ke negara berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/25/penetapan-hharga-akhir-tidak-bergantung-hanya-pada-kos-bahan-mentah/", "title": "Penetapan Hharga akhir tidak bergantung hanya pada kos bahan mentah", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pola penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) Disember 2022 pada 3.8 peratus sukar untuk menurunkan harga barangan akhir yang dibeli oleh pengguna.\u00a0\n\n\nPakar Ekonomi, Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, faktor penetapan harga akhir tidak bergantung hanya kepada penurunan harga bahan mentah.\u00a0\n\n\nAhmed Razman menambah, peniaga akan menentukan harga barang akhir atau jualan selepas meneliti kos operasi yang melibatkan, gaji pekerja, perbelanjaan utiliti dan lain-lain.\u00a0\n\n\n\u201cOkay betul, isu itu agak rumit bila bercakap mengenai kos operasi, bukan bahan mentah semata-mata, melibatkan kos gaji pekerja mengikut gaji minima, kos utiliti serta pembiayaan kewangan. Kesemua ini memainkan peranan dalam menentukan harga akhir sesuatu barangan dan perkhidmatan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMohammad Ab Rahman dilantik Panglima Tentera Darat ke-29\n\n\n\n\n\n\nJejambat Kota Bharu siap dengan penjimatan kos RM7.9 juta\n\n\n\n\n\n\nMelampau, pelawak Singapura hina, perlekeh Malaysia\n\n\n\n\n\n\nDasar pendidikan tinggi perlu dikaji semula \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\nPuad Zarkashi tegur prestasi Rafizi secara terbuka\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun, Razman ketika dihubungi TV Pertiwi tidak menafikan sikap peniaga yang enggan menurunkan harga walaupun bahan mentah pada harga yang rendah.\u00a0\n\n\nBeliau turut menasihati pengguna menggunakan mekanisme untuk mencari barangan dan makanan secara berhemah dengan membeli di kedai yang mampu menurunkan harga mengikut indeks pengguna."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/25/rm600000-paras-simpanan-ideal-untuk-hidup-selesa-selepas-bersara/", "title": "RM600,000 paras simpanan ideal untuk hidup selesa selepas bersara", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nData Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan kira-kira 97 peratus berusia 55 tahun dan ke bawah tidak mempunyai paras simpanan ideal sebanyak RM600,000 untuk bersara dengan selesa di bandar utama.\u00a0\n\n\nKetua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, jumlah simpanan itu dilihat sebagai paras ideal untuk biayai kehidupan selepas bersara bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar utama seperti Kuala Lumpur.\u00a0\n\n\n\u201cBerdasarkan angka kami, kalau bersara atas duit simpanan persaraan, paras ideal ialah RM600,000,\u201d katanya ketika \ndiminta mengulas mengenai jumlah simpanan ideal untuk bersara di Malaysia.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, KWSP mengeluarkan anggaran RM600,000 sebagai simpanan persaraan ideal tersebut supaya membolehkan seseorang pencarum bujang menampung kehidupan untuk tempoh 20 tahun selepas bersara iaitu kira-kira RM2,500 sebulan. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n4 dekad, Maher akhirnya bebas sebagai tahanan paling lama rejim Israel\n\n\n\n\n\n\nSanusi saman Saifuddin isu REE, MARRIS\n\n\n\n\n\n\nPolis kenal pasti 190 kawasan panas di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nBanyak Isu Tanah, Hutan & Korupsi Tak Selesai Punca Negeri Pahang Ketinggalan?\n\n\n\n\n\n\nKTMB cadang Anthony Loke jadi Menteri Pengangkutan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Berita Harian, jumlah itu juga sejajar dengan jangkaan tempoh purata jangka hayat di negara ini yang sudah mencecah 80 tahun.\u00a0\n\n\nSementara itu, ketika ini, jumlah ahli KWSP di bawah usia 55 tahun kira-kira 13.1 juta manakala jumlah keseluruhan ahli adalah 15.7 juta.\u00a0\n\n\nNurhisham turut memaklumkan bagi mereka yang tinggal di luar Lembah Klang seperti di Alor Setar pula memerlukan jumlah simpanan persaraan ideal sebanyak RM500,000.\u00a0\n\n\nJelas beliau, data KWSP tersebut juga menunjukkan hanya 2.6 peratus atau 350,000 pencarum daripada 13.1 juta pencarum berusia 55 tahun dan ke bawah mencapai paras simpanan ideal itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/26/ahmad-zahid-mohon-pasport-dikembalikan-untuk-jalankan-tugas-rasmi/", "title": "Ahmad Zahid mohon pasport dikembalikan untuk jalankan tugas rasmi", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk mendapatkan semula pasport antarabangsa\u00a0secara kekal bagi menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri.\n\n\nPasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan selepas beliau didakwa atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi\u00a0yang kini prosidingnya di peringkat pembelaan.\n\n\nMenerusi afidavit sokongan permohonan itu, Ahmad Zahid, 70, berkata, permohonan tersebut adalah bersifat bona fide (berniat baik) dan hanya bertujuan untuk memohon kebenaran bagi pelepasan pasport agar beliau dapat menjalankan tugas rasmi dengan lancar.\n\n\nAhmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, beliau mempunyai beberapa kekangan untuk menjalankan tugas seperti menteri lain kerana tidak mempunyai akses kepada pasport tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNilai Agama & Penghayatan Jati Diri Perlu Diperkasa \u2013 iGuru\n\n\n\n\n\n\nTunku Abdul Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Vape, rokok elektronik akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan Dana 1MDB Ditangguh Sekali Lagi\n\n\n\n\n\n\nPencapaian 100 hari Kerajaan Madani, KJ bagi markah \u2018B tolak\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah menerima mandat dan tanggungjawab utama daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakilkan beliau dalam beberapa urusan pentadbiran negara,\u201d katanya yang memfailkan notis permohonan berserta afidavit sokongan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Januari lepas.\n\n\nBagi melancarkan pergerakan dan urusan dalam menjalankan tugasan rasmi, Ahmad Zahid berkata, beliau dikehendaki berada di dalam dan luar negara yang memerlukan pasport berada dalam pegangannya sendiri.\n\n\nSelain itu, Ahmad Zahid berkata, pasport tersebut diperlukan kerana ia adalah syarat dalam proses permohonannya untuk mendapatkan Pasport Diplomatik daripada Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan pergerakan rasmi keluar dan masuk negara.\n\n\n\u201cAdalah wajar untuk mahkamah mempertimbangkan bahawa kelulusan permohonan itu bakal memberi kebaikan serta kelangsungan terhadap pentadbiran Malaysia yang menjadi tanggungjawab setiap individu rakyat di negara ini,\u201d katanya menerusi afidavit itu.\n\n\nAhmad Zahid berkata, permohonan tersebut tidak bersifat mala fide (berniat jahat) atau prejudis terhadap mana-mana pihak kerana beliau mengaku janji untuk tetap akan memberi kerjasama penuh dalam menyelesaikan kesnya sehingga ke peringkat akhir pembelaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/26/al-azhar-mesir-seru-boikot-produk-keluaran-sweden-dan-belanda/", "title": "Al-Azhar Mesir seru boikot produk keluaran Sweden dan Belanda", "body": "0\n\n\nKAHERAH, Khamis \u2013 Umat Islam diseru untuk memboikot produk keluaran Sweden dan Belanda susulan insiden tunjuk perasaan yang memusnahkan al-Quran di Belanda baru-baru ini.\n\n\nInstitusi pendidikan Islam paling berprestij di dunia, Universiti Al-Azhar Mesir menggesa kedua-dua negara berkenaan dikenakan tindakan keras kerana dipercayai melindungi jenayah keji dan tindakan biadab serta menggunakan nama kebebasan bersuara.\n\n\nKementerian Luar Mesir mengutuk sekeras-kerasnya insiden pembakaran al-Quran dan menyatakan kebimbangan terhadap berulangnya peristiwa sedemikian serta peningkatan Islamofobia baru-baru ini di beberapa negara Eropah.\n\n\nAhli politik haluan kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan Sabtu lalu bertindak membakar salinan al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm.\n\n\nAhli politik haluan kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan bertindak membakar Al-Quran\n\n\nTindakan biadap itu meningkatkan ketegangan ketika Sweden membicarakan Ankara berhubung usahanya untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).\n\n\nSelain itu, Ketua Kumpulan Pelampau Belanda, Pegida Edwin Wagensveld bertindak mengoyakkan al-Quran ketika melakukan protes di luar Parlimen di The Hague, Belanda.\n\n\nMalah, Wagensveld dilihat berjalan dengan memijak al-Quran yang sudah koyak.\n\n\nInsiden berkenaan telah mencetuskan protes di Ankara dan demonstrasi di beberapa ibu kota dunia Islam termasuk di Afghanistan, Iraq, Pakistan, Syria dan Yaman."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/26/import-telur-ayam-sehingga-bekalan-stabil/", "title": "Kerajaan import telur ayam sehingga bekalan stabil", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan akan terus mengimport bekalan telur ayam dari luar negara sehingga keadaan stabil dan krisis bekalan telur ayam dalam negara dapat diselesaikan.\n\n\nMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun pengimportan telur ayam hanya dilakukan mengikut keperluan dan bukannya secara berterusan.\n\n\nMenurutnya, setakat ini bekalan telur ayam semakin stabil dan negara dijangka tidak berdepan masalah bekalan menjelang Ramadan.\n\n\n\u201cSekarang bekalan telur ayam semakin stabil, kita hanya import dalam masa tertentu apabila keadaan sudah stabil, kita akan hentikan import. Import ini bukannya menerusi permit berpanjangan hanya untuk sementara sehingga stabil sepenuhnya,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas sesi libat urus bersama pimpinan-pimpinan Peladang Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) B-4, Tun Adam Malik, Pangkalan Kundur pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTunggakan hutang tidak mampu dibayar Felcra berjumlah RM312.22 juta\n\n\n\n\n\n\nGangguan bekalan air di 99 kawasan di Selangor pada Isnin\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan GEG Disambut Baik Tetapi Perlu Diteliti \u2013 ADUN Bemban\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak apologetik pertahan Islam sebagai agama Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nBekalan gula berkurang, KPDN digesa ambil tindakan\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir sama, Pengurus Besar MADA, Kamarudin Dahuli.\n\n\nMohamad jelaskan, untuk menampung kekurangan atau terputus bekalan yang masih berlaku di beberapa tempat, pihaknya telah mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membekalkan telur ayam ke kawasan terjejas.\n\n\n\u201cKementerian turut mendapat jaminan daripada pengeluar telur tempatan bahawa mereka sudah bersedia hasilkan telur ayam secukupnya untuk pasaran.\n\n\n\u201cSebelum ini pengeluaran dalam negara terjejas disebabkan beberapa faktor antaranya, sesetengah tempat ternakan ayam berdepan kekurangan pekerja yang mana daripada mampu hasilkan setengah juta telur, hanya dapat keluarkan 300,000 telur,\u201d jelasnya.\n\n\nMenurutnya lagi, diharap setelah kerajaan mempermudahkan urusan pengambilan pekerja tempatan atau asing, krisis akan semakin pulih.\n\n\n\u201cSekarang bekalan sudah stabil cuma harga perlu ikut pasaran dari semasa ke semasa,\u201d tegasnya.\n\n\nMengulas mengenai cadangan Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin agar kerajaan memansuhkan Permit Kelulusan (AP) telur ayam untuk mengurangkan harga sumber protein itu sehingga 10 peratus, selain menjamin bekalan, Mohamad berkata, ia antara pandangan disuarakan pelbagai pihak.\n\n\n\u201cItu pandangan beliau. Kami di peringkat kementerian akan bincang bersama beberapa kementerian lain antaranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/26/malaysia-berjaya-mengenepikan-perintah-penahanan-waris-sultan-sulu/", "title": "Malaysia berjaya mengenepikan perintah penahanan waris Sultan Sulu", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis -Malaysia memperoleh kemenangan penting terhadap individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu apabila Mahkamah di Luxembourg, kelmarin, mengetepikan perintah penahanan yang dimohon pihak terbabit.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri, (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata perintah penahanan yang diketepikan itu dimohon berasaskan dua penganugerahan timbang tara (purported arbitral awards) yang dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah iaitu Dr Gondoza Stampa.\n\n\nKatanya, ketika itu Dr Stampa menganugerahkan kepada penuntut sebanyak AS 14.92 bilion (RM62.59 bilion).\n\n\nAzalina berkata, Malaysia membantah prosiding timbang tara yang dirancang oleh penuntut dan mengambil segala tindakan perundangan yang ada untuk membatalkan pelantikan Dr Stampa serta \u2018anugerah\u2019 yang diberikan.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri, (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said\n\n\n\u201cHasil daripada tindakan Malaysia, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr Stampa membatalkan pelantikan itu secara retrospektif dan \u2018preliminary award\u2019 yang dikeluarkannya di Madrid.\n\n\n\u201cMahkamah Perancis juga menggantung penguatkuasaan \u2018final award\u2019 yang dikatakan dikeluarkan oleh Dr Stampa di Perancis, sementara menunggu keputusan Mahkamah bagi permohonan Malaysia untuk mengetepikan perkara itu.\n\n\n\u201cMalaysia kemudian dengan serta-merta membuat permohonan kepada Mahkamah Luxembourg untuk mendapatkan \u2018relif interim\u2019 supaya perintah penahanan itu diketepikan.\n\n\nPendengaran bagi permohonan itu sudah berlangsung pada 5 Disember tahun lalu di hadapan hakim Mahkamah Luxembourg yang memutuskan untuk mengetepikan perintah penahanan itu,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.\n\n\nAzalina berkata, keputusan Mahkamah Luxembourg itu menjustifikasikan prinsip kerajaan untuk mempertahankan Malaysia di mana-mana forum bagi memastikan kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara.\n\n\nPada Mac tahun, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia yang mewarisi obligasi perjanjian pajakan apabila memperoleh kemerdekaan daripada Britain dan mesti membayar waris berkenaan sebanyak AS$14.92 bilion.\n\n\nSelepas itu, pada 12 Julai dilaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh kumpulan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.\n\n\nLangkah itu pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh kumpulan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.\n\n\nFinal Award Mahkamah Arbitrasi Paris pada 28 Feb 2022, yang dibuat oleh penimbang tara Dr Stampa menganugerahkan pihak menuntut Sulu itu sejumlah AS$14.92 bilion.\n\n\nJemaah Menteri pada 14 Julai lalu kemudian bersetuju menubuhkan pasukan khas untuk meneliti, memantau serta merangka tindakan berlunaskan undang-undang sewajarnya bagi menangani isu tuntutan kumpulan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/26/malaysia-tidak-kompromi-isu-provokasi-agama-tak-halang-protes/", "title": "Malaysia tidak kompromi isu provokasi agama, tak halang protes", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian Malaysia tidak akan bertolak ansur dan berkompromi terhadap tindakan provokasi agama yang dilakukan oleh ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah al-Quran pada Sabtu lalu.\u00a0\n\n\nBeliau berkata, kerajaan juga telah membuat bantahan terhadap tindakan biadab dan Islamofobia oleh ahli politik berkenaan dengan menghubungi Kedutaan Sweden untuk memaklumkan dengan jelas pendirian Malaysia.\u00a0\n\n\n\u201cKerajaan telah buat perkara itu dan hubungi Kedutaan Sweden dan nyatakan dengan jelas pendirian Malaysia. Kenyataan kita amat tegas,\u201d katanya \nselepas Majlis Pelancaran Buku Himpunan Esei \u2018Knowledge, Tradition and Civilization: Essays in Honour of Professor Osman Bakar\u2019 di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM) di ibu negara hari ini.\u00a0\n\n\nTurut hadir, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr Husaini Omar; Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Samsudin Osman dan Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.\u00a0\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Tak Perlu Bimbang Disiasat \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nPeralihan kuasa satu perkara biasa \u2013 Sri Acryl\n\n\n\n\n\n\nTiada Perhimpunan, Perarakan Hari Penamaan Calon PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nDAP Rengsa Hal Membabitkan Islam\n\n\n\n\n\n\nPAS Kekal Pertahankan Perikatan Nasional\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Anwar berkata, \nkerajaan tidak menghalang protes yang akan dilakukan oleh Pas malah mereka berhak untuk menyuarakan pandangan bagi membantah tindakan Islamofobia tersebut.\n\n\n\u201cMereka (Pas) ada hak untuk buat demikian. Tiada isu mengenai protes yang akan diadakan esok oleh Pas, mereka harus tunjukkan pandangan mereka,\u201d katanya lagi.\n\n\nSementara itu, beliau turut menyokong tindakan Presiden Turkiye, \nRecep Tayyip Erdogan yang dilihat memimpin kecaman terhadap tindakan provokasi tersebut. \n\n\nSebelum ini, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yahaya dilapor kan akan menganjurkan satu himpunan solidariti bagi menyuarakan bantahan berhubung \npenghinaan terhadap agama Islam oleh ahli politik \nSweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar naskhah al-Quran.\n\n\nKatanya, himpunan solidariti itu akan bermula di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC) sebelum berarak ke Kedutaan Sweden esok."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/26/mata-pelajaran-pendidikan-islam-perlu-dikaji-semula-pm/", "title": "Mata pelajaran Pendidikan Islam perlu dikaji semula \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Mata pelajaran Pendidikan Islam harus dikaji semula supaya ia dapat memberi kefahaman yang jelas kepada para pelajar.\n\n\nMemaklumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri\u00a0\nAnwar Ibrahim\n\u00a0berkata, ia penting supaya tiada mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan hujah berdasarkan al-Quran dan Sunah.\n\n\nBagaimanapun, katanya lagi, beliau menyerahkan perkara itu kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin dalam membuat ketetapan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTolak atau terima bekas UMNO dalam PKR, belum diputuskan \u2013 Presiden\n\n\n\n\n\n\nLRT Laluan Kelana Jaya Digantung Operasi 7 Hari\n\n\n\n\n\n\nPasangan Hina Islam Mungkin Terima Sokongan Luar \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPerarakan Hari Wanita sekadar boneka, sebar mesej budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nPerlu Lebih Ramai Calon Muslim Bertanding \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya serahkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi mengenai kurikulum mata pelajaran peradaban Islam melihat kepada cadangan dari sarjana-sarjana utama termasuk untuk dikaji semula supaya betul-betul memberi kefahaman lebih mendalam dengan mesej Islam, tentunya soal nilai, akhlak, kemanusiaan, universal jadi ini dirasakan ia perlu diberi perhatian.\n\n\n\u201cBuku ini sepatutnya menjadi autoriti merujuk kepada Quran, hadith, ulasan pemikir. Ini semua orang dalam tazkirah buat fatwa masing-masing. Bila tegur kata anti ulama. Tapi guru ugama itu buat kenyataan salah, itu mesti ditegur,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Buku Himpunan Esei \u2018Knowledge, Tradition and Civilization: Essays in Honour of Professor Osman Bakar di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur\u00a0hari ini.\n\n\nMengulas lanjut, perkara asas dalam mata pelajaran Pendidikan Islam ini turut dilihat mampu mengubah kefahaman umat Islan supaya tidak mudah percaya dengan sebarang hujah oleh mana-mana pihak meskipun tokoh parti politik mahupun para ulama\u2019 yang ada.\n\n\n\u201cKerana dia tokoh parti, ulama, semua kenyataan dia benar? Islam tidak pernah ajar begitu. Sebab itu Pendidikan Islam ini harus memberi kefahaman lebih mendalam, kupasan mesti dihujah dan jika perlu teguran, pembetulan ini dikatakan tradisi ilmu pelajaran secara kritis,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/26/nasib-khairy-dan-pengkhianat-umno-diketahui-esok/", "title": "Nasib Khairy dan pengkhianat UMNO diketahui esok", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Khamis \u2013 UMNO akan mengadakan pembersihan besar-besaran terhadap individu yang menjadi pengkhianat parti dan calon pada pilihan raya umum lalu.\n\n\nPresidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam esok.\n\n\n\u201cTunggulah apabila MKT bermesyuarat, untuk Khairy (Jamaluddin) secara individu tidak penting. Saya kata dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran, termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon parti pada pilihan raya umum lalu dan mungkin termasuk orang yang menembak kaki sendiri ketika pilihan raya diadakan.\n\n\n\u201cBila besar-besaran itu maknanya adalah pembersihan, mana yang belum terasa, insya-Allah esok malam akan terasa,\u201d katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Penyelarasan bersama EXCO Luar Bandar (MEXCLUB), pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBak Kut Teh makanan warisan? Kaji sensitiviti masyarakat dulu \u2013 Rais Yatim\n\n\n\n\n\n\nUPNP serbu kawasan penerokan tanah haram, rampas jengkaut di Raub\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kabinet Yang Bercuti Diarah Pulang Malaysia Segera\n\n\n\n\n\n\nLihat anak bulan Syawal petang ini\n\n\n\n\n\n\nTiada diskriminasi dalam penganjuran bengkel SPM\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat MKT esok akan menentukan nasib bekas Ketua Pemuda, Khairy.\n\n\nKetika ditanya sama ada keputusan itu akan dibuat esok, Ahmad Zahid meminta media untuk datang beramai-ramai bagi mengetahui senarai mereka yang terlibat.\n\n\n\u201cTidak boleh beritahu awal, kalau strategi dikongsi dengan wartawan, tidak lagi jadi strategi, saya harus \u2018embargo\u2019 maklumat itu sehingga waktunya,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengesahkan perkara itu \ndalam reaksi ringkas ketika ditanya media selepas membuat tinjauan kerja ke tapak pembinaan perumahan program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sungai Besi.\n\n\nPada 14 Januari lalu, Khairy mendakwa wujud cubaan membawa masuk perwakilan import bagi meluluskan usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/26/penyiasat-dedah-penemuan-baharu-mh17-pada-8-februari-ini/", "title": "Penyiasat dedah penemuan baharu MH17 pada 8 Februari ini", "body": "0\n\n\nTHE HAGUE, Khamis \u2013 Hasil siasatan berhubung pesawat Malaysia Airlines MH17 bakal didedahkan bulan depan oleh penyiasat antarabangsa selepas tiga individu didapati bersalah dipercayai terbabit menembak jatuh pesawat itu.\n\n\nPenemuan itu dijangka mendedahkan dalang sebenar yang mengarahkan serangan peluru berpandu, menembak jatuh pesawat itu di timur Ukraine pada 2014, dan pihak yang membekalkan peluru buatan Rusia.\n\n\nSeorang warga Rusia dan seorang warga Ukraine didapati membantu membawa peluru berpandu berkenaan ke Ukraine namun tidak terlibat dalam tembakan yang dilepaskan.\n\n\nMereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa kehadiran kerana membunuh oleh mahkamah Belanda pada November lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n6 hospital, 72 fasiliti kesihatan terjejas akibat banjir\n\n\n\n\n\n\nTiada pengeluaran KWSP demi kebaikan negara \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nTunku Abdul Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n179 orang dipindahkan ke PPS di Larut, Matang dan Selama\n\n\n\n\n\n\nMansuh kemasukan penjawat awam guna kelulusan PMR\n\n\n\n\n\n\n\n\nLapor Berita Harian, Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) terdiri daripada ahli dari Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.\n\n\nMereka akan mendedahkan hasil siasatan sedang dijalankan terhadap pihak lain yang terbabit dalam nahas pesawat MH17 pada sidang akhbar di The Hague yang dijadualkan pada 8 Februari depan.\n\n\nJIT juga menyiasat anak kapal Buk-TELAR dan mereka bertanggungjawab membekalkan sistem senjata Rusia yang menyebabkan MH17 terhempas selain pembabitan Republik Rakyat Donetsk (DPR).\u201d\n\n\nKeadaan MH17 yang dijumpai di timur Ukraine setelah ditembak jatuh\n\n\nWaris mangsa juga akan dimaklumkan terlebih dulu mengenai perkara berkenaan.\n\n\nDalam pada itu, Leonid Kharchenko dari Ukraine dan warga Rusia, Igor Girkin adalah ahli kumpulan pemisah DPR, kumpulan yang dikawal oleh Moscow.\n\n\nBagaimanapun hakim berkata, tidak jelas siapa sebenarnya mengendalikan sistem peluru berpandu BUK ketika pesawat itu ditembak jatuh.\n\n\nRusia menafikan sebarang pembabitan dalam serangan menembak jatuh pesawat itu, atau peranan mengawal kumpulan pemisah.\n\n\nPada 17 Julai 2014, kesemua 283 penumpang dan 15 kru pesawat itu terbunuh apabila ditembak di timur Ukraine yang dikuasai pemisah.\n\n\nBoeing 777\n yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, ditembak jatuh di lokasi pertempuran antara kumpulan pemisah yang disokong Rusia dengan tentera Ukraine."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/26/pn-pas-sedia-terima-khairy-jika-disingkir-umno/", "title": "Khairy hargai tawaran Pas, masih setia dengan UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nBekas ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menghargai tawaran Pas untuk menyertai Perikatan Nasional tetapi mengambil pendirian untuk setia sebagai ahli UMNO.\n\n\nKhairy berkata, beliau berpendirian untuk kekal bersama UMNO setakat ini.\n\n\n\u201c\nSaya ucap terima kasih atas pelawaan PAS untuk sertai Perikatan Nasional (PN) tetapi saya masih setia sebagai ahli biasa UMNO,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian susulan pelawaan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk Khairy menyertai mana-mana parti dalam komponen PN.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada Lagi PKP Di Seluruh Negara, Termasuk Pada Aidilfitri Ini\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Cipta Jurang, Halang Integrasi Nasional \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nR-Naught Terus Melonjak \u2013 Kedah, KL, Melaka, N. Sembilan Tinggi\n\n\n\n\n\n\nKapal pengawal pantai China \u201cThe Monster\u201d awasi projek gas Petronas\n\n\n\n\n\n\nPRN: Enam negeri masih kekal sepakat bubar DUN serentak\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Besar Terengganu itu berkata, \nPerikatan Nasional (PN) dan Pas bersedia menerima Khairy jika bekas Ketua Pemuda UMNO tersebut dikenakan tindakan penyingkiran oleh partinya.\n\n\nNaib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau boleh memilih untuk menyertai mana-mana parti dalam komponen PN.\n\n\nKatanya, seluruh kepemimpinan Pas dan PN menganggap, penyertaan Khairy dalam gabungan itu diibaratkan sebagai kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.\n\n\n\u201cPimpinan parti dalam PN sentiasa bersikap terbuka dan penyertaan mana-mana pemimpin politik atau individu untuk bersama melaksanakan pelbagai agenda kepada rakyat,\u201d katanya selepas merasmikan Seminar Teknologi dan The Future Of Growth 2.0 hari ini.\n\n\nTturut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalal.\n\n\nAhmad Samsuri yang juga Menteri BesarTerengganu berkata demikian ketika menjawab soalan media sama ada Pas dan PN bersedia menerima kemasukan Khairy jika dikenakan tindakan termasuk digugurkan daripada keahlian oleh Lembaga Disiplin UMNO.\n\n\nDifahamkan, UMNO dijangka mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) petang esok bagi membincangkan tindakan ke atas Khairy yang menyebarkan dakwaan palsu mengenai kewujudan \u2018perwakilan import\u2019 dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 pada pertengahan bulan lalu.\n\n\nMengulas lanjut, Ahmad Samsuri mengakui, Khairy adalah pemimpin hebat dan berfikiran terbuka serta mampu melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan cemerlang.\n\n\n\u201cPandangan saya adalah Khairy pemimpin yang mampu melaksanakan pelbagai agenda kepada rakyat.\n\n\n\u201cKita mengalu-alukan dan bersedia menerima penyertaan Khairy untuk bersama dengan PN,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/26/siti-bainun-jalani-prosiding-bela-diri-tanpa-diwakili-peguam/", "title": "Siti Bainun jalani prosiding bela diri tanpa diwakili peguam", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013 Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali\n hadir ketika prosiding bela diri di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini tanpa diwakili mana-mana peguam bela.\n\n\nHakim Izralizam Sanusi membuat ketetapan untuk tidak lagi memberi sebarang penangguhan sebaliknya mengarahkan Siti Bainun terus membaca kenyataan saksi bermula hari ini atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, Bella.\n\n\nHakim Izralizam tetap meneruskan prosiding bela diri yang dijalani Siti Bainun hari ini dan esok walaupun tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.\n\n\nSiti Bainun tidak membuat apa-apa aduan kepada Majlis Peguam tentang tindakan peguam-peguamnya menarik diri saat akhir memandangkan ada di antara mereka masih membantunya menyediakan kenyataan saksi dan lain-lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan isu ceramah Fahmi di masjid\n\n\n\n\n\n\nSarjan direman minta rasuah daripada penagih, pengedar dadah\n\n\n\n\n\n\nMKT UMNO sokong Ahmad Zahid sebagai Presiden, tidak bentuk kerajaan bersama PN\n\n\n\n\n\n\nLawatan PM : hubungan Malaysia-Amerika punca Arab Saudi jauhkan diri?\n\n\n\n\n\n\nPerlis Benar Masjid Rapat Saf Solat Berjemaah\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, hakim membenarkan Siti Bainun untuk membaca kenyataan saksi yang hampir 200 muka surat yang juga mungkin akan memakan masa sehingga dua hari manakala pemeriksaan balas boleh dilakukan pada tarikh perbicaraan seterusnya, 20 Februari depan.\n\n\nSiti Bainun turut memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia dikecam dan diugut bunuh, setiap hari disebabkan video kanak-kanak perempuan sindrom Down, Bella.\n\n\nMalah katanya, tindakan saksi pendakwaan pertama, Zurianty Sudin, 40, menyebarkan video Bella yang disunting turut menyebabkannya hilang segala-galanya.\n\n\nSebelum ini, peguam bela Siti Bainun, Asiah Abd Jalil dilaporkan terpaksa menarik diri daripada terus mengendalikan kes itu sebelum empat lagi peguam mewakilinya turut menarik diri daripada mewakili.\n\n\nSiti Bainun (berbaju merah) bersama barisan peguamnya sebelum ini\n\n\nBerikutan itu, tertuduh Siti Bainun memohon bantuan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).\n\n\nPada 24 November lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Siti Bainun membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella, sehingga mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.\n\n\nSiti Bainun berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-dua sekali mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 jika sabit kesalahan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/27/10-terkorban-20-cedera-serangan-kejam-israel-di-tebing-barat/", "title": "10 terkorban, 20 cedera serangan kejam Israel di Tebing Barat", "body": "0\n\n\nBAILTULMAQDIS, Jumaat \u2013\u00a0\nTentera Zionis Israel melancarkan serbuan di Tebing Barat \nmengakibatkan 10 rakyat Palestin dibunuh dan 20 lagi cedera, semalam.\n\n\nHari berdarah buat warga Palestin di Tebing Bara\nt itu sekali gus mencatatkan kematian tertinggi dalam sehari pada tahun ini.\n\n\nMangsa terkorban terdiri tujuh pejuang Palestin, seorang wanita warga emas dan selebihnya orang awam.\u00a0\n\n\nTentera Israel bertindak ganas melepaskan tembakan di jalan raya, membakar premis kediaman dan bangunan.\n\n\nIsrael menyerang di Semenanjung Gaza yang dikepung.\n\n\nBerikutan itu, pejuang HAMAS Palestin melepaskan roket dan Israel melancarkan serangan balas udara ketika ketegangan memuncak.\n\n\nPejuang Hamas menembak lima roket ke Israel tetapi tiga berjaya dipintas, satu jatuh di kawasan lapang dan satu lagi jatuh di dalam Gaza.\n\n\nDalam pada itu, Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya serbuan komando tentera Israel ke atas bandar Jenin di Palestin.\n\n\nKementerian Luar Arab berkata, pihaknya mengecam serbuan tentera pengganas Israel yang mengakibatkan kematian yang tertinggi dalam sehari di Palestin.\n\n\nSelain itu, Kuwait dan Oman turut mengutuk serangan itu.\n\n\nSerangan maut di kem pelarian Jenin bakal mencetuskan protes besar-besaran ketika rakyat Palestin berkumpul selepas menunaikan solat Jumaat, hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/27/kanada-lantik-penasihat-khas-perangi-islamofobia/", "title": "Kanada lantik penasihat khas perangi Islamofobia", "body": "0\n\n\nMONTREAL, Jumaat \u2013\nSusulan beberapa serangan terhadap umat Islam di Kanada, kerajaannya melantik wakil khas pertama untuk memerangi Islamofobia di negara itu.\n\n\nPerdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata, khidmat sebagai penasihat, pakar dan wakil kerajaan diberikan kepada wartawan dan aktivis, Amira Elghawaby.\n\n\nTegasnya, islamophobia perlu ditamatkan bagi membina masa depan yang lebih baik untuk semua orang.\n\n\n\u201cAmira berperanan menyokong dan meningkatkan usaha kerajaan persekutuan dalam memerangi Islamofobia, kebencian sistemik, diskriminasi kaum dan sikap tidak bertolak ansur antara agama,\u201d katanya\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDemimu Ayah\u2026 gendong bapa sempurnakan tawaf\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah Allah : PUTRA gesa campur tangan Agong\n\n\n\n\n\n\nKuota Minyak Masak Bersubsidi Cukup\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Beri Kebenaran Khas Eksport Tiga Komoditi Berasaskan Ayam\n\n\n\n\n\n\nPolis buka 240 kertas siasatan, tahan 15 individu\n\n\n\n\n\n\n\n\nAmira dikenali sebagai pejuang hak asasi manusia yang aktif dan bertugas sebagai\u00a0 ketua komunikasi untuk Yayasan Perhubungan Perkauman Kanada dan kolumnis untuk akhbar Toronto Star, dan pernah bekerja selama lebih sedekad di penyiar awam CBC.\n\n\nAmira Elghawaby dilantik sebagai wakil khas pertama untuk memerangi Islamofobia di Kanada\n\n\nTrudeau menyifatkan perlantikan Amira sebagai Langkah penting dalam memerangi Islamofobia dan kebencian segala aspek.\n\n\nJawatan baharu itu disyorkan oleh sidang kemuncak kebangsaan mengenai Islamofobia yang dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan pada Jun 2021 sebagai tindak balas terhadap serangan itu.\n\n\nBeberapa tahun sebelum ini, berlaku peningkatan siri serangan maut menyasarkan umat Islam di Kanada.\n\n\nPada Jun 2021, seorang lelaki memandu trak melanggar empat sekeluarga\n sehingga terbunuh di London, Ontario.\n\n\nSelain itu, enam orang Islam maut dan lima cedera dalam serangan ke atas masjid di Bandaraya Quebec pada empat tahun sebelumnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/27/kerajaan-putus-tak-wajar-tarik-semakan-batu-puteh/", "title": "Kerajaan putus tak wajar tarik semakan Batu Puteh", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nMesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Januari lalu memutuskan, tindakan menarik balik semakan keputusan berkaitan Pulau Batu Puteh adalah sebagai tidak teratur.\n\n\nIa dikatakan tidak wajar setelah Laporan Pasukan-Petugas Khas (PPK) Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dibentangkan di hadapan Jemaah Menteri.\n\n\nBagaimanapun, kerajaan tetap akur serta menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang diumumkan sebelum ini.\n\n\nMenurut kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Jabatan Peguam Negara kini sedang giat mengkaji syor-syor yang dibuat oleh Pasukan Petugas Khas berkenaan serta isu berkaitan dengan \ntort of misfeans in public office\n.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTak benar keluar KWSP, simpanan pencarum susut 50 peratus\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi dipindahkan ke wad biasa, keadaan semakin baik\n\n\n\n\n\n\ni-Biaya ganti Skim Rumah Pertamaku\n\n\n\n\n\n\nPertandingan Sukan Sekolah Masih Boleh Diadakan\n\n\n\n\n\n\nKDN, PDRM pastikan PRN 6 negeri lancar\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Idrus, terdapat beberapa tindakan yang perlu diambil untuk melaksanakan keputusan yang telah dibuat oleh Jemaah Menteri.\n\n\nIsu kedaulatan negara lebih besar terutama membabitkan perairan di sekitar Pulau Batu Puteh, yang kini masih milik Malaysia.\n\n\nBeliau turut menyifatkan isu Batu Puteh sangat penting untuk diketengahkan kerana ia melibatkan kepentingan strategik dan kedaulatan negara.\n\n\nJusteru, beliau memaklumkan kerajaan akan terus memastikan kepentingan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara.\n\n\nSultan Johor dipersembahkan Laporan Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.\n\n\nSebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima persembahan laporan terkini Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.\n\n\nTerdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kabinet telah bersetuju untuk mengkaji semula isu tuntutan Batu Puteh."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/27/najib-punca-malaysia-jadi-negara-kleptokrasi-pencuri/", "title": "Najib punca Malaysia jadi negara kleptokrasi, pencuri", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Datuk Seri Najib Razak menjadi punca Malaysia menjadi negara kleptokrasi sekali gus meruntuhkan akhlak orang Melayu.\n\n\n\n\nTun Mahathir berkata, Najib mula meyakinkan orang Melayu yang mereka tidak perlu rasa malu kerana pemimpin mereka mencuri duit.\n\n\n\u201c\nKejayaan Najib yang besar ialah meruntuh akhlak orang Melayu. Sekarang orang Melayu tidak lagi berasa malu apabila melaku perbuatan yang terkutuk.\u00a0\n\n\n\u201cNajib mula dengan meyakinkan orang Melayu yang mereka tidak perlu rasa malu kerana Boss mereka curi duit. Kata Najib \u201cNak malu apa, Bossku\u201d apabila Najib curi duit Kerajaan,\u201d katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.\n\n\nTun Mahathir mengulas, apabila Najib mencuri duit kerajaan, maka pengikut setianya juga tidak berasa malu untuk mencuri dan menerima duit daripada beliau.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSuntik Dana Anak Muda Hasil Seni Bermutu, Cukuplah Karya Berkiblat Barat\n\n\n\n\n\n\nExco DAP Selangor biadab, kaitkan isu arak dengan solat umat Islam\n\n\n\n\n\n\nLIMA 2023 : Kontrak bernilai RM10.1 bilion termeterai\n\n\n\n\n\n\nDasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai PM \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki sanggah laporan awal kata insiden KLIA tiada unsur rasuah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, katanya, Najib juga mengajar orang Melayu untuk meminta duit secara percuma pada pilihan raya umum yang mana orang Melayu rela disogok duit kerana duit yang didapati bukan kerana khidmat mereka.\n\n\n\u201c\nNajib mengajar orang Melayu supaya minta duit percuma. Dalam PRU orang Melayu rela disogok duit kerana duit yang didapati bukan kerana khidmat bekerja. RM100 percuma lebih baik dari gaji RM2000 sebulan kerana untuk gaji kerja diperlukan. Sebaliknya RM100 untuk undi tidak perlu kerja. Tak bagi duit tak undi. Ini jawapan pengundi PRU 15.\n\n\n\u201cSebab itu yang tak bagi duit kalah. Yang menang dalam PRU 15 ialah yang sogok duit. Yang mampu sogok ialah pencuri. Yang menang dan diri Kerajaan adalah pencuri. Apabila pencuri jadi Kerajaan, duit Kerajaan pun dicuri,\u201d katanya.\n\n\nJelas Tun Mahathir lagi, apabila orang Melayu dikesan mencuri pada zaman dahulu, mereka akan berasa malu. Bagaimanapun, kini sebaliknya.\n\n\nDalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi membalas kenyataan Tun Mahathir dengan mendakwa beliau mengalami fasa kemurungan politik.\n\n\n\u201cKini tidurnya terganggu kerana Anwar yang pernah dipecat, dipenjara dan jadi PM tepi kini jadi PM ke 10. Zahid yang didakwa dengan pulohan pertuduhan kini jadi TPM dan kekal Presiden UMNO,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook.\n\n\nMohd Puad berkata, kehidupan Tun Mahathir tidak tenang selepas bekas timbalannya dalam Kabinet pada era 1990 Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi Perdana Menteri.\n\n\nTambah beliau, Mahathir juga resah apabila Ahmad Zahid yang didakwa di mahkamah ketika pentadbiran beliau selama 22 bulan telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.\n\n\nMalah, katanya, legasi Tun Mahathir tidak lagi dihormati selepas mengalami kekalahan disifatkan penuh kehinaan pada pilihan raya umum tahun lepas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/27/paludan-tidak-berhenti-provokasi-ancam-bakar-lagi-tiga-al-quran/", "title": "Paludan tidak berhenti provokasi, ancam bakar lagi tiga Al-Quran", "body": "0\n\n\nCOPENHAGEN, Jumaat\n \u2013 \nAhli politik pelampau sayap kanan, Rasmus Paludan\u00a0berhasrat untuk membakar tiga Al-Quran di Copenhagen, Denmark hari ini.\n\n\nKatanya, satu akan dibakar di masjid, satu di kedutaan Rusia dan kemudian satu di kedutaan Turkiye, katanya.\n\n\nTindakannya didakwa sebagai tindak balas kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang menghalang permohonan Sweden untuk menyertai NATO.\n\n\nMenerusi temu bual bersama akhbar Sweden, Aftonbladet, Paludan\u00a0berhasrat untuk terus membakar naskhah kitab suci itu setiap Jumaat jam 2 petang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM umum sekolah cuti khas Aidilfitri pada 19 April\n\n\n\n\n\n\nKedah umum cuti peristiwa 5 Februari sempena Thaipusam\n\n\n\n\n\n\nMYDIN rugi setengah juta kerana cuti tambahan raya\n\n\n\n\n\n\nKerajaan kaji subsidi telur, ayam Jun ini\n\n\n\n\n\n\nSaudi sahkan pertemuan PM, Raja Salman dan Putera Mohammed\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya akan mengumumkan bahawa ini adalah kesalahan Erdogan. Sekarang dia tidak mahu membenarkan Sweden masuk NATO, saya perlu mengajarnya tentang kebebasan bersuara sehingga dia melakukannya,\u201d katanya.\n\n\nAhli politik pelampau sayap kanan, Rasmus Paludan bertindak membakar Al-Quran\n\n\nDi Denmark, Paludan tidak memerlukan permit sebagaimana di Sweden, tetapi dia mesti memaklumkan pihak berkuasa 24 jam sebelum melakukan sebarang tindakan.\n\n\nAhli politik itu mencetuskan kemarahan masyarakat Islam minggu lalu selepas dia membakar al-Quran di ibu kota Sweden, Stockholm.\n\n\nPerbuatan jijik itu turut mendapat kebenaran kerajaan berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/27/peluang-ahmad-zahid-dapat-pasport-tipis-peguam/", "title": "Peluang Ahmad Zahid dapat pasport tipis \u2013 Peguam", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nPeguam, Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdulla memaklumkan, peluang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendapatkan semula pasport antarabangsa beliau sangat tipis kerana keperluan dan kepentingan sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kurang penting berbanding Menteri lain.\n\n\nTambah beliau, walaupun Ahmad Zahid sudah memfailkan permohonan itu, Mahkamah Tinggi perlu mengimbangi semula kadar kepentingan pasport susulan beliau diwajibkan untuk menghadiri tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan.\n\n\nDalam masa yang sama, beliau turut mengulas bahawa Ahmad Zahid tidak akan diberikan layanan istimewa oleh Mahkamah Tinggi walaupun jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet.\u00a0\n\n\nBeliau turut menjelaskan, sekiranya layan istimewa itu diberikan, secara tidak langsung ia\u00a0 menjadi satu tindakan penyalahgunaan ihsan dan kebenaran mahkamah, justeru mahkamah tetap akan melakukan ketegasan buat Ahmad Zahid.\u00a0\n\n\nAhmad Zahid memerlukan pasport antarabangsa agar beliau dapat memperolehi pasport diplomatik yang sering digunakan oleh delegasi lawatan kerja oleh Menteri\n\n\nTerdahulu, pasport Ahmad Zahid ditahan oleh mahkamah hampir lima tahun lalu, sebagai syarat jaminan berhubung pendakwaan terhadapnya mengenai pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akal Budi sejak 2018.\n\n\nAhmad Zahid turut memaklumkan beliau diberi mandat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewakili delegasi lawatan kerja dalam beberapa urusan pentadbiran negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/27/yayasan-maghfirah-sasar-lebih-10000-penerima-bantuan-ramadan/", "title": "Yayasan Maghfirah sasar lebih 10,000 penerima bantuan Ramadan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nKeadaan ekonomi negara yang tidak menentu menyebabkan kehidupan rakyat Malaysia semakin terhimpit susulan kenaikan harga barang menjelang bulan Ramadan kira-kira 54 hari lagi.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif Yayasan Maghfirah (YM), Muhammad Shuib Noruddin berkata, atas rasa tanggungjawab itu, mereka melancarkan Kempen Raikan Ramadan Tahun 2023 bagi meringankan beban masyarakat khususnya golongan asnaf dan B40.\u00a0\n\n\nBeliau berkata, YM mensasarkan pengumpulan dana sebanyak RM500,000 dengan anggaran lebih 10,000 orang penerima manfaat menerusi 12 projek yang berjalan sepanjang bulan Ramadan dalam kempen ini seperti Infak al-Quran, Infak Kelas Sahabat al-Quran Braille, Kongsi Rezeki, Jiwa Peduli, Tabung Raikan Ramadan dan Lestari Anak Yatim.\u00a0\n\n\nJelas Muhammad Shuib, antara lokasi yang bakal menerima bantuan tersebut adalah pusat kebajikan, rumah anak yatim, pusat rawatan perubatan serta pusat komuniti YM.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nATM Sentiasa Siap Siaga Pindah Mangsa Banjir Ke Kawasan Selamat\n\n\n\n\n\n\nRayuan SIS cabar fatwa MAIS sekali lagi ditolak\n\n\n\n\n\n\nKetepikan Masalah Dalaman \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : PEMBELA akan lapor polis\n\n\n\n\n\n\nOrang ramai dinasihat guna bekalan air diiktiraf SPAN\n\n\n\n\n\n\n\n\nAgihan bantuan itu pula akan dilaksanakan oleh sukarelawan YM, Skuad Kita Bantu di seluruh negara.\n\n\n\u201cYM hari ini turut melancarkan lima buah pakej Raikan Ramadan iaitu Infak Ramadan Bronze (RM50), Infak Ramadan Silver (RM100), Infak Ramadan Gold (RM300), Infak Ramadan Diamond (RM500) dan Infak Ramadan Platinum (RM100),\u201d katanya dalam sidang media di ibu pejabat YM di Kajang, Selangor hari ini yang turut dihadiri \nKetua Pegawai Operasi YM, Mariam Malek dan Pengurus Projek, Lukmanul Hakeem.\u00a0\n\n\nSelain itu, YM juga akan meneruskan Majlis Amal Maghfirah (MAM) bagi meraikan seramai 350 asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim, pelajar tahfiz, golongan orang kelainan upaya (OKU) dan anak-anak tajaan kelas Sahabat Al-Quran (SAQ).\u00a0\n\n\nKetua Pegawai Operasi YM, Mariam Malek berkata, YM juga menambah bilangan penerima-penerima bantuan yang baharu selain daripada penerima-penerima bantuan sedia ada menerusi beberapa projek bersama yayasan sebelum ini.\u00a0\n\n\nMariam berkata, YM turut bekerjasama dengan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) kawasan setempat serta masjid untuk mendapatkan dan menyaring maklumat penerima-penerima bantuan tersebut.\u00a0\n\n\n\u201cKita bekerjasama dengan KRT di kawasan-kawasan komuniti untuk mendapatkan senarai maklumat golongan asnaf yang memerlukan\n\n\n\u201cKita juga berhubung dengan masjid dan surau dalam kawasan komuniti mereka yang memerlukan dan layak untuk menerima bantuan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/28/11311/", "title": "KJ keterlaluan, Hishammuddin membelakang parti", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi mendedahkan sebab UMNO memecat Khairy Jamaluddin Abu Bakar daripada parti itu kerana didakwa memburukkan parti dan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nBeliau mendakwa, perbuatan yang dilakukan Khairy pada kempen Pilihan Raya Umum\u00a0ke-15\u00a0(PRU15)\u00a0disifatkan sebagai melampau dan amat keterlaluan.\n\n\n\u201cKenapa KJ dipecat? Khairy memang melampau. Memburukkan parti dan Presiden semasa kempen PRU15\u00a0amat keterlaluan.\n\n\n\u201cFitnah pengundi hantu semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 berniat jahat,\u201d katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Sabtu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPorak-peranda politik jejas institusi kehakiman negara\n\n\n\n\n\n\nKPT arah UiTM siasat punca data lebih 11,000 pemohon bocor\n\n\n\n\n\n\nPerlu Siasatan Menyeluruh Banteras Pemalsuan Sijil\n\n\n\n\n\n\nTiada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam perlu cakna perubahan politik dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain Khairy, UMNO turut memecat bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar.\n\n\nBeberapa pemimpin lain pula digantung selama enam tahun antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.\n\n\nAhli Parlimen Rengit itu menambah, parti perlu berani mengambil langkah sedemikian, sebagaimana mereka yang dipecat itu berani memfitnah parti.\n\n\nMalah Puad menambah, perkara itu bukan luar biasa kerana parti lain pernah melakukan perkara sama dengan memecat ahli mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/28/anwar-arah-cetak-sejuta-al-quran-reaksi-tindakan-biadab-paludan/", "title": "Anwar arah cetak sejuta al-Quran, reaksi tindakan biadab Paludan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan serta-merta operasi mencetak sejuta al-Quran untuk diedarkan ke seluruh dunia sebagai reaksi balas kepada tindakan biadab membakar al-Quran di Sweden\u00a0baru-baru ini.\n\n\nMenurutnya, proses cetakan sejuta al-Quran itu akan dilaksanakan Yayasan Restu di Kompleks Nasyrul Quran di Presint 14\u00a0di Putrajaya bermula hari ini.\n\n\n\u201cDia (ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan) bakar satu al-Quran\u00a0tapi insya-Allah melalui Yayasan Restu kita akan berusaha secara berperingkat untuk mengeluarkan satu juta al-Quran.\n\n\n\u201cSaya setuju bahawa cara paling berfaedah untuk menjawab kerja-kerja gila dan biadab ini adalah dengan meneruskan usaha yang sudah dimulakan dan bertekad dalam masa singkat secara berperingkat untuk mencetak dan mengedar satu juta al-Quran ke seluruh dunia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWisma Putra terima maklumat tiga rakyat Malaysia masih di Sudan\n\n\n\n\n\n\nTengku Zafrul angkat sumpah Ahli MKT dilantik Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih atas khidmat sebagai Naib Presiden, PM \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen langgar peraturan, berdepan penalti sehingga RM10,000\n\n\n\n\n\n\nTanah rizab Melayu: Orang dalam, ahli politik mungkin terlibat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cItu jawapan terbaik bagi menghadapi kegilaan orang ini. insya-Allah, al-Quran ini bukan sahaja diedar untuk bacaan tetapi dijadikan bahan untuk dihayati,\u201d katanya ketika ditemui selepas melawat operasi pencetakan al-Quran di Kompleks Nasyrul Quran di sini bersempena Festival Seni Al-Quran Restu Global.\n\n\nKatanya, Malaysia serta kerajaan Islam dan dunia Islam membantah keras kegilaan manusia dan haiwan ini yang sanggup membakar kitab suci.\n\n\nAnwar berkata, kerajaan sudah pun memanggil duta Sweden di Malaysia bagi menyampaikan suara bantahan rakyat Malaysia terhadap tindakan biadab itu.\n\n\nMengulas lanjut mengenai cetakan sejuta al-Quran itu, Anwar berkata, kos percetakan itu akan ditanggung kerajaan dan sumbangan wakaf oleh orang awam.\n\n\nMenurutnya, kerajaan juga akan menghubungi negara-negara Islam lain bagi menyelaras pengedaran al-Quran itu nanti.\n\n\n\u201cSetakat ini, Kompleks Nasyrul Quran di sini sudah menyerahkan dan mengedarkan sebanyak dua juta al-Quran ke seluruh dunia,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Anwar turut melancarkan Festival Seni Al-Quran Restu Global (RGQAF), pameran buku terbesar dunia (Haza Muhammad) dan Lembaran Bersejarah Yayasan Restu yang berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, di sini bermula 20 Januari lalu dan berakhir esok. \u2013 Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/28/ismail-sabri-dakwa-lembaga-disiplin-umno-tak-pernah-nasihat-pecat-gantung-pemimpin/", "title": "Ismail Sabri dakwa Lembaga Disiplin UMNO tak pernah nasihat pecat, gantung pemimpin", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO semalam tidak melalui proses sewajarnya serta wujud kecacatan dalam proses berkenaan.\n\n\nNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob\u00a0menjelaskan,\u00a0beliau dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin parti juga tidak pernah menasihatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil sebarang tindakan sedemikian, sebaliknya hanya pemakluman mengenai terdapat laporan dibuat terhadap pemimpin yang dituduh.\n\n\n\u201cSebagai sebuah parti bertamadun, UMNO mesti dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan.\n\n\n\u201cSaya menyatakan tidak setuju dengan keputusan itu atas alasan pemecatan dan penggantungan dibuat dengan tidak mematuhi proses perundangan serta bertentangan dengan prinsip \u2018\nnatural justice\n\u2018 seperti membela diri,\u201d katanya dalam posting di Instagram beliau malam ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemuda ISMA Lancar Kempen Suntik Semangat Perjuangan Melayu, Islam\n\n\n\n\n\n\nI-Guru gesa tindakan tegas kepada pelajar rosakkan harta benda sekolah\n\n\n\n\n\n\n1 Dis, Harga Produk Berasaskan Roti Keluaran Gardenia Naik\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam perlu bersatu, jangan berpuak-puak\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib, UMNO tidak boleh failkan permohonan\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri menjelaskan, di sebalik tindakan pecat dan gantung yang diumumkan malam tadi itu, tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka, selain tidak diberi ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab.\n\n\n\u201cJika yang menuduh tidak puas hati, maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri. Beliau boleh membawa saksi, tuduhan perlu dibuktikan.\n\n\n\u201cJika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya, maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO.\n\n\n\u201cJawatankuasa pengurusan UMNO perlu berbincang dan membawa cadangan ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk keputusan. Proses ini tidak dilaksanakan,\u201d katanya.\n\n\nSetiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya malam tadi mengesahkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ahli MKT UMNO, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada partinya.\n\n\nAhli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan pula digantung keahlian selama enam tahun.\n\n\nKetua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang, Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif juga berdepan nasib sama digantung keahliannya, sementara Ahli MKT, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya diberi surat tunjuk sebab.\n\n\nSementara lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO negeri Pahang, dipecat keahliannya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/28/khairy-tiada-niat-buat-rayuan-yakin-tidak-akan-dilayan/", "title": "Khairy tiada niat buat rayuan, yakin tidak akan dilayan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan,\u00a0proses pemecatan keahlian beliau tidak mengikut proses biasa, khususnya membabitkan Lembaga Disiplin.\n\n\nBeliau juga tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab serta pendengaran daripada Lembaga Disiplin sebelum pengumuman pemecatan\u00a0seperti dilaporkan media malam tadi.\n\n\n\u201cMengesahkan tiada proses sewajarnya. Tiada surat tunjuk sebab dan pendengaran Lembaga Disiplin.\n\n\n\u201cSecara ringkasnya dan dibuang dalam tempoh satu hari daripada parti yang saya setia selama 23 tahun,\u201d katanya menerusi Insta Story akaun Instagram beliau hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih 500 Ribu Peluang Pekerjaan Berjaya Diwujudkan\n\n\n\n\n\n\nPenubuhan pasukan khas D11 bantu banteras aktiviti pornografi kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nUMNO Runding Dengan Kerajaan Bila PRU15\n\n\n\n\n\n\nIPG tidak dapat kerana sudah terima elaun bulanan RM450\n\n\n\n\n\n\nIsu ceroboh perairan negara, lewat bantuan banjir dijangka tumpuan Dewan Rakyat hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, media juga melaporkan bekas Ahli Parlimen Rembau tersebut dipetik tidak akan membuat rayuan selepas dipecat daripada UMNO kerana tidak yakin dengan keputusan yang dibuat oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\n\u201cBila sudah dipecat, pasti nak kena fikir soal masa depan politik. Apakah langkah seterusnya dan ada minta saya buat rayuan.\n\n\n\u201cTetapi, saya rasa tak yakin dengan undang-undang rimba yang dipakai oleh presiden yang mana pemecatan itu dibuat tanpa mengikut proses biasa.\n\n\n\u201cKalau hantar pun ia tidak dilayan, jadi saya rasa buang masa saja nak buat rayuan. Kalau inilah cara dia buang saya, maka memang tidak ada keadilan (dalam parti),\u201d katanya dipetik menerusi laporan media itu.\n\n\nKhairy dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar menyertai senarai pemimpin UMNO terbaru yang dipecat daripada parti itu selepas bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dan Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim.\n\n\nKeputusan pemecatan itu dibuat pada MKT UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi.\n\n\nKetua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan pula digantung keahliannya selama enam tahun.\n\n\nSetiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataannya turut mengesahkan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang; Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif juga digantung enam tahun, sementara Ahli MKT, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya diberi surat tunjuk sebab.\n\n\nTurut dipecat malam tadi lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO negeri Pahang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/28/muhyiddin-dipelawa-khairy-sertai-bersatu/", "title": "Muhyiddin pelawa Khairy sertai Bersatu", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Bekas Ketua Pemuda UMNO,\u00a0\nKhairy Jamaluddin Abu Bakar\n\u00a0boleh mengemukakan permohonan sekiranya berhasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah dipecat daripada UMNO pada Jumaat.\n\n\nPengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, permohonan daripada bekas Ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun akan dipertimbangkan oleh pihak parti sebelum membuat keputusan.\n\n\n\u201cKJ adalah orang bijak, dia pandai, banyak orang suka\u00a0tapi tidak mengapa semua ini saya kenal\u2026 terserah pada mereka (pihak parti) kalau mereka rasa sesuai kerana seorang seperti KJ ini, bukan saya hendak memuji pun.\n\n\n\u201cDia bersama saya dalam kerajaan dulu\u2026 saya lantik dia walaupun parti tidak menamakan dia. Dulu jadi Menteri MOSTI (Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi), lepas itu Menteri Kesihatan. Jadi kita kenal dia bijak orangnya\u2026 berkelulusan tinggi dan politik pun boleh tahan matang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSetiausaha politik Anwar nafi khabar angin pelantikan Wan Azizah di JPM\n\n\n\n\n\n\nMungkin ada rakyat Malaysia jadi tali barut \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan KJ beri kelebihan kepada PN\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Muhyiddin, tutup isu RoS pemilihan UMNO \u2013 Pemimpin PN\n\n\n\n\n\n\nPusat Rawatan TH Diiktiraf Arab Saudi, Negara Pertama Diluluskan Permit\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi kalau KJ kata dia berhasrat untuk bersama menyertai Bersatu, dia boleh buat permohonan.\u00a0Kita akan pertimbangkan secara yang baik-baik,\u201d katanya pada Sabtu.\n\n\nSebelum itu, Muhyiddin menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Parlimen Pagoh di Dewan Kompleks Sukan Pagoh.\n\n\nSelain Khairy, bekas Pengerusi\u00a0\nUMNO\n\u00a0Selangor, Tan Sri Noh Omar turut dipecat daripada UMNO hasil keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat.\n\n\nPemecatan berkenaan dibuat berikutan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nSelain itu, Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan\u00a0\ndigantung keahlian\n\u00a0masing-masing.\n\n\nSementara itu, Muhyiddin berkata, beliau tidak dapat mengulas banyak mengenai pemecatan nama-nama besar UMNO.\n\n\n\u201cSaya minta maaf\u2026 saya patut tak boleh campur urusan parti orang lain tapi kerana saya bekas Timbalan Presiden dan saya pernah berada dalam parti itu, saya fikir orang seperti saya atau pun yang lain tentu mereka agak rasa kecewa dan dukacita,\u201d katanya. \u2013 Sinar Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/28/penggantungan-ini-bukan-satu-pengakhiran-hishammuddin/", "title": "Penggantungan ini bukan satu pengakhiran \u2013 Hishammuddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang digantung keahlian dalam UMNO menyifatkan tindakan itu bukan pengakhiran kepada karier politik\u00a0beliau.\n\n\nBekas Naib Presiden UMNO itu menjelaskan, ia adalah suatu perkara baharu yang perlu ditempuhi dalam meneruskan usaha serta agenda\u00a0membela agama, bangsa dan tanah air.\n\n\n\u201cMesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sudah memutuskan untuk menggantung keahlian saya dalam parti selama enam tahun.\n\n\n\u201cBerkenaan apa langkah seterusnya, saya terpaksa berbincang dengan kepemimpinan UMNO Sembrong untuk memikirkan apa hala tuju dan tindakan selanjutnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua Kes Omicron Mula Direkod Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nPAS tiada halangan disiasat SPRM\n\n\n\n\n\n\nLelaki tabur paku ditahan polis\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Cipta Jurang, Halang Integrasi Nasional \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n10,000 rakyat Malaysia dijangka sertai ibadah korban di Tanah Suci\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang berlaku tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk cekal berjuang demi agama bangsa dan tanah air\n\n\n\u201cIni bukanlah pengakhiran\u00a0tapi hanya permulaan. Permulaan yang baharu,\u201d katanya dalam satu video yang dikongsi di Facebook beliau\u00a0malam ini.\n\n\nSetiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan\u00a0dalam kenyataannya malam tadi, mengesahkan penggantungan Hishammuddin, selain Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan.\n\n\nKetua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif juga berdepan nasib sama\u00a0manakala Ahli MKT, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya, diberi surat tunjuk sebab.\n\n\nBekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tan Sri Noh Omar serta lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO negeri Pahang, dipecat keahlian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/28/tiada-keperluan-isytihar-darurat-banjir/", "title": "Tiada keperluan isytihar darurat banjir", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pengisytiharan darurat bencana akibat banjir yang melanda negara ketika ini tidak perlu dilakukan kerana kerajaan masih mampu mengawal keadaan.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi\u00a0berkata,\u00a0bencana banjir yang berlaku ketika ini tidak membabitkan banyak kawasan atau negeri.\n\n\n\u201cBanjir yang melanda sekarang membabitkan negeri dan daerah tertentu sahaja.\n\n\n\u201cJawatankuasa Bencana negeri dan daerah sudah mengambil langkah proaktif bagi menangani keadaan ini dengan segera.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSurat Azalina tidak dibincang Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nLoh Siew Hong fail rayuan status Islam anak\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 untuk penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nSPRM buat siasatan forensik terhadap akaun UiTM\n\n\n\n\n\n\nBekas KPN pertahan Akta SOSMA bukan zalim, bukan salah guna kuasa\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita memberi bantuan segera kepada mangsa dan kita juga menambah baik bantuan pada peringkat pascabanjir,\u201d katanya\u00a0kepada media selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Politeknik Mersing, yang menempatkan 353 mangsa banjir\u00a0di Mersing, Johor hari ini.\n\n\nTerdahulu, beliau\u00a0yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara\u00a0menghadiri taklimat banjir Mersing\u00a0disampaikan Pegawai Daerah Mersing\u00a0yang juga Pengerusi Bencana Daerah Mersing, Mohammed Shakib Ali.\n\n\nTurut serta\u00a0Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.\n\n\nSelain itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan meluluskan bantuan segera sebanyak RM10.5 juta bagi penyelesaian jangka pendek banjir di Mersing.\n\n\nMenteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, peruntukan tersebut juga bagi membina tiga pam dan rumah pam\u00a0yang bernilai RM3.5 juta setiap satu.\n\n\n\u201cPeruntukan ini diluluskan serta-merta kerana ia adalah keperluan mendesak bagi menangani isu banjir dalam tempoh jangka pendek.\n\n\n\u201cBagi rancangan tebatan banjir jangka panjang di Mersing, ia memerlukan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, Mersing memohon peruntukan sekurang-kurangnya RM50 juta untuk disalurkan menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi projek tebatan banjir jangka sederhana, membabitkan kawasan rendah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/28/tmj-beri-bayangan-khairy-bakal-galas-tugas-ceo-jdt/", "title": "TMJ beri bayangan Khairy bakal galas tugas CEO JDT", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pemilik kelab Johor Darul Ta\u2019zim (JDT),\u00a0Tunku Ismail Idris Abdul Majid\u00a0Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab bakal dipegang oleh Khairy Jamaluddin.\n\n\nTMJ memuat naik gambar bersama Khairy Jamaluddin di Twitter baginda dengan mengatakan bekas Ahli Parlimen Rembau itu bakal memegang jawatan penting dalam kelabnya.\n\n\nMenerusi hantaran di Instagram Story miliknya\u00a0juga, Tunku Ismail seakan-akan\u00a0memberi bayangan bahawa Khairy bakal menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT pada masa hadapan.\n\n\n\u201cBakal CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) JDT dan penasihat belia Johor,\u201d tulis Tunku Ismail yang turut memuat naik gambar beliau bersama Khairy.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSiti Nuramira Dibebaskan Dengan Jaminan JAWI\n\n\n\n\n\n\nJangkitan Fluorona Boleh Berlaku Di Malaysia \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nTindakan Pantas Perlu, Kawal COVID-9 \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nJHEV perlu kerjasama JRP untuk peroleh data veteran ATM\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid mohon pasport dikembalikan untuk jalankan tugas rasmi\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenyataan Tunku Ismail itu menghangatkan lagi suasana ketika Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dilaporkan dipecat dari parti itu.\n\n\nBagaimanapun tidak mustahil bayangan yang diberikan Tunku Ismail itu menjadi kenyataan dengan Khairy dilihat memiliki ciri-ciri kepemimpinan yang tinggi selain berpengalaman sebagai Menteri Belia dan Sukan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/28/tunggu-saya-akan-jawab-ahmad-zahid/", "title": "Tunggu saya akan jawab \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan memberikan ulasan berhubung keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi yang menggantung serta memecat beberapa pemimpinnya.\n\n\nSebaliknya, Timbalan Perdana Menteri itu hanya memberikan reaksi yang beliau akan menjawab mengenai perkara tersebut nanti.\n\n\n\u201cTunggu saya akan jawab. Saya akan jawab dalam satu majlis nanti,\u201d katanya ringkas kepada media selepas Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023 di Dataran Merdeka hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCukai barang mewah bagus tapi bukan alternatif GST\n\n\n\n\n\n\nSPRM, PDRM siasat terperinci pemilikan tanah rizab PDRM- PUTRA\n\n\n\n\n\n\nTarikh tengok anak bulan Syawal pada 20 hari bulan\n\n\n\n\n\n\nKenaikan OPR beri kesan kepada golongan miskin \u2013 SPCAAM\n\n\n\n\n\n\nAhli MKT UMNO tawar diri bertanding jawatan Ketua Pemuda\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajlis itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong,\u00a0Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\nTurut berangkat hadir pada majlis itu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.\n\n\nAhmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya media berhubung keputusan mesyuarat MKT UMNO apabila menyingkirkan dua nama besar dalam parti.\n\n\nMereka yang disingkirkan adalah bekas pengerusi perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.\n\n\nMesyuarat berkenaan yang dipengerusikan oleh Ahmad Zahid turut memutuskan tindakan penggantungan terhadap Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Mohd. Salim Mohd. Sharif dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.\n\n\nSelain itu, Ahli MKT UMNO, Datuk Fathul Bari Mat Jahya diberikan surat tunjuk sebab. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/28/umno-bakal-lumpuh-angkara-ahmad-zahid/", "title": "UMNO bakal lumpuh angkara Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nUMNO melakar sejarah hitam dan bakal mengalami kelumpuhan setelah Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memecat Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar serta menggantung beberapa ahli lain termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.\n\n\nTimbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor. Dr. Kartini Aboo Talib berkata, kerakusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan meranapkan UMNO dan bakal dicatat dalam sejarah Malaysia\n kerana presidennya menghancurkan UMNO serta kehancuran tersebut datangnya dari dalam parti itu sendiri.\n\n\nKartini melalui kenyataannya berkata, ada pihak berpandangan bahawa Ahmad Zahid mempunyai agenda tersembunyi untuk menggabungkan UMNO dan PKR sebagai satu parti demi mengembalikan kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.\u00a0\n\n\n\u201cDan cara untuk perkahwinan ini berjaya ialah memecat atau menggantung ahli UMNO yang pada hemah Zahid akan menjadi duri dalam daging,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJenazah dikebumi di London, hajatnya disemadikan di kota terakhir meninggal\n\n\n\n\n\n\nAda benarnya kenyataan Tun M \u2013 Pakar Perlembagaan\n\n\n\n\n\n\nTidak patut sambut raya dengan campur aduk budaya asing\n\n\n\n\n\n\nTunggakan hutang tidak mampu dibayar Felcra berjumlah RM312.22 juta\n\n\n\n\n\n\nTAMAN TEMA MENDAPAT SAMBUTAN KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa susulan mesyuarat MKT malam tadi yang membuat keputusan memecat bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan bekas ahli Parlimen Rembau itu berikutan pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nSelain itu, beberapa pemimpin lain digantung selama enam tahun termasuk Hishammuddin; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd. Sharif dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.\n\n\nTurut dipecat ialah lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO dari negeri Pahang yang Antara kesalahan mereka ialah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15.\n\n\nSementara itu, Kartini berkata, ada juga andaian yang mendakwa pembersihan dalaman UMNO bertujuan menghidupkan semula parti itu dan menjadi lebih kuat, ibarat burung pheonix yang harus mati dahulu sebelum dibangkitkan semula (\nresurrection\n).\n\n\nTambahnya, perbuatan Zahid itu tidak dihargai ahli UMNO dan orang Melayu, malah UMNO akan terus ditolak dan PRN negeri bakal menentukan masa depan UMNO yang kelihatan hitam gelap di hadapan. \u2013 Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/29/dap-bimbang-tindakan-umno-jejas-sokongan-kerajaan-gabungan/", "title": "DAP bimbang tindakan UMNO jejas sokongan Kerajaan Gabungan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nDAP tidak menolak perpecahan dan krisis dalaman UMNO akan menjejaskan peluang Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.\n\n\nMemetik Berita Harian, Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, merangkap Timbalan Ketua Menteri II, Dr P. Ramasamy berkata ia diburukkan lagi dengan prestasi UMNO yang sudah lemah untuk meraih sokongan pengundi Melayu.\n\n\nUMNO sudah mengambil tindakan tegas terhadap beberapa pemimpinnya. Apabila sesuatu berlaku dalam parti dan tindakan perlu diambil, ini saya rasa tidak berbeza dengan parti lain.\n\n\nKatanya, tindakan tegas yang diambil itu tidak berbeza dengan parti lain serta beliau melihat UMNO sudah lama berpecah sejak tahun 1998 sehingga tertubuhnya PKR dan BERSATU, yang kini kebanyakan pemimpinnya adalah serpihan UMNO.\n\n\nTambah Ramasamy, ia terpulang kepada UMNO dan beliau tidak mahu mencampuri urusan kepimpinan parti keramat orang Melayu itu namun, beliau mempersoalkan sekiranya tindakan pemecatan dan menggantung beberapa ahli wajar dilakukan sekarang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada pengeluaran KWSP demi kebaikan negara \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nPelajar, OKU nikmati tambang KTMB percuma mulai 15 Februari\u00a0\n\n\n\n\n\n\n80, 000 rakyat Israel bantah pembaharuan badan kehakiman\n\n\n\n\n\n\nIsham suruh Rafizi cari jalan, jangan tunggu ringgit terus jatuh!\n\n\n\n\n\n\nGerakan Islam Perlu Bersama Susun Gerak Kerja Berdepan Musuh \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Ramasamy berkata, tindakan UMNO itu juga dikhuatiri menjejaskan peratusan sokongan pengundi Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH), yang ketika ini adalah antara 10 peratus hingga 15 peratus.\n\n\nBeliau juga mengakui sokongan pengundi Melayu terhadap PH mencatatkan penurunan berbanding kepada Perikatan Nasional (PN), selain menyifatkan ia boleh berubah mengikut sentimen politik semasa.\n\n\nRamasamy juga berpendapat, kepemimpinan parti itu tidak mempunyai pilihan lain berikutan tindakan beberapa pemimpinnya yang dilihat seolah-olah cuba melakukan pemberontakan dalaman.\n\n\nJusteru, beliau mempersoal kewajaran UMNO menggantung keahlian Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berikutan beliau dikatakan antara individu yang menggerakkan Langkah Sheraton dan mengumpul sokongan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas PRU15."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/29/maszlee-malik-buat-pemohonan-maaf-terbuka-sebut-skrip-lucah/", "title": "Maszlee Malik buat pemohonan maaf terbuka, sebut skrip lucah", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\nBekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua wanita.\n\n\nDalam satu hantaran\n facebooknya pada Ahad, Maszlee berkata dia meny\nedari akan keberkesanan filem dan drama dalam menyampaikan mesej yang baik dalam masyarakat.\n\n\n\n\nNamun, katanya ia tidaklah sampai menyinggung sensitiviti mahupun budaya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHadi sedia diheret ke mahkamah, Ketua Pembangkang sudah dilantik\n\n\n\n\n\n\nFilem Mentega Terbang tidak ambil kira sensitiviti agama, rendah nilai moral\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful gagal ketepi kes rasuah RM6.9 juta\n\n\n\n\n\n\nPN sudah ada calon MB Selangor, Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Laksana Program Dermasiswa TVET Untuk Pelajar B40\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau menjadi salah seorang pelakon dalam drama siri Kudeta sebagai seorang Perdana Menteri yang tidak baik dan dipenjarakan.\n\n\n\n\nPenghinaan terhadap kaum wanita!!\n\n\nMemalukan apabila seorang individu seperti \n@maszlee\n yg ada ijazah sarjana muda dlm bidang Fiqh dan Usul Fiqh di University Al-Bayt, Jordan, ijazah sarjana dalam bidang yang sama di UM dan juga bekas Menteri Pendidikan utk guna skrip seperti ini! \npic.twitter.com/zwkEDNDhaY\n\n\n\u2014 miskoL (@miskol) \nJanuary 27, 2023\n\n\n\n\nSebelum itu di media sosial\u00a0 Maszlee ditempelak kerana menyebut\u00a0 perkataan yang tidak sesuai dengan peribadinya yang menghiris wanita di negara ini yang dianggap agak lucah dan keterlaluan.\n\n\nKatanya secara peribadi dia mengakui terkhilaf dan silap kerana telah\u00a0 menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.\n\n\nDia \njuga berharap pihak Astro untuk menapis\u00a0 babak tersebut demi menghormati sensitiviti ramai pihak.\n\n\nBeliau juga mengajak rakyat untuk menonton siri drama KUDETA di rangkaian tv berbayar tempatan yang merupakan drama Melayu yang julung kali berunsur politik, thriller dan aksi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/29/nurul-izzah-anwar-sahkan-jadi-penasihat-ekonomi-perdana-menteri/", "title": "Nurul Izzah Anwar sahkan jadi Penasihat Ekonomi Perdana Menteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0\nBekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau kini menjadi Penasihat \nKanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri yang juga ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nBeliau mengesahkan perkara tersebut dalam temu bual eksklusif dengan akhbar \n\u00a0\nThe Star.\n\n\nNurul Izzah dalam temu bual terbabit menjelaskan beliau mula berkhidmat sebagai jawatan terkini itu berkuat kuasa pada\u00a0 3 Januari lalu.\n\n\nKeratan akhbar The Star berhubung temu bual Nurul Izzah Anwar.\n\n\nKatanya beliau berharap melalui pengalaman sebagai seorang Ahli Parlimen yang terlibat dalam pelbagai bidang ketika berkhidmat sejak empat dekad lalu mampu memberi manfaat dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar polisi negara,\u201d kata Izzah seperti dipetik dari akhbar tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPegawai Media Blinken Positif\n\n\n\n\n\n\nPEMBINA gesa kawal penganjuran konsert, banyakkan program ilmiah di IPT\n\n\n\n\n\n\nRM10,00 sagu hati Aidilfitri AKSB prosedur biasa\n\n\n\n\n\n\nPengiklanan cecair nikotin perlu dikawal, duti eksais wajar diperkenal\n\n\n\n\n\n\nHujan Ribut Di Beberapa Negeri Pada Krismas\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, matlamat utamanya adalah untuk memberikan manfaat kepada negara dengan memberi tambah nilai terhadap usaha memulihkan ekonomi rakyat khususnya.\n\n\nNurul Izzah percaya kepimpinan kerajaan perlu mendengar suara rakyat yang disifatkannya senada dengan arahan Perdana Menteri.\n\n\nMalah beliau percaya dalam mendengar suara rakyat secara langsung sebagai sebahagian daripada penyediaan belanjawan, bukan sahaja bertemu kelompok peniaga dan pihak berkepentingan, tetapi juga mendapatkan input daripada rakyat, terutamanya mereka dalam kumpulan B40, dan M40.\n\n\nSementara itu pengakuannya menarik perhatian pemilik media sosial yang turut berkongsi mengenai laporan berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/29/nurul-izzah-tidak-terima-sebarang-elaun-anwar/", "title": "Nurul Izzah tidak terima sebarang elaun \u2013 Anwar", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Nurul Izzah Anwar yang dilantik sebagai sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri, tidak akan menerima sebarang elaun.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri mempelawa anaknya, yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cYa, saya yang meminta, mempelawa dia untuk bantu saya tetapi saya tidak membayar apa-apa elaun kepada dia,\u201d katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun di Meru Raya, di sini, hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dan Timbalan Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri.\n\n\nPelantikan Naib Presiden PKR itu, yang berkuat kuasa sejak 3 Januari lalu, hangat diperkatakan di media sosial, ketika ini.\n\n\nTimbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, antara yang memuat naik komen dan ucapan tahniah yang dilihat sinis melalui ciapan di Twitter.\n\n\n\n\nPM\u2019s eldest daughter, Nurul Izzah was appointed Senior Advisor to the Prime Minister on economics & finance. Apparently, according to her, Papa who is also Finance Minister, appointed her effective Jan 3, 2023. Congratulations! \npic.twitter.com/H1A1UYy0rs\n\n\n\u2014 Faizal Azumu (@PejaOfPerak) \nJanuary 29, 2023\n\n\n\n\nDitanya mengenai tahap kelulusan akademik Nurul Izzah, yang didakwa beberapa pihak sebagai tidak sesuai dengan jawatan penasihat itu, Anwar berkata, individu yang dilantik, walau sebagai menteri pun, tidak semestinya perlu mempunyai kelulusan akademik bersesuaian dengan portfolio yang dipegang.\n\n\nPerdana Menteri berkata, Nurul Izzah juga mempunyai dua ijazah iaitu yang berkaitan dengan kejuruteraan dan ijazah sarjana dalam bidang dasar awam, yang merangkumi politik, ekonomi dan sosial, dari School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington, universiti terkemuka di Amerika Syarikat.\n\n\n\u201cSaya pun tiada kelulusan berkaitan kewangan tetapi lapan tahun saya menjadi Menteri Kewangan sebelum ini.\n\n\n\u201cMenteri-menteri Perikatan Nasional (PN) sebelum ini pun tiada kelulusan berkaitan (portfoilo) masing-masing. Kalau nak dibangkitkan, mestilah konsisten.\n\n\n\u201cApakah benar seorang Menteri Kesihatan mesti seorang doktor? Ataupun seorang Menteri Air mesti seorang jurutera? Tak pernah berlaku macam itu,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Anwar berkata, beliau belum pernah mendengar kenyataan daripada pihak Ahmad Faizal, menyokong usaha kerajaan membersihkan negara daripada gejala rasuah yang disifatkan menjahanamkan negara.\n\n\n\u201cDia berhak bertanya (mengenai pelantikan Nurul Izzah) tetapi saya hendak beritahu, yang penting sekali adalah hentikan curi tanah, pembalakan dan saham projek komisyen, yang menjahanamkan negara.\n\n\n\u201cSaya belum dengar lagi kenyataan mereka menyokong usaha membersihkan negara daripada gejala ini. Ya, semua bicara soal rasuah tapi bila kita sebut kes sebegini, dia kata (mempersoal) mengapa hendak bongkar kisah lama,\u201d katanya. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/29/pemuda-pas-tawar-bahtera-penyelamat/", "title": "Pemuda PAS tawar `bahtera penyelamat\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Selepas beberapa pemimpin UMNO dipecat dan digantung keahlian selama enam tahun pada Jumaat lalu, Pemuda PAS dengan nada berkias menjemput mereka untuk menjadi keluarga.\n\n\nKetua Pemudanya,\n Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.\n\n\nMenerusi hantaran di Facebook, katanya dengan nada kiasan, walaupun bahtera besar tenggelam, selamatkanlah diri dan orang tersayang.\n\n\nDan kami tawarkan bahtera penyelamat, katanya yang turut memuat naik sebuah gambar bahtera yang hampir tenggelam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLangkawi, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu tetap jadi tumpuan pelancong musim panas\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tender semula 6 projek tebatan banjir\n\n\n\n\n\n\nCuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba\n\n\n\n\n\n\nPejuang sah tinggalkan Gerakan Tanah Air\n\n\n\n\n\n\nHanya Kit Ujian Air Liur Sahaja Dibenarkan Di Sekolah : KPM\n\n\n\n\n\n\n\n\nHantaran itu dipercayai merujuk kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang memecat bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nENDS"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/29/putra-buka-pintu-kepada-ahli-umno-yang-dipecat/", "title": "Putra buka pintu kepada ahli UMNO yang dipecat", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nParti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sedia membuka pintu kepada semua ahli UMNO yang dipecat dan digantung oleh parti mereka, Jumaat lalu.\n\n\nPresidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali berkata, pihaknya berlapang dada menerima sesiapa sahaja yang berhasrat menyertai parti itu asalkan Melayu, pribumi dan beragama Islam.\n\n\n\u201cBagaimanapun, bagi mereka yang ada kes jenayah, sedang didakwa atau dalam peroses perbicaraan dan belum dibebaskan oleh mahkamah, tidak akan diterima untuk menjadi ahli Putra,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.\n\n\nKata Ibrahim, perlembagaan dan matlamat Putra juga hampir 100 peratus sama dengan UMNO yang bersimbolkan tanjak melambangkan kepahlawanan Melayu dan budaya bangsa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin hadapi satu lagi pertuduhan rasuah Isnin ini\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Kuwait perintahkan Jho Low dihukum penjara 10 tahun\n\n\n\n\n\n\nBekalan gula di Kelantan, Terengganu terjejas\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy dibatalkan, JAWI diarah siasat\n\n\n\n\n\n\nAgamawan, ulama diberi pengecualian tauliah di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas beliau, walaupun Putra masih kerdil dan kalah teruk dalam percubaan pertama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu, ia adalah parti yang amat segar dari segi semangat, nama dan simbolnya.\n\n\nJusteru, beliau menyeru kepada mereka yang dipecat yang tidak berparti, kecewa dan tiada wadah untuk berjuang, menyertai Putra.\n\n\n\u201cKepada mereka yang kena pecat dari Parti asal masing-masing, yang tidak berparti, kecewa dan tiada wadah untuk berjuang, ayuh, marilah ramai-ramai masuk Putra,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/29/satu-kehilangan-kepada-badan-kehakiman-negara-ketua-hakim-negara/", "title": "Satu kehilangan kepada badan kehakiman negara \u2013 Ketua Hakim Negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0\u00a0\nPemergian bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, 79 tahun\u00a0 dianggap satu kehilangan amat besar buat badan kehakiman negara.\n\n\nKetua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mewakili seluruh badan kehakiman dan seluruh warga kerjanya mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga mendiang.\n\n\nMantan Hakim Mahkamah Persekutuan itu meninggal dunia pada jam 12:15 tengah hari tadi, pada Ahad\u00a0 29 Januari kerana jangkitan paru-paru.\u00a0\n\n\nPemergian mendiang juga satu kehilangan kepada seluruh persaudaraan undang-undang (legal fraternity) di Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKJ sah dilantik menjadi Ahli Lembaga JDT\n\n\n\n\n\n\nSuspek 1MDB, Kee Kok Thiam mati mengejut akibat strok\n\n\n\n\n\n\nCukai barangan mewah : beg dan jam tangan mewah antara tersenarai\n\n\n\n\n\n\nMalaysia berjaya mengenepikan perintah penahanan waris Sultan Sulu\n\n\n\n\n\n\nWanita BERJASA bantu golongan ibu tangani isu keciciran pendidikan anak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSesungguhnya pemergian mendiang merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh warga Kehakiman khasnya dan negara amnya.\u201d\n\n\nPejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam satu kenyataan kepada media berkata mendiang telah banyak berjasa kepada Badan Kehakiman Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Hakim di Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan.\u00a0\n\n\n\n\nMendiang juga merupakan Hakim Mahkamah Rayuan selama 15 tahun bermula dari penubuhan Mahkamah Rayuan pada tahun 1994 sehingga mendiang dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2009."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/29/shahril-sepatutnya-ketua-pemuda-seterusnya-kj/", "title": "Shahril sepatutnya Ketua Pemuda seterusnya \u2013 KJ", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Bekas Ketua Penerangan UMNO, \u00a0 Shahril sufian Hamdan, sepatutnya menjadi Ketua Pemuda UMNO yang seterusnya.\n\n\nBekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.\n\n\n\u201cLelaki ini (Shahril) sepatutnya menjadi Ketua Pemuda UMNO seterusnya. Tetapi dia digantung kerja tanpa proses yang sewajarnya. Tanpa faedah,\u201d katanya dalam siaran di Instagramnya pada Ahad.\n\n\nBekas Ahli Parlimen Rembau itu turut berkongsikan gambar beliau swafoto bersama Shahril dalam hantaran yang sama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgihan Keuntungan Perlu Adil Tidak Memihak Pawagam \u2013 Cikgu Izzat\n\n\n\n\n\n\nBN tidak rebut kerusi, ikut persetujuan parti komponen\n\n\n\n\n\n\nFakta sejarah Kedah-Pulau Pinang perlu dikaji buat rujukan generasi\n\n\n\n\n\n\nSegera dapatkan dos penggalak kedua \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\n4 beradik ditemukan maut dalam kebakaran\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain Shahril, turut digantung untuk tempoh sama ialah Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif.\n\n\nUMNO pada Jumaat turut memecat Khairy dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/29/tiada-kompromi-kepada-polis-terbabit-pertubuhan-haram-kpn/", "title": "Tiada kompromi kepada polis terbabit pertubuhan haram \u2013 KPN", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan pertubuhan haram yang juga disertai pegawai dan anggotanya seperti yang berlaku di Dungun.\n\n\nKetua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya juga tidak akan membiarkan kegiatan sebegini berleluasa dan mengambil tindakan kepada anggotanya.\u00a0\n\n\nMenurut Tan Sri Acryl,\u00a0 pertubuhan haram ini dilihat semakin ketara dan berani membuat tindakan di luar jangkaan dan batas undang-undang.\u00a0\n\n\n\u201cKemudian baru-baru ini pula kita mendapat maklumat berkaitan satu kumpulan ini telah begitu ketara sangat sehingga mereka membuat tindakan-tindakan yang di luar batas undang-undang. Sanggup membuat ugutan terhadap pihak polis. Justeru kita tidak boleh biarkan kegiatan seperti ini berleluasa dan kita akan ambil tindakan dan kita dapati penglibatan beberapa pegawai dan anggota polis dan kita tidak boleh bertolak ansur dalam perkara ini\u00a0 seperti mana pendekatan yang kita ambil kes di Sabah, pasukan kha\ns dari Bukit Aman akan menyiasat perkara ini,\u201d\u00a0 Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani \n\n\nBeliau berkata demikian selepas acara pelepasan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong Setiu pada Sabtu.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN boleh menang di Terengganu, Kedah \u2013 Mohamad Hasan\n\n\n\n\n\n\nArmada buat laporan polis terhadap Anwar, Guan Eng\n\n\n\n\n\n\nDAP ibarat membaling batu di tengah khalayak ramai \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nTiada unsur diskriminasi penjawatan awam, hanya perspektif Ramasamy \u2013 Tun Faisal\n\n\n\n\n\n\nFilem `Mentega Terbang\u2019 tiada dalam rekod penapisan LPF\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, kegiatan seperti ini masih belum dikesan\u00a0 di negeri-negeri lain dan tiada maklumat diterima setakat ini.\u00a0\n\n\nLogo Pertubuhan Ayahanda Harimau Kumbang\n\n\nAcryl Sani berkata, mengulas mengenai tindakan yang akan diambil kepada mereka yang terbabit, beliau berkata, ia bergantung kepada hasil siasatan.\n\n\nSebelum ini, media melaporkan 21 individu termasuk dua pegawai kanan polis serta 12 anggota pangkat rendah diberkas kerana menyertai pertubuhan haram.\n\n\nPertubuhan haram Ayahanda Harimau Kumbang itu dikesan menjadi orang tengah untuk mengutip hutang along dan aktiviti menarik kereta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/29/tidak-perlu-doktor-khas-iringi-azizulhasni-pkbm/", "title": "Tidak perlu doktor khas iringi Azizulhasni \u2013 PKBM", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Tiada keperluan bagi membawa doktor pengiring khas memantau tahap kesihatan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam kejohanan disertai tahun ini.\n\n\nNaib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Amarjit Singh Gill berkata sebaliknya, pegawai perubatan dari Institut Sukan Negara sudah mencukupi untuk memantau rapi Azizulhasni yang dijadual mengharungi jadual padat dalam misinya memburu tempat ke Sukan Olimpik Paris 2024.\n\n\n\n\n\u201cSaya rasa Azizulhasni akan ambil bahagian sekiranya doktor memberi lampu hijau kepadanya untuk beraksi. Jika tidak beliau tidak akan menyertai 125th Austral Wheelrace di Melbourne, Australia, Disember lepas.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi saya rasa dia dah dapat lampu hijau daripada doktor yang merawatnya untuk kembali kepada aksi berprestasi tinggi,\u201d katanya ketika ditemui baru-baru ini.\n\n\n\n\n\n\nPemenang pingat perak acara keirin lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu bakal menempuh jadual padat dengan menyertai tiga siri kejohanan Nations Cup atau Piala Negara-Negara iaitu di Jakarta, Indonesia pada 23-26 Feb ini diikuti Kaherah, Mesir (14-17 Mac) dan Milton, Kanada (20-23 April) yang menawarkan mata kelayakan Olimpik.\n\n\n\n\n\u2018The Pocket Rocketman\u2019 sebelum ini menjalani pembedahan pada April tahun lepas susulan masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur daripada aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA). \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/29/zahid-amalkan-kuku-besi-jatuhkan-hukuman/", "title": "Zahid amalkan `kuku besi\u2019 jatuhkan hukuman", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 UMNO Alor Setar menyifatkan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengamalkan kepimpinan kuku besi dalam menjatuhkan hukuman ke atas ahlinya.\n\n\nKetua Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata beliau sendiri tidak faham kemahuan Zahid apabila pemimpin yang bernilai ditolak keluar dari parti.\n\n\n\u201cApa yang saya nampak, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersifat kuku besi, sebab orang yang bernilai dalam Umno dikeluarkan demi untuk selamatkan peribadi beliau. UMNO sekarang dalam keadaan amat tenat, sepatutnya perkara ini dibincangkan supaya jadi elok sebab kita nampak Khairy Jamaludin dan Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan mempunyai aura tersendiri untuk menarik pengundi muda.\u2019\u2019/ Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail\n\n\nMemetik Berita Harian kata Mohd Yusof, keputusan itu amat menyedihkan, dan tidak tahu apakah yang Presiden UMNO mahukan sebenarnya.\u00a0\n\n\nKatanya sebagai orang yang digantung sebelum ini beliau melihat sistem menggantungkan keahlian seseorang itu amat zalim.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kecam tindakan bakar al-Quran di Denmark\n\n\n\n\n\n\nKorban Banjir Meningkat Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nTiada Istilah Sambutan Hari Agama Sedunia\n\n\n\n\n\n\nBukan Badan Awam , Perlu Dialihkan Peruntukan Kepada Sk\n\n\n\n\n\n\nAgong perkenan lima akta yang diluluskan Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan keputusan UMNO itu, Mohd Yusof menjangkakan Perikatan Nasional (PN) bakal meneruskan penguasaan terhadap enam negeri yang bakal menjalankan PRN tidak lama lagi.\n\n\nDalam Pilihan raya negeri nanti, kata\u00a0 beliau tidak mustahil dengan keadaan UMNO sekarang, Negeri Sembilan dan Selangor juga akan jatuh kepada PN yang sudah pun menguasai Kelantan Kedah dan Terengganu.\n\n\nMesyuarat MKT pada Jumaat mengesahkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ahli MKT UMNO, Tan Sri Noh Omar dipecat daripada partinya.\n\n\nAhli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan pula digantung keahlian selama enam tahun.\n\n\nKetua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang, Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif juga berdepan nasib sama digantung keahliannya, sementara Ahli MKT, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya pula diberi surat tunjuk sebab.\n\n\nSementara lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO negeri Pahang, dipecat keahliannya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/29/zahid-kuku-besi-matikan-demokrasi-lukman-al-hakim/", "title": "Zahid kuku besi, matikan demokrasi \u2013 Lukman Al Hakim", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pembersihan UMNO secara besar-besaran pada Jumaat lalu jelas membuktikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menguasai parti itu secara kuku besi.\n\n\nNaib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim berkata, Ahmad Zahid juga jelas mematikan demokrasi dengan mencantas sesiapa sahaja yang berlainan pendapat dengan beliau.\n\n\nMalah, Muhammad Lukman turut menyifatkan ahli Majlis Tertinggi dan ahli UMNO yang lain ibarat lembu dicucuk hidung kerana tidak membiarkan Presiden berlaku sedemikian.\n\n\n\u201cBagaimana jutaan ahli UMNO boleh membiarkan Presiden yang terpalit pelbagai kes rasuah yang belum selesai di mahkamah, yang menjadi punca kekalahan teruk UMNO dan BN dalam PRU15, melanggar prinsip parti dengan bersekongkol dengan DAP, kini melakukan sewenang-wenangnya dalam parti UMNO tanpa sebarang tentangan,\u201d katanya dalam kenyataan di Facebook pada Sabtu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengiklanan cecair nikotin perlu dikawal, duti eksais wajar diperkenal\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri tuntut Ahmad Zahid tunjuk tunjuk surat RoS\n\n\n\n\n\n\nBadan kehakiman jadi sasaran beberapa pihak capai objektif niat jahat mereka\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor titah pelihara hutan simpan kekal\n\n\n\n\n\n\nPelaksanaan cukai vape beban kepada sektor kesihatan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, pemecatan Khairy akan menyebabkan lebih ramai anak muda tidak menyokong UMNO kerana beliau berpotensi menjadi pemimpin masa depan negara.\n\n\n\u201cTernyata tindakan bodoh ini akan menyebabkan lebih ramai anak muda bukan ahli UMNO yang melihat Khairy sebagai berpotensi menjadi pemimpin masa depan Malaysia akan kecewa dan memusuhi parti ini.\n\n\n\u201cRata-rata anak muda terutama yang profesional menilai secara objektif dan kritis prestasi menteri-menteri dalam kabinet selama ini, dan tidak dapat dinafikan Khairy begitu menonjol sejak menjadi Menteri KBS, MOSTI dan kemudian KKM,\u201d katanya.\n\n\nJusteru, Muhammad Lukman menasihati UMNO untuk berubah dengan menolak Presiden atau ia akan terkubur selamanya bersama politik kotor dalam parti itu.\n\n\n\u201cSamada UMNO berubah dan menolak Presiden korup yang telah jadi balaci atau ia akan terkubur selamanya bersama-sama budaya politik kotor dan sombong dalam parti itu!,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/11465/", "title": "KPM, KKM pantau penularan COVID-19 waktu SPM 2022 berlangsung", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) jika berlaku penularan wabak COVID-19 membabitkan pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bermula 20 Februari nanti.\n\n\nMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata jika berlaku penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan calon SPM dan sekolah, KKM mempunyai mekanisme dalam menguruskannya.\n\n\n\u201cSaya beri jaminan, calon SPM jangan risau dan kita sudah membuat segala persiapan dan persediaan itu (berhubung COVID-19), prosedur operasi standard (SOP) akan ditentukan KKM.\n\n\n\u201cKita juga sentiasa minta nasihat KKM dari semasa ke semasa dan kita berdoa semoga dijauhkan ujian dan bala (COVID-19), supaya pelajar boleh tumpu untuk membuat persiapan SPM,\u201d katanya ketika soal jawab pada sesi Town Hall SPM 2022 yang diadakan secara maya, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHassan selar tindakan Menteri Pelancongan \u2018gempur\u2019 KLIA\n\n\n\n\n\n\nBarisan Exco Melaka baharu akan dibentuk dalam 48 jam\n\n\n\n\n\n\nTaubat Seorang Gay\n\n\n\n\n\n\nHaramkan sumbangan dari luar negara \u2013 Tengku Razaleigh\n\n\n\n\n\n\nCeramah Dr Sikh, AJK masjid perlu bertanggungjawab\n\n\n\n\n\n\n\n\nSesi Town Hall itu disertai guru dan calon SPM dari seluruh Pulau Pinang.\n\n\nSementara itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, beliau sudah mengadakan mesyuarat berkenaan belanjawan untuk kementerian dan tumpuan akan diberi dalam memperkasakan kaedah menguruskan potensi pelajar di sekolah sama ada dalam bidang sukan, seni atau kebudayaan.\n\n\n\u201cKomitmen kita mahu berikan tumpuan dan program hala tuju karier anak-anak yang berpotensi itu selepas SPM ini.\n\n\n\u201cDi situlah nanti, kami akan berikan taklimat dengan hala tuju status anak-anak yang menjadi atlet pada negara khususnya,\u201d katanya ketika menjawab soalan seorang pelajar sama ada individu aktif bersukan terutamanya yang menjadi atlet negeri akan mendapat mata kredit atau biasiswa ketika menyambung pelajaran selepas SPM.\n\n\nKepada soalan mengenai senario ramai pelajar tidak mahu menyambung pelajaran selepas SPM kerana beranggapan rezeki ada di mana-mana, Fadhlina berkata, rakan sebaya perlu memainkan peranan memberi kesedaran dan nasihat mengenai kepentingan pendidikan.\n\n\n\u201cKatakan hari ini dia tidak berminat sambung belajar dan mahu bekerja dahulu..kerana keluarga susah, tetapi dia perlu ada niat untuk sambung belajar,\u201d katanya menambah setiap pelajar perlu memiliki ilmu dan berpendidikan tinggi supaya boleh menjadi manusia bermanfaat. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/11470/", "title": "Kuala Lumpur mahu kesan penambakan kawasan Batu Puteh oleh Singapura diteliti", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Malaysia mahu kesan terhadap penambakan di kawasan Batu Puteh yang dilakukan Singapura diteliti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nMenurutnya, Malaysia akur terhadap keputusan yang dibuat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) impak penambakan terhadap kawasan itu terhadap alam sekitar dan persempadanan perlu diperincikan.\n\n\n\n\n\n\n\u201c(Kita akur) keputusan ICJ meletakkan kawasan Batu Puteh sebagai milik Singapura. Bagi mereka (Singapura), penambakan tidak salah tetapi apabila ada penambakan kita perlu teliti sama ada ia memberi kesan terhadap alam sekitar atau persempadanan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cHal itu harus dimuktamadkan dan saya telah mendapat persetujuan Perdana Menteri Singapura untuk mendengar hujah kita dalam masa terdekat,\u201d katanya semasa sidang media bersama wartawan Malaysia di sini hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSiasatan tiga pemimpin parti politik sentuh 3R di peringkat akhir \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nKKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual\n\n\n\n\n\n\nPenerima Anugerah Kajai terlantar akibat radang paru-paru kronik\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Perlu Campur Tangan Jaga Reputasi SPRM\n\n\n\n\n\n\nBawa agenda songsang, himpunan tidak patut diadakan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar dalam rangka lawatan rasmi pertamanya ke republik ini hari ini.\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu semasa berucap dalam pertemuan dengan diaspora Malaysia di Singapura, Anwar\u00a0 tetap menyuarakan ketidakpuasan hati Malaysia terhadap keputusan ICJ.\n\n\n\n\n\n\nKatanya, pendirian itu mesti disuarakan kerana ia melibatkan isu kedaulatan negara.\n\n\n\u201cSingapura memberitahu kita yang mereka faham \u2018kesakitan\u2019 yang dialami Malaysia. Apakah kita perlu berperang berebutkan Batu Puteh? Pastilah tidak.\n\n\n\n\n\n\n\u201cTetapi kita perlu merundingkan isu-isu alam sekitar termasuk projek yang memberi impak kepada alam sekitar, kedaulatan dan sempadan Malaysia,\u201d katanya lagi.- MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/anwar-langgar-tadbir-urus-yang-baik-dengan-melantik-nurul-izzah/", "title": "Anwar langgar tadbir urus yang baik dengan melantik Nurul Izzah", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Perlantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri disifatkan tidak sepatutnya berlaku.\n\n\nPakar Kewangan Islam, Profesor Madya Dr Aznan Hasan berkata sememangnya jawatan itu sah dari segi undang-undang\u00a0 dan juga secara pro-bono tanpa sebarang bayaran, namun\u00a0 kedua-dua hujah tersebut, pada hakikatnya tidak menafikan dari dua sudut iaitu pertama\u00a0 tadbir urus yang tidak betul.\n\n\nKeduanya menurut beliau, ia bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan sebelum ini mengenai amalan nepotisme.\n\n\nProfesor Aznan dalam hantaran di facebooknya berkata jika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, menjustifikasikan dengan pelbagai hujah dan alasan, dan rakyat mungkin boleh menerimanya walau berat, namun pada beliau kali ini alasan itu adalah amat sukar diterima.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKhairy mungkin bertanding pada PRN, calon MB Selangor\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid mohon kes rasuah digugurkan, bicara kes tangguh 1 April\n\n\n\n\n\n\nMustahil hari raya disambut pada Jumaat\n\n\n\n\n\n\nIsu Batu Puteh: Kerajaan serah kepada Parlimen buat keputusan\n\n\n\n\n\n\nPolis kenal pasti 190 kawasan panas di enam negeri\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau negara mempunyai ramai pakar ekonomi\u00a0 yang boeh menjalankan tugas bagi jawatan berkenaan tetapi tidak dilakukan sebaliknya Perdana Menteri melantik anaknya sendiri.\n\n\nBahkan rasanya kita ada ramai pakar yang berkecenderungan politik PH dan PKR. Paling kurang, lantiklah mereka, bukannya anak sendiri. Sekarang, PM adalah Menteri Kewangan, dan penasihat beliau adalah anak beliau. Jelas dari segi good governancenya tidak baik. Kita perlu menyuarakan agar perkara sebegini tidak menjadi suatu kebiasaan yang merosakkan.\n\n\nJusteru itu, katanya tadbir urus yang tidak baik dan perkara ini harus disuarakan agar tidak menjadi satu kebiasaan yang boleh merosakkan.\n\n\nJelas beliau lagi, rakyat masih boleh lagi menunggu polisi-polisi besar yang baik.\u00a0Pada hakikatnya sehingga kini, tiada yang dapat dilihat boleh memberi impak yang besar. Bagaimanapun rakyat masih menunggu\u00a0Rafizi Ramli yang terkenal dengan pelbagai formulanya sebelum ini pun, nampaknya belum mengemukakan sesuatu yang berimpak besar. Kata beliau, memerlukan masa.\u00a0\n\n\nTambahnya, rakyat masih boleh lagi menunggu polisi-polisi besar yang baik, tapi hakikatnya setakat ini tiada yang dapat dilihat boleh memberi impak yang besar.\u00a0\n\n\nKatanya lagi, bukan bermakna beliau tidak menghargai beberapa polisi-polisi kecil yang baik, yang diisytiharkan, namun polisi impak besar -pada hakikatnya- belum ada lagi.\u00a0\n\n\nRakyat katanya masih menunggu.\n\n\nDalam hantaran beliau itu, Dr Aznan turut memetik kata-kata, Tan Sri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim,\u00a0 yang mengatakan\u00a0 jangka masa menunggu rakyat Malaysia biasanya tidak lama iaitu hanya pada lima atau enam bulan sahaja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/cubaan-bakar-kitab-yahudi-dihalang-serlah-sikap-pilih-kasih-sweden/", "title": "Cubaan bakar kitab Yahudi dihalang, serlah sikap pilih kasih Sweden", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Hipokrit, pilih kasih \u2013 terang dan nyata sikap yang dipamerkan oleh kerajaan Sweden apabila cubaan membakar kitab Taurah tidak sama sekali dibenarkan seperti perbuatan keji yang menimpa terhadap kita suci orang Islam Al-Quran.\n\n\nSatu bantahan yang dirancang untuk membakar kitab orang Yahudi itu, di luar kedutaan Israel di Stockholm, dibatalkan selepas campurtangan pegawai kanan Israel dan Sweden.\n\n\nMemetik Reuters, diplomat Israel menemui rakan sejawatannya di Sweden dan mengarahkan perbuatan itu dibatalkan kerana ia berkait dengan tindakan kebencian.\n\n\nSebelum itu beberapa orang pelampau dikatakan meminta kebenaran untuk mengadakan bantahan di kdutaan terbabit seperti dilaporkan portal berita Turkiye, Yeni Safak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHujan Berterusan Dijangka Sehingga Esok\n\n\n\n\n\n\nNurul Izzah Anwar sahkan jadi Penasihat Ekonomi Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nLelaki serang imam berhalusinasi, dirujuk kepada pakar psikiatri\n\n\n\n\n\n\nLelaki mengaku tidak salah buat komunikasi jelik terhadap Sultan Johor\n\n\n\n\n\n\nDr Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut trtworld,\u00a0\ntindakan itu menyerlahkan sikap pilh kasih Sweden yang nyata berbeza apabila ahli politik Rasmus Paludan membakar Quran di hadapan kedutaan Turki pada minggu lalu.\n\n\nSelepas kejadian itu Perdana Menteri Sweden, \u00a0Ulf Kristersson\u00a0 melalui ciapannya menzahirkan penyesalannya dengan mengatakan membakar kitab suci milik kepada ramai orang adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan tidak hormat.\n\n\nNamun beliau tetap mempertahankan kebebasan bersuara, sebagai salah satu bahagian asas kepada demokrasi.\n\n\n\n\nFreedom of expression is a fundamental part of democracy. But what is legal is not necessarily appropriate. Burning books that are holy to many is a deeply disrespectful act. I want to express my sympathy for all Muslims who are offended by what has happened in Stockholm today.\n\n\n\u2014 SwedishPM (@SwedishPM) \nJanuary 21, 2023\n\n\n\n\n\n\nFreedom of expression is a fundamental part of democracy. But what is legal is not necessarily appropriate. Burning books that are holy to many is a deeply disrespectful act. I want to express my sympathy for all Muslims who are offended by what has happened in Stockholm today.\n\n\n\u2014 SwedishPM (@SwedishPM) \nJanuary 21, 2023"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/dasar-pendidikan-tinggi-perlu-dikaji-semula-khaled-nordin/", "title": "Dasar pendidikan tinggi perlu dikaji semula \u2013 Khaled Nordin", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Satu Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional bagi menghadapi pelbagai krisis, cabaran dan tuntutan baharu ditubuhkan.\n\n\nMenteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata jawatankuasa itu mempunyai tempoh tiga bulan untuk mengemukakan dapatan yang sebahagian besarnya perlu bersifat saranan penambahbaikan diperlukan.\n\n\nBeliau berkata setiap agenda KPT tidak boleh tersasar daripada dasar asas dan aspirasi nasional selain tindakan dan semua agensi di bawah KPT perlu menterjemah aspirasi tersebut secara tegas, tuntas dan tepat.\u00a0\n\n\n\u201c\nDapatan dan saranan penambahbaikan daripada jawatankuasa ini sangat kritikal atas beberapa sebab, pertama, lanskap pendidikan nasional hari ini sudah menjadi pelbagai rupa dan kedudukan serta peranan semua pihak mesti dilihat dan diperkemaskan semula.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM tidak temui salah laku dalam kontrak RM399 juta \u2013 Petronas\n\n\n\n\n\n\nCadang Tubuh Srikandi Muda Galak Penglibatan Wanita Muda\n\n\n\n\n\n\nAzmin Ali umum rehat seketika daripada politik\n\n\n\n\n\n\nPas Pahang bimbang DAP sokong pengusaha haram Musang King\n\n\n\n\n\n\nPN peroleh manfaat jika UMNO terus goyah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\nKedua, segala yang berlaku di sekeliling kita sama ada wabak kesihatan atau perubahan iklim atau krisis tenaga secara tidak langsung mengheret kita menjadi sebahagian daripada pemainnya,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 di Putrajaya pagi tadi.\u00a0\n\n\nMajlis turut dihadiri Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.\u00a0\n\n\nMenurut Mohamed Khaled, sektor pendidikan tinggi tidak lagi terbatas terhadap penyediaan graduan berkemahiran demi sebuah pasaran kerja, penyelidikan dengan deretan jurnal impak tinggi yang nilainya terbatas kepada \u2018prestij\u2019 atau hanya sekadar menjalankan sebuah perniagaan berkaitan kelayakan ijazah.\n\n\nDalam pada itu, beliau juga akan memastikan pemilihan kepimpinan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuk agensi lain dibuat secara terbuka, tidak politikal dan menjadi satu proses yang teliti bagi mencari tokoh paling layak serta berwibawa.\u00a0\n\n\nJelas Mohamed Khaled, \nsebarang pembaharuan yang mahu dilaksanakan kementerian itu hanya akan muncul daripada kepimpinan kompeten dan dihormati.\n\n\n\u201c\nKita mahukan semua kepimpinan Institut Pengajian Tinggi (IPT), terutamanya Naib Canselor serta Timbalan mereka menjadi pemimpin yang berkesan. \n\n\n\u201cPemimpin yang mengurus dan memimpin dengan harmoni menangani segala kepelbagaian dengan baik dan membongkar segala potensi dalam institusinya,\u201d katanya lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/kapal-lcs-dikurangkan-kepada-lima-kapal-panglima-tldm/", "title": "Kapal LCS dikurangkan kepada lima kapal \u2013 Panglima TLDM", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perolehan kumpulan pertama buat kapal tempur pesisir (LCS) telah dikurangkan daripada enam kepada lima unit,\u00a0 setelah permohonan meneruskan projek itu dibincangkan semula oleh badan kerajaan.\n\n\nPerkara itu disahkan oleh Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman yang juga memaklumkan perjanjian tambahan yang keenam akan ditandatangani tidak lama lagi.\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian, ketika berucap di Majlis Perutusan Ulung Panglima Tentera Laut ke-18, di Auditorium Wisma Pertahanan , Kementerian Pertahanan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis kenal pasti peserta demonstrasi kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nCukai Barangan Mewah dilaksana separuh kedua 2023\n\n\n\n\n\n\nJKDM siasat kes penyeludupan dadah ke Australia\n\n\n\n\n\n\nTak perlu panik, Tuaran masih terkawal \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib bakal cemar institusi kehakiman negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nAbdul Rahman turut menjelaskan, sekiranya perjanjian itu dijalankan, ia membolehkan proses yang seterusnya dapat berjalan serta pembinaan projek berkenaan akan diteruskan seperti yang telah dirancang.\n\n\nSementara itu, beliau memaklumkan dengan kehadiran kapal LCS ini, dapat memperkukuhkan lagi dan melancarkan segala tugasan dengan lebih cemerlang.\n\n\n\n\nTambah beliau, perolehan Kapal Littoral Mission Ship (LMS) kumpulan kedua akan direalisasikan demi menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/lantik-izzah-anwar-langgar-konsep-nepotisme-yang-diperjuangkan-gta/", "title": "Lantik Izzah, Anwar langgar konsep Nepotisme yang diperjuangkan \u2013 GTA", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri, disifatkan telah melanggar konsep nepotisme yang selama ini ditentang oleh Perdana Menteri ke-10.\n\n\nTimbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air, GTA, Aminuddin Yahaya berkata ia sudah menyimpang daripada konsep nepotisme yang diperjuangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini.\n\n\nAminuddin juga berkata melalui pelantikan anaknya sendiri, dan dengan kurang pengalaman dalam sudut ekonomi, ia bakal memberi impak kepada rakyat dan negara jika salah dari sudut polisi dan strategi kewangan negara.\n\n\nMalah konsep reformasi yang pernah dilaungkan sebelum ini yang\u00a0 merangkumi penolakan rasuah dan nepotisme juga berlawanan dengan apa yang dicanang Perdana Menteri apabila pelantikan itu berlaku.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar angkat sumpah jawatan Perdana Menteri jam 5 petang\n\n\n\n\n\n\nSPRM berkuasa semak mana-mana akaun parti politik \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nSaya tiada kuasa \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Di Tangga Ke- 57 Dunia\n\n\n\n\n\n\nZahid gagal dapat pasport secara kekal\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam satu kenyataan kepada TV Pertiwi Aminuddin juga berkata Pakatan Harapan juga jelas beliau telah lari daripada tujuan perjuangan mereka yang telus dan berintegriti.\n\n\nSemalam, dalam satu temu bual dalam akhbar the star, Nurul Izzah anwar mangakui beliau kini berperanan sebagai penasihat ekonomi kepada Menteri Kewangan iaitu ayah beliau sendiri.\n\n\nPelantikan Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa pada 3 Januari lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/lebih-banyak-tanah-kerajaan-dijangka-bakal-diceroboh-tanam-durian-secara-haram/", "title": "Lebih banyak tanah kerajaan dijangka bakal diceroboh tanam durian secara haram", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang dijangka akan berlaku lebih banyak dengan penanaman ladang durian secara haram di Raub.\n\n\nAhli parlimen Raub dari DAP, Chow Yu Hui menggesa kerajaan negeri mengkaji semula dasar pajakan tanah kepada pihak Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.\n\n\nYu Hui berkata, pekebun-pekebun durian Musang King daerah Raub sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi suatu penyelesaian berbentuk menang-menang.\n\n\nBeliau berkata demikian susulan kenyataan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang meminta agar pekebun durian Musang King di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau dan Tranum di dalam daerah Raub mempertimbangkan semula permohonan semakan kehakiman Mahkamah Tinggi Kuantan sama ada untuk meneruskan atau sebaliknya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid raikan perbezaan pendapat, tidak berkompromi sentuh integriti parti\n\n\n\n\n\n\nBN Umum Tidak Letak Calon Dalam PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tiada GST tetapi barangan mewah akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid arah bina jambatan Bailey di Selancar\n\n\n\n\n\n\nLangkah Kekang Penularan COVID-19 Di Peringkat Sekolah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan itu, Menteri Besar Pahang dilaporkan akan mengadakan sebuah perjumpaan khas tertutup bersama \u2018pekebun-pekebun\u2019 Durian.\n\n\n\n\nMengulas lanjut Aminuddin berkata, bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk segala apa yang haram seperti pencerobohan dihalalkan nanti apatah lagi dalam keadaan politik yang berlaku pada hari ini.\n\n\nLebih parah lagi katanya, dengan keadaan UMNO yang dalam situasi mensuci dan memanjakan DAP akan memberi lebih banyak kompromi yang baka berlaku melibatkan seluruh negeri Pahang.\n\n\nAminuddin juga secara sinis mengucapkan tahniah kepada rakyat Pahang yang mengundi Barisan Nasional (BN) serta Pakatan (PH) ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\n\n\nTahniahlah kepada orang-orang Pahang yang telah mengundi BN dan PH. Biarlah tanah tergadai asalkan parti kita menang, kan?\n\n\nSebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuantan menerima dua notis permohonan semakan kehakiman yang telah difailkan kumpulan pertama melibatkan 110 pekebun pada 21 Ogos 2020 dan seterusnya kumpulan kedua membabitkan 94 pekebun pada 9 Disember tahun sama.\n\n\nPermohonan menamakan enam responden iaitu Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan Pahang, PKPP dan Royal Durian Resources PKPP Sdn Bhd yang melibatkan tanah seluas 2,167 hektar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/malaysia-bangunkan-vaksin-manusia/", "title": "Malaysia bangunkan vaksin manusia", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai pada Isnin membabitkan tiga pihak di bawah Institut Bioteknologi Kebangsaan (NIBM) bagi meneroka potensi projek pembangunan ekosistem vaksin tempatan, demi kesiapsiagaan negara dalam menghadapi pandemik pada masa depan.\n\n\nKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pertukaran MoU itu membabitkan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI), MVP Healthcare Sdn Bhd dan Pfizer Malaysia Sdn Bhd dengan disaksikan oleh menterinya Chang Lih Kang.\n\n\n\u201cUsaha ini juga membolehkan Malaysia mengembangkan kerjasama antarabangsa dan mengenal pasti bidang yang berpotensi untuk diperkukuh, dipromosikan dan dibangunkan dalam kerjasama strategik berasaskan manfaat bersama, selaras dengan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN),\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLangkah itu juga selaras dengan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN 2.0) di bawah Teras Penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 1 November 2021, kerajaan memberi mandat kepada NIBM-MGVI untuk menyelaras usaha dan kerjasama dalam bidang penyelidikan serta pembangunan vaksin manusia.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPfizer dan MVP Healthcare menzahirkan sokongan terhadap visi itu dengan mengenal pasti bidang kerjasama untuk diteroka dalam pembentukan ekosistem vaksin negara seperti di dalam PPVN bagi mencapai aspirasi Malaysia sebagai negara pengeluar vaksin manusia. \u2013 BERNAMA\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBot Jabatan Perikanan Johor bersama 4 kru dilapor hilang\n\n\n\n\n\n\nTipu skim pelaburan, lebih 100 mangsa buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\n3 Adun DAP tak mahu Chow kekal KM P.Pinang\n\n\n\n\n\n\nJohor kesan Orang Asli dieksploitasi demi kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nFokus kukuh golongan wanita, bukan angkat budaya songsang"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/pelajar-tahfiz-pukul-lelaki-kurang-siuman-niat-mahu-bantu-tukang-masak-kantin/", "title": "Pelajar Tahfiz pukul lelaki kurang siuman, niat mahu bantu tukang masak kantin", "body": "0\n\n\nBANGI, ISNIN \u2013 \nSekumpulan pelajar tahfiz\u00a0 dilaporkan telah memukul seorang lelaki kurang siuman sehingga maut di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, sekitar jam 7 malam semalam.\n\n\nPelajar Tahfiz berkenaan terlebih dahulu sudah memberi amaran kepada mak cik kantin untuk segera beredar daripada kawasan terbabit\n\n\n\u00a0\nKejadian itu\u00a0 berlaku apabila sekumpulan pelajar tahifz berkenaan mahu membantu tukang masa kantin mereka yang dipercayai telah diserang terlebih dahulu,\u00a0 oleh lelaki kurang siuman sehingga cedera teruk.\n\n\n\n\nLelaki yang maut\u00a0 itu dipercayai mempunyai masalah mental dan didakwa dipukul oleh sekumpulan pelajar tahfiz di sebuah pekarangan Masjid Tok Guru Pulau Melaka,\u00a0 pada jam 7 malam tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKutipan tol Lebuhraya DASH bermula tengah malam ini\n\n\n\n\n\n\nKurang hadiri masjid, belia wajar imarahkan rumah Allah\n\n\n\n\n\n\nMahkamah benar semak atau tidak, nasib Najib ditentukan esok\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan ini petunjuk kerajaan dalam ketakutan \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nKPT arah UiTM siasat punca data lebih 11,000 pemohon bocor\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, daripada laporan sekumpulan pelajar tahfiz yang terlibat itu dikatakan\u00a0 mahu menyelamatkan seorang tukang masak kantin yang merupakan mangsa amukan lelaki kurang siuman yang berusia 20-an itu.\n\n\nTukang masak kantin sekolah berkenaan \u00a0merupakan mangsa keganasan lelaki kurang siuman.\n\n\nBeliau menjelaskan mula diserang apabila lelaki terbabit mendekatinya, lantas bertindak menendangnya sehingga jatuh daripada motosikal.\n\n\nKatanya badan dan kepalanya telah disepak secara bertubi-tubi tanpa rasa belas kasihan sebelum diselamatkan oleh sekumpulan tahfiz yang pada ketika itu berada hampir di lokasi kejadian.\n\n\nDalam pada itu, beliau tampil menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pelajar tahfiz\u00a0 berkenaan yang sanggup menyelamatkannya daripada\u00a0 diserang dengan lebih teruk oleh lelaki kurang siuman itu.\n\n\nMemetik sinar, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, 12 individu telah ditahan termasuk\u00a0 pengawal keselamatan, warden dan pelajar bagi membantu siasatan.\u00a0\n\n\nK\nes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.\n\n\nTambahnya, pada jam 6.30 petang semalam lelaki berusia 28 tahun itu mengamuk dan berlaku pergelutan dengan\u00a0 pengawal keselamatan masjid\u00a0 bertugas.\n\n\nSelepas kejadian, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/pelantikan-izzah-sah-undang-undang-tapi-salah-dari-sudut-moral-hassan-karim/", "title": "Pelantikan Izzah, sah undang-undang tapi salah dari sudut moral \u2013 Hassan Karim", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri, bukan sahaja diberi perhatian oleh pihak pembangkang, tetapi juga oleh Ahli Parlimen kerajaan.\n\n\nAhli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim antara yang tidak senang dengan pelantikan itu.\n\n\nHassan yang terkenal dengan kelantangannya berkata dalam satu hantaran Facebook bahawa dari sudut undang-undang pelantikan itu adalah dibolehkan\u00a0 namun dari segi moralnya adalah salah.\n\n\nMaka, jawapan saya ringkas sahaja dalam Bahasa asing iaitu \u201d Legally right but morally wrong.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan penyokong gabungan Pakatan Harapan mengenai perlantikan Nurul Izzah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMAFI Sasar Kurangkan Pekerja Asing Sehingga 2030\n\n\n\n\n\n\nTambah baik hal ehwal Islam, beri manfaat kepada semua\n\n\n\n\n\n\nTiada cuti umum 12 Ogos di Selangor\n\n\n\n\n\n\nRozaid ganti Wan Nurzila di PMO\n\n\n\n\n\n\nTun M pertimbang bertanding pada PRN wakili Putra\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut mempersoalkan isu itu ialah\u00a0 Pemuda Bersatu yang mempertikai tadbir urus Perdana Menteri Anwar Ibrahim\u00a0 dengan \u201csegala macam jawatan lantikan bertaraf penasihat\u201d ketika pembentukan kabinet lebih kecil.\n\n\nSelain jawatan itu yang\u00a0 didakwa bercanggah dengan kedudukan menteri ekonomi Rafizi Ramli.\n\n\nSementara itu\u00a0 memetik malaysia kini, Badan pemikir Pusat Pendidikan Pasaran (CME) pula berkata Nurul Izzah tidak mempunyai latar belakang khusus dalam ekonomi atau kewangan.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif CME Carmelo Ferlito, dalam satu kenyataan berkata \n\u00a0walaupun kepakaran tidak diperlukan untuk peranan politik seperti menteri kabinet, ia perlu bagi jawatan penasihat dan kaunselor.\n\n\nMemetik Malaysia Gazette,\n Anwar kelmarin mempertahankan kelayakan anak sulungnya itu untuk menjadi penasihat tidak bergaji dalam soal ekonomi dan kewangan.\n\n\nAnwar berkata, selain memegang ijazah sarjana muda kejuruteraan, Nurul Izzah juga memiliki ijazah sarjana dalam bidang dasar awam dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies.\n\n\nAnwar yang turut memegang portfolio kewangan berkata dia juga tiada kelayakan formal dalam bidang itu, begitu juga dengan ramai pemimpin yang pernah memegang jawatan menteri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/pembersihan-umno-zahid-kunci-mulut-tunggu-sesi-akan-datang/", "title": "Pembersihan UMNO: Zahid kunci mulut, tunggu sesi akan datang", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin -Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kekal mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung \npemecatan\n\u00a0dua ahli parti dan penggantungan empat yang lain dalam pembersihan total parti itu.\n\n\nKetika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di Putrajaya pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata:\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTunggulah, dalam sesi akan datang,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau terlebih dahulu ditanya mengenai jawapan terhadap keputusan pemecatan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.\n\n\nJumaat lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi turut memutuskan beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian selama enam tahun.-SINAR"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/pusat-lindungi-mangsa-pemerdagangan-orang-perlu-diwujudkan/", "title": "Pusat lindungi mangsa pemerdagangan orang perlu diwujudkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Malaysia perlu mewujudkan perkhidmatan trauma berpusat bagi menyokong dan melindungi mangsa yang terselamat daripada jenayah pemerdagangan orang yang kini semakin serius dan menjadi punca utama kebimbangan pada peringkat global.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDengan mengambil kira keperluan khas wanita dan kanak-kanak, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata perlindungan, kaunseling, bantuan perubatan, psikologi serta material perlu disediakan untuk mangsa pemerdagangan orang.\n\n\nBeliau yang juga Pengerusi Majlis Antipemerdagangan Orang (TIP) dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) itu berkata, keseriusan kes pemerdagangan orang secara amnya adalah isu utama yang menjadi perhatian dan perbincangan antarabangsa.\n\n\n\u201cIa membabitkan pencabulan hak asasi manusia melalui pergerakan rentas sempadan atau domestik bagi tujuan eksploitasi, selain menjadi perniagaan menguntungkan sindiket melibatkan sejumlah besar wang yang boleh menghalang pembangunan masyarakat, sama ada dari segi sosial atau ekonomi.\n\n\n\n\n\u201cJadi, kita perlu menyediakan perkhidmatan trauma berpusat kepada mangsa yang terselamat bagi menyokong dan melindungi mangsa (pemerdagangan orang),\u201d katanya berucap merasmikan Seminar Pembinaan Kapasiti mengenai Pencegahan dan Perlindungan TIP yang disokong sepenuhnya dan dibiayai Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur.\n\n\n\n\nTeks ucapannya dibacakan Timbalan Setiausaha, Pejabat Strategik Negara kepada MAPO di bawah KDN, Syuhaida Abdul Wahab Zen.\n\n\nSeminar tiga hari yang berakhir pada 1 Februari itu anjuran Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (UM), bagi menambah baik rangka kerja antipemerdagangan orang dan dasar perlindungan mangsa di Malaysia.\n\n\nSelain itu, ia bagi memudahkan kerjasama dan perkongsian dalam kalangan peserta serta menetapkan hala tuju dan meningkatkan langkah pencegahan serta pembanterasan.\n\n\nSeminar yang sama akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dari 20 hingga 22 Februari depan.\n\n\nSementara itu, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian McFeeters dalam ucapan khasnya pada majlis itu berkata, TIP berlaku di seluruh dunia dan mangsa boleh ditemukan di setiap negara termasuk Malaysia dan AS, sekali gus ia memerlukan respons antipemerdagangan yang diselaraskan pada semua peringkat.\n\n\n\u201cDi kedutaan AS, kami menyedari tindak balas antipemerdagangan yang berkesan memerlukan penyelarasan dan kerjasama, malah kami komited sepenuhnya untuk menyokong Kerajaan Malaysia dan pihak berkepentingan lain berkaitan untuk menghentikan ancaman ini.\n\n\n\u201cKami terus membiayai program dan kempen yang tertumpu pada pencegahan, perlindungan dan pendakwaan kes pemerdagangan orang untuk menyokong dan memajukan usaha antipemerdagangan orang di Malaysia,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, Januari turut dikenali sebagai Bulan Kesedaran Pemerdagangan Orang.- BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/rakyat-perlu-pemimpin-berwibawa-bukan-kejar-populariti/", "title": "Rakyat perlu pemimpin berwibawa bukan kejar populariti", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nTimbalan Presiden BERJASA, Datuk Mohd Rosli Ramli berkata beliau tidak mahu pemecatan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Selangor, Tan Sri Noh Omar akan menjadikan mereka sebagai pemimpin nombor satu negara seperti yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.\u00a0\n\n\nIsu pemecatan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar masih lagi mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan rakyat malah ahli-ahli politik yang lain turut menyuarakan pandangan mereka.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, ketika ini, timbul persoalan sama ada pemecatan mereka daripada parti itu akan menjadikan mereka pemimpin nombor satu negara seperti mana yang dilalui oleh bekas Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri \n \nAnwar Ibrahim.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Timbalan Presiden BERJASA, Datuk Mohd Rosli Ramli berkata tidak mahu perkara tersebut berlaku susulan negara memerlukan pemimpin muda yang kompeten dan berwibawa selain turut mempunyai idea untuk membawa negara Malaysia 10 hingga 20 tahun akan datang.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS tawan 32 kerusi, BN-PH pulang dengan tangan kosong\n\n\n\n\n\n\nPenggantungan ini bukan satu pengakhiran \u2013 Hishammuddin\n\n\n\n\n\n\nSanusi sambut baik khabar angin Khairy sertai PN\n\n\n\n\n\n\nKerjasama UMNO & PAS Tidak Kesampaian \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nMB Kedah tidak jawab panggilan telefon \u2013 Ketua Polis Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau meluahkan perkara itu bagi mengulas mengenai pemecatan dua bekas ahli UMNO, Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Noh Omar menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya semalam.\u00a0\n\n\nTambah Rosli, negara juga tidak memerlukan pemimpin yang mengejar populariti dan pandai bercakap sewaktu berkempen sahaja malah untuk memimpin negara memerlukan tanggung jawab besar kerana melibatkan ekonomi rakyat, keselamatan negara, pembangunan perumahan dan hubungan antarabangsa.\u00a0\n\n\n\n\nSebelum ini, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan memecat Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tan Sri Noh Omar yang berlangsung di Menara Dato\u2019 Onn di ibu negara pada Sabtu lalu.\u00a0\u00a0\n\n\nPemecatan itu juga melibatkan lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO dari Pahang.\u00a0\n\n\n\n\n\\"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/30/tujuh-terbunuh-dalam-serangan-ke-atas-konvoi-senjata-di-syria/", "title": "Tujuh terbunuh dalam serangan ke atas konvoi senjata di Syria", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 \nTujuh orang dilaporkan maut setelah terlibat dengan serangan udara yang memusnahkan konvoi trak ketika membawa senjata ke timur Syria dan Iraq.\u00a0\n\n\nMenurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, mangsa dikatakan maut setelah pesawat yang tidak dikenali menyasarkan konvoi trak berkenaan lantas memusnahkan enam trak penyejuk beku yang mengangkut senjata Iran di sempadan wilayah Albu Kamal.\u00a0\n\n\nPihaknya turut memaklumkan mangsa terdiri daripada pemandu trak serta pemandu mereka yang kesemuanya bukan warganegara Syria.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, tiada negara yang mengaku menjalankan serangan itu.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael seksa 700 tahanan Palestin dalam penjara\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi benar lakukan umrah sekali sahaja semasa Ramadan\n\n\n\n\n\n\nIstanbul diramal lokasi gempa bumi kuat seterusnya\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi kuat 7.3 magnitud gegar wilayah Kepulauan Kermadec\n\n\n\n\n\n\nTwitter benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Israel sebelum ini sudah melakukan ratusan serangan udara dan peluru berpandu terhadap tentera Iran dan kerajaan Syria."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/31/berkompromi-halalkan-pekebun-haram-mb-khianati-rakyat-pahang-berjasa/", "title": "Berkompromi halalkan pekebun haram, MB khianati rakyat Pahang \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dinasihatkan tidak perlu rasa tergugat jika tidak dapat sokongan DAP sehingga sanggup menghalalkan tanah yang telah diceroboh oleh pekebun-pekebun haram terutama di Raub.\n\n\nPresiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim menganggap, sekiranya Menteri Besar negeri itu sanggup menggadaikan tanah negerinya kepada penceroboh bermakna beliau telah mengkhianati rakyat Pahang.\n\n\n\u201cKuasa yang ada pada Menteri Besar ialah bukan hanya memikirkan kemajuan negeri Pahang tetapi juga mesti memikirkan tentang tanah, agama dan juga merupakan tanggungjawab beliau sebab tanah ini simbol kuasa.\n\n\nApabila DAP atau orang menceroboh tanah di Pahang secara haram buat apa-apa projek yang ditanamnya kemudian berbincang bagaimana pula menghalalkannya, bermakna kita bersetuju dan kita bersungguh-sungguh untuk membiarkan tanah Pahang diceroboh sedangkan tanggungjawab Menteri Besar untuk mempertahankan kuasa atau tanah yang seluas mana pun di negeri Pahang itu.\u201d\n\n\nPresiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim\n\n\nTambahnya, Menteri Besar perlu menyokong keputusan mahkamah untuk mengambil tindakan terhadap penceroboh dan mereka yang bersalah meneroka secara haram serta mengaut keuntungan berlipat ganda.\n\n\nMenurut Ustaz Zamani, tindakan Wan Rosdy cuba berunding dengan pekebun durian Musang King tanpa tindakan tegas dianggap mengetepikan rakyat yang setia dan akur pada undang-undang.\n\n\n\u201cIni bagi saya satu pengkhianatan kepada rakyat kepada negara kita jadi bagi saya BERJASA melihat bahawa Menteri besar mesti ada integriti yang bagus mesti ada prinsip bahawa dia duduk di kerusi Menteri Besar itu untuk kepentingan negara untuk kepentingan tanah air bukan kepentingan kerusi dia.\u201d\n\n\nSebelum ini, Gagasan Bangsa tidak menolak kemungkinan lebih banyak kompromi bakal berlaku berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan sebagai ladang durian haram di Raub.\n\n\nAhli Parlimen DAP menggesa kerajaan Pahang mengkaji semula dasar pajakan tanah kepada pihak Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/31/dua-bekas-pm-disaman-berhubung-penamatan-projek-hsr/", "title": "Dua bekas PM disaman berhubung penamatan projek HSR", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seorang individu memfailkan saman terhadap dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin atas dakwaan menyalahgunakan jawatan awam dan cuai berhubung penamatan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).\n\n\nMohd Hatta Sanuri, 47, yang memfailkan saman itu menerusi Tetuan Mohaji, Hazury & Ismail pada 30 Disember\u00a0tahun lepas\u00a0turut menamakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi),\u00a0Datuk Seri Mustapa Mohamed; bekas Menteri Pengangkutan,\u00a0Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan kerajaan selaku defendan pertama hingga kelima.\n\n\nTindakan saman itu difailkan Mohd Hatta mewakili dirinya dan lebih 32 juta rakyat Malaysia yang terkesan dan kecewa dengan pembaziran yang telah dilakukan oleh kesemua defendan.\n\n\nDalam pernyataan tuntutan, Mohd Hatta selaku plaintif mendakwa Dr Mahathir\u00a0yang ketika itu Perdana Menteri ketujuh telah melakukan kecuaian dan menyalah guna jawatan awam apabila mengambil keputusan menangguhkan projek HSR, menyebabkan kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia perlu membayar pampasan kepada Kerajaan Singapura hampir RM46 juta.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Dato Malik\u2019 di tahan SPRM di bawah AMLA\n\n\n\n\n\n\nF-22 \u201cRaptor\u201d tembak jatuh sekali lagi objek misteri selepas belon pengintip China\n\n\n\n\n\n\nAmbil maklum hak pegawai perubatan, perbaiki kekurangan perkhidmatan\n\n\n\n\n\n\nPenetapan Hharga akhir tidak bergantung hanya pada kos bahan mentah\n\n\n\n\n\n\nKhairy akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\nPlaintif juga mendakwa Muhyiddin\u00a0yang ketika itu Perdana Menteri kelapan turut cuai dan menyalah guna jawatan awam apabila menamatkan projek berkenaan sehingga kerajaan dan semua rakyat Malaysia termasuk plaintif selaku pembayar cukai perlu mengeluarkan wang RM320,270,519.24 sebagai pampasan pembatalan Perjanjian Dua Hala antara Malaysia dan Singapura yang dipersetujui.\n\n\nDakwa plaintif, Mustapa\u00a0yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek itu telah melakukan kecuaian ketika menangguhkan projek tersebut sehingga menyebabkan wang negara perlu dikeluarkan sebanyak RM46 juta.\n\n\nSelain itu, Mohd Hatta mendakwa Wee juga cuai semasa menguruskan projek tersebut yang merupakan pengangkutan awam bagi rakyat Malaysia sehingga mendatangkan kesusahan dan kerugian berjumlah RM46 juta dan RM320,270,519.24 kepada rakyat Malaysia sekali gus menafikan hak rakyat untuk menikmati sistem pengangkutan kelas pertama di peringkat antarabangsa yang pantas, selamat dan murah.\n\n\nOleh itu, plaintif antara lain menuntut deklarasi bahawa pembatalan projek yang diumumkan oleh Muhyiddin adalah batal dan tidak sah selain memohon deklarasi kesemua defendan membayar ganti rugi dan pampasan sebanyak RM1 juta kepada setiap rakyat Malaysia termasuk plaintif kerana telah secara salah dan cuai membatalkan projek HSR.\n\n\nPada 1 Januari\u00a02021, Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan projek HSR sejauh 350 kilometer kerana kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember\u00a02020.\n\n\nSehubungan itu, Malaysia telah membayar S$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura untuk kos yang ditanggung bagi pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penggantungannya.\n\n\nProjek tersebut dijangka\u00a0menyediakan tiga servis utama iaitu perjalanan secara langsung antara Malaysia dan Singapura dalam tempoh 90 minit, servis domestik di Malaysia dan perkhidmatan shuttle dari Iskandar Puteri (Johor) sehingga Singapura.\n\n\nPengurusan kes saman itu ditetapkan pada 2 Februari\u00a0ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/31/hishammuddin-terima-surat-digantung-keahlian-umno/", "title": "Hishammuddin terima surat digantung keahlian UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan, beliau menerima surat rasmi berhubung penggantungan keahlian UMNO selama enam tahun.\n\n\nSurat bertarikh 30 Januari 2022 itu\u00a0ditandatangani oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.\n\n\nBagaimanapun menurutnya, tiada sebarang sebab penggantungan dinyatakan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUnsur LGBT punca jam tangan Swatch dirampas \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nRayuan SIS cabar fatwa MAIS sekali lagi ditolak\n\n\n\n\n\n\nNur Jazlan desak henti keluar kenyataan retorik, jaga hubungan baik BN-PH\n\n\n\n\n\n\nTambah kantung negara, kerajaan halalkan bakar mercun dan bunga api\n\n\n\n\n\n\nTiga TPM Cadangan Tidak Masuk Akal \u2013 Rosli Ramli\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBaru sahaja terima surat rasmi bertarikh semalam (Isnin) berhubung penggantungan keahlian UMNO saya.\n\n\n\u201cTiada sebab penggantungan dinyatakan,\u201d katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.\n\n\nBeliau turut memuat naik gambar surat yang dinyatakan.\n\n\nBerdasarkan surat berkenaan, Hishammuddin didapati melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.\n\n\n\u201cAdalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 27 Januari 2023 telah memutuskan bahawa YB Dato\u2019 Seri digantung hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembagaan UMNO kerana tindakan YB Dato\u2019 Seri melanggar Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.\n\n\n\u201cPenggantungan ini adalah selama tempoh enam tahun bermula daripada 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi UMNO,\u201d menurut surat berkenaan.\n\n\nPada Jumaat, MKT memutuskan memecat bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar daripada UMNO kerana pelanggaran disiplin sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nUMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain selama enam tahun seperti Hishammuddin; bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/31/pelantikan-izzah-bersatu-tuntut-penjelasan-anwar/", "title": "Pelantikan Izzah: BERSATU tuntut penjelasan Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada beliau.\n\n\nKetua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan turut mendesak Anwar menjelaskan mengapa pelantikan anaknya itu dirahsiakan.\n\n\n\u201cSaya menuntut Anwar segera nyatakan berapa ramai lantikan rahsia yang telah dibuat dan siapa lagi yang telah dilantik secara senyap-senyap\u201d, katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa.\n\n\nSelain itu, Wan Saiful turut menuntut Anwar menjelaskan bidang kuasa yang diberikan kepada Nurul Izzah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAkan Didakwa Pada Rabu Ini\n\n\n\n\n\n\nPDRM nafi jadi dalang kegiatan seludup mercun\n\n\n\n\n\n\nLIMA\u201923: Tun M terima anugerah pencapaian sepanjang hayat\n\n\n\n\n\n\nTengku Zafrul angkat sumpah Ahli MKT dilantik Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nPBB, EU, Kesatuan Afrika gesa gencatan senjata segera\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas Wan Saiful, Malaysia sehingga kini melahirkan ramai pakar ekonomi dan kewangan tersohor tetapi tidak dipilih oleh Anwar.\n\n\n\u201cKalau tidak kerana Nurul Izzah terlepas cakap, satu Malaysia termasuklah penyokong Pakatan Harapan tidak tahu mengenai pembohongan Anwar Ibrahim, yang kononnya menentang kronisme, tetapi secara rahsia melantik anaknya sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri,\u201d katanya.\n\n\nTambah Wan Saiful, rakyat bukan mempersoalkan pro bono atau berbayar tetapi mempertikaikan mengapa lantik anak sendiri.\n\n\nJusteru, katanya, walau apa pun alasan Anwar, ia tidak lagi relevan kerana hakikatnya beliau mengamalkan nepotisme.\n\n\nBaru-baru ini, media melaporkan Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, yang juga bapanya, berkuat kuasa 3 Januari lalu.\n\n\nAnwar kemudiannya menjelaskan pelantikan Nurul Izzah tidak akan menerima sebarang elaun dan beliau sendiri mempelawa anaknya untuk membantunya sebagai penasihat di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/31/ppim-gesa-kerajaan-bantu-golongan-bankrap-sebelum-tahun-2017/", "title": "PPIM gesa kerajaan bantu golongan bankrap sebelum tahun 2017", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan dan Jabatan Insolvensi Malaysia memberi perhatian sewajarnya terhadap mereka yang disahkan muflis sebelum tahun 2017.\n\n\nMenerusi satu kenyataan, ketuanya, Datuk Nadzim Johan berkata, ia kerana hak individu terbabit seolah-olah dinafikan berikutan langkah penambahbaikan dalam pindaan Akta Insolvensi 1967 pada tahun berkenaan.\n\n\nMalah, katanya, lebih membimbangkan apabila individu disahkan muflis juga terdiri daripada golongan belia dan warga emas yang sudah berusia 75 tahun.\n\n\n\u201cMereka yang disahkan muflis selepas 2017 menerima beberapa penambahbaikan dalam pindaan Akta Insolvensi 1967 pada tahun itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga Turun Kepada RM4.90 Seunit, Tidak Jejas Kualiti\n\n\n\n\n\n\nDemimu Ayah\u2026 gendong bapa sempurnakan tawaf\n\n\n\n\n\n\nPENAMPILAN TUAN IBRAHIM DI GLASLOW MENARIK PERHATIAN\n\n\n\n\n\n\nPH-BN guna logo sendiri di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nSelangor, Kuala Lumpur Catat Kes Luar Tabii Tertinggi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebagai contoh, peruntukan Seksyen 33C yang memberi pelepasan automatik selepas tiga tahun muflis dan lapan pindan lain dalam akta pada tahun berkenaan.\n\n\n\u201cBagaimanapun mereka yang muflis sebelum 2017 perlu menunggu sehingga 15 tahun pentadbiran kes di Jabatan Insolvensi Malaysia sebelum layak memohon bebas muflis.\n\n\n\u201cSeharusnya golongan belia yang muflis diberi peluang kedua untuk bebas (muflis) manakala warga emas pula perlu dibebaskan secara automatik kerana faktor umur dan kesihatan mereka,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.\n\n\nOleh itu, Nadzim berharap pelantikan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Pengarah Insolvensi yang baharu, M Bakri Abd Majid dapat membantu individu dibelenggu muflis.\n\n\n\u201cPPIM menyambut baik dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan dalam membela nasib mereka yang muflis.\n\n\n\u201cKami percaya dengan kebijaksanaan Datuk Seri Azalina kerana beliau individu yang bertanggungjawab menambah baik Akta Insolvensi 1967 pada 2017.\n\n\n\u201cSebelum ini, mereka yang muflis seolah-olah tidak mempunyai masa depan dan akan terus berada dalam keadaan tidak diberikan pengupayaan untuk bangkit semula.\n\n\n\u201cPPIM berharap pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memberi perhatian serius terhadap segala perkara yang diutarakan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/31/setiausaha-politik-anwar-nafi-khabar-angin-pelantikan-wan-azizah-di-jpm/", "title": "Setiausaha politik Anwar nafi khabar angin pelantikan Wan Azizah di JPM", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Azman Abidin menafikan khabar angin bahawa isteri perdana menteri itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dilantik memegang jawatan rasmi di Jabatan Perdana Menteri.\n\n\nIa berikutan laporan bahawa Anwar melantik anak sulungnya Nurul Izzah sebagai penasihatnya dalam ekonomi dan kewangan.\n\n\nKeputusan itu mendapat kecaman ramai termasuk pembangkang yang mendakwa ia merupakan amalan nepotisme.\n\n\nBagaimanapun, Azman menjelaskan Wan Azizah tidak dilantik untuk memegang sebarang jawatan di bawah JPM.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS Sedia Ganti UMNO Bawa Suara Orang Melayu Islam\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Tak perlu debat, semua sibuk PRN \u2013 Kon Yeow\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Harap Ibadah Haji Dibenar Tahun Ini\n\n\n\n\n\n\nSuspek 1MDB, Kee Kok Thiam mati mengejut akibat strok\n\n\n\n\n\n\nKKM nafi pertimbang ambil jururawat asing\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanyan kandungan poster yang tersebar itu juga adalah tidak benar.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni tidak benar. (Ia adalah) propaganda,\u201d katanya ketika dihubungi\u00a0\nMalaysiakini\n\u00a0hari ini.\n\n\nTerdahulu, sebuah poster tersebar dalam Whatsapp bagi mengucapkan tahniah kepada Wan Azizah atas pelantikannya sebagai pengerusi ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan yang telah disusun semula di bawah JPM.\n\n\nPoster itu tidak mempunyai sebarang tandatangan tetapi hanya potret Wan Azizah dan lambang jata negara.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAzman menjelaskan Wan Azizah hanya mempengerusikan mesyuarat dalaman di kalangan ahli-ahli parlimen Wilayah Persekutuan baru-baru ini untuk membincangkan isu di Kuala Lumpur dan ia bukanlah di bawah mana-mana agensi atau jabatan kerajaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMereka bercadang untuk tubuh sebuah sekretariat yang tidak rasmi bagi menyelaraskan isu berkenaan KL.\n\n\n\u201cAhli-ahli parlimen KL yang minta Wan Azizah untuk pengerusikan mesyuarat.\n\n\n\u201cSebab Wan Azizah pun ahli parlimen Bandar Tun Razak. Tak salah pun untuk beliau mempengerusikan mesyuarat itu.\n\n\n\u201cTapi poster itu tidak benar, ini bukan satu jawatan yang rasmi. Mesyuarat ini tidak di bawah mana-mana agensi atau jabatan. Tiada kuasa untuk menetapkan dasar,\u201d katanya.\n\n\nDia juga menjelaskan bahawa mesyuarat itu tiada kaitan dengan Federal Territories Interactive Council yang ditubuhkan kerajaan pada Disember tahun lepas.\n\n\nKatanya, ia dipengerusikan sendiri oleh Anwar dan hanya menjadi platform bagi ahli parlimen membincangkan isu-isu kritikal dan mencadangkan dasar pembangunan untuk kesejahteraan rakyat.\n\n\nDia menegaskan bahawa sekretariat tidak rasmi yang dicadangkan itu tidak terlibat dalam sebarang dasar atau membuat keputusan tetapi semata-mata untuk mengumpul dan menyampaikan pendapat serta perbincangan ahli Parlimen kepada Anwar.\n\n\nJabatan Wilayah Persekutuan kini dikegtuai oleh ketua pengarahnya Rosida Jaafar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/31/umno-pecat-tun-faisal/", "title": "UMNO pecat Tun Faisal", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nBekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz mengumumkan beliau telah dipecat keahliannya dalam UMNO berkuat-kuasa serta merta.\n\n\nTun Faisal memaklumkan, perkara itu dinyatakan kepadanya menerusi surat rasmi bertarikh 27 Januari 2023.\n\n\nSurat yang dikirim Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 5 Januari 2023 dan minit mesyuarat MKT yang disahkan pada 27 Januari 2023 telah memutuskan bahawa Tun Faisal dilucutkan daripada keahlian parti berkuat kuasa serta-merta.\n\n\nBagaimanapun katanya, terdapat beberapa perkara dianggap menarik di dalam surat berkenaan antaranya beliau masih dirujuk sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJawapan Anwar di Parlimen kualiti rendah, cacamerba\n\n\n\n\n\n\nJiao Zong tidak setuju soalan BM sama untuk SK dan SRJK\n\n\n\n\n\n\nBanyak Isu Tanah, Hutan & Korupsi Tak Selesai Punca Negeri Pahang Ketinggalan?\n\n\n\n\n\n\nTreler Pulau tidak sesuai ditayangkan\n\n\n\n\n\n\nGTA dakwa konsep \u2018Rahmah\u2019 idea Tun M bukan Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMaksudnya jika sesiapa digantung keahlian, gelaran jawatan mereka masih kekal walaupun hak keahlian mereka digantung. Jadi Datuk Seri Hishammuddin masih boleh digelar Ketua UMNO Bahagian dan bukan bekas atau mantan seperti yang dirujuk oleh media terhadap saya sebelum ini,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.\n\n\nPada Mac 2021, UMNO telah menggantung keahlian beliau selama enam tahun susulan tindakannya membuat kenyataan terbuka menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nSelain itu, Tun Faisal menyifatkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan terlupa untuk menyenaraikan nama beliau di antara sembilan ahli UMNO Putrajaya yang digantung sebelum ini.\n\n\n\u201cMungkin selepas saya buat siaran langsung mengenai keputusan pembersihan UMNO daripada golongan penentang Datuk Seri Zahid Hamidi, baru ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) perasan, rupanya ada seorang lagi yang mereka lupa nak umum pecat.\n\n\n\u201cJadi termasuk saya, mungkin jumlah sebenar ahli UMNO Putrajaya yang dipecat adalah 10 orang,\u201dkatanya.\n\n\nTambah beliau, sekiranya lembaga disiplin dan MKT UMNO berfungsi dengan baik, Ahmad Zahid sepatutnya orang pertama yang dipecat kerana didakwa telah mengkhianati dasar parti dan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sejak Oktober lagi.\n\n\nMengulas lanjut, beliau mengambil keputusan untuk tidak membuat rayuan kerana keputusan sudah dijangka, lebih-lebih lagi apabila MKT dan Ahmad Zahid tidak terbuka untuk menerima kritikan.\n\n\nDalam masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada UMNO dan pemimpin yang telah berjuang atas dasar agama, bangsa dan tanah air sehingga berjaya mengangkat dan memartabatkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan negara.\n\n\n\u201cSelain menghalang negara ini daripada menjadi sebuah negara sekular dan menghalang kehendak parti-parti tertentu yang mahu menyamaratakan kedudukan Islam dengan agama-agama lain, serta mengangkat dan membela kedudukan orang Melayu dan Bumiputera,\u201d ujarnya.\n\n\nTambah beliau, penentangannya adalah kepada individu dan bukan terhadap parti UMNO secara keseluruhannya kerana menyifatkan UMNO dan BN jelas dengan prinsip perjuangannya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/31/wanita-hilang-di-bukit-tabur-ditemui-selamat/", "title": "Wanita hilang di Bukit Tabur ditemui selamat", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Selepas hampir 48 jam, seorang wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian solo di Bukit Tabur, Jalan Kolam Air, Taman Melawati di Kuala Lumpur sejak kelmarin, ditemui selamat\u00a0hari ini.\n\n\nPengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis\u00a0berkata,\u00a0mangsa, S Sangeeta, 26, ditemui oleh anggota mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.08 pagi.\n\n\nKatanya, operasi SAR yang dimulakan sejak awal pagi semalam sebelum dihentikan pada jam 7 malam akibat faktor cuaca\u00a0dan disambung semula pada jam 7.30 pagi tadi.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPejuanita gesa kerajaan bendung budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nUstaz Wadi Annuar mohon maaf pada masyarakat India\n\n\n\n\n\n\nTaubat Seorang Gay\n\n\n\n\n\n\nLantik Izzah, Anwar langgar konsep Nepotisme yang diperjuangkan \u2013 GTA\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia Masih Lagi Mematuhi SOP\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMangsa ditemui selamat dan berada dalam keadaan sedar namun mengalami kecederaan pada kaki akibat terjatuh dari puncak bukit ke dalam gaung dengan kedalaman 30 meter.\n\n\nNorazam berkata, operasi SAR pada pagi ini dibahagikan kepada dua trek laluan iaitu Trek A diketuai seorang pegawai bomba bersama 13 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).\n\n\n\u201cTrek B diketuai seorang anggota bomba dengan kekuatan 55 anggota termasuk Pasukan Multi Skill (MUST) bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Hutan dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung dan Gua (MOSAR).\n\n\n\u201cOperasi SAR turut dibantu dua anjing pengesan dari Unit K9 JBPM bersama empat pegawai serta Unit Dron,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Norazam memaklumkan pihak bomba menerima laporan kejadian pada jam 2.44 pagi semalam sebelum pasukan bomba dari BBP Ampang tiba di lokasi pada jam 3.18 pagi.\n\n\nKatanya, mangsa dilaporkan mula mendaki Bukit Tabur dari Tabur East, pada jam 7 pagi\u00a0kelmarin.\n\n\nMangsa dikatakan sempat menghubungi adiknya memaklumkan bahawa dia tersesat sebelum menghantar lokasi terakhir melalui aplikasi WhatsApp, kira-kira jam 11 pagi\u00a0kelmarin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/01/31/yayasan-ikhlas-terima-anugerah-most-trusted-foundation-brand/", "title": "Yayasan Ikhlas terima anugerah Most Trusted Foundation Brand", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Badan kemanusiaan, Yayasan Ikhlas julung kalinya telah dianugerahkan Most Trusted Foundation Brand di World Muslimpreneur Most Trusted Foundation Brand.\n\n\nAnugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Mohd Ali Mohd Rustam kepada Yayasan Ikhlas yang diwakili Pengurus Besar, Bilal Jailani.\n\n\n\u201cAlhamdulillah pengiktirafan The Most Trusted Foundation Brand daripada World Muslimpreneur adalah hasil usaha keras seluruh warga Yayasan Ikhlas bermula daripada ahli lembaga pemegang amanahnya, pihak pengurusannya, staf, duta, penyumbang dan sukarelawan di serata tanah air. \n\n\nIa juga menandakan sebuah era baru bagi Yayasan Ikhlas iaitu persiapan akhir untuk menjadi badan kemanusiaan nombor 1 di Malaysia menjelang 2025 setelah sekian lama ditubuhkan 2009.\u201d\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di 4 Negeri Kekal\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi rendah, Shafie Ngah gesa rakyat keluar mengundi\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Catat Penurunan\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah biasa dengan perpecahan \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nUMNO wajar jelaskan dasar parti kepada ahli \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Bilal menambah Yayasan Ikhlas akan melaksanakan pelbagai usaha dalam projek pembangunan terutamanya pendidikan dan infrastruktur yang memberi manfaat besar kepada komuniti.\n\n\nKatanya, Yayasan Ikhlas juga sedang merancang untuk menubuhkan cawanganya yang kesembilan dan ke-10.\n\n\nYayasan Ikhlas melaksanakan projek pembangunan sistem air bersih di Kampung Tanah Hitam, Sik\n\n\n\u201cBergerak ke hadapan Yayasan Ikhlas akan melipat gandakan usaha kekal projek pembangunan seperti sekolah, surau dan projek air bersih kerana ia memberi banyak manfaat kepada komuniti. \n\n\nSelain itu Yayasan Iklhas juga akan menubuhkan cawangannya yang ke-9 dan ke-10 di Malaysia pada tahun 2023 ini dan YI akan memberikan tumpuan juga yang besar kepada \nresearch and development\n supaya Yayasan Ikhlas dapat menawarkan solusi yang benar-benar tepat untuk isu kemanusiaan di Malaysia ini.\u201d\n\n\nSetakat ini, Yayasan Ikhlas melaksanakan projek pembangunan sistem air bersih di Kampung Tanah Hitam, Sik, yang bakal memberi manfaat kepada 370 orang penduduk setempat.\n\n\nSelain itu, Yayasan Ikhlas juga berjaya menubuhkan dua buah sekolah pendidikan asnaf secara percuma iaitu pusat Pendidikan Al-Huda di Semporna yang kini memiliki seramai 450 orang murid.\n\n\nMalah, 5,780 sukarelawan Yayasan Ikhlas yang berdaftar di seluruh tanah air juga secara aktif melakukan kerja-kerja misi kemanusiaan dalam negara.\n\n\nPusat Pendidikan Al-Huda memiliki seramai 450 orang murid."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/01/agong-titah-bangunkan-wilayah-persekutuan-sebagai-bandar-raya-unggul/", "title": "Agong titah bangunkan Wilayah Persekutuan sebagai bandar raya unggul", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Yang di-Pertuan Agong,\u00a0Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar kerajaan melipatgandakan usaha dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan membangunkan Wilayah Persekutuan sebagai sebuah bandar raya unggul serta mampan.\n\n\nSeri Paduka berharap,\u00a0bantuan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan dapat diberikan tumpuan khusus oleh kerajaan, termasuk meningkatkan peluang pekerjaan serta membantu mengurangkan kos sara hidup yang membelenggu golongan miskin bandar serta yang kurang berkemampuan.\n\n\nAl-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa gusar berhubung banjir kilat yang sering melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan\u00a0Labuan yang menurut Seri Paduka, harus ditangani segera kerana kejadian itu\u00a0bukan sahaja memberi kesan buruk kepada rakyat, malah boleh menjejaskan kerancakan pertumbuhan ekonomi.\n\n\n\u201cJusteru, pembangunan hendaklah sentiasa seiring dengan inisiatif pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan di kawasan tinggi serta berbukit, termasuk di kawasan yang menjadi tadahan hujan haruslah turut dikawal selia,\u201d titah Seri Paduka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLulus dua RUU fokus sidang khas DUN Sabah esok\n\n\n\n\n\n\nElak normalisasi gugat agama Islam, sensitiviti perlu dijaga\n\n\n\n\n\n\nSatu PPS dibuka tempatkan mangsa ribut di Sepang\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye diramal pakar tiga hari sebelum kejadian\n\n\n\n\n\n\nTayang kertas undi satu kesalahan \u2013 Abdul Aziz\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeri Paduka bertitah demikian sempena Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2023 di Istana Negara\u00a0hari ini.\n\n\nTurut berangkat, Raja Permaisuri Agong,\u00a0Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.\n\n\nYang di-Pertuan Agong juga menzahirkan penghargaan atas usaha proaktif serta inisiatif Jabatan Wilayah Persekutuan dalam meningkatkan taraf hidup dan meringankan beban warganya melalui pelbagai program\u00a0yang memberi manfaat kepada masyarakat.\n\n\nAl-Sultan Abdullah turut bertitah supaya semua menteri, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta warga kota\u00a0menjaga kota raya ini sebagai bandar raya yang benar-benar bersih dan cantik.\n\n\n\u201cJadikan bandar raya Kuala Lumpur bertaraf bandar raya kelas pertama bukan kelas kedua atau ketiga dan saya berharap impian ini akan menjadi kenyataan,\u201d titah baginda.\n\n\nSeri Paduka bertitah usaha ini termasuk pemberian bantuan kebajikan rakyat miskin dan terjejas pendapatan, usaha pembasmian miskin tegar bandar dan strategi penyediaan kediaman yang selesa untuk warga berpendapatan rendah.\n\n\n\u201cBeta juga amat bersyukur dengan komitmen kerajaan beta dalam menjaga kemaslahatan rakyat beta, khususnya dalam menangani isu-isu semasa yang secara tidak langsung merangsang pengukuhan sosio dan ekonomi rakyat beta.\n\n\n\u201cPelbagai pembaharuan akan dilaksanakan dengan berpegang kepada prinsip menjaga kebajikan rakyat, mengeratkan perpaduan, meringan dan menaikkan taraf hidup rakyat beta di Wilayah Persekutuan,\u201d titah Al-Sultan Abdullah.\n\n\nSeri Paduka turut merakamkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri,\u00a0Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pembentukan kerajaan perpaduan pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 lepas.\n\n\nAl-Sultan Abdullah menzahirkan rasa sukacita terhadap komitmen Anwar untuk menerapkan nilai-nilai integriti dalam kerajaan dan usaha segera untuk merungkai permasalahan ekonomi yang dihadapi rakyat.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/01/ahmad-zahid-raikan-perbezaan-pendapat-tidak-berkompromi-sentuh-integriti-parti/", "title": "Ahmad Zahid raikan perbezaan pendapat, tidak berkompromi sentuh integriti parti", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,\u00a0beliau meraikan perbezaan pendapat dalam kalangan ahli UMNO, namun tidak akan berkompromi sekiranya ada antara mereka menyentuh soal integriti parti itu.\n\n\nAhmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana beliau amat mementingkan kesatuan dalam parti berkenaan.\n\n\n\u201cSaya meraikan perbedaan pendapat, silakan bercakap tetapi apabila integriti parti disentuh, saya tidak boleh berkompromi lagi dalam perkara ini, yang penting ialah soal kesatuan dalam parti itu.\n\n\n\u201cPenyatuan pemikiran dalam kalangan kepimpinan, penyatuan hati nurani dalam kalangan kepimpinan, penyatuan tindakan pelaksanaan kepada aktiviti jentera parti ini harus diutamakan dan ini mungkin sukar difahami tetapi tidak sukar untuk saya laksanakan,\u201d katanya dalam program Ruang Bicara terbitan \nBernama TV\n\u00a0malam ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan himpunan \u2018Mana Kapal LCS?\u2019\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tak takut disiasat, nafi seleweng RM600 bilion\n\n\n\n\n\n\nPencarum yang terdesak pinjam bank, caruman KWSP jadi cagaran\n\n\n\n\n\n\nAngkat sumpah MB Negeri Sembilan berlangsung hari ini\n\n\n\n\n\n\nTujuh Ahli Parlimen ambil peluang tanding PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dalam sesebuah parti, tidak seharusnya ada \u2018gunting dalam lipatan\u2019 atau \u2018duri dalam daging\u2019.\n\n\n\u201cSerangan bukan hanya datang dari luar (parti), kita kenal musuh di luar, kita kenal juga musuh di dalam, baling batu sembunyi tangan sangat banyak tetapi saya harus bersangka baik dengan semua orang dalam perkara ini.\n\n\n\u201cTetapi sebagai seseorang yang diberikan amanah untuk memimpin sebuah parti terbesar orang Melayu dan Islam, adakah saya mahu membiarkan keadaan itu terus berlaku? Saya mesti berusaha bukan saya benci, tidak ada satu zarah, satu molekul rasa benci kepada mana-mana individu tetapi parti mesti diselamatkan,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/01/kdn-tetapkan-klasifikasi-filem-2023-berkuat-kuasa-hari-ini/", "title": "KDN tetapkan klasifikasi filem 2023 berkuat kuasa hari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) menetapkan lima pengelasan atau Klasifikasi Filem 2023 yang baharu berkuat kuasa hari ini, selaras dengan keperluan semasa industri perfileman serta penyiaran dalam negara.\n\n\nPengelasan itu ialah klasifikasi \u2018U\u2019 bagi penonton semua peringkat umur, \u2018P12\u2019 bagi penonton semua peringkat umur\u00a0dan bimbingan ibu bapa diperlukan bagi penonton berumur di bawah 12\u00a0tahun, \u201813\u2019 bagi penonton berumur 13 tahun ke atas, \u201816\u2019 bagi penonton berumur 16 tahun ke atas dan \u201818\u2019 bagi penonton 18 tahun ke atas.\n\n\nMenteri Dalam Negeri,\u00a0Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN telah menambah baik klasifikasi filem sedia ada yang dilaksanakan oleh LPF sejak 2012 dengan memperkenalkan Klasifikasi Filem 2023\u00a0yang telah diwartakan melalui Peraturan-Peraturan Penapisan Filem (Pengelasan Filem) 2023 pada 9 Januari\u00a0lepas.\n\n\n\u201cPrinsip\u00a0yang diberi keutamaan untuk penentuan klasifikasi filem ialah memelihara kebebasan penonton dewasa untuk memilih filem yang ingin ditonton, melindungi kanak-kanak dan remaja di bawah usia 18 tahun daripada terdedah dengan kandungan filem yang tidak sesuai dengan peringkat umur mereka serta boleh merosakkan pemikiran dan tingkah laku mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Ma63 Lulus\n\n\n\n\n\n\nKDN rampas al-Quran elektronik tanpa kelulusan\n\n\n\n\n\n\nPerbaharui tekad dan ibrah sempena Israk Mikraj \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nNajib aset strategik \u2018beku\u2019 UMNO \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nIsteri maut ditembak suami lebih lima das\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa termasuk menggalakkan ibu bapa agar lebih bertanggungjawab dalam membimbing anak-anak memilih kandungan filem yang sesuai untuk ditonton,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau berkata, Klasifikasi Filem 2023 itu dihasratkan akan memberi kesan positif dalam aspek penyeragaman dan peningkatan standard klasifikasi filem di Malaysia agar setanding dengan sistem klasifikasi atau penarafan filem yang dilaksanakan di luar negara.\n\n\n\u201cSelain itu, diharapkan agar klasifikasi filem 2023 dapat dijadikan panduan dan rujukan oleh penerbit dan pengarah filem tempatan serta dapat menyokong peluasan kreativiti dalam kalangan industri filem dan penyiaran, namun pada masa yang sama tidak melanggar Garis Panduan Penapisan Filem KDN 2010,\u201d katanya.\n\n\nPengelasan\u00a0filem diperkenalkan pada\u00a01953 yang mengelaskan\u00a0filem kepada dua kategori iaitu Untuk Orang Dewasa Sahaja dan Tontonan Umum dan mulai\u00a01996, pengelasan\u00a0berubah kepada \u2018U\u2019 dan \u201818\u2019 yang terbahagi kepada empat kategori kecil iaitu \u201818SG\u2019, \u201818SX\u2019, \u201818PA\u2019 dan \u201818PL\u2019.\n\n\nSeterusnya, pada April 2010 pengelasan filem berubah kepada \u2018U\u2019, \u2018PG13\u2019 dan 18. Pada Januari 2012 pula, pengelasan berubah kepada seperti sebelum ini iaitu \u2018U\u2019, \u2018P13\u2019 dan \u201818\u2019.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/01/kerajaan-guna-sprm-sebagai-alat-politik-hamzah/", "title": "Kerajaan guna SPRM sebagai alat politik \u2013 Hamzah", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kesal akan tindakan kerajaan campuran menjadikan agensi kerajaan sebagai alat mencapai matlamat politik untuk membunuh kredibiliti parti itu dan Perikatan Nasional (PN).\n\n\nSetiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin,berkata parti itu\u00a0 akan terus memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya fitnah dapat dihentikan segera susulan pembekuan akaun milik parti itu.\n\n\n\u201cSaya merujuk kepada laporan berita mengenai pembekuan akuan bank BERSATU oleh SPRM. BERSATU dapat menerima alasan bahawa langkah yang diambil SPRM adalah sebahagian daripada proses siasatan mereka terhadap fitnah yang dilemparkan kepada BERSATU,katanya dalam kenyataan, hari ini.\n\n\nKetua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan SPRM sudah membekukan akaun BERSATU.\n\n\nBeliau dilaporkan berkata, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Pusat tidak akan berubah meskipun PN menang 6 negeri\n\n\n\n\n\n\nMasjid, surau di Selangor perlu bebas propaganda politik \u2013 JAIS\n\n\n\n\n\n\nPAS akan tentukan tarikh bubar DUN di 3 negeri naungannya\n\n\n\n\n\n\nMukhriz didakwa mohon kerjasama PH, PN untuk PRN\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah biasa dengan perpecahan \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.\n\n\nHamzah mengulas lanjut, pihaknya yakin rakyat sedar mengenai strategi buruk PH-BN, yang mahu memesong perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan serta amalan nepostime kerajaan mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/01/khairy-akui-sertai-kerajaan-bukan-jalan-mudah-jadi-pm/", "title": "Khairy akui sertai kerajaan bukan jalan mudah jadi PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Menyertai kerajaan hari ini tidak semestinya memberi laluan yang lebih mudah untuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.\n\n\nBekas Ketua Pemuda UMNO yang disingkirkan dari parti itu\u00a0berkata, itu bukanlah dalam perkiraan sebagai langkah beliau seterusnya yang akan diambil.\n\n\nKatanya, apa yang diperkirakan adalah sama ada keselesaan beliau untuk bersama dengan sesebuah parti itu serta keserasian\u00a0bersama seluruh ahli parti tersebut.\n\n\n\u201cItu adalah cita-cita jangka panjang (untuk meneraju kerajaan).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPresiden MCA tolak tawaran PN\n\n\n\n\n\n\nBolehkah Individu Ada Kes Mahkamah Jadi TPM? \u2013 TUN M\n\n\n\n\n\n\nNational Task Force bubar, Op Benteng ditamatkan\n\n\n\n\n\n\nGuan Eng, isteri dan ahli perniagaan mahu tuduhan rasuah dibatalkan\n\n\n\n\n\n\nKeganasan domestik, penindasan wanita wajar diberi keutamaan \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tak nak masuk ke tempat yang mana kita ada syak wasangka antara satu sama lain.\n\n\n\u201cIya lah, saya dah lalui segala ini takkan saya nak pergi bergaduh dengan orang rumah lain pula,\u201d katanya dalam program \nAgenda Awani \npada Selasa.\n\n\nKatanya, apa yang diperkirakan adalah sama ada keselesaan beliau untuk bersama dengan sesebuah parti itu serta keserasiannya dengan seluruh ahli parti tersebut.\n\n\nKhairy\u00a0menambah, apa yang penting adalah beliau mahu membantu jika ada tempat\u00a0yang ada keserasian untuk beliau bersama bagi melihat apa peluang yang ada\u00a0bagi kebaikan rakyat. \u2013\u00a0\nAwani"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/01/sprm-sahkan-akaun-bank-bersatu-dibeku/", "title": "SPRM sahkan akaun bank Bersatu dibeku", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tan Sri Azam Baki mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun-akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).\n\n\nKetua Pesuruhjaya SPRM berkata, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.\n\n\nMenurut beliau, siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.\n\n\nPengesahan itu diberikan selepas parti tersebut mendedahkan akaun mereka untuk tahun 2020 dan 2021.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBanjir di Johor terburuk sejak tahun 2006\n\n\n\n\n\n\nTidak Bertanding, Shahrir Enggan Berselindung Di Sebalik Kedudukan Politik\n\n\n\n\n\n\nElak normalisasi gugat agama Islam, sensitiviti perlu dijaga\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 : Jimat-cermat, tiada cadangan tangani isu kenaikan harga \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nNahas ELmina: Polis sah identiti semua mangsa\n\n\n\n\n\n\n\n\nPembekuan akaun berkenaan disahkan oleh salah seorang anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na\u2019aman.\n\n\nSemalam, bekas ketua setiausaha sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad menyiarkan penyata akaun Bersatu bagi tahun 2020 dan 2021 yang telah diaudit dan menyeru Parti Keadilan Rakyat dan DAP melakukan perkara sama.\n\n\nDifahamkan pembekuan akaun Bersatu itu berkaitan dengan siasatan dakwaan penyelewengan berbilion ringgit untuk pakej rangsangan Covid-19.\n\n\nNamun, sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassinmenafikan dakwaan berlakunya penyelewengan dana RM92.5 bilion ketika pentadbirannya.\u00a0 \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/01/tak-salah-lantik-ahli-keluarga-jika-layak-mufti-pulau-pinang/", "title": "Tak salah lantik ahli keluarga jika layak \u2013 Mufti Pulau Pinang", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dilihat tidak salah.\n\n\nMufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, bukan satu kesalahan bagi seorang pemimpin atau ketua kerajaan melantik anggota keluarga sekiranya berkelayakan, mempunyai integriti serta mempunyai kepakaran.\n\n\nMenurutnya, selain itu, dengan kepakaran yang ada, Nurul Izzah juga dilihat dapat memudahkan urusan negara yang akan dilaksanakan.\n\n\n\u201cBagi saya tidak salah seorang pemimpin atau ketua kerajaan melantik anggota keluarganya sebagai pembantu atau penasihat\u00a0dalam hal-hal kewangan, ekonomi dan sebagainya. Asalkan individu yang dilantik itu mempunyai kelayakan dan kepakaran yang dikehendaki di samping ada integriti diri, malah ini boleh memudahkan lagi urusan yang mahu dilaksanakan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPutra desak Guan Eng umum siapa didakwa ekstremis\n\n\n\n\n\n\nMahfuz cabar sanusi bertanding DUN dikuasai DAP\n\n\n\n\n\n\nManifesto PRU15 Perlu Utamakan Isu Infra Pendidikan, Sekolah Daif\n\n\n\n\n\n\nBerkompromi halalkan pekebun haram, MB khianati rakyat Pahang \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nKKD, MCMC diminta pantau hantaran naratif kaum, agama oleh ahli politik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebagai seorang agamawan, saya cenderung melihat isu ini daripada perspektif Islam. Dalam menilai sesuatu tindakan atau amalan, sebahagian kita terkeliru antara matlamat dan cara untuk mencapai matlamat. Banyak masa dihabiskan untuk berpolemik tentang cara untuk mencapai sesuatu matlamat, sedangkan matlamat itu sendiri dipinggirkan malah mungkin diabaikan sama sekali,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.\n\n\nWan Salim berkata, sebagai warganegara Malaysia, rakyat sepatutnya berbangga dengan individu yang sanggup berkhidmat untuk negara dan rakyat dengan sukarela tanpa menuntut sebarang ganjaran.\n\n\n\u201cKadang-kadang saya pelik apabila mendapati sebahagian masyarakat memprotes seseorang yang berkhidmat untuk negara secara percuma. Mereka sebaliknya boleh menerima seorang lain yang memperoleh habuan tanpa menyumbang sebarang perkhidmatan.\n\n\n\u201cBagi saya, sikap sedemikian menunjukkan kepada kehilangan pertimbangan akal yang waras. Keadaan ini boleh disamakan dengan kisah umat Nabi Luth AS yang mengusir golongan beriman dari kampung halaman mereka dengan alasan golongan tersebut adalah orang-orang yang menyucikan diri daripada kejahatan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/11648/", "title": "PN umum senarai MP pegang portfolio sebagai pembangkang di Parlimen", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 Perikatan Nasional (PN) mengumumkan barisan \u2018Kabinet\u2019 mereka yang akan menyelaraskan pengurusan parti itu sebagai pembangkang di Parlimen.\n\n\nPerkara itu diumumkan oleh pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas berakhir Pemukiman Ahli Parlimen PN pada Khamis.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, PN bersetuju dengan cadangan Sekretariat Ahli Parlimen PN supaya diwujudkan Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJawatankuasa Portfolio pembangkang ini diberikan kepada Ahli Parlimen kita yang ada kemahiran dan pengalaman dalam kerajaan serta latar belakang yang lalu dalam bidang masing-masing,\u201d katanya pada sidang media selepas penutupan\u00a0\nPemukiman Ahli Parlimen PN\n.\n\n\n\n\nPengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin (kiri) menunjukkan poster Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-15 pada sidang media Perikatan Nasional di Hotel Tamu, Kuala Lumpur. \u2013 Gambar :BH\n\n\nBerdasarkan poster Jawatankuasa Portfolio itu, Muhyiddin dinamakan sebagai Ketua Ahli Parlimen manakala timbalannya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nInflasi : Rakyat Perlu Urus Kewangan Sebaiknya \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nJohor kesan Orang Asli dieksploitasi demi kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nNoh mahu jadi penceramah bebas, janji cakap benar\n\n\n\n\n\n\nAmaran tsunami ditarik balik kesan gempa Maluku\n\n\n\n\n\n\nTiada Persediaan Penuh Hadapi Banjir \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai portfolio Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim manakala Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin mengetuai tugas berkaitan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeorang lagi Naib Presiden BERSATU, Datuk Seri Ronald Kiandee diberi tugas berkaitan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.\n\n\nMuhyiddin yang juga Pengerusi BERSATU berkata, jawatankuasa itu akan mengeluarkan\u00a0\nkenyataan dasar PN\n\u00a0dalam semua perkara mengikut portfolio masing-masing.\n\n\n\u201cIni termasuk berkaitan ekonomi, apa pendirian dasar dalam isu alam sekitar, antarabangsa, pertahanan atau keselamatan dalam negara.\n\n\n\u201cKita akan bentang supaya rakyat tahu apa pendirian kita dan kita bersedia memikul amanah besar kalau rakyat beri mandat tadbir negara kembali,\u201d katanya.\n\n\nMuhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata Ahli Parlimen yang diberikan portfolio berdasarkan kepentingan dan kepakaran individu, dan input mereka akan menjawab bagi pihak PN yang dikeluarkan sekretariat PN.\n\n\nPembangkang juga akan meneruskan dasar PN yang meneruskan kesinambungan Wawasan Kemakmuran Bersama ketika pentadbirannya.\n\n\nDaripada keseluruhan senarai jawatankuasa portfolio itu, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad menjaga portfolio Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), jawatan yang pernah disandangnya ketika berada dalam kerajaan PN.\n\n\nTurut menyertai barisan \u2018Kabinet\u2019 pembangkang, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Kementerian Dalam Negeri) dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mengetuai Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.\n\n\nAntara bekas Menteri dan Timbalan Menteri Kerajaan PN lalu yang disenaraikan dalam \u2018Kabinet\u2019 pembangkang adalah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi); Datuk Ali Biju dilantik menjaga Hal Ehwal Sabah dan Sarawak pembangkang; Datuk Mas Emieryati Samsudin (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan Datuk Rosol Wahid (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup).\n\n\nTurut dinamakan ialah Datuk Seri Dr Ismail Mutalib bagi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan; Datuk Seri Akmal Hisham Abdul Aziz (Kementerian Pertahanan); Datuk Awang Hashim (Kementerian Sumber Manusia); Datuk Siti Zailah Mohd Yusof (Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat) dan Datuk Muslimin Yahaya (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi); Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Wan Ahmad Fayshall Wan Ahmad Kamal menjaga portfolio Kementerian Luar dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Mohamad Hashim bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.\n\n\nKetua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari akan mengetuai portfolio Kementerian Belia dan Sukan manakala Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin (Kementerian Pengangkutan) dan Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan (Kementerian Komunikasi dan Digital). \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/beku-akaun-sengaja-wujudkan-persepsi-pn-ada-masalah-integriti/", "title": "Beku akaun sengaja wujudkan persepsi PN ada masalah integriti", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nTindakan pembekuan akaun Bersatu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas arahan kerajaan dilihat sengaja mewujudkan tanggapan parti gabungan Perikatan Nasional (PN) mempunyai masalah integriti.\n\n\nTimbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu agak memberi tekanan kepada PN, namun percaya dakwaan berlaku penyelewengan itu tidak benar.\n\n\n\n\nBeliau ketika ditemui berkata, pembekuan itu sengaja dibuat bagi menggambarkan PN mempunyai masalah integriti serta mendakwa ia bukan soal penyelewengan tetapi bagi menakutkan PN ketika Pilihan Raya Negeri (PRN).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKMUM tawar jadi penganjur debat Anwar-Najib\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Kelantan Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM\n\n\n\n\n\n\nBas persiaran terbakar, laluan keluar Plaza Tol UPM dibuka semula\n\n\n\n\n\n\nDua Kes Omicron Mula Direkod Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nPeralihan kuasa satu perkara biasa \u2013 Sri Acryl\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni sengaja dibuat untuk menggambarkan kepada rakyat nak bina satu persepsi PN ada masalah integriti, sasarannya bukan soal penyelewengan, itu Insya-Allah tidak berlaku. Tapi nak takutkan PN terutamanya menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti,\u201d katanya.\n\n\nMenurutnya, operasi harian parti dan politik mesti diteruskan meski akaun parti disiasat SPRM serta kewangan mesti digerakkan walau akaun dibeku menyusahkan parti itu.\n\n\nJelas Tuan Ibrahim, tindakan itu juga disifatkan sebagai satu usaha untuk merosakkan nilai integriti yang menjadi asas PN selama ini.\n\n\nStrategi untuk PRN akan datang dan usaha merendahkan PN dari segi integriti, kestabilan merupakan asas kepada sokongan rakyat kepada PN.\n\n\nJelasnya lagi, mereka akan berusaha supaya nilai integriti dirosakkan serta dirinya menganggap tidak ada isu dalam parti yang berlaku.\n\n\nDalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, PAS terbuka untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana agensi berhubung siasatan terhadap Bersatu ketika ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/bersatu-mohon-sprm-batal-beku-akaun-perlu-wang-bayar-gaji-sewa/", "title": "BERSATU mohon SPRM batal beku akaun, perlu wang bayar gaji, sewa", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 BERSATU akan menghantar satu surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membatalkan pembekuan akaun bank parti berkenaan.\n\n\nPresidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata surat itu juga meminta pembatalan pembekuan dibuat sebaik siasatan SPRM ke atas akaun parti diselesaikan.\n\n\nMenurut Tan Sri Muhyiddin pembatalan pembekuan akaun parti itu\u00a0 penting walaupun telah dinyatakan akaun dibekukan untuk tempoh tiga bulan.\n\n\nTambah beliau pembekuan itu akan menjejaskan operasi mereka dari sudut membayar kakitangan, sewa dan kos operasi yang lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah batal kemenangan PAS di Parlimen Kuala Terengganu\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan salah guna jawatan tidak dedahkan kesalahan Muhyiddin \u2013 Teh Poh Teik\n\n\n\n\n\n\nKerajaan pimpinan Anwar, kerajaan separa perpaduan \u2013 Nik Ahmad Kamal\n\n\n\n\n\n\nDasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai PM \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\n31 Ogos Tidak Wajar Dimansuhkan \u2013 Veteran Atm\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBERSATU akan\u00a0 tulis surat perintah untuk pembekuan akaun dibatalkan kerana kami sebagai parti politik yang penting dan besar tidak ada duit, bukan saja untuk sebulan tetapi sepanjang masa. Sekarang beku dalam tiga bulan sukar untuk pegawai untuk membayar sewa, beri kesan kepada kelicinan operasi, bagaimana kami dapat meneruskan kerja politik terutama membayar sewa, gaji kakitangan.\n\n\nMalah menurut beliau, BERSATU juga memerlukan dana\u00a0 untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri.\n\n\nBeliau berharap tindakan pembekuan itu bukan bermotifkan politik daripada Pakatan Harapan PH atau Barisan Nasional, BN untuk melumpuhkan PN.\n\n\nSementara itu, Muhyiddin sekali lagi \nmenafikan BERSATU menerima sebarang wang daripada dana pakej rangsangan ekonomi bernilai RM92.5 billion seperti didakwa.\n\n\nKatanya lagi, dasar BERSATU ialah setiap sumbangan kepada parti mesti dimasukkan ke dalam akuan parti bukan dimasukkan ke dalam akaun peribadi presiden atau pegawai parti atau mana-mana organisasi yang beliau mempunyai kepentingan.\n\n\nMuhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutup Pemukiman Ahli Parlimen Perikatan Nasional, PN di ibu negara hari ini.\n\n\nTerdahulu Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata SPRM membekukan akaun bank Bersatu sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan berdasarkan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.\n\n\nBagaimanapun, Azam enggan mengulas lebih lanjut.\n\n\nPada awalnya pembekuan itu didakwa ada kaitan dengan siasatan terhadap dana rangsangan kerajaan \u2013 berjumlah RM92.5 bilion \u2013 bagi membendung Covid-19 dan didakwa diselewengkan.\n\n\nBagaimanapun sumber SPRM yang enggan dikenali mendakwa, pembekuan itu bagi menyiasat dakwaan Bersatu menerima sumbangan lebih lebih RM300 juta daripada kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/chegubard-dakwa-speaker-lantik-anak-jadi-pegawai-parlimen/", "title": "Che\u2019GuBard dakwa Speaker lantik anak jadi pegawai parlimen", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\nYang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul didakwa melantik anaknya sebagai pegawai Parlimen.\n\n\nPerkara itu dinyatakan oleh Ahli BERSATU, \nBadrul Hisham Shahrin\n yang mendakwa Johari melantik anaknya, Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas Tugas Khas (PTTK)\u00a0 atau pegawai parlimen kepada Yang diPertua Dewan Rakyat.\n\n\n \nMenurut Badrul lagi, sebelum ini dalam direktori Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat jawatan PTTK 1 tertera nama \u2018Mohammed Iqbal bin Johari\u2019.\n\n\nNamun, selepas kes lantikan Nurul Izzah menjadi isu, nama pegawai berkenaan hanya diletakkan sebagai \u2018Mohamed Iqbal\u2019 tanpa berbinkan Johari.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSanusi sambut baik khabar angin Khairy sertai PN\n\n\n\n\n\n\nPolis kesan dua warga Singapura\n\n\n\n\n\n\nAngkara Tangan Ghaib, Rakyat Sengsara!\n\n\n\n\n\n\nSindiket seludup minyak diesel, tumpas\n\n\n\n\n\n\nIsu politik Melaka tidak jejas persediaan UMNO bagi PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau yang juga dikenali sebagai Che\u2019Gu Bard berkata demikian dalam Facebook rasminya.\n\n\nChe\u2019GuBard turut mendakwa, beliau menerima keluhan daripada pegawai kerajaan di Parlimen mengenai perangai beberapa ahli politik kerajaan yang\u00a0 cakap \u2018lain depan lain belakang\u2019.\n\n\nBeliau turut mempersoalkan mengapa perlu untuk merahsiakan perkara berkenaan kerana perbezaan itu memperlihatkan nama kakitangan lain di dalam direktori mempunyai bin tetapi hanya Muhamad Iqbal sahaja yang tidak dibinkan.\n\n\nBeliau turut menyindir apakah Iqbal juga berkhidmat tanpa gaji?\n\n\nDisember lalu, Johari yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, dilantik menjadi Yang diPertua Dewan Rakyat yang baharu.\n\n\nBeliau memperoleh 147 undi berbanding 74 undi diterima bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad seperti dicadangkan oleh masing-masing pihak kerajaan dan tempatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/gaji-minimum-100-pekerja-protes-di-hadapan-pejabat-perdana-menteri/", "title": "Gaji minimum : 100 pekerja protes di hadapan pejabat Perdana Menteri", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Khamis \u2013 Kira-kira 100 orang pekerja mengadakan protes di hadapan Pejabat Perdana Menteri sambil membawa plakat berhubung isu gaji minimum RM1,500 yang masih tidak dilaksanakan kerajaan meskipun sudah berkuat kuasa pada Mei tahun lalu.\n\n\nSetiausaha Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), M. Sivaranjani berkata, pelbagai usaha telah dilakukan tetapi pekerja yang diupah oleh kontraktor termasuk yang bekerja di premis-premis kerajaan masih tidak dibayar dengan kadar gaji minimum terbaru itu.\n\n\n\u201cKontraktor yang dapat projek daripada kerajaan tak laksanakan gaji minima RM1,500 dengan alasan kerajaan belum \nreview\n harga tender, kekal macam lama. Jadi selagi kerajaan tak ubah review harga tender tu mereka tidak boleh menaikkan gaji minima kepada pekerja.\n\n\nBila kita nak bawa isu ni kepada pihak PPD ke, KPM beritahu ini tiada kaitan langsung dengan pelaksanaan gaji minima, syarikat tak boleh bagi alasan ini mereka kena bayar juga tetapi realitinya memang mereka tiada duit. Mereka cakap mereka tiada duit, jadi kerajaan kena bayar dulu, baru kita akan bayar,\u201d katanya ketika dihubungi Tv Pertiwi.\n\n\nSetiausaha Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK), M. Sivaranjani\n\n\nSehubungan itu pihaknya bersama 25 organisasi lain termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Kesatuan Kebangsaan Pengawal-pengawal Keselamatan Semenanjung Malaysia (KESPA) menghantar memorandum kepada wakil Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.\n\n\nTegasnya, kerajaan perlu segera menangani isu gaji minima ini dan mengambil langkah yang sepatutnya bagi membela nasib pekerja.\n\n\nMalah, katanya memanjangkan lagi tempoh pengecualian kepada majikan yang mengupah kurang daripada 5 orang pekerja dalam membayar gaji minimum RM1,500 dianggap wujud diskriminasi kepada pekerja.\n\n\npekerja mengadakan bantahan sambil membawa plakat di hadapan Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.\n\n\n\u201cIni kali kedua dah bagi kelonggaran itu yang kita cakap dengan kerajaan kena buat siasatan. Kalua betul ada syarikat tak boleh bayar dapat tahu melalui penilaian kewangan mereka jadi kerajaan patut bagi subsidi hanya pada syarikat yang ada masalah yang lain perlu diminta dilaksanakan.\u201d\n\n\nDasar gaji minimum yang mula dilaksanakan pada tahun 2013, merupakan hasil daripada perjuangan pekerja yang berpanjangan di negara ini.\n\n\nKesatuan sekerja berkumpul mengadakan protes\n\n\nPeningkatan gaji minimum kepada RM1,500 yang berkuatkuasa mulai bulan Mei 2022 sepatutnya dilaksanakan oleh semua majikan.\n\n\nBagaimanapun, kerajaan telah memberi kelonggaran kepada majikan-majikan yang mengupah kurang daripada 5 orang pekerja untuk tidak perlu membayar mengikut kadar gaji minimum baharu sehingga 1 Januari 2023."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/israel-serang-gaza-awal-pagi-khamis/", "title": "Israel serang Gaza awal pagi Khamis", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Bumi Semenanjung Gaza pada awal pagi Khamis digegarkan dengan serangan udara yang dilancarkan tentera rejim Israel.\n\n\nMenurut wartawan dan saksi AFP, serangan roket dan letupan y\nang dilepaskan boleh didengari dari bandar Gaza sekitar jam 3:15 pagi (waktu tempatan).\n\n\nSerangan dipercayai dilakukan beberapa jam selepas memintas roket yang dilepaskan dari wilayah Palestin, hari ini.\n\n\nMenurut sumber dan saksi keselamatan tempatan, pada serangan pertama, sekurang-kurangnya tujuh roket disasarkan ke pusat latihan Briged Ezzedine al-Qassam, iaitu sayap bersenjata pergerakan Islam Palestin Hamas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia didakwa berunding dengan China ekstradisi Jho Low\n\n\n\n\n\n\nPRN: Agihan kerusi PN selesai 97 peratus \u2013 Ahmad Samsuri\n\n\n\n\n\n\nMisi Bantuan Banjir Aman Palestin Dan Kelab Perwira Malaysia\n\n\n\n\n\n\n6,000 serbu pejabat Tesla Malaysia\n\n\n\n\n\n\nRadzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya\n\n\n\n\n\n\n\n\nKejadian berlaku ketika penduduk Gaza sedang tidur."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/kementerian-pertahanan-sedia-40-buah-rumah-percuma-buat-veteran-atm/", "title": "Kementerian Pertahanan sedia 40 buah rumah percuma buat veteran ATM", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nTimbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari memaklumkan sebuah inisiatif rumah percuma kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).\n\n\nBeliau menjelaskan sebanyak 40 buah rumah yang berkeluasan 850 kaki persegi merangkumi tiga bilik tidur dan sebuah bilik air itu bernilai kira-kira 85 ribu ringgit bakal diberikan secara percuma kepada veteran yang layak.\n\n\nMenurut Adly, kementerian Pertahanan Malaysia memberi fokus buat kebajikan perumahan veteran ATM di seluruh negara tahun ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAkaun Twitter Edisi Siasat Digantung, Telegram Masih Ada\n\n\n\n\n\n\nHannah Yeoh akan dipanggil polis bantu siasatan\n\n\n\n\n\n\nZaki Yamani mohon maaf kepada Abdul Hadi gara-gara ciapan biadab\n\n\n\n\n\n\nUMNO bakal lumpuh angkara Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nKerajaan anjur sesi libat urus tambah baik SOSMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Adly, Rumah Peduli Veteran merupakan sebuah inisiatif Kementerian Pertahanan di bawah teras kebajikan yang menjadi salah satu agenda utama yang ditekankan dalam Kertas Putih Pertahanan (KPP) Kementerian Pertahanan.\n\n\nInisiatif tersebut dibuat bagi memberi peluang kepada para Veteran ATM untuk memiliki rumah sendiri.\n\n\nDalam pada itu, beliau turut menjelaskan kriteria pemilihan buat veteran yang layak menerima rumah percuma itu.\n\n\nBeliau ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada veteran ATM, Koperal (B) Safaruddin Suhaimi di kediamannya di Taman Semarak.\u00a0\n\n\nSebanyak 200,00 ribu veteran di seluruh negara setakat ini yang juga telah dikenal pasti oleh pihaknya.\n\n\n\u00a0\nSehubungan itu, beliau memaklumkan kementeriannya akan terus menyantuni golongan veteran yang berada di seluruh negara bagi meraih suara dan maklum balas mereka dalam mempertingkatkan lagi kebajikan veteran di Malaysia.\n\n\nTerdahulu, \nJabatan Hal Ehwal Veteran ATM\n telah membina 25 unit\u00a0 rumah yang dianggarkan bernilai antara RM65,000 sehingga RM85,000 buat veteran yang benar-benar memerlukan perlindungan penempatan pada 2021."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/kkm-tidak-kompromi-jika-pegawai-langgar-garis-panduan-who-fctc/", "title": "KKM tidak kompromi jika pegawai langgar garis panduan WHO FCTC", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melanggar garis panduan Artikel 5.3 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC) dan polisi berkaitan.\n\n\nTimbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli dalam kenyataan hari ini berkata KKM memandang serius dakwaan bahawa dua pegawai kanannya dikatakan telah bertemu wakil daripada industri tembakau, yang didakwa melanggar Artikel 5.3 WHO FCTC.\n\n\nDr Norhayati berkata hasil siasatan awal KKM mendapati dua pegawai kementerian itu telah dikunjungi dua individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai pemilik syarikat basikal Putrajaya dan syarikat percetakan.\n\n\nMenurutnya tujuan perjumpaan itu untuk membincangkan cadangan bagi mengadakan program intervensi pengurangan berat badan, namun tiada sebarang persetujuan dibuat semasa perbincangan tersebut.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJALAN PALING BAHAYA DI MALAYSIA DINAIK TARAF\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah Allah : PUTRA gesa campur tangan Agong\n\n\n\n\n\n\nSungai Lui Kini \u201cDibanjiri\u201d Sukarelawan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Teliti Semula Import Ayam Luar\n\n\n\n\n\n\nUMNO guna \u2018pengundi hantu\u2019 lulus usul tambahan \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKKM memandang serius dakwaan yang tular ini kerana ia menggambarkan imej yang tidak baik khususnya kepada KKM dan amnya kepada kerajaan,\u201d katanya.\n\n\nPada masa sama, Dr Norhayati berkata sebagai penjawat awam terutamanya kakitangan KKM, menjadi tanggungjawab mereka memastikan sebarang perjumpaan bersama mana-mana syarikat swasta mahupun badan bukan kerajaan, bebas daripada sebarang konflik yang boleh menjurus kepada kepentingan diri sendiri.\n\n\nArtikel 5.3 WHO FCTC menetapkan Malaysia sebagai negara anggota, perlu melaksanakan dasar kesihatan awam berkenaan kawalan tembakau dan melindunginya daripada kepentingan komersial serta kepentingan industri tembakau berlandaskan undang-undang negara.\n\n\nArtikel itu menetapkan garis panduan pelaksanaan dengan langkah kawalan mesti diwujudkan seperti mengehadkan sebarang interaksi bersama industri tembakau, memastikan ketelusan interaksi yang berlaku, menolak perkongsian dan perjanjian bersama industri tembakau serta mengelakkan konflik kepentingan bagi pegawai dan kakitangan kerajaan.\n\n\nJusteru, Dr Norhayati berkata sebagai anggota parti kepada WHO FCTC sejak 16 Sept 2005, KKM sentiasa memastikan sebarang interaksi bersama industri tembakau adalah mematuhi garis panduan Artikel 5.3.\n\n\n\u201cSelain itu, polisi berkaitan yang turut dirujuk adalah seperti Polisi Pengurusan Percanggahan Kepentingan, Polisi Antirasuah, Polisi Pengurusan Hadiah, Polisi Pengurusan Pengaruh Luar dan Surat Sokongan; dan Polisi Kod Etika dan Tatakelakuan,\u201d katanya.\n\n\nBaru-baru ini media melaporkan Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) menyuarakan kebimbangan berhubung pertemuan antara dua pegawai kanan KKM dan wakil industri tembakau, serta mendakwa mesyuarat itu melanggar WHO FCTC.- BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/konsep-malaysia-madani-mampu-ancam-perlembagaan-persekutuan/", "title": "Konsep Malaysia Madani mampu ancam Perlembagaan Persekutuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Perkataan Madani bukan suatu yang asing kerana pernah disebutkan pada era 70-an dan 80-an oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menuntut di Universiti Malaya.\n\n\nNamun, konsep yang dibawa ini menimbulkan pelbagai persoalan termasuklah dari aspek demokrasi mahupun sistem pemerintahan yang ingin dilaksanakan ketika ini.\n\n\nMenurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhamamd Fauzi Asmuni, sekiranya Malaysia Madani yang dibawa Anwar mengikut acuan dibawa Pakatan Harapan terutamanya Malaysia Malaysia, ia bakal mengancam Perlembagaan Persekutuan.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u201cKalau kita lihat sekiranya Anwar Ibrahim sebagai seorang tokoh yang menghidupkan Pakatan Harapan, tokoh menghidupkan pakatan rakyat, tokoh menghidupkan reformasi dengan gerak kerja DAP dan seumpamanya jadi kita akan kaitkan dengan sejarah tu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBatik Air Kesal Penerbangan Tergendala, Beri Baucar Percuma\n\n\n\n\n\n\nInisiatif kerajaan negeri Selangor bukan pengukur pola pengundian\n\n\n\n\n\n\nPolis Maut disyaki tembak diri sendiri\n\n\n\n\n\n\nPembalakan Punca Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nSaarani nafi spekulasi gerakan tumbang kerajaan Perak\n\n\n\n\n\n\n\n\nJadi kalau kita kaitkan dengan sejarah, maknanya slogan ini merupakan satu slogan baru untuk reform balik negara mengikut hasrat yang sebagaimana yang mereka hasratkan berpuluh tahun yang lepas merujuk kepada projek Malaysia Malaysia iaitu keadilan untuk semua dengan erti kata merubah perlembagaan sehingga tidak ada keistimewaan kepada Islam, Bumiputera, Melayu dan Sultan serta seumpamanya, jadi kalau itu dia punya hasrat ini, Malaysia Madani ini akan merubah perlembagaan.\u201d\n\n\nPresiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program Dimensi bertajuk \u201cMalaysia Madani Ikut Acuan Apa?\u201d di Tv Pertiwi pagi tadi.\n\n\nMenurut Ustaz Fauzi, slogan Malaysia Madani tidak akan membawa perubahan yang besar sekiranya tidak mampu meningkatkan tahap kehidupan rakyat dengan lebih baik serta tidak disambut dalam kalangan Menteri dan institusi kerajaan.\n\n\nMalah katanya, konsep yang diperkenalkan Anwar dilihat sebagai slogan baharu Perdana Menteri untuk menggantikan slogan-slogan sebelum ini seperti Keluarga Malaysia dan Kerajaan Prihatin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/mainj-keluar-fatwa-larang-orang-islam-hadir-ritual-keagamaan-bukan-islam/", "title": "MAINJ keluar fatwa larang orang Islam hadir ritual keagamaan bukan Islam", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Fatwa\u00a0 melarang orang Islam hadir ke upacara ritual perayaan penganut agama bukan Islam di negeri ini dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata ia sebagai menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang memperkenan fatwa berkenaan berkuat kuasa hari ini.\n\n\nBeliau berkata para ulama daripada empat mazhab iaitu Syafie, Hanafi, Maliki, Hanbali, telah sepakat bahawa hukum umat Islam menghadiri upacara ritual perayaan keagamaan bukan Islam adalah haram dan dilarang.\n\n\n\u201cUpacara ritual keagamaan bukan Islam ini termasuklah di rumah ibadat mahupun di tempat lain yang biasa dilaksanakan ritual tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagaimanapun, menurut sebilangan ulama hukum meraikan undangan atau jemputan ke majlis sempena perayaan bukan Islam tanpa upacara ritual keagamaan adalah harus dan dibenarkan,\u201d kata beliau kepada pemberita di Pusat Islam Iskandar, di Johor Bahru pada Khamis.\n\n\nMohd Fared berkata dengan fatwa ini, ia diharapkan dapat memberikan kefahaman kepada umat Islam negeri ini yang segelintirnya sudah menjadi kebiasaan menyantuni kaum lain dalam usaha mengekalkan keharmonian antara kaum.\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam masa sama, beliau berkata satu garis panduan dan kriteria juga dikeluarkan bagi menentukan perayaan orang bukan Islam yang boleh dihadiri oleh umat Islam.\n\n\n\u201cAntaranya, majlis tersebut tidak disertakan dengan upacara yang bertentangan akidah Islam dan terdapat perbuatan seperti menyertakan simbol agama atau menyanyikan lagu bercirikan agama,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, beliau berkata majlis tersebut juga tidak disertakan dengan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam seperti ucapan yang menghina dan mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, Mohd Fared menerusi MAINJ akan bertemu dengan ketua keagamaan serta pengurus rumah ibadah bukan Islam bagi memberi penerangan dan penjelasan mengenai garis panduan itu.\n\n\n\u201cLarangan ini tidak bermaksud untuk menganggu keharmonian antara kaum, tapi sekadar memberi nasihat serta panduan agar pemimpin masyarakat berhati-hati dalam menyatakan kebersamaan dan tidak melanggar batas-batas tertentu,\u201d kata Mohd Fared.\n\n\nMenurutnya individu yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/negeri-sembilan-bubar-dun-1-jun/", "title": "Negeri Sembilan bubar DUN 1 Jun", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Negeri Sembilan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 1 Jun depan, sekali gus memberi laluan kepada penganjuran pilihan raya negeri (PRN).\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, memaklumkan perkara itu menyusul selepas rakan sejawatnya di Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menjangkakan pembubaran DUN di negeri itu selepas pertengahan Jun depan.\n\n\nMenurut Aminuddin, perkara itu akan dimaklumkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan datang dan terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh PRN di Negeri Sembilan serta lima lagi negeri lain.\n\n\n\u201cPembubaran DUN pada tarikh berkenaan paling sesuai kerana akhir Mei adalah tempoh akhir (DUN Negeri Sembilan) jadi selepas Mei atau Jun, ok tiada masalah. \nMungkin kita (Negeri Sembilan) lebih awal seminggu dua (bubar DUN), itu adalah sesuai. Bermakna kita akan bersama (dengan negeri lain) mengadakan pilihan raya,\u201d\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tahun Baharu Cina 2023 Bersama Sunrise MCL Land di Pejabat Sunrise MCL Land, Forest Height, Senawang, pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMindef teruskan rancangan peroleh 18 pesawat tempur ringan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri belum putuskan pertahan jawatan Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nSebutan semula kes Muhyiddin 4 Ogos ini\n\n\n\n\n\n\n94 lokasi bencana dikenal pasti seluruh negara\n\n\n\n\n\n\nLebih banyak Ahmad Maslan cakap, lagi cepat ringgit merudum\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Muhammad Sanusi memberi bayangan DUN Kedah akan dibubarkan selepas 18 Jun depan dengan beberapa faktor diambil kira.\n\n\nMenteri Besar Kedah itu berkata, ini termasuk sambutan Ramadan, Aidilfitri, tempoh ibadat haji serta Aidiladha dan Hari Keputeraan Tuanku Sultan Kedah, yang menyebabkan pihaknya berpandangan DUN Kedah tidak sesuai dibubarkan ketika ini.\n\n\n\u201cKita akan hadir mesyuarat menteri-menteri besar hujung bulan ini, jadi kita akan bincang secara tidak formal apabila semua bertemu,\u201d\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR, mengakui setakat ini pihaknya tidak dihubungi menteri besar atau ketua menteri dari lima lagi negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, mengenai penetapan tarikh PRN berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/pas-tiada-halangan-disiasat-sprm/", "title": "PAS tiada halangan disiasat SPRM", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nPas tidak mempunyai sebarang halangan untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan gesaan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil.\n\n\nKetua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, beliau mengalu-alukan siasatan itu dibuat sebagai akaun seterusnya selepas pembekuan akaun Bersatu.\n\n\n\u201cBoleh, dialu-alukan untuk siasatan. Cumanya, apa kata kita mulakan dengan orang yang lancarkan derma pilihan raya tapi menggunakan akaun peribadi?\u201d katanya.\n\n\nMenerusi hantaran di laman sosial Facebook, Ahmad Fadhli berkata, beliau mengalu-alukan akaun Pas disiasat malah secara berseloroh meminta siasatan itu dimulakan dengan orang yang melancarkan derma pilihan raya tetapi menggunakan akaun peribadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir tidak bertanding pada PRN\n\n\n\n\n\n\nBeri peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen di kawasan terjejas banjir\n\n\n\n\n\n\nDakwaan tawar RM10 juta pemerhati politik mohon maaf pada SPRM\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan 20 peratus\n\n\n\n\n\n\nMahfuz Omar Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pula di LKIM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, Isham juga dilihat agak beriya-iya menyuruh siasatan akaun parti lain namun mendakwa pada hakikatnya, beliau sudah tiada air muka lagi untuk dijaga.\n\n\nMemetik Malaysiakini melalui laporan NST, Isham sebelum ini mahu SPRM juga menyiasat akaun Pas selepas membekukan akaun Bersatu mengenai sumber dana parti itu.\n\n\nKatanya, SPRM juga sewajarnya menyiasat parti komponen Perikatan Nasional (PN), iaitu Pas.\n\n\nBagaimanapun semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan, akaun Bersatu sudah dibekukan sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/pejuang-belum-sedia-letak-calon-hadapi-prn/", "title": "PEJUANG belum sedia letak calon hadapi PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Terengganu masih belum bersedia untuk meletakkan calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\n\u00a0\nKetua Pejuang Terengganu, Datuk Wan Nazari Wan Jusoh, berkata tumpuan parti itu masih ingin memperkuatkan parti dan memperbaiki kelemahan mereka ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\n\n\n\u201cWalaupun tidak meletakkan calon dan menyertai PRN, PEJUANG negeri masih aktif menjalankan aktiviti termasuk mengadakan pelbagai program membabitkan golongan muda.\u201d \u2013 DATUK WAN NAZARI WAN JUSOH / Ketua Pejuang Terengganu\n\n\n\u00a0\nMemetik BH, menurut Wan Nazari, Pejuang negeri juga sedang fokus mengaktifkan pelbagai program bagi menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti tersebut.\n\n\n\u00a0\nBeliau yang juga Ketua Profesional Pejuang, berkata pimpinan parti di peringkat Pusat juga belum mengeluarkan sebarang arahan agar Pejuang negeri bersiap sedia untuk menghadapi PRN.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih RM72.5 juta disalur ke Sekolah Swasta Cina sejak tahun 2019\n\n\n\n\n\n\nPengiklanan cecair nikotin perlu dikawal, duti eksais wajar diperkenal\n\n\n\n\n\n\nKuil Masih Ada, Yayasan Kubra Tersekat Bina Pusat Perlindungan\n\n\n\n\n\n\nPeratusan mengundi rendah, kerajaan akan buat \u2019post mortem\u2019\n\n\n\n\n\n\nSindiket Kuota Umrah: SPRM tahan pengarah urusan agensi pelancongan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, setakat ini, tiada arahan daripada pucuk pimpinan parti di peringkat Pusat meminta Pejuang di negeri ini bersiap sedia menghadapi PRN.\n\n\n\u00a0\nTerdahulu, Pejuang yang meletakkan calon bertanding di lapan kerusi Parlimen Terengganu hanya memperoleh undi sebanyak 2,905 pada PRU15 lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/pelajar-sjkc-perlu-sedar-kepentingan-bahasa-melayu/", "title": "Pelajar SJKC Perlu Sedar Kepentingan Bahasa Melayu", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nKenyataan yang dikeluarkan oleh salah satu media tempatan berhubung dakwaan pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, SJKC \u2013 yang tidak berminat untuk menguasai Bahasa Melayu adalah benar.\n\n\nFelo Kanan Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, berkata para pelajar di SJKC berkenaan yang merasakan sukar belajar bahsa itu perlu menerima hakikat kepentingan Bahasa Melayu dan menguasainya sebagai Bahasa kebangsaan.\n\n\nApabila dikatakan sukar dan pelajar-pelajar tidak ada minat terhadap mata pelajaran ni,\u00a0 bagi saya itu benar sekali. Sepatutnya etnik cina itu perlu menerima hakikat itu dengan cara yang lebih rasional dan bertanggungjawab iaitu untuk meneliti perkara itu untuk diperbaiki.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi bagi mengulas Majlis Bahasa Cina Malaysia (MCLC) yang membuat laporan polis mendakwa media tempatan itu menerbitkan artikel berhubung pelajar SJKC tidak berminat untuk menguasai Bahasa Melayu.\n\n\nJelas Keok Seong, jika dilihat dari segi silibus mata pelajaran Bahasa Melayu, silibus di SJKC dikatakan lebih mudah dan senang difahami berbanding silibus di Sekolah Kebangsaan (SK).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKelantan bubar DUN 22 Jun, beri laluan Pilihan Raya Negeri\n\n\n\n\n\n\nPEJUANG tidak bertanding pilihan raya di enam negeri\u00a0\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak apologetik pertahan Islam sebagai agama Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nKPDN nafi harga gula RM4.60 sekilo\n\n\n\n\n\n\nMain kutu moden tawarkan dividen boleh dikenakan cukai\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata perkara sebegini tidak sepatutnya sehingga perlu dibuat laporan polis untuk menafikan tanggapan tersebut yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan yang sudah tegang.\n\n\nKatanya, etnik cina terutamanya guru-guru di SJKC perlu mengambil langkah yang wajar dalam menafikan persepsi pelajar SJKC tidak berminat untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu.\n\n\nPersepsi ini sepatutnya bukan ditangani dengan cara membuat laporan polis tetapi saya kira dengan cara yang lebih rasional iaitu muhasabah diri dengan melihat keadaan diri untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Sebab Bahasa Melayu bukan sembarangan Bahasa, ia Bahasa negara jadi ia ada kaitan yang amat rapat dengan kewarganegaraan.\n\n\nSebelum ini, pihak polis mengesahkan satu kertas siasatan dibuka ke atas dua akhbar arus perdana kerana menyiarkan laporan berita yang menyindir pelajar sekolah vernakular Cina di negara ini enggan mempelajari Bahasa Melayu.\n\n\nKetua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan laporan polis berhubung perkara itu telah difailkan pada 21 Januari lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/02/sprm-berkuasa-semak-mana-mana-akaun-parti-politik-anwar/", "title": "SPRM berkuasa semak mana-mana akaun parti politik \u2013 Anwar", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM,\u00a0 mempunyai kuasa yang tidak terbatas untuk menyemak mana-mana akaun parti politik di negara ini.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sekiranya agensi penguat kuasa itu menerima laporan dan mahu membuka siasatan, beliau sendiri tidak mempunyai sebarang masalah.\n\n\n\u201cTiada masalah dan arahan kita tidak terbatas kepada mana-mana parti\u2026 mereka (SPRM) boleh semak mana-mana parti.\n\n\n\u201cBERSATU tidak mendedahkan akaun tetapi ia didedahkan oleh pasukan penyiasat. Kalau SPRM dapat laporan dan menyiasat, saya tiada masalah.\n\n\n\u201cAkaun-akaun itu diaudit dan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) mengikut jadual yang ditetapkan, (secara) tahunan,\u201d katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.\n\n\nBeliau berkata, setiap tindakan penguatkuasaan undang-undang hari ini perlu dilakukan lebih proaktif, lebih efisien dan dilakukan dengan lebih cepat.\n\n\n\n\n\n\n\u201cKepercayaan pentadbiran hari ini adalah mengenai tata kelola kerajaan yang baik dan memusnahkan rasuah dan salah guna kuasa,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nSemalam Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na\u2019aman mengesahkan kepada BH bahawa SPRM membekukan beberapa akaun milik parti itu baru-baru ini.\n\n\nManakala semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan agensi itu telah membekukan akaun-akaun milik Parti BERSATU.\n\n\nKatanya, akaun terbabit dibekukan untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/03/50-penghantar-makanan-serah-memorandum-bantahan-kepada-foodpanda/", "title": "50 penghantar makanan serah memorandum bantahan kepada Foodpanda", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Lebih 50 orang penghantar makanan atau lebih dikenali sebagai \u2018rider\u2019 berhimpun bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada syarikat Foodpanda (M) Sdn. Bhd., secara aman di ibu pejabat mereka di Southgate Commercial Centre, Kuala Lumpur.\n\n\nSerahan itu diwakili Pengarah Strategik Angkatan Muda Keadilan (AMK), Bryan Ng Yih Miin bersama wakil \u2018rider\u2019 dari kawasan Petaling Jaya, Ara Damansara dan Kota Damansara.\n\n\nMenurut Bryan, isu yang berbangkit adalah kerana pihak pengurusan telah membuka lebih luas kawasan penghantaran tanpa menaikkan kadar upah yang memberi kesan terhadap rider daripada pelbagai sudut.\n\n\n\u201cIsu pertama ialah sempadan zon yang dibesarkan di Petaling Jaya, Kota Damansara dan Ara Damansara yang menyebabkan ramai rider yang tidak berpuas hati kerana pendapat mereka\u00a0 ini telah menyebabkan upah mereka tidak setimpal dengan jarak\u00a0 tersebut. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFatwa Abdul Hadi berbeza-beza \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Ikut Perasaan, Guna Saluran Yang Betul\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin dedah belum terima sebarang notis daripada Sanusi\n\n\n\n\n\n\nMurid, guru boleh terus pakai baju sukan \u2013 Fadhlina\n\n\n\n\n\n\nSiti Bainun kena penjara 12 tahun\n\n\n\n\n\n\n\n\nJarak makin jauh tapi kadar tersebut nampaknya kurang. Dan mereka tidak puas hati dengan perkara tersebut dan juga beberapa perkara yang telah pun kami sampaikan dalam mesyuarat bersama dengan Encik Calvin dari Foodpanda,: katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media bersama pemberita ketika mengulas isu yang diutarakan kepada pihak pengurusan Foodpanda dalam perbincangan selama hampir dua jam di pejabat Foodpanda.\n\n\nKatanya, pihak pengurusan Foodpanda akan meneliti bantahan yang diutarakan serta akan terus berhubung dari minggu ke minggu untuk mendapatkan maklum balas berkenaan keadaan yang kritikal ini.\n\n\nMengulas lanjut, salah seorang wakil \u2018rider\u2019 juga sempat meluahkan kekesalannya terhadap pembukaan kawasan yang besar tanpa menaikkan kadar upah itu dikatakan tidak berbaloi dan setimpal.\n\n\n\u201cKalau pihak pengurusan hanya buka luar kawasan yang tidak besar, kami tak peduli, kami tak kisah sangat sebab dia masih dalam kalangan standard. Jadi kalau dia buka terlampau besar, itu bukan standard lagi itu menganiaya. Itu menganiaya,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, salah seorang wakil \u2018rider\u2019 Foodpanda yang hanya mahau dikenali sebagai Ikhwan turut tampil bagi memberi penjelasan berhubung kadar bayaran yang kini tidak menentu selepas pihak pengurusan membuka kawasan yang lebih besar.\n\n\n\u201cSebelum ni stabil, dia rata tak melonjak atas atau bawah sangat tapi selepas perubahan yang kami alami ni, dengan kawasan ni, bayaran dia tak menentu. Ada kalanya tinggi ada kalanya rendah. Tapi lebih kepada rendah la,\u201d katanya.\n\n\nIkhwan berkata, kesan terhadap \u2018rider\u2019 merangkumi jarak perjalanan yang jauh, kos minyak dan penyelenggaran motosikal yang bertambah serta penghantaran satu pesanan makanan yang memakan masa lebih lama menyebabkan jumlah penghantaran mereka semakin berkurang.\n\n\nIkhwan yang mewakili hampir 50 orang \u2018rider\u2019 foodpanda yang berhimpun mengharapkan pihak pengurusan dapat mengeluarkan satu jalan penyelesaian yang memenangkan kedua-dua belah pihak yang dapat membela nasib para \u2018rider\u2019."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/03/fatwa-tidak-bercanggah-dengan-konsep-bangsa-johor-sultan-ibrahim/", "title": "Fatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor \u2013 Sultan Ibrahim", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) berkenaan garis panduan umat Islam menghadiri upacara perayaan masyarakat bukan Islam tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor.\n\n\nSultan Ibrahim bertitah, fatwa berkenaan yang diumumkan pada Khamis tidak menjejaskan sama sekali konsep Bangsa Johor yang mengamalkan toleransi, persefahaman dan perpaduan.\n\n\n\u201c\nFatwa\n\u00a0berkenaan hanya melarang umat Islam terlibat atau mengambil bahagian dalam sebarang upacara ritual bukan Islam. Ini adalah garis panduan untuk umat Islam, mereka masih boleh hadir majlis dan perayaan agama lain.\n\n\n\u201cAgama lain juga mesti menghormati sensitiviti umat Islam. Ini bersifat dua hala. Kita mesti sensitif terhadap perintah dan larangan agama masing-masing untuk hidup bersama-sama,\u201d titah baginda kepada Royal Press Office (RPO), pada Jumaat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGangguan bekalan air di 99 kawasan di Selangor pada Isnin\n\n\n\n\n\n\nHarga tiket pulang Tawau cecah RM3,138 \u2013 Ka Wee Siong\n\n\n\n\n\n\nKDN tetapkan klasifikasi filem 2023 berkuat kuasa hari ini\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri belanja RM 62 juta penjenamaan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nHentikan bantuan khas sekolah persendirian Cina, tidak patuhi Akta Pendidikan 1996 \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaginda bertitah, semua agama menekankan nilai-nilai murni seperti belas kasihan, hormat-menghormati, toleransi, kesederhanaan serta kebaikan dan rakyat Malaysia harus memberi tumpuan kepada nilai-nilai kebersamaan itu dan bukannya perbezaan kaum atau agama.\n\n\n\u201cBeta harap dengan penjelasan ini, kita dapat menghentikan sebarang kekeliruan mengenai fatwa baharu ini kerana ia hanya menjelaskan perkara yang dibenarkan kepada umat Islam dan dilarang dalam Islam.\n\n\n\u201cJika kamu masih keliru, sila berjumpa Mufti Negeri Johor untuk penjelasan lanjut,\u201d titah Sultan Johor lagi.\n\n\nPada Khamis, Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid mengumumkan\u00a0\nfatwa\n\u00a0berkenaan yang bermula minggu depan.\n\n\nMenurut Mohd Fared, berdasarkan fatwa itu nanti masyarakat Islam dibenarkan memenuhi undangan majlis keraian sesuatu perayaan bukan Islam tetapi namun tidak terlibat dengan sebarang upacara atau ritual yang berkait dengan amalan agama tersebut.\n\n\nKata Mohd Fared, umat Islam yang melanggar garis panduan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997.\n\n\nMenurut Mohd Fared, empat garis panduan tersebut adalah perkara, perbuatan atau perkataan yang bertentangan dengan akidah Islam; bertentangan dengan syarak; bercanggah dengan pembinaan akhlak dan budaya serta menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.\n\n\n\u201cAntara contohnya termasuklah meletakkan tanda berciri agama di dahi atau anggota tubuh lain; memberi pujian kepada agama bukan Islam; memakai pakaian santa claus; percampuran tanpa batas; berpakaian mencolok mata serta membuat ucapan yang berbentuk dakyah atau menghina agama Islam,\u201d jelas beliau. \u2013 SinarHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/03/kerajaan-kurangkan-elaun-pembangunan-ahli-parlimen-pm/", "title": "Kerajaan kurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perdana Menteri,\u00a0Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat pengurangan elaun pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.\n\n\nAnwar berkata,\u00a0pengurangan elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat.\n\n\n\u201cElaun tersebut merupakan peruntukan pembangunan Ahli Parlimen, selaras dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta Pegawai Pembangunan Negeri disebabkan kekangan ekonomi.\n\n\n\u201cBiarlah dibuat secara berperingkat\u2026 dana untuk Ahli Parlimen yang terlibat\u2026ini memberikan contoh awal\u2026maknanya kalau Ahli Parlimen sanggup kurangkan (elaun) walaupun ia bukan sumbangan peribadi tetapi ia sumbangan pembangunan yang diselaraskan Ahli Parlimen dan Pejabat Daerah dan Tanah,\u201d katanya kepada pemberita di Kampung Baru Sirusa di Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTanda Pagar #MatKilau Sohor Di Twitter\n\n\n\n\n\n\nSPRM kesan suspek isu rasuah projek berkaitan biometrik pekerja asing\n\n\n\n\n\n\nMalaysia ke Piala Asia 2023\n\n\n\n\n\n\nKerja kilang, E-hailing pekerjaan diminati 300,000 pelajar lepasan SPM\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di 3 Negeri Menurun\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun,\u00a0kerajaan akan mempertimbangkan untuk menyalurkan peruntukan tambahan sekiranya terdapat keperluan mendesak di kawasan Parlimen seperti membaik pulih infrastruktur di kawasan terlibat.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan bahawa peruntukan kawasan untuk Ahli Parlimen penyokong kerajaan tahun ini telah dikurangkan lebih 65 peratus iaitu daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta. Jumlah itu terdiri daripada geran langsung RM1 juta dan RM300,000 lagi untuk operasi pusat khidmat mereka.\n\n\nTerdahulu Perdana Menteri meluangkan masa menyantuni rakyat di Negeri Sembilan dan menjamu selera rojak dan nasi goreng cina di Warung Pak Salleh di sini.\n\n\nTurut mengiringi beliau Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.\n\n\n\u201cSaya kenal masyarakat di Port Dickson, pegawai kerajaan negeri dan pimpinan politik. Tentera dan polis di sini memberikan kerjasama baik.\n\n\n\u201cSaya patut datang sesekali di sini\u2026gembira dapat berjumpa kawan-kawan lama, saya pernah ke warung ini dulu\u2026menu rojak pasembur sedap,\u201d kata bekas Ahli Parlimen Port Dickson itu.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/03/kurangkan-peruntukan-ahli-parlimen-akan-jejas-pembangunan-kemajuan-rosol/", "title": "Kurangkan peruntukan Ahli Parlimen akan jejas pembangunan, kemajuan \u2013 Rosol", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ahli Parlimen pembangkang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan mengurangkan\u00a0 peruntukan pembangunan kerana ia boleh menjejaskan perancangan pembangunan dan kemajuan rakyat serta kawasan terbabit.\n\n\nAhli Parlimen Hulu Terengganu daripada BERSATU, Datuk Rosol Wahid, berkata langkah kerajaan itu dengan menjadikan kekangan ekonomi sebagai alasan, tidak boleh diterima.\n\n\nBekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu mendakwa, alasan sebegitu sengaja digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menjustifikasikan tindakan berkenaan.\n\n\n\u201cIa sudah pasti akan menjejaskan pembangunan dan kemajuan kawasan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMasalah sekarang adalah beliau (Anwar) sembang kencang kerana apabila beliau jadi kerajaan, apa-apa saja alasan dibuat untuk justifikasikan tindakan beliau itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDulu cakap macam-macam, nak itulah inilah, termasuk nak agih sama rata. Mengenai pengurangan peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen pun kita dapat tahu daripada surat khabar (media),\u201d katanya kepada BH.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, di Port Dickson, hari ini bahawa kerajaan akan mengurangkan peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen pada tahun ini sebagai langkah mengawal kewangan negara.\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang menyatakan peruntukan untuk Ahli Parlimen dikurangkan lebih 65 peratus, daripada RM3.8 juga kepada RM1.3 juta pada tahun ini.\n\n\nPerdana Menteri berkata, peruntukan pembangunan itu juga akan diberikan secara berperingkat dan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan jika ada keperluan mendesak.\n\n\nAhli Parlimen Machang, yang juga Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mendakwa pihaknya tidak menerima sebarang surat daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri mengenai \u2018hasrat\u2019 untuk mengurangkan peruntukan pembangunan itu.\n\n\nBeliau juga mendakwa hak Ahli Parlimen pembangkang dinafikan dari segi peruntukan, justeru, bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan, akan membuat gesaan berhubung hal itu pada sidang Dewan Rakyat.\n\n\n\u201cKami masih dinafikan peruntukan. Yang dapat hanya Ahli Parlimen kerajaan. Oleh itu, kami akan tuntut dalam Dewan Rakyat,\u201d katanya.- BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/03/speaker-nafi-anak-jadi-pegawai-khas-di-parlimen/", "title": "Speaker nafi anak jadi pegawai khas di Parlimen", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menafikan dakwaan anaknya dilantik pegawai khas untuk membantunya di Parlimen.\n\n\nMemetik\u00a0 The Star, beliau tiada sebarang isu dan anaknya juga tidak dilantik ke mana-mana jawatan buat masa ini.\n\n\n\n\nPenjelasan ini menyusul laporan tersebar dalam media sosial bahawa anaknya, Mohammad Iqbal Johari, dilantik sebagai pegawai tugas-tugas khas 1 kepada Speaker Dewan Rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia di Rusia, Armenia, Belarus dinasihat berwaspada\n\n\n\n\n\n\n7 Julai, keputusan representasi Rizal Van Geyzel\n\n\n\n\n\n\nPH arah enam negeri runding dengan BN\n\n\n\n\n\n\nCemar al-Quran di Denmark, Turkiye kutuk tindakan kumpulan Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nPATI antara faktor penyakit tibi meningkat di Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nDakwaan dibuat ahli Perikatan Nasional, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard, di laman Facebooknya semalam.\n\n\nJohari dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 19 Disember lalu.\n\n\nNama beliau dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapat 147 undi.\n\n\nHasil carian TV Pertiwi di Direktori Parlimen hari ini mendapati, nama Mohamed Iqbal masih ada tetapi tidak lengkap dengan nama bapa beserta gambar profil.\n\n\n\n\nSementara itu Che\u2019GuBard membuat kenyataan balas terhadap penafian Speaker Dewan Undangan Rakyat itu.\n\n\nHantaran di Facebook beliau menuntut penjelasan berhubung nama penuh dengan bin atau binti bagi kakitangan parlimen lain namun mengapa tidak ada pada Mohamed Iqbal seperti tertera dalam direktori staff parlimen.\n\n\nBeliau juga mendakwa akan membongkar banyak lagi pelantikan keluarga membabitkan menteri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/03/tambah-kantung-negara-kerajaan-halalkan-bakar-mercun-dan-bunga-api/", "title": "Tambah kantung negara, kerajaan halalkan bakar mercun dan bunga api", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperincikan garis panduan berhubung lesen penjualan mercun dan bunga api.\n\n\nMenteri KPKT, Nga Kor Ming berkata, pihaknya turut menyerahkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pengimport mercun dan bunga api.\n\n\n\u201cSecara dasarnya kabinet telah bersetuju semalam,\u201d katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Jalinan Muhibah sempena Tahun Baharu Cina 2023\u00a0di Putrajaya pada Jumaat.\n\n\nMenurutnya, aktiviti penjualan bunga api dan mercun di peringkat sumber iaitu pemborong serta pengimport akan dikawal kerajaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Sedia Disiasat, Serah Kedudukan Kepada Agong\n\n\n\n\n\n\nKerajaan setuju anak lahir di luar negara dapat warganegara\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO dipecat sedang giat memasarkan diri \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nKeganasan rumah tangga dominasi kes jenayah wanita dan kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nTiada wawasan akhirat jika bersara atas faktor usia \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi pembakaran mercun dan bunga api dihalalkan tetapi tertakluk kepada permohonan lesen, duti import, peraturan serta garis panduan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, dengan garis panduan yang bakal diumumkan, ia akan dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.\n\n\n\u201cSekarang yang untung adalah sindiket bawah tanah yang mana tidak ada tahap keselamat produk. Sebab itu kita lihat berlaku kemalangan melibatkan mercun dan bunga api,\u201d katanya.\n\n\nKor Ming berkata, dasar baharu itu akan memeriahkan sambutan setiap perayaan di Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/03/tipu-skim-pelaburan-lebih-100-mangsa-buat-laporan-polis/", "title": "Tipu skim pelaburan, lebih 100 mangsa buat laporan polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Sejumlah 100 laporan polis dibuat berkaitan kes penipuan yang dijalankan sebuah syarikat dengan menawarkan baucer atau e-ganjaran menerusi aplikasi dalam talian membabitkan kerugian hampir RM5 juta.\n\n\nSetiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, laporan polis yang dibuat oleh mangsa ini bagi menuntut keadilan mereka selain membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap sindiket penipuan berkenaan.\n\n\nBeliau berkata syarikat yang menjalankan sindiket penipuan ini meletakkan nama orang kenamaan seperti bekas pegawai polis berpangkat tinggi dan kerabat diraja sebagai penasihat untuk mengumpan mangsa menyertainya telah menamatkan perkhidmatan mereka pada April 2022.\n\n\nTambah Hishammuddin, aplikasi itu menjanjikan mata ganjaran bagi setiap pembelian atau perkhidmatan yang dilakukan namun setelah membelanjakan wang di dalam aplikasi tersebut, mangsa gagal menebus ganjaran apabila aplikasi itu gagal berfungsi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n100 Rumah Di Sandakan Musnah Dipukul Air Pasang\n\n\n\n\n\n\nDatuk Dr. Zulkapli \u2013 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu\n\n\n\n\n\n\nDr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang\n\n\n\n\n\n\nVarian XE belum dikesan di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nBawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKesemua baucer telah pun dibeli oleh mangsa-mangsa bagaimanapun syarikat tersebut telah ditutup pada April 2022 dan menghentikan aplikasi baucer serta e-ganjaran yang mereka lakukan.\n\n\n\u201cMalangnya, semua baucer serta wang ringgit yang berada di dalam sistem aplikasi itu tiba-tiba hilang dan lesap begitu sahaja,\u201d katanya dalam satu sidang media diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang turut dihadiri Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan di ibu negara pagi tadi.\n\n\nJelas Hishamuddin, berdasarkan maklumat-maklumat diterima daripada mangsa, sindiket tersebut juga membuat kegiatan tidak bermoral dengan memalsukan dokumen melibatkan sebuah bank di Jepun yang memaklumkan akan menyuntik dana kepada syarikat tersebut.\n\n\nDalam pada itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang juga Penasihat MHO memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa untuk menyiasat kes ini secara terperinci.\n\n\n\u201cSaya meneliti setiap laporan-laporan yang dibuat dan ini merupakan satu penipuan.\u00a0 Justeru, saya memohon supaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk menyiasat kes ini.\n\n\n\u201cTindakan juga perlu diambil terhadap mereka yang terlibat menggunakan nama-nama orang kenamaan untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, TV Pertiwi melaporkan sebuah syarikat menjalankan aktiviti skim piramid dan penjualan pakej tertentu menerusi aplikasi dalam talian dikesan MHO selepas beberapa mangsa tampil membuat aduan pada 21Januari lalu.\n\n\nSementara itu, syarikat terbabit disyaki melakukan aktiviti berkenaan di Pulau Pinang selain mempunyai cawangan di beberapa negeri termasuk Selangor, Kedah, Terengganu, Sabah dan Sarawak.\n\n\nSyarikat tersebut dikesan menggunakan taktik menawarkan baucer yang boleh digunakan bagi pembelian barangan peribadi di premis terpilih dengan ganjaran menarik dan penjimatan sehingga 50 peratus termasuk pengisian petrol."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/03/zahid-gagal-dapat-pasport-secara-kekal/", "title": "Zahid gagal dapat pasport secara kekal", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi gagal mendapatkan pasport beliau secara kekal selepas \nMahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan tersebut.\n\n\nBagaimanapun, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan pasport itu untuk diserahkan sementara bagi membolehkan Ahmad Zahid membuat pasport diplomatik bagi tujuan urusan rasmi.\n\n\nAhmad Zahid yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam tiba di lobi mahkamah pada jam 9.20 pagi sebelum masuk Mahkamah Tinggi, 10 minit kemudian.\n\n\nPada 26 Januari lalu, Ahmad Zahid memohon Mahkamah Tinggi mengembalikan pasport antarabangsanya secara kekal secepat mungkin bagi membolehkan beliau menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan lancar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNajib, Zahid Dalang Ketidakstabilan Politik Negara \u2013 Wan Saiful\n\n\n\n\n\n\nLupus Al-Quran Dalam Banjir\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid nafi wujud hubungan dingin dalam BN\n\n\n\n\n\n\nAnnuar gesa henti pertikai pelantikan Anwar sebagai PM\n\n\n\n\n\n\nPengarah Filem Mentega Terbang beri keterangan di Bukit Aman\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Ahmad Zahid, beliau membuat permohonan itu dengan niat baik yang hanya bertujuan memohon kebenaran, bagi pelepasan pasport antarabangsa supaya dapat menjalankan tugas rasmi.\n\n\nPasport itu sebelum ini diserahkan dan berada dalam simpanan mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan, selepas beliau didakwa dengan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang kini dalam peringkat bela diri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/04/147-ketua-wanita-bahagian-mahu-shahrizat-kembali/", "title": "147 Ketua Wanita Bahagian mahu Shahrizat kembali", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Lebih separuh Ketua Wanita UMNO Bahagian di seluruh negara menggesa agar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia.\n\n\nMenurut Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah, seramai 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian membuat keputusan itu dalam satu pertemuan dengan Shahrizat baru-baru ini.\n\n\nHaryaty berkata, reputasi dan legasi Shahrizat semasa menjadi menteri pertama di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditinggalkan sebelum ini amat berkesan dan banyak kejayaan yang dihasilkan.\n\n\n\u201cSebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian, saya bersama 147 ketua wanita bahagian-bahagian seluruh negara telah berjumpa Tan Sri Shahrizat secara bersemuka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTayang kertas undi satu kesalahan \u2013 Abdul Aziz\n\n\n\n\n\n\nKerajaan PAS Kelantan Tetap Kukuh\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Harap Ibadah Haji Dibenar Tahun Ini\n\n\n\n\n\n\nTiada tarikh luput pelaksanaan Menu Rahmah kepada peniaga\n\n\n\n\n\n\nPendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebahagian besar kami telah membuat pertimbangan dan kewarasan untuk meminta Tan Sri Shahrizat kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia.\n\n\n\u201cSecara peribadi, saya tidak pernah berada di bawah kepimpinan beliau semasa beliau memimpin wanita UMNO, namun reputasi dan legasi semasa menjadi Menteri pertama di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditinggalkan sebelum ini amat berkesan dan banyak kejayaan yang dihasilkan.\n\n\n\u201cBeliau sentiasa menjadi idola kebanyakan wanita di luar sana,\u201d katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.\n\n\nHaryaty menegaskan, penolakan perwakilan-perwakilan Wanita ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini terhadap usul agar jawatan tertinggi Wanita UMNO Malaysia dan bahagian-bahagian tidak dipertandingkan membuktikan akar umbi sayap parti itu mahukan kepimpinan baharu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/04/aminuddin-hairan-jumlah-penceroboh-tanah-raub-cecah-500-orang/", "title": "Aminuddin hairan jumlah penceroboh tanah Raub cecah 500 orang", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Gagasan Bangsa mempersoalkan bilangan \u2018penceroboh\u2019 tanah di Raub yang besar jumlahnya ketika mengadakan perhimpunan dengan wakil-wakil rakyat DAP\u00a0dua hari lalu.\n\n\nJurucakap Jawatankuasa Pemandu\u00a0Gagasan Bangsa,\u00a0Aminuddin Yahaya berkata, beliau hairan bagaimana penceroboh tanah di kawasan itu boleh mencecah sehingga 500 orang sedangkan kebiasaannya hanya dua hingga tiga individu.\n\n\n\n\n\u201cFuh, bayangkanlah bagaimana penceroboh-penceroboh tanah boleh berakar umbi dan beranak-pinak menjadi bilangan sebesar ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar masih dalam peringkat kajian\n\n\n\n\n\n\nRayuan tunggakan cukai Najib, anak didengar 14 Jun\n\n\n\n\n\n\nMB Perak dakwa videonya mengenai Tanah Rizab Melayu dimanipulasi\n\n\n\n\n\n\n14 Hari Tidak Mohon Pengampunan, Najib Hilang Status Ahli Parlimen\n\n\n\n\n\n\nApa motif Anwar buat kenyataan menyinggung orang Melayu?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJumlah ratusan ini saya tidak pasti apakah termasuk pekerja-pekerja buruh. Kalau tidak, pastinya boleh cecah ribu.\n\n\n\u201cMemang luar biasa punya gandaan haramnya itu. Dahsyat,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.\n\n\nAminuddin mendakwa, sememangnya wakil-wakil rakyat sangat istimewa bagi para penceroboh tanah di situ kerana berada di barisan hadapan perhimpunan tersebut.\n\n\n\u201cMana taknya, sebelum ini baru sahaja Ahli Parlimen Raub (DAP) membuat gesaan kepada kerajaan negeri supaya undang-undang tanah mengenai penanaman durian dilihat semula.\n\n\n\u201cMalah, memang DAP istiqamah memberikan dukungan sejak peringkat awal lagi. Mestilah sayang sangat.\n\n\n\u201cInilah DAP yang Tok Mat (Datuk Seri\u00a0Mohamad Hassan) dan UMNO sayang sangat tu. Memang terbukti mereka ini tidak bermuka-muka dan jujur\u00a0walaupun haram tetap sokong tanpa berselindung,\u201d ujarnya.\n\n\nSecara sinis, Aminuddin berkata, adalah lebih elok selepas ini kalau dijemput bersama Ketua Bahagian UMNO Raub ke himpunan itu dan jika mahu lagi lengkap bolehlah dipelawa untuk membawa bersama, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/04/bersalah-atau-tidak-ahmad-zahid-tetap-liabiliti-kerajaan-anwar/", "title": "Bersalah atau tidak, Ahmad Zahid tetap liabiliti kerajaan Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap menjadi liabiliti dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada keputusan mahkamah akan mensabitkan\u00a0beliau dengan hukuman atau sebaliknya.\n\n\nPenganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, dalam hal ini, Anwar kena bijak mengatur strategi agar kerajaan pimpinan\u00a0beliau kekal utuh dengan UMNO memberikan sokongan berterusan kepadanya.\n\n\nBeliau berkata, selain perlu berdepana ahli-ahli UMNO yang tidak suka dengan Ahmad Zahid, Anwar juga perlu licik untuk memberi penjelasan kepada rakyat tentang apa kebaikan Presiden UMNO itu dalam kerajaan Anwar.\n\n\n\u201cJadi betul juga Ahmad Zahid itu adalah liabiliti sebab ahli-ahli UMNO akan bertanya kepada Anwar apa kebaikan beliau dalam kerajaan Anwar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLaporan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA bantah mansuh Akta Hasutan, sokong penambahbaikan\n\n\n\n\n\n\nHenti bertelagah, bergerak ke hadapan untuk menyatupadukan rakyat\n\n\n\n\n\n\nSabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Tanpa Ujian COVID-19\n\n\n\n\n\n\nPemberian ubat PrEP galakkan aktiviti LGBT\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya percaya kerajaan Anwar pun tak nak Ahmad Zahid tetapi kerana sudah termaktub beliau adalah ketua parti, jadi kena ambil beliau sebab tidak ada pilihan.\n\n\n\u201cKalau diberi peluang dan ada orang lain, saya percaya mereka\u00a0akan menggantikan Ahmad Zahid\u00a0tetapi sebab beliau tak nak turun (lepaskan jawatan) maka beliau kekal di situ,\u201d katanya di Putrajaya hari ini.\n\n\nBaru-baru ini, Anwar memberi jaminan bahawa Ahmad Zahid akan diadili secara bebas dan beliau tidak akan mendahului keputusan mahkamah.\n\n\nRayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Ahmad Zahid berhubung kes rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara (VLN) dan pusat sehenti ditetapkan untuk pengurusan kes pada 17 Februari ini.\n\n\nIni termasuk perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) pada 7 Februari\u00a0ini.\n\n\nSalawati berkata, Anwar perlu mempunyai strategi dan plan kedua sama ada Ahmad Zahid didapati bersalah atau tidak.\n\n\n\u201cKalau tak bersalah sekali pun, kena ada plan sebab setiap keputusan menyebabkan rakyat melihat apa tindakan Anwar setiap masa.\n\n\n\u201cJadi Anwar perlu ada strategi A dan B kedua-duanya,\u201d katanya.\u00a0\u2013 Utusan Malaysia"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/04/bunuh-suami-kekasih-tanam-mayat-selepas-hubungan-sulit-terbongkar/", "title": "Bunuh suami kekasih, tanam mayat selepas hubungan sulit terbongkar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Polis memberkas seorang lelaki warga India disyaki membunuh suami kekasihnya di sebuah banglo di Subang Jaya pada Mei tahun lalu sebelum menanam mayat mangsa di lereng bukit belakang premis itu.\n\n\nSuspek ditahan berikutan polis menerima laporan orang awam pada jam 4.45 petang Khamis lalu, bahawa lelaki itu didakwa mengaku membunuh dan menanam rakan senegara yang berusia 25 tahun.\n\n\nKetua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata,\u00a0suspek dikatakan membuat pengakuan itu di Ampang Jaya, sebelum pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, melakukan soal siasat lanjut terhadapnya.\n\n\n\u201cSuspek kemudian menunjukkan lokasi mangsa yang bunuh itu ditanam pada Mei tahun lalu iaitu di lereng bukit belakang sebuah banglo di Subang Jaya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerluas visa ketibaan warga asing : langkah tidak wajar, bahaya kepada kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\nMi Kari Putih Penang Ah Lai, Mi Segera Perisa Ayam Special selamat dimakan\n\n\n\n\n\n\nBank hanya beri pinjaman KWSP kepada pencarum T20\n\n\n\n\n\n\nWakil rakyat ditegur merokok di bangunan Parlimen\n\n\n\n\n\n\n9 Terkorban Banjir Di Shah Alam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKejadian bunuh itu disyaki berlaku di banglo berkenaan yang dijadikan pusat jagaan orang tua, dengan mangsa dipercayai dikelar di bahagian leher menggunakan pisau,\u201d katanya dalam satu kenyataan\u00a0hari ini.\n\n\nWan Azlan berkata, hasil pemeriksaan dijalankan pihak forensik menemukan bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut badan mangsa.\n\n\n\u201cSusulan itu, kami menahan isteri mangsa dan kekasihnya yang juga warga India serta dua wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun yang bekerja di pusat jagaan orang tua berkenaan, bagi membantu siasatan.\n\n\n\u201cHasil semakan mendapati kedua-dua suspek warga India itu tidak memiliki pasport dan semua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, motif pembunuhan itu dipercayai disebabkan mangsa mengetahui hubungan sulit antara suspek dengan isterinya.\n\n\n\u201cSuruhanjaya Tinggi India ada membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa pada Mei 2022 selepas menerima aduan daripada ahli keluarganya di India yang memaklumkan lelaki itu tidak dapat dihubungi.\n\n\n\u201cSetakat ini, senjata pembunuhan dalam kejadian itu (pisau) masih belum ditemukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.\n\n\n\u201cOrang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah di daerah ini boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya melalui talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut,\u201d katanya. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/04/ismail-janji-isu-tuntutan-kwsp-akan-dibawa-ke-parlimen/", "title": "Ismail janji isu tuntutan KWSP akan dibawa ke Parlimen", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nBekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyuarakan janji untuk membawa isu tuntuan baharu mengenai pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semasa\u00a0 perbahasan di Parlimen minggu depan.\n\n\nBeliau sebelum ini menerima kunjungan dari Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin (PWRP) di pejabatnya serta turut diminta menjadi wakil rakyat agar pengeluaran KWSP secara bersasar dapat diluluskan segera oleh kerajaan.\u00a0\u00a0\n\n\n\n\nMenerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Ismail Sabri menerima penyerahan memorandum pada pertemuan dengan PWRP semalam berhubung tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 bagi pengeluaran secara bersasar dalam menangani semula kos sara hidup yang semakin tinggi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Pihak terkesan diberi tempoh sebulan buat rayuan\n\n\n\n\n\n\nBeri alternatif jaga kebajikan guru KAFA\n\n\n\n\n\n\nSPRM bongkar penyelewengan sukuk bernilai RM596 juta\n\n\n\n\n\n\nAUKU dijangka dipinda hujung tahun ini\n\n\n\n\n\n\nSudan bergolak, 27 maut lebih 180 cedera\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan pertemuan itu, beliau berjanji akan membangkitkan isu tersebut sewaktu perbahasan di Parlimen yang bakal berlangsung pada pertengahan bulan Februari ini.\n\n\nDalam pada itu, Presiden PWRP, Jannatul Ain Jaafar amat berbesar hati dengan persetujuan yang diputuskan oleh bekas Perdana Menteri itu dalam menerima kunjungan mereka bagi mendengar masalah yang dihadapi oleh pencarum KWSP serta tindakan susulan.\n\n\n\n\nJannatul turut berharap, memorandum berhubung desakan kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP 2.0 iaitu sebanyak 50 peratus melalui akaun 1 dengan kadar maksimum RM 50,000 dapat dibentangkan dalam Parlimen minggu depan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/04/kabinet-pn-permulaan-reformasi-blok-pembangkang-azalina/", "title": "\u2018Kabinet\u2019 PN permulaan reformasi blok pembangkang \u2013 Azalina", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said melihat pembentukan \u2018Kabinet\u2019 Perikatan Nasional (PN) sebagai permulaan progresif ke arah reformasi blok pembangkang.\n\n\nMenerusi hantaran di Twitternya, Azalina berkata, pembentukan Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen membolehkan Ahli Parlimen di pihak pembangkang memainkan peranan mereka mengikut portfolio masing-masing.\n\n\n\u201cKabinet bayangan adalah satu inisiatif dan permulaan yang progresif ke arah reformasi blok pembangkang untuk memainkan peranan mereka dalam mekanisme semak dan imbang,\u201d katanya.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPorak-peranda politik jejas institusi kehakiman negara\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM50 juta untuk baik pulih PPR, lif usang\n\n\n\n\n\n\nNama jalan wajar abadikan nama tokoh yang berjasa \u2013 Budayawan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Catat 18 Kematian Covid-19\n\n\n\n\n\n\n850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan dapat RM200\n\n\n\n\n\n\n\n\nKhamis lalu, PN mengumumkan barisan anggota Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen yang ditubuhkan bagi menyelaras pengurusan gabungan parti itu sebagai pembangkang di Parlimen.\n\n\nIa dianggotai Ahli Parlimen PN yang memiliki kemahiran dan pengalaman dalam kerajaan serta latar belakang lalu mengikut bidang masing-masing.\n\n\nAzalina berkata, pihaknya sedia dan terbuka menerima sebarang pandangan daripada jawatankuasa berkenaan.\n\n\n\u201cSaya sentiasa mengalu-alukan teguran dan idea konstruktif daripada blok pembangkang,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/04/kerajaan-perlu-wujudkan-sistem-data-raya-bekalan-sayur-negara/", "title": "Kerajaan perlu wujudkan sistem data raya bekalan sayur negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) perlu mewujudkan sistem data raya untuk mendapatkan maklumat dalam masa sebenar tentang situasi bekalan sayur-sayuran di negara ini.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, maklumat yang diperlukan adalah jenis sayuran yang sedang ditanam, jumlah pengeluaran, lokasi pengeluaran, jumlah import dan eksport, jumlah permintaan dan kos pengeluaran.\n\n\nMenurut beliau, melalui sistem tersebut, MAFS akan dapat membuat unjuran dan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPUTRA sangkal dakwaan mahu sertai PN\n\n\n\n\n\n\nSyukuri nikmat kebebasan beragama, ambil iktibar musibah di Palestin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nPejuang terdesak, opportunis, tiada prinsip mahu sertai PN\n\n\n\n\n\n\nBawa lembing, pedang, perisai, Ketua Pemuda PAS sifatkan perarakan \u2018pelik\u2019\n\n\n\n\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya bukanlah mahir dalam bidang teknologi maklumat (IT) tetapi jika saya boleh melihat\u00a0\ndashboard\u00a0\nsistem itu melalui telefon pintar sahaja, bila-bila masa kita boleh membuat persiapan awal.\n\n\n\u201cMisalnya jika kita dah boleh unjur tiga bulan lagi bekalan timun akan berkurangan, maka kita dah boleh minta agensi untuk giatkan tanaman sayuran jenis itu mulai minggu ini,\u201d katanya dalam hantaran Facebook\u00a0hari ini.\n\n\nMohamad mengulas mengenai masalah kekurangan bekalan sayur-sayuran seperti kacang panjang, bendi dan terung di pasaran tempatan ketika ini.\n\n\nBeliau juga yakin ramai anak muda yang mampu menghasilkan sistem berkenaan dan MAFS tiada halangan menyalurkan dana bagi tujuan tersebut.\n\n\nBerhubung isu kekurangan bekalan sayur-sayuran, Mohamad berkata, beliau telah mengarahkan pegawainya dan agensi-agensi terlibat seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mengambil langkah intervensi segera untuk menambah dan mencukupkan bekalan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/04/lepas-dap-mungkin-umno-akan-sokong-pekebun-haram-raub/", "title": "Lepas DAP mungkin UMNO akan sokong pekebun haram Raub", "body": "0\n\n\nLebih 500 penceroboh tanah di Raub yang melaksanakan tanaman Durian Musang King secara haram mengadakan himpunan bersama wakil-wakil rakyat DAP.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya menyifatkan perkara itu sangat dahsyat kerana biasanya kes pencerobohan hanya melibatkan sekumpulan kecil 2 hingga 3 orang sahaja.\n\n\nKatanya dalam satu kenyataan di Facebook, \nbayangkan bagaimana penceroboh-penceroboh tanah boleh berakar umbi dan beranak-pinak menjadi bilangan sebesar ini.\n\n\nMalah, wakil-wakil rakyat DAP yang hadir antaranya ahli parlimen Raub, Chow Yu Hui dan ADUN Tras Tengku Zulpuri Shah Raja Puji turut menyokong mereka berada di barisan hadapan perhimpunan tersebut.\n\n\nlebih 500 pekebun haram Raub berhimpun bersama wakil-wakil rakyat DAP\n\n\nPerkara itu bagi Aminuddin tidak pelik kerana DAP secara istiqamah memberikan dokongan sejak peringkat awal lagi dan sangat menjaga pekebun-pekebun haram ini.\n\n\nBeliau juga menyatakan inilah sifat DAP yang disayangi UMNO yang terbukti tidak jujur dan menyokong tanpa berselindung walaupun secara terang perbuatan pekebun haram itu salah.\n\n\nAminuddin secara sinis berkata eloklah dijemput sekali Ketua Bahagian UMNO Raub atau Presiden UMNO sendiri menyertai himpunan itu.\n\n\nPada Khamis lalu, himpunan besar-besaran pekebun haram Musang King di Raub bersama wakil daripada DAP mahu meneruskan tindakan semakan kehakiman atas alasan bahawa syarat-syarat baharu yang ditawarkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR-PKPP) masih tidak dapat menjamin kepentingan pekebun-pekebun musang king."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/04/malaysia-jadi-tuan-rumah-sidang-kemuncak-asean-gcc-zambry/", "title": "Malaysia jadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN-GCC \u2013 Zambry", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Malaysia akan menganjurkan sidang kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) pada September atau Oktober tahun ini.\n\n\nMenteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir\u00a0berkata, GCC mengemukakan cadangan kepada ASEAN agar Malaysia menjadi tuan rumah, tarikhnya masih lagi dalam perbincangan\n\n\nZambryberkata kepada media Malaysia selepas mesyuarat Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) di Jakarta, Indonesia hari ini.\n\n\nBeliau menambah, Malaysia yang telah dipertanggungjawabkan ASEAN sebagai Sekretariat ASEAN-GCC dan ASEAN-Kanada akan mewujudkan kerjasama antara rantau ini dengan kedua-dua pihak melalui dialog.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIni Negara China Atau Malaysia \u2013 Prof Redhuan Tee Abdullah\n\n\n\n\n\n\nKes cabar Mahkamah Syariah, BERJASA desak kerajaan bertegas\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019 : Ketua Pemuda UMNO tidak teragak-agak halang program\n\n\n\n\n\n\nAgong titah perhebat bendung aktiviti jenayah, sama-sama jaga kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\nKampung Digital Melaka dilancarkan, perbaiki sistem penyampaian perkhidmatan\n\n\n\n\n\n\n\n\nASEAN dan GCC menjalin hubungan rasmi sejak 1990 manakala hubungan dialog ASEAN-Kanada telah diwujudkan pada Februari 1977.\n\n\nZambry yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-32 dan AMM Retreat di Sekretariat ASEAN, turut mengadakan mesyuarat sampingan dengan rakan sejawat dari Vietnam, Bui Thanh Son dan Timor Leste, Adaljiza Magno untuk mengukuhkan hubungan dua hala.\n\n\n\u201cMalaysia menyokong kemasukan negara Timor Leste sebagai negara ASEAN yang ke-11,\u201d katanya.\n\n\nMenteri-menteri Luar ASEAN semalam mengalu-alukan penyertaan Timor Leste sebagai pemerhati untuk kali pertama pada mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi.\n\n\n\u201cMalaysia antara negara yang sangat konsisten sejak kami mengemukakan permohonan untuk menjadi anggota penuh ASEAN,\u201d kata Magno kepada pemberita selepas pertemuan dengan Zambry.\n\n\nBeliau berkata,\u00a0penyertaan Timor Leste dalam ACC dan AMM Retreat sebagai pemerhati sebagai batu loncatan untuk menjadi ahli penuh.\n\n\nNegara ini sedang berusaha memenuhi keperluan berdasarkan garis panduan yang diluluskan oleh negara anggota ASEAN dan juga menyediakan pelan hala tuju untuk menjadi ahli penuh pada masa hadapan.\n\n\n\u201cTimor Leste mempunyai kerjasama dua hala yang sangat kukuh dengan Malaysia,\u201d kata Magno, sambil menambah bahawa Malaysia membantu membina semula negara ini sejak merdeka terutamanya dalam pembinaan kapasiti dan melatih diplomat.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/04/menu-rahmah-di-ipt-bermula-selepas-aidilfitri/", "title": "Menu Rahmah di IPT bermula selepas Aidilfitri", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Program\u00a0Menu Rahmah di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dijangka dilancarkan selepas Aidilfitri pada April depan.\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sebagai permulaan sebanyak 20\u00a0IPT Awam (IPTA) di sekitar Lembah Klang akan terbabit dengan program tersebut.\n\n\nMenurut beliau, KPDN dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sudah bersetuju untuk menyelaras program Menu Rahmah di IPTA sebelum diperluaskan ke IPT Swasta\u00a0(IPTS), pusat kemahiran dan sebagainya.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertukaran Kabinet tertakluk budi bicara PM\n\n\n\n\n\n\nUnsur LGBT punca jam tangan Swatch dirampas \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPSI sudah lalui semua pertimbangan teknikal \u2013 KM P.Pinang\n\n\n\n\n\n\nAngkat sumpah MB Negeri Sembilan berlangsung hari ini\n\n\n\n\n\n\nKerajaan negeri tidak benarkan pesta seks berlaku di Johor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya sendiri telah menghubungi Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau amat bersetuju dengan program Menu Rahmah diperluaskan di IPT.\n\n\n\u201cNamun disebabkan ia membabitkan kuasa dua kementerian iaitu KPT dan KPDN perlu diperjelaskan iaitu kuasa menyediakan tempat atau premis itu di bawah kuasa KPT manakala di peringkat sediakan menu dan bekalkan makanan itu di bawah KPDN.\n\n\n\u201cKedua-dua pegawai tinggi daripada\u00a0KPT dan KPDN akan menyelaraskan program ini. Selepas siap kesemua perancangan, saya menjangkakan ia dilancarkan selepas Hari Raya Puasa bermula di 20 IPTA sekitar Lembah Klang,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas melancarkan Menu Rahmah di Samballana Bistro Bandar Dato Onn, Johor Bahru pada Sabtu.\n\n\nMenu Rahmah di Samballana Bistro itu membabitkan hidangan \u2018chicken chop\u2019 bersama minuman mangga pudina berharga RM5."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/04/potong-elaun-menteri-bukan-kurangkan-elaun-pembangunan-ahli-parlimen/", "title": "Potong elaun Menteri bukan kurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nKeputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengurangkan elaun pembangunan tahunan kepada Ahli Parlimen adalah tindakan yang kurang bijak meskipun dianggap sebagai langkah penjimatan negara.\u00a0\n\n\nPerkara itu disuarakan oleh Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib yang memaklumkan, sepatutnya pemotongan peruntukan itu dibuat terhadap jemaah Menteri kerana mereka menerima pelbagai elaun.\n\n\n\u201cSaya beranggapan pemotongan peruntukan pembangunan Ahli Parlimen ini sebagai langkah penjimatan negara adalah tindakan yang kurang bijak.\n\n\n\u201cMengapa tidak tidak memotong elaun bulanan yang diterima Ahli Parlimen? Jika dihitung semua elaun\u00a0 diterima seperti \nelaun kenderaan, elaun keraian, perumahan, pembantu rumah, elaun pemandu, elaun Menteri Kabinet sendiri semuanya hampir mencecah puluhan ribu ringgit,\u201d katanya ketika dihubungi TV Pertiwi hari ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n3 Syarat Perlembagaan Untuk Lantikan Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin akan didakwa lagi esok di Mahkamah Shah Alam\n\n\n\n\n\n\nAlasan Ketua Polis Negara tak logik \u2013 Hamzah\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan SOP pengembara China esok\n\n\n\n\n\n\nRakaman kamera tersembunyi tular sedang disiasat Polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas Dr Kartini, pengurangan peruntukan pembangunan bagi Ahli Parlimen ini turut memberi kesan negatif khususnya kepada masyarakat dan kawasan setempat susulan ia melibatkan penyelenggaraan infrastruktur yang perlu dibaiki seperti isu banjir, jalan raya rosak dan pokok tumbang.\u00a0\n\n\nTambah beliau, sekiranya pengurangan ini telah dilaksanakan, kerajaan perlu mempertimbangkan langkah-langkah strategi bagi menggalakkan atau mewajibkan sektor industri dan swasta memberi sumbangan besar kepada masyarakat demi pembangunan setempat melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).\n\n\n\u201cSaya kira kerajaan perlu mengambil langkah strategik dengan menggalakkan atau mewajibkan sektor industri dan swasta memberi sumbangan besar kepada masyarakat demi pembangunan setempat.\n\n\n\u201cInsentif bebas cukai bagi projek pembangunan komuniti serta penyelenggaraan perlu diberikan dan langkah ini juga boleh dipertimbangkan,\u201d tambahnya.\n\n\n\n\nSemalam, Anwar mengesahkan peruntukan pembangunan tahunan kepada Ahli Parlimen dikurangkan daripada 3.8 juta ringgit kepada 1.3 juta ringgit yang melibatkan elaun pembangunan dan akan dilaksanakan secara berperingkat.\u00a0\n\n\nBeliau berkata pengurangan peruntukan itu adalah sebagai langkah mengawal aliran kewangan negara, namun projek-projek pembangunan dan pembaikan yang memerlukan peruntukan mendesak akan dipertimbangkan segera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/04/sultan-johor-berkenan-berkunjung-ke-kediaman-rasmi-perdana-menteri/", "title": "Sultan Johor berkenan berkunjung ke kediaman rasmi Perdana Menteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sultan Johor,\u00a0Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat mengunjungi kediaman rasmi Perdana Menteri,\u00a0Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.\n\n\nPerkara itu dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim dengan beberapa foto turut dikongsi di platform media sosial itu.\n\n\nSultan Ibrahim turut memaklumkan bahawa kunjungan tersebut adalah\u00a0bagi memenuhi undangan Perdana Menteri.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan tuntutan MA63 pada 4 Januari\n\n\n\n\n\n\nLA CRISTA: Hotel Pilihan Calon PRN Melaka\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perluas bantuan e-dompet mahasiswa\n\n\n\n\n\n\nBN boleh menang di Terengganu, Kedah \u2013 Mohamad Hasan\n\n\n\n\n\n\nBN Akan Sokong Usul Undi Percaya Kepada PM \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada pertemuan itu, Anwar turut mempersembahkan taklimat kepada Baginda berhubung lawatan kerja beliau ke Singapura, pada Isnin (30 Januari) lepas.\n\n\nPada sesi lawatan Ahad lepas, Anwar telah membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Halimah Yacob selain mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/05/147-ketua-wanita-umno-bahagian-tidak-lagi-menyokong-noraini/", "title": "147 ketua Wanita UMNO bahagian tidak lagi menyokong Noraini", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Ahli Wanita UMNO Titiwangsa, Azwati Abdul Halim menggesa Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad mengundur diri tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti, bulan depan.\n\n\nGesaan itu dibuat supaya Noraini dapat bertanggungjawab atau memperbetulkan kelemahan sepanjang mengetuai sayap itu.\n\n\n\u201cMengapa 147 ketua Wanita UMNO bahagian tidak lagi menyokong Noraini dan mahu orang lain sebagai ketua? Mengapa akar umbi memilih untuk menolak Noraini?\u00a0Beliau tahu sebabnya,\u201d katanya.\n\n\nAzwati turut berkata Ahli Parlimen Parit Sulong sepatutnya mendengar masalah yang dihadapi anak buah dan bukannya menjauhkan diri, mengumpat, mengata dan mengeji anak-anak buah sendiri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas wartawan, pemenang anugerah Kajai meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nDakwa kumpul kekayaan, Tun M setuju beri Anwar lanjutan masa\n\n\n\n\n\n\nLaporan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik perempuan maut terkena renjatan elektrik\n\n\n\n\n\n\nPBB, EU, Kesatuan Afrika gesa gencatan senjata segera\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKetua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad digesa berundur dari jawatannya.\n\n\nMalah, katanya ahli Wanita UMNO juga terpaksa memekakkan telinga masing-masing dan tidak peduli apa yang diperkatakan mengenai ketua.\n\n\nNoraini yang menerajui sayap itu sejak 2018 dilaporkan akan mempertahankan jawatannya.\n\n\nMedia melaporkan, majoriti Ketua Wanita UMNO Bahagian mahu bekas ketuanya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui sayap itu selepas pemilihan parti bulan depan.\n\n\nKetua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah dipetik berkata, satu pertemuan dengan Shahrizat\u00a0diadakan baru-baru ini bersama 147 Ketua Wanita UMNO bahagian menyokong Shahrizat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/05/ahmad-zahid-tidak-patut-eksploitasi-istilah-syarak-demi-kepentingan-politik-berjasa/", "title": "Ahmad Zahid tidak patut eksploitasi istilah syarak demi kepentingan politik \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Ahad \u2013 \nDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dingatkan jangan cuba menyalahgunakan istilah syarak demi mengaut kepentingan politik buat UMNO serta Barisan Nasional.\u00a0\n\n\nTegas Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh sewenang-wenangnya mengeksploitasi istilah syarak di dalam medan politik partinya.\n\n\nBeliau berkata, istilah mudarat itu perlu diukur berdasarkan kaedah syarak yang perlu merangkumi lima perkara utama iaitu agama, nyawa, harta keturunan serta akal.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGERRYMANDERING : Hasrat DAP Pecahkan Kawasan Dominasi Pengundi Melayu Bakal Tercapai?\n\n\n\n\n\n\nLima menteri mengiringi Anwar ke China, dua daripada DAP\n\n\n\n\n\n\nUMNO dijangka kalah lebih teruk pada PRN\n\n\n\n\n\n\nBersatu akui pelawa Khairy bertanding pada PRN Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri nafi perbelanjaan RM620 bilion tidak direkodkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Zamani yang turut merupakan Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) kembali mempersoalkan, kenyataan Ahmad Zahid itu adakah ia berlandaskan kepada hukum syarak atau semata-mata kerana partinya.\n\n\nDalam pada itu, beliau menjelaskan sekiranya untung rugi itu digunakan untuk parti maka,\u00a0 hukum mudarat itu tidak kena.\n\n\nJusteru, beliau menegaskan Ahmad Zahid untuk berhenti menggunakan istilah mudarat ringan kerana menurutnya, yang ringan serta keuntungan itu semua kepada UMNO.\n\n\n\n\nPada 27 Disember lalu,\u00a0 Ahmad Zahid berkata BN telah membuat analisis berkenaan gabungan politik mana yang akan membawa kurang mudarat kepada BN dalam jangka masa yang panjang.\n\n\nBeliau melontarkan istilah syarak berkenaan sewaktu menghadiri wawancara yang diadakan secara langsung di saluran Youtube NRChannel."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/05/mangsa-macau-scam-berputih-mata-wang-simpanan-kwsp-rm141000-lesap/", "title": "Mangsa Macau Scam \u2018berputih mata\u2019, wang simpanan KWSP RM141,000 lesap", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nSeorang wanita berputih mata apabila wang simpanan RM141,000 dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) lesap selepas diperdaya sindiket Macau Scam.\u00a0\n\n\nKetua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata mangsa berusia 56 tahun yang bekerja bahagian pentadbiran di sebuah syarikat swasta itu mendakwa telah dihubungi oleh individu dari sebuah syarikat insurans.\n\n\n\n\nBeliau berkata individu terbabit memaklumkan mangsa ada membuat tuntutan insurans namun mangsa menafikannya sebelum disambungkan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.\u00a0\n\n\nMenurut Ahmad Dzaffir, panggilan itu juga memaklumkan mangsa telah terlibat dengan kesalahan penggubahan wang haram dan telah diarah untuk tidak mendedahkannya kepada sesiapa.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHormat keputusan mahkamah, karier politik Najib sudah berakhir\n\n\n\n\n\n\nJangan layan khabar angin tarikh 1 Syawal \u2013 JAKIM\n\n\n\n\n\n\nMustahil hari raya disambut pada Jumaat\n\n\n\n\n\n\nTindakan Muda tanding solo PRN sia-sia \u2013 Tun M\n\n\n\n\n\n\nPemandu tabur paku di jalan raya diburu polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, mangsa kemudian telah disambungkan kepada seorang lagi individu yang menyamar sebagai pendakwa raya dan mengarahkan mangsa membuat kad bank baharu sekiranya mahu kes itu diselesaikan.\u00a0\n\n\n\u201cPada 25 Januari lalu mangsa telah pergi ke Bank Rakyat di Seremban 2 untuk membuat kad bank baharu dan telah mengikut setiap arahan pendakwa raya tersebut termasuk mengubah nombor telefon rujukan akaun baharu kepada 014-690 8266,\u201d katanya.\u00a0\n\n\nTambah Ahmad Dzaffir, mangsa turut mengeluarkan wang simpanannya dalam KWSP berjumlah RM130,000 dan memindahkan ke akaun Bank Rakyat berkenaan.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, beliau berkata mangsa mendapat tahu semua wang dalam akaun KWSP berkurangan sebanyak RM141,000 semalam sementara beberapa transaksi juga berlaku.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Ahmad Dzaffir memaklumkan mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Labu, Negeri Sembilan dan kes disiasat mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/05/pemimpin-dap-gesa-bn-hukum-semua-ahli-parlimen-sokong-muhyiddin/", "title": "Pemimpin DAP gesa BN hukum semua Ahli Parlimen sokong Muhyiddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nBarisan Nasional (BN) digesa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap semua Ahli Parlimennya yang terlibat dari BN yang menandatangani Akuan Berkanun (SD) bagi menyokong Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.\u00a0\n\n\nGesaan itu dibuat oleh Setiausaha Publisiti DAP Perak, Chong Zhemin berkata BN perlu melakukan perkara itu demi menjaga kestabilan Kerajaan Perpaduan serta mengelak insiden Langkah Sheraton berulang.\n\n\nZhemin yang juga Ahli Parlimen Kampar itu turut memaklumkan gesaan siasatan oleh BN itu adalah selaras dengan langkah UMNO yang mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen terlibat menandatangani SD berkenaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\u00a0\u00a0\n\n\n\u201cMengapa hanya Ahli Parlimen UMNO dihukum kerana menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, tapi Ahli Parlimen BN lain terlepas? Adakah semua Ahli Parlimen BN setaraf atau ada yang lebih tinggi berbanding yang lain?\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat isu kalimah Allah dibangkitkan dalam kempen\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa kembalikan nikotin dalam Akta Racun 1952\n\n\n\n\n\n\nBudaya Politik Wang Lahir Pemimpin Tidak Berintegriti Teraju Negara\n\n\n\n\n\n\n\u201cJangan Buat Transaksi Itu, Jika Tidak Saya Buat Laporan Polis\u2019\u2019 \u2013 Bilal\n\n\n\n\n\n\nGenting Hong Kong Tidak Mampu Bayar Hutang 3 Bank Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau mengulas perkara itu menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini berpandangan BN perlu melihat siasatan penuh terhadap semua Ahli Parlimen BN yang menandatangani SD serta kandungannya sebagai perkara paling penting. \n\n\nSebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan identiti 10 Ahli Parlimen BN yang menandatangani SD tersebut dibuat tanpa kebenaran parti dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, 10 identiti itu adalah terdiri daripada enam ahli Parlimen UMNO, dua Ahli Parlimen MCA, seorang Ahli Parlimen MIC dan seorang Ahli Parlimen Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).\u00a0\n\n\nMedia turut melaporkan nama-nama 10 identiti itu antaranya adalah, Datuk Seri hishammuddin Hussein, Datuk Hasni Mohammad, Datuk Seri Jalaludin Alias Isa, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Datuk Seri M Saravanan.\n\n\nBagaimanapun, tindakan disiplin telah dibuat terhadap beberapa pemimpin utama termasuk Hishammuddin yang digantung keahlian selama enam tahun manakala Hasni digugurkan daripada jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor ketika Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Januari lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/05/rafizi-ingatkan-elak-lantik-ahli-keluarga-dalam-jawatan-kerajaan/", "title": "Rafizi ingatkan elak lantik ahli keluarga dalam jawatan Kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nMenteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengingatkan budaya nepotisme atau pelantikan ahli keluarga yang menyandang jawatan tertentu dalam kerajaan perlu dielakkan pada masa akan datang.\n\n\nPerkara itu dinyatakan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohammed Iqbal pula sebagai pegawai majlis khas kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.\u00a0\n\n\n\u201cSaya ingat beberapa perkara ini untuk masa akan datang kepada mana-mana kerajaan perlu elakkan. Cuma dalam keadaan Nurul Izzah dan Iqbal, lantikan itu sudah dibuat,\u201d \u2013 RAFIZI RAMLI / Timbalan Presiden PKR\n\n\nNurul Izzah (kanan) selaku penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim\n\n\nMemetik Harian Metro, Timbalan Presiden PKR itu berkata, lantikan itu perlu dielakkan dalam kalangan keluarga, namun dalam keadaan Nurul Izzah dan Iqbal, lantikan itu sudah dibuat.\n\n\nTambahnya, perkara ini tidak membabitkan wang rakyat akan tetapi apa yang diharapkan sekarang mereka perlulah membuktikan mereka membawa nilai tambah di samping yakin dengan peranan masing-masing.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar minta beri tempoh buktikan hapus budaya \u2018sakau-menyakau\u2019\n\n\n\n\n\n\nLelaki tabur paku ditahan polis\n\n\n\n\n\n\nPerhimpunan Jalanan Bukan Penyelesaian\n\n\n\n\n\n\nKPM, KKM pantau penularan COVID-19 waktu SPM 2022 berlangsung\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Mahkamah, Tetapi Menteri, Ahli Politik & Penguatkuasa \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, di peringkat PKR, beliau berharap agar parti itu \u2018move on\u2019 dan cabaran kini pada Nurul Izzah dan Iqbal untuk membuktikan mereka ada nilai tambah dalam keadaan mereka tidak mengambil sebarang wang rakyat.\u00a0\n\n\nSebelum ini, perjuangan Anwar menolak amalan nepotisme dalam pentadbiran Kerajaan Baharu \u2018makan diri\u2019 selepas Anwar mendedahkan anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan.\n\n\nDalam pada itu, Johari turut menerima tempias dakwaan itu apabila dikatakan melantik Mohammed Iqbal yang juga anak pertamanya sebagai pegawai tugas-tugas khas di pejabatnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/05/takiyuddin-gesa-kerajaan-henti-berdendam-dengan-pembangkang/", "title": "Takiyuddin gesa kerajaan henti berdendam dengan pembangkang", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Peruntukan pembangunan kepada ahli parlimen memberi manfaat kepada rakyat dan tidak sepatutnya dipotong atau mengurungkannya atas alasan kedudukan kewangan.\n\n\nKetua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan \nmenggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat kepentingan rakyat bukan bersikap balas dendam kepada pembangkang.\n\n\nTakiyuddin dalam satu kenyataan berkata, meskipun Kerajaan Persekutuan dikatakan mengambil langkah mengawal kewangan selaras dengan kedudukan dan kekangan ekonomi negara, namun peruntukan pembangunan yang disalurkan melalui Ahli Parlimen yang memberikan manfaat dan faedah terus kepada rakyat tidak sepatutnya diganggu meskipun dikurangkan\n.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSany Hamzan tak layak jelas isu peruntukan Ahli Parlimen pembangkang\n\n\n\n\n\n\nAminuddin hairan jumlah penceroboh tanah Raub cecah 500 orang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan komited tingkatkan kualiti perkhidmatan air dan pembetungan negara\n\n\n\n\n\n\nPH-BN bekerjasama pada PRN Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nVarian baharu Covid-19 `Kraken\u2019 \u2013 mula ancam dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga menggesa kerajaan memberi jaminan peruntukan pembangunan kepada pembangkang tidak disekat seperti yang didakwa dilakukan baru-baru ini\n.\n\n\nMenurut Takiyuddin, sebelum ini peruntukan itu disalurkan terus kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen melalui unit Penelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.\n\n\nKatanya, jaminan ini juga amat penting diberikan kerana ia selaras dengan Tawaran Harapan yang dibuat Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke-15.\n\n\nMenerusi manifesto PH, berjanji akan memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.\n\n\nDalam pada itu, Takiyuddin juga menggesa kerajaan supaya berhenti mengurangkan unsur-unsur seumpama deraan dan balas dendam kepada pihak pembangkang yang telah menerima mandat yang sah dari rakyat melalui \npilihan raya.\n\n\nSebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan akaun parti BERSATU atas alasan sedang menyiasat perbelanjaan semasa PRU-15 lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/05/tun-m-kecewa-pengundi-tolak-calon-bersih-tidak-bersalah/", "title": "Tun M kecewa pengundi tolak calon bersih, tidak bersalah", "body": "0\n\n\n\u00a0LANGKAWI, Ahad \u2013 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berasa kecewa dengan pengundi yang tidak memilih calon yang bersih dan tidak bersalah terutama dari Gerakan Tanah Air.\n\n\nKekecewaan turut diluahkan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu apabila tewas mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.\n\n\nBeliau berkata pelbagai usaha telah dilakukan bagi membangunkan pulau lagenda itu sehingga gah di persada dunia namun seolah-olah beliau tidak dihargai.\n\n\n\u201cBukan merajuk, tapi kecewa sedikit (atas kekalahan teruk dalam PRU15) kerana saya sudah buat macam-macam (pembangunan) di Langkawi. Saya ditolak jatuh merudum dan hilang 14,000 undi,\u201d beliau berkata demikian \nselepas menghadiri Program Jasamu Dikenang di Hotel Goldsands, Langkawi malam tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRUU Larangan Lompat Parti Dijangka Dikuatkuasa Bulan Depan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia berminat sertai pembangunan IKN Nusantara dengan potensi nilai RM1b\n\n\n\n\n\n\nSindiket curi kereta seludup ke negara jiran tumpas\n\n\n\n\n\n\nFokus kukuh golongan wanita, bukan angkat budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nKit Siang terima anugerah Tan Sri?\n\n\n\n\n\n\n\n\nPRU15 lalu, Tun Mahathir memperoleh 4,566 undi tewas kepada calon Perikatan Nasional, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 13,518 undi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/06/25-tahun-berlalu-anwar-kembali-ke-menara-dato-onn/", "title": "25 tahun berlalu, Anwar `kembali\u2019 ke Menara Dato\u2019 Onn", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 \u00a0Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual \u2018kembali\u2019 ke Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato\u2019 Onn,\u00a0 di ibu negara malam esok, selepas kira-kira 25 tahun tidak menjejakkan kakinya di sana.\n\n\nPerdana Menteri dijadual hadir ke bangunan itu kira-kira jam 8.30 malam esok, bagi mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan.\n\n\nJurucakap sekretariat yang dihubungi mengesahkan perkara berkenaan. Mesyuarat esok malam juga akan dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nTurut dijangka hadir, pemimpin utama parti Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta WARISAN.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMT UMNO teliti tawaran PN, PH malam ini\n\n\n\n\n\n\nPerjuangan PAS sudah berubah \u2013 Mohammad Agus\n\n\n\n\n\n\nDasar dan perancangan KPM seolah terpisah dari realiti\n\n\n\n\n\n\nBak Kut Teh @sup tulang rusuk babi diangkat makanan kebangsaan?\n\n\n\n\n\n\nSPRM Sokong Azam Baki\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu, Ahmad Zahid memaklumkan mengenai penubuhan sekretariat itu, yang ditubuhkan bersama parti dalam Kerajaan Perpaduan, dengan pejabat urusannya bertempat di Menara Dato\u2019 Onn.\n\n\n\n\nTimbalan Perdana Menteri itu juga memaklumkan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, akan mengetuai sekretariat berkenaan.\n\n\nSekretariat itu antara lain bertujuan menjamin kelangsungan Kerajaan Perpaduan yang sudah disepakati.\n\n\nAhmad Zahid dilaporkan berkata, sekretariat itu akan membincangkan dari semasa ke semasa, perjalanan kerajaan dan langkah ke hadapan, termasuk dalam soal kerjasama politik.\n\n\nAnwar dipecat dari UMNO pada 3 September 1998 dan sejak itu, Menara Dato\u2019 Onn adalah tempat asing baginya untuk dikunjungi. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/06/gempa-turkiye-syria-agong-dan-permaisuri-zahir-takziah/", "title": "Gempa Turkiye, Syria : Agong dan Permaisuri zahir takziah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria, awal hari ini.\n\n\nIstana Negara dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan ratusan nyawa dalam tragedi tersebut serta menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mangsa sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.\n\n\n\n\n\u201cSeri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh-roh mangsa yang beragama Islam dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu Wa Ta\u2019ala dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSeri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada Kerajaan Turkiye dan Kerajaan Syria serta rakyatnya atas musibah yang telah melanda dengan kehilangan nyawa ratusan rakyat dan kerosakan harta benda serta infrastruktur,\u201d kata kenyataan itu malam ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKata kenyataan itu juga, dalam tempoh kesedihan ini juga, Seri Paduka Baginda berdua dan Malaysia bersolidariti dengan rakyat Turkiye serta Syria dan mendoakan agar mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan akibat tragedi itu dapat diselamatkan dengan segera serta mereka yang tercedera dikurniakan kesembuhan segera.\n\n\n\u201cSehubungan dengan musibah itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyeru masjid-masjid dan surau-surau di negara ini untuk mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah untuk keselamatan mangsa mereka dan keluarga mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNasib Khairy dan pengkhianat UMNO diketahui esok\n\n\n\n\n\n\nOps Selamat: Selangor Catat Penurunan Kes\n\n\n\n\n\n\nPotongan 30% cukai taksiran kediaman di Putrajaya bawah RM300,000\n\n\n\n\n\n\nIsrael jadikan Gaza `penjara di langit terbuka\u2019 : Kementerian Luar Rusia\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan himpunan \u2018Mana Kapal LCS?\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemua masjid dan surau diseru untuk mengadakan solat jenazah ghaib bagi memohon keampunan daripada Allah Subhanahu Wa Ta\u2019ala untuk mereka yang telah kembali ke Rahmatullah, menurut kenyataan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/06/khairy-dijangka-bertanding-pada-prn-selangor-calon-menteri-besar/", "title": "Khairy mungkin bertanding pada PRN, calon MB Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang baru dipecat daripada UMNO memberi bayangan beliau mungkin bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijangka diadakan pada pertengahan tahun ini.\n\n\nMantan Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal yang tewas dalam perebutan kerusi Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) tahun lalu berkata, beliau sedang mempertimbangkan pilihannya, termasuk parti yang akan disertai jika ingin bertanding pada PRN di negeri itu.\n\n\nMenurut beliau, potensi untuk aktif berpolitik di negeri itu amat menarik kerana ia menampilkan kebanyakan kawasan bandar dan beliau didorong sokongan diterimanya di Sungai Buloh.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKuza, Kuni diarah failkan pembelaan terhadap saman fitnah\n\n\n\n\n\n\nPAS Perak Pelawa Tajuddin Bertanding Tiket PN\n\n\n\n\n\n\nNajib Hentam Mahathir Isu Tanah Di Langkawi\n\n\n\n\n\n\nMat London menghembus nafas terakhir di pagi Subuh hening\n\n\n\n\n\n\nTreler Pulau tidak sesuai ditayangkan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya cukup berminat dengan politik di Selangor. Saya rasa ada banyak potensi untuk memulakan semula karier politik saya di sana.\n\n\n\u201cSaya menghabiskan tiga penggal terakhir di Negeri Sembilan (sebagai Ahli Parlimen Rembau) dan saya rasa episod itu sudah ditutup.\n\n\n\u201cSaya mempunyai kempen yang baik di Sungai\u00a0Buloh. Walaupun tidak berjaya, saya berjaya menarik jumlah sokongan memuaskan di sana,\u201d katanya kepada pemberita dalam satu perjumpaan anjuran Kelab Concorde baru-baru ini.\n\n\nDitanya sama ada beliau ditawarkan untuk menjadi calon Menteri Besar, Khairy berkata: \u201cTerdapat perbincangan dengan beberapa pihak dan terdapat juga perbincangan mengenai peranan itu.\u201d\n\n\nSementara itu, ditanya pula sama ada beliau melihat peranan sedemikian sebagai cara untuk memenuhi aspirasi\u00a0menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti, beliau berkata: \u201cSaya sudah tiga penggal di Parlimen\u00a0dan saya memimpin tiga kementerian berbeza.\n\n\n\u201cSaya rasa pengalaman di peringkat negeri akan menjadi pelengkap yang bagus kepada set kemahiran sedia ada, pengalaman yang saya ada sebagai Menteri.\n\n\n\u201cIa akan membantu saya lebih memahami kerajaan tempatan serta hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dari sudut lain.\n\n\n\u201cSaya berasakan ia satu peluang yang baik tetapi sekali lagi, saya perlu mempertimbangkan sama ada saya secara peribadi mempunyai selera untuk melompat kembali (ke dalam politik) serta-merta,\u201d katanya.\n\n\nBagaimanapun, Khairy menegaskan, jika beliau memutuskan tidak bertanding pada PRN Selangor, beliau akan mempunyai lebih banyak masa untuk memutuskan platform seterusnya bagi kerjaya politiknya.\n\n\n\u201cJadi, jika saya membuat keputusan untuk bertanding pada PRN, maka saya perlu membuat keputusan dalam beberapa bulan akan datang, arah mana saya akan tujui,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/06/kurang-12-jam-gempa-susulan-landa-turkiye/", "title": "Kurang 12 jam, gempa susulan landa Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Satu lagi gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di tenggara Turkiye\u00a0 pada hari ini beberapa jam selepas gempa bumi yang pertama.\n\n\nMenurut agensi berita Bloomberg,\u00a0 gempa bumi kedua itu berlaku\u00a0 dalam tempoh kurang dari 12 jam selepas gempa bumi yang pertama.\n\n\nBalai cerap Kandilli yang berpangkalan di Istanbul berkata, gempa bumi\u00a0 itu berukuran 7.5 magnitud melanda wilayah Kahramanmaras pada 1:24 tengah hari (waktu tempatan).\n\n\nSetakat ini masih tiada laporan tentang kematian atau kecederaan akibat gempa bumi tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS Harap Hubungan MN Dapat Dikekalkan\n\n\n\n\n\n\nPM jamin industri kewartawanan negara bebas tanpa campur tangan\n\n\n\n\n\n\nPotongan 30% cukai taksiran kediaman di Putrajaya bawah RM300,000\n\n\n\n\n\n\nPesawat TUDM terhempas di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nPM Jadi Menteri Kewangan, Tiada Lagi Fungsi Semak Imbang \u2013 Radzi\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda Turkiye dan Syria awal hari ini yang membunuh sekurang-kurangnya ribuan\u00a0 orang ketika mereka tidur dan gegaran dapat dirasai sejauh pulau Cyprus dan Mesir. \u2013 KOSMO"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/06/lebih-200-terkorban-hampir-600-cedera-gempa-di-kahramanmaras-turkiye/", "title": "Lebih 200 terkorban, hampir 600 cedera gempa di Kahramanmaras, Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sekurang-kurangnya lebih 200 maut dan hampir 600 orang cedera dalam gempa bumi di wilayah selatan Kahramanmaras Turkiye pada awal pagi Isnin, waktu tempatan.\n\n\nGempa yang berlaku pada\u00a0 jam 4.17 pagi waktu tempatan berpusat di daerah Pazarcik dengan kedalaman tujuh kilometer.\n\n\nPihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter itu berlaku pada 4.17 pagi waktu tempatan dan berpusat di daerah Pazarcik.\n\n\n\n\nGempa berlaku pada kedalaman tujuh kilometer, lapor Agensi Anadolu.\n\n\nGegaran turut dirasai di wilayah lain termasuk Diyarbakir dan Gaziantep serta negara jiran termasuk Lubnan dan Syria.\n\n\nIa diikuti dua gempa bumi susulan berukuran 6.4 dan 6.5 pada skala Richter melanda wilayah tenggara Gaziantep.\n\n\nJalan yang merekah akibat gempa bumi Turkiye pada awal pagi Isnin (6 Feb 2023)\n\n\nPresiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menerusi ciapan di Twitter mendoakan mangsa yang terjejas akibat gempa bumi cepat sembuh.\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata pasukan penyelamat segera dikerah ke wilayah yang terjejas akibat gempa bumi itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau kerja-kerja mencari dan menyelamat juga sedang dijalankan secepat mungkin.\n\n\n\n\nMenteri Dalam Negeri Suleyman Soylu berkata bahawa enam gempa bumi dengan kekuatan melebihi enam pada skala Richter telah melanda negara itu setakat awal Isnin. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/06/malaysia-hantar-smart-bantu-cari-mangsa-gempa-bumi-di-turkiye/", "title": "Malaysia hantar SMART bantu cari mangsa gempa bumi di Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Malaysia akan menghantar 75 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Selatan Turkiye.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) , Datuk Armizan Ali berkata, proses penghantaran pasukan SMART dibuat setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerima pengesahan keperluan bantuan daripada kerajaan Turkiye.\n\n\n\u201cSehubungan itu, seramai 75 orang anggota akan digerakkan ke Turkiye malam ini menerusi penerbangan Turkish Alirlines dengan membawa bersama peralatan- peralatan yang akan digunakan di dalam operasi SAR,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNama tebing barat ditukar, taktik baru Israel tawan Palestin\n\n\n\n\n\n\nYaman Kecam Jenayah Perang Arab Saudi Serang Kemudahan Air\n\n\n\n\n\n\nBakar al-Quran: Salah guna prinsip kebebasan bersuara\n\n\n\n\n\n\nGempa ranapkan tinggalan sejarah Kota Gaziantep berusia 2,200\n\n\n\n\n\n\nWanita cuba seludup 22 ekor ular dari KLIA ke India\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Armizan,\u00a0 Pasukan SMART telah menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada tahun 2016 yang membolehkan pasukan itu dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.\n\n\nGempa bumi itu berlaku pada kedalaman 7 kilometer, diikuti dengan dua gempa susulan yang melanda wilayah Gaziantep, masing-masing berukuran 6.4 dan 6.5 pada skala Richter.\n\n\n\n\nNegara jiran Syria turut terjejas dengan 237 orang dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya 639 cedera akibat gegaran kuat melanda wilayah Idlib, Aleppo, Hama, Latakia dan Raqqa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/06/noh-mahu-jadi-penceramah-bebas-janji-cakap-benar/", "title": "Noh mahu jadi penceramah bebas, janji cakap benar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang dipecat pada 28 Februari lalu terbuka menerima jemputan mana-mana parti termasuk bekas partinya sebagai penceramah bebas.\n\n\nNoh yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang menegaskan, walaupun sedang berehat daripada politik, beliau akan hadir sebagai penceramah khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.\n\n\nNoh berkata, beliau terbuka untuk berceramah di mana-mana platform yang ditawarkan kepadanya, termasuk Perikatan Nasional mahupun UMNO jika parti lama tu menghantar undangan kepadanya.\n\n\n\u201cSekarang ini saya tengah berehat tetapi yang pasti saya jadi penceramah bebas. Jika Bersatu nak jemput saya bagi ceramah masa PRN nanti, saya akan bagi ceramah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih ramai individu akan dipanggil bantu siasatan kes LCS\n\n\n\n\n\n\nAwas, jangan muat turun\u201c Pink Whatsapp\u201d\n\n\n\n\n\n\nUNI-MLC gesa kerajaan lindungi kepentingan jangka panjang pencarum KWSP\n\n\n\n\n\n\nTuntutan veteran ATM belum diambil tindakan\n\n\n\n\n\n\nBekas ADUN Bukit Kayu Hitam meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau Pas nak jemput pun saya akan datang. Kalau UMNO sudi nak jemput, jemputlah\u2026 tiada masalah,\u201d katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Jasamu Dikenang di Pasir Penambang, Kuala Selangor.\n\n\nPada 27 Januari lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memecat Noh apabila beliau mencabar Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya memecat keahliannya selepas MKT memutuskan untuk menggantung keahliannya selama enam tahun.\n\n\nSementara itu, Noh berkata, beliau menjangkakan UMNO akan menghadapi cabaran sukar di Selangor semasa PRN nanti terutama dalam keadaan parti itu berdepan Bersatu dan Pas.\n\n\nKatanya, ia berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu yanag menyaksikan UMNO tidak dapat mempertahankan kerusi Parlimen mereka walaupun di kawasan yang pernah menjadi kubu kuat parti itu.\n\n\nSelepas UMNO bekerjasama dengan DAP, beliau mendakwa tugas bekas partinya itu akan menjadi lebih sukar kerana ramai orang Melayu bakal mengalihkan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/06/penyakit-pencerobohan-tanah-merebak-ke-selangor/", "title": "\u2018Penyakit\u2019 pencerobohan tanah merebak ke Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerajaan negeri perlu menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kes yang melibatkan pencerobohan tanah kerajaan negeri oleh syarikat asing sebelum melarat sehingga tanah negara tergadai dan rakyat menjadi mangsa.\n\n\nPandangan itu turut disuarakan Jurucakap Gagasan Bangsa (GB), Aminuddin Yahaya yang memaklumkan kes pencerobohan tanah berlaku ketika ini bukan perkara baharu bahkan ia adalah \u2018penyakit\u2019 yang sudah merebak ke Selangor.\n\n\n\u201cMana mungkin sebuah syarikat asing boleh berani menceroboh tanah tanpa ada \u2018lampu hijau\u2019 dari pihak atasan yang berkaitan.\n\n\n\u201cKalau lah kes ini gagal ditangani sebaiknya, maka selepas ini tidak mustahil berbondong-bondong yang datang menceroboh tanpa segan silu,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n20 Pengajar & Pelajar Di Jempol Disahkan Positif\n\n\n\n\n\n\nPerhalusi Cadangan Penjawat Awam, Tambah Baik Sistem Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nJangan ambil kesempatan terhadap Orang Asli\u00a0\n\n\n\n\n\n\nEmpat lokasi pantai di Pulau Pangkor dikesan terhakis teruk\n\n\n\n\n\n\nPengunaan Imbasan Kod QR MySejahtera Tidak Digunakan Bermula Malam ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian bagi mengulas lanjut mengenai laporan media terhadap syarikat China menebang pokok-pokok di Taman Negeri Selangor tanpa kebenaran bagi tujuan East Coast Railway Link (ECRL) menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebooknya pada Sabtu lalu.\n\n\nDalam pada itu, Aminuddin mendakwa kes pencerobohan tanah negeri ini tidak akan berlaku sekiranya pihak atasan yang terlibat memberi \u2018lampu hijau\u2019 kepada syarikat asing untuk melaksanakannya.\n\n\nTambah beliau, sebelum ini, kes pencerobohan tanah yang hampir sama turut berlaku di Pahang dan Perak melibatkan perlombongan emas, galian dan durian.\n\n\nTerdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminuddin Shari mengesahkan sebuah syarikat pembinaan China bertanggungjawab terhadap pembersihan tanah yang dilaporkan berlaku dalam Taman Negeri Selangor.\n\n\nBeliau berkata syarikat pembinaan China itu memulakan kerja pembersihan tanah tersebut tanpa kelulusan bertujuan membinaa jalan untuk jajaran bagi projek ECRL Gombak-Pelabuhan Klang sepanjang 2.3km (kilometer).\n\n\nUntuk rekod, Taman Negeri Selangor yang berkeluasan lebih 108,000 hektar telah diwartakan oleh kerajaan negeri pada 25 Januari 2007 dan telah menjadi taman kedua terbesar di Semenanjung."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/06/sejarah-melayu-banyak-dipadam-dipesongkan-pihak-pihak-tertentu/", "title": "Sejarah Melayu banyak dipadam, dipesongkan pihak-pihak tertentu", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sejarah Melayu perlu disemak semula kerana banyak pihak mahu mendominasi sejarah tanah air.\n\n\nProfesor Sejarah Sosial dan Intelektual di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC-IIUM), Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, sejarah di Malaysia banyak dipadam dan dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu.\n\n\n\u201cSejarah Melayu di Malaysia ini perlu banyak disemak semula. Sejarah orang Melayu, sejarah Malaysia dan sejarah umur Malaysia.\u201d katanya.\n\n\nAhmad Murad memaklumkan pengkajian itu perlu merangkumi sejarah orang Melayu, sejarah Malaysia serta sejarah umur Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek Solar : Rayuan Kes Rosmah Didengar Julai\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi sindir pelantikan Anwar, PH menang \u2018dalam masa kecederaan\u2019\n\n\n\n\n\n\nUsaha bawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan sudah dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\nCukup-cukuplah berpolitik, sekarang masa untuk bekerja \u2013 Pemangku Raja Pahang\n\n\n\n\n\n\nSuhu politik Sabah reda, BN Sabah sokong tubuh Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau yang juga merupakan Felo Kanan Southeast Asia Research Centre and Hub di De La Salle University, Manila turut berpandangan sejarah yang dikatakan bukan Islam juga perlu diteliti dari aspek persamaan masyarakat Melayu, sejarah Melayu dengan sejarah lain-lain.\n\n\nTambah beliau, forum \nPeradaban Alam Melayu\n\u00a0adalah baik bagi platform pencerahan kepada umum dan perlu diteruskan dengan strategi untuk tersebar luas.\n\n\nBaru-baru ini, forum \nPeradaban Alam Melayu\n siri satu bagi tahun 2023 telah diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/06/tiada-laporan-rakyat-malaysia-terbabit-gempa-di-turkiye/", "title": "Tiada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 \u00a0Tiada laporan mengenai sebarang rakyat Malaysia terbabit dalam gempa bumi 7.4 magnitud yang melanda wilayah Kahramanmaras, Turkiye awal pagi Isnin setakat ini.\n\n\nKementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan ringkas dikongsi melalui aplikasi WhatsApp memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral di Istanbul kini sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.\n\n\nMemetik BERNAMA menurut kenyataan itu,\u00a0 misi mereka belum menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia terbabit dalam gempa bumi terbabit.\n\n\n\n\nKenyataan itu juga menampilkan nombor Kedutaan Besar Malaysia di Ankara yang boleh dihubungi iaitu \u00a0+(90) 312 4463547/ 48 atau +(90) 534 4571006 (selepas waktu pejabat) atau e-mel \nmwankara@kln.gov.my.\n\n\nSementara\n\u00a0itu, Konsulat Jeneral di Istanbul boleh dihubungi melalui talian +(90) 212 9891001/ 09 atau +(90) 551 7112174 (selepas waktu pejabat) atau e-mel\u00a0\nmwistanbul@kln.gov.my\n.\n\n\n\n\nMenurut laporan media, sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh manakala 440 lagi cedera selepas gempa bumi kuat yang melanda Turkiye pada jam 4:17 minit pagi tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 lulus dengan undi suara\n\n\n\n\n\n\nDemokrasi Berasaskan Teknokrat Mampu Urus Tadbir Negara\n\n\n\n\n\n\nAfghanistan : Russia Sedia Pertimbang Iktiraf Kerajaan Taliban\n\n\n\n\n\n\nPendapatan Nelayan Masih Lagi Terjejas\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM\n\n\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi itu berlaku pada kedalaman 7 kilometer, diikuti dengan dua gempa susulan yang melanda wilayah Gaziantep, masing-masing berukuran 6.4 dan 6.5 pada skala Richter.\n\n\nNegara jiran Syria turut terjejas dengan 237 orang dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya 639 cedera akibat gegaran kuat melanda wilayah Idlib, Aleppo, Hama, Latakia, dan Raqqa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/06/tolak-atau-terima-bekas-umno-dalam-pkr-belum-diputuskan-presiden/", "title": "Tolak atau terima bekas UMNO dalam PKR, belum diputuskan \u2013 Presiden", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 PKR masih belum membuat sebarang pendirian, sama ada akan menerima atau menolak permohonan mana-mana bekas ahli UMNO untuk menyertai parti reformasi itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nPerdana Menteri, yang juga Presiden PKR itu berkata, pihaknya mengambil maklum kenyataan beberapa bekas ahli UMNO, yang menyatakan hasrat untuk menyertai parti itu.\n\n\nBeliau turut mengulangi kenyataannya bahawa sebarang keputusan untuk menerima kemasukan bekas ahli UMNO akan dibincangkan terlebih dahulu dengan pemimpin UMNO, yang kini menjadi rakan kongsinya dalam Kerajaan Perpaduan.\n\n\n\u201cKita belum buat sebarang keputusan. Kita akan bincang dengan pemimpin UMNO apabila tiba masanya,\u201d katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di ibu pejabat parti PKR di Petaling Jaya, Selangor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAlasan Ketua Polis Negara tak logik \u2013 Hamzah\n\n\n\n\n\n\nPerlis Benar Masjid Rapat Saf Solat Berjemaah\n\n\n\n\n\n\nPejuang dalam dilema, pilihan terbaik tidak sertai PRN\n\n\n\n\n\n\nGTA akan kerjasama dengan PN?\n\n\n\n\n\n\nKeputusan semakan kes SRC Najib 31 Mac\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian PKR jika menerima permohonan daripada bekas ahli UMNO, yang disingkirkan parti itu, baru-baru ini.\n\n\n\u00a0\n\n\nMajlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 27 Januari lalu, memecat beberapa pemimpin utamanya, termasuk bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.\n\n\nSelain itu, MKT UMNO turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain selama enam tahun, antaranya Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.\n\n\nSebelum ini, BH melaporkan, Khairy, yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau ada mempertimbangkan kemungkinan bekerjasama dengan dua rakan baiknya, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar dalam PKR, namun menegaskan itu bukan pilihan tunggalnya ketika ini. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/06/tubuh-jawatankuasa-khas-selaras-usaha-cetak-sejuta-naskah-al-quran/", "title": "Tubuh jawatankuasa khas selaras usaha cetak sejuta naskah al-Quran", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah mengetuai satu jawatankuasa khas bagi menyelaraskan usaha kutipan dana\u00a0percetakan dan pengedaran sejuta Al-Quran ke seluruh dunia.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar berkata, arahan itu dikeluarkan pihaknya selepas mesyuarat Kabinet minggu lepas.\n\n\nBeliau berkata,\u00a0usaha itu\u00a0memerlukan penyelarasan, bagi memenuhi hasrat yang dinyatakan Perdana Menteri,\u00a0Datuk Seri Anwar Ibrahim mencetak sejuta naskah al-Quran untuk diedarkan ke seluruh dunia.\n\n\n\u201cSetakat ini, kita tidak letakkan sasaran bagi jangkaan tarikh edaran. Saya akan tunggu untuk jawatankuasa itu bersidang terlebih dahulu dan mereka akan kemas kini kepada saya kerana kita perlu lihat usaha ini secara menyeluruh dalam pelbagai aspek sebelum kita tetapkan sasaran,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap Sanusi masih belum selesai \u2013 Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\n30 rakyat Malaysia bakal tiba di tanah air esok\n\n\n\n\n\n\nKebakaran Jakel: Bomba fokus unsur sabotaj, sisa bara api\n\n\n\n\n\n\nTidak wajar halang tanding jawatan Presiden, Timbalan\n\n\n\n\n\n\nSiti Bainun jalani prosiding bela diri tanpa diwakili peguam\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian selepas melancarkan Pelan Pembangunan Komuniti Setempat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Masjid Jamek Kampung Bharu\u00a0di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nPada 28 Januari\u00a0lepas, Perdana Menteri berkata,\u00a0Malaysia akan mencetak dan mengedarkan satu juta naskah al-Quran ke seluruh dunia\u00a0sebagai tindak balas terhadap pembakaran kitab suci umat Islam itu di Sweden.\n\n\nSementara itu, mengulas nasihat Mufti Wilayah Persekutuan kepada masyarakat Islam mengenai sambutan Thaipusam,\u00a0Mohd Na\u2019im berkata,\u00a0ia bertujuan supaya umat Islam tidak terlibat dengam apa-apa ritual agama dalam perayaan berkenaan.\n\n\n\u201cItu tidak bermakna umat Islam tidak boleh bersama-sama dengan orang bukan Islam. Bahkan, semangat kesatuan, perpaduan, itu kita galakkan. Jadi dalam konteks ini dan atas nasihat Mufti Wilayah Persekutuan, had di situ adalah orang Islam tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam upacara agama itu,\u201d katanya.\n\n\nMengenai Pelan Pembangunan Komuniti Setempat YaPEIM itu, Mohd Na\u2019im berkata,\u00a0objektif pelaksanaan\u00a0adalah bagi meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat, meningkatkan pendapatan dan kelestarian kehidupan.\n\n\nKatanya,\u00a0pemilihan Kampung Bharu khususnya Masjid Jamek Kampung Bharu sebagai projek rintis plan itu dilihat signifikan dalam membangunkan usahawan asnaf serta usahawan lain di ibu negara menerusi pelbagai inisiatif bagi pembangunan komuniti, sekali gus memanfaatkan prasarana komuniti setempat.\n\n\nTurut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Bharu Datuk Mohd Khay Ibrahim.\u00a0\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/07/adun-banggi-tanjong-kapor-dan-kunak-umum-keluar-warisan/", "title": "ADUN Banggi, Tanjong Kapor, Kunak umum keluar WARISAN", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan (Warisan),\u00a0 mengumumkan keluar parti pada Isnin.\n\n\nSemua ADUN adalah Mohammad Mohamarin (ADUN Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak).\n\n\nKetiga-tiga pemimpin berkenaan menjadi ADUN Bebas yang menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi satu kenyataan bersama ketiga-tiga mereka mengambil keputusan itu dengan harapan agar dapat meneruskan khidmat yang baik kepada masyarakat yang diwakili di kawasan masing-masing.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelepas memperhalusi pelbagai aspek dari segenap sudut pertimbangan termasuklah selepas mengambil kira hala tuju gabungan parti dan pandangan akar umbi di kawasan yang kami wakili, maka kami dengan ini mengisytiharkan keluar Parti Warisan.\n\n\n\u201cDengan ini, kami memilih berkhidmat sebagai ADUN Bebas serta menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dengan harapan agar kami dapat meneruskan khidmat baik kepada masyarakat yang kami wakili,\u201d kata mereka dalam kenyataan media hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLantik Ahmad Zahid jadi TPM tak berpegang kepada kedaulatan undang-undang\n\n\n\n\n\n\nCalon Melayu Dap Hanya Boneka \u2013 Mahdzir\n\n\n\n\n\n\nMB Terengganu disahkan bercuti di New Zealand\n\n\n\n\n\n\nPendaki hilang ketika menyeberang Sungai Tanum ditemukan lemas\n\n\n\n\n\n\nSPRM tidak temui salah laku dalam kontrak RM399 juta \u2013 Petronas\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi kenyataan sama, ketiga-tiga mereka mengucapkan jutaan terima kasih dan memohon kemaafan kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, rakan serta penyokong parti berkenaan.\n\n\nSementara itu, semua ADUN terbabit turut memaklumkan untuk melepaskan semua jawatan dalam parti sama ada di peringkat bahagian atau di peringkat Ahli Majlis Tertinggi (AMT).\n\n\n\u201cKami berpandangan bahawa sudah tiba masanya polemik politik dan juga sebarang tindakan untuk mewujudkan ketidakstabilan kepada kerajaan perlu dihentikan kerana ia memberi kesan kepada usaha membangunkan negeri dan rakyat.\n\n\n\u201cKami akan bekerja bersama ketua menteri dan kerajaan negeri untuk meneruskan momentum positif pembangunan negeri dan peningkatan hasil negeri melalui hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),\u201d katanya. \u2013 KOSMO"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/07/ankara-ucap-terima-kasih-kepada-kuala-lumpur-hantar-smart/", "title": "Ankara ucap terima kasih kepada Kuala Lumpur hantar SMART", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kedutaan Turkiye di Malaysia berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang menghantar pasukan Mencari dan Menyelamat khas Malaysia (SMART) bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan gempa bumi yang melanda Turkiye semalam.\n\n\nKedutaan itu dalam ciapannya turut menyiarkan beberapa keping gambar dan video mengenai penghantaran anggota SMART ke Turkiye di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lewat malam tadi.\n\n\n\n\nSelamat datang ke Turki! Ho\u015fgeldiniz! Thanks so much again to our brothers for their invaluable support! \ud83c\uddf9\ud83c\uddf7\ud83e\udd1d\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe \n@anwaribrahim\n \n@ZambryOfficial\n \n@MalaysiaMFA\n \nhttps://t.co/IFIQTSHyf1\n\n\n\u2014 TurkishEmbassyKL (@turkishembinkl) \nFebruary 7, 2023\n\n\n\n\nPasukan elit SMART itu membabitkan 70 anggota membabitkan pasukan perubatan dari Kor Kesihatan Diraja (KKD), Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pasukan khas bahan kimia berbahaya (Hazmat).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWee Ka Siong bawa telur ayam import dan tempatan ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\nUsaha Tanah Terbiar, Kuat Kuasa Kawalan Harga Barang \u2013 FOMCA\n\n\n\n\n\n\n88% perokok beralih hisap vape untuk berhenti merokok\n\n\n\n\n\n\n14 terkorban banjir kilat Turkiye\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam bencana itu apabila semua 13 rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas selamat.\n\n\nMedia Turkiye melaporkan sekurang-kurangnya 2,379 orang terbunuh dan 14,483 yang lain cedera di 10 wilayah di negara itu setakat ini berikutan dua gempa bumi kuat yang menggegarkan wilayah selatan negara itu semalam.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi kuat dengan pusat gempa di daerah Pazarcik, turut melanda negara jiran, Syria dengan hampir 1,300 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 2,400 yang lain cedera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/07/bekalan-telur-daging-untuk-ramadan-dijamin-stabil/", "title": "Bekalan telur, daging untuk Ramadan dijamin stabil", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi jaminan bekalan telur ayam dan daging sepanjang Ramadan ini stabil.\n\n\nBeliau bersama pegawai di jabatan dan agensi kementerian itu sentiasa memantau dua bekalan yang diperlukan umat Islam itu sentiasa mencukupi.\n\n\n\u201cBekalan telur untuk Ramadan stabil. Ramadan ini juga kita sedang melihat masalah daging menjelang Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya.\n\n\n\u201cSelalunya dalam bulan Ramadan ramai buat kenduri untuk jamuan di masjid dan sebagainya. Oleh itu, keperluan daging perlu dipertingkatkan sepanjang Ramadan ini, sampailah kepada hari raya,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar jumpa Erdogan zahir solidariti kepada Turkiye\n\n\n\n\n\n\nTiga Lagi Kes COVID-19 Di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nMOU Bukan \u2018Kitab Suci\u2019 Untuk Halang Buat PRU Awal \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nPelantikan Izzah: BERSATU tuntut penjelasan Anwar \u00a0\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen PH tidak sependapat pelantikan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja rasmi ke loji pemprosesan sarang burung walit di Asiawalit Resources Sdn. Bhd di Puchong, Selangor hari ini.\n\n\nMengenai harga sayur yang agak mahal di pasaran ketika ini, Mohamad telah mengarahkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melakukan pemantauan.\n\n\nKatanya, jentera yang ada menerusi jabatan dan agensi berkaitan juga digerakan segera di tempat aduan orang ramai mengenai harga sayur yang mahal.\n\n\n\u201cSaya sudah arahkan FAMA untuk tengok di mana berlaku kenaikan harga sayur dan kita gerakan dengan ke kawasan itu. Kita tahu \u2018benda hidup\u2019 ini sentiasa berubah dan sekarang masalah telur serta ayam agak reda, mari (datang) pula masalah sayur.\n\n\n\u201cKita akan buat kajian data supaya tempat yang kurang sayur sehingga berlaku kenaikan harga akan ditambah dari tempat (sayur) berlebihan dengan segera,\u201d katanya lagi.\n\n\nBeliau berharap masalah itu dapat diatasi seberapa segera.\n\n\nKatanya, bahan mentah lain masih mencukupi dan masih dalam kawalan, melainkan sayur ada ketikanya harga naik dan turun."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/07/gempa-ranapkan-tinggalan-sejarah-kota-gaziantep-berusia-2200/", "title": "Gempa ranapkan tinggalan sejarah Kota Gaziantep berusia 2,200", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0 Gempa kuat yang melanda Turkiye semalam turut memusnahkan tinggalan sejarah.\n\n\nWilayah Kota Gaziantep musnah apabila digegar gempa berukuran 7.8 pada skala Richter ketika penduduk bumi wialayah tenggara Turkiye sedang nyenyak tidur.\n\n\nSiapa tahu, gegaran selama 10 saat itu kini meruntuhkan puluhan bangunan dan telah pun meragut lebih 3,000 nyawa.\n\n\nKota Gaziantep, yang juga istana bersejarah \u00a0Turkiye berusia 2,200 tahun namun kini hancur sebahagian akibat gegaran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSuhu politik Sabah reda, BN Sabah sokong tubuh Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nLebih RM72.5 juta disalur ke Sekolah Swasta Cina sejak tahun 2019\n\n\n\n\n\n\nKelantan bubar DUN 22 Jun, beri laluan Pilihan Raya Negeri\n\n\n\n\n\n\nPM arah JPA bincang isu gaji penjawat awam dengan Cuepacs\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria: Arkitek apartmen mewah ditahan selepas larikan diri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nGaziantep Castle, which was built more than 2,200 years ago, collapsed during the earthquake \npic.twitter.com/i4GjMKMBwU\n\n\n\u2014 BNO News Live (@BNODesk) \nFebruary 6, 2023\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nMenurut middle east eye\n,\u00a0 pusat gempa di daerah \nPazarc\u0131k, Kahramanmara\u015f telah menyebabkan istana bersejarah berkenaan runtuh walaupun terdapat beberapa benteng di bahagian timur, selatan dan tenggara kawasannya.\n\n\nSerpihan besar seperti pagar besi di sekeliling struktur gelanggang istana bertaburan di atas jalan raya.\n\n\nMalah tidak hanya itu, struktur tembok penahan di sebelah istana juga turut runtuh.\n\n\nMenara pengawal Gaziantep ini digunakan sebagai menara pengawasan ketika zaman pemerintahan Rom dan telah bertahan kukuh beradab lamanya pada empayar Hitite.\n\n\nIstana ini mempunyai 12 menara dan sebelum ini mempunyai parit di sekelilingnya. Sepanjang sejarah, tapak ini telah ditakluki dan ditakluk semula.\n\n\nPada tahun 661 M, istana itu hilang dari tangan Kristian, dengan dinasti Umayyah, yang berasal dari Mekah, menjadi pemilik barunya. \n\n\nIa kekal di tangan pemerintahan kerajaan Islam sehingga 962, apabila ia ditawan semula oleh Byzantine. \n\n\nPada tahun 1067, Empayar Seljuk mengambilnya dari Byzantine, sebelum Tentera Salib Kristian menawan istana itu pada tahun 1098. \n\n\nKemudian ia berpindah ke dinasti Ayyubiyah, yang telah diasaskan oleh penakluk Kurdish yang hebat Saladin, sultan pertama kedua-dua Syria dan Mesir."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/07/gempa-turkiye-diramal-pakar-tiga-hari-sebelum-kejadian/", "title": "Gempa Turkiye diramal pakar tiga hari sebelum kejadian", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0 Seorang pakar kajian solar, Frank Hoogerbeets berkata beliau telah menjangkakan akan berlaku gempa yang kuat di Turkiye dan Syria.\n\n\nHoogerbeets yang bertugas di\u00a0 Kajian Geometri Sistem Solar,\u00a0 (SSGS) yang\u00a0 berpengkalan di Belanda telah membuat ramalan gempa bumi di kawasan bencana dengan anggara kekutan gempa pada 7.5 skala Richter.\n\n\nCiapan Frank Hoogerbeets tiga hari sebelum gempa melanda Turkiye, berhubung ramalan agensi SSGS.\n\n\n\u00a0\n\n\nBagaimana pun semalam,\u00a0 gegaran yang berpusat di Kota Gaziantep,\u00a0 menghentak kawasan tenggara Turkiye dengan kekuatan 7.8 skala Richter ketika ramai sedang diulit mimpi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLantik Ahmad Zahid jadi TPM tak berpegang kepada kedaulatan undang-undang\n\n\n\n\n\n\nUsul penubuhan Jabatan Kanak-Kanak kali kedua Jumaat ini\n\n\n\n\n\n\nSerangan Terbaharu Pakatan Arab Saudi Korbankan 20 Nyawa\n\n\n\n\n\n\nShabery ingatkan pemimpin PH, kerajaan Anwar bukan jambatan konkrit\n\n\n\n\n\n\nRM3.4 bilion tuntutan semula Wang Tidak Dituntut sehingga 31 Mei\n\n\n\n\n\n\n\n\nGegaran juga turut dirasakan sehingga ke negara jiran di Lubnan, Syria dan Cyprus.\n\n\nHoogerbeets dalam satu ciapannya pada 3 Februari lalu meramalkan satu gempa besar bakal melanda Turkiye.\n\n\nHoogerbeets menyiar semula ciapannya yang memuatkan\u00a0 kajian agensi SSGEOS\u00a0 yang mengatakan akan berlaku dalam seratus tahun satu gempa yang kuat di kawasan berkenaan.\n\n\nBeliau juga menzahirkan rasa simpati kepada mangsa gempa bumi Turkiye.\n\n\n\n\nTidak sampai 12 jam gempa susulan berlaku dengan kekuatan 7.6 skala Richter menyebabkan ramai petugas kemanusiaan dan juga orang ramai lari lintang pukang ketika cuba menyelamatkan orang awam dari celahan runtuhan.\n\n\nPada awal pagi semalam jam 4:17 minit pagi waktu tempatan, gempa bumi kuat menggegar bumi Turkiye.\n\n\nPuluhan bangunan runtuh, jumlah\u00a0 mangsa juga kini menjangkau angka lebih 3,500 orang, 1,400 daripadanya adalah korban di Syria.\n\n\nYang meninggal dunia di Turki disahkan 2,400 orang manakala jumlah yang cedera ialah 16,000 mangsa.\n\n\nPasukan mencari dan menyelamat dari seluruh dunia bertumpu ke Turkiye terutama di kawasan\u00a0 Kahramanmara\u015f."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/07/impak-gempa-bumi-jejaskan-23-juta-penduduk-angka-korban-lepasi-5000/", "title": "Gempa bumi: 23 juta penduduk terjejas, angka korban lepasi 5,000", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi peringatan bahawa lebih 23 juta penduduk di kedua-dua negara mungkin terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda Turkiye dan Syria semalam.\n\n\nPertubuhan antarabangsa itu membayangkan bentuk bantuan jangka panjang amat diperlukan oleh golongan yang terjejas.\n\n\nPegawai Kecemasan Kanan WHO, Adelheid Marschang berkata, peta gambaran keseluruhan yang dibuat pihaknya menunjukkan bahawa 23 juta penduduk bakal terjejas berikutan bencana alam tersebut.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael selimutkan bukti dan kebenaran pembunuh Shireen Akleh\n\n\n\n\n\n\n40 tahun kekal bersih rasuah, imej Singapura tercalar\n\n\n\n\n\n\n14 juta penduduk Tianjin diarah jalani saringan COVID-19\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria : White Helmets umum misi menyelamat mangsa terselamat berakhir\n\n\n\n\n\n\nAbbas lawat Jenin, suntik semangat kepada rakyat Palestin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cInfrastruktur awam dan infrastruktur kesihatan sudah rosak di seluruh wilayah yang terjejas, terutamanya di Turki dan barat laut Syria,\u201d katanya.\n\n\nMarschang memberitahu, WHO menganggap keperluan utama yang sukar dipenuhi dalam masa terdekat adalah di Syria.\n\n\nDalam usaha terkini, pasukan penyelamat dilaporkan menggali runtuhan bangunan bagi mendapatkan mangsa yang tertimbus yang kini mencatatkan angka korban lebih 5,000 orang.\n\n\nKetua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pula menjelaskan, proses yang berlaku pada waktu ini melibatkan perlumbaan masa.\n\n\nPihaknya juga dilaporkan sedang menghantar bantuan segera ke kawasan itu.\n\n\n\u201cKami menggerakkan bekalan kecemasan selain mengaktifkan rangkaian pasukan perubatan kecemasan WHO untuk menyediakan penjagaan kesihatan penting bagi mereka yang cedera dan paling terdedah kepada bahaya,\u201d kata Ghebreyesus.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nDalam pada itu, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) berkata, beberapa ribu bangunan ranap merentasi wilayah sempadan Turki-Syria, menambah lagi kesengsaraan di kawasan yang dilanda perang, pemberontakan, krisis pelarian dan wabak taun baru-baru ini.\n\n\nSelain pasukan penyelamat, mangsa-mangsa yang terselamat juga kelihatan menggunakan tangan mereka tanpa bantuan alat teknikal untuk mengutip serpihan runtuhan blok pangsapuri berbilang tingkat.\n\n\nMereka cuba menyelamatkan ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja yang terperangkap dalam runtuhan bangunan selepas gempa bumi pada ukuran 7.8 dan 7.5 magnitud melanda tenggara Turkiye semalam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/07/kerajaan-bincang-manifesto-di-di-menara-dato-onn-malam-ini/", "title": "Kerajaan bincang manifesto di di Menara Dato\u2019 Onn malam ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan dijangka mencari titik persefahaman dalam menterjemahkan manifesto atau akujanji parti-parti kerajaan pada mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato\u2019 Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur malam ini.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu merupakan antara agenda bagi terus memperkukuh kerajaan yang bukan hanya dari segi politik semata-mata.\n\n\nMenurut beliau, mesyuarat malam ini juga merupakan pertemuan pertama kali sekretariat itu yang melibatkan lima parti gabungan Kerajaan Perpaduan meliputi Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan.\n\n\n\u201cMalah, mungkin selepas lebih daripada 25 tahun, ini adalah kali pertama (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim datang semula ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) sama-sama dengan parti lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Jangan Berlakon Bantu Rakyat\n\n\n\n\n\n\nBasmi Pengasingan Kuasa\n\n\n\n\n\n\nAnwar tidak terganggu tuduhan tindakan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nKPDN Kedah ambil tindakan peniaga jual gula bersyarat\n\n\n\n\n\n\nUMNO guna \u2018pengundi hantu\u2019 lulus usul tambahan \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang penting bukan soal menjejakkan kaki tetapi mahu melihat daripada 148 Ahli Parlimen Kerajaaan Perpaduan dapat mewujudkan kesepaduan terutama dalam tempoh lima tahun mendatang.\n\n\n\u201cIa agar Ahli Parlimen daripada pelbagai parti dapat terus memperkukuh kerajaan yang ada kerana sejak Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) itu kali terakhir mana-mana kerajaan mempunyai suara dua per tiga majoriti,\u201d katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat program pembangunan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) di Kuala Lumpur."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/07/maritim-rampas-23-bubu-naga-di-perairan-tanjung-karang/", "title": "Maritim rampas 23 bubu naga di Perairan Tanjung Karang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor merampas 23 bubu naga di Perairan Tanjung Karang pada Ahad.\n\n\nPengarahnya, V Siva Kumar berkata, operasi pada jam 12.30 tengah hari itu dijalankan selepas bot ronda Maritim melakukan tugasan mengesan satu pelampung mencurigakan di 3.1 nautika Barat Daya Tanjong Karang.\n\n\nMenurut beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati pelampung itu diikat dengan peralatan disyaki bubu naga.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM bincang kenaikan gaji guru ada kelayakan lebih tinggi\n\n\n\n\n\n\nRapid Rail Sdn Bhd Mohon Maaf Kerana Kesulitan\n\n\n\n\n\n\nGara-gara ditipu scammer, pesara guru hilang lebih RM500,000\n\n\n\n\n\n\nKampung Digital Melaka dilancarkan, perbaiki sistem penyampaian perkhidmatan\n\n\n\n\n\n\nMaszlee beri bayangan bakal kembali dalam kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSetelah menunggu kira-kira 30 minit, tiada bot nelayan yang menghampiri kawasan tersebut,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.\n\n\nSiva Kumar memberitahu, semua bubu naga itu dirampas dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.\n\n\nKatanya, anggaran rampasan bubu naga bernilai RM1,150 dengan harga RM50 setiap set.\n\n\nUjar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 11 (3)(c) Akta Perikanan 1985 iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.\n\n\n\u201cMaritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan akan terus membuat rondaan serta pemantauan di perairan negara,\u201d tambahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/07/mufti-p-pinang-kesal-orang-islam-sertai-perarakan-kuil/", "title": "Mufti P. Pinang kesal orang Islam sertai perarakan kuil", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Orang Islam terutamanya genarasi baharu dilihat semakin tidak sensitif dengan perkara yang boleh merosakkan iman serta akidah mereka.\n\n\nMufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu video tular menunjukkan sekumpulan Muslim termasuk kanak-kanak berarak bersama pedati dengan menyorak perkataan \u2018vel-vel\u2019.\n\n\nVideo tular berdurasi 45 saat itu didakwa berlaku di Pulau Pinang namun tiada sebarang pengesahan daripada pihak berwajib mengenainya setakat ini.\n\n\nMenurut Wan Salim, umat Islam dilarang (haram) menyertai aktiviti yang berkait dengan upacara keagamaan orang bukan Islam kerana dibimbangi perbuatan sedemikian boleh merosak keimanan mereka kepada agama Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n3 Adun DAP tak mahu Chow kekal KM P.Pinang\n\n\n\n\n\n\nTanah wakaf boleh bina lebuh raya tanpa tol, bukan sahaja untuk kubur\n\n\n\n\n\n\nNombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta milik Sultan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nIndustri filem tempatan mahu kerajaan luluskan pulangan duti hiburan 25%\n\n\n\n\n\n\n29 lokasi lihat anak bulan petang ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cRamai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.\n\n\n\u201cSelain itu, ibu bapa, pendidik dan pimpinan masyarakat juga perlu memainkan peranan menjelaskan kepada generasi baharu umat Islam tentang hukum haram bagi kita menyertai upacara keagamaan atau ritual agama lain,\u201d katanya.\n\n\nTambah beliau, pihaknya bimbang orang Muslim tersalah dalam memahami konsep toleransi beragama.\n\n\n\u201cToleransi bermaksud rakyat Malaysia hendaklah menghormati kesemua agama yang dianut oleh kaum- kaum di negara ini.\n\n\n\u201cBagi Islam pula, toleransi beragama digalakkan tetapi penyertataan umat Islam dalam upcara keagamaan bukan Islam adalah haram, bahkan dibimbangi boleh merosakkan akidah seorsng Muslim,\u201d kata beliau. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/07/pm-lantik-5-individu-anggotai-badan-penasihat-khas-menteri-kewangan/", "title": "PM lantik 5 individu anggotai badan penasihat khas Menteri Kewangan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik lima individu untuk menganggotai badan penasihat khas bagi membantu menasihati beliau selaku Menteri Kewangan.\n\n\nDalam satu hantaran di Twitternya, Anwar berkata, badan penasihat khas ini terdiri daripada golongan profesional serta pakar ekonomi dan akan diketuai oleh Penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Marican.\n\n\nSelain Hassan, badan penasihat khas ini akan dianggotai oleh Pengerusi Eksekutif FVSB, Dato\u2019 Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Profesor Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Dato\u2019 Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.\n\n\n\u201cSaya mengulangi pendirian bahawa badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTak cukup lagi ke orang Melayu berkorban?\n\n\n\n\n\n\nTiada halangan ahli politik masuk universiti\n\n\n\n\n\n\nAgensi-Agensi Minta Mesyuarat PSC Diteruskan\n\n\n\n\n\n\nPolis buka 240 kertas siasatan, tahan 15 individu\n\n\n\n\n\n\nJAWI, SWCorp fokus tingkat kebersihan masjid dan surau\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Anwar melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.\n\n\nAnwar berkata, beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai penasihat tanpa melibatkan bayaran elaun.\n\n\nBagaimanapun, Pelantikan Nurul Izzah mengundang berbagai reaksi dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan (PH) dan pembangkang.\n\n\nKritikan utama terhadap pelantikan ini ialah ia merupakan satu bentuk nepotisme. Pelantikan ini dilihat sebagai bertentangan dengan agenda reformasi yang berhajat membasmi rasuah, kronisme dan nepotisme.\n\n\nRata-rata pengkritik mempunyai pandangan yang berbeza mengenai isu tersebut apabila sebahagiannya bersetuju kerana yakin pengalaman dan pendidikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sesuai dengan jawatan tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/07/sanusi-sambut-baik-khabar-angin-khairy-sertai-pn/", "title": "Sanusi sambut baik khabar angin Khairy sertai PN", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyambut baik khabar angin penghijrahan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ke Perikatan Nasional (PN) selepas dipecat daripada UMNO.\n\n\nKatanya, ura-ura berkenaan diharap menjadi kenyataan kerana PN sentiasa mengalu-alukan pemimpin berkualiti dan hebat daripada UMNO.\n\n\nMenurut beliau, penyertaan figura politik itu juga akan memberikan kesan positif dan kekuatan kepada PN terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada tahun ini.\n\n\n\u201cSaya harap ia menjadi kenyataan, orang baik mai (datang), orang tidak bagus pergi berhimpun belah sana (PH),\u201d katanya ketika ditemui di Majlis penyerahan surat hak milik, lesen menduduki sementara, hak milik sambungan dan cukai tanah di Dewan Cenderawasih Pendang, Kedah pada Selasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi rendah, Shafie Ngah gesa rakyat keluar mengundi\n\n\n\n\n\n\nTujuh Ahli Parlimen ambil peluang tanding PRN\n\n\n\n\n\n\nMogok doktor kontrak bukan jalan penyelesaian \u2013 KP Kesihatan\n\n\n\n\n\n\nTarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Menteri Besar Kedah itu, PN juga sentiasa membuka ruang untuk mana-mana individu yang dipecat atau digantung UMNO untuk menyertai parti itu sekiranya mereka berminat.\n\n\n\u201cYang dibuang dari UMNO orang baik-baik, orang yang ada potensi hebat, KJ (Khairy) siapa kata tak hebat, siapa kata (Tan Sri) Annuar Musa, (Tan Sri) Noh Omar, (Datuk Seri) Shahidan Kassim, (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) tidak hebat, semua ini orang hebat, terkenal di seluruh Malaysia,\u201d katanya.\n\n\nPada Isnin, Khairy dilaporkan menyatakan minat untuk bertanding dalam PRN Selangor.\n\n\nMenurutnya, beberapa tawaran telah dibuat kepadanya, termasuklah jawatan Menteri Besar sekiranya menang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/07/tiada-rakyat-malaysia-terjejas-gempa-di-syria/", "title": "Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa di Syria", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan, tiada rakyat Malaysia di Syria terjejas akibat gempa bumi berdasarkan laporan diterima daripada konsul jeneral kehormat di negara itu.\n\n\nBeliau berkata, rakyat Malaysia di Syria dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta nasihat terkini pihak berkuasa tempatan memandangkan gegaran susulan dijangka berlaku.\n\n\nBeliau turut mengucapkan simpati dan takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa serta kepada kerajaan dan rakyat Syria.\n\n\n\u201cMalaysia sedang bersiap sedia menghulurkan bantuan yang diperlukan bagi meringankan beban rakyat di kawasan terjejas akibat gempa bumi kuat semalam,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHong Kong Lupuskan Ribuan Hamster Cegah COVID-19\n\n\n\n\n\n\nPBB Siap Sedia Mulakan Operasi Bantuan Buat Tonga\n\n\n\n\n\n\nSudan : 459 maut, 4,072 cedera akibat konflik bersenjata\n\n\n\n\n\n\nIsrael seksa 700 tahanan Palestin dalam penjara\n\n\n\n\n\n\nIsrael terus menyerang Al-Aqsa pada penghujung Ramadan\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntuk bantuan, Zambry berkata, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Syria melalui telefon di nombor +963 93324 5555 atau e-mel\u00a0\nsamir@honconsuladvisor.my\n.\n\n\nMereka juga boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Beirut melalui telefon di nombor +961 1787 144/166 atau e-mel\u00a0\nmwbeirut@kln.gov.my\n\u00a0dan Kedutaan Malaysia di Amman di +962 6 590 2400 atau e-mel\u00a0\nmwamman@kln.gov.my\n.\n\n\nDua gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 dan 7.6 melanda selatan Turkiye semalam, yang turut menjejaskan negara jiran Syria.\n\n\nMenurut kemas kini terbaru dikeluarkan Agensi Anadolu, bencana itu meragut sekurang-kurangnya 3,419 nyawa di Turkiye manakala 1,559 orang terbunuh di Syria. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/11947/", "title": "Tunku Abdul Aziz meninggal dunia", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0 Bekas senator, Tunku Abdul Aziz Ibrahim, meninggal dunia pada usia 89 tahun pada Selasa.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKematiannya disahkan oleh anak saudaranya, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin, menerusi perkongsian di Instagram.\n\n\nTunku Aziz yang juga seorang aktivis, menyertai DAP pada tahun 2008 dan pernah dilantik sebagai Naib Pengerusi parti itu.\n\n\nBeliau meninggalkan parti terbabit pada tahun 2012.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetika hayatnya, beliau membantu mengasaskan Transparency International Malaysia pada 1998 dan kemudian dilantik sebagai Naib Pengerusinya sehingga Oktober 2002.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Kofi Annan yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Februari 2006 hingga Januari 2007. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/6-penumpang-maut-nahas-van-di-genting-highlands/", "title": "6 penumpang maut nahas van di Genting Highlands", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Enam maut dan lapan cedera selepas van persiaran yang dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 4.8 di laluan turun Genting Highlands \u2013 Kuala Lumpur tengah hari tadi.\n\n\nJabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam kenyataan memaklumkan laporan kemalangan diterima pada jam 1.15 tengah hari.\n\n\nMenurut kenyataan itu, seramai 14 individu menaiki van berkenaan terdiri daripada 12 wanita dan dua lelaki.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeadaan Salahuddin agak kritikal namun stabil \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nPermainan harga, tawaran pakej dan kerenah Jemaah antara punca terkandas\n\n\n\n\n\n\nFenomena \u2018Bossku\u2019 dalam UMNO belum berakhir \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nTiada keperluan isytihar darurat banjir\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya rakam, tapi bukan untuk sebar video tu\u201d \u2013 isteri bekas KPN\n\n\n\n\n\n\n\n\nVan terbabit dipercayai terbabas mengakibatkan enam daripada penumpang maut di lokasi.\n\n\n\u201cPasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan penyelamatan.\n\n\n\u201cMangsa yang cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.\n\n\nDifahamkan mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada lima wanita dan seorang lelaki.\n\n\nMereka yang menaiki van dikatakan kumpulan pelancong dari Pulau Pinang dan selesai mengunjungi Genting Highlands.\n\n\nLapan mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Bentong dan Hospital Kuala Lumpur."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/ahli-parlimen-langgar-peraturan-berdepan-penalti-sehingga-rm10000/", "title": "Ahli Parlimen langgar peraturan, berdepan penalti sehingga RM10,000", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Ahli Parlimen yang melanggar peraturan termasuk membuat kenyataan berbaur seksis dalam sidang berisiko berdepan tindakan penalti sehingga RM10,000.\n\n\nYang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, berkata tindakan itu boleh dilaksanakan melalui penggubalan satu peraturan yang jelas yang sedang diusahakan.\n\n\n\u201cSaya sudah berbincang dengan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim untuk kita duduk dan menggubal satu peraturan jelas.\n\n\n\u201cMelalui Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) boleh bagi penalti cuma RM1,000, mungkin kita boleh pergi sehingga RM10,000, kita tak tahu. Kita akan bekerjasama dengan Dewan Negara (bagi tujuan itu),\u201d katanya kepada pemberita selepas majlis temu mesra Yang Dipertua Dewan Rakyat bersama pengamal media, di Parlimen hari ini.\n\n\nSebelum ini, BH melaporkan Johari memaklumkan mahu melaksanakan beberapa pembaharuan bagi memperkasa Parlimen, termasuk mengenakan tindakan lebih berat terhadap Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan perkauman, menghina dan mendiskriminasi jantina.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n20 Pengajar & Pelajar Di Jempol Disahkan Positif\n\n\n\n\n\n\nInspektor Sheila didakwa ugut, aibkan kehormatan\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan salah guna jawatan tidak dedahkan kesalahan Muhyiddin \u2013 Teh Poh Teik\n\n\n\n\n\n\nDr Muhammad Faiz letak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU\n\n\n\n\n\n\nMelabur dalam dana ASB tidak merugikan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, hukuman boleh dikenakan termasuk denda RM1,000 yang termaktub dalam Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 yang tidak pernah digunakan, serta penggantungan daripada Parlimen selama enam bulan yang jarang digunakan Speaker terdahulu.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Johari berkata, semua Ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan eksekutif termasuk pembangkang digesa menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melalui mesyuarat pertama Parlimen ke-15 yang dijadual bermula Isnin ini.\n\n\nJohari berkata, pihaknya bersedia menambah sehingga 13 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi memastikan semua Ahli Parlimen kerajaan berpeluang menyertai jawatankuasa terbabit.\n\n\nBeliau berkata, pihaknya akan mempengerusikan perbincangan yang akan berlangsung Isnin bagi menghidupkan semula Jawatankuasa Pilihan Khas yang memerlukan keahlian baharu.\n\n\n\u201cSaya mahu Ahli Parlimen \u2018backbencher\u2019 sama ada dari kerajaan atau pembangkang berada dalam jawatankuasa khas ini di mana semua pihak mempunyai peranannya.\n\n\n\u201cPerbincangan akan dibuat bulan ini\u2026daripada 10 jawatankuasa khas akan tambah kepada 13.\n\n\n\u201cMereka akan diberikan kakitangan dan peruntukan bagi setiap jawatankuasa khas\u2026setiap jawatankuasa khas mungkin lapan hingga 10 orang tidak termasuk eksekutif.\n\n\n\u201cAhli Parlimen patut menunjukkan prestasi cemerlang\u2026mereka tidak boleh membuat aduan tidak mempunyai masa yang cukup untuk berdebat dalam dewan kerana mereka perlu menunjukkan prestasi dalam jawatankuasa itu,\u201d katanya.\n\n\nJohari turut mencadangkan media supaya menubuhkan jawatankuasa bagi melancarkan perjalanan wartawan dan jurugambar sepanjang membuat liputan persidangan Dewan Rakyat.\n\n\nSecara keseluruhan terdapat 222 Ahli Parlimen yang mana backbencher merupakan mereka yang tidak memegang jawatan eksekutif iaitu menteri dan timbalan menteri.\n\n\nPada sesi penggal Parlimen sebelum ini, terdapat 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen termasuk Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak.\n\n\nSementara itu, Johari yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 19 Disember, berkata beliau meminta untuk hanya merujuk kepada kenyataannya sebelum ini berhubung isu pelantikan anaknya, Mohammed Iqbal sebagai pegawai tugas-tugas khas.\n\n\nSebelum ini, Johari akan mempertimbangkan untuk memohon pelantikan anaknya itu selepas kerana berpendapat Mohammed Iqbal mempunyai kelayakan. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/ahli-umno-dipecat-sedang-giat-memasarkan-diri-puad-zarkashi/", "title": "Ahli UMNO dipecat sedang giat memasarkan diri \u2013 Puad Zarkashi", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mendakwa, individu yang digantung dan dipecat oleh parti kini semakin meroyan kerana mereka mahu \u2018memasarkan\u2019 diri sendiri.\n\n\nKatanya, mereka yang mahu dirinya dipecat lagi kuat meroyan.\n\n\n\n\n\u201cKenapa? Supaya nilai pasaran diri mereka lagi mahal. Lobi tawaran terbaik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMungkin ada rakyat Malaysia jadi tali barut \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\nPN yakin mampu rampas Selangor \u2013 Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\n17 Korban Banjir Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nSabitan Najib Bersalah Kes SRC Kekal, Aibkan Negara\n\n\n\n\n\n\nHentikan Bersubahat Dalam Penjualan Arak \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAda yang dapat tawaran calon pilihan raya negeri (PRN), bakal menteri besar, DJ (juruhebah)dan penasihat. Mereka puas kalau parti asalnya porak-poranda,\u201d katanya dalam hantaran Facebook hari ini.\n\n\nPada 27 Januari lalu, MKT UMNO memutuskan untuk memecat seramai 42 ahlinya melibatkan lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli parti dari Pahang.\n\n\nAntara yang dipecat ialah bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar.\n\n\nPemimpin-pemimpin UMNO yang digantung selama enam tahun termasuk Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol, Datuk Seri Salim Shariff."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/ibrah-daripada-ujian-mangsa-gempa-turkiye-syria/", "title": "Ibrah daripada ujian mangsa gempa Turkiye-Syria", "body": "0\n\n\n\u201cSesungguhnya, Kami akan menguji kamu semua dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda, nyawa (penyakit) dan kekurangan hasil mahsul bumi. Beruntunglah bagi mereka yang sabar atas segala dugaan itu.\u201d \n(Surah al-Baqarah, ayat 155)\n\n\nUlama seperti Ibn Kathir berpendapat, penyakit salah satu daripada ujian Allah SWT yang sangat berat ke atas hamba-Nya. Tiada seorangpun manusia waras akan gembira dengan penyakit yang menimpa mereka.\n\n\nDaripada Abu Sa\u2019id Al Khudri dan Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda: \u201cTidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya.\u201d \n(Hadith riwayat al-Bukhari, No: 5641, Muslim, No: 2573, at-Tirmizi, No: 966, Ahmad, No: 7684, 8070, 10714)\n\n\nHakikatnya bila kita sakit, kita rasa \n\u2018lonely\u2019\n bersendirian walaupun dikelilingi suami, ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa mendoa\u00a0serta mengingatkan kita tentang hikmah sakit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan cuba jadi petualang negara\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia mahu percaya cerita siapa?\n\n\n\n\n\n\nColdplay, LGBT, DAP: Mana satu intan, mana satu permata?\n\n\n\n\n\n\nUMNO kini ibarat sebuah parti \u2018langau\u2019\n\n\n\n\n\n\nSalah sendiri jika UMNO ditolak pengundi Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\nKita berasakan yang orang tak akan faham perasaan kita, orang asik suruh sabar tetapi kita yang mengalami sakit berasakan diri \n\u2018useless\u2019\n, tidak berguna dan menyusahkan orang lain.\n\n\nSaya sendiri mengalami sakit kaki kiri selama tiga minggu, setiap hari kebas, sakit daripada tapak kaki sampai ke paha, hampir tidak boleh tidur setiap malam.\n\n\nSemua pergerakan menyakit dan memenatkan. Pelbagai ubatan diambil tetapi tiada yang betul- betul memberi kesembuhan.\n\n\nSaya boleh dikatakan agak \n\u2018depressed\u2019\n dengan keadaan ini sebab saya biasa bergerak, turun KL untuk bermesyuarat sehingga beberapa hari.\n\n\nJadi, boleh difahami kenapa saya selalu menangis, marah-marah dan mencari kesalahan sendiri serta dosa-dosa yang telah saya lakukan.\n\n\nSaya sentiasa meratib sakit-sakitnya, tak tahan dan kadang-kadang berzikir juga bila ingat Allah. Kita hanya insan biasa yang sentiasa berdosa dan melakukan kesilapan.\n\n\nSaya bukan menolak takdir Allah tetapi saya cuba nak \n\u2018rationalise\u2019\n kenapa saya sakit. Alhamdulillah peringatan itu datang dalam pelbagai cara untuk saya tidak sentiasa murung dan bimbang bilalah akan sembuh penyakit saya ini. Keresahan ini bertambah dari\u00a0hari ke hari dan macam tiada penghujungnya.\n\n\nPertama, suami saya sentiasa mendoakan, memberi kata-kata semangat dan menyedarkan saya tentang kebesaran Allah, hikmah Allah mendatangkan sakit dan cuba memberi rawatan terbaik buat saya. Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Suami yang sama-sama berasakan kesakitan saya walaupun kadangkala tidak nampak macam dia peduli sangat.\n\n\nKedua, ibu saya yang sudah berumur 84 tahun selalu menelefon saya (lebih daripada saya menelefon dia sebenarnya dan saya minta ampun tentang itu) mendoakan saya setiap hari, setiap kali solat dan setiap kali telefon. Terima kasih mak untuk segala-galanya.\n\n\nAlhamdulillah, anak-anak juga sentiasa mengalakkan saya untuk melakukan fisioterapi, mendoakan dan menemani saya semasa membuat rawatan di hospital, syukur pada Allah dikurniakan anak-anak dan menantu-menantu yang soleh, solehah dan memahami keadaan fizikal saya.\n\n\nJuga kepada cucu-cucu yang sentiasa mendatangkan kegembiraan, menghapuskan keresahan dan memahami penyakit nenek mereka.\n\n\nKetiga, ikhwah dan akhwat, kawan-kawan serta kakitangan TV Pertiwi yang selalu mesej, menziarahi dan mendoakan dengan doa-doa yang murni dan menenangkan hati. Ingatilah akhwat, ziarah tu menenangkan, memberi semangat dan mengurangkan \n\u2018depression\u2019\n serta tekanan yang dialami pesakit.\n\n\nBoleh saya katakan keempat-empat perkara ini yang memberikan saya galakan untuk bangun setiap hari, meneruskan kehidupan ini dan tabah menghadapi dugaan-dugaan di samping ibadah-ibadah yang kita lakukan setiap hari.\n\n\nSaya sebelum ini tidak pernah murung atau \n`depressed\u2019 \nsebab saya selalu seboleh-bolehnya menolak kebimbangan (\nanxieties\n) yang timbul dan cuba mencari sisi yang positif di sebalik setiap ujian dan musibah.\n\n\nWalaupun kadang-kadang ujian itu tiba dalam pelbagai bentuk tetapi saya selalu menepisnya dan berdoa kepada Allah agar sentiasa dikurniakan kebaikan dalam setiap dugaan.\n\n\nTetapi sakit kali ini memang menginsafkan, mengeluarkan perasaan-perasaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini. Sakit yang tak tertahan, murung, tak boleh tidur, bergerak menggunakan tongkat, tak boleh keluar ke kedai, susah nak ke tandas serta hal-hal yang kita \n\u2018take for granted\u2019\n setiap hari.\n\n\nTidak boleh saya bayangkan bagaimana keadaan pesakit- pesakit sama ada yang tua mahupun yang muda yang mengalami sakit yang kronik dan yang tiada harapan untuk hidup.\n\n\n\n\nBegitu juga yang bertarung nyawa untuk hidup seperti yang dialami orang-orang yang ditimpa bencana seperti gempa bumi di Turkiye dan Syria sekarang.\n\n\nHati saya tersentuh saat melihat sekeping gambar seorang kakak yang masih kecil menyelamatkan adiknya dengan meletakkan tangannya di bawah runtuhan bangunan dan apabila dikeluarkan, masih mampu tersenyum lagi.\n\n\nSubhanallah! Saya akan ambil ibrah atau pengajaran daripada anak kecil yang tersenyum ini.\n\n\nAkhir kata, moga Allah permudahkan semua urusan duniawi dan ukhrawi kita dan moga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan sembuh sebaiknya daripada segala kesakitan fizikal, mental dan rohani.\n\n\nDR NORZILA BAHARIN / \nPengerusi TV Pertiwi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/isu-batu-puteh-kerajaan-serah-kepada-parlimen-buat-keputusan/", "title": "Isu Batu Puteh: Kerajaan serah kepada Parlimen buat keputusan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kerajaan menyerahkan kepada Parlimen untuk membuat keputusan mengenai tindakan yang perlu diambil membabitkan isu Pulau Batu Puteh.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,\u00a0Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menyediakan Kertas Putih mengenainya.\n\n\nMenyifatkan itu sebagai isu yang tidak berkesudahan, Anwar berkata, laporan pasukan khas membantah keputusan pentadbiran sebelum ini untuk merayu keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).\n\n\nBeliau berkata, akibatnya negara terlepas satu wilayah kepada Singapura.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n11 Tahun Menetap, Kali Pertama Alami Banjir\n\n\n\n\n\n\nMahkamah tolak tangguh bicara ubah wang haram, elak cukai Rosmah\n\n\n\n\n\n\nRamadan : rakyat dinasihat jangan membazir makanan \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nKonsert Coldplay tiada manfaat kepada rakyat, negara\n\n\n\n\n\n\nDakwaan kes Menteri buat kecoh di KLIA disiasat rapi -PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMenteri undang-undang akan menyiapkan kertas menteri atau kertas putih mengenai sekali lagi isu Batu Puteh yang tidak berkesudahan.\n\n\n\u201cSebab itu, Jemaah Menteri bincang panjang mengenai langkah-langkah yang harus diambil.\n\n\n\u201cKeputusannya (meletakkan kepada) kebijaksanaan Parlimen, selepas memberikan maklumat lengkap mengenai keadaan sebenarnya,\u201d katanya pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.\n\n\nBatu Puteh ialah sebuah batu tunggul kira-kira 7.7 batu nautika (14 km), selatan Tanjung Penyusup, Johor dan 25 batu nautika (44 km) timur Singapura.\n\n\nKawasan itu kini menjadi milik Singapura\u00a0susulan pertikaian dibawa Malaysia dan Singapura ke Mahkamah Keadilan Antarabangs (ICJ) pada 2003.\n\n\nICJ pada 2008 memutuskan Batu Puteh milik Singapura.\n\n\nBaru-baru ini dalam penulisan oleh Azalina, beliau menyatakan Batu Puteh yang terletak di pintu masuk timur Selat Singapura, mempunyai rumah api, helipad, loji penyahgaraman dan lebih penting lagi stesen penyiaran semula tentera.\n\n\nSebelum ini dilaporkan ada penemuan tiga dokumen di National Archives of the United Kingdom antara 4 Ogos 2016 dan 30 Januari 2017 yang mendorong Malaysia memohon semakan semula keputusan ICJ berhubung Batu Puteh pada 2 Februari 2017 di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/johari-pertahan-keputusan-lantik-anak-jadi-pegawai-khas-parlimen/", "title": "Johari pertahan keputusan lantik anak jadi pegawai khas Parlimen", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Datuk Johari Abdul mengulangi kenyataan bahawa anaknya mempunyai pengalaman dan kelayakan sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.\n\n\nJohari yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat pada 19 Disember lalu meminta media merujuk kepada kenyataan beliau sebelum ini.\n\n\n\u201cRujuk kenyataan saya sebelum ini,\u201d katanya ringkas kepada media dalam majlis temu mesra Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama pengamal media tahun 2023 di Parlimen\u00a0hari ini.\n\n\nJohari pada Jumaat lalu berkata, beliau akan mempertimbangkan untuk memohon pelantikan anak sulung, Mohamad Iqbal sebagai pegawainya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenyataan Setiausaha PAS Selangor Tidak Tepat\n\n\n\n\n\n\nVape musnahkan generasi tahfiz, pondok\n\n\n\n\n\n\nRaja Rozela bersara awal, Mohd Dusuki ketuai pendakwaan kes Zahid\n\n\n\n\n\n\nGelar kerajaan zina, calon PN Parlimen Padang Serai perlu disiasat \u2013 Fahmi Fadzil\n\n\n\n\n\n\nFilem berbaur lucah: FINAS boleh batal lesen jika ada kecurangan, fraud atau keburukan akhlak\n\n\n\n\n\n\n\n\nBekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu turut mengesahkan Mohammed Iqbal menjadi pegawainya sejak 14 tahun lalu.\n\n\nMalah jelas Johari, elaun dan gaji Mohamed Iqbal dibayar\u00a0beliau sendiri.\n\n\n\u201cKalau saya rasa dia (Mohammed Iqbal) layak dan sesuai, saya akan buat permohonan, buat masa ini dia ditempatkan di sini sebab saya ada di sini,\u201d katanya menurut laporan media sebelum ini.\n\n\nSebelum ini, tular dakwaan Johari telah melantik anaknya sendiri untuk bertugas sebagai\u00a0 pegawai tugas-tugas khas di pejabatnya.\n\n\nMelalui portal rasmi Parlimen, ia meletakkan nama Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Yang di-Pertua Dewan Rakyat 1."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/jumlah-kematian-gempa-bumi-turkiye-syria-meningkat-melebihi-11200/", "title": "Jumlah kematian gempa bumi Turkiye, Syria meningkat melebihi 11,200", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda Turkiye dan Syria meningkat melebihi 11,200 hari ini ketika penyelamat berusaha menyelamatkan mangsa terselamat yang terperangkap di bawah runtuhan dalam musim sejuk.\n\n\nPegawai dan petugas perubatan berkata, 8,574 orang maut di Turkiye dan 2,662 di Syria akibat gempa bumi 7.8 magnitud kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan 11,236.\n\n\n\u201cHampir 50,000 orang turut cedera di Turkiye dan 5,000 lagi di Syria,\u201d\u00a0kata pegawai dan penyelamat di kedua-dua pihak.\n\n\nPresiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi maklumat terkini mengenai angka korban semasa lawatan ke Kahramanmaras, sebuah bandar di selatan Turkiye di pusat gempa awal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAS tuntut TikTok jual kepentingan\n\n\n\n\n\n\nIsrael lanjut tempoh tahanan Khalil Awawdeh\n\n\n\n\n\n\nHong Kong Lupuskan Ribuan Hamster Cegah COVID-19\n\n\n\n\n\n\nKeganasan bermotifkan etnik semakin menggila di Sudan\n\n\n\n\n\n\nSekatan terhadap rakyat Palestin ke Al-Aqsa ketika Ramadan\n\n\n\n\n\n\n\n\nImej televisyen menunjukkan beliau memeluk seorang wanita tua yang menangis dan berjalan melalui orang ramai menuju ke khemah bantuan kemanusiaan Bulan Sabit Merah.\n\n\nMenghadapi pemilihan semula yang sukar pada 14 Mei, Erdogan berjanji untuk membina semula kawasan yang rosak dalam tempoh setahun.\n\n\nBeliau juga kelihatan menolak kritikan bahawa tindak balas kerajaan terhadap bencana terburuk Turkiye dalam beberapa dekad adalah perlahan.\n\n\n\u201cPada mulanya terdapat isu di lapangan terbang dan di jalan raya tetapi hari ini keadaan semakin mudah dan esok ia akan menjadi lebih mudah,\u201d katanya dalam kenyataan di televisyen.\n\n\n\u201cKami telah menggerakkan semua sumber kami,\u201d tambahnya.\n\n\n\u201cNegeri menjalankan tugasnya.\u201d \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/kerajaan-akan-tambah-baik-undang-undang-kesalahan-menghendap/", "title": "Kerajaan akan tambah baik undang-undang kesalahan menghendap", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kerajaan bercadang menambahbaik draf dua Rang Undang-Undang (RUU) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat tahun lalu bagi memastikan penekanan kepada kesalahan itu secara holistik dan merangkumi semua aspek perundangan.\n\n\nTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, dua RUU itu ialah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No. 2) 2022 berhubung kesalahan menghendap.\n\n\nRUU itu telah dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022, bacaan kali kedua dan ketiga pada 3 Oktober 2022 dan telah diluluskan selepas mendapat undi lebih suara daripada 192 Ahli Dewan Rakyat yang hadir.\n\n\nBagaimanapun, berikutan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022, RUU berkenaan tidak dapat dibentangkan di Dewan Negara pada sidang Parlimen yang sama dan perlu dibentang semula di pada sidang akan datang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor Tarik Balik Darjah Kebesaran OC Pahang\n\n\n\n\n\n\nDUN Pulau Pinang bubar 28 Jun\n\n\n\n\n\n\nLantikan Pengerusi MARA bertentangan pendirian PH \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nInspektor wanita tular ditahan polis, satu lagi klip video aksi \u2018garang\u2019 tersebar\n\n\n\n\n\n\nBukan masa sesuai perkenalkan semula GST\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelepas kerajaan ditubuhkan, saya tetap komited untuk mewujudkan undang-undang berhubung kesalahan menghendap.\n\n\n\u201cSejak Januari lalu, saya telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri,\u00a0Women\u2019s Aid Organisation\u00a0dan Badan Peguam Malaysia bagi meneliti semula peruntukan dua RUU ini dan mendapatkan pandangan mereka.\n\n\n\u201cJusteru, satu Memorandum Jemaah Menteri berhubung RUU ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri oleh Datuk Seri Azalina Othman Said dalam masa terdekat,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nMenurut Ramkarpal, kedua RUU itu tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri untuk dibentang semula di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen minggu depan.\u00a0\u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/kertas-putih-perolehan-vaksin-covid-19-tidak-ikut-prosedur/", "title": "Kertas Putih perolehan vaksin Covid-19 tidak ikut prosedur", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kertas Putih berkaitan perolehan dan kos pembelian vaksin Covid-19 yang didapati\u00a0tidak mengikut prosedur sebelum ini bakal dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang.\n\n\nPerdana Menteri,\u00a0Datuk Seri Anwar Ibrahim\u00a0berkata,\u00a0perolehan bekalan vaksin itu dilakukan oleh Menteri Kesihatan ketika itu tanpa melalui persetujuan Peguam Negara (AG).\n\n\nDalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini, Anwar berkata,\u00a0Menteri Kesihatan,\u00a0Dr Zaliha Mustafa akan memperincikan\u00a0perkara\u00a0tersebut apabila Kertas Putih berkenaan dibentangkan nanti.\n\n\n\u201cKertas Putih ini akan dibentangkan kerana pada peringkat awal dikesan terdapat ketirisan\u00a0kerana dipercayai tidak\u00a0melalui peraturan atau proses yang sepatutnya. Perolehan bagi sesetengah vaksin ini amat diragui dari segi jumlah dan kos yang terlibat,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKD, MCMC diminta pantau hantaran naratif kaum, agama oleh ahli politik\n\n\n\n\n\n\nPak Jamil Hayat, banduan seumur hayat paling lama dipenjara kini bebas\n\n\n\n\n\n\nKes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda failkan rayuan\n\n\n\n\n\n\nKematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nNama Tengku Zafrul \u2018tercicir\u2019 daripada senarai calon BN\n\n\n\n\n\n\n\n\nTanpa mendedahkan menteri terlibat yang perlu memberi penjelasan, Anwar berkata, perkara utama ialah bukan\u00a0siapa menteri\u00a0tetapi menteri-menteri terlibat perlu jawab dan memberi penjelasan berhubung perkara itu.\n\n\nKementerian Kewangan (MoF) sebelum ini menurunkan kuasa kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memuktamadkan perolehan vaksin di peringkat kementerian masing-masing.\n\n\nLangkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk memudah cara dan menyegerakan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/kpt-tidak-kompromi-dakwaan-uitm-holdings-rugi-rm157-juta/", "title": "KPT tidak kompromi dakwaan UiTM Holdings rugi RM157 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alukan sebarang bentuk siasatan dijalankan berhubung dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan membabitkan kerugian RM157 juta oleh UiTM Holdings.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak-pihak yang berkaitan diarah untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya terhadap kes itu.\n\n\nBeliau berkata, penekanan khusus akan melibatkan nilai integriti dan tata kelola dalam tadbir urus universiti termasuk berpandukan kepada UniTP Green Book (Enhancing University Board Governance and Effectiveness).\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJAINJ, PDRM buru pengikut ajaran sesat Si Hulk\n\n\n\n\n\n\nRozaid ganti Wan Nurzila di PMO\n\n\n\n\n\n\nAnwar peroleh injunksi sementara halang Sanusi ulang kenyataan fitnah\n\n\n\n\n\n\nKPKM akan teliti masalah lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib:\u00a0UMNO ada hak mohon, keputusan bergantung kepada Agong\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelain daripada siasatan yang dijalankan, KPT akan membuat semakan dan penambahbaikan terhadap garis panduan yang telah ditetapkan berkenaan pengurusan syarikat pegangan universiti serta mengukur kepatuhan oleh syarikat yang berkaitan.\n\n\n\u201cKPT menegaskan tidak akan berkompromi sekiranya berlaku sebarang pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan atau undang-undang sedia ada yang terpakai,\u201d katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.\n\n\nKatanya, KPT mengambil maklum terhadap laporan akhbar bertajuk \u2018UiTM Holdings rugi RM157 juta yang disiarkan media\u00a0baru-baru ini.\n\n\nMohamed Khaled berkata, jumlah RM157 juta yang dilaporkan tersebut adalah berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama empat tahun iaitu bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan 2021.\n\n\nMenurutnya, keuntungan sebelum cukai terkumpul yang dilaporkan bagi tahun 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 adalah sekitar RM26 juta.\n\n\n\u201cUiTM Holdings Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh UiTM yang menguruskan lapan buah syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan kreatif,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/malaysia-salur-lebih-as2-juta-kepada-turkiye-syria/", "title": "Malaysia salur lebih AS$2 juta kepada Turkiye, Syria", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kerajaan Malaysia menyalurkan lebih AS$2 juta (RM8.6 juta) kepada Turkiye dan Syria susulan gempa kuat berlaku di negara tersebut.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah tersebut termasuklah sumbangan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebanyak AS$1 juta (RM4.3 juta) dan kerajaan Malaysia AS$1 juta\u00a0(RM4.3 juta).\n\n\n\u201cMajlis Agama Wilayah Persekutuan akan membuat sumbangan tambahan sebanyak RM10 juta,\u201d katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Rabu.\n\n\nSementara itu, kerajaan juga akan menghantar kumpulan kedua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye\u00a0malam ini\u00a0bagi membantu operasi CARILAMAT di negara yang dilanda tragedi gempa bumi\u00a0itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengarah Filem Mentega Terbang beri keterangan di Bukit Aman\n\n\n\n\n\n\nKADAR PENGGUNAAN KATIL DI TERENGGANU MEMBIMBANGKAN\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Melambung Beri Kesan Kepada Peniaga\n\n\n\n\n\n\nLonggokan Sisa Kayu Berpunca Daripada Fenomena \u2018Kepala Air\u2019\n\n\n\n\n\n\nKes Dera: Jeritan Mangsa Dorong Keinginan Pelaku\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar berkata, ia akan membabitkan seramai 70 anggota iaitu masing-masing 20 daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), serta 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).\n\n\nPerdana Menteri berkata, ia susulan keberkesanan peranan\u00a0\npasukan pertama\n\u00a0yang dihantar ke Turkiye pada malam Isnin lalu.\n\n\n\u201cPasukan pertama dilihat sangat berkesan dan pihak Turkiye meminta supaya bantuan ditambah,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/muda-terkilan-tidak-dijemput-ke-mesyuarat-sekretariat-kerajaan-perpaduan/", "title": "Muda terkilan tidak dijemput ke mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyuarakan rasa terkilan\u00a0selepas tidak diundang menghadiri mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato\u2019 Onn, Kuala Lumpur malam tadi.\n\n\nSetiausaha Agung Muda, Amir Abd Hadi menjelaskan, mereka\u00a0tidak menerima sebaran jemputan termasuk menerusi surat, mesej atau e-mel.\n\n\n\u201cSaya Setiausaha Agung parti. Kalau ada sebarang komunikasi, sudah tentu melalui saya. Tidak ada surat, mesej, e-mel yang diterima. Kami hanya tahu ia berlangsung daripada\u00a0media,\u201d katanya\u00a0hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDewan Serbaguna & Ruang Solat dinamakan sempena Siti Sarah\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Wanita DAP Bermulut Jahat \u2013 Tajuddin\n\n\n\n\n\n\nHadi sedia diheret ke mahkamah, Ketua Pembangkang sudah dilantik\n\n\n\n\n\n\n2.4 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Ke Pantai Timur\n\n\n\n\n\n\nRais saran Jawatankuasa Khas Dewan Negara bincang segera isu UEC\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalam tadi berlangsung mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut dihadiri semua pemimpin parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini.\n\n\nNamun, kelibat pemimpin utama atau wakil dari Muda\u00a0tidak kelihatan.\n\n\nPada sidang media selepas mesyuarat itu, Anwar memaklumkan penubuhan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti dalam kerajaan iaitu Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pilihan Raya serta Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.\n\n\nMengulas lanjut, Amir berharap sedikit taklimat diberikan kepada mereka bagi membolehkan parti\u00a0itu yang kini menjadi sebahagian kerajaan mengetahui sedikit perkembangan hasil mesyuarat berkenaan.\n\n\n\u201cKhabarnya semalam berlangsung mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan. Nampak ada logo Muda. Tapi (Muda) tak tahu apa-apa. Tak ada jemputan. Tak ada makluman. Tahu-tahu dah ada keputusan.\n\n\n\u201cMungkin sekurang-kurangnya, boleh bagi taklimat hasil mesyuarat?\u201d katanya.\n\n\nCadangan penubuhan sekretariat itu sebelum ini diluluskan kerajaan dan dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU)\u00a02022\u00a0lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/ngo-dialukan-terlibat-dalam-misi-bantuan-kemanusiaan-ke-turkiye-syria/", "title": "NGO dialukan terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)\u00a0Malaysia mengalu-alukan penglibatan badan\u00a0bukan kerajaan (NGO) dalam misi penyaluran bantuan kemanusiaan ke Turkiye dan Syria.\n\n\nKementerian itu dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu memaklumkan bahawa semua\u00a0NGO yang ingin menyampaikan bantuan ke Turkiye dan Syria perlu berdaftar dengan NADMA melalui e-mel \nspks@nadma.gov.my\n\u00a0bagi tujuan penyelarasan.\n\n\nBagi pihak yang ingin menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye, maklumat butiran delegasi serta senarai bantuan dan peralatan yang ingin dibawa masuk juga perlu dimaklumkan melalui e-mel itu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKapal pengawal pantai China \u201cThe Monster\u201d awasi projek gas Petronas\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Berjanji Berdiri Teguh Selepas Salhiya Dirobohkan\n\n\n\n\n\n\nBiadap! Pemuda Israel kencing, minum arak dalam perkarangan Al Aqsa\n\n\n\n\n\n\nLebih 230 maut, 900 cedera dalam kemalangan kereta api di India\n\n\n\n\n\n\nAfghanistan : Russia Sedia Pertimbang Iktiraf Kerajaan Taliban\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Kementerian Luar telah mengadakan perbincangan bersama\u00a028 NGO Malaysia yang berhasrat menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria, bagi tujuan\u00a0memberi\u00a0penerangan berhubung situasi semasa di lapangan terkesan serta menyelaras penyaluran bantuan kemanusiaan secara teratur dan selamat.\n\n\nMenurut kenyataan itu, satu\u00a0Tabung Bencana Gempa Bumi di Turkiye dan Syria\u00a0di bawah seliaan Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) akan dilancarkan dalam masa terdekat untuk menerima sumbangan orang awam kepada mangsa bencana ini.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/pas-pahang-bimbang-dap-sokong-pengusaha-haram-musang-king/", "title": "Pas Pahang bimbang DAP sokong pengusaha haram Musang King", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Dewan Pemuda Pas Pahang bimbang dengan tindakan beberapa wakil rakyat DAP yang didakwa memberi sokongan terhadap penceroboh tanah kerajaan yang mengusahakan tanaman durian Musang King secara haram di negeri itu.\n\n\nKetuanya, Aireroshairi Roslan berkata, perkara itu dapat dilihat melalui kehadiran Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji pada perhimpunan yang disertai lebih 500 pengusaha durian Musang King di Sungai Ruan pada 2 Februari lalu.\n\n\n\n\nMenurut beliau, Yu Hui juga secara terbuka telah meminta Kerajaan Negeri Pahang bertimbang rasa terhadap nasib pekebun durian Musang King di Raub.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSanusi janji bayar ganti rugi RM120,000 kepada Mahfuz\n\n\n\n\n\n\nATM tahan 10 PATI cuba ceroboh negara\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik perempuan maut terkena renjatan elektrik\n\n\n\n\n\n\nSampai Bila Mahu Biarkan Negara ditadbir Pemimpin Rakus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nTahanan PATI Filipina paling ramai dalam depot imigresen\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHebat sungguh DAP, penceroboh pun boleh berunding dan keras kepala. Sedangkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebelum ini telah menasihatkan pekebun durian Musang King di Raub supaya menimbang semula permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan.\n\n\n\u201cBeliau turut menegaskan bahawa tanah-tanah yang dipertikaikan adalah dengan jelas merupakan tanah milik kerajaan negeri,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nPada 28 Januari lalu, Yu Hui dalam satu kenyataan meminta Wan Rosdy mempertimbangkan pandangan Pakatan Harapan (PH) Pahang dalam menyelesaikan kemelut berkaitan pengusaha durian Musang King yang meneroka tanah kerajaan secara haram.\n\n\nBeliau yang juga Penasihat Save Musang King Alliance (Samka) berkata, pengusaha-pengusaha terbabit telah memberi sumbangan besar terhadap industri durian di negara ini sehingga menjadikan Raub terkenal di seluruh dunia sebagai bandar Musang King.\n\n\nAireroshairi turut mengingatkan kembali bahawa pada 3 Julai 2021, kira-kira 15,000 pokok durian Musang King di kawasan seluas 101 hektar di Batu Talam telah ditebang kerana ditanam di kawasan hutan simpan kekal.\n\n\nIroninya, kata beliau, tindakan tegas kerajaan negeri dan pihak berkuasa negeri Pahang itu kini ditentang oleh DAP secara jelas sedangkan UMNO dan DAP bersama-sama dalam kerajaan campuran.\n\n\n\u201cMungkinkah kehendak DAP lebih utama daripada tanah negeri Pahang dan maruah UMNO Pahang?\u201d soalnya.\n\n\nBeliau juga berharap agar UMNO terus berpegang dengan pendirian sebelum ini bagi membuktikan bahawa kuasa politik orang Melayu tidak hilang ditelan DAP.\n\n\n\u201cJangan dicabul kedaulatan negeri dan hak rakyat hanya kerana \u2018cintakan\u2019 DAP,\u201d katanya.\n\n\nAireroshairi turut menyeru pemimpin dan penduduk yang telah dinafikan hak mereka supaya bersatu melawan pencerobohan tersebut supaya tidak timbul situasi \u2018menang sorak kampung tergadai\u2019."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/peluang-khairy-jadi-mb-lebih-terbuka-di-kelantan-aminuddin/", "title": "Peluang Khairy jadi MB lebih terbuka di Kelantan \u2013 Aminuddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengesyorkan Khairy Jamaluddin bertanding di Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nIni kerana peluang\u00a0bekas Ahli Parlimen Rembau itu untuk menjadi\u00a0Menteri Besar lebih cerah berbanding di Selangor atau Negeri Sembilan.\n\n\nMengulas kenyataan Ketua Angkatan Anak Muda (ARMADA) Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang yakin Khairy boleh diangkat menjadi Menteri Besar jika menyertai parti itu dan menang PRN, Aminuddin berkata, peluang bekas Ketua Pemuda UMNO itu lebih terbuka di Kelantan.\n\n\nSebelum ini, Wan Ahmad Fayshal yang juga Ahli Parlimen Machang yakin Perikatan Nasional (PN) boleh menguasai Negeri Sembilan atau Selangor jika Khairy bertanding mewakili Bersatu\u00a0dan gabungan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak Hadir Mesyuarat, Tengku Zafrul Nafi Tengok Piala Dunia\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA Lancar Petisyen Desak Tutup Crackhouse Secara Mutlak\n\n\n\n\n\n\nFahmi nafi halang Ridhuan Tee muncul di televisyen\n\n\n\n\n\n\nLelaki serang imam berhalusinasi, dirujuk kepada pakar psikiatri\n\n\n\n\n\n\nHari Merdeka Mahu Dimansuh, Bekas Menteri Gagal Fahami 31 Ogos\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya lagi, berdasarkan kebolehan dan populariti, Khairy juga boleh diangkat menjadi Menteri Besar jika menang kerusi yang ditandingi\u00a0di mana-mana satu daripada dua negeri terbabit jika berjaya ditawan PN.\n\n\nAkhbar melaporkan baru-baru ini, Khairy yang dipecat UMNO bulan lalu\u00a0menyuarakan\u00a0minat bertanding PRN di Selangor dengan beberapa tawaran telah dibuat kepadanya\u00a0termasuk\u00a0jawatan Menteri Besar jika menang.\n\n\nNamun, Beleiau\u00a0tidak mendedahkan parti politik mana menawarkan jawatan itu.\n\n\nAminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri\u00a0di Seremban hari ini\u00a0berkata,\u00a0Wan Ahmad Fayshal sebagai wakil rakyat di Kelantan boleh mencadangkan Khairy bertanding PRN di negeri berkenaan.\n\n\n\u201cWan Ahmad Fayhsal (Ahli Parlimen di Kelantan), kalau Khairy bertanding di Kelantan lagi baik, boleh jadi Menteri Besar Kelantan. Jadi, Wan Ahmad Fayhsal cadangkanlah supaya (Khairy) bertanding di Kelantan, di sana ada lebih peluang.\n\n\n\u201cSaya rasa di Kelantan, (Khairy) ada peluang yang lebih terbuka luas sebab yang cadangkan pun orang Kelantan,\u201d katanya.\n\n\nBagaimanapun, Aminuddin berkata, PH Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah sekiranya bekas Ahli Parlimen Rembau itu berhasrat bertanding di negeri tersebut pada PRN akan datang.\n\n\nKatanya, demokrasi harus diraikan dengan sebaiknya dan dalam hal itu, terpulang kepada tuan punya badan untuk membuat keputusan.\n\n\n\u201cSaya dapat tahu Selangor ada membuat tawaran kepada KJ untuk bertanding di negeri itu pada PRN akan datang dan beleiau pun kata seronok hendak bertanding di Selangor. Dia tak cakap nak bertanding di Negeri Sembilan, walaupun banyak cakap-cakap dia akan bertanding di Negeri Sembilan.\n\n\n\u201cDia sendiri tak beri respons, terpulanglah kat dia. Ini negeri demokrasi, kita raikan, semua akan cakap dia boleh menang (PRN), itu politik yang saya selalu cakap, kalau tanya saya pun, saya kata boleh menang,\u201d katanya.\u00a0\u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/salahuddin-ayub-pula-dituduh-lantik-adik-beradik/", "title": "Salahuddin Ayub pula dituduh lantik adik-beradik", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Isu lantikan saudara mahupun anak-beranak dalam Kerajaan Perpaduan masih belum lagi selesai.\n\n\nTerbaharu, pelantikan dua pegawai di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup turut menjadi tumpuan.\n\n\nPerkara itu diketengahkan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shahrin di Twitter beliau hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGajah tunggal jantan muncul di taman perumahan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri konsisten tak bersetuju keputusan PAU2022\n\n\n\n\n\n\nDakwaan seleweng wang zakat MAINS, SPRM kaji semula siasatan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tegas tolak kebobrokan, tebus semula maruah bangsa \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri diramal pertahankan kerusi DUN Rhu Rendang\n\n\n\n\n\n\n\n\nMelalui portal rasmi kementerian itu, Menterinya,\u00a0Datuk Seri Salahuddin Ayub didakwa melantik adik-beradik bagi dua jawatan terpenting dalam kementerian tersebut.\n\n\n\u201cKos kehidupan makin menjerut rakyat.. Menu Rahmah hanya \u201cpanadol\u201d untuk menutup keperitan, hanya koyok ditampal diperut\u2026\n\n\n\u201cLantikan pejabat kamu sendiri berterabur lantik adik dan abang untuk dua jawatan kanan gaji tinggi,\u201d katanya di Twitter.\n\n\nBadrul Hisham ataupun Chegubard merujuk kepada pelantikan Suhaizan Kaiat sebagai Setiausaha Politik kepada menteri dan abangnya, Sulaiman Kaiat pula dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan.\n\n\nUntuk rekod, Suhaizan merupakan bekas Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 2018 lalu.\n\n\nIsu lantikan menjadi perhatian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah menjadi Penasihat Kanan\u00a0Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri berkuat kuasa 3 Februari lalu.\n\n\nKemudian,\u00a0Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul dilaporkan melantik anak sulungnya sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/sprm-siasat-bekas-pm-menantu-berkaitan-kontrak-kerajaan/", "title": "SPRM siasat bekas PM, menantu berkaitan kontrak kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang bekas Perdana Menteri dan menantunya berhubung kontrak kerajaan.\n\n\nSumber SPRM berkata, siasatan tertumpu kepada kemungkinan salah guna kuasa berlaku dalam pemberian kontrak bagi projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).\n\n\n\u201cSPRM sedang melihat proses pemberian kontrak itu diberikan dan kaitan syarikat berkenaan dengan mereka yang berkuasa pada masa itu,\u201d katanya.\n\n\nTerdapat maklumat yang menyatakan NIISe, sebuah projek yang sedang dibangunkan untuk menggantikan mekanisme pendaftaran pekerja asing sedia ada oleh Jabatan Imigresen menjelang 2025 adalah projek yang bermasalah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSejak bila Malaysia tidak hormati hak orang bukan Islam?\n\n\n\n\n\n\nRumah Terbuka : Anwar salah jika guna wang kerajaan, guna dana parti\n\n\n\n\n\n\nBunuh kucing: Polis tahan penyewa kondominium\n\n\n\n\n\n\nDadah bernilai RM180,000 dirampas di Pasir Mas\n\n\n\n\n\n\nTayangan filem `Pulau\u2019 perlu diharamkan walau babak lucah dipotong\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemakan ke laman web jabatan itu menunjukkan \u2018Pasukan Projek Khas NIISe\u2019 dipertanggungjawabkan kepada seorang pegawai tadbir dan diplomatik, Ruslan Atan.\n\n\n\u201cSPRM mungkin akan memanggil anggota kanan pentadbiran terdahulu sebagai sebahagian daripada siasatannya,\u201d kata sumber itu.\n\n\nPada Isnin lalu, New Straits Times melaporkan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, NIISe akan diperkenalkan dalam masa dua tahun dengan semua urusan berkaitan imigresen, termasuk yang kini diuruskan pihak luar seperti MyEG, kembali kepada jabatan itu.\n\n\nBeliau berkata, sistem baharu itu kini sedang dibangunkan oleh Iris Corporation Bhd.\n\n\nSebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi pernah berkata, menantu bekas Perdana Menteri itu mungkin saudara yang tidak dinamakan seperti disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau bercakap mengenai kroni dan saudara yang dianugerahkan kontrak yang lumayan.\n\n\nMenantu pemimpin itu juga dinamakan dalam laporan media sebelum ini sebagai antara seorang pemain utama dalam kontrak untuk NIISe.\n\n\nBeliau juga disebut secara meluas dalam Program Pengampunan 6P jabatan itu beberapa tahun lalu untuk mendaftarkan warga asing tanpa izin.\u00a0\u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/08/unesco-bimbang-kerosakan-di-tapak-warisan-syria-turkiye/", "title": "UNESCO bimbang kerosakan di tapak warisan Syria, Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menyuarakan kebimbangan mengenai kerosakan di tapak warisan di Syria dan Turkiye sambil berjanji untuk membantu kedua-dua negara yang dilanda gempa bumi itu, lapor Xinhua.\n\n\nSusulan tinjauan awal ke atas tapak warisan yang dijalankan bersama pihak berkuasa tempatan\u00a0pada Selasa, UNESCO mengambil berat menegnai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai \u201cWarisan Dunia dalam Bahaya\u201d.\n\n\nSementara itu di Turkiye, beberapa bangunan di bandar Diyarbakir runtuh.\n\n\nBandar itu adalah lokasi tapak Warisan Dunia \u201cKubu Diyarbakir dan Landskap Budaya Hevsel Gardens\u201d, sebuah pusat penting semasa zaman Rom, Sassanid, Byzantine, Islam dan Uthmaniyyah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAmazon umum buang 9,000 orang pekerja lagi\n\n\n\n\n\n\nNetizen gesa boikot produk Sweden\n\n\n\n\n\n\nPenyiasat dedah penemuan baharu MH17 pada 8 Februari ini\n\n\n\n\n\n\nRSF umum gencatan senjata di Sudan sempena Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\nIsrael kejam bunuh remaja Palestin\n\n\n\n\n\n\n\n\nPakar UNESCO, dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan kini berusaha mewujudkan inventori tepat mengenai kerosakan di tapak dalam Senarai Warisan Dunia.\n\n\n\u201cTakziah saya ucapkan kepada keluarga dan orang tersayang mereka yang meninggal dunia. Doa saya juga untuk mereka yang cedera dan semua yang terjejas. Organisasi kami akan memberikan bantuan berdasarkan mandatnya,\u201d kata Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay\u00a0di Paris, Perancis.\n\n\nGempa bumi kuat melanda wilayah Kahramanmaras, selatan Turkiye pada Isnin pagi waktu tempatan, beberapa minit kemudian gempa kuat turut melanda Gaziantep yang setakat ini sudah meragut ribuan nyawa.\n\n\nGempa itu turut menjejaskan negara jiran Syria. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/09/beri-alternatif-jaga-kebajikan-guru-kafa/", "title": "Beri alternatif jaga kebajikan guru KAFA", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) masih lagi menghadapi nasib mereka terhadap isu pembayaran elaun yang rendah dan perjawatan bertaraf kontrak sehingga kini.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na\u2019im Mokhtar berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan mengenai hala tuju guru-guru KAFA selain berusaha untuk melihat alternatif-alternatif yang ada demi kebaikan mereka.\n\n\n\u201cSemalam kita telah adakan perbincangan berkaitan dengan hala tuju guru KAFA ini. Jadi, kita ada beberapa opsyen untuk menjaga kebajikan guru KAFA.\n\n\n\u201cSaya secara peribadi juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengorbanan yang telah diberikan oleh guru-guru KAFA dan sudah tentu kita juga akan berusaha untuk melihat opsyen yang ada serta memberikan kebaikan kepada mereka,\u201d katanya.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na\u2019im Mokhtar\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan majlis Konvensyen Huffaz Profesional Peringkat Antarabangsa (InFAZ 2023) di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi, Selangor pagi tadi.\n\n\nTambah Mohd Na\u2019im, pihaknya juga akan mengesyorkan alternatif kepada kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan supaya memastikan kebajikan guru-guru KAFA akan lebih terjamin.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, ketika ditanya dengan pihak media, beliau masih belum mengenal pasti sama ada alternatif-alternatif yang akan diberikan itu melibatkan kenaikan elaun guru-guru KAFA tersebut.\n\n\n\u201cKita akan mengesyorkan kepada kerajaan khususnya Kementerian Kewangan untuk melihat dan memastikan bagaimana kebajikan guru-guru KAFA ini terjamin, Insya-Allah,\u201d tambahnya.\n\n\nTerdahulu, media melaporkan terdapat kira-kira 35,000 guru KAFA di seluruh negara masih dibayar elaun rendah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berjumlah RM1,000 sebulan walaupun peranan mereka besar dalam mengajar pendidikan Islam kepada anak-anak untuk menjadi Islam sejati.\u00a0\n\n\nJusteru, perkara ini menyaksikan pendapatan guru-guru KAFA masih berada di bawah paras kemiskinan susulan kerajaan juga melaksanakan gaji minimum RM1,500 yang akan dikuatkuasakan pada 1 Julai 2023 seperti yang diumumkan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/09/gempa-bumi-turkiye-warga-emas-minta-air-untuk-solat-bawah-runtuhan/", "title": "Gempa bumi Turkiye: Warga emas minta air untuk solat bawah runtuhan", "body": "0\n\n\nKAHRAMANMARAS,\u00a0Khamis \u2013 Usaha mencari dan menyelamat di selatan Turkiye dan utara Syria masih giat dijalankan susulan gempa yang menggegarkan wilayah itu pada Isnin.\n\n\nPelbagai reaksi dan momen yang dirakam sepanjang proses menyelamat dikongsi di media sosial.\n\n\nAntara yang mendapat perhatian termasuk usaha menyelamatkan seorang warga emas yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.\n\n\nLebih menyayat hati, warga emas tersebut tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai umat Islam apabila meminta air bagi membolehkannya berwuduk untuk menunaikan solat walaupun masih terperangkap.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMata pelajaran Pendidikan Islam perlu dikaji semula \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya Tidak Miliki Kepentingan Dalam Mana-Mana Syarikat\u201d- Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nAnwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun\n\n\n\n\n\n\nKajian semula pakaian pramugari MAS mampu henti stigma\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadikan saya calon pilihan terakhir\u201d \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAn old man wants water to make wudu so he can pray while people telling him it\u2019s fine to pray the way you are. \npic.twitter.com/VTxj7MrTmU\n\n\n\u2014 Muhammad Smiry \ud83c\uddf5\ud83c\uddf8 (@MuhammadSmiry) \nFebruary 7, 2023\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nVideo berdurasi 36 saat yang dimuat naik oleh seorang wartawan, Muhammad Smiry di Twitternya memaparkan warga emas berkenaan masih terperangkap berikutan tidak dapat dikeluarkan pasukan penyelamat kerana terdapat halangan.\n\n\nKapsyen Muhammad Smiry menyatakan, warga emas berkenaan meminta air bagi mendirikan solat kerana tidak mahu meninggalkan kewajipan itu.\u00a0\n\n\nCiapan berkenaan mendapat perhatian warganet apabila ia ditonton lebih 500,000 kali dan diulang ciap lebih 3,000.\n\n\nSetakat ini, jumlah kematian dilaporkan meningkat lebih 12, 000 orang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/09/lepas-hina-nabi-muhammad-saw-charlie-hebdo-perli-mangsa-gempa-turkiye/", "title": "Lepas hina Nabi Muhammad SAW, Charlie Hebdo perli mangsa gempa Turkiye", "body": "0\n\n\nPERANCIS, Khamis \u2013 \nSeorang kartunis Majalah Perancis, Charlie Hebdo yang amat terkenal dengan seni karikatur yang menghina Nabi Muhammad S.A.W pada baru baru ini terus mendapat kecaman hebat oleh umat Islam antarabangsa.\u00a0\n\n\nKali ini tindakannya mengeluarkan satu lagi lukisan memperolok-olokkan mangsa bencana gempa bumi kuat yang menimpa Turkiye pada Isnin lalu.\n\n\nMenurut Agensi Berita Anadolu, majalah berkenaan secara tidak langsung telah mencetuskan\u00a0 kemarahan susulan karikatur terbarunya memaparkan ejekan kepada Turkiye setelah negara itu ditimpa dua bencana gempa bumi yang meragut puluhan ribu nyawa.\u00a0\n\n\nKarikatur berkenaan telah disiarkan di laman Twitter kartunis itu yang turut meletakkan tajuk \u201ckartun hari ini\u201d\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFinland kekal negara paling bahagia enam tahun berturut-turut\n\n\n\n\n\n\nBola sepak Perancis larang permainan dihenti ketika berbuka puasa\n\n\n\n\n\n\nOslo Jadi Tuan Rumah Perbincangan Taliban\n\n\n\n\n\n\nNew York pasang penghadang, siap siaga hadapi protes\n\n\n\n\n\n\nKrisis Sudan: Wisma Putra sedaya upaya bawa pulang rakyat Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKarikatur ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan umat Islam, malah rakyat antarabangsa yang lain turut merasa hiba dan kecewa\n\n\nKarikatur itu menunjukkan paparan bangunan yang hampir runtuh, sebuah grafik kereta terbalik dan timbunan serpihan selepas gempa bumi.\n\n\nDalam pada itu, karikatur itu turut mengeluarkan ayat berbaur provokasi yang bertulis tidak perlu menghantar kereta kebal merujuk kehancuran bangunan akibat gempa.\n\n\nLantas, ia menyebabkan rata-rata warga antarabangsa naik marah dan menyuarakan kekecewaan mereka kepada majalah berkenaan yang dianggap tidak sensitif dengan penderitaan mangsa\u00a0 yang dirasai seluruh masyarakat dunia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/09/pemain-hoki-digantung-tidak-dibenarkan-mewakili-negara/", "title": "Pemain hoki digantung, tidak dibenarkan mewakili negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nGara-gara mengeluarkan komen berbaur perkauman di media sosial, pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini.\n\n\nKeputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Malaysia (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) yang dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal.\n\n\nMenerusi satu kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Khamis, dalam siasatan yang dijalankan, Hanis mengakui telah memuat naik ciapan \nkomen berbaur perkauman semasa konsert AR Rahman pada 28 Januari lalu.\n\n\nHanis menegaskan, dia tidak mempunyai sebarang sentimen perkauman semasa memuat naikkan ciapan yang sekadar jenaka dan merujuk kepada keadaan stadium dipenuhi puluhan ribu penonton.\n\n\nPemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023.\n\n\nBeliau hanya menyedari wujudnya elemen berbaur perkauman setelah ditegur oleh netizen\n\n\n\u201cKenyataan itu menjurus kepada menghina, mengutuk atau mencaci sesuatu pihak lain. Hanis juga didapati bersalah kerana ciapan komen yang boleh disalah erti atau menimbulkan salah faham, kegusaran ataupun kemarahan sesuatu pihak lain, malah telah mengakibatkan kerosakan kepada imej pasukan dan jelas melanggar kod etika KHM,\u201d kata KBS.\n\n\nNamun, jelas KBS, pihak KHM akan menilai semula keputusan ini sekiranya Hanis mempamerkan perubahan sikap yang positif sepanjang tempoh tersebut.\n\n\nJawatankuasa berharap tindakan itu akan menjadi ingatan dan pengajaran berguna kepada Hanis serta semua atlet negara untuk sentiasa berhati-hati dengan sebarang hantaran ataupun ciapan di semua platform media sosial.\n\n\nEkoran daripada teguran itu, Hanis telah memadam komen beliau pada pagi 29 Januari lalu dan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman media sosialnya.\n\n\nHanis mengakui amat kesal dengan keterlanjuran ciapannya dan menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang rasis dan membesar dalam masyarakat majmuk di Kluang, Johor serta memiliki ramai rakan berbangsa India, terutamanya sebagai atlet negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/09/perluas-visa-ketibaan-warga-asing-langkah-tidak-wajar-bahaya-kepada-kedaulatan-negara/", "title": "Perluas visa ketibaan warga asing : langkah tidak wajar, bahaya kepada kedaulatan negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Langkah kerajaan mencadangkan visa ketibaan kepada semua negara\n supaya kekal kompetitif dalam pasaran pelancongan global, \ndianggap tidak wajar dan boleh memudaratkan kedaulatan negara.\n\n\nNaib Presiden BERJASA, \nIr Ts Muhammad Lukman Al-Hakim Mohamad \nberkata, ini kerana rekod rasmi terdahulu pernah menunjukkan ramai pelancong yang masuk melalui visa ketibaan tidak pulang semula ke negara asal.\n\n\nSehubungan itu katanya, kerajaan sepatutnya jangan memikirkan dari sudut pulangan ekonomi sahaja dan dari sudut pelancongan sebaliknya SOP kemasukan warga asing perlu diperketatkan terlebih dahulu.\n\n\n\u201cSaya rasa berbahaya dan boleh datangkan mudarat besar kepada negara. Jangan fikir ekonomi tapi melihat secara meluas\u00a0 kerana kemasukan pelancong asing yang\u00a0 tidak ada rekod keluar jabatan audit negara lakukan audit dan 95 peratus\u00a0 dari China tiada rekod keluar dan ini isu belum selesai bagaimana menteri ringankan lagi SOP kemasukan?\u201d Katanya ketika dihubungi Tv Pertiwi, hari ini.\n\n\nPerluas visa ketibaan warga asing dianggap langkah tidak wajar. (Gambar hiasan)\n\n\nTambahnya, dengan kewujudan sindiket menjual kad pengenalan seperti yang berjaya dibongkar ia dibimbangi akan menambah parah\u00a0 masalah kebanjiran warga asing serta isu keselamatan dan kedaulatan negara.\n\n\n\u201cKita juga merekodkan jutaan kad pengenalan yang hilang. Kenapa kita tidak ambil langkah lebih serius mengelakan penjualan dan pembelian kad pengenalan warga asing dan kita biarkan warga asing masuk atas nama pelancongan kononnya.\n\n\n\u201cIni masalah bertahun tahun-tahun, saya rasa ia langkah tidak wajar dan perketat kemasukan. Jangan fikir pulangan politik dan ekonomi tapi kedaulatan negara.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/angka-gempa-bumi-turkiye-syria-meningkat-lebih-20000/", "title": "Angka gempa bumi Turkiye & Syria meningkat lebih 20,000", "body": "0\n\n\nTurkiye, Jumaat \u2013 \nJumlah kematian akibat gempa bumi dahsyat Turkiye dan Syria kini disahkan sekurang-kurangnya 21,051, menurut kenyataan pihak berkuasa kedua-dua negara.\n\n\nDi Turkiye, angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 17,674 dengan 72,879 yang lain dilaporkan cedera pada Khamis (9 Feb), menurut kenyataan Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye.\n\n\nJumlah kematian di Syria pula meningkat kepada sekurang-kurangnya 3,377 orang.\n\n\nMenurut kumpulan pertahanan awam White Helmets dan media pemerintah Syria, jumlah itu termasuk 2,030 mangsa di kawasan yang dikuasai pemberontak di wilayah barat laut, dan 1,347 kematian di bahagian yang dikawal pemerintah di Syria.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDelegasi Hamas tunaikan umrah\n\n\n\n\n\n\nTujuh terbunuh dalam serangan ke atas konvoi senjata di Syria\n\n\n\n\n\n\n40 tahun kekal bersih rasuah, imej Singapura tercalar\n\n\n\n\n\n\n#BoikotIndia sohor di Twitter\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Britain Didesak Letak Jawatan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, jumlah mangsa yang cedera di Syria merentasi semua wilayah yang terjejas meningkat kepada 5,245 dengan 2,295 dalam kawalan kerajaan serta 2,950 di kawasan yang dikuasai pemberontak manakala 78,124 orang cedera di Syria dan Turkiye.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nPasukan MAS-01 baru sahaja memasuki bangunan 3 tingkat. Terdapat 1 mangsa dipercayai terperangkap \u2013 NADMA\n\n\nSementara itu, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang merupakan pasukan pertama \ndikenali sebagai MAS-01 SMART di Turkiye berjaya menemukan tiga mangsa yang terperangkap dalam runtuhan sebuah bangunan tujuh tingkat, semalam.\u00a0\n\n\nSelepas berhempas pulas selama dua jam menggunakan peralatan khas, pasukan MAS-01 SMART berjaya mengeluarkan ketiga-tiga mangsa yang membabitkan lelaki dewasa, wanita dewasa dan kanak-kanak, namun malangnya mereka sudah meninggal dunia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/berjasa-lancar-bantuan-kecemasan-gempa-bumi-turkiye-syria/", "title": "BERJASA lancar bantuan kecemasan gempa bumi Turkiye-Syria", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0\nBERJASA melancarkan kutipan bantuan kecemasan gempa bumi Turkiye-Syria untuk disalurkan kepada mangsa.\n\n\nMenerusi satu hantaran di Facebook, BERJASA memaklumkan kejadian gempa bumi yang ditimpa oleh penduduk di tenggara Turkiye dan selatan Syria adalah bencana terburuk dan berbahaya.\n\n\nOleh itu, pihaknya dengan langkah prihatin dan empati dengan keadaan yang menyayat hati rakyat Turkiye-Syria telah melancarkan kutipan buat bantuan kecemasan gempa bumi itu supaya dapat disalurkan kepada seluruh mangsa di kedua-dua negara berkenaan.\u00a0\n\n\nAntara bantuan yang bakal disalurkan adalah makanan panas, bantuan klinikal, kotak makanan, pemanas, kerosin serta khemah.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgihan kerusi PN hampir 90 peratus selesai\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Cecah RM13.90 Sekilogram\n\n\n\n\n\n\nAnwar beri bayangan kluster mahkamah masih berpeluang sertai Kabinet\n\n\n\n\n\n\nHenti bangkitkan isu perkauman dan agama, titah Tuanku Muhriz\n\n\n\n\n\n\nJangan Biar Aset Negara Digadai, Dirampas Pihak Luar \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, buat rakyat Malaysia yang mahu membantu dan memberi sumbangan boleh menerusi pautan yang tertera, iaitu \nhttps://bit.ly/bantuanturkiyesyria\n dan boleh salurkan jumlah minimum serendah RM 10, RM 30, RM 50 hingga RM100."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/cadangan-perluas-visa-ketibaan-boleh-gugat-keselamatan-negara/", "title": "Cadangan perluas visa ketibaan boleh gugat keselamatan negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Rancangan kerajaan untuk memberikan visa ketibaan kepada semua pelancong disifatkan sebagai satu langkah yang agak keterlaluan. \n\n\nPresiden Gerakan Kebangkitan Ummah (QIAM), Datuk Sirajuddin Salleh berkata, tujuan asal pemberian visa tersebut di setiap negara sepatutnya digunakan untuk mengawal kemasukan orang asing ke negara mereka termasuklah Malaysia.\n\n\nMalah, katanya kerajaan juga perlu sedar bahawa negara mempunyai beberapa masalah keselamatan yang perlu dikawal supaya tidak tberterusan didominasi oleh warga asing.\n\n\nDATUK SIRAJUDDIN SALLEH / Presiden Gerakan Kebangkitan Ummah (QIAM)\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRibut petir, hujan dijangka berlaku tiga hari di seluruh negara \u2013 MetMalaysia\n\n\n\n\n\n\nMalaysia, Brunei teroka potensi kerjasama dua hala\n\n\n\n\n\n\nTuduhan Saifuddin berniat jahat, mainan politik isu MARRIS, REE\n\n\n\n\n\n\nJangan buat spekulasi tarikh keputusan SPM\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Permohonan rayuan UMNO atas dasar simpati\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita harus sedar bahawa Malaysia sebuah negara kecil, dan kita sendiri mempunyai beberapa masalah keselamatan yang kita perlu kawal, pertama kedudukan Malaysia yang terbuka kepada banyak sempadan kemasukan oleh mana-mana pihak kerana kita mempunyai pesisir pantai yang panjang. Ini bermakna orang luar boleh masuk bila-bila masa sahaja kalau tidak dikawal dengan baik. \u201d\n\n\nYang kedua kata beliau negara mempunyai sempadan dan pintu masuk yang banyak.\n\n\nManakala ketiga sebagai negara yang mempunyai pelbagai latar belakang penduduk yang didominasi oleh penduduk asalnya orang Melayu tetapi penduduk-penduduk bukan Melayu ramai di negara ini.\n\n\nTambahnya, langkah kerajaan ini adalah tidak wajar kerana keadaan ini sudah cukup memberikan masalah kepada negara akan kemungkinan berlakunya ketidakstabilan\u00a0 seperti perselisihan, pergaduhan dan perpecahan antara kaum di negara ini.\n\n\nSituasi penduduk di negara ini juga akan lebih membesar atau sukar untuk ditangani ekoran lebih 90 peratus kemasukan warga China dan India yang tidak mencatatkan rekod keluar dari negara pada tahun 2016 hingga 2018.\n\n\nSirajuddin turut berkata, sekiranya perlaksanaan ini mahu diteruskan, ianya perlu dikhususkan kepada negara tertentu.\n\n\n\u201cPada saya, kemasukan ke negara ini oleh warga negara tertentu khususnya pada saya dari China dan India sudah cukup dengan masalah di dalam negara ini. Jangan biar mereka masuk tanpa visa atau masuk dengan\u00a0 hanya meminta visa di lapangan terbang, kerana apabila sampai ke lapangan terbang itu pelbagai masalah boleh berlaku. Jadi kita perlu sekat kemasukan ini walaupun mahu ekonomi berkembang tetapi kemasukan secara lebih mudah dan lebih kurang terkawal\u00a0 adalah perkara-perkara yang harus kita elakkan sama sekali.\u201d\n\n\nSeubungan itu kata Datuk Sirajuddin beliau berharap kerajaan berfikir panjang dan tidak semata-mata kerana hendak meningkatkan pelanconggan.\n\n\nTambah beliau negara ini sudah cukup ada masalah dengan pelancong dari China dan India.\n\n\nMalah permasalahan warga asing dari Afrika juga sering didengar terbabit dalam pergaduhan, kekecohan dan sebagainya di negara ini.\n\n\nSementara itu, beliau turut menegaskan kerajaan mahupun Jabatan Imigresen Malaysia perlu menghasilkan satu bentuk teknologi seperti mekanisme yang boleh mengesan pelancong pada pasport atau diri mereka supaya pelancong ini berada di Malaysia hanya pada tempoh yang ditetapkan agar pendudukan warga asing tidak terus meningkat di negara ini.\n\n\nTerdahulu, media melaporkan \nMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sin berkata Malaysia perlu meneliti langkah membenarkan visa ketibaan kepada semua negara, supaya kekal kompetitif dalam pasaran pelancongan global."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/jakim-lancar-kutipan-derma-bantu-mangsa-gempa-bumi-turkiye-dan-syria/", "title": "JAKIM lancar kutipan derma bantu mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan kutipan derma sebagai bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria di masjid di bawah seliaan JAKIM.\u00a0\u00a0\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na\u2019im Mokhtar berkata kutipan derma tersebut akan diadakan setiap hari Jumaat selama tiga minggu berturut-turut bermula hari ini.\u00a0\n\n\nBeliau berkata kutipan itu dibuat di tiga masjid sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga akan melaksanakan derma di masjid serta surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.\n\n\n\u201cJAKIM akan membuat kutipan di Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya manakala JAWI akan membuat kutipan derma di masjid dan surau. \nKita akan memulakan kutipan pada hari Jumaat selama 3 minggu berturut-turut,\u201d katanya dalam sidang media selepas \nmerasmikan majlis Konvensyen Huffaz Profesional Peringkat Antarabangsa (InFAZ 2023) di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi, Selangor semalam.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTak salah lantik ahli keluarga jika layak \u2013 Mufti Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nHarga Barang Dijangka Kembali Stabil Awal Tahun Depan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nBekas Dekan Sebaran Am ITM, Dr Bukhori Ismail meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nSeramai 39 cedera akibat mercun di Kelantan sejak 25 Mac\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia di Rusia, Armenia, Belarus dinasihat berwaspada\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Mohd Na\u2019im, wang sumbangan itu akan disalurkan kepada tabung rasmi yang diuruskan oleh kerajaan Malaysia.\u00a0\n\n\n\n\nDalam pada itu, beliau turut mengharapkan semua umat Islam yang mengerjakan solat Jumaat di masjid-masjid untuk memberikan sumbangan mereka bagi membantu urusan menyelamat dan meringankan beban mangsa bencana di Turkiye dan Syria.\n\n\n\u201cSaya mengajak seluruh umat Islam khusus mereka yang hadir dalam mengerjakan solat Jumaat untuk sama-sama prihatin dan memberikan sumbangan sebanyak yang boleh ikut kemampuan masing-masing.\n\n\n\u201cSumangan ini adalah bagi membantu saudara-saudara dan rakan-rakan kita yang terkena musibah earthquake atau pun gempa bumi di Turkiye dan juga Syria,\u201d tambahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/kami-diserang-oleh-parti-sendiri-kj/", "title": "\u2018Kami diserang oleh parti sendiri\u2019 \u2013 KJ", "body": "0\n\n\nBangi, Jumaat \u2013\u00a0 Berikutan penjelasan yang diutarakan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Sabri Yaacob, berhubung tekanan yang diterimanya ketika menjadi Perdana Menteri, \u00a0 bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mengakui mengalami tekanan yang sama.\n\n\n\u00a0\n\n\nKhairy Jamaluddin meninggalkan komen balas yang mendakwa beliau diserang oleh rakan partinya sendiri dalam Jemaah Menteri.\n\n\n\u00a0\n\n\nPenjelasan itu meraih perhatian oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Apabila beliau meninggalkan komen balas pada hantaran yang dimuat naik oleh Ismail Sabri di dalam akaun Instagram rasmi beliau.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemilihan Putera, Puteri 2023, mampukah tarik penyokong muda kepada UMNO?\n\n\n\n\n\n\nBimbang sami import bawa ideologi Hindutva di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMUDA tidak perlu minta maaf, UMNO tak tersinggung\n\n\n\n\n\n\nHasrat PH tawan Kedah tidak realistik \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nEzam, 3 calon PRM berentap di PRN DUN Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nKhairy mendakwa beliau turut diserang oleh rakan daripada partinya sendiri sewaktu berada dalam Jemaah Menteri.\n\n\n\u00a0\n\n\nIsmail Sabri menjelaskan ada laporan yang mengeluarkan kenyataan tidak tepat mengenai wawancaranya sebelum ini.\n\n\nTerdahulu, Ismail Sabri bertindak memperbetulkan kembali kenyataan mengenai isu \u201cdilanyak\u201d oleh partinya dalam satu wawancara tempatan.\n\n\nDalam masa yang sama, Ismail turut menzahirkan rasa kekecewaan yang beliau tidak pernah kongsikan selama ini.\n\n\nTambah beliau, kenyataan yang dikeluarkan olehnya sewaktu menghadiri wawancara turut disalah lapor dan membawa interpretasi yang berbeza dari apa yang diucapkannya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/kartuni-turki-balas-sindiran-karikatur-tidak-berperikemanusiaan-charlie-hebdo/", "title": "Kartunis Turki balas sindiran karikatur tidak berperikemanusiaan Charlie Hebdo", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0\nJika semalam penghinaan dipamerkan kartunis kontroversi Perancis, Charlie Hebdo terhadap mangsa gempa bumi Turkiye dan\u00a0 Syria melalui karikaturnya, k\nini tiba giliran kartunis Turkiye bangkit menyanggah hasil karya tidak manusiawi\u00a0 Charlie.\n\n\n\n\nHey 4hlaks\u0131z \n@Charlie_Hebdo_\n ! \u270f \u00d6yle \u00e7izmeyecektiniz, B\u00f6yle \u00e7izecektiniz! ..Yineden aya\u011fa kalkaca\u011f\u0131z \ud83c\uddf9\ud83c\uddf7.. Bu g\u00fc\u00e7l\u00fc millet \n kalkacak!\n#deprem\n \n#karikat\u00fcr\n \n#kahramanmara\u015f\n \n#Gaziantep\n \n#hatay\n \n#malatya\n \n#t\u00fcrkiye\n \n@MevlutCavusoglu\n \n@suleymansoylu\n \n#suriye\n \n#enkaz\n \n#caricature\n \npic.twitter.com/8U1jGfcTrm\n\n\n\u2014 Abrar Sabbah (@Abrar_Sabbah) \nFebruary 8, 2023\n\n\n\n\nPenghinaan Charlie berkenaan dibalas dengan karya \nkarikatur Muslim yang bangkit melawan sikap tidak bertamadun karikatur dari Perancis itu.\n\n\nSikap kemanusiaan yang mendalamdan kebangkitan semula Turkiye diterjemahkan dengan bersenjatakan pena dan kepakaran Abrar Sabbah menangkis penghinaan Charlie.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZeti nafi Najib rujuk derma kerabat Arab Saudi kepada BNM\n\n\n\n\n\n\nSekurang-kurangnya 40 terbunuh dalam nahas pesawat di Nepal\n\n\n\n\n\n\nBeri alternatif jaga kebajikan guru KAFA\n\n\n\n\n\n\nBertindak segera, bukan sekadar retorik politik\n\n\n\n\n\n\nCukai Barangan Mewah dilaksana separuh kedua 2023\n\n\n\n\n\n\n\n\nAbrar \u2018mengajar\u2019 pelukis karikatur majalah kontroversi berkenaan erti bagaimana warga Turki akan bangkit kembali dan mempertingkatkan sikap prihatin dan erti kemanusiaan terhadap kesukaran yang dihadapi orang lain.\n\n\nPada ciapan di twitternya Abrar berkata \u2013 \u201cWahai samseng Charlie Hebdo, kamu tidak sepatutnya melukis seperti itu. Kami akan berdiri semula. Warga yang perkasa ini akan bangkit kembali.!\u201d\n\n\n\n\nCharlie Hebdo menimbulkan kontroversi\u00a0 pada Januari 2015 apabila menghina Nabi Muhammad SAW dengan melukis karikatur baginda.\n\n\nSementara itu bagi kejadian gempa di Turkiye dan Syria dia\u00a0 menyatakan tidak perlu menggunakan kereta kebal menyindir keadaan terkini di lokasi gempa.\n\n\nMalah Charlie juga menunjukkan sikap\u00a0 tidak berperikemanusiaannya dengan sindiran usaha 24 jam mencari dan menyelamat mangsa gempa di bawah runtuhan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/khairy-mula-tugas-di-hot-fm-15-februari-ini/", "title": "Khairy mula tugas di Hot FM 15 Februari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Dari ahli politik ke penyampai radio.\n\n\nMedia Prima Audio (MPA) pada Khamis mengesahkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM, mulai 15 Februari ini.\n\n\nMemetik Berita Harian, \nMPA dalam satu kenyataan berkata, Khairy akan mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio popular itu.\n\n\nPagi tadi, Khairy mengesahkan dirinya bakal menyertai Hot FM dalam temuramah melalui telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin belum tengok surat RoS berhubung usul UMNO\n\n\n\n\n\n\nMahfuz Omar Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pula di LKIM\n\n\n\n\n\n\nLelaki direman muat naik kenyataan berbaur ugutan, perkauman\n\n\n\n\n\n\nPadah tukar eBelia kepada wang tunai, pelajar berputih mata\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin sampaikan bantuan, redakan krisis kebuluran pelarian\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKenyataan MPA menyebut, minggu lalu, tawaran Hot FM kepada Khairy dibuat menerusi surat terbuka di Instagram Hot FM membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang akan bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, peluang menawarkan Khairy sebagai penyampai radio diambil Hot FM bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot lebih segar dan relevan kepada pendengar.\n\n\nKatanya, kehadiran Khairy akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio.\n\n\nTambahnya, pelantikan Khairy diharap memberi impak lebih baik kepada Hot FM sekaligus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.\n\n\nKhairy sebelum ini dipecat dari UMNO dalam satu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/malaysia-berjaya-lahirkan-2130-huffaz-profesional-di-8-ipt/", "title": "Malaysia berjaya lahirkan 2,130 huffaz profesional di 8 IPT", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nMalaysia berjaya melahirkan sejumlah 2,130 huffaz profesional daripada lapan buah institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang menawarkan Program Pensijilan Tahfiz melalui Darul Quran yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2000 lalu.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nLapan IPT yang menawarkan program tahfiz tersebut antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), University of Cyberjaya, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta Politeknik Sultan Azlan Shah.\n\n\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na\u2019im Mokhtar menyeru semua pihak supaya berusaha melakukan anjakan dalam pemikiran dan amalan bagi mencapai matlamat untuk melahirkan huffaz profesional sejajar dengan agenda negara iaitu \u2018Membangun Malaysia Madani\u2019.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSatu kehilangan kepada badan kehakiman negara \u2013 Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nDr Mahathir dakwa UMNO sudah tidak wujud lagi\n\n\n\n\n\n\nKit Siang punca Melayu benci DAP\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur mahu kesan penambakan kawasan Batu Puteh oleh Singapura diteliti\n\n\n\n\n\n\nKJ jumpa PN minggu hadapan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata anjakan pemikiran itu perlu diterapkan oleh masyarakat Islam berasaskan kepada penghayatan serta pembudayaan al-Quran dalam semua bidang kehidupan dan\n kerajaan juga optimis untuk melahirkan \n125,000 huffaz menjelang 2050 selaras dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dilancarkan pada 2018 lalu.\n\n\n\u201cS\naya menyeru kepada semua pihak agar dapat melakukan anjakan dalam pemikiran dan amalan ke arah mencapai matlamat melahirkan generasi huffaz profesional yang mampu menyumbang kepada negara berasaskan kepada penghayatan serta pembudayaan al-Quran dalam semua bidang kehidupan.\n\n\n\u201c\nKita juga perlu proaktif terhadap isu-isu semasa pendidikan tahfiz agar dapat terus memperkasakan kemenjadian dan kebolehpasaran para huffaz secara lebih efisien dan menyeluruh,\u201d katanya dalam ucapan\u00a0\nperasmian majlis Konvensyen Huffaz Profesional Peringkat Antarabangsa (InFAZ 2023) di Dewan Seri Sarjana, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi, Selangor semalam.\n\n\n\n\nHadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Professor Ir Dr Noor Azuan Abu Osman.\n\n\n\n\nSementara itu, penerima Ikon Huffaz Professional, Muhammad Zulfadhli Shahiran, 25 tahun berkata anugerah itu merupakan satu penghargaan besar daripada JAKIM terhadapnya dan beliau turut berterima kasih kepada pensyarah serta keluarga yang banyak mendorongnya.\u00a0\u00a0\n\n\nBeliau berkata fokus dan pengurusan masa merupakan dua perkara yang diterapkan sepanjang pembelajarannya sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa dan Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN.\u00a0\n\n\nMuhammad Zulfadhli juga menggalakkan kepada para pelajar untuk mengikuti Program Pensijilan Tahfiz selain dan program profesional sebagai nilai tambah dalam diri mereka.\u00a0\u00a0\n\n\n\u201cSaya mengesyorkan kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan program Huffaz profesional ni sebab yang pertama, kita dapat professional, engineering, IT dan sebagainya dan satu lagi kita dapat bidang al-Quran atau pun tahfiz,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/pemudah-ditambahbaik-malaysia-destinasi-mesra-perniagaan-rafizi/", "title": "PEMUDAH ditambahbaik, Malaysia destinasi mesra perniagaan \u2013 Rafizi", "body": "0\n\n\nPentadbiran Kerajaan Campuran di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menambah baik platform Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH).\u00a0\n\n\nMenteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata platform itu bertujuan mempercepatkan prosess dan prosedur urusan perniagaan dan industri.\u00a0\n\n\nRafizi berkata PEMUDAH akan dipengerusikan oleh beliau sebagai Menteri Ekonomi bersama Ketua Setiausaha Negara bagi mewakili pentadbiran kerajaan.\u00a0\n\n\nTambah beliau, pelaksanaan PEMUDAH oleh kerajaan mensasarkan negara sebagai destinasi dan pasaran mesra perniagaan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar: The Untold Story filem mengingatkan kesakitan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPRN Sarawak Ke-12 18 Disember Ini\n\n\n\n\n\n\nUMNO Jumpa Perdana Menteri Untuk Awalkan PRU\n\n\n\n\n\n\nSindiket Kuota Umrah: SPRM tahan pengarah urusan agensi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nSubsidi menyeluruh dimansuh berperingkat kepada subsidi bersasar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cStruktur dan platform PEMUDAH sudah ada, kita akan bawa kembali dan selaraskan, tetapi proses itu akan berlaku di peringkat kerajaan, we will work with Ketua Setiausaha Negara (KSN) where we at\u201d\n\n\nBeliau berkata pada sidang media Sesi Kick-off Dialog Bersama Menteri Ekonomi : Pemerkasaan Industri Untuk Memacu Pertumbuhan Ekonomi Dalam Era Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.\u00a0\n\n\nKementerian Ekonomi juga akan memberi tumpuan untuk menghapuskan birokrasi pentadbiran untuk pemain Revolusi Industri Ke-4 (4IR) supaya mereka boleh merasai persekitaran yang lebih sihat untuk mengembangkan perniagaan.\n\n\nRafizi turut mengakui pasukan petugas itu berkesan namun mengalami kemerosotan.\u00a0\n\n\nBeliau berkata pasukan petugas itu juga perlu memanfaatkan platformnya untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang lebih menarik susulan kebolehsenangan melakukan perniagaan.\u00a0\n\n\nPEMUDAH adalah inisiatif kerajaan yang ditubuhkan pada 2007 untuk memudahkan kerjasama sektor awam-swasta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/penyelewengan-zakat-mains-pdrm-buka-kertas-siasatan/", "title": "Penyelewengan Zakat MAINS, PDRM buka kertas siasatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Polis mengesahkan membuka kertas siasatan dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).\n\n\nKetua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah.\n\n\nSehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil salurkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.\n\n\nMemetik akhbar Sinar semalam penyaluran\u00a0 maklumat boleh dilakukan melalui\u00a0 talian hotline Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan an 06-761 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tak mampu selesai tekanan kos sara hidup penjawat awam \u2013 Cuepacs\n\n\n\n\n\n\nHina Nabi Muhammad SAW: Polis Siasat Isu Video Tular\n\n\n\n\n\n\nKadar pengangguran akan turun lagi tahun depan\n\n\n\n\n\n\nSelangor sedia hadapi kenaikan bahan binaan 180 peratus\n\n\n\n\n\n\n564 rakyat Malaysia mangsa tipu kerja di luar negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, tular di media sosial mengenai laporan pecah amanah wang kutipan zakat yang melibatkan jutaan ringgit.\n\n\nPihak terbabit mendakwa, SPRM telah menerima maklumat berhubung perkara itu, namun sehingga kini tiada sesiapa yang ditahan dan dipercayai disebabkan kerajaan Negeri Sembilan dan orang politik cuba melindungi apa sebenarnya yang berlaku.\n\n\n\n\nBagaimanapun, Pengerusi MAINS, Datuk Seri Dr Abdul Aziz Ab Kadir menafikan tohmahan dan fitnah yang disebarkan melalui media sosial berkenaan.\n\n\nBeliau berkata, pihaknya telah membuat beberapa laporan polis terhadap pemilik media sosial terbabit susulan tohmahan dan fitnah yang disebarkan pada tahun 2019.\n\n\nAbdul Aziz turut menyifatkan dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab dibuat berikutan mempunyai kepentingan peribadi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/permohonan-ahli-bersatu-naik-mendadak-selepas-pru-15-ramai-melayu-sokong/", "title": "Permohonan ahli BERSATU naik mendadak selepas PRU-15, ramai Melayu sokong", "body": "0\n\n\nBangi, Jumaat \u2013 \nPasca Pilihan Raya Umum ke -15 telah menyebabkan permohonan buat keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) meningkat secara mendadak.\u00a0\n\n\nKenyataan itu diutarakan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kepada Utusan Malaysia dan\u00a0 turut menyifatkan tindakan gabungan parti itu bersama PAS iaitu menerusi Perikatan Nasional (PN) makin makin diterima oleh rakyat terutama dalam kalangan golongan Melayu itu sendiri.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Faizal Azumu turut meramalkan momentum sokongan terhadap parti itu akan berterusan sehingga tibanya Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.\u00a0\n\n\nTambah beliau, semakin parti itu ditekan, maka semakin banyak sokongan yang hadir, walau dengan apa\u00a0 pun yang berlaku, dan sebab itu jumlah terhadap keahlian parti makin bertambah.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perpaduan yang menerajui Malaysia kini dikuasai DAP \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nAhmad Maslan sebenarnya punca BN kalah PRU15 \u2013 Ismail Sabri\n\n\n\n\n\n\nNur Jazlan desak henti keluar kenyataan retorik, jaga hubungan baik BN-PH\n\n\n\n\n\n\nUMNO bakal ditolak rakyat pada PRN, PRU akan datang \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\nKhairy perlu lebih masa sebelum kembali ke arena politik\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, BERSATU telah dikenakan tindakan pembekuan terhadap akaun partinya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah\u00a0 Malaysia (SPRM) untuk disiasat berhubung wang yang disyaki daripada hasil haram.\u00a0\n\n\nNamun, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pihaknya telah menghantar surat kepada SPRM untuk memohon agar pembekuan akaun parti itu dibatalkan dengan segera kerana mahu bersiap siaga untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/ribuan-mangsa-rugi-puluhan-juta-terhadap-skim-pelaburan-kutu-sapiza/", "title": "Ribuan mangsa rugi puluhan juta terhadap skim pelaburan kutu \u2018Sapiza\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nSatu skim pelaburan kutu yang dikendalikan seorang wanita berusia 37 tahun dikenali sebagai \u2018Sapiza\u2019 dipercayai menjadi dalang penipuan skim terbabit sehingga memperdayakan ribuan mangsa di seluruh negara melibatkan kerugian didakwa puluhan juta ringgit.\u00a0\n\n\nSetiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata pihaknya menerima aduan daripada sekumpulan individu yang mendakwa telah ditipu dalam skim kutu itu.\u00a0\n\n\n\u201c\nJadi, adalah satu individu atau pun satu entiti ni yang telah menjalankan satu program yang dipanggil \u2018saving Sapiza\u2019.\u00a0\n\n\n\u201c\nProgram \u2018saving Sapiza\u2019 ini menawarkan kutu ekstra atau pun dia panggil \u2018kutu ganti\u2019 dan mendapat faedah tambahan sehingga mencecah 60%,\u201d katanya dalam satu sidang media diadakan di ibu negara hari ini yang turut dihadiri Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M kecewa pengundi tolak calon bersih, tidak bersalah\n\n\n\n\n\n\nRakyat Bergadai Nyawa, Politikus Rebut Kuasa? | Agenda Pertiwi\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik perempuan maut terkena renjatan elektrik\n\n\n\n\n\n\nRosakkan harta sekolah, pelajar bakal jalani khidmat komuniti\n\n\n\n\n\n\nPasport Zahid dikembalikan petanda awal dibebaskan \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Hishamuddin, skim ini telah wujud sejak tahun 2015 dengan menggunakan platform WhatsApp, Instagram, Facebook dan Telegram yang bertapak di Johor tanpa bangunan syarikat menyebabkan kerugian setiap seorang antara RM7,000 sehingga RM200,000.\n\n\nMenurut beliau, skim itu menyediakan beberapa pakej dan masa tertentu untuk tarikh pulangan wang modal serta menawarkan pembayaran ekstra sebanyak 60 peratus daripada jumlah pelaburan.\u00a0\n\n\nJelas Hishamuddin, antara mangsa-mangsa yang telah diperdaya dengan skim ini adalah terdiri daripada penjawat awam, golongan profesional serta suri rumah.\n\n\nSehubungan itu, beliau menyeru Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan polis untuk menyiasat kes berkenaan secara menyeluruh.\u00a0\n\n\n\u201cKami ingin merayu kepada agensi-agensi, pihak-pihak yang berkaitan seperti \n Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) supaya siasatan dibuat menyeluruh tidak hanya diberikan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).\u00a0\n\n\n\u201cPerkara ini juga perlu disiasat dibawah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan ia perlu dilakukan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/tidak-perlu-lagi-pamer-pelekat-cukai-jalan-pada-kenderaan-bermula-hari-ini/", "title": "Kenderaan persendirian tidak perlu pamer cukai jalan bermula hari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Berkuat kuasa hari ini\u00a0 (10 Februari)\u00a0 peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mengkehendaki setiap Lesen Kenderaan Motor,\u00a0 LKM dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan tidak lagi dikuatkuasakan.\n\n\nMenteri Pengangkutan, Anthonya Loke berkata rakyat di negara ini yang juga pemilik kenderaan kini\u00a0 boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi telefon pintar MyJPJ yang dilaksanakan di bawah satu projek perintis secara dalaman.\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, ini selaras dengan pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh Kementerian Pengangkutan.\n\n\nBeliau berkata, selaras pengumuman pada pagi ini, peruntukan bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mengkehendaki setiap LKM dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan tidak lagi dikuatkuasakan bagi kategori pemilik bawah fasa pertama itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cInisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa pertama membabitkan kenderaan persendirian individu, termasuk motosikal (warganegara), mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum kiasan pelaksanaannya ke fasa seterusnya,\u201d katanya pada sidang media hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nLoke pada 3 Januari lalu dalam kenyataan di Facebook mengenai pelekat cukai jalan yang dikatakan sering tertanggal menyatakan akan mengambil tindakan berhubung perkara itu.\n\n\nLoke dilaporkan berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memberi fokus kepada pendigitalan sistem bagi menyelesaikan isu orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lama di kaunter ketika berurusan.\n\n\n\u201cAntara agenda utama JPJ tahun ini ialah melaksanakan\u00a0\ndigitalisasi dalam perkhidmatan\n\u00a0teras kepada rakyat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu, selain memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya,\u201d katanya.\n\n\n\n\nBeliau berkata, antara agenda utama kementerian adalah mempermudahkan urusan rakyat.\n\n\nSejak tahun lalu, pelekat cukai jalan menjadi perhatian orang ramai kerana didakwa tidak berkualiti kerana cepat rosak dan tidak tahan lama sekiranya ditanggalkan. Ia juga menjadi kabur dan kurang jelas sebelum cukai jalan itu tamat manakala sisa gam melekat pada cermin kereta apabila ditanggalkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/10/umno-sanjung-tinggi-tindakan-tidak-munasabah-kerajaan-campuran/", "title": "UMNO sanjung tinggi tindakan tidak munasabah kerajaan campuran", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0\nApa sahaja yang dibuat kerajaan akan disanjung mulia oleh UMNO walaupun perkara itu tidak munasabah.\n\n\nDemikian yang dikatakan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran Facebook hari ini sambil meluahkan rasa kecewa terhadap partinya itu.\n\n\nAhli parlimen Bera itu turut berkata, dalam barisan Kabinet Kerajaan Campuran ketika ini, hanya ada enam menteri dari UMNO termasuk seorang Timbalan Perdana Menteri.\n\n\nNamun, UMNO menganggap ia pencapaian besar, sedangKAN KETIKA\u00a0 Ismail menjadi Perdana Menteri ada 14 Menteri daripada Barisan Nasional.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAb Rauf bakal menjadi Ketua Menteri Melaka?\n\n\n\n\n\n\nAnwar angkat sumpah jawatan Perdana Menteri jam 5 petang\n\n\n\n\n\n\nRM3.4 bilion tuntutan semula Wang Tidak Dituntut sehingga 31 Mei\n\n\n\n\n\n\nJawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO masih boleh dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nHapus judi, syabas Kedah! \u2013 Mufti Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDulu saya sama-sama UMNO dikritik begitu teruk, kita dilanyak seperti kita ni pembangkang, UMNO seolah pembangkang waktu itu daripada Kerajaan saya perintah tetapi hari ini disanjung begitu mulia benda yang tak munasabah dilakukan oleh Kerajaan mereka yang mempertahankan. Saya aspek saya yang dipertahankan kalua kritik tu terlalu keras mungkin mereka boleh jadi perisai kepada saya tapi dulu mereka join sama untuk serang saya ,\u201d katanya.\n\n\nBekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluahkan rasa kecewa terhadap partinya.\n\n\nMalah, menurut Ismail beliau\n tidak pernah menunjukkan kekecewaan\n meskipun dilayan seperti pembangkang walaupun UMNO ada 42 kerusi di Parlimen.\n\n\nJelasnya, ketika menjadi Perdana Menteri, beliau dikritik begitu teruk oleh ahli partinya sendiri dan turut \u201cdibantai\u2019 dalam akhbar.\n\n\n\u201cTetapi saya ditekan oleh UMNO sendiri seperti saya bukan Menteri UMNO setiap apa yang berlaku tekananya adalah terlalu kuat pada saya, cadangan yang bagus saya setuju, saya boleh kata kenapa tak gunakan saluran yang betul untuk diberi pandangan kepada parti mesyuarat MT setiap bulan beritahulah saya apa yang patu saya buat tak payah bantai saya dalam surat khabar ni dalam media secara terbuka serang saya.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian bagi \nmenjelaskan beberapa kekeliruan berkaitan laporan \u2018UMNO dilanyak\u2019 seperti diterbitkan dalam wawancara beliau bersama media sebelum ini.\n\n\nSebaliknya Naib Presiden UMNO itu berkata, perkara yang sebetulnya adalah mengenai kekecewaan yang tidak pernah ditunjukkan beliau selama ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/ahli-parlimen-ph-tidak-sependapat-pelantikan-duta-malaysia-ke-amerika-syarikat/", "title": "Ahli Parlimen PH tidak sependapat pelantikan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Dua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) tidak sependapat dalam isu pelantikan bekas ahli parlimen dari UMNO Datuk Seri Mohd Nazri Aziz sebagai duta ke Amerika Syarikat (AS).\n\n\nAhli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata jawatan duta perlu dikhaskan kepada diplomat yang mahir dalam hal ehwal antarabangsa.\n\n\nMemetik Malaysiakini, Hassan berkata, negara mempunyai ramai diplomat lain yang berpengalaman dan sesuai untuk menggalas tanggungjawab tersebut.\n\n\n\u201cKita ada ramai diplomat yang bagus dan berpengalaman yang sesuai untuk menjadi duta Malaysia ke AS.\u201cPelantikan diplomat sebagai duta bukan untuk kitar semula ahli politik,\u201d / HASSAN ABDUL KARIM / Ahli Parlimen Pasir Gudang\n\n\nTambahnya, pemilihan duta Malaysia dari bekas menteri dan bekas ahli parlimen perlu dihentikan kerana ia bukan bertujuan mengitar semula ahli politik.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah biasa dengan perpecahan \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nPertikai Pulau Pinang dalam Perlembagaan akan dikenakan tindakan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Projek khusus tangani kesesakan jejas lokasi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nBN setuju pertahan Kerajaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nJemaah Haji Kongsi Pengalaman Manis Setelah 2 Tahun Pandemik\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzan berkata sebaliknya apabila tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelantikan Nazri.\u00a0\n\n\nKatanya, Nazri bukan lagi seorang ahli politik dan bukan ahli parlimen untuk mana-mana kawasan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cSaya tidak mempunyai sebarang isu (dengan pelantikan Nazri) kerana beliau bukan lagi ahli politik yang aktif dan bukan ahli parlimen untuk mana-mana kawasan,\u201d/ SANY HAMZAN / Ahli Parlimen Hulu Langat\n\n\n\u00a0\n\n\nAhli Parlimen Amanah itu berkata pengalaman Nazri dalam politik dan kerajaan berguna dalam membina hubungan baik dengan kerajaan AS.\n\n\nTerdahulu, pelantikan Nazri bersama sembilan lagi individu untuk mengetuai misi diplomatik di luar negara diumumkan pada Khamis lalu oleh Kementerian Luar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/anwar-tidak-pertimbang-cadangan-ramasamy/", "title": "Anwar tidak pertimbang cadangan Ramasamy", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nKerajaan tidak melihat isu dominasi kaum Melayu dalam sektor perkhidmatan awam sebagai satu masalah ketika ini.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan mempertimbangkan cadangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy yang meminta kerajaan melakukan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam b\nagi tujuan reformasi sektor awam yang tidak hanya didominasi orang Melayu.\n\n\n\u201cItu pandangan peribadi dia, kalau kita perlu timbang, kita akan timbang. \n\n\n\u201cTapi itu pun bukan pandangan DAP, perkara ini kita tidak buka saluran untuk kita pertimbangkan kerana keadaan sekarang, saya tidak fikir itu satu masalah. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNegara selamat berbilion ringgit jika teguran Laporan Ketua Audit dibaiki\n\n\n\n\n\n\nTauliah mengajar: Tokoh agama, ulama patut diberi pengecualian\n\n\n\n\n\n\nPindaan Memansuhkan Hukuman Mati Mandatori Akan Dibentangkan Pada Oktober \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu contohi Kedah tamatkan operasi judi\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin nafi ditahan, hanya beri keterangan di SPRM esok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTapi kita jangan melarang orang bercakap, memberi pandangan. Boleh (beri pandangan), tapi ia tidak mempengaruhi keputusan DAP dan tidak mempengaruhi keputusan kerajaan,\u201d katanya ketika ditemui selepas majlis Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023.\n\n\n\n\nAnwar diminta mengulas kenyataan Ramasamy di Facebook rasminya yang menggesa perlaksanaan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam yang didominasi kaum Melayu ketika ini.\n\n\nMenerusi kenyataan berbahasa Inggeris itu, Pimpinan DAP Pulau Pinang tersebut menyatakan bahawa kenyataan lama yang memihak kepada penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam adalah untuk mengimbangi penguasaan ekonomi Cina oleh Dr Mahathir adalah tidak boleh dipakai lagi.\n\n\nJusteru, Ramasamy menggesa Perdana Menteri untuk menyedari keperluan memecahkan dasar monopoli kaum tertentu semasa era kepimpinan Dr Mahathir Mohamad."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/bekas-diplomat-tidak-setuju-pelantikan-nazri-aziz/", "title": "Bekas diplomat tidak setuju pelantikan Nazri Aziz", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Perlantikan Duta Amerika Syarikat yang baharu, Datuk Seri Nazri Aziz juga turut mendapat \nkritikan daripada orang ramai serta bekas diplomat.\n\n\nMemetik Free Malaysia Today,\n\u00a0 bekas duta ke Belanda, Noor Farida Ariffin dan bekas pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Kanada Dennis Ignatius menyifatkan pelantikan bekas ahli parlimen itu suatu yang\u00a0 mengecewakan.\n\n\nKatanya\n tidak adil bagi diplomat sedia ada apabila mereka dinafikan peluang dilantik untuk menjadi duta.\n\n\nKata beliau Perdana Menteri telah membuat pertimbangan yang buruk apabila menamakan Nazri sebagai duta kita ke AS.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cKeputusan SC Sangat Mengejutkan\u201d \u2013 Gomez\n\n\n\n\n\n\nBas terbakar, 20 orang penumpang hampir maut\n\n\n\n\n\n\nSelangor umum Isnin cuti peristiwa jika PH-BN menang pilihan raya\n\n\n\n\n\n\nMahkamah pulangkan pasport Syed Saddiq untuk sementara waktu\n\n\n\n\n\n\nUndi tak percaya ke atas Presiden UMNO boleh dilakukan \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 9 Februari lalu,\u00a0 Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia termasuk Mohamed Nazri sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.\n\n\nKementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, Nazri yang juga graduan Lincoln\u2019s Inn di United Kingdom dipilih kerana pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.\n\n\nPada Jun tahun lalu, \nNazri yang juga bekas Ahli Parlimen Padang Rengas menafikan beliau dilantik sebagai \nDuta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.\n\n\nNazri memulakan karier politiknya pada tahun 1978 ketika berusia 24 tahun dan berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dari 1999 hingga 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (2013 hingga 2018)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/belanjawan-2023-isu-batu-puteh-jadi-tumpuan-mesyuarat-ke-15-parlimen/", "title": "Belanjawan 2023, isu Batu Puteh jadi tumpuan Mesyuarat ke-15 Parlimen", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Sabtu \u2013\nIstiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang berlangsung pada Isnin ini, bakal disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin AL- Mustafa Billah Shah.\n\n\nBerdasarkan takwim yang dimuatkan di laman web Parlimen, persidangan pada kali ini akan berlangsung selama 29 hari, yang tertumpu kepada perbahasan Titah Diraja bermula 13 Februari hingga 21 Februari.\n\n\n\u00a0\n\n\nYang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadualkan bakal menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke 15 Isnin ini.\n\n\nSelain itu, Yang di- Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadualkan bakal menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke 15 Isnin ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nI-Guru Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nTiada keperluan PRK DUN Gurun, pengosongan kerusi hampir tamat penggal\n\n\n\n\n\n\nCalon BN akan guna logo dacing pada PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Projek khusus tangani kesesakan jejas lokasi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir saman Anwar RM150 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nManakala buat pembentangan semula Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 akan disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan pada 24 Februari ini.\n\n\nDalam pada itu, mesyuarat persidangan parlimen itu juga akan menyentuh isu kertas putih berhubung perolehan dan kos pembelian vaksin Covid-19 yang dikatakan tidak mengikut prosedur sebelum ini.\n\n\nMalah Kertas Putih mengenai kes Batu Puteh turut dibentangkan untuk tindakan susulan yang disediakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.\n\n\nJusteru, terdapat juga pembaharuan buat persidangan kali ini, iaitu sesi Soal Jawab Perdana Menteri pada setiap hari Selasa bermula 13 Februari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/dap-sombong-angkuh-gesa-pecahkan-dominasi-melayu-dalam-kakitangan-awam/", "title": "DAP sombong, angkuh gesa pecahkan dominasi Melayu dalam kakitangan awam", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Gesaan DAP untuk memecahkan monopoli Melayu dalam sektor perkhidmatan awam disifatkan sebagai angkuh dan sombong.\n\n\nMenurut Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Aminuddin Yahaya, gesaan oleh pimpinan DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy membuktikan ancaman terhadap Melayu adalah satu realiti bukan pembohongan.\n\n\n\u201cApakah DAP akan hanya berpuas hati jika orang Melayu dan Bumiputera menjadi minoriti dalam perkhidmatan awam kerajaan? Padahal orang Melayu dan Bumiputera membentuk majoriti besar populasi penduduk Malaysia. Maka, tak pelik pun jika mereka juga majoriti dalam penjawat awam,\u201d katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.\n\n\nMalah, tegas Aminuddin, puak-puak rasis itu juga berbangga apabila orang-orang bukan Melayu dan Bumiputera terutamanya orang Cina majoriti besarnya memilih untuk keluar dari landasan pendidikan arus perdana kebangsaan dan memilih UEC.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSD Sokong Anwar : Ahmad Maslan Tanta Siapa PM Sekarang?\n\n\n\n\n\n\nCukai Makmur Bantu Rakyat Hadapi Inflasi\n\n\n\n\n\n\nTiada protes tidak bermakna mogok doktor kontrak gagal\n\n\n\n\n\n\nBeri \u2018sedekah\u2019 kepada pengundi tetap rasuah \u2013 Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nSPCAAM cadang pekerja bersara umur 65 tahun\n\n\n\n\n\n\n\n\nMaka, jelasnya, tidak peliklah mereka ini tidak akan masuk perkhidmatan awam.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Aminuddin mengulas kenyataan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa majoriti orang Cina berkelulusan UEC tidak mahu bekerja dalam perkhidmatan awam kerana gaji rendah.\n\n\nUlasnya, orang Melayu dan bumiputera yang sering dikambing hitamkan boleh menerima dan redha dengan gaji rendah sedemikian.\n\n\n\u201cAmboi, selama ini orang Melayu dan Bumiputera yang sering di kambing hitam itu boleh sabar dan redha sahaja dengan gaji rendah sedemikian. Apabila nak fikir bangsa lain, barulah terkial-kial berfikir bab gaji rendah. Memang mabuk sungguh.\n\n\n\u201cMalang jugalah usaha beliau itu. Sudah iktiraf UEC pun mereka tak mahu bekerja dengan kerajaan negeri. Sampai kena gula-gulakan dengan gaji pula. Macam peribahasa \u201csudah dapat betis, nak peha\u201d,\u201d katanya.\n\n\nRamasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\nKatanya, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/f-22-raptor-tembak-jatuh-sekali-lagi-objek-misteri-selepas-belon-pengintip-china/", "title": "F-22 \u201cRaptor\u201d tembak jatuh sekali lagi objek misteri selepas belon pengintip China", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Sabu \u2013 Kira-kira seminggu selepas menembak jatuh belon pengintip China, pesawat pejuang F-22 \u201cRaptor\u201d Tentera Udara Amerika Syarikat telah dikerah sekali lagi untuk menembak jatuh satu lagi objek altitud tinggi \u201cmisteri\u201d di ruang udara Alaska pula.\n\n\n\n\n\n\nPesawat pejuang generasi kelima itu melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X untuk menembak jatuh objek tidak dikenali bersaiz sebuah kereta kecil yang berada pada ketinggian 40,000 kali.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nObjek itu ditembak jatuh kerana ia membahayakan penerbangan awam.\n\n\nPresiden Amerika Syarikat Jo Biden telah memberikan arahan supaya objek tidak dikenali itu ditembak jatuh oleh pesawat pejuang negara itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelepas mengesan dan menjejaki objek tidak dikenali itu (Unidentified Flying Object \u2013 UFO), pihak North American Aerospace Defense Command (NORAD) telah mengerah pesawat pejuang F-35 untuk mengenalpasti objek terbabit sebelum F-22 menembaknya jatuh.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDetik-detik belon pengintip milik China ditembak jatuh oleh pesawat F-22 di luar pantai North Carolina minggu lepas.\n\n\nSementara itu jurucakap Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Brig Jen Pat Ryder mengatakan bahawa objek altitude yang ditembak jatuh itu adalah berlainan daripada belon pengintip milik China yang ditembak jatuh di luar pantai North Carolina minggu lepas.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada ketika ini menurut beliau, pihaknya tidak mempunyai maklumat lanjut berkenaan kemampuan, tujuan atau milik siapa objek altitud tinggi yang ditembak jatuh di Alaska itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun katanya, saiznya adalah bersamaan dengan sebuah kereta kecil.\n\n\nKejadian beberapa jam lepas di ruang udara Alaska itu merupakan insiden kali kedua selepas pesawat F-22 \u201cRaptor\u201d itu menembak jatuh belon pengintip milik China minggu lepas.\n\n\n\n\n\n\nDalam kejadian minggu lepas, pesawat pejuang F-22 yang\u00a0 berpengkalan di Pangkalan Udara Langley telah melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X terhadap belon pengintip milik China itu ketika ia berada pada ketinggian 56,000 kaki.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBelon pengintip milk China\n\n\nPresiden Jo Biden dilapor mahukan belon pengintip itu ditembak jatuh lebih awal tetapi tindakan itu tidak dapat dilakukan kerana bimbang serpihan belon yang saiznya menyamai tiga buah bas akan mengancam kawasan penduduk.\n\n\nKehadiran belon \u201cpengintip\u201d itu telah meningkatkan ketegangan di antara Washington dan Beijing sehingga menyebabkan kunjungan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken ke China pada bulan ini dibatalkan.\n\n\nKementerian Luar China membidas tindakan Amerika Syarikat itu dan mengatakan bahawa ia akan menegakkan hak dan kepentingan syarikat pemilik belon itu untuk bertindak balas terhadap apa yang dilakukan oleh Washington.\n\n\nIa juga mengatakan bahawa tindakan menembak jatuh belon itu adalah keterlaluan dan melanggar norma antarabangsa. \u2013\u00a0DEFENCE SECURITY ASIA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/gempa-turkiye-syria-arkitek-apartmen-mewah-ditahan-selepas-larikan-diri/", "title": "Gempa Turkiye & Syria: Arkitek apartmen mewah ditahan selepas larikan diri", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Polis Turkiye pada Jumaat menahan seorang arkitek selepas apartmen mewah yang dibinanya runtuh dalam gempa bumi kuat Isnin lalu.\n\n\nMehmet Yasar Coskun ditahan di lapangan terbang Istanbul ketika cuba melarikan diri dari negara itu ke Montenegro.\n\n\nLapor Nexta TV, dia juga didakwa membawa wang yang tidak diketahui jumlahnya ketika ditahan.\n\n\n\n\nThe architect of the Renaissance Residential Complex (250 apartments) in Hatay Province, which completely collapsed in an earthquake, was detained at Istanbul airport.\n\n\nMehmet Ya\u015far Coskun was about to fly to Montenegro. He was carrying a huge amount of cash. \npic.twitter.com/0CEuboHRf4\n\n\n\u2014 NEXTA (@nexta_tv) \nFebruary 10, 2023\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenganggur mengaku kelar ibu, adik berdepan hukuman penjara 80 tahun\n\n\n\n\n\n\nLoh Siew Hong fail rayuan status Islam anak\n\n\n\n\n\n\nSekatan warga Palestin masuk Masjid Al-Aqsa dikecam\n\n\n\n\n\n\nSelangor, Kuala Lumpur Catat Kes Luar Tabii Tertinggi\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak guna wang kerajaan \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nRonesans Residence, sebuah blok apartmen mewah di bandar Antakya, tumbang dalam insiden gempa pada Isnin sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial.\n\n\nIa merupakan antara apartmen paling eksklusif di Antakya, mempunyai blok 12 tingkat seluas 10,500 meter persegi, dilengkapi 249 unit pangsapuri dengan antara dua dan lima bilik tidur setiap satu, kolam renang dan gelanggang sukan.\n\n\nIa turut diiklankan sebagai bangunan yang dibuat mengikut standard pembinaan tertinggi.\n\n\nDianggarkan 1,000 penghuni mendiami apartmen itu ketika ia tumbang.\u00a0\n\n\nMedia Turkiye melaporkan, ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan blok dan usaha menyelamat masih diteruskan.\n\n\nBekas pemain bola sepak antarabangsa Ghana, Christian Atsu, bersama pengarah sukan kelab Hatayspor, Taner Savut dipercayai antara mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan apartmen tersebut.\n\n\nGegaran 7.8 pada skala Richter dan gegaran susulan pada Isnin memusnahkan sebahagian besar tenggara Turkiye dan negara jiran Syria, mengorbankan lebih 23,000 orang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/gempa-turkiye-syria-white-helmets-umum-misi-menyelamat-mangsa-terselamat-berakhir/", "title": "Gempa Turkiye & Syria : White Helmets umum misi menyelamat mangsa terselamat berakhir", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi yang masih bernyawa\u00a0 di Syria semakin tipis.\n\n\nAgensi kemanusiaan, The White Helmets\u00a0 mengumumkan menamatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang mungkin terselamat di kawasan yang dikawal puak pemberontak di utara dan barat laut negara itu.\n\n\nMenerusi satu kenyataan, mereka terpaksa akur dan\u00a0 percaya tiada lagi mangsa yang masih hidup setelah terperangkap di bawah runtuhan itu selepas 108 jam misi pencarian.\n\n\n\n\nThe bodies of two girls and a doctor with his family were recovered on the second day of the earthquake response, from the rubble of destruction in the city of Harem on February 7, on the second day of the \n#earthquake\n.\n#Syria\n \npic.twitter.com/fQnj3m29c1\n\n\n\u2014 The White Helmets (@SyriaCivilDef) \nFebruary 10, 2023\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRafizi cabar PN jadi pembangkang lebih bagus\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Serah Kedudukannya Kepada Agong\n\n\n\n\n\n\nPerlu ada jabatan khas tangani isu dera kanak-kanak \u2013 Raja Zarith\n\n\n\n\n\n\nPDRM nafi jadi dalang kegiatan seludup mercun\n\n\n\n\n\n\nI-Guru gesa tindakan tegas kepada pelajar rosakkan harta benda sekolah\n\n\n\n\n\n\n\n\nPihaknya sebaliknya kini menumpukan kepada pencarian mayat mangsa yang berada di bawah runtuhan bangunan.\n\n\nKatanya, sejak gempa bumi pada Isnin sehingga pengumuman tamat operasi mencari dan menyelamat, sejumlah 2,166 korban dicatatkan dengan lebih 2,950 mangsa yang cedera di seluruh kawasan dilanda gempa di utara dan barat laut Syria.\n\n\nMenurut kenyataan itu lagi, kebanyakan mangsa korban di kawasan paling teruk terjejas, termasuk di bandar Jindires dan Haram di utara Syria, ialah wanita dan kanak-kanak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/kementerian-kewangan-tidak-terima-cadangan-mohon-kwsp-ahmad-maslan/", "title": "Kementerian Kewangan tidak terima cadangan mohon KWSP \u2013 Ahmad Maslan", "body": "0\n\n\nBangi, Sabtu \u2013 \nTimbalan Menteri Kementerian Kewangan memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang cadangan mengenai isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama kumpulan fokus sewaktu 12 sesi\u00a0 dialog Belanjawan 2023 di kementerian itu.\n\n\nAhmad Maslan menjelaskan kerajaan bakal membawa kaedah yang lain bagi membantu rakyat dalam mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin meningkat\n\n\nBerikutan itu, Ahmad menegaskan bahawa, pengeluaran KWSP yang dikeluarkan oleh rakyat hanya berlaku sewaktu saat genting semasa penularan Covid-19 sahaja.\n\n\n12 sesi dialog turut menglibatkan pelbagai pihak serta individu daripada pelbagai latar belakang bagi menganalisis belanjawan 2023 dan permohonan tambahan\n\n\nMengulas lanjut, Kementerian Kewangan telah melaksanakan 12 sesi dialog berhubung Belanjawan 2023 bagi menganalisis beberapa cadangan dan pandangan daripada pelbagai individu dan pertubuhan bukan kerajaan.\n\n\n\u00a0\nDalam pada itu, Ahmad menjelaskan sesi dialog itu turut melibatkan jabatan, agensi kerajaan, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi meminta sebarang peruntukan tambahan buat Belanjawan 2023 itu nanti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemandu tabur paku di jalan raya diburu polis\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak cadang turunkan harga siling petrol, diesel\n\n\n\n\n\n\n3 Dos Vaksin Sinovac Beri 94% Perlindungan Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\n32% Jumlah Pengundi Setakat Jam 11 Pagi\n\n\n\n\n\n\nRM40,000 Elaun Pengerusi FGV Naik, Pengarah Dapat RM12,500 Sebulan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, beliau mendakwa sepanjang sesi itu berjalan, tiada sebarang cadangan yang meminta KWSP oleh pelbagai pihak yang hadir.\n\n\n\u00a0\nTambah beliau, pihak berkenaan mungkin memahami bahawa pengeluaran KWSP pada ketika Covid-19, kerana mereka tidak boleh menjalankan perniagaan, tidak dapat bekerja dengan sempurna serta mempunyai masalah kewangan yang teruk, justeru kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP ketika itu.\n\n\nJelasnya juga, jumlah caruman KWSP oleh bumiputera amat kecil, iaitu sebanyak 44 peratus pencarum mempunyai gaji kurang RM 2,000, sebulan, manakala 81 peratus pencarum mempunyai gaji kurang RM 5,000 sebulan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/lantikan-nurul-izzah-walau-tanpa-gaji-tidak-mengubah-konsep-nepotisme/", "title": "Lantikan Nurul Izzah walau tanpa gaji, tidak mengubah konsep Nepotisme", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nPelantikan Nurul Izzah sebagai sebagai Penasihat Kanan bagi Ekonomi dan Kewangan tetap bersifat nepotisme walau apa pun penafian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nPresiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkata, pelantikan Naib Presiden PKR itu sememangnya nepotisme, meskipun Anwar mendakwa jawatan itu diberikan tanpa gaji.\n\n\nDalam satu hantaran facebooknya,\u00a0 Zamani berkata walaupun tidak menerima gaji, Anwar tidak boleh mengubah definisi nepotisme yang bermaksud mengutamakan kaum keluarga untuk pelantikan sesuatu jawatan.\n\n\nDibayar gaji atau tidak dibayar gaji itu bab lain. Jadi datuk seri anwar jangan lari daripada definisi itu. Selama ini, yang PKR\u00a0 perjuangkan dan bising di luar sana tapi bila sampai masanya Datuk Seri Anwar\u00a0 melantik anaknya sendiri. Bila macam itu,\u00a0 beliau cuba lari daripada menafikan definisi nepotisme itu sendiri. Nepotisme bukan kepada gaji tapi keturunan kaum kerabat, cuba lihat definisi itu menyerahkan melantik dalam jawatan anak keluarga kita, cucu kita, itu Nepotisme.\u201d\n\n\nZamani berkata, nepotisme bukan tertakluk kepada gaji, tetapi merujuk amalan mengutamakan keturunan dan kaum kerabat untuk lantikan jawatan tertentu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBomba Giat Cari Tujuh Mangsa Hilang Di Pahang\n\n\n\n\n\n\n34 Ladang Khinzir Ditutup, Gagal Penuhi Syarat Pelesenan\n\n\n\n\n\n\nHanya Empat Kerusi Ditawarkan Untuk PAS\n\n\n\n\n\n\nMotac cadang wajibkan syarikat pengendali umrah sedia perjanjian dengan jemaah\n\n\n\n\n\n\n55 kawasan di wilayah Shah Alam, Klang alami gangguan bekalan air\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, negara masih mempunyai ramai pakar ekonomi yang boleh ditempatkan untuk memegang jawatan tersebut dan tidak semestinya perlu melantik Nurul Izzah.\n\n\nTerdahulu, Nurul Izzah mengesahkan pelantikannya itu dan memulakan perkhidmatan berkuat kuasa pada 3 Januari lalu.\n\n\nAnwar memberitahu Nurul Izzah dilantik berdasarkan kelayakan kerana anaknya itu mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan.\n\n\nMalah, katanya, Izzah turut memiliki ijazah kedua dalam dasar awam dan sosial dari Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat selain bertujuan membantu beliau di Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta Kementerian Kewangan (MOF)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/nazri-aziz-dilantik-duta-amerika-syarikat-oleh-kerajaan-lalu-perdana-menteri/", "title": "Nazri Aziz dilantik duta Amerika Syarikat oleh kerajaan lalu \u2013 Perdana Menteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat telah dilakukan oleh kerajaan lalu.\n\n\nJelasnya, pelantikan itu juga sudah disahkan oleh Amerika Syarikat, sekali gus menyebabkan pentadbiran beliau terpaksa meneruskan perlantikan itu kerana sebarang pembatalan akan menimbulkan pelbagai masalah lain.\n\n\n\u201cKadang-kadang orang teguran dalam terburu-buru. Lantikan itu dibuat setahun yang lalu, mengambil masa enam bulan untuk Amerika Syarikat mengesahkan.\n\n\n\u201cSetelah disahkan saya ambil alih kerajaan. Saya hanya mohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk tangguh sedikit tentang watikah supaya saya susun dulu jemaah menteri. Saya harus maklumkan kepada jemaah menteri,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak rasmi : Noraini Ahmad pertahan jawatan Ketua Wanita UMNO\n\n\n\n\n\n\nTakiyuddin dakwa surat RoS bercanggah dengan kenyataan Saifuddin\n\n\n\n\n\n\nDUN Dudong Hangat Diperkatakan Menjelang Hari Mengundi\n\n\n\n\n\n\nTH gesa 31,600 bakal haji segera jawab surat tawaran\n\n\n\n\n\n\nPeraturan atau Akta untuk Orang Politik Seperti Penjawat Awam Yang Digantung Tugas\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar selepas pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MyFutureJobs 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi tadi.\n\n\nPada 9 Februari lalu, Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia termasuk Mohamed Nazri sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.\n\n\nKementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, Nazri yang juga graduan Lincoln\u2019s Inn di United Kingdom dipilih kerana pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.\n\n\nJusteru, Anwar menasihatkan agar pihak lain tidak membuat sebarang kenyataan terburu-buru dan bertanya terus kepada beliau mengenai isu tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/p-ramasamy-gesa-reformasi-penjawat-awam-pecah-monopoli-kaum-tertentu/", "title": "P.Ramasamy gesa reformasi penjawat awam pecah monopoli kaum tertentu", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Menyifatkan perkhidmatan awam Malaysia sudah tepu dan perlu menjalani pembaharuan, Timbalan Ketua Menteri II\u00a0 Pulau Pinang, P Ramasamy mahu reformasi penjawat awam dilakukan.\n\n\nRamasamy menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memecahkan dasar monopoli kaum tertentu ketika era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\n\u201cSelepas lebih 60 tahun merdeka, perkhidmatan awam negara kebanyakannya terdiri daripada Bumiputera Melayu dari Semenanjung dengan penyertaan kecil Bumiputera bukan Islam dan bukan Melayu, termasuk Cina dan India.\u201d \u2013 P Ramasamy / \nTimbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.\u00a0\n\n\nMemetik Awani, Ramasamy berkata, perkhidmatan awam negara kebanyakan terdiri daripada Bumiputera Melayu dengan sedikit penyertaan bumiputera bukan islam dan bukan Melayu termasuk Cina dan India.\n\n\nSetelah 60 tahun kemerdekaan dasar perkauman itu tidak boleh dipertahankan lagi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu ayam dan telur, MAFS dapat markah tercorot\n\n\n\n\n\n\nMB Perak dakwa videonya mengenai Tanah Rizab Melayu dimanipulasi\n\n\n\n\n\n\nMangsa Banjir Boleh Mohon Kelonggaran Bayaran Semula\n\n\n\n\n\n\nSiti Bainun kena penjara 12 tahun\n\n\n\n\n\n\nAngkuh vokalis The 1975 salahkan penganjur, mengapa undang dia?\n\n\n\n\n\n\n\n\nRamasamy juga tetap dengan pendirian menggesa Anwar secara perlahan reformasi perkhidmatan awam yang mencerminkan komposisi etnik negara.\u00a0\n\n\nDia turut menegaskan penguasaan Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi Cina oleh Dr Mahathir tidak boleh digunapakai lagi.\n\n\nRamasamy dalam hantaran di Facebooknya, memetik kenyataan Premier Sarawak Abang Johari Openg dan jurucakap\u00a0 kumpulan G25 Noor Faridah Mohd Ariffi yang menggesa supaya perkhidmatan awam dibuka kepada bukan Bumiputera di Sabah dan Sarawak termasuk kaum Cina.\n\n\nMenurut pemimpin DAP itu, alasan orang bukan Melayu tidak melibatkan diri dari perkhidmatan awam kerana kekurangan prospek kenaikan pangkat adalah juga tidak benar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/pejuang-tersasar-daripada-tujuan-penubuhannya-tun-mahathir/", "title": "PEJUANG tersasar daripada tujuan penubuhannya \u2013 Tun Mahathir", "body": "0\n\n\nBangi, Sabtu \u2013 Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) selepas melihat aliran PEJUANG tersasar daripada tujuan sebenar penubuhannya.\n\n\nBekas Pengerusi PEJUANG itu memilih Gerakan Tanah Air (GTA) susulan parti berkenaan enggan bekerjasama dengan GTA dan sekaligus seperti menolak beliau yang juga Pengerusi Penaja GTA.\n\n\n\u201cPEJUANG tolak (untuk bekerjasama dengan) GTA, maknanya ia tolak saya sekalilah. Saya dalam GTA dan PEJUANG sejak dulu lagi. Namun aliran PEJUANG nampak sudah lain sikit kini, sebab itu saya letak jawatan.\u201d\n\n\nMemetik Berita Harian, Tun Mahathir berkata demikian pada Forum Usahawan Bumiputera, \u2018Membina Daya Tahan Ekonomi Bumiputera dan Cabaran Masa Hadapan\u2019 di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, hari ini.\n\n\nSemalam, media melaporkan Dr Mahathir mengumumkan beliau keluar PEJUANG bersama 12 lagi ahli lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga siling ayam, telur dimuktamad esok\n\n\n\n\n\n\nPRN: Enam negeri masih kekal sepakat bubar DUN serentak\n\n\n\n\n\n\nKesihatan Ustaz Azhar Idrus semakin baik\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah Puji Usaha Koordinasi Sukarelawan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nSPRM geledah pejabat, kediaman Sivakumar\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut satu notis kepada Setiausaha Agung PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah, keputusan itu dibuat berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan GTA.\n\n\nBekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat PEJUANG, Armin Baniaz Pahamin pula dilaporkan berkata Dr Mahathir sangat sedih apabila parti berkenaan mahu bergabung dengan Pakatan Harapan (PH), walaupun idea berkenaan tidak selari dengan matlamat dan perjuangannya.\n\n\nMengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, fokusnya kini ialah mengukuhkan GTA dan bersedia untuk menerima sesiapa saja yang bersih serta mempunyai ideologi sama untuk berjuang demi bangsa, negara dan agama.\n\n\nPEJUANG ditubuhkan bekas Perdana Menteri itu pada Ogos 2020 sebelum beliau meletak jawatan sebagai Pengerusinya pada Disember tahun lalu.\n\n\nTerdahulu, perwakilan PEJUANG mengumumkan tarik diri daripada GTA, pada mesyuarat agung kedua parti itu, 14 Januari lalu.\n\n\nPada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), GTA yang bertanding menggunakan logo PEJUANG, gagal meraih sebarang kemenangan meskipun meletakkan calon di 125 kerusi.\n\n\nDr Mahathir sendiri kalah teruk dengan majoriti 13,518 undi di kerusi Parlimen Langkawi, malah beliau juga hilang wang deposit apabila sekadar meraih 4,566 undi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/ramasamy-bawa-agenda-malaysian-malaysia-berjasa/", "title": "Ramasamy bawa agenda \u2018Malaysian Malaysia\u2019 \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nTindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy yang menggesa perkhidmatan awam Malaysia dibuka kepada bukan Bumiputera dianggap sebagai membawa satu agenda \u2018Malaysian Malaysia\u2019.\n\n\nPresiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Zamani Ibrahim berkata, jumlah pekerja awam yang mewakili setiap bangsa di sektor awam adalah memadai mengikut peratusan bangsa yang terdapat di Malaysia.\n\n\nBagi saya dia ( P Ramasamy) cuba membawa agenda malaysian malaysia itu. dia nak sama rata walaupun jumlah populasi penduduk india itu hanya 6.6 peratus.\n\n\n\u201cBagi saya telah memadai jumalah 48,000 penjawat awam berbangsa India dalam sektor awam, ia menggambarkan negara kita berada di tahap amat meraikan dari sudut pelantikan penjawat awam dalam melihat perbezaan bangsa itu sendiri.\n\n\n\u201cMaksudnya sesuai lah 70 peratus Melayu mewakili lebih ramai berbanding 6.6 peratus bangsa India bersamaan lebih 40,000 orang dilantik, ini adil dan sesuai,\u201d katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama TV Pertiwi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCadangan stabilkan harga babi dibawa ke Kabinet esok\n\n\n\n\n\n\nLelaki hina Agong berkaitan pelantikan PM direman 3 hari\n\n\n\n\n\n\nGangguan bekalan air di 99 kawasan di Selangor pada Isnin\n\n\n\n\n\n\nSijil pentauliahan bukan penghalang aktiviti belajar agama\n\n\n\n\n\n\nPerodua AXIA 2023 terima 20,100 tempahan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Zamani juga menegaskan negara tidak pernah memisahkan kaum dalam melantik ataupun meletakkan syarat bagi menyertai sektor awam yang terdiri daripada bangsa Melayu.\n\n\nTambahnya, cuma syarat asas yang perlu ditepati adalah mendapat gred kredit dalam Bahasa Melayu seperti yang diperuntukkan syarat itu.\n\n\nMengulas lanjut, Presiden BERJASA itu turut meminta Ramasamy untuk melihat punca orang India tidak berminat bekerja di sektor penjawat awam dan bukannya mempertikaikan jurang ini.\n\n\n\u201cSaya menyeru atau menasihati Ramasamy bahawa beliau harus lihat apakah punca orang India tidak berminat untuk bekerja di sektor penjawat awam.\u00a0\n\n\n\u201cIa lebih kepada punca yang patut diatasi dan bukan angka perbezaan pekerja sektor awam antara kaum Melayu dan India. \n\n\n\u201cMengapa orang India tidak berminat dengan sektor ini perlu dibaiki oleh Ramasamy sendiri sebagai pemimpin DAP yang telah menerajui kerajaan ketika ini,\u201d\n\n\nSementara itu, Zamani turut mencadangkan sepatutnya Ramasamy perlu mengatasi masalah itu dengan memperbaiki Bahasa Melayu dan menghantar bangsa India ke sekolah kebangsaan Melayu.\n\n\nSebelum ini, \nP Ramasamy menggesa kerajan supaya perkhidmatan awam Malaysia yang dianggapnya telah \u201ckejang\u201d (ossified) menjalani pembaharuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/tiada-sekatan-mana-mana-kaum-sertai-pasukan-beruniform-cuma-kurang-minat-musa-hassan/", "title": "Tiada sekatan mana-mana kaum sertai pasukan beruniform, cuma kurang minat \u2013 Musa Hassan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Tidak ada sekatan daripada kaum-kaum lain daripada memasuki pasukan beruniform di negara ini.\n\n\n Sebaliknya, perjawatan yang ditawarkan kurang mendapat sambutan daripada kaum selain Melayu.\n\n\nBekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata berdasarkan pengalamannya usaha telah dilakukan untuk menarik minat semua kaum menyertai pasukan polis.\n\n\nBeliau pernah meminta bantuan parti politik untuk mempromosikan tawaran pekerjaan berkenaan untuk menarik minat kaum lain menyertai pasukan Sang Saka Biru namun tetap kurang mendapat sambutan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP, UMNO bukan kahwin paksa \u2013 Anthony Loke\n\n\n\n\n\n\nPeluang Khairy jadi MB lebih terbuka di Kelantan \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nCalon PN di Terengganu, Kelantan guna logo PAS\n\n\n\n\n\n\nPemeriksaan kenderaan tidak lagi eksklusif kepada Puspakom\n\n\n\n\n\n\nPelancaran MEASAT \u2013 3d Bantu Rapatkan Jurang Digital \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, bukan sahaja di peringkat jawatan Konstabel, tetapi apabila jawatan lebih tinggi seperti pangkat Inspektor yang diiklankan masih juga kurang permohonan daripada kaum lain yang diterima.\n\n\nTidak ada apa-apa sekatan daripada orang awam dan lain-lain kaum untuk memasuki pasukan polis atau beruniform yang lain. Walau bagaimanapun apabila kita sudah menguar-uarkan ambil intake terutama dari segi pangkat Konstabel, kita melihat tidak ramai kaum lain apply kerana berkemungkinan gajinya\u00a0 rendah dan menganggap Konstabel ini peringkat paling bawah. Oleh kerana itu kaum lain tidak meminta jawatan itu. Namun saya minta juga kepada parti politik seperti MCA, MIC,\u00a0 untuk membantu kaum lain memasuki polis tapi masih tiada sambutan.\u201d \u2013 TAN SRI MUSA HASSAN / Bekas Ketua Polis Negara\n\n\nTan Sri Musa diminta mengulas mengenai dominasi kaum Melayu dan Bumiputera dalam perjawatan awam yang perlu dipecahkan, seperti dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang, P.Ramasamy.\n\n\nKatanya lagi\u00a0 antara alasan diberikan ialah gaji yang rendah dan tidak berminat dengan perjawatan awam.\n\n\n\u201cNombor satu mereka kata Konstabel ini\u00a0 di \nperingkat bawahan, mereka\u00a0 tidak suka terima arahan, nombor dua gaji kecil dan ada sebilangan pula kata kerja polis the lowest punya pekerjaanlah jadi mereka sanggup kerja dengan swasta dan macam-macam lagi.\u201d\n\n\nMalah katanya, ada di antara pemohon yang bukan daripada kaum Melayu mempunyai semangat patriotik yang tinggi,\u00a0 mereka sanggup menyertai\u00a0 PDRM walaupun sudah mendapat gaji yang lumayan, antaranya yang sudah pun berkhidmat di negara jiran.\n\n\n\u201c\nAda satu masa dulu semasa saya jadi CPO Johor pembukaan berkaitan pegawai awam untuk masuk ke pasukan polis ada juga rakyat kita yang bekerja dengan polis Singapura.\u00a0\u00a0\nMereka datang untuk masuk polis kita. Saya tanya mengapa hendak masuk PDRM sebab Singapura gaji lebih tinggi. Mereka ini patriotik, kaun lain juga, mereka kata daripada bekerja di\u00a0 negara orang baik kerja di negara sendiri. Jadi kita jangan buat perkara perkauman dalam hal ini. Kenyataan racist itu jika hendak katakan kaum lain tidak diterima\u00a0 dengan pekerjaan dengan kerajaan ini.\u201d\n\n\nMalah katanya walaupun anggota dan pegawai berkhidmat dari peringkat bawah, peluang untuk kenaikan pangkat juga diberikan kepada semua anggota PDRM tanpa mengira kaum.\n\n\nBeliau juga berharap\u00a0 supaya ahli politik tidak menyebut tentang perkara ini yang boleh membawa kepada isu perkauman."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/tiada-unsur-diskriminasi-penjawatan-awam-hanya-perspektif-ramasamy-tun-faisal/", "title": "Tiada unsur diskriminasi penjawatan awam, hanya perspektif Ramasamy \u2013 Tun Faisal", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\nCadangan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy untuk mereformasikan perkhidmatan awam yang kononnya didominasi kaum Melayu hanyalah suatu perspektif yang dari dahulu lagi tidak berubah.\n\n\nPengerusi Badan Perhubungan Muafakat Nasional Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata perkara itu hanya digambarkan dari sudut perkauman namun realitinya diskriminasi kaum itu tidak benar.\n\n\nDia melihat dari kaca mata perkauman bahawa seolah-olah ada halangan. Seolah-olah masyarakat bukan Melayu ini dianaktirikan, tidak dibenarkan bekerja dalam sektor perkhidmatan awam, tidak dibenarkan menjawat jawatan tinggi. Saya rasa itu perspektif yang salah dan ini memang perspektif DAP daripada dulu lagi. Cuba menggambarkan seolah-olah ada perbezaan dan diskriminasi dalam negara ini sedangkan benda itu tak wujud pun.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin yang turut dihadiri Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali.\n\n\nBeliau yang juga bekas \nTimbalan Ketua UMNO Putrajaya\n berkata cadangan untuk menyamaratakan kaum dalam penjawat awam dikatakan tidak logik kerana ia mengikut nisbah ketiga-tiga kaum di Malaysia juga tidak sama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n17 Premis Dinasihatkan Henti Operasi Sementara\n\n\n\n\n\n\nLima gabungan parti politik meterai perjanjian\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria: Arkitek apartmen mewah ditahan selepas larikan diri\n\n\n\n\n\n\nAgong seru pemimpin, rakyat teladani Tun Dr. Ismail\n\n\n\n\n\n\nAnwar masih ada sokongan majoriti tanpa UMNO, BN\n\n\n\n\n\n\n\n\nTegas Tun Faisal, masyarakat bukan Melayu seperti kaum Cina dan India tidak pernah dihalang untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam bahkan ada penjawat tertinggi yang dilantik bukan daripada kalangan kaum Melayu.\n\n\nSemalam, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy menggesa kerajaan\u00a0 pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melakukan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam, supaya ia tidak lagi hanya didominasi oleh satu kaum.\n\n\nKatanya, perdebatan bahawa penyertaan ramai orang Melayu dalam sektor awam, bagi mengimbangi dominasi kaum Cina dalam ekonomi seperti dinyatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak lagi boleh diguna pakai."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/11/tun-mahathir-akan-bertemu-annuar-musa-bincang-bentuk-kerjasama/", "title": "Tun Mahathir akan bertemu Annuar Musa, bincang bentuk kerjasama", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nBekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG),\u00a0 Tun Dr. Mahathir Mohamad akan bertemu dengan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa dalam masa terdekat.\n\n\nAhli Dewan Tertinggi MN, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang memaklumkan perkara itu berkata, pertemuan itu akan membincangkan membentuk kerjasama demi penyatuan orang-orang Melayu.\n\n\n\u201cPenerimaan terhadap MN cukup baik. Seperti kata beliau, sudah sampai masanya orang Melayu perlu duduk semeja untuk menganjurkan satu penyatuan dan perpaduan secara menyeluruh di negara kita,\u201d katanya memetik KOSMO.\n\n\nTambahnya, Tun Mahathir memberi sokongan penuh kepada usaha Annuar dalam penubuhan MN yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menyatupadukan semula orang Melayu di negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenganjur akur arahan Polis batalkan program Thai Hot Guy\n\n\n\n\n\n\nRayuan Najib dapatkan dokumen bank didengar 16 Mac 2022\n\n\n\n\n\n\nAgong seru pemimpin, rakyat teladani Tun Dr. Ismail\n\n\n\n\n\n\nBarisan Exco Melaka baharu akan dibentuk dalam 48 jam\n\n\n\n\n\n\nEsok hari terbaik usul undi tidak percaya pada PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nKhairuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Wacana MN di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Padang Kala semalam.\n\n\nKhairuddin yang juga Pengerusi GTA Wilayah Persekutuan berkata, antara perkara yang menarik minat Tun Mahathir bekerjasama dengan MN adalah wadah perjuangan yang selari.\n\n\nMenurutnya, beliau melihat Tun Mahathir sanggup mengetepikan perbezaan pendapat dengan beberapa pemimpin termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin demi penyatuan Melayu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/azmin-ali-umum-rehat-seketika-daripada-politik/", "title": "Azmin Ali umum rehat seketika daripada politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan untuk berehat seketika daripada arena politik.\n\n\nMenurut Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu, beliau ingin mencari rentak baharu sebelum memutuskan langkah seterusnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPH-BN pertimbang fail petisyen pilihan raya bagi empat kerusi \u2013 Amirudin\n\n\n\n\n\n\nHimpunan LGBT: Lapan lelaki disyaki pengikut ajaran sesat\n\n\n\n\n\n\nADUN Belantik rebah di bilik air rumah\n\n\n\n\n\n\nTiada sabotaj, letupan tragedi Double Six\n\n\n\n\n\n\nKPM umum sekolah cuti khas Aidilfitri pada 19 April\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah rehat seketika dalam arena politik saya untuk berkhidmat kepada rakyat.\n\n\n\u201cNamun begitu, tekad saya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak akan putus,\u201d katanya di Twitter hari ini.\n\n\nAzmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PN memenangi Parlimen Gombak pada 2008 atas tiket PKR.\n\n\nBagaimanapun, beliau memutuskan keluar PKR pada Februari 2020 bersama 10 Ahli Parlimen lain daripada parti itu, sekali gus turut menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).\n\n\nPada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menentang Azmin di Gombak bertujuan untuk merampas kembali kerusi \u2018yang dilarikan\u2019 Azmin.\n\n\nDalam pertembungan lima penjuru itu, Amirudin (PH-PKR) memperoleh 72,267 undi dengan majoriti 12,729 undi manakala Azmin (PN-Bersatu) mendapat 59,538 undi, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN-UMNO) meraih 30,723 undi, Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir (GTA-Pejuang) mendapat 2,223 undi dan Zulkifli Ahmad (Bebas) menerima 675 undi.\n\n\nPada PRU14, Mohamed Azmin yang bertanding atas tiket PKR, menang dengan majoriti 48,721 dengan menewaskan calon BN Datuk Abdul Rahim Kamarudin dan calon PAS Ir. Khairil Nizam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/bersatu-akui-pelawa-khairy-bertanding-pada-prn-negeri-sembilan/", "title": "Bersatu akui pelawa Khairy bertanding pada PRN Negeri Sembilan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pelawaan parti gabungan Perikatan Nasional (PN) terhadap Khairy Jamaluddin untuk bertanding atas tiket PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dibuat atas faktor kepemimpinan dan rekod perkhidmatannya yang baik.\n\n\nTimbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Khairy atau KJ adalah seorang pemimpin yang baik dan diterima sebahagian besar rakyat.\n\n\nKatanya, bekas Ahli Parlimen Rembau itu menunjukkan prestasi yang cukup baik sebagai Menteri Kesihatan ketika negara berhadapan dengan waktu sukar akibat pandemik Covid-19.\n\n\n\u201cSelain itu, beliau (KJ) juga digambarkan oleh pelbagai parti politik sebagai seorang pemimpin berpotensi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemilik Flat Kg Baru nafi Setuju Sebarang Tawaran Daripada Pemaju\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\n34 Ladang Khinzir Ditutup, Gagal Penuhi Syarat Pelesenan\n\n\n\n\n\n\nHujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat Di Ampang\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : jijik, cemari kesucian Ramadan \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJusteru, kami (PN) amat mengalu-alukan untuk beliau bekerjasama dengan kami (dalam PRN) kerana yakin hasrat beliau untuk melawan kemungkaran dan memperbaiki sistem penyampaian dalam kerajaan negeri serta pusat itu selari dengan apa yang diperjuangkan dalam PN.\n\n\n\u201cKami yakin inilah wadah perjuangan untuk beliau, namun apa juga keputusan yang beliau buat nanti, saya amat hormati sebagai seorang sahabat,\u201d katanya selepas program Semarak Kebangkitan Rakyat PN Negeri Sembilan di Senawang petang tadi.\n\n\nTurut hadir Pengerusi PN merangkap Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Shith; Setiausaha PN Negeri Sembilan, Nazree Yunus dan Pengerusi BPN Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.\n\n\nAhmad Faizal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai syor pelbagai pihak terutama kepemimpinan Bersatu supaya Khairy dicalonkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan jika bekas Ketua Pemuda UMNO itu bersetuju bertanding atas tiket PN dan menang pada PRN negeri.\n\n\nPengerusi PN Perak itu mengakui terdapat perbincangan secara tidak rasmi dalam kalangan kepemimpinan gabungan itu mengenai cadangan untuk membawa Khairy bertanding atas tiket PN pada PRN akan datang, selepas pemecatannya daripada UMNO.\n\n\nBaru-baru ini, Aminuddin mengesyorkan Khairy bertanding PRN di Kelantan kerana berpandangan peluangnya untuk menduduki kerusi Menteri Besar lebih cerah berbanding di Selangor atau Negeri Sembilan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/gempa-bumi-48-suspek-ditahan-curi-tipu-mangsa/", "title": "Gempa Bumi: 48 suspek ditahan curi, tipu mangsa", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pihak berkuasa Turkiye menahan 48 individu selepas disyaki mencuri atau cuba memperdayakan mangsa terkesan akibat gempa bumi dahsyat yang melanda negara itu.\n\n\nMemetik laporan media tempatan, kesemua suspek berkenaan ditahan di lapan wilayah berasingan.\n\n\nOperasi itu merupakan sebahagian siasatan terhadap jenayah tersebut selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda Turkiye, Isnin lalu.\n\n\nAgensi berita\u00a0Anadolu\u00a0melaporkan, seramai 42 suspek ditahan di wilayah Hatay manakala enam lagi ditahan selepas cuba menipu mangsa di Gaziantep menerusi panggilan telefon.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDamsyik dibom Zionis Israel\n\n\n\n\n\n\nTiada rakyat Malaysia terjejas gempa di Syria\n\n\n\n\n\n\n13 maut dalam tragedi gempa bumi di Afghanistan\n\n\n\n\n\n\nTumpahan Minyak, Peru Isytihar Darurat Alam Sekitar\n\n\n\n\n\n\nJacinda Ardern dilantik utusan khas tangani keganasan di New Zealand\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetakat ini, gempa bumi dan gempa susulan membunuh hampir 28,000 orang di Turkiye dan Syria.\n\n\nSebelum ini, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan perintah darurat selama tiga bulan di 10 wilayah di tenggara Turkiye yang terjejas dengan bencana itu.\n\n\nMenurut dekri yang disiarkan dalam warta rasmi kerajaan pada Sabtu, pihak pendakwa raya kini boleh menahan individu dengan tempoh tambahan tiga hari berbanding empat hari sebelum ini, di bawah perintah darurat itu.\n\n\nErdogan kelmarin berikrar untuk menangani jenayah berkenaan.\n\n\n\u201cKita sudah mengumumkan perintah darurat.\n\n\n\u201cIni bermakna bermula sekarang, mana-mana individu yang didapati terlibat dalam kecurian atau culik akan berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa,\u201d katanya ketika lawatan di wilayah terjejas di Diyarbakir.\u00a0\u2013 Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/gempa-bumi-malaysia-hantar-142-anggota-dua-anjing-k9-sertai-sar/", "title": "Gempa Bumi: Malaysia hantar 142 anggota, dua anjing k9 sertai SAR", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Malaysia setakat ini telah menghantar 142 anggota penyelamat serta dua ekor anjing pengesan (K9) bagi menyertai\u00a0misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye.\n\n\nWisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan\u00a0anggota terbabit terdiri daripada\u00a0Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) manakala serta K9 adalah\u00a0milik JBPM.\n\n\n\u201cHasil kerjasama rapat antara semua agensi kerajaan dengan perwakilan Malaysia di Ankara dan Istanbul, pasukan Malaysia yang diketuai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menjadi antara SAR terawal tiba di lokasi kejadian iaitu di Gaziantep.\n\n\n\u201cPasukan penyelamat Malaysia juga merupakan pasukan SAR pertama dari negara ASEAN yang tiba di lokasi kejadian,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael lancar serangan terhadap Syria\n\n\n\n\n\n\n70 buah rumah milik rakyat Palestin dirampas Israel\n\n\n\n\n\n\nIsrael lulus vaksin COVID-19 keempat untuk warga emas 60 tahun ke atas\n\n\n\n\n\n\nHong Kong Lupuskan Ribuan Hamster Cegah COVID-19\n\n\n\n\n\n\nIsrael terus menyerang Al-Aqsa pada penghujung Ramadan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Wisma Putra, antara kejayaan besar pasukan Malaysia adalah penemuan lima mangsa yang terselamat walaupun selepas lebih 129 jam (lima\u00a0hari) kejadian gempa bumi berlaku.\n\n\nSelain itu, Wisma Putra turut memaklumkan Malaysia telah membuka Hospital Medan Malaysia (HMM) kategori tiga di Celikhan, Adiyaman yang dikendalikan ATM.\n\n\nKenyataan itu menyebut, dua pesawat A400 milik Tentera Udara Diraja Malaysia\u00a0tiba di\u00a0Lapangan Terbang Antarabangsa Gaziantep pada Jumaat lepas, setelah melalui penerbangan selama 15 jam dengan membawa peralatan melebihi 30 tan serta 38 anggota teknikal.\n\n\n\u201cTujuh puluh orang\u00a0lagi iaitu anggota perubatan pelbagai pangkat daripada ATM berangkat melalui penerbangan Turkish Airlines pada 10 dan 11 Februari dengan membawa peralatan tambahan seberat 8.8 tan,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nWisma Putra memaklumkan tiga pegawai SMART telah diberi tugasan awal oleh Agensi Bencana Alam Turkiye untuk mengendalikan Reception Departure Centre (RDC) iaitu\u00a0mengkoordinasi urusan kemasukan pasukan SAR dari negara lain di Lapangan Terbang Adana.\n\n\nPenugasan di RDC adalah berdasarkan mekanisme dan garis panduan yang telah ditetapkan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG).\n\n\n\u201cSebagai antara pasukan pertama yang tiba, pasukan bantuan Malaysia menjadi rujukan untuk membantu agensi bencana tuan rumah dan Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk Hal Ehwal Kemanusiaan (UN OCHA) sebagai pegawai pengendali RDC sehingga diganti\u00a0pasukan yang tiba kemudian,\u201d menurut Wisma Putra.\n\n\nMenurut kenyataan itu, berdasarkan maklum balas daripada pasukan Malaysia di Gaziantep, terdapat beberapa barangan yang amat diperlukan mangsa terselamat iaitu khemah musim sejuk, selimut tebal, pemanas, bilik mandi dan tandas mudah alih, beg tidur serta kontena untuk tempat tinggal sementara.\n\n\nRakyat Malaysia\u00a0dialu-alukan untuk menyumbang menerusi Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri dengan menyalurkan sumbangan ke akaun bank\u00a01054 9000 0599, Affin Islamic Bank Berhad, cawangan Putrajaya.\n\n\nSumbangan yang dibuat layak untuk dituntut sebagai sumbangan pengecualian daripada cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.\n\n\nGempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala\u00a0Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin lepas meragut ribuan nyawa, dengan kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.\n\n\nAngka kematian akibat gempa bumi di selatan Turkiye meningkat kepada sekurang-kurangnya 7,108 orang, manakala jumlah mangsa yang cedera 40,910 setakat ini. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/gempa-bumi-operasi-hari-ketujuh-pasukan-sar-negara-cari-mangsa-hidup/", "title": "Gempa Bumi: Operasi hari ketujuh pasukan SAR negara cari mangsa hidup", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ke tujuh mangsa gempa bumi di Gaziantep, Turkiye diteruskan dengan keutamaan diberikan kepada aspek tinjauan di sekitar Nurdagi bagi mencari kawasan runtuhan yang dipercayai\u00a0mempunyai mangsa yang masih hidup.\n\n\nPada pukul 9 pagi tadi (2 petang waktu Malaysia) pasukan peninjau MAS-01 SMART dan MAS-10 telah memulakan tinjauan mereka dengan bantuan dua pemandu arah dan dua penterjemah.\n\n\nKawasan tinjauan melibatkan tujuh tapak kerja di sektor empat Gaziantep meliputi\u00a0kawasan bandar Nurdagi yang padat dengan bangunan komersial, hotel dan kompleks kediaman yang dianggarkan seluas kira-kira 20 kilometer.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMelayu bersama Islam akan menyelamatkan semua bangsa \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nCuepacs gesa siasat dakwaan menteri buat \u2018kecoh\u2019 di KLIA\n\n\n\n\n\n\nNazri Aziz dilantik duta Amerika Syarikat oleh kerajaan lalu \u2013 Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan 20 peratus\n\n\n\n\n\n\n29 Kampung Melayu Dilenyapkan Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\nKawasan runtuhan di mana lima sekeluarga berjaya diselamatkan oleh pasukan SAR Malaysia pada Sabtu juga merupakan kawasan yang telah ditinjau dan diperiksa terlebih dahulu oleh pasukan peninjau.\n\n\nPemerhatian di sekitar kawasan itu\u00a0mendapati cuaca di Nurdagi semakin sejuk dengan suhu\u00a0 mencecah paras -10 darjah Celcius, pada awal pagi Ahad.\n\n\nSuhu di Nurdagi yang mempunyai populasi seramai kira-kira 40,780 orang dijangka semakin menurun menjelang malam dan keadaan mula terdesak bagi mangsa-mangsa gempa bumi di kawasan terlibat.\n\n\nKehadiran anggota polis dan tentera yang lengkap bersenjata juga semakin ramai dan kerap melakukan rondaan di sekitar pusat operasi pasukan SAR antarabangsa termasuk berhampiran pusat operasi pasukan SAR negara\u00a0yang terletak di Stadium Nurdagi.\n\n\nBangunan di sekeliling pusat operasi turut\u00a0menempatkan tiga pusat bantuan untuk mangsa bencana gempa bumi dengan kemudahan makanan, minuman, pakaian\u00a0dan selimut.\n\n\nSejak ketibaan petugas media di sini pada awal pagi Jumaat lepas, pergerakan mereka diperhatikan oleh anggota polis tempatan, malah mereka meminta untuk melihat gambar dan video yang diambil semasa membuat liputan operasi SAR pasukan penyelamat negara.\n\n\nBagaimanapun, tiada perkara buruk berlaku berikutan semua petugas media telah diberi penerangan terlebih dahulu oleh Komander Kontinjen, Mohd Khairul Jamil mengenai sensitiviti masyarakat di sini.\n\n\nGempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin lepas telah meragut lebih 24,000 nyawa. Kesan gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.\n\n\n\n\nTurkiye pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan misi SAR berjalan lancar. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/gempa-bumi-usaha-menyelamat-terganggu-kematian-cecah-28000-orang/", "title": "Gempa Bumi: Usaha menyelamat terganggu, kematian cecah 28,000 orang", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pasukan penyelamat di selatan Turkiye memberi amaran bahawa usaha mencari mangsa yang terselamat dalam kejadian gempa bumi dihalang oleh masalah keganasan, ketika angka kematian di Syria dan Turkiye melepasi 28,000 orang.\n\n\nPenyelamat Jerman dan tentera Austria menghentikan operasi mencari akibat pertempuran antara kumpulan yang tidak dikenali.\n\n\nJurucakap tentera Austria, Leftenan Kolonel Pierre Kugelweis berkata, pertengkaran antara kumpulan di wilayah Hatay mengakibatkan berpuluh-puluh kakitangan dari Unit Bantuan Bencana Angkatan Austria mencari perlindungan di kem pangkalan dengan organisasi antarabangsa lain.\n\n\nSeorang lelaki berusia 33 tahun\u00a0 diselamatkan daripada runtuhan 132 jam selepas gempa bumi melanda Hatay, Turkiye.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJokowi lawat Malaysia dua hari\n\n\n\n\n\n\nLagi provokasi bakar Al-Quran ketika umat Islam sambut Aidiladha\n\n\n\n\n\n\n40 Negara desak Israel tarik balik sekatan atas Palestin\n\n\n\n\n\n\nKanak-kanak Syria kutip cebisan roti dan disimpan\n\n\n\n\n\n\nThailand Nilai Situasi Covid-19 Selepas Cuti Tahun Baharu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTerdapat pencerobohan yang semakin meningkat antara puak di Turkiye. Peluang untuk menyelamatkan nyawa tidak mempunyai hubungan yang munasabah dengan risiko keselamatan,\u201d kata Kugelweis.\n\n\nMenurut Kementerian Pertahanan Austria, anggotanya meneruskan operasi menyelamatnya selepas tentera Turkiye melangkah masuk untuk menawarkan perlindungan.\n\n\nCawangan Jerman bagi kumpulan mencari dan menyelamat, Isar dan Agensi Bantuan Teknikal Persekutuan Jerman (TSW) juga menggantung operasi akibat kebimbangan keselamatan. \u2013 Agensi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/istanbul-diramal-lokasi-gempa-bumi-kuat-seterusnya/", "title": "Istanbul diramal lokasi gempa bumi kuat seterusnya", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Sebahagian penduduk di Istanbul menzahirkan kebimbangan setelah bandar terbesar di Turkiye itu diramalkan bakal menjadi lokasi gempa kuat seterusnya.\n\n\n\u201cKini kami sentiasa hidup dalam ketakutan,\u201d kata Aysegul Rahvanci yang khuatir akan menerima nasib sama seperti penduduk di bahagian selatan Turkiye yang terjejas gempa.\n\n\nSementara itu, Profesor Geologi di Yildiz Technical University berkata, Istanbul sememangnya terdedah gempa kuat berdasarkan permodelan tertentu dan data sebelum ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Turki selar pihak tutup mata, subahat bakar Quran\n\n\n\n\n\n\nPekerja Di UK Tidak Perlu Lagi Pakai Pelitup Muka\n\n\n\n\n\n\nSelepas operasi besar-besaran rejim Israel lancar serangan udara ke Semenanjung Gaza\n\n\n\n\n\n\nDr Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India\n\n\n\n\n\n\nLebih 50 Orang Awam Dibunuh Tentera British Di Afghanistan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cGegaran itu boleh terjadi pada bila-bila masa dan kami tidak terkejut jika ia benar-benar berlaku,\u201d ujarnya.\n\n\nDatuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu menerusi wawancara baru-baru ini menyatakan terdapat kira-kira 90,000 bangunan yang terdedah kepada gempa kuat di bandar berpopulasi kira-kira 20 juta penduduk itu.\n\n\n\u201cKira-kira 170,000 struktur lain pula berada dalam senarai status risiko sederhana,\u201d katanya yang merujuk kepada kajian dilakukan oleh Majlis Perbandaran.\n\n\nSejak Isnin lalu, sebanyak 2,356 gempa susulan telah direkodkan di Turkiye setelah gegaran berkekuatan 7.8 skala Richter menggegar selatan negara berkenaan.\n\n\nDalam perkembangan berkaitan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran hampir 26 juta penduduk terjejas gempa kuat di Turkiye dan Syria.\n\n\nBagi meringankan beban mangsa, agensi kesihatan antarabangsa itu bertindak melancarkan rayuan kilat untuk meminta bantuan dana segera berjumlah AS$42.8 juta (RM185.4 juta).\n\n\nMenurut WHO, golongan yang amat memerlukan itu termasuk kira-kira 350,000 warga emas dan lebih 1.4 juta kanak-kanak di kedua-dua negara.\n\n\nDifahamkan, agensi berkenaan telah menyalurkan AS$16 juta (RM69.3 juta) daripada dana kecemasan mereka untuk mangsa gempa tersebut. \u2013 SinarHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/jangan-sokong-dan-beli-produk-dijual-warga-asing-dbkl/", "title": "Jangan sokong dan beli produk dijual warga asing \u2013 DBKL", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengingatkan orang awam agar tidak menyokong termasuk membeli barangan daripada aktiviti perniagaan warga asing.\n\n\nMenurut DBKL, tindakan itu dapat mengurangkan permintaan terhadap aktiviti perniagaan\u00a0 golongan tersebut.\n\n\nMenerusi satu kenyataan di Facebook, dalam serbuan yang dilakukan DBKL, sembilan tindakan sita dan pindah barangan diambil terhadap penjaja sayur-sayuran serta buah-buahan yang dijalankan warga Myanmar.\n\n\nJelasnya, peniaga Myanmar tersebut adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHanya ada satu kem dalam UMNO \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nMajikan diharap beri elaun munasabah kepada pelajar latihan industri\n\n\n\n\n\n\nKajang Dinaiki Air Selepas Hujan Lebat\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid sindir MB Terengganu bercuti ke luar negara\n\n\n\n\n\n\nKabinet Sabah akan dirombak dalam masa terdekat \u2013 Hajiji\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nFoto: Facebook DBKL\n\n\nBagaimanapun, DBKL tanpa kompromi tetap mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana individu yang memegang kad UNCHR termasuk etnik Rohingya yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.\n\n\nMalah, jelas DBKL, pihaknya akan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti perniagaan dijalankan warga asing di sekitar Pasar Harian Selayang.\n\n\n\n\nFoto: Facebook DBKL\n\n\nTindakan penguatkuasaan dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.\n\n\nKesemua barangan sita dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL, Cheras untuk dokumentasi dan tindakan lanjut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/lapan-individu-ditahan-dalam-skim-kutu-sapiza/", "title": "Lapan individu ditahan dalam skim \u2018kutu Sapiza\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu terdiri daripada enam wanita serta dua lelaki berusia antara 31 dan 37 tahun disyaki terlibat dalam skim \nSapiza Extra Saving\n sehingga memperdayakan ribuan mangsa di seluruh negara.\n\n\nSetiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, penahanan termasuk dalang utama sindiket tersebut dibuat hasil satu serbuan di sekitar Kuala Lumpur, Terengganu, Perak dan Negeri Sembilan pada 27 Januari lalu.\n\n\nMenurut beliau, pihaknya turut merampas sebuah kenderaan mewah, beberapa kad mesin juruwang automatik (ATM), telefon bimbit pelbagai jenama dan dokumen dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut.\n\n\n\u201cPDRM menerima 116 laporan di seluruh negara berhubung skim penipuan yang dikenali sebagai \nSapiza Saving Extra\n (SSE) melibatkan kerugian dianggar RM4.44 juta,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Cecah RM13.90 Sekilogram\n\n\n\n\n\n\nTerpaksa Beli Juga Kerana Masih `Enak Dimakan Begitu Saja\u2019\n\n\n\n\n\n\nAmaran tsunami ditarik balik kesan gempa Maluku\n\n\n\n\n\n\nSkandal 1MDB, SRC: SPRM tahan sekutu Jho Low di KLIA2\n\n\n\n\n\n\nMAIS Rayu Kembalikan Status Islam 3 Kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\n\n\nNoorsiah berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook PDRM hari ini turut menjelaskan, siasatan awal mendapati skim itu mula aktif sejak 2015 dengan menawarkan simpanan berasaskan \u2018permainan kutu\u2019.\n\n\n\u201cNamun, sejak Oktober 2022, pengendali skim simpanan ini didapati telah mula gagal melunaskan pembayaran keuntungan kepada peserta,\u201d jelasnya.\n\n\nBeliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.\n\n\nSebelum ini, TV Pertiwi melaporkan satu skim pelaburan kutu yang dikendalikan seorang wanita berusia 37 tahun dikenali sebagai \u201cSapiza\u201d dipercayai menjadi dalang penipuan skim terbabit sehingga memperdayakan ribuan mangsa melibatkan kerugian didakwa puluhan juta ringgit.\u00a0\n\n\nSetiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata pihaknya menerima aduan daripada sekumpulan individu yang mendakwa telah ditipu dalam skim kutu itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/nurul-izzah-bukan-lagi-penasihat-kewangan-pm/", "title": "Nurul Izzah bukan lagi penasihat kewangan PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Anak sulung Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nKeputusan itu dibuat selepas bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Naib Presiden PKR tersebut diundang menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.\n\n\nSekretariat itu diketuai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd Hassan Marican.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDireman 4 hari kerana hina Sultan Perak\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Mahkamah, Tetapi Menteri, Ahli Politik & Penguatkuasa \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nBILIK GERAKAN PN DI TELOK MAS DITUTUP KERANA COVID-19, DIKOMPAUN RM10,000\n\n\n\n\n\n\nSultan Sharafuddin larang adakan aktiviti LGBT di Selangor\n\n\n\n\n\n\nPN peroleh manfaat jika UMNO terus goyah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini.\n\n\n\u201cMenerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.\n\n\nDalam pada itu, Nurul Izzah turut menzahirkan penghargaan atas setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.\n\n\n\u201cSaya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti kerajaan.\n\n\n\u201cRakyat Malaysia secara keseluruhannya mengharapkan masa depan yang cemerlang dan penyatuan yang utuh dipimpin oleh Perdana Menteri bersama Kerajaan Perpaduan,\u201d tambahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/onn-hafiz-calon-paling-layak-ketua-pemuda-umno/", "title": "Onn Hafiz calon paling layak Ketua Pemuda UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin menyifatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai calon paling sesuai bagi memegang tampuk kepimpinan Pemuda UMNO bagi penggal 2023-2026.\n\n\nBeliau yang lebih dikenali sebagai Qobin berkata, Onn Hafiz yang mempunyai aura tersendiri dirasakan pemimpin muda yang sesuai selepas Shahril Sufian Hamdan yang digantung tanpa sebab.\n\n\n\u201cBagi saya, untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO, seseorang itu hendaklah mempunyai pendirian yang tegas dan tidak menjadi \u2018Yes Man\u2019 atau \u2018Pak Turut\u2019.\n\n\n\u201cPerlu berani menerajui parti, lantang bersuara, mampu berdebat dan menyampaikan ucapan di forum-forum antarabangsa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHentikan Bersubahat Dalam Penjualan Arak \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid dedah identiti 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM\n\n\n\n\n\n\nTunggu Surat Saman \u2013 Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nTelah Diperbetulkan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan SOP pengembara China esok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerlu juga membawa sebuah perubahan dalam meremajakan parti agar parti ini kembali kuat dan diterima anak muda serta rakyat,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nQobin yang juga Ketua Pemuda Cawangan Jalan Universiti Lembah Pantai, turut yakin Onn Hafiz mampu menerajui kepimpinan Pemuda nanti memandangkan pengalaman sebagai bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO semasa zaman Khairy Jamaluddin (menjadi Ketua Pemuda) selain mempunyai berpengalaman luas dalam mentadbir negeri dan negara.\n\n\n\u201cJika UMNO ingin berubah, pemilihan kali inilah yang paling sesuai, bermula di peringkat cawangan, bahagian dan Pusat sebelum Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti,\u201d katanya.\n\n\nKenyataannya itu bagi mengulas desas desus berkait Onn Hafiz mungkin menjadi calon terbaru yang akan bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan Pemuda UMNO pada 11 Mac nanti, selepas calon popular sebelum ini Sharil Hamdan digantung selama enam tahun."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/petisyen-bn-ditolak-che-alias-kekal-ahli-parlimen-kemaman/", "title": "Petisyen BN ditolak, Che Alias kekal Ahli Parlimen Kemaman", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Mahkamah Pilihan Raya Terengganu hari ini menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) dan mengekalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid di Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nSetiausaha Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (Luham) PAS Pusat, Ahmad Lufti Awang dalam kenyataan hari ini berkata, Hakim Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas turut memerintahkan pempetisyen, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil membayar kos RM30,000 kepada Che Alias.\n\n\nBeliau berkata, pada prosiding diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom, Mohamad Abazafree memberitahu, mahkamah bersetuju dengan satu daripada empat isu bantahan awal yang dikemukakan peguam bela mewakili Che Alias, berkaitan fakta yang diplidkan untuk menyokong dakwaan sogokan dan rasuah pilihan raya yang terkandung dalam petisyen sebagai cacat, defektif dan tidak sah.\n\n\nKatanya, hal ini kerana tujuh program rasmi yang dianjurkan Kerajaan Terengganu iaitu Bantuan i-Belia, i-Siswa dan sumbangan kepada orang kurang upaya (OKU) serta asnaf tidak mempunyai butiran rasuah atau sogokan, termasuk tiada maklumat penerima dan tiada fakta menunjukkan penerima juga adalah pengundi berdaftar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM40,000 Elaun Pengerusi FGV Naik, Pengarah Dapat RM12,500 Sebulan\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi masih belum dipanggil ke Bukit Aman\n\n\n\n\n\n\nPACU, UKM meterai MoU bangunkan bidang keilmuan\n\n\n\n\n\n\nAlasan Ketua Polis Negara tak logik \u2013 Hamzah\n\n\n\n\n\n\nKetua Hakim Negara terima ancaman bunuh\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, mahkamah membenarkan Wan Mohamad Hisham mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.\n\n\nPada prosiding itu, Che Alias diwakili peguam Saifuddin Othman, Wan Rohimi Wan Daud dan Mohd Nasir Embong, manakala Wan Mohamad Hisham diwakili peguam Datuk Hafarizam Harun, Datuk Abu Bakar Isa Ramat, Amin Othman, Mohamed Baharudeendan dan Norhazira Abu Haiyan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/pihak-berkuasa-turkiye-periksa-lebih-100000-bangunan/", "title": "Pihak berkuasa Turkiye periksa lebih 100,000 bangunan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Hampir 8,000 bangunan dekat 10 wilayah di Turkiye rosak teruk selepas negara itu digegarkan dengan gempa bumi kuat sehingga strukturnya perlu segera dirobohkan, kata Kementerian Alam Sekitar, Perbandaran dan Perubahan Iklim hari ini.\n\n\nMemetik kenyataan yang dilihat agensi berita Sputnik, sekitar 6,000 kakitangan kementerian terbabit ketika ini sedang menjalankan penilaian terhadap keadaan bangunan di wilayah yang teruk terjejas gempa.\n\n\n\u201cSetakat ini, kami sudah memeriksa 132,898 bangunan di 10 wilayah dan daripada jumlah itu, sejumlah 7,584 runtuh serta perlu dirobohkan segera manakala 12,617 bangunan tidak boleh diduduki lagi kerana rosak,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nLebih 31,000 bangunan hanya mengalami kerosakan kecil manakala struktur lebih 60,000 bangunan tidak dikesan akibat gempa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJokowi lawat Malaysia dua hari\n\n\n\n\n\n\nLagi Rumah Palestin Diroboh Pengganas Israel\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria : White Helmets umum misi menyelamat mangsa terselamat berakhir\n\n\n\n\n\n\nPenyiasat dedah penemuan baharu MH17 pada 8 Februari ini\n\n\n\n\n\n\nDr Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut jangkaan kementerian, pemeriksaan merangkumi semua bangunan di 10 wilayah akan selesai dalam tempoh tiga hingga empat hari.\n\n\nIsnin lalu, beberapa kawasan di Turkiye dan Syria dilanda gempa bumi kuat dan kesannya lebih 24,000 orang terbunuh termasuk meranapkan ribuan kediaman.\n\n\nMenteri Kehakiman Turkiye, Bekir Bozday pada Rabu lalu memberi amaran tiada pihak akan terlepas daripada kecuaian sehingga mengakibatkan bangunan runtuh ketika gegaran berlaku.\n\n\nTurkiye pernah dilanda gempa bumi kuat pada 1999, yang pada waktu itu meragut lebih 18,000 nyawa.\n\n\nRentetan tragedi itu, kerajaan menyemak semula peraturan yang mengawal pembinaan bangunan kediaman.\n\n\nPada 2007, kod untuk pembinaan rumah dikuat kuasa dengan mengambil kira keperluan menyemak semula peraturan yang mengawal pembinaan bangunan kediaman.\n\n\nPada tahun 2007, kod untuk pembinaan rumah diterima pakai dengan mengambil kira keperluan sejajar perlindungan gempa bumi. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/rakyat-sambut-baik-tetapi-peniaga-terpaksa-tanggung-kos/", "title": "Menu Rahmah: Rakyat sambut baik tetapi peniaga terpaksa tanggung kos", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nInisiatif menu rahmah yang baru sahaja diperkenalkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.\n\n\nRata-rata pelanggan bersetuju dengan idea kerajaan untuk membantu rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang semakin mencabar.\n\n\nHasil tinjauan \nTV Pertiwi\n di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor mendapati, rata-rata pelanggan menyambut baik langkah kerajaan yang ingin membantu rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampuan.\n\n\nSeorang pelanggan kedai makan, Wasim Azizi berkata, inisiatif kerajaan merupakan langkah terbaik kerana mampu menyediakan hidangan set mampu milik yang berharga RM5 untuk membantu rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid arah bina jambatan Bailey di Selancar\n\n\n\n\n\n\nMata pelajaran Pendidikan Islam perlu dikaji semula \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nTiada rancangan mansuh hutang golongan B40, miskin\n\n\n\n\n\n\n13 Ditahan Pandu Secara Mabuk Sekitar Ibu Negara\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Najib Tangguh Keputusan Rayuan SRC Ditolak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagi saya, menu rahmah itu inisiatif yang baik oleh kerajaan\u00a0 untuk masa sekarang kerana kos sara hidup semakin tinggi.\n\n\n\u201cApabila kerajaan menyediakan langkah ini, rakyat mempunyai alternatif\u00a0 untuk membeli hidangan set sepinggan RM5 iaitu harga mampu milik untuk semua golongan,\u201d ujar Wasim.\n\n\n\n\nSelain itu, seorang lagi pelanggan, Mohd Saidie Shafie berkata, set hidangan menu rahmah ini seharusnya terdiri daripada hidangan sajian lengkap.\n\n\n\u201cUntuk menu rahmah mestilah ada makanan yang berkhasiat juga c\nontohnya, karbohidrat.\n\n\n\u201cMesti ada nasi, lauk-pauk dan sayur-sayuran bagi melengkapkan makanan seimbang tu,\u201d kata Saidie ketika ditemu bual.\n\n\nSementara itu, terdapat sesetengah peniaga yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan menu rahmah ini ekoran kos bahan mentah yang perlu ditanggung.\n\n\nPeniaga, Safrina Luknan berkata, \nbuat masa ini kedainya tidak menyediakan menu rahmah kerana harga barang yang kian meningkat menyebabkan dia tidak mampu membuat hidangan itu.\n\n\n\u201cBuat masa ini, kami tidak buat menu rahmah kerana kos barang terlampau tinggi, jadi memang tak boleh nak buat la.\u00a0\n\n\n\u201cKalau kerajaan turunkan kos harga barang mentah insya-Allah setiap peniaga boleh buat menu rahmah sebab kalau dengan keadaan barang yang terlampau mahal memang kami peniaga tidak mampu ekoran kos terlampau tinggi,\u201d katanya.\n\n\n\u00a0Selain itu, Zuraida Ibrahim pula berkata, menu rahmah ini perlu penyediaan terlebih awal supaya pelanggan boleh memilih set menu rahmah yang telah tersedia.\n\n\n\u201cKita nak buat menu rahmah ini kan barang smeua naik, susah sikit la\u2026\nboleh cuma kita kena ambilkan la baru boleh, kalau mcm ini kan susah,\u201d ujar Zuraida semasa ditemui."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/ramasamy-mulut-celupar-abaikan-dia-ahmad-zahid/", "title": "Ramasamy mulut celupar, abaikan dia \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy disifatkan sebagai bermulut celupar selepas pemimpin DAP itu menggesa kerajaan menamatkan dominasi Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, tidak perlu melayan kenyataan tersebut kerana Ramasamy didakwa memang terkenal dengan keceluparannya.\n\n\n\u201cDia adalah \nloose canon\n (bermulut celupar), tidak perlu layan dia. Biar parti dia menyelesaikannya,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri rumusan bengkel dan hala tuju strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Kuala Lumpur pagi tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada gelombang hijau di PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\nPemilik Flat Kg Baru nafi Setuju Sebarang Tawaran Daripada Pemaju\n\n\n\n\n\n\nAhmad Faizal umum tidak bertanding kerusi DUN\n\n\n\n\n\n\nTerengganu akan jadi Kelantan kedua jika undi PAS \u2013 Ahmad Said\n\n\n\n\n\n\nKebakaran Jakel: Bomba fokus unsur sabotaj, sisa bara api\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, beliau yakin pimpinan tertinggi DAP akan menguruskan perkara itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada mereka untuk memilih tindakan yang wajar terhadap Ramasamy.\n\n\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan Ramasamy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\nBagaimanapun hari ini, Ramasamy mendakwa kenyataannya menerusi hantaran di laman Facebook yang meminta pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam negara diputar belit beberapa penerbitan.\n\n\nJelasnya, pandangan berkenaan perkhidmatan awam adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan kedudukan parti atau pemimpinnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/sindiket-kuota-umrah-sprm-tahan-pengarah-urusan-agensi-pelancongan/", "title": "Sindiket Kuota Umrah: SPRM tahan pengarah urusan agensi pelancongan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi lelaki\u00a0bagi membantu siasatan\u00a0kerana disyaki terlibat dengan sindiket rasuah pengagihan kuota tiket penerbangan umrah.\n\n\nSPRM pada Jumaat membongkar sindiket menentukan pengagihan kuota jumlah tempat duduk penerbangan bagi agensi pembekal perkhidmatan umrah dengan meminta rasuah kononnya berbentuk komisen serta menahan enam individu\u00a0dalam operasi khas di empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah pada 9 Feb lepas.\n\n\nMenurut sumber SPRM, lelaki berusia 35 tahun itu yang juga seorang\u00a0pengarah urusan agensi pelancongan di Selangor ditahan\u00a0di Ibu Pejabat SPRM di sini pada 3.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.\n\n\nSumber berkata, lelaki itu\u00a0dipercayai memberi suapan kepada dua individu yang ditahan reman sebelum ini sebagai balasan membantu ejen agensi pelancongannya mendapatkan tiket penerbangan umrah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak wajar halang MB Kedah hadir majlis Kerajaan Persekutuan \u2013 Samsuri\n\n\n\n\n\n\nTian Chua Dakwa Bukan Proksi Azmin\n\n\n\n\n\n\nSesi Penamaan Calon Bermula Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nTiada anak Melayu layak teraju Axiata? \u2013 PERKASA\n\n\n\n\n\n\nKempen \u2018Sosial Media\u2019 Belum Boleh Diterima Pengundi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSPRM turut menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM160,000, telefon mudah alih dan beberapa komputer riba yang digunakan lelaki\u00a0terbabit.\u00a0Proses pembekuan akaun-akaun tertentu terutamanya akaun pelaburan amanah saham yang melibatkan isteri, bekas isteri serta anak-anak mereka turut dijalankan,\u201d kata sumber.\n\n\nMenurut sumber, siasatan SPRM\u00a0menjurus kepada salah laku jenayah rasuah dalam\u00a0kalangan pegawai\u00a0syarikat yang merupakan ejen tunggal kepada syarikat penerbangan luar negara.\n\n\nSumber berkata, siasatan\u00a0awal mendapati tiada unsur salah laku\u00a0oleh syarikat (ejen tunggal) itu, namun beberapa pegawainya\u00a0telah memanipulasi penjualan tiket melalui \u2018komisen\u2019\u00a0yang diminta daripada syarikat pelancongan lain untuk kepentingan sendiri.\n\n\n\u201cSiasatan juga mendapati syarikat ejen tunggal ini telah menyempurnakan penjualan tiket\u00a0berdasarkan kepada kuota yang dipersetujui dan ditetapkan oleh syarikat penerbangan luar negara berkaitan.\n\n\n\u201cJusteru, tiada timbul kebimbangan terhadap pengurangan jumlah kuota sedia ada yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada syarikat penerbangan luar negara tersebut kerana syarikat ejen tunggal sentiasa berjaya memenuhi kuota tiket seperti yang diperuntuk,\u201d katanya.\n\n\nKata sumber,\u00a0SPRM telah memanggil beberapa saksi dari syarikat berkaitan dan tidak menolak kemungkinan memanggil lebih ramai lagi bagi membantu siasatan.\n\n\nSumber berkatalagi, perintah reman empat hari terhadap lelaki itu telah dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin hari ini.\n\n\nPengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai mengesahkan penahanan itu\u00a0dan berkata,\u00a0kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/tumpahan-minyak-diesel-punca-4-lra-henti-tugas-sementara/", "title": "Tumpahan minyak diesel punca 4 LRA henti tugas sementara", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nAktiviti jentera berat dikenal pasti menjadi punca pencemaran bau di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang yang menyebabkan tiga lagi loji iaitu LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 dihentikan tugas sementara sejak malam tadi.\u00a0\u00a0\n\n\nExco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, siasatan segera yang dibuat Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) itu mendapati tumpahan minyak diesel dipercayai berlaku di jajaran Sungai Selangor.\u00a0\n\n\nJelanya, tumpahan minyak diesel itu ditemukan \ndi tebing sungai berkenaan pada jarak sekitar 3 kilometer dari muka sauk LRA Rantau Panjang.\n\n\nLoy Sian \nturut memaklumkan, penutupan sementara muka sauk sekitar empat jam itu bertujuan untuk kawalan dan pencegahan bagi mengelakkan kesan pencemaran yang lebih teruk kepada sistem LRA.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLim Kit Siang sindir gesaan Muhyiddin desak Anwar, Zahid berundur\n\n\n\n\n\n\nTiada Keperluan PRU-15 Buat Masa Ini \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi makin perlahan petang ini\n\n\n\n\n\n\nRosmah pula mohon dibebaskan selepas kes Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nJPJ atasi isu pelekat cukai jalan tidak berkualiti\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLUAS mengambil langkah segera dengan meletakkan \u2018\noil boom\n\u2018 dan \u2018\noil pad\n\u2018 di kawasan tumpahan serta menaikkan ban di tebing sungai untuk mencegah tumpahan minyak tersebut daripada mengalir masuk ke dalam sungai.\n\n\n\u201cDalam masa sama, pemilik jentera berat telah mengalihkan jentera itu dan melaksanakan kerja-kerja pembersihan berdasarkan arahan LUAS,\u201d katanya.\n\n\nTambah beliau, \nsumber air mentah telah disalurkan semula pada 1.30 pagi ke muka sauk LRA Rantau Panjang manakala 2.15 pagi tadi ke muka sauk LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 setelah mencatatkan bacaan kosong ton sebanyak tiga kali berturut-turut.\n\n\nLoy Sian berkata, siasatan lanjut sedang dilaksanakan untuk memastikan permasalahan ini diselesaikan sepenuhnya di lapangan sementara LUAS melakukan pensampelan bagi tujuan tindakan selanjutnya yang melibatkan perundangan.\u00a0\n\n\nSementara itu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan setakat jam 10 pagi tadi status pemulihan bekalan air telah mencapai 31 peratus dan empat loji tersebut telah \nberoperasi sepenuhnya pagi tadi.\u00a0\n\n\nAir Selangor berkata, bekalan air terawat yang bersih dan selamat mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna bermula jam 6.30 pagi namun tempoh masa pemulihan bekalan air bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna serta tekanan air pada sistem pengagihan bekalan air."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/12/ustaz-wadi-annuar-mohon-maaf-pada-masyarakat-india/", "title": "Ustaz Wadi Annuar mohon maaf pada masyarakat India", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua masyarakat India beragama Hindu berikutan kenyataan beliau yang mengandungi sensitiviti agama.\n\n\nBeliau menjelaskan tidak berniat untuk menghina ataupun menyinggung perasaan mana-mana penganut agama lain.\n\n\n\u201cDalam ceramah itu, saya telah menyebut tentang perarakan Thaipusam yang dihadiri sekumpulan orang Melayu Islam dan saya menyatakan ia merupakan kesalahan dalam agama Islam kerana menyertai perayaan agama lain yang berbentuk keagamaan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKadar subsidi harga padi naik kepada RM500 setiap tan mulai esok\n\n\n\n\n\n\nAnwar jelaskan tidak pernah mohon pengampunan\n\n\n\n\n\n\nPindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Ma63 Lulus\n\n\n\n\n\n\nKawalan produk tembakau dijangka kuat kuasa tahun depan\n\n\n\n\n\n\n46,024 Orang Asli Di Pahang Lengkap Dua Dos Vaksin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNamun saya terlepas pandang dengan menyebut perkataan mengandungi sensitiviti agama dan ia adalah \u2018kekhilafan\u2019 daripada saya sendiri,\u201d katanya dalam kenyataan pada Ahad.\n\n\nBeliau turut menyatakan sangat menghormati semua masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.\n\n\n\u201cSemoga dengan kenyataan permohonan maaf itu, keharmonian rakyat berbilang kaum di negara kita dapat dicapai,\u201d ujarnya.\n\n\nPermohonan maaf secara rasmi itu susulan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti agama pada satu ceramah di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka pada Jumaat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/13/12352/", "title": "Dua produk kosmetik dilarang guna ada kandungan racun berjadual", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Dua produk kosmetik iaitu Karisma Turmeric Booster Cream dan Flashhskinzz Treatment Cream dibatalkan notifikasinya oleh Kementerian Kesihatan, KKM,\u00a0 selepas kedua-dua produk itu dikesan mengandungi racun berjadual.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tindakan pembatalan notifikasi diambil oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi di KKM ke atas dua produk mengandungi merkuri itu, lantas ia tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini .\n\n\nJusteru, beliau menggesa peniaga menghentikan penjualan dua produk kosmetik terbabit, manakala orang awam diminta tidak membeli atau menggunakannya.\n\n\n\u201cMerkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan berkata produk itu juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMerkuri juga katanya boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.\n\n\n\n\nTambah beliau lagi penjualan dan pengedaran produk kosmetik yang sudah dibatalkan notifikasi ini adalah salah kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.\n\n\n\n\n\n\n\u201cIndividu yang melakukan kesalahan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.\n\n\n\n\n\n\n\u201cDenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula untuk kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,\u201d katanya.\n\n\n\u201cOrang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik itu dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,\u201d kata Dr Noor Hisham.\n\n\nSehubungan itu orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA \nwww.npra.gov.my\n atau melalui aplikasi \u2018NPRA Product Status\u2019 yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/13/12370/", "title": "Chong Wei bidas kenyataan hina Islam, perkauman bekas pemain badminton", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sukan merupakan satu entiti yang menjunjung rasa hormat dan tidak menerima sebarang perkauman.\n\n\nDemikian satu kenyataan daripada ikon legenda sukan tanah air, Datuk Lee Chong Wei.\n\n\nBeliau juga berkata jangan kerana untuk mengejar supaya dirinya menjadi terkenal, seseorang sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yang erat dan sudah terbina sejak berdekad lamanya.\n\n\nKenyataan itu dikeluarkan menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes Iki Putra: Perancangan halus jatuhkan institusi Mahkamah Syariah\n\n\n\n\n\n\nTak dapat lunas hutang, peminjam direkrut buat kerja khianat\n\n\n\n\n\n\nSanusi perlu lebih diplomatik, cari solusi selesaikan kemelut rakyat\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy angkat sumpah MB Pahang untuk penggal kedua\n\n\n\n\n\n\nTular Tikus Jamah Ayam, Restoran Ditutup 14 Hari \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa berhubung\u00a0 isu tular bekas pemain pelapis badminton negara, Bong Guang Yik, yang menghina Islam di aplikasi Tik Toknya dan mempertikai orang Melayu yang menguruskan sukan badminton negara.\n\n\n\u201cSukan menjunjung rasa hormat dan tidak menerima perkauman. Jangan sesekali demi mengejar nk terkenal, sanggup menghancurkan keharmonian rakyat yg keeratan bukan dibina sehari dua, tetapi berdekad-dekad.\n\n\nKata Chong Wei lagi anggaplah dia sebiji epal busuk, kawan-kawan.\n\n\nTular video di media sosial mengenai kenyataan Guang Yik yang berbaur perkauman apabila dia mengkritik pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\n\n\n\n\nCong Wei dalam hantaran itu turut memuji\u00a0 Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang\u00a0 mengendalikan isu berkenaan.\n\n\n\n\n\n\nGuang Yik ketika ini dilaporkan menetap dan berkhidmat sebagai jurulatih badminton di China."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/13/12376/", "title": "Dakwaan seleweng wang zakat MAINS, SPRM kaji semula siasatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengkaji semula siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) Zakat Sdn Bhd.\n\n\nPengarah Kanan Siasatan Hishamuddin Hashim memaklumkan kertas siasatan dirujuk semula kepada timbalan pendakwa raya dan SPRM diarah menjalankan siasatan lanjut terhadap isu berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKes tersebut dikaji semula untuk melihat keterangan-keterangan yang ada.\n\n\n\n\n\u201cKertas siasatan kini dirujuk semula kepada timbalan pendakwa raya dan arahan dikeluarkan untuk dijalankan siasatan lanjut terhadap isu berbangkit,\u201d katanya dalam kenyataan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik portal FMT\n katanya\u00a0 kes berhubung dakwaan penyelewengan zakat membabitkan MAINS itu dibuka dan disiasat pada tahun 2019 dengan fokus kepada isu rasuah dan salah guna kuasa.\n\n\nSebelum itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail, dilapor berkata siasatan berhubung dakwaan penyelewengan zakat membabitkan Mains tidak menemui sebarang unsur kesalahan rasuah bawah Akta SPRM.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTunku Abdul Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nUMNO telah tamat tarikh luput \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nUtamakan bantu sekolah daif berbanding sekolah persendirian Cina\n\n\n\n\n\n\nPenamaan Calon PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\ni-Guru Nasihat Penjawat Awam Guna Saluran Betul Suarakan Pendapat\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata kertas siasatan dibuka pada 2019 dan siasatan selesai pada tahun sama.\n\n\nTerdahulu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, berkata SPRM dan polis sedang menyiasat dakwaan rasuah membabitkan jutaan ringgit zakat yang dikutip Mains.\n\n\nSPRM dilaporkan sudah menerima maklumat berhubung dakwaan itu tetapi tiada tangkapan setakat ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/13/aman-palestin-lancar-kempen-ramadan-bersamamu-peruntuk-rm12-juta/", "title": "Aman Palestin lancar kempen \u2018Ramadan Bersamamu\u2019 peruntuk RM12 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Tinggal 37 hari sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut Bulan Ramadan pada tahun ini.\n\n\nBagi memberikan yang terbaik kepada saudara Islam Palestin, Syria dan Yaman, Aman Palestin melancarkan kempen Ramadan Bersamamu yang memperuntukan 12 juta ringgit termasuk pembinaan sebuah masjid dengan kos empat juta ringgit.\n\n\nSelain itu, bantuan gempa bumi turut disalurkan di Turkiye dan Syria sebanyak 261 ribu ringgit sebagai bantuan kecemasan awal.\n\n\nAman Palestin turut menghantar bantuan kepada mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria\n\n\nMenurut Pengurus Besar Pemasaran Aman Palestin Berhad, Ustaz Muhd Farhan Muhd Fadhil, kempen kali ini turut memfokuskan kepada pembinaan Masjid Syeikh Khalil di Bar Elias, Lubnan yang bakal memberi manfaat kepada 3,000 pelarian Syria di kawasan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFasa 2 SUKE dibuka tengah malam ini\n\n\n\n\n\n\nBainun bersalah dua pertuduhan abai, aniaya Bella\n\n\n\n\n\n\nEtnik Rohingnya paling ramai mohon suaka di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSegera dapatkan dos penggalak kedua \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\nTujuh kertas siasatan berunsur hina agama, kaum, institusi diraja dibuka\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nMasjid itu juga dijangka bakal disiapkan selama 18 bulan bermula Mac 2023.\n\n\n\u201cKita akan bantu mereka sepertimana tajaan iftar, kotak makanan dan kita ada juga bantuan khas iaitu pembinaan masjid hasil daripada misi ke Lubnan dan Syria lepas melihat satu kepentingan untuk kita mendirikan sebuah masjid yang terletak di Beeqa, Lubnan.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian dalam satu sidang media pelancaran kempen Ramadan Bersamamu Aman Palestin, di sini hari ini.\n\n\nPengurus Besar Pemasaran Aman Palestin Berhad, Ustaz Muhd Farhan Muhd Fadhil\n\n\nSelain itu, Aman Palestin turut menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.\n\n\nSebanyak 60 ribu USD sudah disalurkan kepada mangsa yang terlibat dengan bantuan berbentuk makanan, penempatan sementara, pakaian musim sejuk, perubatan dan minyak pemanas.\n\n\n\u201cAlhamdulillah baru ni pun kita telah menyalurkan 30 ribu dolar terus direct masuk kepada Syria melalui rakan kerjasama kita di sana, kita berikan di tempat Idlib, dekat azaz dan ada dua pusat perubatan yang kita bagi bantuan di Syria dan kemudain 30 ribu dolar lagi kita masuk melalui Turkiye.\u201d\n\n\nTambahnya, bantuan yang diberikan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria akan diteruskan.\n\n\nManakala kempen Ramadan Bersamamu akan terus berlangsung sehingga 7 Mei termasuk hadiah buat anak-anak yatim menjelang Syawal.\n\n\nBagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan boleh menyumbang ke akaun Aman Palestin atau di laman web Aman Palestin,\n jommenyumbang.com."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/13/bekas-pemain-pelapis-badminton-negara-minta-maaf-keluar-kenyataan-rasis/", "title": "Lepas dikecam Bong Guang Yik minta maaf buat kenyataan rasis", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekas pemain badminton pelapis percubaan negara, Bong Guang Yik memohon maaf susulan\u00a0 kenyataan berbaur perkauman yang dibuatnya menerusi aplikasi\u00a0 Tik Tok.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nGuang Yik berkata dia terdorong untuk berkongsi pendapat mengenai perkembangan semasa badminton di Malaysia tetapi mengakui sudah melangkaui batas apabila menyentuh soal kaum dan agama.\n\n\n\u201cSaya ingin memohon maaf kepada semua. Sebab utama saya memberikan komen adalah kerana saya sangat meminati sukan ini.\n\n\nKatanya dia mempunyai tanggungjawab untuk cuba meningkatkan badminton dan industri sukan untuk manfaat semua.\n\n\nJusteru itu, katanya itu yang mendorong beliau bercakap untuk semua peringkat.\n\n\nDia berkata demikian dalam satu video terbaru.\n\n\nBagaimanapun, Guang Yik mengakui dia tidak sepatutnya menyentuh mengenai perkauman dan agama dan isu berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaru-baru ini, tular video di media sosial mengenai \nkenyataan Guang Yik\n\u00a0yang berbaur perkauman apabila dia mengkritik pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDia ketika ini dilaporkan menetap dan berkhidmat sebagai jurulatih badminton di China. -Portal Berita RTM"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/13/cabul-kemuliaan-ramadan-israel-dijangka-serang-lagi-umat-islam-palestin/", "title": "Cabul kemuliaan Ramadan, Israel dijangka serang lagi umat Islam Palestin", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perang Saiful Quds pada tahun 2021 yang berlaku pada penghujung Ramadan memperlihatkan kepada dunia bahawa musuh Islam akan menyerang mereka di Palestin tanpa mengira masa dan tiada penghormatan ke atas umat Islam yang menyambut Ramadan.\u00a0\n\n\nJusteru, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Ustaz Awang Suffian Awang Piut berkata, persediaan yang dilakukan oleh Palestin bukan hanya dalam bahagian pertahanan tetapi mereka juga perlu melakukan di peringkat masyarakat untuk mendapatkan sumber bekalan yang diperlukan.\n\n\n\u201cMusuh umat Islam menetapkan sesiapa yang berjaya mengguriskan hati umat Islam, memperolokkan umat Islam pada ketika bulan mulia diorang anggap itu pemimpin yang hebat,\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian dalam satu sidang media pelancaran kempen Ramadan Bersamamu Aman Palestin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMKN Ambil Alih Banjir, NADMA Lembap?\n\n\n\n\n\n\nSPRM sahkan akaun bank Bersatu dibeku\n\n\n\n\n\n\nKetua Menteri Melaka tidak mahu wakil rakyat, kakitangan awam makan \u2018gaji buta\u2019\n\n\n\n\n\n\nBekas MB Perlis hadapi 5 pertuduhan ubah wang haram RM1.06 juta\n\n\n\n\n\n\nBapa belajar hisap dadah daripada anak\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, kata Ustaz Awang Suffian, baru sahaja melangkah bulan Februari tahun ini, sudah pelbagai kekejaman yang dilakukan tentera Israel terhadap rakyat Palestin antaranya di Tebing Barat kanak-kanak dan remaja Palestin dibunuh, serbuan terhadap penduduk, merobohkan rumah serta mencabut sekurang-kurangnya 758 pokok di tanah milik Palestin.\n\n\n\u201cBila 2021 perang, 2022 dikhabarkan pun ada peperangan tapi sebenarnya kedua-dua pihak merasakan perkara itu sangat memeritkan, trauma perang 2021 masih ada lagi jadi tak jadi perang. Masuk 2023 pun banyak kekacauan yang berlaku terutama sekarang ni apa yang kita lihat tentera Zionis banyak mengatur serangan di tebing barat itu sendiri.\u201d\n\n\nBagaimanapun, menurut Ustaz Awang Suffian, situasi kini rakyat Israel juga mengalami trauma dan fobia dengan peperangan yang berlaku berikutan tindak balas tentera Hamas terhadap serangan-serangan tentera Israel.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Ustaz Awang Suffian Awang Piut (tengah).\n\n\nTambahnya, keadaan politik Isarel juga yang tidak stabil menyebabkan negara haram itu goyah dan cuba mencari populariti serta kuasa dengan mengguriskan hati umat Islam sebagai jaminan kepada rakyat Israel.\n\n\n\u201cIsrael pun perlukan bantuan dari lain, rakyat mereka sendiri sudah fobia, bila berlaku perang rakyat diorang akan takut sebab roket-roket yang datang dari Gaza sudah sampai ke tengah-tengah Israel, tengah-tengah Tel Aviv sendiri jadi itu sebab keadaan politik Israel sendiri tidak stabil, sekarang turun dan nak naik lagi yang baru sebab rakyat tak percaya siapa yang boleh menjamin keselamatan rakyat israel sendiri di tengah-tengah Israel.\u201d\n\n\nSehubungan itu, Aman Palestin melancarkan kempen Ramadan Bersamamu bagi membantu rakyat Palestin selain Syria dan Yaman pada bulan Ramadan ini.\n\n\nSebanyak 12 juta ringgit diperuntukkan melalui kempen ini termasuk empat juta ringgit pembinaan Masjid Syeikh Khalil di Bar Elias, Lubnan yang bakal memanfaatkan 10 ribu penduduk termasuk tiga ribu pelarian Syria di kawasan itu.\n\n\nDalam perkembangan lain, Aman Palestin juga telah menyalurkan bantuan gempa bumi di Turkiye dan Syria sebanyak 261 ribu ringgit sebagai bantuan kecemasan awal.\n\n\nBagi individu yang ingin menyalurkan bantuan, mereka boleh menyumbang ke akaun Aman Palestin atau di laman web Aman Palestin, \njommenyumbang.com."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/13/hina-islam-bekas-pemain-pelapis-badminton-negara-dikecam/", "title": "Hina Islam, bekas pemain pelapis badminton negara dikecam", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0\nHantaran rasis bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik\u00a0 yang\u00a0 mengatakan orang Melayu hanya tahu makan dan sembahyang lima kali sehari tanpa bersungguh-sungguh menguruskan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan baik dianggap keterlaluan dan menghina Islam.\n\n\nKenyataan itu yang dikeluarkan Guang Yik melalui aplikasi tiktoknya mencetuskan kemarahan netizen.\n\n\nVideo Tik Tok berdurasi selama 1 minit 34 saat itu dimuat naik oleh \nseorang pemilik akaun \ntiktok pada Jumaat lalu.\n\n\nPemilik akaun berbangsa Cina @ahboy berkata dia juga tidak bersetuju dengan kenyatan Guang Yik dan memaparkan kata-kata Guang Yik ke dalam hantaran Tik Toknya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRasional peraturan baharu Arab Saudi untuk tumpu ibadah\n\n\n\n\n\n\nFaizal sanggah Ramasamy, tidak tahu sentimen sebenar orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nMajlis Tindakan Sara Hidup Negara Bersidang Khamis Tangani Isu Harga Barang\n\n\n\n\n\n\nMasjid, surau di Kelantan digesa adakan solat hajat minta hujan\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi sindir pelantikan Anwar, PH menang \u2018dalam masa kecederaan\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nAh Boy memuatkan kenyataan Guang Yik beserta terjemahannya yang menyebut tiada pemain Malaysia mara ke pusingan akhir dan melihat prestasi pemain yang tidak memuaskan adalah berpunca daripada BAM sendiri kerana pengurusannya yang dijaga oleh orang Melayu.\n\n\nGuang Yik juga mendakwa pemain badminton di negara ini tidak mendapat layanan yang adil kerana kebanyakan tumpuan diberikan kepada Datuk Lee Chong Wei sementara generasi baharu tidak dipupuk untuk menjadi pengganti.\n\n\n\u201cSaya rasa ini sebab kaum Melayu yang jadi management BAM.\u00a0\n\n\n\u201cJangan bagi orang Melayu jadilah tukar orang Cina. Cuba tengok ada improve. Sebab orang Melayu dalam mindset saya semua malas tahu makan sahaja. \u2013 Bong Guan Yik / bekas pemain pelapis badminton negara\u00a0\n\n\nAhboy\u00a0 turut mengkritik kenyataan tersebut dan menyifatkan tindakan Guang Yik itu memalukan Malaysia kerana mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman sehingga dapat dilihat negara lain.\n\n\nGuang Yik kini dikatakan menjadi jurulatih \nbadminton di China.\n\n\nDalam komen pada hantaran itu ramai menghormati pendirian Ahboy yang juga tidak bersetuju dengan kenyataan Guang Yik.\n\n\nSelepas memuat naik video berkenaan juga AhBoy menerima peningkatan pengikut dan menafikan mahu\u00a0 mempromosikan dirinya.\n\n\nSementara itu tindakan bekas pemain pelapis percubaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Bong Guang Yik yang menghina agama Islam dan ornag Melayu\u00a0 dikecam oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.\n\n\n\n\n(1) Saya sudah semak dengan \n@MSNMALAYSIA\n \n@BA_Malaysia\n, beliau bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 (9 tahun yang lalu) dan kini tidak menetap di Malaysia. \npic.twitter.com/2nK1fMJBp4\n\n\n\u2014 Hannah Yeoh (@hannahyeoh) \nFebruary 13, 2023\n\n\n\n\nBeliau, melalui ciapan di twitternya berkata\u00a0 tidak bersetuju dengan kenyataan Guang Yik itu yang berunsur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.\n\n\nKatanya lagi ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan malah ia\u00a0 tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/13/hukuman-salah-laku-adun-sungkai-dikekalkan/", "title": "Hukuman salah laku ADUN Sungkai dikekalkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Bekas peguam A Sivanesan, yang kini menjawat EXCO kerajaan negeri Perak, didenda semula sebanyak RM10,000 oleh\u00a0Mahkamah Persekutuan.\n\n\nDenda terbabit dikenakan oleh lembaga tatatertib peguam bela dan peguam cara terhadap Sivanesan, kerana salah laku profesional,\u00a0 13 tahun lalu.\n\n\nPanel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal membuat keputusan itu setelah membenarkan rayuan oleh Majlis Peguam Malaysia dan K Pathmanathan.\n\n\nMajlis Peguam Malaysia dan Pathmanathan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Disember tahun lalu, yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan keputusan lembaga tatatertib itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLEBIH 22 JUTA POPULASI DEWASA MALAYSIA LENGKAP VAKSIN\n\n\n\n\n\n\nPolis buka 240 kertas siasatan, tahan 15 individu\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: NGO akan serah memorandum bantahan ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\nGolongan T20 tidak akan terima subsidi haji, elektrik\n\n\n\n\n\n\nCecair vape dibenarkan tanpa sebarang kawalan?\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik BERNAMA dalam penghakimannya, Nallini berkata Mahkamah Rayuan seharusnya lambat campur tangan terhadap penemuan fakta yang dibuat oleh jawatankuasa lembaga tatatertib peguam bela dan peguam cara.\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata nota prosiding Mahkamah Perusahaan mengesahkan asas bagi penemuan fakta jawatankuasa tatatertib, sambil menambah bahawa tiada sebab bagi Mahkamah Rayuan untuk membatalkan penemuan fakta jawatankuasa tatatertib berhubung perkara yang berlaku pada 6 April 2010 semata-mata atas keterangan saksi lain.\n\n\n\n\n\n\nNallini berkata Mahkamah Rayuan gagal melihat Sivanesan bertindak untuk Pathmanathan malah memberi aku janji untuk memfailkan borang yang diperlukan untuk pelantikannya walaupun tidak mempunyai arahan untuk berbuat demikian.\n\n\n\u201cOleh itu, jawatankuasa tatatertib mempunyai justifikasi dalam membuat keputusan,\u201d katanya.\n\n\nHakim itu berkata Sivanesan, yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai, sepatutnya menghubungi Pathmanathan berhubung tarikh perbicaraan baharu yang ditetapkan oleh Mahkamah Perusahaan tetapi gagal berbuat demikian.\n\n\nMahkamah memberikan kos RM20,000 kepada Pathmanathan.\n\n\nPada Februari 2021, Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan lembaga tatatertib yang mendapati Sivanesan bersalah atas salah laku profesional.\n\n\nKeputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan saranan jawatankuasa tatatertib.\n\n\nProsiding tatatertib telah mendakwa Sivanesan melakukan beberapa pelanggaran terhadap Akta Profesion Undang-undang 1976 dan peraturan etiketnya yang termasuk antara lain, memperdaya Mahkamah Perusahaan untuk mempercayai bahawa beliau bertindak bagi pihak Pathmanathan.\n\n\nPada 13 Jun 2016, Pathmanathan telah memfailkan aduan terhadap Sivanesan selepas Mahkamah Perusahaan membatalkan tuntutannya untuk pemecatan tidak adil kerana ketidakhadirannya di mahkamah.\n\n\nBeliau mendakwa, antara lain, bahawa Sivanesan gagal memaklumkan tarikh perbicaraan kepadanya.\n\n\nSivanesan diwakili oleh peguam yang diketuai oleh R Kengadharan manakala peguam Heng Yee Keat mewakili Majlis Peguam Malaysia. Pathmanathan mewakili dirinya sendiri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/13/ketua-menteri-melaka-tidak-mahu-wakil-rakyat-kakitangan-awam-makan-gaji-buta/", "title": "Ketua Menteri Melaka tidak mahu wakil rakyat, kakitangan awam makan \u2018gaji buta\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nKetua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali kecewa dengan prestasi kerja segelintir wakil rakyat serta ketua jabatan agensi kerajaan di negeri itu.\n\n\nMenurutnya, beliau tidak mahu mereka dilihat seperti \u2018makan gaji buta\u2019 ekoran bebanan tugasan yang tidak seimbang serta mahukan jabatan yang proaktif dalam melaksanakan tugas.\n\n\n\u201cAda ketua jabatan ini beban tugas cukup banyak, ada yang sedikit macam tiada kerja. Mudah sungguh, tak mahu nanti ada orang kata kita ini \u2018makan gaji buta\u2019, tugas untuk menentukan efisiensi, kecekapan ketua-ketua jabatan ini perlu sentiasa dipantau bukan hanya tumpu kepada kakitangan bawahan sahaja. \n\n\n\u201cJadi budaya proaktif\u00a0 bukan setakat meletakkan sasaran kerja duduk atas kertas, itu biasa-biasa sangat, jadi yang dikatakan bagus apabila kita melaksanakan tugas kita dengan menyasarkan lebih daripada KPI asal,\u201d \u2013 kata Sulaiman dalam ucapannya pada Majlis Majlis Perhimpunan Perhimpunan Bulanan Bilangan 2/2023 di Auditorium Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka hari ini.\n\n\nKetua Menteri (tengah) bergambar bersama kakitangan awam pada Majlis Perhimpunan Bulanan bertemakan Menerap Aspirasi Madani, Mencorak Budaya Proaktif di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh.\n\n\nTambahnya, kumpulan itu termasuk semua penjawat awam yang sepatutnya lebih komited dan bergerak sebagai satu pasukan yang mantap lebih-lebih lagi selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.\n\n\n\u201cSaya nak tanya tugas wakil rakyat, ketua-ketua jabatan termasuk penjawat awam pasca PRU15, adakah kita benar-benar telah bersatu hati, tekad dan bulat hati kepada satu matlamat? \n\n\n\u201cKalau persoalan ini masih belum terungkai, kita sebenarnya belum lagi mantap sebagai sebuah pasukan. Saya mahu semua dalam dewan ada aspirasi yang sama demi menjayakan semua agenda pembangunan negeri melaka,\u201d ujarnya.\n\n\nDalam pada itu, Sulaiman turut menegaskan kakitangan awam sepatutnya mempunyai matlamat dan aspirasi yang sama dalam menjayakan semua agenda pembangunan negeri Melaka dengan tugas yang seimbang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/13/qatar-derma-10000-rumah-mudah-alih-untuk-mangsa-gempa-turkiye-syria/", "title": "Qatar derma 10,000 rumah mudah alih untuk mangsa gempa Turkiye & Syria", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sejumlah 10,000 buah rumah mudah alih yang disediakan buat peminat kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 akan didermakan untuk mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria.\n\n\nKabin dan rumah mudah alih itu akan menjadi tempat berteduh buat mangsa yang hilang tempat tinggal akibat gempa.\n\n\nPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB berkata jutaan manusia dijangka memerlukan pertolongan selepas 7.8 gegaran pada skala Richter membunuh lebih 33,000 nyawa dan meranapkan beberapa kawasan penduduk di kedua-dua lokasi bencana pada Isnin lalu.\n\n\n\u201cOleh sebab keperluan yang mendesak, kami telah memutuskan akan menghantar kabin dan rumah mudah alih kami ke sana, sebagai satu sokongan bantuan segera untuk rakyat Turkiye dan Syria yang memerlukan, kata seorang pegawai Qatar yang tidak mahu dinamakan kepada AFP.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak mudah PH-BN rampas negeri Kedah \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nProsiding baharu LCS dicadang PAC\n\n\n\n\n\n\nSanusi sambut baik khabar angin Khairy sertai PN\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 untuk penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nSyahir tolak pelawaan Rafizi berdebat, ikut jejak \u2018senior\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nRumah mudah alih ini pernah digunakan sebagai\u00a0 rumah yang disewa untuk peminat bola sepak pada ketika kejohanan Pala Dunia Qatar\u00a0 tahun lalu.\n\n\nMenurut NDTV\n,\u00a0 penghantaran melalui kapal ke Turki akan dilakukan pada Isnin manakala baki yang lain akan dilakukan pada hari kemudian.\n\n\nTerdahulu Emir Qatar, \u00a0Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melawat Turkiye menjadikan beliau pemimpin negara asing yang pertama melawat negara itu selepas dilanda gempa.\n\n\n\n\nDalam pertemuannya dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan beliau membincangkan bagaimana Doha dapat membantu mengurangkan beban bencana.\n\n\nSetakat ini pasukan mencari dan menyelamat Qatar merupakan kumpulan terbesar yang berada dalam kalangan pasukan SAR di Turkiye, dengan seramai 130 orang selain bantuan seberat 100 tan yang dibawa bersama mereka.\n\n\nKedua-dua negara mempunyai hubungan erat sejak tahun-tahun kebelakangan ini.\n\n\nQatar umpamanya sebelum ini bersetuju menyuntik dana berbilion dolar jumlahnya kepada Turkiye yang sedang bergelut dengan krisis ekonomi, selain melabur dalam projek infrastruktur dan pusat beli-belah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/13/tiada-tarikh-luput-pelaksanaan-menu-rahmah-kepada-peniaga/", "title": "Tiada tarikh luput pelaksanaan Menu Rahmah kepada peniaga", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerajaan tidak menetapkan\n had masa atau paksaan bagi mana-mana restoran untuk melaksanakan hidangan Menu Rahmah kerana ia hanyalah inisiatif membantu mereka yang memerlukan dengan hidangan lebih murah.\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNHEP), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, apa yang menjadi keutamaan kerajaan ketika ini adalah kebajikan rakyat.\n\n\n\u201cKita tidak mengambil itu sebagai KPI kita, apa yang penting adalah di saat ini kerajaan khususnya KPDN mengambil satu pendekatan tidak ada rakyat Malaysia yang boleh lapar dalam negara kita, selagi mana kebajikan ini dianggap oleh pemain industri suatu yang mereka akan teruskan, sepanjang itulah menu rahmah ini kita berikan kepada rakyat dalam negara kita ini,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan sesetengah pihak bahawa program tersebut tidak akan bertahan lebih tiga bulan jika kos bahan mentah meningkat di pasaran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHajiji dapat sokongan 44 Adun, kekal teraju Sabah\n\n\n\n\n\n\nHarga Racun Naik Sehingga 199 Peratus\n\n\n\n\n\n\nTipu Sijil Mungkin Melibatkan \u201cOrang Dalam\u201d\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Turun Di Empat Negeri, Negeri Sembilan Meningkat\n\n\n\n\n\n\nAdilkah bantuan RM15.75 juta untuk sekolah persendirian Cina?\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Pengarah Urusan Mydin,\n Datuk Ameer Ali Mydin berkata, Menu Rahmah akan bertahan tiga bulan sahaja, jika kos bekalan bahan mentah terus meningkat.\n\n\n\n\nSehubungan itu, beliau menggesa penyelesaian yang lebih mantap untuk menangani tekanan kos sara hidup supaya Menu Rahmah itu dapat dikekalkan.\n\n\nTambah Salahuddin, kerajaan juga akan memperluaskan inisiatif Rahmah dengan menambah bilangan peserta dan penaja, bukan sahaja untuk hidangan tetapi produk lain.\n\n\nBeliau berkata, kerajaan akan bekerjasama dengan bank dan pemain industri lain untuk menangani peningkatan kos sara hidup.\n\n\nTerdahulu, Salahuddin melancarkan Menu Rahmah di Restoran Stadium Nasi Kandar di Cheras, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/13/titah-agong-beri-mesej-jelas-kepada-ahli-politik-serius-urus-negara-pelihara-perpaduan/", "title": "Titah Agong beri mesej jelas kepada ahli politik agar serius urus negara, pelihara perpaduan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Parlimen hari ini memberi\u00a0mesej jelas kepada semua ahli politik khususnya wakil rakyat agar lebih serius dan\u00a0 bertanggungjawab mengurus negara.\n\n\nProfesor Sains Politik Universiti Putra Malaysia, Prof. \u00a0Dr. Jayum Anak Jawan berkata, ahli politik sama ada dalam kerajaan mahupun blok pembangkang mempunyai tanggungjawab sama rata untuk memastikan kelangsungan peranan sistem demokrasi, sekali gus menjamin kesejahteraan rakyat.\n\n\nMereka perlu memelihara\u00a0perpaduan dan pembangunan yang dikecapi Negara sejak 66 tahun lalu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M kecewa pengundi tolak calon bersih, tidak bersalah\n\n\n\n\n\n\nEtnik Rohingnya paling ramai mohon suaka di Malaysia\n\n\n\n\n\n\n2 ditahan seludup 1,382 bungkus sosej sejuk beku dari negara jiran\n\n\n\n\n\n\nZakir Naik selamat \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nJalan Temiang ditukar nama pengasas DAP, kerajaan digesa nilai semula\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerisauan yang boleh menggugat kestabilan politik terletak pada sikap dan tindakan ahli politik kurang matang seperti sering bertukar parti, kutuk-mengutuk antara satu sama lain sehingga boleh menjejaskan peranan masing-masing dalam mengurus hal ehwal negara sekali gus membawa kesejahteraan masyarakat,\u201d katanya.\n\n\nBeliau yang juga Felo\u00a0Akademi Sains Malaysia berkata, titah\u00a0Yang di-Pertuan Agong itu tepat pada masanya ketika pemimpin negara bergelut mengurus pelbagai cabaran paling genting yang mungkin boleh menjejaskan perpaduan etnik, pembangunan dan keselamatan negara.\n\n\nJayum berkata, titah\u00a0Al-Sultan Abdullah menunjukan baginda amat prihatin dan mengambil berat mengenai aspek kedamaian\u00a0serta keselamatan negara demi kebajikan rakyat.\n\n\nPada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini, Seri Paduka bertitah, baginda khuatir suasana damai dan kemajuan yang didambakan tidak akan menjadi kenyataan buat selama-lamanya jika kepelbagaian, kemajmukan dan kekusutan politik berterusan menjadi punca perbalahan dan perpecahan.\n\n\nSependapat dengan Jayum,\u00a0Penganalisis Politik, Dr Jamaie Hamil menyifatkan, titah Al-Sultan Abdullah itu sebagai satu peringatan kepada parti politik negara supaya memberikan sokongan kepada kerajaan dengan melupakan episod politik lama dalam memacu negara yang stabil dan kukuh.\n\n\n\u201cSeri Paduka menzahirkan\u00a0satu peringatan supaya\u00a0memberi sokongan\u00a0kepada kerajaan yang dicadangkan Baginda sendiri. Dengan terbentuknya kerajaan ini, sebaiknya mana-mana parti politik memberi kerjasama, mengkritik dalam\u00a0keadaan\u00a0sewajarnya dan melontarkan pandangan,\u201d\u00a0katanya.\n\n\nBeliau menjelaskan negara mungkin menemui\u00a0kegagalan seperti pasca-Pilihan Raya Umum ke-14, jika\u00a0kekusutan politik masih berterusan kerana kerajaan dilihat berada di landasan\u00a0betul apabila sedang berusaha memperbaiki kehidupan rakyat serta prestasi negara di peringkat ASEAN.\n\n\n\n\nPensyarah Kanan Program Sains\u00a0Politik\u00a0Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, teguran Seri Paduka harus dilihat dalam konteks positif untuk sama-sama membina negara yang semakin baik dari segi politik, sosial dan ekonomi.\n\n\nSementara itu, Penganalisis Politik dan Media Sosial dari UiTM, Profesor Madya Dr. Sara\u00a0Chinnasamy berkata,\u00a0budaya politik saman-menyaman harus dihentikan sebaliknya memberikan fokus\u00a0kepada masalah rakyat yang dihadapi ketika ini.\n\n\n\u201cIa kerana medan politik hari ini banyak mengetengahkan isu saman\u00a0dan mendendam sesama sendiri. Sepatutnya isu dan masalah rakyat harus diutamakan. Rakyat hendak lihat perubahan (dalam mengurus isu) seperti kenaikan harga barang,\u00a0makanan dan barangan runcit serta kekurangan bekalan,\u201d katanya.\n\n\nMenyokong titah Seri Paduka, beliau berkata, sesi\u00a0Parlimen kali ini harus dijadikan medan untuk membicarakan isu rakyat dan berdebat secara berhemah, untuk mengatasi masalah rakyat kerana masyarakat sudah muak\u00a0melihat kontestasi politik. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/12461/", "title": "Prosiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar dibenarkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pelakon Puteri Sarah memperoleh kebenaran untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya Ira Kazar, kakak, serta bapa mereka yang juga pelakon veteran, Kazaruddin Saisi.\n\n\nPeguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Sesyen Norakhmar Mohd Sani memberi kebenaran itu ketika pengurusan kes secara dalam talian hari ini.\n\n\n\n\nMenurut Akberdin, pihaknya akan menyerahkan salinan permohonan komital itu kepada Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini, kakaknya iaitu Yasmin dan bapa mereka.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelepas penyampaian disempurnakan, mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mereka menjawab terhadap permohonan kami. Pada masa ini, tiada sebarang tarikh ditetapkan,\u201d kata peguam itu ketika dihubungi.\n\n\n\n\n\n\nPuteri Sarah memfailkan notis permohonan komital itu secara ex-parte (sebelah pihak) pada 31 Jan lepas terhadap ketiga-tiga individu itu atas dakwaan dengan sengaja menentang atau mengingkari perintah injunksi yang diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai 2022.\n\n\n\n\nIbu kepada dua anak itu memohon perintah injunksi tersebutdalam kes saman difailkannya terhadap Ira yang didakwa mengganggu dan mengugutnya menerusi media sosial.\n\n\n\n\nPada 4 Julai 2022, Puteri Sarah berjaya memperoleh perintah injunksi daripada mahkamah antara lain bagi menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada mengganggu dan menjejaskan ketenteraman serta kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentua termasuk suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKhidmat imam luar negara tidak dibenarkan ketika tarawih di Selangor\n\n\n\n\n\n\nSD Sokong Anwar : Ahmad Maslan Tanta Siapa PM Sekarang?\n\n\n\n\n\n\nBadan kehakiman jadi sasaran beberapa pihak capai objektif niat jahat mereka\n\n\n\n\n\n\nADUN Banggi, Tanjong Kapor, Kunak umum keluar WARISAN\n\n\n\n\n\n\n48 Maut Akibat Banjir, Amaran Hujan Lebat Petang Ini Sehingga 3 Jan\n\n\n\n\n\n\n\n\nIra juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah dan keluarganya atau rakan serta orang gaji kepada isteri pertama Syamsul itu.\n\n\nPada 16 Januari lalu,\u00a0 Puteri Sarah, 38, memfailkan permohonan cerai dengan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, di Mahkamah Rendah Syariah di sini dan sebutan kes ditetapkan pada 7 Mac ini di hadapan Hakim Syarie Akmalludin Ilyas.\n\n\nPada 6 Jan lepas, Syamsul mendedahkan beliau sudah bernikah dengan Ira di Thailand dalam video yang dikongsi menerusi Instagram.- BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/alami-masalah-teknikal-juruterbang-dan-pelajar-mendarat-cemas-di-jasin/", "title": "Alami masalah teknikal juruterbang dan pelajar mendarat cemas di Jasin", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0\nPihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)\u00a0 mengesahkan\u00a0 insiden sebuah pesawat latihan telah membuat pendaratan paksa di Jasin, Melaka, berikutan masalah teknikal yang dilaporkan juruterbang.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat jenis Piper PA-28-181, 9 MSKJ telah memohon kebenaran daripada Menara Kawalan Trafik Udara untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.\n\n\nKatanya dalam satu kenyataan pesawat yang dikendalikan oleh Malaysian Flying Academy (MFA) telah membuat pendaratan di Kilang Xinyi Energy Smart, Jasin, Melaka pada 11.05 pagi tadi.\n\n\nPenerbangan melibatkan seorang juruterbang dan seorang pelajar yang dilaporkan selamat, katanya lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Awalkan PRU \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nKDN tetapkan klasifikasi filem 2023 berkuat kuasa hari ini\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Perlu Main Peranan Tahu Skop Kerja \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPersatuan Bas Sekolah Tiada Hak Letak Harga, Tapi Ramai `Bungkus\u2019 Angkara Pandemik\n\n\n\n\n\n\nPotong elaun Menteri bukan kurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik MG, Norazman berkata Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia akan meneruskan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/bekas-menteri-kewangan-disiasat-berhubung-harta-ratusan-bilion-ringgit-di-luar-negara/", "title": "Harta ratusan bilion ringgit di luar negara, bekas Menteri Kewangan disiasat", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \u00a0Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menjalankan siasatan ke atas seorang bekas Menteri Kewangan berhubung penyimpanan harta di luar negara berjumlah ratusan bilion ringgit sehubungan pendedahan \nPandora Papers\n.\n\n\n\n\nMemetik laporan \nThe Star\n, SPRM dipercayai sudah memanggil dan mengambil keterangan pemimpin berusia 80-an itu di Putrajaya.\n\n\n\n\n\u201cKita telah memanggil bekas pemimpin itu. Beliau hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Siasatan ke atas beliau masih di peringkat awal berdasarkan pendedahan \nPandora Papers\n yang mendakwa beliau menyimpan harta ratusan bilion ringgit di luar negara.\n\n\u201cSetakat ini, tiada aset yang dibekukan susulan siasatan ini,\u201d katanya, pada Selasa.\n\n\nPengesahan SPRM mengenai perkara itu juga sedang didapatkan pengesahan.\n\n\nData \nPandora Papers \ndilaporkan bocor dan mendedahkan puluhan ketua negara, kerajaan dan pemerintah dari serata dunia termasuk Malaysia yang didapati menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir bagi menyembunyikan aset bernilai ratusan juta dolar, sepanjang 25 tahun lalu. \u2013 AWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/berjasa-persoal-tok-mat-nilai-dap-ikhlas-dengan-umno-atas-dasar-apa/", "title": "Berjasa persoal Tok Mat nilai DAP ikhlas dengan UMNO atas dasar apa ?", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung kerjasama UMNO dan DAP di bawah kerajaan campuran dianggap \ntidak selari dengan pendirian UMNO sebelum ini yang secara terang-terangan menolak DAP.\n\n\nPresiden BERJASA, Zamani Ibrahim mempersoalkan apakah ukuran dibuat Mohammad sehingga meyakini keikhlasan DAP dalam membentuk kerajaan.\u00a0\n\n\nMenerusi hantaran video di Facebooknya, membidas kenyataan Menteri Pertahanan itu yang dahulunya secara terang terangan menolak DAP namun mula menerima parti itu walaupun baru beberapa bulan bekerjasama.\u00a0\n\n\n\u201cJadi tok mat hasan sebagai Timbalan Presiden UMNO yang kata DAP tu ikhlas atas dasar apa ? atas dasar you kenal DAP sebelum ni you kenal DAP buruk tak baik , seolah kenal DAP tetapi baru kenal dua bulan dah cakap DAP ikhlas,\u00a0 Apa garisan panduan dia ?\u201d \u2013 Zamani Ibrahim /\u00a0 Presiden BERJASA\n\n\nZamani berkata, Allah SWT juga menyebut bahawa ramai orang bukan Islam sentiasa mempunyai perancangan buruk yang mahu dilakukan terhadap agama Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi Hadi keluarkan amanat halalkan ajaran menyimpang\n\n\n\n\n\n\nKu Li dilantik sebagai Penasihat UMNO\n\n\n\n\n\n\nPertandingan tiga penjuru di DUN Batu Tiga, Kota Anggerik\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi di Negeri Sembilan kurang akibat hujan\n\n\n\n\n\n\nBatal sidang media, \u2018Langkah Kinabalu\u2019 didakwa gagal\n\n\n\n\n\n\n\n\nVideo itu turut memaparkan petikan kenyataan Mohamad dipercayai pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang menyatakan bahawa PAS tidak pernah setia serta ikhlas bekerjasama dengan UMNO, tetapi tidak bagi DAP.\n\n\nMohamad berkata DAP tidak bermuka-muka dan berpura-pura setiakawan ketika kedua-dua parti itu bekerjasama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/dewan-rakyat-lulus-jawatankuasa-pemilih-bagi-parlimen-ke-15/", "title": "Dewan Rakyat lulus jawatankuasa pemilih bagi Parlimen ke-15", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPersidangan Dewan Rakyat hari ini telah meluluskan pelantikan Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke-15.\n\n\nJawatankuasa tersebut diketuai Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul sebagai Pengerusi dan dianggotai enam ahli jawatankuasa.\n\n\nMereka ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya), Menteri Pengangkutan Anthony Loke (PH-Seremban) dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (PH-Pandan).\n\n\nSelain itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaklumat Dakwa Fenomena Aphelion Mula PALSU\n\n\n\n\n\n\nKes Positif Global Lebih 306 Juta\n\n\n\n\n\n\nI-Guru Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nKP Imigresen ditukarkan berkuat kuasa hari ini\n\n\n\n\n\n\nPorak-peranda politik jejas institusi kehakiman negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nUsul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali mengikut Peraturan Mesyuarat 76 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/jawatankuasa-khas-kaji-kedudukan-pengiktirafan-leftenan-adnan-perlu-ditubuhkan/", "title": "Jawatankuasa khas kaji kedudukan, pengiktirafan Leftenan Adnan perlu ditubuhkan", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \n\u201cSaya ingin mengesyorkan yang kita ini untuk mengadakan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji balik kedudukan dan pengiktirafan kepada Leftenan Adnan.\u201d\n\n\nDemikian kata Presiden Kelab Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja (KPRAMD), \nBrigedier Jeneral Dato\u2019 Ahmad Zaki Mahmud (B)\n\u00a0apabila beliau mendapati bahawa sambutan hari peringatan pejuang Leftenan Adnan di tanah air kita masih di tahap sangat rendah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBila kita cakap tentang hari memperingati terkorbannya Leftenan Adnan ini, tanggal 14 Februari setiap tahun, esoklah. Jadi di peringkat nasional, di peringkat negeri, apa ada? Bahkan di peringkat daerah dia pun tiada,\u201d ujar beliau.\n\n\n\u201cTapi Alhamdulillah hari Khamis lepas, malam Jumaat, kami daripada Kelab Pegawai Rejimen Askar Melayu Diraja dan ada pegawai-pegawai dan juga askar yang masih berkhidmat disuruh bersama baca Yasin, buat tahlil kepada arwah dan juga rakan-rakan yang terkorban itu.\u201d\n\n\nNamun, ianya hanya setakat itu sahaja, ujar Dato\u2019 Ahmad Zaki.\n\n\nBeliau berpendapat bahawa peringatan terhadap perjuangan Leftenan Adnan ini perlu dipertingkatkan lagi dan berhak mendapat sambutan lebih meriah jika mahu dibandingkan dengan jasanya mempertahankan tanah air.\n\n\nDalam pada itu, Dato\u2019 Ahmad Zaki juga telah berbincang dengan beberapa pihak seperti nazir Masjid Sungai Ramal dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Ramal bagi mempertingkatkan kesedaran mengenai perjuangan Leftenan Adnan.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nKatanya, \u201cSemasa saya berbincang dengan nazir Masjid Sg Ramal, dia adalah hasrat dia, nak buat satu tempat khas untuk Leftenan Adnan ni dan dia minta bantuan kita. Saya kata insya Allah dari segi materialnya kita boleh bantu.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u201cDan saya juga ada bercakap dengan pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Sg Ramal, Dr Saiful namanya. Dia ni pun dulu\u00a0\nlecturer\n\u00a0dekat Universiti Pertanian Malaysia.\n\u00a0So\n\u00a0dia sanggup untuk buat kajian,\u201d tambah beliau.\n\n\nMengulas lanjut, beliau juga berharap agar kajian mendalam dapat dilaksanakan supaya taraf Leftenan Adnan dinaikkan, oleh sebab pengorbanan beliau yang bukan calang-calang pengorbanan.\n\n\nTegas Dato\u2019 Ahmad Zaki, \u201cIa satu pengorbanan jati murni dan bagi saya perjuangan dia adalah perjuangan untuk ugama, bangsa, ibu pertiwi dan juga kepada Raja-Raja Melayu. Itu saya tidak ragu-ragu.\u201d\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cDan di atas matlamat perjuangan itu pula, Leftenan Adnan ini memberi suntikan semangat kepada anggota-anggotanya untuk berlawan supaya lawan dia tu akan meninggalkan satu petanda yang bangsa kita ini adalah bangsa pejuang!\u201d tambahnya.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nBrigedier Jeneral Dato\u2019 Ahmad Zaki Mahmud (B) berkata sedemikian dalam sebuah forum\u00a0\nPerbincangan Rakyat Demi Malaiu 3.0 bertajuk \u2018Leftenan Adnan: Berkhidmat Untuk British Atau Raja-Raja Melayu?\u2019\n, yang diadakan secara atas talian semalam bagi memperingati pengorbanan Leftenan Adnan terhadap ibu pertiwi. \u2013 SAMUDERA.MY"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/kawal-inflasi-bnm-mungkin-naik-semula-nisbah-keperluan-rizab-berkanun/", "title": "Kawal inflasi, BNM mungkin naik semula nisbah keperluan rizab berkanun", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan menaikkan semula nisbah keperluan rizab berkanun (SRR), instrumen yang digunakan oleh bank pusat bagi menguruskan mudah tunai dalam pasaran dengan menyokong aktiviti pengantaraan kewangan kepada paras seperti sebelum pandemik iaitu 3.0 peratus, berbanding 2.0 peratus ketika ini.\n\n\nPenganalisis TA Securities, Farid Burhanuddin, berkata kemungkinan kenaikan SRR ke paras sebelum pandemik selepas nisbah berkenaan memberi kesan kepada kadar inflasi negara dengan mempengaruhi penawaran wang dan ketersediaan kredit (untuk pinjaman).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, ia (kenaikan SRR) akan mengurangkan jumlah dana yang tersedia untuk pinjaman, menjadikannya lebih sukar bagi firma dan pengguna untuk mengakses kredit. Ini boleh memperlahankan pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan permintaan,\u201d katanya dalam satu nota penyelidikan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Mac 2020, BNM menurunkan SRR kepada 2.0 peratus daripada 3.0 peratus berdasarkan perkembangan ekonomi ketika itu apabila kemerosotan kecairan yang mendadak menyebabkan turun naik dalam pasaran kewangan dan memberi kesan yang mendalam terhadap perniagaan serta pengguna.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSejak 2019, SRR dikurangkan sebanyak 150 mata asas. Semasa kegawatan ekonomi global 2009, ia dipotong sebanyak 1.0 peratus.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Farid berkata, SRR boleh memberi kesan kepada inflasi di Malaysia kerana ia merujuk kepada jumlah minimum dana yang mesti dipegang oleh bank perdagangan sebagai rizab dengan bank pusat.\n\n\n\n\n\u201cDengan melaraskan SRR, langkah BNM ini boleh mempengaruhi jumlah dana yang tersedia untuk pinjaman dan seterusnya, bekalan wang dalam ekonomi,\u201d katanya.\n\n\n\n\nSementara itu, Farid berkata Malaysia sudah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan kesan COVID-19 termasuk menyediakan bantuan kewangan kepada perniagaan dan isi rumah.\n\n\nKatanya, kerajaan juga telah melaksanakan pembaharuan untuk meningkatkan lagi daya saing ekonomi, khususnya dalam pelbagai bidang seperti pendigitalan dan inovasi.\n\n\n\u201cBagaimanapun, ia tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang ketara, termasuk kesan wabak yang berterusan, perubahan dalam keadaan ekonomi global dan ketegangan geopolitik.\n\n\n\u201cWalaupun 2023 menjanjikan pertumbuhan ekonomi Malaysia, ia tidak dapat lari daripada beberapa kesan negatif,\u201d katanya. \u2013 BERITA HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/pakar-cadang-dua-strategi-baharu-ganti-gst-atasi-hutang-negara/", "title": "Pakar cadang dua strategi baharu ganti GST atasi hutang negara", "body": "0\n\n\nBangi, Selasa \u2013\u00a0 \nUsaha mengurangkan perbelanjaan dan menyelesaikan hutang negara y\nang kini berjumlah RM 1.5 Trillion perlu dilakukan dengan segera.\n\n\nPengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff mencadangkan kerajaan dua strategi sebagai solusi terbaharu bagi menangani isu bebanan hutang negara.\n\n\nJelasnya kerajaan boleh melaksanakan penjimatan yang jitu ke atas perbelanjaan negara, kerana menurutnya, penjimatan ini bakal mengelakkan berlakunya isu ketirisan dan pembaziran buat dana belanjawan negara.\n\n\nProf Madya Dr Ahmed Razman menyatakan isu ketirisan wajar dibendung kerana ia punca hutang negara kian meningkat daripada pendapatan negara\n\n\nTambah beliau, strategi yang kedua adalah dengan menambah pendapatan negara melalui perkembangan ekonomi serta pendapatan cukai dan hasil bukan yang sedia ada.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelangor laksanakan program SelVax bermula esok\n\n\n\n\n\n\nSumbangan tunai Rahmah disalur bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nEmpat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi\n\n\n\n\n\n\nLima menteri mengiringi Anwar ke China, dua daripada DAP\n\n\n\n\n\n\nTragedi basikal lajak: Sam Ke Ting dibebaskan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut menambah, kerajaan perlu menangani kadar ketirisan negara dengan segera kerana kadar penyelewengan dan rasuah negara kini kian menambah sebanyak RM60 billion berbanding hasil yang dikutip dari hasil cukai negara.\n\n\n\u00a0\nOleh itu, katanya negara tidak perlu lagi memikirkan cukai yang baharu ke atas rakyat sebagai wadah dalam menangani hutang negara yang kian parah.\n\n\nPerdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan negara akan wujud beberapa solusi lain bagi mengatasi bebanan hutang negara\n\n\nTerdahulu, ekonomi negara sudah tidak lagi bergantung kepada hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan sudah tidak bercadang untuk memperkenalkan lagi cukai itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/perodua-axia-2023-terima-20100-tempahan/", "title": "Perodua AXIA 2023 terima 20,100 tempahan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa -Produk terbaharu Perodua,\u00a0 Perodua Axia 2023 telah menerima sejumlah 20,100 tempahan sejak dibuka.\n\n\nSeramai\u00a0 2,900 pelanggan pertama bakal menerima Axia baharu itu dalam masa terdekat.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif dan Presiden Perodua, Dato\u2019 Sri Zainal Abidin Ahmad berkata 13,600 daripada tempahan keseluruhan merupakan tempahan dari pelanggan yang menukar dari Axia generasi terdahulu kepada generasi baharu bersama 6,500 tempahan baharu.\n\n\nDato\u2019 Sri Zainal Abidin berkata, dengan pelancaran Perodua Axia serba baharu, Perodua mempunyai dua fokus, iaitu untuk memaksimakan penghantaran kepada pelanggan, dan menukar sebanyak mungkin tempahan Axia generasi terdahulu kepada Axia serba baharu.\n\n\n\n\n\u201cSasaran kami mencapai 314,000 pendaftaran dan 330,000 produksi pada tahun ini mencerminkan komitmen kami untuk tempahan dan kepercayaan anda dihantar secepat mungkin tanpa menjejaskan kualiti.\u201d\n\n\n\n\nBeliau turut berkata Perodua Axia serba baharu itu disasarkan untuk dijual sebanyak 5,700 unit sebulan, dan untuk mencapai sasaran itu, Perodua menetapkan untuk menjual sebanyak 82,000 unit model Axia tahun ini.\n\n\nDi sebalik platform DNGA yang baharu, Axia 2023 masih lagi mengekalkan enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter 1KR-VE dengan hamburan kuasa 67 hp @ 6,000 rpm dan daya kilas 91 Nm @ 4,400 rpm.\n\n\nAxia 2023 juga akan ditawarkan sebanyak 4 varian, iaitu varian G, X, SE dan AV, semua varian akan menerima enjin 1.0 NA dipadankan dengan transmisi D-CVT.\n\n\nPerodua melancarkan model yang ditunggu-tunggu, Perodua Axia 2023 serba baharu hari ini.\n\n\nHarga bagi Axia serba baharu akan bermula dari RM38,600 untuk varian G, RM40,000 untuk varian X, RM44,000 untuk varian SE dan RM49,500 untuk varian AV. \u2013 MYCARETA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/sprm-fokus-banteras-sindiket-besar-punca-kes-rasuah-meningkat-anwar/", "title": "SPRM Fokus Banteras Sindiket Besar & Punca Kes Rasuah Meningkat \u2013 Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menumpukan kes rasuah berskala besar yang menyumbang kepada peningkatan kes rasuah di Malaysia.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sasaran utama SPRM kini adalah melaksanakan siasatan dan pencegahan yang berkesan, serta meningkatkan keyakinan masyarakat dalam usaha membanteras kes rasuah.\n\n\n\u201cTumpuan SPRM sekarang adalah rasuah berskala besar. Kalau dulu, terlalu banyak masa dan tenaga untuk menumpukan perhatian menangkap ikan bilis dan ini tidak akan banyak membantu kerana rasuah adalah satu hal yang sistemik,\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditanya Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui mengenai strategi penambahbaikan dan fokus utama kerajaan melalui SPRM untuk memastikan penyiasatan jenayah itu mendatangkan impak yang besar.\n\n\nDalam pada itu Anwar turut memberi contoh kes rasuah berskala besar antaranya skandal terbesar air di Sabah yang melibatkan infrastruktur mencecah RM3.3 billion dan sindiket Bitcoin yang mencuri bekalan elektrik dengan kerugian RM2.3 billion yang berlaku sepanjang tahun 2018-2021.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProgram melawat rumah ibadah tidak harus disekat \u2013 MUDA\n\n\n\n\n\n\n13 Ditahan Pandu Secara Mabuk Sekitar Ibu Negara\n\n\n\n\n\n\nPercepat laksana Akta Pendanaan Politik, elak amalan rasuah\n\n\n\n\n\n\nUMNO telah tamat tarikh luput \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPM mahu Timbalan Menteri fokus laksana perancangan, perubahan untuk rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada masa sama, beliau juga berkata kerajaan berusaha memperketatkan undang-undang bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat kes-kes rasuah dalam negara.\u00a0\n\n\nJelas Anwar, pihaknya sedang meneliti peruntukan yang boleh memperketatkan dan memberi perlindungan terhadap pemberi maklumat serta tidak memberi peluang kepada mana-mana pihak untuk memberi maklumat palsu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/tiada-cadangan-tutup-akaun-media-sosial-yang-disalah-guna-fahmi/", "title": "Tiada cadangan tutup akaun media sosial yang disalah guna \u2013 Fahmi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0\nKerajaan tidak akan menyekat mahupun menutup mana-mana akaun media sosial yang disalah guna sehingga menjejaskan perpaduan rakyat.\u00a0\n\n\nMenteri Komunikasi dan Digital (KKD), Ahmad Fahmi Fadzil berkata, dalam hal tersebut, pihaknya telah mengadakan sesi libat urus dengan pengguna dan juga pengendali media sosial.\n\n\nAhmad Fahmi menjawab soalan tambahan Zahir Hassan (PH- Wangsa Maju) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mengambil pendekatan untuk memadam akaun tertentu di media sosial.\n\n\nMenurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan sejumlah 30.25 juta pengguna media sosial, manakala 14.95 juta adalah daripada pemilik akaun Tik Tok.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAjaran sesat SiHulk pengaruh anak muda, hidup mewah di luar negara\n\n\n\n\n\n\nPenganggur mengaku kelar ibu, adik berdepan hukuman penjara 80 tahun\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu bertindak tegas tangani isu kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nCemar al-Quran di Denmark, Turkiye kutuk tindakan kumpulan Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Dana RM388.1 bilion\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya sejak tahun 2021 hingga 2022 berlaku pertambahan sebanyak lapan peratus atau pun 2.3 juta pengguna sosial media.\n\n\nJusteru itu beliau mahu mengetahui rancangan kementerian tentang sejauh mana tindakan yang telah dikenakan terhadap pemadaman pemegang akaun Tik Tok.\n\n\n\u201cSetakat hari ini, KKD tidak memohon untuk mana-mana akaun ditutup atau dikekang kerana memuat naik kandungan tidak wajar,\u201d katanya ketika menjawab soalan lisan Dewan Rakyat, hari ini.\n\n\nFahmi berkata sepanjang Januari 2022 hingga 30 Januari tahun ini, sebanyak 197 kandungan telah diturunkan di pelbagai platform media sosial.\n\n\nSejumlah 101 daripada jumlah itu adalah daripada aplikasi TikTok\n\n\nSementara itu\u00a0 Ahli parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden juga bertanyakan mengenai aplikasi twitter yang juga banyak menunjukkan ciapan isu berbaur perkauman dan tindakan terhadap pemilik akuan terbabit.\n\n\nKata Fahmi, kerajaan memberi jaminan terhadap kebebasan hak bersuara, namun menegaskan bahawa ia bukan bermakna mana-mana pihak boleh menabur fitnah atau menyebarkan maklumat tidak benar kepada orang ramai.\n\n\nSementara itu, permintaan daripada agensi atau badan penguatkuasaan adalah salah satu daripada tiga penyebab kandungan diturunkan daripada media sosial.\n\n\nKata Menteri KKD itu dua lagi punca kepada kandungan media sosial diturunkan adalah melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mengesan dan menurunkan kandungan secara automatik jika didapati melanggar garis panduan komuniti ditetapkan.\n\n\nSelain itu, sekiranya pihak KKD menerima laporan daripada pengguna media sosial sendiri yang meminta supaya diturunkan kandungan, maka kandungan tersebut juga akan diturunkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/tiada-diskriminasi-kaum-dalam-pengambilan-penjawat-awam-spa/", "title": "Tiada diskriminasi kaum dalam pengambilan penjawat awam \u2013 SPA", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menegaskan tiada diskriminasi kaum dalam urusan pengambilan penjawat awam di negara ini dan semua warga Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk dipertimbangkan dalam persaingan terbuka dan adil.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSPA dalam kenyataan hari ini memaklumkan kaedah pelantikan penjawat awam adalah telus berdasarkan merit, kompetensi calon dan tiada penetapan sebarang kuota untuk suatu kaum atau etnik tertentu.\n\n\n\u201cCalon yang berminat dan berkelayakan boleh memohon jawatan secara dalam talian melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) dan mereka yang memenuhi syarat lantikan skim perkhidmatan bagi jawatan yang kosong, akan dipanggil menduduki Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cCalon yang melepasi PSEE akan melalui tapisan peringkat seterusnya seperti Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) atau Ujian Kecergasan dan Jasmani Kebangsaan (UKJK), Profession Assessment Centre (PAC) dan temu duga sebelum dilantik,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut kenyataan itu, tapisan SPA terhadap calon dibuat oleh panel penilai bertauliah dan terlatih yang mahir menilai keupayaan fizikal, prestasi dan potensi setiap individu secara objektif.\n\n\nSelain itu, SPA sentiasa menjalinkan kerjasama strategik bersama agensi yang\u00a0menguruskan hal ehwal masyarakat tertentu seperti Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), institusi pengajian tinggi dan badan bukan kerajaan (NGO).\n\n\n\n\n\n\n\u201cInisiatif berterusan oleh SPA seperti Program Libat Urus, Hari Kerjaya, Hari Bertemu Pelanggan dan program \noutreach\n\u00a0disasarkan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terhadap tata kelola pengambilan SPA dan memberi panduan serta menggalakkan masyarakat pelbagai kaum untuk menyertai perkhidmatan awam.\n\n\n\n\n\n\n\u201cJalinan kerjasama dan program\u00a0\noutreach\n\u00a0ini sekali gus meningkatkan kefahaman masyarakat tentang ketelusan proses pengambilan dan pemilihan calon berasaskan merit dan kompetensi,\u201d menurut suruhanjaya berkenaan.\n\n\nMenurut kenyataan itu, SPA juga sentiasa ke hadapan dalam melaksanakan reformasi pemilihan bakat terbaik, dengan menaik taraf sistem permohonan pekerjaan sepanjang masa melalui pengaplikasian teknologi kecerdasan buatan, bagi mengurangkan intervensi manusia dalam mengenal pasti calon yang memenuhi syarat skim perkhidmatan dan keperluan ketua perkhidmatan.\n\n\n\u201cSelain itu, ujian psikometrik secara dalam talian dilaksanakan bagi mengukur kecenderungan, ciri-ciri personaliti, kesesuaian dan integriti calon dengan jawatan yang ditawarkan. Temu duga secara maya juga telah dilaksanakan untuk memberi peluang kepada calon-calon menghadiri temu duga SPA walau di mana lokasi calon.\n\n\n\u201cSebelum calon diperakukan untuk dilantik, calon perlu melepasi tapisan integriti melalui sistem yang diintegrasikan dengan maklumat Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Insolvensi Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam,\u201d menurut SPA.\n\n\nBaru-baru ini, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P. Ramasamy menerusi hantaran dalam Facebook meminta kerajaan melaksanakan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam kerana menurutnya ia kini didominasi orang Melayu.\n\n\nRamasamy juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim segera menangani isu berkenaan serta memastikan perkhidmatan awam mencerminkan komposisi etnik negara ini, namun Anwar dilapor berkata kerajaan tidak akan mempertimbangkan cadangan reformasi itu kerana tidak mengganggap dominasi kaum Melayu dalam sektor berkenaan sebagai satu masalah. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/tun-m-sudah-buat-yang-terbaik-usah-ganggu-lagi-anwar/", "title": "Tun M sudah buat yang terbaik, usah ganggu lagi \u2013 Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\nBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan sudah melaksanakan tugas dengan baik namun masih lagi tidak lari daripada melakukan kesilapan.\n\n\nPerkara itu disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temu bual bersama Thai PBS ketika ditanya berkenaan kekalahan Tun Mahathir bertanding untuk mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\n\n\nJelas Anwar, segala tindakan yang perlu dilakukan Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu ialah segera menerima hakikat mengenai keadaan tersebut.\n\n\nSaya rasa kita tidak patut ganggu beliau. Beliau sudah menjalankan apa yang patut dibuat, namun beliau juga menimbulkan masalah. Buat masa ini lebih baik untuk negara maju ke hadapan. Kita kena terima realiti. Bagi saya, beliau ataupun sesiapa sahaja, lagi cepat lagi bagus. Kita kena terima hakikat yang kita mempunyai peranan. Kita sepatutnya baca isyarat. Apabila ia sudah terjadi.\n\n\nMengulas lanjut, Anwar menegaskan tiada tempoh \u2018bulan madu\u2019 baginya dan pentadbiran dalam Kerajaan Perpaduan melalui tempoh 100 hari pertama yang bakal tiba tidak lama lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIbu bapa berlainan agama boleh jaga anak beragama Islam\n\n\n\n\n\n\nNilai Agama & Penghayatan Jati Diri Perlu Diperkasa \u2013 iGuru\n\n\n\n\n\n\nUcapan berbaur perkauman, Lim Guan Eng disiasat bawah Akta Hasutan\n\n\n\n\n\n\nSelepas operasi besar-besaran rejim Israel lancar serangan udara ke Semenanjung Gaza\n\n\n\n\n\n\nGalak majikan buka taska bagi ibu bekerja lepas bersalin\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, sejak mula penubuhan kerajaan, semua rakan sekerjanya mendapat mesej yang jelas supaya komited dan bekerja keras dalam menetapkan parameter yang betul dalam mentadbir urus negara dengan baik.\n\n\nTerdahulu, Tun Mahathir Mohamad tidak dapat mempertahankan kerusi Parlimennya di Langkawi apabila hanya memperoleh 4,566 undi pada PRU15 lalu.\n\n\nCalon Perikatan Nasional (PN), Datuk Suhaimi Abdullah telah memenangi kerusi itu dengan majoriti 13,518 selepas mendapat 25,463 undi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/wanita-berjasa-bantu-golongan-ibu-tangani-isu-keciciran-pendidikan-anak/", "title": "Wanita BERJASA bantu golongan ibu tangani isu keciciran pendidikan anak", "body": "0\n\n\nKLANG, Selasa \u2013 Isu keciciran murid dalam pendidikan bukan disebabkan masalah ekonomi semata-mata tetapi berpunca daripada pelbagai faktor.\n\n\nTimbalan Ketua Wanita BERJASA, Ustazah Siti Umi Kalsom Hussin berkata isu ini adalah salah satu perkara yang harus ditangani secara lebih luas dan holistik serta \nharus dirawat daripada sudut yang pelbagai\n.\n\n\nBagi membantu meningkatkan mutu pendidikan murid-murid, Wanita BERJASA dengan Akademi Ngaji Anjung Lestari mengambil inisiatif melancarkan \u2018Usrah Khadijah\u2019 sebagai salah satu solusi kepada keciciran anak-anak dalam pendidikan.\n\n\n\u201cUsrah Khadijah adalah satu wadah atau platfom untuk Wanita khususnya di kapar untuk kita mengumpulkan Wanita di dalam satu madrasah atau sekolah ilmu yang mana mereka ini akan belajar pelbagai ilmu yang dimulai dengan ilmu al-Quran dan dalam waktu yang sama kita akan membentuk satu komuniti yang mana mampu melakukan projek-projek dakwah, projek kebajikan masyarakat untuk rakyat di Kapar,\u201d katanya.\n\n\nTimbalan Ketua Wanita BERJASA, Ustazah Siti Umi Kalsom Hussin\n\n\nBeliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Syahadah Qira\u2019at AL Quran dan Pelancaran Usrah Khadijah, di Klang, semalam.\n\n\nTambahnya, program Usrah Khadijah yang dianjurkan mensasarkan pendidikan kepada golongan Wanita yang berperanan sebagai seorang ibu dalam mendidik anak-anak.\n\n\nJelasnya, Ibu yang berilmu akan menjadi penolak utama dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dalam isu keciciran Pendidikan.\n\n\nMenurut Ustazah Umi Kalsom, dalam masa yang sama pihaknya akan membentuk satu komuniti yang mampu melakukan projek-projek dakwah dan projek kebajikan masyarakat untuk rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/14/zahid-akan-lalui-prosesnya-di-mahkamah-anwar/", "title": "Zahid akan lalui \u2018prosesnya\u2019 di mahkamah \u2013 Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Selasa \u2013\u00a0 \nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, timbalanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu meneruskan pertuduhan rasuah terhadapnya di mahkamah.\n\n\nKatanya, Zahid tidak pernah campur tangan dalam pertuduhan rasuah terhadapnya dan tidak ada meminta kes Presiden UMNO itu ditarik balik.\n\n\nMenerusi wawancara eksklusif dengan PBS Thai, Anwar ditanya berkaitan kerjasama dengan Zahid yang terpalit kes rasuah, sedangkan pada masa sama mahu menangani isu itu.\n\n\n\u201cSetakat ini, untuk memberinya kredit, beliau tidak campur tangan dalam proses itu. Kita perlu melihat prosesnya. Beliau tidak pernah meminta saya menarik balik kes itu. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEtnik Rohingnya paling ramai mohon suaka di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nJasa, bakti TUDM sentiasa disanjung \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor bubar secara rasmi hari ini\n\n\n\n\n\n\nKaji Semula SOP Masjid -Pakar Epidemiologi\n\n\n\n\n\n\nSaya tak faham kenapa orang salahkan saya \u2013 Tun Dr Mahathir\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPenting ialah tadbir urus yang baik adalah agenda, beliau perlu melalui proses itu,\u201d \u2013 ujarnya.\n\n\nTambah beliau, seseorang itu tidak patut diburukkan apabila sistem pentadbiran juga rosak.\n\n\n\u201cSaya tidak fikir kita patut memburukkan seseorang apabila sistem itu juga rosak, apabila mereka yang berada di dalam pembangkang menjerit rasuah, menjerit setiap hari tentang rasuah tetapi memberikan 100 juta kenalan bernilai kepada anak-anak dan menantu mereka dan kroni. Jadi, saya kata kalau nak uruskan, buat dengan telus.\u201d\n\n\n\n\nTerdahulu, Zahid berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.\n\n\nPada 23 September tahun lepas, beliau dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).\n\n\nSementara itu, Anwar pada dewan rakyat pagi tadi memaklumkan sasaran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini adalah berkaitan kes berskala besar bagi menyelamatkan wang rakyat.\n\n\nJelasnya, SPRM juga akan melaksanakan siasatan dan pencegahan yang berkesan pada masa sama meningkatkan keyakinan masyarakat, dalam usaha kerajaan menangani rasuah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/564-rakyat-malaysia-mangsa-tipu-kerja-di-luar-negara/", "title": "564 rakyat Malaysia mangsa tipu kerja di luar negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kementerian Luar Negara (KLN) menerima 564 laporan mengenai warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, setakat 13 Februari lalu.\n\n\nKLN berkata, daripada jumlah laporan yang diperoleh menerusi Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok (Thailand), Phnom Penh (Kemboja), Vientiane (Laos) dan Yangon (Myanmar) itu, seramai 401 orang berjaya diselamatkan, dengan 377 orang dihantar pulang.\n\n\n\u201cBaki 24 orang sedang ditahan di depoh tahanan sementara menunggu proses pengusiran pulang, manakala 163 orang lagi sedang dikesan,\u201d katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.\n\n\nIa sebagai menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) yang antara lain mahu kementerian menyatakan mengapa tindakan tidak diambil untuk membantu menyelamatkan warga Malaysia yang ditipu dan diculik sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja dan mengapa Special Task Force tidak ditubuhkan untuk berunding dengan pihak Kemboja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu audit rumit, makan masa dan tidak tumpu satu kementerian\n\n\n\n\n\n\nBazar raya Usrah Khadijah bantu golongan tidak berkemampuan\n\n\n\n\n\n\n46,024 Orang Asli Di Pahang Lengkap Dua Dos Vaksin\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia Masih Lagi Mematuhi SOP\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Menurun\n\n\n\n\n\n\n\n\nKLN turut memaklumkan, Task Force yang diketuai KLN dan membabitkan agensi berkaitan sudah ditubuhkan bagi menangani isu itu secara bersepadu dan menyeluruh.\n\n\nIa adalah kesinambungan kepada usaha berterusan antara pihak kementerian dengan kerjasama Perwakilan Malaysia di luar negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermula sejak suku pertama 2022 untuk menangani isu itu.\n\n\nKLN dan PDRM tidak pernah menggalakkan pihak keluarga membayar wang tebusan atau merujuk kepada pihak persendirian mahupun badan bukan kerajaan dalam mengendalikan perkara itu.\n\n\n\u201cWaris mangsa sentiasa disaran melaporkan kepada pihak PDRM dan merujuk dengan KLN sekiranya ada waris dikenal pasti terbabit dalam sindiket jenayah berkenaan.\n\n\n\u201cIndividu yang menerima tawaran pekerjaan di luar negara digalak membuat semakan tawaran terlebih dahulu dengan kementerian ini, Perwakilan Malaysia atau kedutaan negara berkenaan sekiranya was-was dengan tawaran diterima,\u201d katanya.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/anwar-jumpa-erdogan-zahir-solidariti-kepada-turkiye/", "title": "Anwar jumpa Erdogan zahir solidariti kepada Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan solidariti Malaysia sebagai negara sahabat Turkiye ketika bertemu dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan di Ankara hari ini.\n\n\nMenurut Perdana Menteri, Malaysia adalah negara sahabat ketika saat getir dan sukar serta memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi terutamanya dalam membantu warga Turkiye yang terkesan daripada malapetaka gempa.\n\n\n\u201cSaya turut menyampaikan ucapan takziah daripada rakyat Malaysia serta memaklumkan mengenai bentuk bantuan yang telah diusahakan oleh kerajaan Malaysia.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelangor rekod purata 6 kematian seminggu akibat Covid-19 tahun ini\n\n\n\n\n\n\nSejarah Melayu banyak dipadam, dipesongkan pihak-pihak tertentu\n\n\n\n\n\n\nUPIN IPIN meninggal?\n\n\n\n\n\n\nEmpat beradik maut dalam kebakaran di Muar\n\n\n\n\n\n\nUtamakan bantu sekolah daif berbanding sekolah persendirian Cina\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBersama kita mendoakan agar peristiwa duka ini cepat berlalu dan Turkiye kembali pulih,\u201d katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.\n\n\nPada pertemuan itu, Anwar turut diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd. Ali; Duta Malaysia Ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.\n\n\nTerdahulu, Anwar yang tiba malam tadi di negara itu juga berjumpa dengan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) Malaysia di Nurdagi, Gaziantep hari ini.\n\n\n\u201cSaya melihat sendiri kesungguhan, kecekapan dan tahap profesionalisme yang tinggi sewaktu pengoperasian carilamat mangsa gempa bumi di kawasan tersebut.\n\n\n\u201cSaya dimaklumkan anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia telah menzahirkan pengorbanan dan keupayaan yang ternyata luar biasa,\u201d ujarnya.\n\n\n10 hari selepas gegaran dengan kekuatan 7.8 magnitud dan gegaran susulan, banyak bangunan yang runtuh dan mengakibatkan lebih 41,200 orang disahkan terkorban di seluruh Turkiye dan Syria. \u2013 Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/dr-zaliha-sedia-bersemuka-petugas-kesihatan/", "title": "Isu Mogok: Dr Zaliha sedia bersemuka petugas kesihatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nMenteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa\u00a0 sudah bersedia untuk bersemuka dengan para petugas yang dilaporkan mahu mengadakan sesi mogok, ekoran kecewa dan tertekan dengan sistem penjagaan kesihatan di negara ini.\u00a0\n\n\nDr Zaliha ajak petugas kesihatan terlibat untuk bersemuka dan selesaikan isu itu secara matang\n\n\nBeliau berkata demikian menerusi video di akaun TiktTok rasminya, dengan mengatakan, beliau komited untuk menyelesaikan isu tersebut dan memohon kepada pihak yang berkaitan berfikir dengan lebih rasional serta matang.\u00a0\n\n\nBeliau mendakwa bahawa terdapat pihak yang mahu melakukan mogok itu tetapi kesahihan berita itu tidak dapat dipastikan lagi.\u00a0\n\n\nJusteru, beliau memberitahu semua pihak yang mungkin terlibat dalam perkara itu bahawa tindakan mogok tersebut tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPakar sokong RUU KPTM, cegah golongan muda terjebak vape dan rokok\n\n\n\n\n\n\nDAP sambung usaha hapus ketuanan Melayu\n\n\n\n\n\n\nFilem berbaur lucah: FINAS boleh batal lesen jika ada kecurangan, fraud atau keburukan akhlak\n\n\n\n\n\n\nBonus kakitangan awam tidak kena cukai\n\n\n\n\n\n\nZahid Mohon Tangguh Prosiding Bela Diri\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee mencetuskan kebimbangan berhubung perkara itu dan mendakwa akan wujudnya sesi mogok dalam kalangan petugas kesihatan di negara ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/duta-madani-perpaduan-murid-sekolah-pupuk-semangat-perpaduan-fadhlina/", "title": "\u2018Duta Madani Perpaduan\u2019 murid sekolah pupuk semangat perpaduan \u2013 Fadhlina", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kementerian Pendidikan (KPM) mahu menjadikan murid sekolah di seluruh negara sebagai \u2018Duta Madani\u2019 peringkat kementerian itu dalam usaha memupuk semangat perpaduan selaras dengan konsep Malaysia Madani.\n\n\nMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu dicetuskan selepas mendapat inspirasi melalui Festival Semarak Ilmu Tahun 2023 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sentul di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\n\u201cSaya tegaskan program ini mesti diteruskan dan anak-anak sekolah yang menyertai program hari ini telah pun saya isytiharkan sebagai \u2018Duta Madani Perpaduan\u2019 khususnya di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerja Pembersihan Dijalankan Pasca Banjir\n\n\n\n\n\n\nFatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor \u2013 Sultan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nPenganggur mengaku kelar ibu, adik berdepan hukuman penjara 80 tahun\n\n\n\n\n\n\nPERKESO sahkan pegawai ditahan SPRM\n\n\n\n\n\n\nMCA janji bantu calon BN pada PRN kali ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKPM akan teruskan program seperti ini dalam usaha memupuk perpaduan dan juga pembinaan negara Madani dan pengukuhannya melalui program sebegini,\u201d katanya kepada pemberita selepas merasmikan festival berkenaan.\n\n\nFadhlina berkata, fungsi duta Madani KPM adalah penting bagi menggagaskan optik lebih jelas mengenai perpaduan di peringkat sekolah dan integrasi kaum.\n\n\n\u201cIa juga melibatkan pengukuhan idealisme daripada segi kerangka Malaysia Madani yang inklusif dengan turut mempunyai potensi seni dan budaya yang mesti dipertahankan dan diperkembangkan,\u201d katanya.\n\n\nMenurut beliau, Duta Madani Perpaduan peringkat KPM akan diperluaskan dan diumumkan dalam rangka lawatan ke negeri-negeri lain dari semasa ke semasa.\n\n\n\u201cKPM akan memanggil anak-anak sekolah dari semasa ke semasa untuk dilantik sebagai Duta Madani Perpaduan. Bawa mereka untuk bersama berkongsi dengan negeri-negeri lain juga berkaitan dengan potensi (bakat) dan juga bagaimana untuk terus jadi Duta Madani di peringkat sekolah,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Festival Semarak Ilmu Tahun 2023 diadakan bagi mengetengahkan bakat , kreativiti serta potensi murid-murid sekolah di daerah Sentul menerusi pelbagai aktiviti, antaranya, persembahan daripada johan bercerita, tarian rakyat dan tradisional, koir, deklamasi sajak, bicara berirama, gamelan dan anglung. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/elak-beli-pemimpin-undang-undang-lompat-parti-di-sabah-perlu-disegerakan/", "title": "Elak beli pemimpin, undang-undang lompat parti di Sabah perlu disegerakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Undang-undang lompat parti perlu dilaksanakan segera di Sabah bagi mengelakkan kecelaruan politik yang berleluasa di negeri tersebut.\n\n\nPerkara itu disuarakan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menggesa pelaksanaan tersebut di mana terdapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti termasuk didakwa \u2018dibeli\u2019 pemimpin tertentu.\n\n\nBeliau menegaskan kepentingan undang-undang tersebut apabila tiga ADUN Warisan yang keluar meninggalkan parti itu baru-baru ini.\n\n\nSaya baru saja balik daripada umrah. Ketika di Makkah, tiga ADUN saya kena \u2018beli\u2019 dan sebelum itu, berapa orang sudah pun \u2018dibeli\u2019. Semasa pemerintahan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pun ada (wakil rakyat) kena \u2018beli\u2019. Daripada 23 sampai tinggal 16 ADUN. Ini saya dengar lagi ada nak dibeli,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMemperingati kejayaan rakyat menentang Malayan Union\n\n\n\n\n\n\n90 Jangkitan Varian Delta Di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu siasat dakwaan \u2018sedekah\u2019 pengundi\n\n\n\n\n\n\n\u2018Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat\u2026\u2019- Anwar\n\n\n\n\n\n\nJBPU batal pemilihan UMNO Bahagian Tumpat\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, beliau ketika menjawab celahan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui yang mempersoalkan dakwaan dibuat yang dikatakan sebagai fitnah sekiranya tidak benar, mengakui beliau mempunyai bukti termasuk video untuk menyokongnya.\n\n\nPada 6 Februari lalu, tiga ADUN Warisan mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.\n\n\nTiga ADUN tersebut ialah Mohammad Mohamarin ADUN Banggi, Chong Chen Bin, ADUN Tanjong Kapor dan Norazlina Arif ADUN Kunak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/hospital-tuanku-jaafar-tubuh-jawatankuasa-siasat-dakwaan-cuai/", "title": "Hospital Tuanku Ja\u2019afar tubuh jawatankuasa siasat dakwaan cuai", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Hospital Tuanku Ja\u2019afar di Seremban, Negeri Sembilan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi menyiasat isu membabitkan dakwaan berlaku kecuaian oleh pihak hospital tersebut seperti yang tular di laman Facebook hari ini.\n\n\nPengarahnya, Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata, jawatankuasa berkenaan terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan bagi meneliti dakwaan berkenaan dengan teliti.\n\n\n\u201cKami memandang serius isu ini dan satu pertemuan dengan pengadu telah diadakan bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci.\n\n\n\u201cKami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap pihak yang terbabit sepanjang proses siasatan dijalankan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengalaman BBQ Pasti Menyeronokkan di Sunway Lagoon\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Menteri Hal Ehwal Agama nasihat orang ramai bertenang, berhati-hati\n\n\n\n\n\n\nKMUM tawar jadi penganjur debat Anwar-Najib\n\n\n\n\n\n\nAGENDA NASIONAL BANTU KELUARGA MALAYSIA HADAPI FASA ENDEMIK\n\n\n\n\n\n\nMahkamah batal kemenangan PAS di Parlimen Kuala Terengganu\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, tular catatan di Facebook seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan di Hospital Tuanku Ja\u2019afar kerana mendakwa berlaku kecuaian ketika dia membawa anaknya yang mengalami kemalangan mendapatkan rawatan di hospital itu. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/indonesia-bawa-keluar-warganya-termasuk-rakyat-malaysia-myanmar/", "title": "Indonesia bawa keluar warganya termasuk rakyat Malaysia, Myanmar", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Indonesia membawa keluar 120 rakyat mereka serta dua rakyat Malaysia dan seorang dari Myanmar yang terperangkap di beberapa wilayah dalam kejadian gempa bumi di Turkiye awal minggu lepas.\n\n\nMenurut Kementerian Luar Indonesia, usaha membawa keluar lima lagi rakyat mereka dan tiga rakyat Filipina sedang dilakukakan kakitangan kedutaan republik itu di Ankara.\n\n\n\u201cWarga Indonesia yang terjejas akibat gempa bumi di Turkiye dianggarkan 500 orang,\u201d kata Menteri Luar Retno Marsudi dalam sidang media.\n\n\nSetakat Isnin, beliau berkata, 10 warga negara itu yang cedera parah telah dirawat di hospital manakala dua yang meninggal dunia iaitu ibu dan anak dikebumikan di bandar Kahramanmaras.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAS tuntut TikTok jual kepentingan\n\n\n\n\n\n\nTujuh terbunuh dalam serangan ke atas konvoi senjata di Syria\n\n\n\n\n\n\nParlimen Kuwait sekali lagi dibubar menerusi Dekri Diraja\n\n\n\n\n\n\nJangan `tutup mata\u2019 terhadap Syria \u2013 WHO\n\n\n\n\n\n\nPolis Israel serang jemaah di Masjid Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\n\n\nPasukan Medium Urban Search and Rescue\u00a0(Musar) Indonesia yang terdiri daripada\u00a065 anggota kini sedang mencari mangsa ditimbunan runtuhan bangunan di Antakya, wilayah Hatya.\n\n\nSeramai 119 anggota Pasukan Perubatan Kecemasan turut dihantar pada Isnin dengan membawa 18 tan peralatan kesihatan, hospital lapangan dan ubat-ubatan.\n\n\nKerajaan Indonesia juga merancang untuk menerbangkan 80 tan bantuan kemanusiaan ke Turkiye dan Syria Sabtu ini yang berupa makanan, selimut, pakaian dan khemah, kata Retno. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/ismail-sabri-belanja-rm-62-juta-penjenamaan-kerajaan/", "title": "Ismail Sabri belanja RM 62 juta penjenamaan kerajaan", "body": "0\n\n\nBangi, Rabu \u2013 \nKos penjenamaan Keluarga Malaysia di bawah tampuk pimpinan bekas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menelan belanja lebih RM62 juta.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas , Datuk Armizan Ali menjawab soalan mengenai jumlah perbelanjaan itu di sewaktu berlangsung mesyuarat parlimen ke-15 di dewan rakyat\n\n\nPerkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Armizan Ali yang turut menjelaskan, jumlah berkenaan mewakili lebih 98 peratus daripada jumlah keseluruhan di bawah tiga Perdana Menteri sejak Mac 20220 hingga 30 Januari lalu.\n\n\nDalam pada itu, Armizan turut mendedahkan, jumlah perbelanjaan buat penganjuran program berkaitan penjenamaan semula daripada tiga kerajaan iaitu Keluarga Prihatin, Keluarga Malaysia dan Malaysia Madani secara keseluruhan yang dibelanjakan sehingga 30 Januari adalah sebanyaK RM 62,764,107.25.\n\n\nSelain itu, beliau turut memperincikan jumlah perbelanjaan program tersebut mengikut pecahan daripada tiga penjenamaan kerajaan iaitu Kerajaan Prihatin, Keluarga Malaysia dan Malaysia Madani.\n\n\nJUMLAH PERBELANJAAN BUAT PENJENAMAAN TIGA KERAJAAN\n\n\nJumlah perbelanjaan buat Kerajaan Prihatin di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin menelan perbelanjaan sebanyak RM181,752.20 manakala buat Keluarga Malaysia di bawah Tan Sri Ismail Sabri Yaakob pula menelan peruntukan sebanyak RM62,093,139.05 dan Kerajaan Madani di bawah kawal selia\u00a0 Datuk Seri Anwar Ibrahim pula adalah sebanyak RM489, 216.\u00a0\u00a0\n\n\nMenurutnya juga, jumlah perbelanjaan itu berdasarkan program jelajahwara yang dilaksanakan sewaktu pentadbiran Perdana Menteri ke lapan sehingga kini.\u00a0\n\n\nTerdahulu, jumlah perbelanjaan terhadap tiga penjenamaan kerajaan ini dibangkitkan apabila Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hasan menggesa kerajaaan untuk menjelaskan peruntukan itu ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nTambah Armizan, sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin didapati hanya satu program Kerajaan Prihatin dapat dilaksanakan ekoran negara ketika itu sedang mendepani pandemiK Covid-19 yang turut memperlihatkan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/jbpm-sedia-tukar-pasukan-sar-di-turkiye/", "title": "JBPM sedia tukar pasukan SAR di Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia melakukan pertukaran pasukan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye jika ada keperluan berbuat demikian.\n\n\nKetua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin yang memulakan tugas secara rasmi hari ini berkata, pertukaran itu bukan sahaja membabitkan anggota, malah aset dan anjing pengesan (K9).\n\n\n\u201cKita tunggu (arahan) sekiranya ada pertukaran bagi memastikan misi SAR lancar. Sudah pasti ada arahan, susulan tinjauan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang kini berada di Gaziantep bertemu anggota penyelamat,\u201d katanya.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiga rakyat Palestin maut, puluhan cedera dalam serangan Israel\n\n\n\n\n\n\nPengganas Israel makin agresif tangkap rakyat Palestin\n\n\n\n\n\n\nAmaran tsunami ditarik balik kesan gempa Maluku\n\n\n\n\n\n\n14 juta penduduk Tianjin diarah jalani saringan COVID-19\n\n\n\n\n\n\nRemaja lelaki Palestin maut ditembak rejim Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Hormat Ketua Pengarah JBPM di Ibu Pejabat JBPM di Putrajaya hari ini.\n\n\nKetika ini, 36 anggota JBPM serta dua anjing K9 iaitu Denti dan Frankie, menyertai misi SAR di Turkiye bersama anggota penyelamat lain, yang terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).\n\n\nAbdul Wahab yang berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan anggotanya dan anjing K9 dalam misi berkenaan berkata, penghantaran pasukan itu, amat bermakna kepada pasukan \u2018wira merah\u2019, selaras dengan misi pasukan itu.\n\n\n\u201cKita sentiasa mengikuti perkembangan pasukan kita di sana. Setiap malam kita dapat laporan melalui panggilan video, Alhamdulillah, semua anggota dan anjing K9 sihat serta dapat menjalankan tugas dengan baik,\u201d katanya.\n\n\nPada 6 Februari lalu, gempa bumi berukuran 7.8 skala Richter melanda kawasan selatan Turkiye serta Syria dan mengorbankan puluhan ribu nyawa serta mencederakan ratusan ribu penduduk.\n\n\nSetakat semalam, pasukan SAR negara mengeluarkan 47 mayat dan menyelamatkan lima sekeluarga.\n\n\nSementara itu, mengulas pelantikannya yang menggantikan Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, Abdul Wahab berkata, beliau akan meneruskan legasi Mohammad Hamdan bagi menjayakan agenda pemantapan pasukan \u2018wira merah\u2019 berteraskan konsep Malaysia Madani.\n\n\nTerdahulu, Abdul Wahab menyerahkan nota serah tugas dan tongkat kuasa kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Edwin Galan Teruki dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/kj-masih-simpan-cita-cita-politik-tidak-mahu-dilupakan/", "title": "KJ masih simpan cita-cita politik, tidak mahu dilupakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nBekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meluahkan hasratnya untuk terus kekal\u00a0 dalam arena politik walaupun kini beliau masih belum menyertai mana-mana parti politik.\n\n\nKhairy yang turut dikenali sebagai KJ telah memulakan tugas sebagai penyampai radio Hot FM pagi ini dalam segmen \nBekpes Hot\n berkata, beliau tidak mahu orang melupakannya.\n\n\n\u201cYa lah, serius saya join Hot FM ini kerana ia terbaik dan saya masih ada cita-cita politik, tak nak orang lupa saya. Jadi kita boleh gurau setiap pagi,\u201d katanya.\n\n\nBekas ahli Parlimen Rembau itu juga terbuka untuk membicarakan perkara yang membuatkan beliau terbuka hati mahu mencuba bidang kerjaya baharu selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Projek khusus tangani kesesakan jejas lokasi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nRazarudin Husain dilantik Ketua Polis Negara baharu\n\n\n\n\n\n\nLelaki direman punca kebakaran 13 motorsikal, 4 skuter di KLCC\n\n\n\n\n\n\nTambah baik sistem pengecaman identiti, elak isu mayat tertukar berulang\n\n\n\n\n\n\nPM mesti orang Melayu, BERJASA sanggah idea Kit Siang\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Khairy berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Rembau selama tiga penggal, namun beliau tewas di Parlimen Sungai Buloh dengan memperoleh 48,250 undi.\n\n\nPada 27 Januari lalu, Khairy telah dipecat sebagai ahli UMNO hasil keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/kj-sah-dilantik-menjadi-ahli-lembaga-jdt/", "title": "KJ sah dilantik menjadi Ahli Lembaga JDT", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah menyertai kelab gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta\u2019zim (JDT).\n\n\nPerkara itu disahkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran di laman sosial rasmi baginda hari ini.\n\n\nMenerusi satu kenyataan di Facebooknya, Tunku Ismail mengumumkan pelantikan Khairy sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bola Sepak JDT.\n\n\nKatanya, pengalaman dan ilmu luas beliau dalam pelbagai bidang akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan sukan bola sepak Johor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Had sebut harga bagi pembaikan klinik, sekolah daif dinaikkan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Timah\u2019 sandiwara politik: MCA jangan cuba guris perasaan umat Islam\n\n\n\n\n\n\nBank Negara Malaysia OPR kekal 2.75%\n\n\n\n\n\n\nNilai Agama & Penghayatan Jati Diri Perlu Diperkasa \u2013 iGuru\n\n\n\n\n\n\nHadi disiasat Akta Hasutan berhubung hantaran berbaur perkauman\n\n\n\n\n\n\n\n\nKhairy turut membalas kenyataan itu di laman Facebooknya setelah memberikan bayangan bersetuju dengan tawaran untuk menyertai keluarga JDT ketika menjadi DJ radio Hot FM dalam segmen \nBekpes Hot\n pagi tadi.\n\n\nTerdahulu, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) sudah memberi bayangan bahawa Khairy akan menyertai JDT selain bakal dilantik sebagai penasihat belia Johor.\n\n\nSebelum ini, Khairy pernah memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan dari tahun 2013-2018 di mana beliau mengilhamkan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bagi melahirkan pemain muda berbakat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/kpdn-berhasrat-perkenal-baju-raya-rahmah/", "title": "KPDN berhasrat perkenal \u2018Baju Raya Rahmah\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhasrat untuk memperkenalkan program \u2018Baju Raya Rahmah\u2019 dalam usaha membantu golongan memerlukan menghadapi persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkat, untuk itu beliau telah mengadakan satu sesi libat urus dengan pemain industri tekstil ataupun pakaian dan minggu depan pihak berkenaan akan memberikan maklum balas berserta maklumat berkaitan kepada pihak kementerian.\n\n\nSalahuddin berkata, beliau sendiri akan mengumumkan syarikat atau gedung pakaian yang akan terlibat dalam program itu nanti yang prinsipnya pihak syarikat atau gedung berkenaan mungkin akan memfokuskan kepada baju raya asas melibatkan pakaian wanita dan lelaki serta anak-anak.\n\n\n\u201cMereka akan tawarkan pada harga Rahmah, itu saya akan umum kemudianlah tetapi libat urus itu memang telah berlaku. (Maklum balas mereka dalam sesi libat urus itu) memang positif dan mereka bersedia. Sebagai mana Menu Rahmah, kita juga tidak mengamalkan apa dikatakan pemaksaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTanding jawatan lain, bukan Presiden dan Timbalan \u2013 Khir Toyo\n\n\n\n\n\n\nSemua peguam tarik diri, Siti Bainun menangis\n\n\n\n\n\n\nKos Tunai Haji Bakal Dimuktamadkan Kabinet\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Permohonan rayuan UMNO atas dasar simpati\n\n\n\n\n\n\nIndia dan Jepun bawa keluar rakyat terkandas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita tak letak apa-apa peraturan atau syarat tetapi mereka melakukan dengan secara sukarela,\u201d katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sumbangan kembali ke sekolah dan program KPDN Kedah di Kodiang, Jitra hari ini.\n\n\nDalam pada itu, Salahuddin berkata, restoran makanan segera, McDonald\u2019s\u00a0juga akan terlibat sama dalam Program Menu Rahmah yang dilancarkan KPDN dengan pihak restoran itu akan memberikan keputusan mengenai menu bersesuaian pada minggu depan.\n\n\n\u201cMereka nak bincang dari segi menu sebab pasal dia syarikat multinasional, jadi nak kait dengan Rahmah itu (perlu) selesaikan dari segi peraturan saja. Secara prinsipal\u00a0apabila mereka datang berjumpa kami itu, mereka menyatakan kesediaan untuk sertai\u00a0Menu Rahmah ini,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, beliau berkata sejumlah 70 premis makanan di Kedah setakat hari ini memberikan maklum balas bersetuju untuk menyertai Program Menu Rahmah.\n\n\n\u201cSaya difahamkan KPDN Kedah merancang untuk menambah sehingga 150 (premis makanan) lagi. Ini merupakan satu usaha yang saya rasa sangat murni dan berkesan untuk kita membantu kepada mereka yang sangat memerlukan Menu Rahmah ini,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/lebih-300-pegawai-polis-ditukar-akibat-masalah-disiplin-sejak-2018/", "title": "Lebih 300 pegawai polis ditukar akibat masalah disiplin sejak 2018", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Seramai 339 pegawai polis\u00a0yang mempunyai masalah disiplin terlibat dalam\u00a0proses pertukaran di seluruh negara sejak\u00a02018 hingga Januari lepas.\n\n\nKementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, daripada jumlah itu, 294 pegawai atau 86.7\u00a0peratus ditukarkan\u00a0ke Semenanjung,\u00a025 pegawai\u00a0(7.4 peratus) ditukarkan ke Sabah dan 20 pegawai (5.9 peratus) ditukarkan ke Sarawak.\n\n\n\u201cPertukaran tersebut dilakukan kerana didapati pegawai polis yang terlibat mempunyai masalah disiplin dan integriti serta melakukan kesalahan jenayah,\u201d menurut jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini.\n\n\nIa bagi menjawab soalan\u00a0Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai jumlah pegawai polis dari Semenanjung Malaysia yang dipindahkan ke Sarawak atas faktor masalah disiplin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLawatan PM ke Arab Saudi capai objektif\n\n\n\n\n\n\nGempa ranapkan tinggalan sejarah Kota Gaziantep berusia 2,200\n\n\n\n\n\n\nDAP bermuka-muka, `memperkuda\u2019 orang Melayu \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nSPCAAM cadang pekerja bersara umur 65 tahun\n\n\n\n\n\n\nAnwar jumpa Erdogan zahir solidariti kepada Turkiye\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut KDN, antara isu dan kesalahan dilakukan pegawai yang ditukarkan ialah mempunyai hubungan intim dengan pegawai polis yang telah berkahwin sehingga menganggu keharmonian rumah tangga,\u00a0ditangkap atas kesalahan berkhalwat dengan pegawai polis yang telah berkahwin dan terlibat dalam kegiatan serta aktiviti tidak bermoral.\n\n\nKDN memaklumkan pertimbangan dalam membuat keputusan tersebut\u00a0mengambil kira dasar dan peraturan pertukaran sedia ada iaitu Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2004 (Panduan Pertukaran Pegawai Awam) yang menjelaskan\u00a0pertukaran tidak digunakan sebagai hukuman, kecuali ia dapat membantu melicinkan proses tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/menu-rahmah-akan-dilaksana-di-rr-plus/", "title": "Menu Rahmah akan dilaksana di R&R PLUS", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Program Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 akan dilaksanakan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS dalam masa terdekat.\n\n\nMenteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cadangan pelaksanaan program yang bakal memberi manfaat kepada pengguna lebuh raya itu telah dibincangkan oleh pihak PLUS bersama pengendali gerai makanan di R&R.\n\n\n\u201cSebagai tanda sokongan kepada program Menu Rahmah yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia, saya hari ini telah mengusulkan kepada pihak PLUS untuk bersama-sama dengan kerajaan, dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.\n\n\n\u201cPLUS secara amnya telah bersetuju dengan cadangan ini,\u201d katanya dalam catatan di Facebook hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n1 Dis, Harga Produk Berasaskan Roti Keluaran Gardenia Naik\n\n\n\n\n\n\nTugas Timbalan Menteri Pendidikan Hanya Jaga Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\nPembahagian kerusi PH, BN selepas DUN bubar\n\n\n\n\n\n\nAnwar nafi cuba bawa konsep Islam berlebihan\n\n\n\n\n\n\nKaji semula Tanah Rizab Melayu di Perak, gesa MHO kepada JKPTG\n\n\n\n\n\n\n\n\nCatatan itu susulan daripada pertemuan beliau bersama kesemua 32 syarikat konsesi serta pihak berkepentingan industri lebuh raya bertol di Malaysia hari ini.\n\n\nNanta berkata, perancangan lebih konkrit akan disediakan pihak PLUS berhubung pelaksanaan program Menu Rahmah itu.\n\n\nBeliau melahirkan penghargaan kepada pihak PLUS di atas kerjasama yang diberikan dan berharap penyediaan Menu Rahmah di hentian R&R PLUS akan memberikan manfaat kepada semua pengguna lebuh raya.\n\n\nDalam pada itu, Nanta berkata, beliau menggunakan kesempatan daripada pertemuan itu untuk maklum balas secara terus berkaitan pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa henti di lebuh raya atau\u00a0Multi Lane Fast Flow\u00a0(MLFF).\n\n\nBeliau berkata, secara keseluruhannya semua pemain industri menyambut baik pelaksanaan MLFF, dengan beberapa perkara terkait sistem ini sedang diperhalusi bagi memastikan penyampaian servis terbaik kepada pengguna.\n\n\n\u201cPerkara ini saya akan kongsikan sedikit masa lagi,\u201d katanya yang turut berkongsi beberapa keping gambar pertemuan tersebut. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/myheart-mudahkan-diaspora-berkhidmat-di-tanah-air-beroperasi-bulan-depan/", "title": "MyHeart mudahkan diaspora berkhidmat di tanah air, beroperasi bulan depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Platform Malaysia @ Heart atau MyHeart yang menyediakan pelbagai usaha memudah cara diaspora pulang dari luar Negara untuk berkhidmat kepada Negara akan beroperasi bulan depan.\n\n\nKementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan, platform itu merangkumi peluang pekerjaan, maklumat pasaran kerja, pendidikan untuk anak serta memudah cara permit masuk pasangan dan anak bukan warga negara.\n\n\n\u201cAntara sebab utama pembangunan inisiatif ini adalah untuk menyediakan platform sehenti yang menghubungkan diaspora dengan tanah air,\u201d menurut KSM dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.\n\n\nIa bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras), mengenai strategi, insentif dan pencapaian terkini kerajaan dalam menarik bakat asing bagi memenuhi keperluan pembangunan setiap bidang serta memberi isyarat kepada rakyat Malaysia yang berbakat untuk pulang dan berkhidmat kepada negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRekahan Baharu Dikesan Di Tempat Kejadian\n\n\n\n\n\n\nKos haji dijangka meningkat sehingga RM31,000 seorang\n\n\n\n\n\n\nTerpaksa Beli Juga Kerana Masih `Enak Dimakan Begitu Saja\u2019\n\n\n\n\n\n\nVarian Omicron Sub-Lineage BA.5 Di Malaysia Mungkin Sudah Merebak \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nTujuh individu ditahan terbabit keluar sijil vaksin palsu \u2013 KP Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut KSM, berdasarkan hasil dapatan kaji selidik yang dilaksanakan dalam kalangan diaspora Malaysia pada awal 2021, sebanyak 92 peratus daripada mereka bersedia untuk menyumbang kepada negara dalam pelbagai kapasiti, manakala 85 peratus berhasrat kembali ke Malaysia pada masa akan datang.\n\n\nKementerian itu memaklumkan, sejak 2011, lebih 10,000 permohonan daripada diaspora Malaysia diterima TalentCorp untuk kembali bekerja di tanah air di bawah Program Kepulangan Pakar.\n\n\nDaripada jumlah itu, lebih 6,000 pakar diluluskan untuk kembali di bawah program itu. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/pas-sedia-beri-kerjasama-kepada-sprm/", "title": "Pas sedia beri kerjasama kepada SPRM", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pas memaklumkan, tiada mana-mana kepimpinan parti itu dipanggil pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan dakwaan dana RM300 juta yang diterima Bersatu.\n\n\nNaib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama jika diminta berbuat demikian bagi membantu siasatan.\n\n\n\u201cSetakat ini, tiada makluman daripada mana-mana pimpinan Pas dipanggil SPRM berhubung isu ini. Sekiranya dipanggil mana-mana pihak berkuasa, kita harus akur dan akan hadir memberi kerjasama, tetapi belum ada lagi,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas menghadiri majlis \nMeet & Greet Menteri Besar Terengganu\n bersama Penerima Biasiswa Master & PhD Yayasan Terengganu di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIdris Harun dilantik semula Peguam Negara\n\n\n\n\n\n\nSejarah Melayu banyak dipadam, dipesongkan pihak-pihak tertentu\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 negeri Johor dibentang esok\n\n\n\n\n\n\nMasjid, surau di Selangor perlu bebas propaganda politik \u2013 JAIS\n\n\n\n\n\n\nTiada Waran Tangkap Buat Rosmah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, media melaporkan Bersatu menerima hingga RM300 juta dana politik susulan persetujuan dibuat dengan beberapa pemimpin parti, termasuk mereka yang berkhidmat di bawah pentadbiran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika itu.\n\n\nDalam pada itu, SPRM dijangka memanggil Muhyiddin berhubung siasatan ke atas kewangan parti tersebut.\n\n\nMuhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan bekas Perdana Menteri akan dipanggil dalam tempoh terdekat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/pas-yang-janji-mansuh-hutang-ptptn-pada-pru14-rafizi/", "title": "Pas yang janji mansuh hutang PTPTN pada PRU14 \u2013 Rafizi", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa, Pas yang berjanji untuk memansuhkan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).\n\n\nSehubungan itu, beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata, \u2018mesej\u2019 perlu dihantar kepada Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) supaya mereka mencermin diri dan tidak mempolitikkan isu tersebut\n\n\nAhli Parlimen Pandan itu kesal kerana pihak pembangkang seolah-olah cuba membuatkan seperti Pakatan Harapan (PH) yang menjanjikan penghapusan hutang PTPTN.\n\n\n\u201cSedangkan kita dari 2018 lagi telah menyatakan, kita terlepas ruang untuk mereformasi PTPTN masa PRU13. Masa itu hutang PTPTN sekitar RM20 bilion, sekarang hutangnya dah dekat RM50 bilion.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Pihak terkesan diberi tempoh sebulan buat rayuan\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Di Kelantan Menurun\n\n\n\n\n\n\nTiada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nProjek tebatan banjir RM600 juta dimulakan Jun ini\n\n\n\n\n\n\nMansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebaik sahaja anda melepasi angka tertentu, tiada apa lagi yang boleh anda lakukan,\u201d katanya dalam sidang media di Kementerian Ekonomi di Putrajaya hari ini.\n\n\nRafizi mengulas dakwaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari semalam bahawa pemansuhan bayaran balik pinjaman PTPTN merupakan salah satu daripada manifesto PH pada PRU14.\n\n\nDalam sidang Dewan Rakyat semalam, Rafizi mendakwa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membuat kenyataan yang mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu pemansuhan pinjaman PTPTN dalam manifesto PH pada PRU15 baru-baru ini.\n\n\nBeliau berkata, Wan Ahmad Fayhsal perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat kenyataan fitnah terhadap PH.\n\n\nRafizi turut membangkitkan bahawa Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mempengerusikan PTPTN pada 2018 hingga 2022.\n\n\nJusteru, beliau menyindir Ahli-Ahli Parlimen PN yang dikatakan langsung tidak mencermin diri dalam isu pemansuhan hutang PTPTN.\n\n\n\u201cKita tunggu penyata rasmi Parlimen kerana pembangkang ni pun nakal, dia tak sebut secara terperinci contohnya penghapusan itu secara bersasar,\u201d jelasnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/pegawai-tugas-tugas-khas-pm-dilantik-ceo-yadim/", "title": "Pegawai Tugas-Tugas Khas PM dilantik CEO Yadim", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Perdana Menteri, Zamri Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)\u00a0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu.\n\n\nLantikan berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang sebelum ini berkhidmat di badan dakwah ini sejak tahun 2019.\n\n\nZamri berpengalaman dalam pentadbiran awam hasil khidmat beliau di beberapa agensi sebelum ini, kata Yadim dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin wajar letak jawatan demi kebaikan BERSATU, PN \u2013 Azmi Hassan\n\n\n\n\n\n\nExco DAP Selangor biadab, kaitkan isu arak dengan solat umat Islam\n\n\n\n\n\n\nBanjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam\n\n\n\n\n\n\nPerkenal nama bersesuaian pada makanan bukan halal\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Dilantik Selepas Lalui Proses Tapisan Keselamatan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum dilantik sebagai Pegawai Tugas Tugas Khas kepada Perdana Menteri, beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Kanan kepada Exco Agama Islam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.\n\n\nLulusan Universiti Al-Azhar itu juga pernah menjadi Pegawai Khas Hal Ehwal Islam kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.\n\n\nSebelum itu, Zamri juga Penerbit Rancangan Kanan Radio Ikim.FM di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).\n\n\n\u201cPengalaman beliau dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan usaha dakwah diyakini akan dapat memacu YADIM selaku agensi peneraju gerakan dakwah untuk terus menyebar luas rahmah Islam selaras dengan hasrat Malaysia Madan,\u201d menurut kenyataan yang sama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/pemberian-ubat-prep-galakkan-aktiviti-lgbt/", "title": "Pemberian ubat PrEP galakkan aktiviti LGBT", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pelaksanaan projek rintis ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM) didakwa berisiko menggalakkan aktiviti songsang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam negara.\n\n\nAhli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Saad menggesa KKM meneliti semula pendekatan pemberian PrEP secara permintaan yang bertujuan mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.\n\n\n\u201cBerkenaan langkah KKM memperkenalkan projek rintis pemberian PrEP secara permintaan, saya ingin menegaskan implikasi terhadap tindakan ini sangat besar, khususnya kepada perkembangan LGBT atau spesifiknya golongan gay dalam negara.\n\n\n\u201cSaya harap KKM dapat meneliti semula projek rintis ini, bukan kerana kita menolak prinsip kementerian untuk menyelamatkan golongan yang berisiko menghidap HIV.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGuan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez\n\n\n\n\n\n\nKJ, Shahidan sah tiada dalam senarai calon PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\nSPR Saran Pengundi Datang Lebih Awal\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin bebas empat tuduhan rasuah, ini ulasan peguam\n\n\n\n\n\n\nHarga Turun Kepada RM4.90 Seunit, Tidak Jejas Kualiti\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebaliknya, kita perlu satu pendekatan yang lebih menyeluruh bagi memastikan golongan gay dan LGBT umumnya tidak terus berkembang dalam negara,\u201d katanya.\n\n\nJelas beliau, kerajaan perlu mengemukakan statistik golongan LGBT di negara ini serta punca perbuatan songsang itu menular dalam negara.\n\n\nTegas Ahmad, kerajaan menggubal dasar bagi menolak prinsip dan tuntutan terhadap orientasi seksual dan identiti gender yang diperjuangkan golongan LGBT.\n\n\nTerdahulu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan KKM akan melakukan projek rintis penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV.\n\n\nDr Zaliha berkata, penggunaan ubat itu sudah dikaji dan telah dibincangkan dengan pakar agama dan bukan dikhususkan kepada golongan LGBT semata-mata kerana ada golongan lain yang terdedah pada jangkitan HIV."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/pengambilan-petugas-kesihatan-di-bawah-tanggungjawan-bersama-kpm-jpa-dan-mof/", "title": "Pengambilan petugas kesihatan di bawah tanggungjawan bersama KPM, JPA dan MOF", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Penyelesaian isu pengambilan penjawatan petugas kesihatan tidak terletak hanya kepada Kementerian Kesihatan (KKM).\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pengambilan petugas kesihatan perlu diteliti bersama kementerian berkaitan iaitu Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).\n\n\nBeliau menambah, pihaknya berhasrat untuk mengambil penjawatan petugas kesihatan bagi menyelesaikan isu kekurangan sumber tenaga kerja.\u00a0\n\n\nNamun, pihaknya menegaskan, jika jawatan itu tidak ditawarkan oleh SPA dan peruntukan pengajian oleh MOF perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTarik balik rayuan kalimah Allah, bekas menteri tuntut penjelasan KDN\n\n\n\n\n\n\nPAS Kekal Pertahankan Perikatan Nasional\n\n\n\n\n\n\nSistem Tebatan Banjir Di Selangor Perlu Diberi Perhatian\n\n\n\n\n\n\nArah kiblat boleh ditentukan jam 5.18 petang ini\n\n\n\n\n\n\nBarisan kepimpinan baharu UMNO \u2018orang Zahid\u2019 \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMasalah pejawatan petugas kesihatan bukan sahaja dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi juga dibawah\u00a0 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Kementeri Kewangan (MOF), kalau ikutkan saya berikan semua jawatan termasuk doktor, tetapi jawatan itu tidak ada, tidak ada duit jadi KKM tidak dapat melaksanakannya,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen di Dewan Rakyat pagi tadi.\u00a0\n\n\nSelain itu, Ahli Parlimen Sekijang itu berkata, setiap hospital mempunyai masalah yang berbeza dan pihaknya akan berjumpa dengan pengarah hospital serta negeri bagi menangani isu dihadapi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/perdana-menteri-selamat-tiba-di-turkiye/", "title": "Perdana Menteri selamat tiba di Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Gaziantep, Turkiye sekitar jam 7.50 pagi waktu tempatan bagi melihat sendiri kawasan bencana yang terjejas selain berjumpa Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).\n\n\nBeliau yang diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terus bergegas ke \u2018\nground zero\n\u2019 dan diberi taklimat berkenaan operasi pasukan SMART yang sudah memasuki hari kesembilan.\n\n\nAnwar membuat keputusan untuk mengadakan lawatan mengejut itu atas dasar persahabatan dan permintaan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan yang telah dua kali menghubunginya meminta beliau ke Turkiye.\n\n\nBeliau dijangka berlepas pulang ke tanah air pada jam 2 petang waktu tempatan dan tiba pada jam 7 pagi Khamis waktu Malaysia sebelum menghadiri sidang Dewan Rakyat di Parlimen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM200,000 Nilai Kompaun Dikeluarkan Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\nPersenda OKU Diminta Mohon Maaf\n\n\n\n\n\n\nTidak sempat tarawih, masjid terbakar\n\n\n\n\n\n\nOPR naik, ramai bakal muflis!\n\n\n\n\n\n\nDua bekas pengarah ditahan seleweng dana RM9 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setibanya di Malaysia untuk menghadiri mesyuarat pra-Kabinet.\n\n\nSetakat pagi tadi, dilaporkan jumlah korban mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria sudah mencecah 41,000 mangsa dengan 81,000 lagi mengalami kecederaan serta 12,000 mangsa mengalami kemusnahan tempat tinggal."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/sppb-guru-diberi-autonomi-buat-pilihan/", "title": "KPM beri guru autonomi buat pilihan rekod SPPB", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Guru diberi autonomi memilih sama ada untuk merekod dan melaporkan tahap penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) murid sesi akademik 2022/2023 dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) secara luar talian atau hibrid.\n\n\nKementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya membuat keputusan itu atas keprihatinan isu yang dihadapi guru dalam merekod dan melaporkan tahap penguasaan PBD.\n\n\n\n\nJusteru, templat baharu untuk pengisian PBD bagi pelaporan ujian akhir sesi akademi 2022/2023 secara luar talian akan disediakan sebagai alternatif.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nInspektor wanita tular ditahan polis, satu lagi klip video aksi \u2018garang\u2019 tersebar\n\n\n\n\n\n\nTetapkan Awal Tarikh Bubar Parlimen & PRU Demi Kestabilan \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nGerakan Islam Perlu Bersama Susun Gerak Kerja Berdepan Musuh \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nInflasi : Rakyat Perlu Urus Kewangan Sebaiknya \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nGenap setahun kematian wartawan Shireen Abu Akleh\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKementerian komited mengurangkan beban tugas guru dan memastikan kebajikan guru terpelihara,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\n\n\nPada Jumaat lalu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan, SPPB ditutup hujung minggu ini bagi tujuan menambah baik sistem berkenaan agar tidak menjadi tekanan kepada guru.\n\n\nUjarnya, beliau menerima banyak aduan dan keluhan berkaitan sistem itu yang tidak dapat berfungsi seperti mana diharapkan guru.\n\n\n\u201cBagi pihak KPM, saya amat kesal dan memohon maaf atas kesulitan dan tekanan yang terpaksa dilalui oleh para guru.\n\n\n\u201cKPM akan mengambil beberapa langkah termasuk menggerakkan pasukan pegawai di peringkat daerah dan negeri untuk ke sekolah-sekolah bagi membantu guru mengemas kini data dan melengkapkan proses kerja berkaitan,\u201d kata beliau menerusi hantaran di Facebooknya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/15/tiada-rancangan-mansuh-hutang-golongan-b40-miskin/", "title": "Tiada rancangan mansuh hutang golongan B40, miskin", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kerajaan tidak merancang untuk memansuhkan pinjaman hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) bersasar kepada golongan B40 dan miskin.\u00a0\n\n\nMenteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jika pemansuhan itu dilaksanakan ia akan melibatkan pelupusan RM42.34 billion.\u00a0\n\n\nMohamed Khaled berkata, pemansuhan itu bakal melibatkan 1.84 juta golongan miskin dan B40.\u00a0\n\n\nBeliau menegaskan, kerajaan sedia ada hasil gabingan pelbagai parti politik dan hanya melaksanakan manifesto pilihan raya umum yang serupa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUtamakan Bahasa Kebangsaan Dalam Semua Aspek Kehidupan\n\n\n\n\n\n\nTak puas hati kalah, anak Presiden UMNO lapor Jawatankuasa Pemilihan\n\n\n\n\n\n\nCukup-cukuplah berpolitik, sekarang masa untuk bekerja \u2013 Pemangku Raja Pahang\n\n\n\n\n\n\nPresiden MCA tolak tawaran PN\n\n\n\n\n\n\nTambah baik sistem pengecaman identiti, elak isu mayat tertukar berulang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSeperti yang kita tahu bahawa kerajaan\u00a0 sedia ada adalah kerajaan yang mengabungkan pelbagai parti politik. Kerajaan telah memutuskan untuk menerima pakai sebarang manifesto pelbagai parti politik tersebut yang sama atau serupa sahaja. \n\n\n\u201cBagaimanapun, tidak semua parti politik yang membentuk kerajaan sedia ada menawarkan perkara yang sama berkenaan PTPTN,\u201d katanya,\n\n\nMohamed Khaled berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Machang Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di Dewan Rakyat.\n\n\nKerajaan akan mengambil kira keupayaan kewangan dan kelangsungan PTPTN dalam membuat sebarang keputusan.\n\n\nPelbagai cara dan inisiatif yang dilakukan kerajaan dalam usaha memudahkan peminjam PTPTN dan kemudahan membayar balik pinjaman.\n\n\nAntaranya termasuk penangguhan bayaran balik sekiranya menyambung pengajian atau belum mendapat pekerjaan.\n\n\nSelain itu, penstrukturan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan pinjaman.\n\n\nPeminjam turut diberi diskaun bayaran balik sekiranya bayaran secara sekaligus dengan penuh dilakukan.\n\n\nBayaran balik pinjaman PTPTN hanya bermula selepas 12 bulan peminjam menamatkan pengajian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/arahan-tulisan-jawi-di-papan-tanda-tidak-langgar-perlembagaan-persekutuan/", "title": "Arahan tulisan Jawi di papan tanda tidak langgar Perlembagaan Persekutuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan dua ahli perniagaan dari Kuantan yang mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan pihak berkuasa tempatan mengarahkan setiap papan tanda kedai memaparkan tulisan Jawi.\n\n\nPanel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Yaacob Md Sam sebulat suara memutuskan bahawa tidak ada rasional atau tidak munasabah atau menyalahi undang-undang arahan pihak berkuasa negeri untuk melaksanakan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda di premis perniagaan.\n\n\n\u201cDasar itu tidak melanggar Perkara 5 atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, kami menolak rayuan perayu. Perintah Mahkamah Tinggi disahkan. Memandangkan ini adalah perkara yang melibatkan kepentingan awam, tiada perintah mengenai kos,\u201d kata hakim menerusi prosiding dalam talian.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTuan Ibrahim mohon maaf dakwa Titah Diraja disediakan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nLantik Ahmad Zahid jadi TPM tak berpegang kepada kedaulatan undang-undang\n\n\n\n\n\n\n80% tenaga kerja Twitter hilang di bawah Elon Musk\n\n\n\n\n\n\nUMNO perlu gencatan politik, fokus isu masyarakat Melayu Islam \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nPindaan Memansuhkan Hukuman Mati Mandatori Akan Dibentangkan Pada Oktober \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDua lagi hakim dalam panel\u00a0tersebut ialah Datuk P. Ravinthran dan Datuk Nazlan Mohd Ghazali.\n\n\nAhli perniagaan, Jehan Abdullah dan Dana Palan Arunachalam merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 5 Ogos 2021, yang antara lain memutuskan bahawa mereka tidak mempunyai \u2018\nlocus standi\n\u2019 untuk membawa tindakan undang-undang kerana mereka hanya memegang lesen perniagaan tetapi tidak memiliki premis perniagaan.\n\n\nAntara lain, Mahkamah Tinggi juga menyatakan bahawa tulisan Jawi boleh digunakan untuk menyampaikan maksud dalam bahasa Melayu\u00a0dan oleh itu merupakan sebahagian daripada bahasa kebangsaan.\n\n\nPada mulanya, Jehan dan Dana Palan turut disertai seorang lagi lelaki iaitu Phang Long Yen dalam permohonan semakan kehakiman mereka terhadap Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan kerajaan Pahang pada 2020.\n\n\nBagaimanapun, Phang telah meninggal dunia\u00a0dan bukan pihak dalam rayuan hari ini.\n\n\nAhli perniagaan berkenaan, antara lain memohon perintah untuk membatalkan arahan MPK\u00a0dalam surat bertarikh April 2019 supaya perniagaan menggunakan tulisan Jawi pada papan tanda di premis mereka.\n\n\nMereka juga memohon perintah untuk membatalkan keputusan exco kerajaan negeri pada 1 Mac 2018 untuk menggalakan penggunaan tulisan Jawi.\n\n\nMereka juga menuntut pengisytiharan bahawa Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah bertentangan dengan Perkara 8 (kesamarataan) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nPeruntukan tersebut menyatakan bahawa setiap lesen atau permit yang diberikan hendaklah tertakluk kepada syarat dan sekatan, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa tempatan\u00a0dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa tanpa memberi alasan.\n\n\nDilaporkan bahawa kerajaan negeri Pahang memutuskan pada 2018 bahawa semua premis perniagaan dan papan tanda jalan akan menggunakan tulisan Jawi dalam usaha memartabatkan penggunaan tulisan Jawi.\n\n\nJika enggan mematuhi arahan tersebut, pemilik premis boleh dikenakan denda sehingga RM250 dan lesen perniagaan mereka dibatalkan.\n\n\nDalam prosiding rayuan tersebut, MPK diwakili peguam Ong Siew Wan dan Datuk Saiful Edris Zainuddin bertindak bagi pihak kerajaan Pahang manakala perayu diwakili peguam T. Gunaseelan. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/cadangan-wajib-bayar-elaun-latihan-industri-dibawa-ke-kabinet/", "title": "Cadangan wajib bayar elaun latihan industri dibawa ke kabinet", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Cadangan mewajibkan pembayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri dalam sektor swasta akan dibawa ke mesyuarat Kabinet.\n\n\nMenteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, perkara itu memerlukan pertimbangan sewajarnya melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).\n\n\nJelasnya lagi, pembayaran elaun tersebut juga perlu mengambil kira situasi ekonomi semasa.\n\n\n\u201cBuat masa ini, kerajaan tidak mewajibkan mana-mana syarikat swasta untuk membayar elaun kepada pelajar dalam program latihan industri, bagaimanapun kerajaan menggalakan agar syarikat swasta mencontohi kerajaan untuk membayar pelaksanaan elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelajar SJKC Perlu Sedar Kepentingan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nSarimah kecewa berita palsu terlantar sakit tersebar\n\n\n\n\n\n\nKapitalis Pegang Pemimpin Punca Kegiatan Haram Gagal Dibanteras? \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nTiada sekatan mana-mana kaum sertai pasukan beruniform, cuma kurang minat \u2013 Musa Hassan\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Mula Bincang Kerjasama Dengan Perikatan Nasional\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n2. Youth and Sports Minister Hannah Yeoh says the Cabinet will discuss the proposal to make it mandatory for private firms to pay interns.\n\n\nShe adds, the government strongly encourages private companies to emulate the government in paying those undergoing industrial training. \npic.twitter.com/epIf3z4RJg\n\n\n\u2014 BFM News (@NewsBFM) \nFebruary 15, 2023\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media khas di Parlimen, pada Rabu.\n\n\nTambah Hannah, \nlangkah mewajibkan pembayaran elaun oleh sektor swasta ketika syarikat berada dalam tempoh pemulihan ini juga boleh menyebabkan kekurangan peluang kepada belia menjalani latihan industri.\n\n\nAhli Parlimen Segambut itu menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.\n\n\nUntuk rekod,\u00a0 pelajar-pelajar yang menjalani latihan industri di sektor kerajaan telah dibayar elaun sebanyak RM900 sejak tahun 2019."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/dilabel-zoo-timbalan-speaker-tegur-ahli-parlimen-jaga-kelakuan/", "title": "Dilabel zoo, Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen jaga kelakuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Noor menegur ahli-ahli Parlimen agar sentiasa menjaga kelakuan dan etika bagi mengelak persepsi negatif berterusan masyarakat.\n\n\nBerkongsi pengalaman ketika ke sebuah restoran semalam, beliau berkata, terdapat individu yang melabelkan persidangan Parlimen sebagai \u2018zoo\u2019.\n\n\n\n\n\u201cIngin saya ingatkan kepada adab semasa dalam dewan, saya ingatkan juga\u00a0\nwe are live\n\u00a0(bersiaran langsung).\u00a0Semalam saya ke kedai mamak, ini berlaku, mereka mengenali saya (dan bertanya) YB, bagaimana zoo?, saya terkejut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPuad dakwa Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun M sebab wang\n\n\n\n\n\n\n\u2018Halang hak rakyat, sekat peruntukan pembangkang, jawablah di akhirat kelak\u2019\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Teliti Semula Import Ayam Luar\n\n\n\n\n\n\n42 kanak-kanak Palestin dibunuh Israel pada 2022\n\n\n\n\n\n\nPendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cInilah tanggapan masyarakat di luar sana. Jadi saya ingatkan, berpeganglah pada etika dan budi pekerti,\u201d katanya selepas sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nSelain itu, Ramli turut menegur ahli-ahli Parlimen yang mengadakan \u2018mesyuarat kecil\u2019 ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung.\n\n\nKatanya, mengikut Perkara 41 (e) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, ketika seseorang ahli itu bercakap, semua ahli yang lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang beradab. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/frasa-malaysia-madani-diguna-dalam-urusan-penyediaan-surat-kerajaan/", "title": "Frasa \u2018Malaysia Madani\u2019 diguna dalam urusan penyediaan surat kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Frasa \u2018Malaysia Madani\u2019 kini digunakan dalam urusan penyediaan surat kerajaan.\n\n\nPerkara berkenaan dimaklumkan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr. Zulkapli Mohamed dalam satu surat edaran bertarikh 15 Februari 2023.\n\n\nSurat tersebut adalah untuk perhatian semua ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan persekutuan, setiausaha kerajaan negeri, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun persekutuan, ketua pengurusan pihak berkuasa berkanun negeri dan ketua pengurusan pihak berkuasa tempatan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nVarian baharu Covid-19 `Kraken\u2019 \u2013 mula ancam dunia\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi iktiraf jemaah haji Malaysia berdisiplin\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Pemimpin AMANAH berhak beri pandangan\n\n\n\n\n\n\nKailan Ikan Masin Dijual RM18, Peniaga Diberi Notis\n\n\n\n\n\n\nTiada pengeluaran KWSP demi kebaikan negara \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\n\n\nFrasa baharu \u2018MALAYSIA MADANI\u2019 itu ditambah sebelum frasa \u2018BERKHIDMAT UNTUK NEGARA\u2019 dalam semua surat rasmi kerajaan bagi menyebarluaskan agenda Malaysia Madani dan hala tuju baharu Kerajaan Perpaduan, katanya.\n\n\n\u201cArahan ini berkuat kuasa serta merta,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/gempa-bumi-lelaki-62-tahun-diselamatkan-selepas-187-jam-terperangkap-di-turkiye/", "title": "Gempa Bumi: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap di Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan selepas dilaporkan terperangkap selama 187 jam di bawah runtuhan pangsapuri yang didiaminya di Mersin, Turkiye.\n\n\nHusiyen Berber, 62, diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat selepas salah seorang petugas dapat mendengar suaranya ketika misi mengesan mangsa dijalankan di kawasan runtuhan.\n\n\nHusiyen, yang juga pesakit kencing manis menceritakan detik hitam itu kepada agensi antarabangsa Reuters pada Khamis.\n\n\nJelasnya, beliau terpaksa meminum air kencingnya sendiri untuk hidup ketika terperangkap diantara sisa runtuhan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n19 orang maut dalam nahas bas di Bangladesh\n\n\n\n\n\n\nF-22 \u201cRaptor\u201d tembak jatuh sekali lagi objek misteri selepas belon pengintip China\n\n\n\n\n\n\nAngkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa\n\n\n\n\n\n\nIndonesia bawa keluar warganya termasuk rakyat Malaysia, Myanmar\n\n\n\n\n\n\nJacinda Ardern dilantik utusan khas tangani keganasan di New Zealand\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya hanya ingat ketika saya sedar telah terperangkap dalam runtuhan. Ketika itu semuanya gelap-gelita, terlalu gelap sehingga saya tidak dapat melihat badan saya sendiri.\n\n\n\u201cSaya menjerit minta tolong tetapi tiada siapa mendengar. Bangunan ini 15 tingkat, saya bersyukur bila saya dengar bunyi dari kawasan atas runtuhan, saya terus menjerit walaupun tekak saya mulai bengkak,\u201d jelasnya.\n\n\nTambah Husiyen, gempa kedua yang berlaku mengakibatkan siling turut runtuh, namun tidak mengenainya.\n\n\n\u201cGempa kedua, siling runtuh namun saya bernasib baik kerana tidak menimpa saya. Saya terpaksa sengetkan badan dan duduk diantara runtuhan yang menimpa peti sejuk dan kabinet rumah saya.\n\n\n\u201cHanya permaidani saya guna untuk menyelimuti diri saya, sepanjang masa sebelum saya dapat mencapai satu kerusi berhampiran dan duduk menunggu diselamatkan,\u201d katanya.\n\n\nSelama terperangkap di bawah runtuhan jelas Husiyen, beliau hanya hidup dengan meminum air kencing sendiri untuk kekal hidrat.\n\n\n\u201cSaya pesakit kencing manis, ketika kejadian ubat dan sebotol air jatuh ke arah saya. Saya minum hingga habis, kemudian saya terpaksa kencing dalam botol untuk diminum.\n\n\n\u201cApabila air kencing itu sejuk, saya minum untuk selamatkan diri saya,\u201d katanya lagi.\n\n\nBerber diselamatkan pasukan SAR dan dikejarkan ke Hospital Bandar Mersin di Wilayah Antakya untuk diberikan rawatan lanjut.\n\n\nSehingga kini, lebih 42,000 mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria dan lebih 12,000 bangunan ranap akibat gempa itu. \u2013 AstroAwani"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/gempa-bumi-remaja-perempuan-diselamatkan-selepas-248-jam-terperangkap-di-turkiye/", "title": "Gempa Bumi: Remaja perempuan diselamatkan selepas 248 jam terperangkap di Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun selamat dibawa keluar daripada runtuhan bangunan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas lebih 248 jam terperangkap di Antakya, Turkiye pada Khamis.\n\n\nMenurut agensi antarabangsa, mangsa berjaya ditemui, namun dikatakan dalam keadaan lemah akibat kecederaan dan dehidrasi.\n\n\nMangsa dilihat dibawa keluar dari kawasan runtuhan, ditutup dengan selimut haba oleh pasukan menyelamat sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.\n\n\nSebelum ini, beberapa mangsa turut ditemui selamat di sekitar Turkiye, sekali gus dilihat menjadi penyuntik semangat buat pasukan SAR terus mempertingkatkan usaha mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKonflik Sudan : Rakyat Malaysia, pelajar selamat\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Britain didenda tidak pakai tali pinggang keledar\n\n\n\n\n\n\nSekurang-kurangnya 40 terbunuh dalam nahas pesawat di Nepal\n\n\n\n\n\n\nFilipina-China selesaikan isu maritim di Laut China Selatan\n\n\n\n\n\n\n70 buah rumah milik rakyat Palestin dirampas Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, belum ada angka rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Turkiye dan Syria berhubung jumlah sebenar mangsa yang masih hilang.\n\n\nSehingga kini, lebih 42,000 mangsa disahkan maut dalam kejadian gempa bumi di dua negara itu dan lebih 12,000 bangunan di Turkiye dilaporkan hancur atau rosak. \u2013 Agensi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/jalan-temiang-ditukar-nama-pengasas-dap-kerajaan-digesa-nilai-semula/", "title": "Jalan Temiang ditukar nama pengasas DAP, kerajaan digesa nilai semula", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pertukaran Jalan Temiang, Negeri Sembilan kepada nama\u00a0 pengasas DAP,\u00a0 Jalan Dr Chen Man Hin dianggap tidak signifikan dengan semangat Malaysia Madani yang dicanangkan Perdana Menteri.\n\n\nKetua Penerangan Parti BERJASA Malaysia, Mohd Hamdan Mohd Sharif menggesa kerajaan Negeri Sembilan menilai semula keputusan itu dengan mengambil kira daripada pelbagai aspek.\n\n\nMenerusi satu kenyataan beliau berkata, tiada keperluan untuk menukar nama jalan itu kepada nama mendiang Pengasas DAP.\n\n\nMalah katanya, tindakan ini dilihat sebagai satu langkah populis untuk menormalisasikan dan mempromosikan ideologi DAP yang memperjuangkan ideologi sekular di Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Maslan sebenarnya punca BN kalah PRU15 \u2013 Ismail Sabri\n\n\n\n\n\n\nPertukaran Kabinet tertakluk budi bicara PM\n\n\n\n\n\n\nPendengaran Mahkamah Keabsahan Sjkc, Sjkt 20 Mac 2022\n\n\n\n\n\n\nMALAYSIA BUKAN NEGARA YANG SIHAT\n\n\n\n\n\n\nUsul penubuhan Jabatan Kanak-Kanak kali kedua Jumaat ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Hamdan, lebih ramai tokoh politik setempat yang membangunkan Negeri Sembilan, dan lebih layak untuk diabadikan pada nama jalan.\n\n\nUjarnya lagi, nama pejuang-pejuang tanah air terdahulu juga wajar diangkat dan lebih layak untuk dijadikan ikutan dan dikenali generasi masa kini.\n\n\nSehubungan itu katanya, BERJASA menyeru Kerajaan negeri Sembilan mengambil kira pendapat dan sensitiviti masyarakat setempat sebelum pelaksanaan keputusan itu.\n\n\nSemalam media melaporkan, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju menukar nama Jalan Temiang kepada Jalan Dr Chen Man Hin yang merupakan pengerusi dan penasihat seumur hidup DAP ketika hayatnya.\n\n\nManakala, Jalan Sikamat pula ditukar nama kepada Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad, iaitu bekas Mufti Negeri Sembilan.\n\n\nUntuk rekod Dr Chen Man Hin \nadalah Pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999 dan telah dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/jpj-rugi-rm14-38-juta-cetak-kad-lesen-memandu/", "title": "JPJ rugi RM14.38 juta cetak kad lesen memandu", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Sejumlah RM14.38 juta kerugian dan pembaziran wang awam dialami Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Kementerian Pengangkutan membabitkan pembayaran perkhidmatan mencetak kad Lesan Memandu Malaysia (LLM).\n\n\nMenurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, perkara ini berlaku disebabkan oleh kelemahan pemantauan JPJ terhadap peraturan dan perjanjian yang berkuat kuasa.\n\n\n\u201cSebanyak 1.83 juta keping kad LLM tidak digunakan bernilai RM14.23 juta dan penalti sejumlah RM149,178 tidak dikenakan terhadap pelanggaran Service Level Agreement (SLA),\u201d menurut laporan LKAN 2021 Siri 2 hari ini.\n\n\nMelalui laporan itu juga, pihak audit telah mencadangkan beberapa perkara bagi mengatasi kelemahan yang berlaku di jabatan berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLupus Al-Quran Dalam Banjir\n\n\n\n\n\n\nLebih Banyak Bantuan Akan Disalurkan BERJASA Sepang\n\n\n\n\n\n\nPemandu Preve Rempuh Kedai Perabot Bukan Mabuk Tapi Pitam\n\n\n\n\n\n\nCecair vape tidak wajar dikeluarkan daripada Akta Racun\n\n\n\n\n\n\nTujuh Ahli Parlimen ambil peluang tanding PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAntaranya, melakukan pemantauan terhadap penggunaan stok kad yang dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan penggunaan stok kad itu adalah secara optimum supaya tidak membazir.\n\n\n\u201cMemastikan SLA dipatuhi oleh syarikat dan sekiranya gagal, penalti atau denda akan dikenakan dengan segera,\u201d menurut laporan itu.\n\n\nSelain itu, laporan itu turut mengesyorkan pemantauan terhadap perkhidmatan dibuat dengan lebih berkesan dengan mengambil tindakan segera terhadap masalah berbangkit. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/kaji-semula-pertukaran-nama-jalan-temiang/", "title": "Kaji semula pertukaran nama Jalan Temiang", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pertukaran Jalan Temiang kepada nama pengasas DAP, Jalan Dr Chen Man Hin dianggap tidak signifikan dengan semangat Malaysia Madani yang dicanangkan Perdana Menteri.\n\n\nKetua Penerangan Parti Berjasa Malaysia, Mohd Hamdan Mohd Sharif menggesa kerajaan Negeri Sembilan menilai semula keputusan itu dengan mengambil kira daripada pelbagai aspek.\n\n\nMenerusi satu kenyataan, Mohd Hamdan berkata, tiada keperluan untuk menukar nama jalan itu kepada nama mendiang Pengasas DAP.\n\n\nMalah katanya, tindakan ini dilihat sebagai satu langkah populis untuk menormalisasi dan mempromosikan ideologi DAP yang memperjuangkan ideologi sekular di Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPencarum KWSP boleh mohon pinjaman bank mulai 7 April\n\n\n\n\n\n\nZahid sahkan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nSeramai 39 cedera akibat mercun di Kelantan sejak 25 Mac\n\n\n\n\n\n\nPasar Borong Borneo Tunjukkan Kebudayaan Kaum\n\n\n\n\n\n\nJiao Zong tidak setuju soalan BM sama untuk SK dan SRJK\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Hamdan, lebih ramai tokoh politik setempat yang membangunkan Negeri Sembilan dan lebih layak untuk diabadikan pada nama jalan.\n\n\nUjarnya lagi, nama pejuang-pejuang tanah air terdahulu juga wajar diangkat dan lebih layak untuk dijadikan ikutan dan dikenali generasi masa kini.\n\n\nSehubungan itu, Berjasa menyeru Kerajaan Negeri Sembilan mengambil kira pendapat dan sensitiviti masyarakat setempat sebelum pelaksanaan keputusan itu.\n\n\nSemalam, media melaporkan, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju menukar nama Jalan Temiang kepada Jalan Dr Chen Man Hin yang merupakan pengerusi dan penasihat seumur hidup DAP ketika hayatnya.\n\n\nManakala, Jalan Sikamat pula ditukar nama kepada Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad iaitu bekas Mufti Negeri Sembilan.\n\n\nUntuk rekod, Dr Chen Man Hin adalah Pengerusi DAP sejak tahun 1966 hingga 1999 dan telah dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/kerusi-dun-batang-kali-diisytihar-kosong-speaker-dun-selangor/", "title": "Kerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong \u2013 Speaker DUN Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali hari ini diisytiharkan kosong berkuat kuasa 28 Januari, ekoran penyandangnya, Harumaini Omar (Pejuang) tidak hadir ke sidang DUN Selangor melebihi tempoh enam bulan.\n\n\nSpeaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, pengisytiharan itu dilakukan mengikut peruntukan di bawah Perkara LXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.\n\n\n\u201cAhli Undangan Dewan Negeri (ADUN) Batang Kali, Yang Berhormat (YB) Harumaini Omar didapati tidak hadir tanpa kebenaran tuan speaker pada keseluruhan Persidangan Dewan dari 23 hingga 30 November 2022, 1 hingga 2 Disember 2022 dan 5 hingga 6 Disember 2022,\u201d katanya dalam sidang media di sini, hari ini.\n\n\nTambahnya, tiada rekod dalam Pejabat DUN Selangor dan Pejabat Speaker yang menunjukkan bahawa, Harumaini telah memohon kebenaran daripada speaker untuk tidak hadir pada Persidangan Dewan untuk tempoh berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNoh mahu jadi penceramah bebas, janji cakap benar\n\n\n\n\n\n\nMangsa sindiket penipuan jangan takut buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Lancar MRT Laluan Putrajaya Fasa 1, Pagi Ini\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Saman Penyelidik Rasuah, Lalitha Kunaratnam \u2013 RM10 Juta\n\n\n\n\n\n\nSuspek 1MDB, Kee Kok Thiam mati mengejut akibat strok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBerdasarkan rekod penyata rasmi dan buku kehadiran, tarikh akhir kehadiran YB Harumaini ke persidangan dewan adalah pada 27 Julai 2022. Memandangkan tempoh enam bulan dikira bermula dari tarikh 28 Julai 2022, maka seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, tempoh ketidakhadiran YB Batang Kali telah melebihi enam bulan,\u201d katanya.\n\n\n\u201cMaka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Januari 2023. Diisytiharkan di Shah Alam pada 16 Februari 2023,\u201d katanya.\n\n\nNg berkata, notis kekosongan kerusi berkenaan akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat dan Harumaini akan mengetahui berkenaan kekosongan itu melalui sidang media berkenaan pengisytiharan itu pada hari ini.\n\n\nDitanya adakah Harumaini pernah berhubung dengan pihak Speaker DUN berkenaan ketidakhadiran beliau, Ng berkata, beliau tidak menerima sebarang surat atau dihubungi oleh Harumaini.\n\n\n\u201cKalau tidak hadir beliau kena tulis surat kepada Setiausaha DUN Selangor untuk tidak hadir kerana ada masalah atau sebagainya, perlu dimaklumkan (kepada DUN),\u201d katanya.\n\n\nBeliau menjelaskan pengisytiharan tersebut dibuat pada hari ini, selepas melalui proses yang tertib dan teratur termasuk mendapat ulasan dan nasihat\u00a0\u00a0daripada kamar penasihat undang-undang negeri.\n\n\nDalam pada itu katanya, segala gaji dan elaun Harumaini akan diberi sehingga Januari dan bermula Februari ini, segala pembayaran gaji dan kebajikan beliau sebagai ADUN akan dihentikan, namun pencennya tidak terjejas.\n\n\nBeliau berkata, Harumaini tidak dibenarkan untuk membuat rayuan di atas pengisytiharan itu serta dilarang hadir ke sidang DUN Selangor yang bermula pada Mac 13 depan.\n\n\nKatanya, pengisytiharan kekosongan itu ialah kali kedua yang dilakukan DUN Selangor.\n\n\n\u201cKita juga ada rekod kes duluan iaitu pada 19 Januari 2011 Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim ketika itu mengisytiharkan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang, yang disandang Badrul Hisham Abdullah menggunakan peruntukan yang sama, ini kes yang kedua berlaku,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/lebih-36100-terbunuh-sejak-gempa-bumi-kuat-melanda-turkiye/", "title": "Lebih 36,100 terbunuh sejak gempa bumi kuat melanda Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Sekurang-kurangnya 36,187 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye minggu lepas, menurut agensi bencana negara itu pada Khamis.\n\n\nGempa bumi bermagnitud 7.8 dan 7.6 pada 6 Februari yang\u00a0berpusat di wilayah Kahramanmaras itu menjejaskan lebih 13 juta orang di 11 wilayah\u00a0termasuk Adana, Ad\u0131yaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye, Sanliurfa\u00a0dan Elazig.\n\n\nBeberapa negara di rantau ini, termasuk Syria dan Lubnan turut merasai gegaran kuat yang melanda T\u00fcrkiye dalam tempoh kurang 10 jam.\n\n\nLebih 253,000 anggota mencari dan menyelamat kini berada di lapangan, lapor Anadolu memetik kenyataan agensi pengurusan bencana dan kecemasan Turkiye.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKhabar saudara Islam Syria, Palestin di kem pelarian membimbangkan\n\n\n\n\n\n\nNetizen gesa boikot produk Sweden\n\n\n\n\n\n\nDelegasi Hamas tunaikan umrah\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk serangan tentera Israel di Nablus\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam Afghanistan hanya bertahan dengan roti dan teh di bulan Ramadan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut agensi itu, sekurang-kurangnya 216,347 orang dipindahkan dari kawasan yang dilanda gempa bumi setakat ini.\n\n\nPada Khamis, Kementerian Luar Turkiye berkata 7,098 anggota penyelamat asing dari 74 negara kini meneruskan tugasan di lapangan. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/mahfuz-cabar-sanusi-bertanding-dun-dikuasai-dap/", "title": "Mahfuz cabar sanusi bertanding DUN dikuasai DAP", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dicabar bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga atau Kota Darul Aman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dikatakan dikuasai DAP sekian lama.\n\n\nPengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, Muhammad Sanusi perlu membuktikan beliau sebagai Menteri Besar memiliki sokongan majoriti masyarakat di Kedah.\n\n\n\u201cMuhammad Sanusi yang dianggap sebagai \u2018hero Melayu\u2019 kerana melawan DAP dan menuduh parti itu macam-macam eloklah bertanding di DUN Derga atau Kota Darul Aman. \n\n\n\u201cElok beliau bertanding di situ bagi \u2018menyelamatkan\u2019 orang Melayu di dua DUN berkenaan yang kini dikuasai DAP,\u201d kata beliau.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFakta siasatan tanpa memihak, pertuduhan ikut keterangan- Peguam Negara\n\n\n\n\n\n\nJPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Bukan Badan Awam, Layakkah Dapat Peruntukan?\n\n\n\n\n\n\nInflasi Naik Mendadak Jika Subsidi Minyak Diganti\n\n\n\n\n\n\nProjek LCS tetap diteruskan biarpun sukar dilaksana\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian bagi mengulas \u2018tawaran\u2019 dikemukakan Muhammad Sanusi baru-baru ini untuk Mahfuz kembali bertanding dalam salah satu DUN di Kedah dalam PRN akan datang, setelah beliau tewas dengan majoriti lebih 31,000 undi di Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).\n\n\n\u201cSetakat sekarang, saya adalah calon Parlimen yang bertanding pada PRU lalu. Sama ada akan bertanding dalam PRN atau tidak, itu belum tahu lagi,\u201d katanya.\n\n\nMahfuz ketika ditanya sama ada akan kembali bertanding pada PRN nanti berkata, beliau setakat ini belum pasti mengenainya.\n\n\nSebelum ini, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, proses rundingan pembahagian kerusi antara PH dan BN dalam menghadapi PRN tidak lama lagi dijangka menemui jalan buntu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/mangsa-scam-pekerjaan-ulangi-perbuatan-selepas-diselamatkan/", "title": "Mangsa penipuan pekerjaan ulangi perbuatan selepas diselamatkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ada antara mangsa-mangsa penipuan pekerjaan kalah dalam perjudian di luar negara dan terkandas kerana tidak boleh bayar hutang telah diselamatkan, mengulangi perbuatan mereka serta meminta untuk diselamatkan semula.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, ia antara empat kategori mangsa dikenal pasti hasil tindakan profil dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas semua mangsa tersebut.\n\n\n\u201cYang ketiga adalah kita berjaya bawa balik lepas tu dia pergi pula pun ada juga, hancur luluh pasukan polis bila diberitahu kita kesan mereka pergi pula dan mereka hubungi tolong selamatkan kami lagi, ini bukan fakta di awang-awangan, saya mesti bertanggung jawab pada dewan yang mulia bila kita profil rakyat kita yang balik,\u201d katanya.\n\n\nSaifuddin berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mengenai usaha kerajaan menangani kes penipuan melibatkan rakyat Malaysia serta jumlah terkini mereka yang terlibat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTolak Tulisan Jawi Bererti Tidak Hormati Identiti Nasional\n\n\n\n\n\n\nSuntik Dana Anak Muda Hasil Seni Bermutu, Cukuplah Karya Berkiblat Barat\n\n\n\n\n\n\n306 Sampel Kes Positif Mungkin Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa hanya pilih parti \u2018berhaluan baik\u2019\n\n\n\n\n\n\nPM Digesa Ambil Tindakan Keras Terhadap Menteri, Pegawai NADMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, berdasarkan rekod seramai 339 rakyat Malaysia terkandas akibat kes penipuan pekerjaan di negara luar membabitkan antaranya di Laos, Kemboja, Myanmar, Filipina, Thailand dan Dubai.\n\n\nDaripada jumlah itu, 218 orang telah diselamatkan, manakala 121 lagi masih terkandas.\n\n\nTambahnya, mereka tertarik dengan iklan pekerjaan di luar negara yang menawarkan upah lumayan serta penginapan ditanggung, namun berakhir dengan menjadi \nscammer\n dalam pelbagai pekerjaan.\n\n\nDalam pada itu, beliau menjelaskan video yang tular memaparkan individu diseksa dan dipukul ketika menjadi mangsa penipuan sindiket itu, tidak melibatkan rakyat Malaysia.\n\n\n\u201cSaya juga nak sebut hasil siasatan polis, video yang viral, menunjukkan ada individu dipukul dan diseksa, tidak melibatkan rakyat malaysia setakat ini,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/mp-langkawi-mohon-maaf-tak-sangka-tewaskan-tun-m/", "title": "MP Langkawi mohon maaf, tak sangka tewaskan Tun M", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ahli Parlimen Langkawi, Suhaimi Abdullah yang menewaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)memohon maaf kepada bekas Perdana Menteri itu di Parlimen, hari ini.\n\n\nDalam ucapan yang penuh emosi, Suhaimi berkata, sebagai orang luar beliau tidak menyangka dapat menewaskan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu.\n\n\nMalah, menurut Suhaimi, dia juga tidak bermimpi untuk menyebabkan Mahathir kehilangan deposit pada pilihan raya berkenaan kerana tewas teruk.\n\n\n\u201cSaya faham dan memahami tinggal tiga hari penduduk Langkawi marah kerana saya bukan\u00a0\nlocal player\n.\u00a0Tapi berkat Perikatan Nasional (PM) maka kita telah menang di Langkawai dengan berjaya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNancy sambut baik pengumuman PM lantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\nKomuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa melabur di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nHampir tiga juta jemaah berwukuf hari ini\n\n\n\n\n\n\nDek kerana Tun M tidak sehaluan, DAP mahu gelaran Tun ditarik balik\n\n\n\n\n\n\nAmaran Hujan Lebat Sehingga Selasa\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya mengucapkan rasa sedih terhadap ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad.\n\n\n\u201cSaya tidak menyangka dan tidak pernah bermimpi bahawa Tun M akan kehilangan deposit,\u201d katanya ketika ucapan perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.\n\n\nDalam ucapan pertama di Parlimen, Suhaimi berkata, beliau terpaksa menentang Dr. Mahathir biarpun beliau merupakan presiden sekolahnya kerana mematuhi arahan parti.\n\n\nAhli Parlimen Langkawi itu turut menghadiahkan pantun kepada Mahathir yang kemudiannya mendapat tepukan gemuruh ahli Parlimen.\n\n\n\u201cSaya minta ampun dan maaf kerana Tun juga presiden sekolah saya Kolej Sultan Abdul Hamid dan semasa hari penamaan calon saya mencium tangan Tun dan saya minta maaf.\n\n\n\u201cKerana ini keputusan parti yang meletakkan saya di Pulau Langkawi dan saya sayang kepada Perikatan Nasional dan presiden saya maka saya letakkan kepala saya di Langkawi.\n\n\n\u201cKepada Tun, Pulau Langkawi jauh ke tengah, Gunung Mat Cincang bercabang tiga, walau badan dihancur tanah, budi baik Tun dikenang juga,\u201d ucap beliau.\n\n\nPada PRU15, Mahathir hilang deposit selepas sekadar meraih 4,566 undi daripada keseluruhan 48,123 undi dalam pertembungan lima penjuru.\n\n\nSuhaimi menang dengan majoriti 13,518 undi, sekaligus merampas kerusi yang disandang Mahathir.\n\n\nCalon Pejuang kalah dan hilang deposit di semua 125 kerusi ditandingi mereka pada PRU15. Ia termasuk anak Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz yang tewas di Jerlun."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/mysejahtera-diserang-1-12-juta-kali/", "title": "MySejahtera diserang 1.12 juta kali", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Sebanyak 1.12 juta kali serangan untuk memecah masuk aplikasi MySejahtera dikesan mulai 27 Oktober 2021.\n\n\nKetua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, satu akaun\u00a0Super Admin\u00a0turut dikesan memuat turun tiga juta maklumat penerima vaksin daripada aplikasi tersebut dengan menggunakan pelbagai protokol internet (IP).\n\n\nMenurut beliau, seramai 70 individu yang telah meninggal dunia didapati mempunyai akaun MySejahtera yang berstatus aktif.\n\n\n\u201cSelain itu, sebanyak 1,657 individu mempunyai lebih daripada satu akaun MySejahtera manakala seramai 1,543 individu mempunyai antara dua hingga tujuh akaun melibatkan 3,108 akaun MySejahtera berstatus aktif dan disahkan identitinya serta telah menerima vaksin,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLangkah Kekang Penularan COVID-19 Di Peringkat Sekolah\n\n\n\n\n\n\nPSI sudah lalui semua pertimbangan teknikal \u2013 KM P.Pinang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Terus Perkasa Agenda Ekonomi Bumiputera\n\n\n\n\n\n\nPerjuangan PAS sudah berubah \u2013 Mohammad Agus\n\n\n\n\n\n\nIsma Melaka Sentiasa Bersiap Siaga Bantu Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2 di Jabatan Audit Negara di Putrajaya hari ini.\n\n\nPengauditan terhadap MySejahtera dilaksanakan untuk menilai pencapaian objektif penggunaan aplikasi itu sebagai platform teknologi untuk orang ramai melakukan penilaian kesihatan kendiri, membantu Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pengesanan kontak dan menyediakan sijil vaksinasi kepada pengguna.\n\n\nAntara kelemahan lain MySejahtera yang dikesan adalah sebanyak 28,735 rekod vaksinasi menunjukkan individu menerima vaksin selepas pusat pemberian vaksin (PPV) ditutup dan sejumlah 3.89 juta rekod dimuat naik melebihi sehar selepas tarikh individu divaksin.\n\n\nTurut dikesan, sebanyak 203,846 rekod dimuat naik ke dalam sistem lebih awal daripada tarikh divaksin manakala sebanyak 46 rekod tiada tarikh muat naik ke dalam sistem.\n\n\nMalah, tempoh muat naik bagi 1,262 rekod adalah tidak munasabah kerana tarikh vaksin yang dimuat naik ke dalam sistem adalah sebelum program vaksinasi bermula pada 24 Februari 2021.\n\n\nSehubungan itu, Nik Azman memberitahu, Jabatan Audit Negara mengesyorkan agar KKM memastikan pengurusan akaun bagi aplikasi MySejahtera dan MyVAS dilaksanakan mengikut Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) kementerian tersebut.\n\n\nBeliau menambah, KKM juga hendaklah melaksanakan pengurusan data bagi memastikan data sentiasa tersedia, lengkap dan boleh dipercayai.\n\n\n\u201cKKM disarankan menjalankan penilaian tahap keselamatan aplikasi MySejahtera dan MyVAS secara keseluruhan serta mempertingkatkan tahap keselamatan bagi menjamin keselamatan sistem dan data.\n\n\n\u201cAgensi perlu merujuk kepada Kementerian Kewangan bagi perolehan atau pembayaran yang mendesak dan bersifat segera bagi mengelakkan sevarang perlanggaran peraturan yang berkuat kuasa,\u201d jelasnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/pelajar-oku-nikmati-tambang-ktmb-percuma-mulai-15-februari/", "title": "Pelajar, OKU nikmati tambang KTMB percuma mulai 15 Februari", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pelajar sekolah dan Orang Kurang Upaya (OKU) kini boleh menikmati pas tambang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tanpa had secara percuma.\n\n\nInisiatif yang dikenali sebagai \u2018MyRailLife\u2019 itu bermula semalam, diperkenalkan khusus bagi meringankan beban perjalanan pengangkutan kepada golongan tersebut.\n\n\nMenteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif ini boleh dinikmati oleh semua warganegara Malaysia termasuk pelajar sekolah Tahun Satu sehingga Tingkatan Enam yang berumur tujuh tahun sehingga 19 tahun serta golongan OKU.\n\n\n\u201cJika sebelum ini OKU yang menetap di Alor Setar dan bekerja di Butterworth menaiki perkhidmatan komuter pergi dan balik, beliau perlu membelanjakan tambang perjalanan sebanyak RM7.20 sehari dimana beliau perlu memperuntukkan lebih kurang RM180 sebulan untuk kos pengangkutan, dengan adanya pas ini dapat menjimatkan tambang pengangkutan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan kementerian mana urus isu kalimah Allah \u2013 Naim\n\n\n\n\n\n\nTak cukup lagi ke orang Melayu berkorban?\n\n\n\n\n\n\nRaja Rozela bersara awal, Mohd Dusuki ketuai pendakwaan kes Zahid\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 untuk penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nAnwar tidak \u2018anak tirikan\u2019 negeri pembangkang\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas Anthony, pas percuma itu boleh digunakan bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, Utara dan Perkhidmatan Shuttle Timuran.\n\n\n\n\nBagi KTM Komuter sektor Lembah Klang, ia terdiri daripada laluan Pulau Sebang-Batu Caves-Pulau Sebang dan laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang.\n\n\nKTM Komuter sektor utara pula daripada laluan Padang Rengas-Butterworth-Padang Rengas dan laluan Butterworth-Padang Besar-Butterworth.\n\n\nSementara itu, bagi perkhidmatan tren KTM Shuttle Timuran adalah sektor laluan Gemas-Tumpat-Gemas.\n\n\nBeliau berkata, dengan adanya pas percuma\u00a0 selama setahun ini ia dijangka mengurangkan kos pengangkutan kepada 500,000 orang pelajar sekolah dan OKU yang menggunakan perkhidmatan Komuter sektor Lembah Klang dan Utara serta perkhidmatan Shuttle Timuran."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/penangguhan-projek-monorel-putrajaya-punca-sistem-pengangkutan-bersepadu-tak-dapat-digunakan/", "title": "Tangguh projek monorel Putrajaya punca sistem pengangkutan bersepadu terjejas", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \u00a0Penangguhan projek monorel Putrajaya menyebabkan sistem pengangkutan bersepadu di bandar itu\u00a0belum tercapai\u00a0dan merupakan pembaziran sekiranya infrastruktur dibangunkan tidak dimanfaatkan.\n\n\nMenurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2, penangguhan pembangunan mod pengangkutan monorel yang merupakan tulang belakang sistem pengangkutan awam di Putrajaya juga memberi kesan kepada perkhidmatan bas dan penggunaan fasiliti berkaitan.\n\n\n\u201cSebaliknya, kerajaan terpaksa menyediakan TLK (Tempat Letak Kereta) bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di kawasan \ncore\n dan perumahan,\u201d menurut laporan itu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar nafi buat dakwaan tanpa asas ke atas PN\n\n\n\n\n\n\nAgong Titah Rakyat Dan Agensi Kerajaan Sedia Hadapi Risiko Banjir\n\n\n\n\n\n\nPKR tarik balik penggantungan keahlian Iswardy\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM1.5 bilion peruntukan martabat syiar Islam\n\n\n\n\n\n\nJom Ziarah Gereja : Bercanggah Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut laporan itu, pelaksanaan projek monorel tersebut meliputi dua laluan iaitu Laluan 1 sepanjang 13.2 kilometer (km)\u00a0manakala Laluan 2 sepanjang 6km selain stesen monorel yang dibina di Terminal Putrajaya Sentral Presint 7 tetapi masih belum siap sepenuhnya.\n\n\nLaporan itu mendedahkan kerja pembinaan infrastruktur monorel tersebut ditangguhkan pada 2004, bagaimanapun\u00a0pihak Audit tidak dapat mengesahkan justifikasi penangguhan projek\u00a0kerana tiada dokumen sokongan diperoleh.\n\n\n\u201cLawatan fizikal Audit pada 16 Ogos 2022 mengesahkan bahawa sebahagian infrastruktur seperti kerangka asas bagi terowong, tiang-tiang bagi landasan dan jambatan untuk monorel telah dibina,\u201d menurutnya.\n\n\nLaporan itu menyatakan infrastruktur bagi empat daripada enam mod pengangkutan telah siap dibangunkan, namun hanya tiga mod pengangkutan digunakan sepenuhnya.\n\n\nEmpat mod pengangkutan yang\u00a0siap dibangunkan adalah\u00a0\u00a0Express Rail Link (ERL), bas, pengangkutan air dan rangkaian pejalan kaki dan basikal manakala tiga mod digunakan sepenuhnya adalah\u00a0ERL, bas dan rangkaian pejalan kaki dan basikal.\n\n\n\u201cPembangunan infrastruktur bagi mod pengangkutan LRT (Transit Aliran Ringan)/monorel belum siap sepenuhnya manakala infrastruktur bagi mod pengangkutan tram belum dibangunkan,\u201d menurutnya.\n\n\nJusteru, Audit mengesyorkan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) (yang kini distruktur semula sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan dengan pentadbirannya di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Perbadanan Putrajaya (PPj)\u00a0mengkaji semula pelan pembangunan agar dapat diselaraskan dengan perubahan konsep pembangunan Putrajaya supaya kemudahan infrastruktur bersesuaian dapat disediakan dan berfungsi mengikut perancangan.\n\n\nLaporan itu turut mengesyorkan KWP, Kementerian Pengangkutan dan PPj menetapkan hala tuju penggunaan infrastruktur yang dibangunkan bagi memberi manfaat kepada rakyat dan mengelakkan pembaziran. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/rm31-juta-dibelanja-hadapi-tuntutan-waris-kesultanan-sulu/", "title": "RM31 juta dibelanja hadapi tuntutan waris Kesultanan Sulu", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan membelanjakan kira-kira RM31 juta melibatkan pelbagai kos perundangan bagi menghadapi tuntutan yang difailkan waris Kesultanan Sulu terhadap Malaysia bermula 20 November 2019 sehingga Januari tahun ini.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jumlah itu melibatkan kos perkhidmatan peguam antarabangsa, prosiding mahkamah, terjemahan, penyelidikan sejarah dan perundangan.\n\n\n\u201cSecara khususnya fi guaman dan bayaran sahaja sebanyak RM36,000 (tahun 2019), RM167,000 (tahun 2020), RM8.2 juta (tahun 2021), RM13.5 juta (tahun 2022).\n\n\n\u201cManakala, RM5.4 juta (tahun 2023) bagi pengendalian kes Mahkamah di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda,\u201d katanya menerusi jawapan bertulis pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO guna \u2018pengundi hantu\u2019 lulus usul tambahan \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nPeningkatan Harga Ais 50 Sen\n\n\n\n\n\n\nProklamasi Melayu bukan martabatkan Melayu tapi nak guling kerajaan \u2013 P.Ramasamy\n\n\n\n\n\n\nHospital Serdang dikenali sebagai Hospital Sultan Idris Shah\n\n\n\n\n\n\nVape musnahkan generasi tahfiz, pondok\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang meminta Perdana Menteri menyatakan kos guaman yang telah dibelanjakan bagi menghadapi tuntutan daripada waris Kesultanan Sulu terhadap Malaysia.\n\n\nAzalina dalam masa sama turut menjelaskan, keputusan permohonan rayuan oleh Malaysia terhadap perintah Mahkamah Perancis bertarikh 29 September lalu dijangka akan dikeluarkan pada Jun ini.\n\n\nJanuari lalu, Azalina dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Malaysia memperoleh kemenangan penting terhadap individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu selepas Mahkamah di Luxembourg pada 24 Januari lalu mengetepikan perintah penahanan yang dipohon oleh pewaris berkenaan.\n\n\nWaris Kesultanan Sulu sebelum ini dilapor menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/tak-benar-keluar-kwsp-simpanan-pencarum-susut-50-peratus/", "title": "Tak benar keluar KWSP, simpanan pencarum susut 50 peratus", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Median simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi semua kaum turun 50 peratus kepada RM8,100 pada tahun 2022 daripada RM16,600 pada tahun sebelum pandemik Covid-19.\n\n\nTimbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ketika Covid-19, seramai 8.1 juta ahli mengeluarkan RM145 bilion untuk kesemua empat jenis pengeluaran iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan pengeluaran khas daripada April hingga Mei 2022.\n\n\n\u201cMedian simpanan kaum Melayu yang terdiri daripada tujuh juta ahli menyusut kepada RM5,500 (sekarang) daripada RM16,900 pada April 2020.\n\n\n\u201cJadi, ini adalah antara sebab kerajaan membuat keputusan untuk tidak lagi membenarkan pengeluaran KWSP,\u201d katanya ketika sidang media di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKWSP Akan Lancar I-Sayang Tahun Depan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Terengganu lancar Gelombang Biru 2.0\n\n\n\n\n\n\nTuntutan Sulu: Cubaan laksana perintah survei bangunan milik Malaysia gagal\n\n\n\n\n\n\nKeputusan tuntutan MA63 pada 4 Januari\n\n\n\n\n\n\nSabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Tanpa Ujian COVID-19\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhmad berkata, bagi ahli KWSP bumiputera lain sebanyak 1.4 juta orang turut menyaksikan median simpanan mereka merosot kepada RM3,300 berbanding sebelum Covid-19 iaitu RM10,600.\n\n\nSemalam, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sesi perbahasan Titah Diraja di Persidangan Parlimen meminta kerajaan mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/tengku-zafrul-angkat-sumpah-ahli-mkt-dilantik-presiden-umno/", "title": "Tengku Zafrul angkat sumpah Ahli MKT dilantik Presiden UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Tengku Zafrul Aziz mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini.\n\n\nBerita itu disahkan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dalam Twitternya.\n\n\n\u201cMesyuarat MKT Umno malam ini bermula dengan Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai ahli MKT Umno yang dilantik oleh Presiden (Ahmad Zahid Hamidi),\u201d tulisnya.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPWKM tidak kompromi kualiti makanan di PPS\n\n\n\n\n\n\nKapitalis Pegang Pemimpin Punca Kegiatan Haram Gagal Dibanteras? \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPerkembangan Terkini Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nPelan Tindakan Warga Emas Negara dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nMufti P. Pinang kesal orang Islam sertai perarakan kuil\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerita lanjut akan menyusul\u2026"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/16/tunggakan-hutang-tidak-mampu-dibayar-felcra-berjumlah-rm312-22-juta/", "title": "Tunggakan hutang tidak mampu dibayar Felcra berjumlah RM312.22 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Semakan audit mendapati Felcra Bhd (Felcra) mempunyai tunggakan hutang yang tidak mampu dibayar berjumlah RM312.22 juta pada tahun 2021 berbanding RM82 juta pada tahun 2020.\n\n\nMenurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, berdasarkan surat pengesahan baki dan tunggakan pinjaman Kerajaan Persekutuan bertarikh 10 Januari 2022 daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia, baki pinjaman Felcra dengan Kerajaan Persekutuan setakat 31 Disember 2021 ialah RM3.67 bilion.\n\n\n\u201cBaki pinjaman ini merupakan 69 peratus daripada keseluruhan liabiliti Felcra yang berjumlah RM5.32 bilion dan berdasarkan maklum balas Felcra, Kerajaan melalui keputusan Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022 telah meluluskan sebahagian baki pinjaman berjumlah RM969.27 juta ditukarkan kepada ekuiti dalam Felcra,\u201d kata laporan itu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNancy sambut baik pengumuman PM lantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\nSPRM sahkan Muhyiddin didakwa esok\n\n\n\n\n\n\nTiada hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nLepasan SPM, hati-hati tawaran masuki IPTA melalui media sosial \u2013 Khaled\n\n\n\n\n\n\nShahril sepatutnya Ketua Pemuda seterusnya \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\n\n\nLKAN\u00a0berkata, satu daripada enam indikator perspektif perspektif petunjuk prestasi utama (KPI) Felcra tidak mencapai sasaran pada tahun 2021 iaitu indikator pengurangan kos dalam kos pentadbiran, ia\u00a0disebabkan tambahan perbelanjaan bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat Rakyat berjumlah RM10 juta yang tidak dibajetkan pada awal tahun.\n\n\n\u201cSecara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, objektif penubuhan Felcra untuk menyatu, memulih dan membangunkan tanah milik peserta telah tercapai melalui aktiviti utamanya iaitu melaksanakan mandat sosial (program P&P) dan perniagaan komersial.\n\n\n\u201cDalam aspek keberhasilan, Kerajaan tidak menerima dividen daripada Felcra bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021, namun program P&P telah memberi impak positif serta dapat meningkatkan taraf hidup peserta dengan agihan dividen yang diterima,\u201d katanya.\n\n\nPengurusan aktiviti perladangan adalah tidak cekap kerana tidak mematuhi jadual perancangan pembajaan dan jadual pusingan penuaian serta tenaga kerja asing (TKA) yang telah tinggal melebihi tempoh sah laku Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), menurut laporan tersebut.\n\n\nSetakat bulan April 2022, tiada pembayaran dividen oleh syarikat subsidiari dibuat bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 kerana\u00a0pengauditan penyata kewangan bagi tempoh tersebut belum dimuktamadkan.\n\n\nPihak yang berkepentingan perlu mengambil langkah untuk membantu peserta yang tidak menerima dividen bagi menyelesaikan masalah kos operasi dan projek tidak berdaya maju dan dividen belum agih terkumpul berjumlah RM67.14 juta hendaklah diserahkan kepada peserta dan pemegang amanah secepat mungkin.\n\n\nFelcra juga disyorkan memaksimumkan pengisian tenaga kerja ladang selaras dengan keperluan supaya dapat meningkatkan produktiviti hasil tuaian dan pendapatan syarikat pada tahap optimum serta mengguna pakai sistem secara digital bagi pengurusan penyenggaraan kilang sawit seiring dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0 negara.\n\n\nSetakat tahun 2021, Felcra memperoleh ladang seluas 203,953 hektar dan mempunyai 108,097 peserta. Ia telah mengagihkan dividen berjumlah RM801.05 juta kepada peserta bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021.\n\n\nSelain itu, setakat bulan April 2022, Felcra mempunyai pegangan saham antara 53 peratus hingga 100 peratus dalam 22 syarikat subsidiari dan sembilan syarikat usaha sama dengan pegangan saham antara 8.75 peratus hingga 50 peratus. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/17/apandi-tidak-layak-dapat-pampasan-tun-m-ada-sebab-untuk-tahu-mengapa-pampasan-dirahsiakan/", "title": "Apandi tidak layak dapat pampasan, Tun M ada sebab untuk tahu mengapa pampasan dirahsiakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nBekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dikatakan tidak layak untuk mendapat pampasan lebih dua juta ringgit daripada kerajaan.\n\n\nIni berikutan susulan kes saman beliau terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga kerajaan berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara.\n\n\nTun Mahathir berkata, beliau juga\u00a0 ingin mengetahui mengapa pampasan Apandi itu dirahsiakan.\n\n\nMenerusi kenyataan rasmi, Tun Mahathir berkata, beliau keliru dengan keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman yang memutuskan untuk merahsiakan penyelesaian tuntutan Apandi untuk pampasan pemecatannya.\n\n\nKenyataan Tun Dr. Mahathir berkenaan pampasan melibatkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.\n\n\n\u201cSaya keliru dengan keputusan Menteri Azalina Othman untuk merahsiakan penyelesaian tuntutan Apandi Ali untuk pampasan atas pemecatan beliau.\u00a0\n\n\n\u201cApandi, bekas AG Kerajaan Najib Tun Razak, membuat tuntutannya secara terbuka malah beliau menamakan jumlah itu sebanyak RM2,233,599.36,\u201d katanya melalui kenyataannya.\n\n\nMemetik Sinar Harian, sebelum ini, Azalina memaklumkan kes sivil itu telah diselesaikan di luar mahkamah atas persetujuan kerajaan tanpa sebarang pengakuan liabiliti serta pampasan yang dibuat oleh Kerajaan juga adalah rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.\n\n\nMenurut jawapan bertulis dalam laman sesawang parlimen pada Selasa, pihak-pihak guaman, khususnya pihak plaintif (Mohamed Apandi) yang diwakili Tetuan Shukor Baljit and Partners, dan Jabatan Peguam Negara bersetuju\u00a0 terma-terma penyelesaian dirahsiakan dan tidak didedahkan kepada pihak umum.\n\n\nPerkara itu bagi menjawab soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pampasan yang dibayar kerajaan kepada Mohamed Apandi apabila kerajaan menyelesaikan kes saman itu.\n\n\nMemetik Malaysia Gazette, pada 13 April 2022, Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur membatalkan saman itu selepas kerajaan bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut tanpa sebarang pengakuan liabiliti dan terma-terma penyelesaian tidak boleh didedahkan.\n\n\nPada 13 Oktober 2020, Mohamed Apandi memfailkan saman menamakan Dr Mahathir dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua, memohon antara lain perisytiharan penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu pada 2018 sebagai tidak sah.\n\n\nMohamed Apandi yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015 memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am dan teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/17/apandi-tidak-layak-dapat-pampasan-tun-mahathir-ada-sebab-untuk-tahu/", "title": "Apandi tidak layak dapat pampasan Tun Mahathir ada sebab untuk tahu", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dikatakan tidak layak untuk mendapat pampasan lebih dua juta ringgit daripada kerajaan.\n\n\nIni berikutan susulan kes saman beliau terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga kerajaan berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara.\n\n\nTun Mahathir berkata, beliau juga\u00a0 ingin mengetahui mengapa pampasan Apandi itu dirahsiakan.\n\n\n\u201cSaya keliru dengan keputusan Menteri Azalina Othman untuk merahsiakan penyelesaian tuntutan Apandi Ali untuk pampasan atas pemecatan beliau\u201d \u2013 TUN DR MAHATHIR / Bekas Perdana Menteri\n\n\nMenerusi kenyataan rasmi\n, Tun Mahathir berkata, beliau keliru dengan keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman yang memutuskan untuk merahsiakan penyelesaian tuntutan Apandi untuk pampasan pemecatannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri: Warga asing \u2018hiasi\u2019 wajah ibu kota\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan isu ceramah Fahmi di masjid\n\n\n\n\n\n\nLantik Ahmad Zahid jadi TPM tak berpegang kepada kedaulatan undang-undang\n\n\n\n\n\n\nPengumuman peruntukan sekolah persendirian cina dipersoal\n\n\n\n\n\n\nPRN Sarawak Ke-12, 18 Disember Ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nBekas Peguam Negara semasa pemerintahan kerajaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu, membuat tuntutannya secara terbuka dan menamakan jumlah pampasan sebanyak RM2,233,599.36.\n\n\nMemetik Sinar Harian,\n sebelum ini, Azalina memaklumkan kes sivil itu telah diselesaikan di luar mahkamah atas persetujuan kerajaan tanpa sebarang pengakuan liabiliti serta pampasan yang dibuat oleh Kerajaan juga adalah rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.\n\n\nMenerusi jawapan bertulis dalam laman sesawang parlimen pada Selasa, pihak-pihak guaman, khususnya pihak plaintif (Mohamed Apandi) yang diwakili Tetuan Shukor Baljit and Partners, dan Jabatan Peguam Negara bersetuju\u00a0 terma-terma penyelesaian dirahsiakan dan tidak didedahkan kepada pihak umum.\n\n\nPerkara itu bagi menjawab soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pampasan yang dibayar kerajaan kepada Mohamed Apandi apabila kerajaan menyelesaikan kes saman itu.\n\n\nMemetik Malaysia Gazette,\n pada 13 April 2022, Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur membatalkan saman itu selepas kerajaan bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut tanpa sebarang pengakuan liabiliti dan terma-terma penyelesaian tidak boleh didedahkan.\n\n\nPada 13 Oktober 2020, Mohamed Apandi memfailkan saman menamakan Dr Mahathir dan kerajaan, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua, memohon antara lain perisytiharan penamatan kontraknya sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu pada 2018 sebagai tidak sah.\n\n\nMohamed Apandi yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015 memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am dan teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/17/arahan-tulisan-jawi-di-papan-tanda-tidak-langgar-perlembagaan-persekutuan-hakim/", "title": "Arahan tulisan Jawi di papan tanda tidak langgar Perlembagaan Persekutuan \u2013 Hakim", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Rayuan dua ahli perniagaan dari Kuantan, Pahang\u00a0 yang mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan pihak berkuasa tempatan mengarahkan setiap papan tanda kedai memaparkan tulisan Jawi di tolak Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis.\n\n\nPanel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Yaacob Md Sam sebulat suara memutuskan bahawa tidak ada rasional, atau tidak munasabah atau menyalahi undang-undang arahan pihak berkuasa negeri untuk melaksanakan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda di premis perniagaan.\n\n\n\u201cDasar itu tidak melanggar Perkara 5 atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, kami menolak rayuan perayu. Perintah Mahkamah Tinggi disahkan. Memandangkan ini adalah perkara yang melibatkan kepentingan awam, tiada perintah mengenai kos.\u2019\u2019 \u2013 \u00a0 Datuk Yaacob Md Sam / Hakim Mahkamah Rayuan\n\n\nDalam prosiding dalam talian itu, hakim berkata dasar itu tidak melanggar Perkara5 atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nJusteru, rayuan kedua-duanya ditolak\u00a0 dan perintah Mahkamah Tinggi disahkan dan perkara berkenaan tidak membabitkan kepentingan awam maka tiada perintah mengenai kos.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengarah Filem Mentega Terbang beri keterangan di Bukit Aman\n\n\n\n\n\n\nKKM PANTAU HOSPITAL, KADAR KEBOLEHJANGKITAN MENINGKAT \u2013 KHAIRY\n\n\n\n\n\n\nSPRM akan siasat Tun Dr Mahathir jika mempunyai maklumat berasas\n\n\n\n\n\n\nSelangor hulur sumbangan RM500,000 kepada Kelantan, Terengganu\n\n\n\n\n\n\nAlami masalah teknikal juruterbang dan pelajar mendarat cemas di Jasin\n\n\n\n\n\n\n\n\nDua lagi panel hakim bagi ke sini ialah Datuk P. Ravinthran dan Datuk Nazlan Mohd Ghazali.\n\n\nMemetik BERNAMA,\n ahli perniagaan, Jehan Abdullah dan Dana Palan Arunachalam, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 5 Ogos 2021, yang antara lain, memutuskan bahawa mereka tidak mempunyai \u2018locus standi\u2019 untuk membawa tindakan undang-undang kerana mereka hanya memegang lesen perniagaan tetapi tidak memiliki premis perniagaan.\n\n\nAntara lain, Mahkamah Tinggi juga menyatakan bahawa tulisan Jawi boleh digunakan untuk menyampaikan maksud dalam bahasa Melayu dan oleh itu merupakan sebahagian daripada bahasa kebangsaan.\n\n\nPada mulanya, Jehan dan Dana Palan turut disertai seorang lagi lelaki iaitu Phang Long Yen dalam permohonan semakan kehakiman mereka terhadap Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan kerajaan Pahang pada 2020.\n\n\nBagaimanapun, Phang telah meninggal dunia dan bukan pihak dalam rayuan pada Khamis.\n\n\n\n\n\n\nAhli perniagaan,\u00a0 Jehan Abdullah dan Dana Palan Arunachalam, memohon perintah untuk membatalkan arahan MPK dalam surat bertarikh April 2019 supaya perniagaan menggunakan tulisan Jawi pada papan tanda di premis mereka.\n\n\n\n\n\n\nmemohon perintah untuk membatalkan keputusan exco kerajaan negeri pada 1 Mac 2018 untuk menggalakkan penggunaan tulisan Jawi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nmenuntut pengisytiharan bahawa Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah bertentangan dengan Perkara 8 (kesamarataan) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\n\n\n\nAhli perniagaan berkenaan, antara lain, memohon perintah untuk membatalkan arahan MPK dalam surat bertarikh April 2019 supaya perniagaan menggunakan tulisan Jawi pada papan tanda di premis mereka.\n\n\nMereka juga memohon perintah untuk membatalkan keputusan exco kerajaan negeri pada 1 Mac 2018 untuk menggalakkan penggunaan tulisan Jawi.\n\n\nMereka juga menuntut pengisytiharan bahawa Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah bertentangan dengan Perkara 8 (kesamarataan) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nMenurut peruntukan itu\n \u2013 setiap lesen atau permit yang diberikan hendaklah tertakluk kepada syarat dan sekatan, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa tempatan dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa tanpa memberi alasan.\n\n\nDilaporkan bahawa kerajaan negeri Pahang memutuskan pada tahun\u00a0 2018, semua premis perniagaan dan papan tanda jalan akan menggunakan tulisan Jawi dalam usaha memartabatkan penggunaan tulisan Jawi.\n\n\nJIka enggan pemilik premis boleh dikenakan denda sehingga RM250 dan lesen perniagaan mereka dibatalkan.\n\n\nDalam prosiding rayuan tersebut, MPK diwakili peguam Ong Siew Wan.\n\n\n\u00a0Datuk Saiful Edris Zainuddin bertindak bagi pihak kerajaan Pahang manakala perayu diwakili peguam T. Gunaseelan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/17/berjasa-masih-perlu-rm50000-bantu-mangsa-gempa-bumi-turkiye-syria/", "title": "BERJASA masih perlu RM50,000 bantu mangsa gempa bumi Turkiye-Syria", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nDalam satu hebahan di laman Facebook rasmi parti BERJASA memaklumkan pihaknya masih memerlukan\u00a0 sebanyak RM50,00 bagi melengkapkan sumbangan bantuan kecemasan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.\u00a0\n\n\nBerdasarkan kempen sumbangan bencana gempa bumi yang dilancarkan oleh BERJASA pada 10 Februari lalu, jumlah wang berkenaan diperuntukkan untuk menyalurkan bantuan dari segi keperluan harian, bekalan makanan dan klinikal untuk mangsa di dua negara berkenaan.\u00a0\n\n\nBERJASA memerlukan pendanaan tersebut bagi memberikan bantuan yang terbaik mangsa gempa bumi Turkiye-Syria agar dapat meneruskan kehidupan mereka.\n\n\nLapor pihaknya, mangsa gempa bumi Turkiye -Syria\u00a0 mengalami isu kesejukan, kehilangan tempat tinggal dan kekurangan bekalan makanan.\u00a0\n\n\nMangsa gempa bumi yang terlibat masih menunggu sinar serta peluang mereka dalam mendapatkan keperluan asas.\n\n\nSehingga menyebabkan, mangsa di sana terpaksa mencatu makanan seharian mereka demi kelangsungan hidup, sementara ramai di kalangan mereka masih mendepani isu kehilangan penempatan serta masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHujan, Beberapa Jalan Dinaiki Air Semula\n\n\n\n\n\n\nKenyataan Setiausaha PAS Selangor Tidak Tepat\n\n\n\n\n\n\nVarian Baharu Panjangkan Jangka Masa Pandemik\n\n\n\n\n\n\nMahu Jadi Lebih Cina Daripada Cina\n\n\n\n\n\n\nZahid ingatkan PAS jangan berangan sertai Kerajaan PH-BN\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan dengan kadar serendah RM10 sehingga RM100 ke pautan tertera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/17/dap-mahu-ubah-identiti-negara-perkukuh-naratif-malaysian-malaysia-isma/", "title": "DAP mahu ubah identiti negara, perkukuh naratif Malaysian Malaysia \u2013 ISMA", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pertukaran nama Jalan Temiang,di Negeri Sembilan kepada nama pengasas DAP, \nDr Chen Man Hin\n dianggap sebagai salah satu usaha ke arah perjuangan parti iaitu Malaysian Malaysia sejak sekian lama.\n\n\nMengulas lanjut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni menyifatkan ia sebagai asakan halus DAP mengukuhkan kedudukannya dalam kerajaan selain mahu merubah identiti sebenar negara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\u201cPenukaran nama jalan tersebut kepada nama pengasas DAP adalah merupakan suatu asakan halus dari DAP yang mendapat tempat dalam kerajaan sekarang untuk mengukuhkan naratif atau konsep Malaysian Malaysia yang mereka perjuangkan sejak sekian lama.\n\n\nJadi kita kena faham matlamat terakhir yang ingin diperjuangkan DAP dan di sini kita rasa amat kesal apabila ahli politik Melayu seolah-olah macam tidak tahu \ngrand design\n yang ada dalam perancangan DAP dan menurut sahaja apa cadangan dari DAP aemata-mata kerana mempertahankan kerusi mereka sandang sekarang.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHentikan sensasi, isu laungan di Pulau Pinang azan sudah selesai\n\n\n\n\n\n\nGUGURKAN CALON PN AJAR CARA LOLOS KE ISRAEL\n\n\n\n\n\n\n12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi\n\n\n\n\n\n\nTM dedah punca tak perbaharui konsesi Menara KL\n\n\n\n\n\n\nAhmad Shah akui tidak sukar raih mandat rakyat sekali lagi\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, langkah ini dilihat sebagai percubaan halus yang dilakukan dalam aspek pendidikan dan kebudayaan seperti menghapuskan tulisan Jawi, mengiktiraf UEC dan penulisan semula sejarah negara.\n\n\nTidak terhenti di situ, menurut Ustaz Fauzi, DAP juga berhasrat mahu campur tangan dalam urusan agama Islam seperti memperkecilkan bidang kuasa jabatan-jabatan dan institusi agama.\n\n\nPengasas DAP, Dr Chen Man Hin\n\n\n\u201cKalau sekiranya perancangan ini kita tidak sekat dari awal secara halus sedikit demi sedikit mungkin bermula dengan nama jalan mungkin bermula dengan beberapa simbol tertentu yang akhirnya akan menuju ke arah Malaysia yang lain daripada identiti yang sebenar.\n\n\nIni yang tidak termaktub dalam perlembagaan sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan yang meletakkan raja-raja dan kedudukan Melayu Islam di satu kedudukan tertentu. Jadi ini semua akan berubah dalam tempoh masa yang pendek atau pun panjang kalau sekiranya kita tidak peka terhadap semua tuntutan halus tersebut.\u201d\n\n\nBekas Mufti Negeri Sembilan, Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad\n\n\nUstaz Fauzi berkata demikian mengulas mengenai tindakan Kerajaan Negeri Sembilan menukar nama Jalan Temiang kepada Jalan Dr Chen Man Hin yang merupakan pengerusi dan penasihat seumur hidup DAP ketika hayatnya.\n\n\nUntuk rekod Dr Chen Man Hin \nadalah Pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999 dan telah dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu.\n\n\nSelain itu, Jalan Sikamat pula ditukar nama kepada Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad, iaitu bekas Mufti Negeri Sembilan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/17/dira-tanding-jawatan-ketua-puteri-umno-cabar-tiga-lagi-calon/", "title": "Dira tanding jawatan ketua puteri UMNO cabar tiga lagi calon", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira menyerahkan borang mencalonkan diri bertanding jawatan calon Ketua Puteri UMNO tengah hari tadi.\n\n\nAhli Dewan Undangan (ADUN) Rim itu berkata, beliau sudah memaklumkan hasratnya kepada Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan, Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Pengerusi Perhubungan Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.\n\n\nJelasnya sebelum ini beliau banyak mendiamkan diri\u00a0 mengenai pencalonan berkenaan kerana mahu menyelesaikan perkara itu dengan pihak pengurusan terlebih dahulu.\n\n\n\u201cSaya nak maklumkan semangat demokrasi diamalkan dalam parti ini insyAllah saya Khaidra Binti Abu Zahar akan menawarkan diri unutk bertanding sebagai ketua pergerakan puteri UMNO Malaysia,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada protes tidak bermakna mogok doktor kontrak gagal\n\n\n\n\n\n\nTangguh bicara kes mahkamah Zahid hanya isu kecil \u2013 Fadhli Shaari\n\n\n\n\n\n\nHutang negara cecah RM1.5 trilion \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Serah Kedudukannya Kepada Agong\n\n\n\n\n\n\nKPM beri guru autonomi buat pilihan rekod SPPB\n\n\n\n\n\n\n\n\nTC OUT 0:34\n\n\nAhli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar menyerahkan borang pencalonan jawatan calon Ketua Puteri UMNO\n\n\nTambahnya, \nsesiapa sahaja yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti itu mestilah mempunyai nilai tambah dan mampu membawa parti berkenaan jauh lebih baik.\n\n\nTerdahulu media melaporkan, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jasin itu tidak mempertahan jawatan kerana beliau sudah melepasi had usia ditetapkan.\n\n\nDira bakal berdepan tiga lagi calon bagi merebut jawatan Ketua Puteri UMNO antaranya, Penolong Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan, EXCO Puteri UMNO, Fadhwa Anuar dan Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Dr Maslina Harun.\n\n\njawatan Ketua Puteri UMNO bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru\n\n\nPemilihan Umno diadakan bermula 1 Februari lepas hingga 18 Mac ini, dengan Persidangan Tahunan Umno Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan ialah pada 1 hingga 26 Februari.\n\n\nMesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Pusat pula bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.\n\n\nMesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Umno Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/17/isu-audit-rumit-makan-masa-dan-tidak-tumpu-satu-kementerian/", "title": "Isu audit rumit, makan masa dan tidak tumpu satu kementerian", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nDua isu dalam pengauditan kementerian serta jabatan masih tertunggak sehingga kini susulan proses yang rumit kerana ia melibatkan pelbagai pihak dan tidak tertumpu kepada satu kementerian sahaja.\u00a0\n\n\nKetua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, antara dua isu berkenaan adalah melibatkan Kementerian Pengangkutan terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) dan Jambatan Kedua Pulau Pinang.\u00a0\n\n\nBeliau turut memaklumkan sejumlah 10,910 isu melibatkan peringkat Persekutuan dan negeri 10,221 isu telah diselesaikan serta 689 isu masih dalam tindakan menerusi audit LKAN Tahun 2011 \u2013 LKAN 2021 Siri 1 dan terdapat tiga indikasi kepada proses pengauditan yang dijalankan menerusi laporan audit di AGDashboard.\u00a0\n\n\n\u201cSistem itu ibarat lampu isyarat sebagai tanda seperti merah (tiada tindakan), kuning (dalam tindakan) dan hijau (selesai),\u201d katanya dalam sidang media selepas mengadakan sesi taklimat bersama petugas media berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelampau Israel lempar kata kesat sambik berarak di Baitulmaqdis\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Tekad Kuburkan Kleptokrat, Buka Kerjasama Capai Agenda\n\n\n\n\n\n\nAngkara Tangan Ghaib, Rakyat Sengsara!\n\n\n\n\n\n\nJemaah Mahu Kerajaan Pertimbang Kos Dan Pilihan Tempat Kuarantin\n\n\n\n\n\n\nDua bekas pengarah ditahan seleweng dana RM9 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir sama, Timbalan Ketua Audit Negara Sektor Audit Kewangan, Datuk Nor Salwani Muhammad; Timbalan Ketua Audit Negara Sektor Audit Prestasi, Patimah Ramuji dan Timbalan Ketua Audit Negara Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan, Roslan Abu Bakar.\u00a0\n\n\nNik Azman berkata, bagi isu Kementerian Pengangkutan berkaitan KLIA 2 pada 2016 itu melibatkan tuntutan pampasan daripada syarikat yang menyebabkan implikasi kos tinggi kepada kerajaan namun penyelesaian isu berkenaan masih dalam rundingan di peringkat kementerian dan syarikat terbabit.\u00a0\n\n\nSementara itu, beliau berkata, isu Jambatan Kedua Pulau Pinang telah tertangguh sejak 2017 berkaitan isu tanah pampasan yang masih belum diselesaikan kerajaan negeri dan mengambil masa panjang kerana melibatkan kementerian serta kerajaan negeri.\u00a0\n\n\n\u201cKita (audit) tegur kementerian ini tetapi kementerian ini pula bergantung pada kementerian lain jadi dia tidak boleh selesai sehingga kementerian itu selesai. Urusan kerajaan melibatkan pelbagai pihak dan bukan sahaja satu kementerian, kadang-kadang itu lambat.\n\n\n\u201cBerlaku juga penstrukturan kementerian dan bila berlaku rombakan Kabinet, komponen itu berpindah ke kementerian lain jadi itu juga antara perkara berlaku kelewatan,\u201d tambahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/17/kpm-kekal-pendirian-tidak-iktiraf-uec/", "title": "KPM kekal pendirian tidak iktiraf UEC", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Usaha untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dibangkitkan oleh segelintir pihak bukan keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika ini.\n\n\nMenterinya, Fadhlina Sidek berkata pendirian itu berikutan KPM masih berpegang teguh kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996.\n\n\nBeliau melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat mengatakan sehingga kini KPM tidak mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SPMC).\n\n\n\u201cUntuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini KPM tidak mengiktiraf Unified Examination Certificate (UEC) yang boleh dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SPMC).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPas Pahang bimbang DAP sokong pengusaha haram Musang King\n\n\n\n\n\n\nPolis tahan seorang lelaki miliki pistol Beretta, peluru dan dadah\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019 : Program bukan untuk belia Muslim \u2013 Hannah Yeoh\n\n\n\n\n\n\nGuru Besar putih mata, wang RM109,000 bantuan awal persekolahan lesap\n\n\n\n\n\n\n4 Kes Omicron Dikesan Di Sarawak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKPM tidak melihat isu berbangkit mengenai perkara itu sebagai keutamaan. Pendirian ini berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang sentiasa menjadi pegangan KPM,\u201d katanya.\n\n\n\u00a0Fadhlina menjawab pertanyaan bertulis oleh Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pendirian KPM terhadap pengiktirafan UEC dan permohonan untuk menginstitusikan peruntukan kepada SPMC.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, \nberhubung peruntukan kepada SPMC, beliau menjelaskan KPM tidak memiliki sebarang obligasi untuk menyalur atau menginstitusikan peruntukan kepada institusi pendidikan swasta tersebut.\u00a0\n\n\nMenurut Fadhlina, SPMC tidak disenaraikan sebagai institusi pendidikan \ndalam sistem pendidikan kebangsaan, seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996.\n\u00a0\n\n\nSebelum ini, Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menggesa kerajaan untuk mengiktiraf UEC dan menginstitusikan peruntukan di sekolah menengah persendirian Cina (SPMC) secepat mungkin.\u00a0\n\n\nTindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak antaranya, Jurucakap Gagasan Bangsa (GB), Aminuddin Yahaya yang menentang dan meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/17/nama-jalan-wajar-abadikan-nama-tokoh-yang-berjasa-budayawan/", "title": "Nama jalan wajar abadikan nama tokoh yang berjasa \u2013 Budayawan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nPenukaran nama Jalan Sikamat di Negeri Sembilan kepada bekas Mufti Negeri Sembilan, iaitu Jalan Datuk Sheik Mohd Murtadza Ahmad dianggap sangat sesuai.\n\n\nBudayawan, Profesor Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, tokoh agamawan itu telah banyak berjasa di negeri adat Pepatih itu dan wajar dikenang masyarakat di kawasan setempat.\n\n\n\u201cJalan Sikamat nak ditukar kepada nama bekas Mufti iaitu datuk Murtadza juga memang sangat sesuai dengan persekitaran dengan orang Melayu yang dah banyak menyumbang di kawasan tersebut daripada dahulu hingga kini.\n\n\nBekas mufti ini bukan calang-calang orang mempunyai khidmat yang terbaik di negeri Sembilan dari segi keagamaan, dan dari segi membentuk adab budi moral dan akhlak masyarakat tersendiri dan mempunyai murid yang cukup ramai.\u201d\n\n\nBudayawan, Profesor Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin\n\n\nDalam pada itu mendapat reaksi yang berbeza, Prof Rosli yang juga Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup Teromba Penglipur Lara,\u00a0 menyambut baik penukaran nama jalan Temiang kepada pengasas DAP, itu yang dianggap beliau berjasa kepada Negeri Sembilan, terutama bandar Seremban.\n\n\nDalam pada itu katanya, Temiang juga perlu dilihat dari aspek sejarahnya yang merupakan suatu penempatan Melayu yang banyak disinggahi pedagang sehingga berlaku interaksi sosial.\n\n\n\u201cKita kena lihat sejarah asalnya juga bahawa ketika dahulu terdapat sebuah perkampungan Melayu di tebing Sungai Temiang kerana sungai ini luas dan airnya dalam maka banyaklah kapal dan perahu datang singah akhirnya kawasan itu menjadi tempat persinggahan para pedangang untuk berniaga beras, bijih timah, perak, emas, rempah dan pelbagai hasil jualan lagi dengan ini baru kita dapat faham pelbagai kaum duduk di sini terutama salah satu kaumnya Cina.\u201d\n\n\nRabu lalu, media melaporkan, Jalan Sikamat pula ditukar nama kepada Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad, iaitu bekas Mufti Negeri Sembilan.\n\n\nAllahyarham yang memegang jawatan itu antara 1987 sehingga 2008,\n telah mewujudkan Enakmen Murtad pada 2004 dan Enakmen Kawalan Tarekat pada 2007.\n\n\nEnakmen ini menjadikan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan sebagai negeri yang pertama mewujudkan kedua-dua enakmen ini yang turut menjadi contoh kepada negeri lain.\n\n\nManakala, \nKerajaan Negeri Sembilan turut bersetuju menukar nama Jalan Temiang kepada Jalan Dr Chen Man Hin yang merupakan pengerusi dan penasihat seumur hidup DAP ketika hayatnya.\n\n\nUntuk rekod Dr Chen Man Hin \nadalah Pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999 dan telah dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/17/negara-rugi-rm158-08-juta-pada-tahun-2021/", "title": "Negara rugi RM158.08 juta pada tahun 2021", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Negara kerugian sebanyak RM158.08 juta pada tahun 2021 kerana ketidakpatuhan dan pengurusan kewangan yang lemah.\n\n\nKetua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid memaklumkan hasil jumlah itu adalah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 mengenai pengauditan pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan.\n\n\nJelas beliau, \nlaporan itu juga mendapati ketidakpatuhan tersebut melibatkan pembayaran tidak teratur yang berjumlah RM 26.03 juta, kerugian wang awam RM116.95 juta manakala pembaziran RM15.10 juta.\n\n\nNik Azman berkata \nsebanyak tujuh tajuk pematuhan telah dilaksanakan di tiga Kementerian dan empat Jabatan Persekutuan dengan jumlah semakan audit sebanyak RM1.127 bilion didedahkan dalam LKAN 2021 yang turut dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak guna wang kerajaan \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nBot Jabatan Perikanan Johor bersama 4 kru dilapor hilang\n\n\n\n\n\n\nMata pelajaran Pendidikan Islam perlu dikaji semula \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nMalaysia salur lebih AS$2 juta kepada Turkiye, Syria\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak membenarkan sistem beraja diperolok\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata \nlaporan itu juga membabitkan aktiviti Kementerian atau Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan dan sebanyak tujuh pengauditan prestasi bernilai RM66.862 bilion telah dilaksanakan melibatkan tujuh Kementerian.\u00a0\n\n\n\u201c\nSecara ringkasnya ini jumlah keseluruhan terdapat tujuh kajian laporan mengenai aktiviti Kementerian dan Jabatan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun dan melibatkan kos keseluruhan RM66.862 bilion.\n\n\n\u201cPengauditan terhadap 7 Kementerian ini adalah \nKementerian Kesihatan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Perumahan Kajian dan Tempatan serta Kementerian Sumber Manusia,\u201d katanya.\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sesi taklimat bersama petugas media berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 di Jabatan Audit Negara, Putrajaya semalam.\u00a0\n\n\nTurut hadir, \nTimbalan Ketua Audit Negara Sektor Audit Kewangan, Datuk Nor Salwani Muhammad, Timbalan Ketua Audit Negara Sektor Audit Prestasi, Patimah Ramuji dan Timbalan Ketua Audit Negara Sektor Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan, Roslan Abu Bakar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/17/shahrizat-sah-kembali-bertanding-jawatan-ketua-wanita-umno/", "title": "Shahrizat sah kembali, bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0\nBekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali ke medan politik dengan\n mengesahkan bahawa beliau akan merebut semula \njawatan\n \nlamanya pada pemilihan parti akan datang.\n\n\nBeliau yang pernah\n menjadi ketua wanita \nsejak 2009,\n \nmenghantar borang penamaan calon hari ini menerusi wakilnya Suhana Zam.\n\n\n\n\nMemetik Malaysiakini\u00a0 \u2013 Suhana yang\n \nadalah\n \npegawai media kepada Shahrizat pada tahun 2018 mengesahkan dia\n \nmenyerahkan borang\n berkenaan \ndi Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKWSP umum dividen konvensional 5.35% , Syariah 4.75 % untuk 2022\n\n\n\n\n\n\nPenerbangan pertama haji dijangka 21 Mei\n\n\n\n\n\n\n476,037 Individu Biasa Layak Mengundi \u2013 SPR\n\n\n\n\n\n\n6,000 serbu pejabat Tesla Malaysia\n\n\n\n\n\n\nCagaran KWSP tidak sah jika tidak dipinda Akta KWSP \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nSuhana berkata kepada Malaysiakini bahawa beliau menyerahkan borang mewakili Tan Sri di ibu pejabat UMNO pada jam 11:20 pagi tadi.\n\n\nKemudian ketika dihubungi portal etika dihubungi, Shahrizat mengesahkan dia\n \nmenawarkan diri\n \nsebagai\n \nketua wanita melalui jawapan ringkas melalui teks.\n\n\nSelepas\n dua dekad sebagai ketua wanita, S\nhahrizat mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti tahun 2018 atas alasan mahu melihat pembaharuan dalam Umno, selain memberi peluang kepada muka baru.\n\n\nSetakat ini penyandang jawatan itu iaitu Noraini Ahmad mengesahkan akan mempertahankan jawatan\n itu\n."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/17/tuntutan-waris-sulu-tidak-berasas-petronas-akan-pertahan-kedudukan/", "title": "Tuntutan waris Sulu tidak berasas Petronas akan pertahan kedudukan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0\u00a0\nPetroliam Nasional Bhd (Petronas) menegaskan, tuntutan oleh waris kumpulan Sulu terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukannya di sisi undang-undang.\n\n\nSyarikat petrolium negara itu menjelaskan usaha kini menumpukan kepada Prosiding Pengesahan yang mana mahkamah akan menentukan merit tuntutan dan Luxcos mempunyai hak untuk pembelaan.\n\n\nKenyataan\u00a0 Petronas\n itu merujuk kepada laporan media agensi berita Reuters bertarikh 16 Februari mengenai tindakan Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu ke atas dua anak syarikat Petronas itu pada minggu ini.\n\n\nLaporan dengan tajuk \u2018\nPetronas units in Luxembourg seized again in AS$15 billion arbitration dispute,\n\u2019 menyatakan bahawa bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu bagi unit terbabit, minggu ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada keperluan PRK DUN Gurun, pengosongan kerusi hampir tamat penggal\n\n\n\n\n\n\nTayang kertas undi satu kesalahan \u2013 Abdul Aziz\n\n\n\n\n\n\nImigresen tahan 61 warga asing dalam serbuan perkampungan haram\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin Nasution sangkal dakwaan wujud kontroversi pertukaran Ketua Polis Negara\n\n\n\n\n\n\nSolat sunat gerhana matahari diadakan tengah hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa susulan tuntutan daripada waris Kumpulan Sulu yang yang memohon untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion mereka peroleh terhadap Malaysia.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nMalaysia peroleh kemenangan penting terhadap individu yang mendakwa sebagai \u201cwaris\u201d kepada Sultan Sulu di Luxembourg \u2013 \n@AzalinaOthmanS\n \npic.twitter.com/G94VgW5JNV\n\n\n\u2014 BERNAMA (@bernamadotcom) \nJanuary 26, 2023\n\n\n\n\nPada 26 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan Malaysia memperoleh kemenangan penting terhadap individu-individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu selepas Mahkamah di Luxembourg pada 24 Januari lalu mengetepikan perintah penahanan yang dipohon oleh pewaris berkenaan.\n\n\nKatanya, perintah penahanan itu dipohon oleh penuntut berkenaan pada 11 Julai tahun lalu.\n\n\nJusteru, Azalina berkata, keputusan Mahkamah Luxembourg berkenaan telah menjustifikasikan prinsip kerajaan untuk mempertahankan Malaysia di mana-mana forum bagi memastikan kepentingan, kekebalan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/17/tuntutan-waris-sulu-tidak-berasas-petronas-pertahan-kedudukan/", "title": "Tuntutan waris Sulu tidak berasas, PETRONAS pertahan kedudukan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Petrolium Nasional Bhd (PETRONAS) menegaskan, tuntutan oleh waris kumpulan Sulu terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukannya di sisi undang-undang.\n\n\nSyarikat petrolium negara itu menjelaskan usaha kini menumpukan kepada Prosiding Pengesahan yang mana mahkamah akan menentukan merit tuntutan dan Luxcos mempunyai hak untuk pembelaan.\n\n\nKenyataan\u00a0 PETRONAS itu merujuk kepada laporan media agensi berita Reuters bertarikh 16 Februari mengenai tindakan Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu ke atas dua anak syarikat Petronas itu pada minggu ini.\n\n\nLaporan dengan tajuk \u2018Petronas units in Luxembourg seized again in AS$15 billion arbitration dispute,\u2019 menyatakan bahawa bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu bagi unit terbabit, minggu ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMAIS Rayu Kembalikan Status Islam 3 Kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nSanusi calon tunggal MB Kedah\n\n\n\n\n\n\n2 pengurus PetroSaudi didakwa di Switzerland berhubung skandal 1MBD\n\n\n\n\n\n\nHina Nabi Muhammad SAW: Polis Siasat Isu Video Tular\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih Anwar, PN akan menjadi pembangkang \u2013 Muhyiddin Yassin\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa susulan tuntutan daripada waris Kumpulan Sulu yang yang memohon untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion mereka peroleh terhadap Malaysia.\n\n\n\n\nKenyataan Media: \n\n\nMalaysia peroleh kemenangan penting terhadap individu yang mendakwa sebagai \u201cwaris\u201d kepada Sultan Sulu di Luxembourg\n\n\nMalaysia achieves significant victory in Luxembourg against the self-styled \u201cheirs\u201d to the Sultan of Sulu.\n\n\n(Admin AOS) \npic.twitter.com/vVUkiRMiXb\n\n\n\u2014 Azalina Othman Said (@AzalinaOthmanS) \nJanuary 26, 2023\n\n\n\n\nPada 26 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan Malaysia memperoleh kemenangan penting terhadap individu-individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu selepas Mahkamah di Luxembourg pada 24 Januari lalu mengetepikan perintah penahanan yang dipohon oleh pewaris berkenaan.\n\n\nKatanya, perintah penahanan itu dipohon oleh penuntut berkenaan pada 11 Julai tahun lalu.\n\n\nJusteru, Azalina berkata, keputusan Mahkamah Luxembourg berkenaan telah menjustifikasikan prinsip kerajaan untuk mempertahankan Malaysia di mana-mana forum bagi memastikan kepentingan, kekebalan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/12759/", "title": "Kumpulan lelaki bertopeng samun lima sekeluarga pada tengah hari", "body": "0\n\n\nMenendang dan memukul seorang wanita menggunakan kayu, itu tindakan s\nekumpulan penjenayah yang bertindak di luar kawalan apabila\u00a0 menyamun sebuah rumah di Taman Petaling, Klang Selangor.\n\n\nKejadian kira-kira jam 1:00 petang semalam itu berlaku ketika mangsa bersama empat lagi ahli keluarganya yang lain berada dalam rumah terbabit.\n\n\nKetua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki berumur antara 38 hingga 70 tahun.\n\n\n\u201cSiasatan mendapati kumpulan penjenayah terdiri daripada empat individu bertopeng dan bersenjatakan parang itu memasuki rumah teres dua tingkat tersebut menerusi pintu belakang.\n\n\n\u201cSuspek bertindak agresif dengan mengikat dan menutup mulut empat mangsa manakala seorang lagi mangsa tidak diperlakukan sedemikian atas faktor usia,\u201d katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHak Khairy sertai mana-mana parti \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nTakiyuddin gesa kerajaan henti berdendam dengan pembangkang\n\n\n\n\n\n\nPengintip Israel : Hukuman Berat Kepada Tali Barut Israel!\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak pernah bincang RON95 turun 10 sen\n\n\n\n\n\n\nGajah tunggal jantan muncul di taman perumahan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, suspek dipercayai menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja yang diletakkan di bahagian belakang rumah.\n\n\n\u201cSiasatan dijalankan mendapati mangsa mengalami kerugian melibatkan wang tunai RM4,000, lima telefon bimbit dan pelbagai barang kemas bernilai RM20,000,\u201d katanya.\n\n\nMenurutnya, pihak polis yang menjalankan operasi mengesan suspek terlibat kemudian menemukan kereta yang dinaiki kesemua suspek di Taman Desawan.\n\n\n\u201cSuspek bagaimanapun dipercayai telah melarikan diri namun beberapa barangan dipercayai digunakan ketika kejadian telah ditemui.\n\n\n\u201cUsaha mengesan suspek terlibat sedang giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,\u201d katanya.- SINAR"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/12774/", "title": "Kerajaan setuju anak lahir di luar negara dapat warganegara", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan bersetuju cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara Malaysia.\n\n\nPerkara itu disahkan dalam kenyataan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, pada Sabtu.\n\n\n\u201cMesyuarat Jemaah Menteri telah meneliti dan bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan terhadap Bahagian I seksyen 1(1)(d) dan Seksyen 1(1) (e) dan Bahagian II, Seksyen 1 (b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua,\u201d \u2013 DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION / Menteri Dalam Negeri\u00a0 & DATUK SERI AZALINA OTHMAN /\u00a0 \nMenteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi\n\n\nKenyataan itu menyebut, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2023 itu dijangka akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen ini setelah memenuhi kehendak undang-undang.\n\n\nBahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar bin Ibrahim serta barisan kabinet kerana merealisasikan komitmen negara terhadap kesaksamaan jantina dan memenuhi hak terhadap kanak-kanak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN Masih Bincang Guna Logo PAS Pada Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nZakir Naik selamat \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nHukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dihapus\n\n\n\n\n\n\nPN peroleh manfaat jika UMNO terus goyah\n\n\n\n\n\n\nMisi Bantuan Banjir Pahang\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenyataan\n itu juga menyebut pindaan yang lain berkaitan kewarganegaraan terutamanya Bahagian III akan dikaji dengan lebih terperinci oleh Jawatankuasa yang ditubuhkan dibawah KDN dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri setelah cadangan pindaan dimuktamadkan dengan mengambil kira libat urus dengan semua pihak yang berkepentingan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/12818/", "title": "Syarikat produksi diminta lunaskan janji?", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \u201cSaya malas nak panjangkan isu ini sebab kami tiada perjanjian. Orang boleh kata, setakat cakap mulut semua orang boleh bercakap.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDemikian kata Tok Sidang Kampung Telok Bakong, Bota, Perak iaitu Zul Hasan, 60, mengenai dakwaan terhadap syarikat produksi, Studio Kembara Sdn Bhd yang menerbitkan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan belum melunaskan hutang tertunggak sebanyak RM150,000 selepas menggunakan khidmat sebagai penyedia tapak, bekalan barang keperluan, binaan set, makanan, minuman dan penginapan ketika penggambaran filem/\n\n\nZul ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia sekadar meluahkan rasa kecewa apabila syarikat produksi tidak menepati janji selepas filem berjaya meraih kutipan lebih RM100 juta.\n\n\n\u201cKetika pengarah, Syamsul Yusof mengambil alih filem selepas tertangguh beberapa kali, macam-macam permintaan diminta Syamsul kepada pihak produksi.\n\n\n\u201cJadi, wakil kru produksi berhubung dengan saya untuk meminta bantuan bagi menyediakan segala kemahuan Syamsul seperti pembinaan kandang kuda, gudang, jeti dan macam-macam lagi. Ketika itu, mereka kekurangan bajet, tetapi masih nak buat.\n\n\n\u201cSaya pun bantu sebab fikir dapat menaikkan nama kampung selain memberi peluang kepada penduduk kampung bekerja. Bayaran diberikan hanya kos upah, tetapi apabila sudah untung jutaan ringgit, mereka lupa siapa bertungkus-lumus selama ini.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya kecewa sebab mereka ada menjanjikan sesuatu kalau filem berjaya, tetapi sampai sekarang senyap saja,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nMenurut Zul, setakat ini, dia difahamkan ada bayaran yang belum diselesaikan membabitkan rumah penginapan kru.\n\n\n\u201cKetika orang kampung bising apabila lokasi penggambaran dibuat di kawasan yang dikawal selia pihak berkuasa, jadi saya ambil inisiatif berurusan dengan beberapa wakil agensi kerajaan untuk memastikan penggambaran berjalan dengan lancar mengikut syarat ditetapkan.\n\n\n\u201cSaya bantu sebab fikir ini adalah filem sejarah dan beberapa kali tidak berjaya dilakukan. Banyak isu berlaku yang perlu saya selesaikan hingga terpaksa mengganggu orang kampung untuk minta tolong,\u201d katanya.\n\n\nZul mendakwa, dia sudah membantu syarikat produksi dalam urusan kebenaran dan keselamatan ketika penggambaran filem dijalankan.\n\n\nWalaupun mendakwa kos perbelanjaan dikeluarkan mencecah RM150,000, namun sanggup mengurangkan bayaran kepada RM75,000.\n\n\nHarian Metro melaporkan penerbit filem, Abdul Rahman Mt Dali menafikan dakwaan Zul.\n\n\nAbdul Rahman berkata, setakat ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai pendedahan yang dibuat.\n\n\n\u201cKami sedang mengumpul maklumat. Prinsip kami adalah bertanggungjawab dalam setiap rekod.\n\n\n\u201cSemua pembekal sudah dibayar,\u201d katanya.\n\n\n-HM Online"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/akta-finas-dipinda-elak-ahli-lembaga-pengarah-ambil-kesempatan-kepentingan-peribadi/", "title": "Akta FINAS dipinda elak ambil kesempatan kepentingan peribadi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan membincangkan bagi meminda Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981 bagi mengelakkan ahli perbadanan atau ahli lembaga pengarah menggunakan kedudukan untuk menyalurkan dana kerajaan kepada syarikat-syarikat yang didakwa mempunyai kepentingan atau hubungan peribadi.\n\n\nIa susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) baru-baru ini mendedahkan terdapat penyaluran Dana Kandungan Digital (DKD) berjumlah RM4 juta kepada syarikat yang mempunyai kepentingan dengan ahli atau jawatankuasa Finas.\n\n\nMenteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, mereka yang memegang jawatan sebagai ahli lembaga pengarah tidak boleh menerima sebarang geran atau manfaat daripada agensi itu.\n\n\n\u201cBeberapa minggu lalu, Perdana Menteri telah menegur isu dana kandungan digital ini yang melibatkan Finas. Sejak teguran itu, saya telah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Finas dan pengurusan untuk memahami apa yang telah berlaku dan tindakan yang perlu diambil.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis Umum Pengurangan Saman Sehingga 80%\n\n\n\n\n\n\nJangan sentuh isu agama, raja, kaum pada PRN di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nTuan rumah terkejut kondominium disewa jadi tempat aniaya, bunuh kucing\n\n\n\n\n\n\nMelabur dalam dana ASB tidak merugikan\n\n\n\n\n\n\nPH-BN pertimbang fail petisyen pilihan raya bagi empat kerusi \u2013 Amirudin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTidak wajar sesiapa yang memegang jawatan itu atau berada di dalam lembaga berkenaan mengambil kesempatan. Jadi, kerajaan sedang bincang apakah bentuk pindaan terhadap akta Finas ini supaya membolehkan ahli lembaga ini berfungsi dengan baik.\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbar di Pusat Komuniti Pantai Eco Park, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nLKAN Tahun 2021 Siri 2 yang dibentang di Dewan Rakyat pada Khamis lalu menyatakan, dana kandungan digital bernilai RM4 juta itu disalurkan kepada enam syarikat yang mempunyai kepentingan antaranya milik ahli lembaga pengarah itu sendiri, isteri, anak, ahli keluarga serta pegawai khas.\n\n\nAntara syarikat dinamakan adalah 487600-U milik isteri dan anak Ahli Lembaga Pengarah 2 bagi Projek 17: Rain Town bernilai RM2 juta; syarikat 1186173-U milik Ahli Jawatankuasa Finas yang juga Pegawai Khas kepada Ahli Lembaga Pengarah 5 bagi Projek 21: Diari Seorang Pendosa bernilai RM600,000 dan 984538-P milik adik kepada Ahli Lembaga Pengarah 5 bagi Projek 20: Penculikan Leha Lawa bernilai RM600,000.\n\n\nMengikut Subseksyen 14(1) Akta Finas 1981 (Akta 244), seseorang yang dilantik sebagai ahli perbadanan, ahli jawatankuasa atau yang mempunyai hubungan dengan Finas tidak boleh mempunyai kepentingan secara langsung atau tidak langsung dengan badan, pertubuhan atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamer filem serta mempunyai kontrak dengan Finas.\n\n\nPemberian dana itu telah menyebabkan berlaku percanggahan kepentingan kerana pemilik syarikat juga merupakan ahli yang berkepentingan selain tiada penguatkuasaan terhadap Akta 244.\n\n\nSelain itu, semakan laporan turut mendapati dua projek melibatkan Bahagian Pembangunan Kandungan K-KOMM dan enam projek Finas berjumlah RM7.98 juta gagal disiapkan sehingga 31 Mei 2022.\n\n\nManakala, sebanyak RM4 juta atau 50.1 peratus telah dibuat pembayaran kepada penerima dana kandungan digital daripada jumlah tersebut. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/dakwaan-pesakit-tidak-terima-rawatan-di-hospital-kampar-tidak-tepat-saksi/", "title": "Dakwaan pesakit tidak terima rawatan di Hospital Kampar tidak tepat \u2013 Saksi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0\nKes tular melibatkan pesakit yang mengenakan pakaian tidak sopan di Unit Kecemasan dan Trauma, Hospital Kampar, Perak didakwa tidak tepat seperti yang dicanang di media sosial.\n\n\nTV Pertiwi menghubungi saksi kejadian dan sumber yang enggan dikenali berkata beliau menafikan pesakit tidak diberikan rawatan sebaliknya diberi rawatan seperti pesakit yang lain.\n\n\nWalaupun begitu kehadiran pesakit yang berpakaian mencolok mata\u00a0 sebenarnya tidak dinyatkan tetap iaitu pesakit ingin mendapatkan rawatan di Zon Hijau dan bukannya di ZOn Merah iaitu bahagian pesakit kritikal di Wad Kecemasan Hospital Kampar.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerkembangan Terkini Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\n\u2018Selangor Baharu\u2019 tawaran PN kepada rakyat Selangor\n\n\n\n\n\n\nBanteras \u2018Ali Baba\u2019, kerajaan kaji dasar & undang-undang \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan kalimah Allah akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet\n\n\n\n\n\n\nBukan persenda Menu Rahmah, hanya mahu nasi berkuah \u2013 Hanafiah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain dakwaan kurang tepat pesakit mengenai\u00a0 zon mana dia\u00a0 dirawat, media juga tidak menyatakan mengenai\u00a0 keadaan pakaian pesakit terbabit.\n\n\n\u201cKeadaan tidak sopan itu, dalam media tidak diceritakan apakah tidak sopan itu, baju tidak nampak seluar, baju pun tidak labuh mana hanya melepasi bahagian kemaluan. \n\n\n\u201cAlasan datang ke hospital adalah sakit perut, staf buat pendaftaran walau bagaimanapun pesakit agak ramai dan pembantu perubatan bertugas bagitahu mereka akan ambil masa lebih lama, sementara tunggu boleh tukar seluar panjang yag lebih sopan.\n\n\n\u201cPenerimaan pada mereka agak kurang baik, mungkin kekangan bahasa(language barrier) itu ada, mereka tidak faham dengan \narahan tersebut, dua tiga kali pegawai itu ulang perkara sama,\u00a0 akhirnya pegawai masuk dalam ambil kain untuk diberikan bagaimanapun pegawai tersebut keluar bagi kain pada mereka tapi mereka sudah tinggalkan perkarangan hospital,\u201d kata sumber itu kepada TV Pertiwi.\n\n\nMenurut sumber yang enggan dinamakan itu lagi,\u00a0 pesakit ada menyebut perkataan berkait sebuah hospital swasta ketika bercakap dalam bahasa Cina yang mana petugas menganggap mereka akan pergi ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan sejurus pergi dari premis berkenaan setelah ditegur.\u00a0\n\n\nTambahnya, keadaan pesakit yang datang itu dikelaskan dan disalurkan ke zon hijau yang mana ia merupakan kes kecemasan yang bukan keutamaan bagi membolehkan rawatan secara segera.\n\n\nJelasnya lagi, setelah diberi rawatan pesakit menolak untuk mendapatkan suntikan pada mulanya, sehinggalah dipujuk dan baru dia bersetuju mendapatkan suntikan.\n\n\n\u201cIni salah satu benda yang diterapkan kepada masyarakat, tidak semua datang merupakan kes kecemasan.\n\n\n\u201cMacam kes pesakit ini bukan kecemasan cuma datang dengan sakit perut malah keadaan stabil dan boleh berjalan sendiri tanpa perlu sokongan dan bukan pesakit yang perlu diberikan rawatan segera.\n\n\n\u2018Dia dilabelkan sebagai kes zon hijau dan kalau diikutkan zon hijau ini paling kurang keutamaan kalau perlu pun kita melayan selama 90 mini, ini bukan kes kecemasan.\u00a0\n\n\n\u201cYang kedua, bila pesakit terima rawatan dari doktor bertugas, dia sendiri menolak diberi ubat suntikan penahan sakit, abila org sakit kita tawarkan, dia akan menerima. \n\n\n\u201cTetapi dia kata tak apa, saya tak sakit sangat dan\u00a0 di situ menunjukkan bukan kes yang terlalu cemas tetapi setelah dipujuk dia menerima suntikan dan diberikan air malah ini bukan kes kecemasan,\u201d katanya lagi.\n\n\nKemudiannya pesakit yang tular itu akur dan datang semula ke premis kesihatan dengan mengenakan seluar panjang.\n\n\nBagaimana pun berlaku pertikaman lidah apabila teman lelakinya memprovokasi petugas kesihatan dengan bertanyakan soalan agak kasar, \u2018jadi sekarang bolehlah terima rawatan kalau pakaian sopan?\u2019 namun dileraikan oleh pegawai keselamatan.\n\n\nSumber ini juga memberitahu terdapat kes yang sama berlaku pada malam yang sama pada pesakit lain yang juga mengenakan pakaian tidak sopan..\n\n\nNamun pesakit terbabit, sedia menerima teguran dan sejurus petugas memberikan pakaian salinan kepadanya, dia akur menukar pakaian.\n\n\nMalah, tegasnya lagi, tidak semua kes kecemasan adalah kecemasan utama dan mendakwa unit kecemasan disalahgunakan kerana sebahgian netizen sering menganggap setiap orang yang datang ke kecemasan adalah kes kecemasan.\n\n\nDalam pada itu, sumber itu turut menzahirkan kekecewaannya\u00a0 kerana nasib mereka yang cuba mempertahankan kod etika pemakaian semasa di premis awam tidak terbela oleh pihak atasan.\n\n\n\u201cSaya berharap pihak awam tahu sensitiviti dan etika berpakaian, itu yang pertama.\n\n\n\u201cKedua, saya agak kecewa dengan jawapan daripada pihak atasan yang tidak langsung membela apa yang kami lakukan, di mata mereka kami yang salah sedangkan kami cuba mengikut kod etika yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sendiri,\u201d ujar sumber itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/israk-mikraj-hayati-kembali-peristiwa-luar-biasa-umat-islam/", "title": "Israk Mikraj, lahirkan seruan agung, hayati peristiwa luar biasa umat Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nSambutan Israk Mikraj memberi peluang kepada umat Islam untuk mengingati serta menghayati kembali peristiwa yang luas biasa dan mencabar iman serta akal manusia sepanjang sejarah dunia.\u00a0\n\n\nMalah, melalui kejadian ajaib inilah wujudnya seruan buat kewajipan menunaikan solat lima waktu buat umat Islam.\u00a0\n\n\n\n\nDisebalik peristiwa mukjizat itu, Israk memperlihatkan perjalanan bahawa Nabi Muhammad pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDunia akhirat perlu selari \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\nUiTM tubuh Task Force kaji penggabungan tiga fakulti\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tergesa-gesa pinda Hukuman Mati Mandatori\n\n\n\n\n\n\nEtnik Rohingnya paling ramai mohon suaka di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nTommy Thomas dakwa Najib selepas terima kertas siasatan lengkap, tiada niat jahat\n\n\n\n\n\n\n\n\nKemudian Baginda dikembalikan semula ke Makkah pada malam yang sama.\n\n\n\u00a0Manakala mikraj pula bermaksud Nabi dinaikkan ke tujuh lapisan langit dari lapisan satu, ke lapisan kedua dan ketiga sehingga ia mencapai\u00a0 ke suatu tempat yang dinamakan Sidratul Muntaha, di mana Baginda menerima perintah kewajipan solat 5 waktu ke atas umatnya.\n\n\nBagaimanapun, kini umat Islam dilihat kurang menghayati serta memperingati peristiwa\u00a0 teragung itu dek kerana dunia kian terarah dengan ketaksuban material dan kepesatan teknologi.\u00a0\n\n\nProf Madya Dato\u2019 Dr Mohd Izhar Ariff menyarankan sambutan Israk Mikraj wajar menjadi kekerapan agar generasi muda tidak terpengaruh dengan budaya hiburan yang lalai.\n\n\nBerdasarkan temu bual eksklusif\u00a0 TV Pertiwi bersama Timbalan Dekan (Jaringan dan Alumni) UKM, Prof Madya Dato\u2019 Dr Mohd Izhar Ariff, menjelaskan kepentingan sambutan Hari Israk Mikraj oleh seluruh rakyat di negara ini khususnya buat generasi muda.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSeruan solat antara perintah oleh Allah yang paling\n\n\n istimewa selain ibadah puasa, haji dan zakat kerana ia diturunkan terus kepada Rasulullah S.A.W\n\n\n\u00a0\n\n\nTambah Dato Izhar, menerusi peristiwa Israk Mikraj itu, lahirnya seruan solat yang merupakan antara perintah terbesar yang diberikan secara terus oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W.\u00a0\n\n\nDatuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor menyarankan sambutan Israk Mikraj menyuntik kepercayaan terhadap alam metafizik atau alam ghaib kepada umat Islam\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nIsrak Mikraj menyuntik kepercayaan kepada umat Islam tentang kewujudan alam ghaib atau alam metafizik\n\n\n\n\nPada masa yang sama, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata kefahaman oleh golongan belia Islam mengenai peristiwa agung itu perlu dipertingkatkan lagi agar tidak wujudnya sebarang keraguan dan pertikaian\u00a0 oleh mereka memandangkan dunia pada era\u00a0 sering mengamalkan dakyah logikal oleh pihak barat.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nBagaimanapun, berdasarkan tinjauan umum\u00a0 yang dijalankan oleh TV Pertiwi, telah mendapati rata-rata umat Islam di negara ini mempunyai kesedaran serta pengetahuan asas mengenai peristiwa Israk Mikraj.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nSeorang peniaga, Nazhiera memaklumkan penghayatan di sebalik peristiwa Israk Mikraj itu amat penting kerana ia melibatkan perjuangan yang dijalankan oleh Rasulullah S.A.W dalam memperjuangkan seruan solat lima waktu buat seluruh umatnya.\n\n\nManakala, Hafiz ketika ditemui turut berkata, peristiwa agung itu memberi makna yang buat umat Islam, dimana ia mampu meningkatkan tahap keimanan serta kekuatan dalam mendirikan solat lima waktu.\n\n\nDalam pada masa yang sama, ramai mengatakan Israk Mikraj ini perlu dihayati sebaiknya kerana ia memperlihatkan bagaimana pengorbanan rasulullah demi dalam mendapatkan seruan solat lima waktu demi umatnya.\u00a0\n\n\nBiarpun berdepan dengan musuh-musuh Islam yang sentiasa cuba menggoyahkan pegangan akidah umat Islam ini dengan menafikan peristiwa Israk Mikraj yang dikatakan tidak boleh diterima oleh logik akal serta pemetaan ilmu fizik.\u00a0\n\n\nJusteru, Umat Islam wajar tekad mempercayai serta menghayati peristiwa agung itu kerana ia merupakan sebuah mesej berkaitan besar dan agung mengenai seruan solat serta menguji tahap keimanan di dunia ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/kerajaan-kaji-subsidi-telur-ayam-jun-ini/", "title": "Kerajaan kaji subsidi telur, ayam Jun ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan akan mengkaji semula keperluan untuk meneruskan pemberian subsidi kepada penternak ayam dan pengeluar telur pada Jun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.\n\n\nBeliau berkata, setakat ini sebanyak RM1.8 bilion subsidi telah diperuntukkan kepada penternak dan pengeluar terlibat dan ia dijangka meningkat melebihi RM2 bilion sehingga Jun ini.\n\n\n\u201cMenjelang Jun kita akan buatkan kajian untuk teruskan subsidi atau kaedah lain bagi memastikan harga bahan mentah tersebut kembali stabil.\n\n\n\u201cItu yang sedang kita kaji, kalau sudah stabil apa perlu lagi subsidi dan berbelanja wang (subsidi) itu boleh digunakan di tempat-tempat lain yang lebih memerlukan,\u201d katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Malaysia Madani: Perikanan Cukup dan Terjamin di Hutan Melintang di sini, hari ini.\n\n\nDalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya meminta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) supaya melakukan pemeriksaan secara terperinci terhadap telur yang diimport dari India demi memastikan tahap kualitinya mencapai standard ditetapkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTakiyuddin dakwa surat RoS bercanggah dengan kenyataan Saifuddin\n\n\n\n\n\n\n700 projek rumah lewat siap, sakit dan terbengkalai dikenal pasti\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tiada rancangan iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nAtas dasar simpati, Sunway Lagoon turun padang bantu mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nPenularan Omicron Tidak Dapat Dielakkan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJPV akan melakukan pemeriksaan segera dan sebarang maklum balas berkenaan perkara itu akan dilaporkan kepada kementerian,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dilapor menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) supaya sentiasa memastikan telur yang diimport dari India diperiksa dengan sewajarnya bagi mengelak penjualan telur tidak berkualiti dan telah tamat tempoh.\n\n\nTerdahulu, Mohamad melakukan lawatan di QL Foods dan Leng Wah Fishery bagi melihat perkembangan operasi penghasilan produk makanan sumber laut.-\n\u00a0\u00a0\nBERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/nasib-89-keluarga-terbabit-laluan-ecrl-akan-dibela-mb-selangor/", "title": "Nasib 89 keluarga terbabit laluan ECRL akan dibela \u2013 MB Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan Selangor akan memastikan nasib 89 keluarga yang dijangka terlibat dengan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) terbela.\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, selain 89 keluarga di Kampung Delek dan Kampung Sungai Sireh di Pelabuhan Klang, pihaknya juga mengenal pasti 86 lot kubur yang terkesan bagi laluan projek sama.\n\n\n\u201cPembinaan laluan (ECRL) di lokasi itu mungkin bermula pada 2025 atau 2026, maka kita (Kerajaan Selangor) mempunyai masa untuk berbincang dengan pihak tertentu.\n\n\n\u201cKalau laluan tidak dialih, kita akan bagi rumah sesuai supaya hidup penduduk tidak terganggu. Kerajaan negeri sedaya upaya elakkan laluan ini tetapi tidak ada jalan lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Jumlah rasmi mangsa terlibat 92, bukan 94\n\n\n\n\n\n\nSemua Pihak Perlu Terima Keputusan Badan Profesional \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nKPKM akan teliti masalah lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing\n\n\n\n\n\n\nPengangkutan awam percuma untuk OKU, pelajar sekolah\n\n\n\n\n\n\n240 Pengembara VTL Udara Dari Singapura Tiba Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya pegang janji saya. Kita akan kenal pasti penyelesaian terbaik. Sementara ada masa ini, kita juga kenal pasti kawasan perumahan mana yang dibangunkan, yang mana kita boleh ganti tanah, rumah atau beli rumah dengan kos tertentu,\u201d katanya ketika berucap pada program Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) di Pangsapuri Seri Perantau Pelabuhan Klang hari ini.\n\n\n\n\nLaluan ECRL di Selangor melibatkan jajaran sepanjang 90.72 kilometer melalui daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Klang.\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid bahawa Selangor dan Sabah masih belum mengembalikan dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), Amirudin menegaskan, negeri itu tidak membuat sebarang pinjaman dengan KWAN bagi pembelian vaksin.\n\n\n\n\nBeliau berkata, sebaliknya Selangor menggunakan dana daripada tabung yang dimiliki kerajaan negeri.\n\n\n\n\n\u201cSaya rasa ada khilaf tentang itu (kenyataan). Kira-kira RM100 juta kita keluarkan (daripada tabung negeri) dan saya tidak rasa pembelian vaksin itu dibuat menerusi KWAN.\n\n\n\n\n\u201cKita terima adalah wang (peruntukan) daripada MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) bagi pengurusan tempat vaksin untuk kita sediakan dewan, makanan dan baik pulih beberapa kemudahan tempat untuk PICK (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan). Ia bukan pinjaman tetapi pemberian daripada MOSTI.\n\n\n\n\n\u201cMasih ada baki RM41 juta (pemberian MOSTI), kita akan pulangkan kepada Kementerian kewangan sebab itu memang peruntukan yang diberikan kementerian dan kita boleh pulangkan,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/perbaharui-tekad-dan-ibrah-sempena-israk-mikraj-pm/", "title": "Perbaharui tekad dan ibrah sempena Israk Mikraj \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan kepada seluruh rakyat di negara ini untuk menjadikan peristiwa Israk Mikraj ini sebagai wadah dalam menginsafi semula ibrah daripada perjuangan Rasulullah S.A.W.\n\n\nDalam pada itu, beliau juga mengharapkan agar rakyat sentiasa memperbaharui tekad serta tahap keimanan agar dapat\u00a0 meraih \nlebih tenaga bagi memulihkan semula maruah seta meningkat martabat serta harakat rakyat.\n\n\nBeliau turut tampil mendoakan agar Malaysia sentiasa dinaungi oleh keberkatan dan beroleh keredhaan daripada Allah SWT.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n16 Senator dilantik Ahli Dewan Negara\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 lulus dengan undi suara\n\n\n\n\n\n\nWajar tolak SIS, perjuangan bercanggah dengan ajaran Islam\n\n\n\n\n\n\nLonggokan Sisa Kayu Berpunca Daripada Fenomena \u2018Kepala Air\u2019\n\n\n\n\n\n\nShabery Cheek dilantik Pengerusi Felda baharu mulai 1 Julai"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/sambut-hari-terakhir-sekolah-dengan-rosakkkan-harta-benda-sekolah/", "title": "Sambut hari terakhir sekolah dengan lakukan vandalisme", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0\u00a0\nTular di media sosial,\u00a0 perbuatan tidak bertanggungjawab sekumpulan pelajar merosakkan harta benda sekolah.\n\n\nVideo berdurasi hampir seminit itu menunjukkan pelajar membanting kerusi, membengkokkan bilah kipas dan menerajang pintu bilik air sekolah.\n\n\n\n\nKesemua perbuatan vandalisme yang dilakukan kumpulan pelajar terbabit dirakam oleh pelajar bernama Kishen sebelum dimuat naik ke media sosial.\n\n\nMereka juga menunjukkan aksi gembira ketika melakukan perbuatan vandalisme tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHajiji dapat sokongan 44 Adun, kekal teraju Sabah\n\n\n\n\n\n\nPenerima Anugerah Kajai terlantar akibat radang paru-paru kronik\n\n\n\n\n\n\nKDN, PDRM pastikan PRN 6 negeri lancar\n\n\n\n\n\n\nPertahan institusi masjid daripada jadi gelanggang politik\n\n\n\n\n\n\nAkhirnya Amerika Syarikat benarkan laungan azan 5 kali sehari\n\n\n\n\n\n\n\n\nVideo\n yang tular itu turut mendapat kecaman para netizen yang menyatakan perbuatan mereka tidak setanding dengan ilmu dan didikan yang telah ditimba daripada alam persekolahan.\n\n\nVideo yang tersebar itu terdapat kapsyen,\u00a0 yang mendakwa pelajar-pelajar berkenaan merupakan pelajar tahun akhir di salah sebuah sekolah di Pulau Pinang.\n\n\nTangkap layar komen netizen mengenai perbuatan pelajar rosakkan harta benda sekolah.\n\n\nNetizen juga berkongi pendapat mahu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap pelajar berkenaan.\n\n\nPihak TV Pertiwi masih menunggu jawapan daripada pihak berkuasa yang berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/tayangan-filem-pulau-perlu-diharamkan-walau-babak-lucah-dipotong/", "title": "Tayangan filem `Pulau\u2019 perlu diharamkan walau babak lucah dipotong", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Pengharaman tayangan filem \u2018Pulau\u2019 oleh kerajaan Terengganu mendapat pujian dan\u00a0 perlu dicontohi kerana filem itu mempunyai unsur pornografi lembut.\u00a0\n\n\nNaib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al-Hakim Mohamad menyifatkan filem itu merosakkan moral dan budaya rakyat Malaysia.\u00a0\n\n\nMuhammad Lukman turut menggesa pihak berkuasa serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk menghalang tayangan filem berkenaan walaupun sudah telah dipotong babak yang dikehendaki.\u00a0\n\n\nKatanya tindakan itu wajar dilakukan sebagai pengajaran yang tegas kepada pembikin filem dan pemain industri agar tidak sewenang-wenangnya budaya dan tatasusila rakyat Malaysia yang terkenal dengan tinggi keperibadiannya.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nApandi tidak layak dapat pampasan, Tun M ada sebab untuk tahu mengapa pampasan dirahsiakan\n\n\n\n\n\n\nKehadiran orang ketiga antara punca kes cerai meningkat di Kedah\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin yakin PN raih 80 peratus undi pada PRN\n\n\n\n\n\n\n30 produk raih anugerah industri reka bentuk Malaysia\n\n\n\n\n\n\nADUN Belantik rebah di bilik air rumah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201d Saya juga ingin mendesak pihak berkuasa terutamanya FINAS untuk mengharamkan filem ini daripada ditayangkan di wayang walaupun dipotong babak berkenaan. Kita harus berikan pengajaran yang keras dan tuntas kepada pembikin filem dan industri seni supaya tidak sewenang-wenangnya merosakkan budaya tatas usila masyarakat Malaysia yang terkenal dengan keperibadian yang tinggi dan menolak sebarang unsur pornografi, seks dan tahyul yang akan merosakkan generasi akan datang.\u00a0\n\n\nBeliau yang dihubungi TV Pertiwi \nberkata, mencontohi kejayaan filem yang meraih jutaan penonton seperti Mat Kilau dan Munafik tidak perlu menonjolkan elemen tidak berguna dan merosakkan generasi akan datang untuk meraih keuntungan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/terengganu-haramkan-filem-pulau-ikut-garis-panduan-syariah/", "title": "Terengganu haramkan filem `Pulau\u2019 ikut garis panduan syariah", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Keputusan kerajaan Terengganu mengharamkan tayangan filem \u2018Pulau\u2019 di semua pawagam di negeri berkenaan mengikut garis panduan pelaksanaan syariah yang ditetapkan negeri itu.\u00a0\n\n\nKetua Pemuda Pas Terengganu, Mohd. Harun Esa berkata, pengharaman itu jelas sebagai isyarat kepada pengamal seni dan industri lain yang ingin menjalinkan kerjasama agar mematuhi garis panduan tersebut.\n\n\nMohd Harun turut berharap agar semua kerajaan negeri di Malaysia mengikut jejak langkah yang sama dilakukan kerajaan Terengganu.\u00a0\n\n\nIa sebagai tanda bahawa negara menolak budaya tidak senonoh dengan adegan yang melampau dan merosakkan minda bangsa dan negara.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar beri tempoh tiga hari untuk Ahli Parlimen Pendang minta maaf\n\n\n\n\n\n\nPemuda Pas Harap Pertemuan Mengukuhkan Penyatuan\n\n\n\n\n\n\nShahrir akan fail saman sivil terhadap kerajaan\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi rendah, Shafie Ngah gesa rakyat keluar mengundi\n\n\n\n\n\n\nInspektor Sheila didakwa ugut, aibkan kehormatan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengharaman itu diambil mengikut Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu sejak Mac 2020.\n\n\nSemalam media\n melaporkan, penerbit filem Pulau, Fred Chong dilaporkan berkata, pihaknya sedia bertemu pimpinan kerajaan negeri Terengganu dan telah menyiapkan surat rayuan serta menunggu surat sokongan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) untuk Terengganu meneliti semula keputusan tersebut.\n\n\nChong turut bersedia menayangkan filem Pulau kepada wakil kerajaan negeri agar penilaian boleh dilakukan, sama ada mempunyai unsur \u2018soft porn\u2019 atau sebaliknya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/tun-mahathir-beri-bayangan-sertai-putra/", "title": "Tun Mahathir beri bayangan sertai PUTRA", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bahawa beliau akan menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) selain berhasrat menjadi penasihat parti itu.\n\n\nMahathir berkata, beliau menganggap jemputan menyertai Putra sesuai dengan perjuangan dan prinsip politiknya unutk membela nasib orang Melayu dan menolak rasuah.\n\n\nIbrahim Ali serah borang keahlian kepada Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Sabtu.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cKeputusan untuk sertai parti Putra ini sesuai dengan perjuangan saya. Saya ucap terima kasih sebab jemput saya dan akan teliti sama ada Putra ini sesuai atau tidak.\n\n\n\u201cSetakat ini saya tidak nampak sebab untuk tidak terima, saya selalu memberi masa kepada diri untuk memikirkan dengan mendalam sebelum saya membuat keputusan,\u201d ujarnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLim Guan Eng bertanggungjawab kenakan cukai Yayasan Al-Bukhary\n\n\n\n\n\n\nKelantan kotor, air tidak berkualiti, jalan berlubang\n\n\n\n\n\n\nPDRM nafi jadi dalang kegiatan seludup mercun\n\n\n\n\n\n\nLebih 100 \u2018Bikers\u2019 Turut Serta Konvoi Merdeka Ride\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid mohon kes rasuah digugurkan, bicara kes tangguh 1 April\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Tun Mahathir, beliau berharap dapat memberi panduan kepada Putra dan meneruskan perjuangan serta mencapai matlamat untuk selamatkan kaum Melayu di negara ini.\n\n\nSementara itu, Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya Tun Mahathir masih mempunyai aura sebagai pemimpin sekali gus memimipin parti itu.\n\n\n\u201cKita mahu Tun sertai Putra. Kami mohon seikhlas hati dan tidak timbul soal Tun mahu memohon sertai atau tidak. Kita juga jemput 14 bekas pimpinan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk sertai Putra.\n\n\n\u201cKita doakan agar Tun dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali diberi kesihatan berpanjangan dan kami mahu sehidup semati dengan perjuangan Tun,\u201d katanya Ibrahim."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/18/ulama-berperanan-penting-parti-jadikan-agama-tunggangan-tidak-dapat-reda-allah-zahid/", "title": "Ulama berperanan penting, parti jadikan agama tunggangan tidak dapat reda Allah \u2013 Zahid", "body": "0\n\n\nPutrajaya,\u00a0 Sabtu \u2013 U\nlama memainkan peranan penting dalam sesebuah kerajaan yang dibentuk kerana golongan terbabit menjadi rujukan sebelum sesuatu dasar dilaksanakan\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pandangan daripada golongan ulama mampu memastikan hala tuju yang ditentukan dalam dasar adalah berpandukan al-Quran dan Sunnah.\n\n\n\u201cKalau perkara yang baik kalau ada implikasi sekalipun jika rujukan para ulama dan jadi keutamaan kepada kita nasihat dan doa ulama insyaallah matlamat\u00a0 capau negara aman sejahtera dan dapat pengampunan Allah SWT akan tercapai .\u201d\n\n\nBeliau\u00a0 berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis Liqa\u2019 Perdana Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah di kediaman rasmi Sri Satria di Putrajaya malam tadi.\n\n\nAhmad Zahid berkata kombinasi jalinan kerjasama antara pemimpin dan ulama dapat memastikan setiap permasalahan dihadapi negara dapat diatasi berpandukan ajaran Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi di Negeri Sembilan kurang akibat hujan\n\n\n\n\n\n\nKenyataan Azam Baki Bercanggah Dengan Keputusan SC \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nKu Li Bakal Bersara Selepas PRU-15\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Inggeris, Adibah Noor Pelopor Penggunaan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nPengurusan Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion Najib-Irwan Serigar 1 Mac\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, Ahmad Zahid menasihatkan ulama agar tidak menyalah guna ayat al-Quran, Hadis, ijmak dan qias untuk mencapai matlamat politik sebaliknya\u00a0\n\n\nBeliau berkata Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diwujudkan bagi memastikan setiap lapisan rakyat negara pelbagai kaum dan agama di Malaysia bersatu padu serta saling menghormati walau dalam apa jua situasi.\n\n\nSementara\u00a0 itu, Datuk Seri Ahmad Zahid\u00a0 mendakwa, parti politik yang memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu gagal membentuk kerajaan kerana menjadikan Islam sebagai tunggangan mereka.\n\n\nMalah, jelas Ahmad Zahid, tindakan itu menyebabkan mereka tidak akan mendapat keredaan Allah.\n\n\n\u201cKalau siasah menjadi matlamat dan Islam dijadikan tunggangan, biarpun kerusi yang diperolehi banyak, tetapi tidak jadi kerajaan kerana tidak ada reda daripada Allah. Biarpun sedikit, tapi kita jadi kerajaan, maka gunakan kedudukan itu bukan untuk menzalimi sesiapa, dan menjaga Islam dengan benarnya\u201d\n\n\nBagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menyatakan secara jelas parti mana yang dimaksudkan beliau.\n\n\nTambahnya, walaupun UMNO tidak memenangi banyak kerusi dan kini menjadi sebahagian daripada kerajaan, parti itu tidak pernah \nmenyalahgunakan ayat al-Quran, ijmak ulama untuk kepentingan politik yang sempit.\n\n\n\u201cDi luar sana, memang ilmunya ilmu ulama, tetapi apabila ulama menjadi ulama politik, ayat Quran yang sama, hadis yang sama, makna yang sama, tetapi tafsir yang berbeza mengikut selera. Mana mungkin sesuatu yang di luar daripada norma dianggap sebagai sedekah kerana mahu menjustifikasi apa yang dilakukan itu benar, sedangkan ia amat nyata kesesatannya\u201d.\n\n\nDalam ucapan itu, Ahmad Zahid turut menasihatkan ulama yang terlibat dalam bidang politik agar tidak menggunakan ayat al-Quran serta Hadis mengikut selera bagi menyucikan niat tertentu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/19/164-mangsa-gempa-bumi-terima-rawatan-di-hospital-medan-malaysia/", "title": "164 mangsa gempa bumi terima rawatan di Hospital Medan Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nKira-kira 164 pesakit akibat tragedi gempa bumi Turkiye dan Syria menerima rawatan di Hospital Medan Malaysia (HMM) yang dibuka sejak 14 Februari lalu melalui misi Op Starlight 2 dan beroperasi di Celikhan, Aditaman terletak kira-kira 152 kilometer dari Gaziantep, Turkiye.\u00a0\u00a0\n\n\nKomander Op Starlight 2, Brigedier Jeneral Datuk Dr Amran Amir Hamzah berkata, warga Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam pengoperasian HMM berkenaan perlu berhadapan dengan cabaran cuaca sejuk melampau yang mencecah negatif 10 darjah Celsius pada waktu malam.\u00a0\n\n\nMemetik Bernama, bagaimanapun, beliau berkata, perkara itu tidak menjejaskan motivasi anggotanya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Turkiye yang terjejas akibat gempa bumi berlaku pada 6 Februari lalu.\u00a0\n\n\n\u201cRawatan yang disediakan di HMM mencakupi rawatan pesakit luar, ibu mengandung dan ginekologi, kanak-kanak, pembedahan am, ortopedik dan pergigian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri perlu hormati keputusan PAU 2022\n\n\n\n\n\n\nBERJASA Sedia Kerjasama Dengan PAS\n\n\n\n\n\n\nMulai 1 April deposit 10% wajib bayar jika beli rumah pertama\n\n\n\n\n\n\nKapal pelancongan karam, 7 rakyat Malaysia selamat\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Wang ihsan disalurkan terus kepada golongan miskin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelain itu, kerajaan Turkiye dan para sukarelawan tempatan serta penduduk di sini juga memberikan kerjasama yang sangat baik,\u201d\u00a0 katanya \nketika dihubungi Bernama semalam turut memaklumkan, pesakit yang hadir ke HMM ialah lelaki dan wanita dewasa, ibu mengandung serta kanak-kanak.\u00a0\n\n\n\n\nTambah Dr Amran, mengikut perancangan awal, HMM akan beroperasi di Celikhan selama enam minggu dengan kekuatan seramai 106 anggota dan pegawai.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Op Starlight 2 diaktifkan selepas kerajaan Turkiye memohon bantuan daripada Malaysia untuk membantu mangsa gempa bumi berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/19/5-terbunuh-15-lagi-cedera-akibat-serangan-roket-israel/", "title": "5 terbunuh, 15 lagi cedera akibat serangan roket Israel", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nKira-kira lima orang terbunuh dan 15 lagi cedera selepas serangan roket Israel yang memusnahkan sebuah bangunan di kejiranan Kafr Sousa, Damsyik, Syria berhampiran kompleks keselamatan awal pagi tadi.\u00a0\u00a0\n\n\nMemetik Reuters, tindakan kejam Israel yang melakukan serangan udara selepas tengah malam itu menyasarkan beberapa kawasan di ibu negara tersebut telah merosakkan bangunan di daerah yang padat dengan penduduk berhampiran dataran Umayyad.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, pihak tentera dalam kenyataan tidak menjelaskan sama ada serangan itu ditujukan kepada individu tertentu selain memaklumkan beberapa kawasan kejiranan di Damsyik serta sekitarnya turut berlaku kerosakan.\u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan, pembangkang perlu bersaing juarai isu Islam & Melayu \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nLantikan politik pengarah GLC lemahkan peluang menang PRN\n\n\n\n\n\n\nSUHAKAM Tidak Serius Bela Hak Umat Islam \u2013 WAFIQ\n\n\n\n\n\n\nTindakan Muda tanding solo PRN sia-sia \u2013 Tun M\n\n\n\n\n\n\nFatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor \u2013 Sultan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelama hampir sedekad, Israel melakukan serangan udara terhadap pemindahan senjata yang dipercayai ditaja Iran dan penempatan kakitangan di Syria itu, namun Israel tidak mengaku dan bertanggungjawab terhadap operasi berkenaan.\n\n\nMenurut sumber perisikan Barat, Iran meluaskan kehadiran tenteranya di Syria sejak kebelakangan ini yang bertapak di kebanyakan kawasan dikuasai kerajaan dengan meletakkan ribuan anggota dan kumpulan di bawah perintahnya.\u00a0\n\n\nSelain itu, Israel turut memperhebatkan serangan ke atas lapangan terbang dan pangkalan udara Syria bagi menghalang Iran untuk menghantar senjata kepada sekutu di Syria, Lubnan termasuk Hizbullah Lubnan yang disokong Iran.\u00a0\n\n\nSementara itu, \nserangan tersebut merupakan sebahagian daripada peningkatan konflik dengan matlamatnya untuk memperlahankan kuasa Iran yang semakin meningkat di Syria."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/19/bawa-lembing-pedang-perisai-ketua-pemuda-pas-sifatkan-perarakan-pelik/", "title": "Bawa lembing, pedang, perisai, Ketua Pemuda PAS sifatkan perarakan \u2018pelik\u2019", "body": "0\n\n\nSETIU, Ahad \u2013 Perarakan sambil membawa lembing, pedang dan perisai yang dianjurkan menerusi Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 dianggap \u2018pelik\u2019 oleh Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.\n\n\nBagaimanapun, beliau tidak menyertai perarakan yang berlangsung Jumaat lalu di Setiu, Terengganu yang diadakan pada awal perhimpunan selama dua hari anjuran pemuda PAS tersebut.\u00a0\n\n\nMemetik FMT, Ahmad Fadli berkata, beliau hanya dijemput untuk pelancaran acara itu dan tidak mengetahui tentang perarakan berkenaan.\n\n\nSalah sebuah kenderaan yang turut membawa \u2018pedang\u2019 semasa perarakan himpunan HIMPIT\n\n\nSementara itu, TV Pertiwi turut berusaha mendapatkan penjelasan daripada Ahmad Fadli, namun beliau enggan mengulas lanjut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekalan Minyak Masak Subsidi Dijangka Pulih Beberapa Hari Lagi \u2013 KPDNHEP\n\n\n\n\n\n\nHerba ada kandungan babi? \u2026`itulah pentingnya english edukesyen\u2019!\n\n\n\n\n\n\nAmbil tindakan terhadap Najwan Halimi \u2013 Rafique\n\n\n\n\n\n\nTragedi basikal lajak: Sam Ke Ting dibebaskan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Sedia Jadi Hab Rawatan Hepatitis\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, tular video dan gambar perarakan Pemuda PAS mengenakan pakaian seperti pahlawan sambal membawa lembing, pedang dan perisai di jalan raya yang dipenuhi bendera PAS.\n\n\nSelain itu, aktiviti lain yang diadakan sepanjang dua hari himpunan HIMPIT itu ialah perlawanan bola sepak dan sepak takraw serta konvoi motosikal yang membawa bendera PAS."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/19/guna-akta-isa-cegah-rasuah-dan-penyelewengan-ibrahim-ali/", "title": "Guna Akta ISA cegah rasuah dan penyelewengan \u2013 Ibrahim Ali", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Amalan rasuah di negara ini boleh disifatkan sebagai kanser tahap 4.\n\n\nPresiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali berkata, jika dahulu orang ramai beranggapan amalan rasuah ini hanya berlaku dalam kalangan orang politik tetapi kini, ia telah menular dalam Institusi Pengajian Tinggi seperti yang berlaku kepada UiTM Holding yang mengakibatkan kerugian RM157 juta.\n\n\nJusteru, beliau menggesa kerajaan mewujudkan Akta Sabotaj Ekonomi untuk menangani isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa dengan berkesan.\n\n\nIbrahim berkata, beliau tidak menafikan terdapat ramai ahli politik yang memegang jawatan tinggi terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAmbil Langkah Berjaga-Jaga Elak Gelombang Keempat \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nMalaysia import RM267.8 juta kurma tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nMerapi meletus lagi, muntahkan awan panas dan lava\n\n\n\n\n\n\nLapor Polis, Buat Siasatan \u2013 Musa Hassan\n\n\n\n\n\n\nRM600,000 paras simpanan ideal untuk hidup selesa selepas bersara\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, amalah negatif tersebut semakin menular dalam kalangan penjawat awam termasuk di Institusi Pengajian Tinggi seperti UiTM.\n\n\nKatanya, kaedah yang digunakan kerajaan ketika ini tidak memberikan impak yang berkesan kerana kekurangan tenaga kerja terutamanya dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terpaksa mengambil masa bertahun-tahun untuk melakukan siasatan.\n\n\n\u201cDan saya tidak nafi, bukan sedikit orang politik yang memegang jawatan menyalah guna kuasa, rasuah dan sebagainya tetapi orang lupa tidak sedikit juga penjawat awam yang terlibat dengan penyelewengan.\n\n\n\u201cIni termasuk UiTM. Jadi sebab itu sebelum ini saya ada buat cadangan menggesa kerajaan mewujudkan Akta Sabotaj Ekonomi untuk menangani isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dengan berkesan.\n\n\n\u201cSebab cara sekarang tak ke mana, tambahan pula sekarang banyak isu. Cuba baca dalam media, berapa kerat SPRM ada kaki tangan, mampukan dia orang menyiasat semua ini. Ia mengambil masa bertahun untuk selesai satu-satu isu,\u201d katanya.\n\n\nIbrahim menambah, untuk menangani isu rasuah ini, kerajaan tidak hanya memberi fokus menghukum dan menyumbat individu yang bersalah ke dalam penjara tetapi apa yang lebih penting ialah mendapatkan semua wang yang dicuri.\n\n\nIni kerana, jika individu itu disumbat ke dalam penjara, kerajaan perlu menganggung pula kos makan dan minum mereka sepanjang berada dalam penjara.\n\n\nJadi, kaedah terbaik ialah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan oleh kerajaan pada 22 Jun 2012.\n\n\n\u201cJadi pada saya, kita kena guna konsep ISA dulu, \nprevention is better than cure\n. Jadi, kalau kita guna Akta Sabotaj Ekonomi, bila kita timbul cerita UiTM Holding ni, kita tengok dulu siapa pengurus besar, siapa VC (Naib Canselor ) pada waktu itu, senang-senang jer bawa dia orang ni, simpan 60 hari soal siasat sewaktu dalam tahanan ISA tu.\n\n\n\u201cSekarang ni, soal siasat satu, dipanggil ke pejabat SPRM untuk rekod kenyataan, itu jer. Kemudian dia tahu dia dah kena siasat, semua bukti dah hilang. Duit pun dah tak tahu ke mana di bawa lari.\n\n\n\u201cKedua pula, bila dan siasat-siasat, tak cukup masa, bila nak siasat kena minta reman dengan mahkamah, mahkamah bagi 3-4 hari reman, tak cukup masa minta lagi, tapi mahkamah tolak.\n\n\n\u201cJadi, apa yang kamu dapat daripada situasi itu. Maka nak tunggu di sabitkan bersalah pun dan makan masa 2-3 tahun. Siasatan pun 3-4 tahun, tengok kes Eric Chia (Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri\u00a0Eric Chia) dulu, bertahun masa lamanya, abis-abis bila kena tuduh, dia pergi mahkamah, dia mati. Kes tutup,\u201d tambah beliau.\n\n\nIbrahim berkata, perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd (SRC International), Kes 1MDB dan beberapa kes lain boleh dijadikan contoh kepincangan dalam usaha menangani isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa di negara ini.\n\n\nKatanya, selepas perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi, mereka akan membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan selain memohon semakan kehakiman."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/19/i-guru-gesa-tindakan-tegas-kepada-pelajar-rosakkan-harta-benda-sekolah/", "title": "I-Guru gesa tindakan tegas kepada pelajar rosakkan harta benda sekolah", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nIkatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-GURU) menggesa pihak sekolah mengambil tindakan tegas dan disiplin kepada kumpulan pelajar yang tular merosakkan peralatan sekolah baru-baru ini.\n\n\nPresidennya, Ustaz Azizee Hassan berkata, penekanan kepada adab dan nilai serta menyuburkan akhlak amat penting bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berlaku pada masa hadapan.\n\n\n\u201cIbu bapa khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sarana atau komuniti\u00a0 perlu bersama-sama dengan sekolah bagi mengekang kejadian seperti ini daripada berlaku,\u201d katanya.\n\n\nSekumpulan pelajar melakukan aktiviti vandalisme di sebuah bilik darjah.\n\n\nBeliau melalui pesanan dalam aplikasi ringkas kepada TV Pertiwi berkata, ibu bapa khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sarana atau komuniti\u00a0 perlu bersama-sama dengan sekolah mengekang insiden sedemikian daripada berlaku.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGenap setahun kematian wartawan Shireen Abu Akleh\n\n\n\n\n\n\nDilabel zoo, Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen jaga kelakuan\n\n\n\n\n\n\nPerhalusi Cadangan Penjawat Awam, Tambah Baik Sistem Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nPDRM, Plus aktifkan dua laluan pintar atasi kesesakan\n\n\n\n\n\n\nSaman Tun M: Anwar serah kepada peguam\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Azizee, Ibu bapa juga perlu mencari jalan terbaik memberikan kesedaran sivik serta moral tentang bahayanya aktiviti vandalisme kerana tindakan itu satu bentuk perkara yang tidak wajar berlaku di sekolah.\n\n\nBukan setakat itu sahaja, pihaknya turut menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melihat isu kemenjadian sahsiah murid sebagai satu isu penting dan bukan hanya isu pembangunan akademik semata-mata.\n\n\nSebelum ini, tular di media sosial beberapa klip video berdurasi 28 dan 58 saat memaparkan sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah selepas tamat sesi persekolahan semalam.\n\n\nMenerusi video itu, kumpulan pelajar yang dipercayai bersekolah di sebuah sekolah menengah di daerah Seberang Perai Selatan dilihat merosakkan peralatan sekolah seperti kerusi, kipas dan pintu tandas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/19/kkm-teliti-isu-perolehan-ventilator-rosak-ketika-pandemik-covid-19/", "title": "KKM teliti isu perolehan ventilator rosak ketika pandemik Covid-19", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nKementerian Kesihatan (KKM) akan meneliti isu yang melibatkan hanya 28 daripada 136 unit ventilator diperoleh kementerian menerusi tatacara perolehan darurat dari tahun 2020 hingga 2022 boleh digunakan.\u00a0\n\n\nMenterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pegawai kementerian yang terlibat telah memberikan penjelasan mereka menerusi taklimat mengenai isu berkenaan baru-baru ini.\n\n\nBeliau berkata, pihaknya mengambil maklum isu tersebut dan akan melihat perkara itu sama seperti isu yang membabitkan perolehan vaksin Covid-19. \n\n\n\u201cKita ambil maklum isu ini dan akan lihat sama juga seperti perkara lain termasuk perolehan vaksin Covid-19.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMansuh Hukuman Mati Mandatori? Ambil Kira Pandangan Rakyat, Jangan Ikut Telunjuk Ala Barat\n\n\n\n\n\n\nPolis Ikut Akta, KPN Jawab Kecaman Najib Dapat Pengiring\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Terima Bekalan Pertama Vaksin Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\nPemandu tersepit, tong gas bertaburan atas jalan di Jempol\n\n\n\n\n\n\nPENCEROBOHAN KUIL HARAM, RUNDINGAN DITERUSKAN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni kerana perolehan ventilator berkenaan diperoleh ketika darurat, yang mana kita boleh lakukan pembaikan perkara itu,\u201d katanya selepas diminta mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) \nberhubung pembekalan ventilator rosak ketika pandemik yang melibatkan kerugian RM13 juta dalam sidang media selepas merasmikan Wellness Hub Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru hari ini.\n\n\nHadir sama, \n\u00a0Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon; Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh dan Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu.\n\n\nSebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 mendedahkan hanya 28 daripada 136 unit ventilator yang diperoleh Pharmaniaga Logistics untuk KKM dari tahun 2020 hingga 2022 boleh digunakan pada Khamis lalu.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii dilaporkan menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas pembelian 108 ventilator rosak sehingga menelan belanja kerajaan sebanyak RM13 juta.\u00a0\n\n\nBeliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi itu berkata kecuaian mereka yang terbabit dalam perolehan itu bukan sahaja membazir dana awam namun kualiti penjagaan kesihatan juga terjejas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/19/lagi-gempa-5-1-skala-richter-gegar-wilayah-kahramanmaras/", "title": "Lagi gempa 5.1 skala richter gegar wilayah Kahramanmaras", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nGempa bumi berukuran 5.1 pada skala richter telah menggegarkan wilayah selatan Kahramanmaras semalam.\u00a0\n\n\nPengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) memaklumkan, gempa bumi tersebut melanda daerah Goksun pada jam 10.31 malam waktu tempatan dengan kedalaman 12.18 km (kilometer).\n\n\nBagaimanapun, memetik agensi \nAnadolu\n, tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat gempa bumi terbaru berkenaan.\u00a0\n\n\nSementara itu, jumlah angka korban gempa bumi Turkiye dan Syria kini meningkat kepada lebih 46,000 orang manakala lebih 84,000 bangunan mengalami kemusnahan teruk sehingga perlu dirobohkan.\u00a0\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJenama streetwear biadap, reka pakaian bercetak nama Allah\n\n\n\n\n\n\nMuzium popular di kota London jadi tuan rumah majlis iftar\n\n\n\n\n\n\nCubaan bakar kitab Yahudi dihalang, serlah sikap pilih kasih Sweden\n\n\n\n\n\n\nMekah Dari Tandus Kini Menghijau\n\n\n\n\n\n\nEtnik Islam Uyghur tuntut bela, fail aduan jenayah ke atas China\n\n\n\n\n\n\n\n\nAngka maut Turkiye kini adalah 40,642 orang manakala lebih 5,800 orang lagi dilaporkan di Syria serta usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan di kedua-dua negara.\u00a0\n\n\nSelain itu, Program Makanan Sedunia (WFP) menggesa semua pihak untuk menghentikan sekatan bagi memudahkan saluran bantuan kepada mangsa di Syria.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, di Antakya, anggota penyelamat cuba untuk menyelamatkan lima sekeluarga warga Syria dari bawah runtuhan bangunan yang membawa kepada penemuan tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak selamat dalam misi tersebut.\u00a0\n\n\nIbu dan bapa kanak-kanak tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun anak mereka meninggal dunia tidak lama kemudian kerana dehidrasi sementara dua lagi anak kembar mereka terbunuh dalam gempa itu.\n\n\nDi utara Syria, seorang bayi yang baru lahir ditemukan semula dengan ibu dan bapa saudara setelah kematian semua ahli keluarganya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/19/lima-mangsa-sindiket-penipuan-kerja-berjaya-dibawa-pulang-14-lagi-masih-terkandas/", "title": "Lima mangsa sindiket penipuan kerja berjaya dibawa pulang, 14 lagi masih terkandas", "body": "0\n\n\nSEPANG, Ahad \u2013 \nPolis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membawa pulang dengan selamat lima daripada 19 orang mangsa yang merupakan warganegara yang terlibat dengan sindiket penipuan pekerjaan di Thailand.\n\n\nPengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, lima mangsa penipuan yang berjaya dibawa pulang berusia 20-an hingga 40-an terdiri daripada bangsa Melayu dan Cina.\n\n\n\u201cMengikut laporan, kita kenal pasti 19 mangsa yang mana lima daripadanya sudah diselamatkan dan di bawa pulang. Kita sedang berusaha.\n\n\n\u201cKetika ini juga sehinga 18 Februari 2023, PDRM telah menerima sebanyak 267 laporan melibatkan seramai 339 mangsa terkandas di luar kerana jenayah penipuan kerja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPRN: MUDA tanding secara solo, bawa suara rakyat\n\n\n\n\n\n\nTak dapat lunas hutang, peminjam direkrut buat kerja khianat\n\n\n\n\n\n\nKPKT bersama Jabatan Bomba tumbangkan lapan ekor lembu korban\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat video tular lagu Negaraku kibar Jalur Gemilang, bendera Israel\n\n\n\n\n\n\nBERSATU, PAS tidak pernah cakap buruk tentang saya \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDaripada jumlah ini, kita telah selamatkan 218 mangsa dan masih ada lagi 121 mangsa di beberapa negara. Antaranya Kemboja, Myanmar, Laos, Thailand dan lain-lain negara,\u201d katanya sewaktu ditemui di\u00a0Balai Ketibaan Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nMenerusi kenyataan itu, beliau turut berkata, usaha tersebut dijayakan dengan kerjasama erat antara kerajaan Malaysia dan Thailand serta lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, sekali gus memudahkan segala bentuk penyelamatan mangsa di negara berkenaan dengan membincangkan isu berkaitan jenayah pekerjaan melibatkan warga Malaysia dan Thailand.\n\n\nAbd Jalil bersama mangsa-mangsa sindiket penipuan kerja yang berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia.\n\n\nDua sindiket berkenaan juga berjaya dikenal pasti dan dikesan yang mendalangi di Malaysia dan Thailand yang menyebabkan perkara itu berlaku.\n\n\n\u201cDi Malaysia adalah lokal, ada dua sindiket yang bertopengkan agensi pekerjaan dan mereka memang mempunyai lesen yang sudah lama beroperasi. Mereka merekrut mereka yang ingin bekerja di luar negara dan yang bekerja di Malaysia.\n\n\n\u201cJadi, kita akan memberi maklumat\u00a0 kepada Jabatan Imigresen dan Jabatan Tenaga\u00a0 Rakyat beserta Kementerian Sumber Manusia.,\u201d ujar Abd Jalil.\n\n\nSementara itu, polis juga bersetuju bahawa apa jua maklumat berkenaan mangsa penipuan pekerjaan disalurkan kepada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Luar Negeri Thailand serta pihak polis kedua-dua negara terbabit.\n\n\nDalam pada itu, Abd Jalil turut menegaskan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut kepada NGO yang cuba mengambil peluang atas kesempitan waris-waris mangsa berkenaan insiden tersebut serta berterima kasih dengan pihak-pihak yang telah menyalurkan maklumat sebagai bantuan.\n\n\n\u201cKita ingin menasihat dan memberi amaran kepada NGO yang yang cuba mengambil peluang atas kesempitan waris-waris yang anak mereka\u00a0 berada di luar negara untuk cuba mengambil keuntungan ini kita akan siasat. \n\n\n\u201cBagi\u00a0 NGO yang ikhlas kami amat berterima kasih kerana maklumat-maklumat ini telah membantu kami dan pihak berkuasa Thailand dalam mengesan mangsa-mangsa yang menjadi mangsa penipuan kerja,\u201d katanya lagi.\n\n\nJusteru itu, Abd Jalil turut memberi amaran kepada mereka yang tertarik dengan pekerjaan di luar negeri merujuk perkara berkenaan dengan Kementerian Luar Negeri, PDRM dan Jabatan Buruh."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/19/mansuh-pinjaman-ptptn-hanya-propaganda-politik-jangan-percaya-lagi/", "title": "Mansuh pinjaman PTPTN hanya propaganda politik, jangan percaya lagi", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Manifesto pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi propaganda politik sejak sekian lama.\u00a0\n\n\nPresiden Pembina, Muhammad Wafiq Azman berkata, taktik menawarkan pemansuhan pinjaman itu semata-mata hanya untuk meraih undi terutamanya golongan muda pada Pilihan Raya Umum (PRU).\n\n\n\u201cKerajaan atau parti politik ni kebanyakkan guna isu ini untuk propaganda dan\u00a0 untuk \nmilleage\n politik, bila nak dekat pilihan raya pelbagai manifesto seperti mansuhkan PTPTN , nak berikan pendidikan percuma,\u201d katanya.\n\n\nMuhammad Wafiq berkata, parti politik kononya memperjuangkan pemansuhan pinjaman dan pendidikan percuma kepada golongan miskin namun tidak mampu melaksanakan kerana tiada cara yang menyeluruh\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis Umum Pengurangan Saman Sehingga 80%\n\n\n\n\n\n\nAnwar tempelak Hadi Awang, yakin kerajaan mampu bertahan\n\n\n\n\n\n\nTiada gelombang hijau di PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\n572 calon sah bertanding, PN paling ramai calon\n\n\n\n\n\n\nPemimpin tertinggi parti politik akan didakwa SPRM?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKenapa saya katakan isu PTPTN ini propanda politk , sebab dah lama isu ini dimainkan tapi tidak ada solusi yang \nsolid\n untuk selesaikan, ada zaman nak mansuh, ada zaman nak berikan pendidikan percuma jadi tidak ada kaedah atau sistem atau polisi untuk cuba laksanakan dan wujudkan atau natijah pendidikan percuma ini,\u201d tambah beliau.\n\n\nMuhammad Wafiq turut mengesa parti politik dan kerajaan supaya memperjuangkan reformasi pendidikan percuma secara ikhlas untuk tidak dijadikan umpan pengundi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/19/ngo-seru-perdana-menteri-benarkan-pengeluaran-kwsp/", "title": "NGO seru Perdana Menteri benarkan pengeluaran KWSP", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nKira-kira enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyeru supaya kerajaan membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran kecemasan secara bersasar dengan kadar segera.\n\n\nPresiden Global Human Rights Federation (GHRF), S. Shashi Kumar berkata, rakyat sedang bergelut dengan situasi ekonomi yang terjejas susulan kos kehidupan harian yang meningkat.\u00a0\n\n\nBeliau berkata ketika satu sesi dialog bersama para pencarum pada 4 Februari lalu meluahkan keperitan dan penderitaan hidup mereka akibat pandemik Covid-19 dan sehingga kini tidak dapat memulihkan kehidup seharian mereka.\n\n\nShashi turut memaklumkan mereka juga dibelenggu hutang yang tertunggak akibat kehilangan pekerjaan, pinjaman wang dan kadar bunga tinggi selain gaji bulanan yang diterima tidak dapat menanggung kos harian.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPR pertimbang adakan pilihan raya lebih 60 hari selepas bubar Parlimen\n\n\n\n\n\n\nBukan masa sesuai perkenalkan semula GST\n\n\n\n\n\n\nHak Khairy sertai mana-mana parti \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nDana RM600 bilion: Tengku Zafrul belum dipanggil SPRM\n\n\n\n\n\n\nAmirudin luah hasrat terajui kerajaan Selangor lagi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami berkumpul disini untuk menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyegerakan pengeluaran KWSP kepada mereka yang memerlukan.\n\n\n\u201cRamai yang tertekan untuk menghadapi kehidupan seharian mereka susulan peningkatan kos sara hidup,\u201d katanya dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum untuk perhatian Perdana Menteri,\u00a0\nDatuk Seri Anwar Ibrahim bagi membenarkan pencarum yang layak membuat pengeluaran segera di pekarangan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nTambah Shashi, kerajaan perlu memberi pertimbangan bagi membenarkan individu yang terdesak untuk membuat pengeluaran supaya dapat membantu mereka memulakan hidup semula serta menempuh waktu susah.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, antara enam NGO terlibat adalah Global Human Rights Federation (GHRF), Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Independent Living and Training Centre Malaysia.\u00a0\n\n\nKeenam-enam NGO itu turut mewakili kira-kira 320,000 pencarum KWSP yang mempunyai baki simpanan sebanyak RM100,000 ke atas.\u00a0\n\n\nSementara itu, memorandum mengenai Tuntutan Pengeluaran Kecemasan KWSP 2.0 secara bersasar tersebut diterima Pegawai Khas Setiausaha Sulit Kanan di Jabatan Perdana Menteri,\u00a0 Muhammad Fikri Khalid."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/19/rosakkan-harta-sekolah-pelajar-bakal-jalani-khidmat-komuniti/", "title": "Rosakkan harta sekolah, pelajar bakal jalani khidmat komuniti", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 \nSekumpulan pelajar yang terlibat dengan aktiviti vandalisme akan dikenakan khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara sama tidak berulang lagi.\n\n\nJabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang berkata, tindakan sewajarnya sedang diambil oleh pihak sekolah dengan memanggil pelajar terlibat bersama ibu bapa mereka pada Sabtu bagi membincangkan isu tersebut.\n\n\n\n\n\u201cJPN Pulau Pinang amat kesal akan kejadian tersebut dan akan memastikan isu ini diberi perhatian yang serius oleh pihak sekolah. Langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi,\u201d kata jabatan itu menerusi kenyataan rasmi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M pertimbang bertanding pada PRN wakili Putra\n\n\n\n\n\n\nAS tuntut TikTok jual kepentingan\n\n\n\n\n\n\nWan Suraya dilantik Ketua Audit Negara\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tiada GST tetapi barangan mewah akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nHukuman Lebih Kepada Pengajaran, Bukan Penyeksaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi kenyataan rasmi, JPN Pulau Pinang kesal dengan perbuatan itu serta akan memastikan perhatian serius diberi oleh pihak sekolah dan didikan akhlak malah pencegahan segera akan diambil.\n\n\nPentadbir sekolah juga diingatkan untuk mengambil langkah-langkah wajar bagi membendung dan mencegah perlakuan sedemikian.\n\n\nPihak JPN juga akan mempergiatkan kempen hentikan vandalisme serta pelan tindakan yang komprehensif akan dipergiatkan agar selari dengan tujuh teras Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\n\n\nMengambil maklum berkenaan kes itu, JPN Pulau Pinang menyeru portal-portal yang menyiarkan video tersebut tanpa menutup muka murid memadam hantaran tersebut kerana bercanggah dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/19/saya-tak-faham-kenapa-orang-salahkan-saya-tun-dr-mahathir/", "title": "Saya tak faham kenapa orang salahkan saya \u2013 Tun Dr Mahathir", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak sepatutnya dipersalahkan selepas tindakannya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari 2020.\u00a0\n\n\nDr Mahathir berkata beliau tidak mendapat sokongan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan segelintir pihak dalam gabungan itu juga perlu bertanggungjawab sehingga mencetuskan krisis politik negara.\n\n\nBeliau yang juga bekas Pengerusi Pejuang Tanah Air (PEJUANG) menjelaskan nasihat beliau memohon BERSATU untuk menangguhkan keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) tidak diendahkan sekali gus menyebabkan kerajaan PH ketika itu tumbang.\u00a0 \n\n\n\u201cSaya tak faham kenapa orang salahkan saya letak jawatan, sepatutnya yang bersalah itu ialah orang yang tidak menyokong\u00a0 pendirian saya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu keluarkan SOP pelancong China\n\n\n\n\n\n\nBazar raya Usrah Khadijah bantu golongan tidak berkemampuan\n\n\n\n\n\n\nPemuda UMNO gesa parti keramat orang Melayu itu berubah untuk kekal relevan\n\n\n\n\n\n\nSalahkan pemimpin, jangan sentuh Ketuanan Melayu \u2013 Pengarang TV Pertiwi\n\n\n\n\n\n\nLantikan Nurul Izzah walau tanpa gaji, tidak mengubah konsep Nepotisme\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya minta BERSATU supaya tangguh keputusan tetapi sebaliknya mereka terus tumbuk meja meminta keluar daripada Pakatan Harapan (PH) yang seolah-olah menolak saya,\u201d katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di Putrajaya semalam.\n\n\nMahathir berkata demikian ketika diminta mengulas titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah \nRi\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada Isnin lalu. \n\n\nSebelum ini, media melaporkan dalam titah baginda, Seri Paduka yakin rantaian kemelut politik yang berlarutan sehingga kepada Pilihan Raya Umum ke-15 dapat dielakkan sekiranya episod peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7 itu tidak berlaku.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Mahathir menjelaskan beliau tidak boleh menyerahkan tampuk kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu kerana perlu mengikut proses biasa dengan menyerahkan perkara tersebut kepada Parlimen.\u00a0\n\n\n\u201cApabila PH jatuh, saya bukan lagi menjadi Perdana Menteri dan parti saya juga bukan lagi kerajaan, jadi itu antara sebab mengapa saya tidak boleh menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n\u201cPerkara ini perlu melalui proses biasa yang dijalankan dan beliau (Anwar) perlu pergi ke Parlimen untuk menentukan bilangan majoriti.\n\n\n\u201cNamun, kalau nak menyerahkan perkara ini kepada Parlimen, Parlimen pun tidak bersidang ketika itu,\u201d jelasnya.\n\n\nTerdahulu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar daripada gabungan PH menerusi kenyataannya pada 23 Februari 2020.\n\n\nMuhyiddin berkata tindakan itu dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dalam mesyuarat yang diadakan malam sebelumnya dan keputusan itu turut menyaksikan Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri keesokan harinya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/19/sungai-lereh-bertukar-hitam-busuk-akibat-sisa-kumbahan-ternakan/", "title": "Sungai Lereh bertukar hitam, busuk akibat sisa kumbahan ternakan", "body": "0\n\n\nMELAKA, Ahad \u2013 Sungai Lereh di Melaka yang tercemar dan bertukar warna menjadi hitam menimbulkan rasa kurang senang penduduk sekitar.\n\n\nMenurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka sungai itu tercemar dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa kumbahan aktiviti penternakan lembu dan kambing dan mungkin ternakan ikan keli berdekatan.\n\n\n\u201cSiasatan segera telah dijalankan dan mendapati pencemaran berkemungkinan berpunca dari aktiviti membela lembu, kambing dan / atau ternakan ikan keli berdekatan,\u201d katanya.\n\n\nJAS juga bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) \nakan menyiasat lebih lanjut bagi mengenal pasti ia mengikuti spesifikasi ditetapkan atau tidak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCukai vape: Sejarah hitam negara, kes paru-paru rosak akan meningkat\n\n\n\n\n\n\nTH jangka bantuan kewangan haji meningkat RM500 juta pada 2024\n\n\n\n\n\n\nLA CRISTA: Hotel Pilihan Calon PRN Melaka\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : Father\u2019s Organic Farm zahir simpati kepada mangsa\n\n\n\n\n\n\nDAP sombong, angkuh gesa pecahkan dominasi Melayu dalam kakitangan awam\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, \nAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong, telah mengambil maklum isu pencemaran Sungai Lereh dan meminta pihak berkuasa memantau lebih lanjut.\n\n\nS\nungai Lereh dipercayai berperanan penting menjana aktiviti pertanian sekali gus boleh menjejaskan ekonomi komuniti.\u00a0\n\n\nPencemaran Sungai Lereh berlauran sehingga menjejaskan kawasan pantai\n\n\nPencemaran Sungai Lereh pernah berlaku sebelum ini kira-kira tiga bulan lalu sehingga menyebabkan air sungai bertukar warna kehitaman dan berakhir di kawasan pantai.\n\n\nBau busuk \nyang datang dari sungai itu telah mengganggu penduduk dan menimbulkan rasa tidak selesa orang ramai yang melalui kawasan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/20/dasar-dan-perancangan-kpm-seolah-terpisah-dari-realiti/", "title": "Dasar dan perancangan KPM seolah terpisah dari realiti", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Isnin \u2013 Dasar dan perancangan yang dirangka Kementerian Pendidikan Malaysian (KPM) seolah-olah terpisah daripada realiti di lapangan, menyebabkan banyak perubahan yang dirancang gagal diterjemahkan di peringkat pelaksana.\n\n\nAhli Parlimen pembangkang, Zakri Hassan (PN-Kangar) yang merupakan seorang guru selama 32 berkata, beliau melihat sistem pendidikan negara terlalu berasaskan teori dan bersifat berat sebelah kerana hanya mesra kepada murid yang pandai.\n\n\nGambar hiasan / Sumber: Selangorkini\n\n\nTambahnya, selama 32 tahun beliau membabitkan diri sepenuh masa sebagai seorang pendidik, tiada perubahan besar dalam arena pendidikan negara bahkan masih di takuk lama.\n\n\nKatanya, is hampir sama seperti di zaman beliau mula menjadi guru hingga kini menjadi Ahli Parlimen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerodua AXIA 2023 terima 20,100 tempahan\n\n\n\n\n\n\nHanya pegawai Gred 41 ke atas diberi kuasa tolak pelancong masuk\n\n\n\n\n\n\nAnwar diisytihar Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia\n\n\n\n\n\n\nTuntutan waris Sulu tidak berasas Petronas akan pertahan kedudukan\n\n\n\n\n\n\nPH-BN bekerjasama pada PRN Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSistem pendidikan kita sejak dulu hanya berpaksikan peperiksaan.\n\n\n\u201cGuru mengajar hanya untuk pastikan silibus pelajaran yang ditetapkan, manakala murid belajar hanya untuk capai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.\n\n\n\u201cBagi KPM pula, apa yang penting hanyalah dokumentasi semata-mata,\u201d ulas Zakri.\n\n\nMengulas lanjut, sistem pendidikan negara yang tidak banyak berubah lebih 30 tahun lalu tidak cenderung membantu pelajar yang ketinggalan menyebabkan ramai yang keciciran.\n\n\nKajian yang ada mendapati lebih 100,000 pelajar tercicir ketika ini,malah seramai 25,000 pelajar tidak hadir untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus menimbulkan persoalan mengenai masa depan mereka yang tercicir dalam pendidikan.\n\n\n\u201cKita harus sedar, tak semua murid bijak dari segala segi. Ada murid yang lemah dalam penulisan tetapi lebih bersifat praktikal terutama di kelas belakang.\n\n\n\u201cNamun, sistem pendidikan sedia ada menyebabkan mereka ini menyumbang kepada peningkatan jumlah murid tercicir.\n\n\n\u201cKita harus sedar, tak semua murid bijak dari segala segi. Ada murid yang lemah dalam penulisan tetapi lebih bersifat praktikal terutama di kelas belakang.\n\n\n\u201cNamun, sistem pendidikan sedia ada menyebabkan mereka ini menyumbang kepada peningkatan jumlah murid tercicir,\u201d katanya ketika berbahas usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/20/kapal-lcs-dijangka-beroperasi-penuh-tahun-2026/", "title": "Kapal LCS dijangka beroperasi penuh tahun 2026", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kapal tempur pesisir (LCS) pertama dijangka siap pada tahun 2024 dan akan mula beroperasi penuh sekitar 2026 kerana perlu menjalani beberapa ujian serta penilaian dengan lebih teliti.\n\n\nMenteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kapal LCS perlu melalui sekurang-kurangnya dua ujian iaitu melibatkan penilaian di pelabuhan dan penilaian pelayaran, yang mana kedua-dua ujian berkenaan dijangka mengambil masa antara 20 hingga 24 bulan.\n\n\n\u201cSaya sendiri lihat dalam gudang Boustead Naval Shipyard, semua dah dibeli dan enjin semua sudah ada. Bahkan untuk kapal pertama, enjin, kotak gear, bebaling sudah ada dalam kapal dan tinggal nak pasang alat pertahanan, persenjataan dan elektronik sahaja.\n\n\n\u201cSemua blok kapal sudah dipasang cuma blok teras tersebut kerana memang dikosongkan untuk memasukkan sistem elektroniknya. Jadi tak boleh pasang lagi kalau tidak kena buka balik, yang lain sudah ada.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenyokong PH Bantah ADUN Bilut Dan Minta Anwar Letak Jawatan\n\n\n\n\n\n\nSekolah vernakular tidak patut wujud \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nGangguan bekalan air di 99 kawasan di Selangor pada Isnin\n\n\n\n\n\n\nKukuhkan hubungan Riyadh \u2013 Kuala Lumpur\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen jangan kompromi soal etika pakaian, elak jadi isu politik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIstilah siap pembinaan ini ada dua perkara. Pertama, siap pembinaan dalam limbungan. Perkara kedua ialah selepas siap dibina, LCS ini perlu menjalani ujian penilaian di pelabuhan kerana nak tengok dia senget ke, boleh terapung dan sebagainya. \n\n\n\u201cKedua-dua ujian ini ambil masa antara 20 hingga 24 bulan, barulah kapal ini sedia digunakan.Jadi jangan kata mana kapal tak belayar selepas dua tahun,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail yang bertanyakan adakah kerajaan bercadang untuk mengurangkan perbelanjaan siling pembinaan LCS sebanyak RM9.19 billion bagi enam buat kapal tersebut.\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata, kerajaan tidak akan mengurangkan kos pembinaan kapal LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bernilai RM9 bilion walaupun kapal tersebut dikurangkan dari enam kepada lima buah.\n\n\nPada masa sama, kementerian itu sedang memberi penelitian khusus agar projek LCS diteruskan serta penelitian tersebut sudah memasuki fasa terakhir untuk memuktamadkan penerusan projek berkenaan.\n\n\nTerdahulu, Mindef berpuas hati dengan status terkini proses pembinaan kapal LCS termasuk sebuah daripada enam kapal yang diyakini siap pada tahun depan.\n\n\nPada 30 Januari lalu, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayub memaklumkan projek LCS diteruskan namun kapal tersebut dikurangkan kepada lima berbanding enam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/20/keganasan-domestik-penindasan-wanita-wajar-diberi-keutamaan-berjasa/", "title": "Keganasan domestik, penindasan wanita wajar diberi keutamaan \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pemberian status kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan lelaki bukan warganegara dilihat sebagai tindakan yang baik oleh kerajaan.\n\n\nNamun, ia dianggap tidak memberi impak yang besar dalam aspek kesamarataan jantina terutamanya dalam membela kaum wanita.\n\n\nNaib Presiden BERJASA, Insenior Teknologi Lukman Al Hakim berkata, isu keganasan domestik terhadap wanita dan bantuan kebajikan khususnya kepada ibu tunggal perlu diberi lebih perhatian jika benar kerajaan mahu mengangkat isu wanita.\n\n\n\u201cJika benar kesamarataan jantina yang diberikan fokus oleh kerajaan saya nampak lebih banyak isu lain yang sebenarnya perlu dilihat dan dilakukan pindaan akta bahkan perlembagaan persekutuan itu sendiri untuk memberikan lebih penghargaan kepada kaum hawa dari segi warganegara ini. Saya tak nampak sangat implikasinya mengangkat martabat wanita,\u201d katanya.\n\n\nNaib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Al Hakim\n\n\nTambahnya, banyak lagi isu membabitkan penindasan terhadap wanita perlu diangkat dan dibela bagi melindungi kebajikan serta menjaga maruah wanita.\n\n\n\u201cKita lihat banyak isu wanita dalam negara seperti keganasan domestik dengan ini saya rasa perlu diberikan perhatian yang lebih yang belum lagi ada satu tindakan yang kuat untuk melindungi atau menjaga maruah serta kebajikan para wanita di Malaysia begitu juga isu pekerjaan bantuan kebajikan ibu-ibu tunggal ini yang harus diberikan fokus lebih isu warnegara anak ni samada lelaki mahupun perempuan warganegara berkahwin dengan bukan warganegara saya rasa tidak akan memberi implikasi yang begitu besar.\u201d\n\n\nSebelum ini, \nhanya kanak-kanak yang lahir di luar negara berbapakan warganegara Malaysia berhak mendapat kerakyatan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang. \n\u00a0\n\n\nBerikutan itu, pada 17 Februari lalu, mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan terhadap Bahagian I Seksyen 1(1)(d) dan Seksyen 1(1)(e) dan Bahagian II, Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua.\n\n\nKeputusan itu sekali gus memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/20/kerajaan-tak-terlibat-turun-kandungan-tiktok-sokong-pn/", "title": "Kerajaan tak terlibat turun kandungan TikTok sokong PN", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Media sosial terutamanya TikTok dilihat sebagai satu platform untuk menyebarkan pelbagai jenis kandungan termasuk berunsur politik seperti yang dilihat ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\n\n\nBagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak terlibat dalam tadbir urus kandungan TikTok yang didakwa banyak menurunkan kandungan video berunsur menyokong Perikatan Nasional (PN).\n\n\n\u201cSemua syarikat media sosial ada garis panduan komuniti tersendiri dan kerajaan tidak memberi input kepada apa-apa isi kandungan bagi garis panduan komuniti ini.\n\n\n\u201cContohnya TikTok menurunkan kandungan berdasarkan garis panduan komunitinya, dengan sekitar\u00a0 95 peratus kandungan diturunkan secara automatik berdasarkan kecerdasan buatan (AI) syarikat itu,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTLDM, polis musnahkan bom Perang Dunia Kedua\n\n\n\n\n\n\nMukhriz Dakwa Keputusan Tanam Durian Dibuat Ahmad Bashah\n\n\n\n\n\n\nPM Akui Kelemahan Pengurusan Banjir\n\n\n\n\n\n\nLelaki hina Agong berkaitan pelantikan PM direman 3 hari\n\n\n\n\n\n\nRauf Nafi Ada Pihak Tidak Setuju Sulaiman Dilantik Ketua Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjawab persoalan diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Shahidan Kassim yang mendakwa kerajaan memberi garis panduan baharu kepada syarikat seperti TikTok dan Facebook untuk menyekat kandungan yang menunjukkan sokongan kepada parti PN.\u00a0\n\n\nFahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, kerajaan tidak akan menyekat kebebasan media serta menjamin hak kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.\u00a0\n\n\n\u201cKementerian ada perancangan meminda Akta 588, namun bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara atau kebebasan media tapi bagi memantapkan rangka kerja kawal selia berkaitan keselamatan dan kebolehpercayaan rangkaian.\n\n\nNamun, hak sedemikian tidak bersifat mutlak dan perlu digunakan secara beretika kerana hak bersuara tidak bermaksud hak memfitnah.\n\n\nJelas beliau, kerajaan tidak akan bertindak menyekat kebebasan media selagi mana penggunaan media elektronik tidak melanggar peruntukan perundangan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/20/kertas-siasatan-wang-zakat-mains-sedang-dilengkapkan/", "title": "Kertas siasatan wang zakat MAINS sedang dilengkapkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Polis mengesahkan pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang zakat membabitkan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Zakat Sdn Bhd.\n\n\nKetua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kertas siasatan itu sedang dilengkapkan untuk dirujuk semula kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.\n\n\n\u201cKes itu masih dalam siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah. Namun saya tidak boleh dedahkan jumlah individu yang sudah diambil keterangan setakat ini kerana ia masih dalam siasatan,\u201d katanya.\n\n\nMemetik Berita Harian, jumlah individu yang telah diambil keterangan tidak boleh diberitahu kerana masih dalam siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Halang hak rakyat, sekat peruntukan pembangkang, jawablah di akhirat kelak\u2019\n\n\n\n\n\n\nUMNO wajar jelaskan dasar parti kepada ahli \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nHalang Lynas hasilkan lagi sisa radioaktif tidak jejaskan pelabur\n\n\n\n\n\n\nSPRM buka kertas siasatan isu dana RM600 bilion\n\n\n\n\n\n\nKuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya akan diasingkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada masa sama, beliau berkata, orang ramai dan mana-mana pihak diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan yang sedang berjalan.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti semula siasatan berhubung salah laku dan penyelewengan wang zakat MAINS susulan pendedahan dalam satu grup telegram.\n\n\nMAINS kemudiannya dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka komited memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuka semula kertas siasatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/20/khairy-nasihat-pencarum-kwsp-simpan-untuk-hari-tua-tidak-perlu-pengeluaran-lagi/", "title": "Khairy nasihat pencarum KWSP simpan untuk hari tua, tidak perlu pengeluaran lagi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nBekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta rakyat berpandangan jauh sebelum membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kali kelima.\n\n\nKatanya, ramai pencarum mengambil jalan mudah mengeluarkan simpanan KWSP dan menjejaskan masa depan berikutan tidak tahu mengenai skim bantuan disediakan kerajaan.\n\n\n\u201cSejak Covid-19 dah empat kali dah, i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan pengeluaran khas dan ada yang minta sekali lagi dapat dikeluarkan cuma masalahnya simpanan untuk masa tua kita ni semakin susut, sebab kalau tidak mereka akan cari jalan yang mudah, ambil simpanan KWSP mereka, menjejaskan masa depan dan hari tua mereka,\u201d katanya.\n\n\nTambah Khairy, ada juga pencarum tidak menggunakan wang tersebut dengan sebaiknya apabila kerajaan sebelum ini memberi kebenaran pengeluaran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap MB Kedah bukan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nPKR tarik balik penggantungan keahlian Iswardy\n\n\n\n\n\n\nLetak Jawatan Enggan Terbabit Keputusan 1MDB \u2013 Ismee\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran KWSP secara terus lebih mudah berbanding cagaran\n\n\n\n\n\n\nPengambilan tembakau antara penyebab kanser meningkat\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau mengulas isu KWSP ini ketika bertugas sebagai DJ di Hot FM pagi tadi.\n\n\nJelas Khairy, terdapat inisiatif boleh diusulkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang sedang kesusahan tanpa menjejaskan masa depan mereka.\n\n\n\n\nSependapat dengan cadangan Khairy, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari yang memaklumkan terdapat pencarum KWSP yang hanya mampu berbelanja 68 sen sehari selepas bersara, susulan empat kali pengeluaran khas dana itu sejak tahun 2020.\n\n\nAmirudin menegaskan, desakan berhubung pengeluaran wang KWSP tidak boleh sekadar mempertimbangkan kesan jangka pendek, kerana ia memberi kesan besar kepada negara terutama dalam persediaan berdepan situasi Malaysia menjadi negara menua menjelang 2030.\n\n\n\u201cSatu kajian yang dibentangkan kepada kami ketika pemukiman baru-baru ini, selepas pengeluaran dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang membantu rakyat tapi perbelanjaannya tidak diagihkan dengan tepat.\n\n\n\u201cAkhirnya, hari ini ada sebahagian pencarum hanya mempunyai sejumlah 68 sen sehari kalau umur pencarum itu mencecah 75 hingga 78 tahun,\u201d katanya dalam perbahasan di Parlimen pagi tadi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/20/pembantu-ahli-parlimen-langgar-kod-etika-pakaian-diarah-keluar/", "title": "Pembantu Ahli Parlimen langgar kod etika pakaian diarah keluar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nPembantu kepada Ahli Parlimen Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen diarah keluar kerana tidak mematuhi kod etika pakaian yang ditetapkan ketika berada dalam kawasan Parlimen.\n\n\nWanita berkenaan ditegur kerana memakai skirt pendek terbelah sehingga menampakkan bahagian paha kirinya.\n\n\nMemetik Berita Harian, beliau ditegur seorang lelaki yang merupakan Ketua Keselamatan Parlimen dengan meminta wanita itu keluar dari bangunan Parlimen kerana mengenakan pakaian tidak sepatutnya.\n\n\nWanita itu juga diberi pilihan jika mahu kekal berada dalam bangunan Parlimen dengan menukar skirt dipakainya kerana\n skirt yang dipakainya bertentangan dengan protokol ditetapkan Parlimen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak adil sekat perhimpunan orang Melayu \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Mahkamah, Tetapi Menteri, Ahli Politik & Penguatkuasa \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nTun M sudah buat yang terbaik, usah ganggu lagi \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nAgong, Putera Mahkota Abu Dhabi berkenan lawat LIMA\u201923\n\n\n\n\n\n\nAkta dana politik, had tempoh jawatan PM akan dilaksana secepat mungkin\n\n\n\n\n\n\n\n\nArahan itu juga diberikan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul untuk memantau pakaian di Parlimen supaya semua mengikut peraturan.\n\n\nBeliau juga berkata, pengamal media juga diminta mengikut pakaian bersesuaian dengan peraturan seperti tidak memakai kasut sukan.\n\n\nMengikut garis panduan Kod Etika Berpakaian Parlimen Malaysia, pegawai wanita perlu memakai gabungan \u20182 pieces\u2019 atau \u20183 pieces\u2019 suit yang terdiri daripada kot, kemeja, skirt bawah paras lutut atau skirt labuh mahupun berseluar panjang.\n\n\nPanduan sama turut menetapkan sut perlu dipakai dengan kemeja lengan panjang Yang dibutangkan manakala pilihan warna sut skirt atau seluar panjang digalakkan berwarna hitam atau gelap.\n\n\nSelain itu, garis panduan berkenaan juga membenarkan pemakaian pakaian kebangsaan atau tradisional seperti baju kurung atau kebaya, sut punjabi, cheongsam dan sari.\n\n\nDifahamkan juga ini merupakan kali pertama wanita berkenaan hadir ke Parlimen."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/20/perarakan-pemuda-pas-beri-gambaran-tak-baik-kepada-islam/", "title": "Perarakan Pemuda PAS beri gambaran tak baik kepada Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perarakan membawa replika senjata dan menggunakan simbol agama adalah tidak wajar kerana ia akan memberi gambaran yang tidak baik kepada agama Islam.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na\u2019im Mokhtar berkata, perarakan membawa kaedah sedemikian mampu menimbulkan pelbagai persepsi dan kegelisahan masyarakat.\n\n\nMenurut Na\u2019im, penganjur sepatutnya menonjolkan nilai-nilai Islam yang bersifat damai serta mengajak kepada perpaduan dan kesejahteraan.\n\n\nKatanya, semua pihak perlu memainkan peranan untuk menyeru kepada keamanan dan keharmonian serta tindakan yang boleh mengundang kegelisahan awam perlulah dielakkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuafakat Didukung, Tidak Halang Saingan Secara Demokratik \u2013 Annuar\n\n\n\n\n\n\nFasa 2 SUKE dibuka tengah malam ini\n\n\n\n\n\n\nCalon BN akan guna logo dacing pada PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\n100 Jemaah Umrah Malaysia Dikuarantin Di Makkah\n\n\n\n\n\n\nSanusi nafi kata pinda Perlembagaan, sebaliknya minta naikkan nilai pajakan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas beliau, pihaknya berpendapat perkara ini perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut serta tindakan yang perlu dikenakan terhadap penganjur yang telah menyalahi peraturan keselamatan negara.\n\n\nSebelum ini, tular di media sosial gambar sekumpulan lelaki dipercayai ahli Pas berarak menggunakan pedang, lembing dan perisai.\n\n\nPenganjur Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit 2023) berkata, peserta perbarisan itu hanya memakai pakaian seragam perang era zaman sahabat dan bagi memenuhi tema perarakan mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/20/saifuddin-beri-amaran-jangan-cetuskan-elemen-memanaskan-keadaan/", "title": "Saifuddin beri amaran, jangan cetuskan elemen \u2018memanaskan\u2019 keadaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memandang serius perarakan replika bersenjata tajam yang dianjurkan Pemuda PAS di Setiu, Terengganu pada 17 Februari lalu.\n\n\nMenerusi kenyataanya yang dikeluarkan hari ini, beliau berkata, umum mengetahui bahawa negara sedang berhadapan dengan cabaran suasana politik 3R (kaum, agama dan raja) yang masih belum reda sejak pilihan raya umum ke-15 lalu.\u00a0\u00a0\n\n\nTambahnya, perarakan replika bersenjata yang tular di media sosial menimbulkan kegusaran awam kepada masyarakat apatah lagi yang membawa tema peperangan.\n\n\nJusteru, beliau menuntut semua pihak agar menjadi lebih sensitif dan bertanggungjawab terhadap sebarang elemen yang boleh mencetuskan ketidakharmonian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekalan gula berkurang, KPDN digesa ambil tindakan\n\n\n\n\n\n\nTiada Perbincangan Mengenai Kumpulan Sokong Ismail Sabri Dalam Pemilihan UMNO\n\n\n\n\n\n\n3,214 Hektar Tanah Rizab Melayu Perak Dimiliki Bukan Melayu\n\n\n\n\n\n\nPSI sudah lalui semua pertimbangan teknikal \u2013 KM P.Pinang\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor Tarik Balik Darjah Kebesaran OC Pahang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, Saifuddin memberi amaran agar menghentikan apa jua perbuatan yang berpotensi menimbulkan huru hara kepada rakyat dan negara.\n\n\nKatanya lagi, tindakan tegas akan diambil kepada sebarang elemen yang mengancam ketenteraman, keharmonian dan keselamatan rakyat.\n\n\nBeliau turut sependapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na\u2019im Mokhtar yang menyifatkan perarakan membawa replika senjata dan menggunakan simbol agama adalah tidak wajar kerana ia akan memberi gambaran yang tidak baik kepada agama Islam.\n\n\nSebelum ini, tular video memaparkan perarakan Himpunan Pemuda Islam Terengganu \n(Himpit 2023)\n yang mengenakan pakaian ala pahlawan sambil membawa senjata seperti pedang, lembing dan perisai.\n\n\nProgram HIMPIT adalah aktiviti diadakan setiap tahun sejak tahun 1991 dan HIMPIT kali ini dirasmikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/20/smart-jalankan-misi-kemanusiaan-selain-operasi-sar-mangsa-gempa-bumi-turkiye/", "title": "SMART jalankan misi kemanusiaan, selain operasi SAR mangsa gempa bumi Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nPasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) belum menemukan mangsa terbaharu dalam 18 operasi mencari dan menyelamat (SAR), malah jumlah kekal 52 mangsa ditemui iaitu 5 masih hidup dan 47 lagi terkorban setakat jam 8 pagi tadi.\n\n\nMisi menyelamat itu turut disertai oleh Pasukan MAS01 dan MAS10 dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang kini menjalankan misi kemanusian selain operasi SAR di Gaziantep, Turkiye.\u00a0\n\n\n\n\nMenerusi kenyataan rasmi JBPM, pasukan penyelamat melakukan bantuan pemasangan khemah di penempatan sementara mangsa gempa bumi selain mengangkat barang-barang makanan untuk dimasak serta kerja-kerja kemanusiaan lain yang diperlukan oleh pihak Turkey Disaster and Management Authority (AFAD).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Selangor Baharu\u2019 tawaran PN kepada rakyat Selangor\n\n\n\n\n\n\nUMNO Terengganu lancar Gelombang Biru 2.0\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi sindir pelantikan Anwar, PH menang \u2018dalam masa kecederaan\u2019\n\n\n\n\n\n\nPemandu tersepit, tong gas bertaburan atas jalan di Jempol\n\n\n\n\n\n\nTujuh kertas siasatan berunsur hina agama, kaum, institusi diraja dibuka\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKesemua pegawai yang ditempatkan di Base Camp, Nurdagi Stadium, Baspinar, Halide Edip Adivar Cd. 27840 mula melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan bagi persediaan \u2018exit plan\u2019.\u00a0\n\n\n\u201cPasukan MAS10 dijangka mula bergerak ke Istanbul pada hari esok dan Pasukan MAS01 sedang bersiap sedia di Base Camp,\u201d kata JBPM menerusi kenyataan rasmi.\n\n\nCuaca semasa juga berada dalam keadaan baik dan cerah dengan suhu 14 darjah Celsius malah k\nesemua 36 pegawai JBPM berada dalam keadaan sihat dan baik sehingga hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/20/tengku-zafrul-sahkan-sudah-dihubungi-sprm/", "title": "Tengku Zafrul sahkan sudah dihubungi SPRM", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan, beliau sudah dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan yang dijalankan oleh agensi itu.\n\n\nMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, beliau akan bertemu dengan pegawai SPRM dalam masa terdekat.\n\n\n\u201cSaya mengesahkan dipanggil SPRM dan akan bertemu SPRM dalam masa terdekat. Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak SPRM,\u201d katanya.\n\n\nMemetik Berita Harian, Tengku Zafrul bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan adakah siasatan yang dijalankan itu ada kaitan dengan projek Jana Wibawa atau tidak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPPV Dibuka Semula, 9,000 Dos Penggalak AZ Diberi Setiap Hari\n\n\n\n\n\n\nBelum Ada Keperluan ADUN PN Sertai EXCO Melaka\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Inggeris, Adibah Noor Pelopor Penggunaan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nPolis tunggu laporan perubatan budak dipercayai mangsa dera\n\n\n\n\n\n\nTiada anak Melayu layak teraju Axiata? \u2013 PERKASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, media melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki akan memanggil bekas Menteri Kewangan itu berhubung bantuan rangsangan Covid-19, Jana Wibawa.\n\n\nPada masa sama, Azam Baki mengesahkan telah memanggil dan merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kes terbabit pada 18 Februari lalu.\n\n\nSiasatan berhubung kes terbabit dijalankan mengikuti Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/20/usul-penubuhan-jabatan-kanak-kanak-kali-kedua-jumaat-ini/", "title": "Usul penubuhan Jabatan Kanak-Kanak kali kedua Jumaat ini", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Isnin \u2013 \nCadangan untuk mengemukakan usul penubuhan Jabatan Kanak-Kanak akan dilakukan sekali lagi bagi menangani isu kanak-kanak termasuk jenayah terhadap mereka sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat ini.\u00a0\n\n\nMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementerian itu pernah mengemukakan secara prinsip dan bukan secara rasmi namun perkara tersebut ditolak kerana melibatkan jumlah peruntukan yang besar.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\n\u201cTetapi, pada Jumaat ini, saya sekali lagi akan kemukakan cadangan dalam mesyuarat Kabinet dengan izin Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), kita akan terus mendesak bagi mewujudkan jabatan ini,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Persiaran Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur hari ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanda setuju serah 41 rangka keturunan Penang Woman\n\n\n\n\n\n\nLelaki Dituduh Bunuh Ibu Yang Badannya Dikerat 15\n\n\n\n\n\n\nGERRYMANDERING : Hasrat DAP Pecahkan Kawasan Dominasi Pengundi Melayu Bakal Tercapai?\n\n\n\n\n\n\nKebakaran Jakel: Bomba fokus unsur sabotaj, sisa bara api\n\n\n\n\n\n\nTommy Thomas dakwa Najib selepas terima kertas siasatan lengkap, tiada niat jahat\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Nancy, sepanjang lawatan kerja itu, beliau mendapati peralatan yang digunakan oleh pegawai-pegawai di CIC seperti komputer perlu ditambah baik bagi memastikan proses pengambilan maklumat berjalan dengan lancar.\u00a0\n\n\n\n\nSelain itu, beliau turut menjelaskan penambahan bilangan kakitangan amat diperlukan untuk menangani kes-kes jenayah di bawah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11).\u00a0\n\n\n\u201cKita dapati D11 sendiri memerlukan peralatan komputer terkini dengan data tinggi bagi kes-kes pornografi selain bertukar maklumat menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa luar.\n\n\n\u201cSelain itu, perbincangan keseluruhan lebih kepada isu kanak-kanak. Pihak kementerian akan sentiasa menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak polis terutama isu-isu jenayah membabitkan kanak-kanak dan wanita,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Nancy diberikan taklimat berkaitan dengan fungsi serta operasi Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.\u00a0\n\n\nPada 5 Januari lalu, KPWKM dalam usaha untuk mewujudkan jabatan khas bagi melindungi kanak-kanak termasuk isu yang melibatkan penderaan dan pengabaian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/3-terbunuh-213-cedera-dalam-gempa-bumi-terbaharu-di-turkiye/", "title": "3 terbunuh, 213 cedera dalam gempa bumi terbaharu di Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan 213 lagi di rawat di hospital selepas dua gempa bumi baharu menggegarkan selatan Turkiye pada malam Isnin.\n\n\nMenteri Dalam Negeri Suleyman Soylu berkata, pasukan penyelamat kini berada di tiga lokasi bagi menyelamatkan enam mangsa yang terperangkap.\n\n\n\u201cGempa bumi\u00a0masing-masing berukuran 6.4 dan 5.8 pada skala Richter berlaku hanya dua minggu selepas dua gempa kuat\u00a0menggegarkan wilayah yang sama pada 6 Februari\u00a0yang mengorbankan lebih 41,000 orang,\u201d kepada pemberita di Hatay, lapor Xinhua\n\n\nGempa bumi pertama melanda daerah Defne di wilayah Hatay pada kira-kira 8.40 malam waktu tempatan dan gempa kedua berlaku tiga minit kemudian\u00a0dengan pusat gempa di daerah Samandag di Hatay, menurut Pihak Pengurusan Bencana\u00a0dan Kecemasan (AFAD).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n10.3 juta solat di Masjid Nabawi pada 10 hari pertama Ramadan\n\n\n\n\n\n\nHampir tiga juta jemaah berwukuf hari ini\n\n\n\n\n\n\n30 rakyat Malaysia selamat keluar dari Pelabuhan Sudan\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: 48 suspek ditahan curi, tipu mangsa\n\n\n\n\n\n\nMekah Dari Tandus Kini Menghijau\n\n\n\n\n\n\n\n\nDatuk Bandar wilayah Hatay, Lutfi Savas memberitahu penyiar NTV tempatan bahawa gempa bumi terbaharu meruntuhkan beberapa bangunan\u00a0dan beberapa orang terperangkap di bawah runtuhan.\n\n\n\u201cCuaca sejuk. Ada penduduk pulang ke\u00a0rumah mereka yang masih kukuh. Ada\u00a0yang balik ke rumah untuk\u00a0mengambil barangan mereka,\u201d kata Savas.\n\n\nGegaran itu turut dirasai di Syria, Jordan, Israel, Lubnan dan Mesir, lapor media tempatan.\n\n\nPada Isnin, AFAD berkata, lebih 6,000 gegaran susulan direkodkan sejak 6 Februari.\n\n\nGempa bumi terbaharu melanda Hatay beberapa jam selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan melawat wilayah itu.\n\n\nErdogan yang meninjau misi mencari dan menyelamat di wilayah selatan Hatay dan Kahramanmaras berikrar akan memulihkan kembali wilayah berkenaan.\n\n\nKerajaan akan memulakan pembinaan 45,067 rumah di Kahramanmaras pada Mac dengan matlamat membina 200,000 rumah secara keseluruhan di 10 wilayah pada bulan yang sama. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/dua-lagi-didakwa-di-johor-bahru-shah-alam-berkait-dana-jana-wibawa-esok/", "title": "Dua lagi didakwa di Johor Bahru, Shah Alam berkait dana Jana Wibawa esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Dua lagi individu akan dihadapkan ke mahkamah berhubung penyelewengan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) pagi esok.\n\n\nSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, kedua-dua individu terbabit yang juga ahli perniagaan akan didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Johor Bahru, Johor.\n\n\nSuruhanjaya itu memberitahu, prosiding pertuduhan terhadap dua individu terbabit dijangka bermula jam 9 pagi esok.\n\n\nDifahamkan, individu yang didakwa di Shah Alam akan berdepan sekurang-kurangnya sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor yang memperoleh kerja-kerja pembinaan di bawah program Jana Wibawa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri belanja RM 62 juta penjenamaan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nTukar KM Melaka : \u201cTunggu keputusan rasmi\u201d \u2013 Datuk Rauf\n\n\n\n\n\n\nTunku Abdul Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nPH-BN mampu Tawan Kedah, Terengganu jika strategi betul\n\n\n\n\n\n\nProjek Sungai: Polis sahkan terima laporan dakwaan pembabitan MB Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nIndividu itu juga dikatakan meminta suapan 10 peratus membabitkan RM10 juta daripada nilai dua projek binaan yang diperoleh menerusi dua syarikat.\n\n\nHari ini, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta tahun lalu.\n\n\nSementara, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad juga didakwa di mahkamah sama atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500,000 berkaitan Jana Wibawa.\n\n\nBagaimanapun, Wan Saiful, 48, yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor dan Adam Radlan, 42, juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadap mereka masing-masing di hadapan Hakim, Azura Alwi dan Suzana Hussain.\n\n\nSemalam, dalam jawapan bertulis di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beberapa senarai Surat Setuju Terima (SST) yang dikeluarkan menerusi projek di bawah Jana Wibawa membabitkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.\n\n\nAzalina dipetik sebagai berkata, sebanyak 56 projek mendapat surat terbabit sementera keseluruhan projek itu bernilai RM6.3 billion.\n\n\nProgram Jana Wibawa diperkenalkan ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan objektif mempercepatkan pelaksanaan projek dan meningkatkan ekonomi negara semasa pandemik Covid-19. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/harga-ayam-telur-dijangka-diapungkan-selepas-jun-mat-sabu/", "title": "Harga ayam, telur dijangka diapungkan selepas Jun \u2013 Mat Sabu", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini dalam usaha kerajaan memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi.\n\n\nMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, harga ayam dan telur diapungkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat menilai serta mengawal harga barangan itu sama ada naik atau turun berbanding harga siling runcit semasa.\n\n\n\u201cKita yakin Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan mencukupkan permintaan ayam dan telur (melalui pengapungan harga) dan sekarang pun sudah mencukupi cuma lima atau enam bulan lagi ia akan lebih cukup jika tidak berlaku perkara baharu yang tidak diingini (seperti bencana),\u201d katanya ketika ditemu bual di pejabatnya di Kuala Lumpur.\n\n\nJanuari lalu, Mohamad dilapor berkata, MAFS sedang mengkaji keperluan mengapungkan harga telur di pasaran dan memberi subsidi bersasar kepada golongan B40 dan perkara itu membabitkan perbincangan dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi serta KPDN.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPusat Pengambilan Vaksin (PPV) Dibuka Esok\n\n\n\n\n\n\nKerajaan cadang wujudkan Kad Siswa Rahmah\n\n\n\n\n\n\nJangan Biar Aset Negara Digadai, Dirampas Pihak Luar \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nDAP Patut Jaga Sensitiviti Hak Istimewa Melayu Bumiputera\n\n\n\n\n\n\n\u2018Kabinet\u2019 PN permulaan reformasi blok pembangkang \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga siling runcit semasa bagi ayam standard adalah RM9.40 sekilogram manakala harga siling runcit telur bagi Gred A pada 45 sen sebiji, Gred B (43 sen sebiji) dan Gred C (41 sen sebiji), masing-masing di Semenanjung sementara Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, harga maksimum kedua-dua makanan itu adalah berbeza mengikut zon dan daerah.\n\n\nMengulas tentang jagung bijian iaitu makanan kepada ternakan ayam yang hampir 100 peratus diimport khas dari Argentina dan Brazil sehingga memberi kesan kepada harga ayam serta telur, Mohamad berkata, kerajaan sedang menggalakkan penanaman bahan itu di Malaysia pada tahun ini bagi menangani isu kenaikan harga makanan.\n\n\n\u201cDalam beberapa bulan lagi (tanaman jagung bijian) dah boleh memulakan hasil dan sudah ada syarikat mahu melaksanakan (pembelian jagung bijian) seperti (model tanaman) Padiberas Nasional Berhad (Bernas),\u201d katanya dan menambah kajian mengenai penanaman jagung bijian sedang giat dilaksanakan di Perlis.\n\n\nDalam pada itu, mengulas mengenai Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini, Mohamad berharap supaya jumlah peruntukan kepada MAFS tidak dikurangkan.\n\n\nBeliau turut menjangkakan belanjawan yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bakal berbentuk sederhana dengan berlandaskan konsep Malaysia Madani.\n\n\n\u201cBelanjawan 2023 lebih kepada kaedah untuk berjimat cermat namun (manfaat untuk) golongan B40 tidak akan dipotong, MAFS harap (peruntukan) sekiranya tidak ditambah, tetapi sekurang-kurangnya jangan ada potongan,\u201d katanya.\n\n\nKerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, mengumumkan Belanjawan 2023 dengan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion secara keseluruhan dan daripada jumlah itu, RM5.32 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/ismail-sabri-sokong-pengeluaran-kwsp-bersasar/", "title": "Ismail Sabri sokong pengeluaran KWSP bersasar", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan agar kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu berkata, kajian terperinci perlu dilaksanakan agar mereka yang layak sahaja dibenarkan mengeluarkan simpanan KWSP, dengan syarat-syarat ditetapkan oleh kerajaan.\n\n\nBeliau berpandangan, walaupun KWSP adalah simpanan hari tua tetapi tiada guna jika rakyat tidak dapat meneruskan kehidupan hari ini kerana dibelenggu hutang.\n\n\n\u201cKita semua sedar KWSP adalah simpanan hari tua tetapi apakah maknanya memasuki hari tua dalam keadaan muflis, sebagai contoh.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Hamas, UAE ucap tahniah kepada Anwar\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Teliti Semula Import Ayam Luar\n\n\n\n\n\n\nBekalan gula berkurang, KPDN digesa ambil tindakan\n\n\n\n\n\n\nKhairy akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO\n\n\n\n\n\n\nF-22 \u201cRaptor\u201d tembak jatuh sekali lagi objek misteri selepas belon pengintip China\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKeperluan mendesak adalah hari ini bukan sampai kepada tempoh hari tua.\n\n\n\u201cOleh itu, Saya, Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) dan Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) meminta kerajaan mempertimbangkan, kita tak desak atau paksa tetapi mempertimbangkan permohonan golongan yang memerlukan ini untuk mengeluarkan simpanan KWSP.\n\n\n\u201cPengeluaran bersasar, jika dibenarkan syarat ditentukan oleh kerajaan,\u201d katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Selasa.\n\n\nAhli Parlimen Bera itu berkata, beliau percaya pengeluaran tersebut hanya melibatkan jumlah kecil daripada keseluruhan aset di bawah pengurusan KWSP yang kini sudah mencecah hampir RM1 trilion.\n\n\n\u201cSebelum ini, kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara.\n\n\n\u201cYang terkesan KWSP itu sendiri kerana KWSP menggunakan pelaburan atau simpanan daripada pencarum untuk menjalankan peniagaan mereka. Dengan pengeluaran ini mungkin akan mengurangkan ruang untuk mereka berniaga,\u201d jelas Ismail Sabri.\n\n\nSemalam, Shahidan mengusulkan usul tergempar agar kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara bersasar.\n\n\nIa dikemukakan mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1), kerana menurut pandangan Shahidan kerajaan perlu menyegerakan pengeluaran KWSP secara bersasar susulan keadaan terdesak termasuk peningkatan harga barangan dan kos sara hidup."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/kaji-semula-tempoh-masa-jemaah-haji-di-tanah-suci/", "title": "Kaji semula tempoh masa jemaah haji di Tanah Suci", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bekas Perdana Menteri,\u00a0Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengkaji semula tempoh masa jemaah haji berada di Tanah Suci bagi menangani isu kos yang tinggi untuk menunaikan ibadah haji.\n\n\nBeliau berkata, jemaah haji boleh diberikan empat pilihan dengan tempoh\u00a0menunaikan ibadah haji iaitu 14 hari, 21 hari, 30 hari dan 40 hari.\n\n\n\u201cKos haji dijangka terus meningkat pada masa akan datang, yang membimbangkan kita mungkin satu hari nanti golongan B40 termasuk M40 sudah tidak mampu menunaikan haji.\n\n\n\u201cRukun haji boleh dibuat dalam empat hari, kalau 14 hari masih ada masa lagi untuk ziarah Madinah, mengerjakan umrah dan sebagainya. Jika ia dapat disingkatkan saya percaya ramai yang mampu untuk mengerjakan haji kerana kos mengerjakan haji akan bertambah kurang daripada sekarang,\u201d katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir hampir cecah 30,000 di lima negeri\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak ambil hak golongan B40\n\n\n\n\n\n\nGuru al-Quran di kampung hanya dibayar RM10 sebulan\n\n\n\n\n\n\nKJ sah dilantik menjadi Ahli Lembaga JDT\n\n\n\n\n\n\nBeri Rakyat Lahir Selepas Merdeka Status Bumiputera \u2013 Kor Ming\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Bera itu berkata,\u00a0langkah berkenaan juga memudahkan lebih ramai umat Islam di negara ini menunaikan ibadah tersebut kerana tempoh masa menunaikan haji bergantung kepada pilihan jemaah sendiri, mengikut kesesuaian pekerjaan mereka.\n\n\nIsmail Sabri berkata, TH\u00a0telah menganggarkan peningkatan kos haji daripada RM25,540 pada 2022 kepada RM31,870 pada tahun ini.\n\n\nBeliau berkata, dengan mengandaikan pengekalan aturan bayaran haji 2022 untuk tahun ini iaitu RM10,980 bagi kumpulan B40 dan RM12,980 bagi kumpulan M40, tanggungan TH bakal meningkat masing-masing kepada RM20,890 dan RM18,720.\n\n\nSelain itu, beliau memohon kerajaan supaya mengkaji dan menggubal semula Akta Tabung Haji 1995\u00a0untuk penambahbaikan termasuk berhubung ketiadaan peruntukan untuk patuh syariah dan tadbir urus baik yang diwartakan dalam akta sedia ada.\n\n\n\u201cPenambahbaikan perlu dari segi tadbir urus, pemantauan dan kawal selia bagi memastikan dana sebanyak RM88 bilion dapat diuruskan dengan lebih sempurna,\u201d kata beliau.\n\n\nIsmail Sabri turut\u00a0memohon kerajaan agar mempertimbangkan permohonan golongan yang memerlukan bagi pengeluaran bersasar simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).\n\n\nMenurut beliau kajian terperinci perlu dilaksanakan supaya mereka yang layak sahaja dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan KWSP dengan syarat-syarat yang ditetapkan.\n\n\nSementara itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga harus mempertimbangkan harga lantai getah beku dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50 sekilogram seterusnya mampu mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung kira-kira 320,000 pekebun kecil getah di seluruh negara disebabkan kenaikan kos sara hidup. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/keganasan-rumah-tangga-dominasi-kes-jenayah-wanita-dan-kanak-kanak/", "title": "Keganasan rumah tangga dominasi kes jenayah wanita dan kanak-kanak", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, \nmasyarakat perlu serius\u00a0 dan peka dengan kes-kes jenayah yang\u00a0 membabitkan wanita serta kanak-kanak.\n\n\nIni berikutan sebanyak 52,040 kes membabitkan isu kanak-kanak dan wanita direkodkan sejak\u00a0 sejak tahun 2018 hingga tahun lalu termasuk kes pornografi.\n\n\nWalaupun tidak membimbangkan, terdapat kes di negara ini yang memaksa PDRM mendapatkan bantuan maklumat daripada pihak berkuasa di luar negara.\n\n\n\u201cBerdasarkan statistik yang kita peroleh, angka itu tidak membimbangkan namun kalau kita tidak menyekat perkara ini, ia akan menjadi penyakit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM kekal pendirian tidak iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nMenu Rahmah di IPT bermula selepas Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\nBN GABUNG PH, DONG ZONG TERUS BERANI DESAK IKTIRAF UEC\n\n\n\n\n\n\nPerlis tidak sambung lesen judi tahun depan\n\n\n\n\n\n\nAnwar tetap bentang usul undi percaya, buktikan keabsahan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita juga dapat maklumat-maklumat dan bantuan daripada kita sentiasa menerima maklumat daripada agensi luar antaranya Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Royal Thai Police berkaitan kes-kes pornografi di negara ini selain membabitkan rakyat Malaysia di luar negara,\u201d katanya.\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media selepas \nlawatan kerja Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Persiaran Sultan Salahuddin di ibu negara semalam.\n\n\nCIC diwujudkan sejak tahun 2002 sebagai pusat di bawah kendalian Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak PDRM bagi mengambil keterangan kanak-kanak yang menjadi mangsa kes jenayah seperti rogol dan penderaan.\n\n\nAbd Jalil turut memaklumkan, daripada keseluruhan 52,040 kes itu, kes keganasan rumah tangga mendominasi kes membabitkan golongan wanita itu sejumlah 30,346.\n\n\nIa diikuti kes rogol (6,946)\u00a0 dan\u00a0 kes kanak-kanak hilang (4,896) kes.\n\n\nTambah beliau, dalam tempoh berkenaan juga sebanyak 4,962 kes amang seksual direkodkan, penderaan kanak-kanak (2,933 kes), sumbang mahram (1,334 kes), rogol berkumpulan (365 kes) dan kanak-kanak maut akibat didera iaitu sebanyak 258 kes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/kkm-sasar-bentang-semula-rang-undang-uundang-kawalan-produk-tembakau-dalam-masa-terdekat/", "title": "KKM sasar bentang semula Rang Undang-Uundang Kawalan Produk Tembakau dalam masa terdekat", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk\u00a0membentangkan semula Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam masa terdekat supaya penguatkuasaannya dapat dimulakan tahun\u00a0depan.\n\n\nMenerusi jawapan disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini, KKM memaklumkan telah membuat penelitian semula dan akan meneruskan pembentangan rang undang-undang berkenaan dengan pindaan yang dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas melalui Penyata yang disiarkan pada 5 Oktober tahun lepas.\n\n\nIa bagi menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) yang bertanyakan mengenai garis masa kementerian untuk menggubal Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.\n\n\nRang undang-undang itu telah digubal dengan bacaan kali pertama serta kedua dibuat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Sidang Dewan Rakyat ke-14 pada Ogos 2022.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nOrang asli kesal, mohon maaf kepada Sultan Johor\n\n\n\n\n\n\nSebutan semula kes Muhyiddin 4 Ogos ini\n\n\n\n\n\n\nAGENDA NASIONAL BANTU KELUARGA MALAYSIA HADAPI FASA ENDEMIK\n\n\n\n\n\n\nTiada pengeluaran KWSP demi kebaikan negara \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nEmpat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, rang undang-undang berkenaan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Menimbang Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk penelitian lanjut.\n\n\nMenurut KKM pembentangan rang undang-undang itu tertangguh akibat pembubaran Parlimen pada 10 Oktober\u00a02022. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/lima-adun-keluar-umno-sertai-gagasan-rakyat/", "title": "Lima ADUN keluar UMNO sertai Gagasan Rakyat", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO-Barisan Nasional (BN) keluar daripada parti dan mengambil keputusan untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).\n\n\nTurut mengambil keputusan sama menyertai Gagasan Rakyat ialah tiga ADUN yang keluar daripada Parti Warisan (Warisan) pada 6 Februari lalu.\n\n\nPerkara itu diumumkan oleh ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob yang mengetuai sidang akhbar yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.\n\n\nMenurut beliau, kesemua ADUN berkenaan termasuk Datuk James Ratib (Sugut; Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Hamid Awang (Balung) daripada UMNO-BN manakala tiga lagi bekas ADUN Warisan ialah Mohammad Mohamarin (Banggi); Azlinah Ariff (Kunak) dan Ben Chong Chen Bin (Tanjung Kapor).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDong Zong mula tunjuk belang, Wira Putra tolak pengiktirafan sijil UEC\n\n\n\n\n\n\nBekas setiausaha politik didakwa terima suapan lebih RM400,000\n\n\n\n\n\n\ni-Biaya ganti Skim Rumah Pertamaku\n\n\n\n\n\n\nProduk babi gagal dibawa masuk dari luar negara\n\n\n\n\n\n\nTerengganu akan jadi Kelantan kedua jika undi PAS \u2013 Ahmad Said\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, beliau bersama rakan ADUN berkenaan telah memikirkan semasak-masaknya mengenai hala tuju politik di Sabah.\n\n\n\u201cKami ADUN dan pemimpin pelbagai peringkat serta daripada pelbagai latar belakang pada hari ini mengisytiharkan membuat keputusan memberi sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan kerajaan yang beliau terajui.\n\n\n\u201cMemberi sokongan sebulat suara kepada Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).\n\n\n\u201cBerpaksikan Perlembagaan Malaysia Perkara 10, Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan maka kami juga secara beramai-ramai yang berada di dalam dewan ini dan ramai lagi pengikut dan penyokong-penyokong yang berada di luar sana mengisytiharkan menyokong Kerajaan GRS dan menyertai Gagasan Rakyat,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/pandora-papers-siasat-semua-termasuk-bekas-perdana-menteri/", "title": "Pandora Papers: Siasat semua termasuk bekas Perdana Menteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan memberi jaminan bahawa siasatan yang cukup rapi akan dilakukan ke atas semua individu tanpa mengira \u2018puak\u2019 yang disyaki terlibat dalam isu Pandora Papers.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengarahkan badan-badan siasatan yang terlibat, selain meminta semua Ahli Parlimen agar bersikap tegas dengan sebarang isu penyalahgunaan kuasa.\n\n\nTegas beliau, siasatan dijalankan berdasarkan bukti dan fakta tetapi sekiranya wujud penyalahgunaan kuasa atau motif politik, mana-mana pihak boleh mencabarnya.\n\n\n\u201cTetapi kalau wang ratusan bilion atau ratusan juta ringgit dikeluarkan dan dibiarkan serta dilindungi kerana menyokong (mana-mana individu), itu membawa porak peranda dan malapetaka kepada negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nARAK \u2018TIMAH\u2019: KABINET DENGAR CAKAP SIAPA?\n\n\n\n\n\n\nTidak Hadir Mesyuarat, Tengku Zafrul Nafi Tengok Piala Dunia\n\n\n\n\n\n\nAda rakyat Malaysia jadi tali barut, dalang tuntutan Kumpulan Sulu\n\n\n\n\n\n\n50 Peratus Kawasan Berpenduduk Boleh Capai Liputan 5G\n\n\n\n\n\n\nSivaraj letak jawatan, isytihar keluar MIC\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTindakan yang diambil oleh badan-badan ini (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, termasuk mengambil kira beberapa langkah yang lebih canggih seperti bitcoin untuk mengelakkan daripada transaksi wang tunai.\n\n\n\u201cSelain itu, beberapa langkah lain seperti digital \ncurrency\n yang memerlukan kecanggihan di pihak PDRM dan BNM umpamanya dan mempertingkatkan usaha program keselamatan sekuriti,\u201d katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.\n\n\nBeliau menjawab soalan Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) minta Perdana Menteri menyatakan pendirian kerajaan mengenai isu Pandora Papers yang telah timbul semula pada minggu lepas serta sejauh mana siasatan dan tindakan susulan oleh SPRM, BNM dan PDRM dilaksanakan.\n\n\nMenjawab lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dianggarkan hampir 3,000 nama disebut di dalam Pandora Papers dan siasatan ketika ini antaranya terarah kepada tokoh-tokoh politik besar.\n\n\n\u201cSeperti yang saya sebut bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan, yang sebenarnya dipercayai menyalahgunakan kuasa mereka dan memunggah kekayaan semasa mereka mempunyai kuasa. Maka, itulah Pandora Papers.\n\n\n\u201cTidak banyak negara yang mempunyai tekad politik yang mengarahkan siasatan rapi tetapi Alhamdulillah Malaysia antara negara yang telah beri arahan yang cukup jelas supaya menghentikan amalan budaya memunggah dan merompak wang negara,\u201d ujarnya lagi.\n\n\nMengenai usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, akan memastikan prosedur pemberian tender dijalankan secara telus di semua peringkat kementerian.\n\n\nTambahnya lagi, amalan menyeleweng wang atas alasan membantu syarikat bumiputera juga perlu dihentikan.\n\n\n\u201cSaya nak jelaskan bahawa ada dasar untuk membantu bumiputera, boleh adakan tender terhad dalam kalangan syarikat bumiputera itu tidak menghalang.\n\n\n\u201cTetapi tidak boleh digunakan alasan membantu bumiputera untuk meminta syarikat-syarikat itu memberi wang kepada peribadi atau parti seperti amalan yang telah berlaku sebelum ini.\n\n\n\u201cSaya beri jaminan kepada Parit Sulong amalan ini akan dihentikan bukan sahaja di Kementerian Kewangan tetapi kementerian-kementerian lain yang telah diputuskan oleh Jemaah Menteri,\u201d katanya.\n\n\nPandora Papers ialah dokumen yang mendedahkan kekayaan disembunyikan di luar negeri, sindiket pengecualian cukai dan aktiviti mencuci duit dalam kalangan orang kaya serta berpengaruh di dunia.\n\n\nPandora Papers antara lain menyebut, kira-kira 12 individu Malaysia termasuk empat ahli politik antara puluhan ketua negara, kerajaan dan pemerintah dari serata dunia yang didapati menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir bagi menyembunyikan aset bernilai ratusan juta dolar, sepanjang 25 tahun lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/papagomo-diperintah-bela-diri-cederakan-hina-syed-saddiq/", "title": "Papagomo diperintah bela diri cederakan, hina Syed Saddiq", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bekas Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo diperintah untuk membela diri oleh Mahkamah Majistret Kajang pada Selasa atas satu tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, empat tahun lalu.\n\n\nDia yang juga bekas penulis blog, diperintah untuk membela diri atas satu lagi pertuduhan pindaan iaitu menghina bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut.\n\n\nMajistret, Muhammad Noor Firdaus Rosli membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.\n\n\nMengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mendatangkan kecederaan terhadap Syed Saddiq pada bahagian leher dan bahu, di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian di sini pada jam 11.05 pagi, 16 Februari 2019.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPM digesa tolak tuntutan Dong Zong iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nTambang MRT2 percuma sehingga 31 Mac\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan kementerian mana urus isu kalimah Allah \u2013 Naim\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus Bajet Mini RM107 bilion\n\n\n\n\n\n\nJangan ambil kesempatan terhadap Orang Asli\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.\n\n\nBagi pertuduhan kedua, dia dakwa mengaibkan kehormatan dengan menyebut perkataan \u2018kau bodoh\u2019 terhadap mangsa sama di lokasi dan tarikh serupa.\n\n\nDia dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.\n\n\nBagaimanapun, semasa prosiding, Muhammad Noor Firdaus meminda pertuduhan daripada mengaibkan kehormatan kepada menghina."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/pdrm-perlu-tambah-pusat-cic-di-sabah-dan-sarawak/", "title": "PDRM perlu tambah Pusat CIC di Sabah dan Sarawak", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPolis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan tambahan Pusat Temu Duga Kanak-Kanak (CIC) khususnya di kawasan Sabah dan Sarawak supaya kes-kes yang melibatkan jenayah golongan tersebut dapat diatasi.\u00a0\n\n\nPengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, sehingga hari ini pihak polis mempunyai sebanyak 14 buah pusat CIC di seluruh negara.\u00a0\n\n\n\u201cDaripada bajet yang lepas, kita cuba adakan (Pusat CIC) lebih daripada satu. Contoh, di Sarawak luas kawasan demografiknya besar, kita memerlukan lebih daripada satu iaitu tiga atau empat.\n\n\n\u201cPenambahan Pusat CIC ini juga boleh mengatasi masalah dan kes-kes yang melibatkan jenayah kanak-kanak dan wanita dapat diselesaikan dengan cepat dan segera,\u201d katanya dalam sidang media selepas \nlawatan kerja Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Persiaran Sultan Salahuddin di ibu negara semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSatu PPS dibuka tempatkan mangsa ribut di Sepang\n\n\n\n\n\n\nAkhirnya Amerika Syarikat benarkan laungan azan 5 kali sehari\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir hampir cecah 30,000 di lima negeri\n\n\n\n\n\n\n4 Kes Omicron Dikesan Di Sarawak\n\n\n\n\n\n\nPertemuan UMNO Bincang Pengagihan Kerusi\n\n\n\n\n\n\n\n\nAbd Jalil turut melahirkan penghargaan atas lawatan itu sekali gus berharap pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dapat memberikan perhatian terhadap beberapa isu yang dibincangkan.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, \npusat CIC diwujudkan sejak 2002 sebagai pusat di bawah kendalian \nBahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak\n (D11) bagi mengambil keterangan kanak-kanak yang menjadi mangsa rogol dan penderaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/penerbit-mat-kilau-pertimbang-tindakan-undang-undang/", "title": "Penerbit Mat Kilau pertimbang tindakan undang-undang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Penerbit filem \nMat Kilau: Kebangkitan Pahlawan\n, Studio Kembara menimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dikenali sebagai Zul Hassan yang didakwa menipu serta membuat dakwaan palsu sehingga mencemarkan nama syarikat terbabit.\n\n\nPenerbit dan Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt Dali turut menafikan beberapa dakwaan yang dibuat Zul.\n\n\n\u201cKami dimaklumkan mengenai dakwaan individu bernama Zul Hassan, 60, menyatakan bahawa dia tidak diberi bayaran sebanyak RM150,000 oleh penerbit filem \nMat Kilau: Kebangkitan Pahlawan\n dan Studio Kembara atas peranan serta kerja-kerja dilakukannya.\n\n\n\u201cJusteru Studio Kembara berpendapat ada dakwaan palsu dan malah boleh dianggap cubaan menipu pihak Studio Kembara oleh individu terbabit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan cadang wujudkan Kad Siswa Rahmah\n\n\n\n\n\n\nPNBBC Sokong Ismail Sabri\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa Dakwa UMNO Sudah Dikuasai Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nKempen Menerusi Platform Digital Kurang Berkesan\n\n\n\n\n\n\nProsiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar dibenarkan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUnit Undang-Undang Studio Kembara sedang mempertimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap Zul Hassan kerana ada unsur penipuan dan dakwaan palsu yang mencemar nama baik Studio Kembara,\u201d katanya.\n\n\nDalam kenyataan yang dikeluarkan, Rahman turut menepis secara terperinci setiap dakwaan yang dibuat Zul antaranya mengenai bayaran tertunggak dan pemilikan tanah yang dijadikan set penggambaran.\n\n\n\u201cKami menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bayaran tertunggak yang dibuat oleh individu itu dan menyatakan semua pembekal sudah dibayar atas segala khidmat dan tugas mereka.\n\n\n\u201cDakwaan kami ada berhutang sejumlah wang kepada Zul Hassan adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.\n\n\n\u201cKami menafikan bahawa individu berkenaan adalah pemilik bagi sebuah tanah di set penggambaran filem \nMat Kilau: Kebangkitan Pahlawan\n.\n\n\n\u201cMalah, individu terbabit hanya memegang status pemilikan tanah yang dijadikan set penggambaran pada 29 Julai 2019 sedangkan seluruh penggambaran filem sudah selesai pada Februari 2019,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya, Studio Kembara juga tidak pernah membina apa-apa binaan di tanah miliknya seperti yang didakwa.\n\n\n\u201cMalah, pihak Studio Kembara tidak ada membina apa-apa binaan untuk tujuan penggambaran filem \nMat Kilau: Kebangkitan Pahlawan\n di atas tanah yang didakwa miliknya.\n\n\n\u201cDakwaan binaan dibuat atas tanahnya itu juga tidak benar kerana binaan berbentuk jeti dibuat di atas tanah rizab sungai.\n\n\n\u201cZul Hassan tidak mempunyai apa-apa asas untuk menuntut bayaran mahupun imbuhan dari kami.\n\n\n\u201cMalah, pihak subkontraktor Studio Kembara ada memberi sejumlah wang sebanyak RM3,000 kepada individu itu sebagai kos sewa jeti kerana beranggapan beliau adalah pemilik tanah terbabit yang kemudian disahkan tidak benar,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, individu bernama Zulhasnan Hassan meminta penerbit filem Mat Kilau untuk melunaskan hutang tertunggak sebanyak RM150,000 selepas menggunakan khidmatnya sebagai penyedia tapak, bekalan barang keperluan, binaan set, makanan, minuman dan penginapan.\n\n\nIndividu itu turut mendakwa dia sudah membantu syarikat produksi itu dalam urusan kebenaran dan keselamatan ketika penggambaran filem itu dibuat.\n\n\nWalaupun mendakwa kos perbelanjaan yang dikeluarkan mencecah RM150,000, namun individu terbabit sanggup mengurangkan bayaran kepada RM75,000. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/salah-guna-logo-mais-buat-laporan-polis/", "title": "Salah guna logo, MAIS buat laporan polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuat laporan polis pada Jumaat selepas mengesan terdapat pihak menyalah guna logo agensi tersebut untuk tujuan penipuan atau \nscammer\n.\n\n\nPengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan penuh berhubung perkara itu.\n\n\nMenurutnya, perkara itu dikesan apabila terdapat sebuah syarikat swasta tampil selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menggunakan kaedah tersebut.\n\n\n\u201cMAIS mahu kenal pasti syarikat mana yang salah guna logo MAIS. Apabila telah sahih, biar undang-undang tentukan hukuman sewajarnya,\u201d katanya pada Majlis Hi-Tea Rakan Media dan Rakan Strategik serta Pelancaran Kalkulator Fidyah Puasa MAIS 2023 di sebuah hotel di Shah Alam pada Selasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengedar dadah maut ditembak selepas merempuh polis\n\n\n\n\n\n\nUMNO Dalam Bahaya Jika Terus Beri Muka Pada MCA \u2013 Ridhuan Tee\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah ALLAH: Saifuddin dakwa Muhyiddin tidak hormati nasihat Majlis Raja-Raja\n\n\n\n\n\n\n13 Laluan Di Negeri Sembilan Ditutup\n\n\n\n\n\n\nFadhlina sangkal dakwaan Bee Yin\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir, Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika mengulas mengenai salah guna logo MAIS bagi projek bantuan bakul makanan yang dikesan baru-baru ini.\n\n\nPada Jumaat lepas, MAIS memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak sama ada organisasi atau individu yang mengguna pakai logo atau memalsukan dokumen pihak berkuasa agama itu dengan sewenang-wenangnya.\n\n\nIa susulan aduan daripada sebuah syarikat swasta yang melaporkan menerima pesanan pembelian (PO) dan invois yang menggunakan kepala surat rasmi berlogo MAIS bagi tujuan mendapatkan dana projek pembekalan bantuan bakul makanan. \u2013 SinarHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/saya-sayang-bella-lebih-dari-anak-lain-siti-bainun/", "title": "Saya sayang Bella lebih daripada anak lain \u2013 Siti Bainun", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa tiada keperluan beliau mengambil remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella untuk disimpan dan didera kerana wanita itu lebih menyayangi Bella berbanding anak-anak jagaannya yang lain.\n\n\nSiti Bainun, 31, yang mengambil Bella sejak Julai 2020 turut menyifatkan remaja perempuan itu seorang yang kelakar, manja dan suka menyanyi seorang diri di depan cermin membuatkan beliau suka menyakat remaja berkenaan.\n\n\nSiti Bainun berkata, semasa Bella dalam jagaannya, tertuduh tidak pernah mendapat duit dan mengutip derma untuk menyara Bella selain tidak mendapat bantuan bagi menguruskan remaja perempuan itu.\n\n\n\u201cSaya perlu menjual roti, kek, pasta dan mengambil tempahan katering untuk menampung tujuh anak saya termasuk Bella. Katering pun saya yang masak sendiri di rumah ibu dan tidak suruh pun anak-anak saya tolong, kecuali jika saya buat di kondominium. Mereka sendiri ingin membantu tanpa saya arahkan atau dipaksa,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNajib Berjaya Tangguhkan Sabitan, Hukuman\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Najib Tangguh Keputusan Rayuan SRC Ditolak\n\n\n\n\n\n\nKhartoum jadi bandar hantu, ribuan penduduk larikan diri\n\n\n\n\n\n\nVernakular Gagalkan Perpaduan \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nSUHAKAM, Jangan Gadai Islam & Perlembagaan Iktiraf Identiti Songsang\n\n\n\n\n\n\n\n\nSiti Bainun berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada prosiding membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.\n\n\nBeliau berkata, penghuni Rumah Bonda dan anak-anak jagaannya telah diajar berdikari, berdisiplin dan berkasih sayang antara satu sama lain, meskipun kebanyakannya berasal dari latar belakang kurang bernasib baik.\n\n\n\u201cBella, saya benarkan dia menyapu dan belajar lap pinggan kerana dia tidak tahu basuh pinggan dengan baik. Jadi pinggan dia, saya atau kakak-kakak yang cucikan. Saya ajar dia urus diri dan lain-lain. Kita tidak halang dia berdikari tapi dia juga anak istimewa yang perlukan perhatian.\n\n\n\u201cDalam fikiran saya, kalau saya sudah tiada satu hari nanti, anak-anak ini akan tahu tanggungjawab dan jaga diri mereka sendiri. Tetapi untuk memaksa dan menyuruh dia (Bella) membuat kerja seperti orang lain, itu tidak sama sekali kerana saya sedar dengan kemampuan dia,\u201d katanya dalam nada sebak.\n\n\nSti Bainun berkata beliau membangunkan Rumah Bonda dengan menggunakan duit arwah ayahnya dan niatnya untuk berpindah ke kondominium di Wangsa Maju untuk memberikan tempat yang lebih baik dan selesa buat Bella.\n\n\nBerhubung Bella diikat, beliau berkata, remaja perempuan itu suka merayau pada waktu malam untuk makan jajan dan pernah minum susu kotak satu karton sampai habis, sehingga menyebabkan Bella cirit-birit dan saksi pendakwaan kelima Yasmin Nahar Mahmood mengakui perkara tersebut.\n\n\n\u201cYasmin ada kain, dia\u00a0\nattach\n\u00a0kaki Bella dengan kaki dia, kalau Bella bangun nak merayap dan Yasmin boleh terjaga dan suruh Bella tidur.\n\n\n\u201cSebab itu bila tanya siapa ikat? Bella cakap Shomin. Yasmin sendiri mengaku dalam keterangannya bahawa Shomin adalah dia. Tapi ikatan itu langsung tidak kuat dan sekadar untuk keselamatan Bella. Buktinya Bella tidak ada kecederaan atau bengkak akibat diikat seumpama cerita saksi-saksi pendakwaan,\u201d katanya.\n\n\nSiti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.\n\n\nPertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.\n\n\nPerbicaraan bersambung esok. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/tawaran-rm10-juta-sprm-akan-ambil-tindakan-undang-undang/", "title": "Tawaran RM10 juta: SPRM akan ambil tindakan undang-undang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki yang mendakwa suruhanjaya itu menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.\n\n\nMenerusi rakaman video yang tular di media sosial itu, individu tersebut mendakwa tawaran itu dibuat agar Wan Saiful menukar kenyataan dan mengatakan bahawa telah menerima arahan daripada Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerima wang rasuah.\n\n\nKetua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, itu adalah tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUstaz Wadi Annuar mohon maaf pada masyarakat India\n\n\n\n\n\n\nSultan Nazrin berkenan umum Lat sebagai Seniman Diraja\n\n\n\n\n\n\nAjaran SiHulk difatwakan sesat sejak Disember 2020\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tanah terbiar Felda, Felcra, Risda digunakan untuk penghasilan makanan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 untuk penjawat awam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSPRM akan membuat laporan dan siasatan akan dijalankan.\n\n\n\u201cIni manusia yang tidak bertanggungjawab dan SPRM akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,\u201d katanya.\n\n\nTambah Azam, dakwaan itu merupakan fitnah dan individu terbabit merupakan penipu dan manusia beginilah yang merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap SPRM.\n\n\nPada Selasa, media melaporkan Wan Saiful menyifatkan tuduhan berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) ke atasnya tidak sepatutnya berlaku dan sengaja dibuat bagi mengalih perhatian orang ramai terhadap kegagalan kerajaan dalam menguruskan pelbagai isu yang timbul.\n\n\nAhli Parlimen Tasek Gelugor itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Kuala Lumpur atas dua pertuduhan kes rasuah bagi projek \u2018Central Spine Road\u2019 bernilai RM232 juta, tahun lalu. \u2013 SinarHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/tengku-maimun-patut-tarik-diri-daripada-dengar-rayuan-akhir-kes-src-najib/", "title": "Tengku Maimun patut tarik diri dengar rayuan akhir kes SRC Najib", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sepatutnya menarik diri daripada mengetuai rayuan kes SRC International Sdn. Bhd., Datuk Seri Najib Tun Razak kerana beliau mempunyai konflik kepentingan berikutan hantaran\u00a0Facebook (FB) suaminya lima tahun lepas.\n\n\nPeguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana suami hakim tertinggi\u00a0itu telah menyalahkan Najib pada 2018 atas kejatuhan 1Malaysia Development Berhad dan bekas anak syarikatnya, SRC International.\n\n\n\u201cSuaminya, Datuk Zamani Ibrahim telah melemparkan kritikan terhadap\u00a0Najib pada\u00a02018 sebaik sahaja keputusan pilihan raya keluar. Ia disifatkan seperti satu perayaan di FB.\n\n\n\u201cPerkara itu (hantaran FB) telah dibangkitkan pada 23 Ogos tahun lepas di hadapan mahkamah tertinggi. Ketua Hakim sepatutnya tidak mendengar (rayuan itu) dan memutuskan untuk menarik diri. Kami menjemput Ketua Hakim untuk berundur\u00a0kerana beliau mempunyai konflik kepentingan berdasarkan hantaran FB suaminya,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nData keciciran murid dianggarkan NGO tidak tepat \u2013 KPM\n\n\n\n\n\n\nProses Penamaan Calon Berjalan Lancar\n\n\n\n\n\n\nMuafakat Didukung, Tidak Halang Saingan Secara Demokratik \u2013 Annuar\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir sangkal kenyataan `Melayu angkuh\u2019\n\n\n\n\n\n\nMalaysia lebih berisiko dilanda tsunami berbanding gempa bumi\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuhammad Shafee berkata, penularan\u00a0perkongsian maklumat antara suami dan isteri boleh\u00a0berlaku dan isu itu\u00a0perlu dipertimbangkan secara serius.\n\n\n\u201cLazimnya rata-rata suami dan isteri akan berkongsi pendapat,\u201d katanya sambil menambah\u00a0terdapat kegagalan korum kerana tidak dapat mempertahankan Tengku Maimun untuk mendengar rayuan itu apabila suaminya mengkritik Najib dalam hantaran media sosial.\n\n\nSelain itu, Muhammad Shafee juga menegaskan bahawa hakim tertinggi itu gagal untuk mempertimbangkan mana-mana daripada 94 alasan rayuan yang dikemukakan Najib dalam rayuannya tahun lepas.\n\n\n\u201cBekas peguam Najib, Datuk Hisyam Teh Poh Teik tidak diberi peluang untuk mengemukakan\u00a094 alasan rayuan itu. Malah, Hisyam bukan enggan untuk memberi hujahan sebaliknya beliau tidak bersedia berbuat demikian.\n\n\n\u201cBeliau memohon penangguhan kerana perlukan lebih masa untuk membuat persiapan tetapi ditolak oleh mahkamah. Beliau kemudian mahu menarik diri tetapi mahkamah memaksanya untuk terus mewakili Najib,\u201d katanya.\n\n\nMuhammad Shafee berkata demikian pada pendengaran permohonan Najib untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini\u00a0yang mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana penyelewengan\u00a0RM42 juta dana SRC International.\n\n\nBeliau berhujah demikian di hadapan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim terdiri daripada\u00a0Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.\n\n\nNajib dalam permohonan semakannya memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun\u00a0pada 23 Ogos tahun lepas dalam mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International.\n\n\nMuhammad Shafee dijadual menggulung hujahannya esok dan Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram akan memulakan hujahnya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/tiada-campur-tangan-dalam-kes-mahkamah-libat-jemaah-menteri/", "title": "Tiada campur tangan dalam kes mahkamah libat Jemaah Menteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan tidak akan mengganggu sebarang proses undang-undang melibatkan Jemaah Menteri yang terlibat dengan kes mahkamah.\n\n\nAnwar berkata, beliau telah memaklumkan kepada Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara bahawa negara ini mesti ditegakkan atas prinsip negara hukum.\n\n\n\u201cSaya tidak mahu menghukum sebelum proses mahkamah yang telus dan bebas, tindakan tidak boleh diambil berdasarkan pendakwaan sebelum penghakiman.\n\n\n\u201cHari ini ada Ahli Yang Berhormat (daripada\u00a0pembangkang) yang didakwa (di mahkamah), adakah\u00a0perlu letak jawatan semua kedudukan di dalam parti?\u00a0Tentunya jawapannya belum ataupun tidak,\u201d kata beliau\u00a0pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas ADUN Bukit Kayu Hitam meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perluas bantuan e-dompet mahasiswa\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri diramal pertahankan kerusi DUN Rhu Rendang\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : Operasi SAR diteruskan jam 9:00 pagi ini\n\n\n\n\n\n\nSany Hamzan tak layak jelas isu peruntukan Ahli Parlimen pembangkang\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) sama ada pelantikan Jemaah Menteri yang mempunyai kes mahkamah akan mempengaruhi keputusan atau perbicaraan di mahkamah.\n\n\nAnwar berkata, beliau tidak akan meminta maaf sekiranya dilihat keras dalam menangani isu rasuah, penyelewengan dan pemunggahan kekayaan negara selain menegaskan tindakan yang diambil berdasarkan bukti dan tidak melibatkan kepentingan peribadi.\n\n\n\u201cSaya hanya boleh bagi jaminan ia tidak menjejaskan prinsip dan dasar Madani yang saya ketengahkan. Saya arahkan ambil tindakan (jika ada kesalahan), saya tidak peduli dari parti mana (individu berkenaan) termasuklah daripada Keadilan (PKR) sendiri.\n\n\n\u201cSaya nak bawa rakyat faham bahawa negara tidak boleh selamat tanpa nilai, tatasusila dan akhlak. Kita boleh maju dari segi ekonomi tetapi rosak dari segi tatakelola, tadbir urus yang juga libat rasuah dan salah guna kuasa,\u201d kata beliau.\n\n\nAnwar\u00a0berkata, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri telah menjalankan tugas dan amalan yang mematuhi prinsip dan dasar kerajaan.\n\n\n\u201cAda satu kes yang dibawa kepada beliau di bawah syarikat GLC (syarikat berkaitan kerajaan) di bawah (kementerian) beliau yang mengusulkan beberapa tindakan segera tanpa tender, beliau telah menulis patuh pada arahan Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan semua mesti melalui proses tender,\u201d kata beliau.\n\n\nSementara itu, Perdana Menteri berkata, Konsep Malaysia Madani adalah satu gagasan yang menyeluruh dan adil kepada semua rakyat di negara ini.\n\n\n\u201cSaya beri jaminan jangan gementar dengan istilah Arab (Madani), jangan prasangka kerana asalnya itu konsep Islam, saya jamin ia tetap untuk rakyat Malaysia keseluruhannya dan tetap keadilan bagi semua rakyat,\u201d kata Anwar menjawab soalan tambahan Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai bagaimana Perdana Menteri mahu menerapkan konsep Malaysia Madani dalam konteks masyarakat majmuk di negara ini. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/tidak-perlu-kaitkan-kaum-dan-politik-akur-etika-berpakaian-presiden-isma/", "title": "Tidak perlu kaitkan kaum dan politik, akur etika berpakaian \u2013 Presiden ISMA", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Etika pemakaian sekiranya berurusan secara rasmi sudah lama diterapkan di dalam negara ini dan ia tidak sewajarnya dipolemikkan membabitkan kaum dan politik.\n\n\nPresiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Fauzi Asmuni berkata, isu berpakaian tidak sopan ini bukan tertakluk kepada agama Islam sahaja malah semua lapisan masyarakat perlu memahami konteks berpakaian sopan pada majlis rasmi.\n\n\n\u201cSebenarnya semua kaum mahukan kesopanan dan semua nakkan kesusilaan. Mana-mana kaum pun tak boleh terima (berseluar pendek) di dalam majlis-majlis rasmi. Bila ke majlis tertentu atau tempat awam, berpakaian seperti itu sudah tentu kita anggap ianya suatu yang mencolok mata,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian kepada \nTV Pertiwi\n ketika diminta mengulas mengenai isu berpakaian tidak sopan yang tular baru-baru ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaksi pendakwaan ke-15 kata 40 penghantaran duit dibuat sendiri ke rumah Zahid\n\n\n\n\n\n\nDakwaan DAP Sokong Ideologi Komunis Tidak Akan Ditarik Balik \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Guang Eng cabar Muhyiddin dedah nama Menteri DAP\n\n\n\n\n\n\nIsu tutup sekolah agama, ada pihak berniat timbul kegelisahan umat Islam\n\n\n\n\n\n\nKPM umum sekolah cuti khas Aidilfitri pada 19 April\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa membabitkan beberapa kes antaranya di balai polis Kajang dan di Hospital Kampar menyebabkan pergaduhan mulut di antara orang awam dan kakitangan kerajaan.\n\n\nMalah katanya, isu sebegini tidak sepatutnya dikaitkan dengan isu perkauman dan juga politik kerana etika pemakaian ini sudah diterapkan dari dahulu lagi tanpa sebarang masalah.\n\n\nJusteru, beliau menegaskan etika berpakaian sopan ini sudah menjadi norma rakyat di negara ini dan tidak hairan etika pemakaian yang lebih ketat dikenakan di bangunan-bangunan kerajaan.\n\n\nJelas beliau, rakyat perlu akur dengan peraturan yang ditetapkan tanpa mengaitkan perkara tersebut dengan agama Islam semata.\n\n\n\u201cMaka, tak perlu untuk polemikkan isu tersebut dan sesetengah pihak yang cuba untuk mengaitkan dengan isu perkauman dan politik, maka pada saya itu suatu yang tidak adil. Kita menerima etika pemakaian ini di mana-mana pun, di restoran hatta di kelab malam pun ada etika pemakaiannya, itu adalah norma biasa.\n\n\nSemalam, seorang wanita dikenali sebagai pembantu kepada ahli Parlimen Kuching diarah keluar kerana tidak mematuhi kod etika pakaian yang ditetapkan ketika berada dalam kawasan Parlimen."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/21/wan-saiful-mengaku-tak-bersalah-minta-terima-rasuah-rm6-9-juta/", "title": "Wan Saiful mengaku tak bersalah minta, terima rasuah RM6.9 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan rundingan projek Central Spine Road dari Sertik ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur bernilai RM232 juta\n\n\nAhli Parlimen Tasek Gelugor itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.\n\n\nMengikut fakta pertuduhan pertama Wan Saiful didakwa telah secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan wang daripada Lian Tan Chuan, sebagai dorongan untuk melakukan suatu perkara iaitu membantu syarikat Nepturis Sdn. Bhd., mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia secara Pra Kelayakan yang jumlah keseluruhannya bernilai RM232 juta.\n\n\nWan Saiful didakwa melakukan kesalahan itu pada\u00a0 April 2022 di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTujuh individu ditahan terbabit keluar sijil vaksin palsu \u2013 KP Selangor\n\n\n\n\n\n\nPUTRA lapor polis isu hak biasiswa pelajar Bumiputera\n\n\n\n\n\n\nSUMBANGAN BAS SEJAJAR NILAI JATI DIRI \u2018BERILMU UNTUK BERJASA\u2019\n\n\n\n\n\n\nSivakumar perlu cuti sebagai menteri\n\n\n\n\n\n\nTujuh kertas siasatan berunsur hina agama, kaum, institusi diraja dibuka\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi pertuduhan kedua, Wan Saiful didakwa telah secara rasuah menerima suapan iaitu wang tunai sejumlah RM6,962,694.54 melalui Akaun CIMB Bank Berhad nombor akaun 80-0995300-6 milik syarikatnya iaitu WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik syarikat, Nepturis Sdn. Bhd., sebagai upah sebagai dorongan membantu Nepturis Sdn. Bhd., mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (CH 0-CH 8050) daripada Kerajaan Malaysia secara Pra Kelayakan yang jumlah keseluruhannya bernilai RM232 juta.\n\n\nBeliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 8 Julai 2022 hingga 30 September 2022 di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.\n\n\nBekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional itu dituduh melakukan kesemua kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.\n\n\nBeliau berhadapan dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.\n\n\nTertuduh diwakili peguambela Datuk Hisyam Teh Poh Teik serta Datuk Seri Takiyuddin Hassan.\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mencadangkan agar tertuduh diikat jamin antara RM500,000 hingga RM1 juta dengan seorang tertuduh.\n\n\nWan Shaharuddin berkata, jumlah itu adalah munasabah untuk tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.\n\n\n\u201cKami juga mencadangkan tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) Putrajaya sebulan sekali.\n\n\n\u201cKami akui, tertuduh tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri dan telah memberi kerjasama kepada SPRM sepanjang siasatan ini dijalankan,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Hisyam merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin tidak lebih RM300,000 dengan seorang penjamin.\n\n\n\u201cKedua-dua akaun banknya telah dibekukan oleh SPRM malah isterinya menghadapi masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan kimoterapi yang memerlukan sokongan kewangan ketika ini,\u201d ujarnya.\n\n\nSelepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Azura memutuskan tertuduh diikat jamin sebanyak RM400,000 serta menetapkan syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.\n\n\nBagaimanapun, Wan Saiful perlu melaporkan diri di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada setiap minggu pertama dua bulan sekali.\n\n\nSementara itu, mahkamah menetapkan 22 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.\n\n\nTerdahulu, Wan Saiful hadir ke mahkamah pada jam 8.45 pagi dengan berpakaian sut hitam.\n\n\nTurut kelihatan di Mahkamah ialah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.\n\n\nDalam pada itu, seorang lagi tertuduh iaitu Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat, Adam Radlan Adam Muhammad, 40, didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 14 atas\u00a0dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah suapan dalam projek pembinaan sungai di Perlis bernilai RM47 juta.\n\n\nAdam Radlan yang juga Ketua Bahagian Bersatu Segambut dalam pertuduhan pertama didakwa secara rasuah meminta suapan bagi dirinya iaitu wang tunai sejumlah 3.5 hingga 7 peratus daripada nilai projek yang akan diperolehi daripada Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn. Bhd., Mat Jusoh Mamat\u00a0 sebagai dorongan membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima bagi Projek di bawah Program Jana Wibawa daripada Kerajaan Malaysia.\n\n\nDia didakwa melakukan perbuatan itu pada Mac 2021 di sebuah restoran di Dutamas, Kuala Lumpur.\n\n\nDalam pertuduhan keduanya, Adam Radlan didakwa menerima untuk diri sendiri suapan wang berjumlah RM500,000 ke dalam Akaun CIMB Bank Berhad miliknya\u00a0 daripada Mat Jusoh sebagai upah kerana telah membantu MIE Infrastructure & Energy Sdn. Bhd., mendapatkan Surat Setuju Terima membabitkan projek pembinaan sungai yang sama.\n\n\nDia yang didakwa melakukan perbuatan itu pada 26 November 2021 di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, J2 & KI, Taman Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur merupakan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama.\n\n\nAdam Radlan boleh dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan\n\n\nBeliau mengaku tidak bersalah untuk kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Hakim Suzana Hussein.\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh mencadangkan wang jaminan RM300,000 dikenakan ke atas tertuduh dengan seorang penjamin selain tertuduh perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.\n\n\nAdam Radlan yang diwakili peguambela, Datuk Seri Rajan Navaratnam dan Roshan Selvaratnam merayu mahkamah mengurangkan wang jaminan sebanyak RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan alasan anak guamnya telah memberi kerjasama baik sepanjang disiasat oleh SPRM selain tidak pernah dituduh dalam kes jenayah\n\n\n\u201cAnak guam saya merupakan seorang ahli perniagaan yang mempunyai empat anak yang berusia antara sembilan dan 16 tahun.\n\n\n\u201cSemalam, anak guam saya telah dihubungi oleh SPRM dan beliau sendiri telah hadir ke pejabat SPRM untuk keterangannya diambil dan ketika itu dia dimaklumkan beliau akan dituduh di mahkamah pada hari ini,\u201d katanya.\n\n\nMahkamah kemudian memutuskan Adam Radlan diikat jamin sebanyak RM120,000 dengan dua penjamin dan mengekalkan syarat tambahan yang dicadangkan pendakwaan.\n\n\nSuzana\u00a0menetapkan 23 Mac ini untuk tarikh sebutan semula kes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/22/13075/", "title": "KDN rampas al-Quran elektronik tanpa kelulusan", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 1,332 unit al-Quran elektronik dan bahan dalam bentuk \u2018speaker plug\u2019 yang dipasarkan tanpa kelulusan, selain menahan seorang wanita tempatan dipercayai peniaga produk berkenaan untuk siasatan.\n\n\nSetiausaha Bahagian, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof, berkata bahan bernilai keseluruhan RM55,000 itu dirampas melalui Ops Mulia yang dijalankan di Kajang, 20 Januari lalu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, operasi berkenaan dilancarkan hasil risikan dan pemantauan terhadap aktiviti jualan al-Quran elektronik di sekitar Lembah Klang serta sebuah rumah teres dua tingkat di Kajang yang disewa wanita berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cWanita tempatan berusia awal 30-an itu dipercayai peniaga bahan berkenaan ditahan untuk untuk membantu siasatan. Kes membabitkan kesalahan mengikut Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (PTQ 1986).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKDN mengesyaki suspek sudah beroperasi sekurang-kurangnya sejak tiga tahun lalu, berdasarkan kepelbagaian bahan al-Quran elektronik yang dirampas di rumah dipercayai disewa wanita terbabit,\u201d katanya pada sidang media, di sini hari ini.\n\n\n\n\nNik Yusaimi berkata, pengedaran al-Quran dalam bentuk elektronik dan \u2018speaker plug\u2019 itu, kebanyakannya dipercayai diimport dari China, adalah berdasarkan permintaan secara dalam talian, selain dibekalkan ke premis jualan.\n\n\n\u201cKebanyakan bahan ini selalunya diisytiharkan sebagai produk lain termasuk bahan perhiasan,\u201d katanya memaklumkan pengedaran bahan itu perlukan kelulusan Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).\n\n\nKelulusan itu, katanya, bagi memastikan teks dan audio bebas daripada kesalahan bacaan sahih serta tidak mempunyai kesilapan dan mengelirukan.\n\n\n\u201cJika tidak disemak, audio berkenaan dikhuatiri salah dari segi bacaan, hukum tajwid dan sebutan silap yang memberikan maksud tidak tepat sebagaimana ayat al-Quran yang diturunkan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau memaklumkan, sehingga kini terdapat 54 al-Quran elektronik dengan cetakan di dalam dan luar negara yang diluluskan oleh KDN, sama ada untuk dijual, dimiliki atau diedarkan dalam kalangan masyarakat.\n\n\nNik Yusaimi menasihatkan masyarakat umum untuk tidak memilih al-Quran elektronik dan bahan audio kitab suci yang tidak mendapat kelulusan, selain membuat semakan terlebih dahulu terhadap cop perakuan dan ciri hologram KDN pada nashkhah al-Quran yang mahu dibeli.\n\n\nSelain itu, katanya, masyarakat juga diminta untuk tidak terbabit dengan sebarang aktiviti membeli, memiliki, menerbit dan menjual teks atau bahan al-Quran yang tidak mendapat kelulusan KDN kerana mereka boleh dikenakan tindakan tegas jika didapati melakukan kesalahan terbabit.\n\n\n\u201cJika disabitkan kesalahan, boleh dihukum sehingga lima tahun penjara dan denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya,\u201d katanya.\n\n\nOrang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan teks al\u2013Quran dan bahan penerbitan tanpa kelulusan KDN diminta menghubungi kementerian itu di talian 03-80008000 atau melalui\u00a0\nwww.moha.gov.my\n.\n\n\nNik Yusaimi berkata, mana-mana pihak yang mahu mengimport al-Quran sedemikian untuk edaran atau jualan, dinasihati mendapatkan kelulusan KDN sebelum berbuat demikian.\n\n\nKatanya, mereka hanya perlu membayar kos kira-kira RM1,200 terhadap sampel bahan berkenaan dan kelulusan itu terpakai bagi setiap unit dalam kelompok yang dipohon.\n\n\n\u201cPengimport juga perlu memohon kelulusan bagi setiap kelompok bahan yang mahu dibawa masuk walaupun ia model dan jenama sama pernah diberikan kelulusan sebelumnya. Setiap permohonan akan mengambil masa selewat-lewatnya tiga hari bekerja untuk diluluskan,\u201d katanya. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/22/anwar-beri-tempoh-tiga-hari-untuk-ahli-parlimen-pendang-minta-maaf/", "title": "Anwar beri tempoh tiga hari untuk Ahli Parlimen Pendang minta maaf", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu\u00a0 \u2013 \u201cSifat balas dendam PM ini sangat kuat dan sangat pendendam,\u201d katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Selasa.\n\n\nKenyataan yang dikeluarkan oleh \nAhli Parlimen Pendang DAtuk Awang Hashim\n, berhubung dakwaan Perdana Menteri\u00a0 yang\u00a0 berdendam lebih teruk daripada Dr Mahathir Mohamad dan mengamalkan pendakwaan terpilih.\n\n\nBerdasarkan kenyataan itu tempoh tiga hari diberikan\u00a0 kepada beliau oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon maaf.\n\n\nMenurut peguam Anwar dalam surat bertarikh hari ini Awang dituntut menarik balik kenyataannya secara terbuka, memohon maaf tanpa syarat dan berjanji tidak akan mengulangi dakwaan fitnah itu lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tawar Khairy bertanding atas tiket BERSATU\n\n\n\n\n\n\nPendengaran Mahkamah Keabsahan Sjkc, Sjkt 20 Mac 2022\n\n\n\n\n\n\nTiada Perhimpunan, Perarakan Hari Penamaan Calon PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\n28 Julai kes rayuan pembebasan 40 pertuduhan rasuah Zahid\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA bantah mansuh Akta Hasutan, sokong penambahbaikan\n\n\n\n\n\n\n\n\nKata peguam Anwar mereka telah diarahkan untuk menuntut daripada Awang seperti berikut:-\n\n\n\n\nmenarik balik perkataan fitnah secara terbuka, serta-merta dan tanpa ragu-ragu serta menarik balik semua komen yang menyinggung perasaan dan memfitnah.\n\n\nmemohon maaf tanpa syarat dalam cara dan bentuk yang akan diluluskan oleh pasukan peguam sebagai penasihat undang-undang untuk disiarkan dalam akhbar dan media pilihan peguam kami.\n\n\nAku janji bertulis oleh Awang untuk tidak mengulangi sebarang dakwaan atau komen seperti dalam perkataan fitnah dalam artikel.\n\n\n\n\nSurat itu dikeluarkan peguam Anwar dari firma SN Nair & Partners.\n\n\nMelalui LOD berkenaan juga Anwar menuntut Awang memberikan kos pampasan substantif atas kerosakan reputasinya sebagai perdana menteri, serta semua kos perundangan yang timbul daripada perkara tersebut.\n\n\n\u201cKami menunggu jawapan anda tanpa sebarang kelewatan. Jika pelanggan kami tidak menerima sebarang maklum balas yang memuaskan dalam tempoh tiga hari dari tarikh notis, arahan kami adalah untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap anda,\u201d kata surat itu.\n\n\nPada 21 Feb lalu Awang dilaporkan menuduh Anwar lebih berdendam daripada Mahathir selepas salah seorang pemimpin kanan PN, Wan Saiful Wan Jan didakwa atas tuduhan rasuah di mahkamah.\n\n\nWan Saiful merupakan ketua penerangan Bersatu dan dia meletakkan jawatan tersebut hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/22/dakwaan-tawar-rm10-juta-pemerhati-politik-mohon-maaf-pada-sprm/", "title": "Dakwaan tawar RM10 juta pemerhati politik mohon maaf pada SPRM", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pemerhati politik, Mohamad Shafiq Abdul Halim memohon maaf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan suruhanjaya itu kononnya menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.\n\n\nMohamad Shafiq menjelaskan dalam hantaran di facebook, berkata beliau tidak berniat menuduh mana-mana pihak dan menyifatkannya sebagai \u2018terlepas cakap\u2019 berhubung khabar angin di mahkamah.\n\n\nKatanya dalam Facebook beliau,\u00a0 Shafiq menjelaskan\u00a0 dia \n\u00a0tidak berniat menuduh mana-mana pihak termasuk Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) di mana video tersebut telah dipotong oleh cybertroopers Pakatan Harapan (PH) dan disebarkan seolah-olah saya hanya menyebut SPRM menawarkan RM10 juta kepada Datuk Wan Saiful Wan Jan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa ubah pakaian seragam pramugari tempatan terutama yang Islam\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Mula Bincang Kerjasama Dengan Perikatan Nasional\n\n\n\n\n\n\nGangguan bekalan air di 99 kawasan di Selangor pada Isnin\n\n\n\n\n\n\nHormati keputusan mahkamah tolak rayuan SIS Forum\n\n\n\n\n\n\nInflasi Naik Mendadak Jika Subsidi Minyak Diganti\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu menurut \nakhbar Sinar,\n tindakan undang-undang akan diambil ke atas seorang individu yang\u00a0 mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM, menawarkan RM10 juta kepada Wan Saiful, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.\n\n\nTuduhan itu katanya satu fitnah untuk menghilangkan kepercayaan awam kepada SPRM."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/22/kawalan-produk-tembakau-dijangka-kuat-kuasa-tahun-depan/", "title": "Kawalan produk tembakau dijangka kuat kuasa tahun depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan pembentangan semula Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam masa terdekat untuk dikuatkuasakan bermula tahun depan.\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, KKM akan meneliti\u00a0 dan meneruskan pembentangan semula RUU dengan pindaan dipersetujui Jawatankuasa Pilihan Khas melalui Penyata yang disiarkan pada 5 Oktober lalu.\n\n\n\u201cRUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 digubal dan dibuat bacaan pertama serta bacaan kedua pada Sidang Dewan Rakyat Keempat Belas, Penggal Kelima, Mesyuarat Ketiga pada Ogos 2022. RUU itu dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Menimbang RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk penelitian lanjut,\u201d katanya.\n\n\nDr Zaliha berkata, RUU tersebut akan digubal dan dibuat bacaan pertama dan kedua pada Ogos 2022 dan perlu diteliti sebelum dibentangkan semula dalam Sidang Dewan Rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTak perlu panik, Tuaran masih terkawal \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nKedah jadi tumpuan kerajaan noktah miskin tegar\n\n\n\n\n\n\nLantikan Nurul Izzah walau tanpa gaji, tidak mengubah konsep Nepotisme\n\n\n\n\n\n\nAnwar tetap bentang usul undi percaya, buktikan keabsahan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan PAS Kelantan Tetap Kukuh\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengenai garis masa kementerian menggubal RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.\n\n\nMenurut KKM, pembentangan RUU itu tertangguh akibat pembubaran Parlimen, pada 10 Okt 2022.\n\n\n\u201cSetakat ini, pihak kementerian sedang menunggu pembekalan sebanyak 590 unit ambulans daripada syarikat pembekal.\n\n\nSementara itu, menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lee Chuan How berhubung situasi perkhidmatan ambulans KKM, Dr Zaliha berkata pencapaian kebangsaan kualiti perkhidmatan ini adalah antara 28 peratus hingga 42 peratus\n\n\nJusteru itu, KKM membuat permohonan penggantian dan penambahan jumlah ambulans untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan rawatan prahospital dan ambulans di seluruh negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/22/kpm-yakin-subjek-pilihan-raya-tidak-pengaruhi-murid/", "title": "KPM yakin subjek pilihan raya tidak pengaruhi murid", "body": "0\n\n\nBANGi, Rabu \u2013 Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek pilihan raya di sekolah tidak mempengaruhi murid-murid terhadap pemilihan satu parti politik sahaja.\n\n\nTimbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, KPM percaya dengan tahap integriti para guru dalam menyampaikan kefahaman mengenai subjek berkenaan.\n\n\n\u201cDari segi guru, sama ada akan mempengaruhi atau tidak, jawapan kami, tidak. Kami ada keyakinan kepada para guru dalam PdP Sejarah dan tugas guru mengajar apa sahaja topik, secara objektif, termasuk pilihan raya.\n\n\n\u201cGuru telah dididik dengan integriti dan tidak mungkin mempengaruhi murid dari segi kefahaman politik,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBERJASA lancar bantuan kecemasan gempa bumi Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kabinet Yang Bercuti Diarah Pulang Malaysia Segera\n\n\n\n\n\n\nParti Melayu Perlu Kembali Kepada Perpaduan Ummah \u2013 MPM\n\n\n\n\n\n\nPN tidak mampu tawan Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nJAKIM lancar kutipan derma bantu mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang bertanya langkah kerajaan bagi memastikan pengajaran topik pilihan raya tidak menjadi medan bagi seseorang guru mempengaruhi minda pelajar dengan sentimen tertentu supaya cenderung memilih satu parti sahaja.\n\n\n\n\nMenjawab lanjut, Hui Ying mengakui KPM juga bimbang sekiranya guru-guru tidak memainkan peranan masing-masing.\n\n\nBagaimanapun, jelas beliau, kementerian telah membekalkan bahan-bahan PdP kepada pihak sekolah termasuk dalam bentuk video.\n\n\nSebelum ini, bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, pelajar sekolah menengah akan didedahkan berkaitan amalan demokrasi, termasuk amali kewajipan mengundi melalui sukatan subjek Sejarah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/22/mot-punya-hak-ambil-tindakan-undang-undang-tuntut-pampasan/", "title": "Kerajaan ada hak ambil tindakan undang-undang, tuntut pampasan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemaju projek yang dikenal pasti menjadi punca kerosakan struktur di perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) stesen Bandaraya dan Masjid Jamek.\n\n\nMenteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, projek berkenaan juga tidak mendapatkan kelulusan membangun daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), namun pihaknya mahu memastikan projek baik pulih dilaksanakan terlebih dahulu.\n\n\n\u201cKita mengambil perkara ini dengan serius kerana ini telah memberikan kesan secara langsung kepada operasi prasarana dan yang paling kritikalnya ya gangguan kepada ratusan ribu penumpang setiap hari.\n\n\n\u201cJadi ini adalah satu masalah yang disebabkan yang memberikan kesan yang cukup besar dan oleh sebab itu selepas semua siasatan terperinci dilaksanakan kita akan melihat kemungkinan tindakan undang-undang akan diambil.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar beri bayangan kluster mahkamah masih berpeluang sertai Kabinet\n\n\n\n\n\n\n1,023 Sukarelawan Dari Serata Malaysia Turun Padang\n\n\n\n\n\n\nDadah bernilai RM180,000 dirampas di Pasir Mas\n\n\n\n\n\n\nTREND Jangkitan Semakin Meningkat\n\n\n\n\n\n\nPas kekal jadi pembangkang konstruktif, tidak sertai Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang Media di Bangunan Parlimen bagi menjelaskan status siasatan terhadap isu keretapi LRT Laluan Ampang yang mengalami kerosakan baru-baru ini.\n\n\nJelasnya, dapatan hasil siasatan menunjukkan kerosakan pada tiga struktur \u2018viaduct\u2019 dan \u2018pier\u2019 diakibatkan pergerakan tanah yang dipercayai daripada kerja-kerja di tapak pembinaan bersebelahan.\n\n\nBeliau berkata Prasarana ada hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab termasuk membuat tuntutan dari segi kos.\n\n\nPada 1 Februari lalu, LRT stesen Masjid Jamek dan stesen Bandaraya akan ditutup selama dua minggu bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan struktur jejambat LRT itu yang mengalami kerosakan sejak 27 Januari lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/22/mukhriz-didakwa-mohon-kerjasama-ph-pn-untuk-prn/", "title": "Mukhriz didakwa mohon kerjasama PH, PN untuk PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir didakwa cuba bermain dua kolam apabila meminta kerjasama dari dua parti politik iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).\n\n\nMemetik Berita Harian\n, sumber ahli dari PN memaklumkan, Mukhriz meminta parti itu memperuntukkan sejumlah kerusi kepada PEJUANG dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.\n\n\nLapor sumber itu lagi, perkara berkenaan antara intipati pertemuan antara bekas Menteri Kedah itu dengan lima kepimpinan tertinggi PAS baru-baru ini.\n\n\n\u201cKetika bertemu lima pemimpin tertinggi PAS baru-baru ini, Mukhriz menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan PN dan mahu diperuntukkan beberapa kerusi kepada PEJUANG. Dalam pertemuan itu, pimpinan PAS tidak memberi sebarang kata putus kerana perbincangan masih di peringkat permulaan\u201d \u2013 Sumber Berita Harian\n\n\nMenurut sumber yang juga Exco kerajaan negeri Kedah, Mukhriz menyatakan hasrat tersebut, dengan harapan kerjasama itu menjadi talian hayat untuk Mukhriz mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBangunan MACA dijangka dibuka semula 18 Mei depan\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen PH tidak sependapat pelantikan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat\n\n\n\n\n\n\nKerajaan, pembangkang perlu bersaing juarai isu Islam & Melayu \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nAb Rauf bakal menjadi Ketua Menteri Melaka?\n\n\n\n\n\n\nPandora Papers: Siasat semua termasuk bekas Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\nDifahamkan, Mukhriz memohon sekurang-kurangnya dua kerusi diperuntukkan kepada PEJUANG sekiranya kerjasama itu menjadi kenyataan, iaitu kerusi DUN Jitra yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), dan DUN Anak Bukit yang disandang wakil PEJUANG, Datuk Amiruddin Hamzah.\n\n\nBagaimanapun, katanya, tindakan Mukhriz yang turut mengadakan pertemuan dan menyatakan minat bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), memperlihatkan beliau cuba bermain dua kolam untuk pertahankan kerusinya.\n\n\nAhad lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan berlaku pertemuan antara Mukhriz bersama kepemimpinan tertinggi PAS baru-baru ini.\n\n\nMenteri Besar Kedah itu dilaporkan berkata, intipati perbincangan antara dua pihak bagaimanapun belum didedahkan setakat ini memandangkan perbincangan itu hanya membabitkan lima kepemimpinan tertinggi parti bersama Mukhriz.- BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/22/permohonan-lynas-berhimpuan-esok-dibenarkan-polis/", "title": "Permohonan Lynas berhimpuan esok dibenarkan polis", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Rabu- Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan Lynas telah mengemukakan permohonan untuk mengadakan satu perhimpunan yang dijadualkan petang esok.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik portal Malaysiakini, ketika dihubungi Zahari yang berkata kepada portal itu berkata polis akan membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah padang bola sepak berhampiran Dewan Orang Ramai Balok jika penganjur perhimpunan mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah.\n\n\n\u201cTidak ada demonstrasi, mereka mahu berhimpun secara aman,\u201d katanya.\n\n\n\u201cKita akan benarkan (perhimpunan) sekiranya mereka mendapat kelulusan daripada tuan punya tanah,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAwal hari ini, \nSin Chew Daily\n\u00a0melaporkan Majlis Perbandaran Kuantan, yang bertanggungjawab menngawal-selia Taman Rekreasi Air Balok di Kuantan, telah menolak permintaan Lynas untuk menggunakan taman awam di situ sebagai tempat perhimpunan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengikut peraturan sedia ada, penganjur perhimpunan perlu mendapatkan persetujuan daripada pemilik atau pengurus tanah sebelum mereka boleh menyertai perhimpunan tersebut.\n\n\nSementara itu, notis memperincikan perhimpunan Lynas yang dijadualkan di padang bola sepak berhampiran Dewan Orang Ramai Balok di Kuantan esok di antara jam 2.30 petang dan 4.30 petang, meluas tersebar di media sosial.\n\n\nBagaimanapun, kesahihan notis itu tidak dapat segera disahkan.\n\n\nMenurut notis itu, keputusan kerajaan untuk menghentikan operasi jabatan\u00a0\ncracking and leaching\n\u00a0(C&L) atau keretakan atau larut lesap akan menyebabkan mata pencarian ribuan orang dalam ancaman.\n\n\n\u201cKakitangan Lynas Malaysia, ahli keluarga mereka, kontraktor, pembekal PKS, dan ahli masyarakat, termasuk ketua masyarakat di Balok menghantar rayuan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim Khamis ini di Perhimpunan Rayuan Pekerja Lynas Malaysia dan Komuniti.\n\n\n\u201cTanpa syak, keputusan itu akan menimbulkan kesan riak negatif dan paling dirasai oleh komuniti yang tinggal dan bekerja di sekitar loji itu.\n\n\n\u201cMenjelang keputusan rayuan, kedua-dua fakta sains dan impak sosial perlu difahami oleh orang ramai dan juga pembuat keputusan. Atas sebab ini, mereka yang terkesan secara langsung dengan keputusan berkenaan merayu kepada Perdana Menteri untuk menyelamatkan pekerjaan mereka,\u201d kata notis itu.\n\n\nMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang sebelum ini berkata bahawa Lynas boleh dapat mengekalkan loji C & L lesap mereka di Malaysia dengan syarat tiada bahan sisa radioaktif terdapat di negara ini.\n\n\nMinggu lalu, kerajaan bersetuju untuk memperbaharui lesen Lynas dengan beberapa syarat, antaranya, memindahkan kemudahan C & L \u2013 yang menghasilkan sisa Penjernihan Lesap Air (WLP) radioaktif \u2013 keluar dari Malaysia sebelum Julai 2023.\n\n\nLynas mengecam syarat itu dan memberi amaran bahawa ratusan pekerjaan akan hilang perkerjaan jika mereka terpaksa menutup kemudahan C & L berkenaan. \u2013 Malaysiakini"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/22/selagi-bernyawa-saya-akan-bersuara-pada-apa-yang-tidak-betul-tun-mahathir/", "title": "Selagi bernyawa saya akan bersuara pada apa yang tidak betul \u2013 Tun Mahathir", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan selagi bernyawa, beliau akan tetap menyuarakan pandangannya walau pun pahit untuk didengar.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara itu disuarakan oleh bekas Perdana Menteri itu selepas mendapati setiap teguran dan kerisauannya berkait perkembangan semasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), beliau akan diminta untuk berehat dan diam kerana kalah pilihan raya dan hilang deposit.\n\n\nBeliau berkata, setiap kebenaran itu perlu dinyatakan walaupun yang mendengarnya hanya seorang ataupun tiada yang mendengar langsung.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cSaya agak hairan kenapa begitu beria-ia mahu saya tidak bersuara. Dulu dikata saya nyanyuk. Sekarang disuruh diam sebab hilang deposit.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cKebenaran bukan monopoli majoriti atau minoriti atau yang tidak hilang deposit. Kalau itulah ukurannya, saya rasa kumpulan minoriti perlu diam dan menerima apa saja keputusan majoriti walaupun salah.\n\n\n\u201cBagi saya, selagi ada nyawa, apa yang tidak betul akan terus saya suarakan walau pahit untuk didengar oleh kumpulan yang tidak hilang deposit,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada PRU-15 lalu, negarawan itu tewas kepada calon Perikatan Nasional, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 13,518 undi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nDr Mahathir sekadar memperoleh 4,566 undi.\n\n\nBaru-baru ini, Dr Mahathir meluahkan rasa terkilan dan sedih selepas PRU-15 susulan usahanya mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi tidak berjaya, malah hilang wang deposit.\n\n\nBeliau berkata, komitmennya membangunkan pulau legenda itu menerusi pemberian status bebas cukai pada 1987 sehingga gah di persada dunia seolah-olah tidak dihargai. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/22/sosma-tidak-dimansuhkan-dalam-masa-terdekat-kdn/", "title": "SOSMA tidak dimansuhkan dalam masa terdekat \u2013 KDN", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan atau mengkaji semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, undang-undang keselamatan yang berada di bawah tanggungjawab kementerian termasuk SOSMA masih relevan dan mampu memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.\n\n\n\u201cWalaupun begitu, kementerian komited menambah baik undang-undang itu bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara, namun ia harus diimbangi dengan hak masyarakat serta kepentingan dan ketenteraman negara. \n\n\n\u201cDalam melaksanakan penambahbaikan terhadap undang-undang itu, pihak kementerian mengadakan perbincangan dan bengkel dalaman untuk melihat cadangan penambahbaikan. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMohamad fokus siapkan kapal LCS secepat mungkin\n\n\n\n\n\n\nKerajaan setuju tubuhkan Jawatankuasa Tertinggi tangani isu doktor kontrak\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Najib Tangguh Keputusan Rayuan SRC Ditolak\n\n\n\n\n\n\nPengintip Israel : Hukuman Berat Kepada Tali Barut Israel!\n\n\n\n\n\n\nBertindak segera, bukan sekadar retorik politik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPihak berkepentingan termasuklah pertubuhan bukan kerajaan, pakar akademik, komuniti dan sebagainya akan dilibatkan dalam sesi pengumpulan maklum balas terhadap cadangan penambahbaikan berkenaan,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Saifuddin, pihaknya akan berbincang untuk melakukan penambahbaikan serta melibatkan sesi pengumpulan maklum balas terhadap cadangan penambahbaikan tersebut.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berhubung apakah kerajaan berhasrat untuk memansuhkan atau mengkaji semula akta SOSMA iaitu penahanan terhadap individu tanpa bicara dan tanpa ikat jamin kerana ia telah melanggar hak asasi manusia.\n\n\nKatanya, SOSMA adalah undang-undang berbentuk prosedur yang digunakan untuk kesalahan-kesalahan keselamatan spesifik dan ia diperincikan dalam Jadual Pertama SOSMA 2012.\n\n\nJelas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan undang-undang berkenaan agar tindakan segera boleh diambil untuk mengelakkan sebarang kegentaran awam dan ancaman kepada kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat.\n\n\nPada 26 Julai tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk melanjutkan Subseksyen 4(5) SOSMA untuk tempoh lima tahun lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/22/syed-saddiq-bela-diri-mulai-hari-ini/", "title": "Syed Saddiq bela diri mulai hari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu\u00a0 \u2013 Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mula membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, terhadap empat pertuduhan yang dihadapinya.\n\n\nSyed Saddiq dijadualkan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama bagi menjawab empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).\n\n\nMemetik Berita Harian, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)\n itu tiba di mahkamah pada jam 9.18 pagi dengan ditemani ibu bapanya serta rakan-rakan.\n\n\nPasukan pendakwaan memaklumkan, mereka sudah menerima pernyataan Syed Saddiq pada Sabtu lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan salah guna jawatan tidak dedahkan kesalahan Muhyiddin \u2013 Teh Poh Teik\n\n\n\n\n\n\nNorsyahrin Hamidon dinobat Presiden DPMM yang baharu\n\n\n\n\n\n\nPuad dakwa Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun M sebab wang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan wajar beri perhatian kepada isu kos sara hidup \u2013 MPPN\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tak adil sebab tidak sentuh peruntukan wakil rakyat pembangkang\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada prosiding bela diri hari ini, selepas membaca dokumen itu, Syed Saddiq, akan disoal peguam bela dalam pemeriksaan utama, sebelum disusuli dengan pemeriksaan balas oleh pasukan pendakwaan.\n\n\n\u2026 pertuduhan pertama, Ahli Parlimen Muar, \n\u00a0Syed Saddiq Syed Abdul Rahman\n\u00a0 didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dana Armada berjumlah RM1 juta, telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 pada 6 Mac 2020.\n\n\nBerdasarkan pertuduhan pertama, beliau didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Bersatu yang diamanahkan dana Armada berjumlah RM1 juta, telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 pada 6 Mac 2020.\n\n\nBekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.\n\n\n\u2026 pertuduhan kedua, didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut. Perbuatan didakwa dilakukan di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya antara 8 hingga 21 April 2018.\n\n\nBagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.\n\n\nSyed Saddiq didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya antara 8 hingga 21 April 2018.\n\n\nPertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.\n\n\n\u2026 dua pertuduhan lagi beliau didakwa melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.Syed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.\n\n\nBeliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.\n\n\nSyed Saddiq dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.\n\n\nBeliau didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/22/wee-ka-siong-bawa-telur-ayam-import-dan-tempatan-ke-parlimen/", "title": "Wee Ka Siong bawa telur ayam import dan tempatan ke Parlimen", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nAhli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mencuri tumpuan Dewan Rakyat hari ini apabila membawa telur ayam ketika membangkitkan isu kekurangan telur di pasaran.\n\n\nKa Siong membawa tiga biji telur ayam untuk ditujukkan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat bagi tujuan membuat perbandingan.\n\n\nDaripada ketiga-tiga telur ayam berkenaan, sebiji dari India, sebiji telur ayam tempatan dan sebiji lagi telur Omega bagi membandingkan saiz dan harganya kepada dewan.\n\n\n\u201cDalam konteks ini, saya bawa telur dari India, saya beli 50 sen. Ini adalah telur Malaysia yang harganya dikawal, 45 sen ini. Kita dapat lihat beza saiznya. Kita dapat lihat telur dari India ini, harga 50 sen, lebih kecil dari telur dari Malaysia. Ini kekurangannya.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n10 terkorban, 20 cedera serangan kejam Israel di Tebing Barat\n\n\n\n\n\n\nHarimau Malaya tewaskan Thailand 1-0 di Bukit Jalil\n\n\n\n\n\n\nMohon Kerajaan Jangan Tangguh, SOP Umrah Diperketat \u2013 PAPUH\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi makin perlahan petang ini\n\n\n\n\n\n\nNahas ragut nyawa suami isteri: Seorang daripada dua anak turut meninggal\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau kata telur Omega ini, telur kampung, 76 sen. Orang kaya, orang berada boleh beli tapi inilah puncanya nak bantu Perusahaan Kecil dan Sederhana khususnya orang Melayu untuk buat kuih,\u201d katanya.\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Ka Siong berkata, isu telur harus diselesaikan segera kerana beliau tidak mahu kerajaan diserang sekiranya tiada stok telur menjelang bulan Ramadan dan Aidilfitri kelak.\n\n\nSementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan masih memberikan subsidi sebanyak 10 sen untuk sebiji telur ayam sehingga Jun depan.\n\n\nSelepas tempoh tersebut, satu kajian akan dibuat sama ada kerajaan akan meneruskan subsidi berkenaan atau sebaliknya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/23/13112/", "title": "Isu doktor dibuli akan segera ditangani KKM", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu- Isu \u2018buli\u2019 membabitkan pegawai perubatan di hospital kerajaan akan ditangani secepat mungkin.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nItu antara jaminan diberikan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi sesi Townhall Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa bersama para doktor di sini, hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDoktor perubatan Hospital Melaka, Dr. Mohamad Firdaus Omar berkata, Dr. Zaliha memberi jaminan isu buli itu akan ditangani segera.\n\n\n\u201cDalam sesi itu, Dr. Zaliha menjelaskan ada isu yang boleh diselesaikan segera dan ada isu yang memerlukan masa untuk diselesaikan,\u201d katanya ketika ditemui selepas sesi itu.\n\n\nLebih 400 pegawai perubatan termasuk pegawai perubatan tetap, kontrak dan siswazah hadir pada sesi berkenaan, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas KPN pertahan Akta SOSMA bukan zalim, bukan salah guna kuasa\n\n\n\n\n\n\nLima sekolah di Johor belum boleh beroperasi\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Rayuan Kes Rasuah Abdul Azeez Ditangguhkan\n\n\n\n\n\n\nElak beli pemimpin, undang-undang lompat parti di Sabah perlu disegerakan\n\n\n\n\n\n\nAhli Dewan Diraja Selangor tuntut Sanusi mohon maaf secara terbuka\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Pegawai Perubatan Siswazah (Kontrak), Dr. Nurul Qashira Mohd Izlan berkata, pada sesi itu, Dr. Zaliha turut menyatakan hasrat bahawa sesi pemilihan doktor tetap dibuat lebih telus.\n\n\n\n\n\n\nPada masa sama, katanya, isu lambakan doktor kontrak turut disentuh, namun kelulusan perjawatan perlu mendapat kebenaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami dimaklumkan KKM akan memperketatkan pemilihan doktor tetap dalam kalangan doktor bagi mengelak lantikan yang tidak layak,\u201d katanya yang kini bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL).\n\n\nDalam pada itu, Dr. B. Abirami ketika ditemui berkata, antara isu utama dikemukakan pada pertemuan itu termasuk meningkatkan kemudahan di hospital kerajaan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagaimanapun, KKM memaklumkan ia (meningkatkan kemudahan hospital) bergantung kepada perbentangan bajet.\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami berharap Bajet 2023 pada Jumaat ini akan membawa khabar gembira kepada sektor kesihatan negara,\u201d katanya.\n\n\nSesi \u2018townhall\u2019 ini diadakan bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada anggota perubatan yang berkhidmat di negara ini dianjurkan dengan sekretariat bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). \u2013\u00a0\nUTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/23/13147/", "title": "Halang Lynas hasilkan lagi sisa radioaktif tidak jejaskan pelabur", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Keputusan kerajaan tidak membenarkan \nLynas Rare Earths Ltd (Lynas)\n\u00a0menjalankan aktiviti yang menghasilkan sisa radioaktif selepas Julai ini tidak menjejaskan keyakinan pelabur.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, berkata selepas pengumuman mengenai keputusan itu dibuat, ramai pihak luar masih ingin melabur di dalam negara, sekali gus membuktikan keyakinan mereka masih utuh terhadap Malaysia.\n\n\n\u201cIni kerana melalui keputusan ini, seperti saya maklumkan tiada elemen kejutan\u2026 untuk pelabur luar negara (datang ke Malaysia) yang pertama mereka perlukan ialah kepastian.\n\n\n\u201cApa yang kita lakukan pada hari ini, adalah kita penegasan apa yang kita sudah tetapkan pada 2020\u2026 tiada langsung syarat baharu dikenakan ke atas Lynas,\u201d katanya ketika sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, di Dewan Rakyat, pada Khamis.\n\n\n\n\nSebelum ini, kerajaan menetapkan Lynas tidak dibenar menjalankan sebarang aktiviti yang akan menghasilkan sisa radioaktif di negara ini selepas Julai ini.\n\n\n\n\nIa selepas permintaan Lynas untuk menggugurkan empat syarat berkaitan aktiviti projek itu tidak dipertimbangkan membabitkan aktiviti pemecahan dan peresapan (C&L), penjanaan residu \u2018water leach purification\u2019 (WLP) dan pengimportan pekatan lantanid daripada Australia.\n\n\nPada masa sama, Lih Kang sekali lagi menegaskan, kerajaan tidak menutup Lynas cuma tidak membenarkan permohonan syarikat itu untuk menggugurkan syarat ditetapkan pada 2020.\n\n\nBeliau berkata, kerajaan tiada halangan terhadap sebarang aktiviti di Lynas selagi mematuhi syarat yang sudah ditetapkan.\n\n\nKatanya, namun begitu kerajaan akan terus memantau pengoperasian Lynas supaya selamat dan tidak membahayakan pekerja, orang awam dan alam sekitar.\n\n\nLynas sudah mencapai sisa radioaktif sebanyak 1.08 juta tan dan dijangka akan mencecah 1.2 juta tan sehingga Julai 2023. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/23/ahli-parlimen-jangan-kompromi-soal-etika-pakaian-elak-jadi-isu-politik/", "title": "Ahli Parlimen jangan kompromi soal etika pakaian, elak jadi isu politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0\nEtika berpakaian di Malaysia tidak sepatutnya menjadi isu politik kerana setiap negara memiliki etika pakaian yang tersendiri.\n\n\nPakar Geostrategis dan Felo Kanan, Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara \n\u00a0Prof Dr Azmi Hassan berkata, ahli parlimen tidak harus berkompromi dengan etika berpakaian di premis awam yang meletakkan garis panduan berkenaan.\n\n\nSebaliknya mereka perlu mendidik penyokong mereka\u00a0 kepada ketetapan itu untuk mengelakkan ia menjadi\u00a0 isu politik namun ia tidak terpakai pada waktu kecemasan.\n\n\n\u201c\nYang jadi masalah dalam kerajaan perpaduan yang menentang etika berpakaian di premis kerajaan ialah dari DAP\u00a0 tapi mahu tak mahu ia terkait dengan isu politik tapi harapan saya adalah tidak boleh berkompromi dalam hal etika\u00a0 kecuali dalam hal hal kecemasan dan etika berpakaian tidak boleh diguna pakai, dalam hal ini etika berpakaian kita bukan berlaku di malaysia tapi di seluruh negara ada\u00a0 etika dia masalah\u00a0 di malaysia berkait di malaysia dengan isu politik dan menjadi polemik ketika ini.\n\n\nBeliau dihubungi TV Pertiwi bagi mengulas etika berpakaian di negara ini dan perbandingannya di luar negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBeku akaun sengaja wujudkan persepsi PN ada masalah integriti\n\n\n\n\n\n\nMB Kelantan pegang lima portfolio Exco\n\n\n\n\n\n\nBajet 2023 akan dibentangkan semula pada 24 Februari\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir meningkat, empat daerah di Johor masih terjejas\n\n\n\n\n\n\nKos Haji Dijangka Meningkat Lebih 50 Peratus\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, lagi sikap sesetengah penyokong dan disokong oleh Ahli Politik menyebabkan ia terbabit menjadi isu politik.\n\n\n\u201ckalau kita melihat\u00a0 yang menentang \u00a0 etika pakaian di premis kerajaan ialah besar kemungkinan mereka ialah penyokong DAP dan dalam kerajaan juga menteri daripada DAP juga agak kritikal terhadap\u00a0 etika berpakaian di premis kerajaan ini dikatakan etika berpakaian tidak kena mengena dengan politik dalam Malaysia dia unik sebab jadi\u00a0 isu politik sekiranya tidak ditangani dengan betul.\u201d\n\n\nKatanya, isu itu menjadi sensitif apabila ada sekumpulan yang cuba melanggar etika berpakaian walhal etika itu diwujudkan setelah mengambil kira aspek sensitiviti di negara ini.\n\n\n\u201cEtika berpakaian dibuat bukan suka-suka dia nak menjaga sensitiviti,\u00a0 maksudnya jika seseorang itu memakai pakaian menjolok mata ia boleh mengganggu sensitiviti seorang yang lain maka MP perlu berada dalam keadaan neutral memikirkan sensitive pihak yang lain.\u201d\n\n\nSOT OUT 0945\n\n\nKebelakangan ini, beberapa insiden\u00a0 berpakaian tidak sopan di beberapa tempat awam yang mencetuskan kemarahan orang awam serta petugas kerajaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/23/bajet-2023-peruntukan-lebih-kepada-belia-mahasiswa-pembina/", "title": "BAJET 2023 : Peruntukan lebih kepada belia & mahasiswa \u2013 PEMBINA", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0\nPersatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) menggesa kerajaan untuk memberi peruntukan lebih kepada golongan belia dan mahasiswa dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan esok.\n\n\n\u00a0\nPresidennya, Wafiq Azman berkata, golongan pelapis bagi negara dan secara majoritinya golongan belia, kini berada di fasa kritikal dalam kehidupan.\n\n\nMenerusi kenyataan\n yang dikeluarkan, Wafiq berkata, belanjawan kali ini perlu menekankan kepada pendidikan mahasiswa dan belia di institusi-institusi pendidikan terutamanya pada potensi dan pengupayaan universiti.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGolongan T20 tidak akan terima subsidi haji, elektrik\n\n\n\n\n\n\nElak beli pemimpin, undang-undang lompat parti di Sabah perlu disegerakan\n\n\n\n\n\n\nPesawat TUDM terhempas di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nJasa, bakti TUDM sentiasa disanjung \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nLepas DAP mungkin UMNO akan sokong pekebun haram Raub\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\u201cMereka adalah golongan pelapis bagi negara dan secara majoritinya golongan belia dan mahasiswa merupakan golongan yang berada di masa-masa kritikal dalam kehidupan. Mereka perlu diupayakan dari sudut kewangan, kesihatan, jati diri dan perlu diupayakan sebagai sebuah institusi.\u201d \u2013 WAFIQ AZMAN / Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)\n\n\n\u00a0\n\n\nJusteru, beliau menegaskan peruntukan kepada belia dari sudut\u00a0 dari sudut kewangan, kesihatan, jati diri dan perlu diberikan penekanan dalam belanjawan negara.\n\n\nKatanya, peruntukan itu boleh digunakan kepada dana penyelidikan dan pembangunan (R&D), bajet untuk pembangunan jati diri pelajar serta belia, bajet kepada akses pelajar terhadap ilmu, begitu juga dari sudut kesejahteraan kewangan dan kesihatan pelajar.\n\n\n\u00a0\nJelas beliau, walaupun bajet adalah bersifat tahunan, beliau tidak mahu ia dibuat hanya sekadar bersifat populis, survival dan sangat minima dari sudut visi pembangunan negara.\n\n\nSebelum ini, \nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, Bajet 2023 akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa dan pada masa sama memacu pertumbuhan ekonomi negara di samping menarik pelaburan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/23/bajet-2023-tingkatkan-peruntukan-pembangunan-kokurikulum-islam-isma/", "title": "BAJET 2023 : Tingkatkan peruntukan pembangunan kokurikulum Islam \u2013 ISMA", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0\nKerajaan digesa memfokuskan pembangunan Islam dalam kalangan rakyat khususnya di peringkat sekolah dan belia melalui pembentangan Bajet 2023 yang akan dijadualkan pada 24 Februari ini.\n\n\nPresiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Fauzi Asmuni berkata peruntukan untuk menggubal kurikulum Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah perlu dilaksanakan bagi memupuk sifat berdikari dan semangat cintakan negara serta membina jati diri.\n\n\n\u201cBegitu juga tentang apa yang kita sebut sebagai penggubalan dan pembinaan semula kurikulum yang berkait dengan agama ataupun yang berkait dengan pembangunan kesopanan, kesusilaan tatasusila dan seumpamanya bagi pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Sebab apa yang kita tengok sekarang dari segi kurikulum sekolah kita tak nampak suatu yang betul2 dapat membentuk pelajar yang betul2 berdikari mandiri yang mempunyai jati diri yang mempunyai kecintaan dan semangat patriotik yang tinggi terhadap negara.\u201d \u2013 USTAZ FAUZI ASMUNI / Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)\n\n\nJelas beliau, penggubalan kurikulum ini memerlukan peruntukan yang besar daripada kerajaan untuk mendapatkan pandangan daripada pakar pendidikan serta keperluan untuk menghasilkan buku-buku berlandaskan kurikulum berkenaan.\u00a0\n\n\nPada masa yang sama, ISMA juga berharap agar Bajet 2023 akan merangkumi peruntukan untuk menaik taraf prasarana institusi-institusi Islam lain seperti Jabatan Agama Islam di setiap negeri dan juga Mahkamah Syariah.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN boleh menang di Terengganu, Kedah \u2013 Mohamad Hasan\n\n\n\n\n\n\nUstaz Wadi Annuar dakwa tidak pernah dipelawa mohon tauliah\n\n\n\n\n\n\nFelda perlu tanggungjawab hutang peneroka\n\n\n\n\n\n\nKeputusan tuntutan MA63 pada 4 Januari\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi: Menteri Turkiye hargai sokongan Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, keperluan peruntukan ini merangkumi pelantikan pegawai-pegawai baharu, menaik taraf sistem dan juga skim gaji bagi setiap pegawai di institusi agama Islam di setiap negeri.\u00a0\n\n\nMengulas lanjut, Bajet 2023 kali ini diharap dapat memberikan satu peruntukan untuk membangunkan muzium atau mini galeri yang mempamerkan asal usul negara, sejarah Melayu dan juga sejarah Islam.\n\n\nJelas beliau, usaha ini dapat memupuk semangat cintakan negara kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh negara Turkiye yang mengangkat sejarah negara mereka sehingga ke persada dunia.\u00a0\n\n\n\u201cDalam membangunkan etos ataupun identiti negara yang akan memberikan impak besar kepada kecintaan masyarakat terhadap negara. Jadi di sini perlu untuk diperuntukkan satu jumlah untuk dibangunkan satu muzium atau pun paling kurang pun mini gallery yang berkait dengan sejarah Islam,\u00a0 sejarah Melayu Islam, sejarah negara ini secara sungguh-sungguh. Kita tidka mahu lagi muzium yang mempamerkan barang-baang yang tidak memberikan makna yang begitu mendalam terhadap sejarah negara kita ni.\u201d\n\n\nDalam pada itu, kerajaan juga perlu melihat kepada pembangunan sumber manusia untuk memanfaatkan lagi hasil bahan mentah yang berada dalam negara selain mengambil berat isu sara hidup yang dihadapi rakyat.\n\n\nBeliau berkata, jalan penyelesaian masalah yang membawa kepada isu kos sara hidup yang tinggi perlu diberi keutamaan sebelum memfokuskan kepada bantuan sara hidup rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/23/calon-bn-akan-guna-logo-dacing-pada-prn-enam-negeri/", "title": "Calon BN akan guna logo dacing pada PRN enam negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Semua calon yang mewakili Barisan Nasional (BN) akan menggunakan logo \u2018dacing\u2019 pada Pilihan Raya Negeri di enam negeri.\n\n\nPengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, keputusan itu dibuat biarpun BN kini mengadakan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).\n\n\nAhmad Zahid juga menjelaskan, soal pembahagian kerusi yang akan ditandingi dalam PRN sudah mula dibincangkan, namun ia belum dimuktamadkan lagi.\n\n\n\u201cIsu pembahagian kerusi akan dibincangkan dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : tiada lesen, restoran tamat tempoh\n\n\n\n\n\n\nUMNO Pentingkan Agenda Politik Jika Mahu Adakan PRU-15 Segera\n\n\n\n\n\n\nGaji minimum : 100 pekerja protes di hadapan pejabat Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid Wajar Tumpu Kes Mahkamah, Letak Jawatan\n\n\n\n\n\n\nSelepas operasi besar-besaran rejim Israel lancar serangan udara ke Semenanjung Gaza\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBN akan menjalin kerjasama antara parti politik sedia ada, tetapi calon BN akan kekal menggunakan lambang BN,\u201d katanya pada sidang media selepas sesi lawatan rasminya ke Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nMedia semalam melaporkan, enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu mencapai persetujuan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN masing-masing.\n\n\nMenteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dilaporkan berkata kesepakatan itu dicapai dalam satu pertemuan antara enam Menteri Besar serta Ketua Menteri di ibu negara pada Rabu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/23/daniel-remaja-dimandi-bak-jenazah-dihantar-ke-sekolah-henry-gurney/", "title": "Daniel, remaja dimandi bak jenazah dihantar ke Sekolah Henry Gurney", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Seorang remaja lelaki \u2013 yang sebelum ini tular di media sosial kerana dimandikan seperti jenazah kerana cuba mencuri tabung masjid \u2013 diperintah dihantar ke Sekolah Henry Gurney oleh Mahkamah Majistret Selayang.\n\n\nMajistret Nur Hafizah Rajuni membuat keputusan itu semalam selepas meneliti laporan sosial dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap Daniel Iskandar, 20, yang mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri wang tabung surau tahun lalu.\n\n\n\u201cTertuduh merupakan pesalah muda. Oleh itu, memerintahkan tertuduh dihantar ke Sekolah Henry Gurney sehingga mencapai umur 21 tahun,\u201d katanya.\n\n\nDaniel dihantar ke sekolah yang terletak di Telok Mas, Melaka bermula semalam.\n\n\nMengikut pertuduhan, Daniel didakwa mencuri wang RM74 dari tabung Surau Al Munir di Batu 17 Kuang, Rawang pada 12.44 tengah hari 5 Dis 2022.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS\n\n\n\n\n\n\n1,389 kemalangan dicatatkan hari kedua Op Selamat ke-20 semalam\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tumbang, Hadi Awang mengigau \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nPedang Rasulullah diperbuat daripada besi Tanah Melayu \u2013 sejarawan\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir hampir cecah 30,000 di lima negeri\n\n\n\n\n\n\n\n\nDia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan boleh dikenakan denda.\n\n\nBagi kesalahan kali kedua atau seterusnya, tertuduh hendaklah dihukum penjara dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.\n\n\nTimbalan pendakwa raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh agar tidak melakukan kesalahan sama.\n\n\nPeguam dari Jabatan Bantuan Guaman Selangor, Suhaida Mohd Sobri, yang mewakili Daniel memohon hukuman ringan dengan mengambil kira laporan sosial yang dibacakan oleh wakil JKM, selain berkata anak guamnya merupakan pesalah muda serta telah insaf.\n\n\n\u201cSebelum ditangkap, tertuduh bekerja di bengkel kereta dan dijaga oleh datuknya.\n\n\n\u201cIbu bapa anak guam saya telah bercerai dan dia anak sulung daripada tiga beradik yang seorang daripadanya ialah orang kurang upaya (OKU),\u201d kata peguam itu.\n\n\nDalam pada itu, pegawai JKM Mohamad Hanafi Sedi memohon supaya Daniel diperintahkan ditahan di sekolah itu sehingga mencapai 21 tahun.\n\n\nPada 13 Jan tahun lepas, Daniel dijatuhkan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang selepas mengaku bersalah cuba mencuri tabung kepunyaan Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah.\n\n\nBagaimanapun, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 17 Jan tahun lalu mengetepikan hukuman penjara dan denda itu terhadap Daniel, dan menggantikannya dengan perintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu dilaksana dalam tempoh enam bulan.\n\n\nIa ditumpukan pada khidmat di masjid-masjid.- BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/23/kkm-kenal-pasti-lima-isu-utama-pada-sesi-townhall/", "title": "KKM kenal pasti lima isu utama pada sesi Townhall", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Sebanyak lima isu utama dibangkitkan pada sesi Townhall bersama Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa bersama pelbagai peringkat pegawai perubatan hari ini.\n\n\nPejabat Menteri Kesihatan menerusi kenyataan akhbar berkata, isu berkenaan termasuk isu doktor kontrak, penambahbaikan fasiliti kesihatan awam, kekurangan doktor di Jabatan Kecemasan, penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan dan isu-isu teknikal.\n\n\n\n\nMenurutnya, Dr. Zaliha sangat menghargai dan menghormati pandangan, maklum balas dan cadangan yang diberi sepanjang sesi Townhall yang diadakan selama lebih dua jam itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nOIC sambut baik laporan Amnesty International mengenai aparteid terhadap Palestin\n\n\n\n\n\n\nPejuang terdesak, opportunis, tiada prinsip mahu sertai PN\n\n\n\n\n\n\nBN didakwa bergolak: Ismail Sabri jumpa Pas, Ahmad Zahid di rumah Anwar\n\n\n\n\n\n\nBanjir tidak berlaku tapi saya ditohmah \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nHukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dihapus\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDengan semua cadangan dan maklum balas yang diperoleh, beliau (Dr. Zaliha) akan berusaha menangani isu-isu berkenaan sama ada dari segi polisi atau teknikal yang melibatkan Kementerian Kesihatan (KKM).\n\n\n\u201cBeliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengawai perubatan yang hadir dan memberi komitmen, tiada doktor yang akan dikenakan tindakan tatatertib kerana menghadiri sesi pada hari ini,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, seramai kira-kira 350 orang doktor yang terdiri daripada pegawai perubatan kerajaan menghadiri Sesi Townhall yang berlangsung di Ibu Pejabat KKM, di sini.\n\n\n\n\n\n\nSesi Town Hall yang dianjurkan bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) ini bertujuan bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan daripada anggota perubatan berhubung pelbagai perkara. \u2013 \nUTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/23/laporan-sprm-terhadap-hakim-mohd-nazlan-diserah-kepada-ketua-hakim-negara/", "title": "Laporan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali sudah dikemukakan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh SPRM melalui surat bertarikh 21 Februari 2023.\n\n\nBagaimanapun katanya, tiada maklumat lanjut mengenai perkara itu dimaklumkan kepada beliau melalui surat berkenaan.\n\n\n\u201cPerkara ini juga tertakluk kepada keputusan Ketua Hakim Negara selaras dengan Fasal-Fasal 3 dan 3A Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan ada hak ambil tindakan undang-undang, tuntut pampasan\n\n\n\n\n\n\nSeorang Jemaah Umrah Dari Melaka Dijangkiti Omicron\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan elak cukai, penggubahan wang haram Rosmah Mansor bermula esok\n\n\n\n\n\n\nAgama dihina, tanah semakin hilang dan nasib Muslim ditekan\n\n\n\n\n\n\nAmuk, cubaan tukang gunting serang polis dengan pisau pemotong daging\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDi bawah Fasal 3 Perkara 145, Peguam Negara/Pendakwa Raya mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan apa-apa prosiding bagi kesalahan.\n\n\n\u201cKuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara di bawah Fasal 3 Perkara 145 amat luas dan boleh menuduh mana-mana orang termasuk seorang hakim jika keterangan bagi sesuatu kesalahan memenuhi segala elemen pertuduhan berkenaan. Bagaimanapun, kerajaan tidak akan campur tangan kuasa Peguam Negara/Pendakwa Raya,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/23/lynas-rayu-mosti-gugur-syarat-tidak-hasilkan-lagi-sisa-radio-aktif/", "title": "Lynas rayu MOSTI gugur syarat tidak hasilkan lagi sisa radio aktif", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 \nKementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima surat rayuan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk menggugurkan syarat lesen operasinya di Malaysia.\n\n\nMenteri berkenaan Chang Lih Kang ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini berkata rayuan berkenaan dalam proses pertimbangan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerajaan tidak menutup Lynas, kerajaan cuma tidak membenarkan permohonan Lynas untuk menggugurkan syarat-syarat yang telah ditetapkan pada 2020,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menolak permohonan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen berkaitan pengurusan residu Water Leach Purification (WLP) selepas Julai 2023, aktiviti \ncracking and leaching\n (C&L) di Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dan pengimportan pekatan lantanid dari Australia.\n\n\n\n\n\n\nKeputusan itu bermakna Lynas tidak lagi boleh menghasilkan sisa radioaktif tambahan selepas Julai 2023.\n\n\n\n\n\n\nDi KUANTAN, Pahang, Lynas merayu supaya kerajaan meneliti semula keputusan larangan itu kerana keadaan itu akan memberi impak kepada operasi syarikat selain kira-kira 2,000 kakitangan dikhuatiri kehilangan pekerjaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPDRM Siap Siaga Kerah Anggota & Pegawai Untuk Pilihan Raya Negeri\n\n\n\n\n\n\nKhairy nasihat pencarum KWSP simpan untuk hari tua, tidak perlu pengeluaran lagi\n\n\n\n\n\n\nSabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Tanpa Ujian COVID-19\n\n\n\n\n\n\nImigresen tahan 61 warga asing dalam serbuan perkampungan haram\n\n\n\n\n\n\nLaksana Projek Tanaman Setempat Guna Tenaga Kerja Tempatan- Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLynas sudah beroperasi lebih 10 tahun, selepas keputusan ini dilaksanakan pekerja yang terdiri daripada anak muda tempatan bakal kehilangan pendapatan mereka untuk menyara keluarga.\n\n\n\u201cKami sentiasa menantikan peluang untuk mengadakan rundingan dengan pihak kerajaan pada bila-bila masa agar keputusan yang lebih baik dapat dicapai,\u201d kata Pengurus Besar Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi Lynas Jumaat Mansor. -BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/23/selepas-operasi-besar-besaran-rejim-israel-lancar-serangan-udara-ke-semenanjung-gaza/", "title": "Selepas operasi besar-besaran rejim Israel lancar serangan udara ke Semenanjung Gaza", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Rejim pengganas Israel melancarkan serangan udara baharu ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung, sehari selepas rejim melakukan serbuan ganas ke atas bandar Nablus di Tebing Barat yang diduduki.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPesawat pejuang Israel menyasarkan utara Kota Gaza pada Khamis, menyebabkan kepulan asap hitam muncul di salah satu lokasi yang disasarkan.\n\n\n\n\nSerangan berlaku beberapa jam selepas tentera Israel mendakwa pejuang Palestin melancarkan enam roket dari kawasan pantai ke arah bandar Sderot dan Ashkelon yang diduduki Israel pada waktu subuh, mencetuskan siren amaran di kedua-dua bandar.\n\n\n\n\nIa juga mendakwa bahawa lima daripada roket telah dipintas, sambil menambah bahawa satu lagi mendarat di kawasan tidak berpenghuni.\n\n\n\n\n\n\nTiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan.\n\n\n\n\nSaksi Palestin berkata, mereka melihat sekurang-kurangnya lapan roket dilepaskan.\n\n\nBelum ada kumpulan pejuang Palestin yang mengaku bertanggungjawab atas serangan roket itu.\n\n\nBagaimanapun, serangan itu dianggap sebagai tindakan balas terhadap serangan tentera Israel ke atas Nablus sehari sebelumnya, yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin.\n\n\nLebih 100 orang turut cedera apabila tentera rejim penjajah menyerbu Nablus, termasuk seorang lelaki berusia 72 tahun, remaja lelaki berusia 14 tahun, dan dua komander gerakan pejuang Jihad Islam yang berpusat di Gaza.\n\n\nKumpulan pejuang Palestin mengecam keras serangan itu dan berikrar akan membalasnya.\n\n\nSetiausaha Agung Pergerakan Jihad Islam Ziad al-Nakhala menyifatkan serbuan itu sebagai \u2018jenayah keji,\u2019 berkata rakyat Palestin tidak akan membenarkan kekejaman itu tanpa hukuman.\n\n\n\n\nJurucakap Briged Ezzedine al-Qassam, Abu Obeida, juga memberi amaran bahawa pasukan pejuang di Gaza sedang memantau peningkatan jenayah yang dilakukan musuh. \u2013 Agensi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/23/sprm-buat-siasatan-forensik-terhadap-akaun-uitm/", "title": "SPRM buat siasatan forensik terhadap akaun UiTM", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang membuat siasatan forensik terhadap akaun Universiti Teknologi Mara (UiTM) Holdings bagi mengesan kesalahan rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa membabitkan dakwaan kerugian dialami universiti itu.\n\n\nKetua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mendapat kerjasama baik daripada UiTM dan telah menerima dokumen berkaitan.\n\n\n\u201cSetakat ini kita dapat dokumen-dokumen yang diperlukan, jadi pihak siasatan (pegawai penyiasat) perlu kaji atau membuat siasatan forensik akaun terhadap akaun UiTM sebab perkara itu sudah berlaku.\n\n\n\u201cKita perlu melihat bagaimana ia (kerugian) berlaku. Mungkin kehilangan disebabkan projek-projek tertentu, campur-campur, ia (kerugian) menjadi makin tinggi (nilainya),\u201d katanya selepas majlis perasmian cawangan baharu SPRM di Kuala Selangor hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNajib hanya mahu iringan doa dan kasih rakyat\n\n\n\n\n\n\nUMNO pilih DAP sebab tidak berpura-pura setiakawan \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nFenomena Banjir Gelombang Kedua\n\n\n\n\n\n\nLoh Siew Hong fail rayuan status Islam anak\n\n\n\n\n\n\nUstaz Wadi Annuar dakwa tidak pernah dipelawa mohon tauliah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, media melaporkan UiTM melalui sayap pelaburannya mengalami kerugian terkumpul sebelum cukai sehingga RM157.04 juta selama empat tahun berturut-turut dan RM157.8 juta dalam tempoh 10 tahun.\n\n\nAzam berkata, siasatan dilakukan terhadap universiti itu sejak dua tahun lepas adalah berdasarkan aduan diterima pihaknya dan sedang mengesan jika berlaku sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM.\n\n\n\u201cKadang-kadang apabila berlaku ketidakpatuhan dalam sesuatu badan, contohnya perolehan dan sebagainya, yang penting pegawai menyiasat (SPRM), mereka hendak melihat ada atau tidak elemen salah guna kuasa atau rasuah di situ,\u201d katanya.\n\n\nMengulas mengenai cawangan baharu SPRM di Kuala Selangor, beliau berkata, usaha itu bagi memperluaskan perkhidmatan pihaknya sekali gus memudahkan masyarakat setempat berurusan dengan suruhanjaya tersebut.\n\n\n\u201cPerpindahan pengoperasian SPRM cawangan Klang ke sini adalah menjadi keperluan memandangkan pembangunan pesat di daerah Kuala Selangor selain kedudukan strategik yang berada di jajaran Pantai Barat Negeri Selangor,\u201d katanya.\n\n\nPejabat tersebut terletak di Plaza Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) berkeluasan 6,170 kaki persegi dilengkapi dengan bilik mesyuarat, bilik kebal, bilik temu bual bervideo (VIR), bilik merakam kenyataan dan sebagainya selain menempatkan 16 warga kerja.\n\n\nOrang ramai yang ingin menyalurkan sebarang maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa boleh hadir ke pejabat berkenaan atau menghubungi SPRM cawangan Kuala Selangor di talian 03-32814855 atau 03-32814865 dan faks 03-32814830. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/23/tidak-akan-rayu-penggantungan-ahli-hishammuddin/", "title": "Tidak akan rayu penggantungan ahli \u2013 Hishammuddin", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0 Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengulangi pendiriannya tidak akan merayu penggantungan keahliannya dalam parti.\n\n\nAhli Parlimen Sembrong itu mengemukakan empat sebab mengapa beliau memutuskan demikian sungguh pun ada cadangan daripada UMNO Johor supaya beliau membuat rayuan.\n\n\n\u201cSaya tak akan merayu. Apa sebabnya? Kerana saya tak tahu sebabnya saya digantung, betul tak? Sampai hari ini kita tidak tahu apa sebabnya saya digantung. Jadi nak rayu apa?\n\n\n\u201cKedua, gantung tak ikut proses, tak ikut prosedur. Saya tak diminta untuk jawab kepada Lembaga Disiplin. Tak ada surat dikeluarkan Lembaga Disiplin untuk sekurang-kurangnya panggil saya jawab secara bertulis, tak ada,\u201d katanya menerusi akaun TikToknya, malam ini.\n\n\nDifahamkan, kenyataan itu dibuat Hishammuddin ketika hadir Majlis Ramah Mesra Ahli Parlimen Sembrong bersama kepemimpinan Barisan Nasional (BN) Sembrong pada Sabtu lalu.\n\n\nBeliau berkata, sebab seterusnya rayuan tidak dibuat kerana beliau seolah-olah dianggap sudah bersalah.\n\n\n\u201cBuat apa kita nak buat rayuan kepada orang yang sudah membuat keputusan untuk mengantung. Pada orang yang gantung kita, kita nak rayu kepada dia?\n\n\n\u201cKalau kita rayu macam kita ini bersalah. Betul tak? Saya minta restu dan izin daripada keluarga Sembrong, kita kata, kalau saya nak rayu, saya tak tergamak nak buat rayuan,\u201d katanya.\n\n\nHishammuddin dan beberapa pemimpin UMNO lain sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun, sekali gus menghalang beliau bertanding pada pemilihan UMNO bulan depan.\n\n\nPada 4 Februari lalu, UMNO Johor mahu Hishamuddin dan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang, yang turut digantung, mengemukakan rayuan dan membela diri terhadap pertuduhan serta sabitan yang dikenakan terhadap mereka. -BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/agong-titah-perhebat-bendung-aktiviti-jenayah-sama-sama-jaga-kedaulatan-negara/", "title": "Agong titah perhebat bendung aktiviti jenayah, sama-sama jaga kedaulatan negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Yang di-Pertuan\u00a0Agong,\u00a0Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan\u00a0kerajaan, khususnya agensi penguatkuasaan\u00a0memperhebat usaha membendung aktiviti jenayah\u00a0penyeludupan dadah dan bahan terlarang, pendatang tanpa izin serta pencerobohan sempadan negara.\n\n\nDatuk Pengelola Bijaya Diraja,\u00a0Mejar Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata,\u00a0Seri Paduka\u00a0turut menyeru rakyat untuk bersama-sama memainkan peranan dan mempunyai kesedaran serta tanggungjawab membantu kerajaan serta agensi penguatkuasaan dalam membendung kegiatan jenayah sama ada di sempadan negara atau di kawasan masing-masing.\n\n\n\u201cIni adalah kerana kerajaan tidak boleh bertolak ansur terhadap soal keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta kedaulatan negara.\n\n\n\u201cSeri Paduka Baginda mengajak rakyat untuk bersama Baginda mendoakan semoga kedaulatan negara sentiasa dipelihara dan negara serta rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMeta lancarkan Threads, lawan Twitter\n\n\n\n\n\n\nSany Hamzan tak layak jelas isu peruntukan Ahli Parlimen pembangkang\n\n\n\n\n\n\nPengiklanan cecair nikotin perlu dikawal, duti eksais wajar diperkenal\n\n\n\n\n\n\nKADAR PENGGUNAAN KATIL DI TERENGGANU MEMBIMBANGKAN\n\n\n\n\n\n\nKerajaan, pembangkang perlu bersaing juarai isu Islam & Melayu \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nZahari\u00a0 berkata, Al-Sultan Abdullah selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut\u00a0\u00a0menzahirkan ucapan tahniah kepada ATM\u00a0atas kejayaan menumpaskan sindiket penyeludupan daun ketum di Kuala Nerang, Kedah.\n\n\nSeri Paduka bertitah bahawa ketangkasan dan kecekapan anggota pasukan Operasi Tentera Darat ATM itu dalam melaksanakan amanah dan tugas sewajarnya dihargai dan diberi pujian.\n\n\n\u201cSeri Paduka Baginda turut menzahirkan sokongan dan penghargaan terhadap usaha-usaha baik serta tindakan tegas kerajaan dan agensi\u00a0penguatkuasaan berkaitan dalam membanteras jenayah rentas sempadan dan sindiket jenayah terancang di sempadan negara,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nKira-kira satu tan bahan itu dengan nilai RM38,000 yang dipercayai cuba diseludup keluar sebuah kenderaan pacuan empat roda bernombor pendaftaran Thailand, berjaya dirampas\u00a0Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) ketika melakukan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand,\u00a0Rabu lepas.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-130000-rakyat-dilepaskan-daripada-status-muflis/", "title": "Belanjawan 2023: 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan menyasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis setelah pindaan Akta Insolvensi 1967 diluluskan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, akta tersebut akan dipinda supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.\n\n\nJelas beliau, sementara menunggu pindaan, kes-kes kecil yang mempunyai hutang kurang RM50,000 dan memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.\n\n\n\u201cRakyat yang diisytihar muflis berhak punyai peluang kedua. Setakat Januari, lebih 260,000 kes muflis telah direkodkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLEKAS, gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat lulus Projek Pulau Pinang Selatan\n\n\n\n\n\n\nPAS pertimbang fail petisyen\n\n\n\n\n\n\nDua PPS Di Hulu Langat Masih Beroperasi\n\n\n\n\n\n\nSecara teorinya, Anwar tidak perlu usul undi percaya 19 Disember ini\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid raikan perbezaan pendapat, tidak berkompromi sentuh integriti parti\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa turut melibatkan anak-anak kita majoritinya Melayu yang mempunyai potensi menyumbang kepada ekonomi negara,\u201d katanya yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.\n\n\nSelain itu, menurut beliau, bagi golongan banduan pula, untuk kepentingan dan asimilasi semula ke dalam masyarakat, mereka akan terus diberi latihan secukupnya melalui program Skill for Inmate.\n\n\nTambah Ahli Parlimen Tambun itu, majikan juga digalakkan untuk menggaji banduan termasuk bekas penghuni Sekolah Henry Gurney dan institusi perlindungan dan pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta layak mendapat potongan cukai tambahan.\n\n\nJelasnya, Program Agro Penjara untuk banduan terlibat dalam aktiviti pertanian yang dilaksanakan di atas tanah penjara seluas 70 hektar akan terus diperkasa dengan peruntukan RM10 juta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-130000-rakyat-miskin-tegar-dibantu-keluar-daripada-kemiskinan/", "title": "Belanjawan 2023: 130,000 rakyat miskin tegar dibantu keluar daripada kemiskinan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Iltizam kerajaan hari ini untuk menoktahkan kemiskinan tegar yang merangkumi kira-kira 130,00 orang rakyat tersusah tanpa mengira latar belakang kaum akan segera dibantu untuk keluar daripada belenggu kemiskinan sepenuhnya.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan melaksanakan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang akan menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin supaya meningkatkan potensi pendapatan.\n\n\nMenurutnya, sejumlah RM750 juta disediakan untuk tahun 2023 kepada Kementerian Ekonomi bagi menjayakan IPR.\n\n\nAnwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRibut Kuat di Perai, Empat rumah Rosak Teruk\n\n\n\n\n\n\n6,000 serbu pejabat Tesla Malaysia\n\n\n\n\n\n\nDominic Lau sah bertanding di DUN Bayan Lepas\n\n\n\n\n\n\nAnwar tempelak Hadi Awang, yakin kerajaan mampu bertahan\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Negara Gagal Fahami Sentimen Rakyat \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut beliau, beberapa pendekatan baharu akan dilaksana untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan lalu bagi meningkatkan keupayaan isi rumah miskin tegar meraih pendapatan.\n\n\nAntaranya, bantuan dan kemudahan kepada peserta tidak lagi diberikan sekali gus tetapi secara bulanan dan dipantau sama ada sewa beli kelengkapan atau subsidi penggajian untuk majikan yang mengambil peserta miskin tegar bekerja.\n\n\n\u201cAktiviti ekonomi disertai hendaklah yang memenuhi keperluan komuniti setempat terutamanya sektor agropertanian dan makanan untuk memastikan permintaan berterusan.\n\n\n\u201cProgram ini menyasarkan untuk peserta meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM2,500 dalam tempoh pemantauan 24 bulan dan selepas itu dapat menjana pendapatan sendiri melalui hasil yang diperoleh,\u201d katanya.\n\n\nAnwar berkata, kerajaan kini membayar bantuan kebajikan bernilai RM2.5 bilion kepada lebih 400,000 penerima.\n\n\nBagi menyegerakan data dikemaskinikan dan memastikan tiada lagi yang tercicir daripada menerima bantuan, kerajaan akan melaksanakan pemutihan senarai penerima bantuan bulanan kerajaan antara Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah satu pangkalan data."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-bantuan-khas-kewangan-aidilfitri-rm700-untuk-penjawat-awam/", "title": "Belanjawan 2023: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 untuk penjawat awam", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM350 turut disalurkan kepada pesara kerajaan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan itu diberi sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam.\n\n\n\u201cKerajaan silih berganti, pemimpin negara kerap bertukar tetapi penjawat awam sebagai tulang belakang kerajaan setia menggalas amanah negara.\n\n\n\u201cKe arah Malaysia Madani, penjawat awam perlu segera bawa perubahan, menerapkan pembaharuan dengan matlamat akhir menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara,\u201d kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO perlu cari naratif, formula baharu \u2013 Puad\n\n\n\n\n\n\nAli Biju Tarik Diri, Kukuhkan Hubungan PN Dengan GPS\n\n\n\n\n\n\nAkan Didakwa Pada Rabu Ini\n\n\n\n\n\n\nAfghanistan : Russia Sedia Pertimbang Iktiraf Kerajaan Taliban\n\n\n\n\n\n\nTiada sabotaj, letupan tragedi Double Six\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa merupakan belanjawan pertama dibentangkan di bawah kerajaan pimpinan Anwar.\n\n\nBeliau berkata kerajaan turut bersetuju untuk memberi elaun khas RM100 sehari kepada semua ahli pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang terlibat dalam misi di Turkiye dan Syria.\n\n\n\u201cElaun ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan ke atas jasa besar yang diberikan atas nama kemanusiaan,\u201d kata beliau.\n\n\nSementara itu, bagi memastikan perkhidmatan pengkomputeran awan dalam sektor awam yang berkesan, beliau berkata Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengambil strategik dengan menaik taraf perkhidmatan MyGovCloud.\n\n\n\u201cPerkhidmatan ini mampu berfungsi secara hibrid dengan turut menggabungkan perkhidmatan public cloud oleh penyedia perkhidmatan awan yang dilantik kerajaan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-cukai-pendapatan-m40-dikurangkan/", "title": "Belanjawan 2023: Cukai pendapatan M40 dikurangkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai pendapatan individu M40 sebanyak dua peratus bagi membantu meringankan beban golongan itu.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurangan itu akan bermula tahun ini membabitkan banjaran lebih RM35,000 hingga RM100,000 setahun.\n\n\nBeliau berkata, langkah itu dijangka dapat memberikan kira-kira 2.4 juta pembayar cukai, lebihan pendapatan boleh guna sehingga RM1,300.\n\n\n\u201cSelama ini, golongan B40 sering diberikan pelbagai bentuk bantuan, sementara kumpulan pertengahan, M40 menunjukkan kesabaran mereka, meskipun terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang mencengkam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBukan media sengaja tiup isu sensitif, tapi ahli politik\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Projek khusus tangani kesesakan jejas lokasi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Dana RM388.1 bilion\n\n\n\n\n\n\nRamasamy letak semua jawatan, umum keluar DAP\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat dakwaan Menteri Pelancongan berlaku rasuah di KLIA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSukacita diumumkan, kerajaan bersetuju menambah pendapatan boleh guna M40 melalui pengurangan kadar cukai pendapatan individu yang memberi lebih manfaat kepada mereka,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan menaikkan kadar cukai bagi mereka yang berpendapatan tinggi, antara 0.5 sehingga dua peratus membabitkan banjaran lebih RM100,000 hingga RM1 juta.\n\n\n\u201cKurang 150,000 pembayar cukai akan dikenakan cukai yang lebih tinggi. Langkah ini membabitkan pengurangan hasil cukai bersih kerajaan sebanyak RM900 juta untuk manfaat rakyat khususnya M40,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-diskaun-ptptn-hingga-20-peratus-selama-3-bulan/", "title": "Belanjawan 2023: Diskaun PTPTN hingga 20 peratus selama 3 bulan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbada\u00adnan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga 20 peratus selama tiga bulan bermula 1 Mac ini.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan.\n\n\nKerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh selama enam bulan.\n\n\n\u201cPermohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac 2023,\u201d katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM Siasat Pelajar Hanya Diberi Nasi Putih & Kuah\n\n\n\n\n\n\nInflasi Naik Mendadak Jika Subsidi Minyak Diganti\n\n\n\n\n\n\nSokongan Suami Bawa Kejayaan Isteri\n\n\n\n\n\n\nPemborong Dan Pengeluar Manipulasi Harga Barang?\n\n\n\n\n\n\nBersatu Sabah tiada akar umbi, bakal \u2018tutup kedai\u2019"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-elaun-guru-kafa-dinaikkan-rm100/", "title": "Belanjawan 2023: Elaun guru KAFA dinaikkan RM100", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM100.\n\n\nMelalui peruntukan tambahan lebih RM40 juta itu, elaun bulanan membabitkan 35,000 guru KAFA naik kepada RM1,100.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan sumbangan khas bagi menghargai jasa kelompok individu yang berperanan mengimarahkan masjid.\n\n\n\u201cKerajaan bersetuju memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja (petugas masjid), marbut (pengurus masjid), guru KAFA dan guru takmir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPentauliahan Mengajar Islam Aktivis Politik Ditarik Balik\n\n\n\n\n\n\nSiapa Bakal Ketua Menteri Melaka Yang Baharu?\n\n\n\n\n\n\nCadangan perluas visa ketibaan boleh gugat keselamatan negara\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: KKM sambut baik penetapan cukai eksais rokok elektronik, vape\n\n\n\n\n\n\nKit Siang terima anugerah Tan Sri?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSeramai 70,000 orang akan menerima sumbangan ini membabitkan peruntukan lebih RM40 juta,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-glc-labur-rm1-5-bilion-dalam-syarikat-pemula-tempatan/", "title": "Belanjawan 2023: GLC labur RM1.5 bilion dalam syarikat pemula tempatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan melabur dalam syarikat-syarikat pemula tempatan yang inovatif dan berpertumbuhan tinggi dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion.\n\n\nMenteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan GLC dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) amat besar sebagai nadi penggerak ekonomi negara.\n\n\nKatanya, tahun ini, nilai pelaburan terkumpul GLC dianggarkan mencecah RM50 bilion.\n\n\n\u201cAntara tumpuan pelaburan termasuklah modal teroka dalam syarikat pemula berinovasi tinggi. Saya sempat menemui beberapa syarikat inovatif berpertumbuhan tinggi yang antaranya berjaya tersenarai di dalam Bursa Malaysia dan menembusi pasaran antarabangsa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTanah Rizab Melayu meningkat lebih 29 peratus di Selangor\n\n\n\n\n\n\nPesakit \u2018LONG COVID\u2019 Dipantau, Dirawat\n\n\n\n\n\n\nBukti Keadilan Badan Kehakiman, Bukan Kemenangan PH\n\n\n\n\n\n\nLelaki tabur paku ditahan polis\n\n\n\n\n\n\nKumpulan lelaki bertopeng samun lima sekeluarga pada tengah hari\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagi mencontohi kejayaan ini, GLC antaranya Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur dalam syarikat-syarikat pemula tempatan yang inovatif dan berpertumbuhan tinggi dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion ringgit,\u201d katanya.\n\n\nAnwar berkata, kerajaan juga bercadang melanjutkan potongan cukai sehingga RM1.5 juta ke atas perbelanjaan penyenaraian di Pasaran ACE dan LEAP sehingga tahun taksiran 2025.\n\n\n\u201cPotongan cukai cukai turut diperluas meliputi kos penyenaraian syarikat berasaskan teknologi di Pasaran Utama Bursa Malaysia,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-had-sebut-harga-bagi-pembaikan-klinik-sekolah-daif-dinaikkan/", "title": "Belanjawan 2023: Had sebut harga bagi pembaikan klinik, sekolah daif dinaikkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan bagi 400 klinik dan 380 sekolah daif dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah tidak boleh diterima akal rakyat terpaksa berdepan dengan isu sekolah dan klinik sedemikian rupa.\n\n\n\u201dKalau disebabkan projek lambat siap kerana mematuhi prosedur, apa guna jadi kerajaan kalau tidak memudah cara. Ini perlu segera diselesaikan tahun ini juga,\u201d katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.\n\n\nBeliau yang enggan isu itu berlarutan berkata, untuk menyegerakan pelaksanaan projek, had sebut harga perolehan kerja pembaikan sekolah dan klinik daif ditingkatkan kepada RM1 juta berbanding RM500,000 serta perolehan secara cabut undi kepada RM200,000 berbanding RM100,000.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUsaha bawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan sudah dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir saman Anwar RM150 juta\n\n\n\n\n\n\nKronologi Kejadian Babitkan Pesawat TUDM Hawk\n\n\n\n\n\n\nMajlis Presiden PH bincang isu PRN, kerjasama BN pada Sabtu ini\n\n\n\n\n\n\nGuan Eng desak Muhyiddin mohon maaf, disaman jika enggan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerkait hal yang sama, isu kemalangan jalan raya yang kian meningkat juga perlu segera ditangani. Lebih-lebih lagi jika disebabkan kelemahan prosedur kerajaan menyelesaikan masalah keselamatan jalan raya.\n\n\nKerajaan menyediakan RM2.7 bilion untuk menyelenggarakan dan menaik taraf jalan persekutuan.\n\n\nDalam masa sama, bagi melaksanakan penyelenggaran kecil, RM300 juta disediakan khusus untuk kontraktor G1 hingga G4.\n\n\nSejumlah RM1.5 bilion juga disediakan bagi menaik taraf dan membina baharu jalan perhubungan desa dan jalan-jalan luar bandar.\n\n\nBagi isu jalan-jalan berlubang, khidmat jurutera daerah akan digunakan untuk menyegerakan penurapan kerosakan jalan persekutuan serta pembaikan segera lain berdasarkan aduan rakyat yang diterima.\n\n\n\u201cKerajaan menyediakan RM100,000 untuk setiap daerah,\u201d kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.\n\n\nSejumlah RM50 juta disediakan untuk segera memasang lampu-lampu jalan khususnya di kawasan berkemalangan tinggi.\n\n\nMenurut beliau, kerajaan akan meningkatkan pemberian MARRIS yang bertujuan untuk menyelenggarakan jalan negeri kepada RM5.2 bilion.\n\n\nKerajaan Persekutuan telah memberi kelonggaran termasuk membenarkan penggunaan MARRIS untuk membaiki dan mengganti jalan, jambatan dan longkang yang rosak akibat bencana."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-isi-rumah-pendapatan-bawah-rm2500-terima-sumbangan-tunai-rahmah/", "title": "Belanjawan 2023: Isi rumah pendapatan bawah RM2,500 terima Sumbangan Tunai Rahmah", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Golongan isi rumah mempunyai pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa pembaharuan diambil kira bagi memastikan golongan yang benar-benar terkesan mendapat manfaat di bawah program berkenaan.\n\n\n\u201cKerajaan telah menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1. Beberapa pembaharuan diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan mendapat manfaat yang lebih daripada STR.\n\n\n\u201cAntaranya golongan isi rumah mempunyai pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLangkawi, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu tetap jadi tumpuan pelancong musim panas\n\n\n\n\n\n\n89.9 % Keluar Bagi Pengundian Awal PRN Melaka\n\n\n\n\n\n\nMALAYSIA BUKAN NEGARA YANG SIHAT\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perak akan dipertahankan hingga akhir penggal\n\n\n\n\n\n\nRayuan kes SRC mungkin dibicara semula di Mahkamah Persekutuan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih,\u201d\n\n\nAnwar menambah sumbangan berkenaan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.\n\n\nKatanya, ia bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.\n\n\n\u201cSecara keseluruhan, STR akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion,\u201d ujarnya.\n\n\nAnwar menjelaskan walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada B40, namun ia turut mengambil kira bilangan penerima dan sebenarnya sumbangan berkenaan telah memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara.\n\n\nSelan itu, Anwar turut mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah kepada golongan belia.\n\n\n\u201cAkhir sekali tidak dilupakan, kepada 2 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun, kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta,\u201d jelasnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-kkm-sambut-baik-penetapan-cukai-eksais-rokok-elektronik-vape/", "title": "Belanjawan 2023: KKM sambut baik penetapan cukai eksais rokok elektronik, vape", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik penetapan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape serta penetapan separuh hasil duti eksais diperuntukkan semula ke kementerian.\n\n\nMenerusi kenyataan Menteri, Dr Zaliha Mustafa berkata, KKM menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan sebanyak 12 peratus kepada RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion pada tahun 2022.\n\n\n\u201cBagi mempertingkatkan usaha untuk memperkukuh kawalan tembakau dan melindungi generasi muda daripada terjebak dengan tabiat merokok serta mengurangkan kematian akibat penyakit berkait rokok dan vape, KKM menyambut baik komitmen kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU).\n\n\nKawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bersama Generasi Penamat (GEG),\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHotel Pertama Bertaraf Lima Bintang Adakan Solat Jumaat\n\n\n\n\n\n\nBekas Dekan Sebaran Am ITM, Dr Bukhori Ismail meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nBiadap! Pemuda Israel kencing, minum arak dalam perkarangan Al Aqsa\n\n\n\n\n\n\nBenarkan pelancong Cina ke Malaysia risikokan sistem kesihatan negara\n\n\n\n\n\n\nDUN Kedah bubar 28 Jun ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, sejumlah RM3 bilion juga diperuntukkan bagi lantikan baharu secara tetap dan kontrak lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi.\n\n\n\u201cMelalui peruntukan yang diberikan ini juga, KKM akan memastikan beberapa langkah bagi mengatasi kesesakan akan diambil seperti mengoptimum penyumberluaran pesakit daripada hospital yang sesak kepada hospital lain termasuk hospital universiti, hospital tentera dan hospital swasta,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, dalam belanjawan itu juga, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM120 juta bagi memperkenalkan Skim Perubatan Madani khusus bagi golongan miskin mendapatkan rawatan kesihatan di klinik dan pengamal perubatan am dan swasta.\n\n\n\u201cSkim ini merupakan satu projek rintis yang menyasarkan golongan B40 dengan menyediakan kemudahan kredit untuk berjumpa Pegawai Perubatan Am di klinik swasta tanpa perlu ke Jabatan Kecemasan.\n\n\n\u201cIa juga merupakan satu langkah bagi mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit,\u201d katanya.\n\n\nDr Zaliha berkata, kerajaan juga mencadangkan hospital kebajikan yang berdaftar sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan diberi pengecualian cukai pendapatan serta para penderma akan mendapat potongan cukai sehingga 10 peratus.\n\n\n\u201cMelalui belanjawan ini, KKM akan membina blok wanita dan kanak-kanak dengan kapasiti 476 katil dengan kos hampir RM700 juta ringgit bagi Hospital Melaka,\u201d katanya.\n\n\nTambah beliau, kerja awalan bagi menaik taraf 26 buah hospital akan dimulakan dalam usaha menaiktaraf Hospital Kuala Kangsar, Perak, Jelebu, Negeri Sembilan dan juga Hospital Pontian, Johor.\n\n\n\u201cTurut mendapat manfaat dalam pembentangan belanjawan pada kali ini sejumlah RM80 juta bagi memperkasa Skim Peduli Kesihatan (PEKA B40) iaitu skim bagi pemeriksaan atau saringan awal khas untuk golongan B40 dan turut merangkumi saringan penyakit kencing manis,\u201d ujar beliau.\n\n\nMenurutnya, KKM juga menyambut baik had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan bermula tahun taksiran 2023.\n\n\n\u201cKenaikan had pelepasan cukai daripada RM8,000 kepada RM10,000 akan turut meliputi kos pemulihan gangguan perkembangan saraf seperti Autisme, Down Syndrome dan Specific Learning Disabilities.\n\n\nKKM sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kewangan dan akan terus memanfaatkan peruntukan dan perhatian yang diberi,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-muflis-hutang-kurang-rm50000-dilepaskan-serta-merta-1-mac-ini/", "title": "Belanjawan 2023: Muflis, hutang kurang RM50,000 dilepaskan serta-merta 1 Mac ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.\n\n\nSementara menunggu pindaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kes-kes kecil yang hutangnya kurang RM50,000 yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.\n\n\nKatanya, setakat Januari, lebih 260,000 kes muflis telah direkodkan, majoritinya Melayu yang mempunyai potensi menyumbang kepada ekonomi negara.\n\n\nMenurutnya, kerajaan menyasarkan 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis dengan lulusnya pindaannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M gesa orang Melayu tolak kerajaan Anwar\n\n\n\n\n\n\nDr Muhammad Faiz letak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU\n\n\n\n\n\n\n13 Ditahan Pandu Secara Mabuk Sekitar Ibu Negara\n\n\n\n\n\n\nMySejahtera diserang 1.12 juta kali\n\n\n\n\n\n\nBasmi Pengasingan Kuasa\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetika membentangkan Belanjawan 2023, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, syarikat yang menyediakan perkhidmatan kredit pengguna seperti syarikat pemfaktoran dan Buy Now Pay Later perlu dikawal bagi melindungi hak pengguna.\n\n\nBagi menjamin layanan yang adil serta melindungi hak rakyat dan perniagaan, kerajaan akan menggubal Akta Kredit Pengguna serta menubuhkan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna bagi mengawal selia perniagaan kredit yang dijangka dibentangkan pada tahun ini.\n\n\nSelain itu, beliau berkata, golongan banduan juga wajar mendapat peluang kedua.\n\n\nBagi kepentingan dan asimilasi semula ke dalam masyarakat, banduan akan terus diberi latihan secukupnya melalui program \nSkill for Inmate\n (kemahiran bagi banduan).\n\n\nMajikan juga digalakkan untuk menggaji banduan termasuk bekas penghuni Sekolah Henry Gurney dan institusi perlindungan dan pemulihan JKM dan layak mendapat potongan cukai tambahan.\n\n\nProgram Agro Penjara untuk banduan terlibat dalam aktiviti pertanian yang dilaksanakan di atas tanah penjara seluas 70 hektar akan terus diperkasa dengan peruntukan RM10 juta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-projek-khusus-tangani-kesesakan-jejas-lokasi-pelancongan/", "title": "Belanjawan 2023: Projek khusus tangani kesesakan jejas lokasi pelancongan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan akan melaksanakan beberapa projek khusus untuk menangani kesesakan yang menjejaskan beberapa lokasi pelancongan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek itu termasuklah membina jalan baharu dari Habu ke Tanah Rata di Cameron Highlands dengan kos sebanyak RM480 juta.\n\n\nBeliau berkata, Jalan Tun Hamzah ke persimpangan Semabok Lebuh AMJ di Melaka Tengah turut akan dinaik taraf dengan peruntukan RM300 juta.\n\n\nSelain itu, sebanyak RM160 juta diperuntukkan bagi membina jalan dan jambatan Sungai Sepang bagi menghubungkan Bukit Pelandok, Port Dickson dan Sungai Pelek di Sepang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar nafi cuba bawa konsep Islam berlebihan\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor Cadang Menteri Agama Hadir Festival Bon Odori\n\n\n\n\n\n\nPertubuhan Perpaduan Ummah Bukan Nak Lawan Muafakat Nasional \u2013 Shahidan\n\n\n\n\n\n\nPerbaharui tekad dan ibrah sempena Israk Mikraj \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nDUN P. Pinang bubar 10 hari terakhir Jun\n\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan juga akan menambah baik jaringan lebih raya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desar Expressway."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-pulihkan-kedudukan-kewangan-jaga-keperluan-rakyat-km-sabah/", "title": "Belanjawan 2023: Pulihkan kedudukan kewangan, jaga keperluan rakyat \u2013 KM Sabah", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Belanjawan 2023 mencerminkan\u00a0komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan negara yang menjaga keperluan rakyat secara menyeluruh.\n\n\nKetua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik\u00a0belanjawan itu.\n\n\nHajiji dalam kenyataan hari ini berkata, peruntukan RM6.5 bilion untuk Sabah adalah kira-kira 3.1 peratus lebih tinggi daripada jumlah yang diperuntukkan dalam belanjawan awal 2023 yang dibentangkan kerajaan sebelum ini.\n\n\n\u201cSelain itu, RM2.5 bilion lagi diperuntukkan bagi Sabah dan Sarawak untuk melaksanakan projek prasarana awam seperti jalan raya, lampu jalan, bekalan elektrik dan air.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n4 tahun-UKSB serah wang bulanan kepada Zahid, untuk Kontrak Sistem Visa Luar Negara\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin wajar letak jawatan demi kebaikan BERSATU, PN \u2013 Azmi Hassan\n\n\n\n\n\n\nMain kutu moden tawarkan dividen boleh dikenakan cukai\n\n\n\n\n\n\nPopulasi umat Islam kedua terbesar selepas Kristian di seluruh dunia\n\n\n\n\n\n\nWakil rakyat ditegur merokok di bangunan Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami juga mengalu-alukan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyegerakan projek\u00a0Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan Sarawak-Sabah Link Road sepanjang lebih 1,000 kilometer melibatkan peruntukan RM20 bilion,\u201d katanya selepas mengikuti pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.\n\n\nMengenai komitmen Anwar untuk mempercepatkan penghapusan golongan miskin tegar di negara ini menerusi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) tahun ini, Ketua Menteri berkata, ia merupakan satu langkah yang baik dan pada masa sama berharap pelaksanaan IPR yang cekap supaya mencapai matlamatnya.\n\n\nHajiji juga menyambut baik komitmen Perdana Menteri bahawa peruntukan RM1 bilion untuk Sabah dan Sarawak termasuk pembinaan kemudahan Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di bandar sempadan di Kalabakan dengan jangkaan peralihan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.\n\n\n\u201cNamun, Sabah juga akan terus mendesak untuk pembinaan kemudahan serupa di Bantul, Pensiangan,\u201d katanya yang turut\u00a0gembira mengambil maklum penekanan Kerajaan Persekutuan terhadap peningkatan keselamatan dengan tambahan 42 pos keselamatan di sempadan termasuk di Zon Keselamatan Timur Sabah\u00a0(ESSZone).\n\n\nHajiji juga mengalu-alukan penegasan\u00a0Anwar mengenai\u00a0komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyerahkan kuasa meluluskan projek\u00a0persekutuan di bawah RM50 juta kepada jabatan teknikal di Sabah dan Sarawak.\n\n\nSementara itu,\u00a0Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dalam kenyataan lain berkata, sebagai seorang menteri persekutuan dari Sabah, komitmen\u00a0Anwar bagi menambah baik pemberian khas dan peruntukan lain untuk negeri itu\u00a0amat dihargai.\n\n\n\u201cSaya turut meraikan komitmen Perdana Menteri memperbanyak kemudahan klinik bergerak, bank bergerak dan mahkamah bergerak di Sabah. Sebelum ini saya pernah menyatakan kepada Jemaah Menteri agar menyediakan peruntukan khusus untuk membiayai program Mahkamah Bergerak di Sabah,\u201d katanya.\n\n\nAhli Parlimen Penampang itu berkata, beliau berharap peruntukan Belanjawan 2023 diberikan kepada rakan Menteri\u00a0dalam Jemaah Menteri Kerajaan itu dapat membantu pembangunan serta dinikmati oleh penduduk di Negeri di Bawah Bayu itu.\n\n\nSementara itu, rakyat Sabah yang ditemu bual mahu\u00a0peruntukan besar Belanjawan 2023 terutama bagi naik taraf, penyelenggaraan\u00a0dan pembinaan melibatkan jalan raya, klinik dan sekolah daif memberi kesan yang besar untuk\u00a0negeri itu. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-rm1-5-bilion-peruntukan-martabat-syiar-islam/", "title": "Belanjawan 2023: RM1.5 bilion peruntukan martabat syiar Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion sebagai usaha untuk memartabatkan syiar Islam.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini berkata, kerajaan akan memberikan sumbangan khas sebanyak RM600 kepada imam, bilal, noja, guru kelas agama dan fardu ain (KAFA) dan sebagainya.\n\n\n\u201cKerajaan akan menaikkan elaun bagi 35,000 guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.\n\n\n\u201cIni termasuk memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir. Seramai 70,000 orang akan menerima sumbangan ini melibatkan peruntukan lebih RM40 juta.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPindaan Akta 715 diharap henti manipulasi industri teksi, e-hailing\n\n\n\n\n\n\nKurangkan peruntukan Ahli Parlimen akan jejas pembangunan, kemajuan \u2013 Rosol\n\n\n\n\n\n\nSemua Premis Judi, Loteri Kedah Ditutup Berkuat Kuasa Hari Ini\n\n\n\n\n\n\n3 juta jemaah bakal wukuf di Arafah Selasa ini\n\n\n\n\n\n\nKWSP umum dividen konvensional 5.35% , Syariah 4.75 % untuk 2022\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya juga faham peranan besar yang dimainkan oleh imam, bilal, guru-guru dalam mengimarahkan fungsi masjid,\u201d katanya.\n\n\nTegas Anwar, pentadbiran dalam membangunkan syiar Islam perlu menjadi contoh kepada semua jabatan termasuk kementerian kerajaan.\n\n\nSelain itu, Perdana Menteri menekankan, setiap institusi Islam di negara ini perlu menjadi medan bagi menyampaikan dakwah sebenar mengenai Islam.\n\n\n\u201cPengurusan mereka harus lebih cekap dan menjadi contoh bagi semua jabatan dan kementerian lain dan gedung ini mesti menjadi markas dakwah yang berkesan yang boleh meningkatkan kefahaman sebenar mengenai Islam,\u201d katanya lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-rm50-juta-untuk-baik-pulih-ppr-lif-usang/", "title": "Belanjawan 2023: RM50 juta untuk baik pulih PPR, lif usang", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Program Perumahan Rakyat (PPR) yang telah dilaksanakan sejak puluhan tahun untuk rakyat berpendapatan rendah kini terarah kepada usaha memastikan suasana PPR yang lebih manusiawi dengan kemudahan yang memanfaatkan komuniti.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini berkata, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan diperuntukkan RM50 juta bagi memastikan keadaan yang selamat di PPR dengan keutamaan kepada mengganti lif-lif yang telah usang.\n\n\n\u201cPembaikan lif ditingkatkan kepada RM1.2 juta berbanding RM500,000. Sebanyak RM15 juta disediakan untuk menyokong usaha badan bukan kerajaan mengadakan kelas pemulihan untuk anak-anak yang masih tercicir dalam pembelajaran,\u201d katanya.\n\n\nAnwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak RM30 juta disediakan untuk mempergiat aktiviti ekonomi rakyat seperti perusahaan makanan menggunakan platform Cloud Kitchen di bawah seliaan Yayasan Hasanah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMelayu bersama Islam akan menyelamatkan semua bangsa \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nAhli politik tak perlu campur keputusan perolehan aset tentera\n\n\n\n\n\n\nPindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Ma63 Lulus\n\n\n\n\n\n\nUiTM tubuh Task Force kaji penggabungan tiga fakulti\n\n\n\n\n\n\nPerkenal Harga Lantai Elak Petani Rugi Lambakan Tanaman\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerajaan juga akan menyediakan capaian Internet percuma di 56 PPR terpilih untuk manfaat komuniti setempat,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-rm500-ditambah-ke-akaun-1-kwsp-baki-kurang-rm10000-bagi-pencarum-umur-40-54-tahun/", "title": "Belanjawan 2023: RM500 ditambah ke Akaun 1 KWSP baki kurang RM10,000 bagi pencarum umur 40-54 tahun", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan bersetuju menambah caruman sebanyak RM500 ke dalam simpanan Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki simpanan kurang RM10,000 dalam akaun berkenaan.\n\n\nDatuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif dalam Belanjawan 2023 itu adalah sebahagian usaha kerajaan untuk membantu mereka membina semula simpanan persaraan yang berkurangan susulan pengeluaran ketika pandemik COVID-19.\n\n\nBagi tujuan itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan memperuntukkan hampir RM1 bilion bagi meningkatkan simpanan persaraan hampir dua juta pencarum KWSP yang menghampiri usia persaraan.\n\n\n\u201cSetelah negara dibelenggu musibah pandemik COVID-19, rakyat terpaksa beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup ketika pandemik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaya sedia disiasat bila-bila masa \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nKedah Tidak Luluskan Lesen Baharu Judi, Hadkan Jualan Arak\n\n\n\n\n\n\nRM100 juta bantuan segera kepada Kelantan, Terengganu\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Guang Eng cabar Muhyiddin dedah nama Menteri DAP\n\n\n\n\n\n\nMOTAC tidak wajar letak pegawai fasih Bahasa Mandarin di KLIA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKini setelah rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan yang diterima bagi menyara kehidupan, sementara simpanan hari tua masih rendah.\n\n\n\u201cKerajaan beriltizam membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan,\u201d katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-sektor-kesihatan-terima-rm36-bilion/", "title": "Belanjawan 2023: Sektor kesihatan terima RM36 bilion", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Sektor kesihatan menerima peruntukan kedua terbesar dengan penambahan paling besar iaitu RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion tahun lalu.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komponen utama daripada peruntukan kepada sektor itu membabitkan keperluan perolehan perubatan, reagen vaksin dan bahan guna habis.\n\n\nBeliau berkata, ini juga merangkumi peruntukan RM3 bilion untuk lantikan baharu secara tetap dan kontrak lebih 1,500 pegawai perubatan pegawai pergigian dan pegawai farmasi yang menunggu sekian lama.\n\n\nKatanya, kerajaan juga akan cuba memperbaiki kesesakan di kemudahan kesihatan awam termasuk melalui cara penyumberluaran pesakit daripada hospital yang sesak ke hospital lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSalahkan pemimpin, jangan sentuh Ketuanan Melayu \u2013 Pengarang TV Pertiwi\n\n\n\n\n\n\nTun M ditahan di IJN kerana jangkitan\n\n\n\n\n\n\nAgong titah perhebat bendung aktiviti jenayah, sama-sama jaga kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\nDAP, UMNO bukan kahwin paksa \u2013 Anthony Loke\n\n\n\n\n\n\nPAS Merancang Guna Logo Baharu Pada PRU15\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerajaan juga akan mengadakan beberapa skim termasuk hospital universiti, hospital tentera yang dipersetujui, akan diberikan kelengkapan untuk membantu kesesakan hospital seperti Hospital Selayang,\u201d katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023, di Dewan Rakyat hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-tak-adil-sebab-tidak-sentuh-peruntukan-wakil-rakyat-pembangkang/", "title": "Belanjawan 2023: Tak adil sebab tidak sentuh peruntukan wakil rakyat pembangkang", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Belanjawan 2023 sebagai tidak adil kerana tidak menyentuh peruntukan kepada wakil-wakil rakyat pembangkang.\n\n\nBeliau berkata, sebagai sebuah kerajaan yang mengangkat martabat sebagai Kerajaan Madani adalah tidak wajar peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang hendak disalur kepada rakyat tidak diberikan.\n\n\nKatanya, pembangkang bukan minta diberikan wang saku sebaliknya peruntukan untuk pembangunan rakyat di kawasan masing-masing.\n\n\n\u201cDalam dunia ini, semua kerajaan beri peruntukan kepada pembangkang. Ituu untuk rakyat. Kami wakil rakyat, kami menang pilihan raya, kenapa hak kami dinafikan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan elak cukai, penggubahan wang haram Rosmah Mansor bermula esok\n\n\n\n\n\n\nTidak Hadir Mesyuarat, Tengku Zafrul Nafi Tengok Piala Dunia\n\n\n\n\n\n\nF-22 \u201cRaptor\u201d tembak jatuh sekali lagi objek misteri selepas belon pengintip China\n\n\n\n\n\n\nDakwaan pesakit tidak terima rawatan di Hospital Kampar tidak tepat \u2013 Saksi\n\n\n\n\n\n\nMayat nelayan ditemukan dalam perut buaya\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami (pembangkang) tak dapat peruntukan, Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dapat, kenapa kami tak dapat?\n\n\n\u201cMalaysia ini rakyatnya ada 33 juta ahli Parlimen 222, ada perbezaan antara kerajaan dan rakyat. Kalau mereka nak hukum pembangkang tidak perlu pembangkang di Parlimen ini.\n\n\n\u201cBuat pembangkang dalam pada masa sama beri tekanan kepada kami. Kami bukan minta duit poket tapi kami minta duit rakyat itu diberi sama rata,\u201d katanya ketika ditemui selepas di lobi Parlimen selepas pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.\n\n\nMenurut Shahidan lagi, sekiranya benar kerajaan menghadapi masalah kewangan ketika ini adalah lebih baik jika semua ahli Parlimen tidak diberikan peruntukan.\n\n\nNamun, apa yang berlaku, dakwanya, pemberian bajet telah dibeza-bezakan antara blok kerajaan dan juga pembangkang.\n\n\n\u201cKami sekarang tengah monyok, kalau kerajaan tengah susah tak payahlah bagi semua (peruntukan). Ini duit rakyat, mana boleh duit rakyat dibeza-bezakan, kata rakyat tak dibeza-bezakan, ini tidak,\u201d ujarnya.\n\n\nJusteru, beliau akan menyokong apa yang bagus di dalam belanjawan seperti diumumkan dan akan membahaskan perkara di sebaliknya pada sesi perbahasan kelak. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-tak-mampu-selesai-tekanan-kos-sara-hidup-penjawat-awam-cuepacs/", "title": "Belanjawan 2023: Tak mampu selesai tekanan kos sara hidup penjawat awam \u2013 Cuepacs", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kecewa apabila Belanjawan 2023 yang baharu dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihadapi oleh penjawat awam ketika ini.\n\n\nPresiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, tiada sebarang komitmen yang diberikan oleh kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam supaya lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup.\n\n\n\u201cFaktor gaji dan upah menjadi perkara yang mendesak pada ketika ini kerana kadar semasa dilihat tidak lagi relevan dengan peningkatan kos sara hidup yang naik dengan begitu mendadak terutama membabitkan keperluan asas seperti makanan, kesihatan dan perumahan.\n\n\n\u201cMalah, inisiatif kerajaan memberikan pengurangan cukai pendapatan individu sebenarnya tidak memberi kesan yang besar kepada pendapatan rakyat terutama penjawat awam,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin wajar letak jawatan demi kebaikan BERSATU, PN \u2013 Azmi Hassan\n\n\n\n\n\n\nRamasamy bawa agenda \u2018Malaysian Malaysia\u2019 \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kecam tindakan bakar al-Quran di Denmark\n\n\n\n\n\n\nJambatan Bagan Datuk-Kampung Sejagop wujudkan 4,000 peluang pekerjaan\n\n\n\n\n\n\nDAP patut tinggalkan PH selepas PRU14 \u2013 Shahrir Samad\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, lebihan pendapatan boleh guna hingga RM1,300 melalui pengurangan cukai tidak menggambarkan situasi sebenar rakyat.\n\n\n\u201cPenjawat awam ketika ini mengharapkan sebuah sistem saraan yang baharu memandangkan sistem saraan perkhidmatan awam yang diguna pakai ketika ini sudah lama tidak dikaji iaitu sejak November 2002. Ia juga tidak sesuai lagi dengan persekitaran ekonomi semasa,\u201d katanya.\n\n\nAdnan berkata, seperti yang dinyatakan sebelum ini, kunci kepada negara untuk keluar daripada kancah kos sara hidup ini ialah dengan kaedah meningkatkan gaji dan upah pekerja di samping melaksanakan langkah mengawal kenaikan kos sara hidup.\n\n\n\u201cBegitu juga dalam hal pemilikan rumah mampu milik dalam kalangan penjawat awam juga tidak diberi tumpuan dalam belanjawan ini.\n\n\n\u201cKerajaan sewajarnya memperkenalkan semula program perumahan mampu milik untuk penjawat awam seperti sebelum ini.\n\n\n\u201cKonsep rumah mampu milik seperti Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) yang dikhususkan kepada anggota ATM perlu diperluaskan kepada semua penjawat awam.\n\n\n\u201cPenjawat awam tidak meminta perumahan percuma kerana kami sanggup membelinya tetapi harga yang ditawarkan oleh pemaju ketika ini sangat tidak masuk akal dengan kadar gaji semasa penjawat awam,\u201d katanya.\n\n\nJusteru Cuepacs berharap, kerajaan terbuka untuk memperhalusi semula permintaan penjawat awam selama ini terutama dalam membabitkan kos sara hidup.\n\n\nKatanya, sebelum ini sudah beberapa kali kerajaan mahu mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam namun hingga kini tiada apa-apa perkembangan atau khabar gembira yang diterima.\n\n\n\u201cAdalah besar harapan penjawat awam sekiranya kerajaan dapat mempertimbangkan pandangan dan keluhan kumpulan yang selama ini memberi sokongan yang penuh kepada agenda serta aspirasi kerajaan,\u201d katanya.\n\n\nMengulas mengenai Belanjawan 2023 yang dibentangkan Anwar hari ini, Adnan berkata, Cuepacs mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri, atas pembentangan Belanjawan 2023.\n\n\nKatanya, Cuepacs yakin warga penjawat awam akan memberikan komitmen yang sepenuhnya bagi menjayakan aspirasi yang dibawakan oleh kerajaan belanjawan ini manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.\n\n\n\u201d Cuepacs juga mengucapkan ribuan terima kasih atas inisiatif kerajaan untuk meneruskan kebenaran penebusan awal Gantian Cuti Rehat sehingga 50 peratus iaitu maksimum 90 hari.\n\n\n\u201cBegitu juga pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.\n\n\n\u201cInisiatif ini adalah perkara yang sudah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini dan kekal diteruskan oleh kerajaan semasa,\u201d katanya. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-tanah-terbiar-felda-felcra-risda-digunakan-untuk-penghasilan-makanan/", "title": "Belanjawan 2023: Tanah terbiar Felda, Felcra, Risda digunakan untuk penghasilan makanan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Felda, Felcra, Risda dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) diarah menyuburkan tanah terbiar milik masing-masing dengan keluasan sehingga 320 hektar untuk projek tanaman makanan.\n\n\nIa bagi membantu negara mengukuhkan aspek keterjaminan makanan yang menjadi isu sekarang.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada masa ini, hanya 1.2 juta hektar tanah negara dimanfaatkan untuk tujuan penghasilan tanaman makanan berbanding 7 juta hektar bagi tanaman kelapa sawit dan getah.\n\n\nSelain itu, Kementerian Pertahanan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) serta syarikat lain juga akan melaksanakan projek peningkatan pertanian bijirin jagung domestik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah : Majlis Perundingan agama gesa kerajaan kaji semula enakmen negeri\n\n\n\n\n\n\nBERJASA masih perlu RM50,000 bantu mangsa gempa bumi Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\nSkandal 1MDB, SRC: SPRM tahan sekutu Jho Low di KLIA2\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Terus Perkasa Agenda Ekonomi Bumiputera\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tubuh Majlis Madani, satukan NGO Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nUntik rekod, jagung bijirin adalah bahan utama dalam makanan haiwan khususnya ayam yang selama ini diimport.\n\n\n\u201cSelain untuk meningkatkan keterjaminan makanan, (usaha ini) malah memberi peluang kerjaya kepada veteran tentera.\n\n\n\u201cLTAT menyediakan 70 ekar (28 hektar) tanah perladangan untuk melaksanakan projek ini,\u201d katanya membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nBeliau berkata, Kerajaan Persekutuan juga akan menyediakan RM30 juta untuk bekerjasama dengan beberapa kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek agromakanan.\n\n\n\u201cIni supaya ada hubungan langsung di antara syarikat dengan kerajaan negeri,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-tender-semula-6-projek-tebatan-banjir/", "title": "Belanjawan 2023: Tender semula 6 projek tebatan banjir", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan akan menilai semula tender kerajaan membabitkan projek-projek tebatan banjir bagi memastikan proses yang berjalan akan dilaksanakan secara telus.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga akan mengeluarkan semula tender bagi enam projek tebatan banjir selewat-lewatnya pada Jun tahun ini.\n\n\n\u201cSaya telah tegaskan perolehan rundingan terus yang dibuat dengan tergesa-gesa tanpa penelitian hanya membazirkan wang rakyat terutamanya berkait soal tebatan banjir.\n\n\n\u201cSedangkan projek ini mustahak dan menelan belanja yang besar. Ketelanjuran lalu yang secara gopoh meluluskan projek tebatan banjir telah dibatalkan dan kini sedang dalam siasatan dan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jabatan Peguam Negara,\u201d katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023 di parlimen pada Jumaat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan akan tambah baik undang-undang kesalahan menghendap\n\n\n\n\n\n\nHaramkan penggunaan vape, bukan kenakan cukai\n\n\n\n\n\n\nMelayu berpecah akibat politik dibimbangi lemahkan Islam \u2013 Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\nRamasamy pertikai keahlian MPPK, tunjuk perangai sebenar DAP\n\n\n\n\n\n\nKhidmat LRT di 6 stesen dihentikan bermula Ahad ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nTegasnya lagi, pelaksanaan ini juga bertujuan untuk memastikan pelaksanaan tersebut mampu mencapai matlamatnya selain memberi penjimatan kepada kerajaan.\n\n\nAnwar menyatakan, negara juga mampu untuk berjimat sebanyak RM2 bilion daripada jumlah RM15 bilion peruntukan tebatan banjir yang disediakan sebelum ini.\n\n\nSelain itu, antara projek yang akan tender semula antaranya melibatkan Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor, pembinaan kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah di Sungai Rasau dan Sungai Klang, Selangor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-tiada-gst-tetapi-barangan-mewah-akan-dicukai/", "title": "Belanjawan 2023: Tiada GST tetapi barangan mewah akan dicukai", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).\n\n\nSebaliknya, kerajaan menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk melaksanakan cukai barangan mewah tahun ini dengan had tertentu mengikut jenis barangan tersebut.\n\n\n\u201cSemua barangan mewah seperti jam tangan mewah, fesyen mewah akan dicukai,\u201d katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini.\n\n\nSelain itu, Anwar turut mengumumkan akan melaksanakan Cukai Keuntungan Modal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor titah pelihara hutan simpan kekal\n\n\n\n\n\n\nBonus kakitangan awam tidak kena cukai\n\n\n\n\n\n\nTiada mogok di Klinik Kesihatan Bangi\n\n\n\n\n\n\nTelah Diperbetulkan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan\n\n\n\n\n\n\nTiada perubahan besar berjaya dilakukan Perdana Menteri"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-tingkat-taraf-pendidikan-baiki-sekolah-daif/", "title": "Belanjawan 2023: Tingkat taraf pendidikan, baiki sekolah daif", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pembentangan Belanjawan 2023 menggariskan antara fokus utama untuk Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan taraf pendidikan negara dan memelihara kebajikan guru serta murid-murid.\n\n\nMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi merealisasikan matlamat itu, pihaknya menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion pada tahun sebelumnya.\n\n\nJusteru, katanya beberapa intipati digariskan dalam belanjawan kali ini bagi merealisasikan objektif seperti dihasratkan.\n\n\n\u201cPertama, peruntukan RM2.3 bilion untuk membina infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik termasuk RM920 juta untuk menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 sekolah daif di seluruh negara, khususnya di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas selaras teras keenam KPM.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSijil pentauliahan bukan penghalang aktiviti belajar agama\n\n\n\n\n\n\nBenarkah Ada Usaha Dalam UMNO Desak PM Percepat PRU15?\n\n\n\n\n\n\nUMNO perlu gencatan politik, fokus isu masyarakat Melayu Islam \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nDakwa kumpul kekayaan, Tun M setuju beri Anwar lanjutan masa\n\n\n\n\n\n\nPemandu dan Pihak Sekolah Perlu Lebih Prihatin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPeruntukan RM900 juta untuk kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah termasuk sekolah kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT).\n\n\n\u201cMembina tujuh sekolah baharu dengan kos RM560 juta (SK Paya Dusun, Terengganu; SMK Denai Alam, Selangor; SMK Nabalu, Sabah dan SMK Dudong, Sarawak,\u201d katanya pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nMengulas usaha yang akan dilakukan untuk meningkatkan taraf sekolah, Fadhlina berkata, antaranya melengkapkan sekolah yang mempunyai murid berkeperluan khas dengan kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU).\n\n\nBagi anak yang masih tercicir dalam pembelajaran, mereka juga akan dibantu dengan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi menyokong usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengadakan kelas pemulihan untuk golongan itu.\n\n\nTambahnya, penyediaan makanan berkhiasat turut dititikberatkan kali ini apabila peruntukan ditambah daripada RM625 juta kepada RM777 juta pada bajet tahun ini.\n\n\nJelasnya, program itu dibawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bakal memanfaatkan seramai 700,000 murid.\n\n\n\u201cSelain itu, RM108 juta Program Makanan Prasekolah KPM yang mana memanfaatkan lebih 240,000 murid prasekolah KPM. Ia termasuk pemantauan ke atas penyedia makanan bagi memastikan makanan disediakan berkualiti dan berkhasiat,\u201d katanya.\n\n\nDalam usaha meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah, Fadhlina berkata kerajaan juga akan membekalkan sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM dengan sebanyak 50,000 komputer riba selaras teras ketujuh kementerian.\n\n\nDalam masa sama, kerajaan juga menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk menjalankan program gotong-royong di semua sekolah seluruh negara. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-vape-rokok-elektronik-akan-dicukai/", "title": "Belanjawan 2023: Vape, rokok elektronik akan dicukai", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan bercadang mengenakan duti eksais produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.\n\n\nPerkara itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini.\n\n\n\u201cKerajaan bercadang untuk mengenakan cukai ke atas rokok elektronik dan vape.\n\n\n\u201cWalaupun vape bernikotin masih tidak sah di sisi undang-undang hakikatnya telah dijual secara berleluasa dan dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPetisyen Parlimen Segamat ditolak, Ramasamy kemuka rayuan\n\n\n\n\n\n\nHarga makanan di kantin sekolah tidak akan naik\n\n\n\n\n\n\nPasangan Hina Islam Mungkin Terima Sokongan Luar \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri perlu hormati keputusan PAU 2022\n\n\n\n\n\n\nUiTM untuk Melayu & Bumiputera selagi Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAlangkah baik sekiranya dikawal selia dan dikenakan cukai supaya tidak menggalakkan pengunaan vape,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/belanjawan-2023-wang-ihsan-disalurkan-terus-kepada-golongan-miskin/", "title": "Belanjawan 2023: Wang ihsan disalurkan terus kepada golongan miskin", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kementerian Kewangan akan memperuntuk sebahagian daripada Wang Ihsan Kelantan dan Terengganu untuk disalurkan secara langsung bagi membantu golongan miskin.\n\n\nMelalui hasrat yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyediakan RM30 juta untuk menyokong usaha Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia yang mahu memperbanyak aktiviti berkaitan Matlamat Pembangunan Lestari.\n\n\n\u201cIni termasuklah RM10 juta bagi menggerakkan program kebun komuniti peringkat Parlimen bagi menyokong agenda keterjaminan makanan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/dana-rm388-1-bilion-untuk-belanjawan-2023/", "title": "Belanjawan 2023: Dana RM388.1 bilion", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Belanjawan 2023 memperuntuk RM388.1 bilion dengan RM289.1 bilion ringgit untuk belanja mengurus, RM99 bilion ringgit bagi belanja pembangunan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selaras dasar fiskal mengembang, peruntukan pembangunan ditingkatkan, berbanding RM71.6 bilion tahun sebelumnya.\n\n\n\u201cPeningkatan ini untuk menumpukan program membasmi kemiskinan, membaik pulih prasarana awam dan kemudahan desa.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO wajar jelaskan dasar parti kepada ahli \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nADUN Belantik rebah di bilik air rumah\n\n\n\n\n\n\nMelayu berpecah akibat politik dibimbangi lemahkan Islam \u2013 Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\nKerajaan komited tingkatkan kualiti perkhidmatan air dan pembetungan negara\n\n\n\n\n\n\nDONG ZONG RAKUS, SEPATUTNYA PERKASA SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDengan pembaharuan tatacara perolehan kerajaan, akan dipastikan perbelanjaan tambahan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat,\u201d katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nAnwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2023 yang dinamakan Malaysia Madani.\n\n\nBeliau berkata, belanjawan itu cerminan prinsip bertanggung jawab dan sistem nilai yang luhur yang mampu mendepani tentangan semasa.\n\n\nKatanya, ini termasuk tantangan (imbangan) ekonomi global yang tidak menentu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/jais-batal-kuliah-ustaz-azhar-idrus/", "title": "JAIS batal kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus atau UAI berkata, pihaknya terpaksa membatalkan kuliah maghrib yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di sebuah masjid di Selangor.\n\n\n\u201cDukacita dimaklumkan bahawa Kuliah Maghrib Perdana UAI yang akan diadakan di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong pada 26 Febuari 2023 (Ahad) terpaksa dibatalkan atas kuasa Jabatan Agama Negeri Selangor (JAIS).\n\n\n\u201cMohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di negeri anda,\u201d tulis pengendali Facebook Ustaz Azhar Idrus pada Khamis.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nVarian baharu Covid-19 `Kraken\u2019 \u2013 mula ancam dunia\n\n\n\n\n\n\nMUDA dakwa Zahid beri rasuah untuk raih undi\n\n\n\n\n\n\nSultan Kedah berangkat ke Rumah Terbuka Malaysia Madani esok\n\n\n\n\n\n\nAliran Trafik Di Lorong RFID Lancar\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: NGO akan serah memorandum bantahan ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\nUjar kenyataan tersebut, Kuliah Maghrib pada tarikh tersebut akan ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan.\n\n\nPerkongsian ringkas itu mendapat reaksi kurang senang pengikut pendakwah popular tersebut antaranya seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang meluahkan rasa sedih dengan keputusan pembatalan Kuliah Maghrib tersebut.\n\n\n\u201cSedihnya bila orang mengajak buat maksiat dialu-alukan, orang mengajak mengingat akhirat dan ladang pahala, disekat,\u201d tulis guru yang mempunyai 694,000 pengikut di Facebook.\n\n\nSeorang lagi pengguna media sosial Facebook, Eyza Ali turut meluahkan rasa kurang senang dengan sekatan ke atas penceramah tersebut.\n\n\n\u201cAllahuakbar, pergi ceramah agama je pun, bukan pergi konsert,\u201d tulisnya ringkas. \u2013 SinarHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/kerajaan-anjur-sesi-libat-urus-tambah-baik-sosma/", "title": "Kerajaan anjur sesi libat urus tambah baik SOSMA", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan mengadakan sesi libat urus pertama dengan beberapa pihak berkepentingan untuk menambah baik Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 hari ini.\n\n\nTimbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, langkah itu bagi membincangkan perubahan undang-undang tersebut mengikut keadaan semasa.\n\n\nKatanya, sesi libat urus pertama hari ini diadakan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan masyarakat sivil serta badan-badan hak asasi manusia.\n\n\n\u201cAntara pihak berkepentingan itu ialah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia duduki tangga ke-73 kebebasan akhbar\n\n\n\n\n\n\nPenunggang lawan arus itu `pembunuh\u2019!\n\n\n\n\n\n\nKajang Dinaiki Air Selepas Hujan Lebat\n\n\n\n\n\n\n8,000 permohonan warganegara diluluskan setakat Mei tahun ini\n\n\n\n\n\n\nAngkuh vokalis The 1975 salahkan penganjur, mengapa undang dia?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTurut sama, Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.\n\n\n\u201cPelbagai pandangan diutarakan dan dibincangkan untuk dikaji secara lebih lanjut,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau berkata, sesi libat urus seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat membabitkan pihak berkepentingan seperti Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ahli Parlimen serta ahli akademik.\n\n\nSesi itu akan turut disertai Badan Peguam Malaysia, Sabah Law Society, Advocates Association of Sarawak, tahanan dan bekas tahanan mengikut SOSMA 2012 serta keluarga mereka.\n\n\n\u201cPerkara ini selaras dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat pada 22 Februari lalu bahawa undang-undang tidak statik dan bersifat dinamik.\n\n\n\u201cIa sentiasa berubah dengan keadaan dan masa. Sehubungan itu, kerajaan komited dalam menambah baik SOSMA 2012 mengikut keadaan semasa,\u201d katanya. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/kpm-teliti-isu-sekolah-tamil-di-kawasan-pedalaman-kurang-murid/", "title": "KPM teliti isu sekolah Tamil di kawasan pedalaman kurang murid", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kementerian Pendidikan (KPM) akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi meneliti isu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di kawasan pedalaman negara ini yang mempunyai bilangan murid sikit.\n\n\nTimbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, kementerian sedang mencari kaedah jangka masa panjang bagi menyelesaikan isu berkenaan agar sekolah Tamil di kawasan pedalaman dapat terus beroperasi.\n\n\n\u201cAda beberapa sekolah yang kurang murid terutama di (kawasan) perladangan dan Felda. Ini kita akan teliti satu demi satu,\u201d katanya selepas merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gunung Rapat di Ipoh, Perak\u00a0hari ini.\n\n\nTurut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasamy dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), M.Thulsi Thivani.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPDRM gantung kuasa, hak keistimewaan \u2018Inspektor Sheila\u2019\n\n\n\n\n\n\nSesi libat urus bincang selaras umur kanak-kanak kepada 18 tahun\n\n\n\n\n\n\nPerlu ada jabatan khas tangani isu dera kanak-kanak \u2013 Raja Zarith\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Negara Gagal Fahami Sentimen Rakyat \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nPPIM gesa kerajaan bantu golongan bankrap sebelum tahun 2017\n\n\n\n\n\n\n\n\nDifahamkan sebanyak 367 SJKT di negara ini mempunyai bilangan murid kurang daripada 150 orang pada satu-satu masa.\n\n\nMengenai\u00a0projek pemulihan dan penyelenggaraan sekolah dikategorikan sebagai projek \u2018sakit\u2019, Hui Ying berkata, terdapat beberapa punca mengakibatkan kelewatan persiapan termasuk kenaikan kos bahan mentah dan masalah pekerja kontraktor binaan.\n\n\nBagaimanapun, beliau berkata, KPM\u00a0terus memberi perhatian serius agar projek menaik taraf atau memindahkan ke bangunan sekolah baharu yang telah diluluskan kerajaan akan disegerakan.\n\n\n\u201cSetiap negeri, ada projek-projek sekolah sakit tersendiri, ini kita tidak menafikan. Banyak lagi projek masih dalam perancangan,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, SJKT Gunung Rapat yang dibina pada 1954 dan terletak di kawasan padat di tengah-tengah pekan Gunung Rapat mendapat tapak dan bangunan baharu selepas 10 tahun hari ini. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/pelupusan-hutang-rm8-bilion-peneroka-felda-tidak-diteruskan/", "title": "Pelupusan hutang RM8 bilion peneroka Felda tidak diteruskan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan tidak dapat meneruskan pelaksanaan penghapusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8 bilion yang diperkenalkan ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 2021.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini kerana penghapusan hutang peneroka Felda secara berterusan memberi impak besar terhadap aliran tunai entiti itu.\n\n\n\u201cOleh itu, kutipan balik baki hutang atau pinjaman yang dikeluarkan hingga kini, perlu terus dilakukan sebagai sumber pendapatan Felda untuk kelangsungan organisasi serta kebajikan warga peneroka.\n\n\n\u201cHal ini disebabkan kutipan hutang peneroka Felda adalah salah satu sumber pendapatan Felda yang penting, bersamaan dengan 10.8 peratus jumlah pendapatan jangkaan bagi tahun ini, \u201d katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPR terima watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nJohari pertahan keputusan lantik anak jadi pegawai khas Parlimen\n\n\n\n\n\n\nAzman mahu bawa aspirasi, suara rakyat Padang Serai ke Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nLawatan PM ke Arab Saudi capai objektif\n\n\n\n\n\n\nFadhlina sangkal dakwaan Bee Yin\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau menjawab soalan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) yang meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian kerajaan untuk meneruskan usaha menghapuskan hutang Felda.\n\n\nPada Julai 2021, Muhyiddin yang ketika itu Perdana Menteri ke-8 mengumumkan kerajaan secara dasar bersetuju dengan cadangan Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.\n\n\nPengerusi PN itu dilaporkan berkata, pelupusan itu akan dilaksanakan menerusi inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat, terutama bagi generasi awal yang berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah berkenaan dijayakan.\n\n\nKetika itu, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff, dipetik berkata pengumuman terbabit cukup bermakna kepada 112,638 peneroka Felda di seluruh negara yang sememangnya menanti berita berkenaan.\n\n\nDalam pada itu, Azalina menjelaskan walaupun kerajaan tidak dapat meneruskan penghapusan hutang peneroka, Felda tetap komited membantu golongan itu.\n\n\nBeliau berkata, ia termasuk melaksanakan inisiatif bagi memastikan hutang peneroka tidak terus meningkat, terutama berkaitan hutang ladang.\n\n\n\u201cAntara usaha dilaksanakan Felda ialah pengurangan tempoh pengurusan program pembangunan tanam semula ladang iaitu pemberian pinjaman sara hidup disingkatkan daripada lapan kepada empat tahun.\n\n\n\u201cSelain itu, Felda melaksanakan program tanam semula menggunakan baka sawit terbaharu yang mempunyai kadar pengeluaran hasil lebih tinggi hingga 16 tan sehektar pada bulan ke-48.\n\n\n\u201cDengan usaha itu, pendapatan peneroka dapat ditingkatkan dalam masa lebih singkat disebabkan mereka mula dibayar hasil atau pendapatan sebenar ladang bermula tahun kelima,\u201d katanya. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/sprm-badan-bebas-tiada-keperluan-maklum-siasatan-kepada-ketua-hakim-negara/", "title": "SPRM badan bebas, tiada keperluan maklum siasatan kepada Ketua Hakim Negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiada keperluan untuk memaklumkan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bagi menyiasat Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.\n\n\nPenganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan berkata, ini kerana, SPRM adalah sebuah badan bebas dan bukan pun berada di bawah Badan Kehakiman negara.\n\n\nJusteru, kenyataan Tengku Maimun bahawa beliau tidak dimaklumkan berhubung siasatan terhadap Mohd Nazlan oleh SPRM mengelirukan.\n\n\n\u201cSiasatan terhadap hakim hanya perlu dilaporkan jika dibuat oleh Badan Kehakiman tetapi dalam isu ini (Nazlan), SPRM bukan berada di bawah badan ini. Jadi apa keperluan untuk lapor pada Ketua Hakim Negara?\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPeguam Fail Rayuan Isu Keabsahan Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\nSelangor tidak iktiraf kahwin luar negara\n\n\n\n\n\n\nPertembungan Shahrizat-Noraini, apakah jawatan Ketua Wanita milik orang lama?\n\n\n\n\n\n\nHajiji dapat sokongan 44 Adun, kekal teraju Sabah\n\n\n\n\n\n\nAnwar nafi buat dakwaan tanpa asas ke atas PN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebagai sebuah badan bebas, SPRM tidak perlu melaporkan kepada sesiapa untuk melakukan siasatan waima kepada Perdana Menteri pun.\n\n\n\u201cApabila seorang Ketua Hakim Negara membuat kenyataan seumpama ini, ia menunjukkan SPRM tidak bebas,\u201d katanya.\n\n\nBeliau mengulas kenyataan Tengku Maimun yang mendakwa tidak dimaklumkan tentang siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan.\n\n\nKetua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel tujuh Hakim Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya berkata, siasatan itu mesti dilakukan mengikut protokol tertentu bagi memelihara kebebasan Badan Kehakiman.\n\n\nKatanya, antara protokol yang perlu dipatuhi ialah badan siasatan mesti terlebih dahulu berunding dengan Ketua Hakim Negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim berkenaan; badan siasatan tidak boleh menghebahkan fakta siasatan tanpa kebenaran ketua hakim negara; dan pendakwa raya mesti berunding dengan ketua hakim negara ketika siasatan termasuk dalam keputusannya untuk melakukan pendakwaan.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam penghakiman melalui permohonan dua peguam dan seorang aktivis untuk merujuk dua persoalan perlembagaan berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang kini Hakim Mahkamah Rayuan.\n\n\nMengulas lanjut, Azmi menambah, kenyataan yang dibuat oleh Tengku Maimun itu cukup sensitif kerana ia akan memberi tanggapan tidak baik kepadanya dan institusi kehakiman.\n\n\nIa secara tidak langsung menjejaskan kredibilitinya di mata rakyat, sebaliknya meningkatkan kedudukan SPRM yang telus dalam melunaskan tanggungjawabnya berhubung kes Mohd Nazlan yang banyak diperkatakan.\n\n\n\u201cPada saya, Ketua Hakim Negara perlu memikul tanggungjawab terhadap kenyataan yang dibuat itu,\u201d tambah Azmi lagi.\u00a0\u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/24/tun-m-sah-sertai-putra/", "title": "Tun M sah sertai Putra", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Tun Dr Mahathir bersama 13 lagi ahli yang sebelum ini keluar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sah menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) hari ini.\n\n\nBekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Armin Baniaz Pahamin mengesahkan mengenai perkara itu di laman Facebook hari ini.\n\n\nMenerusi status yang dimuat naik, Armin berkata Dr Mahathir mendaftar keahliannya bagi meneruskan perjuangan politiknya bersama Putra.\n\n\n\u201cMisi dan matlamat kita perlu jelas untuk menjayakan sesuatu perjuangan. Perjuangan utama ialah untuk penyatuan orang, parti dan pertubuhan Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nOPR kekal 3 peratus \u2013 BNM\n\n\n\n\n\n\nTurunkan Papan Tanda Jawi Di SJKC \u2013 ADUN Bilut\n\n\n\n\n\n\nMinta ganjaran demi undi parti tertentu tanda normalisasi rasuah\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Kabinet persembah cadangan kepada Majlis Raja-Raja\n\n\n\n\n\n\nJana Wibawa: SPRM cari \u2018Datuk Roy\u2019 bantu siasatan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDoakan semoga Allah permudahkan perjuangan kami. Hanya melalui penyatuan orang-orang Melayu dapat kita bersatu menyelesaikan masalah bangsa demi agama dan tanah air,\u201d katanya.\n\n\nDalam gambar yang dimuat naik, turut dilihat menghantar borang ialah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.\n\n\nSebelum ini, Dr Mahathir memberi bayangan untuk menyertai Putra selain berhasrat menjadi penasihat parti itu.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu berkata, beliau menganggap jemputan untuk menyertai Putra sesuai dengan perjuangan dan prinsip politiknya iaitu membela nasib orang Melayu dan menolak amalan rasuah.\n\n\nBeliau juga berharap dapat memberi panduan kepada Putra dan meneruskan perjuangan serta mencapai matlamat untuk selamatkan kaum Melayu di negara ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/2-remaja-lelaki-ditahan-polis-caci-pembuat-kertas-soalan-sejarah-spm/", "title": "2 remaja lelaki ditahan polis caci pembuat kertas soalan Sejarah SPM", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Polis menahan dua remaja lelaki bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar sekolah menengah tidak berpuas hati dengan kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).\n\n\nKetua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata,\u00a0dua remaja berusia 18 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun, jam 10.53 pagi semalam.\n\n\n\u201cTerdahulu, polis mengesan video tular di TikTok dan Facebook di daerah ini\u00a0memaparkan seorang pelajar lelaki memakai seragam sekolah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kertas soalan SPM mata pelajaran Sejarah.\n\n\n\u201cPelajar itu turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan serta menghina Singapura,\u201d katanya dalam satu kenyataan\u00a0hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nArahan tulisan Jawi di papan tanda tidak langgar Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tempah 87.9 juta dos vaksin COVID-19\n\n\n\n\n\n\nBarisan kepimpinan baharu UMNO \u2018orang Zahid\u2019 \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nAnwar nafi cuba bawa konsep Islam berlebihan\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih atas khidmat sebagai Naib Presiden, PM \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSuffian berkata, bertindak atas maklumat, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan di rumah suspek dan menahan dua remaja lelaki warga tempatan.\n\n\n\u201cPolis merampas sebuah telefon bimbit iPhone 11 dalam serbuan itu. Ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dan semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod lampau,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.\n\n\nSuffian menasihatkan orang ramai supaya menghentikan penyebaran video terbabit yang menimbulkan kegusaran dan mengelirukan masyarakat sehingga tercetusnya perbalahan. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/azalina-calon-wanita-tunggal-tanding-naib-presiden-umno/", "title": "Azalina calon wanita tunggal tanding Naib Presiden UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Datuk Seri Azalina Othman Said sah bertanding Naib Presiden UMNO selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) itu secara rasmi menghantar borang pencalonannya hari ini.\n\n\nPerkembangan itu menyaksikan lapan nama telah menghantar borang pencalonan bagi merebut tiga kekosongan jawatan Naib Presiden UMNO seperti diperuntukan dalam Perlembagaan parti.\n\n\nAzalina yang juga\u00a0Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyerahkan borang pencalonan bertanding Naib Presiden UMNO di Auditorium UMNO Menara Dato\u2019 Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).\n\n\nSelain Azalina, terdapat tujuh calon menawarkan diri sebagai Naib Presiden antaranya Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohammad dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIslam bukan lesen untuk penunggang agama capai matlamat\n\n\n\n\n\n\nJemaah Tipu Status Kesihatan, Tabung Haji Diarah Siasat Dakwaan\n\n\n\n\n\n\nSekat peruntukan pembangkang, jawab di akhirat \u2013 Shahidan\n\n\n\n\n\n\nKes Positif Global Lebih 306 Juta\n\n\n\n\n\n\nDaniel, remaja dimandi bak jenazah dihantar ke Sekolah Henry Gurney\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain mereka, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di samping dua penyandang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.\n\n\nBagaimanapun seorang lagi penyandang jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob belum membuat keputusan sama ada akan mempertahan jawatan ataupun tidak.\n\n\nProses pencalonan bagi pemilihan parti itu di peringkat Pusat dan seluruh bahagian berakhir pukul 5 petang esok. \u2013 UtusanMalaysia"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/bersih-kritik-kurang-peruntukan-untuk-pembangkang/", "title": "Bersih kritik kurang peruntukan untuk pembangkang", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menzahirkan kekesalan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak menyentuh mengenai peruntukan pembangunan kawasan (CDF) kepada Ahli Parlimen pembangkang dalam pembentangan\u00a0\nBelanjawan 2023\n\u00a0di Dewan Rakyat pada Jumaat.\n\n\nJelas gabungan itu, tindakan tersebut jelas bertentangan dengan prinsip Malaysia Madani diperjuangkan kerajaan yang diterajui Ahli Parlimen Tambun terutamanya dalam aspek pelaksanaan reformasi.\n\n\nTambahnya lagi, kerajaan dan pembangkang sepatutnya perlu duduk bersama dan berunding untuk membawa undang-undang yang akan memastikan peruntukan yang saksama.\n\n\n\u201cPerikatan Nasional (PN) dengan 74 Ahli Parlimen mewakili 4,666,529 pengundi atau 30 peratus daripada jumlah pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS cadang PRK Kuala Terengganu diadakan serentak dengan PRN\n\n\n\n\n\n\nBILIK GERAKAN PN DI TELOK MAS DITUTUP KERANA COVID-19, DIKOMPAUN RM10,000\n\n\n\n\n\n\nSPR terima watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nSaya Beri Guan Eng RM200,000 \u2013 Saksi\n\n\n\n\n\n\n8,000 permohonan warganegara diluluskan setakat Mei tahun ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMenahan CDF ini adalah tidak menghormati pilihan dan hak pengundi untuk mengundi siapa yang mereka ingin mewakili mereka,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.\n\n\nBersih menambah, peruntukan itu amat diperlukan bagi memberikan khidmat kepada kawasan Parlimen mereka dengan lebih efisien termasuk menampung sebarang keperluan pembangunan yang tidak termasuk dalam program kerajaan Persekutuan atau negeri.\n\n\nJelasnya, CDF kepada pembangkang tidak seharusnya menjadi isu kerana Ahli Parlimen blok kerajaan menerima peruntukan sebanyak RM1.3 juta setahun yang merupakan pertambahan kos dengan hanya 0.024 peratus atau RM96.2 juta daripada Belanjawan 2023 berjumlah RM386 bilion.\n\n\nUjar gabungan itu, CDF hakikatnya dilihat sebagai alat untuk menghukum dan menekan pihak tersebut daripada memberikan khidmat yang sepatutnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/cuepacs-perlu-faham-kekangan-kewangan-dihadapi-kerajaan-ahmad-zahid/", "title": "Cuepacs perlu faham kekangan kewangan dihadapi kerajaan \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Cuepacs perlu memahami kekangan kewangan dihadapi kerajaan ketika ini.\n\n\nIni berikutan\u00a0\nCuepacs dilaporkan kecewa\n\u00a0kerana Belanjawan 2023 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang didepani penjawat awam.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri itu menjelaskan, kerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi harapan dan permintaan penjawat awam di sebalik kekangan kewangan sedang dialami.\n\n\nBeliau berkata, sebanyak RM46 bilion daripada RM388.1 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2023, adalah untuk membayar faedah hutang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKhairy akui sertai kerajaan bukan jalan mudah jadi PM\n\n\n\n\n\n\nIsu Kenaikan Harga Perlu Diperhalusi Dari Segala Dimensi \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri lawat mangsa banjir selepas 5 hari ke New Zealand\n\n\n\n\n\n\nPakar cadang dua strategi baharu ganti GST atasi hutang negara\n\n\n\n\n\n\nPelampau Israel lempar kata kesat sambik berarak di Baitulmaqdis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c(Bayaran) Emolumen umpamanya dan wang pencen yang terpaksa dibayar, itu adalah kos tetap yang harus ditanggung oleh pihak kerajaan.\n\n\n\u201cSaya fikir Cuepacs sebagai sebuah organisasi yang menjaga kepentingan penjawat awam tentunya memahami situasi ini.\n\n\n\u201cPada hemat saya, Perdana Menteri juga memberi keprihatinan tinggi kepada permintaan penjawat awam. Ini termasuk memberi bonus khas sebanyak RM700 untuk Aidilfitri dan RM350 bagi pesara,\u201d katanya.\n\n\nBeliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) di Ibu Pejabat KETENGAH di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), di Dungun, Terengganu hari ini.\n\n\nDalam lawatan itu, Ahmad Zahid turut menyaksikan penyerahan sumbangan bernilai RM101,900 hasil kutipan warga KETENGAH dan anak syarikat, kepada Tabung Bencana Gempa Bumi Turkiye-Syria.\n\n\nPresiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat ketika mengulas mengenai Belanjawan 2023 dalam satu kenyataan, semalam berpandangan tiada sebarang komitmen diberikan kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam supaya lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup.\u00a0\u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/cukai-barang-mewah-bagus-tapi-bukan-alternatif-gst/", "title": "Cukai barang mewah bagus tapi bukan alternatif GST", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabatu \u2013 Langkah memperkenalkan cukai barangan mewah adalah positif namun ia bukan alternatif kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).\n\n\nPresiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), CAP Mohideen Abdul Kader berkata, sementara pendekatan spesifik akan memberikan kelegaan jangka pendek, langkah lebih signifikan diperlukan bagi mendepani peningkatan kos sara hidup.\n\n\n\u201cIa langkah yang baik dan telah diamalkan di beberapa negara.\n\n\n\u201cPada tahap tertentu, ia akan menyumbang kepada hasil kerajaan. (Tetapi) ia tak boleh jadi alternatif kepada GST,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKDN buka 25 jam sehari, SPRM bebas siasat\n\n\n\n\n\n\nDatuk Johari Abdul dipilih Speaker Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nGuan Eng dedah pernah 3 kali diugut pecat oleh Mahathir\n\n\n\n\n\n\nSalah guna logo, MAIS buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\nUMNO sedia hantar calon pertahan DUN Jeram Padang\n\n\n\n\n\n\n\n\nCAP turut mengalu-alukan pertimbangan kerajaan untuk melaksanakan cukai keuntungan modal untuk saham, perkara yang pernah dibangkitkan persatuan itu sebelum ini.\n\n\nSementara perincian berkenaan\u00a0\ncukai barangan mewah\n\u00a0belum dinyatakan, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 semalam berkata,\u00a0had nilai tertentu akan ditetapkan mengikut jenis barang tersebut.\n\n\nKerajaan juga akan melaksanakan Cukai Keuntungan Modal untuk pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat bermula 2024.\n\n\nPada masa sama, Anwar menegaskan kerajaan tiada hasrat untuk mengembalikan semula GST dengan mengambil kira keadaan semasa, di mana inflasi makanan melebihi kadar lima peratus dan masih ramai yang menerima gaji yang rendah.\n\n\nMengulas lanjut, Mohideen berkata,\u00a0walaupun subsidi, bantuan serta program seperti Menu Rahmah dan Jualan Rahmah dapat memberikan kelegaan sementara kepada rakyat yang bergelut menyara kehidupan, ia bukan penyelesaian jangka panjang.\n\n\nKatanya, akar permasalahan adalah kebergantungan negara terhadap bekalan makanan import.\n\n\n\u201cKita perlu tangani punca masalah iaitu import makanan.\n\n\n\u201cKita perlu melabur dalam pertanian, tingkatkan produktiviti petani, tambah baik pasaran dan hapuskan pencatutan kartel,\u201d katanya lagi.\n\n\nBerkenaan perlindungan terhadap pengguna, CAP menyuarakan sokongan terhadap Akta Kredit Pengguna.\n\n\nPersatuan itu yakin akta tersebut, bersama-sama dengan penubuhan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna, akan membantu melindungi hak pengguna.\n\n\nPersatuan itu juga menyokong rancangan kerajaan untuk melaksanakan Program Agro Penjara, iaitu penglibatan banduan dalam kegiatan pertanian.\n\n\nProgram itu akan membantu mereka menjadi \u201cwarga yang produktif, katanya.\u00a0\u2013 Malaysiakini"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/felda-perlu-tanggungjawab-hutang-peneroka/", "title": "Felda perlu tanggungjawab hutang peneroka", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan digesa mempertimbang keputusan berkaitan penghapusan hutang peneroka Felda\u00a0demi menjamin masa depan golongan peneroka serta keluarga mereka.\n\n\nPresiden Gerakan Ekonomi Malaysia (GEM), Armin Baniaz Pahamin berkata,\u00a0ini kerana hutang RM10.375 bilion yang dikumpul sejak 2021 itu seharusnya menjadi tanggungjawab Felda disebabkan kegagalan agensi itu untuk mengurus dengan baik.\n\n\nMalah, beliau berkata, pihak Felda sebelum ini juga gagal menyediakan penyata hutang yang telus kerana nilai dinyatakan diragui serta dipertikai peneroka.\n\n\nDisebabkan tidak lagi mempercayai Felda, Armin berkata,\u00a0warga peneroka ambil inisiatif sendiri untuk mengambil alih pengurusan ladang itu daripada agensi berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemberian elaun pelajar intern wajar dipertimbangkan\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi di Negeri Sembilan kurang akibat hujan\n\n\n\n\n\n\nUsaha Tanah Terbiar, Kuat Kuasa Kawalan Harga Barang \u2013 FOMCA\n\n\n\n\n\n\nPH, BN setuju kekal kerusi penyandang PRU14 hadapi PRN\n\n\n\n\n\n\nPEMUDAH ditambahbaik, Malaysia destinasi mesra perniagaan \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMenurut sumber, Felda juga tidak mengurus ladang peneroka dengan baik di mana kos operasinya dicaj, namun tiada kerja ladang yang dilaksanakan.\n\n\n\u201cNilai yang dicaj itu juga tidak dapat dibuktikan secara audit serta mengikut prosedur perakaunan.\n\n\n\u201cBuat julung kalinya juga, peneroka ini menerima penyata hutang walaupun mereka sepatutnya mendapat penyata itu setiap tiga bulan selepas tarikh perjanjian penanaman semula atau semasa pelaksanaan progam pelupusan,\u201d katanya melalui kenyataan hari ini.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan,\u00a0kerajaan tidak dapat meneruskan penghapusan hutang peneroka Felda berjumlah RM8 bilion yang diperkenalkan ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2021.\n\n\nBeliau berkata, ini kerana penghapusan hutang peneroka Felda secara berterusan memberi impak besar terhadap aliran tunai entiti itu.\n\n\nAzalina juga memaklumkan, kutipan hutang peneroka Felda antara sumber pendapatan agensi itu yang penting, bersamaan 10.8 peratus jumlah pendapatan jangkaan bagi tahun ini.\n\n\nMengulas lanjut, Armin Baniaz berkata, ketika menandatangani perjanjian pelupusan hutang sebanyak enam muka surat itu, peneroka hanya menganggap hutang tersebut tidak perlu dibayar balik, namun tanpa mereka ketahui tindakan itu secara tidak langsung mengakui jumlah hutang berkenaan.\n\n\n\u201cApabila kerajaan menghentikan inisiatif penghapusan hutang Felda, persoalan utama ialah jumlah yang perlu dibayar balik.\n\n\n\u201c(Sekiranya perlu dibayar balik) kemungkinan besar peneroka bukan sahaja akan menjadi fakir tetapi anak dan cucu peneroka juga mungkin akan mati membayar hutang. Hutang yang mereka tidak tahu pun hujung pangkalnya,\u201d katanya.\n\n\nPada Julai 2021, Muhyiddin selaku Perdana Menteri ketika itu mengumumkan kerajaan secara dasarnya bersetuju dengan cadangan Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3billion.\n\n\nPengerusi PN itu berkata, pelupusan itu akan dilaksanakan menerusi inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat, terutama bagi generasi awal yang berkorban keringat dan air mata untuk membolehkan program rancangan pembangunan tanah berkenaan dijayakan.\n\n\nKetika itu, Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Sulong Jamil Mohamed Shariff dipetik berkata, pengumuman tersebut cukup bermakna kepada 112,638 peneroka Felda di seluruh negara yang sememangnya menanti berita berkenaan. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/kekurangan-bekalan-ayam-telur-diatasi-menjelang-ramadan/", "title": "Kekurangan bekalan ayam, telur diatasi menjelang Ramadan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin, masalah kekurangan bekalan telur dan ayam menjelang Ramadan ini dapat diatasi susulan program pemutihan lebih 200,000 pekerja asing yang giat dilakukan sejak bulan lalu.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata,\u00a0ini kerana masalah kekurangan tenaga buruh terutamanya dalam sektor perladangan dan penternakan menjadi antara punca krisis bekalan bahan mentah itu berlaku di negara ini.\n\n\n\u201cKita sudah berbincang dengan pengusaha dan sekarang tempat yang berdepan masalah kekurangan pekerja sedang dalam proses penambahan kerana kerajaan sejak Januari telah melonggarkan syarat pengambilan pekerja asing dengan lebih 200,000 telah berjaya didaftarkan.\n\n\n\u201cMereka ini akan bekerja di premis seperti ladang ternakan ayam dan lain-lain sektor perladangan yang memerlukan pekerja,\u201d katanya selepas merasmikan Jelajah Agropelancongan dan Agrobelia di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWan Nurzila tamat tugas sebagai Pengarah media, komunikasi strategik, PMO\n\n\n\n\n\n\nMRSM Pendang Ditutup Sementara 3 Guru Positif\n\n\n\n\n\n\nOps Selamat: Selangor Catat Penurunan Kes\n\n\n\n\n\n\nBas persiaran terbakar, laluan keluar Plaza Tol UPM dibuka semula\n\n\n\n\n\n\nKaji Semula SOP Masjid -Pakar Epidemiologi\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohammad menjelaskan, dalam soal itu kerajaan menjadi pemudah cara terutamanya bagi mengeluarkan permit kepada tenaga buruh asing yang sudah berada dalam negara, dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan Kementerian Sumber Manusia supaya golongan tersebut dapat bekerja secara sah.\n\n\nKatanya, kenaikan harga bahan mentah masih berpunca daripada kenaikan harga soya dan jagung yang bergantung kepada pasaran import memandangkan pengeluaran jagung dalam negara tidak sesuai untuk makanan haiwan.\n\n\n\u201cJagung bijiran untuk haiwan baru mula ditanam di Perlis dan tahun ini kita akan buat secara besar-besaran supaya jagung jenis itu ada di Malaysia dan dapat tampung sebahagian (bekalan) Insya-Allah harga ayam akan dapat dikawal dengan lagi baik,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut berkata, pihaknya memberi jaminan bekalan makanan masih mencukupi biarpun harganya sentiasa mengalami kenaikan dan penurunan disebabkan pelbagai faktor.\n\n\n\u201cTahun lalu, FAO (Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia) meletakkan Malaysia dengan markah 100 (peratus), ertinya tiadalah rakyat kita (yang) sampai tiada makanan langsung (kerana masalah bekalan).\n\n\n\u201cMungkin harga naik dan turun tetapi (bekalan) makanan ada dan tidak menerima bantuan antarabangsa dari sudut makanan tidak seperti negara-negara di Afrika,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata, Sabah dan Sarawak dilihat antara negeri yang berpotensi menawarkan ruang untuk memastikan keterjaminan makanan negara dalam jangka masa panjang.\n\n\n\u201cKerajaan Sarawak juga akan membantu kerana mempunyai tanah yang luas.\n\n\n\u201cSabah pun begitu, tanah yang luas itu akan dibenar digunakan untuk tanaman-tanaman yang boleh menjamin keterjaminan makanan,\u201d katanya. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/keluarga-mangsa-tanah-runtuh-batang-kali-gesa-kerajaan-dedah-laporan-penuh/", "title": "Keluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali gesa kerajaan dedah laporan penuh", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Keluarga mangsa tragedi tanah runtuh Father\u2019s Organic Farm di Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor menggesa kerajaan segera mengeluarkan laporan penuh mengenai insiden itu.\n\n\nWakil keluarga mangsa, Loh Teng Shui berkata,\u00a0sehingga kini mereka masih menunggu untuk mendapatkan jawapan mengenai apakah yang sebenarnya berlaku.\n\n\n\u201cKami tidak tahu jabatan mana yang hendak dituju dan pihak berkuasa mana untuk dihubungi (untuk mendapatkan maklumat lanjut).\n\n\n\u201cKami berharap kerajaan dapat menyediakan saluran yang betul untuk kami mendapatkan maklumat,\u201d katanya memetik laporan FMT hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSolat sunat gerhana matahari diadakan tengah hari ini\n\n\n\n\n\n\nZahid sahkan lantik Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi Mara\n\n\n\n\n\n\nTak perlu panik, Tuaran masih terkawal \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nCuri air pili bomba, kontraktor bayar kompaun RM100\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin hadapi satu lagi pertuduhan rasuah Isnin ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 19 Januari lalu, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata,\u00a0laporan penuh mengenai kejadian itu dijangka siap pada akhir bulan lepas.\n\n\nTerdahulu, Nik Nazmi memaklumkan kementerian\u00a0beliau sudah membentangkan laporan awal mengenai tragedi itu kepada Kabinet pada 4 Januari lalu.\n\n\nKatanya, laporan awal itu disediakan oleh Jabatan Mineral dan Goesains (JMG) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).\n\n\nBagaimanapun, sehingga kini tiada laporan berhubung insiden itu didedahkan kepada umum.\n\n\nPada Disember lalu, polis memaklumkan siasatan kes berkenaan sudah hampir 90 peratus selesai, namun sehingga kini tiada kemas kini.\n\n\nTeng Shui menerusi sidang media hari ini dilaporkan berkata,\u00a0pihaknya juga tidak mendapat sebarang kemas kini berhubung hasil siasatan yang dijalankan pihak polis.\n\n\n\u201cApa yang berlaku kepada siasatan? Adakah laporan siasatan polis akan dikeluarkan bersama dengan laporan kejadian?\n\n\n\u201cIni adalah perkara yang kami ingin tahu kerana kami tidak mempunyai saluran untuk mendapatkan sebarang maklumat.\n\n\n\u201cKami hanya boleh membaca laporan berita dan akhirnya, kami berasa amat kecewa,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Teng Shui, ahli keluarga mangsa bukan mahu mencari kesalahan sesiapa namun apa yang mereka mahukan hanyalah kebertanggungjawaban pihak berwajib.\n\n\n\u201cKami juga dimakkumkan bahawa tapak perkhemahan itu mungkin berada di dalam kawasan \u2018larangan\u2019. Jika ya, kami sepatutnya tidak berada di sana (pada awal-awal lagi).\n\n\n\u201cKejadian ini boleh dielakkan. Justeru, kami mahukan penjelasan menerusi laporan itu,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Teng Shui mendakwa,\u00a0beberapa kenderaan yang tidak mengalami kerosakan akibat tanah runtuh itu, semuanya mengalami kerosakan selepas ia ditunda keluar dari tempat kejadian.\n\n\nSelain itu, katanya banyak barangan peribadi juga didapati hilang.\n\n\n\u201cIni lebih menyukarkan kami. Sepatutnya ada SOP (prosedur operasi standard) yang betul mengenai cara mengendalikan kenderaan mangsa ketika bencana.\n\n\n\u201cSebuah syarikat tunda malah mengenakan caj RM1,450 ke atas keluarga mangsa. Jumlah itu terlalu tinggi dan kami tidak rasa ia wajar kerana keluarga ini sudah mengharungi pelbagai kesulitan,\u201d katanya.\n\n\nKejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father\u2019s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember itu membabitkan jumlah mangsa maut kedua terbesar selepas kejadian Kondominium Highland Towers runtuh pada 1992 yang mengorbankan 48 nyawa.\n\n\nTragedi yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi itu membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, termasuk 13 kanak-kanak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/ketua-hakim-negara-tak-boleh-paksa-cabang-eksekutif-berunding/", "title": "Ketua Hakim Negara tak boleh paksa cabang eksekutif berunding", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat tidak boleh memaksa cabang eksekutif di negara ini untuk berunding atau meminta kebenarannya sebelum siasat seseorang hakim bagi dakwaan kes jenayah.\n\n\nKetua Penerangan UMNO,\u00a0Isham Jalil menegaskan, protokol tersebut tidak ada dalam Perlembagaan atau mana-mana undang-undang kerana ia melibatkan isu jenayah bukannya isu etika hakim.\n\n\nBeliau mengulas kenyataan Tengku Mainum bahawa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dilakukan tanpa mengambil\u00a0kira aspek berkaitan kebebasan kehakiman, tidak mengikut protokol dan tanpa rundingan.\n\n\n\u201cDi negara-negara lain termasuk di England dan Amerika Syarikat, jika hakim buat jenayah, pihak berkuasa boleh siasat, tahan dan dakwa hakim tersebut tanpa minta kebenaran atau berunding dengan ketua hakim.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cBukan kerana kerusi empuk, saya sedih tinggalkan kakitangan saya \u2026 \u201d \u2013 Sulaiman\n\n\n\n\n\n\nBadan Peguam Syarie tuntut penjelasan penuh KDN\n\n\n\n\n\n\nNajib Hadir Perbicaraan Dua Hari Dipenjara\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah : Majlis Perundingan agama gesa kerajaan kaji semula enakmen negeri\n\n\n\n\n\n\nUsaha Tanah Terbiar, Kuat Kuasa Kawalan Harga Barang \u2013 FOMCA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJika pihak berkuasa perlu minta kebenaran atau berunding dengan ketua hakim untuk menyiasat dan mendakwa hakim yang didakwa melakukan jenayah, ini tidak kena dengan prinsip pengasingan kuasa dan semak imbang antara Eksekutif, Kehakiman dan Parlimen.\n\n\n\u201cContohnya, tidak masuk akal untuk pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kebenaran ketua hakim sebelum menangkap, menyiasat dan mendakwa hakim yang membunuh atau mengambil rasuah,\u201d tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.\n\n\nTambah beliau, tugas hakim atau ketua hakim adalah untuk mengadili sesuatu kes.\n\n\nBukan tugas seorang hakim untuk menyiasat, menangkap dan mendakwa kerana tanggungjawab itu dipikul oleh penguat kuasa undang-undang seperti polis dan SPRM.\n\n\n\u201cOleh sebab itu, penguat kuasa tidak perlu minta kebenaran hakim untuk siasat suspek yang mana tugas ini bukanlah di bawah bidang kuasa hakim.\n\n\n\u201cJika tidak dan jika penguat kuasa perlu minta kebenaran atau berunding dengan ketua hakim untuk siasat seseorang waima hakim lain seperti di atas, maka kuasa untuk menyiasat, mendakwa dan menghakim akan semuanya terletak di tangan badan kehakiman dan dengan ini tiadalah semak imbang.\n\n\n\u201cDan hakim yang disyaki melakukan jenayah tidak terkecuali daripada\u00a0prosedur siasatan yang dikenakan ke atas orang lain, mereka tidak ada imuniti atau keistimewaan dalam perkara-perkara jenayah,\u201d katanya lagi.\n\n\nIsham berkata, meminta pihak berkuasa berunding dengan ketua hakim sebelum\u00a0 menyiasat seorang hakim samalah seperti jika Speaker Dewan Rakyat meminta pihak berkuasa berunding dengannya dahulu sebelum menangkap seseorang ahli Parlimen.\n\n\nIa juga sama seperti kena berunding dengan Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum menangkap menteri yang melakukan jenayah.\n\n\n\u201cIni tidak masuk akal. Saya gesa ketua hakim supaya tidak membuat penghakiman yang dilihat menegak benang yang basah.\n\n\n\u201cIni bukan soal perundangan, ini soal dasar awam dan logik akal.\n\n\n\u201cRakyat memerhati dan jika badan kehakiman dilihat\u00a0bias, ini tidak baik ke atas keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan negara,\u201d kata Isham.\n\n\nMenurut beliau, jika rakyat hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman, maka undang-undang akan sukar ditegakkan. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/malaysia-kutuk-serangan-tentera-israel-di-nablus/", "title": "Malaysia kutuk serangan tentera Israel di Nablus", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel di Nablus pada Rabu yang membunuh sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin dan mencederakan lebih 100 yang lain.\n\n\nKementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Sabtu\u00a0berkata, perbuatan keji itu jelas merupakan jenayah terhadap kemanusiaan dan pelakunya perlu dipertanggungjawabkan.\n\n\nMalaysia menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak terhadap keganasan dan kekejaman berterusan yang dilakukan oleh tentera rejim Israel di Wilayah Palestin yang diduduki.\n\n\n\u201cMajlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu khususnya mesti memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan di bawah piagam PBB. Rakyat Palestin juga berhak mendapat keamanan, keselamatan dan keadilan,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProses penamaan calon PRN 2023 lancar \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nAnwar jumpa Erdogan zahir solidariti kepada Turkiye\n\n\n\n\n\n\nWanita BERJASA bantu golongan ibu tangani isu keciciran pendidikan anak\n\n\n\n\n\n\nRemaja lelaki Palestin maut ditembak rejim Israel\n\n\n\n\n\n\nPantai Timur Diramal Hadapi Banjir Serentak Bermula Esok\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalaysia berdiri teguh dan menyokong tanpa berbelah-bahagi terhadap rakyat Palestin yang berhak mendapatkan negara yang merdeka berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.\n\n\nDalam serangan pada Rabu, tentera Israel menyasarkan sebuah rumah di Kota Lama Nablus selain menyerang penduduk Palestin yang membantah serbuan itu dengan peluru dan gas pemedih mata.\n\n\nAntara yang menjadi mangsa seorang lelaki berusia 66 tahun dan kanak-kanak, menurut laporan media.\n\n\nSejak awal 2023, tentera Israel telah membunuh 62 rakyat Palestin, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/pedang-rasulullah-diperbuat-daripada-besi-tanah-melayu-sejarawan/", "title": "Pedang Rasulullah diperbuat daripada besi Tanah Melayu \u2013 sejarawan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\nProfesor Falsafah Nahu Arab dan Pemikiran Linguistik UIAM,\u00a0 Profesor Dr Solehah Yaacob mengesahkan, satu penemuan teragung yang menunjukkan salah satu pedang khas milik Nabi Muhammad S.A.W diperbuat daripada sebatian besi yang hanya boleh ditemui di Tanah Melayu satu ketika dahulu.\u00a0\n\n\nBeliau berkata sejarah teragung ini perlu diberi perhatian, khususnya oleh golongan belia agar pengetahuan itu tidak lenyap dari minda mereka.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui TV Pertiwi pada Seminar Tamadun Awal Kedah Tua dI Memorial Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur hari ini.\u00a0\n\n\nPedang ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda memenangi peperangan di Byzantine\n\n\nBeliau yang juga pembentang kertas kerja seminar turut menjelaskan, pedang berkenaan adalah ringan dan ia mempunyai bunyi yang berdesing serta nyaring, dengan tahap kepanasan cairan yang amat tinggi iaitu lebih 1,300 darjah celcius.\u00a0\n\n\nTambah beliau, senjata berteknologi yang terhasil daripada sebatian tanah besi di Gunung Jerai sewaktu kerajaan Kedah Tua di Tanah Melayu itu menjadi rebutan dan idaman oleh kerajaan-kerajaan yang besar satu ketika dahulu.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTanpa Permit, Warga Asing Guna Kenderaan Orang Tempatan\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Hanya akan bermula selepas EMP lulus\n\n\n\n\n\n\nKelantan dianaktiri: Anwar dakwa Syahir terkhilaf, hujah tanpa fakta\n\n\n\n\n\n\nCukai barangan mewah : beg dan jam tangan mewah antara tersenarai\n\n\n\n\n\n\nTidak perlu doktor khas iringi Azizulhasni \u2013 PKBM\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, beliau menyampaikan rasa terima kasih dan bersyukur apabila kerajaan pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen baru-baru ini bersetuju untuk menaikkan semula tapak arkeologi negara di Sungai Batu, Kedah.\u00a0\n\n\nBeliau turut berkongsikan perjalanan beliau sewaktu menjalankan pemetaan arkeologis di SungaI Batu dan menemukan beberapa barter besi.\n\n\nSeminar yang diadakan itu turut menampilkan Pakar Arkeologi Negara yang kini turut menempa nama di peringkat dunia, Dato Dr Mokhtar Saidin yang membentangkan penemuan terbaharu beliau mengenai artifak berusia ratusan juta tahun\u00a0 di Lembah Bujang, Kedah sewaktu Tamadun Kedah Tua."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/pengiklanan-cecair-nikotin-perlu-dikawal-duti-eksais-wajar-diperkenal/", "title": "Pengiklanan cecair nikotin perlu dikawal, duti eksais wajar diperkenal", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pendekatan kerajaan memperkenalkan duti eksais bagi produk cecair atau gel mengandungi nikotin boleh melindungi generasi akan datang dari kegiatan buruk menghisap vape atau rokok elektrik.\u00a0\n\n\nMedical Mythbusters Malaysia menyambut baik langkah itu, selari dengan Artikel 6 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC) berkaitan Pencukaian dan Kawalan Harga.\u00a0\n\n\nMenurut kenyataan di Facebook Medical Mythbusters Malaysia, pengenalan duti eksais itu bakal menaikkan harga jualan di pasaran dan secara tidak langsung mengurangkan kebolehdapatan rokok.\u00a0\n\n\nPihaknya turut menyokong cadangan kerajaan berhubung separuh daripada hasil duti eksais berkenaan diperuntukkan semula kepada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPR bakal umum tarikh PRN Rabu ini\n\n\n\n\n\n\nNombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta milik Sultan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nJiao Zong wajar terima Bahasa Melayu sebagai identiti negara\n\n\n\n\n\n\nTun M pertimbang bertanding pada PRN wakili Putra\n\n\n\n\n\n\nAwas penipuan ibadah korban!\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPengenaan duti eksais ke atas produk atau cecair bagi rokok elektronik dan vape disambut baik namun percukaian semata-mata tanpa kawalan ketat terutamanya terhadap pengiklanan dan promosi produk merokok akan menyebabkan produk-produk merokok yang merbahaya ini berleluasa tanpa kawalan,\u201d katanya.\n\n\nNamun, Medical Mythbuster menyifatkan pengenaan percukaian semata-mata tanpa kawalan ketat terhadap pengiklanan dan promosi boleh menyebabkan produk berkenaan berleluasa tanpa kawalan.\u00a0\n\n\nTambahnya, rokok elektronik atau vape bukanlah penyelesaian masalah ketagihan kepada rokok konvensional, sebaliknya turut memberi implikasi kesihatan dengan kebanyakan perokok dikenal pasti sebagai dwi pengguna.\n\n\nPada Julai 2022, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bagi menyelesaikan isu ketagihan produk nikotin di Dewan Rakyat.\n\n\nRUU itu antara lain memperuntukkan larangan ke atas individu lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya daripada merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/penubuhan-pasukan-khas-d11-bantu-banteras-aktiviti-pornografi-kanak-kanak/", "title": "Penubuhan pasukan khas D11 bantu banteras aktiviti pornografi kanak-kanak", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nKewujudan masalah \nhyper seksualiti\n dalam kalangan pelaku akibat pendedahan kandungan pornografi yang berlebihan atas talian amat membimbangkan kerana ia menyebabkan peningkatan kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak.\u00a0\n\n\nKetua Biro Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Fatihah Iliani Jamhari berkata, penubuhan dua terma baharu iaitu Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) amat membantu bagi membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.\u00a0\n\n\n\u201cKedua-dua inisitif ini sangat baik khususnya kepada perlindungan keselamatan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan emosi, spiritual serta pembentukan mental kanak-kanak.\n\n\n\u201cJadi, dengan adanya dua terma baharu iaitu Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan satu pasukan khas \nBahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini saya yakin kerajaan dapat membanteras jenayah seksual khususnya yang melibatkan kanak-kanak\n,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFokus kukuh golongan wanita, bukan angkat budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Ketua Polis Negara meninjau pembersihan perumahan mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nKes positif Covid-19 menurun kepada 5,809\n\n\n\n\n\n\nNur Jazlan desak henti keluar kenyataan retorik, jaga hubungan baik BN-PH\n\n\n\n\n\n\nMUDA terima kekalahan dengan hati terbuka\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian \nbagi mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan pasukan khas di bawah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Fatihah Iliani berkata, keperluan untuk memelihara kesejahteraan wanita dan kanak-kanak ini bukan sahaja terhad kepada keselamatan fizikal namun ia juga melibatkan dari segi rohani, emosi dan psikologi mereka.\u00a0\n\n\nJelasnya, mangsa-mangsa ini turut mengalami kesan trauma yang lama sekiranya berlakunya penindasan terhadap mereka dan beliau juga berpendapat usaha ini adalah sebagai batu loncatan untuk pemeliharaan hak mereka secara menyeluruh.\u00a0\n\n\nSelain itu, Fatihah Iliani berharap satu pembentukan silibus latihan kepada agensi-agensi berkaitan untuk lebih sensitif terhadap kes-kes yang melibatkan wanita dan kanak-kanak terutamanya semasa penerimaan aduan.\n\n\n\u201cKita sentiasa memanggil masyarakat untuk lebih berani mengadukan masalah atau sebarang jenayah yang berlaku dan melibatkan kanak-kanak selain mereka juga menjadi mata-mata untuk melaporkan salah laku tersebut dalam kalangan masyarakat.\n\n\n\u201cTetapi, dalam masa yang sama kami juga menerima aduan apabila agensi-agensi yang berinteraksi tidak mengambil serius atau sensitif dalam menerima aduan,\u201d tambahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/pm-mahu-timbalan-menteri-fokus-laksana-perancangan-perubahan-untuk-rakyat/", "title": "PM mahu Timbalan Menteri fokus laksana perancangan, perubahan untuk rakyat", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua Timbalan Menteri pimpinannya\u00a0memfokus kepada pelaksanaan perancangan dan perubahan yang akan memberi manfaat kepada rakyat.\n\n\nIa antara amanat disampaikan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, pada program Permukiman Timbalan-Timbalan Menteri Kerajaan 2023 di Seri Perdana\u00a0di Putrajaya hari ini yang dihadiri semua Timbalan Menteri.\n\n\nTimbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata,\u00a0Perdana Menteri amat fokus kepada prestasi kerajaan pimpinannya serta menegaskan mahu semua Timbalan Menteri membawa reformasi dalam masa singkat.\n\n\n\u201cBeliau (Anwar) berpandangan, rakyat tidak sabar lagi dan mereka ingin nampak hasil secepat mungkin. Ini peringatan penting bagi semua yang memegang jawatan supaya memfokus untuk membawa perubahan dalam tempoh singkat,\u201d katanya ketika ditemui pemberita selepas program permukiman itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPasukan Khas Pasca Banjir, Siap Siaga Gelombang Kedua\n\n\n\n\n\n\nDua ahli UMNO hantar notis bantahan kepada RoS\n\n\n\n\n\n\nJangan sokong dan beli produk dijual warga asing \u2013 DBKL\n\n\n\n\n\n\nUsahawan perlu bantuan intervensi kerajaan untuk pulih, kekal bertahan\n\n\n\n\n\n\nPengumuman peruntukan sekolah persendirian cina dipersoal\n\n\n\n\n\n\n\n\nSesi permukiman lebih sejam itu turut disertai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Datuk Johan Mahmood Merican.\n\n\nPada sesi permukiman itu, Nie Ching berkata, Timbalan-Timbalan Menteri turut menerima taklimat daripada tokoh penting dalam kerajaan, termasuk Mohd Zuki dan Johan.\n\n\n\u201cSaya juga amat berbesar hati kerana Perdana Menteri cukup sabar dan menjawab soalan kami (Timbalan Menteri) sepanjang sesi ini. Banyak isu dibangkitkan Timbalan-Timbalan Menteri pada sesi ini,\u201d katanya.\n\n\nJabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan dikeluarkan sempena program itu berkata, permukiman terbabit dilaksanakan bagi memperkukuh dan memantapkan kesepakatan serta kesepaduan dalam kalangan Timbalan-Timbalan Menteri Kerajaan.\n\n\nJPM berkata, program itu selaras hasrat Perdana Menteri untuk menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.\n\n\nProgram permukiman itu diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tatakelola atau tadbir urus jentera kerajaan.\n\n\nAspek itu merangkumi petunjuk prestasi utama (KPI) MADANI kerajaan, struktur kerajaan dan hal ehwal pentadbiran awam, pengurusan kewangan dan perolehan kerajaan, integriti dan tatakelola organisasi, protokol kerajaan dan profesionalisme, serta komunikasi media."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/ptptn-komited-laksana-inisatif-belanjawan-2023/", "title": "PTPTN komited laksana inisatif Belanjawan 2023", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited untuk melaksanakan inisiatif Belanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.\n\n\nIa melibatkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus selama tiga bulan bermula 1 Mac ini.\n\n\nPTPTN juga menyambut baik inisiatif penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan\n\n\nKatanya, permohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac depan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia lebih berisiko dilanda tsunami berbanding gempa bumi\n\n\n\n\n\n\nBuruh dijel 6 bulan, hantaran jelik isu perkauman, hina Agong\n\n\n\n\n\n\nTak salah lantik ahli keluarga jika layak \u2013 Mufti Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nJaga sensitiviti kaum, agama, institusi diraja pada PRN Selangor\n\n\n\n\n\n\nHenti bangkitkan isu perkauman dan agama, titah Tuanku Muhriz\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cInisiatif ini menunjukkan keprihatin kerajaan dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa ini sekali gus meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan.\n\n\nPTPTN juga menyambut baik inisiatif penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan\n\n\nKatanya, permohonan penangguhan boleh dibuat mulai 1 Mac depan.\n\n\n\u201cJusteru, pelaksanaan inisiatif ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.\n\n\n\u201cPTPTN sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa komited dan bersedia untuk membantu peminjam selaras dengan inisiatif kerajaan yang telah diumumkan melalui Belanjawan 2023,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nUntuk sebarang pertanyaan, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my.\n\n\nMereka boleh menghubungi PTPTN melalui saluran Careline PTPTN di 03 \u2013 2193 3000, Live Chat di www.ptptn.gov.my, e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/ dan Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn. \u2013\u00a0MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/25/rm50-juta-bantu-tingkat-keupayaan-jbpm-hadapi-banjir/", "title": "RM50 juta bantu tingkat keupayaan JBPM hadapi banjir", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyambut baik peruntukan kewangan yang diberikan kerajaan kepada pihak petugas dan penyelamat bencana alam di negara ini.\n\n\nKetua Pengarahnya, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, peruntukan yang diluluskan dalam Belanjawan 2023 itu jelas membuktikan keprihatinan kerajaan untuk memantapkan pasukan penyelamat bagi menjalankan tugas dengan lebih baik.\n\n\nBeliau berkata, peruntukan Belanjawan 2023: Membangun Malaysia Madani sebanyak RM50 juta bagi mendepani musibah bencana merupakan satu jumlah yang sewajarnya diberikan.\n\n\n\u201cSaya mewakili JBPM amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga selaku Menteri Kewangan di atas keprihatinan beliau kepada pasukan penyelamat negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKekalkan TMJ \u2013 Kim Pan Gon\n\n\n\n\n\n\nRamasamy bawa agenda \u2018Malaysian Malaysia\u2019 \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPEJUANG tersasar daripada tujuan penubuhannya \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\n50 Peratus Kawasan Berpenduduk Boleh Capai Liputan 5G\n\n\n\n\n\n\nKuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya akan diasingkan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDengan menyediakan peruntukan khas dalam Belanjawan 2023 sebanyak RM50 juta, maka ia dapat digunakan untuk tujuan perolehan aset dan kelengkapan mendepani musibah banjir.\n\n\n\u201cPeruntukan khas ini akan digunakan sebaiknya oleh JBPM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela),\u201d katanya.\n\n\nAbdul Wahab berkata, menerusi peruntukan yang disediakan oleh kerajaan itu, ia bakal membolehkan JBPM membuat penggantian dan penambahan aset dari semasa ke semasa.\n\n\nTambahnya lagi, menerusi kelengkapan dan aset baharu yang lebih baik, diharap JBPM dapat memberi perkhimatan dengan lebih meluas, cepat dan selamat sepanjang bertugas membantu orang ramai.\n\n\nAbdul Wahab berkata, menerusi peruntukan yang disediakan oleh kerajaan itu, ia bakal membolehkan JBPM membuat penggantian dan penambahan aset dari semasa ke semasa.\n\n\nTambahnya lagi, menerusi kelengkapan dan aset baharu yang lebih baik, diharap JBPM dapat memberi perkhimatan dengan lebih meluas, cepat dan selamat sepanjang bertugas membantu orang ramai.\u00a0\u2013 SinarHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/26/ambil-maklum-hak-pegawai-perubatan-perbaiki-kekurangan-perkhidmatan/", "title": "Ambil maklum hak pegawai perubatan, perbaiki kekurangan perkhidmatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nLebih 1,500 lantikan baharu secara tetap dan kontrak pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi dalam pengumuman Belanjawan 2023 bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat lalu.\n\n\nIa dilihat dapat memberikan semula keyakinan kepada pegawai perubatan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik.\u00a0\n\n\nMenurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, keluhan dan kembimbangan mereka perlu didengari dan langkah yang sewajarnya diambil menangani masalah yang membelenggu pegawai perubatan.\n\n\nJelas Dr Malina, mereka perlu menyuarakan masalah dan kebimbangan mereka melalui saluran atau gerakan sedia ada dengan lebih berdiplomasi dan tidak menjejaskan gangguan perkhidmatan perubatan kepada pesakit.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak perlu kaitkan kaum dan politik, akur etika berpakaian \u2013 Presiden ISMA\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir meningkat, empat daerah di Johor masih terjejas\n\n\n\n\n\n\nAnwar tetap bentang usul undi percaya, buktikan keabsahan\n\n\n\n\n\n\nUniversiti awam di Terengganu dikompaun RM25,000\n\n\n\n\n\n\nPegawai Tugas-Tugas Khas PM dilantik CEO Yadim\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Dr Malina berkata pihak kerajaan atau agensi-agensi terlibat perlu mengadakan perbincangan antara dua pihak untuk menambah baik perkara-perkara yang telah disuarakan.\n\n\n\u201cContohnya, demonstrasi sehingga menjejaskan perkhidmatan kesihatan itu mungkin tidak sesuai untuk menyatakan ketidakpuasan hati.\n\n\n\u201cNamun, perkara itu wajar diteruskan melalui platform tertentu atau mereka boleh membuat persatuan dan bergabung antara persatuan-persatuan yang ada bagi menyuarakan kepentingan di pihak mereka adalah lebih baik,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi bagi mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.\u00a0\n\n\nTambah Dr Malina, persepsi KKM antara kementerian kedua terbesar menerima peruntukkan dalam Belanjawan 2023 itu perlu diubah dan masyarakat harus melihatnya dari sudut positif kerana ia merupakan satu bentuk pelaburan masa hadapan kepada sektor kesihatan.\u00a0\n\n\nMenurut beliau, peruntukan Belanjawan 2023 kepada KKM dilihat masih dibawah saranan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) yang mencadangkan supaya 10 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) diperuntukkan bagi sektor kesihatan.\u00a0\n\n\nNamun, Dr Malina juga yakin peningkatan peruntukan sebanyak 12 peratus itu juga dapat dikendalikan secara baik selain berharap pihak yang bertanggungjawab dapat melaksanakan tugas mereka menggunakan peruntukan tersebut dengan amanah.\n\n\n\n\n\u201cSaya yakin di peringkat lapangan, mereka juga harap dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan menyediakan prasarana yang diperlukan oleh masyarakat.\n\n\n\u201c\nTetapi, proses untuk mendapatkan perbelanjaan itu perlu lah lebih bertanggungjawab bagi memastikan setiap sen, setiap ringgit yang diperuntukkan oleh kerajaan sampai kepada mereka yang memerlukan.\n\n\n\u201cMereka yang memimpin kementerian ini perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan amanah selain memastikan tidak ada ketirisan yang akan berlaku,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/26/industri-filem-tempatan-mahu-kerajaan-luluskan-pulangan-duti-hiburan-25/", "title": "Industri filem tempatan mahu kerajaan luluskan pulangan duti hiburan 25%", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 \nPersatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) menyambut baik keseluruhan peruntukan yang disuntik buat perfileman negara menerusi pembentangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 yang lalu.\u00a0\n\n\nNamun, \nSetiausaha Kehormat Persatuan Penerbit Filem Malaysia\u00a0\nmeminta kepada kerajaan pada kali ini untuk\u00a0 meluluskan segala permohonan yang dibentuk oleh mereka sebelum belanjawan 2023 yang lalu.\n\n\nZahrin Aris turut menjelaskan peruntukan buat industri kreatif pada kali ini dilihat terdapat sedikit perubahan dan pengurangan dari sudut peruntukan 50 juta buat dana penerbitan filem kenegaraan.\u00a0\n\n\nZahrin Aris menyatakan pihaknya masih menunggu keputusan perincian pendanaan 127 juta oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi FINAS\n\n\nSetakat ini, pihaknya mahu kementerian komunikasi dan digital menerusi FINAS untuk memperincikan peruntukan 127 Juta ringgit yang bakal diberikan kerajaan dengan kadar segera.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJumlah tahanan rakyat Palestin di penjara Israel meningkat\n\n\n\n\n\n\nCeti haram hina agama Islam, PPIM gesa KDN, JAKIM bertindak\n\n\n\n\n\n\nPertembungan sengit satu lawan satu, dua bekas ADUN berebut kerusi DUN Sungai Ramal\n\n\n\n\n\n\nPerjuangan PAS sudah berubah \u2013 Mohammad Agus\n\n\n\n\n\n\nTidak sentuh 3R, Rukun Negara nak letak mana? \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni bagi membolehkan pihaknya dapat menentukan genre atau filem apakah yang sesuai diterbitkan oleh penggiat seni negara yang sepadan dengan jumlah peruntukan yang kepada mereka.\u00a0\n\n\nProf Solehah Yaacob dalam temubual berkata pemerolehan dana ini membantu budayawan memperkasakan lagi budaya seni di negara ini hingga mencapai tahap persada dunia\n\n\nSementara itu, Profesor Falsafah Nahu Arab dan Pemikiran Linguistik UIAM,\u00a0 Profesor Dr Solehah Yaacob, turut menyambut baik peruntukan belanjawan berkenaan yang turut menyifatkan kerajaan mempunyai kesedaran terhadap kepentingan seni budaya dalam melahirkan masyarakat Madani Malaysia.\u00a0\n\n\nJelasnya, ini inisiatif ini mampu membongkar rahsia-rahsia sejarah dan budaya yang tersembunyi dan dipersembahkan samada dalam bentuk penulisan, filem serta dokumentari dan perkara ini perlu diketengahkan.\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu industri seni negara dihiasi dengan elemen keislaman yang jitu\n\n\nTerdahulu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2023, dimana industri seni budaya, karya kreatif dan bahasa memperolehi peruntukan sebanyak 127 juta ringgit bagi menyemarakkan lagi kebudayaan dan keseniaan di peringkat komuniti serta dunia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/26/jangan-hanya-laungkan-rahmah-dan-madani-perlu-hidup-bersama-nadi-rakyat/", "title": "Jangan hanya laungkan \u2018Rahmah\u2019 dan \u2018Madani\u2019, perlu hidup bersama nadi rakyat", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nKerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu hidup bersama nadi rakyat yang saban hari bergelut dengan pelbagai masalah selaras dengan konsep \u2018Keluarga Madani\u2019.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nPemerhati Politik, Mohd Lutfi Abdul Khalid berkata Anwar perlu memberi contoh teladan kepada rakyat dengan menetapkan gaji minimum satu ribu lima ratus ringgit bagi setiap Menteri, anggota Kabinet dan wakil Rakyat.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nJelasnya, situasi ini dapat dilihat apabila rakyat perlu berhadapan dengan tekanan hidup yang sangat mencabar memandangkan beban serta tanggungjawab yang ditanggung semakin meningkat.\u00a0\n\n\nMohd Lutfi berkata rakyat tidak menerima keistimewaan sedia ada seperti mana yang dinikmati oleh menteri-menteri antaranya elaun, kemudahan perjalanan atau kenderaan dan bil-bil utiliti ditanggung oleh pihak lain. \u00a0 \u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsa Samad kembali ke pangkuan UMNO\n\n\n\n\n\n\nAudit 1MDB: Nasib Najib, Arul Kanda akan diputuskan esok\n\n\n\n\n\n\nKawal inflasi, BNM mungkin naik semula nisbah keperluan rizab berkanun\n\n\n\n\n\n\nPEMUDAH ditambahbaik, Malaysia destinasi mesra perniagaan \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nKes Positif Global Lebih 306 Juta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau nak Madani Rahmah sangat, elok mulai dengan menetapkan gaji minima RM1500 bagi setiap Menteri, anggota Kabinet dan wakil rakyat (Parlimen dan Dewan Undangan Negeri).\n\n\n\u201cUntuk memberi kesan yang lebih meyakinkan, kita ingin lihat Perdana Menteri memberi contoh tauladan bermula dengan dirinya sendiri terlebih dahulu,\u201d katanya.\n\n\nTambah beliau, sudah tiba masanya untuk menetapkan hanya individu yang memiliki ijazah psikologi sebagai salah satu syarat layak bertanding sebagai calon pilihan raya atau menggubal satu undang-undang mewajibkan \nrakyat menjalani \u201ckhidmat masyarakat\u201d seminggu sekali di kawasan-kawasan yang diwakilinya.\n\n\nMenurut Mohd Lutfi, larangan juga perlu dikenakan kepada wakil-wakil rakyat, ahli keluarga dan sanak saudara mereka daripada memegang sebarang jawatan dalam pemerintahan negara susulan mereka sering menikmati laluan mudah memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan anak-anak syarikat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/26/pakar-sokong-ruu-kptm-cegah-golongan-muda-terjebak-vape-dan-rokok/", "title": "Pakar sokong RUU KPTM, cegah golongan muda terjebak vape dan rokok", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nTindakan kerajaan untuk membentang semula semua Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 (KPTM) bersama dengan Dasar Generasi Penamat (GEG) dilihat sebagai satu langkah yang tepat dalam melindungi semula generasi muda di negara ini.\u00a0\n\n\nIa mengambil kira peningkatan yang mendadak terhadap permintaan produk tembakau oleh golongan belia telah membimbangkan pelbagai pihak.\u00a0\u00a0\n\n\nMenurut Pakar Perunding Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, tabiat pengambilan bahan tembakau dalam kalangan belia makin membimbangkan\n\n\nPakar Perunding Kesihatan Awam, Prof Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, amat menyambut baik tindakan kerajaan untuk mula membentangkan RUU KPTM bersama GEG dalam mengawal semula produk yang kian menjadi kegilaan dan permintaan yang tinggi oleh golongan remaja dan kanak-kanak.\u00a0\n\n\nMenurutnya, apabila RUU KPTM ini mula diaplikasikan ia mampu mengekang konflik mengenai kawalan tembakau dan penggunaan vape dalam kalangan rakyat di negara ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN tidak mampu tawan Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nPersoal Kekayaan Azam Baki Yang Tidak Diambil Peduli\n\n\n\n\n\n\n100 Jemaah Umrah Malaysia Dikuarantin Di Makkah\n\n\n\n\n\n\nCadangan perluas visa ketibaan boleh gugat keselamatan negara\n\n\n\n\n\n\nCalon anak beranak bukan isu baharu \u2013 Bibi Sharliza\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Dr Lokman turut berkata RUU berkenaan amat penting dari sudut penyediaan peruntukan serta peraturan dalam mengawal semula penjualan serta penggunaan produk tembakau menerusi aspek keselamatan peranti, pengiklanan dan promosi.\u00a0\n\n\nJusteru, vape atau lebih dikenali sebagai sebagai rokok elektronik turut dikatakan tidak mempunyai sebarang permit yang sah di bawah undang-undang negara.\u00a0\n\n\nKerajaan menyokong ikhtiar GEG demi mengekang tabiat belia muda terhadap vape dan rokok\n\n\nSebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan menyokong ikhtiar dalam membentangkan RUU KPTM bersama GEG sebagai usaha memperkukuh kawalan tembakau dan melindungi golongan belia serta muda daripada tabiat merokok serta vape.\u00a0\n\n\nTindakan melindungi golongan muda daripada tabiat produk tembakau berkenaan dilakukan apabila, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membentangkan RUU KPTM untuk bacaan kali pertama dan kedua, namun ia terpaksa ditangguhkan susulan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/13404/", "title": "Cukai barangan mewah : beg dan jam tangan mewah antara tersenarai", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Senarai barangan mewah yang akan dikenakan cukai seperti yang dicadangkan dalam Belanjawan 2023 sedang diperhalusi.\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Menteri Kewangan, Steven Sim berkata, kerajaan masih memperhalusi definisi barangan mewah serta kadar dan perlindungan sebelum mengumumkannya sewajarnya.\n\n\nBeliau mengulangi bahawa Cukai Barang Mewah, yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada Jumaat, akan dilaksanakan tahun ini.\n\n\n\u201cBeg tangan mewah dan jam tangan mewah adalah beberapa contoh. Tunggu pengumuman. Kami sedang mengusahakan garis masa,\u201d katanya seperti dilapor New Straits Times.\n\n\nDitanya sama ada barangan mewah itu juga terdiri daripada pakaian mewah, dompet, kereta sport, basikal mewah dan juga barang kemas, Sim berkata, semua butirannya sedang diperhalusi.\n\n\nTerdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan mahu mengambil pendekatan yang lebih progresif sebagai langkah baharu untuk meluaskan asas cukai kepada mereka yang berkemampuan.\n\n\nCadangan itu, bagaimanapun, telah menimbulkan kebimbangan daripada pemain industri pelancongan, dengan ramai yang bimbang ia akan melumpuhkan daya tarikan negara sebagai pusat membeli-belah pelancong.\n\n\nPresiden Persatuan Peruncit Malaysia, Datuk Andrew Lim berkata, cukai sebegitu hanya akan memudaratkan industri pelancongan memandangkan negara terpaksa berhadapan dengan saingan kuat daripada negara jiran.\n\n\n\n\n\u201cKerajaan sepatutnya membantu peruncit dan industri pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong dengan kuasa perbelanjaan untuk merangsang ekonomi Malaysia,\u201d kata Lim.\n\n\n\n\nIa juga dilaporkan bahawa aktiviti membeli-belah oleh pelancong antarabangsa merupakan sumber pendapatan utama negara, menyumbang 33 peratus daripada RM86.1 bilion dalam penerimaan pelancongan pada 2019.\u00a0 \u2013 ISMAWEB"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/13441/", "title": "Datuk Dr. Zulkapli \u2013 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Sejak jawatan\u00a0 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) kosong dari Disember lalu, kini jawatan itu diisi\u00a0 kembali oleh Datuk Dr Zulkapli Mohamad.\n\n\nPelantikan Datuk Dr Zulkapli, 58, yang sudah berkhidmat selama 31 tahun dalam perkhidmatan awam itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.\n\n\nMohd Zuki dalam satu kenyataan media memaklumkan, pelantikan Zulkapli mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan ia berkuat kuasa hari ini.\n\n\n\n\nZulkapli berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia (USM), selain Ijazah Sarjana Pembangunan Antarabangsa dari University of Japan dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Ekonomi (Kewangan Antarabangsa) dari Universiti Meiji di Jepun.\n\n\n\n\nBeliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam dengan jawatan pertama disandang sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Latihan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 1 Disember 1992.\n\n\n\n\nMohd Zuki berkata, pelantikan Zulkapli berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan, serta pembangunan modal insan.\n\n\n\u201cBeliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) di JPA, selain Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di SWCorp dan Setiausaha Persekutuan Sabah.\n\n\n\u201cSaya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti dimiliki, beliau mampu menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi Malaysia MADANi,\u201d katanya.\n\n\nJawatan KPPA kosong selepas perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah ditamatkan berkuat kuasa 12 Disember tahun lalu.\n\n\nIa susulan insiden kontroversi di antara Mohd Shafiq dengan pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3 Ogos lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/annuar-musa-sedia-sertai-mana-mana-parti/", "title": "Annuar Musa sedia sertai mana-mana parti", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bersedia untuk menyertai mana-mana parti politik yang sudi menerimanya sebagai ahli biasa.\n\n\nJelasnya, keputusan itu dibuat selepas berehat selama tiga bulan daripada insiden pemecatan parti yang disertainya sebelum ini.\n\n\n\u201cSejak tahun 1979 (43 tahun lalu), saya menjadi ahli parti politik tertentu dan berkhidmat kepadanya, sehinggalah saya dibuang daripada parti tersebut Disember lalu.\n\n\n\u201cKini sudah tiga bulan saya tidak berparti. Masa tersebut saya gunakan untuk bermuhasabah dan memerhatikan arus dan pola politik negara.\n\n\n\u201cTiba masanya untuk saya memikirkan secara serius untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak guna wang kerajaan \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nLantikan politik pengarah GLC lemahkan peluang menang PRN\n\n\n\n\n\n\nDAP Heret Kedah Ke Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nSekat peruntukan pembangkang, jawab di akhirat \u2013 Shahidan\n\n\n\n\n\n\nFilem berbaur lucah: FINAS boleh batal lesen jika ada kecurangan, fraud atau keburukan akhlak\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun katanya, dalam tempoh tersebut, beliau banyak memanfaatkan masanya dengan bermuhasabah diri sambil melihat perkembangan arus politik masa kini.\n\n\n\n\nTambah Annuar, beliau mahu memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangannya, khususnya berjuang dalam menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara.\n\n\n\u201cSemoga ada parti yang sudi menerima saya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa mereka. Kepada ALLAH saya berserah,\u201d katanya.\n\n\nPada 9 Disember 2022, Annuar dipecat daripada UMNO susulan daripada keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.\n\n\nMKT melucutkan keahlian terhadap Annuar termasuk bekas Ketua Wanita UMNO Maran, Datin Seri Fatimah Kassim dan bekas Ketua Wanita UMNO Arau, Datin Seri Shamsiah Yassin mengikut Fasal 10.6 Perlembagaan UMNO, selepas mereka melanggar Fasal 20.9 perlembagaan parti serta perkara berkaitan tata etika ahli."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/belanjawan-2023-jimat-cermat-tiada-cadangan-tangani-isu-kenaikan-harga-pakar/", "title": "Belanjawan 2023 : Jimat-cermat, tiada cadangan tangani isu kenaikan harga \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nBelanjawan 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu secara dasarnya cuba memenuhi segala slogannya iaitu menoktahkan kadar miskin tegar dan golongan yang memerlukan.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, Pakar Ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berpendapat belanjawan kali ini dilihat tiada sebarang usaha umum digariskan dalam mendepani isu kenaikan harga barang di negara.\u00a0\n\n\nProf Barjoyai berkata, negara perlu ada solusi yang spesifik dalam menangani semula kenaikan harga\n\n\nMenurut Prof Barjoyai Bardai, belanjawan yang dibentuk kali ini sememangnya memenuhi kriteria dalam memberi pertolongan kepada kumpulan yang memerlukan, kerana jumlah subsidi dan bantuan dilihat makin bertambah berbanding belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan dahulu.\u00a0\u00a0\n\n\nKerajaan lebih tegas dalam mengawal kewangan negara.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTujuh bulan selepas kerjasama, Amirudin yakin dengan kerajaan PH-BN\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada rekaan fesyen, gerakan terancang hina Islam\n\n\n\n\n\n\nBarisan Exco Melaka baharu akan dibentuk dalam 48 jam\n\n\n\n\n\n\nSenarai calon DAP tidak dipersetujui ahli, ditentukan diktator\n\n\n\n\n\n\nBanjir \u2013 Johor dapat peruntukan tambahan RM150juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, kerajaan turut tidak mengemukakan sebarang spesifik cadangan dan usaha yang dapat mengawal kenaikan harga di negara ini.\u00a0\n\n\nSektor TVET perlu diketengahkan sepenuhnya kerana ia merupakan lubuk utama kemahiran teknikal negara dapat dipertingkatkan\n\n\nDalam pada itu, Prof Barjoyai turut mengulas mengenai\u00a0 danaan Transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang didapati kurang diberikan oleh kerajaan pada kali ini serta ia dilihat sebagai\u00a0 langkah menjerat golongan kelas pertengahan.\u00a0\n\n\nKatanya ini kerananya, daripada jumlah 10 juta pekerja yang sewajarnya memperoleh peruntukan latihan dan kemahiran TVET, pada kali ini\u00a0 tidak mendapat peluang itu.\u00a0\n\n\nJusteru, pada rombakan TVET yang lalu hanya 8 ribu orang sahaja yang mempunyai peluang serta sasaran sebagai pelatih program TVET berkenaan.\u00a0\n\n\nTerdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM388.1 billion, dengan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM289.1 billion dan RM99 bilion untuk pembangunan.\n\n\nBelanjawan yang disemak semula ini RM15.8 bilion lebih tinggi daripada bajet RM 372.3 bilion yang dibentangkan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/gaji-penjawat-awam-naik-boleh-tingkatkan-defisit-negara-anwar/", "title": "Gaji penjawat awam naik boleh tingkatkan defisit negara \u2013 Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin-\u00a0Penjawat awam diminta bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara terlebih dahulu sebelum isu membabitkan mereka, meliputi kos sara hidup, dapat ditangani.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara ketika ini berdepan hutang mencecah RM1.5 trilion dan defisit pada 5.6 peratus.\n\n\nJusteru buat masa ini, beliau menjelaskan, kerajaan tidak boleh bersetuju dengan desakan CUEPACS, termasuk berhubung kenaikan gaji penjawat awam kerana ia akan meningkatkan defisit negara.\n\n\n\u201cCUEPACS minta kaji semula gaji (penjawat awam) supaya ditambah. Saya setuju pada prinsipnya tetapi saya terangkan mengenai pendekatan yang dilakukan sebelumnya.\n\n\n\u201cApa masalah kita? Kita hutang RM1.5 trilion dan defisit 5.6 peratus. Kalau kita menambah gaji, defisit akan menjadi 6.5 peratus\u2026 tiada orang hendak datang melabur di negara ini kerana tidak yakin ada kekuatan tekad politik untuk mengurus negara dengan baik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nVarian BA.5.2, BF.7 dikesan pada Mac, Ogos tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air tiada kerjasama dengan mana-mana parti untuk PRN\n\n\n\n\n\n\nKDN warta larangan penerbitan berunsurkan LGBTQ+ jam Swatch\n\n\n\n\n\n\nMALAYSIA BUKAN NEGARA YANG SIHAT\n\n\n\n\n\n\nGesaan Kepada Semua Pemegang Taruh Politik Tanah Air\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi, sabarlah sekejap,\u201d katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa Mengenai Islam dan Islamofobia: Ke Arah yang Bermakna Penglibatan Melalui Pendekatan Madani, di Putrajaya hari ini.\n\n\nCUEPACS dalam reaksinya mengenai Belanjawan 2023 yang dibentangkan Anwar, Jumaat lalu, dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihadapi penjawat awam.\n\n\nPresiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat ketika mengulas mengenai Belanjawan 2023 dalam satu kenyataan, berpandangan tiada sebarang komitmen diberikan kerajaan untuk menilai semula sistem saraan baharu perkhidmatan awam melalui model gaji dan upah yang mampu meningkatkan pendapatan penjawat awam supaya lebih baik berbanding peningkatan kos sara hidup.\n\n\nMelalui Belanjawan 2023, kerajaan menyalurkan\u00a0\nBantuan Khas Kewangan Aidilfitri\n RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak, manakala RM350 akan disalurkan kepada pesara kerajaan dengan bayaran dibuat pada April 2023."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/kerajaan-komited-tingkatkan-kualiti-perkhidmatan-air-dan-pembetungan-negara/", "title": "Kerajaan komited tingkatkan kualiti perkhidmatan air dan pembetungan negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 \nKementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) komited untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan air dan pembentungan negara selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari Ke-6 (SDG 6) untuk memastikan akses air bersih dan sanitasi untuk semua.\u00a0\n\n\nMenterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, projek perintis penyelidikan dan pembangunan (R&D) semula bi-produk pembentungan yang dilakukan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) ini berpotensi mengurangkan kadar pelepasan karbon sebanyak 2% setahun.\n\n\n\n\n\u201cDalam hal ini, saya amat gembira melihat pencapaian dan penghasilan produk inovasi yang dihasilkan oleh IWK ini yang bukan hanya mampu menyumbang kepada kelestarian alam sekitar tetapi juga mampu menjana penjanaan ekonomi daripada sektor air dan pembentungan,\u201d katanya\n\u00a0dalam ucapannya ketika lawatan kerja loji perintis memproses biopepejal kepada baja pelet sebagai baja organik untuk tanaman lanskap dan tanaman bukan makanan di Loji Rawatan Kumbahan Serantau, Jalan Chan Chin Mooi, Kuala Lumpur.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertubuhan Perpaduan Ummah Bukan Nak Lawan Muafakat Nasional \u2013 Shahidan\n\n\n\n\n\n\nBN Umum Tidak Letak Calon Dalam PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nKenaikan Harga Sayur Sehingga 100 Peratus, Namun Dijangka Bersifat Sementara\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir beri bayangan sertai PUTRA\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, beliau juga yakin biopepejal dan biofluen merupakan dua bi-produk utama daripada hasil rawatan kumbahan yang mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan.\n\n\nDalam pada itu, Nik Nazmi berkata, walaupun Malaysia hanya menyumbang sebanyak 0.69 peratus kepada pelepasan karbon global, namun kerajaan tetap komited untuk merealisasikan aspirasi pelepasan GHG sifar bersih selain mengimbangi keperluan sosioekonomi.\n\n\nNRECC juga menyokong penuh inisiatif baharu dalam bidang teknologi hijau selaras dengan usaha kerajaan melaksanakan segala pelan yang dirancang kerajaan.\n\n\nPihaknya juga bangga melihat pencapaian dan penghasilan produk inovasi yang dihasilkan oleh JPP dan IWK melalui inisiatif penggunaan semula biopepejal daripada rawatan air kumbahan bagi tujuan pembangunan baja organik tanaman bukan makanan.\n\n\n\u201cPemilihan syarikat IWK untuk menerajui projek penyelidikan dan pembangunan semula bi-produk sisa kumbahan ini sangat tepat memandangkan pengalaman dan kepakaran teknikal yang dimiliki IWK sebagai peneraju kepada industri pembetungan negara. \n\n\n\u201cSaya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Koperasi Kebuniti Selangor Berhad (Kobuniti) yang diterajui oleh Tan Sri Abu Kassim Mohamed, dan para pasukan penyelidik bersama daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), atas usahasama yang telah dijalinkan dalam meluaskan kolaborasi dengan pihak JPP dan IWK untuk mengembangkan lagi manfaat daripada inovasi baharu ini,\u201d katanya lagi.\n\n\nDalam pada itu, beliau bersyukur kajian penyelidikan dan pembangunan berskala komersil yang dibiayai melalui dana yang diperuntukkan di bawah Akaun Amanah Membangun dan Menaiktaraf Sistem Pembetungan Untuk Pembangunan Baharu (SCC JPP) ini telah mencapai tahap yang sangat membanggakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/malaysia-mohon-arab-saudi-tambah-kuota-haji-kepada-31950-jemaah/", "title": "Malaysia mohon Arab Saudi tambah kuota haji kepada 31,950 jemaah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar menzahirkan hasrat kepada kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji ditambah kepada 31 ribu 950 jemaah pada tahun depan.\n\n\n\u00a0\nBeliau berkata, ia selaras \ndengan pertambahan jumlah penduduk negara mengikut Prospektus Populasi 2019 yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), iaitu seramai 31 perpuluhan 9-5 juta orang.\n\n\n\u00a0\n\u201cJabatan Perdana Menteri juga telah mengadakan perbincangan dan mengutarakan hasrat Malaysia untuk penambahan kouta haji rasmi kepada 31,950., pada tahun hadapan dan insya Allah sepertim mana dalam perbincangan Tuan Yang Terutama bakal memberikan komitmen untuk memberikan pertimbangan yang sewajarnya atas permohonan ini.\u201d \u2013 DATUK DR MOHD NA\u2019IM MOKHTAR/ Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)\n\n\nSebelum ini media melaporkan kerajaan Arab Saudi memberi kuota 31,600 jemaah haji kepada Malaysia tahun ini.\n\n\n\u00a0\nDalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya juga bercadang meningkatkan jumlah penerbangan daripada 49 kali seminggu kepada 70 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Arab Saudi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJohari Ghani dilantik ketua pasukan bertindak 1MDB\n\n\n\n\n\n\nParti Politik, Calon Hati-Hati Guna Media Sosial\n\n\n\n\n\n\nPemeriksaan kenderaan tidak lagi eksklusif kepada Puspakom\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak membenarkan sistem beraja diperolok\n\n\n\n\n\n\nBuluh lemang sumber pendapatan Shafie di Raub\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nSelain itu, satu program aplikasi baharu dikenali sebagai \u2018Nusuk\u2019 dalam bahasa Melayu, juga sudah diperkenal bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan maklumat berkaitan ibadah haji dan umrah, visa, kebenaran raudah dan sebagainya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/malaysia-tekad-tangani-isu-islamofobia-melalui-hubungan-diplomasi/", "title": "Malaysia tekad tangani isu Islamofobia melalui hubungan diplomasi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nKementerian Luar Negeri akan memperjuangkan hak umat Islam di peringkat antarabangsa termasuk menangani isu Islamofobia melalui wadah diplomasi dua hala, pelbagai hala dan serantau.\n\n\nTimbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, isu berkenaan termasuk mengenai kebajikan rakyat Palestin dan etnik Rohingya yang sejajar dengan Malaysia Madani.\n\n\n\u201cSejajar dengan Malaysia Madani yang menekankan kesejahteraan insan dan keadilan sosial. \n\n\n\u201cKementerian ini akan memperjuang dan menangani pelbagai cabaran antarabangsa melalui wadah diplomasi dua hala pelbagai hala mahupun serantau dalam mengetengahkan perjuangan hak-hak golongan tertindas termasuk rakyat palestin dan rohingya, islamophobia perubahan iklim, keterjaminan makanan dan perang perdagangan,\u201d katanya pada sidang Dewan Rakyat pagi tadi.\n\n\nMohamad Alamin\n ketika menjawab soalan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) pada sidang Dewan Rakyat pagi tadi.\n\n\nTambah beliau, usaha itu antaranya dilaksanakan melalui sesi dialog, komunikasi dan penekanan falsafah hidup bersama.\n\n\nKatanya lagi, pelaksanaan dasar luar negeri yang berkesan juga mampu menjadi pemangkin kepada ekonomi berdaya maju dan mampan sejajar dengan Malaysia Madani.\n\n\nMenurut Mohamad Alamin, contohnya baru-baru ini Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga mengadakan lawatan rasmi di Arab Saudi dan mengambil kesempatan bertukar pandangan mengenai sentimen anti Islam di sesetengah tempat sejak kebelakangan ini.\n\n\nDalam pada itu, beliau turut memaklumkan pendirian Malaysia yang tidak akan mencampuri masalah negeri lain dengan mengambil sikap berhati-hati, sekali gus tidak akan memihak kepada mana-mana kuasa besar sama ada China atau Amerika Syarikat (AS) dalam persaingan mereka termasuk isu di Laut China Selatan.\n\n\nBeliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah kerangka dasar luar Malaysia yang terkini mengambil kira perkembangan geopolitik semasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/paderi-terkemuka-amerika-syarikat-memeluk-islam/", "title": "Paderi terkemuka Amerika Syarikat memeluk Islam", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \u201cSaya telah tertarik dengan Islam sejak beberapa dekad lalu dan setelah itu saya telah memutuskan untuk mengambil keputusan ini\u201d.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDemikian pengakuan Said Abdul Latif\n atau nama dulunya Hilarion Heagy, seorang paderi terkenal Amerika Syarikat (AS) daripada Gereja Katolik Timur, yang memeluk Islam.\n\n\nHeaguy dalam pendedahannya itu berkata keputusannya untuk memeluk Islam sebagai \u201ckembali kepada Islam\u201d dan\u00a0 \u201cpulang ke tempat kediaman\u201d.\n\n\n\n\nDescribing his conversion to Islam like \"coming home.\"\nAn accurate description of his feelings, as he prepares himself for an important stage in his life. Hilarion Heagy or Said Abdul Latif, the most prominent Catholic priest in USA.\nMay Allah help him to be steadfast upon Islam. \npic.twitter.com/kmGrawUwkj\n\n\n\u2014 \u062f.\u0639\u0640\u0628\u062f\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0639\u0640\u0645\u0640\u0627\u062f\u064a (@Abdulla_Alamadi) \nFebruary 27, 2023\n\n\n\n\nHeagy, seorang bekas paderi yang tinggal di California itu sebelumnya adalah seorang pengikut Kristian Ortodoks Rusia.\n\n\nBeliau kemudiannya menyertai Gereja Ortodoks Antioch pada 2003 dan setelah itu bertukar kepada Gereja Katolik Timur.\n\n\nBeliau telah menamatkan pengajian di Holy Resurrection Monastry di Wincousin sebelum menjadi paderi Katolik Byzantine dan baru-baru ini telah membuat pengumuman untuk membuka Biara Kristian Timur di California.\n\n\nMenurutnya lagi, dalam usaha untuk melafaz syahadah kepada Tuhan Yang Satu, tindakan fizikal perlu diambil dan ianya hendaklah tersusun bagi memastikan perkara tersebut terjadi, seseorang itu tidak dapat secara terbuka menjadi seorang paderi, dan secara rahsia menjadi seorang Muslim.\n\n\nHeaguy dalam pendedahannya itu berkata keputusannya untuk memeluk Islam sebagai \u201ckembali kepada Islam\u201d setelah bertahun-tahun mengkaji tentang Islam.\n\n\nPengislamannya tidak digembar-gemburkan kecuali didedahkan dalam hantaran blog beliau pada 2020 yang membawanya lebih dekat untuk mendalami Islam.\n\n\nSaid memetik surah al Araf ayat 172 dan yakin Islam adalah agama yang benar.\n\n\nDi media sosial umat Islam menyambut\u00a0 penghijrahan beliau.\n\n\n\n\nAllahu Akbar \u261d\ufe0f\n\n\nHilarion Heagy,a former Catholic priest announced that he reverted to Islam..\n\n\nHe uploaded a blog post of his journey to Islam\nUnder his new Muslim name,Said Abdul Latif\nMay Allah keep him steadfast and firm upon the deen\n\n\nSubhan\u2019Allah \u2764\ufe0f\u2764\ufe0f\u2764\ufe0f \npic.twitter.com/X3sGUruof4\n\n\n\u2014 NASIMA BEGUM (@NASIMABEGUMs) \nFebruary 25, 2023"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/penjawat-awam-paling-ramai-terlibat-rasuah-di-selangor-sprm/", "title": "Penjawat awam paling ramai terlibat rasuah di Selangor \u2013 SPRM", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin- Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim mendedahkan penjawat awam antara golongan yang paling ramai ditahan daripada hasil operasi tangkapan agensi itu.\u00a0\n\n\nJelasnya, jumlah daripada 314 tangkapan yang dilakukan sepanjang tempoh itu, 170 daripadanya merupakan penjawat awam.\u00a0\n\n\nAlias Salim berkata, hasil 84 tangkapan yang dijalankan oleh pihaknya sebelum ini telah membabitkan 50 orang awam dan lima daripadanya adalah ahli politik dan individu dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta pekerja swasta.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu agihan kerusi PN di enam negeri selesai 95 peratus\n\n\n\n\n\n\n4,726 Miskin Tegar Di Johor, Melayu Paling Tinggi\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Kesal Tindakan Enam Anggota LPPR\n\n\n\n\n\n\nPertama Kali BN, PH Kelantan duduk semeja\n\n\n\n\n\n\nPeralihan kuasa satu perkara biasa \u2013 Sri Acryl\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, beliau menyatakan pada tahun 2022 merupakan tahun yang mempunyai rekod tangkapan tertinggi dengan hasil 72 orang dan diikuti 66 pada 2018 serta\u00a0 63 pada 2021.\u00a0\n\n\n\u201cHasil tangkapan itu, SPRM Selangor membuka 269 kertas siasatan berkaitan kes rasuah dengan 135 pertuduhan di mahkamah.\u201d \u2013 DATUK ALIAS SALIM/ Pengarah SPRM Selangor\n\n\nSehubungan itu, beliau menjelaskan SPRM Selangor telah membuka sebanyak 269 kertas siasatan berkaitan kes rasuah diikuti dengan 135 pertuduhan di mahkamah.\u00a0\n\n\nTambah beliau, pada tahun 2020 pula direkodkan sebagai jumlah pembukaan kertas siasatan yang tertinggi dalam tempoh lima tahun iaitu sebanyak 64 kertas siasatan, diikuti dengan 2019 sebanyak 57 dan 2020 pula adalah sebanyak 50.\u00a0\n\n\n\n\n\n\nDalam tahun 2020 juga, SPRM Selangor telah menerima 1,764 makluman, terdiri daripada kesalahan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, pihaknya memaklumkan operasi pencegahan rasuah berkenaan dijalankan berdasarkan pemeriksaan ke atas amalan, sistem serta prosedur sektor awam dan swasta bagi mengenal pasti kelemahan yang boleh membuka ruang dan peluang rasuah di negara ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/polis-percepat-siasatan-pelajar-kecam-soalan-sejarah-spm/", "title": "Polis percepat siasatan pelajar kecam soalan Sejarah SPM", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0\u00a0\nTindakan yang diambil oleh pihak Polis Daerah Hulu Selangor berkenaan video dua orang pelajar yang tular kerana tidak puas hati dengan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah berlandaskan peruntukan undang-undang.\n\n\nKetua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendent Suffian Abdullah berkata, polis memberi jaminan untuk mempercepatkan siasatan kes ini kerana ia melibatkan pelajar sekolah selepas dikecam oleh NGO, Lawyers for Liberty (LFL).\n\n\n\u201cTahanan reman selama dua hari dibuat bagi merakam keterangan pelajar yang terlibat dengan lebih teliti,\u201d SUPT SUFFIAN ABDULLAH / Ketua Polis Daerah Hulu Selangor\n\n\nMenurut \nkenyataan ketua polis,\n dua orang pelajar itu direman selama dua hari bagi merakam keterangan pelajar berkenaan.\n\n\nKatanya lagi, ia juga bagi menyemak fakta-fakta dari pihak yang berkaitan termasuk isi kandungan telefon bimbit serta mendapatkan laporan disiplin daripada pihak sekolah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAudit 1MDB: Nasib Najib, Arul Kanda akan diputuskan esok\n\n\n\n\n\n\nATM tahan 10 PATI cuba ceroboh negara\n\n\n\n\n\n\nBarisan Exco Melaka baharu akan dibentuk dalam 48 jam\n\n\n\n\n\n\nKes Omicron Pertama Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKukuhkan hubungan Riyadh \u2013 Kuala Lumpur\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, LFL sebelum ini mengecam tindakan pihak polis sebagai \u201cterlalu keras\u201d dengan menahan dua pelajar Tingkatan Lima itu, yang mengeluarkan kata-kata kesat mengenai kertas Sejarah peperiksaan SPM dalam video itu.\n\n\nSebelum ini, tular di media sosial video berdurasi 36 saat memaparkan salah seorang remaja berkenaan berseragam sekolah menunjukkan jari tengah dan memaki penggubal soalan Sejarah SPM.\n\n\nSusulan itu, pihak polis masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas dikecam LFL.\n\n\nTerdahulu, penahanan dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang guru wanita berusia 53 tahun.\n\n\nMenurut Suffian, dua pelajar berkenaan yang direman dua hari telah dibebaskan lebih awal selepas polis berpuas hati dengan siasatan yang dibuat dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya Selangor untuk nasihat serta pandangan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/putra-terima-keahlian-tun-mahathir-11-bekas-pemimpin-pejuang/", "title": "Putra terima keahlian Tun Mahathir, 11 bekas pemimpin Pejuang", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sah, \u00a0Tun Dr Mahathir Mohamad, dan 11 bekas pemimpin Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menyertai\u00a0 Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) berkuat kuasa hari ini.\n\n\nPresidennya, Datuk Dr Ibrahim Ali berkata, kemasukan kesemua 12 orang\u00a0 daripada parti Pejuang itu diterima Putra selepas Biro Politik dan Biro Pengurusan Putra membuat keputusan itu, hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPutra telah menerima borang keahlian daripada YAB Tun bersama 11 borang daripada bekas pimpinan Pejuang. Biro Politik dan Biro Pengurusan Putra sebulat suara menerima dan mengesahkan keahlian tokoh-tokoh terutamanya YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami amat teruja dan mengalu-alukan penyertaan tokoh negarawan tanah air, pemimpin Malaysia bertaraf dunia yang sarat dengan pengalaman sebagai bekas Perdana Menteri dua kali,\u201d katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Putra, di Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Isnin.\n\n\nAntara bekas pimpinan Pejuang yang menyerahkan borang keahlian Putra ialah Datuk Marzuki Yahya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Mohd Jafrie Hussain, Abu Bakar Yahya, Ahamed Basheer Mohd Huss, Fyzul Adzwan Mustapha, Azman Mohd Hashim, Afiqah Mohammad, Wan Azlina Wan Adnan, Armin Baniaz Pahamin dan Mohamad Jani Ismail.\n\n\nKesemua borang keahlian Putra itu diterima di ibu pejabat parti itu pada 20 Februari lalu.\n\n\nMahathir bersama 13 lagi ahli yang keluar daripada Pejuang sah menyertai Putra, Jumaat lalu.\n\n\n\n\n\n\nPerkara itu disahkan bekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Armin Baniaz Pahamin di laman Facebooknya, pada 24 Februari lalu.\n\n\n\n\n\n\nSelain keahlian, Biro Politik dan Biro Pengurusan Putra yang mesyuarat hari ini sebulat suara melantik Dr Mahathir sebagai penasihat parti itu.\n\n\n\u201cKita akan mengadakan majlis penyampaian kad keahlian bersama watikah pelantikan penasihat Putra kepada Tun di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, pada 1 Mac ini.\n\n\n\u201cBiro politik dan biro pengurusan juga bersetuju sebagai penasihat, Tun boleh beri pendapat apa saja isu dalaman parti, isu semasa, isu negara mahupun politik tanpa syarat,\u201d katanya.\n\n\nSebagai menghargai Dr Mahathir menyertai Putra, Ibrahim sedia melepaskan nombor keahlian partinya kepada bekas Perdana Menteri itu.\n\n\n\u201cSaya bersedia untuk menarik balik nombor ahli Putra nombor 1 kepada nombor 2 untuk diserahkan kepada Tun.\n\n\n\u201cSaya undur diri sebagai ahli nombor satu kerana rasa hormat kepada Tun.\n\n\n\u201cWalaupun Putra berusia hampir empat tahun, tapi kita anggap Tun ahli Putra nombor satu dan Tun dilantik penasihat Putra berdasarkan fasal 29 Perlembagaan Putra,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Putra turut menerima sebanyak 1,112 borang keahlian baharu setakat 20 Februari lalu.\n\n\n\u201cSejak berita Dr Mahathir mahu menyertai Putra tersebar, semakin ramai mahu menyertai Putra dan terbaru kami menerima 1,112 borang keahlian sejak seminggu lalu,\u201d katanya lagi. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/sudah-isytihar-taubat-pengasas-ajaran-sesat-asmaul-husna-dikenal-pasti-masih-aktif/", "title": "Sudah isytihar taubat, pengasas ajaran sesat `Asmaul Husna\u2019 dikenal pasti masih aktif", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Meskipun sudah isytihar bertaubat, namun pengasas ajaran sesat kumpulan zikir \u2018Asmaul Husna\u2019 didapati masih meneruskan ajaran terbabit di kediamannya di Johol, Kuala Pilah.\n\n\n\n\nKegiatan bekas pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu terbongkar dalam serbuan dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Isnin selepas risikan pihaknya sejak tiga tahun lalu.Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, wanita berusia 60 tahun yang dipanggil \u2018ummi\u2019 ditahan bersama 17 pengikutnya ketika sedang menyampaikan \u2018kuliah\u2019 ajarannya.\n\n\u201cAjaran disampaikan wanita itu telah pun difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\n\n\u201cMalah wanita itu juga telah pun dipanggil JAKIM sebelum ini dan telah pun membuat pengisytiharan taubat, namun hasil risikan dan pemeriksaan lanjut mendapati ia masih meneruskan ajaran itu kepada pengikutnya,\u201d katanya ketika ditemui di Pejabat Penguat Kuasa JHEAINS\u00a0 di Seremban pada Isnin.\n\n\nMenurutnya, kesemua yang ditahan merupakan wanita berusia di antara 20 dan 60 tahun yang kebanyakannya merupakan suri rumah dan tinggal di luar Negeri Sembilan.\n\n\nJelasnya, hasil siasatan awal mendapati, majlis ilmu disampaikan oleh wanita terbabit kebanyakannya diadakan pada waktu siang.\n\n\n\u201cBerdasarkan risikan, pengikut kanan ajaran ini merekrut pengikutnya melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram dengan cara menjemput golongan wanita menghadiri sesi kuliah yang diadakan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebenarnya ajaran ini mempunyai pengikut yang ramai di seluruh negara dan dipercayai cuba mengembangkannya ke Indonesia susulan penemuan dokuman memorandum persefahaman dengan beberapa sekolah pondok di sana,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, kes disiasat bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 iaitu berkaitan dengan ajaran meragukan dan Seksyen 53 enakmen yang sama berkaitan dengan kesalahan Mengajar Agama Tanpa Tauliah.\n\n\nBeliau juga mengesahkan penahanan seramai 17 individu terbabit untuk siasatan lanjut.\n\n\n\u201cSaya berharap umat Islam khususnya di Negeri Sembilan supaya berhati-hati untuk mengikuti ilmu yang disampaikan oleh mana-mana penceramah atau guru dan pastikan mereka mempunyai tauliah supaya tidak menyeleweng daripada ajaran agama Islam,\u201d katanya.\n\n\nPada tahun 2021, Sinar Harian melaporkan pengasas ajaran terbabit yang dikatakan menyeleweng daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah tampil mengaku kesalahan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas ajaran mengelirukan yang dibawa sebelum ini.\n\n\nDr Wan Maseri\u00a0\nWan Mohd secara terbuka melafazkan syahadah bagi memperbaharui keislamannya. \u2013 SINAR"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/terima-kasih-atas-khidmat-sebagai-naib-presiden-pm-ahmad-maslan/", "title": "Terima kasih atas khidmat sebagai Naib Presiden, PM \u2013 Ahmad Maslan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menzahirkan penghargaan kepada Naib Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas khidmatnya susulan \ntidak mempertahankan jawatannya\n\u00a0pada pemilihan parti akan datang.\n\n\nAhmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Bera itu dibuat susulan telah mencapai kemuncak dalam karier politiknya selepas berkhidmat sebagai Perdana Menteri kesembilan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya kira beliau (Ismail Sabri) telah membuat keputusan besar bagi dirinya, (jadi) kita ucap terima kasih bagi segala khidmat beliau sebelum ini.\n\n\n\n\n\n\n\u201cApabila beliau tidak mahu lagi bertanding naib presiden, beliau telah sampai ke puncak (dengan) apa yang dia mahu dalam perjuangan dan karier politik sebagai perdana menteri.\n\n\n\n\n\u201cBeliau kini bersama dengan bekas perdana menteri (lain) yang ada beberapa orang, terima kasih atas khidmat sebagai Naib Presiden dan PM (Perdana Menteri) kesembilan,\u201d katanya pada sidang media di bangunan Parlimen pada Isnin.\n\n\n\n\nSebelum ini media melaporkan, Ismail Sabri mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO melalui pemilihan bulan depan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKutipan tol Lebuhraya DASH bermula tengah malam ini\n\n\n\n\n\n\nLihat anak bulan Syawal petang ini\n\n\n\n\n\n\nKPM setuju sesi persekolahan bermula Januari\n\n\n\n\n\n\nPN dominasi Kedah, PH kekal di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nLynas rayu MOSTI gugur syarat tidak hasilkan lagi sisa radio aktif\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu Ahmad turut mengulangi bahawa beliau \ntidak akan bertandin\ng jawatan Naib Presiden, namun memilih jawatan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua UMNO Bahagian Pontian.\n\n\n\n\nBeliau menegaskan, keputusan tersebut dibuat kerana tidak mahu memecahkan undi memandangkan Johor sudah mempunyai tiga calon bagi jawatan Naib Presiden UMNO. \u2013 SINAR"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/27/wafiq-gesa-ambil-tindakan-perkasa-undang-undang-filem-persenda-islam/", "title": "WAFIQ gesa ambil tindakan & perkasa undang-undang filem persenda Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Filem Mentega Terbang 2021 yang ditayang menerusi platform internet bermula 19 Januari lalu membawa elemen mempersendakan Islam.\n\n\nFilem berdurasi 1 jam 44 minit itu memaparkan pelakon watak Aishah, 16 tahun mengkaji \nAl Quran, Bible,Turah, Hindu dan Buddha untuk mencari jawapan\n apa yang berlaku selepas manusia mati.\n\n\nMenurut penulis buku dan skrip, Zabidi Mohamed,\n filem ini memaparkan banyak perkara yang bertentangan dengan syariat Islam seperti memakan babi, berfahaman liberal dan terbuka menerima kebenaran agama lain atau pluralisme.\n\n\n\u201cAda satu babak dalam dialognya Si Ayah menyebut dia tidak akan halang jika Aishah memilih agama lain jika itu pilihan anaknya,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan setuju anak lahir di luar negara dapat warganegara\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Pertama Didakwa Dan Disabitkan Di Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap Sanusi masih belum selesai \u2013 Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful fail notis, afidavit ketepi tuduhan rasuah\n\n\n\n\n\n\nBot Jabatan Perikanan Johor bersama 4 kru dilapor hilang\n\n\n\n\n\n\n\n\nLebih membimbangkan apabila filem ini seolah-olah mengajar golongan muda kebebasan beragama dan menghalalkan murtad.\n\n\nWatak Aishah yang beragama Islam dikatakan mengkaji Al Quran, Bible,Turah, Hindu dan Buddha untuk mencari jawapan apa yang berlaku selepas manusia mati.\n\n\nBeliau turut menjelaskan filem ini tidak tertakluk pada penapisan Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana ianya ditayangkan di platform internet bukan di panggung wayang.\n\n\nTegasnya, lesen berkarya dan kreativiti dalam menghasilkan filem tidak boleh melangkaui kebenaran Islam dan hakikat iman.\n\n\nMengulas perkara yang sama, Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar berharap undang-undang yang ketat perlu diwujudkan.\n\n\nTegasnya, apabila perkara yang membabitkan penyelewengan fikrah, usaha memikir undang-undang baru sesuai dengan perkembangan teknologi\n perlu dilakukan.\n\n\n\n\nBeliau berkata \nsudah tiba masanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),\n LPF atau mana-mana agensi bekerjasama rapat dengan MCMC bila melibatkan karya yang boleh dianggap menghina agama Islam, yang berada di luar kawalan LPF dalam perkara yang melibatkan rakyat.\n\n\nTambahnya, Fakulti-fakulti yang berkaitan seperti (Multimedia & Undang-undang) boleh menggunapakai konsep inovasi dan kreativiti yang menjadi tunjang Universiti, dalam memikirkan strategi terbaik menangani isu ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/3-kategori-bankrap-boleh-mohon-pelepasan/", "title": "3 kategori bankrap boleh mohon pelepasan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),\u00a0 Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, pelepasan bankrap akan dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi mengikut Seksyen 33A Akta 360.\n\n\nPengeluaran sijil itu dibuat sementara menunggu pindaan Akta Insolvensi 1967 (Akta 360), inisiatif untuk membantu rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil dilepaskan daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023.\n\n\nAzalina berkata, Ketua Pengarah Insolvensi akan memberikan pertimbangan kepada tiga kategori kes kebankrapan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSarimah kecewa berita palsu terlantar sakit tersebar\n\n\n\n\n\n\nKes mahkamah pemimpin PN tak lemahkan \u2018gelombang hijau\u2019\n\n\n\n\n\n\nHanya Dihargai Oleh Bukan Melayu Untuk Keuntungan Mereka\n\n\n\n\n\n\nPAS tak boikot Dominic, cuma kekurangan ahli\n\n\n\n\n\n\nSemakan kehakiman rampasan jam tangan kaitan LGBTQ ditangguh 23 Ogos\n\n\n\n\n\n\n\n\nKategori pertama, pengisytiharan kebankrapan telah melepasi tempoh lima tahun dari tarikh perintah penerimaan dan perintah penghukuman/perintah kebankrapan.\n\n\nKedua, jumlah hutang yang diperakukan atau baki hutang yang terlibat tidak melebihi RM50,000.\n\n\nKategori ketiga, tiada perintah mahkamah, prosiding mahkamah dan/atau prosiding penyiasatan dijalankan ke atas bankrap mengikut Akta 360 yang menghalang pelepasan diberi melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\n\nBeliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada Jumaat lalu bahawa dasar kerajaan untuk memberikan peluang kedua kepada rakyat yang telah diisytiharkan bankrap.\n\n\nSelaras dengan itu, kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) dengan membuat penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan secara automatik agar bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat.\n\n\n\n\nSehubungan itu, Azalina berkata, individu bankrap yang berada dalam tiga kategori berkenaan boleh membuat permohonan pelepasan kepada cawangan MdI yang mentadbir kes kebankrapan mereka.\n\n\n\u201cBankrap boleh hadir atau menghantar surat atau e-mel kepada cawangan yang terlibat untuk menyemak status kes kebankrapannya.\n\n\n\u201dMaklumat lanjut berkenaan permohonan pelepasan ini juga boleh diperolehi di laman web rasmi MdI,\u201d katanya.\n\n\nMereka yang bankrap digalakkan untuk mengakses set soalan lazim berhubung pelepasan melalui sijil Ketua Pengarah Insolvensi mengikut Seksyen 33A Akta Akta 360 bagi kategori bankrap dengan hutang berskala kecil di laman web rasmi www.mdi.gov.my untuk mendapatkan maklumat diperlukan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/bukan-masa-sesuai-perkenalkan-semula-gst/", "title": "Bukan masa sesuai perkenalkan semula GST", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan tidak menafikan potensi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai salah satu instrumen fiskal yang boleh memastikan kelestarian dan kemampanan kedudukan ekonomi negara pada masa depan.\n\n\nBagaimanapun, Kementerian Kewangan berkata, untuk memperkenalkan semula GST ketika ini adalah tidak sesuai kerana cabaran ekonomi yang dijangka dihadapi pada tahun ini iaitu kadar inflasi makanan yang agak tinggi serta kadar pertumbuhan ekonomi yang sederhana.\n\n\n\u201cKerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula GST. Sebarang perubahan dasar berkaitan cukai perlu mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat.\n\n\n\u201cSehubungan itu, kerajaan sentiasa mengawasi kedudukan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah-langkah fiskal yang bersesuaian dengan keperluan jangka pendek dan sederhana,\u201d menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAG saran teks BM jadi versi rasmi Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nPemborong Ayam Dikenakan Siasatan\n\n\n\n\n\n\nAnwar ketuai kerajaan PH, bukan Kerajaan Perpaduan \u2013 Gerakan\n\n\n\n\n\n\nDemokrasi Berasaskan Teknokrat Mampu Urus Tadbir Negara\n\n\n\n\n\n\nSungai Lui Kini \u201cDibanjiri\u201d Sukarelawan\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) yang ingin tahu sama ada GST akan diperkenalkan semula atau tidak.\n\n\nBerhubung inisiatif cukai yang akan diambil dalam masa terdekat, katanya, kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2023 telah mengumumkan cadangan pengenaan cukai ke atas barangan mewah serta peluasan duti eksais ke atas produk berkaitan rokok elektronik dan vape pada tahun ini.\n\n\nDi samping itu, katanya kerajaan akan mengkaji kesesuaian pengenalan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham syarikat yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia mulai 2024.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/filem-mentega-terbang-tidak-ambil-kira-sensitiviti-agama-rendah-nilai-moral/", "title": "Filem Mentega Terbang tidak ambil kira sensitiviti agama, rendah nilai moral", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nWanita BERJASA menyifatkan filem \nMentega Terbang\n sebagai satu siri serangan terhadap agama Islam melalui penghasilan karya seni yang ditayangkan di platform Viu pada 19 Januari lalu.\n\n\nKetuanya, Dr. Fadhilah Ashari berkata, filem yang berunsur mencari kebenaran sesuatu agama tidak sepatutnya menimbulkan ketegangan antara penganut pelbagai agama di Malaysia.\n\n\nIni kerana filem yang diterbitkan itu tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam, malah mempunyai nilai moral yang rendah dalam kalangan masyarakat dan tidak mempunyai mesej membina.\n\n\n\u201cJika kita nak buat satu filem yang mencari kebenaran boleh sahaja ditayangkan tanpa \u201cmenyerang\u201d satu-satu agama secara tidak benar, sehingga menimbulkan ketegangan antara penganut-penganut agama.\u00a0\u00a0\n\n\nSedutan dari filem Mentega Terbang.\n\n\n\u201cSensitiviti serta tanggugjawab melambangkan kejujuran, sudah tiadakah mesej-mesej membina masyarakat yang bersifat mengambil kira sensitiviti beragama sehingga terhasil filem yang begitu rendah nilai moralnya untuk membina masyarakat yang sejahtera,\u201d katanya sewaktu dihubungi\n TV Pertiwi\n.\n\n\nBeliau menerusi kenyataannya kepada \nTV Pertiwi\n juga berkata, sensitiviti serta tanggungjawab penerbit filem melambangkan kejujuran serta kesungguhan dalam mempertahankan keamanan dan tidak berunsur anti agama serta dicarikkan oleh Barat.\u00a0\n\n\nTambahnya, filem tersebut juga memaparkan fokus utama pada keluarga dan watak seorang Islam yang memahami Islam hanya secara ritual sehingga menyebabkan misi mencari kebenaran tersasar.\n\n\nKatanya lagi, Islam merupakan satu agama yang syumul dengan cara hidup yang indah dengan membebaskan manusia daripada tunduk kepada nafsu serta penyembahan selain Allah serta memelihara dan mempertahankan Islam dari serangan musuh.\n\n\n\u201cJika kita fikirkan, sekiranya penulis skrip dan penerbit filem jujur dalam menyampaikan mesej bagi mencari kebenaran agama, sepatutnya Islam atau agama lain yang dipaparkan adalah ajaran dan falsafah agama yang benar bukan sisi pandang agama yang telah dicarikkan oleh negara barat atau fahaman anti agama,\u201d\n\n\n\u201cIslam mengiktiraf kebebasan beragama umat lain serta menolak penindasan dan kezaliman kepada bangsa serta umat beragama lain tetapi pada masa sama, menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memelihara serta mempertahankan agama Islam daripada serangan musuh-musuh Islam,\u201d ujar Dr Fadhilah.\n\n\nDifahamkan, filem \nMentega Terbang\n berdurasi 1 jam 44 minit itu mengisahkan seorang remaja bernama Aishah, mengkaji al-Quran, Bible, Turah, Hindu dan Buddha untuk mencari jawapan kehidupan selepas kematian yang agak sensitif kepada umat Islam.\n\n\nFilem yang diterbitkan Tan Meng Kheng dan pengarahnya Khairi Anwar itu turut mengisahkan Aishah tertarik dengan agama yang percaya kepada kehidupan semula."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/gaji-upah-penjawat-awam-akan-dibincang-semula/", "title": "Gaji, upah penjawat awam akan dibincang semula", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kadar gaji dan upah penjawat awam akan dibincang semula setelah \u2018kantung\u2019 kewangan negara bertambah baik selain defisit kewangan negara dapat dikurangkan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui, beliau secara peribadi tidak berpuas hati apabila melihat gaji dan upah semasa penjawat awam ketika ini berbanding tugas serta komitmen yang diberikan.\n\n\nBagaimanapun, katanya, kadar gaji dan upah itu perlu dinilai berdasarkan kemampuan kewangan negara ketika ini.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cKalau kantung bertambah baik, defisit dikurangkan, kita boleh (naikkan gaji serta upah). Sekarang bila saya tengok penjawat awam buat kerja baik, antaranya di negeri, kemudian hasil bertambah, proses itu (kantung negara bertambah baik) boleh dipercepat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengharaman buku homoseksual ikut undang-undang \u2013 AGC\n\n\n\n\n\n\nLantikan Pengerusi MARA bertentangan pendirian PH \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nMyJPJ catat lebih 2.97 juta pengguna\n\n\n\n\n\n\n\u2018Saya tidak bersalah, saya akan jawab pertuduhan di mahkamah\u2019 \u2013 Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nTiada Perbincangan Mengenai Kumpulan Sokong Ismail Sabri Dalam Pemilihan UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cCuma untuk hari ini, saya fikir sukarlah. Itu nanti kita bincang dahulu,\u201d katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri dan Persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini.\n\n\nTurut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali.\n\n\nSemalam, Anwar meminta penjawat awam bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara terlebih dahulu sebelum isu membabitkan mereka, meliputi kos sara hidup, dapat ditangani.\n\n\nNegara ketika ini berdepan hutang mencecah RM1.5 trilion dan defisit pada 5.6 peratus yang membuatkan kerajaan tidak boleh bersetuju dengan desakan Cuepacs termasuk berhubung kenaikan gaji penjawat awam kerana ia akan meningkatkan defisit negara.\n\n\nIa sebagai reaksi kepada tuntutan Cuepacs yang dilaporkan kecewa kerana Belanjawan 2023 dibentangkan Anwar pada Jumaat lalu dilihat tidak mampu menyelesaikan masalah tekanan kos sara hidup yang dihadapi penjawat awam.\n\n\nPada sidang media kemudian, Anwar berkata, beliau menyerahkan kepada pemimpin di Sabah untuk berbincang dan memutuskan perkara berkaitan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri ini.\n\n\nPerdana Menteri berkata, pada asasnya beliau mahu semua parti dijemput untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Sabah, namun menyerahkannya kepada kerajaan negeri berikutan apa yang berlaku sebelum ini.\n\n\n\u201cKedudukan kita ialah kita jemput semua pihak, tapi saya fikir berdasarkan apa yang dialami kerajaan negeri sebelum ini, saya serahkan kepada kebijaksanaan negeri untuk bincang dan putuskan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/hanya-ada-satu-kem-dalam-umno-ahmad-zahid/", "title": "Hanya ada satu kem dalam UMNO \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Tidak wujud sebarang kem dalam UMNO pada pemilihan parti kali ini.\n\n\nPresiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, hanya ada satu kem dalam parti berkenaan iaitu kem UMNO Malaysia.\n\n\n\u201cTidak ada kem. Satu kem saja, kem UMNO Malaysia,\u201d katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Mara Halal Industrial Park di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nAhmad Zahid ditanya mengenai dakwaan kewujudan tiga kem dalam UMNO pada pemilihan kali ini iaitu kem yang menyokong beliau, kem yang tidak menyokong dan kem yang berpendirian neutral.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\ni-Guru syor galak semula SOP COVID-19 di sekolah\n\n\n\n\n\n\nBekalan telur, daging untuk Ramadan dijamin stabil\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tarik balik permohonan pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi\n\n\n\n\n\n\nNegara tanggung kos biaya pesakit vape, bukan bertambah kaya\n\n\n\n\n\n\nISMA sokong teks rasmi Perlembagaan versi Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\nDitanya mengenai apa yang beliau sifatkan mengenai dakwaan itu, beliau menjawab beliau tidak menyifatkan apa-apa.\n\n\n\u201cTidak ada sifatkan apa-apa. Kem (dalam UMNO) memang tidak ada. Tidak wujud pun,\u201d katanya.\n\n\nDitanya mengenai sama ada beliau menyokong Datuk Seri Noraini Ahmad untuk jawatan Ketua Wanita UMNO, beliau berkata, Noraini dan pencabarnya Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil diberi peluang yang sama.\n\n\n\u201cSaya pergi ke rumah kedua-duanya, rumah Shahrizat dan Noraini. Ini memperlihatkan saya adil dan memberi peluang kepada kedua-duanya,\u201d katanya.\n\n\nAhmad Zahid berkata, beliau akan mengetuai rombongan memperkenalkan calon-calon yang bertanding pelbagai jawatan dalam parti di peringkat nasional pada hujung minggu ini.\n\n\nBeliau berkata, seramai 330 calon disahkan bertanding pada pemilihan UMNO kali ini terdiri daripada lapan calon bagi jawatan Naib Presiden, 93 (Majlis Tertinggi), dua (Ketua Wanita) dan enam (Ketua Puteri) manakala sebanyak 61 calon bertanding bagi jawatan exco Wanita, 113 (exco Pemuda) dan 42 (exco Puteri).\n\n\nPemilihan UMNO diadakan bermula 1 Februari hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan pada 1 hingga 26 Februari.\n\n\nMesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat pula bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac.\n\n\nMesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/ismail-sabri-konsisten-tak-bersetuju-keputusan-pau2022/", "title": "Ismail Sabri konsisten tak bersetuju keputusan PAU2022", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau bukan merajuk apabila membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.\n\n\nAhli Parlimen Bera itu berkata, keputusan tersebut dibuat kerana beliau konsisten dengan pendirian bahawa semua jawatan dalam parti perlu dipertandingkan selaras perlembagaan dan idealisme UMNO.\n\n\n\u201cSaya bukan merajuk tetapi saya konsisten dengan pendirian saya yang tidak bersetuju dua jawatan tertinggi UMNO iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.\n\n\n\u201cBila saya bertanding Naib Presiden, ia memberi makna bahawa saya bersetuju dan mengiktiraf dua jawatan tertinggi UMNO tersebut tidak dipertandingkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProses penamaan calon PRN 2023 lancar \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM1.5 bilion peruntukan martabat syiar Islam\n\n\n\n\n\n\nPerpaduan mesti dipimpin oleh Islam yang berintegriti \u2013 Hadi\n\n\n\n\n\n\nHadi sedia diheret ke mahkamah, Ketua Pembangkang sudah dilantik\n\n\n\n\n\n\n10 terkorban, 20 cedera serangan kejam Israel di Tebing Barat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi saya perlu konsisten dengan pendirian dan saya tidak bertanding jawatan Naib Presiden,\u201d katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Latihan Kebombaan Keselamatan Di Air di Waterfront Bera di sini hari ini.\n\n\nBeliau berpandangan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sepatutnya menangguhkan pemilihan UMNO kali ini kerana belum ada keputusan dibuat berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.\n\n\n\u201cSekarang RoS belum buat keputusan, sepatutnya keputusan dibuat sebelum tarikh tutup (pemilihan UMNO), sebab apa kata tiba-tiba RoS buat keputusan tindakan Perhimpunan Agung UMNO itu bertentangan perlembagaan, oleh itu semua jawatan mesti dipertandingkan.\n\n\n\u201cKalau ini berlaku sudah jadi akademik, jadi RoS sepatutnya menangguhkan, bagi saya RoS perlu menangguhkan pertandingan dalam UMNO, sebab kalau tidak tiba-tiba dia kata boleh bertanding, ada yang bertanding jawatan Naib Presiden mungkin hendak bertanding Presiden atau Timbalan Presiden.\n\n\n\u201cJadi dia sudah hantar nama untuk Naib Presiden. Jadi saya percaya kalau RoS hendak buat keputusan, oleh kerana sekarang belum ada keputusan, ROS patut menangguhkan pemilihan sehingga ia membuat keputusan.\n\n\n\u201cIni kerana, dalam akta pertubuhan, ada klausa mengatakan RoS berkuasa menangguhkan pemilihan. Jadi, RoS patut guna itu bahawa sebelum keputusan dibuat semua pemilihan ditangguhkan,\u201d katanya.\n\n\nDitanya hubungannya ketika ini dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Ismail Sabri berkata, ia tiada masalah kerana beliau memang rapat dengan Ahmad Zahid termasuk ahli keluarga Presiden UMNO itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/ismail-sabri-perlu-hormati-keputusan-pau-2022/", "title": "Ismail Sabri perlu hormati keputusan PAU 2022", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diminta menghormati keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti itu.\n\n\nPresiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun UMNO menghormati pendapat peribadi yang berbeza, ia tak bermakna keputusan itu boleh dibelakangkan.\n\n\n\u201cPerhimpunan Agung UMNO telah memutuskan jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan. Keputusan itu hendaklah dihormati, walaupun kita hormati pendapat peribadi,\u201d katanya ringkas selepas merasmikan Program Karnival Belia Orang Asli (K-Boards 2.0) 2023, di sini hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera yang tidak mempertahankan kedudukannya pada pemilihan akan datang kerana tidak setuju dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCPTPP Beri Kesan Lebih Teruk, Tidak Selesaikan Masalah Rakyat -BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPerodua AXIA 2023 terima 20,100 tempahan\n\n\n\n\n\n\nNajib aset strategik \u2018beku\u2019 UMNO \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nJangan buat spekulasi tarikh keputusan SPM\n\n\n\n\n\n\nKeturunan Sulu dipergunakan golongan tertentu tuntut wang Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nAwal hari ini, Ismail Sabri dilaporkan tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO.\n\n\nTegasnya, jika beliau berbuat demikian, ia sama seperti pihaknya mengiktiraf dua jawatan itu tidak dipertandingkan, yang sebelum ini beliau menyifatkan tindakan UMNO bertentangan dengan perlembagaan parti.\n\n\nPada Januari lalu, sidang PAU 2022 meluluskan usul tambahan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang perlu dibuat sebelum 19 Mei depan.\n\n\nKeputusan itu mendapat kritikan dan bantahan daripada beberapa perwakilan ketika berbahas Ucapan Dasar Presiden yang menegaskan usul tambahan itu bertentangan Fasal 30 Perlembagaan UMNO dan Perkara 10 Peraturan Persidangan.\n\n\nAntara yang menentang, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Seri Zainal Abidin Mohd Rafique, yang mewakili UMNO Wilayah Persekutuan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad yang mewakili Johor.\n\n\nBagaimanapun, pada sidang media selepas perhimpunan itu, Ahmad Zahid menegaskan usul tambahan itu adalah sah dan tidak boleh dicabar kerana PAU adalah badan tertinggi dalam UMNO.\n\n\nPemilihan UMNO dijadual berlangsung 1 Februari lalu hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan akan diadakan pada 1 hingga 26 Februari.\n\n\nMesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian serta Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.\n\n\nManakala Mesyuarat Perwakilan, Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian serta Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO di seluruh negara, pada 18 Mac depan. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/isteri-ustaz-farid-ravi-meninggal-dunia/", "title": "Isteri Ustaz Farid Ravi meninggal dunia", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Isnin\u00a0 \u2013 Isteri kepada pendakwah Prof Madya Datuk Dr Mohd Ravi atau dikenali Ustaz Farid Ravi iaitu Datin Suziana Mohd Soyong dilaporkan meninggal dunia, hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara itu dimaklumkan oleh pendakwah berkenaan menerusi hantaran dimuat naik di akaun Facebook miliknya jam 6.21 petang tadi.\n\n\n\u201cDukacita dimaklumkan bahawa isteri saya, Datin Suziana Mohd Soyong kembali kepada penciptanya jam 5.40 petang tadi di Hospital Serdang. Kepada semua yang mengenali isteri saya mohon doakan kebaikan dan keampunan untuk almarhumah.\n\n\n\n\n\n\n\u201cJuga minta dimaafkan salah dan silap almarhumah sekiranya ada berhutang mohon dihalalkan atau tuntutlah hutang almarhumah daripada saya.\n\n\n\n\n\n\n\u201cDoa saudara dan saudari saya dahului dengan ucapan jazakumullah khairan kathira,\u201d tulisnya pada hantaran Facebook, hari ini.\n\n\nKatanya, solat jenazah akan diadakan selepas solat Isyak di Masjid Bandar Seri Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, hari ini.\n\n\n\u201cPerginya insan yang paling mengenali saya dan banyak jasanya. Abang doakan agar ummi ditempatkan bersama para solihin.\n\n\n\u201cSemoga abah kuat jaga hadiah ummi enam orang dengan baik. Tenanglah ummi di sana,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/jimat-rm17-bilion-kalau-mansuh-subsidi-petrol-t20/", "title": "Jimat RM17 bilion kalau mansuh subsidi petrol T20", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kira-kira RM15 hingga RM17 bilion dapat dijimatkan jika kerajaan melaksanakan pengecualian subsidi petrol kepada golongan T20.\n\n\nTimbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, wang berbilion ringgit itu boleh dimanfaatkan untuk membantu rakyat.\n\n\n\u201cJika kita tidak mahu lagi T20 mendapat subsidi petrol, diesel dan LPG. Anggaran penjimatan ialah RM15 hingga 17 bilion.\n\n\n\u201cJadi ahli-ahli yang berhormat boleh bayangkan berapa banyak perkara lain yang kita boleh guna daripada wang itu untuk membantu rakyat untuk pelbagai perkara dan urusan di 26 kementerian,\u201d katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Amzad Mohamed Hashim (Kuala Terengganu \u2013 PN).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek tambak laut: Hanya satu pulau dibina\n\n\n\n\n\n\nDemonstrasi Aman Peguam Malaysia Hal Kebebasan Badan Kehakiman\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat Dewan Rakyat berlangsung pada 19 dan 20 Disember\n\n\n\n\n\n\nBekas diplomat tidak setuju pelantikan Nazri Aziz\n\n\n\n\n\n\nTiada halangan ahli politik masuk universiti\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhmad Amzad bertanya adakah dengan langkah kerajaan yang akan menggunakan pangkalan data bersepadu komprehensif membabitkan data daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Khazanah Nasional selain Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan mekanisme subsidi bersasar benar-benar berkesan dalam mengelakkan ketirisan dan keciciran.\n\n\nBaru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerajaan masih mengekalkan pelaksanaan subsidi demi kepentingan rakyat dan kerajaan\u00a0masih mengekalkan pelaksanaan subsidi demi kepentingan rakyat namun.\n\n\nUjarnya, subsidi akan dikekalkan sehinggalah kerajaan membuat suatu keputusan misalnya kemungkinan bagi melaksanakan subsidi bersasar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/ka-siong-terima-surat-saman-pengimport-telur/", "title": "Ka Siong terima surat saman pengimport telur", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong\u00a0mendedahkan, beliau menerima surat saman daripada pengimport telur dari India susulan kenyataan dibuat ketika mencelah pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Titah Diraja di Dewan Rakyat minggu lalu.\n\n\nPresiden MCA itu meraih perhatian apabila membawa tiga telur ayam berlainan jenis iaitu telur dari India, telur omega dan telur tempatan ke Dewan Rakyat.\n\n\nBeliau ketika itu menggesa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menumpu soal ketidakcukupan telur ayam tempatan, bukannya mengimport telur antaranya dari India untuk menampung keperluan domestik.\n\n\nSelain itu, Ka Siong juga mendakwa ketiga-tiga jenis telur itu berbeza dari saiz dan harga.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek Sungai: Polis sahkan terima laporan dakwaan pembabitan MB Selangor\n\n\n\n\n\n\nUstaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat Presiden baharu ISMA\n\n\n\n\n\n\nExco DAP Selangor biadab, kaitkan isu arak dengan solat umat Islam\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen, ADUN sepatutnya dilarang pegang jawatan dalam GLC\n\n\n\n\n\n\nQatar derma 10,000 rumah mudah alih untuk mangsa gempa Turkiye & Syria\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cCuma saya hairan apabila saya berucap di sini, saya (ada) terima surat daripada peguam yang mewakili pengimport dari India. Itu yang saya tak faham dan saya ditegah untuk berucap.\n\n\n\u201cIni yang teruk. Sebab itu saya ada jawab nanti. Tengok Facebook saya. Saya kena tunjukkan. Ini medan saya sebagai wakil rakyat.\n\n\n\u201cSaya rasa terpanggil untuk membawa isu ini. Apa salah saya sehingga pengimport melalui peguam tulis surat kepada saya.\n\n\n\u201cIni\u00a0floor\u00a0(platform) saya. Saya pun tak sebut syarikat apa dan saya tak nak tahu (syarikat apa),\u201d katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/kes-saman-fitnah-dr-mahathir-terhadap-zahid-bermula-11-september/", "title": "Kes saman fitnah Dr Mahathir terhadap Zahid bermula 11 September", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perbicaraan kes saman fitnah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mempersoalkan asal usul bekas Perdana Menteri itu ditetapkan selama empat hari bermula 11 September ini.\n\n\nDr Mahathir, 97, yang juga bekas Pengerusi Bersatu selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haidir & Co di Mahkamah Tinggi pada 20 Julai tahun lalu dengan menamakan Ahmad Zahid, 70, yang juga Presiden UMNO sebagai defendan.\n\n\nPeguam bela Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi berkata, tarikh perbicaraan itu diputuskan Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff ketika pengurusan kes saman itu secara sidang video hari ini yang turut disertai peguam Ahmad Zahid, Mohd Shahril Madisa.\n\n\n\u201cMahkamah menetapkan tarikh akhir bagi pengurusan kes menerusi aplikasi Zoom pada jam 9 pagi, 14 Julai ini bagi mengemas kini perkembangan terkini kes ini jika ada.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat kecoh ketika bahas usul percaya terhadap PM\n\n\n\n\n\n\nPDRM gantung kuasa, hak keistimewaan \u2018Inspektor Sheila\u2019\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Perlu Main Peranan Tahu Skop Kerja \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Mula Bincang Kerjasama Dengan Perikatan Nasional\n\n\n\n\n\n\nPemandu Mercedez belasah doktor direman empat hari\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKes ini juga ditetapkan untuk bicara penuh pada jam 9 pagi, 11 hingga 14 September di depan hakim sama. Dr Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz akan dipanggil sebagai saksi plaintif,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, Dr Mahathir berkata, defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepada plaintif ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.\n\n\nPlaintif percaya dengan sesungguhnya bahawa individu dirujuk defendan dalam kenyataan fitnah itu sebagai \u2018orang itu\u2019, \u2018dia\u2019 dan \u2018Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty\u2019 jelas merujuk kepadanya secara spesifik.\n\n\nAhmad Zahid didakwa berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan fitnah mendedahkannya kepada rasa tidak puas hati dan dibenci masyarakat.\n\n\nSusulan itu, kedudukan Dr Mahathir sebagai seorang negarawan dan tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia dipandang serong. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/kumpulan-sulu-buat-tuntutan-di-mahkamah-untuk-dapatkan-wang/", "title": "Kumpulan Sulu buat tuntutan di mahkamah untuk dapatkan wang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan Kumpulan Sulu yang memfailkan tuntutan melalui prosiding arbitrasi adalah untuk mendapatkan wang.\n\n\nBeliau turut mempersoalkan mengapa Kumpulan Sulu itu membuat tuntutan mereka melalui prosiding arbitrasi dan bukannya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).\n\n\n\u201cSaya rasa \nlocus\n itu perlu dipersoalkan, maknanya dia menggunakan strategi guaman dia nak buat duit,\u201d katanya selepas mengadakan Sesi Taklimat Mengenai Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu di Bangunan Parlimen hari ini.\n\n\nKumpulan Sulu sebelum ini dilaporkan membawa tindakan undang-undang ke Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHampir RM1 bilion lesap ditipu agensi pelaburan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM\n\n\n\n\n\n\nPeguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown\n\n\n\n\n\n\nLagi provokasi bakar Al-Quran ketika umat Islam sambut Aidiladha\n\n\n\n\n\n\nHapuskan Kuasa Kecualikan Bahasa Kebangsaan Di Sek Vernakular\n\n\n\n\n\n\n\n\nMereka membawa perkara tersebut kepada timbang tara Sepanyol pada 2019 dan kemudiannya penimbang tara Dr Gonzalo Stampa yang dilantik oleh kumpulan individu berkenaan membuat keputusan memihak kepada pihak mereka (penuntut).\n\n\nKeputusan itu digunakan untuk merampas aset Petronas di Luxembourg.\n\n\nMalaysia kemudiannya telah menggunakan semua remedi undang-undang yang ada untuk membatalkan dua anugerah yang diberi oleh Stampa.\n\n\nAzalina turut menzahirkan harapan untuk mendapat sokongan padu semua Ahli Dewan Rakyat tanpa mengira aliran politik menegakkan kedaulatan negara Malaysia dalam isu tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Sulu berkenaan.\n\n\nBeliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan serta tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan, kekebalan kedaulatan serta kedaulatan Malaysia pada setiap masa.\n\n\n\u201cKita akan terus mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan Sulu dengan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Azalina berkata, kumpulan berkenaan dikhuatiri akan cuba menjadikan aset lain negara yang bersifat mudah terdedah sebagai sasaran tuntutan selepas ini.\n\n\n\u201cMana-mana (syarikat) boleh menjadi sasaran. Kita perlu sangat-sangat peka tentang (perkara) ini,\u201d katanya.\n\n\nSehubungan itu, katanya, kerajaan sentiasa serius dan tidak berdiam diri dalam memperjuangkan dan menjaga kedaulatan serta aset negara daripada cubaan dirampas oleh kumpulan berkenaan.\n\n\nTerdahulu, taklimat yang dihadiri lebih 50 Ahli Dewan Rakyat itu bertujuan memberi latar belakang kepada isu tuntutan ini, berkenaan perkembangan berkaitan tindakan undang-undang di mahkamah di Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda serta Pelan Komunikasi Strategik tempatan dan antarabangsa.\n\n\nSelain itu, taklimat ini juga bertujuan mendapatkan pandangan daripada Ahli Dewan Rakyat, serta menjawab sebarang persoalan wakil kerajaan serta ahli Sekretariat Khas, bagi menangani isu tuntutan Sulu berkenaan. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/putra-buat-laporan-polis-desak-kdn-haramkan-tayangan-filem-mentega-terbang/", "title": "Putra buat laporan polis, desak KDN haramkan tayangan filem Mentega Terbang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nParti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mendesak pihak polis menyiasat segera dan merujuk siasatan filem \nMentega Terbang\n kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Negeri-Negeri serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).\n\n\nIa bagi mendapatkan pengesahan bahawa filem itu adalah bertentangan dengan akidah ajaran Islam.\n\n\nKetua Penerangan Putra Malaysia, Mohamad Shahrulufti Mohamad Sharif berkata, filem tersebut menunjukkan provokasi terhadap agama Islam sebagai Agama Persekutuan yang meletakkan Islam sama dengan agama-agama lain.\n\n\n\u201cTindakan selanjutnya dengan segera menasihat KDN mengharamkan segera tayangan filem ini setelah mendapat nasihat dari Jakim atau Majlis Agama Islam,\u201d kata Shahrulutfi\u00a0 melalui kenyataannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMufti Perlis saran DAP mohon maaf kepada masyarakat Islam, Melayu\n\n\n\n\n\n\nDesakan Berterusan Buat KPM Oleh Penduduk\n\n\n\n\n\n\nKes Dera: Jeritan Mangsa Dorong Keinginan Pelaku\n\n\n\n\n\n\n8,000 permohonan warganegara diluluskan setakat Mei tahun ini\n\n\n\n\n\n\nUsahawan perlu bantuan intervensi kerajaan untuk pulih, kekal bertahan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya lagi, filem ini boleh memesong dan mencabar akidah umat Islam serta cukup berbahaya kepada yang belum memahami ajaran Islam sepenuhnya.\u00a0\n\n\nIa juga mengancam keselamatan negara kerana provokasi itu akan menimbulkan kemarahan umat Islam, tambahan pula perkara berkaitan aqidah Islam adalah amat sensitif.\n\n\nTegas Shahrulutfi, kebebasan bersuara atau menerbitkan apa sahaja berita atau filem mempunyai hadnya yang tidak boleh mencetuskan kemarahan majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam.\n\n\nSebelum ini, filem \nMentega Terbang\n yang berdurasi 1 jam 44 minit itu mendapat pujian penonton yang ditayangkan di platform internet Viu sejak 19 Januari lalu.\n\n\nNamun, sinopsis filem ini mengisahkan seorang remaja bernama Aishah, 16 tahun, mengkaji al-Quran, Bible, Turah, Hindu dan Buddha untuk mencari jawapan kehidupan selepas kematian yang agak sensitif kepada umat Islam.\n\n\nSusulan itu, satu laporan polis dibuat oleh Putra pada 27 Februari, jam 1 pagi\u00a0 di Balai Polis Dang Wangi mengenai Penerbitan dan Tayangan Filem \nMentega Terbang\n itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/02/28/tuan-ibrahim-mohon-maaf-dakwa-titah-diraja-disediakan-kerajaan/", "title": "Tuan Ibrahim mohon maaf dakwa Titah Diraja disediakan kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat berhubung dakwaan beliau sebelum ini bahawa titah perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 disediakan kerajaan.\n\n\nAhli Parlimen Kubang Kerian (PN) itu berkata, beliau memohon maaf sekiranya timbul kekhilafan terhadap dakwaan beliau semasa membahas usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada minggu lalu.\n\n\nDalam masa yang sama, Tuan Ibrahim berharap agar isu berkenaan tidak dipanjangkan sebaliknya Dewan Rakyat membincangkan isu yang lebih penting.\n\n\n\u201cSaya sudah memberi penjelasan berhubung kekhilafan berlaku dengan Speaker. Saya fikir ini tidak perlu dipanjangkan kerana kita banyak isu penting.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAngkara Tangan Ghaib, Rakyat Sengsara!\n\n\n\n\n\n\nPertama Kali BN, PH Kelantan duduk semeja\n\n\n\n\n\n\nTidak Hadir Mesyuarat, Tengku Zafrul Nafi Tengok Piala Dunia\n\n\n\n\n\n\nKDN benarkan usul jawatan Presiden UMNO, Timbalan tidak dipertanding\n\n\n\n\n\n\nJohor kesan Orang Asli dieksploitasi demi kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya fikir sekiranya timbul kekhilafan, saya mohon maaf dan kita terus kepada agenda lebih penting untuk kepentingan rakyat,\u201d katanya.\n\n\nDalam masa sama, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan Tuan Ibrahim sebelum ini selepas Ahli Parlimen Jelutong (PH) membangkitkan Peraturan Dewan 36 (6) berkaitan sangkaan jahat bahawa titah Yang di-Pertuan Agong disediakan kerajaan.\n\n\nPada minggu lalu, Dewan Rakyat kecoh apabila Tuan Ibrahim berkata, titah perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 disediakan kerajaan dan dibawa ke Kabinet sebelum diluluskan.\n\n\nKatanya, perkara berkenaan diketahui kerana beliau pernah menganggotai Kabinet sebelum ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/ahmad-zahid-arah-bina-jambatan-bailey-di-selancar/", "title": "Ahmad Zahid arah bina jambatan Bailey di Selancar", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pembinaan jambatan \u2018Bailey\u2019 di Selancar, Rompin sedang dilakukan selepas jalan utama ke Segamat, Johor itu dilaporkan terputus hubungan hari ini.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, agensi yang berkaitan telah dimaklumkan untuk menggerakkan kerja-kerja pembinaan jambatan sementara itu dengan segera.\n\n\n\u201cSaya berada di Felda Selancar 1, 2, 3, 4 dan 5. Di sini berlaku hakisan yang sangat berat di mana jalan utama ke Segamat telah terputus sepenuhnya.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPEJUANG tidak bertanding pilihan raya di enam negeri\u00a0\n\n\n\n\n\n\nBanjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam\n\n\n\n\n\n\nApandi tidak layak dapat pampasan Tun Mahathir ada sebab untuk tahu\n\n\n\n\n\n\nUMNO Serlah Sikap Ego Yakin Menang Besar Tanpa Muafakat Nasional \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nJumlah doktor masih tak cukup di hospital kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang kami akan lakukan ialah pembinaan jambatan \u2018Bailey\u2019 yang akan dibekalkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).\n\n\n\u201cKoordinasi telah dilakukan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri dan pemasangannya akan dilakukan oleh Kor Jurutera Diraja Angkatan Tentera Malaysia (ATM),\u201d katanya selepas meninjau lokasi jalan terputus itu hari ini.\n\n\nBeliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat tiba di Selancar, Rompin bersama Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus dan Ketua Pesuruhjaya Jabatan Pertahanan Awam (APM), Datuk Roslan Wahab petang tadi.\n\n\nMenurut Ahmad Zahid, Panglima Tentera Darat juga telah dimaklumkan untuk menggerakkan Kor Jurutera dan jambatan itu akan dipasang sebaik sahaja kor tersebut tiba di lokasi.\n\n\nBeliau berkata, pemasangan struktur sementara tersebut akan mengambil masa antara 44 jam sehingga 72 jam.\n\n\n\u201cIni adalah langkah sementara bagi memastikan laluan ini dapat digunakan semula sebelum jalan baharu dibina oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) nanti,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan terdapat kira-kira 110 pelajar yang sedang mengambil Peperiksaan Sijil Perlajaran Malaysia (SPM) di kawasan Rompin tidak dapat menduduki peperiksaan itu pada hari ini ekoran kertas peperiksaan tidak dapat dihantar ke tempat peperiksaan.\n\n\n\u201cOleh kerana hujan berterusan selama beberapa hari, saya berharap kawasan-kawasan yang terdedah banjir untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa,\u201d tambahnya. \u2013\u00a0MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/bot-jabatan-perikanan-johor-bersama-4-kru-dilapor-hilang/", "title": "Bot Jabatan Perikanan Johor bersama 4 kru dilapor hilang", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Sebuah bot milik Jabatan Perikanan Negeri Johor bersama empat krunya hilang dalam perjalanan dari Tanjung Pengelih ke Pangkalan Tampoi di Johor Bahru petang semalam.\n\n\nPengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 mengenai kehilangan bot itu pada jam 7.51 malam tadi.\n\n\nKatanya, bot dengan nombor pendaftaran PL87 bersama empat kru dilaporkan dan tidak dapat dihubungi.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar serah kepada Peguam Negara ambil tindakan ke atas Sanusi\n\n\n\n\n\n\nADUN Belantik rebah di bilik air rumah\n\n\n\n\n\n\nSPRM berkuasa semak mana-mana akaun parti politik \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nMUDA dakwa disisih Anwar, PH\n\n\n\n\n\n\n37 Maut Akibat Banjir\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBot dan empat kru gagal dikesan selepas berlepas dari Tanjung Pengelih, Kota Tinggi sekitar jam 12.45 tengah hari semalam dan sepatutnya tiba di Pangkalan Tampoi pada jam 6.30 petang semalam.\n\n\n\u201cSehubungan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat) bagi mengesan yang dilaporkan hilang itu,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nNurul Hizam berkata, susulan laporan yang diterima itu, MRSC Johor Bahru telah mengaktifkan Op Carilamat bermula jam 8 malam tadi.\n\n\nMaritim Malaysia menggerakkan bot Pengawal 46 dan bot Kilat 18 bagi mengesan bot dan mangsa yang hilang.\n\n\n\u201cPPM Wilayah 2 turut menggerakkan tiga aset mereka bagi membantu pencarian.\n\n\n\u201cLokasi pencarian ditumpukan di sekitar perairan Tuas, Singapura dan Tanjung Piai.\n\n\n\u201cIa berikutan maklumat diterima daripada pihak berkuasa Singapura mengenai lokasi terakhir Bot PL87 itu dikesan di perairan Tuas sekitar jam 3 petang semalam,\u201d katanya.\n\n\nNurul Hizam berkata, MRCC Putrajaya juga telah berhubung dengan pihak berkuasa Singapura dan Indonesia sekiranya terdapat maklumat atau pengesanan lanjut mengenai bot PL87 di perairan negara jiran."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/empat-kru-bot-jabatan-perikanan-ditemukan-selamat-di-perairan-indonesia/", "title": "Empat kru bot Jabatan Perikanan ditemukan selamat di perairan Indonesia", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Empat kru yang bersama bot Jabatan Perikanan Bernombor Pl87 yang hilang ketika dalam perjalanan ke Pangkalan Tampoi dari Pengerang pada petang Selasa ditemukan selamat jam 1.45 petang hari ini.\n\n\nMereka ditemukan di perairan Indonesia oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada jarak 13 batu nautika dari lokasi terakhir mereka dikesan, berdekatan Pulau Kepala Jerih, Indonesia.\n\n\nPengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot yang dinaiki kru terbabit mengalami kerosakan bateri menyebabkan ia hanyut dan tidak dapat berhubung.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKesilapan Papan Tanda Masih Belum Diganti Baru\n\n\n\n\n\n\nPERKEP Selangor Tunjuk Usaha Murni Bantu Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Rayuan Kes Rasuah Abdul Azeez Ditangguhkan\n\n\n\n\n\n\nIndividu buat ciapan biadab berhubung kesihatan Abdul Hadi, diarah mohon maaf\n\n\n\n\n\n\nKotak perakam suara kokpit akan dihantar ke pengilang di Florida, Amerika Syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, bagaimanapun semua kru iaitu Fatimah Razak, 36, Zaharin Baharudin, 37, Halim Sanip, 52, dan Marzuki Jusuh, 53, berada dalam keadaan selamat.\n\n\n\u201cAlhamdulillah kita sedang proses membawa pulang bot Pl87 dan kita jangka urusan penghantaran pulang diselesaikan hari ini juga,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media di Jeti Sungai Pulai, Johor Bahru hari ini.\n\n\nNurul Hizam berkata, pihaknya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan penyelamat Indonesia dan Singapura yang turut bersama dalam operasi mencari dan menyelamat.\n\n\nKatanya lagi, bot tersebut akan dibawa pulang selepas dibaiki dan mendapat bantuan daripada pihak berkuasa Indonesia untuk mengirigi perjalanan hingga ke sempadan.\n\n\nPada Selasa, bot tersebut tidak dapat dihubungi dan gagal dikesan setelah berlepas dari Tanjung Pengelih, Pengerang kira-kira 12.45 tengah hari.\n\n\nSepatutnya bot itu tiba di Pangkalan Tampoi, Johor jam 6.30 petang pada hari yang sama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/galak-majikan-buka-taska-bagi-ibu-bekerja-lepas-bersalin/", "title": "Galak majikan buka taska bagi ibu bekerja lepas bersalin", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nKerajaan perlu membaiki kelemahan dalam menggalakkan penyediaan pusat jagaan kanak-kanak atau taska oleh majikan sebagai usaha membantu wanita yang kembali bekerja selepas bersalin dan terpaksa meninggalkan anak mereka sesuai dengan peruntukan geran Perkeso RM290 juta.\n\n\nKetua Wanita Berjasa,\u00a0 Dr. Fadhilah Ashari berkata, sebelum ini, usaha untuk penyediaan pusat kanak-kanak itu tidak mendapat sambutan daripada majikan.\n\n\nMalah, perincian juga perlu dilakukan untuk mengetahui bagaimana geran itu akan dimanfaatkan bagi membantu para ibu meneruskan kerjaya mereka selepas tempoh tersebut.\n\n\n\u201cSebelum ini pun memang ada usaha-usaha kerajaan untuk menggalakkan majikan menyediakan pusat jagaan kanak-kanak atau taska bagi perkerja untuk memudahkan kakitangan wanita meninggalkan anak mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia berjaya mengenepikan perintah penahanan waris Sultan Sulu\n\n\n\n\n\n\nAbang Grab boleh kerja balik, akaun diaktif semula\n\n\n\n\n\n\nMat Sabu nafi terbabit promosi skim pelaburan syariah\n\n\n\n\n\n\nLepas dikecam Bong Guang Yik minta maaf buat kenyataan rasis\n\n\n\n\n\n\n29 Kes Kematian Dalam Tempoh 24 Jam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita dapati usaha begini tidaklah mendapat sambutan yang baik daripada majikan, mungkin atas pelbagai faktor dan sudah tiba masanya jika kita ingin membantu wanita kembali bekerja selepas melahirkan anak.\n\n\n\u201cKita kena mesti melihat semula di mana kelemahan yang perlu baiki,\u201d kata Fadhilah menerusi hantaran mesej ringkas kepada TV Pertiwi.\n\n\n\n\nFadhilah turut menggariskan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian seperti kesihatan ibu serta keadaan anak yang perlu ditinggalkan dalam keadaan selamat.\n\n\nMalah, ia juga bagi memastikan ibu dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab mereka ketika bekerja.\n\n\nPerkara lain yang perlu dititikberatkan adalah kos penjagaan anak-anak kecil di taska rasmi atau pengasuh dengan kadar yang mampu ditanggung oleh keluarga yang mempunyai lebih dua orang anak.\n\n\n\u201cModel pendidikan pra sekolah seperti tadika KEMAS atau tadika perpaduan yang mana mudah diakses oleh rakyat di kawasan berdekatan dengan tempat tinggal mereka daripada harga berpatutan adalah model yang baik daripada mereka yang tidak mampu menghantar anak mereka ke tadika swasta.\n\n\n\u201cMungkin sudah tiba masanya kita mengambil berat bagaiamana anak-anak yang ditinggalkan oleh ibu boleh membesar dalam persekitaran yang selamat sementara ibu mereka menyumbang dlm pendapatan negara kerana kita tahu kos untuk meninggalkan anak kecik sama ada di taska rasmi atau pengasuh adalah kadarnya kadang-kadang tidak mampu ditanggung oleh keluarga yang mempunyai lebih dua orang anak.\n\n\nTegasnya, beliau juga berharap geran berjumlah RM290 juta itu akan dikaji penggunaanya dengan sebaik mungkin dan mencapai tujuan ia dikeluarkan.\n\n\nSebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggarkan lebih 130,000 wanita yang kembali bekerja selepas bersalin akan mendapat manfaat daripada geran yang membabitkan dana keseluruhan RM290 juta setahun dalam Belanjawan Madani 2023.\n\n\nKata Anwar, majikan perlu memainkan peranan yang bertanggungjawab dalam penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat dan kerajaan akan terus memudah cara garis panduan pusat jagaan kanak-kanak itu termasuk membenarkan penyediaan di aras pejabat yang lebih tinggi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/jaga-keselamatan-johor-diuji-bencana-banjir-sekali-lagi/", "title": "Jaga keselamatan, Johor diuji bencana banjir sekali lagi", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengingatkan semua agar sentiasa mengutamakan\u00a0keselamatan termasuk para petugas yang memindahkan mangsa banjir susulan negeri itu\u00a0dilanda banjir sekali lagi pada tahun ini.\n\n\nBeliau berkata, semua agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah digerakkan sejak malam tadi bagi membantu mangsa\u00a0banjir.\n\n\nAhli Dewan Undangan Negeri Machap itu\u00a0 turut meninjau situasi banjir di sekitar bandar raya Johor Bahru serta melawat mangsa\u00a0banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn yang merupakan antara 21 PPS yang dibuka di empat daerah yang terjejas banjir setakat jam 8 pagi tadi.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAlami masalah teknikal juruterbang dan pelajar mendarat cemas di Jasin\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Muhyiddin, tutup isu RoS pemilihan UMNO \u2013 Pemimpin PN\n\n\n\n\n\n\n16 Senator dilantik Ahli Dewan Negara\n\n\n\n\n\n\n25 Kes Positif COVID-19 Di Parlimen Mungkin Varian Delta\n\n\n\n\n\n\nPolis rekod keterangan Sanusi, Guan Eng, Abdul Hadi berhubung isu 3R\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJohor diuji lagi dengan bencana banjir.\u00a0Selain itu, saya sempat melihat sendiri operasi menyelamat mangsa\u00a0yang masih berada di kediaman berhampiran.\n\n\n\u201cSaya dimaklumkan sehingga sekarang seramai 560 keluarga dengan jumlah 1,591 mangsa terjejas (setakat 8 pagi)\u00a0akibat banjir ini\u00a0serta dijangka berlaku pertambahan jumlah mangsa dalam waktu terdekat,\u201d kata beliau menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.\n\n\nMenteri Besar\u00a0juga menasihati agar semua rakyat Johor\u00a0untuk terus peka dan mendengar arahan pihak keselamatan selain sentiasa berhati-hati serta saling menjaga sesama mereka.\n\n\nTidak cukup sebulan, negeri itu sekali lagi dilanda banjir mulai malam tadi ekoran hujan lebat tidak berhenti sejak pagi semalam.\n\n\nSetakat jam 9 pagi tadi, jumlah mangsa banjir ialah 2,162 orang melibatkan 581 keluarga\u00a0di lima daerah terjejas banjir iaitu Segamat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/kerajaan-tiada-rancangan-iktiraf-uec/", "title": "Kerajaan tiada rancangan iktiraf UEC", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kementerian Pendidikan (KPM) tiada perancangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina.\n\n\nMenteri Fadhlina Sidek dalam jawaban bertulis kepada pertanyaan di Dewan Rakyat berkata, pendirian itu berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan.\n\n\nFadhlina menjawab pertanyaan Sabri Azit (PN-Jerai) yang ingin tahu pendirian terkini kementerian berhubung pengiktirafan UEC.\n\n\n\u201cSehingga kini, KPM tiada perancangan untuk mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiga Jawatan TPM Bakal Dimasukkan Dalam Manifesto BN Sabah \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nTok Mat beri bayangan pertahan Dun Rantau\n\n\n\n\n\n\nDasar Perumahan Negara akan dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nOPR naik : Bank Negara tidak kejam \u2013 Gabenor\n\n\n\n\n\n\nMustahil hari raya disambut pada Jumaat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Disember lalu, Fadhlina menjelaskan bahawa mengiktiraf UEC bukan keutamaan kementeriannya buat masa ini, namun ia akan dilihat dari semasa ke semasa.\n\n\nFadhlina, yang juga seorang Ahli Parlimen PKR berkata, apa-apa berkait dengan manifesto Pakatan Harapan berhubung pengiktirafan UEC akan dilihat semula kerana negara ditadbir oleh kerajaan perpaduan.\n\n\n\u201cKita tidak lagi bercakap mengenai manifesto PH semata-mata,\u201d katanya pada sidang media ketika itu.\n\n\nKetua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, menyambut baik pengumuman Fadhlina pada masa itu, mengingatkan bahawa kerajaan sekarang bukan pentadbiran PH tetapi gabungan bersama Barisan Nasional dan beberapa yang lain.\n\n\nPH dalam manifestonya berkata, ia akan meneruskan usaha mengiktiraf UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam, dengan syarat pemohon memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pendidikan Malaysia.\n\n\nSarawak mengiktiraf UEC sejak 2014 yang membolehkan pemegang sijil itu memasuki Universiti Teknologi Sarawak milik kerajaan negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/lembaga-pengarah-jumpa-uitm-holdings-minggu-ini/", "title": "Lembaga Pengarah Jumpa UiTM Holdings minggu Ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan\u00a0mengadakan pertemuan dengan UiTM Holdings Sdn. Bhd., iaitu syarikat pegangan pelaburan milik penuh universiti itu minggu ini.\n\n\nPengerusinya, Prof Emeritus Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, pertemuan itu\u00a0bertujuan untuk berbincang serta mendapatkan gambaran sebenar berhubung\u00a0laporan mengenai kerugian sebanyak RM157 juta.\n\n\n\u201cKita nak tahu gambaran sebenar daripada pihak UiTM Holdings, apa cerita sebenar. Jadi saya akan bertemu dengan UiTM Holdings dalam minggu ini sebelum berjumpa dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki untuk tindakan seterusnya.\n\n\n\u201cKes yang melibatkan UiTM Holdings ini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan kami menyerahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut,\u201d katanya kepada pemberita selepas Majlis Kemuncak Inovasi dan\u00a0Kualiti UiTM Cawangan Kelantan di Machang hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengharaman Judi Bukan Kecil, Isu Sejagat \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nDana RM600 bilion: Tengku Zafrul belum dipanggil SPRM\n\n\n\n\n\n\n10 Jam Keluarkan Mangsa Daripada Timbunan Runtuhan Di Cameron Highlands\n\n\n\n\n\n\nAda Dua Kemungkinan, Pemilihan UMNO Sebelum Atau Selepas PRU-15 \u2013 Mahdzir\n\n\n\n\n\n\nPengeluar Roti Gardenia Disaran Tangguh Kenaikan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, Dr Raduan memohon orang ramai agar\u00a0tidak memandang serong kepada UiTM susulan isu tersebut.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan SPRM sedang menyiasat dakwaan penyelewengan UiTM Holdings\u00a0yang\u00a0melibatkan dana dan beberapa pelaburan dibuat syarikat itu sehingga kerugian RM157 juta.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/malaysia-punya-keistimewaan-tersendiri-tak-perlu-ikut-negara-luar/", "title": "Malaysia punya keistimewaan tersendiri, tak perlu ikut negara luar", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nMalaysia mempunyai budaya dan identiti sendiri tidak perlu mengikut cara negara luar yang lebih terbuka kerana sudah cukup sempurna untuk menjadi tarikan pelancong.\n\n\nPresiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, banyak kelebihan yang ada di negara ini boleh menjadi tarikan kepada pelancong dan dikembangkan lagi serta tidak perlu mengambil budaya asing yang tidak bertepatan dengan budaya Malaysia.\n\n\nBeliau berkata, dakwaan mengenai pelancong yang berasa terbeban dan terikat dengan peraturan serta budaya di negara ini adalah tidak tepat.\n\n\n\u201cSebahagian yang datang ke Malaysia itu adalah berkeluarga dan bukan untuk minum arak. Dia (pelacong) nak minum arak dia boleh minum di negara dia tak perlu untuk tunggu datang ke Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n2 ditahan seludup 1,382 bungkus sosej sejuk beku dari negara jiran\n\n\n\n\n\n\nTiada laporan rakyat Malaysia terbabit gempa di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nAhli Dewan Diraja Selangor tuntut Sanusi mohon maaf secara terbuka\n\n\n\n\n\n\nMerapi meletus lagi, muntahkan awan panas dan lava\n\n\n\n\n\n\nPNBBC Sokong Ismail Sabri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerkara itu sama seperti sekiranya dia (pelancong) yang ingin memakai bikini sungai atau kolam, dia boleh berbikini di negara dia juga,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui hari ini bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Seri Willie Mongin dalam sesi sidang Dewan Rakyat pada 23 Februari lalu.\u00a0\n\n\nJelasnya, kerajaan Malaysia perlu mengambil pendekatan sama seperti\u00a0 Qatar yang mengenakan peraturan tempatan kepada pelancong ketika berkunjung untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2022 lalu sehingga menerima pujian daripada seluruh dunia.\u00a0\n\n\nTambah Ustaz Muhammad Fauzi, kerajaan Malaysia sepatutnya mengekalkan nilai-nilai Timur di negara ini antaranya tidak menganjurkan pesta mabuk dan mempunyai etika pemakaian ketika bermandi-manda untuk menjadikannya sebagai satu kelebihan dipamerkan kepada pelancong.\u00a0\u00a0\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata, kebanyakan muzium di Malaysia juga tidak dibangunkan secara baik malah ada beberapa muzium yang terbiar dan tidak memberikan informasi tepat selain bahan dipamerkan tidak begitu tersusun.\u00a0\n\n\n\u201cContohnya, sejarah Tamadun Sungai Batu, keadaan di situ masih lagi usang dan tidak dibangunkan sebagai satu galeri untuk tarik minat pelancong.\n\n\n\u201cJadi, saya rasa tidak tepat untuk mengatakan bahawa pelancongan di Malaysia terlalu banyak berasaskan kepada sejarah dan budaya kerana ia masih lagi tidak banyak,\u201d tambahnya.\n\n\nTerdahulu, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Seri Willie Mongin dalam sesi sidang Dewan Rakyat pada 23 Februari lalu mempersoalkan berkaitan tarikan sektor pelancongan ke dalam negara ketika mencelah perbahasan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.\u00a0\n\n\nBeliau juga menggesa \nKementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk \u201cberinovasi semula dan menyegarkan\u201d tarikan pelancongan negara dalam usaha bersaing dengan perkembangan semasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/mangsa-banjir-enam-negeri-meningkat-kepada-11918/", "title": "Mangsa banjir enam negeri meningkat kepada 11,918", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Jumlah terkini mangsa banjir yang melanda enam negeri terus meningkat kepada 11,918 orang daripada 3,389 keluarga.\n\n\nSetakat jam 7 malam tadi, Johor terus mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 11,241 orang dengan 108 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri itu.\n\n\nMenurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), secara keseluruhan, enam negeri terjejas dengan bencana itu iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah dengan keseluruhan 126 PPS sudah dibuka.\n\n\nDi Sabah, setakat ini, 108 mangsa dilaporkan terjejas dipindahkan ke satu-satunya PPS yang dibuka setakat ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTuntutan waris Sulu tidak berasas, PETRONAS pertahan kedudukan\n\n\n\n\n\n\nAGENDA NASIONAL BANTU KELUARGA MALAYSIA HADAPI FASA ENDEMIK\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Elaun guru KAFA dinaikkan RM100\n\n\n\n\n\n\nDireman 4 hari kerana hina Sultan Perak\n\n\n\n\n\n\nSulaiman letak jawatan, Rauf angkat sumpah Jumaat\n\n\n\n\n\n\n\n\nMangsa di negeri itu membabitkan 24 keluarga dengan 30 lelaki dewasa, 37 perempuan dewasa, 17 kanak-kanak lelaki dan 19 kanak-kanak perempuan.\n\n\nNegeri yang turut merekodkan peningkatan mangsa adalah Sarawak iaitu 274 orang dengan lima PPS dibuka setakat ini, selain 171 mangsa di Pahang yang menyaksikan empat PPS dibuka.\n\n\nDi Melaka, cuma dua PPS dibuka setakat awal malam ini, termasuk bagi menempatkan tiga mangsa daripada sebuah keluarga. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/pesara-maut-dirempuh-pemandu-mabuk-selepas-tegur-buat-bising/", "title": "Pesara maut dirempuh pemandu mabuk selepas tegur buat bising", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nSeorang pesara maut akibat dirempuh kereta yang dipandu seorang lelaki mabuk di Kampung Padang, Melaka awal pagi kelmarin.\n\n\nDipercayai lelaki yang berusia 57 tahun\u00a0 itu bertindak menegur lelaki-lelaki mabuk supaya tidak membuat bising sebelum dilanggar dengan kereta.\n\n\nMangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.04 minit petang semalam selepas kira-kira 11 jam bertarung nyawa di Unit Rawatan api (ICU) Hospital Melaka akibat pendarahan dalaman kepala selain kecederaan pada badan dan kaki.\n\n\nMemetik \nHarian Metro\n, menurut anak mangsa, sebelum kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, dua lelaki minum arak di dalam sebuah kereta di parkir belakang sebuah restoran di Plaza Pandan Malim, Melaka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBanjir tidak berlaku tapi saya ditohmah \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Ikut Perasaan, Guna Saluran Yang Betul\n\n\n\n\n\n\nBarisan Exco Melaka baharu akan dibentuk dalam 48 jam\n\n\n\n\n\n\nAgong perkenan lima akta yang diluluskan Parlimen\n\n\n\n\n\n\nMalaysia, Brunei teroka potensi kerjasama dua hala\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, kira-kira jam 2.40 pagi, dia dan ayahnya terjaga dari tidur selepas terdengar bunyi muzik membingitkan dari arah kawasan parkir itu dan kemudiannya bertindak menegur mereka dengan baik sebelum kedua-dua lelaki itu beredar.\n\n\n\u201cSecara tiba-tiba kereta itu cuba merempuh saya, tapi mujur saya sempat mengelak dan berlari ke belakang sebuah restoran 24 jam di bangunan plaza berkenaan.\n\n\n\u201cSaya kemudian lihat kereta itu berpusing dan menuju ke arah bapa yang tidak sempat mengelak dan hanya mampu berpaut di atas bonet hadapan dan terseret sejauh kira-kira 20 meter ke arah belakang kedai,\u201d kata anak mangsa.\n\n\nMenurutnya lagi, dia meminta tolong dan berlari ke arah ayahnya yang terjatuh dan berlumuran darah di belakang kepala, dipercayai akibat terhantuk pada tebing batu longkang sebelum kedua-dua lelaki itu terus memecut kenderaan dan meninggalkan lokasi.\n\n\nJenazah ayahnya disembahyangkan di Masjid Kampung Padang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang.\n\n\nSementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan, pihaknya memberkas lelaki berusia 28 tahun yang direman tujuh hari mulai semalam dan masih mengesan seorang lagi lelaki tempatan berusia 27 tahun bagi membantu siasatan kes ini\n\n\nKes juga disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/pojek-sungai-polis-sahkan-terima-laporan-dakwaan-pembabitan-mb-selangor/", "title": "Projek Sungai: Polis sahkan terima laporan dakwaan pembabitan MB Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan pembabitan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan sebuah syarikat yang didakwa menerima projek bernilai RM700 juta secara rundingan terus daripada kerajaan negeri.\n\n\nKetua Polis Daerah Serdang, ACP A. A Anbalagan berkata, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kinrara pada jam 2 petang tadi.\n\n\n\u201cYa saya sahkan kita ada menerima laporan polis berkaitan perkara berkenaan sebentar tadi,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, laporan polis itu dibuat oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional Selangor, Mohd Shukor Mustaffa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n4.5 juta bakal hilang pekerjaan menjelang 2030\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tingkat taraf pendidikan, baiki sekolah daif\n\n\n\n\n\n\nJemaah Mahu Kerajaan Pertimbang Kos Dan Pilihan Tempat Kuarantin\n\n\n\n\n\n\nZahid Akur Meskipun Keputusan Tidak Menyebelahinya\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy umum Portfolio EXCO Pahang\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, sebuah portal berita melaporkan Amirudin serta Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn. Bhd., (LLSB) yang dianugerahkan projek pembersihan sungai dan pembangunan Sungai Klang sepanjang 56 kilometer dari Mid Valley City di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, yang dikatakan menelan belanja RM700 juta.\n\n\nSementara itu, Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin dalam kenyataan berkata, syarikat itu merupakan sebuah anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan telah dilantik oleh kerajaan negeri bagi merancang dan mengurus pelaksanaan projek berkenaan.\n\n\n\u201cKedudukan Amirudin dan Izham adalah mewakili kepentingan kerajaan negeri agar projek ini dapat dilaksanakan secara telus, teratur dan menepati matlamat kerajaan negeri,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/saarani-tengku-zafrul-menang-tanpa-bertanding-khir-toyo-buat-kemunculan/", "title": "Saarani, Tengku Zafrul menang tanpa bertanding, Khir Toyo buat kemunculan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lenggong selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu.\n\n\nPengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata, beliau dimaklumkan Bahagian Lenggong hanya menyaksikan pertandingan di peringkat Wanita dan Timbalan Pengerusi Tetap.\n\n\n\u201cDi Lenggong, yang saya dimaklumkan akan ada pertandingan di peringkat Wanita sahaja. Ketua Wanita ada dua calon, Naib Ketua Wanita pun ada dua calon, selepas itu jawatankuasa ada ramailah.\n\n\n\u201cPengerusi Tetap bahagian tak bertanding, Timbalan Pengerusi Tetap bahagian ada dua calon,\u201d katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Geran Penerbitan Perak Sejahtera 2030 di Ipoh, Perak hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJawapan Anwar di Parlimen kualiti rendah, cacamerba\n\n\n\n\n\n\nSPR pertimbang adakan pilihan raya lebih 60 hari selepas bubar Parlimen\n\n\n\n\n\n\nBN-PH tawar 5 perkara jika tawan Kedah\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy, Khaled dan Johari berjaya merebut jawatan Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\n3 Dos Vaksin Sinovac Beri 94% Perlindungan Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaarani juga berkata, UMNO Perak akan menyokong calon dari negeri itu bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti.\n\n\nMereka ialah Ahli MT UMNO, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah; bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun; Ketua Pemuda UMNO Perak, Datuk Mohd Ariff Abdul Majid dan Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad.\n\n\nDi SELANGOR\n, bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo mencabar penyandang Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bagi merebut jawatan itu.\n\n\nBendahari Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Kamaruzzaman Johari berkata bekas exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Iskandar turut membuat kemunculan semula dengan menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat menentang penyandangnya, Datuk Zurihan Yusop.\n\n\nKamaruzzaman juga berkata, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menang tanpa bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja manakala Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abd Aziz kekal menyandang jawatan itu susulan tiada pencabar.\n\n\n\u201cUMNO Selangor menyaksikan pertandingan empat penjuru di dua kawasan iaitu Kuala Selangor dan Puchong, tiga penjuru di Hulu Selangor, Petaling Jaya dan Shah Alam manakala 15 bahagian berdepan saingan satu lawan satu bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, tujuh individu bertanding bagi jawatan Ahli MT UMNO ialah Tengku Zafrul, Jamal, Johan, Ketua Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan; Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar; Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dan Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarikh Khan.\n\n\nMesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac ini.\n\n\nMesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/tiada-perubahan-besar-berjaya-dilakukan-perdana-menteri/", "title": "Tiada perubahan besar berjaya dilakukan Perdana Menteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nKerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak berjaya melakukan banyak perubahan besar sehingga dapat mengagumkan rakyat Malaysia selepas 100 hari mentadbir.\u00a0\u00a0\n\n\nPerkara itu turut disuarakan oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni yang memaklumkan, tiada perkara baharu yang dibawa oleh Anwar.\u00a0\u00a0\n\n\nBeliau berkata, Belanjawan 2023 dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan pada 24 Februari lalu tidak menjurus kepada pembangunan negara.\u00a0\n\n\nJelas Ustaz Muhammad Fauzi, pembentangan Belanjawan 2023 itu juga tidak menyatakan pelan jangka masa panjang kepada rakyat dan disifatkan sebagai spontan untuk mengendalikan beberapa isu tertentu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGoogle, Alphabet, Twitter, Amazon, serta Salesforce dilaporkan akan kurangkan pekerja\n\n\n\n\n\n\nCukup-cukuplah berpolitik, sekarang masa untuk bekerja \u2013 Pemangku Raja Pahang\n\n\n\n\n\n\nRafizi cabar PN jadi pembangkang lebih bagus\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat gerai mercun terbakar di Chow Kit\n\n\n\n\n\n\nPetanda awal Ahmad Zahid bakal bebas pertuduhan mahkamah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u201cDalam masa 100 hari itu, kita tak nampak bahkan kalau dalam bahasa kasarnya mungkin saya boleh katakan\u00a0 negara kita ini seolah-olah tidak mempunyai Perdana Menteri atau menteri-menteri lain.\u00a0\n\n\n\u201cKenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu juga tidak menjurus ke arah pembangunan negara tetapi sebaliknya merupakan kenyataan-kenyataan spontan,\u201d jelasnya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tempoh 100 hari kerajaan pimpinan Anwar hari ini.\u00a0\n\n\nTambah Ustaz Muhammad Fauzi, laungan slogan Malaysia Madani itu juga tidak menjelaskan pendiriannya untuk merujuk kepada ciri-ciri negara Islam Madinah atau masyarakat sivil Barat.\u00a0\n\n\nSelain itu, hala tuju negara juga dilihat agak kabur susulan isu-isu yang dibicarakan seperti kesaksamaan tanpa had dan kuasa rakyat tidak selari dengan slogan yang dilaungkan.\u00a0\u00a0\n\n\n\u201cMalaysia Madani itu sendiri pun sebenarnya pada saya adalah merupakan satu slogan yang tidak pasti sama ada merujuk kepada ciri-ciri negara Islam Madinah atau masyarakat sivil Barat.\n\n\n\u201cDisiplin itu juga bercampur-baur walaupun dari segi ungkapannya cuba untuk di Islamisasi kan tapi apabila tengok dari segi kandungannya, masih lagi berbincang mengenai jurang kemiskinan, kuasa rakyat, kesaksamaan tanpa had,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, dapatan kaji selidik mega Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan oleh media-media tempatan menunjukkan 71 peratus daripada 35,000 responden menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum ke-15."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/01/tun-m-pertimbang-bertanding-pada-prn-wakili-putra/", "title": "Tun M pertimbang bertanding pada PRN wakili Putra", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada bulan Jun ini akan dipertimbangkan bersama kepimpinan tertinggi parti Putra.\n\n\nPengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Mahathir Mohamad berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama kepimpinan Putra sebelum membuat apa-apa keputusan.\n\n\n\u201cKita bincang. Selepas saya ada perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin Putra,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kad Keahlian & Watikah Penasihat Putra di Putrajaya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuat turun aplikasi Saudi Visa Bio untuk urusan visa haji\n\n\n\n\n\n\nSulaiman letak jawatan, Rauf angkat sumpah Jumaat\n\n\n\n\n\n\nAnwar tidak pertimbang cadangan Ramasamy\n\n\n\n\n\n\nKes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, perbincangan terperinci perlu diadakan bagi menghadapi PRN akan datang termasuk perbelanjaan semasa pilihan raya yang tidak melampau seperti dilakukan parti lain.\u00a0\n\n\nBeliau berkata, belanjawan besar-besaran yang dilakukan oleh parti-parti politik ini perlu dihentikan hanya untuk memberi sogokan pada rakyat dan inginkan kuasa.\u00a0\n\n\nJusteru, beliau yang bukan lagi ahli Pejuang perlu menyertai salah satu parti yang telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) disebabkan GTA masih belum diluluskan pendaftarannya.\u00a0\u00a0\n\n\nPada masa sama, GTA masih terbuka menerima parti Pejuang menyertai gabungan itu dalam sama-sama memperjuangkan hak orang Melayu berbanding menyertai parti lain untuk mendapatkan kemenangan beberapa kerusi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/700-projek-rumah-lewat-siap-sakit-dan-terbengkalai-dikenal-pasti/", "title": "700 projek rumah lewat siap, sakit dan terbengkalai dikenal pasti", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Sebanyak 166 projek perumahan lewat siap, 437 projek sakit dan 115 projek terbengkalai dikenal pasti hingga 31 Januari lalu.\n\n\nTimbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, secara keseluruhan tahun ini, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengunjurkan terdapat 354 projek lewat dan 538 projek sakit sekiranya tiada intervensi daripada kerajaan.\n\n\n\u201cApabila kita menubuhkan \n\u2018taskforce\u2019\n (pasukan petugas) projek perumahan swasta yang sakit dan terbengkalai, kita tumpu empat peranan, iaitu \n\u2018tracking\u2019\n (mengesan), \n\u2018resolve\u2019\n (menyelesai), \n\u2018preventive\u2019\n (mencegah) dan \n\u2018forward\n \nmodelling\u2019\n (pemodelan ke hadapan).\n\n\n\u201cSemalam, apabila saya turun ke satu tapak projek rumah sakit, kita mendapati trend 2023 dalam keadaan meningkat dan untuk berlaku telus serta jujur, maka \n\u2018data tracking\u2019\n (pengesanan data) yang kita buat bukan hanya mengikut kelas sedia ada, iaitu lewat, sakit dan terbengkalai tetapi juga \n\u2018taskforce\u2019\n menilai dari segi unjuran yang akan berlaku tahun ini,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAngkara Tangan Ghaib, Rakyat Sengsara!\n\n\n\n\n\n\nTuntutan Sulu: Cubaan laksana perintah survei bangunan milik Malaysia gagal\n\n\n\n\n\n\nAda benarnya kenyataan Tun M \u2013 Pakar Perlembagaan\n\n\n\n\n\n\nSalah guna logo, MAIS buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\nKejatuhan UMNO berpunca daripada legasi presiden\n\n\n\n\n\n\n\n\nAkmal Nasrullah menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) mengenai jumlah projek sakit dan terbengkalai hingga tahun ini, pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata, seramai 15,024 peminjam mendapat manfaat Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) melalui pembiayaan keseluruhan RM1.91 bilion.\n\n\nKatanya, skim itu merupakan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan, dan ditawarkan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan gig ekonomi.\n\n\nSementara itu, bagi membantu pembeli rumah pertama, beliau berkata, KPKT melaksanakan inisiatif seperti Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) dengan kerjasama Kementerian Kewangan.\n\n\nKPKT turut mengumumkan inisiatif i-Miliki yang membabitkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman untuk pembelian rumah pertama bagi rumah berharga hingga RM1 juta.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/ahli-parlimen-disaran-patuhi-peraturan-mesyuarat-elak-dewan-rakyat-digelar-zoo/", "title": "Ahli Parlimen disaran patuhi Peraturan Mesyuarat, elak Dewan Rakyat digelar \u2018zoo\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor mengingatkan Ahli Parlimen terutama wakil rakyat yang baharu supaya memahami serta mematuhi Peraturan Mesyuarat ketika bersidang.\n\n\n\u201cJika kita mematuhi peraturan itu, tak adalah masyarakat di luar panggil kita \u2018zoo\u2019,\u201d katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nBeliau menegaskan sedemikian selepas Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) bangun untuk mengemukakan usul baharu sejurus selesai sesi soal jawab lisan, meminta supaya isu import telur dari India dibahaskan.\n\n\nBerhubung usul itu pula, Ramli meminta Shahidan membuatnya secara bertulis kerana Speaker perlu melihat semula usul berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTH gesa 31,600 bakal haji segera jawab surat tawaran\n\n\n\n\n\n\nPengampunan diraja: UMNO masih perlukan Najib\n\n\n\n\n\n\nHarimau Malaya tewaskan Thailand 1-0 di Bukit Jalil\n\n\n\n\n\n\nKuza, Kuni diarah failkan pembelaan terhadap saman fitnah\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Alternatif Rakyat Muak Politik Korup\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Ramli memuji tindakan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) yang memohon \u2018petua\u2019 daripada beliau untuk langkah menangani perkara berbangkit berhubung jawapan Menteri Kesihatan kepada soalannya ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja sebelum ini.\n\n\n\u201cBagus Yang Berhormat. Apabila Yang Berhormat tidak faham, boleh bertanya. Kalau tidak bertanya, sesat jalan. Itu yang jadi cacamarba dalam dewan ini,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/audit-1mdb-nasib-najib-arul-kanda-akan-diputuskan-esok/", "title": "Audit 1MDB: Nasib Najib, Arul Kanda akan diputuskan esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat keputusan kes berprofil tinggi pindaan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.\n\n\nTurut didakwa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang pada saat-saat akhir dipanggil sebagai saksi pendakwaan untuk memberi keterangan beliau di hadapan mendiang Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram.\n\n\nEsok, sekitar jam 9 pagi, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan akan membacakan penghakiman sama ada Najib perlu membela diri menjawab tuduhan salah\u00a0 guna jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mengarahkan maklumat penting dikeluarkan daripada laporan akhir audit 1MDB.\n\n\nArul Kanda yang dituduh bersubahat dengan Najib juga akan diputuskan kedudukannya oleh Mohamed Zaini yang kini sudah menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKWSP umum dividen konvensional 5.35% , Syariah 4.75 % untuk 2022\n\n\n\n\n\n\nJakel perkenal `Baju Raya Rahmah\u2019 serendah RM148\n\n\n\n\n\n\nWanita BERJASA bantu golongan ibu tangani isu keciciran pendidikan anak\n\n\n\n\n\n\nPAS umum tukar MB, TMB Kelantan lepas pilihan raya\n\n\n\n\n\n\nHanya Empat Kerusi Ditawarkan Untuk PAS\n\n\n\n\n\n\n\n\nSepatutnya, keputusan dibuat Mohamed Zaini pada 30 Januari lalu namun ditunda kepada 3 Mac.\n\n\nNajib ketika ini sedang menjalani hukuman penjara 12 di Penjara Kajang selepas disabitkan salah menyeleweng dana SRC International Sdn. Bhd., sebanyak RM42juta.\n\n\nArul Kanda sudah memberikan keterangan terhadap Najib selama dua hari pada 25 Ogos lalu selepas dibenarkan mahkamah mengikut Seksyen 63 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membenarkan tertuduh dalam sesuatu kes menjadi saksi bagi pihak pendakwaan.\n\n\nPada 7 September lepas, pasukan pendakwaan yang ketika itu diketuai oleh Sri Ram telah menutup kes selepas memanggil 16 saksi bagi memberi keterangan dalam perbicaraan yang berlangsung selama 43 hari bermula 18 Februari 2019.\n\n\nPada 24 Jun 2022, mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan untuk memanggil Arul Kanda sebagai saksi bagi memberi keterangan terhadap Najib mengikut Seksyen 63 Akta SPRM.\n\n\nPendakwaan juga menawarkan 18 saksi kepada pembelaan antaranya bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.\n\n\nPerbicaraan itu bermula pada 18 November 2019 dan memanggil saksi-saksi antaranya bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa; bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Tan Sri Dr. Madinah Mohamad.\n\n\nNajib dan Arul Kanda didakwa buat kali pertama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12 Disember 2018.\n\n\nPada 14 Mac 2019, kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.\n\n\nMantan Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengarahkan Laporan Pengauditan 1MDB yang telah dimuktamadkan oleh Ketua Audit Negara dipinda sebelum laporan berkenaan dimuktamadkan semula dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC), yang mana Najib secara langsung mempunyai kepentingan.\n\n\nKesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb, 2016.\n\n\nPertuduhan itu mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.\n\n\nArul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam meminda laporan berkenaan bagi melindungi bekas Perdana Menteri itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.\n\n\nKesalahan itu didakwa dilakukan di tempat dan masa yang sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman sama, jika sabit kesalahan. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/banjir-besar-disebabkan-pengaruh-fenomena-la-nina-pakar/", "title": "Banjir besar disebabkan pengaruh fenomena La Nina \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nPerubahan musim banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini adalah disebabkan pengaruh fenomena La Nina lemah yang berlaku di Malaysia.\n\n\nPakar Iklim Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Azizan Abu Samah berkata, keadaan ini menyebabkan curahan air hujan meningkat kepada 10 hingga 20 peratus.\n\n\n\n\n\u201cTahun ini kita dipengaruhi oleh La Nina di mana Malaysia mendapat curahan lebih 10 hingga 20 peratus daripada biasa. dijangka akan tukar kepada Enso Neutral pada April nanti,\u201d kata Azizan ketika dihubungi \nTV Pertiwi\n.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAda rakyat Malaysia jadi tali barut, dalang tuntutan Kumpulan Sulu\n\n\n\n\n\n\nCukup-cukuplah berpolitik, sekarang masa untuk bekerja \u2013 Pemangku Raja Pahang\n\n\n\n\n\n\nKKM tidak kompromi jika pegawai langgar garis panduan WHO FCTC\n\n\n\n\n\n\nAbdul Azeez bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram\n\n\n\n\n\n\nUMNO telah tamat tarikh luput \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, Luruan Monsun pula berkait dengan suhu di Siberia dan sekiranya suhu di negara itu sejuk dari biasa ianya akan menghasilkan luruan monsun kencang.\n\n\nJelasnya, Luruan Monsun ini akan menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di negeri-negeri pantai timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor serta negeri Sarawak dan Sabah di Malaysia.\u00a0\n\n\nMenurut Prof. Azizan lagi, kebiasaannya pada bulan Februari Luruan Monsun bersifat kering di Pantai Timur tetapi ia masih dipengaruhi fenomen La Nina sehingga menghasilkan hujan lebat di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak.\n\n\n\u201cSelalunya pada bulan Februari ada luruan monsun dan\u00a0 ianya bersifat kering di Pantai Timur.\n\n\n\u201cTetapi oleh kerana masih dipengaruhi oleh La Nina, rangsangan untuk hujan masih kuat dan justeru itu, luruan monsun menghasilkan hujan lebat di Selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun sudah memasuki bulan Mac .\n\n\n\u201cLuruan ini diramal lemah pada 6 Mac, jadi kita masih berisiko untuk menghadapi hujan lebat sehingga 6 Mac ini,\u201d katanya lagi.\n\n\nSementara itu, beliau turut menegaskan agar orang awam dan pihak berkuasa khasnya yang berhampiran sungai untuk sentiasa bersiap siaga menghadapi banjir kilat dan banjir sungai di Selatan Semenanjung, Sarawak dan Sabah.."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/banjir-di-johor-terburuk-sejak-tahun-2006/", "title": "Banjir di Johor terburuk sejak tahun 2006", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Banjir yang melanda Johor ketika ini disifatkan antara yang terburuk pernah dialami negeri ini.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peruntukan segera RM10 juta diluluskan kepada Johor bagi memastikan semua kelengkapan terutama di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencukupi, berikutan angka penduduk terjejas semakin meningkat.\n\n\nBeliau berkata, keadaan banjir di Johor dan beberapa negeri lain semakin buruk berikutan perubahan iklim akibat fenomena global, namun kerajaan perlu bersedia dari sekarang untuk membantu rakyat.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNurul Izzah tidak terima sebarang elaun \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nAmbil alih BNS, kerajaan tiada pilihan selesaikan projek LCS\n\n\n\n\n\n\nEmpat kru bot Jabatan Perikanan ditemukan selamat di perairan Indonesia\n\n\n\n\n\n\nPenguasaan Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Negara\n\n\n\n\n\n\nApa Yang Berlaku Tidak Mengejutkan Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nApatah lagi katanya, mengikut laporan antarabangsa, aktiviti pemanasan global akan menyebabkan kebanyakan pulau kecil yang berada di lautan seluruh dunia termasuk Laut China Selatan akan berada di bawah paras bawah laut dan dan tenggelam pada 2050.\n\n\n\u201cSelain itu, punca banjir di Johor yang buruk kali ini disebabkan luruan hujan yang sangat luar biasa. Ia menyebabkan paras sungai utama meningkat mendadak berikutan hujan luar biasa, selain air susulan hujan di Pahang yang mengalir ke sungai negeri ini\n\n\n\u201cSaya luluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bencana banjir di Johor yang sudah disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).\n\n\n\u201cSaya sudah mengarahkan NADMA membuat pembelian segera, membabitkan selimut, bantal dan tilam berikutan peralatan itu mengalami kekurangan di PPS di sini dan serahkan segera kepada Jawatankuasa Banjir Daerah untuk digunakan mangsa,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota, di sini, hari ini.\n\n\nTurut hadir Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.\n\n\nTerdahulu, Ahmad Zahid diiringi Onn Hafiz turun meninjau keadaan banjir di pusat bandar Kota Tinggi yang semakin buruk di samping meninjau PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Usman Awang.\n\n\nKeadaan banjir di Johor semakin buruk dengan jumlah mangsanya dilaporkan terus melonjak kepada 28,099 orang terdiri daripada 7,805 keluarga di 197 PPS , setakat jam 4 petang tadi.\n\n\nBanjir ketika ini disifatkan paling buruk pernah dihadapi negeri itu selepas 17 tahun menghadapi bencana banjir besar pada 2006, yang mengakibatkan lebih 100,000 penduduk negeri ini terjejas.\n\n\nDalam pada itu, Ahmad Zahid meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, supaya menggerakkan pegawai dan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dari negeri lain untuk membantu Johor.\n\n\nKatanya, ia berikutan kekurangan pegawai dan anggota JKM bagi membantu menguruskan bencana banjir di Johor.\n\n\n\u201cSaya tahu pegawai dan anggota JKM Johor bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di semua PPS dibuka di negeri ini, namun berikutan keadaan banjir di sini yang semakin buruk ia memerlukan bantuan tenaga kerja.\n\n\n\u201cOleh itu, saya sudah menghubungi Nancy Shukri bagi memobilasi pergerakan pegawai dan anggota JKM dari negeri lain ke Johor,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/bendahari-bersatu-ditahan-sprm-disiasat-kes-perbelanjaan-dana-parti/", "title": "Bendahari Bersatu ditahan SPRM, disiasat kes perbelanjaan dana parti", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Bendahari Bersatu, Datuk Mohd Salleh Bajuri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan berhubung perbelanjaan dana parti berkenaan.\n\n\nKetua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan Mohd Salleh kelmarin namun tidak mengulas lanjut.\n\n\nBagaimanapun, sumber memaklumkan, pemimpin Bersatu itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.\n\n\nSumber sama berkata, Mohd Salleh kini ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan kes.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKronologi Kejadian Babitkan Pesawat TUDM Hawk\n\n\n\n\n\n\nKKM sasar bentang semula Rang Undang-Uundang Kawalan Produk Tembakau dalam masa terdekat\n\n\n\n\n\n\nSalur Maklumat Banjir Melalui sms & Sidang Media\n\n\n\n\n\n\nMARA Tamatkan Pengajian 10 Pelajar MRSM Terlibat Buli\n\n\n\n\n\n\nTerengganu akan jadi Kelantan kedua jika undi PAS \u2013 Ahmad Said\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSepatutnya tempoh reman tamat hari ini, namun ia dijangka dilanjutkan untuk siasatan lanjut bergantung kepada keperluan siasatan,\u201d kata sumber itu. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/bina-sekolah-baharu-ngo-desak-mb-selangor-sokong-permohonan/", "title": "Bina sekolah baharu, NGO desak MB Selangor sokong permohonan", "body": "0\n\n\nSHAH ALAM, Khamis \u2013 Badan Bertindak Bandar Kinrara (BERTINDAK) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyokong pembinaan tiga buah sekolah baharu di Bandar Kinrara, Puchong.\n\n\nPengerusi BERTINDAK, Mohamad Haron Mohamad Sidik berkata, gesaan itu dibuat susulan tiga buah sekolah di kawasan tersebut telah mengalami kepadatan kerana peningkatan bilangan pelajar setiap tahun.\n\n\nGesaan tersebut dimaklumkan menerusi satu memorandum yang diserahkan dan diterima oleh wakil MB Selangor iaitu Setiausaha Sulitnya, Izzat Latif di pintu utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pagi tadi.\n\n\n\u201cKalau kita lihat, sekolah Kebangsaan sekarang ini di seberang lebuhraya Bukit Jalil, di seberang jalan BK4 hingga BK9, yang mana penduduknya lebih 16,000 pintu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJemaah Mahu Kerajaan Pertimbang Kos Dan Pilihan Tempat Kuarantin\n\n\n\n\n\n\nKerajaan kaji subsidi telur, ayam Jun ini\n\n\n\n\n\n\nTiada Istilah Ketua Menteri Sementara \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Pertama Didakwa Dan Disabitkan Di Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nIsu arak : Exco DAP tidak perlu melatah \u2013 Fayhsal\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDi sini kami tak ada sekolah, tanah dah ada, tiga tapak untuk sekolah kebangsaan ini, kami cuma minta MB selangor dapat beri sokongan dan dapat bina sekolah dengan kadar segera,\u201d katanya dalam sidang media selepas serahan memorandum.\n\n\n\n\nTambah Haron, tapak-tapak sekolah tersebut telah disediakan oleh syarikat pemaju perumahan dalam perancangan asal pembangunan Bandar Kinrara dengan kelulusan Majlis Perbandaran Subang Jaya, tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya.\n\n\nJusteru, beliau dan beberapa NGO lain menggesa agar tiga lagi sekolah dapat dibina iaitu satu sekolah kebangsaan rendah serta dua sekolah kebangsaan menengah di tapak Lot PT 3418 Jalan Kinrara 5B, Lot PT 56562 Jalan BK 4/5 dan Lot PT 2166 Jalan BK 5/11F Bandar Kinrara.\n\n\nMengulas lanjut, Haron berkata, satu permohonan yang sama telah dihantar kepada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pada 31 Januari 2022, namun tiada maklum balas sehingga kini.\n\n\nBeliau juga berharap dapat menyerahkan permohonan ini secara langsung kepada Menteri Pendidikan, Fadhilah Sidek bagi menyelesaikan isu tersebut.\n\n\n\u201cSetelah kami hantar memorandum ini, kami memang bercadang untuk berjumpa dengan menteri pelajaran yang baharu supaya kita dapat sampaikan hasrat kita, supaya dia tak dengar daripada orang lain, dia dengar keluhan daripada penduduk Bandar Kinrara,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/cukai-barangan-mewah-dilaksana-separuh-kedua-2023/", "title": "Cukai Barangan Mewah dilaksana separuh kedua 2023", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan dijangka mula menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Barangan Mewah pada separuh kedua tahun ini.\n\n\nTimbalan Menteri Kewangan, Steven Sim Chee Keong berkata, kerajaan tidak ingin membuat keputusan terburu-buru dalam penguatkuasaan cukai ini kerana masih banyak yang perlu diperhalusi bersama pihak berkepentingan yang lain.\n\n\nKatanya, kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan ketika ini masih sedang mengadakan perbincangan dan kajian mendalam.\n\n\n\u201cSaya secara peribadi telah menerima banyak kebimbangan yang dibangkitkan oleh industri pelancongan dan industri runcit mengenai cukai barangan mewah tetapi saya ingin nyatakan, kerajaan sedang membuat kajian mengenai struktur cukai secara keseluruhan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nISMA Bangi hantar surat bantahan, papan tanda cemar imej wanita\n\n\n\n\n\n\nAmirudin tawar lima tekad, 52 program untuk rakyat Selangor\n\n\n\n\n\n\nTiada istilah majoriti-minoriti dalam negara\n\n\n\n\n\n\nMaisarah terpisah dengan ibu, ayah bukan muslim dapat hak jagaan\n\n\n\n\n\n\nSindiket curi kereta seludup ke negara jiran tumpas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami pasti akan berunding dengan pihak berkepentingan termasuk mereka dari industri pelancongan dan runcit,\u201d katanya selepas melancarkan AmanahRaya Syariah Income Fund (ARSIF) di Kuala Lumpur semalam.\n\n\nChee Keong berkata, kerajaan akan memastikan bahawa cukai baharu pada peringkat pengenalan tidak akan menjadikan Malaysia negara yang kurang berdaya saing.\n\n\nSebaliknya, beliau berkata, pengenalan cukai barangan mewah ini perlu dilihat daripada sudut perspektif yang lebih besar.\n\n\n\u201cKerajaan meletakkan hampir RM1 bilion untuk pemerkasaan industri pelancongan dan telah memperkenalkan pelepasan untuk pembelian kraf tempatan,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, ditanya tempoh masa kerajaan akan mengumumkan mekanisme subsidi bersasar terutamanya untuk petrol, Chee Keong berkata, perkara itu masih dalam kajian dengan pembabitan pelbagai pihak berkepentingan.\n\n\nBeliau berkata, kerajaan tidak mahu terlalu pantas memperkenalkan mekanisme tetapi akhirnya memberikan impak negatif kepada golongan sasaran.\n\n\n\u201cKita perlu memastikan apa jua keputusan untuk menarik balik subsidi, tidak akan menimbulkan kejutan ke dalam pasaran.\n\n\n\u201cSubsidi bersasar harus benar-benar menepati sasaran iaitu golongan yang memerlukan,\u201d katanya. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/fatwa-abdul-hadi-berbeza-beza-ahmad-zahid/", "title": "Fatwa Abdul Hadi berbeza-beza \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi menganggap kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa kerajaan ketika ini akan roboh adalah sebagai fatwa politik.\n\n\nMenurut Ahmad Zahid, ia adalah satu doa buruk malah meminta rakyat untuk menilai sendiri kenyataan yang disebut oleh Abdul Hadi itu.\n\n\n\u201cItu doa buruk beliau. Saya fikir sebagai seorang ulama politik beliau mempunyai fatwa yang berbeza-beza dan fatwa itu bergantung pada situasi. \n\n\n\u201cAyat al-Quran yang sama dan hadis yang sama , maknanya juga sama tapi tafsiran berbeza, nilai sendirilah apa yang disebutkan itu sebagai fatwa politik,\u201d kata Zahid\n\u00a0selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di Ibu Pejabat Kemajuan Perusahaan Kecil Getah (Risda) hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada kompromi pemain industri langgar Peraturan Kawalan Harga\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri sokong pengeluaran KWSP bersasar\n\n\n\n\n\n\nKDN Pertingkat Industri Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Negara\n\n\n\n\n\n\n\u2018Lawan tetap lawan\u2019 jadi \u2018dulu lawan sekarang kawan\u2019\n\n\n\n\n\n\nTidak Hadir Mesyuarat, Tengku Zafrul Nafi Tengok Piala Dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, apa yang lebih penting sekarang adalah kestabilan politik dan permasalahan rakyat yang harus diselesaikan.\n\n\nAhmad Zahid juga meminta Abdul Hadi untuk mengetepikan perbezaan pendapat dan memberi tumpuan untuk mengembalikan semula keyakinan pelabur asing ke dalam negara demi mencapai perkembangan ekonomi.\n\n\nSebelum ini,\u00a0 Abdul Hadi meramalkan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berakhir tidak lama lagi.\n\n\nBeliau membuat kenyataan itu menerusi ucapannya pada sesi \nDialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini\n anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur pada Rabu.\n\n\nKenyataannya itu juga mendapat pelbagai kritikan daripada beberapa ahli politik yang lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/jumlah-mangsa-banjir-hampir-cecah-30000-di-lima-negeri/", "title": "Jumlah mangsa banjir hampir cecah 30,000 di lima negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Seramai 29,748 mangsa terpaksa dipindahkan apabila banjir terus melanda di lima negeri setakat pukul 6 petang tadi.\n\n\nJumlah itu meliputi 8,358 keluarga dan 245 pusat pemindahan sementara, menurut maklumat terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat.\n\n\nJohor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 27,058 mangsa melibatkan 204 pusat pemindahan, 7,618 keluarga, 9,895 perempuan dewasa, 9,737 lelaki dewasa, 3,573 kanak-kanak lelaki dan 3,213 kanak-kanak perempuan.\n\n\nIni termasuk 1,253 warga emas lelaki, 1,366 warga emas perempuan, 319 bayi lelaki, 321 bayi perempuan, 133 orang kurang upaya (OKU) lelaki dan 83 OKU perempuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan seleweng wang zakat MAINS, SPRM kaji semula siasatan\n\n\n\n\n\n\nAnwar guna kuasa PM perangi rasuah meskipun diugut pelbagai pihak\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Terima Bekalan Pertama Vaksin Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\nTun M kecewa pengundi tolak calon bersih, tidak bersalah\n\n\n\n\n\n\nHina Islam, bekas pemain pelapis badminton negara dikecam\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa diikuti dengan Pahang yang mencatatkan 1,543 mangsa, Negeri Sembilan (1,048), Melaka (74) dan Sarawak (25)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/lapan-calon-rebut-kerusi-naib-presiden-umno/", "title": "Lapan calon rebut kerusi Naib Presiden UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pemilihan UMNO yang sedang berlangsung menyaksikan pertembungan lapan calon bagi merebut kerusi Naib Presiden.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, sebanyak dua calon Naib Presiden akan mempertahankan kerusi tersebut bersama-sama enam calon lain termasuk calon muka baharu.\n\n\n\u201cLapan yang mengemukakan borang termasuk calon lain bernama Mohd. Yusof Musa. Beliau boleh bertanding dan semua layak bertanding.\n\n\n\u201cPencalonan yang ditolak adalah di sayap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sebanyak tiga calon atas isu tidak layak,\u201d katanya kepada media di lobi Menara Dato\u2019 Onn, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBolehkah Individu Ada Kes Mahkamah Jadi TPM? \u2013 TUN M\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah fokus aspek pendidikan, sasar RM600,000 agihan Ramadan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Terus Menurun, Bawah 40,000 Orang\n\n\n\n\n\n\nJakim tiada kaitan urusan tauliah mengajar agama Islam\n\n\n\n\n\n\nTipu Sijil Mungkin Melibatkan \u201cOrang Dalam\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohd. Yusof yang merupakan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri pernah bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti 2018 tetapi tidak mendapat sebarang undi.\n\n\nTujuh calon itu adalah Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.\n\n\nSelain itu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.\n\n\nSeorang lagi calon iaitu Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menarik diri dan bertanding kerusi MKT UMNO.\n\n\nJelas Shahrir, proses mencabut nombor undi berjalan lancar dan selesai jam 6.30 petang tadi melibatkan Exco ketiga-tiga sayap, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Naib Presiden.\n\n\nSejumlah 24,910 calon mengemukakan borang pencalonan masing-masing bagi semua jawatan di peringkat Pemilihan UMNO kali ini.\n\n\nIa terdiri 381 calon di peringkat MKT dan Exco ketiga-tiga sayap dengan 24,509 calon adalah di peringkat bahagian.\n\n\nUntuk kerusi Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Sharizat Abdul Jalil sah menentang penyandang kerusi berkenaan iaitu Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.\n\n\nKerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pula menyaksikan empat calon bertanding iaitu Datuk Armand Azha Abu Hanifah, Meor Hassan Mat Ali, Dr Muhamad Akmal Salleh dan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah.\n\n\nBagi kerusi Ketua Pergerakan Puteri pula menyaksikan pertembungan enam penjuru antara Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin; Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dr Masliha Harun dan Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi.\n\n\nBaki dua calon lain adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Khaidhirah Abu Zahar;\u00a0\u00a0Exco Puteri UMNO, Fadwah Anuwar dan Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/letup-mesin-atm-dua-suspek-ditahan-ketika-cuci-wang-guna-peluntur/", "title": "Letup mesin ATM, dua suspek ditahan ketika \u2018cuci\u2019 wang guna peluntur", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pemburuan tiga suspek bertopeng dipercayai meletupkan dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan melarikan ratusan ribu wang berakhir apabila ditahan dalam tiga serbuan berasingan pada Selasa lalu.\n\n\nKetua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua suspek berusia 30 hingga 43 tahun itu ditangkap di sekitar Kuang dan Meru.\n\n\nApa yang menarik, semasa serbuan dilakukan, dua suspek sedang mencuci dakwat yang berada pada wang hasil rompakan menggunakan cecair peluntur di rumah mereka.\n\n\n\u201cHasil soal siasat awal ketiga-tiga Orang Kena Tuduh (OKT) mengaku terlibat dalam kes yang disiasat, ketiga-tiga OKT masih di bawah pengaruh dadah. Antara barang yang dirampas waktu dalam serbuan itu adalah sejumlah wang kertas RM100 dan RM50 yang telah dan sedang dicuci oleh OKT dengan menggunakan clorox,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat tidak pernah bahas Laporan Ketua Audit Negara 2021 \u2013 PN\n\n\n\n\n\n\nBanjir \u2013 Johor dapat peruntukan tambahan RM150juta\n\n\n\n\n\n\nMT UMNO teliti tawaran PN, PH malam ini\n\n\n\n\n\n\nKetua Menteri Dari Etnik Dayak Mampu Bawa Wajah Baru Sarawak\n\n\n\n\n\n\nAmirudin luah hasrat terajui kerajaan Selangor lagi\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Hussein, dalam kejadian rompakan itu, ketiga-tiga suspek bertindak meletupkan dua mesin ATM dan melarikan wang tunai berjumlah RM267,150 dalam satu daripada mesin berkenaan.\n\n\nKatanya, seorang suspek berusia 43 tahun yang dipercayai dalang ditahan di bengkel tempatnya bekerja selain polis turut merampas sebuah tong gas yang mempunyai tompokan hijau yang dipercayai digunakan untuk meletupkan mesin ATM.\n\n\nBercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini, Hussein berkata, kerugian keseluruhan berjumlah RM327,150.\n\n\nJelasnya, polis kini sedang melengkapkan siasatan kes berkenaan seterusnya akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan pendakwaan.\n\n\n\n\nLeka cuci wang terkena dakwat dari mesin diletupkan.\n\n\nTiga penjenayah dicekup dalam tiga serbuan kelmarin.\n\n\nWang lebih RM200,000 dari RM349,000 dilarikan dari mesin ATM diletupkan mereka di Setia Alam, Selangor\u00a023 Feb lepas ditemui semula.\n\n\nVideo kejadian \ud83d\udc47 \npic.twitter.com/YMQGpcKqvm\n\n\n\u2014 Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) \nMarch 2, 2023\n\n\n\n\nPada 23 Februari lalu, tiga penjenayah dipercayai mengambil masa lima minit bagi meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum melarikan wang berjumlah RM349,000 di sebuah bank di Setia Alam.\n\n\nMereka yang dikatakan profesional itu meletupkan ATM tersebut menggunakan tekanan gas selain menyembur kamera litar tertutup (CCTV) premis dengan cat hitam sehingga menyebabkan rakaman kabur dan kurang jelas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/pejuang-terdesak-opportunis-tiada-prinsip-mahu-sertai-pn/", "title": "Pejuang terdesak, opportunis, tiada prinsip mahu sertai PN", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menyertai gabungan politik Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tindakan yang terdesak dan oportunis.\n\n\nAhli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Muhammad Faiz Na\u2019aman berkata, beliau secara peribadi membantah permohonan parti itu.\n\n\n\u201cIa tindakan yang terdesak, oportunis dan tiada prinsip pihak yang kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM sita harta lebih RM3 juta disyaki terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\nIPG tidak dapat kerana sudah terima elaun bulanan RM450\n\n\n\n\n\n\nJenazah bunuh, toreh, bakar selamat dikebumikan\n\n\n\n\n\n\nMemperingati ulang tahun kesembilan tragedi MH17\n\n\n\n\n\n\nAnwar guna kuasa PM perangi rasuah meskipun diugut pelbagai pihak\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu, semua calon Pejuang termasuk Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir\u00a0dan bekas pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad hilang deposit.\n\n\nEkoran kekalahan teruk parti berkenaan, pemimpin Bersatu membantah permohonan Pejuang untuk menyertai PN.\n\n\nSebelum ini, media melaporkan Majlis Eksekutif Pusat Pejuang memutuskan parti itu memohon menyertai gabungan diterajui bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.\n\n\n\n\nKatanya, tidak memadai jika kerjasama berbentuk pakatan pilihan raya semata-mata hanya untuk tujuan mengelak daripada pertindihan kerusi ditandingi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/perkhidmatan-aerotrain-klia-digantung-sementara-bermula-hari-ini/", "title": "Perkhidmatan aerotrain KLIA digantung sementara bermula hari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Perkhidmatan Pergerakkan Penumpang Automasi, aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dihentikan sementara waktu bermula hari ini sehingga dimaklumkan kelak.\n\n\nPengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, keputusan penggantungan sementara perkhidmatan itu adalah bagi melaksanakan kerja-kerja pembaharuan tren selain atas faktor keselamatan pengguna.\n\n\nSemalam kira-kira jam 3 petang, seramai 114 penumpang yang menggunakan pekhidmatan\u00a0aerotrain terkandas dan terpaksa berjalan sejauh 400 meter untuk ke bangunan satelit.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTunggu saya akan jawab \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nRemaja lelaki hilang di Pantai Batu Layar ditemukan lemas\n\n\n\n\n\n\nGenting Hong Kong Tidak Mampu Bayar Hutang 3 Bank Malaysia\n\n\n\n\n\n\n17 Korban Banjir Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nBursa Malaysia rendah, kekal bawah 1,400\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSusulan penggantungan operasi tren tersebut, MAHB menyediakan sebanyak 18 buah bas perantara yang bakal beroperasi sepanjang masa.\n\n\n\u201cIa bagi mengambil dan menurunkan penumpang dari balai pelepasan ke terminal satelit. Tempoh durasi perkhidmatan bas perantaran itu adalah sama seperti menaiki aerotrain,\u201d katanya dalam sidang media di KLIA di Sepang hari ini.\n\n\nTambah beliau, perkhidmatan aerotrain yang telah beroperasi sejak 25 tahun itu sering mengalami masalah teknikal.\n\n\nIskandar berkata, kejadian semalam merupakan insiden kedua yang melibatkan penumpang terjejas ketika menggunakan\u00a0perkhidmatan itu.\n\n\nMengulas lanjut mengenai durasi pelaksanaan kerja pembaharuan perkhidmatan aerotrain, beliau menjangkakan ia akan siap dalam tempoh tiga tahun dengan kos sebanyak RM700 juta.\n\n\nIskandar berkata, penggantian sistem baharu aerotran dilakukan secara berperingkaat dan ia dijangka diaktifkan pada 2025.\n\n\n\u201cLapangan terbang ini merupakan lapangan terbang \u2018hidup\u2019 dan tertakluk kepada ketetapan di mana operasi akan terus berjalan manakala\u00a0\nconstruction of the \n(new)\u00a0aerotrain juga akan diteruskan,\n\n\n\u201cProgram untuk menukar tren itu akan memakan masa lama iaitu tiga tahun, fasa pertama adalah fasa reka bentuk dan penukaran ini akan melibatkan semua pakej termasuk landasan, gerabak dan infarstuktur.\n\n\n\u201cFasa pertama itu akan mengguna pakai infrastuktur yang sedia ada kepada yang baharu dengan konsep yang lebih teratur dan ia dijangka siap pada penghujung suku kedua tahun ini, dan selepas itu akan bermula sesi pembinaan tidak lama lagi,\u201d ujarnya.\n\n\nDitanya mengenai keadaan 114 penumpang, beliau berkata, MAHB memberi bantuan sewajarnya termasuk penginapan dan tiket penerbangan kepada 10 penumpang yang tertinggal penerbangan. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/pm-arah-jpa-bincang-isu-gaji-penjawat-awam-dengan-cuepacs/", "title": "PM arah JPA bincang isu gaji penjawat awam dengan Cuepacs", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneruskan perbincangan bersama Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai isu gaji dan upah penjawat awam serta hal berkaitan peningkatan kos sara hidup.\n\n\nPresiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Dr Zulkapli Mohamed ketika Cuepacs melakukan kunjungan hormat terhadap KPPA baharu itu pada Khamis yang turut membincangkan banyak perkara mengenai perkhidmatan awam dan warganya.\n\n\nAdnan berkata, Cuepacs dimaklumkan Perdana Menteri sudah mempunyai perancangan dalam soal kadar gaji dan upah penjawat awam agar mereka mempunyai pendapatan boleh guna yang selesa dan sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.\n\n\n\u201cCuepacs menghargai keprihatinan Perdana Menteri berhubung isu kadar gaji dan upah penjawat awam yang menurut pandangan beliau tidak setara berbanding tugas serta komitmen yang diberikan,\u201d katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena perjumpaan dengan KPPA itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSurat Tommy kepada kumpulan Sulu tidak dapat persetujuan Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nMi Kari Putih Penang Ah Lai, Mi Segera Perisa Ayam Special selamat dimakan\n\n\n\n\n\n\nPahang Catat Penurunan Jumlah Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nRogol adik kandung remaja dihantar ke Henry Gurney\n\n\n\n\n\n\nCukup-cukuplah berpolitik, sekarang masa untuk bekerja \u2013 Pemangku Raja Pahang\n\n\n\n\n\n\n\n\nAdnan berkata, permintaan penjawat awam untuk kerajaan menilai semula kadar gaji dan upah perkhidmatan awam sememangnya berasas berikutan kos sara hidup ketika ini meningkat dengan begitu drastik.\n\n\n\u201cKomitmen Perdana Menteri untuk melihat semula isu kadar gaji dan upah untuk perkhidmatan awam apabila kewangan negara bertambah baik kelak sesungguhnya memberi harapan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam,\u201d katanya.\n\n\nCuepacs dalam pada itu menyeru warga perkhidmatan awam agar dapat bersabar sedikit masa untuk memberi ruang kepada kerajaan mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang menghimpit penjawat awam terutama dalam hal melibatkan peningkatan kos sara hidup.\n\n\n\u201cTerjemahkan sokongan tersebut melalui komitmen kerja yang tinggi bagi menjayakan setiap aspirasi Malaysia Madani agar negara dapat mendepani cabaran yang mendatang demi kemakmuran rakyat,\u201d katanya.\n\n\nDalam masa yang sama, Adnan berkata, Cuepacs yakin dengan gandingan kepimpinan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Zulkapli dalam membawa suara dan aspirasi penjawat awam untuk perhatian dan tindakan kerajaan.\n\n\nBeliau berkata, keterbukaan KSN dan KPPA mendengar pandangan daripada Cuepacs mengenai permasalahan penjawat awam dalam setiap sesi libat urus amat dihargai.\n\n\n\u201cCuepacs berharap KSN dan KPPA akan terus berunding dengan kerajaan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk membantu menyelesaikan isu dan permasalahan penjawat awam terutama dalam hal melibatkan peningkatan kos sara hidup serta kadar gaji yang setimpal,\u201d katanya. \u2013 Bernama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/ruu-perkhidmatan-parlimen-sedang-dimuktamadkan-azalina/", "title": "RUU Perkhidmatan Parlimen sedang dimuktamadkan \u2013 Azalina", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nRang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen sedang dimuktamadkan oleh kerajaan bagi menjadikan ia berasingan daripada perkhidmatan awam.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu masih diusahakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri bersama Jabatan Peguam Negara.\n\n\n\u201cPemberian kuasa autonomi kepada Parlimen melalui penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen amat penting, dan merupakan satu \u2018progress\u2019 (perkembangan) yang baik dalam memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara Badan Perundangan dengan Badan Eksekutif,\u201d katanya menerusi jawapan lisan melalui portal rasmi Parlimen.\n\n\nDalam pada itu, Azalina memaklumkan pemberian kuasa autonomi melalui penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen merupakan perkara penting dan menjadi satu perkembangan dalam memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara Badan Perundangan dan Badan Eksekutif.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n3 andaian Hawari hilang\n\n\n\n\n\n\nCeramah Dr Sikh, AJK masjid perlu bertanggungjawab\n\n\n\n\n\n\nNoh Omar mungkin sertai PN \u2013 Azmin\n\n\n\n\n\n\n80% tenaga kerja Twitter hilang di bawah Elon Musk\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi dakwa tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, kerajaan komited memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif.\n\n\nIa juga sebagai usaha mentransformasi Parlimen bagi mengekalkan demokrasi serta kebebasan bersuara.\n\n\nBeliau menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Taiping) sama ada kerajaan bersedia menggubal Akta Perkhidmatan Parlimen sebagaimana dicadangkan sebelum ini, dan tindakan kerajaan untuk memperkasakan peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.\n\n\nSebelum ini, Anwar berkata, proses mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen perlu dipercepat bagi memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif.\n\n\nKatanya lagi, usaha mentransformasi Parlimen itu juga penting bagi mengekalkan demokrasi dan kebebasan bersuara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/02/wakil-rakyat-ditegur-merokok-di-bangunan-parlimen/", "title": "Wakil rakyat ditegur merokok di bangunan Parlimen", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Tindakan sesetengah wakil rakyat yang merokok di dalam bangunan Parlimen yang merupakan kawasan larangan merokok ditegur Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nPoay Tiong yang bangun bertanyakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, walaupun banyak usaha dan kempen dijalankan Kementerian Kesihatan berkaitan isu itu kepada orang awam, ironinya perbuatan tersebut turut dilakukan Ahli Parlimen di bangunan berkenaan.\n\n\n\u201cSungguhpun Bangunan Parlimen kawasan larangan merokok, kita lihat di bilik Whip, ramai juga yang merokok, saya rasa kita harus tunjuk contoh baik sebagai wakil rakyat.\n\n\n\u201cJadi apakah pandangan Timbalan Menteri mengenai usaha yang kita harus lakukan terhadap perokok ini bagi memberi pendidikan bahawa kalau nak merokok pergilah ke luar, jangan menyusahkan orang lain,\u201d katanya pada sesi soal jawab hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak adil sekat perhimpunan orang Melayu \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nMinta Wanita Muslim Bukakan Bir, Pengasas Kelab Komedi Jelas Hina Islam\n\n\n\n\n\n\n25 Kes Positif COVID-19 Di Parlimen Mungkin Varian Delta\n\n\n\n\n\n\nPDRM perlu tambah Pusat CIC di Sabah dan Sarawak\n\n\n\n\n\n\nTun M dakwa ada pihak sedang bersihkan imej Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nTeguran itu mendapat respons Lukanisman yang turut bersetuju dan berterima kasih atas pandangan dikemukakan Poay Tiong dan menasihatkan mereka yang berada di kawasan Parlimen untuk berhenti merokok atau pergi ke ruang merokok jika ingin meneruskan perbuatan itu.\n\n\n\u201cSekiranya ingin diteruskan, pergilah ke ruang merokok bersesuaian, jangan merokok di kawasan berdekatan dengan ruang pejabat dan ruang Parlimen,\u201d katanya dan menambah, aduan boleh dibuat menerusi aplikasi WhatsApp 010-8608 949.\n\n\nTerdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus), Lukanismam berkata, susulan pewartaan larangan merokok di tempat makan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 pindaan 2018, KKM telah memulakan talian aduan bermula Januari 2019.\n\n\nBagi tempoh 2022, beliau berkata, KKM telah menerima sebanyak 7,291 aduan membabitkan 5,030 premis tempat makan dengan 1,233 premis dengan aduan berulang.\n\n\nKatanya pada tahun sama, sebanyak 201,265 premis kawasan larangan merokok telah diperiksa dan sebanyak 30,648 notis kesalahan merokok di tempat makan di bawah Peraturan 11(1)(d) telah dikeluarkan dengan nilai kompaun berjumlah RM 7.6 juta.\n\n\nSementara itu bagi tempoh 1 hingga 19 Januari lepas, KKM telah menerima sebanyak 587 aduan membabitkan 545 premis tempat makan dengan 40 premis dengan aduan berulang.\n\n\n\u201cBagi tempoh sama, sebanyak 5,213 premis kawasan larangan merokok telah diperiksa dan sebanyak 3,379 notis kesalahan merokok di tempat makan di bawah Peraturan 11(1)(d) telah dikeluarkan dengan nilai kompaun berjumlah RM 844,750,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/13736/", "title": "Penempatan haram PATI seluas dua padang bola dibongkar", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Satu kawasan penempatan haram\u00a0 warga asing di kawasan hutan berhampiran Bandar Ainsdale, Negeri Sembilan diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan pada jam 1:00 pagi Jumaat hari ini.\n\n\nPenempatan haram yang dipercayai dibuka sejak beberapa tahun lalu di kawasan berbukit itu mempunyai keluasan kira-kira dua padang bola.\n\n\nSerbuan dilakukan selepas sebulan penempatan haram warga asing di Nilai Spring di Nilai, digempur pihak berkuasa.\n\n\n\n\nPengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, di lokasi terbabit, terdapat khemah-khemah didirikan yang dijadikan tempat persembunyian pendatang asing tanpa izin (PATI).\n\n\n\n\n\n\nKawasan seluas dua padang bola menjadi tempat PATI tinggal.\n\n\n\u201cPenempatan ini berada di kawasan permukaan bumi tidak rata yang boleh mendatangkan risiko kecederaan yang tinggi kepada semua pegawai yang terlibat.\n\n\n\n\n\u201cPasukan operasi juga terpaksa berjalan kaki melalui kawasan hutan sejauh satu kilometer sebelum sampai ke lokasi,\u201d katanya dalam kenyataan kepada media pada Jumaat.\n\n\nSementara itu katanya, dalam operasi yang turut dibantu Bahagian Penguatkuasaan Imigresen KLIA, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan itu, seramai 47 warga asing berusia di antara 61 tahun dan satu tahun telah diperiksa dan 32 daripadanya telah ditahan.\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, mereka terdiri daripada 16 lelaki dan 15 wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKesemua mereka dipercayai tinggal di penempatan tersebut sejak beberapa tahun lepas bagi mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSemasa serbuan, terdapat PATI yang cuba meloloskan diri daripada ditahan namun dapat dipatahkan oleh pasukan operasi,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nPegawai JIM Negeri Sembilan sedang memerika dokumen warga asing.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu katanya, antara kesalahan yang dilakukan ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.\n\n\nUjarnya, kesemua yang ditahan akan ditempatkan di Depot Imigresen Lenggeng, Negeri Sembilan untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.\n\n\n\u201cKita juga sedang mengenal pasti sama ada penempatan ini didirikan atas tanah milik persendirian atau tanah kerajaan negeri yang diteroka secara haram.\n\n\nWarga asing yang diperiksa dalam serbuan oleh JIM.\n\n\n\u201cPihak berkuasa tempatan akan dimaklumkan untuk tujuan perobohan jika didapati penempatan ini berada atas tanah milik kerajaan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/88-perokok-beralih-hisap-vape-untuk-berhenti-merokok/", "title": "88% perokok beralih hisap vape untuk berhenti merokok", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kajian menunjukkan 88 peratus perokok beralih mengisap vape dengan tujuan untuk berhenti merokok.\n\n\nPengerusi The Malaysian Society for Harm Reduction (MSHR) dan Doktor Kesihatan Komuniti dan Pakar Ekonomi Kesihatan dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh,\u00a0 kajian yang dijalankan di dalam negara itu mendapati pengisap vape asal adalah perokok.\n\n\n\u201cKajian tempatan telah menunjukkan ramai pengguna vape, asalnya adalah perokok dan kejadian bukan perokok menggunakan vape adalah sangat jarang berlaku.\n\n\n\u201cDi samping itu, penyebab utama dirumuskan di dalam kajian itu ialah pengguna vape menggunakan vape dengan tujuan berhenti merokok bersamaan 88 peratus, mereka juga mengambil vape bagi mengurangkan bilangan rokok yang dihisap iaitu\u00a0 (91 peratus).\n\n\nMSHR memohon kerajaan mengkaji semula langkah melaksanakan dasar Penamat Generasi atau Generation End Game (GEG) ke atas vape.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBanjir : Masjid utama Johor jadi Pusat Pemindahan Tambahan\n\n\n\n\n\n\nYayasan Ikhlas terima anugerah Most Trusted Foundation Brand\n\n\n\n\n\n\nMT UMNO teliti tawaran PN, PH malam ini\n\n\n\n\n\n\nFinland kekal negara paling bahagia enam tahun berturut-turut\n\n\n\n\n\n\n3 Dos Vaksin Sinovac Beri 94% Perlindungan Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni kerana ia sebenarnya berpotensi membantu kerajaan mengurangkan tabiat merokok di Malaysia.\n\n\nMinggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sokongan kerajaan terhadap inisiatif GEG semasa pembentangan Belanjawan 2023 di Parlimen.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBerdasarkan anggaran, kadar perokok di Malaysia akan berkurangan daripada 5.0 juta pada 2019 kepada 4.0 juta pada 2025 disebabkan pelbagai sebab termasuk penggunaan vape.\n\n\nKatanya, statistik yang diberikan itu adalah seiring dengan data dari beberapa negara yang melihat vape sebagai satu strategi mengurangkan risiko menghisap rokok, selain terapi gantian nikotin.\n\n\n\u201cIni adalah fakta yang tidak boleh dinafikan dan berdasarkannya, MSHR percaya bahawa GEG boleh menjadi tidak produktif, kerana ia meletakkan vape sama berbahaya dengan rokok dan tembakau. Ini akan memberi mesej salah kepada perokok, yang akan keberatan untuk bertukar kepada vape,\u201d katanya.\n\n\nMSHR menyarankan supaya Kerajaan mengawal selia vape, memberikan latihan kepada vendor untuk bertukar kepada NRT (terapi gantian nikotin) dan vape jika perlu.\n\n\nKerajaan juga disaran menubuhkan jawatankuasa bebas yang dipacu oleh sains dan bukti-bukti bagi melakukan penyelidikan dan kajian mendalam ke atas produk vape.\n\n\n\u201cAdalah penting bahawa Kerajaan dinasihati oleh pakar kesihatan bebas dan membuat keputusan berdasarkan sains dan bukti-bukti. Walaupun vape mempunyai risiko kesihatan, kita tidak boleh mengabaikan bukti saintifik bahawa vape sekurang-kurangnya 95 peratus kurang berbahaya daripada merokok.\n\n\n\u201cTerdapat beberapa organisasi kesihatan awam terkemuka yang telah membuat anggaran tersebut dan disahkan oleh beberapa negara maju. Selain itu, vape juga diiktiraf sebagai alat yang berkesan untuk mengurangkan bahaya dan kadar merokok.\n\n\n\u201cJika kita melihat penurunan kadar merokok di negara yang mempunyai kadar vaping yang lebih tinggi, ia akan menjadi lebih pantas apabila kadar vaping meningkat. Pada tahun 2013 sebagai contoh, Australia mempunyai kadar merokok yang lebih rendah daripada Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan New Zealand. Bagaimanapun, sebaik sahaja AS, UK dan New Zealand mengesahkan vape sebagai alat pengurangan bahaya, kadar merokok menurun dengan ketara di negara-negara ini berbanding hanya 0.3 peratus di Australia,\u201d katanya.\n\n\nMSHR juga menggesa kerajaan supaya segera memperkenalkan peraturan di bawah undang-undang sedia ada untuk mengawal produk vape."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/banjir-masjid-utama-johor-jadi-pusat-pemindahan-tambahan/", "title": "Banjir : Masjid utama Johor jadi Pusat Pemindahan Tambahan", "body": "0\n\n\nBATU PAHAT, Jumaat \u2013 Kerajaan negeri sudah mula membuka masjid-masjid utama di kawasan terjejas banjir di Johor sebagai pusat pemindahan tambahan (PPS), susulan peningkatan jumlah mangsa banjir.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ia merupakan pelan kontingensi, yang diambil kerajaan negeri bagi menampung pertambahan tinggi penduduk terkesan banjir.\n\n\nSehingga pukul 1:00 tengah hari\u00a0 tadi, sebanyak tujuh masjid di daerah itu telah dibuka iaitu Masjid Pekan Sri Medan, Masjid Parit Jayus, Masjid Parit Baru, Masjid Simpang Tiga Parit Sulong, Masjid Kampung Parit Betong, Masjid Kampung Parit Jambi dan Masjid Parit Andin 3.\n\n\nBeliau berkata langkah itu juga, merupakan pelan segera yang diambil bagi mengatasi kesesakan di PPS sedia ada.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan PAS Kelantan Tetap Kukuh\n\n\n\n\n\n\nLaman web Jabatan Imigresen digodam\n\n\n\n\n\n\nKapal LCS dijangka beroperasi penuh tahun 2026\n\n\n\n\n\n\nLima sekolah di Johor belum boleh beroperasi\n\n\n\n\n\n\nKJ jangka parti kerajaan dilanda \u2018tsunami tidak puas hati\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPembukaan masjid utama itu dibuka sebagai PPS dengan garis panduan disediakan bagi terus mengekalkan kemuliaan masjid.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAda sebahagian penduduk terpaksa bermalam dalam kereta malam tadi, bukannya nak cari salah siapa tetapi air naik dengan cepat dan kebetulan PPS sedia ada tidak dapat menampung,\u201d kata Mohd Fared.\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi lawatan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yong Peng 1, di Batu Pahat,\u00a0 hari ini.\n\n\nSetakat 12 tengah hari tadi, sebanyak 218 PPS dibuka di seluruh negeri melibatkan lebih 30,000 mangsa banjir.\n\n\nSementara itu, menerusi satu hantaran di Facebook hari ini, Mohd Fared berkata, masjid di seluruh negeri Johor dianjurkan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat, hari ini, bagi memohon perlindungan Allah dan kesejahteraan Bangsa Johor dalam situasi banjir.-\n\u00a0\u00a0\nBERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/belum-keperluan-isytihar-darurat-bencana-di-johor-fahmi-fadzil/", "title": "Belum keperluan isytihar darurat bencana di Johor \u2013 Fahmi Fadzil", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Tiada keperluan buat masa ini untuk mengisytiharkan darurat bencana di Johor susulan banjir yang melanda negeri itu.\n\n\nPerkara itu diputuskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini.\n\n\nMenteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah berhubung tindakan segera yang perlu diambil Kerajaan Persekutuan bagi membantu Johor.\n\n\n\n\n\u201cPada waktu ini, pandangan Jemaah Menteri adalah ke arah apa yang boleh kita (Kerajaan Persekutuan) lakukan segera termasuk meneliti aset-aset kerajaan yang mampu kita gerakkan segera,\u201d katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Jumaat.Beliau berkata, kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan bantuan segera banjir berjumlah RM50 juta kepada Johor.Jumlah mangsa di Johor setakat jam 8 :00 pagi\u00a0 pada Jumaat dilaporkan sebanyak 33,149 orang yang dipindahkan ke 217 pusat pemindahan sementara (PPS).\n\nFahmi berkata, mesyuarat Jemaah Menteri turut menumpukan perbincangan kepada usaha untuk membawa keluar mangsa yang terperangkap di kawasan yang teruk dilanda banjir iaitu dengan membina jambatan bailey.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni untuk memastikan jaringan jalan yang putus akibat jambatan rosak dapat dihubungkan semula,\u201d katanya yang berdoa agar bencana yang melanda Johor ketika ini pulih dalam masa terdekat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta Jemaah Menteri untuk turun ke lokasi banjir bagi mewakili kementerian masing-masing dan mengenal pasti jenis bantuan atau keperluan yang boleh disalurkan kepada mangsa banjir.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), beliau berkata, aspek rangkaian telekomunikasi adalah merupakan fokus utama kementerian bagi memastikan mangsa di kawasan terjejas banjir tidak terlalu lama berhadapan dengan masalah telekomunikasi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehingga kini, beliau telah mendapat laporan terdapat 90 menara telekomunikasi terjejas akibat banjir dan mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk segera memperbaiki kemudahan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/berjasa-sedia-kerjasama-dengan-pn-selagi-tidak-bercanggah-prinsip/", "title": "BERJASA sedia kerjasama dengan PN selagi tidak bercanggah prinsip", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nBERJASA sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang membawa agenda umat bagi membangunkan Malaysia unggul dan bermaruah.\n\n\nSetiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya berkata, selagi tidak bercanggah dengan prinsip perjuangan parti dan etika politik matang, pihaknya terbuka mengadakan kerjasama.\n\n\n\u00a0\u201cBERJASA sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam membangunkan Malaysia unggul dan bermaruah.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nBeliau turut menegaskan pendirian berkenaan konsisten sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan masih kekal sehingga kini.\n\n\nSemalam,\n Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, keputusan BERJASA dan parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), untuk sertai PN akan diumumkan dalam masa terdekat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKM kenal pasti lima isu utama pada sesi Townhall\n\n\n\n\n\n\nVisa Furada \u2013 Berhati-Hati Jangan Sampai Duit Hangus\n\n\n\n\n\n\nBekalan pasport cukup, kesesakan ekoran peningkatan mendadak\n\n\n\n\n\n\nSelain KM, Melaka juga akan dapat barisan EXCO baharu \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nPenceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nKatanya, perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.\n\n\nSementara itu, Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim ketika dihubungi turut menjelaskan, pertemuan dengan PN belum diadakan lagi dan kerjasama itu hanya disampaikan secara lisan melalui bekas Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/berjasa-sedia-kerjasama-pn-agenda-pertahankan-agama-negara/", "title": "BERJASA sedia kerjasama PN agenda pertahankan agama, negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat -Pa\nrti BERJASA menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti Melayu-Islam yang membawa agenda umat dan membangunkan negara.\n\n\nPresidennya, Ustaz Zamani Ibrahim berkata demikian berhubung kenyataan Perikatan Nasional (PN) semalam bahawa parti itu membuat permohonan menyertai gabungan PN.\n\n\nBagaimanapun, jelasnya, pertemuan berhubung perkara itu belum diadakan lagi dan kerjasama itu hanya disampaikan secara lisan melalui bekas Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan.\n\n\n\u201cSebenarnya belum ada pertemuan, cuma makluman saya melalui Wan Saiful untuk berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin untuk kita berbincang bukan hanya skop PRN sebenarnya, kita lebih berbincang apakah agenda yang perlu kita bawa bersama, yang perlu kita bentuk kerjasama macam mana, tapi maknanya kita bukan khusus kepada PRN itu sehingga saya juga menyampaikan kepada pertemuan saya dengan, permintaan saya kepada pertemuan nanti yang belum berjaya lagi sebenarnya, cuma mungkin cerita tu dah sampai, jadi mungkin itulah maksudkan bahawa BERJASA memohon untuk menyertai PN, bagi saya kita memang bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti pun\u201d \u2013\u00a0 \u00a0ZAMANI IBRAHIM / Presiden BERJAS\n\n\nBeliau ketika dihubungi TV Pertiwi hari ini juga memaklumkan BERJASA bersedia bekerjasama dengan parti yang membawa agenda sama sejak tahun 2020 dan selepas kalah dibawah tiket PEJUANG pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nInspektor Sheila didakwa ugut, aibkan kehormatan\n\n\n\n\n\n\nPamer kertas undi, polis akan panggil Sanusi beri keterangan\n\n\n\n\n\n\nJemaah Haji Kongsi Pengalaman Manis Setelah 2 Tahun Pandemik\n\n\n\n\n\n\nData keciciran murid dianggarkan NGO tidak tepat \u2013 KPM\n\n\n\n\n\n\nBersatu Kenal Pasti Siapa Pengganti Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Ahli Majlis Tertinggi\n PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan PN akan membuat keputusan dalam masa terdekat berhubung permohonan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan BERJASA untuk menyertai gabungan mereka.\n\n\nTakiyuddin, yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membawa permohonan berkenaan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu yang dijangka diadakan dalam masa terdekat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/filem-mentega-terbang-tiada-dalam-rekod-penapisan-lpf/", "title": "Filem `Mentega Terbang\u2019 tiada dalam rekod penapisan LPF", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Filem \u201cMentega Terbang\u201d tiada dalam rekod penapisan Lembaga Penapis Filem (LPF).\n\n\nKatanya, agensi itu yang diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya melaksanakan tugas penapisan filem dan bahan publisiti yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan, diedarkan secara fizikal, kecuali filem penstriman melalui internet.\n\n\n\u201cBerdasarkan semakan, didapati filem tersebut tiada dalam rekod penapisan LPF.\n\n\n\u201cFilem ini juga didapati ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet). Oleh yang demikian, tayangan atau penstriman filem Mentega Terbang ini di luar bidang kuasa LPF,\u201d katanya dalam kenyataan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes positif Covid-19 menurun kepada 5,809\n\n\n\n\n\n\nJAKIM Bangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Halal\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri : Imam, bilal, siak dan guru KAFA dapat RM600\n\n\n\n\n\n\nHati-hati, jangan badal haji jadi `bedal\u2019 haji berulang lagi\n\n\n\n\n\n\nSekat kebebasan bersuara bertentangan agenda reformasi \u2013 Dr Mohammad Tawfik\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, LPF sentiasa peka dan komited dalam memastikan unsur negatif, termasuk elemen bertentangan akidah dalam filem dapat dicegah daripada disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan atau diedarkan secara konvensional kepada masyarakat umum di Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, agensi itu sedang meneliti semua aspek berkaitan secara menyeluruh, sebelum tindakan lanjut diambil berhubung dengan filem itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, tular sedutan babak tertentu dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging khinzir daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.\n\n\nSedutan babak itu mengundang amarah di platform media sosial, dengan warganet mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum.\n\n\nTurut mengkritik ialah Menteri Hal Ehwal Agama, Mohd Na\u2019im Mokhtar yang berkata, filem itu jelas bertentangan akidah dan cara kehidupan umat Islam tempatan.\n\n\nJusteru, beliau mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghantar laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan diambil terhadap filem kontroversi itu.\n\n\nSementara itu, LPF berkata, memandangkan filem itu tidak mendapat kelulusan untuk tujuan tayangan umum, sekiranya masyarakat awam mendapati ia ditayangkan secara konvensional di mana-mana premis, aduan boleh disalurkan terus kepada pejabatnya. -FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/idris-harun-dilantik-semula-peguam-negara/", "title": "Idris Harun dilantik semula Peguam Negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara bagi tempoh enam bulan berkuat kuasa 6 Mac ini.\n\n\nPerkara itu disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini.\u00a0\n\n\nMenerusi kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasminya, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan semula Idrus selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nSebelum ini, Idrus, yang juga abang kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dilantik menjadi Peguam Negara pada 6 Mac 2020 selama dua tahun.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n525 Pelajar Positif, 15 Sekolah Ditutup Di Kedah\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap Sanusi masih belum selesai \u2013 Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\nProsiding baharu LCS dicadang PAC\n\n\n\n\n\n\nLebih ramai individu akan dipanggil bantu siasatan kes LCS\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful fail notis, afidavit ketepi tuduhan rasuah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nBeliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, penasihat undang-undang di Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Cara Negara dan Hakim Mahkamah Rayuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/jangan-tutup-mata-terhadap-syria-who/", "title": "Jangan `tutup mata\u2019 terhadap Syria \u2013 WHO", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengingatkan komuniti antarabangsa agar tidak menutup mata terhadap mangsa gempa bumi di Syria.\n\n\nKatanya, komuniti antarabangsa digesa menyalurkan bantuan kepada mangsa terjejas gempa.\n\n\nhttps://twitter.com/i/status/1630957943813287938\n\n\nGesaan itu dibuat ketika beliau mengadakan lawatan pertama di Bab Al-Hawa selepas terkesan akibat bencana tersebut yang dikawal kumpulan pemberontak selepas perang saudara berlarutan sejak hampir 12 tahun lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJAIS kesal pihak timbulkan persepsi buruk pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin didakwa esok, Taman Melewar jadi tumpuan\n\n\n\n\n\n\nBekalan Minyak Masak Subsidi Dijangka Pulih Beberapa Hari Lagi \u2013 KPDNHEP\n\n\n\n\n\n\nWisma Putra terima maklumat tiga rakyat Malaysia masih di Sudan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Hilang Idealisme Parti Kerana Ada Muslihat Peribadi \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut berkunjung ke beberapa hospital dan pusat penempatan sementara yang didirikan berhampiran kawasan sempadan.\n\n\nhttps://twitter.com/WHO/status/1631007714951192576/photo/2\n\n\nhttps://twitter.com/WHO/status/1631017074259554305/photo/2\n\n\nSebelum ini, beliau juga berkunjung ke kawasan dikawal kerajaan di Aleppo dan Damsyik yang turut terjejas siri gempa kuat sejak 6 Februari lalu yang telah meragut lebih 50,000 nyawa.\n\n\nhttps://twitter.com/i/status/1629949042359689220\n == UP SOUND ==\n\n\nData rasmi menunjukkan sekurang-kurangnya 4,537 terkorban di kawasan dikawal kumpulan pemberontak, sementara 1,414 kematian direkodkan di zon bawah kawalan kerajaan.\n\n\nhttps://twitter.com/i/status/1626574969848365062\n == UP SOUND ==\n\n\nSetakat kini, kira-kira 420 trak membawa bekalan bantuan PBB telah merentasi kawasan dikawal puak pemberontak melalui lintasan Bab al-Hawa selepas konvoi pertama tiba pada 9 Februari lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/kata-anwar-pendendam-awang-disaman/", "title": "Dakwa Anwar pendendam, Awang disaman", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat -Satu saman difailkan terhadap Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim,\u00a0 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.\n\n\n\n\nPemfailan saman terhadap Awang itu dilakukan selepas beliau didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaman itu difailkan oleh Anwar, 75, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menerusi Tetuan SN Nair & Partners selaku plaintif dengan menamakan Awang sebagai defendan tunggal.\n\n\nAwang dikatakan mengeluarkan kenyataan fitnah apabila mendakwa sikap pendendam Perdana Menteri berhubung pendakwaan terpilih lebih teruk berbanding ketika pentadbiran pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\nBerdasarkan penyataan tuntutan, Anwar berkata, defendan dengan sengaja memfitnah walaupun plaintif sudah menafikan secara terbuka dan pada realitinya tidak mencampuri tugas serta kuasa agensi penguatkuasaan dan Jabatan Peguam Negara.\n\n\nOleh itu, katanya, dakwaan penyiasatan, penguatkuasaan dan pendakwaan terpilih tidak mempunyai kebenaran, palsu, tidak berasas serta berniat jahat.\n\n\nAnwar berkata, defendan menyedari sepenuhnya komitmen plaintif yang dibuat kepada masyarakat umum beberapa kali mengenai hasrat dalam membasmi rasuah dan sokongan penuh terhadap kebebasan institusi penyiasatan, pendakwaan serta badan kehakiman.\n\n\n\u201cDefendan dengan sengaja berniat mencaci dan secara palsu menuduh plaintif mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan terpilih yang adalah satu kesalahan serius, sekali gus menjadikan impak dan kesan fitnah lebih teruk.\n\n\n\u201cDefendan menyedari sepenuhnya perkataan fitnah akan diterbitkan di seluruh Malaysia dan dunia yang akan memburukkan lagi kerosakan kepada reputasi plaintif.\n\n\n\u201cDefendan masih mempunyai keangkuhan dengan menunjukkan sikap menentang secara terang-terangan dan tidak bertaubat apabila dengan sewenang-wenangnya dan tidak senonoh mengungkapkan atau mengulangi sebahagian kandungan fitnah.\n\n\n\u201cDefendan sewenang-wenangnya sekali lagi dan secara provokatif membangkitkan skandal dengan memanggil plaintif \u2018bapa saman negara\u2019 dalam sidang Parlimen pada 27 Februari lalu,\u201d katanya.\n\n\nAwang sebelum itu dilaporkan telah membuat kenyataan berhubung pendakwaan terpilih ketika beliau ditemui media di lobi Parlimen pada 21 Februari lalu.\n\n\nAwamg sambil membuat kenyataan itu merujuk kepada pendakwaan terhadap bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang berdepan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta.\n\n\nKata Awang, ia adalah permulaan daripada tindakan Perdana Menteri.\n\n\nAnwar berkata, firma guamannya menuntut defendan menarik balik kenyataan fitnah, memohon maaf, berjanji tidak mengulanginya dan membayar ganti rugi kepada plaintif pada 21, 24 serta 28 Februari lalu.\n\n\nBagaimanapun, defendan menerusi surat peguamnya pada 27 Februari dan 2 Mac lalu menyangkal tuntutan plaintif.\n\n\n\u201cSurat terbabit akan dirujuk semasa perbicaraan kelak. Plaintif memohon relif terhadap defendan termasuk ganti rugi am, pampasan, rugi teruk dan teladan.\n\n\n\u201cPerintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejen, pekerja dan wakilnya daripada terus mengungkap, mengarang, menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah.\n\n\n\u201cFaedah pada kadar lima peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh tindakan terakru sehingga tarikh penyelesaian penuh, selain kos peguam dan anak guam, selain relif lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/kenyataan-cptpp-tidak-jejaskan-pertanian-keterjaminan-makanan-adalah-tidak-benar/", "title": "Kenyataan CPTPP tidak jejaskan pertanian, keterjaminan makanan adalah tidak benar", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dikatakan tidak akan menjejaskan sektor pertanian dan ia adalah satu-satunya perjanjian yang mengambil kira faktor keterjaminan makanan adalah menyeleweng dan tidak benar.\n\n\n\u201cPerjanjian CPTPP ini menjejaskan keterjaminan makanan dalam negara dari segi penafian hak-hak petani, kenaikan kos yang mendadak dan ancaman lambakan import.\u201d\n\n\nKetua Koordinator, Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), Nurfitri Amir Muhammad berkata kenyataan tersebut dikeluarkan tanpa sebarang bukti serta bersifat terpilih dan menyembunyikan fakta-fakta penting.\n\n\nKetua Koordinator, Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM), Nurfitri Amir Muhammad\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan berkata, kesan CPTPP yang lebih besar adalah terhadap hak-hak petani dan kenaikan kos di mana ia menghalang petani melakukan inovasi dan menafikan hak tradisional petani untuk bebas berkongsi dan menjual benih terlindung yang dituai dari ladang mereka sendiri.\n\n\nTambah beliau, para petani negara perlu membayar royalti benih selama 20 hingga 25 tahun serta hak memonopoli yang diberikan kepada pembiak baka juga tidak adil.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia ambil langkah proaktif tangani Islamofobia \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nGaji penjawat awam naik boleh tingkatkan defisit negara \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nSemua peguam tarik diri, Siti Bainun menangis\n\n\n\n\n\n\nJHEV perlu kerjasama JRP untuk peroleh data veteran ATM\n\n\n\n\n\n\nRakyat Mahu Masalah Diselesaikan Dahulu Sebelum PRU 15\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengikut kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong, CPTPP tidak akan mengakibatkan penghapusan menyeluruh duti import bagi barangan pertanian secara mendadak, namun negara hanya boleh mengekalkan kuota kadar tarif untuk ayam dan telur sahaja.\n\n\nKatanya, kuota kadar cukai barangan bukan pertanian perlu dimansuhkan kepada kosong peratus mengikut jadual pemansuhan dalam tempoh 16 tahun bermula pada tahun 2018 iaitu tahun di mana CPTPP berkuatkuasa.\n\n\nSelain itu, Chin Tong juga berkata, Approved Permit (AP) akan dikekalkan untuk beras namun yang menjadi kebimbangan adalah kesukaran untuk negara melaksanakan Permit Import kerana memerlukan proses pembuktian yang lebih ketat untuk mekanisma Sanitari, Fito-sanitari (SPS) dan Halal.\n\n\nJelas beliau, penghapusan hampir kesemua tarif dan AP serta kesukaran perlaksanaan mekanisma SPS ini bermakna para petani, penternak dan nelayan akan terjejas teruk akibat lambakan import.\n\n\nMengulas lanjut, Ching Tong juga mengeluarkan kenyataan subsidi eksport dan larangan eksport yang dikatakan masih boleh dilaksanakan adalah tidak selari dengan kandungan CPTPP.\n\n\nMemberi respon kenyataan itu, Nurfitri berkata bab pelaburan dalam teks CPTPP boleh menyebabkan pelabur luar yang mempunyai kepentingan dalam pengeluaran makanan menyaman kerajaan di mahkamah antarabangsa jika negara melaksanakan larangan eksport sehingga mereka mengalami kerugian.\n\n\nTegas beliau, tiada peruntukan yang jelas dalam teks CPTPP yang menyebut, melindungi atau menjamin keterjaminan dan kedaulatan makanan.\n\n\nBeliau berkata kerajaan secara konsisten gagal untuk mengiktiraf dan mempertimbangkan keseluruhan peruntukan CPTPP dalam analisis kesan berdasarkan sektor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/kerajaan-pembangkang-perlu-bersaing-juarai-isu-islam-melayu-isma/", "title": "Kerajaan, pembangkang perlu bersaing juarai isu Islam & Melayu \u2013 ISMA", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nPersaingan politik pada ketika ini seperti melaungkan slogan Malaysia Malaysia, One Malaysia mahupun Keluarga Malaysia hanya memberi keuntungan kepada idea-idea liberal lantas merugikan Islam dan Melayu itu sendiri.\u00a0\n\n\nPresiden ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni menyeru kepada kerajaan untuk menerajui semula persaingan antara kerajaan dan pembangkang untuk menjuarai isu-isu Islam dan Melayu seperti ketika dahulu.\n\n\nSehubungan itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni menyeru \nkerajaan dan pembangkang untuk menjuarai isu-isu Islam dan Melayu seperti ketika dahulu yang bakal memberi keuntungan pada kebanyakan masyarakat di negara ini.\u00a0\n\n\nFauzi Asmuni menyuarakan untuk membentuk semula suasana persaingan diantara kerajaan dengan pembangkang untuk lebih membawa isu Islam dan Melayu lebih ke hadapan bagi jangka panjang.\n\n\nTatakelola negara perlu dinaungi oleh penjawat awam yang kompeten dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya ketirisan\n\n\nDalam pada itu, beliau turut mengutarakan supaya kerajaan pada kali ini untuk melantik menteri dan pegawai pentadbiran yang lebih produktif sewaktu menjalankan kerja mereka, agar NGO Islam tidak lagi perlu melibatkan diri dalam isu politik dan membawa watak sebagai pembangkang kepada kerajaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgong titah perhebat bendung aktiviti jenayah, sama-sama jaga kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerang\u201d antara Sanusi dengan Saifuddin belum tamat\n\n\n\n\n\n\nJaga sensitiviti kaum, agama, institusi diraja pada PRN Selangor\n\n\n\n\n\n\nProjek Pulau Pinang Selatan yang dibantah diluluskan\n\n\n\n\n\n\nKeganasan domestik, penindasan wanita wajar diberi keutamaan \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya wujud jemaah menteri serta pegawai kerajaan yang kian melanggar amanah dan tidak kompeten di dalam tata kelola pentadbiran.\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi hari ini.\n\n\nTan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sesi dialog bersama NGO-NGO bagi menyuarakan pandangan kelmarin.\n\n\nBeliau menyatakan pandangan demikian sewaktu perjumpaan sesi dialog antara NGO-NGO bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.\u00a0\n\n\nTambah Ustaz Fauzi, Perikatan Nasional wajar memberi peluang bersama komponen lain agar Muafakat Ummah tidak lagi disempitkan kepada gabungan parti-parti politik sahaja.\u00a0\n\n\nMenurutnya dari situ kekuatan Muafakat Ummah\u00a0 dapat dicapai dengan sempurna oleh penglibatan masyarakat yang lain.\u00a0\n\n\nJusteru, pihaknya juga masih menunggu maklum balas dari Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pandangan yang dikemukakan beliau dan NGO-NGO yang hadir."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/kerajaan-tumbang-hadi-awang-mengigau-anwar/", "title": "Kerajaan tumbang, Hadi Awang mengigau \u2013 Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai mengigau susulan mengeluarkan dakwaan bahawa kerajaan semasa akan tumbang.\n\n\nKatanya, terpulang kepada Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu untuk membuat perancangan sedemikian.\n\n\n\u201cTak apalah\u2026itu hak dia untuk merancang dan mengigau,\u201d katanya.\n\n\nAnwar memberi kenyataan ringkas itu ketika ditemui media selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Qaryah Serdang di Universiti Putra Malaysia (UPM), hari ini.\n\n\nRabu lalu, media melaporkan Abdul Hadi menjangkakan bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar akan tumbang tidak lama lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGantung Bina SJKC Jawatankuasa Fail Tuntutan\n\n\n\n\n\n\nBekas MB Perlis hadapi 5 pertuduhan ubah wang haram RM1.06 juta\n\n\n\n\n\n\nPenjara 218 tahun, 75 sebatan rogol anak kandung\n\n\n\n\n\n\nHapuskan Kuasa Kecualikan Bahasa Kebangsaan Di Sek Vernakular\n\n\n\n\n\n\nKluster Mahkamah bukan sekadar wayang politik\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara itu didedahkan Abdul Hadi ketika sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di Kuala Lumpur 28 Februari lalu.\n\n\nMalah, dalam satu ucapan Abdul Hadi di Dewan Rakyat berkata, pembangkang tidak boleh dipersalahkan sekiranya pentadbiran PH runtuh sekali lagi.\n\n\n\n\nBeliau berkata, ia bukan kerana tebuk atap, sebaliknya atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah.\n\n\nUntuk rekod, Kerajaan Perpaduan yang terbentuk kini memiliki sokongan majoriti dua pertiga atau 148 kerusi di Dewan Rakyat.\n\n\nIa menggabungkan PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (WARISAN) serta MUDA."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/lebih-lima-tahun-50-tabung-khairat-hantu-kutip-sumbangan-dirampas-jaim/", "title": "50 `tabung khairat hantu\u2019 kutip sumbangan dirampas JAIM", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Tabung khairat sumbangan kepada madrasah masih diiklankan walaupun sudah lebih lima tahun \u2018terkubur\u2019 serta berjaya mengutip ribuan ringgit setiap bulan.\n\n\nBagaimanapun, taktik sindiket itu akhirnya terbongkar apabila 50 tabung khairat madrasah \u2018hantu\u2019 itu yang diletakkan secara haram di restoran, stesen minyak dan kedai runcit.\n\n\nHasil pemeriksaan, kita dapati semua tabung ini menggunakan alamat madrasah anak yatim antaranya di Jasin yang sudah lebih lima tahun ditutup. Kita percaya, kegiatan ini mungkin didalangi sindiket tertentu untuk mengaut mudah ribuan ringgit sebulan terutamanya menjelang Ramadan tiga minggu lagi.\n\n\nPengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pihaknya berjaya membuat rampasan kerana tiada pemungut yang membawa tabung tersebut yang perlu menunjukkan kad kuasa pungutan dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sebelum membuat sebarang kutipan.\n\n\nMengikut perkembangan lain, Che Sukri berkata dalam Op Tanggal semalam, sebanyak 21 premis diperiksa sebelum merampas 50 tabung dengan pecahan 35 dirampas di sekitar daerah Melaka Tengah, manakala lima di Alor Gajah serta enam di Jasin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZuraida Masih Mahu Menjadi Menteri\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri: Warga asing \u2018hiasi\u2019 wajah ibu kota\n\n\n\n\n\n\nBlok pembangkang mahupun kerajaan akan disiasat jika terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\nMelampau, pelawak Singapura hina, perlekeh Malaysia\n\n\n\n\n\n\n42 kanak-kanak Palestin dibunuh Israel pada 2022\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, tindakan diketuainya bersama Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Melaka, Akmal Nadzim Abdullah dibuat mengikut Seksyen 94, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) (Pindaan) 2022.\n\n\nSelain itu, pemilik premis juga boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana terbabit dalam pungutan khairat tanpa kebenaran. JAIM akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terutamanya menjelang Ramadan 23 Mac ini yang lazimnya menyaksikan umat Islam berlumba-lumba bersedekah.\n\n\nTegasnya, pihak JAIM akan JAIM akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa terutamanya menjelang Ramadan 23 Mac ini yang sering menyaksikan umat Islam berlumba-lumba bersedekah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/penguatkuasaan-akta-cecair-1952-masih-lemah-tiada-kawalan-kerajaan/", "title": "Penguatkuasaan Akta Cecair 1952 masih lemah, tiada kawalan kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Penguatkuasaan undang-undang terhadap cecair rokok elektronik atau vape yang mengandungi nikotin di bawah Akta Racun 1952 dilihat masih lemah dan tiada kawalan ke atas penjualan cecair tersebut.\n\n\nPresiden Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) Profesor Dr Azizi Ayob berkata, \nkelemahan tersebut akan menyebabkan golongan muda khususnya kanak-kanak dan remaja mudah terjebak kepada perbuatan menghisap vape.\n\n\n\u201cOleh itu, kami menggesa kerajaan menguatkuasa undang-undang berkenaan kawalan produk mengandungi nikotin serta meluluskan segera Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Tembakau atau Generation End Game sebelum mengenakan cukai terhadap vape,\u201d katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemandu Preve Rempuh Kedai Perabot Bukan Mabuk Tapi Pitam\n\n\n\n\n\n\n3 juta jemaah bakal wukuf di Arafah Selasa ini\n\n\n\n\n\n\nAjaran sesat SiHulk pengaruh anak muda, hidup mewah di luar negara\n\n\n\n\n\n\nProjek tebatan banjir RM600 juta dimulakan Jun ini\n\n\n\n\n\n\nRayuan tunggakan cukai Najib, anak didengar 14 Jun\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, katanya, tiada sebarang jaminan kandungan cecair vape bebas nikotin jika tiada undang-undang yang betul untuk mengawalnya.\n\n\nPada pembentangan Belanjawan 2023 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.\n\n\nKatanya, perkara itu perlu dilakukan bagi mengurangkan penggunaan vape.\n\n\nTambah Prof Azizi, kerajaan perlu mencontohi Singapura yang kini mengharamkan penjualan, penggunaan dan pemilikan vape tanpa mempertimbangkan kutipan cukai dari bahan yang bersifat ketagihan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/percepat-laksana-akta-pendanaan-politik-elak-amalan-rasuah/", "title": "Percepat laksana Akta Pendanaan Politik, elak amalan rasuah", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan digesa mempercepatkan pelaksanaan Akta Pendanaan Politik bagi mengekang amalan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di negara ini.\n\n\nPresiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Karim berkata, akta itu penting untuk memastikan parti politik dapat beroperasi secara telus dan jujur dalam mengumpul serta perbelajaannya.\n\n\nBeliau berkata, ini termasuk dalam menjaga integriti dan transparensi dalam sistem politik negara, demi memastikan proses demokrasi berjalan lancar dan adil, selain meminimumkan penyalahgunaan kuasa.\n\n\n\u201cRakyat faham dan tahu bahawa draf Akta Pendanaan Politik telah siap sejak tahun 2016, namun belum ada inisiatif untuk melaksanakannya.\n\n\n\u201cParti politik terutamanya memerlukan perundangan tersebut dengan segera tambahan pula makin banyak kes melibatkan tuduhan salah guna kuasa dan rasuah dikalangan ahli dan parti politik kebelakangan ini,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKedah jadi tumpuan kerajaan noktah miskin tegar\n\n\n\n\n\n\nTanah runtuh bukan bermula di Father\u2019s Organic Farm\n\n\n\n\n\n\nMalaysia lakar kemenangan dalam kes tuntutan kumpulan Sulu\n\n\n\n\n\n\nPenguatkuasaan Akta Cecair 1952 masih lemah, tiada kawalan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nKartunis Turki balas sindiran karikatur tidak berperikemanusiaan Charlie Hebdo\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, MCW yakin kepercayaan rakyat terhadap kerajaan campuran diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meningkat, jika akta ini segera dilaksanakan.\n\n\n\u201cInilah perintis kepada konsep Malaysia Madani. Kita mesti mencegah pengaruh yang tidak wajar akibat pendanaan yang tidak teratur dan terkawal.\n\n\n\u201cSemua sumber dana yang diterima oleh parti politik mestilah dari sumber yang sah dan tidak merosakkan proses demokrasi.\n\n\n\u201cIntegriti dan kepercayaan terhadap sistem politik negara adalah sangat penting,\u201d katanya.- ISMAWEB"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/03/sarjan-maut-3-das-tembakan-ada-masalah-keluarga-kpn/", "title": "Sarjan maut 3 das tembakan ada masalah keluarga \u2013 KPN", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Anggota polis berpangkat sarjan yang ditemui maut dengan tiga kesan tembakan di belakang Balai Polis Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 19 Feb lalu dilaporkan mengalami masalah keluarga.\n\n\nKetua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau dimaklumkan ketua polis daerah berkaitan sudah mengambil tindakan sewajarnya, namun insiden itu berlaku atas beberapa faktor yang mungkin tidak dapat dielakkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, ia insiden yang sangat mendukacitakan kepada warga polis.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDari sudut siasatan, kami ambil maklum kematian anggota tersebut disahkan sebagai mati mengejut (SDR). Polis Pulau Pinang sudah melengkapkan siasatan dan bedah siasat, termasuk sediakan dokumen sepatutnya untuk dikemukakan bagi permohonan inkues untuk kenal pasti punca kejadian.\n\n\n\u201cSaya dimaklumkan beliau menghadapi masalah keluarga dan telah diambil tindakan oleh ketua polis daerah berkaitan, namun kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielak, kita pun tidak tahu mengapa anggota ini ambil tindakan sedemikian yang di luar jangkaan kita,\u201d katanya selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 PDRM di Bukit Aman hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas prosedur operasi standard (SOP) penggunaan senjata api oleh warga polis, Acryl Sani berkata, ia sudah lama termaktub dan sewajarnya dipatuhi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang berlaku ini tentu sekali perkara di luar kawalan. Bagaimanapun, ia tidak menghalang kita mencari jalan menambah baik SOP berkenaan bagi memastikan perkara tidak diingini berlaku.\u201d\n\n\nMengenai tahap kesihatan mental anggota polis secara keseluruhan, katanya, melalui Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), polis mempunyai unit kaunseling yang akan meneliti dan memantau perkara itu menerusi laporan serta penyelia masing-masing.\n\n\nTerdahulu, Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, siasatan kejadian itu sudah selesai dan tiada unsur jenayah ditemui serta selari dapatan pertama mereka, iaitu bunuh diri, sekali gus mengklasifikasikan kematian anggota itu sebagai SDR.\n\n\nPada 19 Feb lepas, Sarjan Jana Milie, 51, ditemui maut di belakang Balai Polis Bayan Lepas dengan kesan tembakan pada dada, leher dan kepala.\n\n\nDitanya bila anggota polis akan mula menggunakan kamera badan, beliau berkata, ia akan disegerakan bagi meningkatkan integriti warganya dalam perkhidmatan.\n\n\n\u201cSaya secara peribadi sejak menjadi pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti lagi telah menggalakkan penggunaan kamera badan ini.\n\n\n\u201cTujuannya untuk mengelak pertikaian antara dua pihak, kalau berlaku perkara di luar jangkaan dan kawalan. Begitu juga dengan pihak polis, saya berharap ia akan dapat dilaksanakan secepat mungkin setelah lama tertangguh.\u201d\n\n\nPada 24 Februari lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 memaklumkan penambahan 2,100 unit kamera badan kepada anggota serta petugas agensi penguatkuasaan, termasuk polis.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, pemerolehan unit kamera badan itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, dengan pihaknya kini di peringkat akhir memuktamadkan kontraktor yang akan mengendalikan pemerolehan aset itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/04/beberapa-wilayah-arab-saudi-berdepan-ribut-petir/", "title": "Beberapa wilayah Arab Saudi berdepan ribut petir", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nKebanyakan wilayah Arab Saudi berdepan ancaman ribut petir yang mungkin membawa hujan lebat dalam beberapa hari akan datang.\n\n\nPerkara itu diumumkan oleh Pusat Meteorologi Nasional (NCM) dengan menegaskan keadaan cuaca tidak menentu itu dijangka berlaku\u00a0 bermula hari ini hingga Rabu.\n\n\nMenurut ramalan NCM, wilayah Asir, Jazan, Al-Baha, dan Makkah akan menyaksikan ribut petir sederhana hingga kuat dalam tempoh berkenaan.\n\n\nMadinah, Al-Jouf, Sempadan Utara dan Hail pula akan menyaksikan ribut petir sederhana hingga kuat dari petang Ahad hingga Rabu,\u00a0 berlanjutan ke Qassim dan wilayah timur pada Rabu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTurkiye tidak ambil hati Malaysia pilih pesawat buatan Korea\n\n\n\n\n\n\nMajikan diharap beri elaun munasabah kepada pelajar latihan industri\n\n\n\n\n\n\nJumlah Korban Banjir Meningkat 47 Orang\n\n\n\n\n\n\nRibut petir, hujan dijangka berlaku tiga hari di seluruh negara \u2013 MetMalaysia\n\n\n\n\n\n\nIsu ancam keharmonian, perpaduan harus ditangani pantas, cekap \u2013 Sultan Johor\n\n\n\n\n\n\n\n\nNCM juga berkata Makkah dijangka menyaksikan ribut petir ringan hingga sederhana pada Sabtu dan Ahad dan ia mungkin berlanjutan ke Tabuk pada Ahad dan Isnin, manakala kebanyakan wilayah akan menyaksikan peningkatan suhu hingga Selasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/04/bukan-persenda-menu-rahmah-hanya-mahu-nasi-berkuah-hanafiah/", "title": "Bukan persenda Menu Rahmah, hanya mahu nasi berkuah \u2013 Hanafiah", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu -Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Terengganu, Hanafiah Mat menafikan dakwaan beliau memperlekehkan hidangan Menu Rahmah sebagaimana tular dalam media sosial pada Jumaat.\n\n\nHanafiah berkata, video tersebut dirakam ketika beliau menjamah nasi bersama rakan di sebuah kedai di luar Terengganu namun ia tiada sebarang kaitan dengan Menu Rahmah sebagaimana didakwa.\n\n\nApa yang dipaparkan dalam video itu adalah menu makan tengah hari saya apabila hidangan tersebut berlaukkan seekor ikan, dua jenis sayur dan telur goreng tanpa kuah kerana hidangan tersebut memang tidak disediakan kuah.\n\n\nSudah menjadi kelaziman kami orang Terengganu kena makan nasi dengan kuah. Jadi saya mengambil keputusan menjadikan air minuman oren saya sebagai kuah bagi saya menghabiskan hidangan makan tengah hari saya.\n\n\nMemetik Sinar Harian, beliau berkata video tersebut dirakam ketika beliau menjamah nasi bersama rakan di sebuah kedai di luar Terengganu namun ia tiada sebarang kaitan dengan Menu Rahmah.\n\n\nSehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan video tersebut dengan dakwaan yang salah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKetepikan Masalah Dalaman \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n164 mangsa gempa bumi terima rawatan di Hospital Medan Malaysia\n\n\n\n\n\n\nLelaki Dituduh Bunuh Ibu Yang Badannya Dikerat 15\n\n\n\n\n\n\nRumah Musnah Kesan Banjir & Rempuhan Balak\n\n\n\n\n\n\nLima gabungan parti politik meterai perjanjian\n\n\n\n\n\n\n\n\nSatu rakaman video yang memaparkan seorang individu dipercayai Hanafiah didakwa memperlekehkan satu hidangan dipercayai Menu Rahmah yang dibeli tular di media sosial pada Khamis.\n\n\nBerdasarkan video itu, Hanafiah dilihat menjamah hidangan tersebut sambil merungut tentang sayur yang sedikit dan tiada kuah.\n\n\nVideo berdurasi 18 saat yang tersebar ketika ini turut menimbulkan pelbagai reaksi netizen."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/04/hawa-nafsu-mendorong-penghasilan-filem-songsang-pemerhati-politik/", "title": "Hawa nafsu mendorong penghasilan filem songsang \u2013 Pemerhati Politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0\nFilem-filem yang mempunyai unsur songsang merupakan karya yang didorong oleh pengaruh hawa nafsu tetapi disucikan dengan istilah kebebasan berkarya, kreativiti seni, hak-hak peribadi dan kritik sosial.\n\n\n\u00a0\nPemerhati politik, Mohd Lutfi Abdul Khalid berpendapat konteks pembikinan filem seperti ini sedang menimpa sebahagian para penerbit, sutradara, penulis skrip dan juga para pelakon beragama Islam.\n\n\n\u00a0\nMenurut Lutfi, pembikinan filem berunsur songsang ini akan menzahirkan \u2018pemberontakan\u2019 terhadap nilai-nilai agama Islam melalui skrip, arahan dan juga lakonan mereka.\n\n\n\u00a0\nNamun, kumpulan yang terdiri daripada Penulis, Pengarah, Pelakon dan Penerbit tidak akan ambil kisah sama ada filem yang dihasilkan nanti melanggar adab, akidah dan sensitiviti umat Islam dan bangsa Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnak muda sepatutnya perlu digalakkan kuasai teknologi baharu, bukan `berjinak\u2019 dengan ganja!\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : NADMA kongsi 21 nama mangsa meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nMUDA dakwa Zahid beri rasuah untuk raih undi\n\n\n\n\n\n\nTolak atau terima bekas UMNO dalam PKR, belum diputuskan \u2013 Presiden\n\n\n\n\n\n\n\u201cSudah Sampai Masa Kedudukan Istimewa Melayu Dikaji\u2019 \u2013 Hassan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n15 minutes into this movie. LPF banned \"Spilt Gravy\" from releasing years ago. Thank God we can watch it now on Netflix. Bukan selalu dapat lihat isu taboo: lgbt, Israel etc dalam filem lokal \npic.twitter.com/FwN6tfuydi\n\n\n\u2014 Bal (@IqbalJeffry) \nDecember 2, 2022\n\n\n\n\n\u00a0\nKatanya, kumpulan ini lebih mementingkan pulangan pelaburan dan juga keuntungan yang bakal diraih dan dorongan oleh formula ekonomi iaitu tawaran dan permintaan yang meningkat.\n\n\nJelas beliau, filem berunsur songsang ini akan terus mendapat sambutan kerana ada satu golongan lain yang akan \u2018menjayakan\u2019 filem-filem tersebut iaitu generasi muda, golongan liberal dan millennial.\n\n\n\u00a0\nTegas beliau, umat Islam dan bangsa Melayu yang sedar perlu konsisten dan bertegas untuk terus membongkarkan agenda sesat yang cuba mempengaruhi minda dan jiwa penonton.\n\n\n\u00a0\nLutfi berkata inisiatif dan usaha ini boleh digerakkan melalui petisyen, memorandum, penulisan, serta desakan kepada pemimpin negara, supaya bantahan dan tuntutan dapat dizahirkan dengan sebaiknya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/04/jps-selia-pelepasan-air-guna-15-pam-bergerak/", "title": "JPS selia pelepasan air guna 15 pam bergerak", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menempatkan 15 pam bergerak dengan kapasiti 10 cusec (kaki persegi sesaat) di kawasan kritikal banjir di Batu Pahat, Pontian dan Tangkak, Johor, bagi mempercepatkan aliran air banjir.\n\n\nKetua Pengarahnya, Datuk Md Daud Md Noh, berkata 10 pam bergerak dengan kapasiti 10 cusec dilengkapi jenset juga sudah tersedia untuk dihantar ke Johor sebagai pam tambahan.\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan berkata limpahan air empangan melalui struktur alur limpah akan berlaku apabila aras takungan empangan melepasi aras tertinggi serta merupakan mekanisme direkabentuk untuk menjaga integriti dan keutuhan empangan.\n\n\nMd Daud berkata, orang awam juga boleh mendapatkan maklumat hebahan amaran banjir dan status aras air sungai serta hujan di seluruh Malaysia di laman sesawang Public Infobanjir iaitu publicinfobanjir.water.gov.my dan aplikasi mobile apps MyPublic Infobanjir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDitembak lebih 20 das, penolong ketua kampung maut\n\n\n\n\n\n\nHanya ada satu kem dalam UMNO \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy angkat sumpah MB Pahang untuk penggal kedua\n\n\n\n\n\n\nAda agenda tersembunyi, sebar fahaman liberal secara halus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nAzalina calon wanita tunggal tanding Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Md Daud berkata, rekod hujan itu sudah melebihi purata hujan bulanan jangka panjang bagi Mac untuk Johor iaitu 195mm sebulan.\n\n\nKatanya, bacaan hujan kali ini adalah rekod tertinggi dicerap jika dibandingkan dengan rekod hujan bulanan tertinggi yang pernah dicerap pada Disember 1991 iaitu 621mm sebulan dan 599mm pada Disember 2006."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/04/jumlah-mangsa-banjir-johor-meningkat-hampir-40000/", "title": "Jumlah mangsa banjir Johor meningkat hampir 40,000", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Mangsa banjir di negeri Johor terus melonjak kepada 37 ribu 322 penduduk, di sembilan daerah terjejas, setakat jam 8 pagi tadi.\n\n\nSeramai 10,793 keluarga, telah dipindahkan ke 238 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.\n\n\nSetiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, hujan lebat berterusan di hampir semua daerah sejak tengah hari semalam menyebabkan jumlah mangsa banjir terus meningkat.\n\n\nMenurut Azmi, peningkatan mangsa di Segamat serta Batu Pahat amat signifikan walaupun beberapa daerah yang terjejas telah berkurangan kepada sembilan daerah berikutan keadaan yang semakin pulih di Kulai.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga Barang Dijangka Kembali Stabil Awal Tahun Depan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nHakim Kecewa Guan Eng Buat Kenyataan Luar Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nUMNO sanjung tinggi tindakan tidak munasabah kerajaan campuran\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Rayuan arah Mahkamah Tinggi dengar semakan kes Bung Moktar, Zizie\n\n\n\n\n\n\n1 Dis, Harga Produk Berasaskan Roti Keluaran Gardenia Naik\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata Segamat kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan mangsanya meningkat kepada 13,358 mangsa daripada 3,921 keluarga di 77 PPS.\n\n\nPada masa sama, Azmi berkata, sebanyak 16 sungai utama di negeri ini sudah melepasi tahap bahaya, setakat jam 8 pagi ini antaranya membabitkan masing-masing lima di Batu Pahat, empat di Segamat, tiga di Muar serta masing-masing satu di Tangkak, Kluang dan Kota Tinggi.\n\n\nManakala di Pahang, mangsa banjir turut meningkat kepada 2,361 mangsa daripada 719 keluarga setakat pagi tadi berbanding petang semalam, seramai 2,271 orang daripada 691 keluarga.\n\n\nSekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang memaklumkan, enam daerah itu membabitkan Rompin, Temerloh, Maran, Pekan, Bera dan Jerantut.\n\n\nDi Negeri Sembilan juga, lima PPS dibuka dan menempatkan seramai 780 mangsa membabitkan 213 keluarga.\n\n\nSelain itu, Di Melaka, enam PPS dibuka dan menempatkan seramai 375 mangsa daripada 95 keluarga\n\n\nDi Sarawak terdapat satu PPS dibuka yang menempatkan 14 mangsa membabitkan lima keluarga serta di Selangor juga terdapat satu PPS dibuka menempatkan seramai 82 mangsa membabitkan 17 keluarga.\n\n\nJumlah keseluruhan mangsa banjir di enam negeri terus meningkat kepada seramai 40,710 mangsa dilaporkan berada di 288 PPS sehingga jam 8 pagi tadi berbanding seramai 36,191 petang semalam.\n\n\nSementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Rompin, Pahang dan Segamat, Kluang dan Mersing, Johor hingga esok."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/04/kdn-rampas-pelbagai-jenis-al-quran-tiada-perakauan-bernilai-lebih-rm1juta/", "title": "KDN rampas pelbagai jenis Al-Quran tiada perakauan bernilai lebih RM1juta", "body": "0\n\n\nSubang Jaya, Sabtu \u2013 Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas pelbagai Al-Quran bernilai lebih RM 1 juta pada tahun lalu kerana tidak mempunyai sebarang perakuan.\n\n\nSiri semakan yang dijalankan sehingga hari ini mendapati hanya 96 buah naskah sahaja yang mendapat perakuan oleh KDN\n\n\nMenurut, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yusoff, pada tahun ini pihaknya mendapati terdapat\u00a0 naskhah al-Quran dan al-Quran elektronik yang tiada perakuan KDN serta ia bernilai RM 215,000.\n\n\n\n\nTambah beliau, segala jenis mahupun bentuk Al-Quran samada naskhah, audio atau elektronik perlu melepasi dan diperakui oleh KDN terlebih dahulu sebelum proses edaran dan pasaran dibentuk.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan isu ceramah Fahmi di masjid\n\n\n\n\n\n\nMaszlee Malik buat pemohonan maaf terbuka, sebut skrip lucah\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah Puji Usaha Koordinasi Sukarelawan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nGolongan T20 tidak akan terima subsidi haji, elektrik\n\n\n\n\n\n\nCadangan KWSP sebagai cagaran pinjaman tidak wajar \u2013 Kesatuan Pekerja\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, beliau berkata, ini bagi memastikan al-Quran yang ada di dalam negara ini menggunakan kaedah penulisan yang diiktiraf serta bebas kesalahan seperti kesilapan pada titik dan tanda baris serta ketidaksempurnaan pada ayat.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u201cCiri-ciri al-Quran disemak KDN meliputi penulisan Rasm Uthmani, penandaan al-Quran, jumlah bilangan ayat al-Quran, nama-nama surah dan juzuk yang ayat al-Quran serta berpandukan pencetakan Arab Saudi (Mujamma\u2019 Malik Fahd) dan Mesir.\u201d\n\n\n\n\nDalam pada itu, bagi teks al-Quran Tajwid dan Waqaf Ibtida\u2019 berwarna, disemak berpandukan Garis Panduan al-Quran Tajwid Berwarna Berserta Waqaf dan Ibtida\u2019 keluaran KDN.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menghadiri Sidang Media Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan di Subang Jaya hari ini.\n\n\nPelekat Hologram yang diperakui oleh KDN mempunyai teknologi yang tidak boleh ditiru semula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab\n\n\nSehubungan itu, beliau turut menyarankan agar umat Islam di negara ini untuk peka dan menggunakan naskah Al-Quran mahupun dalam Al-Quran elektronik yang mempunyai pelekat hologram yang diperakui oleh KDN.\n\n\n\u00a0\n\n\nKumpulan penyemak terdiri daripada pakar lajnah tajwid Al-Quran, para tahfiz dan tenaga pengajar yang bertauliah tinggi\n\n\nTerdahulu, beliau hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks al-Quran atau Lajnah Tasheh al-Quran dengan membuat penyemakan terhadap 11 permohonan untuk enam naskhah teks al-Quran (30 juzuk) serta lima bahan teks al-Quran."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/04/kerajaan-anwar-diminta-kembalikan-tanah-rezab-melayu-yang-diceroboh-berjasa/", "title": "Kerajaan Anwar diminta kembalikan tanah rezab Melayu yang diceroboh \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu- Meskipun negara kini mempunyai Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan yang digelar \u2018pakar ekonomi Asia Tenggara\u2019, belanjawan Malaysia masih gagal meliputi isu Tanah Rizab Melayu.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBahkan, sehingga kini belum ada mana-mana kerajaan yang menyediakan satu peruntukan khas menggantikan Tanah Rizab Melayu dalam setiap pembentangan belanjawan tahunan negara.\n\n\n\n\nPresiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim berkata, isu Tanah Rizab Melayu perlu dimasukkan di dalam intipati Belanjawan 2023 bagi menebus dan mengganti semula bahagian yang telah diambil.\n\n\n\n\n\u201cSebenarnya Tanah Rizab Melayu yang diambil cukup luas, sembilan juta hektar iaitu hampir 23 juta ekar.\n\n\n\u201cJadi maknanya, perlu setiap tahun mana-mana menteri kewangan memasukkan di dalam bajet negara untuk kita menebus kembali mana-mana tanah yang telah pun diambil dan diganti semula Tanah Rizab Melayu,\u201d katanya.\n\n\nPada masa sama, beliau turut menggesa kerajaan \u2018Malaysia Madani\u2019 yang diketuai Anwar supaya berani mengambil kembali tanah-tanah yang diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.\n\n\n\u201cAmbil tanah ini dan jadikan ia sebagai Tanah Rizab Melayu sebagai ganti kepada tanah yang telah diambil.\n\n\n\u201cBila lagi nak diganti kalau bukan sekarang?,\u201d katanya. \u2013 ISMAWEB"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/04/kerajaan-perlu-tegas-noktahkan-tidak-iktiraf-uec-i-guru/", "title": "Kerajaan perlu tegas noktahkan tidak iktiraf UEC : i-Guru", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nPresiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGURU), Ustaz Mohd Azizee mengutarakan bahawa isu Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC)\u00a0 ini tidak wajar dibangkitkan dan perlu diberi solusi segera.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nUstaz Azizee menyarankan agar isu UEC tidak lagi menjadi polemik masalah di dalam negara ini\n\n\nUstaz Azizee menggesa kerajaan untuk tampil melakukan ketegasan yang jelas bahawa sijil UEC berkenaan tidak akan diiktiraf di dalam silibus pendidikan negara agar tidak timbulnya isu polemik oleh mana-mana pihak tertentu.\u00a0\n\n\nUEC tidak wajar diiktiraf kerana ia mampu menghakis status ketuanan Melayu di negara ini\n\n\nSelain itu, beliau turut berkongsi pandangan, mengenai faktor di sebalik timbulnya isu UEC ini walaupun sudah jelas dimaklumkan oleh KPM bahawa ia tidak akan\u00a0 dipertimbangkan pengiktirafan sijil berkenaan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaklumat Dakwa Fenomena Aphelion Mula PALSU\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadikan saya calon pilihan terakhir\u201d \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\ni-Biaya ganti Skim Rumah Pertamaku\n\n\n\n\n\n\nBersatu Johor Berhasrat Rujuk Kembali Bersama PH\n\n\n\n\n\n\nTiada rakyat Malaysia terbabit gempa bumi Singkil, Aceh\n\n\n\n\n\n\n\n\nTegas beliau juga, menteri-menteri yang terlibat tidak perlu lagi berdolak dalih berkenaan isu UEC dan segera memuktamadkan status sijil berkenaan di negara ini.\u00a0\n\n\nFadillah Yusof mahu meraih mahu penjelasan mengapa UEC tidak perlu diiktiraf\n\n\nTerdahulu, Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berhubung isu Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC).\n\n\nTimbalan Perdana Menteri berkata, pertemuan itu bagi membolehkan beliau mendapatkan penjelasan berhubung alasan di sebalik keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mengiktiraf sijil berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/04/kwsp-umum-dividen-konvensional-5-35-syariah-4-75-untuk-2022/", "title": "KWSP umum dividen konvensional 5.35% , Syariah 4.75 % untuk 2022", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0\u00a0\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen sebanyak 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional bagi tahun 2022.\n\n\nManakala 4.75 peratus pula untuk Simpanan Syariah.\n\n\n\n\nKadar dividen itu lebih rendah berbanding tahun 2021, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 6.10 peratus dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah.\n\n\nKadar dividen KWSP mengikut simpanan Konvensional dan Syariah tahun 2022\n\n\nKadar itu juga adalah terendah sejak tahun 2020 bagi Simpanan Konvensional (5.20 peratus) dan terendah juga bagi Simpanan Syariah, sejak skim ini mula diperkenalkan pada tahun 2017.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri angkat sumpah Menteri Besar Terengganu\n\n\n\n\n\n\n\u2018Penyakit\u2019 pencerobohan tanah merebak ke Selangor\n\n\n\n\n\n\nMAS mesti berani ubah kepada pakaian lebih sopan untuk kru penerbangan\n\n\n\n\n\n\nSambut hari raya dengan wadah kesatuan dan ukhuwah Islamiah\n\n\n\n\n\n\nCadangan Penubuhan Jawatankuasa Siasatan Khas Tan Sri Azam Baki\n\n\n\n\n\n\n\n\nDividen itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP di ibu negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/04/lesen-percuma-tidak-dapat-diberikan-kepada-semua-b40-anthony-loke/", "title": "Lesen percuma tidak dapat diberikan kepada semua B40 \u2013 Anthony Loke", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan tidak dapat menanggung semua golongan B40 yang mahu mendapatkan lesen motosikal Kelas B2 dan lesen teksi, bas serta e-hailing, secara percuma seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023.\n\nMenteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata hanya individu golongan B40 yang berdepan kesulitan dari segi keupayaan kewangan sahaja, akan dipertimbangkan untuk menerima manfaat program berkenaan.\n\n\nYang pertamanya, bukan kita dapat tanggung untuk semua\u2026sudah tentu tidak dapat kita tanggung semua. Yang dimaksudkan ialah ada mungkin kita ada program, inisiatif yang di mana kita memberikan bantuan untuk mengambil lesen ini kepada golongan B40 dan juga untuk pemandu yang ingin mendapatkan PSV dan GDL.\n\n\n Itu yang sedang kita akan bangunkan dari segi mekanismenya dan akan kita umumkan mekanisme bagaimana untuk memohon dan sebagainya. \n\n\nJadi ada peruntukan RM4 juta lebih untuk kita menampung perbelanjaan untuk membantu khususnya golongan B40 tetapi sudah tentu bukannya bermaksud semua orang yang mengambil lesen memandu akan dapat ditampung oleh kerajaan. Itu tak dapat kita buat. Ada sebahagiannya kita dapat bantu.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika diwawancara Bernama TV malam tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZahid Mohon Tangguh Prosiding Bela Diri\n\n\n\n\n\n\nSiasatan perlu adil, tidak kira kawan atau lawan \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nFasa 2 SUKE dibuka tengah malam ini\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: AMANAH mohon maaf kepada UMNO\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi Hadi keluarkan amanat halalkan ajaran menyimpang\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bahawa kerajaan menerusi program MyPSV bersetuju menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen teksi, bas dan e-hailing bagi membantu kumpulan B40, khususnya dalam kalangan belia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/12-warga-asing-kerat-mayat-rakan-dituduh-esok/", "title": "12 warga asing kerat mayat rakan dituduh esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Seramai 12 orang suspek yang ditahan berhubung penemuan mayat lelaki warga asing yang dikerat tanpa kepala dan disumbat dalam bagasi pakaian sebelum ditinggalkan di tepi jalan Kilometer 447, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) pada 17 Januari lalu akan diheret ke mahkamah esok.\n\n\nKesemua suspek dipercayai warga asing itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam jam 9 pagi.\n\n\n\u201cSeorang daripada suspek itu akan dituduh membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.\n\n\n\u201cManakala baki 11 suspek akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 6(1)(c) dengan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresin 1959/63 serta akan turut dijadikan saksi pendakwaan di mahkamah dalam kes ini,\u201d kata jurucakap polis hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHukuman Lebih Kepada Pengajaran, Bukan Penyeksaan\n\n\n\n\n\n\nPersatuan Ulama Sokong Keputusan Kerajaan Kedah\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye diramal pakar tiga hari sebelum kejadian\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Bukan Badan Awam, Layakkah Dapat Peruntukan?\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Rayuan Kes Rasuah Abdul Azeez Ditangguhkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 17 Januari lalu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa\u2019aton Abu Bakar menerusi satu kenyataan mengesahkan penemuan mayat yang kemudian disahkan warga asing.\n\n\nKatanya, polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 11.45 pagi sebelum berjaya menemui keratan badan (pinggang ke atas tanpa kepala) di tepi jalan serta menemui satu bagasi berhampiran keratan badan di lokasi.\n\n\n\u201cHasil pemeriksaan di dalam bagasi pula kita menjumpai serpihan potongan badan dan mayat dalam keadaan tidak sempurna kerana tiada kepala serta kedua-dua tangan dan kaki.\n\n\n\u201cIdentiti mayat dan jantina belum dikenal pasti berikutan mayat tidak lengkap dan tiada dokumen pengenalan diri,\u201d katanya.\n\n\nPada 18 Januari lalu, polis juga mengesahkan identiti mayat itu adalah seorang lelaki warga asing dan punca kematian sebenar mangsa adalah akibat \nMultiple Blunt and Sharp injuries\n yang dikesan pada anggota badannya semasa dibedah siasat di jabatan forensik hospital.\n\n\nHasil siasatan polis terhadap kesemua suspek yang ditahan mendapati motif pembunuhan mangsa berusia 48 tahun itu kerana dendam peribadi.\n\n\nSuspek dan mangsa adalah rakan sekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah pangsapuri di Sungai Buloh.\n\n\nMangsa telah dibunuh dan dikerat di sebuah bilik stor pangsapuri tempatnya bekerja oleh rakan senegaranya sebelum dicampak di tepi lebuhraya PLUS itu. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/13829/", "title": "100 hari Anwar, tiada apa boleh dibanggakan \u2013 Tun M", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA: Tiada sebarang perubahan yang boleh dibangga mampu ditonjolkan sepanjang 100 hari Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri dan menerajui negara, kata Dr Mahathir Mohamad.\n\n\nBekas perdana menteri itu berkata, Anwar hanya menabur janji sahaja untuk melakukan perubahan tetapi hasilnya belum nampak, termasuklah dalam isu pemulihan ekonomi dan menyelesaikan masalah orang Melayu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerdana menteri buat kenyataan tiap-tiap hari, macam-macam nak buat tetapi keadaan tak bertukar, kita masih menghadapi kemelesetan ekonomi, masalah orang Melayu tak ditangani, masalah politik yang tak stabil dan sebagainya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelain daripada itu kita dapati janji yang dibuatnya belum nampak ditunaikan, cakap sahaja, kita lihat apa juga disebut perdana menteri ialah untuk sokongan orang ramai kepadanya,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri program Dialog \u2018Sepentas Perjuangan yang Hilang\u2019 yang turut disertai bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di Yayasan Kepimpinan Perdana.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJenazah Pengerusi MDN Mahmood Zuhdi selamat dikebumi\n\n\n\n\n\n\nWan Fayhsal umum lepas jawatan Ketua Armada BERSATU\n\n\n\n\n\n\nTidak mudah PH-BN rampas negeri Kedah \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Jumlah rasmi mangsa terlibat 92, bukan 94\n\n\n\n\n\n\nKKM perkenal ubat mesra OKU penglihatan dengan tulisan Braille\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas keputusan beliau menyertai PUTRA, Mahathir berkata penyertaan ke dalam parti itu hanya sekadar dijadikan platform untuk memperjuangkan orang Melayu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita pilih Putra sebagai platform sahaja, kita tak memihak semata-mata kepada parti, kalau hanya fikir tentang parti nak bagi menang parti akhirnya orang Melayu macam sekarang hilang kuasa. Saya ingat itu bukan perjuangan yang baik.\n\n\n\u201cPerjuangan yang baik sekarang ini ialah kita ketepikan kepentingan diri, kepentingan parti dan utamakan kepentingan Melayu, kita berada dalam keadaan cukup bahaya, kita tak pernah kuasai ekonomi dan sekarang ini kuasa politik pun sudah hilang,\u201d katanya.\n\n\nDalam perkembangan lain, ditanya keputusan Pejuang yang dipimpin anaknya Mukhriz Mahathir untuk menyertai Perikatan Nasional (PN), beliau berkata terpulang kepada parti lamanya itu kerana beliau bukan lagi ahli.\n\n\n\u201cKita bebas dan negara kita demokrasi , hendak buat apa-apa pun buatlah. Sama ada disambut atau tidak itu soal lain. Saya tidak terlibat dengan Mukhriz sekarang ini sebab beliau Pejuang dan saya sudah keluar Pejuang,\u201d katanya. \u2013 FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/13835/", "title": "Banjir bertambah buruk di lima negeri, 46,683 dipindahkan", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR: Keadaan banjir di beberapa negeri bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 46,683 orang setakat malam ini berbanding 40,854 orang, petang tadi.\n\n\nJohor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 42,704 orang diikuti Pahang (2,860), Negeri Sembilan (613), Melaka (448) dan Selangor (58).\n\n\n\n\n\n\nDi Johor, Kulai kembali banjir menjadikan semua 10 daerah di negeri itu terjejas akibat bencana tersebut.\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) merekodkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 42,704 orang setakat 8 malam ini berbanding 37,258 orang yang direkodkan setakat 2 petang tadi.\n\n\nMenurut JPBN, Segamat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 13,292 orang daripada 3,888 keluarga.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTommy Thomas dakwa Najib selepas terima kertas siasatan lengkap, tiada niat jahat\n\n\n\n\n\n\nLima warga Indonesia kendali bot tempatan tanpa dokumen, ditahan\n\n\n\n\n\n\nHanya Bayar Rm2,500 Boleh Dapat Sijil Vaksinasi?\n\n\n\n\n\n\nUsaha bawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan sudah dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\nBank Negara Malaysia OPR kekal 2.75%\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa diikuti Batu Pahat dengan 12,286 orang daripada 3,558 keluarga; Kluang (5,292 orang, 1,543 keluarga); Muar (3,862 orang, 1,140 keluarga) dan Kota Tinggi (3,257 orang, 873 keluarga).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTurut terjejas ialah Tangkak dengan 2,912 orang melibatkan 866 keluarga; Mersing (911 orang, 264 keluarga); Johor Bahru (517 orang, 178 keluarga); Pontian (327 orang, 87 keluarga) dan Kulai (48 orang, 11 keluarga),\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nDi Pahang, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir menunjukkan peningkatan malam ini dengan 2,860 orang ditempatkan di 23 PPS berbanding 2,388 orang di 21 PPS petang tadi.\n\n\nRompin kekal merekodkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 2,496 orang diikuti Temerloh 306 orang manakala Maran dan Bera masing-masing 29 orang.\n\n\nSementara itu, banjir di Jerantut pulih selepas PPS di daerah itu ditutup 6.30 petang tadi, namun pemantauan akan terus dijalankan.\n\n\nDi Melaka, jumlah mangsa terus meningkat setakat 8 malam ini kepada 448 orang daripada 118 keluarga berbanding 380 orang daripada 97 keluarga pada 2 petang tadi.\n\n\nSekretariat JPBN Melaka dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS di negeri itu manakala satu PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Chohong telah ditutup pada 3 petang tadi.\n\n\n\u201cDi daerah Jasin seramai 63 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di PPS SK Seri Mendapat, 129 orang daripada 31 keluarga di PPS SK Parit Penghulu, 62 orang daripada 24 keluarga di PPS SK Parit Gantong serta 179 orang daripada 43 keluarga di PPS SK Batu Gajah.\n\n\n\u201cDi Alor Gajah, seramai 15 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nDi Negeri Sembilan, Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan jumlah mangsa banjir di negeri ini terus merekodkan penurunan kepada 613 orang membabitkan 153 keluarga di empat PPS di Tampin setakat 8 malam berbanding 711 orang tengah hari tadi.\n\n\nDi Selangor, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 58 orang daripada 14 keluarga berbanding 62 orang daripada 15 keluarga setakat 7.30 malam tadi.\n\n\nMenurut JPBN, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor melaporkan dua PPS iaitu SK Merbau Sempak dan Dewan MPKS Desa Coalfields, Sungai Buloh masih dibuka sehingga kini bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/arab-saudi-janji-selesaikan-isu-penginapan-jemaah-umrah-malaysia/", "title": "Arab saudi janji selesaikan isu penginapan jemaah umrah Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nPresiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH),\u00a0 Datuk Seri Razali Mohd. Sham memaklumkan, pihaknya baru sahaja mengadakan perjumpaan bersama wakil Kerajaan Arab Saudi bagi menyelesaikan masalah kekurangan penginapan di Mekah.\u00a0\n\n\nDatuk Seri Razali Mohd Sham.\n\n\nMenurut beliau, pihak berkuasa Arab Saudi sudah mengambil maklum berhubung isu tersebut dan memberi jaminan akan menyelesaikannya dengan kadar segera.\u00a0\n\n\n\n\nDalam pada itu, pihaknya juga mendapati, isu kekurangan penginapan di Mekah turut membelenggu agensi Pelancongan Malaysia sehingga terpaksa membatal dan menunda tarikh penerbangan jemaah umrah pada saat-saat akhir.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPejuang sah tinggalkan Gerakan Tanah Air\n\n\n\n\n\n\nJangan sentuh isu agama, raja, kaum pada PRN di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nPelancaran MEASAT \u2013 3d Bantu Rapatkan Jurang Digital \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPetanda awal Ahmad Zahid bakal bebas pertuduhan mahkamah\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP Akan Tarik Lesen Subsidi Pengilang Seludup Minyak Masak\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, pihaknya akan segera memaklumkan hal tersebut kepada agensi khusus di Arab Saudi apabila masalah kekurangan itu berulang kembali.\u00a0\n\n\n\n\nTerdahulu, media melaporkan terdapat lebih 400 jemaah Malaysia kecewa setelah mengetahui agensi pelancongan yang sepatutnya membawa mereka mengerjakan umrah terpaksa menangguhkan perjalanan ke Tanah Suci pada saat-saat akhir."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/ismail-sabri-tuntut-ahmad-zahid-tunjuk-tunjuk-surat-ros/", "title": "Ismail Sabri tuntut Ahmad Zahid tunjuk tunjuk surat RoS", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta menunjukkan surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang didakwa menerima resolusi parti supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.\n\n\nPerkara itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berikutan polemik status usul tambahan yang diluluskan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 membabitkan dua jawatan tertinggi parti berkenaan.\n\n\n\u201cMinta dia (Ahmad Zahid) tunjuk surat RoS itu, elok juga kalau boleh tunjukkan (surat) sebab ada dua laporan media berbeza.\n\n\n\u201cSatu kata RoS tolak tapi tak sampai satu hari kata dah luluskan pula. Semua orang keliru.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nShahrir dilepas, bebas kes penggubahan wang RM1 juta\n\n\n\n\n\n\nMOTAC tidak wajar letak pegawai fasih Bahasa Mandarin di KLIA\n\n\n\n\n\n\nPetisyen pilihan raya Gua Musang dibicarakan, Putrajaya ditolak\n\n\n\n\n\n\nRUU Perkhidmatan Parlimen sedang dimuktamadkan \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\nPN berhak rancang tumbangkan kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya pun baca laporan media juga,\u201d katanya.\n\n\nMalam tadi, Ahmad Zahid memaklumkan\u00a0UMNO sudah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengesahkan RoS menerima resolusi parti itu iaitu tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.\n\n\nPresiden UMNO itu dilaporkan berkata, RoS meluluskan usul PAU 2022 supaya dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini.\n\n\nKatanya, perkembangan terbaru itu diterima menerusi surat daripada KDN semalam.\n\n\nBagaimanapun, sebuah portal berita melaporkan RoS yang selesai menjalankan siasatan berhubung aduan diterima daripada dua ahli UMNO, memutuskan usul tambahan terbabit tidak sah.\n\n\nPortal berita terbabit bagaimanapun tidak memetik mana-mana individu atau sumber.\n\n\nPada 20 Januari lalu, dua ahli UMNO menghantar aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti kali ini.\n\n\nAduan itu dikemukakan ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom, yang berharap ROS dapat menentukan sekiranya wujud pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada PAU 2022.\n\n\nMuhammad Aizat Fikri mendakwa atur cara mengemukakan usul tambahan itu tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan UMNO serta peraturan persidangan bahagian dan cawangan.\n\n\nIsmail Sabri yang juga bekas Perdana Menteri turut menggesa RoS membuat keputusan segera bagi menentukan sama ada keputusan PAU itu sah atau tidak sebelum pemilihan parti pada 18 Mac ini.\n\n\nIa bagi memberi laluan kepada ramai calon lain bertanding merebut dua jawatan tertinggi UMNO termasuk mereka yang sudah mengumumkan untuk bertanding jawatan Naib Presiden jika tindakan UMNO itu menyalahi perlembagaannya. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/isteri-maut-ditembak-suami-lebih-lima-das/", "title": "Isteri maut ditembak suami lebih lima das", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Seorang suri rumah maut ditembak oleh suaminya yang juga anggota polis berpangkat lans koperal dalam kejadian di Kangar, Perlis kira-kira jam 6 pagi tadi.\n\n\nKetua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, tembakan berlaku di kediaman pasangan itu di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Jalan Kangar-Alor Setar.\n\n\nKatanya, isteri anggota polis itu maut di dalam sebuah bilik rumah berkenaan.\n\n\n\u201cKejadian berlaku selepas suspek baharu sahaja tamat syif tugasan dan berdasarkan saksi kejadian iaitu bapa mentuanya, dia tiba-tiba mengeluarkan pistolnya jenis Walther P99 dan menembak isterinya yang dikenali sebagai Safsufarnisya Salleh, 27 tahun.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n55 kawasan di wilayah Shah Alam, Klang alami gangguan bekalan air\n\n\n\n\n\n\nTukar tanah wakaf ke tanah rizab Melayu, Perak digesa kaji keputusan\n\n\n\n\n\n\nTragedi ikan buntal, isteri maut suami masuk ICU\n\n\n\n\n\n\nDAP mahu ubah identiti negara, perkukuh naratif Malaysian Malaysia \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nAl Fatihah : Mohd Isa pemimpin tegar, perjuangkan penduduk miskin sejak dulu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSuspek melepaskan lebih daripada lima das tembakan pada jarak dekat mengenai bahagian muka, terutama di bahagian mata sebelah kiri menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian,\u201d katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar hari ini.\n\n\nKatanya, tembakan itu juga menyebabkan bapa dan ibu mentua, anak saudara suspek yang turut mendiami kediaman itu lari meninggalkan rumah.\n\n\n\u201cBapa mentua suspek kemudian menelefon anak lelakinya untuk memaklumkan kejadian sebelum menghubungi polis.\n\n\n\u201cPolis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu pada jam 7.26 pagi pergi ke rumah mangsa dan didapati suspek masih berada dalam rumah.\n\n\n\u201cCubaan untuk meminta suspek menyerah diri gagal apabila suspek mendiamkan diri dalam rumah. Polis berjaya memasuki rumah berkenaan dan didapati suspek hanya duduk mendiamkan diri, di samping pistol masih lagi berada dalam tangannya,\u201d katanya.\n\n\nYusharifuddin berkata, suspek ditahan dan mayat isterinya pula ditemui dalam keadaan mengiring di atas katil di bilik berkenaan.\n\n\n\u201cBeberapa kelongsong peluru turut ditemui di lantai. Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk proses bedah siasat,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan kerana didapati tidak berlaku pergaduhan atau pertikaian di antara pasangan berkenaan yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga.\n\n\n\u201cSiasatan juga akan menjurus sama ada suspek mempunyai masalah mental atau sebagainya.\n\n\n\u201cPasangan berkenaan tidak mempunyai anak dan suspek sudah empat tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut menjelaskan setiap anggota polis boleh membawa senjata api ketika bertugas dan mempunyai kebenaran daripada ketua jabatan masing-masing.\n\n\nKatanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Kangar.\n\n\nSuspek dijangka akan dibawa ke Mahkamah Kangar esok untuk perintah reman."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/ka-siong-sedih-makanan-di-pps-tidak-sempurna/", "title": "Ka Siong sedih makanan di PPS tidak sempurna", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong terkilan dan kecewa dengan kualiti makanan yang dibekalkan kepada mangsa-mangsa banjir.\n\n\nKa Siong mendakwa, selain makanan yang tidak sempurna, pembekal juga lewat menghantar makanan.\n\n\n\u201cAda yang mengadu nasi juga mentah. Serius saya terkilan dan cukup sedih dengan apa yang berlaku,\u201d katanya semasa melawat 105 keluarga yang terdiri daripada 375 orang yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Taman Kota Yong Peng.\n\n\nDakwanya, mangsa-mangsa banjir hanya menerima sarapan pagi pada jam 11 pagi dan makan tengah hari 2 petang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak apologetik pertahan Islam sebagai agama Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Awalkan PRU \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nPH-BN pertimbang fail petisyen pilihan raya bagi empat kerusi \u2013 Amirudin\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor titah pelihara hutan simpan kekal\n\n\n\n\n\n\nMayat dikerat enam dalam bagasi bukan rakyat Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam rakaman video yang dikongsikan di Facebook beliau, Ka Siong menunjukkan mee goreng yang dibekalkan cukup menyedihkan manakala menu tengah hari pula didakwa diberikan dalam kuantiti yang sedikit.\n\n\n\u201cSaya nampak bekalan makanan yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir tidak dibuat dengan baik.\n\n\n\u201cSaya juga telah menghubungi menteri yang berkaitan dan memohon tangani isu ini dengan segera. Kasihanilah mangsa banjir yang sedang berdepan waktu sukar ketika ini.\n\n\n\u201cSaya juga mengatakan bahawa jika kontraktor penyedia makanan tidak mampu memikul amanah ini, lebih baik diberikan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat,\u201d katanya.\n\n\nKa Siong berkata, biarlah mereka bergotong-royong memasak dengan menggunakan barangan keperluan yang telah pun disediakan oleh beliau untuk kegunaan penduduk.\n\n\n\u201cLebih baik kita rewang, masak sendiri, lebih enak, lebih berkhasiat,\u201d ujarnya sambil mendakwa makanan yang dibekalkan itu ada yang tidak dijamah langsung.\n\n\nBeliau yang juga Presiden MCA berkata, di kawasannya sahaja ada 22 pusat penempatan sementara dengan 5,000 orang mangsa banjir.\n\n\n\u201cTolonglah jaga kebajikan mangsa banjir. Mereka ini duduk sini dalam keadaan terpaksa, mereka bukan hendak banjir,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/kkm-pantai-penyakit-bawaan-air-pascabanjir-dr-zaliha/", "title": "KKM pantai penyakit bawaan air pascabanjir \u2013 Dr Zaliha", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau sebarang penyakit bawaan air terutama kencing tikus (\nleptospirosis\n) dan keracunan makanan.\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, dua penyakit tersebut sering berlaku terutama selepas banjir melanda sesuatu kawasan.\n\n\n\u201cKita juga akan menggerakkan pasukan lain (pasukan kesihatan) untuk aktiviti pembersihan terutama di fasiliti-fasiliti kesihatan yang terjejas dengan bencana tersebut,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Nursing Professional Group (NPG) International Nursing Conference 2023 bertemakan\u00a0\nInvest in Nursing: Then, Now and What\u2019s to Come\u00a0\nhari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertembungan Shahrizat-Noraini, apakah jawatan Ketua Wanita milik orang lama?\n\n\n\n\n\n\nSultan Hassanal Bolkiah adakan lawatan khas ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nHarga juadah di bazar Ramadan Bandar Baru Bangi masih `mesra poket\u2019\n\n\n\n\n\n\nShahrir dilepas, bebas kes penggubahan wang RM1 juta\n\n\n\n\n\n\nTerengganu haramkan filem `Pulau\u2019 ikut garis panduan syariah\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir sama Pengarah Kesihatan Melaka, Datuk Dr. Rusdi Abd. Rahman; Pengerusi NPG, Prof. Zahrah Saad dan Pengarah Kejururawatan KKM, SM Devi.\n\n\nDalam pada itu, Dr Zaliha berkata, KKM mempunyai prosedur operasi standard (SOP) ketika berlaku banjir terutama dalam menguruskan pusat pemindahan sementara (PPS).\n\n\nBeliau berkata, antara perkara dilakukan termasuklah melaksanakan aktiviti semburan untuk mengelak penyakit berjangkit selain membuka klinik bergerak sebagai rawatan segera kepada mangsa banjir yang sakit.\n\n\nKatanya, KKM juga masih melakukan saringan Covid-19 kepada mangsa banjir yang berpindah ke PPS."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/malaysia-mungkin-jadi-macam-singapura-lagi-dua-kali-pilihan-raya-tun-mahathir/", "title": "Malaysia mungkin jadi macam Singapura lagi dua kali pilihan raya \u2013 Tun Mahathir", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Malaysia akan menjadi seperti Singapura selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16 dan PRU17.\n\n\nItu kemungkinan dizahirkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersandarkan pandangan beliau iaitu terdapat kemungkinan kerajaan sedia ada akan melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan mengurangkan jumlah kawasan pengundi Melayu.\n\n\nTun Mahathir yang saja dilantik sebagai Penasihat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menjelaskan, pada masa ini kawasan pengundi bukan Melayu akan ditambah yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi corak pentadbiran selepas PRU16 dan PRU17.\n\n\n\u201cSaya berpendapat dalam pilihan raya yang ke-16 dan yang ke-17 akan kita dapati bahawa bahawa kerajaan sekarang, akan buat perubahan supaya kawasan pilihan raya bertukar dan jumlah kawasan Melayu berkurangan dan jumlah kawasan bukan Melayu akan bertambah. Sedikit sebanyak menukar corak pilihan raya yang ada, selepas PRU16, dan PRU17 lebih teruk lagi tiada jaminan bahawa Perdana Menteri bukan daripada orang Melayu. Siapa pun boleh menjadi Perdana Menteri.\u201d \u2013\u00a0\n\u00a0 TUN DR MAHATHIR MOHAMAD / Penasihat Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)\u00a0\n\n\nTun Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang Bersama Tun M di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCALON BEBAS BERSATU DI BAWAH \u2018GAGASAN BEBAS\u2019\n\n\n\n\n\n\nZuraida Masih Mahu Menjadi Menteri\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi di Negeri Sembilan kurang akibat hujan\n\n\n\n\n\n\n2.8 juta pasport pasca Covid-19 dikeluarkan Jabatan Imigresen\n\n\n\n\n\n\n10 terkorban, 20 cedera serangan kejam Israel di Tebing Barat\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, perpecahan parti Melayu di dalam kerajaan yang berkuasa ini akan tidak mempunyai kuasa dan sekiranya tidak berjaga-jaga, negara ini bakal tergadai.\n\n\n\u201cDi waktu ini pun parti-parti Melayu yang ada dalam kerajaan tidak berkuasa dan mereka berpecah kepada tiga buah parti. Saya yakin jika kita tidak berjaga-jaga, PRU akan datang dan kalau undi dapat duit, kita akan pilih orang yang kurang baik dan mereka menggadai negara kita,\u201d\u00a0\n\n\nTurut hadir dalam diskusi ini ialah dua bekas menteri Kabinet, Tan Sri Noh Omar dan Datuk Zuraida Kamarudin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/pdrm-pantau-media-sosial-kumpulan-dikaitkan-dengan-is/", "title": "PDRM pantau media sosial kumpulan dikaitkan dengan IS", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau rapi aktiviti media sosial kumpulan di Malaysia yang dikaitkan dengan Islamic State (IS).\n\n\nKetua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beberapa media tempatan melaporkan bahawa terdapat aktiviti media sosial oleh kumpulan di Malaysia yang dikaitkan dengan IS.\n\n\n\u201cLaporan media itu didapati berasaskan maklumat yang diperoleh daripada Nordic Counter Terrorism Network dari Finland,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nAcryl Sani berkata, PDRM sejak awal telah mengesan dan terus memantau secara rapi penyebaran propaganda melalui media sosial sebagai usaha meraih sokongan kepada kumpulan yang dikaitkan IS.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKelantan kotor, air tidak berkualiti, jalan berlubang\n\n\n\n\n\n\nCeroboh Menara 118, YouTuber ditahan polis Mei tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nPRN Kelantan medan terakhir Ahmad Yakob bertanding politik\n\n\n\n\n\n\nNuramira Akan Didakwa Di Mahkamah Tinggi Syariah Esok\n\n\n\n\n\n\nHarga ayam, telur dijangka diapungkan selepas Jun \u2013 Mat Sabu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSalah satu langkah PDRM adalah mewujudkan kolaborasi rapat dengan agensi keselamatan serantau bagi memantau penyebaran propaganda sedemikian, agar tindakan dapat diambil ke atas pihak yang dikenal pasti terlibat,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, kesemua agensi sedang memainkan peranan secara aktif dan pemantauan telah ditingkatkan bagi memastikan tahap ancaman keselamatan terjamin.\n\n\n\u201cOrang ramai dinasihatkan tidak gusar dengan laporan media mengenai aktiviti penyebaran propaganda oleh pihak yang menyokong IS,\u201d katanya.\n\n\nAcryl Sani berkata, berdasarkan situasi semasa, PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan negara adalah terkawal."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/penjadualan-semula-spm-2022-bagi-533-calon-bermula-16-mac/", "title": "Penjadualan semula SPM 2022 bagi 533 calon bermula 16 Mac", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \u00a0Penjadualan semula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 bagi 533\u00a0calon yang tidak dapat menduduki\u00a0peperiksaan itu akibat banjir akan bermula 16 Mac ini.\n\n\nMenteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ia melibatkan 450 calon di Johor, Pahang (79) dan Sarawak (empat) bagi kertas mata pelajaran Ekonomi, Sains, Fizik dan Sains Rumah Tangga yang berlangsung pada 1 dan 2 Mac lepas.\n\n\n\u201cKita akan bermula pada 16 Mac tetapi juga akan lihat dari semasa ke semasa khususnya persediaan logistik dan lain-lain yang terkait rapat. Kita berharap cuaca bertambah baik supaya tidak bertambah penjadualan semula dan\u00a0kita boleh tumpu kepada yang terjejas tempoh hari sahaja,\u201d katanya.\n\n\nFadhlina berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Massa #terimakasihcikgu peringkat kebangsaan di sini hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerbaharui tekad dan ibrah sempena Israk Mikraj \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nLelaki tabur paku ditahan polis\n\n\n\n\n\n\nSogokan rasuah kepada pengundi bukan amalan Pas\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan ini petunjuk kerajaan dalam ketakutan \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nSPNB bina 500 RMR di Kelantan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata 17 sekolah di Johor dan dua di Pahang terjejas banjir setakat ini,\u00a0dan beliau akan ke Johor esok untuk meninjau sekolah yang terkesan supaya bantuan sewajarnya dapat diberikan selain menziarah guru yang terlibat bencana itu.\n\n\nMenurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) juga akan memberi tumpuan kepada reka bentuk sekolah yang hendak dibina dengan rekaan kalis bencana, khususnya di lokasi kerap berdepan bencana seperti banjir.\n\n\nPada perkembangan lain, Fadhlina berkata, KPM sedang melaksanakan beberapa tindakan bagi mengatasi masalah kekurangan guru khususnya di Sarawak sebelum sesi persekolahan baharu bermula pertengahan\u00a0Mac ini.\n\n\nBeliau berkata, antaranya\u00a0ialah soal penempatan guru yang sedang dilihat bersama antara Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali\u00a0dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).\n\n\nPada majlis itu, Fadhlina juga mengumumkan tema Hari Guru tahun ini iaitu \u2018Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI\u2019 yang akan disambut di Melaka.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/projek-tebatan-banjir-rm600-juta-dimulakan-jun-ini/", "title": "Projek tebatan banjir RM600 juta dimulakan Jun ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Semua projek tebatan banjir bernilai lebih RM600 juta yang ditangguhkan sebelum ini termasuk di Johor diarah memulakan operasi mulai Jun ini untuk mengatasi masalah banjir di seluruh negara.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu jika tidak segera dilaksanakan akan mengakibatkan isu banjir akan terus berulang selama bertahun-tahun.\n\n\n\u201cOleh itu, kita kita putuskan projek tebatan banjir yang mahal bernilai lebih RM600 juta lebih akan disegerakan, itu kita lulus dan segerakan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSiasatan tiga pemimpin parti politik sentuh 3R di peringkat akhir \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nPelakon, Ridzuan Hashim meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Ketua Polis Negara meninjau pembersihan perumahan mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nIbu mualaf dikurung, anak dipukul dengan penyangkut baju sebab kuat menangis\n\n\n\n\n\n\nAnthony Loke belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cItu hari saya tangguh sebentar kerana kita tak mahu peruntukan untuk bantu rakyat ini ada ketirisan, ada kecurian jadi kita perlu proses tender. Semua projek yang telah diluluskan termasuk di Johor itu harus semuanya beroperasi mulai Jun,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas menyantuni keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina SJK(C) Kampung Tengah di Segamat, Johor Bahru pagi ini.\n\n\nMengulas lanjut, Perdana Menteri turut memberi amaran kepada pihak terlibat agar tidak menggunakan peluang itu untuk mendapat kepentingan sendiri.\n\n\n\u201cDulu kita tangguhkan (tebatan banjir) kerana ada masalah dan saya bagi amaran keras, jangan guna peruntukan semasa banjir ini sebagai peluang untuk dapat dapat habuan tambahan,\u201d tegasnya.\n\n\nSelain itu, Anwar berkata, beberapa projek tebatan banjir baharu di Johor termasuk Segamat dan Kota Tinggi juga akan diberikan peruntukan daripada penjimatan projek sebelum ini.\n\n\n\u201cMenteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) ada bangkitkan beberapa projek baharu (dan) saya beritahu oleh kerana kita boleh jimatkan beberapa kos RM1 bilion, RM2 bilion (daripada) projek lama, wang itu akan dipindahkan untuk menyediakan priojek baharu.\n\n\n\u201cSetakat ini, ianya di Segamat, Kota Tinggi dan kawasan-kawasan yang berat (buruk) dilanda banjir,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/rakyat-jijik-perlakuan-rasuah-pemimpin-diingat-jangan-ulangi-kesalahan-sama/", "title": "Rakyat jijik perlakuan rasuah, pemimpin diingat jangan ulangi kesalahan sama", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan kerajaan yang dipilih dapat mentadbir urus negara secara bijaksana melalui mekanisme yang tidak menyeleweng serta jauh daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa.\n\n\nBaginda bertitah, rakyat semakin celik huruf mengutamakan faktor integriti, amanah dan ketelusan selain mahukan pemimpin menunjukkan sikap lebih sedia mendengar daripada sikap hanya mahu didengari.\n\n\nRakyat sudah terlalu lemas dan berasa amat jijik melihat perlakuan rasuah. Rasuah ialah barah yang menjadi punca kepada berlakunya keruntuhan moral, penindasan, kezaliman, pencemaran, bencana alam, pengangguran dan kemiskinan. Forum Ekonomi Dunia 2019 menamakan rasuah sebagai cabaran paling besar yang anak muda hadapi. Generasi muda merupakan mangsa yang telah digelapkan masa hadapan mereka kerana perbuatan pemimpin yang rasuah.\n\n\nTitah baginda, rakyat semakin lantang mendedahkan isu rasuah dan menolak pemimpin yang menggunakan jawatan untuk kepentingan diri, mengumpul kekayaan untuk ahli keluarga atau menjadi instrumen kepada ahli perniagaan.\n\n\nSultan Nazrin bertitah demikian dalam Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Iskandariah di sini pada Sabtu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTambah baik sistem pengecaman identiti, elak isu mayat tertukar berulang\n\n\n\n\n\n\nKukuhkan hubungan Riyadh \u2013 Kuala Lumpur\n\n\n\n\n\n\nVernakular Gagalkan Perpaduan \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nSelangor tidak iktiraf kahwin luar negara\n\n\n\n\n\n\nSelamat hari lahir ke-98 Tun!\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Sultan Nazrin turut menegaskan bahawa teramat penting raja pemerintah berupaya mentafsir dinamik yang menuntut kepada budaya dan keterbukaan dengan bijaksana.\n\n\nKata baginda, rakyat mengimpikan sebuah kerajaan yang secara berani dan tegas menunjukkan kesungguhan memerangi rasuah serta tadbir urus yang pincang akan merosakkan negara dan akhirnya turut melemahkan takhta.\n\n\nDalam pada itu, baginda mengingatkan pemimpin kerajaan negeri agar tidak mengecewakan kepercayaan baginda dan amanah rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/tiada-keperluan-isytihar-darurat-bencana-banjir/", "title": "Tiada keperluan isytihar darurat bencana banjir", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kerajaan tidak perlu mengumumkan darurat bencana kerana situasi banjir yang sudah mulai surut di beberapa kawasan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu jangkaan hujan juga semakin berkurangan walaupun terdapat isu banjir termenung di sesetengah tempat.\n\n\n\u201cWalaupun ada masalah (banjir) di tempat (air) termenung (bergenang), itu mengambil masa tapi tak perlu darurat setakat ini. Keadaan (banjir) pun dah mulai surut hari ni,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina SJK(C) Kampung Tengah di Segamat pagi ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah pulangkan pasport Syed Saddiq untuk sementara waktu\n\n\n\n\n\n\nSaya sayang Bella lebih daripada anak lain \u2013 Siti Bainun\n\n\n\n\n\n\nMahu Jadi Lebih Cina Daripada Cina\n\n\n\n\n\n\nKonflik Sudan: Dua rakyat Malaysia berjaya dipindahkan ke lokasi selamat\n\n\n\n\n\n\nEmpat beradik maut dalam kebakaran di Muar\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeadaan banjir di beberapa negeri hari ini menyaksikan seramai 48,989 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.\n\n\nJohor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 44,860 orang diikuti Pahang (2,978), Negeri Sembilan (587), Melaka (493) dan Selangor (71).\n\n\nDi Johor setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 44,860 orang membabitkan 13,029 keluarga ditempatkan di 260 PPS meliputi 10 daerah yang terjejas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/viu-hentikan-tayangan-filem-mentega-terbang/", "title": "Viu hentikan tayangan Filem Mentega Terbang", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan, platform penstriman Viu telah menghentikan tayangan filem kontroversi, Mentega Terbang pada 27 Februari lalu.\n\n\nSKMM berkata, pihaknya telah menghubungi Viu sebelum mengesahkan penamatan filem Mentega Terbang walaupun tidak mempunyai kuasa menapis filem dan drama televisyen kerana tidak berada di bawah bidang kuasa.\n\n\nSeksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 menyatakan bahawa penapisan filem atau drama pada platform penstriman tidak terletak di bawah bidang kuasa SKMM. SKMM akan sentiasa bekerjasama dan memberi sokongan teknikal kepada jabatan agama negeri untuk menjalankan siasatan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah.\n\n\nSKMM juga memaklumkan pihaknya komited bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memantau sebarang kandungan yang bercanggah dengan ajaran Islam.\n\n\nFilem yang menyentuh perbezaan dan persamaan agama-agama utama di Malaysia itu, mendapat kritikan orang ramai dan penggiat seni berikutan tayangannya di Viu, bulan lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelepas tembak lelaki Palestin, Israel halang ambulans dekati tubuh mangsa\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah : Majlis Perundingan agama gesa kerajaan kaji semula enakmen negeri\n\n\n\n\n\n\nUMNO dijangka kalah lebih teruk pada PRN\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tumbang, Hadi Awang mengigau \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nPolis Panggil Penganjur Perhimpunan Minggu Depan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Lembaga Penapisan Filem (LPF) menjelaskan, pihaknya tidak mempunyai kuasa ke atas filem bebas terbitan tempatan itu kerana ia hanya dikeluarkan secara dalam talian.\n\n\nSebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar, berkata JAKIM akan bertemu pasukan produksi filem terbabit kerana pihaknya mendapati filem itu bertentangan dengan akidah Islam.\n\n\nFilem Mentega Terbang menerima kecaman hebat daripada umat Islam kerana didakwa mengandungi unsur pluralisme agama yang boleh menjejaskan akidah.\n\n\nFilem itu memaparkan watak Aisyah, seorang gadis berusia 16 tahun yang mencari kebenaran agama dengan membuat kajian perbandingan melalui bacaan kepada teks agama dan berfikiran liberal dalam menerima kerencaman beragama termasuk tidak kisah kepada babi sebagai makanan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/05/zahid-sahkan-dua-jawatan-tertinggi-umno-tidak-dipertandingkan/", "title": "Zahid sahkan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan", "body": "0\n\n\nPETALING JAYA, Sabtu \u2013 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) memutuskan Umno tidak melakukan sebarang kesalahan dengan meluluskan usul tambahan pada Perhimpunan Agung Umno 2022 supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.\n\n\nPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan JPPM itu dimaklumkan oleh Kementerian Dalam Negeri menerusi surat kepada setiausaha agung parti itu.\n\n\nJPPM berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.\n\n\n\u201cSetiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menerima surat bertarikh 3 Mac yang memaklumkan keputusan menteri dalam negeri berhubung usul itu,\u201d katanya dalam satu sidang media.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJemaah Menteri setuju potong gaji 20 peratus setiap bulan\n\n\n\n\n\n\nAngkat sumpah MB Negeri Sembilan berlangsung hari ini\n\n\n\n\n\n\nPemberian PReP kepada golongan homoseksual akan normalisasi LGBT\n\n\n\n\n\n\nKetua Hakim Negara tak boleh paksa cabang eksekutif berunding\n\n\n\n\n\n\nMusibah banjir: Jakim anjur solat hajat, doa selamat\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut surat itu yang dibaca Zahid, Kementerian Dalam Negeri memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13 (1)(c) (14) melalui Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata surat itu adalah satu keabsahan bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden Umno disahkan tidak dipertandingkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni kerana semua klausa dalam perlembagaan parti juga turut diikuti oleh pengerusi tetap.\n\n\n\u201cIni termasuk pengerusi tetap meminta perwakilan menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan usul itu,\u201d katanya yang menambah 95% daripada perwakilan bersetuju.\n\n\nDalam Perhimpunan Agung Umno pada Jan lalu, parti itu meluluskan usul tiada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden dalam pemilihan parti akan datang.\n\n\nBagaimanapun, JPPM pada bulan lalu dilaporkan menyiasat kemungkinan berlakunya pelanggaran perlembagaan parti selepas usul itu diluluskan.\n\n\nSiasatan itu dibuat selepas dua ahli Umno memfailkan aduan kepada JPPM mendakwa tindakan membentangkan usul itu di perhimpunan agung melanggar Artikel 10 perlembagaan parti itu.\n\n\nMereka menegaskan bahawa, sesuatu usul perlu dibentangkan dua minggu sebelum perhimpunan agung, atau tujuh hari sekiranya ia dibentangkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi. \u2013 FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/240-kes-direkod-460-pesalah-ditahan-dalam-operasi-bp3/", "title": "240 kes direkod, 460 pesalah ditahan dalam operasi BP3", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sebanyak 240 kes direkodkan di bawah operasi penguatkuasaan Program Perlindungan dan\u00a0Rondaan\u00a0Biodiversiti\u00a0(BP3) bagi tempoh 2019 hingga tahun lepas di seluruh Semenanjung.\n\n\nMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,\u00a0Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, operasi berkenaan juga berjaya menahan seramai 460 pesalah membabitkan warganegara serta warga asing daripada\u00a0Myanmar, Kemboja, Thailand, Vietnam, China, Bangladesh, Sudan, Pakistan serta Indonesia.\n\n\n\u201cJumlah sitaan bagi kesemua kes berkenaan merekodkan lebih daripada RM112 juta selain\u00a0sebanyak 1,875 jerat yang dijumpai di dalam kawasan operasi telah berjaya dimusnahkan,\u201d katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Renjer Komuniti di bawah BP3 di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nBeliau berkata,\u00a0operasi\u00a0BP3 yang bertujuan untuk\u00a0membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar di kawasan \nhotspot\n itu disertai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara\u00a0(Perhilitan), Jabatan Perhutanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi\u00a0penguat kuasa\u00a0dan badan bukan kerajaan (NGO).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Terpulang kepada budi bicara YDPA\n\n\n\n\n\n\nTetapkan Awal Tarikh Bubar Parlimen & PRU Demi Kestabilan \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nMinta ganjaran demi undi parti tertentu tanda normalisasi rasuah\n\n\n\n\n\n\nSumbangan RM40 juta kepada Turkiye bantuan kecil\n\n\n\n\n\n\nMAT KILAU Cetus Revolusi Industri Perfileman\n\n\n\n\n\n\n\n\nNik Nazmi berkata, antara kawasan \nhotspot\n tersebut adalah kawasan Taman Negara, Hutan Rizab Hidupan Liar, taman-taman negeri, hutan simpan kekal serta\u00a0tapak Ramsar.\n\n\nTerdahulu, pada majlis berkenaan seramai 120 anggota renjer komuniti baharu dilantik\u00a0dalam kalangan veteran Angkatan Tentera Malaysia, veteran PDRM, masyarakat Orang Asli serta komuniti setempat.\n\n\n\u201cPelantikan renjer dalam\u00a0kalangan komuniti ini dapat mengukuhkan lagi penguatkuasaan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat terutama dalam kalangan Orang Asli, pesara tentera dan pesara polis serta komuniti setempat.\n\n\n\u201cUsaha murni ini selari dengan dasar rukun MADANI ke arah mewujudkan Malaysia yang mampan, ihsan dan sejahtera,\u201d kata Nik Nazmi.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lepas\u00a0mengumumkan, kerajaan akan menambah bilangan renjer yang mengawal kawasan hutan kepada 1,500 orang dengan mengutamakan khidmat komuniti Orang Asli, veteran tentera dan polis melibatkan peruntukan RM50 juta. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/afghanistan-masih-larang-wanita-belajar-di-universiti/", "title": "Afghanistan masih larang wanita belajar di universiti", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nGolongan wanita di Afghanistan tetap dilarang daripada menyambung pelajaran mereka ke peringkat universiti walaupun ia baru sahaja dibuka setelah cuti musim sejuk.\u00a0\n\n\nPegawai Taliban memberi pencerahan mengenai kod pemakaian kepada golongan wanita di Afghanistan.\n\n\nLarangan universiti merupakan satu daripada beberapa sekatan yang dikenakan ke atas wanita sejak pemerintahan Taliban kembali berkuasa pada Ogos 2021, lantas ia mencetuskan kemarahan rakyat antarabangsa dan umat Islam di seluruh dunia.\u00a0\n\n\nGolongan wanita di Afghanistan dilarang menunjukkan sehelai rambut dan perlu menutup aurat dengan sepenuhnya .\n\n\nKerajaan itu mula mengenakan larangan tersebut setelah memperlihatkan tuduhan pelajar wanita di negara itu yang mula mengabaikan kod berpakaian yang sepatutnya.\n\n\n \n\n\nNamun, beberapa pegawai kerajaan berkenaan memaklumkan larangan pendidikan wanita adalah sementara, namun mereka tetap gagal mengotakan janji mereka sehingga kini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLelaki Pakistan dihukum mati persenda agama\n\n\n\n\n\n\nNew York pasang penghadang, siap siaga hadapi protes\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia di Rusia, Armenia, Belarus dinasihat berwaspada\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri selamat tiba di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nUAE Bakal Sertai Inisiatif Dana Arab Saudi-Perancis Bantu Lubnan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/akta-dana-politik-had-tempoh-jawatan-pm-akan-dilaksana-secepat-mungkin/", "title": "Akta dana politik, had tempoh jawatan PM akan dilaksana secepat mungkin", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerajaan bertekad melaksanakan langkah-langkah reformasi terutamanya perubahan yang dilihat paling mudah dan cepat dilaksanakan atau \u2018\nlow hanging fruits\n\u2019.\n\n\nMenurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, antara perubahan yang diusahakan termasuk akta dana politik dan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.\n\n\n\u201cJabatan Hal Ehwal Undang-Undang menghargai maklum balas daripada seluruh rakyat Malaysia dalam kami mengusahakan penambahbaikan secara berterusan.\n\n\n\u201cKami memberi jaminan bahawa janji-janji kerajaan masih kekal dan kami tekad membawa perubahan yang dikenal pasti sebagai \nlow hanging fruits\n secepat mungkin,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPM Akui Kelemahan Pengurusan Banjir\n\n\n\n\n\n\n850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan dapat RM200\n\n\n\n\n\n\nPendakwa Fail Pestisyen Rayuan Kes Visa Luar Negara Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nMangsa banjir meningkat lebih 41,000 orang di Johor\n\n\n\n\n\n\nBangunan MACA dijangka dibuka semula 18 Mei depan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, berhubung akta dana politik, pihaknya akan merujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) berkaitan sebelum sesi libat urus diadakan bersama Ahli-Ahli Parlimen.\n\n\nSelain itu, kertas dasar berhubung had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan dibentangkan kepada Kabinet bagi menghasilkan kata putus.\n\n\nManakala jumlah JPKP akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, dengan pengumuman dijangka dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat tidak lama lagi.\n\n\nBerhubung pemisahan kuasa antara ketua hakim negara dan pendakwa raya pula, pihaknya akan meneliti isu berkenaan selepas satu tribunal siasatan khas atau Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu itu diluluskan oleh Kabinet.\n\n\n\u201cTerdapat pelbagai lapisan protokol dan kelulusan yang perlu dilalui Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang untuk melaksanakan reformasi ini.\n\n\n\u201cKerajaan ingin memberi jaminan kepada semua pemegang taruh bahawa dengan sokongan anda serta sokongan seluruh agensi Kerajaan Perpaduan, kami akan melaksanakan reformasi ini dengan sebaik mungkin,\u201d ujar Azalina."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/aniaya-anak-monyet-hingga-mati-moderator-kandungan-tiktok-akan-didakwa/", "title": "Aniaya anak monyet hingga mati, moderator kandungan TikTok akan didakwa", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Seorang moderator kandungan TikTok yang disiasat kerana menganiya sesekor anak monyet sehingga mati pada Januari lalu akan diheret ke mahkamah.\n\n\nKetua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada orang awam berhubung perbuatan lelaki itu kira-kira jam 111.25 pagi pada 20 Januari lalu.\n\n\nPengadu mendakwa suspek dalam video itu telah penderaan dengan memukul, mencacatkan anggota badan serta membakar bahagian kaki dan tangan seekor anak monyet menyebabkan ia mati.\n\n\n\u201cPolis kemudian menyerbu sebuah unit kediaman yang beralamat di kawasan Setia Alam, Shah Alam dan menemui suspek bersama beberapa perkakas dan peralatan serta sebuah telefon bimbit yang mengandungi gambar anak monyet yang didera,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO wajar jelaskan dasar parti kepada ahli \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nPengasas Rumah Bonda Didakwa Lagi\n\n\n\n\n\n\nMalaysia mungkin jadi macam Singapura lagi dua kali pilihan raya \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\nGambar dipercayai berunsur seksual adalah tangkap layar aplikasi\n\n\n\n\n\n\nAliran Trafik Di Lorong RFID Lancar\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, polis telah membawa suspek, 37, ke balai polis dan selesai merakam percakapan dan merampas telefonnya untuk membantu siasatan lanjut polis.\n\n\nMalah, empat saksi sudah dipanggil.\n\n\nUjar beliau, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.\n\n\nMohd Iqbal berkata, polis sudah menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara pada 23 Februari lalu supaya siasatan diteruskan untuk mendapatkan laporan hasil analisa daripada pihak forensik bagi telefon bimbit milik suspek yang dirampas,\u201d katanya.\n\n\nJelas Mohd Iqbal, kes ini sentiasa menjadi keutamaan pihak polis dan bukan sambil lewa seperti didakwa oleh sesetengah pihak.\n\n\n\u201cKes ini disiasat secara terperinci melibatkan semua aspek dan tidak timbul sebarang isu berkaitan dakwaan ia tidak menjadi perhatian pihak polis.\n\n\n\u201cPertuduhan ke atas suspek terlibat di mahkamah akan dijalankan dan proses ke arah pendakwaan itu akan dipercepatkan selepas siasatan dilengkapkan,\u201d katanya. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/anwar-janji-kenaikan-gaji-bila-pendapatan-negara-bertambah/", "title": "Anwar janji kenaikan gaji bila pendapatan negara bertambah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kenaikan skim gaji penjawat awam akan menjadi keutamaan kerajaan apabila pendapatan negara bertambah.\n\n\nAnwar memberi jaminan berkenaan sebagai penghargaan terhadap komitmen dan kepantasan semua jentera penjawat awam yang terlibat dalam membantu mangsa-mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas ketika ini.\n\n\n\u201cSaya ingat elok lah saya menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua penjawat awam, bukan sahaja yang ada di sini tetapi juga di Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan lain-lain yang bertindak bahawa kita bangga.\n\n\n\u201cKita ingin memberikan dokongan dan galakan dan ada yang tanya tentang skim gaji itu, bila pendapatan negara bertambah, skim gaji akan jadi keutamaan penjawat awam. Insya-Allah,\u201d kata\n berkata Anwar ketika berucap pada \nMajlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada Isnin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCukai barangan mewah : beg dan jam tangan mewah antara tersenarai\n\n\n\n\n\n\nKedutaan Malaysia di Sudan ditutup sementara\n\n\n\n\n\n\nGangguan Seksual, Polis Sahkan Kereta Peronda milik IPD Petaling Jaya\n\n\n\n\n\n\nPengasas Rumah Bonda Didakwa Lagi\n\n\n\n\n\n\nISMA Bangi hantar surat bantahan, papan tanda cemar imej wanita\n\n\n\n\n\n\n\n\nUcapan terima kasih beliau juga dizahirkan kerana keikhlasan penjawat awam dalam menguruskan situasi bencana banjir tanpa perlu menunggu arahan.\n\n\nMalah semalam dalam lawatan ke Johor beliau dapati\u00a0 usaha membantu mangsa banjir dilakukan dengan pantas.\n\n\nSelain laporan dan pertemuan dengan semua pihak termasuk\u00a0 pegawai daerah, Menteri Besar, dan Ketua Polis, beliau bersyukur semuanya yang dilakukan tanpa menunggu arahan.\n\n\nSebelum ini, Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat mendakwa kali terakhir penjawat awam menerima\n \nkenaikan gaji\n tahunan adalah pada tahun 2012 lalu.\u00a0\n\n\nPada pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari lalu, Cuepacs kecewa tiada kenaikan gaji penjawat awam kerana desakan kos sara hidup."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/bekalan-barang-kawalan-cukup-menjelang-ramadan/", "title": "Bekalan barang kawalan cukup menjelang Ramadan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan barang kawalan khususnya ayam dan telur mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang Ramadan ini.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk memastikan bekalan barang kawalan itu mencukupi.\n\n\n\u201cSetelah minggu lepas, data-data daripada Kementerian Pertanian menunjukkan kita bersedia untuk ke arah mencukupkan bekalan menjelang hari raya.\n\n\n\u201cMaklumlah bekalan ini turun naik, jadi bekalan ayam itu telah stabil dan kita kena perhatian agar telur juga akan cukup menjelang hari raya ini,\u201d katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen PKR Buta Sejarah Cadang Kaji Semula Perkara 153\n\n\n\n\n\n\nAzlan Man didakwa buat tuntutan palsu bernilai RM1.18 Juta\n\n\n\n\n\n\nKP Imigresen ditukarkan berkuat kuasa hari ini\n\n\n\n\n\n\nLoh Siew Hong fail rayuan status Islam anak\n\n\n\n\n\n\nLapan individu ditahan dalam skim \u2018kutu Sapiza\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 25 Februari lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu melahirkan keyakinan masalah kekurangan bekalan telur dan ayam menjelang Ramadan ini, dapat diatasi susulan program pemutihan lebih 200,000 pekerja asing yang giat dilakukan sejak bulan lalu.\n\n\nMohamad berkata, ini kerana masalah kekurangan tenaga buruh terutamanya dalam sektor perladangan dan penternakan menjadi antara punca krisis bekalan bahan mentah itu berlaku di negara ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/beri-kepada-ahli-parlimen-atau-tak-peruntukan-tetap-sampai-kepada-rakyat/", "title": "Beri kepada Ahli Parlimen atau tak, peruntukan tetap sampai kepada rakyat", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim terbuka berbincang dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai permintaan menyalurkan peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen, termasuk pembangkang yang kawasannya terbabit banjir.\n\n\nNamun, Perdana Menteri turut menegaskan, semua peruntukan yang diumumkan kerajaan, sama ada untuk bencana banjir atau projek lain tetap akan sampai secara terus kepada rakyat walaupun ia tidak disalurkan menerusi Ahli Parlimen.\n\n\nAnwar berkata, kerajaan tidak mengurangkan sebarang projek pembangunan kepada rakyat termasuk di kawasan pembangkang, sebaliknya ia masih diteruskan walaupun peruntukan masih belum sampai kepada Ahli Parlimen.\n\n\nMengambil contoh di Johor, beliau menegaskan peruntukan bantuan segera banjir berjumlah RM50 juta juga tidak disalurkan kepada kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang juga komponen kerajaan, sebaliknya diberi terus kepada mangsa banjir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nYGMB sumbang bantuan kepada 100 pelajar asnaf\n\n\n\n\n\n\nCuepacs gesa siasat dakwaan menteri buat \u2018kecoh\u2019 di KLIA\n\n\n\n\n\n\nAltimet diumum calon PKR Lembah Jaya\n\n\n\n\n\n\nHarga maksimum minyak masak botol kekal\n\n\n\n\n\n\nSarimah kecewa berita palsu terlantar sakit tersebar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cItu (peruntukan kepada Ahli Parlimen) kita bincang dulu, itu bincang dulu (tapi) dia (Muhyiddin) tak bincang.\n\n\n\u201cDan bukan (kerajaan) tak bagi (peruntukan). Projek (tetap) berjalan di kampung. Macam RM50 juta, dia bising (kononnya) zalim tak bagi pada negeri, (tapi sebenarnya) diberi kepada mangsa banjir.\n\n\n\u201cSeperti di Johor, peruntukan RM50 juta diberi kepada yang memerlukan. Tentu kita selaras dengan negeri tapi tidak kepada negeri.\n\n\n\u201cPeruntukan Parlimen walaupun belum sampai kepada Ahli Parlimen, dia sampai ke bawah. Projek tak kurang, tak potong. Ini tohmahan politik murahan sahaja,\u201d katanya kepada pemberita ketika hadir melawat pameran Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2023 di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nBeliau diminta mengulas permintaan Muhyiddin dalam perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini, yang meminta Anwar menaikkan peruntukan bantuan khas banjir Johor daripada RM50 juta kepada RM100 juta.\n\n\nSelain itu, Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencadangkan supaya kerajaan memberi peruntukan berjumlah sekurang-kurang RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang, yang kawasan mereka dilanda banjir. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/beri-peruntukan-rm300000-kepada-ahli-parlimen-di-kawasan-terjejas-banjir/", "title": "Beri peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen di kawasan terjejas banjir", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nPengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya kerajaan memberi peruntukan sekurang-kurangnya RM300, 000 kepada semua Ahli Parlimen yang terjejas dengan bencana banjir.\n\n\nIni bagi membolehkan mereka menyalurkan bantuan dengan segera kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen masing-masing\n.\n\n\n\n\nMuhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mencadangkan kerajaan bertindak segera meluluskan dana itu kepada seluruh Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen\u00a0 pembangkang yang kawasannya terlibat dengan bencana banjir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRemaja mengaku salah buat aksi \u2018wheelie\u2019\n\n\n\n\n\n\n15 murid, pelajar cedera, van sekolah terbalik diseret lori balak\n\n\n\n\n\n\nPRN : Tidak terbabit secara langsung GPS hanya hantar wakil\n\n\n\n\n\n\nPerlu ada jabatan khas tangani isu dera kanak-kanak \u2013 Raja Zarith\n\n\n\n\n\n\nPelampau Israel lempar kata kesat sambik berarak di Baitulmaqdis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Johor, namun beliau turut mencadangkan ia dinaikkan kepada RM100 juta susulan keadaan banjir di negeri itu kian membimbangkan.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\n\n\nTerdahulu, keadaan banjir di seluruh negara berada pada tahap yang membimbangkan apabila terdapat peningkatan angka mangsa banjir yang kini lebih 53 ribu orang setakat jam 12 tengah hari tadi.\n\n\nDalam pada itu, Johor menghadapi masalah kekurangan peralatan seperti khemah dan tempat tinggal serta kualiti makanan yang diberikan kepada mangsa banjir masih berada pada tahap yang tidak memuaskan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/bung-moktar-dakwa-pemimpin-keluar-parti-tidak-berprinsip/", "title": "Bung Moktar dakwa pemimpin keluar parti tidak berprinsip", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 UMNO Sabah menyifatkan pemimpin parti itu yang keluar parti selepas mendapat kedudukan yang baik sebagai pemimpin yang tidak berprinsip.\n\n\nKetua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pemimpin terbabit juga disifatkan sebagai tidak setia dalam perjuangan selain mementingkan diri.\n\n\n\u201cKita melihat ada dalam kalangan rakan kita yang sudah berhijrah. Mereka mendapat kedudukan dan tempat lebih baik ketika bersama UMNO tetapi hari ini nilai perjuangan mereka sudah jauh tersasar daripada prinsip sebenarnya.\n\n\n\u201cMereka meninggalkan perjuangan UMNO dan lebih memedihkan, mereka mencemuh parti yang menghidupkan mereka hingga berada pada kedudukan sekarang,\u201d katanya dalam perutusan sempena Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 11 Mac dan Persidangan UMNO Bahagian pada 18 Mac ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSyahir tolak pelawaan Rafizi berdebat, ikut jejak \u2018senior\u2019\n\n\n\n\n\n\nPerkenal Harga Lantai Elak Petani Rugi Lambakan Tanaman\n\n\n\n\n\n\nMenu Rahmah akan dilaksana di R&R PLUS\n\n\n\n\n\n\nTidak Hadir Mesyuarat, Tengku Zafrul Nafi Tengok Piala Dunia\n\n\n\n\n\n\nBekalan ayam, telur mencukupi sepanjang Ramadan hingga Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\n\n\nBulan lalu, UMNO Sabah kehilangan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang menjadi komponen baharu dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).\n\n\nMereka ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk) dan Datuk Hamid Awang (Balung).\n\n\nBung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah bagaimanapun menegaskan, masih ramai ahli dan pemimpin setia dengan UMNO dan terus kekal memelihara parti.\n\n\n\u201cYang pergi biarkanlah mereka pergi dan yang setia, akan terus bersama dalam perjuangan ini. Kita pelihara elok-elok dan kita sampaikan pesanan kepada rakyat di luar sana bahawa UMNO sudah kembali dan kita akan kekal di sini,\u201d katanya.\n\n\nSehubungan, itu beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan mahu ahli UMNO bersama-sama mengembalikan semula erti sebenar nilai perjuangan dan pengorbanan dengan penuh keikhlasan jika mahukan UMNO kekal relevan dan menjadi pilihan rakyat.\n\n\nBung Moktar yang turut bertanding mempertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan kali ini turut mengingatkan ahli UMNO di negeri ini supaya merapatkan saf dalam menghadapi cabaran semasa dan akan datang.\n\n\nKatanya, ia penting bagi mendapatkan kemenangan yang hanya dapat dicapai melalui semangat kerja berpasukan ahli UMNO di semua peringkat.\n\n\n\u201cDalam pemilihan kali ini, ahli parti perlu bijak memilih pemimpin yang komited dalam meneruskan agenda perjuangan UMNO. Ini penting bagi memastikan parti keramat ini didukung pemimpin yang ikhlas berjuang dalam membawa aspirasi parti,\u201d katanya.\n\n\nDalam perutusan sama, Bung Moktar turut mengajak ahli UMNO Sabah merenung kembali dan menginsafi susur jalur sejarah perjuangan UMNO yang banyak memberikan jasa serta sumbangan kepada bangsa, agama dan negara. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/empat-adun-pulau-pinang-diarah-kosongkan-kerusi/", "title": "Empat ADUN Pulau Pinang diarah kosongkan kerusi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang diarah meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini selepas usul pengosongan empat kerusi DUN diluluskan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.\n\n\nMereka adalah ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin, Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang).\n\n\nSpeaker DUN, Datuk Law Choo Kiang mengumumkan keputusan tersebut selepas usul yang dikemukakan ADUN Pinang Tunggal, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang mendapat sokongan majoriti ADUN selepas ia dibahaskan 12 wakil rakyat.\n\n\nPersetujuan usul tersebut dibuat menerusi pungutan suara dimana suara yang menyatakan persetujuan lebih ramai dan kuat berbanding tidak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nStatus empat Ahli Parlimen Sabah cetus tanda tanya\n\n\n\n\n\n\n28 Julai kes rayuan pembebasan 40 pertuduhan rasuah Zahid\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin mahu Anwar buktikan keabsahan sebagai PM10\n\n\n\n\n\n\nDua ahli UMNO hantar notis bantahan kepada RoS\n\n\n\n\n\n\nIbu kandung, bapa tiri didakwa eskploitasi seks anak perempuan OKU\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPengisytiharan tersebut diluluskan yang Dipertua Dewan Undangan negeri menurut fasal 14(A)(4) Perlembagaan Pulau Pinang, hendaklah memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa telah berlaku kekosongan kerusi dan bahawa Dewan ini mengambil maklum mengenai usul di bawah fasal (5) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bahawa satu kekosongan luar jangka tidak boleh diisi memandangkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan terbubar dalam tempoh kurang dari dua tahun, dipersetujui.\n\n\n\u201cAhli yang bersetuju lebih ramai maka Dewan memohon supaya empat ADUN terlibat mengosongkan kerusi dan meninggalkan Dewan Persidangan sekarang,\u201d katanya pada persidangan Dewan hari ini.\n\n\nSusulan arahan itu, keempat-empat mereka kemudiannya meninggalkan bangunan DUN kira-kira jam 1 tengah hari.\n\n\nDengan keputusan itu juga, DUN Pulau Pinang ketika ini hanya memiliki seorang ADUN pembangkang iaitu ADUN Pas, Mohd. Yusni Mat Piah.\n\n\nTerdahulu keempat-empat ADUN berkenaan mempertahankan kedudukan masing-masing ketika perbahasan usul itu khususnya berkenaan kelompangan yang terdapat dalam akta tersebut.\n\n\nKeempat-empat ADUN berkenaan menyifatkan usul pengosongan kerusi yang diwakili mereka dibuat secara tergesa-gesa meskipun umum mengetahui tarikh pembubaran DUN akan berakhir Mei ini.\n\n\nSelain itu mereka juga mendakwa usul tersebut juga adalah cubaan untuk \u2018menghalau\u2019 mereka daripada DUN untuk terus menunaikan tanggungjawab kepada pengundi di kawasan masing-masing.\n\n\nSebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sidang DUN yang dijadual hari ini akan membentangkan satu usul bagi tujuan pengosongan empat kerusi DUN berkenaan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kesahihan klausa-klausa dan perkara-perkara di dalam Perlembagaan negeri yang melarang wakil rakyat melompat parti.\n\n\nIa berikutan keputusan panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu yang memutuskan peruntukan di bawah Enakmen Anti Lompat Parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.\n\n\nMahkamah Persekutuan juga memutuskan Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang tidak terbatal kerana ia selaras dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nPerkara 14(A) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/gajah-tunggal-jantan-muncul-di-taman-perumahan/", "title": "Gajah tunggal jantan muncul di taman perumahan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kelibat gajah liar dipercayai sesat yang muncul di hutan berhampiran Taman Perumahan Pandan Damai di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan mengejutkan penduduk di kawasan itu.\n\n\nVideo berdurasi 15 saat itu dikongsikan pemilik akaun Facebook Aril Razel, selain turut tersebar melalui aplikasi WhatsApp.\n\n\nDifahamkan kehadiran gajah itu disedari penduduk taman berkenaan kira-kira jam 5 petang tadi.\n\n\nPengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Daud mengesahkan menerima aduan penduduk berhubung kehadiran gajah tunggal jantan bergading berhampiran taman perumahan tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPahang dedah 29 individu palsu gelaran Datuk, Datuk Seri\n\n\n\n\n\n\nPAS cadang PRK Kuala Terengganu diadakan serentak dengan PRN\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019: anjuran NGO di bawah KBS, sasar belia Muslim\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Elaun guru KAFA dinaikkan RM100\n\n\n\n\n\n\nPolis beri amaran, batalkan `Gang Bang\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, sekumpulan pegawai dan anggota polis bersama kakitangan Perhilitan Pahang sudah berada di lokasi penemuan gajah berkenaan untuk tindakan lanjut sekitar jam 6 petang ini.\n\n\n\u201cBerita mengenai (kemunculan) gajah di situ adalah benar dan usaha sedang dilakukan untuk merantai kaki haiwan itu sebelum boleh dipindahkan ke tempat lain.\n\n\n\u201cKawalan perimetee dijalankan pihaknya bersama Balai Polis Jata Gading memandang lokasi aduan bersebelahan taman perumahan,\u201d katanya ringkas.\n\n\nDifahamkan gajah berkenaan sudah berada di kawasan terbabit kira-kira seminggu lalu berdasarkan keadaan tanah sekitar haiwan itu ditemui."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/guan-eng-dedah-pernah-3-kali-diugut-pecat-oleh-mahathir/", "title": "Guan Eng dedah pernah 3 kali diugut pecat oleh Mahathir", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mendakwa diugut untuk dipecat sebanyak tiga kali oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menentang pemimpin itu sewaktu beliau memikul tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan.\n\n\nGuan Eng berkata, ugutan itu diterima selepas beliau berjaya mendapatkan kelulusan Kabinet daripada hampir setiap menteri untuk tiga inisiatif yang sebelum itu tidak dipersetujui bekas Perdana Menteri berkenaan.\n\n\nTiga inisiatif dibantah Mahathir itu membabitkan pemberian peruntukan tahunan RM3.8 juta kepada Ahli Parlimen kerajaan, selain kajian semula kontrak kerajaan yang diberikan melalui rundingan terus dan tanpa tender terbuka serta cadangan tender terbuka untuk menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti awam.\n\n\nTurut dibantah Mahathir inisiatif pengurangan 18 peratus lebuh raya tol PLUS sebagai langkah pertama ke arah pemansuhan tol.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJasa, bakti TUDM sentiasa disanjung \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nJangan layan khabar angin tarikh 1 Syawal \u2013 JAKIM\n\n\n\n\n\n\nKes Crack House Comedy Club : Amira sudah diberitahu elak sensitiviti agama\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak guna wang kerajaan \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nTindakan Pantas Perlu, Kawal COVID-9 \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nGuan Eng berkata, beliau berjaya mendapatkan kelulusan Kabinet daripada hampir setiap menteri untuk ketiga-tiga inisiatif yang menimbulkan kemarahan Perdana Menteri.\n\n\n\u201cPada setiap tiga peristiwa Mahathir ditolak oleh Kabinet, dia mengugut untuk memecat saya kerana menentangnya atas tiga inisiatif ini.\n\n\n\u201cSaya bersedia untuk dipecat tetapi terus melaksanakan inisiatif pembaharuan yang memberikan manfaat kepada rakyat.\n\n\n\u201cBagaimanapun Mahathir tidak melaksanakan ugutannya, sebaliknya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas kerelaan sendiri pada Februari 2020,\u201d katanya melalui Facebook hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian mengulas kenyataan Mahathir baru-baru ini yang mendakwa DAP tidak mampu mengawalnya semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Guan Eng yang ketika itu Menteri Kewangan, terpaksa meminta kebenaran daripadanya sebelum mahu melakukan sesuatu dalam kerajaan.\n\n\nAhli Parlimen Bagan itu berkata, Menteri Kabinet semestinya memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai sebarang inisiatif pembaharuan yang ingin dicadangkan.\n\n\nKatanya, ia bukan sahaja amalan kebiasaan tetapi juga kerana menghormati kedudukan Perdana Menteri.\n\n\nNamun, beliau berkata, sekiranya Perdana Menteri tidak bersetuju, satu-satunya alternatif yang tinggal kepada menteri ialah merayu kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan.\n\n\n\u201cIni telah saya lakukan sebanyak tiga kali semasa menjadi Menteri Kewangan antara 2018 hingga 2020 dalam mendapatkan kelulusan Kabinet berbanding bantahan keras Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu,\u201d katanya. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/jais-kesal-pihak-timbulkan-persepsi-buruk-pembatalan-ceramah-ustaz-wadi-annuar/", "title": "JAIS kesal pihak timbulkan persepsi buruk pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kesal dengan tindakan individu dan pihak-pihak tertentu yang membuat hantaran kurang tepat berhubung pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar di negeri berkenaan.\n\n\nPengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, susulan hantaran di Facebook penceramah tersebut pada 5 Mac lepas, terdapat\u00a0segelintir pihak membuat komen yang mewujudkan persepsi tidak baik terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pihak berkuasa agama Islam dan kerajaan negeri.\n\n\n\u201cJAIS ingin menegaskan, nasihat yang diberikan kepada pihak penganjur bagi sesi ceramah Ustaz Wadi Annuar adalah selaras dengan ketetapan Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Saman Penyelidik Rasuah, Lalitha Kunaratnam \u2013 RM10 Juta\n\n\n\n\n\n\nOperasi mencari kru kapal jatuh laut diteruskan\u00a0\n\n\n\n\n\n\nAngkat sumpah MB Negeri Sembilan berlangsung hari ini\n\n\n\n\n\n\nPerlu Ada Tindakan Sekiranya Parlimen Bermasalah\n\n\n\n\n\n\nAzalina akui BN-PH kurang bersedia dalam perang media sosial\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cEnakmen berkenaan menetapkan hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam di Selangor,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan dua\u00a0ceramah agama oleh pendakwah bebas tersebut yang dijadual diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjong\u00a0Karang pada 10 dan 11 Mac depan dibatalkan. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/jakim-tiada-kaitan-urusan-tauliah-mengajar-agama-islam/", "title": "Jakim tiada kaitan urusan tauliah mengajar agama Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan, tauliah mengajar agama Islam tertakluk di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama Islam di setiap negeri berpandukan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur sedia ada.\n\n\nSusulan itu, Unit Komunikasi Korporat Jakim menafikan dakwaan kononnya prosedur mendapatkan tauliah mengajar agama Islam ini membabitkan campur tangan pihak pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jakim.\n\n\nKatanya, semua pihak perlu akur dan menghormati sebarang ketetapan yang sudah diputuskan pihak berkuasa agama Islam di peringkat negeri.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMemperingati kejayaan rakyat menentang Malayan Union\n\n\n\n\n\n\nPertandingan Sukan Sekolah Masih Boleh Diadakan\n\n\n\n\n\n\nJawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO masih boleh dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Terus Perkasa Agenda Ekonomi Bumiputera\n\n\n\n\n\n\nKes saman fitnah Dr Mahathir terhadap Zahid bermula 11 September\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita mengambil perhatian terhadap isu tauliah mengajar agama Islam yang hangat diperkatakan di media ketika ini.\n\n\n\u201cTerdapat dakwaan mengaitkan isu tauliah ini membabitkan campur tangan pihak pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jakim.\n\n\n\u201cJadi, kita menafikan perkara itu kerana tidak pernah mencampuri urusan pengeluaran tauliah mengajar agama Islam di negeri seperti didakwa.\n\n\n\u201cSebenarnya ia sudah diputuskan pihak berkuasa agama Islam pada peringkat negeri dan semua pihak perlu menghormatinya,\u201d katanya.\n\n\nJabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengesahkan penceramah, Muhammad Wadi Annuar tiada tauliah mengajar agama Islam di Selangor.\n\n\nPengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, JAIS menegaskan nasihat diberi kepada pihak penganjur bagi sesi ceramah Muhammad Wadi Annuar yang dijadualkan pada 10 dan 11 Mac adalah selaras dengan ketetapan berkenaan.\n\n\nKatanya, mengikut Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016 menetapkan hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara mengenai agama Islam di Selangor.\n\n\nSebelum itu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebelum ini melarang semua ahli politik termasuk Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Dewan Negara menggunakan masjid serta surau di seluruh Terengganu sebagai pentas kuliah atau ceramah.\n\n\nLarangan itu bagi memastikan masjid dan surau tidak disalah guna, selain mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian.\n\n\nSelain kuliah dan ceramah, katanya, larangan turut meliputi pengajaran agama di masjid dan surau, selain bertindak sebagai khatib dan iman solat Jumaat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/kerajaan-tidak-cadang-turunkan-harga-siling-petrol-diesel/", "title": "Kerajaan tidak cadang turunkan harga siling petrol, diesel", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerajaan tidak berhasrat untuk menurunkan had harga siling semasa minyak petrol RON95 dan diesel bersubsidi kepada tahap lebih rendah.\n\n\nKementerian Kewangan (MOF) dalam jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman web Dewan Rakyat pada Isnin menjelaskan, ia bagi mengelakkan kerajaan berterusan menanggung jumlah subsidi yang lebih tinggi.\n\n\n\u201cBagi terus melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak mentah di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga siling petrol RON95 dan diesel bersubsidi sehingga kini, sungguhpun harga pasaran sebenar telah melebihi paras harga siling yang ditetapkan,\u201d tambah kementerian.\n\n\nMOF menjawab soalan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) mengenai perancangan kerajaan berkaitan penstrukturan semula subsidi minyak petrol.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy, Khaled dan Johari berjaya merebut jawatan Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nSindiket Kuota Umrah: SPRM tahan pengarah urusan agensi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM\n\n\n\n\n\n\nPDRM buru ahli kumpulan ajaran sesat `SiHulk\u2019\n\n\n\n\n\n\nKeluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali gesa kerajaan dedah laporan penuh\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, kementerian itu menegaskan, kerajaan sedang meneroka langkah menambah baik pemberian subsidi secara lebih bersasar bagi mengurangkan ketirisan serta mengimbangi tanggungan subsidi dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.\n\n\n\u201cDalam masa yang sama agar penjimatan subsidi dapat digunakan bagi mengoptimumkan perbelanjaan untuk program dan projek yang memberi nilai tambah kepada ekonomi negara,\u201d menurut MOF. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/kpm-tidak-bercadang-wujud-silibus-baharu-berkaitan-patriotisme/", "title": "KPM tidak bercadang wujud silibus baharu berkaitan patriotisme", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang mewujudkan silibus baharu berkaitan patriotisme.\n\n\nTimbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, ini kerana KPM telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memberi pendidikan awal mengenai sistem demokrasi negara kepada pelajar sekolah.\n\n\n\u201cMalah, KPM sentiasa meningkatkan kesedaran (dalam kalangan pelajar sekolah) sebagai persediaan menjadi pengundi (muda),\u201d katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nBeliau menjawab soalan tambahan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) sama ada kementerian akan mewujudkan satu silibus bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar, selain melahirkan anak muda yang celik politik. \u2013 Bernama\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir Johor meningkat hampir 40,000\n\n\n\n\n\n\nHanya Sempadan Negara Sahaja Tutup \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nZahid lantik \u2018orang\u2019 sendiri kukuhkan kedudukan\n\n\n\n\n\n\nPDRM tidak kompromi pihak sentuh sensitiviti agama & kaum\n\n\n\n\n\n\nTrafik ke Utara dan Pantai Timur Sesak"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/kpwkm-tidak-kompromi-kualiti-makanan-di-pps/", "title": "KPWKM tidak kompromi kualiti makanan di PPS", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekalan bahan basah terhad antara punca timbulnya isu kualiti makanan yang dibekalkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) baru-baru ini.\n\n\nMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, susulan isu itu, pihaknya sudah mendapatkan penjelasan daripada katering terbabit dan mereka mengakui sukar mendapatkan bekalan bahan basah sehingga menjejaskan kualiti makanan yang disediakan.\n\n\nKatanya, KPWKM tidak berkompromi dalam kualiti penyediaan makanan kepada mangsa banjir di PPS.\n\n\n\u201cKami ada menerima satu aduan berhubung isu kualiti makanan di PPS di Sri Medan di Batu Pahat dan sudah mendapatkan penjelasan daripada pihak katering terbabit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKWSP Akan Lancar I-Sayang Tahun Depan\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful mengaku tak bersalah minta, terima rasuah RM6.9 juta\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat khas namakan calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa antara 10 bekas pemimpin UMNO isi borang sertai PAS\n\n\n\n\n\n\nKorek agenda buku Thommy Thomas ke lubang cacing \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMereka mengakui ada kekurangan dari segi kualiti makanan disebabkan susah hendak mendapatkan bekalan bahan basah dan terpaksa pergi jauh.\n\n\n\u201cAmaran sudah diberikan tetapi buat masa ini bukan senang untuk mencari katering baharu sebab itu kita bertolak ansur untuk membantu menyelesaikan masalah ini,\u201d katanya ketika mengadakan tinjauan di PPS Sekolah Kebangsaan ( SK) Kota Dalam Ayer Hitam hari ini.\n\n\nNancy berkata, setakat ini beliau difahamkan masalah itu sudah reda dan pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut membantu rakyat di kawasan terbabit.\n\n\nKatanya, tiada sebarang masalah jika mangsa banjir melakukan gotong-royong menyediakan makanan.\n\n\nMenurutnya, paket makanan bungkus atau retrort akan diagihkan kepada mangsa banjir pada hari pertama mereka di PPS.\n\n\n\u201cTerpulang kepada mangsa sama ada mahu menjalankan gotong-royong untuk menyediakan makanan. Kami amat mengalu-alukan.\n\n\n\u201cRewang atau gotong-royong terpulang kepada persetujuan mangsa, sebab ada mangsa tidak mahu kerana hendak pulang rumah untuk mencuci dan bersihkan rumah.\n\n\n\u201cSekarang ini terpulang kepada pihak di sini kalau mereka bersetuju rewang, maka kita tiada masalah,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menerusi video yang dikongsi di facebooknya meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan kualiti makanan yang diagihkan kepada mangsa banjir.\n\n\nBekas Menteri Pengangkutan itu mendakwa makanan itu tidak sempurna, malah pembekal menghantar makanan lewat kepada mangsa banjir."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/lebih-200-guru-tidak-lapor-diri-tolak-tawaran-penempatan-ke-sarawak/", "title": "Lebih 200 guru tidak lapor diri, tolak tawaran penempatan ke Sarawak", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Seramai 222 daripada 3,227 guru \none-off\n\u00a0yang diberi penempatan ke Sarawak tidak melaporkan diri atau menolak tawaran itu sehingga 30\u00a0September tahun lepas.\n\n\nKementerian Pendidikan (KPM) menerusi jawapan lisan di laman web Parlimen hari ini memaklumkan, 3,227 guru \none-off\n itu merangkumi 2,621 guru lantikan tetap dan 606 guru lantikan secara \nContract of Services\n (CoS) yang ditempatkan di Sarawak.\n\n\n\u201cUrusan pengambilan guru akan dilaksanakan berterusan dari semasa ke semasa tertakluk kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran,\u201d menurut kementerian itu.\n\n\nIa bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) mengenai bilangan guru pengambilan \none-off\n dan CoS yang tidak melapor diri atau menolak tawaran ke Sarawak serta tindakan diambil KPM untuk mengisi kekosongan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTawaran RM10 juta: SPRM akan ambil tindakan undang-undang\n\n\n\n\n\n\nPas kekal jadi pembangkang konstruktif, tidak sertai Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nCuti umum Johor ditambah hari Isnin\n\n\n\n\n\n\nKes Dera Bella : diberi makan 20 cili padi seminggu\n\n\n\n\n\n\nPuting Beliung Terbangkan Bumbung Rumah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut KPM, guru kelahiran Sarawak diberikan keutamaan untuk ditempatkan di negeri kelahiran mereka berdasarkan kekosongan perjawatan dan keperluan opsyen.\n\n\nBagi pembangunan profesionalisme guru baharu, KPM telah melaksanakan Program Pembangunan Guru Baharu untuk membimbing dan membantu secara profesional dan berstruktur bagi membolehkan guru baharu mengadaptasi persekitaran, budaya dan komuniti sekolah.\n\n\n\u201cGuru baharu juga menerima bimbingan secara berterusan daripada guru mentor yang dilantik dalam meningkatkan kompetensi profesionalisme terutamanya kemahiran dan kepakaran bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) dapat disampaikan dengan lebih berkesan,\u201d kata KPM. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/mindef-lancar-dipkn-tahun-ini-gubal-akta-berkaitan-industri-pertahanan-negara/", "title": "Mindef lancar DIPKN tahun ini, gubal akta berkaitan industri pertahanan negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kementerian Pertahanan (Mindef) akan melancarkan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) tahun ini sebagai usaha berterusan kerajaan menyokong perkembangan industri pertahanan negara.\n\n\nMenteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, DIPKN akan melakar pelbagai inisiatif dan dorongan untuk memacu perkembangan industri tersebut.\n\n\nBeliau berkata, penggubalan akta berkaitan industri pertahanan juga akan dilaksanakan memandangkan Malaysia memerlukan kerangka perundangan yang teratur untuk memacu keberhasilan industri pertahanan nasional.\n\n\n\u201cSaya menyarankan agar pelbagai sesi sumbang saran dilaksanakan bagi membolehkan semua pemegang taruh dalam industri pertahanan dapat memberikan idea dan kecerdasan dalam penggubalan akta tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHenti sebar berita palsu, tunggu pengumuman rasmi tarikh hari raya\n\n\n\n\n\n\nMukhriz Dakwa Keputusan Tanam Durian Dibuat Ahmad Bashah\n\n\n\n\n\n\nPengundian Awal PRN Sarawak Bermula\n\n\n\n\n\n\nBekas KPN pertahan Akta SOSMA bukan zalim, bukan salah guna kuasa\n\n\n\n\n\n\nDewan Serbaguna & Ruang Solat dinamakan sempena Siti Sarah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHarapan saya, dengan pelaksanaan DIPKN dan penggubalan undang-undang baharu tersebut, industri pertahanan negara akan melalui transformasi yang radikal,\u201d katanya ketika berucap pada sesi ramah mesra bersama 60 orang wakil pemain industri pertahanan tempatan di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nSesi berkenaan adalah aktiviti Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia\u00a0(MIDES) yang dikelolakan\u00a0Mindef serta turut dijadikan antara agenda utama kementerian berkenaan.\n\n\nPada masa sama, Mohamad berkata, sektor industri pertahanan berupaya menjadi pemangkin\u00a0penting pertumbuhan dan kebolehsaingan ekonomi negara jika dibangunkan secara strategik.\n\n\n\u201cWalaupun Malaysia masih jauh terkebelakang dalam sektor ini, kita mempunyai pelbagai potensi untuk membangunkannya. Kita adalah ekonomi yang liberal, usahawan kita\u00a0vibrant\u00a0(bertenaga) dan universiti kita mempunyai pelbagai kemampuan penyelidikan termaju.\n\n\n\u201cPaling penting, industri ini didukung penuh oleh kementerian dan kerajaan. Justeru, kedudukan dan prestasi ini tidak boleh dibiarkan dalam keadaan sedia ada,\u201d katanya.\n\n\nSehubungan itu, beliau berkata, MIDES merupakan salah satu strategi penting kementerian bagi mengenal pasti syarikat-syarikat yang berkemampuan dalam industri itu\u00a0serta berperanan menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur.\n\n\nBegitu juga Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA\u201923)\u00a0yang mana ia merupakan arena untuk pemain industri meneroka pelbagai jaringan dalam perniagaan pertahanan, katanya.\n\n\n\u201cKementerian juga mesti giat meneroka pelbagai perjanjian bilateral dengan pelbagai negara yang berfokus kepada kerjasama dalam industri ini. Kita mesti beroperasi dalam ekosistem kolaborasi yang lebih luas, pelbagai dan dinamik.\n\n\n\u201cSaya menyeru agar kerjasama lebih erat dibangunkan terutamanya dengan pelbagai universiti dan institusi penyelidikan negara dengan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan atau STRIDE menjadi penyelaras segala kerjasama ini,\u201d katanya.\n\n\nTurut hadir Ketua Setiausaha Mindef, Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Panglima Tentera Udara, Jen. Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/motac-cadang-wajibkan-syarikat-pengendali-umrah-sediakan-perjanjian-dengan-jemaah/", "title": "Motac cadang wajibkan syarikat pengendali umrah sedia perjanjian dengan jemaah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) bercadang mewajibkan setiap syarikat pengendali umrah supaya menyediakan perjanjian dengan jemaah dalam usaha melindungi hak pengguna.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perjanjian itu antara lain menyatakan terma dan syarat terpakai, jadual, pakej yang ditawarkan berserta peruntukan mengenai ganti rugi sekiranya terdapat salah laku oleh syarikat pengendali umrah atau jemaah.\n\n\n\u201cIa adalah selaras dengan Peraturan 6(1A)(d) di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482),\u201d katanya menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengenai langkah diambil kerajaan untuk menangani isu kenaikan kos mengerjakan ibadah umrah di Arab Saudi menerusi laman web Parlimen hari ini.\n\n\nDalam pada itu, King Sing berkata, Motac melihat secara serius isu peningkatan harga kos umrah melibatkan kos penginapan, logistik dan tiket penerbangan dengan ia didakwa berlaku berikutan permintaan yang tinggi daripada jemaah seluruh dunia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKaji Semula Anggota SUHAKAM, Lantik Individu Ada Jati Diri\n\n\n\n\n\n\nApakah petisyen pengampunan Najib dibincang Jumaat ini?\n\n\n\n\n\n\nProjek tambak laut: Hanya satu pulau dibina\n\n\n\n\n\n\nRM31 juta dibelanja hadapi tuntutan waris Kesultanan Sulu\n\n\n\n\n\n\nSaudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah \u2013 Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Luar, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia, Suruhanjaya Persaingan Malaysia, Malaysia Airlines Berhad dan AMAL by Malaysia Airlines pada 31 Jan lepas.\n\n\nMesyuarat itu turut dihadiri wakil persatuan pengendali umrah iaitu Persatuan Syarikat Pengendali Pelancongan Bumiputera Malaysia; Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia; dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji.\n\n\n\u201cBerdasarkan mesyuarat tersebut Motac, Kementerian Pengangkutan dan AMAL by Malaysia Airlines akan mengadakan perbincangan lanjut untuk mengenal pasti strategi penyeragaman agihan jualan tiket penerbangan bagi meminimumkan kenaikan kos penerbangan umrah,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, secara tidak langsung, ia akan memberi ruang kepada syarikat pengendali umrah mendapat harga tiket penerbangan yang lebih kompetitif untuk ditawarkan kepada jemaah umrah. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/pemandu-langgar-enam-kenderaan-positif-ganja/", "title": "Pemandu langgar enam kenderaan positif ganja", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nLelaki tempatan yang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan, sehingga merempuh enam buah kenderaan yang sedang menunggu lampu isyarat\u00a0 berhampiran Lebuh Raya Bukit Jalil, Kuala Lumpur disahkan positif ganja.\u00a0\u00a0\n\n\nKetua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dalam kenyataannya berkata, lelaki berusia 40 tahun itu memandu dari arah bangunan Astro menghala ke bulatan Lumba Kuda dipercayai hilang kawalan.\n\n\n\n\nBeliau berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 10.30 pagi pada Sabtu lalu itu hanya menyebabkan kerosakan kenderaan yang terlibat dan tidak membabitkan sebarang kecederaan.\u00a0\n\n\n\u201cSiasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila kenderaan yang dipandu suspek telah hilang kawalan lalu melanggar 6 buah kenderaan yang sedang berhenti di lorong kiri dan kanan jalan bagi menunggu lampu isyarat terbalik di antara kenderaan yang terlibat,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKelibat Ismail Sabri tak kelihatan pada taklimat Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nKenapa hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK \u2013 DAP\n\n\n\n\n\n\nPeratus Keluar Mengundi Menggalakkan\n\n\n\n\n\n\nNational Task Force bubar, Op Benteng ditamatkan\n\n\n\n\n\n\nDasar pendidikan tinggi perlu dikaji semula \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas Zam Halim, suspek ditahan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan diarahkan untuk menjalani ujian air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.\u00a0\n\n\nHasil ujian mendapati suspek positif dadah jenis ganja \nTetra Hydrocannibol\n (THC) dan kini ditahan di IPD Dang Wangi.\n\n\nSiasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/permainan-harga-tawaran-pakej-dan-kerenah-jemaah-antara-punca-terkandas/", "title": "Permainan harga, tawaran pakej dan kerenah Jemaah antara punca terkandas", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Tiga faktor iaitu permainan harga oleh pengusaha hotel, tawaran pakej ejen pelancongan Indonesia lebih tinggi dan kerenah jemaah Malaysia adalah antara faktor yang menyumbang kepada isu jemaah umrah terkandas serta tiada penginapan di Makkah dan Madinah.\n\n\nBerikutan sambutan menggalakkan jemaah seluruh dunia untuk mengerjakan haji dan umrah, pengusaha dan pemilik hotel di Arab Saudi didakwa lebih mengutamakan keuntungan dan tawaran harga lebih tinggi.\n\n\nPengurus Umrah Muqmeen Travel and Tours Sdn. Bhd., Mohd. Khairil Azwan berkata, disebabkan itu biarpun ada syarikat ejen pelancongan yang sudah membayar deposit, namun tempahan dibatalkan pada saat akhir dan diberi kepada syarikat lain yang menawarkan harga atau meletakkan deposit lebih tinggi.\n\n\nBeliau berkata, begitu juga dengan faktor kuasa pembeli di Indonesia menjadikan harga pakej umrah yang ditawarkan antara syarikat pelancongan Indonesia dan Malaysia sangat jauh beza.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUsaha Merangka Pendekatan Lestari Dakwah Dalam Negara\n\n\n\n\n\n\nSebar ajaran bukan Islam kepada orang Islam boleh diambil tindakan\n\n\n\n\n\n\nMaklumat Dakwa Fenomena Aphelion Mula PALSU\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri perlu hormati keputusan PAU 2022\n\n\n\n\n\n\nSelangor tidak iktiraf kahwin luar negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPakej ekonomi ditawar syarikat umrah Indonesia bermula pada harga RM10,000 seorang manakala di Malaysia masih ada yang menawarkan bawah RM7,000.\n\n\n\u201cJadi harga pakej syarikat Malaysia memang tidak lagi relevan pada waktu ini, bila syarikat Indonesia kenakan pakej ekonomi pada harga berkenaan, mereka boleh tawarkan harga tinggi bagi tempahan atau pajakan hotel.\n\n\n\u201cYang tawar harga rendah memang akan ditolak secara automatik oleh pihak hotel,\u201d katanya.\n\n\nMohd Khairil memaklumkan, beliau juga sudah mengadakan pertemuan dengan beberapa pengusaha hotel di Makkah dan Madinah bagi mengutarakan isu kos penginapan dan pembatalan tempahan saat akhir.\n\n\n\u201cMereka dedahkan sebab keutamaan kepada jemaah Indonesia berbanding Malaysia. Kata mereka jemaah Indonesia bayar lebih tapi kurang permintaan atau tiada permintaan lain, berbeza jemaah Malaysia, bayar rendah tetapi minta bermacam-macam.\n\n\n\u201cJemaah Indonesia tidak kisah dari segi jarak hotel, makan atau minum yang penting pada mereka adalah sampai di sana.\n\n\n\u201cMereka rata-rata tidak kisah tapi jemaah Malaysia berbeza. Mahu bayar harga rendah selepas itu mahu hotel yang dekat 50 meter, 10 meter ke Masjidilharam sedangkan mereka tahu situasi semasa di sana.\n\n\n\u201cJadi mereka yang mahu ke sana kena ubah pemikiran, kalau hendak dapat hotel dekat, makanan disediakan memang pakej itu perlu RM10,000 dan ke atas,\u201d katanya.\n\n\nJelasnya, syarikat ejen pelancongan umrah yang mempunyai \u2018panel\u2019 hotel di Arab Saudi juga menghadapi masalah sama kerana semuanya berbalik kepada tawaran harga tertinggi.\n\n\n\u201cMemang ada syarikat yang sudah ada \u2018panel\u2019 hotel mereka di sana tetapi perlu diingat persaingan untuk menempah hotel sangat tinggi, jadi ia tetap kembali kepada siapa yang menawarkan harga lebih tinggi.\n\n\n\u201cContoh kita syarikat ejen pelancongan yang ada modal, kita boleh sahaja untuk buat tempahan atau pajak bilik selama setahun, itu tidak jadi masalah selagi ada modal.\n\n\n\u201cNamun kita juga perlu bersaing dengan syarikat ejen pelancongan dari negara lain seperti Mesir, Afrika, Indonesia yang turut mahu membuat tempahan dan mereka meletakkan deposit, jadi terserah mereka hendak letak beberapa, kebiasaan lebih tinggi.\n\n\n\u201cJadi ini juga menyumbang kepada kekurangan bilik, sebab kuota untuk bilik pada harga normal sudah habis kerana sudah diambil syarikat lain,\u201d katanya.\n\n\nSabtu lalu, hampir 400 bakal jemaah kecewa selepas sebuah agensi pelancongan memaklumkan penangguhan penerbangan ke Tanah Suci bagi menjalani ibadah umrah pada saat akhir.\n\n\nLebih mendukacitakan, apabila kumpulan pertama yang sepatutnya berlepas pada 25 Februari lalu, menerima mesej dua hari sebelum penerbangan dengan alasan tiada kekosongan hotel di Makkah.\n\n\nSemalam, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH) sudah mengadakan perjumpaan dengan wakil Kerajaan Arab Saudi bagi menyelesaikan masalah kekurangan penginapan di Makkah yang membelenggu agensi pelancongan. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/pn-berhak-rancang-tumbangkan-kerajaan/", "title": "PN berhak rancang tumbangkan kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan menjatuhkan kerajaan adalah biasa dalam politik.\n\n\nBeliau berkata, PN berhak untuk meneruskan rancangan menumbangkan kerajaan maskipun ada yang meremehkan perkara itu.\n\n\n\u201cItu satu kenyataan politik (kerajaan tumbang) dan biasa berlaku dalam politik, undi tidak percaya dan dapatkan SD (Akuan Bersumpah), penyokong kerajaan berpaling (tadah). Itu berlaku.\n\n\n\u201cKita melihat ada tanda-tanda yang menunjukkan dalam kerajaan yang ada ini perasaan tidak puas hati bersama-sama komponen sendiri. Ada berlaku. Sebab itu sesuatu tidak mustahil berlaku,\u201d katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSiti Nuramira Dibebaskan Dengan Jaminan JAWI\n\n\n\n\n\n\nSyahir tolak pelawaan Rafizi berdebat, ikut jejak \u2018senior\u2019\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Inggeris, Adibah Noor Pelopor Penggunaan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nNajwan tetap tercalon walaupun bersifat perkauman\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid arah bina jambatan Bailey di Selancar\n\n\n\n\n\n\n\n\nPresiden Pas itu berkata, sekalipun ada titah daripada Yang di-Pertuan Agong, ia tidak menjadi penghalang kepada pihaknya untuk melakukan perubahan dalam negara demokrasi ini.\n\n\n\u201cMemang berlaku dalam negara demokrasi (tumbangkan kerajaan). Kenyataan Yang di-Pertuan Agong satu kenyataan tidak jadi kata putus yang menghalang untuk perubahan dalam negara demokrasi.\n\n\n\u201cMengikut Raja-Raja Perlembagaan, Raja di bawah Perlembagaan. Perlembagaan kita masih menjunjung demokrasi,\u201d katanya.\n\n\nAbdul Hadi berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta Ahli Parlimen Marang itu berhenti mengigau menumbangkan kerajaan.\n\n\nMengulas dakwaan seorang wakil DAP yang melabelkan PN parti tidak bersih kerana terkait kluster mahkamah, Abdul Hadi menafikan perkara itu.\n\n\nKatanya, walaupun terdapat pemimpin PN didakwa di mahkamah, ia belum dijatuhkan kesalahan.\n\n\n\u201cDia boleh bawa (kita ke pengadilan). Kita terbuka. Macam Pas terbuka boleh dibawa dan kita harap Pakatan Harapan (PH) mesti adil kerana mereka nyata (ada) kluster mahkamah yang sudah dihukum dan dilantik (pegang jawatan) termasuk mereka yang di mahkamah.\n\n\n\u201cYang dibawa ke mahkamah itu dianggap tidak bersalah. Ini (pemimpin) sudah dibawa ke mahkamah tetapi dilantik lagi (jawatan),\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/polis-buka-kertas-siasatan-filem-mentega-terbang/", "title": "Polis buka kertas siasatan filem Mentega Terbang", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka satu kertas siasatan terhadap filem kontroversi Mentega Terbang selepas menerima lapan laporan polis.\n\n\nMenurut Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman di bawah Seksyen 298A KK, Seksyen 505 (b) KK dan Seksyen 233 AKMM 1998.\n\n\n\u201cKes masih dalam siasatan pihak USJT dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,\u201d katanya dalam kenyataan.\n\n\nSejak minggu lalu, filem Mentega Terbang arahan sutradara muda, Khairil Anwar tular selepas dikecam mengandungi babak didakwa seakan-akan mempersendakan Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAwas penipuan ibadah korban!\n\n\n\n\n\n\nJPA Sedia Pertimbang Jawatan Warden Asrama Sekolah Sepenuh Masa\n\n\n\n\n\n\nSanusi perlu taubat nasuha \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nKedutaan Malaysia di Sudan ditutup sementara\n\n\n\n\n\n\nPHEB Akan Adakan Perarakan Pedati Berhala Walau Dilarang\n\n\n\n\n\n\n\n\nFilem berdurasi sejam 45 minit itu menjadi bualan hangat kerana mengandungi babak seorang bapa yang berfikiran terbuka apabila tidak menghalang anak memilih agama, di mana perbuatan itu bertentangan dengan Islam.\n\n\nFilem terbitan syarikat Meng Kheng Entertainment yang ditayangkan pada 19 Januari menerusi aplikasi penstriman dalam talian menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kecaman netizen terhadapnya.\n\n\nJusteru pelbagai pihak tampil membuat laporan yang menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na\u2019im Mokhtar dan Menteri Komunikasi dan Digital mengambil tindakan tegas terhadap penerbitnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/rakyat-tidak-mahu-suntikan-rm1-billion-rakyat-mahu-kwsp-bersasar/", "title": "Rakyat tidak mahu suntikan RM1 billion, rakyat mahu KWSP bersasar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nCadangan agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kian diperhangatkan di Dewan Rakyat pada hari ini.\u00a0\n\n\n\n\nPada sesi perbahasan Belanjawan 2023, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mampu menyelamatkan dana sebanyak RM1 bilion daripada wang yang diperuntukkan buat penambahan RM500 ke dalam akaun pencarum (KWSP)\u00a0 di seluruh negara ini.\u00a0\n\n\nKWSP bersasar amat diperlukan oleh rakyat pada ketika ini, akibat kesan daripada defisit ekonomi negara yang kiam memburuk.\n\n\n\u00a0\nBerhubung perkara itu, beliau menegaskan pencarum tidak mahu suntikan RM1 billion berkenaan tapi\u00a0 hanya memohon agar KWSP secara bersasar dapat diluluskan serta dibenarkan oleh kerajaan.\n\n\nAhli Parlimen Kuantan turut membahaskan cadangan KWSP pada Perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.\n\n\nSementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor turut\u00a0 membangkitkan cadangan yang sama dengan berkata, pencarum memerlukan wang untuk kegunaan ketika ini bagi\u00a0 perbelanjaan sesi persekolahan anak-anak mereka\u00a0 berbanding penyaluran RM500 ke dalam akaun 1 menerusi peruntukan RM1 bilion berkenaan.\n\n\nTerdahulu, pada pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan bersetuju mengkreditkan caruman sebanyak RM500 ke dalam akaun simpanan Akaun 1 KWSP buat pencarum berusia 40 hingga 54 tahun yang memiliki baki kurang RM10,000.\n\n\n\n\n\u00a0\nMenurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, inisiatif berkenaan merupakan solusi kerajaan bagi membantu pencarum membina semula simpanan persaraan yang berkurangan susulan pengeluaran ketika pandemik Covid-19."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/rayuan-tunggakan-cukai-najib-anak-didengar-14-jun/", "title": "Rayuan tunggakan cukai Najib, anak didengar 14 Jun", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Mahkamah Persekutuan menetapkan 14 Jun ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd. Nazifuddin berhubung penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap mereka dalam kes tunggakan cukai pendapatan.\n\n\nPeguam Wee Yeong Kang yang mewakili Najib dan Mohd. Nazifuddin ketika dihubungi berkata, Timbalan Pendaftar Suhaila Haron menetapkan tarikh tersebut semasa pengurusan kes secara dalam talian hari ini.\n\n\n\u201cPendengaran rayuan itu akan berlangsung secara dalam talian,\u201d katanya dan memaklumkan prosiding hari ini turut dihadiri Peguam Kanan Hasil, Al-Hummidallah Idrus.\n\n\nBekas Perdana Menteri dan anaknya itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula lebih RM1.7 bilion cukai tertunggak daripada mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPadah tukar eBelia kepada wang tunai, pelajar berputih mata\n\n\n\n\n\n\nKu Li Bakal Bersara Selepas PRU-15\n\n\n\n\n\n\nPRN Johor Hanya Buang Masa Dan Sia-Sia\n\n\n\n\n\n\nPembalakan Punca Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nLIMA\u201923: Tun M terima anugerah pencapaian sepanjang hayat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.\n\n\nPada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib manakala RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin bagi tempoh antara 2011 dan 2017.\n\n\nPada 9 September 2021, Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan penghakiman terus itu, namun pada 10 Mei tahun lepas mereka memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/06/saifuddin-belum-tengok-surat-ros-berhubung-usul-umno/", "title": "Saifuddin belum tengok surat RoS berhubung usul UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, beliau belum lagi melihat surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung kelulusan terhadap usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.\n\n\nBeliau berkata, setakat hari ini beliau belum berkomunikasi dengan mana-mana pihak berhubung perkara tersebut memandangkan baru tiba dari Manila, Filipina.\n\n\nSaifuddin berkata, beliau tidak mahu membuat kenyataan berhubung surat berkenaan sehingga melihat sendiri surat yang dikeluarkan pihak RoS.\n\n\nBeliau juga akan memanggil Ketua Setiausaha KDN dan pegawainya selepas melihat surat itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEratkan Kerjasama PDRM dan JPJ\n\n\n\n\n\n\nSPRM bongkar penyelewengan sukuk bernilai RM596 juta\n\n\n\n\n\n\nTrafik ke Utara dan Pantai Timur Sesak\n\n\n\n\n\n\nKerajaan guna SPRM sebagai alat politik \u2013 Hamzah\n\n\n\n\n\n\nBadan Kehakiman perlu bebas, neutral dan berwibawa \u2013 Hassan Karim\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tak tengok lagi surat itu, macamana nak tahu cerita itu sebab saya berada di Manila, baru datang sini.\n\n\n\u201cSurat kerajaan ini rahsia besar, sulit. Takkan saya nak tengok melalui WhatsApp, kena beradablah, buat \nproper way\n. Bagi saya peluang tengok surat baru saya panggil. Itu baru betul. Takkan saya nak \nspeculate\n sana sini, takkanlah saya nak keluar kenyataan teraba-raba macam itu,\u201d katanya ketika ditemui di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.\n\n\nSaifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung surat RoS mengenai usul tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO kali ini.\n\n\nSabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sudah menerima surat daripada KDN yang mengesahkan Pendaftar RoS menerima usul parti itu bahawa tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.\n\n\nBeliau berkata, RoS sudah meluluskan usul PAU 2022 supaya dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/07/boleh-bawa-kepada-kekufuran-rosak-akidah-agama/", "title": "Boleh bawa kepada kekufuran, rosak akidah agama", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nFilem Mentega Terbang boleh membawa kepada kekufuran sekiranya perbuatan mereka yang terlibat dalam filem tersebut jelas memperlekeh ajaran Islam yang telah disepakati agama, malah merosakkan akidah umat Islam.\n\n\nPengarah Sekretariat Majlis Ulama ISMA (MUIS), Ustaz Ahmad Syamil Mohd Esa berkata, mereka yang terlibat seharusnya mengucap semula dan bertaubat serta merujuk kepada pakar agama sekiranya terdapat keraguan.\n\n\n\n\n\u201cJika ada kenyataan atau perbuatan mereka yang membawa kefahaman mahupun membawa sudut seolah-olah mereka menyokong dan meredai kepercayaan agama-agama lain boleh membawa kepada kekufuran. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKP Imigresen ditukarkan berkuat kuasa hari ini\n\n\n\n\n\n\nTuduhan Muhyiddin bermotif politik? Anwar tidak campur tangan dakwaan\n\n\n\n\n\n\nApakah petisyen pengampunan Najib dibincang Jumaat ini?\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat bekas PM, menantu berkaitan kontrak kerajaan\n\n\n\n\n\n\nPPV Dibuka Semula, 9,000 Dos Penggalak AZ Diberi Setiap Hari\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMereka yang terlibat dalam pembikinan filem tersebut, selayaknya untuk mengucap semula sebagai tanda berhati-hati dan tetap perlu bertaubat serta bertanya kepada ahli yang pakar dalam isu akidah sekiranya terdapat kekeliruan,\u201d ujar Ustaz Syamil dalam\u00a0\n temubual eksklusif bersama \nTV Pertiwi\n.\n\n\nTambah Ustaz Syamil, filem ini juga tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat awam yang mempunyai pelbagai latar belakang agama.\n\n\nMalah perkara ini juga tidak mahu dilihat sebagai sebuah kepercayaan yang hanya diwarisi secara turun temurun.\u00a0\n\n\n\u201cFilem ini secara peribadi kita lihat ia amat menyentuh sensitiviti agama dan adat melayu dan adat-adat kita yang sudah diterima pakai oleh seluruh norma masyarakat. \n\n\n\u201cKedua, mengenai perkara hiburan, juga kita perlu lihat kita semua perlu ada usaha dari semua pihak, usaha yang serius dan kuat untuk menjelaskan keberagamaan masyarakat ini secara jelas dan terpandu bukan sekadar kita mewarisi agama daripada ibubapa dan moyang kita tetapi Islam yang kita warisi secara peribadi dan jelas,\u201d katanya lagi.\n\n\nBeliau yang juga Pengarah Institut Ulama Al Juwaini berkata, perkara ini mampu menimbulkan syubhat bahawa Islam sebuah agama yang tidak rasional.\n\n\nNamun sebenarnya perkara seperti ini boleh dijelaskan secara ilmiah dan bukan sekadar kepercayaan tanpa berpandu kepada apa-apa sumber.\n\n\nFilem Mentega Terbang mendapat tentangan hebat oleh orang ramai\u00a0 dan penggiat seni tanah air kerana \nmenyentuh perbezaan dan persamaan agama-agama utama di Malaysia berikutan tayangannya di Viu, bulan lalu.\n\n\nJusteru, Ustaz Syamil menegaskan elemen hiburan bukan sekadar tontonan untuk melepaskan tekanan tetapi ia juga sebagai satu jarum yang boleh mempengaruhi masyarakat secara tidak langsung dan perlu mempunyai mesej penting kepada masyarakat awam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/07/kdn-benarkan-usul-jawatan-presiden-umno-timbalan-tidak-dipertanding/", "title": "KDN benarkan usul jawatan Presiden UMNO, Timbalan tidak dipertanding", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan usul tambahan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementerian telah meneliti ketetapan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMN0 2022 dan daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 3 Mac lalu.\n\n\n\u201cMerujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO, Kementerian berdasarkan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO.\n\n\n\u201cBerhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti UMNO akan datang,\u201d kata Saifuddin dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSIFAT JUJUR DAN IKHLAS, AZIMAT 20 TAHUN DI LUAR NEGARA\n\n\n\n\n\n\nPengampunan diraja: UMNO masih perlukan Najib\n\n\n\n\n\n\nPDRM Serah Mahkamah Semak Keputusan\n\n\n\n\n\n\nZahid tidak tahu isu surat RoS tular, usul tambahan disah KDN\n\n\n\n\n\n\nTukar KM Melaka : \u201cTunggu keputusan rasmi\u201d \u2013 Datuk Rauf\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam media melaporkan, Menteri Dalam Negeri itu memaklumkan beliau belum lagi melihat surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung kelulusan terhadap usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.\n\n\nSaifuddin berkata, beliau belum berkomunikasi dengan mana-mana pihak berhubung perkara tersebut memandangkan baru tiba dari Manila, Filipina.\n\n\nSabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sudah menerima surat daripada KDN yang mengesahkan Pendaftar RoS menerima usul parti itu bahawa tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.\n\n\nAhmad Zahid berkata, RoS sudah meluluskan usul Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini.\n\n\nKatanya, tindakan RoS mengesahkan usul tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO membuktikan keabsahan keputusan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/07/kerajaan-perlu-bangunkan-tiga-sektor-jika-ekonomi-tak-gawat-berjasa/", "title": "Kerajaan perlu bangunkan tiga sektor jika ekonomi tak gawat \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan perlu mengambil peluang membangunkan tiga sektor terpenting sekiranya negara tidak mengalami kegawatan ekonomi tahun ini.\n\n\nKetua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, tiga sektor adalah perkhidmatan atas talian, teknologi komunikasi maklumat dan perkhidmatan kesihatan serta hospitaliti.\n\n\nKatanya, sektor perkhidmatan atas talian berpotensi untuk berkembang dan dibangunkan memandangkan ia mendapat sambutan sejak wabak COVID-19 sehingga kini, atas faktor penjimatan kos serta pengurangan tempoh masa pergerakan.\n\n\n\u201cBagi sektor teknologi komunikasi maklumat pula, seeloknya ia diperluaskan kepada sektor kerajaan dan swasta agar manfaat bersama boleh diperoleh seperti teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan (Cloud Computing).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda\n\n\n\n\n\n\nHujan Berterusan Dijangka Sehingga Esok\n\n\n\n\n\n\nTM dedah punca tak perbaharui konsesi Menara KL\n\n\n\n\n\n\nFadhlina sangkal dakwaan Bee Yin\n\n\n\n\n\n\nPerpaduan mesti dipimpin oleh Islam yang berintegriti \u2013 Hadi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDengan wujudnya penyedia perkhidmatan infrastruktur teknologi ini di Malaysia seperti Telekom Malaysia, AWS, Microsoft dan Google, ia mampu memacu pemain industri untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos dan meningkatkan keuntungan, sekali gus membawa limpahan ekonomi,\u201d katanya seperti dilaporkan Ismaweb.net.\n\n\nBeliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat semalam, bahawa Malaysia dijangka tidak akan mengalami kegawatan ekonomi tahun ini.\n\n\n\n\nAhmad berkata, takrifan kegawatan atau kemelesetan ekonomi secara teknikal ada apabila sesebuah negara mengalami penguncupan ekonomi iaitu pertumbuhan negatif suku tahunan sebanyak dua kali berturut-turut.\n\n\nMenurutnya, berdasarkan prestasi pertumbukan ekonomi pada kadar 8.7 peratus tahun lepas, kerajaan menjangkakan ekonomi Malaysia akan berkembang sekitar 4.5 peratus untuk 2023.\n\n\nMengulas lanjut, Mohd Hamdan turut menyarankan kerajaan supaya terus memantapkan sektor perkhidmatan dan hospitaliti negara ini.\n\n\n\u201cIndustri ini akan terus berkembang pesat sejajar dengan perkembangan bilangan rakyat Malaysia, perkembangan peranti dan teknologi kesihatan, penambahan kepakaran dan ekosistem kesihatan yang baik di Malaysia berupaya menarik pesakit dari luar negara untuk mendapatkan rawatan di Malaysia.\n\n\n\u201cBukan itu sahaja, malahan industri berasaskan hospitaliti juga mampu berkembang pesat jika diberi perhatian dan pembangunan bersepadu merangkumi industri penerbangan, perhotelan dan pengangkutan (penerbangan dan lain-lain),\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/07/pencapaian-100-hari-kerajaan-madani-kj-bagi-markah-b-tolak/", "title": "Pencapaian 100 hari Kerajaan Madani, KJ bagi markah \u2018B tolak\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meletakkan gred pencapaian 100 hari pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui kerajaan sebagai B- (tolak).\n\n\nBeliau berkata, markah itu jauh lebih tinggi daripada kadar lulus (\npassing rate\n) kerana dasar jangka panjang kerajaan masih lagi sama.\n\n\nKatanya, pencapaian Ahli Kabinet juga dilihat tidak konsisten dalam usaha membantu Perdana Menteri menggariskan hala tuju yang lebih jelas.\n\n\n\u201cSaya tidak kata mereka tidak bagus namun kurang menyerlah. Kita jangka mereka akan terus ke hadapan dalam membantu Perdana Menteri mentadbir negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah biasa dengan perpecahan \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nDesakan Berterusan Buat KPM Oleh Penduduk\n\n\n\n\n\n\nBina sekolah baharu, NGO desak MB Selangor sokong permohonan\n\n\n\n\n\n\n29 lokasi lihat anak bulan petang ini\n\n\n\n\n\n\nKPT arah UiTM siasat punca data lebih 11,000 pemohon bocor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi markah B- yang saya bagi untuk pencapaian 100 hari Kerajaan Madani sudah cukup tinggi,\u201d katanya menerusi Program Podcast Keluar Sekejap episod 1 pada Selasa.\n\n\nTurut hadir ke program tersebut ialah bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan.\n\n\nKhairy Jamaluddin turut berharap Anwar tidak memegang portfolio Menteri Kewangan selepas tempoh lima tahun akan datang.\n\n\n\u201cDiharapkan Anwar akan melepaskan jawatan keduanya itu selepas melihat ekonomi negara semakin stabil dan mempunyai hala tuju jelas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/07/pm-cadang-proses-rundingan-peruntukan-kepada-pembangkang/", "title": "PM cadang proses rundingan peruntukan kepada pembangkang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, beliau tidak pernah menolak permintaan Ahli Parlimen Pembangkang berkaitan pemberian peruntukkan oleh kerajaan.\n\n\nMenurut Anwar, pemberian peruntukan itu tertangguh lama kerana Perikatan Nasional (PN) tidak pernah cuba memulakan rundingan berhubung perkara itu dengan kerajaan.\n\n\n\u201cSaya cadangkan ada proses rundingan dan kita cari kaedah pada prinsipnya. Yang Berhormat Arau, saya tidak menolak prinsip memberi peruntukan kepada pembangkang seperti yang diberi kepada Ahli Parlimen kerajaan. \n\n\n\u201cItu pendirian saya sejak dulu tetapi proses rundingan belum berlaku, yang ada proses permusuhan. Jadi saya usulkan mula proses rundingan dan saya akan tugaskan Ketua Whip dan menteri berkenaan berunding dan kita putuskan. Kalau cepat selesai, cepat lulus. Kalau selesai esok, lusa kita boleh lulus,\u201d katanya\n\u00a0sebagai jawapan kepada Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) ketika Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgensi-Agensi Minta Mesyuarat PSC Diteruskan\n\n\n\n\n\n\nGPS tumpu kestabilan kerajaan, henti politiking\n\n\n\n\n\n\nAnwar kembali ke PAU selepas 25 tahun\n\n\n\n\n\n\nJangan usik perasan orang Melayu \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nGEG: Kajian kawalan penggunaan rokok, vape dijalankan serentak\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya lagi, situasi itu berbeza berbanding ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di mana pemberian peruntukan yang adil kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bermula dengan rundingan.\n\n\nPerdana Menteri juga menegaskan, beliau tidak mahu pengalaman lama berulang ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak memberi sebarang peruntukan kepada pembangkang.\n\n\nJusteru, Anwar enggan memanjangkan isu berkaitan dan mengarahkan supaya rundingan antara kerajaan dan PN berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang dimulakan segera bagi menyelesaikan isu itu secara tuntas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/07/sumbangan-rm40-juta-kepada-turkiye-bantuan-kecil/", "title": "Sumbangan RM40 juta kepada Turkiye bantuan kecil", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan kerajaan menyalurkan sumbangan berjumlah RM40 juta kepada Turkiye ketika negara itu dilanda gempa bumi kuat yang mengorbankan puluhan ribu nyawa baru-baru ini.\n\n\nMenurutnya, jumlah bantuan itu adalah kecil berbanding bantuan berjumlah ratusan juta ringgit yang pernah diberikan Kerajaan Turkiye di bawah kepimpinan Recep Tayyip Erdogan kepada negara ini ketika pandemik Covid-19.\n\n\n\u201cAda orang kritik kenapa bagi banyak sangat kepada Turkiye? Sebenarnya tak banyak, kita bagi kecil.\n\n\n\u201cSemasa kita hadapi masalah pada awal dulu ketika Covid-19 dan ekonomi menurun, banyak pelabur kita di Turkiye.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPRU15: PH beri laluan kepada calon BN di DUN Tioman\n\n\n\n\n\n\nSerahkan Semula Tugas Kepada Pdrm & Atm\n\n\n\n\n\n\nTekanan Terhadap Pembelian Saham Keterlaluan\n\n\n\n\n\n\n7 Negeri Catat 14,344 Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nMungkin ada rakyat Malaysia jadi tali barut \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada masa itu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan membantu kita cecah ratusan juta ringgit untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kita,\u201d katanya pada Selasa.\n\n\nBeliau berucap pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Pertahanan Awam 2023 dan jamuan makan tengah hari bersama pasukan penyelamat misi bantuan kemanusiaan dan bencana Malaysia ke Turkiye, di Kuala Lumpur.\n\n\nAnwar yang juga Menteri Kewangan menambah, selain hubungan istimewa Malaysia-Turkiye beliau juga memiliki hubungan persahabatan yang baik dengan Erdogan.\n\n\n\u201cJadi jangan kita, bila orang dalam keadaan susah, dia (Turkiye) ringankan (masalah Malaysia)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/07/takiyuddin-dakwa-surat-ros-bercanggah-dengan-kenyataan-saifuddin/", "title": "Takiyuddin dakwa surat RoS bercanggah dengan kenyataan Saifuddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail digesa menjelaskan kriteria dalam memberi pengecualian kepada UMNO daripada mematuhi Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung keputusan usul tambahan untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu.\n\n\nSetiausaha Agung Pas,\u00a0Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa, kenyataan terbaharu menteri berkenaan dilihat bercanggah dengan surat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bertarikh 2 Mac 2023.\n\n\nJelas beliau, surat tersebut mengatakan bahawa jabatan itu mendapati usul tambahan UMNO yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 adalah tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan perlembagaan parti berkenaan.\n\n\nDalam masa yang sama, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) itu berkata, RoS dalam surat yang sama memutuskan usul tambahan berkenaan adalah tidak sah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemuda UMNO saran kerajaan naikkan peruntukan institusi pendidikan agama\n\n\n\n\n\n\n23 sungai di Pantai Timur pada paras bahaya\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Di Lima Negeri Diminta Waspada\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Had sebut harga bagi pembaikan klinik, sekolah daif dinaikkan\n\n\n\n\n\n\nSOSMA : Kaji Semula Bukan Hapuskan, Saya Tidak Setuju \u2013 Musa Hasan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni adalah kerana, sebagai seorang awam, apatah lagi seorang Ahli Parlimen kita telah dapat mengesahkan satu surat yang ditujukan kepada UMNO yang mana dalam perenggan kedua surat ini jika benar mengatakan bahawa berdasarkan semakan dan surat UMNO bertarikh 27 Januari, 2 Febuari dan 14 Febuari, jabatan ini mendapati bahawa usul tambahan UMNO yang diputuskan dalam PAU adalah tidak teratur serta bertentangan dengan bercanggah dengan perlembagaan UMNO.\n\n\n\u201cJusteru dengan kuasa diperuntukkan kepada RoS keputusan usul tambahan yang mana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingan pada pemilihan parti akan datang adalah tidak sah.\n\n\n\u201cSaya tidak tahu surat ini tulen atau tidak tetapi ia bercanggah dengan kenyataan akhbar atau media yang diberikan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan bahawa telah memutuskan memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13 Akta 832 kepada UMNO,\u201d katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nTambah beliau, isu tersebut melibatkan kepentingan awam, sekali gus mencetuskan pertikaian dan kekeliruan parti politik yang lain dalam negara.\n\n\n\u201cKalau inilah amalan yang dilakukan adakah pertubuhan lain boleh mencontohinya, saya mahu tahu daripada Menteri Dalam Negeri, adakah ini fakta bukan duluan yang mengikat (\nbinding precedent\n) untuk mana-mana pertubuhan. Ini adalah perkara cukup penting untuk diperjelaskan oleh pihak kerajaan,\u201d katanya.\n\n\nSaifuddin menerusi kenyataan awal pagi tadi berkata, pengecualian yang diberikan kepada UMNO adalah berdasarkan Seksyen 70 Akta 832.\n\n\n\u201cMerujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO, kementerian (KDN) berdasarkan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan UMNO yang akan datang,\u201d katanya dalam satu kenyataan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/08/anwar-tempelak-hadi-awang-yakin-kerajaan-mampu-bertahan/", "title": "Anwar tempelak Hadi Awang, yakin kerajaan mampu bertahan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kerajaan yang diteraju beliau mampu bertahan sehingga tamat penggal pentadbiran, sekali gus menempelak dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nBeliau ketika berucap di hadapan 100 pegawai diplomatik semalam jelas kelihatan langsung tidak terganggu dengan kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) masih berusaha untuk menumbangkan kerajaan.\u00a0\n\n\n\u201cIni sudah menjadi tugas kerajaan dan pentadbiran hari ini walau apa jua yang disebut Presiden Pas, saya yakin gabungan kerajaan hari ini akan bertahan sehingga akhir penggalnya,\u201d katanya.\n\n\nBeliau menegaskan mengenai perkara itu ketika menyampaikan ucaptamanya pada Sesi Interaksi Perdana Menteri bersama Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia secara maya sempena Sesi Pemukiman Wisma Putra di Putrajaya pada Selasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaszlee Malik buat pemohonan maaf terbuka, sebut skrip lucah\n\n\n\n\n\n\nPenjara, sebatan hukuman gantian paling sesuai bagi 11 kesalahan mati mandatori\n\n\n\n\n\n\nMajikan diharap beri elaun munasabah kepada pelajar latihan industri\n\n\n\n\n\n\nCadangan wajib bayar elaun latihan industri dibawa ke kabinet\n\n\n\n\n\n\nAlami masalah teknikal juruterbang dan pelajar mendarat cemas di Jasin\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Anwar, seluruh rakyat Malaysia termasuk pegawai kerajaan perlu menjunjung tadbir urus yang bagus, malah bersedia untuk membuat pembaharuan sebagai usaha mengembalikan kegemilangan negara.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, beliau juga menggesa ketua-ketua perwakilan diplomatik untuk melakukan yang terbaik demi negara selain pentingnya pegawai serta diplomat Malaysia di luar negara untuk mempamerkan contoh terbaik selaras dengan maksud pemimpin berwibawa.\u00a0\n\n\n\u201cIa bukan sekadar retorik politik. Saya memberi mesej yang jelas kepada Malaysia yang kita akan melakar haluan yang berbeza.\n\n\n\u201cPerubahan ini wajib dilakukan demi menyelamatkan negara ini daripada sebarang keadaan huru-hara yang kita pernah lalui,\u201d tambahnya.\n\n\nSebelum ini, Abdul Hadi mengakui PN sedang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang dipimpin Anwar.\u00a0\n\n\nAbdul Hadi mempertahan kenyataan tersebut dengan memaklumkan perkara itu boleh dilakukan dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang kerana ia mengikut sistem demokrasi negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/08/hanya-bank-negara-boleh-beri-jawapan-opr-naik-atau-tidak/", "title": "Hanya Bank Negara boleh beri jawapan OPR naik atau tidak", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nPersoalan sama ada Kadar Dasar Semalaman (OPR) berpotensi akan dinaikkan lagi pada Mei nanti hanya boleh dijawab oleh Bank Negara Malaysia (BNM).\u00a0\n\n\nPerdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab perkara itu secara ringkas selepas diminta mengulas prestasi mata wang tempatan terus melemah sekali gus akan menjadi faktor kenaikan OPR tersebut.\u00a0\n\n\nAnwar memaklumkan, perkara itu dalam sidang media selepas merasmikan Invest Malaysia anjuran Bursa Malaysia dan Maybank di ibu negara hari ini susulan kejatuhan ringgit berterusan sejak kebelakangan ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). \n\n\n\u201cItu kena tanya Bank Negara (Malaysia),\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCorak kepimpinan jatuhkan pempimpin, dibimbangi sebabkan pembangunan negara tersasar \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nHukuman Lebih Kepada Pengajaran, Bukan Penyeksaan\n\n\n\n\n\n\nTuduhan Muhyiddin bermotif politik? Anwar tidak campur tangan dakwaan\n\n\n\n\n\n\n690 \u2018bookie\u2019 judi Piala Dunia 2002 ditahan\n\n\n\n\n\n\nTiada pindaan rancangan pengeluaran penuh 55, 60 tahun \u2013 KWSP\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, memetik laporan Berita Harian semalam, Ketua Ahli Ekonomi ASEAN dan Asia Selatan Standard Chartered Bank (Singapore) Limited, Edward Lee berkata, kenaikan OPR dijangka berlaku pada Mei ini selepas BNM mengambil langkah luar jangkaan untuk mengekalkan pada paras 2.75 Januari lalu.\u00a0\u00a0\n\n\nBeliau menjelaskan perkara itu dalam nota penyelidikan berkata, pihaknya turut menjangkakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM akan mengekalkan kadar penanda aras pinjaman dan deposit itu pada paras semasa dalam mesyuarat mereka esok.\u00a0\n\n\nSementara itu, pada 18 Januari lalu, BNM menerusi MPC membuat keputusan mengejut dengan mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut tahun lalu.\u00a0\n\n\nOPR dinaikkan bermula Mei, Julai, September dan November tahun lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/08/i-sayang-benarkan-suami-pindah-2-peratus-caruman-kwsp-untuk-isteri/", "title": "i-Sayang benarkan suami pindah 2 peratus caruman KWSP untuk isteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memindahkan dua peratus daripada caruman bulanan mereka kepada akaun isteri melalui kemudahan i-Sayang.\n\n\nIni bermakna, setiap bulan suami akan mencarum sebanyak sembilan peratus dengan baki dua peratus lagi dipindahkan kepada akaun isteri.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kemudahan terbaharu itu adalah hasil kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).\n\n\nBeliau berkata, kemudahan i-Sayang adalah sebahagian daripada usaha berterusan KWSP untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPEMUDAH ditambahbaik, Malaysia destinasi mesra perniagaan \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Pilihan Raya Jika Mahu Bina Kekuatan Dalam Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nJawatan Presiden, Timbalan Presiden biar perwakilan tentukan \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nSeramai 39 cedera akibat mercun di Kelantan sejak 25 Mac\n\n\n\n\n\n\nOps Sudan selesai, 30 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, ia juga akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai perlindungan skim keselamatan sosial formal untuk menabung demi masa depan persaraan mereka.\n\n\n\u201cDengan membolehkan suami untuk mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan, ia memberikan peluang kepada isteri untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang di samping mendapat akses kepada keselamatan sosial dan kewangan yang berkualiti sepertimana yang dinikmati oleh ahli KWSP,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\n\ni-Sayang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nTurut hadir, Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri dan Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.\n\n\nLebih kurang 2.4 juta suri rumah Malaysia tidak bekerja atau berada di luar sektor tenaga buruh, seterusnya tidak mempunyai sebarang bentuk keselamatan sosial, menjadikan mereka lebih rentan terhadap kesulitan dan kejutan kewangan.\n\n\nInisiatif ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan dalam memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita serta menerapkan nilai kekeluargaan selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang berteraskan ciri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.\n\n\nPermohonan i-Sayang boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli), Self-Service Terminal (SST) KWSP, atau di mana-mana cawangan seluruh negara.\n\n\nMaklumat lanjut mengenai i-Sayang boleh didapati di laman sesawang KWSP di\u00a0\nwww.kwsp.gov.my\n atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/08/kwsp-lancar-i-sayang-suami-boleh-carum-dua-peratus-untuk-isteri/", "title": "KWSP lancar i-Sayang, suami boleh carum dua peratus untuk isteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memindahkan dua peratus daripada caruman bulanan mereka kepada akaun isteri melalui kemudahan i-Sayang.\n\n\nIni bermakna, setiap bulan suami akan mencarum sebanyak sembilan peratus dengan baki dua peratus lagi dipindahkan kepada akaun isteri.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kemudahan terbaharu itu adalah hasil kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).\n\n\n\u201cDengan membolehkan suami untuk mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan, ia memberikan peluang kepada isteri untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang di samping mendapat akses kepada keselamatan sosial dan kewangan yang berkualiti sepertimana yang dinikmati oleh ahli KWSP,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWujudkan pegawai agama di hospital\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Ketua Polis Negara meninjau pembersihan perumahan mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nMat London menghembus nafas terakhir di pagi Subuh hening\n\n\n\n\n\n\nTiada Perbincangan Mengenai Kumpulan Sokong Ismail Sabri Dalam Pemilihan UMNO\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\ni-Sayang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 pada Rabu.\n\n\nLebih kurang 2.4 juta suri rumah Malaysia tidak bekerja atau berada di luar sektor tenaga buruh, seterusnya tidak mempunyai sebarang bentuk keselamatan sosial, menjadikan mereka lebih rentan terhadap kesulitan dan kejutan kewangan.\n\n\nInisiatif ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan dalam memperkasakan hak dan menjaga kebajikan wanita serta menerapkan nilai kekeluargaan selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang berteraskan ciri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.\n\n\nPermohonan i-Sayang boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP (Ahli), Self-Service Terminal (SST) KWSP, atau di mana-mana cawangan seluruh negara.\n\n\nMaklumat lanjut mengenai i-Sayang boleh didapati di laman sesawang KWSP di \nwww.kwsp.gov.my\n, atau hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/08/mangsa-banjir-meningkat-lebih-41000-orang-di-johor/", "title": "Mangsa banjir meningkat lebih 41,000 orang di Johor", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nJumlah mangsa banjir di Johor meningkat walaupun keadaan cuaca dilaporkan semakin baik.\n\n\nSeramai 41,543 orang mangsa yang melibatkan 11,818 buah keluarga dari lapan daerah dilaporkan masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).\n\n\nSetiausaha Kerajaan Negeri Johor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, setakat ini tidak ada PPS baharu dibuka bagi penempatan mangsa banjir.\n\n\nMenurut kenyataan, Azmi berkata, Batu Pahat menunjukkan trend peningkatan jumlah mangsa banjir apabila bertambah kepada 29,341 orang daripada 8,278 keluarga di 94 pusat pemindahan sementara (PPS).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMayat nelayan ditemukan dalam perut buaya\n\n\n\n\n\n\nAgensi-Agensi Minta Mesyuarat PSC Diteruskan\n\n\n\n\n\n\nUMNO perlu cari naratif, formula baharu \u2013 Puad\n\n\n\n\n\n\nPAS yakin gelombang Melayu kekal hingga PRN\n\n\n\n\n\n\nRafizi cabar PN jadi pembangkang lebih bagus\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDi Muar pula, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,123 orang (1,240 keluarga) di 21 PPS, manakala Kluang bertambah tiga orang menjadi 1,313 mangsa (367 keluarga) di 12 PPS,\u201d kata Azmi melalui kenyataaan itu.\n\n\nManakala di Muar, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,123 orang melibatkan 1,240 keluarga yang berada di 21 PPS dan Kluang pula mencatatkan 1,313 mangsa 3 mangsa baharu.\n\n\nDalam pada itu, di Segamat, 1,924 mangsa banjir melibatkan 482 keluarga di 32 PPS; Kota Tinggi berkurangan menjadi 1,070 orang daripada 306 keluarga di sembilan PPS dan Pontian terus berkurangan kepada 74 mangsa melibatkan 18 keluarga di sebuah PPS yang masih beroperasi.\n\n\nMenurut Azmi, sebanyak tiga PPS baharu dibuka, namun tiga ditutup menjadikan jumlah PPS yang masih beroperasi sebanyak 198 buah di lapan daerah yang terjejas banjir.\n\n\nJumlah mangsa banjir di Melaka pula menurun kepada 598 mangsa daripada 159 keluarga manakala Pahang kekal dengan 2,255 mangsa melibatkan 653 keluarga.\n\n\nSementara itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan atau ribut petir di beberapa daerah di Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak sehingga petang ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/08/muhyiddin-nafi-ditahan-hanya-beri-keterangan-di-sprm-esok/", "title": "Muhyiddin nafi ditahan, hanya beri keterangan di SPRM esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau telah dipanggil untuk memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 11 pagi esok.\n\n\nMuhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh turut menafikan dakwaan bahawa telah ditahan SPRM semasa bermain golf pada petang tadi.\n\n\n\u201cSaya ingin menjelaskan berita saya ditahan di padang golf hari ini yang disebarkan oleh sebuah portal berita adalah palsu.\n\n\n\u201cHari ini saya hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPusat lindungi mangsa pemerdagangan orang perlu diwujudkan\n\n\n\n\n\n\nDana RM600 bilion: Tengku Zafrul belum dipanggil SPRM\n\n\n\n\n\n\nBekas peguam 1MDB, Jasmine Loo ditahan polis \u2013 Saifuddin\n\n\n\n\n\n\nSebar ajaran bukan Islam kepada orang Islam boleh diambil tindakan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid mohon kes rasuah digugurkan, bicara kes tangguh 1 April\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagaimanapun, esok Khamis saya diminta ke Ibu pejabat SPRM pada pukul 11 pagi,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.\n\n\n\n\nTerdahulu, desas-desus mengatakan Muhyiddin telah ditahan SPRM pada petang tadi tersebar oleh beberapa portal berita.\n\n\nSpekulasi bahawa Muhyiddin akan didakwa tersebar sejak beberapa minggu lalu selepas bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke mahkamah pada 21 Februari lalu.\n\n\nPada Februari lalu, SPRM turut membekukan beberapa akaun milik parti BERSATU kerana dipercayai ada kaitan dengan siasatan agensi itu terhadap dana kerajaan RM92.5 billion yang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik Covid-19.\n\n\nPada 18 Februari lalu juga, Muhyiddin mengesahkan beliau dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) sebagai saksi dan bukannya suspek.\n\n\nBagaimanapun, SPRM kemudian mengesahkan bekas Perdana Menteri itu adalah antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/08/pemimpin-tertinggi-parti-politik-akan-didakwa-sprm/", "title": "Pemimpin tertinggi parti politik akan didakwa SPRM?", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Spekulasi bertiup kencang seorang pemimpin tertinggi parti politik mungkin ditahan dan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.\n\n\nDifahamkan, pertuduhan akan dikenakan terhadap pemimpin parti itu yang dikatakan sebagai \u2018VVIP\u2019, adalah berkaitan siasatan berterusan SPRM terhadap dakwaan penyalahgunaan dana kerajaan.\n\n\nMedia belum boleh mendedahkan identiti pemimpin parti politik itu sementara menunggu pengesahan.\n\n\nCakap-cakap pemimpin itu akan ditangkap sudah berlegar sejak minggu lalu dan semalam tersebar dakwaan di media sosial bahawa rumah pemimpin berkenaan dan anaknya diserbu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar guna kenderaan sedia ada, tolak Mercedes S600\n\n\n\n\n\n\n`Influencer\u2019 antara ditahan dalam Op Samseng Jalanan\n\n\n\n\n\n\nBawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang\n\n\n\n\n\n\n2 helikopter sedia ke lokasi banjir di Pantai Timur\n\n\n\n\n\n\nWakaf Penyelesaian Terbaik Untuk Tanah Orang Melayu P.Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, sehingga kini belum ada mengesahkan tentang dakwaan tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/08/sistem-wakaf-malaysia-jadi-rujukan-pelajar-indonesia/", "title": "Sistem wakaf Malaysia jadi rujukan pelajar Indonesia", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Rabu \u2013 Konsep Wakaf bagi umat Islam boleh diperluaskan dalam pelbagai bidang dan mampu dikembangkan dalam aspek pembangunan yang dapat memberi manfaat besar kepada seluruh umat Islam.\n\n\nSelain wakaf berbentuk tunai dan pembangunan infrastruktur seperti masjid, Yayasan Waqaf Malaysia turut melaksanakan Wakaf Pertanian, Wakaf Air, Wakaf Bencana serta pelbagai lagi bagi membantu umat Islam dalam segenap aspek.\n\n\nMengambil peluang mendalami pengurusan wakaf di Malaysia, seramai lapan orang pelajar dari Fakulti Ekonomi dan Bisnis Islam, Universiti Islam Negeri Raden Intan Lampung, Sumatera Indonesia mendapatkan pendedahan bersama Yayasan Waqaf Malaysia di sini, hari ini.\n\n\nPelajar dari Fakulti Ekonomi dan Bisnis Islam, Universiti Islam Negeri Raden Intan Lampung, Sumatera Indonesia di pejabat Yayasan Waqaf Malaysia\n\n\nProgram pertukaran pelajar yang berlangsung selama dua minggu itu membabitkan kerjasama dengan Universiti Geomatika Malaysia (UGM).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMata pelajaran Pendidikan Islam perlu dikaji semula \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri selamat tiba di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nPenerbangan pertama haji dijangka 21 Mei\n\n\n\n\n\n\nKenaikan harga ayam, KPDN periksa bekalan dengan MAFS\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa ubah dasar kemasukan Matrikulasi\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Naib Canselor UGM, Profesor Dr Ismail Omar, kesedaran berkenaan wakaf sangat penting dan menganggap pendedahan awal kepada pelajar bagi tujuan menarik minat mereka.\n\n\n\u201cJadi pelajar-pelajar ini kita kira sebagai duta-duta kecil kita yang akan membina satu tamadun dan terasnya adalah Islam itu sendiri. Tetapi teras itu sahaja kita tidak melihat dalam konteks teori atau prinsipnya yang kita nak bagaimana hasil daripada kefahaman kita kepada wakif kepada hibbah, Baitulmal itu dapat di membuahkan hasil yang boleh dinikmati dimanfaatkan ummah secara keseluruhan,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Dekan Fakulti Ekonomi dan Bisnis Islam, Universiti Islam Negeri Raden Intan Lampung, Prof Dr Tulus Suryanto berkata, pelbagai bentuk wakaf di Malaysia yang boleh implementasikan di Indonesia dan menjadi rujukan buat para pelajar serta penyelidik.\n\n\nAntaranya Wakaf Pertanian, Wakaf Air dan Wakaf Bencana bagi membantu keperluan hidup umat Islam termasuk mereka yang sedang menghadapi bencana.\n\n\n\u201cKami berharap mahasiswa ini menjadi lengkap ilmunya kerana belajar secara efektif bagaimana mengelola perwakafan yang ada di Malaysia ini menjadi rujukan yang utama kerana secara sitematik tadi pertumbuhan pergerakan dari awal sampai sekarang Yayasan Waqaf Malaysia menurut saya sudah jauh lebih baik,\u201d katanya.\n\n\nNaib Canselor Universiti Geomatika Malaysia, Profesor Dr Ismail Omar (kiri) dan Dekan Fakulti Ekonomi dan Bisnis Islam, Universiti Islam Negeri Raden Intan Lampung, Prof Dr Tulus Suryanto (kanan).\n\n\nBagi \nPengurus Bahagian Dasar dan Pembangunan Yayasan Waqaf Malaysia, \nSyaffina Abdul Rahim,\u00a0pihaknya menyambut baik program seperti ini terutamanya melibatkan para pelajar.\n\n\nMalah, merancang untuk memperluaskan lagi pembangunan wakaf negara yang dilihat sebagai sektor ketiga ekonomi negara.\n\n\n\u201cSaya rasa satu inisiatif yang baik yang mana kebanyakan universiti boleh melihat sekiranya program-program ini dianjurkan dengan melibatkan universiti awam dan sebagainya.\u201d\n\n\n\u201cUntuk perancangan akan datang buat masa ni kita mengadakan pelan strategik 5 tahun Yayasan Waqaf Malaysia yang mana kita nak melihat secara holistik bagi Membangunkan tanah-tanah wakaf di Malaysia bersama pihak Majlis Agama Islam Negeri. Bagi tujuan itu, kita dalam proses merangka beberapa program.\u201d\n\n\nPengurus Bahagian Dasar dan Pembangunan Yayasan Waqaf Malaysia, Syaffina Abdul Rahim (kiri) ketika ditemu bual wartawan Tv Pertiwi.\n\n\nTidak ketinggalan para pelajar yang menjadi peserta program sangat teruja dengan pendedahan berhubung pembangunan wakaf di Malaysia dan sangat menghargai usaha yang sedang dijalankan.\n\n\nMenurut Pelajar Ekonomi Islam UIN Raden Intan Lampung, Muhammad Rafza Mulya Jaya, ia sebagai pengalaman yang lebih baik dibandingkan di Indonesia sekali gus memperoleh ilmu-ilmu yang sebenarnya harus didalami lagi di Malaysia.\n\n\nSelain pendedahan berkenaan wakaf, pelajar UIN Raden Intan Lampung terlibat dengan aspek pengurusan harta umat Islam serta program kepimpinan dan keusahawanan.\n\n\nDalam pada itu, orang ramai yang ingin berwakaf boleh melakukan secara atas talian di portal Yayasan Wakaf atau terus ke kaunter Yayasan Wakaf Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/08/tuntutan-sulu-cubaan-laksana-perintah-survei-bangunan-milik-malaysia-gagal/", "title": "Tuntutan Sulu: Cubaan laksana perintah survei bangunan milik Malaysia gagal", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Individu yang mengaku sebagai bailif yang cuba mendapatkan akses untuk memasuki bangunan Kedutaan Malaysia dan kediaman kakitangan di Paris, Perancis baru-baru ini telah dihalang daripada berbuat demikian.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Pengerusi Sekretariat Khas Sulu hari ini tampil menjelaskan mengenai insiden yang berlaku pada 6 Mac lalu.\n\n\n\u201cPada pagi 6 Mac 2023, individu yang mengakui sebagai bailiff memohon akses kepada premis (Kedutaan Malaysia dan kediaman kakitangan) tersebut untuk tujuan survei, atas alasan mendapatkan perincian hartanah berkenaan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir sangkal kenyataan `Melayu angkuh\u2019\n\n\n\n\n\n\n89.9 % Keluar Bagi Pengundian Awal PRN Melaka\n\n\n\n\n\n\nTun M banyak khilaf dengan PAS, tapi ambil titik persamaan \u2013 Hadi\n\n\n\n\n\n\nSPRM badan bebas, tiada keperluan maklum siasatan kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nKepimpinan Felda, Peneroka Fokus Tangani Isu Dadah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKakitangan diplomatik di kedua-dua premis memaklumkan bailif tersebut, mereka tidak dibenarkan berbuat demikian. Kemudian, bailif berkenaan meninggalkan premis yang dinyatakan. Ini bukan cubaan merampas hartanah (negara),\u201d menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Khas Sulu hari ini yang dikongsikan Azalina menerusi Twitter rasminya.\n\n\nBerdasarkan kepada taklimat guaman yang diberikan kepada pihak Kerajaan Malaysia, bailif berkenaan telah diarahkan oleh Kumpulan Sulu untuk mendapatkan perincian bangunan milik Malaysia itu.\n\n\nAlasan diberikan bagi survei itu adalah untuk memenuhi prosedur Gadai Janji Berkanun yang didaftarkan pada 3 November 2022, dengan Perintah Kebenaran sebelah pihak daripada Mahkamah Perancis.\n\n\nBailif tersebut mendakwa mereka menjalankan tugas berdasarkan kepada Keputusan Separa yang diputuskan mahkamah bertarikh 29 September 2021.\n\n\nBagaimanapun, keputusan itu telah dicabar oleh Malaysia dalam pelbagai prosiding di Perancis dan kawasan bidang kuasa mahkamah yang lain.\n\n\n\u201cKe hadapan, Malaysia berhasrat menggesa Kumpulan Sulu ini untuk tampil dalam mahkamah yang memberikan perintah kebenaran tersebut untuk mendapatkan pembatalan pendaftaran Gadai Janji itu. Gadai Janji Berkanun bukan langkah yang ada kesan penguatkuasaan sepenuhnya.\n\n\n\u201cMalaysia kekal dengan pendirian bahawa setiap misi diplomatik tidak boleh dicabul dan kebal daripada sebarang carian, pengambilan, atau penahanan dibawah Konvensyen Vienna berkenaan Hubungan Diplomatik.\n\n\n\u201cMalaysia kekal dengan pendirian tidak mengiktiraf arbitrasi komersial yang dimulakan oleh oleh penuntut Sulu dan akan terus mempertahan kedaulatan negara menerusi forum perundangan sewajarnya,\u201d jelas kenyataan itu lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/08/zahid-tidak-tahu-isu-surat-ros-tular-usul-tambahan-disah-kdn/", "title": "Zahid tidak tahu isu surat RoS tular, usul tambahan disah KDN", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nSelepas tular di media sosial, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, beliau tidak mengetahui mengenai surat RoS yang mendakwa keputusan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan itu adalah tidak sah.\n\n\nSebaliknya, Ahmad Zahid mengesahkan sudah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memberikan keabsahan usul kelapan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.\n\n\n\u201cSetiausaha agung telah menerima surat dari KDN, ianya memberikan keabsahan bahawa perhimpunan agung 2022 telah membawa usul yang kelapan iaitu jawatan presiden dan timbalan presiden tidak ditandingi. \n\n\n\u201cPerkara ini adalah setelah pengerusi tetap mengikuti semua peraturan yang telah termaktub dalam peraturan mesyuarat termasuk perhimpunan mesyuarat agung,\u201d kata Zahid\n pada Majlis Pengenalan Calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO, EXCO Wanita UMNO dan EXCO Pergerakan Puteri UMNO di Kota Kinabalu, Sabah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTanah runtuh : 76 kakitangan SPRM diarah keluar\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Pilihan Khas Mesyuarat Rabu Depan\n\n\n\n\n\n\nPadah tukar eBelia kepada wang tunai, pelajar berputih mata\n\n\n\n\n\n\nNajib minta hakim Collin tarik diri kes 1MDB\n\n\n\n\n\n\nKerajaan guna SPRM sebagai alat politik \u2013 Hamzah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, satu surat dengan kepala surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) didakwa diutuskan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 2 Mac lalu tular di media sosial.\n\n\nMenerusi surat itu, ia memaklumkan RoS sudah meneliti secara terperinci permohonan pindaan Usul Tambahan (Usul Kelapan) ke atas Usul Ucapan Dasar Presiden UMNO pada PAU 2022 yang menetapkan dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan dengan mengambil kira dasar UMNO yang berkuat kuasa.\n\n\nKeterangan itu juga mendakwa keputusan usul tambahan Ucapan Dasar Presiden Di Perhimpunan Agung UMNO 2022 jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada penggal pemilihan parti yang akan datang adalah tidak sah.\n\n\nIa turut mengarahkan UMNO supaya mengambil tindakan pembetulan dengan tidak mengetepikan Perlembagaan UMNO di bawah Fasal 9.3 dalam pelaksanaan Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/14143/", "title": "SPRM tahan Muhyiddin, didakwa esok", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri,\u00a0 Tan Sri Muhyiddin Yassin, ditahan pada jam 1 tengah hari tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas beliau hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Jana Wibawa dan isu berkaitan.\n\n\nDalam satu kenyataan hari ini, SPRM juga mengesahkan badan itu sudah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur esok.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin, 75, yang juga Presiden BERSATU bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin akan menjadi bekas Perdana Menteri kedua selepas Datuk Seri Najib Razak berdepan pertuduhan mengikut peruntukan seksyen sama di mahkamah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Tewas DI TANGAN DAP\n\n\n\n\n\n\nPTPTN komited laksana inisatif Belanjawan 2023\n\n\n\n\n\n\nTunggu saya akan jawab \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nFaizal sanggah Ramasamy, tidak tahu sentimen sebenar orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nBERSATU sebulat suara mahu Muhyiddin kekal Presiden\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeksyen 23 Akta SPRM 2009 adalah berkaitan menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam dan sekiranya disabitkan kesalahan, Seksyen 24 Akta yang sama memperuntukan hukuman penjara tidak melebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.\n\n\n\n\nSeksyen 4(1)(a) AMLATFPUAA pula memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. \u2013"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/bank-negara-malaysia-opr-kekal-2-75/", "title": "Bank Negara Malaysia OPR kekal 2.75%", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Bank Negara Malaysia hari ini memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 2.75 peratus.\n\n\nJawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia yang bermesyuarat hari ini berpendirian, dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.\n\n\n\n\nKatanya, selepas menunjukkan prestasi kukuh tahun lepas, ekonomi negara dijangka menjadi sederhana pada 2023 berikutan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan.\n\n\n\n\nNamun, MPC akan terus menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa dasar monetari terhadap ekonomi.\n\n\nMPC juga katanya akan terus berwaspada terhadap faktor kos yang boleh menjejaskan prospek inflasi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSanusi menghadap Sultan Kedah mohon perkenan tarikh bubar DUN\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful mengaku tak bersalah minta, terima rasuah RM6.9 juta\n\n\n\n\n\n\nTarikh tengok anak bulan Syawal pada 20 hari bulan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tawar Khairy bertanding atas tiket BERSATU\n\n\n\n\n\n\nKKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni termasuk faktor yang disebabkan oleh perkembangan pasaran kewangan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBank Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata langkah seterusnya untuk mengembalikan keadaan yang berubah-ubah dan kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.\n\n\nPada mesyuarat pertama bagi 2023 pada Januari lalu, MPC BNM telah mengambil keputusan yang mengejutkan pasaran dengan mengekakalkan kadar penanda aras pinjaman dan deposit itu pada 2.75 peratus selepas empat kenaikan secara berturut-turut tahun lalu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nOPR dinaikkan bermula Mei, Julai, September dan November tahun lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/dakwaan-muhyiddin-tutup-isu-ros-pemilihan-umno-pemimpin-pn/", "title": "Dakwaan Muhyiddin, tutup isu RoS pemilihan UMNO \u2013 Pemimpin PN", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Khamis \u2013\u00a0 Tu\nduhan yang dilemparkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin dianggap hanya untuk menutup isu yang berlaku dalam kerajaan PH-BN.\n\n\nTimbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kepimpinan Perikatan Nasional (PN) cuba dipersalahkan dengan pelbagai isu disebabkan mahu menutup isu kewujudan satu surat yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung pemilihan UMNO.\n\n\n\u00a0\n\n\nDATUK SERI TUAN IBRAHIM TUAN MAN / Timbalan Presiden PAS\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cKita berhimpun hari ini sebagai kenyataan kita untuk keadilan menuntut keadilan dan bagi kita, tuduhan mutakhir ini lebih bersifat kepada tuduhan terpilih bagi melindungi dan mengelak atau menutup satu isu yang besar yang berlaku khusus dalam rakan komponen PH iaitu UMNO berkenaan RoS jadi isu ini saya fikir sebagai usaha untuk menutup kepada isu yang sebenar.\u201d\n\n\nTuan Ibrahim berkata demikian ketika bersama pimpinan dan penyokong PN yang hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin hadir memberi keterangan berhubung \nisu Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa\n Jana Wibawa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKonsep Malaysia Madani mampu ancam Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\n10 terkorban, 20 cedera serangan kejam Israel di Tebing Barat\n\n\n\n\n\n\nSambut hari raya dengan wadah kesatuan dan ukhuwah Islamiah\n\n\n\n\n\n\nMalaysia didakwa berunding dengan China ekstradisi Jho Low\n\n\n\n\n\n\nPendakwaan Akan Buktikan Semua Kesalahan Syed Saddiq berniat Jahat, Tidak Jujur\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nSementara itu, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sepatutnya dan bukan mengikut telunjuk mana-aman pihak yang berkepentingan.\n\n\nDATUK SERI AHMAD FAIZAL AZUMU / Timbalan Presiden BERSATU\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cKita amat yakiN tuduhan yang dilontarkan terhadap beliau sebagai satu political persecution dan Kita berharap pihak berwajib mengambil tindakan yang terbaik bukan mengikut telunjuk mana-mana pihak dalam mengambil tindakan.\u201d\n\n\nDianggarkan sekitar 700 penyokong PN hadir di Ibu Pejabat SPRM hari ini sejak jam 9 pagi tadi.\n\n\n\u00a0\nTurut kelihatan pimpinan BERSATU antaranya \nSetiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali\n, \nKetua Armada Parti Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal\n dan pimpinan parti yang lain.\n\n\n\u00a0\nSelain itu, pimpinan PAS juga turut hadir bagi memberi sokongan.\n\n\nMenurut surat bertarikh 2 Mac lalu, Ketua Whip Parlimen PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa ,ROS berpandangan usul tambahan berkenaan tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan peruntukan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO.\n\n\n \n\n\nBeliau menegaskan, jika surat itu tulen, ia bertentangan dengan kenyataan media Saifuddin Nasution yang memberi pengecualian kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966\n iaitu tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/hadi-disiasat-bukit-aman-berhubung-kenyataan-jatuhkan-kerajaan/", "title": "Hadi disiasat Bukit Aman berhubung kenyataan jatuhkan kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0\nUnit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman akan menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) sedang berusaha menjatuhkan kerajaan.\n\n\n\u00a0\nKetua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata pihaknya, Pemuda Parti AMANAH Negara (AMANAH) dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membuat laporan terhadap Ahli Parlimen Marang itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.\n\n\nBeh Eng Lai berkata, laporan polis dibuat EXCO Pemuda AMANAH Nasional, Fadhli Umar Aminol Huda dan Ketua AMK Selangor, Izuan Kasim.\n\n\nIa berhubung kenyataan Abdul Hadi yang mengakui terdapat usaha dijalankan PN dan parti blok pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM200,000 Nilai Kompaun Dikeluarkan Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\nTunku Abdul Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nYang berbilang kaum itu masyarakat, bukan negara \u2013 PERKASA\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan bubar DUN 1 Jun\n\n\n\n\n\n\nAFGHANISTAN MANGSA PERCATURAN? | AGENDA PERTIWI\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Isnin lalu, Abdul Hadi berkata, tiada sesiapa pun boleh menghalang usaha PN berdasarkan sIstem demokrasi diamalkan Malaysia dan ia boleh dilakukan sama ada melalui undi tidak percaya ataupun Surau Akuan Berkanun (SD)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/jangan-aniaya-orang-asli-bincang-sebelum-halau/", "title": "Kerana Musang King \u2013 jangan aniaya Orang Asli, bincang sebelum halau", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0\u00a0\nLebih 160 penduduk Kampung Orang Asli Sungai Sinju di Simpang Pulau Perak didakwa dianiaya apabila mereka diusir daripada kampung dengan hanya diberi notis 30 hari demi memberi laluan kepada projek tanaman durian Musang King yang diusahakan oleh sebuah syarikat pemaju.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya menyifatkan pengusiran\u00a0 lebih 100 penduduk Orang Asli itu sebagai satu tindakan yang menganiaya golongan itu demi mengaut keuntungan semata-mata tanpa sekelumit bantuan kebajikan buat mereka.\u00a0\n\n\nAminuddin berkata, tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Perak itu didakwa\u00a0 adalah tidak wajar kerana meminta mereka meninggalkan kawasan kediaman tanpa sebarang perbincangan.\n\n\nJadi bagi saya tidak wajar kalau kita, ataupun pihak kerajaan negeri terus, meminta mereka meninggalkan kawasan, tanpa melakukan perbincangan. \u2013 \n\u00a0AMINUDDIN YAHAYA/\u00a0 Jurucakap Gagasan Bangsa\n\n\n\u00a0\n\n\nTetapi yang menjadi masalahnya adalah kebajikan, penduduk orang asli disitu dilihat seolah-olah, tidak diambil kira diambil di dalam perancangan dalam membuat, jadi ini akan menyebabkan berlaku, satu senario yang turut terjadi di kawasan-kawasan yang lain akhirnya pengusaha musang king ini,dia sudah mendapat suatu macam kuasa, yang boleh membuat apa sahaja, tanpa mengambil kira kebajikan., katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelantikan Izzah, sah undang-undang tapi salah dari sudut moral \u2013 Hassan Karim\n\n\n\n\n\n\nTumpu Isu Utama, Ambil Tindakan Terhadap Ketua Sindiket Haram\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : Operasi SAR diteruskan jam 9:00 pagi ini\n\n\n\n\n\n\nTiada istilah majoriti-minoriti dalam negara\n\n\n\n\n\n\nTiada campur tangan dalam kes mahkamah libat Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, beliau turut menjelaskan, inisiatif penanaman Musang King oleh pemaju berkenaan\u00a0 adalah satu perkara yang baik namun, perlulah dijalankan dengan kaedah yang sistematik tanpa menganiaya golongan pribumi di sana.\u00a0\u00a0\n\n\n\u201c\nJangan kita cuba dapatkan keuntungan, menyebabkan kita menganiaya pihak lain, tidak kesahlah, kalau macam yang di Pahang itu pun, kita tengok macam mana pencerobohan tanah kerajaan, begitu besar dan ini sekarang ini, berlaku pula penganiaya, seolah-olah daripada penduduk pribumi di situ, jadi persoalannya kenapa perkara ini tidak dibincangkan, tergesa-gesa dan sebagainya, tapi biarlah buat secara sistematik, dan telus dan adil, itu yang sepatutnya berlaku lah.\u201d \u2013 \n\u2013 \n\u00a0AMINUDDIN YAHAYA/\u00a0 Jurucakap Gagasan Bangsa\n\n\nPada 23 Februari lalu, lebih 160 penduduk Kampung Orang Asli Sungai Sinju di Simpang Pulai, Perak mendakwa tanah adat penempatan itu diceroboh dan mereka diberi notis 30 hari untuk meninggalkan kawasan itu bagi memberi laluan kepada projek tanaman durian Musang King diusahakan sebuah syarikat pemaju.\n\n\nDalam pada itu, kawasan berhampiran yang diusahakan sebagai dusun tanaman oleh penduduk kampung itu, mula diceroboh pemaju sama sejak enam bulan lalu iaitu September 2022 tanpa melalui sebarang perbincangan dan rundingan dengan pihaknya.\n\n\n\u201cItu tempat kami, di situ hak kami, di situlah pencarian hak mata, seperti rotan, seperti petai, yang \u2026., lainlah yang dapat tanam itu hak pekebun lah, itu masalah saya puan saya harap sangat, kalau boleh saya alu-alukan.\u201d\u00a0 \u2013 Orang Asli Kampung Sinju"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/kecelaruan-surat-ros-langkah-licik-zahid-penganalisis-politik/", "title": "Kecelaruan surat RoS langkah licik Zahid \u2013 Penganalisis Politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0\nBaru-baru ini surat didakwa daripada RoS berhubung usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan tular di media sosial.\n\n\nPenganalisis politik berpandangan\u00a0 bahawa keraguan terhadap surat yang didakwa daripada RoS berhubung usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya dua jawatan tertinggi adalah motif licik politik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\u00a0\n\n\nPensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub memaklumkan pengesahan terhadap surat berkenaan telah menimbulkan kecelaruan yang nyata buat semua ahli- ahli pimpinan parti itu serta rakyat di negara ini.\u00a0\n\n\nTambah beliau, kecelaruan yang wujud itu bakal memberi kesan terhadap\u00a0 pemilihan UMNO yang bakal berlangsung pada 11 Mac ini dan ia perlu ditangani dengan kadar segera.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar sah Perdana Menteri ke-10 Malaysia\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tiada GST tetapi barangan mewah akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy dibatalkan, JAWI diarah siasat\n\n\n\n\n\n\nIsa Samad kembali ke pangkuan UMNO\n\n\n\n\n\n\nPolis tahan pelajar Tingkatan Satu pandu kereta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nPensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cDan bagi saya, selagi kita masih lagi belum mendapat hitam putih, ia menimbulkan keraguan kepada kedua pihak, patutnya perkara ini tidak boleh berlaku kerana, ahli umno, pemimpin umno, sahaja yang tertunggu-tunggu dan, siapakah yang benar di dalam soal ini.\u201d \u2013 D\nR TAWFIK YAAKUB/ Penganalisis Politik Pensyarah Kanan UM\n\n\nJusteru, beliau berkata,\u00a0 kecelaruan yang timbul daripada surat berkenaan telah menguatkan lagi motif strategik politik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mana beliau mahu\u00a0 mengelakkan berlakunya peralihan kuasa di dalam UMNO terdapat berbeza pandangan antara ahli-ahli berkenaan.\u00a0\n\n\n\u201c\nSaya melihat ini merupakan strategik politik, mana-mana pemimpin politik akan terus mengekalkan, kedudukan\u00a0 kuasa mereka dan jawatan mereka, sebagai pemimpin tertinggi, bagi saya yang paling utama iaitu bagaimana, stategi itu digunakan dan helah-helah itu,\u00a0 kelicikan yang menunjukkan bahawa mereka tidak berminat, mereka tidak obses dengan jawatan tersebut, bahawa ini untuk mengelakkan kerajaan tumbang, apabila\u00a0 berlaku peralihan kuasa yang berbeza pandangan.\u201d\n\n\nSehubungan itu, Penganalisis Politik Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan menjangkakan bahawa dua jawatan terbabit tetap tidak akan dipertandingkan sewaktu pemilihan UMNO itu nanti kerana\u00a0 kuasa menteri telah melangkaui arahan Ros itu sendiri.\u00a0\n\n\nPenganalisis Politik Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan\n\n\n\u201cKeputusan Ros itu telah dikatakan overule,\u00a0 oleh Menteri mengikut akta, tidak silap saya perkara 70, iaitu menteri boleh mengecualikan, daripada keperluan pertubuhan itu menteri mempunyai kuasa, jadi untuk hal ini untuk menjawab soalan ini bahawa, memang saya melihat kedua-dua jawatan ini tidak akan dipertandingkan kerana kuasa menteri itu telah melebihi, melampaui ataupun melebihi, arahan daripada Ros itu sendiri. \u201d \u2013 DR AZMI HASSAN/ Penganalisis Politik Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR)\n\n\nBagaimanapun, beliau berkata apabila surat Ros itu dibawa ke pentas mahkamah setelah selesainya pemilihan UMNO pada 18 hari bulan ini ia tidak akan boleh diguna pakai lagi kerana telah lapuk.\u00a0\n\n\n\u201cTapi walau apa, pun, pemilihan itu akan tamat pada 18 haribulan ini, dan kalau hal ini bagi saya, kalau nak bawa kes ke mahkamah itu, mungkin akan perkara ini dah lepas, itu selepas 18 haribulan itu, semua pemilihan telah tamat berlaku.\u201d\u00a0 \u2013 DR AZMI HASSAN/ Penganalisis Politik Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR)\u00a0\n\n\nTerdahulu, Sebelum ini, surat didakwa daripada RoS berhubung usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan tular di media sosial.\n\n\nKetua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat mengesahkan kewujudan surat itu yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung UMNO, serta menyatakan usul tambahan dalam PAU2022 yang menghalang pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sebagai tidak sah.- TV Pertiwi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/mainpp-tuntut-permohonan-maaf-penceramah-bebas/", "title": "MAINPP tuntut permohonan maaf penceramah bebas", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 \nMajlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menuntut permohonan maaf daripada penceramah bebas, Ustaz Zainul Asri Mohd Romli berhubung kenyataan menerusi video kuliahnya di aplikasi TikTok yang dilihat boleh menimbulkan salah anggap dalam kalangan masyarakat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nYang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, berkata menerusi video pada 14 Februari lalu itu, Zainul Asri mendakwa sebuah masjid di Pulau Pinang yang dulunya dimiliki India Muslim kini menjadi tempat ibadat orang bukan Islam selepas pemiliknya pulang ke India.\n\n\nSelain menafikan dakwaan itu, Ahmad Zakiyuddin berkata, ia juga boleh menimbulkan perbalahan antara kaum dan agama di negeri ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMAINPP dengan sekeras-kerasnya menafikan tuduhan liar itu kerana secara fakta merujuk kepada \u2018Interim Register\u2019 lot yang dimaksudkan, terdapat 20 pemegang amanah asal bagi Kong Hock Keong Temple menerusi Perintah Mahkamah (Peletakan Hak) Jilid 2, Fol 61 pada 28 Disember 1973 yang seterusnya berlaku pertukaran pemegang amanah disebabkan kematian.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan berkata Lot 523\u00a0 itu adalah terbitan daripada Lot 71 (2) TS 19, Daerah Timur Laut dan lot tanah itu berstatus gred 1.\n\n\nAhmad Zakiyuddin berkata, pada asalnya (rujukan Deed Poll bertarikh 10 Julai 1888), tanah itu dimiliki pemegang amanah berkenaan bagi Kong Hock Keong Temple No 30 Pitt Street menerusi Geran No 2420 tahun 1838.\n\n\nKatanya, ia adalah pemberian daripada \u2018The Public Seal of the Colony\u2019 oleh Gabenor dan Komander Negeri-Negeri Selat iaitu Cecil C Smith.\n\n\n\u201cSehubungan itu, MAINPP menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Zainul bagi menjernihkan persepsi negatif yang mula tersebar dalam kalangan umat Islam Pulau Pinang,\u201d katanya. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/muhyiddin-bakal-didakwa-esok-mohon-batal-larangan-luar-negara/", "title": "Muhyiddin bakal didakwa esok, mohon batal larangan luar negara", "body": "0\n\n\nBangi, Khamis \u2013 \nKetua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal didakwa\u00a0 di mahkamah esok.\n\n\nMuhyiddin mendakwa larangan tidak ke luar negeri ke atasnya telah mencemar imej beliau kerana dikatakan bakal lari apabila didakwa\n\n\nBeliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut memfailkan permohonan agar pihak SPRM membatalkan larangan terhadap pembekuan dua akaun parti itu dan larangan perjalanan yang dikenakan ke atasnya.\u00a0\n\n\nTan Sri Muhyiddin Yassin bakal didakwa pada esok hari di Mahkamah Tinggi Persekutuan Kuala Lumpur.\n\n\nMuhyiddin Yassin\u00a0 yang dikatakan akan dihadapkan ke mahkamah hari ini,\u00a0 sebaliknya hadir ke ibu pejabat SPRM, di Putrajaya pada jam 11.15 pagi bagi diambil keterangan.\n\n\nSementara itu, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Tan Sri Muhyiddin memfailkan dua permohonan iaitu mencabar pembekuan dua akaun parti Bersatu oleh SPRM.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSemua calon layak menjadi Menteri Besar Selangor\n\n\n\n\n\n\nTiada kompromi individu keluar kenyataan 3R \u2013 PDRM\n\n\n\n\n\n\nPemandu tabur paku di jalan raya diburu polis\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid akan terkesan jika PN menang pilihan raya di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nKerajaan garis lima perkara jika berjaya tawan Kedah\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut difailkan ialah, perintah larangan perjalanan yang dikenakan ke atasnya oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).\n\n\nSehubungan itu, Muhyiddin mendakwa larangan perjalanan ke atasnya merupakan satu langkah yang mencemar nama baiknya dan beranggap beliau melakukan kesalahan dan akan melarikan diri.\u00a0\n\n\nMemetik MalaysiaGazette, permohonan itu telah dibuat melalui Tetuan Chetan and Company secara atas talian pada malam kelmarin.\u00a0\n\n\nDalam masa yang sama, beliau turut menepis dakwaan ditahan SPRM sewaktu bermain golf di sebuah padang golf di Selangor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/muhyiddin-didakwa-esok-taman-melewar-jadi-tumpuan/", "title": "Muhyiddin didakwa esok, Taman Melewar jadi tumpuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pusat Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar di Kuala Lumpur mula menjadi tumpuan media sejak jam 7 petang, Khamis.\n\n\nIa berikutan bakal berlangsungnya majlis solat hajat perdana anjuran parti itu susulan pendakwaan yang berlaku terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri \nMuhyiddin Yassin\n dan beberapa pemimpin pembangkang.\n\n\n\n\nMuhyiddin juga dijangka ke markas tersebut untuk\u00a0\nprogram solat hajat\n.Muhyiddin dilaporkan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana awam Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).\n\nBagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan Muhyiddin dibebas dengan jaminan SPRM hari ini.\n\n\nMuhyiddin bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.\n\n\n\n\nProgram Jana Wibawa dilaksanakan semasa pandemik Covid-19 dan merupakan kesinambungan daripada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dijalankan pada 1993.\n\n\n\n\nPelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin. \u2013 SINAR"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/muhyiddin-tiba-di-sprm-beri-keterangan-pagi-tadi/", "title": "Muhyiddin tiba di SPRM beri keterangan pagi tadi", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA,\u00a0 Khamis \u2013 Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Purajaya pada jam 11:15 pagi tadi.\n\n\nKehadiran beliau adalah bagi memberi keterangan b\nerhubung isu kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (JANA WIBAWA).\u00a0\n\n\nKeadaan di perkarangan Ibu Pejabat SPRM sesak berikutan\u00a0 lebih 500 penyokong gabungan Perikatan Nasional yang memberi sokongan selain para media yang sudah berkumpul sejak jam 9:00\u00a0 pagi tadi.\u00a0\n\n\n\n\nVideo ketibaan Muhyiddin \n#malaysiatribune\n \npic.twitter.com/0VmBy1qkQh\n\n\n\u2014 Malaysia Tribune (@Msia_Tribune) \nMarch 9, 2023\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA Lancar Petisyen Desak Tutup Crackhouse Secara Mutlak\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham Penerima Anugerah Green Endorsement TUDM\n\n\n\n\n\n\nTular Tikus Jamah Ayam, Restoran Ditutup 14 Hari \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\nKes Pertama Varian Berbahaya Omicron Dikesan Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nTarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebaik tiba beliau sempat melambai kepada penyokong namun tidak berkata apa-apa.\u00a0\n\n\nDalam masa yang sama, penyokong juga dilihat melaungkan kata-kata bangkit Abah dan dan tolak kezaliman di hadapan ibu pejabat agensi itu.\u00a0\n\n\n\n\n\"Bangkit Abah!\"\n\"Tolak Kezaliman!\"\n\n\nAntara kata2 dilaungkan di hadapan ibu pejabat SPRM.\n#PN\n#Bersatu\n#SPRM\n \npic.twitter.com/oQJLGGpdYL\n\n\n\u2014 Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) \nMarch 9, 2023\n\n\n\n\nAntara pemimpin PN yang hadir ialah Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Seri Azmin Ali.\n\n\nTurut hadir pemimpin parti PAS,\u00a0 Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.\n\n\nAntara Pemimpin PN yang hadir.\n\n\nMuhyiddin kemudiannya dibawa masuk ke ibu pejabat pada jam 11.22 pagi yang turut ditemani oleh beberapa peguam yang mewakili beliau.\u00a0\n\n\nPada 18 Februari lalu, Muhyiddin mengesahkan beliau\u00a0 dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai Jana Wibawa sebagai saksi dan bukannya suspek.\n\n\nNamun, sehari kemudian SPRM\u00a0 mengesahkan bekas Perdana Menteri itu antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.\n\n\nSebelum ini, SPRM bertindak membekukan beberapa akaun milik BERSATU, kerana ia dipercayai mempunyai kaitan bersama siasatan terhadap dana kerajaan yang bernilai RM 92.5 billion yang turut didakwa berlaku penyelewengan oleh kerajaan PN sewaktu pandemik Covid-19 yang lalu.\u00a0\n\n\nJana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik COVID-19, dan ia kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada tahun 1993.\n\n\nPelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir PN diterajui Muhyiddin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/pencarum-yang-terdesak-pinjam-bank-caruman-kwsp-jadi-cagaran/", "title": "Pencarum yang terdesak pinjam bank, caruman KWSP jadi cagaran", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan bercadang memperkenalkan kaedah yang membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman bank menggunakan caruman dana persaraan itu sebagai kolateral atau cagaran kepada bank.\n\n\nTetapi, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kaedah itu hanya untuk mereka yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada prinsipnya, saya tidak setuju pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagaimanapun, saya akan pastikan KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak untuk pinjam daripada bank dengan kolateral atau jaminan cagaran daripada wang KWSP,\u201d katanya menurut Bernama ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, ia merupakan langkah terbaik yang boleh dilakukan sekarang, memandangkan banyak negara yang memberikan kelonggaran seperti pengeluaran dana persaraan sudah menghentikan atau membatalkan kemudahan itu.\n\n\n\n\nDalam perkembangan lain, Anwar memberi jaminan kerajaan mampu mencapai sasaran pengurangan defisit fiskal negara kepada 5% tahun ini dan 3.2% pada 2025.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFakta siasatan tanpa memihak, pertuduhan ikut keterangan- Peguam Negara\n\n\n\n\n\n\nLebih ramai individu akan dipanggil bantu siasatan kes LCS\n\n\n\n\n\n\nPH arah enam negeri runding dengan BN\n\n\n\n\n\n\nSalur Maklumat Banjir Melalui sms & Sidang Media\n\n\n\n\n\n\nPuting Beliung Terbangkan Bumbung Rumah\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, tidak wujud pertikaian terhadap sasaran pengurangan defisit fiskal negara itu berdasarkan perkembangan semasa selepas pembentangan Belanjawan 2023.\n\n\n\u201cJika diteliti perkembangan selepas pembentangan belanjawan dengan hasil minyak bertambah, (perolehan) USD1.8 bilion daripada International Petroleum Investment Co (IPIC) serta pelaburan besar, termasuk Amazon Web Services dan Tesla, sudah tidak akan pertikai.\n\n\n\u201cSaya pernah lalui proses ini selama lapan tahun, pengalaman itu akan mengajar saya mengurangkan defisit dan ini sesuatu yang mampu kita laksanakan.\u201d\n\n\nBeliau berkata, berdasarkan angka terbaru diperolehinya, defisit fiskal negara sudah mencapai sasaran ditetapkan.\n\n\n\u201cBagaimana kita kurangkan? Itu adalah langkah-langkah yang telah kita ambil dan bincangkan. Kalau perlu, saya akan umumkan di Parlimen dari semasa ke semasa.\u201d\n\n\nMenteri kewangan itu berkata, antara langkah jangka panjang dan sederhana yang akan dilaksanakan bagi memperkukuhkan kedudukan fiskal negara termasuk memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal, cukai barang mewah serta cukai keuntungan modal.\n\n\nTetapi katanya, mekanisme pelaksanaan cukai baharu itu masih dalam perbincangan dan tidak akan membebankan pengguna sehingga ke tahap tidak kompetitif.\n\n\n\u201cKita akan pastikan rundingan (pelaksanaan cukai) itu diteliti dengan semua pihak dan tidak memberikan beban kepada pemodal.\u201d- BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/penceramah-bebas-kritik-konsert-blackpink-dapat-ugutan-bunuh/", "title": "Penceramah bebas kritik konsert BlackPink dapat ugutan bunuh", "body": "0\n\n\nPETALING JAYA, Khamis \u2013 Pendakwah selebriti, Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang lebih dikenali sebagai PU Syed mendakwa menerima ugutan bunuh kerana tidak bersetuju dengan penganjuran konsert kumpulan K-Pop Blackpink minggu lalu.\n\n\nBeliau berkata, ugutan itu diterima melalui mesej langsung (DM) di akaun media sosial peribadinya, di mana seorang individu mengugut akan menembaknya dan mendoakan anak-anaknya dijangkiti virus.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tak buat laporan polis sebab saya percaya itu akaun palsu. Ini kali pertama dapat ugutan sebegini. Sebelum ini orang kecam dan hentam itu dah biasalah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDia DM saya kemudian dipadam mesej itu, tetapi saya sempat ambil tangkap layar. Saya syak ini kerja budak-budak yang taksub sangat dan terlalu mengikut emosi,\u201d katanya menurut Harian Metro.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, kebanyakan cacian itu dilemparkan golongan muda yang tidak dapat menerima teguran ikhlasnya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBila kita dah berada di atas jalan (dakwah) ini, kita tak akan berundurlah. Kena tegur apa yang patut ditegur.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSemua Pihak Perlu Terima Keputusan Badan Profesional \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nSatu kehilangan kepada badan kehakiman negara \u2013 Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nBomba Bersiap Siaga, Paras Air Sungai Lui Tidak Seperti Didakwa\n\n\n\n\n\n\nPendakwa Raya Fail Afidavit Bukti Baharu Tiada Kaitan Elemen Kes Jenayah Rasuah Najib\n\n\n\n\n\n\nHishammuddin terima surat digantung keahlian UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBanyak budak-budak yang terlalu ikut hati dan perasaan, kita kena nasihatlah. Terutama orang tua mereka kenalah nasihat anak-anak ini, kalau tidak, boleh jadi masalah kepada masyarakat,\u201d katanya yang berikrar tidak akan berhenti berdakwah, walaupun menerima ugutan dan kecaman orang ramai. \u2013 HM"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/pihak-pendakwaan-fail-rayuan-ketepikan-pembebasan-najib-arul/", "title": "Pihak pendakwaan fail rayuan ketepikan pembebasan Najib, Arul", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Najib Razak serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.\n\n\nSumber pendakwaan, yang mengesahkan perkara itu, berkata notis itu difailkan hari ini.\n\n\nPada 3 Mac lalu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan bahawa pendakwaan gagal mewujudkan satu kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pendakwaan.\n\n\nNajib, 70, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada PAC bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih 200 guru tidak lapor diri, tolak tawaran penempatan ke Sarawak\n\n\n\n\n\n\nJual Sijil Palsu, Doktor Disambung Reman\n\n\n\n\n\n\nMalaysia mohon Arab Saudi tambah kuota haji kepada 31,950 jemaah\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham Penerima Anugerah Green Endorsement TUDM\n\n\n\n\n\n\nBukan kuasa PM beri pentaulihan kepada agamawan, ulama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nArul Kanda, 45, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut bagi melindungi bekas perdana menteri itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbuatan itu didakwa dilakukan di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 22 dan 26 Februari 2016.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMereka didakwa mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang memperuntuk hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/saifuddin-tidak-boleh-sewenangnya-guna-kuasa-budi-bicara-menteri-peguam/", "title": "Saifuddin tidak boleh sewenangnya guna kuasa budi bicara menteri \u2013 Peguam", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nKementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) perlu tampil membuat penjelasan berkenaan surat RoS yang tular di media sosial baru-baru ini.\n\n\nIa susulan KDN memberi pengecualian kepada UMNO berhubung usul tiada pertandingan bagi dua jawatan teratas parti berkenaan dalam pemilihan akan datang pada 18 Mac.\n\n\nPeguam Kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution tidak boleh menggunakan kuasa budi bicara sewenangnya kerana surat rayuan rasmi daripada UMNO kepada menteri perlu disertakan sebelum kuasa budi bicara digunakan.\n\n\n\u201cDari segi skop dan tatacara perjalanan Akta Pertubuhan 1996,\u00a0 saya percaya ini adalah tidak begitu molek dan tidak merangkumi rangka Akta Pertubuhan. \n\n\n\u201cOleh itu, perlu ada penjelasan yang telus dan tepat oleh semua pihak berkenaan iaitu RoS dan menteri berkenaan mengenai perkara ini kerana jika menteri mengatakan beliau menggunakan budi bicara beliau, budi bicara ini tidak boleh diguna pakai sewenang-wenangnya. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M sahkan tidak pegang apa-apa jawatan dalam GTA\n\n\n\n\n\n\nOPR naik : Bank Negara tidak kejam \u2013 Gabenor\n\n\n\n\n\n\n\u201cWell done guys\u201d \u2013 Khairy puji tindakan berani ahli UMNO rujuk ke RoS\n\n\n\n\n\n\nPSM dakwa kerajaan tutup mata, Ahmad Zahid jelas langgar peraturan pilihan raya\n\n\n\n\n\n\n\u2018Halang hak rakyat, sekat peruntukan pembangkang, jawablah di akhirat kelak\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa mesti mematuhi prinsip dan proses tatacara pemakaian budi bicara, dalam hal ini sepatutnya perlu ada surat rayuan rasmi daripada UMNO kepada menteri sebelum kuasa budi biaca dilaksanakan.\n\n\n\u201cSekiranya tidak, ia boleh dianggap sebagai suatu salah guna kuasa menteri yang mempunyai kepentingan atau mungkin mempunyai kepentingan kepada kerajaan,\u201d ujar Haniff\n\u00a0dalam aplikasi hantaran ringkas sewaktu dihubungi\u00a0 TV Pertiwi.\n\n\nMenurutnya lagi, kenyataan Saifuddin di bawah Akta Pertubuhan 1996 adalah tidak tepat dan dianggap pramatang kerana mengecualikan keperluan Seksyen 13 berkaitan dengan pematuhan perundangan dalaman perlembagaan UMNO.\n\n\nKatanya, sepatutnya surat rayuan kepada KDN perlu disertakan, dan setelah itu barulah KDN boleh mengeluarkan arahan beliau sama ada di bawah Sekyen 70 untuk mengecualikan keperluan pematuhan kepada Sekyen 13.\n\n\n\u201cKenyataan dan pengumuman Saifuddin sebagai menteri berkenaan di bawah Akta Pertubuhan 1996, bahawa dia telah mengecualikan keperluan Seksyen 13 berkaitan dengan pematuhan perundangan dalaman perlembagaan UMNO berkaitan isu pemilihan ini tidak begitu tepat, adalah pramatang jika rentetan peristiwa itu betul. \n\n\n\u201cSepatutunya ada surat rayuan kepada menteri (KDN), dan barulah menteri boleh mengeluarkan arahan beliau sama ada di bawah Sekyen 70 untuk mengecualikan keperluan pematuhan kepada Sekyen 13 berkenaan tetapi apa yang berlaku seperti yang dilaporkan secara tiba-tiba menteri mengatakan beliau mengecualikan,\u201d kata Haniff.\n\n\nSebelum ini, tular di media sosial surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 supaya dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.\n\n\nIa sekali gus menimbulkan tanda tanya kerana surat RoS itu, menyatakan bahawa usul tambahan dalam PAU 2022 yang menghalang pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden, adalah tidak sah.\n\n\nMenurut surat bertarikh 2 Mac lalu, RoS berpandangan usul tambahan berkenaan tidak teratur dan bertentangan serta bercanggah dengan peruntukan Fasal 9.3 Perlembagaan UMNO.\n\n\nDalam pada itu, Haniff juga mempersoalkan sekiranya surat itu sahih memandangkan tiada penafian dari RoS bahawa surat itu tidak dikeluarkan oleh mereka sekaligus ia adalah sah untuk rakyat menganggap dan menerima fakta bahawa surat itu telah dikeluarkan.\n\n\nMengulas Lanjut, Haniff berpendapat bahawa UMNO berhak merayu keputusan RoS kepada KDN di bawah Akta Pertubuhan 1996 memandangkan tiada laporan susulan mengatakan rayuan keputusan RoS berkenaan ada dimajukan oleh UMNO.\n\n\nMenurut seksyen 70 akta itu, menteri boleh menggunakan budi bicara bagi mengecualikan sesebuah pertubuhan daripada mana-mana peruntukan bawahnya manakala Seksyen 13 memperuntukkan pembatalan sesebuah pertubuhan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/saya-tidak-bersalah-saya-akan-jawab-pertuduhan-di-mahkamah-muhyiddin/", "title": "\u2018Saya tidak bersalah, saya akan jawab pertuduhan di mahkamah\u2019 \u2013 Muhyiddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dan tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atasnya adalah bertujuan untuk memalukannya.\n\n\nPresiden BERSATU itu berkata, pendakwaan terpilih ke atas dirinya ini adalah satu tindakan politik berniat jahat yang bertujuan untuk melumpuhkan dan menghancurkan BERSATU dan Perikatan Nasional (PN)\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tahu bahawa PN mendapat sokongan padu daripada rakyat terutamanya orang Melayu dan Bumiputera dan akan menang besar dalam enam pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan saya akan jawab segala pertuduhan terhadap saya di mahkamah,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, beliau sudah menjelaskan semua perkara kepada\u00a0\nSPRM\u00a0\ndan tiada asas untuk mendakwanya di bawah mana-mana undang-undang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDadah bernilai RM180,000 dirampas di Pasir Mas\n\n\n\n\n\n\nJamal Abdillah akur dan serahkan kepada bekas isteri\n\n\n\n\n\n\nSPRM sahkan akaun bank Bersatu dibeku\n\n\n\n\n\n\nSudan : 459 maut, 4,072 cedera akibat konflik bersenjata\n\n\n\n\n\n\nPolis rakam keterangan 3 individu kes curi wang BAP RM109,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTetapi sudah ada arahan daripada pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara supaya saya didakwa.\n\n\n\u201cJadi, walau apapun penjelasan yang saya berikan, saya tetap akan didakwa,\u201d katanya. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/sprm-sahkan-muhyiddin-didakwa-esok/", "title": "SPRM sahkan Muhyiddin didakwa esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal didakwa\u00a0 di mahkamah esok.\n\n\nBeliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh turut memfailkan permohonan agar pihak SPRM membatalkan larangan terhadap pembekuan dua akaun parti itu dan larangan perjalanan yang dikenakan ke atasnya.\u00a0\n\n\nMuhyiddin Yassin\u00a0 yang dikatakan akan dihadapkan ke mahkamah hari ini,\u00a0 sebaliknya hadir ke ibu pejabat SPRM, di Putrajaya pada jam 11.15 pagi bagi diambil keterangan.\n\n\nSementara itu, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Tan Sri Muhyiddin memfailkan dua permohonan iaitu mencabar pembekuan dua akaun parti Bersatu oleh SPRM.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n16 Senator dilantik Ahli Dewan Negara\n\n\n\n\n\n\n423 pengembara China diberi Notis Penolakan Masuk\n\n\n\n\n\n\nPopulasi umat Islam kedua terbesar selepas Kristian di seluruh dunia\n\n\n\n\n\n\nBERJASA sedia kerjasama PN agenda pertahankan agama, negara\n\n\n\n\n\n\nProklamasi Melayu bukan martabatkan Melayu tapi nak guling kerajaan \u2013 P.Ramasamy\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut difailkan ialah, perintah larangan perjalanan yang dikenakan ke atasnya oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).\n\n\nSehubungan itu, Muhyiddin mendakwa larangan perjalanan ke atasnya merupakan satu langkah yang mencemar nama baiknya dan beranggap beliau melakukan kesalahan dan akan melarikan diri.\u00a0\n\n\nMemetik MalaysiaGazette, permohonan itu telah dibuat melalui Tetuan Chetan and Company secara atas talian pada malam kelmarin.\u00a0\n\n\n\n\nFormer PM Muhyiddin Yassin summoned to MACC HQ tomorrow morning. Earlier a news portal reported that he has been arrested, a claim he denies. \npic.twitter.com/1dPqZD7p0y\n\n\n\u2014 Hadi Azmi (@amerhadiazmi) \nMarch 8, 2023\n\n\n\n\nDalam masa yang sama, beliau turut menepis dakwaan ditahan SPRM sewaktu bermain golf di sebuah padang golf di Selangor.\u00a0\n\n\nSebelum ini, SPRM telah membekukan akaun parti Bersatu serta beberapa individu Ketua Penerangan parti itu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, didakwa di mahkamah berkaitan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/tragedi-stadium-kanjuruhan-pegawai-perlawanan-bola-dipenjara-18-bulan/", "title": "Tragedi Stadium Kanjuruhan, pegawai perlawanan bola dipenjara 18 bulan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 M\nahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap seorang pegawai perlawanan bola sepak kerana didapati cuai semasa rempuhan di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur .\n\n\n22 OKTOBER lalu, tragedi berdarah di Kanjuruhan memilukan warga Indonesia.\n\n\nDan hari ini\u00a0 hukuman penjara 18 bulan dijatuhi terhadap seorang pegawai perlawanan bola sepak kerana didapati cuai semasa rempuhan di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur .\n\n\nKeputusan itu dibuat oleh Hakim\u00a0 Mahkamah di Surabaya, Abu Achmad Sidqi Amsya, selepas penganjur perlawanan, Abdul Haris, didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian orang awam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat Dijangka Bubar Selepas Pembentangan Bajet 2023\n\n\n\n\n\n\nPembantu Ahli Parlimen langgar kod etika pakaian diarah keluar\n\n\n\n\n\n\n\u2018Gencatan senjata\u2019 selesai kemelut politik Sabah\n\n\n\n\n\n\nBudaya derma sudah sebati dengan ahli Pas\n\n\n\n\n\n\nPenyelewengan Zakat MAINS, PDRM buka kertas siasatan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPihak pendakwa pada awal perbicaraan memohon hukuman penjara enam tahun 18 bulan terhadap defendan.\n\n\nSeorang lagi defendan, pegawai keselamatan, Suko Sutrisno, didapati bersalah kerana cuai dan dijatuhi hukuman penjara hanya setahun.\n\n\nSiasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Indonesia sebelum ini mendapati punca utama rempuhan itu disebabkan tindakan polis melepaskan 45 das tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai.\n\n\nTindakan itu sebenarnya diharamkan badan induk dunia bola sepak FIFA dan tidak sepatutnya digunakan untuk mengawal orang awam.\n\n\nDalam kejadian itu, perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya berakhir dengan kekecohan.\n\n\n135 penonton penonton terbunuh termasuk 40 kanak-kanak manakala puluhan lagi cedera ketika cuba melarikan diri untuk keluar selepas polis bertindak menembak gas pemedih mata."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/09/tuduhan-muhyiddin-bermotif-politik-anwar-tidak-campur-tangan-dakwaan/", "title": "Tuduhan Muhyiddin bermotif politik? Anwar tidak campur tangan dakwaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan jika semua kes pemimpin politik disiasat atau dihadapkan ke mahkamah dituduh bermotifkan politik, ia bermakna pihak berkuasa tidak lagi boleh mengambil tindakan andai ada pemimpin politik disyaki terbabit rasuah selepas ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSerentak itu, Perdana Menteri berkata, adalah tidak benar untuk pihak tertentu mendakwa semua kes membabitkan pemimpin parti politik yang disiasat atau dihadapkan ke mahkamah adalah bermotifkan politik.\n\n\n\u201cUntuk mengatakan semua kes yang diambil (pemimpin politik disiasat pihak berkuasa) itu ada motif politik, maknanya tak bolehlah (siasat pemimpin politik), tangkap (jika ada) kes-kes rasuah lain (babit pemimpin politik) yang besar-besar, semua lepas?,\u201d soalnya.\n\n\nBeliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di sini, hari ini, ketika ditanya berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti diterajui bekas Perdana Menteri itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri turut mengulangi penegasannya sebelum ini bahawa beliau tidak campur tangan dalam kes membabitkan Presiden BERSATU merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang hari ini dipanggil SPRM untuk memberi keterangan, dipercayai berhubung kes salah guna dana awam.\n\n\n\n\nNamun, beliau mengakui memang ada memberi arahan kepada semua agensi berkaitan, termasuk SPRM dan Peguam Negara supaya bertindak terhadap kes yang disyaki ada kaitan dengan salah guna kuasa dan ketirisan dana kerajaan.\n\n\n\n\n\u201cUrusan berkenaan adalah di bawah bidang kuasa SPRM, tengok kes. Saya tidak campur, tetapi saya beritahu semua agensi termasuk SPRM dan Peguam Negara, tengok kes. Jadi orang setuju atau tak setuju, (kena) tengok kes, apa pendakwaannya, apa pertuduhannya,\u201d katanya. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/14-mei-pilihan-raya-presiden-turkiye/", "title": "14 Mei \u2013 pilihan raya Presiden Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Jumaat menetapkan pilihan raya presiden dan parlimen negara itu berlangsung pada 14 Mei, sebulan lebih awal daripada dijadualkan.\n\n\nErdogan memetik Perkara 116 Perlembagaan Turkiye untuk mengadakan pilihan raya pada 14 Mei, yang sebelum ini dijadual pada 18 Jun, lapor Xinhua.\n\n\nLembaga Pilihan Raya Tertinggi akan melancarkan jadual pilihan raya selama dua bulan selepas keputusan itu disiarkan menerusi warta rasmi negara pada Sabtu, kata Erdogan kepada pemberita.\n\n\nBeliau menambah keputusan itu dibuat memandangkan peperiksaan universiti akan berlangsung pada 18 Jun, termasuk cuti persekolahan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSarimah kecewa berita palsu terlantar sakit tersebar\n\n\n\n\n\n\nMangsa \u2018berputih mata\u2019 rugi puluhan ribu ditipu sindiket\n\n\n\n\n\n\nKecelaruan surat RoS langkah licik Zahid \u2013 Penganalisis Politik\n\n\n\n\n\n\n\u2018The Greater Kedah\u2019 akan menjadi realiti, jangan halang \u2013 MB Kedah\n\n\n\n\n\n\nKPT perkenal Menu Siswa Rahmah RM3.50 di Universiti Awam, Politeknik\n\n\n\n\n\n\n\n\nErdogan akan bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang sebagai calon Perikatan Rakyat.\n\n\nBlok itu dibentuk oleh Parti Keadilan dan Parti Pembangunan yang memerintah, Parti Gerakan Nasionalis, dan Parti Kesatuan Mega.\n\n\nBeliau akan dicabar Kemal Kilicdaroglu, dari parti pembangkang Nation Alliance yang terdiri daripada enam gabungan. -AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/14190/", "title": "Tiada saksi mata tengok kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Mahkamah Rayuan Putrjaya pada Khamis diberitahu tiada saksi mata menyaksikan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan 23 penghuni enam tahun lepas.\n\n\nPeguam Haijan Omar yang mewakili seorang remaja lelaki selaku perayu berhujah, pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan ikut keadaan yang tidak kukuh bagi menyokong kes tersebut.\n\n\n\u201cPihak pendakwaan bergantung kepada keterangan ikut keadaan melalui saksi pendakwaan ke-68 dan ke-69, yang melihat perayu melompat pagar memasuki pusat tahfiz berkenaan dan penemuan pemetik api,\u201d katanya yang dibantu peguam Asyraf Abu Bakar Hamzah.\n\n\nHaijan berkata, anak guamnya mengemukakan pembelaan alibi bahawa dia tidak berada dalam pusat tahfiz itu pada hari kejadian, tetapi duduk di tangga sebelum pulang ke rumah.\n\n\n\u201cKeterangan mengenai alibi juga tidak langsung disiasat pegawai penyiasat. Saya dengan rendah diri berhujah sabitan dikenakan itu tidak selamat dan mahkamah ada kuasa melihat perkara ini serta membenarkan rayuan ini,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya, How May Ling berhujah, saksi pendakwaan ke-68 dan ke-69 adalah saksi mata kepada kejadian perayu melompat pagar memasuki tahfiz berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaksi-saksi berkenaan dapat mengecam perayu dengan melihat gaya dan pakaiannya. Ketika kejadian panjat itu, ada cahaya lampu jalan. Mahkamah Tinggi memutuskan pengecaman dibuat saksi terbabit adalah selamat dan diyakini.\u201d\n\n\nRemaja lelaki itu yang kini berusia 22 tahun merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkannya ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong kerana membunuh 23 individu dalam kebakaran di pusat tahfiz berkenaan.\n\n\nPada masa sama, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang lagi remaja terhadap tuduhan membunuh tanpa dipanggil membela diri.\n\n\nSelepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, panel tiga hakim diketuai Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Che Mohd Ruzima Ghazali dan See Mee Chun menetapkan 11 Mei ini untuk sambung hujahan.\n\n\nMenurut pertuduhan dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicam, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, antara 4.15 pagi dan 6.45 pagi 14 Sept 2017.\n\n\nKeadaan tahfiz yang mengorbankan 23 orang termasuk pelajar dan seorang mudir.\n\n\nDia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.\n\n\nBagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh digantikan hukuman penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/cadangan-kwsp-sebagai-cagaran-pinjaman-tidak-wajar-kesatuan-pekerja/", "title": "Cadangan KWSP sebagai cagaran pinjaman tidak wajar \u2013 Kesatuan Pekerja", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Kesatuan Pekerja\u00a0 Bank Sarawak (SBEU) menyifatkan cCadangan kerajaan untuk membenarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan sebagai cagaran pinjaman sebagai bukan sesuatu cadangan yang baik.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDi bawah Akta KWSP simpanan pencarum dilindungi daripada kebankrapan.\u00a0Justeru, apa yang akan berlaku jika peminjam gagal membayar pinjaman mereka dan adakah bank mahu memberi pinjaman dengan cagaran sedemikian?\n\n\n\u201cMemandangkan skim ini adalah untuk mereka yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman, terdapat risiko tinggi mereka lalai dan kedua bank akan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi daripada dividen KWSP,\u201d kata Ketua Pegawai Eksekutif SBEU Andrew Lo,\u00a0 dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nDia mengulas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam yang berkata kaedah itu hanyalah bagi mereka yang benar-benar terdesak dan hanya diberikan kepada pencarum yang mempunyai simpanan mencukupi dalam akaun KWSP mereka.\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Lo berkata memandangkan skim ini adalah untuk mereka yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman, terdapat risiko tinggi mereka lalai dan\u00a0 bank akan mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi daripada dividen KWSP.\n\n\n\n\n\u201cJadi pencarum akan terus melihat kedudukan kewangan keseluruhan mereka bertambah buruk.\n\n\n\u201cIa juga akan meningkatkan tahap keberhutangan yang telah mencapai tahap yang membimbangkan,\u201d kata Lo. \u2013 MALAYSIAKINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/cagar-caruman-kwsp-heret-masalah-baharu-rakyat-isma/", "title": "Cagar caruman KWSP heret masalah baharu rakyat \u2013 ISMA", "body": "1\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Cadangan membolehkan rakyat membuat pinjaman dengan mencagarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP, disifatkan ganjil dan hanya akan menimbulkan masalah baharu, berkait dengan hutang.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPresiden Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata lontaran itu juga membuatkan beliau tergamam kerana memikirkan apakah idea cadangan itu keluar daripada mulut seorang Perdana Menteri.\n\n\nBeliau dalam satu hantaran di telegramnya berkata hutang\u00a0 adalah satu bentuk muamalat yang halal dan biasanya hutang terpaksa dilakukan dalam keadaan terdesak\n\n\nTambahnya, hutang yang mempunyai gadaian, halal dan dibenarkan syarak kerana memang ada pada ketikanya manusia akan memerlukannya.\n\n\nBagaimanapun menurutnya, hutang bercagar dan ada pulangan riba,\u00a0 dilarang keras oleh syariat dan sepatutnya perlu dielakkan.\n\n\nTambah beliau lagi, dalam memastikan kecukupan rakyat ia terletak di tangan dan tanggungjawab pemerintah.\n\n\nSehubungan itu, pebagai usaha perlu dilakukan termasuk sistem zakat dan pengurusan baitul mal negara yang boleh menjadi sumber yang banyak untuk digunakan kembali bagi memenuhi keperluan rakyat.\n\n\nKatanya, bagi menangani masalah ekonomi umat sistem wakaf mempunyai\u00a0 potensi yang besar untuk menyelesaikan rakyat.\n\n\nSelain sistem waqaf, sistem atau budaya takaful tanpa caruman adalah antara budaya yang\u00a0 asas dalam masyarakat Islam iaitu sebagai budaya tolong-menolong untuk melepaskan seseorang daripada kesulitan.\n\n\n\n\nSehubungan itu beliau berpandangan dalam rakyat mengalami kesulitan, lontaran idea cagaran caruman itu adalah langkah yang boleh menyusahkan rakyat.\n\n\nTiada nampak ada idea baru untuk meringan kesulitan itu sebaliknya kata beliau, rakyat perlu mengaktifkan sistem takaful.\n\n\n\n\nMalahan lagi katanya ia perlu disokong selain institusi masyarakat , peranan masjid, surau, jawatankuasa penduduk, pertubuhan bukan kerajaan kepada ahlinya, kesatuan sekerja, badan-badan amal dan lain-lain seumpamanya juga perlu dilakukan.\n\n\nMenurut Ustaz Fauzi lagi, mungkin umat yang dalam kesulitan itu hanya memerlukan dalam jumlah yang sedikit namun dengan cagaran caruman\u00a0 KWSP seseorang terdedah kepada masalah baharu dalam satu tempoh.\n\n\nKatanya, terletak di bahu pemerintah juga bahawa mereka akan dihisab di hari akhirat nanti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/cagaran-caruman-kwsp-bukan-penyelesaian-mtuc/", "title": "Cagaran caruman KWSP bukan penyelesaian \u2013 MTUC", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kaedah pinjaman dengan menjadikan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai cagaran kepada bank hanya bersifat sementara dan bukannya penyelesaian masalah pencarum secara keseluruhannya.\n\n\nPresiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Effendy Abdul Ghani menyifatkan langkah itu cenderung menambah beban hutang kepada pencarum kerana perlu membayar faedah pinjaman bank.\n\n\n\u201cCagaran KWSP itu bukan penyelesaian jangka panjang kerana akhirnya pencarum terpaksa berhutang dan terbeban dengan komitmen bayaran bulanan berserta faedah dikenakan.\n\n\n\u201cTetapi, terpulang kepada pencarum, mungkin kaedah ini boleh dijadikan pilihan terutama kepada mereka yang terdesak dengan memiliki jumlah simpanan banyak dan ada kemampuan membayar balik.\n\n\n\u201cBagi MTUC, perkara ini perlu diperhalusi lagi kerana kita mahu tahu apakah mekanisme yang dimaksudkan dengan cagaran itu kerana amalan sedia ada, mana-mana individu hendak memohon pinjaman kenderaan mahupun rumah pun, pihak bank akan meminta penyata KWSP sebagai syarat,\u201d katanya ketika dihubungi Harian Metro.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nOPR kekal, langkah taktikal BNM sokong momentum ekonomi\n\n\n\n\n\n\nMangsa Macau Scam \u2018berputih mata\u2019, wang simpanan KWSP RM141,000 lesap\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan KJ beri kelebihan kepada PN\n\n\n\n\n\n\nKPM Akan Keluarkan Jadual Baharu SPM 2021\n\n\n\n\n\n\nCari jalan pendekkan kes mahkamah syariah, elak mangsa dizalimi\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian mengulas langkah kerajaan bersetuju memperkenalkan kaedah secara kolateral iaitu menggunakan wang caruman KWSP sebagai cagaran kepada bank untuk membuat pinjaman.\n\n\nMengulas lanjut, Mohd Effendy berkata, pihaknya berpendirian adalah lebih baik kerajaan memperuntukkan sejumlah dana untuk pelaburan KWSP supaya keuntungannya dapat dipulangkan kepada pencarum terutama mereka yang terkesan.\n\n\n\u201cDaripada meminjam lebih baik kerajaan beri dana kepada KWSP untuk pelaburan supaya pulangannya dapat disalurkan semula kepada pencarum.\n\n\n\u201cBerapa jumlah pulangan diberikan kepada pencarum boleh diperhalusi lagi mengikut kategori kumpulan sama ada untuk mereka terkesan seperti B40 saja atau semua pencarum termasuk M40 dan T20,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, pihaknya mencadangkan institusi kewangan menawarkan kadar faedah lebih rendah khusus bagi peminjam yang mahu mencagar wang KWSP mereka.\n\n\n\u201cCadangan pinjaman dengan mencagarkan KWSP itu satu cadangan baik supaya mereka yang terdesak memerlukan kewangan dapat sumber yang boleh digunakan tanpa perlu mengeluarkan wang simpanan hari tua mereka.\n\n\n\u201cUntuk peniaga yang mencarum KWSP sudah tentu kaedah ini lebih baik dan tidak menyusahkan pihak lain untuk meminjam contohnya untuk membuat pusingan modal berbanding dulu perlu ada seorang penjamin.\n\n\n\u201cDengan adanya cagaran sebegini, pihak bank lebih berkeyakinan kerana kemampuan kita membayar lebih tinggi kerana ada perniagaan,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, pinjaman dibuat seharusnya tidak melebihi jumlah baki simpanan KWSP bagi menjamin masa depan pencarum.\n\n\n\u201cKalau terdesak sangat hendak meminjam menggunakan kaedah ini jangan melebihi daripada simpanan sedia ada.\n\n\n\u201cPerlu lihat berapa jumlah diperlukan untuk membiayai keperluan itu dan sudah pasti ada kemampuan membayar balik supaya peminjam tidak dibebani dengan masalah berganda apabila tidak dapat melunaskan pinjaman,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.\n\n\nKatanya, kaedah itu adalah langkah terbaik bagi memastikan wang simpanan KWSP pencarum tidak dikeluarkan, namun pada masa sama mereka yang terdesak boleh mendapatkan sumber kewangan dengan meminjam bank untuk kelangsungan mereka. \u2013 HARIAN METRO"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/corak-kepimpinan-jatuhkan-pempimpin-dibimbangi-sebabkan-pembangunan-negara-tersasar-isma/", "title": "Corak kepimpinan jatuhkan pempimpin, dibimbangi sebabkan pembangunan negara tersasar \u2013 ISMA", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 P\nendekatan yang diamalkan kerajaan kini lebih terarah kepada politik semata-mata, dibimbangi akan menyebabkan pembangunan negara jauh tersasar dan terabai.\n\n\nPresiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni melahirkan kebimbangan dengan corak kepimpinan politik hari ini yang kian menjurus kepada perbuatan menjatuhkan seseorang pemimpin.\n\n\nMenilai keadaan semasa, beliau berkata, pendekatan yang diamalkan kerajaan kini lebih terarah kepada politik semata-mata sehingga dibimbangi akan menyebabkan pembangunan negara jauh tersasar dan terabai.\n\n\n\u201cSeruan untuk menaikkan pimpinan yang amanah tidak laku. Seruan untuk menolak pimpinan yang korup juga tidak laku. Seruan untuk kesatuan umat dalam format yang luas tidak laku. Begitu juga seruan untuk menyenaraikan siapa musuh Islam di negara ini tidak laku. Dan banyak lagi seruan-seruan yang asas\u2026. hampir rata-rata tidak laku.\u201d\n\n\n\u00a0\nBeliau berkata, \nbudaya yang rosak dalam politik dan pentadbiran negara sudah menjadi suatu yang normal dan sukar ditolak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan sewajarnya ialah Najib dibebas dan dilepaskan \u2013 Hakim Besar Sabah & Sarawak\n\n\n\n\n\n\nMakanan tidak halal boleh guna perkataan Menu Rahmah\n\n\n\n\n\n\nSelepas berjaya takluk Everest, pendaki negara dilapor hilang\n\n\n\n\n\n\nNetizen luah kekecewaan terhadap Aplikasi MyBayar Saman\n\n\n\n\n\n\nKempen \u2018Sosial Media\u2019 Belum Boleh Diterima Pengundi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\nMalah katanya, mungkin ini zaman yang digambarkan Rasulullah SAW sebagai zaman yang orang-orang baik kebingungan tidak tahu mahu berbuat apa.\n\n\n\u00a0\nBeliau berkata demikian rentetan apa yang berlaku terhadap Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin hari ini yang dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes salah guna dana kerajaan iaitu Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).\n\n\nPemimpin BERSATU dibawa ke SPRM untuk memberi keterangan.\n\n\n\u00a0\nKetua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut berkata, Presiden BERSATU itu akan didakwa esok di mahkamah.\n\n\n\u201c\nMungkin kita akan terus menyaksikan peristiwa yang sama dengan aktor yang berbeza untuk beberapa tahun akan datang ini dan keadaan itu akan semakin rumit, dengan formula penyelesaian yang makin kabur.\u201d \u2013 USTAZ MUHAMMAD FAUZI ASMUNI / Presiden ISMA\n\n\n\u00a0\nDalam pada itu, Ustaz Fauzi yang melontarkan pandangannya di ruangan palikasi telegram berkata mengimbau kembali kejadian pertama melibatkan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawat Timbalan Perdana Menteri era 90-an.\n\n\n\u00a0\nBegitu juga yang berlaku terhadap Bekas Perdana Menteri, Datu Seri Najib Razak, semuanya menunjukkan buruk negara ketika itu.\n\n\n\u00a0\nIni katanya menimbulkan rasa resah, tidak selesa dan bercampur baur.\n\n\n\u00a0\nBeliau berpandangan dengan berulangnya permainan politik seperti ini, usaha untuk menyelesaikan masalah negara semakin jauh tersasar dan melihat budaya yang rosak dalam politik serta pentadbiran negara sudah menjadi suatu yang normal dan sukar ditolak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/datin-rosmah-tarik-balik-rayuan-supaya-hakim-tarik-diri-kes-pengubahan-wang-haram/", "title": "Datin Rosmah tarik balik rayuan supaya hakim tarik diri kes pengubahan wang haram", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Datin Seri Rosmah Mansor menarik balik rayuan supaya Hakim Mohamed Zaini Mazlan, menarik diri daripada mendengar kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai dihadapinya di Mahkamah Tinggi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohamed Zaini yang juga bekas Hakim Mahkamah Tinggi kini adalah Hakim Mahkamah Rayuan selepas dinaikkan pangkat.\n\n\nBerdasarkan notis pemberhentian difailkan firma guaman, Tetuan Geethan Ram mewakili isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu pada 1 Mac lalu, Rosmah selaku perayu menarik balik rayuan difailkan melalui notis rayuan bertarikh 29 April 2022.\n\n\nSehubungan itu, rayuan itu disifatkan sudah ditolak mengikut peruntukan dalam Aturan 73 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994.\n\n\n\n\n\n\nProsiding rayuan itu sepatutnya didengar di Mahkamah Rayuan pada 17 Mac ini.\n\n\n\n\n\n\nPada November tahun lalu, Mahkamah Rayuan menangguhkan pendengaran rayuan berkenaan kerana mahu pihak pembelaan dan pendakwaan memfailkan hujahan lanjut sama ada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.\n\n\n\n\nRosmah, 72, berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\n\n\n\n\nPerbuatan itu dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.\n\n\nPerbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai dihadapi Rosmah ditetapkan selama 15 hari antara 12 Mei dan 8 September ini.\n\n\nPada 1 September 2022, Mohamed Zaini mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.\n\n\nHakim itu juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu, namun membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/fakta-siasatan-tanpa-memihak-pertuduhan-ikut-keterangan-peguam-negara/", "title": "Fakta siasatan tanpa memihak, pertuduhan ikut keterangan- Peguam Negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana individu, adalah berdasarkan keterangan dan fakta daripada hasil penyiasatan.\n\n\nPeguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, berkata ia bukan disebabkan desakan oleh pihak tertentu atau faktor lain\n\n\nKatanya, keputusan dibuat dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tanpa memihak kepada sesiapa.\n\n\nBeliau berkata, ia berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan sewajarnya, selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCukai Makmur Bantu Rakyat Hadapi Inflasi\n\n\n\n\n\n\nPerjuangan PAS sudah berubah \u2013 Mohammad Agus\n\n\n\n\n\n\nKerajaan akan tambah baik undang-undang kesalahan menghendap\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy Sekali Lagi Dilantik MB Pahang\n\n\n\n\n\n\nKapitalis Pegang Pemimpin Punca Kegiatan Haram Gagal Dibanteras? \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAGC menafikan tohmahan wujudnya pendakwaan terpilih (selective prosecution), bermotif politik dan penganiayaan (persecution) terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan bawah mana-mana peruntukan undang-undang.\n\n\n\u201cSekiranya terdapat keterangan dan bukti kukuh bahawa mana-mana individu telah melakukan kesalahan bawah mana-mana peruntukan undang-undang, individu terbabit akan didakwa berdasarkan peruntukan undang-undang tanpa mengira status dan latar belakang,\u201d katanya dalam satu kenyataan, hari ini.\n\n\nTerdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dituduh di mahkamah, hari ini, mempersoalkan bagaimana AGC membuat keputusan untuk mendakwa dirinya lebih awal sedangkan beliau belum memberi sebarang kenyataan kepada SPRM.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu mendakwa, beliau mengetahui tindakan untuk mendakwa dirinya sudahpun diputuskan oleh kerajaan walaupun siasatan belum dilengkapkan.\n\n\n\u201cMereka hanya menggunakan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik mereka. Jelas, pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang.\n\n\n\u201cSaya sudah berkecimpung dalam politik selama 50 tahun dan sepanjang tempoh itu, tiada sebarang kesalahan yang saya lakukan,\u201d dakwanya.\n\n\nPagi tadi, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur\u00a0 atas enam pertuduhan, meliputi empat kerana menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.\n\n\nBagaimanapun, Presiden BERSATU itu mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terbabit dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.\n\n\nMuhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendakwa lagi, pendakwaan terpilih ke atas dirinya itu adalah tindakan politik berniat jahat yang bertujuan melumpuh dan menghancurkan BERSATU serta PN.\n\n\nBeliau sekali gus menegaskan akan menjawab segala pertuduhan terhadap dirinya di mahkamah. -BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/gelombang-abah-lebih-besar-takiyuddin/", "title": "\u201cGelombang Abah\u201d lebih besar \u2013 Takiyuddin", "body": "0\n\n\nKebangkitan rakyat untuk menentang kezaliman yang dilakukan kerajaan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka lebih besar berbanding gerakan reformasi 25 tahun lalu.\n\n\nAhli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjangkakan, rakyat akan bangkit menentang segala kerosakan yang dilakukan kerajaan hari ini menerusi \n\u201cGelombang Abah\u201d\n.\n\n\nTakiyuddin, yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, gelombang itu akan diterjemahkan\u00ad pada enam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.\n\n\n\u201cKita rasa apa (pendakwaan terhadap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin) yang berlaku ini akan menambah lagi sokongan kerana rakyat memahami apa yang berlaku.Dan ini akan diterjemahkan dalam enam PRN akan datang. Kalau ada pihak menggunakan gerakan reformasi untuk mendapatkan sokongan, ini adalah lebih daripada reformasi\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika berada di luar pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi untuk mengulas enam pertuduhan membabitkan RM232.5 juta yang dikenakan ke atas Muhyiddin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPM Digesa Ambil Tindakan Keras Terhadap Menteri, Pegawai NADMA\n\n\n\n\n\n\nKes Dera: Jeritan Mangsa Dorong Keinginan Pelaku\n\n\n\n\n\n\nUsahawan perlu bantuan intervensi kerajaan untuk pulih, kekal bertahan\n\n\n\n\n\n\n5 pegawai Sivakumar ditamat perkhidmatan, 1 bertukar jabatan\n\n\n\n\n\n\n\u2018The Greater Kedah\u2019 akan menjadi realiti, jangan halang \u2013 MB Kedah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu menggesa pihak berkuasa supaya tidak mengikut telunjuk kerajaan dalam menentukan keadilan buat Muhyiddin.\n\n\nMengulas lanjut, Takiyuddin yang juga adalah ahli Parlimen Kota Bharu, berkata PN yakin pertuduhan terhadap Muhyiddin semata-mata berbentuk politik.\n\n\n\u201cKami PN yakin bahawa pertuduhan yang dikenakan ini adalah pertuduhan berbentuk politik, jadi kita yakin kita dapat menghadapi tuduhan-tuduhan ini dengan sebaiknya dan kita boleh menjangkakan keputusan yang akan keluar dari perkara ini,\u201d katanya.\n\n\nBekas perdana menteri Muhyiddin, 75, hari ini didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta.\n\n\nEmpat pertuduhan salah guna kuasa, dirangka mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, menuduh Muhyiddin menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri dan presiden Bersatu ketika itu untuk mendapatkan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu antara 1 Mac 2020 dan Ogos 20 2021.\n\n\nDua pertuduhan pengubahan wang haram, yang dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta yang sama, menuduh ahli politik berusia 76 tahun itu menerima RM120 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity Sdn Bhd antara 25 Feb 2021 dan 8 Julai 2022.\n\n\nJika dibuktikan bersalah, ahli parlimen Pagoh itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan terbabit atau RM10,000 yang mana lebih tinggi bagi pertuduhan salah guna kuasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/johari-ghani-dilantik-ketua-pasukan-bertindak-1mdb/", "title": "Johari Ghani dilantik ketua pasukan bertindak 1MDB", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani dilantik mengetuai pasukan bertindak bagi menyelesaikan hal berkaitan skandal 1MDB.\n\n\nPelantikan itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat malam tadi.\n\n\n\u201cSaya setuju sebab itu saya lantik Titiwangsa sebagai pengerusi\u00a0task force\u00a0untuk selesaikan isu 1MDB kerana saya sendiri tidak setuju dengan keputusan dulu yang sangat ringan ketika persetujuan dalam persefaham.\n\n\n\u201cGoldman Sachs ambil keuntungan laba di atas kepayahan dan keperitan kita. Sepatutnya pembangkang kena sergah kuat isu ini di Parlimen,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBanjir di Johor terburuk sejak tahun 2006\n\n\n\n\n\n\nKeputusan sewajarnya ialah Najib dibebas dan dilepaskan \u2013 Hakim Besar Sabah & Sarawak\n\n\n\n\n\n\n24 PUSAT PENGUNDIAN AWAL AKAN DIBUKA \u2013 SPR\n\n\n\n\n\n\nShahrizat sah kembali, bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO\n\n\n\n\n\n\nTurunkan Papan Tanda Jawi Di SJKC \u2013 ADUN Bilut\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemasa sesi perbahasan, Johari yang juga bekas Menteri Kewangan II membangkitkan secara panjang lebar tentang isu 1MDB.\n\n\nDalam pada itu, bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun oleh mahkamah di New York hari ini kerana terbabit dalam skandal 1MDB.\n\n\nJabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataan akhbar pula berkata, jumlah dana yang diminta dipulangkan akan ditentukan kemudian.\n\n\nSebelum ini, Roger Ng didapati bersalah membantu dalam skandal penyelewengan dana 1MDB.\n\n\nPada April lalu, juri di Mahkamah Persekutuan Brooklyn mendapati Roger Ng, bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, bersalah kerana membantu bekas orang atasannya, Tim Leissner menggelapkan wang daripada dana itu, mencuci hasil dan merasuah pegawai kerajaan untuk mendapatkan perniagaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/kwsp-kaji-kaedah-baki-akaun-2-jadi-cagaran-peribadi/", "title": "Cagaran caruman, KWSP kaji kaedah baki akaun 2 jadi cagaran peribadi", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0\nKumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menilai kaedah terbaik bagi kemudahan penggunaan baki caruman akaun dua ahli sebagai cagaran membuat pinjaman peribadi.\u00a0\n\n\nKWSP mengambil maklum mengenai perkara itu selari dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat semalam.\n\n\n\n\nMenurut soal jawab di ruangan komen Facebook rasmi KWSP memaklumkan, pelaksanaan kemudahan berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAyahanda Harimau Kumbang kumpulan gengster kutip hutang, tarik kereta\n\n\n\n\n\n\nHari Pengundian Awal Bermula, GPS Terus Mendahului\n\n\n\n\n\n\nWARISAN Jadi Parti Nasional\n\n\n\n\n\n\nAl Fatihah : Mohd Isa pemimpin tegar, perjuangkan penduduk miskin sejak dulu\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi keluar PN \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Anwar memaklumkan, kerajaan akan memperkenalkan kaedah cagaran bagi wang caruman pencarum KWSP bagi bagi tujuan pembiayaan kewangan.\n\n\nKaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang \u2018terdesak\u2019 untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/muhyiddin-hadapi-satu-lagi-pertuduhan-rasuah-isnin-ini/", "title": "Muhyiddin hadapi satu lagi pertuduhan rasuah Isnin ini", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013\u00a0\nBekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan, beliau bakal menghadapi satu lagi pertuduhan di Mahkamah Shah Alam pada Isnin, 13 Mac ini.\u00a0\n\n\nBeliau yang hadir di Mahkamah hari ini turut mendedahkan, tiada langsung penyaluran wang milik rakyat menerusi projek Jana Wibawa ke dalam milik akaun peribadinya.\u00a0\n\n\n\u201cPagi ini saya dihadapkan ke mahkamah, untuk menghadapi enam pertuduhan, pada hari isini yang akan datang ini, saya akan datang, ke mahkamah shah alam untuk satu lagi pertuduhan.\u201d\n\n\nMuhyiddin turut menjelaskan, hasil siasatan yang dibuat, didapati tiada langsung kemasukan wang ringgit yang didakwa milik rakyat telah masuk ke poket beliau sendiri sepanjang menjadi bekas Perdana Menteri yang kelapan.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIslam bukan ekstrem sempit tapi terbina atas asas wahyu\n\n\n\n\n\n\nHaramkan sumbangan dari luar negara \u2013 Tengku Razaleigh\n\n\n\n\n\n\nPolis kesan dua warga Singapura\n\n\n\n\n\n\nKenal pasti, tutup lompang dalam Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nPNBBC Sokong Ismail Sabri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni kerana, setelah siasatan di buat, didapati tiada satu sen pun, wang rakyat, masuk ke akaun sendiri, ini tentunya berbeza sekali, dengan tohmahan fitnah yang dilemparkan, ke atas saya kononnya saya menyelewengkan, wang pakej rangsangan ekonomi semasa pandemik Covid-19\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media setelah selesai menguruskan pembayaran ikat jamin berjumlah\u00a0 RM2 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nTan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan sidang media sebaik selepas didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nENAM PERTUDUHAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN\n\n\nPertuduhan pertama dan kedua: menggunakan kuasanya bagi menerima sejumlah wang suapan yang bernilai RM200 juta daripada Bukhary Equity dan RM1 juta daripada Nepturis Sdn Bhd untuk BERSATU sewaktu menjadi Perdana Menteri ke-8 dan Presiden BERSATU\u00a0\n\n\n\n\nMuhyiddin dihadapkan ke mahkamah bagi berdepan enam dakwaan antaranya beliau yang ketika itu sebagai Perdana Menteri kelapan dan Presiden Bersatu telah menggunakan kuasanya untuk menerima sejumlah wang suapan 200 juta ringgit daripada Bukhary Equity Sdn Bhd serta 1 juta ringgit daripada Nepturis Sdn Bhd untuk Bersatu.\n\n\n\n\nENAM PERTUDUHAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN\n\n\nPertuduhan ketiga dan keempat : menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM19.5 juta\u00a0 daripada Mamfor Sdn Bhd dan RM12 juta daripada Azman Yusoff untuk BERSATU sewaktu menjadi Perdana Menteri ke-8 dan Presiden BERSATU\n\n\n\n\nManakala bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti itu telah menggunakan kedudukanya untuk menerima satu suapan berjumlah 19.5 juta ringgit daripada Mamfor Sdn Bhd dan 12 juta ringgit daripada individu yang dikenali sebagai Azman Yusoff untuk parti yang dipimpinnya.\u00a0\n\n\n\n\nENAM PERTUDUHAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN\n\n\nPertuduhan kelima dan keenam: membabitkan dua kes wang hasil danaan haram yang berjumlah RM196 juta daripada Bukhary Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB\u00a0 milik BERSATU sewaktu beliau menjadi Presiden BERSATU\n\n\n\n\nPertuduhan kelima dan keenam pula membabitkan dua kes berhubung jawatannya sebagai Presiden Bersatu yang menerima wang hasil dana aktiviti haram yang berjumlah 196 juta ringgit daripada Bukhary Equity Sdn Bhd. Dana itu dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti tersebut.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, jika dibuktikan bersalah ke atas semua pertuduhan itu, beliau bakal dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan terbabit atau 10,000 ringgit yang mana lebih tinggi bagi pertuduhan salah guna kuasa.\n\n\nNamun, beliau tidak mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu dan minta untuk dibicarakan di mahkamah sehingga kes tersebut selesai."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/pas-terengganu-pastikan-ahli-politik-mohon-tauliah-maidam/", "title": "PAS Terengganu pastikan ahli politik mohon tauliah MAIDAM", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 P\nAS Negeri Terengganu negeri akan memastikan semua ahli politik termasuk wakil rakyat daripada parti itu memohon tauliah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk membolehkan mereka mengajar serta menyampaikan kuliah agama di masjid dan surau.\n\n\nPesuruhjaya PAS negeri, Datuk Husain Awang, berkata setakat ini dalam kalangan wakil rakyat parti itu di Terengganu sudah pun memiliki tauliah dan kebenaran MAIDAM bagi tujuan itu.\n\n\n\u201cSetakat ini ada dalam kalangan wakil rakyat PAS sudah memiliki tauliah (daripada MAIDAM) dan yang masih tidak ada (tauliah) akan memohon (secepat mungkin),\u201d \u2013 Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Husain Awang\n\n\nKatanya\u00a0 katanya kepada pemberita selepas menghadiri kuliah dhuha mingguan disampaikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila, di Kuala Terengganu pada Jumaat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCadangan KWSP sebagai cagaran pinjaman tidak wajar \u2013 Kesatuan Pekerja\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Rakus, Ingin Dapatkan Dana Dari Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir beri bayangan sertai PUTRA\n\n\n\n\n\n\nHAMAS bagi amaran jangan tukar status quo Masjidil Aqsa!\n\n\n\n\n\n\nPutra Mahu Bangun Minda Melayu Bumiputera\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian mengulas ketetapan dibuat MAIDAM yang tidak membenarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara menyampaikan apa-apa ceramah, kuliah atau pengajaran agama di masjid dan surau dalam Terengganu.\n\n\nYang Dipertua MAIDAM, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa dukacita dengan pembabitan segelintir ahli politik yang menyampaikan kuliah, ceramah dan pengajaran agama di masjid dan surau serta bertindak sebagai khatib dan imam solat Jumaat tanpa kebenaran MAIDAM.\n\n\nBagaimanapun, pengecualian larangan itu diberikan kepada pemegang tauliah mengajar serta individu yang memiliki kebenaran daripada MAIDAM.\n\n\nDalam pada itu, Husain menegaskan pemimpin dan wakil rakyat PAS khususnya di Terengganu menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Islam dalam menjalankan dakwah, menyampaikan amar makruf dan nahi (mencegah) mungkar kepada rakyat.\u00a0\n\n\nTerdahulu, Abdul Hadi selepas menyampaikan kuliah menyempurnakan penyerahan sumbangan hampir RM800,000 untuk mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria. \nENDS"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/pemilihan-umno-2023-shahrizat-atau-noraini-jadi-ketua/", "title": "Pemilihan UMNO 2023 : Shahrizat atau Noraini jadi Ketua?", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0\nPersaingan merebut jawatan dalam Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 akan bermula esok selepas tempoh pendaftaran calon ditutup secara rasmi pada 26 Februari lalu.\n\n\nSecara keseluruhan, seramai 270 calon mengesahkan untuk bertanding merebut jawatan di peringkat pusat.\n\n\nPersaingan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO paling dinantikan terutama melibatkan satu lawan satu iaitu antara Datuk Dr Noraini Ahmad dan Tan Sri Shahrizat Jalil.\n\n\nMenurut pemerhati politik, Prof Dr Azmi Hassan, kemunculan semula Shahrizat\u00a0 untuk menyandang jawatan lama beliau itu dianggap agak memeranjatkan dan menimbulkan pelbagai persoalan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n4 dekad, Maher akhirnya bebas sebagai tahanan paling lama rejim Israel\n\n\n\n\n\n\nBanyak Isu Tanah, Hutan & Korupsi Tak Selesai Punca Negeri Pahang Ketinggalan?\n\n\n\n\n\n\n80, 000 rakyat Israel bantah pembaharuan badan kehakiman\n\n\n\n\n\n\nMenu Rahmah akan dilaksana di R&R PLUS\n\n\n\n\n\n\nPAU 2022 hanya bahas usul ucapan dasar Presiden\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, beliau menjangkakan pengalaman dan pengaruh Shahrizat mampu membawa perubahan kepada UMNO walaupun telah berundur sebelum ini.\n\n\n\u201cYa, agak memeranjatkan pertandingan jawatan ketua wanita itu hanyalah Datuk Noraini dan Tan Sri Shahrizat dan TS Shahrizat bukan calang2 dikatakan, banyak pengalamannya dan saya jangkakan pengalaman dan pengaruhnya akan membawa perubahan dan kekuatan kepada UMNO cuma masalahnya sekarang TS Shahrizat telah berundur sebelum Datuk Noraini ambil alih dan ini menjadi tanya kenapa TS Shahrizat ambil alih dan kembali kepada tampuk pimpinan wanita itu\u201d\n\n\nMengulas lanjut, Prof Azmi juga menyatakan, pimpinan di bawah Noraini sebelum ini dilihat sunyi dan kehadiran Shahrizat ini dapat menguatkan kembali UMNO.\n\n\nSelain wanita, tumpuan juga akan terarah kepada pemilihan Ketua Pemuda dan Ketua Puteri yang bakal menampilkan muka-muka baharu dalam parti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/pengarah-filem-mentega-terbang-beri-keterangan-di-bukit-aman/", "title": "Pengarah Filem Mentega Terbang beri keterangan di Bukit Aman", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Dihimpit kontroversi Filem Mentega Terbang, Pengarahnya, Mohamad Khairi Anwar Jailani memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada Jumaat (10 Mac)\u00a0\n\n\nKeterangan diambil atas dakwaan filemnya boleh memesongkan akidah umat Islam.\n\n\n\n\nKata producer Mentega Terbang, mesej yg nk disampaikan utk penonton belajar ttg agama2 lain yg ada di Malaysia tp kenapa ada scene smpi budak Islam makan babi la, bapa org Melayu Islam bagi kebebasan pada anak utk pilih agama yg dia suka? \n\n\nIni jelas melanggar Akta 559 Seksyen 13 \npic.twitter.com/MH0p5rDI6X\n\n\n\u2014 Demi Malaiu (@DemiMalaiu) \nMarch 3, 2023\n\n\n\n\nKhairi dilihat bersama peguamnya, Zaid Malek dan keluar lebih kurang jam 12:15 tengah hari setelah lebih dua jam diambil keterangan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCadangan perluas visa ketibaan boleh gugat keselamatan negara\n\n\n\n\n\n\nPBB, EU, Kesatuan Afrika gesa gencatan senjata segera\n\n\n\n\n\n\nCecair vape dibenarkan tanpa sebarang kawalan?\n\n\n\n\n\n\nBuluh lemang sumber pendapatan Shafie di Raub\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya pihaknya memberi kenyataan dan kerjasama yang baik kepada polis.\n\n\nTurut hadir,\u00a0 pelakon \nMentega Terbang\n iaitu, Arjun Thanaraju bersama peguamnya, Mahajoth Singh.\n\n\nKes disiasat bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) akta yang sama dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia AKMM\u00a0 1998.\n\n\n\n\n\n\nSiasatan Filem Mentega Terbang mengikut \u2013\n\n\nSeksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.\n\n\nSeksyen 505(b) Kanun Keseksaan itu merupakan kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.\n\n\nSeksyen 233 AKMM 1998 pula berkait penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.\n\n\n\n\n\n\nSeksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.\n\n\nSeksyen 505(b) Kanun Keseksaan itu merupakan kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.\n\n\nSeksyen 233 AKMM 1998 pula berkait penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.\n\n\nTerdahulu, hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) filem Mentega Terbang didapati beberapa unsur yang bertentangan jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),\u00a0 Mohd Na\u2019im Mokhtar, berkata Jakim akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), supaya tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/radzi-jidin-kekal-ahli-parlimen-putrajaya/", "title": "Radzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin kekal sebagai Ahli Parlimen Putrajaya selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal untuk membatalkan petisyen yang difailkan Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim.\n\n\nHakim Datuk Faizah Jamaludin berkata, Ahmad Faisal selaku pempetisyen gagal membuktikan amalan rasuah dilakukan sama ada oleh Mohd. Radzi selaku responden atau ejennya.\n\n\nKetika membaca keputusan penghakimannya, Faizah berkata, pempetisyen gagal membuktikan wujud kegiatan rasuah membabitkan Mohd. Radzi mengikut Seksyen 32 (c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.\n\n\n\u201cKekurangan fakta dan butiran mengenai dakwaan rasuah kepada pengundi akan menjadikannya mustahil untuk membuktikan kes di luar keraguan munasabah, jika perbicaraan diadakan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMYDIN rugi setengah juta kerana cuti tambahan raya\n\n\n\n\n\n\nLagi provokasi bakar Al-Quran ketika umat Islam sambut Aidiladha\n\n\n\n\n\n\nTiga Lagi Kes COVID-19 Di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n90 Jangkitan Varian Delta Di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Di Kelantan Menurun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya juga mendapati petisyen itu defektif atau cacat kerana gagal mematuhi Peraturan 4 (1) (b) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya,\u201d katanya ketika prosiding keputusan kes yang diadakan secara dalam talian.\n\n\nHakim itu berkata, kegagalan pempetisyen untuk mematuhi prosedur, menyebabkan kecacatan dalam bidang kuasa sehingga menyebabkan mahkamah tidak dapat mendengar petisyen itu.\n\n\nSusulan itu, beliau berkata, petisyen tersebut dibatalkan dan Ahmad Faisal dikehendaki membayar kos RM20,000 kepada Mohd. Radzi.\n\n\nDalam prosiding berkenaan, peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun, Norhazira Abu Hayan dan Amin Othman mewakili Ahmad Faisal sementara Mohd. Radzi diwakili peguam, Yusfarizal Yussoff."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/10/tiada-sebab-hamzah-dipanggil-sprm/", "title": "Tiada sebab Hamzah dipanggil SPRM", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan, tiada sebab beliau dipanggil untuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\nBeliau juga meminta supaya menghentikan sebarang spekulasi mengenai hal tersebut.\n\n\n\u201cApa sebab saya nak dipanggil SPRM. Jadi soalan itu tak timbul.\n\n\n\u201cJangan buat spekulasi bukan-bukan. Kita sekarang ini menghadapi satu ujian dan cabaran yang begitu hebat,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJAKIM lancar kutipan derma bantu mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria\n\n\n\n\n\n\nJangan Biar Aset Negara Digadai, Dirampas Pihak Luar \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nPasangan Hina Islam Mungkin Terima Sokongan Luar \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nMelampau, pelawak Singapura hina, perlekeh Malaysia\n\n\n\n\n\n\nManfaat Pertumbuhan Ekonomi Perlu Diagihkan Sama Rata \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Persidangan Agung Tahunan Srikandi Bersatu Malaysia 2022 di Menara PGRM di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nHamzah juga memaklumkan pendakwaan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi semangat kepada semua ahli dan perwakilan untuk bergerak ke hadapan.\n\n\n\u201cKali ini kita lebih bersemangat bukan hanya tunjukkan solidariti tetapi mahu tentang kezaliman dalam negara kita.\n\n\n\u201cJadi kalau pun sesiapa yang kena (didakwa), kita akan terus bersama untuk menentukan bahawa parti ini adalah satu parti yang tetap memperjuangkan kebenaran,\u201d ujarnya.\n\n\nSebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, tuduhan terhadap Muhyiddin bersifat kepada pertuduhan terpilih bagi melindungi dan memihak satu isu yang besar berlaku dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH).\n\n\nPada Jumaat, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan salah guna kuasa untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu menjadi pemimpin Bersatu ketiga didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah, selepas bekas Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/11/anwar-tidak-terganggu-tuduhan-tindakan-bermotif-politik/", "title": "Anwar tidak terganggu tuduhan tindakan bermotif politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Tindakan membasmi ketirisan yang kini dilaksanakan Kerajaan Perpaduan sebagai bermotifkan politik tidak mengganggu pendirian kerajaan untuk membanteras aktivit rasuah dalam negara.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangunan nilai murni serta akhlak mesti terus ditekankan dalam menjayakan konsep Malaysia Madani yang sedang serius membasmi ketirisan serta penyelewengan wang negara.\n\n\nSaya tak peduli apa yang disebut dan ditohmahkan di luar ataupun dianggap ini satu tindakan politik. Percayalah, kawan-kawan saya dalam Jemaah Menteri ada timbalan Menteri ada, KSU datuk bandar tahu, kita serius untuk bangkitkan, pastikan perubahan ini berlaku. Dan ini boleh berlaku kalau jentera kerajaan dan rakyat bersama kita di semua peringkat.\n\n\n Jadi mudah-mudahan Allah swt memelihara kita, memberkati usaha kita dan jadikan Malaysia ini Ipoh Perak dan Malaysia menjadi contoh di mana umat Islam yang majoriti Melayu memelihara kepentingan semua kaum di semua negara supaya negara yang aman berdaulat dan dapat memacu pertumbuhan yang membanggakan.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Landskap Negara 2023 di Laman Sejahtera Taman D R Seenivasagam di Ipoh, Perak hari ini.\n\n\nTurut hadir sama Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dan Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProklamasi Melayu bukan martabatkan Melayu tapi nak guling kerajaan \u2013 P.Ramasamy\n\n\n\n\n\n\nPN tawar saya jadi senator dan menteri \u2013 Wan Rosdy\n\n\n\n\n\n\nJaga keselamatan, Johor diuji bencana banjir sekali lagi\n\n\n\n\n\n\nMasjid Biru Istanbul dibuka semula buat umat Islam\n\n\n\n\n\n\nKedutaan Malaysia di Sudan ditutup sementara\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, Anwar berkata tidak mahu Malaysia sekadar menjadi contoh dan kebanggaan dari segi pencapaian pembangunan infrastruktur, namun kehidupan rakyatnya antara paling menderita.\n\n\nSebaliknya, beliau berkata pelaksanaan konsep Malaysia MADANI mesti menitikberatkan keseimbangan komuniti dalam pembangunannya supaya pemacuan pertumbuhannya dirasai semua golongan secara seimbang antara rakyat kelas atasan mahupun rakyat di bawahan.\n\n\nTegas beliau, langkah itu harus bermula daripada peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap negeri dalam memastikan bahawa seluruh rakyat tanpa mengira kaum, diberi pembelaan dan hak mereka terpelihara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/11/bersatu-sebulat-suara-mahu-muhyiddin-kekal-presiden/", "title": "BERSATU sebulat suara mahu Muhyiddin kekal Presiden", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 BERSATU sebulat suara mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin, kekal sebagai Presidennya.\n\n\nAhli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan, ketika bercakap kepada pemberita semalam berkata kedudukan Muhyiddin adalah berbeza dengan jawatan beliau sebagai Ketua Penerangan parti sebelum ini.\n\n\nWan Saiful meletakkan jawatan selepas dituduh di mahkamah berhubung kes rasuah sebelum ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSetakat ini kita sebulat suara menyatakan bahawa kita mahu Muhyiddin kekal sebagai presiden dan saya kena sebut bahawa (kedudukan presiden) berbeza dengan kedudukan saya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya adalah ketua penerangan yang dilantik, jadi apabila dilantik maka saya rasa saya ada tanggungjawab untuk melepaskan tanggungjawab tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTapi, Muhyiddin adalah pemimpin yang dipilih oleh ahli dan ahli menuntut supaya Muhyiddin kekal sebagai presiden,\u201d katanya selepas Perhimpunan Agung Tahunan Armada BERSATU, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n3 laluan kontra atasi kesesakan jalan di ibu negara\n\n\n\n\n\n\nRinggit mata wang paling lemah di Asia tahun ini\n\n\n\n\n\n\nPengharaman buku homoseksual ikut undang-undang \u2013 AGC\n\n\n\n\n\n\nNik Abdul tidak bertanding bukan disebabkan Mohd Amar\n\n\n\n\n\n\nPDRM siasat video tular dua lelaki hina Nabi \u2013 Saifuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau diminta mengulas sama ada Muhyiddin perlu melepaskan jawatannya sebagai Presiden seperti beliau lakukan sebelum ini.\n\n\n\n\nMuhyiddin pada Jumaat lalu mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta.\n\n\nTuduhan itu menyebabkan Muhyiddin berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan terbabit atau RM10,000 yang mana lebih tinggi bagi pertuduhan salah guna kuasa.\n\n\nMajlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dilaporkan bermesyuarat lewat petang semalam bagi menentukan kedudukan Muhyiddin.\n\n\nDifahamkan, usul mengenai mengekalkan Muhyiddin sebagai Presiden BERSATU itu dijangka dikemukakan esok pada Persidangan Agung BERSATU. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/11/cagaran-kwsp-tidak-sah-jika-tidak-dipinda-akta-kwsp-pakar/", "title": "Cagaran KWSP tidak sah jika tidak dipinda Akta KWSP \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0\nPengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan perlaksanaan polisi baharu bagi membenarkan cagaran menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tidak sah tanpa meminda akta sedia ada.\n\n\nAhli Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, Seksyen Akta KWSP 1991 perlu dipinda sebelum menjadikan wang persaraan itu sebagai cagaran untuk pinjaman bank.\n\n\n\n\nMenurutnya, tiada peruntukan yang membolehkan wang simpanan pekerja dicagarkan kecuali perintah pelucutan hak mahkamah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMenteri Agama arah JAWI siasat perarakan LGBTQ\n\n\n\n\n\n\nBanjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam\n\n\n\n\n\n\nMahkamah tolak tangguh bicara ubah wang haram, elak cukai Rosmah\n\n\n\n\n\n\nSunway Theme Park Adakan Perkongsian Strategik Bersama PERHILITAN\n\n\n\n\n\n\nUstaz Wadi Annuar mohon maaf pada masyarakat India\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSekiranya polisi cagaran KWSP kepada bank ingin dilaksanakan kerajaan, maka Seksyen 51 itu perlu dibawa ke Parlimen untuk dipinda terlebih dahulu.\n\n\n\u201cIa tidak perlu dipinda jika ada dinyatakan menteri boleh membenarkan (kaedah ini) untuk tujuan tertentu kerana tertakluk kepada kuasa menteri, tetapi saya melihat tidak ada peruntukan khusus kepada menteri untuk mengatasi Seksyen 51 itu,\u201d katanya seperti dipetik Harian Metro.\n\n\nMengulas lanjut, sebarang keputusan kerajaan untuk membenarkan kaedah perlu mengambil kira semua aspek termasuk tidak mengetepikan kewujudan Seksyen 51.\n\n\nBaru-baru ini, Anwar mengumumkan kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.\n\n\nBerdasarkan maklumat pada laman sesawang KWSP dengan merujuk Seksyen 51 (1), caruman dan deposit tidak boleh diserah hak atau ditahan walau apa jua berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain boleh diserah hakkan, dipindahkan, ditahan, disekuesterkan atau dilevi ke atasnya, bagi atau berkenaan dengan apa-apa hutang atau sebarang tuntutan.\n\n\nPegawai Pemegang Harta juga tidak berhak kepada atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas sebarang jumlah wang atau amaun berkenaan.\n\n\nTegasnya, di bawah Seksyen 51 (2) diperuntukkan, apa pun subseksyen (1), amaun yang ada pada kredit seseorang ahli KWSP di bawah perenggan (1)(c) boleh dilucutkan hak jika amaun yang ada pada kredit ahli itu adalah tertakluk kepada suatu perintah pelucutan hak oleh mahkamah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/11/lim-guan-eng-bertanggungjawab-kenakan-cukai-yayasan-al-bukhary/", "title": "Lim Guan Eng bertanggungjawab kenakan cukai Yayasan Al-Bukhary", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nTan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan mengenakan semula cukai dan cukai penalti ke atas Yayasan Albukhary.\n\n\nMenurut bekas perdana menteri itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) enggan melaksanakan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada yayasan tersebut selepas Pakatan Harapan mentadbir negara pada Mei 2018.\n\n\n\u201cGuan Eng merupakan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab ke atas LHDN pada masa itu.\u00a0\n\n\n\u201cOleh itu, beliau bertanggungjawab terhadap keputusan untuk mengenakan semula cukai dan cukai penalti 45 peratus ke atas Yayasan Al-Bukhary yang merupakan sebuah pertubuhan yang melakukan kerja-kerja amal Islam,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN Terengganu Tanding Solo Semua Kerusi\n\n\n\n\n\n\nKes mahkamah pemimpin PN tak lemahkan \u2018gelombang hijau\u2019\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Permohonan Rosmah\n\n\n\n\n\n\nTiada kompromi pemain industri langgar Peraturan Kawalan Harga\n\n\n\n\n\n\nPDRM Serah Mahkamah Semak Keputusan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi kenyataan di Facebook hari ini, Muhyiddin menjawab tuduhan Guan Eng yang mendakwanya berbohong apabila mengaitkannya dengan keputusan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan.\n\n\nMenurutnya, LHDN mengenakan semula cukai tersebut beserta 45 peratus cukai penalti terhadap Yayasan Al-Bukhary.\n\n\nUjar Ahli Parlimen Pagoh itu, ketika menjadi Perdana Menteri, beliau menerima surat rayuan daripada Yayasan Al-Bukhary yang dimaklumkan telah mendapat pengecualian cukai untuk kerja amal Islam di bawah Seksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.\n\n\nGuan Eng pada Jumaat mendakwa Muhyiddin berbohong apabila mengaitkannya dengan keputusan semasa beliau menjadi Menteri Kewangan.\n\n\nPengerusi DAP itu menafikan mengeluarkan sebarang arahan spesifik untuk membatalkan pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Yayasan Al-Bukhary yang dinaungi Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary.\n\n\nMuhyiddin kini sedang berdepan atas enam pertuduhan salah guna kuasa untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/11/merapi-meletus-lagi-muntahkan-awan-panas-dan-lava/", "title": "Merapi meletus lagi, muntahkan awan panas dan lava", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sekali lagi gunung berapi aktif di Indonesia, Merapi meletus dan memuntahkan awan panas dan aliran lava\u00a0 sepanjang tujuh kilometer\u00a0 di Wilayah Yogyakarta, pada Sabtu lalu.\n\n\n\u00a0\nGunung berapi berkenaan dilihat telah\u00a0 meletus sekitar 12 tengah hari pada waktu tempatan serta terdapat\u00a0 aliran lava dapat dilihat dari sejauh 1.5 KM\u00a0\n\n\nDalam pada itu, penduduk terdekat di situ telah diberi amaran untuk segera menghentikan sebarang aktiviti di zon bahaya dalam lingkungan antara tiga hingga tujuh kilometer radius dari kawah berkenaan.\u00a0 \u00a0 \u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nThe 1975 beraksi biadap, penganjur henti persembahan serta merta\n\n\n\n\n\n\nTolak Pilihan Raya Awal\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin bawakan kurma Medjoul asli, bantu rakyat Palestin\n\n\n\n\n\n\nTempoh 14 hari berkempen cukup untuk hadapi PRN\n\n\n\n\n\n\nPN peroleh manfaat jika UMNO terus goyah"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/11/muhyiddin-wajar-letak-jawatan-demi-kebaikan-bersatu-pn-azmi-hassan/", "title": "Muhyiddin wajar letak jawatan demi kebaikan BERSATU, PN \u2013 Azmi Hassan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kes mahkamah yang dihadapi pemimpin BERSATU, dengan terbaru membabitkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijangka melemahkan parti itu dan Perikatan Nasional (PN), ketika semua parti sedang menyusun strategi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN).\n\n\nJusteru, penganalisis politik berpendapat, Muhyiddin perlu mengundurkan diri daripada jawatan dalam parti itu, supaya BERSATU dan PN tidak terheret dan dikaitkan dalam kes berkenaan, yang mampu menjejaskan kepercayaan umum, termasuk penyokong parti.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nFelo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Azmi Hassan, berkata jika Muhyiddin kekal sebagai Presiden BERSATU dan Pengerusi PN, ia akan dilihat seperti \u2018senjata makan tuan\u2019 kerana dakwaan \u2018kluster mahkamah\u2019 sering digunakan PN untuk mempertikaikan pemimpin UMNO yang berdepan kes mahkamah dalam Kerajaan Perpaduan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApabila seseorang individu dikaitkan dengan kes mahkamah, ia harus mengasingkan tuduhan itu dengan parti yang diwakilinya, seperti yang dilakukan Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU.\n\n\n\n\n\n\nBeliau tidak perlu menunggu keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti, sama ada perlu meletak jawatan atau merehatkan diri. Beliau perlu meletak jawatan supaya isu itu tidak dikaitkan dengan BERSATU dan melemahkan parti itu serta PN,\u201d katanya kepada BH, hari ini.\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrak Mikraj, lahirkan seruan agung, hayati peristiwa luar biasa umat Islam\n\n\n\n\n\n\nMungkin Iktiraf Uec Pula Selepas Ini \u2013 Ridhuan Tee\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu perhalusi keputusan tarik balik rayuan kes kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nKKM garis tiga kriteria utama serap pegawai perubatan tetap\n\n\n\n\n\n\nDemokrasi Berasaskan Teknokrat Mampu Urus Tadbir Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nSusulan tuduhan itu, Muhyiddin memaklumkan, kedudukannya sebagai Presiden BERSATU akan diputuskan MPT kerana beliau dipilih melalui pertandingan, berbeza dengan Wan Saiful yang sebelum ini dilantik sebagai Ketua Penerangan parti itu.\n\n\nMengulas tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang tidak meletak jawatan walaupun berdepan kes mahkamah, Azmi berkata, BERSATU juga mungkin berdepan nasib sama seperti UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika parti itu tidak menanganinya dengan baik.\n\n\n\u201cMujur ada PAS dalam PN, yang dapat mengimbangi masalah yang dihadapi pemimpin BERSATU ketika ini dan tidak dapat dinafikan, apa yang dihadapi Muhyiddin dan beberapa pemimpin lain akan menghantui parti itu, sama seperti UMNO yang diselubungi persepsi pemimpin korup,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pembangunan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), Dr Muhammad Asri Mohd Ali, turut menyifatkan langkah meletak jawatan adalah tindakan paling ideal yang perlu diambil mana-mana pemimpin yang berdepan tuduhan mahkamah.\n\n\nBagaimanapun, beliau berpandangan, Muhyiddin tidak akan meletak jawatan, sebaliknya akan menggunakan kedudukan itu untuk meraih simpati, selepas mendakwa tuduhan ke atasnya adalah \u201cpendakwaan terpilih dan bermotifkan politik.\u201d\n\n\n\u201cRakyat sudah masak dgn andaian seperti ini. Janganlah berselindung dengan jawatan. \u201cJika beliau didapati bersalah oleh mahkamah, parti yang beliau pimpin juga akan dijauhi pengundi,\u201d katanya.\n\n\nMuhammad Asri turut berpendapat, persepsi masyarakat terhadap BERSATU yang dianggap sebagai parti yang mempunyai integriti juga, mungkin berubah.\n\n\nKatanya, kes yang dihadapi Muhyiddin lebih besar daripada kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd kerana jumlah wang yang terbabit lebih tinggi.\n\n\n\u201cSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasukan pendakwa di bawah Peguam Negara sudah semestinya mempunyai bukti kukuh serta fakta yang jelas sebelum mendakwa beliau,\u201d katanya. BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/11/pemilihan-putera-puteri-2023-mampukah-tarik-penyokong-muda-kepada-umno/", "title": "Pemilihan Putera, Puteri 2023, mampukah tarik penyokong muda kepada UMNO?", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Pemilihan bagi pergerakan ketua pemuda UMNO pula menampilkan empat calon yang juga muka baru, selepas jawatan itu \nditinggalkan bekas ketua Pemuda, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.\n\n\nPertandingan bagi jawatan ketua pemuda UMNO,\u00a0 menampilkan Meor Hassan Mat Ali, Datuk ARmand Azha Abu Hanifah yang juga Ahli Majlis Kerja Tetinggi UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh, dan Datuk Mohd Shahar Abdullah, Ahli Parlimen Paya Besar.\n\n\nDalam keempat-empat calon, \nPenganalisis politik Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr. Azmi Hassan berpandangan Muhamad Akmal sesuai menjadi Ketua Pemuda UMNO kerana mampu membawa parti ke tahap lebih tinggi dengan kewibawaannya sendiri.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M cabar Anwar kemuka bukti dakwaan miliki wang\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP jamin isu harga, bekalan ayam selesai dua minggu\n\n\n\n\n\n\nPecah monopoli tidak beri kesan pengurangan tenaga kerja\n\n\n\n\n\n\n6 penumpang maut nahas van di Genting Highlands\n\n\n\n\n\n\nExco DAP Selangor biadab, kaitkan isu arak dengan solat umat Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Naib Ketua Pemuda juga menampilkan muka baharu iaitu daripada empat pencalonan termasuk anak kepada bekas perdana menteri, Mohd Nazifudin Mohd Najib.\n\n\nManakala calon naik ketua Ikmal Hazlan Ikmal Hisham dikatakan unik kerana ayahnya adalah\u00a0 Ahli Parlimen Tanag Merah, daripada Perikatan Nasional.\n\n\nIkmal sebelum itu berkata walaupun berbeza fahaman politik namun beliau berharap beliau diberikan peluang untuk berbakti kepada UMNO.\n\n\n\n\nDalam pada itu, pemilihan jawatan Ketua Puteri UMNO, pencalonan yang diterima ialah sebanyak enam yang layak bertanding.\u00a0\n\n\nIa bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Zahida Zarik Khan yang mengosongkan jawatan itu bagi mencuba peluang menganggotai pemilihan jawatankuasa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.\n\n\nCalon-calon bagi pertandingan jawatan Ketua Puteri ialah Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin, Masliha Harun, Nurul Amal Mohd Fauzi, Datuk Khaidirah Abu Zahar, Fadwah Anuwar dan Nurul Hazwani Haslan.\n\n\n\n\nDalam keenam-enam calon, apakah\u00a0 Khaidhirah abu zahar\u00a0 atau Dira akan berjaya mengetuai barisan Puteri bagi tempoh selanjutnya dan \nmengembalikan aura sayap UMNO itu.\n\n\nSementara itu\u00a0 pertandingan bagi jawatan Naib Ketua Pergerakan Puteri pula akan menampilkan tiga calon iaitu Siti Soleha Nordin, Puteri Farhana Megat Ahmad Sharani, dan Rina Farhana Abdullah.\n\n\n\n\nTurut menawarkan diri bertanding dalam jawatan ahli jawatankuasa puteri ialah anak Datuk Seri Najib, iaitu Nooryana Najwa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/11/pertembungan-shahrizat-noraini-apakah-jawatan-ketua-wanita-milik-orang-lama/", "title": "Pertembungan Shahrizat-Noraini, apakah jawatan Ketua Wanita milik orang lama?", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Siapa bakal mengemudi sayap Pergerakan Wanita, Putera dan Puteri UMNO bakal terjawab dengan Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 yang membuka tirainya hari ini.\n\n\nSetakat ini proses pengundian para perwakilan seluruh Malaysia sedang berjalan.\n\n\nPaling mencuri tumpuan adalah pertandingan bagi kerusi Ketua Wanita UMNO yang menyaksikan penyandangnya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, akan dicabar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang membuat kemunculan semula setelah melepaskan jawatan itu pada tahun 2018.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLEKAS, gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat lulus Projek Pulau Pinang Selatan\n\n\n\n\n\n\nLidah manusia lebih panjang daripada akal \u2013 Ustaz Zamani\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye diramal pakar tiga hari sebelum kejadian\n\n\n\n\n\n\nSulaiman letak jawatan, Rauf angkat sumpah Jumaat\n\n\n\n\n\n\nRakyat Mahu Masalah Diselesaikan Dahulu Sebelum PRU 15\n\n\n\n\n\n\n\n\nShahrizat, 70 tahun, yang mengumumkan bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO ketika itu, memutuskan untuk kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat gesaan daripada kalangan pemimpin akar umbi Wanita.\n\n\nShahrizat dengan kempennya tudung merah mengesahkan pencalonannya pada 17 Februari 2023.\n\n\nBagi calon penyandang iaitu Datuk Noraini yang juga ahli parlimen Parit Sulong,\u00a0 apakah beliau mampu mempertahankan jawatannya dalam saingan sengit dengan orang lama UMNO yang dilihat penganalisis sebagai satu yang memeranjatkan kerana Tan Sri Shahrizat yang mempunyai pengalaman yang luas dalam UMNO.\n\n\nKeputusan rasmi pemilihan\u00a0 akan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad setelah selesai proses kiraan undi.\n\n\nMenurut maklumat daripada umno online keputusan terkini akan dipaparkan menerusi laman Facebook UMNO Online bermula pada jam 2.00 petang secara berperingkat melalui bahagian yang telah menjalankan proses pengiraan undi.\n\n\nPersidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda, Puteri Cawangan bermula pada 1 Februari dan berakhir pada 26 Februari lalu.\n\n\nPemilihan UMNO akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.\u00a0\n\n\nDalam perkembangan berkaitan, kedudukan Naib Ketua Wanita UMNO juga menyaksikan hanya dua calon bertanding.\n\n\nPenyandang jawatan itu, Norliza Abdul Rahim, bakal dicabar oleh Ketua Penerangan Wanita UMNO merangkap Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Rosni Zahari.\n\n\n\n\nSemuanya akan terjawab malam ini selepas proses pengundian berakhir jam 7:00 petang nanti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/11/pesta-holi-dicemari-pencabulan-ke-atas-wanita/", "title": "Pesta Holi dicemari pencabulan ke atas wanita", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 P\nesta Holi didakwa bertukar ke pesta mencabul kesucian wanita.\n\n\nPesta yang disambut di India pada 8 Mac lalu didakwa secara terang-terangan mencabuli hak seorang wanita.\n\n\nGolongan wanita menjadi sasaran baik wanita tempatan dan juga pelancong antarabangsa oleh segelintir peserta lelaki.\n\n\nTular di media sosial\u00a0 ramai pelancong mengadu menjadi mangsa cabul kerana diperlakukan secara bernafsu\u00a0 oleh segelintir peserta lelaki yang mengambil kesempatan ke atas mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsham suruh Rafizi cari jalan, jangan tunggu ringgit terus jatuh!\n\n\n\n\n\n\nAfghanistan : Russia Sedia Pertimbang Iktiraf Kerajaan Taliban\n\n\n\n\n\n\n13 maut dalam tragedi gempa bumi di Afghanistan\n\n\n\n\n\n\nMHO serah 150 penyataan tambahan, bantu siasatan PDRM\n\n\n\n\n\n\nTiada Perbincangan Mengenai Kumpulan Sokong Ismail Sabri Dalam Pemilihan UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMolestation Fest. \n\u201cThey target women and it\u2019s the culture\u201d \npic.twitter.com/8fMGln04mQ\n\n\n\u2014 Sam (@SamKhan999) \nMarch 10, 2023\n\n\n\n\nPelancong Jepun juga antara yang menjadi mangsa pencabulan terang-terangan\u00a0 sekumpulan lelaki berkenaan.\n\n\nInsiden ke atasnya memaksa pihak berkuasa menahan tiga orang rakyat tempatan bagi menyiasat perlakuan ke atas pelancong Jepun itu.\n\n\n\n\nJapanese tourist molested by goons on Molestation fest. \npic.twitter.com/blSaeKifsD\n\n\n\u2014 Adam \u062c\u0627\u0645\u06c1 (@Zoo_panda1) \nMarch 9, 2023\n\n\n\n\nMenurut akhbar independent\n\u00a0 kerajaan India juga memnta bantuan kedutaan jepun untuk memberi identiti pelancong berkenaan yang katanya kini sudah pun berlepas ke Bangladesh.\n\n\nPesta itu juga dicemuh kerana menyebabkan isteri pelancong menjadi mangsa kepada keseronokan di atas nama pesta kebudayaan.\n\n\n\n\nForeigner is explaining how his wife is groped and molested\u2026 How the perverts are using \u201cfun\u201d as a garb to grope her \npic.twitter.com/tzwc7toXpy\n\n\n\u2014 Ray (@RaysTweetsss) \nMarch 9, 2023\n\n\n\n\nSementara itu di kawasan umat Islam, mereka bersorak di depan masjid manakala wanita islam pula dibaling air ke arah mereka.\n\n\n\n\nThey record such acts and then share them along with the song on social media.\u00a0Purely rotten society!\n\n\nLaanat \npic.twitter.com/hNWuJoP7qI\n\n\n\u2014 Meer Faisal (@meerfaisal01) \nMarch 9, 2023\n\n\n\n\nWanita tempatan\n tidak ketinggalan dilakukan tanpa rasa hormat ke atas seorang wantia apabila ditarik dan disapu serbuk di badan mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/11/sijil-pentauliahan-bukan-penghalang-aktiviti-belajar-agama/", "title": "Sijil pentauliahan bukan penghalang aktiviti belajar agama", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Keperluan tauliah mengajar bukan untuk menghalang aktiviti pembelajaran agama, sebaliknya merupakan langkah pencegahan bagi memenuhi maqasid syariah dalam aspek memelihara agama Islam.\n\n\nBekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, ia juga bertujuan mengelakkan individu yang tidak mempunyai kredibiliti menyampaikan syarahan agama kepada orang ramai.\n\n\nKata ulama, sekurang-kurangnya dia ambil hukum betapa pihak pemerintah berhak untuk menguji terlebih dahulu bagi mengenal pasti mereka yang ingin menyampaikan ilmu agar ilmu yang disampaikan itu tidak terseleweng dan tidaklah tidak benar sama sekali. Justeru dengan adanya ujian seperti inilah dalam bahasa yang kita kenali sekarang ini adalah tauliah.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menyampaikan khutbah bertajuk \u2018Kenapa Tauliah Mengajar Satu Keperluan?\u2019 di surau Kumpulan Karangkraf di Shah Alam pada Jumaat.\n\n\nTambah Zulkifli, pentauliahan mengajar ini perlu untuk mengelakkan banyak kes melibatkan ajaran sesat yang dibimbangi akan meracun minda umat Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLaman Sesawang Kerajaan Masih Tidak Selamat\n\n\n\n\n\n\nPDRM siasat video tular dua lelaki hina Nabi \u2013 Saifuddin\n\n\n\n\n\n\nAUKU tidak dimansuh, akta baharu ibarat \u2018salin kulit\u2019 sahaja\n\n\n\n\n\n\nKanak-kanak Syria kutip cebisan roti dan disimpan\n\n\n\n\n\n\nPertubuhan Perpaduan Ummah Bukan Nak Lawan Muafakat Nasional \u2013 Shahidan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTegas beliau, kebenaran tauliah yang telah ditetapkan menerusi sistem perundangan sedia ada tidak perlu menjadi satu isu kerana ia bertujuan menutup sebarang anasir berbahaya.\n\n\nSebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan bahawa penceramah yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri tersebut perlu memiliki tauliah.\n\n\nTauliah berkenaan meliputi masjid dan surau serta di mana-mana tempat dalam Johor, selaras dengan Seksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/11/wan-fayhsal-umum-lepas-jawatan-ketua-armada-bersatu/", "title": "Wan Fayhsal umum lepas jawatan Ketua Armada BERSATU", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengumumkan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya ketika ini pada pemilihan akan datang.\n\n\nWan Ahmad Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang itu berkata, keputusan tersebut diambil susulan beliau telah melebihi umur yang sah untuk menerajui sayap parti itu.\n\n\n\u201cInsyaAllah ini lah Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) ARMADA terakhir buat saya. Atas ketetapan perlembagaan kita,\u00a0 Saya akan \ngraduate \n(melangkah) ke fasa seterusnya.Jadi saya akan wariskan Armada kepada perwakilan sekalian untuk meneruskan perjuangan kita dalam siri-siri pertempuran akan datang,\u201d katanya.\n\n\nWan Fayhsal mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Armada hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBaik Khairy sertai platform politik sedia ada \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nJohari Ghani dilantik ketua pasukan bertindak 1MDB\n\n\n\n\n\n\nPRN: Agihan kerusi PN selesai 97 peratus \u2013 Ahmad Samsuri\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Kerajaan akan kaji secara komprehensif\n\n\n\n\n\n\nKKM akan bincang semula pelaksanaan cukai vape\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada Oktober depan akan menentukan calon yang akan menggantikan tempatnya nanti.\n\n\nWan Ahmad Fayhsal dipilih sebagai Ketua Armada dalam pemilihan parti itu pada Ogos 2020 lalu.\n\n\nSebelum ini, bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan itu susulan pendakwaan dikenakan terhadapnya \niaitu \ndua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.\n\n\nDalam ucapan itu juga, Wan Fayhsal mendakwa terdapat pihak yang mahu Perikatan Nasional (PN) dilihat korup dalam kalangan masyarakat Melayu.\n\n\nBeliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, ia dapat dilihat menerusi pendakwaan yang dilakukan terhadap Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/14337/", "title": "Tidak Rasmi : Dr Akmal Salleh, Ketua Pemuda yang baharu", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Dr Akmal Salleh dikatakan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baharu dalam Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKemenangan Dr Akmal dimaklumkan oleh penyandang Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki\u00a0 dalam satu hantaran Facebooknya.\n\n\nPengumuman itu adalah berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dimuat naik Asyraf.\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAlhamdulillah, keputusan tidak rasmi Dr Akmal Saleh berjaya memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO untuk Sesi 2023-2026.\n\n\n\u201cSetakat ini undi yang diperolehi 102 Bahagian, melepasi 96 undi untuk majoriti mudah daripada keseluruhan 191 Bahagian. Tahniah!,\u201d katanya.\n\n\nDalam hantaran itu, Asyraf Wajdi mendakwa Dr. Akmal meraih 102 undi manakala dua lagi pencabar iaitu Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Armand Azha Abu Hanifah masing-masing 15 dah enam undi.\n\n\n\n\nBagaimanapun keputusan rasmi dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) menunjukkan Dr. Akmal setakat kini memperoleh 36 undi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah pemerhatian Facebook Dr. Akmal mendapati ramai mengucapkan tahniah kepadanya di atas kemenangan itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKedudukan Ketua Pemuda UMNO kosong setelah Asyraf Wajdi mengumumkan tidak mempertahankan jawatan itu.\n\n\n\n\nBagi pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, seramai tujuh calon menawarkan diri untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap (12), Ketua (empat), Naib Ketua (empat) dan 113 jawatan Exco."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/hamzah-dakwa-ada-banyak-fail-pemimpin-kerajaan/", "title": "Hamzah dakwa ada banyak \u2018fail\u2019 pemimpin kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nKetua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak terlalu kerap mencari kesalahan pembangkang.\n\n\nTegasnya, sebagai bekas Menteri Dalam Negeri, beliau juga boleh mencari kesalahan pemimpin kerajaan.\n\n\nMalah, Hamzah berkata, beliau juga mempunyai banyak \u2018fail\u2019 pemimpin kerajaan, namun menegaskan beliau masih berfikir sama ada mahu menggunakannya atau tidak.\n\n\n\u201cJangan hanya mencari kesalahan kami, saya juga boleh mencari kesalahan mereka dalam kerajaan. Saya adalah bekas Menteri Dalam Negeri dan saya juga mempunyai banyak fail tetapi saya masih berfikir jika saya perlu menggunakannya,\u201d katanya dalam temu bual khas bersama akhbar \nThe Star\n baru-baru ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n1,389 kemalangan dicatatkan hari kedua Op Selamat ke-20 semalam\n\n\n\n\n\n\nPorak-peranda politik jejas institusi kehakiman negara\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri dakwa Lembaga Disiplin UMNO tak pernah nasihat pecat, gantung pemimpin\n\n\n\n\n\n\nProses undi Parlimen Padang Serai, DUN Tioman bermula 8 pagi\n\n\n\n\n\n\nLelaki direman punca kebakaran 13 motorsikal, 4 skuter di KLCC\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Larut itu juga mengkritik tindakan kerajaan yang menafikan pendakwaan politik, namun menyasarkan Perikatan Nasional (PN) dengan tuduhan berkaitan dana politik.\n\n\n\u201cSesiapa sahaja boleh menderma kepada sesebuah parti jika mereka yakin dengan perjuangan parti.\n\n\n\u201cJadi, jika kerajaan mengganggu kami, maka kami menganggapnya sebagai penganiayaan politik,\u201d katanya.\n\n\nKenyataan itu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan terhadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.\n\n\nMuhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat lalu atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.\n\n\nMuhyiddin, 76, yang juga Pengerusi PN dan bekas Perdana Menteri mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/jana-wibawa-sprm-cari-datuk-roy-bantu-siasatan/", "title": "Jana Wibawa: SPRM cari \u2018Datuk Roy\u2019 bantu siasatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Seorang lelaki digelar \u2018Datuk Roy\u2019 yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah program Jana Wibawa sedang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\nLelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu pernah dituduh di mahkamah sebelum ini dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah.\n\n\nPada 9 Mac lalu, SPRM telah menahan empat individu berusia 40 hingga 50 tahun termasuk seorang pegawai suruhanjaya itu serta seorang wanita kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 kononnya bagi mengelakkan siasatan kes berkenaan.\n\n\nWanita berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM manakala tiga suspek lain telah direman sehingga 13 Mac ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLaporan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nBukti Keadilan Badan Kehakiman, Bukan Kemenangan PH\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa sedia sertai mana-mana parti\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri : KTMB sedia 4 ETS tambahan, tiket dijual mulai Jumaat\n\n\n\n\n\n\nMandikan pencuri: Islam tidak ajar kezaliman\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi pada Ahad mengesahkan perkara tersebut.\n\n\n\u201cSPRM tidak akan berkompromi sama sekali sekiranya didapati mana-mana pegawai SPRM terbabit dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang,\u201d katanya. \u2013 SinarHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/jumlah-mangsa-banjir-meningkat-empat-daerah-di-johor-masih-terjejas/", "title": "Jumlah mangsa banjir meningkat, empat daerah di Johor masih terjejas", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0\nJumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 42 ribu 706 orang daripada 12 ribu 047 keluarga setakat jam 12 tengah hari tadi.\u00a0\n\n\nSetiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, semua mangsa banjir kini ditempatkan di 152 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang masih terjejas.\n\n\nAzmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat masih terjejas dengan banjir sehingga kini.\n\n\nMenerusi kenyataannya, Azmi berkata, di daerah Batu Pahat, sejumlah 39,944 mangsa banjir daripada 11,141 keluarga masih ditempatkan di 115 PPS.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nApakah Untung Buat Pakatan Harapan Setelah Najib Dipenjara?\n\n\n\n\n\n\nAhli politik tak perlu campur keputusan perolehan aset tentera\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019 : Ketua Pemuda UMNO tidak teragak-agak halang program\n\n\n\n\n\n\nJangan layan khabar angin tarikh 1 Syawal \u2013 JAKIM\n\n\n\n\n\n\nPengasas Rumah Bonda Didakwa Lagi\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi Muar pula, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,476 orang yang melibatkan 438 keluarga di 15 PPS.\n\n\nSegamat juga menunjukkan penurunan mangsa banjir kepada 337 orang daripada 90 keluarga di 12 PPS.\n\n\nMenurut Azmi, hanya Tangkak kekal dengan jumlah mangsa banjir seperti pagi tadi iaitu seramai 949 orang daripada 378 keluarga di 10 PPS.\n\n\nSetakat ini, lima kematian direkodkan dengan satu kes ditenggelami arus banjir di Kluang pada 1 Mac lalu manakala tiga kes mati lemas di Segamat pada 2 Mac dan satu kes mati lemas di Mersing pada 6 Mac.\n\n\nDi Melaka, jumlah mangsa banjir di Jasin menurun kepada 166 orang daripada 36 keluarga berbanding 259 orang daripada 61 keluarga pada jam 8 malam tadi manakala Pahang kekal dengan 169 orang mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Rompin.\n\n\nDua PPS dibuka melibatkan kawasan Kuching yang menempatkan 91 mangsa daripada 18 keluarga di Sarawak.\n\n\nSementara itu, Azmi berkata, setakat ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tidak mengeluarkan sebarang amaran ribut petir dan hujan berterusan yang diramalkan berlaku di Johor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/kerajaan-anugerah-deepak-import-telur-dari-india/", "title": "Kerajaan \u2018anugerah\u2019 Deepak import telur dari India", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pemimpin Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa, kerajaan menganugerahkan kontrak mengimport telur dari India kepada Deepak Jaikishan iaitu rakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.\n\n\nMalah, dakwanya, kontrak itu diberikan melalui rundingan terus, sekali gus bercanggah dengan janji kerajaan untuk menamatkan amalan sedemikian apabila berkuasa.\n\n\n\u201cSebelum ni dia kata kita nak buat tender terbuka, tidak ada direct nego. Pimpinan, ahli parlimen dah cabar dalam parlimen nyatakan siapa dapat kontrak bawa telur India ke Malaysia? Tuan-tuan tahu siapa? Deepak. Deepak siapa? Kawan Rosmah. Dalam parlimen tak jawab, tapi kita sudah bongkarkan,\u201d katanya.\n\n\nAzmin berkata demikian dalam satu ceramah di Markas PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur malam tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu tegas noktahkan tidak iktiraf UEC : i-Guru\n\n\n\n\n\n\nVarian baharu Covid-19 `Kraken\u2019 \u2013 mula ancam dunia\n\n\n\n\n\n\nBerjasa akan terus beri sumbang saran, kritik kerajaan baharu\n\n\n\n\n\n\nGangguan bekalan air di 99 kawasan di Selangor pada Isnin\n\n\n\n\n\n\n5 Individu Sedia Jadi Saksi\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli majlis tertinggi Bersatu itu mendakwa, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu telah membawa Deepak dalam lawatannya ke India sebelum ini.\n\n\n\u201cDeepak duduk sebelah Mat Sabu pergi ke India. Saya nak tanya apa peranan Deepak? Mana tender terbuka? Kenapa Deepak je boleh bawa telur, orang lain tak boleh bawa telur?\u201d soalanya.\n\n\nSelain itu, Azmin juga mendakwa telur kategori D yang lebih mahal itu diberi pengecualian oleh kerajaan daripada menjalani saringan keselamatan makanan.\n\n\n\n\nPada 28 Februari lalu, Mohamad dilapor berkata, hanya sebuah syarikat diberi kebenaran mengimport telur dari India.\n\n\nLangkah itu diambil bagi menangani isu kekurangan bekalan telur di pasaran tempatan.\n\n\nPada 8 Mac lalu, Mohamad ketika menjawab soalan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengakui syarikat pengimport telur dari India itu tidak dilantik melalui tender terbuka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/muhyiddin-akan-didakwa-lagi-esok-di-mahkamah-shah-alam/", "title": "Muhyiddin akan didakwa lagi esok di Mahkamah Shah Alam", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam esok berhubung wang dalam akaun parti Bersatu.\n\n\nBerdasarkan semakan sistem e-kehakiman, kes itu akan didengar di Mahkamah Sesyen 1 di hadapan Hakim Rozilah Salleh pada jam 9 pagi.\n\n\nSementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam jemputan media memaklumkan pihaknya telah mendapat izin mendakwa seorang Ahli Parlimen esok di mahkamah sama.\n\n\nAhli Parlimen Pagoh itu dijangka menghadapi satu pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPesara maut dirempuh pemandu mabuk selepas tegur buat bising\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Rakus, Ingin Dapatkan Dana Dari Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nSurat terbuka untuk Khairul Aming\n\n\n\n\n\n\nSanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok\n\n\n\n\n\n\nWanita Berjasa Fokus Institusi Keluarga Dan Pendidikan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin, 75, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan berkaitan wang dalam akaun Bersatu pada 10 Mac lepas.\n\n\nBeliau mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pertuduhan sebagai Presiden Bersatu telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/muhyiddin-cabar-sprm-siasat-anwar-zahid/", "title": "Muhyiddin cabar SPRM siasat Anwar, Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nPresiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nMenurutnya, suruhanjaya itu perlu menyiasat kedua-dua pimpinan tertinggi negara tersebut dan bukannya membuat pendakwaan terpilih terhadap beliau dan Bersatu.\n\n\n\u201cSaya nak cabar pada SPRM supaya siasat Anwar dan Zahid Hamidi. Pendakwaan ke atas saya dilakukan begitu cepat bertujuan untuk melumpuhkan Bersatu sebelum PRN sebab mereka takut.\n\n\n\u201cKerana itu \npemangsaan politik secara terpilih telah dilakukan secara rakus. Bukan sahaja akaun dibeku, pemimpin ditahan dan didakwa, vendor dan pembekal bahan terhadap Bersatu juga disiasat, Apa tujuan mereka disiasat?\u201d soalnya.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar jumpa Erdogan zahir solidariti kepada Turkiye\n\n\n\n\n\n\nMP Langkawi mohon maaf, tak sangka tewaskan Tun M\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : jijik, cemari kesucian Ramadan \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Mahu Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri Selepas PRU15\n\n\n\n\n\n\nHimpunan LGBT: Lapan lelaki disyaki pengikut ajaran sesat\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin berkata demikian ketika berucap pada Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Bersatu di Menara PGRM, Kuala Lumpur pada Ahad.\n\n\n\n\nTambah Muhyiddin, beliau melihat pendakwaan yang dilakukan terhadap pemimpin Bersatu sebagai usaha menakutkan orang ketiga.\n\n\nKatanya, ia bagi memastikan agar tiada lagi pihak yang akan membekalkan barangan dan memberi sumbangan kepada Bersatu kerana takut akan jadi mangsa pendakwaan terpilih.\n\n\nPada 10 Mac lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di atas empat pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan rasuah berjumlah 232.5 juta ringgit.\n\n\nMengikut pertuduhan, Muhyiddin, 76, didakwa telah menyalahgunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri ketika itu dan Presiden parti untuk mendapatkan suapan berjumlah 232.5 juta ringgit bagi partinya.\n\n\nSelain itu, beliau juga menghadapi dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/muhyiddin-tidak-perlu-defensif-nik-nazmi/", "title": "Muhyiddin tidak perlu defensif \u2013 Nik Nazmi", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sepatutnya bersikap defensif terhadap pertuduhan berkaitan rasuah yang dihadapi dan perlu melalui proses di mahkamah untuk membersihkan Namanya.\n\n\n\u201cSaya ingat lagi masa mana kes siasatan terhadap UMNO dibuat dulu, Tan Sri Muhyiddin kata itu adalah proses oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan perlu dihormati. Sekarang ini ia adalah proses yang sama seperti beliau katakan sebelum ini, malah ia proses bebas.\n\n\n\u201cBiar proses ini berjalan dan kedua-dua pihak mempunyai kes di mahkamah, jadi kita biarkan proses itu dilalui dan tidak sepatutnya ada rasa defensif dan mereka harus melalui proses mahkamah,\u201d kata Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.\n\n\nNik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata demikian selepas Karnival Alam Kita di pekarangan Stadium Batu Kawan yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih Banyak Bantuan Akan Disalurkan BERJASA Sepang\n\n\n\n\n\n\nSiasatan tiga pemimpin parti politik sentuh 3R di peringkat akhir \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nKes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022\n\n\n\n\n\n\nLelaki ditahan miliki dadah bernilai RM227,914\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA Sifatkan Jasa Tun Arshad Amat Besar Pada Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, media melaporkan beberapa pemimpin PN mendakwa tuduhan terhadap Muhyiddin bersifat pertuduhan terpilih serta bermotifkan politik.\n\n\nJumaat lepas, Muhyiddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.\n\n\nMuhyiddin, 76, yang mengaku tidak bersalah, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya menerima rasuah dan dua pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/parlimen-ngo-bincang-bentuk-jawatankuasa-khas-isu-palestin/", "title": "Parlimen, NGO bincang bentuk jawatankuasa khas isu Palestin", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Parlimen Malaysia dijangka membentuk kokus atau jawatankuasa khas mengenai isu Palestin yang melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat.\n\n\nKetua Kokus Persahabatan Malaysia-Palestin, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, sesi perbincangan bakal diadakan pada Rabu ini bagi pembentukan kokus khusus itu yang akan dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.\n\n\nBeliau berkata, platform itu bagi menyelaras misi negara menyokong Palestin merdeka sejajar peranan Malaysia yang bakal menjadi Pengerusi ASEAN 2024 dan menggantikan giliran disandang Indonesia pada tahun depan.\n\n\n\u201cKita amat berharap pada pertemuan itu nanti, semua NGO tempatan akan tampil memberikan pandangan bernas untuk diteliti oleh semua Ahli Parlimen,\u201d katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Pelancaran Kempen Hari Al-Quds Sedunia 2012 dirasmikan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari di Cyberjaya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada keperluan isytihar darurat banjir\n\n\n\n\n\n\nCuepacs gesa siasat dakwaan menteri buat \u2018kecoh\u2019 di KLIA\n\n\n\n\n\n\nUsahawan perlu bantuan intervensi kerajaan untuk pulih, kekal bertahan\n\n\n\n\n\n\nBicara rakyat Malaysia di Guantanamo Bay, ditangguh lagi \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nPotong gaji menteri, kerajaan jimat RM100,000 sebulan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada program berkenaan, beliau yang juga Ahli Parlimen Ledang menerima resolusi diserahkan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Azmi Abdul Hamid.\n\n\nHari Al-Quds Sedunia mula diraikan sejak 1979 lalu setiap hari Jumaat minggu terakhir pada bulan Ramadan bagi menzahirkan tanda solidariti antarabangsa kepada Palestin.\n\n\nDalam pada itu, Azmi memaklumkan seramai lapan cendekiawan Islam terkenal Palestin akan datang ke Malaysia pada Sabtu depan untuk pelbagai program selama empat hari bagi membincangkan isu penubuhan kedutaan Malaysia di Palestin secara formal dan mengukuhkan kedudukan imej negara dari segi isu diplomatik.\n\n\n\u201cSebelum ini Wisma Putra cadang buka canseri di Baitulmaqdis tetapi dibantah rejim Israel dan kita berharap mungkin diwujudkan ala kedutaan mini di Amman, Jordan,\u201d katanya.\n\n\nPada tahun 2019 lalu, kerajaan ada mengumumkan rancangan untuk membuka misi diplomatik bagi Palestin di Jordan, namun usaha itu tidak dapat dilaksanakan atas pelbagai faktor.\n\n\nPalestin sebaliknya ada canseri di Kuala Lumpur yang asalnya pejabat wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin sejak 1981 sebelum dinaik taraf sebagai kedutaan pada 1989 lalu. \u2013 Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/pecat-pengerusi-masjid-surat-tuntutan-dihantar-kepada-mainpp/", "title": "Pecat Pengerusi Masjid: Surat tuntutan dihantar kepada MAINPP", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nTindakan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menggugurkan beberapa nama pengerusi kariah masjid yang dipilih secara sah pada Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kariah sesi 2023/2025 dianggap sebagai menyalah guna tata kelola sedia ada.\u00a0\u00a0\n\n\nPesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, satu surat tuntutan juga dibuat dan dihantar bagi mendapatkan semakan kehakiman ke atas lima pengerusi masjid tersebut.\n\n\nMemetik \nMalaysia Gazette\n, beliau berkata, tindakan itu turut menyebabkan tanggapan tidak baik dan menjatuhkan reputasi pengerusi terbabit meskipun mereka banyak berjasa kepada masjid yang dikelola termasuk menangani masalah musibah perpecahan yang berlaku dalam komuniti masyarakat. \n\n\n\u201cKita hantar tuntutan menerusi Tetuan Yusfarizal & Zaid kepada MAINPP semalam kerana tindakan mereka dianggap menyalahguna tatakelola yang telah termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) Tahun 2004, Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang) 1997 dan pindaan 2003,\u201d katanya \ndalam sidang media di Kompleks Tarbiyah Pas Negeri di Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEddin Syazlee digugurkan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nPencapaian 100 hari Kerajaan Madani, KJ bagi markah \u2018B tolak\u2019\n\n\n\n\n\n\nHanya Sempadan Negara Sahaja Tutup \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih kepada semua pengundi \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPermainan harga, tawaran pakej dan kerenah Jemaah antara punca terkandas\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, tata kelola Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) sudah wujud sejak tahun 2004 dan beliau turut mempersoalkan mengapa secara tiba-tiba ia mahu digunakan pada tahun ini.\u00a0\n\n\nMuhammad Fauzi juga mendakwa, keputusan menggugurkan beberapa nama itu menunjukkan ia adalah tindakan politik susulan pemilihan para pengerusi berdasarkan pilihan anak kariah.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nDalam pada itu, antara pengerusi masjid yang terlibat adalah Masjid Al-Mustaghfirin di Sungai Tiram; Masjid Ridwaniah di Sungai Batu; Masjid At-Taqwa di Taman Bertam Indah; Masjid Al-Muhajirin di Seberang Jaya dan Masjid Abu Ubaidah Ibni Al-Jarrah di Bandar Tasek Mutiara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/penganjur-beberapa-individu-akan-dipanggil-polis/", "title": "Penganjur, beberapa individu akan dipanggil polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nPolis telah mengenal pasti penganjur dan beberapa individu yang menganjurkan perhimpunan solidariti terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis lalu.\n\n\nKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kesemua mereka akan dipanggil segera untuk membantu siasatan.\u00a0\n\n\nBeliau berkata, pihak polis juga telah membuka kertas siasatan berkaitan perhimpunan solidariti itu dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.\u00a0\n\n\n\u201cSiasatan kes berkenaan sedang dijalankan dan kami akan panggil mereka yang terlibat untuk diambil keterangan kes ini,\u201d katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program \nPolis Kuala Lumpur bersama Komuniti, Town Hall Discussion sempena Hari Polis ke-216 di ibu negara semalam.\u00a0\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen jangan kompromi soal etika pakaian, elak jadi isu politik\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan elak cukai, penggubahan wang haram Rosmah Mansor bermula esok\n\n\n\n\n\n\nPertama Kali BN, PH Kelantan duduk semeja\n\n\n\n\n\n\nSalahkan pemimpin, jangan sentuh Ketuanan Melayu \u2013 Pengarang TV Pertiwi\n\n\n\n\n\n\nTakiyuddin gesa kerajaan henti berdendam dengan pembangkang\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Khamis lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dipanggil ke SPRM Putrajaya untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan.\n\n\nPada hari sama juga, beliau yang merupakan bekas Perdana Menteri itu ditahan sebelum dibenarkan pulang dengan jaminan SPRM dan keluar dari bangunan SPRM kira-kira jam 8.20 malam.\u00a0\n\n\nAhli Parlimen Pagoh itu menghadapi enam pertuduhan mengikut \nSeksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.\u00a0\n\n\nBeliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta, dibenar ikat jamin RM2 juta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/pn-yakin-mampu-rampas-selangor-muhyiddin/", "title": "PN yakin mampu rampas Selangor \u2013 Muhyiddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Perikatan Nasional (PN) yakin dengan keupayaan mereka untuk merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nPengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, misi tersebut akan diketuai oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri (BPN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta dibantu oleh Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin dan Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.\n\n\nMenurut beliau, keyakinan itu adalah bersandarkan kepada data yang diperoleh semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menunjukkan PN berpotensi untuk menang di Selangor.\n\n\n\u201cSudah tentu kami tidak mahu terlalu yakin, kami tahu apa yang kerajaan negeri cuba lakukan sekarang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nExco DAP cuba semarakkan Islamofobia, biadap \u2013 Haji Amin\n\n\n\n\n\n\nJPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara\n\n\n\n\n\n\nAda Dua Kemungkinan, Pemilihan UMNO Sebelum Atau Selepas PRU-15 \u2013 Mahdzir\n\n\n\n\n\n\nWan Fayhsal umum lepas jawatan Ketua Armada BERSATU\n\n\n\n\n\n\nKelantan dianaktiri: Anwar dakwa Syahir terkhilaf, hujah tanpa fakta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya fikir PKR tidak mahu kehilangan Selangor dan sanggup melakukan apa sahaja,\u201d katanya dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022 di Dewan Wawasan, Menara PGRM, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nDalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata, menteri besar akan dilantik dalam kalangan wakil rakyat Bersatu sekiranya PN menang di Negeri Sembilan dan Selangor.\n\n\nBerhubung Pulau Pinang, beliau yang juga Presiden Bersatu meletakkan sasaran untuk mengurangkan majoriti kerusi yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan.\n\n\nMengenai pembahagian kerusi, Muhyiddin memberitahu, prinsip\u00a0status quo\u00a0mungkin digunakan bagi menentukan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi Bersatu, Pas dan Gerakan.\n\n\n\u201cKecuali ada persefahaman untuk membuat pertukaran maka jawatankuasa perundingan kerusi akan bincang.\n\n\n\u201cKerusi-kerusi yang tidak dimiliki oleh sesiapa, yang dimiliki parti-parti lawan kita akan rundingkan,\u201d jelasnya. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/polis-buka-kertas-siasatan-perhimpunan-haram-depan-sogo-dataran-merdeka/", "title": "Polis buka kertas siasatan perhimpunan haram depan Sogo, Dataran Merdeka", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Polis Daerah Dang Wangi membuka kertas siasatan melibatkan sekumpulan individu yang didakwa berhimpun dan melakukan perarakan tanpa mematuhi undang-undang di hadapan Kompleks Beli Belah Sogo serta Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nKetua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, hasil pemerhatian mendapati seramai lebih kurang 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik menyertai perhimpunan tersebut.\n\n\nPada jam lebih kurang 10 pagi, polis mengesan perhimpunan serta perarakan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang yang memperjuangkan krisis iklim melibatkan ketidakadilan sosial dan gender serta pemerkasaaan wanita.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenapa Anwar tak arah polis, SPRM siasat Zahid isu LCS?\n\n\n\n\n\n\nJual Sijil Palsu, Doktor Disambung Reman\n\n\n\n\n\n\nZuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS\n\n\n\n\n\n\nKKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual\n\n\n\n\n\n\nTambang MRT2 percuma sehingga 31 Mac\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c150 orang itu terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik menyertai perhimpunan tersebut sambil memegang plakad.\n\n\n\u201cDi antaranya, \u201cImagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride, Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body\u201d,\u201d katanya melalui kenyataan itu.\n\n\nTambah Noor Dellhan, kesemua individu yang sedang dikenal pasti dalam perhimpunan tersebut akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat.\n\n\nPihak polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang\n\nperhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang.\n\n\nTindakan akan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat.\n\n\n\u201cKes juga disiasat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/polis-siasat-dakwaan-pegawai-imigresen-dicederakan-ketika-jalani-ujian-kecergasan/", "title": "Polis siasat dakwaan pegawai Imigresen dicederakan ketika jalani ujian kecergasan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Polis sedang menyiasat laporan seorang pegawai imigresen yang mendakwa dicederakan semasa menjalani ujian kecergasan pegawai dan anggota Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) di Depot Imigresen Sementara, Bidor.\n\n\nKetua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pegawai berkenaan pada kira-kira jam 2 pagi Jumaat lalu.\n\n\nBeliau berkata, kejadian dikatakan berlaku pada jam 9.30 pagi 9 Mac lalu iaitu hari terakhir ujian, apabila pengadu bersama dua pelatih diarah oleh seseorang yang dipercayai pegawai kanan jabatan berkenaan untuk melakukan hukuman tekan tubi sebanyak 20 kali.\n\n\n\u201cSuspek dikatakan memijak bahagian belakang leher pengadu sehingga tersungkur dan mengalami kecederaan di hidung, patah sebatang gigi hadapan, luka bahagian gusi dan bibir,\u201d katanya dalam kenyataan di Ipoh, Perak hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: 130,000 rakyat dilepaskan daripada status muflis\n\n\n\n\n\n\nAgong titah projek pembangunan di Cameron Highlands dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nNGO Melayu Diketepikan, Hua Zong Lebih Istimewa Diutamakan?\n\n\n\n\n\n\nPenunggang lawan arus itu `pembunuh\u2019!\n\n\n\n\n\n\nKPM rangka pelan pemulihan pelajar keciciran\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohd Yusri berkata, pengadu telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam, Selangor dan polis telah memanggil suspek serta semua yang terlibat dalam kejadian itu bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.\u00a0\u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/polis-tahan-seorang-lelaki-miliki-pistol-beretta-peluru-dan-dadah/", "title": "Polis tahan seorang lelaki miliki pistol Beretta, peluru dan dadah", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dan merampas sepucuk pistol jenis Beretta bersama sembilan butir peluru hidup serta pil yaba dan ganja dalam serbuan di sebuah bangsal di Taman Desa Rahmat, Guchil di Kota Bharu, Khamis lepas.\n\n\nKetua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pistol itu ditemukan selepas sepasukan anggota polis cuba menahan suspek ekoran maklumat berkaitan dadah kira-kira jam 9.48 malam sebelum mendapati dia membuang sesuatu ke dalam semak sebelum ditahan.\n\n\n\u201cPemeriksaan di tempat kejadian menemui beberapa objek dalam keadaan berselerak di atas rumput dan tiga paket plastik biru gelap berjalur warna merah mengandungi 600 biji pil Yaba.\n\n\n\u201cTurut ditemukan adalah sepucuk pistol semi automatik warna hitam bertulis Beretta USA berisi sembilan butir peluru hidup 9 mm Luger,\u201d katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kecam tindakan bakar al-Quran di Denmark\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Malaysia bertambah 2.1 peratus pada 2023\n\n\n\n\n\n\nPembahagian kerusi PH, BN selepas DUN bubar\n\n\n\n\n\n\nPDRM perlu tambah Pusat CIC di Sabah dan Sarawak\n\n\n\n\n\n\nTok Mat beri bayangan pertahan Dun Rantau\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuhamad Zaki berkata, siasatan lanjut polis di kawasan bangsal pula menemukan sejumlah dadah jenis ganja seberat 5.7 gram (g) dan 0.5 liter air ketum, selain suspek memiliki dua rekod lampau mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.\n\n\n\u201cTurut disita dalam kejadian ini adalah sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR bernilai RM77,000.\n\n\nSuspek direman selama tujuh hari bermula 10 Mac untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 serta Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960,\u201d katanya. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/relawan-muda-isma-yayasan-telekom-kerjasama-program-kecemerlangan-pendidikan/", "title": "Relawan Muda ISMA-Yayasan Telekom kerjasama program kecemerlangan pendidikan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Relawan Muda ISMA (RMI) dengan kerjasama Yayasan Telekom Malaysia (YTM) akan menganjurkan program Misi Kecemerlangan Pendidikan di dua buah sekolah iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tapah, Perak dan Sekolah Menengah Segaliud , Sabah.\n\n\nMisi kali ini turut dijayakan bersama wakil daripada Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Tapah, JHEAINS, JPN, JAKOA dan Pertubuhan Bukan Kerajaan -PACU.\n\n\nProgram ini akan dimulakan di SMK Sri Tapah, dan akan dirasmikan oleh Ketua Unit Pendidikan YTM,\u00a0 Shamsul Baharin Mohamad.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMisi Bantuan Banjir Pahang\n\n\n\n\n\n\nAS tuntut TikTok jual kepentingan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk serangan terhadap jemaah Palestin, pencerobohan Israel di Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\nSPRM berkuasa semak mana-mana akaun parti politik \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nDAP Patut Jaga Sensitiviti Hak Istimewa Melayu Bumiputera\n\n\n\n\n\n\n\n\nMisi ini akan berjalan selama setahun iaitu bermula dari 1 April sehingga M023 hingga Mac 2024.\n\n\nIa akan membabitkan seramai lebih 100 orang sukarelawan RMI yang akan membantu seramai lebih 220 orang pelajar di SMK Sri Tapah, Perak dan SMK Segaliud, Sandakan, Sabah.\n\n\nSebanyak RM250,000 dana sumbangan YTM akan digunakan untuk keperluan peralatan pembelajaran serta beberapa aktiviti bersama para pelajar seperti kem motivasi, kelas tuisyen untuk lima subjek utama SPM dan kelas mengaji bagi pelajar beragama Islam.\n\n\nMenurut Pengarah Program, Mohd Khairul Annuar, objektif misi ini adalah untuk mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara masyarakat orang Asli yang berada di luar bandar dengan masyarakat bandar serta mengenali budaya dan cara kehidupan mereka dari sudut adat dan budaya.\n\n\nSelain itu, misi berharap dapat menjalankan aktiviti kemasyarakatan seiringan dengan objektif utama pasukan Sukarelawan\n\nISMA iaitu dengan berbudi kepada umat dengan memberi bantuan dan sokongan kepada masyarakat Orang Asli.\n\n\nIa juga memberi peluang kepada para sukarelawan dan juga masyarakat di bandar untuk menjadikan aktiviti kemasyarakatan sebagai satu platfom untuk berbakti kepada masyarakat orang Asli."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/saya-sedia-disiasat-bila-bila-masa-ahmad-zahid/", "title": "Saya sedia disiasat bila-bila masa \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan beliau untuk disiasat mana-mana pihak atau pada bila-bila masa.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri itu berkata, ia susulan cabaran yang dilontarkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\nBeliau turut mengingatkan Muhyiddin supaya bersifat terbuka berdepan apa jua pertuduhan di mahkamah kelak.\n\n\n\u201cSaya sentiasa terbuka, saya pernah disiasat, saya pernah dibawa ke mahkamah. Saya bersedia pada bila-bila masa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAmbil tindakan terhadap Najwan Halimi \u2013 Rafique\n\n\n\n\n\n\nPastikan Status Kesihatan Dulu Sebelum Memandu \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nWIRA PUTRA nasihat pemimpin BERSATU jangan angkuh, sombong\n\n\n\n\n\n\nSPR pertimbang adakan pilihan raya lebih 60 hari selepas bubar Parlimen\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Hanya akan bermula selepas EMP lulus\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNamun (Muhyiddin) jangan seperti menepuk air di dulang, tentu muka kita terpercik. Jangan juga meludah ke langit, pasti ludah itu terkena muka sendiri.\n\n\n\u201cOleh itu, hadapi apa jua sebab saya pernah hadapinya sebelum ini. Saya ucapkan selamat berjaya kepada beliau,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Calon Naib Presiden dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di Johor Bahru hari ini.\n\n\nHadir sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.\n\n\nSebelum itu, Muhyiddin dilaporkan mencabar SPRM untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalannya, Ahmad Zahid.\n\n\nAhli Parlimen Pagoh itu menegaskan, bukan sahaja Bersatu, siasatan juga perlu dilakukan terhadap kedua-dua pemimpin itu serta sumber kewangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO.\n\n\nPada Jumaat, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan, membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.\n\n\nBagaimanapun, Muhyiddin mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/siasatan-perlu-adil-tidak-kira-kawan-atau-lawan-aminuddin-yahaya/", "title": "Siasatan perlu adil, tidak kira kawan atau lawan \u2013 Aminuddin Yahaya", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nKeputusan untuk mengenakan pertuduhan melibatkan isu integriti seperti budaya rasuah dan salah guna kuasa terhadap mana-mana individu khususnya dalam kalangan pimpinan tinggi negara perlu dilakukan secara adil dan bukannya bersifat pendakwaan terpilih bermotifkan politik.\u00a0\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa (GB), Aminuddin Yahaya berkata, pemerintah perlu berlaku adil kerana ia merupakan nilai utama dalam syariah Islam sebagai usaha untuk meningkatkan nilai integriti.\u00a0\n\n\nJelasnya, keadilan itu bukan sahaja dalam perundangan tetapi melibatkan aspek politik, sosial dan ekonomi, malah ia mampu mengembalikan semula keyakinan tentang kesungguhan pemerintah kepada rakyat.\u00a0\n\n\n\u201cPerkara ini hanya boleh terjelma apabila usaha ini dibuat secara menyeluruh tanpa mengira kawan atau lawan, yang duduk di seberang atau sebelah kiri dan kanan, yang berjanggut atau tidak, yang berkulit putih atau sawor matang, yang di utara mahu pun di selatan, yang merah atau yang biru,\u201d katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook rasminya pada Jumaat lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJohari Ghani dilantik ketua pasukan bertindak 1MDB\n\n\n\n\n\n\nAmalan \u2018Little Napoleon\u2019 tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan \u2013 Cuepacs\n\n\n\n\n\n\nWarga asing bergaduh, rakyat diingat jangan buat spekulasi sendiri\n\n\n\n\n\n\nBeri Rakyat Lahir Selepas Merdeka Status Bumiputera \u2013 Kor Ming\n\n\n\n\n\n\nBas terbakar, 20 orang penumpang hampir maut\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Aminuddin, beliau juga yakin negara mampu mempunyai kekuatan kewangan tinggi serta dapat memberikan kemudahan kepada rakyat jika tidak berlaku ketirisan yang melampau.\u00a0\n\n\nBeliau turut mendakwa, rakyat masih sangsi terhadap kesungguhan pemerintah sekiranya mereka meneruskan pendakwaan terpilih seolah-olah perkara itu berulang dan lebih malang lagi, mereka akan dilepaskan dengan mudah.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Aminuddin berkata, perkara ini merupakan satu cabaran besar kepada pemimpin dalam proses memulihkan negara selain berharap ia dilaksanakan secara adil kerana rakyat melihat dan menilai setiap perkara yang berlaku."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/sultan-kedah-seru-kerajaan-sokong-projek-kxp/", "title": "Sultan Kedah seru kerajaan sokong Projek KXP", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 \nSultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menyeru kerajaan Persekutuan menyokong dan memberi pertimbangan bagi pelaksanaan pembangunan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) demi manfaat menyeluruh kepada negeri Kedah dan negara.\n\n\nSultan Sallehuddin bertitah, projek KXP wajar diberikan pertimbangan dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi Kedah dan Wilayah Utara memandangkan projek itu tidak diberikan keutamaan ketika pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n\u201cPerancangan untuk membangunkan projek KXP telah bermula sejak 2013. Dalam tempoh tersebut, sebanyak lima kajian kebolehlaksanaan telah dijalankan.\n\n\nBerdasarkan kepada kajian-kajian tersebut, pembangunan KXP bakal menjadi \u2018Economic Game Changer\u2019 kepada negeri Kedah dan berfungsi sebagai pelengkap kepada lapangan terbang sedia ada di utara tanah air melalui penyediaan perkhidmatan kargo yang lebih komprehensif dan disokong dengan pembangunan hab \u2018Maintenance, Repair and Operation\u2019 (MRO),\u201d\u00a0 titah baginda ketika\n\u00a0perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Keenam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan SRC Diteruskan Dalam Talian\n\n\n\n\n\n\nBawa masuk pakar perumahan Singapura bukti negara tandus bakat\n\n\n\n\n\n\nPKR tarik balik penggantungan keahlian Iswardy\n\n\n\n\n\n\nTiada pindaan rancangan pengeluaran penuh 55, 60 tahun \u2013 KWSP\n\n\n\n\n\n\nBekalan Minyak Masak Subsidi Dijangka Pulih Beberapa Hari Lagi \u2013 KPDNHEP\n\n\n\n\n\n\n\n\nTitah baginda lagi, projek KXP yang akan dilaksanakan secara kaedah pembiayaan swasta (PFI) berperanan sebagai pemboleh kepada keseluruhan pembangunan Kedah Aerotropolis.\n\n\nIa merangkumi komponen lain seperti Sidam Logistics, Aerospace dan Manufacturing Hub, Business Park dan pembangunan Airport City.\n\n\nDalam pada itu, Sultan Sallehuddin turut menekankan kepentingan keharmonian hubungan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan agar fokus terhadap penyelesaian isu serta permasalahan rakyat tidak terjejas.\n\n\nTitah baginda, negara, negeri dan rakyat memerlukan kestabilan politik untuk memperoleh manfaat melalui pembangunan projek ekonomi dan program kesejahteraan rakyat yang dirancang.\n\n\nSementara itu, baginda juga menyeru supaya kerajaan negeri dapat meneliti dan mengkaji semula dasar berbentuk fiskal mahupun undang-undang yang telah lapuk.\n\n\nSebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kedah tidak akan berputus asa untuk meyakinkan Kerajaan Persekutuan mengenai faedah yang bakal diperolehi menerusi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang tidak dipertimbangkan dalam Belanjawan 2023."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/tak-puas-hati-kalah-anak-presiden-umno-lapor-jawatankuasa-pemilihan/", "title": "Tak puas hati kalah, anak Presiden UMNO lapor Jawatankuasa Pemilihan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Selepas tewas dalam saingan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk semalam, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mendakwa wujud pelanggaran etika ketika proses pemilihan itu berlangsung.\n\n\nAnak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu mendakwa, pelanggaran tersebut membabitkan Perkara 4, Tataetika Pemilihan UMNO 2023 berkaitan pengaruh tidak wajar.\n\n\n\u201cWhatsApp pada malam pemilihan 10 Mac daripada seorang yang sudah dikenal pasti. Manipulasi, tipu helah, mendorong dan mengganggu.\n\n\n\u201cPerjuangan saya belum lagi tamat. Saya tidak kalah cuma belum lagi menang. Undi saya 115/268 dan yang \u2018masih menang\u2019 133/268. Ini sudah dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan UMNO,\u201d katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu telur : Wee Ka Siong gesa panggilan telefon diterima disiasat\n\n\n\n\n\n\nNegara selamat berbilion ringgit jika teguran Laporan Ketua Audit dibaiki\n\n\n\n\n\n\nVernakular Gagalkan Perpaduan \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nLantikan politik bukan peluang laba politik \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nBekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan gambar yang dikongsikan bersama kenyataan itu, yang dipercayai tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp antara lainnya mengandungi ayat berbentuk arahan, meminta supaya perwakilan Wanita UMNO di bahagian itu supaya menyokong penyandang Ketua Wanita UMNO Bagan Datuk, Zarozatin Isa.\n\n\nBiarpun tewas dalam pemilihan Ketua Wanita UMNO di bahagian Bagan Datuk semalam, Nurulhidayah menang jawatan EXCO Wanita UMNO pusat.\n\n\nUMNO Bahagian Bagan Datuk diterajui Ahmad Zahid yang menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/tidak-rasmi-noraini-ahmad-pertahan-jawatan-ketua-wanita-umno/", "title": "Tidak rasmi : Noraini Ahmad pertahan jawatan Ketua Wanita UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Datuk Dr. Noraini Ahmad mempertahan jawatan Ketua Wanita UMNO setelah\u00a0 menewaskan pencabarnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam pemilihan parti itu bagi sayap berkenaan, pada Sabtu.\n\n\nSetiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar memaklumkan, berdasarkan keputusan tidak rasmi, Ahli Parlimen Parit Sulong itu memperoleh 106 undi daripada proses pengundian melibatkan 191 bahagian seluruh negara.\n\n\nBagaimanapun keputusan rasmi menunjukkan setakat kini, Noraini mendapat 48 undi manakala Shahrizat 32 undi.\n\n\nPertandingan kerusi Ketua Wanita dalam Pemilihan UMNO 2023 hangat apabila menyaksikan dua tokoh wanita antara Shahrizat dan Noraini yang masing-masing pernah menyandang jawatan itu sebelum ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFakta siasatan tanpa memihak, pertuduhan ikut keterangan- Peguam Negara\n\n\n\n\n\n\nDua ahli UMNO hantar notis bantahan kepada RoS\n\n\n\n\n\n\nLepas DAP mungkin UMNO akan sokong pekebun haram Raub\n\n\n\n\n\n\nSPRM sahkan akaun bank Bersatu dibeku\n\n\n\n\n\n\nKapal LCS dijangka beroperasi penuh tahun 2026\n\n\n\n\n\n\n\n\nNoraini sebelum ini dicabar Shahrizat yang membuat kemunculan semula setelah melepaskan jawatan itu pada 2018.\n\n\nShahrizat, 70, yang mengumumkan bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO ketika itu, memutuskan untuk kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat permintaan daripada kalangan pemimpin akar umbi Wanita. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/12/zahid-sahkan-lantik-asyraf-wajdi-sebagai-pengerusi-mara/", "title": "Zahid sahkan lantik Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi Mara", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan melantik bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara).\n\n\nBeliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah menyerahkan watikah pelantikan itu kepada Asyraf Wajdi di pejabat kementeriannya pada Jumaat lalu.\n\n\n\u201cBukan desas desus lagi, telah lantik dan saya sudah beri watikah pada Jumaat yang lalu. Gambar (tular) sahih. Pelantikan dibuat di kementerian,\u201d katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Bandar Penawar hari ini.\n\n\nTurut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani dan Pengurus Besar Kejora, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCiri kepelbagaian, bebas dalam pelantikan ahli JAC \u2013 Tuanku Muhriz\n\n\n\n\n\n\nBayar tol guna kad debit, kredit di 5 lebuh raya tahun ini\n\n\n\n\n\n\nPPIM bidas MADPET desak menteri KDN letak jawatan\n\n\n\n\n\n\nPERKESO sahkan pegawai ditahan SPRM\n\n\n\n\n\n\nJangan `tutup mata\u2019 terhadap Syria \u2013 WHO\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu tular gambar Ahmad Zahid menyerahkan watikah pelantikan kepada Asyraf Wajdi dalam satu majlis yang berlangsung di kementeriannya yang mengundang pelbagai kritikan.\n\n\nRata-rata orang ramai mempertikaikan kedudukan Asyraf Wajdi yang masih memperoleh jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) meskipun tewas dalam pilihan raya lalu.\n\n\nGambar tersebut juga menjadi pertikaian ekoran lantikan politik yang dilakukan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nTerdahulu Asyraf Wajdi yang merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan kali ini turut memaklumkan beliau kini sedang mencari kerja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/13/ada-rakyat-malaysia-jadi-tali-barut-dalang-tuntutan-kumpulan-sulu/", "title": "Ada rakyat Malaysia jadi tali barut, dalang tuntutan Kumpulan Sulu", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerajaan sedang menyiasat kemungkinan wujud \u2018tali barut\u2019 dalam kalangan rakyat Malaysia yang membantu kes kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu bagi mendapatkan pampasan ke atas Sabah.\n\n\nMendedah situasi itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tidak menolak kemungkinan orang dalam menjadi dalang dalam tuntutan kumpulan Sulu itu berdasarkan tuntutan tanpa henti mereka atas syarikat berkaitan kerajaan Malaysia di luar negara.\n\n\n\u201cSekarang ini, kita hendak siasat sebenarnya (siapa) yang terbabit, mungkin ada \u2018inside game\u2019\u2026 kebocoran (maklumat) atau tindakan yang memberi kekuatan yang agak begitu pelik kepada kumpulan berkenaan.\n\n\n\u201cSaya sedang siasat dan perkara ini sememangnya dalam proses siasatan kita, yang mana kita hendak tahu apa sebenarnya menjadi punca tuntutan mereka ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPejuang dalam dilema, pilihan terbaik tidak sertai PRN\n\n\n\n\n\n\nHukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dihapus\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu contohi Kedah tamatkan operasi judi\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri: Warga asing \u2018hiasi\u2019 wajah ibu kota\n\n\n\n\n\n\nPendakwa Raya Fail Afidavit Bukti Baharu Tiada Kaitan Elemen Kes Jenayah Rasuah Najib\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJika mereka mahu membuat tuntutan sepatutnya sudah lama, sejak bayaran pampasan dihentikan pada 2013. Kenapa baru sekarang, secara tiba-tiba mereka kemukakan tuntutan,\u201d katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nBeliau mendedahkan situasi itu ketika mengulas usaha kerajaan menangani kumpulan Sulu yang kini semakin berani mengemukakan beberapa tuntutan di mahkamah timbang tara komersial antarabangsa.\n\n\nSebelum ini, Malaysia memutuskan mengambil beberapa tindakan perundangan melalui proses mahkamah di Perancis bagi terus mempertahankan kedudukan dan pendirian negara dalam mencabar tuntutan kumpulan Sulu.\n\n\nAzalina dijangka berlepas ke Eropah, bagi mengumpulkan maklumat berhubung isu tuntutan kumpulan terbabit.\n\n\nIni susulan tindakan kumpulan Sulu yang masih meneruskan prosiding timbang tara di Perancis bagi mendapatkan award terakhir walaupun keputusan mahkamah di Sepanyol sebelum ini memihak kepada Malaysia.\n\n\nAwal bulan ini, Mahkamah Perlembagaan Sepanyol menolak rayuan perlembagaan luar biasa difailkan sekumpulan individu yang mendakwa diri sebagai kumpulan Sulu, berhubung pembatalan pelantikan Dr Gondoza Stampa sebagai penimbang tara dalam kes pertikaian antara Malaysia dan Sulu.\n\n\nDifahamkan Kumpulan Sulu itu menggunakan surat bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, pada 2019 yang membuat pengakuan bahawa negara berhutang kepada waris Kesultanan Sulu sebagai bukti tuntutan di mahkamah timbang tara di Eropah.\n\n\nSurat pengakuan Thomas itu menjadikan Malaysia tersepit dalam usaha mempertahankan diri daripada tuntutan Sulu.\n\n\nAzalina bagaimanapun berkata, kerajaan tidak boleh mendedahkan strategi dalam menangani tuntutan Kumpulan Sulu, namun memerhati dengan teliti percanggahan input, maklumat, pandangan dan kedudukan dalam mengendalikan isu tuntutan kumpulan itu.\n\n\n\u201cTerdapat pegawai kanan kerajaan membuat keputusan tanpa keputusan Kabinet dalam hal ehwal kepentingan dan kedaulatan negara.\n\n\n\u201cPerkara sebegini wajar dibawa kepada pertimbangan Jemaah Menteri. Saya percaya prinsip tanggungjawab bersama dan tanggungjawab Kabinet kepada Parlimen melalui Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau memberi amaran, sesiapa saja warga tempatan yang terbabit membantu kumpulan itu tidak terlepas dan kemungkinan boleh didakwa kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.\n\n\nKatanya, tindakan seumpama itu (terbabit dengan kumpulan Sulu) boleh dikategorikan sebagai pengkhianatan kepada negara, yang mana hukuman bagi sabit kesalahan adalah gantung sampai mati. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/13/bawa-agenda-songsang-himpunan-tidak-patut-diadakan/", "title": "Bawa agenda songsang, himpunan tidak patut diadakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nPerarakan dan perhimpunan yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo serta Dataran Merdeka di ibu negara semalam perlu diberi perhatian kerana ia membawa beberapa agenda yang bertentangan dengan prinsip keagamaan dan\u00a0 kemanusiaan.\u00a0\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa (GB), Aminuddin Yahaya berkata, perarakan seperti itu yang menuntut hak kesamarataan bagi golongan wanita dan golongan lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBTQ) tidak sepatutnya berlaku dalam Malaysia susulan agama Islam merupakan agama Persekutuan.\u00a0\n\n\n\u201cJadi, bagi saya perarakan ini sepatutnya tidak harus dilaksanakan dalam negara terutamanya Malaysia kerana tidak sesuai susulan agama Islam merupakan agama Persekutuan.\n\n\n\u201cYang kedua, saya lihat golongan LGBTQ telah menggunakan perarakan ini sebagai platform untuk menyuarakan pandangan dan menuntut hak mereka,\u201d katanya ketika diminta mengulas mengenai perarakan yang diadakan \nmelibatkan kira-kira 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan ahli-ahli parti politik pagi semalam. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSUMBANGAN BAS SEJAJAR NILAI JATI DIRI \u2018BERILMU UNTUK BERJASA\u2019\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Serah Kedudukannya Kepada Agong\n\n\n\n\n\n\nFasa peralihan monsun dijangka mula Khamis\n\n\n\n\n\n\nDua produk mi segera ditarik semula dari pasaran\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas Aminuddin, mereka perlu menggunakan platform yang betul seperti mengadakan sesi dialog bersama pihak kerajaan atau agensi-agensi berkaitan untuk menuntut hak mereka berbanding menonjolkan budaya songsang kepada rakyat melalui sepanduk dan bendera yang dibawa.\u00a0\n\n\nTambah beliau, tindakan juga perlu diambil menerusi siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa kepada mana-mana kenyataan yang bercanggah dan mencabar keabsahan agama Islam.\u00a0\n\n\n\u201cJadi, bagi saya, himpunan dan perarakan ini tidak sesuai dengan apa-apa nilai sekali pun, baik dari segi agama, ketimuran dan kemanusiaan.\n\n\n\u201cSaya harap pihak berkuasa dapat membuat siasatan kepada mana-mana yang bercanggah dan mencabar keabsahan agama Islam,\u201d tambahnya.\n\n\nSementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata pihak polis telah mengesan dan akan memanggil pihak yang menyertai perarakan tersebut bagi membantu siasatan kerana tidak mematuhi perutukan undang-undang.\u00a0\n\n\nMenurutnya, peserta-peserta perarakan itu dilihat memegang plakad \ndi antaranya \n\u201cImagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride,Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body\u201d\n dan lain-lain.\n\n\nTerdahulu, satu Perarakan Wanita Malaysia 2023 telah diadakan di ibu negara yang bertujuan dalam usaha \nmemperjuangkan kesamarataan dan keadilan di samping menghentikan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita serta golongan minoriti seksual.\n\n\nBerdasarkan video yang tular di media sosial, himpunan berkenaan digelar sebagai Women\u2019s March."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/13/dua-sayap-umno-dapat-teraju-baharu-wanita-kekal/", "title": "Dua sayap UMNO dapat teraju baharu, Wanita kekal", "body": "0\n\n\nBANGI, ISNIN \u2013 Pemilihan sayap UMNO 2023 menyaksikan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO masing-masing diterajui muka baharu manakala Wanita UMNO kekal dengan penyandang.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mempertahankan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO bagi penggal 2023-2026 selepas memperoleh 112 undi daripada bahagian.\n\n\nShahrir berkata, jawatan Naib Ketua Wanita UMNO turut dikekalkan penyandang iaitu Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Datuk Norliza Abdul Rahim yang memperoleh 123 undi.\n\n\n\u201cJawatan Ketua Pemuda UMNO dimenangi Mohamad Akmal Salleh manakala Naib Ketua Pemuda UMNO dimenangi Mohd Hairi Mad Shah,\u201d katanya pada sidang media di Menara Dato\u2019 Onn di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Saya tidak bersalah, saya akan jawab pertuduhan di mahkamah\u2019 \u2013 Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nKempen Menerusi Platform Digital Kurang Berkesan\n\n\n\n\n\n\nGangguan Seksual, Polis Sahkan Kereta Peronda milik IPD Petaling Jaya\n\n\n\n\n\n\nLelaki direman punca kebakaran 13 motorsikal, 4 skuter di KLCC\n\n\n\n\n\n\nKadar pengangguran akan turun lagi tahun depan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAkmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau dan Hairi ADUN Larkin masing-masing adalah EXCO pentadbiran Melaka dan Johor.\n\n\nShahrir berkata, jawatan Puteri UMNO dimenangi bekas Naib Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, dan jawatan Naib Ketua disandang Siti Sokhleha Nordin.\n\n\nNurul Amal menewaskan lima pesaing iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar; Exco Puteri UMNO, Dr Masliha Harun; Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin; EXCO Puteri UMNO, Fadwah Anuwar dan Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan.\n\n\nShahrir berkata, sebanyak 188 bahagian Wanita dan Puteri UMNO bersidang pada pemilihan kali ini manakala Pemuda membabitkan 187 bahagian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/13/keputusan-semakan-kes-src-najib-31-mac/", "title": "Keputusan semakan kes SRC Najib 31 Mac", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd akan diputuskan 31 Mac ini.\n\n\nTarikh berkenaan disahkan oleh seorang peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee ketika dihubungi pemberita hari ini.\n\n\nMenurut Muhammad Farhan, pihaknya menerima surat daripada Mahkamah Persekutuan yang memaklumkan mengenai tarikh berkenaan.\n\n\nJika permohonan bekas Perdana Menteri itu dibenarkan, mahkamah akan menetapkan tarikh bagi mendengar merit semakan berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaritim rampas 23 bubu naga di Perairan Tanjung Karang\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO dijangka beri sokongan kepada Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\nBela Vernakular, Kenyataan Pemuda MIC Mengeruhkan Keadaan\n\n\n\n\n\n\nLaporan polis: Guan Eng dakwa Wan Fayshal lakukan kesalahan jenayah\n\n\n\n\n\n\nPerkataan \u2018Rahmah\u2019 pada menu tidak halal kurang sesuai\n\n\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Najib itu akan diputuskan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli.\n\n\nTurut bersidang dalam panel itu ialah tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais yang mula mendengar permohonan kebenaran bagi semakan sejak 19 Januari lalu.\n\n\nDalam permohonan kebenaran semakan berkenaan, Najib mahukan mahkamah tertinggi negara supaya menyemak keputusan panel lima hakim pada 23 Ogos tahun lalu, dengan memohon perintah supaya keputusan rayuan utama beliau diketepikan dan beliau dilepas serta dibebaskan daripada tuduhan berkenaan.\n\n\nSecara alternatif, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon rayuan berkenaan didengar korum Mahkamah Persekutuan lain yang mengandungi tidak kurang daripada tujuh hakim Mahkamah Persekutuan atau yang difikirkan wajar oleh mahkamah.\n\n\nDalam afidavit Najib yang difailkan bagi menyokong permohonan itu menyatakan bahawa beliau benar-benar percaya dan dinasihatkan oleh peguam caranya bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan boleh disemak mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.\n\n\nBeliau yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, turut memohon hukuman ke atasnya itu ditangguhkan sementara menunggu pendengaran permohonan semakan terbabit.\n\n\nPada 22 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta dikenakan denda berjumlah RM210 juta.\n\n\nSabitan dan hukuman terhadap Najib kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/13/kes-keganasan-kanak-kanak-perlu-diteliti-bendung-jenayah-penderaan/", "title": "Kes keganasan kanak-kanak perlu diteliti, bendung jenayah penderaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nKes keganasan kanak-kanak perlu diteliti semula oleh pihak berkepentingan dan kerajaan dalam usaha membendung jenayah yang melibatkan kanak-kanak sebagai mangsa penderaan sehingga menyebabkan kematian.\n\n\nKetua Wanita BERJASA, Dr Fadhilah Ashari berkata, ia juga sebagai melambangkan ketamadunan sesuatu umat dan negara.\u00a0\n\n\n\u201cKes-kes keganasan kepada kanak-kanak adalah satu perkara yang perlu kita ambil berat. \nSecara tidak langsung , ia juga melambangkan ketamadunan sesuatu umat dan negara.\n\n\n\u201cApa jua masalah yang melatari sesuatu kes penderaan kanak-kanak, dan sama ada ianya ringan atau berat, adalah tugas yang sama-sama perlu dilihat dan dipandang berat oleh pimpinan negara mahupun masyarakat,\u201d ujar Dr Fadhilah \n\u00a0dalam aplikasi hantaran ringkas kepada TV Pertiwi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSubsidi bersasar atasi masalah ketirisan dan bekalan\n\n\n\n\n\n\nMUDA dakwa disisih Anwar, PH\n\n\n\n\n\n\nSubsidi Rakyat Tak Dimansuh, Pemberian Bertambah\n\n\n\n\n\n\nParti politik Melayu wajar bantah gelaran Tan Sri kepada Lim Kit Siang\n\n\n\n\n\n\nZahid amalkan `kuku besi\u2019 jatuhkan hukuman\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa juga sebagai mengulas kes kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun yang dipercayai dibunuh dan ditemukan dalam keadaan tangan diikat di kawasan semak di Kampung Panji, Lahad Datu Sabah, seperti yang dilapor media tempatan semalam.\n\n\nMenerusi kes tersebut, orang awam juga menemui mayat mangsa dalam keadaan berdarah dan kepala mangsa turut tersepit di antara dua belah pokok sebelum melaporkan kejadian tersebut kepada polis.\n\n\nMengulas lanjut, Dr Fadhilah berkata, bagi mengatasi kejadian seperti itu daripada berlaku, sistem pendidikan formal atau tidak formal, yang berlatarbelakangkan aqidah, akhlak serta psikososial Islam perlu diterapkan bagi melahirkan individu yang beradab.\n\n\nMalah, pendidikan agama serta moral juga dapat membantu membina peribadi manusia yang beradab mulia.\n\n\nDalam masyarakat majmuk berbilang kaum di Malaysia ini, bagi penganut2 agama lain, pendidikan agama mrk serta moral bersepadu dengan pendidikan tatanegara berlandaskan rukunnegara, boleh membantu membentuk peribadi yang baikserta beradab mulia.\u00a0\n\n\nDalam perkembangan sama, Dr Fadhilah menegaskan, sudah tiba masanya pihak berkepentingan menilai semula sistem pendidikan bagi memastikan masyarakat bukan sahaja maju dari segi material tetapi kaya dengan akhlak, adab dan kemanusian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/13/mahu-pinjaman-mara-bebas-riba-asyraf-wajdi/", "title": "Mahu pinjaman MARA bebas riba \u2013 Asyraf Wajdi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang dilantik sebagai pengerusi baharu \nMajlis Amanah Rakyat (Mara)\n memaklumkan, beliau akan membantu Mara beralih kepada pembiayaan yang menepati kehendak syariah selain lebih cekap dan tidak membabitkan kos yang tinggi.\n\n\nKatanya, antara pembaharuan yang akan dilakukan itu termasuklah memastikan pembiayaan Mara yang digunakan untuk penciptaan kekayaan Bumiputera, bebas riba.\n\n\nRiba adalah \u2018ziyadah\u2019, \u2018kenaikan\u2019 atau \u2018berlebihan\u2019 pada perkara tertentu dan menjurus kepada suatu bentuk lebih yang tidak halal pada sesuatu kontrak seperti bayaran pinjaman yang bertambah.\n\n\n\u201cMemandangkan sektor ini amat penting dalam penciptaan kekayaan bangsa, maka saya tekankan aspek keberkatan. Antara punca keberkatan termasuklah kaedah pembiayaan mestilah bebas daripada syubhah riba.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAwas penipuan ibadah korban!\n\n\n\n\n\n\nKWSP Akan Lancar I-Sayang Tahun Depan\n\n\n\n\n\n\nYADIM Buat Aduan Kepada SKMM\n\n\n\n\n\n\nADUN Belantik rebah di bilik air rumah\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir Johor meningkat hampir 40,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKetika ini kaedah pembiayaan masih lagi menggunakan prinsip \u2018bai al-Inah\u2019 yang agak kontroversi dan sudah lama ditinggalkan oleh industri perbankan Islam.\n\n\n\u201cSituasi ini mengingatkan saya ketika membantu menstrukturkan kembali kaedah pinjaman, pembiayaan dalam industri kewangan Islam daripada prinsip \u2018bai al-inah\u2019 kepada \u2018tawarruq\u2019, \u2018murabahah\u2019, \u2018qard al-Hasan\u2019 dan kontrak lain.\n\n\n\u201cInsya-Allah dalam tempoh terdekat ini, saya sedia membantu Mara untuk beralih kepada pembiayaan yang lebih cekap, tidak membabitkan kos yang tinggi dan yang utama, menepati kehendak syariah,\u201d katanya dalam satu kenyataan di Facebook, pada Isnin.\n\n\n\n\nSemalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bekas Ketua Pemuda UMNO itu dilantik sebagai Pengerusi Mara yang baharu, berkuat kuasa Jumaat lalu.\n\n\nPelantikan itu diumumkan sehari selepas Asyraf memuat naik kemas kini \u2018resume\u2019 di Facebook untuk \u2018mencari kerja\u2019, selepas beliau tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO kali ini.\n\n\nMengulas lanjut, Asyraf Wajdi memaklumkan sektor pembangunan usahawan menjadi antara tumpuan utama dalam taklimat pertamanya sebagai Pengerusi Mara hari ini.\n\n\nKatanya, ia berikutan sektor itulah yang bertanggungjawab membangunkan usahawan Bumiputera selama ini melalui pendekatan holistik, termasuk pembiayaan, latihan dan pembangunan infrastruktur perniagaan.\n\n\n\u201cAlhamdulillah, hari yang produktif dan mengujakan. Esok siri taklimat sektor dan lain-lain bahagian Mara diteruskan. Semoga Mara terus kekal menjadi agensi amanah yang membina sebuah ekosistem pembangunan sosio-ekonomi yang memberi kesan amat besar kepada rakyat,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/13/muhyiddin-didakwa-terbabit-pengubahan-wang-haram-rm5-juta/", "title": "Muhyiddin didakwa terbabit pengubahan wang haram RM5 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas satu pertuduhan terbabit aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta pada awal tahun lalu.\n\n\nBagaimanapun, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh.\n\n\n\u201cSaya faham dan mengaku tidak bersalah,\u201d kata Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan (PN) dan bekas Perdana Menteri.\n\n\nMengikut pertuduhan, Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn. Bhd., yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik parti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPNB bina 500 RMR di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nProjek tambak laut: Hanya satu pulau dibina\n\n\n\n\n\n\nHaramkan sumbangan dari luar negara \u2013 Tengku Razaleigh\n\n\n\n\n\n\nAmaran Hujan Lebat Sehingga Selasa\n\n\n\n\n\n\nLonggokan Sisa Kayu Berpunca Daripada Fenomena \u2018Kepala Air\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesalahan itu dilakukan di AmBank cawangan Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, 7 Januari 2022.\n\n\nPendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.\n\n\nOleh demikian, tertuduh boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan berkenaan dilakukan atau RM5 juta yang mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.\n\n\nPendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Mohd Fadhly Mohd Zamry, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.\n\n\nMuhyiddin pula diwakili sembilan peguam iaitu Datuk K Kumaraendran, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran, Amiratu Al Amirat Saleh Mohamed Garbaa, Mohd Isa Mohamad Basir, Shahir Ab Razak, Teh See Khoon, Varsha Chelvi dan Raja Syuhada Raja Khairuddin.\n\n\nKetika prosiding, Ahmad Akram memohon kes Muhyiddin di Mahkamah Sesyen Shah Alam dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.\n\n\n\u201cMuhyiddin ada menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, maka saya mohon kes di sini didengar secara bersama di mahkamah berkenaan.\n\n\n\u201cSaya juga mohon mengguna pakai jaminan seperti yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur iaitu wang jaminan RM2 juta dengan dua penjamin serta syarat tambahan serahan pasport sehingga kes selesai.\n\n\n\u201cKes hari ini disebut semula pada 26 Mei ini iaitu tarikh sama seperti di Kuala Lumpur. Saya diberitahu pihak pembelaan tidak membantah permohonan ini,\u201d katanya.\n\n\nKumaraendran kemudian mengesahkan tidak membantah permohonan terbabit.\n\n\n\u201cKami ada bon jaminan (RM2 juta) di Mahkamah Kuala Lumpur dan mohon diguna pakai di Mahkamah Shah Alam,\u201d katanya.\n\n\nHakim membenarkan permohonan dibuat pendakwaan termasuk sebutan semula kes di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Mei ini, namun menegaskan satu lagi bon jaminan perlu ditandatangani kerana nombor kes berlainan.\n\n\nPada Jumaat lalu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.\n\n\nMengikut pertuduhan, Muhyiddin sebagai pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Presiden Bersatu menggunakan kedudukan untuk suapan iaitu wang RM200 juta, RM1 juta, RM19.5 juta dan RM12 juta untuk partinya daripada Bukhary Equity Sdn. Bhd,, syarikat Nepturis Sdn. Bhd., syarikat Mamfor Sdn. Bhd., dan Azman Yusoff.\n\n\nMuhyiddin juga didakwa sebagai Presiden Bersatu menerima wang RM120 juta dan RM75 juta hasil aktiviti haram daripada Bukhary Equity Sdn. Bhd., yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik parti.\n\n\nPada 18 Februari lalu, bekas Perdana Menteri itu mengesahkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan mengenai Jana Wibawa sebagai saksi dan bukannya suspek.\n\n\nBagaimanapun, sehari kemudian SPRM mengesahkan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh antara suspek yang disiasat berhubung kes berkenaan dan siasatan ke atasnya masih diteruskan.\n\n\nPada 20 Februari, SPRM memaklumkan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik berstatus Ahli Parlimen dan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat ditahan berhubung kes Jana Wibawa.\n\n\nSehari kemudian, bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu.\n\n\nBagaimanapun, beliau mengaku tidak bersalah.\n\n\nPada hari sama, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, dihadapkan di mahkamah sama atas dua pertuduhan termasuk menerima rasuah RM500,000 membabitkan projek Jana Wibawa.\n\n\nDia sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 22 Februari atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan projek sama, disusuli pendakwaan kali ketiga pada 28 Februari berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan meminta rasuah RM2 juta.\n\n\nPada 22 Februari juga, seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung program Jana Wibawa bernilai RM12.875 juta, sejak dua tahun lalu.\n\n\nJana Wibawa dilaksanakan ketika pandemik Covid-19 dan ia adalah kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada 1993.\n\n\nPelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 ketika kerajaan ditadbir PN diterajui Muhyiddin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/13/muhyiddin-mengaku-tidak-bersalah-bagi-pertuduhan-ketujuh-mohon-dibicara/", "title": "Muhyiddin mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan ketujuh, mohon dibicara", "body": "0\n\n\nSHAH ALAM, Isnin \u2013 \nPresiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah atas tuduhan ketujuh yang dihadapi beliau melibatkan pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.\n\n\nPengakuan sama turut dibuat dalam kandang tertuduh atas pertuduhan ketujuh itu selepas mengangguk faham sebaik sahaja dibacakan dihadapan Hakim Rozilah Salleh.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu juga memohon kes itu dibicara dan dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Shah Alam ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.\n\n\n\u201cSaya telah dibacakan pertuduhan yang ketujuh, dan saya telah menyatakan yang saya tidak bersalah dan memohon supaya kes ini dibicarakan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDek kerana Tun M tidak sehaluan, DAP mahu gelaran Tun ditarik balik\n\n\n\n\n\n\nCukai barangan mewah : beg dan jam tangan mewah antara tersenarai\n\n\n\n\n\n\nJangan hanya laungkan \u2018Rahmah\u2019 dan \u2018Madani\u2019, perlu hidup bersama nadi rakyat\n\n\n\n\n\n\nKajang Dinaiki Air Selepas Hujan Lebat\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi: Menteri Turkiye hargai sokongan Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKeduany,a Mahkamah bersetuju untuk memindahkan kes saya ini ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan nanti akan ditetapkan tarikh dan masa untuk perbicaraan itu sahaja,\u201d katanya\n\u00a0ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Sesyen, Shah Alam pagi tadi.\n\n\nMengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan nama sebenar Mahiaddin Md. Yassin dituduh menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta daripada sebuah syarikat melalui akaun AmBank milik Parti Bersatu yang dilakukan di AmBank cawangan Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, pada 7 Januari 2022.\n\n\nPendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan serta Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).\n\n\nSabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.\n\n\nSementara itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Mohd Fadhly Mohd Zamry, Zander Lim Wai Keong, Kalai Vani Annadorai dan Maziah Mohaide.\n\n\nManakala Muhyiddin diwakili sembilan peguam antaranya Datuk K. Kumaraendran, Chetan Jethwani, Dev Kumaraendran dan Mohamad Isa Mohammad Basir serta diikat jamin RM2 juta bersama dua penjamin serta syarat tambahan penyerahan pasport sehingga selesai perbicaraan.\n\n\nDalam perkembangan sama, pihak pendakwaan memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan hakim kemudian membenarkan permohonan tersebut serta menetapkan tarikh 26 Mei untuk sebutan semula kes.\n\n\nPada Jumaat lalu, Muhyiddin didakwa telah menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu iaitu Azman Yusoff, 51 dan tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd serta Mamfor Sdn Bhd, bagi sekutu parti itu, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.\n\n\nBagi dua lagi pertuduhan, Muhyiddin selaku Presiden parti, didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu pada 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/13/pas-nafi-keluar-pn-tuan-ibrahim/", "title": "PAS nafi keluar PN \u2013 Tuan Ibrahim", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pas menafikan dakwaan kononnya parti itu akan keluar daripada Perikatan Nasional (PN).\n\n\nSpekulasi itu bertiup kencang sejak dua hari lalu susulan ketiadaan pemimpin Pas pada Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) 2023 Bersatu sedangkan \u2018rakan sekutu\u2019 mereka daripada Gerakan hadir.\n\n\nTimbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, soal itu tidak pernah timbul atau dibincangkan dalam parti setakat ini.\n\n\n\u201cTak ada, tak pernah timbul pun,\u201d katanya ketika ditanya pemberita mengenai isu itu di Parlimen hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAtas dasar simpati, Sunway Lagoon turun padang bantu mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nBukan Hanya Pembeli, Peniaga Juga Turut Terkesan\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor bubar 23 hari lagi\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: DAP bidas kenyataan Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi: Menteri Turkiye hargai sokongan Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nTuan Ibrahim menjelaskan, pemimpin parti itu terpaksa hadir ke Mesyuarat Agung Pas di kawasan masing-masing menyebabkan mereka tidak dapat memenuhi jemputan Bersatu.\n\n\n\u201cKami telah dimaklumkan dan ada jemputan, tapi kebetulan Pas kawasan ada mesyuarat agung, sebahagian besar terpaksa merasmikan (Mesyuarat Agung) di kawasan masing-masing.\n\n\n\u201cSaya sendiri pun merasmikan (mesyuarat) lima kawasan dalam dua hari (Sabtu dan Ahad lalu), saya check dengan kawan-kawan yang lain, kebanyakan ada jemputan (dari Bersatu), kami dah maklumkan kepada kepimpinan Bersatu. Tak ada isu,\u201d jelasnya.\n\n\nPas mewakili sebahagian besar gabungan PN dengan 43 kerusi Parlimen dimenangi parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/13/salah-ke-parti-politik-terima-sumbangan/", "title": "Salah ke parti politik terima sumbangan?", "body": "0\n\n\nSHAH ALAM, Isnin \u2013 \nKetua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan adakah pemberian sumbangan daripada mana-mana pihak kepada sesebuah parti politik menjadi satu kesalahan.\n\n\nBeliau menyuarakan persoalan itu susulan pendakwaan ketujuh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disabitkan dengan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta ke dalam akaun BERSATU di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.\n\n\n\u201cPertuduhan melibatkan sumbangan dana politik bernilai\u00a0 RM5 juta melalui Bukhary Equity Sdn Bhd dan Capital Sdn Bhd kepada parti BERSATU bukan dibuat atas kapasiti Tan Sri Muhyiddin ketika menjadi Perdana Menteri tetapi dibuat pada tahun 2022 sebagai Presiden BERSATU.\n\n\n\u201cBanyak persoalan untuk ditanyakan, apakah salah mana-mana parti politik untuk menerima sumbangan daripada mana-mana pihak dan dibuat bukan secara haram atau mengikut sistem kewangan atau bank, ia memberi banyak tanda tanya kenapa ia berkait dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001,\u201d katanya\n\u00a0ketika ditemui TV Pertiwi di luar pekarangan Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBaucar Rm500 Ganti Barangan Elektrik Mula 7 Jan\n\n\n\n\n\n\nGenap 40 tahun khidmat Sheikh Abdul Rahman Sudais di Masjidil Haram\n\n\n\n\n\n\nBN Menang Besar Jika PN, PH Tak Buat Perubahan\n\n\n\n\n\n\nDAP Bakal Bertembung Kerusi Dengan PKR?\n\n\n\n\n\n\nAS tuntut TikTok jual kepentingan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU didakwa menerima wang berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu pada 25 Februari 2021 dan 8 Julai 2022\n\n\nBagi mengulas perkara tersebut, Ahmad Fayhsal berkata, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari yang juga pemilik Bukhary Equity banyak menderma dana kepada parti-parti politik lain.\n\n\nJusteru, beliau mempersoalkan mengapa hanya akaun BERSATU disiasat dan bukan parti lain memandangkan mereka juga ada menerima dana parti daripada jutawan itu.\u00a0\n\n\n\u201cMengapa hanya BERSATU disiasat sebegini?\n\n\n\u201cSiasat juga UMNO,\u00a0 parti-parti lain yang menerima sumbangan dari Tan Sri Syed Mokhtar dan saya yakin hal ini kami akan menang dalam mahkamah.\n\n\n\u201cKami tidak melakukan kesalahan dan kami bersedia untuk dibicarakan di mahkamah,\u201d katanya lagi.\n\n\nPada Jumaat lalu, Muhyiddin, 75, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan berkaitan wang dalam akaun Bersatu pada 10 Mac lepas.\n\n\nBeliau juga mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Bersatu telah menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan berjumlah RM232.5 juta.\n\n\nPertuduhan itu juga akan dibicarakan pada 23 Mei sebagai sebutan semula kes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/14503/", "title": "Genap 40 tahun khidmat Sheikh Abdul Rahman Sudais di Masjidil Haram", "body": "0\n\n\nBangi, Selasa \u2013\u00a0 Hari ini 22 Sya\u2019ban 1449 Hijriah menandakan genap 40 tahun Sheikh Abdul Rahman Sudais memimpin Masjidil Haram.\n\n\nBeliau merupakan imam termuda yang memimpin saf solat Asar pada tarih 22 Syaaan 1404 Hijrah iaitu ketika beliau berusia 22 tahun.\n\n\nSheikh Al Sudais juga mencatat sebagai imam termuda dalam sejarah Masjidil Haram selepas dilantik melalui Perlantikan Diraja oleh\u00a0 Almarhum Raja Fahad bin Abdul Azizi pada tahuan 1984.\n\n\nLanjutan daripada itu, beliau terus terkenal di seluruh pelosok dunia apabila suaranya yang berjaya memukau\u00a0 semua umat Islam,.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis larang terbangkan dron di kawasan tumpuan PRN\n\n\n\n\n\n\nDaniel, remaja dimandi bak jenazah dihantar ke Sekolah Henry Gurney\n\n\n\n\n\n\nJPM nafi siasat salah guna kuasa KSN, KPPA\n\n\n\n\n\n\nKes saman fitnah Nie Ching-Yazid ditangguh tahun depan\n\n\n\n\n\n\nHarta ratusan bilion ringgit di luar negara, bekas Menteri Kewangan disiasat\n\n\n\n\n\n\n\n\nLantunan surah-surah daripada kitab suci Al-Quran yang dibacakan beliau menusuk hati sekelian masyarakat Islam yang mendengarnya.\n\n\nSelama empat dekad, beliau menghabiskan hidupnya untuk berkhidmat dalam hal-hal mentadbir dan menjaga Masjid Suci orang Islam itu.\n\n\nSempena genap 40 tahun beliau hari ini, portal The Holy Mosque,\u00a0 mengucapkan selamat dan memohon agar Allah SWT\u00a0 \nmemberkati hidupnya, memberi manfaat kepada Islam dan umat Islam melaluinya.\n\n\nUmat Islam juga memohon beliau diberi ganjaran pahala yang terbaik di atas khidmatnya sepanjang zaman.\n\n\n\n\nToday, Sha\u2019ban 22, marks the completion of 40 years by Sheikh Abdul Rahman Al Sudais leading at Masjid Al Haram.\n\n\nHe was appointed as Imam of Masjid Al Haram,by Royal Decree issued by the Late Custodian of Haramain King Fahad bin Abdulaziz in 1984/1404 at the age of 22 years. \npic.twitter.com/RANaQYYoXD\n\n\n\u2014 The Holy Mosque's (@theholymosques) \nMarch 14, 2023"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/14598/", "title": "Lantikan Pengerusi MARA bertentangan pendirian PH \u2013 Khairy", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC)\u00a0 bertentangan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH).\n\n\n\n\nBekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membidas lperlantikan itu yang menurutnya isu itu akan memberi kesan terhadap pendirian kerajaan yang menolak amalan kronisme dan nepotisme dalam pentadbiran.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang disahkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sangat berbeza dengan pendirian mereka sebelum ini.\n\n\n\u201cWalaupun Mara bukan GLC namun ia adalah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah undang-undang,\u201d katanya menerusi Program Podcast Keluar Sekejap episod 3, disiarkan di Youtube pada Selasa.\n\n\n\n\n\n\nProgram tersebut turut menampilkan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang mengupas lanjut isu lantikan politik yang kini berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.\n\n\nSementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, lantikan politik PH di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berbeza semasa Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan dalam parti komponen itu.\n\n\n\u201cSewaktu PH 1.0 pimpinan Tun Dr Mahathir tidak ada lantikan politik dalam GLC. Tetapi hal tersebut berlaku dalam agensi kerajaan ketika pemerintahan beliau.\n\n\n\u201cJadi bagi saya semua sama sahaja. Jadi saya tak boleh kata saya menentang lantikan politik sebab saya pernah berada di kedudukan itu,\u201d ujarnya"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/ada-agenda-tersembunyi-sebar-fahaman-liberal-secara-halus-isma/", "title": "Ada agenda tersembunyi, sebar fahaman liberal secara halus \u2013 ISMA", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPerhimpunan dan perarakan yang digelar sebagai Women\u2019s March 2023 yang diadakan di ibu negara pada Ahad lalu sepatutnya meraikan golongan wanita sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada tarikh 8 Mac setiap tahun.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, sepanduk dan kibaran bendera pelangi oleh peserta-peserta yang menyertai perarakan itu dilihat mempunyai agenda tersembunyi seperti mahu menyebarkan kefahaman liberal kepada masyarakat Malaysia secara halus.\u00a0\n\n\nPresiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, tindakan itu jelas menunjukkan sebahagian daripada tuntutan dan seruan yang dilaungkan adalah berkaitan dengan golongan\u00a0 lesbian, gay, biseksual serta transgender dan pelik (LGBTQ).\n\n\n\u201cSaya rasa perkara itu memang jelas menunjukkan bahawa mereka cuba untuk menyebarkan agenda yang tersembunyi dalam perarakan tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk serangan tentera Israel di Nablus\n\n\n\n\n\n\nPamer kertas undi, polis akan panggil Sanusi beri keterangan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan 20 peratus\n\n\n\n\n\n\nDatuk Dr. Zulkapli \u2013 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu\n\n\n\n\n\n\nDAP tidak perlu minta maaf, henti timbul isu \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi, bagi pendapat saya, tuntutan yang mereka laungkan itu kita tidak boleh baca secara selapis, kalau sekiranya mereka mahu menyambut Hari Wanita Sedunia, ada caranya sendiri,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian kepada TV Pertiwi untuk mengulas perhimpunan yang diadakan di Kompleks Sogo serta Dataran Merdeka di ibu negara pagi semalam.\u00a0\n\n\nHimpunan itu melibatkan kira-kira 300 orang terdiri daripada aktivis hak asasi badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan ahli-ahli parti politik yang mengambil bahagian untuk berarak sepanjang 1km (kilometer).\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Ustaz Muhammad Fauzi turut mendakwa, situasi kerajaan tidak stabil serta perubahan landskap politik ketika ini juga mendorong mereka mengambil kesempatan untuk mengadakan perarakan yang boleh mencetuskan kemarahan orang ramai.\n\n\n\u201cSaya lihat disini mereka mendapat peluang dan mungkin daripada keadaan kerajaan yang tidak stabil menyebabkan perhimpunan serta perarakan ini diadakan.\n\n\n\u201cKalau keadaan kerajaan di negara ini stabil, sebenarnya perarakan seperti itu tidak dapat dilaksanakan kerana ia dianggap terlalu canggung dan ganjil serta bertentangan dengan banyak perkara,\u201d tambahnya.\n\n\nTerdahulu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 38 saat menunjukkan sekumpulan peserta sedang berarak dalam himpunan \nberkenaan digelar sebagai Women\u2019s March.\u00a0\n\n\nPara peserta itu juga dilihat memegang plakad \u201cEnd Child Marriage\u201d,\u201dChild Marriage Is Child Abuse\u201d dan \u201cSaying MasyaAllah Does Not Make Your Harrasment Halal\u201d selain turut mengibarkan bendera pelangi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/ada-fail-pemimpin-kerajaan-cuma-retorik-hamzah-rafizi/", "title": "Ada fail pemimpin kerajaan cuma retorik Hamzah \u2013 Rafizi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menganggap dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mempunyai \u2018fail\u2019 pemimpin kerajaan adalah retorik semata-mata.\n\n\nMenteri Ekonomi itu turut menasihati pembangkang sekiranya mahu melakukan sebarang pendedahan atau skandal, ia perlu dilakukan untuk kepentingan awam dan bukan mendapatkan kelebihan politik.\n\n\nRafizi berkata, ini kerana orang ramai kini lebih bijak untuk menilai sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.\n\n\n\u201cSaya berada di tempat mereka sebelum ini, apabila saya memutuskan untuk mendedahkan apa-apa skandal kepada umum, ia biasanya dengan niat untuk menjimatkan dana awam dan sebaiknya pembangkang perlu menggunakan dokumen yang tersedia umum.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada pindaan rancangan pengeluaran penuh 55, 60 tahun \u2013 KWSP\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi rendah, Shafie Ngah gesa rakyat keluar mengundi\n\n\n\n\n\n\nBekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah Allah : PUTRA gesa campur tangan Agong\n\n\n\n\n\n\nLangkah Kekang Penularan COVID-19 Di Peringkat Sekolah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHanya ada satu ketika saya menggunakan dokumen Akta Rahsia Rasmi untuk skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disebabkan terdesak kerana saya telah berusaha tetapi tidak mendapat maklum balas.\n\n\n\u201cJusteru, jika pembangkang mahu mendedahkan salah laku pemimpin kerajaan mereka perlu mempertimbangkan sama ada mereka sanggup mengambil risiko atau tidak.\n\n\n\u201cItulah sebabnya saya tidak perlu risau kerana saya meragui jika ada mana-mana ahli politik mahu membawa diri mereka ke penjara.\n\n\n\u201cSaya lakukannya dan saya fikir satu-satunya sebab mempunyai motivasi yang betul untuk ke penjara adalah isu kepentingan awam yang sangat tinggi dan ia berbaloi untuk didedahkan,\u201d katanya ketika ditemui media di ibu negara hari ini.\n\n\nBaru-baru ini, Hamzah mengingatkan kerajaan supaya tidak terlalu kerap mencari kesalahan pembangkang.\n\n\nMenurutnya, sebagai bekas Menteri Dalam Negeri, beliau juga boleh mencari kesalahan pemimpin kerajaan kerana mempunyai banyak \u2018fail\u2019 pemimpin kerajaan walaupun masih berfikir sama ada mahu menggunakannya atau tidak.\n\n\nMengulas lanjut, Rafizi berkata, sekiranya pihak pembangkang mahu mendedahkan sebarang salah laku, ia tidak memerlukan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebaliknya ia sudah pasti telah didedahkan kepada umum melalui pelbagai platform termasuk media.\n\n\n\u201cPada asasnya sekiranya ada skandal besar, saya tidak fikir ia memerlukan dokumen di bawah OSA kerana berdasarkan pengalaman saya sendiri biasanya jika terdapat skandal besar yang melibatkan sesiapa, maklumat dan dokumen itu mungkin telah lama dikeluarkan kerana kita hidup di era dimana perkara seperti ini tidak boleh disembunyikan,\u201d ujarnya. \u2013 Awani"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/biadap-reka-pakaian-bercetak-nama-allah/", "title": "Jenama streetwear biadap, reka pakaian bercetak nama Allah", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Jenama Not A Man\u2019s Dream, dari Australia bertindak biadap dengan mencetak nama Allah untuk diperagakan di atas pentas fesyen Sabtu lalu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenama berkenaan yang terkenal dan mewah itu memaparkan dua jenis reka bentuk pakaian pada pertunjukan akhir Festival Fesyen Melbourne.\n\n\nSalah seorang peragawatinya memakai pakaian jumpsuit tanpa lengan daripada kain fabrik lutsinar dengan tulisan Arab bertulis Allah berjalan bersama saya pada seluruh badannya.\n\n\n`Jumpsuit\u2019 tertera perkataan nama Allah diperagakan di Festival Fesyen Melbourne\n\n\nPereka fesyen itu juga memperagakan modelnya dengan memakai jumpsuit dengan kepala, leher dan telinga model bertutup dengan kain yang sama yang boleh mencetuskan tanggapan orang yang melihat seolah-oleh ia menyerupai tudung atau hijab, pakaian yang khusus bagi wanita Muslimah.\n\n\n\n\nMenurut Mona Khalifa, blogger fesyen Muslim yang menghadiri pertunjukan itu, beliau amat \u201cterganggu\u201d apabila melihat rekaan itu di depan mata.\n\n\n\u201cMenggunakan frasa suci dan menulis kalimah \u2018Allah\u2019 dalam bahasa Arab, yang suci kepada orang Islam tetapi juga orang Kristian \u2026 adalah salah dalam banyak peringkat.\u201d\n\n\n\n\nMona Khalifa yang meluahkan rasa marahnya kemudian memuat naik satu video berhubunga penyesalannya terhadap rekaan fesyen tersebut.\n\n\nMona Khalifa, menyatakan rasa kesalnya terhadap perkataan nama Allah yang dipermain-mainkan oleh pereka fesyen Australia.\n\n\n\n\n\n\nTegas Mona fesyen itu secara terang-terangan sengaja memprovokasi orang Islam dengan perkataan Allah, serta masyarakat Kristian Arab yang turut menggunakan perkataan yang sama untuk Tuhan.\n\n\n\n\nMenurut SBS News, ekoran\u00a0 kontroversi yang berlaku\n, Festival Fesyen Melbourne dan pereka fesyen Not A Man\u2019s Dream telah mengeluarkan kenyataan media memohon maaf.\n\n\nFFM dalam satu kenyataannya berkata festival itu tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa dan mereka memohon maaf atas kesilapan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/cari-jalan-pendekkan-kes-mahkamah-elak-mangsa-dizalimi/", "title": "Cari jalan pendekkan kes mahkamah syariah, elak mangsa dizalimi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai\u2019m Mokhtar memaklumkan, pengamal undang-undang syariah wajar mencari solusi yang terbaik bagi memendekkan lagi kes perbicaraan mahkamah syariah di negara ini.\n\n\nBeliau menyampaikan kenyataan itu kerana bimbang wujudnya isu kezaliman kepada mangsa yang terlibat.\n\n\nMahkamah Syariah wajar menimbang semula tempoh perbicaraan kes yang sebelum ini agar tidak membebankan pihak yang terlibat\n\n\nDalam pada itu , Mohd Na\u2019im turut menggesa kepada pengamal mahkamah syariah untuk memainkan peranan tersebut dan tidak cuba untuk melambatkan kes perbicaraan berkenaan kerana yang bakal teraniaya adalah mangsa perbicaraan.\u00a0\n\n\nJusteru, beliau menyarankan agar usaha menggembeleng bersama oleh semua pihak mahkamah dan peguam dalam memastikan wujudnya matlamat yang sama dan tidak memprejudiskan keadilan tersebut.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid lantik Datuk Dusuki Ahmad ketuai Majlis Ulama UMNO\n\n\n\n\n\n\nKanada lantik penasihat khas perangi Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nKTMB cadang Anthony Loke jadi Menteri Pengangkutan\n\n\n\n\n\n\nHarga siling ayam, telur dimuktamad esok\n\n\n\n\n\n\nPolis tahan pelajar Tingkatan Satu pandu kereta"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/dakwaan-sany-hamzah-hanya-bermotifkan-politik-zulkifli-yahya/", "title": "Dakwaan Sany Hamzah hanya bermotifkan politik \u2013 Zulkifli Yahya", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Dakwaan guru agama Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) berpolitik di sekolah adalah satu fitnah, malah kerajaan perlu lebih fokus kepada kebajikan guru-guru KAFA.\n\n\nSetiausaha Agung BerjasaA, Zulkifli Yahya berkata, dakwaan Ahli Parlimen Hulu Langat, Sany Hamzah itu hanya bermotifkan politik tanpa ada hujah dan bukti yang kukuh untuk membela kenyataan beliau itu.\n\n\n\u201cApabila Yang Berhormat Sany sudah berada di Parlimen, lebih baik beliau fokus dengan agenda untuk memperjuangkan kebajikan guru-guru KAFA ini seperti kenaikan gaji dan promosi ke lantikan jawatan tetap. Itu yang sepatutnya yang menjadi agenda utama perbincangan berkenaan guru-guru KAFA ini,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Zulkifli, pihak kerajaan sepatutnya lebih fokus dengan agenda untuk memperjuangkan kebajikan guru-guru KAFA ini seperti kenaikan gaji dan promosi ke lantikan jawatan tetap.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLulus 21 Projek Bernilai RM 558.7 Juta\n\n\n\n\n\n\nMelayu bersama Islam akan menyelamatkan semua bangsa \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM\n\n\n\n\n\n\nVisa Furada \u2013 Berhati-Hati Jangan Sampai Duit Hangus\n\n\n\n\n\n\nPAS Letakkan Calon Bukan Islam Bertanding Di PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau yang juga Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah Agama Rakyat (SRAR) tidak pernah melihat mana-mana guru bertindak menghasut perkara berkaitan politik kepada anak-anak murid.\n\n\nJuateru, beliau menggesa agar dihentikan permainan politik fitnah-memfitnah daripada kedua-dua belah pihak baik kerajaan mahupun pembangkang.\n\n\nJelasnya, kerajaan yang menggunakan teras Kerajaan Madani perlu bersikap mesra kepada rakyat melalui pembentukan dasar-dasar yang memudahkan rakyat dan bukannya menimbulkan fitnah terhadap guru-guru KAFA untuk agenda politik.\n\n\nSemalam, Sany membuat dakwaan di Parlimen wujudnya hasutan berbentuk politik perkauman daripada guru-guru KAFA kepada murid-murid di sekolah agama.\n\n\nDakwaan itu mendapat bantahan yang keras daripada pihak pembangkang terutamanya Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana tiada bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/enam-prn-dicadang-serentak-elak-perbelanjaan-berulang/", "title": "Enam PRN dicadang serentak elak perbelanjaan berulang", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Malaysia bakal berdepan implikasi kewangan susulan perbelanjaan berulang jika enam Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan secara berasingan.\n\n\nTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perlembagaan dan Undang-Undang), Ramkarpal Singh berkata, kos enam PRN berkenaan ialah RM420 juta jika dilaksanakan serentak.\n\n\nBeliau menjelaskan, penyelarasan bagi pengundian dilakukan pada hujung minggu atau cuti am menjadi antara keutamaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memudahkan pengundi.\n\n\nBagaimanapun, katanya, tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) atau PRN ditentukan SPR selepas menerima notis pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHukuman salah laku ADUN Sungkai dikekalkan\n\n\n\n\n\n\nPengasas Rumah Bonda Didakwa Lagi\n\n\n\n\n\n\nPenubuhan pasukan khas D11 bantu banteras aktiviti pornografi kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nTarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan\n\n\n\n\n\n\nHukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dihapus\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTarikh PRU atau PRN akan ditentukan selepas SPR terima notis daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat atau DUN atau penggal DUN terbubar sendiri apabila tamat tempoh,\u201d katanya.\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Isnin.\n\n\nEnam negeri berkenaan ialah, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu dengan tiga daripadanya ditadbir Pakatan Harapan (PH), manakala bakinya diterajui Perikatan Nasional (PN)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/fokus-kukuh-golongan-wanita-bukan-angkat-budaya-songsang/", "title": "Fokus kukuh golongan wanita, bukan angkat budaya songsang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPerhimpunan dan perarakan Women\u2019s March 2023 dilaksanakan di Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka pada 12 Mac lalu disifatkan sebagai satu perancangan strategik yang mempunyai pelan tersendiri bagi menyalurkan fahaman feminisme serta liberalisme kepada masyarakat.\u00a0\n\n\nPerkara ini juga menyaksikan laungan atau desakan dalam perarakan itu tidak terlalu menjurus untuk menuntut hak golongan wanita tertindas bahkan terdapat sepanduk \u201cEnd Trans/Homo Phobia\u201d dan kibaran bendera pelangi yang sinonim dengan golongan lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ).\u00a0\n\n\nPeguam dan Setiausaha Kehormat WAFIQ, Nur Farihah Meor Mazli berkata, tindakan untuk mengadakan perarakan dan himpunan itu boleh mengganggu gugat keselamatan Persekutuan serta ketenteraman awam.\u00a0\n\n\n\u201cSaya merasakan bahawa mana-mana laungan atau desakan tersebut tiada kaitan dengan insan yang bergelar wanita.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n476,037 Individu Biasa Layak Mengundi \u2013 SPR\n\n\n\n\n\n\n16 Senator dilantik Ahli Dewan Negara\n\n\n\n\n\n\nManifesto PRU15 Perlu Utamakan Isu Infra Pendidikan, Sekolah Daif\n\n\n\n\n\n\nTunku Abdul Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nOrang Ramai Dinasihat Ambil Langkah Berwaspada Elak Penyakit Berjangkit\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMalah, promosi orientasi seksual dan identiti LGBT dalam negara sewaktu perayaan Hari Wanita adalah janggal serta tidak relevan,\u201d jelasnya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi bagi mengulas mengenai perhimpunan yang diadakan di Kompleks Sogo serta Dataran Merdeka di ibu negara pada Ahad lalu.\n\n\nJelas Nur Farihah, perarakan yang digelar sebagai Women\u2019s March itu sepatutnya memberi fokus kepada perjuangan dan iltizam semua pihak dalam menghentikan penindasan terancang terhadap wanita serta memperkukuhkan lagi kedudukan wanita baik dari segi ekonomi, sosial dan politik.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nMenurut beliau, kerajaan juga perlu agresif khususnya perlindungan kepada hak asasi wanita kerana mereka berhak untuk menikmati kehidupan dalam keadaan tenteram dan selamat tanpa sebarang ancaman daripada pihak songsang yang mahu mencabar prinsip moraliti dan agama.\u00a0\n\n\n\u201cSaya menggesa pihak kerajaan untuk mengenakan tindakan sewajarnya ke atas penganjur mana-mana perhimpunan yang mengangkat budaya normalisasi LGBT.\n\n\n\u201cPerjuangan untuk mengiktiraf identiti jantina dan orientasi seksual \nyang bukan sahaja songsang dan\u00a0 tidak senonoh tetapi ia juga membawa banyak impak negatif kepada keselamatan dan kesihatan awam,\u201d tambahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/jhev-perlu-kerjasama-jrp-untuk-peroleh-data-veteran-atm/", "title": "JHEV perlu kerjasama JRP untuk peroleh data veteran ATM", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) perlu bekerjasama dengan Jabatan Rekod dan Pencen (JRP) untuk mendapatkan data para pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar dapat memudahkan perolehan data peribadi pesara tersebut.\n\n\nPresiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, kerjasama itu dapat memudahkan para veteran daripada terpaksa hadir hanya untuk memberikan maklumat yang boleh diperolehi daripada JRP.\n\n\n Salah daripada pentadbiran Jhev tu sendiri. Kau tahu hari ni ada berapa ramai orang berhenti, Jrp hantar lah senarai, dah dapat dah. Buat kad tu ada surat beranak dia ada, surat nikah dia ada, anak dia ada masuklah daftar jhev.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan berhubung kekurangan veteran ATM yang berdaftar dengan JHEV untuk mendapatkan skim Bantuan Sara Hidup (BSH).\n\n\nKatanya, sistem perolehan data JHEV sepatutnya lebih sistematik dan tidak perlu pendaftaran secara fizikal yang hanya menyusahkan para veteran yang sebahagiannya semakin berusia serta mempunyai masalah kesihatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelamat tinggal UMNO \u2013 Tun Abdul Hamid\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perak akan dipertahankan hingga akhir penggal\n\n\n\n\n\n\nPerodua AXIA 2023 terima 20,100 tempahan\n\n\n\n\n\n\nSurat Azalina tidak dibincang Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nIsu Kenaikan Harga Perlu Diperhalusi Dari Segala Dimensi \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Presiden Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara Malaysia (GMPN), Mejar (Bersara) Razali Zakaria berkata, pihak kerajaan perlu menaik taraf sistem perolehan data peribadi selaras dengan peredaran zaman.\n\n\nJadi kalau pengundi pun boleh berdaftar secara automatic, veteran boleh la. Takde isunya pendaftaran ni. Orang mengundi anak muda umur 18 dah automatik dah boleh mengundi. Jhev tu automatik lah.\u00a0\n\n\nTambah Abdul Rani, menurut aduan yang didapati sebelum ini, cawangan JHEV di setiap negeri mempunyai kekurangan di mana ramai veteran menghadapi kesusahan untuk mendaftar secara fizikal.\n\n\nJusteru, pentadbiran JHEV perlu diselaraskan dari segi perolehan data peribadi para pesara melalui kerjasama dengan JRP.\n\n\nSemalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, pihaknya berdepan kesukaran untuk mengesan veteran ATM di Sabah dan Sarawak kerana tidak mendaftar dengan persatuan veteran ATM bagi membolehkan mereka mendapat skim BSH."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/jom-ziarah-gereja-anjuran-ngo-di-bawah-kbs-sasar-belia-muslim/", "title": "`Jom Ziarah Gereja\u2019: anjuran NGO di bawah KBS, sasar belia Muslim", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nProgram Projek Artikel 11: \u2018Jom Ziarah Gereja\u2019 anjuran sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Impact Malaysia yang mengajak belia bukan beragama Kristian untuk menyertainya menerima kecaman dan kemarahan orang ramai.\n\n\nTindakan NGO bernaung di bawah agensi pembangunan yang dikawal selia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pimpinan Menterinya, Hannah Yeoh itu disifatkan sebagai usaha mempromosi agama lain dalam kalangan umat Islam.\u00a0\n\n\nPerkara itu juga mendapat perhatian Ahli Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin at-Takiri Aman Razali yang menyifatkan ia tidak sesuai dilaksanakan selain bercanggah dengan enakmen kesalahan jenayah Selangor. \n\n\n\u201cNamun, ia tidak sesuai dilaksanakan dalam bentuk menjemput anak muslim ke gereja kerana ia boleh mendedahkan orang Islam kepada usaha dakyah ajaran kristian kepada orang Islam yang termasuk dalam Perkara 11 (1) Perlembagaan,\u201d katanya\u00a0\nmenerusi satu hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya semalam.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin fail pembelaan berkaitan saman fitnah Anwar\n\n\n\n\n\n\nFadzli Hassan, Nassuruddin Daud calon MB, Timbalan?\n\n\n\n\n\n\nPRU-15 Boleh Disegerakan Jika Kes Aktif Kekal Menurun \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nMalaysia lebih berisiko dilanda tsunami berbanding gempa bumi\n\n\n\n\n\n\nKPKM akan teliti masalah lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Pengerusi Penaja Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin turut menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan membidas sikap membisu menteri serta wakil rakyat beragama Islam yang menyokong kerajaan Pakatan Harapan \u2013 Barisan Nasional (PH-BN) berhubung program berkenaan.\u00a0\n\n\nMenerusi hantaran di Facebooknya semalam, beliau yang lebih dikenali sebagai Che\u2019Gu Bard berkata, sebarang usaha untuk mempromosi agama lain dalam kalangan umat Islam merupakan satu jenayah.\u00a0\n\n\nSementara itu, Che\u2019Gu Bard \nturut mengingatkan berhubung Perkara 11 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahawa Islam adalah agama Persekutuan.\n\n\nSebelum ini, tular di media sosial memaparkan satu hantaran badan bukan kerajaan (NGO), Impact Malaysia yang bernaung di bawah agensi pembangunan yang dikawal selia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mencari belia bukan beragama Kristian untuk dibawa ke gereja.\n\n\nBagaimanapun, menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh satu laporan polis dibuat ke atas Che\u2019Gu Bard kerana telah mencetuskan dakwaan itu sekali gus memfitnah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).\u00a0\n\n\nLaporan polis itu juga dibuat oleh Setiausaha Politik KBS, Yap Yee Vonne di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada jam 6 petang semalam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/jom-ziarah-gereja-ketua-pemuda-umno-tidak-teragak-agak-halang-program/", "title": "`Jom Ziarah Gereja\u2019 : Ketua Pemuda UMNO tidak teragak-agak halang program", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Salleh menegaskan beliau tidak akan teragak-agak untuk turun dan menghalang program \u201cJom Ziarah Gereja\u201d yang dianjurkan oleh sebuah NGO di bawah Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).\n\n\nKatanya agama rasmi Malaysia adalah agama Islam, maka sudah ada peruntukan untuk\u00a0 memelihara kesucian agama islam dan kepercayaan penganutnya.\n\n\n\n\n\n\nBeliau dalam satu hantaran di Facebook beliau berkata pada masa kebebasan penganut agama lain dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, tapi kebebasan itu ada hadnya.\n\n\nHantaran Facebook Dr Muhammad Akmal Salleh menolak usaha mempromosi agama lain kepada Muslim.\n\n\nJelas Akmal, selaras dengan Artikel 11 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan, ia membenarkan negeri-negeri mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam.\n\n\nSeksyen-seksyen kesalahan jenayah dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor adalah terjemahan prinsip di atas dalam Negeri Selangor.\n\n\n\u201cDalam erti kata lain adalah menjadi kesalahan jika orang bukan Islam menyebarkan fahaman kepercayaan orang bukan Islam kepada orang Islam.\u201d\n\n\nAtas sebab ini, beliau mendesak agensi berkaitan agama Islam dalam Negeri Selangor untuk segera mengambil tindakan sewajarnya dengan kuasa yang diberikan dalam undang-undang untuk menghalang program ini diteruskan jika pihak penganjur berdegil dalam perkara ini.\n\n\n\u201cJika desakan ini tidak diendahkan, maka kami bukan sahaja tidak teragak-agak untuk turun dan menghalang sendiri program ini dijalankan malah kami akan mengambil tindakan menyaman pihak penganjur dan pihak agensi berkaitan Kerajaan kerana cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya.\u201d\n\n\nBeliau mengulangi desakannya dengan memohon tindakan segera diambil.\n\n\nBaru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan,\u00a0\nImpact Malaysia\n\u00a0menganjurkan program Projek Artikel 11: \u2018Ziarah Gereja\u2019 dengan mengajak belia bukan Kristian untuk menyertainya.\n\n\nProgram NGO yang bernaung di bawah agensi pembangunan di bawah kawal selia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu menjemput belia khususnya bukan Kristian untuk terlibat bersama dengan matlamat untuk memberi pendedahan tentang persamaan dan perbezaan agama menerusi aktiviti lawatan dan kesukarelawan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/kehadiran-orang-ketiga-antara-punca-kes-cerai-meningkat-di-kedah/", "title": "Kehadiran orang ketiga antara punca kes cerai meningkat di Kedah", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa -Kehadiran orang ketiga dalam hubungan antara punca peningkatan kes penceraian dalam kalangan pasangan beragama islam di Kedah tahun lalu.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Halimaton Shaadiah Saad, berkata peningkatan 23 peratus itu didapati apabila sebanyak 3,245 kes cerai direkod pada tahun lalu, berbanding hanya 2,586 pada 2021.\n\n\nBeliau berkata,\u00a0faktor kewangan, pasangan tidak bertanggungjawab, kurang ilmu mengenai peranan suami dan isteri, tidak kuat pegangan agama juga menyumbang kepada peningkatan kes penceraian di negeri itu.\n\n\n\u201cSebagai usaha membantu pasangan ini, kita mewujudkan Program Raikan Cinta khusus kepada pasangan yang menghadapi krisis rumah tangga bertujuan mengeratkan semula tautan kasih sayang antara suami dan isteri,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerketat SOP, pelancong China tidak disekat \u2013 Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri Umum Perkhidmatan Percuma Untuk Semua Kendalian RadpidKL Selama Sebulan\n\n\n\n\n\n\nKronologi Kejadian Babitkan Pesawat TUDM Hawk\n\n\n\n\n\n\nKestabilan politik dorong pelabur Arab Saudi ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil alih siasatan jika ada unsur khianat nahas Elmina\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Alor Setar, hari ini.\n\n\nHalimaton yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, berkata program itu didapati dapat memberi pendedahan kepada pasangan mengenai ilmu perkahwinan, keagamaan dan tanggungjawab yang perlu dipikul pasangan.\n\n\nPada masa sama, beliau berkata Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) melalui Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam juga menawarkan khidmat nasihat, sesi kaunseling dan motivasi untuk membantu wanita yang terkesan akibat masalah perceraian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/kos-haji-dijangka-meningkat-sehingga-rm31000-seorang/", "title": "Kos haji dijangka meningkat sehingga RM31,000 seorang", "body": "0\n\n\nKuala Lumpur, Selasa \u2013 Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos menunaikan haji bagi tahun 2023 akan meningkat sekitar\u00a0 RM31,000 ringgit seorang.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar berkata, kos itu naik lebih RM2,000 berbanding tahun lalu.\n\n\nMohd Naim berkata, kenaikan kos menunaikan haji tidak dapat dikawal oleh Lembaga Tabung Haji susulan kadar tukaran mata wang Ringgit Malaysia, kadar inflasi dan percukaian di Arab Saudi.\u00a0\n\n\n\u201cProjek pembesaran yang berterusan di Mekah dan Madinah yang menyebabkan banyak bangunan penginapan jemaah haji dirobohkan dan memberi tekanan kepada pasaran harga sewaan serta caj-caj yang dikenakan oleh pihak berkuasa Arab Saudi bagi pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk kebajikan dan keselesaan jemaah haji di Tanah Suci.\u201d \u2013 Senator Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhta / \nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)\n\n\nMenurut jawapan bertulis di Parlimen semala, projek pembesaran berterusan di Mekah dan Madinah serta caj-caj yang dikenakan pihak berkuasa Arab Saudi bagi pelbagai perkhidmatan antara faktor kenaikan kos menunaikan haji.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAwas penipuan ibadah korban!\n\n\n\n\n\n\nPolis rakam keterangan 3 individu kes curi wang BAP RM109,000\n\n\n\n\n\n\nPeguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown\n\n\n\n\n\n\nBN boleh menang di Terengganu, Kedah \u2013 Mohamad Hasan\n\n\n\n\n\n\nUsaha martabatkan bangsa tidak harus jerumuskan negara ke arah polarisasi \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohd Na\u2019im berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera-BN) berkaitan langkah serta bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi menampung peningkatan mendadak kos untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah.\n\n\nSebagai rekod, kos sebenar tunai haji tahun lalu adalah RM28,632 seorang sementara jemaah haji golongan B40 mendapat Bantuan Kewangan Haji sebanyak RM17,652 seorang.\n\n\nManakala jemaah haji golongan bukan B40 mendapat bantuan kewangan haji sebanyak RM15,652 seorang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/mahkamah-luluskan-fasakh-jahidah-yang-dalam-koma/", "title": "Jahidah yang dipukul hingga koma, sah bercerai fasakh", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Permohonan tuntutan fasakh oleh wanita yang berada dalam koma, Jahidah Nordin terhadap suami yang mencederakannya hingga dia terbaring kaku sejak Mei 2021 diluluskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini.\n\n\nTuntutan fasakh oleh Jahidah, 44, terhadap suaminya, Rosmaini Abd Raof, 40, difailkan dengan berwakilkan adiknya, Fauziah Nordin, 41.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nFauziah berkata, dia membuat tuntutan fasakh mewakili kakaknya pada 1 Februari lalu dan bersyukur proses itu dipermudahkan tanpa menunggu lama.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya sangat bersyukur sebab sudah lama tunggu supaya ada keputusan mengenai perkahwinan kakak ini. Saya memang tidak sangka akan dapat keputusan hari ini, rasa kurang sikit beban saya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya akan bincang dengan peguam untuk langkah seterusnya kerana ia perlu dilakukan satu persatu memandangkan saya perlu menjaga kakak dan juga anaknya,\u201d katanya ketika ditemui di luar mahkamah, hari ini.\n\n\n\n\nFauziah berkata, dia kini lega dan dan dapat memberi fokus terhadap kes jenayah membabitkan Rosmaini dengan kakaknya yang kini masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.\n\n\n\u201cSaya gembira dan tidak sabar untuk memaklumkan keputusan ini kepada keluarga. Untuk proses seterusnya (hak penjagaan dan tuntutan nafkah) saya akan bincang dengan peguam,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerja penyelenggaraan punca Lebuhraya Karak sesak\n\n\n\n\n\n\nDi Mana Agensi Kerajaan Di Saat Rakyat Kesusahan?\n\n\n\n\n\n\nBela Vernakular, Kenyataan Pemuda MIC Mengeruhkan Keadaan\n\n\n\n\n\n\nKluster Pulau Gadong: Kes Positif Meningkat Kepada 137\n\n\n\n\n\n\nMayat nelayan ditemukan dalam perut buaya\n\n\n\n\n\n\n\n\nFauziah berkata, dia berharap lelaki yang mencederakan kakaknya itu menerima hukuman setimpal memandangkan tindakan itu menyebabkan kehidupan kakaknya sekeluarga berubah.\n\n\nTerdahulu, di dalam mahkamah, Peguam Mohd Amirul Adam Ahmad dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan yang mewakili Fauziah, menyerahkan kenyataan bertulis kepada Hakim, Hamizan Mohd Nor.\n\n\nKenyataan sebanyak tujuh muka surat itu mengandungi 31 soalan dan jawapan sebelum Hamizan bertanyakan beberapa soalan pengesahan terhadap Fauziah ketika prosiding.\n\n\nKetika prosiding juga, hakim bertanya kepada Fauziah mengenai nafkah kepada kakaknya, sebelum Fauziah memaklumkan lelaki berkenaan tidak pernah melawat atau menghubungi Jahidah, selain tidak memberikan nafkah.\n\n\nSementara itu, Mohd Amirul berkata, hakim membuat keputusan hari ini selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga ad litem serta berdasarkan dokumen yang dikemukakan.\n\n\n\u201cTuntutan fasakh kita mula buat pada 1 Februari lalu. Sepatutnya permohonan perlu dibuat Jahidah sendiri, tetapi berikutan keadaan dirinya, jadi kita perlu buat permohonan penjagaan ad litem di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan pengurusan harta di Mahkamah Tinggi Malaya terlebih dahulu pada Januari lalu.\n\n\n\u201cMahkamah berpuas hati dengan kedua-dua keputusan dua mahkamah tinggi itu dan pada hari ini memutuskan bahawa pernikahan Jahidah dengan Rosmaini difasakhkan bermula hari ini,\u201d katanya.\n\n\nMengulas mengenai defendan atau wakilnya yang tidak hadir hari ini, Mohd Amirul berkata, sebelum ini pihaknya cuba menyerahkan saman secara kendiri di alamat terakhir Rosmaini di Johor,\n\n\n\u201cTetapi apabila kami meminta bantuan Jabatan Bantuan Guaman Johor untuk serahkan saman (notis kehadiran), laporan yang kami terima tiada penghuni di rumah berkenaan.\n\n\n\u201cJadi pilihan ada untuk memanggil pihak defendan hadir juga ke mahkamah adalah melalui saman ganti iaitu saman tampalan di alamat terakhir atau saman melalui iklan. Kami buat melalui iklan di akhbar Berita Harian pada 24 Februari lalu,\u201d katanya.\n\n\nPada Mei 2021 media melaporkan seorang wanita hamil parah dipercayai dipukul oleh suaminya dalam kejadian pada 4 Mei.\n\n\nWanita itu yang juga seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan dilaporkan berada di Hospital Tuanku Ja\u2019afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.\n\n\nMangsa cedera parah pada kepala dan tengkorak akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/mahkamah-tolak-batalkan-fatwa-sis-forum-sesat/", "title": "Jawatankuasa Fatwa Selangor isytihar SIS Forum sesat, kekal", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan rayuan Sisters In Islam Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk membatalkan fatwa yang mengisytiharkan organisasi itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran sebenar Islam.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeputusan 2-1 itu dibacakan pada prosiding yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Has Zanah Mehat dan dijalankan secara dalam talian.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut bersidang ialah Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk M Gunalan.\u00a0 Hakim Gunalan menentang terhadap keputusan majoriti tersebut.\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, panel terbabit membenarkan permohonan peguam, Datuk Malik Imtiaz untuk menangguhkan sementara perlaksanaan fatwa tersebut sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.\n\n\n\n\n\n\nTurut serta dalam prosiding terbabit ialah peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor; Yusfarizal Yussoff bagi pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Datuk Salim Soib @ Hamid mewakili kerajaan negeri Selangor.\n\n\nTerdahulu ketika membaca penghakiman majoriti, Hakim Che Mohd. Ruzima menyatakan, rayuan SIS Forum tidak mempunyai sebarang merit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah Allah bakal jadi polemik \u2013 Al-Sultan Abdullah\n\n\n\n\n\n\nNaratif dibawa Anwar didakwa gagal tarik sokongan Melayu\n\n\n\n\n\n\nUndang-Undang Curang Perlu Dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Permohonan Rosmah\n\n\n\n\n\n\nSeramai 39 cedera akibat mercun di Kelantan sejak 25 Mac\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, keputusan majoriti itu juga mendapati tiada sebarang kekhilafan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membolehkan Mahkamah Rayuan campur tangan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 27 Ogos 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman SIS untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Nordin Hassan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkaitan hukum syarak dalam Undang-Undang Syariah.\n\n\nSelain itu, Hakim itu juga menyatakan isu fatwa mempunyai kaitan dengan Undang-Undang Syariah dan terletak di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.\n\n\nSementara itu, ketika membaca penghakiman menentangnya, Hakim Gunalan menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila gagal memberikan pertimbangan kehakiman (judicially appreciate) bahawa responden pertama (Jawatankuasa Fatwa) telah bertindak melangkaui bidang kuasanya.\n\n\nPanel terbabit tidak membuat arahan mengenai kos.\n\n\nPada 31 Oktober 2014, SIS Forum, pengasasnya, Zainah Mahfoozah Anwar, dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan Kerajaan Selangor sebagai responden.\n\n\nMereka memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan bahawa pertubuhan itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang menerima pakai ideologi liberalisme dan pluralisme sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.\n\n\nMereka juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang membuat arahan melalui fatwa itu dengan mengarahkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi supaya menyekat laman sesawang sosial yang melanggar ajaran Islam sebagai bercanggah dengan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.\n\n\nSelain itu, mereka turut memohon deklarasi bahawa SIS yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai \u2018company limited by guarantee\u2019 tidak tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/menteri-agama-arah-jawi-siasat-perarakan-lgbtq/", "title": "Menteri Agama arah JAWI siasat perarakan LGBTQ", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar telah mengarahkan siasatan segera ke atas satu perarakan LGBTQ yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka pada 12 Mac lalu.\u00a0\n\n\nBeliau berkata di sidang media mengenai mahkamah syariah wajar menyatukan usaha bersama dalam menegakkan keadilan buat golongan bawahan yang teraniaya\n\n\nBeliau turut memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalinkan kerjasama bersama pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk melakukan siasatan berhubung isu berkenaan.\u00a0\n\n\n\n\nMenurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi beliau, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana perbuatan yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam dan undang-undang perlembagaan di negara ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSemua peguam tarik diri, Siti Bainun menangis\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria : White Helmets umum misi menyelamat mangsa terselamat berakhir\n\n\n\n\n\n\nPuad dakwa Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun M sebab wang\n\n\n\n\n\n\nFadzli Hassan, Nassuruddin Daud calon MB, Timbalan?\n\n\n\n\n\n\nSuhu politik Sabah reda, BN Sabah sokong tubuh Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau memaklumkan perkara itu setelah kementeriannya dihujani pelbagai\u00a0 laporan dan maklum balas\u00a0 berhubung isu berkenaan daripada orang ramai.\u00a0\n\n\nKesemua perbuatan yang melanggar Perlembagaan Perkara 11 tidak akan diterima di negara ini.\n\n\nSehubungan itu, beliau menyarankan agar semua pihak untuk akur dan\u00a0 menghormati kedudukan Agama Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nJabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menasihatkan semua pihak agar akur dan menghormati kedudukan islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nTambah beliau, segala usaha yang dilihat mempromosikan serta menormalisasikan gaya hidup songsang yang bercanggah dengan nilai Islam serta fitrah insan adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima sama sekali.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, beliau enggan mengulas dan menepis pertanyaan pemberita ketika diajukan soalan mengenai perarakan LGBTQ tersebut.\u00a0\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato\u2019 Dr Haji Mohd Na\u2019im hadir di Majlis Pelancaran Konsultasi Guaman Syarie Percuma Sempena Bulan Ramadhan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini\n\n\nBeliau berkata demikian, setelah merasmikan Majlis Pelancaran Konsultasi Guaman Syarie Percuma Sempena Bulan Ramadhan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.\u00a0\n\n\nTerdahulu, pihak polis telah mengesan seramai 150 orang yang terlibat dalam perhimpunan dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan dan perarakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) atau perarakan kumpulan seks songsang yang dikatakan berlaku di hadapan Kompleks Sogo ke Dataran Merdeka pada Ahad lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/mungkin-ada-rakyat-malaysia-jadi-tali-barut-azalina/", "title": "Mungkin ada rakyat Malaysia jadi tali barut \u2013 Azalina", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan menjangkakan kemungkinan wujud \u2018tali barut\u2019 dalam kalangan rakyat negara ini dan siasatan akan dijalankan dalam kes tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu bagi mendapatkan pampasan ke atas Sabah.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau tidak menolak kemungkinan orang dalam menjadi dalang tuntutan kumpulan Sulu itu berdasarkan tuntutan tanpa henti mereka atas syarikat berkaitan kerajaan Malaysia di luar negara.\n\n\nSekarang ini, kita hendak siasat sebenarnya (siapa) yang terbabit, mungkin ada \u2018inside game\u2019\u2026 kebocoran (maklumat) atau tindakan yang memberi kekuatan yang agak begitu pelik kepada kumpulan berkenaan. Saya sedang siasat dan perkara ini sememangnya dalam proses siasatan kita, yang mana kita hendak tahu apa sebenarnya menjadi punca tuntutan mereka ini.\n\n\nMenurut Azalina, pihaknya sedang giat menjalankan siasatan berhubung kemungkinan terdapat kebocoran maklumat terhadap Kumpulan Sulu serta mencari punca sebenar terhadap tuntutan mereka.\n\n\nBeliau bagaimanapun berkata, kerajaan tidak boleh mendedahkan strategi dalam menangani tuntutan Kumpulan Sulu, namun memerhati dengan teliti percanggahan input dan maklumat dalam mengendalikan isu tuntutan kumpulan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCeroboh Menara 118, YouTuber ditahan polis Mei tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nDapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini\n\n\n\n\n\n\nPas Pahang bimbang DAP sokong pengusaha haram Musang King\n\n\n\n\n\n\nTetapkan Tarikh Operasi Semula, Elak Masalah Lain Timbul \u2013 PAPUH\n\n\n\n\n\n\nPeruntukan bantuan sekolah persendirian Cina terus meningkat\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau memberi amaran, sesiapa saja warga tempatan yang terlibat membantu kumpulan itu tidak akan terlepas dan kemungkinan boleh didakwa kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.\n\n\nKatanya, tindakan seumpama itu boleh dikategorikan sebagai pengkhianatan kepada negara, yang mana hukuman jika sabit kesalahan adalah gantung sampai mati.\n\n\nSebelum ini, Malaysia memutuskan mengambil beberapa tindakan perundangan melalui proses mahkamah di Perancis bagi terus mempertahankan kedudukan dan pendirian negara dalam mencabar tuntutan kumpulan Sulu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/pejuanita-gesa-kerajaan-bendung-budaya-songsang/", "title": "Pejuanita gesa kerajaan bendung budaya songsang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nKerajaan perlu mengambil tindakan tegas untuk membendung penyebaran gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) yang diperjuangkan beberapa kumpulan hak asasi manusia di negara ini.\n\n\n\n\nKetua Pejuanita Parti Pejuang Tanah Air (Pejuanita), Datin Che Asmah Ibrahim menggesa supaya tindakan itu dilaksanakan selepas para penyokong gaya hidup songsang membuat perarakan sempena Hari Wanita Antarabangsa pada Ahad lalu.\u00a0\n\n\nJelasnya, tindakan keterlaluan itu juga mencemarkan syiar agama Islam sebagai agama Persekutuan dan nilai sejagat sosio budaya masyarakat di negara ini.\u00a0\n\n\n\u201cPerkara itu juga telah menimbulkan keresahan di kalangan penganut agama lain dari pelbagai kaum di negara ini kerana gaya hidup songsang LGBTQ ini ditolak oleh semua ajaran agama utama di dunia,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgong titah projek pembangunan di Cameron Highlands dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nWang tidak dituntut berjumlah RM11 bilion\n\n\n\n\n\n\nBersatu Kenal Pasti Siapa Pengganti Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nAda fail pemimpin kerajaan cuma retorik Hamzah \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nMalaysia mohon Arab Saudi tambah kuota haji kepada 31,950 jemaah\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya hari ini yang turut memaklumkan perjuangan hak wanita di negara ini seharusnya tidak dilihat dalam kerangka perjuangan hak asasi semata-mata.\u00a0\n\n\nTambah Che Asmah, perkara ini perlu mengambil kira batasan yang ditetapkan oleh agama dan latar belakang budaya masyarakat negara ini.\u00a0\n\n\nPada 12 Mac lalu, perhimpunan dan perarakan yang melibatkan kira-kira 150 orang orang terdiri daripada aktivis hak asasi badan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan ahli-ahli parti politik\u00a0 yang diadakan di Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka di ibu negara.\u00a0\n\n\nPerhimpunan yang digelar sebagai Women\u2019s March itu menyaksikan para peserta mengambil bahagian untuk berarak sepanjang 1 kilometer dengan memegang plakad \u201cEnd Child Marriage\u201d,\u201dChild Marriage Is Child Abuse\u201d dan \u201cSaying MasyaAllah Does Not Make Your Harrasment Halal\u201d selain turut mengibarkan bendera pelangi.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan melibatkan perhimpunan dan perarakan yang diadakan.\u00a0\n\n\nBeliau berkata, polis juga sedang mengenal pasti semua peserta himpunan dan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberikan keterangan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/ppim-bidas-madpet-desak-menteri-kdn-letak-jawatan/", "title": "PPIM bidas MADPET desak menteri KDN letak jawatan", "body": "0\n\n\nKuala Lumpur, Selasa \u2013 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membidas desakan Kumpulan hak asasi Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) untuk mengesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meletakkan jawatan.\n\n\nKetua PPIM, Nadzim Johan berkata, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma adalah sah di sisi undang-undang negara.\u00a0\n\n\n\u201cKita adalah rakyat Malaysia dan wajib patuh kepada undang-undang negara dan mempertahankan kedaulatan negara, jika kita tidak menegakkan undang-undang negara apa lagi yang kita ada,\u201d\n\n\nMenurut kenyataan, PPIM menyifatkan Saifuddin tidak perlu tunduk kepada desakan kumpulan yang mementingkan agenda songsang dan mengenepikan undang-undang negara.\u00a0\n\n\nDesakan itu dibuat susulan Saifuddin berpendapat, akta berkenaan masih diperlukan walaupun Pakatan Harapan menjanjikan pemansuhan akta itu jika menjadi kerajaan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n82.8 Peratus Remaja Lengkap Divaksinasi\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir Johor meningkat hampir 40,000\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Had sebut harga bagi pembaikan klinik, sekolah daif dinaikkan\n\n\n\n\n\n\nBERJASA anjur Iftar Muhibbah rai parti-parti politik tanah air, NGO\n\n\n\n\n\n\nNoh Omar dijangka umum hala tuju politik esok\n\n\n\n\n\n\n\n\nMadpet turut menyifatkan Saifuddin tidak menghormati hak asasi manusia dan perlu digugurkan daripada jawatan yang disandang.\u00a0\n\n\n\u201cTidak ada salahnya beliau menyatakan Akta Sosma masih diperlukan dalam negara, hanya pengkhianat dan mereka yang menderhaka kepada Sultan dan pemerintah negara ini sahaja yang menentang undang-undang sedia ada,\u201d katanya.\n\n\nTambah kenyataan itu, Nadzim turut mencadangkan sebarang reformasi berkaitan undang-undang negara perlu melalui proses yang betul bukan dengan desakan supaya menteri meletak jawatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/program-bukan-untuk-belia-muslim-hannah-yeoh/", "title": "`Jom Ziarah Gereja\u2019 : Program bukan untuk belia Muslim \u2013 Hannah Yeoh", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nMenteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil menjelaskan, program Jom Ziarah menerusi Impact Malaysia tidak akan melibatkan sebarang penyertaan daripada belia Muslim dan tidak akan ada golongan itu yang memasuki gereja.\u00a0\n\n\nAhli Parlimen Segambut menyarankan pihak yang mula mencetuskan khabar angin mengenai hal itu wajar membuat penyelidikan terlebih dahulu\n\n\nBeliau yang juga Ahli Parlimen Segambut memaklumkan, program berkenaan bukanlah mahu menyamaratakan kedudukan mana-mana agama serta menggambarkan bahawa semua agama itu mempunyai taraf yang sama.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, beliau turut memberitahu, program ziarah itu bukan satu perkara yang baharu kerana sebelum ini Kementerian Perpaduan Negara juga pernah membentuk program tersebut bagi mempromosikan elemen keharmonian dalam kalangan penganut agama lain.\u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019 : Ketua Pemuda UMNO tidak teragak-agak halang program\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Bersatu Sabah keluar parti, kekal di bawah GRS\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin fail pembelaan berkaitan saman fitnah Anwar\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin dedah belum terima sebarang notis daripada Sanusi\n\n\n\n\n\n\nUPNP serbu kawasan penerokan tanah haram, rampas jengkaut di Raub\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, tular di media sosial memaparkan satu hantaran badan bukan kerajaan (NGO), Impact Malaysia yang bernaung di bawah agensi pembangunan yang dikawal selia Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mencari belia bukan beragama Kristian untuk dibawa ke gereja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/rayuan-sis-cabar-fatwa-mais-sekali-lagi-ditolak/", "title": "Rayuan SIS cabar fatwa MAIS sekali lagi ditolak", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nMahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini menolak rayuan permohonan kumpulan hak wanita, Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang dikenakan ke atas mereka sejak sembilan tahun lalu.\n\n\nTiga panel hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali serta Datuk Gunalan Muniandy mencapai keputusan yang berbelah bahagi 2-1.\n\n\nKeputusan itu dicapai susulan Datuk Has Zanah Mat dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali berpandangan kumpulan hak wanita tersebut tidak mempunyai merit sementara seorang lagi panel hakim, Datuk Gunalan Muniandy tidak bersetuju.\u00a0\n\n\nPada 31 Oktober 2014, SIS Forum (Malaysia) memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran agama Islam selain menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor sebagai responden.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZaki Yamani mohon maaf kepada Abdul Hadi gara-gara ciapan biadab\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di Empat Negeri Kekal\n\n\n\n\n\n\nRumah Terbuka : Anwar salah jika guna wang kerajaan, guna dana parti\n\n\n\n\n\n\n4 Kes Baharu XBB Dicatatkan Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nBekalan air Melaka bertahan hingga Ogos\n\n\n\n\n\n\n\n\nMereka memohon perintah certiorari untuk mengetepikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang menyatakan pertubuhan itu dan mana-mana individu serta kumpulan yang menerima pakai ideologi liberalisme serta pluralisme sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.\n\n\nDalam pada itu, Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang membuat arahan melalui fatwa itu mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya menyekat laman web sosial mereka yang melanggar ajaran Islam .\u00a0\n\n\nSehubungan itu, mereka juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang membuat arahan melalui fatwa itu sebagai bercanggah den gan Seksyen 3 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.\n\n\nMereka turut memohon deklarasi bahawa SIS yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan tidak tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/14/tuntutan-veteran-atm-belum-diambil-tindakan/", "title": "Tuntutan veteran ATM belum diambil tindakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Tuntutan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyelaraskan pencen pesara yang sudah lama bersara dengan yang baru masih belum menerima apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan.\n\n\nPresiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, pihaknya telah menghantar memorandum kepada kerajaan sejak setahun yang lalu namun masih tiada tindakan diambil.\n\n\n\u201cLebih setahun kami menghantar memorandum kepada seluruh ahli-ahli parlimen untuk menuntut persamaan atau penyelarasan pencen serta tujuh lagi tuntutan. \n\n\n\u201cNamun, masih belum terima maklum balas daripada pihak-pihak yang berkaitan terutamanya daripada Kementerian Pertahanan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaya tiada kuasa \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nAS tuntut TikTok jual kepentingan\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin beri amaran, jangan cetuskan elemen \u2018memanaskan\u2019 keadaan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2022 Diumum 7 Julai\n\n\n\n\n\n\nKastam rampas barangan seludup bernilai lebih RM600,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media bersama wakil-wakil veteran ATM daripada Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia (PSPRM) dalam usaha menggesa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap tuntutan mereka atau selesaikannya di mahkamah.\n\n\nKatanya, maklumat yang ingin disampaikan kepada Menteri Pertahanan mungkin berlainan daripada isi kandungan yang sepatutnya dan disebabkan itu, mereka menuntut untuk berjumpa sendiri dengan Menteri Pertahanan.\n\n\nTambah Abdul Rani, pencen veteran kali terakhir diselaraskan adalah pada tahun 2013 berbanding mereka yang kini dalam perkhidmatan dinaikkan mencecah 50 peratus hingga mewujudkan jurang agak besar antara orang yang bersara selepas tahun 2013.\n\n\nSementara itu, dalam sidang parlimen semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang memberi kenyataan berhubung dengan penyelarasan pencen berkata, kementerian itu sedang mencari satu formula yang terbaik .\n\n\nKatanya, beberapa opsyen diterokai supaya dapat mengimbangi antara bebanan kewangan dan kebajikan pesara tentera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/ahli-parlimen-adun-sepatutnya-dilarang-pegang-jawatan-dalam-glc/", "title": "Ahli Parlimen, ADUN sepatutnya dilarang pegang jawatan dalam GLC", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Lantikan beberapa pemimpin politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan dikritik beberapa pihak yang menyifatkan langkah itu tidak selari dengan keputusan kerajaan sebelum ini.\n\n\nGabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) membidas lantikan politik itu bercanggah dengan pendirian kerajaan dan keputusan Kabinet yang sebelum ini menamatkan lantikan politik secara serta merta.\n\n\nPengerusi BERSIH, Thomas Fann menyifatkan, pelantikan politik bercanggah pendirian kerajaan sebelum ini dan merugikan pengundi jika ia membabitkan wakil rakyat pada masa ini.\n\n\n\u201cMasa dan perhatian mereka akan dibahagikan antara melaksanakan tugas parlimen dan korporat mereka. Ahli Parlimen dan ADUN sepatutnya dilarang daripada memegang jawatan dalam GLC.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes Positif Global Lebih 306 Juta\n\n\n\n\n\n\nPolis Tahan Ibu Saudara Kanak-Kanak Maut\n\n\n\n\n\n\nPendakwa Raya Fail Afidavit Bukti Baharu Tiada Kaitan Elemen Kes Jenayah Rasuah Najib\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak cadang turunkan harga siling petrol, diesel\n\n\n\n\n\n\nTiga Jawatan TPM Bakal Dimasukkan Dalam Manifesto BN Sabah \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cGLC adalah penjaga kekayaan dan sumber awam dan kita perlu melantik orang yang paling layak untuk menambah nilai kepada entiti korporat ini daripada menghabiskan dananya melalui gaji dan faedah yang lumayan.\n\n\n\u201cDalam senario terburuk, dana boleh dialihkan secara rasuah untuk kepentingan peribadi,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\n\nHari ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, dilantik semula sebagai Pengerusi FELCRA.\n\n\nDisember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan pelantikan Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi FELCRA bagi membolehkan penyelarasan lantikan di semua badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta agensi lain dilaksanakan.\n\n\nBaru-baru ini, Ahmad Zahid turut mengesahkan pelantikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA, agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).\n\n\nMinggu lalu, kerajaan juga mengumumkan pelantikan bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau PKR, Bakhtiar Wan Chik sebagai pengerusi MyCreative Ventures Sdn. Bhd.\n\n\nMyCreative ialah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Digital.\n\n\nSementara itu, penganalisis politik dan media sosial daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr. Sara Chinnasamy berkata, lantikan politik seumpama itu sudah pastinya memberikan persepsi kekeliruan kepada semua pihak.\n\n\nKatanya, tindakan itu seolah mengambil jalan pilih kasih dan cakap tidak serupa bikin.\n\n\n\u201cSebelum ini kerajaan campuran mengambil keputusan penamatan jawatan lantikan politik pengerusi dan ahli lembaga pengarah kerana lantikan politik tapi kini lantikan politik terus digunakan.\n\n\n\u201cSekejap kata boleh dan sekejap kata tidak boleh? Kelangsungan konsistensi itu memang tiada,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, dengan itu, ketidakpercayaan rakyat semakin menebal terhadap ketelusan kerajaan dalam melaksanakan janji mereka.\n\n\n\u201cApa pun justifikasi yang mereka berikan kepada rakyat, ia tetap sukar diterima dan perubahan keputusan juga akan dijadikan satu parameter untuk mengukur kerajaan campuran ini dari segi ketelusan penyaluran maklumat kepada rakyat,\u201d katanya.\n\n\nDalam perkembangan yang sama, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, MCW memandang positif pelantikan pemimpin politik dalam GLC.\n\n\nKatanya, ahli politik yang mempunyai pengalaman dan kepakaran serta kelulusan profesional wajar dilantik jika tiada calon lain yang lebih berkelayakan.\n\n\n\u201cAhli politik ini pasti mempunyai akses dan sumber penting seperti kawalan dan pengaruh politik yang diperlukan untuk menjadikan GLC berjaya.\n\n\n\u201cSelain itu, lantikan ini juga dapat memastikan bahawa keputusan-keputusan GLC selaras dengan dasar kerajaan dan objektif nasional.\n\n\n\u201cNamun, mereka mestilah diberikan latihan pengukuhan integriti dalam memastikan masalah salah guna kuasa yang sering berlaku dapat dikekang,\u201d katanya.\n\n\nBeliau juga mahu kuasa yang diberikan kepada pemimpin politik dipantau dengan teliti dengan pelbagai SOP diperkenal dan diperketatkan.\n\n\n\u201cMereka perlu diberikan taklimat khusus berkenaan limitasi kuasa sebagai rujukan dan garis panduan pentadbiran. Nilai integriti diri mereka juga perlu diuji dan diperkasakan.\n\n\n\u201cPelantikan terkini kerajaan ini pasti akan diteropong secara terperinci kerana mereka pernah menyatakan untuk tidak mahu lantikan politik menerajui GLC,\u201d katanya. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/bersatu-buat-laporan-polis-terhadap-anwar-ahmad-zahid/", "title": "BERSATU buat laporan polis terhadap Anwar, Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung fitnah serta dakwaan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.\n\n\nRazali mendakwa, Anwar dan Ahmad Zahid serta sekutu mereka cuba menghancurkan kepimpinan PN dan BERSATU bagi melumpuhkan kekuatan politik gabungan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.\n\n\nMenurutnya, ia termasuk membekukan akaun bank BERSATU dan mendakwa serta mengheret kepimpinan parti berkenaan ke mahkamah.\n\n\n\u201cPada 6 Disember 2022, saya telah menonton televisyen, Anwar sebagai Menteri Kewangan mendakwa kerajaan di bawah Muhyiddin telah menyeleweng RM600 bilion pakej ekonomi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAkta dana politik, had tempoh jawatan PM akan dilaksana secepat mungkin\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: KKM sambut baik penetapan cukai eksais rokok elektronik, vape\n\n\n\n\n\n\nPenjara 218 tahun, 75 sebatan rogol anak kandung\n\n\n\n\n\n\nMaritim rampas 23 bubu naga di Perairan Tanjung Karang\n\n\n\n\n\n\nKhutbah Jumaat tegaskan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDakwaan tersebut jelas adalah fitnah dan tohmahan palsu apabila RM600 bilion diturunkan kepada RM530 bilion sehingga ke RM92.5 billion kemudiannya kepada RM4.5 bilion sehingga akhirnya kepada RM300 juta sahaja.\n\n\n\u201cAhmad Zahid menerusi ucapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Januari lalu menyatakan akan wujud kluster mahkamah dalam kalangan pemimpin PN dan BERSATU, meskipun siasatan penuh masih belum lengkap ketika itu.\n\n\n\u201cIni adalah bukti jelas menunjukkan wujud konspirasi jahat ke atas Muhyiddin, PN dan BERSATU,\u201d katanya menerusi laporan polis yang dikongsikan pada Rabu.\n\n\nRazali yang juga Pengerusi Bersatu Terengganu turut mendakwa, Anwar telah menyalahgunakan kuasanya selaku Perdana Menteri dengan menekan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas kepimpinan BERSATU.\n\n\nUjar beliau, tindakan itu bertujuan memberi persepsi yang buruk kepada parti berkenaan dan cuba menampakkan fitnah serta tohmahan mempunyai asas bagi menghancurkan PN.\n\n\nJusteru, laporan polis dibuat untuk menghalang perbuatan jenayah dan mengekang penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin kerajaan yang menggunakan agensi penguat kuasa serta menyalahgunakan proses undang-undang demi kepentingan survival politik.\n\n\n\u201cSemua tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas PN, BERSATU, Muhyiddin dan kepimpinan PN yang lain termasuk membekukan akaun BERSATU jelas menunjukkan konspirasi jahat dengan menyalahgunakan proses undang-undang\u00a0dan bermotifkan pendakwaan politik.\n\n\n\u201cTujuan sebenar Anwar, Ahmad Zahid dan pakatan mereka dalam Pakatan Harapan (PH) adalah untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat kepada PN.\n\n\n\u201cIa juga bertujuan menjatuhkan maruah daripada parti yang bersih kepada korupsi dan rasuah yang akan meresahkan rakyat serta menghakis kepercayaan kepada PN khususnya bagi menghadapi PRN akan datang,\u201d ujarnya. \u2013 SinarHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/cetak-nama-allah-pada-pakaian-tak-hormat-sensitiviti-agama-islam/", "title": "Cetak nama Allah pada pakaian tak hormat sensitiviti agama Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tular di media sosial mengenai jenama pakaian Australia yang mencetak kalimah Allah di atas baju yang diperagakan ketika Pertunjukan Fesyen Melbourne, Sabtu lalu.\n\n\nTindakan tersebut jelas dilihat tidak menghormati sensitiviti agama Islam.\n\n\nPendakwah bebas, PU Syed menyelar tindakan itu kerana kalimah Allah tidak boleh senang dicetak disebarangan tempat.\n\n\nMenurutnya, kalimah Allah adalah sesuatu yang tinggi di dalam agama Islam dan tidak boleh dikompromi sekiranya terdapat penyalahgunaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus Bajet Mini RM107 bilion\n\n\n\n\n\n\nWanita Berjasa Fokus Institusi Keluarga Dan Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Siasat pengurus Father\u2019s Organic Farm, elak kejadian sama berulang\n\n\n\n\n\n\nSelangor Benarkan Solat Jemaah dirapatkan bermula 1 April\n\n\n\n\n\n\nCadang Tubuh Srikandi Muda Galak Penglibatan Wanita Muda\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTindakan mencetak kalimah Allah pada pakaian dan yang mendedahkan aurat itu seolah-olah satu penghinaan kepada Islam itu sendiri.\n\n\n\u201cMalah, di negara kita kalau mahu membuat perhiasan ayat-ayat atau kalimah Allah itu sendiri perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak berautoriti untuk meluluskannya,\u201d katanya seperti dipetik Kosmo.\n\n\nJelasnya, perkara-perkara seperti itu jelas salah dan menentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam agama Islam.\n\n\n\u201cPerbuatan ini jelas salah, apatah lagi dibuat oleh orang bukan Islam.\n\n\n\u201cMereka tidak boleh sesuka hati menggunakan kalimah Allah seperti itu,\u201d ujarnya.\n\n\nDalam pada itu, PU Syed turut menasihatkan pereka fesyen tempatan yang beragam Islam untuk tidak mengeluarkan pakaian-pakaian yang secara terang-terangan menentang syariah Allah.\n\n\n\u201cApabila pakaian yang dibuat oleh orang Islam, digayakan juga oleh orang Islam, ia secara terang-terangan telah menentang syariah Allah.\n\n\n\u201cAgama suruh menutup aurat tetapi kita mengenalkan pakaian yang menyebabkan orang mendedahkan aurat mereka. Ini semua menentang syariah,\u201d tambahnya.\n\n\nTerdahulu, \u2018jumpsuit\u2019 tanpa lengan diperbuat daripada fabrik lutsinar dengan tulisan Arab bertulis \u2018Allah berjalan bersama saya\u2019 di seluruh badannya tular di media sosial.\n\n\nSusulan kontroversi itu, Festival Fesyen Melbourne dan pereka fesyen \nNot A Man\u2019s Dream\n telah mengeluarkan permohonan maaf.\n\n\n\u201cFestival ini tidak berniat untuk tidak menghormati sesiapa dan kami memohon maaf atas sebarang kesalahan yang dilakukan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/deepak-nafi-ugut-ka-siong-isu-bekalan-telur-import/", "title": "Deepak nafi ugut Ka Siong isu bekalan telur import", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Deepak Jaikishan menafikan beliau adalah individu yang didakwa mengeluarkan ugutan terhadap Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berhubung isu bekalan telur import.\n\n\nDeepak memaklumkan, beliau tidak pernah berhubung dengan bekas Menteri Pengangkutan itu berkait apa-apa perkara pun.\n\n\n\u201cSaya tidak pernah call (hubungi) dia (Ka Siong), nombor telefon dia pun saya tiada.\n\n\n\u201cMacam mana pula ada berhubung dengan dia, ini tidak benar,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKDN warta larangan penerbitan berunsurkan LGBTQ+ jam Swatch\n\n\n\n\n\n\nKerajaan patut fokus perancangan, henti rintih perkara lepas\n\n\n\n\n\n\nTiada Persediaan Penuh Hadapi Banjir \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nFelcra laksana Transformasi 3.0, kukuhkan keterjaminan makanan negara\n\n\n\n\n\n\nPasangan Hina Islam Mungkin Terima Sokongan Luar \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetika ditanya, kemungkinan orang yang membuat panggilan itu menyamar dan menggunakan namanya, Deepak berkata, beliau tidak dapat memastikan perkara itu dan menyatakan ada kemungkinan Ka Siong tidak berkata benar.\n\n\nTerdahulu, Ka Siong dalam Dewan Rakyat\u00a0mendakwa menerima ugutan berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat membabitkan isu bekalan telur import.\n\n\nBeliau mendakwa menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai \u2018Deepak\u2019 dan mewakili syarikat J&E Advance Tech pagi semalam.\n\n\nKa Siong berkata, pemanggil lelaki itu mendakwa sudah berbincang dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk beliau memperbetulkan kenyataan dan menyelesaikannya di luar mahkamah.\n\n\nMenurut Deepak, beliau tidak faham mengapa dirinya kebelakangan ini sering dikatikan dengan isu bekalan telur import termasuk bukan sahaja oleh Ka Siong, malah oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.\n\n\n\u201cSaya tidak tahu mengapa Ka Siong berkata tentang sesuatu yang tidak benar di Parlimen, jika beliau berani dan bercakap benar, bercakaplah di luar Parlimen.\n\n\n\u201cSaya rasa pelik juga kenapa dia berkejar-kejar ke arah Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk ambil surat imuniti (daripada tindakan saman) semalam, mungkin sebab dia bercakap perkara yang tidak benar.\n\n\n\u201cSekiranya beliau bercakap benar, bercakaplah di luar Parlimen dan berani hadapilah sebarang tindakan undang-undang,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul memberi jaminan bahawa apa-apa ucapan dibuat oleh Ahli Parlimen dalam mesyuarat Majlis Parlimen terlindung di bawah Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nJaminan itu diberi selepas Ka Siong dikatakan diancam tindakan saman daripada pengimport telur dari India susulan ucapannya dalam Dewan Rakyat penghujung Februari lalu.\n\n\nPada 28 Februari lalu, media melaporkan Ka Siong mendedahkan beliau menerima surat saman daripada pengimport telur dari India susulan kenyataannya berkaitan langkah kerajaan mengimport telur dari India. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/dun-kedah-lulus-ruu-anti-lompat-parti/", "title": "DUN Kedah lulus RUU Anti Lompat Parti", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Rabu meluluskan dengan sebulat suara Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2023 berhubung larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti.\n\n\nUsul berkenaan dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (Perikatan Nasional-Jeneri) dan disokong Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Perikatan Nasional-Tokai).\n\n\nSebelum itu, seorang ADUN daripada blok kerajaan dan empat daripada blok pembangkang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RUU berkenaan.\n\n\nKesemua mereka adalah Ketua Pembangkang, Datuk Zamri Yusuf (Pakatan Harapan-Suka Menanti); Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jitra); Mohd Azam Abd Samat (Perikatan Nasional-Sungai Limau); Datuk Norsabrina Mohd Noor (Barisan Nasional-Bandar Baharu) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang-Anak Bukit).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRumah Terbuka dekati rakyat, bukan kempen PRN\n\n\n\n\n\n\nThe 1975 beraksi biadap, penganjur henti persembahan serta merta\n\n\n\n\n\n\nTurunkan poster, program ziarah gereja dibatalkan \u2013 Sumber\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : PEMBELA akan lapor polis\n\n\n\n\n\n\nUMNO Runding Dengan Kerajaan Bila PRU15\n\n\n\n\n\n\n\n\nRUU ini akan diwartakan 1 April depan selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.\n\n\nSebelum ini, RUU Anti Lompat Parti diluluskan secara sebulat suara dan disokong 209 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, 28 Julai lalu.\n\n\nIa kemudiannya diperkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos serta berkuat kuasa dengan rasmi pada 5 Oktober lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/harga-makanan-di-kantin-sekolah-tidak-akan-naik/", "title": "Harga makanan di kantin sekolah tidak akan naik", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberi jaminan tidak akan timbul isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah.\n\n\nTegasnya, harga makanan di kantin sekolah adalah termaktub di dalam garis panduan dan perjanjian antara pengusaha, pihak sekolah dan kementerian.\n\n\n\u201cKementerian mengambil perhatian mengenai isu kos yang dibangkitkan dan sebagainya tetapi perlu melihat kepada kepada garis panduan itu serta perbincangan dengan pihak sekolah,\u201d katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar kejurulatihan sukan dan melancarkan takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2023 di Putrajaya hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian menjawab kebimbangan ibu bapa kemungkinan harga makanan di kantin meningkat menjelang sesi persekolahan bermula minggu hadapan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKematian kanak-kanak perempuan, Menteri Kesihatan tunggu laporan polis\n\n\n\n\n\n\nNurul Izzah Anwar sahkan jadi Penasihat Ekonomi Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nKurang 12 jam, gempa susulan landa Turkiye\n\n\n\n\n\n\nJPA Sedia Pertimbang Jawatan Warden Asrama Sekolah Sepenuh Masa\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Hanya akan bermula selepas EMP lulus\n\n\n\n\n\n\n\n\nDitanya mengenai cadangan penyeragaman harga makanan dan minuman di kantin sekolah mengikut lokaliti, Fadhlina berkata, perkara itu akan diberi perhatian.\n\n\n\u201cSekiranya ada keperluan untuk seragam, kita akan lihat dari semasa ke semasa,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, dalam perkembangan lain Fadhlina berkata, perbelanjaan peruntukan penyelenggaraan sekolah tidak akan dikurangkan bagi Belanjawan 2023.\n\n\n\u201cKita bagi peruntukan itu seperti biasa, tiada pengurangan kerana kita mahu pastikan sekolah itu selamat dan selesa,\u201d katanya.\n\n\nDalam Belanjawan 2023, KPM menerima peruntukan tertinggi iaitu RM55. 2 bilion berbanding RM52. 6 bilion tahun sebelumnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/hormati-keputusan-mahkamah-tolak-rayuan-sis-forum/", "title": "Hormati keputusan mahkamah tolak rayuan SIS Forum", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nSemua pihak perlu menghormati keputusan mahkamah yang menolak rayuan kumpulan hak wanita Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) \nyang mengisytiharkan organisasi itu sesat serta menyeleweng daripada\u00a0 ajaran Islam.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, beliau mengambil maklum mengenai keputusan terbaharu rayuan itu di Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam.\u00a0\n\n\nMenurut beliau, peruntukan undang-undang sedia ada jelas mengutamakan keharmonian dan kesucian semua agama termasuk Islam. \n\n\n\u201cKalau dibawa ke Mahkamah Persekutuan sekali pun, sama ada mereka (SIS Forum) menang atau kalah, tentunya ini memberikan gambaran tentang keharmonian beragama di negara kita.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Elaun guru KAFA dinaikkan RM100\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan Muda Dalam Prn Johor Meraikan Demokrasi\n\n\n\n\n\n\nMeta lancarkan Threads, lawan Twitter\n\n\n\n\n\n\nDua bekas pengarah ditahan seleweng dana RM9 juta\n\n\n\n\n\n\nMufti P. Pinang kesal orang Islam sertai perarakan kuil\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi, sebaiknya pengamalan agama diadakan secara harmoni dan lebih sejahtera. Saya percaya kebijaksanaan pengamal undang-undang untuk membuat keputusan di Mahkamah Persekutuan nanti,\u201d katanya \nkepada media selepas melancarkan Jualan Rahmah Sempena \u2018Back to School\u2019 Peringkat Negeri Selangor di sebuah kompleks beli belah di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor pada Selasa.\u00a0\n\n\nSemalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan kumpulan hak wanita, SIS Forum untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang dikenakan ke atas mereka sejak sembilan tahun lalu.\n\n\nTiga panel hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali serta Datuk Gunalan Muniandy mencapai keputusan yang berbelah bahagi 2-1.\u00a0\n\n\nKeputusan itu dicapai susulan Datuk Has Zanah Mat dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali berpandangan kumpulan hak wanita tersebut tidak mempunyai merit sementara seorang lagi panel hakim, Datuk Gunalan Muniandy tidak bersetuju.\u00a0\n\n\nPada 31 Oktober 2014, SIS Forum memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran agama Islam selain menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor sebagai responden.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, dalam satu kenyataan hari ini, SIS berkata, kumpulan itu \u201camat kecewa\u201d dengan keputusan majoriti hakim Mahkamah Rayuan yang mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Ogos 2019 bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Selangor adalah forum yang sesuai untuk melakukan semakan kehakiman terhadap fatwa berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/pas-yakin-gelombang-melayu-kekal-hingga-prn/", "title": "PAS yakin gelombang Melayu kekal hingga PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 PAS yakin gelombang pengundi Melayu serta anak muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu akan kekal bersama parti itu dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PN) khususnya di Selangor.\n\n\nPesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, meskipun rakan sekutunya BERSATU berdepan pertuduhan di mahkamah, ia tidak melunturkan kepercayaan rakyat kepada gabungan itu.\n\n\n\u201cKadangkala kita lihat perkara ini lebih kepada isu politik, apa pun pertuduhan, kita tidak meletakkan hukum dia bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah.\n\n\n\u201cIni tidak memberi kesan dan mematahkan semangat penyokong atau pengundi PN khususnya di Selangor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai PM \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik wanita ditemukan lemas ketika mandi di pantai Port Dickson\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : NADMA kongsi 21 nama mangsa meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nDua PPS Di Hulu Langat Masih Beroperasi\n\n\n\n\n\n\nIsu Islamofobia di Sweden antara yang akan dibincang dengan Brunei\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBerdasarkan maklumat-maklumat yang saya dapat sehingga kini, (pertuduhan) tidak memberikan apa-apa kesan,\u201d katanya di Dewan Negeri Selangor\u00a0hari ini.\n\n\nJumaat lalu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan, membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.\n\n\nBagaimanapun, Muhyiddin mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.\n\n\nManakala pada Isnin lalu, Muhyiddin dihadapkan dengan pertuduhan ketujuh di Mahkamah Sesyen di sini berhubung kes menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta, Januari tahun lalu.\n\n\nMuhyiddin, 76, yang juga bekas Perdana Menteri, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Rozilah Salleh.\n\n\nDalam pada itu, pertuduhan jenayah yang dikenakan terhadap beberapa pemimpin BERSATU itu dilihat memberi kekuatan kepada sekutu dan penyokongnya dalam mendepani PRN di enam negeri, Jun ini.\n\n\n\u201cKalau kita lihat dalam media sosial pun, saya tengok seolah-olah (tuduhan) memberi kekuatan kepada PN terutamanya Bersatu dari sudut parti dan pendokong mereka,\u201d katanya lagi. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/pegawai-kpdn-diarah-jumpa-pemilik-restoran-henti-jual-menu-rahmah/", "title": "Pegawai KPDN diarah jumpa pemilik restoran henti jual Menu Rahmah", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sudah diarahkan untuk bertemu dengan pemilik restoran Tong Kayu Kafe di Bayan Lepas, Pulau Pinang yang terpaksa menghentikan jualan makanan Menu Rahmah kerana tidak mendapat sambutan.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, arahan itu dilakukan untuk mencari punca sebenar dakwaan yang diperkatakan oleh pemilik restoran tersebut.\n\n\nBagaimanapun, beliau menjelaskan, kementeriannya tidak menggalakkan untuk peniaga melakukan hanya penjualan Menu Rahmah.\n\n\n\u201cSebaliknya, inisiatif itu perlu dilaksanakan dengan penjualan menu-menu lain, termasuk yang berharga premium.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan\n\n\n\n\n\n\nMat London menghembus nafas terakhir di pagi Subuh hening\n\n\n\n\n\n\nPertukaran Kabinet tertakluk budi bicara PM\n\n\n\n\n\n\nKomuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa melabur di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa ubah dasar kemasukan Matrikulasi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebenarnya kita panggil orang industri yang mempunyai nama seperti persatuan tomyam untuk bersama-sama menjalankan inisiatif itu, di samping mereka menjual menu-menu yang premium.\n\n\n\u201cDi samping penjualan menu-menu lain, terdapat juga Menu Rahmah dan adalah tidak benar untuk kita mengarahkan hanya penjualan Menu Rahmah sahaja.\n\n\n\u201cTetapi untuk kes di sana (Bayan Lepas), kita sudah meminta pegawai KPDN berjumpa dengan pemilik restoran terlibat untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku,\u201d katanya selepas melancarkan kempen \u2018Klasiknya Raya\u2019 oleh peruncit dan pemborong terbesar negara, Mydin Subang Jaya hari ini.\n\n\nTurut hadir, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin; Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Azman Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib.\n\n\nSemalam media melaporkan, pemilik restoran itu, Mohamad Fakhrullah Shahran, 30, mendakwa memperkenalkan hidangan Menu Rahmah nasi ayam kicap dan nasi ayam goreng kunyit berharga RM5 setiap satu hidangan sejak 18 Februari lalu.\n\n\nBagaimanapun, berikutan tiada sambutan dia terpaksa berhenti menjual hidangan itu Khamis lalu.\n\n\nSelain tiada sambutan, kedudukan lokasi premis yang dikatakan kurang sesuai juga menyebabkan pemilik restoran itu mengambil keputusan berkenaan.\n\n\nDitanya adakah KPDN tidak menggalakkan peniaga makanan kecil untuk turut menjayakan inisiatif berkenaan, Salahuddin menafikan perkara itu kerana Menu Rahmah mungkin menjadi ruang rezeki untuk sesetengah kelompok peniaga.\n\n\n\u201cSaya tidak mahu menyebut mengenai tidak menggalakkan (penjualan Menu Rahmah) kerana ketika ini semua peniaga boleh berbuat demikian, malah saya ada menerima laporan, peniaga di bawah pokok, di tepi jalan menerima jualan berganda hanya dengan memperkenalkan Menu Rahmah.\n\n\n\u201cInisiatif ini mungkin menambah bilangan pelanggan peniaga seterusnya dilihat sebagai satu enjin ekonomi bagi kelompok ini,\u201d katanya. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/pejabat-perdana-menteri-pandang-serius-tindakan-pihak-salah-guna-nama-kedudukan-pmo/", "title": "Pejabat Perdana Menteri pandang serius tindakan pihak salah guna nama, kedudukan PMO", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pejabat Perdana Menteri (PMO) memandang serius tindakan mana-mana pihak secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukannya bagi tujuan tertentu.\n\n\nPMO juga menyifatkan tindakan pihak berkenaan amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi kesan negatif terhadap kredibiliti institusi kerajaan.\n\n\n\u201cTindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti Pejabat Perdana Menteri dan institusi kerajaan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTok Mat beri bayangan pertahan Dun Rantau\n\n\n\n\n\n\nLapor Polis, Buat Siasatan \u2013 Musa Hassan\n\n\n\n\n\n\nAsyraf Wajdi Setiausaha Agung UMNO yang baharu\n\n\n\n\n\n\nTerengganu haramkan filem `Pulau\u2019 ikut garis panduan syariah\n\n\n\n\n\n\nKhairy Selar Kritikan King Sing, Malaysia Tidak Boleh Ikut China\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJusteru, pihak Pejabat Perdana Menteri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut termasuk melibatkan sudut perundangan terhadap pihak yang terlibat dengan perkara sedemikian,\u201d katanya dalam satu kenyataan media hari ini.\n\n\nBagaimanapun, kenyataan tersebut tidak memetik mana-mana individu mahupun pemimpin yang dikatakan menyalahgunakan nama atau kedudukan PMO."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/penukaran-nama-putra-kepada-gerakan-tanah-air-tidak-sahih-zamani/", "title": "Penukaran nama PUTRA kepada Gerakan Tanah Air tidak sahih \u2013 Zamani", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Khabar angin berkaitan penukaran nama Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) kepada Gerakan Tanah Air (GTA) tidak benar.\u00a0\n\n\nPresiden BERJASA, Zamani Ibrahim percaya, khabar angin itu disebarkan oleh mana-mana pihak yang belum ditentukan kesahihannya.\u00a0\n\n\n\u201cSaya ada berhubung melalui telefon dengan Presiden PUTRA, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkenaan berita tersebut. Beliau berkata, PUTRA tidak membuat sebarang perancangan penggantian nama parti kepada GTA\u201d.\n\n\nMenurut laman gelombangberjasa.com, Zamani turut menghubungi Presiden Putra, Datuk Dr Ibrahim Ali bagi mengesahkan sendiri berita tersebut.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir akan bertemu Annuar Musa, bincang bentuk kerjasama\n\n\n\n\n\n\nPolis kenal pasti 190 kawasan panas di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nB40 jika rayuan diterima tapi luar tahun giliran kena bayar penuh\n\n\n\n\n\n\nTelur gred A,B dan C kurang 10 hingg 15 % \u2013 KPDN\n\n\n\n\n\n\nSumbangan tunai Rahmah disalur bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga menasihatkan, sebaiknya sebarang perancangan berkenaan parti perlu dibawa ke Mesyuarat Tertinggi GTA bagi perbincangan bersama tiga parti komponen iaitu BERJASA, PUTRA dan IMAN.\n\n\nParti BERJASA, PUTRA dan IMAN antara komponen dalam gabungan Gerakan Tanah Air (GTA).\n\n\nBagaimanapun, Zamani berkata, BERJASA terbuka bagi menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik demi penyatuan ummah.\n\n\nTerdahulu, media tempatan melaporkan PUTRA akan menukarkan nama kepada GTA sebagai nama baharu bagi parti politik itu selain bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/perarakan-hari-wanita-sekadar-boneka-sebar-mesej-budaya-songsang/", "title": "Perarakan Hari Wanita sekadar boneka, sebar mesej budaya songsang", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nPerarakan Hari Wanita Antarabangsa 2023 yang tular baru-baru ini hanya dijadikan sebagai boneka untuk menyampaikan mesej-mesej berunsur amalan songsang itu.\n\n\nPengacara dan penceramah bebas, Amin Idris berkata, pemerintah di peringkat persekutuan atau negeri sepatutnya memandang serius isu ini supaya generasi akan datang tidak didedahkan dengan pendidikan sedemikian.\n\n\n\u201cDalam konteks negara Malaysia, secara terang Malaysia sebuah agama berpegang kepada Islam sebagai agama persekutuan. Saya tahu ia sempena Hari Wanita, namun seolah-olah hari wanita dijadikan sebagai boneka sahaja untuk menterjemah mesej-mesej LGBTQ.\n\n\n\u201cSaya tidak akan reda sekiranya anak-anak saya didedahkan dengan perkara sedemikian dalam pendidikan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDeepak nafi ugut Ka Siong isu bekalan telur import\n\n\n\n\n\n\nKenapa Anwar tak arah polis, SPRM siasat Zahid isu LCS?\n\n\n\n\n\n\nDUN Kedah lulus RUU Anti Lompat Parti\n\n\n\n\n\n\nAyahanda Harimau Kumbang kumpulan gengster kutip hutang, tarik kereta\n\n\n\n\n\n\nBERJASA tetap bersama GTA, fokus hala tuju dan kepimpinan baharu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi, saya harap perkara ini dipandang serius oleh pihak pemerintah sama ada di peringkat persekutuan atau negeri,\u201d kata Amin\n dalam temu bual eksklusif bersama TV Pertiwi bagi mengulas perarakan LGBTQ\u00a0 di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 12 Mac lalu.\n\n\nPeserta perhimpunan berarak di hadapan Kompleks Beli Belah Sogo dan Dataran Merdeka.\n\n\nTambah Amin, kebebasan bersuara bukan tiket yang memberi kebenaran untuk menghina kerana perhimpunan dan perarakan yang dilakukan golongan LGBTQ ini jelas menunjukkan ia satu bentuk penghinaan kepada agama serta undang-undang.\n\n\nJelasnya lagi, dari aspek politik, pemimpin negara tidak sepatutnya hanya mengejar undi semata-mata kerana mereka seharusnya memikirkan soal masa depan generasi akan datang.\u00a0\n\n\nMalah, ibu bapa dan masyarakat turut memainkan peranan penting kerana perhimpunan yang berlaku ini agak berbahaya kepada mereka sekiranya perkara ini dinormalisasikan.\n\n\nJusteru, tegas beliau, umat Islam seharusnya bersatu padu dengan mengetepikan soal perbezaan politik dan aliran bagi mengelakkan sistem masyarakat terus rosak serta porak poranda akibat perbuatan luar tabii ini.\n\n\nKatanya, gerakan golongan liberal akan bersatu kerana kelemahan umat Islam itu sendiri.\n\n\n\u201cSistem masyarakat kita rosak sebab kita telah keluar daripada tabii manusia. Apa yang diajar agama adalah berlainan, namun tabii manusia mengajar\u00a0 kita keluar dari sistem tersebut yang menyebabkan porak poranda. \n\n\n\u201cPerkara ini kita tidak boleh cakap sahaja, perlu lakukan sesuatu. Umat Islam tidak boleh berpecah, hanya kerana aliran berbeza dengan gam sana, gam sini berkenaan isu tauliah.\n\n\n\u201cSedangkan gerakan liberal dan LGBT sedang bersatu tetapi kita masih bergaduh pasal perbezaan politik dan aliran di mana ia sangat merugikan ummah dan akhirnya mereka bangkit bukan sebab kekuatan mereka tetapi sebab kelemahan kita,\u201d katanya lagi.\u00a0\n\n\nTerdahulu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 38 saat menunjukkan sekumpulan peserta sedang berarak dalam himpunan \nberkenaan digelar sebagai Women\u2019s March.\u00a0\n\n\nPara peserta itu juga dilihat memegang plakad \n\u201cEnd Child Marriage\u201d, \u201cChild Marriage Is Child Abuse\u201d\n dan \n\u201cSaying MasyaAllah Does Not Make Your Harrasment Halal\u201d\n selain turut mengibarkan bendera pelangi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/putra-sangkal-dakwaan-mahu-sertai-pn/", "title": "PUTRA sangkal dakwaan mahu sertai PN", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menyangkal laporan sebuah media kononnya parti itu dalam usaha membentuk gabungan dengan Perikatan Nasional (PN).\n\n\nSetiausaha Agungnya, Rosdi Idris berkata, setakat ini tidak ada keputusan daripada mana-mana pemimpin kanan atau Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PUTRA menyatakan cadangan itu.\n\n\n\u201cKenyataan yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini adalah berdasarkan sumber parti dan amat tidak tepat kerana ia adalah sumber yang tidak jelas dan tidak mencerminkan keputusan ADT.\n\n\n\u201cPutra telah membuat kenyataan menerusi sidang medianya selepas mesyuarat ADT pada 7 Mac lalu,\u201d katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : Operasi SAR diteruskan jam 9:00 pagi ini\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Guang Eng cabar Muhyiddin dedah nama Menteri DAP\n\n\n\n\n\n\nPDRM Serah Mahkamah Semak Keputusan\n\n\n\n\n\n\nPengundi dinasihat tolak parti main isu 3R \u2013 Hafidzah\n\n\n\n\n\n\nBERJASA sedia kerjasama dengan PN selagi tidak bercanggah prinsip\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian mengulas laporan media itu, bahawa Gerakan Tanah Air (GTA) bakal mengambil pendirian membentuk pakatan bersama PN sebagai satu usaha membentuk gabungan kekuatan parti Melayu terbesar di negara ini.\n\n\nMenurut sumber parti itu kepada Utusan Malaysia, hala tuju GTA akan diperincikan selepas Mesyuarat Agung Tahunan PUTRA pada April ini dengan memutuskan untuk merombak PUTRA dan ditukarkan nama kepada GTA.\n\n\nJelas Rosdi, penyertaan atau pakatan bersama itu tidak berbangkit pada masa ini.\n\n\nMalah, tegasnya, kedua isu termasuk penukaran nama PUTRA kepada GTA tidak pernah disentuh dalam Mesyuarat ADT PUTRA setakat ini.\n\n\n\u201cIni juga selaras dengan kenyataan Presiden PUTRA, Datuk Dr. Ibrahim Ali pada 3 Mac lalu bahawa segala keputusan hanya akan diketahui selepas persidangan agung parti itu pada 7 Mei ini,\u201d katanya.-MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/rasional-peraturan-baharu-arab-saudi-untuk-tumpu-ibadah/", "title": "Rasional peraturan baharu Arab Saudi untuk tumpu ibadah", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Sebanyak 10 peraturan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi menjelang Ramadan\u00a0bertujuan baik kerana ia berbentuk peringatan selain membolehkan umat Islam menumpukan sepenuhnya terhadap ibadah.\n\n\nPeringatan juga diberikan kepada para jemaah yang berniat untuk membawa kanak-kanak agar mengambil berat tentang tingkah laku anak masing-masing agar tidak mengganggu ketenteraman para jemaah lain serta khusyuk ketika solat.\n\n\nHal ini juga merupakan satu peringatan yang baik kerana menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengingatkan anak-anak mereka agar beradab di dalam masjid.\n\n\nPegawai Penyelidik di Pejabat Atase Agama, Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Ahmad Fazrin Yahaya berkata, bagi Ramadan kali ini, tiada sesuatu pun yang baharu sebaliknya ia merupakan sekadar peringatan kepada arahan yang sedia ada.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerja penyelenggaraan punca Lebuhraya Karak sesak\n\n\n\n\n\n\nPahang dedah 29 individu palsu gelaran Datuk, Datuk Seri\n\n\n\n\n\n\nBahang Hari Pengundian Makin Terasa\n\n\n\n\n\n\nTerence Gomez Letak Jawatan Ahli Panel SPRM\n\n\n\n\n\n\nBekalan gula di Kelantan, Terengganu terjejas\n\n\n\n\n\n\n\n\nHal ini, katanya, termasuk isu larangan menyiarkan siaran langsung solat tarawih.\n\n\nJelasnya, perlu difahami bahawa majoriti imam-imam masjid di Arab Saudi sangat tidak gemar untuk solat mereka di\u00adsebarkan secara meluas sama ada secara langsung atau rakaman.\n\n\n\u201cBagi mereka (imam-imam), solat mereka adalah ibadah untuk dipertontonkan kepada Allah dan bukan untuk manusia. Rakaman atau siaran langsung kepada mata-mata manusia bisa mendatangkan rasa ujub dan hilang ikhlas ibadah tersebut. Adapun siaran langsung bagi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah permintaan dari seluruh media dunia.\n\n\n\u201cMasjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah hak milik bersama seluruh umat Islam sedunia, adapun masjid-masjid lain di Arab Saudi khusus untuk penduduk Arab Saudi,\u201d katanya.\n\n\nJumaat lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan pekeliling 10 peraturan baharu menjelang Ramadan.\n\n\nMenerusi dokumen yang dikeluarkan dan diedarkan oleh Menteri Hal Ehwal Islamnya, Sheikh Dr. Abdullatif Abdullaziz Al-Sheikh berkata, bulan suci Islam itu akan dikawal dan mereka yang berada di dalam kerajaan Arab Saudi mesti mematuhinya.\n\n\nLangkah itu termasuk pe\u00adngurangan bunyi pembesar suara masjid sewaktu solat tarawih, mengharamkan penyiaran solat dalam masjid secara langsung di televisyen dan ibu bapa juga dilarang membawa anak ke masjid untuk menunaikan solat.\n\n\nSelain itu, perintah-perintah lain adalah solat tahajud tidak dipanjangkan terutama pada 10 malam terakhir Ramadan.\n\n\nTambah Ahmad Fazrin, arahan-arahan lain jelas sekali bertepatan dengan Sunah Nabi dalam etika solat dan qiamulail seperti meraikan keperluan awam untuk menamatkan solat qiyam di sepuluh malam terakhir pada waktu yang memberi kadar masa yang mencukupi buat para jemaah bersiap untuk bersahur dan kemudian kembali untuk solat Subuh berjemaah.\n\n\nBegitu juga gesaan untuk beriltizam dengan petunjuk nabi dalam bab doa qunut witir agar tidak terlalu berjela dan dipenuhi doa-doa sajak berirama.\n\n\n\u201cGaris panduan beriktikaf juga bukanlah garis panduan baharu dan tiada langsung la\u00adrangan untuk beriktikaf sekiranya para mutakifin mengikut garis panduan yang ditetapkan.\n\n\n\u201cGaris panduan sebegini ada di hampir seluruh masjid di dunia. Termasuk dalam garis-garis panduan yang diperingatkan kembali iaitu berkaitan pe\u00adngurusan menganjurkan iftar di masjid,\u201d katanya.\n\n\n\u201cKebersihan perlu dititikberatkan dan dilarang untuk bina apa-apa bilik atau khemah tetap di dalam kawasan masjid untuk tujuan iftar. Ia jelas bagi menjaga keselesaan para jemaah untuk datang mengerjakan solat yang merupakan tujuan utama sesebuah masjid dibina,\u201d ujarnya. \u2013 UtusanMalaysia"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/sprm-bongkar-penyelewengan-sukuk-bernilai-rm596-juta/", "title": "SPRM bongkar penyelewengan sukuk bernilai RM596 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dalam perjanjian sukuk bernilai RM596 juta.\n\n\nMenurut sumber, penyelewengan sukuk itu dilakukan bagi melaksanakan projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.\n\n\nSumber berkata, keempat-empat suspek lelaki yang berusia antara 40 hingga 55 tahun itu ditahan lewat petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.\n\n\n\u201cTiga daripada empat suspek tersebut telah direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 17 Mac, selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman oleh pihak SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelajar lakukan kesalahan jenayah dikenakan tindakan tatatertib\n\n\n\n\n\n\nWanita BERJASA bantu golongan ibu tangani isu keciciran pendidikan anak\n\n\n\n\n\n\nPenularan Omicron Tidak Dapat Dielakkan\n\n\n\n\n\n\nSuami Atau Bekas Suami Berdepan Sekatan Bank\n\n\n\n\n\n\nAgong titah perhebat bendung aktiviti jenayah, sama-sama jaga kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cManakala seorang lagi suspek dilepaskan dengan jaminan SPRM,\u201d kata sumber pada Rabu.\n\n\nMenurut sumber, suspek-suspek berkenaan merupakan Pengarah, Ketua Pegawai Kewangan dan seorang pemegang saham bagi tiga buah syarikat yang terlibat secara langsung dalam membangunkan sistem berkenaan.\n\n\nKata sumber, sukuk tersebut telah diuruskan oleh sebuah bank tempatan bagi membiayai projek berkaitan dan semua perbelanjaan berkenaan dengannya.\n\n\nNamun menurutnya, hasil projek tersebut perlu dimasukkan ke dalam satu akaun khas yang telah ditetapkan.\n\n\nBagaimanapun katanya, akaun khas itu kemudiannya ditukarkan kepada akaun lain yang dipercayai sengaja diwujudkan pada awal 2022.\n\n\nJelasnya, penggunaan akaun khas itu disyaki bagi mengelakkan daripada pembayaran semula prinsipal dan keuntungan kepada pemegang-pemegang sukuk.\n\n\nDifahamkan, perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat yang dilantik telah dimeterai pada Julai 2011 dengan tempoh selama 12 tahun.\n\n\nTambahnya, dijangkakan sukuk tersebut akan mencapai tempoh matang pada Mei 2023.\n\n\n\u201cTindakan membenarkan syarikat terbabit untuk mewujudkan satu akaun lain akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit terhadap pemegang sukuk,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut namun enggan mengulas lanjut. \u2013 SinarHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/15/tarikh-lihat-anak-bulan-pada-22-mac/", "title": "Tarikh lihat anak bulan pada 22 Mac", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Anak bulan Ramadan di Malaysia akan dilihat pada petang Rabu bertarikh 22 Mac ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah.\n\n\nPejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan memaklumkan, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.\n\n\nMenurut kenyataan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen pada malam Rabu berkenaan.\n\n\nAnak bulan Ramadan di Malaysia akan dilihat pada petang Rabu bertarikh 22 Mac 2023.\n\n\nKatanya, cerapan anak bulan akan dilaksanakan di 29 lokasi terpilih oleh jawatankuasa diperkenankan untuk melihat anak bulan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid arah bina jambatan Bailey di Selancar\n\n\n\n\n\n\nPenyokong Najib Banjiri Perkarangan Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nMAMA bantu murid tidak boleh membaca\n\n\n\n\n\n\nChe\u2019gu Bard lapor polis terhadap PM\n\n\n\n\n\n\nGuna Akta ISA cegah rasuah dan penyelewengan \u2013 Ibrahim Ali\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara lokasinya adalah di Pontian Kecil, Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka, Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Besar, Kuala Terengganu dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/16/14-terkorban-banjir-kilat-turkiye/", "title": "14 terkorban banjir kilat Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0\nBelum pun selesai ujian gempa di Turkiye sebulan lalu, negara itu diuji lagi dengan banjir kilat sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa pada kelmarin.\n\n\nIbarat sudah jatuh ditimpa tangga, mangsa gempa yang kini tinggal di\u00a0 khemah dan kontena yang didirikan di Tenggara Turkiye, menimpa nasib buruk sekali lagi.\n\n\nKediaman sementara mereka juga dihanyutkan arus deras.\n\n\n\n\nVideo \u00e7ekmeye devam etmek yerine elinizi uzatabilirdiniz!\n#selfelaketi\n \npic.twitter.com/9MnlajnJxM\n\n\n\u2014 23 DERECE (@yirmiucderece) \nMarch 15, 2023\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTwitter benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna\n\n\n\n\n\n\nPolis diarah siasat pembunuhan orang awam di Srinagar\n\n\n\n\n\n\nIndonesia, India Hantar Bantuan Ke Afghanistan\n\n\n\n\n\n\nRibuan umat Islam di Palestin sambut Aidilfitri di Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\nDua maut lelaki bersenjata pisau serang pusat Islam Ismailiah di Lisbon\n\n\n\n\n\n\n\n\nLapor BBC News, bencana yang melanda di wilayah Sanliurfa dan Adiyaman turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang lagi hilang.\n\n\nMenteri Dalam Negeri Suleyman Soylu berkata pasukan penyelamat telah digerakkan bagi mencari mangsa yang hilang.\n\n\nHujan lebat melanda kawasan itu pada lewat hari Selasa dijangka berlarutan hingga hujung minggu ini.\n\n\n\n\n\ud83d\udcccS\u00f6z\u00fcn bitti\u011fi yer\u2026 \npic.twitter.com/90ZW63Feio\n\n\n\u2014 23 DERECE (@yirmiucderece) \nMarch 15, 2023\n\n\n\n\nRakaman video turut menunjukkan banyak kenderaan dihanyutkan arus air banjir yang deras.\n\n\nSelain itu, Lebuhraya Bozova-Hilvan di Sanliurfa turut terjejas akibat bencana banjir menyebabkan jalan runtuh dan ditutup kepada lalu lintas.\n\n\nBencana banjir berlaku hanya lima minggu selepas gempa bumi pada 6 Februari lalu yang mengorbankan 48,000 penduduk dan ramai lagi kehilangan tempat tinggal.\n\n\n\n\nUnfortunately Sanliurfa, Turkiye was hit by severe flooding\u2026\n \npic.twitter.com/CI5QGBIitg\n\n\n\u2014 Tansu YE\u011eEN (@TansuYegen) \nMarch 15, 2023"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/16/agamawan-ulama-diberi-pengecualian-tauliah-di-pulau-pinang/", "title": "Agamawan, ulama diberi pengecualian tauliah di Pulau Pinang", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nMufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor memutuskan untuk memberi pengecualian tauliah khas kepada tokoh agamawan serta ulama di negeri itu.\u00a0\n\n\nBeliau tampil setuju terhadap larangan ucapan ceramah yang berbaur isu politik kepartian\n\n\nBagaimanapun, beliau berkata, tokoh agamawan dan ulama yang terlibat masih tidak dibenarkan untuk menyentuh sebarang isu yang berbaur politik kepartian sewaktu menyampaikan ceramah.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, keputusan pengecualian tauliah berkenaan telah diputuskan sewaktu Mesyuarat Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada 14 November lalu.\u00a0\n\n\nTambah Wan Salim, berdasarkan kaedah 8(1) satu\u00a0 berkaitan pengajaran agama Negeri Pulau Pinang 1998 telah memperuntukkan individu itu layak untuk diberi tauliah untuk mengajar mengikut syarat-syarat yang tertentu.\u00a0\n\n\nDatuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri, mencadangkan agar pengecualian tauliah diberikan kepada agamawan dan ulama yang sememangnya dikenali dengan kealimannya mengenai Islam\n\n\nTerdahulu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri tampil memberi cadangan supaya tokoh agama atau ulama yang dikenali kealimannya dan ilmu untuk diberi pengecualian tauliah mengajar oleh pihak berkuasa agama sama ada di Wilayah Persekutuan atau negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/16/as-tuntut-tiktok-jual-kepentingan/", "title": "AS tuntut TikTok jual kepentingan", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Rabu \u2013 Amerika Syarikat (AS) menuntut pemilik TikTok dari China supaya menjual kepentingan mereka dalam aplikasi perkongsian video popular itu atau berhadapan risiko medium itu diharamkan di AS, lapor sebuah media tempatan pada Rabu.\n\n\nTuntutan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat (CFIUS) yang diketuai oleh Perbendaharaan, lapor Agensi Anadolu.\n\n\nMenurut laporan yang memetik eksekutif Tik Tok, 60 peratus saham syarikat induk TikTok ByteDance dimiliki oleh pelabur global, 20 peratus (pekerja) dan 20 peratus (pengasasnya).\n\n\n\n\n\n\nTikTok dalam reaksi balasnya berkata penjualan itu tidak akan menangani risiko keselamatan yang dibimbangi AS.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJika melindungi keselamatan negara merupakan objektif, pelupusan itu tidak menyelesaikan masalah, perubahan dalam pemilikan tidak akan mengenakan sebarang sekatan baharu ke atas aliran data atau akses.\n\n\n\n\n\n\n\u201cCara terbaik untuk menangani kebimbangan mengenai keselamatan negara ialah dengan perlindungan data dan sistem pengguna AS yang telus dan berasaskan AS, dengan pemantauan, pemeriksaan dan pengesahan pihak ketiga yang mantap yang sudah pun kami laksanakan,\u201d kata jurucakap TikTok Brooke Oberwetter dalam satu kenyataan.\n\n\n\n\nRumah Putih masih belum mengulas mengenai laporan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMUDA dakwa disisih Anwar, PH\n\n\n\n\n\n\nHanya Kit Ujian Air Liur Sahaja Dibenarkan Di Sekolah : KPM\n\n\n\n\n\n\nSanusi nafi kata pinda Perlembagaan, sebaliknya minta naikkan nilai pajakan\n\n\n\n\n\n\nSelesaikan masalah umat Islam dengan adil, secepat mungkin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nPesawat terhempas di Elmina, Shah Alam\n\n\n\n\n\n\n\n\nAplikasi perkongsian video milik China itu yang dilancarkan pada 2016, menjadi sangat popular di seluruh dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan telah mencecah 755 juta pengguna global pada 2022.\n\n\nDua pertiga daripada remaja Amerika kini adalah pengguna TikTok.\n\n\nAplikasi itu dikritik kerana ia membolehkan kerajaan China mengakses data peribadi sensitif pengguna, termasuk lokasi dan sejarah imbasan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/16/auku-tidak-dimansuh-akta-baharu-ibarat-salin-kulit-sahaja/", "title": "AUKU tidak dimansuh, akta baharu ibarat \u2018salin kulit\u2019 sahaja", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Pendidikan Tinggi menegaskan tidak akan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.\n\n\nTimbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohammad Yusof Apdal berpendapat, langkah paling tepat adalah untuk membuat pindaan terhadap akta itu.\n\n\nBeliau turut menyifatkan, pengenalan akta baharu menggantikan AUKU umpama \u2018sekadar salin kulit\u2019 sahaja.\n\n\n\u201cKementerian juga berpandangan, perkara-perkara yang dilihat boleh ditambah baik atau dipinda hendaklah diberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIbu bapa teruja anak dapat sertai program khatan secara percuma\n\n\n\n\n\n\nKhairy jawab Puad, dia tidak guna proksi\n\n\n\n\n\n\nHentikan Pengeluaran Lesen Judi, Arak \u2013 Tindakan Wajib Disokong\n\n\n\n\n\n\nSarjan direman minta rasuah daripada penagih, pengedar dadah\n\n\n\n\n\n\nMOTAC tidak wajar letak pegawai fasih Bahasa Mandarin di KLIA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNamun, melihat kepada kepentingan AUKU dalam urusan penubuhan, tadbir urus dan hubungan antara akauntabiliti institusi pengajian tinggi (IPT) dengan kerajaan dan masyarakat, kementerian berpendirian bahawa pendekatan melakukan pindaan adalah langkah yang lebih tepat berbanding memansuhkan terus AUKU secara keseluruhan.\n\n\n\u201cApatah lagi sekiranya pengenalan akta baharu bagi menggantikannya hanya akan mengambil kembali dan mengguna pakai semula kebanyakan peruntukan sedia ada seperti di dalam AUKU.\n\n\n\u201cTindakan ini tidak ubah seperti sekadar menyalin kulit,\u201d katanya di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian Ketika menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) tentang kesudian kementerian memansuhkan AUKU dan menggantikannya dengan Akta Pendidikan Tinggi Baharu berdasarkan kertas polisi Jawatankuasa Teknikal Mansuh AUKU yang ditubuhkan pada 2018 berserta garis masa dan pelan kerja pemansuhan AUKU.\n\n\nDalam pada itu, berhubung Jawatankuasa Teknikal Mansuh AUKU 2018, Mohammad Yusof berkata, saranan dan dapatan jawatankuasa tersebut telah diambil tindakan dan terdapat beberapa perkara yang sedang diperhalusi.\n\n\n\u201cIa termasuk mengambil kira pindaan AUKU pada 2019 yang membenarkan mahasiswa untuk berpolitik di dalam dan luar kampus serta bertanding di dalam pilihan raya dengan pelaksanaan fasa pertamanya sedang dimuktamadkan.\n\n\n\u201cIa turut melibatkan langkah membangunkan beberapa garis panduan yang bersesuaian bertujuan memberi lebih kebebasan kepada pelajar dalam menguruskan aktiviti pelajar dan dalam menyertai kegiatan politik di dalam dan luar kampus dengan cara yang selamat serta teratur.\n\n\n\u201cIa kini dalam peringkat pemurnian sebelum diedarkan ke semua universiti awam untuk tindakan dan pelaksanaan sementara fasa kedu akan melihat keperluan meminda atau memansuh beberapa peruntukan yang seterusnya di dalam AUKU,\u201d katanya.\n\n\nMohamad Yusof berkata kementerian juga sedang meneliti semua peruntukan berkaitan dengan pelajar di dalam AUKU khususnya berkenaan urusan akaun dan kewangan persatuan mahasiswa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/16/kpt-perkenal-menu-siswa-rahmah-rm3-50-di-universiti-awam-politeknik/", "title": "KPT perkenal Menu Siswa Rahmah RM3.50 di Universiti Awam, Politeknik", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan Menu Siswa Rahmah dengan hidangan berharga RM3.50 di 20 Universiti Awam (UA) serta semua Politeknik di seluruh negara.\n\n\nMenteri KPT, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada lebih 320,000 mahasiswa khususnya daripada keluarga B40.\n\n\nJelas beliau, KPT sentiasa menyokong dan berusaha membantu pelajar golongan B40 agar tidak terjejas dalam melanjutkan pengajian hanya disebabkan kesusahan hidup.\n\n\n\u201cJadi, hari ini saya ingin menyatakan KPT sudah mendapat komitmen penyertaan daripada semua 20 UA dan politeknik, membabitkan sebanyak 235 gerai yang menawarkan makanan pada harga RM3.50. Langkah ini dapat membantu menangani kos sara hidup yang tinggi,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAmbil tindakan terhadap Najwan Halimi \u2013 Rafique\n\n\n\n\n\n\nTunggu Stabil Baru Boleh Buat PRU15 \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah sasar lebih 10,000 penerima bantuan Ramadan\n\n\n\n\n\n\nLawatan PM ke China sebagai langkah populis \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nPegawai KPDN diarah jumpa pemilik restoran henti jual Menu Rahmah\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan pelaksanaan inisiatif Menu Siswa Rahmah di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi hari ini.\n\n\nKatanya, inisiatif UA yang tidak mengenakan kadar sewaan itu diharap dapat membantu pengusaha untuk mengurangkan harga makanan kepada pelajar.\n\n\nMenurut Khaled, untuk membezakan mahasiswa yang layak membeli Menu Siswa Rahmah, pihak UA dan politeknik menyediakan token kepada mereka.\n\n\nMengulas lanjut, seorang pelajar UKM, Adam Salihin berkata, walaupun menu ini dikenakan harga yang murah, saiz hidangan masih dalam keadaan yang mengenyangkan.\n\n\nKatanya, dengan adanya menu Rahmah ini, kos sara hidup mereka di universiti menjadi rendah dan lebih jimat.\n\n\n\u201cJadi sebelum ni, biasanya kalau kita makan, boleh cakap \nrange\n harga dalam RM6 ke RM10. Tapi bila ada Menu Siswa Rahmah ni, dia jadi RM3. Jadi, kita dapat mengurangkan dalam RM3 ke RM2 dan benda tu kita boleh beli buat benda lain pula,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Khaled berkata, pihaknya tiada cadangan menaikkan yuran ketika ini ditanya sama ada KPT masih meneruskan moratorium ke atas kenaikan yuran pengajian ketika ini.\n\n\nSelain itu, ditanya sama ada mahasiswa boleh berpolitik di kampus, beliau berkata, tiada masalah untuk mereka berbuat demikian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/16/lebih-ramai-individu-akan-dipanggil-bantu-siasatan-kes-lcs/", "title": "Lebih ramai individu akan dipanggil bantu siasatan kes LCS", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lebih ramai individu termasuk dari dalam dan luar negara untuk diambil keterangan berhubung siasatan kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).\n\n\nKetua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, beliau turut memberi jaminan bahawa tiada pihak yang akan dilindungi dalam siasatan itu.\n\n\n\u201cSaya dapat maklumat daripada pegawai penyiasat, ramai lagi saksi akan dipanggil untuk diambil keterangan, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga melibatkan luar negara.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada Waran Tangkap Buat Rosmah\n\n\n\n\n\n\nAngkuh vokalis The 1975 salahkan penganjur, mengapa undang dia?\n\n\n\n\n\n\nNombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta milik Sultan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nPengeluar Roti Gardenia Disaran Tangguh Kenaikan\n\n\n\n\n\n\nGolongan T20 tidak akan terima subsidi haji, elektrik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tidak menolak sesiapa sahaja (untuk diambil keterangan), baik VIP atau menteri yang terlibat dalam kes ini, semua akan dipanggil bagi memastikan siasatan kes dapat dijalankan,\u201d katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 26 Bil 1/2022 Penolong Penguasa P29 di JohorBahru hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dua hari lepas yang menegaskan bahawa siasatan berhubung\u00a0isu pembinaan LCS itu mesti diteruskan.\n\n\n\u201cSiasatan ke arah membuktikan bagaimana berlaku kehilangan wang begitu besar dalam kes LCS ini, jadi beri masa pada kita untuk menyelesaikan kes ini,\u201d katanya.\n\n\nAnwar dilaporkan berkata, pendakwaan berhubung isu pembinaan LCS pada peringkat awal, sebelum ini tidak mencukupi memandangkan ia melibatkan skandal berskala besar dan ketirisan, selain pendakwaan tidak bertindak kepada orang-orang yang lebih utama yang dikatakan terlibat dalam isu perolehan LCS tersebut.\n\n\nKetika diminta mengulas mengenai Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencabar SPRM menyiasat dana politik yang diterima UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Azam berkata, pihaknya bersedia untuk menyiasat mana-mana pemimpin parti politik sekiranya terdapat aduan dan bukti salah saku rasuah.\n\n\n\u201cKita memang perlu aduan tetapi sekiranya apa-apa maklumat diterima, kita juga akan melihat kepada maklumat itu. Sebagai contoh, sesuatu parti mungkin tidak ada apa-apa kepentingan, tidak memerintah dan tidak ada kuasa, kalau dia memberi sumbangan, dia tidak melakukan sesuatu kesalahan pada asasnya.\n\n\n\u201cMengikut akta kami, kalau seseorang itu mempunyai satu kuasa, dia datang dari satu parti lain, sekiranya menerima apa-apa sumbangan dari sesuatu pihak, tetapi pihak itu ada kepentingan dengan kerajaan, maka ia diklasifikasikan sebagai kesalahan rasuah yang perlu disiasat SPRM.\n\n\n\u201cKalau sekiranya ada bukti kesalahan rasuah, kita siasatlah, tiada masalah,\u201d kata Azam.\u00a0 \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/16/nama-tebing-barat-ditukar-taktik-baru-israel-tawan-palestin/", "title": "Nama tebing barat ditukar, taktik baru Israel tawan Palestin", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nIsrael terus meluaskan kuasanya untuk menakluk\u00a0 Palestin.\n\n\nTaktik terbaru rejim ini ialah dengan menawan semula Palestin apabila negara haram itu\u00a0 menukar nama Tebing Barat kepada Gabenor Judea dan Samaria.\u00a0\n\n\nPerkara itu\u00a0 didedahkan oleh Pakar Palestin dalam Hal Ehwal Israel, Ismat Mansour yang mendedahkan sebuah dokumen yang menunjukkan istilah Tebing Barat ditukarkan kepada Judea dan Samaria.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBakar bendera Israel tanda solidariti \u2013 UMNO\n\n\n\n\n\n\nMasjid Biru Istanbul dibuka semula buat umat Islam\n\n\n\n\n\n\n46 maut ribut kencang landa Madagascar, Mozambique, Malawi\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Remaja perempuan diselamatkan selepas 248 jam terperangkap di Turkiye\n\n\n\n\n\n\n\n\nUsaha pengeluaran dokumen itu dilakukan oleh Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Smotrich dikatakan sedang giat menaikkan martabat Rakyat Judea dan Samaria untuk menjadi warga kelas kedua di negara haram Israel.\n\n\nTindakannya jelas mahu melenyapkan rakyat Palestin serta cubaan untuk menghalalkan pendudukan Israel di kawasan yang dikatakan\u00a0 milik mereka.\u00a0\n\n\nPemandu Palestin berkata, tiket perjalanan dikeluarkan oleh polis penjajah yang memaparkan logo pemerintahan Judea dan Samaria manakala sebahagian jalan juga telah ditukar kepada nama baru itu.\n\n\nIstilah Judea dan Samaria merupakan gelaran serantau Pusat Israel untuk melenyapkan Tebing Barat sejak 1988."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/16/program-melawat-rumah-ibadah-tidak-harus-disekat-muda/", "title": "Program melawat rumah ibadah tidak harus disekat \u2013 MUDA", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nKetua Penerangan MUDA, Luqman Long menegaskan. keputusan menyekat program Jom Melawat Gereja dan melawat rumah ibadah adalah satu tindakan yang tidak relevan.\u00a0\n\n\nProgram Jom Ziarah Gereja menjadi satu topik hangat yang mendapat kecaman ramai\n\n\nMenurutnya, program tersebut wajar dirai oleh seluruh kaum serta diteruskan selagi ia tidak lari daripada prinsip Kesopanan dan Kesusilaan di negara ini.\u00a0\n\n\n\n\nMenurut kenyataan di Facebook rasmi parti itu, pihaknya berpendapat, keputusan menyekat\u00a0 program menziarah rumah ibadat antara agama tidak akan membantu langsung terhadap usaha masyarakat berbilang agama serta kaum untuk hidup lebih harmoni.\u00a0\n\n\nLuqman Long berkata, program ziarah diantara pelbagai rumah ibadat sudah menjadi kebiasaan di dalam partinya.\n\n\nDalam pada itu, Luqman Long turut menjelaskan, pihaknya juga telah banyak mengadakan program buat semua ahli termasuk sambutan pongal, Hari Raya\u00a0 Aidilfitri, Hari Natal dan sambutan Tahun Baharu Cina.\n\n\nProgram yang diadakan turut mendapat sambutan baik daripada semua ahli parti itu tidak kira Muslim mahupun bukan Muslim.\u00a0\n\n\n\n\nSelain itu, beliau turut mempersoalkan kenyataan Exco Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughi yang menyatakan larangan terhadap program melibatkan umat Islam di rumah ibadat agama lain.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, pihaknya menyarankan agar program ini dapat diteruskan kerana menurutnya ia dapat membuat rakyat mengambil tahu dan bertukar fikiran mengenai soal agama masing-masing.\u00a0\n\n\nTerdahulu, agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan, Impact Malaysia telah mendapat kecaman hebat berhubung program ziarah berkenaan oleh beberapa pihak termasuk daripada Ahli-Ahli Parlimen pembangkang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/16/secara-teorinya-muafakat-nasional-sudah-mati-penganalisis/", "title": "Secara teorinya Muafakat Nasional sudah \u2018mati\u2019 \u2013 Penganalisis", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk hasil kerjasama PAS dan UMNO sebelum ini secara teorinya sudah \u2018mati\u2019 sebaik terbentuknya kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) serta beberapa parti lain.\n\n\nPenganalisis politik berpandangan, kerjasama MN itu tidak dapat digerakkan pada masa ini dan jika ada pihak yang membangkitkan perkara itu, hanya sekadar menarik perhatian atau kata-kata bagi tujuan perhubungan awam.\n\n\nPenganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Muhammad Takiyuddin Ismail berkata, pandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai MN hanya untuk tujuan perhubungan awam.\n\n\nKatanya, mana mungkin dalam keadaan Perikatan Nasional (PN) menerima tekanan ketika ini, PAS akan sanggup meneruskan kerjasama dalam MN.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan hakim sokong permohonan, bangkitkan semula pengaruh Najib\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 : Jimat-cermat, tiada cadangan tangani isu kenaikan harga \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nProduk babi gagal dibawa masuk dari luar negara\n\n\n\n\n\n\nKelantan kotor, air tidak berkualiti, jalan berlubang\n\n\n\n\n\n\nTommy Thomas dakwa Najib selepas terima kertas siasatan lengkap, tiada niat jahat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cYa dalam politik apa saja boleh berlaku. Namun yang lemah sekarang ialah UMNO dan bukannya PAS.\n\n\n\u201cPAS boleh bergerak sendiri jika perlu. Justeru, MN yang didukung UMNO dan PAS sebelum ini secara teorinya telah mati sebaik sahaja terbentuknya apa yang dipanggil kerajaan,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, Ahmad Zahid berkata, parti itu akan terus mengambil sikap husnuzon (bersangka baik) terhadap MN.\n\n\nBeliau dilaporkan berkata, pihaknya perlu sentiasa bersangka baik kerana apa saja boleh berlaku dalam politik, namun pada masa ini pihaknya hanya mahu memfokuskan kepada usaha mengukuhkan kerajaan.\n\n\nMengulas mengenai rayuan UMNO kepada pengundi di Kelantan memberi peluang kepada BN dan PH memerintah negeri itu dengan misi menyelesaikan masalah air, katanya, rayuan itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada pengundi di Kelantan.\n\n\n\u201cIa bukan soal air semata mata. Isu ini telah lama berlaku tetapi kenapa pengundi Kelantan masih kekalkan PAS sejak sekian lama.\n\n\n\u201cIsu air sangat keterlaluan digunakan oleh sesetengah pihak walaupun isu itu mempunyai merit untuk dibangkitkan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau menjelaskan pengundi di Kelantan masih ada budaya politik tersendiri yang mana makin negeri mereka ditekan, maka lebih menguatkan semangat kekitaan mereka.\n\n\n\u201cSaya pesimistik jaminan untuk menyelesaikan isu air itu akan dipandang tinggi oleh rakyat Kelantan,\u201d katanya.\n\n\nMengulas isu yang sama, Ketua Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Mohd Yusri Ibrahim berpendapat pada masa ini, PN berada pada kondisi terkuat di Kelantan berdasarkan situasi semasa.\n\n\nKatanya, agak mencabar untuk mana-mana parti merampas Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\n\u201cNamun senario politik mutakhir boleh berubah dengan cepat, sebarang kemungkinan boleh berlaku.\n\n\n\u201cJika secara bersendirian, hampir mustahil untuk UMNO merampas Kelantan dalam masa terdekat,\u201d katanya.\n\n\nBeliau menjangkakan BN boleh meningkatkan sedikit peluang dengan membentuk kerjasama politik yang kukuh di Kelantan.\n\n\nSelain itu, katanya, perlu kerjasama dengan parti dalam kerajaan, mereka juga perlu meneroka kerjasama dengan kumpulan masyarakat sivil yang lain.\n\n\n\u201cItu sahaja peluang untuk mereka mengumpul cukup momentum bagi mencabar PAS/PN di Kelantan dalam PRN ini,\u201d katanya\n\n\nMengenai sikap terbuka UMNO terhadap MN pula adalah langkah politik yang strategik oleh Presiden UMNO terutama dalam senario politik sekarang tidak menentu, dinamik serta boleh berubah dengan cepat.\n\n\n\u201cParti yang bijak tidak akan menutup pintu kerjasama dengan mana-mana pihak, walaupun tidak bekerjasama sekarang, pintu tersebut tidak boleh dimusnahkan, mungkin diperlukan akan datang.\n\n\n\u201cLagipun kerjasama UMNO/BN bersama PH sekarang hanyalah untuk membentuk kerajaan, belum lagi membentuk gabungan politik yang rasmi,\u201d katanya. \u2013 BeritaHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/16/tambang-mrt2-percuma-sehingga-31-mac/", "title": "Tambang MRT2 percuma sehingga 31 Mac", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nPengguna Transit Aliran Massa Putrajaya (MRT2) laluan Putrajaya akan menikmati tambang perjalanan secara percuma bermula hari ini sehingga 31 Mac.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, tiada pengguna yang dikenakan bayaran bagi menggunakan perkhidmatan MRT laluan tersebut.\n\n\n\u201cKerana kejayaan\u00a0\nMass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.)\u00a0\ndan memudahkan cara pelaksanaan ini saya setuju supaya Mulai hari ini jam 3 petang hari ini sehingga 31 Mac, kita tidak akan mengambil bayaran daripada pengguna laluan ini,\u201d\u00a0 kata Anwar \ndalam ucapannya semasa pelancaran perkhidmatan tersebut di Depoh Serdang, Selangor pagi tadi.\n\n\nMenurut Perdana Menteri, langkah tersebut dibuat sebagai strategi kerajaan untuk meringankan beban orang ramai.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN tidak rebut kerusi, ikut persetujuan parti komponen\n\n\n\n\n\n\nAda fail pemimpin kerajaan cuma retorik Hamzah \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nBekas Pengerusi 1MDB diawasi hingga ke tandas ketika MOU dengan PetroSaudi\n\n\n\n\n\n\nAnwar mengakui kerajaan pimpinannya ada kelemahan, tidak sempurna\n\n\n\n\n\n\nBN didakwa bergolak: Ismail Sabri jumpa Pas, Ahmad Zahid di rumah Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaluan Putrajaya merupakan laluan MRT kedua negara yang dibuka sepenuhnya pada jam 3 petang tadi dengan penyediaan bas pengantara ke laluan MRT secara percuma.\n\n\nIa akan memberi perkhidmatan kepada penduduk dari Kwasa Damansara sehingga ke Putrajaya, terdiri daripada 36 stesen, sembilan daripadanya berada di bawah tanah dan dijangka memberi perkhidmatan kepada 104,000 penumpang sehari.\n\n\nTerdahulu, projek itu dimulakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetapi tertangguh apabila Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan pada 2018 dan dimulakan semula apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.\n\n\nSementara itu, Anwar berkata, pengangkutan awam akan diberi keutamaan dalam belanjawan tahunan persekutuan akan datang dan turut memfokuskan kepada pendidikan dan kesihatan dalam Bajet 2023."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/16/tauliah-mengajar-tokoh-agama-ulama-patut-diberi-pengecualian/", "title": "Tauliah mengajar: Tokoh agama, ulama patut diberi pengecualian", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Tokoh agama atau ulama yang dikenali dengan kealimannya perlu diberi pengecualian tauliah mengajar oleh pihak berkuasa agama sama ada di Wilayah Persekutuan atau negeri.\n\n\nItu antara syor dan cadangan diberikan ilmuan agama yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkait isu tauliah agama yang tular ketika ini.\n\n\n\u201cItulah adab yang sebaiknya kerana boleh jadi individu yang perlu ditemuduga untuk tauliah itu sendiri lebih alim daripada penemuduga tauliah,\u201d katanya menerusi artikel terbaharu yang dikeluarkan menerusi portalnya, Maktabah Al-Bakri semalam.\n\n\nZulkifli berkata, tauliah khas itu perlu kerana sesuai kealiman serta kedudukan tokoh tersebut dalam sesebuah negara atau institusi oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau mufti negeri berkenaan, apatah lagi di luar negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPM digesa tolak tuntutan Dong Zong iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nJAINJ, PDRM buru pengikut ajaran sesat Si Hulk\n\n\n\n\n\n\nPekebun Sayur Enggan Jawab Kenaikan Harga Sayur\n\n\n\n\n\n\nKKM kenal pasti lima isu utama pada sesi Townhall\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Bukan Badan Awam, Layakkah Dapat Peruntukan?\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga mencadangkan agar tauliah khas turut diberikan kepada tokoh politik yang memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri dengan syarat tiada isu politik kepartian disentuh.\n\n\nTambah beliau, \u2018politik kepartian\u2019 yang dimaksudkan adalah yang menyentuh mana-mana parti secara khusus atau mana-mana individu dalam parti secara khusus, atau apa-apa perkataan yang dikira perlambangan mana-mana parti.\n\n\nSelain itu, tauliah khas juga boleh diberikan kepada individu yang sudah dikenali akan keilmuannya dan diperkenankan oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau diluluskan oleh mufti negeri berkenaan, ulama setempat dan masyarakat tanpa ada sebarang keraguan.\n\n\nPada masa sama, Zulkifli berkata, beliau juga mencadangkan supaya subjek pengajaran seperti al-Siyasah al-Syar\u2019iyyah perlu dikekalkan untuk diajar di masjid dan surau oleh pemegang tauliah mengajar yang berkelayakan.\n\n\n\u201cIa penting bagi membentuk pemahaman jemaah yang menyeluruh berkenaan sistem tadbir urus Islam dalam hal kenegaraan,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, beliau juga mengesyorkan supaya pemantauan berkala turut dibuat bagi memastikan apa yang disampaikan oleh pemegang Tauliah Mengajar selari dengan undang-undang dikuatkuasakan terutama dari sudut kualiti ilmu yang disampaikan.\n\n\nJelasnya lagi, pemantauan itu penting bagi memastikan masjid dan surau tidak menjadi medan untuk memecah-belahkan ummah, pentas jenaka (walaupun tidak menjadi kesalahan untuk sesekali bergurau), atau sekadar periwayatan kisah-kisah tanpa sandaran.\n\n\nDalam pada itu, beliau juga melihat ada ruang untuk standard ujian permohonan Tauliah Mengajar diselaraskan di seluruh negara agar kualiti ilmu pemegang Tauliah Mengajar di seluruh negara boleh disetarakan atau hampir kepada kesetaraan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/16/undi-tak-percaya-ke-atas-presiden-umno-boleh-dilakukan-khaled-nordin/", "title": "Undi tak percaya ke atas Presiden UMNO boleh dilakukan \u2013 Khaled Nordin", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Undi tidak percaya terhadap presiden boleh dilakukan dalam mana-mana organisasi termasuk UMNO yang tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.\n\n\nNaib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, masih ada ruang untuk melakukan perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut.\n\n\n\u201cTapi tak perlu lah sebab dia satu dia bukan ahli UMNO, dia dah dipecat. Kedua, dalam mana-mana organisasi memang ada ruang untuk lakukan itu,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tan Sri Noh Omar yang mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh \u2018digulingkan\u2019 oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) jika mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahlinya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPegawai KPDN diarah jumpa pemilik restoran henti jual Menu Rahmah\n\n\n\n\n\n\nKedutaan Malaysia di Lubnan sokong Aman Palestin bantu pelarian Syria, Palestin\n\n\n\n\n\n\nBanjir gelombang kedua dijangka lebih buruk\n\n\n\n\n\n\nHujan Ribut Di Beberapa Negeri Pada Krismas\n\n\n\n\n\n\nZahid normalisasikan rasuah \u2013 Syed Saddiq\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Noh berkata, undi tidak percaya boleh dibuat menerusi undian antara 25 MKT yang dipilih dan 12 yang dilantik bagi jawatan itu dalam parti tersebut.\n\n\nNamun, Noh mengakui perkara itu sukar dilakukan berdasarkan pengalaman beliau selama 29 tahun menjadi ahli MKT yang terpilih dalam pemilihan UMNO.\n\n\nNoh yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor adalah antara yang dipecat UMNO pada Januari lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/3-lelaki-ditahan-pukul-pekerja-nasi-kandar/", "title": "3 lelaki ditahan pukul pekerja nasi kandar", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Angkara mabuk dan mengambil makanan di restoran nasi kandar dengan tangan,\u00a0 teguran diberikan akhirnya menjadi pergaduahan.\n\n\nBertindak atas maklumat polis kemudian menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat memukul dua pekerja restoran nasi kandar\u00a0 terkemuka di Cyberjaya dekat sini semalam.\n\n\nKetua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata tiga lelaki berumur antara 50 dan 51 itu ditahan berasingan di Balai Polis Cyberjaya dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang antara pukul 1.40 pagi dan 10 pagi tadi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, tiga lelaki itu yang berkunjung ke restoran berkenaan untuk makan dipercayai bertindak memukul pekerja kedai setelah salah seorang daripada mereka ditegur kerana menggunakan jari untuk mengambil lauk di seksyen nasi kandar kedai berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSuspek dikatakan menggunakan jarinya untuk mengambil lauk dalam keadaan mabuk\u2026 Akibat ditegur, mereka telah bertindak agresif dan mula memukul pekerja,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata pekerja kedai itu turut dipukul menggunakan pengepit makanan besi di bahagian kepala dan badan, menyebabkan mereka mengalami lebam serta luka, antaranya di bahagian kepala, badan, leher, bahu serta tangan, dan insiden pergaduhan itu menjadi tular di media sosial.\n\n\nVideo pergaduhan itu tular di media sosial selepas dikongsi orang ramai.\n\n\n\n\nKejadian di Pelita, Cyberjaya. Scary. \ud83d\ude28 \npic.twitter.com/IJnRk0t6WK\n\n\n\u2014 Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) \nMarch 17, 2023"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/banjir-johor-dapat-peruntukan-tambahan-rm150juta/", "title": "Banjir \u2013 Johor dapat peruntukan tambahan RM150juta", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Peruntukan tambahan berjumlah RM150 juta diluluskan kepada negeri Johor bagi usaha pemulihan meliputi program dan projek pasca banjir khususnya di Johor.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata peruntukan tambahan itu diluluskan Kementerian Kewangan (MOF) serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nKerajaan juga, katanya, meminta supaya jentera kementerian dan jabatan supaya melibatkan diri dalam program dan projek pasca banjir dalam waktu terdekat ini.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/bersatu-lapor-polis-fitnah-terhadap-muhyiddin/", "title": "BERSATU lapor polis fitnah terhadap Muhyiddin", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris semalam membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung fitnah serta dakwaan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.\n\n\nRazali mendakwa, Anwar dan Ahmad Zahid serta sekutu mereka cuba menjatuhkan kepemimpinan PN dan BERSATU bagi melumpuhkan kekuatan politik gabungan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.\n\n\nAntara tindakan diambil Pakatan Harapan (PH), termasuk membekukan akaun bank BERSATU dan mendakwa serta mengheret kepemimpinan parti berkenaan ke mahkamah.\n\n\n\u201cPada 6 Disember 2022, saya menonton televisyen Anwar sebagai Menteri Kewangan mendakwa kerajaan di bawah Muhyiddin menyeleweng RM600 bilion pakej ekonomi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDakwaan itu jelas adalah fitnah dan tohmahan palsu apabila RM600 bilion diturunkan kepada RM530 bilion sehingga ke RM92.5 billion dan kemudiannya kepada RM4.5 bilion sehingga akhirnya kepada RM300 juta saja.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAhmad Zahid menerusi ucapan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Januari lalu menyatakan akan wujud kluster mahkamah dalam kalangan pemimpin PN dan BERSATU meskipun siasatan penuh masih belum lengkap ketika itu.\n\n\n\u201cIni adalah bukti jelas menunjukkan wujud konspirasi jahat ke atas Muhyiddin, PN dan BERSATU,\u201d katanya menerusi laporan polis yang dikongsikan semalam.\n\n\nRazali yang juga Pengerusi BERSATU Terengganu mendakwa, Anwar menyalahgunakan kuasanya selaku Perdana Menteri ke-10 dengan menekan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan ke atas kepemimpinan BERSATU.\n\n\nKatanya, tindakan itu bertujuan memberi persepsi yang buruk kepada parti berkenaan dan cuba menampakkan fitnah dan tohmahan mempunyai asas bagi menghancurkan PN.\n\n\n\u201cSaya membuat laporan polis untuk menghalang perbuatan jenayah dan mengekang penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin kerajaan yang menggunakan agensi penguat kuasa serta menyalahgunakan proses undang-undang demi kepentingan survival politik.\n\n\n\u201cSemua tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas PN, BERSATU, Muhyiddin dan kepemimpinan PN yang lain termasuk membekukan akaun BERSATU jelas menunjukkan konspirasi jahat dengan menyalahgunakan proses undang-undang dan bermotifkan pendakwaan politik.\n\n\n\u201cTujuan sebenar Anwar, Ahmad Zahid dan pakatan mereka dalam PH adalah untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan rakyat kepada PN.\n\n\n\u201cIa juga bertujuan menjatuhkan maruah daripada parti yang bersih kepada korupsi dan rasuah yang akan meresahkan rakyat serta menghakis kepercayaan kepada PN khususnya bagi menghadapi PRN akan datang,\u201d katanya. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/bunuh-isteri-mahkamah-arah-lans-koperal-jalani-pemeriksaan-mental/", "title": "Bunuh isteri, mahkamah arah Lans Koperal jalani pemeriksaan mental", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nMahkamah Majistret Kangar hari ini mengarahkan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dituduh menembak mati isterinya di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Perlis pada awal Mac lalu untuk menjalani pemeriksaan mental sebelum didakwa.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nMajistret Ana Rozana Mohd Nor membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Pengarah Pendakwaan Negeri, Mohd Nordin Ismail supaya tertuduh, Mohamad Nizarman Hassim, 27, menjalani pemeriksaan tersebut mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.\u00a0\n\n\nTerdahulu, Mohd Nizarman yang memakai baju berwarna merah itu tidak diwakili peguam dilihat beberapa kali mengesatkan air mata dan mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.\u00a0\n\n\nDalam kejadian 5 Mac lalu, suspek yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis disyaki membunuh isterinya, Safsufarnisya Salleh, 26, di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar, Perlis antara jam 6.45 pagi hingga 8.50 pagi.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnthony Loke selar Tony Pua, tidak sepatutnya serang Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nLoh Siew Hong gagal batal pertukaran agama anak kepada Islam\n\n\n\n\n\n\nTujuh bulan selepas kerjasama, Amirudin yakin dengan kerajaan PH-BN\n\n\n\n\n\n\nDatin Rosmah tarik balik rayuan supaya hakim tarik diri kes pengubahan wang haram\n\n\n\n\n\n\nPelajar Tahfiz pukul lelaki kurang siuman, niat mahu bantu tukang masak kantin\n\n\n\n\n\n\n\n\nSuspek dipercayai melepaskan lima das tembakan pada jarak dekat dengan salah satu tembakan terkena mata kiri mangsa sehingga mengakibatkan wanita itu maut di tempat kejadian.\u00a0\u00a0\n\n\nPertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung jika sabit kesalahan.\u00a0\n\n\nMahkamah turut menetapkan 14 April depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan psikiatri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/cetak-nama-allah-pada-rekaan-fesyen-gerakan-terancang-hina-islam/", "title": "Cetak nama Allah pada rekaan fesyen, gerakan terancang hina Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 P\nerbuatan menyerang agama Islam, termasuk menggunakan medium seni adalah satu bentuk gerakan tersusun yang dirancang serta mungkin ditaja oleh pihak tertentu.\n\n\nSehubungan itu, Wanita BERJASA mengutuk sekeras-kerasnya sebarang perbuatan menghina agama Islam seperti yang berlaku di Festival Fesyen Melbourne, baru-baru ini.\n\n\n\u201c\nCetak nama Allah pada `jumpsuit\u2019 di Festival Fesyen Melbourne, satu gerakan terancang menghina Islam. Perbuatan maaf pihak berkenaan tidak sepatutnya menjadikan hati umat Islam lembut menghadapi niat jahat pihak berkenaan.\n\n\nKetua Wanitanya Dr Fadhilah Ashari berkata, umat Islam seharusnya bersatu dalam mempertahankan agama dan permohonan maaf yang dikeluarkan tidak sepatutnya menjadikan kita lembut hati menghadapi niat jahat pihak terbabit.\n\n\n==slide quote ==\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTambah kantung negara, kerajaan halalkan bakar mercun dan bunga api\n\n\n\n\n\n\nMahkamah batal kemenangan PAS di Parlimen Kuala Terengganu\n\n\n\n\n\n\nPemandu tabur paku di jalan raya diburu polis\n\n\n\n\n\n\nKematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Mahu Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri Selepas PRU15\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita faham bahawa walaupun Islam adalah agama yang mengiktiraf hak beragama setiap orang, tetapi menjadi tanggungjawab umat Islam mempertahankan Islam daripada serangan musuh-musuh. Perlu jelas bahawa kita ada maruah yang perlu dipertahankan dan menjadi tanggungjawab untuk kita menangkis segala tohmahan yang bertujuan untuk mencemarkan imej Islam,\u201d \u2013 Ketua Wanita BERJASA, Dr Fadhilah Ashari\n\n\nTambah beliau, walaupun Islam adalah agama yang mengiktiraf hak beragama setiap orang, tetapi menjadi tanggungjawab umat Islam mempertahankan Islam daripada serangan musuh-musuhnya.\n\n\nKatanya lagi perlu jelas bahawa maruah yang perlu dipertahankan dan menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menangkis segala tohmahan yang bertujuan mencemarkan imej Islam.\n\n\nBeliau berkata demikian bagi mengulas foto dan video model yang memperagakan persalinan memaparkan kalimah Allah ketika Festival Fesyen Melbourne pada 3 hingga 11 Mac lalu.\n\n\nPakaian jenama Not A Man\u2019s Dream cetak nama Allah pada rekaan di Festival Fesyen Melbourne.\n\n\nPertunjukan itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai selepas jenama \u2018Not A Man\u2019s Dream\u2019 memperagakan dua reka bentuk pakaian \u2018jumpsuit\u2019 tanpa lengan, namun menutup sebahagian kepala dalam fabrik lut sinar dipenuhi kalimah Allah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/hamas-bagi-amaran-jangan-tukar-status-quo-masjidil-aqsa/", "title": "HAMAS bagi amaran jangan tukar status quo Masjidil Aqsa!", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0\nPergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) memberi amaran kepada negara haram Israel terhadap status quo Masjid al-Aqsa yang akan menyebabkan kawasan berkenaan berubah seperti dilanda gempa bumi.\n\n\nAmaran\n berkenaan dikeluarkan Timbalan Ketua Briged Al-Qassam, Marwan Issa ketika wawancara bersama TV Al Aqsa di Gaza.\n\n\nKenyataan itu dibuat ketika ketegangan kedua-dua pihak di Baitulmaqdis dan pekarangan Masjid al-Aqsa menjelang bulan Ramadan dan perayaan Paskah yang juga semakin hampir.\n\n\nMarwan turut menyeru semua pihak menyokong tindakan penentangan di seluruh Palestin, terutama di Tebing Barat dan Baitulmaqdis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGaji penjawat awam naik boleh tingkatkan defisit negara \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk serangan terhadap jemaah Palestin, pencerobohan Israel di Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Hak mutlak Agong, Anwar tidak terlibat\n\n\n\n\n\n\nNational Task Force bubar, Op Benteng ditamatkan\n\n\n\n\n\n\nRamasamy letak semua jawatan, umum keluar DAP\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam Israel, menukar nama Tebing Barat kepada Pemerintahan Judae dan Samarea, sebagai salah satu strategi peluasan kuasa penceroboh.\n\n\n\n\nKeadaan itu tidak disenangi penduduk Israel kerana kata mereka penyahan tanah milik Palestin terang-terangan berlaku hanya dengan penukaran nama berkenaan.\n\n\nJalan raya di beberapa kawasan di Tebing Barat juga sudah ditukar nama sebelum pengumuman pertukaran nama itu dilakukan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/jom-ziarah-gereja-bercanggah-enakmen-ugama-bukan-islam-selangor-1988/", "title": "Jom Ziarah Gereja : Bercanggah Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nTindakan sebuah agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menganjurkan aktiviti ziarah rumah ibadat orang bukan Islam melalui \u2018Projek Artikel 11 Jom Ziarah\u2019 bagi tujuan mempelajari agama bukan Islam adalah bercanggah dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.\u00a0\n\n\nPengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sekiranya program sebegini dibenarkan untuk menganjur ia boleh mempengaruhi pemikiran para belia Islam secara halus dan\n tanpa disedari untuk cenderung atau tertarik dengan agama selain dari agama Islam yang sedang dianuti oleh mereka.\n\n\n\u201cDi Negeri Selangor, apa-apa program yang dibuat bagi tujuan memujuk atau mempengaruhi mana-mana orang Islam untuk cenderung kepada agama bukan Islam atau minat kepada agama bukan Islam adalah dilarang sama sekali dan menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988,\u201d katanya menerusi kenyataan hari ini.\n\n\nTan Sri Aziz berkata mengikut enakmen berkenaan, sebarang progam dibuat bagi tujuan memujuk atau mempengaruhi\u00a0 mana mana orang Islam untuk cenderung kepada agama bukan Islam atau minat kepada agama bukan Islam adalah dilarang sama sekali.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgong Titah Rakyat Dan Agensi Kerajaan Sedia Hadapi Risiko Banjir\n\n\n\n\n\n\nUMNO pecat tiga ADUN Sabah\n\n\n\n\n\n\nHormati keputusan mahkamah tolak rayuan SIS Forum\n\n\n\n\n\n\nKes Positif Global Lebih 306 Juta\n\n\n\n\n\n\nHari mengundi PRK Kuala Terengganu serentak PRU DUN KE15\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, perkara itu juga menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.\u00a0\n\n\nTegas beliau, berdasarkan penelitian kepada iklan dan risalah yang diedarkan, MAIS berpandangan program ini mempunyai unsur-unsur bagi menarik minat belia khususnya belia Islam untuk mempelajari atau menimba ilmu berkaitan dengan agama selain daripada agama Islam.\u00a0\n\n\nAbdul Aziz turut memaklumkan pihaknya sedia maklum program itu pada asalnya terbuka kepada semua namun telah ditukar dan dihadkan kepada belia bukan Islam sahaja selepas satu kenyataan dibuat oleh\u00a0 Menteri KBS, Hannah Yeoh baru-baru ini.\u00a0\n\n\nBeliau mengulas perkara itu merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan melalui media sosial berkaitan program anjuran pertubuhan di bawah KBS, Impact Malaysia iaitu \u2018Projek Artikel 11 Jom Ziarah\u2019.\u00a0\n\n\nMalah MAIS turut mempersoalkan risalah dan iklan bagi program Jom Ziarah gereja itu yang masih tidak melakukan pindaan yang mengatakan ia dikhaskan kepada orang bukan Islam.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nTambah Aziz, d\nalam menyantuni perbezaan bangsa, budaya dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia, MAIS berpendirian bahawa kesefahaman, toleransi dan perpaduan masyarakat sangat penting untuk memastikan keharmonian dan keamanan Malaysia.\n\n\nSehubungan itu, MAIS menasihatkan kepada mana-mana penganjur sama ada daripada sektor awam, pertubuhan bukan kerajaan atau badan lain yang berhasrat mengadakan aktiviti dan program lebih berhati-hati demi menjaga sensitiviti umat Islam dan masyarakat di negara kita."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/jom-ziarah-gereja-esok-dibatalkan-ceo-impact-malaysia/", "title": "Jom ziarah gereja esok dibatalkan \u2013 CEO Impact Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Program \u2018Jom Ziarah Gereja\u2019 yang dijadualkan esok di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes, Klang, dibatalkan oleh pihak penganjur.\n\n\nProgram berkenaan adalah satu inisiatif bawah \u2018Projek Artikel 11 diterajui Impact Malaysia iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir ketika dihubungi BH berkata, program berkenaan tidak akan berlangsung esok susulan keputusan Menteri KBS, Hannah Yeoh di Parlimen, baru-baru ini.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir\n\n\nDifahamkan, paderi gereja berkenaan Paderi Gregory Chan juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAkta Antigangguan Seksual dikuat kuasa secara berperingkat\n\n\n\n\n\n\nJohor Berhak Putuskan Had Umur Minimum ADUN\n\n\n\n\n\n\nIndividu Lengkap Vaksin Digalakkan Ambil Ujian Saringan\n\n\n\n\n\n\nTidak perlu doktor khas iringi Azizulhasni \u2013 PKBM\n\n\n\n\n\n\nKekurangan bekalan ayam, telur diatasi menjelang Ramadan\n\n\n\n\n\n\n\n\nInisiatif program dikatakan bertujuan membuka minda belia Malaysia mengenai budaya dan kepercayaan pelbagai bangsa melalui lawatan serta aktiviti sukarelawan di Lembah Klang.\n\n\nSelasa lalu, Menteri KBS, Hannah Yeoh turut menjelaskan di Dewan Rakyat ketika ucapan penggulungan Belanjawan 2023, bahawa program berkenaan tidak membabitkan individu beragama Islam dalam aktiviti ziarah gereja.\n\n\n\n\nBeliau dilaporkan berkata, program berkenaan bukan bertujuan untuk memberi gambaran semua agama yang dianuti rakyat Malaysia adalah sama rata.\n\n\n\n\n\u201cMengenai pendaftaran Jom Ziarah Gereja, pihak kementerian menerusi Impact Malaysia sememangnya tidak akan membabitkan penyertaan belia muslim dan tidak ada belia muslim yang akan memasuki gereja ini.\n\n\n\u201cIa juga bukan dilakukan dengan niat memberi gambaran bahawa semua agama itu mempunyai taraf yang sama seperti anggapan beberapa pihak,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard, membuat laporan polis terhadap Hannah, mendakwanya menyebarkan agama Kristian kepada belia Islam melalui program yang dikaitkan dengan kementeriannya. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/kerajaan-cadang-guna-helikopter-bomba-sebagai-ambulans/", "title": "Kerajaan cadang guna helikopter bomba sebagai ambulans", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nKementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mewujudkan perkhidmatan ambulans udara dengan menggunakan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).\u00a0\n\n\nMenterinya, Nga Kor Ming berkata sekiranya inisiatif itu dapat direalisasikan menjelang akhir tahun ini, kerajaan juga mampu menjimatkan perbelanjaan sekurang-kurangnya 15 juta ringgit setahun.\u00a0\n\n\nJelasnya, perkhidmatan ambulans udara antara lain adalah bagi usaha untuk menyelamatkan mangsa di kawasan pendalaman dan kes kemalangan jalan raya di lebuh raya.\u00a0\n\n\n\u201cSatu penggal, lima tahun kita boleh jimat RM75 juta kerana amalan kerajaan dahulu, dia outsource (sumber luar) kepada sektor swasta, kosnya RM20 juta setahun.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIstiqamah \u2013 Solat Subuh selamatkan akidah anak-anak\n\n\n\n\n\n\nKelantan dianaktiri: Anwar dakwa Syahir terkhilaf, hujah tanpa fakta\n\n\n\n\n\n\nPengurusan kes saman fitnah Tun M-Anwar 31 Mei ini\n\n\n\n\n\n\nLembaga Disiplin UMNO Belum Terima Laporan Rasmi Tajuddin\n\n\n\n\n\n\nNajib Berjaya Tangguhkan Sabitan, Hukuman\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApabila JBPM ambil alih, setahun boleh jimat RM15 juta dan ini adalah satu lagi inisiatif menuju ke arah Malaysia Madani,\u201d katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat semalam.\n\n\nSementara itu, mengenai pengurusan sisa pepejal, Kor Ming memaklumkan \njumlah tunggakan bayaran perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PSP&PA) oleh beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) kini berjumlah RM538.26 juta.\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata kementerian bersedia mengkaji semula kaedah pengurusan sisa tersebut dan semakan semula perjanjian konsesi hanya boleh dibuat seawal 2025 dengan perjanjian itu akan berakhir pada 2033.\n\n\nDewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah 1.7 bilion ringgit bagi kementerian berkenaan dalam Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa melalui undian suara majoriti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/kesihatan-ustaz-azhar-idrus-semakin-baik/", "title": "Kesihatan Ustaz Azhar Idrus semakin baik", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \u00a0Keadaan kesihatan penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI yang dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sejak Selasa lalu semakin baik.\n\n\nMenurut sumber, walaupun dilihat bertambah sihat berbanding sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan.\n\n\n\u201cSetakat ini beliau masih dirawat di sana sehingga kesihatannya benar-benar pulih.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cOleh itu, tidak dapat dipastikan bila ustaz dibenarkan keluar dari hospital,\u201d katanya ketika dihubungi \nSinar Harian \npada Jumaat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu agihan kerusi PN di enam negeri selesai 95 peratus\n\n\n\n\n\n\nKedah umum cuti peristiwa 5 Februari sempena Thaipusam\n\n\n\n\n\n\nTarik Balik Poster Papar Imej Wanita Bertudung\n\n\n\n\n\n\ni-Biaya ganti Skim Rumah Pertamaku\n\n\n\n\n\n\nData keciciran murid dianggarkan NGO tidak tepat \u2013 KPM\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber berkata, semua jadual kuliah dan ceramah melibatkan pendakwah popular tersebut juga terpaksa dibatal atau ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.\n\n\n\n\n\u201cMarilah sama-sama kita mendoakan supaya Ustaz Azhar Idrus kembali sihat seperti sedia kala dan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah serta menyampaikan ilmu agama seperti biasa,\u201d katanya.\n\n\n\n\nSinar Haria\nn sebelum ini melaporkan Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke HSNZ kerana mengalami masalah kesihatan.\n\n\nPerkara tersebut dikongsikan Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dalam Facebook rasmi beliau selepas menziarahi pendakwah itu pada Khamis.\n\n\nMenurutnya, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke hospital pada Selasa selepas mengadu kurang sihat. \u2013 SINAR HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/khidmat-imam-luar-negara-tidak-dibenarkan-ketika-tarawih-di-selangor/", "title": "Khidmat imam luar negara tidak dibenarkan ketika tarawih di Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pentadbir masjid, surau dan musolla di seluruh Selangor perlu menggunakan khidmat imam lantikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mengimamkan solat tarawih sepanjang Ramadan ini.\n\n\nExco Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, selain imam lantikan MAIS, imam yang dilantik kariah masjid berkenaan turut dibenarkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, khidmat imam luar negara tidak dibenarkan melainkan telah mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSolat tarawih hendaklah dilaksanakan sebanyak 20 rakaat dengan membaca surah atau ayat-ayat pendek.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPelaksanaan tazkirah hendaklah dilaksanakan selepas selesai solat sunat tarawih oleh penceramah bertauliah dan tempohnya tidak melebihi 20 minit,\u201d katanya menerusi kenyataan pada Khamis.\n\n\n\n\n\n\nUjarnya, pelaksanaan solat fardu, solat Jumaat dan aktiviti program melibatkan masjid dan surau dibenarkan dengan kapasiti penuh mengikut syarat ditetapkan.\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, berikutan peralihan fasa endemik Covid-19 yang sedang dilalui ketika ini, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBila Pejuang Agama Mahu Haramkan Rokok?\n\n\n\n\n\n\nPetisyen pilihan raya Gua Musang dibicarakan, Putrajaya ditolak\n\n\n\n\n\n\nBN cabar kemenangan kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu\n\n\n\n\n\n\nKeabsahan Sekolah Vernakular Disambung Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nBangunkan rakyat bermentaliti kelas pertama \u2013 Raja Muda Perlis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPihak pentadbir masjid, surau dan musolla serta jemaah digalakkan untuk memakai pelitup muka.\n\n\n\u201cSelain itu, individu yang mempunyai gejala atau kurang sihat tidak digalakkan hadir ke masjid dan surau,\u201d katanya. \u2013 SINAR HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/muda-bantah-jais-larang-umat-islam-lawat-rumah-ibadah-lain/", "title": "MUDA bantah JAIS larang umat Islam lawat rumah ibadah lain", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Parti MUDA hari ini mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk melarang isu yang tengah hangat diperkatakan membabitkan program \u2018Projek Artikel 11: Jom Ziarah\u2019.\n\n\nPresidennya, Syed Saddiq Abdul Rahman turut mempunyai pendirian sama dan tidak bersetuju terhadap peraturan ditetapkan oleh JAIS berhubung perkara itu.\n\n\nSyed Saddiq dalam satu kenyataan berkata berkata program dan usaha untuk menyemarakkan lagi keharmonian dan kesefahaman antara rakyat seharusnya disambut dengan baik oleh semua pihak di semua peringkat memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang majmuk.\n\n\n\u201cSelama ini saya pun banyak melawat kuil, gereja, tokong dan juga banyak membawa rakan-rakan bukan beragama Islam untuk datang ke masjid.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Catat 18 Kematian Covid-19\n\n\n\n\n\n\nDAP patut tinggalkan PH selepas PRU14 \u2013 Shahrir Samad\n\n\n\n\n\n\nPRU15: PH beri laluan kepada calon BN di DUN Tioman\n\n\n\n\n\n\nPH arah enam negeri runding dengan BN\n\n\n\n\n\n\nCadangan SPRM di bawah seliaan EAIC masih dalam penelitian\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSultan Johor, Duli\u00a0Yang\u00a0Maha\u00a0Mulia Sultan Ibrahim\u00a0ibni Almarhum\u00a0Sultan Iskandar juga melawat kuil semasa perayaan Hari Thaipusam sebagai menunjukkan sifat kehormatan dan toleransi dalam Malaysia.\n\n\n\u201cBerlapang dada lah sedikit\u2026bagaimana anak-anak Malaysia ingin hidup dalam masyarakat yang harmoni sekiranya mereka tidak memahami agama dan budaya serta kawan-kawan mereka yang lain?\u201d katanya \nmenerusi hantaran video berdurasi 1 minit 28 saat di akaun Twitternya semalam\u00a0 bagi mengulas kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berhubung perkara itu.\u00a0\n\n\nBeliau yang juga Ahli Parlimen Muar itu berkata dia telah pun\u00a0 melawat rumah ibadah penganut agama lain beberapa kali dan didapat tiada agenda untuk menjejaskan agama Islam di negara ini.\u00a0\n\n\nJelasnya,ahli-ahli MUDA yang terdiri daripada pelbagai latar belakang tidak pernah mempunyai masalah untuk bekerjasama ketika program kemasyarakatan diadakan.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nTambah Syed Saddiq, beliau dijemput kerana mewakili rakyat tanpa mempedulikan jenis agama, bangsa dan kefahaman politik mereka kerana kebajikan adalah tanggungjawabnya.\n\n\nDalam pada itu, beliau turut mempersoalkan sekiranya enakmen itu akan dipakai terhadap pemimpin-pemimpin besar negara jika melawat ke rumah-rumah ibadah tersebut.\n\n\nProgram itu anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di\u00a0 bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjemput belia khususnya bukan Kristian terlibat bersama dengan matlamat memberi pendedahan tentang persamaan dan perbezaan agama menerusi aktiviti lawatan dan kesukarelawan.\n\n\nSehubungan itu, Rabu lalu,\u00a0 Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menyatakan sebarang program membabitkan umat Islam di rumah ibadat agama lain adalah dilarang sama sekali di Selangor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/pdrm-tidak-kompromi-pihak-sentuh-sensitiviti-agama-kaum/", "title": "PDRM tidak kompromi pihak sentuh sensitiviti agama & kaum", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan kaum sehingga membangkitkan kegusaran awam.\n\n\n\n\n\n\nMenurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba membangkitkan kegusaran awam.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMasyarakat dinasihat tidak mengeluarkan atau berkongsi kenyataan yang mampu menjejaskan keharmonian kaum serta membangkitkan kegusaran awam.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPDRM memantau rapi situasi keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang dikesan mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama atau kaum yang mengganggu gugat keselamatan serta ketenteraman negara,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.\n\n\n\n\n\n\nTambah Acryl Sani, tahap keselamatan semasa terkawal dan PDRM memberikan komitmen untuk memastikan penguatkuasaan undang-undang dilaksana secara berterusan demi memastikan keselamatan kekal terjamin.\n\n\nDalam pada itu, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai isu berkenaan menyalurkannya ke balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya.\n\n\nTerdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan isu mengenai tindakan pihak tertentu yang didakwa cuba meniup sentimen kaum dan negara.\n\n\nPerdana Menteri ketika sidang media selepas mesyuarat Kabinet memaklumkan sudah mengarahkan seluruh pasukan keselamatan untuk berwaspada kerana pihak yang terdesak dan merasa tercabar akan menggunakan sentimen selain rakyat miskin akan diupah untuk menimbulkan apa-apa kekacauan. \u2013 AWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/perbuatan-cabar-islam-akan-terus-berlaku-jika-tidak-ambil-tindakan-tegas/", "title": "Perbuatan cabar Islam akan terus berlaku jika tidak ambil tindakan tegas", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Filem Mentega Terbang, Perarakan Wanita Sedunia promosi amalan songsang dan program lawatan ke gereja.\n\n\nTiga insiden yang berlaku kebelangan ini menyentuh sensitiviti umat Islam dianggap tidak disengajakan tetapi ia dipercayai dirancang, untuk menguji perasaan dan tindakan umat Islam.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya berkata, serangan-serangan halus terhadap umat Islam ini bakal menggugat perpaduan negara dan pasti akan menimbulkan perasaan marah sehingga benci-membenci di kalangan rakyat.\n\n\nMenerusi kenyataan di Facebook Aminuddin berkata, walaupun pihak berkuasa sedang melakukan siasatan namun hakikatnya telah terjadi dengan jayanya peristiwa ini yang boleh dipersoalkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tidak kompromi isu provokasi agama, tak halang protes\n\n\n\n\n\n\nBN tidak rebut kerusi, ikut persetujuan parti komponen\n\n\n\n\n\n\nProjek tebatan banjir RM600 juta dimulakan Jun ini\n\n\n\n\n\n\nSekolah perlu SOP tentukan hukuman murid : i-Guru\n\n\n\n\n\n\nCari jalan pendekkan kes mahkamah syariah, elak mangsa dizalimi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSerangan-serangan halus terhadap minda dan jiwa umat Islam sebegini sewajibnya tidak berlaku kerana saya yakin mereka tahu umat Islam akan marah. Kenapa masih berdegil dan terus menekan pemikiran umat Islam?\u00a0 Apa objektif mereka?\n\n\n\n\nKatanya, insiden yang berlaku itu tetap mengganggu perasaan, pemikiran dan sensitiviti umat Islam meskipun tidak pasti ia satu bentuk tekanan yang tersusun bertubi-tubi atau hanya kebetulan.\n\n\nMalah, serangan akidah, pemikiran dan tindakan yang dilakukan sepatutnya tidak berlaku kerana pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam.\n\n\n\u201cMacam mana mahu bersatu kalau umat Islam sentiasa ditekan? Logik akal pun takkan boleh terima,\u201d katanya.\n\n\nProgram \u2018Jom Ziarah Gereja\u2019 anjuran pertubuhan NGO, Impact Malaysia.\n\n\nTambah Aminuddin, peristiwa ini adalah sesuatu yang mustahil akan berlaku perpaduan dikalangan rakyat pelbagai agama.\n\n\nBeliau turut mempersoalkan bagaimana rakyat akan dapat menikmati perpaduan kalau saban hari umat Islam sentiasa ditekan?\n\n\nLebih malang katanya apabila perkara ini cuba ditimbulkan di dalam parlimen,\u00a0 apabila ada ahli parlimen ditekan sehingga beliau terpaksa menarik balik kenyataan yang mempersoalkan kejadian perarakan yang membawa unsur LGBTQ.\n\n\nTegas Aminuddin, jika kerajaan tidak mengambil tindakan yang tegas, perkara ini tidak akan berhenti disini malah akan ada lagi kejadian yang menekan pemikiran dan jiwa umat Islam.\n\n\nJelasnya, dalam keadaan pemimpin politik Melayu yang lemah dan berpecah ini maka amat mudah untuk pihak lain menjalankan agenda mereka.\n\n\nBeliau berkata, penyelesaiannya hanya boleh berlaku apabila kerajaan mengambil tindakan tegas dan orang Melayu dapat kembali bersatu.\n\n\nFilem Mentega Terbang yang ditayangkan pada 19 Januari 2023 dilihat mempersendakan agama Islam.\n\n\nPada 25 Februari lalu, penulis skrip Zabidi Mohamed mendedahkan filem Mentega Terbang yang ditayangkan pada 19 Januari 2023 dilihat mempersendakan agama Islam.\n\n\nSelain itu, Perarakan Hari Wanita Antarabangsa 2023 yang digelar sebagai Women\u2019s March tular baru-baru ini dipercayai menyampaikan mesej-mesej berunsur amalan songsang dan LGBT.\n\n\nManakala program \u2018Jom Ziarah Gereja\u2019 anjuran sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Impact Malaysia di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengajak belia bukan beragama Kristian untuk menyertainya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/program-ziarah-gereja-dan-kuil-dibatalkan-poster-diturunkan-sumber/", "title": "Turunkan poster, program ziarah gereja dibatalkan \u2013 Sumber", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Program Jelajah rumah ibadat yang dianjurkan sebuah pertubuhan di bawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan, KBS, pada hujung minggu ini sudah dibatalkan.\n\n\nSumber memberitahu\u00a0 TV Pertiwi, kedua-dua program anjuran NGO Impact Malaysia itu iaitu satu di gereja Church of Lady Lourdes di Klang, Selangor yang dijadualkan pada Sabtu ini dan ke kuil Shree Lakshmi Narayan di Jalan Ipoh Kuala Lumpur pada Ahad telah dibatalkan.\n\n\nIa dipercayai atas kebimbangan beberapa pihak membabitkan pertubuhan bukan Islam dan orang ramai serta pandangan ilmuwan Islam.\n\n\nSementara itu, dalam tinjauan TV\u00a0 Pertiwi, poster hebahan mengenai program itu di Facebook rasmi Impact Malaysia sudah diturunkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRamasamy bawa agenda \u2018Malaysian Malaysia\u2019 \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nJangka Masa Kempen Media \u2018Mainstream\u2019 Terlalu Pendek\n\n\n\n\n\n\nFasa Bertahan, Dipinggir Di Negara Sendiri?\n\n\n\n\n\n\nPemuda ISMA bantah KKM keluarkan cecair nikotin daripada Akta Racun\n\n\n\n\n\n\nWujudkan pegawai agama di hospital\n\n\n\n\n\n\n\n\nPoster itu sebelum ini yang dimuat naik NGO berkenaan telah dikongsi oleh aktivis\u00a0 \nChe\u2019GuBard Original.\n\n\nPoster asal yang dimuat naik oleh NGO Impact Malaysia yang dikongsi aktivis CheGuBard, sudah diturunkan oleh Impact Malaysia.\n\n\nSebaliknya terdapat satu majlis lain yang diumumkan dibatalkan\u00a0 pada tarikh yang sama dengan program jelajah rumah ibadah.\n\n\nTV Pertiwi cuba menghubungi Impact Malaysia pada nombor yang tertera pada halaman NGO berkenaan, untuk bertanyakan status terkini program berkenaan namun sehingga berita ini ditulis, masih tidak mendapat sebarang jawapan.\n\n\nSementara itu, Pengerusi Majlis Agama Islam MAIS, \u00a0\nTan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof\n berkata MAIS t\nurut mempersoalkan risalah dan iklan bagi program Jom Ziarah gereja itu yang masih tidak melakukan pindaan yang mengatakan ia dikhaskan kepada orang bukan Islam. \n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMAIS berpandangan program ini mempunyai unsur-unsur bagi menarik minat belia khususnya belia Islam untuk mempelajari atau menimba ilmu berkaitan dengan agama selain daripada agama Islam. Program sebegini jika dibenarkan untuk dianjurkan boleh mempengaruhi pemikiran para belia Islam secara halus dan tanpa disedari untuk cenderung atau tertarik dengan agama selain dari agama Islam yang sedang dianuti oleh mereka.\u201d -Pengerusi Majlis Agama Islam MAIS, \u00a0\nTan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof\n\u00a0\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian dalam satu kenyataan MAIS pada hari ini.\n\n\nKatanya program itu juga bercanggah dengan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Dalam Kalangan Orang Islam) 1988 iaitu melarang penyebaran agama selain Islam kepada orang Islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/sultan-selangor-titah-pelihara-hutan-simpan-kekal/", "title": "Sultan Selangor titah pelihara hutan simpan kekal", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah supaya kawasan hutan simpan kekal di Selangor yang berkeluasan 108,000 hektar, terus dipelihara.\n\n\nMenurut hantaran Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda turut mencadangkan kerajaan negeri melanjutkan tempoh dasar pembalakan pemantauan, yang kini ditetapkan selama 25 tahun, untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan di dalam hutan simpan kekal sejak 2009.\n\n\n\u201cBaginda juga menitahkan supaya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, yang memiliki ijazah dalam Ekologi dan Biologi Alam Sekitar, untuk memantau rapat usaha mengekalkan persekitaran hijau di Selangor, dengan sasaran penanaman tidak kurang 11 juta pokok menjelang 2026.\n\n\n\u201cBaginda turut berpandangan bahawa kerjasama antara Jabatan Perhutanan dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam usaha pemuliharaan serta kajian berterusan akan membolehkan kawasan hutan simpan kekal ini dimanfaatkan ke arah memelihara warisan geologi, budaya dan biologi sebagai Geopark Kebangsaan yang ketujuh di Malaysia,\u201d menurut hantaran itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEmpat beradik maut dalam kebakaran di Muar\n\n\n\n\n\n\nPolis kesan dua warga Singapura\n\n\n\n\n\n\nMALAYSIA BUKAN NEGARA YANG SIHAT\n\n\n\n\n\n\nBanjir kilat dijangka landa 6 negeri dalam 24 jam\n\n\n\n\n\n\nKPM tumpu cabaran ekonomi bukan iktiraf sijil UEC\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSultan Sharafuddin turut berkenan supaya nama hutan simpan kekal di Selangor, dinamakan semula sebagai Hutan Warisan Diraja Negeri Selangor ketika dilancarkan secara rasmi Ogos ini.\n\n\nTerdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) baharu, Azhar Ahmad dan bekas pengarah, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid di Istana Bukit Kayangan, di sini.\n\n\n\n\nTurut berkenan berangkat, Raja Muda Selangor.\n\n\n\n\nPada pertemuan itu, Sultan Selangor disembah maklum mengenai perkembangan terkini usaha pembangunan dan pewartaan kawasan rizab hutan simpan Taman Warisan Negeri Selangor menerusi Pelan Induk 2023-2032. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/terlibat-sindiket-penipuan-2-warga-uk-dihukum-penjara-dan-denda/", "title": "Terlibat sindiket penipuan, 2 warga UK dihukum penjara dan denda", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nMahkamah Sesyen Butterworth hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM100,000\u00a0 terhadap dua lelaki warga United Kingdom atas pertuduhan terlibat dalam sindiket penipuan atas talian antarabangsa berjumlah hampir RM53,000.\n\n\nTertuduh, Lloyd George Bedwell, 48, dan Roger Hoi Wing Wu, 46, mengaku bersalah ketika dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa dalam Bahasa Inggeris di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.\u00a0\n\n\nMengikut dua pertuduhan itu, Lloyd dan Roger bersama seorang lagi yang masih bebas iaitu Jacob Yazdi didakwa telah menipu dua warga Austria, Trevor Ronald John Curtis dan Kimberley John Buist Walker.\u00a0\n\n\nTertuduh dipercayai melakukan kesalahan itu bagi memperdayakan mangsa untuk mempercayai mereka dijamin akan mendapat keuntungan tinggi daripada satu pelaburan jangka masa singkat menerusi pembelian saham di syarikat dikenali sebagai Devon Energy Corporation.\u00a0\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelancong LGBTQ kini dibenar masuk Arab Saudi\n\n\n\n\n\n\nGelar kerajaan zina, calon PN Parlimen Padang Serai perlu disiasat \u2013 Fahmi Fadzil\n\n\n\n\n\n\nRayuan Haji ditutup sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji (TH)\n\n\n\n\n\n\nPemimpin negara tidak mempunyai visi seolah-olah sedang berjalan di satu lorong gelap\n\n\n\n\n\n\nPDRM nafi jadi dalang kegiatan seludup mercun\n\n\n\n\n\n\n\n\nKedua-dua mangsa telah menyerahkan wang berjumlah AUD8,991.92 (RM27, 018.28) serta AUD 8,573 (RM25, 759.54) ke dalam akaun RHB Bank Berhad milik MB International Sdn Bhd.\u00a0\u00a0\n\n\nKesalahan itu didakwa dilakukan di Island Plaza Tower, Tanjong Tokong, Pulau Pinang pada 16 Disember 2022 dan 5 Januari 2023.\u00a0\n\n\nKedua-dua tertuduh itu diarahkan menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh mereka ditahan pada 21 Februari lalu dan mereka juga perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.\u00a0\n\n\nBerikutan itu, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.\n\n\nPihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib, Noor Azura Zulkifli dan Afiqa Liyana Rozman manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam V. Muniandy dan A. Ashok.\n\n\nSebelum ini, SPRM membongkar satu sindiket \u2018scammer pelaburan\u2019 \nyang didalangi warga UK bersama beberapa negara lain kerana turut terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram serta rasuah menerusi Op Tropicana."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/tiada-cedera-kemalangan-jiwa-kebakaran-di-unit-farmasi-htjs/", "title": "Tiada cedera, kemalangan jiwa kebakaran di unit farmasi HTJS", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran yang berlaku di Unit Farmasi, Hospital Tuanku Jaafar Seremban petang semalam.\n\n\nPengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata kebakaran itu berlaku di salah satu ruang di Jabatan Farmasi, hospital berkenaan pada jam 4:05 petang pada Jumaat.\n\n\nKatanya, pasukan keselamatan dan petugas hospital telah bertindak dengan pantas membantu mengawal kebakaran sementara menanti ketibaan pihak bomba.\n\n\nPasukan bomba Jalan Rahang bertindak memadamkan api sehingga selesai.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPEJUANG belum sedia letak calon hadapi PRN\n\n\n\n\n\n\nHarga maksimum minyak masak botol kekal\n\n\n\n\n\n\nTak cukup lagi ke orang Melayu berkorban?\n\n\n\n\n\n\nBekas ADUN Bukit Kayu Hitam meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nPengambilan vaksinasi Covid-19 tunjuk peningkatan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan berkata siasatan juga sedang dijalankan pihak Bomba dan Penyelamat.\n\n\nSemalam, api marak di bahagian berisiko tinggi di lokasi kebakaran yang juga berdekatan dengan saluran paip oksigen.\n\n\n\n\nNo fire alarms were heard going off despite a large fire breaking out at the Pharmacy Department of Tuanku Ja'afar Hospital Seremban (HTJS) in Negeri Sembilan at approx 4.15pm on March 16, 2023. A doctor asks if there were smoke detectors and why fire extinguishers weren't used. \npic.twitter.com/wEEFuOZ0cm\n\n\n\u2014 CodeBlue (@codebluenews) \nMarch 17, 2023\n\n\n\n\nMemetik ciapan CodeBlue, lokasi kebakaran hanya terletak beberapa meter dari saluran oksigen ke bilik bedah dan unit rawatan rapi, ICU.\n\n\nCiapan itu juga bertanyakan apakah hospital yang dibina pada tahun 1969 itu telah menerima sijil keselamatan kebakaran yang dimohon sejak tahun 2017.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nA statement by the Negeri Sembilan state health director reports no casualties or injuries from the March 16 fire at HTJS. \n\n\nIt is unknown if HTJS has managed to obtain a fire cert.\n\n\nMOH has yet to publish the findings of the independent inquiry into the deadly 2016 HSAJB fire. \npic.twitter.com/RmASrfYczc\n\n\n\u2014 CodeBlue (@codebluenews) \nMarch 17, 2023"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/17/wajar-tolak-sis-perjuangan-bercanggah-dengan-ajaran-islam/", "title": "Wajar tolak SIS, perjuangan bercanggah dengan ajaran Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nWanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) meluahkan kesyukuran dengan keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang menolak rayuan Sisters In Islam (SIS Forum) untuk membatalkan fatwa mengisytiharkan organisasi itu sebagai sesat dan menyeleweng.\n\n\nKetua Wanita Isma, Dr Suriani Sudi \nmerasakan ia adalah hadiah Hari Wanita buat tahun 2023 kerana dapat menyekat gerakan yang tidak selari dengan agama Islam yang sebenar.\n\n\n\u201cKeputusan SIS sebagai kumpulan yang sesat menunjukkan perjuangan mereka mesti ditolak kerana tidak selari dan bertentangan dengan Islam,\u201d beliau berkata demikian seperti dilapor Ismaweb.\n\n\nKenyataan media yang dibuat oleh SIS berkenaan keputusan mahkamah behubung permohonan\u00a0\nuntuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor.\n\n\nTambahnya, SIS mendakwa mereka pejuang hak wanita, sebaliknya perjuangan mereka hanya berasaskan kepada feminisme dan liberalisme.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tegas tolak kebobrokan, tebus semula maruah bangsa \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah biasa dengan perpecahan \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nKu Li dilantik sebagai Penasihat UMNO\n\n\n\n\n\n\nTiada kompromi kepada polis terbabit pertubuhan haram \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap Sanusi masih belum selesai \u2013 Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSIS juga telah mengundur ke belakang apabila berlebihan dalam menuntut hak wanita setaraf dengan lelaki tanpa melihat kepada sifat dan kejadian fitrah wanita.\n\n\n\u201cPertubuhan itu keterlaluan apabila mendakwa Islam merendahkan wanita yang diwajibkan menutup aurat, mentaati suami dan membenarkan poligami,\u201d ujarnya lagi.\n\n\nMengulas lanjut, pertubuhan itu juga tidak melihat maruah, hak dan kedudukan wanita Islam yang diangkat martabatnya.\n\n\nPada 31 Oktober 2014 lalu, pengasas SISI Forum, Zainah Mahfoozah Anwar, dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.\n\n\nBagaimanapun, Selasa lalu Mahkamah Rayuan, Putrajaya menolak rayuan permohonan SIS Forum untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar pada 14 Mac 2023."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/18/anwar-guna-kuasa-pm-perangi-rasuah-meskipun-diugut-pelbagai-pihak/", "title": "Anwar guna kuasa PM perangi rasuah meskipun diugut pelbagai pihak", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui menerima pelbagai desakan, tekanan dan ugutan dari pelbagai pihak yang berniat untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya.\u00a0\n\n\nBeliau yang juga Presiden PKR itu berkata beliau terpaksa bersabar dan berdepan dengan cabaran serta serangan selama empat bulan sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.\n\n\n\u201cIni gelanggang saya, empat bulan saya bersabar, saya bicara secara teratur dan hari ini saya bicara sebagai Presiden PKR iaitu sebagai gerakan reformasi. Saudara mahu ugut kita dengan mengadakan perhimpunan, ugut kita takut untuk bertindak perangi rasuah, saudara salah pilih Perdana Menteri.\n\n\n\u201cSaya tak makan ugutan itu, ada kuasa kita laksanakan, kamu cuba nak rampas kerajaan?\u00a0 Silakan tetapi tidak mudah kerana kita siap dengan keris,\u201d katanya ketika ucapan dasar Presiden\n\u00a0pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor hari ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEnam bulan hilang di Mekah, Ustaz Musthafa disahkan meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nPaludan tidak berhenti provokasi, ancam bakar lagi tiga Al-Quran\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Perkara 152 dan Akta 342\n\n\n\n\n\n\nKhairy mula tugas di Hot FM 15 Februari ini\n\n\n\n\n\n\nTH gesa 31,600 bakal haji segera jawab surat tawaran\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Anwar yang dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu turut menegaskan kerajaan tidak akan melepaskan sesiapa sahaja dari kewajipan membayar cukai malah siasatan dijalankan sekiranya mendapati ada pihak melindungi \u2018tauke\u2019 besar daripada berbuat demikian.\u00a0\n\n\nBeliau turut memaklumkan kerajaan hari ini bukan membawa agenda \u2018kekeluargaan atau kroni\u2019 semata-mata sebaliknya mempertahankan agenda rakyat berbilang bangsa tanpa mengabaikan hak Bumiputera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/18/imigresen-tahan-61-warga-asing-dalam-serbuan-perkampungan-haram/", "title": "Imigresen tahan 61 warga asing dalam serbuan perkampungan haram", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nJabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya memberkas seramai 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam serbuan di perkampungan haram yang dibina dalam ladang kelapa sawit berhampiran Taman Perindustrian Air Hitam, Klang semalam.\n\n\nKetua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata serbuan bermula pada jam 11.30 malam itu dijalankan susulan aduan yang diterima daripada penduduk serta pemantauan termasuk menggunakan dron dan risikan pihaknya.\n\n\nMemetik Berita Harian, Khairul Dzaimee berkata berdasarkan kepada struktur jalan konkrit dan beberapa kemudahan lain termasuk kedai runcit serta gelanggang untuk beriadah itu menyebabkan penempatan tersebut dipercayai dibina sejak lima ke enam tahun lalu.\u00a0\n\n\n\u201cSemua yang ditahan warga Indonesia berusia lingkungan enam bulan hingga 60 tahun terdiri daripada 23 lelaki, 20 wanita dan 18 kanak-kanak\u2026 dianggarkan sekitar 30 individu berjaya melarikan diri,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBadan Kehakiman Diugut : Pandangan Sebelah Lagi\n\n\n\n\n\n\nRamasamy akan kempen seluruh negara gesa mansuhkan SOSMA\n\n\n\n\n\n\nRas Adiba umum sertai BERSATU, sokong PN bela OKU\n\n\n\n\n\n\nNegara wajar cari alternatif baharu hadapi krisis global \u2013 Sultan Nazrin\n\n\n\n\n\n\nUPIN IPIN meninggal?\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Khairul Dzaimee, struktur konkrit yang dibina PATI bagi menyulitkan perjalanan masuk pihak berkuasa itu menyukarkan mereka untuk dikesan selain lokasi penempatan haram yang agak tersorok.\u00a0\n\n\nBeliau berkata siasatan awal juga mendapati PATI terbabit menjalankan beberapa aktiviti seperti bercucuk tanam, menternak ayam dan bekerja dalam perkhidmatan pembersihan di kawan sekitar bagi menyara hidup mereka.\u00a0\n\n\nOperasi penguatkuasaan oleh JIM itu turut mendapati 40 rumah kayu didirikan di sepanjang 300 meter tebing Sungai Langat Kecil manakala bau busuk dan hancing memenuhi kawasan.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, selain gaya hidup PATI dengan membuang sampah sarap merata tempat dan tidak mempunyai tandas yang sempurna \nsebaliknya dibina dengan sisanya terus dibuang ke dalam sungai menambahkan bau busuk tersebut.\n\n\nMenurut Khairul Dzaimee, kesemua PATI yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1958/63."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/18/kurang-hadiri-masjid-belia-wajar-imarahkan-rumah-allah/", "title": "Kurang hadiri masjid, belia wajar imarahkan rumah Allah", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nSekitar lima hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut bulan suci Ramadan.\n\n\nJusteru, umat Islam di negara ini, wajar memberi fokus terhadap persediaan fizikal dan spiritual dalam menyambut Ramadan tahun ini.\u00a0\n\n\nUstaz Zahir menyarankan agar belia untuk sedar akan kewujudkan masjid saat menjelang bulan ramadan ini\n\n\nBagaimanapun, Ketua Pengarah Program Ihya Ramadan Masjid Al-Hasanah, Ustaz Zahir Talib memaklumkan kesedaran belia umat Islam terhadap kehadiran bulan yang mulia ini kian hilang dan kurang mengimarahkan suasana masjid dan surau di negara ini.\u00a0\n\n\nUstaz Zahir Talib memaklumkan kehadiran ahli jemaah di masjid masih lagi terdapat kekosongan oleh golongan remaja serta pemuda di negara ini meskipun pelbagai aktiviti sudah dilaksanakan bagi menarik pengunjung untuk menghidupkan masjid.\u00a0\n\n\nPelajar Tahfiz Masjid Al-Hasanah turut membantu membersihkan kawasan di sekitar masjid sebagai persiapan awal sebelum masuknya bulan yang mulia ini\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui hari ini semasa program gotong-royong Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi, sebagai persedian menyambut Ramadan.\n\n\nUstaz Zahir turut berkata, di Masjid Al-Hasanah, pihaknya bakal mengaktifkan beberapa program bagi menarik remaja di sekitarnya untuk lebih melibatkan diri di dalam suasana ibadah agama Islam.\u00a0\n\n\nOleh itu, beliau berkata institusi masjid di negara ini sememangnya telah banyak mengadakan program yang menarik dan bermanfaat serta berharap golongan belia dapat membantu mengimarahkan masjid terutama dalam menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/18/perkasa-gesa-syed-saddiq-lebih-peka-isu-agama-islam/", "title": "PERKASA gesa Syed Saddiq lebih peka isu agama Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nPertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) tampil menyifatkan kenyataan Presiden MUDA, Syed Saddiq baru-baru ini adalah bersifat liberal serta berani mencabar keputusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung larangan isu melawat rumah ibadat.\u00a0\n\n\nPihaknya turut menyarankan agar Ahli Parlimen Muar itu untuk lebih memahami perkara-perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini.\u00a0\n\n\nAzrol Mansor menyarankan agar Syed Saddiq kembali memahami semula apa yang dimaksudkan dengan Perkara 11 di dalam Perlembagaan Persekutuan di dalam negara ini\n\n\nMenerusi kenyataan kepada TV Pertiwi hari ini, Ahli Dewan Tertinggi PERKASA Malaysia. Azrol Mansor, pihaknya menggesa Syed Saddiq untuk lebih sensitif kepada isu yang melibatkan Islam iaitu agama rasmi di negara ini.\u00a0\n\n\nAzrol\u00a0 Mansor turut mempersoalkan adakah Syed Saddiq turut bersetuju dengan tindak tanduk setengah pihak yang sedang mengancam ketuanan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.\u00a0\n\n\nSyed Saddiq telah mencabar larangan yang dikeluarkan oleh JAIS berhubung melawat rumah ibadat menerusi video tular di Twitternya.\n\n\nTambah beliau, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen yang beragama Islam harus lebih menghayati kandungan serta perkara yang termaktub di dalam Perkara sebelas kurungan 4 Perlembagaan Persekutuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/19/anwar-mengakui-kerajaan-pimpinannya-ada-kelemahan-tidak-sempurna/", "title": "Anwar mengakui kerajaan pimpinannya ada kelemahan, tidak sempurna", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nMelihat kepada kegelojohan parti- parti politik yang sering merebut kuasa, jawatan yang kian membelenggu negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil mengakui kerajaan yang dipimpinnya masih lagi tidak sempurna.\u00a0\n\n\nDatuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan pimpinannya giat berusaha dalam menampilkan solusi serta formula yang bagi membantu negara ini\n\n\nBagaimanapun, beliau berkata \nformula dan usaha terbaik telah dilakukan setakat ini buat negara.\n\n\nMenerusi kenyataan di Facebook, Anwar mengakui kelemahan kerajaan pimpinannya apabila jatuhnya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta menyarankan agar kisah itu dijadikan teladan buat kerajaan hari ini.\u00a0\n\n\nBeliau turut memaklumkan jawatan sememangnya penting namun ia bukanlah segala-galanya dalam perjuangan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M sedia kembali bersama Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nAnwar berdepan cabaran raih undi orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nKKM tidak kompromi jika pegawai langgar garis panduan WHO FCTC\n\n\n\n\n\n\nKurangkan peruntukan Ahli Parlimen akan jejas pembangunan, kemajuan \u2013 Rosol\n\n\n\n\n\n\nRafizi bagi 4 sebab kenapa kerajaan tidak benar keluar KWSP\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, \nmenyeru agar seluruh pimpinan dan anggota parti tekal dalam menyampaikan hujah yang didukung fakta dan penuh hikmah serta kasih sayang.\n\n\nAnwar turut menegaskan kerajaan pimpinannya tidak akan memberi muka terhadap mana-mana provokasi perkauman serta keagamaan yang boleh menjatuhkan usaha Kerajaan Perpaduan bagi menyelamatkan negara ini dalam masa yang panjang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/19/dap-gesa-tun-m-henti-main-sentimen-perkauman/", "title": "DAP gesa TUN M henti main sentimen perkauman", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Parti DAP menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad masih ditakuk yang sama kerana memainkan sentimen perkauman bahawa Melayu akan hilang kuasa tidak lama lagi.\u00a0\u00a0\n\n\nSetiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya amat dukacita dengan kenyataan bekas Perdana Menteri itu kerana tidak mencerminkan dirinya sebagai negarawan.\u00a0\n\n\n\u201cTiada sebarang hakikat ataupun keadaan di mana orang Melayu hilang kuasa, Perdana Menteri adalah Melayu\u2026kebanyakan menteri adalah Melayu, kesemua institusi masih dipegang oleh orang Melayu, Ketua Setiausaha Negara juga Melayu\u2026Jadi dimana orang Melayu hilang kuasa?\u201d\n\n\nAnthony Loke berkata, tiada sebarang keadaan menyaksikan Melayu bakal kehilangan kuasa apabila jawatan Perdana Menteri dan kebanyakkan menteri ketika ini adalah orang Melayu.\u00a0\n\n\nBeliau turut menasihati bekas ahli parlimen Langkawi itu untuk menyatupadukan rakyat dan memajukan negara dengan pengaruh yang dimiliki.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZahid amalkan `kuku besi\u2019 jatuhkan hukuman\n\n\n\n\n\n\nMalapetaka kepada Anwar jika Najib, Ahmad Zahid bebas\n\n\n\n\n\n\nTiga Jawatan TPM Bakal Dimasukkan Dalam Manifesto BN Sabah \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri tak setuju 2 jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nZahid sahkan lantik Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi Mara\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata pada sidang media di Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang 2023 di Butterworth Arena hari ini.\u00a0\n\n\nHadir sama, Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.\n\n\nMedia pada 4 Mac lalu melaporkan, Mahathir yang dijemput sebagai ahli panel dalam sebuah program dialog di Putrajaya mendakwa orang Melayu akan hilang kuasa sepenuhnya di negara ini selepas dua kali Pilihan Raya Umum (PRU).\n\n\nIa susulan kekuatan dominan bangsa Melayu dalam suasana politik ketika ini semakin teruk terhakis selepas PRU15"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/19/gta-akan-kerjasama-dengan-pn/", "title": "GTA akan kerjasama dengan PN?", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Desas-desus gabungan di antara Gerakan Tanah Air (GTA) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang masih menjadi tanda tanya.\n\n\nPengerusi GTA, Tun Mahathir Mohamad enggan mengulas lanjut apabila ditanya berkenaan status gabungan tersebut pada PRN kelak.\n\n\nSebelum ini, media melaporkan GTA bersedia untuk menyertai PN bagi membentuk gabungan Melayu terbesar di negara ini.\n\n\nBagaimanapun, Ketua Setiausaha GTA, Datuk Marzuki Yahya berkata tiada sebarang perbincangan melibatkan penyertaan di antara GTA dan PN.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPopulasi umat Islam kedua terbesar selepas Kristian di seluruh dunia\n\n\n\n\n\n\nOperasi mencari kru kapal jatuh laut diteruskan\u00a0\n\n\n\n\n\n\nTanah Rizab Melayu menurun di tiga negeri antara tahun 2021-2022\n\n\n\n\n\n\nPemilihan Putera, Puteri 2023, mampukah tarik penyokong muda kepada UMNO?\n\n\n\n\n\n\nKelantan kotor, air tidak berkualiti, jalan berlubang\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, pertemuan tertutup antara Pengerusi GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini hanya membincangkan kedudukan serta nasib orang Melayu di negara ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/19/kerajaan-patut-fokus-perancangan-henti-rintih-perkara-lepas/", "title": "Kerajaan patut fokus perancangan, henti rintih perkara lepas", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kerajaan perlu beri perancangan yang jelas terhadap kemajuan orang Melayu serta membela nasib rakyat dalam bentuk jangka masa panjang agar tidak jauh ketinggalan.\u00a0\n\n\nTimbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Aminuddin Yahaya berkata rakyat mahu dengar perancangan yang teliti dan bukan hanya merintih perkara yang lepas tanpa jalan penyelesaian.\n\n\nMenurut Aminuddin, kerajaan perlu memberi bantuan yang lebih baik selain hanya strategi \u201cone-off\u201d seperti memasukkan RM500 ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Rakyat (KWSP).\n\n\nKatanya, orang Melayu dah jauh ketinggalan serta semakin terpinggir. J\nika tidak ada satu pelan intervensi maka dibimbangi 10 tahun lagi orang Melayu akan jadi pengemis di bumi sendiri.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu fokus bangunkan negara\n\n\nPada masa sama, Aminuddin berkata kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang Malaysia ini milik semua membawa maksud yang mengelirukan sedangkan majoriti rakyat dalam negara adalah kaum Melayu.\n\n\nBeliau mempersoalkan jika negara ini milik semua, mungkin Tanah Rezab Melayu akan terus dikorbankan dan menjadi milik semua orang disebabkan tiada strategi untuk dipulangkan serta ekonomi negara kini dimonopoli oleh satu kaum sahaja.\n\n\nJelas beliau, kerajaan perlu berpegang kepada perlembagaan yang sudah mengambil kira semua aspek dan bukan hanya ingin puaskan hati sesetengah pihak sahaja.\n\n\nSebelum ini, Anwar memberi ucapan dasar Kongres Keadilan 2023 bertemakan Malaysia Madani: Pelaksanaan Sebuah Idealisma serta merasmikan persidangan itu pada Sabtu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/19/lima-sekolah-di-johor-belum-boleh-beroperasi/", "title": "Lima sekolah di Johor belum boleh beroperasi", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Meskipun hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2023/2024 di Johor, n\namun lima buah sekolah di negeri ini masih tidak dapat memulakan sesi persekolahan akibat bencana banjir.\n\n\nPengarah Pendidikan Negeri Johor, Md Said Md Daimon berkata, ia melibatkan tiga buah sekolah di Batu Pahat dan dua lagi sekolah di Segamat.\n\n\nMd Said berkata tiga sekolah yang terjejas di Batu Pahat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Mendapat, SK Tanjung Semberong dan SK Sri Nasib Baik.\n\n\n\u201cDua sekolah ini mengalami masalah ketiadaan elektrik, yang mana masih belum mendapat pengesahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk digunakan. Ia dijangka akan mula beroperasi pada esok selepas disahkan selamat oleh JKR,\u201d katanya.\n\n\nSMK Chaah, Segamat antara sekolah yang terlibat banjir sebelum ini\n\n\nManakala dua sekolah di Segamat iatitu SK Pogoh dan SMK Buloh Kasap dijangka akan mula beroperasi pada hari esok selepas disahkan selamat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).\u00a0\n\n\nTambanya, tiga sekolah di Batu Pahat terbabit dengan banjir itu disebabkan dinaiki air ataupun laluan ke sekolah itu yang masih lagi dinaiki air.\n\n\nDalam pada itu Md Said berkata sebanyak 40 sekolah di daerah ini masih dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir termasuk pelajar sekolah.\n\n\nKatanya, proses pembersihan sekolah masih lagi berjalan dan pihaknya sedang menyusun jadual sukarelawan yang akan membantu proses itu.\n\n\nSetiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata situasi banjir di Johor terus menunjukkan perkembangan yang baik apabila jumlah mangsa banjir pagi tadi berkurang kepada 17,125 orang dari 4,907 keluarga berbanding semalam 19,041 mangsa dari 5,424 keluarga."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/19/tun-m-yakin-anwar-dalang-lokasi-penganjuran-proklamasi-melayu-dibatalkan/", "title": "Tun M yakin Anwar dalang lokasi penganjuran Proklamasi Melayu dibatalkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Majlis Proklamasi Orang Melayu yang sepatutnya diadakan pada hari ini telah dibatalkan kerana semua tempat yang telah dibuat tempahan menarik balik tawaran atas arahan pihak tertentu.\n\n\nBekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata beliau hampir pasti dalang di sebalik arahan tersebut datang daripada kerajaan sendiri atas arahan Perdana Menteri.\n\n\nKami tiada bukti. Tapi negara ini tanggungjawab Perdana Menteri. Perkara sebegini tidak akan berlaku tanpa arahan Perdana Menteri. Jadi kami percaya Perdana Menteri adalah dalang di sebalik perhimpunan.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media khas apabila ditanya berhubung pihak yang bertanggungjawab membatalkan dua tempat tempahan Majlis Proklamasi Orang Melayu di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat PUTRA Malaysia, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nKatanya, tindakan tersebut memberi gambaran pihak kerajaan takut dengan bayang-bayang sendiri apabila suara ketidakpuasan hati rakyat dilihat sebagai satu bentuk ancaman.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP ibarat membaling batu di tengah khalayak ramai \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nImej Rasuah Dalam Umno Perlu Dibuang, Malays Never Learn\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Mungkin Tiada Dalam Senarai Watikah \u2013 Sumber Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nHakim Kecewa Guan Eng Buat Kenyataan Luar Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nZahid ingatkan PAS jangan berangan sertai Kerajaan PH-BN\n\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan sekarang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Kalau difikirkan, kenapa nak takut dengan saya? Saya orang baik, dalam pilihan raya lalu, saya kalah teruk. Tetapi hari ini kita lihat banyak halangan, media dihalang, tiada perkara buruk tentang kerajaan boleh dicetak. Jika anda membaca akhbar, anda fikir kerajaan ini adalah yang terbaik di dunia, sedangkan sebenarnya ia tidak memenuhi keperluan rakyat, khususnya orang Melayu.\n\n\nTambah beliau, tindakan sebegini hanya akan menunjukkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan kaedah diktator kerana tidak membenarkan perhimpunan ini diadakan.\n\n\nMenurut Tun Mahathir, kerajaan turut menampakkan diri mereka sebagai hero melawan rasuah, namun perang yang dilancarkan hanya ditujukan khusus untuk parti lawan.\n\n\nBeliau berkata parti dalam kerajaan tidak disiasat walaupun jelas menampakkan ada parti yang menggunakan duit yang banyak ketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.\n\n\nPerhimpunan Proklamasi Melayu anjuran Sekretariat Tanah Air yang dirancang hari ini terpaksa dibatalkan susulan dua lokasi yang mahu dianjurkan telah dibatalkan.\n\n\nSebelum ini, lokasi pertama perhimpunan tersebut adalah di Hotel Impiana, Kuala Lumpur namun telah ditukar ke IDeal Convention Center, Selayang tetapi turut dibatalkan.\n\n\nSusulan itu, Perhimpunan Proklamasi melayu dibatalkan dan diganti dengan sidang media khas Tun Mahathir yang diadakan di Ibu Pejabat Parti Putra."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/19/wan-rosdy-khaled-dan-johari-berjaya-merebut-jawatan-naib-presiden-umno/", "title": "Wan Rosdy, Khaled dan Johari berjaya merebut jawatan Naib Presiden UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nSetakat pagi tadi, dua muka baharu dilihat berjaya mengisi tiga tempat jawatan dalam merebut Barisan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu.\u00a0\n\n\n\n\nDua muka baharu berkenaan merupakan, Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani setelah berjaya melepasi undi kemenangan menerusi keputusan dari 159 bahagian.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut mengesahkan kemenangannya buat jawatan berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS tak boikot Dominic, cuma kekurangan ahli\n\n\n\n\n\n\nNik Abdul tidak bertanding bukan disebabkan Mohd Amar\n\n\n\n\n\n\nMulai Rabu tidak perlu lagi pelitup muka dalam pengangkutan awam, hospital\n\n\n\n\n\n\nPerodua AXIA 2023 terima 20,100 tempahan\n\n\n\n\n\n\nTun M ditahan di IJN kerana jangkitan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, Wan Rosdy berjaya meraih sebanyak 111 undi daripada 189 bahagian, manakala Khaled dengan seratus\u00a0 undi dan sembilan puluh tiga\u00a0 undi dimiliki Johari.\u00a0\n\n\n\n\nIni menjadikan Wan Rosdy, Khaled dan Johari berjaya merebut tiga kedudukan teratas Naib Presiden UMNO pada pemilihan kali ini.\u00a0\n\u00a0\n\n\nPada masa sama, saingan yang dilihat gagal memasuki tiga kedudukan teratas itu ialah Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid apabila hanya meraih 30 undi di kedudukan yang ketujuh.\u00a0\n\n\nDatuk Seri Azalina Othman merupakan antara penyandang buat jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu tahun ini.\n\n\nBagaimanapun, buat penyandang Naib Presiden UMNO yang lain iaitu Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilihat mustahil untuk menaiki kedudukan tiga teratas kerana bahagian hanya tinggal 30 sahaja walaupun belum mengemukakan keputusannya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/16-senator-dilantik-ahli-dewan-negara/", "title": "16 Senator dilantik Ahli Dewan Negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Seramai 16 Senator mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim hari ini.\n\n\nRais dalam ucapannya berkata, pelantikan itu menjadikan jumlah keseluruhan Ahli Dewan Negara sekarang berjumlah 64 ahli.\n\n\nBeliau turut berharap, mereka yang dilantik dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin, mengikut lunas perlembagaan.\n\n\n\u201cSetiap ahli perlu mempunyai sifat ulung iaitu perlu gemar dan kuat membaca, meneliti setiap isu dan rang undang-undang, menyalurkan buah fikiran demi kebaikan Malaysia dan seterusnya bertanggungjawab membina negara bangsa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes Covid-19 Melonjak Di China, Rakyat Tidak Perlu Bimbang\n\n\n\n\n\n\nKhairy hargai tawaran Pas, masih setia dengan UMNO\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Kuwait perintahkan Jho Low dihukum penjara 10 tahun\n\n\n\n\n\n\nKKM sasar bentang semula Rang Undang-Uundang Kawalan Produk Tembakau dalam masa terdekat\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi di Negeri Sembilan kurang akibat hujan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSetiap ahli dewan juga perlu melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia di samping mencurahkan taat setiap tanpa berbelah bahagi.\n\n\n\u201cSebagai sebuah dewan tertinggi negara (\nupper house\n), Dewan Negara mempunyai peranan yang sama dengan \u2018\nHouse of Lords\n\u2019 di United Kingdom,\u201d katanya.\n\n\nDaripada 16 Senator yang dipilih, lima daripadanya dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Abdul Nasir Idris dan Musoddak Ahmad dari DUN Kedah; R A Lingeshwaran dan Amir Ghazali (DUN Pulau Pinang) dan Hussin Ismail dari DUN Terengganu.\n\n\n11 orang Senator lagi merupakan lantikan Yang di-Pertuan Agong iaitu Datuk Seri Anifah Aman (Labuan), Isaiah D Jacob (Kuala Lumpur), Manolan Mohamad (lantikan semula), Tan Sri Low Kian Chuan, Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, Datuk C Sivaraj, Mohd Hasbie Muda, Abun Sui Anyit, Noorita Sual dan Roderick Wong Siew Lead."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/19-orang-maut-dalam-nahas-bas-di-bangladesh/", "title": "19 orang maut dalam nahas bas di Bangladesh", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nSeramai 19 maut manakala 25 orang lagi cedera dalam nahas kemalangan yang membabitkan sebuah bas di Dhaka, Bangladesh semalam.\u00a0\n\n\nTragedi kemalangan itu berlaku apabila sebuah bas yang membawa 40 penumpang tersebut dipercayai dipandu laju dan tergelincir sebelum terjunam dalam parit di lebuh raya utama di bandar Shibchar.\u00a0\n\n\nMemetik \nAFP\n, pegawai polis di daerah Shibchar, Anowar Hossain berkata, pihaknya mengesyaki kemalangan berlaku pada jam 8 pagi waktu tempatan itu disebabkan pemandu hilang kawalan sehingga menyebabkan bas terjatuh dalam parit sedalam sembilan meter selepas melanggar pagar lebuh raya jambatan Sungai Padma yang baharu dibina.\u00a0\n\n\nTambah beliau, pemandu bas tersebut antara yang maut dan kejadian dipercayai berpunca daripada tayar pecah.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMekah Dari Tandus Kini Menghijau\n\n\n\n\n\n\nHampir tiga juta jemaah berwukuf hari ini\n\n\n\n\n\n\nAS Catat 1.1 Juta Kes Covid-19 Sehari\n\n\n\n\n\n\nKapsul Sejarah: Yaman Konflik Tak Bernoktah\n\n\n\n\n\n\nVarian baharu Covid-19 `Kraken\u2019 \u2013 mula ancam dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnowar turut memaklumkan angka kematian mungkin meningkat dan penumpang yang cedera berada dalam keadaan kritikal."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/31600-surat-tawar-haji-mula-dikeluarkan-rabu-ini/", "title": "31,600 surat tawar haji mula dikeluarkan Rabu ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.\n\n\nPengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, ia melibatkan seramai 31,600 jemaah haji, dengan TH mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada 2020.\n\n\n\u201cSurat Tawaran Haji kepada 31,600 jemaah haji akan dikeluarkan bermula pada hari Rabu, 22 Mac secara berperingkat dan bakal haji terpilih boleh menyemak tawaran haji melalui aplikasi THiJARI.\n\n\n\u201cTH akan mengutamakan bakal haji giliran tunai haji pada tahun 2020, diikuti dengan mereka yang giliran tunai haji pada tahun 2021 dan seterusnya tahun 2022 dan 2023.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTukar KM Melaka : \u201cTunggu keputusan rasmi\u201d \u2013 Datuk Rauf\n\n\n\n\n\n\nProjek Pulau Pinang Selatan yang dibantah diluluskan\n\n\n\n\n\n\nTersenarai Mega Projek Paling \u2018Tidak Berguna\u2019 Di Dunia\n\n\n\n\n\n\nPAS bantah rumah ibadat bukan Islam tidak ikut garis panduan\n\n\n\n\n\n\nNajib Gagal Masuk Bukti Baharu Kes Seleweng Dana SRC INTL\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.\n\n\n\u201cBakal haji perlu lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh tujuh hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau untuk kes-kes tertentu boleh mengunjungi mana-mana cawangan TH yang berdekatan,\u201d katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.\n\n\nJelas Amrin lagi, rayuan haji melalui platform dalam talian THiJARI akan dibuka mulai 27 Mac ini, dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/agong-zahir-ucapan-selamat-hari-polis-ke-216-hargai-pengorbanan-warga-pdrm/", "title": "Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan dalam memikul amanah serta tanggungjawab memelihara keamanan negara serta rakyat Malaysia.\n\n\nSeri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira penat lelah, masa dan situasi.\n\n\n\u201cSelamat menyambut Hari Polis ke-216 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk veteran dan pesara polis.\n\n\n\u201cSemoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara,\u201d titah Al-Sultan Abdullah dalam kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Facebook Istana Negara hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia lebih berisiko dilanda tsunami berbanding gempa bumi\n\n\n\n\n\n\nDakwa kumpul kekayaan, Tun M setuju beri Anwar lanjutan masa\n\n\n\n\n\n\n100 Rumah Di Sandakan Musnah Dipukul Air Pasang\n\n\n\n\n\n\nJPM nafi siasat salah guna kuasa KSN, KPPA\n\n\n\n\n\n\nPolis kenal pasti 190 kawasan panas di enam negeri\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam hantaran sama, Baginda turut mendoakan agar seluruh warga PDRM dirahmati dan dilindungi Allah SWT daripada segala bentuk ancaman dan musibah serta para pahlawan negara yang telah terkorban ditempatkan bersama para solihin.\n\n\nBaginda turut menyeru agar rakyat mengamalkan kehidupan yang harmoni, mematuhi undang-undang, bekerjasama dan menjalinkan hubungan erat dengan pasukan polis dalam membanteras sebarang salah laku jenayah dalam komuniti masing-masing. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/bukan-nak-bunuh-touch-n-go-tapi-pelbagaikan-cara-bayaran/", "title": "Pelbagaikan cara bayaran Touch n Go", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kementerian Pengangkutan mengarahkan semua agensi termasuk operator pengangkutan awam di bawah kementerian berkenaan mengaplikasikan satu sistem pembayaran terbuka.\n\n\nMenterinya, Anthony Loke Siew Fiok berkata, sistem pembayaran baharu berkenaan akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.\n\n\n\u201cCuma perlu masa untuk selaraskan sistem pembayaran. Umpamanya kalau guna operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), sekarang ini hanya ada dua pilihan iaitu pergi ke mesin layan diri dan beli token atau guna Touch n Go (TnG).\n\n\n\u201cJadi, kita nak aplikasikan satu sistem pembayaran terbuka yang mana selain TnG, apa juga jenis kad, sama ada kad kredit atau debit boleh sentuh dan masuk.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPindaan Akta 715 diharap henti manipulasi industri teksi, e-hailing\n\n\n\n\n\n\nMP Langkawi mohon maaf, tak sangka tewaskan Tun M\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan ketujuh, mohon dibicara\n\n\n\n\n\n\nIdentiti 10 Maut Dirempuh Treler Dikenal Pasti\n\n\n\n\n\n\nSultan Nazrin berkenan umum Lat sebagai Seniman Diraja\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSistem ini akan kita mulakan tidak lama lagi untuk pengangkutan awam khususnya di bawah Prasarana untuk bas, LRT, Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT). Begitu juga Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang sudah diarahkan untuk buat sistem sama,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Plaza Premium Lounge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).\n\n\nSemalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan khidmat monopoli Touch \u2018n Go mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu.\n\n\nAnwar berkata, Touch \u2018n Go sudah beroperasi selama dua dekad namun tidak meyakinkan atau mempunyai perkembangan.\n\n\nMengulas lanjut Anthony Loke berkata, sistem pembayaran terbuka itu juga mengambil contoh pembayaran parkir di ibu negara yang mana selain TnG, pembayaran boleh dibuat cara lain.\n\n\n\u201cNamun bagi soal tol, itu terpulang kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), saya tidak boleh jawab bagi pihak mereka,\u201d menurut beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/elak-normalisasi-gugat-agama-islam-sensitiviti-perlu-dijaga/", "title": "Elak normalisasi gugat agama Islam, sensitiviti perlu dijaga", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Isu membabitkan sensitiviti umat Islam yang boleh menjadi suatu bentuk provokasi perlu dielakkan serta tidak normalisasikan perkara sedemikian untuk kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dalam negara.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa (GB), Aminuddin Yahaya berpendapat, perkara tersebut seakan sengaja dibuat sebagai satu bentuk provokasi kepada umat Islam, malah tiada tindakan agresif dikenakan oleh kerajaan.\n\n\n\u201cBagi saya ini semua satu yang sengaja dibuat sebagai satu elemen provokasi sebenarnya kepada umat islam. Dalam keadaan mereka faham dan sedar akan sensitivity perkara ini tetapi dibiarkan berlaku dan dianggap sebagai satu yang normal yang harus diterima oleh rakyat. \n\n\n\u201cJadi itu yang saya tidak faham. Bagaimana kita nak mencapai perpaduan kalau saban hari saban malam kita sentiasa menimbulkan provokasi agama yang kita tahu yang semua orang tahu perkara itu sensitif. Tapi kena dibuatkan dan kenapa kerajaan biarkan perkara itu berlaku,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRais saran Jawatankuasa Khas Dewan Negara bincang segera isu UEC\n\n\n\n\n\n\nRokok elektronik rosakkan generasi walaupun kerajaan peroleh untung\n\n\n\n\n\n\nPengambilan petugas kesihatan di bawah tanggungjawan bersama KPM, JPA dan MOF\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Tetap Waspada Walau Paras Air Tidak Membimbangkan\n\n\n\n\n\n\nBahang Hari Pengundian Makin Terasa\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika mengulas bentuk cabaran yang dihadapi umat Islam semakin menjelang Ramadan selepas sidang media khas bersama Sektariat Tanah Air di ibu pejabat PUTRA, Kuala Lumpur semalam.\n\n\nAminuddin berkata, isu seperti \nFilem Mentega Terbang\n, perarakan LGBT dan Jom ziarah Gereja adalah contoh isu sensitif yang menggugat kesucian agama Islam.\n\n\nJelas beliau, rakyat perlu kembali kepada Perlembagaan di mana agama Islam adalah agama Persekutuan namun agama lain masih bebas menganut serta dihormati.\n\n\nKatanya, perkara tersebut tidak wajar dilakukan dan hanya akan meluaskan jurang yang sedia ada antara kaum dan agama dalam negara.\n\n\nJusteru, beliau berkata kemajuan negara semakin sukar dicapai jika masih ada perbalahan sedemikian serta persepsi yang negatif.\n\n\n\u201cJadi dalam negara nak berkembang nak maju ini bagi saya satu yang mustahil untuk dilakukan kalau kita sentiasa berbalah mempunyai persepsi yang negatif dan sentiasa satu pihak diserang dan diprovokasikan tentang agama dan bangsa mereka. Jadi saya harap perkara sebegini tidak diulang lagi lah. Saya merayu sangatlah,\u201d tambah beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/fasa-peralihan-monsun-dijangka-mula-khamis/", "title": "Fasa peralihan monsun dijangka mula Khamis", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Fasa peralihan monsun dijangka bermula 23 Mac ini dan berterusan sehingga pertengahan Mei, menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang bermula sejak 7 November 2022.\n\n\nKetua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan berkata semasa fasa itu, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat.\n\n\n\u201cKejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,\u201d katanya.\n\u00a0\n\n\nOrang ramai diingatkan agar lebih berwaspada ketika tempoh tersebut dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia.\n\u00a0\n\n\nSebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi Hotline MetMalaysia di talian 1-300-22-1638.-\n\u00a0 BERNAMA\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPotong elaun Menteri bukan kurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen\n\n\n\n\n\n\nDr. Mahathir `liabiliti\u2019 politik tanah air \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nNajib minta hakim Collin tarik diri kes 1MDB\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: AMANAH mohon maaf kepada UMNO\n\n\n\n\n\n\nFilem `Mentega Terbang\u2019 tiada dalam rekod penapisan LPF"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/finland-kekal-negara-paling-bahagia-kali-keenam-berturut-turut/", "title": "Finland kekal negara paling bahagia enam tahun berturut-turut", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Finland kekal,\u00a0 menjadi negara paling bahagia buat kali keenam, berjaya membuatnya rakyatnya gembira berada di negara itu diikuti Denmark, Iceland, Netherlands dan Sweden.\n\n\nManakala Negara Scandinavia lain di tempat ke tujuh ialah Norway, Switzerland , Luxemborg dan New Zealand.\n\n\nData mengejutkan diterima apabila Israel yang pada tahun lalu tersenarai negara kesembilan bahagia kini melonjak naik kepada kedudukan keempat negara paling bahagia di dunia selepas Iceland.\n\n\nManakala Malaysia berada pada tangga ke-55 untuk negara paling bahagia bagi tahun ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Ketua Polis Negara meninjau pembersihan perumahan mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nPM lantik 5 individu anggotai badan penasihat khas Menteri Kewangan\n\n\n\n\n\n\nSelesaikan masalah umat Islam dengan adil, secepat mungkin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nKes Dera: Jeritan Mangsa Dorong Keinginan Pelaku\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Pihak terkesan diberi tempoh sebulan buat rayuan\n\n\n\n\n\n\n\n\nStatisik terbaru itu adalah\u00a0 sempena Sambutan Hari Bahagia yang diadakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak tahun 2013 bermatlamat menegaskan kepentingan bahagia dalam kehidupan manusia global.\n\n\nSenarai 10 negara paling bahagia. Sumber : World Gallup\n\n\nIa adalah penerbitan di bawah Jaringan Penyelesaian Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).\n\n\nTahun lalu banyak peristiwa membungkam jiwa manusia kerana dibadai pandemik Covid-19,\u00a0 peperangan di Ukraine serta keganasan terhadap rakyat Palestin.\n\n\nSelain isu inflasi, bencana dan darurat iklim, yang membuatkan penduduk dunia resah dalam kehidupan seharian mereka, maka merasa gembira dengan menghadapi semua yang berlaku adalah satu yang amat perlu dihargai.\n\n\nPenilaian negara-negara berkenaan dilakukan mengikut enam kunci utama yang merangkumi\u00a0 laporan tahap keceriaan iaitu, sokongan sosial, pendapatan, kesihatan, kebebasan, bermurah hati serta tiada rasuah.\n\n\nMemetik laporan El Arabiya\n, berdasarkan penarafan Laporan Kebahagiaan Dunia, data\u00a0 Gallup World\u00a0 turut mengambil ukuran negara paling sedih.\n\n\nAfghanistan menjuarai carta negara berduka, diikuti Lubnan, Sierra Leone, Zimbabwe, Republik Demokratik Congo, Botswana, Malawi, Comoros, Tanzania dan Zambia.\n\n\nDalam ranking negara Arab pula, Emiriah Arab Bersatu , UAE, menjadi negara paling ceria di dunia iaitu berada pada kedudukan ke-26.\n\n\nPencapaian itu bukan sau yang mustahil buat UAE kerana negar aitu sudah pun menyusun gerak kerja menjadikan mementingkan keceriaan sebagai salah satu misi negara berkenaan.\n\n\nArab Saudi pula menjadi negara ceria di dunia pada rangking ke-30.\n\n\nKedudukan itu juga selaras dengan agenda kerajaan Jeddah yang mahu melakukan reformasi di negara itu bagi misi 2030 yang dipelopori oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/hamas-bincang-isu-ketegangan-palestin-bersama-hezbollah/", "title": "HAMAS bincang isu ketegangan Palestin bersama Hezbollah", "body": "0\n\n\nTEBING BARAT, PALESTIN, ISNIN \u2013 \nPergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) membentuk perbincangan bersama kumpulan Hezbollah Lubnan bagi mengetengahkan isu ketegangan di Palestin.\n\n\nKedua-dua pihak yang terlibat giat membincangkan secara serius berhubung perkembangan terkini di Palestin, khususnya buat rakyat Palestin yang berada di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang sering menjadi mangsa kezaliman\u00a0 oleh rejim Israel.\n\n\nPertemuan yang diadakan itu menghasilkan sebuah perbincangan serius bagi mencari solusi yang terbaik dalam menyelamatkan lagi rakyat Palestin di Tebing Barat\n\n\nPihak Hamas diketuai oleh Timbalan Ketua Politik, Saleh Arouri manakala pihak sisi pula diketuai oleh Setiausaha Agung Hezbollah, Hasan Nasrallah di Lubnan.\n\n\nPertemuan itu wujud ekoran terdapat beberapa siri serbuan yang berterusan oleh Israel di tebing barat sejak kebelakangan ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMasjid Biru Istanbul dibuka semula buat umat Islam\n\n\n\n\n\n\nMalaysia buka semula kedutaan besar di iraq\n\n\n\n\n\n\nDiarah robohkan kelas, pelarian Syria tetap berusaha belajar agama\n\n\n\n\n\n\nRibuan umat Islam di Palestin sambut Aidilfitri di Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Berjanji Berdiri Teguh Selepas Salhiya Dirobohkan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/hannah-yeoh-akan-dipanggil-polis-bantu-siasatan/", "title": "Hannah Yeoh akan dipanggil polis bantu siasatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nPolis akan memanggil Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terhadap program Jom Ziarah Gereja.\u00a0\u00a0\n\n\nKetua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya akan memanggil Hannah dalam masa terdekat.\n\n\nMemetik\n Sinar Harian\n, beliau berkata, setakat ini, pihaknya telah menerima dua laporan polis berkaitan isu berkenaan. \n\n\n\u201cKita telah merakam keterangan tiga individu yang terdiri daripada pengadu dan dua wakil badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu siasatan,\u201d katanya dalam sidang media selepas sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat Hadi dakwa orang bukan Islam punca rasuah\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: DAP bidas kenyataan Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Kerajaan Adalah Selektif\n\n\n\n\n\n\nKKM akan bincang semula pelaksanaan cukai vape\n\n\n\n\n\n\nSejarah Kerajaan Persekutuan tumbang dijangka berulang?\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Eng Lai turut memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merakam keterangan Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard hari ini bagi membantu siasatan.\n\n\nSemalam, media melaporkan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim mengesahkan pihaknya telah membuka kertas siasatan berkaitan penganjuran program Jom Ziarah Gereja itu.\u00a0\n\n\nBeliau berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung program berkenaan walaupun program itu sudah dibatalkan.\n\n\nPada 14 Mac lalu, Hannah menjelaskan program Jom Ziarah Gereja anjuran sebuah NGO, Impact Malaysia yang bernaung di bawah KBS itu tidak membabitkan individu beragama Islam ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat.\u00a0\n\n\nInisiatif program itu dikatakan bertujuan membuka minda belia Malaysia mengenai budaya dan kepercayaan pelbagai bangsa melalui lawatan serta aktiviti sukarelawan di Lembah Klang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/haramkan-sumbangan-dari-luar-negara-tengku-razaleigh/", "title": "Haramkan sumbangan dari luar negara \u2013 Tengku Razaleigh", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerajaan disarankan untuk mengharamkan sumbangan dana politik yang diterima oleh semua pemimpin parti khususnya dari luar negara.\n\n\nVeteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, sumbangan yang disalurkan mana-mana individu, pertubuhan, parti politik secara sukarela hanya akan mengundang amalan politik wang yang lebih berleluasa.\n\n\n\u201cSaya juga cadang supaya kita haramkan kutipan derma oleh sesiapa untuk tujuan politik. Ini bererti tidak ada lagi peluang orang nak cari duit kononnya untuk parti politik mereka tetapi masuk poket masing-masing dan dia dapat mewujudkan dana dan dana itulah yang akan digunakan utk membunuh semua (musuh) politik dia dalam parti dan luar parti dan saya rasa sampai masa kita bertegas hal ini,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Tengku Razaleigh, pengharaman kutipan derma untuk parti politik ini perlu diberikan penegasan supaya tiada peluang wang tersebut masuk dalam poket mereka sendiri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Mahu Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri Selepas PRU15\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019 : Ketua Pemuda UMNO tidak teragak-agak halang program\n\n\n\n\n\n\nTiket Vtl Malaysia-Singapura Dijual Semula Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nPekerja kedai makan maut di hostel akibat penyakit Tibi\n\n\n\n\n\n\nPengerusi SPRM Sifatkan Ada Udang Di Sebalik Batu\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, beliau turut menggesa satu undang-undang khusus perlu digubal bagi mencegah budaya politik wang yang didakwanya terus berleluasa dalam pentadbiran parti politik di negara ini.\n\n\nKatanya, selama ini, disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang longgar dan lemah menjadi sebab politik wang terus menular.\n\n\nSehubungan itu, beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan bertegas dan melakukan penguatkuasaan yang ketat bagi mengekang masalah politik wang.\n\n\nTambah Tengku Razaleigh lagi, banyak kesan tidak baik apabila politik wang diamalkan termasuk \u2018membunuh\u2019 potensi pemimpin muda.\n\n\nJelasnya, isu politik wang harus ditentang secara berterusan dan berharap rakyat juga akan menyokong cadangan berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/kes-crack-house-comedy-club-amira-sudah-diberitahu-elak-sensitiviti-agama/", "title": "Kes Crack House Comedy Club : Amira sudah diberitahu elak sensitiviti agama", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur diberitahu Siti Nuramira Abdullah yang didakwa menghina Islam, sudah dimaklumkan mengenai peraturan termasuk mengelakkan isu sensitif membabitkan kaum, agama dan institusi diraja ketika membuat persembahan di Crack House Comedy Club.\n\n\nHos sukarela kelab komedi itu yang juga saksi pendakwaan pertama, Muhammad Asyraf Kamal Musthaffa, 26, berkata Siti Nuramira diberitahu mengenai peraturan itu secara lisan sebelum membuat persembahan.\n\n\n\u201cApa yang saya buat dengan mereka yang baru dan nak buat persembahan, saya akan beri taklimat ringkas seperti tidak sentuh beberapa isu tertentu.\n\n\n\u201cIa lebih kepada peraturan yang tidak bertulis, selain mereka yang terbabit perlu pastikan ikut masa ditetapkan untuk tidak ganggu masa persembahan lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTolak Pilihan Raya Awal\n\n\n\n\n\n\nBanjir di Johor terburuk sejak tahun 2006\n\n\n\n\n\n\nJumlah doktor masih tak cukup di hospital kerajaan\n\n\n\n\n\n\nQatar Kenakan Sekatan Ke Atas Pelancong China\n\n\n\n\n\n\nJom Ziarah Gereja : Bercanggah Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni adalah peraturan mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dibuat ketika persembahan,\u201d katanya sambil mengesahkan Siti Nuramira menyentuh isu agama ketika membuat persembahan, dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob.\n\n\nPada 13 Julai tahun lalu, Siti Nuramira, 27, mengaku tidak bersalah kerana menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.\n\n\n\n\n\n\nPerbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Restoran Crack House Comedy Club, 24 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Brickfields, jam 6 petang, pada 4 Jun 2022.\n\n\n\n\n\n\nSaksi itu yang juga pereka grafik dan bekerja sebagai pelawak sambilan berkata, persembahan Siti Nuramira masih diingati kerana ia sesuatu yang tidak pernah dilihat dalam hidupnya.\n\n\n\u201cWanita itu memberitahu namanya, menyebut bahawa menghafal 15 juzuk al-Quran dan membuka tudung serta menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan.\n\n\n\u201cSiti Nuramira kemudian mengeluarkan perkataan kesat dan insiden itu berlaku terlalu laju yang memerlukan saya masa untuk proses tindakannya.\n\n\n\u201cSaya terkejut tetapi tidak boleh terlalu terkejut kerana penonton perlu diberi keutamaan. Saya perlu meneutralkan situasi supaya persembahan boleh diteruskan,\u201d katanya.\n\n\nBagaimanapun ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela Siti Nuramira, R Sivaraj; Muhammad Asyraf bersetuju bahawa ada persembahan menyentuh isu kaum dan agama sebelum wanita berkenaan membuat persembahan.\n\n\n\n\nSivaraj: Kamu juga sebagai pelawak, setuju dengan saya bahawa perkataan kesat sering digunakan dalam\u2019stand up comedy\u2019 (komediri) dan kamu ada menggunakannya ketika buat \u2018stand up comedy\u2019 sebelum ini?\n\n\nMuhammad Asyraf: Tidak selalu dan ya saya ada guna perkataan kesat dalam persembahan.\n\n\nDitanya oleh Abdul Malik sama ada Crack House Comedy Club sering menjadi platform persembahan membabitkan isu agama,\n\n\nMuhammad Asyraf menafikan perkara itu.\n\n\n\n\n\u201cPersembahan itu sama sekali kita tidak buat di Crack House Comedy Club, kita buat persembahan berdasarkan pemerhatian dan membuat lawak.\n\n\n\u201cTiada unsur lawak (dalam persembahan Siti Nuramira), tiada elemen \u2018stand up comedy\u2019 selain wanita itu memegang mikrofon,\u201d katanya.\n\n\nPerbicaraan di hadapan Hakim, Nor Hasniah Ab Razak, bersambung esok. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/kes-saman-fitnah-nie-ching-yazid-ditangguh-tahun-depan/", "title": "Kes saman fitnah Nie Ching-Yazid ditangguh tahun depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Kes saman fitnah mantan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ke atas salah seorang sekretariat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tolak Buku Tingkatan 4 (BST4), Datuk Yazid Othman hari ini ditangguhkan.\n\n\nPeguam Yazid, Khairul Azam Abdul Aziz memaklumkan, penangguhan itu susulan Mahkamah Tinggi Shah Alam mempunyai satu kes bicara lain.\u00a0\n\n\nMahkamah kemudian menetapkan satu tarikh baharu bagi perbicaraan kes saman fitnah berkenaan pada Jun tahun depan.\u00a0\n\n\n\u201cMahkamah mempunyai satu kes bicara lain yang menurut arahan amalan dan Ketua Hakim Negara, kes yang di peringkat sambung bicara hendaklah diberikan keutamaan berbanding dengan kes-kes yang baru hendak mula bicara. Jadi, semuanya ini adalah disebabkan lambakan kes tertunggak di mahkamah yang sejak COVID dua tahun dan sebagainya.\u201d\n\n\nTambah beliau, mahkamah turut menetapkan lima hari bagi perbicaraan kes berkenaan, \nberkata demikian di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSemua operasi perkhidmatan telekomunikasi Sudan dihentikan\n\n\n\n\n\n\nStok Minyak Masak Sukar Didapati, Membebankan Pengguna\n\n\n\n\n\n\nAntara Cabaran Utama Kepada Perpaduan \u2013 Dr. Jemilah\n\n\n\n\n\n\n2.4 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Ke Pantai Timur\n\n\n\n\n\n\nCagar caruman KWSP heret masalah baharu rakyat \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nKhairul Azam berkata, pihak pembelaan dan pendakwaan telah memberi kerjasama baik selepas hadir pada perbicaraan kes hari ini.\n\n\nPendakwaan diwakili peguam Syahredzan Johan.\n\n\nBeberapa wakil NGO turut hadir bagi menyatakan solidariti kepada Sekretariat BST4 antaranya Pengerusi Pembela, SUA Pembela, Kluster Pemuda Pembela dan Kluster Tamadun Pembela.\n\n\nUntuk rekod, ketika pemerintahan PH pada 2018, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 silibus persekolahan Malaysia didakwa telah dicemari dengan usur indoktrinasi iaitu mengagungkan golongan pejuang kiri, menafikan perjuangan bangsa Melayu sebagai pejuang sebenar kemerdekaan Tanah Melayu dan cuba menormalisasikan kejahatan komunis.\n\n\nSusulan itu, Sekretariat NGO BST4 telah ditubuhkan terdiri daripada pelbagai NGO bagi mengesa kerajaan untuk menolak keseluruhan buku sejarah Tingkatan 4 itu.\n\n\nGesaan itu mendapat tentangan, sekali gus menyebabkan Yazid salah seorang daripada Sekretariat BST4 ini disaman Nie Ching.\u00a0\n\n\nNie Ching menyaman Yazid atas kenyataan yang dikeluarkan semasa program bual bicara yang dikendalikan oleh Datuk Asyraf Wajdi, Ketua Pemuda UMNO pada waktu itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/pm-mesti-orang-melayu-berjasa-sanggah-idea-kit-siang/", "title": "PM mesti orang Melayu, BERJASA sanggah idea Kit Siang", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nMalaysia perlu mempunyai seseorang individu berbangsa Melayu dan beragama Islam untuk memegang jawatan Perdana Menteri.\u00a0\u00a0\n\n\nPresiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim berkata, suasana pentadbiran negara akan dilihat janggal sekiranya jawatan Perdana Menteri itu disandang oleh orang bukan Melayu dan tidak beragama Islam.\n\n\nJelasnya, pemerintahan tertinggi yang memayungi agama Islam di Malaysia adalah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan orang Melayu dan beragama Islam.\u00a0\n\n\n\u201cSaya berpandangan bahawa perkara itu tidak boleh berlaku kerana pertama sekali, negara kita ini termaktub dalam Perlembagaan yang menyatakan Islam merupakan agama Persekutuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCukai Barangan Mewah dilaksana separuh kedua 2023\n\n\n\n\n\n\nAgama dihina, tanah semakin hilang dan nasib Muslim ditekan\n\n\n\n\n\n\nEratkan Kerjasama PDRM dan JPJ\n\n\n\n\n\n\nPembantu Ahli Parlimen langgar kod etika pakaian diarah keluar\n\n\n\n\n\n\nDua bekas pengarah ditahan seleweng dana RM9 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi, maksudnya disini, yang menjaga agama Islam ini mestilah individu yang beragama Islam. Saya berpendapat sekiranya orang bukan bangsa Melayu dan bukan beragama Islam diangkat sebagai Perdana Menteri, beliau tidak mampu untuk memperjuangkannya,\u201d katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya semalam.\n\n\nUstaz Zamani mengulas perkara itu merujuk kepada kenyataan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa orang bukan Melayu juga boleh memegang jawatan Perdana Menteri melalui kenyataan dalam blog Kit Siang pada Jumaat lalu.\u00a0\u00a0\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata, keadaan negara akan tidak stabil dan beliau juga tidak yakin bangsa-bangsa lain di negara ini boleh bernaung jika majoriti orang bukan Melayu memimpin.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, Ustaz Zamani menjelaskan, apabila orang Melayu dan beragama Islam dipilih untuk menjadi Perdana Menteri, hak bangsa-bangsa lain dipelihara dengan baik.\u00a0\n\n\n\u201cNamun, saya yakin dan percaya sekiranya orang bangsa Melayu dan beragama Islam menjadi Perdana Menteri, semua bangsa di negara ini boleh hidup dengan aman di bawah kepimpinan orang Melayu.\n\n\n\u201cPerkara ini telah terbukti 60 tahun lamanya walaupun ketika pemerintahan UMNO banyak kepincangannya, banyak perkara kita mempersoalkan namun bangsa-bangsa lain tetap mendapat hak mereka,\u201d tambahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/sebar-ajaran-bukan-islam-kepada-orang-islam-boleh-diambil-tindakan/", "title": "Sebar ajaran bukan Islam kepada orang Islam boleh diambil tindakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0\u00a0\nSebarang aktiviti penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam boleh diambil tindakan di bawah Peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nPeguam Kanan, Mohamed Hanif Khatri Abdulla berkata, peruntukan undang-undang di negara ini amat jelas dalam sebarang aktiviti yang membabitkan sebaran agama lain kepada orang Islam dan pada masa yang sama tidak menyekat kebebasan agama lain menganuti ajaran yang mereka percaya.\n\n\nMenurutnya dalam Peruntukan 11 , Perberkenaan jelas menyatakan setiap orang berhak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing namun bagi fasal keempat secara jelas menunjukkan larangan penyebaran kepada bukan Islam.\n\n\n\u201cPada hakikatnya saya percaya isu ini bukan berkaitan kerisauan tentang eksan aktiviti itu yang mendedahkan dan membolehkan mana-mana golongan remaja Islam kepada agama lain kerana yg penting kita kena ingat di bawah undang-undang\u00a0 Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (4) ianya menyatakan dengan jelas bahwa\u00a0 setiap orang yang menganut agama berhak menganut agama masing masing.\u00a0\nTetapi sebaran agama untuk menyebarkan agama bukan agama Islam tidak boleh disebarkan kepada orang Islam\u201d \u2013 Mohamed Hanif Khatri Abdulla / Peguam Kanan\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Pilihan Raya Jika Mahu Bina Kekuatan Dalam Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nDAP sombong, angkuh gesa pecahkan dominasi Melayu dalam kakitangan awam\n\n\n\n\n\n\nPolis Maut disyaki tembak diri sendiri\n\n\n\n\n\n\nSaya tak faham kenapa orang salahkan saya \u2013 Tun Dr Mahathir\n\n\n\n\n\n\nPELAJAR DIJANGKITI, TAPI SEKOLAH TIDAK CUTI\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau diminta mengulas mengenai kebimbangan masyarakat berhubung program jelajah gereja oleh sebuah NGO di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan yang hangat ketika ini.\n\n\n\n\nKatanya, walaupun tidak menerima maklumat lengkap berkaitan program itu namun beliau lihat\u00a0 ia telah menimbulkan pelbagai persoalan daripada hampir keseluruhan masyarakat di negara ini.\u00a0\n\n\nTambah beliau daripada peruntukan pada Perlembagaan membabitkan sekatan penyebaran\u00a0 ajaran bukan Islam kepada orang Islam beberapa negeri turut meluluskan peruntukan mengikut enakmen negeri masing-masing.\n\n\n\u201cNow, perkara ini telah selanjutnya membawa kepada beberapa negeri\u00a0 meluluskan apa yang dipanggil Anti-Propagation Law\u00a0 atau pun undang undang yang menghalang sebaran agama bukan Islam kepada orang Islam mengikut peruntukan Perkara 11 Fasal 4 tersebut. Justeru, saya sarankan masyarakat umum tidak terlalu emosi berkaitan perkara ini kerana selain menziarahi atau mengenali satu sama lain,\u00a0 sekiranya hakikatnya ada aktiviti sebaran agama bukan\u00a0 Islam kepada orang Islam maka ia boleh diambil tindakan di bawah Seksyen-seksyen berkaitan di Enakmen negeri berkaitan\u201d, katanya.\n\n\nUntuk rekod, \nPenggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam tidak akan menyekat kebebasan beragama terhadap orang bukan Islam.\n\n\nKebanyakan \nnegeri di seluruh negara mempunyai undang-undang sama di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam.\n\n\nBagaimanapun, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang masih tidak terikat dengan undang-undang berkenaan.\n\n\nAntara negeri yang menguatkuasakannya ialah Selangor melalui\u00a0 \nEnakmen Ugama bukan Islam (Kawalan Pengembangan di kalangan orang Islam ) 1988 .\n\n\nPeruntukan itu, mengikut\n\u00a0 Seksyen 4\n\u00a0 bagi Kesalahan memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang berugama Islam supaya mengubah keimanan.\n\n\nAdalah satu kesalahan\u00a0 \u2013 jika dia memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang berugama Islam, \n\u00a0supaya cenderung kepada mana-mana ugama bukan Islam; atau\u00a0 \nsupaya menjadi penganut atau anggota mana-mana ugama bukan Islam; atau juga\u00a0 supaya meninggalkan atau tidak suka kepada ugama Islam.\n\n\nENAKMEN 1 TAHUN 1988\n\n\nENAKMEN UGAMA BUKAN ISLAM (KAWALAN PENGEMBANGAN DI KALANGAN ORANG ISLAM) 1988\n\n\n\n\nSeksyen 4. Kesalahan memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang berugama Islam supaya mengubah keimanan.\n(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang berugama Islam\n\u2014\n\n\n(a)\n\u00a0supaya cenderong kepada mana-mana ugama bukan Islam; atau\n(b)\n\u00a0supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana ugama bukan Islam; atau\n(c)\n\u00a0supaya meninggalkan atau tidak suka kepada ugama Islam.\n(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.\n\n\n(3) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang berugama Islam itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya.\n\n\n\n\nMalah seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil kurungan satu boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.\n\n\nDan ketiga, mengikut Sekysen 4 Enakmen itu, adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen Kecil (1) bahawa orang berugama Islam itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/tahanan-pati-filipina-paling-ramai-dalam-depot-imigresen/", "title": "Tahanan PATI Filipina paling ramai dalam depot imigresen", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Warga Filipina merekodkan tahanan pendatang tanpa izin, PATI) paling ramai di dalam depot imigresen di negara ini iaitu seramai 5,138 orang.\n\n\nJumlah tahanan PATI warga Filipina itu bersamaan 32.4 peratus daripada jumlah keseluruhan 15,845 ribu orang pendatang tanpa izin yang ditahan di semua depot imigresen di seluruh negara.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata jumlah itu membabitkan 11,983 lelaki, 2,683 orang wanita, 656 orang kanak-kanak lelaki dan 523 orang kanak-kanak perempuan direkodkan hingga 29 Januari lalu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cWarga Filipina adalah tahanan paling ramai iaitu 5,138, diikuti warga Myanmar termasuk etnik Rohingya seramai 4,424 (27.9 peratus ) dan warga Indonesia seramai 4,097 (25.9 peratus).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDaripada 1,179 kanak-kanak yang ditahan, 518 orang ditahan bersama-sama ibu bapa atau penjaga masing-masing.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Hak mutlak Agong, Anwar tidak terlibat\n\n\n\n\n\n\nRayuan petisyen Ramasamy ditangguh ke 1 Ogos secara fizikal\n\n\n\n\n\n\nPAS tiada halangan disiasat SPRM\n\n\n\n\n\n\nAb Rauf bakal menjadi Ketua Menteri Melaka?\n\n\n\n\n\n\nTetapkan Tarikh Operasi Semula, Elak Masalah Lain Timbul \u2013 PAPUH\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSementara kanak-kanak tanpa penjaga yang ditahan adalah seramai 661 orang,\u201d katanya melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian bagi menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan senarai semua pusat tahanan imigresen tetap dan sementara di negara dan bilangan individu yang kini ditahan di setiap pusat tahanan mengikut pecahan umur, jantina, negara asal dan tempoh tahanan.\n\n\n\n\nSementara itu, Saifuddin Nasution berkata, sebanyak 54 kes mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dibuka dengan 24 daripadanya ditahan, dan dua dituduh di mahkamah sepanjang tahun lalu.\n\n\n\n\n\u201cPada 2021, seramai 36 individu ditahan atas akta berkenaan dengan dua daripada dituduh di mahkamah,\u201d katanya.\n\n\nJawapan itu pula adalah bagi menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan orang yang disiasat dan ditahan serta bilangan orang yang dituduh di mahkamah mengikut Akta Hasutan 1948."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/tidak-adil-sekat-perhimpunan-orang-melayu-aminuddin-yahaya/", "title": "Tidak adil sekat perhimpunan orang Melayu \u2013 Aminuddin Yahaya", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sekatan yang dikenakan ke atas Perhimpunan Majlis Proklamasi Orang Melayu bersifat tidak adil dan bertentangan dengan lontaran slogan Malaysia Madani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa (GB), Aminuddin Yahaya berkata, jika sekatan sebegini terus berlaku, nasib orang Melayu akan menjadi taruhan.\n\n\n\u201cJadi saya pelik dalam kita memperkatakan tentang keadilan tentang\u00a0 masyarakat sivil Madani. Tapi bagi saya ini satu yang bertentangan dengan apa yang dilontarkan kepada rakyat.\n\n\n\u201cJadi sebab itu bagi saya ini satu yang sangat malang lah. Dan mungkin satu perkara yang melihatkan bagaimana nasib orang Melayu di masa hadapan nanti,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFenomena Banjir Gelombang Kedua\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir meningkat, empat daerah di Johor masih terjejas\n\n\n\n\n\n\nTunku Abdul Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nBukti Keadilan Badan Kehakiman, Bukan Kemenangan PH\n\n\n\n\n\n\nUsaha Merangka Pendekatan Lestari Dakwah Dalam Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian selepas menandatangani Proklamasi Orang Melayu yang ditulis bekas Perdana Menteri yang juga tokoh negarawan, Tun Mahathir Mohamad dan dibacakan di ibu pejabat PUTRA di Kuala Lumpur semalam.\n\n\nKatanya, perhimpunan ini bukan bersifat perkauman atau berunsur penghasutan malah ia hanya untuk orang Melayu menyatakan pandangan mereka serta luahan nasib bangsa Melayu.\n\n\nJusteru, Aminuddin berkata, tiada halangan dikenakan jika kaum lain seperti Cina dan India ingin mengadakan perjumpaan seperti ini untuk kemajuan nasib bangsa mereka.\n\n\nJelas beliau, sekatan ini tidak sepatutnya berlaku kerana negara masih dalam bentuk pimpinan secara demokrasi.\n\n\nSemalam, Perhimpunan Proklamasi Melayu anjuran Sekretariat Tanah Air yang telah dijadual terpaksa dibatalkan selepas dua kali bertukar lokasi kerana tidak mendapat kebenaran."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/20/tun-mahathir-gelar-anwar-diktator-sekat-suara-rakyat/", "title": "Tun Mahathir gelar Anwar diktator, sekat suara rakyat", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilabel sebagai kerajaan diktator selepas menyekat suara rakyat untuk menegur pihak mereka.\n\n\nBekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melemparkan kritikan itu selepas kerajaan tidak membenarkan penganjuran program Majlis Proklamasi Orang Melayu yang sepatutnya diberi hak kepada orang Melayu untuk berkumpul dan menyampaikan suara mereka.\n\n\n\u201cSebab itu kita berhak untuk menyatakan perasaan tidak puas hati, perasaan marah kita bukan sahaja kita orang Melayu tapi kita rakyat Malaysia ini. \n\n\n\u201cRakyat berhak tegur kerajaan. Kerajaan yang halang teguran ini adalah kerajaan diktator, cuma diktator sahaja. Yang tak bagi orang ramai tegur kerajaan. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTuntutan 9 Kerusi Makkal Sakhti Daripada BN Tidak Realistik\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Sany Hamzah hanya bermotifkan politik \u2013 Zulkifli Yahya\n\n\n\n\n\n\nKenal pasti, tutup lompang dalam Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nHishamuddin sedia tanding jawatan tertinggi parti akan datang\n\n\n\n\n\n\nPN jumpa Anwar bincang isu agihan peruntukan pembangkang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cWalhal masa dia bukan kerajaan buat demonstrasi tiap-tiap minggu. Hari Sabtu sahaja ada demonstrasi. Kasar. Angkat kereta buang dalam longkang. Itu dia buat. Kita bukan nak angkat kereta mana-mana,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika mengulas tentang pembatalan perhimpunan Proklamasi Melayu yang sepatutnya disertai beliau, pada sidang media di Ibu Pejabat PUTRA di Kuala Lumpur semalam.\n\n\nPerhimpunan Proklamasi Melayu anjuran Sekretariat Tanah Air yang dirancang semalam terpaksa dibatalkan selepas dua kali bertukar lokasi kerana tidak mendapat kebenaran.\n\n\nTambah Mahathir, pihaknya tidak diberitahu sebab-sebab pembatalan serta beliau memberi bayangan perkara tersebut dibuat atas arahan Perdana Menteri.\n\n\nJelas Mahathir, beliau mungkin pernah digelar sebagai diktator ketika pemerintahannya, tetapi beliau berundur sebagai perdana menteri atas kerelaan sendiri.\n\n\nPada masa sama, Mahathir juga mendakwa kerajaan pimpinan Anwar ingin menonjolkan diri sebagai hero dalam melawan rasuah, namun hanya ditujukan kepada parti lawan.\n\n\n\u201cSambil nak lawan rasuah yang dituduh yang disiasat hanyalah mereka daripada parti lawan. Mereka dalam parti kerajaan kita sedar mereka juga terlibat dengan rasuah. \n\n\n\u201cTerutamanya dengan UMNO. UMNO belanja cukup banyak duit dalam pilihan raya yang baru lepas ni. Kita tahu kerana kita melihat begitu banyak bendera sepanduk dan sebagainya. \n\n\n\u201cIni memerlukan perbelanjaan yang banyak. Daripada mana datang duit yang begitu banyak oleh UMNO?,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/20041-kes-kehilangan-wang-dari-institusi-perbankan-tahun-lalu/", "title": "20,041 kes kehilangan wang dari institusi perbankan tahun lalu", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan memandang serius kes kehilangan wang daripada institusi perbankan, dengan langkah berterusan diambil bersama agensi dan badan berkaitan untuk menangani isu berkenaan.\n\n\nMenteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara kesimpulannya, langkah diambil merangkumi tiga aspek teras iaitu pencegahan, penguatkuasaan dan pendidikan serta kesedaran.\n\n\nBagi industri kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan keperluan untuk bank memastikan kawalan dan standard keselamatan mereka sentiasa pada tahap tertinggi setiap masa terutamanya bagi perkhidmatan perbankan Internet dan mudah alih.\n\n\n\u201cKebanyakan kejadian kehilangan wang dalam akaun bank berpunca kebolehan dan keupayaan penjenayah memperdaya pemilik akaun untuk menyerahkan maklumat peribadi termasuklah kata laluan kepada penjenayah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSurat Azalina tidak dibincang Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nNahas ragut nyawa suami isteri: Seorang daripada dua anak turut meninggal\n\n\n\n\n\n\nBudaya Politik Wang Lahir Pemimpin Tidak Berintegriti Teraju Negara\n\n\n\n\n\n\nAgong seru pemimpin, rakyat teladani Tun Dr. Ismail\n\n\n\n\n\n\nFakta siasatan tanpa memihak, pertuduhan ikut keterangan- Peguam Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa berlaku sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui muat turun perisian hasad atau\u00a0\nmalware\n\u00a0oleh pemilik akaun sendiri,\u201d katanya melalui jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) berhubung usaha Kementerian dalam menangani isu kelemahan sekuriti bank yang semakin mendatangkan kegusaran rakyat.\n\n\nMenjawab soalan berkaitan statistik mangsa yang melaporkan kehilangan wang daripada institusi perbankan di seluruh negara sepanjang 2022, beliau yang juga Perdana Menteri berkata rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan terdapat 20,041 kes dengan paling tinggi membabitkan penipuan belian dalam talian sebanyak 9,258 kes.\n\n\n\u201cSelain itu, turut dilaporkan berkaitan Macau scam sebanyak 3,370 kes, penipuan pelaburan (3,266 kes), penipuan pinjaman tidak wujud (3,174 kes), African scam/Love scam (792 kes), penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) (139 kes) dan\u00a0Business Email Compromise\u00a0(42 kes).\n\n\n\u201cIsu jenayah siber atau penipuan dalam talian ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di peringkat global,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/amazon-umum-buang-9000-orang-pekerja-lagi/", "title": "Amazon umum buang 9,000 orang pekerja lagi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nSyarikat gergasi e-dagang, Amazon mengumumkan rancangan untuk memberhentikan perkhidmatan 9,000 pekerja lagi semalam.\n\n\nMemetik \nXinhua\n, Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Andy Jassy memaklumkan, langkah itu akan memberi kesan kepada perkhidmatan \ncloud\n\u00a0syarikat, pengiklanan dan unit Twitch.\u00a0\n\n\nPengumuman tersebut dibuat hanya beberapa bulan selepas Amazon mengumumkan pemberhentian 18,000 pekerja dan perkara ini menambah kepada gelombang pemberhentian yang melanda sektor teknologi apabila keadaan ekonomi mendesak syarikat-syarikat untuk menjadi lebih kecil.\n\n\nBagaimanapun, pasukan terjejas belum memutuskan perkhidmatan yang tidak lagi diperlukan dan keputusan akan dibuat pada pertengahan hingga akhir April.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTentera Israel mula berundur dari Jenin\n\n\n\n\n\n\nMH17 : Ukraine \u2013 Russia bertemu muka buat pertama kali depan hakim ICJ\n\n\n\n\n\n\nPemaksaaan Terlibat Seks, Pemerdagangan Gadis Muda Ahli Gereja Filipina\n\n\n\n\n\n\nUNESCO bimbang kerosakan di tapak warisan Syria, Turkiye\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada pakaian tak hormat sensitiviti agama Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nAmazon merupakan antara majikan terbesar di dunia dengan mempunyai kira-kira 1.5 juta pekerja di seluruh dunia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/bayar-tol-guna-kad-debit-kredit-di-5-lebuh-raya-tahun-ini/", "title": "Bayar tol guna kad debit, kredit di 5 lebuh raya tahun ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pengguna jalan raya boleh menggunakan kad debit dan kredit untuk pembayaran tol di beberapa lebuh raya utama negara bermula selewat-lewatnya September 2023.\n\n\nMenteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka (\nopen payment system\n) itu adalah inisiatif awal dalam peralihan ke arah sistem \nMulti Lane Fast Flow\n (MLFF) yang giat diusahakan.\n\n\nLebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.\n\n\n\u201cMelalui pelaksanaan MLFF, \nopen payment system\n akan dilaksanakan bagi kutipan tol bagi kesemua lebuh raya di Malaysia dan akan membuka peluang kepada lebih ramai pihak pemberi kemudahan e-Wallet untuk turut serta dan tiada lagi monopoli oleh pihak Touch \u2018N Go.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerja Pembersihan Dijalankan Pasca Banjir\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa ubah dasar kemasukan Matrikulasi\n\n\n\n\n\n\nBERJASA Sedia Hadapi PRU 15\n\n\n\n\n\n\nSunway Theme Park Adakan Perkongsian Strategik Bersama PERHILITAN\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Inggeris, Adibah Noor Pelopor Penggunaan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDengan itu, persaingan sihat akan wujud di antara pemain industri yang bakal membuka lebih banyak pilihan kepada pengguna lebuh raya untuk membuat pembayaran tol sekali gus memberikan kemudahan kepada mereka,\u201d katanya dalam hantaran di Facebook.\n\n\nTambah beliau, pembuktian konsep sistem MLFF akan dijalankan sebelum penghujung Oktober 2023 bagi menilai sistem tersebut sebelum dilaksanakan di lebuh raya seluruh negara.\n\n\nNamun, katanya lokasi bagi pembuktian konsep masih dirundingkan dan bakal dimuktamadkan dalam masa terdekat, sebelum pelaksanaan MLFF secara sepenuhnya dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.\n\n\nPengumuman itu dibuat susulan perancangan dan perbincangan diadakan bersama pihak-pihak terlibat termasuk syarikat konsesi lebuh raya sejak awal tahun ini.\n\n\nAlexander berkata demikian bagi mengulas mengenai isu monopoli Touch \u2018N Go yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/data-keciciran-murid-dianggarkan-ngo-tidak-tepat-kpm/", "title": "Data keciciran murid dianggarkan NGO tidak tepat \u2013 KPM", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bilangan keciciran murid seramai 100,000 orang yang dianggarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk Malaysia adalah tidak tepat.\n\n\nKementerian Pendidikan (KPM) menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini memaklumkan, sehingga Jun tahun lepas, kadar keciciran murid di seluruh negara pada peringkat sekolah rendah ialah sebanyak 0.07 peratus manakala di peringkat sekolah menengah sebanyak 0.99 peratus.\n\n\n\u201cIni disebabkan penggunaan kaedah penganggaran dan definisi keciciran yang digunakan adalah berbeza dengan definisi KPM.\n\n\n\u201cDefinisi yang digunakan oleh pertubuhan tersebut merangkumi keciciran murid daripada sistem pendidikan termasuk bilangan murid yang mendaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak hadir dan gagal mendapatkan sijil,\u201d menurut kementerian itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSudan : 30 rakyat Malaysia selamat tiba di Port Sudan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Tetap Waspada Walau Paras Air Tidak Membimbangkan\n\n\n\n\n\n\nMB Perak dakwa videonya mengenai Tanah Rizab Melayu dimanipulasi\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin fail pembelaan berkaitan saman fitnah Anwar\n\n\n\n\n\n\nDAP mahu ubah identiti negara, perkukuh naratif Malaysian Malaysia \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nPenjelasan KPM ini bagi menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) yang ingin tahu pelan pemulihan dan bentuk kerjasama antara kementerian mengenai dakwaan pelajar tercicir hampir 100,000 sebagaimana dianggarkan pertubuhan Untuk Malaysia.\n\n\nKPM memaklumkan, definisi keciciran adalah murid warganegara Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan (bersekolah) tetapi keluar daripada sistem sebelum tamat tempoh pendidikan.\n\n\nKementerian itu antara lain telah menjalankan program \noutreach\n murid cicir di semua pejabat pendidikan daerah dengan kerjasama komuniti setempat bertujuan memberi intervensi berfokus bagi membantu murid cicir untuk kembali bersekolah.\n\n\nHasil daripada pelaksanaan program itu, 5,121 murid sekolah rendah dan 1,711 murid sekolah menengah telah kembali ke sekolah berdasarkan data murid kembali ke sekolah Jabatan Pendidikan Negeri pada 2022.\n\n\nDalam perkembangan lain, KPM memaklumkan 600 calon guru melibatkan pelbagai opsyen mata pelajaran dijangka ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) secara berperingkat tahun ini bagi mengatasi masalah kekurangan guru.\n\n\n\u201cKPM dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan pengambilan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi mengatasi isu kekurangan guru,\u201d menurut kementerian.\n\n\nPenjelasan itu bagi menjawab soalan Tan Hong Pin (PH-Bakri) mengenai langkah KPM bagi mengatasi isu kekurangan guru Bahasa Cina dan Tamil di sekolah bantuan kerajaan.\n\n\nMenurut KPM, antara langkah penyelesaian bagi mengatasi isu tersebut adalah dengan membuat penambahbaikan dalam proses pengambilan guru ke Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG).\n\n\nJusteru, KPM telah membuka peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat mengikuti PISMP untuk membuat permohonan bagi bidang pengkhususan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sekolah rendah KPM dengan tambahan mata pelajaran elektif seperti Pendidikan Seni Visual, Reka Bentuk dan Teknologi serta Pendidikan Jasmani mulai tahun ini. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/fenomena-bossku-dalam-umno-belum-berakhir-khairy/", "title": "Fenomena \u2018Bossku\u2019 dalam UMNO belum berakhir \u2013 Khairy", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali KJ menyimpulkan Datuk Seri Najib Razak masih berpengaruh kuat dan kekuatan itu menentukan masa depan parti tersebut.\n\n\nKhairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, era Najib yang cukup sinonim dengan fenomena \u2018Bossku\u2019 dalam UMNO juga belum berakhir memandangkan ramai muka baharu menganggotai Majlis Tertinggi (MT) adalah kalangan penyokong tegar bekas Perdana Menteri itu.\n\n\nKatanya, walaupun Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi kekal Presiden, Najib tetap mempunyai kekuatan yang tidak boleh dipandang remeh.\n\n\n\u201cDatuk Ahmad Zahid memang kuat tetapi kalau kita tengok dengan teliti dan sebagai contoh, barisan baharu dalam MT, saya nampak ramai mereka sebenarnya kalangan penyokong tegar Bossku, Datuk Seri Najib Razak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih 500 Ribu Peluang Pekerjaan Berjaya Diwujudkan\n\n\n\n\n\n\nJom ziarah gereja esok dibatalkan \u2013 CEO Impact Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPolitikus Diingatkan Fikir Soal Rakyat Bukan Kepentingan Politik\n\n\n\n\n\n\nInflasi Naik Mendadak Jika Subsidi Minyak Diganti\n\n\n\n\n\n\nMukhriz Dakwa Keputusan Tanam Durian Dibuat Ahmad Bashah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMacam saya katakan tadi jangan pandang ringan, suara di belakang (di penjara), suara yang ada sekarang ini dan pengaruh suara itu menentukan masa depan UMNO,\u201d katanya dalam podcast \u2018Keluar Sekejap\u2019 yang dikendalikannya bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.\n\n\nMenurut Khairy yang ketika dalam Kabinet dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggalas peranan Menteri Kesihatan berkata, cerita mengenai \u2018Bossku\u2019 belum tamat.\n\n\n\u201cSaya rasa pendengar (podcast) ingin tahu tentang perancangan Bossku tetapi yang boleh saya katakan, ia belum selesai lagi.\n\n\n\u201cSaya nak sebut dalam podcast \u2018Keluar Sekejap\u2019 mengenai pandangan saya dan pendengar pun tahu pandangan saya selepas kekalahan 2018 (PRU14) berkenaan Bossku tetapi saya katakan, Bossku masih menjadi kekuatan yang perlu diambil kira,\u201d katanya.\n\n\nSambil itu, Khairy menamakan Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil adalah bekas pegawai khas Najib dan Datuk Johan Abdul Aziz yang kalah di Parlimen Hulu Langat pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.\n\n\n\u201cMereka ini antara muka baharu MT dan mereka adalah penyokong Najib,\u201d katanya.\n\n\nKhairy dipecat yang daripada UMNO pada Januari lalu manakala Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan didenda sebanyak RM210 juta pada 2020 selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan yang disabitkan terhadapnya atas penyalahgunaan kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah dana SRC International berjumlah RM42 juta.\n\n\nSabitan beliau dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada Disember 2021 dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan Ogos lalu. Belaiu kini sedang menjalani hukuman di penjara Kajang.\n\n\nBagaimanapun, Khairy berkata, Najib kekal sebagai pemimpin popular dan menyatakan banyak mesej terima kasih ditujukan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu minggu lalu apabila laluan MRT Putrajaya yang dicadangkan Najib ketika berkuasa beroperasi sepenuhnya pada 16 Mac lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/gempa-bumi-menteri-turkiye-hargai-sokongan-malaysia/", "title": "Gempa bumi: Menteri Turkiye hargai sokongan Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Menteri Pertahanan Turkiye memuji sokongan Malaysia selepas dilanda dua gempa bumi dahsyat yang menggegarkan tenggara negara itu bulan lepas.\n\n\n\u201cDalam usaha kerajaan menangani (kesan) gempa bumi dengan mengerahkan semua kekuatan kami, Malaysia menjadi antara negara yang menyokong kami sejak awal lagi,\u201d kata Hulusi Akar pada sidang media dengan rakan sejawatan dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan di Ankara, pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.\n\n\nAkar berkata, bantuan Malaysia merupakan cerminan persahabatan dan persaudaraan antara kedua-dua negara.\n\n\n\u201cHubungan kami sangat membina dan positif. Hubungan antara kedua-dua negara mendapat momentum dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCukai vape: Sejarah hitam negara, kes paru-paru rosak akan meningkat\n\n\n\n\n\n\nKapitalis Pegang Pemimpin Punca Kegiatan Haram Gagal Dibanteras? \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPejuanita gesa kerajaan bendung budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam, Menteri Kabinet tipu isytihar harta wajar letak jawatan \u2013 MCW\n\n\n\n\n\n\nHotel Pertama Bertaraf Lima Bintang Adakan Solat Jumaat\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata hubungan antara Turkiye dan Malaysia adalah berdasarkan persahabatan serta persaudaraan dan pertemuannya dengan rakan sejawatan itu sangat produktif serta membina.\n\n\nKedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala dan serantau serta kerjasama dalam latihan ketenteraan dan industri pertahanan.\n\n\nSebelum sidang media, Akar menyambut ketibaan Mohamad di Kementerian Pertahanan.\n\n\nKedua-dua pemimpin kemudian mengadakan pertemuan empat mata diikuti mempengerusikan bersama perbincangan antara delegasi.\n\n\nSementara itu, Mohamad berkata, Malaysia telah menubuhkan hospital lapangan di wilayah Adyaman yang dilanda gempa bumi.\n\n\nBeliau berkata, kerajaan Malaysia juga akan menyumbangkan peralatan dan barangan untuk hospital medan Malaysia.\n\n\nPada 6 Februari lalu, gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda selatan Turkiye, meragut lebih 50,000 nyawa.\n\n\nKira-kira 13.5 juta penduduk di 11 bandar termasuk Kahramanmaras, Adiyaman, Hatay dan Gaziantep terjejas akibat bencana itu. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/guan-eng-desak-muhyiddin-mohon-maaf-disaman-jika-enggan/", "title": "Guan Eng desak Muhyiddin mohon maaf, disaman jika enggan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memohon maaf secara terbuka susulan kenyataan berbaur fitnah\u00a0membabitkan pembatalan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.\n\n\nAhli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng turut menggesa Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri dan Presiden BERSATU, menarik balik dakwaan tersebut secara serta-merta.\n\n\nGuan Eng menegaskan, tindakan perundangan akan diambil ke atas Muhyiddin jika gagal mematuhi gesaan berkenaan dan memberi tempoh sehingga hari ini bagi Ahli Parlimen Pagoh itu berbuat demikian.\n\n\n\u201cTindakan perundangan (ke atas Muhyiddin) bukan sahaja secara sivil seperti dinyatakan sebelum ini. Saya harap beliau tahu apa yang berlaku walaupun tidak hadir pada persidangan Dewan Rakyat pagi ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN Menang Besar Jika PN, PH Tak Buat Perubahan\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Guang Eng cabar Muhyiddin dedah nama Menteri DAP\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat bekas PM, menantu berkaitan kontrak kerajaan\n\n\n\n\n\n\nHubungan Malaysia-Amerika punca Arab Saudi jauhkan diri?\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Irwan, Arul batal saman 1MDB ditolak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya harap beliau mengikuti perjalanan persidangan Dewan Rakyat secara siaran langsung untuk mengetahui apa yang berlaku.\n\n\n\u201cHarap beliau bertindak secara bermaruah dengan menarik balik dan mohon maaf supaya perkara ini boleh diselesaikan, kalau tidak saya akan buat tindakan seterusnya,\u201d katanya pada sidang media di Lobi Parlimen hari ini.\n\n\nTerdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat menafikan Guan Eng membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary\u00a0seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.\n\n\nBerpandukan rekod Kementerian Kewangan, Perdana Menteri mengesahkan Guan Eng tidak berbuat demikian ketika menyandang jawatan berkenaan, selain menjelaskan kuasa pengecualian cukai tertakluk kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\n\n\nPada 9 Mac lalu, Muhyiddin dalam kenyataan selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalkan pengecualian pembayaran cukai diluluskan kepada Yayasan Albukhary.\n\n\nBeliau dilaporkan berkata, mengetahui punca Guan Eng yang ketika itu Menteri Kewangan, membatalkan pengecualian cukai diperoleh Yayasan Albukhary sebelum itu.\n\n\nSementara itu, Guang Eng\u00a0yang juga Pengerusi DAP mengulangi pendirian tidak pernah meneliti fail atau memberi arahan supaya pengecualian cukai ke atas Yayasan Albukhary dibatalkan seperti didakwa Muhyiddin.\n\n\n\u201cSaya tak mahu diheret beliau dalam kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) atau kes pengecualian cukai diberikan kepada Yayasan Albukhary.\n\n\n\u201cSaya diheret walaupun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Jana Wibawa atau Yayasan Albukhary.\n\n\n\u201cSaya rasa ini disengajakan untuk menimbulkan sentimen, khususnya sebagai Menteri Kewangan bukan Islam membatalkan pengecualian cukai kepada institusi amal Islam.\n\n\n\u201cIni pastinya memenuhi hasrat PN memainkan sentimen tidak sihat. Ini fitnah dan pembohongan sangat jahat serta tidak adil kepada saya, selain berharap perkara ini boleh diselesaikan menerusi tindakan Muhyiddin memohon maaf kepada saya,\u201d katanya.\n\n\nMengenai surat tuntutan berhubung perkara itu, Guan Eng berkata, Muhyiddin tidak mengemukakan sebarang maklum balas sejak dokumen itu diserahkan menerusi Tetuan Gouk, pada 15 Mac lalu.\n\n\n\u201cBeliau masih berdegil, tak mahu akui membuat fitnah ke atas saya,\u201d katanya yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/ibu-kandung-bapa-tiri-didakwa-eskploitasi-seks-anak-perempuan-oku/", "title": "Ibu kandung, bapa tiri didakwa eskploitasi seks anak perempuan OKU", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas kesalahan memperdagangkan anak perempuan orang kelainan upaya (OKU) mereka bagi tujuan eksploitasi seks pada Januari dan Februari lepas.\n\n\nTertuduh seorang wanita berusia 40 tahun yang juga ibu kandung mangsa bersama suaminya berusia 63 tahun yang juga bapa tiri mangsa membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.\n\n\nMengikut pertuduhan, mereka didakwa telah memperdagangkan anak gadis mereka berusia 20 tahun lapan bulan iaitu orang kelainan upaya (pembelajaran) bagi maksud eksploitasi seks.\n\n\nKesalahan itu dilakukan di sebuah rumah pangsa di Bukit Mertajam, Pulau Pinang antara jam 6 petang hingga 10 malam pada Januari hingga 14 Februari lepas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada cadangan tutup akaun media sosial yang disalah guna \u2013 Fahmi\n\n\n\n\n\n\nAl-Azhar Mesir seru boikot produk keluaran Sweden dan Belanda\n\n\n\n\n\n\nADUN Tronoh Diperintah Bela Diri Dakwaan Merogol\n\n\n\n\n\n\nPensyarah Cipta Permainan Bantu Pelajar Tahfiz\n\n\n\n\n\n\nKurang 12 jam, gempa susulan landa Turkiye\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup, atau penjara tidak kurang lima tahun dan boleh juga disebat jika sabit kesalahan.\n\n\nPendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Qatrin Nada Harun manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.\n\n\nTiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap kedua- dua tertuduh namun hakim membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM15,000 seorang dengan masing-masing seorang penjamin.\n\n\nSelain itu, syarat tambahan juga dikenakan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan iaitu pada awal bulan sehingga kes selesai.\n\n\nKes akan disebut semula pada 20 April depan bagi serahan dokumen dan lantikan peguam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/jainj-pdrm-buru-pengikut-ajaran-sesat-si-hulk/", "title": "JAINJ, PDRM buru pengikut ajaran sesat Si Hulk", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat mengesan kumpulan ajaran sesat Si Hulk yang menyebarkan video tular menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.\n\n\nExco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, JAINJ sudah menerima laporan berhubung penularan video berkenaan di TikTok sejak Isnin.\n\n\nTegasnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada Julai 2021 memutuskan, fahaman serta ajaran Si Hulk yang diasaskan Suhaini Bin Mohammad adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.\n\n\n\u201cDi dalam video yang tular itu, dengar seperti mereka sebut Syiah tetapi ia adalah Si Hulk. Penyebaran video tular mengenai ajaran Si Hulk ini memberi gambaran ajaran sesat ini masih ada pengikut setia walaupun sudah diharamkan dua tahun lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenguatkuasaan Akta Cecair 1952 masih lemah, tiada kawalan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nPeperiksaan bertulis SPM 2022 bermula 20 Februari\n\n\n\n\n\n\nPresiden MCA tolak tawaran PN\n\n\n\n\n\n\nCADANGAN SEMPADAN NEGARA DIBUKA 1 JANUARI 2022\n\n\n\n\n\n\nPedang Rasulullah diperbuat daripada besi Tanah Melayu \u2013 sejarawan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerajaan negeri memberi amaran keras kepada pelaku di dalam video terbabit dan mana-mana pihak agar menghentikan penyebaran ajaran sesat ini. Jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil,\u201d katanya pada sidang akhbar di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar pada Selasa.\n\n\nVideo tular berdurasi seminit 17 saat itu memaparkan empat lelaki mengaku menyokong ajaran Si Hulk dan menyebut beberapa ayat antaranya Nabi Muhammad SAW adalah tuhan.\n\n\nDalam pada itu, Mohd. Fared memberitahu, sekurang-kurangnya 21 ajaran sesat dikesan di Johor dan telah diletakkan dalam senarai fatwa dan warta berkaitan akidah di negeri ini.\n\n\nAntaranya ajaran sesat yang disenaraikan ialah ajaran Ismail Arifin@lepat, fahaman Hizbut Tahrir, ajaran Azman Samat, ajaran Millah Abraham dan kumpulan Layar Bahtera.\n\n\n\u201cMana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah diharamkan dan dilarang berpegang dengan fahaman dan ajaran sesat itu.\n\n\n\u201cJusteru, fahaman dan ajaran sesat hendaklah disekat dengan apa cara sekali pun daripada disebarkan di Johor dan mana-mana orang Islam yang terbabit dengan ajaran ini hendaklah bertaubat,\u201d katanya"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/kementerian-kewangan-tangguh-pelaksanaan-tiga-duti-eksais-cukai-di-bawah-bajet-2022/", "title": "Kementerian Kewangan tangguh pelaksanaan tiga duti eksais, cukai di bawah Bajet 2022", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan penangguhan tarikh kuat kuasa tiga duti eksais dan cukai yang diumumkan di bawah Bajet 2022 kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.\n\n\nDalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, penangguhan tersebut membabitkan duti eksais ke atas produk penyediaan pracampuran yang mengandungi gula melebihi had 33.3 gram/100 gram, cukai perkhidmatan penghantaran barang dan cukai jualan barang bernilai rendah (LVG).\n\n\n\u201cKetiga-tiga inisiatif ini sudah disyorkan untuk bermula pada 2023, namun, mengambil kira keperluan pihak industri yang memerlukan tempoh masa secukupnya untuk membuat persediaan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), terdapat keperluan untuk menetapkan semula tarikh kuat kuasa pengenaan ketiga-tiga duti dan cukai tersebut.\n\n\n\u201cHal ini juga dapat memberi ruang kepada pihak industri untuk membuat penyelarasan ke atas model perniagaan mereka, pelaksanaan latihan dan penyediaan dokumentasi,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaman Tun M: Anwar serah kepada peguam\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran KWSP secara terus lebih mudah berbanding cagaran\n\n\n\n\n\n\nPACU, UKM meterai MoU bangunkan bidang keilmuan\n\n\n\n\n\n\nKPT perkenal Menu Siswa Rahmah RM3.50 di Universiti Awam, Politeknik\n\n\n\n\n\n\nIsrak Mikraj, lahirkan seruan agung, hayati peristiwa luar biasa umat Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga dapat memperhalusi semua aspek perundangan yang berkaitan bagi memastikan isu pelaksanaan dapat ditangani dengan sewajarnya.\n\n\nMenerusi Bajet 2022, kerajaan mengumumkan cadangan duti eksais ke atas produk penyediaan pracampuran untuk membendung peningkatan penyakit diabetes, obesiti dan penyakit tidak berjangkit yang dikaitkan dengan pemakanan yang tidak seimbang.\n\n\nBerhubung pengenaan cukai perkhidmatan meliputi perkhidmatan penghantaran barang yang disediakan oleh syarikat bukan kurier bertujuan untuk memberikan layanan sama rata di antara semua penyedia perkhidmatan penghantaran barang.\n\n\nBuat masa ini hanya perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat kurier dikenakan cukai perkhidmatan manakala cukai jualan LVG bagi barang bernilai RM500 ke bawah yang dijual secara dalam talian oleh peniaga luar negara dan diimport ke Malaysia bertujuan bagi memberikan layanan yang sama rata kepada barangan tempatan dan barangan import. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/kerajaan-tubuh-majlis-madani-satukan-ngo-islam/", "title": "Kerajaan tubuh Majlis Madani, satukan NGO Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan menubuhkan Majlis Madani bagi menterjemahkan konsep kerajaan madani melibatkan semua pihak di negara ini.\n\n\nMenurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, majlis itu akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan perancangan pelbagai program berkonsepkan masyarakat Malaysia Madani.\n\n\n\u201cApa yang penting, kita mahu mengajak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menterjemahkan pelaksanaan falsafah dan konsep masyarakat madani ini supaya difahami dan menyantuni semua pihak.\n\n\n\u201cKonsep dan falsafah madani ini perlu menyantuni kepelbagaian agama, budaya bahasa dan latar belakang masyarakat,\u201d jelasnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahu pinjaman MARA bebas riba \u2013 Asyraf Wajdi\n\n\n\n\n\n\nKeputusan tuntutan MA63 pada 4 Januari\n\n\n\n\n\n\nSarjan maut 3 das tembakan ada masalah keluarga \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin akan didakwa lagi esok di Mahkamah Shah Alam\n\n\n\n\n\n\n690 \u2018bookie\u2019 judi Piala Dunia 2002 ditahan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Ahmad Zahid, pengumuman selanjutnya akan dibuat Anwar berkenaan keputusan mesyuarat Majlis Madani yang akan dijalankan.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menutup Konvensyen Perpaduan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam 2023 di sini pada Selasa.\n\n\nKonvensyen anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu turut dihadiri wakil 150 NGO Islam dari seluruh negara.\n\n\nTerdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid turut mengumumkan dana sebanyak RM1 juta kepada Yadim bagi menjalankan aktivit tahunan.\n\n\nDalam konvensyen berkenaan, 10 resolusi turut disepakati oleh NGO-NGO Islam antaranya membangunkan kompleks lengkap dengan fasiliti antaranya seperti pejabat, dewan seminar, dewan serbaguna dan bilik latihan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/najib-masuk-hospital-akibat-jangkitan-paru-paru/", "title": "Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib\u00a0 Razak dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu kerana tidak sihat dan pemeriksaan kesihatan mendapati beliau menghidap jangkitan paru-paru.\n\n\nMedia mendedahkan, mantan Ahli Parlimen Pekan itu pada mulanya dimasukkan ke hospital selepas mengidap influenza.\n\n\nKatanya, Najib menjalani prosedur rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu sama seperti banduan lain yang tertakluk di bawah Akta Penjara 2000.\n\n\n\u201cPemeriksaan lanjut mendapati beliau menghidapi jangkitan paru-paru dan perlu menjalani beberapa prosedur rawatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan Penuh Ruang Solat Masjid Di Selangor Dibenarkan\n\n\n\n\n\n\nGERAKAN tanding di semua negeri pada PRN\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor dibubar 23 Jun ini\n\n\n\n\n\n\nPandangan ekstrem berunsur kaum, agama wajib dihentikan \u2013 Sultan Nazrin\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cYang tahu hanya keluarga terdekat namun saya tidak pasti bagaimana media boleh tahu tentang perkara ini. Kita harap semoga semuanya dipermudahkan untuk Datuk Seri,\u201d menurut sumber.\n\n\nSumber juga enggan mendedahkan dengan lebih terperinci tentang perkara itu, namun media difahamkan Najib kini sudah kembali ke penjara selepas menjalani rawatan susulan.\n\n\nUntuk makluman, ini kali kedua beliau dimasukkan ke hospital selepas dirawat kerana mengalami ulser kronik tahun lalu.\n\n\nWalaupun sakit, Najib masih berada di bawah kawalan pihak penjara selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara yang mana Jabatan Penjara bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan.\n\n\nNajib menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang dan denda RM210 juta sejak 23 Ogos lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya dalam kes SRC International.\n\n\nPanel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Presiden UMNO itu\n\n\nDalam pada itu, pada 31 Mac ini, Mahkamah Persekutuan akan memutuskan tentang semakan hukuman dan sabitan terhadap Najib di hadapan lima panel hakim. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/new-york-pasang-penghadang-siap-siaga-hadapi-protes/", "title": "New York pasang penghadang, siap siaga hadapi protes", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPihak berkuasa New York bersiap sedia untuk mengetatkan kawalan keselamatan dengan memasang penghadang di sekitar Mahkamah Manhattan semalam susulan kemungkinan bekas Presiden, Donald Trump akan ditahan hari ini.\u00a0\n\n\nMemetik \nReuters\n, beliau ditahan bagi menghadapi pendakwaan pembayaran secara rahsia kepada pelakon lucah, Stormy Daniels semasa berkempen pada tahun 2016.\u00a0\n\n\nSituasi ini akan menjadikan Trump selaku bekas Presiden pertama didakwa melakukan jenayah.\u00a0\n\n\nPada Sabtu lalu, Trump menerusi ciapan di media sosial menggesa pengikutnya supaya melakukan demonstrasi besar-besaran jika beliau didakwa selain turut membangkitkan kebimbangan terhadap penguatkuasaan undang-undang.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis Israel serang jemaah di Masjid Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\nBekas ahli parlimen dibunuh di depan media\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye, Syria : Agong dan Permaisuri zahir takziah\n\n\n\n\n\n\nMyanmar tahan kira-kira 150 Rohingya cuba melarikan diri ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nLebih 50 Orang Awam Dibunuh Tentera British Di Afghanistan\n\n\n\n\n\n\n\n\nGesaan Trump itu juga kemungkinan akan menyebabkan mana-mana penyokong yang terlibat dalam keganasan seperti serangan pada 6 Januari 2021 ke atas Capitol Amerika Syarikat di Washington.\u00a0\n\n\nSelain itu, perkara ini adalah satu langkah yang akan mencetuskan gelombang kejutan menjelang pemilihan Presiden pada 2024 susulan Trump yang berusia 76, itu dijangka bertanding semula."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/pdrm-siasat-video-tular-dua-lelaki-hina-nabi-saifuddin/", "title": "PDRM siasat video tular dua lelaki hina Nabi \u2013 Saifuddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan berhubung video tular dalam\u00a0media sosial berkaitan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,\u00a0siasatan kini sedang dilakukan Polis Diraja Malaysia.\n\n\n\u201cSudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,\u201d\u00a0katanya\u00a0dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang hari ini.\n\n\nTurut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhamad.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM600,000 paras simpanan ideal untuk hidup selesa selepas bersara\n\n\n\n\n\n\nKekalkan TMJ \u2013 Kim Pan Gon\n\n\n\n\n\n\nSabah Sarawak Bukan Tanah Besar Malaysia\n\n\n\n\n\n\nWARISAN Jadi Parti Nasional\n\n\n\n\n\n\nTetapkan Awal Tarikh Bubar Parlimen & PRU Demi Kestabilan \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 52 saat dalam\u00a0media sosial\u00a0memaparkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/pemandu-mercedez-belasah-doktor-direman-empat-hari/", "title": "Pemandu Mercedez belasah doktor direman empat hari", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seorang pemandu direman selepas ditahan kerana disyaki menghalang dan membelasah seorang doktor hospital pakar swasta malam tadi.\n\n\nKetua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 27 tahun itu direman pagi tadi bagi membantu siasatan.\n\n\n\u201cSuspek telah ditahan polis pada jam lebih kurang 9.45 malam tadi.\n\n\n\u201cMajistret membenarkan suspek direman selama empat hari sehingga 24 Mac ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,\u201d katanya ketika dihubungi hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLesen percuma tidak dapat diberikan kepada semua B40 \u2013 Anthony Loke\n\n\n\n\n\n\nJawatan Presiden, Timbalan Presiden biar perwakilan tentukan \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nJakim nafi laporan hasil cerapan 1 Syawal 1443H tidak sah, batal\n\n\n\n\n\n\nMahkamah arah Zuraida bayar RM10 juta kepada PKR\n\n\n\n\n\n\nAyahanda Harimau Kumbang kumpulan gengster kutip hutang, tarik kereta\n\n\n\n\n\n\n\n\nKes sedang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahannya.\n\n\nManakala suspek turut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.\n\n\nDalam kenyataan tengah malam tadi, Mohamad Farouk berkata, dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, suspek yang menaiki kereta jenis Mercedes berwarna putih melanggar bahagian belakang kereta dipandu seorang doktor berusia 67 tahun di lampu isyarat Jalan Kolam Air Lama.\n\n\n\u201cApabila tiba di hadapan sebuah stesen minyak berhampiran, kereta mangsa dihalang dari arah hadapan oleh kereta suspek yang kemudian turun dan membuka pintu kereta doktor berkenaan.\n\n\n\u201cSuspek kemudian menumbuk pipi kanan selain menarik rambut dan menyepak mangsa di bahagian pinggang menyebabkan dia berasa sakit,\u201d katanya.\n\n\nKejadian itu dirakam pengguna jalan raya sehingga tular dalam media sosial, semalam. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/pengganas-israel-makin-agresif-tangkap-rakyat-palestin/", "title": "Pengganas Israel makin agresif tangkap rakyat Palestin", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nKempen menangkap warga Palestin kini giat dijalankan oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF) susulan insiden dua lelaki cedera dalam serangan di bandar Huwara, Tebing Barat pada Ahad lalu.\u00a0\n\n\nTindakan IDF itu berlaku beberapa jam selepas berakhirnya pertemuan Sharm El-Sheikh antara pegawai Israel dan Palestin, yang dipantau Mesir serta dihadiri Jordan dan Amerika Syarikat.\n\n\nIDF turut menyerbu beberapa bandar dan kampung di wilayah Jenin pada awal pagi Isnin lalu selain mempergiatkan keganasan mereka di sekitar Nablus di utara Tebing Barat manakala beberapa aktivis Palestin di Baitulmaqdis Timur turut ditahan oleh pihak polis Israel.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Datuk Bandar Huwara, Muin Al-Dumaidi berkata, pemilik kedai dihalang tentera Israel yang dikerah secara besar-besaran di dalam bandar bagi menghalang untuk membuka perniagaan mereka.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n10.3 juta solat di Masjid Nabawi pada 10 hari pertama Ramadan\n\n\n\n\n\n\nIraq mahu lelaki bakar Quran ditangkap\n\n\n\n\n\n\nArgentina tak sabar sambut wira Piala Dunia\n\n\n\n\n\n\n14 Mei \u2013 pilihan raya Presiden Turkiye\n\n\n\n\n\n\nTujuh terbunuh dalam serangan ke atas konvoi senjata di Syria\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, \npenutupan itu bertujuan memudahkan pergerakan penceroboh Israel yang melalui bandar berkenaan supaya tidak terhalang dengan kesesakan lalu lintas.\n\n\nSebelum ini, Jurucakap Ahli Politik Israel, Elisha Yared menggesa supaya bandar Huwara di Palestin dihapuskan manakala lebih 40 rumah dan lebih 50 kenderaan telah dibakar oleh penceroboh Israel pada 26 Februari lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/pn-tolak-permohonan-pejuang/", "title": "PN tolak permohonan, PEJUANG zahir rasa dukacita", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perikatan Nasional (PN) menolak permohonan PEJUANG untuk menyertai gabungan politik berkenaan.\n\n\nKeputusan Majlis Tertinggi PN dalam mesyuarat semalam dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam kenyataan hari ini.\n\n\nBagaimanapun, beliau tidak memberi maklumat lanjut berhubung keputusan PN menolak permohonan parti itu.\n\n\nPada 2 Mac lalu, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, partinya sudah menghantar surat kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya partinya diterima sebagai anggota komponen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPeniaga luah rasa kesal harga barang mentah meningkat\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Sekat Atlet Israel Sertai Acara Skuasy Dunia Di KL\n\n\n\n\n\n\nBERJASA tetap bersama GTA, fokus hala tuju dan kepimpinan baharu\n\n\n\n\n\n\nBukan persenda Menu Rahmah, hanya mahu nasi berkuah \u2013 Hanafiah\n\n\n\n\n\n\nPeguam Muslim cabar debat rayuan kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat PN semalam dipengerusikan oleh Muhyiddin dan turut dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Presiden GERAKAN, Datuk Dr. Dominic Lau.\n\n\nHamzah menambah, Majlis Tertinggi PN juga membuat ketetapan mengekalkan penggunaan lambang PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, Selangor, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan manakala lambang PAS digunakan di Kelantan dan Terengganu.\n\n\n\u201cMajlis Tertinggi PN turut mengarahkan jentera pilihan raya di enam negeri tersebut agar memperkukuhkan persiapan dan kesiapsiagaan di tahap tertinggi,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut mengumumkan pelantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PN.\n\n\nLantikan-lantikan lain adalah Pengerusi Badan Perhubungan PN Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee; Pengerusi Badan Perhubungan PN Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Radzi Jidin serta Mohamad Siddiq Mohd. Azani dan Muhd. Khidir Izaidin selaku Penolong Setiausaha Eksekutif PN.\n\n\n\n\nSementara itu, dalam satu kenyataan balas PEJUANG hari ini, parti itu menzahirkan rasa dukacita kerana PN menolak iltizam untuk menyatukan orang Melayu.\n\n\nSetiausahanya, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, parti itu akan terus menggerakkan jentera untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/rosmah-dibenar-dapatkan-sementara-pasport-lawat-cucu-sakit/", "title": "Rosmah dibenar dapatkan sementara pasport lawat cucu sakit", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Datin Seri Rosmah Mansor dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini untuk mendapatkan sementara pasport bagi melawat cucunya yang sakit di Singapura.\n\n\nTiga panel hakim dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang bersidang bersama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Azman Abdullah memutuskan, isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu boleh mendapatkan semula passport beliau bermula Khamis ini hingga 5 Mei depan.\n\n\nKetika bersidang, hakim-hakim memerintahkan dokumen perjalanan berkenaan dipulangkan semula kepada mahkamah pada 10 Mei.\n\n\nPeguam, Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah berkata, anak guamnya membuat permohonan berkenaan untuk melawat anak perempuan, menantu dan dua cucu lelaki termasuk seorang yang sakit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful mengaku tak bersalah minta, terima rasuah RM6.9 juta\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Pulihkan kedudukan kewangan, jaga keperluan rakyat \u2013 KM Sabah\n\n\n\n\n\n\nAnwar guna kuasa PM perangi rasuah meskipun diugut pelbagai pihak\n\n\n\n\n\n\nMalaysia, Brunei teroka potensi kerjasama dua hala\n\n\n\n\n\n\nKKM sasar bentang semula Rang Undang-Uundang Kawalan Produk Tembakau dalam masa terdekat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cRosmah memohon untuk ke Singapura pada Khamis ini dan pulang semula ke Malaysia, enam minggu kemudian.\n\n\n\u201cSaya difahamkan pihak pendakwaan tiada bantahan permohonan itu dan pasport dipulangkan seminggu selepas anak guam pulang dari Singapura,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn mengesahkan perkara berkenaan.\n\n\n\u201cSaya mohon pasport Rosmah dipulangkan semula ke mahkamah pada 10 Mei depan,\u201d katanya.\n\n\nPada 1 September 2022, Hakim, Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhi hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta selepas Rosmah, 72, didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.\n\n\nMohamed Zaini memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda, namun membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 11 hingga 14 Julai ini.\n\n\nRosmah yang memfailkan petisyen rayuan pada 13 Oktober lalu, mengemukakan 127 alasan antaranya mendakwa keseluruhan keputusan Mohamed Zaini berat sebelah dan tidak berlandaskan pertimbangan betul.\n\n\nWanita itu turut berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\n\n\nPerbuatan itu dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 serta di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.\n\n\nPerbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai dihadapi Rosmah ditetapkan selama 15 hari antara 12 Mei dan 8 September ini. \u2013 SinarHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/sekatan-terhadap-rakyat-palestin-ke-al-aqsa-ketika-ramadan/", "title": "Sekatan terhadap rakyat Palestin ke Al-Aqsa ketika Ramadan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Israel mengumumkan sekatan terhadap rakyat Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa sepanjang Ramadan.\n\n\n\u201cWanita dari semua peringkat umur, kanak-kanak lelaki sehingga 12 tahun dan lelaki berusia lebih 55 tahun bagaimanapun akan dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadan tanpa permit,\u201d \nAgensi Anadolu\n memetik penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah, Mejar Jeneral Ghassan Alyan, berkata dalam satu kenyataan pada Isnin.\n\n\nKatanya, Israel akan mengenakan permit kepada lelaki berumur 45 hingga 55 tahun.\n\n\nPegawai Israel itu juga berkata, \u2018kelulusan keselamatan\u2019 diperlukan bagi rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melawat saudara mereka di 48 wilayah atau warga asing melawat saudara mereka di Tebing Barat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi tidak akan normalisasi hubungan dengan Israel\n\n\n\n\n\n\nRSF umum gencatan senjata di Sudan sempena Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\nRibut Salji Jejas 2.8 Juta Penduduk Syria\n\n\n\n\n\n\nDitembak lebih 20 das, penolong ketua kampung maut\n\n\n\n\n\n\nJepun Pertimbang Separa Darurat\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi Semenanjung Gaza, Israel mengenakan kuota terhad untuk wanita berumur 50 tahun ke atas dan lelaki berumur 55 tahun ke atas dari Ahad hingga Khamis untuk memasuki Masjid Al-Aqsa, menurut kenyataan itu.\n\n\nKetegangan meningkat di seluruh Tebing Barat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, susulan serbuan tentera Israel ke bandar-bandar Palestin.\n\n\nHampir 90 rakyat Palestin dan 14 warga Israel terbunuh dalam serangan berasingan sejak awal tahun ini. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/tambah-baik-sistem-pengecaman-identiti-elak-isu-mayat-tertukar-berulang/", "title": "Tambah baik sistem pengecaman identiti, elak isu mayat tertukar berulang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kementerian Dalam Negara (KDN) akan memperkenalkan beberapa inisiatif baharu melibatkan Jabatan Penjara Malaysia bagi mengelak isu kesilapan identiti mayat tahanan berulang.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sedang mengkaji kaedah baharu termasuk menambah baik sistem penjara sedia ada.\n\n\n\u201cMaju ke hadapan lepas ini, saya telah pun berbincang dengan pimpinan Jabatan Penjara. Kita ada beberapa inisiatif untuk membantu kita menambah baik dari sudut pengesahan identiti berbanding keadaan biasa dan kita belajar daripada pengalaman ini.\n\n\n\u201c(Butiran) itu akan diumumkan dari semasa ke semasa,\u201d katanya pada sidang media di Maktab Penjara Malaysia di sini hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCuepacs perlu faham kekangan kewangan dihadapi kerajaan \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nBasmi Pengasingan Kuasa\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin lancar kempen \u2018Ramadan Bersamamu\u2019 peruntuk RM12 juta\n\n\n\n\n\n\nTun Faisal sertai BERSATU\n\n\n\n\n\n\nMoF akan buat laporan polis terhadap dakwaan status cukai Yayasan Albukhary\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, media melaporkan mengenai isu kesilapan identiti mayat seorang tahanan di Penjara Sungai Buloh menyebabkan ia hampir membakar mayat berkenaan selepas dituntut di Hospital Sungai Buloh pada 3 Mac lalu.\n\n\nBagaimanapun selepas kesilapan identiti itu dikenalpasti, keluarga terbabit segera dihubungi pihak berkuasa penjara yang memaklumkan anak mereka masih hidup dan berada dalam tahanan.\n\n\nDalam pada itu, insiden kecuaian itu tidak akan menutup segala usaha baik Jabatan Penjara Malaysia bukan sahaja menghukum pesalah bahkan memulihkan golongan itu sebelum kembali kepada masyarakat.\n\n\n\u201cTapi ia tidak sampai merosakkan keseluruhan cerita tentang kekuatan dan kelebihan Jabatan Penjara. Sudah tentu ada satu dua kes terpencil begini dan kita segera ambil langkah untuk menambah baik,\u201d katanya lagi. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/tiada-pengeluaran-kwsp-demi-kebaikan-negara-rafizi/", "title": "Tiada pengeluaran KWSP demi kebaikan negara \u2013 Rafizi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan tidak akan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semata-mata mahu membuat langkah populis.\n\n\nMenteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, meskipun diasak oleh pelbagai pihak, kerajaan perlu tekad untuk tetap dengan pendirian berkenaan demi masa depan rakyat.\n\n\n\u201cTidak ada langkah populis. Kita sudah melalui fasa pentadbiran demi pentadbiran buat keputusan untuk dapat klik (sambutan) di TikTok, Facebook dan kesannya betul kita merasainya\u00a0\u00a0sekarang.\n\n\n\u201cJadi dengan majoriti kita ada, dengan mandat kita ada, saya yakin dalam tempoh lima tahun rakyat akan memahami bahawa keputusan walapun ada tekanan hebat dari rakyat, itu untuk kebaikan negara dan kesan itu akan dihargai rakyat dari satu bulan ke satu bulan,\u201d katanya ketika sidang media selepas merasmikan mesin layan diri dari Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di UiTM Kampus Puncak Alam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLonggar kemasukan pelawat China, jangan gadai keselamatan negara \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nAlasan Ketua Polis Negara tak logik \u2013 Hamzah\n\n\n\n\n\n\nAmbil tindakan terhadap Najwan Halimi \u2013 Rafique\n\n\n\n\n\n\nMahkamah tangguh rayuan Najib saman Thomas ke 11 Ogos\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri pernah tolak kenderaan kalis peluru\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian merujuk kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan pengeluaran\u00a0KWSP memberi kesan kepada pelaburan negara.\n\n\nSehubungan itu, Rafizi berkata, kerajaan perlu mencari jalan lain bagi meringankan beban rakyat dalam usaha memastikan dana pelaburan negara itu tidak terjejas.\n\n\nDalam masa yang sama, kerajaan tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan KWSP menguruskan dana pencarum yang akhirnya memberi impak kepada pengurusan kewangan institusi berkenaan dan pencarum.\n\n\n\u201cTerserah kepada KWSP untuk respon.\u00a0Mereka lebih arif tentang kedudukan mereka, mereka tahu kedudukan kewangan mereka dan pelaburannya. Tapi secara prinsipalnya, KWSP mengurus dana dalam KWSP tu dan pelaburannya.\n\n\n\u201cKerajaan tidak patut campur tangan dalam urusan ini, KWSP sudah nyatakan dengan jelas bahawa pengeluaran akan jejaskan pengurusan memberikan beberapa kesan.\n\n\n\u201cKalau kerajaan ambil langkah populis demi menang pilihan raya negeri, ia akan memberi kesan dana kepada KWSP,\u201d tambah beliau. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/21/tujuh-lelaki-pakai-seluar-pendek-kena-amaran-jaheaik/", "title": "Tujuh lelaki pakai seluar pendek kena amaran JAHEAIK", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Tujuh lelaki yang memakai seluar pendek paras paha diberi notis amaran oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) atas kesalahan aurat.\n\n\nKetua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, notis itu dikeluarkan kepada mereka yang berusia belasan tahun hingga 20-an di sebuah kedai di Tanah Merah, Jumaat lalu.\n\n\nKatanya, operasi bersepadu itu diadakan bersama Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).\n\n\n\u201cOperasi dijalankan selepas mendapat aduan awam mengenai perniagaan shisha di situ dan hasil operasi terdapat lelaki yang mendedahkan aurat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBuluh lemang sumber pendapatan Shafie di Raub\n\n\n\n\n\n\nSanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok\n\n\n\n\n\n\nApakah cukai vape lebih penting daripada nyawa rakyat?\n\n\n\n\n\n\nPenyatuan Ummah Penting Dalam Mendepani Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nTragedi 3 Syawal, 6 maut kereta bertembung\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNotis amaran dikenakan mengikut Seksyen 23 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 yang boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara,\u201d katanya di Kota Bharu hari ini.\n\n\nBeliau berkata, operasi itu turut menyita enam unit dapur shisha dan satu notis amaran dikeluarkan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2009.\n\n\nMohd. Fadzuli berkata, PKD juga mengeluarkan 11 kompaun mengikut kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 berjumlah RM1,900, manakala lima kompaun RM1,500 mengikut Kesalahan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan nilai RM1,500."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/13-maut-dalam-tragedi-gempa-bumi-di-afghanistan/", "title": "13 maut dalam tragedi gempa bumi di Afghanistan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nTragedi gempa bumi berukuran 6.5 skala Richter yang menggegarkan sebahagian besar kawasan di Pakistan dan Afghanistan semalam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 13 nyawa setakat ini.\u00a0\n\n\nMemetik Al-Jazeera, Jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Pakistan, Bilal Faizi memaklumkan, lebih 100 mangsa dibawa ke hospital di wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan kerana tidak sedarkan diri akibat terkejut dengan gempa bumi berkenaan.\u00a0\n\n\nSementara itu, gegaran tersebut turut dirasai di sempadan Tajikistan selain puluhan yang lain dilaporkan cedera dalam gempa bumi yang berpusat di Afghanistan.\u00a0\n\n\nTragedi gempa bumi itu juga menyebabkan berlakunya tanah runtuh di beberapa kawasan pegunungan sehingga mengganggu lalu lintas.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk serangan tentera Israel di Nablus\n\n\n\n\n\n\n10.3 juta solat di Masjid Nabawi pada 10 hari pertama Ramadan\n\n\n\n\n\n\nGenap setahun kematian wartawan Shireen Abu Akleh\n\n\n\n\n\n\nLebih 36,100 terbunuh sejak gempa bumi kuat melanda Turkiye\n\n\n\n\n\n\nHampir tiga juta jemaah berwukuf hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nJurucakap Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah, Taimoor Khan berkata sekurang-kurangnya 19 rumah bata lumpur di kawasan terpencil runtuh.\n\n\nDalam pada itu, tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa berukuran 6.5 skala Richter itu terletak 40 kilometer di selatan-tenggara Jurm di kawasan pegunungan Hindu Kush Afghanistan, bersempadan Pakistan dan Tajikistan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/29-lokasi-lihat-anak-bulan-petang-ini/", "title": "29 lokasi lihat anak bulan petang ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nProses melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini akan diadakan pada petang nanti.\u00a0\n\n\nPejabat Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja memaklumkan sebanyak 29 lokasi di seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan tersebut dan akan disusuli pengisytiharan tarikh mula berpuasa malam ini.\n\n\nKaedah penetapan tarikh permulaan Ramadan adalah berdasarkan rukyah dan hisab seperti dipersetujui Majlis Raja-Raja.\u00a0\n\n\nAntara lokasi terlibat untuk melihat anak bulan Ramadan adalah di Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah Santuni Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nArahan tulisan Jawi di papan tanda tidak langgar Perlembagaan Persekutuan \u2013 Hakim\n\n\n\n\n\n\nMuafakat Didukung, Tidak Halang Saingan Secara Demokratik \u2013 Annuar\n\n\n\n\n\n\nKes, kluster Covid-19 meningkat, KKM saran pelajar, guru disaring\n\n\n\n\n\n\nPesawat terhempas di Elmina, Shah Alam\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, di Negeri Sembilan ia melibatkan Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson.\n\n\nDi Selangor, Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam.\n\n\nSementara itu, antara lokasi lain untuk \nmelihat anak bulan Ramadan adalah Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya serta Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis, Perlis."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/asyraf-wajdi-setiausaha-agung-umno-yang-baharu/", "title": "Asyraf Wajdi Setiausaha Agung UMNO yang baharu", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan.\n\n\nSelain Asyraf, Datuk Seri Azalina Othman Said yang gagal mendapat kerusi Naib Presiden UMNO pada pemilihan yang lalu dilantik sebagai Ketua Penerangan parti itu.\n\n\nAzalina menggantikan Hizatul Isham Abdul Jalil atau Isham Jalil yang turut terpilih sebagai salah seorang dari 25 Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.\n\n\nUMNO mengekalkan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Bendahari parti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : jijik, cemari kesucian Ramadan \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nUMNO sanjung tinggi tindakan tidak munasabah kerajaan campuran\n\n\n\n\n\n\nUndi Melayu, PRN Johor & Melaka jadi petunjuk pada PRU 15\n\n\n\n\n\n\nTiada Persediaan Penuh Hadapi Banjir \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan dapat RM200\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dilantik menganggotai MKT bagi penggal 2023-2026.\n\n\nDatuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah menggantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.\n\n\nPada pemilihan UMNO yang berakhir Sabtu lepas, Reezal dan Mahdzir gagal merebut tempat untuk menduduki kerusi naib presiden.\n\n\nCubaan Shahrizat untuk kembali menerajui Pergerakan Wanita UMNO pula terkandas apabila tewas kepada Datuk Seri Noraini Ahmad."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/epl-dihenti-seketika-beri-ruang-pemain-berbuka-puasa/", "title": "EPL dihenti seketika, beri ruang pemain berbuka puasa", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Liga Perdana Inggeris (EPL) digesa membenarkan pengadil menghentikan perlawanan seketika bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa ketika Ramadan.\n\n\nMenurut laporan Sky Sports, jawatankuasa pengadil mahu pegawai perlawanan diberikan panduan sesuai supaya pemain dapat berbuka puasa dengan minuman, gel tenaga atau suplemen di garisan tepi padang ketika aksi dihentikan seketika.\n\n\nPengadil turut digalakkan mengenal pasti pemain yang berpuasa sebelum sepak mula dan bersetuju dengan anggaran masa ditetapkan untuk berbuka puasa.\n\n\nPenyerang Liverpool Mohamed Salah, pemain tengah Chelsea N\u2019Golo Kante dan sayap Manchester City Riyad Mahrez antara pemain yang menjalani ibadah itu tanpa makan dan minum di siang hari.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSekatan terhadap rakyat Palestin ke Al-Aqsa ketika Ramadan\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil alih siasatan jika ada unsur khianat nahas Elmina\n\n\n\n\n\n\nKabinet belum bincang laksana semua GST\n\n\n\n\n\n\nBas persiaran terbakar, laluan keluar Plaza Tol UPM dibuka semula\n\n\n\n\n\n\nBrek lori rosak punca kemalangan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 2021, perlawanan antara Leicester City dan Crystal Palace dihentikan seketika oleh pengadil Graham Scott selama setengah jam bagi membolehkan Wesley Fofana dan Cheikhou Kouyate berbuka puasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/kkm-batal-notifikasi-enam-produk-kosmetik-mengandungi-racun-berjadual/", "title": "KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nBahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan enam produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, notifikasi produk kosmetik yang terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.\n\n\nBeliau memaklumkan produk berkenaan ialah Flashhskinzz Moist Sunsreen, Serene Treatment Cream, Tempias Hawa Master Recovery Skin Rskin, Karisma Preventing Day Cream yang masing-masing mengandungi merkuri.\n\n\n\u201cSelain itu, dua lagi produk kosmetik yang terlibat ialah SL Two Kunyit yang mengandungi merkuri dan Betamethasone 17- Valerate manakala SL Two Sarang Burung (Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17- Valerate),\u201d katanya menerusi kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dihapus\n\n\n\n\n\n\nGantung Bina SJKC Jawatankuasa Fail Tuntutan\n\n\n\n\n\n\nPN muktamad agihan, tandingi 245 kerusi DUN pada PRN 6 negeri\n\n\n\n\n\n\nPantai Timur Diramal Hadapi Banjir Serentak Bermula Esok\n\n\n\n\n\n\nKelantan boleh jadi negeri kaya jika PAS terus diberi mandat\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Dr Noor Hisham berkata, merkuri adalah dilarang dalam produk kosmetik kerana ia boleh memudaratkan kesihatan sehingga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf serta boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau janin.\u00a0\n\n\nBeliau turut menjelaskan penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa dan pedih sementara betamethasone 17- valerate pula boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis.\u00a0\n\n\nTambah Dr Noor Hisham, penggunaan hydroquinone pula boleh menyebabkan perubahan warna kulit yang tidak diingini serta boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit \ndaripada pancaran sinar ultra ungu (UV) berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.\n\n\nDalam pada itu, Dr Noor Hisham menggesa orang ramai untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berkenaan.\u00a0\n\n\nJelasnya, penjualan dan pengedaran produk kosmetik adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/lantikan-politik-bukan-peluang-laba-politik-berjasa/", "title": "Lantikan politik bukan peluang laba politik \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0 Kalau terdesak sangat, pastikan ahli politik yang dilantik ada merit serta kelayakan dalam bidang dan GLC yang di pegang.\n\n\nPelantikan orang politik ke dalam syarikat berkaitan kerajaan, GLC\u00a0 dikhuatiri akan mencetuskan persepsi kurang baik kerana tidak semua yang dilantik mempunyai kelayakan.\n\n\nKetua Pemuda BERJASA, Ustaz Fahmi Bazlan, berkata sekiranya kerajaan melantik orang politik dalam GLC, langkah itu dilihat\u00a0 seolah-olah menghantar lanun masuk ke lubuk emas.\n\n\nKatanya, kebimbangan dibangkitkan ialah sekiranya wujud kemungkinan kesempatan yang ada digunakan sebagai peluang dan survival politik orang-orang politik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDiguna orang ketiga, Johor akan batalkan lesen serta-merta\n\n\n\n\n\n\nNational Task Force bubar, Op Benteng ditamatkan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat\u2026\u2019- Anwar\n\n\n\n\n\n\nSuntik Dana Anak Muda Hasil Seni Bermutu, Cukuplah Karya Berkiblat Barat\n\n\n\n\n\n\nHarga maksimum minyak masak botol kekal\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau lanun masuk ke lubuk emas, ia adalah suatu yang kita katakan sebagai kesempatan yang dinanti-nanti, kalau orang mencuri perlu bersusah payah kalau lanun\u00a0 masuk ke\u00a0 lubuk mas lagi banyaklah dia mencuri, dan kita melihat khazanah negara bukan lagi diambil secara cebisan tapi diseleweng beratus ringgit, dana kerajaan boleh diseleweng oleh orang politik.\u201d\u00a0 \u2013 USTAZ FAHMI BAZLAN / Ketua Pemuda BERJASA\n\n\nTambahnya, jawatan itu juga dibimbangi akan disalah guna sebagai mencari laba politik dan bukan merancang dan tadbir urus yang baik.\n\n\nSehubungan itu katanya adalah\u00a0 sangat penting untuk melantik individu profesional yang berintegriti dan berpengalaman supaya dana kerajaan yang semakin terhad dapat diurus dan ditadbir dengan baik.\n\n\nUjarnya lagi sekiranya terdesak sangat, kerajaan harus memastikan ahli politik yang dilantik ada merit serta kelayakan dalam bidang dan GLC yang di pegang.\n\n\nBaru-baru ini, lantikan politik dilakukan ke atas agensi Majlis Amanah Rakyat, Mara yang Pengerusinya diberikan kepada Datuk Seri Asyraf Wajdi, Setiausaha Agung UMNO.\n\n\nManakala \nbekas, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra.\u00a0\n\n\nTurut dilantik dalam kalangan orang politik menerajui syarikat berkaitan kerajaan ialah \nBekas Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa\u00a0 sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/meja-kantin-kotor-perlu-tindakan-tiada-kompromi-soal-kebersihan/", "title": "Meja kantin kotor : perlu tindakan, tiada kompromi soal kebersihan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nTiada alasan boleh diterima terutama membabitkan kebersihan dan tindakan tegas perlu diambil pihak pengurusan sekolah.\n\n\nPakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar memberikan kenyataan itu selepas tular satu rakaman video memaparkan meja kantin di sebuah sekolah yang dilihat dalam keadaan kotor dan berhabuk tebal.\n\n\n\n\nKena ambil tindakan pantas dan tepat\u2026 jangan biarkan. Jika benar seperti dalam video itu, memang tidak patut. Apa pun alasan memang tidak boleh diterima.\n\n\nBerdasarkan kapsyen video, pengguna tersebut meluahkan kekesalan terhadap pihak yang membiarkan meja makan di kantin sekolah itu terbiar dan kotor.\n\n\nDr Zainal Ariffin berkata, kebersihan persekitaran di sekolah terutama di dalam bilik darjah, kantin dan tandas adalah penting serta perlu diberi keutamaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKelemahan Pengurusan\n\n\n\n\n\n\nPertemuan UMNO Bincang Pengagihan Kerusi\n\n\n\n\n\n\nSogokan rasuah kepada pengundi bukan amalan Pas\n\n\n\n\n\n\nSabitan Najib Bersalah Kes SRC Kekal, Aibkan Negara\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perpaduan yang menerajui Malaysia kini dikuasai DAP \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas beliau, selain makanan, kebersihan premis juga penting dan perlu dititikberatkan kerana persekitaran kotor boleh membawa penyakit serta kemalangan.\n\n\nLangkah itu bertujuan mengelakkan pencemaran makanan, penyakit dan budaya buruk dalam kalangan pelajar. Dalam aspek itu, pihak sekolah dan pengusaha kantin mesti bertanggungjawab, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pejabat Kesihatan Daerah kena pantau secara berkala.\n\n\nTegasnya, pelbagai pihak seperti sekolah, pengusaha kantin serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan dalam memantau kebersihan sekolah agar dapat mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/mohammad-ab-rahman-dilantik-panglima-tentera-darat-ke-29/", "title": "Mohammad Ab Rahman dilantik Panglima Tentera Darat ke-29", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-29 berkuat kuasa hari ini.\n\n\nBeliau menggantikan Panglima Tentera Darat ke-28, Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain yang mula bercuti esok sebelum menamatkan perkhidmatan pada 21 September ini setelah hampir 43 tahun berkhidmat.\n\n\nMajlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas jawatan nombor satu dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) itu disaksikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Auditorium Wisma Pertahanan, di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nTerdahulu, Mohammad yang berpangkat leftenan jeneral telah dinaikkan pangkat kepada jeneral bagi menjawat tampuk pimpinan tertinggi TDM.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPDRM perlu tambah Pusat CIC di Sabah dan Sarawak\n\n\n\n\n\n\n1.75 juta kenderaan dijangka memasuki ibu negara malam ini\n\n\n\n\n\n\nBekalan gula berkurang, KPDN digesa ambil tindakan\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Tak perlu debat, semua sibuk PRN \u2013 Kon Yeow\n\n\n\n\n\n\nAnnuar gesa henti pertikai pelantikan Anwar sebagai PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohammad yang dilahirkan pada 15 Mac 1964 di Machang, Kelantan telah berkhidmat lebih 35 tahun selepas ditauliahkan sebagai pegawai muda dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1 Julai 1987.\n\n\nBeliau merupakan lepasan Maktab Tentera Diraja Cawangan Putra pada 1980 sebelum meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di University Of North Carolina di Charlotte, Amerika Syarikat.\n\n\nSepanjang perkhidmatan dalam TDM, Mohammad telah memegang beberapa jawatan penting seperti Pegawai Memerintah Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (23 RAMD), Panglima Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Briged), Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), Panglima Latihan Tentera Darat dan Panglima Medan Barat Tentera Darat.\n\n\nTurut hadir pada majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jen Tan Sri Affendi Buang; Panglima Tentera Udara, Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/penganjur-akur-arahan-polis-batalkan-program-thai-hot-guy/", "title": "Penganjur akur arahan Polis batalkan program Thai Hot Guy", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Penganjur Program Thai Hot Guy akhirnya akur dengan arahan polis dan membatalkan program hiburan yang disifatkan sebagai mencemar moral di negara ini.\n\n\nKetua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, penganjur dan pengurus premis hiburan itu juga tampil bertemu polis sebelum bersetuju membatalkan program tersebut.\n\n\nKatanya, pada jam lebih kurang pukul 2.30 petang tadi, polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah mengadakan perjumpaan dengan penganjur dan pengurusan premis tersebut.\n\n\n\u201cAmaran keras telah diberikan oleh polis kepada pihak penganjur agar program tersebut tidak diteruskan dan perlu dibatalkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKhidmat LRT di 6 stesen dihentikan bermula Ahad ini\n\n\n\n\n\n\nSultan Johor berkenan berkunjung ke kediaman rasmi Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nPAS Sedia Ganti UMNO Bawa Suara Orang Melayu Islam\n\n\n\n\n\n\nIsu politik Melaka tidak jejas persediaan UMNO bagi PRN\n\n\n\n\n\n\n37 Maut Akibat Banjir\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPihak penganjur dan pengurusan akhirnya akur dengan arahan kami untuk membatalkan program tersebut dan tiada sebarang program atau aktiviti yang sebelum ini tular akan diadakan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nNamun, tambah Ashari, polis akan membuat pemantauan berterusan ke atas premis tersebut bagi memastikan mereka benar-benar mematuhi kepada arahan.\n\n\n\u201cPolis akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang oleh pihak berkenaan dalam isu tersebut,\u201d katanya.\n\n\nJelas beliau, semalam, IPD Wangsa Maju telah mengesan satu video tular berkenaan penganjuran satu program yang akan dihadiri oleh kumpulan Thai Hot Guy yang memaparkan imej tidak sopan dan bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia.\n\n\nKata Ashari lagi, program tersebut dirancang akan diadakan di sebuah premis di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.\n\n\nJelas beliau, promosi berkaitan program tersebut telah menimbulkan reaksi yang tidak menyenangkan serta kecaman daripada masyarakat.\n\n\n\u201cSemakan sehingga pukul 4 petang hari ini, polis mendapat sebanyak 60 laporan diterima yang membantah penganjuran program berkenaan.\n\n\n\u201cPihak polis sentiasa peka mengenai penganjuran program-program yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan negara.\n\n\n\u201cPolis menasihatkan orang ramai supaya tidak menjalankan apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang sehingga menggugat ketenteraman awam,\u201d tegasnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/penganjur-tidak-menjaga-sensitiviti-umat-islam/", "title": "Thai Hot Guy dibatalkan, JAWI diarah siasat", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berkait penganjuran persembahan Thai Hot Guy bagi majlis pembukaan sebuah bar di ibu negara.\u00a0\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar berkata, Jawi tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan bertentangan dengan ajaran Islam serta undang-undang yang sedang berkuatkuasa.\u00a0\n\n\n\u201cPenganjuran acara itu adalah bertentangan dengan ajaran Islam serta tatasusila masyarakat,\u201d katanya menerusi kenyataan hari ini.\n\n\nTambah Mohd Na\u2019im, pihaknya juga telah menerima laporan serta maklum balas daripada masyarakat berkaitan penganjuran pembukaan sebuah kelab yang membabitkan sekumpulan pihak dikenali sebagai Thai Hot Guy.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Operasi SAR hari keempat diteruskan, cari baki 9 mangsa\n\n\n\n\n\n\nUtamakan Guru Interim Untuk Tetap I-Guru\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri diramal pertahankan kerusi DUN Rhu Rendang\n\n\n\n\n\n\nmyIDENTITY bantu SPA saring maklumat tepat pemohon\n\n\n\n\n\n\nKes Dera Bella : diberi makan 20 cili padi seminggu\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, penganjuran acara berkenaan amat mendukacitakan serta tidak bertanggungjawab susulan umat Islam bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan yang dipenuhi dengan kemuliaan.\n\n\nTerdahulu, sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bakal menganjurkan satu acara hiburan dengan menampilkan persembahan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian wanita pada 30 Mac ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/ph-salahkan-tun-m-dalam-ops-lalang-tapi-masih-lantik-sebagai-pm/", "title": "PH salahkan Tun M dalam Ops lalang, tapi masih lantik sebagai PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nPemimpin Pakatan Harapan (PH) masih mengkritik tindakan Tun Mahathir ketika beliau menjadi Perdana Menteri ke-4 dalam Operasi Lalang pada tahun 1987.\n\n\nBagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, pemimpin parti itu menerimanya sebagai calon Perdana Menteri apabila langkah tersebut menepati dengan kehendak mereka untuk menjadi kerajaan.\n\n\n\n\nParti-parti dalam Pakatan Harapan selalu menyalahkan saya atas Ops Lalang. Tetapi apabila ia bertepatan dengan objektif mereka, mereka dengan senang hati menerima saya sebagai rakan sekerja dan juga sebagai calon untuk menjadi Perdana Menteri mereka.\n\n\nMenerusi satu kenyataan di Facebooknya, beliau tidak pernah mengarahkan pihak polis untuk melaksanakan operasi kontroversi itu apabila beratus termasuk pemimpin pembangkang ditahan tanpa mendapat perbicaraan adil.\n\n\nKatanya, sebagai seorang Perdana Menteri pada ketika itu, beliau perlu mendengar nasihat polis demi menjamin keselamatan negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLapan individu ditahan dalam skim \u2018kutu Sapiza\u2019\n\n\n\n\n\n\nNajib, Zahid Dalang Ketidakstabilan Politik Negara \u2013 Wan Saiful\n\n\n\n\n\n\nWisma Putra terima maklumat tiga rakyat Malaysia masih di Sudan\n\n\n\n\n\n\nAmbil masa bertahun untuk selesai isu doktor kontrak \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nGPS tumpu kestabilan kerajaan, henti politiking\n\n\n\n\n\n\n\n\nMereka bertanggungjawab menjaga keselamatan negara. Pendapat dan nasihat mereka tidak boleh diketepikan begitu sahaja.\n\n\nJusteru, beliau berkata penjelasan terperinci telah dilakukan oleh Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar ketika itu.\n\n\nBeliau juga mengkritik tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bersifat perkauman apabila menyekat proklamasi Melayu yang sepatutnya diadakan baru-baru ini.\n\n\nJelas Mahathir, beliau tidak menghalang Anwar sebelum ini melakukan demonstrasi setiap minggu namun tidak benar langsung orang Melayu bincang masalah yang mereka hadapi.\n\n\nSeramai 108 pemimpin politik dan aktivis sosial ditahan ketika Ops Lalang yang didakwa dilakukan bagi mengelak berlakunya rusuhan kaum di Kuala Lumpur.\n\n\nKesemua mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tanpa diberikan peluang untuk dibicarakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/pn-ada-sebab-tolak-permohonan-pejuang/", "title": "PN ada sebab tolak permohonan PEJUANG", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Keputusan Perikatan Nasional (PN) menolak penyertaan PEJUANG menyertai gabungan itu bukanlah bermaksud mereka berseteru.\n\n\nNaib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN mempunyai alasan dan hujah tersendiri apabila tidak menerima penyertaan Pejuang.\n\n\nMenurutnya, keputusan tersebut juga telah dibincangkan secara bersama melibatkan semua kepimpinan PN yang hadir dalam mesyuarat Tertinggi PN.\n\n\n\u201cSaya tak nak sebut sebab musabab itu kerana ia akan menyentuh parti-parti yang ada tapi tentu ada hujah-hujah tertentu kenapa tidak diterima.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMisi Bantuan Banjir Aman Palestin Dan Kelab Perwira Malaysia\n\n\n\n\n\n\nRemaja lelaki hilang di Pantai Batu Layar ditemukan lemas\n\n\n\n\n\n\nDasar dan perancangan KPM seolah terpisah dari realiti\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kabinet Yang Bercuti Diarah Pulang Malaysia Segera\n\n\n\n\n\n\nMeja kantin kotor : perlu tindakan, tiada kompromi soal kebersihan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBukan bermakna tak diterima itu kita bergaduh atau berseteru dengan parti-parti ini, tapi sebab2 yg berkait dengan pilihan raya dan sebagainya,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pemberian Bantuan Tunai \u201dOne Off\u201d kepada Imam dan Bilal di Bawah Skim Mubaligh Terengganu pagi tadi.\n\n\nDitanya sama ada PN akan menerima PEJUANG pada masa akan datang, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, perkara itu boleh dibincangkan kembali selepas ini.\n\n\nSemalam, Majlis Tertinggi PN mengumumkan keputusan menolak permohonan PEJUANG menyertai gabungan itu.\n\n\n\n\nSetiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan itu dilakukan dalam mesyuarat yang dihadiri Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai dan semua wakil parti-parti anggota.\n\n\nPEJUANG dalam satu kenyataan semalam pula menzahirkan rasa kecewa kerana iltizam dan matlamat untuk tidak memecahkan undi orang-orang Melayu tidak disambut oleh pimpinan PN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/rogol-adik-kandung-remaja-dihantar-ke-henry-gurney/", "title": "Rogol adik kandung remaja dihantar ke Henry Gurney", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0 Mahkamah Majistret Bahau, Jempol, Negeri Sembilan\u00a0 semalam memerintahkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dihantar ke Sekolah Henry Gurney, Melaka atas kesalahan merogol adik kandungnya hingga bersalin bulan lalu.\n\n\nMajistret Norshazwani Ishak mengarahkan dia dihantar ke sekolah berkenaan bermula semalam.\n\n\nIbu bapa atau penjaga remaja lelaki tersebut juga diperintahkan untuk melawat tertuduh sekali dalam tempoh sebulan sepanjang tempoh tiga tahun dia berada di sekolah berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTertuduh pada 23 Februari lalu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jelebu melakukan perbuatan terbabit sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada prosiding semalam, laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut dibentangkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTurunkan poster, program ziarah gereja dibatalkan \u2013 Sumber\n\n\n\n\n\n\nShahrir akan fail saman sivil terhadap kerajaan\n\n\n\n\n\n\nGubal akta baharu dulu sebelum kenakan cukai cecair vape \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\nEnam warga Filipina dipenjara salah guna MyKad rakyat Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSungai Lui Kini \u201cDibanjiri\u201d Sukarelawan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Loqman Hakim Ahmad Khairie manakala tertuduh tidak diwakili peguam.\n\n\nJuvana itu sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan atas dua pertuduhan.\n\n\nBerdasarkan pertuduhan pertama, pada 21 Jun hingga 30 Jun tahun lalu kira-kira jam 11 malam hingga 12 malam di sebuah felda tertuduh telah melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya sendiri.\n\n\nBerdasarkan pertuduhan kedua pula, juvana berkenaan mengulangi kesalahan yang sama pada waktu yang sama antara 1 September hingga 10 September tahun lalu.\n\n\nMengikut fakta kes, pada 16 Februari lalu kira-kira pukul 6.08 pagi, seorang pegawai perubatan menerima maklumat daripada kakitangan klinik kesihatan memaklumkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun telah bersalin di rumah.\n\n\nPegawai perubatan bersama kakitangan dan ambulans ke rumah tersebut dan mendapati mangsa berada di atas katil ruang tamu dan seorang bayi lelaki cukup sifat berada di dalam besen serta keadaan bayi bersama uri masih bersambung.\n\n\nPegawai perubatan telah memotong tali pusat bayi tersebut dan ambulans telah membawa mangsa dan bayi ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke hospital.\n\n\nDifahamkan, kejadian berlaku di atas katil yang diletakkan di ruang tamu rumah ketika mangsa sedang tidur.\n\n\nMangsa telah melahirkan bayi pada 16 Februari lalu kira-kira jam 5 pagi di dalam bilik air dengan bantuan ibu mangsa.\n\n\nMangsa melahirkan bayi dalam keadaan baik dan berat bayi 1.2 kilogram serta ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi rawatan lanjut. \u2013 KOSMO! ONLINE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/thai-hot-guy-jijik-cemari-kesucian-ramadan-berjasa/", "title": "Thai Hot Guy : jijik, cemari kesucian Ramadan \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \n\u00a0Pemuda BERJASA mengutuk keras penganjuran pertunjukan \u2018Thai Hot Guy\u2019 yang akan berlangsung di sebuah kelab malam di ibu negara, 30 Mac ini.\n\n\nKetua Pemudanya, Fahmi Bazlan menegaskan, penganjuran \u2018menjijikkan\u2019 itu bukan hanya mencemari kesucian bulan Ramadan, bahkan menjejaskan imej Malaysia sebagai model negara Islam yang maju dan bertamadun.\n\n\n\u00a0\n\n\nAtas dasar itu, beliau mendesak kerajaan dan Majlis Raja-Raja mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang sengaja mempromosi secara terbuka pertunjukan terbabit.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJangan cemari kesucian Ramadan dengan promosi gay. Kegilaan apakah ini? Alasan sudah pasti, tertutup dan untuk bukan Islam.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUmat Islam dan seluruh rakyat Malaysia yang masih waras perlu mengambil sikap bertanggungjawab dan respon sebagai membantah penganjur,\u201d katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.\n\n\nTerdahulu, tular sebuah gambar di laman sosial Facebook yang mengiklankan penganjuran acara pembukaan rasmi sebuah kelab dikenali \u2018Privacy Club Tun Razak\u2019 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Khamis depan.\n\n\nDifahamkan, pertunjukan itu sebagai sebuah tarikan pelancong \u2018masyhur\u2019 di Thailand yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana lelaki berbadan sasa akan berpakaian seksi dan menjadi pelayan restoran dengan aksi-aksi mengghairahkan.\n\n\nIklan pertunjukan itu sekali gus mengundang kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan penganjur tidak sensitif dengan umat Islam yang baru seminggu menyambut kedatangan bulan Ramadan. \u2013 ISMAWEB"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/thai-hot-guy-langgar-konsep-malaysia-madani/", "title": "Thai Hot Guy : langgar konsep Malaysia Madani", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu\n \u2013 Kerajaan berkonsepkan Malaysia MADANI menolak program disifatkan \u2018tidak sihat\u2019 yang mempersembahkan sekumpulan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand dijadual diadakan di sebuah kelab di ibu negara pada 30 Mac ini.\n\n\nTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, pihaknya meminta program itu tidak diteruskan bagi menjaga keharmonian negara berbilang kaum dan agama.\n\n\nKerangka Malaysia MADANI adalah untuk menyelusuri semua rakyat di negara ini dan dengan adanya program begitu, janganlah ia masuk (ke sini).\n\n\nKerajaan kita tiada program seperti dikatakan itu. Kita mohon Malaysia MADANI tidak akan meneruskan program yang tidak sihat (seperti itu) kerana rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama.\n\n\nBeliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang ingin mengetahui sama ada program menampilkan pelayan lelaki berpakaian wanita itu sesuai dengan kerangka Malaysia MADANI.\n\n\nSebelum ini, tular gambar di laman sosial, Facebook yang mengiklankan penganjuran acara pembukaan rasmi sebuah kelab dikenali \u2018Privacy Club Tun Razak\u2019 di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 30 Mac ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsham suruh Rafizi cari jalan, jangan tunggu ringgit terus jatuh!\n\n\n\n\n\n\nMufti Perlis Saran KKM Tangguh Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\nIndividu buat ciapan biadab berhubung kesihatan Abdul Hadi, diarah mohon maaf\n\n\n\n\n\n\nPlutokrasi Nasib Rakyat Sekarang Ditentukan Oleh Golongan Jutawan?\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid Wajar Tumpu Kes Mahkamah, Letak Jawatan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDifahamkan, pembukaan rasmi program itu akan dipersembahkan sekumpulan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand yang berpakaian dalam wanita dikenali sebagai \u2018Thai Hot Guy\u2019 sebagai tarikan utama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/thai-hot-guy-tiada-lesen-restoran-tamat-tempoh/", "title": "Thai Hot Guy : tiada lesen, restoran tamat tempoh", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Dewan\u00a0 Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam proses semakan untuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan dan syarat penganjur berhubung satu acara hiburan di sebuah premis di ibu negara.\n\n\nMenurut BERNAMA, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin berkata, siasatan awal DBKL mendapati premis itu dilesenkan sebagai restoran kepada syarikat Beijing 9 Sdn Bhd, namun telah tamat tempoh pada 4 Februari 2021.\n\n\n\u201cPremis itu juga tidak mempunyai lesen hiburan dan juga tiada sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.\n\n\nBeliau memaklumkan, Pejabat Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri telah menerima laporan berhubung acara hiburan yang bakal dianjurkan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur bermula pada jam 6:00 petang pada tarikh 30 Mac depan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nParti Melayu Perlu Kembali Kepada Perpaduan Ummah \u2013 MPM\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir saman Anwar RM150 juta\n\n\n\n\n\n\nHanya Empat Kerusi Ditawarkan Untuk PAS\n\n\n\n\n\n\nAkaun Twitter Edisi Siasat Digantung, Telegram Masih Ada\n\n\n\n\n\n\nCagaran KWSP tidak sah jika tidak dipinda Akta KWSP \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, setelah meneliti iklan di laman Facebook premis berkenaan, pihaknya mendapati acara hiburan berkenaan bakal menampilkan persembahan pelayan lelaki berbadan sasa berpakaian wanita dikenali sebagai \u2018Thai Hot Guy,\u2019 sebagai tarikan utamanya.\n\n\nDalam pada itu, memetik laporan The Star, Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, acara seperti itu tidak seharusnya diteruskan kerana ia boleh menimbulkan keresahan terutamanya dalam kalangan umat Islam yang akan menyambut Ramadan.\n\n\n\u201cKita akan ketahui dari mana mereka mendapat kelulusan selain menghubungi pihak berkuasa tempatan mengenai perkara ini,\u201d katanya.\n\n\nPada Ahad lalu,\u00a0 premis yang dikenali sebagai Privacy Club menyiarkan poster pelancaran mereka di media sosial menampilkan model \u2018Thai Hot Guy\u2019 sebagai tetamu undangan penghias poster dan ia telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/tidak-hantar-anak-ke-sekolah-kpm-terus-nasihati-ibu-bapa/", "title": "Tidak hantar anak ke sekolah, KPM terus nasihati ibu bapa", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0 Kerajaan akan terus memberi advokasi terutama kepada golongan ibu bapa mengenai kepentingan setiap pelajar menamatkan sekolah menengah demi memastikan jumlah keciciran pelajar dapat dikurangkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kerajaan melalui kementeriannya enggan mengambil pendekatan yang terlalu \u2018keras\u2019 seperti menyaman ibu bapa yang tidak menghantar anak mereka ke sekolah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut beliau, Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memberi kesedaran kepada ibu bapa dalam menjayakan usaha memastikan setiap pelajar mendapat tahap pendidikan yang sewajarnya.\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagaimanapun implikasi undang-undang tetap akan ada tetapi apa yang kita nak buat sekarang ini adalah lebih kepada memberi kefahaman tentang pentingnya pendidikan itu dan mengatasi isu keciciran dalam kalangan pelajar.\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa juga bagi memastikan akses ke sekolah ini dapat kepada semua kanak-kanak. Jadi proses advokasi tentang pendidikan harus selari dengan kesedaran bersama ibu bapa.\n\n\n\u201cJadi dari semasa ke semasa KPM akan pastikan memberi peringatan dalam masa sama memastikan ibu bapa tiada isu untuk menghantar anak ke sekolah.\n\n\n\n\n\u201cApa yang penting anak-anak harus ke sekolah, itu tumpuan kita hari ini untuk memastikan mereka semua berada di dalam sistem kita,\u201d katanya ketika ditemui selepas majlis Penyerahan Pek Kembali Ke Sekolah Yayasan Petronas 2023 di Sekolah Pendidikan Khas Jalan Batu (Lelaki), Jalan Raja Laut di Kuala Lumpur.\n\n\n\n\nTerdahulu,\u00a0\nUtusan\u00a0\nMalaysia melaporkan, kerajaan bercadang untuk mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah bagi memastikan tiada anak-anak yang tercicir selepas tamat sekolah rendah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua ahli UMNO hantar notis bantahan kepada RoS\n\n\n\n\n\n\nSPRM kesan suspek isu rasuah projek berkaitan biometrik pekerja asing\n\n\n\n\n\n\nKenaikan Kes Covid Tidak Jejas PPN\n\n\n\n\n\n\n312 Penumpang Ke Kuala Perlis Terkandas\n\n\n\n\n\n\nPenentangan Larangan Judi punya Agenda Tertentu \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nDraf cadangan mengenainya telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.\n\n\n\n\nSementara itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, kerajaan sudah pun menyediakan pelbagai bantuan untuk golongan B40 yang mempunyai kekangan untuk menghantar anak mereka ke sekolah.\n\n\n\n\n\u201cKita ada banyak bantuan untuk kanak-kanak yang tidak berkemampuan iaitu ada 18 inisiatif kewangan sebenarnya di bawah KPM. Jadi jika mereka tidak mampu, boleh memohon bantuan tersebut,\u201d katanya. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/22/umat-islam-di-malaysia-berpuasa-mulai-esok/", "title": "1 Ramadan 1444H \u2013 esok umat Islam di Malaysia mula berpuasa", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Umat Islam di Malaysia akan berpuasa di bulan Ramadan\u00a0 esok.\n\n\nPerkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang mengesahkan\u00a0 umat Islam di negara ini akan memulakan ibadah puasa pada 23 Mac 2023 (Khamis).\n\n\n\u201cTarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 23 Mac 2023,\u201d katanya sebentar tadi.\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, menurut pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/688-permohonan-diterima-libat-anak-lahir-di-luar-negara-kdn/", "title": "688 permohonan diterima libat anak lahir di luar negara \u2013 KDN", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis\n \u2013 Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima 688 permohonan warganegara bagi anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu yang juga rakyat Malaysia.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu adalah daripada keseluruhan 150,000 permohonan warganegara diterima pihaknya setakat ini termasuk kes membabitkan kanak-kanak tanpa negara.\n\n\nKita yakin di luar sana masih ada yang belum masuk permohonan lagi\u2026perkara ini (688 permohonan) adalah mengikut Perkara 15 (2) permohonan warganegara bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita rakyat Malaysia.\n\n\nSecara keseluruhan, kita terima 150,000 permohonan dengan kategori paling tinggi membabitkan anak tanpa warganegara atau yang lahir di luar ikatan perkahwinan. Ketika Perlembagaan Persekutuan dibuat pada tahun 1950-an, belum terbayang lagi kes wanita di negara kita yang merantau, bertemu jodoh, belajar dan membina kerjaya di luar negara.\n\n\nBeliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi yang ingin tahu jumlah permohonan diterima membabitkan ibu yang memohon warganegara bagi anak dilahirkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPutra kekal bersama GTA walau dalam keadaan sukar\n\n\n\n\n\n\nPolis Tidak Tolak Kemungkinan Ada Pihak Tipu Kutipan Derma Bencana\n\n\n\n\n\n\n7 Negeri Catat 14,344 Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nSeremban catat IPU tidak sihat\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Terima Bekalan Pertama Vaksin Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, walaupun pihaknya melakukan pelbagai inisiatif untuk mempercepatkan proses, permohonan sebanyak itu pasti mengambil masa yang agak lama.\n\n\nKatanya, permohonan yang perlu diselesaikan segera akan diberi pertimbangan sebagai ikhtiar daripada pihaknya serta satu taklimat khusus kewarganegaraan akan dijalankan bagi memberi fahaman kepada rakyat berkenaan pindaan itu.\n\n\nPada masa sama, Saifuddin berkata, kerajaan dijangka membentangkan perkembangan perbincangan mengenai cadangan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu pada September ini.\n\n\nBeliau berkata, kementerian juga berhasrat membentangkan perkembangan perkara ini kepada semua Ahli Parlimen dengan mengadakan sesi libat urus.\n\n\nPada 17 Februari lalu, kerajaan bersetuju memberikan kewarganegaraan secara automatik melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/barisan-kepimpinan-baharu-umno-orang-zahid-penganalisis/", "title": "Barisan kepimpinan baharu UMNO \u2018orang Zahid\u2019 \u2013 Penganalisis", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis\n \u2013 Barisan kepimpinan baharu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi sesi 2023 hingga 2026 dikatakan dilantik atas kuasa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nPenganalisis Politik, Dr Azmi Hassan berkata, walaupun lantikan itu terdiri daripada muka-muka baharu dan lama, sebahagian besar daripada mereka merupakan orang-orang Ahmad Zahid.\n\n\nMKT yang menang dalam pertandingan tetapi juga MKT yang dilantik oleh kuasa Presiden sendiri. Itu adalah gabungan, gabungan baru dan lama tetapi yang pentingnya adalah sebahagian daripada adalah dikatakan dalam kem presiden. Bukan semua tetapi sebahagian besar daripadanya. Kenapa ini penting adalah apa yang masalah mkt sebelum ini kerana percakaran dalaman. Terlampau banyak percakaran berlaku sehingga menjurus kepada sabotaj.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi bagi mengulas keputusan pelantikan MKT UMNO sesi 2023 hingga 2026 yang diumumkan oleh Presiden UMNO baru-baru ini.\n\n\nBeliau yang juga Felo Kanan Akademi Nusantara (NASR) berkata, kepimpinan di peringkat akar umbi telah memberi tanggungjawab kepada barisan MKT yang baharu untuk menjalankan tugas agar tiada percakaran dalaman baharu yang akan berlaku.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBot Jabatan Perikanan Johor bersama 4 kru dilapor hilang\n\n\n\n\n\n\n2 helikopter sedia ke lokasi banjir di Pantai Timur\n\n\n\n\n\n\nDemokrasi Berasaskan Teknokrat Mampu Urus Tadbir Negara\n\n\n\n\n\n\nPAS kekal di Kelantan dan Terengganu\n\n\n\n\n\n\nF-22 \u201cRaptor\u201d tembak jatuh sekali lagi objek misteri selepas belon pengintip China\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, dianggarkan sebanyak 30 peratus ketua-ketua bahagian adalah muka baharu, sekali gus menunjukkan akar umbi UMNO mahukan perubahan dari sudut dalaman parti keramat orang Melayu itu.\n\n\nPada masa sama, beliau berkata, MKT UMNO bakal berdepan cabaran sengit menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.\n\n\n\u00a0\n\n\nJelas beliau, barisan MKT UMNO ini perlu membuktikan kekuatan mereka untuk melawan Perikatan Nasional (PN) terutamanya di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis.\n\n\n\u201cYang paling penting adalah kita nak lihat kekuatan umno di Kelantan Terengganu dan kedah. Jadi itu penting itu adalah ujian medan mereka sebenarnya. Jadi dalam masa 2 3 bulan ni masih singkat bagi mkt mengembalikan dikatakan keyakinan kepada mereka yang berada luar, \u201d katanya lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/deposit-10-wajib-bayar-jika-beli-rumah-pertama-bermula-1-april/", "title": "Mulai 1 April deposit 10% wajib bayar jika beli rumah pertama", "body": "0\n\n\nPETALING JAYA:\u00a0 Tiada lagi skim pembelian rumah pertama tanpa perlu membayar wang pendahuluan berkuat kuasa 1 April depan.\n\n\nSkim Rumah Pertamaku (SRP) yang mula diperkenalkan pada tahun 2011 bagi membantu pembeli rumah pertama memiliki kediaman tanpa perlu membayar wang pendahuluan akan dimansuhkan bermula dari tempoh berkenaan.\n\n\nPengumumanan mengenai pemansuhan itu dilakukan oleh Cagamas Bhd, perbadanan yang bertanggungjawab menguruskan skim berkenaan dalam satu kenyataan ringkas di laman sesawang syarikat itu.\n\n\nCagamas juga menasihatkan pemohon yang berminat untuk mengemukakan permohonan pinjaman atau pembiayaan perumahan bawah SRP selewat-lewatnya pada 31 Mac ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHenti kecam Cikgu Hadi, kekalkannya sebagai jurulatih\n\n\n\n\n\n\nTiada sekatan mana-mana kaum sertai pasukan beruniform, cuma kurang minat \u2013 Musa Hassan\n\n\n\n\n\n\nUniversiti awam di Terengganu dikompaun RM25,000\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor bubar secara rasmi hari ini\n\n\n\n\n\n\nBasmi Pengasingan Kuasa\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cCagamas ingin memaklumkan bahawa SRP akan dimansuhkan pada 1 April 2023. Sila kunjungi mana-mana cawangan bank yang mengambil bahagian atau hubungi kami di talian 03 2262 1800 untuk maklumat lanjut,\u201d kata kenyataan itu.\n\n\n\n\n\n\nLaman web Cagamas Berhad menampilkan pemberitahuan mengenai pemansuhan Skim Rumah Pertamaku.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDifahamkan, pembeli rumah pertama selepas ini perlu menyediakan deposit 10% daripada harga hartanah yang ingin dibeli sama seperti pembeli yang lain.\n\n\nSkim itu diperkenalkan dengan matlamat membantu pembeli yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah di bawah RM10,000 untuk memiliki rumah pertama mereka.\n\n\nSRP membolehkan pembeli rumah pertama mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank yang terbabit dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan.\n\n\nIa sejajar hasrat untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.\n\n\nPembiayaan atau pinjaman yang diperoleh untuk pembelian rumah pertama itu akan dijamin Cagamas SRP Bhd"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/dr-zakir-naik-mungkin-dihantar-pulang-ke-india/", "title": "Dr Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 Penceramah bebas, Dr Zakir Naik berkemungkinan akan dihantar pulang dari Oman ke India.\n\n\nPortal siasat.com\n melaporkan\u00a0 agensi perisikan India sedang berhubung dengan pihak berkuasa di Oman.\n\n\nMenurut laporan itu ia bagi tujuan\u00a0 untuk menahan Zakir Naik semasa lawatannya ke Oman yang dijadualkan pada hari ini.\n\n\nZakir Naik, dikatakan akan berada di Oman bagi menyampaikan ceramahnya di Muscat pada 23 dan 25 Mac.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSanusi menghadap Sultan Kedah mohon perkenan tarikh bubar DUN\n\n\n\n\n\n\nPelantikan Izzah: BERSATU tuntut penjelasan Anwar \u00a0\n\n\n\n\n\n\nEmpat juta penduduk Israel mungkin dijangkiti Covid-19\n\n\n\n\n\n\n3 Ahli Bersatu Dipecat Akibat Bertanding Bebas\n\n\n\n\n\n\nHAMAS bincang isu ketegangan Palestin bersama Hezbollah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini Zakir,\u00a0 seorang pendakwah Islam berasal dari India menetap di Malaysia sejak tahun 2017.\n\n\nKehadiran penceramah itu di Oman, adalah atas jemputan kerajaan\u00a0 negara itu bagi menyampaikan dua kuliah agama sempena kehadiran Ramadan.\n\n\nBagaimanapun, Peguam Zakir, Mubin Solkar menafikan pekara itu dan menganggap ia satu berita palsu.\n\n\nZakir mendapat perlindungan di Malaysia sejak tahun 2017 dan mendapat taraf penduduk tetap."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/hukuman-mati-mandatori-penjara-sepanjang-hayat-dihapus/", "title": "Hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat dihapus", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Hukuman penjara sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori akan digantikan dengan hukuman alternatif baharu.\n\n\nMenurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, hukuman penjara sepanjang hayat dimansuhkan sepenuhnya dalam semua undang-undang.\n\n\nPesalah terbabit sebaliknya akan dikenakan hukuman alternatif baharu iaitu penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali.\n\n\nAzalina berkata, dasar baharu itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas Perdana Menteri Dimasukkan Ke IJN\n\n\n\n\n\n\nKedudukan Malaysia Terus Merosot Ke Tangga 62\n\n\n\n\n\n\nSabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Tanpa Ujian COVID-19\n\n\n\n\n\n\nKelab Komedi Tiada Lesen Hiburan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di Empat Negeri Kekal\n\n\n\n\n\n\n\n\nHukuman mati dimansuhkan bagi kesalahan-kesalahan yang tidak menyebabkan kematian melainkan tiga kesalahan iaitu Seksyen 121 dan 121A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952; dan\n\n\nTurut dipersetujui Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi membolehkan hukuman mati atau hukuman penjara sepanjang hayat yang telah dikenakan disemak semula oleh Mahkamah Persekutuan.\n\n\nRUU itu akan melibatkan 957 orang banduan hukuman mati dan banduan sepanjang hayat yang telah menghabiskan proses rayuan di mahkamah sebelum ini.\n\n\n\u201cDalam hal ini, kerajaan akan membuat bacaan kali yang pertama bagi RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 pada hari Isnin, 27 Mac nanti.\n\n\n\u201cRUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dijangka akan memberi kesan kepada 476 orang banduan hukuman mati yang belum menghabiskan proses rayuan, sama ada di Mahkamah Rayuan ataupun Mahkamah Persekutuan.\n\n\n\u201cHal ini disebabkan, hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori akan bersifat ke belakang,\u201d kata Azalina di Dewan Negara.\n\n\nBeliau menjawab soalan Datuk Wira Koh Nai Kwong yang meminta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini inisiatif kerajaan untuk mengkaji semula cadangan untuk melaksanakan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori bagi pelbagai kesalahan.\n\n\nAzalina berkata, pindaan perundangan yang melibatkan polisi penghukuman dan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori merupakan perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah di Malaysia supaya lebih holistik dan inklusif.\n\n\nIni demi manfaat bersama selain tidak menafikan hak asasi individu untuk mendapat keadilan sewajarnya. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/jakim-tumpu-isu-murtad-perkukuh-akidah-umat-islam/", "title": "JAKIM tumpu isu murtad, perkukuh akidah umat Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis\n \u2013 Pengaruh sosial media yang memaparkan pelbagai budaya dan gaya hidup menjurus gejala murtad adalah antara empat faktor menyumbang berlakunya murtad dalam kalangan orang Islam di negara ini.\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar berkata, faktor itu dikesan kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).\n\n\nMenurut Nai\u2019m, faktor lain adalah kelemahan pegangan terhadap agama Islam yang disebabkan oleh kurang tarbiah, didikan dan asuhan daripada ibu bapa serta keluarga.\n\n\nTerjebak percintaan, perkahwinan dan perceraian juga antara faktor yang menyebabkan murtad dalam kalangan umat Islam. Terdapat remaja yang terjebak dalam amalan percintaan berlainan agama tanpa kawalan sehingga terjebak gejala murtad.\n\n\nSelain itu, faktor terjebak percintaan, perkahwinan dan perceraian juga menjadi faktor menyebabkan gejala murtad berleluasa dalam kalangan umat Islam.\n\n\nKatanya, pengaruh negatif rakan sebaya dalam sosial persekitaran turut menjadi faktor keempat berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh keluarga.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis beri amaran, batalkan `Gang Bang\u2019\n\n\n\n\n\n\nWanita Palestin diikat, dipukul, ancam gugurkan kandungan\n\n\n\n\n\n\n2.59 Juta Populasi Remaja Negara Lengkap Divaksinasi\n\n\n\n\n\n\nMohd Shuhaily dilantik Pengarah JSJ baharu \u2013 PDRM\n\n\n\n\n\n\nBukan tolak PAS tapi tolak parti yang pemimpinnya kata Melayu angkuh \u2013 Zaharin\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, beliau berkata, JAKIM akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan akidah dan pegangan umat Islam.\n\n\nJelasnya, pembudayaan ilmu dan pentarbiahan yang komprehensif akan dilakukan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) termasuk agensi lain yang berkaitan.\n\n\nKatanya, JAKIM dan JAIN akan mengeluarkan teks khutbah Jumaat yang menjelaskan pelbagai isu semasa berkaitan akidah, syariah, akhlak dan isu semasa antara cara membendung gejala tersebut.\n\n\nTegas beliau, Jabatan Mufti Negeri juga menjalankan Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) bagi mereka yang didapati terlibat dengan kesalahan akidah dan murtad kembali kepada ajaran Islam yang sebenar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/kenal-pasti-tutup-lompang-dalam-perlembagaan-persekutuan/", "title": "Kenal pasti, tutup lompang dalam Perlembagaan Persekutuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sekali lagi dicabar selepas seorang wanita membuat permohonan saman di mahkamah bagi membatalkan undang-undang yang membenarkan pertukaran agama kanak-kanak secara unilateral.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa (GB), Aminuddin Yahaya berkata, beliau berharap pihak berkuasa akan membuat kajian komprehensif mengikut perundangan sebelum mengambil keputusan agar kesucian agama Islam dapat dijaga.\n\n\nMenerusi satu hantaran di Facebooknya, Aminuddin berkata, kes ini merupakan satu \u2018batu asas\u2019 baharu yang merubah intepretasi perlembagaan terhadap penafsiran istilah \u2018parent\u2019 dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana versi Bahasa Inggeris menjadi rujukan tunggal utama.\n\n\nBaru-baru ini, seorang wanita yang pernah berdepan situasi tiga orang anaknya ditukar agama secara sebelah pihak oleh bekas suami sedang berusaha membatalkan beberapa peruntukan enakmen di lapan buah negeri berhubung penukaran agama kanak-kanak secara unilateral (sebelah pihak) sebagai tidak sah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua produk mi segera ditarik semula dari pasaran\n\n\n\n\n\n\nAgong titah perhebat bendung aktiviti jenayah, sama-sama jaga kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Jumlah rasmi mangsa terlibat 92, bukan 94\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Lynas berhimpuan esok dibenarkan polis\n\n\n\n\n\n\nPemuda Pas Harap Pertemuan Mengukuhkan Penyatuan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPemohon itu, M Indira Gandhi bersama-sama sebuah pertubuhan agama serta 12 individu lain telah membuat permohonan saman yang difailkan melalui firma guaman, Tetuan Raj & Sach pada 3 Mac lalu.\n\n\nAminuddin berkata, jika beliau berjaya, lapan buah negeri yang masih membenarkan pengislaman anak secara sebelah pihak atau unilateral akan terbatal.\n\n\nNegeri-negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Wilayah Persekutuan.\n\n\nJusteru, katanya, impak terhadap pembatalan enakmen tersebut, ibu atau bapa yang memeluk Islam tidak boleh mengislamkan anak-anak mereka dan anak-anak tidak boleh mengikut untuk turut memeluk Islam tanpa kebenaran ibu atau bapa yang bukan beragama Islam.\n\n\nBeliau turut bimbang satu per satu perundangan negara akan ditukar sehingga akhirnya penafsiran terhadap teks-teks perundangan negara terpaksa dilakukan mengikut rangka Barat dan Sekular.\n\n\nDalam pada itu, beliau berharap pengamal undang-undang akan mengenal pasti serta menutup mana-mana kelompongan lain yang masih ada mengikut perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/kenyataan-berbaur-perkauman-bukan-media-puncanya-tapi-ahli-politik/", "title": "Bukan media sengaja tiup isu sensitif, tapi ahli politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ahli politik perlu berhenti menyalahkan media atas kenyataan berbaur perkauman yang datang daripada pemimpin parti-parti politik dalam negara.\n\n\nTokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar berkata, golongan media memainkan peranan mereka sendiri untuk melaporkan berita dan bertanggungjawab ke atas sebarang berita yang dilaporkan.\n\n\n\u201cSaya amat kesal dengan kenyataan seorang menteri yang menyalahkan media kononnya sengaja mahu meniup api bagi isu-isu sensitif, khususnya tentang kaum dan agama.\n\n\n\u201cTuduhan yang dilontarkan oleh menteri ke atas media tidak menepati sasaran. Hakikatnya media Malaysia telah mengamalkan kawalan kendiri dalam menangani isu yang membabitkan soal hubungan kaum di negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKM sasar bentang semula Rang Undang-Uundang Kawalan Produk Tembakau dalam masa terdekat\n\n\n\n\n\n\n\u201cDAP boleh jadi punca kerajaan Anwar runtuh\u201d \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\nYayasan Ikhlas terima anugerah Most Trusted Foundation Brand\n\n\n\n\n\n\nKajian semula pakaian pramugari MAS mampu henti stigma\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya menyeru para menteri agar jangan menyalahkan media apabila keadaan menjadi buruk atau tidak seperti mana yang mereka harapkan. Jangan salahkan orang yang membawa mesej. Jangan kecam media bagi mengelakkan daripada dipersalahkan oleh sebab langkah yang silap, keterlanjuran atau kesilapan mereka sendiri,\u201d jelas beliau dalam kenyataan.\n\n\nTerdahulu, menteri berkenaan menghalakan rasa tidak senangnya kepada media sebagai reaksinya terhadap soalan wartawan yang memintanya memberikan komen mengenai program Jom Ziarah yang digerakkan oleh Projek Artikel 11.\n\n\nMenteri itu sebaliknya mengeluarkan amaran keras kepada pengamal media supaya berhenti bertindak \u2018mengapi-apikan\u2019 isu tersebut dan menegaskan apa yang sudah berlaku sebagai \u2018cukup\u2019.\n\n\n\n\n\n\nMenurut Johan, pengamal media negara ini berpegang kepada kebebasan media tetapi pada waktu yang sama, memastikan media yang bertanggungjawab.\n\n\nTambahnya, kekecohan yang berlaku akhir-akhir ini berpunca daripada ahli politik yang tidak bertanggungjawab dan bukannya media.\n\n\n\n\n\n\n\u201cPeningkatan suhu dalam konteks hubungan kaum pada masa ini berakibat daripada ahli-ahli politik yang cuba mengapi-apikan isu perkauman demi kepentingan mereka sendiri.\n\n\n\u201cBeliau sepatutnya lebih bertanggungjawab membuat tuduhan tersebut. Saya\u00a0 terkejut beliau memberikan amaran keras agar pengamal media tidak menjadi batu api selain mendesak media agar menghentikan perbuatan itu.\n\n\n\u201cPengamal media faham peranan mereka dalam negara Malaysia yang terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dan agama. Sementara menjunjung kebebasan media dan percaya sepenuhnya bahawa media yang bebas adalah tonggak demokrasi, namun demikian mereka cukup bertanggungjawab untuk tidak menyemarakkan ketegangan di antara kaum,\u201d jelasnya. \u2013 Utusan Malaysia"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/kp-imigresen-ditukarkan-berkuat-kuasa-hari-ini/", "title": "KP Imigresen ditukarkan berkuat kuasa hari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud sah ditukarkan ke Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa semalam.\n\n\nIa selepas jabatan itu mengadakan majlis Paluan Berundur Ketua Pengarah Imigresen Malaysia di Ibu Pejabat jabatan tersebut di Putrajaya pada jam 5 petang.\n\n\nBeliau akan melaporkan diri ke bahagian itu sebagai Ketua Pengarah pada Khamis.\n\n\nJawatan Ketua Pengarah Imigresen kini disandang bekas Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis Ikut Akta, KPN Jawab Kecaman Najib Dapat Pengiring\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di 3 Negeri Menurun\n\n\n\n\n\n\nKluster Mahkamah bukan sekadar wayang politik\n\n\n\n\n\n\nPemuda ISMA bantah KKM keluarkan cecair nikotin daripada Akta Racun\n\n\n\n\n\n\nSultan Nazrin berkenan umum Lat sebagai Seniman Diraja\n\n\n\n\n\n\n\n\nKedudukan Khairul Dzaimee menjadi tanda tanya selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memperkenalkan Ruslin sebagai Ketua Pengarah Imigresen dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri pada pagi Rabu.\n\n\nBagaimanapun, setakat ini tiada pemakluman rasmi mengenai pertukaran pegawai kanan kementerian itu.\n\n\nKhairul Dzaimee merupakan Ketua Pengarah Imigresen yang paling lama berkhidmat di jabatan itu selepas dilantik pada 14 Januari 2019.\n\n\nSementara itu, dalam sidang akhbar terakhir di jabatan tersebut, Khairul Dzaimee berkata, beliau telah diberi bayangan akan ditukarkan bahagian sebulan yang lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/mof-akan-buat-laporan-polis-terhadap-dakwaan-status-cukai-yayasan-albukhary/", "title": "MoF akan buat laporan polis terhadap dakwaan status cukai Yayasan Albukhary", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Kewangan (MoF)\u00a0memandang serius tuduhan yang mendakwa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary dan surat pembatalan tersebut ditandatangani oleh pegawai kementerian tersebut.\n\n\nSehubungan itu, laporan polis akan dibuat atas dakwaan palsu tersebut.\n\n\nKementerian itu menjelaskan bahawa Yayasan Albukhary telah diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan sebagai institusi yang ditubuhkan bukan untuk tujuan mencari keuntungan namun semata-mata ditubuhkan bagi maksud amal.\n\n\nOleh itu, Kementerian Kewangan sama ada melalui mantan Menteri Kewangan dan/atau pegawai-pegawainya tidak membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJPS selia pelepasan air guna 15 pam bergerak\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM500 ditambah ke Akaun 1 KWSP baki kurang RM10,000 bagi pencarum umur 40-54 tahun\n\n\n\n\n\n\nEmpat kru bot Jabatan Perikanan ditemukan selamat di perairan Indonesia\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu tegas noktahkan tidak iktiraf UEC : i-Guru\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadikan saya calon pilihan terakhir\u201d \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Perdana Menteri mengesahkan Guan Eng tidak pernah membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary sepanjang kira-kira dua tahun memegang jawatan itu bermula Mei 2018 lalu.\n\n\nJusteru, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan yang mengaitkan Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan terlibat dalam pembatalan pengecualian itu juga tidak tepat sama sekali.\n\n\nIsu itu timbul selepas bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Guan Eng sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap keputusan mengenakan semula cukai ke atas Yayasan Albukhary.\n\n\nUjar Muhyiddin, selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara pada Mei 2018 dan LHDN enggan melaksanakan pengecualian cukai yang telah diberikan sebelum ini.\n\n\nSusulan itu, pada 15 Mac lalu, Guan Eng melalui Tetuan Gouk telah menghantar surat tuntutan kepada Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU supaya menarik balik kenyataan dan memohon maaf berhubung tuduhan yang mengaitkan beliau dengan pembatalan cukai kepada yayasan itu.\n\n\nSurat tuntutan itu turut menyebut, Muhyiddin didakwa mengeluarkan kenyataan mengaitkan Guan Eng sebagai individu yang terlibat membatalkan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary ketika menjadi Menteri Kewangan sebelum ini dalam tiga kenyataan berasingan.\n\n\nSusulan itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh diberi tempoh tujuh hari bermula 15 Mac untuk menarik balik kenyataan serta membuat permohonan maaf secara terbuka, selain tidak mengulangi dakwaan itu.\n\n\nSekiranya tuntutan itu gagal dipenuhi dalam tempoh ditetapkan, Tetuan Gouk bagi pihak Guan Eng akan memfailkan writ saman bagi memulakan prosiding undang-undang terhadap Muhyiddin. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/mrsm-berbayar-tidak-guna-wang-kerajaan-ahmad-zahid/", "title": "MRSM berbayar tidak guna wang kerajaan \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis\n \u2013 Kerajaan memberi jaminan penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar tidak akan menggunakan peruntukan kerajaan atau dibina di atas tanah rakyat miskin.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan menggunakan inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan bekerjasama dengan institusi kewangan untuk pembiayaan MRSM tersebut.\n\n\nMenurut Zahid, permohonan untuk memasuki MRSM berada di tahap lebih 300 peratus daripada kemampuan dan hal itu perlu ditangani serta dilakukan dengan kaedah di luar kotak.\n\n\nKerajaan juga sudah melakukan kajian kebolehlaksanaan dan melihat ramai pelajar yang berkelayakan untuk memasuki MRSM, tetapi tidak layak dari segi pendapatan ibu bapa. Tanpa berkompromi dari segi kualiti dan kelulusan minimum akademik, kita akan membuka ruang seluas-luasnya untuk anak golongan T20, M40 dan alumni memasuki MRSM.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung proses dan sumber pendanaan untuk membina MRSM berbayar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat khas namakan calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan\n\n\n\n\n\n\nHari Ini Penentuan Zahid Bebas Atau Perlu Bela Diri\n\n\n\n\n\n\nKadar subsidi harga padi naik kepada RM500 setiap tan mulai esok\n\n\n\n\n\n\nKaji semula tempoh masa jemaah haji di Tanah Suci\n\n\n\n\n\n\nJakel perkenal `Baju Raya Rahmah\u2019 serendah RM148\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada masa sama, beliau memberi jaminan pembinaan sekolah MRSM berbayar tidak akan didirikan di atas tanah rakyat miskin tetapi bekerjasama dengan beberapa pihak untuk melakukan kerjasama pintar.\n\n\nSebelum ini, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan MRSM berbayar diwujudkan khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi.\n\n\nBeliau berkata, cadangan itu adalah hasil pandangan yang diperoleh daripada ramai pihak serta percaya, wujud permintaan ibu bapa daripada golongan elit yang mahu anak mereka memasuki sistem MRSM."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/pejuang-ibarat-tersangkut-di-tengah-persimpangan-jalan/", "title": "Pejuang ibarat tersangkut di tengah persimpangan jalan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nPEJUANG seakan-akan berada di tengah persimpangan dan buntu untuk memilih jalan keluar selepas Perikatan Nasional (PN) menolak permohonan parti itu.\u00a0\n\n\nPenganalisis Politik daripada Pusat Perdana Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr Mazlan Ali berkata, penolakan permohonan itu boleh dijangka berdasarkan reputasi PEJUANG pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\n\n\n\u201cJadi, kalau Tun Dr Mahathir Mohamad pun sudah ditolak, apa lagi Datuk Seri Mukhriz? Apa keistimewaan beliau berbanding bapanya?\n\n\n\u201cJadi, sekarang ini saya lihat Pejuang sudah buntu dan saya nampak mereka berada di persimpangan tetapi mereka tidak boleh memilih antara jalan yang mana satu. Mereka sangkut disitu,\u201d katanya ketika \ndihubungi TV Pertiwi hari ini bagi mengulas keputusan penolakan penyertaan PEJUANG bersama PN.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHanya Kit Ujian Air Liur Sahaja Dibenarkan Di Sekolah : KPM\n\n\n\n\n\n\nPDRM siasat video tular dua lelaki hina Nabi \u2013 Saifuddin\n\n\n\n\n\n\nDasar Perumahan Negara akan dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nFilipina-China selesaikan isu maritim di Laut China Selatan\n\n\n\n\n\n\nAli Biju Tarik Diri, Kukuhkan Hubungan PN Dengan GPS\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Dr Mazlan turut menyifatkan PEJUANG tidak mempunyai nilai tambah kepada PN untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.\u00a0\n\n\nJelasnya, keputusan PRU15 pada 19 November lalu juga menunjukkan PN mempunyai kekuatan tersendiri terutamanya memiliki jumlah pengundi Melayu yang ramai menerusi gabungan parti-parti politik yang ada seperti PAS, BERSATU serta GERAKAN walaupun tanpa penyertaan PEJUANG. \n\n\n\u201cJadi, pada saya kenapa Perikatan Nasional tolak permohonan Pejuang ini kerana Pejuang tidak mempunyai nilai tambah kepada mereka.\n\n\n\u201cPerikatan Nasional ketika ini memerlukan undian bukan Melayu kerana mereka telah mempunyai undian Melayu malah sekiranya ada komponen bukan Melayu yang ingin menyertai, berkemungkinan Perikatan Nasional akan pertimbangkan,\u201d tambahnya.\n\n\nPada Isnin lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi PN membuat keputusan untuk menolak permohonan PEJUANG sebagai sebahagian daripada parti komponen mereka.\u00a0\n\n\nSetiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.\u00a0\n\n\nSebelum ini, Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan, pihaknya sudah mengutuskan surat kepada Muhyiddin supaya parti itu diterima sebagai anggota komponen PN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/pelan-tindakan-warga-emas-negara-dikaji-semula/", "title": "Pelan Tindakan Warga Emas Negara dikaji semula", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) kini sedang disemak semula dalam usaha memantapkan aspek penjagaan dan kebajikan golongan itu susulan jangkaan Malaysia akan mencapai taraf negara tua menjelang 2030.\n\n\nSusulan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kementerian akan mendapatkan pandangan dan input daripada agensi peneraju serta pelaksana bagi penghasilan PTWEN 2023-2030.\n\n\n\u201cSelaras keperluan semasa dan akan datang, Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan PTWEN adalah komitmen kerajaan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif serta menyokong untuk meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHoe Chai ingin tahu mengenai tindakan dan pendekatan kerajaan bagi menghadapi jangkaan Malaysia yang akan mencapai negara tua.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nArah kiblat tersasar, JAKIM & Majlis Agama Negeri perlu keputusan bersama\n\n\n\n\n\n\nTuntutan waris Sulu tidak berasas Petronas akan pertahan kedudukan\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: NGO akan serah memorandum bantahan ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\nNama jalan wajar abadikan nama tokoh yang berjasa \u2013 Budayawan\n\n\n\n\n\n\nTambah kantung negara, kerajaan halalkan bakar mercun dan bunga api\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, Nancy berkata, kementerian juga sedang menjalankan kajian untuk mewujudkan akta khusus bagi warga emas di Malaysia dengan kajian dilaksanakan perunding dari Universiti Malaya (UM).\n\n\n\n\n\u201cKita juga sudah mendrafkan Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas bertujuan menjaga kesejahteraan warga emas. Jadi, pasukan projek khas sudah ditubuhkan bagi meneliti lanjut kesesuaian RUU yang dibuat itu,\u201d katanya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/ramadan-rakyat-dinasihat-jangan-membazir-makanan-agong/", "title": "Ramadan : rakyat dinasihat jangan membazir makanan \u2013 Agong", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Rakyat diseru supaya tidak mensia-siakan pahala Ramadan dengan melakukan pembaziran makanan.\n\n\nYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, bertitah, sisa makanan menjadi penyumbang terbesar pada bulan Ramadan, terutamanya daripada juadah ketika berbuka puasa.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerkara ini bertentangan dengan hakikat Ramadan yang seharusnya menjadi bulan yang mendidik umat Islam supaya bersederhana dan tidak membazir.\n\n\nApatah lagi terdapat larangan keras terhadap perbuatan boros dan membazir seperti firman Allah SWT menerusi ayat 27 Surah al-Isra\u2019, yang bermaksud:\n\n\nSesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya,\u201d titah baginda.\n\n\nMemetik\u00a0 firman Allah SWT dalam surah al Baqarah ayat 183 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, difardukan ke atas kamu ibadah puasa sebagaimana difardukan ke atas umat-umat sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi golongan yang bertakwa (kepada Allah), baginda bertitah syiar Ramadan sesungguhnya bertujuan untuk melahirkan manusia bertakwa.\n\n\nBaginda bertitah demikian menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, malam tadi.\n\n\nSambil mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan menunaikan ibadah puasa, baginda\u00a0menyeru seluruh umat Islam untuk mengaut keberkatan di bulan Ramadan yang mulia bagi meneguhkan lagi ketakwaan dalam diri dan menggandakan ibadah serta amalan.\n\n\nBaginda turut meminta semua umat Islam untuk memperbanyakkan ibadah sunat dan amalan kebajikan, memperkukuhkan ukhuwah sesama insan serta meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia dan merugikan.\n\n\n\u201cSelamat menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia.\n\n\n\u201cSemoga kita dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan dengan sempurna supaya dapat digolongkan bersama orang yang bertakwa di sisi Allah SWT.\n\n\nBaginda turut menzahirkan harapan semoga kehadiran bulan yang mulia ini disambut dengan rasa insaf dan syukur atas ujian, rahmat serta nikmat yang dikurniakan Allah SWT.\n\n\nSeri Paduka Baginda berdua juga mengajak seluruh umat Islam mengambil keberkatan Ramadan untuk bersama baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman dan musibah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/th-jangka-bantuan-kewangan-haji-meningkat-rm500-juta-pada-2024/", "title": "TH jangka bantuan kewangan haji meningkat RM500 juta pada 2024", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Lembaga Tabung Haji (TH) menjangka\u00a0jumlah Bantuan Kewangan Haji\u00a0akan meningkat kepada hampir RM500 juta pada tahun 2024 sekiranya\u00a0kos bayaran menunaikan ibadah haji tidak disemak.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd\u00a0Na\u2019im Mokhtar berkata, perkara itu akan memberi kesan kepada TH yang perlu memberikan agihan keuntungan berpatutan kepada pendeposit.\n\n\n\u201cSaban tahun, TH berdepan dengan pelbagai cabaran dalam pengurusan haji termasuklah kenaikan kos menunaikan ibadat haji yang di luar kawalan TH di mana ia memberi kesan terhadap kemampanan kewangan institusi ini serta cabaran untuk mengekalkan tahap perkhidmatan terbaik.\n\n\n\u201cBagaimanapun, TH\u00a0akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji bagi membantu jemaah haji muassasah yang menunaikan haji buat pertama kali dan kurang pendapatan untuk meringankan bebanan kewangan mereka,\u201d\u00a0katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nADUN Banggi, Tanjong Kapor, Kunak umum keluar WARISAN\n\n\n\n\n\n\nMaritim Malaysia tumpas cubaan seludup 4.8 juta rokok\n\n\n\n\n\n\nPresiden MCA tolak tawaran PN\n\n\n\n\n\n\nCalon MUDA tarik diri bertanding kerusi DUN Repah\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Catat Penurunan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau menjawab soalan Datuk Ahamad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) yang ingin tahu asas pertimbangan kerajaan meletakkan kos perbelanjaan jemaah haji berdasarkan kategori pendapatan B40, M40 dan T20.\n\n\nMenjelas lanjut, Mohd\u00a0Na\u2019im berkata, walaupun boleh menerima Bantuan Kewangan Haji, bakal haji kumpulan B40 dan M40 diberikan peluang untuk secara sukarela membayar lebih daripada kadar ditetapkan, meskipun mungkin tidak dapat membayar sepenuhnya kos haji.\n\n\nBagi musim haji 1444 Hijrah, kos haji adalah RM30,850 untuk setiap jemaah muassasah Malaysia iaitu peningkatan lapan peratus\u00a0berbanding RM28,632 tahun lepas (1443 Hijrah) dan sejak\u00a02001 hingga 2022, sebanyak RM2.2 bilion telah dibelanjakan bagi Bantuan Kewangan Haji.\n\n\nMenurut Naim,\u00a0TH sentiasa bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data sedia ada berkaitan pendapatan mereka.\n\n\nKatanya, kadar bayaran haji yang bersasar adalah mengambil kira tahap kewangan individu bakal haji dan\u00a0bukan pendapatan isi rumahnya.\n\n\nMenjawab soalan tambahan\u00a0Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai cadangan mewujudkan tabung wakaf haji bagi memberi bantuan kewangan sama rata kepada jemaah, Mohd\u00a0Na\u2019im berkata, perkara itu boleh dipertimbangkan dengan\u00a0menilai keberkesanannya\u00a0pada masa hadapan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/thai-hot-guy-pembela-akan-lapor-polis/", "title": "Thai Hot Guy : PEMBELA akan lapor polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis\u2013 Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) akan membuat laporan polis ke atas penganjur acara pembukaan bar menampilkan \u2018Thai Hot Guy\u2019, sebagai membantah pertunjukan \u2018menjijikkan\u2019 di ibu negara, Khamis depan.\n\n\nPEMBELA dalam kenyataan memaklumkan, laporan dibuat di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur kira-kira jam 5 petang ini, terhadap penganjur serta pemilik \u2018Privacy Club Tun Razak\u2019.\n\n\nMenurut PEMBELA, penganjuran acara itu disifatkan melampau dan seolah-olah sengaja dibuat pada bulan Ramadan untuk mencabar umat Islam di negara ini.\n\n\n\u201cLepas satu, timbul lagi isu yang seolah-olah sengaja dibuat pada bulan kemuliaan seluruh umat Islam di dunia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSuntikan Liraglutide batalkan puasa\n\n\n\n\n\n\nBarang Naik Harga, Sampai Bila?\n\n\n\n\n\n\nPemandu Mabuk Catat Kesalahan Tertinggi \u2013 Polis\n\n\n\n\n\n\n476,037 Individu Biasa Layak Mengundi \u2013 SPR\n\n\n\n\n\n\nMajlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa motif di sebalik program \u2018Thai Hot Guy\u2019 yang bakal diadakan di ibu negara pada 30 Mac ini?,\u201d kata PEMBELA.\n\n\nPertubuhan yang menggabungkan lebih 100 NGO Islam dibawahnya itu turut menyifatkan, penganjuran acara terbabit seperti memprovokasi umat Islam dan mencabar Islam sebagai agama Persekutuan.\n\n\n\u201cKerana itu, PEMBELA bersama rakan-rakan NGO lain telah membuat satu laporan polis ke atas penganjur acara dan pemilik \u2018Privacy Club Tun Razak\u2019.\n\n\n\u201cIni demi mempertahankan kedaulatan agama Islam supaya tiada pihak sewenang-wenangnya melakukan tindakan dangkal dan memecah-belahkan keharmonian kaum di negara Madani ini,\u201d katanya.- ISMAWEB"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/23/tidak-sempat-terawih-masjid-terbakar/", "title": "Tidak sempat tarawih, masjid terbakar", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n[DIKEMASKINI]\u00a0 BANGI, Khamis \u2013 Malam tadi ribuan umat Islam menunaikan solat sunat Terawih yang pertama sempena 1 Ramdan 1444 Hijrah.\n\n\nNamun kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa, di Kuala Lumpur\u00a0 tidak sempat menunaikan ibadah itu\u00a0 apabila hampir 90 peratus ruang masjid berkenaan musnah dalam kebakaran kira-kira jam 7 malam tadi.\n\n\nMasjid itu terbakar dipercayai akibat panahan petir yang kuat di atas bumbung masjid.\n\n\nPihak pengurusan masjid dalam satu kenyataan melalui halaman Facebook rasminya memaklumkan maklumat awal daripada forensik bomba menyatakan punca kebakaran berkenaan.\n\n\n\u201cDukacitanya dimaklumkan bahawa Masjid Ibnu Sina ditimpa musibah di awal permulaan Ramadan.\u201d\n\n\n\u201cPihak masjid berharap, semua ahli jemaah dan kariah untuk bertenang dan bersabar di atas kejadian ini\u201d,\u00a0 kata kenyataan itu.\n\n\nJurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.10 petang, sebelum tiba di tempat kejadian pada 7.17 malam.\n\n\nPasukan Bomba dan Menyelamat memadamkan kebakaran di Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, malam tadi.\n\n\n\u201cSebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan 21 anggota, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.\n\n\n\u201cKebakaran membabitkan ruangan solat di dalam masjid dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus,\u201d katanya.\n\n\nMemetik BERNAMA, jurucakap itu berkata kebakaran dapat dikawal pada 7.27 malam dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 9.36 malam tadi.\n\n\nKetika kejadian tiada jemaah masjid, manakala punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.\n\n\n\n\n[\ud835\udc15\ud835\udc08\ud835\udc11\ud835\udc00\ud835\udc0b] \ud835\udc13\ud835\udc2b\ud835\udc1a\ud835\udc20\ud835\udc1e\ud835\udc1d\ud835\udc22 \ud835\udfcf \ud835\udc11\ud835\udc1a\ud835\udc26\ud835\udc1a\ud835\udc1d\ud835\udc1a\ud835\udc27: \ud835\udc0c\ud835\udc1a\ud835\udc2c\ud835\udc23\ud835\udc22\ud835\udc1d \ud835\udc08\ud835\udc1b\ud835\udc27\ud835\udc2e \ud835\udc12\ud835\udc22\ud835\udc27\ud835\udc1a \ud835\udc2d\ud835\udc1e\ud835\udc2b\ud835\udc1b\ud835\udc1a\ud835\udc24\ud835\udc1a\ud835\udc2b\n\n\nHampir 90 peratus ruangan Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa musnah dalam kebakaran kira-kira 7 malam, semalam.\n\n\nBaca lanjut: \nhttps://t.co/7iXFK5eqtW\n#viral\n \n#kakisyokmed\n \npic.twitter.com/JJj7gEZMEm\n\n\n\u2014 KakiSyokMed.official (@kakisyokmed) \nMarch 23, 2023"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/15265/", "title": "Perbanyakkan bertadarus di masjid \u2013 Sultan Terengganu", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Semua masjid di Terengganu digesa memperbanyakkan aktiviti tadarus al-Quran secara beramai-ramai, sepanjang bulan Ramadan.\n\n\nSultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan aktiviti itu dilakukan bagi mengangkat kemuliaan bulan yang penuh keberkatan dan kenikmatan.\n\n\n\n\nTitah baginda, aktiviti bertadarus beramai-ramai bukan sahaja mampu memberi semangat dan motivasi kepada umat Islam, malah mengeratkan silaturrahim sesama mereka.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cRamadan juga dikenali sebagai bulan al-Quran, kerana pada permulaannya diturunkan mukjizat teragung umat Islam.\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa mengandungi pelbagai fadilat terhebat jika membacanya, apatah lagi \u2018mentadabbur\u2019 (menghayati dan merenung) kitab suci tersebut pada bulan Ramadan,\u201d titah baginda dalam perutusan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) pada Khamis.\n\n\n\n\nMemetik BERNAMA selain itu, Sultan Mizan turut menyeru kepada semua rakyat supaya membayar zakat kepada MAIDAM dan memperbanyakkan sedekah pada bulan ini.\n\n\n\n\nBaginda bertitah pemberian zakat dan sedekah dapat melatih jiwa, supaya lebih prihatin dengan nasib saudara seagama yang mengalami kesusahan hidup.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN sasar menang 33 kerusi bentuk kerajaan di Selangor\n\n\n\n\n\n\nBersatu Sabah tiada akar umbi, bakal \u2018tutup kedai\u2019\n\n\n\n\n\n\nPelan Induk Wakaf Nasional, usaha memperkasa wakaf negara\n\n\n\n\n\n\nKeganasan rumah tangga dominasi kes jenayah wanita dan kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nTuan rumah terkejut kondominium disewa jadi tempat aniaya, bunuh kucing\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBeta menyeru semua rakyat supaya menunaikan zakat kepada MAIDAM melalui amil yang dilantik.\n\n\n\u201cMudah-mudahan zakat yang kita keluarkan dapat disalurkan sebaik mungkin kepada asnaf yang berhak. Ia juga dapat memberikan sinar buat mereka dalam mempersiapkan diri menyambut Ramadan,\u201d titah baginda."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/1839-premis-seluruh-negara-diperiksa-sepanjang-dua-hari-ramadan-kpdn/", "title": "1,839 premis seluruh negara diperiksa sepanjang dua hari Ramadan \u2013 KPDN", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memeriksa 1,839\u00a0premis perniagaan di seluruh negara setakat dua hari Ramadan bagi\u00a0memastikan semua peniaga mematuhi peraturan termasuk penggunaan tanda harga.\n\n\nKetua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, daripada jumlah itu hanya tiga premis\u00a0dikompaun atas kesalahan kecil seperti\u00a0tidak mempamer tanda harga dan alat penimbang tamat tempoh.\n\n\n\u201cBermula Ramadan ini, kita bukan sahaja buat pemantauan di bazar Ramadan, tapi premis perniagaan biasa untuk\u00a0memastikan mereka tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.\n\n\n\u201cJadi, kita turun padang\u00a0untuk memberikan\u00a0advokasi kepada peniaga\u00a0supaya mematuhi peraturan termasuk harga barang, alat timbangan dan isu halal, selain melihat keperluan peniaga dari segi bekalan barangan,\u201d katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan sempena Ops Pantau 2023 di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPWKM tidak kompromi kualiti makanan di PPS\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy Sekali Lagi Dilantik MB Pahang\n\n\n\n\n\n\nSurat terbuka untuk Khairul Aming\n\n\n\n\n\n\n312 Penumpang Ke Kuala Perlis Terkandas\n\n\n\n\n\n\nPATI antara faktor penyakit tibi meningkat di Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, KPDN\u00a0sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memastikan bekalan barangan basah terutama ayam mencukupi, sekali gus\u00a0bertindak segera sekiranya krisis bekalan berlaku sepanjang\u00a0Ramadan dan menjelang Aidilfitri.\n\n\nDalam pada itu, Azman berkata, sekurang-kurangnya 30 peratus daripada peniaga bazar Ramadan diharap dapat menawarkan menu Rahmah di gerai masing-masing mengikut keupayaan bagi membantu golongan tidak berkemampuan mendapatkan juadah berbuka.\n\n\n\u201cMelalui libat urus bersama pengarah KPDN negeri di seluruh negara, rata-rata bazar Ramadan bersedia menawarkan menu Rahmah. Kita masih kumpulkan maklumat mungkin selepas seminggu Ramadan kita dapat tahu berapa banyak bazar terlibat,\u201d katanya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/48000-wanita-terima-manfaat-subsidi-saringan-kanser-serviks-payudara/", "title": "48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Seramai 48,000 wanita berisiko tinggi dijangka menerima manfaat daripada subsidi ujian mamogram dan saringan kanser serviks yang diberikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).\n\n\nTimbalan Menterinya Aiman Athirah Sabu berkata sejumlah RM6 juta telah diperuntukkan bagi pemberian subsidi ujian mamogram dalam Belanjawan 2023, manakala RM5.5 juta diperuntukkan untuk subsidi saringan kanser serviks.\n\n\n\n\n\u201cSaya pasti peruntukan ini akan melegakan wanita terutamanya golongan berisiko dan saya percaya ia akan meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan untuk membuat pengesanan awal kanser payudara dan serviks,\u201d katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi kementerian itu di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Khamis.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, beliau berkata KPWKM masih dalam proses memperincikan penubuhan Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya sesi libat urus dan kerjasama rapat sedang diadakan dengan pihak berkepentingan bagi memperincikan serta memurnikan proses penubuhan JPKK tersebut.\n\n\n\n\n\u201cJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga telah membuat beberapa persediaan dalam memperkasakan Bahagian Kanak-Kanak dengan menyediakan kerangka cadangan \u2018quick win\u2019 bagi penubuhan JPKK yang melibatkan pegawai perundangan, pegawai bahagian berkaitan KPWKM, JKM serta agensi berkaitan,\u201d katanya.\n\n\n\n\nAiman Athirah turut memaklumkan kementerian itu akan mengadakan semula program pemutihan taman asuhan kanak-kanak (taska) dan pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar di seluruh negara, selain menyediakan RM15 juta sebagai pinjaman mudah untuk membantu pengusaha.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan semakan sabitan buktikan kes SRC Najib bukan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nPerlu ada jabatan khas tangani isu dera kanak-kanak \u2013 Raja Zarith\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada pakaian tak hormat sensitiviti agama Islam\n\n\n\n\n\n\nSultan Kedah seru kerajaan sokong Projek KXP\n\n\n\n\n\n\nLRA Sungai Semenyih beroperasi semula\n\n\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat kemudian meluluskan peruntukan berjumlah RM3.196 bilion bagi KPWKM dalam Belanjawan 2023 di peringkat jawatankuasa melalui undian suara majoriti.\n\n\nPersidangan dewan bersambung Isnin depan.- BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/55-kawasan-di-wilayah-shah-alam-klang-alami-gangguan-bekalan-air/", "title": "55 kawasan di wilayah Shah Alam, Klang alami gangguan bekalan air", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Sejumlah 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam mengalami gangguan bekalan air bermula jam 10 malam tadi susulan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang.\n\n\nPengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan, memaklumkan kerja pembaikan itu dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 6 pagi esok.\n\n\n\u201cBekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat apabila sistem bekalan air distabilkan selepas kerja-kerja pembaikan selesai.\n\n\n\u201cTempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Desak Kerajaan Percepatkan Peruntukan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nKerajaan setuju tubuhkan Jawatankuasa Tertinggi tangani isu doktor kontrak\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Penganut Hindu Melampaui Batas \u2013 Peace\n\n\n\n\n\n\nBung Moktar dakwa pemimpin keluar parti tidak berprinsip\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJusteru, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nAir Selangor turut menasihatkan pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.\n\n\nMenurutnya, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.\n\n\n\u201cSebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web\u00a0\nwww.airselangor.com\n\u00a0dan aplikasi Air Selangor,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/aidilfitri-ktmb-sedia-4-ets-tambahan-tiket-dijual-mulai-jumaat/", "title": "Aidilfitri : KTMB sedia 4 ETS tambahan, tiket dijual mulai Jumaat", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) tambahan sempena sambutan Aidilfitri dan Hari Pekerja, tahun ini.\n\n\nKTMB dalam kenyataan pada Khamis,\u00a0 memaklumkan tambahan perkhidmatan ETS melibatkan perjalanan dari Stesen KL Sentral ke Padang Besar dan sebaliknya serta laluan KL Sentral-Butterworth dan sebalikya pada 19 hingga 25 April.\n\n\nJualan tiket ETS tambahan akan mula dijual pada jam 10 pagi pada Jumaat.\n\n\nTren tambahan itu menawarkan 1,260 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhan tiket sebanyak 13,860 tiket yang ditawarkan termasuk koc kelas perniagaan dalam tempoh tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZahid sahkan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nPakar Saran Perkenal Sistem Pengawal Selia Kandungan Media\n\n\n\n\n\n\nSanusi tuntut bukti dakwaan Perdana Menteri susulan dana parti\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu keluarkan SOP pelancong China\n\n\n\n\n\n\nAzman mahu bawa aspirasi, suara rakyat Padang Serai ke Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan\u00a0tren ETS tambahan bagi kedua-dua laluan itu melibatkan\u00a014 perkhidmatan dengan masing-masing menawarkan 4,410 tiket.\n\n\n\u201cSementara itu, perkhidmatan tren tambahan sempena Hari Pekerja yang melibatkan 16 perkhidmatan akan bermula pada\u00a028 April hingga 1 Mei dengan jumlah tiket ditawarkan sebanyak 5,040,\u201d menurut kenyataan KTMB itu.\n\n\nTiket sedia\u00a0ada yang telah ditawarkan pada tarikh-tarikh itu adalah sebanyak 109,890.\n\n\nKTMB memaklumkan\u00a0jadual ETS tambahan pada 19 April waktu berlepas bagi sektor\u00a0KL Sentral ke Padang besar adalah jam 11 pagi (Padang Besar-KL Sentral) dan 5.05 petang (KL Sentral-Padang Besar)\u00a0manakala sektor KL Sentral ke Butterworth pula pada\u00a0 jam11.40 pagi (Butterworth-KL Sentral) serta 4.40 petang (KL Sentral-Butterworth).\n\n\nPara pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan membuat pembelian tiket awal bagi menikmati tambang fleksi yang lebih menjimatkan dan mengelakkan daripada kehabisan tiket.\n\n\n\u201cOrang ramai digalakkan mendapatkan tiket secara dalam talian dan melihat jadual tren disediakan melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau di laman sesawang KTMB www.ktmb.com.my bagi pembelian tanpa tunai yang lebih mudah dan pantas,\u201d menurut KTMB.\n\n\nMaklumat lanjut boleh didapati menerusi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200 atau saluran media sosial rasmi KTMB.- BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/amalan-little-napoleon-tak-serius-tidak-jejas-penyampaian-perkhidmatan-cuepacs/", "title": "Amalan \u2018Little Napoleon\u2019 tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan \u2013 Cuepacs", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan kewujudan golongan \u2018Little Napoleon\u2019 dalam perkhidmatan awam tidak terlalu serius hingga boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.\n\n\nPresidennya, Datuk Adnan Mat berkata, ini kerana sistem pentadbiran perkhidmatan awam dari semasa ke semasa telah mengalami peningkatan yang baik dan menyeluruh melalui transformasi yang dilaksanakan kerajaan.\n\n\n\u2018Little Napoleon\u2019 merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa seakan pegawai yang berada di peringkat tertinggi.\n\n\n\u201cSecara umumnya setiap penjawat awam tertakluk kepada Perintah Am yang diperincikan pelaksanaannya melalui pekeliling dan ditambah baik dari masa ke masa supaya mutu perkhidmatan sentiasa menepati keperluan pihak berkepentingan khususnya rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM\n\n\n\n\n\n\nBanjir \u2013 Johor dapat peruntukan tambahan RM150juta\n\n\n\n\n\n\nBekalan barang kawalan cukup menjelang Ramadan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia salur lebih AS$2 juta kepada Turkiye, Syria\n\n\n\n\n\n\nPengalaman BBQ Pasti Menyeronokkan di Sunway Lagoon\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNamun, sudah tentu apabila melibatkan organisasi besar seperti perkhidmatan awam, terdapat segelintir kecil penjawat awam yang mempunyai sedikit kuasa ini tersasar daripada landasan mereka,\u201d katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan 2023 di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.\n\n\nBagaimanapun, Adnan berkata, ia tidak menggambarkan imej keseluruhan perkhidmatan awam kerana ia kebanyakannya adalah persepsi semata-mata berikutan kes-kes terdahulu telah mengakibatkan perkara ini dilihat seakan-akan masih berlaku secara berleluasa termasuk melalui media sosial.\n\n\nJusteru, ketua jabatan di setiap agensi dan jabatan masing-masing perlu tegas selain memberikan penekanan kepada setiap pegawai bawahan untuk menghormati proses dan prosedur kerja.\n\n\n\u201cSifat memilih pegawai tertentu juga tidak wajar dilakukan kerana ia boleh menyebabkan mereka yang terpilih ini merasa \u2018kebal\u2019 dan arahan mereka lebih tinggi daripada prosedur kerja yang ditetapkan,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, setiap jabatan juga perlu bersedia menerima aduan atau pandangan daripada kakitangan bawahan bagi memastikan gejala Little Napoleon ini tidak berleluasa.\n\n\nMajlis pelancaran Bulan Wakaf tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/angkasawan-uae-sambut-ramadan-di-angkasa/", "title": "Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi menyambut Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Khamis.\n\n\nLelaki berusia 41 tahun itu menjadi angkasawan Arab pertama yang melakukan misi jangka panjang di luar bumi dengan tinggal selama enam bulan di ISS.\n\n\nBeliau berlepas ke ISS dengan roket Falcon SpaceX bulan lalu.\n\n\n\u201cRamadan Mubarak. Semoga anda semua diberkati sepanjang bulan mulia ini. Berkongsi pemandangan malam yang indah dari Stesen Angkasa Antarabangsa dengan anda semua,\u201d katanya dalam ciapan di Twitter bersama video menunjukkan pemandangan dari angkasa Khamis malam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerang Besar Berlaku Sekiranya Israel Serang Al-Quds\n\n\n\n\n\n\nFilem Farha : Papar Penderitaan Rakyat Palestin Atas Kekejaman Rejim Israel\n\n\n\n\n\n\n100 termasuk kanak-kanak terkorban dalam serangan udara di Myanmar\n\n\n\n\n\n\nRobot Pintar Edar Air Zamzam Beroperasi Kembali\n\n\n\n\n\n\nHampir tiga juta jemaah berwukuf hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nAlNeyadi dilapor tidak dapat berpuasa pada bulan Ramadan kerana keperluan operasi bekerja di angkasa lepas, lapor \nIndiaToday\n.\n\n\nSebelum berlepas ke ISS, beliau dilapor berkata bahawa tidak boleh melakukan aktiviti \u2018yang boleh menjejaskan misi atau mungkin membahayakan anak kapal\u2019.\n\n\nAngkasawan itu telah menyelesaikan penilaian yang antara lain membolehkannya berjalan di angkasa lepas dan melakukan penyelenggaraan ISS.\n\n\nAngkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menjadi angkasawan Islam pertama yang berada di angkasa ketika bulan Ramadan pada 2007.\n\n\nDalam perkongsian dengan media, katanya, beliau sempat menunaikan ibadat puasa dan solat ketika di ISS.\n\n\n\u201cMemang saya bukan angkasawan Islam pertama tetapi adalah orang pertama pergi ketika Ramadan. Saya sempat berpuasa dan menunaikan solat di angkasa lepas. Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) juga buat kali pertama menerbitkan sebuah buku panduan mengenai cara beribadat di angkasa lepas.\n\n\n\u201cIni perkara yang baik kerana secara peribadi, Islam adalah suatu yang mudah. Walaupun kita berada di dunia atau di mana-mana saja, termasuk angkasa lepas, kita tidak harus melupakan tanggungjawab sebagai orang Islam. Amat penting bagi saya menunaikan tanggungjawab ini dan menunjukkan kepada umat Islam bahawa Islam suatu cara hidup.\n\n\n\u201cSeolah-olah tidak terasa seperti berpuasa langsung. Walaupun tempoh masa berpuasa lebih kurang sama iaitu antara jam 5 pagi hingga 7 malam dengan mengikut waktu Kazakhstan, saya berasa begitu berbeza apabila berpuasa di angkasa lepas. Saya rasa begitu tenang dan secara kerohanian begitu rapat dengan Allah,\u201d katanya \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/armada-buat-laporan-polis-terhadap-anwar-guan-eng/", "title": "Armada buat laporan polis terhadap Anwar, Guan Eng", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat satu laporan polis menuntut siasatan dilakukan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng.\n\n\nKetua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa, kedua-dua ahli politik tersebut menyalah guna kuasa penjawat awam bagi menyembunyikan rancangan kesalahan di bawah Seksyen 119 dan 120 Kanun Keseksaan.\n\n\n\u201cPihak kami membuat laporan polis berhubung fitnah Guan Eng ke atas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan isu pelepasan cukai Yayasan Albukhary,\u201d katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nHadir sama Exco Armada Nasional, Harris Idaham Rashid dan Ahli Parlimen Mersing, Muhammad Islahuddin Abas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLaporan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nGaji penjawat awam bakal dinilai semula\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid lantik Datuk Dusuki Ahmad ketuai Majlis Ulama UMNO\n\n\n\n\n\n\nGubal Undang-undang Elak Umat Islam Didiskriminasi\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin sampaikan bantuan, redakan krisis kebuluran pelarian\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsu pembatalan pengecualian cukai Yayasan Albukhary timbul selepas bekas Perdana Menteri, Muhyiddin mendakwa Guan Eng telah membatalkan pengecualian yang diluluskan selepas gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).\n\n\nBagaimanapun, pada 10 Mac lalu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan menafikan tuduhan tersebut dan membuat laporan polis terhadap Muhyiddin pada pada 22 Mac.\n\n\nMengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa Anwar dan Guan Eng menggunakan keterangan yang diketahui sebagai palsu dan perbuatan itu salah di bawah Seksyen 196 Kanun Keseksaan.\n\n\nSelain itu Wan Ahmad Fayhsal berkata, Kementerian Kewangan mengeluarkan kenyataan akhbar yang lebih mengelirukan menyatakan bahawa permohonan rayuan Muhyiddin berhubung pengecualian cukai Yayasan Albukhary tidak dibatalkan atau ditolak oleh Guan Eng atau mana-mana pegawai kementerian atau pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\n\n\nTegasnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan itu adalah tidak munasabah.\n\n\nKatanya, jika perkara yang sedemikian, tiada sebab untuk Presiden Bersatu untuk membuat rayuan.\n\n\n\u201cIni juga mengeruhkan lagi situasi dan menyebabkan Presiden Bersatu didakwa dan dikenakan pertuduhan salah guna kuasa atas isu cukai,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/atm-tahan-10-pati-cuba-ceroboh-negara/", "title": "ATM tahan 10 PATI cuba ceroboh negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Rejimen Kedua Kor Armor Diraja (2 KAD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menggagalkan cubaan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menceroboh negara melalui perairan Tanjung Ayam, Johor Bahru awal pagi semalam.\n\n\nMarkas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua PATI berusia 12 hingga 43 tahun itu ditahan menerusi Op Merpati I yang dijalankan pada jam 12.50 pagi.\n\n\nMenurutnya, pemeriksaan mendapati semua mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.\n\n\n\u201c2 KAD yang dipertanggungjawabkan melaksanakan Op Merpati I berjaya menghidu kehadiran PATI melalui Radar Gempita 8 X 8.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia ambil langkah proaktif tangani Islamofobia \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPENAMPILAN TUAN IBRAHIM DI GLASLOW MENARIK PERHATIAN\n\n\n\n\n\n\nSPRM sahkan Muhyiddin didakwa esok\n\n\n\n\n\n\nBukan Badan Awam , Perlu Dialihkan Peruntukan Kepada Sk\n\n\n\n\n\n\nAnwar ketuai kerajaan PH, bukan Kerajaan Perpaduan \u2013 Gerakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHasil pengesanan dan penahanan daripada Trup Pengawasan 2 KAD itu, berjaya menahan 10 PATI terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita warganegara Indonesia berumur antara 12 tahun sehingga 43 tahun,\u201d katanya.\n\n\nMenurutnya, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Bayu Damai untuk menjalani saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia, Johor Bahru.\n\n\nTambah kenyataan itu, dalam penahanan tersebut, ATM turut merampas wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,594.20 dan 14 buah telefon bimbit pelbagai jenama.\n\n\n\u201cKetumbukan 3 Divisyen akan terus komited memperkasakan kawalan keselamatan di sempadan negara melalui pemantauan serta penguatkuasaan berterusan bagi memastikan jenayah rentas sempadan dapat dikekang demi kedaulatan negara,\u201d katanya. \u2013 MalaysiaGazette."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/guna-kod-qr-salur-aduan-kebersihan-makanan-bazar-ramadan/", "title": "Guna kod QR salur aduan kebersihan makanan, bazar Ramadan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pengunjung bazar Ramadan di pusat kerajaan di Putrajaya boleh menyalurkan aduan kebersihan dan keselamatan makanan melalui Kod QR yang disediakan di bazar berkenaan.\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, setiap aduan diterima akan diteliti dan diambil tindakan dengan secepat mungkin.\n\n\nMenurutnya, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) akan meneruskan operasi meliputi kempen keselamatan makanan yang komprehensif bagi memastikan makanan yang dijual selamat dan berkualiti.\n\n\nKatanya, operasi ini bertujuan melindungi kesihatan awam dan mempromosi amalan keselamatan makanan dalam kalangan peniaga dan pengguna.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekalan gula di Kelantan, Terengganu terjejas\n\n\n\n\n\n\nJalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup setahun\n\n\n\n\n\n\nTolak Pilihan Raya Awal\n\n\n\n\n\n\nSPRM Fokus Banteras Sindiket Besar & Punca Kes Rasuah Meningkat \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nThe 1975 beraksi biadap, penganjur henti persembahan serta merta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKementerian juga bercadang melaksanakan inisiatif Kod QR ini ke seluruh negara yang diadakan secara berperingkat,\u201d katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan melancarkan Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2023 di bazar Ramadan Putrajaya, Presint 3 di Putrajaya hari ini.\n\n\nPada Ops Ramadan 2022, sebanyak 19,951 premis makanan diperiksa dan daripada jumlah itu, 38 premis dilaporkan tidak bersih dan dikenakan tindakan penutupan.\n\n\nSelain itu, sebanyak 1,030 notis kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.\n\n\nDalam pada itu, Zaliha berkata, aktiviti \u2018walkabout\u2019 diadakan adalah permulaan bagi pelancaran Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2023.\n\n\nMenurutnya, program ini akan diperluas ke seluruh negara, selain penggunaan Kod QR sebagai medium bagi memudahkan pengguna untuk menyalurkan maklumat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/hanya-6-3-peratus-atau-2-1-juta-rakyat-ada-ilmu-asas-pertahanan-awam/", "title": "Hanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Hanya 2.1 juta individu atau 6.3 peratus keseluruhan rakyat negara ini mempunyai ilmu asas pertahanan awam.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerajaan mahu meningkatkan kadar kepada 10 peratus rakyat diberikan latihan asas pertahanan awam seperti ditetapkan oleh Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa (ICDO)\n\n\n\u201cICDO menyarankan sekurang-kurangnya 10 peratus rakyat setiap negara mesti\u00a0 mempunyai ilmu asas ini namun perjalanan kita bagi mencapai sasaran itu masih jauh lagi,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Pertahanan Awam\u00a0ke-71 di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), di Bangi, Selangor hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengundian Awal PRN Sarawak Bermula\n\n\n\n\n\n\nUNDI MELAYU PECAH DI MELAKA | BULETIN PERTIWI \u2013 ISNIN 8 NOVEMBER 2021\n\n\n\n\n\n\nPAS yakin gelombang Melayu kekal hingga PRN\n\n\n\n\n\n\nKit Siang cuba cetuskan api perkauman\n\n\n\n\n\n\n8 Disember Keputusan Rayuan Najib Kes SRC\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, mereka yang telah diberi latihan asas pertahanan awam boleh menjadi sukarelawan, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap petugas tetap Angkatan Pertahanan Awam (APM).\n\n\nPada majlis tersebut,\u00a0Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ditauliahkan sebagai Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam serta pengumuman penubuhan 12 pasukan Bantuan Pertahanan Awam (CDA) berdasarkan tiga skop bantuan utama iaitu latihan, kepakaran dan pelbagai. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/husam-musa-mula-tugas-pengerusi-spnb-berkuat-kuasa-22-mac/", "title": "Husam Musa mula tugas Pengerusi SPNB berkuat kuasa 22 Mac", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memaklumkan pelantikan Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi SPNB yang baharu berkuat kuasa 22 Mac 2023.\n\n\nSPNB dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, Husam dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd Nizar Zakaria.\n\n\n\u201cKami mengalu-alukan pelantikan Pengerusi baharu SPNB dalam barisan kepimpinan syarikat dan berharap dengan pengalaman luas serta kepimpinan beliau, SPNB akan terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan,\u201d kata SPNB.\n\n\nHusam memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan pada 1987.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Separuh jiwaku telah mati\u2019 luah Hassan Karim dalam puisi\n\n\n\n\n\n\nLaporan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan diserah kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri lawat mangsa banjir selepas 5 hari ke New Zealand\n\n\n\n\n\n\nMisi Bantuan Banjir Pahang\n\n\n\n\n\n\nMogok doktor kontrak bukan jalan penyelesaian \u2013 KP Kesihatan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim pada 2004 hingga 2008 serta Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim pada 2008 hingga 2013 (Exco kerajaan negeri Kelantan).\n\n\nSelain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Kemubu Agriculture Development Authority (KADA) dan juga sebagai Pengerusi Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan seperti Kifalah Sdn Bhd."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/i-biaya-ganti-skim-rumah-pertamaku/", "title": "i-Biaya ganti Skim Rumah Pertamaku", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pemohon dalam kumpulan sasaran di bawah Skim Rumah Pertamaku (SRP) masih boleh mendapatkan pembiayaan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) atau institusi kewangan apabila SRP tidak lagi diteruskan mulai tahun ini.\n\n\nKementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), dalam satu kenyataan pada Khamis berkata walaupun SRP, yang dilancarkan pada 2011 tidak diteruskan namun kerajaan melalui Belanjawan Madani 2023 telah bersetuju untuk meneruskan pembiayaan di bawah SJKP.\n\n\n\n\nKPKT berkata dalam pengumuman Belanjawan Madani 2023, kerajaan melalui Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd bersetuju menyediakan jaminan pembiayaan melalui SJKP sehingga RM5 bilion nilai pinjaman yang bakal memberi manfaat kepada 20,000 peminjam yang memerlukan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSJKP adalah salah satu Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) yang dilancarkan oleh KPKT dengan kerjasama Kementerian Kewangan pada 14 April 2022 bertujuan meningkatkan pemilikan kediaman terutamanya dalam kalangan golongan B40, M40 dan pekerja sektor tidak formal.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSJKP merupakan program yang menawarkan pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan ekonomi gig,\u201d menurut KPKT.\n\n\n\n\nMenurut kenyataan KPKT itu, sebanyak 16,808 peminjam telah menerima manfaat dengan nilai pinjaman RM2.32 bilion daripada pelaksanaan SJKP itu sehingga 31 Dis lalu.\n\n\n\n\nMemetik BERNAMA, Program SRP diumumkan semasa Belanjawan 2011 bagi membantu golongan muda untuk memiliki rumah pertama. Ia melibatkan yuran jaminan kepada Cagamas ditanggung oleh kerajaan, dan Cagamas menyediakan jaminan supaya pembeli rumah mendapat amaun pinjaman yang lebih tinggi daripada institusi kewangan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSivakumar perlu cuti sebagai menteri\n\n\n\n\n\n\nAPM Johor siap siaga amaran hujan berterusan tahap bahaya\n\n\n\n\n\n\nTukar tanah wakaf ke tanah rizab Melayu, Perak digesa kaji keputusan\n\n\n\n\n\n\nMelampau, pelawak Singapura hina, perlekeh Malaysia\n\n\n\n\n\n\nUcapan berbaur perkauman, Lim Guan Eng disiasat bawah Akta Hasutan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh tutup permohonan SRP telah ditetapkan pada 31 Mac 2023.\n\n\nSepanjang tempoh pelaksanaan program SRP, sebanyak RM19.9 billion nilai pembiayaan telah memberi manfaat kepada 86,708 peminjam.\n\n\n\u201cKPKT akan terus menyokong usaha membantu peminjam mencapai impian pemilikan rumah selari dengan aspirasi dan keprihatinan kerajaan demi kesejahteraan rakyat,\u201d menurut ementerian itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/isu-telur-wee-ka-siong-gesa-panggilan-telefon-diterima-disiasat/", "title": "Isu telur : Wee Ka Siong gesa panggilan telefon diterima disiasat", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Presiden MCA Wee Ka Siong menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat dua panggilan telefon yang diterimanya berkaitan dengan \u201cisu telur\u201d melibatkan ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan dan pengimport telur, J&E Advance Tech Sdn Bhd.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nWee berkata dia membuat laporan polis ibu pejabat polis daerah (IPD) Cheras pada jam 1 pagi, pada Rabu.\n\n\n\u201cSebelum ini, pada 17 Mac, saya mencabar Deepak Jaikishan agar membuat laporan polis selepas dia menafikan pernah menelefon say sebanyak dua kali, iaitu masing-masing pada jam 9.51 pagi dan 9.52 pagi, 13 Mac 2023.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya memberi Deepak tiga hari untuk berbuat demikian. Memandangkan Deepak Jaikishan tidak membuat laporan polis, maka saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis seperti mana yang saya janjikan,\u201d katanya dalam kenyataan semalam.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetika sidang Dewan Rakyat minggu lalu, Wee yang juga ahli parlimen Ayer Hitam mendakwa Deepak\u00a0\nmenggunakan nama\n\u00a0Pejabat Perdana Menteri (PMO) supaya dia membetulkan kenyataannya berhubung isu import telur dari India.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tidak mahu mana-mana individu menggunakan nama PMO untuk melakukan tindakan yang tidak senonoh dan berbaur ugutan, apatah lagi terhadap mana-mana ahli Dewan Rakyat yang mempunyai imuniti berucap di dalam Dewan Rakyat seperti termaktub dalam Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebarang bentuk penyalahgunaan nama PMO amatlah dikesali. Justeru, saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung perkara ini,\u201d katanya lagi.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Deepak menafikan ada membuat panggilan telefon namun Wee kemudian menunjukkan \ntangkap layar\n\u00a0ID pemanggil dengan semakan melalui aplikasi Truecaller untuk menyokong dakwaannya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetika itu, dia mencabar Deepak agar membuat laporan polis jika ada orang lain yang menyamar sebagai dirinya.\n\n\nKeesokannya, syarikat J&E Advanced Tech Sdn Bhd\u00a0\nmengakui\n\u00a0ada menghubungi Wee dan meminta dia menarik balik kenyataannya.\n\n\nPada 22 Februari lalu, Wee ketika berbahas di Dewan Rakyat berkata kerajaan seharusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi pengeluar telur tempatan dan bukannya mengimport telur dari India \u2013 yang menurutnya lebih mahal dan kecil.\n\n\nJ&E Advanced Tech adalah satu-satunya syarikat yang mendapat kebenaran untuk mengimport telur dari India ketika negara berdepan kekurangan bekalan. \u2013 MalaysiaKini"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/juruterbang-enggan-bawa-presiden-israel-ke-london/", "title": "Juruterbang enggan bawa Presiden Israel ke London", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terpaksa menangguhkan lawatan ke London selama sehari kerana menghadapi masalah dengan beberapa juruterbang beliau, Sputnik memetik laporan The Telegraph.\n\n\n\u201cDifahamkan kebanyakan juruterbang Israel enggan membawa Netanyahu ke United Kingdom,\u201d menurut sumber kerajaan UK.\n\n\nKeengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.\n\n\nBeribu-ribu orang telah mengadakan bantahan terhadap reformasi kehakiman di Israel yang kini berlanjutan hampir 11 minggu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTahanan Palestin mogok lapar meninggal dunia dalam penjara Israel\n\n\n\n\n\n\nTunjuk Perasaan Di Sudan Catat Kematian Pertama\n\n\n\n\n\n\nEtnik Rohingnya paling ramai mohon suaka di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPendatang Yahudi serbu perkampungan Palestin di Tebing Barat\n\n\n\n\n\n\nBiadap! Pemuda Israel kencing, minum arak dalam perkarangan Al Aqsa\n\n\n\n\n\n\n\n\nDraf undang-undang yang dibentangkan oleh Menteri Kehakiman Yariv Levin pada Januari, jika diterima pakai, bakal menyekat kuasa Mahkamah Agung Israel dan memberi kebenaran kepada kerajaan mengawal prosedur pelantikan hakim. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/kematian-akibat-tibi-di-malaysia-meningkat-tahun-lalu/", "title": "Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lalu", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Sebanyak\u00a02,572 kematian akibat Tuberkulosis atau tibi\u00a0direkodkan tahun lalu, meningkat 12 peratus atau 284 kes berbanding 2021.\n\n\nMenteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataan sempena Hari Tibi Sedunia hari ini berkata, sebanyak 25,391 kes penyakit berkenaan\u00a0dilaporkan pada tahun lepas dengan peningkatan 3,664\u00a0atau 17 peratus berbanding 21,727 kes, sepanjang tempoh sama tahun sebelumnya.\n\n\n\u201cPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)\u00a0menganggarkan kadar insiden tibi\u00a0bagi Malaysia adalah 97 bagi setiap 100 ribu penduduk.\u00a0Namun kadar insiden yang dilaporkan di negara\u00a0ini adalah lebih rendah berbanding sasaran WHO tersebut,\u201d katanya.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan Biar Aset Negara Digadai, Dirampas Pihak Luar \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nPindaan Memansuhkan Hukuman Mati Mandatori Akan Dibentangkan Pada Oktober \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\nSPRM badan bebas, tiada keperluan maklum siasatan kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\n31,600 surat tawar haji mula dikeluarkan Rabu ini\n\n\n\n\n\n\nPemborong Ayam Dikenakan Siasatan\n\n\n\n\n\n\n\n\nWHO menganggarkan terdapat 10.6 juta kes tibi di peringkat global pada tahun lepas.\n\n\nBeliau berkata usaha meningkatkan kadar pengesanan kes melalui saringan awal\u00a0perlu dipergiatkan, justeru individu yang\u00a0mempunyai risiko tinggi dijangkiti seperti kontak kepada kes tibi, pesakit HIV, penyakit buah pinggang kronik, penyakit pulmori kronik (jenis obstruktif) dan perokok aktif dinasihatkan untuk melakukan saringan.\n\n\n\u201cRawatan bagi penyakit tibi paru-paru adalah penting bagi kesembuhan dan mengelakkan komplikasi yang boleh menyebabkan morbiditi dan mortaliti,\u201d katanya.\n\n\nPesakit yang berhenti mengambil rawatan dan enggan meneruskan rawatan boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].\n\n\nHari Tibi Sedunia disambut pada 24 Mac setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran, komitmen serta sokongan pelbagai pihak terhadap usaha\u00a0kawalan dan pencegahan di seluruh negara. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/kerajaan-perlu-rangka-undang-undang-khas-kekang-lgbt-presiden-isma/", "title": "Kerajaan perlu rangka undang-undang khas kekang LGBT \u2013 Presiden ISMA", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berpandangan terdapat keperluan untuk kerajaan mewujudkan satu undang-undang khas, bagi mengekang perbuatan mempromosikan budaya songsang di negara ini.\n\n\nMerujuk penganjuran acara \u2018Thai Hot Guy\u2019 \u2013 meskipun telah dibatalkan-, ISMA memandang serius usaha berterusan pihak tertentu dalam mempromosikan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.\n\n\nPresiden ISMA, Ustaz Suhaib Ar-Rumy Selamat percaya, kelompongan dalam undang-undang sedia ada menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab \u2018berani\u2019 menganjurkan acara berunsur gaya hidup songsang, terutama di premis milik persendirian.\n\n\n\u201cJusteru, ISMA berpandangan keperluan kepada satu undang-undang khusus bagi mengekang perkara ini daripada berulang lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEnam bulan hilang di Mekah, Ustaz Musthafa disahkan meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nHapus judi, syabas Kedah! \u2013 Mufti Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nKhutbah Jumaat tegaskan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam\n\n\n\n\n\n\nLRA Sungai Semenyih beroperasi semula\n\n\n\n\n\n\n210 Lokasi Masih Terjejas Di 6 Negeri \u2013 NADMA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApatah lagi, seolah-olah pihak tidak bertanggungjawab ini melihat ada kelompongan dalam undang-undang sedia ada, terutama jika penganjuran program seumpama itu dilakukan di tempat milik persendirian,\u201d katanya kepada Ismaweb.net, pada Khamis.\n\n\nTerdahulu, penganjur \u2018Thai Hot Guy\u2019 bagi majlis pembukaan sebuah bar di Kuala Lumpur dan turut dikaitkan dengan aktiviti LGBT akur untuk membatalkan program yang sepatutnya dijadualkan pada 30 Mac ini.\n\n\nKeputusan itu dibuat susulan pelbagai kecaman dan reaksi yang diterima daripada seluruh lapisan masyarakat negara ini.\n\n\nBahkan, Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming juga memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan sesekali menyokong sebarang penganjuran program LGBT di negara ini.\n\n\n\u201cMana-mana pihak yang melanggar dasar kerajaan, mereka akan diambil tindakan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan,\u201d kata Kor Ming.\n\n\nMemandang serius \u2018janji\u2019 menteri berkenaan, Ustaz Suhaib berharap usaha mengekang sepenuhnya aktiviti dan kegiatan berunsur LGBT di negara ini dapat direalisasikan menerusi kerjasama semua pihak di setiap peringkat.\n\n\n\u201cPerlunya satu kempen kesedaran bersepadu melalui saluran media massa dan elektronik bagi memperlihatkan kepada masyarakat kesan buruk kegiatan LGBT.\n\u00a0\n\n\n\u201cPada mereka yang sudah terjebak perlu dibantu untuk kembali kepada kehidupan manusia yang normal dan fitrah.\n\n\n\u201cSebaiknya kempen kesedaran itu dilaksanakan oleh pihak kerajaan tanda seriusnya mereka dalam menangani isu ini dari akar umbi,\u201d katanya.- ISMAWEB"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/komuniti-perniagaan-arab-saudi-dipelawa-melabur-di-malaysia/", "title": "Komuniti perniagaan Arab Saudi dipelawa melabur di Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \u00a0Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa komuniti perniagaan di Arab Saudi untuk lebih banyak melabur di Malaysia berikutan Malaysia mempunyai kerajaan yang stabil dengan dasar yang jelas.\n\n\nBerucap di hadapan ratusan ahli perniagaan Arab Saudi dan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi,\u00a0 beliau berkata kerajaan baharu di bawah kepimpinannya komited untuk memudahkan urusan perniagaan di negara ini dengan melakukan pembaharuan yang menyokong perniagaan dan agenda MADANI.\n\n\n\n\n\u201cSehubungan itu, saya meminta sebahagian daripada komuniti perniagaan untuk menghantar delegasi selepas Ramadan dan mengadakan pertemuan dengan rakan perniagaan anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami sudah tentu menggalakkan anda untuk melabur dalam bidang seperti yang saya nyatakan sebagai keutamaan kami iaitu teknologi digital, sekuriti makanan, dan sudah tentu, infrastruktur di negara ini dan kami mengharapkan penglibatan aktif anda di Malaysia,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nAnwar berkata demikian dalam ucap tama pada majlis perjumpaan dengan komuniti perniagaan Arab Saudi dan Malaysia di ibu pejabat Bank Pembangunan Islam (IsDB) di Jeddah pada Khamis.\n\n\n\n\nPerdana Menteri yang diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil tiba di Lapangan Terbang King Abdulaziz pada 6.40 pagi waktu tempatan (11.40 pagi waktu Malaysia) semalam (Rabu) bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke negara itu.\n\n\n\n\nAnwar berkata kedua-dua negara menjalinkan perhubungan timbal balik yang baik dari segi pelaburan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHujan Di 8 Negeri Berterusan Hari Ini\n\n\n\n\n\n\n306 Sampel Kes Positif Mungkin Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\nMisteri bagasi hitam dirungkai \u2013 mayat dikerat tanpa kepala ditemukan\n\n\n\n\n\n\nRM10,00 sagu hati Aidilfitri AKSB prosedur biasa\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Diambil Demi Nyawa Rakyat \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami telah mempunyai beberapa bentuk pelaburan dalam infrastruktur (dari Arab Saudi di Malaysia)\u2026 dan mengagumkan (Malaysia) yang mempunyai ekonomi kecil berbanding Arab Saudi, mempunyai pelaburan di Arab Saudi.\n\n\n\u201cSaya menggesa anda untuk memberikan segala sokongan yang diperlukan berikutan langkah ini akan memberikan banyak perbezaan kepada dunia Islam, justeru itu, menggalakkan ekonomi yang lebih rancak,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut berkongsi dengan para hadirin berkenaan potensi Malaysia dan daya tarikannya sebagai destinasi pelaburan sehingga menarik minat Amazon Web Services (AWS) baru-baru ini untuk membuat keputusan melabur sebanyak RM25.5 bilion di negara ini.\n\n\nAnwar yang juga gabenor IsDB bagi Malaysia berkata, usaha perlu dilaksanakan untuk memastikan pusat bank itu di Kuala Lumpur menjadi benar-benar signifikan.\n\n\n\u201cGunakan pusat ini untuk semua bidang termasuk penyelidikan halal, malah vaksin, berikan tumpuan kepada cabaran baharu, sains, teknologi, inovasi, sekuriti makanan, pendigitalan, dan kecerdasan buatan.\n\n\n\u201cPusat Kecemerlangan IsDB Kuala Lumpur mesti bersedia untuk meneroka bidang dan disiplin baharu ini yang boleh memanfaatkan umat,\u201d katanya. \u2013\u00a0BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/mrsm-berbayar-masih-dalam-peringkat-kajian/", "title": "MRSM berbayar masih dalam peringkat kajian", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Cadangan untuk mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar masih lagi di peringkat kajian.\n\n\nPengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan untuk mewujudkan MRSM berbayar kepada kumpulan T20 bukanlah perkara baharu dan ia bagi memenuhi tuntutan serta harapan masyarakat terhadap MRSM cukup tinggi.\n\n\n\u201cIdea MRSM berbayar bukan idea baharu. Ia sudah di dalam kajian kita dan apabila saya melihat bahawa tuntutan serta harapan masyarakat kepada MRSM terlalu tinggi.\n\n\n\u201cTahun ini sahaja, seramai 90,000 yang memohon (ke MRSM), tempatnya (kekosongan) 7,100.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar guna kuasa PM perangi rasuah meskipun diugut pelbagai pihak\n\n\n\n\n\n\nSaya Yakin Dengan BERSATU \u2013 Rashid Hasnon\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin cabar SPRM siasat Anwar, Zahid\n\n\n\n\n\n\n2.4 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Ke Pantai Timur\n\n\n\n\n\n\nMohamad fokus siapkan kapal LCS secepat mungkin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi itu sahaja boleh menunjukkan. Kita tak boleh hanya fokus kepada yang B40, M40, T20 sahaja.\n\n\n\u201cApa pun, matlamat Mara itu kita jaga. Sebab itu kita pastikan adanya 60 peratus sekurang-kurangnya dalam kalangan B40 dan selebihnya ada tambahan M40 dan T20,\u201d katanya dalam sesi soal jawab bersama media dan majlis berbuka puasa di ibu negara hari ini.\n\n\nSemalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan cadangan mewujudkan MRSM berbayar kepada golongan berkemampuan tidak akan membabitkan peruntukan kerajaan.\n\n\nAhmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dilaporkan berkata, pelan futuristik yang sedang disusun atur Mara itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan.\n\n\nBeliau juga memberikan jaminan MRSM berbayar berkenaan tidak akan didirikan di atas tanah Mara yang dikhususkan untuk manfaatkan rakyat miskin.\n\n\nMengulas lanjut, Asyraf berkata, cadangan untuk mewujudkan MRSM berbayar adalah berpaksikan kepada realiti kehidupan.\n\n\n\u201cSebab apa yang paling penting kita tak mahu anak-anak kita ini berada di sekolah yang terpisah daripada realiti masyarakat sebenar.\n\n\n\u201cRealiti kehidupan di luar, kita bukan sahaja hidup dalam kalangan B40 sahaja, M40 sahaja atau pun T20 sahaja,\u201d katanya.Asyraf turut menafikan dakwaan nakal yang menyifatkan MRSM kini dikuasai oleh golongan elit.\n\n\nSebaliknya beliau berkata, data menunjukkan MRSM masih berada pada asas penubuhannya untuk membantu orang Melayu.\n\n\n\u201cUntuk menjawab sesetengah persepsi nakal yang mengatakan seolah-olah MRSM hari ini didominasi oleh golongan elit, golongan kaya T20, itu tidak benar.\n\n\n\u201cSaya membuat komen berasaskan data yang ada dalam MRSM dan juga di bahagian pendidikan menengah,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/myanmar-tahan-kira-kira-150-rohingya-cuba-melarikan-diri-ke-malaysia/", "title": "Myanmar tahan kira-kira 150 Rohingya cuba melarikan diri ke Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pihak berkuasa Myanmar dilaporkan menahan kira-kira 150 warga Rohingya yang disyaki cuba melarikan diri ke Malaysia,\n\n\nMenurut seorang pegawai yang meminta namanya dirahsiakan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media, kumpulan lelaki, wanita dan kanak-kanak itu ditahan di perbandaran Thanbyuzayat di selatan Myanmar.\n\n\nPegawai itu tidak menyatakan sebab kumpulan tersebut ditangkap tetapi minoriti Islam itu berdepan sekatan ke atas perjalanan dalam Myanmar, di mana kumpulan hak asasi manusia mengatakan mereka hidup dalam keadaan seperti apartheid.\n\n\n\u201cMereka bersembunyi berdekatan di dalam hutan berbukit antara dua kampung. Kami mula menahan mereka sejak lewat malam tadi selepas mendapat maklumat,\u201d kata sumber keselamatan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPendatang Yahudi serbu perkampungan Palestin di Tebing Barat\n\n\n\n\n\n\nVarian baharu Covid-19 `Kraken\u2019 \u2013 mula ancam dunia\n\n\n\n\n\n\nKes Positif Global Melebihi 350 Juta\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nIsrael serang, musnahkan kampung Palestin lebih 200 kali\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut laporan awal, kumpulan itu telah mengembara dengan bot dari Rakhine barat dan merancang untuk pergi ke Thailand dan kemudian ke Malaysia melalui jalan darat.\n\n\nSebilangan individu bukan Rohingya yang disyaki memperdagangkan kumpulan itu turut ditahan dan polis sedang mencari kira-kira 30 orang lagi, menurut sumber itu.\n\n\nTindakan keras tentera di Myanmar pada 2017 menyebabkan ratusan ribu Rohingya melarikan diri ke negara jiran Bangladesh dengan kisah mengerikan pembunuhan, rogol dan pembakaran.\n\n\nMyanmar menghadapi tuduhan pembunuhan beramai-ramai di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berikutan penghijrahan secara besar-besaran itu.\n\n\nDilihat secara meluas di Myanmar sebagai penceroboh dari Bangladesh, Rohingya dinafikan kewarganegaraan, bersama dengan akses kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan serta memerlukan kebenaran untuk melakukan perjalanan.\n\n\nPenangkapan dibuat beberapa hari selepas Junta berkata, ia akan mula mengalu-alukan kembali anggota minoriti yang tinggal di Bangladesh dalam program perintis penghantaran pulang.\n\n\nRancangan itu akan menyaksikan Myanmar \u2018memulangkan kira-kira 1,500 orang\u2019.\n\n\nPegawai sempadan itu tidak memberikan jadual waktu tertentu dan menambah Myanmar \u2018belum menerima sebarang maklum balas lagi\u2019 terhadap rancangan itu.\n\n\nRohingya yang pulang akan ditempatkan di kem transit untuk tempoh yang singkat sebelum ditempatkan semula di 15 kampung, kata pegawai itu.\n\n\n\u201cUntuk keselamatan mereka, kami mempunyai balai polis berhampiran 15 kampung itu,\u201d katanya. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/pakej-perkahwinan-pertunangan-dan-pakaian-sekolah-akan-diperkenal/", "title": "Pakej perkahwinan, pertunangan dan pakaian sekolah akan diperkenal", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0\nSelepas Menu Rahmah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluaskan inisiatif Payung Rahmah dengan jualan baju sempena sambutan hari raya Aidifitri ini.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, selain baju raya, satu libat urus akan diadakan dengan industri tekstil bagi penyediaan pakej perkahwinan dan pertunangan serta pakaian sekolah rahmah.\n\n\nMalah, katanya pemain industri juga tidak berkompromi tentang kualiti dalam inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan kerajaan.\u00a0\n\n\nSalahuddin bersama timbalannya, Fuziah Salleh dalam pelancaran Jualan Rahmah Jakel Raya semalam.\n\n\n\u201cBila saya telah sampai ke tahap di mana jualan rahmah jakel diadakan, saya berfikir pada masa akan datang industri tekstil akan dibuat libat urus supaya mereka juga dapat memberikan pakej-pakej\u00a0 yang penting seperti baju sekolah untuk musim persekolah, pakej perkahwinan dan pertunangan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n1,839 premis seluruh negara diperiksa sepanjang dua hari Ramadan \u2013 KPDN\n\n\n\n\n\n\nSekat kebebasan bersuara bertentangan agenda reformasi \u2013 Dr Mohammad Tawfik\n\n\n\n\n\n\nKPM sedia Program Lima Minit Antirokok/Vape kekang murid ketagih e-rokok\n\n\n\n\n\n\nArab saudi janji selesaikan isu penginapan jemaah umrah Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPelajar SJKC Perlu Sedar Kepentingan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cYang saya akan lihat nanti adalah pakej rahmah yang masih boleh ditawarkan kepada rakyat di negara kita,\u201d katanya\n\u00a0dalam sidang media selepas pelancaran Jualan Rahmah Baju Raya Jakel di Wisma Jakel, Kuala Lumpur semalam.\n\n\nTambahnya, selain Jakel, Mydin turut menawarkan inisiatif jualan rahmah\u00a0 ini serta syarikat tekstil Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang akan melibatkan diri pada masa akan datang.\n\n\nBagi mendepani episod penting kehidupan, Salahuddin turut menyeru lebih ramai pemain industri tampil ke hadapan sebagai usaha penawaran inisiatif Payung Rahmah yang pelbagai dalam kehidupan harian dan bulanan.\n\n\nDalam pada itu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, Jualan Rahmah menawarkan potongan harga tambahan antara 10 peratus ke 20 peratus bagi barangan yang sudah diberikan diskaun terdiri daripada baju Melayu koleksi Aaron Aziz dan Nabil Ahmad.\n\n\nTawaran itu diberikan bermula semalam sehingga 30 Syawal di 23 cawangan Jakel seluruh negara.\n\n\n\u201cKini kita turunkan sehingga sale 230, kdg2 org tawar menawar ktia bagi dalam 220, kita bagi harga fix rm149. jadi bagi yg tidak meminati samping kat rumah, bayar 135 dapat barnag harga rm200 lebih, rm300 lebih,\u201d katanya ketika ditemui pada\n\n\nSementara itu, Salahuddin memaklumkan KPDN masih menerima tempahan tapak Bazar Rahmah yang menyasarkan 50 peniaga melibatkan 30 peratus menu rahmah sepanjang puasa.\n\n\nBerhubung sistem terbuka Touch n Go yang diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR), pihaknya akan berbincang dengan kementerian itu bagi cadangan pelaksanaan sistem pembayaran terbuka di Lebuhraya Utara-Selatan.\n\n\nTerdahulu, majlis pelancaran Jualan Rahmah Baju Raya Jakel turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh dan duta Jakel Raya, Nabil Ahmad serta Aaron Aziz."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/pdrm-buru-ahli-kumpulan-ajaran-sesar-sihulk/", "title": "PDRM buru ahli kumpulan ajaran sesat `SiHulk\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Polis dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sedang memburu enam ahli kumpulan ajaran sesat Suhaini Muhammad atau Sihulk, selepas dipercayai menghina Islam serta Nabi Muhammad dalam satu video di aplikasi TikTok baru-baru ini.\n\n\nKetua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata enam individu berusia 20-an hingga 30-an itu dikenal pasti melalui video ajaran sesat tular itu dan kes terbabit dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.\n\n\nKetua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat\n\n\n\n\n\u201cNasihat saya, lebih baik sekiranya mereka menyerah diri berbanding membiarkan polis datang kepada mereka,\u201d katanya menurut BERNAMA.\n\n\n\n\nSelasa lalu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dilaporkan berkata, ajaran Sihulk antara 21 fahaman dan ajaran sesat yang diwartakan haram di negeri itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, ajaran Sihulk jelas menyimpang daripada ajaran Islam apabila penganutnya melihat Nabi Muhammad sebagai tuhan, bukannya rasul.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAjaran itu mendakwa Nabi Muhammad sebagai tuhan, baginda bukan lelaki atau perempuan, dilahirkan atau mempunyai anak yang secara terang-terangan terpesong jauh, sedangkan Nabi Muhammad manusia biasa seperti kita.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Wanita DAP Bermulut Jahat \u2013 Tajuddin\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tak adil sebab tidak sentuh peruntukan wakil rakyat pembangkang\n\n\n\n\n\n\nJumlah Kematian Di Terengganu Meningkat\n\n\n\n\n\n\nJika keadaan Rusia meruncing, rakyat Malaysia dibawa pulang\n\n\n\n\n\n\nSabitan Najib Bersalah Kes SRC Kekal, Aibkan Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni satu penghinaan kepada Islam, ia bertentangan dengan tauhid dan saya percaya orang awam yang memilih ilmu agama sederhana juga boleh sedar ajaran itu sesat.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/pemeriksaan-kenderaan-tidak-lagi-eksklusif-kepada-puspakom/", "title": "Pemeriksaan kenderaan tidak lagi eksklusif kepada Puspakom", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] tidak lagi diberikan secara eksklusif kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).\n\n\nSebaliknya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia akan dibuka kepada mana-mana pihak yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan selepas konsesi semasa kepada Puspakom tamat tempoh pada 31 Ogos 2024.\n\n\nJelas beliau, perkara itu telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 17 Mac lalu.\n\n\nProses pelawaan kepada pihak-pihak yang berminat, tambah Anthony Loke dijangka bermula selewat-lewatnya dalam suku pertama tahun 2024.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi iktiraf jemaah haji Malaysia berdisiplin\n\n\n\n\n\n\nPBB, EU, Kesatuan Afrika gesa gencatan senjata segera\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO dipecat sedang giat memasarkan diri \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nPerlawanan 3 Penjuru DUN Pantai Kundur\n\n\n\n\n\n\nMusibah banjir: Jakim anjur solat hajat, doa selamat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKetetapan ini bermakna pihak Puspakom tidak lagi akan menjadi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula pada 1 September 2024.\n\n\n\u201cBagi melaksanakan keputusan ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama JPJ akan membangunkan syarat-syarat kelayakan, peraturan pengoperasian, skop perkhidmatan, penetapan lokasi pemeriksaan dan garis panduan bagi pihak-pihak lain yang berminat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan bermotor,\u201d katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.\n\n\nAhli Parlimen Seremban itu menambah, Jemaah Menteri juga bersetuju melanjutkan perjanjian konsesi Puspakom selama 15 tahun lagi, berkuat kuasa 1 September 2024.\n\n\nMengulas lanjut, Anthony Loke berkata, pihak JPJ akan secara berterusan mengaudit dan memantau semua pihak yang menyedia perkhidmatan tersebut bagi memastikan pematuhan, kualiti serta integriti pemeriksaan.\n\n\nMOT juga, ujar Anthony Loke akan memastikan bahawa pembukaan pemeriksaan berkala kepada pihak-pihak lain tidak menyumbang kepada elemen persaingan tidak sihat.\n\n\n\u201cMOT sedang dalam proses memuktamadkan semua syarat permohonan, pengoperasian dan dokumen tawaran berkaitan penyediaan perkhidmatan pemekriksaan berkala oleh pihak-pihak yang berminat,\u201d kata Anthony Loke.\n\n\nBeliau bagaimanapun memaklumkan setakat ini, MOT belum menetapkan berapa banyak syarikat yang akan memenuhi kelayakan untuk menyediakan perkhidmatan tersebut.\n\n\n\u201cKita belum tahu lagi berapa syarikat, sekarang ini monopoli maksudnya satu syarikat sahaja.\n\n\n\u201cSelepas konsesi ini (Puspakom) tamat, dia tak jadi monopoli, boleh jadi dua, boleh jadi tiga (penyedia perkhidmatan).\n\n\n\u201cTetapi ia terpulang sebab kita kena lihat ada tak syarikat swasta yang berminat. Sebab pelbagai syarat akan dikenakan dan pelbagai pelaburan termasuk peralatan diperlukan.\n\n\n\u201cKerajaan tidak akan membelanjakan apa-apa untuk membina sistem mereka,\u201d kata Anthony Loke.\n\n\nPada 2009, kerajaan melanjutkan perjanjian konsesi Puspakom selama 15 tahun. \u2013 ASTROAWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/penjawat-awam-dapat-bantuan-khas-kewangan-aidilfitri-pada-17-april/", "title": "Penjawat awam dapat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada 17 April", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0\nBantuan Khas Kewangan Aidilfitri, BKKA, 2023 akan dibayar kepada penjawat awam yang layak pada 17 April ini.\n\n\nSebanyak RM700 akan diberikan kepada semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak.\n\n\nBagi pesara perkhidmatan awam pula mereka akan menerima BKKA sebanyak RM350.\n\n\nKenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed,\n\n\nDalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, berkata BKKA tahun ini turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan berpencen, penerima pencen terbitan, pesaran Skim Kumpulan Simpanan Pekerja, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan Terlibat, Perlu Cari Peluang Pekerjaan Lain\n\n\n\n\n\n\nHampir RM1 bilion lesap ditipu agensi pelaburan\n\n\n\n\n\n\nTiada Istilah Sambutan Hari Agama Sedunia\n\n\n\n\n\n\nTun Faisal sertai BERSATU\n\n\n\n\n\n\nMahu Jadi Lebih Cina Daripada Cina\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi pesara dan veteran yang dilantik semula secara lantikan tetap, sementara dan masih berkhidmat pada 17 April 2023 pula merela layak menerima RM700.\n\n\nBantuan Khas Kewangan Aidil Fitri adalah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/rohana-pulangkan-wang-as10-juta-aset-1mdb/", "title": "Rohana pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan telah memulangkan AS$10 juta (RM44.26 juta) yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\nAkhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan, satu sumber berkata, kesemua wang termasuk aset tersebut dipulangkan kepada kerajaan pada tahun lalu iaitu selepas siasatan SPRM selesai.\n\n\nSumber itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana Rohana memulangkan wang tersebut, termasuk aset yang tidak dinyatakan kepada SPRM.\n\n\n\u201cBeliau (Rohana) telah memulangkan semua wang dan aset berkaitan kepada SPRM, yang kemudiannya disalurkan kepada kerajaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Jumlah rasmi mangsa terlibat 92, bukan 94\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Alternatif Rakyat Muak Politik Korup\n\n\n\n\n\n\nGara-gara ditipu scammer, pesara guru hilang lebih RM500,000\n\n\n\n\n\n\n3,464 beri respon positif projek PSI\n\n\n\n\n\n\nSalahuddin Ayub pula dituduh lantik adik-beradik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSiasatan SPRM membabitkan Rohana berhubung dana 1MDB telah selesai dan tiada apa-apa lagi yang diperlukan berhubung kes itu,\u201d sumber itu dipetik berkata, ketika dihubungi semalam.\n\n\nPada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Parlimen berkata, Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai maklumat sama ada Rohana telah memulangkan AS$10 juta kepada kerajaan.\n\n\nBeliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang sebelum itu meminta perdana menteri menyatakan sama ada Rohana telah memulangkan wang itu kepada kerajaan.\n\n\nPada April tahun lalu, SPRM dilaporkan menyiasat kes melibatkan Rohana berhubung wang yang diterima daripada bekas rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner.\n\n\nPada 13 April lalu, Rohana dilaporkan bersetuju untuk memulangkan AS$10 juta yang diberikan Leissner kepadanya.\n\n\nSebelum ini, Leissner memberitahu Mahkamah New York bahawa beliau memberikan Rohana AS$10 juta yang digunakan untuk membeli sebuah rumah bernilai AS$7 juta (RM30.98 juta) di Montpelier Street, London. \u2013 ASTROAWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/sekatan-warga-palestin-masuk-masjid-al-aqsa-dikecam/", "title": "Sekatan warga Palestin masuk Masjid Al-Aqsa dikecam", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Sekatan terbaharu Israel yang melarang penduduk Palestin memasuki Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan dikhuatiri mencetuskan keganasan.\n\n\nKetegangan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza kini semakin memuncak berikutan serangan berterusan oleh tentera Israel dan sekatan baharu itu, yang dilihat sebagai tindakan provokasi melampau.\n\n\nRejim Yahudi itu dituduh tidak menghormati bulan yang mulia ini apabila turut mengumumkan beberapa siri sekatan pergerakan terhadap warga Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki, sepanjang Ramadan ini.\n\n\nSekatan itu diumumkan Penyelaras Aktiviti Kerajaan Wilayah, Mejar Jeneral Ghassan Alyan, dalam satu kenyataan baru-baru ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPekerja Di UK Tidak Perlu Lagi Pakai Pelitup Muka\n\n\n\n\n\n\nBicara Palestin EP12 : Penubuhan Negara Haram Israel\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada pakaian tak hormat sensitiviti agama Islam\n\n\n\n\n\n\nHAMAS bincang isu ketegangan Palestin bersama Hezbollah\n\n\n\n\n\n\n19 orang maut dalam nahas bas di Bangladesh\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHanya wanita semua peringkat umur, kanak-kanak lelaki sehingga 12 tahun dan lelaki berusia lebih 55 tahun akan dibenarkan masuk ke Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan tanpa permit.\n\n\n\u201cBagaimanapun, Israel masih membenarkan lelaki berumur 45 hingga 55 tahun memasuki masjid berkenaan tetapi perlu mendapatkan permit terlebih dulu,\u201d katanya.\n\n\nDi Semenanjung Gaza, Israel turut mengenakan kuota terhad untuk wanita berumur 50 tahun ke atas dan lelaki berumur 55 tahun ke atas dari Ahad hingga Khamis untuk memasuki Masjid al-Aqsa.\n\n\nPegawai Israel itu juga berkata, kelulusan keselamatan diperlukan bagi rakyat Palestin di Tebing Barat untuk melawat saudara mereka di 48 wilayah atau warga asing yang ingin melawat saudara mereka di kawasan sama.\n\n\nPengarah Badan Amal Waqf Jordan, Azzam al-Kateeb yang bertanggungjawab menguruskan kegiatan umat Islam Palestin di masjid berkenaan turut meluahkan kebimbangannya berhubung sekatan baharu itu.\n\n\n\u201cKami mengambil masa dua bulan setiap tahun untuk membawa 500 kakitangan Waqf membuat persiapan menyambut Ramadan di Palestin dengan bantuan daripada sukarelawan.\n\n\n\u201cAkses logistik ke Masjid al-Aqsa untuk ratusan ribu penduduk Palestin mengerjakan solat tarawih dan penyediaan makanan berbuka puasa setiap malam untuk lebih 10,000 jemaah yang sudah kami uruskan dikhuatiri terganggu akibat sekatan baharu ini,\u201d katanya.\n\n\nDalam satu kenyataan, polis Israel berkata, kawalan keselamatan juga akan diperketatkan sepanjang Ramadan dan polis tambahan serta pasukan sempadan akan ditempatkan di sekitar bandar itu.\n\n\nHamas semalam mengecam sekatan tidak masuk akal itu, lebih-lebih lagi kerana dikenakan ke atas warga Palestin yang mahu beribadat di Masjid al-Aqsa semasa bulan Ramadan.\n\n\nDalam satu kenyataan, jurucakap Hamas bagi Hal Ehwal Baitulmaqdis, Mohammad Hamada, menyifatkan sekatan rejim zionis itu sebagai pelanggaran secara terang-terangan terhadap hak kebebasan beribadat umat Islam.\n\n\nBeliau juga berkata, sekatan sedemikian dianggap sebagai campur tangan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh rejim Zionis terhadap lokasi yang dianggap antara tempat paling suci bagi umat Islam.\n\n\nSehubungan itu, Mohammad menggesa warga Palestin terus mengunjungi masjid itu sepanjang bulan Ramadan bagi mempertahankan daripada serangan dan pencerobohan tentera Israel. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/serangan-as-di-syria-susulan-kematian-kontraktor-mengorbankan-8-pejuang/", "title": "Serangan AS di Syria susulan kematian kontraktor mengorbankan 8 pejuang", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Serangan udara Amerika Syarikat (AS) membunuh lapan pejuang pro-Iran di timur Syria susulan serangan dron yang mengorbankan seorang kontraktor Amerika serta mencederakan lima anggota perkhidmatan negara itu, kata seorang pemantau perang hari ini.\n\n\nSemalam, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin berkata, Presidennya, Joe Biden membenarkan serangan udara di timur Syria terhadap kemudahan yang digunakan kumpulan yang bergabung dengan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran malam tadi.\n\n\nIRGC adalah sayap tentera Iran dan disenaraihitamkan sebagai kumpulan pengganas oleh AS.\n\n\n\u201cSerangan udara itu dilakukan sebagai tindak balas kepada serangan hari ini serta beberapa siri serangan baru-baru ini terhadap pasukan Gabungan di Syria oleh kumpulan yang bergabung dengan IRGC,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nErdogan menang pilihan raya, kekal pertahan jawatan\n\n\n\n\n\n\nDamsyik dibom Zionis Israel\n\n\n\n\n\n\nPelancong LGBTQ kini dibenar masuk Arab Saudi\n\n\n\n\n\n\nIsrael lulus vaksin COVID-19 keempat untuk warga emas 60 tahun ke atas\n\n\n\n\n\n\nTujuh Maut Insiden Letupan Bas Di Afghanistan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSatu kenyataan jabatan pertahanan berkata, kontraktor AS terkorban dan yang lain cedera selepas kenderaan udara sehala tanpa pemandu (UAV) melanggar kemudahan penyelenggaraan di pangkalan Gabungan berhampiran Hasakeh di timur laut Syria.\n\n\nSeorang lagi kontraktor AS turut cedera dalam serangan UAV, kata Pentagon, sambil menambah komuniti perisikan AS menilai \u2018UAV itu milik Iran\u2019.\n\n\nPada Jumaat, Ketua Pemerhati bagi Kumpulan Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman, agensi pemantau yang berpangkalan di Britain dengan rangkaian sumber yang luas di lapangan di negara yang dilanda perang itu, berkata lapan orang terbunuh disebabkan serangan AS.\n\n\n\u201cSerangan AS menyasarkan depoh senjata di dalam bandar Deir Ezzor, membunuh enam pejuang pro-Iran dan dua pejuang lain terbunuh oleh serangan yang menyasarkan padang pasir Mayadine dan berhampiran Albu Kamal,\u201d katanya.\n\n\nBeratus-ratus tentera AS berada di Syria sebagai sebahagian daripada pakatan yang memerangi saki-baki kumpulan Negara DAESH (IS) dan sering menjadi sasaran dalam serangan kumpulan militia.\n\n\nTentera AS menyokong Pasukan Demokratik Syria (SDF), tentera de facto Kurdi di kawasan itu, yang mengetuai pertempuran yang menyingkirkan IS daripada jejak terakhir mereka di wilayah Syria pada 2019.\n\n\nBagaimanapun, menurut Pentagon, dua daripada anggota perkhidmatan AS yang cedera semalam, dirawat di lokasi, manakala tiga lagi tentera dan seorang kontraktor AS dipindahkan secara perubatan ke Iraq.\n\n\n\u201cKami akan sentiasa mengambil semua langkah yang perlu untuk mempertahankan rakyat kami dan akan sentiasa bertindak balas pada masa dan tempat yang kami pilih,\u201d kata Komander Komando Pusat AS, Jeneral Michael Kurilla.\n\n\nApabila serangan diumumkan, Biden sudahpun berada ke Kanada bagi menemui Perdana Menteri, Justin Trudeau.\n\n\nOgos lalu, Biden mengarahkan serangan balas serupa di wilayah Deir Ezzor Syria yang kaya dengan minyak selepas beberapa dron menyasarkan pos terdepan pakatan, tanpa menyebabkan sebarang kecederaan.\n\n\nSerangan itu berlaku pada hari sama media negara Iran mengumumkan seorang jeneral Pengawal Revolusi terbunuh beberapa hari sebelumnya ketika \u2018dalam misi di Syria sebagai penasihat tentera\u2019.\n\n\nIran berkata, pihaknya mengerahkan tenteranya di Syria atas jemputan Damsyik dan hanya sebagai penasihat. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/sultan-sharafuddin-larang-adakan-aktiviti-lgbt-di-selangor/", "title": "Sultan Sharafuddin larang adakan aktiviti LGBT di Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melarang sebarang aktiviti termasuk perhimpunan bagi mempertahankan atau menuntut sesuatu daripada kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diadakan di negeri itu.\n\n\nTitah baginda dipetik menerusi khutbah Jumaat hari ini yang menyentuh isu LGBT dan tabiat songsang yang mengingatkan umat Islam supaya tidak terlibat walaupun secara tidak langsung terhadap aktiviti sedemikian.\n\n\nIni kerana mana-mana individu atau kumpulan yang menyatakan sokongan terhadap hak asasi LGBT adalah haram, malah perbuatan yang menyokong kepada kemungkaran boleh merosakkan akidah.\n\n\n\u201cPengamal-pengamal LGBT dan yang mempertahankannya hendaklah kembali bertaubat, menyesal dan tidak mengulangi perbuatan haramnya. Kecenderungan seks songsang\u00a0adalah tabiat yang boleh diubah melalui mujahadah nafsu yang berterusan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKorek agenda buku Thommy Thomas ke lubang cacing \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nPensyarah Cipta Permainan Bantu Pelajar Tahfiz\n\n\n\n\n\n\nTiada Persediaan Penuh Hadapi Banjir \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nMukhriz Dakwa Keputusan Tanam Durian Dibuat Ahmad Bashah\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu keluarkan SOP pelancong China\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, khutbah Jumaat hari ini turut berpesan kepada umat Islam bahawa mereka wajib menjauhi fahaman dan pemikiran liberalisme selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.\n\n\nJawatankuasa itu turut menyatakan Sisters in Islam (SIS) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.\n\n\nTerdahulu Sultan Sharafuddin yang juga Pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ketika bersidang kali ke-69 pada 6 Mac lalu memuji pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengiktiraf golongan LGBT serta konsep negara sekular.\n\n\nBaginda bertitah, jaminan itu bertepatan waktunya untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius memelihara prinsip Islam berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\n\nDalam pada itu, khutbah hari ini turut mengingatkan orang Islam yang beriman dan bertakwa wajib menolak LGBT dan menolak kumpulan liberal yang mendukung tabiat songsang ini. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/tradisi-tembakan-meriam-iftar-di-libya-dihidupkan-semula-selepas-48-tahun/", "title": "Tradisi tembakan meriam iftar di Libya dihidupkan semula selepas 48 tahun", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ibu kota Libya menyaksikan upacara tembakan meriam Iftar, sempena Ramadan yang dihidupkan semula selepas 48 tahun.\n\n\nUpacara pada hari pertama Ramadan itu telah diadakan di Algiers Square di Tripoli dan dikawal selia oleh Perbandaran Tripoli Tengah, lapor Agensi Anadolu.\n\n\nUpacara itu turut dihadiri Ketua Perbandaran Tripoli Tengah Ibrahim Al-Khulaifi, tetamu kenamaan dan warga kota itu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCOVID-19: Kes kalangan kanak-kanak AS rekod lebih 10 juta\n\n\n\n\n\n\nDiarah robohkan kelas, pelarian Syria tetap berusaha belajar agama\n\n\n\n\n\n\nTaliban larang wanita sertai sambutan Aidilfitri di dua wilayah Afghanistan\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi benar lakukan umrah sekali sahaja semasa Ramadan\n\n\n\n\n\n\nIsrael serang Gaza awal pagi Khamis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTembakan meriam Iftar merupakan tradisi lama bagi penduduk Tripoli dan kami gembira dengan sebarang langkah mengembalikan tradisi dan kebudayaan masyarakat.\n\n\n\u201cTradisi ini telah dihentikan sejak 1975, dan kini kami berazam untuk menghidupkan semula warisan itu,\u201d kata Al-Khulaifi kepada Anadolu.\n\n\nSementara itu, ahli Majlis Perbandaran Tripoli Tengah, Akram Abdel Majid Dribkeh berkata, tujuan menghidupkan semula tradisi tembakan meriam Iftar adalah memberi kegembiraan kepada penduduk selepas keadaan kembali aman dan stabil.\n\n\n\u201cTradisi ini mula dilaksanakan di Istana Saraya (kini muzium terbesar di Libya) pada awal tahun 70-an tetapi kemudian dihentikan,\u201d katanya.\n\n\nAbdul Karim Al-Zarqani, seorang penduduk bandar Tripoli berkata, tembakan meriam Iftar sememangnya wujud di beberapa negara Islam lain dan Libya.\n\n\nWarisan ini diwujudkan kerana kekurangan alat pembesar suara untuk memberitahu penduduk bandar bahawa masuk waktu azan (Maghrib) menandakan waktu berbuka puasa pada ketika itu.\n\n\n\u201cMenghidupkan semula tradisi tembakan meriam Iftar adalah perkara yang menggembirakan, kerana ia adalah antara adat paling penting dan berkait rapat dengan bulan Ramadan di negara ini sebelum ini, serta membentuk sebahagian daripada kenangan dan sejarah bandar itu\u201d, katanya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/tuan-rumah-terkejut-kondominium-disewa-jadi-tempat-aniaya-bunuh-kucing/", "title": "Tuan rumah terkejut kondominium disewa jadi tempat aniaya, bunuh kucing", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Seorang lelaki disyaki membunuh dan mengerat anggota badan kucing di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.\n\n\nPerbuatan lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai menyewa rumah itu terbongkar selepas pemilik menemui puluhan rangka, organ dan daging kisar haiwan disyaki kucing.\n\n\nPenemuan pada 11 Mac itu didedahkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) di Facebook hari ini yang memaklumkan laporan polis sudah dibuat.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua varian utama di China dikesan di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKes mahkamah pemimpin PN tak lemahkan \u2018gelombang hijau\u2019\n\n\n\n\n\n\nPahang dedah 29 individu palsu gelaran Datuk, Datuk Seri\n\n\n\n\n\n\nGalak majikan buka taska bagi ibu bekerja lepas bersalin\n\n\n\n\n\n\nZuraida Sedia Lepas Jawatan Kabinet\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut kenyataan, kegiatan individu yang membunuh dan mengerat anggota badan haiwan terbabit terbongkar selepas pemilik rumah membuat pemeriksaan.\n\n\n\u201cPemilik premis pada mulanya menerima aduan daripada jiran yang tidak tahan bau busuk dari dalam rumah dihuni lelaki tempatan.\n\n\n\u201cHasil pemantauan mendapati keadaan rumah teruk, tragis dan mengerikan dengan banyak keratan anggota badan haiwan ditemui dalam rumah sewa itu.\n\n\n\u201cTerdapat sebuah bilik turut dipenuhi bangkai haiwan disyaki kucing yang sudah reput,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nMAA berkata, pemilik rumah kemudian membuat laporan polis berhubung penemuan itu pada 13 Mac lalu.\n\n\nBagaimanapun, laporan dibuat tidak dilayan dengan alasan polis tiada kuasa membuat siasatan dan penguatkuasaan, walaupun terdapat Seksyen 428 Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa polis.\n\n\n\u201cAduan akhirnya sampai kepada MAA sebelum dipanjangkan kepada Ketua Seksyen Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya supaya satu tindakan siasatan dijalankan secara komprehensif, segera dan menyeluruh,\u201d katanya.\n\n\nMAA menuntut supaya pelaku diheret ke mahkamah di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 jika benar berlaku aktiviti kezaliman itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/tun-m-anggap-umno-sudah-tak-wujud-lagi/", "title": "Dr Mahathir dakwa UMNO sudah tidak wujud lagi", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap UMNO sudah menggugurkan perjuangan asal mereka untuk membela hak orang Melayu.\n\n\nMalah, beliau yang juga bekas Presiden UMNO menyifatkan parti itu tidak wujud lagi.\n\n\n\u201cYang ada ialah bangkai yang diperalat untuk menyelamat pemimpin yang bergelumang dengan jenayah,\u201d katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIni Negara China Atau Malaysia \u2013 Prof Redhuan Tee Abdullah\n\n\n\n\n\n\nRakyat jijik perlakuan rasuah, pemimpin diingat jangan ulangi kesalahan sama\n\n\n\n\n\n\nHukuman salah laku ADUN Sungkai dikekalkan\n\n\n\n\n\n\nPDRM pantau media sosial kumpulan dikaitkan dengan IS\n\n\n\n\n\n\nPelan Induk Wakaf Nasional, usaha memperkasa wakaf negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nDr. Mahathir turut mempertikaikan pandangan pihak tertentu yang menganggap Perhimpunan Proklamasi Melayu anjuran Sekretariat Tanah Air yang tidak menyentuh kaum lain itu sebagai rasis.\n\n\nPerhimpunan yang sepatutnya berlangsung pada 19 Mac lalu terpaksa dibatalkan selepas tiga kali bertukar lokasi susulan tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.\n\n\n\u201cTetapi sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenar,\u201d jelasnya.\n\n\nBeliau memetik Perkara 3.3 Perlembagaan UMNO yang menyebut: \u201cmembela Kepentingan Raja-Raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli\u2026\u2026 (termasuk) perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.\u201d\n\n\nNamun, Dr. Mahathir bimbang orang Melayu akan hilang kebebasan bersuara sekiranya mereka tidak dibenarkan membincangkan masalah kaum sendiri dan ajaran Islam, tanpa menyentuh kaum lain.\n\n\n\u201cApakah ini perjuangan UMNO? Apakah ini UMNO?\u201d soalnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/uni-mlc-gesa-kerajaan-lindungi-kepentingan-jangka-panjang-pencarum-kwsp/", "title": "UNI-MLC gesa kerajaan lindungi kepentingan jangka panjang pencarum KWSP", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) meminta kerajaan supaya tidak melayan sebarang gesaan membenarkan pengeluaran simpanan berbaki Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atas alasan impak susulan pandemik Covid-19.\n\n\nPresiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, ia mengambil kira saranan dan pandangan pelbagai pihak kerana boleh mengancam kehidupan selepas persaraan.\n\n\nMohamed Shafie berkata, pihaknya berpendirian bahawa tidak perlu mengeluarkan simpanan dalam KWSP menerusi apa jua peraturan dan kerangka perundangan.\n\n\n\u201cKita gesa supaya jangan sentuh simpanan dalam KWSP sebaliknya menggunakan pendekatan-pendekatan lain yang difikirkan relevan, sesuai dan sewajarnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n147 ketua Wanita UMNO bahagian tidak lagi menyokong Noraini\n\n\n\n\n\n\nIni Negara China Atau Malaysia \u2013 Prof Redhuan Tee Abdullah\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri tak setuju 2 jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nJAWI, SWCorp fokus tingkat kebersihan masjid dan surau\n\n\n\n\n\n\nTak benar keluar KWSP, simpanan pencarum susut 50 peratus\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerajaan terutama Kementerian Kewangan perlu mengambil pendirian tegas dalam perkara ini demi masa depan pencarum.\n\n\n\u201cLindungi kepentingan jangka panjang pencarum KWSP, bukannya gesaan bersifat jangka pendek,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.\n\n\nPada Selasa, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan, kerajaan tidak akan mengamalkan pendekatan yang populis dengan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran simpanan ahli KWSP.\n\n\nRafizi berkata, pengeluaran wang tersebut akan mengurangkan saiz dana itu secara mendadak dan memberi impak buruk kepada kemampuan dan fleksibilitinya, mengehadkan strategi pilihan pelaburan sehingga memberi kesan terhadap pembayaran dividennya kepada pencarum.\n\n\nSementara itu, Mohamed Shafie berkata, pihaknya juga bimbang sekiranya dibenarkan pengeluaran KWSP sekali lagi maka ia akan melemahkan kedudukan kewangan yang teruk ke atas pencarum agensi itu pada jangka masa panjang.\n\n\nBeliau menambah kesan beberapa siri pengeluaran KWSP telah menyebabkan simpanan pekerja menjadi terlalu kecil, pencarum hanya mempunyai sekitar RM10,000 sekali gus perkembangan tersebut amat membimbangkan.\n\n\nMenurutnya, UNI-MLC tidak pernah membantah dua keputusan yang dibuat ketika pandemik Covid-19 sebelum ini namun kini negara sudah keluar dari pandemik dan berada dalam fasa endemik.\n\n\n\u201cKita perlu fikirkan kaedah dan cara lain untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama pekerja,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/ustaz-shuhaib-ar-rumy-selamat-presiden-baharu-isma/", "title": "Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat Presiden baharu ISMA", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat dilantik sebagai Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, ISMA yang baharu.\n\n\nSelain Ustaz Shuhaib, beberapa lagi muka baharu telah dipilih bagi menganggotai senarai Jawatankuasa Pusat ISMA sempena Mesyuarat Agung yang berlangsung pada 18 Mac lalu.\n\n\nUstaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat \u00a0\ndalam satu kenyataannya pada Isnin berkata, sepertimana yang telah dibentangkan melalui ucapan dasar Mantan Presiden, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni,\u00a0 pertubuhan itu\u00a0 akan mengetengahkan agenda Pembinaan Ummah \nFadhilah\n kepada seluruh masyarakat di Malaysia dengan berbekalkan pengalaman lebih 25 tahun dalam arena dakwah.\n\n\nISMA telah mengadakan proses pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat pada sesi Mesyuarat Agung yang berlangsung pada 18 Mac 2023 yang lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia letak aset ketenteraan di perairan Beting Patinggi Ali\n\n\n\n\n\n\n6.1 juta pencarum KWSP bawah 55 tahun miliki simpanan kurang RM10,000\n\n\n\n\n\n\nRM31 juta dibelanja hadapi tuntutan waris Kesultanan Sulu\n\n\n\n\n\n\n\u2018Penyakit\u2019 pencerobohan tanah merebak ke Selangor\n\n\n\n\n\n\nPengeluar Roti Gardenia Disaran Tangguh Kenaikan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBarisan Jawatankuasa Pusat yang telah dilantik komited untuk bekerja secara bersama dengan semua ahli ISMA yang berada di 45 cawangan di seluruh Malaysia.\n\n\nPemasyhuran Jawatankuasa Pusat ISMA bagi sesi 2023 -2027 seperti yang telah dilakukan pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Pusat adalah seperti berikut beserta portfolio masing-masing:\n\n\nBarisan kepimpinan kanan ISMA bagi tempoh 2023 \u2013 2027\n\n\nPRESIDEN :\n\nUstaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat\n\n\nTIMBALAN PRESIDEN :\n\nTn. Hj. Muhammad Aizat Rasli\n\n\nNAIB PRESIDEN (JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER INSAN) :\n\nTn. Mohd Nasrul Muhaimin Mohd Taib\n\n\nNAIB PRESIDEN (JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI) :\n\nTn. Mohammad Riduan Muhammad\n\n\nNAIB PRESIDEN (JABATAN DAKWAH DAN PENERANGAN) :\n\nUstaz Muhammad Shahier Sa\u2019min\n\n\nSETIAUSAHA AGUNG :\n\nUstaz Muhammad \u2018Izzat Husman\n\n\nBENDAHARI AGUNG :\n\nTn. Hj. Muhammad Faisal Kamarul Zaman\n\n\nKETUA WANITA :\n\nPn. Shazamawati Zam Hashari\n\n\nPENOLONG SETAUSAHA AGUNG :\n\nTn. Mohammad Muzzammil Bazal Ahmad (Lantikan Presiden)\n\n\nBIRO PENGKADERAN\n\nTn. Mohd Nasrul Muhaimin Mohd Taib\n\n\nBIRO TARBIYAH :\n\nDr. Isa Mohd Hasan (Lantikan Presiden)\n\n\nBIRO PEMUDA :\n\nTn. Mohammad Riduan Muhammad\n\n\nBIRO WANITA :\n\nPn. Shazamawati Zam Hashari\n\n\nBIRO KELUARGA & MASYARAKAT :\n\nPn. Hjh. Akhma Deena Khalid\n\n\nBIRO DAKWAH :\n\nUstaz Muhammad Shahier Sa\u2019min\n\n\nBIRO MEDIA :\n\nTn. Ammar Ahmad Raji\n\n\nBIRO TUGAS-TUGAS KHAS :\n\nDr. Muhammad Afif Husman\n\n\nSehubungan itu menurut Ustaz Shuhaib,\u00a0 ISMA membuka pintu kerjasama dengan semua individu, tokoh masyarakat, agensi kerajaan, pertubuhan NGO Islam, institusi masyarakat dan mana-mana pihak bagi menjayakan usaha membangun jati diri dan kesatuan ummah.\n\n\nBeliau berjuga berdoa semoga Allah memberi hidayah dan taufiq kepada Jawatankuasa Pusat ISMA untuk menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/zainab-tuntut-rafizi-mohon-maaf-fitnah-isteri-kedua-abd-latiff/", "title": "Zainab tuntut Rafizi mohon maaf fitnah isteri kedua Abd Latiff", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Seorang ahli perniagaan memfailkan surat tuntutan supaya Rafizi Ramli memohon maaf kerana memfitnahnya adalah isteri kedua bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dan terbabit dalam penyelewengan dana bagi projek kapal tempur pesisir (LCS).\n\n\nZainab Mohd Salleh, 56, memfailkan surat tuntutan itu menerusi firma guaman, Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid semalam.\n\n\nMenerusi surat itu, Zainab memberi tempoh 14 hari dari tarikh surat berkenaan diterima untuk Timbalan Presiden PKR itu memenuhi tiga tuntutan termasuk mengeluarkan satu deraf permohonan maaf berkaitan penyataan fitnah kepada firma itu untuk penerbitan segera.\n\n\nKedua, Zainab meminta Rafizi mengeluarkan satu aku janji bertulis bahawa Menteri Ekonomi itu akan berhenti menerbitkan, menulis dan mengeluarkan kenyataan yang serupa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nYasin berdepan hukuman mati, mengaku tidak bersalah miliki, tanam ganja\n\n\n\n\n\n\nTindakan Zionis bunuh Al-Tamimi dikecam keras\n\n\n\n\n\n\nUMNO pilih DAP sebab tidak berpura-pura setiakawan \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nHanya Dihargai Oleh Bukan Melayu Untuk Keuntungan Mereka\n\n\n\n\n\n\nZuraida Sedia Lepas Jawatan Kabinet\n\n\n\n\n\n\n\n\nRafizi juga diminta mencadangkan satu jumlah ganti rugi yang munasabah kepada ahli perniagaan itu untuk dipersetujui sebelum dibayar serta-merta.\n\n\n\u201cPenyataan fitnah memberi maksud tersirat dan tersurat atau secara implikasi mendakwa anak guam (Zainab) adalah isteri kedua Latiff.\n\n\n\u201cSebagai isteri kedua, anak guam kononnya adalah proksi Latiff dan terbabit untuk mendapatkan kontrak pertahanan, cuba merahsiakan konflik kepentingan serta menggunakan kedudukan Latiff demi kepentingan dirinya.\n\n\n\u201cKenyataan fitnah lain anak guam menyalahgunakan serta memanipulasi undang-undang secara tidak bermoral, tidak amanah, korup, tidak berintegriti serta tidak menghormati undang-undang.\n\n\n\u201cAnak guam didakwa diberikan kuasa untuk mengawal dan menentukan syarikat yang akan mendapat kontrak atau projek daripada Kementerian Pertahanan,\u201d kata firma guaman itu.\n\n\nPada 22 Ogos tahun lalu, Dr Abd Latiff menafikan wanita dikenali Zainab yang dikaitkan dalam siasatan projek LCS adalah isterinya.\n\n\nAhli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU itu menyatakan komitmen untuk memberikan kerjasama jika pihak berkuasa mahu menjalankan siasatan selanjutnya berhubung perkara itu.\n\n\nKenyataan itu susulan Rafizi mendakwa syarikat palsu yang menjadi syarikat pembekal alat ganti kepada projek pembinaan LCS adalah milik keluarga Abd Latiff.\n\n\nRafizi mendakwa, siasatan dalaman skandal LCS dan semakan susulan dilakukannya mendapati syarikat pembekal itu dimiliki isteri pemimpin BERSATU tersebut.\n\n\nBeliau juga mendakwa, siasatan dalaman LCS mengesahkan dua syarikat palsu menggunakan nama Alizes Marine sudah didaftarkan dengan nama Alizes Marine Limited berdaftar di Malta dan sebuah lagi syarikat, Alizes Marine Labuan didaftarkan di Labuan.\n\n\nTetuan Yusfarizal Aziz & Zaid berkata, tindakan Rafizi mengeluarkan penyataan fitnah dengan niat jahat dan didorong motif tidak wajar sekadar tindakan sensasi bagi menjatuhkan reputasi Zainab di mata masyarakat demi kepentingan peribadi serta politik.\n\n\nKenyataan fitnah itu turut dibangkitkan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang jelas adalah sebahagian daripada bahan kempen.\n\n\n\u201cBerdasarkan maklumat peribadi anak guam yang dimiliki, Rafizi ada peluang dan medium untuk berhubung secara terus dengan Zainab bagi mendapatkan penjelasan fakta sebelum melaporkan apa-apa pernyataan.\n\n\n\u201cSebaliknya, Rafizi memilih untuk mensensasikan perkara itu dengan membuat dakwaan kepada masyarakat awam tanpa sebarang usul periksa dan tanpa bukti dokumen bertulis yang sah daripada mana-mana sumber.\n\n\n\u201cAdalah jelas bahawa perbuatan Rafizi berniat jahat tanpa sebarang niat untuk mendapatkan kebenaran dan penjelasan daripada anak guam.\n\n\n\u201cRafizi juga gagal membuat pemeriksaan latar belakang secara teliti mengenai identiti sebenar yang dikaitkan dengan Latiff dan bertindak secara melulu dengan mendedahkan maklumat sulit yang jelas mencerobohi hak peribadi anak guam,\u201d katanya. \u2013 ASTROAWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/24/zakir-naik-selamat-peguam/", "title": "Zakir Naik selamat \u2013 Peguam", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Penceramah bebas, Dr Zakir Naik yang menjadi buruan di India disahkan dalam keadaan selamat.\n\n\nPeguam yang mewakili pendakwah itu,\u00a0 Datuk Akberdin Abdul Kader berkata Zakir \u00a0dilindungi kerajaan Oman selepas tiba di negara itu untuk menyampaikan ceramahnya semalam dan esok.\n\n\nBeliau turut memberitahu Zakir Naik \u00a0diberi layanan baik di Muscat, Oman.\n\n\nMenurut Akberdin, penceramah terbabit turut mengirimkan pesanan memaklumkan beliau selamat dan berada di hotel.\n\n\nDr. Zakir Naik bertemu dengan Mufti Besar Oman, Sheikh Ahmed bin Hamad Al Khalili\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cZakir juga memaklumkan, laporan mendakwa penahanannya sekadar berita rekaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMalam tadi beliau sudah selesai menyampaikan ceramahnya dan satu lagi akan diadakan esok,\u201d kata Akberdin yang dihubungi media hari ini.\n\n\nZakir akan pulang semula ke Malaysia namun tidak dapat diperincikan perjalanan pulang itu demi keselamatannya.\n\n\nSemalam, TV Pertiwi menyiarkan Dr Zakir Naik bakal ditahan di Oman dan diekstradisi ke India.\n\n\nIa susulan risikan kerajaan India yang ingin membawanya pulang ke India bagi menghadapi dakwaan rasis yang ditimbulkan kumpulan pelampau Islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/12-lorong-tambahan-rfid-di-lebuhraya-utara-selatan-mula-beroperasi/", "title": "12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerja-kerja menambah 12 lorong tambahan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuh Raya Utara-Selatan kini sudah selesai dan telah mula beroperasi sejak 11 Mac lalu.\n\n\nMenteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, berdasarkan perancangan asal, kerja-kerja penambahan lorong RFID itu dijadual siap pada pertengahan April ini, namun ia berjaya disiapkan lebih awal.\n\n\nLorong tambahan RFID berkenaan adalah di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.\n\n\n\u201cSaya diberi jaminan bahawa sistem RFID ini akan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang terbaik, namun saya juga mengharapkan kerjasama daripada penggguna RFID di lebuh raya PLUS untuk sentiasa menggunakan Lorong RFID atau mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari plaza tol.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia import RM267.8 juta kurma tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nMYDIN rugi setengah juta kerana cuti tambahan raya\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam diseru bawa perubahan kembalikan Malaysia ke tahap gemilang\n\n\n\n\n\n\nBangunkan rakyat bermentaliti kelas pertama \u2013 Raja Muda Perlis\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tiada GST tetapi barangan mewah akan dicukai\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada masa yang sama juga pengguna hendaklah memastikan baki eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar,\u201d katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi beliau hari ini.\n\n\nBeliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kerana berjaya melakukan kerja-kerja berkenaan lebih awal daripada yang dijadualkan sebelum ini.\n\n\nPada Januari lalu, Nanta telah mengumumkan penambahan 12 lorong RFID di beberapa plaza tol PLUS bagi mengatasi masalah kesesakan di lorong berkenaan yang telah banyak menimbulkan rungutan dalam kalangan pengguna. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/bangkai-kucing-persatuan-haiwan-malaysia-gesa-veterinar-buat-siasatan/", "title": "Bangkai kucing: Polis cari suspek", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam\u00a0kes penemuan\u00a0puluhan bangkai dan rangka kucing di\u00a0sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur pada 11 Mac lepas.\n\n\nKetua Polis Daerah Cheras, ACP\u00a0Zam Halim\u00a0Jamaluddin polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lepas\u00a0dan telah pun\u00a0membuka\u00a0berkata, kertas siasatan mengikut\u00a0Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.\n\n\n\u201cSaya mengesahkan telah menerima laporan polis daripada pemilik rumah sewa\u00a0berkenaan dan siasatan sedang dijalankan termasuklah mengenal pasti suspek terlibat,\u201d katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.\n\n\nSemalam\u00a0Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi akaun\u00a0Facebooknya mendedahkan tentang penemuan puluhan\u00a0\u00a0rangka, organ dan bangkai kucing di dalam sebuah rumah yang disewa oleh seorang lelaki berusia 31 tahun di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya akan diasingkan\n\n\n\n\n\n\nParlimen, NGO bincang bentuk jawatankuasa khas isu Palestin\n\n\n\n\n\n\nInflasi Naik Mendadak Jika Subsidi Minyak Diganti\n\n\n\n\n\n\n4 dekad, Maher akhirnya bebas sebagai tahanan paling lama rejim Israel\n\n\n\n\n\n\nTunku Abdul Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbuatan itu terbongkar selepas jiran-jiran di kondominium\u00a0berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah itu.\n\n\nSehubungan itu, MAA menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh dan komprehensif berhubung perkara berkenaan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/bangunkan-rakyat-bermentaliti-kelas-pertama-raja-muda-perlis/", "title": "Bangunkan rakyat bermentaliti kelas pertama \u2013 Raja Muda Perlis", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Membangunkan rakyat bermentaliti kelas pertama perlu diberi keutamaan dalam setiap peringkat organisasi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju beridentiti sendiri, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.\n\n\nBaginda bertitah, aspek pembentukan rakyat bermentaliti kelas pertama itu perlu menjadi agenda penting negara dan usaha untuk memupuk mentaliti itu memerlukan segala tindakan secara sistematik dan terarah.\n\n\n\u201cDalam hal ini, kita harus membentuk asas yang kukuh bagi menghasilkan sebuah mentaliti kelas pertama. Rakyat bermentaliti kelas pertama ialah rakyat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral.\n\n\n\u201cKita tidak hanya memandang pembangunan fizikal semata-mata sebagai ukuran kemajuan sesebuah organisasi, tetapi disertai dengan kekayaan mentaliti,\u201d titah baginda pada lawatan ke Kapal Auksiliari Tun Azizan dekat Sandakan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah : Majlis Perundingan agama gesa kerajaan kaji semula enakmen negeri\n\n\n\n\n\n\nGubal Undang-undang Elak Umat Islam Didiskriminasi\n\n\n\n\n\n\nKailan Ikan Masin Dijual RM18, Peniaga Diberi Notis\n\n\n\n\n\n\nTrafik ke Utara dan Pantai Timur Sesak\n\n\n\n\n\n\nTawaran RM10 juta: SPRM akan ambil tindakan undang-undang\n\n\n\n\n\n\n\n\nTuanku\u00a0Syed Faizuddin yang\u00a0juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah\u00a0berpangkalan di Bukit Keteri, Padang Besar, Perlis, turut bertitah pengawalan perairan dan sempadan negara masih perlu diperkasakan, malah diperketat\u00a0lagi bagi mengelakkan sebarang bentuk pencerobohan, penyeludupan dan memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin.\n\n\nTitah baginda, semua pasukan keselamatan dan agensi berwajib yang lain di sempadan negara juga dimohon supaya terus mempertingkatkan lagi kawalan dengan penuh berdisplin, cekal dan berintegriti.\n\n\nBaginda turut melawat kapal auksiliari itu dan kemudiannya, berbuka puasa bersama pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di kapal berkenaan.\n\n\nTerdahulu, Tuanku\u00a0Syed Faizuddin\u00a0yang mengadakan lawatan bersama delegasi\u00a0kerajaan Perlis\u00a0ke Sabah menerusi Eksesias\u00a0Perlis-Sabah (Eks Perbah) bermula\u00a0semalam hingga Isnin (27 Mac), berkenan meluangkan masa\u00a0melawat pos keselamatan di beberapa pulau dekat sini.\n\n\nBaginda berkenan melawat Pulau Libaran, Pulau Bakungan Kecil, Pulau Pamaguan dan Pulau Berhala, dan turut menyampaikan sumbangan kepada anggota keselamatan\u00a0yang menjalankan operasi di situ. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/dapatan-kajian-semakan-akta-pengemis-selesai-september-ini/", "title": "Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kajian semakan bagi menambah baik Akta Orang-Orang Papa 1977 dalam usaha menangani isu pengemis dijangka selesai September ini.\n\n\nMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengumumkan dapatan kajian itu serta langkah seterusnya yang akan diambil bagi meminda akta tersebut.\n\n\n\u201cSekarang masih dalam peringkat kajian. Kita juga sedang menambah baik akta berkaitan warga emas sebab itu perlu dilihat secara menyeluruh kesemua akta yang kita nak pinda itu,\u201d katanya kepada pemberita selepas Program Rahmah Ramadan bersama penghuni Desa Bina Diri (DBD) di Kuching, Sarawak hari ini.\n\n\nTahun lepas, media melaporkan kajian itu yang bermula pada Julai 2022 bakal menetapkan hala tuju berkaitan isu pengemis dan gelandangan memandangkan ketika ini tiada punca kuasa serta perundangan yang khusus dalam pengoperasian dan pengendalian golongan tersebut di Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPindaan Memansuhkan Hukuman Mati Mandatori Akan Dibentangkan Pada Oktober \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\nStatus Mysejahtera \u2018Jingga\u2019, Perbicaraan Rosmah Tangguh\n\n\n\n\n\n\nMat Sabu nafi terbabit promosi skim pelaburan syariah\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air tiada kerjasama dengan mana-mana parti untuk PRN\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib bakal cemar institusi kehakiman negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nNancy juga berkata, pihaknya akan mempertimbang keperluan menjalin kerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mengendali penghuni DBD yang dikategori sebagai pesakit mental.\n\n\nIa berikutan statistik DBD Kuching menunjukkan bahawa setakat ini, sejumlah 63.1 peratus atau 24 penghuninya adalah pesakit mental yang mendapat rawatan susulan di Hospital Sentosa.\n\n\nSelain Kuching, terdapat empat lagi institusi yang menempatkan kes orang papa termasuk pengemis iaitu DBD Mersing di Johor, DBD Jerantut (Pahang), DBD Kota Kinabalu (Sabah) dan Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buloh (Selangor). \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/fomca-gesa-kerajaan-pecah-monopoli-sektor-makanan-perubatan/", "title": "FOMCA gesa kerajaan pecah monopoli sektor makanan, perubatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan menumpukan usaha untuk membebaskan monopoli, khususnya dalam sektor perubatan dan makanan.\n\n\nSetiausaha Agung FOMCA, Datuk Dr Paul Selvaraj berkata, kerajaan juga digesa untuk menyiasat penubuhan sesuatu konsortium dan kartel yang cenderung bersifat manipulatif serta \u2018berkuasa\u2019 mengawal pasaran.\n\n\nBeliau turut menyarankan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mendedahkan senarai syarikat yang dikesan terbabit dengan memonopoli sektor tertentu negara supaya tindakan boleh diambil antaranya memecahkan monopoli mereka dalam pasaran demi kepentingan rakyat.\n\n\n\u201cKita harap kerajaan akan dapat mengkaji semua segi monopoli khususnya membabitkan keperluan asas seperti perubatan dan makanan. Ambil tindakan dan pastikan pasaran itu bebas supaya pengguna akan dapat manfaat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nInspektor wanita tular ditahan polis, satu lagi klip video aksi \u2018garang\u2019 tersebar\n\n\n\n\n\n\nIsrael protes besar-besaran terhadap Netanyahu\n\n\n\n\n\n\nJemaah Menteri setuju potong gaji 20 peratus setiap bulan\n\n\n\n\n\n\n560 Anggota JPJ Dijangkiti Sejak Mac Tahun Lalu\n\n\n\n\n\n\nMisi Bantuan Banjir Aman Palestin Dan Kelab Perwira Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTidak kira konsortium atau syarikat macam mana sekalipun, pastikan ia tidak ada kawalan khususnya dari segi harga dan tidak membesar sampai ia boleh menetapkan harga pasaran. Jika ada persaingan, ia tidak boleh tetapkan harga.\n\n\n\u201cMyCC sepatutnya keluarkan senarai syarikat yang memonopoli walaupun suruhanjaya itu berdepan implikasi undang-undang tetapi mereka yang harus ambil tindakan. MyCC ada kuasa dan perlu menerajui usaha ini,\u201d katanya.\n\n\nMengulas lanjut peranan MyCC berhubung isu monopoli, Selvaraj kecewa dengan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh suruhanjaya itu yang dilihat sedikit lambat.\n\n\nMengambil contoh isu monopoli Touch \u2018n Go (TnG), beliau berkata, pihaknya membuat aduan sejak lima tahu lalu, namun tiada tindakan diambil ketika itu.\n\n\n\u201cMyCC akan menjalankan kajian pasaran dan kemudian menerbitkan dapatan itu. Sebenarnya dalam laporan berkenaan, walaupun tidak disebut nama syarikat secara terperinci sebab ada implikasi undang-undang, mereka sebenarnya tahu.\n\n\n\u201cJadi, kerajaan boleh ambil tindakan kerana MyCC memang sudah tahu mengenai isu itu kerana mereka ada sumber dan kuasa perundangan. Sehubungan itu, mereka perlu ke depan memimpin bagi menangani isu monopoli yang menjejaskan kepentingan pengguna,\u201d katanya. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/gerakan-tanding-di-semua-negeri-pada-prn/", "title": "GERAKAN tanding di semua negeri pada PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 GERAKAN menyuarakan hasrat untuk meletak calon parti itu di semua negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.\n\n\nPresidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menjelaskan, rundingan pemilihan kerusi pada PRN akan datang juga telah dibuat bersama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN).\n\n\n\u201cKita menghantar kurang daripada 70 nama kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk dipertimbangkan,\u201d katanya pada sidang media Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan Yang Ke-51 di ibu negara hari ini.\n\n\nDalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook baru-baru ini berhubung Gerakan patut dibubarkan kerana tidak dapat mandat rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenaikan Harga Sayur Sehingga 100 Peratus, Namun Dijangka Bersifat Sementara\n\n\n\n\n\n\nPolis Negeri Sembilan terima 83 laporan melibatkan PRN sejak penamaan calon\n\n\n\n\n\n\nNama jalan wajar abadikan nama tokoh yang berjasa \u2013 Budayawan\n\n\n\n\n\n\nLoh Siew Hong gagal batal pertukaran agama anak kepada Islam\n\n\n\n\n\n\nAnwar kembali ke PAU selepas 25 tahun\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Dominic, walaupun tidak mendapat mandat daripada rakyat tetapi Gerakan akan terus kekal relevan.\n\n\nBeliau berkata, Anthony Loke tidak faham kenapa Gerakan terus kekal relevan walaupun sudah kalah dalam beberapa pilihan raya.\n\n\n\u201cIni kerana Gerakan bukan seperti DAP. Mendapat mandat daripada menipu rakyat dengan janji-janji kosong.\n\n\n\u201cSebelum pilihan raya mereka cakap ingin iktiraf UEC (Sijil Peperiksaan Bersama), AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971) dan pilihan raya kerajaan tempatan. Mana janji-janji itu? Penipuan ini dibuat untuk mendapat mandat rakyat tetapi mereka hanya diam selepas mendapat mandat,\u201d jelasnya.\n\n\nTambah Dominic, Gerakan akan kekal relevan kerana mempunyai prinsip dan akan menunaikan janji-janji sekiranya diberi mandat pada pilihan raya akan datang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/guan-eng-dakwa-wan-fayshal-melakukan-satu-kesalahan-jenayah/", "title": "Laporan polis: Guan Eng dakwa Wan Fayshal lakukan kesalahan jenayah", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa, laporan polis yang dibuat Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Kamal ke atas beliau dan Perdana Menteri merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.\n\n\nIni kerana menurut Guan Eng, Ketua Armada Bersatu telah membuat laporan palsu berkaitan dakwaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Muhyiddin bahawa beliau telah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary.\n\n\n\u201cAnwar bercakap benar apabila dia berkata rekod dengan Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa sebagai Menteri Kewangan dari Mei 2018 hingga Februari 2020, saya tidak pernah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary.\n\n\n\u201cIni disokong oleh kegagalan Muhyiddin menunjukkan bukti atau mengemukakan surat pembatalan daripada saya semasa saya menjadi Menteri Kewangan,\u201d kata Guan Eng dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBAHAYA TANGGA BERGERAK \u2018ESCALATOR\u2019 TIDAK DISELENGARA\n\n\n\n\n\n\n40 tahun kekal bersih rasuah, imej Singapura tercalar\n\n\n\n\n\n\nPRN Patut Diadakan Serentak Pru Supaya Memudahkan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nKerana Musang King \u2013 jangan aniaya Orang Asli, bincang sebelum halau\n\n\n\n\n\n\nPelajar SJKC Perlu Sedar Kepentingan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Wan Ahmad Fayshal membuat laporan polis menuntut siasatan dilakukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Guan Eng berkaitan isu pelepasan cukai Yayasan Albukhary.\n\n\nLaporan tersebut dilakukan berikutan penafian Guan Eng yang merupakan Menteri Kewangan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa bertanggungjawab membatalkan status pengecualian cukai ke atas yayasan tersebut.\n\n\nWah Ahmad Faysahl juga mendakwa, penjelasan Anwar bahawa Menteri Kewangan tidak mempunyai kuasa campur tangan dengan keputusan Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 sebagai mengelirukan Dewan Rakyat.\n\n\nSementara itu, Guan Eng berkata, tindakan Wan Fayshal membuat laporan polis menunjukkan pemimpin Bersatu itu jahil dalam percukaian.\n\n\n\u201cSaya tidak melihat fail Yayasan Albukhary semasa saya menjadi Menteri Kewangan dan tidak berada dalam kedudukan untuk memutuskan sebarang rayuan kerana tiada satupun dibuat oleh Yayasan Albukhary kepada saya.\n\n\n\u201cJelas sekali tiada pembatalan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary semasa saya menjadi Menteri Kewangan. Ini menimbulkan persoalan sama ada terdapat sebarang pembatalan sama sekali terhadap status pengecualian cukai Yayasan Albukhary seperti yang didakwa Muhyiddin.\n\n\n\u201cJika ada pembatalan sedemikian, maka ia hanya boleh dilakukan semasa tempoh Muhyiddin sebagai Perdana Menteri,\u201d kata Guan Eng.\n\n\nTambahnya, Wan Fayhsal perlu memujuk Muhyiddin untuk menunjukkan surat pembatalan yang dibuatnya sendiri kepada Yayasan Albukhary.\n\n\nJika Muhyiddin gagal maka Wan Ahmad Fayhsal dan Pengerusi Bersatu itu telah membuat dakwaan kosong yang tidak berasas dan palsu.\n\n\nSementara itu Guan Eng juga mendakwa Wan Ahmad Fayhsal jahil berkenaan sesi Parlimen.\n\n\n\u201cWan Fayhsal salah kerana cuba membawa polis ke prosiding Parlimen. Jelas sekali beliau sama ada tidak menghormati atau memahami prinsip keluhuran Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan kita.\n\n\n\u201cPolis atau mana-mana cawangan kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menceroboh atau menyiasat perkara yang dibincangkan di Parlimen. Perkara Parlimen hanya boleh diputuskan oleh Parlimen dan jika Ahli Parlimen berbuat sebaliknya menunjukkan dia tidak layak menjadi ahli Dewan Rakyat,\u201d kata Guan Eng."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/jpn-sprm-tumpas-sindiket-seludup-pendatang-tanpa-izin-filipina-melalui-jalan-udara/", "title": "JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan kerjasama\u00a0Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membanteras sindiket yang\u00a0menyeludup pendatang tanpa izin\u00a0warga Filipina melalui jalan udara dari Sabah ke Semenanjung, menerusi Ops Lancar.\n\n\nKetua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruji Ubi berkata, hasil operasi itu\u00a015 individu dipercayai\u00a0 terbabit dengan jenayah itu telah ditahan di Kuala Lumpur, Johor dan Tawau pada Khamis lepas\u00a0antaranya hasil maklumat awal seorang warga Filipina yang ditahan di Lembah Klang pada tiga bulan lalu.\n\n\nBeliau berkata,\u00a0lima pegawai Jabatan Imigresen turut\u00a0ditahan pihak SPRM di Tawau bagi membantu siasatan kes tersebut.\n\n\n\u201cOps Lancar dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) berjaya menahan lapan pendatang warga Filipina yang berjaya melepasi pemeriksaan untuk penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBeberapa wilayah Arab Saudi berdepan ribut petir\n\n\n\n\n\n\nSedekah amal jariah okey, tapi sedekah untuk undi rasuah\n\n\n\n\n\n\nPolis rampas 840 kg ganja, penjawat awam antara ditahan\n\n\n\n\n\n\nF-22 \u201cRaptor\u201d tembak jatuh sekali lagi objek misteri selepas belon pengintip China\n\n\n\n\n\n\nIndividu buat ciapan biadab berhubung kesihatan Abdul Hadi, diarah mohon maaf\n\n\n\n\n\n\n\n\nEnam pendatang didapati menggunakan kad pengenalan milik orang lain sebagai dokumen pengenalan diri manakala dua orang lagi termasuk bayi berusia 21 bulan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,\u201d katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan projek pembinaan pejabat dan kuarters\u00a0JPN Tawau hari ini.\n\n\nRuji berkata, hasil Ops Lancar yang dijalankan serentak\u00a0pada hari itu, sepasang suami isteri warganegara Filipina yang menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri ditahan di sebuah rumah transit sindiket di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.\n\n\nBeliau berkata, risikan mendapati terdapat penglibatan ejen atau sindiket yang bergerak secara aktif selama dua hingga tiga tahun mengurus kemasukan pendatang tanpa izin Filipina dari Sabah ke Semenanjung dengan bayaran RM2,500 seorang.\n\n\nSindiket juga dipercayai menguruskan kemasukan warga Filipina yang pernah dikenakan tindakan undang-undang atas pelbagai kesalahan,\u00a0katanya.\n\n\nKatanya,\u00a0susulan serbuan\u00a0berkenaan pasukan Ops Lancar bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesan lokasi pemilik sebenar MyKad yang digunakan sindiket dan tujuh pemilik MyKad ditahan di pelbagai lokasi untuk siasatan lanjut.\n\n\n\u201cTangkapan susulan lain kita serah kepada pihak polis dan pasukan operasi, saya tidak menolak kemungkinan\u00a0 akan ada lagi tangkapan kerana siasatan sedang dijalankan, kita tidak mahu perkara ini berulang,\u201d katanya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/kenaikan-harga-ayam-kpdn-periksa-bekalan-dengan-mafs/", "title": "Kenaikan harga ayam, KPDN periksa bekalan dengan MAFS", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) akan mendapatkan data bekalan ayam daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) berhubung isu kenaikan harga ayam.\n\n\nBeliau berkata, kenaikan harga ayam itu mungkin disebabkan isu kekurangan bekalan.\n\n\n\u201cKita akan dapatkan maklum balas daripada Kementerian Pertanian kerana bekalan (ayam) itu adalah tanggungjawab MAFS.\n\n\n\u201cApabila bekalan itu dapat ditentukan faktanya, baru kita akan lihat dari segi harga.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nElak beli pemimpin, undang-undang lompat parti di Sabah perlu disegerakan\n\n\n\n\n\n\nOps Sudan selesai, 30 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA\n\n\n\n\n\n\nKes saman fitnah Dr Mahathir terhadap Zahid bermula 11 September\n\n\n\n\n\n\nBekas KPN pertahan Akta SOSMA bukan zalim, bukan salah guna kuasa\n\n\n\n\n\n\nATM Sentiasa Siap Siaga Pindah Mangsa Banjir Ke Kawasan Selamat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cWalaupun semalam Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengeluarkan angka, saya kena periksa dahulu dengan MAFS,\u201d katanya dalam sidang media selepas melancarkan Jualan Rahmah Hari Raya Sabella di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nTambah Salahuddin, setakat ini, KPDN tidak mempunyai perancangan untuk menaikkan harga kawalan ayam mentah di pasaran.\n\n\nPada Jumaat, media melaporkan purata harga ayam bulan lalu meningkat kepada RM10.33 satu kilogram (kg) berbanding RM 9.46 bulan Februari 2022 di mana kedua-duanya melebihi paras harga kawalan ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/kerajaan-tergesa-gesa-pinda-hukuman-mati-mandatori/", "title": "Kerajaan tergesa-gesa pinda Hukuman Mati Mandatori", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 \nPindaan hukuman mati mandatori yang dibuat oleh kerajaan baru-baru ini dilihat tergesa-gesa tanpa mengambil pandangan keluarga mangsa dan pihak berkenaan.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahya berkata, hukuman mati mandatori bagi kesalahan yang melibatkan kehilangan nyawa sepatutnya perlu dikekalkan.\u00a0\n\n\nDifahamkan, pada 3 April nanti kerajaan akan mengemukakan untuk menghapuskan hukuman mati mandatori ke atas semua kesalahan jenayah termasuk kesalahan membunuh.\n\n\n\u201cKenapa mereka beriya-riya nak selamatkan pembunuh tetapi menekan perasaan keluarga mangsa? Siapa yang nak dilindungi; penjenayah atau keluarga mangsa?\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHusam Musa mula tugas Pengerusi SPNB berkuat kuasa 22 Mac\n\n\n\n\n\n\nKerajaan akan tambah baik undang-undang kesalahan menghendap\n\n\n\n\n\n\nSijil pentauliahan bukan penghalang aktiviti belajar agama\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Kuwait perintahkan Jho Low dihukum penjara 10 tahun\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin didakwa esok, Taman Melewar jadi tumpuan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSiapa yang nak dilindungi; penjenayah atau keluarga mangsa? Apakah ini nanti akan menggalakkan lagi kes pembunuhan apabila penjenayah sudah tidak takut terhadap hukuman?,\u201d katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi miliknya.\n\n\nTambahnya, kesan psikologi kepada keluarga mangsa perlu diambil kira kerana mereka terpaksa berdepan dengan pembunuh setelah penjenayah tersebut keluar penjara sekaligus menimbulkan rasa sedih dan kecewa. ahli keluarga mangsa.\n\n\nJelasnya lagi, bill hukuman mati mandatori itu berkemungkinan akan ditukar kepada penjara seumur hidup yang kebiasaannya sekitar 30 hingga 40 tahun namun sekiranya ada penolakan atas penunjukan balik (\nremission\n) ia akan diringankan kepada 15 hingga 20 tahun hukuman sahaja.\u00a0\n\n\n\u201cHukuman mati itu hanyalah satu pilihan dan akan terletak pada budi bicara (\ndiscretion\n) hakim sama ada mahu menjatuhkan hukuman mati atau penjara kepada penjenayah.\n\n\n\u201cJika ini diluluskan bermakna kesemua kes-kes jenayah yang melibatkan pembunuhan sebelum ini boleh disemak semula. Terdapat 975 kes pesalah yang telah dijatuhkan hukuman mati termasuklah kes yang melibatkan pembunuhan hartawan kosmetik iaitu Sosilawati Lawiyah,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan bahawa tiada lagi hukuman pemenjaraan sepanjang hayat sebagai alternatif kepada hukuman mati mandatori.\n\n\nSebaliknya, hukuman alternatif baharu adalah hukuman pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/kestabilan-politik-dorong-pelabur-arab-saudi-ke-malaysia/", "title": "Kestabilan politik dorong pelabur Arab Saudi ke Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kempen berterusan Malaysia membendung rasuah dan menggalakkan ketelusan membuka laluan lebih jelas kepada negara untuk menarik pelaburan asing.\n\n\nPerdana Menteri yang banyak bertemu komuniti perniagaan global ketika lawatan luar negara sejak memegang jawatan November lalu berkata, keadaan itu banyak disumbang oleh kestabilan di Malaysia.\n\n\nMengakhiri mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi semalam, Anwar berkata, ketua industri negara itu memaklumkan gembira dengan perkembangan di Malaysia dan mahu meneroka peluang pelaburan, Mei ini.\n\n\nKatanya, Bank Pembangunan Islam (ISDB), Dewan Perniagaan dan Industri Jeddah serta pemimpin komuniti perniagaan Arab Saudi yang diwakili Dewan Perniagaan Kebangsaan adalah antara yang komited berminat menjalankan perniagaan di Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Vape, rokok elektronik akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nPerketat Kawalan Pintu Masuk Antarabangsa, Elak Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\nBarang Naik Harga, Sampai Bila?\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Gesa Kerajaan Selamatkan Tanah Melayu Kampung Bharu\n\n\n\n\n\n\nBina sekolah baharu, NGO desak MB Selangor sokong permohonan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMereka gembira dengan perkembangan politik di Malaysia, ia sesuatu yang sudah lama ditunggu-tunggu.\n\n\n\u201cMereka amat mengenali Malaysia kerana berada di sana sejak 1980-an, 1990-an, semuanya menunggu kestabilan, hala tuju jelas dan komitmen bagi memastikan kelancaran menjalankan perniagaan, menamatkan rasuah serta tadbir urus yang baik.\n\n\n\u201cIni akan memberi manfaat besar bukan sahaja kepada rakyat tetapi komuniti pelabur,\u201d katanya sambil menambah antara bidang yang diminati termasuk keselamatan makanan, minyak dan gas, serta pelancongan dan industri perkhidmatan.\n\n\nAnwar berkata, kestabilan politik itu diperkukuh dengan komitmen tiga tonggak utama kerajaan iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan Gabungan Parti Sarawak.\n\n\n\u201cHakikatnya ialah kerajaan sememangnya stabil dan yang pasti, parti-parti tidak akan mengingkari komitmen untuk memastikan kestabilan,\u201d katanya.\n\n\nPerdana Menteri menegaskan, komponen ini akan terus memberi mandat kepada kerajaan untuk memerintah.\n\n\nAnwar turut menyedari pembangkang akan terus memburuk-burukkan kerajaan.\n\n\nWalaupun kerajaan mengalu-alukan kritikan membina, Perdana Menteri berkata, langkah memainkan isu yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan orang ramai dan masyarakat antarabangsa akan merugikan.\n\n\n\u201cPercubaan itu tidak putus-putus oleh mereka yang mendambakan kuasa tetapi tanpa mandat dan sokongan,\u201d katanya.\n\n\nPada lawatan itu, Anwar ditemani isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.\n\n\nPada hari pertama lawatan, delegasi Malaysia menunaikan umrah dan terbabit dengan pertemuan bersama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Muslim Dunia di Makkah.\n\n\nAntara lain, mereka membincangkan isu yang melanda dunia Islam dan inisiatif membina jaringan, berdasarkan nilai serta kerjasama bersama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/lelaki-pakistan-dihukum-mati-persenda-agama/", "title": "Lelaki Pakistan dihukum mati persenda agama", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sebuah mahkamah antikeganasan di barat laut Pakistan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki selepas didakwa menyiarkan kandungan menghina agama dalam kumpulan WhatsApp.\n\n\nIsu mempersendakan agama adalah perkara paling sensitif di Pakistan yang majoritinya beragama Islam.\n\n\nMahkamah di Peshawar pada Jumaat menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Syed Muhammad Zeeshan yang disabitkan di bawah Akta Pencegahan Jenayah Elektronik dan Akta Anti-Pengganas di negara itu.\n\n\n\u201cTertuduh Syed Muhammad Zeeshan iaitu anak Syed Zakaullah telah disabitkan dan dijatuhi hukuman selepas didapati bersalah,\u201d menurut perintah mahkamah yang salinannya diperoleh media.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKhartoum jadi bandar hantu, ribuan penduduk larikan diri\n\n\n\n\n\n\nNew York pasang penghadang, siap siaga hadapi protes\n\n\n\n\n\n\n80, 000 rakyat Israel bantah pembaharuan badan kehakiman\n\n\n\n\n\n\nIndonesia, India Hantar Bantuan Ke Afghanistan\n\n\n\n\n\n\nPakistan kenakan larangan perjalanan ke atas Imran Khan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, Syed Muhammad Zeeshan mempunyai hak untuk merayu terhadap hukuman yang diputuskan terhadapnya.\n\n\nPeguam Ibrar Hussain memberitahu, kes tersebut muncul selepas Muhammad Saeed yang tinggal di Talagang, wilayah Punjab memfailkan permohonan dengan Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) dua tahun lalu yang mendakwa Syed Muhammad Zeeshan menyiarkan kandungan mempersendakan agama dalam kumpulan WhatsApp.\n\n\n\u201cFIA merampas telefon pintar Syed Muhammad Zeeshan dan pemeriksaan forensik membuktikan dia bersalah,\u201d katanya. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/malaysia-import-rm267-8-juta-kurma-tahun-lalu/", "title": "Malaysia import RM267.8 juta kurma tahun lalu", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Malaysia mengimport RM267.8 juta kurma pada tahun lalu dari beberapa negara bagi keperluan umat Islam di negara ini.\n\n\nData yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan, tiga negara import teratas iaitu Tunisia dengan nilai import sebanyak RM80.7 juta (30.2 peratus),\u00a0Arab Saudi (RM50.6 juta) mewakili 18.9 peratus dan Iran (RM38.9 juta) mewakili 14.5 peratus.\n\n\nDalam pada itu, DOSM turut menyenaraikan tiga negeri tertinggi mengimport kurma beberapa bulan sebelum Ramadan iaitu Pulau Pinang dengan RM20.3 juta, diikuti Selangor RM15 juta dan Kuala Lumpur (RM6.9 juta).\n\n\n\u201cPulau Pinang, Kuala Lumpur dan Selangor kekal sebagai pengimport utama kurma tertinggi sejak Februari 2021,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSistem Tebatan Banjir Di Selangor Perlu Diberi Perhatian\n\n\n\n\n\n\nHenti bertelagah, bergerak ke hadapan untuk menyatupadukan rakyat\n\n\n\n\n\n\nBawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang\n\n\n\n\n\n\nZahid kuku besi, matikan demokrasi \u2013 Lukman Al Hakim\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi di Negeri Sembilan kurang akibat hujan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, sempena bulan Ramadan, DOSM turut berkongsi jumlah masjid mengikut negeri dengan Sabah memiliki masjid paling banyak iaitu 1,141 buah diikuti Johor (850), Perak (706), Pahang (652), Kelantan (600), Kedah (594) dan Terengganu (514).\n\n\nSelain itu, Selangor dengan 442 buah masjid, Sarawak (408), Negeri Sembilan (305), Pulau Pinang (214), Melaka (201), Perlis (106), Kuala Lumpur (84), Labuan (15) dan Putrajaya (3). \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/muzium-popular-di-kota-london-jadi-tuan-rumah-majlis-iftar/", "title": "Muzium popular di kota London jadi tuan rumah majlis iftar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Muzium Victoria dan Albert (V&A) satu daripada muzium terkemuka di dunia yang terletak di kota\u00a0London menjadi tuan rumah untuk majlis berbuka puasa.\n\n\nProgram yang diadakan pada Jumaat itu dianjurkan oleh Projek Khemah Ramadhan\u00a0(Ramadan Tent Project) yang disertai lebih 400 orang,\u00a0lapor Agensi Anadolu.\n\n\nPengasas projek itu\u00a0Omar Salha\u00a0berkata, tahun 2023 menandakan ulang tahun ke-10 projek itu.\n\n\nProjek ini telah dimulakan oleh sekumpulan pelajar di SOAS University London untuk berkongsi juadah berbuka puasa\u00a0bersama-sama dengan penuntut antarabangsa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaghribi Ikuti langkah Kanada, Sepanyol, Australia Halang Pelancong China Masuk\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur mahu kesan penambakan kawasan Batu Puteh oleh Singapura diteliti\n\n\n\n\n\n\nSudan : 30 rakyat Malaysia selamat tiba di Port Sudan\n\n\n\n\n\n\nParlimen Kuwait sekali lagi dibubar menerusi Dekri Diraja\n\n\n\n\n\n\nParlimen, NGO bincang bentuk jawatankuasa khas isu Palestin\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalha berkata, badan amal itu akan menganjurkan majlis berbuka puasa di 10 bandar raya sepanjang Ramadan\u00a0termasuk di Birmingham, Manchester dan Cambridge serta London.\n\n\nBeliau berkata, acara berbuka puasa di Dataran Trafalgar akan menjadi\u00a0majlis iftar yang terbesar.\n\n\nAcara yang sama juga akan dianjurkan di teater Globe Shakespeare, stadium kelab bola sepak Chelsea Stamford Bridge dan stadium American Express Community kelab Brighton and Hove Albion. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/pati-antara-faktor-penyakit-tibi-meningkat-di-malaysia/", "title": "PATI antara faktor penyakit tibi meningkat di Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia menjadi antara faktor menyebabkan jumlah kematian akibat penyakit tibi pada tahun 2022 meningkat sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.\n\n\nPakar Perubatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, ini kerana mereka dipercayai membawa penyakit itu masuk dari negara asal masing-masing.\n\n\nKatanya, pekerja asing yang mempunyai permit sah mempunyai insurans dan membuat pemeriksaan perubatan sebelum masuk ke mana-mana negara untuk bekerja.\n\n\n\u201cPATI pula masuk secara haram ke negara ini secara beramai-ramai dan sudah pasti tidak membuat pemeriksaan perubatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFOMCA gesa kerajaan pecah monopoli sektor makanan, perubatan\n\n\n\n\n\n\nPerlawanan 3 Penjuru DUN Pantai Kundur\n\n\n\n\n\n\nSelagi bernyawa saya akan bersuara pada apa yang tidak betul \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\nJual Minyak Masak Dalam Talian Boleh Dikenakan Tindakan \u2013 KPDNHEP\n\n\n\n\n\n\nBas persiaran terbakar, laluan keluar Plaza Tol UPM dibuka semula\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApabila pekerja yang mempunyai penyakit tibi bekerja di negara ini dan bercakap dengan orang, ia menyebarkan penyakit itu kerana tibi mudah merebak melalui udara dan apabila terkena tempias air liur.\n\n\n\u201cOleh itu, mereka yang selalu bercakap dengan pesakit tibi ini lebih berisiko mendapat penyakit ini,\u201d katanya.\n\n\nSemalam media melaporkan, jumlah kematian akibat penyakit tibi di negara ini pada tahun 2022 adalah sebanyak 2,572 kes dengan kadar kematian 7.9 setiap 100,000 penduduk.\n\n\nJumlah itu meningkat sebanyak 284 kematian (12 peratus) berbanding 2,288 kematian dengan kadar kematian 6.9 peratus setiap 100,000 penduduk pada tahun sebelumnya.\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, jumlah kes penyakit tibi dalam negara pada tempoh sama juga meningkat 3,664 kes berbanding tahun sebelumnya.\n\n\nMengulas lanjut mengenai faktor lain penyakit tibi, Dr Sharifa Ezat berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) ada merangka program kawalan tibi yang mantap, namun kerana pandemik COVID-19, operasi di lapangan kurang mendapat sambutan.\n\n\nKatanya, ketika tempoh itu tidak ramai membuat pemeriksaan selain ramai pesakit tibi gagal datang mengambil ubat sekali gus menyebabkan mereka putus bekalan ubat.\n\n\n\u201cRawatan tibi mengambil masa antara empat hingga enam bulan dan memerlukan pesakit datang setiap hari ke fasiliti perubatan untuk dipantau dan diberi ubat secara terus atau dibenarkan makan ubat di rumah.\n\n\n\u201cJadi apabila terputus bekalan ubat kerana tidak dapat datang ke fasiliti perubatan, penyakit mereka akan aktif semula,\u201d katanya.\n\n\nFaktor lain pula katanya, kerana golongan berisiko tinggi atau komorbid berikutan penyakit yang dihidapi seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti.\n\n\nKatanya, jika ada penyakit lain termasuk barah, ia akan menyebabkan anggota badan menjadi lemah sekali gus mudah dijangkiti tibi.\n\n\nAkuinya, tibi adalah penyakit berjangkit yang susah dirawat sejak dahulu lagi dan walaupun sudah mendapatkan rawatan, pesakit berisiko mendapat semula penyakit sama.\n\n\nKatanya, berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), risiko pesakit mendapat semula tibi walaupun selepas mendapatkan rawatan adalah sebanyak 5.6 peratus.\n\n\n\u201cAntara punca tibi aktif semula dalam badan walaupun sudah dirawat adalah mendapat penyakit lain seperti kencing manis, tidak mendapatkan rawatan seperti ditetapkan, strok dan pelbagai lagi.\n\n\n\u201cNamun ia juga bergantung kepada tahap imuniti seseorang itu dan jika sihat, tibi tidak akan aktif,\u201d katanya.\n\n\nJusteru beliau berkata, selain penggunaan pelitup muka, setiap individu perlu ada kesedaran dan jika mendapati dirinya batuk berpanjangan melebihi dua hingga tiga minggu, perlu mendapatkan rawatan.\n\n\nKatanya, selain batuk berpanjangan, simptom lain tibi termasuk demam dan berpeluh pada waktu malam.\n\n\n\u201cJika ada simptom sedemikian dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan dan terdapat ujian ringkas untuk memeriksa penyakit itu seperti ujian calitan kulit, kahak, x-ray pada paru-paru dan sebagainya.\n\n\n\u201cJika disahkan mendapatkan tibi, pastikan mendapatkan rawatan lengkap berikutan ramai yang mengambil ubat separuh jalan kerana menyangka apabila sudah pulih batuk, penyakit juga sudah pulih,\u201d katanya. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/pecah-monopoli-tidak-beri-kesan-pengurangan-tenaga-kerja/", "title": "Pecah monopoli tidak beri kesan pengurangan tenaga kerja", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Langkah kerajaan menghentikan monopoli dalam sektor perkhidmatan tidak akan memberi kesan terhadap pengurangan tenaga kerja di negara ini.\n\n\nMenteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, jaminan itu diberi memandangkan permintaan terhadap keperluan tenaga kerja di negara ketika ini adalah tinggi.\n\n\n\u201cLihat kepada kekosongan (kerja) yang wujud, kita yakin proses ini (kaji monopoli) tidak akan beri apa-apa kesan buruk kepada sektor pekerjaan yang ada di negara kita.\n\n\n\u201cMasalah pengangguran yang berlaku sekarang disebabkan mereka yang memilih kerja, itu yang menjadi masalah,\u201d katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan iftar 2023 kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Batu Gajah di Dewan Bandaran Kinta, Perak hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSalahkan pemimpin, jangan sentuh Ketuanan Melayu \u2013 Pengarang TV Pertiwi\n\n\n\n\n\n\nAADK sasar 75 peratus penagih tidak berulang\n\n\n\n\n\n\nTrafik ke Utara dan Pantai Timur Sesak\n\n\n\n\n\n\nPenerima Anugerah Kajai terlantar akibat radang paru-paru kronik\n\n\n\n\n\n\nSuhu politik Sabah reda, BN Sabah sokong tubuh Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Batu Gajah itu berkata, Kementerian Sumber Manusia juga serius mencari langkah terbaik bagi membendung monopoli oleh pihak tertentu dalam pengambilan pekerja asing ke negara ini.\n\n\nKatanya, perkara itu perlu dilakukan supaya tiada mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan yang tinggi melebihi keperluan yang dihadapi industri.\n\n\n\u201cKerajaan nak pastikan wujudnya satu persaingan yang sihat supaya kualiti barangan dan perkhidmatan menjadi bertambah baik dan dalam masa sama membolehkan kos menurun.\n\n\n\u201cKalau kita terus biarkan mana-mana satu pihak monopoli, maka yang menjadi rugi rakyat sebab yang monopoli itu selalunya akan mengaut keuntungan tinggi,\u201d katanya.\n\n\nDalam majlis itu, sebanyak 31 masjid dan surau menerima sumbangan RM5,000 membabitkan jumlah keseluruhan RM155,000.\n\n\nSumbangan tahunan itu bagi tujuan aktiviti dan program pembangunan masjid dan surau sepanjang Ramadan.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan, kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara sebagai langkah menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua kementerian telah diarahkan untuk mengkaji kewajaran pelaksanaan supaya terdapat suatu penilaian adil terhadap isu berkenaan.\n\n\nKerajaan telah membuat keputusan memecah monopoli Touch n Go (TNG) dalam sistem pengangkutan dan jalan raya serta Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai pemeriksa berkala kenderaan tunggal bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).\n\n\nTerbaru, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa kerajaan menumpukan usaha membebaskan monopoli dalam sektor perubatan dan makanan. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/penguat-kuasa-dibayar-rm2500-lepaskan-pati-di-lapangan-terbang/", "title": "Penguat kuasa dibayar RM2,500 lepaskan PATI di lapangan terbang", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Antara lima hingga 20 orang pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah telah dilepaskan semasa\u00a0 pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selepas bayaran rasuah dibuat kepada pegawai penguat kuasa di lokasi tersebut.\n\n\nKegiatan sejak tahun 2018 itu terbongkar selepas sembilan individu termasuk lima pegawai penguat kuasa ditahan SPRM kelmarin kerana disyaki terlibat.\n\n\nPenahanan kira-kira jam 2.30 petang sehingga 8.40 malam itu membabitkan lima termasuk dua pegawai wanita berusia antara 30 hingga 41 tahun.\n\n\nSPRM dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, operasi khas itu dijalankan SPRM bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dikenali sebagai \u2018Op Lancar\u2019.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO tersepit hadapi PRN di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nSekat kebebasan bersuara bertentangan agenda reformasi \u2013 Dr Mohammad Tawfik\n\n\n\n\n\n\nWarga asing bergaduh, rakyat diingat jangan buat spekulasi sendiri\n\n\n\n\n\n\nRibuan mangsa rugi puluhan juta terhadap skim pelaburan kutu \u2018Sapiza\u2019\n\n\n\n\n\n\nTarik Balik Poster Papar Imej Wanita Bertudung\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut kenyataan itu, modus operandi sindiket terlibat ialah setiap PATI atau Pemastautin Sementara yang tidak mempunyai dokumen lengkap atau mempunyai sekatan akan membayar sekitar RM2,500 kepada ejen PATI tersebut jika ingin keluar dari Sabah melalui Lapangan Terbang Tawau.\n\n\nSindiket kemudian akan membekalkan kad pengenalan (Mykad) tulen\u00a0dan pas masuk menaiki pesawat di atas nama pemilik asal MyKad kepada kumpulan PATI yang menggunakan khidmat mereka.\n\n\n\u201cPATI dari negara jiran tersebut kemudian akan melepasi pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) selepas bayaran rasuah dibuat kepada pegawai penguat kuasa tersebut,\u201d kata kenyataan itu.\n\n\nMengulas lanjut mengenai operasi tersebut, SPRM turut merampas beberapa barangan seperti telefon bimbit, kad pengenalan Malaysia milik individu lain dan cop keluar Sabah yang lengkap dengan nombor siri.\n\n\nSementara itu, JPN dalam operasi itu juga telah menahan seramai 12 orang PATI yang didapati memasuki negara menggunakan sindiket terbabit.\n\n\nSehubungan itu, SPRM akan terus bekerjasama rapat dengan JPN dan agensi penguat kuasa lain untuk memerangi sindiket penyeludupan PATI ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/penyertaan-kj-beri-kelebihan-kepada-pn/", "title": "Penyertaan KJ beri kelebihan kepada PN", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Penyertaan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam Perikatan Nasional (PN) diyakini mampu memberi kelebihan kepada gabungan parti itu untuk berdepan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.\n\n\nBagaimanapun, Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat ini belum ada pengesahan bahawa bekas Menteri Kesihatan itu akan menyertai parti berkenaan.\n\n\n\u201cItu hanya spekulasi lagi tapi insya-Allah kalau beliau masuk (PN), ia satu kelebihan untuk kita,\u201d katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai khabar angin bahawa Khairy akan menyertai PN selepas dipecat daripada UMNO baru-baru ini.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Iftar Ramadan Kempen Dana #Aid4Turkiye&Syria anjuran PasRelief di sini pada Sabtu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan PAU 2002 takutkan orang muda sertai UMNO\n\n\n\n\n\n\nPertama Kali BN, PH Kelantan duduk semeja\n\n\n\n\n\n\nSpeaker nafi anak jadi pegawai khas di Parlimen\n\n\n\n\n\n\nSultan Sharafuddin larang adakan aktiviti LGBT di Selangor\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.\n\n\nSementara itu, Tuan Ibrahim berkata, PasRelief menyasarkan menyalurkan bantuan 100 buah rumah kontena bernilai RM3 juta kepada mangsa bencana gempa bumi di Turkiye menerusi kempen #Aid4Turkiye&Syria.\n\n\nKatanya, setiap rumah kontena tersebut bernilai RM30,000 yang turut dilengkapi tandas dan bakal memberi lebih keselesaan kepada mangsa terlibat. \u201cKita yakin boleh kumpul dana yang cukup untuk membiayai 100 rumah kontena ini jika 6,514 masjid seluruh negara boleh menyumbang.\n\n\n\u201cSekarang di Turkiye dan Syria musim sejuk, mangsa masih tinggal dalam khemah dan tandas pula berada di luar jadi tidak selesa bagi mereka.\n\n\n\u201cJika ada rumah kontena, ia bakal memberi keselesaan dalam tempoh yang panjang buat mereka,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/perbezaan-fahaman-definisi-perhutanan-punca-unjuran-kehilangan-hutan-terlalu-besar/", "title": "Perbezaan fahaman, definisi perhutanan punca unjuran kehilangan hutan terlalu besar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) meminta semua pihak agar tidak terlalu bimbang dengan angka jangkaan kehilangan hutan sepertimana yang dilaporkan RimbaWatch baru-baru ini.\n\n\nKetua Pengarah JPSM, Datuk Mohd Ridza Awang berkata, ini kerana kenyataan bahawa lebih 2.3 juta hektar hutan di Malaysia bakal ditebang dalam artikel bertajuk \u2018Negeri Hutan Hujan Malaysia\u2019\u00a0yang disiarkan oleh badan bukan kerajaan itu tidak tepat susulan terdapat perbezaan kefahaman.\n\n\n\u201cJPSM mendapati RimbaWatch menggunakan definisi berbeza daripada yang diguna pakai JPSM atau kerajaan, khususnya definisi \u2018hutan\u2019\u00a0dan pemahaman RimbaWatch terhadap \u2018deforestation\u2019\u00a0serta \u2018perladangan hutan.\u2019\n\n\n\u201cMalah\u00a0di bawah FAO (Pertubuhan Makanan dan Pertanian),\u00a0perladangan hutan adalah antara aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui kawalan dan amalan perhutanan yang ditetapkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFilem berbaur lucah: FINAS boleh batal lesen jika ada kecurangan, fraud atau keburukan akhlak\n\n\n\n\n\n\nUMNO sedia hantar calon pertahan DUN Jeram Padang\n\n\n\n\n\n\nNasib 89 keluarga terbabit laluan ECRL akan dibela \u2013 MB Selangor\n\n\n\n\n\n\nAgong Titah Rakyat Dan Agensi Kerajaan Sedia Hadapi Risiko Banjir\n\n\n\n\n\n\n30 produk raih anugerah industri reka bentuk Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerbezaan dan percanggahan ini didapati telah menyebabkan unjuran yang dibuat oleh RimbaWatch tentang keluasan kehilangan kawasan hutan di Malaysia menjadi terlalu besar hingga mencecah 2.3 juta hektar,\u201d menurutnya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau berkata, Malaysia sebagai angota\u00a0Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sentiasa mengguna pakai kesemua ketetapan badan dunia itu malah turut melaporkan data\u00a0hutan setiap lima\u00a0tahun sekali menerusi pelaporan Penilaian Sumber Hutan (FRA) yang diselaraskan oleh FAO.\n\n\nKatanya, Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) dan Konvensyen Kerangka PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) merupakan pelaporan data hutan\u00a0berkala di bawah konvensyen antarabangsa.\n\n\nMohd Ridza berkata, JPSM turut senada dengan\u00a0kenyataan\u00a0Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,\u00a0Jabatan Perhutanan Sabah serta Jabatan Hutan Sarawak bahawa kerajaan komited mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus\u00a0daripada keluasan tanah negara dengan hutan dan litupan pokok.\n\n\n\u201cKomitmen itu dibuat di Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992 dan sejak itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan komitmen tersebut tercapai.\n\n\n\u201cAntaranya moratorium kelulusan baharu ladang hutan dalam Hutan Simpanan Kekal di Semenanjung Malaysia selama 15 tahun,\u201d katanya.\n\n\nSelain itu, kerajaan memperkasa\u00a0Akta Perhutanan Negara 1984 dengan memasukkan elemen pendengaran awam serta penggantian dan pewartaan serentak kawasan Hutan Simpan\u00a0Kekal yang diwarta keluar.\n\n\nBeliau berkata, pada masa sama, JPSM dengan kerjasama dan sokongan kerajaan negeri serta pemegang taruh lain\u00a0terus berusaha untuk mengekalkan kawasan berhutan khususnya di Semenanjung Malaysia.\n\n\n\u201cJPSM juga akan\u00a0berusaha agar semua strategi dilaksanakan sejajar dengan komitmen negara bagi memastikan keseimbangan dan kemampanan pembangunan negara,\u201d katanya.\u00a0\u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/pertubuhan-islam-indonesia-bimbang-larangan-majlis-buka-puasa/", "title": "Pertubuhan Islam Indonesia bimbang larangan majlis buka puasa", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pelbagai pertubuhan Islam di Indonesia kurang senang dengan larangan terhadap kakitangan kanan kerajaan termasuk menteri menghadiri majlis berbuka puasa.\n\n\nMereka berpendapat, amalan itu harus dibenarkan asalkan tidak menggunakan wang kerajaan dan tidak diadakan secara terlalu mewah.\n\n\nPresiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) awal minggu ini melarang pegawai kanan kerajaan dan menteri menghadiri majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan susulan kehidupan mewah segelintir daripada mereka menjadi kontroversi selepas didedahkan kepada umum.\n\n\nBagaimanapun, beberapa kumpulan Islam berpendapat larangan itu menjejaskan hubungan silaturahim dan tidak wajar dilaksanakan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNetizen gesa boikot produk Sweden\n\n\n\n\n\n\nIsrael kejam bunuh remaja Palestin\n\n\n\n\n\n\nQatar Kenakan Sekatan Ke Atas Pelancong China\n\n\n\n\n\n\nUAE Bakal Sertai Inisiatif Dana Arab Saudi-Perancis Bantu Lubnan\n\n\n\n\n\n\n46 maut ribut kencang landa Madagascar, Mozambique, Malawi\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetiausaha Umum Muhammadiyah Abdul Mu\u2019ti di laman Instagram berkata, larangan itu memberi kesan kepada perpaduan sesama Islam terutama ketika Ramadan, di mana orang ramai berkesempatan memperkukuhkan atau memperbaharui hubungan sesama mereka.\n\n\n\u201cJika tidak difahami dengan baik, larangan seperti ini boleh memudaratkan ukhwah dan persaudaraan sesama Islam ketika Ramadan,\u201d katanya mewakili pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia itu.\n\n\nPengerusi Majlis Ulama Indonesia, Cholil Nafis, turut menegur larangan itu yang disifatkannya sebagai \u2018tidak selari\u2019 dengan tradisi keagamaan di Indonesia.\n\n\n\u201cBerbuka puasa bersama adalah baik, sama seperti menghadiri mana-mana majlis lain, di mana kita boleh bertemu penyokong dan merapatkan hubungan,\u201d katanya mewakili badan ulama utama Indonesia.\n\n\nPekeliling kerajaan yang dikeluarkan pada 21 Mac lalu itu memberi alasan larangan itu dibuat bagi mengekang penularan Covid-19.\n\n\nBagaimanapun, menurut Setiausaha Kabinet, Pramono Anung, ada sebab lain kenapa presiden tidak mahu pegawai kanak kerajaan dan menteri menyertai majlis berbuka puasa.\n\n\n\u201cKini, semakin ramai pegawai kanan kerajaan menjadi tumpuan umum kerana memiliki kemewahan melampau. Justeru, presiden meminta mereka berbuka puasa secara sederhana.\n\n\n\u201cBagaimanapun, larangan ini tidak membabitkan masyarakat umum dan mereka bebas menganjurkan majlis berbuka puasa,\u201d katanya pada sidang media baru-baru ini.\n\n\nAhli Parlimen Parti Kebangkitan Kebangsaan, Lukman Hakim yang mewakili parti majoriti Islam berkata, majlis perkahwinan anak bongsu Jokowi sendiri baru-baru ini amat mewah dengan dihadiri ribuan orang di Solo, Jawa tengah.\n\n\n\u201cJokowi larang majlis buka puasa kerana Covid-19 tapi majlis kahwin anaknya boleh dihadiri ribuan jemputan, konsert juga boleh diadakan,\u201d katanya menerusi ciapan Twitter.\n\n\nWalaupun tindakan Jokowi itu menerima kecaman, ia disokong oleh Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo yang dikatakan pendahulu calon Presiden Indonesia pada pemilihan 2024.\n\n\nBeliau turut mengeluarkan larangan sama kepada semua pegawai di wilayahnya, menyatakan majlis berbuka puasa bukan bertujuan untuk menunjuk.\n\n\n\u201cSaya setuju dengan larangan ini, sejak beberapa hari kebelakangan, kita dengar banyak berita mengenai kemewahan melampau pegawai kanan kerajaan yang suka menunjuk.\n\n\n\u201cSaya harap anda berbuka puasa secara biasa bersama keluarga saja, tidak perlu menunjukkan kemewahan,\u201d katanya. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/pn-sudah-ada-calon-mb-selangor-negeri-sembilan/", "title": "PN sudah ada calon MB Selangor, Negeri Sembilan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Perikatan Nasional (PN) telah memuktamadkan calon Menteri Besar atau \u2018poster boy\u2019 mereka di Selangor dan Negeri Sembilan bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.\n\n\nKetua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pihaknya yakin mampu merampas semula kedua-dua negeri berkenaan selain mengambil sebahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.\n\n\n\u201cPN dah ada calon Menteri Besar di Selangor dan Negeri Sembilan iaitu calon \u2018poster boy\u2019 kita. Kita akan ketengahkan calon Menteri Besar kita.\n\n\n\u201cKita dah siap sedia untuk berjuang dan akan pertahankan negeri (pimpinan) kita serta akan ambil negeri Pakatan Harapan (PH),\u201d katanya dalam sidang akhbar pada Iftar Ramadan sempena Kempen Dana #Aid4Turkiye&Syria anjuran PasRelief di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas setiausaha politik didakwa terima suapan lebih RM400,000\n\n\n\n\n\n\nRakyat Mahu Masalah Diselesaikan Dahulu Sebelum PRU 15\n\n\n\n\n\n\nJalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup setahun\n\n\n\n\n\n\nBekalan gula di Kelantan, Terengganu terjejas\n\n\n\n\n\n\nSanusi perlu taubat nasuha \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir sama, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad.\n\n\nMengulas lanjut, Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PasRelief memberitahu, bagi berdepan PRN, PN telah hampir selesai pembahagian kerusi di enam negeri yang terlibat.\n\n\n\u201cKita juga telah lancarkan jentera PRN iaitu gegar gempur 100 hari selain menubuhkan jawatankuasa jentera PRN di peringkat DUN, Parlimen dan negeri,\u201d ujarnya.\n\n\nMuhammad Sanusi berkata, PN turut melantik mas\u2019ul atau koordinator di enam negeri yang terlibat PRN membabitkan pemimpin Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/puspakom-tidak-lagi-monopoli-pemeriksaan-kenderaan/", "title": "Puspakom tidak lagi monopoli pemeriksaan kenderaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nBerkuat kuasa 31 Ogos tahun depan, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tidak lagi memonopoli perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].\n\n\nMenteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew \n \nFook berkata, Jemaah Menteri telah memutuskan perkara itu pada 17 Mac lalu,\u00a0 selaras hasrat Kerajaan mewujudkan persekitaran yang berdaya saing.\n\n\nJelas Siew Fook, pecahan monopoli itu berlaku selepas konsesi semasa akan tamat pada 31 Ogos 2024.\n\n\nBeliau berkata proses pelawaan kepada pihak-pihak yang berminat dalam perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor dijangka akan bermula selewat-lewatnya dalam suku pertama tahun depan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak mudah PH-BN rampas negeri Kedah \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nSedekah amal jariah okey, tapi sedekah untuk undi rasuah\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tingkat taraf pendidikan, baiki sekolah daif\n\n\n\n\n\n\nAhmad Faizal umum tidak bertanding kerusi DUN\n\n\n\n\n\n\nPas Pahang bimbang DAP sokong pengusaha haram Musang King\n\n\n\n\n\n\n\n\nSiew Fook memaklumkan bagi memastikan keseragaman peraturan dan keadilan dalam aspek persaingan, pihak terbabit diwajibkanmemenuhi semua syarat dan peraturan sama dikenakan kepada Puspakom.\n\n\n\u201c\nKetetapan ini bermakna pihak Puspakom tidak lagi akan menjadi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula pada 1 September 2024.\n\n\n\u201c\n Bagi melaksanakan keputusan ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama JPJ akan membangunkan syarat-syarat kelayakan, peraturan pengoperasian, skop perkhidmatan, penetapan lokasi pemeriksaan dan garis panduan bagi pihak-pihak lain yang berminat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor,\u201d katanya dalam sidang media di Kementerian Pengangkutan (MOT), Putrajaya semalam.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, Siew Fook berkata, setakat ini, MOT belum menetapkan berapa banyak syarikat \n\u00a0yang akan memenuhi kelayakan untuk menyediakan perkhidmatan tersebut.\n\n\nDalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan secara berterusan mengaudit dan memantau semua pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut bagi memastikan pematuhan, kualiti serta integriti pemeriksaan.\u00a0\n\n\nTambah Siew Fook, kerajaan juga bersetuju melanjutkan perjanjian konsesi Puspakom untuk 15 tahun lagi berkuatkuasa 1 September 2024 dengan penambahbaikan terma perjanjian sedia ada."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/suntikan-insulin-liraglutide-batalkan-puasa/", "title": "Suntikan Liraglutide batalkan puasa", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Sabtu \u2013 \nSuntikan ubat Liraglutide yang diambil pada waktu siang bagi tujuan mengawal berat badan boleh membatalkan puasa kerana ia bersifat memberi tenaga (\nmughazzi\n).\n\n\nBekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sebagai langkah berhati-hati, suntikan Glucagon Like Peptide 1 (GLP-1) itu boleh dibuat pada waktu malam sekiranya pesakit memerlukannya dengan nasihat doktor.\n\n\nKenyataan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkenaan suntikan Liraglutide kepada pesakit sewaktu berpuasa.\n\n\n\u201cFungsi hormon GLP-1 adalah membantu pankreas supaya mengeluarkan insulin secara optimum. Insulin itu pula sebagai pembawa gula dalam darah untuk diedarkan ke dalam tisu badan sebagai tenaga.\n\n\nJusteru, ia dikira sebagai suntikan yang memberi tenaga kepada manusia,\u201d katanya menerusi satu kenyataan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM\n\n\n\n\n\n\nDiguna orang ketiga, Johor akan batalkan lesen serta-merta\n\n\n\n\n\n\nHujan, Beberapa Jalan Dinaiki Air Semula\n\n\n\n\n\n\nMuafakat Nasional Perjanjian Politik Terbaik \u2013 Nik Abduh\n\n\n\n\n\n\nKawal inflasi, BNM mungkin naik semula nisbah keperluan rizab berkanun\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Dr Zulkifli, fungsi hormon GLP-1 adalah mengeluarkan insulin secara optimum yang membawa gula dalam darah ke dalam tisu badan sebagai tenaga.\n\n\nJadi ia dikira sebagai suntikan yang memberi tenaga kepada manusia.\n\n\n\u201cLiraglutide merupakan salah satu daripada rawatan terbaharu untuk mengurangkan gula dan memberi manfaat kepada tekanan darah, paras kolestrol dan fungsi pankreas,\u201d katanya.\n\n\nUbat itu disuntik pada bahagian perut, meningkatkan rasa kenyang dan puas dengan mengaktifkan bahagian tertentu otak yang mengawal selera lantas mengurangkan pengambilan makanan atau kalori seterusnya menurunkan berat badan.\n\n\nBagaimanapun, hanya golongan dewasa yang mengalami obesiti dengan Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 27 kilogram/meter padu (kg/m2) atau BMI melebihi 30 kg/m2, selain mengalami penyakit seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes jenis dua atau apnea tidur obstruktif (dengkur) sesuai menggunakannya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/tiada-virus-marburg-dikesan-di-malaysia-setakat-ini/", "title": "Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini.\n\n\nBagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus membuat langkah pengawasan bagi mengurangkan risiko penularan virus berkenaan.\n\n\nKatanya, pengawasan dan pemantauan terutamanya di pintu masuk antarabangsa negara akan diperhebat selain mengikuti perkembangan virus berkenaan dari semasa ke semasa.\n\n\n\u201cApabila ada berita mengenai virus seperti ini kita akan buat pemantauan khususnya kepada mereka yang datang dari Afrika.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga Makanan Meningkat Ke Paras Tertinggi Sejak November 2011\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi makin perlahan petang ini\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak ambil hak golongan B40\n\n\n\n\n\n\n13 Laluan Di Negeri Sembilan Ditutup\n\n\n\n\n\n\nTiada wawasan akhirat jika bersara atas faktor usia \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun, setakat ini belum ada apa-apa lagi yang dikesan di negara ini,\u201d katanya kepada pemberita selepas Tinjauan Mesra Bazar Ramadan 2023 Peringkat Negeri Johor di Bazar Ramadan Sekijang, Taman Utama di Segamat hari ini.\n\n\nBeliau menasihatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari Afrika supaya membuat pemeriksaan di hospital dan klinik berhampiran sekiranya menunjukkan gejala kesihatan yang merosot.\n\n\nTerdahulu, Kementerian Kesihatan Malawi mengeluarkan amaran mengenai penyakit virus Marburg yang setakat ini telah meragut lima nyawa di wilayah barat laut Kagera, Tanzania. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/tiga-beradik-dirantai-kaki-dua-termasuk-ibu-mangsa-ditahan/", "title": "Tiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Tiga remaja dipercayai mangsa dera ditemukan orang awam di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat kira-kira jam 11.55 malam pada Jumaat.\n\n\nMenurut Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusof, dua daripada mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dirantai di bahagian kaki ketika ditemui.\n\n\n\u201cSeorang lelaki memberitahu ada terjumpa tiga kanak-kanak lelaki dirantai di kaki berada di tepi titi Jalan Kampung Tambung Tulang, menghala ke Utan Aji.\n\n\n\u201cHasil siasatan awal mendapati dua kanak-kanak lelaki telah dirantai bersama di bahagian kaki, manakala seorang lagi kanak-kanak tidak dirantai dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan itu,\u201d jelasnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPeserta himpunan LGBTQ depan Kompleks Sogo ditahan polis\n\n\n\n\n\n\nKJP diminta semak, kemas kini data tanah persekutuan\n\n\n\n\n\n\nMufti Pahang haramkan konsert Coldplay\n\n\n\n\n\n\nJumlah Penggunaan Katil ICU Selangor Meningkat\n\n\n\n\n\n\nAsyraf Wajdi Setiausaha Agung UMNO yang baharu\n\n\n\n\n\n\n\n\nPemeriksaan mendapati, ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun dan merupakan adik-beradik.\n\n\nDua daripada mereka mempunyai kad Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui dengan keadaan kaki dirantai.\n\n\n\u201cTiga kanak-kanak lelaki ini adalah adik-beradik berumur lingkungan 14 hingga 16 tahun. Dua daripada kanak-kanak ini memiliki kad OKU.\n\n\n\u201cKanak-kanak ini dipercayai telah dikurung dan dirantai di dalam rumah oleh ibu mereka yang tidak tinggal bersama mereka.\n\n\n\u201cKanak-kanak ini telah melarikan diri dari rumah dipercayai kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian.\n\n\n\u201cLain-lain maklumat belum diperolehi kerana mereka enggan bercakap,\u201d jelasnya lagi.\n\n\nKesemua mangsa telah menjalani pemeriksaan di Hospital dan didapati dalam keadaan stabil serta tidak menunjukkan sebarang trauma atau ketakutan.\n\n\nIbu kepada ketiga-tiga mangsa berusia 46 tahun ditahan bersama seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.\n\n\nKeterangan awal terhadap suspek mendapati, tindakan itu dibuat oleh ibunya kerana sikap ketiga-tiga mangsa yang sukar dikawal.\n\n\n\u201cHasil keterangan awal ibu kepada remaja itu menyatakan sikap ketiga-tiga anak ini agak sukar dikawal oleh ibunya.\n\n\n\u201cKerana itu ibunya bertindak merantai kanak-kanak tersebut,\u201d jelasnya.\n\n\nBagaimanapun kedua-dua suspek jelas Yusharifuddin akan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/25/umno-sudah-gugur-perjuangan-asal-tun-m/", "title": "UMNO sudah gugur perjuangan asal \u2013 Tun M", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Sabtu \u2013 \nBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, UMNO sudah gugur perjuangan asalnya serta menganggap parti itu sudah tidak wujud lagi.\n\n\nTun M berkata, perjuangan UMNO kini hanyalah bangkai yang diperalat demi menyelamatkan pemimpin yang bergelumang dengan jenayah.\n\n\nKenyataan Tun M berhubung mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.\n\n\n\u201cApakah ini perjuangan UMNO? Apakah ini UMNO? Atau apakah UMNO sudah diperalat oleh pemimpin yang durjana, yang menjadi UMNO alat untuk kepentingan pemimpinnya,\u201d katanya menerusi laman sosial Facebook rasminya.\n\n\nBeliau mengulas berkenaan berhubung ketetapan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menzahirkan kebimbangan sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n82.8 Peratus Remaja Lengkap Divaksinasi\n\n\n\n\n\n\nLetak Jawatan Enggan Terbabit Keputusan 1MDB \u2013 Ismee\n\n\n\n\n\n\nLapor Polis, Buat Siasatan \u2013 Musa Hassan\n\n\n\n\n\n\nAzalina calon wanita tunggal tanding Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\n\u2018Timah\u2019 sandiwara politik: MCA jangan cuba guris perasaan umat Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, parti itu menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.\n\n\nKatanya, ia bertentangan dengan perlembagaan UMNO Perkara 3.3 yang menyebut membela Kepentingan Raja-Raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli termasuk perkara dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\n\n\u201cTetapi sekarang orang Melayu yang rancang melancar proklamasi berkenaan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu pun tidak dibenar.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cProklamasi yang tidak sentuh kaum lain dianggap rasis,\u201d katanya.\n\n\n\n\nBeliau yang juga bekas Presiden UMNO turut menegaskan sekiranya orang Melayu tidak dibenar membincangkan masalah orang Melayu dan tidak boleh menyentuh kaum lain serta membincangkan ajaran agama Islam, maka kebebasan bersuara oleh orang Melayu akan terhapus."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/26/banjir-perak-179-orang-dipindahkan-ke-pps-di-larut-matang-dan-selama/", "title": "179 orang dipindahkan ke PPS di Larut, Matang dan Selama", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nHujan lebat berterusan menyebabkan banjir di Perak melibatkan 179 mangsa daripada 47 keluarga yang terpaksa dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Larut,\u00a0 Matang dan Selama malam tadi.\n\n\nJurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, 79 mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5, Taiping dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jana.\n\n\nPusat Pemindahan Sementara (PPS) di \nSekolah Kebangsaan Bukit Jana, Taiping, Perak\n.\n\n\n\u201cPPS turut dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Bukit Gantang bagi menempatkan 12 mangsa dari Kampung Sungai Nyior dan terdapat 46 mangsa pula dipindahkan ke PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt selepas rumah penduduk kawasan itu dinaiki air,\u201d katanya menerusi kenyataan itu.\n\n\nMemetik Bernama, Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan, dua lagi PPS turut dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Bukit gantang menempatkan 12 mangsa dari Kampung Sungai Nyior.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaszlee Malik buat pemohonan maaf terbuka, sebut skrip lucah\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir gelar Anwar diktator, sekat suara rakyat\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Kebenaran Perjalanan Ke Negara Lain\n\n\n\n\n\n\nPolis kenal pasti 190 kawasan panas di enam negeri\n\n\n\n\n\n\n50 penghantar makanan serah memorandum bantahan kepada Foodpanda\n\n\n\n\n\n\n\n\nManakala, Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt menempatkan 46 mangsa pemindahan.\n\n\nTambahnya, seramai 42 mangsa dari Taman Mawar 2 dan Kampung Jelapang Jaya di Bukit Gantang dipindahkan ke PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan Simpang.\n\n\nPelbagai agensi dan pasukan penyelamat meneruskan pemantauan di lokasi terlibat dan PPS bagi memastikan keselamatan mangsa banjir.\n\n\nDalam pada itu, beliau turut memaklumkan cuaca di lokasi terlibat dalam keadaan baik dan tiada jalan raya yang terputus hubungan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/26/bunuh-kucing-polis-tahan-penyewa-kondominium/", "title": "Bunuh kucing: Polis tahan penyewa kondominium", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan polis berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing\u00a0dipercayai dibunuh dalam sebuah unit kediaman sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras baru-baru ini.\n\n\nKetua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin ketika dihubungi berkata, lelaki berusia 31 tahun yang juga penyewa kondominium tersebut ditahan di sebuah lokasi di Cheras, semalam.\n\n\n\u201cSuspek ditahan di Cheras, semalam dan dia kini direman hingga 28 Mac ini untuk membantu siasatan,\u201d katanya.\n\n\nKelmarin, BH melaporkan perlakuan tidak berperikemanusiaan itu didedahkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi satu kenyataan di Facebook persatuan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKonvoi Diiringi Polis Trafik Diberi Laluan Untuk Elak Kemalangan\n\n\n\n\n\n\nPelakon, Ridzuan Hashim meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu siasat dakwaan \u2018sedekah\u2019 pengundi\n\n\n\n\n\n\nAltimet diumum calon PKR Lembah Jaya\n\n\n\n\n\n\nPN tawar saya jadi senator dan menteri \u2013 Wan Rosdy\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, perbuatan lelaki berusia 31 tahun dipercayai penyewa rumah itu terbongkar selepas pemiliknya membuat pemeriksaan dan menemui puluhan rangka, organ serta daging kisar haiwan disyaki kucing dalam rumah terbabit.\n\n\nDifahamkan, pemilik rumah terpanggil untuk membuat pemeriksaan di rumah berkenaan selepas menerima aduan daripada jiran yang tidak tahan dengan\n\u00a0bau busuk\u00a0\ndipercayai datang dari unit kediaman itu.\n\n\nMAA berkata, pemilik rumah kemudian membuat laporan polis berhubung penemuan itu pada 13 Mac lalu.\n\n\nBagaimanapun, menurut MAA laporan dibuat tidak dilayan dengan alasan polis tiada kuasa membuat siasatan dan penguatkuasaan, walaupun terdapat Seksyen 428 Kanun Keseksaan di bawah bidang kuasa polis.\n\n\nAduan akhirnya sampai kepada MAA sebelum dipanjangkan kepada Ketua Seksyen Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya supaya satu siasatan dijalankan secara komprehensif, segera dan menyeluruh.\n\n\nBagaimanapun, semalam Zam Halim berkata polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan (melakukan khianat dan membunuh haiwan) susulan laporan polis diterima pada 13 Mac lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/26/cemar-al-quran-di-denmark-turkiye-kutuk-tindakan-kumpulan-islamofobia/", "title": "Cemar al-Quran di Denmark, Turkiye kutuk tindakan kumpulan Islamofobia", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \u2018Serangan keji\u2019 sekumpulan individu pada Jumaat yang mencemarkan kitab suci al-Quran dan bendera Turkiye di Denmark mendapat kecaman Kementerian Luar Turkiye.\n\n\n\u201cKami mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang menyasarkan kitab suci Al-Quran dan bendera kegemilangan kami di Denmark pada tengah hari 24 Mac,\u201d menurut kenyataan kementerian itu, lapor Sputnik.\n\n\nIni menunjukkan Islamofobia, diskriminasi dan xenofobia telah berada pada tahap yang membimbangkan di Eropah apatah lagi berlaku semasa bulan suci Ramadan.\n\n\nJabatan luar negara Turkiye turut memaklumkan pihak berkuasa Denmark bahawa Ankara menggesa tindakan segera perlu diambil terhadap pelaku bagi mencegah provokasi seperti itu dan menganggap tindakan sedemikian sama sekali tidak boleh diterima.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHari Ini Penentuan Zahid Bebas Atau Perlu Bela Diri\n\n\n\n\n\n\nToleransi orang Melayu kepada kaum lain sangat tinggi\n\n\n\n\n\n\nBN Terengganu Tanding Solo Semua Kerusi\n\n\n\n\n\n\nLaporan polis: Guan Eng dakwa Wan Fayshal lakukan kesalahan jenayah\n\n\n\n\n\n\nKonflik Sudan: Dua rakyat Malaysia berjaya dipindahkan ke lokasi selamat\n\n\n\n\n\n\n\n\nInsiden membakar kitab suci umat Islam itu tercetus pada Januari lepas selepas pemimpin parti politik Denmark Rasmus Paludan dan Stram Kurs membakar naskhah al-Quran di Sweden dan Denmark sebagai protes terhadap kepimpinan Turkiye.\n\n\nSebagai tindak balas, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata Ankara tidak akan menyokong bidaan Stockholm untuk menjadi ahli NATO."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/26/guna-ikon-hanya-mainan-politik-hapuskan-sekolah-vernakular-zamani/", "title": "Guna ikon hanya mainan politik, hapuskan sekolah vernakular \u2013 Zamani", "body": "0\n\n\nBANGI Ahad \u2013 Cadangan Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer untuk melantik bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ikon perpaduan hanya sekadar permainan politik.\u00a0\n\n\nPresiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkata, tahap perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah tidak memuaskan selain cadangan itu tidak memadai untuk memperkukuhkan keharmonian dan membentuk identiti nasional di negara ini.\u00a0\n\n\nZamani turut menegaskan entiti nasional perlu dipupuk sejak awal pendidikan dengan menolak pendidikan sekolah vernakular.\u00a0\n\n\n\u201cSaya melihat bahawa kegagalan kita untuk menyatukan sistem pendidikan hanya satu, iaitu sistem pendidikan kebangsaan yang tidak diangkat di Parlimen, sebaliknya sekolah vernakular tumbuh, makin dibangunkan malah golongan politik turut memperjuangkan untuk memperkasakan sekolah vernakular, jadi ini akan menggagalkan perpaduan itu\u201d\n\n\nKatanya, walaupun bangsa berbeza, tetapi semua bangsa boleh menggangkat dan berkomunikasi dengan Bahasa Melayu, mereka sayang akan negara dan akur dengan perlembagaan sedia ada, maka akan lahirkan keharmonian sebab ini negara mereka yang cintai.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRombakan Kabinet: GRS, BN, PH bentuk Kerajaan Negeri Sabah\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri Tiba Di Singapura Sempena Pelaksanaan VTL\n\n\n\n\n\n\nHanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa kembalikan nikotin dalam Akta Racun 1952\n\n\n\n\n\n\nPAS tawan 32 kerusi, BN-PH pulang dengan tangan kosong\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Zamani, beliau juga yakin pendekatan penyatuan sekolah vernakular sebagai sekolah kebangsaan mampu menyelesaikan masalah rasis yang diperjuangkan bangsa masing-masing terutama tidak dibesarkan dengan budaya yang sama.\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi.\u00a0\n\n\nZamani menambah, menjadi kebimbangan apabila negara dijajah oleh kuasa asing namun tidak dipertahankan oleh bangsa-bangsa lain.\u00a0\n\n\nTerdahulu, Rayer mencadangkan supaya\u00a0 Allahyarham Nik Abdul Aziz diangkat sebagai ikon perpaduan.\n\n\nRayer berkata, Allahyarham Nik Abdul Aziz adalah seorang tokoh yang dihormati kerana tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengguris hati kaum lain.\n\n\n\u201cBeliau tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh menyebabkan orang India dan Cina kurang berpuas hati,\u201d katanya ketika berucap di Dewan Rakyat.\n\n\nMeskipun menyambut baik cadangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu, Zamani masih berpandangan bahawa usaha mengangkat Allahyarham Nik Aziz belum cukup memperkukuhkan perpaduan negara secara keseluruhannya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/26/isma-konsisten-sedarkan-masyarakat-perkara-ancam-akidah/", "title": "ISMA konsisten sedarkan masyarakat perkara ancam akidah", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) komited untuk melahirkan ummah yang kuat pegangan agama, kesatuan ukhuwah Islamiyah dan penguasaan ilmu dan kemahiran.\n\n\nPresiden ISMA, Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat berkata, gerakan Islam itu sedar terlalu banyak perkara yang mengancam akidah umat Islam seperti tahyul, syirik, ajaran sesat, fahaman liberalisme dan pluralisme agama.\n\n\nJusteru itu, katanya, ISMA yang sudah 25 tahun ditubuhkan sejak 1997, akan meneruskan usaha dakwah kepada masyarakat bagi membangunkan ummah yang memahami Islam.\n\n\n\u201cIsu-isu semasa yang berbentuk provokasi kepada sensitiviti masyarakat Islam dan Melayu yang merupakan kaum majoriti di negara ini juga terus berlaku.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n1 Dis, Harga Produk Berasaskan Roti Keluaran Gardenia Naik\n\n\n\n\n\n\nSPRM, PDRM siasat terperinci pemilikan tanah rizab PDRM- PUTRA\n\n\n\n\n\n\nKerja penyelenggaraan punca Lebuhraya Karak sesak\n\n\n\n\n\n\nPAS Terengganu pastikan ahli politik mohon tauliah MAIDAM\n\n\n\n\n\n\nAl Fatihah : Mohd Isa pemimpin tegar, perjuangkan penduduk miskin sejak dulu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebab itu, ISMA melihat akidah umat Islam mesti dipelihara kerana ianya Maqasid Syariah yang tertinggi iaitu memelihara agama.\n\n\n\u201cApa sahaja perkara yang mendatangkan mudarat kepada akidah umat Islam perlu dihalang dengan penguatkuasaan undang-undang,\u201d katanya seperti dilapor Ismaweb.net.\n\n\nBaru-baru ini, pelbagai isu tercetus seolah-olah mencabar kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.\n\n\n\n\nAntara isu kontroversi ialah Filem \u2018Mentega Terbang\u2019 yang didakwa seakan-akan mempersendakan Islam dan menyentuh sensitiviti umat Islam.\n\n\nFilem indie tempatan yang ditayangkan menerusi platform penstriman video Viu itu mengundang kegusaran orang awam kerana beberapa babak yang didakwa bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.\n\n\nSelain itu, penganjuran pertunjukan \u2018Thai Hot Guy\u2019 pada 30 Mac, telah dibatalkan selepas mendapat bantahan kerana mempromosi seks bebas.\u00a0\n\n\nIa didakwa bukan hanya mencemari kesucian bulan Ramadan, bahkan menjejaskan imej Malaysia sebagai model negara Islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/26/lantikan-politik-pengarah-glc-lemahkan-peluang-menang-prn/", "title": "Lantikan politik pengarah GLC lemahkan peluang menang PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad-\u00a0\nAmalan lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya akan melemahkan peluang kemenangan parti-parti kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nPenganalisis politik, Profesor Wong Chin Huat berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan hilang kelayakan moral untuk mendakwa mereka berlainan daripada kerajaan sebelumnya.\n\n\n\u201cAmalan seperti ini sudah berlaku pada zaman Barisan Nasional (BN) dan menjadi paling teruk semasa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila hampir 90 peratus Ahli Parlimen kerajaan yang bukan menteri diberikan jawatan lumayan.\u201d\n\n\nMe Chin Huat berkata, dengan mengikuti amalan lapuk Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), pembatalan pelantikan politik sebelum ini akan dipandang sinis sebagai semata-mata untuk merampas imbuhan daripada yang kalah, bukannya untuk menjaga kepentingan awam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKebocoran siasatan SPRM terhadap Nazlan telah dijelaskan\n\n\n\n\n\n\nNurul Izzah Anwar sahkan jadi Penasihat Ekonomi Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nAG saran teks BM jadi versi rasmi Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nPertemuan UMNO Bincang Pengagihan Kerusi\n\n\n\n\n\n\nGambar dipercayai berunsur seksual adalah tangkap layar aplikasi\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Sinar Harian, Chin Huat menambah, apabila amalan ini diteruskan, pandangan sinis terhadap kerajaan baharu meningkat, maka pengundi medan tengah yang pada asalnya mungkin cenderung menyokong kerajaan mungkin malas mengundi.\n\n\nPenganalisis politik, Profesor Wong Chin Huat\n\n\nKatanya, ia seterusnya melemahkan peluang kemenangan parti kerajaan pada PRN akan datang selain menimbulkan dua masalah utama.\n\n\nPertama, jika ahli-ahli politik ini tidak berkeupayaan untuk memegang tanggungjawab, maka pelantikan ini bermaksud kepentingan awam dikorbankan untuk menyaji orang parti pemerintah. Ini kerana badan-badan berkanun dan GLC dinafikan peluang untuk mendapat bakat terbaik.\n\n\nKedua, jika yang dilantik ialah wakil rakyat, sekalipun mereka berkeupayaan akan terjadi percanggahan kepentingan kerana mereka yang seharusnya menyelia pantau di Dewan Rakyat kini duduk dalam pihak yang patut diselia pantau.\n\n\nKerajaan dikritik hebat susulan beberapa siri pelantikan politik untuk mengetuai agensi kerajaan dan GLC dalam beberapa minggu lalu.\n\n\nAntara yang dilantik ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) sementara Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub kekal sebagai Pengerusi Felcra.\n\n\nSelain itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik dilantik sebagai pengerusi cabang pelaburan milik Kementerian Kewangan iaitu MyCreative Ventures Sdn Bhd dan Datuk Husam Musa sebagai Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Bhd.\n\n\nTerbaharu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dilantik sebagai pengerusi Risda."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/26/mrsm-berbayar-tidak-ambil-hak-golongan-b40/", "title": "MRSM berbayar tidak ambil hak golongan B40", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Penubuhan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar bagi golongan berada tidak sesekali mengambil hak dan kedudukan anak-anak golongan B40 yang diberikan keutamaan di dalam mandat Majlis Amanah Rakyat (Mara).\n\n\nPresiden Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (Ansara), Mohd Fadzli Yusof berkata, ia merupakan satu langkah besar bagi perkembangan model dan modul sistem pendidikan MRSM yang selama ini dinantikan oleh semua pihak termasuk ahli Ansara Malaysia sendiri yang selama ini mengharapkan anak-anak mereka belajar didalam sistem pendidikan MRSM.\n\n\nKatanya, ia juga membuktikan bahawa kejayaan sistem pendidikan MRSM seharusnya dimanfaatkan bukan hanya untuk sesetengah golongan dan sudah tiba masanya system pendidikan MRSM yang cemerlang serta amat bernilai ini dikongsikan untuk semua.\n\n\n\u201cKami Ansara Malaysia, alumni yang berpengalaman sebagai pelajar MRSM dan turut sama merasai tranformasi serta perubahan sistem pendidikan MRSM, amat yakin bahawa selama ini sistem pendidikan MRSM telah diuruskan dengan cemerlang oleh pihak Mara dan segala langkah baru yang dicadangkan adalah satu keperluan demi kecemerlangan berterusan MRSM, terutama mendepani era yang semakin mencabar ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBoy Iman didakwa tipu jual tapak Hooray X Fest Raya\n\n\n\n\n\n\nKPM tambah baik proses pembayaran wang bantuan sekolah\n\n\n\n\n\n\nNurul Izzah tidak terima sebarang elaun \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nCukup-cukuplah berpolitik, sekarang masa untuk bekerja \u2013 Pemangku Raja Pahang\n\n\n\n\n\n\nKotak perakam suara kokpit akan dihantar ke pengilang di Florida, Amerika Syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAnsara Malaysia sentiasa menyokong Pihak Pengurusan Mara dan Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) Mara baik dari segi pengurusan, pelaksanaan program, kebajikan pelajar dan sebagainya sepertimana yang telah, sedang dan akan terus kami lakukan,\u201d katanya menerusi kenyataan hari ini.\n\n\nMohd Fadzli berkata, Ansara Malaysia sentiasa bersedia untuk menghulurkan pandangan, idea, malah penglibatan secara langsung didalam apa-apa agenda pendidikan Mara.\n\n\nKatanya, dengan jumlah bekas pelajar MRSM yang begitu besar, Ansara Malaysia mempunyai pelbagai kepakaran dan latarbelakang ahli yang mampu untuk melibatkan diri didalam agenda yang besar dan penting ini.\n\n\nSebelum ini, Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan mewujudkan MRSM berbayar dizahirkan oleh kehendak alumni institusi pendidikan itu sendiri, yang mahukan model pengajian yang sama diberikan kepada anak-anak mereka.\n\n\nKatanya, cadangan mewujudkan MRSM berbayar bertujuan bagi menyantuni kehendak kumpulan yang bersedia membayar dan mahukan model pengajian yang sama.\n\n\nKetika ini, MRSM sudah melahirkan hampir 200,000 alumni yang berjaya dan kebanyakannya kini berada dalam kelompok M40 dan T20.\n\n\nDalam pada itu, Mohd Fadzli berkata, pihaknya amat yakin MARA telah dan akan mengambilkira semua faktor rasional secara terperinci yang bersandarkan statistik, kewangan, teknikal, pengalaman dan unjuran potensi disebalik cadangan itu kerana ia bukanlah satu idea yang tangkap muat semata-mata atau hanya atas desakan pihak atau golongan tertentu sahaja.\n\n\n\u201cDi antara rasional yang harus dan telah diperjelaskan adalah bahawa Akta Mara 1966 membolehkan Mara untuk memulakan perniagaan dengan maksud untuk menyokong mandat pembangunan modal insan dan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar.\n\n\n\u201cMara Corp yang difahamkan selaku pihak pengedali boleh mengadakan mekanisme khas bersama Bahagian\n\nPendidikan Menengah (BPM) Mara untuk berkongsi model, modul, falsafah, budaya serta kurikulum MRSM terutama \u2018Sistem Homeroom\u2019, \u2018Badan BWP\u2019 dan \u2018Badan LDP\u2019, untuk digunapakai di MRSM berbayar.\n\n\n\u201cMara Corp akan mengenakan yuran bersesuaian dan munasabah yang mana hasil kutipan yuran tersebut akan digunakan untuk menampung kos operasi termasuklah emolumen, perkhidmatan, perbekalan dan kos-kos lain yang berkenaan,\u201d ujarnya. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/26/pn-yakin-rampas-selangor-negeri-sembilan-pada-prn/", "title": "PN yakin rampas Selangor, Negeri Sembilan pada PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Perikatan Nasional (PN) yakin bakal merampas Selangor, Negeri Sembilan serta sebahagian kerusi di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka pada awal Ogos depan.\u00a0\n\n\nKetua Pengarah PRN PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, keyakinan itu berdasarkan perancangan penuh oleh parti gabungan itu termasuk melancarkan jentera dikenali Gempur 100 hari sehingga 28 Jun ini.\u00a0\n\n\nMuhammad Sanusi berkata, PN turut menubuhkan jawatankuasa peringkat negeri bermula dari Dewan Undangan Negeri (DUN) hingga Parlimen serta melantik koordinator.\u00a0\u00a0\n\n\n\u201cKita dah tubuh jawatankuasa peringkat negeri sampai Parlimen dan DUN bagi jentera pilihan raya PN ini dan ia solid peringkat negeri, Parlimen dan DUN di semua negeri khusus negeri ada PRN, masyul ada koordinator dari pimpinan PN dan PAS seorang\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan pesakit tidak terima rawatan di Hospital Kampar tidak tepat \u2013 Saksi\n\n\n\n\n\n\nTidak mudah PH-BN rampas negeri Kedah \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri angkat sumpah Menteri Besar Terengganu\n\n\n\n\n\n\nBanjir di Johor terburuk sejak tahun 2006\n\n\n\n\n\n\nTukar KM Melaka : \u201cTunggu keputusan rasmi\u201d \u2013 Datuk Rauf\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun, Muhammad Sanusi enggan mengulas lanjut serta merahsiakan strategi parti gabungan itu.\n\n\nKetua Pengarah PRN PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata demikian pada sidang media Majlis Berbuka Puasa Sempena Kempen Dana #Aid4Turkiye&Syria\u00a0 di Kuala Lumpur semalam.\n\n\nBeliau berkata, calon sebahagian kerusi di peringkat negeri hampir selesai dan mungkin akan berlaku perubahan penyusunan kerusi di peringkat Pusat mengikut keperluan.\u00a0\n\n\n\u201cKita sudah muktamad sebahagian kerusi di peringkat negeri yang hampir selesai dan tunggu peringkat Pusat buat ubah suai sikit dan ia berlangsung dalam suasana harmoni. Kerusi bertindih negeri akan diselesaikan di pusat,\u201d ujarnya lagi.\n\n\nMengulas lanjut, Muhammad Sanusi memberitahu, PN akan menampilkan calon Menteri Besar (MB) sebagai \nposter boy\n pada kempen PRN nanti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/26/syed-mokhtar-mangsa-agenda-politik-kotor/", "title": "Syed Mokhtar mangsa agenda politik kotor?", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary sekali lagi menjadi sebutan tetapi kali ini berkaitan perkara negatif, malah dijadikan sasaran permainan politik kotor negara.\u00a0\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya melontarkan persoalan kenapa kini Syed Mokhtar pula dijadikan sebagai mangsa serangan terhadap agenda politik, sedangkan beliau merupakan seorang usahawan epitome orang Melayu.\u00a0\n\n\nAminuddin Yahaya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan turut terkilan dengan keadaan Syed Mokhtar yang kini menjadi sasaran utama bahan mainan politik.\u00a0\n\n\n\u201cKita lihat sebagai contoh seorang Melayu yang benar-benar, bagaimana beliau berusaha dengan begitu gigih, terlalu banyak membantu rakyat miskin, bukan sahaja di dalam negara dan luar negara tapi ada pula yang memberi imej negatif pula kepada beliau,\u201d katanya.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya\n\n\nIni menurut Aminuddin, Syed Mokhtar dibelenggu dengan keadaan sebegini, adalah kerana tindakan kerajaan kini yang sedang giat menghapuskan sistem monopoli\u00a0 dalam sektor ekonomi\u00a0 negara.\u00a0\n\n\n\u201cKerajaan cuba untuk, menghapuskan monopoli ini, tapi biarlah ia buat secara tuntas kepada semua, bukan kepada satu-satu bidang sahaja, saya sebagai seorang Melayu rasa sedikit terkilan apabila orang yang menjadi simbol kepada kejayaan bangsa kita, disabitkan pula dengan pelbagai isu,\u201d ujarnya lagi.\n\n\nTokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary\n\n\nTambah Aminuddin, kini Syed Mokhtar sahaja yang menjadi sasaran utama kerana kononnya beliau terlalu menguasai Bernas dan mengaut kepelbagaian keuntungan di negara ini.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, dalam Facebook rasmi beliau baru-baru ini, Aminuddin turut menampilkan kenyataan yang menyifatkan Syed Mokhtar satu-satunya usahawan Melayu yang berjaya di mata dunia terpaksa dikorbankan demi kepentingan politik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/26/th-gesa-31600-bakal-haji-segera-jawab-surat-tawaran/", "title": "TH gesa 31,600 bakal haji segera jawab surat tawaran", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Seramai 31,600 bakal jemaah haji digesa menjawab segera surat tawaran haji bagi musim 1444H/2023M yang dikeluarkan kepada mereka, bermula 22 Mac lepas.\n\n\nPengarah Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, dalam masa tujuh hari bekerja daripada tarikh surat berkenaan dikeluarkan, pihaknya memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk memberi jawapan sama ada setuju atau tidak menerima tawaran haji.\n\n\n\u201cBakal haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat turun aplikasi ThiJARI untuk menyemak serta menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan,\u201d katanya menerusi kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau turut berkata\u00a0semua bakal haji terpilih perlu mencukupkan wang mengikut jumlah bayaran haji yang tertera dalam surat tawaran di akaun TH serta mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan.\n\n\nBakal jemaah haji digesa menjawab segera surat tawaran haji bagi musim 1444H/2023M yang dikeluarkan kepada mereka, bermula 22 Mac lepas.\n\n\n\u201cPemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di hospital, klinik kerajaan atau swasta yang diiktiraf Kementerian Kesihatan\u00a0dan semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh\u00a0visa haji sebagaimana yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.\n\n\n\u201cSetelah selesai pemeriksaan kesihatan, semua bakal haji diminta untuk menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH yang berhampiran,\u201d katanya.\n\n\nUntuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, boleh layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) menerusi talian 03-6207 1919."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/26/tiada-anak-melayu-layak-teraju-axiata-perkasa/", "title": "Tiada anak Melayu layak teraju Axiata? \u2013 PERKASA", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nPERKASA meluahkan kekecewaan terhadap Ahli Lembaga Pengarah Axiata Group Berhad (Axiata) susulan lantikan seorang warganegara India sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) syarikat itu.\n\n\nPresidennya, Syed Hassan Syed Ali berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu turut melantik warganegara Sri Lanka sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (GED) yang baharu.\u00a0\n\n\nKenyataan rasmi PERKASA berhubung lantikan bukan warganegara dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).\n\n\nMenerusi kenyataannya, Syed Hassan berkata, pemegang saham terbesar Axiata adalah Khazanah Nasional Berhad yang merupakan individu yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu serta Pengerusi Axiata Group Berhad.\n\n\n\u201cCEO Khazanah Nasional adalah Pengerusi Axiata Group Berhad juga. Beliau adalah seorang Melayu. Jangan kata tiada Melayu lagi layak untuk jawatan itu,\u201d katanya menerusi kenyataan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLA CRISTA: Hotel Pilihan Calon PRN Melaka\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Terima Bekalan Pertama Vaksin Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\nTeks Sahih Masih Bahasa Inggeris, Apa Ahli Parlimen Buat?\n\n\n\n\n\n\nJejambat Kota Bharu siap dengan penjimatan kos RM7.9 juta\n\n\n\n\n\n\nTAMAN TEMA MENDAPAT SAMBUTAN KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut mempersoalkan adakah syarikat itu tidak lagi mempunyai bangsa Melayu yang layak mengisi jawatan tersebut, malah secara berseloroh beliau meminta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Khazanah Nasional turut ditukar kepada warga Nepal.\n\n\nTambahnya, anak bangsa Melayu tidak kurang hebat dalam bidang telekomunikasi kerana mereka juga yang bersusah payah membangunkan syarikat itu sehingga gah ke peringkat Asia.\n\n\nJusteru, Presiden PERKASA itu hairan bangsa Melayu tidak diutamakan terlebih dahulu berbanding warga asing dan dianaktirikan selain mendakwa bukan Melayu lebih diutamakan menjawat jawatan tinggi.\n\n\n\u201cApakah benar kakitangan Axiata dan ramai dari India dan Sri Lanka bergaji lebih besar dari kakitangan tempatan dan mendapat pelbagai kemudahan termasuk elaun rumah sehingga RM4,000 \u2013 RM 5,000 sebulan dan elaun-elaun lain?\n\n\n\u201cSedangkan kakitangan warganegera ini bergantung kepada gaji bersih mereka untuk sewa bulanan rumah dan kenderaan,\u201d katanya lagi.\n\n\nJusteru, beliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membiarkan tindakan menganaktirikan kakitangan Melayu yang semakin menjadi-jadi dalam GLC dan membiarkan anak bangsa sendiri didiskriminasi secara terang-terangan.\n\n\nPertikaian itu berlaku sejak zaman pemerintahan BN sebelum ini dan sekiranya berterusan, ia seolah-olah memberi kebenaran kepada pemimpin-pemimpin Melayu untuk tidak membantu bangsanya sendiri bagi menunjukkan keadilan kepada kaum lain.\n\n\nPada 24 Mac lalu, Axiata Group Berhad melantik warga India, Vivek Sood sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Pengurusan manakala seorang warga Sri Lanka, Dr Hans Wijayasuriya\u00a0 menjawat jawatan Pengarah Eksekutif Kumpulan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/26/tiiga-beradik-didera-dan-dirantai-pada-kaki/", "title": "Tiga beradik didera dan dirantai pada kaki", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nOrang awam menemukan tiga beradik dipercayai mangsa dera dalam keadaan lemah dan tidak bermaya malah dua daripadanya dirantai pada kaki di Jalan Kampung Tambun, Tulang, Simpang Empat, Kangar, Perlis semalam.\u00a0\n\n\nKetua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, seorang lelaki yang menemukan mangsa berusia 13 hingga 16 tahun kira-kira pukul 11.35 malam itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.\u00a0\n\n\n\u201cRemaja itu telah melarikan diri dari rumah dipercayai kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian. Lain-lain maklumat belum diperolehi kerana mereka enggan bercakap,\u201d katanya menerusi kenyataan itu.\n\n\nMenurut Yusharifuddin, remaja itu lari dari rumah kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian, mereka juga enggan bercakap menyebabkan maklumat lain belum diperolehi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKelibat Ismail Sabri tak kelihatan pada taklimat Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir saman Anwar RM150 juta\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Mungkin Tiada Dalam Senarai Watikah \u2013 Sumber Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful gagal ketepi kes rasuah RM6.9 juta\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu hukum penceroboh tanah rizab Melayu \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nHasil semakan mendapati dua daripada mereka turut memiliki kad orang kurang upaya (OKU).\n\n\nTambahnya, keterangan awal ibu mangsa menyatakan sikap ketiga-tiga mereka sukar dikawal menyebabkan ibunya bertindak merantai mangsa tersebut.\n\n\n\u201cKetiga-tiga mangsa kini berada di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Pelaris dan dalam keadaan stabil serta tidak menunjukkan sebarang trauma atau ketakutan,\u201d katanya lagi.\n\n\nMengulas lanjut, Yusharifuddin berkata, polis turut menahan ibu kepada anak-anak itu bersama seorang lelaki berusia 31 tahun untuk membantu siasatan kes berkenaan.\n\n\nSiasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kedua mereka akan direman selama tujuh hari bermula Sabtu sehingga 31 Mac depan.\n\n\nSementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian masih belum menerima maklumat lengkap berkaitan tiga beradik itu dan sedang meneliti status pendidikan mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/27/ahlong-hina-islam-disebabkan-peminjam-tidak-bayar-hutang/", "title": "Ahlong hina Islam disebabkan peminjam tidak bayar hutang", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nSentimen agama Islam sekali lagi dipermainkan oleh pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau lebih dikenali sebagai ahlong.\u00a0\n\n\nMereka bukan sahaja rakus mengaut keuntungan di sebalik hutang tetapi turut didakwa tampil lebih berani apabila menghina agama Islam.\u00a0\n\n\nSetiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhammad Zharif Johor, giat mendedahkan siapakah dalang di sebalik penghinaan agama Islam itu namun masih tidak menemui maklumat yang lengkap tentang sindiket itu.\n\n\nSetiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Muhammad Zharif Johor,\u00a0 memaklumkan, terdapat peminjam yang diugut serta diganggu ahlong dari Johor, Bahru pada minggu lalu.\n\n\n\u00a0\n\n\nIa seakan surat layang yang bakal menggugat keselamatan dan keamanan umat Islam di negara ini\n\n\n\u00a0\n\n\nKatanya lagi, dek kerana tidak mampu membayar hutang, peminjam mendakwa ahlong berkenaan menggugut serta membuat salinan Kad Pengenalan peminjam lalu ditulis dengan kata-kata yang berbaur menghina Islam lantas menyebarkannya ke kawasan kediaman peminjam.\n\n\nJusteru, Muhammad Zharif menjelaskan, pihaknya sudah menghubungi ahlong berkenaan, namun mereka bertindak agresif dan bergaduh dengan aktivis PPIM.\u00a0\n\n\nPihaknya turut mendapati, mereka tidak dapat dikenal pasti siapakah dalang sebenar sindiket itu kerana nombor telefon mereka tidak didaftarkan di negara ini, sekali gus menyebabkan proses siasatan menjadi lebih sukar.\u00a0\n\n\n\n\nKetua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan baru-baru ini\u00a0 juga mendedahkan sifat-sifat ahlong berkenaan yang menjadikan penghinaan terhadap Islam sebagai ugutan kepada peminjam tersebut.\n\n\nJusteru, Zharif dan pihaknya berharap kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dapat memantau semula pendaftaran talian telefon mudah alih dengan lebih ketat dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya pemberian maklumat peribadi saat mendaftar talian telefon mudah alih.\u00a0\n\n\nIni kerana, ia dibimbangi akan mewujudkan lebih banyak kes seperti keldai akaun yang menyebabkan pemilik tidak menyedari akaun bank milik mereka diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/27/arab-saudi-benar-lakukan-umrah-sekali-sahaja-semasa-ramadan/", "title": "Arab Saudi benar lakukan umrah sekali sahaja semasa Ramadan", "body": "0\n\n\nMEKAH, Isnin \u2013\u00a0 \nKementerian Haji dan Umrah Arab Saudi memaklumkan, jemaah hanya dibenar mengerjakan ibadah umrah sekali sahaja dan tidak boleh mengulang kembali ibadah berkenaan pada bulan Ramadan ini.\u00a0\n\n\nLangkah kebenaran Umrah di lakukan sekali bukan untuk menyekat mana-mana jemaah namun ia membuka kepada bakal jemaah yang belum mengerjakan ibadah tersebut.\n\n\nBerdasarkan laporan \nSaudi Gazette\n, langkah berkenaan bukannya mahu\u00a0 menyekat kebebasan mengerjakan ibadah\u00a0 umrah, namun ia sebagai tindakan yang memberi peluang kepada jemaah lain menunaikan ibadah itu pada bulan Ramadan.\u00a0\n\n\nAplikasi Nusuk juga digunakan oleh jemaah untuk memasuki Raudah atau lebih dikenali sebagai Taman Syurga.\n\n\nDi samping itu, kerajaan Arab Saudi juga menegaskan kepada semua jemaah perlu mendapatkan permit daripada aplikasi Nusuk bagi menunaikan umrah.\u00a0\n\n\nNamun, pihaknya memaklumkan jemaah masih boleh membuat pembatalan terhadap temu janji umrah terbabit menerusi aplikasi itu sebelum mengeluarkan permit waktu yang baharu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nDeepfake AI risiko kecurian data laman web penipuan\n\n\n\n\n\n\nCubaan bakar kitab Yahudi dihalang, serlah sikap pilih kasih Sweden\n\n\n\n\n\n\nJuruterbang enggan bawa Presiden Israel ke London\n\n\n\n\n\n\nSebahagian Arab Saudi Catat Suhu Di Bawah Sifar"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/27/enam-warga-filipina-dipenjara-salah-guna-mykad-rakyat-malaysia/", "title": "Enam warga Filipina dipenjara salah guna MyKad rakyat Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Enam warga Filipina termasuk seorang remaja masing-masing dijatuhi hukuman penjara satu hingga enam bulan selain denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan milik orang lain.\n\n\nKesemua tertuduh iaitu Sahara Jamil, 51; Husin Jailun, 48; Nur Aisah Isanul,19; Ujirin Pandakan, 43; Mukmin Oskar, 29 serta seorang remaja perempuan berusia 15 tahun masing-masing mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu oleh jurubahasa di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.\n\n\nAyuni Izzaty memerintahkan Sahara, Husin, Nur Aisah, Ujirin dan Mukmin dipenjara enam bulan bermula daripada tarikh tangkap pada Khamis lalu manakala remaja terbabit dikenakan hukuman penjara sebulan.\n\n\nKelima-lima tertuduh juga diperintah menjalani hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerjasama Dengan Kementerian Luar, Interpol Dan Kedutaan\n\n\n\n\n\n\nKuala Langat Kembali Dilanda Banjir\n\n\n\n\n\n\nSelamat tinggal UMNO \u2013 Tun Abdul Hamid\n\n\n\n\n\n\nNoh Omar dijangka umum hala tuju politik esok\n\n\n\n\n\n\nAmbil alih BNS, kerajaan tiada pilihan selesaikan projek LCS\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajistret turut memerintahkan kesemua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas tamat menjalani hukuman.\n\n\nBerdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menggunakan kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri di Gate J11, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.\n\n\nBagi kesalahan tersebut, mereka didakwa mengikut Peraturan 25(1) (e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.\n\n\nPendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara, Zulkarnain Ahmad dan Nor Fadilah Mat Shaari.\n\n\nZulkarnain dan Nor Fadilah dalam penghujahannya, memohon mahkamah supaya menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh masuk ke negara ini melalui saluran tidak sah dan tindakan itu memberi ancaman yang besar kepada negara.\n\n\nSebelum ini, media melaporkan sembilan individu termasuk lima pegawai\u00a0penguat kuasa ditahan dalam operasi khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama JPN dalam Op Lancar kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin di Sabah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/27/hubungan-malaysia-amerika-punca-arab-saudi-jauhkan-diri/", "title": "Hubungan Malaysia-Amerika punca Arab Saudi jauhkan diri?", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nLawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi dikatakan hambar apabila kedatangan beliau tidak mendapat sambutan daripada pemerintah Putera Mahkota Saudi, Putera Mohamad Salman\u00a0 itu.\u00a0\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa (GB), Aminuddin Yahaya berkata, faktor Malaysia dilihat rapat dengan Amerika Syarikat memungkinkan Arab Saudi menjauhkan diri kerana sebelum ini Malaysia mendapat sambutan hebat setiap kali lawatan ke negara itu malah\n\u00a0Malaysia juga akrab dengan Arab Saudi sebelum ini.\n\n\n\u201cJika benar tidak ada pertemuan ini maka sudah tentu merupakan satu tamparan yang hebat kepada negara. Mana mungkin seorang Ketua Negara dilayan sebegini rupa.\n\n\n\u201cTidak mungkin Kementerian Luar sengaja membuat kenyataan jika tidak ada pengesahan daripada pihak Istana Arab Saudi kerana sepatutnya perkara sebegini akan diuruskan melalui kedutaan negara berkenaan,\u201d katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBomba Giat Cari Tujuh Mangsa Hilang Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nLantik Timbalan Exco membazir wang rakyat \u2013 PN Melaka\n\n\n\n\n\n\nReman Lima Suspek Kes Dera Disambung Tujuh Hari\n\n\n\n\n\n\nPemandu langgar enam kenderaan positif ganja\n\n\n\n\n\n\n3 laluan kontra atasi kesesakan jalan di ibu negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, perkara yang menjadi kebimbangan adalah suasana geopolitik dunia melalui peperangan Rusia dan Ukraine yang menimbulkan satu Blok Baharu Dunia yang diketuai oleh China dan Rusia.\n\n\nIa juga menyebabkan Amerika Syarikat bimbang akan kebangkitan dua negara tersebut kerana beberapa negara sebelum ini iaitu Iran, Turkiye dan India akan menyertai gabungan blok itu.\u00a0\n\n\nArab Saudi turut menunjukkan sikap positif terhadap penggabungan Blok Baharu itu.\n\n\nMengulas lanjut, Aminuddin turut berpendapat bahawa mungkin masanya Arab Saudi keluar dari belenggu Barat kerana Blok Baharu tersebut menjanjikan jumlah pasaran luas dengan kadar penduduk hampir 4 billion.\u00a0\n\n\nTegasnya, Anwar seharusnya melihat perkara tersebut dan berganjak kepada Blok Baharu.\u00a0\n\n\nSebelum ini, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata, dalam lawatan tiga hari itu, perdana menteri dijadual menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga juga Perdana Menteri Arab Saudi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/27/israel-protes-besar-besaran-terhadap-netanyahu/", "title": "Israel protes besar-besaran terhadap Netanyahu", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nPerkembangan terkini di Asia Barat, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, sehingga mencetuskan bantahan besar-besaran di negara itu semalam.\n\n\nPemecatan itu sehari selepas Gallant menggesa Netanyahu menghentikan rancangan yang dipertikaikan untuk merombak sistem kehakiman.\n\n\nKetika berita mengenai pemecatan itu tersebar, puluhan ribu penunjuk perasaan turun ke jalanan menentang langkah berkenaan pada lewat malam dengan mengibarkan bendera Israel di seluruh negara.\n\n\nMereka berkumpul di luar rumah Netanyahu di Baitulmaqdis dan melanggar had garisan keselamatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes Omicron Pertama Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan ini petunjuk kerajaan dalam ketakutan \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Mahu Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri Selepas PRU15\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful silap, RUU Anti Lompat Parti selamatkan PN \u2013 Fuad\n\n\n\n\n\n\nPejuang ibarat tersangkut di tengah persimpangan jalan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n#Israel\n es un estado que vulnera los \n#DerechosHumanos\n desde su fundaci\u00f3n. Ahora est\u00e1 apunto de convertirse en una dictadura sionista ultraderechista \n#Netanyahu\nBrutal y criminal contra el propio pueblo jud\u00edo. Est\u00e1n al borde de la Guerra Civil y son potencia nuclear.\n#Palestina\n \npic.twitter.com/b3FG1uHebw\n\n\n\u2014 Manel M\u00e1rquez (@manelmarquez) \nMarch 26, 2023\n\n\n\n\nPolis terpaksa menggunakan meriam air untuk meleraikan penunjuk perasaan mara ke kediaman Netanyahu yang menjadi tumpuan ratusan pemprotes sejak awal tahun lagi.\n\n\nDalam perkembangan berkaitan, \npolis Israel semalam menyerbu masuk Masjid Al-Aqsa dan menyerang serta memaksa warga Palestin yang mahu menunaikan solat, keluar dari tempat suci itu.\n\n\n\n\nMula dah tentera haram Israel ni! \ud83d\ude21 \n\n\nMereka menghalang para jemaah daripada memasuki masjid al-Aqsa dan menyerang beberapa orang di pintu masjid.\n\n\nYa Allah, permudahkanlah rakyat Palestin untuk menunaikan ibadah. Hancurkanlah musuh-musuh nyata (Israel) ini Ya Allah \ud83d\ude22 \npic.twitter.com/GZnaQsJ5qd\n\n\n\u2014 Cinta Gaza Malaysia \u2013 CGM (@cintagaza_my) \nMarch 26, 2023\n\n\n\n\nMereka memberi alasan serbuan itu bertujuan mengeluarkan beberapa jemaah yang dikatakan merancang untuk menjejaskan ketenteraman awam dan mengganggu sembahyang pada waktu pagi serta lawatan oleh warga Israel selain pelancong."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/27/lawatan-pm-hubungan-malaysia-amerika-punca-arab-saudi-jauhkan-diri/", "title": "Lawatan PM : hubungan Malaysia-Amerika punca Arab Saudi jauhkan diri?", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi dikatakan hambar apabila kedatangan beliau tidak mendapat sambutan daripada pemerintah Putera Mahkota Saudi, Putera Mohamad Salman\u00a0 itu.\u00a0\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa (GB), Aminuddin Yahaya berkata, faktor Malaysia dilihat rapat dengan Amerika Syarikat memungkinkan Arab Saudi menjauhkan diri kerana sebelum ini Malaysia mendapat sambutan hebat setiap kali lawatan ke negara itu.\n\n\nMalah, Malaysia juga akrab dengan Arab Saudi sebelum ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Apa rakyat dapat jika tambak laut?\n\n\n\n\n\n\nKDN benarkan usul jawatan Presiden UMNO, Timbalan tidak dipertanding\n\n\n\n\n\n\nBelum keperluan isytihar darurat bencana di Johor \u2013 Fahmi Fadzil\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir sangkal kenyataan `Melayu angkuh\u2019\n\n\n\n\n\n\nSyed Mokhtar mangsa agenda politik kotor?\n\n\n\n\n\n\n\n\nAminuddin berkata, sekiranya pertemuan itu tidak diadakan, ia menjadi satu tamparan hebat buat negara kerana tidak mungkin seorang Ketua Negara dilayan sedemikian.\n\n\nMenerusi kenyataan itu, katanya, tidak mungkin Kementerian Luar sengaja membuat kenyataan jika tidak ada pengesahan daripada pihak Istana Arab Saudi kerana sepatutnya perkara sebegini akan diuruskan melalui kedutaan negara berkenaan.\u00a0\n\n\nMenurutnya, perkara yang menjadi kebimbangan adalah suasana geopolitik dunia melalui peperangan Rusia dan Ukraine yang menimbulkan satu Blok Baharu Dunia yang diketuai oleh China dan Rusia.\n\n\nIa juga menyebabkan Amerika Syarikat bimbang akan kebangkitan dua negara tersebut kerana beberapa negara sebelum ini iaitu Iran, Turkiye dan India akan menyertai gabungan blok itu.\u00a0\n\n\nArab Saudi turut menunjukkan sikap positif terhadap penggabungan Blok Baharu itu.\n\n\nMengulas lanjut, Aminuddin turut berpendapat bahawa mungkin masanya Arab Saudi keluar dari belenggu Barat kerana Blok Baharu tersebut menjanjikan jumlah pasaran luas dengan kadar penduduk hampir 4 billion.\u00a0\n\n\nTegasnya, Anwar seharusnya melihat perkara tersebut dan berganjak kepada Blok Baharu.\u00a0\n\n\nSebelum ini, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata, dalam lawatan tiga hari itu, Perdana Menteri dijadual menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga juga Perdana Menteri Arab Saudi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/27/lawatan-pm-ke-arab-saudi-capai-objektif-tetapi-perlu-adakan-pertemuan-susulan/", "title": "Lawatan PM ke Arab Saudi capai objektif", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nLawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi didakwa mencapai objektif negara biarpun mendapat kritikan dan spekulasi daripada beberapa pihak.\n\n\nPensyarah Kanan, Pusat Perdana Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, walaupun lawatan itu dianggap berjaya, pertemuan susulan perlu diadakan dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.\n\n\n\u00a0\u201cKita menganggap lawatan Anwar ke Saudi mencapai objektif bagaimanapun kita berharap supaya Anwar boleh mengadakan pertemuan susulan ataupun lawatan kali kedua ke negara Saudi kerana perbincangan antara Ketua Negara Saudi dan Perdana Menteri adalah penting kerana saudi adalah negara yang penting bagi Malaysia di rantau Timur Tengah,\u201d katanya \u00a0kepada TV Pertiwi untuk mengulas dakwaan berhubung lawatan Anwar yang dianggap gagal oleh sesetengah pihak.\n\n\nYAB Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Anwar Ibrahim ketika menunaikan ibadah di Masjid Nabawi, Madinah pada 24 Mac 2023. \u2013 CREDIT \u2013 AFIQ HAMBALI/Prime Minister\u2019\n\n\nTambah Mazlan, perkara berkepentingan rakyat juga perlu dibawa dalam pertemuan susulan itu termasuklah kuota untuk mengerjakan ibadah haji dan umrah pada tahun depan kerana ia satu isu yang mendesak dalam negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBERSIH Mohon Sembah Tidak Bersetuju Dengan Sultan Johor.\n\n\n\n\n\n\nPERKEP Selangor Tunjuk Usaha Murni Bantu Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\n29 lokasi lihat anak bulan petang ini\n\n\n\n\n\n\nMelayu bersama Islam akan menyelamatkan semua bangsa \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2022 Diumum 7 Julai\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, beliau juga berkata lawatan Anwar ke Arab Saudi membuka beberapa peluang pelaburan dan matlamat Malaysia untuk mendapat pelaburan asing serta mewujudkan forum antara konglomerat Malaysia dan Arab Saudi tercapai.\n\n\n\u201cSaya difahamkan banyak konglomerat dari Saudi berminat membuat pelaburan hasil bertemu dengan Perdana Menteri. Beliau juga ada bertemu Pengerusi OIC iaitu satu bantahan menggabungkan negara islam dalam dunia. \n\n\n\u201cYang penting adalah matlamat untuk kita mendapat pelaburan asing dan kita dapat mewujudkan satu forum antara konglomerat Malaysia dan saudi agak pentinglah,\u201d katanya lagi.\n\n\nSebelum ini, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata, Perdana Menteri dijadual menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.\n\n\nNamun, Perdana Menteri dimaklumkan oleh pimpinan Arab Saudi itu bahawa beliau telah menukar jadualnya sepanjang ramadan dan meminta Anwar memanjangkan tempoh kunjungan sekurang-kurangnya dua hari lagi untuk meneruskan pertemuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/27/lelaki-mengaku-tidak-salah-buat-komunikasi-jelik-terhadap-sultan-johor/", "title": "Lelaki mengaku tidak salah buat komunikasi jelik terhadap Sultan Johor", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Seorang peniaga ikan pekasam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di laman sosial Twitter pada tahun lepas.\n\n\nNor Fadzelli Nor Asmadi, 32, yang tidak diwakili peguam membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Azrol Abdullah.\n\n\nMengikut kertas pertuduhan, dia didakwa secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk teks yang jelik sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain menggunakan nama profil \u2018Fadzelli6\u2019.\n\n\nHantaran tersebut dibaca pada 25 November tahun lepas kira-kira 2 petang di Tingkat 19, Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Cyberjaya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenapa PAS Perlu Bertanding Di Sarawak? \u2013 PBB\n\n\n\n\n\n\nPertubuhan Hindu Mohon Jakim Ambil Tindakan Terhadap Pendakwah Bebas\n\n\n\n\n\n\nBERJASA sedia kerjasama dengan PN selagi tidak bercanggah prinsip\n\n\n\n\n\n\nPolis rakam keterangan 3 individu kes curi wang BAP RM109,000\n\n\n\n\n\n\nKJ jumpa Muhyiddin minggu depan\n\n\n\n\n\n\n\n\nNor Fadzelli didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.\n\n\nProsiding pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazil Sani Mohamed Fadzil yang mencadangkan jumlah jaminan RM15,000 dikenakan kepada\u00a0Nor Fadzelli.\n\n\nTertuduh merayu jaminan rendah atas alasan dia sebagai anak sulung\u00a0menanggung lima beradik dengan hanya membantu ibunya\u00a0menjual ikan pekasam.\n\n\nAzrol membenarkan Nor Fadzelli\u00a0 diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 14 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta lantikan peguam. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/27/nadia-hakim-pertama-berhijab-di-new-jersey/", "title": "Nadia hakim pertama berhijab di New Jersey", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Hakim Amerika Syarikat (AS) yang baru dilantik di Mahkamah Tinggi New Jersey menjadi hakim wanita pertama memakai tudung.\n\n\nNadia, seorang peguam yang berasal dari Syria telah mengangkat sumpah di Mahkamah Tinggi Passaic County pada Khamis lalu.\n\n\nNadia berhijrah ke AS dari Syria bersama keluarganya ketika dia berusia 2 tahun. Sepanjang kerjayanya, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Majlis Perhubungan Islam AS sejak tahun 2003.\nBeliau juga pernah dilantik sebagai Presiden Pusat Islam Daerah Passaic yang merupakan salah satu masjid terbesar di New Jersey.\n\n\nNadia dinobatkan sebagai hakim berhijab pertama di AS, namun terdapat beberapa laporan media yang melaporkan status itu sebenarnya milik Hakim Carolyn Walker-Diallo yang dilantik sebagai Hakim Mahkamah Sivil di New York pada tahun 2015 beberapa tahun lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Operasi hari ketujuh pasukan SAR negara cari mangsa hidup\n\n\n\n\n\n\nChris Hipkins dijangka ganti Ardern sebagai Perdana Menteri baharu\n\n\n\n\n\n\nIsrael mohon maaf atas pembunuhan Shireen Akleh\n\n\n\n\n\n\n14 juta penduduk Tianjin diarah jalani saringan COVID-19\n\n\n\n\n\n\nMyanmar tahan kira-kira 150 Rohingya cuba melarikan diri ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaporan itu menunjukkan bahawa Nadia hanyalah hakim berhijab pertama di New Jersey dan bukan di seluruh AS kerana \nmasih ramai lagi hakim Muslim di negara itu tetapi hanya dua individu ini yang berhijab. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/27/pas-bantah-rumah-ibadat-bukan-islam-tidak-ikut-garis-panduan/", "title": "PAS bantah rumah ibadat bukan Islam tidak ikut garis panduan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin\n \u2013 PAS Selangor tidak pernah mempunyai masalah dengan rumah-rumah ibadat agama lain atau melarang sebarang pembinaan rumah tersebut khususnya di Selangor.\n\n\nSetiausaha Perhubungannya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, pihaknya hanya mempunyai masalah dengan rumah ibadat bukan Islam yang dibangunkan di kawasan perkampungan Melayu Islam.\n\n\nPAS Selangor menganggap laporan ini cukup jahat dan malah ialah yang sesungguhnya cuba mempolitikkan kenyataan jujur seorang wakil rakyat yang dalam perbahasannya mahu melihat keharmonian kaum dikekalkan dan sebarang konflik dan ketegangan sesama rakyat berbilang agama dapat dielakkan.\n\n\nMenerusi satu kenyataan di Facebooknya, Roslan mendakwa, laporan berhubung ucapan Ahli Parlimen Kuala Langat, Ahmad Yunus Hairi di Dewan Rakyat pada 16 Mac, menggesa agar pihak kerajaan tidak membina rumah ibadat bukan Islam berhampiran masjid adalah putar belit dan tidak benar.\n\n\nBeliau kesal dengan laporan berunsur jahat itu kerana cuba mempolitikkan kenyataan seorang wakil rakyat yang bangkitkan suara rakyat tanpa berniat ingin bersikap perkauman.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Duta Madani Perpaduan\u2019 murid sekolah pupuk semangat perpaduan \u2013 Fadhlina\n\n\n\n\n\n\nJangan guna modal politik raih keputusan agong\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di Empat Negeri Kekal\n\n\n\n\n\n\nDakwa kumpul kekayaan, Tun M setuju beri Anwar lanjutan masa\n\n\n\n\n\n\nHotel Pertama Bertaraf Lima Bintang Adakan Solat Jumaat\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas beliau, Ahmad merujuk kepada cadangan pembinaan baharu, melibatkan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan pihak perancang bandar di pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan gesaan agar sensitiviti masyarakat setempat sentiasa diambil kira.\n\n\nDalam ucapannya pada 16 Mac 2023 di Parlimen membawa contoh sebuah tapak di sempadan kawasan beliau iaitu di Canary Garden, Bandar Bestari Klang, di bawah Majlis Perbandaran Klang dimana sebuah rumah ibadat bukan Islam sedang dibina tanpa kelulusan di tapak yang dikelilingi kampung Melayu Islam di Sijangkang, Kuala Langat.\n\n\nKatanya, laporan Ahmad membawa contoh sebuah tapak di sempadan kawasannya iaitu di Canary Garden, Bandar Bestari Klang, di bawah Majlis Perbandaran Klang (MPK), di mana sebuah rumah ibadat bukan Islam sedang dibina tanpa kelulusan di tapak yang dikelilingi kampung Melayu Islam di Sijangkang, Kuala Langat.\n\n\nBeliau berkata, manual yang sama juga menyebut, pembinaan rumah ibadat bukan Islam di Selangor hendaklah di kawasan taburan penduduk 5,000 orang untuk satu tapak atau 2,600 penganut bagi satu tapak.\n\n\nNamun, kawasan yang dibangkitkan Ahmad tidak ada penduduk bukan Islam pun berhampiran kawasan berkenaan.\n\n\nTegas beliau, isu ini berbeza kerana ia melibatkan rumah ibadat bukan Islam yang baharu dan tidak mendapat kelulusan serta dibina di kawasan perkampungan Melayu Islam yang mendapat bantahan masyarakat setempat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/27/tun-m-gesa-orang-melayu-tolak-kerajaan-anwar/", "title": "Tun M gesa orang Melayu tolak kerajaan Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin\n \u2013 Masyarakat Melayu patut menolak kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak memperjuangkan nasib orang Melayu kerana menghalang perhimpunan proklamasi Melayu.\n\n\nBekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, isi kandungan proklamasi menepati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia serta Perlembagaan UMNO.\n\n\n\n\n\n\nPerhalangan pelancaran ini bermakna Kerajaan Anwar menolak Perlembagaan negara dan Perlembagaan UMNO. UMNO tidak bantah. UMNO tidak lagi pegang kepada matlamat penubuhannya.\n\n\n\n\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan Facebooknya berkata, sekatan sedemikian dilihat sebagai mengkhianati janji dalam Perlembagaan Negara dan UMNO juga tidak lagi menepati peruntukan dalam perlembagaan tersebut.\n\n\nBeliau juga mengeluh tentang nasib Melayu kerana selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau mendakwa kaum tersebut hilang segala-galanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMata pelajaran Pendidikan Islam perlu dikaji semula \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nVarian baharu Covid-19 `Kraken\u2019 \u2013 mula ancam dunia\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri perlu hormati keputusan PAU 2022\n\n\n\n\n\n\nPelajar lakukan kesalahan jenayah dikenakan tindakan tatatertib\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin fail pembelaan berkaitan saman fitnah Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada masa sama, Mahathir turut meminta supaya tuduhan bahawa beliau membolot kekayaan untuk keluarganya dibuktikan.\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin dapat bukti dari Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya. Membuat tuduhan memang mudah. Tetapi tuduhan yang tidak dibukti dengan jelas, tidak boleh diterima sebagai benar. Ia adalah fitnah.\n\n\n\n\n\n\nGesaan itu dibuat selepas Mahathir mendakwa Anwar telah melemparkan tuduhan berkenaan terhadap dirinya.\n\n\nKatanya, tuduhan yang tidak dibuktikan dengan jelas dan tidak boleh diterima sebagai benar serta merupakan satu fitnah.\n\n\nTerdahulu, Anwar membuat satu kenyataan berhubung seorang individu berkenaan hanya sedar dan mengeluh tentang nasib orang Melayu selepas hilang tampuk kuasa dalam ucap tama di Kongres Nasional Khas PKR 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 Mac lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/27/usah-kritik-berlebihan-lawatan-perdana-menteri-di-riyadh/", "title": "Usah kritik berlebihan lawatan Perdana Menteri di Riyadh", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Rakyat Malaysia khususnya pemimpin politik dinasihatkan agar berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap keluarga diraja Arab Saudi berhubung lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.\n\n\nFelo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Dr Azmi Hassan menzahirkan kebimbangan akan berlakunya impak buruk jika kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mengguris perasaan keluarga diraja negara itu.\n\n\nLawatan antara dua negara ini tidak seharusnya dipolitikkan lebih-lebih lagi apabila melibatkan keluarga diraja Arab Saudi kerana Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammad Salman bukan calang-calang individu untuk dipertikaikan.\n\n\n\u201cSaya bimbang kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan di negara ini disalah erti lalu memberi interpretasi seolah-olah mereka (keluarga diraja) sombong oleh kedutaannya di Malayisa\u201d.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPutra desak Guan Eng umum siapa didakwa ekstremis\n\n\n\n\n\n\nIndonesia bawa keluar warganya termasuk rakyat Malaysia, Myanmar\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nTun M sah sertai Putra\n\n\n\n\n\n\nAnkara ucap terima kasih kepada Kuala Lumpur hantar SMART\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas beliau, kebimbangannya berasas kerana ia berdasarkan peristiwa yang telah berlaku di Amerika Syarikat (AS) yang sememangnya sangat lantang mengkritik Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi ketika itu sehinggakan Riyadh mula menjauhkan diri dan enggan melayan permintaan Washington berhubung isu pengeluaran minyak dunia.\n\n\n\u201cKeadaan ini menunjukkan Arab Saudi mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang membuat kenyataan terhadap keluarga diraja. Jadi, kita tidak mahu ini berlaku,\u201d tambahnya.\n\n\nAzmi berkata, sebagai sebuah negara kecil, rakyat Malaysia tidak sewajarnya berkecil hati akan layanan Arab Saudi kepada lawatan Anwar lebih-lebih lagi Malaysia juga pernah mempunyai \u2018kisah\u2019 dengan Arab Saudi semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2018.\n\n\n\u201cKalau masih ingat, kita (Malaysia) bertindak menarik semula pasukan tentera yang sedang membantu Arab Saudi menyekat serangan Syiah Houthi di Yaman yang mengancam keselamatan Mekah dan Madinah di tengah-tengah kemuncak peperangan.\n\n\n\u201cMalah Malaysia membatalkan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP),\u201d ujarnya.\n\n\nJusteru, kerajaan perlu mengelak isu lawatan berlarutan dan segera menghentikannya agar tidak berlaku salah faham yang boleh mengeruhkan hubungan diplomatik kedua-dua negara.\n\n\nMengulas kenyataan segelintir pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mempersoalkan tindak balas Arab Saudi terhadap lawatan Anwar baru-baru ini, Azmi berkata adalah tidak wajar parti itu mengaitkan Anwar.\nIni kerana, semasa PH memerintah selama 22 bulan, Anwar tidak menyertai Kabinet, yang berada di situ ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beliau (Muhyiddin) sepatutnya berasa kagum.\n\n\n\u201cWaima apa pun, pada saya, isu ini secara keseluruhannya perlu dihentikan dengan cara berhemah. Naratif yang dibawa oleh parti politik ini perlu ditangkis.\n\n\n\u201cMemang pihak yang membuat naratif ini akan rasa menang kalau tidak dilawan kerana isu ini boleh dijadikan bahan kempen pada pilihan raya nanti.\n\n\n\u201cTetapi perlu diingat, bagi umat Islam di Malaysia, hubungan baik dengan Arab Saudi perlu dipelihara sebaik mungkin. Kena ingat, hubungan baik ini amat penting,\u201d tambah Azmi.\n\n\nDalam hal ini, beliau berkata, setakat ini, hubungan Najib dan Riyadh telah mencapai satu penanda aras yang tinggi dan perkara ini tidak pernah diterima oleh mana-mana pemimpin di rantau ini.\n\n\n\u201cPerkara ini perlu diakui oleh sesiapa pun,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/20-orang-jemaah-umrah-maut-dalam-kemalangan-ke-kota-mekah/", "title": "20 jemaah umrah maut dalam kemalangan ke Kota Mekah", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seramai 20 orang dilaporkan maut dan puluhan lagi cedera selepas sebuah bas yang membawa jemaah umrah terbakar akibat melanggar sebuah jambatan dalam perjalanan ke kota Mekah. \nInsiden tersebut menguatkan cabaran dari segi pengangkutan jemaah ke Mekah dan Madinah terutama ia berlaku pada minggu pertama Ramadan yang merupakan waktu puncak dan sibuk jemaah melaksanakan umrah serta ziarah sebelum jutaan umat Islam menunaikan ibadah haji.\nMenerusi laporan \nAl-Ekhbariya\n, kemalangan ini menyebabkan 20 orang maut dan 29 yang lain cedera setakat ini. \nMedia tempatan turut melaporkan, mangsa kemalangan mempunyai kewarganegaraan berbeza namun ia tidak memberikan informasi terperinci berkaitan kewarganegaraan mangsa. \nMedia swasta, \nOkaz\n pula melaporkan kemalangan tersebut berpunca daripada masalah brek yang kemudian hilang kawalan dan melanggar jambatan seterusnya terbalik dan menyebabkan kebakaran. \nTugas membawa jemaah di sekitar Tanah Suci merupakan tugas yang sukar terutama dalam musim haji kerana kesesakan lalu lintas. \nPada Oktober 2019, seramai 35 orang warga asing maut dan empat lagi cedera dalam kemalangan di Madinah yang melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan berat. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/akta-antigangguan-seksual-dikuat-kuasa-secara-berperingkat/", "title": "Akta Antigangguan Seksual dikuat kuasa secara berperingkat", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menguatkuasakan Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] secara berperingkat bermula hari ini (28 Mac).\n\n\nKPWKM berkata, ia melibatkan Seksyen 1 iaitu tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa; Seksyen 2 tafsiran; Seksyen 24 pentadbir; Seksyen 25 fungsi dan kuasa pentadbir; dan Seksyen 26 kuasa untuk membuat peraturan-peraturan.\n\n\nKPWKM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penguatkuasaan Akta 840 itu melibatkan takrifan gangguan seksual, elemen kesedaran dan pencegahan mengenai gangguan seksual kepada masyarakat.\n\n\n\u201cIa mengambil kira kepentingan untuk mendidik dan meningkatkan pemahaman serta kesedaran rakyat tentang betapa seriusnya isu yang melibatkan gangguan seksual sebelum akta ini dikuatkuasakan sepenuhnya,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAUKU tidak dimansuh, akta baharu ibarat \u2018salin kulit\u2019 sahaja\n\n\n\n\n\n\nCADANGAN SEMPADAN NEGARA DIBUKA 1 JANUARI 2022\n\n\n\n\n\n\nIsa Samad kembali ke pangkuan UMNO\n\n\n\n\n\n\nSedekah amal jariah okey, tapi sedekah untuk undi rasuah\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Lapan mangsa disahkan maut setakat jam 9 pagi\n\n\n\n\n\n\n\n\nKPWKM berkata, Akta 840 mencerminkan komitmen kerajaan yang amat prihatin dan serius dalam menangani serta menghapuskan diskriminasi berasaskan gender terutamanya gangguan seksual.\n\n\n\u201cApabila pemahaman dan kesedaran masyarakat tentang perlakuan gangguan seksual dan kesan-kesannya terhadap mangsa dapat dipertingkatkan, secara langsung membantu ke arah menyediakan persekitaran yang selamat.\n\n\n\u201cIa bagi meningkatkan pengupayaan rakyat dalam ekonomi, sosial dan politik selain memastikan mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara untuk mencapai aspirasi Malaysia Madani,\u201d menurut KPWKM.\n\n\nAkta 840 diluluskan di Dewan Rakyat pada 20 Julai 2022 dan Dewan Negara pada 11 Ogos 2022."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/ayob-khan-terajui-jabatan-siasatan-jenayah-mulai16-april/", "title": "Ayob Khan terajui Jabatan Siasatan Jenayah mulai 16 April", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bakal menerajui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bermula 16 April ini.\n\n\nIa sekali gus meletakkan noktah kepada segala desas-desus pengganti yang bakal mengisi jawatan yang akan ditinggalkan oleh Datuk Seri Abdul Jalil Hassan itu.\n\n\nPertukaran pegawai kanan PDRM itu menyusul ekoran Abdul Jalil akan bersara wajib pada 16 April ini.\n\n\nPerkembangan terkini itu dimaklumkan Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPH Tidak Bubar Dun Di Selangor, Pulau Pinang Dan Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nPermohonan maaf hina Raja tidak selesai masalah\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Negara Gagal Fahami Sentimen Rakyat \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nTiada Persediaan Penuh Hadapi Banjir \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan Penuh Ruang Solat Masjid Di Selangor Dibenarkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 3 Januari 2022, Ayob Khan yang merupakan Ketua Polis Johor kembali ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.\n\n\nBeliau menjadi Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020 dan sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/belanjawan-2023-lulus-dengan-undi-suara/", "title": "Belanjawan 2023 lulus dengan undi suara", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) Belanjawan 2023 pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diluluskan untuk peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini menerusi undi suara.\n\n\nTimbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau membuat undi suara pada jam 7.05 petang, selepas perbahasan belanjawan kementerian terakhir iaitu Kementerian Pendidikan diluluskan untuk peringkat jawatankuasa.\n\n\nSelepas jelas suara \u2018setuju\u2019 oleh Ahli Parlimen yang hadir, Alice Lau kemudian mengumumkan belanjawan tersebut diluluskan.\n\n\nRUU tersebut, yang merupakan belanjawan pertama pentadbiran Anwar dibahaskan di peringkat jawatankuasa selama 10 hari bermula 13 Mac lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMESIR BATALKAN TAYANGAN ETERNALS EKORAN BABAK HOMOSEKSUAL\n\n\n\n\n\n\nElak beli pemimpin, undang-undang lompat parti di Sabah perlu disegerakan\n\n\n\n\n\n\n572 calon sah bertanding, PN paling ramai calon\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bakal bangunkan pangkalan data untuk PMKS\n\n\n\n\n\n\nSetiausaha politik Anwar nafi khabar angin pelantikan Wan Azizah di JPM\n\n\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan tersebut dibentang Anwar yang juga menteri kewangan pada 24 Februari lalu dengan peruntukan sebanyak RM386.14 bilion iaitu tertinggi dalam sejarah negara.\n\n\nBelanjawan kali ini juga menyediakan peruntukan pembangunan tertinggi iaitu sebanyak RM99 bilion, merangkumi suku daripada keseluruhan belanjawan.\n\n\nBelanjawan 2023 lulus di peringkat dasar pada 9 Mac lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/blok-pembangkang-mahupun-kerajaan-akan-disiasat-jika-terlibat-rasuah/", "title": "Blok pembangkang mahupun kerajaan akan disiasat jika terlibat rasuah", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Siasatan akan dilakukan terhadap Ahli Parlimen tidak kira dari blok kerajaan mahupun pembangkang jika terlibat dengan kes rasuah. \nPerdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak tahu jawatan mahupun perkara lanjut berkaitan isu Ahli Parlimen yang terlibat dalam siasatan berikut \u00a0tetapi ada siasatan dilakukan terhadap pihak terbabit melibatkan blok kerajaan dan pembangkang. \nMenurut Anwar, terserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan pendakwaan terhadap individu tersebut. \nTambahan Anwar, beliau tiada masalah jika PKR juga disiasat kerana terdapat unsur rasuah dalam pemberian sumbangan.\n\n\nKatanya, perkara memang perlu diambil berat kerana pengambilan dana politik yang berkait dengan pemberian kontrak merupakan jenayah dari segi undang-undang negara. \n\u201cSaya tidak tahu khusus tetapi saya dimaklumkan memang ada siasatan melibatkan blok pembangkang dan kerajaan. Saya tidak tahu jawatan dan sebagainya, bila tahu soalan ini saya hanya bertanya kepada pihak penguat kuasa, mereka sahkan memang ada siasatan.\n\u201cCuma soalnya kena faham undang-undang, tiada percanggahan daripada sudut undang-undang untuk mana-mana orang derma kepada parti politik yang dikaitkan adalah soal kepentingan dengan unsur rasuah kerana pemberian kontrak dan orang memberi kontrak itu dikehendaki memberikan dana kepada syarikat atau individu atau parti,\u201d katanya dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.\nBeliau berkata demikian bagi menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) berkaitan dengan siasatan yang dilakukan pihak berkuasa terhadap Ahli Parlimen."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/dua-maut-lelaki-bersenjata-pisau-serang-pusat-islam-ismailiah-di-lisbon/", "title": "Dua maut lelaki bersenjata pisau serang pusat Islam Ismailiah di Lisbon", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Dua maut dalam serangan bersenjatakan pisau di sebuah pusat Islam Ismailiyah di Lisbon dengan pihak polis Portugal dilapor menembak lelaki disyaki suspek insiden itu.\n\n\nMenurut pihak berkuasa, polis dipanggil ke pusat itu lewat pagi Selasa di mana mereka menemukan suspek yang bersenjatakan pisau besar.\n\n\nMelalui kenyataan dikeluarkan, polis berkata, pihaknya mengarahkan lelaki tersebut menyerah diri, namun suspek terus mara dan terpaksa \u2018diamankan\u2019.\n\n\nSuspek kemudian dibawa ke hospital Lisbon untuk rawatan dan dia kini berada dalam tahanan polis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGenap 40 tahun khidmat Sheikh Abdul Rahman Sudais di Masjidil Haram\n\n\n\n\n\n\nIsrael kejam bunuh remaja Palestin\n\n\n\n\n\n\nMalaysia hantar SMART bantu cari mangsa gempa bumi di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nHouthi larang import Sweden, tanda protes bakar al-Quran\n\n\n\n\n\n\nPaludan tidak berhenti provokasi, ancam bakar lagi tiga Al-Quran\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain dua yang maut terdapat beberapa yang lain cedera, namun kenyataan dikeluarkan pihak polis tidak memberikan butiran lanjut.\n\n\nPerdana Menteri, Antonio Costa berkata, polis menembak suspek dan serangan yang disifatkan sebagai tindakan jenayah.\n\n\n\u201cSemuanya menunjukkan ini sebagai insiden terpencil,\u201d kata Costa tanpa mengulas lanjut.\n\n\nTiada maklumat segera mengenai identiti mangsa yang terbunuh.\n\n\nDalam pada itu, polis bersenjata dari unit operasi khas dilihat mengawal perimeter luar bangunan.\n\n\nCosta berkata, polis masih lagi menyiasat insiden serangan itu dan sehingga kini, masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai motif.\n\n\nUmat \u200b\u200bIslam Syiah Imami Ismaili umumnya dikenali sebagai Ismaili, tergolong dalam cabang Islam Syiah dan mereka adalah masyarakat pelbagai budaya yang tinggal di lebih 25 negara di seluruh dunia.\n\n\nPortugal tidak merekodkan sebarang serangan pengganas ketara dalam beberapa dekad kebelakangan ini dan keganasan agama hampir tidak pernah didengari. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/hartal-doktor-kontrak-kesatuan-jururawat-nafi-terlibat-mogok/", "title": "Hartal Doktor Kontrak, Kesatuan Jururawat nafi terlibat mogok", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) menafikan penglibatan mereka dalam penganjuran mogok yang dijangka berlangsung pada 3 hingga 5 April ini.\n\n\nJurucakap HDK, Dr Muhammad Yassin berkata, pihaknya sendiri tidak tahu siapa pentadbir laman Instagram \u2018DoktorsMalaysia\u2019 yang secara aktif memperjuangkan perkara berkaitan perubatan dan doktor kontrak.\n\n\n\u201cKempen yang dimaksudkan itu bukan dari HDK dan kami tidak tahu siapa \u2018admin page\u2019 berkenaan,\u201d katanya ketika ditanya mengenai mogok yang giat dipromosikan di Twitter dan Instagram ketika ini.\n\n\nSusulan poster di media sosial itu, timbul dakwaan mengatakan petugas kesihatan mahu mengadakan mogok kerana kecewa dan tertekan dengan sistem penjagaan kesihatan negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerlu Siasatan Menyeluruh Banteras Pemalsuan Sijil\n\n\n\n\n\n\nTiada Agenda Besar Punca Muafakat Parti Politik Melayu Rapuh\n\n\n\n\n\n\nSanusi selesai angkat sumpah MB\n\n\n\n\n\n\nPDRM nafi jadi dalang kegiatan seludup mercun\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat isu kalimah Allah dibangkitkan dalam kempen\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, Kesatuan Jururawat Malaya (MNU) turut menafikan mereka terbabit, meskipun mengakui menghadapi kekurangan petugas berbanding bilangan rakyat.\n\n\nPresidennya, Nor Hayati Abd Rashid berkata, hingga kini pihaknya daripada kesatuan sekerja di bawah Majlis Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja (MAPSU) di Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menyertai mogok itu.\n\n\nKatanya, mereka sangat mengharapkan penambahan jawatan jururawat mengikut norma seperti yang ditetapkan.\n\n\n\u201cHal ini supaya tidak berlaku keletihan melampau (fatigue) dan dengan bilangan petugas yang mencukupi berupaya mengurangkan tekanan. Ini kerana kekurangan jururawat ini berlaku di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,\u201d katanya.\n\n\nBagaimanapun, beliau berkata, KKM perlu mengambil tindakan untuk menangani tekanan dalam kalangan petugas kesihatan yang bukan doktor atau ahli farmasi.\n\n\nDalam perkembangan berkaitan, Dr Muhammad Yassin berkata, HDK kecewa dengan keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang tidak mempertimbangkan kenaikan elaun tugas atas panggilan (on-call).\n\n\nKatanya, ketiadaan penghargaan setimpal daripada kerajaan akan terus menjadi faktor ramai lagi pegawai perubatan meninggalkan perkhidmatan awam. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/kdn-buka-25-jam-sehari-sprm-bebas-siasat/", "title": "KDN buka 25 jam sehari, SPRM bebas siasat", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas melakukan siasatan tanpa sekatan berkenaan kes rasuah membabitkan agensi penguat kuasa di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seawal hari pertama Perdana Menteri memegang jawatan itu, tiga perkara ditekankan iaitu penstrukturan ekonomi, jaminan keadilan sosial dan tatakelola govenan.\n\n\n\u201cKita (KDN) buka 25 jam sehari dan itulah komitmen dan keterbukaan bahawa usaha untuk atasi masalah rasuah ini harus berlaku dari atas hingga ke peringkat bawah.\n\n\n\u201cJadi dengan cara menghormati dan iktiraf peranan agensi penguat kuasa seperti SPRM, itulah pendirian saya sepanjang terajui KDN,\u201d katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai Murni dan Iftar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTayang kertas undi satu kesalahan \u2013 Abdul Aziz\n\n\n\n\n\n\nJangan manipulasi isu pemilikan tanah rizab Polis Diraja Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Hujah Plaintif Cabar Keabsahan Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\nKedai Sarbaneka Bangi, Kajang Henti Jual Arak\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi keluar PN \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, jika masyarakat ada bukti dan alasan untuk mengaitkannya, proses tepat adalah membuat laporan kepada SPRM.\n\n\nSaifuddin berkata, komitmen beliau adalah 25 jam sehari agar SPRM melakukan tugasan tanpa sebarang kacau ganggu mahupun sekatan di peringkatnya.\n\n\n\u201cItu menunjukkan ketelusan dan keterbukaan kami di peringkat KDN,\u201d ujarnya.\n\n\nTurut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.\n\n\nPada Isnin lalu, media melaporkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI), pekerja dan pelajar asing di negara ini dilihat sebagai peluang besar kepada segelintir penguat kuasa yang tidak berintegriti untuk mengaut keuntungan di negara ini.\n\n\nTidak kira sama ada mereka ini mempunyai permit kerja, visa pelajar apatah lagi \u2018kosong\u2019 tanpa permit dan berstatus PATI, kumpulan ini sering menjadi sasaran penguat kuasa.\n\n\nKenyataan itu turut menyebut bahawa tahap korupsi anggota penguat kuasa selaku barisan hadapan keselamatan negara dilihat semakin kronik dan membimbangkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/kerajaan-digesa-ubah-dasar-kemasukan-matrikulasi/", "title": "Kerajaan digesa ubah dasar kemasukan Matrikulasi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kementerian Pendidikan (KPM) digesa untuk mengubah dasar matrikulasi berhubung kuota kemasukan pelajar berdasarkan kaum selaras dengan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan kerajaan.\n\n\nGesaan itu dibuat Ahli Parlimen Klang, V. Ganabatirau di Dewan Rakyat ketika mencelah sesi penggulungan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkaitan Belanjawan 2023 Peringkat Jawatankuasa.\n\n\nGanabatirau berkata, di bawah Malaysia Madani tidak seharusnya terdapat dasar yang tidak adil.\n\n\n\u201cMenteri saya minta tadi, ayat terakhir tadi ubah dasar sebab kita kerajaan madani, kerajaan yang adil. Tidak patut ada ketidakadilan itu yang saya minta,\u201d kata Ganabatirau.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTampil Semangat Patriotik, Angkat Perjuangan Pahlawan Melayu\n\n\n\n\n\n\nGenap 40 tahun khidmat Sheikh Abdul Rahman Sudais di Masjidil Haram\n\n\n\n\n\n\nDaniel, remaja dimandi bak jenazah dihantar ke Sekolah Henry Gurney\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak apologetik pertahan Islam sebagai agama Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nKeturunan Sulu dipergunakan golongan tertentu tuntut wang Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen DAP itu mempersoalkan mengapa terdapat dua peperiksaan untuk masuk ke universiti yang sama.\n\n\n\u201cMenteri, saya telah menyatakan Tingkatan 6 dan Matrikulasi. Kenapa ada dua peperiksaan yang berbeza untuk masuk universiti yang sama?\n\n\n\u201cMaksud saya nak jadi doktor, peguam kenapa kita ada perbezaan ini?\u201d soal beliau.\n\n\nSementara itu Fadhlina berkata, terdapat perbezaan antara Tingkatan 6 dan Matrikulasi.\n\n\n\u201cSaya terangkan dasar dulu Yang Berhormat. Tingkat 6 adalah dasar, Matrikulasi adalah program.\n\n\n\u201cTingkat 6 kami tidak boleh mansuhkan. Program matrikulasi kami boleh masuhkan. Itu dasar.\n\n\n\u201cSebab itu saya kata beza jauh. Tak boleh nak samakan Tingkatan 6 dan Matrikulasi itu sama,\u201d kata beliau.\n\n\nFadhlina bersetuju terdapat kuota berasaskan kaum bagi kemasukan ke Matrikulasi manakala kemasukan ke Tingkatan 6 mengikut kelayakan dan terbuka kepada semua.\n\n\nSementara itu, Fadhlina berkata, kementerian menerima banyak pandangan terutama daripada ibu bapa agar sesi pembukaan persekolahan dikembalikan ke bulan Januari.\n\n\n\u201cKementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju untuk mengembalikan sesi persekolahan ke bulan Januari secara prinsip tapi bukan dalam masa terdekat.\n\n\n\u201cKerana kita mengambil faktor yang perlu kita selesaikan berdasarkan kepada pematuhan Akta Pendidikan.\n\n\n\u201cPerancangan KPM untuk mengembalikan kalender akademik persekolahan pada Januari dan berakhir Disember perlu memastikan silibus mata pelajaran dapat diselesaikan selain tidak menggangu jadual peperiksaan,\u201d ujarnya\n\n\nKatanya, KPM juga perlu mematuhi bilangan persekolahan tidak boleh kurang daripada 190 hari dalam tempoh setahun .- MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/kerajaan-wajar-kaji-semula-pemansuhan-pelepasan-cukai-sspn/", "title": "Kerajaan wajar kaji semula pemansuhan pelepasan cukai SSPN", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Ahli Parlimen Muar, Syed Saddid Syed Abdul Rahman menggesa agar keraajaan menimbang semula pemansuhan pelepasan cukai individu sehingga RM8,000 dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).\n\n\nSyed Saddiq berkata, beliau merayu agar ditarik semula kerana ia melibatkan golongan pertengahan yang ingin menabung untuk masa depan anak-anak mereka.\n\n\n\u201cSebagai blok kerajaan, saya merayu dan mendesak agar kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan semula isu pelepasan cukai untuk pencarum SSPN yang akan dibatalkan.\n\n\n\u201cIni bukan perkara kecil kerana implikasi kewangan semua keluarga kelas pertengahan adalah begitu besar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek Canal City Dibatalkan Punca Banjir Besar Di Shah Alam?\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : PEMBELA akan lapor polis\n\n\n\n\n\n\nAnwar tetap bentang usul undi percaya, buktikan keabsahan\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam diseru bawa perubahan kembalikan Malaysia ke tahap gemilang\n\n\n\n\n\n\nAhli Dewan Diraja Selangor tuntut Sanusi mohon maaf secara terbuka\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cRM8,000 setahun bukan jumlah yang kecil, apabila kita lihat keluarga kelas pertengahan ini bukan ingin melaburkan wang mereka untuk tujuan tabung pendidikan anak-anak mereka tetapi jika tidak ada lagi pengecualian cukai insentif untuk mereka untuk memulakan tabung ini akan menurun,\u201d katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.\n\n\nSyed Saddiq berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim yang berkata, bermula tahun ini, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000.\n\n\nSteven Sim mengesahkan, kerajaan memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN atas pelbagai sebab.\n\n\nTambah Syed Saddiq, langkah pemansuhan itu nyata merampas peluang golongan pertengahan untuk melabur demi masa depan pendidikan anak-anak mereka.\n\n\n\u201cSaya merayu kepada kerajaan dan keprihatinan untuk mempertimbangkan semula keputusan ini. Saya melihat mengapa ada kewajaran untuk dipertimbangkan semula. Mereka kata sudah ada insentif pelepasan cukai yang lain antaranya perubatan RM8,000 ke RM10,00 setahun.\n\n\n\u201cKita lihat RM8,000 untuk tujuan pendidikan dan akan berterusan bagi tahun akan datang. Jangan kita potong cukai golongan pertengahan di sini tapi tarik semula pelepasan cukai yang sangat bermakna bagi golongan pertengahan, ini akan mengundang kemarahan golongan pertengahan yang terbeban kerana mereka tidak mendapat bantuan kerajaan,\u201d katanya.\n\n\nBerdasarkan portal rasmi SSPN, insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas Simpanan SSPN bagi tahun 2023 tidak diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023, 24 Februari lalu. -MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/kpm-setuju-sesi-persekolahan-bermula-januari/", "title": "KPM setuju sesi persekolahan bermula Januari", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kementerian Pendidikan (KPM) secara prinsipnya bersetuju mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari selepas mendapat pelbagai pandangan berhubung kepentingan berbuat demikian terutama dalam kalangan ibu bapa.\n\n\nBagaimanapun, Menterinya, Fadlina Sidek berkata, pelaksanaan itu tidak dapat dibuat dalam masa terdekat, sebaliknya perlu meneliti beberapa faktor selain pelbagai justifikasi berdasarkan kepada pematuhan Akta Pendidikan 1996.\n\n\nBeliau berkata, perancangan itu juga perlu memastikan setiap subjek dapat diselesaikan, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).\n\n\n\u201cKPM juga perlu mengambil kira faktor cuaca tidak menentu dan tahap ekonomi setempat, sebelum mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenguatkuasaan Akta Cecair 1952 masih lemah, tiada kawalan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nWakaf Penyelesaian Terbaik Untuk Tanah Orang Melayu P.Pinang\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan\n\n\n\n\n\n\nAnwar akan berdepan Mahathir di mahkamah\n\n\n\n\n\n\nCukai vape: Sejarah hitam negara, kes paru-paru rosak akan meningkat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita juga perlu mematuhi (beberapa aspek), termasuk bilangan persekolahan murid yang tidak boleh kurang daripada 190 hari dalam tempoh setahun,\u201d katanya menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi KPM di Dewan Rakyat hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/lelaki-serang-imam-dirujuk-psikiatiri-kerana-berhalusinasi/", "title": "Lelaki serang imam berhalusinasi, dirujuk kepada pakar psikiatri", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seorang lelaki yang bertindak menyerang seorang imam ketika solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahamd 1 pada 26 Mac lalu sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk dirujuk ke Unit Psikiatri.\nKetua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan siasatan yang telah dibuat, lelaki berusia 37 tahun itu merupakan seorang gelandangan dan bekas tentera.\nBeliau menambah, kawasan masjid dan Jalan Mahkota merupakan lokasi lelaki berkenaan merayau dan dan dia turut terlibat dalam penagihan dadah.\n\u201cSiasatan juga mendapati suspek berhalusinasi. Dia memaklumkan bahawa dia mendengar imam memanggil namanya.\u201d kata Ramli dalam sidang media kes dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang hari ini.\nDalam kejadian dalam kira-kira jam 6.18 pagi, suspek yang memakai baju Melayu berwarna ungu serta berkain pelikat dan berseluar hitam menyerang imam berkenaan dari arah belakang.\n\n\nMangsa, Ilhan muhammad Irham merupakan seorang pelajar Maahad Tahfiz Thurath, menjadi imam jemputan untuk solat Subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 di masjid berkenaan.\nPada rakaat kedua terdengar suara lelaki berkenaan menjerit dari arah pintu masjid. Dia kemudiannya menolak jemaah lain dan terus menerpa ke arah imam serta memukul imam berkenaan dengan selipar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/mahathir-tolak-nasihat-jomo-bersara-daripada-dunia-politik/", "title": "Mahathir tolak nasihat Jomo bersara daripada dunia politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak nasihat pakar ekonomi, Jomo Kwame agar bersara daripada dunia politik dan menjadi negarawan.\nMenurut Jomo, beliau telah menasihati bekas Perdana Menteri itu kira-kira tujuh bulan yang lalu dan memainkan peranan sebagai negarawan yang disegani serta dihormati oleh semua rakyat Malaysia serta negara-negara yang membangun lain.\n\u201cDalam pertemuan itu, saya minta bekas Perdana Menteri itu (Dr Mahathir) meninggalkan politik.\n\u201cSaya menasihati beliau untuk mengambil peranan sebagai negarawan ulung bagi membantu membangunkan negara.\n\u201cSudah tentu, seperti lazimnya, beliau tolak nasihat saya dan kita tahu akibatnya,\u201d katanya pada forum dalam talian bertajuk \u2018Malaysia\u2019s Future in a Fractured World\u2019 anjuran The Oxford and Cambridge Society Malaysia di YouTube malam tadi.\nMahathir tewas terusk pada perebutan kerusi Parlimen Langkawi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\nAhli politik berusia 98 tahun itu juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PEJUANG pada 16 Disember lalu.\nSelapas menamatkan Kerjasama dengan parti Gerakan Tanah Air (GTA) pada 14 Januari lalu, Mahathir menyertai PUTRA setelah meninggalkan PEJUANG.\nPada 19 Mac lalu, Mahathir mendakwa kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap \u2018diktator\u2019 selepas dua kali membatalkan program Proklamasi Orang Melayu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/mahkamah-tolak-rayuan-dr-kamarul-dalam-kes-saman-fitnah-terhadap-khalid-samad/", "title": "Mahkamah tolak rayuan Dr Kamarul dalam kes saman fitnah terhadap Khalid Samad", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan yang telah dikemukakan oleh penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff terhadap kes saman finah bekas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.\n\n\nPada prosiding atas talian, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar memerintahkan Kamarul membayar kos sebanyak RM10,000.\n\n\nLatifah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada tahun lalu bahawa kenyataan Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan merupakan komen berpatutan dan mengarahkan Kamarul Zaman.\n\n\nPada 29 April 2022, Khalid berjaya membuktikan pembelaan beliau bahawa komen yang dibuatnya terhadap Kamarul adalah wajar dan berpatutan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMoratorium Dilanjutkan 2 Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah\n\n\n\n\n\n\nHak Khairy sertai mana-mana parti \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak pernah bincang RON95 turun 10 sen\n\n\n\n\n\n\nKerajaan \u2018anugerah\u2019 Deepak import telur dari India\n\n\n\n\n\n\nBanteras \u2018Ali Baba\u2019, kerajaan kaji dasar & undang-undang \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 28 Julai 2020, Kamarul Zaman memfailkan saman fitnah berhubung penulisan Khalid yang disiarkan sebuah portal dalam talian bertajuk \u2018Pensyarah Melayu Bodohkan Melayu Ibarat Pagar Makan Padi\u2019.\n\n\nPenulisan itu dibuat Khalid pada 26 Mei 2017 ketika memberikan pandangan berhubung kritikan Kamarul Zaman terhadap buku Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, \u2018Becoming Hannah\u2019 melalui rencana bertajuk \u2018Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP\u2019. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/malaysia-vietnam-sasar-kerjasama-kukuh-pasaran-buruh/", "title": "Malaysia, Vietnam sasar kerjasama kukuh pasaran buruh", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Malaysia masih kekal sebagai antara pasaran utama bagi pekerja tidak mahir Vietnam selepas Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.\n\n\nKetua Jabatan Pengurusan Buruh Kedutaan Vietnam di Malaysia, Thai Phuc Thanh berkata, kerjasama dalam pasaran buruh antara Vietnam dan Malaysia telah berkembang secara berterusan dan substantif.\n\n\nKedua-dua kerajaan pada 2003 menandatangani perjanjian kerjasama pertama dengan penghantaran buruh Vietnam ke Malaysia yang disambung semula pada tahun 2015 dan 2022 dalam rangka lawatan rasmi Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Vietnam.\n\n\n\u201cKerjasama buruh sentiasa disentuh dalam kebanyakan mesyuarat peringkat tinggi antara kedua-dua negara dan berkait rapat dengan kepentingan pekerja, perniagaan dan matlamat pembangunan setiap negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes cerai di Perlis dibicarakan secara tertutup\n\n\n\n\n\n\nHampir tiga juta jemaah berwukuf hari ini\n\n\n\n\n\n\nBekas setiausaha politik didakwa terima suapan lebih RM400,000\n\n\n\n\n\n\nKPM beri guru autonomi buat pilihan rekod SPPB\n\n\n\n\n\n\nPRN Selangor: Pembahagian kerusi PH 83 peratus, utama parti menang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa bukan sahaja membabitkan kerjasama dua hala tetapi juga dalam rangka kerjasama ASEAN, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan perjanjian perdagangan yang dimeterai kedua-dua pihak,\u201d katanya dipetik Agensi Berita Vietnam (VNA).\n\n\nPhuc Thanh menggariskan faedah utama perjanjian kerjasama buruh kepada kedua-dua negara, mengatakan bahawa perjanjian ini telah membantu mewujudkan pekerjaan dan pendapatan untuk ratusan ribu pekerja Vietnam.\n\n\n\u201cStatistik rasmi menunjukkan terdapat lebih 12,300 buruh Vietnam yang bekerja di Malaysia.\n\n\n\u201cJumlah pendapatan pekerja Vietnam di Malaysia dalam tempoh 2010 hingga 2020 dianggarkan kira-kira AS$1.5 bilion,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata Malaysia dianggap sebagai pasaran sesuai untuk buruh luar bandar, sambil menegaskan bahawa pekerja Vietnam berpeluang bekerja di hampir semua industri di Malaysia seperti pembuatan, kejuruteraan mekanikal, tekstil, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian.\n\n\n\u201cKerjasama dalam sektor buruh juga telah menyumbang kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, perdagangan, pelancongan dan pelaburan antara kedua-dua negara.\n\n\n\u201cUntuk mengeksploitasi potensi kerjasama buruh secara berkesan antara kedua-dua negara, adalah perlu untuk mewujudkan keadaan yang menggalakkan pekerja untuk melancong, menetap dan bekerja secara sah, dan seterusnya membangunkan segmen pasaran buruh mahir dan berkelayakan tinggi,\u201d kata Phuc Thanh. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/mansuh-pelepasan-cukai-sspn-tindakan-antirakyat-anak-muda/", "title": "Mansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Tindakan kerajaan memansuhkan pelepasan cukai bagi penyimpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) disifatkan sebagai tindakan anti-rakyat dan anti-anak muda.\n\n\nAhli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ia secara tidak langsung meningkatkan kebergantungan rakyat kepada hutang untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka.\n\n\nBeliau berkata, pemansuhan pelepasan cukai penyimpan SSPN itu juga akan mendorong anak muda terus dibelenggu hutang termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).\n\n\n\u201cPemansuhan pelepasan cukai ini menyerlahkan sikap anti-rakyat PH-UMNO dan membuktikan mereka ada dendam terhadap anak muda yang rata-rata memilih PN.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis Ikut Akta, KPN Jawab Kecaman Najib Dapat Pengiring\n\n\n\n\n\n\nDua produk mi segera ditarik semula dari pasaran\n\n\n\n\n\n\nSerahkan Semula Tugas Kepada Pdrm & Atm\n\n\n\n\n\n\nPengundian Awal PRN Sarawak Bermula\n\n\n\n\n\n\nLebih 300 pegawai polis ditukar akibat masalah disiplin sejak 2018\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKenapa anak muda dilayan seperti ini? Akibat tindakan PH-UMNO ini, anak muda akan terus bergantung kepada hutang PTPTN,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.\n\n\nTambah Wan Saiful, pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan SSPN adalah insentif yang diusahakan ketika beliau menjadi Pengerusi PTPTN untuk menggalakkan rakyat menabung.\n\n\n\u201cSaya mahu penyelesaian jangka panjang agar anak bangsa kita tidak terbeban dengan hutang selepas graduasi dan jawapannya adalah dengan penabungan awal.\n\n\n\u201cSaya dan pegawai-pegawai PTPTN berjaya mendapatkan kenaikan pelepasan cukai menjadi RM8,000 bermula 2019. Ia menjadi salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan signifikan deposit SSPN namun langkah mesra rakyat inilah yang mahu dihapuskan oleh PH-UMNO.\n\n\n\u201cMalah, tindakan kerajaan itu juga menyebabkan ibu bapa hilang insentif untuk menabung SSPN manakala hutang PTPTN anak muda akan terus meningkat,\u201d jelasnya. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/penganggur-mengaku-kelar-ibu-adik-berdepan-hukuman-penjara-80-tahun/", "title": "Penganggur mengaku kelar ibu, adik berdepan hukuman penjara 80 tahun", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seorang penganggur berdepan hukuman penjara 80 tahun selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengelar ibu dan adik kandungnya guna pisau pemotong daging awal bulan ini.\n\n\nHakim Mohd Sabri Ismail bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Muhammad Hidayat Abu Samad, 24, bagi menunggu laporan pemeriksaan kesihatan psikiatri dari Hospital Permai, Tampoi.\n\n\nMengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa telah dengan sengaja menyebabkan cedera parah kepada ibu dan adik kandungnya, Sapiah Abdul Kadar, 49, dan Noor Iman Dania Abu Samad, 11, menggunakan pisau potong daging yang merupakan suatu alat untuk menetak.\n\n\nPerbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 10 malam pada 10 Mac lalu\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGaji penjawat awam bakal dinilai semula\n\n\n\n\n\n\nPN peroleh manfaat jika UMNO terus goyah\n\n\n\n\n\n\nPRU15: PH beri laluan kepada calon BN di DUN Tioman\n\n\n\n\n\n\nRM800 sebulan untuk pelatih industri di GLC, kerajaan\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi dakwa tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 40 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat.\n\n\nPendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nazrin Ali Rahim bagaimanapun memaklumkan mahkamah terdapat isu yang perlu diserahkan kepada pihak hospital untuk mengenal pasti keadaan mental tertuduh sewaktu kejadian.\n\n\nBeliau kemudian memohon kepada mahkamah agar tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Tampoi untuk pemeriksaan psikiatri mengikut Seksyen 342(3) Kanun Tatacara Jenayah.\n\n\nMahkamah kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan 19 April ini untuk sebutan semula kes. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/saudi-sahkan-pertemuan-pm-raja-salman-dan-putera-mohammed/", "title": "Saudi sahkan pertemuan PM, Raja Salman dan Putera Mohammed", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pegawai Kedutaan Besar Arab Saudi mengesahkan lawatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke Arab Saudi minggu lalu termasuk pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi negara itu, kata Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.\n\n\nDalam satu kenyataan, Zambry berkata, kementerian menerima Nota Diplomatik daripada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur bertarikh 21 Mac yang mengesahkan tarikh lawatan rasmi Anwar ke Arab Saudi dari 22 hingga 25 Mac.\n\n\n\n\n\u201cNota Diplomatik yang serupa turut diterima pada tarikh yang sama oleh Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh daripada Kerajaan Arab Saudi\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael serang Gaza awal pagi Khamis\n\n\n\n\n\n\nUMNO perlu cari naratif, formula baharu \u2013 Puad\n\n\n\n\n\n\nData keciciran murid dianggarkan NGO tidak tepat \u2013 KPM\n\n\n\n\n\n\nCagaran KWSP tidak sah jika tidak dipinda Akta KWSP \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa bertindak kembalikan semula kehilangan tanah rizab Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKedua-dua Nota Diplomatik tersebut merujuk kepada lawatan rasmi Perdana Menteri pada 22 hingga 25 Mac 2023 termasuk program kunjungan hormat dengan Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mohammed Salman Al Saud, Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi.\n\n\n\n\n\u201cKedua-dua Nota Diplomatik tersebut jelas menyatakan Kerajaan Arab Saudi mengalu-alukan lawatan tersebut,\u201d kata Zambry sambil menambah bahawa Nota Diplomatik adalah antara saluran komunikasi \u2018paling rasmi\u2019 antara kerajaan.\n\n\nLawatan Anwar ke Arab Saudi sebelum ini telah disifatkan sebagai kegagalan oleh pihak tertentu kerana beliau gagal bertemu Raja Salman dan Putera Mahkota Mohammed.\n\n\nBekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin semalam, berkata Anwar tidak sepatutnya melawat Arab Saudi jika pertemuan dengan Raja Salman atau Putera Mahkota Mohammed tidak ditetapkan, menyifatkan perjalanan itu sebagai \u2018kesilapan diplomatik yang besar\u2019."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/surat-tommy-kepada-kumpulan-sulu-tidak-dapat-persetujuan-jemaah-menteri/", "title": "Surat Tommy kepada kumpulan Sulu tidak dapat persetujuan Jemaah Menteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Jemaah Menteri bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak pernah bersetuju dengan surat dikeluarkan kepada kumpulan Sulu oleh Tan Sri Tommy Thomas selaku Peguam Negara ketika itu.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkat, tindakan Tommy mengeluarkan surat bertarikh 19 September 2019 itu bertentangan dengan prinsip keputusan kolektif yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\u201cSurat bertarikh 19 September 2019 yang dikeluarkan oleh Tommy pada masa itu kepada kumpulan Sulu tidak pernah mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri.\n\n\n\u201cTindakan beliau mengeluarkan surat mengandungi keputusannya sendiri tanpa kelulusan oleh Jemaah Menteri bertentangan dengan prinsip keputusan kolektif yang diamalkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHari mengundi PRK Kuala Terengganu serentak PRU DUN KE15\n\n\n\n\n\n\nBantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara\n\n\n\n\n\n\nRazarudin Husain dilantik Ketua Polis Negara baharu\n\n\n\n\n\n\nIsrael mohon maaf atas pembunuhan Shireen Akleh\n\n\n\n\n\n\n\u201cGelombang Abah\u201d lebih besar \u2013 Takiyuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDalam surat itu, Tommy menyatakan kekesalan apabila kerajaan Malaysia menghentikan pembayaran tahunan kepada waris kesultanan Sulu,\u201d katanya menjawab pertanyaan Senator Datuk Seri Vell Paari di Dewan Negara hari ini.\n\n\nDalam soalan itu, Vell Paari meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada Jemaah Menteri pada tahun 2019 telah menyatakan persetujuan terhadap kenyataan bekas Peguam Negara yang menyatakan rasa kesal terhadap tindakan kerajaan untuk menghentikan bayaran pampasan tahunan kepada kumpulan Sulu.\n\n\nSurat itu juga mengandungi kenyataan Tommy yang mendedahkan, tunggakan bayaran termasuk 10 peratus faedah berjumlah RM48,230 dan membuat tawaran untuk menjelaskannya \u2018dengan segera\u2019 kepada pihak Penuntut sebagai pertukaran menamatkan sebarang tindakan timbang tara.\n\n\nMenurut Azalina, ketika ini kerajaan telah mengambil pendirian untuk menjauhkan diri atau\u00a0\u2018to disassociate itself\u2019\u00a0daripada pengeluaran surat bertarikh 19 September 2019 itu.\n\n\nKatanya, kerajaan memilih untuk tidak mewakili Tommy dalam tindakan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang difailkan oleh sembilan plaintif dari Sabah.\n\n\n\u201cDalam hal ini, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan permohonan untuk mencelah bagi pihak kerajaan Malaysia, selain turut memohon mendapatkan perintah penggantungan prosiding dan perintah menghalang Tommy daripada memberikan sebarang kenyataan atau komen berhubung prosiding timbang tara waris Kesultanan Sulu terhadap kerajaan Malaysia,\u201d katanya. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/taliban-tahan-pengasas-projek-sekolah-perempuan-afghanistan/", "title": "Taliban tahan pengasas projek sekolah perempuan Afghanistan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pengasas projek yang menggerakkan kempen pendidikan kepada kanak-kanak perempuan di Afghanistan ditahan pihak berkuasa Taliban di Kabul.\n\n\nMisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan melalui Twitter memaklumkan, Matiullah Wesa selaku ketua PenPath dan peguam bela untuk pendidikan kanak-kanak perempuan ditahan di Kabul semalam.\n\n\nAbangnya, Samiullah Wesa turut memberitahu, Matiullah ditahan di luar masjid selepas solat pada petang Isnin.\n\n\n\u201cMatiullah telah selesai solat dan keluar dari masjid apabila dia dihalang beberapa lelaki menaiki dua kenderaan,\u201d kata Samiullah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSerangan AS di Syria susulan kematian kontraktor mengorbankan 8 pejuang\n\n\n\n\n\n\nPemain bola sepak Liga Perancis dilarang berpuasa pada hari perlawanan\n\n\n\n\n\n\nFinland kekal negara paling bahagia enam tahun berturut-turut\n\n\n\n\n\n\nJacinda Ardern dilantik utusan khas tangani keganasan di New Zealand\n\n\n\n\n\n\nJepun Perluas Sekatan Pergerakan COVID-19\n\n\n\n\n\n\n\n\nMatiullah melalui organisasi diasaskannya yang menggerakkan kempen persekolahan dan mengedarkan buku di kawasan luar bandar sudah lama menyampaikan kepentingan pendidikan terhadap kanak-kanak perempuan kepada ketua kampung.\n\n\nSejak pengharaman sekolah menengah untuk perempuan, Matiullah terus melawat kawasan terpencil bagi mendapatkan sokongan penduduk tempatan.\n\n\n\u201cKami mengira jam, minit dan saat untuk pembukaan sekolah perempuan. Kerosakan diakibatkan oleh penutupan sekolah tidak dapat dipulihkan dan tidak dapat dinafikan.\n\n\n\u201cKami mengadakan perjumpaan dengan penduduk tempatan dan kami akan meneruskan bantahan kami jika sekolah masih ditutup,\u201d kata Matiullah melalui Twitter minggu lalu ketika tahun persekolahan baharu bermula di Afghanistan.\n\n\nTaliban mengenakan tafsiran ketat terhadap Islam sejak kembali berkuasa pada Ogos 2021 selepas pengunduran tentera AS dan NATO yang menyokong kerajaan terdahulu.\n\n\nPemimpin Taliban yang juga melarang wanita ke university berulang kali mendakwa mereka akan membuka semula sekolah untuk kanak-kanak perempuan apabila syarat tertentu dipenuhi.\n\n\nAlasan diberikan mengatakan mereka kekurangan dana dan masa untuk merombak sukatan pelajaran mengikut landasan Islam.\n\n\nPihak berkuasa Taliban membuat jaminan yang sama semasa pertama kali mereka berkuasa dari 1996 hingga 2001 namun sekolah perempuan tidak pernah dibuka dalam tempoh lima tahun. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/tommy-thomas-dakwa-najib-selepas-terima-kertas-siasatan-lengkap-tiada-niat-jahat/", "title": "Tommy Thomas dakwa Najib selepas terima kertas siasatan lengkap, tiada niat jahat", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas tidak sewenang-wenangnya mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dengan niat jahat tetapi hanya selepas menerima kertas siasatan yang lengkap daripada agensi penyiasat.\n\n\nHakim Datuk Ahmad Bache berkata, hanya setelah mengkaji dan berpuas hati dengan bukti yang dikumpul, Tommy mengeluarkan persetujuan untuk mendakwa bekas Perdana Menteri itu terhadap 35 pertuduhan dalam empat kes.\n\n\nKes itu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)\u00a02001 (AMLATFPUAA 2001).\n\n\nBeliau berkata\u00a0isu \u2018menyasarkan bekas Perdana Menteri atau sasaran niat jahat\u2019 tidak timbul kerana\u00a0menjadi tugas Tommy sebagai Pendakwa Raya untuk mendakwa Najib.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCecair vape tidak wajar dikeluarkan daripada Akta Racun\n\n\n\n\n\n\nTiada diskriminasi kaum dalam pengambilan penjawat awam \u2013 SPA\n\n\n\n\n\n\nRibut petir dijangka melanda seluruh Malaysia esok\n\n\n\n\n\n\nTumpahan minyak diesel punca 4 LRA henti tugas sementara\n\n\n\n\n\n\nPM Digesa Ambil Tindakan Keras Terhadap Menteri, Pegawai NADMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nHakim berkata, dalam kes ini, semasa saman difailkan pada 2021, pendakwaan terhadap 35 pertuduhan dalam empat kes itu masih diteruskan atau belum selesai dan Thomas telah meletak jawatan pada 28 Februari\u00a02020.\n\n\n\u201cOleh itu, beliau\u00a0(Tommy) tidak dan\u00a0tidak akan terlibat dalam menjalankan prosiding 35 pertuduhan dalam empat kes itu, dan belum ada penentuan muktamad bagi empat kes itu,\u201d katanya\u00a0dalam penghakiman setebal 37 muka surat bertarikh 28 Februari dalam saman yang difailkan Najib terhadap Tommy.\n\n\nPada 25 November tahun lepas, Ahmad membenarkan permohonan Tommy untuk membatalkan saman Najib berhubung dakwaan salah guna jawatan awam kerana mendakwanya atas pertuduhan membabitkan kes 1MDB.\n\n\nHakim itu berkata, untuk bersetuju dengan cadangan bahawa Tommy telah melakukan ketiga-tiga kesalahan atau sebab tindakan (salah guna dalam jawatan awam, penyalahgunaan proses yang berniat jahat dan kecuaian) walaupun kuasanya, juga akan membuka kepada\u00a0semua tindakan Pendakwa Raya akan dipersoalkan.\n\n\nBeliau berkata, ia juga membuka kepada penelitian awam, sekali gus mencabar budi bicara yang hampir tidak terikat yang diberikan kepadanya (Tommy) di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan timbalannya (Timbalan Pendakwa Raya -TPR)\u00a0untuk melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.\n\n\n\u201cTPR\u00a0juga akan takut untuk mengemukakan\u00a0pertuduhan terhadap suspek walaupun terdapat bukti yang terlalu banyak kerana risiko mendedahkan\u00a0mereka kepada saman sivil kemudiannya. Oleh itu, ini berpotensi membawa kepada peningkatan ketara aktiviti jenayah di negara ini.\n\n\n\u201cPaling teruk, ia akan mengundang tertuduh untuk memfailkan tuntutan terhadap Pendakwa Raya meski pun\u00a0sebelum prosiding dimulakan atau sebelum mereka dibebaskan seperti kes sekarang di mahkamah ini. Ini jelas akan menyebabkan kucar-kacir\u00a0dan sistem keadilan jenayah kita akan terancam secara berbahaya,\u201d katanya.\n\n\nHakim berkata,\u00a0Pendakwa Raya dan TPR\u00a0kemudiannya perlu hadir ke mahkamah dalam perbicaraan penuh untuk memberi keterangan dan menjelaskan bagi setiap kes, membuang masa rasminya dan dana awam serta menjejaskan dengan serius integriti institusi Peguam Negara atau Pendakwa Raya.\n\n\nBeliau berkata, ini bertentangan dengan dasar awam dan bercanggah sepenuhnya dengan undang-undang prosedur yang ditetapkan dan Kanun Tatacara Jenayah.\n\n\n\u201cOleh itu, ini tidak sepatutnya dibenarkan dan tuntutan itu perlu dibatalkan kerana ia remeh\u00a0dan menyusahkan. Ia juga akan menetapkan duluan buruk dan berbahaya apabila\u00a0orang yang dituduh boleh memfailkan tuntutan terhadap Peguam Negara/Pendakwa Raya untuk\u00a0setiap pembebasan,\u201d katanya.\n\n\nHakim berkata,\u00a0beliau berpendapat tindakan plaintif memfailkan tuntutan ini boleh dilihat sebagai serangan kolateral terhadap pendakwaan 35 pertuduhan jenayah kerana plaintif akan\u00a0mengambil\u00a0tindakan sivil secara pramatang berdasarkan pertuduhan jenayah yang masih belum selesai\u00a0di mahkamah jenayah.\n\n\nHakim berkata, mahkamah\u00a0berpendapat tuntutan itu tidak sepatutnya difailkan sama sekali, sebelum perbicaraan empat kes itu selesai.\n\n\n\u201cIa juga telah menimbulkan kekeliruan dan pelanggaran bidang kuasa antara bidang kuasa mahkamah sivil dan jenayah dan ini tidak sepatutnya dibenarkan sama sekali,\u201d katanya.\n\n\nMahkamah berpendapat, punca tindakan penyelewengan dalam jawatan awam dan proses yang dipanggil berniat jahat adalah tidak mampan dan bukan permulaan kerana Tommy tidak menjalankan atau mengambil bahagian dalam pendakwaan empat kes itu,katanya.\n\n\n\u201cWalaupun Tommy mempunyai agenda terhadap plaintif (yang tidak dipersetujui oleh mahkamah ini), beliau\u00a0tidak akan menjalankan pendakwaan terhadap plaintif.\n\n\n\u201cBagaimana\u00a0boleh beliau dikatakan melakukan\u00a0salah guna dalam jawatan awam\u00a0dan kesalahan lain. Oleh itu, tidak ada keperluan bagi saman ini untuk dibicarakan sepenuhnya dan tiada sebab untuk Tommy datang ke mahkamah untuk menjelaskan\u00a0kerana tuntutan itu harus dibatalkan secara ab initio,\u201d katanya.\n\n\nDalam saman yang difailkan pada 22 Oktober 2021, Najib mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang telah dirancang lebih awal oleh Tommy dan selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan pada masa itu.\n\n\nBeliau memohon satu deklarasi bahawa Tommy telah menyalah guna jawatan awam dan ganti rugi RM1.9 juta termasuk fi rundingan untuk pasukan audit bagi menyemak dokumentasi dalam penyediaan fakta untuk menangani pendakwaan terhadapnya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/tragedi-ikan-buntal-isteri-maut-suami-masuk-icu/", "title": "Tragedi ikan buntal, isteri maut suami masuk ICU", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche\u2019 Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas makan hidangan ikan buntal.\n\n\nIkan buntal itu dibeli menerusi laman Facebook dari pembekal di Batu Pahat yang mendapatkan bekalan dari nelayan di Endau.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, mangsa yang mengalami gejala sesak nafas dan menggigil, pada jam 3 petang Jumaat kemudian disahkan maut pada jam 7 petang Sabtu lalu.\n\n\nBeliau berkata, suami mangsa turut mengalami gejala sama kira-kira sejam selepas isterinya mendapat gejala berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJakel perkenal `Baju Raya Rahmah\u2019 serendah RM148\n\n\n\n\n\n\nRemaja mengaku salah buat aksi \u2018wheelie\u2019\n\n\n\n\n\n\nBertanding secara anak jantan \u2013 Muhammad Sanusi\n\n\n\n\n\n\nIsu bebanan kerja guru akan dikaji MPPK\n\n\n\n\n\n\nMakanan tidak halal boleh guna perkataan Menu Rahmah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerajaan Negeri Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor mengambil maklum satu pelaporan keracunan makanan yang menyebabkan satu kematian di Daerah Kluang.\n\n\n\u201cIa membabitkan sepasang suami isteri yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang yang mendapatkan bekalan ikan buntal dari penjual secara pratempahan melalui aplikasi Facebook.\n\n\n\u201cBekalan diterima pada pagi 25 Mac 2023, dibersihkan dan digoreng untuk dibuat makan tengah hari bersama sayur dan daging khinzir.\n\n\n\u201cKedua-dua pasangan itu telah dibawa oleh anak mereka yang tinggal berasingan ke Jabatan Kecemasan HEBHK pada jam 5 petang,\u201d katanya menerusi satu kenyataan.\n\n\nBeliau berkata, difahamkan ini adalah kali pertama pasangan berkenaan makan masakan berasaskan ikan buntal.\n\n\nKatanya, siasatan lanjut mendapati ikan berkenaan diperolehi dari nelayan di Endau sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat.\n\n\n\u201cPenjual yang mengedarkan ikan buntal ini juga berasal dari Batu Pahat, membuat edaran kepada pelanggan berdasarkan tempahan yang dibuat melalui aplikasi Facebook.\n\n\n\u201cSebanyak 15 kilogram ikan buntal telah dijual di sekitar Chamek iaitu empat pelanggan, Paloh (4 Pelanggan) dan Yong Peng (1 Pelanggan) pada hari tersebut.\n\n\n\u201cSelain dari pasangan terbabit, semua pelanggan lain masih belum memakan ikan buntal yang dibeli,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang dan Batu Pahat telah mengambil sampel ikan itu dari pelanggan yang dibeli dari penjual berkaitan.\n\n\n\u201cSampel ini telah dihantar ke makmal untuk tujuan analisa.\n\n\n\u201cSehingga kini tiada lagi pelaporan baru berkaitan dengan ikan buntal,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, mengingatkan agar orang ramai sentiasa berhati-hati di dalam memilih makanan terutama jika ianya mempunyai risiko yang telah diketahui.\n\n\n\u201cKerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan terus memantau dan memastikan keselamatan makanan,\u201d katanya. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/28/wujudkan-pegawai-agama-di-hospital/", "title": "Wujudkan pegawai agama di hospital", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan disarankan mewujudkan perjawatan pegawai agama di hospital bagi memperkasakan lagi konsep Hospital Mesra Ibadah di negara ini.\n\n\nAhli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib berkata, Hospital Mesra Ibadah merupakan program di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) yang memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerapan serta penghayatan ibadah semasa dan selepas mendapat rawatan.\n\n\nMenurutnya, kakitangan hospital khususnya perawat perubatan Muslim perlu memikul tanggungjawab dalam memastikan pesakit Muslim menerima bimbingan yang betul untuk melakukan ibadah dan amalan keagamaan.\n\n\n\u201cKewajaran memberikan panduan kepada pesakit untuk beribadah menjadi satu kewajipan dan bukan pilihan terutama berkaitan perkara asas seperti cara wuduk pesakit, pelaksanaan tayamum, cara solat pesakit serta beberapa berkaitan ibadah pesakit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nVarian XE belum dikesan di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nEnam PRN dicadang serentak elak perbelanjaan berulang\n\n\n\n\n\n\nBN GABUNG PH, DONG ZONG TERUS BERANI DESAK IKTIRAF UEC\n\n\n\n\n\n\nAnwar beri tempoh tiga hari untuk Ahli Parlimen Pendang minta maaf\n\n\n\n\n\n\nPolis kenal pasti 190 kawasan panas di enam negeri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMaka perjawatan pegawai agama di hospital menjadi satu keperluan untuk diwujudkan agar segala usaha merealisasikan Hospital Mesra Ibadah ini dicapai dengan baik sekali gus boleh dijadikan model kepada dunia,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau berkata, di Malaysia, amalan seperti ziarah pesakit oleh pegawai agama atau sukarelawan hospital yang membantu pesakit sudah wujud namun tiada suatu latihan khusus atau garis panduan tepat bagi membantu pesakit dan keluarga dari sudut keperluan spiritual.\n\n\nMenurutnya, peranan pegawai agama di hospital boleh membantu pesakit dari banyak aspek memberi tazkirah atau memberi tunjuk ajar kepada pesakit dalam menunaikan solat ketika uzur sehinggalah mengajar pesakit yang sedang melalui sakaratulmaut untuk mengucapkan dua kalimah syahadah.\n\n\nJelas Muhammad Ismi, untuk permulaan, perjawatan bagi perkhidmatan pegawai agama di hospital boleh dilaksanakan secara kontrak dahulu waktu ini bagi tujuan perintis."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/3-tahun-tempoh-1500-doktor-kontrak-dapat-lantikan-tetap-anwar/", "title": "3 tahun tempoh 1,500 doktor kontrak dapat lantikan tetap \u2013 Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu- Dalam memberi jaminan 1,500 doktor kontrak akan menjadi pekerja tetap tahun ini, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kerajaannya memerlukan tiga tahun untuk menyelesaikan masalah itu.\n\n\nIni kerana, katanya, masalah lantikan tetap berlarutan sejak sekian lama dan kerajaannya tidak boleh menyelesaikannya dalam masa setahun.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau kerajaan nak selesaikan semuanya sekali bagi 4,000 (lantikan tetap) yang dituntut, maknanya kita perlukan RM10 bilion setahun. Maka, tidak mungkin.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebab itu saya bagi jaminan, tahun ini 1,500 (lantikan). Tahun depan atau berikutnya, katakan dalam tempoh tiga tahun, kita boleh selesaikan masalah ini.\n\n\n\u201cMasalah tertangguh lama. Jadi, tidak boleh bebankan kita dalam satu tahun untuk selesaikan semua. RM3 bilion itu bukan jumlah yang kecil,\u201d katanya menurut Berita Harian.\n\n\nPada November 2021, Kementerian Kesihatan dilaporkan berkata, seramai 4,186 kakitangan kesihatan kontrak sudah dinilai dan diperakui untuk lantikan tetap oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Ia membabitkan 3,586 pegawai perubatan, 300 pegawai pergigian dan 300 pegawai farmasi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBeri \u2018sedekah\u2019 kepada pengundi tetap rasuah \u2013 Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nMayat nelayan ditemukan dalam perut buaya\n\n\n\n\n\n\nBukan persenda Menu Rahmah, hanya mahu nasi berkuah \u2013 Hanafiah\n\n\n\n\n\n\nTipu skim pelaburan, lebih 100 mangsa buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\nShebby Meninggal Akibat Serangan Jantung\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar berkata, kerajaan akan terus mengutamakan pengisian jawatan perkhidmatan awam dalam sektor kritikal seperti bidang kesihatan dan pendidikan.\n\n\n\u201cIni dijangka membabitkan perbelanjaan tambahan sehingga RM800 juta untuk 2023, yang mampu dan boleh kita tampung untuk satu tahun.\u201d\n\n\nTerdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini dilaporkan menggesa kakitangan kesihatan tidak mengadakan mogok kerana ia bukan penyelesaian terbaik untuk menangani masalah yang membelenggu sistem penjagaan kesihatan.\n\n\nThe Star melaporkan sebuah kumpulan dikenali \u201cMogok Doktor Malaysia\u201d mendakwa kira-kira 8,000 doktor kontrak akan menyertai mogok bulan depan. Katanya, doktor terbabit juga mungkin meletak jawatan beramai-ramai.\n\n\nKumpulan itu berkata, mereka yang mogok akan mengambil cuti sakit atau kecemasan mulai 3 hingga 5 April sebagai tanda protes. Ia bagaimanapun tidak menggalakkan doktor menyertai sebarang demonstrasi. \u2013 FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/4-beradik-ditemukan-maut-dalam-kebakaran/", "title": "4 beradik ditemukan maut dalam kebakaran", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kepanasan akibat rumah mereka yang terbakar mungkin menyebabkan empat beradik pergi menyelamatkan diri ke bilik air.\n\n\nNamun usaha mereka gagal, apabila keempat-empat mereka ditemukan maut dalam kebakaran itu.\n\n\nJenazah mereka ditemui anggota bomba dan penyelamat selepas operasi memadamkan kebakaran rumah di Lorong Haji Muhammad, Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor, Muar Johor, malam tadi, selesai.\n\n\nDalam kejadian jam 7.49 malam itu, mangsa masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia tiga hingga lapan tahun ditemukan meninggal dunia.\n\n\nKomander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar, berkata kebakaran membabitkan rumah jenis separuh kekal berkeluasan 50\u00d735 kaki.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, kebakaran itu memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya, anggota bomba melakukan pencarian mangsa.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cEmpat mangsa terdiri dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lapan tahun ditemukan di bilik air rumah mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri,\u201d katanya ketika dihubungi Berita Harian.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, kebakaran itu memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya, anggota bomba melakukan pencarian mangsa.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cEmpat mangsa terdiri dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lapan tahun ditemukan di bilik air rumah mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri,\u201d katanya ketika dihubungi Berita Harian.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, seramai 20 anggota dari BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.\n\n\n\u201cPemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mengesahkan semua mangsa disahkan meninggal dunia.\n\n\n\u201cMayat keempat-empat beradik itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,\u201d katanya.\n\n\nOperasi tamat pada jam 9.52 malam.\n\n\nPunca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/850000-pekebun-kecil-getah-pesawah-dan-nelayan-dapat-rm200/", "title": "850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan dapat RM200", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nKerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan di seluruh negara.\u00a0\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim\u00a0 berkata, pemberian bantuan tersebut antara yang terbesar pernah diberikan kepada golongan nelayan, pesawah dan pekebun kecil serta ia juga\u00a0 menelan belanja sebanyak RM170 juta.\u00a0\n\n\nTambah beliau, bantuan tersebut juga merupakan inisiatif tambahan terhadap bantuan yang diumumkan kepada golongan itu dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada bulan lalu.\u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan takutkan orang Melayu dengan gelombang hijau \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\nJom Ziarah Gereja : Bercanggah Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Terus Menurun, Bawah 40,000 Orang\n\n\n\n\n\n\nKerana Musang King \u2013 jangan aniaya Orang Asli, bincang sebelum halau\n\n\n\n\n\n\nAmbil Langkah Berjaga-Jaga Elak Gelombang Keempat \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.\u00a0\n\n\nJusteru, inisiatif bantuan berkenaan wujud apabila terdapat rakyat di negara ini yang masih dibebani dengan masalah kewangan terutama pada bulan Ramadan ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/ab-rauf-bakal-menjadi-ketua-menteri-melaka/", "title": "Ab Rauf bakal menjadi Ketua Menteri Melaka?", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kerajaan Melaka didakwa bakal bertukar Ketua Menteri baharu pada Jumaat ini.\n\n\nMalah difahamkan upacara mengangkat sumpah Ketua Menteri ke-14 itu akan diadakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama di Ayer Keroh.\n\n\nMedia yang menunggu selama tiga jam di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri untuk mendapatkan respons daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali ketika mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga gagal apabila dimaklumkan beliau tidak mahu bertemu pemberita.\n\n\nSumber terdekat pejabat Ketua Menteri memaklumkan, setakat ini tiada arahan selanjutnya dan masih menunggu arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Rayuan benarkan rayuan MAIS & kerajaan negeri kembalikan agama Islam wanita\n\n\n\n\n\n\n88% perokok beralih hisap vape untuk berhenti merokok\n\n\n\n\n\n\n25 tahun berlalu, Anwar `kembali\u2019 ke Menara Dato\u2019 Onn\n\n\n\n\n\n\nCadangan KWSP sebagai cagaran pinjaman tidak wajar \u2013 Kesatuan Pekerja\n\n\n\n\n\n\nPRN Sarawak Ke-12 18 Disember Ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian Pembangunan Koperasi, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang disebut-sebut bakal menggantikan tempat itu bagaimanapun ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perubahan struktur pentadbiran itu.\n\n\n\u201cSaya tak mahu komen lanjut sehingga ada maklumat seterusnya,\u201d katanya ringkas.\n\n\nTerdahulu tular di aplikasi WhatsApp mengenai ucapan terima kasih untuk semua jasa jasa yang telah diberikan untuk rakyat Negeri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.\n\n\n\u201cKita tahu apa yang akan berlaku \nnext few days\n. Semoga Allah SWT berikan kesihatan buat YAB Ketua Menteri. Buat bakal, \nAll the best!\n,\u201d katanya.\n\n\nMedia pada Isnin melaporkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan akan berlaku perubahan struktur pentadbiran kerajaan negeri menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka.\n\n\nAhli Parlimen Bagan Datuk itu turut mengesahkan kerajaan ketika ini menuju kepada usaha pembentukan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/bazar-raya-usrah-khadijah-bantu-golongan-tidak-berkemampuan/", "title": "Bazar raya Usrah Khadijah bantu golongan tidak berkemampuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Atas kesedaran ada yang tidak berkemampuan menyambut Aidilfitri,\u00a0 Wanita BERJASA meneruskan inisiatif kebajikan dengan melancarkan Bazar Usrah Khadijah untuk membantu golongan berkenaan.\n\n\nTimbalan Ketua Wanita BERJASA, Ustazah Siti Umi Kalsom Hussin berkata, inisiatif itu adalah usaha Wanita BERJASA untuk meringankan beban golongan mereka yang tidak berkemampuan untuk menyediakan persiapan Aidilfitri nanti.\n\n\nKatanya, bazar itu menawarkan banyak koleksi pilihan baju raya mampu milik itu akan diadakan pada 1 April sehingga 7 April di Pusat Komuniti BERJASA Kapar di Klang, Selangor.\n\n\n\u201cSebelum ini, Usrah Khadijah yang dibawakan oleh Wanita BERJASA adalah satu jenama yang berkongsi ilmu kepada masyarakat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKapal LCS dikurangkan kepada lima kapal \u2013 Panglima TLDM\n\n\n\n\n\n\nKuza, Kuni diarah failkan pembelaan terhadap saman fitnah\n\n\n\n\n\n\nTidak Berhati Perut, Buang bayi\n\n\n\n\n\n\nHad usia teksi, e-hailing seluruh negara dinaikkan kepada 15 tahun\n\n\n\n\n\n\nIstiqamah \u2013 Solat Subuh selamatkan akidah anak-anak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik portal ISMAWEB, katanya untuk Ramadan kali ini, BERJASA akan bawakan Usrah Khadijah untuk meluaskan peranannya dengan menawarkan inisiatif kebajikan kepada masyarakat melalui program Bazar Usrah Khadijah.\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, bazar berkenaan bukan hanya terbuka kepada golongan B40, bahkan juga untuk golongan lain yang memerlukan seperti M40.\n\n\nWanita BERJASA kata Umi Kalsom, memahami kesusahan yang dialami rakyat akibat daripada kenaikan kos keperluan barangan.\n\n\n\u201cBazar Usrah Khadijah menawarkan pelbagai pilihan baju raya terpakai yang masih lagi elok untuk dimiliki secara percuma.\n\n\n\u201cKami jamin 90 peratus baju raya yang ditawarkan oleh Bazar Usrah Khadijah masih dalam keadaan yang baik dan sesuai untuk dipakai pada hari lebaran nanti,\u201d katanya.\n\n\nJelasnya program Bazar Usrah Khadijah adalah program kebajikan kedua pada bulan Ramadan, selepas bantuan kewangan yang disalurkan kepada seorang pesakit kanser saraf tunjang tahap empat.\n\n\n\u201cBaru-baru ini, Wanita BERJASA baru sahaja selesai menyerahkan sumbangan wang sebanyak RM2,300 kepada keluarga pesakit kanser saraf tunjang tahap empat.\n\n\n\u201cKami mengharapkan program-program kebajikan yang kami tawarkan bukan sahaja mampu meringankan beban masyarakat yang memerlukan, malah mampu merapatkan hubungan Wanita BERJASA dengan masyarakat luar,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/belanjawan-2023-inisiatif-tambahan-diumum/", "title": "Belanjawan 2023 : inisiatif tambahan diumum hari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023.\n\n\nBeliau yang\u00a0 juga Menteri Kewangan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.\n\n\nAnwar berkata, inisiatif tambahan baharu itu melibatkan bantuan Aidilfitri, melanjutkan pelepasan cukai individu dan berkaitan peruntukan kredit perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).\n\n\n\n\n\u201cMemandangkan keadaan hidup rakyat ini masih terasa\u2026 saya teliti mana kohort yang tidak peroleh manfaat sebelum ini, masih ada masalah terutama pada bulan Ramadan dan Aidilfitri.\n\n\n\n\n\u201cMaka saya bersetuju salurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sebanyak RM200 lagi, tambahan (kepada) apa yang telah diumumkan. Hal ini akan menelan belanja RM170 juta ringgit,\u201d kata beliau.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019: anjuran NGO di bawah KBS, sasar belia Muslim\n\n\n\n\n\n\nKWSP lancar i-Sayang, suami boleh carum dua peratus untuk isteri\n\n\n\n\n\n\nPerkembangan Terkini Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid dedah identiti 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Cecah RM13.90 Sekilogram\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau,\u00a0 penambahan tersebut merupakan bantuan terbesar yang pernah diberikan kerajaan kepada golongan nelayan, pesawah dan pekebun kecil\n\n\n\n\nMemetik BERNAMA, dalam Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah padi untuk tempoh tiga bulan semusim serta menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/ceti-haram-hina-agama-islam-ppim-gesa-kdn-jakim-bertindak/", "title": "Ceti haram hina agama Islam, PPIM gesa KDN, JAKIM bertindak", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak yang berwajib agar segera menyiasat tindakan ceti haram atau lebih dikenali sebagai `along\u2019 yang bertindak menghina agama islam.\n\n\nKetua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, memohon Kemeneterian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyegerakan dan membuat siasatan itu dengan secara seriu.\n\u201cSaya tidak lihat ada keperluan untuk menghina agama Islam.\n\n\n\u201cKata-kata yang digunakan itu sehingga saya sendiri tidak sanggup untuk membacanya. Kita tidak boleh berdiam diri apabila dimaki dan dicerca.\n\n\n\u201cPerkara ini boleh menjadi ancaman kepada keharmonian negara kerana mereka memaki orang Melayu dan juga orang Islam,\u201d katanya\nTurut hadir bersama, Pengarah Penyelidikan Latihan PPIM, Izham Nayan dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN umum senarai MP pegang portfolio sebagai pembangkang di Parlimen\n\n\n\n\n\n\nTanah Rizab Melayu meningkat lebih 29 peratus di Selangor\n\n\n\n\n\n\nPenganggur mengaku kelar ibu, adik berdepan hukuman penjara 80 tahun\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa bertanding atau tidak, diputus malam ini\n\n\n\n\n\n\nJual Sijil Palsu, Doktor Disambung Reman\n\n\n\n\n\n\n\n\nNadzim juga berharap agar pihak kerjaan dan pihak berwajib mengambil tindakan yang tegas terhadap golongan ceti haram ini yang semakin hari naik daun beroperasi secara dalam talian.\nTambahnya lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hendaklah lebih peka terhadap isu yang semakin parah kerana ini melibatikan keselamatan dan juga data peribada para pengguna.\n\u201cPengguna akan meminjam wang menggunakan aplikasi yang dimuat turun. Apabila mereka menggunakan aplikasi ini maklumat peribadi yang terkandung dalam telefon pintar mereka boleh diakses oleh along.\n\u201cMenteri yang berkenaan perlu melihat isu ini dengan lebih mendalam, kes membabitkan along ini memang biasa tetapi kegiatan atas talian ini luar biasa. Apabila data daripada telefon pintar pengguna dapat diakses, along dapat melakukan apa sahaja yang mereka mahukan,\u201d katanya.\nTambah Nadzim lagi, terdapat daripada sesetengah along ini tidak mempunyai perasaan takut dan gentir akan kepada pihak berkuasa, malah mereka mencabar untuk melakukan laporan pihak polis.\n\u201cPerkara ini terjadi setiap hari dan juga sudah lama berlaku. Saya harapkan akan ada satu perubahan. Oleh sebab itu, saya mohon pihak polis dan MCMC tubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini.\n\u201cTakkanlah kita mahu biarkan pengguna meminjam sebanyak RM150 tetapi perlu membayar semua sebanyak RM5,000. Sesuatu tindakan dilakukan, apa lagi yang kita tunggu. Saya yakin perkara ini boleh diselesaikan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/etnik-rohingnya-paling-ramai-mohon-di-malaysia/", "title": "Etnik Rohingnya paling ramai mohon suaka di Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\nEtnik Rohingya adalah kumpulan pelarian dan pemohon suaka tertinggi di negara ini.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan, jumlah terkini pelarian itu sudah mencapai sebanyak 158 165 orang.\u00a0\n\n\nDatok Armizan Mohd Ali memaklumkan pemohon suaka di negara ini majoritinya adalah Etnik Rohingnya daripada negara Myanmar\n\n\nMengulas lanjut, Armizan berkata, majoriti daripada jumlah berkenaan terdiri daripada etnik Rohingnya, Myanmar iaitu sebanyak 106,129\u00a0 orang (67.10 %) .\u00a0\n\n\nPerincian, daripada jumlah itu juga memuatkan seramai 91,780 (86.48%) adalah pelarian. m\nanakala, selebihnya adalah\u00a0 14,349 (13.52) yang merupakan\u00a0 pemohon suaka di negara ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nExco DAP cuba semarakkan Islamofobia, biadap \u2013 Haji Amin\n\n\n\n\n\n\nHutan bakau Pantai Cermin diancam kemusnahan\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor bubar 23 hari lagi\n\n\n\n\n\n\nBimbang Kesedaran Melayu Bangkit Punca Tuduhan Dilempar Pada Filem Mat Kilau\n\n\n\n\n\n\nPas kekal jadi pembangkang konstruktif, tidak sertai Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nArmizan berkata demikian melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid yang meminta beliau untuk mendedahkan jumlah etnik Rohingnya atau penuntut suaka mahupun pelarian yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.\u00a0\n\n\n\n\nSebelum ini, PBB menyatakan statistik UNHCR, terdapat seramai 182,990 pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dari 59 negara, setakat\u00a0 Disember 2022 lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/harga-juadah-di-bazar-ramadan-bandar-baru-bangi-masih-mesra-poket/", "title": "Harga juadah di bazar Ramadan Bandar Baru Bangi masih `mesra poket\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Bazar Ramadan amat sinonim dengan bulan Ramadan.\u00a0 Kewujudannya membantu umat Islam menyediakan juadahberbuka puasa khususnya bagi mereka yang bekerja.\n\n\nSelain harga, makanan dan minuman yang dijual pembeli juga akan memilih satu-satu bazar Ramadan yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.\n\n\nTinjauan TV Pertiwi di bazar Ramadan Bandar Baru Bangi, Selangor mendapati rata-rata pembeli berpuas hati dengan harga yang ditawarkan oleh para peniaga di bazar Ramadan tersebut.\n\n\nSalah seorang pembeli yang hanya dikenali sebagai Firdaus\u00a0 berkata, barang-barang yang dijual di bazar Ramadan\u00a0 ini jauh lebih murah dan mesra poket berbanding dengan bazar ramadhan yang lain seperti di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) \n\u201cSetakat ini, disebabkan terlalu banyak persaingan di antara para penjual yang menjual benda yang sama, Alhamdulillah harga-harga yang ditawarkan oleh para peniaga di sini tidak terlampau mahal berbanding dengan bazar-bazar yang lain seperti di TTDI\u201d katanya.\nTambah Firdaus, beliau turut selesa dan sangat berpuas hati dengan keadaan bazar di lokasi ini kerana terdapat banyak tempat dan ruang parkir untuk meletakkan kereta dan ruang jualan makanan juga dipisahkan dengan jualan barangan basah.\n\u201cSetakat ini, Alhamdulilah saya sangat selesa dengan keadaan bazar di sini kerana banyak ruangan parkir kereta untuk para pembeli dan mereka juga (pihak penganjur) juga memisahkan bazar jualan makanan dengan barangan basah yang berada di belah atas dan tidak mengganggu orang sekitar.\u201d\nIzril yang merupakan seorang pelajar pula berkata, beliau merasakan harga barangan yang di bazar Ramadan itu masih terkawal dan tidak terlampau mahal.\n\u201cSetakat ini, ketika saya ronda-ronda sekitar bazar Ramadan ini,baranagn yang dijual para peniaga sangat berpatutan dan masih boleh dibeli.\n\u201cNamun, saya masih perlu berjimat cermat dalam urusan pembelian. Setakat ini saya mampu untuk membeli ayam madu dengan harga yang berpatutan.\u201d ujarnya.\nBazar Ramadan di Bandar Baru Bangi ini berhadap dengan Hotel Tenera.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBapa belajar hisap dadah daripada anak\n\n\n\n\n\n\n52 penerbangan tambahan ke seluruh negara diluluskan MOVCOM\n\n\n\n\n\n\nDr Mahathir dakwa UMNO sudah tidak wujud lagi\n\n\n\n\n\n\nMasjid Biru Istanbul dibuka semula buat umat Islam\n\n\n\n\n\n\nPusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada bulan lain selain Ramadan, bazar ini merupakan tapak pasar malam, namun untuk Ramadan sahaja, lebih kurang 100 gerai diberi lesen meniaga sementara bulan berpuasa di tapak ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/harga-siling-ayam-telur-dimuktamad-esok/", "title": "Harga siling ayam, telur dimuktamad esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Harga siling bagi bekalan ayam dan telur menjelang sambutan Aidilfitri akan dimuktamadkan esok sementara menantikan perbincangan dua kementerian pada petang Rabu.\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, langkah itu juga penting dalam memastikan bekalan mencukupi menjelang musim perayaan tersebut.\n\n\n\u201cKita akan lihat esok dari segi bekalan dahulu, ia mesti dipastikan cukup dan ia tanggungjawab MAFS (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan).\n\n\n\u201cSetakat minggu lepas, KPDN menerima data daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar bahawa bekalan sehingga Hari Raya Puasa adalah stabil dan mencukupi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDewan Serbaguna & Ruang Solat dinamakan sempena Siti Sarah\n\n\n\n\n\n\n30 rakyat Malaysia bakal tiba di tanah air esok\n\n\n\n\n\n\n12 kes Covid-19 subvarian Arcturus dikesan di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nTindakan Kerajaan Kedah adalah Betul- Peguam\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Projek khusus tangani kesesakan jejas lokasi pelancongan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cOleh kerana ada desas-desus (harga turun) beberapa hari ini, KPDN dan MAFS akan berjumpa petang ini untuk periksa secara tuntas data-data terkini,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyampaikan geran kajian, pembangunan dan pengkomersilan (RDC) Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung serta serahan lesen jualan langsung di Kementeriannya pada Rabu.\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata, tidak berlaku sebarang kenaikan harga yang mendadak membabitkan bekalan ayam dan telur di pasaran.\n\n\n\u201cKami berasakan barang-barang kawalan telah kita pantau dengan baik dan kami pastikan tidak berlaku pencatutan harga yang melampau.\n\n\n\u201cDemikian juga harga barang kawalan yang masih kita pantau, jadi pegawai-pegawai kita setakat hari ini masih memantau dan tidak berlaku isu-isu yang melanggar (peraturan),\u201d ujarnya lagi.\n\n\nMeskipun berlaku peningkatan harga ayam di ladang, Salahuddin menyatakan harga siling sedia ada masih terkawal dan tidak membebankan pengguna.\n\n\nSebelum ini, wujud kebimbangan berhubung kekurangan bekalan asas itu khususnya menjelang Syawal selain keresahan pengguna berhubung ketidaktentuan harga di pasaran."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/ketua-umno-sungai-besar-bakal-bankrap/", "title": "Ketua UMNO Sungai Besar bakal bankrap", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Rabu \u2013 Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa, beliau akan bankrap selepas membayar ganti rugi RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.\u00a0\n\n\nIa akan menyebabkan Jamal hilang kelayakan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN).\u00a0\n\n\nSebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Jamal membayar ganti rugi itu berhubung dakwaan Teresa menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) pada tahun lalu.\n\n\nPeguambela Jamal, Rejinder Singh, anak guamnya merayu di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini untuk menggantung pelaksanaan penghakiman yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tawar Khairy bertanding atas tiket BERSATU\n\n\n\n\n\n\nBunuh isteri, mahkamah arah Lans Koperal jalani pemeriksaan mental\n\n\n\n\n\n\n12 warga asing kerat mayat rakan dituduh esok\n\n\n\n\n\n\nSalah ke parti politik terima sumbangan?\n\n\n\n\n\n\nHakim Meragui Pelepasan Tuduhan Rasuah Ke Atas Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cProses rayuan di Mahkamah Rayuan berjalan pantas. Maka, tiada isu prejudis serta untuk melambatkan (bayaran ganti rugi).\n\n\n\u201cSaya akan mengikut arahan mahkamah jika penggantungan itu bersyarat dan ini akan diberitahu kepada anak guam,\u201d\n\n\nBeliau berkata, alasan itu menunjukkan ada keadaan khas dalam rayuan oleh Jamal sebagai ahli politik.\n\n\nDalam keputusan itu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Arief Emran Arifin, turut mengarahkan Jamal membayar kos RM50,000 kepada Teresa.\n\n\nSementara itu, peguam, Datuk SN Nair mewakili Teresa tidak bersetuju wujud keadaan khas dalam rayuan itu.\n\n\n\u201cKetakutan untuk bankrap bukan keadaan khas. Jamal beritahu sudah membuat pengumpulan dana dan ada wang itu.\u201d\n\n\nPanel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Datuk Yaacob Md Sam bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Azimah Omar, kemudian membenarkan rayuan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu untuk menggantung pelaksanaan penghakiman berkenaan.\n\n\nYaacob berkata, permohonan itu ada merit hasil penelitian hujahan kedua-dua pihak.\n\n\nNamun penggantungan itu bersyarat iaitu jumlah penghakiman sebanyak RM300,000 itu perlu didepositkan ke dalam akaun peguam responden.\n\n\nSebagai rekod, pada 26 Julai tahun lalu, Teresa berjaya memperoleh ganti rugi itu selepas memenangi kes saman fitnah terhadap Jamal atas dakwaan salah guna dana YAWAS.\n\n\nAhli Parlimen Seputeh yang memfailkan saman pada 6 April 2017 mendakwa Jamal mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya, ketika mengadakan sidang media pada 8 Mac 2017.\n\n\nLiputan Video disini : \nhttps://fb.watch/jzUh8a69Ly/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/mahkamah-kuwait-perintahkan-jho-low-dihukum-penjara-10-tahun/", "title": "Mahkamah Kuwait perintahkan Jho Low dihukum penjara 10 tahun", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nAhli Perniagaan yang juga lelaki paling dikehendaki negara, Jho Taek Low dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun tanpa kehadiran oleh sebuah mahkamah di Kuwait atas pertuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1MDB.\n\n\nJho Low yang turut dibabitkan dengan kesalahan pengubahan wang haram 1MDB dikatakan masih hilang hingga kini\n\n\nKes tersebut dikatakan masih berjalan tanpa kerjasama kerajaan Malaysia dan hanya diteruskan oleh mahkamah berkenaan.\u00a0\n\n\nMenurut\u00a0 laporan akhbar Kuwait Al-Qabas, selain Jho Low, terdapat seorang lagi Sheikh bersama rakan kongsinya termasuk dua orang warga asing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun.\n\n\nDalam pada itu, seorang lagi peguam turut dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun atas tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan dana Malaysia.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Operasi SAR ditangguh sementara akibat hujan lebat\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tak adil sebab tidak sentuh peruntukan wakil rakyat pembangkang\n\n\n\n\n\n\nBangkai kucing: Polis cari suspek\n\n\n\n\n\n\nBarisan kepimpinan baharu UMNO \u2018orang Zahid\u2019 \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nMat London menghembus nafas terakhir di pagi Subuh hening\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, pesalah yang terlibat diperintah untuk memulangkan\u00a0 AS$1billion dolar yang bersamaan RM4.4 bilion serta perlu membayar denda berjumlah RM2billion.\n\n\nDia yang digelar Sheikh dipercayai merupakan anak kepada bekas perdana menteri Kuwait.\n\n\nManakala laporan Sarawak Report pula mendedahkan, identiti sebenar mereka iaitu Sheikh yang terlibat merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Sabah Jaber Al \u2013 Mubarak Al-Sabah.\u00a0\n\n\nLima individu yang mengetahui status wang haram dana hasil 1MDB milik rakyat Malaysia\n\n\nIdentiti rakan kongsi yang dipercayai sekutu Jho Low pula dikenali sebagai Hamad Al Wazan dan peguamnya, Saud AbdelMohsen.\u00a0\n\n\nAl-Qabar pula melaporkan, kelima-lima pesalah itu didakwa melakukan pengubahan wang haram yang bernilai empat perpuluhan sembilan lima billion ringgit.\u00a0\n\n\nJusteru, dakwa agensi berita itu, lima individu tersebut turut mengetahui status wang haram terbabit merupakan hasil haram yang diseleweng daripada dana pelaburan Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/mb-kedah-dilarang-hadiri-program-kerajaan-persekutuan/", "title": "MB Kedah dilarang hadiri program kerajaan persekutuan", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Rabu \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor mendakwa, beliau dilarang menghadiri semua program anjuran Kerajaan Persekutuan.\n\n\nBeliau membuat kenyataan itu dalam hantaran facebook rasminya tanpa mengulas lanjut mengenai keputusan kabinet itu.\u00a0\n\n\nMuhammad Sanusi berkata, beliau turut dihalang menghadiri acara Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 23) yang dijangka diadakan di Langkawi pada Mei depan.\u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat khas namakan calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan\n\n\n\n\n\n\nOrang Ramai Dinasihat Ambil Langkah Berwaspada Elak Penyakit Berjangkit\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Pilihan Khas Mesyuarat Rabu Depan\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil keterangan wanita olah video manipulasi titah Sultan Perak\n\n\n\n\n\n\nHukuman Lebih Kepada Pengajaran, Bukan Penyeksaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau dengan jelas mendakwa, perkara itu merupakan keputusan Kabinet yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nSebagai rekod, LIMA 2023 bakal menjadi acara paling popular dirantau ini selepas edisi terakhir LIMA 19 memandangkan edisi 2021 terpaksa dibatalkan susulan pandemik Covid-19.\n\n\nSetelah ditangguhkan selama tiga tahun selepas LIMA 19, semua pihak yang terlibat termasuk kerajaan serta orang awam menantikan penganjuran LIMA 2023.\n\n\nDijangka, 110 pesawat dan aset udara serta 110 kapal dan aset maritim bakal dipamerkan pada acara tersebut yang melibatkan kira-kira 600 syarikat dalam industri pertahanan.\n\n\nLiputan Berita Hari Ini : \nhttps://fb.watch/jzRV3STgkQ/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/mogok-doktor-kontrak-bukan-jalan-penyelesaian-kp-kesihatan/", "title": "Mogok doktor kontrak bukan jalan penyelesaian \u2013 KP Kesihatan", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Rabu \u2013 Kempen mogok yang dijangka berlansung 3 hingga 5 April ini disifatkan sebagai tindakan kurang jelas dan tidak memberi jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. \nMenurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkhidmatan kesihatan merupakan satu perkhidmatan kritikal yang mana melibatkan nyawa dan kesejahteraan manusia. \n\u201cMogok bukanlah jalan penyelesaian terbaik khususnya jika ia dikaitkan dengan profesion pegawai perubatan atau mana-mana skim profesional lain,\u201d katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.\nTambah beliau, masalah ini perlu ditangani dengan cara yang lebih professional. Buktinya, semasa pandemik Covid-19, sistem kesihatan berdaya tahan membantu mengawal wabak dan memberi kesan yang positif kini dimana rakyat boleh menjalankan kehidupan harian seperti biasa. \n\u201cKemakmuran dikecapi kini banyak disumbangkan oleh pakar dan anggota kesihatan di pelbagai peringkat sama ada di sektor pencegahan atau kesihatan awam mahupun di sektor klinikal dan penyelidikan,\u201d katanya.\nNamun ujarnya lagi, petugas kesihatan sememangnya perlu diberi perhatian dan memberi bayaran setimpal dengan perkhidmatan yang telah diberikan. Masalah doktor kontrak ini akan diberi perhatian oleh kerajaan antaranya mewujudkan jawatan tetap, memberi penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan pengwujudan gred UD56 untuk pakar perubatan dan sebagainya"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/pdrm-nafi-datuk-ayob-khan-miliki-akaun-tiktok/", "title": "PDRM nafi Datuk Ayob Khan miliki akaun TikTok", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan sebuah akaun dalam aplikasi TikTok dengan nama @datukayub8 adalah milik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.\n\n\nPDRM dalam kenyataan malam ini memaklumkan akaun berkenaan adalah palsu dengan menggunakan nama dan gambar Ayob Khan untuk menarik pengikut di aplikasi terbabit.\n\n\n\u201cOrang ramai dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan akaun itu dan sentiasa merujuk sumber yang sah bagi mendapatkan informasi yang tepat dan sahih,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nAkaun berkenaan yang mempunyai lebih 70,000 pengikut memuat naik pelbagai gambar dan video berkaitan Ayob Khan yang menyarung pakaian uniform. \u2013 BERNAMA\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMangsa Macau Scam \u2018berputih mata\u2019, wang simpanan KWSP RM141,000 lesap\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tawar Khairy bertanding atas tiket BERSATU\n\n\n\n\n\n\nPACU, UKM meterai MoU bangunkan bidang keilmuan\n\n\n\n\n\n\nFuad bidas kenyataan Kadir, siapa sebenarnya \u2018harakiri\u2019\n\n\n\n\n\n\nWisma Putra terima maklumat tiga rakyat Malaysia masih di Sudan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/pelepasan-cukai-sspn-dilanjutkan-hingga-2024/", "title": "Pelepasan cukai SSPN dilanjutkan hingga 2024", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu-\u00a0 Selepas diasak oleh orang ramai berhubung dengan pemansuhan pelepasan cukai pendapatan individu sebanyak\u00a0 RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kerajaan hari ini\u00a0 melanjutkan pengecualian itu hingga ke tahun 2024.\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan pelanjut itu berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keresahan dan teguran kepada kerajaan.\n\n\n\u201cSetelah mendengar keresahan disuarakan dan teguran kepada kerajaan (selepas pengumuman semalam), maka saya bersetuju untuk melanjutkan pelepasan cukai SSPN ini. Cadangan ini melibatkan kehilangan hasil kerajaan sekitar RM250 juta setahun, namun memberi manfaat kepada sekitar 400,000 pembayar cukai,\u201d\n\n\nSemalam, media melaporkan Timbalan Menteri Kewangan II,\u00a0 Steven Sim berkata bermula tahun ini, pembayar cukai mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000.\n\n\nMemetik BERNAMA, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgensi-Agensi Minta Mesyuarat PSC Diteruskan\n\n\n\n\n\n\nAG saran teks BM jadi versi rasmi Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nJemaah Menteri setuju potong gaji 20 peratus setiap bulan\n\n\n\n\n\n\nBeri \u2018sedekah\u2019 kepada pengundi tetap rasuah \u2013 Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nAMANAH bertanding di 31 DUN, Mahfuz di Alor Mengkudu\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, beberapa inisiatif tambahan Belanjawan 2023 turut diumumkan seperti bantuan Aidilfitri dan berkaitan peruntukan kredit perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP).\n\n\n\u201cMemandangkan keadaan hidup rakyat ini masih terasa\u2026saya teliti mana kohort yang tidak peroleh manfaat sebelum ini, masih ada masalah terutama pada bulan Ramadan dan Aidilfitri.\n\n\n\u201cMaka saya bersetuju salurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sebanyak RM200 lagi, tambahan (kepada) apa yang telah diumumkan. Hal ini akan menelan belanja RM170 juta ,\u201d katanya.\n\n\nAnwar berkata penambahan itu adalah bantuan terbesar pernah diberikan kerajaan kepada golongan nelayan, pesawah dan pekebun kecil\n\n\nDalam Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah padi untuk tempoh tiga bulan semusim serta menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah.\n\n\nSelain itu, pasukan sukarelawan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan polis dan bomba turut menerima \u201cduit raya\u201d apabila kerajaan bersetuju memberikan sagu hati sebanyak RM300.\n\n\n\u201cSaya sebut tadi ada kategori tidak dapat manfaat sama, kategori ini ialah sukarelawan. Ia berbeza daripada pekerja tetap, polis bantuan itu tidak termasuk, tapi kategori sukarelawan ini 200,000 orang, sehubungan itu menjelang Aidilfitri ini maka saya setuju beri sagu hati kepada mereka RM300,\u201d katanya.\n\n\nAnwar turut mengumumkan mulai 1 April tahun ini, kerajaan akan memperluaskan sasaran SJKP terhadap golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap, bagi memiliki kediaman pertama yang memberi manfaat kepada golongan B40 dan M40.\n\n\nDalam Belanjawan 2023 dibentangkan 24 Feb lalu, SJKP ditambah baik dengan meningkatkan dana jaminan pembiayaan daripada RM3 bilion kepada RM5 bilion untuk membantu pembeli rumah kali pertama, terutama mereka yang tidak berpendapatan tetap.\n\n\nSementara itu, Anwar berkata kerajaan akan turut memberi keutamaan kepada pengisian jawatan perkhidmatan awam dalam sektor kritikal khususnya bidang kesihatan serta pendidikan dan hal ini dijangka melibatkan perbelanjaan tambahan sehingga RM800 juta untuk tahun ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/peniaga-luah-rasa-kesal-harga-barang-mentah-meningkat/", "title": "Peniaga luah rasa kesal harga barang mentah meningkat", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Segelintir peniaga meluahkan rasa kesal terhadap harga barang yang meningkat daripada pembekal hingga mendatangkan kerugian di sekitar Pasar Basah Bandar Baru Bangi, Selangor.\n\u201cHarga barang mentah yang kami terima juga meningkat, kadang-kadang untung kami hanya RM1 per kilo sebab kami tidak mahu mengambil banyak barang dan kemudian nanti tidak menguntungkan kami semula\u201d kata Sufian Muhamad, 43 yang merupakan peniaga sayur-sayuran.\nTambah Sufian, sayur-sayuran mudah rosak dan jika ia tidak dapat dihabiskan dalam masa dua hari, beliau terpaksa menanggung rugi jika barang masih banyak. Jika pembekal jual dengan harga yang lebih murah, peniaga dapat menarik pelanggan dengan tawaran harga rendah.\u00a0\nMenurut Zazli\u00a0 Mohd Yusof, 53, pula, harga ayam semakin meningkat beserta kos yang dikeluarkan untuk memproses ayam juga tidak mendatangkan untung yang banyak lebih-lebih lagi dengan adanya harga siling yang ditetapkan kerajaan iaitu RM 9.40 sekilogram. \n\u201cHarga siling ini hanya untuk kami peniaga di pasar-pasar atau kedai runcit, tapi bagi pembekal dari ladang mereka tidak dikenakan harga siling. Jadi sekiranya pembekal jual dengan harga mahal, kami juga terpaksa jual dengan harga yang ditetapkan kerajaan\u201d ujarnya. \nBagi peniaga ikan, Mohamad Rohan, 43, harga hidupan laut agak mahal dan meningkat mendadak. Harga yang diterima di jeti dan pembekal berbeza setiap hari serta tidak boleh diduga. Setakat ini, harga sotong dan ketam naik RM10 per kilo. \n\u201cBila harga naik, orang tidak mahu beli. Bila orang tidak mahu beli, kami lah tanggung rugi. Alhamdulillah kerajaan tidak kawal harga ikan tetapi kalau boleh mohon kawal harga dari pembekal supaya kami dapat jual kepada pembeli secara berterusan\u201d katanya dalam temu bual bersama TV Pertiwi di Pasar Basah Bandar Baru Bangi.\u00a0\n\n\nPeniaga meluahkan rasa kesal terhadap kawalan harga yang perlu diikuti mereka dan bukannya pembekal. Isu ini dikatakan lebih serius selepas Malaysia pulih daripada serangan Covid-19.\n\n\nTerdahulu kerajaan mengumumkan kawalan harga barang mentah seperti ayam, telur dan sayur-sayuran di Malaysia untuk mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi bulan mulia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/sulaiman-letak-jawatan-rauf-angkat-sumpah-esok/", "title": "Sulaiman letak jawatan, Rauf angkat sumpah Jumaat", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dikatakan bakal meletakkan jawatan esok.\n\n\nDifahamkan, keputusan itu susulan pertemuan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.\n\n\nJika desus-desus itu, yang terbaru selepas beberapa kali isu pertukaran Ketua Menteri Melaka menjadi bualan, nama Pengerusi UMNO Melaka yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kembali disebut bakal dilantik Ketua Menteri baharu.\n\n\nIsu pertukaran pemimpin negeri ini mula hangat beberapa bulan selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka yang diadakan pada 20 November 2021.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n6 penumpang maut nahas van di Genting Highlands\n\n\n\n\n\n\nHarimau Malaya tewaskan Thailand 1-0 di Bukit Jalil\n\n\n\n\n\n\nSokongan Suami Bawa Kejayaan Isteri\n\n\n\n\n\n\nPenubuhan pasukan khas D11 bantu banteras aktiviti pornografi kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Sany Hamzah hanya bermotifkan politik \u2013 Zulkifli Yahya\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Berita Harian, sumber dalaman UMNO Melaka, memaklumkan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka ke-14 dijangka berlangsung Jumaat ini di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.\n\n\n\n\n\n\n\n\nAb Rauf ketika dihubungi, enggan mengulas sehingga ada pengesahan rasmi daripada pucuk pimpinan UMNO.\n\n\n\u201cDah ada pengesahan rasmi ke? Saya tak mahu ulas apa-apa sehingga dapat makluman rasmi nanti,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Sulaiman pagi tadi mempengerusikan Mesyuarat EXCO negeri di pejabatnya di Seri Negeri sebelum mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pegawainya dan dijadual menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Melaka yang dijangka lewat petang ini.\n\n\nDifahamkan, mesyuarat itu akan dipengerusikan Ab Rauf yang juga EXCO Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri dan dijangka membincangkan beberapa isu termasuk berkaitan kontroversi mengenai pemilihan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu baru-baru ini.\n\n\nIsu UMNO Bahagian Tangga Batu itu berkaitan kemenangan ketuanya yang baharu, Datuk Rais Yasin yang pada mulanya diumumkan tidak sah oleh pimpinan bahagian, namun Ahmad Zahid kemudian mengumumkan sebaliknya.\n\n\nKelmarin, Timbalan Perdana Menteri mengesahkan struktur pentadbiran kerajaan Melaka akan berubah susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri itu tidak lama lagi.\n\n\nBeliau dilaporkan berkata, meskipun Melaka sudah melalui proses Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal, negeri itu masih belum lagi membentuk Kerajaan Perpaduan seperti dilaksanakan di peringkat Persekutuan. -BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/tanah-rizab-melayu-menurun-di-tiga-negeri-antara-tahun-2021-2022/", "title": "Tanah Rizab Melayu menurun di tiga negeri antara tahun 2021-2022", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Keluasan Tanah Rizab Melayu di tiga negeri iaitu Kedah, Kuala Lumpur dan Perak mencatatkan penurunan antara tahun 2021 dan 2022.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beberapa negeri lain di Semenanjung mencatatkan peningkatan pada tahun tersebut.\u00a0\n\n\nNik Azmi berkata, keluasan pewartaan Tanah Rizab Melayu di Semenanjung menunjukkan peningkatan sebanyak 0.67 peratus sepanjang tahun lalu.\u00a0\n\n\n\u201cKedah menurun daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537.28 hektar, manakala Kuala Lumpur daripada 1,003.56 hektar kepada 999.48 hektar dan Perak daripada 953,042.67 hektar kepada 953,040.87 hektar,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBerapa ramai sokong Anwar tidak diketahui \u2013 Takiyuddin\n\n\n\n\n\n\nPemecatan Tajuddin Satu Amaran \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nGUGURKAN CALON PN AJAR CARA LOLOS KE ISRAEL\n\n\n\n\n\n\nNational Task Force bubar, Op Benteng ditamatkan\n\n\n\n\n\n\nRinggit mata wang paling lemah di Asia tahun ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berhubung jumlah keluasan asal Tanah Rizab Melayu mengikut negeri di Semenanjung.\n\n\nNik Nazmi berkata, pada masa ini, keluasan kawasan pewartaan Tanah Rizab Melayu sehingga 31 Disember 2022 adalah 4,996,406.42 hektar.\n\n\nTambah beliau, selaras Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi Tanah Simpanan Melayu, keluasannya perlu dipastikan agar tidak berkurangan apabila berlaku pembatalan.\n\n\nPihak berkuasa negeri perlu menggantikan keluasan kawasan yang dibatalkan dengan tanah lain yang sama jenis dan luasnya sebagai Tanah Simpanan Melayu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/29/tukar-km-melaka-tunggu-keputusan-rasmi-datuk-rauf/", "title": "Tukar KM Melaka : \u201cTunggu keputusan rasmi\u201d \u2013 Datuk Rauf", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0 \u201cTunggu pengumuman rasmi. Saya tak boleh beri apa-apa maklum balas setakat ini,\u201d kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.\n\n\nBeliau yang juga EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri berkata, semua pihak diminta bertenang dan bersabar susulan spekulasi yang mengaitkan namanya untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka baharu.\n\n\n\u201cSaya tidak boleh memberikan apa juga komen mengenai spekulasi ini. Kita tunggu pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak yang akan memberikan pengumuman, sedikit masa lagi ya,\u201d katanya.\n\n\nMemetik Berita Harian, beliau ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerja kilang, E-hailing pekerjaan diminati 300,000 pelajar lepasan SPM\n\n\n\n\n\n\n8.03 Juta Individu Selesai Terima Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam perlu cakna perubahan politik dunia\n\n\n\n\n\n\nPihak luar terbabit lakukan perlombong haram nadir bumi \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nTidak hantar anak ke sekolah, KPM terus nasihati ibu bapa\n\n\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Pengerusinya, Datuk Rais Yasin dan semua ketua UMNO bahagian turut hadir ke mesyuarat itu.\n\n\nBeliau berkata, isu pertukaran Ketua Menteri Melaka itu tidak dibincangkan pada mesyuarat berkenaan, sebaliknya tertumpu kepada kelancaran jawatankuasa baharu sejurus tamat musim pemilihan UMNO baru-baru ini.\n\n\n\n\n\n\n\u201cTak perlu bincang (isu pertukaran Ketua Menteri) sebab tak ada kena mengena (dengan agenda mesyuarat),\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/bukan-kerana-kerusi-empuk-saya-sedih-tinggalkan-kakitangan-saya-sulaiman/", "title": "\u201cBukan kerana kerusi empuk, saya sedih tinggalkan kakitangan saya \u2026 \u201d \u2013 Sulaiman", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Esok, Negeri Melaka bakal menerima Ketua Menteri ke-13 yang baharu.\n\n\nSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari, menerusi satu kenyataan memaklumkan ia adalah susulan peletakan jawatan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.\n\n\n\u201cAdalah dimaklumkan Yang di-Pertua Negeri Melaka telah menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali Sebagai Ketua Menteri.\n\n\n\u201cSehubungan itu berdasarkan Perenggan (a), Fasal 2, Perkara 7, Perlembangaan Negeri Melaka Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebagai Ketua Menteri Baharu untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka,\u201d katanya.\n\n\nMenerusi kenyataan sama beliau turut memaklumkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat ketua Menteri Melaka Ke-13 dijadualkan pada 31 Mac (esok).\n\n\nPengumuman Setiausaha Kerajaan Negeri itu disusuli dengan kehadiran Datuk Seri Sulaiman Md Ali buat kali terakhir ke pejabatnya pagi tadi.\n\n\nDalam satu ucapan ringkas, beliau menitiskan air mata terutama ketika mengucapkan rasa terima kasihnya terhadap kakitangan pejabat beliau yang disifatkannya sangat cemerlang.\n\n\n\u201cSaya tidak sedih untuk meninggalkan jawatan ini (Ketua Menteri), saya tidak sedih untuk meninggalkan kerusi yang empuk di tingkat empat Seri Negeri ini, tetapi saya sedih untuk meninggalkan semua kakitangan saya yang baik, cemerlang dalam perkhidmatan serta sentiasa jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.\u201d\n\n\nBeliau juga meminta semua kakitangan pejabatnya di Seri Negeri supaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada penggantinya kelak.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJangan ada sedikit pun kekurangan khidmat untuk Ketua Menteri yang baharu, sebaliknya ia perlu sama seperti yang diberikan kepadanya sepanjang menjawat jawatan berkenaan.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tidak mampu lagi memperoleh staf seperti ini dan sudah pasti jasa serta budi baik semua akan saya kenang selagi hayat dikandung badan,\u201d katanya dalam ucapan ringkas pada hari terakhir memasuki pejabatnya, hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nVideo kesedihan Sulaiman ketika berucap turut tular di media sosial sejak pagi tadi.\u00a0Klik pautan \nhttps://www.facebook.com/amin.streetstyle/videos/1624017821411625/\n\n\nPertemuan turut membabitkan kira-kira 50 kakitangan Pejabat Ketua Menteri Melaka, termasuk pegawai kanan, staf sokongan, kerani, pembantu tadbir, pekerja am serta pengawal keselamatan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut berharap semua kakitangan itu dapat dikekalkan untuk terus berkhidmat di pejabat berkenaan.\n\n\n\u201cSama-sama kita berdoa semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkatan kepada kita semua,\u201d katanya.\n\n\nSulaiman Ali ketika mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri selepas BN menang besar pada PRN Melaka, 20 November 2021.\n\n\nSulaiman, 58 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu mengangkat sumpah jawatan kali pertama sebagai Ketua Menteri pada Mac 2020 selepas Barisan Nasional (BN) bersama rakan sekutu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pakatan Harapan (PH).\n\n\nBeliau kemudiannya dilantik semula sebagai Ketua Menteri selepas BN menang besar ada Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November 2021.\n\n\nKelmarin, beliau mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Ke-12 atas sebab faktor kesihatan.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan hanya satu nama, iaitu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dihantar kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk dilantik sebagai Ketua Menteri baharu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/damsyik-dibom-zionis-israel/", "title": "Damsyik dibom Zionis Israel", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Dua askar telah dilaporkan tercedera oleh Kementerian Pertahanan Syria akibat serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Zionis Israel berhmpiran Damsyik, awal pagi ini.\nSetelah lebih terjadinya perang di Syria, Israel telah melancarkan ratusan serangan udara ke atas wilayah negara ini dengan meyasarkan sasaran utama mereka terhadap tentera Syria, tentera yang disokong oleh Iran serta pejuang Hizbullah.\nMenurut wartawan AFP kedengaran letupan yang berlaku di ibu negara Syria sejak awal pagi lagi.\n\u201cKira-kira jam 1.20 pagi, tentera musuh (Israel) melakukan pencerobohan udara dari arah Bukit Golan yang didudukinya dengan menyasarkan beberapa kedudukan di sekitar Damsyik,\u201d kata Kementerian Pertahanan Syria.\nWalaubagaimanapun, kemeneterian terbabit tidak memberikan sebarang butiran mengenai sasaran namun mengatakan serangan itu mencederakan dua orang askar serta mengakibatkan kerosakan harta benda awam.\nTambahanya lagi, peluru berpandu milik pertahanan udara Syria berjaya mematahkan serta memintas beberapa peluru berpandu.\nBadan pemantau perang yang berpangkalan di Britain yang juga merupakan Pemerhatgi Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan itu dibuat bagi menyasarkan kedudukan tentera pro-iran di selatan ibu negara dan telah mengakibatkan sekurang-kurangnya penempatan telah musnah.\nWalaupun Israel jarang memberi ulasan mengenai serangan yang dilakukan oleh pihak mereka ke atas Syria, pihak Syria tidak akan pernah sesekali membenarkan musuh ketatnya, Iran meluaskan jejaknya di negara itu.\nPada minggu lalu pula, serangan peluru berpandu milik Israel telah memusnahkan depot senjata yang disyaki digunkan oleh militan yang disokong oleh Iran di lapangan terbang Alepppo Syria, Kata pemantau perang itu.\nPerang Syria telah terjadi pada tahun 2011 silam dengan penindasan terhadap protes antikerajaan secara aman dan meningkatnya konflik bersenjata yang membawa kepada kematian, menarik kuasa asing serta pejuang jihad global.\nDilaporkan sehingga ke hari ini, lebih kurang 500,000 orang telah terbunuh sementgara kira-kira separuh daripada penduduk sebelum Syria dipaksa meninggalkan kediaman mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/ditembak-lebih-20-das/", "title": "Ditembak lebih 20 das, penolong ketua kampung maut", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 Lebih 20 das tembakan dilepaskan menyebabkan seorang penolong ketua kampung menemui ajalnya.\n\n\nDalam kejadian di Pattani Selatan, Thailand dua lelaki melepaskan lebih tembakan itu ke arah mangsa dari jarak dekat.\n\n\nKetua Polis Wilayah Pattani, Polis Mejar Jeneral Archan Chansiri, berkata dalam kejadian pada kira-kira 6.30 pagi (waktu tempatan) pada Rabu, mangsa berusia 50 tahun ditembak di hadapan isteri.\n\n\nBeliau berkata, mangsa yang bekerja sambilan sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat baru menamatkan tugasnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga Barang Dijangka Kembali Stabil Awal Tahun Depan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nKedah jadi tumpuan kerajaan noktah miskin tegar\n\n\n\n\n\n\nNaratif dibawa Anwar didakwa gagal tarik sokongan Melayu\n\n\n\n\n\n\n16 Senator dilantik Ahli Dewan Negara\n\n\n\n\n\n\nPDRM Serah Mahkamah Semak Keputusan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDua lelaki yang bersembunyi di tepi jalan melepaskan tembakan ke arah mangsa.\n\n\n\u201cMangsa ditembak dari jarak dekat untuk memastikan mangsa maut di tempat kejadian, katanya dalam sidang media dengan wartawan tempatan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, pistol milik mangsa turut dilarikan suspek.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nArchan berkata, polis sedang mempergiat usaha untuk menjejaki suspek termasuk meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/empat-beradik-maut-dalam-kebakaran-di-muar/", "title": "Empat beradik maut dalam kebakaran di Muar", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nEmpat beradik maut dalam kebakaran yang berlaku di kediaman mereka di Kampung Sabak Awor, Muar, Johor malam tadi.\n\n\nKomander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II, Shahrizal Mokhtar berkata, mangsa yang berusia tiga hingga lapan tahun itu ditemukan meninggal dunia dalam kebakaran kira-kira jam 7.50 malam.\n\n\n\u201cKebakaran itu memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah berkenaan. Selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya, anggota bomba melakukan pencarian mangsa,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\n\nMenerusi kenyataan itu, Shahrizal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan sejurus api yang memusnahkan 80 peratus keseluruhan rumah separuh kekal berkeluasan 50 kali 35 kaki berkenaan berjaya dipadamkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRUU Anti Lompat Parti Dibahas Di Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nTun M puji perkhidmatan MRT, seperti di negara maju\n\n\n\n\n\n\n12 kes Covid-19 subvarian Arcturus dikesan di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nBERSATU lapor polis fitnah terhadap Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nMuafakat desak Anwar beri penjelasan Konsep Madani\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, empat mangsa terdiri dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lapan tahun ditemukan di bilik air rumah mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri.\n\n\nSementara itu, seramai 20 orang anggota bomba dari BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi berkenaan.\n\n\nPemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mengesahkan semua mangsa meninggal dunia dan mayat keempat-empat beradik itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.\n\n\nOperasi itu ditamatkan pada jam 9.52 minit malam.\n\n\n\u201cPunca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/jakel-perkenal-baju-raya-rahmah-serendah-rm148/", "title": "Jakel perkenal `Baju Raya Rahmah\u2019 serendah RM148", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Baju Raya Rahmah ditawarkan dengan harga RM148 untuk sepasang baju Melayu di sebuah gedung tekstil terkenal, Jakel selepas memeterai kerjasama antara kerajaan dan syarikat tersebut. \nMenurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, peruntukan sebanyak 1 juta helai untuk baju Melayu jenama Aaron Aziz dan Nabil Ahmad dibekalkan oleh Pihak Jakel untuk menyambut inisiatif ini. \nTambah beliau, harga baju raya untuk golongan wanita tidak dapat diselaraskan atau ditetapkan kerana kepelbagaian serta aksesori berbeza untuk setiap jenis pakaian tetapi ia masih dikawal untuk memastikan harga tersebut mampu milik. \n\u2018Harga asal yang ditetapkan pihak Jakel sebenarnya ialah RM378, namun diturunkan kepada RM258 sehelai. Tetapi selepas sesi perbincangan dan libat urus kami bersama pihak Jakel, baju Melayu dijual dengan harga rahmah RM148 di semua cawangan Jakel. Ini sekaligus meringankan beban rakyat dan menggembirakan mereka menyambut Aidilfitri nanti,\u201d katanya dalam sidang Dewan Negara 28 Mac lalu. \nBeliau menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Negara, Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya berkaitan harga Baju Raya Rahmah adakah akan dilaksanakan seperti mana Menu Rahmah dilaksanakan. \n\u201cHasil perbincangan itu juga menyatakan kawalan bagi kes penjualan semula dengan harga tinggi oleh pihak ketiga akan dikawal untuk memastikan matlamat kerajaan tercapai. Pihak Jakel dapat mengenalpasti sekiranya individu datang untuk memborong atau mengikut keperluan keluarga. Oleh itu, pihak Jakel tidak menetapkan had untuk setiap pembelian, \u201cujarnya. \nTambah Salahuddin, tawaran itu dijangka akan berterusan sehingga akhir Syawal. Sekiranya terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan kualiti, mereka boleh membuat aduan kepada KPDN untuk memberi jaminan kualiti terbaik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/kerana-israel-indonesia-dilucut-jadi-tuan-rumah-piala-dunia-b-20/", "title": "Kerana Israel, Indonesia dilucut Jadi Tuan Rumah Piala Dunia B-20", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Hak Indonesia sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 tahun (B-20) telah dilucutkan oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) selepas bantahan besar-besaran terhadap penyertaan pasukan Israel di negara itu.\nPihak FIFA telah memutuskan untuk menyingkirkan Indonesia sebagai tuan rumah susulan pertemuan antara Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Presiden Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir.\n\n\nKeputusan itu dibuat selepas FIFA membatalkan acara undian hari Jumaat di Bali, di tengah-tengah bantahan di negara majoriti Islam ini menghalang penyertaan skuad kebangsaan Israel.\nSokongan bagi perjuangan Palestin secara meluas di negara Islam yang paling ramai penduduknya di dunia.\nGabenor Bali, Wayan Koster telah dilaporkan enggan menjadi tuan rumah untuk acara cabutan undi jika ada pasukan Israel.\nMenurut laporan media, beliau meminta Kementerian Belia dan Sukan Indoneisa menggunakan dasar melarang pasukan Israel daripada bertanding di Bali.\nAcara yang sepatutnya berlangsung pada 29 Mei hingga 11 Jun itu ditetapkan sebagai kejohanan bola sepak utama pertama yang dianjurkan negara Asia Tenggara.\nFIFA juga berjanji untuk mengumumkan tuan rumah baharu secepat mungkin. Kebanyakan negara Islam enggan menjadi tuan rumah kepada atlet Israel dan ramai atlet Islam enggan bersaing dengan lawan daripada Israel sebagai solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas.\nSemasa Piala Dunia FIFA di Qatar tahun lalu juga menunjukkan sentimen pro-palestin dipamerkan sepenuhnya apabila penonton dan pemain bola sepak mengibarkan bendera Palestin di Stadium dan memaksa wartawan Israel meninggalkan lokasi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/kertas-arahan-halang-mb-kedah-wujud/", "title": "Kertas arahan halang MB Kedah wujud", "body": "0\n\n\nKuala Lumpur, Khamis \u2013 Wujud kertas arahan yang menghalang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Nor daripada menghadiri majlis Kerajaan Persekutuan.\n\n\nMemetik Berita Harian, Sanusi mendakwa perkara itu, selepas kertas arahan Kabinet berkenaan ditunjukkan sendiri oleh pegawai sebuah kementerian kepada pegawai pejabatnya di Langkawi, kelmarin.\n\n\n\u201cPegawai kementerian itu ada mesyuarat di Langkawi kelmarin. Dia tunjuk kertas arahan Kabinet kepada pegawai pejabat Menteri Besar yang hadir dalam mesyuarat itu,\u201d\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBeri ubat PReP secara bersasar kepada golongan berisiko, elak subur aktiviti songsang\n\n\n\n\n\n\nTarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan\n\n\n\n\n\n\nHarga makanan di kantin sekolah tidak akan naik\n\n\n\n\n\n\n3 Syarat Perlembagaan Untuk Lantikan Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nInspektor wanita tular ditahan polis, satu lagi klip video aksi \u2018garang\u2019 tersebar\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Sanusi membuat hantaran di Facebooknya mendakwa dihalang daripada menghadiri sebarang majlis Kerajaan Persekutuan termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA \u201923) yang bakal berlangsung Mei depan.\n\n\nKeputusan terbaru yang diambil Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya\n\n\nSementara itu, Muhammad Sanusi turut mendakwa ada jabatan tertentu yang tidak dibenarkan bekerjasama dalam program-program kerajaan negeri.\n\n\n\n\nDalam perkembangan berkaitan, sekali lagi Sanusi melalui hantaran Facebooknya mendakwa kelulusan mengguna Dewan A MAEPS Serdang, Selangor yang terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi majlis berbuka puasa bersama anak-anak Kedah di perantauan pada 9 April juga ditarik balik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/ketaksuban-pemimpin-wujud-dua-kumpulan-dalam-umno-melaka-penganalisis-politik/", "title": "Ketaksuban pemimpin, Wujud dua kumpulan dalam UMNO Melaka \u2013 Penganalisis Politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nWujud elemen ketaksuban politik terhadap pimpinan tertinggi UMNO sehingga sanggup mengorbankan Dato Seri Sulaiman Md Ali menceuskan kemelut politik.\n\n\nMenurut Penganalisis Politik dan Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Dr Tawfik Yaakub, peletakan jawatan oleh Sulaiman Ali itu tidak sewajarnya berlaku kerana Adun Lendu itu merupakan antara figura yang banyak berkorban dan bertungkus lumus memenangkan UMNO-BN\u00a0 sewaktu pilihan raya negeri yang lalu.\u00a0\n\n\nDR Mohammad Tawfiq Yaakub, Penganalisis Politik meramalkan dua perpecahan ini akibat meluasnya dakyah politik yang terlalu taksub\n\n\nTambah beliau, dengan peletakan jawatan berkenaan, memperlihatkan seolah-olah Dato Seri Raof mahu membolot kekosongan terhadap jawatan itu akibat daripada elemen politik yang terlalu menyanjung pemimpin tertinggi.\u00a0\n\n\nDr Tawfik menyifatkan, jika Rauf bakal menjadi Ketua Menteri Melaka yang seterusnya, ia bakal menampakkan lagi perpecahan UMNO menjadi dua sisi yang berbeza.\u00a0\n\n\nDato Ab Raof disahkan menjadi Ketua Menteri Melaka\n\n\nDi samping itu, beliau turut berkata peluang untuk buat Ab Rauf menggalas jawatan itu juga besar kerana Ab Rauf mempunyai hubungan yang begitu baik bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\u00a0\n\n\nDalam perkembangan lain, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, mengesahkan Ketua Menteri Melaka yang baharu akan mengangkat sumpah jawatan esok hari pada pukul 3 petang.\u00a0\n\n\nSetiausahanya, Zaidi Johari memaklumkan Yang \u2013 di Pertuan Negeri Melaka Mohd Ali Rustam telah menerima surat peletakan jawatan Sulaiman Ali sebagai Ketua Menteri Melaka. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/khidmat-lrt-di-6-stesen-dihentikan-bermula-ahad-ini/", "title": "Khidmat LRT di 6 stesen dihentikan bermula Ahad ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Operasi perkhidmatan stesen transit aliran ringan (LRT) di enam stesen LRT Laluan Ampang-Sri Petaling membabitkan Stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur akan dihentikan bermula Ahad ini.\n\n\nRapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan kepada media malam ini, syarikat itu memaklumkan, pemberhentian operasi berkenaan dilakukan\u00a0 kerana tren digunakan untuk perkhidmatan antara Stesen Bandaraya ke Stesen Sentul Timur tidak dapat memenuhi kriteria pengoperasian ditetapkan.\n\n\nJusteru itu tren perlu dikeluarkan daripada perkhidmatan atas faktor keselamatan.\n\n\n\u201cIa susulan kejadian kerosakan struktur dan landasan berhampiran Stesen LRT Bandaraya yang menyebabkan tren tidak dapat kembali ke depot LRT di Ampang untuk menjalani kerja penyelenggaraan sejak 27 Januari lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSultan Kedah seru kerajaan sokong Projek KXP\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus jawatankuasa pemilih bagi Parlimen ke-15\n\n\n\n\n\n\n\u201cKenyataan saya, akar umbi undi DAP dipolemikkan\u201d- Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Kesal Tindakan Enam Anggota LPPR\n\n\n\n\n\n\nTun M puji perkhidmatan MRT, seperti di negara maju\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagi menampung keperluan dan melancarkan perjalanan penumpang terjejas, pihak Rapid Rail akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres percuma LRT 13 dan LRT 14 bermula Ahad ini sebagai tambahan kepada perkhidmatan bas LRT 11 sedia ada,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya, laluan perkhidmatan bas itu membabitkan bas LRT 11 dari LRT Masjid Jamek-LRT Bandaraya-LRT PWTC-LRT Titiwangsa-LRT Sentul-LRT Sentul Timur.\n\n\nManakala, Bagi bas LRT 13 pula dari LRT Masjid Jamek-LRT Sentul-LRT Sentul Timur dan bas LRT 14 dari LRT Masjid Jamek-LRT Titiwangsa.\n\n\n\u201cPerkhidmatan bas LRT 11, 13 dan 14 ini akan beroperasi dengan 40 bas dan kekerapan antara 10 hingga 15 minit pada waktu puncak bergantung kepada keadaan trafik semasa,\u201d katanya.\n\n\nSelain itu, bermula 2 April ini juga, perkhidmatan bas LRT 9 (LRT Hang Tuah-LRT Bandaraya) dan bas LRT 10 (LRT Masjid Jamek-LRT Bandaraya) juga akan ditamatkan.\n\n\n\u201cBagi melancarkan perjalanan, semua perkhidmatan bas ini akan menggunakan laluan bas khas yang sudah disediakan.\n\n\n\u201cPenguatkuasaan akan dijalankan pihak berkuasa bagi memastikan laluan bas ini tidak disalah guna kenderaan lain,\u201d katanya.\n\n\nPenumpang\u00a0 disaran menggunakan laluan rel alternatif, iaitu bagi yang menuju ke Hang Tuah boleh menaiki Laluan Monorel melalui Stesen Titiwangsa.\n\n\n\u201cBagi penumpang yang mahu ke Chan Sow Lin pula boleh menaiki laluan MRT Putrajaya melalui Stesen Titiwangsa.\n\n\n\u201cPenumpang juga digalakkan menggunakan aplikasi PULSE untuk merancang perjalanan dan mengikuti laman media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat terkini,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, anggota operasi rel, polis bantuan dan troopers akan ditempatkan di stesen terbabit bagi membantu dan mengawal pergerakan penumpang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/mahkamah-benar-semak-atau-tidak-nasib-najib-ditentukan-esok/", "title": "Mahkamah benar semak atau tidak, nasib Najib ditentukan esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 \nMahkamah Persekutuan Putrajaya bakal memutuskan nasib Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak samada beliau dibenarkan untuk menyemak semula sabitan dan hukumnya berhubung kes penyelewengan 42 juta ringgit dana SRC International Sdn Bhd.\u00a0\n\n\nNamun, sekiranya permohonan itu ditolak, pilihan terakhir Najib kini hanyalah kekal di Penjara Kajang atau mendapatkan permohonan daripada Yang di-Pertuan Agong.\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\nDatuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas tuduhan kes dana SRC yang bernilai RM 42 juta\n\n\nMengulas lanjut, permohonan Najib itu bakal diputuskan oleh barisan panel lima hakim dari Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIbu bapa berlainan agama boleh jaga anak beragama Islam\n\n\n\n\n\n\nAnwar peroleh injunksi sementara halang Sanusi ulang kenyataan fitnah\n\n\n\n\n\n\nPN tawar saya jadi senator dan menteri \u2013 Wan Rosdy\n\n\n\n\n\n\nMufti Perlis saran DAP mohon maaf kepada masyarakat Islam, Melayu\n\n\n\n\n\n\nPersatuan Peguam Syarie terkilan KDN tarik balik rayuan kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya permohonan Najib berjaya disemak, kelima-lima panel hakim itu akan menetapkan tarikh yang lain buat prosiding berkenaan.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, barisan panel hakim yang terlibat mungkin akan mendengar hujahan semakan daripada kedua-dua belah pihak pada hari yang sama iaitu Jumaat ini.\u00a0\n\n\nLaporan turut mengatakan Najib, sudah bersedia memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan pada 2 September 2022.\n\n\nNajib\u00a0 bersama Peguamnya, Muhammad Farhan Muhammad Shafee\n\n\nPetisyen itu dibuat oleh\u00a0 firma guaman yang mewakili Najib iaitu Tetuan Shafee & Co yang mana terdapat beberapa permohonan turut telah dibentuk, antaranya permohonan supaya keputusan rayuan utama beliau dapat diketepikan serta dibebaskan daripada tuduhan terbabit.\u00a0\n\n\nSerta, permohonan untuk membuat semakan terhadap keputusan panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang telah dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos lalu yang mana beliau tidak diberikan penangguhan prosiding berhubung penarikan diri oleh peguam belanya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik.\u00a0\n\n\nPada 22 Julai 2020 yang lalu, Mahkamah Tinggi di sini mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.\n\n\nSebelum ini, \nDatuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/pasport-zahid-dikembalikan-petanda-awal-dibebaskan-zamani/", "title": "Pasport Zahid dikembalikan petanda awal dibebaskan \u2013 Zamani", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan pasport antarabangsa dan diplomatik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diperoleh secara kekal, membayangkan kepada satu petanda awal terhadap 47 pertuduhan yang sedang dihadapinya ketika ini.\n\n\nPresiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim tidak menolak kemungkinan keputusan ini akan mempengaruhi pendakwaan ke atas Zahid yang membabitkan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung dana Yayasan Akalbudi, yang kini di peringkat pembelaan.\n\n\nBeliau bimbang, penyerahan pasport ini menjadi petanda untuk Ahmad Zahid dibebaskan daripada semua tuduhan, memandangkan kedudukannya kini sebagai individu kedua tertinggi dalam kerajaan.\n\n\n\u201cBagi saya tidak ramai yang terperanjat. Saya sendiri pun menjangkakan beliau akan dapat sebab (Ahmad Zahid) bukan individu biasa, beliau Timbalan Perdana Menteri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMyHeart mudahkan diaspora berkhidmat di tanah air, beroperasi bulan depan\n\n\n\n\n\n\nDewan IKIM runtuh, 6 cedera\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah ALLAH: Saifuddin dakwa Muhyiddin tidak hormati nasihat Majlis Raja-Raja\n\n\n\n\n\n\nOIC sambut baik laporan Amnesty International mengenai aparteid terhadap Palestin\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Perkara 152, Pinda Akta DBP Bukan Setakat Penguatkuasaan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita melihat perkara ini seolah-olahnya menggambarkan bahawa apa sahaja boleh berlaku kalau kita ada kuasa. Ini cukup membimbangkan,\u201d katanya.\n\n\nIsnin lalu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berjaya memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara.\n\n\nPanel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan pasport secara kekal selepas berpuas hati bahawa permohonan itu mempunyai merit.\n\n\nMenurut Haji Zamani, penyerahan pasport bukanlah isu utama yang mahu difokuskan, sebaliknya menegaskan kesilapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengangkat Ahmad Zahid sebagai timbalannya.\n\n\n\u201cSepatutnya di awal-awal lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengangkat beliau sebagai TPM kerana (Ahmad Zahid) telah pun bergelumang dengan tuduhan, bukan satu dua kes tetapi 47 kes.\n\n\n\u201cIndividu sebegini sepatutnya tidak layak diangkat oleh Anwar, apatah lagi diletakkan di sebelahnya sebagai timbalan. Ini satu kesilapan besar yang dilakukan Anwar kepada negara kita,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, prinsip Anwar yang sebelum ini tegas mahu memerangi rasuah dan salah guna kuasa seolah tidak selari dengan tindakannya melantik individu mempunyai 47 pertuduhan sebagai Timbalan Perdana Menteri.\n\n\n\u201cApa sahaja yang beliau cakap tentang rasuah, tadbir urus dan salahguna kuasa menjadi hambar didengar oleh rakyat dan pimpinan dalam serta luar negara kerana beliau telah salah tindakan dalam mengangkat seorang yang sarat tuduhan mahkamah.\n\n\n\u201cBagi saya ini adalah suatu yang menggambarkan negara kita tidak berada di landasan keadilan yang sebenarnya dan negara bukan berada di atas landasan untuk bersungguh membasmi gejala rasuah dan salah laku,\u201d katanya. \u2013 Ismaweb.net"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/pertama-kali-bn-ph-kelantan-duduk-semeja/", "title": "Pertama Kali BN, PH Kelantan duduk semeja", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Parti politik Pakatan Harapan (PH) dan juga Barisan Nasional (BN) Kelantan akhirnya duduk semeja selepas membentuk kerajaan perpaduan diperingkat pusat pada 24 November tahun lalu.\nPertemuan yang berlangsung di ibu kota Kelantan iaitu Kota Bharu itu dihadiri oleh Pengerusi BN Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan Khalid Samad dan pemimpin terkini kedua-dua parti.\n\n\nPerjumpaan sulung itu berkisarkan kepada isu-isu permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Kelantan ketika ini.\nAntara isu yang dibangkitkan semasa pertemuan dijalankan adalah masalah air, kegagalan mengurus sampah, pentadbiran lemah parti politik Pas di Kelantan, peluang pekerjaan dan sebagainya.\n\u201cPertemuan ini merupakan manifestasi hubungan kukuh antara kedua-dua gabungan parti yang membentuk kerajaan peraduan di peringkat pusat. Insya-Allah dengan kerjasama yang terbentuk hari ini, BN akan memberikan satu tawaran baharu yang lebih baik kepada rakyat Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN).\n\u201cHarapan kita sebuah Kerajaan Perpaduan dapat dibentuk di Kelantan selari dengan kerajaan diperingkat persekutuan,\u201d katanya.\nMengulas dengan lebih lanjut pertemuan itu, Sumber BN memberitahu, pertemuan awal itu tidak menyentuh isu agihan kerusi menjelang PRN yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun ini. Perkara tersebut akan dibincangkan pada pertemua-pertemuan yang selanjutnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/petanda-awal-ahmad-zahid-bakal-bebas-pertuduhan-mahkamah/", "title": "Petanda awal Ahmad Zahid bakal bebas pertuduhan mahkamah", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibenarkan memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini merupakan petanda awal keputusan terhadap 47 pertuduhan yang sedang dihadapi.\nPresiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkata, keputusan itu mungkin akan mempengaruhi kes pendakwaan terhadap inidividu tersebut yang membabitkan 47 pertuduhan termasuk rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram berhubung dana Yayasan Akalbudi yang kini dalam proses pembelaan. \n\u201cPenyerahan pasport ini menjadi petanda untuk Ahmad Zahid bebas daripada segala pertuduhan memandangkan beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri. Ini amat membimbangkan kerana ia menjadi satu fahaman dimana apa-apa sahaja boleh dilakukan sekiranya kita mempunyai kuasa, \u201c ujarnya. \nAhmad Zahid diberikan kelulusan untuk memperoleh pasport antarabangsa dan diplomatik secara kekal 27 Mac lalu bagi membolehkan beliau menjalankan tugas rasmi di luar negara. Permohonan itu dibenarkan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Hanipah Farikullah selepas berpuas hati dengan merit permohonan. \nMenurut Zamani, penyerahan pasport bukanlah isu utama sekarang namun kesilapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memilih timbalan beliau.\n\n\nAhmad Zahid disabitkan dengan 47 pertuduhan sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau tidak layak menjadi individu kedua tertinggi selepas Perdana Menteri. \n\u201cApa yang dilakukan Anwar itu bercanggah dengan prinsip untuk menentang rasuah dan salah guna kuasa apabila beliau sendiri melantik individu yang mempunyai 47 pertuduhan sebagai salah seorang barisan kepimpinan kerajaan.\n\u201cPrinsip beliau sebagai pemimpin negara yang dikatakan ingin membanteras rasuah dan salah guna kuasa menjadi hambar dengan keputusan beliau semasa melantik Ahmad Zahid sebagai timbalan. Ia menggambarkan sistem keadilan negara kita tidak berada di jalan betul untuk membanteras isu rasuah dan salah laku,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/pn-tidak-masuk-campur-isu-politik-bn-di-melaka/", "title": "PN tidak masuk campur isu politik BN di Melaka", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Perikatan Nasional (PN) negeri Melaka tidak mahu mencampuri isu politik Barisan Nasional Melaka dan hanya mengharapkan Ketua Menteri Melaka yang baharu memfokuskan tentang rakyat. \nMenurut pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Dr. Mohd Yadzil Yaakub, pihaknya menghormati keputusan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri negeri itu. Pihaknya juga akan terus menjalankan tugas bersama sesiapa sahaja Ketua Menteri baharu yang akan dilantik. \nTambah beliau, pihaknya mengucapkan terima kasih atas jasa dan bakti yang diberikan sepanjang tempoh berkhidmat dan PN akan kekal komited sebagai pembangkang yang memfokuskan suara rakyat dan kemaslahatan negeri. \nIstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka baharu akan dilaksanakan esok jam 3 petang menerusi kenyataan rasmi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari sebentar tadi. Dalam kenyataan tersebut juga menyatakan bahawa Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam telah menerima surat perletakan jawatan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12. \nWalau bagaimanapun, nama pengganti yang akan menjadi ketua menteri baharu tidak dinyatakan dalam kenyataan tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/saya-rakam-tapi-bukan-untuk-sebar-video-tu-isteri-bekas-kpn/", "title": "\u201cSaya rakam, tapi bukan untuk sebar video tu\u201d \u2013 isteri bekas KPN", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \u201cBukan saya sebar, saya pun terkejut. Apa yang pasti, rakaman itu saya hanya serahkan kepada polis semasa siasatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.\u201d\n\n\nItu pengakuan dinyatakan oleh isteri bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengecam tindakan individu yang menularkan rakaman video memaparkan pergaduhan mereka baru-baru ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPuan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, berkata, pergaduhan di antara beliau dan Musa berlaku berikutan tidak bersetuju dengan permintaan Musa yang mahu sebahagian harta walaupun aset terbabit dibelinya sebelum berkahwin.\n\n\nBeliau berkata, video tular itu dirakam bagi melindungi dirinya selain digunakan sebagai bukti di mahkamah jika perlu.\n\n\n\u201cBukan saya sebar, saya pun terkejut. Apa yang pasti, rakaman itu saya hanya serahkan kepada polis semasa siasatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.\u201dSaya sama sekali tidak berniat menjadikan rakaman itu tular apatah lagi menjatuhkan reputasi mana-mana pihak,\u201d kata beliau kepada media selepas memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hari ini.\n\n\nElly Afizahwati turut menyatakan perasaan kesal apabila video pergaduhan itu tular malah rakaman berkenaan turut mendedahkan wajah anak yang baru berusia lapan tahun.\n\n\nMengulas mengenai perkongsian suaminya berhubung ciri-ciri isteri derhaka, ibu kepada seorang anak itu berkata, Musa sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik terlebih dulu.\n\n\n\u201cDia sebagai lelaki sepatutnya menunjukkan sifat dan tauladan baik kepada anak dan isteri\u2026dia kena betulkan diri dia dulu.\n\n\n\u201cSebelum ini saya ambil pendirian berdiam diri dan tidak membuat komen balas terhadap insiden berkenaan dan kenyataan media Tan Sri (Musa) kerana ada rundingan penyelesaian antara peguam syarie,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan kanak-kanak dalam rakaman itu.\n\n\nRentetan daripada itu Musa dalam satu ciapan di Twitter meminta orang ramai supaya menghormati privasi dan tidak mencampuri urusan keluarganya susulan penularan video berkenaan.\n\n\nPolis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung kejadian membabitkan Musa dan isterinya selepas rakaman video pertelingkahan itu tular.\n\n\nSusulan itu Musa dilapor berkata, masalah rumah tangga yang dihadapinya itu bukanlah baru sebaliknya berlarutan hampir tiga tahun malah sudah enam bulan tidak tinggal sebumbung.\n\n\nPasangan itu berkahwin pada 2 Ogos 2013 dan dikurniakan seorang anak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/selain-km-melaka-juga-akan-dapat-barisan-exco-baharu-zahid/", "title": "Selain KM, Melaka juga akan dapat barisan EXCO baharu \u2013 Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Melaka dijangka mempunyai barisan EXCO kerajaan negeri yang baharu susulan penubuhan Kerajaan Perpaduan di negeri itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nSehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, Melaka bukan hanya mendapat Ketua Menteri yang baharu petang esok, malah barisan EXCO kerajaan negeri turut distruktur semula.\n\n\nKatanya, pelantikan EXCO Kerajaan Melaka yang baharu itu, akan diselesaikan menerusi semangat perpaduan.\n\n\n\u201cSaya adakan perbincangan kerana majlis angkat sumpah akan diadakan petang esok dan tentunya ia akan diikuti dengan penstrukturan semula barisan EXCO Kerajaan Melaka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPPV Dibuka Semula, 9,000 Dos Penggalak AZ Diberi Setiap Hari\n\n\n\n\n\n\nRafizi bagi 4 sebab kenapa kerajaan tidak benar keluar KWSP\n\n\n\n\n\n\nDatuk Dr. Zulkapli \u2013 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy Sekali Lagi Dilantik MB Pahang\n\n\n\n\n\n\nLIMA\u201923: Tun M terima anugerah pencapaian sepanjang hayat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagaimanapun, saya masih belum memperoleh senarai nama cadangan daripada Ketua Menteri Melaka yang baharu. Namun saya yakin semangat Kerajaan Perpaduan yang wujud pada peringkat nasional dapat diterjemahkan di Melaka,\u201d katanya pada sidang media selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Jamek Kampung Sungai Gersik Sungai Balang di Muar, Johor malam ini.\n\n\n\n\nPada Isnin lalu, Ahmad Zahid memberi bayangan akan berlaku perubahan struktur pentadbiran kerajaan negeri menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka.\n\n\nSemalam, Presiden UMNO itu mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali sudah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.\n\n\nIstiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Melaka yang baharu akan diadakan pada jam 3 petang esok.\n\n\nSetiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dalam kenyataannya hari ini berkata, istiadat itu akan berlangsung di Dewan Sri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, di Kompleks Seri Negeri.\n\n\nSementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pendekatan Kerajaan Perpaduan diharap dapat disebarkan luaskan di enam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, seterusnya diterima di negeri lain.\n\n\n\u201cTentunya kita mengharapkan dalam enam PRN negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Kelantan kelak, perkara sama akan berlaku.\n\n\n\u201cOleh itu, kita mesti membiarkan optik dan naratif yang baik bagi menyebar luaskan situasi pembentukan Kerajaan Perpaduan pada peringkat negeri,\u201d katanya.- BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/tekanan-persekitaran-kesihatan-punca-kesihatan-polis-terganggu/", "title": "Tekanan, persekitaran, kesihatan punca kesihatan polis terganggu", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nKajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kebanyakannya anggota dan pegawainya mengalami tekanan dan cenderung membunuh diri disebabkan persekitaran tempat kerja serta status kesihatan.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, \nbeliau telah mengenal pasti kajian yang terdiri daripada beberapa faktor kecenderungan itu yang dikesan seawal tahun 2015.\n\n\n\u201cAntara faktornya ialah faktor tekanan, kesihatan dan tempat kerja termasuk berpunca daripada kecewa dalam perhubungan, dan ada masalah dalam penyesuaian penempatan baru, gaya mengawal, gaya tindak diri, kesunyian kerana jauh dari keluarga dan masalah perkahwinan,\u201d katanya \nsebagai jawapan kepada Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.\u00a0\n\n\nTambah Saifuddin, menerusi kajian tersebut, penerokaan bunuh diri dalam kalangan warga polis untuk tempoh antara 2014-2018 adalah tujuh kes melibatkan kes bunuh isteri dan menembak diri sendiri pada tahun ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelepas berjaya takluk Everest, pendaki negara dilapor hilang\n\n\n\n\n\n\nTuan rumah terkejut kondominium disewa jadi tempat aniaya, bunuh kucing\n\n\n\n\n\n\nNegara rugi RM158.08 juta pada tahun 2021\n\n\n\n\n\n\nLantikan politik pengarah GLC lemahkan peluang menang PRN\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Fuad dakwa AMANAH hina budi bicara, kebijaksanaan Agong\n\n\n\n\n\n\n\n\nJumlah itu juga dianggap masih kecil dan kes terpencil jika dibandingkan dengan 130,000 kekuatan anggota dengan tugas berat.\n\n\nSementara itu, Saifuddin memaklumkan setakat ini polis mempunyai 109 kaunselor di Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) gred A yang menempatkan Ketua Polis Daerah berpangkat Asisten Komisioner Polis serta 711 Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/telur-gred-ab-dan-c-kurang-10-hingg-15-kpdn/", "title": "Telur gred A,B dan C kurang 10 hingg 15 % \u2013 KPDN", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan bekalan telur gred A, B dan C dianggarkan berkurang sekitar 10 hingga 15 peratus namun masih mencukupi untuk menampung keperluan dalam negara.\n\n\nTimbalan Menterinya, Fuziah Salleh, berkata kekurangan telur gred itu susulan permintaan tinggi menjelang musim perayaan terutama permintaan dalam penyediaan membuat kuih dan sebagainya.\n\n\n\u201cSecara keseluruhan bekalan telur mencukupi, cuma mungkin kurang sikit membabitkan gred A, B dan C. Pada masa sama, kita ada pelbagai jenis lagi telur seperti omega dan sebagainya.\n\n\n\u201cKalau diikutkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan paling sesuai bercakap isu kekurangan bekalan ini, kami (KPDN) hanya ulas daripada segi pasaran saja,\u201d katanya selepas merasmikan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) di Bazar Ramadan Bayan Baru di Pulau Pinang, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPRN Selangor: Pembahagian kerusi PH 83 peratus, utama parti menang\n\n\n\n\n\n\n32% Jumlah Pengundi Setakat Jam 11 Pagi\n\n\n\n\n\n\nTidak patut sambut raya dengan campur aduk budaya asing\n\n\n\n\n\n\nLebih ramai individu akan dipanggil bantu siasatan kes LCS\n\n\n\n\n\n\nPolis beri amaran, batalkan `Gang Bang\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nFuziah berkata, rakyat Malaysia menggunakan 32 juta biji sehari mencukupi\u00a0\u00a0dengan bekalan telur gred lain termasuk telur omega tidak terjejas dan masih boleh didapati dengan mudah di pasaran.\n\n\nBeliau berkata, di Pulau Pinang bekalan telur direkodkan daripada pemborong dan peruncit di seluruh negeri itu ialah 48,000 biji gred C dan 30,000 gred B dengan jumlah keseluruhan telur mencecah 150,000 biji telur sehari."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/tiada-larangan-mb-kedah-hadir-program-kerajaan-pusat-zahid/", "title": "Tiada larangan MB Kedah hadir program kerajaan Pusat \u2013 Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 Tiada larangan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, daripada menghadiri mana-mana program rasmi Kerajaan Persekutuan.\n\n\nMemetik Berita Harian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, berkemungkinan arahan yang diterima Muhammad Sanusi itu diterima secara peribada kepadanya dan bukan secara bertulis.\n\n\n\u201cSaya tidak pernah mendengar adanya arahan untuk melarang beliau (Muhammad Sanusi) menghadiri mana-mana majlis rasmi anjuran kerajaan Persekutuan.\n\n\n\u201cMelainkan jika arahan itu dikeluarkan pada beliau secara peribadi, namun saya tidak mengetahui mengenai perkara itu,\u201d katanya pada sidang media selepas Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Sungai Gersik, Muar, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUcapan berbaur perkauman, Lim Guan Eng disiasat bawah Akta Hasutan\n\n\n\n\n\n\nNajib aset strategik \u2018beku\u2019 UMNO \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nMuktamar PAS ditangguhkan beri laluan kepada PRN\n\n\n\n\n\n\nTok Mat beri bayangan pertahan Dun Rantau\n\n\n\n\n\n\nPemimpin DAP gesa BN hukum semua Ahli Parlimen sokong Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Pendidikan Tinggi dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.\n\n\nSusulan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyarankan jika dakwaan itu benar, Menteri Besar Kedah itu boleh menyebarkan arahan atau pekeliling yang menghalang beliau hadir mana-mana majlis anjuran Kerajaan Persekutuan.\n\n\nSemalam, Muhamad Sanusi dilaporkan mendakwa beliau dilarang menghadiri semua program anjuran Kerajaan Persekutuan termasuk acara Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 23) yang bakal berlangsung di Langkawi pada Mei depan.\n\n\nDakwaan itu dimuat naik dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini tanpa menjelaskan keputusan Kabinet itu.\n\n\nMuhammad Sanusi turut mendakwa perkara itu adalah keputusan Kabinet yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/tidak-wajar-halang-mb-kedah-hadir-majlis-kerajaan-persekutuan-samsuri/", "title": "Tidak wajar halang MB Kedah hadir majlis Kerajaan Persekutuan \u2013 Samsuri", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nMenteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar akan mendapatkan gambaran sebenar berkenaan dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dihalang menyertai sebarang majlis anjuran Kerajaan Persekutuan.\n\n\nAhmad Samsuri berkata, ia tidak sewajarnya berlaku dan pihaknya akan mengesahkan perkara itu dengan Menteri Besar Kedah terlebih dahulu.\n\n\n\u201cSaya tidak tahu maklumat itu sebenarnya, saya pun baca daripada media.\n\n\n\u201cJadi saya kena tanya dia sendiri bagaimanakah bentuk halangan itu, adakah secara lisan atau bertulis ataupun dimaklumkan pada wakil dan sebagainya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBanyak Isu Tanah, Hutan & Korupsi Tak Selesai Punca Negeri Pahang Ketinggalan?\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri konsisten tak bersetuju keputusan PAU2022\n\n\n\n\n\n\nHina Quran \u2013 Iraq singkir Duta Sweden\n\n\n\n\n\n\nPemimpin tertinggi parti politik akan didakwa SPRM?\n\n\n\n\n\n\nShabery ingatkan pemimpin PH, kerajaan Anwar bukan jambatan konkrit\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya kena csemak dengan dia dulu la,\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis Prihatin Ramadan di Marang, Terengganu semalam.\n\n\nTerdahulu, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mendakwa beliau dilarang daripada menghadiri sebarang majlis dan program anjuran Kerajaan Persekutuan melalui satu hantaran di laman sosial rasminya.\n\n\nKenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di laman sosial rasminya.\n\n\nMenteri Besar Kedah itu berkata, ia termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA\u201923) yang berlangsung di Langkawi dari 23 hingga 27 Mei ini.\n\n\nSementara itu, Ahmad Samsuri memaklumkan setakat ini beliau tidak menerima sebarang halangan untuk menyertai majlis anjuran Kerajaan Persekutuan sebagai menjawab pertanyaan media."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/umat-islam-afghanistan-hanya-bertahan-dengan-roti-dan-teh-di-bulan-ramadan/", "title": "Umat Islam Afghanistan hanya bertahan dengan roti dan teh di bulan Ramadan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Umat Islam di Afghanistan hanya mampu bertahan dengan roti dan teh sahaja di bulan ramadan ini. \n\n\nPerkara ini disebabkan oleh ekonomi Afghanistan yang semakin hari semakin merudum yang menyebabkan penduduk di sana semakin terdesak untuk membeli makanan.\n\n\nSejak pihak Taliban menguasai Afghanistan pada Ogos 2021 yang lalu, kos sara hidup dan harga makanan semakin meningkat saban hari, manakala para penduduknya kebanyakannya menganggur.\n\n\nPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melaporkan lebih kurang 28 juta yang bersamaan dengan 70 peratus penduduk Afghanistan itu hanya bergantung kepada bantuan untuk meneruskan kehidupan. Namun bantuan juga terhad kerana organisasi antarabangsa utama telah menghentikan operasi di negara itu di bawah pemerintah baharunya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDamsyik dibom Zionis Israel\n\n\n\n\n\n\nAkhirnya Amerika Syarikat benarkan laungan azan 5 kali sehari\n\n\n\n\n\n\nJika keadaan Rusia meruncing, rakyat Malaysia dibawa pulang\n\n\n\n\n\n\nTahanan Palestin mogok lapar meninggal dunia dalam penjara Israel\n\n\n\n\n\n\nJenama streetwear biadap, reka pakaian bercetak nama Allah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSewaktu umat Islam yang lain menyambut bulan yang mulia dengan mengidangkan berbagai-bagai hidangan yang beraroma bagi memeriahkan suasana berbuka dan juga bersahur, namun kini tiada lagi di negara ini.\n\n\nMenurut Shamsia Hassanzada yang merupakan bekas ajtivis hak wanita dan guru tadika di kabul, beliau mengatakan dahulu mereka bukan sahaja menyediakan juadah berbuka ouasa untuk diri sendiri namun untuk anggota keselamatan dan juga jiran-jiran.\n\n\n\u201cDahulu, kami menyediakan iftar dan sahur bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk anggota keselamatan dan jiran-jiran, tetapi kini kami tidak mempunyai apa-apa, hanya teh hijau dan roti kering.\u201d\n\n\nTambahanya lagi dahulu ahli keluarganya semuanya bekerja namun kini hanya seorang sahaja yang bekerja bagi menampung ekonomi sekeluarga.\n\n\n\u201cDulu lima ahli keluarga kami termasuk saya bekerja, tetapi kini hanya seorang yang bekerja dan pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung keperluan keluarga kami,\u201d. Katanya\u00a0\n\n\nSayed Omar 35, yang dahulunya pernah bekerja bahagian pentadbiran di Kabul, telah melakukan berbagai-bagai pekerjaan sejak dua tahun lepas bagi menanggung ahli keluarganya yang lain. Hampir setiap hari dia ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan namun sering pulang dengan tangan kosong\n\n\n\u201cSangat sukar untuk menyara keluarga. Dulu, kami mempunyai makanan yang mencukupi untuk berbuka puasa dan sahur, malah kami berkongsi makanan kami dengan jiran kami, tetapi sekarang saya perlu dahulukan keluarga saya,\u201d kongsinya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/30/wanita-warga-thailand-antara-tujuh-individu-khayal-ditahan-kastam/", "title": "Wanita warga Thailand antara tujuh individu khayal ditahan Kastam", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Seorang wanita warga Thailand dan tujuh individu ditahan kerana disyaki khayal dadah di Wadihana, Johor Bahru, Johor pada 20 Mac lalu. \nMenurut Pengarah Kastam Johor, Misbahudin Parmin, serbuan dilakukan oleh Cawangan Narkotik dan Operasi Darat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor pada jam 10 malam di ketiga-tiga unit pangsapuri tersebut. \n\u201cHasil serbuan menjumpai 5.69 gram methamphetamine dan tiga biji pil Eramin 5 yang dipercayai digunakan untuk kegunaan sendiri oleh tujuh individu yang ditahan iaitu tiga lelaki tempatan, empat individu warga Thailand termasuk seorang wanita dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengambilan dadah.\n\u201cKesemua suspek suspek berusia antara 30-an hingga 50-an itu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,\u201d ujarnya pada sidang media di Kompleks Penguatkuasaan Kastam Sungai Pulai di sini, hari ini.\nTambah beliau, enam individu yang ditahan didapati bukan penghuni pangsapuri tersebut manakala seorang lagi merupakan individu yang bertanggungjawab menguruskan rumah yang juga dijadikan sebagai rumah urut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/ab-rauf-angkat-sumpah-ketua-menteri-melaka/", "title": "Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 petang ini.\n\n\nMajlis angkat sumpah beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) pada pukul 3.33 petang.\n\n\nHadir sama Setiusaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari; Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Anselm Charles Fernandis dan barisan Exco kerajaan negeri.\n\n\nAb Rauf, 62, sebelum ini dinamakan sebagai bakal Ketua Menteri Melaka ke-13, selepas ADUN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali meletakan jawatan yang disandangnya sejak tiga tahun lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis Tahan Ibu Saudara Kanak-Kanak Maut\n\n\n\n\n\n\nPENAMPILAN TUAN IBRAHIM DI GLASLOW MENARIK PERHATIAN\n\n\n\n\n\n\nPM digesa tolak tuntutan Dong Zong iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nAnwar jumpa Erdogan zahir solidariti kepada Turkiye\n\n\n\n\n\n\nGesaan Kepada Semua Pemegang Taruh Politik Tanah Air\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeletakan jawatan Sulaiman, 56, kemudian disahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila menerima surat itu daripada beliau Selasa lalu.\n\n\nSulaiman dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka ke-12 menggantikan Adly Zahari daripada Pakatan Harapan (PH) selepas beliau yang diisytihar sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11 pada 11 Mei 2018 tidak lagi mendapat kepercayaan beberapa ADUN PH membolehkan BN menguasai 15 kerusi daripada 26 kerusi DUN.\n\n\nSituasi politik Melaka sekali lagi bergolak, apabila empat ADUN menarik sokongan terhadap Sulaiman memaksa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diadakan pada 21 November 2021.\n\n\nTimbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah itu bagaimanapun berjaya kembali ke jawatan Ketua Menteri apabila keputusan PRN menyaksikan BN menang besar dengan menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN.\n\n\nWalaupun menang selesa, timbul pelbagai spekulasi apabila Majlis angkat sumpah Sulaiman diadakan secara tertutup pada pukul 1 pagi di Pejabat TYT di Seri Negeri, Ayer Keroh.\n\n\nBahang kerusi ketua menteri tidak berakhir di situ apabila timbul pelbagai dakwaan mengatakan Sulaiman dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan pada Disember lalu bagi memberi laluan kepada Ab Rauf menggantikannya.\n\n\nSulaiman ketika itu bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan termasuk sudah menghantar surat terbabit kepada Ahmad Zahid dan akan mengosongkan kerusinya itu pada Januari lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/ambil-masa-bertahun-untuk-selesai-isu-doktor-kontrak-pm/", "title": "Ambil masa bertahun untuk selesai isu doktor kontrak \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan berkenaan masalah doktor kontrak di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) akan dapat diselesaikan dalam tempoh beberapa tahun ini.\nMenurut beliau, KKM menerima peruntukan kedua terbesar dalam Belanjawan 2023, sebanyak RM36.3 bilion yang mana merangkumi peruntukan bagi lantikan baharu secara tetap dan kontrak serta lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi.\n\u201cKalau kerajaan nak selesaikan semuanya sekali bagi 4,000 (lantikan tetap) yang dituntut, maknanya kita perlukan RM10 bilion setahun. Maka, tidak mungkin.\n\u201cSebab itu, saya bagi jaminan, tahun ini 1,500 (lantikan). Tahun depan atau berikutnya, katakan dalam tempoh tiga tahun, kita boleh selesaikan masalah ini.\n\u201cMasalah tertangguh lama. Jadi, tidak boleh bebankan kami dalam satu tahun untuk selesaikan semua. RM3 bilion itu bukan jumlah yang kecil,\u201dujarnya\nMengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada pengisian jawatan perkhidmatan awam dalam sektor kritikal, terutama bidang kesihatan dan pendidikan.\nBeliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, pada 29 Mac lalu. \nSeramai 4,186 daripada 10,583 pegawai perubatan kontrak yang sudah tamat perkhidmatan wajib dengan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika itu, sudah dinilai dan diperakui untuk lantikan tetap oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada November lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/basikal-lajak-pertuduhan-terhadap-ke-ting-tidak-sah/", "title": "Basikal lajak: Pertuduhan terhadap Ke Ting tidak sah", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nMahkamah Tinggi Johor Bahru disabit atas pertuduhan cacat yang membawa kepada hukuman tidak mengikut undang-undang serta denda RM6,000 terhadap Sam Ke Ting kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak.\n\n\n\n\nPeguambela Ke Ting, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata, apa yang dilakukan oleh Pendakwa Raya adalah salah dengan menggabungkan kesalahan pemanduan melulu dan bahaya mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.\n\n\nKesalahan terbabit ialah memandu kenderaan secara melulu atau memandu kenderaan dengan laju atau memandu kenderaan dengan mengambil kira semua faktor termasuk keadaan trafik serta jalan yang berbahaya.\n\n\n\u201cSepatutnya hanya satu daripada kesalahan itu mengikut undang-undang. Dengan hormatnya dihujahkan bahawa perayu sememangnya diperdayakan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeadaan geografi Sungai Golok punca penyeludupan terus berlaku \u2013 Kastam\n\n\n\n\n\n\nMasjid, surau di Selangor perlu bebas propaganda politik \u2013 JAIS\n\n\n\n\n\n\nPasport Zahid dikembalikan petanda awal dibebaskan \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\nBERJASA Sedia Kerjasama Dengan PAS\n\n\n\n\n\n\nKWSP lancar i-Sayang, suami boleh carum dua peratus untuk isteri\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi kenyataan itu, Hisyam berkata, sepatutnya hanya satu daripada kesalahan itu mengikut undang-undang malah mendakwa perayu diperdayakan pada akhir kes prima facie dan pembelaan.\n\n\nJusteru, beliau meminta supaya sabitan dan hukuman terhadap anak guamnya diketepikan.\n\n\nMemetik MalayMail, prosiding itu berlangsung di hadapan panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah.\n\n\nSelepas hujah pembelaan selesai, timbalan pendakwa raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman berkata beliau ingin menekankan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh Mahkamah Majistret apabila ia membebaskan Sam pada Oktober 2021.\n\n\nBagaimanapun, Mahkamah Rayuan Tengku Amir Zaki berkata beliau memerlukan dua jam untuk menyelesaikan hujahnya menyebabkan hakim menangguhkan kes itu kepada 11 April.\n\n\nTerdahulu, wanita itu didakwa melakukan kesalahan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada 3.20 pagi, 18 Februari 2017.\n\n\nRemaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/bekalan-ayam-telur-mencukupi-sepanjang-ramadan-hingga-aidilfitri/", "title": "Bekalan ayam, telur mencukupi sepanjang Ramadan hingga Aidilfitri", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan ayam dan telur mencukupi sepanjang Ramadan sehingga Aidilfitri ini.\n\n\nKPDN dalam satu kenyataan memaklumkan, pengeluar ayam dan telur menerusi Persekutuan Penternak-Penternak Malaysia (FLFAM) telah memberi jaminan bahawa bekalan-bekalan itu mencukupi.\n\n\nKPDN turut terlibat dalam urus bersama Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia serta pihak pengeluar yang diwakili FLFAM dalam usaha memastikan isu bekalan serta harga kedua-dua bekalan ini dapat ditangani secara holistik.\n\n\nKPDN juga berkata, pihak pengeluar memberikan komitmen bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak kementerian dalam menangani sebarang isu gangguan kedua-dua bekalan ayam dan telur ayam ini dengan memyalurkan segera bekalan ke mana-mana lokaliti yang terjejas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBukan Hanya Pembeli, Peniaga Juga Turut Terkesan\n\n\n\n\n\n\nAhli Politik Terlibat Dalam Jawatankuasa Khas Rumah Berhala\n\n\n\n\n\n\nJALAN PALING BAHAYA DI MALAYSIA DINAIK TARAF\n\n\n\n\n\n\nBersatu Tidak Bertanding Di PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nPPIM gesa kerajaan bantu golongan bankrap sebelum tahun 2017\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut statistik penguatkuasaan berhubung pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam, pihak kementerian telah melakukan pemeriksaan di seluruh negara dan sebanyak 2,711 kes telah dikesan dan keseluruhan jumlah nilai kompaun adalah sebanyak RM482,400.\n\n\nKPDN terus komited dalam usaha membantu rakyat mengurangkan beban akibat peningkatan kos sara hidup yang makin tinggi.\n\n\n\u201cIsu kenaikan harga barang yang tidak munasabah akan ditangani bagi memastikan pengguna berada dalam keadaan selesa sepanjang Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba,\u201d katanya.\n\n\nPara pengguna boleh membuat aduan di enam saluran\u00a0 iaitu melalui WhatsApp di talian 019-279 4317 dan 019-848-8000, portal e-Aduandan http://e.aduan.kpdn.gov.mydan, talian rasmi 1-800-886-800, Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN, talian Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 atau 03-8882 6245 dan emel di \ne-aduan@kpdn.gov.my."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/dadah-bernilai-rm11-juta-dirampas-dalam-serbuan/", "title": "Dadah bernilai RM11 juta dirampas dalam serbuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Lebih 300,00 gram dadah bernilai RM11 juta dirampas dalam dua serbuan di sekitar Damansara Perdana dan Pelabuhan Klang pada 28 Mac 2023 yang melibatkan dua kumpulan pengedaran.\nKetua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dari jumlah itu, sebanyak 298,987 gram methampetamine bernilai RM10.8 juta telah berjaya dirampas dalam serbuan itu.\n\u201cManakala 17,590 gram heroin bernilai kira-kira RM234,366 turut dirampas dalam dua serbuan antara 11.30 pagi dan 1.50 tengah hari pada hari yang sama.\n\u201cNilai keseluruhan rampasan berjumlah RM11.034 juta dan kesemua dadah tersebut dipercayai untuk dipasarkan di Lembah Klang,\u201d ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. \nPihak polis turut menahan tujuh ahli dari dua kumpulan pengedaran dadah termasuk enam lelaki dan seorang wanita berumur antara 27 hingga 52 tahun.\nSelain dadah, pihaknya turut merampas dan menyita tiga buah kereta dan 17 barang kemas berjumlah RM191,000 dan kesemua suspek ditahan reman antara tiga hingga tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bermula dari 28 Mac 2023.\nKes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 15 sebatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/harga-kuih-masih-kekal-sejak-4-tahun-lalu/", "title": "Harga kuih masih kekal sejak 4 tahun lalu", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Di saat harga barangan mentah semakin meningkat tinggi, pengusaha kuih tradisional di Kampung Pondok jambu Merah, Kota Bharu, Kelantan masih mengekalkan harga yang sama seperti 5 tahun yang lalu serta kuantiti jualan juga masih sama.\n\n\n\u00a0\n\n\nNoraini Mat Deris, 60, yang sudah berkecimpung lebih daripada 20 tahun masih lagi menghasilkan berbagai-bagai jenis kuih muih tradisional terutamanya kuih tradisional Kelantan tidak pernah mengambil kesempatan atas kenaikan harga barangan asas lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMelayu berpecah akibat politik dibimbangi lemahkan Islam \u2013 Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\nSunway Lagoon tidak langgar SOP PPN\n\n\n\n\n\n\nTak perlu panik, Tuaran masih terkawal \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nKadar Kemasukan Ke Hospital Semakin Meningkat\n\n\n\n\n\n\nUmrah Ditangguhkan Sementara Berkuat Kuasa 8 Januari\n\n\n\n\n\n\n\n\nHarga bagi kuih jualannya masih pada harga sekitar RM2 dan RM 3 sebungkus, antara manisan yang dihasilkan Noraini ini adalah lompat tikam, bubur butir nangka, asam gumpal, puteri mandi dan juga nekbat.\n\n\n\u00a0\n\n\nSetiap hari dia menggunakam satu guni tepung gandum yang seberat 25 kilogram (kg) yang sebelum ini berharga RM62 sahaja.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cKali ini harga seguni tepung gandum meningkat menjadi RM72 untuk 25kg dan kenaikan harga itu turut membabitkan barang mentah lain termasuk gula dan telur.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cHarga gula pula RM66.50 untuk 24kg dan walaupun ia meningkat, rasa manis kuih muih saya tetap tidak berkurangan kerana ingin menjaga keasliannya.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cBegitu juga dengan harga telur ayam yang saya beli sekarang sekitar 55 sen sebiji dan untuk pembuatan kuih nekbat sebenarnya perlu menggunakan telur itik tapi memandangkan harganya juga sangat mahal, kami terpaksa mencampurkan kedua jenis telur itu untuk berjimat,\u201d katanya.\n\n\n\u00a0\n\n\nDia berkata lagi, penyediaan kuih muih ini dibuat pada jam 9 pagi dan siap sepenuhnya dalam masa 3 jam dengan bantuan para pekerjanya. Kuih muih yang siap dibungkus ini diletakkan harga antara RM2 dan juga RM3 sebelum dinawak ke gerai jualannya pada jam 3 petang.\n\n\n\u201cSetiap hari memang habis kuih kerana saya masih mengekalkan harga yang sama dan kebanyakan yang datang adalah pelanggan tetap.\n\n\n\u201cMemang agak terkesan dengan kenaikan harga barang mentah tapi setakat ini rezeki sentiasa ada kerana jika saya turut menaikkan harga jualan, sudah pasti membebankan pembeli terutama yang berpendapatan rendah.\n\n\n\u201cLagipun saya masih boleh bertahan kerana semua proses penyediaan kuih dilakukan tanpa pekerja yang ramai sekali gus kos upah dapat dikurangkan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/hormat-keputusan-mahkamah-karier-politik-najib-sudah-berakhir/", "title": "Hormat keputusan mahkamah, karier politik Najib sudah berakhir", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan berhubung hukuman dikenakan atas kesalahan menyeleweng dana SRC International SDN BHD perlu dihormati.\n\n\nPenganalisis politik, Dr Mazlan Ali berkata, meskipun penghakiman berbeza dengan keputusan 4-1, penghakiman dalam prosiding mahkamah mempunyai sentimen tersendiri dan menunjukkan mahkamah berjalan mengikut situasi yang betul.\n\n\n\u201cPenghakiman \nproeeding\n mahkamah ni dia ada sentimen saya beri contoh mudah katakanlah kita terlibat kemalangan ada seorang pelajar keluar dari lorong jalan, kita langgar dia walaupun atas kertas tu salah dia, tapi bila pergi ke mahkamah ni ada sentiment perbicaraan tersendiri berdasarkan penghujahan kepada fakta kes dan sebagainya.\n\n\n\u201cJadi walaupun 4-1, ketua hakim mempunyai taksiran yang tersendiri dalam kes tu kita kena hormati keputusan mahkamah menolak rayuan Datuk Seri Najib,\u201dkatanya.\n\n\nBekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) ketika hadir di mahkamah.\n\n\nTambah Dr Mazlan, keputusan mahkamah itu juga mengukuhkan lagi bahawa karier politik bekas Perdana Menteri itu sudah berakhir.\n\n\nMalah, katanya Najib bakal menghadapi pelbagai lagi kes di mahkamah yangdipertuduhan ke atas beliau walaupun dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).\n\n\n\u201cJadi dengan usianya sekarang hamper mencecah 70 pada saya karier politik Datuk Seri Najib ni dah berakhir kalua kita lihat pada fakta yang berlaku kes yang berlaku pada hari ni gambarannya begitulah.\u201d\n\n\nKetika ini, Najib mempunyai beberapa kes yang belum selesai secara muktamad termasuk kes meminda laporan audit 1MDB yang masih boleh dirayu oleh pihak pendakwaan.\n\n\nJika rayuan dibenarkan, Najib boleh diperintahkan untuk membela diri.\n\n\nSelain itu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu, berdepan kes penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion, tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International, RM27 juta.\n\n\nNajib turut berdepan enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion yang didakwa bersama-sama bekas Setia\u00adusaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/israel-lanjutkan-tempoh-tahanan-khalil-awawdeh/", "title": "Israel lanjut tempoh tahanan Khalil Awawdeh", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Tempoh penahanan banduan Palestin, Khalil Awawdeh, 41 tahun dilanjutkan selama 16 bulan oleh mahkamah Israel dengan alasan dia cuba menyeludup telefon bimbit beberapa hari sebelum dia dibebaskan.\n\n\nMemetik Ismaweb.net, Khalil dituduh memiliki serta menggunakan telefon bimbit ketika dia dipindahkan dari Hospital Assaf ke klinik Penjara Al-Ramla.\n\n\nDalam pada itu, peguam Khalil, Khaled Zabarqa memaklumkan mahkamah Israel turut mengenakan denda sebanyak 5,000 shekel Israel (RM6,140) serta tambahan lapan bulan tempoh penggantungan kepada Khalil.\n\n\nKhalil merupakan bapa kepada empat kanak-kanak perempuan itu melancarkan mogok lapar selama lebih 170 hari sejak 3 Mac lalu di Penjara Israel bagi membantah tindakan rejim Israel yang enggan membebaskannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelajar New Sales Wales, Victoria Jalani Ujian Covid-19 2 Kali Seminggu\n\n\n\n\n\n\nBakar bendera Israel tanda solidariti \u2013 UMNO\n\n\n\n\n\n\nIsrael mohon maaf atas pembunuhan Shireen Akleh\n\n\n\n\n\n\nIslamophobia: Batu nisan perkuburan Islam di Jerman diserang\n\n\n\n\n\n\nMasjid Biru Istanbul dibuka semula buat umat Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Amnesty International menyifatkan sistem pentadbiran rejim Israel terhadap tahanan sebagai amalan kejam serta tidak adil yang membantu mengekalkan sistem diskriminasi dan rasis terhadap rakyat Palestin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/isu-politik-melaka-tidak-jejas-persediaan-umno-bagi-prn/", "title": "Isu politik Melaka tidak jejas persediaan UMNO bagi PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pertukaran Ketua Menteri Melaka yang bangkit sebagai isu politik terkini tidak akan menjejaskan UMNO dalam persiapan untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN).\n\n\nAhli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Datuk Seri Sulaiman Md Ali meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka atas faktor kesihatan dan bukannya faktor politik. \n\u201cMedia juga melaporkan Sulaiman mempunyai masalah kesihatan dan perkara ini luar jangkaan. Kita akan selidik dan memastikan ia tidak menjejaskan persiapan UMNO untuk berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN),\u201dujarnya. \nBeliau berkata demikian selepas hadir merasmikan aplikasi e-Kaunter dan piagam pelanggan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) hari ini. \nTambah beliau, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh merupakan individu yang selayaknya mentadbir negeri berkenaan. \n\u201cAb Rauf dah lama pimpin Melaka dan beliau juga Ketua Bahagian Masjid Tanah jadi selayaknya untuk ambil alih.\n\u201cKerajaan negeri perlu diteruskan dan kita harapkan Malaysia Madani boleh dilaksanakan di Melaka termasuk pentadbiran Kerajaan Perpaduan,\u201d ujarnya lagi.\nPada Rabu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\nZahid kemudian menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Ali Rustam untuk mempersembahkan nama calon bagi jawatan tersebut dengan Ab Rauf menjadi calon tunggal yang dinamakan UMNO."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/jangan-layan-khabar-angin-tarikh-1-syawal-jakim/", "title": "Jangan layan khabar angin tarikh 1 Syawal \u2013 JAKIM", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nJabatan Kemajuan Islam (JAKIM) menyarankan semua pihak termasuk pengurusan masjid dan surau untuk membuat semakan ketepatan tarikh hijrah yang terdapat pada jam digital azan agar sentiasa selari dengan kalendar hijrah dikeluarkan jabatan itu atau berkuasa agama negeri dan disahkan Panel Pakar Falak.\u00a0\n\n\nMemetik Bernama, JAKIM menyatakan pihaknya mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar dipercayai memaparkan \u2018Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023\u2019 yang disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di sebuah masjid.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, JAKIM menerusi kenyataannya hari ini berkata paparan berkenaan telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan warga maya mengenai tarikh Aidilfitri tahun ini.\u00a0\n\n\n\u201c\nJAKIM ingin memaklumkan bahawa pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun bagi Malaysia dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi, setelah mendapat mandat Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelajar IPT Diberi 5 Hari Pelepasan Pulang Mengundi\n\n\n\n\n\n\n10 Jam Keluarkan Mangsa Daripada Timbunan Runtuhan Di Cameron Highlands\n\n\n\n\n\n\n1,389 kemalangan dicatatkan hari kedua Op Selamat ke-20 semalam\n\n\n\n\n\n\nYADIM Buat Aduan Kepada SKMM\n\n\n\n\n\n\nTiada `perang dingin\u2019 kerajaan negeri dan kerajaan Pusat \u2013 MB\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenyataan itu turut memaklumkan cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini akan dijalankan pada petang 20 April bersamaan dengan\u00a0\n29 Ramadan 1444H.\n\n\nSehubungan itu,\u00a0\n semua pihak diminta menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja mengenai perkara itu dan tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Aidilfitri tahun ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/jbpu-batal-pemilihan-umno-bahagian-tumpat/", "title": "JBPU batal pemilihan UMNO Bahagian Tumpat", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Jawatankuasa Bantahan Pemilihan UMNO 2023 (JBPU) membatalkan keputusan pemilihan UMNO Bahagian Tumpat, Kelantan yang berkuatkuasa serta merta pagi tadi. \nIa didapati kerana wujudnya ketidakteraturan perjalanan dalam mesyuarat perwakilan dan proses pemilihan UMNO Bahagian itu pada 18 Mac lalu.\nSurat bertarikh 30 Mac 2023 itu dihantar kepada Setiausaha UMNO Bahagian Tumpat, Kasim Umar dan ditandatangan Datuk Abu Bakar Isa Ramat selaku Pengerusi JBPU.\nJBPU membuat keputusan dan ketetapan bahawa mesyuarat dan pemilihan UMNO Bahagian Tumpat tidak sah meneliti aduan yang diterima. \nUMNO Bahagian Tumpat dikehendaki melaksanakan pemilihan semula bagi semua peringkat jawatan, tetapi tidak terlibat untuk pemilihan peringkat pusat dan calon perlu menggunakan nombor dan senarai perwakilan yang sama untuk proses tersebut. \nPerincian lanjut pemilihan seperti tarikh, masa dan tempat juga ditetapkan oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan dipantau oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri.\nDalam pemilihan itu, penyandang Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Zulkifli Abdullah dicabar tiga calon, antaranya Wan Sanusi Wan Yunus, Ibrahim Othman dan Rosdi Mamat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/kerajaan-bakal-bangunkan-pangkalan-data-untuk-pmks/", "title": "Kerajaan bakal bangunkan pangkalan data untuk PMKS", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013 Kerajaan bakal mewujudkan satu pangkalan data mengandungi semua maklumat berkaitan usahawan mikro, kecil dan sederhana yang berada di bawah 66 agensi dan institusi di negara ini.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan perkongsian data dan penyelarasan maklumat selaras dengan keputusan dibuat dalam mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) 2023.\n\n\n\u201cPerkara ini bagi memastikan sebarang bentuk latihan, pemantauan, pinjaman dan geran dana, dapat diselaraskan agar tidak berlaku pertindihan,\u201d katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPUPK Bilangan 1 Tahun 2023 di Parlimen semalam.\n\n\nSementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ia merupakan mesyuarat MPUPK yang pertama diadakan selepas kerajaan dibentuk.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenggantungan ini bukan satu pengakhiran \u2013 Hishammuddin\n\n\n\n\n\n\nBunuh suami kekasih, tanam mayat selepas hubungan sulit terbongkar\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan ini petunjuk kerajaan dalam ketakutan \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nBela Vernakular, Kenyataan Pemuda MIC Mengeruhkan Keadaan\n\n\n\n\n\n\nSuspek bakar isteri ditahan di Nibong Tebal\n\n\n\n\n\n\n\n\nMPUPK diwujudkan sebagai platform utama dalam membincangkan program serta inisiatif pembangunan usahawan dan PMKS selari dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).\n\n\n\u201cMesyuarat juga memutuskan bahawa usahawan di Sabah dan Sarawak, perlu diberikan keutamaan dengan membangunkan bakat dan potensi mereka, serta menyalurkan dana mencukupi bagi menjalankan program pewujudan usahawan termasuk mempermudahkan proses pendaftaran,\u201d tambah beliau.\n\n\nAhmad Zahid berkata, penyelarasan usahawan vendor mesti dilakukan bagi memastikan pencapaian negara dalam PMKS lebih tinggi daripada 37 peratus yang dicapai negara ketika ini.\n\n\nSelain itu, beliau memaklumkan jaringan e-dagang diperlukan untuk mewujudkan pasaran baharu kepada produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh PMKS."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/lima-menteri-mengiringi-anwar-ke-china-dua-daripada-dap/", "title": "Lima menteri mengiringi Anwar ke China, dua daripada DAP", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Seramai lima orang menteri termasuk dua orang pemimpin DAP mengiringi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan beliau ke China dalam \nmenghadiri Forum Boao bagi Persidangan Tahunan Asia (BFA 2023) di China.\n\n\nDatuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memulakan lawatan rasmi empat hari ke China bermula 29 Mac 2023 sehingga Sabtu untuk bertemu pemimpin utama negara itu serta pelabur dan tokoh korporat utama China.\n\n\nMenteri yang terlibat mengiringi Anwar ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang merupakan pemimpin daripada Parti Tindakan Demokratik DAP. \n\n\nTiga lagi menteri termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUndi Melayu, PRN Johor & Melaka jadi petunjuk pada PRU 15\n\n\n\n\n\n\n\u2018Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat\u2026\u2019- Anwar\n\n\n\n\n\n\nUtamakan Bahasa Kebangsaan Dalam Semua Aspek Kehidupan\n\n\n\n\n\n\nBN-PH tawar 5 perkara jika tawan Kedah\n\n\n\n\n\n\nWakil rakyat ditegur merokok di bangunan Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetibaan beliau di Lapangan Terbang Qionghai Boao petang tadi, disambut Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Republik Rakyat China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin.\n\n\nMenurut Zambry, jadual Anwar agak padat sepanjang tempoh beliau di sini bermula dengan ucapan \nsemasa Sesi Pembukaan Plenari Boao Forum for Asia (BFA) dan seterusnya berlepas ke Beijing dan menghadiri program pertama Perdana Menteri di Beijing iaitu Majlis Iftar bersama rakyat Malaysia yang berada di China.\u00a0\n\n\nTambah Zambry, hari ini jadual padat mengiringi perjalanan sehari Perdana Menteri di sini, di mana beliau dijadual menyampaikan ucapan di Tsinghua Universiti, salah satu universiti tersohor di China, diikuti kunjungan hormatnya ke atas Jinping.\n\n\nAnwar juga mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China, Xi Jinping serta dijadualkan akan menghadiri Mesyuarat Meja Bulat bersama pelabur-pelabur berprofil tinggi dan tokoh-tokoh korporat China diikuti dengan Forum Perniagaan membabitkan 1,000 orang peserta dari kedua-dua negara.\n\n\nLawatan tersebut merupakan inisiatif bagi mengukuhkan hubungan diplomatik antara Putrajaya dan Beijing yang terjalin sejak 1974 dan penghargaan agar China kekal menjadi rakan dagang terbesar Malaysia.\u00a0\n\n\nAnwar dijangka menamatkan jadual hari Jumaat dengan program iftar \nanjuran Malaysia-China Chamber of Commerce yang juga persatuan peniaga-peniaga Malaysia di China dan juga akan dihadiri pemimpin komuniti Islam di China selain tokoh korporat Malaysia \nyang menyertai lawatan ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/permohonan-permit-jual-mercun-dijangka-meningkat/", "title": "Permohonan permit jual mercun dijangka meningkat", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013 Permohonan permit penjualan mercun dan bunga api dijangka meningkat tahun ini berikutan negara tidak lagi dalam berdepan kekangan pandemik Covid-19.\n\n\nKetua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua ibu pejabat polis daerah sudah bersedia dengan kemungkinan itu.\n\n\nTambah beliau, permit untuk menjual mercun dan bunga api mungkin dikeluarkan dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.\n\n\n\u201cMungkin lebih ramai peniaga akan membuat permohonan menjual mercun selepas beberapa tahun musim perayaan berada dalam pandemik Covid-19,\u201d katanya selepas program mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNorsyahrin Hamidon dinobat Presiden DPMM yang baharu\n\n\n\n\n\n\nPN jumpa Anwar bincang isu agihan peruntukan pembangkang\n\n\n\n\n\n\nAPM Johor siap siaga amaran hujan berterusan tahap bahaya\n\n\n\n\n\n\nKuza, Kuni diarah failkan pembelaan terhadap saman fitnah\n\n\n\n\n\n\n688 permohonan diterima libat anak lahir di luar negara \u2013 KDN\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuhamad Zaki juga memaklumkan polis akan memperketatkan operasi di sempadan dalam memantau penyeludupan terutama mercun pada musim perayaan kelak.\n\n\n\u201cKita baharu sahaja selesai mengadakan mesyuarat dengan pihak berkuasa Thailand dan akan ada strategi baharu yang akan diaturkan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut menjangka peningkatan penyeludupan mercun menjelang hari perayaan nanti, namun pihaknya bersedia dalam sebarang kemungkinan.\n\n\n\u201cSetakat seminggu Ramadan belum ada kes penyeludupan mercun ke negara ini,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/seribu-akok-terjual-dalam-sehari-di-bulan-ramadan/", "title": "Seribu akok terjual dalam sehari di bulan Ramadan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Limpahan rezeki di bulan Ramadan menyebabkan seribu akok telah terjual dalam masa sehari oleh pengusaha akok di Kampung Gong, Pulai Chondong, Kelantan.\nMemetik Berita Harian, penguasah akok, Nik Hasnah Nik Hassan, 44, berkata, pada hari biasa sebanyak 200 hingga 400 biji akok sahaja terjual dalam masa sehari namun, telah meningkat dua kali ganda pada bulan Ramadan sehingga menyebabkan tidak cukup kakitangan untuk mengendalikannya.\nTambahnya lagi, pada hari biasa dia turut dibantu oleh suaminya, Nasir Samat, 47 untuk membakar akok, namun di bulan Ramadan ini dia dibantu oleh para pekerjanya yang sebanyak lapan orang.\n\u201cSeawal jam 6.30 pagi kami sudah mula bekerja untuk proses penyediaan dan membakar akok bagi pelanggan yang datang membelinya di kedai selain memenuhi tempahan daripada jabatan kerajaan.\n\u201cJualan akok mereka mendapat sambutan menggalakkan sekali gus memberi peluang kepada kami untuk menambah pendapatan sepanjang Ramadan ini,\u201d katanya.\nIbu kepada anak yang berusia dalam lingkungan 14 hingga 21 tahun ini berkata, akok yang dijual di sini merupakan resipi olahannya yang tersendiri sejak mula berniaga sekitar sembilan tahun yang lalu.\n\u201cBagi penyediaan akok sepanjang Ramadan, sebanyak 2,500 telur diperlukan setiap hari selain 300 kelapa dan juga kismis bagi menyedapkan lagi rasa akok selepas ia siap dimasak.\n\u201cRata-rata pelanggan yang pernah mencuba akok ini memuji rasa akok bunga kismis kerana ia berbeza dengan akok biasa dijual,\u201d katanya.\nNik Hasnah berkata lagi, untuk membakar akok ini mempunyai cara yang tertentu bagi mengelakkan akok itu menjadi hangus.\n\u201cWalaupun proses untuk membakar akok pandan itu memang nampak senang, tetapi sebenarnya ia perlu dibuat dengan teliti bagi memastikan kuih itu menepati cita rasa pelanggan.\n\u201cBermula tahun lalu, saya terpaksa menaikkan harga akok daripada RM5.50 kepada RM6 sebiji disebabkan kenaikan harga barang, namun mujurlah pelanggan memahaminya,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/sulaiman-rayu-sokongan-rakyat-melaka-terhadap-kepimpinan-baharu/", "title": "Sulaiman rayu sokongan rakyat Melaka terhadap kepimpinan baharu", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali merayu rakyat Melaka untuk memberikan sokongan penuh terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang baharu termasuk Ketua Menteri Melaka yang bakal mengganti posisinya hari ini. \n\u201cHari ini adalah hari terakhir saya memegang amanah mengetuai dan memimpin pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 bermula dari 9 Mac 2020 yang lepas.\n\u201cSaya menyeru dan merayu kepada rakyat Melaka agar dapat memberikan kerjasama yang terbaik kepada barisan kepimpinan yang baharu, sama seperti yang telah diberikan kepada saya sebelum ini demi negeri Melaka yang tercinta,\u201d katanya menerusi catatan di Facebook rasminya pagi ini. \nMenerusi catatan tersebut, beliau turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Melaka dan memohon maaf sekiranya beliau mempunyai sebarang kesilapan atau kekhilafan sepanjang menjadi pemimpin negeri tersebut. \nMengulas lanjut, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih dan memohon maaf atas sebarang kekhilafan sepanjang memikul tanggungjawab sebagai ketua menteri.\nTambah Sulaiman, harapan beliau selepas meletakkan jawatan ialah rakyat Melaka kekal diberikan keselamatan, keamanan dan kemajuan sebagai sebuah negeri Baldatun Toiyibatun Warabbun Ghafur.\nPejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Melaka semalam mengesahkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka baharu akan diadakan jam 3 petang hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/03/31/tindakan-israel-serbu-al-aqsa-hina-sensitiviti-umat-islam-sedunia/", "title": "Tindakan Israel serbu Al-Aqsa hina sensitiviti umat Islam sedunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Tindakan kurang ajar rejim Israel yang menyerbu Masjid Al-Aqsa baru-baru ini dianggap telah menghina sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.\n\n\nKaukus Palestin Parlimen Malaysia berkata, perbuatan puak pelampau Zionis yang dilindungi oleh pihak polis Israel itu telah mencabuli hak asasi kebebesan beragama dan berkepercayaan rakyat Palestin.\n\n\nKaukus berkenaan turut mengecam sekeras-kerasnya serbuan itu terutamanya ia dilakukan sewaktu umat Islam sedang menyambut bulan suci Ramadan.\n\n\n\u201cPenggunaan kuasa sembarangan oleh tentera rejim aparteid penjajah Israel ke atas rakyat Palestin yang tidak berdaya adalah berlawanan dengan semua norma dan perundangan kemanusiaan serta hak asasi manusia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAfghanistan masih larang wanita belajar di universiti\n\n\n\n\n\n\nKorea Utara Uji Peluru Berpandu Hipersonik\n\n\n\n\n\n\nThailand Benarkan Ganja Ditanam Di Rumah\n\n\n\n\n\n\nRSF umum gencatan senjata di Sudan sempena Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria: Arkitek apartmen mewah ditahan selepas larikan diri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDengan melakukan serbuan haram, maka Israel telah memungkiri janji terkini mereka untuk menghormati bulan mulia Ramadan,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.\n\n\nAnggota Kaukus yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh serta Datuk Seri Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Young Syefura Othman (Bentong), Syahredzan Johan (Bangi), Abdul Latiff Abdul Rahman (Kuala Krai), Datuk Seri Doris Sophia Brodi (Sri Aman), Ahmad Tarmizi Sulaiman (Sik), Mohamad Shafizan Kepli (Batang Lupar), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Howard Lee Chuan How (Ipoh Timor) dan Zakri Hassan (Kangar).\n\n\nDalam mesyuarat yang diadakan kali pertama kelmarin, Kaukus yang baru sahaja dibentuk itu menyeru agar keamanan, kebebasan, dan keadilan untuk seluruh rakyat Palestin.\n\n\nMereka juga menggesa masyarakat dan Ahli-Ahli Parlimen di seluruh dunia mengambil tindakan segera bagi menghentikan pelanggaran oleh Israel yang dilihat kian meningkat sepanjang tahun ini.\n\n\nMenurut Kaukus berkenaan, komitmen terhadap perjuangan rakyat Palestin tidak berbelah bahagi dan anggota-anggota akan melakukan yang sebaik mungkin dalam memastikan suara rakyat Palestin didengari serta hak-hak mereka dihormati.\n\n\n\u201cKaukus ini akan melaksanakan beberapa strategi dan tindakan bersama pihak berkepentingan dalam usaha mencapai hak, kebebasan dan keadilan untuk Palestin,\u201d jelasnya lagi. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/400-mangsa-sindiket-penipuan-belum-tampil-buat-laporan-polis-mho/", "title": "Mangsa sindiket penipuan jangan takut buat laporan polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Lebih 400 mangsa sindiket penipuan pelaburan Planetrade membabitkan anggaran kerugian RM56 juta digesa membuat laporan polis.\n\n\nSetiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, mangsa takut membuat laporan polis selepas beberapa ejen ditahan reman dan dibekukan akaun bank oleh pihak berkuasa.\n\n\n\u201cMangsa tidak perlu takut dan diminta untuk membuat laporan polis bagi mendapatkan keadilan sekali gus memastikan individu terbabit dikenakan tindakan.\n\n\n\u201cSaya juga hendak perbetulkan pemikiran mereka bahawa individu atau mana-mana pihak tidak mahu membuat laporan, ia adalah satu jenayah di bawah Seksyen 202 kanun keseksaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKJP diminta semak, kemas kini data tanah persekutuan\n\n\n\n\n\n\nKWSP Akan Lancar I-Sayang Tahun Depan\n\n\n\n\n\n\n2.8 juta pasport pasca Covid-19 dikeluarkan Jabatan Imigresen\n\n\n\n\n\n\nBangunkan rakyat bermentaliti kelas pertama \u2013 Raja Muda Perlis\n\n\n\n\n\n\nPengambilan vaksinasi Covid-19 tunjuk peningkatan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut mencadangkan kepada pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk membuat siasatan lebih terperinci berkaitan kes tersebut.\n\n\nSementara itu, mangsa, Siti bukan nama sebenar, terpengaruh dengan janjian pulangan dividen sebanyak empat peratus setiap bulan oleh ketua pegawai eksekutif syarikat yang dikenali sebagai Datuk Khairul.\n\n\nJelas ibu tunggal tiga anak itu, dia kerugian sebanyak RM230,000 wang dari simpanan dan pencen suaminya.\n\n\nSelain itu, menambah kepercayaan saya apabila ejen yang dikenali sejak 2016, pernah melakukan pelaburan bersamanya sebelum ini secara langsung meyakinkan diri ini untuk melabur.\n\n\nAzlin bukan nama sebenar dengan kerugian RM165,000 berharap mana-mana pihak khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat membantu bagi mendapatkan keadilan sewajarnya untuk mereka.\n\n\n\u201cSaya yakin untuk melabur sebanyak RM165,000 kerana mereka menggunakan syarikat peguam terkenal dan memberi imbuhan pada sambutan hari lahir,\u201d ujarnya yang kini bekerja sebagai tukang jahit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/barisan-exco-melaka-baharu-akan-dibentuk-dalam-48-jam/", "title": "Barisan Exco Melaka baharu akan dibentuk dalam 48 jam", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu\n \u2013 Kesemua Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka terdahulu di bawah kepemimpinan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali terbubar secara automatik selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu melepaskan jawatannya.\n\n\nKetua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata barisan Exco yang baru akan dilantik dalam tempoh 48 jam.\n\n\nSaya kini sedang dalam pertimbangan untuk melantik Exco baharu dan akan diputuskan dalam tempoh 48 jam, kekosongan jawatan ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana negeri (pentadbiran) perlu berjalan.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cBuat masa ini saya tidak mendapat panduan lagi (komposisi) barisan Exco untuk dibentuk dan akan merujuk kepada Presiden dahulu apakah hala tujunya, petua itu nanti diambil bagi merangka Exco kerajaan negeri.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika sidang media selepas Istiadat Pengurniaan Suratcara Perlantikan dan Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun Faisal sertai BERSATU\n\n\n\n\n\n\nTarikh tengok anak bulan Syawal pada 20 hari bulan\n\n\n\n\n\n\nPakar undang-undang, forensik anggotai Jawatankuasa Khas siasat kematian kes Adib\n\n\n\n\n\n\nTiada cadangan tutup akaun media sosial yang disalah guna \u2013 Fahmi\n\n\n\n\n\n\nPRN Johor Hanya Buang Masa Dan Sia-Sia\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, sama ada barisan Exco yang terdahulu akan dilantik semula akan bergantung kepada beliau namun masih mengekalkan jumlah Exco seramai 10 orang.\n\n\nAb. Rauf mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Seri Negeri kira-kira pukul 3.33 petang semalam.\n\n\nIstiadat Pengurniaan Surat cara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Dewan Seri Utama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/bekas-adun-bukit-kayu-hitam-meninggal-dunia/", "title": "Bekas ADUN Bukit Kayu Hitam meninggal dunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nBekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar, meninggal dunia pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).\n\n\nPerkara itu disahkan anaknya, Ahmad Qusyairi yang memaklumkan Ahmad Zaini menghembuskan nafas terakhir jam 5.42 pagi tadi.\n\n\nMenerusi hantaran di Facebooknya, Ahmad Qusyairi berkata, jenazah akan dibawa ke rumah keluarganya di Changlun, Kubang Pasu untuk urusan pengebumian.\n\n\nAhmad Zaini yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, pertama kali memenangi kerusi ADUN Bukit Kayu Hitam pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n1,839 premis seluruh negara diperiksa sepanjang dua hari Ramadan \u2013 KPDN\n\n\n\n\n\n\nMRSM Pendang Ditutup Sementara 3 Guru Positif\n\n\n\n\n\n\nRogol \u2013 bapa tiri berdepan hukuman sebat, 380 tahun penjara\n\n\n\n\n\n\n40 Lagi Korban COVID-19\n\n\n\n\n\n\nCaruman Baharu Dikreditkan Sepenuhnya Ke Akaun 1\n\n\n\n\n\n\n\n\nArwah turut mempertahankannya pada PRU13 namun tewas dalam pemilihan di kerusi sama melalui PRU14 pada 2018.\n\n\nArwah juga tidak bertanding untuk mempertahankan jawatannya sebagai ketua UMNO Bahagian Kubang pasu dalam pemilihan parti baru-baru ini atas alasan faktor kesihatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/bola-sepak-perancis-larang-permainan-dihentikan-untuk-berbuka-puasa/", "title": "Bola sepak Perancis larang permainan dihenti ketika berbuka puasa", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nPersekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) mengingatkan semua pengadil untuk tidak menghentikan perlawanan bagi membolehkan pemain beragama Islam berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.\u00a0\n\n\nMemetik AFP, situasi itu berbeza dengan Liga Perancis yang membenarkan perkara tersebut berlaku namun amalan sedemikian tidak termaktub dalam FFF.\u00a0\n\n\nMedia tempatan turut melaporkan satu notis pemakluman berhubung perkara ini telah dikirim melalui e-mel kepada semua pengadil bola sepak di negara itu pada Khamis lalu.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Ketua Suruhanjaya Pengadil FFF, Eric Borghini \nberkata, persekutuan juga menyedari beberapa perlawanan peringkat amatur dihentikan untuk membolehkan pemain yang berpuasa untuk berbuka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n78 negara hadiri majlis pelantikan Presiden Turkiye\n\n\n\n\n\n\nTaliban larang wanita sertai sambutan Aidilfitri di dua wilayah Afghanistan\n\n\n\n\n\n\nHAMAS bincang isu ketegangan Palestin bersama Hezbollah\n\n\n\n\n\n\nIsrael serang Gaza awal pagi Khamis\n\n\n\n\n\n\nJuruterbang enggan bawa Presiden Israel ke London\n\n\n\n\n\n\n\n\nTegas Borghini, pengecualian itu tidak dibenarkan dalam peraturan sambil menekankan bahawa ia termasuk menghormati prinsip sekularisme dalam bola sepak.\n\n\nSehubungan itu, \nLiga Perancis mengambil keputusan sebaliknya apabila membenarkan perlawanan dihentikan seketika pada bulan Ramadan bagi membolehkan pemain beragama Islam untuk berbuka puasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/cecair-vape-dibenarkan-tanpa-sebarang-kawalan/", "title": "Cecair vape dibenarkan tanpa sebarang kawalan?", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pelaksanaan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) akan berkuat kuasa hari ini.\n\n\nPelaksanaan cukai itu diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.\n\n\nWarta dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pula menyatakan tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.\n\n\nPengecualian itu terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin, yang didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak logik dakwaan kebakaran Wisma Jakel disengajakan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan 20 peratus\n\n\n\n\n\n\nKaji semula tempoh masa jemaah haji di Tanah Suci\n\n\n\n\n\n\nGereja Borneo tarik balik semakan kehakiman kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nDewan Serbaguna & Ruang Solat dinamakan sempena Siti Sarah\n\n\n\n\n\n\n\n\nNikotin, dengan pengecualian kepada tembakau, diklasifikasikan sebagai racun Kumpulan C yang hanya boleh dijual doktor dan ahli farmasi.\n\n\nSebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sedang dalam proses untuk mengeluarkan produk cecair atau gel nikotin dalam Akta Racun 1952 sebelum melaksanakan cukai terhadap penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape.\n\n\nBagaimanapun, KKM memberi jaminan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan tetap diteruskan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/kapal-pengawal-pantai-china-the-monster-awasi-projek-gas-petronas/", "title": "Kapal pengawal pantai China \u201cThe Monster\u201d awasi projek gas Petronas", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Ketegangan dilihat semakin meningkat di kawasan perairan sekitar Projek Gas Kasawari milik syarikat minyak kebangsaan, Petronas di luar pantai Sarawak berikutan kehadiran berterusan kapal-kapal pengawal pantai China termasuk kapal CCG 5901 yang lebih dikenali dengan panggilan ` The Monster\u2019.\n\n\nMenurut Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI), badan penyelidikan antarabangsa yang berpangkalan di Washington, gambar-gambar satelit dan data daripada AIS (Automatic Identification System) menunjukkan kapal pengawal pantai China CCG 5901 itu kerana saiz dan beratnya yang mencecah 12,000 tan, beroperasi berhampiran projek gas milik Petronas itu yang terletak di Blok SK316.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cThe Monster\u201d adalah kapal pengawal pantai terbesar dunia pada ketika ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKapal CCG 5901 \u201cThe Monster\u201d\u00a0 daripada kelas-Zhaotou telah dibina pada 2016 oleh Jiangnan Shipyard di Shanghai.\n\n\nGambar-gambar satelit dan data AIS yang diperolehi oleh AMTI\u00a0 juga menunjukkan kehadiran kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memantau (shadow) \u201cThe Monster\u201d itu.\n\n\nMemetik portal Defence Security Asia, gambar-gambar kiriman pembaca kepada portal itu menunjukkan kehadiran sebuah kapal pengawal pantai China dan bot dipercayai digunakan oleh militia maritim negara itu beroperasi di platform minyak dan gas, berkemungkinan terletak di dalam perairan Sarawak.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPic \u2013 (kredit pembaca Defence Security Asia) Ihsan DSA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah \u201cThe Monster\u201d yang \u201cberkawal\u201d di platform minyak dan gas terbabit yang dipercayai berada dalam perairan Sarawak dan ZEE negara.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut AMTI lagi, projek gas Kasawari yang bakal memulakan operasinya pada tahun ini terletak kira-kira 25 batu nautika di selatan Luconia Breakers (Hempasan Banti) . Ia kerap menerima kunjungan daripada kapal-kapal pengawal pantai China.\n\n\n\n\nPic \u2013 (kredit pembaca Defence Security Asia)\n\n\nLuconia Breakers (Hempasan Bantin) adalah sebahagian daripada Gugusan Beting Patinggi Ali yang juga dikenali sebagai South Luconia Shoals.\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa juga merangkumi Richmond Reef (Terumbu Balingian), Comus Reef (Beting Merpati) dan Connel Reef (Terumbu Dato Talip).\n\n\nMenurut AMTI, notis daripada Jabatan Marin Malaysia menyatakan bahawa pengangkutan struktur \u201cjacket\u201d untuk Platform Pemprosesan Pusat Kasawari bermula pada 24 Februari lalu, dengan pembinaan dan pemasangan bermula daripada 8 Mac dan dijangka berakhir sehingga 30 April.\n\n\n\u00a0Kapal pengawal pantai China itu \u201cThe Monster\u201d tiba di Luconia Shoals (Beting Patinggi Ali) pada 17 Februari dan dengan cepat mengawasi operasi di Projek Gas Kasawari.\n\n\n\u201cData daripada sistem AIS menunjukkan ia menghampiri Projek Gas Kasawari sehampir 7 Batu Nautika pada 18 Februari lalu dan hanya di antara 1 hingga 2 Batu Nautika pada Mac 11-12 serta Mac 17-19.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPic \u2013 (kredit AMTI)\n\n\n\u201cPada ketika itu signal daripada sistem AIS miliknya berubah-ubah,membawa maksud bahawa kemungkinan kapal pengawal pantai China menghabiskan lebih banyak masa di Kasawari,\u201d menurut AMTI.\n\n\nPada ketika ini, Kuala Lumpur mula bertindak dengan mengerah kapal Littoral Mission Ship (LMS) kelas-Keris Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Badik yang sedang dalam pelayaran ke Sabah untuk membuat persinggahan di Projek Gas Kasawari itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKD Badik merupakan salah sebuah daripada empat buah kapal LMS milik TLDM yang dibeli daripada China pada 2016.\n\n\nMenurut AMTI, data daripada AIS mencadangkan bahawa KD Badik berada di barat Kasawari untuk mengelak berhadapan secara langsung dengan \u201cThe Monster\u201d yang berada di bahagian timur, dengan data daripada AIS juga menunjukkan bahawa kedudukan di antara kedua-dua kapal itu mungkin lebih dekat.\n\n\nKali terakhir signal AIS KD Badik dikesan daripada Kasawari adalah pada Mac 22, dengan signalnya sekali lagi dikesan apabila ia berada di pangkalannya di Kota Kinabalu pada Mac 24.\n\n\n\n\nMenurut AMTI, pada ketika laporan ini diterbitkan \u201cThe Monster\u201d masih berada di Hempasan Bentin (Luconia Breakers).\n\n\nDalam satu laporan oleh Defence Security Asia pada 26 Februari lalu, kapal \u201cThe Monster\u201d dilaporkan belayar pada kedudukan hanya 55 Batu Nautika daripada pantai Sarawak.\n\n\nPelayaran \u201cThe Monster\u201d tidak jauh daripada kawasan pantai Sarawak itu telah dinyatakan oleh \u00a0ketua Projek Myoushu di Gordian Knot Center for National Security Innovation, Universiti Stanford, Raymond M. Powell menerusi ciapannya dalam akaun Twitter @GordianKnotRay.\n\n\nPowell juga adalah seorang bekas Kolonel dalam Tentera Udara Amerika Syarikat.\n\n\nMengikut United Nations Convention On The Law of the Sea (UNCLOS) 1982, perairan berdaulat milik sesebuah negara (territorial waters) adalah sejauh 12 Batu Nautika daripada kawasan pantai (baseline) manakala kawasan perairan ZEE milik sesebuah negara adalah sejauh 200 Batu Nautika daripada pantai (baseline).\n\n\n\n\nPada awal Mac, badan penyelidikan itu turut menerbitkan laporan menyatakan bahawa pembangunan projek-projek hidrokarbon di Nam Con Son milik Vietnam, Kasawari (Malaysia) dan Tuna (Indonesia) akan meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan pada tahun ini.\n\n\nLapangan gas ini ditemui pada 2011 dan terletak kira-kira 100 batu nautika daripada pusat kemudahan pemprosesan gas asli di Bintulu, Sarawak.\u2013 DSA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/keputusan-hakim-sokong-permohonan-bangkitkan-semula-pengaruh-najib/", "title": "Keputusan hakim sokong permohonan, bangkitkan semula pengaruh Najib", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Keputusan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula keputusan mahkamah yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, bakal memberi pengaruh besar pada bekas perdana Menteri itu.\n\n\nPenganalisis politik, Dr Azmi Hassan berkata, penyokong Najib akan mengambil peluang menggunakan sokongan hakim paling kanan dalam panel tersebut untuk terus memberi sokongan dan membawa pengaruh \u2018bosku\u2019.\n\n\n\u201cWalaupun 4 dikatakan bersetuju hanya satu menentang, pihak penyokong Najib akan menggunakan satu yang menentang itu sebagai asas bahawa Najib tidak mendapat keadilan yang sebenarnya. \n\n\nJikalau keputusan 5-0 itu lain cerita semua hakim mahkamah persekutuan bersetuju tapi nampaknya satu yang membangkang dan yang membangkan itu dikatakan sebagai pemangkin yang menghidupkan lagi isu Najib.\u201d\n\n\nMahkamah Persekutuan sudah memutuskan menolak permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara.\n\n\nDalam pada itu, Dr Azmi berpandangan meskipun mahkamah sudah memutuskan menolak permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini, ia dilihat tidak memberi kesab besar pada UMNO.\n\n\nIni kerana katanya, UMNO sudah bergerak sendiri di bawah pimpinan Datuk Seri Zahid Hamidi tanpa campur tangan Najib.\n\n\n\u201cSelama ini pun UMNO menghadapi PRU tanpa Najib maksudnya mereka sudah menjadi satu kelaziman tapi dengan keputusan ini sebenarnya dikatakan satu hakim yang menentang itu dikatakan memberi semangat atau kekuatan kepada UMNO maksudnya selepas penghakiman, isu itu akan digunakan lagi UMNO dikatakan akan memperkuatkan sokongan kepada UMNO itu sendiri,\u201d katanya lagi.\n\n\nSemalam, Lima panel hakim yang bersidang membabitkan Abdul Rahman bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais menolak semakan tersebut dengan keputusan 4-1."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/keputusan-semakan-sabitan-menandakan-kes-src-najib-berakhir/", "title": "Keputusan semakan sabitan buktikan kes SRC Najib bukan bermotif politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak sabitan dan hukumannya menandakan kesnya membabitkan dana SRC International Sdn Bhd itu telah berakhir, kata Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram.\n\n\nMemetik BERNAMA, Sithambaram yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes itu berkata keputusan itu juga menunjukkan pertuduhan terhadap bekas perdana menteri itu dibuat secara sah dan tidak bermotifkan politik.\n\n\nBeliau berkata kedaulatan undang-undang telah dilaksanakan dalam kes itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKepada ahli politik lain dan yang berkemungkinan menjadi pesalah lain, pendakwaan ini telah menunjukkan bahawa tiada siapa di negara ini yang mengatasi undang-undang.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPendakwaan yang berjaya ini mesti menghantar mesej kepada semua bakal pesalah bahawa undang-undang akan mencari anda dan menghukum mereka yang bersalah,\u201d katanya pada sidang media di lobi Istana Kehakiman hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Mahkamah Persekutuan dalam penghakiman majoriti 4-1, menolak permohonan Najib untuk menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengangkutan awam percuma untuk OKU, pelajar sekolah\n\n\n\n\n\n\nBeri \u2018sedekah\u2019 kepada pengundi tetap rasuah \u2013 Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nSanusi janji bayar ganti rugi RM120,000 kepada Mahfuz\n\n\n\n\n\n\nAmbil masa bertahun untuk selesai isu doktor kontrak \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\u2018Ulat\u2019 parkir haram ditahan DBKL\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeputusan majoriti itu dibacakan oleh hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan dipersetujui oleh hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.\n\n\nHakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, yang mengetuai panel lima hakim bagaimanapun tidak bersetuju.\n\n\nNamun sebaliknya bagi pihak pembelaan kes SRC bekas Perdana Menteri itu.\n\n\nPeguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata penghakiman bertentangan itu akan membuka jalan lain dalam kes anak guamnya, namun beliau enggan mengesahkan sama ada permohonan semakan kedua akan difailkan.\n\n\n\u201cIni bukan penamat. Boleh ada satu lagi prosiding mahkamah. Hasil daripada penghakiman minoriti, ada laluan yang dibuka.\n\n\n\u201cAda kes semakan bukan sekali sahaja dilakukan. Selagi ada asas untuk semakan baharu, ia boleh dibuat,\u201d katanya ketika sidang media.\n\n\nBeliau berkata berikutan permohonan mereka kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD), difahamkan proses itu telah bermula dan terdapat usaha untuk meminta Peguam Negara memberi maklum balas.\n\n\n\u201cKami akan menghantar dokumen lanjut mengenai penghakiman minoriti dan majoriti ini kepada UNWGAD, supaya ia akan diteliti untuk mengetahui yang mana lebih baik,\u201d tambahnya.\n\n\nNajib, 69, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang, telah memfailkan permohonan semakan bagi membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini, diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos tahun lalu.\n\n\nSelain itu, beliau juga telah memfailkan permohonan pengampunan diraja pada September tahun lalu.\n\n\nPada 5 Januari lalu, beliau juga memfailkan petisyen kepada UNWGAD untuk meminta pembebasan daripada penjara atau perbicaraan semula kes SRC International yang dihadapinya berikutan pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan yang beliau dakwa mempunyai kecacatan serius dan bertentangan dengan peraturan keadilan antarabangsa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/keputusan-sewajarnya-ialah-najib-dibebas-dan-dilepaskan-hakim-besar-sabah-sarawak/", "title": "Keputusan sewajarnya ialah Najib dibebas dan dilepaskan \u2013 Hakim Besar Sabah & Sarawak", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Sabtu \u2013 Panel Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum ini mungkin tidak berlaku adil terhadap Najib Razak semasa ia mendengar dan menolak rayuan bekas perdana menteri itu terhadap sabitan serta hukuman dalam kes SRC International Sdn Bhd apabila Najib tidak diwakili secara sah, kata hakim tunggal yang menentang keputusan majoriti menolak rayuan Najib semalam.\n\n\nHakim berkenaan iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan semalam berkata, sehubungan itu beliau berpendapat bahawa keputusan yang wajar diberikan terhadap Najib adalah dibebas dan dilepaskan.\n\n\nDalam alasan penghakiman bertulis setebal 78 muka surat, beliau berkata nampak jelas baginya bahawa telah berlaku penyelewengan keadilan, bahawa bahawa pemohon (Najib) dinafikan daripada hak mendapat perbicaraan yang adil.\n\n\nBeliau berkata\u00a0tidak dinafikan bekas perdana menteri itu didakwa melakukan kesalahan yang amat serius, tetapi adalah penting\u00a0orang tertuduh diwakili secara sah bagi menjamin wujudnya keadilan terhadap proses perbicaraan atau rayuannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Wanita DAP Bermulut Jahat \u2013 Tajuddin\n\n\n\n\n\n\nAkaun disekat, TV Pertiwi tuntut penjelasan pihak pengurusan TikTok dan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nJangan sokong dan beli produk dijual warga asing \u2013 DBKL\n\n\n\n\n\n\nNombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta milik Sultan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nKampung Digital Melaka dilancarkan, perbaiki sistem penyampaian perkhidmatan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKeadilan bukan sahaja mengenai bersalah atau tidak bersalah orang yang dituduh. Ia juga tentang memberikannya perbicaraan yang adil. Orang yang dituduh harus merasakan bahawa dia telah menjalani proses perbicaraan yang adil.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJika dia tidak boleh dibicarakan secara adil terhadap pertuduhan yang dikenakan, dia tidak sepatutnya dibicarakan sama sekali. Menafikan tertuduh daripada perbicaraan yang adil adalah satu bentuk ketidakadilan yang serius,\u201d katanya dalam penghakiman minoritinya.\n\n\nHakim Abdul Rahman berkata\u00a0hanya\u00a0dalam kes-kes luar biasa, perbicaraan atau rayuan tertentu seharusnya diteruskan tanpa representasi undang-undang, tetapi dalam kes ini, tiada apa-apa yang luar biasa telah ditunjukkan untuk mewajarkan\u00a0pendengaran rayuan utama tanpa representasi undang-undang,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut memetik kes Sankar v The State [1994] UKPC 1, yang menunjukkan bahawa ketidakcekapan peguam tertuduh telah menghalangnya daripada memperoleh perbicaraan yang adil.\n\n\nHakim itu berkata\u00a0dalam kes berkenaan,\u00a0Lord Woolf dalam menyampaikan penghakiman Privy Council berkata \u201cdalam keadaan melampau yang menyaksikan defendan dinafikan\u00a0daripada perbicaraan yang adil, maka walaupun peguambelanya sendiri yang bertanggungjawab terhadap apa yang telah berlaku, mahkamah rayuan mungkin perlu membatalkan sabitan itu dan akan berbuat demikian jika didapati berlaku ketidakadilan.\n\n\n\u201cYang Mulia Hakim itu bercakap dalam konteks kuasa mahkamah rayuan dalam mendengar rayuan daripada keputusan mahkamah perbicaraan, tetapi saya tidak nampak sebab yang sah dari segi undang-undang mengapa ia tidak boleh digunakan untuk permohonan bagi semakan di bawah\u00a0Peraturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995,\u00a0kerana keseluruhan tujuan di sebalik Peraturan itu adalah bagi mencegah ketidakadilan kepada mana-mana orang yang tidak mempunyai remedi berkesan lain,\u201d kata hakim itu.\n\n\nBeliau berkata demikian sebagai merujuk kepada permohonan Najib untuk menyemak keputusan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana penyelewengan RM42 juta dana SRC International.\n\n\nDatuk Seri Mohd Najib Razak semalam hadir di Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya berkaitan kes rasuah SRC International. Pic: MMTV\n\n\nDalam penghakiman majoriti 4-1 semalam, empat hakim yang menolak permohonan bekas perdana menteri itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan dan hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.\n\n\nHakim Abdul Rahman seterusnya berkata panel terdahulu juga tersilap apabila menghalang Datuk Hisyam Teh Poh Teik daripada menarik diri daripada bertindak sebagai peguam bela Najib.\n\n\n\u201cOleh itu, dari segi undang-undang pemohon tidak mempunyai representasi undang-undang apabila rayuannya didengar dan ditolak pada 23 Ogos tahun lepas. Ia juga merupakan fakta yang tidak dipertikaikan bahawa ini adalah kali pertama pemohon menukar peguam cara dan peguam bela sejak perbicaraannya bermula di Mahkamah Tinggi pada 3 April 2019,\u201d kata hakim itu.\n\n\nTambahnya, rekod Najib tidak menunjukkan bahawa beliau mempunyai tabiat menukar peguam, apatah lagi menukar peguam bagi tujuan melengahkan prosiding, justeru\u00a0pemohon tidak boleh dipersalahkan kerana mendengar nasihat peguamnya.\n\n\nMerujuk kepada permohonan penangguhan tiga hingga empat bulan perbicaraan rayuan utama oleh pemohon, Hakim Abdul Rahman berkata\u00a0sehubungan itu ia perlu diterima sebagai dibuat dengan niat suci hati, dan bukannya muslihat atau strategi beliau untuk menangguhkan pendengaran\u00a0rayuan utama seperti yang didakwa oleh pihak pendakwaan.\n\n\n\u201cApa yang penting perlu diambil perhatian secara keseluruhan ialah tiada dakwaan, terbukti atau sebaliknya, bahawa penangguhan tiga\u00a0hingga empat\u00a0bulan adalah satu muslihat atau strategi oleh pemohon bagi menangguhkan pendengaran rayuan utama,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, Najib gagal dalam usaha terakhirnya untuk mendapatkan semakan terhadap sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.\n\n\nNajib, 69, yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang, telah memohon untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang\u00a0diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas.\n\n\nDengan keputusan semalam, Najib akan terus menjalani baki hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang. \u2013\u00a0 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/kerajaan-setuju-tubuhkan-jawatankuasa-tertinggi-tangani-isu-doktor-kontrak/", "title": "Kerajaan setuju tubuhkan Jawatankuasa Tertinggi tangani isu doktor kontrak", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nJemaah Menteri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak yang menjadi topik hangat dalam negara ketika ini.\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, perkara itu telah dibincangkan dan dipersetujui oleh jemaah menteri pada mesyuarat Kabinet semalam.\n\n\n\u201cIsu ini telah diperbincangkan di mesyuarat kabinet pada 31 hb Mac 2023 yang akhirnya bersetuju untuk menubuhkankan Jawatankuasa peringkat Tertinggi yang akan menggabungkan beberapa Kementerian dan agensi termasuk Ketua Setiausaha Negara\n\n\n\u201cJawatankuasa itu menggabungkan beberapa kementerian dan agensi, termasuk membabitkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali,\u201d katanya menerusi satu kenyataan.\n\n\nKenyataan Kementerian Kesihatan berhubung penubuhan Jawatankuasa Tertinggi bagi menangani isu doktor kontrak.\n\n\nSusulan desas-desus berita tular di media sosial, beliau mendapati ada jemputan penganjuran mogok dalam kalangan doktor kontrak yang akan diadakan pada 3 hingga 5 April ini.\n\n\nBagaimanapun katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai mogok itu.\n\n\nBeliau berkata, kerajaan dari semasa ke semasa memberi maklum balas terhadap permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan oleh anggota kesihatan, antaranya mewujudkan perjawatan tetap dan penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan.\n\n\nSelain itu, kenaikan pangkat secara \u2018time-based\u2019, peluang kenaikan ke gred khas dan mewujudkan gred UD56 untuk pakar perubatan dan sebagainya.\n\n\nKKM juga katanya akan sentiasa peka dengan permasalahan serta permintaan yang ditimbulkan dan memastikan ia diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara.\n\n\nJusteru, beliau menekankan bahawa mogok bukan satu jalan penyelesaian terbaik dan permasalahan yang timbul perlu ditangani dengan penglibatan bersama secara profesional dan berhemah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/kpt-tiada-halangan-ahli-politik-masuk-universiti/", "title": "Tiada halangan ahli politik masuk universiti", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Tidak ada sebarang halangan bagi mana-mana pihak termasuk ahli politik daripada memasuki dan mengadakan program di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), di negara ini.\n\n\nMenteri Kementerian Pendidikan Tinggi , KPT, Mohamed Khaled Nordin bagaimanapun berkata individu yang mahu mengadakan program di IPTA perlulah berbincang dengan pihak pengurusan universiti berkenaan terlebih dahulu.\n\n\n\u201cMungkin ada \u2018break down\u2019 dalam komunikasi, jadi dalam hal ini kita memang berharap agar kedua-dua pihak dapat berjumpa dan mengaturkan semula program agar dapat dibuat sekali lagi,\u201d katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor, di Johor Bahru hari ini.\n\n\nAhli Parlimen Kota Tinggi itu berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa beliau dilarang memasuki kawasan kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM)\u00a0bagi menghadiri sesi dialog.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWanita Berjasa Fokus Institusi Keluarga Dan Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nKedudukan Saarani Kekal, Tiga Adun Masuk Parti Bangsa Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMB Selangor dijangka mengadap Sultan Selangor sebelum 25 Jun\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam paling ramai terlibat rasuah di Selangor \u2013 SPRM\n\n\n\n\n\n\nNegara tanggung kos biaya pesakit vape, bukan bertambah kaya\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Khamis, bekas menteri belia dan sukan itu dilaporkan berkata pihaknya kesal kerana dihalang sedangkan hanya mahu mendengar suara mahasiswa selain membincangkan beberapa isu berkaitan dengan mereka.\n\n\n\n\n\n\nSyed Saddiq hadir di UiTM, Shah Alam jam 9.30 malam semalam bagi dialog yang dianjurkan pertubuhan Mahasiswa Demokratik.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, UiTM dipetik sebagai berkata Mahasiswa Demokratik Malaysia yang menganjurkan sesi dialog #JelajahMansuhAUKU di universiti tersebut, tidak menggunakan saluran rasmi memohon mengadakan program di Kampus Shah Alam.\n\n\nNaib Canselor UiTM Prof Dr Roziah Janor dipetik sebagai berkata sepatutnya aktiviti pihak luar perlu mendapat kelulusan daripada universiti. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/lagi-bakar-quran-di-denmark-malaysia-kutuk-tindakan-biadap-patrioterne-gar-live/", "title": "Bakar Quran: Malaysia kutuk tindakan biadap Patrioterne Gar Live", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji yang berulang terhadap al-Quran di Denmark dengan insiden terbaru berlaku pada Jumaat.\n\n\nMemetik BERNAMA,\u00a0 K\nementerian Luar (Wisma Putra)\n berkata serangan serupa pada 24 Mac menunjukkan jenayah kebencian terhadap kitab suci umat Islam yang dilakukan pada Ramadan itu ternyata membelakangkan sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.\n\n\n\n\n1/ Malaysia condemns in the strongest terms the repeated vile attacks against the Holy Quran in Denmark on 31 and 24 March 2023.\n\n\n\u2014 Wisma Putra (@MalaysiaMFA) \nApril 1, 2023\n\n\n\n\n\u201cKami menggesa kerajaan Denmark supaya tidak mengklasifikasikan jenayah kejam ini sebagai kebebasan bersuara, sebaliknya mengambil tindakan segera terhadap pelaku yang menyebarkan kebencian dan hasutan untuk keganasan,\u201d kata Wisma Putra menerusi Twitter.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSekatan terhadap rakyat Palestin ke Al-Aqsa ketika Ramadan\n\n\n\n\n\n\nPesta Holi dicemari pencabulan ke atas wanita\n\n\n\n\n\n\nBiadap! Pemuda Israel kencing, minum arak dalam perkarangan Al Aqsa\n\n\n\n\n\n\nKapal pengawal pantai China \u201cThe Monster\u201d awasi projek gas Petronas\n\n\n\n\n\n\nF-22 \u201cRaptor\u201d tembak jatuh sekali lagi objek misteri selepas belon pengintip China\n\n\n\n\n\n\n\n\nMedia sejak beberapa bulan kebelakangan ini melaporkan beberapa perbuatan membakar al-Quran atau percubaan untuk melakukannya oleh tokoh atau kumpulan Islamofobia di utara Eropah dan negara-negara Nordik.\n\n\nSejak itu perbuatan mencemarkan al-Quran telah mencetuskan kemarahan dan kecaman di seluruh dunia dan menggesa supaya kebenaran untuk melakukan protes ke atas Islamofobia perlu dihentikan.\n\n\nTerdahulu,\n menurut trt world,\u00a0\n\u00a0 kumpulan berhaluan kanan Denmark, Patrioterne Gar Live, yang anti-Islam dan ekstrimis mengulangi perbuatan keji dengan membakar kitab suci Quran di hadapan Kedutaan Turki di Copenhagen pada 24 dan 31 Mac lalu.\n\n\n\n\nT\u00dcRK\u0130YE, DAN\u0130MARKA'DA KUR'AN-I KER\u0130M'E VE T\u00dcRK BAYRA\u011eINA YAPILAN SALDIRIYI LANETLED\u0130\n\n\nDanimarka'da d\u00fcn T\u00fcrkiye'nin Kopenhag B\u00fcy\u00fckel\u00e7ili\u011fi \u00f6n\u00fcnde T\u00fcrk bayra\u011f\u0131 ve Kur'an-\u0131 Kerim'e sald\u0131r\u0131 d\u00fczenlendi.\n\n\nDanimarka'daki \u0130slam d\u00fc\u015fman\u0131 ve a\u015f\u0131r\u0131 milliyet\u00e7i Patrioterne Gar Live isimli\u2026 \npic.twitter.com/HzQcT0E09h\n\n\n\u2014 KanalSiyasal (@KanalSiyasal) \nMarch 25, 2023\n\n\n\n\nGar Live\n turut membakar bendera Turkiye dan menyiarkannya secara langsung pada halaman Facebook gerakan\u00a0 yang dianggotainya itu. Klik\n https://www.facebook.com/profile.php?id=100077014422345\n\n\nTindakan jahat Gar Live itu memaksa Kementerian Luar di Ankara mengeluarkan satu kenyataan mengutuk perbuatan tidak hormat Gar Live terhadap agama orang lain, iaitu dengan membakar Quran pada ketika umat Islam berpuasa.\n\n\nAnkara mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dn tidak akan menerima perbuatan yang\u00a0 dibenarkan atas nama kebebasan bersuara.\n\n\nPerbuatan itu juga secara jelas kata kerajaan Turkiye menunjukkan peningkatan Islamophobia, diskriminasi dan xenophobia yang kini berada pada tahap sangat memuncak di Eropah.\n\n\nKementerian Luar juga berkata tindakan pembakar Quran itu mencerminkan mereka tidak pernah belajar daripada peristiwa sebelumnya.\n\n\n\n\nPress Release Regarding the Attack Targeting the Holy Quran and Our Glorious Flag in Denmark \nhttps://t.co/0QSNcPvGNk\n \npic.twitter.com/IxixSIHF2Z\n\n\n\u2014 Turkish MFA (@MFATurkiye) \nMarch 31, 2023\n\n\n\n\nSelain Turkiye, Arab Saudi turut mengutuk perbuatan itu yang dilihat menjadi-jadi dan ia hanya menyebarluaskan kebencian, ekstrimis kepada Islam.\n\n\nKenyataan itu juga menyebut perlunya kepada satu penyatuan dalam hal ini untuk mengangkat tolak ansur dan saling hormat menghormati agama lain.\n\n\n\n\n#Statement\n | The Ministry of Foreign Affairs of the Kingdom of Saudi Arabia condemns and denounces in the strongest terms the burning of the Holy Quran by an extremist group in Denmark in front of the Turkish embassy in \n#Copenhagen\n. \npic.twitter.com/7DR6DCIpEq\n\n\n\u2014 Foreign Ministry \ud83c\uddf8\ud83c\udde6 (@KSAmofaEN) \nMarch 26, 2023"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/lawatan-pm-ke-china-sebagai-langkah-populis-penganalisis/", "title": "Lawatan PM ke China sebagai langkah populis \u2013 Penganalisis", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China baru-baru ini dilihat sebagai suatu langkah populis untuk kepentingan pihak kerajaan sahaja.\n\n\nKetua Pegawai Operasi (COO) IRIS Institute, Mohamad Asyraf Farique berkata lawatan tersebut hanya meneruskan dasar luar yang telah dirangkum sebelum ini.\n\n\nKedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China dilihat hanya meneruskan sahaja dasar luar seperti sebelum ini walaupun kita lihat Pakatan Harapan banyak mempersoalkan projek pencinaan dan menerima pendanaan demokrasi daripada Barat dengan jumlah yang agak besar dan langkah yang diambil ini kelihatan seperti langkah populis untuk survival mereka sebagai pemerintah.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi bagi mengulas isu lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China baru-baru ini.\n\n\nTambah beliau, kebergantungan negara terhadap pelaburan dari luar masih lagi tinggi khususnya daripada China kerana masih belum mampu untuk membentuk dasar pembangunan yang lebih baik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya Tidak Terima Wang Dari UKSB\u2019\u2019 \u2013 Khairy Jamaluddin\n\n\n\n\n\n\nPRN enam negeri diadakan serentak\n\n\n\n\n\n\nMUDA desak kerajaan batal projek PJD Link\n\n\n\n\n\n\nPerbanyakkan bertadarus di masjid \u2013 Sultan Terengganu\n\n\n\n\n\n\nPN Masih Bincang Guna Logo PAS Pada Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, katanya, penerimaan dana yang banyak itu tidak memberi impak yang besar dari sudut pelaburan itu sendiri.\n\n\nJelas beliau, pelaburan daripada China disifatkan sebagai hanya ingin mengaut keuntungan tanpa membangunkan industri negara secara keseluruhan.\n\n\nDan projek-projek pelaburan yang China lakukan kelihatan lebih banyak menguntungkan kuasa nasional China berbanding Malaysia sendiri. Dan ini satu perkara yang kita harus lihat kerana sejak daripada zaman Datuk Seri Najib sehingga sekarang, kepimpinan yang ada tidak benar-benar boleh berunding atau pun berada dalam posisi untuk kita mempunyai pengaruh ataupun kepentingan lebih baik daripada negara China.\n\n\nTerdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Beijing, China pada Khamis bagi memajukan kerjasama strategik antara Kuala Lumpur dan Beijing.\n\n\nHari ini beliau mengetuai delegasi Malaysia menghadiri sesi mesyuarat meja bulat bersama pelabur berprofil tinggi dan juga tokoh korporat China dan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Li Qiang.\n\n\nMenerusi pertemuan itu kedua-dua pihak bakal memeterai 22 Memorandum Persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani antara syarikat Malaysia dan China."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/pemandu-tabur-paku-di-jalan-raya-diburu-polis/", "title": "Pemandu tabur paku di jalan raya diburu polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pe\nmilik dan pemandu kenderaan sedan berwarna hitam diburu\u00a0 Polsi \nDiraja Malaysia (PDRM) kerana dipercayai menabur paku di jalan raya sekitar kawasan lampu isyarat persimpangan Jalan Ipoh-Lumut, Batu Gajah, Perak baru-baru ini.\u00a0\n\n\nKetua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata pihaknya telah mengesan sebuah video yang tular di media sosial berhubung perkara itu semalam.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Mohamad Roy Suhaimi mengesahkan turut menerima satu laporan polis berkaitan kejadian itu daripada pengguna jalan raya yang mengalami tayar bocor selepas melalui kawasan tersebut. \n\n\n\u201cSehubungan itu, pemilik kenderaan jenis Nissan Almera dengan nombor pendaftaran AJK 869 sedang dikesan untuk siasatan lanjut,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n306 Sampel Kes Positif Mungkin Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\nDakwaan komplot PN guling kerajaan tidak berasas\n\n\n\n\n\n\nAcryl Sani bersara awal sebagai Ketua Polis Negara\n\n\n\n\n\n\nAsyraf Wajdi tidak pertahan jawatan beri laluan muka baharu\n\n\n\n\n\n\nKertas siasatan wang zakat MAINS sedang dilengkapkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas beliau, susulan kejadian berkenaan, pihaknya daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perlakuan khianat.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nMohamad Roy Suhaimi turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat jenayah atau bilik gerakan (DCC) IPD Batu Gajah bagi membantu siasatan.\n\n\nTerdahulu, tular di media sosial satu video yang berdurasi 24 saat di Facebook dengan memaparkan \ntindakan pemandu sebuah kereta menabur objek dipercayai paku di atas jalan raya.\u00a0 \nKlik:\u00a0\nhttps://twitter.com/IniAlalalannn/status/1641625307299082240/video/1\n\n\nPerbuatan tidak bertanggungjawab individu itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang mengecam tindakan tersebut dan menggesa hukuman tegas dikenakan terhadap pesalah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/putra-lapor-polis-isu-hak-biasiswa-pelajar-bumiputera/", "title": "PUTRA lapor polis isu hak biasiswa pelajar Bumiputera", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghentikan penajaan pelajar perubatan, kejururawatan dan beberapa lagi pengkhususan lain di universiti awam disifatkan melanggar Perkara 153 (2) dan 153 (3) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nPresiden PUTRA, Datuk Ibrahim Ali berkata, biasiswa itu adalah hak istimewa orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan negara.\n\n\nIbrahim berkata, adalah menjadi kewajipan kerajaan untuk menghormati hak istimewa orang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan negara.\u00a0\n\n\n\u201cIsu ini bukan sahaja melibatkan pelajar dalam bidang perubatan, kejururawatan atau sebagainya tetapi isunya adalah semua bidang pelajaran yang membabitkan Bumiputera kerana hak istimewa orang Melayu yang saya sebutkan tadi iaitu Fasal 153(2) dan Fasal 153(3) menjadi kewajipan kerajaan,\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\n34 Ladang Khinzir Ditutup, Gagal Penuhi Syarat Pelesenan\n\n\n\n\n\n\nKuliah Ustaz Azhar Idrus ditangguh, JAWI tampil beri penjelasan\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa hanya pilih parti \u2018berhaluan baik\u2019\n\n\n\n\n\n\nProgram melawat rumah ibadah tidak harus disekat \u2013 MUDA\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut mendakwa biasasiswa dibawah tajaan itu seperti dibahagikan sama rata antara bumiputera dan bukan bumiputera.\u00a0\n\n\n\u201cSaya difahamkan begitu dan ada di kalangan Bumiputera yang mendapat tempat di luar negara dan universiti terkemuka, tetapi dalam negara kita dinafikan biasiswa,\u201d katanya.\n\n\nMenjadi terkilan apabila pelajar dinafikan biasiswa di dalam negara walaupun mendapatkan tempat di universiti terkemuka luar negara.\n\n\nBeliau turut menyifatkan pemberhentian biasiswa berkenaan merupakan perbuatan bersifat jenayah dan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.\n\n\nTerdahulu, PUTRA membuat laporan polis berhubung isu biasiswa pelajar Bumiputera di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.\n\n\nBeliau berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneliti semula terutama dalam mengembalikan hak orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.\n\n\nPada 23 Mac lalu, JPA memutuskan tidak akan menawarkan tajaan kursus perubatan, pergigian dan farmasi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/umno-sudah-biasa-dengan-perpecahan-penganalisis/", "title": "UMNO sudah biasa dengan perpecahan \u2013 Penganalisis", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nUMNO dikatakan sudah biasa dengan perpecahan sehingga melahirkan parti-parti baharu yang terdiri daripada bekas ahlinya sendiri.\n\n\nIni termasuk apa yang berlaku di Melaka susulan pelepasan jawatan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.\n\n\nTimbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib berkata, perletakan jawatan Sulaiman harus dihormati biarpun ia dilakukan secara sukarela atau paksaan ekoran kemelut politik yang berlaku di Melaka.\n\n\nBekas Ketua Menteri Melaka , Datuk Seri Sulaiman Md Ali berada di Pejabat Ketua Negeri Melaka pada hari terakhirnya.\n\n\n\u201cSaya kira perletakan jawatan beliau berlaku secara rela atau paksa rela harus dihormati dan UMNO sudah \u2018alah bisa tegal biasa\u2019 dengan perpecahan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGuru Besar putih mata, wang RM109,000 bantuan awal persekolahan lesap\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tanah terbiar Felda, Felcra, Risda digunakan untuk penghasilan makanan\n\n\n\n\n\n\nRibut Kuat di Perai, Empat rumah Rosak Teruk\n\n\n\n\n\n\nRafizi bagi 4 sebab kenapa kerajaan tidak benar keluar KWSP\n\n\n\n\n\n\nSiti Nuramira Dibebaskan Dengan Jaminan JAWI\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau kita perhatikan di era akhir 1980-an, UMNO pernah berpecah menjadi kumpulan A dan kumpulan B. Parti-parti serpihan yang lahir hasil perpisahan UMNO seperti pemimpin PKR, BERSATU dan juga PEJUANG,\u201d katanya ketika dihubungi TV Pertiwi, hari ini.\n\n\nMenurutnya, secara kebiasaan, sesiapa sahaja yang menjadi Ketua Perhubungan UMNO bakal menyandang Ketua Menteri Melaka.\n\n\nIa ekoran \nPengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang diangkat menyandang Ketua Menteri Melaka Ke-13, semalam.\n\n\nMalah beliau melihat perlantikan Sulaiman sebelum ini juga sebagai satu kebiasaan yang telah menjadi budaya politik UMNO di Melaka.\n\n\nDalam pada itu, beliau berpandangan bahawa kesatuan dan penyatuan adalah perkara yang menjadi hambatan besar dalam UMNO.\n\n\nTerdahulu, Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali meletakkan jawatan pada 29 Mac lalu susulan pertemuannya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/01/ustaz-wadi-annuar-dakwa-tidak-pernah-dipelawa-mohon-tauliah/", "title": "Ustaz Wadi Annuar dakwa tidak pernah dipelawa mohon tauliah", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Pendakwah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa beliau tidak pernah dipelawa bagi sebarang permohonan tauliah melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam negeri seperti dinyatakan dalam laporan media sebelum ini.\n\n\n\n\nMenurut Wadi Annuar, beliau juga belum pernah mengadakan sebarang perjumpaan bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) seperti yang didakwa sesetengah pihak.\n\n\n\n\nKatanya, dalam insiden Rabu lalu, pihaknya telah dijemput untuk menghadiri Program Solat Tarawih dan Sembang Santai di Markaz Tarbiyah Pas Kawasan Kangar, Kampung Abi, Padang Machang, di Kangar, Perlis lebih kurang jam\u00a0 9.45 malam.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya dimaklumkan oleh penganjur bahawa program ini bukanlah majlis pengajian agama dan ia hanya program sembang santai bersama masyarakat setempat melibatkan beberapa soalan berkaitan perkembangan badan bukan kerajaan (NGO) kelolaan saya, keadaan terkini ibadat umat Islam di Mekah serta Madinah bersama beberapa kupasan isu semasa.\n\n\n\n\n\n\nDalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata maka itu menerima jemputan yang diadakan di permis persendirian tersebut dan tidak memerlukan tauliah agama negeri.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEnam warga Filipina dipenjara salah guna MyKad rakyat Malaysia\n\n\n\n\n\n\nZahid Diperintah Bela Diri Atas 47 Pertuduhan\n\n\n\n\n\n\nJangan sentuh isu agama, raja, kaum pada PRN di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nAgong Titah Jalankan Siasatan Secepat Mungkin\n\n\n\n\n\n\nZuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam,\u00a0 JAIPs dilaporkan akan memanggil Wadi Annuar yang didakwa tidak mendapat tauliah untuk memberi ceramah dalam satu program di Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang, pada kelmarin.\n\n\n\n\nSatu laporan juga dibuat di balai polis Kangar oleh JAIPs selepas anggota penguat kuasanya dihalang oleh penganjur daripada bertemu dengan Wadi Annuar sebelum ini bagi mengambil keterangan berhubung tindakan pendakwah itu memberi ceramah di negeri ini.\n\n\n\n\nMufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan berkata, pendakwah berkenaan bersama penganjur iaitu Lajnah Dakwah dan Perkaderan Pas Kangar dikehendaki hadir bagi memberi keterangan di Pejabat JAIPs pada 17 April depan sebelum sebarang tindakan lanjut dilaksanakan selepas itu.\n\n\nPada 22 Mac lalu, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pernah menitahkan agar pihak berkuasa agama dapat memantau dan memastikan agar setiap penceramah di negeri ini mendapatkan tauliah daripada Jabatan Mufti Negeri.\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Wadi Annuar berkata, pihaknya sebelum ini telah menerima surat perintah hadir siasatan oleh JAIPs pada 7 April depan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cDisebabkan kekangan masa dan jadual program yang padat, saya sendiri telah memohon untuk mengubah tarikh hadir siasatan berkenaan pada 17 April dan ia turut diterima oleh pihak berkenaan,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya, beliau sememangnya sentiasa menjunjung perintah Tuanku Syed Sirajuddin dan tidak pernah berniat mempersendakan titah baginda.\n\n\nBeliau juga berharap dengan maklum balas yang disiarkan, ia dapat menjawab kekeliruan yang timbul dan memperbetulkan semula persepsi negatif yang dilemparkan terhadap dirinya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/02/gubal-akta-baharu-dulu-sebelum-kenakan-cukai-cecair-vape-kj/", "title": "Gubal akta baharu dulu sebelum kenakan cukai cecair vape \u2013 KJ", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata meskipun pentadbiran lalu berhasrat mengenakan cukai terhadap produk cecair vape, ia tidak menandatangani warta untuk mengeluarkannya daripada jadual Akta Racun 1952.\n\n\nIni kerana pendiriannya dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini, ialah satu akta baharu perlu digubal terlebih dahulu bagi memastikan sebarang risiko yang berpunca daripada produk itu dapat diatasi sekiranya pengecualian dibuat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPendirian saya dan KKM sebelum ini, adalah mesti ada akta baharu untuk sambut tindakan itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika tidak ada akta baharu, berlaku lacuna (kelompongan) dalam undang-undang kerana vape tidak dapat dikawal langsung.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDisebabkan itu kami bawa Akta Kawalan Merokok, tetapi tak sempat diluluskan,\u201d katanya menerusi ciapan twitter, malam ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni berikutan kerajaan hari ini, melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml).\n\n\nPelaksanaan cukai itu diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan semalam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.\n\n\nSementara itu, warta dikeluarkan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menyatakan, tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.\n\n\nDalam pada itu, Khairy berkata, dengan adanya akta baharu itu produk nikotin dalam vape boleh dikecualikan berikutan ada akta yang mengawalnya.\n\n\n\u201cNamun apabila terbalik, pengecualian diberi sebelum akta baharu, jadi tiada tindakan boleh diambil terhadap penjualan dan pemasaran vape.\n\n\n\u201cSekarang \u2018free for all\u2019 (bebas kepada semua). Saya harap KKM membawa Rang Undang-Undang (RUU) kawalan merokok dengan segera untuk menutup lacuna ini demi kesihatan awam,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, dalam kenyataan Dr Zaliha, beliau berkata satu RUU baharu untuk mengawal selia produk dan peranti rokok akan diperkenalkan pada sesi Parlimen akan datang.\n\n\nJelasnya, RUU berkenaan merangkumi peruntukan yang memastikan kawalan menyeluruh ke atas nikotin dalam cecair dan gel yang digunakan dalam e-rokok dan vape- BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/02/lelaki-tabur-paku-ditahan-polis/", "title": "Lelaki tabur paku ditahan polis", "body": "0\n\n\nBatu Gajah: Pemilik kereta Nissan Almera yang dipercayai menabur paku di atas jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh-Lumut dekat Pusing, di sini sudah ditahan polis.\n\n\n\n\nKetua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, lelaki berusia 45 tahun itu diberkas di Changkat Larang, Lahat pada 3 pagi hari ini.\n\n\n\n\nKatanya, suspek ditahan selepas lima jam\u00a0\nvideo kejadian itu\n\u00a0dikesan pihaknya, semalam.\n\n\n\u201cDia kini ditahan reman empat hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,\u201d katanya ketika dihubungi.\n\n\nTerdahulu, Mohamad Roy dilapor berkata, pihaknya mengesan pelaku yang menebar paku di atas jalan selepas video mengenainya tular di media sosial sejak Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCecair vape tidak wajar dikeluarkan daripada Akta Racun\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Di Tangga Ke- 57 Dunia\n\n\n\n\n\n\nTiada Persediaan Penuh Hadapi Banjir \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Hanya akan bermula selepas EMP lulus\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tiba di SPRM beri keterangan pagi tadi\n\n\n\n\n\n\n\n\nPolis turut menerima laporan pengguna jalan raya yang mengalami kebocoran tayar selepas melalui kawasan itu. \u2013 Harian Metro"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/02/pelaksanaan-cukai-vape-beban-kepada-sektor-kesihatan/", "title": "Pelaksanaan cukai vape beban kepada sektor kesihatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nKerajaan tidak wajar melaksanakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap milliliter (ml) sebaliknya perlu mengekang penggunaan vape khususnya oleh golongan remaja.\u00a0\n\n\nProfesor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar menegaskan kerajaan sepatutnya mengharamkan cecair vape serta peranti rokok elektronik (e-rokok) sama seperti kerajaan Singapura dan Thailand.\n\n\n\u201cDaripada dahulu lagi kita tegaskan bahawa kerajaan perlu mengharamkan vape dan peranti e-rokok sama seperti kerajaan Singapura dan Thailand mengharamkan perkara ini.\n\n\n\u201cJadi, tidak timbul mengenai cukai sebab duit kutipan cukai tersebut tidak berbaloi untuk Kementerian Kesihatan (KKM) menanggungg implikasinya nanti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBomba Giat Cari Tujuh Mangsa Hilang Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nKelibat Ismail Sabri tak kelihatan pada taklimat Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nEnam maut selepas dua kereta dinaiki bertembung\n\n\n\n\n\n\nProklamasi Melayu bukan martabatkan Melayu tapi nak guling kerajaan \u2013 P.Ramasamy\n\n\n\n\n\n\nPerarakan Hari Wanita sekadar boneka, sebar mesej budaya songsang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKKM juga harus mengetahui bahawa kos menguruskan perubatan dan rawatan akan semakin meningkat apabila perkara ini berlaku,\u201d katanya \nketika dihubungi TV Pertiwi hari ini bagi mengulas mengenai tindakan kerajaan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok).\n\n\nJelas Dr Rafidah, penggunaan e-rokok ini juga memberi impak besar terhadap kesihatan tubuh badan seseorang antaranya menyebabkan penyakit Evali yang menjadi punca kerosakan paru-paru selain turut membebankan Kementerian Kesihatan (KKM) pada masa akan datang.\n\n\n\u201cJadi, kenapa kita perlu membenarkan satu polisi akan membebankan KKM kerana impak daripada vape iaitu penyakit Evali yang mengakibatkan kecederaan paru-paru.\n\n\n\u201cKita juga ada banyak bukti daripada negara-negara barat bahawa remaja mereka yang ketagihan vape mengalami masalah paru-paru yang serius,\u201d tambahnya.\n\n\nTambah beliau, kerajaan sepatutnya menguatkuasakan dahulu Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) \nhanya akan membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Januari 2007 sebelum melaksanakan percukaian.\u00a0\n\n\nSebelum ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaan cukai cecair vape untuk e-rokok.\u00a0\n\n\nSementara itu, warta dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pula menyatakan tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.\u00a0\n\n\nPengecualian tersebut terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin yang didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/02/sekadar-bawa-masuk-ph-dalam-exco-bukan-kepentingan-rakyat-berjasa/", "title": "Sekadar bawa masuk PH dalam Exco, bukan kepentingan rakyat \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu dan penstrukturan semula Exco negeri sekadar mahu membawa masuk Pakatan Harapan dalam tampok kepimpinan negeri itu.\n\n\nNaib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Al Hakim berkata, ia jelas membawa motif dan agenda Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedangkan tindakan itu tidak disokong parti dan rakyat Melaka.\n\n\n\u201cRamai memahami bahawa pelantikan Datuk Seri Ab Rauf memang sangat kontroversi atas motif yang jelas Datuk Seri Zahid Hamidi untuk merombak Exco Melaka bagi memasukkan sendiri Exco daripada PH ini mungkin satu perkara yang tidak dipersetujui Datuk Seri Sulaiman sebelum ini dan kita melihat di bawah kepemimpinan Ketua Menteri Melaka yang lama tiada masalah Melaka membangun dengan begitu baik.\u201d\n\n\nTambah Lukman, prestasi bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mempunyai rekod baik dan wajar diteruskan kepimpinan Melaka di bawahnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCADANGAN SEMPADAN NEGARA DIBUKA 1 JANUARI 2022\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Khalid mohon maaf, beza pandangan dengan UMNO\n\n\n\n\n\n\nCagar caruman KWSP heret masalah baharu rakyat \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nPM lantik 5 individu anggotai badan penasihat khas Menteri Kewangan\n\n\n\n\n\n\nHarga Barang Dijangka Kembali Stabil Awal Tahun Depan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun disebabkan kepentingan pihak-pihak tertentu, Sulaiman terpaksa akur dan melepaskan jawatan.\n\n\n\u201cTernyata ini satu \npoliticking\n yang tidak sihat untuk menaikkan Zahid punya aspirasi dan sebenarnya bercanggah dengan apa yang rakyat mahu, rakyat suka dan inilah \npoliticking\n yang tiada kesudahan untuk menaikkan seorang individu dengan agenda sebenaranya tidak disokong oleh parti dan rakyat Melaka itu sendiri.\u201d\n\n\nMemetik Ismaweb, dalam pada itu, Lukman menyifatkan kenyataan balas Datuk Seri Ab Rauf Yusoh terhadap Datuk Mohamad Jailani Khamis berhubung pelantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka sangat tidak profesional.\n\n\nKatanya, Ab Rauf harus mengambil pendekatan lebih telus dan bersih kepada pihak yang menentang pelantikannya.\n\n\nTerdahulu, Jailani yang juga bekas Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan mendakwa pertukaran Ketua Menteri Melaka yang baharu sebagai tebuk atap atau Ketua Menteri pintu belakang.\n\n\nBerikutan itu, Ab Rauf mengatakan \u2018nanti kita cari rumah mana yang atap bocor\u2019 sebagai responnya selepas ditanya pengamal media."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/02/serbu-kedai-pakaian-rebut-baju-raya-rm1-hingga-kecoh/", "title": "Serbu kedai pakaian, rebut baju raya RM1 hingga kecoh", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Lebih 500 orang menyerbu sebuah kedai pakaian di Seksyen 7, Shah Alam bagi mendapatkan promosi hari raya sehingga berlaku kekecohan pada awal pagi semalam.\n\n\nKetua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kekecohan berlaku apabila kedai pakaian itu membuat promosi untuk 100 orang pembeli pertama pada harga RM1, manakala 50 orang berikutnya mendapat baju kurta percuma.\n\n\nKatanya, polis menerima aduan mengenai insiden itu sekitar jam 10.30 pagi membabitkan kekecohan ketika kedai pakaian terbabit memulakan operasi.\n\n\n\u201cDianggarkan lebih 500 orang membanjiri kedai itu untuk mendapatkan harga promosi berkenaan sehingga berlaku tolak-menolak dan kekecohan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaklumat Dakwa Fenomena Aphelion Mula PALSU\n\n\n\n\n\n\nBN GABUNG PH, DONG ZONG TERUS BERANI DESAK IKTIRAF UEC\n\n\n\n\n\n\nTeruk Dikecam Netizen, Plus Tutup Ruangan Komen\n\n\n\n\n\n\nPAS umum tukar MB, TMB Kelantan lepas pilihan raya\n\n\n\n\n\n\nPAS tiada halangan disiasat SPRM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAtas faktor keselamatan, pihak pengurusan kedai bersetuju menghentikan operasi pada jam 11.45 pagi kerana tidak dapat mengawal bilangan pengunjung yang hadir,\u201d katanya dalam kenyataan itu.\n\n\nMenurut Mohd Iqbal, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak setakat ini dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.\n\n\n\u201cOrang ramai dinasihatkan supaya tidak terlalu mudah terpengaruh dengan mana-mana promosi yang dibuat pada musim perayaan ini, manakala pihak peniaga perlu sentiasa peka dan elakkan membuat promosi yang boleh mengelirukan orang ramai bagi mengelak kejadian seperti ini tidak berulang lagi,\u201d katanya.\n\n\nhttps://twitter.com/f4kr0ls00d/status/1642282525564493824?s=20\n\n\nTerdahulu, tular di media sosial rakaman kekecohan yang berlaku di hadapan sebuah kedai pakaian di Seksyen 7.\n\n\nMenerusi rakaman itu, pengunjung kedai pakaian dari pelbagai peringkat usia itu dilihat berasak untuk memasuki premis berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/02/tokoh-wartawan-negara-kesal-menteri-bidas-laporan-bh/", "title": "Tokoh wartawan negara kesal Menteri bidas laporan BH", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar, kesal dengan tindakan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang membidas siaran Facebook \nBerita Harian\n (\nBH\n) mengenai laporan jangkaan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).\n\n\nTan Sri Johan berkata dakwaan laporan berkenaan satu penipuan dan fitnah oleh Fahmi yang juga menteri bertanggungjawab ke atas media dan sebagai jurucakap kerajaan sama sekali tidak wajar dan tidak bertanggungjawab.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBeliau juga sepatutnya faham bahawa laporan itu memetik pandangan dan ramalan penganalisis.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni merupakan amalan biasa dalam laporan pemberitaan bisnes dan urus niaga seperti juga pandangan penganalisis politik dipetik untuk tujuan berita atau laporan politik semasa,\u201d kata Johan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.\n\n\n\n\n\n\nBekas Ketua Pengarang \nUtusan Melayu\n itu mengulas tindakan Fahmi yang menyelar laporan analisis \nBH \nbertarikh 30 Mac mengenai OPR disebabkan wujud kekeliruan hingga menjadi fitnah yang tersebar luas.\n\n\nKata Johan, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, semua pandangan, baik yang menyokong atau menentang kerajaan seharusnya diberikan tempat.\n\n\nBahkan, Johan dalam kenyataannya itu turut menegaskan, saluran media bukan portal atau risalah rasmi kerajaan.\n\n\nApa yang dikesalkan Johan juga, kenyataan yang dikeluarkan Fahmi juga secara tidak langsung telah menanam rasa tidak yakin orang ramai ke atas media serta menjejaskan nama baik media tempatan.\n\n\nDalam masa sama, Johan mengingatkan menteri itu yang pernah berikrar dan menjanjikan media bebas membuat laporan dalam kerangka undang-undang sedia ada.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cSaya juga kecewa bahawa sebelum ini menteri berkenaan melenting dengan laporan persepsi dan skor Kerajaan Perpaduan yang dibuat oleh lima media arus perdana.\n\n\n\n\n\u201cSaya melihat kecenderungan yang tidak sihat apabila beberapa orang menteri mempertikaikan laporan media yang tidak menyebelahi mereka.\n\n\n\u201cSaya berpendapat hal ini berlaku disebabkan menteri-menteri berkenaan tidak cukup matang untuk menangani isu media,\u201d tegas Johan lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nTindakan Fahmi menyelar laporan \nBH \nitu turut dibantah oleh Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM).\n\n\n\n\nMenurut NUJM,\n menjadi amalan media di seluruh dunia untuk menyiarkan berita berdasarkan pendapat dan unjuran pakar industri.\n\n\n\n\n\u201cSebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap media, Fahmi seharusnya lebih peka dengan amalan dan cara kerja media tempatan.\n\n\n\n\n\u201cTindakan beliau bukan saja menjejaskan laporan \nBH\n, malah komen yang ditulis dengan menggelar laporan itu sebagai \u2018fitnah dan pembohongan\u2019 telah menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pembaca terhadap media,\u201d kata Presiden NUJM, Farah Marshita Abdul Patah dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.\n\n\nSusulan kritikan yang dibuat, Fahmi telah mengadakan pertemuan bersama Pengarang Kumpulan \nBH\n, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman serta pengurusan tertinggi Media Prima Berhad.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebenarnya rencana itu sekadar memetik pendapat seorang penganalisis, dan saya tiada masalah dengan laporan ini.\n\n\n\u201cTetapi \npost\n FB itu jauh berbeza kerana memberi gambaran seolah-olah Bank Negara atau Kerajaan telah membuat keputusan. Ini tidak benar dan tidak adil kepada Bank Negara dan Kerajaan.\n\n\n\u201cPengurusan BH faham apa yang saya maksudkan dalam hal ini dan telah bersetuju untuk membetulkan \npost\n tersebut,\u201d jelasnya. \u2013 Astro Awani"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/2-pegawai-polis-bantu-mcmc-tangani-isu-sensitiviti-3r/", "title": "2 pegawai polis bantu MCMC tangani isu sensitiviti 3R", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan dua pegawai di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memperkasa tindakan penguatkuasaan berhubung isu di media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R atau \nrace\n (bangsa), \nreligion\n (agama) dan \nroyalty\n (Raja).\n\n\nMCMC dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu dipersetujui menerusi satu pertemuan di antara Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.\n\n\nMenurut kenyataan itu lagi, pertemuan tersebut bagi membincangkan keperluan memperkasa risikan, siasatan dan penguatkuasaan berhubung kandungan media sosial berkaitan 3R.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDUN Pulau Pinang bubar 28 Jun\n\n\n\n\n\n\nPARTI PUTRA GUNA SIMBOL TANJAK MARTABAT MELAYU\n\n\n\n\n\n\nBuat hantaran sensitiviti kaum, pemilik Crackhouse didenda RM8,000\n\n\n\n\n\n\nKhairy mula tugas di Hot FM 15 Februari ini\n\n\n\n\n\n\nRakyat tidak mahu suntikan RM1 billion, rakyat mahu KWSP bersasar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMelalui pertemuan ini, dipersetujui supaya dua pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan ditempatkan di MCMC bagi memantapkan keupayaan dan kepakaran kedua-dua agensi penguatkuasaan bagi tujuan risikan, siasatan dan pendakwaan.\n\n\n\u201cPemerkasaan kerjasama seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa serta mengambil kira keperluan terkini dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang negara,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/agama-dihina-tanah-semakin-hilang-dan-nasib-muslim-ditekan/", "title": "Agama dihina, tanah semakin hilang dan nasib Muslim ditekan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Agama Islam dilihat semakin hari semakin ditekan.\n\n\nUmat Islam sering dipaksa supaya lebih \u2018terbuka\u2019, bersabar serta bertoleransi seolah-olah tidak ada sempadan dan noktah.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya berkata, ini menyebabkan soal agama dan bangsa dianggap semakin hilang, hina dan ketinggalan zaman.\n\n\nDalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, ketika ini jika ada sesiapa yang bersuara atau bercakap soal agama, maka mereka akan dilabel sebagai pentaksub agama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tubuh Majlis Madani, satukan NGO Islam\n\n\n\n\n\n\nLawatan PM : hubungan Malaysia-Amerika punca Arab Saudi jauhkan diri?\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah gugur perjuangan asal \u2013 Tun M\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib bakal cemar institusi kehakiman negara\n\n\n\n\n\n\nHarga tiket penerbangan balik Sabah tidak masuk akal\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBukan orang lain tetapi dalam kalangan orang Melayu Islam sendiri termasuklah pemimpin politik.\n\n\n\u201cJadi, umat Islam dikatakan hanya boleh bercakap pasal solat, puasa, bayar zakat dan haji, lebih daripada itu akan dianggap ektremis atau pelampau,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Aminuddin juga, sesiapa yang memperjuangkan integriti dan toleransi semata-mata, mereka mempunyai peluang amat cerah untuk muncul sebagai pimpinan negara.\n\n\nMalah, ini akan menjadi sifir mudah untuk menang dalam pilihan raya dan menjadi pemimpin.\n\n\nBeliau turut mempersoalkan, jika inilah dasar yang menjadi teras pertimbangan pengundi, maka apakah mungkin satu hari nanti negara akan mempunyai seorang Perdana Menteri bukan dalam kalangan orang Melayu?\n\n\n\n\nMenurut Aminuddin, ekonomi kapitalis pula ditentukan oleh orang kaya, bukan rakyat jelata. Mereka yang kaya akan terus kaya manakala yang miskin akan terus melarat.\n\n\nIni disebabkan rakyat sudah dididik dengan kerangka ekonomi kapitalis Barat dan dalam masa yang sama elemen agama menjadi semakin terhakis.\n\n\nBerikutan itu, sedikit demi sedikit Tanah Rizab Melayu dijual tetapi kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak mampu membela nasib mereka.\n\n\nLebih malang, tanah ini biasanya akan dibeli oleh orang bukan Melayu kerana mereka sahaja yang mempunyai sumber kewangan yang besar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/banyak-kesan-negatif-nikotin-bukan-lagi-dalam-senarai-racun/", "title": "Banyak kesan negatif nikotin bukan lagi dalam senarai racun", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) membuat keputusan menyahsenarai bahan nikotin daripada senarai racun di bawah Akta Racun 1952 menimbulkan kebimbangan masyarakat berkaitan penggunaan penggunaan rokok elektronik atau vape yang tinggi dalam golongan generasi muda.\nKetua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya berkata, ia bukan sahaja dilihat membelakangkan usaha ke arah pelaksanaan dasar \nGenerational End Game (GEG)\n, bahkan seolah-olah menggambarkan KKM tunduk kepada tekanan pihak tertentu.\n\u201cSaya menggesa KKM tampil bertanggungjawab segera membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok bagi memastikan pengawalseliaan terhadap produk rokok selain merealisasi dasar GEG berkaitan larangan merokok serta pemilikan produk rokok kepada generasi muda yang lahir pada tahun 2005 dan ke atas.\n\u201cMalangnya, penggubalan akta ini tidak dapat disempurnakan dalam pembentangannya dalam sidang Dewan Rakyat bagi sesi Parlimen ke-14 yang lalu akibat tekanan pihak yang berkepentingan,\u201d ujarnya dalam kenyataan media hari ini.\nMenteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa mengesahkan KKM dalam proses untuk mengeluarkan produk cecair atau gel nikotin dalam Akta Racun 1952 sebelum melaksanakan cukai terhadap penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape pada Khamis lalu. \nSehari sebelum itu, media melaporkan, kerajaan mula melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml).\nTambah Ahmad, sekiranya penggunaan penggunaan rokok mahupun vape tidak dikawal, ia akan memberi masalah yang lebih besar kepada sektor kesihatan dan meningkatkan implikasi negatif penyakit berpunca daripada pengambilan nikotin yang sangat popular dalam kalangan orang muda."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/dewan-rakyat-lulus-ruu-pemansuhan-hukuman-mati-mandatori-2023/", "title": "Dewan Rakyat lulus RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.\n\n\nRUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh dan dibahas 10 Ahli Parlimen.\n\n\nRamkarpal berkata, Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 adalah suatu akta \u2018omnibus\u2019 kerana merangkumi pindaan kepada Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah untuk memansuhkan hukuman mati mandatori, mengubah hukuman yang berhubungan dengan pemenjaraan sepanjang hayat dan sebatan dan mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengannya.\n\n\nKatanya, hukuman mati mandatori adalah antara hukuman yang dianggap sebagai kaedah di mana keadilan dapat dicapai terutamanya apabila membabitkan kesalahan kejam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n3 pemimpin BERSATU sokong Proklamasi Orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nKajian semula pakaian pramugari MAS mampu henti stigma\n\n\n\n\n\n\nElak normalisasi gugat agama Islam, sensitiviti perlu dijaga\n\n\n\n\n\n\nUMNO Hilang Idealisme Parti Kerana Ada Muslihat Peribadi \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa bertanding atau tidak, diputus malam ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNamun tiada kajian lanjut yang dapat membuktikan bahawa hukuman mati adalah langkah pencegahan jenayah terbaik atau berkesan.\n\n\n\u201cKeberkesanan hukuman mati sebagai satu bentuk pencegahan tidak dapat dipastikan memandangkan terdapat banyak faktor yang mempengaruhi bilangan pendakwaan atau kadar jenayah,\u201d katanya ketika membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nTambahnya, pemansuhan hukuman mati mandatori bertujuan menghormati hak untuk hidup setiap individu di negara ini sambil memastikan keadilan bagi semua pihak.\n\n\n\u201cPrinsip asas di sebalik setiap hukuman di negara ini adalah pemulihan supaya mereka dapat kembali ke masyarakat dan menjadi individu yang dapat berkhidmat kepada keluarga dan negara selepas selesai menjalani hukuman.\n\n\n\u201cStatistik Jabatan Penjara (JPM) 2019, menunjukkan tiada kadar \nresidivisme\n bagi banduan hukuman mati yang diampun dan dibebaskan,\u201d katanya.\n\n\nRamkarpal, berkata perundangan sistem keadilan jenayah negara diwujudkan sejak sekian lama dan terdapat banyak peruntukan sedia ada yang dilihat tidak lagi relevan dengan perkembangan jenayah semasa.\n\n\nKatanya, dalam hal ini keputusan kerajaan berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dilihat sebagai langkah yang tepat dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem perundangan yang dinamik, progresif dan relevan dengan keperluan semasa.\n\n\n\u201cBagaimanapun, hukuman gantian kepada hukuman mati mandatori perlu setimpal dengan keseriusan jenayah yang telah dilakukan oleh pesalah dan tidak mengakibatkan ketidaksesuaian dengan hukuman lain yang kurang serius.\n\n\n\u201cJusteru, hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh berserta dengan sebatan dilihat sebagai hukuman gantian yang paling bersesuaian terhadap 11 kesalahan yang membawa kepada hukuman mati mandatori ini. Kombinasi hukuman pemenjaraan dan sebatan adalah wajar supaya dilihat sebagai hukuman yang lebih berat berbanding hukuman untuk jenayah lain,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya, dalam memperkenalkan RUU berkenaan, kerajaan tidak hanya mengambil kira kepentingan satu pihak, malah, sudah berjumpa dengan wakil keluarga mangsa.\n\n\nKatanya, keputusan itu juga mengambil kira beberapa perkara antaranya perasaan keluarga mangsa, hak asasi seorang banduan dan prinsip kesamarataan.\n\n\n\u201cKerajaan juga sedang mengkaji pelaksanaan diat termasuk implikasi perundangan dan kewangan kepada kerajaan, pada masa ini Kanun Acara Jenayah memperuntukkan pampasan melalui Seksyen 426.\n\n\n\u201cOleh itu, peruntukkan boleh digunakan sehingga konsep diat dikaji dan diteliti oleh pihak kerajaan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/gempa-bumi-bayi-disatukan-dengan-ibunya-selepas-54-hari/", "title": "Gempa bumi: Bayi disatukan dengan ibunya selepas 54 hari", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Seorang bayi yang diselamatkan daripada runtuhan akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye disatukan dengan ibunya pada Sabtu, kira-kira 54 hari selepas bencana itu.\n\n\nVetin Begdas, tiga setengah bulan yang panggil \u2018Mystery\u2019 (Gizem dalam bahasa Turkiye) diselamatkan di wilayah Hatay 128 jam selepas gempa bumi melanda negara itu pada 6 Februari.\n\n\nBayi itu kemudian dipindahkan ke hospital di Ankara.\n\n\nMenteri Keluarga dan Perkhidmatan Sosial Derya Yanik menyatukan semula bayi itu dengan ibunya, Yasemin Begdas di wilayah Adana tempat bayi itu sedang menerima rawatan, menurut Agensi Anadolu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJepun Perluas Sekatan Pergerakan COVID-19\n\n\n\n\n\n\nAl-Azhar Mesir seru boikot produk keluaran Sweden dan Belanda\n\n\n\n\n\n\nSerangan AS di Syria susulan kematian kontraktor mengorbankan 8 pejuang\n\n\n\n\n\n\nMaghribi Ikuti langkah Kanada, Sepanyol, Australia Halang Pelancong China Masuk\n\n\n\n\n\n\nLebih Sebulan Baiki Kabel Dasar Laut Tonga\n\n\n\n\n\n\n\n\nBayi dan ibu itu disatukan selepas ujian DNA dijalankan. Bapa dan dua abangnya terkorban dalam gempa bumi yang turut meragut lebih 50,000 nyawa.\n\n\n\u201cHakikat bahawa bayi itu terselamat dan tidak mempunyai masalah kesihatan menarik perhatian kami dan ia suatu keajaiban,\u201d kata Yanik. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/had-usia-teksi-e-hailing-seluruh-negara-dinaikkan-kepada-15-tahun/", "title": "Had usia teksi, e-hailing seluruh negara dinaikkan kepada 15 tahun", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memaklumkan pelanjutan had usia penggunaan kenderaan teksi dan e-hailing di seluruh negara dinaikkan kepada 15 tahun.\n\n\nMenurut APAD dalam kenyataan hari ini, langkah itu sejajar hasrat Kementerian Pengangkutan untuk melestarikan industri teksi dan e-hailing ke arah penambaikan sistem pengangkutan negara.\n\n\nMenurut agensi itu, pelanjutan tersebut terguna pakai bagi kenderaan dalam kelas lesen teksi dan e-hailing yang telah mencapai had usia maksimum bermula 1 Jan tahun ini.\n\n\nAntara syarat lain ialah semua kenderaan yang akan diberi kelulusan tersebut mematuhi dan melepasi semua syarat pemeriksaan berkala wajib Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), selain mematuhi syarat operasi lain yang ditetapkan bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri terjamin, menurut kenyataan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNajib aset strategik \u2018beku\u2019 UMNO \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nTiga TPM Cadangan Tidak Masuk Akal \u2013 Rosli Ramli\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan bubar DUN 1 Jun\n\n\n\n\n\n\nKhairy jawab Puad, dia tidak guna proksi\n\n\n\n\n\n\nRayuan SIS batalkan fatwa JAIS didengar Ogos depan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSehubungan itu, pihak APAD berharap pemain industri teksi dan e-hailing dapat meningkatkan mutu perkhidmatan seterusnya menjadikan perkhidmatan ini sebagai mod pilihan rakyat yang diyakini dan berkualiti,\u201d katanya.\n\n\nMaklumat dan pertanyaan lanjut boleh didapati di laman portal rasmi APAD iaitu www.apad.gov.my atau hadir terus ke pejabat APAD berhampiran."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/haramkan-penggunaan-vape-bukan-kenakan-cukai/", "title": "Haramkan penggunaan vape, bukan kenakan cukai", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nTindakan kerajaan mengumumkan pelaksanaan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen milliliter itu mendapat kecaman orang ramai terutamanya pegawai-pegawai kesihatan.\u00a0\n\n\nTimbalan Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Datuk Dr Mohamed Hatta Mohamed Tarmizi berkata, kerajaan sepatutnya mengharamkan penggunaan vape yang boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan seseorang.\u00a0\n\n\nMohamed Hatta berkata, kerajaan masih mempunyai peluang dan kuasa untuk mengharamkan penggunaan vape sekali gus meluluskan inisiatif bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin terhadap \nRang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok bagi mewujudkan Generasi Penamat Rokok dan Vape yang lahir selepas tahun 2007.\u00a0\u00a0\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata, walaupun Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan cecair atau gel nikotin berpotensi mendatangkan hasil kepada kerajaan yang dianggarkan 2 bilion ringgit, namun ia akan memberi impak besar terhadap sektor kesihatan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Semakin Berkurang\n\n\n\n\n\n\n2.8 juta pasport pasca Covid-19 dikeluarkan Jabatan Imigresen\n\n\n\n\n\n\n2.59 Juta Populasi Remaja Negara Lengkap Divaksinasi\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Di Lima Negeri Diminta Waspada\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerajaan terpaksa membelanjakan lebih daripada RM6 bilion setiap tahun untuk masalah kesihatan yang berkait rapat dengan rokok dan juga bahan-bahan nikotin.\n\n\n\u201cTetapi, cukai yang kerajaan dapat daripada penjualan bahan-bahan rokok dan nikotin ini hanya RM2 bilion, kerajaan sebenarnya membelanja lebih daripada apa yang diperoleh,\u201d katanya ketika dihubungi TV Pertiwi \nbagi mengulas mengenai tindakan kerajaan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok).\n\n\nTambah Mohamed Hatta, perkara ini tidak memberikan apa-apa keuntungan sekiranya ia dibenarkan kerana kerajaan dianggarkan membelanja lebih RM8 bilion hingga RM9 bilion setiap tahun untuk menangani masalah kesihatan melibatkan rokok serta vape yang mempunyai bahan-bahan nikotin.\u00a0\n\n\nSementara itu, Ketua Unit Kesihatan Awam I-Medik, Dr Mohd Ihsanuddin \n \nAbas turut mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan bantahan ke atas pengecualian tampalan, cecair dan gel nikotin dikeluarkan daripada senarai Akta Racun 1952.\u00a0\n\n\nBeliau berkata keputusan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa itu boleh membuka ruang besar khususnya penggunaan dan ketagihan nikotin berleluasa melalui penggunaan rokok elektronik (e-rokok) dan vape tanpa kawalan dalam kalangan masyarakat termasuk kanak-kanak dan remaja.\u00a0\n\n\nSebelum ini Anwar menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaan cukai cecair vape untuk rokok elektronik pada 40 sen setiap mililiter (ml).\u00a0\n\n\nSelain itu, warta dikeluarkan Zaliha pula menyatakan, tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.\u00a0\n\n\nPengecualian tersebut terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin yang didaftarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/kpm-pantau-elak-ibu-bapa-terbeban-yuran-pibg/", "title": "KPM pantau, elak ibu bapa terbeban yuran PIBG", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa memantau dan memastikan pihak sekolah mematuhi prosedur ditetapkan supaya caj yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dikenakan tidak membebankan ibu bapa.\n\n\nMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM melalui Surat Pemakluman Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru pada 15 Sept 2021 telah memberi peringatan kepada sekolah-sekolah agar tidak mengenakan bayaran tambahan dalam sumbangan PIBG dan pematuhan kepada garis panduan yang telah disediakan.\n\n\n\u201cPeraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa Guru) 1998 membenarkan PIBG untuk mengutip apa-apa sumbangan yang diputuskan dalam mesyuarat agung tahunan daripada anggota dan keputusan itu hendaklah dimaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri yang merupakan Pendaftar Negeri.\n\n\n\u201cDalam hal ini, Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2011 Garis Panduan Kutipan/Bayaran Keperluan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah berkaitan sebagai rujukan pihak sekolah,\u201d katanya pada sesi soal jawab bagi jawapan lisan di Dewan Negara hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis percepat siasatan pelajar kecam soalan Sejarah SPM\n\n\n\n\n\n\n27 Pati Karam, 2 Maut Dan 6 Hilang\n\n\n\n\n\n\nPRN Patut Diadakan Serentak Pru Supaya Memudahkan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nPeguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown\n\n\n\n\n\n\n100 Rumah Di Sandakan Musnah Dipukul Air Pasang\n\n\n\n\n\n\n\n\nFadhlina turut menyarankan agar ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG yang dianjurkan pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat dan justifikasi berkaitan caj yuran PIBG yang dikenakan.\n\n\n\u201cSekiranya ada aduan haruslah dikemukakan secara mengikut aturan dan proses serta sekiranya ada aduan KPM akan kenal pasti dan akan turun bersama pendaftar negeri iaitu Pengarah JPN untuk memastikan pembetulan itu dibuat sama ada melalui mesyuarat ataupun ditetapkan oleh mana-mana peraturan lain di bawah pendaftaran negeri,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/lelaki-direman-muat-naik-kenyataan-berbaur-ugutan-perkauman/", "title": "Lelaki direman muat naik kenyataan berbaur ugutan, perkauman", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Polis menahan reman seorang lelaki di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam kerana disyaki membuat hantaran berbaur ugutan dan perkauman di media sosial.\n\n\nSetiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki tempatan berusia 48 tahun itu memuat naik hantaran berkenaan di akaun Facebook Nasrullah Nasir pada 23 Mac.\n\n\nKes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman mengikut Seksyen 506 dan 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDong Jiao Zong Mahu Tulisan Jawi Letak Paling Bawah\n\n\n\n\n\n\nMalaysia berpotensi negara maju jika bersihkan rasuah \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nBak Kut Teh makanan warisan? Kaji sensitiviti masyarakat dulu \u2013 Rais Yatim\n\n\n\n\n\n\nADUN Tronoh Diperintah Bela Diri Dakwaan Merogol\n\n\n\n\n\n\nZahid tidak tahu isu surat RoS tular, usul tambahan disah KDN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSuspek direman tiga hari bermula hari ini,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nNoorsiah berkata, PDRM menasihatkan orang awam agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum sehingga membangkitkan ketegangan dalam kalangan masyarakat majmuk.\n\n\nKatanya, polis akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam ketenteraman dan keselamatan awam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/malaysia-kecam-tindakan-bakar-al-quran-di-denmark/", "title": "Malaysia kecam tindakan bakar al-Quran di Denmark", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Malaysia mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keji dan berulang pembakaran kitab suci al-Quran di Denmark pada 24 Mac dan sekali lagi pada 31 Mac lalu.\n\n\nDalam kenyataan dikeluarkan Wisma Putra hari ini, Malaysia berkata, ini bukan kali pertama dalam tahun ini perbuatan keji tersebut berlaku di Denmark.\n\n\nKeengganan kerajaan negara itu menghentikan perbuatan melampau itu tidak boleh diterima sama sekali, walaupun umat Islam di seluruh dunia telah menolak berkali-kali dan mengutuk kerasa perbuatan keji tersebut.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTukar tanah wakaf ke tanah rizab Melayu, Perak digesa kaji keputusan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Kuwait perintahkan Jho Low dihukum penjara 10 tahun\n\n\n\n\n\n\nLantikan politik bukan peluang laba politik \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nJurulatih bola tampar viral mohon maaf secara terbuka\n\n\n\n\n\n\nEmpat Tertimbus Lombong Arang Batu Runtuh Di Pakistan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerbuatan Islamofobik yang dilakukan pada bulan suci Ramadan, ketika umat Islam dituntut untuk bersabar dan menahan diri, tidak lain daripada bertujuan untuk menyebarkan kebencian dan hasutan keganasan.\n\n\n\u201cMalaysia menyeru kerajaan Denmark mengambil tindakan tegas ke atas pelaku tersebut dan tidak mengistilahkan perbuatan keji berkenaan sebagai kebebasan bersuara.\n\n\n\u201cMalaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengerah usaha dalam memastikan kitab suci agama dihormati sepenuhnya dan dilindungi di samping mengambil tindakan penting dalam memerangi Islamofobia serta menggalakkan hubungan harmoni dan semangat hidup bersama secara aman di kalangan individu berbilang agama selaras dengan asas-asas Hak Asasi Manusia,\u201d kata kenyataan itu hari ini.\n\n\nPada 31 Mac lalu, sekumpulan ekstremis anti Islam berhaluan kanan Denmark, Patrioterne Gar Live yang membakar naskah suci Al-Quran termasuk mempamerkan sepanduk anti Islam di hadapan bangunan Kedutaan Turkiye di Copanhagen, Denmark pada Jumaat lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/peguam-negara-tolak-representasi-rewcastle-brown/", "title": "Peguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Jabatan Peguam Negara (AGC) sekali lagi menolak representasi dikemukakan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown untuk membatalkan pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah melalui buku \nThe Sarawak Report \u2013 The Inside Story of the 1MDB Expose\n.\n\n\nAGC menolak representasi tersebut menerusi surat yang diserahkan kepada Tetuan Guok Partnership yang mewakili wanita itu melalui e-mel hari ini.\n\n\nBerdasarkan surat yang diperoleh pihak media, AGC telah memutuskan bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk mengekalkan pertuduhan sedia ada terhadap tertuduh.\n\n\nAGC menyatakan bahawa keputusan itu adalah muktamad dan sebarang representasi lanjut daripada pihak tertuduh tidak akan dilayan melainkan jika terdapat apa-apa perkembangan baharu yang masih belum dipertimbangkan yang mewajarkan kajian semula dibuat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n64 jemaah hidap jangkitan paru-paru akibat cuaca panas\n\n\n\n\n\n\nNazri Aziz dilantik duta Amerika Syarikat oleh kerajaan lalu \u2013 Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nLebih 200 terkorban, hampir 600 cedera gempa di Kahramanmaras, Turkiye\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir akan bertemu Annuar Musa, bincang bentuk kerjasama\n\n\n\n\n\n\nRUU Perkhidmatan Parlimen sedang dimuktamadkan \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman dan peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Rewcastle-Brown ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.\n\n\nPada 25 Januaro lalu, AGC menolak representasi Rewcastle-Brown sebelum representasi kali kedua difailkan pada 8 Mac.\n\n\nRepresentasi itu difailkan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Oktober tahun lalu yang menolak saman fitnah difailkan Sultanah Nur Zahirah terhadap wanita itu berhubung dakwaan fitnah membabitkan Terengganu Investment Authority (TIA) dalam buku berkenaan.\n\n\nDalam permohonan itu, Rewcastle-Brown berkata, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa perenggan dalam buku berkenaan adalah tidak berunsur fitnah, oleh itu pihak pendakwaan akan menghadapi kesukaran untuk membuktikan kes di atas beban pembuktian melampaui keraguan munasabah di dalam kes jenayah tersebut.\n\n\nRewcastle-Brown yang berasal dari United Kingdom didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu secara tanpa kehadiran tertuduh pada 23 September 2021 atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.\n\n\nPermohonan Rewcastle-Brown untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi di sini akan didengar di hadapan Hakim K. Muniandy pada 15 Mei ini. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/pemain-lique-1-dilarang-berbuka-puasa-semasa-perlawanan/", "title": "Pemain bola sepak Liga Perancis dilarang berpuasa pada hari perlawanan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pemain pertahanan Nantes, Jaouen Hadjam tidak dimasukkan dalam senarai 19 pemain utama skuad itu untuk berdepan Reims pada Ahad lalu selepas dia enggan menerima arahan tidak berpuasa pada hari perlawanan.\n\n\nMenurut laporan \nOuest-France\n di Perancis, pemain berusia 20 tahun itu diminta untuk tidak berpuasa pada hari perlawanan Ligue 1 oleh pengurus, Antoine Kombouare.\n\n\nKombouare sebelum ini lantang dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan pemain beragama Islam berpuasa pada bulan Ramadan ini.\n\n\nPada tahun 2009 lalu, ketika membimbing Paris Saint-Germain, Kombouare menyuarakan perkara itu dalam satu siding media.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDemimu Ayah\u2026 gendong bapa sempurnakan tawaf\n\n\n\n\n\n\nPalestin serang balas tentera Israel\n\n\n\n\n\n\nRemaja Bangladesh terperangkap dalam kontena di Malaysia, meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi: 23 juta penduduk terjejas, angka korban lepasi 5,000\n\n\n\n\n\n\nIslamophobia: Batu nisan perkuburan Islam di Jerman diserang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya mempunyai peraturan yang mudah. Tidak ada masalah untuk para pemain berpuasa pada pertengahan minggu tetapi tidak pada hari perlawanan.\n\n\n\u201cSesiapa yang berpuasa pada hari perlawanan, dia akan tinggal di rumah. Saya tidak mahu bertengkar dengan pemain atau meletakkan rakan sepasukan mereka dalam masalah. Apabila kamu tidak makan sepanjang hari, ia menjadi sangat sukar,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, pengurus Nice, Didier Digard membuat perbandingan situasi bulan Ramadan dalam Liga Perdana Inggeris mendakwa, England lebih terbuka.\n\n\n\u201cEngland lebih terbuka berbanding kami berhubung perkara ini dan keputusan mereka tidak berubah.\n\n\n\u201cKami memberi sokongan kepada mereka semampu yang boleh dan mereka sentiasa menilai tentang penghidratan makanan.\n\n\n\u201cSaya tidak pernah menyoal mereka. Kami menilai pemain berdasarkan persembahan, bukan sama ada mereka berpuasa atau sebaliknya,\u201d katanya.\n\n\nBulan Ramadan bermula 23 Mac lalu selama sebulan, pemain-pemain di England dibenarkan untuk berbuka semasa perlawanan berlangsung. Mereka diberi masa untuk makan dan minum.\n\n\nPengadil di England diarahkan untuk mengenal pasti siapa pemain yang berpuasa sebelum sepak mula- dan bersetuju untuk menghentikan perlawanan pada masa yang sesuai. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/pencarum-kwsp-boleh-mohon-pinjaman-bank-mulai-7-april/", "title": "Pencarum KWSP boleh mohon pinjaman bank mulai 7 April", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pencarum Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai minimum tabungan RM3,000 dalam Akaun 2 dan berusia 40 hingga 50 tahun layak membuat pinjaman bank bermula 7 April ini.\nKemudahan itu disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank. \nDalam satu kenyataan KWSP berkata, pinjaman itu merupakan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) lanjutan yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan untuk membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.\nSimpanan Akaun 2 hanya boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Berumur 50 Tahun atau 55 Tahun, berdasarkan pengeluaran sedia ada yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991 (Akta).\n\n\nNamun, pengeluaran itu adalah bersyarat yang mana pembayaran akan dibuat kepada institusi perbankan apabila pencarum telah mencapai usia 50 hingga 55 tahun. \nTambah KWSP, FSA2 ini akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa satu dilaksanakan untuk ahli berusia 40 tahun ke atas selama setahun bermula 7 April 2023 yang akan bermula pada 7 April 2023 namun tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian.\n\n\nTarikh mula untuk Fasa 2 bagi ahli di bawah usia 40 tahun pula akan diumumkan dalam masa terdekat.\n\u201cDi bawah kemudahan ini, semua ahli KWSP warganegara Malaysia di bawah usia 55 tahun boleh membuat notis awal untuk Pengeluaran Umur 50 Tahun atau 55 Tahun, dengan syarat mereka mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun 2 KWSP mereka.\n\u201cJumlah pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun 2 KWSP dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun. \n\u201cKadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh bank-bank yang mengambil bahagian di bawah program ini adalah antara 4 peratus hingga 5 peratus lebih rendah serta lebih berpatutan daripada kadar pasaran semasa iaitu 8 peratus hingga 15 peratus\u201d, katanya. \nKemudahan ini disasarkan kepada ahli KWSP yang mempunyai simpanan dalam Akaun 2 dan disokong dengan pendapatan yang berpatutan untuk supaya mereka mampu membayar balik pinjaman dan tidak menjejaskan simpanan persaraan mereka.\n\n\nMenurut KWSP, proses mendaftar dan mengemas kini nombor telefon bimbit juga perlu dilakukan ahli melalui Self-Service Terminal di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan penerimaan Transaction Authorisation Code (TAC) untuk pengesahan identiti ketika membuat transaksi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMasyarakat Perlu Tolak, Kandungan Promosi Identiti Songsang\n\n\n\n\n\n\nAli Biju Tarik Diri, Kukuhkan Hubungan PN Dengan GPS\n\n\n\n\n\n\nSaya Beri Guan Eng RM200,000 \u2013 Saksi\n\n\n\n\n\n\nPusat Hiburan Menggunakan Khidmat Gro Tumpas\n\n\n\n\n\n\nBERSIH Mohon Sembah Tidak Bersetuju Dengan Sultan Johor.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi menyemak kelayakan dan amaun pembiayaan peribadi yang dibenarkan untuk dipohon atau soalan-soalan lazim berkaitan kemudahan ini, ahli KWSP boleh melayari laman sesawang\n https://fsa2.kwsp.gov.my\n."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/penjara-sebatan-hukuman-gantian-paling-sesuai-bagi-11-kesalahan-mati-mandatori/", "title": "Penjara, sebatan hukuman gantian paling sesuai bagi 11 kesalahan mati mandatori", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pemenjaraan bagi suatu tempoh dengan sebatan dilihat sebagai hukuman gantian\u00a0paling sesuai\u00a0bagi 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, hukuman gantian perlu setimpal dengan keseriusan jenayah yang dilakukan dan tidak\u00a0mengakibatkan kejanggalan\u00a0dengan hukuman lain yang kurang serius.\n\n\n\u201cKombinasi hukuman pemenjaraan dan sebatan adalah wajar supaya dilihat sebagai hukuman yang lebih berat berbanding hukuman untuk jenayah-jenayah lain,\u201d katanya ketika membentangkan\u00a0Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nRang undang-undang itu, yang\u00a0bertujuan memansuhkan hukuman mati mandatori, mengubah hukuman pemenjaraan sepanjang hayat dan sebatan\u00a0serta mengadakan peruntukan bagi perkara berkaitan,\u00a0diluluskan selepas bacaan kali ketiga setelah dibahas oleh 10 Ahli Parlimen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJamal Abdillah akur dan serahkan kepada bekas isteri\n\n\n\n\n\n\n17 Premis Dinasihatkan Henti Operasi Sementara\n\n\n\n\n\n\nTuntutan Sulu: Cubaan laksana perintah survei bangunan milik Malaysia gagal\n\n\n\n\n\n\nAgamawan, ulama diberi pengecualian tauliah di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n5 Individu Sedia Jadi Saksi\n\n\n\n\n\n\n\n\nMelalui undang-undang itu,\u00a0mahkamah mempunyai budi bicara untuk menjatuhkan hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun\u00a0dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 kali.\n\n\nIa melibatkan Seksyen 121A iaitu\u00a0kesalahan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang Dipertua Negeri, Seksyen 130C (melakukan perbuatan pengganas),\u00a0Seksyen 130I\u00a0(mengarahkan aktiviti kumpulan pengganas) dan Seksyen 302 (kesalahan membunuh) di bawah Kanun Keseksaan.\n\n\nRamkarpal berkata,\u00a0pemenjaraan yang bertempoh\u00a0juga bertujuan memberikan peluang kepada banduan untuk mengemukakan permohonan parol selepas menjalani suatu tempoh pemenjaraan.\n\n\nBagaimanapun, kelayakan parol\u00a0masih tertakluk kepada sebarang pindaan Seksyen 46E Akta Penjara 1995 (Akta 537).\n\n\nSelain itu, beliau berkata, penggubalan rang undang-undang tersebut merupakan suatu akta \u2018omnibus\u2019 kerana ia merangkumi pindaan kepada\u00a0Kanun Keseksaan, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Kanun Tatacara Jenayah.\n\n\nRamkarpal berkata perundangan sistem keadilan jenayah di Malaysia diwujudkan sejak sekian lama dan terdapat banyak peruntukan sedia ada yang dilihat tidak lagi\u00a0relevan dengan perkembangan jenayah semasa.\n\n\n\u201cDalam hal ini, keputusan kerajaan berkaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dilihat sebagai langkah yang tepat dalam usaha kerajaan mewujudkan sistem perundangan yang dinamik, progresif dan relevan dengan keperluan semasa,\u201d katanya.\n\n\nDewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-Undang Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.\n\n\nRang undang-undang itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi bidang kuasa penyemakan sementara Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat yang dijatuhkan terhadap orang yang disabitkan berikutan pemansuhan hukuman mati mandatori.\n\n\nTurut diluluskan Rang Undang-Undang Kewangan 2023 dan\u00a0Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.\n\n\nPersidangan Dewan Rakyat bersambung esok. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/perkataan-rahmah-pada-menu-tidak-halal-kurang-sesuai/", "title": "Perkataan \u2018Rahmah\u2019 pada menu tidak halal kurang sesuai", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Makanan tidak halal tidak sepatutnya disenaraikan di bawah inisiatif menu Rahmah yang dilaksanakan oleh kerajaan.\n\n\nMenurut Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Shazamawati Zam Hashari, ia susulan perkataan Rahmah itu berasal daripada ayat-ayat al-Quran dan makanan tersebut tidak menepati ciri-ciri Islam itu sendiri.\n\n\n\u0648\u064e\u0644\u064e\u0648\u0652 \u0634\u064e\u0627\u06e4\u0621\u064e \u0627\u0644\u0644\u0651\u0670\u0647\u064f \u0644\u064e\u062c\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0627\u064f\u0645\u0651\u064e\u0629\u064b \u0648\u0651\u064e\u0627\u062d\u0650\u062f\u064e\u0629\u064b \u0648\u0651\u064e\u0644\u0670\u0643\u0650\u0646\u0652 \u064a\u0651\u064f\u062f\u0652\u062e\u0650\u0644\u064f \u0645\u064e\u0646\u0652 \u064a\u0651\u064e\u0634\u064e\u0627\u06e4\u0621\u064f \u0641\u0650\u064a\u0652 \u0631\u064e\u062d\u0652\u0645\u064e\u062a\u0650\u0647\u0656\u06d7 \u0648\u064e\u0627\u0644\u0638\u0651\u0670\u0644\u0650\u0645\u064f\u0648\u0652\u0646\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0644\u064e\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0645\u0651\u0650\u0646\u0652 \u0648\u0651\u064e\u0644\u0650\u064a\u0651\u064d \u0648\u0651\u064e\u0644\u064e\u0627 \u0646\u064e\u0635\u0650\u064a\u0652\u0631\u064d\n\n\nDan sekiranya Allah menghendaki niscaya Dia jadikan mereka satu umat, tetapi Dia memasukkan orang-orang yang Dia kehendaki ke dalam rahmat-Nya. Dan orang-orang yang zalim tidak ada bagi mereka pelindung dan penolong. \u2013 Asy Syura (8)\n\n\nJelasnya, berdasarkan ayat di atas, konsep Rahmah itu juga mesti terpilih yang mana semua menu tidak boleh dikategorikan sebagai Menu Rahmah.\n\n\nBagaimanapun, mengulas lanjut, katanya, jika peniaga bukan Islam ingin menjual Menu Rahmah, mereka mesti mematuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMB Kedah dilarang hadiri program kerajaan persekutuan\n\n\n\n\n\n\nAmirudin kekal jawatan Menteri Besar Selangor\n\n\n\n\n\n\nPejabat Perdana Menteri pandang serius tindakan pihak salah guna nama, kedudukan PMO\n\n\n\n\n\n\n80,000 calon lepasan SPM ditawar ke universiti awam\n\n\n\n\n\n\nPasangan Hina Islam Mungkin Terima Sokongan Luar \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi, apa ciri-ciri yang memenuhi kehendak Islam ini. Pertama, makanan itu mesti halal, halal itu tidak semestinya dapat sijil halal, sebab nak dapat sijil halal ini akan ambil masa sedikitlah tetapi cukup bahannya halal, disembelih, tidak ada makanan tidak halal, arak ke, khinzir ke, tak ada dalam tu kan. \n\n\n\u201cYang kedua ia mestilah sihat, maksudnya pemakanan itu seimbang mengikut keperluan badan tu sendiri, cukup karbohidrat, proteinnya dan lemaknya.\n\n\n\u201cSeterusnya, menu tersebut mesti dihasilkan dalam keadaan yang bersih dan selamat untuk dimakan yang tidak menyebabkan kemudaratan kepada meraka yang makan makanan tersebut. Itu maksud Menu Rahmah menurut pandangan Islam,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian kepada TV Pertiwi ketika ditanya mengenai Menu Rahmah tidak halal disokong oleh kerajaan dan dilaksanakan di beberapa tempat ketika ini.\n\n\n\u201cSepatutnya non-halal tidak boleh dikategorikan sebagai Menu Rahmah sebab Rahmah tu berkait dengan nama Islam, jadi mesti memenuhi ciri-ciri Islam.\n\n\n\u201cJadi, non-halal tidak memenuhi kehendak Islam itu sendiri tak sepatutnya di kategori sebagai menu rahmah lah,\u201d katanya lagi.\n\n\n\n\nTerdahulu, \npeniaga bukan Islam yang menjual makanan tidak halal turut mengambil peluang untuk menyediakan Menu Rahmah yang menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan.\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif itu bertepatan dengan prinsip Hifz an-Nafs iaitu memelihara persaudaraan, kesaksamaan dan menyantuni semua tanpa mengira kaum serta agama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/rafizi-jelaskan-sebab-kerajaan-tidak-benar-keluar-kwsp/", "title": "Rafizi bagi 4 sebab kenapa kerajaan tidak benar keluar KWSP", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerajaan tidak membenarkan pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.\n\n\nMenteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan bukan memilih jalan singkat semata-mata untuk meraih populariti sementara dan tinggalkan beban masalah kepada pimpinan lain di masa hadapan untuk diselesaikan.\n\n\n\u201cPagi tadi, beberapa Ahli Parlimen pembangkang protes keluar dewan bila Timbalan Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan usul pengeluaran bersasar KWSP dibahaskan hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n100 ditipu sindiket tawar penjualan baucer dalam talian \u2013 MHO\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat kecoh ketika bahas usul percaya terhadap PM\n\n\n\n\n\n\nPH, BN didakwa cuai selesaikan isu bekalan air Kedah\n\n\n\n\n\n\nKKD usaha lindungi wartawan sambilan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tidak perlu defensif \u2013 Nik Nazmi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni sebab mereka tidak faham atau tidak ambil berat masa depan rakyat. Jadi, saya nak jelaskan sikit kenapa kerajaan tidak membenarkan KWSP dikeluarkan secara bersasar.\n\n\n\u201cPertama, KWSP diwujudkan untuk pencarum mempunyai simpanan di hari tua. Ia juga mengehadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapat keuntungan yang lebih baik,\u201d katanya di laman Twitter hari ini.\n\n\nBeliau menambah, kesan kepada pencarum lain walaupun mereka tidak keluarkan wang KWSP kerana pulangan secara keseluruhan akan menjadi rendah.\n\n\n\u201cSekiranya pencarum mati sekalipun, simpanan dalam KWSP akan dapat kepada waris,\u201d katanya.\n\n\nPembukaan sesi Dewan Rakyat pagi ini, kecoh selepas hampir semua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar dewan.\n\n\nTindakan itu dibuat selepas Dewan Rakyat menolak usul dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) untuk membincangkan mengenai pengeluaran wang KWSP secara bersasar.\n\n\nWan Ahmad Fayshal berkata, usul yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, Jumaat lalu ditolak atas alasan isu itu sudah dijelaskan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya sebelum ini.\n\n\nTimbalan Yang Dipertua, Alice Lau Kiong berkata, keputusan sudah dibuat Johari dan beliau tidak boleh mengetepikannya.\n\n\nKeputusan Alice itu menyebabkan sebahagian Ahli Parlimen PN berdiri dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) mempersoalkan keputusan itu kerana sudah tiada masa lagi untuk usul itu dibincangkan pada sesi kali ini.\n\n\nAlice tetap tegas dengan keputusannya, menyebabkan Ahli Parlimen PN keluar dewan sebagai tanda protes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/tentera-israel-tembak-mati-dua-rakyat-palestin-di-tebing-barat/", "title": "Tentera Israel tembak mati dua rakyat Palestin di Tebing Barat", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Dua rakyat Palestin ditembak mati ketika tentera Israel melancarkan operasi\u00a0di wilayah Tebing Barat yang diduduki, lapor Agensi Anadolu\u00a0memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin.\n\n\nSementara itu, menurut Bulan Sabit Merah Palestin,\u00a0tentera Israel turut menyasarkan Hospital Khusus Nablus dengan \u2018bom gas\u2019.\n\n\nRadio Voice of Palestine melaporkan tentera Israel menyerbu sebuah apartmen kediaman di pinggir Kota Lama di Nablus dan berundur selepas menahan dua pemuda.\n\n\nSementara itu, kumpulan Lions\u2019 Den, menerusi satu kenyataan berkata, ahli kumpulan itu\u00a0bertempur dengan tentera Israel menggunakan peluru dan bahan letupan buatan sendiri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPihak berkuasa Turkiye periksa lebih 100,000 bangunan\n\n\n\n\n\n\nIndonesia, India Hantar Bantuan Ke Afghanistan\n\n\n\n\n\n\nHampir tiga juta jemaah berwukuf hari ini\n\n\n\n\n\n\nPaludan tidak berhenti provokasi, ancam bakar lagi tiga Al-Quran\n\n\n\n\n\n\n70 buah rumah milik rakyat Palestin dirampas Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetakat ini, seramai 94 rakyat\u00a0Palestin maut termasuk 17 kanak-kanak dan seorang wanita sejak keganasan terbaru meletus, menurut Agensi Berita Palestin Wafa. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/03/tiada-mogok-di-klinik-kesihatan-bangi/", "title": "Tiada mogok di Klinik Kesihatan Bangi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Tiada sebarang mogok berlangsung di sekitar Klinik Kesihatan Bangi pagi ini. \nProses rawatan pesakit berjalan lancar dengan bantuan kakitangan serta doktor di pekarangan klinik tersebut manakala urusan pendaftaran mahupun kecemasan juga dilihat tenang. \nMenurut salah seorang pengunjung, Muhammad Saipul, 43, proses rawatan ibu beliau berjalan lancar dan agak pantas hari ini.\n\n\n\u201cLazimnya, rawatan akan tamat jam 10 hingga 11 pagi, namun hari ini proses agak pantas dan kami selesai pada jam 9:40 pagi. \n\u201cSelalunya, temu janji kami pada jam 8 pagi akan selesai pada jam 10 atau 11 pagi tetapi hari ini rawatan ibu saya lebih cepat,\u201dkatanya. \nSeorang lagi pesakit, Nik Hussein, 67, berkata, pesakit yang datang hari ini tidak berapa ramai, jadi perjalanan ke kelinik pagi itu agak lancar\nTambah Hussein, mogok itu tidak seharusnya dijalankan kerana ia boleh diselesaikan di meja perundingan dan menerusi perbincangan dengan pihak terlibat.\n\n\nKatanya, sebarang masalah wajar diselesaikan melalui proses yang sah. \nSementara itu, menurut Janail Singh Sindhu,75, kakitangan di Klinik Kesihatan Bangi kebanyakan yang dijumpai profesional dalam menjalankan tugas.\n\n\n\u201cApabila perkara seperti mogok ini terjadi, ia akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan negara dan melambatkan proses. \n\u201cKerajaan perlu mengambil berat perkara ini untuk mengelakkan isu ini terjadi lebih buruk dan seterusnya menjejaskan perkhidmatan kesihatan negara,\u201d katanya dalam temu bual bersama wartawan TVPertiwi pagi tadi. \nMogok doktor ini dilaksanakan bagi menggesa kerajaan memberikan hak mereka sebagai doktor kontrak seperti penyerapan pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap, kenaikan gaji pokok dan kadar on-call lebih tinggi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBeri Rakyat Lahir Selepas Merdeka Status Bumiputera \u2013 Kor Ming\n\n\n\n\n\n\nNajib minta hakim Collin tarik diri kes 1MDB\n\n\n\n\n\n\nTambang MRT2 percuma sehingga 31 Mac\n\n\n\n\n\n\nJangan ambil kesempatan terhadap Orang Asli\u00a0\n\n\n\n\n\n\nLebih 6.1 Juta Individu Selesai Terima Dos Penggalak"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/19-mou-dilaksanakan-selewat-lewatnya-tahun-depan/", "title": "19 MoU dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kesemua 19 memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM170 bilion yang dimeterai antara syarikat Malaysia dengan China ketika lawatan beliau ke Beijing baru-baru ini, akan dilaksanakan tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan.\nPerdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan bersama rakan sejawatnya, Li Qiang bagi memastikan syarikat yang terbabit dapat memulakan pelaksanaan MoU berkenaan pada waktu yang ditetapkan.\nTambah Anwar, sembilan cadangan lain untuk pemeteraian MoU tidak diterima beliau dan Li Qiang kerana tidak mempunyai perancangan, khususnya untuk pelaksanaan mulai tahun ini atau selewat-lewatnya akhir tahun ini.\n\u201cJadi, yang diputuskan ini adalah syarikat yang dipantau kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI ) terutamanya dan kerajaan China di bawah pengawasan Perdana Menteri, Li Qiang iaitu syarikat melaksanakan akhir tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan,\u201d katanya semasa Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.\nBeliau menjawab soalan tambahan Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) mengenai sejauh mana keyakinan Perdana Menteri untuk 19 MoU yang ditandatangani di Beijing baru-baru ini akan diterjemah kepada pelaburan sebenar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/43019-pelajar-sekolah-menengah-terlibat-tabiat-merokok/", "title": "43,019 pelajar sekolah menengah terlibat tabiat merokok", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seramai 43,019 daripada 1.3 juta pelajar sekolah menengah yang disaring menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) terlibat dengan tabiat merokok.\nTimbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, dalam tempoh yang sama hasil saringan yang telah dijalankan terhadap dua juta pelajar sekolah rendah mengesan seramai 341 murid turut terjebak dengan tabiat itu.\n\u201cMurid yang dikenal pasti merokok diberikan intervensi berkenaan rokok manakala murid yang tidak merokok diberikan pendidikan kesihatan berterusan bagi memastikan mereka kekal tidak merokok,\u201d katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.\nBeliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator N. Balasubramaniam yang bertanya mengenai perkembangan terkini pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dalam Generasi Penamat-Anti-Rokok (GEGAR-18) dan keberhasilannya. \nTambah Lukanisman, KKM akan terus memperluas program GEGAR-18 untuk memberi pengetahuan perundangan dan pendidikan berterusan bagi mewujudkan persekitaran bebas dari sebarang bentuk amalan merokok.\n\u201cKempen ini juga dijalankan bagi memastikan kumpulan GEGAR-18 ini kekal bebas rokok sepanjang hayat mereka. Kempen GEGAR-18 juga telah dijalankan di sembilan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan dan Kementerian Pendidikan tinggi.\n\u201cSelaras dengan kempen GEGAR-18 ini juga, sebanyak 19 kampus universiti telah melaksanakan program MQUIT Universiti dan buat saringan serta intervensi untuk menghentikan tabiat merokok dalam kalangan pelajar pengajian tinggi,\u201d ujarnya. \nKKM juga akan terus memperluaskan kempen GEGAR-18 bagi golongan belia yang tidak memasuki mana-mana IPT melalui kerjasama Majlis Belia Malaysia dan pertubuhan lain yang berkaitan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/ahli-umno-mula-pertikai-tindakan-zahid-anwar/", "title": "Ahli UMNO mula pertikai tindakan Zahid, Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nBekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendakwa, terdapat pertikaian dalam kalangan ahli UMNO terhadap Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nDakwaan sama turut disuarakan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang menyatakan, keadaan itu berlaku susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyemak semula sabitan dan hukuman dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd.\n\n\nMenerusi Podcast \u2018Keluar Sekejap\u2019 bersama Khairy, Shahril berkata, terdapat implikasi politik pada Ahmad Zahid dan kerajaan yang diterajui Anwar susulan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.\n\n\n\u201cWalaupun perkara ini tidak diakui dan tidak akan disebut secara mutlak dan hakiki oleh mana-maan pihak, memang perkara yang membuatkan UMNO sedia bersama dengan PH adalah dengan harapan Najib dibebaskan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nADUN Belantik rebah di bilik air rumah\n\n\n\n\n\n\nNajwan tetap tercalon walaupun bersifat perkauman\n\n\n\n\n\n\n16 Senator dilantik Ahli Dewan Negara\n\n\n\n\n\n\n\u201cGelombang Abah\u201d lebih besar \u2013 Takiyuddin\n\n\n\n\n\n\nKes Taun Kini Dikesan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApabila kes ini berlaku seperti minggu lalu, saya sendiri melihat dalam forum atau kumpulan UMNO\u00a0 di mana orang sudah mula pertikaikan. \n\n\n\u201cBibit serangan terhadap Anwar dan Zahid sendiri. Di sinilah ia bermula bagaimana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dilemahkan berkenaan dengan kes Najib di mata orang UMNO,\u201d jelasnya dalam siaran Podcast itu.\n\n\nDalam pada itu, Khairy yang dipecat UMNO turut bersetuju dengan Shahril dan menyatakan, ada tindak balas kuat dalam kalangan penyokong Najib terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan itu.\n\n\n\u201cKenyataan Zahid yang bagi saya jawapan beliau munasabah kerana beliau akur dengan keputusan mahkamah.\n\n\nSebab dia Timbalan Perdana Menteri, takkan dia nak cakap lebih daripada itu,\u201d ujar Khairy\n\n\nBagaimanapun, bekas ketua Pemuda UMNO itu berkata, Ahmad Zahid seorang ahli \u2018politik sempurna\u2019 yang mampu menguruskan sebarang ketidakpuasan hati dalam parti.\n\n\nNajib disabitkan bersalah pada Julai 2020 atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah ke atas dana SRC berjumlah RM42 juta serta dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.\u00a0\n\n\nBeliau menjalani hukuman penjara pada 23 Ogos 2022 selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan beliau diikuti Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman asal.\n\n\nPada Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman terhadapnya dengan keputusan majoriti 4-1."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/apa-motif-anwar-buat-kenyataan-menyinggung-orang-melayu/", "title": "Apa motif Anwar buat kenyataan menyinggung orang Melayu?", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menasihati orang Melayu Islam agar tidak terlalu selesa dan angkuh pada Selasa, dilihat seolah-olah menghina orang Melayu.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya mengakui terkejut dan tidak menyangka kenyataan itu keluar dari mulut seorang pemimpin Melayu yang juga Perdana Menteri.\n\n\n\n\n\u201cBukan sahaja gambaran terhadap sikap orang Melayu itu tidak tepat, malah dari satu segi dilihat beliau menghina orang Melayu.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaszlee Malik buat pemohonan maaf terbuka, sebut skrip lucah\n\n\n\n\n\n\nPuspakom tidak lagi monopoli pemeriksaan kenderaan\n\n\n\n\n\n\nBanjir di Johor terburuk sejak tahun 2006\n\n\n\n\n\n\nIdentiti 10 Maut Dirempuh Treler Dikenal Pasti\n\n\n\n\n\n\nJaga keselamatan, Johor diuji bencana banjir sekali lagi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalaulah benar Melayu ini angkuh dan tidak melayan bangsa lain dengan baik, saya rasa sudah lama bangsa lain tidak wujud di negara ini,\u201d katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.\n\n\nMengulas lanjut, Aminuddin turut membidas kenyataan Anwar yang menggesa orang Melayu Islam mencontohi kerajaan Kemboja yang majoritinya beragama Buddha begitu menghormati minoriti Muslim di sana dan melantik menteri\u00a0 dalam kalangan bukan Islam.\n\n\n\u201cApakah beliau lupa bahawa negara telah melantik pemimpin bangsa lain dalam Kabinet semenjak merdeka lagi? Malah, sampai jawatan-jawatan kementerian tertentu sudah jadi \u2018kuota\u2019 atau \u2018tradisi\u2019 buat wakil parti bukan Melayu dan Islam tertentu sejak berpuluhan tahun lamanya.\n\n\n\u201cMalah di kawasan penduduk Melayu pun ramai bukan Islam menang sebagai wakil rakyat, dengan sokongan dan dokongan padu pemimpin-pemimpin politik Melayu walaupun individu tersebut sudah terbukti rasis serta anti-Melayu Islam.\n\n\n\u201cBerkenaan dengan iftar yang dianjurkan oleh kerajaan Kemboja, bukankah memang kerajaan Malaysia sudah lama turut meraikan perayaan agama dan kaum selain Islam dan Melayu? Atau apakah tidak cukup sampaikan selepas ini kerajaan perlu mengadakannya di gereja, kuil dan tokong?\u201d,katanya.\n\n\n\n\nTambah beliau, gesaan Anwar itu tidak menunjukkan naratif keangkuhan orang Melayu Islam seperti yang digambarkan.\n\n\nAminuddin juga mempersoal motif sebenar kenyataan itu dikeluarkan, seolah-olah disifatkan sebagai menyinggung perasaan orang Melayu.\n\n\n\u201cJadi di mana hujah yang memalitkan naratif \u2018keangkuhan\u2019 orang Melayu Islam? Apa motif sebenar Anwar membuat kenyataan yang begitu menyinggungkan ini?\u00a0\n\n\n\u201cJika beginilah sikap dan pemikiran kerajaan terhadap orang Melayu, saya boleh katakan masa depan Melayu sangat gelap malah mungkin akan terhapus secara hakiki walaupun mereka masih wujud secara fizikal,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/cecair-vape-tidak-wajar-dikeluarkan-daripada-akta-racun/", "title": "Cecair vape tidak wajar dikeluarkan daripada Akta Racun", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Cukai vape tidak boleh disamakan dengan cukai yang dikenakan ke atas rokok.\n\n\nSehubungan itu, kerajaan digesa meneliti semula keputusan mengeluarkan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) yang mempunyai nikotin daripada Akta Racun 1952 yang disifatkan satu tindakan yang tidak wajar.\n\n\nPakar Perubatan Kesihatan Awam, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, dari sudut pandangan pengamal kesihatan awam, tindakan tersebut dibimbangi akan mendedahkan rakyat terutamanya para remaja kepada bahaya vape dan rokok elektronik yang disifatkan mempunyai kandungan nikotin lebih tinggi daripada rokok tembakau.\n\n\n\u201cVape tidak boleh dikenakan tindakan seperti mana rokok. Saya beranggapan itu adalah merupakan satu langkah atau polisi yang kami pengamal kesihatan awam sangat kesal. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAda benarnya kenyataan Tun M \u2013 Pakar Perlembagaan\n\n\n\n\n\n\nCagaran caruman, KWSP kaji kaedah baki akaun 2 jadi cagaran peribadi\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid dedah identiti 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM\n\n\n\n\n\n\nGEG Perlu Sokongan Wakil Rakyat Demi Selamatkan Dua Juta Nyawa\n\n\n\n\n\n\nRauf Nafi Ada Pihak Tidak Setuju Sulaiman Dilantik Ketua Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebab bila berbuat demikian, apa yang berlaku ialah penggunaan vape ini peraturannya mungkin kita letakkan bawah penguatkuasaan peraturan makanan dan sebagainya yang tidak begitu ketat berbanding dengan kawalan tembakau yang dah sedia ada,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi TV Pertiwi bagi mendapatkan pandangan berhubung pelaksanaan cukai vape yang dikenakan oleh kerajaan baru-baru ini.\n\n\nKatanya, cukai yang dikenakan pada Sabtu lalu itu telah menjawab persoalan rasional disebalik pengeluaran cecair vape daripada Akta Racun 1952.\n\n\nTambah beliau, penggunaan vape atau rokok elektronik akan semakin berleluasa kesan daripada implikasi kerajaan yang mengenakan cukai terhadap cecair vape.\n\n\nDr Malina berkata, pihaknya berharap agar kerajaan dapat menyemak semula peraturan yang mengeluarkan cecair vape daripada senarai racun.\n\n\n\u201cBagi pihak kesihatan awam, kita sangat berharap ada semakan semula peraturan yang telah mengeluarkan vape daripada senarai peraturan racun. \n\n\n\u201cKita bimbang generasi akan datang terdedah kepada bahaya yang sebenarnya sama berat dengan rokok, malah kandungan nikotin jauh lebih tinggi daripada rokok yang mungkin akan menjejaskan kesihatan terutamanya golongan muda pada hari ini.\n\n\nPada 1 April lalu, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk e-rokok pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml).\n\n\nPada masa sama, warta dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menyatakan, tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/cukai-vape-sejarah-hitam-negara-kes-paru-paru-rosak-akan-meningkat/", "title": "Cukai vape: Sejarah hitam negara, kes paru-paru rosak akan meningkat", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Keputusan kerajaan mengenakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik yang berkuat kuasa pada 1 April blalu terus mendapat kritikan daripada pelbagai pihak termasuk pengamal perubatan.\n\n\nAntara kebimbangan yang disuarakan adalah kesan buruk jangka masa panjang terhadap kesihatan rakyat terutamanya golongan muda.\n\n\nSelain itu, kes kerosakan paru-paru atau EVALI juga dikatakan akan meningkat dalam negara.\n\n\nPresiden Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris yang membidas tindakan itu berkata, kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) perlu bersiap sedia untuk menerima pesakit baharu walaupun pihak berkepentingan tidak kisah berhubung masalah rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM sedia Program Lima Minit Antirokok/Vape kekang murid ketagih e-rokok\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor titah pelihara hutan simpan kekal\n\n\n\n\n\n\nMaszlee beri bayangan bakal kembali dalam kerajaan\n\n\n\n\n\n\nAnwar nafi cuba bawa konsep Islam berlebihan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin bebas empat tuduhan rasuah, ini ulasan peguam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBila vape dah di \u2018halal\u2019 kan nanti walaupun Fatwa kata haram, kita kena \nstandby\n untuk lebih banyak kes EVALI \u2013 \ne-cigarette\n \nor vaping product use lung injury\n.\n\n\n\u201cYang kita kena bersedia adalah untuk buat lebih banyak\n chest tube procedure\n. Kena la hafal \nsafe triangle\n betul-betul seperti \nMid Axillary Line, Lateral edge of Pectoralis Major dan 5th Intercoatal Space,\u201d\u00a0\nkatanya.\n\n\nMenerusi kenyataan di Facebook, katanya, bagi kerajaan cukai adalah utama\n \nuntuk memberitahu kepada rakyat berapa banyak hasil yang masuk ke negara.\n\n\nWalaupun, hasil itu akan menjadi \u2018kerugian\u2019 untuk merawat penyakit yang boleh dielakkan.\n\n\n\u201c\nBagi mereka cukai \ncomes first\n sebab senang la nak tunjukkan pada rakyat berapa banyak \nincome\n masuk. Walaupun \nincome\n tu akan jadi \nnett loss\n untuk rawat penyakit yang boleh dielakkan,\u201d katanya lagi.\n\n\nTambahnya, duti eksais itu tetap diwartakan Kerajaan Madani walaupun vape difatwakan sebagai haram.\n\n\n\n\nDalam pada itu, tindakan kerajaan \nmengeluarkan nikotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah, cecair dan gel nikotin \ndaripada senarai bahan terlarang di bawah Akta Racun 1952 juga disifatkan sebagai sejarah hitam kepada negara.\n\n\nPublic Health Malaysia berkata, mengecualikan nikotin daripada Akta Racun sebelum meluluskan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok akan menyebabkan kanak-kanak mendapat akses tanpa halangan kepada produk vape yang mengandungi nikotin.\n\n\nIa sekali gus membolehkan vape kini boleh dijual, dibeli dan dipromosikan tanpa kawalan termasuk kepada kanak-kanak.\n\n\nTambahnya, keputusan menghalalkan jualan vape itu dikatakan bertujuan mengutip cukai daripada cecair vape di mana duti eksais pada kadar 40 sen dikenakan bagi setiap mililiter cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.\n\n\nPublic Health Malaysia dalam kenyataan di Twitter berpandangan, tindakan kerajaan itu bertentangan dengan keputusan sebulat suara oleh Lembaga Racun yang berfungsi sebagai Penasihat Menteri Kesihatan dalam perihal Racun.\n\n\n\n\nRASMI: Cecair Vape Kini Halal Di Malaysia. \ud83d\ude22\n\n\nTanpa sebarang kawalan, sesiapa sahaja termasuk kanak kanak boleh menjual, membeli dan mempromosi vape.\n\n\nThread. \npic.twitter.com/avWdsj6q84\n\n\n\u2014 Public Health Malaysia (@health_malaysia) \nApril 1, 2023\n\n\n\n\nSebelum ini, media melaporkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengeluarkan warta menyatakan nikotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah, cecair dan gel nikotin kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.\n\n\nPengecualian itu terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin, yang didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.\n\n\nSebelum ini, nikotin, dengan pengecualian kepada tembakau, diklasifikasikan sebagai racun Kumpulan C yang hanya boleh dijual doktor dan ahli farmasi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/di-caprio-dedah-jho-low-guna-rm132-juta-bayar-dana-politik-obama/", "title": "Di Caprio dedah Jho Low guna RM132 juta bayar dana politik Obama", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPelakon terkenal dunia, Leonardo Di Caprio mendedahkan, \nLow Taek Jho atau lebih dikenali sebagai \nJho Low telah merancang untuk menderma sekitar RM132 juta bagi membantu kempen pilihan semula bekas Presiden Barack Obama pada tahun 2012.\u00a0\n\n\n\n\nDi Caprio turut terlibat memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah ahli politik, 1MDB dan ahli perniagaan dikehendaki Malaysia, Jho Low pada Isnin lalu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGempa ranapkan tinggalan sejarah Kota Gaziantep berusia 2,200\n\n\n\n\n\n\nKorea Utara Uji Peluru Berpandu Hipersonik\n\n\n\n\n\n\nTindakan Israel serbu Al-Aqsa hina sensitiviti umat Islam sedunia\n\n\n\n\n\n\nRemaja Bangladesh terperangkap dalam kontena di Malaysia, meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nTradisi tembakan meriam iftar di Libya dihidupkan semula selepas 48 tahun\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut pelakon filem \nTitanic itu\n, Jho Low dengan santai berkata, dia mahu menderma kepada parti demokrat dan Di Caprio memberi respons dengan mengatakan wang itu berada dalam jumlah yang banyak.\u00a0\n\n\nDi Caprio turut memutuskan hubungan dengan Jho Low pada tahun 2015 selepas wujud keraguan yang berkaitan dengan kehilangan wang berbilion dolar daripada akaun 1MDB.\u00a0\n\n\nDi samping itu, undang-undang Amerika Syarikat pula mendedahkan, sumbangan dana untuk kempen politik daripada warga asing adalah satu kesalahan jenayah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/elaun-tambahan-diberikan-kepada-kakitangan-perubatan-pm/", "title": "Elaun tambahan diberikan kepada kakitangan perubatan \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan bersetuju untuk memperluaskan pemberian elaun tambahan kepada kakitangan perubatan di klinik kesihatan (KK) dan jabatan kecemasan yang diminta untuk bertugas selepas waktu bekerja ditetapkan.\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan itu turut membabitkan perluasan waktu termasuk cuti pelepasan mingguan kepada beberapa KK yang dikenal pasti.\nTambah Anwar, pemberian elaun tambahan berkenaan ketika ini tidak termasuk bagi kakitangan perubatan yang bertugas di KK atau jabatan kecemasan.\n\u201cEnam premis ini ialah KK yang terbabit dalam projek rintis bagi mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.\n\u201cSaya juga sudah arahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) mengkaji supaya kemudahan ini dipanjangkan kepada semua, selain pegawai perubatan,\u201d katanya semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.\nBeliau yang juga Menteri Kewangan menjawab soalan tambahan Datuk Seri Madius Tangau (PH-Tuaran) mengenai kesediaan kerajaan meningkatkan kadar elaun \u2018on-call\u2019 dalam kalangan pegawai perubatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/henti-sebar-berita-palsu-tunggu-pengumuman-rasmi-tarikh-hari-raya/", "title": "Henti sebar berita palsu, tunggu pengumuman rasmi tarikh hari raya", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Jabatan Mufti Selangor menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita tidak benar mengenai tarikh menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.\n\n\nPenolong Mufti Kanan Bahagian Falak agensi itu, Ustaz Hardi Mohamad Sadali berkata, penetapan tarikh 1 Syawal adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja \nsetelah memperolehi hasil cerapan hilal di 29 buah lokasi seluruh negara.\n\n\nMenerusi satu hantaran video di Facebook agensi itu, beliau berkata, penentuan tarikh tersebut akan menggunakan kaedah cerapan sama seperti penentuan tarikh 1 Ramadan.\n\n\n\u201cSekali lagi pada tahun ini, terdapat spekulasi dan khabar angin yang menyatakan 1 Syawal akan jatuh pada tarikh sekian-sekian. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSany Hamzan tak layak jelas isu peruntukan Ahli Parlimen pembangkang\n\n\n\n\n\n\nISMA sokong teks rasmi Perlembagaan versi Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nRakyat jijik perlakuan rasuah, pemimpin diingat jangan ulangi kesalahan sama\n\n\n\n\n\n\nKerajaan pimpinan Anwar, kerajaan separa perpaduan \u2013 Nik Ahmad Kamal\n\n\n\n\n\n\nKenapa hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK \u2013 DAP\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebagaimana kita menentukan 1 Ramadan, maka kaedah sama juga kita gunakan dalam penentuan 1 Syawal ataupun kita tentukan awal hari raya iaitu dengan melakukan cerapan terlebih dahulu pada 29 Ramadan, tarikhnya adalah pada 20 April 2023.\n\n\n\u201cSelepas itu, kita tunggu dengan sabar makluman yang akan disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang akan mengisytiharkan bilakah mulanya awal hari raya,\u201d katanya.\n\n\nKatanya lagi, tidak menjadi kesalahan untuk umat Islam bersiap sedia menyambut Hari Raya Aidilfitri, namun diingatkan agar tidak menyebarkan berita yang tidak jelas kebenarannya.\n\n\nMinggu lalu, umat Islam dikejutkan dengan tangkap layar hebahan elektronik Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara yang didakwa memaparkan akhir Ramadan pada 20 April ini.\n\n\n\n\nPaparan itu tular kerana ia menunjukkan seolah-olah bakal mengulangi senario raya mengejut pada tahun lalu apabila anak bulan Syawal tiba-tiba kelihatan dan keesokannya adalah Hari Raya Aidilfitri.\n\n\nMalah ada dalam kalangan warga maya yang mendakwa kononnya tarikh 1 Syawal sudah pun ditetapkan lebih awal oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).\n\n\n\n\nSusulan hantaran itu, JAKIM kemudiannya mengeluarkan kenyataan yang menasihatkan agar umat Islam agar tidak membuat spekulasi sehingga mencetuskan keresahan masyarakat.\n\n\nSebaliknya umat Islam diminta akur ketetapan yang bakal diumumkan Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja setelah mendapat perkenan rasmi Yang di-Pertuan Agong sendiri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/jacinda-ardern-dilantik-utusan-khas-tangani-keganasan-di-new-zealand/", "title": "Jacinda Ardern dilantik utusan khas tangani keganasan di New Zealand", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perdana Menteri New Zealand, Chris Hipkins pada Selasa melantik Jacinda Ardern sebagai utusan khas Christchurch Call, inisiatif global yang diketuai New Zealand bagi memerangi keganasan dan ekstremisme selepas kejadian tembakan di dua masjid di Christchurch pada 15 Mac 2019\u00a0yang membunuh 51 orang.\n\n\nUtusan khas itu akan melapor terus kepada Perdana Menteri.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu menolak untuk menerima sebarang imbuhan sebagai utusan khas\u00a0dan akan memulakan tugas beliau\u00a0pada 17 April.\n\n\n\u201cChristchurch Call merupakan keutamaan dasar luar kerajaan dan Jacinda Ardern berperanan untuk memenuhi matlamat menangani kandungan ganas pelampau dalam talian,\u201d kata Hipkins di Wellington.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Kuwait perintahkan Jho Low dihukum penjara 10 tahun\n\n\n\n\n\n\nMalaysia perlu tekan PBB, OIC henti kekejaman Israel\n\n\n\n\n\n\nIndonesia bawa keluar warganya termasuk rakyat Malaysia, Myanmar\n\n\n\n\n\n\nPesta Holi dicemari pencabulan ke atas wanita\n\n\n\n\n\n\nTiga rakyat Palestin maut, puluhan cedera dalam serangan Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau akan berkhidmat sebagai wakil kanan New Zealand dalam hal berkaitan Christchurch Call.\n\n\nChristchurch Call ialah inisiatif global merentas kerajaan, sektor teknologi dan masyarakat sivil untuk menangani kandungan pengganas dan pelampau dalam talian. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/jawapan-anwar-di-parlimen-kualiti-rendah-cacamerba/", "title": "Jawapan Anwar di Parlimen kualiti rendah, cacamerba", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak menjawab soalan yang dikemukakan kepada beliau dalam Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nMalah, katanya, Anwar banyak memberi jawapan yang meleret-leret tanpa fakta yang betul, akta tidak jelas dan ayat cacamerba.\n\n\n\u201cTambahan lagi, setakat saya lihat, Perdana Menteri banyak mengelak daripada beri jawapan penuh atau Perdana Menteri tak tahu jawapan penuh. Banyak yang meleret-leret tanpa fakta tuntas. Ada masa sebut nama Akta pun tak jelas. Ayat pun kadang kadang cacamerba.\n\n\n\u2018Kalau kualiti jawapan Perdana Menteri rendah, maka minat orang nak mendengar pun pasti rendah,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN tidak mampu tawan Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nTidak Hadir Mesyuarat, Tengku Zafrul Nafi Tengok Piala Dunia\n\n\n\n\n\n\nRosmah dibenar dapatkan sementara pasport lawat cucu sakit\n\n\n\n\n\n\nBNM kekalkan OPR 2.75 peratus\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Permohonan Rosmah\n\n\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful berkata demikian dalam hantaran di Facebooknya hari ini susulan membidas kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berhubung ketidakhadiran pemimpin utama pembangkang pada sidang Dewan Rakyat khususnya ketika sesi pertanyaan Perdana Menteri.\n\n\nKatanya, apa yang perlu diberi perhatian oleh Fahmi adalah memperbaiki sesi soal jawab Perdana Menteri bersama ahli-ahli Parlimen lain yang dikatakan terhad kepada beberapa pemimpin sahaja.\n\n\n\u201c\nUntuk pengetahuan semua, sebenarnya semasa slot Pertanyaan Perdana Menteri hanya MP yang disebut oleh Speaker saja boleh bertanya soalan. \n\n\n\u201cYang lain-lain tak boleh bertanya apa-apa dan Speaker hanya benarkan satu soalan tambahan daripada penyoal asal, serta satu lagi soalan tambahan dari pihak satu lagi. Amat jarang bilangan penyoal ditambah.\n\n\n\u201cMaksudnya, kalau giliran saya tanya soalan asal, hanya saya saja dari sebelah PN boleh tanya satu soalan tambahan, dan hanya seorang lagi dari kerajaan boleh tanya satu soalan selepas soalan saya. MP lain tak boleh.\n\n\n\u201cAlangkah baiknya kalau sesi ini diperbaiki supaya jadi seperti PMQ Westminster yang mana Ketua Pembangkang wajib diberi slot untuk menyoal PM?\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu dalam satu hantaran di Facebook, Fahmi menzahirkan rasa kecewanya dengan membayangkan pembangkang tidak mengambil peluang dalam waktu pertanyaan Perdana Menteri.\n\n\n\n\nDalam pada itu, Wan Saiful menyifatkan Fahmi telah memberi gambaran salah berhubung ketiadaan tiga pemimpin pembangkang iaitu Ketuanya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/kenapa-anwar-tak-arah-polis-sprm-siasat-zahid-isu-lcs/", "title": "Kenapa Anwar tak arah polis, SPRM siasat Zahid isu LCS?", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim mempersoalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengarahkan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan atau membuat pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nIa susulan Perdana Menteri sebagai Ketua Pembangkang sebelum ini didakwa amat lantang bersuara hingga menyatakan Ahmad Zahid yang kini Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Pertahanan sebagai pemimpin yang perlu menjawab isu Kapal Tempur Pesisir (LCS).\n\n\nMenerusi penyataan pembelaan difailkan terhadap saman oleh Perdana Menteri, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu berkata, Anwar menyatakan Ahmad Zahid bersubahat dan bersekongkol dalam perolehan LCS selain menerima rasuah itu dirasakannya (Ahmad Zahid) lebih penting daripada negara.\n\n\n\u201cSatu konklusi jelas bahawa kerajaan plaintif (Anwar) akan cuba melindungi atau melengahkan penyelesaian isu membabitkan sekutu politik terkini, namun akan bingkas dan tegas terhadap seteru politik terutama Perikatan Nasional (PN).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerbezaan fahaman, definisi perhutanan punca unjuran kehilangan hutan terlalu besar\n\n\n\n\n\n\nSaudi sahkan pertemuan PM, Raja Salman dan Putera Mohammed\n\n\n\n\n\n\nPenjualan Arak Di Kalangan Jurujual Muslim Semakin Berleluasa\n\n\n\n\n\n\n50 Peratus Kawasan Berpenduduk Boleh Capai Liputan 5G\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah Allah bakal jadi polemik \u2013 Al-Sultan Abdullah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMaka ini yang dimaksudkan oleh defendan (Awang) sebagai strategi dan kaedah mengugut yang secara jelas bukannya merujuk kepada satu perlakuan jenayah, namun adalah strategi dan kaedah politik yang digunakan terutama dalam politik sebenar.\n\n\n\u201cOleh demikian, kenyataan defendan adalah pandangan peribadi dan politik berdasarkan fakta yang sebenar,\u201d katanya dalam penyataan pembelaan difailkan firma guaman mewakilinya, Tetuan Tengku Amalin & Faizi di Mahkamah Tinggi, semalam.\n\n\nPada 3 Mac lalu, Anwar, 76, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) memfailkan saman menerusi Tetuan SN Nair & Partners selaku plaintif dengan menamakan Awang sebagai defendan tunggal.\n\n\nAnwar mendakwa, bekas Timbalan Menteri itu mengeluarkan kenyataan fitnah apabila mendakwa sikap pendendam Perdana Menteri berhubung pendakwaan terpilih lebih teruk berbanding ketika pentadbiran pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\nAwang membuat kenyataan berhubung pendakwaan terpilih itu ketika ditemui media di lobi Parlimen pada 21 Februari lalu.\n\n\nDengan merujuk pendakwaan terhadap bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang berdepan dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta, Awang dilaporkan mendakwa, ia adalah permulaan daripada tindakan Perdana Menteri.\n\n\nAwang berkata, pertuduhan ke atas Wan Saiful pada 21 Februari lalu hanya kira-kira tiga bulan daripada tarikh Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.\n\n\nBeliau berkata, tindakan sepantas itu yang dimaksudkannya sebagai permulaan Perdana Menteri ke-10.\n\n\n\u201cKontroversi paling besar dalam sejarah pentadbiran Dr Mahathir adalah Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987, membabitkan penahanan ratusan orang termasuk pemimpin politik seperti Lim Kit Siang (DAP), mendiang Karpal Singh (DAP), (Datuk Dr) Ibrahim Ali (UMNO) dan Halim Arsyat (PAS).\n\n\n\u201cOperasi Lalang ini lanjutan daripada bantahan Dong Jiao Zong terhadap guru tiada kelayakan bahasa Cina dihantar oleh Kementerian Pendidikan (yang dipimpin Anwar ketika itu) ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina.\n\n\n\u201cJika dibandingkan tindakan kontroversi kerajaan Dr Mahathir dengan tindakan kontroversi kerajaan plaintif ketika ini jelas menunjukkan dari jangka masa, kerajaan Dr Mahathir melakukan Operasi Lalang hanya enam tahun selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.\n\n\n\u201cPertuduhan terhadap seteru politik dibuat plaintif pula hanya dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri,\u201d katanya.\n\n\nAwang menegaskan, dia tidak angkuh, namun hanya menyatakan pandangan peribadi dan politik berdasarkan fakta sebenar.\n\n\n\u201cSememangnya plaintif memfailkan banyak saman atas isu politik. Gelaran \u2018bapa saman negara\u2019 adalah jolokan \u2018in jest\u2019 (gurauan) kepada seseorang yang memulakan satu trend baharu iaitu dalam kes ini menyaman pengkritik politik plaintif,\u201d katanya. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/kes-kluster-covid-19-meningkat-kkm-saran-pelajar-guru-disaring/", "title": "Kes, kluster Covid-19 meningkat, KKM saran pelajar, guru disaring", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kes Covid-19 meningkat mendadak, dengan 11 kluster pendidikan dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi ketiga belas 2023 (ME13/2023) dari 26 Mac hingga 1 April lalu.\n\n\nPeningkatan kes dan kluster Covid-19 itu berlaku berikutan pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan Mac lalu serta pergerakan masyarakat yang banyak ketika musim cuti sekolah lalu.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 11 kluster pendidikan yang dilaporkan, enam kluster membabitkan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) iaitu tiga kolej dan masing-masing satu sekolah agama menengah, sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah.\n\n\nLima lagi, katanya, adalah kluster pendidikan lain iaitu empat maktab dan satu TASKA.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBila Pejuang Agama Mahu Haramkan Rokok?\n\n\n\n\n\n\nRakyat jijik perlakuan rasuah, pemimpin diingat jangan ulangi kesalahan sama\n\n\n\n\n\n\nMyJPJ catat lebih 2.97 juta pengguna\n\n\n\n\n\n\nHawa nafsu mendorong penghasilan filem songsang \u2013 Pemerhati Politik\n\n\n\n\n\n\nRais saran Jawatankuasa Khas Dewan Negara bincang segera isu UEC\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa menjadikan sejumlah 18 kluster dilaporkan dari ME 1/2023 hingga ME 13/2023.\n\n\nBerikutan itu, Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi penekanan kepada sektor pendidikan untuk meningkatkan aspek kesihatan termasuk kepentingan menjalani saringan bergejala terhadap pelajar, guru dan kakitangan sebelum masuk ke kawasan sekolah atau institusi.\n\n\n\u201cUjian RTK-Ag ke atas murid, guru dan kakitangan perlu dijalankan mengikut strategi pengujian Covid-19 selain memperkasa ibu bapa untuk memantau status kesihatan anak dan bertanggungjawab untuk tidak menghantar anak ke sekolah jika bergejala.\n\n\n\u201cInstitusi terbabit juga menjalankan penilaian risiko penularan jangkitan Covid-19 di institusi masing-masing dari semasa ke semasa supaya tindakan pencegahan dapat segera diambil,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut mengingatkan Pegawai Kesihatan Daerah supaya menjalankan siasatan dan penilaian risiko untuk menilai status penularan jangkitan bagi sekolah atau institusi pendidikan yang merekodkan kes positif .\n\n\nSelain itu, tindakan pembersihan dan disinfeksi serta pengesanan kontak perlu dijalankan, di samping melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan Covid-19.\n\n\nSementara itu, beliau berkata, jumlah kemasukan pesakit Covid-19, termasuk pesakit yang disyaki Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk, meningkat sebanyak 24.1 peratus pada ME 13/2023 berbanding ME 12/2023.\n\n\nBeliau berkata, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 13/2023, meningkat 80 peratus berbanding ME 12/2023 bagi pesakit kategori 1 dan 2 manakala kategori 3, 4 dan 5, meningkat sebanyak 33.3 peratus.\n\n\n\u201cPeratus pengisian katil fasiliti Covid-19 pada ME 13/2023 bagi katil bukan kritikal meningkat sebanyak 1.0 peratus; katil Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada perubahan, kekal dengan 3.0 peratus.\n\n\n\u201cPeratusan pesakit Covid-19 memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) juga meningkat sebanyak 0.1 peratus,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, survelan Penyakit Seperti Influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) bagi Covid-19 oleh KKM di lokasi sentinel seluruh negara mendapati, sebanyak 56 sampel ILI dikesan positif Covid-19 dengan kadar positif 8.51 peratus pada ME 13/2023.\n\n\n\u201cTiada sampel SARI dikesan positif Covid-19 pada ME 13/2023,\u201d katanya. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/kkm-akan-bincang-semula-pelaksanaan-cukai-vape/", "title": "KKM akan bincang semula pelaksanaan cukai vape", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Beberapa pandangan telah diberikan dari sudut kesihatan dan kepenggunaan terutama bagi golongan remaja.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab mengenai perkara itu di Dewan Rakyat hari ini berkata, pelaksanaan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) akan dikaji semula dalam persidangan Dewan Rakyat termasuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) baharu bagi mengawal selia semua produk kawalan tembakau akan diteruskan.\n\n\n\u201cBukan menolak, pada prinsipnya kita akan terus membentang rang undang-undang ini tapi tidak boleh lakukan kerana pada peringkat awal kita setuju disekalikan rang undang-undang ini dengan cukai vape.\n\n\n\u201cNamun, oleh kerana banyak bantahan maka kita telah mencadangkan Menteri Kesihatan runding semula dengan Ahli-Ahli Parlimen secara teliti dan dengan semua badan-badan kesihatan. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n4 Kes Baharu XBB Dicatatkan Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\u201cGelombang Abah\u201d lebih besar \u2013 Takiyuddin\n\n\n\n\n\n\nKDN rampas pelbagai jenis Al-Quran tiada perakauan bernilai lebih RM1juta\n\n\n\n\n\n\nTiga TPM Cadangan Tidak Masuk Akal \u2013 Rosli Ramli\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam, Menteri Kabinet tipu isytihar harta wajar letak jawatan \u2013 MCW\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMaksud melaksanakan bukan melengahkan untuk dilaksanakan pada tahun ini juga Insya-Allah,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berhubung justifikasi kerajaan melaksanakan cukai terhadap cecair vape.\n\n\nTambah Anwar, Jabatan Kastam masih akan menyelia ketat penjualan dan pengedaran produk cecair vape sehingga RUU baharu dibentang pada Mei nanti.\n\n\nDalam pada itu, kempen kesedaran tentang bahaya rokok elektronik dan vape perlu dipertingkat serta didedahkan kepada rakyat terutamanya golongan remaja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/laman-web-jabatan-imigresen-digodam/", "title": "Laman web Jabatan Imigresen digodam", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Selasa \u2013 Laman web rasmi Jabatan Imigresen (JIM) digodam penyerang yang menggelarkan diri sebagai \u2018CaptainSmok3r\u2019.\n\n\nKetua Pengarahn JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, serangan siber berbentuk \ndefacement\n (perbuatan merosakkan permukaan) mengakibatkan muka hadapan laman web JIM ditukar kepada paparan imej yang lain sejak 2 pagi tadi.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, penggodam tidak berjaya menggodam perkhidmatan JIM yang lain seperti myIMMs, SSPI dan lain-lain yang tidak terkesan dengan serangan berkenaan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTumpahan minyak diesel punca 4 LRA henti tugas sementara\n\n\n\n\n\n\nAzalina akui BN-PH kurang bersedia dalam perang media sosial\n\n\n\n\n\n\nTiada protes tidak bermakna mogok doktor kontrak gagal\n\n\n\n\n\n\nPengintip Israel : Hukuman Berat Kepada Tali Barut Israel!\n\n\n\n\n\n\nPejabat Perdana Menteri pandang serius tindakan pihak salah guna nama, kedudukan PMO\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut kenyataan, jabatan itu telah mengambil langkah pembetulan serta merta dengan menutup capaian laman web daripada akses orang ramai dan melakukan kerja baik pulih.\u00a0\n\n\nSusulan insiden itu, bahagian Teknologi Maklumat JIM turut mengadakan perbincangan dan kerjasama bersama pihak NACSA dan CyberSecurity dalam usaha JIM mengukuhkan laman web.\n\n\nRuslin menegaskan, tiada sebarang kebocoran maklumat berlaku dan menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.\n\n\nTerdahulu jabatan itu menerusi hebahan di media sosial seawal pagi tadi memaklumkan laman webnya iaitu\u00a0\nwww.imi.gov.my\n\u00a0sedang diselenggara buat sementara waktu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/maqis-sita-25-tan-dada-ayam-thailand-dengan-sijil-halal-diragui/", "title": "MAQIS sita 25 tan dada ayam Thailand dengan sijil halal diragui", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Sebanyak \n25 tan dada ayam sejuk beku tidak patuh syarat import dan tiada sijil halal disita.\n\n\nPengarah\u00a0 Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, produk itu disita dalam operasi di pintu Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) pada Sabtu lalu.\u00a0\n\n\n25 tan dada ayam thailand yang disita akibat tidak mempunyai sijil halal yang jelas\n\n\nMenurut Ikram Talib, siasatan lanjut ke atas produk dari Thailand itu mendapati 25 tan dada ayam sejuk beku tersebut diimport tanpa sijil patuh import dan sijil halal yang jelas.\n\n\nBeliau berkata, MAQIS menerusi pasukan penguatkuasa sering membuat pemantauan yang rapi di setiap pintu masuk NBCT sebelum menemui kontena produk makanan berkenaan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKuza, Kuni diarah failkan pembelaan terhadap saman fitnah\n\n\n\n\n\n\nMasjid Biru Istanbul dibuka semula buat umat Islam\n\n\n\n\n\n\nAstro Radio Catat Peningkatan Jumlah Pendengar Melebihi 16 Juta\n\n\n\n\n\n\nBunuh suami kekasih, tanam mayat selepas hubungan sulit terbongkar\n\n\n\n\n\n\nRayuan Najib dapatkan dokumen bank didengar 16 Mac 2022\n\n\n\n\n\n\n\n\nEkoran itu, pihak MAQIS terpaksa menyita bahan import terbabit bagi menjalankan tindakan lanjut.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, pihaknya juga sentiasa komited dalam menjalankan tugasan tersebut bagi memastikan kesemua pintu sempadan negara dapat dikawal dengan baik serta produk keluaran pertanian yang dibawa masuk\u00a0 itu mempunyai syarat dan peraturan yang ditetapkan.\u00a0\n\n\nIni kerana, pihaknya mahu produk yang dibawa masuk ke dalam negara mempunyai tahap keterjaminan yang berkualiti dan makanan diyakini selamat buat rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/mas-ermieyati-dilantik-pengerusi-pac/", "title": "Mas Ermieyati dilantik Pengerusi PAC", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa\u00a0 \u2013\u00a0 \nDewan Rakyat bersetuju sebulat suara untuk melantik Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).\n\n\nBeliau merupakan wanita kedua mengetuai PAC selepas bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Noraini Ahmad.\n\n\nDalam undian secara undi suara itu, \nMas Ermieyati yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) menggantikan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh daripada PH yang memegang jawatan itu dalam pentadbiran sebelum ini.\n\n\nSementara itu, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi dari Pakatan Harapan diundi sebagai Timbalan Pengerusi PAC yang baharu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRadzi Jidin kekal Ahli Parlimen Putrajaya\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Desak Kerajaan Percepatkan Peruntukan\n\n\n\n\n\n\nLonggar kemasukan pelawat China, jangan gadai keselamatan negara \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nNajib, Zahid Dalang Ketidakstabilan Politik Negara \u2013 Wan Saiful\n\n\n\n\n\n\nMemperingati ulang tahun kesembilan tragedi MH17\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, jawatankuasa itu akan merangkumi enam hingga 12 ahli yang dicalonkan oleh jawatankuasa pemilihan yang ditubuhkan.\n\n\nPAC sebelum ini diketuai Kah Woh yang kini merupakan Ahli Parlimen Taiping dan timbalannya ialah bekas Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Azizah Mohd Dun."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/melaka-larang-kakitangan-bawa-telefon-bimbit-ketika-mesyuarat/", "title": "Melaka larang kakitangan bawa telefon bimbit ketika mesyuarat", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Melaka menguatkuasakan empat pendekatan baharu kepada kakitangan agensi kerajaan negeri itu termasuk memulakan setiap mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah serta dilarang membawa masuk telefon bimbit ke dalam mesyuarat.\n\n\nArahan itu dikeluarkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nDua lagi ketetapan baharu adalah memperdengarkan bacaan surah itu pada pukul 8 pagi, setiap hari bekerja iaitu dari Isnin hingga Jumaat serta memperdengarkan nyanyian lagu kebangsaan dan lagu negeri setiap Isnin.\n\n\n\u201cKetetapan baharu ini juga adalah selari dengan penghayatan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam dan memupuk rasa kecintaan kepada negara dan bangsa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli Dewan Diraja Selangor tuntut Sanusi mohon maaf secara terbuka\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam diseru bawa perubahan kembalikan Malaysia ke tahap gemilang\n\n\n\n\n\n\nSelangor sedia hadapi kenaikan bahan binaan 180 peratus\n\n\n\n\n\n\nMazlan Bujang Keluar BERSATU\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tanah terbiar Felda, Felcra, Risda digunakan untuk penghasilan makanan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSetiap jabatan dan agensi kerajaan negeri diwajibkan memulakan setiap mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah dan memperdengarkan bacaan surah itu pada pukul 8 pagi, setiap hari bekerja iaitu dari Isnin hingga Jumaat.\n\n\n\u201cSelain itu, kakitangan juga wajib memperdengarkan nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya pada pukul 10 pagi setiap hari Isnin dan perlu berdiri hormat ketika lagu tersebut dimainkan,\u201d katanya.\n\n\nKatanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, arahan larangan membawa masuk telefon bimbit ke dalam mesyuarat adalah bagi memastikan kerahsiaan maklumat kerajaan.\n\n\nUjarnya, lebih-lebih lagi melibatkan mesyuarat rahsia atau sulit yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri.\n\n\nSebelum ini, Ab. Rauf, 61, sah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, kira-kira pukul 3.33 petang, Jumaat lalu.\n\n\nIstiadat angkat sumpah beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/muat-turun-aplikasi-saudi-visa-bio-untuk-urusan-visa-haji/", "title": "Muat turun aplikasi Saudi Visa Bio untuk urusan visa haji", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bakal jemaah haji perlu memuat turun aplikasi Saudi Visa Bio untuk tujuan permohonan visa haji pada tahun ini susulan penguatkuasaan kerajaan Arab Saudi.\n\n\nMenerusi satu kenyataan Pengarah Eksekutif Haji, Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, aplikasi itu boleh dimuat turun menerusi Google Play Store atau Apple App Store.\nTambah beliau, aplikasi itu merupakan inovasi baharu yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi pada musim haji tahun ini untuk memudahkan permohonan visa selain memendekkan tempoh prosedur kemasukan bakal haji ke Tanah Suci melalui Jeddah dan Madinah.\n\n\nPermohonan visa melalui aplikasi itu mempunyai empat proses mudah iaitu melengkapkan alamat e-mel, memuat naik imbasan muka surat butiran peribadi dalam pasport Malaysia, imbasan muka dan imbasan 10 jari (biometrik).\n\u201cBakal haji akan menerima e-mel pengesahan pendaftaran daripada Kementerian Luar Arab Saudi apabila maklumat peribadi berjaya dimuat naik ke dalam aplikasi tersebut melalui e-mel yang didaftarkan.\n\u201cBakal haji juga diingatkan untuk terus menyerahkan pasport mereka kepada Tabung Haji (TH) setelah mendapat pengesahan ini bagi TH memproses visa bakal haji berkenaan,\u201d ujarnya.\nSyed Saleh berkata, Malaysia merupakan antara lapan negara terawal di dunia selain Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Kuwait, United Kingdom, Tunisia dan Maghribi yang dipilih untuk projek perintis itu.\n\n\nIa mengambil kira reputasi Malaysia sebagai antara pengendali haji terbaik dunia yang telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan kemudahan daripada kerajaan Arab Saudi.\nMaklumat lanjut mengenai penggunaan aplikasi Saudi Visa Bio boleh diperoleh menerusi laman web rasmi \nwww.tabunghaji.gov.my\n atau media sosial rasmi TH selain menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919 untuk perkhidmatan TH yang lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Perkara 152 dan Akta 342\n\n\n\n\n\n\n8,000 permohonan warganegara diluluskan setakat Mei tahun ini\n\n\n\n\n\n\nFasa Peralihan Endemik Ditangguh\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri belum putuskan pertahan jawatan Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nHenti bangkitkan isu perkauman dan agama, titah Tuanku Muhriz"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/myidentity-bantu-spa-saring-maklumat-tepat-pemohon/", "title": "myIDENTITY bantu SPA saring maklumat tepat pemohon", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Sistem yang dimiliki Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), myIDENTITY yang wujud sejak tahun 2012 membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mengenal pasti maklumat tepat individu yang memohon jawatan dalam perkhidmatan awam.\nMenurut kenyataan JPN, pengintegrasian sistem ini membolehkan SPA melaksanakan semakan pengesahan taraf kewarganegaraan pemohon yang merupakan keperluan wajib kerana jawatan dalam sektor awam yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia.\n\u201cJPN sentiasa berhubung dan berkerjasama dengan pihak SPA sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat tidak tepat dan melakukan kesalahan-kesalahan berkaitan dokumen pengenalan diri di bawah akta atau peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh jabatan ini.\n\u201cJPN menyediakan kemudahan Sistem myIDENTITY kepada agensi-agensi kerajaan bagi tujuan perkongsian data asas individu.\n\n\n\u201cKemudahan ini membolehkan agensi yang mendapat akses membuat semakan silang antara data pelanggan agensi dengan data JPN untuk mengesahkan kesahihan maklumat peribadi pelanggan berkenaan,\u201d menurut kenyataan itu.\nSehingga kini, terdapat 51 agensi diberikan akses kepada sistem myIDENTITY manakala bagi agensi yang tidak mempunyai akses, mereka boleh memohon semakan data kepada JPN. \nMenurut akhbar tempatan, SPA berjaya mengesan dan menyekat cubaan lebih 46,000 individu, termasuk warga asing dan mereka yang menggunakan identiti palsu untuk memohon kerja dalam sektor awam sejak 2020 hingga 15 Mac lalu.\nMereka adalah antara 2.2 juta pemohon yang mengisi maklumat peribadi bagi memohon kekosongan perjawatan yang ditawarkan dalam sektor perkhidmatan awam bagi tempoh lebih dua tahun lepas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/pemuda-isma-bantah-kkm-keluarkan-cecair-nikotin-daripada-akta-racun/", "title": "Pemuda ISMA bantah KKM keluarkan cecair nikotin daripada Akta Racun", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nKeputusan Kementerian Kesihatan (KKM)\u00a0 meminda Rang Undang-Undang berkaitan nikotin di dalam vape hanya akan merancakkan lagi pasaran vape di Malaysia.\n\n\nSehubungan itu, Pemuda ISMA membantah keputusan KKM yang meminda Rang Undang-Undang berkaitan nikotin di dalam vape kerana ia bertentangan dengan peranan KKM yang menganjurkan cara hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat khususnya golongan belia.\u00a0\n\n\n\n\nPemuda ISMA dalam satu kenyataan kepada\u00a0 media berkata, KKM wajar mengekang sepenuhnya ruang pasaran vape di negara ini yang memang memberi impak buruk kepada tahap\u00a0 kesihatan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih RM72.5 juta disalur ke Sekolah Swasta Cina sejak tahun 2019\n\n\n\n\n\n\nLaman web Jabatan Imigresen digodam\n\n\n\n\n\n\nSindiket seludup minyak diesel, tumpas\n\n\n\n\n\n\nMCA Minta Papan Tanda Baharu Kerana Tiada Tulisan Cina\n\n\n\n\n\n\nPRN: MUDA, PSM kerjasama beri pilihan baru kepada pengundi\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetuanya, M Riduan Muhammad menyifatkan keputusan yang dibuat berhubung isu cecair nikotin berkenaan adalah satu tindakan yang bertentangan dengan peranan KKM yang sedia ada.\u00a0\n\n\nTambah beliau, KKM sewajarnya menjadi wadah dalam menganjurkan cara hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat terutama buat golongan belia di negara ini.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, Pemuda ISMA juga bimbang akibat daripada tindakan gelojoh KKM ini bakal mengundang kesan negatif terhadap pembentukan generasi Ummah yang sihat serta produktif.\u00a0\n\n\nIni kerana, pemuda merupakan antara generasi masa depan yang bakal menentukan kejayaan dan keberhasilan negara kelak.\u00a0\n\n\nJusteru, Pemuda ISMA tampil mempersoalkan adakah KKM sudah bersedia untuk menanggung akibat terhadap\u00a0 tiga ratus ribu pelajar sekolah dan pemuda yang mudah terjebak dengan penggunaan vape."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/rokok-elektronik-beri-impak-negatif-kepada-generasi-muda/", "title": "Rokok elektronik beri impak negatif kepada generasi muda", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nSatu tindakan yang mengecewakan rakyat. Itu pandangan Ketua Wanita BERJASA, Dr Fadhilah Ashaari berhububg keputusan kerajaan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml).\n\n\nKatanya, cukai yang dilaksanakan itu mempunyai impak negatif terhadap pembinaan generasi negara selain boleh mengakibatkan ketagihan.\n\n\n\u201cNikotin mempunyai kesan merangsang otak untuk pengeluaran hormon dopamine yang mendatangkan rasa gembira dan bahagia. \n\n\n\u201cSatu perbuatan yang mungkin bermula dengan perasaan ingin mencuba menghisap vape dalam kalangan remaja, akhirnya akan menyebabkan anak-anak ini terjebak dengan perbuatan tersebut berulang kali kerana keseronokan yang dirasai. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Separuh jiwaku telah mati\u2019 luah Hassan Karim dalam puisi\n\n\n\n\n\n\nWang BAP dilarikan akan diganti, diagihkan sebelum Mac\n\n\n\n\n\n\nPAS Terengganu pastikan ahli politik mohon tauliah MAIDAM\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran Telur Kurang\n\n\n\n\n\n\nSebar ajaran bukan Islam kepada orang Islam boleh diambil tindakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKetagihan yang terhasil akan bertambah teruk apabila pada satu masa mereka mendapati bahawa mereka memerlukan perisa lain dengan dos nikotin yang lebih tinggi, untuk mendapat rasa kepuasan yang sama secara beransur-ansur.\n\n\n\u201cMungkin kebanyakan orang tidak perasan ia terjadi,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam satu pesanan ringkas kepada TV Pertiwi ketika diminta megulas berhubung pelaksanaan cukai vape yang berkuatkuasa pada 1 April lalu.\n\n\nTambahnya, simptom-simptom ketagihan akan menjadi tidak terkawal sehingga mengenai tingkah laku, perasaan dan fikiran sekiranya penggunaan vape dengan cecair nikotin ini, bertambah teruk atau tidak terkawal.\n\n\nSementara itu, Fadhilah berkata, masyarakat sudah cukup terbeban dengan ketagihan rokok, dadah, permainan dalam talian, penggunaan media sosial melampau, pornografi dan seks bebas yang menjadi faktor yang mengganggu pendidikan serta perkembangan kanak-kanak, remaja serta orang muda.\n\n\nJusteru, beliau menyeru kerajaan menggunakan segala kuasa bagi memastikan pembinaan rakyat yang sejahtera dengan identiti nasional berteraskan perlembagaan dan bukannya membuka jalan agar masyarakat menjadi lebih rosak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/rokok-elektronik-rosakkan-generasi-walaupun-kerajaan-peroleh-untung/", "title": "Rokok elektronik rosakkan generasi walaupun kerajaan peroleh untung", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPerlaksanaan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) seolah-olah membenarkan kerosakan generasi\n sekali gus membahayakan nyawa biarpun kerajaan mendapat keuntungan daripada cukai tersebut.\n\n\nPresiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkata, sebagai Kerajaan Madani, beliau tidak dapat membayangkan garis panduan dan nilai timbang yang digunakan kerajaan bahkan kerajaan terdahulu telah berusaha membincangkan pencegahan bagi aktiviti tersebut.\n\n\n\u201cAntara keuntungan duit dengan kerosakkan generasi yang akan membahayakan nyawa. Pakar-pakar telah pun menyatakan bahawa rokok dan vape ini sama bahaya.\n\n\n\u201cBahkan kerajan sebelum ini telah berusaha untuk membawa pencegahan daripada berleluasanya rokok sehingga akan dibincangkan di Parlimen untuk mengatasi serta membasmi aktiviti merokok.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak ambil hak golongan B40\n\n\n\n\n\n\nMH17 : Ukraine \u2013 Russia bertemu muka buat pertama kali depan hakim ICJ\n\n\n\n\n\n\nTitah Agong beri mesej jelas kepada ahli politik agar serius urus negara, pelihara perpaduan\n\n\n\n\n\n\nUcapan berbaur perkauman, Lim Guan Eng disiasat bawah Akta Hasutan\n\n\n\n\n\n\nIsu Mogok: Dr Zaliha sedia bersemuka petugas kesihatan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni kerana telah terbukti rokok bahaya dan bahayanya sama dengan vape,\u201d katanya melalui video ringkas di TikTok.\n\n\nRokok elektronik. Gambar hiasan\n\n\nTambahnya, Kerajaan Madani juga tidak menggunakan perbandingan tentang kaedah yang berbahaya dan kaedah utama antara keuntungan duit atau kebinasaan generasi yang perlu diselamatkan.\u00a0\n\n\nUjar Zamani lagi, sepatutunya kerajaan menjaga lima syarak utama sebagai pemimpin iaitu agama, nyawa, akal dan keturunan dan harta malah pandangan agama juga seharusnya diambil kira dalam pelaksanaan cukai ini.\n\n\n\u201cMengapa kita tidak mengambil pandangan agama, pandangan syariah sebagai latar belakang sudut pandang Kerajaan Madani mendahulukan pandangan agama daripada untung duit?\n\n\n\u201cIni yang saya hairan sehingga kita nampak seolah-olah kerajaan mempunyai fahaman liberal yang mendasari gaya fikir gaya bertindak,\u201d katanya.\n\n\nMenurut beliau, sekiranya keuntungan cukai diutamakan maka generasi akan rosak daripada aktiviti rokok elektronik yang terbukti membahayakan nyawa dan kesihatan.\n\n\nTegasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya memikirkan semula perkara ini melalui kuasanya bagi menyelamatkan generasi yang ada rosak binasa daripada mendahulukan keuntungan duit semata-semata.\n\n\nTerdahulu, kerajaan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) yang diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang berkuat kuasa pada 1 April 2023."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/sanusi-janji-bayar-ganti-rugi-rm120000-kepada-mahfuz/", "title": "Sanusi janji bayar ganti rugi RM120,000 kepada Mahfuz", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sedia membayar ganti rugi berjumlah RM120,00 kepada bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar seperti ditetapkan Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam.\n\n\nKatanya, beliau akan bertanggungjawab untuk melunaskan tuntutan saman fitnah itu selepas mahkamah mendapati beliau bersalah.\n\n\n\u201cApabila sudah didapati bersalah, menjadi tanggungjawab saya untuk melunaskan tuntutan mereka. Saya akan berusaha membayar berapa pun harganya.\n\n\n\u201cMengambil mudah atau mengendurkan tekad perjuangan hanya kerana kepentingan politik, takut hilang sokongan atau membiarkan rakyat negeri ini terjebak menjadi kaki judi tidaklah sekali-kali,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri konsisten tak bersetuju keputusan PAU2022\n\n\n\n\n\n\nPeguam Fail Rayuan Isu Keabsahan Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\nPAS umum tukar MB, TMB Kelantan lepas pilihan raya\n\n\n\n\n\n\nCuri air pili bomba, kontraktor bayar kompaun RM100\n\n\n\n\n\n\nAgong titah perhebat bendung aktiviti jenayah, sama-sama jaga kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi kenyataan di Facebook hari ini, Muhammad Sanusi berkata, tindakan yang dikenakan itu tidak sesekali mengendurkan perjuangan beliau dalam membanteras judi di Kedah.\n\n\nMengulas lanjut, katanya, sebagai ahli dan pimpinan PAS, \npihaknya tidak sama sekali mengambil mudah isu berkaitan judi selepas kerajaan negeri menutup sepenuhnya operasi premis perjudian.\n\n\nPada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman itu berdasarkan hantaran dibuat Muhammad Sanusi melalui akaun Facebook pada 30 Julai 2019 yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi Parlimen Pokok Sena dalam isu pemindahan premis judi Sport Toto ke kawasan itu.\n\n\n\n\nMahfuz juga mendakwa, Muhammad Sanusi menerbitkan satu video berdurasi tujuh minit 57 saat di akaun Facebook pada 27 Julai 2019 memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan cawangan Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk yang tertera nama plaintif.\n\n\nBerikutan itu, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat menjelaskan, sebagai ahli dan pimpinan PAS, beliau serius dengan usaha membanteras kegiatan perjudian di Kedah sebaik mengambil alih kerajaan negeri pada 17 Mei 2020.\n\n\nKatanya, satu langkah besar dibuat mulai 2021 hingga 2022 untuk memberhentikan pengeluaran lesen premis perjudian di seluruh Kedah, apabila lesen sedia ada tamat beransur-ansur daripada 2021 sehingga Disember 2022."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/suhakam-setuju-mati-mandatori-dimansuhkan-di-dalam-negara/", "title": "Suhakam setuju hukuman mati mandatori dimansuhkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPemansuhan hukuman\u00a0 mati mandatori di negara ini mendapat dua sisi sambutan berbeza, ada yang menyambut baik tindakan itu dan ada yang menentang keras untuk ia tidak dimansuhkan.\u00a0\n\n\nNamun, sambutan baik terhadap tindakan ini dinyatakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang jelas mengalu-alukan keputusan pemansuhan hukum mati mandatori bagi sebelas kesalahan berkenaan.\u00a0\n\n\n\n\nMenurut kenyataan di laman rasmi Facebook suruhanjaya itu, pihaknya menyifatkan usaha terhadap pemansuhan hukuman mati mandatori bagi sebelas kesalahan adalah sejajar dengan tindakan advokasi suruhanjaya berkenaan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan KJ beri kelebihan kepada PN\n\n\n\n\n\n\n\u2018Duta Madani Perpaduan\u2019 murid sekolah pupuk semangat perpaduan \u2013 Fadhlina\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan kalimah Allah akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet\n\n\n\n\n\n\nPerkenal nama bersesuaian pada makanan bukan halal\n\n\n\n\n\n\nLapan Unit Rumah Flat Sri Johor, Cheras Terbakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah selaras dengan Perkara Lima Perlembagaan Persekutuan yang telah menggariskan kerangka komprehensif bagi melindungi kebebasan asasi semua rakyat Malaysia.\u00a0\n\n\nDi samping itu, Suhakam turut menzahirkan rasa penghargaan terhadap penglibatan pesuruhjaya dan mantanya sebagai ahli JawatanKuasa Khas bagi mengkaji apakah hukuman alternatif yang lain dalam menggantikan hukuman mati mandatori itu serta menjadi input kepada Rang Undang-Undang tersebut.\u00a0\n\n\nSuhakam turut percaya bahawa usaha pemansuhan ini merupakan antara langkah yang positif dan membawa kepada ratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT).\n\n\nDewan rakyat pada 1 April lalu meluluskan Rang Undang -Undang Pemansuhan Mati Mandatori\n\n\nPada Isnin lalu, Dewan Rakyat telah bersepakat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.\u00a0\n\n\nKelulusan RUUU itu juga merupakan hasil suara persetujuan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Ramkarpal Singh dan dibahas oleh 10 Ahli Parlimen yang lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/tiada-wawasan-akhirat-jika-bersara-atas-faktor-usia-abdul-hadi/", "title": "Tiada wawasan akhirat jika bersara atas faktor usia \u2013 Abdul Hadi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bersara daripada perjuangan kerana faktor usia disifatkan sebagai teori barat sekular dan tidak berwawasan akhirat.\n\n\nPresiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, para rasul tidak bersara daripada melaksanakan tugas mereka disebabkan faktor usia dan yang paling utama mereka mempunyai wawasan akhirat yang kekal abadi.\n\n\n\u201cSaranan sedemikian wajib ditolak, sekalipun yang mengatakan itu bertaraf ahli falsafah, pemikir, ilmuwan, profesor dan sebagainya, kerana ilmu mereka tanpa berpandukan hidayah.\n\n\n\u201cUkuran mereka itu hanyalah faktor umur, bukan faktor mukallaf,\u201d katanya menerusi Minda Presiden PAS hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuda terkilan tidak dijemput ke mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nSolat sunat gerhana matahari diadakan tengah hari ini\n\n\n\n\n\n\nMaut sewaktu perjalanan mendaftar universiti\n\n\n\n\n\n\nHukuman salah laku ADUN Sungkai dikekalkan\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan himpunan \u2018Mana Kapal LCS?\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi berkata, al-Quran menceritakan bahawa semua rasul berdakwah serta berpolitik dalam menghadapi kerajaan dan rakyat pada zaman masing-masing sepanjang hayat, sehingga tamat ajalnya di alam dunia.\n\n\nJelasnya, hanya sejumlah kecil dalam kalangan rasul yang sempat memimpin negara manakala sebahagian besarnya tidak berkesempatan sehinggakan mereka wafat dan sebahagian lagi bersama pemerintah tanpa memimpin negara.\n\n\n\u201cNabi Daud AS menjadi khalifah, Nabi Sulaiman AS pula menjadi raja dan Nabi Muhammad SAW memimpin serta memerintah negara dengan adil bersama petunjuk Allah SWT. Mereka semua berdakwah dan berpolitik sehingga wafat.\n\n\n\u201cManakala Nabi Ibrahim AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS dan lain-lain tidak sempat melihat kerajaan berdaulat yang menjadikan kitab Allah sebagai petunjuk dan terus berjuang sehingga masing-masing wafat.\n\n\n\u201cNabi Nuh AS berdakwah dan berjuang sehingga 950 tahun lamanya tidak bersara sehingga baginda wafat,\u201d kata Abdul Hadi.\n\n\nAbdul Hadi menjelaskan, para rasul itu menjadi ikutan dan teladan kepada seluruh manusia dengan berdakwah membawa Islam yang sempurna bagi menyelamatkan dan mengajak manusia kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran.\n\n\n\u201cKhususnya, kemungkaran yang dilakukan oleh pihak yang memerintah negara melibatkan aspek politik yang menyebabkan kemungkaran yang besar menimpa umat dan negara,\u201d tegasnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/04/zahid-lantik-orang-sendiri-kukuhkan-kedudukan/", "title": "Zahid lantik \u2018orang\u2019 sendiri kukuhkan kedudukan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kemelut pertukaran Ketua Menteri Melaka dikatakan antara \u2018langkah\u2019 Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengukuhkan kedudukan beliau sebagai presiden parti.\n\n\nBekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa, Ahmad Zahid mahu memastikan semua Menteri Besar atau Ketua Menteri terdiri daripada \u2018orangnya\u2019.\n\n\n\u201cSaya melihat\u00a0 ini adalah langkah Ahmad Zahid untuk kukuhkan kedudukannya. Sekarang\u00a0 MKT semua majoriti adalah orang dia. Lepas ini dia nak pastikan bahawa di negeri pengerusi-pengerusi perhubungan pun dan Ketua Menteri juga adalah orang dia dan inilah masa yang terbaik,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian melalui siaran podcast \u2018Keluar Sekejap\u2019 episod kesembilan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMB Selangor dijangka mengadap Sultan Selangor sebelum 25 Jun\n\n\n\n\n\n\nRayuan tunggakan cukai Najib, anak didengar 14 Jun\n\n\n\n\n\n\nArahan tulisan Jawi di papan tanda tidak langgar Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Turki selar pihak tutup mata, subahat bakar Quran\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kabinet Yang Bercuti Diarah Pulang Malaysia Segera\n\n\n\n\n\n\n\n\nKhairy dalam masa sama turut mengakui agak terkilan dengan cara Sulaiman Md Ali \u2018disingkirkan\u2019 apabila Ahmad Zahid menjelaskan peletakan jawatan itu disebabkan oleh faktor kesihatan.\n\n\nNamun, beliau mengakui Sulaiman tidak mampu mengatasi pengaruh politik yang dimiliki Abd Rauf yang hanya menunggu masa untuk merampas kedudukan tersebut.\n\n\nPada Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Dewan Sri Utama Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Ayer Keroh.\n\n\nIstiadat Pengurniaan Surat Acara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang di-Pertua, Tun Mohd Ali Rustam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/05/10-exco-kerajaan-negeri-melaka-angkat-sumpah/", "title": "10 Exco kerajaan negeri Melaka angkat sumpah", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) hari ini.\n\n\nPelantikan itu sekali gus membentuk kerajaan perpaduan di Melaka yang kini diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.\n\n\nLapan ADUN dilantik semula menganggotai barisan Exco negeri manakala tiga lagi lantikan baharu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPecah monopoli tidak beri kesan pengurangan tenaga kerja\n\n\n\n\n\n\n31,600 kuota haji Malaysia bagi musim 1444H/2023M\n\n\n\n\n\n\nPolis rakam keterangan 3 individu kes curi wang BAP RM109,000\n\n\n\n\n\n\nBawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang\n\n\n\n\n\n\nIsma Melaka Sentiasa Bersiap Siaga Bantu Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\n\n\nFOTO: Facebook Ab Rauf Yusoh\n\n\nAb Rauf yang juga ADUN Tanjung Bidara mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri, Jumaat lalu akan mengetuai portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET.\n\n\nMendahului senarai ADUN yang mengangangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia hari ini adalah ADUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin yang dilantik sebagai Exco Kanan bagi portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.\n\n\n\n\nFOTO: Melaka Hari Ini\n\n\nIa disusuli ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman di bawah portfolio Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan; ADUN Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh (Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan) dan ADUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin (Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti).\n\n\nTurut dilantik semula, ADUN Gadek, VP Shanmugam (Exco Belia, Sukan dan NGO), ADUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem (Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan) serta ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman (Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama).\n\n\n\n\nFOTO: Melaka Hari Ini\n\n\nTiga ADUN baharu dilantik adalah ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan bagi portfolio Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital), ADUN Ayer Limau (Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer sebagai (Exco Kerja Raya, Insfrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan).\n\n\nManakala satu-satunya wakil tunggal Pakatan Harapan (PH) daripada DAP, ADUN Kesidang, Seah Shoo Shin sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.\n\n\n\n\nFOTO: Melaka Hari Ini\n\n\nIstiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia diadakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Istiadat Negeri di Seri Negeri.\n\n\nSementara itu, dua penyandang\u00a0 EXCO yang\u00a0 digugurkan ialah ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan serta ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/05/apakah-cukai-vape-lebih-penting-daripada-nyawa-rakyat/", "title": "Apakah cukai vape lebih penting daripada nyawa rakyat?", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \u201cAdakah nilai nisbah kutipan cukai bersamaan dengan 40 sen satu mililiter itu berbaloi dengan impak kepada kanak-kanak yang mungkin menjadi ketagihan nikotin pada masa akan datang?\n\n\n\u201cAdakah wajar jumlah 40 sen yang kita kutip itu dan menggantikannya dengan nyawa kanak-kanak buat masa sekarang?\u201d\n\n\nItu persoalan yang dilemparkan Pakar Kesihatan Awam, Dr Mohammad Farhan Rusli susulan keputusan kerajaan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik berkuat kuasa pada 1 April lalu.\n\n\nDr Farhan yang mengulas kenyataan itu ketika dihubungi \nTV Pertiwi\n hari ini menjelaskan, sebelum perkara tersebut dilaksanakan, kerajaan sepatutnya menggubal undang-undang bagi mengawal selia cecair yang mengandungi nikotin ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat\u2026\u2019- Anwar\n\n\n\n\n\n\nKerja Pembersihan Dijalankan Pasca Banjir\n\n\n\n\n\n\nRM50 juta bantu tingkat keupayaan JBPM hadapi banjir\n\n\n\n\n\n\nPemecatan Tajuddin Satu Amaran \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nNoh Omar mungkin sertai PN \u2013 Azmin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni sebenarnya perkara yang paling ketara sekali dan amat kita risaukan, kalau kita nak cerita tentang vape, rokok semua tu lebih besar tetapi sekarang apa yang sedang berlaku, tiada undang-undang atau akta untuk mengawal daripada bahan-bahan nikotin ini daripada dijual kepada sesiapa.\n\n\n\u201cBoleh diiklankan kepada sesiapa sahaja, dibawa dan disimpan oleh sesiapa. Jadi, ini bermakna ada kanak-kanak yang berumur tujuh atau sembilan tahun ingin membeli cecair vape itu, tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang sekarang kerana kita ada jurang dalam perundangan, ini membimbangkan,\u201d katanya.\n\n\nSituasi itu juga dikatakan antara sebab mengapa ramai pakar kesihatan awam mendakwa ini tindakan yang amat membahayakan kepada masyarakat.\n\n\n\n\nPelaksanaan cukai itu diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan pada 31 Mac oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.\n\n\n\n\nKenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia\n\n\nPengecualian Nikotin Daripada Kawalan Di Bawah Akta Racun 1952 Bagi Produk Dalam Bentuk Patch Atau Gum Yang Berdaftar Di Bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 \npic.twitter.com/0fVliEGFsb\n\n\n\u2014 KKMalaysia\ud83c\uddf2\ud83c\uddfe\ud83d\ude37 (@KKMPutrajaya) \nOctober 6, 2022\n\n\n\n\nSementara itu, warta dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menyatakan, nikotin termasuk tembakau, tampalan dan gula-gula getah, cecair dan gel nikotin kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952.\n\n\nPengecualian itu terpakai ke atas tampalan dan gula-gula getah nikotin, yang didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.\n\n\nMerujuk kepada warta tersebut, Dr Farhan menyatakan kebimbangan kerana sementara menunggu kepada sesuatu dasar itu digubal, jumlah kanak-kanak mendapat akses kepada vape yang mengandungi cecair nikotin akan meningkat.\n\n\n\u201cSepatutnya sebelum kita membuat apa-apa tindakan seperti mengeluarkan sesuatu produk daripada akta racun (di mana boleh diselia, dikawal) seharusnya kita lebih pintar iaitu menggubal satu dasar baharu sebelum membuat sesuatu pembatalan.\n\n\n\u201cMemang orang kata kita akan menggubal satu polisi baharu pada bulan lima, enam dan\u00a0 sebagainya tetapi seperti kita tahu, membuat polisi itu mengambil masa yang agak lama untuk diluluskan.\u00a0\u00a0\n\n\n\u201cSehingga itu, berapa jumlah kanak-kanak yang sebelum ini tiada akses kepada pembelian cecair nikotin ini akan mendapat akses dan mereka bakal menjadi ketagih serta sangat merisaukan,\u201d ujarnya.\n\n\nDr Farhan juga meminta Dr Zaliha dan Perdana Menteri memberi huraian yang lebih tepat mengenai tindakan itu.\n\n\nIa susulan jawapan yang diberikan Anwar mengenai isu vape dalam Parlimen semalam masih lagi tidak menjawab soalan-soalan berkaitan.\n\n\n\n\nTambah Dr Farhan, t\nerdapat beberapa negara melaksanakan pengharaman ke atas produk terbabit antaranya negara jiran Malaysia sendiri seperti Brunei, Singapura dan Thailand.\n\n\nJusteru, beliau mempersoal, mengapa Malaysia tidak bertindak sedemikian.\n\n\n\u201cKenapa kita harus menjual sesuatu perkara buruk itu, mengutip cukai daripadanya dan katakan kepada orang itu sesuatu benda yang buruk. Kita haramkan terus vape itu, mengapa tidak boleh?\u00a0\u00a0\n\n\n\u201cApakah yang sedang kita laksanakan daripada sekarang sehingga RUU itu diluluskan dan apakah pemikiran atau kebijaksanaan untuk mengutip cukai itu pada waktu sekarang sedangkan kita boleh menangguh kutipan cukai itu selepas RUU itu diluluskan.\n\n\n\u201cSepatutnya kita janganlah membina negara daripada kesakitan orang yang menghisap rokok kalau kita ada kuasa untuk tidak memberikan akses kepada perkara-perkara seperti cecair-cecair nikotin sebagainya,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/05/bank-hanya-beri-pinjaman-kwsp-kepada-pencarum-t20/", "title": "Bank hanya beri pinjaman KWSP kepada pencarum T20", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nPencarum masih boleh menjadikan simpanan KWSP sebagai cagaran hutang kepada pihak bank bermula 7 April ini.\u00a0\n\n\nNamun, apabila pencarum pergi ke bank untuk membuat pinjaman, bank masih boleh menolak permohonan tersebut.\u00a0\n\n\nAhmed Razman\u00a0 antara individu yang tidak setuju apabila wang dalam akaun KWSP disentuh kerana ia bakal memberikan kesan buruk dan kurangnya kadar perolehan dividen pencarum lain.\n\n\nPenganalisis Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, tidak semua pencarum KWSP dapat memohon pinjaman secara bercagar kerana pihak bank memilih untuk memberi pinjaman kepada pencarum yang mempunyai skor kredit lebih bagus.\u00a0\n\n\n\u201cAhli KWSP yang boleh pinjam ini pula mereka yang mempunyai\u00a0 kredit yang bagus, jadi mungkin yang boleh buat pinjaman ini adalah\u00a0 golongan T20 ataupun sebahagian M40\u00a0 yang menghampiri T20,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSanusi sambut baik khabar angin Khairy sertai PN\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tak adil sebab tidak sentuh peruntukan wakil rakyat pembangkang\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan SOP pengembara China esok\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Bebaskan Rider Food Panda\n\n\n\n\n\n\nPH-BN bekerjasama pada PRN Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga yakin hanya pencarum berstatus T20 dan M40 yang mendapat pinjaman cagaran KWSP ini daripada pihak bank.\u00a0\n\n\nBagi golongan B40 pula, mereka bakal berdepan kesukaran berganda apabila membuat pinjaman tersebut.\u00a0\n\n\n\u201cMaknanya, mereka ini sengsara tiga kali, mereka pinjam tidak\u00a0 berkat sebab dapat riba, kemudian kalau tidak\u00a0 dapat bayar, mereka bakal\u00a0 diisytiharkan muflis, kemudian wang dalam akaun KWSP mereka\u00a0 itu pulak keluar bagi membayar\u00a0 pinjaman\u00a0 mereka, maka mereka akan\u00a0 bersara dalam keadaan yang tidak ada harta langsung,\u201d tambahnya.\n\n\nBeliau yang juga merupakan Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS) memberitahu, kesan daripada KWSP bersasar yang diluluskan nanti akan mengakibatkan pendapatan aliran dividen pencarum lain berkurangan dan tidak tinggi seperti sebelumnya.\n\n\nSehubungan itu, beliau turut berpendapat, wang KWSP tidak seharusnya disentuh, baik dari sudut pengeluaran bersasar dan pinjaman cagaran ini.\u00a0\n\n\nJusteru, beliau mencadangkan langkah yang boleh laksanakan kerajaan tanpa menyentuh wang KWSP.\n\n\n\u201cWang KWSP jangsung tidak perlu kacau, sekiranya\u00a0 ia keluar untuk bagi yang kecil ini pun, yang terkesan adalah ahli yang ramai.\u201d jelansya ketika dihubungi TV Pertiwi.\u00a0\n\n\nKatanya, kerajaan membantu setiap pencarum yang mengalami masalah kewangan dengan membawa dan memperkenalkan mereka kepada pejabat zakat, wakaf, jabatan kebajikan, badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak persendirian sebagai alternatif lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/05/cukai-cecair-vape-tidak-memadai-demi-kesihatan/", "title": "Cukai cecair vape tidak memadai demi kesihatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pelaksanaan cukai terhadap cecair vape untuk rokok eletronik yang diwartakan kerajaan dilihat seperti membenarkan penjualan dan penggunaan vape tanpa batasan oleh masyarakat Malaysia.\u00a0\n\n\nSelain itu, pengenalan cukai pada kadar 40 sen setiap mililiter tidak sepatutnya berlaku susulan kebanyakkan orang ramai mendesak untuk mengharamkan penggunaan rokok eletronik itu diharamkan.\n\n\nOrang awam, Muhammad Zulhaqim Mohd Yazid berkata, dia mengetahui Jabatan Mufti Negeri Selangor telah\u00a0 mengeluarkan fatwa bagi penggunaan rokok eletronik dan vape adalah haram yang telah diputuskan pada Januari 2016 .\u00a0\n\n\n\u201cKalau tak silap saya ada baca mengenai penggunaan vape daripada fatwa wilayah, penggunaannya vape dan rokok ni memang haram. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin akan didakwa lagi esok di Mahkamah Shah Alam\n\n\n\n\n\n\nPenentangan Larangan Judi punya Agenda Tertentu \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Keabsahan Sekolah Vernakular 29 Disember\n\n\n\n\n\n\nSuami Atau Bekas Suami Berdepan Sekatan Bank\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada pandangan saya, saya amat setuju untuk kerajaan mengharamkan penggunaan rokok vape ni secara langsung dalam keadaan atau budaya yang sihat,: katanya\n\n\nSementara itu, Muhammad Nor Aiman Baharuddin pula berpendapat, individu yang menghisap vape hanyalah sebagai hobi dan tabiat seseorang.\u00a0\n\n\n\u201cBagi saya penghisap vape ni sebagai hobi sebenarnya, manakala penghisap rokok pula hisap sebagai ketagihan, jadi vape saya tengok untuk ketagihan dan hobi tapi nak teruskan penggunaan dan penjualan di Malaysia saya rasa tidak. Kalau boleh untuk generasi depan kita cuba hapuskan atau reduce kan\u201d, katanya\n\n\nMengikut contoh negara jiran seperti Thailand yang mengharamkan vape termasuk jenis pakai buang sejak tahun 2014 dengan kawalan dan hukuman berat.\u00a0\n\n\nMana-mana individu yang menghisap vape atau memilikinya boleh didenda 30 ribu baht atau bersamaan RM3,884.\n\n\nMereka juga boleh dihukum penjara sehingga lima tahun.\n\n\nBukan sahaja kepada rakyatnya, pelancong juga pernah dikenakan hukuman tersebut.\n\n\nSebagai anak muda, Muhammad Danial Hadzri sentiasa menyokong jika kerajaan mengambil pendekatan menghalang dan mengharamkan penggunaan dan penjualan vape.\u00a0\n\n\n\u201cSaya menyokong sebab ia bagus untuk generasi akan datang tidaklah kesihatan mereka terjejas,\u201d katanya.\n\n\nPada perkembangan berkaitan hari ini, kerajaan Johor mengekalkan larangan penjualan vape di negeri itu yang telah diputuskan sejak Jan 2016.\u00a0\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pendirian itu kekal walaupun kerajaan pusat telah mewartakan duti eksais bagi cecair atau gel mengandungi nikotin vape mulai Sabtu lepas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/05/dakwa-kumpul-kekayaan-tun-m-setuju-beri-anwar-lanjutan-masa/", "title": "Dakwa kumpul kekayaan, Tun M setuju beri Anwar lanjutan masa", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nDr Mahathir Mohammad bersetuju untuk memberi lebihan masa sehingga Isnin minggu depan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjawab notis tuntutan mengenai dakwaan mengumpul kekayaan peribadi ketika berkuasa dahulu.\u00a0\n\n\nDalam satu kenyataan media, peguam Mahathir, Tetuan Rafique berkata, pihaknya telah menerima maklumkan daripada peguam yang mewakili Anwar untuk memohon masa lebihan sehingga Isnin minggu depan bagi menyediakan jawapan kepada notis tuntutan berkenaan.\u00a0\n\n\nTun M mahu Anwar memberi bukti beliau mengumpul kekayaan berkenaan.\n\n\nDalam pada itu, firma guaman Tetuan Rafique turut memaklumkan Mahathir tidak mempunyai sebarang halangan dalam menerima permintaan Perdana Menteri itu.\u00a0\n\n\n\u201cAnak guam kami tiada halangan kepada permintaan itu, anak guam kami juga merizabkan segala haknya dalam tuntutan ini,\u201d kata firma guaman itu.\n\n\nAnwar mendakwa Tun Mahathir mengumpul kekayaan yang bernilai billion ringgit sewaktu beliau berkuasa dahulu.\n\n\nTerdahulu, surat tuntutan Mahathir bertarikh 27 Mac memberi Anwar sehingga semalam untuk menjawab.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, tindakan itu merujuk kepada kenyataan Anwar pada Mahathir semasa Kongres Nasional Khas PKR 2023 pada 18 Mac lalu yang didakwa memfitnah beliau.\n\n\nMahathir berkata, walaupun Anwar tidak menyebut nama dalam ucapan itu, berdasarkan laporan media, orang ramai faham tuduhan itu dilemparkan kepada diri beliau.\n\n\nMahathir berkata, ini memberikan imej buruk terhadapnya dan ia adalah satu fitnah melainkan Anwar dapat menunjukkan bukti bahawa beliau (Mahathir) meraih hasil berbilion ringgit dan melarikan wang itu ke luar negara serta tidak membayar cukai."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/05/gara-gara-ditipu-scammer-pesara-guru-hilang-lebih-rm500000/", "title": "Gara-gara ditipu scammer, pesara guru hilang lebih RM500,000", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nNasib seorang pesara guru wanita bertukar tragedi apabila kehilangan lebih RM500,000 dalam sekelip mata akibat terpedaya dengan panggilan telefon scammer yang kononnya daripada syarikat insurans.\u00a0\n\n\nKetua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa berusia 59 tahun itu pada mulanya dikatakan mempunyai tuntutan insurans di sebuah hospital swasta sebelum menerima sambungan panggilan kepada pegawai polis yang kononnya menyelia isu tuntutan berkenaan.\u00a0\n\n\n\n\n\u201cWanita itu diminta untuk membuat pindahan keseluruhan wang ke dalam satu akaun miliknya bagi tujuan siasatan sumber kewangan milik mangsa. Akibat cemas dan ketakutan, mangsa telah memberikan semua maklumat kad ATM bank milik mangsa kepada individu itu bagi tujuan siasatan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPutra kekal bersama GTA walau dalam keadaan sukar\n\n\n\n\n\n\nKerajaan kurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nGEG: Kajian kawalan penggunaan rokok, vape dijalankan serentak\n\n\n\n\n\n\nPendakwa Fail Pestisyen Rayuan Kes Visa Luar Negara Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nI-Guru gesa tindakan tegas kepada pelajar rosakkan harta benda sekolah\n\n\n\n\n\n\n\n\nYusri Hassan menjelaskan, wanita itu kemudiannya diminta untuk membuat pemindahan keseluruhan wang ke dalam satu akaun milik penipu terbabit sebagai tujuan untuk menyiasat sumber kewangan milik mangsa.\n\n\nNamun akibat gusar dan cemas, wanita berkenaan telah memberikan ke semua maklumat kad ATM bank miliknya kepada penipu untuk tujuan siasatan lanjut.\u00a0\n\n\nTambah beliau, apabila mangsa menyedari wang berjumlah RM585,904.22 lesap ketika mahu mengeluarkan wang dari akaun bank miliknya.\u00a0\n\n\nSaat itu, mangsa juga sedar bahawa dia telah ditipu oleh kononnya merupakan syarikat insurans dan segera membuat laporan polis.\u00a0\n\n\nSehubungan\u00a0 itu, orang ramai disarankan untuk lebih berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa telefon scam serta tidak melayan mana-mana panggilan telefon mahupun mesej yang tidak dikenali."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/05/hampir-rm1-bilion-lesap-ditipu-agensi-pelaburan/", "title": "Hampir RM1 bilion lesap ditipu agensi pelaburan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) melaporkan, kira-kira RM1 bilion kerugian berpunca daripada penipuan skim pelaburan (scammer) mengikut aduan mangsa serta kajian lapangan yang dilakukan. \nSetiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, hampir 4,000 pelabur menjadi mangsa dan setakat ini lebih 500 laporan polis telah dibuat di seluruh negara.\nTambah beliau, penipuan pelaburan bermodelkan tabung amanah, Islamic Redeemable Share (IRPS), info memorandum dan sukuk yang ditawarkan dengan menggunakan lima syarikat tempatan.\n\n\n\u201cAda yang melabur berjuta-juta ringgit dengan kebanyakan\u00a0mereka\u00a0menggunakan wang persaraan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).\n\n\n\u201cMalah ada individu berstatus Tan Sri, berjawatan peguam serta profesional lain turut menjadi mangsa,\u201d katanya dalam sidang media selepas menyerahkan dokumen aduan terkumpul membabitkan sebahagian daripada mangsa di pejabat Suruhanjaya Sekuriti (SC) di Putrajaya hari ini.\nMangsa, Harun Mohd Yunus, 66, berkata,\u00a0wang KWSP sebanyak RM250,000 miliknya dilaburkan dalam skim pelaburan.\n\n\nBeliau berkata, jika ikutkan kiraan pulangan atau dividen yang ditunjukkan, pelaburana itu sememangnya boleh mendapat untung.\n\u201cSaya mendapat pulangan hanya selama empat bulan dari Januari hingga April 2022 iaitu sekitar RM6,000 sebulan\u00a0yanag dikreditkan ke dalam akaun saya selepas melabur pada akhir 2021, namun selepas itu tiada lagi wang diberikan sehingga kini,\u201d katanya.\nSeorang lagi mangsa, Anisa Talib, 45, pula berkata,\u00a0dia melabur dalam syarikat tersebut kerana percaya apabila ditunjukkan sijil dan laporan yang mendakwa syarikat itu sah termasuk mempunyai perakuan SC.\n\u201cSaya menggunakan semua wang simpanan peribadi untuk anak dan masa hadapan saya dalam pelaburan ini tetapi ditipu sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental serta rumah tangga saya terutamanya saya hampir bercerai,\u201dkatanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Minta Sistem Muka Sauk Ditambah Baik\n\n\n\n\n\n\n688 permohonan diterima libat anak lahir di luar negara \u2013 KDN\n\n\n\n\n\n\nPetisyen pilihan raya Gua Musang dibicarakan, Putrajaya ditolak\n\n\n\n\n\n\nSolat sunat gerhana matahari diadakan tengah hari ini\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Pulihkan kedudukan kewangan, jaga keperluan rakyat \u2013 KM Sabah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSidang media hari ini dihadiri hampir 500 orang individu yang menjadi mangsa penipuan agensi pelaburan tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/05/johor-kesan-orang-asli-dieksploitasi-demi-kepentingan-peribadi/", "title": "Johor kesan Orang Asli dieksploitasi demi kepentingan peribadi", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nOrang Asli di negara ini makin dipergunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan peribadi.\n\n\nMenteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan, pihaknya mendapati terdapat banyak aktiviti eksploitasi terhadap Orang Asli di negeri itu.\u00a0\n\n\nBeliau turut mendedahkan antara tindakan eksploitasi yang dijalankan adalah penerokaan haram di tanah-tanah rizab milik Orang Asli di Johor untuk tujuan komersial.\u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDitembak lebih 20 das, penolong ketua kampung maut\n\n\n\n\n\n\nPKR teruskan legasi di Melaka, Gagal sebarang kerusi di Sarawak\n\n\n\n\n\n\nOmicron Makin Hampiri Malaysia \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\nBunuh kucing: Polis tahan penyewa kondominium\n\n\n\n\n\n\nPDRM Siap Siaga Kerah Anggota & Pegawai Untuk Pilihan Raya Negeri\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, Orang Asli turut dipaksa menjadi jurupandu bagi memburu hidupan liar yang sememangnya dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, kerajaan negeri Johor begitu peka dengan nasib Orang Asli sehinggakan mengetahui bahawa golongan ini juga dipaksa untuk mengaut hasil hutan secara haram seperti kayu gaharu dan logam-logam bernilai.\u00a0\n\n\nSehubungan itu pihaknya bertegas bahawa kerajaan negeri mempunyai undang-undang yang akan terus digunakan bagi\u00a0 melindungi Orang Asli.\u00a0\n\n\nAntara akta tersebut merupakan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134, Enakmen Tanah Kesultanan 1934, Kanun Tanah Negara (Akta 828), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Kaedah-kaedah Tanah Johor 1966.\u00a0\n\n\nJusteru katanya, kerajaan negeri amat menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim bahawa semua tanah rizab milik Orang Asli telah diletakkan di bawah \u2018Sultanate Land\u2019 supaya tiada mana-mana pihak yang boleh berbuat sesuka hati.\u00a0\n\n\n\u201cKerajaan negeri berharap tidak ada mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan dan mengelirukan Orang Asli lagi. Janganlah menangguk di air yang keruh dan memutarbelitkan hasrat muni kerajaan negeri ini.\u201d jelas beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/05/main-kutu-moden-tawarkan-dividen-boleh-dikenakan-cukai/", "title": "Main kutu moden tawarkan dividen boleh dikenakan cukai", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Main kutu iaitu cara penyimpanan wang yang membabitkan sekumpulan orang yang berpakat boleh dikenakan cukai pendapatan sekiranya ia dianjurkan dengan tujuan bagi mendapatkan keuntungan.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Mohd Nizom Sairi\u00a0berkata, perkara itu antara yang mungkin diteliti dalam program pengakuan secara sukarela yang akan dilaksanakan selama setahun mulai Jun ini.\n\n\nMenurutnya, walaupun secara asasnya permainan kutu secara tradisional tidak dianggap sebagai pendapatan kerana sekumpulan orang akan mengumpul wang yang dipegang oleh seorang ketua dan setiap penyimpan akan mendapat bahagiannya mengikut giliran dalam jumlah yang disimpannya sahaja tanpa membuat keuntungan.\n\n\nBagaimanapun, kini sudah ada kaedah moden dalam permainan kutu termasuk yang menawarkan dividen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMUDA dakwa Zahid beri rasuah untuk raih undi\n\n\n\n\n\n\nBerjasa akan terus beri sumbang saran, kritik kerajaan baharu\n\n\n\n\n\n\n6 penumpang maut nahas van di Genting Highlands\n\n\n\n\n\n\nPN tidak masuk campur isu politik BN di Melaka\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM500 ditambah ke Akaun 1 KWSP baki kurang RM10,000 bagi pencarum umur 40-54 tahun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMain kutu tradisional tidaklah dianggap sebagai pendapatan kerana jika (ahli kumpulan) berkongsi giliran (untuk mendapatkan wang yang disimpan) ia tidak tertakluk kepada cukai.\n\n\n\u201cTetapi sekarang ada pula permainan kutu yang secara umumnya satu pendapatan dan jika ada unsur keuntungan, ia memang tertakluk kepada cukai,\u201d katanya kepada media selepas Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media Sarawak\u00a0semalam.\n\n\nMohd Nizom berkata, program pengakuan sukarela yang akan dimulakan pada 1 Jun ini sehingga 31 Mei 2024 memberi peluang kepada pembayar cukai atau yang belum pernah membayar cukai yang tahu mereka ada pendapatan untuk membuat semakan.\n\n\nMenurutnya, ia mungkin disebabkan mereka terlepas melaporkan, terkurang bayar atau ada kesilapan pembayaran untuk tahun-tahun kebelakangan.\n\n\n\u201cTahun-tahun di mana mereka melaporkan secara sukarela itu tidak akan diaudit. Kadang-kadang pembayar cukai sedia ada pun mungkin ada yang tertinggal melaporkan (pendapatan) atau kurang melaporkan, bolehlah datang dan LHDN tidak akan membuka semula (fail cukai) bagi tahun-tahun yang dilaporkan secara sukarela.\n\n\n\u201cJadi mulai sekarang, orang ramai bolehlah periksa pendapatan masing-masing yang mungkin tertinggal untuk dilaporkan dan datanglah secara sukarela di mana-mana pejabat cawangan LHDN tanpa dikenakan penalti atau pada kadar kosong peratus,\u201d katanya. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/05/negara-tanggung-kos-biaya-pesakit-vape-bukan-bertambah-kaya/", "title": "Negara tanggung kos biaya pesakit vape, bukan bertambah kaya", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nMalaysia bakal dikayakan dengan sumber pendapatan baharu iaitu hasil kutipan cukai cecair nikotin yang diambil daripada rakyat di negara ini.\n\n\nNamun, kekayaan tersebut akan bertukar tragedi serta kerugian yang besar buat negara.\u00a0\n\n\nAhmed Razman yakin keputusan kerajaan mengutip cukai cecair nikotin mampu menaikkan kos perubatan negara.\n\n\nPenganalisis Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, hasil pendapatan negara sudah tentu mengalami peningkatan namun akhirnya ia berakhir dengan keadaan yang sememangnya tidak berbaloi buat negara.\u00a0\n\n\n\u201cDan apabila dikenakan cukai sudah tentu akan berlaku peningkatan hasil tetapi saya mahu melihat adakah peningkatan hasil ini akhirnya nanti tidak berbaloi dengan perbelanjaan tambahan untuk kos kesihatan merawat mereka sakit akibat menghisap vape.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n30 rakyat Malaysia bakal tiba di tanah air esok\n\n\n\n\n\n\nAmbil masa bertahun untuk selesai isu doktor kontrak \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nAADK sasar 75 peratus penagih tidak berulang\n\n\n\n\n\n\nKabinet Putuskan Beri Pilihan Pada Pengguna\n\n\n\n\n\n\nPertandingan Sukan Sekolah Masih Boleh Diadakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cCecair nikotin yang berada dalam vape boleh membawa masalah kesihatan kepada pengguna dan implikasi sosial akan wujud walaupun ekonomi memuncak, kerajaan juga terpaksa membelanjakan lebih banyak peruntukan untuk merawat mereka.\u201d katanya ketika dihubungi TV Pertiwi.\n\n\nKerajaan akan mengutip cukai cecair nikotin dalam vape daripada pengguna di negara ini.\n\n\nJusteru, kerajaan masih perlu mendepani implikasi pemansuhan cecair nikotin iaitu perlu membiayai kos perubatan pesakit yang menghidapi komplikasi penyakit akibat pengambilan cecair nikotin berkenaan.\u00a0\n\n\nBeliau turut menyarankan agar kerajaan tidak menjadikan hasil kutipan cukai berkenaan seolah-olah sebagai sokongan terhadap pendapatan yang dapat mengkayakan\u00a0 negara.\u00a0\n\n\nIni kerana akhirnya akan wujud juga kos-kos tersembunyi yang sebenarnya hasil daripada cukai cecair nikotin tersebut sehingga negara terpaksa mengeluarkan wang yang lebih bagi menampung kos itu.\n\n\nPada 1 April lalu, kerajaan meluluskan pelaksanaan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik (e-rokok) pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml).\n\n\nPada masa sama, warta dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menyatakan, tampalan, cecair dan gel nikotin untuk membantu menghentikan tabiat merokok kini dikecualikan daripada Akta Racun 1952."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/05/polis-israel-serang-jemaah-di-masjid-al-aqsa/", "title": "Polis Israel serang jemaah di Masjid Al-Aqsa", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid Al-Aqsa pada awal pagi sebelum subuh tadi, menurut saksi, manakala rejim Zionis mendakwa mereka bertindak balas terhadap rusuhan.\n\n\nInsiden itu mencetuskan bantahan di seluruh Tebing Barat, malah tentera rejim Zionis mendakwa sembilan roket ditembak dari Gaza ke arah Israel selepas bunyi siren kedengaran di bandar selatan. Dilaporkan sekurang-kurang empat roket terbabit dipintas dan empat mendarat di kawasan terbuka.\n\n\nKeganasan semakin meningkat di Tebing Barat serta Baitulmaqdis sejak tahun lalu, dengan ketegangan dikhuatiri terus memuncak bulan ini ketika umat Islam menjalani ibadah puasa dalam Ramadan yang mulia dan pada masa sama terdapat sambutan keagamaan Yahudi.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye, Syria : Agong dan Permaisuri zahir takziah\n\n\n\n\n\n\nLelaki Pakistan dihukum mati persenda agama\n\n\n\n\n\n\nIsrael kejam bunuh remaja Palestin\n\n\n\n\n\n\nBiadap! Pemuda Israel kencing, minum arak dalam perkarangan Al Aqsa\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Malaysia hantar 142 anggota, dua anjing k9 sertai SAR\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Palang Merah Palestin, tujuh rakyat Palestin mengalami kecederaan akibat tembakan peluru getah dan dipukul dalam pertempuran dengan polis Israel dalam kejadian itu, malah tentera rejim Zionis dikatakan menghalang pasukan perubatan daripada memasuki masjid berkenaan.\n\n\n\u201cSaya sedang duduk di atas kerusi sambil mengaji (al-Quran). Mereka melontar bom tangan dan kesan serpihannya terkena badan saya,\u201d kata seorang wanita warga emas kepada Reuters di luar masjid itu. Beliau dilihat semput dan cuba menarik nafas sebelum menangis.\n\n\nPolis Israel dalam satu kenyataan pula mendakwa, mereka memasuki pekarangan masjid berkenaan kerana beberapa individu dikatakan perusuh bertopeng yang membawa mercun, kayu serta batu berada di dalam masjid dan menguncinya.\n\n\n\u201cApabila polis masuk, mereka dibaling batu dan mercun dibakar dari dalam masjid oleh sekumpulan perusuh,\u201d dakwa pihak Israel itu sambil memaklumkan bahawa seorang anggota polis mengalami kecederaan di kaki.\n\n\nJurucakap polis Israel dalam satu kenyataan berkata, pasukan itu menahan lebih 350 orang selepas pertempuran itu, dengan mendakwa individu terbabit membentengi diri mereka secara ganas di dalam masjid berkenaan.\n\n\n\u201cMereka yang ditahan termasuk individu bertopeng, melemparkan batu dan mercun, serta disyaki mencemarkan masjid berkenaan,\u201d katanya.\n\n\nKumpulan Palestin mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap jemaah, sekali gus menyifatkan tindakan rejim Zionis itu sebagai jenayah.\n\n\n\u201cKita memberi amaran kepada penjajah supaya tidak melampaui garisan merah di tapak suci, yang akan membawa kepada ledakan (tindak balas) besar,\u201d kata Nabil Abu Rudeineh, jurucakap kepada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.\n\n\nDalam pada itu, Jordan dan Mesir turut mengeluarkan kenyataan mengecam insiden berkenaan. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/05/tak-cukup-lagi-ke-orang-melayu-berkorban/", "title": "Tak cukup lagi ke orang Melayu berkorban?", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa yang menyatakan orang Melayu tidak perlu selesa dan angkuh terus mendapat kritikan daripada beberapa pihak.\n\n\nIni kerana, kenyataan itu disifatkan sebagai tidak tepat dan menyinggung perasaan masyarakat Melayu.\n\n\nSetiausaha Agung BERJASA, Zulkifli Yahya dalam satu kenyataan berkata, ia seakan-akan menampakkan orang Melayu di Malaysia ini tidak menghormati dan melayan kaum-kaum lain dengan baik.\n\n\n\u201cAdakah kita ingin katakan orang Melayu di Malaysia ini menindas kaum lain seperti Cina dan India padahal daripada zaman kemerdekaan negara kita lagi orang Cina dan India mendapat peluang untuk menjawat jawatan menteri dalam kerajaan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProfesor wanita Melayu pertama meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nLaporan polis: Guan Eng dakwa Wan Fayshal lakukan kesalahan jenayah\n\n\n\n\n\n\nPembahagian kerusi PH, BN selepas DUN bubar\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat tidak pernah bahas Laporan Ketua Audit Negara 2021 \u2013 PN\n\n\n\n\n\n\nSanusi nafi kata pinda Perlembagaan, sebaliknya minta naikkan nilai pajakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMalah pada pilihan raya calon-calon berbangsa Cina dan India ini bukan sahaja dapat bertanding di kerusi majoriti kaum mereka tetapi kerusi yang didiami oleh majoriti orang Melayu dapat mereka masuk bertanding dan menang,\u201d katanya.\u00a0\n\n\nTambahnya, orang Melayu juga berbesar hati menyerahkan Singapura kepada kaum lain sehingga mampu mendirikan sebuah negara yang berdaulat.\n\n\nZulkifli juga mempersoal, adakah pengorbanan yang dilakukan oleh orang Melayu ini tidak cukup besar sehingga digelar sebagai angkuh oleh seorang pemimpin Melayu yang juga Perdana Menteri.\n\n\n\u201cSaya berpendapat ahli politik cukuplah menyalahkan dan mengkambing hitamkan mana-mana kaum dengan niat yang tidak baik dan tidak berasaskan fakta. \n\n\n\u201cOrang Melayu sudah banyak berkorban dari segi ekonomi serta politik dan itu masih itu dikatakan sebagai angkuh? Kenyataan beliau itu sungguh tidak tepat,\u201d katanya.\u00a0\n\n\n\n\nPada Selasa, Anwar dalam satu ucapan di Kementerian Kewangan berkata, orang Melayu Islam yang merupakan kumpulan majoriti di negara ini tidak harus berasa terlalu selesa dan angkuh sehingga menganggap kelompok lain tidak boleh diraikan.\n\n\nBeliau juga menegaskan menjaga kepentingan majoriti Melayu Islam di Malaysia, beliau memilih untuk memegang prinsip saling homat-menghormati dan meraikan serta memberi hak kewarganegaraan kepada semua."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/05/tujuh-exco-melaka-dilantik-semula-tiga-muka-baharu-termasuk-adun-ph/", "title": "Tujuh Exco Melaka dilantik semula, tiga muka baharu termasuk ADUN PH", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik semula menyertai barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri itu.\n\n\nPembentukan itu terdiri daripada sembilan ADUN Barisan Nasional (BN) dengan dua muka baharu serta seorang ADUN Pakatan Harapan (PH).\n\n\nWakil tunggal daripada blok PH ialah ADUN Kesidang, Seah Shoo Shin yang dilantik sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.\n\n\nManakala dua muka baharu daripada BN adalah ADUN Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan masing-masing dilantik sebagai Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan serta Sains Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBonus kakitangan awam tidak kena cukai\n\n\n\n\n\n\nSuntikan Liraglutide batalkan puasa\n\n\n\n\n\n\nRelawan Muda ISMA-Yayasan Telekom kerjasama program kecemerlangan pendidikan\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin tidak boleh sewenangnya guna kuasa budi bicara menteri \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nTiada bukti PN terima dana daripada syarikat perjudian\n\n\n\n\n\n\n\n\nIstiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Exco itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam yang turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.\n\n\nAb Rauf yang juga ADUN Tanjung Bidara yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri, Jumaat lalu akan mengetuai portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET.\n\n\nTerdahulu, istiadat itu didahului oleh ADUN Paya Rumput, Datuk Rais Yasin yang memegang portfolio Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.\n\n\nEnam yang lain adalah ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman sebagai Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan serta Adun Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh (Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan).\n\n\nTidak ketinggalan ADUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem dilantik sebagai Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan menggantikan portfolio Dr Muhamad Akmal sebelum ini serta ADUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman dilantik sebagai Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama.\n\n\nDua ADUN lain iaitu ADUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin serta ADUN Gadek, VP Shanmugam mengekalkan portfolio sama sebagai Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti dan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan.\n\n\nManakala dua lagi ADUN iaitu ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis serta ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan tidak dilantik semula menyertai barisan Exco. \u2013 ASTROAWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/06/10-3-juta-solat-di-masjid-nabawi-pada-10-hari-pertama-ramadan/", "title": "10.3 juta solat di Masjid Nabawi pada 10 hari pertama Ramadan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis- Seramai 10.3 juta umat Islam berkunjung ke Masjid Nabawi untuk mendirikan solat jemaah dalam tempoh 10 hari pertama Ramadan.\n\n\nDalam tempoh ini juga seramai 2.3 juta hidangan berbuka puasa disediakan kepada jemaah termasuk satu juta botol air zamzam.\n\n\nAgensi Masjid Nabawi merekodkan pengunjung dan jemaah dalam masa 24 jam sehari selain turut membenarkan para jemaah berada di atas bumbung masjid berkenaan disebabkan kepadatan para pengunjung.\n\n\nAgensi berkenaan juga membenarkan para pengunjung memenuhi keseluruhan kawasan dalam masjid dengan permaidani termasuk di dataran dan atas bumbung.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRobot Pintar Edar Air Zamzam Beroperasi Kembali\n\n\n\n\n\n\nJepun Pertimbang Separa Darurat\n\n\n\n\n\n\nCemar al-Quran di Denmark, Turkiye kutuk tindakan kumpulan Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nSweden tiada harapan dapat sokongan Turkiye sertai NATO \u2013 Erdogan\n\n\n\n\n\n\nGangguan penumpang paksa MH122 berpatah balik\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa juga memastikan ruang solat tersedia selain menjamin keperluan pengunjung seperti al-Quran dan air zamzam serta memastikan kemudahan dan tandas tersedia sepanjang masa.\n\n\nAgensi turut memperhebatkan persiapan menyediakan juadah berbuka puasa di Masjid Nabawi menerusi mekanisme yang diperlukan bagi memudahkan kemasukan hidangan berbuka puasa untuk lelaki melalui beberapa pintu.\n\n\nBagi kemasukan juadah wanita, agensi menetapkan kawasan solat timur, pintu 25 dan 29 serta kawasan solat barat di pintu 13 dan 17.\n\n\nAgensi juga mengaturkan kawalan kemasukan ke Rawdah Sharif dari 1 hingga 19 Ramadan mulai jam 2.30 pagi hingga solat Subuh, kemudian dari jam11.30 pagi hingga solat Isyak.\n\n\nPara jemaah wanita boleh melawat Rawdah Sharif selepas solat Subuh sehingga jam 11 pagi, kemudian dari jam 11 malam sehingga 2 petang. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/06/16546/", "title": "Bekas Dekan Sebaran Am ITM, Dr Bukhori Ismail meninggal dunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Bekas Dekan Kajian Sebaran Am, Institut Teknologi MARA (1990-1994), Dr Bukhori Ismail meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital UiTM Puncak Alam pada 3.38 petang semalam.\n\n\nAllahyarham berusia 76 tahun. Mantan profesor itu juga pernah menjadi Pengarah Kampus UiTM Cawangan Arau pada 1995 sebelum bersara pada 2002.\n\n\nAllahyarham, kelahiran Yan pada 1947, bersekolah di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Padjajaran, Bandung pada 1974 dalam bidang kewartawanan.\n\n\nMendapat Sarjana Kewartawanan dari Michigan State University pada 1979 dan PhD dari University Ohio, 1998.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda failkan rayuan\n\n\n\n\n\n\nDAP tidak perlu minta maaf, henti timbul isu \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nBanyak kesan negatif nikotin bukan lagi dalam senarai racun\n\n\n\n\n\n\nLelaki direman muat naik kenyataan berbaur ugutan, perkauman\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tumbang, Hadi Awang mengigau \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\nArwah menyertai ITM dalam Kajian Sebaran Am pada 1974.\n\n\nDr. Bukhori telah menghasilkan banyak penulisan ilmian di samping menyumbang artikel di akhbar. Antara buku terjemahan beliau ialah Sistem Media Massa \u2013 Satu Perbandingan, Media Performance in Malaysia, 1990 General Election dan Kamus Komunikasi.\n\n\nJenazah Allahyarham dikebumikan sekitar\u00a0jam 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/06/auku-dijangka-dipinda-hujung-tahun-ini/", "title": "AUKU dijangka dipinda hujung tahun ini", "body": "0\n\n\nBANGI. Khamis \u2013 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dijangka akan membentangkan Rang Undang-Undang berhubung cadangan pindaan dua peruntukan dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 pada persidangan Parlimen hujung tahun ini. \nMenteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, fokus pindaan akta tersebut lebih kepada Seksyen 15 dan 16 iaitu peruntukan yang berkaitan dengan pelajar.\nBeliau turut memaklumkan bahawa draf bagi pindaan akta itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC) sekitar pertengahan Jun ini.\n\u201cProsesnya ialah kita kena pastikan pindaan itu diluluskan dan dipersetujui AGC, sebelum bentang di Kabinet, perlu dapat input daripada kementerian-kementerian lain dan sebagainya.\n\u201c(Jangkaan pembentangan) bergantung kepada akta-akta lain yang (sedang) menunggu, kita mungkin boleh baca bacaan pertama kalau siap mungkin (pada) tahun ini,\u201d katanya menerusi sidang akhbar selepas sesi Town Hall AUKU 1971. \nPada 19 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan komitmen untuk memansuhkan beberapa peruntukan yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah dalam AUKU 1971.\nTambah Mohamed Khaled, pindaan yang bakal dilaksanakan menjadikan pelajar lebih matang dan dewasa kerana ia memberi ruang dan kebebasan untuk mereka bergerak sepanjang bergelar seorang mahasiswa.\n\u201cSatu daripada perkara yang mereka selalu bangkitkan adalah mereka tidak bebas untuk buat aktiviti kerana perlu merujuk dan mendapat kelulusan daripada pihak universiti.\n\u201cKedua, kalau pun diluluskan mereka tiada kemampuan punca kewangan atau tekanan ketiadaan wang yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti,\u201dkatanya.\nSementara itu, Mohamed Khaled berkata, sekiranya pindaan AUKU diluluskan, Akta Universiti Teknologi Mara 1976 (Akta 173) juga berkemungkinan akan dipinda.\n\u201cMemang benar UiTM tak tertakluk kepada AUKU tetapi banyak fasal-fasal dalam Akta UiTM sama dengan fasal-fasal dalam AUKU.\n\u201cTakkan lah bila kita pinda AUKU (tetapi) Akta UiTM tak dipinda, nanti ada gerakan pula dalam UiTM yang menuntut dan mendesak menteri untuk pinda supaya sama macam AUKU, kalau tidak UiTM (akan) keterbelakang,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/06/kkm-garis-tiga-kriteria-utama-serap-pegawai-perubatan-tetap/", "title": "KKM garis tiga kriteria utama serap pegawai perubatan tetap", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan kriteria bagi melantik pegawai perubatan tetap dalam tempoh tiga tahun akan datang.\nMenteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, ia melibatkan pegawai yang menamatkan latihan siswazah, berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan memenuhi syarat pelantikan secara tetap.\n\n\nKatanya, kementerian komited dalam memastikan urusan perjawatan dan pelantikan dapat diuruskan secara teratur serta berkesan dalam tempoh tersebut.\nBeliau berkata, KKM juga sedang meneliti isu lain berkaitan pegawai perubatan kontrak termasuk maklum balas yang dikumpul ketika sesi \u2018Townhall\u2019 pada 22 Februari lalu.\n\u201cPerkara itu akan dibentangkan di hadapan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi yang ditubuhkan berdasarkan keputusan kerajaan pada 31 Mac lalu.\n\u2018Kerajaan juga sedang mengkaji pemanjangan elaun \nlocum\n kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional di KKM selain Pegawai Perubatan.\n\u201cDi samping itu, KKM akan tetap meneruskan pelantikan kontrak bagi tujuan latihan siswazah (\nhousemanship\n) yang turut memberi kesan kepada peningkatan kos emolumen KKM pada setiap tahun,\u201d katanya. \nTambah Zaliha, KKM berharap langkah penambahbaikan ini terus menjadi pemangkin bagi meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Malaysia Madani.\nBeliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan membantu KKM menangani isu pekerjaan tetap dalam kalangan pegawai perubatan lantikan kontrak.\nSemalam, Anwar berkata, kira-kira RM1.7 bilion akan dibelanjakan dalam langkah untuk mewujudkan hampir 12,800 perjawatan tetap pegawai perubatan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun menjelang tahun 2025."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/06/lelaki-ditahan-miliki-dadah-bernilai-rm227914/", "title": "Lelaki ditahan miliki dadah bernilai RM227,914", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Seorang lelaki ditahan atas kesalahan memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM227,914 di sebuah rumah di Jelutong pada 3 April lalu.\nKetua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, penagih dadah tegar itu ditahan di tempat parkir sebuah apartment di Air Itam pada jam 12.30 tengah hari, yang dipercayai dalam perjalanan menghantar bekalan dadah kepada pelanggannya.\nMenurutnya, pemeriksaan pada badan suspek berusia 52 tahun itu menemui 100 keping aluminium foil mengandungi 1,000 biji pil eramin 5 seberat 280 gram bernilai RM8,000.\n\u201cSusulan daripada serbuan pertama, kita menyerbu sebuah rumah di Jelutong dan merampas pelbagai jenis dadah antaranya 87 peket syabu seberat 4,502 gram bernilai RM148,566, sembilan peket heroin (982 gram) bernilai RM4,075 dan 85 keping aluminium foil mengandungi 850 biji eramin (238 gram) bernilai RM6,800.\n\u201cSelain itu, kita turut merampas lapan peket ganja, 37 batang rokok mengandungi ganja (43.3 gram) bernilai RM1,948, 1,400 biji pil ekstasi (659 gram) bernilai RM30,800, 800 bil pil WY (80 gram) bernilai RM8,800, 29 peket plastik serbuk MDMA (1,317 gram) bernilai RM5,800 dan 100 peket ketamin (87.5 gram) bernilai RM13,125,\u201d katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini. \nTambah beliau, suspek mempunyai 13 rekod jenayah melibatkan dadah sejak 2014 dan kali terakhir ditahan adalah pada 2019 di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 di Batu Gajah, Perak.\n\u201cSetakat ini, suspek didapati bergerak sendirian namun siasatan masih dijalankan sama ada dia mempunyai ahli sindiket lain atau tidak. Kita juga sedang menyiasat dari mana suspek mendapat bekalan susulan dadah yang dirampas terdiri daripada pelbagai jenis,\u201dkatanya. \nTambah Mohd Shuhaily, ujian saringan air kencing suspek yang berasal dari Air Itam positif methamphetamine.\n\u00a0Selain dadah, pihak polis turut menyita sebuah kereta, sebuah motosikal dan wang tunai. Jumlah nilai keseluruhan sitaan dan dadah yang dirampas adalah RM267,424.\n\n\nSuspek direman sehingga 9 April mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/06/lelaki-warga-tempatan-ditahan-buat-hantaran-keji-institusi-beraja/", "title": "Lelaki warga tempatan ditahan buat hantaran keji institusi beraja", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nSeorang lelaki warga tempatan ditahan susulan memuat naik hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi beraja melalui hantaran di laman Facebook.\n\n\nSetiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, suspek berusia 49 tahun itu ditahan di Pendang, Kedah pada Rabu.\n\n\nKata-kata hinaan dan carutan kepada Institusi Beraja.\n\n\nMenerusi hantaran itu, lelaki yang mengenakan nama akaun \u2018Tuk Chik\u2019 itu membuat hantaran makian kepada institusi beraja disertakan dengan kata-kata keji.\n\n\nBukan setakat itu sahaja, satu hantaran juga mendakwa Agong dan Raja-raja Melayu tidak seharusnya anti hadis selain meminta Baginda membaca senarai 40 hadis akhir zaman yang dikepilkannya melalui hantaran itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM\n\n\n\n\n\n\nSOSMA tidak dimansuhkan dalam masa terdekat \u2013 KDN\n\n\n\n\n\n\nNur Jazlan desak henti keluar kenyataan retorik, jaga hubungan baik BN-PH\n\n\n\n\n\n\nPAS tiada halangan disiasat SPRM\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi ulangi dakwaan, Kerajaan Pusat berubah jika PN menang\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Noorsiah berkata, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama empat hari bermula Khamis.\n\n\nSiasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.\n\n\nJusteru, Noorsiah menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform tersebut sehingga boleh mendatangkan kegentaran kepada awam serta menggugat keharmonian negara terutama melibatkan 3R (Bangsa, Agama, dan Raja).\n\n\nTindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/06/malaysia-kutuk-serangan-terhadap-jemaah-palestin-pencerobohan-israel-di-al-aqsa/", "title": "Malaysia kutuk serangan terhadap jemaah Palestin, pencerobohan Israel di Al-Aqsa", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu terhadap jemaah Palestin dan pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim Israel semalam.\n\n\nWisma Putra dalam satu kenyataan berkata, tindakan tentera Israel menyalahi undang-undang, menghina dan mencabuli hak asasi manusia Palestin serta mencemar kesucian tempat ketiga paling suci dalam Islam.\n\n\nKatanya, sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin cedera dan ratusan yang lain telah ditahan.\n\n\n\u201cMalaysia menyeru masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menggesa rejim Israel bertanggungjawab atas jenayah keji itu dan membebaskan semua tahanan Palestin dengan segera.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTipu skim pelaburan, lebih 100 mangsa buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\nDONG ZONG RAKUS, SEPATUTNYA PERKASA SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN\n\n\n\n\n\n\nPAS tawan 32 kerusi, BN-PH pulang dengan tangan kosong\n\n\n\n\n\n\nIsu ceroboh perairan negara, lewat bantuan banjir dijangka tumpuan Dewan Rakyat hari ini\n\n\n\n\n\n\nGempa ranapkan tinggalan sejarah Kota Gaziantep berusia 2,200\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMasyarakat antarabangsa harus menuntut rejim Israel menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan,\u201d kata Wisma Putra, pada Khamis.\n\n\nKenyataan itu turut menyebut, Malaysia akan terus berdiri dalam solidariti yang kuat dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam.\n\n\n\u201cMalaysia berpegang teguh dengan pendiriannya yang telah lama dipegang bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara merdeka mereka berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/06/pelajar-lakukan-kesalahan-jenayah-dikenakan-tindakan-tatatertib/", "title": "Pelajar lakukan kesalahan jenayah dikenakan tindakan tatatertib", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ditahan dan dituduh di mahkamah boleh dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib meskipun Seksyen 16D Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah dihapuskan.\n\n\nBerdasarkan akta itu, Naib Canselor sesebuah universiti awam boleh menuduh pelajar yang terlibat dengan kesalahan perhimpunan aman atau kes kesalahan jenyah yang lain ke Jawatankuasa Tatatertib.\n\n\nPenasihat Undang-Undang Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Khairul Anuar Che Azmi berkata, para pelajar tidak boleh mendakwa pihak universitii tiada hak untuk berbuat demikian kerana mereka ditahan pihak polis dan didakwa di mahkamah.\n\n\n\u201cDalam keadaan-keadaan tertentu, Naib Canselor sebenarnya boleh menuduh seseorang itu. Perkataan boleh ini maksudnya tidaklah atau hendaklah, bukan perkataan wajib.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPandora Papers: Siasat semua termasuk bekas Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nHari Pengundian Awal Bermula, GPS Terus Mendahului\n\n\n\n\n\n\nSelangor, Kuala Lumpur Catat Kes Luar Tabii Tertinggi\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tarik balik permohonan pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi\n\n\n\n\n\n\nCadang Tubuh Srikandi Muda Galak Penglibatan Wanita Muda\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNaib Canselor boleh menuduh pelajar itu ke Jawatankuasa Tatetertib atau Naib Canselor itu juga boleh untuk tidak menuduh pelajar tersebut ke jawatakuasa itu.\n\n\n\u201cKalau mahasiswa persoalkan kenapa mereka perlu dibawa lagi ke Jawatankuasa Tatatertib Universiti, sedangkan mereka sudah ditangkap, ditahan polis, disoal siasat, kertas siasatan di bawa ke Pendakwa Raya dan dituduh di mahkamah, itu hanyalah persepsi mahasiswa,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh mahasiswa dalam Sesi Town Hall Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan za\u2019ba.\n\n\nDalam sesi soal jawab bersama para pelajar. seorang mahasiswa membangkitkan isu berkenaan Seksyen 16 AUKU, yang mana terdapat seseorang pelajar yang dituduh di mahkamah tetapi pada masa yang sama universiti membawa pelajar tersebut ke Jawatankuasa Tatatertib .\n\n\nMahasiswa berkenaan mempersoalkan kenapa perlu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib , sedangkan pelajar terbabit berdepan dengan tuduhan mahkamah.\n\n\nMenurut Dr. Khairul, setiap mahasiswa perlu faham daripada segi beberapa konteks yang berlaku terhadap mereka.\n\n\n\u201cPersepsi dari sudut undang-undang adalah berbeza dan berlainan. Ini bukan soal kesalahan yang mencakupi akta perhimpunan aman sahaja. Ia juga melibatkan kesalahan jenayah seperti mencabul, membunuh dan sebagainya.\n\n\n\u201cJika pelajar itu terlibat dalam kes jenayah, maka pihak universiti berasakan pelajar ini perlu ditahan daripada tidak hadir ke kuliah.\n\n\n\u201cDalam konteks ini, jika Seksyen 16D AUKU dipadamkan terus, maka langsung tidak boleh dibawa pelajar tersebut ke jawatankuasa berkenaan, sedangkan dia melakukan kesalahan bunuh atau liwat dan sebagainya,\u201d katanya.\n\n\nJusteru, katanya, penggunaan Seksyen 16D AUKU perlu dilaksanakan secara berhemah oleh kedua-dua pihak iaitu universiti dan pelajar-pelajar yang telah melakukan kesalahan berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/06/pertahan-institusi-masjid-daripada-jadi-gelanggang-politik/", "title": "Pertahan institusi masjid daripada jadi gelanggang politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar umat Islam terus mempertahankan institusi masjid daripada menjadi gelanggang politik mana-mana pihak.\n\n\nSeri Paduka bertitah,\u00a0masjid perlu menjadi satu institusi yang cukup suci, mulia dan dihormati sekali gus contoh kepada agama-agama lain.\n\n\n\u201cKita tak mahu adanya institusi masjid ini tempat kita berpecah belah. Nauzubillah. Kita semua harus menentukan keharmonian masjid ini dipelihara oleh kita umat Islam, bukan pemimpin semata-mata tetapi kariah masjid berkenaan.\n\n\n\u201cSaya akan sentiasa ingatkan khususnya di Pahang masjid tak boleh dicampuri unsur-unsur politik waima siapa sekali pun,\u201d titah baginda pada majlis Pemasyhuran Masjid Ar-Razzaq dan Majlis Berbuka Puasa di Bachang di Melaka hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNajib Mohon Tangguh Keputusan Rayuan Kes SRC\n\n\n\n\n\n\nTujuh kertas siasatan berunsur hina agama, kaum, institusi diraja dibuka\u00a0\n\n\n\n\n\n\nAbdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM\n\n\n\n\n\n\nNajib punca Malaysia jadi negara kleptokrasi, pencuri\n\n\n\n\n\n\nSMART jalankan misi kemanusiaan, selain operasi SAR mangsa gempa bumi Turkiye\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir sama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan turut diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.\n\n\nDalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang menguruskan lawatan Seri Paduka ke negeri berkenaan sebelum ini.\n\n\n\u201cHari ini saya mengucapkan terima kasih di atas setiap persiapan (untuk menyambut keberangkatan tiba). Saya menghargai usaha dicurahkan Sulaiman.\n\n\n\u201cHari ini begitu besar erti kepada saya dan keluarga dapat hadir (ke Melaka). Kali ketiga sejak 2019. Dalam masa tiga, empat tahun ini saya dapat kenal tiga Ketua Menteri seperti mana saya berpengalaman di Kuala Lumpur dengan empat Perdana Menteri.\u00a0\u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/06/sejak-bila-malaysia-tidak-hormati-hak-orang-bukan-islam/", "title": "Sejak bila Malaysia tidak hormati hak orang bukan Islam?", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nPemerhati Politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil mempersoalkan sejak bila pula golongan bukan Islam di negara ini kian dianaktirikan.\n\n\n\n\n\u201cSejak bila hak bukan Islam dinafikan?, Kenapa ada pemimpin berucap sebegini?, Apakah hanya ada segelintir yang tidak mahu bersama dalam perayaan mereka, maka kita dituduh sebagai menafikan hak bukan Islam?\u201d katanya d\nalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook\n.\n\n\n\n\nJelasnya, Malaysia merupakan negara di dunia yang sekian lama memberikan layanan adil serta meraikan bukan Melayu Islam lebih daripada sepatutnya.\n\n\nAntara buktinya adalah wujud bilangan rumah ibadat bukan Islam, kuil, hindu, tokong dan gereja lebih banyak berbanding surau serta masjid walaupun negara ini menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan,\u00a0\n\n\nManakala, bangsa yang terkaya di negara ini jelas menunjukkan bukan dalam kalangan bangsa Melayu.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemain hoki digantung, tidak dibenarkan mewakili negara\n\n\n\n\n\n\nHarga siling ayam, telur dimuktamad esok\n\n\n\n\n\n\nPolis Selangor Teruskan misi bantu mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nGerakan Murtad Malaysia Anjur Forum Kebebasan Agama Ambang 2023 Hina Islam\n\n\n\n\n\n\nMasa Belajar Pendidikan Islam Lebih Di SK Daripada SJK\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, negara ini juga sentiasa membuka pintu bagi meraikan perayaan mereka sehingga ibu kota tenggelam akibat perarakan agama berkenaan.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, sewajarnya negara perlu sedar bahawa identiti Melayu Islam di negara ini sudah lama tenggelam malah identiti bukan Islam yang semakin menonjol.\n\n\n\n\nRidhuan Tee antara yang lantang mengkritik kenyataan Perdana Menteri yang menyeru umat Islam di negara ini supaya tidak angkuh terhadap orang bukan Islam\n\n\n\u00a0\nJusteru, Ridhuan Tee menyifatkan, pemimpin mahupun pihak yang berkata demikian mempunyai akal yang sangat cetek.\u00a0\n\n\nRidhuan Tee mengeluarkan pendapat itu untuk mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa kaum Melayu Islam di negara ini supaya tidak terlalu selesa dan angkuh sehingga meminggirkan kelompok lain.\n\n\nTegasnya juga, umat Islam di negara ini wajar mengambil pengajaran daripada pentadbiran Kemboja yang meraikan masyarakat Islam di negara itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/1-syawal-dijangka-jatuh-hari-jumaat/", "title": "Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan,\u00a0negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.\n\n\nMenurut portal \nGulf News\n, bagaimanapun beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.\n\n\nNamun, beberapa negara Islam lain berkemungkinan dapat menyaksikan anak bulan pada tarikh berkenaan.\n\n\nKebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSejak bila Malaysia tidak hormati hak orang bukan Islam?\n\n\n\n\n\n\nRombakan Kabinet: GRS, BN, PH bentuk Kerajaan Negeri Sabah\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi di Negeri Sembilan kurang akibat hujan\n\n\n\n\n\n\nPKR teruskan legasi di Melaka, Gagal sebarang kerusi di Sarawak\n\n\n\n\n\n\nMalaysia salur lebih AS$2 juta kepada Turkiye, Syria\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi Malaysia, pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/anwar-tiada-masalah-beri-bukti-sedia-jawab-tuntutan-dr-m/", "title": "Anwar tiada masalah beri bukti, sedia jawab tuntutan Dr M", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mengemukakan bukti berhubung kenyataan yang dikeluarkan beliau terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa berunsur fitnah.\nAnwar turut menyatakan bahawa Tun Mahathir dilihat membawa terlalu banyak elemen negatif terhadap bangsa Melayu.\n\u201cPentadbiran dia (Tun Mahathir) ada baiknya tetapi kerosakan yang dibuat agak banyak kalau nak bercakap mengenai soal bangsa Melayu.\n\u201cDia selalu cakap Melayu malas, tidak berterima kasih dan semua yang negatif ini tidak betul.\n\u201cAda juga bangsa lain yang malas, yang mudah lupa pun ada juga tetapi janganlah sampai menghina, Melayu telah lahirkan ramai golongan pemikir, ini semua masalah minda kolonial.\n\u201cDia minta bukti saya akan kemuka bukti, tiada masalah,\u201d katanya.\nBeliau berkata demikian ketika mengulas tuntutan Tun Mahathir sebelum ini yang memberi tempoh tujuh hari untuk beliau menarik semula kenyataan atau berdepan dengan tindakan undang-undang.\nAnwar berucap pada Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia sempena lawatan ke UiTM hari ini.\nPada 18 Mac lalu, Anwar dalam ucapannya dilapor menyelar sikap seorang bekas pemimpin yang dilihat mengeluh dengan nasib orang Melayu dan mendakwa mereka tertindas di bawah pentadbiran kerajaan ketika ini.\nTanpa menamakan secara khusus siapa individu terbabit, Anwar hanya memberi gambaran dengan angka \u201922 tahun dan 22 bulan\u2019 yang merujuk kepada tempoh pentadbiran.\nKenyataan Anwar yang juga merupakan Presiden PKR itu turut menyentuh mengenai individu berkenaan membolot harta bagi keluarga dan anak-anaknya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/bakar-bendera-israel-tanda-solidariti-umno/", "title": "Bakar bendera Israel tanda solidariti \u2013 UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pemuda UMNO dan orang ramai menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin yang ditekan oleh regim Zionis dengan membakar bendera Israel di Kuala Lumpur pagi ini.\nPembakaran bendera Israel itu diketuai Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh pada Himpunan Solidariti Bersama Palestin di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Jumaat.\nMuhamad Akmal berkata, himpunan itu dibuat bagi menunjukkan solidariti rakyat Malaysia bersama Palestin tidak pernah pudar walau apa jua keadaan.\n\u201cTujuan pertama adalah untuk menghantar mesej kepada rejim Zionis bahawa walaupun mereka menyakiti sahabat dan saudara kita di Palestin, ini bermakna mereka menyakiti kita di seluruh dunia terutama umat Islam,\u201d katanya.\nTentera Israel dilaporkan menyerbu Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Timur kelmarin, serbuan pada malam kedua berturut-turut dalam tempoh kurang 24 jam.\nBerpuluh-puluh anggota pasukan keselamatan Israel yang lengkap bersenjata bertindak menyerbu pekarangan masjid itu ketika hampir 20,000 jemaah Palestin sedang mengerjakan solat Tarawih.\nMuhamad Akmal berkata, bagi tujuan kedua, pihaknya akan menghantar surat bantahan secara rasmi kepada Kementerian Luar agar dibawa ke peringkat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).\n\u201cKami menggesa seluruh negara Islam bersatu padu serta menentang keganasan dan kezaliman yang telah dilakukan oleh rejim Zionis kepada saudara kita di Palestin ini.\n\u201cCukup-cukuplah, tak habis-habis rejim Zionis ini menyakiti saudara kita di Palestin,\u201d tegasnya.\nKatanya, surat bantahan itu akan dihantar ke Kementerian Luar pada Isnin depan.\n\u201cKami minta agar OIC dan PBB segera bertindak daripada mereka ini menyakiti dan menzalimi saudara kita di Palestin,\u201d katanya.\nBeliau turut memaklumkan Pemuda UMNO akan melancarkan Himpunan Solidariti Bersama Palestin ini di seluruh negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/israel-lancar-serangan-udara-di-gaza/", "title": "Israel lancar serangan udara di Gaza", "body": "0\n\n\nBNAGI, Jumaat \u2013 \nRamadan dicemari lagi dengan insiden keganasan apabila tentera rejim Israel melakukan serangan udara kepada kumpulan militan Palestin Hamas di selatan Lubnan dan Semenanjung Gaza.\n\n\nTentera Israel berkata, serangan itu adalah tindak balas kepada serangan 34 roket yang dilepaskan dari Lubnan ke utara Israel pada Khamis lalu yang dipersalahkan oleh Hamas.\n\n\nKetegangan itu memuncak selepas dua malam serbuan polis Israel di masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis awal minggu ini sehingga mencetuskan konfrontasi ganas dengan penduduk Palestin dalam masjid itu.\n\n\nPemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang berada di Lubnan ketika kejadian berkata, rakyat Palestin tidak akan berdiam diri dalam menghadapi pencerobohan Israel.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk tindakan bakar Al-Quran oleh ahli politik Denmark\n\n\n\n\n\n\n78 negara hadiri majlis pelantikan Presiden Turkiye\n\n\n\n\n\n\nDelegasi Hamas tunaikan umrah\n\n\n\n\n\n\nGempa ranapkan tinggalan sejarah Kota Gaziantep berusia 2,200\n\n\n\n\n\n\nElon Musk tukar logo Twitter dengan X\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut memberi amaran beberapa jam sebelum serangan bahawa mereka akan menghancurkan musuh dan membayar harga untuk setiap tindakan keganasan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/jawi-swcorp-fokus-tingkat-kebersihan-masjid-dan-surau/", "title": "JAWI, SWCorp fokus tingkat kebersihan masjid dan surau", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama\n\nJabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memperluas program kebersihan di 845 buah masjid serta surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.\n\n\nKerjasama ini turut melibatkan program kebersihan serta menangani pembaziran di 62 sekolah agama dan tahfiz yang berdaftar.\n\n\nMemorandum persefahaman (MoU) dimeterai dan disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na\u2019im Mokhtar serta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming di Putrajaya hari ini.\n\n\nKor Ming berkata, antara inisiatif yang difokuskan dalam MoU itu adalah pelaksanaan tandas di masjid dan surau bertaraf BMW (Bersih, Menawan dan Wangi).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCeramah Dr Sikh, AJK masjid perlu bertanggungjawab\n\n\n\n\n\n\nPenyatuan Ummah Penting Dalam Mendepani Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nSelangor, Kuala Lumpur Catat Kes Luar Tabii Tertinggi\n\n\n\n\n\n\nPersenda OKU Diminta Mohon Maaf\n\n\n\n\n\n\nCukai cecair vape tidak memadai demi kesihatan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cInisiatif kedua adalah pembinaan Drive-Thru Recycling Center (DTRC) di seluruh negara dan khususnya kita mulakan di kawasan masjid yang mempunyai kawasan yang luas. \n\n\n\u201cSaya yakin dengan kerjasama daripada Jawi, impian kita akan menjadi realiti. Seterusnya adalah pelaksanaan Pejabat dan Premis JAWI Sifar Sisa (Pesis) dan perkongsian ilmu mengimarahkan alam sekitar dalam kursus pra-perkahwinan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis menandatangani MoU antara SWCorp dan JAWI di Putrajaya hari ini.\n\n\nTambah beliau, kerjasama ini merupakan satu permulaan dan akan diperluaskan ke setiap negeri serta rumah ibadat agama lain seperti gereja dan kuil pada masa hadapan.\n\n\nBeliau berkata, pelaksanaan MoU ini diharap dapat mencapai Kadar Kitar Semula Kebangsaan sebanyak 40 peratus pada 2025 dan 50 peratus sisa makanan dapat dikurangkan dari dihantar ke tapak pelupusan menjelang tahun 2030.\n\n\n\u201cIni adalah antara sasaran kita setakat hari ini. Walaupun kita melepasi sasaran, 33.71 peratus sampah kita telah mencapai tahap kitar semula tapi sasaran kita adalah sekurang-kurangnya 40 peratus menjelang tahun 2025 dengan kerjasama erat bersama dengan JAWI dan masyarakat tempatan serta komuniti, kita akan membina komuniti yang bersih dan peka ekonomi kitaran dan kita merancakkan lagi usaha ini,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/jpm-nafi-siasat-salah-guna-kuasa-ksn-kppa/", "title": "JPM nafi siasat salah guna kuasa KSN, KPPA", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nKenyataan media yang didakwa dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri berkenaan siasatan kes salah guna kuasa terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) adalah palsu.\n\n\nMenerusi laman Facebook rasmi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan pengeluaran\u00a0 sebarang kenyataan seperti yang ditularkan di media sosial.\n\n\n\u201cTindakan mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata berniat jahat dan mengelirukan rakyat,\u201d kata JPM melalui kenyataan itu.\n\n\nKenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri berhubung siasatan itu.\n\n\nJPM turut mendakwa kenyataan itu berniat jahat dan mengelirukan rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN berhak rancang tumbangkan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nHishammuddin terima surat digantung keahlian UMNO\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA bantah mansuh Akta Hasutan, sokong penambahbaikan\n\n\n\n\n\n\nKPM umum sekolah cuti khas Aidilfitri pada 19 April\n\n\n\n\n\n\nAbdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, JPM menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak sahih dan palsu itu.\n\n\nTerdahulu, kenyataan palsu bertarikh 6 April itu memaparkan dakwaan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan dengan kadar segera terhadap kes salah guna kuasa melibatkan perkhidmatan KSN dan KPPA."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/kebocoran-siasatan-sprm-terhadap-nazlan-telah-dijelaskan/", "title": "Kebocoran siasatan SPRM terhadap Nazlan telah dijelaskan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan, beliau telah memberi jawapan secara lisan di Dewan Rakyat berhubung isu kebocoran penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan hasil siasatan pada 23 Februari lalu.\u00a0\n\n\nMenerusi satu kenyataan yang dibuat, beliau berkata, perkara itu telah dibangkitkan Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan pada persidangan Dewan Rakyat.\n\n\nAzalina berkata, beliau menjelaskan bahawa SPRM memaklumkan satu laporan siasatan suruhanjaya itu terhadap Mohd Nazlan telah dikemukakan kepada Ketua Hakim Negara berhubung pelanggaran Kod Etika Hakim 2009 dalam surat bertarikh 21 Februari lalu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNahas ELmina: Polis sah identiti semua mangsa\n\n\n\n\n\n\nKenal pasti, tutup lompang dalam Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah Puji Usaha Koordinasi Sukarelawan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nKPDN Kedah ambil tindakan peniaga jual gula bersyarat\n\n\n\n\n\n\nMaritim Malaysia tumpas cubaan seludup 4.8 juta rokok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya juga telah memaklumkan dalam Dewan Rakyat bahawa perkara ini tertakluk kepada keputusan Ketua Hakim Negara selaras Fasal-Fasal 3 dan 3A Perkara 125, Perlembagaan Persekutuan,\u201d kata Azalina dalam kenyataan itu.\n\n\nJawapan balas beliau kepada surat Tetuan Shafee & Co juga selaras dengan jawapan di Dewan Rakyat serta fakta berkenaan dengan perkara tersebut dalam melaksanakan tanggung jawab selaku anggota pentadbiran kepada Parlimen.\n\n\nAzalina juga meminta Tetuan Shafee & Co untuk mengemukakan permohonan secara rasmi kepada SPRM sekiranya berhasrat untuk mendapatkan hasil siasatan berkenaan.\n\n\nMenurutnya lagi, sebarang perkara berkaitan adalah di bawah bidang kuasa Badan Kehakiman serta kerajaan juga sentiasa menghormati dan terus berpegang kepada prinsip doktrin pengasingan kuasa.\n\n\nTerdahulu, surat didakwa daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada Tengku Maimun, tular di media sosial beberapa hari selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat semakan ke atas sabitan dan hukuman dikenakan terhadap bekas Presiden UMNO itu.\n\n\nMenurut surat itu, SPRM pada Februari lalu memaklumkan satu laporan terhadap Mohd Nazlan sudah dikemukakan kepada Ketua Hakim Negara berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/kerajaan-perluas-bantuan-e-dompet-mahasiswa/", "title": "Kerajaan perluas bantuan e-dompet mahasiswa", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan e-dompet sebanyak RM200 kepada pelajar universiti di negara ini akan diperluaskan. \nBeliau berkata demikian ketika mengulas soalan mahasiswa berhubung inisiatif berkenaan yang hanya diterima pelajar berusia 18 hingga 20 tahun.\n\u201cSaya akan putuskan supaya e-wallet itu boleh dimanfaatkan kepada semua mahasiswa,\u201d katanya pada program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini.\nDalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut memberi jaminan kerajaan akan menumpukan soal capaian internet yang memerlukan tindakan segera.\nTambah Anwar, kerajaan terlebih dahulu perlu memastikan tiada kawasan yang terkecuali daripada rangkaian 5G yang meluas.\n\u201cSebab itu arahan kami kepada Kementerian Komunikasi supaya syarat pertama perlu pastikan rangkaian internet diperluas di seluruh negara.\n\u201cUntuk universiti, kami akan adakan beberapa perancangan segera supaya akses internet diperoleh di seluruh kampus,\u201d ujarnya lagi.\nSelain itu, kerajaan juga menyedari berhubung keluhan mahasiswa mengenai kos tiket penerbangan membabitkan Sabah dan Sarawak yang agak mahal sewaktu musim percutian.\nMenurut Anwar, kerajaan berkemungkinan akan mempertimbang untuk memberikan subsidi tiket penerbangan, bagaimanapun ia perlu menerusi perbincangan bersama beberapa pihak terlibat.\n\u201cBaru-baru ini, Menteri Pengangkutan ada sebut mengenai tambahan dan pengurangan (harga tiket) semasa cuti tapi kerajaan perlu bagi subsidi kepada pelajar dan ada logiknya.\n\u201cKami perlu berunding dengan syarikat penerbangan, mungkin setahun sekali kita boleh bagi, saya akan bincang terlebih dahulu.\n\u201cIni satu masalah yang saya terima membabitkan keluarga dari Sabah dan Sarawak, bukan semua daripada keluarga yang senang ,\u201d katanya.\nSebelum ini, terdapat beberapa keluhan pelajar universiti mengadu tentang kos tiket penerbangan yang tinggi terutama pada musim perayaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/lantik-timbalan-exco-membazir-wang-rakyat-pn-melaka/", "title": "Lantik Timbalan Exco membazir wang rakyat \u2013 PN Melaka", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mengkritik pelantikan 11 Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dalam kerajaan Melaka yang dikatakan tindakan sia-sia dan menghabiskan wang rakyat. \nKetua Pembangkang DUN Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, pelantikan Timbalan Exco itu akan membelanjakan wang yang banyak dan wang itu boleh digunakan untuk kebajikan rakyat. \nTambah beliau, peruntukan kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dari Perikatan Nasional (PN) iaitu beliau sendiri di DUN Bemban dan Dr Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang) lebih adil kepada rakyat berbanding perlantikan Timbalan EXCO memandangkan Melaka merupakan negeri kecil.\n\u201cKerajaan Melaka sendiri dari peringkat awal tidak mampu untuk menyediakan peruntukan hanya kepada 2 pembangkang tetapi melantik Timbalan EXCO menjadikan 21 orang dari 28 jumlah ADUN yang mustahil tanpa belanja tambahan.\n\u201cKeputusan ini menggambarkan kerajaan negeri yang terbentuk lebih mengutamakan keselesaan ADUN dalam blok kerajaan berbanding membawa agenda rakyat,\u201d katanya. \nDr Yadzil berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh malam tadi yang menjemput beliau dan Mohd Aleef untuk menyertai Kerajaan Perpaduan menjelang Persidangan DUN pada Jun ini.\nTambah beliau, kedua-dua pembangkang DUN Melaka akan kekal berada di blok pembangkang dalam memastikan semak dan imbang berkesan kepada kerajaan negeri.\n\u201cKami kekal dengan prinsip akan menjadi pembangkang yang berwibawa menjadi \ncheck and balance\n kepada kerajaan Melaka serta akan mendengar suara hati rakyat dan memperjuangkan denyut nadi mereka,\u201d katanya.\nDalam pada itu, Ab Rauf berkata, pihaknya menyasarkan kerajaan negeri pimpinan beliau sifar pembangkang menjelang pembentangan Enakmen Anti Lompat Parti di negeri itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/lidah-manusia-lebih-panjang-daripada-akal-ustaz-zamani/", "title": "Lidah manusia lebih panjang daripada akal \u2013 Ustaz Zamani", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Lidah manusia lebih panjang daripada akalnya.\n\n\nDemikian pendapat Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim ketika mengulas kenyataan \nPerdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim yang mendakwa orang Melayu bersifat angkuh.\n\n\nMenerusi kandungan video yang dimuat naik di Facebook, beliau berpendapat bahawa orang Melayu yang didakwa memiliki sikap angkuh dan terlalu selesa sehinggakan tidak mahu bergaul dengan kaum lain hanyalah persepsi Anwar semata-mata.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJemaah Mahu Kerajaan Pertimbang Kos Dan Pilihan Tempat Kuarantin\n\n\n\n\n\n\nSekolah perlu SOP tentukan hukuman murid : i-Guru\n\n\n\n\n\n\nSegera dapatkan dos penggalak kedua \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\nThe 1975 beraksi biadap, penganjur henti persembahan serta merta\n\n\n\n\n\n\nKonsep Malaysia Madani mampu ancam Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tidak bersetuju untuk mengatakan kaum Melayu angkuh.\n\n\n\u201cKalau kita tengok dalam sistem pendidikan di negara ini, kita telah menyediakan sistem pendidikan kebangsaan yang menerima semua kaum untuk duduk dalam sistem yang sama tidak kira Melayu, Cina, India.\n\n\n\u201cMalah, semua bangsa pun boleh duduk dalam satu sistem yang sama bagi melahirkan satu generasi yang sama aliran.\u201d\n\n\nUstaz Zamani juga mempersoalkan kengapa masih wujud sekolah-sekolah yang berlainan di negara ini.\n\n\n\u201cNamun, apa yang berlaku hari ini?\n\n\n\u201cTerdapat sekolah venakular, ada juga Sekolah Jeni Kebangsaan (SJK) Tamil dan ada juga SJK Cina yang masih wujud lagi pada hari ini,\u201d katanya.\n\n\nBeliau menambah, orang-orang Melayu tidak pernah mempertikaikan sumbangan kerajaan dalam memberikan peruntukan untuk sekolah-sekolah tersebut.\n\n\nKatanya, kebanyakan orang-orang kaya di Malaysia bukan terdiri orang Melayu tetapi orang Cina yang berada dalam senarai 10 terkaya di Malaysia.\n\n\n\n\n\u201cSiapa yang paling kaya di Malaysia?\n\n\n\u201cOrang Melayu ataupun orang bukan Melayu yang paling kaya.\n\n\n\u201cMalah ada tak dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia ini ada orang Melayu,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut menyuarakan kebimbangan dan menggambarkan ini sebagai satu bentuk kemarahan Perdana Menteri kerana pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, orang Melayu tidak mengundi PKR serta DAP."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/makanan-tidak-halal-boleh-guna-menu-rahmah/", "title": "Makanan tidak halal boleh guna perkataan Menu Rahmah", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyangkal dakwaan\u00a0 penggunaan label Menu Rahmah yang dianggap tidak bersesuaian oleh sesetengah pihak sekiranya digunakan pada makanan tidak halal.\u00a0\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tidak menghalang jika terdapat produk non-halal yang dilabel pada harga Rahmah selagi makanan itu hanya terjual kepada bukan Muslim.\n\n\n\u201cKami juga tidak menerima aduan yang serius kalau ada pun adalah suara-suara yang terpencil yang kononnya \u2018Rahmah\u2019 itu tidak boleh digunakan untuk makanan bukan halal.\n\n\n\u201cKami jelas, ini adalah jualan Rahmah yang dilancarkan kepada semua cuma bagi bukan Muslim mereka nak buat menu non Muslim dengan harga rahmah itu tidak boleh dihalang sebenarnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLambakan Nepal di Nilai tiada kerja dan tidak diberikan gaji\n\n\n\n\n\n\nTambah baik sistem pengecaman identiti, elak isu mayat tertukar berulang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Pusat tidak akan berubah meskipun PN menang 6 negeri\n\n\n\n\n\n\nBekas peguam 1MDB, Jasmine Loo ditahan polis \u2013 Saifuddin\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 : Jimat-cermat, tiada cadangan tangani isu kenaikan harga \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTidak bercanggah dengan syarak Islam sekiranya menggunakan Rahmah itu menyebabkan gerai ataupun menjual kepada golongan mereka sendiri,\u201d ujar Salahuddin\n dalam sidang media selepas Program Karnival Jualan Rahmah Raya 2023 di Tapak Futsal Lama PKNS Bangi petang semalam.\u00a0\n\n\nTambahnya, inisiatif Payung Rahmah ini mendapat sambutan menggalakkan malah beliau mendapati tiada perkara yang membimbangkan kementerian seperti pameran dan penyediaan barangan tidak berkualiti.\n\n\nSetakat ini, hanya kes terpencil dilakukan peniaga seperti tidak mempamerkan tanda harga pada barangan.\u00a0\n\n\nSementara itu, Salahuddin memaklumkan harga ayam di Johor yang menjangkau RM11 sekilogram seperti dilaporkan oleh beberapa akhbar adalah satu salah faham dan tidak betul.\n\n\nKatanya lagi, harga ayam kini dijual pada harga kawalan iaitu RM9.40 sekilogram, malah sekiranya terdapat harga yang lebih daripada itu, tindakan akan diambil\u00a0 di bawah Akta Pencatutan (AKHAP) 2011.\n\n\n\u201cItu tidak ada dah, itu tidak betul sebenarnya kalau ada pun memang terlalu terpencil dan KPDN dan penguatkuasa menyiasat semua tempat, kalau ada begitu maknanya ada masalah di antara peruncit dan pemborong. \n\n\n\u201cKadang-kadang\u00a0 mereka itu dilanggari dan itu yang belaku tetapi keseluruhan kenyataan rasmi KPDN, bekalan ayam smeuanya dijual pada harga kawalan, semuanya patuh RM9.40.\n\n\n\u201cKalau ada yang lebih daripada itu, Akta Pencatutan 2011 akan dikenakan oleh pegawai serta tindakan lain,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Salahuddin turut mengingatkan kepada semua pemain industri agar tidak berkompromi dengan kualiti bagi memastikan produk payung Rahmah yang disediakan adalah yang terbaik kepada pelanggan.\n\n\nTerdahulu, Program Karnival Jualan Rahmah 2023 turut diiringi oleh Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Ramal, Mazwan Johar Ali."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/pdrm-nafi-jadi-dalang-kegiatan-seludup-mercun/", "title": "PDRM nafi jadi dalang kegiatan seludup mercun", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan tuduhan yang digambarkan sebuah laporan akhbar mengatakan bahawa agensi penguatkuasa tersebut menjadi dalang kegiatan penyeludupan mercun. \nMenurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, kes yang dilaporkan itu telah diambil tindakan kerana suspek yang ditahan atas kesalahan aktiviti pengedaran mercun merupakan seorang anggota polis. \n\u201cKedua-dua suspek ditahan dan direman selama empat hari bermula 5 hingga 8 April bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.\n\u201cSelain siasatan jenayah, PDRM juga akan mengambil tindakan dalaman ke atas suspek polis berkenaan yang didapati menyalahgunakan kenderaan pasukan di luar waktu bertugas bagi menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini. \nTambah Acryl Sani, PDRM tidak pernah bertolak ansur dengan mana-mana warga polis yang terlibat dengan kegiatan jenayah dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya menerima bukti sebarang perlakuan demikian.\n\u201cPDRM juga mengalu-alukan masyarakat untuk menyalurkan maklumat sahih bagi membolehkan tindakan diambil dalam membanteras sebarang salah laku atau aktiviti menyalahi undang-undang,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/pengumuman-hari-raya-pertama-akan-dibincang-mohd-naim/", "title": "Pengumuman hari raya pertama akan dibincang \u2013 Mohd Na\u2019im", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Desas-desus perayaan 1 Syawal dijangka jatuh pada hari Jumaat bersamaan dengan 21 April 2023 semakin hangat diperkatakan serta tersebar di media sosial.\n\n\nBagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Fatwa sebelum membuat apa-apa pengumuman.\n\n\n\u201cSepertimana yang disebut, kuasa itu di bawah \nPenyimpan Mohor Besar Raja-Raja\n. Jadi saya rasa kita kena tunggu. Kita akan bincang di Jawatankuasa Fatwa dan sebagainya cuma kita seboleh-bolehnya nak mengelakkan apa yang berlaku pada tahun lepas tu tidak berulang supaya tidak terkejut,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Putrajaya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO dipecat sedang giat memasarkan diri \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Pemilik lima kenderaan di tapak perkhemahan dikenal pasti\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Rayuan benarkan rayuan MAIS & kerajaan negeri kembalikan agama Islam wanita\n\n\n\n\n\n\nAnwar berdepan cabaran raih undi orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nDPMM Gesa Kerajaan Cari Jalan Terbaik Bantu Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas beliau, keputusan tetap akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui media utama sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu.\n\n\nMohd Na\u2019im berkata, pihaknya akan berusaha untuk memastikan perayaan dapat disambut dengan persediaan dan rakyat diharap dapat bersabar serta melakukan persiapan rapi bagi menghadapi perayaan itu.\n\n\nSebelum ini, Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April.\n\n\nMenurut portal \nGulf News\n, kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/sarjan-direman-minta-rasuah-daripada-penagih-pengedar-dadah/", "title": "Sarjan direman minta rasuah daripada penagih, pengedar dadah", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Seorang anggota polis berpangkat sarjan direman enam hari bagi membantu siasatan kes meminta serta menerima rasuah daripada penagih serta pengedar dadah tahun lalu.\nPerintah reman dikeluarkan Majistret S Punitha terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. \nTempoh reman sehingga Rabu depan itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.\nDifahamkan, lelaki yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah itu ditahan pada Khamis kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah antara RM1,500 hingga RM10,000 daripada pengedar dan penagih dadah sekitar daerah Perak Tengah.\nTindakan itu dipercayai dilakukan anggota tersebut untuk tidak mengambil tindakan terhadap pesalah yang ditahan. \nPada Khamis, dua anggota termasuk seorang wanita masing-masing berpangkat sarjan ditahan SPRM Perak dan direman selama lima hari sehingga Isnin depan untuk membantu siasatan bagi pertuduhan rasuah.\nSementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/tiada-protes-tidak-bermakna-mogok-doktor-kontral-gagal/", "title": "Tiada protes tidak bermakna mogok doktor kontrak gagal", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kempen mogok doktor yang dilakukan oleh sekumpulan doktor kontrak tidak boleh dianggap gagal walaupun tiada sebarang tindakan protes berlaku di mana-mana hospital serta pusat kesihatan seluruh negara.\nWakil Hartal Doktor Kontrak (HDK) berkata, walaupun tiada protes dalam bentuk fizikal, tidak bermakna mogok itu gagal.\nKatanya, hasil hebahan mengenai mogok itu, hampir setiap hari media tempatan menyiarkan berita mengenainya dan beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberikan reaksi kepada isu berkenaan.\n\u201cMalah, Kabinet turut memberi reaksi kepada isu doktor kontrak apabila bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Peringkat Tertinggi bagi menangani isu itu.\n\u201cPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga memberikan maklum balas di Parlimen dan ini sudah cukup membuktikan tuntutan doktor kontrak mendapat perhatian kerajaan,\u201d katanya. \nKumpulan dikenali Mogok Doktor Malaysia sebelum itu berkata, lebih 8,000 doktor kontrak akan melakukan mogok antara 3 hingga 5 April lalu dengan mengambil cuti perubatan atau kecemasan sebagai protes terhadap sistem tidak adil dan gaji rendah dalam sektor penjagaan kesihatan awam.\nKumpulan itu juga memberi amaran terdapat 3,000 doktor kontrak akan meletak jawatan daripada KKM pada 1 April.\nSelain menyerap semua doktor kontrak ke jawatan tetap tanpa sebarang syarat atau temu duga, mereka juga mendesak kenaikan gaji pokok serta kadar \non-call\n untuk pakar perubatan dan pegawai perubatan.\nMereka juga menuntut KKM untuk menyelesaikan isu kekurangan pakar, pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah dengan segera.\nWakil HDK juga berpandangan tindakan mogok itu merupakan antara cara kumpulan doktor kontrak mengemukakan tuntutan mereka selepas tiada sebarang tindakan diambil kerajaan.\nKatanya, mogok itu adalah hak pekerja berkenaan dan menjadi tindakan terakhir selepas sesi perbincangan serta tuntutan tidak dilayan.\n\u201cKami melihat dari perspektif yang berbeza dan menganggap mogok anjuran kumpulan itu secara positif walaupun ia tidak mendapat sambutan. \n\u201cKumpulan itu tidak mempunyai strategi yang jelas dan mereka terlalu tergesa-gesa melakukannya dengan notis pemberitahuan yang singkat,\u201d katanya.\nMengulas lanjut, HDK sudah memohon untuk bertemu dengan Perdana Menteri bagi mengemukakan tuntutan berkaitan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/07/umat-islam-perlu-bersatu-jangan-berpuak-puak/", "title": "Umat Islam perlu bersatu, jangan berpuak-puak", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar umat Islam bersatu hati dan tidak berpuak-puak meskipun mempunyai pandangan yang berbeza.\n\n\nBaginda bertitah, umat Islam jangan terlalu taksub dengan pandangan masing-masing atau cepat beranggapan tidak baik terhadap mana-mana pihak kerana tindakan sedemikian adalah fenomena yang tidak \u2018sihat\u2019 untuk semua pihak.\n\n\nSelain itu, Seri Paduka juga bertitah, masjid perlu menjadi satu institusi yang cukup suci, mulia dan dihormati serta bukannya dijadikan sebagai \u2018gelanggang\u2019 yang boleh memecah-belahkan umat Islam.\n\n\n\u201cKita janganlah jadikan masjid sebagai gelanggang yang boleh memecah-belahkan dan kita jangan mudah seolah-olah kita ini berpuak-puak \ndon\u2019t be to judgemental\n, jangan cepat beranggapan orang ini puak A, orang ini puak B, orang ini puak C.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n29 Kampung Melayu Dilenyapkan Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nPemuda Pas Harap Pertemuan Mengukuhkan Penyatuan\n\n\n\n\n\n\nCuri air pili bomba, kontraktor bayar kompaun RM100\n\n\n\n\n\n\nMalaysia lakar kemenangan dalam kes tuntutan kumpulan Sulu\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria: Arkitek apartmen mewah ditahan selepas larikan diri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni adalah satu fenomena yang kurang sihat dan tidak sihat langsung, kita semua hamba Allah, kita (ada) satu Allah, satu rumpun orang Melayu dan beragama Islam mengikut ajaran taksiran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan percaya kepada al-Quran dan sunnah, hadis, itu pegangan kita.\n\n\n\u201cWalaupun ada perbezaan pandangan, jangan terlalu taksub dengan pandangan berkenaan, apa lebih penting harus bersifat menyatukan walaupun perbezaan pandangan. Ini antara ciri-ciri yang boleh memajukan umat, negeri kita, kampung kita dan secara keseluruhannya negara kita,\u201d titah Baginda.\n\n\nBaginda bertitah pada majlis Pemasyhuran Masjid Jamek Ar-Rahmani dan Solat Jumaat di Kampung Banggol, Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.\n\n\nHadir mengiringi baginda, Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.\n\n\nDalam pada itu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan ucapan tahniah di atas pemasyuran masjid berkenaan dan berharap masjid yang dibina sejak tahun 1980-an itu dapat diimarahkan dengan sebaik mungkin oleh umat Islam khususnya penduduk setempat di kawasan Tasek Gelugor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/08/52-penerbangan-tambahan-ke-seluruh-negara-diluluskan-movcom/", "title": "52 penerbangan tambahan ke seluruh negara diluluskan MOVCOM", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah meluluskan 527 penerbangan tambahan ke destinasi utama dalam negara, termasuk Sabah dan Sarawak sempena Aidilfitri.\n\n\nKenyataan MOT memaklumkan, kapasiti penerbangan tambahan\u00a0 pada tahun ini sebanyak 43 peratus lebih banyak berbanding musim perayaan hari raya tahun lalu.\n\n\nTambahnya, ia selari dengan industri penerbangan antarabangsa, penetapan harga tiket biasa adalah berdasarkan mekanisme dinamik, membolehkan pembeli awal menikmati harga terbaik apabila masih banyak tiket yang terjual.\n\n\nBagaiamanapun, harga menjadi lebih mahal apabila baki tiket semakin berkurangan di pasaran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRelawan Muda ISMA Sumbang RM100,000 Bantu Mangsa Banjir Di Terengganu, Kelantan\n\n\n\n\n\n\nTiada istilah majoriti-minoriti dalam negara\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin nafi dakwaan KDN beri kerakyatan kepada warga China\n\n\n\n\n\n\n\u2018Dato Malik\u2019 di tahan SPRM di bawah AMLA\n\n\n\n\n\n\nKKD usaha lindungi wartawan sambilan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMAVCOM juga sudah meluluskan semua permintaan kapasiti tambahan oleh syarikat penerbangan yang menawarkan tambang tetap ke destinasi utama dalam negara.\n\n\n\u201cBerikutan itu, syarikat penerbangan termasuk AirAsia dan Batik Air sudah mengumumkan tiket penerbangan tambang tetap pada 7 dan 10 Mac lalu,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nSelain itu, MAVCOM turut meluluskan penerbangan tambahan lain bagi memastikan ketersediaan tempat duduk yang lebih banyak dalam menangani peningkatan permintaan dan memastikan harga penerbangan berpatutan.\n\n\nTiket tambang tetap tersebut dijual dengan pantas, malah tiket tambang biasa turut menyaksikan kadar pembelian yang tinggi dan membawa kepada peningkatan harga bagi tiket berbaki.\n\n\nSusulan itu, MOT dan MAVCOM menerusi intervensi susulan dengan mengadakan perbincangan bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB) bersetuju untuk meningkatkan kapasiti penerbangan syarikat itu.\n\n\n\u201c40 penerbangan berjadual MAB akan menggunakan pesawat berbadan lebar Airbus A330 (\nwide-body\n) bagi menampung permintaan bagi sektor Kuala Lumpur ke Kuching dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.\n\n\n\u201cPenambahan kapasiti ini dapat membantu dalam menurunkan harga tambang sebelum ini.\n\n\nMenurut pecahan kelulusan permohonan penerbangan tambahan sehala untuk Aidilfitri mengikut syarikat penerbangan adalah Malaysia Airlines (184), Batik Air (173), AirAsia (130), Firefly (18), MASwings (12) dan MYAirline (10).\n\n\nDalam pada itu, pecahan kelulusan permohonan penerbangan tambahan sehala untuk musim Aidilfitri dari Semenanjung ke Sabah atau Sarawak adalah Kota Kinabalu (118), Tawau (70), Sandakan (32) manakala Kuching (102), Sibu (34), Miri (20) dan Bintulu (14).\n\n\nJumlah keseluruhan bagi penerbangan tambahan ke Sabah adalah 220 manakala Sarawak pula sebanyak 170.\n\n\nMOT berkata, jumlah terbabit adalah tambahan kepada 5,617 penerbangan sedia ada yang dijadualkan untuk beroperasi di Semenanjung, 2,149 antara Semenanjung dan Sarawak, manakala 2,033 antara Semenanjung dengan Sabah yang dikendalikan semua syarikat penerbangan dalam tempoh yang dinyatakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/08/berjasa-anjur-iftar-muhibbah-rai-parti-parti-politik-tanah-air-ngo/", "title": "BERJASA anjur Iftar Muhibbah rai parti-parti politik tanah air, NGO", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 BERJASA Shah Alam mengambil langkah berani dengan menganjurkan Majlis Iftar Mahabbah yang menghimpunkan pemimpin parti-parti Politik Melayu\u00a0 di Hotel Mardhiyah, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor semalam.\n\n\nMajlis berbuka puasa itu turut dihadiri lebih 60 orang dengan pelbagai fahaman politik seperti UMNO, PAS, BERSATU, Gerakan Tanah Air serta beberapa pemimpin persatuan penduduk, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan kebajikan dan pendidikan serta tokoh setempat sebagai mencapai kesatuan Ramadan berlandaskan satu aqidah dan kiblat yang sama.\n\n\nPresiden BERJASA, Zamani Ibrahim bergambar bersama tetamu daripada pelbagai parti politik dan badan pertubuhan bukan kerajaan di Hotel Mardhiyah, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor petang semalam.\n\n\nMenerusi kenyaatan, BERJASA Shah Alam berkata, aqidah boleh menjadi sebab terkuat untuk bekerjasama dalam apa juga perkara yang bakal menguntungkan rakyat dan umat.\n\n\nMajlis santai itu turut diraikan dengan membincangkan topik-topik hangat yang dikupas bersama wakil-wakil parti dalam suasana mahabbah dan mesra.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAbang Grab boleh kerja balik, akaun diaktif semula\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen jangan kompromi soal etika pakaian, elak jadi isu politik\n\n\n\n\n\n\nPAS mohon ketepikan saman Mujahid isu sokong LGBT\n\n\n\n\n\n\nMUDA desak kerajaan batal projek PJD Link\n\n\n\n\n\n\nMalaysia jadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN-GCC \u2013 Zambry\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUmat ini lebih beruntung jika pemimpin politiknya baik dan boleh bekerjasama atas perkara dan dasar yang menjadi pegangan bersama,\u201d katanya.\n\n\nTurut hadir, Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim dan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Ustaz Annuar Salleh yang meraikan tetamu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/08/malaysia-perlu-tekan-pbb-oic-henti-kekejaman-israel/", "title": "Malaysia perlu tekan PBB, OIC henti kekejaman Israel", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Malaysia perlu lantang\u00a0menekan institusi antarabangsa sama ada melalui saluran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) supaya campur tangan menghentikan kekejaman serta jenayah Israel dan membebaskan semua tahanan Palestin.\n\n\nPengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,\u00a0tindakan tentera Israel yang beberapa kali menceroboh pekarangan Haram Al-Sharif dan melakukan serangan tidak berperikemanusiaan terhadap jemaah awam Palestin di Masjid al-Aqsa adalah keji dan tidak boleh diterima.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu menegaskan, PN mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas sejak beberapa hari lalu sebagai perbuatan keji dan tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi kerana dilakukan pada bulan Ramadan.\n\n\nKatanya, perbuatan biadab rejim itu juga hanya sehari selepas Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) meluluskan usul A/HRC/52/L 32 yang ditaja Malaysia mengenai hak rakyat Palestin dan penempatan haram Israel di tanah air Palestin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTokoh wartawan negara kesal Menteri bidas laporan BH\n\n\n\n\n\n\nKhairy perlu lebih masa sebelum kembali ke arena politik\n\n\n\n\n\n\nJamal Abdillah akur dan serahkan kepada bekas isteri\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Hamas, UAE ucap tahniah kepada Anwar\n\n\n\n\n\n\nFadhlina sangkal dakwaan Bee Yin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJusteru, kerajaan Malaysia tidak boleh berdiam diri dan perlu terus melakukan segala yang upaya untuk menekan institusi antarabangsa, sama ada melalui saluran PBB atau OIC untuk campur tangan bagi menghentikan kekejaman dan jenayah Israel serta membebaskan semua tahanan Palestin.\n\n\n\u201cSerangan keterlaluan dan provokatif ini memberi kesan serius terhadap keselamatan serta kestabilan di rantau Asia Barat dan menjejaskan sebarang usaha memulihkan proses damai,\u201d katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.\n\n\nBeliau berkata, laporan media menyatakan bahawa keganasan yang sama berlaku pada Ramadan pada 2021 dan 2022 dan peningkatan keganasan terhadap rakyat Palestin jelas melanggar undang-undang antarabangsa.\n\n\n\u201cKetegangan di antara Israel dan Palestin mencapai titik didih sejak beberapa hari kebelakangan ini. Adalah wajar PBB semasa mengecam serangan itu, meningkatkan usaha untuk mempertanggungjawabkan Israel atas kelakuan\u00a0mereka\u00a0yang tidak boleh diterima.\n\n\n\u201cSebagai anggota UNHRC bagi sesi 2022-2024, Malaysia perlu lebih lantang dan berperanan dalam mendesak supaya tindakan segera diambil untuk menghentikan pencerobohan dan membantu rakyat Palestin yang secara berterusan dizalimi dan dinafikan hak mereka,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/08/pengampunan-najib-anwar-akui-berada-dalam-lembaga-pengampunan/", "title": "Pengampunan Najib, Anwar akui berada dalam Lembaga Pengampunan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau berada dalam Lembaga Pengampunan, namun menegaskan kuasa memberi keampunan adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nSusulan itu, Perdana Menteri menegaskan tidak timbul konflik kepentingan dalam hal itu kerana ada proses yang perlu diikuti dan keputusan akhir adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\u201cTentunya kita akan patuh kepada peraturan dan syarat, ia melalui proses ditetapkan walaupun saya akan ada dalam proses itu.\n\n\n\u201cAkhirnya seperti yang diketahui soal penganugerahan pingat dan soal pengampunan itu wewenang dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong,\u201d katanya kepada media selepas Pelancaran Program Kita-Untuk-Kita (K2K) di Shah Alam hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJPM nafi siasat salah guna kuasa KSN, KPPA\n\n\n\n\n\n\nADUN DAP dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Melaka\n\n\n\n\n\n\nKematian kanak-kanak perempuan, Menteri Kesihatan tunggu laporan polis\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor Pandang Serius Perpecahan Politik Orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nKuliah Ustaz Azhar Idrus ditangguh, JAWI tampil beri penjelasan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDifahamkan, Anwar berada dalam lembaga itu bukan atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri tetapi bagi menjaga portfolio Menteri Wilayah Persekutuan.\n\n\nDi bawah Perkara 42(5) Lembaga Pengampunan membabitkan Peguam Negara, Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab (Perkara 42(11) dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang dilantik oleh Agong.\n\n\nMenurut Perlembagaan, Lembaga\u00a0\nPengampunan\n\u00a0perlu dianggotai Peguam Negara atau wakilnya, Menteri Besar atau Ketua Menteri atau Menteri Wilayah Persekutuan dan tidak lebih tiga anggota lain yang dilantik lembaga itu dipengerusikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong\n\n\nSemalam, Majlis Kerja Tertinggi (MKT)\u00a0\nUMNO\n\u00a0memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\n\n\nSetiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata,\u00a0ia sebagaimana kuasa diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nAnwar berkata, setakat ini, adalah terlalu awal untuk beliau mengulas lanjut berhubung permohonan pengampunan membabitkan Najib itu.\n\n\nMalah, katanya, beliau masih tidak melihat kertas kerja berhubung pengampunan itu.\n\n\n\u201cSemua pihak perlu menghormati sepenuhnya proses itu dan saya tidak melihat sebarang kertas kecuali resolusi UMNO,\u201d katanya\n\n\nBeliau juga menegaskan tidak mahu menghalang sesiapa saja memohon pengampunan kerana itu menjadi hak sesiapa saja untuk berbuat demikian.\n\n\n\u201cPermohonan itu perlu mengikuti proses yang mana akhirnya keputusan adalah di bawah budi bicara Yang di- Pertuan Agong,\u201d katanya.\u00a0\u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/08/pengampunan-najib-hak-mutlak-agong-anwar-tidak-terlibat/", "title": "Pengampunan Najib: Hak mutlak Agong, Anwar tidak terlibat", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Permohonan UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong, \nAl-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah \nuntuk memberi pengampunan diraja kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan menimbulkan keretakan dalam kerajaan.\n\n\nAhli Parlimen Pasir Gudang, Hasan Karim berkata, pengampunan itu adalah hak mutlak Raja dan \ntidak memerlukan nasihat Perdana Menteri atau Kabinet.\n\n\n\u201cAdakah Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri berada di dalam keadaan tertekan dan dilema untuk menasihati Agong sama ada mahu memberi pengampunan ataupun tidak kepada Najib Razak?\n\n\n\u201cSoalan ini tidak relevan dan tidak berbangkit. Perkara 42(4) (a) dibaca dengan Fasal (3) Perkara 40 menyatakan Agong bertindak dalam hal pengampunan itu selepas berunding dengan Lembaga Pengampunan. Ini bermakna asihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri tidak diperlukan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMazlan Bujang Keluar BERSATU\n\n\n\n\n\n\nKerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong \u2013 Speaker DUN Selangor\n\n\n\n\n\n\nAda Pihak Cuba Bunuh Karakter Azam Baki \u2013 MCW\n\n\n\n\n\n\nPolis Tahan Ibu Saudara Kanak-Kanak Maut\n\n\n\n\n\n\nPDRM pantau media sosial kumpulan dikaitkan dengan IS\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi kenyataan di Facebook hari ini, Hasan berkata,\n mengikut Perkara 42(5), Lembaga Pengampunan terdiri daripada Peguam Negara, Menteri yang bertanggungjawab (Perkara 42(11)) dan tidak lebih daripada tiga anggota lain dilantik oleh Agong.\n\n\n\u201cMenteri Persekutuan yang bertanggungjawab di bawah Perkara 42(11) itu bukan Perdana Menteri tetapi Menteri Dalam Negeri. Ini membebaskan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dari beban memutuskan soal pengampunan diraja itu,\u201d katanya.\n\n\n\n\nSemalam, UMNO mengumumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bersetuju untuk \nmemohon pertimbangan agar Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan penuh kepada Najib, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.\n\n\nTambahnya, Anwar tidak boleh dipersalahkan jika pengampunan diberi atau ditolak kerana Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa adalah satu-satunya prerogatif Agong untuk memberikan pengampunan.\n\n\n\u201cAnwar Ibrahim berada dalam keadaan selamat dan kerajaan pimpinannya selamat dalam badai yang datang bersama momentum usaha pengampunan Agong yang digerakkan oleh UMNO jika Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Jemaah Menterinya mengambil sikap mematuhi doktrin pengasingan kuasa iaitu tidak campur tangan dalam bidang kuasa Agong untuk menangani isu pengampunan tersebut mengikut peruntukan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang cukup jelas dari Fasal (1) hingga Fasal (13),\u201d katanya lagi.\n\n\n\n\nNajib mula menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022 selepas didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah jenayah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram berhubung dengan RM42 juta SRC.\n\n\nAwal minggu ini, Najib berkata, beliau akan cuba menggunakan penghakiman berbeza oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Rahman Sebli untuk menyokong permohonan bagi mendapatkan pengampunan diraja.\n\n\nPada 31 Mac, Rahman, yang merupakan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak merupakan salah seorang daripada lima ahli panel Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan Najib untuk semakan keputusan mahkamah menolak rayuan dalam kes SRC. Empat hakim lain tidak menemui alasan untuk membebaskan Najib."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/08/pengampunan-najib-permohonan-rayuan-umno-atas-dasar-simpati/", "title": "Pengampunan Najib: Permohonan rayuan UMNO atas dasar simpati", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 UMNO tidak berniat mendesak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah susulan rayuan pengampunan penuh ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.\n\n\nPresiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan itu dibuat atas dasar bersimpati dan berharap ia mendapat pertimbangan yang sewajarnya.\n\n\n\u201cKita tidak berhasrat untuk mendesak tetapi kita mohon agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar dapat mempertimbangkan rayuan daripada UMNO. \n\n\n\u201cKita bergembira bersama dalam iftar hari ini tetapi bekas pemimpin kita berada dalam penjara dan menikmati makanan, berbuka puasa dalam penjara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMangsa banjir enam negeri meningkat kepada 11,918\n\n\n\n\n\n\nTidak wajar halang MB Kedah hadir majlis Kerajaan Persekutuan \u2013 Samsuri\n\n\n\n\n\n\n2 Marsyal Termasuk \u2018Datuk\u2019 Serah Diri\n\n\n\n\n\n\nPM Digesa Ambil Tindakan Keras Terhadap Menteri, Pegawai NADMA\n\n\n\n\n\n\nMuktamar PAS ditangguhkan beri laluan kepada PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita amat bersimpati dan kita doakan beliau diberi kekuatan serta berdoa agar lembaga pengampunan dapat beri pertimbangan terhadap UMNO ini, Insya-Allah,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Jumaat.\n\n\nMajlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam memohon pertimbangan agar Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan penuh kepada Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.\n\n\n\n\nRayuan tersebut dibuat susulan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara berkaitan dengan kes SRC.\n\n\nSementara itu, Ahmad Zahid juga mengumumkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun depan bagi membolehkan persiapan pilihan raya negeri dilakukan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/08/pengampunan-najib-umno-ada-hak-mohon-keputusan-bergantung-kepada-agong/", "title": "Pengampunan Najib:\u00a0UMNO ada hak mohon, keputusan bergantung kepada Agong", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 UMNO mempunyai hak untuk membuat permohonan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, \nAl-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah\n terhadap Datuk Seri Najib Razak.\n\n\nIa susulan permohonan itu dikuatkan lagi dengan keputusan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes \nSRC International Sdn Bhd, \nberpendapat bahawa keputusan yang wajar diberikan terhadap Najib adalah dibebaskan.\n\n\nBagaimanapun, menurut \nPakar Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Azmi Hassan, keputusan permohonan itu tetap bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\u201c\nJadi, kekuatan asas UMNO adalah salah seorang lima hakim itu nyatakan Najib patut diberi peluang sepenuhnya bela diri, tetapi UMNO sebagai sebuah parti politik dan Datuk Seri Najib yang juga bekas Presiden UMNO, ada hak untuk membuat permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi itu bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan itu,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSubsidi menyeluruh dimansuh berperingkat kepada subsidi bersasar\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nSamirah, Dua Remaja Bebas Tuduhan bunuh CEO Cradle Fund\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir tinggalkan GTA tidak pernah dibincangkan \u2013 Marzuki\n\n\n\n\n\n\nPN kekalkan formula PRU15 hadapi PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi \nTV Pertiwi\n pada Sabtu bagi mengulas keputusan \nMajlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersetuju untuk \nmemohon pertimbangan agar Yang di-Pertuan Agong memberi pengampunan penuh kepada Najib, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.\n\n\n\n\nMengulas lanjut, permohonan itu tidak akan memberi kesan kepada kerajaan PH-BN diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nIa kerana, Anwar sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan mencampuri kes perbicaraan sebelum wujudnya kerajaan perpaduan.\n\n\n\u201cKalau kita lihat kerajaan perpaduan itu lebih-lebih lagi Anwar, beliau tidak mencampuri kes, sama ada kes rayuan, kes perbicaraan sebelum wujudnya kerajaan perpaduan.\n\n\n\u201cMereka (PH) tidak pernah mencampuri urusan ini dan Anwar mengatakan bahawa proses pengadilan itu mesti mengikut turutannya yang tertentu, jadi saya tak nampak ia boleh timbulkan keretakan dalam kerajaan perpaduan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/08/perkenal-nama-bersesuaian-pada-makanan-bukan-halal/", "title": "Perkenal nama bersesuaian pada makanan bukan halal", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nPenggunaan label Menu Rahmah terhadap makanan bukan halal perlu digantikan dengan nama yang lebih bersesuaian bagi mengelak kekeliruan pengguna-pengguna Muslim.\n\n\nKetua Wanita BERJASA, Dr Fadhilah Ashaari berkata, beliau tidak menafikan semua kaum boleh memanfaatkan harga kasih sayang di bawah inisiatif Payung Rahmah itu tetapi nama yang bersesuaian perlu diperkenalkan.\n\n\n\u201cKita kena raikan budaya masyarakat kita yang pelbagai kaum dan agama. Jadi bagi saya untuk kaum lain yang makan makanan tidak halal ini tukar kepada perkataan lain. \n\n\n\u201cApa salahnya kita gunakan perkataan yang lebih sesuai supaya tidak ada kekeliruan di situ untuk umat Islam,\u201d b\neliau berkata demikian sewaktu ditemui \nTV Pertiwi\n pada Majlis Iftar Muhibbah BERJASA di Hotel Mardhiyah, Shah Alam, Selangor petang semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHukuman Lebih Kepada Pengajaran, Bukan Penyeksaan\n\n\n\n\n\n\nPemecatan Tajuddin Satu Amaran \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nKos haji dijangka meningkat sehingga RM31,000 seorang\n\n\n\n\n\n\n8.03 Juta Individu Selesai Terima Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin cabar SPRM siasat Anwar, Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Dr Fadhilah, ia bukanlah kerana hanya umat Islam sahaja yang boleh menggunakan nama tersebut tetapi ia sebagai meraikan kepelbagaian kaum di negara selain penambahbaikan yang perlu dilihat kepada peniaga dan pelanggan.\n\n\n\u201cIa bukan isu kenapa kita nak gunakan nama itu untuk semua orang tetapi setiap bangsa dan budaya ada ciri-ciri dan nama-nama yang bersesuaian.\n\n\n\u201cMenu Rahmah itu sendiri boleh dimanfaatkan semua bangsa dan agama cuma kita nak perkenalkan makanan \u2018non-halal\u2019 itu kepada nama-nama yang lebih sesuai dengan mereka. \n\n\n\u201cPada pandangan saya, Menu Rahmah boleh diteruskan dengan penambahbaikan yang lebih baik dan kena tengok lompong-lompong serta masalah yang berkaitan\u00a0 daripada pihak peniaga dan pelanggan supaya ada penmbahbaikan yang berterusan,\u201d katanya lagi.\n\n\nTerdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan, pihaknya tidak menghalang jika terdapat produk \u2018non-halal\u2019 yang dilabel pada harga Rahmah selagi makanan itu hanya terjual kepada bukan Muslim.\n\n\nMenurut Salahuddin, ia hanya satu isu terpencil di mana kementerian tidak menerima sebarang aduan yang serius berkenaan hal itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/08/presiden-israel-beri-amaran-sedia-serang-lubnan-gaza/", "title": "Presiden Israel beri amaran sedia serang Lubnan, Gaza", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa \u2018musuh\u2019 Israel akan menerima akibat selepas serangan balas dari Lubnan baru-baru ini.\n\n\nTentera Israel mendakwa, rakyat Palestin bertanggungjawab terhadap roket yang dilepaskan ke wilayah utara Galilee Barat Israel.\n\n\n\n\nhttps://tvpertiwi.com.my/wp-content/uploads/2023/04/q-1.mp4\n\n\nSUMBER: WION\n\n\nPada Jumaat, tentera Rejim Zionis melancarkan lagi serangan udara ke atas Semenanjung Gaza beberapa jam selepas bedilan roket dilepaskan dari Lubnan ke Israel.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPaderi terkemuka Amerika Syarikat memeluk Islam\n\n\n\n\n\n\nSweden tiada harapan dapat sokongan Turkiye sertai NATO \u2013 Erdogan\n\n\n\n\n\n\nAmazon umum buang 9,000 orang pekerja lagi\n\n\n\n\n\n\nKartunis Turki balas sindiran karikatur tidak berperikemanusiaan Charlie Hebdo\n\n\n\n\n\n\nThe Hague putuskan hari ini permohonan award RM62.59bil kumpulan Sulu\n\n\n\n\n\n\n\n\nLapor portal berita \nMiddle East Eye\n, sekurang-kurangnya lima kawasan terbuka dan kebanyakannya tidak berpenghuni telah diserang oleh tentera udara Israel sejurus selepas tengah malam semalam, namun setakat ini tiada laporan tentang kemalangan jiwa.\n\n\n\n\nSebuah rumah terbakar di bandar Al-Ram, utara Baitulmaqdis selepas dibom rejim penjajah Israel semasa pertempuran meletus di bandar itu malam tadi. \npic.twitter.com/6H0cekj48z\n\n\n\u2014 Nu'man \u0646\u0639\u0645\u0627\u0646 \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe\ud83c\uddf5\ud83c\uddf8 (@numanmazlan) \nApril 7, 2023\n\n\n\n\nTentera udara Israel mengebom beberapa kawasan di Semenanjung Gaza yang dikawal oleh kumpulan pejuang Palestin.\n\n\nSerangan udara itu berlaku ketika kemarahan di seluruh wilayah Palestin memuncak berhubung serbuan polis Israel ke atas jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa, timur Baitulmuqaddis yang merupakan antara tempat paling suci kepada umat Islam pada Rabu lalu.\n\n\nDalam pada itu, peluru berpandu dan roket antibalistik turut dilancarkan dari Gaza sebagai tindak balas dan mencetuskan siren amaran di beberapa buah bandar di Israel dekat sempadan Israel-Gaza.\n\n\nTerdahulu, sekurang-kurangnya 30 roket dilancarkan dari selatan Lubnan ke arah wilayah yang diduduki Israel, sebagai tindakan balas terhadap serbuan tentera pengganas Israel di Masjid al-Aqsa.\n\n\n\n\nFor the first time since 2006, the northern Israeli colonies are under attack by heavy rocket shelling coming from Lebanon. Israeli Iron Dome failed to intercept. How will Israel deal with more sophisticated and powerful Hezbollah missiles in a future war?\npic.twitter.com/JXjY76CGVO\n\n\n\u2014 Hadi Nasrallah (@HadiNasrallah) \nApril 6, 2023\n\n\n\n\nRejim Zionis bagaimanapun menyalahkan serangan roket yang menyebabkan dua penduduknya cedera sebagai perbuatan Hamas. \n\n\nNamun, Hamas menafikan mereka mengetahui dalang di sebalik serangan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/08/tiada-istilah-majoriti-minoriti-dalam-negara/", "title": "Tiada istilah majoriti-minoriti dalam negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nTiada istilah majoriti dan minoriti dalam negara seperti yang pernah dikatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui ucapannya dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan pada 4 April lalu.\n\n\nPresiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkata, orang Melayu merupakan bangsa yang sangat bersopan santun dan bertolak ansur dari pelbagai aspek kepada semua kaum.\n\n\n\u201cKita boleh buktikan sejarah, banyak perkara kita bertolak ansur, sistem pendidikan kita buka seluasnya tanpa sempadan bangsa asalkan warganegara serta tidak timbul isu kita tidak memberi hak kepada kaum minoriti. \n\n\n\u201cIstilah majoriti-minoriti tidak dibincangkan dalam negara kita. Dari sudut ekonomi kita Alhamdulillah, jika nak kaya, kayalah tiada masalah, maknanya kita satu negara siapa bersungguh siapa rajin siapa berkemahiran semua dipersilakan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMT UMNO teliti tawaran PN, PH malam ini\n\n\n\n\n\n\nProjek tebatan banjir RM600 juta dimulakan Jun ini\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Elaun guru KAFA dinaikkan RM100\n\n\n\n\n\n\nLantik Izzah, Anwar langgar konsep Nepotisme yang diperjuangkan \u2013 GTA\n\n\n\n\n\n\nOmicron Makin Hampiri Malaysia \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u201cBahkan negara kita 50 peratus telah diperuntukkan oleh Raja-Raja Melayu, 50 peratus lagi adalah hutan rizab Melayu manakala 50 peratus kita rebut bersama, maknanya atas pentas yang sama dan sama rata.\n\n\n\u201cSiapa mampu silakan dan Alhamdulillah bangsa Melayu kita ada tanah bersama,\u201d b\neliau berkata demikian ketika ditemui \nTV Pertiwi\n pada Majlis Iftar Muhibbah BERJASA di Hotel Mardhiyah, Shah Alam, Selangor petang semalam.\n\n\nSumber Gambar: Oh Bulan.\n\n\nTambah beliau, sekiranya Anwar ingin menunjukkan kekesalan beliau kerana tidak mendapat undi majoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, itu bukanlah medan yang sesuai untuk melontarkan perkara sedemikian.\n\n\nMenurut Zamani, Anwar sebagai seorang Perdana Menteri mesti memikirkan tentang kepentingan rakyat kerana kepimpinan beliau adalah mewakili semua dan bukan hanya kepada parti-parti tertentu yang bersama dengan kerajaan tetapi juga pembangkang.\u00a0\u00a0\n\n\nMelihat kepada jurang ekonomi dalam negara, beliau turut menekankan agar kerajaan merapatkan jurang tersebut untuk memperkasakan orang Melayu yang merupakan tonggak utama dalam negara.\n\n\nKatanya lagi, kenyataan Anwar yang memomokkan orang Melayu itu tidak sihat kerana orang Melayu sudah lama bertolak ansur dan tidak mempertikaikan apa yang diperoleh bangsa lain.\n\n\n\u201cKita orang Melayu banyak berkongsi dan kita tidak mempertikai apa yang diperoleh orang Cina dan India. Apa yang dikatakan Perdana Menteri iaitu naratif memomokkan orang Melayu ini tidak sihat.\n\n\n\u201cBeliau sepatutnya memikirkan bagaimana unutk merapatkan hubungan dan mengharmonikan kita yang hidup pelbagai bangsa ini dan sepatutunya menjadi naratif yang dibawakan oleh Anwar dalam menyuburkan keharmonian, perpaduan, hidup aman damai dan perkongsian bersama mengikut hak-hak yang termakutb dalam perlembagaan dan menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai tiang seri perpaduan nasional negara,\u201d jelasnya.\n\n\nTerdahulu, Anwar melalui ucapannya mengingatkan agar kumpulan majoriti Melayu Islam di negara tidak terlalu selesa dan angkuh dengan menganggap kelompok minoriti lain tidak boleh diraikan untuk hidup bersama dalam sebuah negara.\n\n\nIa susulan lawatannya ke Kemboja yang menunjukkan negara majoriti penganut Buddha itu meraikan kumpulan minoriti umat Islam dengan menganjurkan iftar dan beberapa ruang termasuk menteri seorang muslim yang patut dijadikan pengajaran kepada negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/08/toleransi-orang-melayu-kepada-kaum-lain-sangat-tinggi/", "title": "Toleransi orang Melayu kepada kaum lain sangat tinggi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Senarai bilionair terkaya di Malaysia yang diterbitkan Forbes Billionaire List membuktikan dengan jelas pribumi tetap meraikan bangsa bukan melayu.\u00a0\n\n\nNaib Presiden BERJASA, Abdul Samad Ashaari menyangkal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya orang Melayu tidak terlalu selesa dengan menganggap kelompok minoriti lain tidak boleh diraikan untuk hidup bersama dalam sesebuah negara.\u00a0\n\n\n\u201cTerbukti di sini walaupun bangsa Melayu yang merupakan bangsa pribumi dan majoriti di negara ini tetapi tetap meraikan bangsa bangsa lain.\n\n\n\u201cBukan sekadar berkongsi untuk menerima kepelbagaian kaum dalam negara ini, malah orang Melayu juga rela memberi puluhan ribu ekar tanah kepada bangsa lain ketika itu,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat dakwaan pegawai Imigresen dicederakan ketika jalani ujian kecergasan\n\n\n\n\n\n\nOrang Selangor bukan hendak lihat tokoh tetapi tawaran \u2013 MB Selangor\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Malaysia bertambah 2.1 peratus pada 2023\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Tetap Waspada Walau Paras Air Tidak Membimbangkan\n\n\n\n\n\n\nRinggit mata wang paling lemah di Asia tahun ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik \nIsmaweb.net\n, beliau berkata, sejak kemerdekaan lagi, orang Melayu sangat bertoleransi dalam menerima kepelbagaian bangsa, budaya dan agama.\n\n\n\u201cKontrak Sosial merupakan bukti keterbukaan dan pengorbanan orang Melayu menerima bangsa lain serta saling bergantung hidup dengan harmoni dalam negara ini.\n\n\n\u201cBukan sekadar berkongsi untuk menerima kepelbagaian kaum dalam negara ini, malah orang Melayu juga rela memberi puluhan ribu ekar tanah kepada bangsa lain ketika itu,\u201d tegas beliau.\n\n\nAbdul Samad menegaskan, seharusnya semua pihak perlu menerima hakikat bahawa toleransi orang Melayu sangat tinggi sehingga menjadi faktor utama keamanan negara yang dikecapi hingga ke hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/08/vape-ancaman-serius-kepada-golongan-muda-indonesia/", "title": "Vape ancaman serius kepada golongan muda Indonesia", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kementerian Kesihatan Indonesia memberi amaran bahawa rokok elektronik atau vape boleh mendatangkan ancaman serius kepada generasi muda di negara itu.\u00a0\u00a0\n\n\nPerkara tersebut ditegaskan oleh Pengarah Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit di kementerian kesihatan, Eva Susanti dalam sesi webinar bertajuk `Kolak Ketan 2023\u2032 baru-baru ini.\n\n\n\u201cMenghisap vape dilihat sebagai ancaman serius kepada golongan muda di Indonesia.\n\n\n\u201cRokok elektronik tidak selamat untuk kanak-kanak kerana ia mengandungi nikotin dan perisa dalam bentuk aerosol yang dikatakan mempunyai tujuh ribu kesan negatif,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIndonesia bawa keluar warganya termasuk rakyat Malaysia, Myanmar\n\n\n\n\n\n\nKes Positif Global Melebihi 350 Juta\n\n\n\n\n\n\nPutera Mohammed, Putin bincang hubungan Arab Saudi-Rusia\n\n\n\n\n\n\nKanada lantik penasihat khas perangi Islamofobia\n\n\n\n\n\n\n\u201cKidon\u201d-sasar musuh-musuh Israel di luar Yahudi\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam sesi webinar itu, Eva Susanti menegaskan rokok elektronik adalah sama bahaya dengan rokok konvensional.\n\n\n\n\nKatanya, rokok elektronik merupakan peranti berkuasa bateri yang mampu menyalurkan nikotin dan perisa dalam bentuk aerosol.\n\n\nDalam pada itu, Eva Susanti berkata, propylene glycol ditemukan dalam rokok elektronik boleh menyebabkan kerengsaan mata dan paru-paru serta gangguan saluran pernafasan.\n\n\n\u201cNikotin yang mempunyai kesan ketagihan boleh menyebabkan kemurungan, pening, kanser paru-paru, aterosklerosis dan kematian. Nikotin juga boleh memberi kesan besar kepada perkembangan otak kanak-kanak dan remaja sehingga usia 25 tahun,\u201d katanya.\n\n\n\n\nJusteru, Eva Susanti meminta perokok dalam kalangan bawah umur menggunakan peluang pada bulan Ramadan ini untuk berhenti menghisap rokok."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/2-8-juta-pasport-pasca-covid-19-dikeluarkan-jabatan-imigresen/", "title": "2.8 juta pasport pasca Covid-19 dikeluarkan Jabatan Imigresen", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Sebanyak 2.8 juta pasport pasca Covid-19 telah dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) iaitu empat kali ganda berbanding tempoh sebelum itu, \nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, 45 peratus daripada jumlah itu memohon pasport secara dalam talian yang hanya mengambil masa tiga minit dan selepas itu pemohon boleh mengambil pasport mereka dalam tempoh dua hingga tiga hari.\n\u201cImigresen hari-hari berdepan dengan kehadiran orang ramai dan (imigresen) juga berdepan kesesakan tapi bukanlah semua pejabat, sejak tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sempadan dibuka.\n\u201cContoh macam di Perlis, pihak imigresen mengeluarkan 20 hingga 30 pasport setiap hari, namun di Damansara, Shah Alam dan Kelana Jaya, kami keluarkan (pasport) berlipat kali ganda. Berlaku kesesakan di sana,\u201d katanya kepada pemberita\u00a0 malam tadi.\nSaifuddin Nasution yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak berkata, JIM akan memperkenalkan projek perintis bagi mengatasi kesesakan di pejabat pengeluar pasport tertentu iaitu dengan membuka permohonan untuk dalam talian dan pengambilan pasport sahaja, susulan liputan internet yang meluas di kawasan terbabit.\n\u201cProjek perintis ini sedang diperhalusi dan kita akan laksanakannya selepas semuanya selesai. Untuk permulaan, ia akan melibatkan pejabat-pejabat pengeluar pasport di Lembah Klang iaitu lokasi yang sering sesak dengan kehadiran orang ramai dan seterusnya mungkin diperluaskan ke tempat lain.\n\u201cKami ada 77 buah pejabat pengeluar pasport di seluruh negara dan 21 daripadanya alami kesesakan teruk sebelum ini sehingga kami terpaksa tambah waktu bekerja termasuk hari Sabtu dan Ahad, ia membantu sedikit mengurangkan kesesakan,\u201d katanya.\nBeliau ditemui selepas hadir Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani; Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/azan-dua-minit-awal-jemaah-diminta-qada-puasa/", "title": "Azan dua minit awal, jemaah diminta qada puasa", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Umat Islam yang bergantung kepada laungan azan Masjid Jame\u2019 Badlishah Pekan Yan\u00a0untuk berbuka puasa pada 30 Mac lalu diminta melakukan puasa ganti atau qada.\n\n\nIni selepas berlaku kesilapan apabila azan masjid itu dilaungkan dua minit lebih awal berbanding waktu berbuka ditetapkan iaitu pada jam 7.28 malam.\n\n\nTimbalan Pengerusi Masjid Jame\u2019 Badlishah Pekan Yan, Ahmad Nasir berkata,\u00a0kesilapan itu terjadi disebabkan berlakunya masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid berkenaan.\n\n\n\u201cSaya mewakili seluruh pentadbir Masjid Jame\u2019 Badlishah Pekan Yan memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib dua minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Khamis 8 Ramadan bersamaan 30 Mac 2023 disebabkan masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil alih siasatan jika ada unsur khianat nahas Elmina\n\n\n\n\n\n\nSPRM tidak temui salah laku dalam kontrak RM399 juta \u2013 Petronas\n\n\n\n\n\n\nZahid Diperintah Bela Diri Atas 47 Pertuduhan\n\n\n\n\n\n\nSindiket Kuota Umrah: SPRM tahan pengarah urusan agensi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat bekas PM, menantu berkaitan kontrak kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masild Jame\u2019 Badlishah Pekan Yan untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan dan puan terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqada,\u201d katanya dalam kenyataan yang diedar kepada penduduk sekitar.\n\n\nAhmad berkata, hukum menggantikan puasa itu bersandarkan pandangan Jumhur Ulama dari kalangan Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan dalam kalangan ramai ulama Hanbali yang menyatakan bahawa puasa itu batal dan wajib diqada.\n\n\n\u201cJemaah boleh merujuk syarah hukum melalui Bayan Linnas Siri ke-97, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017 untuk penjelasan lanjut.\n\n\n\u201cPihak masjid sekali lagi memohon maaf di atas kesilapan dan kesulitan yang berlaku,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/bas-mekar-jpn-permudah-urusan-permohonan-kad-pengenalan/", "title": "Bas Mekar JPN permudah urusan permohonan kad pengenalan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan menyediakan Bas Mekar untuk perkhidmatan kurang daripada 30 minit bagi permohonan kad pengenalan termasuk sijil kelahiran dan kematian khas kepada pengunjung Town Hall Rakyat bersama Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Isnin ini.\nTimbalan Setiausaha Bahagian Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri, Za\u2019aba Abu Bakar berkata, perkhidmatan bas bergerak itu akan bermula dari jam 2 petang hingga 8 malam di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.\n\u201cPermohonan kad pengenalan ini terbuka kepada mana-mana individu untuk kali pertama, kanak-kanak berusia 12 tahun, warga emas dan orang kurang upaya (OKU). Permohonan gantian kad pengenalan dan tukar alamat juga boleh dilakukan.\n\u201cBagi sijil kelahiran dan kematian, urusan pendaftaran baharu serta cabutan daftar kedua-duanya turut dibuat,\u201d katanya.\u00a0\nTambah Za\u2019aba, selain JPN, empat agensi dan satu bahagian penguatkuasaan serta kawalan (PK) akan turut serta dalam pameran khas yang diadakan pada hari sama.\nUjarnya, agensi tersebut adalah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) yang akan menyediakan khidmat nasihat pengurusan pertubuhan.\n\u201cSelain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempamerkan aset daripada Pasukan Simpanan Persekutuan termasuk berkaitan trafik manakala Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengadakan aktiviti seperti kuiz dan pendaftaran serta semakan keahlian.\n\u201cAgensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pula menyediakan bas pameran bergerak untuk khidmat nasihat, advokasi dan aduan berhubung permasalahan dadah serta substan termasuk permainan interaktif.\n\u201cBahagian PK juga akan mengadakan pameran dan khidmat nasihat berkaitan akta penapisan filem, akta agensi keselamatan (pengawal keselamatan), akta mesin cetak dan penerbitan dan akta penulisan teks Quran,\u201d katanya. \u2013 SINAR HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/bas-terbakar-20-orang-penumpang-hampir-maut/", "title": "Bas terbakar, 20 orang penumpang hampir maut", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Seramai 20 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas ekspres berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki terbakar di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur malam tadi.\nKomander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Fadil Hesam Mohamed berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.23 malam.\nKatanya, seramai 17 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Sri Hartamas digegaskan ke lokasi kejadian sejurus mendapat maklumat mengenai insiden itu.\nTambah beliau, bomba mendapati api marak membakar bas ekspres dua tingkat itu sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian.\n\u201cBas itu dalam perjalanan dari KL Sentral menghala ke Jalan Jalan Tuanku Abdul Halim. Seramai 20 orang penumpang dan pemandu bas itu selamat,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\nTambah Fadil, api dapat dikawal pada pukul 11.47 malam dan padam sepenuhnya pukul 12.09 tengah malam.\nPunca kebakaran masih dalam siasatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/buluh-lemang-sumber-pendapatan-shafie-di-raub/", "title": "Buluh lemang sumber pendapatan Shafie di Raub", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \n\u201cPermintaan terhadap buluh lemang pasti meningkat saban tahun. Tahun ini, saya sediakan lebih 20,000 batang buluh,\u201d kata Mohd Shafie Sulong, 52.\n\n\nMohd Shafie yang berasal dari Kampung Mek Kemas, Raub merupakan antara individu yang membekalkan buluh lemang kepada pengusaha mahupun penjual perseorangan.\n\n\nPada tahun lepas, dia menyediakan sebanyak 10,000 batang buluh, namun pada tahun ini sahaja telah meningkat satu kali ganda berikutan permintaan yang tinggi terhadap buluh lemang ini.\n\n\n\u201cSetiap batang buluh dijual RM2. Jika mahu beli bersama daun lerek, daun itu dijual RM1 setiap helai. Hingga hari ini, 15,000 batang buluh sudah ditempah dan saya jangka akan meningkat sehingga 20,000 batang menjelang penghujung Ramadan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGERRYMANDERING : Hasrat DAP Pecahkan Kawasan Dominasi Pengundi Melayu Bakal Tercapai?\n\n\n\n\n\n\nPerodua AXIA 2023 terima 20,100 tempahan\n\n\n\n\n\n\nSemua Parti Ada Ruang Sama Rata Untuk Kempen \u2013 Annuar\n\n\n\n\n\n\nUMNO Jumpa Perdana Menteri Untuk Awalkan PRU\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat dakwaan Menteri Pelancongan berlaku rasuah di KLIA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelain untuk 1 Syawal, peniaga atau individu juga mahu buluh lemang sepanjang sebulan Syawal untuk rumah terbuka. Saya masih ada stok bagi memenuhi permintaan sepanjang sebulan Syawal,\u201d katanya.\n\n\nMenurutnya lagi, dia turut mendapatkan stok daripada penanam buluh yang berada di seluruh negara selain mendapatkan bekalan dari kebun buluhnya sendiri berikutan permintaan yang luar biasa daripada para pelanggan, namun semua ini hanya mampu untuk menampung permintaan\u00a0\n\n\nMohd Shafie berkata, setiap buluh yang dijual semuanya sudah dipotong mengikut ruas dan pengusaha atau pengguna hanya perlu membersihkan sebelum digunakan.\n\n\n\u201cUntuk hari-hari biasa, permintaan terhadap buluh lemang ini tidak begitu tinggi, lingkungan lebih 500 batang saja. Namun, tiba Ramadan dan menjelang Aidilfitri, permintaan luar biasa kerana lemang salah satu sajian di bulan ini dan sepanjang sambutan Aidilfitri,\u201d katanya.\n\n\nMenurutnya, sekiranya permintaan terus meningkat pada saat-saat akhir Ramadan, dia akan berusaha memenuhi permintaan.\n\n\n\u201cPermintaan buluh lemang meningkat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak pernah berkurang sejak itu,\u201d katanya. \u2013 BERITA HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/calon-pn-di-terengganu-kelantan-guna-logo-pas/", "title": "Calon PN di Terengganu, Kelantan guna logo PAS", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Calon Perikatan Nasional (PN) di Kelantan dan Terengganu akan menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.\n\n\nPengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu diputuskan selepas perbincangan bersama parti komponen PN yang bersetuju untuk mengguna pakai kaedah sama seperti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\n\u201cHari ini (semalam), kami bincang soal politik, persiapan untuk PRN. Alhamdulillah, nampak Kelantan hampir sudah bersedia.\n\n\n\u201cKami juga sudah hampir selesai bincang pembahagian kerusi, sekarang sudah dibincangkan di peringkat pusat di bawah jawatankuasa rundingan kerusi. Lain-lain perkara yang dibincangkan soal manifesto, calon dan logo dipakai seperti pada PRU15 lepas,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua lagi didakwa di Johor Bahru, Shah Alam berkait dana Jana Wibawa esok\n\n\n\n\n\n\nBot Jabatan Perikanan Johor bersama 4 kru dilapor hilang\n\n\n\n\n\n\nBeri peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen di kawasan terjejas banjir\n\n\n\n\n\n\nTiada larangan MB Kedah hadir program kerajaan Pusat \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nTun M sah sertai Putra\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat bersama pimpinan PN Kelantan yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di sini malam tadi.\n\n\nKetika ditanya sama ada pembahagian kerusi akan turut menggunakan kaedah sama seperti ketika PRU15, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, perkara tersebut masih dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/fokus-aspek-pendidikan-sasar-rm600000-agihan-ramadan/", "title": "Yayasan Maghfirah fokus aspek pendidikan, sasar RM600,000 agihan Ramadan", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Ahad \u2013 Selepas genap lima tahun Yayasan Maghfirah (YM) ditubuhkan sejak 2018, mereka berjaya mengharungi pelbagai rintangan dengan melaksanakan program berteraskan pendidikan, dakwah, kebajikan dan perubatan.\u00a0\n\n\nKetua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Shuib Norudin berkata, YM akan kembali kepada tujuan asal penubuhan dengan menekankan aspek pendidikan.\u00a0\n\n\n\u201cPada masa akan datang, Yayasan Maghfirah (YM) bakal kembali kepada asal penubuhan iaitu berteraskan gagasan pendidikan, YM berusaha dalam mewujudkan satu jaringan pendidikan kepada kanak-kanak, menengah, mahasiswa dan warga emas\u201d\n\n\n\u201cKami berjaya mendapatkan tanah seluas 15 ekar sebagai pusat dakwah YM di \nLenggeng, Negeri Sembilan manakala\n pada Ramadan kali ini,\u00a0 kami melaksanakan Madrasah Ramadan bagi\u00a0 menyantuni warga emas untuk beribadah di bulan Ramadan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN sasar menang 33 kerusi bentuk kerajaan di Selangor\n\n\n\n\n\n\nAhli MKT UMNO tawar diri bertanding jawatan Ketua Pemuda\n\n\n\n\n\n\nKutipan tol Lebuhraya DASH bermula tengah malam ini\n\n\n\n\n\n\nJangan Biar Aset Negara Digadai, Dirampas Pihak Luar \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nPRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram pada 9 September\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media Majlis Amal Maghfirah di Dewan Seri Siantan Putrajaya malam semalam.\u00a0\n\n\nMuhammad Shuib berkata, YM sedang merancang program akan datang terutamanya bagi memperkasakan lagi program sedia ada seperti Sahabat al-Quran sebagai projek pertama YM.\u00a0\n\n\nBeliau turut berharap sokongan yang berterusan daripada setiap lapisan masyarakat untuk membolehkan\u00a0 YM terus membantu masyarakat di dalam dan luar negara.\u00a0\n\n\nSebagai rekod, pada Ramadan tahun lalu, YM berjaya mengagihkan lebihb RM300, 000 kepada hampir 10 ribu orang penerima maafaat dan menyasarkan nilai agihan sebanyak RM600,000 pada tahun ini.\u00a0\n\n\nTerdahulu, YM menganjurkan Majlis Amal Maghfirah 2023 yang bertemakan Melakar Kejayaan Bersama sempena genap lima tahun penubuhan YM menyantuni masyarakat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/guru-al-quran-di-kampung-hanya-dibayar-rm10-sebulan/", "title": "Guru al-Quran di kampung hanya dibayar RM10 sebulan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad -G\nuru al-Quran di kawasan kampung kebanyakannya hanya menerima sekampit gula dan bayaran RM10 sebulan, sekali gus meletakkan golongan ini dalam kumpulan asnaf.\n\n\nPengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, beliau berasa sedih kerana guru-guru al-Quran itu hanya dibayar RM10 sebulan.\u00a0\n\n\n\u201cSedih kerana guru-guru al-Quran di kampung-kampung ini hanya menerima bayaran RM10 sebulan tetapi itu pun tak dibayar, 80 peratus tidak bayar. Ada yang cuma bagi sekampit gula.\n\n\n\u201cNamun, mereka terus me\u00adngajar al-Quran kepada anak-anak kampung kerana ini adalah fardu kifayah. Mereka teruskan walaupun hidup dalam kemiskinan. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBas Mekar JPN permudah urusan permohonan kad pengenalan\n\n\n\n\n\n\nNama Tengku Zafrul \u2018tercicir\u2019 daripada senarai calon BN\n\n\n\n\n\n\nBendahari Bersatu ditahan SPRM, disiasat kes perbelanjaan dana parti\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam diseru bawa perubahan kembalikan Malaysia ke tahap gemilang\n\n\n\n\n\n\nDAKWAAN PAS KHIANAT, JANGAN SAMPAI SEMUANYA MELOPONG\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi adalah tugas YPPM mengenal pasti mereka dan beri bantuan,\u201d katanya selepas program Barokah Ramadan bersama Asnaf anjuran YPPM bersama Wasiyyah Shoppe Berhad di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu semalam.\n\n\nDalam program yang dilaksanakan itu, sebanyak 120 asnaf termasuk guru al-Quran dan penggali kubur menerima bantuan kewangan sempena hari Nuzul al-Quran.\n\n\nJelasnya lagi. YPPM amat mengalu-alukan mana-mana syarikat korporat untuk turut bersama dalam menyertai program seperti ini bagi membela nasib golongan berkenaan.\n\n\n\u201cYPPM bersama Wassiyah Shoppe Berhad merancang untuk terus membela nasib guru al-Quran ini dan kalau boleh kami nak bagi bayaran bulanan di atas semua kerja yang buat mereka.\n\n\n\u201cKami sebenarnya terlepas pandang, namun mereka te\u00adrus berbakti walaupun dapat sekampit gula. Jadi, kami berharap lebih banyak syarikat korporat tampil bekerjasama untuk mengadakan program seperti ini,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wasiyyah Shoppe, Arifin Sabirin berkata, pihaknya berharap bantuan disalurkan dapat membantu golongan terlibat terutama ketika membuat persediaan Aidilfitri ini.\n\n\n\u201cIni adalah tahun kedua kami bekerjasama dengan YPPM dan tahun ini kami pilih Kuala Kedah kerana di sini mempunyai jumlah asnaf yang ramai termasuk dalam golongan guru al-Quran,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/melayu-bersama-islam-akan-menyelamatkan-semua-bangsa-hadi-awang/", "title": "Melayu bersama Islam akan menyelamatkan semua bangsa \u2013 Hadi Awang", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Hanya Melayu yang tidak sayangkan kaumnya yang berada di luar tabii atau tegak bersama fanatik kaumnya sahaja merosakkan Melayu itu sendiri dan merosakkan semua bangsa dalam masyarakat majmuk.\n\u201cSebaliknya, hanya Melayu yang tegak bersama Islam akan menjadikan Melayu selamat dan semua bangsa selamat,\u201d kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan \nMinda Presiden PAS \ndi Facebook miliknya.\nMenurut beliau, sekiranya orang Melayu angkuh seperti iblis, sudah pasti mereka tidak akan memeluk Islam dengan mudah kerana Islam dibawa oleh pendatang asing daripada kalangan bangsa Arab dan India Muslim yang bukan Melayu.\nMenurutnya, apa yang sebenarnya berlaku, Melayu yang berkuasa dan mendaulatkan Islam tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam.\nIslam dilaksanakan dengan adil kepada semua sehinggakan mereka berjaya mengIslamkan kaum bangsanya sendiri dan kaum lain dalam kalangan bukan Islam yang datang ke sini.\n\u201cTeguhnya pegangan Islam bangsa Melayu ini sehingga gagal dimurtadkan oleh penjajah yang datang silih berganti bermula dengan Portugis sehinggalah Belanda, British dan Jepun.\n\u201cMelayu tidak boleh dimurtadkan sepertimana yang berlaku di negara-negara lain, apatah lagi dipengaruhi oleh ideologi komunis yang tidak percayakan Tuhan.\n\u201cAkan tetapi hanya segelintir sahaja yang terlalu bebal dan buta al-Quran. Sesiapa yang murtad, mereka dianggap bukan Melayu lagi.\n\u201cSifat Islam yang masih ada kepada Melayu menjadikan mereka boleh menerima masyarakat majmuk yang dipaksa oleh penjajah atas sifat kemanusiaan Melayu Islam yang ada dalam dirinya. Sehinggakan, satu keluarga bukan Islam boleh berada di tengah masyarakat Melayu yang besar jumlahnya.\nTambah Abdul Hadi, Melayu dituduh angkuh dibandingkan dengan Kemboja menunjukkan jahil tentang sejarah kejatuhan Kerajaan Melayu Islam di negara itu atau kerana buta hatinya.\nUjar beliau, Islam pernah dianut oleh bangsa Champa iaitu rumpun Melayu di Indochina yang memerintah Kerajaan Champa.\n\u201cPengaruh kerajaan ini berkembang dalam wilayah yang luas sehingga wujudnya Pangkalan Champa (Pengkalan Chepa) di Kelantan.\n\u201cMalangnya, kerajaan ini mengalami kelemahan dan kejatuhan sehingga rumpun Melayu Champa menjadi kumpulan minoriti yang merempat kemiskinan dan kejahilan dalam tanah air mereka sendiri, sehingga mereka menjadi lemah tidak bermaya.\n\u201cPada era komunis, ramai penganut Islam dibunuh dan paling ramai yang berhijrah ke Malaysia. Kalau Melayu ini angkuh, mereka tidak akan memilih Malaysia sebagai tempat hijrah untuk menyelamatkan agama mereka,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/myjpj-catat-lebih-2-97-juta-pengguna/", "title": "MyJPJ catat lebih 2.97 juta pengguna", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Lebih 2.97 juta pengguna telah memuat turun aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu MyJPJ sejak dilancarkan pada Februari lalu.\nKetua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, aplikasi yang dibangunkan oleh JPJ untuk menyemak secara serentak salinan lesen memandu dan cukai jalan digital setakat ini berjalan dengan lancar.\nTambah beliau, menerusi inisiatif pendigitalan berkenaan, pihaknya mampu mengesan maklumat lengkap pemandu menggunakan alat Smart Management Enforcement Device\u2019 (SMED). \n\u201cBagi pemandu yang mempunyai masalah untuk mempamerkan lesen memandu dan cukai jalan digital, kamai akan menggunakan alat SmED dengan membuat pendaftaran identiti (ID) mereka untuk mengakses lesen dan cukai jalan secara digital.\n\u201cJusteru saya menyeru kepada seluruh masyarakat untuk memuat naik aplikasi MyJPJ bagi memudahkan urusan,\u201dkatanya pada sidang akhbar Majlis berbuka Puasa JPJ Negeri Kelantan di Panji semalam.\nDalam pada itu, Zailani berkata, JPJ membekukan cuti anggotanya untuk menjalankan tugas pemantauan sempena Aidilfitri.\nKatanya, penguatkuasaan bagi Ops Raya akan bermula sebelum, semasa dan selepas Aidilfitri dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan bagi mengelak berlaku banyak kemalangan.\n\u201cPengguna juga perlu merancang jadual perjalanan terutama mereka yang akan pulang ke Kelantan yang mana kami jangka akan berlaku kesesakan di Gua Musang susulan penutupan jalan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C.\n\u201cJadi saya menyeru pengguna untuk tidak hanya bergantung kepada laluan berkenaan kerana masih ada beberapa pilihan laluan untuk masuk ke Kelantan bagi mengelakkan kesesakan,\u201d katanya. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/pengedar-dadah-maut-ditembak-selepas-merempuh-polis/", "title": "Pengedar dadah maut ditembak selepas merempuh polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Seorang pengedar dadah maut ditembak selepas bertindak merempuh polis dan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan Op Tapis dalam kejadian di tepi jalan Kawasan Industri Berkelompok Kelapa Sawit (POIC) Fasa 2 di Lahad Datu, Sabah\u00a0 semalam. \nDalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, suspek berusia 28 tahun memandu kereta jenis Perodua Viva dan membawa dadah jenis syabu sebanyak 7.45 gram serta parang samurai.\nKetua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, sepasukan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas dilanggar suspek ketika menjalankan operasi berkenaan.\n\u201cBertindak atas maklumat aktiviti pengedaran dadah, semasa sepasukan polis hendak menahan sebuah kereta yang dinaiki suspek, secara tiba-tiba suspek bertindak mengundurkan kenderaannya dengan agresif dan merempuh salah seorang anggota polis.\n\u201cSuspek juga membuat pusingan-U sebelum memecutkan kenderaannya dalam pergerakan melawan arus serta merempuh seorang lagi anggota serbuan yang cuba menghalang suspek, namun dalam masa sama anggota terbabit sempat melepaskan tembakan ke arah suspek bagi mempertahankan diri sebelum dilanggar,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini. \nTambah beliau, suspek kemudian cuba memecutkan kenderaannya untuk melarikan diri, namun terbabas pada jarak sejauh 400 meter dari lokasi kejadian.\n\u201cPemeriksaan lanjut mendapati suspek sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.\n\u201cHasil semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau melibatkan pelbagai kesalahan narkotik dan merupakan orang dikehendaki bagi kes jenayah komersil serta hasil pemeriksaan juga menemui syabu bernilai RM1,490 serta pedang samurai turut dirampas,\u201d katanya.\nRohan Shah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar syabu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/pengeluaran-kwsp-secara-terus-lebih-mudah-berbanding-cagaran/", "title": "Pengeluaran KWSP secara terus lebih mudah berbanding cagaran", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara terus adalah lebih mudah berbanding menggunakannya sebagai sandaran permohonan pinjaman.\n\n\nBekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pengeluaran secara terus itu perlu dibenarkan bagi mereka yang hanya memerlukan dana untuk kecemasan.\n\n\n\u201cJadi, jika anda mengambil pinjaman sebanyak RM70,000 dan membayar faedah, katakan lima peratus setahun, ia akan menjadi RM3,500. Sepanjang 10 tahun, ia menjadi RM35,000. Sedangkan KWSP tidak boleh menjamin pulangan lima peratus ke atas baki anda.\n\n\n\u201cJumlah bersih daripada pinjaman RM70,000 selepas ditolak bayaran faedah ialah RM35,000. Dalam kes sedemikian, adalah lebih masuk akal bagi pencarum untuk mengeluarkan RM35,000 terus daripada Akaun 2. Dia (pencarum) tidak perlu membayar satu sen faedah,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRakyat Kesal Mahu Dapat Bantuan Perlu Hadapi Pelbagai Birokrasi\n\n\n\n\n\n\nPolis tunggu laporan perubatan budak dipercayai mangsa dera\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Wang ihsan disalurkan terus kepada golongan miskin\n\n\n\n\n\n\nPBB, EU, Kesatuan Afrika gesa gencatan senjata segera\n\n\n\n\n\n\nPolis rakam keterangan 3 individu kes curi wang BAP RM109,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Utusan, beliau berkata, penggunaan simpanan KWSP sebagai sokongan permohonan pinjaman hanya akan membebankan rakyat dengan bayaran faedah yang akan dikenakan.\n\n\nAhli Parlimen Titiwangsa itu berkata, tindakan pentadbiran sebelum ini membenarkan pengeluaran simpanan KWSP secara menyeluruh ketika pandemik mempunyai kesan yang agak serius.\n\n\nKatanya, pengeluaran secara tiba-tiba oleh ahli KWSP akan mengganggu pelaburan dana persaraan yang akan menjejaskan pulangan masa hadapan.\n\n\nSelain itu, membenarkan mereka yang tidak terjejas oleh pandemik mengeluarkan KWSP mereka adalah salah satu faktor yang membawa kepada inflasi.\n\n\nSebelum ini, kerajaan telah mengumumkan ahli KWSP akan dibenarkan menggunakan simpanan dalam Akaun 2 mereka untuk menyokong permohonan pinjaman bank.\n\n\nIa adalah penyelesaian alternatif kepada gesaan daripada pembangkang dan pelbagai kumpulan agar kerajaan membenarkan satu lagi pusingan pengeluaran KWSP."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/ph-bn-setuju-kekal-kerusi-penyandang-pru14-hadapi-prn/", "title": "PH, BN setuju kekal kerusi penyandang PRU14 hadapi PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk mengekalkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\nKetua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu dipersetujui selepas perundingan yang dibuat kedua-kedua pihak baru baru ini.\nBeliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, setakat ini perbincangan pusingan pertama telah selesai yang mana PH dan BN memutuskan beberapa parameter memandu proses PRN antaranya untuk mengekalkan kerusi penyandang.\nTambah Saifuddin, rundingan berkaitan PRN sedang berlangsung di beberapa buah negeri, namun agihan dan penambahan kerusi akan diselesaikan di peringkat negeri kepimpinan PH serta BN negeri.\n\u201cKeputusan yang kami buat di peringkat sekretariat dan kami kena perturunkan ke bawah, perundingan di beberapa negeri sedang berlaku. Kami ada masa lagi, yang penting kami setuju dengan parameters itu penting, antaranya \nincumbent seat\n\u00a0itu kekal.\nSaifuddin berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN Madani di Bayan Baru, Pulau Pinang semalam.\nTurut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.\nPada PRU15, Noveber tahun lalu, enam negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Kelantan tidak membubarkan DUN serentak.\nBerikutan itu, keenam-enam negeri berkenaan dijangka akan membubarkan DUN masing- masing pada Jun ini bagi membolehkan PRN diadakan antara Julai hingga Ogos ."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/satu-pps-dibuka-tempatkan-mangsa-ribut-di-sepang/", "title": "Satu PPS dibuka tempatkan mangsa ribut di Sepang", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Meranti, Putra Perdana, Dengkil malam tadi bagi menempatkan mangsa kejadian ribut.\n\n\nKetua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, PPS yang dibuka pada jam 10 malam itu menempatkan tujuh mangsa daripada satu keluarga.\n\n\n\u201cKeluarga itu ditempatkan di PPS tersebut selepas bumbung rumah mereka di Pangsapuri Angsana, Bukit Puchong 2, tercabut diterbangkan angin akibat bencana,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan jumlah rumah yang rosak akibat ribut itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam perlu bersatu, jangan berpuak-puak\n\n\n\n\n\n\nTersenarai Mega Projek Paling \u2018Tidak Berguna\u2019 Di Dunia\n\n\n\n\n\n\nEmpat lokasi pantai di Pulau Pangkor dikesan terhakis teruk\n\n\n\n\n\n\nTambah Baik Sistem Tidak Lestari & Tidak Mesra Pengguna \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nPengundi muda paling ramai di Selangor \u2013 SPR\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu,\u00a0media melaporkan lebih 20 lokasi di sekitar Kampung Pulau Meranti, Taman Putra Perdana dan Pangsapuri\u00a0Angsana Bukit Puchong 2, terjejas akibat ribut petang semalam.\n\n\n\n\nKejadian kira-kira jam 4.30 petang itu menyebabkan beberapa infrastruktur awam, masjid, surau, premis perniagaan dan rumah penduduk turut mengalami kerosakan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/09/spcaam-cadang-pekerja-bersara-umur-65-tahun/", "title": "SPCAAM cadang pekerja bersara umur 65 tahun", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mencadangkan agar pekerja dibenarkan untuk bekerja sehingga umur 65 tahun atas kerelaan mereka sendiri.\nDalam satu kenyataan pada Ahad, Penasihat Buruh Antarabangsa SPCAAM, Callistus Antony D\u2019Angelus berkata, pekerja ini tidak boleh dipaksa untuk bersara dan mereka juga tidak boleh dipaksa bekerja.\nCadangan ini timbul berikutan laporan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) rakyat Malaysia yang lebih 51.5 peratus ahlinya bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang RM10,000.\nInisiatif ini dapat membantu mengurangkan tekanan ekonomi pesara sepanjang tempoh selepas mereka bersara. \nMenurut Bahagian Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertambahan jangka hayat di Malaysia yang meningkat daripada 52.8 tahun kepada 76.51 tahun bagi memastikan mereka mampu menyara diri daripada segi ekonomi selepas bersara.\nTambah SPCAAM, sektor perniagaan juga mendapat manfaat jika cadangan sedemikian dilaksanakan kerana mempunyai akses kepada tenaga kerja yang berpengalaman.\nKatanya, negara perlukan beberapa penyelesaian kreatif dan saksama dalam isu yang melibatkan pekerja-pekerja di negara ini dan pembaharuan besar dasar buruh serta ekonomi juga diperlukan. \u2013 ASTRO AWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/10/ahmad-zahid-mohon-kes-rasuah-digugurkan-bicara-kes-tangguh-1-april/", "title": "Ahmad Zahid mohon kes rasuah digugurkan, bicara kes tangguh 1 April", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara supaya pertuduhan rasuah dalam perbicaraan membabitkan penyelewengan dana Yayasan Akalbudi digugurkan.\n\n\nLapor media tempatan, peguam beliau, Hamidi Mohd Noh memaklumkan perkara itu kepada hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah pada prosiding sebutan kes hari ini.\u00a0\n\n\nHamidi memohon perbicaraan yang disambung semula pada 10 April itu ditangguhkan kerana perkembangan terkini dan menunggu keputusan mengenai representasi.\n\n\nMenurut Hamidi, surat representasi yang mengandungi lebih 200 muka surat itu ditujukan kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sendiri dan pihak pendakwaan perlu menelitinya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes mahkamah pemimpin PN tak lemahkan \u2018gelombang hijau\u2019\n\n\n\n\n\n\nBN Menang Besar Jika PN, PH Tak Buat Perubahan\n\n\n\n\n\n\nInstitusi Perundangan : Tidak boleh ada keistimewaan antara ahli politik dengan rakyat\n\n\n\n\n\n\nUMNO kalah teruk, Zahid punca\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir beri bayangan sertai PUTRA\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya lagi, pihak pendakwaan tidak membantah penangguhan itu.\n\n\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob mengesahkan, pihak pendakwaan telah menerima surat representasi dan mengesahkan\n \ndiarahkan untuk tidak membantah penangguhan itu.\n\n\nHakim kemudian bertanya kepada Abdul Malik berapa lama masa yang diperlukan untuk mengkaji dan memutuskan representasi.\n\n\nAbdul Malik menjawab, \npihaknya memerlukan masa lanjut kerana permohonan itu turut dikepilkan surat daripada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bertarikh 20 Februari lalu yang menyatakan agensi itu menjalankan siasatan lanjut berhubung bukti baharu dikemukakan oleh pembelaan.\n\n\nAzam berkata, pihaknya tidak menerima maklumat berhubung siasatan lanjut SPRM, bagaimanapun mereka memerlukan keputusan siasatan berkenaan untuk membuat keputusan terhadap permohonan representasi itu.\n\n\nHakim Collin kemudian membenarkan penangguhan itu.\n\n\n\n\nTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk perbicaraan di peringkat pembelaan bagi 47 pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan pecah amanah yang dihadapinya.\n\n\n\ud83d\udcf8 Nordiana Barka | BERNAMA \npic.twitter.com/QEQxki7cGO\n\n\n\u2014 BERNAMA (@bernamadotcom) \nApril 10, 2023\n\n\n\n\nBeliau menetapkan 1 Ogos ini untuk pihak-pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai keputusan representasi itu.\n\n\nAhmad Zahid berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi, sebuah yayasan kebajikan yang ditubuhkannya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/10/azlan-man-didakwa-buat-tuntutan-palsu-bernilai-rm1-18-juta/", "title": "Azlan Man didakwa buat tuntutan palsu bernilai RM1.18 Juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah lebih RM1.18 juta yang dilakukan pada tahun 2013 hingga 2017.\n\n\nAzlan membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Norsalha Hamzah di Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis hari ini.\n\n\nBerdasarkan kelima-lima pertuduhan, Azlan sebagai ejen kerajaan negeri Perlis iaitu Menteri Besar didakwa menggunakan beberapa dokumen mengandungi butiran palsu bagi membuat tuntutan kemudahan Cuti Seberang Laut ke London, United Kingdom sedangkan tidak ada perjalanan seperti yang dituntut tersebut.\n\n\nBagi pertuduhan pertama bekas Menteri Besar Perlis itu didakwa mengemukakan Invois Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn. Bhd., bertarikh 11 Disember 2023 yang mengandungi tuntutan berjumlah RM230,230 melibatkan perjalanan pada tarikh 20 Disember 2013 hingga 2 Januari 2014.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu wujudkan sistem data raya bekalan sayur negara\u00a0\n\n\n\n\n\n\nKerana Musang King \u2013 jangan aniaya Orang Asli, bincang sebelum halau\n\n\n\n\n\n\nPolis rekod keterangan Sanusi, Guan Eng, Abdul Hadi berhubung isu 3R\n\n\n\n\n\n\nRohana pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa mengemukakan sebut harga tiket penerbangan pergi balik ke London dan hotel penginapan, Pesanan Kerajaan Negeri Perlis dan invois dari agensi pelancongan sama yang mengandungi tuntutan berjumlah RM216,260 dan RM241,295.40, masing-masing melibatkan tarikh 17 hingga 26 Disember 2014 serta 18 hingga 29 Disember 2015.\n\n\nBagi pertuduhan keempat, Azlan didakwa mengemukakan sebut harga tiket penerbangan pergi balik ke London dan hotel penginapan, Pesanan Kerajaan Negeri Perlis (borang AM 75E) dan Invois Aidil Travel & Tours Sdn. Bhd., bertarikh 29 Disember 2016 melibatkan tuntutan sebanyak RM253,195.40 bagi tarikh 23 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017.\n\n\nPertuduhan kelima pula melibatkan dakwaan terhadap ahli politik itu yang mengemukakan sebut harga tiket penerbangan pergi balik ke London dan hotel penginapan, Pesanan Pembelian Kerajaan Negeri Perlis (borang AM 75-Pin.1/2007) dan Invois Aidil Travel & Tours Sdn. Bhd., bertarikh 30 November 2017 bagi perjalanan pada tarikh 23 hingga 30 November tahun berkenaan berjumlah RM244,079.30.\n\n\nKesemua pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) Akta yang sama.\n\n\nSeksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu jika berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.\n\n\nPendakwaan dikendalikan Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Ahmad Akram Gharib manakala tertuduh diwakili peguam, Burhanudeen Abdul Wahid.\n\n\nHakim menetapkan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.\n\n\nMahkamah kemudiannya menetapkan 12 Mei 2023 sebagai tarikh sebutan semula kes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/10/jemaah-umrah-disediakan-pengangkutan-percuma-di-jeddah/", "title": "Jemaah umrah disediakan pengangkutan percuma di Jeddah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 General Syndicate of Cars (GSC) menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam secara percuma di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz (KAIA) di Jeddah, Arab Saudi.\n\n\nSehubungan itu, jemaah perlu terlebih dulu menerima pas masuk bas yang akan membawa mereka ke tempat letak kereta Kudai dan kemudiannya ke Masjidil Haram di Makkah.\n\n\nKetua Pengarah GSC, Osama Samkari berkata, jumlah perjalanan sepanjang Ramadan mencecah 13 kekerapan berturut-turut dari lapangan terbang ke Masjidil Haram yang dibuat setiap hari dan setiap masa dari jam 10 pagi hingga 10 malam.\n\n\nTerdapat juga 12 perjalanan berlepas dari Makkah yang bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJuruterbang enggan bawa Presiden Israel ke London\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Sweden kesal dengan tindakan berulang pembakaran Al-Quran\n\n\n\n\n\n\nIndonesia, India Hantar Bantuan Ke Afghanistan\n\n\n\n\n\n\n20 jemaah umrah maut dalam kemalangan ke Kota Mekah\n\n\n\n\n\n\nPalestin serang balas tentera Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nOsama mengesahkan bilangan perjalanan dalam tempoh 10 hari terakhir Ramadan akan ditambah, selain meminda masa berlepas perjalanan bas seiring peningkatan ketara jumlah penerbangan yang tiba di lapangan terbang dan masa solat Tahajjud.\n\n\nBas akan mula bertolak dari lapangan terbang pada jam 3 petang hingga 3 pagi manakala perjalanan berlepas dari Makkah akan bermula dari jam 4 petang hingga 4 pagi.\n\n\nPerkhidmatan itu bagi membolehkan jemaah bergerak dengan pengangkutan awam ke Masjidil Haram dan mengurangkan kesesakan serta kepadatan di kawasan pusat.\n\n\nIa akan memudahkan jemaah melaksanakan ibadah dengan selesa dan lancar dengan pelbagai pilihan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/10/lembaga-disiplin-umno-panggil-jamal/", "title": "Lembaga Disiplin UMNO panggil Jamal", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunus dipanggil Lembaga Disiplin berhubung dengan dakwaan sogokan kepada perwakilan pada pemilihan parti itu, 18 Mac lalu.\n\n\nSurat pemakluman yang memanggil Jamal untuk hadir itu ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun pada 7 April lalu.\n\n\nIsi kandungan surat berkenaan menyatakan bahawa Jamal dipanggil kerana didakwa melanggar peruntukan Perlembagaan UMNO dan Tataetika Ahli UMNO yang boleh dikenakan hukuman di bawah Fasal 20.9.\n\n\n\u201cBahawa Datuk Seri pada 17 Mac 2023, jam lebih kurang 6.15 petang sudah melakukan perbuatan rasuah dan sogokan politik dengan memberikan wang sebanyak RM1,000 kepada penama (12 perwakilan) dari Cawangan UMNO Parit Sungai Haji Dorani, Parit 3 Jalan Lama, Sungai Limau, Simpang Tiga Loji dan Pekan Pasir Panjang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKDN tetapkan klasifikasi filem 2023 berkuat kuasa hari ini\n\n\n\n\n\n\nJPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara\n\n\n\n\n\n\nBajet 2023 akan dibentangkan semula pada 24 Februari\n\n\n\n\n\n\nKPM rangka pelan pemulihan pelajar keciciran\n\n\n\n\n\n\nUMNO wajar jelaskan dasar parti kepada ahli \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cYang menjadi perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar melalui ejen Datuk Seri untuk memilih Datuk Seri sebagai Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar pada pemilihan parti bagi sesi 2023-2026,\u201d menurut kandungan surat berkenaan.\n\n\nSementara itu, pihak media yang cuba menghubungi Jamal masih belum memberi sebarang pernyataan balas lagi.\n\n\nUMNO selesai mengadakan pemilihan parti pada 18 Mac lalu.\n\n\nDifahamkan, ketika ini, Lembaga Disiplin masih menjalankan siasatan selain memanggil beberapa individu dan pemimpin UMNO yang terkait dengan aduan salah laku ketika pemilihan parti bulan lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/10/pengampunan-diraja-umno-masih-perlukan-najib/", "title": "Pengampunan diraja: UMNO masih perlukan Najib", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 UMNO masih memerlukan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan sokongan ahli kepada parti keramat orang Melayu itu.\n\n\nPensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, \nMujibu Abd Muis berkata, disebabkan itu, UMNO membuat keputusan untuk memohon pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri tersebut yang kini menjalani hukuman penjara.\n\n\n\u201cYa sudah tentu, kita lihat bagaimana faktor bossku itu menjadi pemangkin pada sokongan mendadak Barisan Nasional dalam siri Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) khususnya di Johor dan Melaka dan faktor Najib juga bila dihantar ke penjara menjadi penyebab juga UMNO itu merudum.\n\n\n\u201cJadi kita kena akuilah Najib diperlukan dalam konteks politik UMNO dan dalam keadaan dia masih dalam penjara pun, ahli-ahli UMNO mengakui suara dari penjara ini tidak boleh dinafikan, jadi saya rasa Najib masih relevan for UMNO politik,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n3 Beranak Ditemukan Lemas, Saling Berpelukan Dalam Kereta\n\n\n\n\n\n\n3 Ahli Bersatu Dipecat Akibat Bertanding Bebas\n\n\n\n\n\n\nVape musnahkan generasi tahfiz, pondok\n\n\n\n\n\n\nTiada gelombang hijau di PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat isu kalimah Allah dibangkitkan dalam kempen\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, kenyataan itu juga dikuatkan lagi dengan luahan daripada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail \nyang memberikan keyakinan untuk terus memberi sokongan kepada Najib walaupun keputusan mahkamah baru-baru ini tidak memihak kepada beliau.\n\n\n\n\nMalah, Pemuda UMNO juga mendesak kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap Najib bagi memastikan keadilan dapat dilaksanakan dan dijalankan sebaik mungkin terhadap kes tersebut.\n\n\n\u201cWalaupun pada ketika UMNO sudah selesai melakukan pemilihan, kenyataan-kenyataan macam Naib Presiden, Datuk Wan Rosdy dan suara-suara daripada pemuda sendiri, saya rasa apakah ini bakal mengundang keresahan kepada kem yang menguasai UMNO terutamanya Zahid Hamidi\n\n\n\u201cDalam hal ini, ia bukan sahaja menenangkan UMNO tetapi hubungan UMNO dan Pakatan Harapan itu dalam konteks mereka sebagai kerajaan campuran,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/10/pengampunan-najib-umno-tidak-boleh-failkan-permohonan/", "title": "Pengampunan Najib, UMNO tidak boleh failkan permohonan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nTindakan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Datuk Seri Najib Razak dikatakan tidak boleh dilakukan oleh pihak ketiga.\u00a0\n\n\nPeguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, petisyen pengampunan itu hanya boleh dilakukan oleh Najib, ahli keluarga atau peguam yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri itu dan Jabatan Penjara mengikut Peraturan 113 dan Peraturan-Peraturan Penjara 2000.\n\n\n\u201cBegitu juga orang ramai yang ingin membantah permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan dengan petisyen maya yang ada, individu yang menaja itu boleh memajukan bantahan berkenaan kepada permohonan. \n\n\n\u201cTiada isu untuk berbuat demikian tetapi mereka dengan sendirinya tidak boleh membuat permohonan, sebaliknya memajukan sokongan terhadap permohonan Najib,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNGO Melayu Diketepikan, Hua Zong Lebih Istimewa Diutamakan?\n\n\n\n\n\n\nPermohonan permit jual mercun dijangka meningkat\n\n\n\n\n\n\nDakwaan kes Menteri buat kecoh di KLIA disiasat rapi -PM\n\n\n\n\n\n\nKes pinda laporan audit: 3 Mac, tarikh bela diri atau bebas Najib & Arul Kanda\n\n\n\n\n\n\nBadan kehakiman jadi sasaran beberapa pihak capai objektif niat jahat mereka\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun, UMNO boleh memfailkan surat, petisyen atau kenyataan sokongan ditandatangani ahli-ahli parti kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyokong permohonan Najib.\n\n\nTerdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, MKT UMNO menerima memorandum daripada 191 bahagian untuk membela bekas Presiden itu yang disifatkan mempunyai banyak jasa kepada rakyat dan negara.\n\n\nMKT UMNO juga sebulat suara bersetuju memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berserta memorandum ditandatangani oleh seluruh kepemimpinan UMNO dari 191 bahagian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/10/polis-siasat-hadi-dakwa-orang-bukan-islam-punca-rasuah/", "title": "Polis siasat Hadi dakwa orang bukan Islam punca rasuah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan berhubung kenyataan berbaur perkauman, membabitkan dua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN).\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kertas siasatan itu dibuka ke atas Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan.\n\n\n\u201c(Ia) berhubung kenyataan dikeluarkan (Ahli Parlimen) Permatang Pauh (Muhammad Fawwaz) yang dilaporkan membuat fitnah ke atas orang bukan Islam dan kenyataan dilaporkan (Ahli Parlimen) Marang (Abdul Hadi) berkenaan golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah punca gejala rasuah di Malaysia.\n\n\n\u201cMemandangkan kedua-dua kes masih dalam tindakan PDRM, saya tidak berhasrat mengulas lanjut untuk tidak mengganggu siasatan sedang dilaksanakan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP dambakan sokongan orang Melayu demi kepentingan survival politik\n\n\n\n\n\n\nSaya sedia disiasat bila-bila masa \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nBuat hantaran sensitiviti kaum, pemilik Crackhouse didenda RM8,000\n\n\n\n\n\n\nKerajaan anjur sesi libat urus tambah baik SOSMA\n\n\n\n\n\n\nKhairy akui sertai kerajaan bukan jalan mudah jadi PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin menambah, Abdul Hadi disiasat kerana mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah punca gejala rasuah di Malaysia manakala Muhammad Fawwaz pula didakwa memfitnah orang bukan Islam.\n\n\nKatanya, siasatan ke atas Abdul Hadi yang juga Presiden PAS dan Muhammad Fawwaz yang juga Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dibuat mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan.\n\n\nTambah beliau, siasatan ke atas dua wakil rakyat itu turut dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.\n\n\nSebelum ini, Muhammad Fawwaz menerusi entri di Facebooknya dilaporkan menulis kenyataan berbaur fitnah kepada orang bukan Islam sebelum memohon maaf dan memadam kenyataan tersebut.\n\n\nSementara itu, Abdul Hadi menerusi kenyataannya pada Ogos tahun lalu mendakwa, golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai kumpulan majoriti menjadi perosak politik sertaekonomi negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/10/surat-azalina-tidak-dibincang-jemaah-menteri/", "title": "Surat Azalina tidak dibincang Jemaah Menteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Jjemaah Menteri tidak pernah membincangkan surat yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman mengenai kes pelanggaran kod etika yang membabitkan Datuk Mohd Nazlan Ghazali.\n\n\nPerkara ini dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika diminta untuk mengulas mengenai surat penjelasan Azalina berhubung kes pelanggaran kod etika hakim yang membabitkan Mohd Nazlan.\n\n\nMenurut Azalina, pelanggaran itu dikenal pasti menerusi kesimpulan dikemukakan dalam Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\n\u201cTidak pernah dibincangkan dalam Kabinet, malah mesyuarat Kabinet kali ini pun akan berlangsung Rabu ini, saya belum tahu apa akan dibincangkan lagi,\u201d kata Anthony Loke pada sidang media di Kementerian Pengangkutan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan pusat\n\n\n\n\n\n\nRelawan Muda ISMA-Yayasan Telekom kerjasama program kecemerlangan pendidikan\n\n\n\n\n\n\nZahid sahkan dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nPAS ditawar sertai Kerajaan Perpaduan, Nga sifatkan cerita dongeng\n\n\n\n\n\n\nPegawai Tugas-Tugas Khas PM dilantik CEO Yadim\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaru-baru ini, media melaporkan salinan surat yang didakwa daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki kepada Tengku Maimun tular di media sosial.\n\n\nSurat tersebut tular beberapa hari selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat semakan ke atas sabitan dan hukuman dikenakan terhadap bekas Presiden UMNO itu.\n\n\nPada 24 Februari lalu, pihak media melaporkan, panel tujuh Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tengku Maimun, berkata, SPRM tidak mengikuti protokol ketika menjalankan siasatan terhadap Mohd Nazlan\n\n\nTengku Maimun dalam penghakimannya berkata, agensi penyiasat seperti SPRM perlu berunding dengan Ketua Hakim Negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim mahkamah atasan.\n\n\nPada Julai 2020, Mohd Nazlan yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dana SRC serta memerintahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dipenjara selama 12 tahun serta didenda RM210 juta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/10/tarikh-tengok-anak-bulan-syawal-pada-20-hari-bulan/", "title": "Tarikh tengok anak bulan Syawal pada 20 hari bulan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 20 April yang bersamaan dengan 29 Ramadan 1444 Hijrah adalah tarikh bagi melihat anak bulan Syawal di 29 lokasi terpilih di seluruh negara.\n\n\nPerkara itu dimaklumkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi menyempurnakan titah perintah yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu.\n\n\nDalam satu kenyataan yang dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, memaklumkan bahawa Majlis Raja-raja berseruju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.\n\n\nPada malam itu juga, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa melalui saluran televisyen dan radio.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemborong Dan Pengeluar Manipulasi Harga Barang?\n\n\n\n\n\n\nSemua Parti Ada Ruang Sama Rata Untuk Kempen \u2013 Annuar\n\n\n\n\n\n\nHarga Sayur Naik Mendadak, Cap Gesa Pihak Berkuasa Siasat\n\n\n\n\n\n\nNur Jazlan desak henti keluar kenyataan retorik, jaga hubungan baik BN-PH\n\n\n\n\n\n\nJangan `tutup mata\u2019 terhadap Syria \u2013 WHO\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Balai Cerap Selangor Sabak Bernam di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak; dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.\n\n\nLokasi lain yang turut terpilih ialah Kampung Pulau Sayak Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Geliga, Kemaman, Pulau Perhentian Besut dan Balai Cerap KUSZA, Setiu di Terengganu.\n\n\nLokasi melihat anak bulan di Kelantan pula ialah Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu; manakala di Sarawak ialah Pusat Falak, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu.\n\n\nDi Sabah ialah Balai Cerap Al-Biruni, Putatan dan Menara Universiti Malaysia Sabah; Kampus Antarabangsa Labuan; manakala di Pahang ialah Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang dan Bukit Pelindong, Kuantan.\nTiga lagi lokasi ialah Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/10/umno-pecat-tiga-adun-sabah/", "title": "UMNO pecat tiga ADUN Sabah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah dipecat daripada UMNO iaitu ADUN Sugut, Datuk James Ratib, ADUN Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari dan ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya.\n\n\nKetua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ketiga-tiga individu ini dikenakan tindakan pecat manakala seorang lagi ADUN dikenakan tindakan gantung.\n\n\n\u201cA\nda tiga dikenakan tindakan pecat, Datuk James Ratib sudah diambil tindakan dipecat, Mohd Arsad dan Jasnih juga dipecat. Shahelmey digantung,\u201d katanya.\n\n\nKetika ditanya mengenai status ADUN Tanjong Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy pula, katanya, tiada tindakan dikenakan terhadap ADUN berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri pernah tolak kenderaan kalis peluru\n\n\n\n\n\n\nHajiji dapat sokongan 44 Adun, kekal teraju Sabah\n\n\n\n\n\n\nGara-gara ditipu scammer, pesara guru hilang lebih RM500,000\n\n\n\n\n\n\n3,214 Hektar Tanah Rizab Melayu Perak Dimiliki Bukan Melayu\n\n\n\n\n\n\nPertemuan Anwar-Ahmad beri hasil baik kepada Kelantan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, Andi Muhammad masih berada dalam barisan kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah.\n\n\nTerdahulu, empat ADUN UMNO termasuk James, Mohd Arsad dan Jasnih mengumumkan keluar daripada parti pada 21 Februari lalu dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).\n\n\nSelain itu, ADUN Balung, Datuk Hamid Awang turut mengambil keputusan sama iaitu keluar daripada UMNO."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/10/wang-rm1-juta-milik-armada-untuk-kebajikan/", "title": "RM1 juta milik Armada untuk kebajikan parti", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta bekas Penolong Bendahari, Rafiq Hakim Razali bertindak mengeluarkan dana sebanyak RM1 juta demi kepentingan dan tanggungjawab parti itu.\n\n\nGobind Singh Deo yang merupakan peguambela Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, perkara ini tidak boleh dipertikaikan kerana dana RM1 juta yang dikeluarkan daripada akaun CIMB ARMADA sebagai bantuan Covid-19, Ramadan, raya dan untuk kebajikan.\n\n\nPerkara 4.2 Peraturan Armada menyatakan, tujuan penubuhan sayap parti itu adalah untuk menganjurkan aktiviti bagi mencapai tujuan dan matlamat BERSATU.\n\n\nObjektif penubuhan parti mengikut Perkara 6.10 Perlembagaan BERSATU pula adalah termasuk memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPH arah enam negeri runding dengan BN\n\n\n\n\n\n\nMalaysia ambil langkah proaktif tangani Islamofobia \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat Dijangka Bubar Selepas Pembentangan Bajet 2023\n\n\n\n\n\n\nSiti Bainun kena penjara 12 tahun\n\n\n\n\n\n\nTurkiye tidak ambil hati Malaysia pilih pesawat buatan Korea\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApabila RM1 juta dikeluarkan pada 6 Mac 2020, terdapat sejumlah RM1.8 juta tersedia dalam akaun itu antara lain memenuhi tujuan dan objektifnya.\n\n\n\u201cPada masa itu, negara dilanda penularan wabak Covid-19 yang menyebabkan kesusahan teruk kepada rakyat seawal Januari 2020. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020.\n\n\n\u201cPKP membawa kepada perintah berkurung yang memberi kesan kepada kehidupan orang ramai daripada segi kesihatan dan ekonomi,\u201d katanya ketika berhujah pada akhir kes pembelaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini.\n\n\nPada 22 Februari lalu, Syed Saddiq mula membuat belaan diri atas empat tuduhan seperti bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dana RM1 juta dan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.\n\n\nAzhar membuat keputusan itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Presiden MUDA tersebut.\n\n\nAntara saksi yang dipanggil bagi memberikan keterangan bagi pihak Ahli Parlimen Muar itu adalah bekas pegawai khasnya, Mohamed Amshar Aziz dan Siti Nurul Hidayah selain bekas Ketua Penerangan ARMADA, Ulya Aqamag Husamudin.\n\n\nPada 27 September tahun lalu, pendakwaan menutup kes selepas 30 saksi termasuk ibu bapa Syed Saddiq sendiri, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Abdullah Asagoff selesai memberi keterangan dalam perbicaraan bermula 21 Jun tahun sama.\n\n\nSelain dituduh bersubahat dengan Rafiq Hakim, Syed Saddiq, 31, juga didakwa menyalhgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang yang berjumlah RM120,000 daripada akaun Maybank Isamic Berhad miliknya ke akaun ASB milikinya hasil aktiviti haram.\n\n\nGobind berkata, tiada beban diletakakn pada Syed Saddiq untuk membuktikan dirinya tidak bersalah, sebaliknya pendakwaan yag perlu menanggung perkara itu dengan membuktikan kes tertuduh melampaui keraguan munasabah sepanjang perbicaraan.\n\n\n\u201c\nWalaupun mahkamah memutuskan bahawa terdapat kes prima facie terhadap tertuduh, Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah (CPC) memberi mandat supaya pembuktian oleh pendakwaan dinilai semula susulan pembelaan yang dibuat.\n\n\n\u201cDalam erti kata lain, kini menjadi tanggungjawab mahkamah untuk meneliti bukti secara menyeluruh untuk menentukan sama ada terdapat keraguan munasabah yang membawa kepada pembebasan Syed Saddiq atas semua pertuduhan,\u201d katanya.\n\n\nHakim kemudiannya menangguhkan prosiding ke esok untuk hujahan pihak pendakwaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/11/15-murid-pelajar-cedera-van-sekolah-terbalik-diseret-lori-balak/", "title": "15 murid, pelajar cedera, van sekolah terbalik diseret lori balak", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seramai 15 pelajar mengalami kecederaan apabila van sekolah yang dinaiki terbalik akibat dirempuh dan diseret sejauh 19 meter oleh sebuah lori balak dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di simpang tiga berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang petang semalam.\nKetua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, kemalangan itu mengakibatkan tiga murid perempuan berusia tujuh hingga 10 tahun mengalami cedera parah manakala selebihnya cedera ringan dan telah menerima rawatan di Hospital Gua Musang.\n\u201cKanak-kanak berusia tujuh tahun mengalami patah tulang selangka sebelah kanan manakala kanak-kanak berumur lapan tahun mengalami kecederaan darah beku di dahi dan kanak-kanak berumur 10 tahun pula terkehel tulang paha kanan.\n\u201cKemalangan terbabit dipercayai berpunca daripada sebuah kereta jenis Kia Spectra dengan cuai keluar simpang untuk membelok ke kanan sebelum dilanggar oleh sebuah treler muatan balak datang dari arah kanan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\nBeliau berkata akibat daripada pelanggaran tersebut, pemandu lori balak tidak dapat mengawal kenderaan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bergesel dengan Perodua Myvi sebelum merempuh van Nissan Urban yang membawa pelajar sekolah terbabit sehingga terbalik.\nSusulan itu, van tersebut yang dinaiki pelajar berusia tujuh hingga 17 tahun turut merempuh sebuah kereta Honda Civic yang berada di belakangnya.\n\u201cKes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya,\u201d katanya. \u2013\u00a0BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/11/dadah-bernilai-rm180000-dirampas-di-pasir-mas/", "title": "Dadah bernilai RM180,000 dirampas di Pasir Mas", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kira-kira 18,000 pil yaba bernilai RM180,000 dirampas daripada dua penganggur yang dipercayai bertindak sebagai pengedar dadah di Jalan Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan kelmarin. \nSerbuan pada jam 4:15 pagi itu dijalankan selepas menerima maklumat risikan berkaitan aktiviti tersebut.\nKetua Polis Negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, selepas menahan kedua-dua suspek pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas sebuah motosikal jenis Honda Vario yang berada dilokasi.\nMenurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas motosikal itu membawa kepada penemuan bungkusan mengandungi dadah jenis pil yaba.\n\u201cKami mendapati salah seorang suspek yang ditahan itu merupakan warganegara Thailand dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah masuk ke negara ini.\n\u201cHasil saringan air kencing yang dilakukan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka penagih dan positif jenis methamphetamine,\u201d katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. \nMuhamad Zaki memberitahu, polis tidak menolak kemungkinan dadah tersebut dibawa masuk menggunakan laluan tidak sah di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.\nKatanya, kedua-dua suspek masing-masing berusia 26 dan 27 tahun tersebut direman selama tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan berhubung dengan rampasan dadah itu.\n\u201cKita percaya bekalan ini untuk pasaran tempatan dan luar dari Kelantan. Jika dadah ini terlepas, ia boleh digunakan oleh seramai 18,000 orang penagih.\n\u201cHasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenalpasti dari mana mereka memperoleh bekalan,\u201d ujarnya. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/11/fadhlina-sangkal-dakwaan-bee-yin/", "title": "Fadhlina sangkal dakwaan Bee Yin", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek membalas kenyataan bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengenai kos pembinaan sebuah bilik darjah berjumlah sehingga RM2.6 juta ialah tidak tepat. \nFadhlina berkata, kementerian itu melaksanakan proses kerja sedia ada dalam membina dan akan mengikuti panduan yang telah ditetapkan.\n\u201cDakwaan itu tidak tepat kerana isu yang kita nak tekankan ialah proses kerja itu, ia ada proses kerja yang harus dilalui dan skop kerja, konsultan serta piawaian tertentu yang harus dicapai pihak KPM (Kementerian Pendidikan) dalam meneruskan projek terbabit.\n\u201cJadi kenyataan itu tidak tepat dan kami ada penjelasan justifikasi di peringkat KPM,\u201d katanya kepada media selepas menghadiri majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Forum Integriti di Putrajaya hari ini. \nFadhlina menjawab pertanyaan media berhubung kenyataan Bee Yin ketika perbahasan Bajet 2023 yang mendakwa kos bagi membina satu bilik darjah sama seperti kos membina sebuah banglo.\n\u201cDaripada maklumat yang diberikan oleh KPM, kos pembinaan untuk beberapa sekolah adalah Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua sebanyak 30 bilik darjah (RM54 juta), Sekolah Kebangsaan Paya Dusun Terengganu 24 bilik darjah (RM55 juta), Sekolah Menengah Kebangsaan Dudong Sibu Sarawak, 42 bilik darjah (RM110 juta).\n\u201cJika kita kira dari segi purata kos pembinaan satu bilik darjah adalah antara RM1.8 juta hingga RM2.6 juta,\u201d kata Ahli Parlimen Puchong itu di Dewan Rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/11/imam-cedera-ditikam-makmum-ketika-solat-subuh-di-new-jersey/", "title": "Imam cedera ditikam makmum ketika solat subuh di New Jersey", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seorang imam cedera ditikam seorang lelaki ketika sedang mengimamkan solat subuh di sebuah masjid di Paterson, New Jersey, Amerika Syarikat pada Ahad lalu. \nMangsa dikenali sebagai Sayed Elnakib, 65, mengalami luka tikaman yang tidak mendatangkan maut dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti St. Joseph.\nJurucakap masjid, Sikander Khan berkata, serangan berlaku semasa solat Subuh apabila suspek bertindak melompat ke hadapan ketika sujud dan menikam mangsa berkali-kali. \nTambah Sikander Khan, Sayed Elnakib terpaksa menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil tetapi mengalami kerosakan hati.\n\u201cDia masuk dan duduk agak terpencil daripada orang lain serta tidak bercakap dengan sesiapa pun. \n\u201cKami sangat bingung dan keliru kenapa dia melakukan perkara sedemikian. Doa kami bersama imam dan keluarganya dan semoga beliau cepat sembuh,\u201d katanya. \nMenurut pendakwa raya, suspek yang dikenal pasti berusia 32 tahun itu ditangkap dan didakwa dengan cubaan membunuh tahap pertama. \nLaporan berita tempatan mendedahkan suspek ditahan jemaah semasa polis tiba di Masjid Omar selepas jam 5:30 pagi. \nDatuk Bandar New Jersey berkata, beliau akan memastikan keselamatan masjid agar lebih terjamin dengan bantuan polis untuk memastikan orang ramai tidak takut untuk beribadah. \nSuspek yang menghadapi pertuduhan berkaitan senjata akan hadir di hadapan hakim Mahkamah Tinggi di Paterson hari ini dan jika disabitkan dengan tuduhan cubaan membunuh, dia bakal dijatuhkan hukuman maksimum 20 tahun penjara negeri New Jersey."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/11/kpm-umum-sekolah-cuti-khas-aidilfitri-pada-19-april/", "title": "KPM umum sekolah cuti khas Aidilfitri pada 19 April", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan cuti khas persekolahan pada 19 April depan.\n\n\nMenterinya, Fadhlina Sidek berkata, cuti itu diberikan bagi memberikan ruang kepada guru-guru dan murid-murid membuat persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri.\n\n\n\u201cKPM umumkan bahawa pada 19 April isytihar cuti khas untuk semua warga KPM.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMampukah Ijazah Menjamin Peluang Pekerjaan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tumbang: Sultan Johor bimbang nasib rakyat\n\n\n\n\n\n\nHarga maksimum minyak masak botol kekal\n\n\n\n\n\n\nPesakit \u2018LONG COVID\u2019 Dipantau, Dirawat\n\n\n\n\n\n\nData keciciran murid dianggarkan NGO tidak tepat \u2013 KPM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi 19 April tidak akan ada sesi persekolahan,\u201d katanya kepada media selepas menghadiri majlis ikrar bebas rasuah dan forum integriti di Putrajaya pagi tadi.\n\n\nSesi cuti persekolahan untuk Aidilfitri ditetapkan pada 20 April hingga 1 Mei depan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/11/remaja-lelaki-palestin-maut-ditembak-rejim-israel/", "title": "Remaja lelaki Palestin maut ditembak rejim Israel", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seorang remaja lelaki Palestin maut ditembak rejim Zionisi manakala dua lagi cedera dalam insiden itu.\nKementerian Kesihatan Palestin\u00a0 berkata, Mohammed Fayez Balhan , 15, terkorban selepas ditembak di kepala, dada serta perut oleh tentera rejim Zionis menggunakan peluru hidup.\nTentera Israel mendakwa pasukan mereka melancarkan operasi di Kem Aqabat Jaber, berhampiran Jericho untuk menahan suspek pengganas.\nAgensi berita WAFA melaporkan, pertempuran tercetus apabila tentera rejim itu menyerbu kem berkenaan dan mengepung beberapa rumah.\nPegawai Keselamatan Palestin memberitahu, lima individu ditahan dalam serbuan terbabit.\nDalam pada itu, seorang wanita British-Israel meninggal dunia di hospital pada Isnin akibat cedera parah dalam insiden tembakan yang meragut nyawa dua anak perempuannya berusia 16 dan 20 tahun di Tebing Barat pada Jumaat lalu.\nKereta dinaiki tiga beranak itu diserang di Lembah Jordan yang juga terletaknya Jericho.\nMereka adalah penduduk Efrat iaitu penempatan haram Yahudi di Tebing Barat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/11/tragedi-basikal-lajak-sam-ke-ting-dibebaskan/", "title": "Tragedi basikal lajak: Sam Ke Ting dibebaskan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan kerani, Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017.\n\n\nPanel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah membuat keputusan sebulat suara sekali gus mengetepikan hukuman penjara enam tahun\u00a0dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi terhadap Ke Ting.\n\n\nPada 13 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani itu dikenakan hukuman berkenaan atas kesalahan dilakukannya pada 2017.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMogok doktor kontrak bukan jalan penyelesaian \u2013 KP Kesihatan\n\n\n\n\n\n\nIdris Harun dilantik semula Peguam Negara\n\n\n\n\n\n\nAnak muda sepatutnya perlu digalakkan kuasai teknologi baharu, bukan `berjinak\u2019 dengan ganja!\n\n\n\n\n\n\nPH, BN setuju kekal kerusi penyandang PRU14 hadapi PRN\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023, isu Batu Puteh jadi tumpuan Mesyuarat ke-15 Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\nHakim, Datuk Abu Bakar Katar turut memerintahkan responden, Ke Ting, 27, menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas selesai menjalani hukuman penjara.\n\n\nIa sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun sama yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada pertuduhan berkenaan.\n\n\nAbu Bakar dalam penghakimannya berkata, mahkamah bicara sebelum ini terkhilaf apabila gagal memutuskan pembelaan responden secara tidak bersumpah dan hanya bersifat penafian semata-mata.\n\n\nBerdasarkan pertuduhan, Ke Ting didakwa\u00a0melakukan kesalahan di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada jam 3.20 pagi 18 Februari 2017.\n\n\nRemaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin,16.\n\n\nTertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, selain lesen memandu digantung jika sabit kesalahan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/11/zuraida-dakwa-dipecat-pbm-kerana-kecuaian-ros/", "title": "Zuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mendakwa, kegagalan dan kecuaian Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang membenarkan Parti Bangsa Malaysia (PBM) memecat beliau daripada parti itu secara langsung mengakibatkan kerosakan teruk kepada imej serta kerjaya politik beliau.\nMelalui afidavit sokongan permohonan semakan kehakiman terhadap RoS, Zuraida mendakwa, kegagalan dan kecuaian RoS mengakibatkan beliau dipecat secara tidak berperlembagaan.\nBekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pemecatan tersebut tidak sah dan percaya RoS sebagai responden mendaftarkan beliau sebagai Presiden PBM selepas menerima surat pada 27 Oktober tahun lalu.\nTambah beliau, tiada keperluan bagi PBM untuk mematuhi Fasal 14 di bawah perlembagaannya bagi memecat beliau apabila Datuk Larry Sng Wei Shien dikekalkan sebagai Presiden parti.\n\u201cSaya ingin menegaskan bahawa setelah responden (RoS) menerima surat itu, saya berada di bawah kepercayaan bahawa saya adalah Presiden PBM yang sah dan responden sudah kemas kini senarai ahli jawatankuasa PBM yang berada dalam simpanannya.\n\n\n\u201cSaya seterusnya menyatakan bahawa RoS tidak pernah memberi sebarang maklum balas kepada saya atau PBM setelah menerima surat bahawa akan mengekalkan Larry Sng sebagai Presiden mengikut senarai terbabit dalam simpanan responden,\u201d katanya.\nZuraida menegaskan, berdasarkan rekod dalam simpanan responden, Larry Sng masih dikekalkan sebagai Presiden PBM.\n\u201cSaya dinasihati oleh peguam dan sesungguhnya percaya bahawa saya adalah pihak yang terjejas. Saya percaya bahawa kecuaian responden untuk tidak mengiktiraf dan mendaftar saya sebagai Presiden PBM dalam senarai ahli jawatankuasa PBM yang berada dalam simpanannya setelah menerima surat adalah tidak sah dan tidak wajar,\u201d katanya.\nAfidavit sokongan beliau difailkan firma guamannya, Tetuan Ashmeer Ashrof pada 24 Mac lalu.\nZuraida berkata, pada Persidangan Agung PBM, 1 Oktober 2022, Larry Sng sebagai Presiden PBM ketika itu bersetuju ada transisi atau perubahan untuk melantik beliau yang juga bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebagai Presiden PBM kerana parti tersebut memerlukan tokoh lebih besar bagi membawa perubahan positif dalam parti.\nMenurutnya, ada persetujuan untuk melantiknya sebagai Presiden PBM atas cadangan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti, Dr Daroyah Alwi ketika mesyuarat ahli majlis berkenaan pada 7 Oktober tahun yang sama.\nUjar beliau, RoS dimaklumkan oleh PBM berkenaan pelantikannya sebagai Presiden PBM berkuat kuasa 7 Oktober 2022 melalui surat PBM bertarikh 15 Oktober 2022 diterima responden pada 27 Oktober lalu.\n\u201cSaya adalah Presiden PBM yang dilantik secara sah menurut peruntukan di bawah Perlembagaan PBM. Saya seterusnya menyatakan bahawa menurut Bab VI Fasal 17 (i) dalam Perlembagaan PBM, ia secara jelas menyatakan bahawa PBM hanya mempunyai seorang presiden.\n\u201cAhli PBM bertindak atas kepercayaan bahawa saya adalah Presiden PBM yang sah dilantik menurut peruntukan di bawah Perlembagaan PBM.\n\u201cSaya menerima surat daripada PBM bertarikh 19 Disember 2022, yang mana Larry yang mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden sudah menggantungkan keahlian saya menggunakan kuasa Presiden di bawah Bab XIII, Fasal 60 (iii) dalam Perlembagaan PBM,\u201d jelasnya.\nZuraida memberitahu, beliau mengambil pendirian untuk tidak menjawab surat itu kerana tidak menganggap tindakan Larry Sng adalah sah kerana peruntukan yang digunakan untuk menggantung keahlian beliau berkait dengan kuasa Presiden sedangkan Larry bukan lagi Presiden PBM.\nKata Zuraida, beliau dimaklumkan melalui laporan media pada 27 Disember 2022 mengenai pemecatannya daripada PBM dan tidak pernah menerima notis atau surat pemecatan tersebut daripada parti. \u2013 SINAR HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/12/100-termasuk-kanak-kanak-terkorban-dalam-serangan-udara-di-myanmar/", "title": "100 termasuk kanak-kanak terkorban dalam serangan udara di Myanmar", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Sekurang-kurangnya 100 orang awam termasuk beberapa kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara tentera di Myanmar pada pagi semalam.\n\n\nLapor \nBBC Burma\n, pasukan yang dikerahkan oleh junta tentera Myanmar yang memerintah melancarkan roket ke perbandaran Pazigyi di wilayah Sagaing.\n\n\n\n\nOver 100 people,including children were killed after airstrikes by Myanmar\u2019s military on Tuesday.The people were attending a ceremony held by opponents of army rule, said a witness.\n#Myanmar\n \n#MyanmarMilitary\n \npic.twitter.com/UcUFWoBazx\n\n\n\u2014 Fast Mail (@fastmailnews) \nApril 12, 2023\n\n\n\n\nRoket itu dilancarkan ketika upacara pembukaan pejabat baharu Angkatan Pertahanan Rakyat anti-junta yang diadakan di kawasan berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWarga Indonesia mangsa kerja palsu di Vietnam dihantar pulang\n\n\n\n\n\n\nPUM cadang OIC tubuh pasukan khas tentang Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nPemaksaaan Terlibat Seks, Pemerdagangan Gadis Muda Ahli Gereja Filipina\n\n\n\n\n\n\nIran, Syria Setuju Wujudkan Bank Di Zon Ekonomi Khas\n\n\n\n\n\n\nMaut, 7 pelancong ditimpa Cenuram runtuh di Brazil\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk berasa kesal dengan serangan yang mengorbankan ramai mangsa antaranya pelajar sekolah.\n\n\nSetiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh Angkatan Bersenjata Myanmar itu dan menggesa mereka untuk bertanggungjawab.\n\n\n\n\nUp to 100 people, including several children, killed in Myanmar airstrike on rebel held area \u2014 biggest strike since the military takeover in 2021 \npic.twitter.com/t2R2xqPVRB\n\n\n\u2014 Shiv Aroor (@ShivAroor) \nApril 12, 2023\n\n\n\n\nGuterres mengulangi gesaan supaya pihak tentera menamatkan kempen keganasan terhadap penduduk Myanmar di seluruh negara.\n\n\nSementara itu, junta tentera Myanmar mengesahkan serangan udara yang membedil kampung berkenaan.\n\n\nKatanya, mereka menyerang tempat berkenaan kerana terdapat upacara pembukaan pejabat Pasukan Pertahanan Rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/12/bekas-mb-perlis-hadapi-5-pertuduhan-ubah-wang-haram-rm1-06-juta/", "title": "Bekas MB Perlis hadapi 5 pertuduhan ubah wang haram RM1.06 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dihadapkan ke mahkamah untuk kali kedua dalam tempoh tiga hari apabila didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini terhadap lima tuduhan pengubahan wang haram RM1.06 juta.\n\n\nAzlan, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi.\n\n\n\u201cFaham (pertuduhan) dan tidak (bersalah),\u201d katanya.\n\n\nMengikut pertuduhan, Azlan menerima hasil aktiviti haram iaitu wang RM208,339.9, RM196,651, RM224,404.4, RM222,811.95 dan RM207,468 daripada Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd, Aidil Travel & Tours Sdn.\u00a0Bhd.,\u00a0dan Abdul Rahim Halim yang mewakili syarikat Aidil Travel menerusi wang tunai dan empat cek yang dimasukkan ke akaun Maybank serta CIMB milik tertuduh.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLawatan PM : hubungan Malaysia-Amerika punca Arab Saudi jauhkan diri?\n\n\n\n\n\n\nPAS mohon ketepikan saman Mujahid isu sokong LGBT\n\n\n\n\n\n\nKPDN Kedah ambil tindakan peniaga jual gula bersyarat\n\n\n\n\n\n\nRibut petir, hujan dijangka berlaku tiga hari di seluruh negara \u2013 MetMalaysia\n\n\n\n\n\n\nUPIN IPIN meninggal?\n\n\n\n\n\n\n\n\nKesalahan itu dilakukan di Maybank cawangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, CIMB Bank cawangan Putrajaya, Kementerian Kewangan, Persiaran Perdana, Presint 2 dan Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, Chow Kit antara antara 19 Februari 2014 dan Disember 2017.\n\n\nPendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.\n\n\nIa memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.\n\n\nSusulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.\n\n\n\u201cKesalahan dipertuduhkan dalam kategori tidak boleh dijamin dan ada undang-undang yang mengikatnya mengikut Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah (APC), namun kita tidak membantah jika hakim melaksanakan kuasa budi bicara melepaskan tertuduh dengan jaminan.\n\n\n\u201cSaya tak mohon syarat tambahan pasport kerana tertuduh dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar pada Isnin lalu dan memerintahkan pasport disimpan selamat oleh mahkamah berkenaan.\n\n\n\u201cTarikh sebutan akan datang pihak-pihak (pendakwaan dan pembelaan) bersetuju pada 9 Jun ini. Saya mohon kes di Kangar dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk sebutan kes dan pada tarikh itu minta dibicarakan di sini,\u201d katanya.\n\n\nPeguam bela Azlan, Burhanudeen Abdul Wahid tidak membantah cadangan jaminan dibuat pendakwaan.\n\n\n\u201cKami sudah berbincang dengan pendakwaan sebelum perbicaraan pagi ini dan bersetuju cadangan jaminan RM50,000.\n\n\n\u201cJumlah berkenaan adalah sama seperti jaminan di Mahkamah Sesyen Kangar,\u201d katanya.\n\n\nHakim kemudian membenarkan jaminan seperti ditawarkan pendakwaan dan menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes.\n\n\nKelmarin, Azlan didakwa di Mahkamah Sesyen Kangar atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu perjalanan ke luar negara berjumlah RM1.185 juta dari 2013 hingga 2017 ketika mentadbir Perlis.\n\n\nAzlan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pauh pada 2013 hingga 2018 dan memenangi kerusi DUN Bintong dari 2018 hingga tahun lalu, sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nMenteri Besar Perlis dari 2013 ke 2022 itu juga gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar pada pemilihan parti baru-baru ini.\u00a0\u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/12/malapetaka-kepada-anwar-jika-najib-ahmad-zahid-bebas/", "title": "Malapetaka kepada Anwar jika Najib, Ahmad Zahid bebas", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Jika Datuk Seri Najib Razak diberi pengampunan diraja dan 47 pertuduhan ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digugurkan, maka kesan dua hal besar ini adalah suatu malapetaka kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nMalah, \nPakatan Harapan (PH) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan rebah tersungkur bersama-sama Barisan Nasional (BN).\n\n\nDemikian kebimbangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim susulan permohonan pengampunan Najib dan penangguhan kes Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.\n\n\nMenurutnya, perkembangan yang berlaku itu amat menyeramkan dan membimbangkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBolehkah Individu Ada Kes Mahkamah Jadi TPM? \u2013 TUN M\n\n\n\n\n\n\nPAS tak boikot Dominic, cuma kekurangan ahli\n\n\n\n\n\n\nKonsep Madani hasil pengalaman, perjuangan panjang Anwar\n\n\n\n\n\n\nKes Crack House Comedy Club : Amira sudah diberitahu elak sensitiviti agama\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perluas bantuan e-dompet mahasiswa\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNampaknya peranan Peguam Negara berada di kedua-dua gelanggang. Pertama, Peguam Negara mengambil posisi dalam pengampunan Najib di bawah Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan bahawa Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dianggotai sama oleh Peguam Negara.\n\n\n\u201cSeterusnya, melalui Perkara 42(9) menyatakan bahawa Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara.\n\n\n\u201cDi bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan telah disebut dengan jelas bahawa takrif kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong tertakluk di bawah Perkara 42(4)(b) bahawa kuasa Agong dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan mengikut Fasal (5) Perkara 42,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Selasa.\n\n\nTambahnya, kuasa Peguam Negara untuk menggugurkan 47 pertuduhan ke atas Ahmad Zahid hampir mutlak di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nBeliau berkata, ia berbahaya dan cukup membimbangkan kepada sesiapa yang mencintai keadilan, ketelusan dan kebenaran.\n\n\n\n\nKatanya lagi, kemungkinan senario yang tidak diingini akan berlaku.\u00a0\n\n\nJusteru, Hassan mengingatkan Anwar bahawa gabungan politik PH dan PKR akan ditolak oleh rakyat jika perkara itu berlaku."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/12/pacu-ukm-meterai-mou-bangunkan-bidang-keilmuan/", "title": "PACU, UKM meterai MoU bangunkan bidang keilmuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nPusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama rakan strategik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai langkah mengukuh sinergi dalam bidang keilmuan dan penyelidikan.\u00a0\n\n\nPengerusi PACU, Widad Ahmad Asnawi berkata, PACU akan mengukuhkan kerjasama dalam bidang keilmuan melalui pelbagai program disediakan sekali gus memanfaatkan penyatuan kepakaran yang dimiliki dua institusi ini.\u00a0\u00a0\n\n\n\u201cKerjasama MoU dengan UKM ini kami rasakan ia adalah satu keperluan kerana kami mahu menjalankan kajian sama ada apa yang PACU lakukan ini mengikut proses yang betul.\n\n\n\u201cSelain itu, melalui kajian dalam MoU ini juga dapat membantu PACU untuk menambah baik\u00a0 bidang pengurusan dan pendidikan,\u201d katanya ketika ditemui \nTV Pertiwi \nselepas Majlis Iftar Amal Perdana sempena Pelancaran Projek Penyelidikan Ummah dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara PACU dan UKM di Bandar Baru Bangi, Selangor semalam. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHaramkan sumbangan dari luar negara \u2013 Tengku Razaleigh\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Vape, rokok elektronik akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nPAS Selangor intai kerusi dimenangi pada PRU12\n\n\n\n\n\n\nKenapa PAS Perlu Bertanding Di Sarawak? \u2013 PBB\n\n\n\n\n\n\nBatalkan PSI, Oh sedia tarik diri bertanding\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Widad, pihaknya juga menyediakan platform untuk latihan industri dan membuka ruang kepada para siswazah UKM\u00a0 mempelajari kemahiran-kemahiran seperti kesukarelawanan, penulisan iklan dan pemasaran digital bagi meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka.\u00a0\n\n\nTambah beliau, PACU turut mensasarkan dana keseluruhan projek sebanyak RM500,000 bagi Projek Penyelidikan Ummah sepanjang tahun 2023 yang akan memfokuskan pembangunan dan penyelidikan pendidikan berunsur Islam kepada anak bangsa demi membentuk suasana harmoni.\u00a0\n\n\nSementara itu, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM, Prof. Datuk Dr Wan Kamal Mujani berkata, pihaknya menyambut baik dengan kerjasama yang dijalankan bersama PACU dan ia menunjukkan UKM dalam usaha untuk meluaskan rangkaiannya kepada masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).\u00a0\u00a0\n\n\nJelas Prof Datuk Dr Wan Kamal, beliau percaya dengan kepakaran yang ada melalui Fakulti Pengajian Islam UKM dapat memberikan bantuan dan sokongan jitu kepada PACU dalam membangunkan ummah melalui projek-projek yang bakal dilaksanakan kelak.\u00a0\n\n\n\u201cDisini saya melihat UKM Insya-Allah akan memberikan kepakarannya dalam perkhidmatan kepada PACU khususnya aspek kerjasama tenaga pengajar, memberi khidmat nasihat dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.\n\n\n\u201cSaya juga percaya dengan kepakaran yang kita ada dengan bimbingan daripada Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Islam UKM, Dr Honeydayatie Abdul Manap, saya yakin UKM dapat memberikan bantuan dan sokongan yang lebih padu untuk sama-sama kita bangunkan ummah melalui projek yang akan dijalankan oleh PACU,\u201d tambahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/12/pengampunan-najib-terpulang-kepada-budi-bicara-ydpa/", "title": "Pengampunan Najib: Terpulang kepada budi bicara YDPA", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kuasa untuk memberikan pengampunan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah kuasa penuh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia terpulang kepada budi bicara YDPA untuk melaksanakannya.\n\n\n\u201cSaya rasa bab itu apapun kuasa Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah mengikut Perkara 42 (Perlembagaan persekutuan).\n\n\n\u201cSekarang ini tiada prosedur perundangan, sekarang adalah budi bicara YDPA.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHati-hati, jangan badal haji jadi `bedal\u2019 haji berulang lagi\n\n\n\n\n\n\nMOTAC tidak wajar letak pegawai fasih Bahasa Mandarin di KLIA\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah Santuni Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nAkaun Twitter Edisi Siasat Digantung, Telegram Masih Ada\n\n\n\n\n\n\nHad usia teksi, e-hailing seluruh negara dinaikkan kepada 15 tahun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi kita tidak boleh paksa, biar YDPA yang buat keputusan kalau mahu mengkaji,\u201d katanya selepas merasmikan laman web rasmi\u00a0\nmalaysia-sulucase.gov.my\n\u00a0di Perdana Putra hari ini.\n\n\nHadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil.\n\n\nAzalina berkata demikian bagi menjawab pertanyaan media berhubung kenyataan Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bahawa UMNO tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib.\n\n\nMohamed Haniff berkata, Peraturan 113, Peraturan-Peraturan Penjara 2000, memperuntukkan bahawa petisyen pengampunan hanya boleh dilakukan oleh Najib, ahli keluarga atau peguam yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri itu dan Jabatan Penjara.\n\n\nSebelum ini, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dalam satu kenyataan berkata, ia akan memohon pertimbangan supaya YDPA memberi pengampunan penuh kepada Najib, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.\n\n\nAzalina yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, parti itu\u00a0 bertindak untuk tidak terlibat dalam perkara tersebut kerana YDPA tidak boleh dipaksa untuk menganugerahkan pengampunan kepada Najib.\n\n\n\u201cKita (UMNO) sudah tidak terlibat,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/12/pindaan-akta-715-diharap-henti-manipulasi-industri-teksi-e-hailing/", "title": "Pindaan Akta 715 diharap henti manipulasi industri teksi, e-hailing", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) diharap dapat menamatkan manipulasi dan penindasan dalam industri teksi serta e-hailing.\n\n\nGabungan Teksi Malaysia (GTSM) dalam kenyataan berkata, dahulu e-hailing adalah pekerjaan bagi menjana pendapatan sampingan tetapi kini telah berubah sebagai pekerjaan tetap.\u00a0\n\n\nMenurutnya lagi, kerajaan perlu mewujudkan \nLevel Playing Field\n antara teksi serta e-hailin dan mengakhiri manipulasi serta penindasan syarikat kapitalis kepada pemain industri.\u00a0\u00a0\n\n\nSementara itu, Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 yang baru diluluskan itu diharap tidak digunakan semata-mata untuk mengawal selia kadar bayaran penghantaran barangan dan makanan menggunakan motosikal (P-hailing).\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan kaji subsidi telur, ayam Jun ini\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah sasar lebih 10,000 penerima bantuan Ramadan\n\n\n\n\n\n\nMinyak masak botol juga ada subsidi RM5\n\n\n\n\n\n\nPM Anwar ucap takziah atas pemergian Mother Mangalam\n\n\n\n\n\n\nZainab tuntut Rafizi mohon maaf fitnah isteri kedua Abd Latiff\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, pindaan RUU itu akan menjamin dan mengakhiri\u00a0 perbuatan tidak bertanggungjawab pihak syarikat yang selama ini manipulasi serta menindas pekerja P-hailing."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/12/tanah-rizab-melayu-meningkat-lebih-29-peratus-di-selangor/", "title": "Tanah Rizab Melayu meningkat lebih 29 peratus di Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tanah rizab Melayu di Selangor \nmenunjukkan peningkatan lebih 29 peratus sehingga Februari lalu berbanding sebelum tahun 1948.\n\n\nSetiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim berkata, peningkatan dan penurunan data keluasan tanah dalam tempoh tersebut akibat kesan pembatalan serta penggantian untuk pembangunan infrastruktur.\n\n\n\u201cKerajaan Negeri Selangor amat menitikberatkan pengurusan Tanah Rizab Melayu di Selangor yang telus dan teratur. Berdasarkan data yang direkodkan, keluasan Tanah Rizab Melayu di Selangor menunjukkan peningkatan berbanding sebelum Hari Merdeka.\n\n\n\u201cSehingga Februari 2023, Tanah Rizab Melayu di Selangor adalah seluas 401,568.41 ekar (162,508.97 hektar), meningkat sebanyak 29.13 peratus (90,598.64269 ekar) berbanding pada tahun 1948 seluas 310,969.76731 ekar (125,845.00 hektar).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada anak Melayu layak teraju Axiata? \u2013 PERKASA\n\n\n\n\n\n\nKPM umum sekolah cuti khas Aidilfitri pada 19 April\n\n\n\n\n\n\nKementerian Pertahanan sedia 40 buah rumah percuma buat veteran ATM\n\n\n\n\n\n\nTidak logik dakwaan kebakaran Wisma Jakel disengajakan\n\n\n\n\n\n\nBNM kekalkan OPR 2.75 peratus\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSehingga kini, terdapat peningkatan dan penurunan data keluasan Tanah Rizab Melayu di Selangor dalam tempoh tersebut akibat daripada kesan pembatalan dan penggantian Tanah Rizab Melayu yang bertujuan untuk pembangunan infrastruktur awam serta pengambilan balik tanah untuk kemudahan awam seperti pembinaan lebuh raya, lapangan terbang, loji rawatan air dan sebagainya,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau menjelaskan perkara itu bagi \nmenafikan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bahawa Tanah Rizab Melayu di Selangor berkurang baru-baru ini.\n\n\n\n\nJelasnya, kerajaan negeri sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengekalkan keluasan Tanah Rizab Melayu sedia ada.\n\n\nHaris menambah, pemantauan dibuat melalui pemakaian Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Bil. 7/2001 mengenai dasar serta garis panduan pembatalan dan penggantian tanah rizab Melayu.\n\n\nTurut terpakai ialah Pekeliling PTGS Bil. 3/2015 mengenai garis panduan urusan pembatalan dan penggantian Tanah Rizab Melayu semasa pengambilan tanah bagi tujuan atau kemudahan awam untuk kegunaan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Selangor.\n\n\nSemalam, media melaporkan Ahmad Yunus Hairi mendakwa kononnya keluasan Tanah Tizab Melayu di Selangor turun mendadak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/12/tiada-sabotaj-letupan-tragedi-double-six/", "title": "Tiada sabotaj, letupan tragedi Double Six", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tiada sebarang bukti sabotaj, kebakaran atau letupan ditemui oleh pasukan penyiasat dalam siasatan terhadap punca pesawat terhempas pada 6 Jun 1976 yang meragut nyawa Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens dan 10 yang lain.\n\n\nPenemuan itu adalah berdasarkan laporan akhir nahas pesawat terbabit yang dinyahklasifikasi mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) hari ini.\n\n\nLaporan akhir nahas pesawat itu dikeluarkan oleh pasukan penyiasat diketuai Kol (U) Omar Saman yang juga Pengarah Operasi Pesawat di Jabatan Penerbangan Awam.\n\n\nMengikut laporan itu, pesawat malang terbabit diselenggara mengikut jadual, selain melakukan penerbangan dengan had berat yang dibenarkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael selimutkan bukti dan kebenaran pembunuh Shireen Akleh\n\n\n\n\n\n\nDAP Patut Jaga Sensitiviti Hak Istimewa Melayu Bumiputera\n\n\n\n\n\n\nSalahkan pemimpin, jangan sentuh Ketuanan Melayu \u2013 Pengarang TV Pertiwi\n\n\n\n\n\n\nGesaan Kepada Semua Pemegang Taruh Politik Tanah Air\n\n\n\n\n\n\nIPG tidak dapat kerana sudah terima elaun bulanan RM450\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, laporan itu juga mendedahkan kedudukan pusat graviti pesawat terbabit di luar had buritan kapal.\n\n\n\u201cProsedur operasi yang dijalankan oleh juruterbang syarikat itu tidak mengikut standard profesional,\u201d kata laporan itu lagi.\n\n\nBerdasarkan penemuan laporan itu yang disiapkan pada Januari 1977, juruterbang bertugas dikesan hilang kawalan terhadap pesawat berkenaan.\n\n\nLaporan itu turut menyebut bahawa tiada bukti bahawa adanya kerosakan sebelum nahas pesawat itu atau enjinnya menjadi faktor penyebab nahas.\n\n\nUjian patologi terhadap juruterbang pesawat Sabah Air yang terhempas di perairan Sembulan pada 6 Jun 1976 membuktikan beliau cukup layak untuk terbang pada ketika itu.\n\n\nLaporan akhir nahas udara itu juga mendedahkan juruterbang berkenaan tidak mengalami kesan daripada alkohol atau dadah.\n\n\nBagaimanapun, terdapat bukti lain yang menunjukkan juruterbang itu penat dan mengalami sakit perut ringan.\n\n\nTerdahulu, Kementerian Pengangkutan menyiarkan laporan penuh nahas pesawat terhempas pada 1976 menerusi laman web, www.gov.gov.my.\n\n\nMenterinya, Anthony Loke, berkata proses nyahklasifikasi laporan terbabit selesai pada 6 April mengikut Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 sebelum ia dimuat naik untuk dilihat oleh orang awam menerusi sesawang, www.mot.gov.my.\n\n\nPada 5 April lalu, media melaporkan kerajaan bersetuju menyahklasifikasikan laporan kemalangan pesawat itu yang dikenali sebagai Tragedi Double Six.\n\n\nDalam tragedi pada 6 Jun 1976 itu, Fuad yang baru 53 hari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri, meninggal dunia bersama 10 yang lain termasuk menteri kabinetnya, apabila pesawat GAF Nomad dinaiki mereka terhempas di Sembulan, Kota Kinabalu.\n\n\nMereka yang maut termasuk Menteri Kabinet Sabah, Salleh Sulong, Chong Thien Vun dan Peter Mojuntin.\n\n\nSusulan kejadian itu, pengeluar GAF Nomad Australia dan Jabatan Pengangkutan Australia melancarkan siasatan untuk membuktikan bahawa nahas bukan disebabkan oleh masalah mekanikal.\n\n\nSiasatan selesai kira-kira empat bulan kemudian, tetapi laporan penuh tidak didedahkan kepada umum kerana diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/12/v-sivakumar-arah-siasat-dakwaan-rider-dizalimi/", "title": "V. Sivakumar arah siasat dakwaan \u2018rider\u2019 dizalimi", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013 Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar mengarahkan siasatan dilakukan terhadap dakwaan seorang penghantar makanan yang dia dizalimi sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, yang tular baru-baru ini.\n\n\nMenerusi hantaran di Twitter beliau, Sivakumar berkata, pegawai kementerian itu akan menghubungi syarikat berkenaan untuk siasatan lanjut.\n\n\n\u201cSaya ambil maklum dan telah mengarahkan pegawai saya untuk menyiasat serta selesaikan isu ini dengan segera,\u201d katanya di Twitter hari ini.\n\n\n\n\nKepada Foodpanda\u2026..aku cakap sekali ni aje elok-elok\u2026\u2026kau pulang balik duit budak ni diam-diam dan jangan kacau dia lepas ni.\n\n\nTak kisah la apa pun\u2026kau pulang balik duit dia tu..\n\n\nKesian aku tengok dia nak raya raya ni menangis merayu untuk RM300 yg dia amat perlukan tu \npic.twitter.com/30sRyBpdsm\n\n\n\u2014 MYNEWSHUB (@mynewshub) \nApril 9, 2023\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu Batu Puteh: Kerajaan serah kepada Parlimen buat keputusan\n\n\n\n\n\n\nKecelaruan surat RoS langkah licik Zahid \u2013 Penganalisis Politik\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tegas tolak kebobrokan, tebus semula maruah bangsa \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nAjaran SiHulk difatwakan sesat sejak Disember 2020\n\n\n\n\n\n\nAnwar tiada masalah beri bukti, sedia jawab tuntutan Dr M\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, media melaporkan penghantar makanan berkenaan, Muhd Saifuddin Mustafa, 28, menzahirkan kekecewaan itu apabila mendakwa gaji yang diterima hanya RM500 dan bukan RM800 seperti yang sepatutnya.\n\n\nVideo luahan kekecewaan individu yang dimuat naik di aplikasi TikTok menggunakan akaun \nsaifulxander\n itu tular baru-baru ini mendapat lebih 900,000 tontonan, setakat ini. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/12/vape-musnahkan-generasi-tahfiz-pondok/", "title": "Vape musnahkan generasi tahfiz, pondok", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \u201cApa lagi yang mampu diharapkan daripada generasi yang menjaga al-Quran dan agama Islam jika mereka juga penghisap vape?\u201d\n\n\nDemikian luahan \nPengetua dan Pengasas\n Sekolah Islam Nur Al-Azhar (SINAR) di Port Dickson, Rohidzir Rais selepas melihat lepasan tahfiz dan pondok di sebuah sekolah menghisap vape dalam sebuah bilik asrama beberapa hari lalu.\n\n\nKatanya, daripada 20 orang pelajar dalam bilik tersebut, 19 adalah penghisap vape.\n\n\n\u201c\nKekecewaan 30 tahun lalu berulang kembali beberapa hari lepas apabila menziarahi sebuah sekolah yang menempatkan lepasan tahfiz dan pondok bagi menyiapkan mereka mengambil SPM \nfast track\n. Dalam sebuah bilik asrama yang memuatkan 20 orang pelajar, 19 orang adalah penghisap vape!\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHalang Lynas hasilkan lagi sisa radioaktif tidak jejaskan pelabur\n\n\n\n\n\n\nSPCAAM cadang pekerja bersara umur 65 tahun\n\n\n\n\n\n\nRamadan : rakyat dinasihat jangan membazir makanan \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nSPRM tahan Muhyiddin, didakwa esok\n\n\n\n\n\n\nPERKESO sahkan pegawai ditahan SPRM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApakah fenomena vape ini kes terpencil dan tidak melibatkan semua pelajar tahfiz dan pondok?\u201d katanya.\n\n\nLuahnya, nisbah itu cukup menakutkan kerana pelajar penghafaz al-Quran ini perlu menjaga akal demi memelihara hafazan mereka.\n\n\nJelas Rohidzir, mungkin ada yang beranggapan ia hanya vape, namun hakikatnya produk itu bukan hanya wap air dan asap tapi juga melibatkan dadah mengkhayalkan selain kesan berpanjangan kepada kesihatan penagih.\n\n\n\u201cSelain kesan berpanjangan kepada kesihatan penagihnya. Apa lagi yang mampu kita harapakan daripada generasi penagih ini untuk menjaga al-Quran dan agama Islam jika diri mereka pun tidak mampu dijaga. Berapa ramai pelajar-pelajar tahfiz dan pondok telah menjadi penagih vape?\u201d katanya.\u00a0\n\n\n\n\nMenerusi kenyataan di Facebook, beliau turut berkongsi seorang pelajar lepasan pondok dibuang sekolah kerana didapati membeli vape, bagaimanapun pelajar itu tidak sempat menggunakannya di asrama.\u00a0\n\n\nMalah, seorang guru tahfiz lepasan ma\u2019had tahfiz yang menghisap vape di hadapan pelajar juga pernah dibuang sebaik aduan perlakuan pelajar dan guru itu disampaikan kepadanya serta dibuktikan sahih.\n\n\nSehubungan itu, Rohidzir berharap persatuan tahfiz dan pondok mengambil cakna akan perkara itu serta mengemukakan penyelesaian.\n\n\nBeliau juga menggesa undang-undang diperketatkan dan pihak terkait tidak takut menghukum pelajar bermasalah hatta jika perlu membuang beberapa \u2018barah\u2019 demi selamatkan pelajar lain.\n\n\nKatanya, mereka boleh bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menangani pelajar-pelajar yang ketagihan melalui rawatan dan kaunseling bersesuaian atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengadakan saringan air kencing bagi mengesan penagih dalam kalangan pelajar mahupun guru.\n\n\nDalam catatan itu, beliau berkata, teguran ini mungkin menimbulkan kemarahan kepada pengurusan sekolah dan tahfiz kerana mendedahkan pekung di dada.\n\n\nNamun, katanya, jika isu tersebut tidak diperhatikan, mereka akan melahirkan lepasan agama Islam yang lemah, lembik dan tidak mampu berdaya saing dalam masyarakat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/12/wang-tidak-dituntut-berjumlah-rm11-bilion/", "title": "Wang tidak dituntut berjumlah RM11 bilion", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Sekurang-kurangnya RM11 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) milik awam yang masih belum dituntut setakat Mac lalu.\n\n\nTimbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah menerima serahan WTD selaras dengan Seksyen 8 Akta Wang Tak Dituntut (Akta 370) daripada syarikat atau firma berjumlah kira-kira RM14.1 bilion dari tahun 1977 sehingga bulan lalu.\n\n\n\u201cDaripada jumlah tersebut, kira-kira RM3.2 bilion telah dibuat bayaran balik kepada empunya seperti akaun simpanan, insurans dan deposit.\n\n\n\u201cSebahagian besar daripada RM11 bilion WTD ini, kerajaan laburkan dalam simpanan tetap selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957 (dan) faedah yang diperoleh (daripada simpanan tetap) diakaunkan ke Akaun Hasil Disatukan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKM nafi pertimbang ambil jururawat asing\n\n\n\n\n\n\nPerlu Siasatan Menyeluruh Banteras Pemalsuan Sijil\n\n\n\n\n\n\nUMNO Runding Dengan Kerajaan Bila PRU15\n\n\n\n\n\n\nMahfuz Omar Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pula di LKIM\n\n\n\n\n\n\nTiada kompromi kepada polis terbabit pertubuhan haram \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDaripada simpanan tetap itu, kami dapat faedah RM250 juta dan wang itu kami guna untuk rakyat,\u201d katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke JANM di Putrajaya hari ini.\n\n\nIbu Pejabat Jabatan Akauntan Negara di Putrajaya.\n\n\nAhmad berkata, WTD ditakrifkan sebagai wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa lebih setahun, wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh lebih tujuh tahun dan wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urus niaga dalam satu tempoh masa lebih dua tahun.\n\n\nPemilik WTD diseru supaya menuntut wang masing-masing dengan mengemukakan permohonan melalui portal eGUMIS, kaunter JANM di seluruh negara atau melalui e-mel yang dihantar terus ke pejabat WTD Putrajaya.\n\n\nMenurutnya, portal eGUMIS yang dilancarkan pada tahun 2020 menerima kira-kira 17.2 juta pelawat setakat bulan lalu dengan bilangan pengguna berdaftar adalah hampir 4.4 juta pengguna.\n\n\nPemilik WTD boleh menuntut wang masing-masing dengan mengemukakan permohonan melalui portal eGUMIS, kaunter JANM di seluruh negara atau melalui e-mel yang dihantar terus ke pejabat WTD Putrajaya.\n\n\n\u201cDalam tempoh sama, sebanyak 354,912 permohonan tuntutan WTD dalam talian telah diterima dan daripada jumlah itu, sebanyak RM199 juta amaun tuntutan WTD telah diproses,\u201d katanya.\n\n\nAhmad berkata, JANM sedang membangunkan aplikasi mudah alih eGUMIS Mobile yang dijangka boleh mula digunakan pada suku keempat tahun ini.\n\n\nBeliau berkata, kerajaan juga berhasrat meminda Akta 370, antaranya cadangan pindaan terhadap tempoh pindahan ke Akaun Hasil Disatukan dari 15 tahun ke 10 tahun, takrifan semula WTD menurut Seksyen 8(a) dan 8(c) Akta 370, dan amaun denda yang dikenakan pada syarikat atau firma bagi ketidakpatuhan.\n\n\n\u201cAkta ini terlalu lama tak dipinda, maka kita cadangkan untuk dipinda,\u201d katanya.\n\n\nBeliau menambah, kerajaan dijangka membentangkan pindaan akta berkenaan pada hujung tahun ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/13/anwar-berdepan-cabaran-raih-undi-orang-melayu/", "title": "Anwar berdepan cabaran raih undi orang Melayu", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nPengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berdepan cabaran untuk meraih sokongan pengundi Melayu terhadap gabungan parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.\n\n\nBekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berpendapat, setakat ini mustahil untuk PH menang di tiga negeri dikuasai PAS iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu yang akan terlibat pada PRN nanti.\n\n\nMelalui komen disiarkan laman web \nFulcrum\n, Khairy berkata, PH hanya meraih 15 peratus undi Melayu di negeri majoritinya Melayu berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\n\n\nNamun, Negeri Sembilan dan Selangor juga dikatakan kubu kuat bagi PH dan perlu dipertahankan oleh Anwar pada PRN nanti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPembantu Ahli Parlimen langgar kod etika pakaian diarah keluar\n\n\n\n\n\n\nBawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang\n\n\n\n\n\n\nTak puas hati kalah, anak Presiden UMNO lapor Jawatankuasa Pemilihan\n\n\n\n\n\n\nKeadaan Terkini Pasca Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nSPRM Sokong Azam Baki\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTanpa perlu menanggung beban realiti sebenar berada dalam kerajaan, Perikatan Nasional (PN) menjadi juara populis mendesak rakyat Malaysia dibenarkan mengeluar akaun simpanan persaraan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),\u201d katanya.\n\n\nMalah, katanya, PN dilihat seolah-olah \u2018meminjam\u2019 taktik Anwar ketika Presiden PKR itu berada dalam pembangkang dengan memberikan tumpuan kepada kempen populis.\n\n\nBekas Menteri Kesihatan itu berkata, Anwar berdepan cabaran hebat untuk berdepan PRN dengan \u2018bebanan\u2019 yang merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\n\u201cModal politik Anwar semakin terjejas, memandangkan reputasi kontroversi Ahmad Zahid dan tanggapan terhadapnya yang dilihat memberi ganjaran kepada penyokong dan kroninya tanpa disekat.\n\n\n\u201cLebih membimbangkan Anwar ialah jika UMNO menjadi liabiliti pilihan raya semasa pilihan raya negeri.\n\n\nBeliau turut menyindir bekas ketuanya yang melaksanakan pembersihan UMNO daripada pihak yang mengkritik beliau, selain memberi ganjaran kepada para penyokong menerusi lantikan dalam perbadanan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).\n\n\nJelas Khairy, jika PH kehilangan Selangor atau Negeri Sembilan, ia akan menjadi satu kemunduran besar bagi Anwar berikutan PN mengenal pasti kedua-dua negeri itu sebagai medan pertempuran utama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/13/anwar-masih-ada-sokongan-majoriti-tanpa-umno-bn/", "title": "Anwar masih ada sokongan majoriti tanpa UMNO, BN", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau masih mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.\nBekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, Anwar sebenarnya boleh menolak permainan politik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi termasuklah berkaitan pengampunan diraja untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\nTambah beliau, Anwar semestinya tahu kesan politik yang akan diterima sekiranya diketahui bahawa beliau telah memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan kepada Najib.\n\n\n\u201cSaya nak jadi budak nakal sikit. Sekarang ini Perdana Menteri sudah ada sokongan daripada Sabah dan Sarawak.\n\u201cTolak BN, masih lagi ada majoriti, masih ada 118 kerusi. Jadi adakah ini masa PMX (PM ke-10) mengatakan bahawa cukuplah. \nEnough is enough\n?\n\u201cSaya tidak mahu jadi tebusan kepada politk Ahmad Zahid di mana segala-galanya terpaksa dihalalkan, segala-galanya terpaksa diputihkan.\n\u201cJadi, saya \nput my foot down\n, sebab bagi saya, \nyou do the crime, you serve the time \ndan saya cukup tanpa UMNO serta BN,\u201d katanya.\nTambah Khairy, sebelum ini Pakatan Harapan (PH) menggunakan alasan terpaksa terima Ahmad Zahid dan menerima UMNO kerana enggan kerajaan jatuh kepada Perikatan Nasional (PN).\nBagaimanapun, tegas Khairy, berdasarkan kira-kira kerusi Parlimen, Anwar sebenarnya masih mempunyai majoriti sokongan, meskipun tanpa UMNO dan BN.\nBeliau berkata demikian dalam siaran podcast \nKeluar Sekejap\n yang turut menampilkan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.\nBagaimanapun, Shahril tidak senada dengan Khairy apabila beliau berpendapat bahawa Anwar akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan kepada Najib.\nMenurut Shahril, sekiranya UMNO tahu Perdana Menteri tidak menyokong usul tersebut, parti itu pasti tidak akan berdiam diri. \u2013 AWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/13/bekas-setiausaha-politik-didakwa-terima-suapan-lebih-rm400000/", "title": "Bekas setiausaha politik didakwa terima suapan lebih RM400,000", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Seorang bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas 12 pertuduhan menerima suapan berjumlah RM408,736 pada tahun 2017 dan 2018.\nTertuduh, Datuk Rosli Hasan, 52, didakwa menerima suapan itu antara Mei 2017 hingga Februari 2018 dalam bentuk pengubahsuaian rumah milik isterinya di Jalan Pokok Mangga 61, Taman Pokok Mangga bernilai RM323,736.\nBeliau juga berdepan 11 pertuduhan secara rasuah menerima suapan wang berjumlah RM85,000 melalui bayaran kad kredit antara Mei 2017 hingga 19 Oktober 2017.\nKedua-dua suapan itu sebagai upah bagi membantu sebuah syarikat untuk dilantik sebagai kontraktor bagi projek mereka bentuk, membina dan menyiapkan sebuah masjid, dewan serba guna, tiga lot kedai dan rumah sampah secara reka dan bina di atas sebahagian tanah di Lot 341 dan Lot 345, Mukim Bachang bernilai RM5.28 juta.\nPertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.\nTimbalan Pendakwa Raya, Irwan Shah Abdul Samad menawarkan jaminan RM80,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah serta perlu melapor diri ke pejabat SPRM sekali sebulan.\nBagaimanapun, peguam Azrul Zulkifli Stork memohon jaminan RM30,000 dijadikan bercagar dan RM50,000 tidak bercagar memandangkan tertuduh tidak lagi bekerja dan hanya mengharapkan pencen RM2,018 sebulan selain terpaksa menanggung dua isteri serta lapan anak.\nHakim Elesabet Paya Wan membenarkan permohonan Azrul dengan mengenakan syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan dan menetapkan 16 Mei untuk sebutan semula kes. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/13/buruh-dijel-6-bulan-hantaran-jelik-isu-perkauman-hina-agong/", "title": "Buruh dijel 6 bulan, hantaran jelik isu perkauman, hina Agong", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Seorang buruh dipenjara enam bulan kerana membuat hantaran yang membangkitkan isu perkauman serta menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial Facebook.\nHakim, N. Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Rahim Abdullah, 49, selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang disabitkan terhadapnya.\nBerdasarkan pertuduhan pertama, dia secara sedar didakwa memulakan komunikasi yang jelik selepas membuat hantaran menyentuh isu perkauman dengan niat menyakitkan hati orang lain.\n\n\nKesalahan itu dilakukan sekitar jam 3.34 petang pada 25 Januari lalu dan ia dibaca orang awam iaitu saksi pada jam 5 petang di sebuah restoran sekitar ibu kota, 8 April lalu.\nBagi pertuduhan kedua hingga keempat, Abd Rahim didakwa menggunakan akaun Facebook sama iaitu \u2018Tuk Chik\u2019 telah membuat komunikasi jelik dengan menghina Agong.\nKesalahan itu pula dilakukan sekitar jam 11.26 pagi pada 2 dan 3 April lalu yang kemudian dibaca di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, 5 April lalu.\nKesemua pertuduhan itu didakwa mengikut Sesyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.\nJika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.\nAbd Rahim yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana telah menyesal atas kesalahannya dan memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan.\n\u201cSaya minta maaf kepada institusi diraja dan saya tidak berniat untuk buat provokasi kepada mana-mana pihak. Kepada mana-mana pihak yang terasa dengan kenyataan saya, saya mohon maaf,\u201d katanya dalam kandang tertuduh.\nBagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal supaya perbuatan itu menjadi pengajaran kepada masyarakat.\nMahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua bulan bagi pertuduhan pertama manakala penjara empat bulan bagi tiga lagi pertuduhan dengan perintah hukuman tersebut dijalankan secara serentak bermula hari ini. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/13/jakim-nafi-laporan-hasil-cerapan-1-syawal-1443h-tidak-sah-batal/", "title": "Jakim nafi laporan hasil cerapan 1 Syawal 1443H tidak sah, batal", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan hasil cerapan 1 Syawal 1443H pada 2 Mei tahun lalu sebagai tidak sah dan terbatal.\n\n\nMenurut kenyataan, laporan itu tidak benar sama sekali kerana hasil cerapan tersebut telah mengikut prosedur ditetapkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.\n\n\nKatanya, pada petang 29 Ramadan 1443H, anak bulan berjaya dikesan melalui teleskop oleh salah seorang Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan dan imej diperolehi telah disemak jawatankuasa berkenaan.\n\n\nSelain itu, kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang merupakan ahli jawatankuasa tersebut juga telah dapat mencerap hilal melalui peralatan teodolit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Perlu Main Peranan Tahu Skop Kerja \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPolis percepat siasatan pelajar kecam soalan Sejarah SPM\n\n\n\n\n\n\nBERSATU lapor polis fitnah terhadap Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\n4 tahun-UKSB serah wang bulanan kepada Zahid, untuk Kontrak Sistem Visa Luar Negara\n\n\n\n\n\n\nTunggakan hutang tidak mampu dibayar Felcra berjumlah RM312.22 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cImej diperoleh kemudiannya disahkan Ketua Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Labuan yang bertugas pada petang tersebut dan dilaporkan kepada Mufti Wilayah Persekutuan yang berada di lokasi cerapan rasmi Menara Kuala Lumpur.\n\n\n\u201cSatu perbincangan khusus juga kemudian dilaksanakan Mufti bersama pakar falak dan Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan untuk mengesahkan imej yang diperoleh dengan membandingkan data hilal disediakan sebelum keputusan menerima kenampakan tersebut dibuat.\n\n\n\u201cKenampakan hilal tersebut kemudiannya dilaporkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia untuk diperkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong,\u201d kata kenyataan itu hari ini.\n\n\nJakim berkata demikian sebagai menafikan laporan sebuah akhbar bertajuk, \u2018Cerapan Anak Bulan Lebih Ketat Dan Teliti\u2019\u2019 yang disiarkan hari ini.\n\n\nMenurut kenyataan itu lagi, cecara teknikalnya, data hilal Syawal 1443H adalah tidak memenuhi syarat Kriteria Imkanur Rukyah (KIR) yang telah ditetapkan iaitu ketika matahari terbenam ketinggian hilal sekurang-kurangnya 3\u2070 dan Jarak Lengkung hilal Matahari 6\u2070 24\u201c.\n\n\nData hilal Syawal pada ketika itu adalah berada pada ketinggian 5\u2070 27\u201c dan Jarak Lengkung 5\u2070 28\u201c.\n\n\nDaripada data tersebut dapat dirumuskan kedudukan hilal berada pada kedudukan kritikal atau 50/50 untuk dapat dilihat kerana salah satu syarat telah dipenuhi dan beza dengan syarat Kriteria Imkanur Rukyah terlalu kecil.\n\n\nSelain itu, tempoh cerapan hilal yang agak lama iaitu 27 minit dan keadaan cuaca yang baik membantu kepada proses cerapan serta peluang kenampakan hilal.\n\n\nUmur hilal yang mencecah 15 jam 28 minit juga menunjukkan lebar sabit hilal adalah lebih matang dan peluang kenampakan ketika itu lebih cerah.\n\n\nOleh kerana peluang kenampakan hilal pada ketika itu adalah 50/50, perkara ini telah dibincangkan dan diberi perhatian oleh Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Mufti Wilayah supaya segala kemungkinan tersebut diberi perhatian sewajarnya.\n\n\nPenjelasan lanjut berhubung isu ini boleh diikuti menerusi laman Facebook rasmi Jakim dalam rancangan Tanya JAKIM yang disiarkan secara langsung menerusi pautan\u00a0\nhttps://fb.watch/jTb3oYTnYQ/?mibextid=cr9u03\n.\n\n\nJakim juga kata kenyataan itu, menyangkal laporan artikel berkenaan yang menyatakan laporan kenampakan hilal Syawal 1443H tidak direkodkan dalam laman web Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.\n\n\nKenyataan tersebut tidak benar dan mengelirukan kerana semakan Jakim di laman sesawang Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mendapati rekod tersebut boleh diakses di pautan\u00a0\nhttps://www.majlisraja-raja.gov.my/ms/cerapan-anak-bulan\n.\n\n\nSehubungan itu, kenyataan bahawa pengisytiharan kenampakan hilal Syawal 1433H/ 2 Mei 2022 di Labuan terbatal adalah amat tidak tepat dan sangat mengelirukan.\n\n\nSemua pihak disarankan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau sebarang kandungan berkaitan isu penetapan tarikh 1 Syawal supaya tidak berlaku kegusaran dan polemik yang boleh menjurus kepada ketidaktenteraman awam.\n\n\nMasyarakat juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih dan berautoriti sebelum mengeluarkan sebarang komen.\n\n\nSehubungan itu, Jakim menyeru masyarakat awam supaya menghentikan sebarang polemik dan menunggu hasil keputusan cerapan Syawal 1444H yang akan diisytiharkan pada malam 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Malaysia. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/13/lelaki-muat-naik-ciapan-berbaur-perkauman-ditahan/", "title": "Lelaki muat naik ciapan berbaur perkauman ditahan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Selepas hampir enam hari diburu, seorang lelaki ditahan dipercayai memuat naik ciapan berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.\n\n\nKetua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, suspek ditahan oleh sepasukan pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman jam 6.30 petang di sekitar ibu negara.\n\n\nPDRM membuat hebahan bagi mengesan Roslizal untuk membantu siasatan kes.\n\n\n\u201cTangkapan membabitkan individu bernama Roslizal Razali yang dipercayai memuat naik ciapan di Twitter @RezaRazali.\n\n\n\u201cPihak polis turut merampas komputer riba dan telefon bimbit bagi membantu siasatan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeluarga Adib Tarik Rayuan Komital Terhadap Tommy Thomas\n\n\n\n\n\n\nMazlan Bujang Keluar BERSATU\n\n\n\n\n\n\nAbang Grab boleh kerja balik, akaun diaktif semula\n\n\n\n\n\n\nSecara teorinya, Anwar tidak perlu usul undi percaya 19 Disember ini\n\n\n\n\n\n\nHakim Kecewa Guan Eng Buat Kenyataan Luar Mahkamah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut beliau, antara kesalahannya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut serta Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.\n\n\n\u201cSuspek turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.\n\n\n\u201cPihak polis akan mendapatkan permohonan reman hari ini,\u201d katanya.\n\n\nPada 6 April lalu, PDRM membuat hebahan bagi mengesan Roslizal, 46, untuk membantu siasatan kes.\n\n\nOrang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Fairol Abu Bakar di talian 016-4469473 atau 03-22666071."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/13/maritim-malaysia-tumpas-cubaan-seludup-4-8-juta-rokok/", "title": "Maritim Malaysia tumpas cubaan seludup 4.8 juta rokok", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menumpaskan cubaan seludup sejumlah 4.8 juta batang rokok kretek pelbagai jenama di perairan muara Tanjung Gabang, Selangor sempena Op Khas Pagar Laut pada Selasa.\n\n\nMenerusi kenyataan dikeluarkan, hasil risikan dan bantuan Sistem Pengawasan Laut Malaysia (SWASLA) mendapati sebuah bot pancung bergerak dalam keadaan mencurigakan di laluan Traffic Separation Scheme (TSS) ke Tanjung Gabang pada jam 10.20 malam.\n\n\nTimbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, suspek dilaporkan bertindak memecut laju untuk meloloskan diri dan berlaku kejar-mengejar.\n\n\nSetelah menghampiri bot berkenaan, pihak Maritim Malaysia mendapati tekong dan awak-awak telah meninggalkan bot dan berjaya melarikan diri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPATI antara faktor penyakit tibi meningkat di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKhairy tiada niat buat rayuan, yakin tidak akan dilayan\n\n\n\n\n\n\nMufti P. Pinang kesal orang Islam sertai perarakan kuil\n\n\n\n\n\n\nBekalan gula berkurang, KPDN digesa ambil tindakan\n\n\n\n\n\n\nRUU Anti Lompat Parti Dibahas Di Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPemeriksaan ke atas bot pancung tanpa nombor pendaftaran itu membawa kepada penemuan rokok kretek pelbagai jenama.\n\n\nPihaknya juga menganggarkan nilai keseluruhan rampasan rokok kretek termasuk bot pancung itu berjumlah sebanyak RM3.53 juta.\n\n\nKesemua rokok kretek berkenaan disyaki diseludup masuk dari negara jiran Indonesia untuk dijual secara haram dalam negara ini.\n\n\nKes ini akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana menyeludup masuk rokok ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/13/pas-mohon-ketepikan-saman-mujahid-isu-sokong-lgbt/", "title": "PAS mohon ketepikan saman Mujahid isu sokong LGBT", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 PAS memfailkan notis permohonan bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berhubung dakwaan beliau yang menuduh parti itu menyokong budaya songsang lesbian, gay, biseksual dan tTransgender.\n\n\nSetiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mewakii parti itu sebagai defendan memfailkan permohonan mengikut Aturan 18 kaedah 19 (1)(a) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 menerusi Tetuan Tengku Amalin&Faizi di Mahkamah Tinggi pada 15 Februari lalu.\n\n\nBerdasarkan notis tersebut, alasan permohonan kerana Mujahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) sebagai plaintif gagal mendedahkan apa-apa kuasa tindakan yang munasabah terhadap defendan.\n\n\nNooramir Zakaria yang merupakan peguam bela Mujahid berkata, permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada 21 Jun ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n27 Pati Karam, 2 Maut Dan 6 Hilang\n\n\n\n\n\n\nBukan media sengaja tiup isu sensitif, tapi ahli politik\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tarik balik permohonan pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi\n\n\n\n\n\n\n48 Maut Akibat Banjir, Amaran Hujan Lebat Petang Ini Sehingga 3 Jan\n\n\n\n\n\n\nNaratif dibawa Anwar didakwa gagal tarik sokongan Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 15 Disember lalu, Mujahid memfailkan saman itu mendakwa PAS pada 16 Oktober 2022 dengan niat jahat menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah plaintif dengan membuat satu kenyataan fitnah di Facebook parti itu.\n\n\nNaib Presiden AMANAH itu juga mendakwa kenyataan fitnah yang dimuat naik bersama dengan gambar dengan kapsyen \u2018Mantan Menteri Agama PH (Pakatan Harapan) sokong LGBT?\n\n\nKenyataan fitnah itu antaranya dikatakan membawa maksud plaintiff membenarkan serta menerima masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam terbabit dengan aktiviti LGBT dan zina\n\n\nMujahid juga mendakwa kenyataan fitnah itu menyebabkan beliau mengalami tekanan perasaan, selain merosakkan perwatakan, nilai moral, pegangan agama, keupayaan dan kredibiliti plaintif sebagai menteri.\n\n\nPlaintif juga memohon suatu perintah supaya PAS menarik balik serta memadam kenyataan fitnah serta gambar plaintif dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh penghakiman selain memohon ganti rugi am.\n\n\nMengikut pernyataan pembelaan, PAS mendakwa pernyataan tuntutan plaintif adalah cacat dan tidak sah kerana gagal menamakan pelaku kesalahan yang mempunyai kawalan serta melakukan penerbitan bagi artikel berkenaan.\n\n\nDefendan juga menegaskan berada di bawah tanggungjawab politik, moral dan sosial untuk menyebarkan pandangan berbeza bagi meraikan perbezaan pandangan yang berlaku dengan serius dalam masyarakat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/13/pertemuan-anwar-ahmad-beri-hasil-baik-kepada-kelantan/", "title": "Pertemuan Anwar-Ahmad beri hasil baik kepada Kelantan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berharap kunjungan hormat bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahaim dapat memberikan hasil yang baik untuk negeri Kelantan.\nBeliau berkata, menerusi pertemuan di Putrajaya itu, pihaknya memohon supaya semua perkara yang diputuskan ketika pentadbiran sebelum ini diteruskan.\n\n\nAhmad (kanan) mengadakan kunjungan hormat kepada Anwar di Putrajaya.\n\n\n\u201cKami berunding atas asas yang lama dan Perdana Menteri memberi maklum balas dengan mengatakan \u2018Insya-Allah\u2019.\n\u201cJusteru, kami berharap Perdana Menteri memberi sesuatu yang terbaik untuk Kelantan,\u201d katanya pada sidang media selepas mengagihkan sumbangan kuih raya kepada agensi keselamatan di Kota Darulnaim, Kota Bharu.\n\n\nDitanya sama ada perbincangan itu turut membabitkan isu royalti minyak, Ahmad berkata, kerajaan negeri sudah menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan mengenainya.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan, Anwar menerima kunjungan hormat Ahmad di pejabatnya di Putrajaya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelesaikan masalah umat Islam dengan adil, secepat mungkin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nPindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Ma63 Lulus\n\n\n\n\n\n\nDong Zong mula tunjuk belang, Wira Putra tolak pengiktirafan sijil UEC\n\n\n\n\n\n\nHarga Turun Kepada RM4.90 Seunit, Tidak Jejas Kualiti\n\n\n\n\n\n\nOrang ramai dinasihat guna bekalan air diiktiraf SPAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/13/porak-peranda-politik-jejas-institusi-kehakiman-negara/", "title": "Porak-peranda politik jejas institusi kehakiman negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kewibawaan institusi keadilan negara sering kali dipertikaikan oleh ahli politik terutamanya apabila pemimpin mereka dituduh di mahkamah dan dianggap keputusan mahkamah tidak adil jika tidak memihak kepada mereka.\n\n\nInstitusi kehakiman dan perundangan sering menjadi pertikaian oleh pemain-pemain politik apabila pemimpin mereka dituduh di mahkamah.\n\n\nAmir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, suasana politik hari ini menjadi lebih porak-peranda apabila sistem keadilan ini seolah-olah cuba dijadikan instrumen atau alat penguasaan negara oleh ahli politik.\n\n\n\u201cSuasana politik yang ada pada dengan cara yang dikendalikan pada hari ini bukan sahaja menyebabkan masalah dalam politik, kecelaruan dan sebagainya tetapi telah menyebabkan kewibawaan sIstem kehakiman dan keadilan itu dipertikaikan.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSeremban catat IPU tidak sihat\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful silap, RUU Anti Lompat Parti selamatkan PN \u2013 Fuad\n\n\n\n\n\n\nJejambat Kota Bharu siap dengan penjimatan kos RM7.9 juta\n\n\n\n\n\n\nSPCAAM cadang pekerja bersara umur 65 tahun\n\n\n\n\n\n\n31 Ogos Tidak Wajar Dimansuhkan \u2013 Veteran Atm\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni tentu sekali akan membawa kepada kesan yang negatif kepada negara dan kepada kepentingan awam kerana mereka sudah tidak yakin lagi kepada sistem keadilan dan melihatnya menjadi instrumen yang boleh dipermainkan orang-orang politik.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian dalam laman Facebooknya, semalam.\n\n\nMenurut Ustaz Abdullah, kewibawaan mahkamah dipertikai selain sistem kehakiman dijadikan permainan politik yang sesuka hati menekan dan menukar ganti hakim bagi melaksanakan agenda politik mereka yang mentadbir.\n\n\n\u201cBegitu juga hari ini apabila pemimpin besar politik negara berdepan dengan masalah penghakiman maka sekali lagi sistem kehakiman negara dipertikai dan dipersoalkan. \u201c\n\n\n\u201cTidakkan persoalan mempertahankan kebebasan atau integriti sistem kehakiman ini menjadi satu tanggungjawab semua pihak, maknanya kita tak boleh memberi mesej bahawa siapa-siapa yang berkuasa mereka boleh menggunakan sistem kehakiman, maknanya hakim boleh ditekan dan ditukar ganti untuk tujuan melaksanakan agenda politik,\u201d ujarnya.\n\n\nKatanya lagi, sekiranya amalan itu berterusan menjadi fenomena, negara bukan hanya akan berdepan masalah politik tetapi juga berisiko menghadapi satu krisis kepercayaan yang besar kepada sistem kehakiman.\n\n\nSehubungan itu Ustaz Abdullah menggesa semua pihak memelihara sistem keadilan negara supaya kekal menjadi badan yang dipercayai dan rujukan dalam menentukan keadilan kepada masyarakat tanpa mengira kedudukan mereka dalam negara.\n\n\nPada 31 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.\n\n\nMahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dan RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.\n\n\nBerikutan itu, ada pihak yang mempertikaikan keputusan panel hakim yang mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, adalah kekal.\n\n\nDalam perkembangan lain, media melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat Jumaat lepas, sebulat suara bersetuju memohon menghadap untuk mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon ihsan untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.\n\n\nBekas Ahli Parlimen Pekan itu pada September tahun lepas telah memfailkan permohonan pengampunan diraja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/14/41-rangka-keturunan-penang-woman-dipulangkan-tahun-depan/", "title": "Belanda setuju serah 41 rangka keturunan Penang Woman", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nSebanyak 41 rangka \u2018Penang Woman\u2019 yang berusia ribuan tahun akan ditemukan semula dengan keturunannya di Malaysia pada Januari tahun depan.\n\n\nPerkara itu disahkan oleh Ketua Arkeologi Pulau Pinang, Prof Datuk Mokhtar Saidin yang turut memaklumkan kesemua artifak berkenaan bakal ditempatkan di Galeri Warisan Arkeologi, Guar Kepah, Pulau Pinang yang kini sedang dalam proses pembinaan.\n\n\nRangka Penang Woman dijumpai di bawah timbunan kerang yang menjadi diet pada zaman neolitik suatu ketika dahulu.\n\n\nIni juga kerana, Belanda yang pernah menjajah Malaysia lebih 200 tahun lalu kini sudah bersedia untuk memulangkan semula khazanah berharga negara yang dirampas penjajah suatu ketika dahulu setelah lawatan kerja yang dilakukan pihaknya bersama Kerajaan Pulau Pinang pada Mac lalu.\n\n\n\u201cPada tahun 2021, Belanda telah mengeluarkan notis pemulangan semula artifak (rangka-rangka manusia) ke negara asal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengintip Israel : Hukuman Berat Kepada Tali Barut Israel!\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan KJ beri kelebihan kepada PN\n\n\n\n\n\n\nKonsep Madani hasil pengalaman, perjuangan panjang Anwar\n\n\n\n\n\n\ni-Guru syor galak semula SOP COVID-19 di sekolah\n\n\n\n\n\n\nPRN: Agihan kerusi PN selesai 97 peratus \u2013 Ahmad Samsuri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSemasa lawatan saya bersama Kerajaan Pulau Pinang pada Mac lalu di Collection Centre Netherland Amersfoort, mereka (Kerajaan Belanda) telah menyerahkan empat kotak yang mengandungi 41 rangka manusia yang mempunyai kod-kod tersendiri,\u201d katanya.\n\n\nTambah Mokhtar, kesemua rangka itu tidak dapat dibawa pulang dengan segera dari Belanda kerana Malaysia masih belum mempunyai tempat menyimpan dan teknologi yang sesuai untuk memastikan rangka tersebut dapat dikekalkan dengan baik.\n\n\nProf Mokhtar Saidin menyampaikan pembentangan \nBicara Arkeologi, \nMenjejak Rangka Neolitik yang berusia 5,000 hingga 6,000 tahun dari Guar Kepah ke Leiden, Belanda di MATIC, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menghadiri Bicara Arkeologi, Menjejak Rangka Neolitik Berusia 5,000 hingga 6,000 tahun tahun dari Guar Kepah ke Leiden Belanda di MATIC, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nKatanya, setelah Galeri Warisan Arkeologi, Guar Kepah siap sepenuhnya, pemulangan terhadap tulang-tulang tersebut akan terus dijalankan oleh pihaknya iaitu Anchient Kedah bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.\n\n\n\u201cSelepas itu kajian terperinci akan dilakukan untuk menentukan pentarikhan, punca kematian dan diet rangka ini.\n\n\nIni merupakan wajah rangka \u2018Penang Woman\u2019 yang menggunakan teknologi imbasan tomografi berkomputer (CT Scan)\n\n\nTerdahulu, Penang Woman merupakan khazanah negara yang tidak ternilai dan merupakan satu-satunya rangka yang dijumpai di timbunan bukit kerang, Guar Kepah yang ditemukan oleh pengkaji Malaysia pada 19 April 2017."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/14/anwar-tidak-anak-tirikan-negeri-pembangkang/", "title": "Anwar tidak \u2018anak tirikan\u2019 negeri pembangkang", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan di bawah pimpinan beliau akan memberi kerjasama penuh walaupun kepada negeri pembangkang.\nTegas beliau, ia terbukti apabila kerajaan mengutamakan keperluan yang diminta kerajaan negeri walaupun berbeza pegangan politik. \n\u201cSebagai contoh, Kerajaan Persekutuan bersetuju menambah projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Golok, Kelantan susulan masalah banjir yang sering dialami negeri itu.\n\u201cMasalah banjir di Kelantan lebih berat daripada masalah banjir di Permatang Pauh, jadi kami kena beri keutamaan kepada Kelantan walaupun kerajaan negeri itu di bawah pimpinan parti berbeza,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Mengkuang Titi hari ini.\nTambah Anwar, lawatan ke Terengganu esok juga membuktikan kerajaan menjalinkan kerjasama baik dengan negeri pembangkang apabila Menteri Besar Terengganu sendiri turut mengalu-alukan kedatangannya.\n\u201cMasa pilihan raya kita lawanlah, lepas itu damailah, baru boleh jaga kehidupan rakyat. Cuma dalam politik kita kena beringat, apa yang dituturkan mestilah berdasarkan fakta,\u201d katanya.\nDalam perkembangan sama, Anwar menegaskan meskipun dituduh zalim membabitkan isu peruntukan namun beliau tetap menambah peruntukan menerusi Belajawan 2023 bagi Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perlis.\n\u201cPeruntukan bagi Kelantan, Perlis, Terengganu, Kedah pun saya tambah kerana kita bawa konsep Madani iaitu semangat kemanusiaan berteraskan beberapa nilai termasuk menegakkan keadilan,\u201d jelas beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/14/dua-bekas-pengarah-ditahan-seleweng-dana-rm9-juta/", "title": "Dua bekas pengarah ditahan seleweng dana RM9 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Bekas pengarah urusan dan bekas pengarah eksekutif syarikat pusat urut terkemuka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan kes penyelewengan dana syarikat bernilai RM9 juta.\nKedua-dua suspek masing-masing berusia 50 dan 55 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.\nMenurut sumber, penahan kedua-dua suspek tersebut adalah susulan penahan tiga wanita berkaitan kes sama semalam.\n\n\nDifahamkan, suspek menyeleweng wang tersebut menerusi pembelian minyak urut dengan harga yang tinggi berbanding harga pasaran menerusi syarikat pembekal yang merupakan proksi mereka hingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian anggaran RM1.8 juta.\nKedua-dua suspek yang direman selama empat hari bermula hari ini hingga Isnin depan diperintahkan oleh Majistret Puan Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.\nSementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/14/elaun-guru-kafa-dibayar-secara-tunggakan-bermula-januari/", "title": "Elaun guru KAFA dibayar secara tunggakan bermula Januari", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nPembayaran kenaikan elaun bagi semua guru Program Kelasa al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan dijelaskan secara tunggakan bermula Januari tahun ini.\u00a0\n\n\nKetua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya akan menguruskan penyaluran semua pembayaran berkenaan melalui kerajaan negeri sebaik sahaja peruntukan tersebut diterima.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Hakimah turut menolak dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bayaran bantuan \u2018one-off\u2019 kepada imam, bilal dan guru KAFA tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak kerajaan.\u00a0\n\n\n\u201cJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amat memahami akan kegusaran beberapa pihak mengenai pembayaran kenaikan elaun guru KAFA dan bantuan secara one-off kepada imam, bilal, siak, guru KAFA dan guru takmir yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023,\u201d katanya \nmenerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi JAKIM semalam.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Kelantan Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM\n\n\n\n\n\n\nManifesto PRU15 Perlu Utamakan Isu Infra Pendidikan, Sekolah Daif\n\n\n\n\n\n\nKelibat Ismail Sabri tak kelihatan pada taklimat Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nJom ziarah gereja esok dibatalkan \u2013 CEO Impact Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Permohonan rayuan UMNO atas dasar simpati\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, media melaporkan kerajaan memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir ketika pembentangan Bajet 2023 pada 24 Februari lalu.\u00a0\n\n\nPerdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada 70,000 orang dengan melibatkan peruntukan lebih RM40 juta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/14/israel-lulus-projek-bina-jalan-curi-lagi-tanah-palestin/", "title": "Israel lulus projek bina jalan, curi lagi tanah Palestin", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nRakyat Antarabangsa lain membina dan memiliki tanah di negara sendiri, namun bagi rakyat Palestin, mereka hanya menumpang di tanah sendiri. Malah, perlu meminta izin daripada penceroboh iaitu Israel.\u00a0\n\n\nAssem Khatem antara penduduk asal Palestin yang kini hanya tinggal sehelai sepinggang setelah Israel menjarah tanah miliknya.\n\n\nItulah apa yang dirasakan oleh Assem Khaterm yang merupakan penduduk asli bumi Palestin apabila mengetahui negara haram itu mula meluluskan projek binaan jalan bagi menjarah lebih banyak tanah milik mereka.\u00a0\n\n\nMenurut laporan \nChannel 7\n, Israel telah meluluskan beberapa projek pembinaan jalan penempatan di sekitar bandar Baitulmaqdis.\u00a0\n\n\nNegara haram Israel kini sedang rakus meluluskan segala projek berkaitan dengan pembinaan jalan di tanah milik rakyat Palestin.\n\n\nProjek dikenali sebagai pembinaan Jalan No. 45 itu bakal melintasi kem pelarian Qalandia, sekali gus menyebabkan ribuan lagi tanah milik rakyat Palestin dirampas\u00a0 rejim haram itu.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAngka gempa bumi Turkiye & Syria meningkat lebih 20,000\n\n\n\n\n\n\nWarga Indonesia mangsa kerja palsu di Vietnam dihantar pulang\n\n\n\n\n\n\nBicara Palestin EP11 : Yahudi Zionis\n\n\n\n\n\n\nKonflik Sudan : Rakyat Malaysia, pelajar selamat\n\n\n\n\n\n\nRobot Pintar Edar Air Zamzam Beroperasi Kembali\n\n\n\n\n\n\n\n\nRibuan tanah milik rakyat Palestin itu juga diceroboh\u00a0 untuk dijadikan jalan bagi memintas Sur Baher, ke timur Baitulmaqdis bagi memudahkan lagi pergerakan pencerobohan Israel ke atas Palestin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/14/jangan-gadaikan-keselamatan-negara-pembela/", "title": "Longgar kemasukan pelawat China, jangan gadai keselamatan negara \u2013 PEMBELA", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kemasukan pelancong China ke negara ini tidak sepatutnya dilonggarkan.\n\n\nPengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mahmud Hishamuddin Abd Rashid berpendapat kemasukan pelancong asing dari negara itu sebaliknya perlu diperketat berikutan kejadian pelancong yang masuk ke negara ini dan tiada rekod keluar.\n\n\nBeliau turut mempersoalkan apakah negara begitu terdesak untuk mengejar keuntungan pelancongan sehingga sanggup mengorbankan keselamatan negara.\u00a0\n\n\nKatanya berdasarkan kejadian sebelum ini ada ribuan pelancong China yang tidak dapat dikesan, sepatutnya kemasukan mereka di perketatkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M rayu orang Melayu keluar mengundi, elak negara dipimpin golongan tidak layak\n\n\n\n\n\n\nDatuk Dr. Zulkapli \u2013 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu\n\n\n\n\n\n\nMuafakat Nasional gesa polis siasat Anwar Ibrahim dan Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tidak perlu defensif \u2013 Nik Nazmi\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Britain didenda tidak pakai tali pinggang keledar\n\n\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA juga katanya\u00a0 mencadangkan satu kajian dibuat berhubung impak sosial terhadap kemasukan pelancong China yang begitu ketara di negara ini agar dapat diperbaiki hal-hal yang sewajarnya.\n\n\n\n\nBeliau dihubungi TV Pertiwi bagi mengulas laporan \nMalaysia bakal menerima kemasukan lebih kurang 450 ribu\u00a0 pelawat dari negara tembok besar, China dengan kelonggaran kemasukan.\n\n\nIa perjanjian yang ditandatangani\u00a0 di antara Beijing dan Kuala Lumpur baru-baru ini susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Beijing baru-baru ini.\n\n\nMenteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata selain lawatan, kerjasama yang termeterai itu menurut akan meliputi beberapa kelonggaran yang akan ditentukan supaya kemasuka pelawat berkenaan lebih lancar.\n\n\n\n\nKatanya, Malaysia berjaya menandatangani perjanjian dengan dua agensi pelancongan di China iaitu satu agensi akan membawa masuk 350,000 dan bakinya 100,000 pelawat dan meminta Kuala Lumpur menangani \u00a0prosedur permohonan visa yang lebih mudah dan kedua adalah untuk lebih banyak kapasiti penumpang dalam penerbangan antara kedua-dua negara.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa di kementeriannya malam tadi.\n\n\n\n\nSehubungan itu, Tiong berkata, satu rundingan dengan pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen (JIM) akan diadakan bagi menangani perkara berkenaan.\n\n\nTiong memberitahu, hasrat itu juga bagi memastikan kementeriannya mampu mencapai sasaran 5 juta ketibaan pelancong dari China pada tahun ini.\u00a0\n\n\nTahun lalu media melaporkan seramai 1.2 juta warga China yang masuk ke negara ini didakwa tidak keluar dari Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/14/lelaki-direman-punca-kebakaran-13-motorsikal-4-skuter-di-klcc/", "title": "Lelaki direman punca kebakaran 13 motorsikal, 4 skuter di KLCC", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam perbuat khianat membakar 13 motosikal dan empat skuter elektrik di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Jalan Ampang semalam.\nSuspek berusia 34 tahun itu ditahan selepas dikesan berada berhampiran lokasi kejadian sebelum kebakaran berlaku berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).\nKetua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada jam 4 petang semalam yang dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.\n\u201cSusulan kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan sebelum menahan lelaki terbabit beberapa jam selepas kejadian.\n\u201cKetika penahanan, polis merampas sebuah motosikal jenis Honda RS, serangkai kunci motosikal, satu helai baju, satu helai seluar, satu sarung tangan, satu beg, seutas jam tangan dan satu pemetik api,\u201d katanya. \nBeliau berkata, suspek terbabit direman enam hari bermula hari ini hingga 19 April depan.\n\u201cPada masa ini, pihak polis menerima 10 laporan daripada mangsa berhubung kejadian khianat ini serta masih menyiasat motif suspek,\u201d katanya.\nKejadian ini mendapat perhatian ramai setelah tular di media sosial."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/14/mustahil-hari-raya-disambut-pada-jumaat/", "title": "Mustahil hari raya disambut pada Jumaat", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nHampir mustahil Hari Raya Aidilfitri iaitu 1 Syawal tahun 2023 jatuh pada 21 April ini.\n\n\nIni kerana kedudukan anak bulan pada 20 April nanti tidak memenuhi kriteria Imkanur Rukyah yang telah ditetapkan serta kedudukan anak bulan dilihat tidak berada di kedudukan yang mengikut kriteria tersebut.\u00a0\n\n\nTimbalan Mufti Negeri Sembilan, Amran Awaludin berkata, berdasarkan hisab yang telah dibuat oleh ahli falak ketika ini, sememangnya tidak memenuhi di samping kedudukan anak bulan yang sukar dilihat.\u00a0\n\n\n\u201cIkut hisabnya memang\u00a0 hari Sabtu kerana\u00a0 dari segi penampakan anak bulan itu pada 22 April nanti melepasi kriteria yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya tiga darjah dan mempunyai kedudukan anak bulan digaris kaki langit tersebut melepasi syarat-syaratnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO perlu cari naratif, formula baharu \u2013 Puad\n\n\n\n\n\n\nOps Selamat: Selangor Catat Penurunan Kes\n\n\n\n\n\n\nJika keadaan Rusia meruncing, rakyat Malaysia dibawa pulang\n\n\n\n\n\n\nPihak luar terbabit lakukan perlombong haram nadir bumi \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nAbang Jo Dijangka Menang Dengan Majoriti Lebih 4,000\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u201cTapi mengikut pengkiraan yang telah dibuat oleh ahli falak ini, sememangnya (anak bulan) tidak memenuhi dan tidak sampai ke kriteria tersebut, maka memang sukarlah untuk dilihat.\n\n\n\u201cBagaimanapun, kita akan cuba juga, berdasarkan kaedah\u00a0 rukyah tersebut dan tunggulah mana keputusannya, setelah selesai proses cerapan pada petang khamis nanti.\u201d katanya ketika dihubungi \nTV Pertiwi\n hari ini.\u00a0\n\n\nTambah beliau, antara punca isu pentarikhan satu Syawal ini menjadi polemik utama dalam kalangan umat Islam di negara ini adalah disebabkan ledakan maklumat yang tidak sahih dan lebih mempercayai kaedah astronomi antarabangsa berbanding kaedah rukyah serta hisab oleh ahli falak.\u00a0\n\n\nKepakaran ahli falak negara wajar diperakui serta dipercayai berbanding ahli astronomi antarabangsa.\n\n\nSehubungan itu, beliau menyarankan agar umat Islam di negara ini untuk lebih mempercayai serta yakin terhadap kepakaran yang ada pada ahli falak berkenaan.\u00a0\n\n\n\u201c\nKita kena yakin , dengan kata kepakaran yang ada pada ahli falak ini mahupun jawatankuasa panelis rukyah dan hisab buat cerapan manak bulan yang telah dilantik di setiap negeri ini,\u201d katanya.\u00a0\n\n\nBeliau juga menjelaskan, kaedah cerapan anak bulan dilakukan di 29 lokasi di seluruh negara bagi menentukan tarikh 1 Syawal pada 20 April ini.\u00a0\n\n\nKemudian data dari 29 lokasi terbabit akan dikumpulkan untuk dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja bagi persetujuan dan keputusan rasmi sebelum diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/14/ph-arah-enam-negeri-runding-dengan-bn/", "title": "PH arah enam negeri runding dengan BN", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pakatan Harapan (PH) di enam negeri dibenarkan untuk memulakan rundingan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama Barisan Nasional (BN) bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).\n\n\nKetua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses rundingan telah dibincangkan di peringkat pusat antara PH dan BN mengikut parameter serta formula yang ditetapkan.\n\n\n\u201cDi peringkat negeri, kami mengarahkan untuk memulakan rundingan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.\n\n\n\u201cMana-mana yang mencapai persetujuan kami anggap bersetuju dan bagi yang belum bersetuju, perkara itu akan diangkat ke peringkat jawatankuasa di peringkat Pusat untuk dimuktamadkan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga makanan di gerai makan, restoran naik hingga 40 peratus\n\n\n\n\n\n\nPolis kenal pasti 190 kawasan panas di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nHakim Kecewa Guan Eng Buat Kenyataan Luar Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nPencapaian Pendidikan Sederhana Sepanjang Tahun 2021 \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nAyob Khan terajui Jabatan Siasatan Jenayah mulai 16 April\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penerapan nilai-nilai murni dan iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN) MADANI di Seremban semalam.\n\n\nBeliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, rundingan tersebut adalah untuk memastikan tiada pertembungan antara PH dan BN pada hari penamaan calon.\n\n\nJelas Saifuddin, isu berbangkit mengenai tuntutan kerusi merupakan proses biasa dalam rundingan politik.\n\n\nSebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilaporkan berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan awal dengan PH negeri bagi mencari persefahaman.\n\n\nSelain itu, katanya, beliau turut meminta diberikan tambahan dua kerusi DUN dalam PRN nanti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/14/pn-jangka-proses-agihan-kerusi-selesai-ahad-ini/", "title": "PN jangka proses agihan kerusi selesai Ahad ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nProses pengagihan kerusi yang membabitkan kesemua parti dalam komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti dijangka selesai pada Ahad ini.\u00a0\n\n\nKetua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, ketika ini perbincangan tertumpu kepada pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dua negeri iaitu Selangor dan Negeri Sembilan yang masih belum selesai.\n\n\n\u201cAda sedikit lagi di Negeri Sembilan dan Selangor melibatkan dua atau tiga kerusi \nDewan Undangan Negeri (DUN) tetapi untuk Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu sudah selesai\n.\n\n\n\u201cKami akan bagi masa seminggu untuk Negeri Sembilan dan Selangor dan hari Ahad kemudian akan berjumpa balik kerana hang nak, aku pun nak jadi kita perlu berunding,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTanah Rizab Melayu meningkat lebih 29 peratus di Selangor\n\n\n\n\n\n\nPenceramah bebas kritik konsert BlackPink dapat ugutan bunuh\n\n\n\n\n\n\nHubungan Malaysia-Amerika punca Arab Saudi jauhkan diri?\n\n\n\n\n\n\n20,041 kes kehilangan wang dari institusi perbankan tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk serangan terhadap jemaah Palestin, pencerobohan Israel di Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau yang juga Menteri Besar Kedah memaklumkan mengenai perkara tersebut ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Temasya Para Sukma XX di Kompleks Belia dan Sukan Kedah di Alor Setar, Kedah malam semalam.\u00a0\n\n\nSebelum ini, media melaporkan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan agihan kerusi DUN bagi PRN antara parti komponen PN sudah mencapai 80 peratus.\u00a0\n\n\nMenurut Tuan Ibrahim, pembahagian kerusi DUN tersebut dibuat secara muafakat melibatkan seluruh parti komponen PN dan perbincangan pusingan pertama proses itu juga berjalan lancar serta teratur."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/14/produk-babi-gagal-dibawa-masuk-dari-luar-negara/", "title": "Produk babi gagal dibawa masuk dari luar negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang mengagalkan cubaan membawa masuk dagangan keluaran hasilan haiwan (produk babi) dari luar negara berikutan tidak mempunyai permit serta sijil yang sah.\n\n\nPengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib Hashim berkata, barang dagangan itu dirampas di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hasil pemeriksaan bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).\n\n\n\u201cIa berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas JKDM dan pemeriksaan oleh pegawai Maqis LTAPP.\n\n\n\u201cSiasatan mendapati, keluaran hasilan haiwan itu ditahan kerana tidak mempunyai permit import serta sijil kesihatan veterinar yang sah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCadangan KWSP sebagai cagaran pinjaman tidak wajar \u2013 Kesatuan Pekerja\n\n\n\n\n\n\nTiada cadangan tutup akaun media sosial yang disalah guna \u2013 Fahmi\n\n\n\n\n\n\nSyed Mokhtar mangsa agenda politik kotor?\n\n\n\n\n\n\nMusibah banjir: Jakim anjur solat hajat, doa selamat\n\n\n\n\n\n\nKes mahkamah pemimpin PN tak lemahkan \u2018gelombang hijau\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDagangan ini dibawa dari negara China, Singapura dan lain-lain negara merupakan jenis hasilan haiwan seperti sosej babi, daging salai dan pelbagai lagi hasilan haiwan yang diimport dengan keseluruhan berat dagangan sebanyak 70kilogram (kg) dan dianggarkan bernilai RM 12,305,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nMuhammad Ikram berkata, perbuatan mengimport keluaran hasilan haiwan tanpa permit yang sah adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), Akta yang sama.\n\n\nKatanya, jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata, Maqis sentiasa mengambil langkah serius bersama agensi penguatkuasaan di sempadan dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri negara. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/14/umat-islam-perlu-cakna-perubahan-politik-dunia/", "title": "Umat Islam perlu cakna perubahan politik dunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nUmat Islam diingatkan agar selalu cakna dengan perubahan politik dunia semasa.\n\n\nPresiden Ikatan Muslimin Malaysia ( ISMA), Ustaz Shuhaib Ar-Rumy berkata, kepekaan terhadap apa yang berlaku dengan senario terkini politik dunia akan memberi kesan kepada kehidupan seharian umat Islam dan mengambil iktibar ataupun persediaan daripada apa yang berlaku.\n\n\n\u201cDalam konteks umat Islam, kita perlu cakna kerana bila sahaja perubahan politik, ia akan memberikan kesan terutama dari sudut kehidupan seharian umat Islam dan dari segi kekuatan sebagai ummah yang sama.\n\n\n\u201cDengan konteks umat Islam ini sebenarnya ummah yang satu, ummah yang satu akidah dan agamanya tetapi apa yang berlaku dengan keadaan begini, negara-negara itu menjadi seolah-olah diperkotak-katikkan oleh kuasa besar,\u201d katanya ketika ditemui \nTV Pertiwi\n pada Pejabat ISMA, Bangi, Selangor pagi tadi.\n\n\nSumber Foto: Xinhua.\n\n\nUstaz Shuhaib merujuk kepada hubungan diplomatik Iran dan Arab Saudi yang telah pulih melalui rundingan damai baru-baru ini sedangkan sebelumnya merupakan musuh di antara satu sama lain.\n\n\nTambahnya, hubungan yang terjalin itu bakal menguatkan lagi kerjasama kedua-dua negara dan kaitannya dengan kuasa besar dunia mungkin memberi kesan kepada suasana geopolitik rantau.\n\n\n\u201cBagi saya secara peribadi ia seolah satu permulaan, satu perubahan ataupun sedang dibentuk oleh kelompok tertentu di Timur Tengah yang sedang menguatkan kedudukannya secara strategi dengan menguatkan hubungan antara mereka.\n\n\n\u201cAntara Arab Saudi dan Iran ini satu hubungan yang telah lama terputus atas faktor ideologi, politik dan sebagainya jadi apabila mereka boleh menghubung jalin kepada dua negara, itu memberikan makna baharu kepada episod geopolitk di Timur Tengah ini,\u201d katanya lagi.\n\n\nTambah beleiau, hubungan diplomatik itu juga bakal memberikan manfaat kepada China kerana dari sudut geografi, dua buah negara Timur Tengah itu berhampiran dengan China.\n\n\nPada masa ini katanya,\u00a0 China juga dilihat agresif di Asia Tenggara dan jalinan hubungan itu seolah-olah akan\u00a0 mengetepikan pengaruh serta dominasi Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.\n\n\nPada 12 Mac lalu, Iran dan Arab Saudi bersetuju untuk berdamai dengan mengadakan semula hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dalam tempoh dua bulan akan datang selepas terputus selama tujuh tahun lalu.\n\n\nRundingan itu juga dilakukan oleh China sebagai pengantara rundingan damai antara Riyadh dan Teheran untuk meredakan krisis dua hala yang bakal mempunyai implikasi meluas di seluruh Asia Barat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/14/warga-indonesia-mangsa-kerja-palsu-di-vietnam-dihantar-pulang/", "title": "Warga Indonesia mangsa kerja palsu di Vietnam dihantar pulang", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\n Seramai 30 warga Indonesia menjadi mangsa sindiket tawaran kerja palsu di Vietnam berjaya dibawa pulang ke tanah air masing-masing.\n\n\nMemetik \nBernama\n, Konsulat Jeneral Indonesia di Ho Chi Minh City berkata, mangsa ditipu oleh sindiket yang menjanjikan jawatan bergaji tinggi di luar negara.\n\n\nSebaliknya, mereka dikerah bekerja di pusat panggilan yang menyamar sebagai institusi atau badan Kerajaan Indonesia dan dipaksa melakukan penipuan.\n\n\nMereka yang terdiri daripada 29 lelaki dan seorang wanita itu dihantar pulang sejurus mendapatkan khidmat kaunseling pada Isnin lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk tindakan bakar Al-Quran oleh ahli politik Denmark\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Agung As Tolak Mandat Vaksin Biden\n\n\n\n\n\n\nCabul kemuliaan Ramadan, Israel dijangka serang lagi umat Islam Palestin\n\n\n\n\n\n\nPolis Itali Berang Diberi Pelitup Muka Merah Jambu\n\n\n\n\n\n\nAnkara ucap terima kasih kepada Kuala Lumpur hantar SMART\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 12 Mac lalu, mereka berjaya melarikan diri dari penempatan yang dibina sindiket itu sebelum mendapatkan bantuan di pejabat konsular."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/15/aidilfitri-imam-bilal-siak-dan-guru-kafa-dapat-rm600/", "title": "Aidilfitri : Imam, bilal, siak dan guru KAFA dapat RM600", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Bayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off akan disalurkan kepada imam, siak, guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain serta takmir mulai 17 April (Isnin) ini.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini.\n\n\n\u201cBantuan khas ini adalah sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.\n\n\n\u201cKami berharap penyaluran sumbangan khas ini dapat memberi keceriaan kepada golongan ini dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri,\u201d katanya menerusi kenyataan media pada Sabtu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaya sedia disiasat bila-bila masa \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPRU-15 Boleh Disegerakan Jika Kes Aktif Kekal Menurun \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nGuna ikon hanya mainan politik, hapuskan sekolah vernakular \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\nPHEB Akan Adakan Perarakan Pedati Berhala Walau Dilarang\n\n\n\n\n\n\nPN perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan pusat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, kerajaan bersetuju memberikan sumbangan khas RM600 kepada 70,000 imam, siak, guru KAFA serta takmir membabitkan peruntukan lebih RM40 juta."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/15/akhirnya-amerika-syarikat-benarkan-laungan-azan-5-kali-sehari/", "title": "Akhirnya Amerika Syarikat benarkan laungan azan 5 kali sehari", "body": "0\n\n\nMINNEAPOLIS, Sabtu \u2013 Amerika Syarikat yang selalunya memainkan dakyah Islamofobia kini telah membenarkan laungan azan lima waktu\u00a0 di sebuah bandar raya utama Minneapolis, malah penggunaan pembesar suara turut dibolehkan tanpa halangan.\u00a0\n\n\n\n\nIni menjadikan Minneapolis menjadi bandar pertama di AS yang membenarkan laungan azan lima waktu menggunakan pembesar suara.\u00a0\n\n\nTindakan ini berjaya dibentuk apabila Majlis Bandaraya Minneapolis keputusan majoriti sebulat suara dua belas kosong untuk membenarkan laungan azan dari masjid yang berada di sekitarnya walaupun mempunyai peraturan berhubung pencemaran bunyi.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGuru al-Quran di kampung hanya dibayar RM10 sebulan\n\n\n\n\n\n\nPemain bola sepak Liga Perancis dilarang berpuasa pada hari perlawanan\n\n\n\n\n\n\nCari jalan pendekkan kes mahkamah syariah, elak mangsa dizalimi\n\n\n\n\n\n\nKa Siong terima surat saman pengimport telur\n\n\n\n\n\n\nJacinda Ardern dilantik utusan khas tangani keganasan di New Zealand\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam satu kenyataan oleh Bahagian kumpulan advokasi Muslim Majlis Hubungan Amerika Syarikat-Islam\u00a0 Minnesota memaklumkan, tindakan terbabit merupakan kemenangan yang bersejarah terhadap prinsip kebebasan beragama di negara yang majoritinya bukan Islam.\u00a0\n\n\nSebelum ini, CBS News melaporkan, laungan azan di bandar berkenaan hanya dibenarkan telah daripada pukul tujuh pagi hingga sepuluh malam sahaja serta terdapat tahap frekuensi tertentu yang dibenarkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/15/anwar-minta-beri-tempoh-buktikan-hapus-budaya-sakau-menyakau/", "title": "Anwar minta beri tempoh buktikan hapus budaya \u2018sakau-menyakau\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berusaha mengagihkan semula kekayaan negara kepada rakyat dengan menghapuskan budaya \u2018sakau-menyakau\u2019 melalui tata kelola yang baik dalam pentadbiran kerajaan.\n\n\nAnwar berkata, rakyat diminta memberi tempoh beberapa tahun kepada dirinya untuk membuktikan apa yang dijanjikan walaupun usaha itu sebenarnya bukan mudah.\n\n\nIni kerana, katanya, amalan rasuah dalam negara pada ketika ini sudah menjalar di semua peringkat pentadbiran kerajaan.\n\n\n\u201cOleh itu, kerajaan perlu memperbetulkan perkara ini (rasuah) yang mana amalan itu bukan hanya membabitkan individu tertentu sebaliknya disifatkan sebagai satu sistem.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKapal LCS dikurangkan kepada lima kapal \u2013 Panglima TLDM\n\n\n\n\n\n\nMOU Bukan \u2018Kitab Suci\u2019 Untuk Halang Buat PRU Awal \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nBekas diplomat tidak setuju pelantikan Nazri Aziz\n\n\n\n\n\n\nWartawan Pakistan hilang telah dihantar pulang\n\n\n\n\n\n\nKPM bincang kenaikan gaji guru ada kelayakan lebih tinggi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya buka fail (kerajaan) dalam beberapa keputusan setahun dua ini dan ia penuh dengan kecurangan serta nafsu serakah pemimpin.\n\n\n\n\n\u201cJusteru, kali ini saya tidak peduli sama ada dia orang Cina atau Melayu atau daripada parti mana sekalipun. Sekiranya ada kes, Peguam Negara ambil tindakan pendakwaan supaya menjadi pengajaran,\u201d katanya.\n\n\n\n\nBeliau berucap pada majlis Amanat Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Permatang Pauh, semalam.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada majlis amanat Perdana Menteri kepada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama penjawat negeri di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang di Bukit Mertajam, semalam. \u2013 Foto BERNAMA\n\n\nDalam majlis itu Anwar berkata, beliau memberi tumpuan untuk menaikkan gaji penjawat awam di peringkat bawah yang ketika ini gaji yang diterima tidak setimpal dengan pembangunan dan kos sara hidup.\n\n\n\u201cKita kini mengharapkan pertumbuhan ekonomi rancak dan hasil cukai bertambah yang (mana) jika trend ini berlaku satu ke dua tahun ketika itu gaji penjawat awam akan dinaikkan,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Anwar berkata, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu bekerja dalam satu pasukan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam memastikan kestabilan politik terus terjamin.\n\n\n\u201cHal ini perlu dipertahankan (kerjasama antara Pusat dan Negeri). Saya minta rakyat faham keperluan kita mempertahankan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.\n\n\n\u201cIni kerana, kita mahu pastikan kerajaan negeri ini kuat supaya dapat membantu kita memperkuatkan lagi Kerajaan Perpaduan di peringkat Kerajaan Pusat,\u201d katanya. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/15/bapa-tiri-berdepan-sebatan-hukuman-380-tahun-penjara-kerana-rogol/", "title": "Rogol \u2013 bapa tiri berdepan hukuman sebat, 380 tahun penjara", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 \nSiapa sangka seorang remaja\u00a0 yang melarikan diri dari rumahnya pada 17 Mac lalu adalah\u00a0 nafsu serakah bapa tiri. \n\n\nMangsa yang kini berusia 16 tahun, mendakwa menjadi mangsa rogol selama tiga tahun bapa tirinya, selain dilakukan amang seksual serta bapa tiri menggunakan objek\u00a0 bagi tujuan seksual terhadap dirinya.\n\n\nSemuanya terbongkar semalam dalam prosiding di Mahkamah Ayer Keroh, Melaka apabila seorang lelaki mengaku bersalah terhadap semua 32 pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.\n\n\nAngkara perbuatannya itu, lelaki berkenaan berusia 36 tahun berdepan hukuman 380 tahun penjara jika sabit semua pertuduhan ke atasnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBas persiaran terbakar, laluan keluar Plaza Tol UPM dibuka semula\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Bazir Ratusan Juta Ringgit Untuk Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\nAkaun Twitter Edisi Siasat Digantung, Telegram Masih Ada\n\n\n\n\n\n\nKenderaan persendirian tidak perlu pamer cukai jalan bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nLima warga Indonesia kendali bot tempatan tanpa dokumen, ditahan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengikut kertas pertuduhan dia didakwa merogol, melakukan amang seks dan menggunakan objek untuk tujuan seksual terhadap anak tirinya yang berusia 16 tahun tiga tahun lalu.\n\n\nDia mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Hakim\u00a0 Darmafikri Abu Adam dalam dua prosiding berasingan.\n\n\nHakim menetapkan 15 Mei depan bagi meneliti fakta kes dan jatuh hukum terhadap tertuduh.\n\n\nTertuduh seorang pengajar kelas renang juga tidak dibenar ikat jamin kerana kesalahan bagi tujuan melindungi mangsa dan memastikan kehadiran tertuduh.\n\n\nTerdahulu, dalam kedua-dua prosiding, tertuduh mengaku bersalah atas semua 32 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.\n\n\nLelaki itu turut mengaku salah melakukan 12 perbuatan amang seksual mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.\n\n\nDia juga didakwa dengan\u00a0 lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek di bawah Seksyen 377 CA KK.\n\n\nDia juga tidak mengemukakan sebarang rayuan meringankan hukuman.\n\n\nSemua perbuatan dilakukan terhadap seorang kanak-kanak yang kini berusia 16 tahun di antara Januari 2020 dan 14 Mac 2023 di sebuah rumah di Taman Maju Jasin, Melaka.\n\n\nPendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nazrin Ali Rahim dan Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari.\n\n\nSeksyen 376 (1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan, manakala Seksyen 376 (2) pula penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan.\n\n\nManakala Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 pula boleh dipenjara hingga 20 tahun dan sebatan.\n\n\nBagi setiap kesalahan melakukan seks menggunakan objek pula mengikut Seksyen 377CA Kanun KK pula jika, sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.\n\n\n9 April lalu,\u00a0 media\u00a0 melaporkan sepasang suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan yang juga anak tiri kepada lelaki berkenaan sejak tiga tahun lalu.\n\n\nIsteri tertuduh merupakan penjual nasi lemak berusia 40 tahun turut direman sehingga hari ini untuk menjadi saksi pendakwaan.\n\n\nKehilangan remaja itu menjadi viral di laman sosial Facebook, Tik Tok dan aplikasi WhatsApp bertujuan untuk mengesannya.\n\n\nPada 6 April, mangsa dilaporkan ditemui selamat di Perak.\n\n\nRahsia kehilangannya rupa-rupanya menyingkap peristiwa hitam yang dialami mangsa, yang kemudian memaksa polis membuka kertas siasatan selepas bapa tiri dan ibu kandung remaja itu ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 sebaik tiba dari Sabah pada 8 April lalu.\n\n\nPolis juga mengesahkan kedua-duanya\u00a0 ditahan reman selepas polis menerima laporan kes rogol membabitkan remaja itu yang me\nmaklumkan dirinya dirogol bapa tiri sejak tahun 2020."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/15/ceramah-dr-sikh-ajk-masjid-perlu-bertanggungjawab/", "title": "Ceramah Dr Sikh, AJK masjid perlu bertanggungjawab", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nTular baru-baru ini satu video memaparkan seorang doktor sikh memberikan ceramah kesihatan di sebuah masjid di Bangsar, Petaling Jaya pada 11 April lalu.\n\n\nMenerusi video berdurasi 16 saat itu,\u00a0 individu yang mengenakan turban merah dipercayai seorang doktor dijemput untuk menyampaikan ceramah dan berkongsi ilmu mengenai tabiat berhenti merokok.\n\n\nPertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dalam satu kenyataannya berkata, Islam tidak menolak perkongsian ilmu daripada mana-mana individu bukan Islam malah ianya digalakkan.\n\n\nNamun, sepatutnya penyampaian itu perlu dilaksanakan dalam keadaan, situasi dan ruang yang sesuai.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenyokong PH Bantah ADUN Bilut Dan Minta Anwar Letak Jawatan\n\n\n\n\n\n\nSD Sokong Anwar : Ahmad Maslan Tanta Siapa PM Sekarang?\n\n\n\n\n\n\nBekalan pasport cukup, kesesakan ekoran peningkatan mendadak\n\n\n\n\n\n\nSemakan kehakiman rampasan jam tangan kaitan LGBTQ ditangguh 23 Ogos\n\n\n\n\n\n\nHartal Doktor Kontrak, Kesatuan Jururawat nafi terlibat mogok\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, dalam situasi video tersebut, ruang solat utama masjid dijadikan ruang penyampaian ilmu oleh individu terbabit yang menjadi subjek pertikaian ramai pihak.\u00a0\n\n\n\u201cKetika ramai asatizah dihalang menyampaikan ilmu di masjid-masjid, perkara seumpama ini pula yang terjadi,\u201d kata pertubuhan itu dalam satu hantaran.\n\n\nMenurutnya, sebelum ini ramai agamawan yang dihalang menyampaikan ceramah di masjid tetapi perkara sedemikian pula yang berlaku.\n\n\nJelas pertubuhan itu, doktor bukan Islam tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana beliau hanya memenuhi jemputan dan yang perlu menjawab hal berkenaan ialah pihak AJK Masjid kerana majlis seumpama itu boleh dijalankan di pekarangan masjid atau ruang dewan yang bukan ruang solat utama.\n\n\nPerkara ini telah menimbulkan perbalahan dikalangan ramai pihak serta respons yang diakibatkan oleh tindakan kontroversi jemputan masjid tersebut yang akhirnya akan menyebabkan Islam dan umatnya dipandang serong.\n\n\nIa tidak sepatutnya berlaku,\u00a0 AJK Masjid tersebut perlu ambil tanggungjawab katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/15/jangan-butakan-mata-mahasiswa-syed-saddiq/", "title": "\u201cJangan butakan mata mahasiswa\u201d \u2013 Syed Saddiq", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \n Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), \n\u00a0Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, kerajaan tidak boleh mengambil sikap keterbelakang dengan menyekat mahasiswa untuk mengutarakan isu-isu semasa.\n\n\n\n\nJelas beliau yang juga pelopor kepada UNDI18, berkata sekiranya kerajaan ingin melihat UNDI18 berjaya pada Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16) maka mahasiswa perlu dihidangkan dengan kebebasan untuk bersuara.\n\n\n\u201cJika mahu UNDI18 berjaya, perlu ada mahasiswa yang cakna dengan isu-isu semasa dan kisahkan dengan masa depan negara.\n\n\n\u201cJangan kita butakan mata dan bisukan mulut dan pekakkan telinga mereka kepada isu-isu negara,\u201d katanya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini malam tadi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir adalah Exco Dewan Pemuda Pas, Nazrul Nazir dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin.\n\n\nExco Dewan Pemuda Pas, Nazrul Nazir dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin turut hadir pada majlis di UKM. Pic \u2013 FB Syed Saddiq\n\n\nSyed Saddiq berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mana kementerian itu tidak akan menghalang sesiapa memasuki institut-institut pengajian tinggi (IPT) termasuk ahli politik.\n\n\nBagaimanapun, Khaled berkata, pihak yang mahu mengadakan program perlu mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan universiti terlebih dahulu.\n\n\nDalam pada itu, Syed Saddiq berharap agar KPT terus berpendirian untuk membenarkan program politik digerakkan di IPT untuk menarik minat mahasiswa terjun ke bidang politik.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya faham kadangkala pendirian Kabinet dan kerajaan sudah ditetapkan tetapi di universiti masih terdapat keresahan dan kegagalan untuk melaksanakan prinsip yang telah dibincangkan.\n\n\n\n\n\n\nMajlis bersama pelajar di UKM. Pic \u2013 FB Syed Saddiq\n\n\n\u201cSaya berharap kita boleh ada lebih banyak forum sebegini dan rakan media dapat berikan liputan dan bagaimana pentadbiran UKM memberikan pentadbiran yang baik, progresif dan merupakan universiti pertama membawakan kerajaan dan pembangkang duduk bersama dan berdialog bersama-sama mahasiswa mengenai isu-isu semasa,\u201d katanya lagi.\n\n\nUntuk rekod, ini kali pertama Ahli Parlimen Muar itu dibenarkan untuk mengadakan siri jelajah di universiti awam.\n\n\nSebelum ini,\u00a0 pada 30 Mac lalu, beliau tidak dibenarkan mengadakan program dialog bersama-sama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/15/perpecahan-orang-melayu-akibat-politik-dibimbangi-lemahkan-islam-sultan-selangor/", "title": "Melayu berpecah akibat politik dibimbangi lemahkan Islam \u2013 Sultan Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan, umat Islam di negara ini akan terus lemah jika perpecahan berlaku dalam kalangan orang Melayu akibat perbezaan fahaman politik.\u00a0\n\n\nMenerusi Facebook Selangor Royal Office, baginda bertitah, situasi perpecahan itu dapat dilihat kini walaupun pada asasnya parti-parti politik tersebut mempunyai matlamat yang sama iaitu mendaulatkan Islam dan mempertahankan hak serta kepentingan orang Melayu.\n\n\n\u201cMalah, apa yang dapat kita lihat sekarang ini orang Melayu telah berpecah kepada banyak golongan kerana perbezaan fahaman politik walaupun pada asasnya parti-parti politik tersebut mempunyai matlamat yang sama, iaitu mendaulatkan Islam dan mempertahan hak-hak serta kepentingan orang Melayu.\n\n\n\u201cJika perpecahan ini dibiar berterusan, beta khuatir umat Islam khususnya orang Melayu di Negara ini akan terus lemah dan nescaya di satu hari nanti akan hilang kuasa memerintah negara,\u201d titah baginda semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n130 ketua bahagian sokong Ahmad Zahid kekal Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nCadangan tukar status tanah wakaf wajar diperhalusi\n\n\n\n\n\n\nPH desak Abdul Hadi lapor polis jika DAP promosi Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nPolis tahan lelaki pukul pemandu wanita guna topi kaledar\n\n\n\n\n\n\n\u2018Halang hak rakyat, sekat peruntukan pembangkang, jawablah di akhirat kelak\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nSultan Sharafuddin turut menegaskan, Melayu akan hilang kuasa memerintah negara dan akan menjadi satu bangsa yang mundur dan terpinggir di negara sendiri.\n\n\nBaginda bertitah, peristiwa yang berlaku di beberapa negara Islam terutamanya di Timur Tengah dan sejarah keruntuhan Kerajaan Melayu Melaka juga boleh diambil iktibar serta teladan.\n\n\n\n\nBaginda berangkat merasmikan Masjid Al-Ma\u2019arufiah, Kampung Parit Baru, Sungai Air Tawar dekat daerah Sabak Bernam semasa majlis berbuka puasa bersama rakyat di kawasan berkenaan pada Jumaat.\n\n\nJusteru, Sultan Sharafuddin menyeru agar semua nazir dan imam di negeri itu memandang serius perkara berkenaan dan memastikan institusi itu memainkan peranan sebagai pusat perpaduan umat Islam melalui ibadat, dakwah, pengajian dan program kemasyarakatan.\n\n\n\u201cMasjid dan surau hendaklah menjadi tempat yang bebas dari sebarang pengaruh dan elemen politik kepartian. Masjid dan surau tidak seharusnya menjadi tempat membina jurang pemisah atas dasar perbezaan fahaman politik dan dendam politik,\u201d titah baginda.\n\n\nDalam pada itu, baginda turut menasihati rakyat supaya memilih pemimpin amanah, bertanggungjawab dan tidak mengamalkan rasuah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijangka berlangsung pada Jun atau Julai ini.\n\n\nSelain itu, baginda mengingatkan calon-calon PRN tidak membuat fitnah, menyebar berita palsu dan menghasut rakyat membenci terhadap mana-mana pihak ketika tempoh berkempen."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/15/potong-gaji-menteri-kerajaan-jimat-rm100000-sebulan/", "title": "Potong gaji menteri, kerajaan jimat RM100,000 sebulan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan membuat penjimatan kira-kira RM100,000 sebulan daripada pemotongan gaji sebanyak 20 peratus oleh para menteri.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Armizan Mohd Ali berkata, ia membawa kepada penjimatan sehingga RM1.2 juta setahun.\n\n\nBeliau memaklumkan perkara itu menerusi jawapan bertulis parlimen bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan berapa jumlah penjimatan yang dibuat kerajaan daripada langkah itu dan bagaimana ia dapat dirasai rakyat.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRamasamy akan kempen seluruh negara gesa mansuhkan SOSMA\n\n\n\n\n\n\nMenteri Hantar Kad Laporan 100 Hari Kepada PM\n\n\n\n\n\n\nGantung Bina SJKC Jawatankuasa Fail Tuntutan\n\n\n\n\n\n\nDominic Lau sah bertanding di DUN Bayan Lepas\n\n\n\n\n\n\nFrasa \u2018Malaysia Madani\u2019 diguna dalam urusan penyediaan surat kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 5 Disember tahun lalu, Jemaah Menteri bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus setiap bulan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat khas Kabinet.\n\n\nKatanya, pemotongan tersebut akan dilaksanakan sehingga ekonomi negara pulih."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/7-termasuk-5-kanak-kanak-terselamat-kenderaan-masuk-gaung/", "title": "7 termasuk 5 kanak-kanak terselamat kenderaan masuk gaung", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Terhumban dalam gaung sedalam 10 meter.\n\n\nTujuh individu termasuk lima kanak-kanak bernasib terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terjatuh dalam gaung\u00a0 di Rawang Bypass, Serendah menghala ke Kuala Lumpur, semalam.\n\n\nPengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 3.58 petang.\n\n\nKatanya, sejurus menerima panggilan\u00a0 sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi.\n\n\n\u201cMenurut laporan awal, kejadian membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero Sport terjatuh ke dalam gaung.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnggota bomba dan pasukan perubatan memeriksa keadaan lima daripada tujuh individu yang terselamat. \u2013 Foto NSTP/Ihsan bomba\n\n\nJelas beliau enam individu cedera ringan dalam kemalangan itu iaitu pemandu lelaki berusia 30-an, dua kanak-kanak lelaki (empat dan lima tahun) dan tiga kanak-kanak perempuan (enam, lapan dan 12 tahun).\n\n\nMorni berkata, tiga kanak-kanak perempuan itu bagaimanapun, berjaya dibawa keluar oleh orang awam sebelum anggota bertugas tiba manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita berusia 30-an tidak cedera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/bekas-ahli-parlimen-dibunuh-di-depan-media/", "title": "Bekas ahli parlimen dibunuh di depan media", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Satu kejadian yang disifatkan mengambil undang-undang di tangan sendiri.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAngkara\u00a0 dua lelaki, seorang bekas Ahli Parlimen India, Atiq Ahmed dan abangnya terbunuh dalam kawalan polis ketika mahu dibawa ke pemeriksaan kesihatan di Uttar Pradesh semalam.\n\n\nKejadian pembunuhan kedua-dua mangsa dirakam kamera televisyen, lapor Agensi Anadolu.\n\n\nKetika kejadian Atiq Ahmed yang dilaporkan berada di bawah tahanan polis dan dibawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bersama abangnya, Khalid Azim, alias Ashraf, bekas penggubal undang-undang, sedang ditemu ramah media di Prayagraj.\n\n\nNamun seorang lelaki kemudian nekad menghalakan pistol ke arah Atiq pada jarak dekat dan melepaskan tembakan.\n\n\nSeorang lagi lelaki kemudian menembak abangnya., Ashraf.\n\n\nVisual dramatik kejadian itu disiarkan luas di siaran televisyen tempatan dan media sosial.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAtiq Ahmed (kanan) dan abangnya Ashraf dibunuh oleh dua lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan dari jarak dekat ketika mereka sedang menjawab soalan wartawan dalam kejadian di Prayagraj. \u2013 Foto AGENSI\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam satu video yang tular,\u00a0 suspek juga melepaskan tembakan bertubi-tubi kepada mangsa yang sudah pun rebah di tanah.\n\n\n\n\nMedia tempatan melaporkan bahawa adik-beradik itu dibawa ke Prayagraj beberapa hari lalu, membabitkan kes pembunuhan seorang peguam pada Februari.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAkhbar Hindu melaporkan bahawa Ahmed, bekas samseng yang kemudian menjadi ahli politik, menghadapi lebih 100 pertuduhan jenayah dan juga antara ahli politik Uttar Pradesh pertama disabitkan di bawah Akta Gangster pada akhir 1980-an.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMahkamah di Uttar Pradesh mendapati Ahmed dan dua lagi tertuduh bersalah dalam kes penculikan pada Mac lalu dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.\n\n\n\n\nPegawai tertinggi polis di Prayagraj, Ramit Sharma memberitahu wartawan tiga penyerang yang menyamar sebagai petugas media ditangkap dan siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/dap-beri-bayangan-tak-akan-serah-kerusi-kepada-bn/", "title": "DAP beri bayangan tak akan serah kerusi kepada BN", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 DAP Negeri Sembilan memberi bayangan bahawa mereka tidak akan menyerahkan 11 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kepada Barisan Nasional(BN) untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.\nIni susulan selepas BN Negeri Sembilan yang dilaporkan meminta tambahan dua kerusi daripada 20 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) yang disandang Pakatan Harapan(PH) ketika ini.\nPengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setiap parti berhak menyatakan pendapat dan kemahuan masing-masing namun keputusan akhir akan dibuat berdasarkan kepada prinsip yang telah dipersetujui bersama.\n\u201cPrinsip yang telah dipersetujui oleh PH dan Barisan BN ialah kerusi penyandang akan kekal kepada parti yang menang.\n\u201cUmpamanya kerusi itu dimenangi BN, tak akan pula kita pergi minta kerusi itu. Ia sudah tentu akan timbulkan masalah kalau kita minta kerusi penyandang. Jadi prinsip asas yang dipersetujui, kita hormati,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pemukiman Persediaan PRN DAP Negeri Sembilan di sebuah hotel pada Sabtu.\nBeliau yang merupakan Setiausaha Agung DAP berkata, rundingan hanya melibatkan kerusi yang tidak dimenangi oleh PH dan BN seperti mana di lima negeri lain yang akan menghadapi PRN.\nJelasnya, jika ada pandangan berlainan dan sebagainya ia perlu dirujuk kepada pimpinan pusat.\n\u201cSetiap negeri ada perundingan mereka. Misalnya Kedah yang kerusinya tak banyak dimenangi oleh BN atau PH yang mana ia akan dinilai berdasarkan parti mana yang lebih sesuai atau lebih kuat untuk bertanding menentang Perikatan Nasional(PN).\n\u201cTapi di Negeri Sembilan keadaan agak dinamik kerana semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) di bawah PH dan BN. Jadi bagi kita itu mudah untuk diselesaikan,\u201d katanya. \nLoke Siew Fook berkata, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun juga tahu berkenaan pendirian DAP kerana prinsip soal pembahagian kerusi itu telah pun dipersetujui.\nTambah beliau, semua pemimpin DAP diminta tidak mengeluarkan apa-apa lagi kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.\n\u201cSoal kerusi itu perkara biasa, bukan hari ini saja dengan BN. Malah dengan parti komponen dalam PH pun ada isu sama.\n\u201cMasing-masing ada pandangan, tapi biarlah kita buat keputusan secara matang berdasarkan kepada prinsip dipersetujui,\u201d katanya.\nBeliau juga berkata bahawa dalam arena politik ini, semua pihak perlu bertolak ansur dan ditanya kemungkinan akan ada pihak yang berkecil hati kerana tidak diberi kerusi, beliau berkata, dalam politik semua perlu berbesar hati dan berlapang dada.\n\u201cDalam politik sudah ada kompromi terutama dalam kerjasama gabungan antara gabungan.\n\u201cDalam semangat Kerajaan Perpaduan ini tak boleh ada kecil hati mesti berlapang dada dan saya rasa pucuk pimpinan parti masing-masing amat memahami keadaan ini,\u201d katanya. \u2013 AWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/dap-boleh-jadi-punca-kerajaan-anwar-runtuh-puad-zarkashi/", "title": "\u201cDAP boleh jadi punca kerajaan Anwar runtuh\u201d \u2013 Puad Zarkashi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \u201cDAP boleh menjadi punca Kerajaan Perpaduan runtuh. Bukan Najib atau Ahmad Zahid\u201d\n\n\nDemikian kenyataan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi ketika mengulas amaran veteran DAP, Lim Kit Siang, bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh tumbang sekiranya Datuk Seri Najib Razak dikurniakan pengampunan diraja.\n\n\n\u201cKit Siang lupa DAP punca Kerajaan 22 bulan Tun Mahathir tumbang. DAP juga adalah alasan utama Muhyiddin buat \u201cLangkah Sheraton\u201d.\n\n\n\n\n\u201cSebenarnya DAP boleh jadi punca Kerajaan Perpaduan runtuh,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.\n\n\n\n\nMengulas lanjut, katanya, DAP mengeluarkan kenyataan tersebut kerana takut sekiranya Najib Razak dibebaskan melalui pengampunan diraja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Turki selar pihak tutup mata, subahat bakar Quran\n\n\n\n\n\n\nSelepas tembak lelaki Palestin, Israel halang ambulans dekati tubuh mangsa\n\n\n\n\n\n\nMalaysia lebih berisiko dilanda tsunami berbanding gempa bumi\n\n\n\n\n\n\nTurunkan poster, program ziarah gereja dibatalkan \u2013 Sumber\n\n\n\n\n\n\nPRN: Agihan kerusi PN selesai 97 peratus \u2013 Ahmad Samsuri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, Najib dianggap sebagai ancaman kepada Pakatan Harapan (PH) dan Anwar sendiri.\n\n\nMalah, dakwa Puad, DAP juga takut UMNO akan menjadi bertambah kuat melalui gabungan Najib dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang semakin kukuh dalam parti itu.\n\n\n\u201cBukan mudah UMNO betulkan dasar \u201cNo DAP No Anwar\u201d. Gelagat DAP dan Menterinya umpama bom jangka,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/faizal-sanggah-ramasamy-tidak-tahu-sentimen-sebenar-orang-melayu/", "title": "Faizal sanggah Ramasamy, tidak tahu sentimen sebenar orang Melayu", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \u00a0Pandangan orang yang tidak memahami sentimen sebenar pengundi Melayu terhadap Perikatan Nasional (PN) tidak perlu dibincang.\n\n\nTimbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata isu sama ada sokongan terhadap parti itu merosot atau tidak tidak sewajarnya berbangkit.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau orang yang bercakap berkawan dengan orang Melayu pun tidak, mana dia tahu sentimen dalam kalangan orang Melayu?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPandangan orang seperti itu tidak perlu diperbincangkan,\u201d katanya kepada BH, hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau mengulas dakwaan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy, bahawa istilah \u2018gelombang hijau\u2019 yang dikaitkan dengan pengaruh Perikatan Nasional (PN) pasca PRU15 semakin berkurangan menjelang enam pilihan raya negeri (PRN) dijangka Ogos ini.\n\n\n\n\nMemberikan lapan faktor kemerosotan itu, Ramasamy berkata, gelombang hijau yang sinonim dengan PAS dan BERSATU mungkin hanya pengaruh sementara yang \u2018tersejat\u2019 dalam keadaan politik dan sosial semasa.\n\n\n\n\nAhmad Faizal berkata, PN Pulau Pinang akan terus berusaha mendapatkan sokongan rakyat bagi menubuhkan kerajaan mewakili semua kaum di negeri itu.\n\n\n\n\nKatanya, DAP tentu berasa selesa dengan sokongan UMNO kepada mereka, namun PN akan tetap memberikan saingan.\n\n\nSementara itu, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Muhammad Takiyuddin Ismail, berpandangan kenyataan Ramasamy hanya perang saraf yang menjelang PRN.\n\n\n\u201cSaya tidak pasti mengapa beliau beriya-iya mengeluarkan \u2018lapan dalil\u2019 ini.\n\n\n\u201cSebagai bekas saintis politik, beliau patut lebih tahu yang politik Malaysia semakin sukar diramal sejak sedekad lalu.\n\n\n\u201cJusteru, meramalkan sesuatu seperti kemerosotan PN adalah tidak berasas kerana tiada sesiapa boleh mengetahui atau melihat arus di bawahnya,\u201d katanya\n\n\nBeliau tidak yakin pengaruh PN sudah merosot, malah ada kemungkinan ia bertambah kuat kerana sentimen ketidakpuasan berganda terhadap UMNO-PH yang kini semacam \u2018membuli\u2019 gabungan itu.\n\n\n\u201cKerap kali pengundi menyokong PN bukan kerana menyokong BERSATU atau PAS tetapi lebih kepada tidak sukakan PH atau UMNO.\n\n\n\u201cRamasamy perlu lebih berhati-hati dengan mendakwa PN menggunakan sentimen agama dan perkauman melampau kerana menepuk air di dulang, boleh terpercik ke muka sendiri,\u201d katanya. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/harga-tiket-penerbangan-balik-sabah-tidak-masuk-akal/", "title": "Harga tiket penerbangan balik Sabah tidak masuk akal", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Harga tiket penerbangan domestik didakwa terlalu mahal dan menyebabkan rakyat negeri Sabah tidak berpeluang pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari raya aidilfitri yang disambut setahun sekali.\n\n\nAhli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata lonjakan kenaikan harga tiket penerbangan domestik menjelang sambutan Aidilfitri disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana tambang jauh lebih mahal berbanding hari biasa.\n\n\nBung Moktar menegaskan, syarikat penerbangan tidak sepatutnya mengaut keuntungan mudah dengan menaikkan harga tambang sewenang-wenangnya.\n\n\nPada masa sama, beliau berkata harga tiket yang melambung tinggi ini pastinya membebankan penduduk Sabah yang berada di Semenanjung untuk pulang ke negeri tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPermohonan permit jual mercun dijangka meningkat\n\n\n\n\n\n\nBahang Hari Pengundian Makin Terasa\n\n\n\n\n\n\nMinum spirit campur air berbikarbonat pelajar diintubasi\n\n\n\n\n\n\nMALAYSIA BUKAN NEGARA YANG SIHAT\n\n\n\n\n\n\nUiTM untuk Melayu & Bumiputera selagi Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, beliau menggesa supaya Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berbincang dengan syarikat penerbangan untuk menurunkan harga yang \u2018mencekik darah\u2019 ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/harga-tiket-pulang-tawau-cecah-rm3138-ka-wee-siong/", "title": "Harga tiket pulang Tawau cecah RM3,138 \u2013 Ka Wee Siong", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Bekas menteri pengangkutan Wee Ka Siong meluahkan rasa kecewa berkaitan harga tiket penerbangan dari ibu negara ke Sabah yang melambung tinggi pada musim perayaan walaupun sektor penerbangan semakin pulih selepas pandemik Covid-19.\nBeliau berkata, hasil semakan tambang sehala bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Tawau menjelang Aidilfitri mencecah sehingga RM3,138 untuk kelas ekonomi.\n\u201cIni amat mengejutkan dan mengecewakan orang ramai. Macam mana keluarga B40 dan M40 khususnya warga Tawau di perantauan nak balik beraya tahun ini?,\u201d kata Ka Siong di Twitter. \nTambah Ka Siong syarikat penerbangan tiada alasan untuk tidak menambah kekerapan penerbangan selagi ada kemampuan kerana tiada lagi sekatan had penumpang sebanyak 50 peratus ketika COVID-19 dikenakan.\nKatanya, kekerapan penerbangan juga tidak lagi dikawal oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah atau Sarawak selain wujud syarikat penerbangan tambang murah baharu, MYAirline.\n\u201cSuruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pun sudah meluluskan banyak penerbangan sama seperti zaman pra COVID-19. Dijangkakan jawapan standard kerajaan adalah dasar kerajaan tidak mengawal tambang penerbangan kerana mekanisme harga dinamik.\n\u201cApa pun, tidak kira zaman siapa memerintah, acap kali Kementerian Pengangkutan menjawab sebegitu, rakyat sukar menerima jawapan standard terbabit. Kepada syarikat penerbangan, tolonglah rakyat,\u201d katanya.\nKatanya, beliau sendiri pernah dikritik teruk ketika menjawat jawatan Menteri Pengangkutan disebabkan harga penerbangan yang melambung."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/jkdm-siasat-kes-penyeludupan-dadah-ke-australia/", "title": "JKDM siasat kes penyeludupan dadah ke Australia", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Siasatan berhubung penyeludupan dadah bernilai RM789.56 juta dari Pelabuhan Klang ke Brisbane, Australia sedang dijalankan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).\n\n\nTimbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, berkata laporan siasatan akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu seperti pada ketetapan diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nBagaimanapun, Sazali tidak mendedahkan butiran hasil siasatan berkenaan dan sebarang kemungkinan pegawainya bersubahat masih dalam siasatan.\u00a0\n\n\n\u201cSetakat ini kita tidak boleh dedahkan hasil siasatan kerana maklumat ini perlu dirahsiakan terlebih dahulu, namun laporan itu akan siap dalam tempoh dua minggu.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCagar caruman KWSP heret masalah baharu rakyat \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nKDN, PDRM pastikan PRN 6 negeri lancar\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tak terlibat turun kandungan TikTok sokong PN\n\n\n\n\n\n\nTidak adil sekat perhimpunan orang Melayu \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nGara-gara ditipu scammer, pesara guru hilang lebih RM500,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, tiada pegawai yang dihantar ke Australia susulan negara mempunyai pegawai atase JKDM di Kedutaan Malaysia di Australia.\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media Ops Badai dan Makmur II di Pasir Puteh, malam tadi.\n\n\nTerdahulu, kerajaan memberikan tempoh maksimum dua minggu kepada JKDM bagi mengemukakan laporan penuh kejadian dadah berkenaan.\u00a0\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejadian itu menunjukkan wujudnya kelemahan dalam sistem kerajaan yang sepatutnya mampu mengesan kegiatan berkenaan, namun gagal."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/kastam-rampas-barangan-seludup-bernilai-lebih-rm600000/", "title": "Kastam rampas barangan seludup bernilai lebih RM600,000", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas pelbagai barangan seludup bernilai RM667,471 menerusi 33 tangkapan sepanjang tempoh Op Badai dan Op Makmur II bermula 27 Mac hingga semalam.\nTimbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad berkata, operasi tersebut dilaksanakan di Kelantan, Terengganu dan Pahang.\n\u201cAntara yang dirampas ialah 3.4 juta batang rokok bernilai lebih RM597,000, mercun bernilai RM26,309 dan beras bernilai lebih RM8,770,\u201d katanya.\nBeliau berkata demikian pada sidang media Op Badai dan Op Makmur II di Tok Bali Supply Base, malam tadi.\nMengulas lanjut, Sazali berkata cukai barangan dirampas itu dianggarkan bernilai RM2.4 juta.\n\u201cKes-kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) dan Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.\n\u201cJika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, atau dipenjarakan tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali bagi kesalahan pertama,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/kdn-akan-bentang-kertas-kerja-bawa-keluar-tahanan-kanak-kanak/", "title": "KDN akan bentang kertas kerja bawa keluar tahanan kanak-kanak", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nKementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentangkan kertas kerja kepada jemaah menteri mengenai cadangan membawa keluar kanak-kanak yang berada di depoh tahanan imigresen.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN di peringkat akhir dalam mengumpul data-data mengenai jumlah, umur dan keberadaan kanak-kanak di depoh tahanan untuk tujuan tersebut.\u00a0\n\n\n\u201cKini terdapat 1,030 kanak-kanak yang terdiri daripada 579 kanak-kanak lelaki dan 451 kanak-kanak perempuan. Menerusi jumlah itu kanak-kanak dengan penjaga seramai 351 org kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mendiami depoh dengan penjaga, dan tanpa penjaga 670 orang laki dan perempuan\u201d katanya dalam sidang media selepas menghadiri program singgah sahur di Depoh Tahanan Semenyih pagi Sabtu.\n\n\nDatuk Seri Saifuddin Nasution bersama pegawai-pegawai imigresen di Depoh Tahanan Semenyih, pagi tadi.\n\n\nUsaha itu turut melibatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan badan kerajaan yang akan mempercepatkan lagi pembebasan kanak-kanak dari 19 depoh di seluruh negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMyJPJ catat lebih 2.97 juta pengguna\n\n\n\n\n\n\nPeguam waris Sultan Sulu tuntut bayaran lebih AS$16 bilion\n\n\n\n\n\n\nKPM Semak Semula Sukatan KSSR, KSSM \u2013 Radzi\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran KWSP secara terus lebih mudah berbanding cagaran\n\n\n\n\n\n\nSPRM geledah pejabat, kediaman Sivakumar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya \ntelah mengadakan perbincangan dengan\n\u00a0Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dan Tan Sri Syed Hamid Albar di pejabat saya beberapa minggu lalu bagi berkongsi pandangan mereka berkaitan isu berkenaan.\n\n\n\u201cMalah, saya juga ada mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Parlimen dalam pelbagai perkara yang menjurus kepada isu kanak-kanak dalam depot Imigresen,\u201d ujarnya.\n\n\nDari aspek pendidikan, beliau berkata, terdapat ruang pembelajaran kanak-kanak di lima depot Imigresen yang juga ikhtiar positif dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).\n\n\nIa bagi memastikan kanak-kanak yang dibawa keluar mempunyai pendidikan untuk memberi asas kenal huruf dan membaca di mana guru mereka adalah pegawai Imigresen yang mengajar ABC.\u00a0\n\n\nDalam perkembangan sama, Saifudddin turut memberikan sumbangan pakaian hari raya kepada kanak-kanak terbabit bagi merasai kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.\n\n\nMalah, kesihatan juga menjadi aspek utama yang diberikan tumpuan dengan saluran bekalan susu dan perubatan selain suntikan wajib kepada bayi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/kes-mahkamah-pemimpin-pn-tak-lemahkan-gelombang-hijau/", "title": "Kes mahkamah pemimpin PN tak lemahkan \u2018gelombang hijau\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Perikatan Nasional (PN) Melaka menafikan dakwaan berhubung \u2018gelombang hijau\u2019 menjadi semakin lemah di enam buah negeri yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.\n\n\nKetua Penerangan PN Melaka, Bakri Jamaluddin berkata, hakikatnya bukan sahaja dalam kalangan pengundi saluran empat, lima dan enam, malah saluran satu dan dua mula menunjukkan sokongan positif.\n\n\n\u201cSaya lihat gelombang hijau ini makin lama makin kuat dan tak pernah padam, bertambah kuat. Saya percaya rakyat tidak mudah terpengaruh dengan isu-isu mahkamah yang dilaporkan, mereka lebih berpengetahuan terutama anak-anak muda yang menggunakan media sosial.\u201d\n\n\nAhli Parlimen Tangga Batu itu berkata, walaupun beberapa pemimpin PN terpalit dengan kes mahkamah, ia dilihat tidak menjejaskan pengaruh gelombang hijau.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMasjid Biru Istanbul dibuka semula buat umat Islam\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya Tidak Miliki Kepentingan Dalam Mana-Mana Syarikat\u201d- Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nSuhakam setuju hukuman mati mandatori dimansuhkan\n\n\n\n\n\n\nAnwar tempelak Hadi Awang, yakin kerajaan mampu bertahan\n\n\n\n\n\n\n3 laluan kontra atasi kesesakan jalan di ibu negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka berkata, rakyat hanya mahukan masalah kos sara hidup mereka yang tinggi diselesaikan dan bukan memberikan dakwaan yang tidak berasas.\n\n\nMalah katanya, meskipun belum menerima peruntukan dari kerajaan pusat, namun demi kebajikan rakyat beliau sanggup menggunakan elaun Ahli Parlimen untuk membantu rakyat memerlukan.\n\n\nSebenarnya banyak lagi rakyat dalam Parlimen ini mahu kita bantu, namun dengan kekangan kewangan menyukarkan untuk kita membantu dengan lebih meluas. Harap kerajaan pusat dapat permudah cara agar wakil rakyat PN juga tidak dipinggirkan untuk menerima bajet, seterusnya disalurkan dan diagihkan kepada rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/konflik-sudan-rakyat-malaysia-pelajar-selamat/", "title": "Konflik Sudan : Rakyat Malaysia, pelajar selamat", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\n\u00a0Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Kedutaan Malaysia di Khartoum mengesahkan kesemua 29 rakyat Malaysia yang berada di Sudan terutamanya para pelajar adalah selamat.\u00a0\n\n\nMenurut Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri juga memantau dengan teliti dengan keadaan di Khartoum susulan pertempuran yang meletus antara angkatan Tentera Sudan dan RSF.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, Wisma Putra menasihati rakyat Malaysia untuk menangguhkan perjalanan bagi mereka yang merancang untuk melawat Sudan sehingga keadaan kembali stabil.\u00a0\n\n\nDi Khartoum,\u00a0 tembakan dan letupan bom kedengaran akibat pertempuran yang meletus antara angkatan Tentera Sudan dan pasukan-pasukan separa tentera yang dikenali sebagai Rapid Support Forces (RSF) semalam.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMekah Dari Tandus Kini Menghijau\n\n\n\n\n\n\nWHO Beri Amaran Jangkitan Covid-19 & Penyakit Pernafasan Lain\n\n\n\n\n\n\n78 negara hadiri majlis pelantikan Presiden Turkiye\n\n\n\n\n\n\nKrisis Sudan: Turkiye sedia jadi tuan rumah rundingan komprehensif\n\n\n\n\n\n\nMuzium popular di kota London jadi tuan rumah majlis iftar\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Anadolu, RSF dalam satu kenyataan menuduh pihak tentera telah melancarkan serangan di salah sebuah pangkalan di selatan Khartoum dengan menyifatkan tindakan itu sebagai serangan kejam.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, RSF mendakwa tenteranya sudah menguasai lapangan terbang Khartoum, istana presiden, kediaman ketua tentera dan markas tentera Merowe di utara Sudan namun angkatan Tentera Sudan menafikannya.\u00a0\n\n\nInsiden yang berlaku itu telah menyebabkan sebuah pesawat syarikat penerbangan Arab Saudi di lapangan terbang Khartoum di Sudan diserang semasa pertempuran tersebut.\u00a0\n\n\nSyarikat penerbangan milik kerajaan berkenaan turut memindahkan penumpang, anak kapal dan kakitangannya dari lapangan terbang ke Kedutaan Saudi sekali gus menangguhkan penerbangan keluar masuk daripada Sudan sehingga diberitahu kelak.\u00a0\n\n\nKeganasan yang terus memuncak antara Tentera Sudan dan RSF itu adalah berpunca daripada kedua-dua pihak gagal untuk mencapai persetujuan khususnya bagaimana untuk RSF diserap masuk ke dalam tentera dan pihak berkuasa mana sesuai memantau proses berkenaan.\u00a0\u00a0\n\n\nIntegrasi RSF itu merupakan syarat utama dalam memeteraikan perjanjian antara parti-parti politik dalam peralihan kepada demokrasi di Sudan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/noh-dedah-pernah-ditawarkan-calon-pn-pada-pru15/", "title": "Noh dedah pernah ditawarkan calon PN pada PRU15", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mendedahkan pernah ditawarkan menjadi calon Perikatan Nasional (PN) selepas namanya tidak tersenarai untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum\u00a0 ke-15 (PRU15).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut beliau, tawaran itu diterima sejurus digugurkan menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tanjong Karang.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNamun, saya menolak pelawaan itu dengan sekerasnya atas semangat setia dan sayangi UMNO.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya adalah orang parti tetapi akhirnya saya pula yang dikenakan tindakan kerana mahu menegakkan kebenaran,\u201d katanya ketika ditemui pada Majlis Sumbangan Aidilfitri Anak Yatim di Dewan Serbaguna Taman Seri Setia, Tanjong Karang di sini, hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada program anjuran The Law Chambers of Hedzril itu, beliau menyerahkan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada 300 penerima termasuk golongan kurang berkemampuan.\n\n\nJelas Noh yang juga bekas Ahli Parlimen\u00a0\nTanjong Karang\n, beliau kini lebih selesa bersikap tunggu dan lihat mengenai hala tujunya dalam politik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnnuar gesa henti pertikai pelantikan Anwar sebagai PM\n\n\n\n\n\n\nWanita warga Thailand antara tujuh individu khayal ditahan Kastam\n\n\n\n\n\n\nI-Guru gesa tindakan tegas kepada pelajar rosakkan harta benda sekolah\n\n\n\n\n\n\nAgong Titah Jalankan Siasatan Secepat Mungkin\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 : inisiatif tambahan diumum hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, beliau mengakui masih menjadi penyokong kuat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHubungan saya dengan Najib rapat dan\u00a0 sempat menemuinya di mahkamah selepas dipecat daripada UMNO. Saya sempat bersalam dan berborak malah Najib menasihatkan supaya banyak bersabar serta tidak terus meninggalkan parti,\u201d ujarnya.\n\n\nTambah Noh yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, beliau berharap tiada pihak menghalang niat murninya untuk membalas budi rakyat setempat.\u00a0 \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/pbb-eu-kesatuan-afrika-gesa-gencatan-senjata-segera/", "title": "PBB, EU, Kesatuan Afrika gesa gencatan senjata segera", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kuasa besar dunia, Amerika Syarikat, Russia, Mesr, Arab Saudi serta gabungan pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB, Kesatuan Eropah, dan Kesatuan Afrika menggesa gencatan senjata segera terhadap konfrontasi di Sudan.\n\n\nSemua gabungan itu juga sepakat supaya kedua-dua pihak bertelagah iaitu pasukan Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) akan bertindak demikian dan tidak mengapa-apakan tahanan.\n\n\nAgensi berita Saudi berkata, Setiausaha A.S Antony Blinken telah pun berunding dengan Menteri Luar\u00a0 Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu dan mereka bersetuju untuk kedua-dua pihak menghentikan segera pertempuran yang berlaku tanpa sebarang syarat.\n\n\nSementara itu,\u00a0 Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres telah mengadakan perbualan telefon bersama Burhan, Hemedti, and Presiden Mesir\u00a0 Abdel Fattah al-Sisi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLima gabungan parti politik meterai perjanjian\n\n\n\n\n\n\nAnwar janji nilai semula upah dan gaji penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nMogok doktor kontrak bukan jalan penyelesaian \u2013 KP Kesihatan\n\n\n\n\n\n\nIsrael protes besar-besaran terhadap Netanyahu\n\n\n\n\n\n\nGenap 40 tahun khidmat Sheikh Abdul Rahman Sudais di Masjidil Haram\n\n\n\n\n\n\n\n\nPertempuran di antara Angkatan Tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) telah mencetuskan pergolakan politik dan menggugat keselamatan di negara itu semalam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 52 nyawa setakat malam ini.\n\n\nMenurut Jawatankuasa Perubatan Sudan, 183 lagi mangsa turut cedera di Khartoum dan bandar-bandar lain.\n\n\nTembakan dan serangan bom dilapor kedengaran berhampiran ibu pejabat tentera dan istana presiden, lapor Agensi Anadolu.\nDalam satu kenyataan, RSF menuduh tentera menyerang pasukannya di selatan Khartoum sambil menggelar tindakan itu sebagai \u201cserangan kejam\u201d.\nKomander RSF Mohamed Hamdan Dagalo atau lebih dikenali sebagai Hemedti mendakwa bahawa pasukannya telah menguasai lapangan terbang Khartoum, istana presiden, kediaman ketua tentera dan pangkalan tentera Merowe di utara Sudan.\nSementara itu, pasukan tentera menuduh RSF cuba menyerang anggotanya di selatan Khartoum.\n\u201cRSF menyebarkan pembohongan tentang tentera kami menyerang pasukannya untuk menutup pemberontakan yang mereka lakukan,\u201d menurut kenyataan tentera.\nPertikaian antara tentera dan SRF tercetus pada Khamis apabila tentera berkata pergerakan RSF baru-baru ini disifatkan tiada penyelarasan dan menyalahi undang-undang.\nSudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021 apabila tentera memecat Perdana Menteri Abdalla Hamdok yang mengetuai kerajaan sementara dan mengisytiharkan darurat.\nDisember lalu, tentera dan kuasa politik Sudan menandatangani perjanjian bagi menyelesaikan krisis yang berlanjutan sejak berbulan-bulan.\nPemeteraian perjanjian sepatutnya berlansung pada 6 April, namun ditangguhkan.\nSetakat ini, tada tarikh baharu diumumkan untuk menandatangani perjanjian itu. -AWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/pengaruh-gelombang-hijau-merosot-ramasamy/", "title": "Pengaruh \u2018gelombang hijau\u2019 merosot \u2013 Ramasamy", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pengaruh \u2018gelombang hijau\u2019 yang mencatatkan kejayaan pada pilihan raya lalu disifatkan semakin berkurang.\u00a0\n\n\nTimbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy berkata gelombang dari gabungan kerjasama PAS dan BERSATU dalam PN hanya pengaruh sementara.\u00a0\n\n\n\n\nMenurut \nhantaran\n facebooknya, terdapat lapan faktor menyebabkan pengaruh PAS dan BERSATU terhadap pengundi telah terjejas termasuk sokongan terhadap kedua-dua parti itu di negeri utara dan timur Semenanjung Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n20 Pengajar & Pelajar Di Jempol Disahkan Positif\n\n\n\n\n\n\nBanjir : Masjid utama Johor jadi Pusat Pemindahan Tambahan\n\n\n\n\n\n\nPemansuhan Hukuman Mati Mandatori Akan Dikaji \u2013 Mas Ermieyati\n\n\n\n\n\n\nTidak Berhati Perut, Buang bayi\n\n\n\n\n\n\nSumbangan RM40 juta kepada Turkiye bantuan kecil\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntaranya keadaan politik, sosial dan budaya yang beroperasi untuk mendorong parti itu telah berkurangan.\n\n\nSelain, penggunaan tuduhan rasuah terhadap pemimpin UMNO bagi tujuan promosi gabungan mungkin terjejas akibat dakwaan rasuah, salah guna kuasa terhadap tiga pemimpin Bersatu termasuk Presidennya Muhyiddin Yassin.\n\n\nTambahnya tindakan untuk mempamerkan diri sebagai lebih suci mungkin tidak wujud seperti dalam kes pilihan raya parlimen tahun lepas.\n\n\nRamasamy yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu berkata, tindakan berdiam diri oleh pemimpin PAS terhadap dakwaan rasuah pemimpin BERSATU juga memburukkan sokongan terhadap PN.\u00a0\n\n\nRamasamy menyifatkan kedudukan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan di tiga negeri dan di peringkat persekutuan\u00a0 boleh memberi tentangan kuat terhadap PN di kawasan majoriti Melayu pada pilihan raya di enam negeri nanti.\n\n\nPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menjadi faktor kemerosotan sokongan terhadap gelombang hijau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/pn-peroleh-manfaat-jika-umno-terus-goyah/", "title": "PN peroleh manfaat jika UMNO terus goyah", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Sekiranya UMNO masih goyah, kelebihan dijangka berpihak kepada Perikatan Nasional (PM) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.\n\n\nSelain kekal berkuasa di tiga negeri pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, PN juga berpeluang merampas negeri milik Pakatan Harapan (Selangor dan Negeri Sembilan) selain \u2018mencuri\u2019 beberapa kerusi DUN di Pulau Pinang.\n\n\nPensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Jamaie Hamil berkata, jumlah kerusi yang dipegang parti pembangkang ketika ini banyak dan menjadikan mereka blok pembangkang yang kuat sehingga pilihan raya seterusnya. \n\u201cSekiranya UMNO masih terus dibelenggu krisis dalaman parti, pengundi-pengundi mereka akan beralih kepada PN yang dilihat mempunyai idealisme yang sama. \n\u201cPN ialah parti yang mempunyai kelebihan ketika UMNO dilanda ketidakstabilan dalam parti mereka. Namun, sekiranya UMNO mula stabil nanti, tidak mustahil pengundi akan berbalik semula kepada mereka,\u201d katanya ketika ditemui TV Pertiwi baru-baru ini. \nDr. Jamaie menambah, kemenangan PN merupakan satu keputusan yang tidak dijangka kerana mereka merupakan parti baharu dan PAS yang memenangi lebih 40 kerusi mencatat satu sejarah dalam politik Malaysia. \nPilihan raya negeri di enam negeri dijangka berlangsung pada bulan Julai atau Ogos ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nMalaysia bakal tanah besar ke-2? Segera tangani pelancong China tidak pulang\n\n\n\n\n\n\n55 kawasan di wilayah Shah Alam, Klang alami gangguan bekalan air\n\n\n\n\n\n\nBN cabar kemenangan kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu\n\n\n\n\n\n\nPadah tukar eBelia kepada wang tunai, pelajar berputih mata\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerikatan Nasional yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin ditubuhkan pada tahun 2020 dan merupakan gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada 3 parti komponen.\u00a0\n\n\nPerikatan Nasional (PN) dijangka menang besar di tiga negeri yang dikuasai mereka iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah manakala PH pula akan mempertahankan tiga negeri lain iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/sudan-bergolak-27-maut-lebih-180-cedera/", "title": "Sudan bergolak, 27 maut lebih 180 cedera", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Sekurang-kurangnya 27 maut, manakala 183 lagi cedera selepas pertempuran meletus di antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF), di Khartoum, semalam.\n\n\nPertempuran kedua-dua pihak itu dikatakan berpunca bagi mengawal lonjakan keganasan menjelang pilihan raya selepas rampasan kuasa tentera.\n\n\nKesatuan Doktor Sudan, berkata setakat ini pihaknya tidak pasti sama ada mangsa dalam pertempuran antara tentera dan RSF itu membabitkan orang awam atau sebaliknya.\n\n\nKatanya, kes kematian direkodkan di Lapangan Terbang Khartoum dan bandar berdekatan Omdurman serta di bandar Nyala, El Obeid dan El Fasher, yang terletak di barat ibu negara Khartoum.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGuna Akta ISA cegah rasuah dan penyelewengan \u2013 Ibrahim Ali\n\n\n\n\n\n\nKerjasama UMNO & PAS Tidak Kesampaian \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nKerajaan ada hak ambil tindakan undang-undang, tuntut pampasan\n\n\n\n\n\n\nJacinda Ardern dilantik utusan khas tangani keganasan di New Zealand\n\n\n\n\n\n\n46 maut ribut kencang landa Madagascar, Mozambique, Malawi\n\n\n\n\n\n\n\n\nKumpulan separa tentera RSF mendakwa merampas istana presiden, kediaman ketua tentera, stesen televisyen negara, lapangan terbang di Khartoum, bandar utara Merowe, El Fasher dan negeri Darfur Barat, namun dinafikan pasukan tentera.\n\n\nTentera udara Sudan semalam menasihati orang ramai untuk kekal berada di rumah ketika tinjauan udara bagi mengenal pasti aktiviti RSF, selain cuti diisytihar di Khartoum hari ini, sekali gus menyaksikan sekolah, bank dan pejabat kerajaan ditutup.\n\n\n\n\nBunyi tembakan dan letupan didengari dapat di seluruh ibu negara itu yang\u00a0 juga dirakam penduduk secara langsung menunjukkan asap berkepul-kepul di udara.\n\n\n\n\nWorld news 24 melaporkan bangunan lapangan terbang juga mengalami kebakaran akibat pertempuran berkenaan.\n\n\nDua pesawat membabitkan Saudi Airbus 330 dan Sky Up\u00a0 Boeing 737 turut terbakar.\n\n\n\n\n\ud83d\udcdd\ud83c\uddf8\ud83c\udde9airline jets at Khartoum Intl Airport appear to have been destroyed amid the ongoing military coup currently under way in the capital. Saudia Airbus A330 and SkyUp Boeing 737 on fire at the airport amid heavy gunfire & blasts \n#Sudan\n \npic.twitter.com/XlMvt3kQSg\n\n\n\u2014 \ud83c\udf10World News 24 \ud83c\udf0d\ud83c\udf0e\ud83c\udf0f (@DailyWorld24) \nApril 15, 2023\n\n\n\n\nSementara itu, pesawat pejuang MiG 29\u00a0 juga dilihat berlegar-legar di ruang udara,\u00a0 ibu negara itu.\n\n\nRFS juga didakwa telah menawan pangkalan udara di Marawi serta menahan beberapa tentera Mesir dan Sudan serta pegawainya.\n\n\n\n\nSudanese Air Force MiG-29 jet flying combat sorties in the capital Khartoum \npic.twitter.com/0JvqaEMesV\n\n\n\u2014 LogKa (@LogKa11) \nApril 15, 2023\n\n\n\n\nReuters melaporkan, melihat meriam dan kenderaan berperisai dikerahkan dekat jalanan di ibu negara, selain terdengar tembakan senjata berat berhampiran ibu pejabat kedua-dua pihak tentera dan RSF.\n\n\nPerisai kereta kebal dilihat berada di jalanan di Khartoum -sumber @LogKa11\n\n\nBercakap kepada TV Al Jazeera, Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah Al-Burhan memberi amaran supaya RSF berundur.\n\n\n\u201cMereka (RSF) diminta supaya berundur di Khartoum sekiranya bijak. Kita akan mengerahkan tentera dari kawasan lain ke Khartoum jika keadaan ini berterusan.\n\n\n\u201cKami tahu lokasi persembunyian kamu dan akan ke sana untuk membawa dan mendakwa ke mahkamah atau bakal mati sama,\u201d katanya.\n\n\nAngkatan tentera menerusi entri di Facebook, berkata pihaknya tidak akan berunding dengan RSF kecuali pasukan separa tentera dibubarkan.\n\n\nSementara itu,\u00a0 pertempuran ini dipercayai berpunca daripada pemimpin RSF, Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo atau lebih dikenali sebagai Hemedti, menggelar Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah Al-Burhan, sebagai penjenayah.\n\n\nPemimpin RSF, Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo (kiri) atau lebih dikenali sebagai Hemedti, menggelar Panglima Tentera Jeneral Abdel Fattah Al-Burhan, (kanam) sebagai penjenayah.\n\n\nKedua-dua pihak, tentera dan RSF bersaing untuk mendapatkan kuasa ketika gabungan politik berunding membentuk kerajaan peralihan.\n\n\nKonflik terkini ini hanya akan mengakibatkan situasi buruk di Sudan semakin meluas kerana masih bergelut dengan ekonomi yang lemah, keganasan suku kaum, bahkan merencatkan usaha ke arah pilihan raya negara itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/tarik-pelancong-baik-tetapi-jangan-sampai-ancam-keselamatan-negara/", "title": "Tarik pelancong baik, tetapi jangan sampai ancam keselamatan negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nPerlonggaran syarat visa bagi pelancong dari China untuk memudahkan kemasukan itu ke Malaysia oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) perlu diteliti dan diperhalusi semula.\n\n\nPengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu, Shahbudin Embun berkata, usaha menarik pelancong luar adalah baik, namun haruslah tidak sesekali mengancam keselamatan negara.\n\n\nMemetik Ismaweb, beliau berkata, pihak pelaksana undang-undang serta Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengambil tindakan berjaga-jaga dengan kemungkinan tindakan yang berniat mencabuli kelonggaran berkenaan.\n\n\n\u201cProgram ini baik untuk merancakkan ekonomi negara kerana pelancong China dianggarkan berbelanja sebanyak RM2,500 seorang dalam sebulan. Sektor perhotelan, restoran dan tempat tarikan pelancongan akan dapat manfaat,\u201d katanya menerusi kenyataan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDua suspek mengaku tidak bersalah guna bom buatan sendiri\n\n\n\n\n\n\nBak Kut Teh: Perlu ditolak, rujuk Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nAbdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM\n\n\n\n\n\n\nNGO Islam desak SUHAKAM tidak terima lagi dana asing\n\n\n\n\n\n\nTiada campur tangan dalam kes mahkamah libat Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi kenyataan itu, beliau berkata kemasukan warga China dalam negara mampu memberikan manfaat ekonomi dalam negara tetapi sekiranya mereka tidak keluar dari negara setelah habis tempoh menjadi masalah utama.\n\n\nMengulas lanjut, katanya, undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk mengenakan hukuman tegas terhadap pelancong yang tinggal lebih masa, termasuk rakyat tempatan yang melindungi mereka.\u00a0\n\n\nNamun, pihak berkuasa imigresen dan polis perlu lebih serius dalam melaksanakan undang-undang serta mengesan mereka yang tidak keluar dari negara ini kerana ia membabitkan isu keselamatan negara, tegasnya.\n\n\nMalah di zaman teknologi kini, kerajaan sepatutnya memperkenalkan \u2018tracing method\u2019 untuk memantau kedudukan pelancong terutamanya setelah mereka tinggal lebih masa.\u00a0\n\n\nTerdahulu, lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.\n\n\nSemalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Malaysia bakal menerima kemasukan 450,000 pelawat China selepas menandatangani perjanjian dengan dua agensi pelancongan negara itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/16/umno-wajar-jelaskan-dasar-parti-kepada-ahli-penganalisis/", "title": "UMNO wajar jelaskan dasar parti kepada ahli \u2013 Penganalisis", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 UMNO perlu menjelaskan kepada semua ahli keputusan parti itu menyertai kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nPensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, ia penting bagi mengembalikan kestabilan politik dalam parti keramat orang Melayu itu. \nSelain itu, UMNO juga perlu mendedahkan gerak kerja dan tindakan parti untuk meredakan krisis yang berlaku dalam parti tersebut ketika ini. \n\u201cSelepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, apabila jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, kebanyakan ahli menerima kenyataan bahawa pemimpin mereka sudah ditentukan.\n\u201cPenjelasan tentang dasar parti perlu dilakukan kepada ahli. \n\u201cMereka (pemimpin) perlu terangkan kenapa mereka menyertai kerajaan perpaduan, kenapa mereka tidak menjadi pembangkang dan sebagainya supaya semua ahli UMNO jelas tentang perkara itu,\u201d katanya.\n\n\nJamaie berkata, sekiranya UMNO dapat mengembalikan kepercayaan ahli dan menstabilkan suhu politik parti itu, UMNO akan dapat bangkit semula daripada kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.\n\n\n\u201cKejatuhan UMNO bermula pada tahun 2008, dimana mereka menang 80 kerusi. Kemudian di PRU 13 jumlah kerusi turun kepada lebih kurang 70 kerusi. Dan Pilihanraya Umum ke 14 mereka hanya menang lebih kurang 50 kerusi dan sekiranya ditambah dengan Barisan Nasional ada dalam lebih kurang 70 kerusi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKetua Polis Daerah buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil keterangan wanita olah video manipulasi titah Sultan Perak\n\n\n\n\n\n\nRM1 juta milik Armada untuk kebajikan parti\n\n\n\n\n\n\nAmbil alih BNS, kerajaan tiada pilihan selesaikan projek LCS\n\n\n\n\n\n\nMalaysia, Vietnam sasar kerjasama kukuh pasaran buruh\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTetapi dalam pilihanraya terbaru ini, mereka hanya menang 26 kerusi, sekiranya dicampur dengan Barisan Nasional jumlah mungkin hanya dalam 30 kerusi.\n\n\nTambah Jamaie, kemenangan itu menandakan bahawa UMNO bukannya tidak lagi relevan, namun ia jatuh kerana masalah dalaman yang menjadikan parti mereka tumbang.\n\n\n\u201cParti itu tidak salah, tetapi pemimpin yang mencaturkan parti itu yang menjadi masalah,\u201dkatanya dalam temubual bersama \nTV Pertiwi\n.\n\n\nAhmad Zahid dan Mohammad dipilih untuk meneraju UMNO.\n\n\nSetakat ini,\u00a0UMNO merekodkan 3.3 juta keahlian berdaftar dan diketuai Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.\u00a0\n\n\nBaru-baru ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan, PAU 2023 akan diadakan pada 7 hingga 10 Jun ini.\n\n\nBagaimanapun, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang disandang Datuk Seri Mohammad Hassan tidak akan dipertandingkan.\u00a0\n\n\nBarisan MKT UMNO perlu bekerja keras untuk menghadapi PRN di enam negeri tidak lama lagi.\n\n\nSelain Ahmad Zahid dan Mohammad, tiga jawatan Naib Presiden disandang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.\n\n\n\u201cKami perlu melakukan persiapan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti,\u201d kata Asyraf Wajdi.\u00a0\n\n\nUsul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan kali ini disokong oleh 90 peratus ahli.\u00a0\n\n\nAsyraf Wajdi menambah, selepas PAU 2023, UMNO akan menggerakkan barisan kepimpinan parti itu ke seluruh negara bagi memberi kefahaman kepada ahli yang lain supaya mereka lebih jelas tentang gerak kerja UMNO selepas ini.\n\n\nTerdahulu, UMNO memecat beberapa pemimpin tertinggi termasuk bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.\u00a0\n\n\nUMNO juga menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/17/arab-saudi-bincang-isu-palestin-dengan-mahmoud-abbas/", "title": "Arab Saudi bincang isu Palestin dengan Mahmoud Abbas", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nBukan Israel sahaja yang rancak melakukan pelbagai strategi bagi menawan kota suci Baitulmaqdis, Palestin.\u00a0\n\n\nMahmoud Abbas bakal membuat kunjungan ke Arab Saudi bagi bertemu Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud bersama Putera Mahkotanya Mohammed bin Salman\n\n\nNamun,\u00a0 Presiden Palestin, Mahmoud Abbas juga sedang giat menjalankan pelbagai rancangan bagi menawan semula kota milik penduduknya.\u00a0\n\n\nIni apabila Arab Saudi bakal menerima satu lagi perbincangan yang serius mengenai isu keganasan Israel ke atas Palestin.\u00a0\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Berjanji Berdiri Teguh Selepas Salhiya Dirobohkan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Kanada Tidak Divaksin Bakal Dicukai\n\n\n\n\n\n\nJemaah umrah disediakan pengangkutan percuma di Jeddah\n\n\n\n\n\n\nAnkara ucap terima kasih kepada Kuala Lumpur hantar SMART\n\n\n\n\n\n\nNadia hakim pertama berhijab di New Jersey\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerbincangan tersebut bakal diadakan sempena pertemuan antara Mahmoud dan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud bersama Putera Mahkotanya Mohammed bin Salman.\u00a0\n\n\nIntipati perbincangan berkenaan turut memainkan isu berhubung jenayah negara haram itu baru-baru ini dan pembinaan Gereja Makam Suci di Baitul Maqdis Timur yang diduduki serta rakyat Palestin yang menderita akibat pencerobohan haram Israel."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/17/bawa-pulang-rakyat-malaysia/", "title": "Bawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan kerajaan bersedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Sudan sekiranya konflik di negara itu bertambah tegang.\n\n\nMenerusi catatan di laman Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka dalam titah Baginda menyeru seluruh rakyat untuk bersama Baginda mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Sudan berikutan krisis yang berlaku di negara itu ketika ini.\n\n\n\u201cSeri Paduka turut menyeru seluruh masjid mengadakan solat hajat dan doa selamat memohon ihsan Allah SWT agar rakyat Malaysia berada di bawah lindungan-Nya dan ketegangan di Sudan dapat dihentikan dengan segera,\u201d menurut catatan itu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTengku Zafrul sahkan sudah dihubungi SPRM\n\n\n\n\n\n\nMB Selangor dijangka mengadap Sultan Selangor sebelum 25 Jun\n\n\n\n\n\n\nNetizen naik angin, kecam pelancong `first world country\u2019 isi minyak murah di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPematuhan SOP Perlu Berterusan\n\n\n\n\n\n\nMelayu Perlu Cintai Hak Dimiliki, Tanah Rezab \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\n\n\nKonflik di Sudan\u00a0yang\u00a0melibatkan dua pihak iaitu Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu.\n\n\nMenteri Luar Datuk, Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan semalam menasihati rakyat Malaysia di Sudan supaya berjaga-jaga dan tidak mengambil risiko untuk keluar buat sementara.\n\n\nZambry berkata Mesyuarat Antara Agensi diadakan pagi semalam untuk mendapatkan maklumat terkini situasi semasa di Sudan dan berbincang mengenai cadangan yang sesuai bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di negara itu terjamin semasa konflik. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/17/dap-umno-bukan-kahwin-paksa-anthony-loke/", "title": "DAP, UMNO bukan kahwin paksa \u2013 Anthony Loke", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, hubungan parti itu dan UMNO tidak boleh diibaratkan sebagai kahwin paksa.\n\n\nSebaliknya, ia adalah kerjasama politik bagi mewujudkan sebuah Kerajaan Persekutuan yang stabil.\n\n\nAnthony Loke berkata demikian bagi menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang mendakwa kahwin paksa antara dua parti itu tidak akan berjaya sama ada di peringkat kepemimpinan tertinggi atau akar umbi.\n\n\n\u201cJadi janganlah sebagai bekas Perdana Menteri, dia tiap-tiap hari nak lihat perpecahan dalam kerajaan ini, jadi saya tak tahu apakah hasrat beliau seolah-olah nak lihat perpecahan dalam kerajaan pada kali ini\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen pembangkang belum buat permohonan rasmi \u2013 Fadillah\n\n\n\n\n\n\nRM40,000 Elaun Pengerusi FGV Naik, Pengarah Dapat RM12,500 Sebulan\n\n\n\n\n\n\nAkaun disekat, TV Pertiwi tuntut penjelasan pihak pengurusan TikTok dan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nHak Khairy sertai mana-mana parti \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nUcapan berbaur perkauman, Lim Guan Eng disiasat bawah Akta Hasutan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBercakap dalam sidang media hari ini, Anthony Loke berkata, dalam apa juga kerjasama termasuk bersama Kerajaan Persekutuan, mereka akan memperkukuhkan hubungan itu.\n\n\nAnthony Loke juga mengingatkan Ismail bahawa kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dibuat atas nasihat Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan, Ismail mendakwa \u2018kahwin paksa\u2019 antara UMNO dan DAP tidak akan berjaya sama ada di peringkat kepemimpinan tertinggi atau di peringkat akar umbi.\n\n\nBekas Naib Presiden UMNO itu berkata, beliau sudah mula melihat keretakan \u2018perkahwinan paksa\u2019 itu selepas wujud serangan secara terbuka antara pemimpin parti kerajaan ketika ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/17/jangan-buat-telahan-siasatan-sprm-terhadap-sivakumar-anwar/", "title": "Sivakumar masih disiasat, tiada keperluan direhatkan \u2013 Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\n\n\nTiada keperluan bagi V. Sivakumar direhatkan sebagai Menteri Sumber Manusia, kata Perdana Menteri.\n\n\nDatuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana siasatan masih berjalan ke atas Sivakumar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak-kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.\n\n\n\u201cIni baru siasatan, belum ada pertuduhan (di mahkamah). Kalau umpamanya siasatan kepada saya selaku Perdana Menteri, yang diminta adalah bagi penjelasan. Ini kena dibezakan, siasatan itu dalam proses, ia serah kepada SPRM.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya Tidak Terima Wang Dari UKSB\u2019\u2019 \u2013 Khairy Jamaluddin\n\n\n\n\n\n\nPolis Umum Pengurangan Saman Sehingga 80%\n\n\n\n\n\n\nPKR teruskan legasi di Melaka, Gagal sebarang kerusi di Sarawak\n\n\n\n\n\n\nUsahawan perlu bantuan intervensi kerajaan untuk pulih, kekal bertahan\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi ulangi dakwaan, Kerajaan Pusat berubah jika PN menang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau ada pendakwaan itu soal lain. Saya tak boleh buat telahan awal. Dalam kes khusus Sivakumar ini, kita tak wajar beri apa-apa telahan, selain daripada kenyataan bahawa beliau dipanggil memberikan jawapan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh SPRM,\u201d katanya\n\n\nBeliau ditemui media selepas Majlis Pelancaran Karya Agung Sayr Al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hari ini.\n\n\nTerdahulu, beliau ditanya sama ada Sivakumar yang juga Ahli Parlimen Batu Gajah itu perlu bercuti atau berehat sementara ekoran siasatan yang dikenakan terhadapnya.\n\n\nAnwar berkata, kerajaan pimpinannya tegas dengan prinsip dalam soal tatakelola dan banteras rasuah, tanpa mengira latar belakang dan parti politik individu yang disiasat atau didakwa itu.\n\n\nDalam pada itu, Sivakumar menafikan kediaman beliau digeledah oleh SPRM pada Ahad.\n\n\nKetika ditanya media berkenaan soalan tersebut, Ahli Parlimen Batu Gajah itu hanya memberi respons ringkas dengan berkata, tidak.\n\n\n\u201cTidak, tidak, tidak,\u201d katanya selepas Majlis Pra Pelancaran National Training Week 2023 di Putrajaya hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/17/krisis-sudan-wisma-putra-sedaya-upaya-bawa-pulang-rakyat-malaysia/", "title": "Krisis Sudan: Wisma Putra sedaya upaya bawa pulang rakyat Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Sudan dan membawa mereka pulang ke tanah air dengan selamat\u00a0susulan konflik di negara itu.\n\n\nMenteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan\u00a0Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).\n\n\nBeliau berkata,\u00a0Wisma Putra juga telah berhubung dengan beberapa buah negara sahabat seperti Arab Saudi, Turkiye, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, China, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi membantu proses membawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan sebaik keadaan mengizinkan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCadangan Penubuhan Jawatankuasa Siasatan Khas Tan Sri Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nDAP bimbang tindakan UMNO jejas sokongan Kerajaan Gabungan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu keluarkan SOP pelancong China\n\n\n\n\n\n\nProsiding baharu LCS dicadang PAC\n\n\n\n\n\n\nPenggantungan ini bukan satu pengakhiran \u2013 Hishammuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada masa ini, keadaan di negara itu masih lagi tegang akibat\u00a0pertempuran di antara kedua-dua pihak bertelagah yang dilaporkan masih sengit khususnya di kawasan-kawasan strategik di Khartoum.\n\n\n\u201cLapangan Terbang Antarabangsa Khartoum masih belum dibuka kembali dan ini menyukarkan perancangan untuk membawa keluar rakyat-rakyat asing dari pelbagai negara termasuklah Malaysia,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nKonflik di Sudan yang melibatkan dua pihak iaitu Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) telah mencetuskan pergolakan politik serta menggugat keselamatan di negara itu.\n\n\nYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini dalam hantaran di laman Facebook Istana Negara menyarankan agar kerajaan bersedia untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Sudan sekiranya konflik di negara itu bertambah tegang.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan kerajaan memantau rapi konflik berlaku di Sudan\u00a0dan akan membawa pulang rakyat Malaysia yang berada\u00a0di negara itu\u00a0sekiranya situasi semasa memberi risiko kepada keselamatan mereka.\n\n\nMengulas lanjut, Zambry\u00a0berkata, kesemua 29 rakyat Malaysia mengikuti nasihat yang dikeluarkan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum untuk terus berada di tempat masing-masing.\n\n\nBeliau berkata\u00a0Wisma Putra telah mengaktifkan \u2018Operasi Sudan\u2019 yang bertugas 24 jam sejak krisis berlaku dan pasukan khas yang\u00a0disertai beberapa agensi itu telah membuat persiapan dan perancangan rapi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di Sudan dipelihara.\n\n\n\u201cPasukan Khas ini juga sedang berhubung rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum mengenai kaedah yang paling selamat untuk menambah bekalan keperluan asas khususnya makanan dan ubat-ubatan kepada kesemua mereka di Sudan,\u201d katanya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/17/najib-hanya-mahu-iringan-doa-dan-kasih-rakyat/", "title": "Najib hanya mahu iringan doa dan kasih rakyat", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekas Perdana Menteri, \nDatuk Seri Najib Tun Razak kini mengharapkan iringan doa dan kasih daripada rakyat di negara ini.\u00a0\n\n\nNasib Najib kini hanya bergantung kepada permohonan pengampunan diraja agar beliau tidak lagi meringkung di dalam penjara.\n\n\nIni kerana, beliau sedang dalam proses memohon pengampunan diraja terhadap sabitan kes SRC International Sdn. Bhd., sejurus permohonan semakan kehakiman ditolak Mahkamah Persekutuan pada 31 Mac lalu.\u00a0\n\n\nPentadbir yang mengawal selia laman Facebook Najib Razak memaklumkan, bekas Perdana Menteri itu kini hanya memerlukan iringan doa dan kasih daripada rakyat di negara ini.\u00a0\n\n\n\u201cSemoga Allah SWT berikan kekuatan kepada Datuk Seri Najib, permudahkan segala urusannya,\u201d katanya dalam hantaran Facebook hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi dakwa tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH\n\n\n\n\n\n\nIsu politik Melaka tidak jejas persediaan UMNO bagi PRN\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM50 juta untuk baik pulih PPR, lif usang\n\n\n\n\n\n\nBina sekolah baharu, NGO desak MB Selangor sokong permohonan\n\n\n\n\n\n\n17 Korban Banjir Di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Najib turut dikatakan hanya mahu meneruskan perjalanan bagi menuntut semula keadilan yang penuh buat terhadapnya.\u00a0\n\n\nNajib yang juga bekas Ahli Parlimen Pekan turut mengimbau janji beliau iaitu mahu membantu golongan yang susah sepanjang masa apabila khidmatnya diperlukan.\u00a0\n\n\n\n\nDalam pada itu, kenyataan tersebut turut memaparkan tuntutan Najib bahawa beliau telah banyak memberikan sokongan, galakan dan restu kepada negara, rakyat, parti serta jalinan persahabatan sewaktu berkuasa dahulu.\u00a0\n\n\nTerdahulu, Najib turut mendakwa saat bersuara, beliau telah dizalimi semata-mata mahu menegakkan semula hak, keperluan dan permintaaan rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/17/nik-razi-adik-allahyarham-nik-aziz-meninggal-dunia/", "title": "Nik Razi, adik Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Nik Razi Nik Mat, adik bongsu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas terlantar sakit hampir empat bulan.\n\n\nMenteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi laman Facebook rasminya berkata, tokoh ulama Kelantan itu meninggal dunia pagi ini iaitu 26 Ramadan selepas diuji sakit terlantar hampir empat bulan.\n\n\n\n\n\u201cAlmarhum yang juga adinda kepada Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sumbangan yang begitu besar khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan kepada masyarakat.\n\n\n\u201cBagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan takziah kepada ahli keluarga Almarhum Tuan Guru. Semoga Allah SWT membalas segala jasa yang dicurahkan, mengampunkan dan merahmatinya di sisi para solehin,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/17/polis-siasat-gerai-mercun-terbakar-di-chow-kit/", "title": "Polis siasat gerai mercun terbakar di Chow Kit", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Polis membuka kertas siasatan membabitkan sebuah gerai jualan bunga api dan mercun yang terbakar di tepi Jalan Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur semalam.\n\n\nKetua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 3.43 petang hari ini.\n\n\nMenurutnya, siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku pada pukul 10.50 malam dan gerai tersebut tidak mempunyai lesen.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah ALLAH: Saifuddin dakwa Muhyiddin tidak hormati nasihat Majlis Raja-Raja\n\n\n\n\n\n\nAfghanistan : Russia Sedia Pertimbang Iktiraf Kerajaan Taliban\n\n\n\n\n\n\nHukuman Lebih Kepada Pengajaran, Bukan Penyeksaan\n\n\n\n\n\n\nRumah Musnah Kesan Banjir & Rempuhan Balak\n\n\n\n\n\n\nEtnik Rohingnya paling ramai mohon suaka di Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJusteru, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.\n\n\n\u201cSiasatan sedang berjalan di mana individu yang terlibat telah dikenal pasti dan akan diambil keterangan serta tindakan lanjut,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nTambah Noor Dellhan, orang ramai dinasihati agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.\n\n\nTerdahulu, media melaporkan sebuah gerai yang menjual bunga api dan mercun terbakar sekali gus menyebabkan barangan dijual musnah dalam kejadian di Chow Kit, Kuala Lumpur.\n\n\nInsiden tersebut tular menerusi video di media sosial memperlihatkan mercun-mercun yang dijual meletup serta mengundang kebimbangan orang awam yang berada di kawasan berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/17/sanusi-poster-boy-kekal-menteri-besar-jika-pn-menang-di-kedah/", "title": "Sanusi \u2018poster boy\u2019, kekal Menteri Besar jika PN menang di Kedah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan dilantik semula ke jawatan Menteri Besar Kedah sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang di negeri ini dalam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nPesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, Muhammad Sanusi juga akan menjadi wajah hadapan atau \nposter boy\n parti itu pada PRN yang dijangka diadakan pada Julai depan.\n\n\n\u201cPAS Kedah ingin menegaskan bahawa Muhammad Sanusi kekal menjadi \u2018poster boy\u2019 pada PRN kelak dan beliau akan kekal menerajui pentadbiran Kedah jika terus diangkat dalam PRN.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba\n\n\n\n\n\n\nMas Ermieyati dilantik Pengerusi PAC\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan Johor 2023 catat lebihan RM2.44 juta\n\n\n\n\n\n\n4 dekad, Maher akhirnya bebas sebagai tahanan paling lama rejim Israel\n\n\n\n\n\n\nSudah Beritahu PM, Segera Adakan Pilihan Raya Umum \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cInsya-Allah sokongan berterusan daripada rakyat Kedah akan menjadi pemangkin kepada kejayaan PN di negeri ini khususnya dan tidak mustahil misi ini akan turut memberikan impak langsung kepada negeri lain yang ditadbir PH (Pakatan Harapan) seperti Pulau Pinang,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkata, pihaknya yakin sokongan berterusan pengundi juga bakal memberi kesan di negeri dikuasai PH seperti di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.\n\n\nDalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena yakin, ketegasan Muhammad Sanusi menegakkan kebenaran dilihat menjadi sebab mengapa tekanan politik berterusan diarahkan kepada Menteri Besar Kedah itu ketika ini.\n\n\nKatanya, perkara itu berlaku kerana PH kini tidak mempunyai modal untuk menjatuhkan pengaruh PN yang mendapat dokongan kuat masyarakat Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\n\n\n\u201cOleh itu, langkah pembunuhan karakter terhadap Muhammad Sanusi dilaksanakan kerana beliau juga menjadi faktor penting kemenangan PN khususnya di Kedah.\n\n\n\u201cPAS Kedah yakin segala perjalanan pentadbiran dan pelaksanaan dasar negeri berada dalam landasan terbaik seiring dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035, malah hasrat \nThe Greater Kedah\n yang digagaskan beliau tidak mustahil akan direalisasikan kelak,\u201d katanya.\n\n\nAhmad menegaskan, tekanan politik yang turut dihempapkan ke atas kerajaan negeri Kedah menunjukkan Kerajaan Persekutuan membelakangi semangat Madani dalam erti kata sebenar.\n\n\nKatanya, ia juga menunjukkan wajah dan sikap federalisme tempang yang mengundurkan negara ke era politik lapuk.\n\n\n\u201cBukankah berulang kali kita mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya mengekalkan profesionalisme dalam hubungan federalisme di antara Persekutuan dan Negeri?\n\n\n\u201cMalangnya, Kerajaan Persekutuan melaksanakan federalisme terpilih kerana dendam politik serta pembunuhan karakter terhadap Muhammad Sanusi,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/17/sprm-geledah-pejabat-kediaman-sivakumar/", "title": "SPRM geledah pejabat, kediaman Sivakumar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat dan kediaman Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar pada Ahad bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak kerajaan\u00a0terhadap individu tertentu.\n\n\nDifahamkan, penggeledahan terbabit bagi menjejaki wang yang didakwa diperoleh Sivakumar.\n\n\nMenurut sumber, penggeledahan itu dilakukan SPRM sebaik sahaja keterangan menteri itu diambil pada hari sama bagi mendapatkan bukti-bukti.\n\n\n\u201cSivakumar telah dipanggil SPRM semalam (Ahad) untuk bantu siasatan susulan siasatan terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya minggu lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgong Berangkat Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-257 Hari Kedua\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk serangan tentera Israel di Nablus\n\n\n\n\n\n\nDAP ibarat membaling batu di tengah khalayak ramai \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\n64 jemaah hidap jangkitan paru-paru akibat cuaca panas\n\n\n\n\n\n\nBangunan MACA dijangka dibuka semula 18 Mei depan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKehadiran Sivakumar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya bagi menjelaskan dakwaan bahawa beliau telah menerima wang secara tunai oleh seorang ahli perniagaan yang juga ditahan SPRM bersama dua pegawai kanannya.\n\n\n\u201cAhli perniagaan berkenaan dipercayai membuat \u2018public relation\u2019 mewakili Sivakumar untuk meminta wang kepada individu tertentu yang menjalankan projek kerajaan di kementerian itu sebagai jaminan agar mereka dapat meneruskan projek dilaksanakan selain menjanjikan akan diberikan projek lain selepas itu,\u201d katanya.\n\n\nTambah sumber, perbuatan yang dilakukan ahli perniagaan itu disyaki berada di bawah pengetahuan kedua-dua pegawai Sivakumar yang dikatakan pernah menyaksikan pemberian wang itu.\n\n\n\u201cWang berkenaan disyaki dibayar secara tunai sebelum kesemua wang itu didakwa akan diserahkan kepada Sivakumar,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/18/anwar-berdepan-dr-m-di-mahkamah/", "title": "Anwar akan berdepan Mahathir di mahkamah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Tun Dr Mahathir Mohamad akan meneruskan tindakan undang-undang ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan menuduh bekas Perdana Menteri itu mengumpul kekayaan peribadi semasa berkuasa.\n\n\n\u201cTun (Mahathir) telah mengarahkan kami untuk meneruskan tindakan di mahkamah. Ini membuktikan bahawa Anwar tidak memohon maaf atau menarik balik kenyataan beliau.\n\n\n\u201cBagi Tun, ia adalah pembohongan oleh Perdana Menteri,\u201d kata peguam Mahathir, Muhammad Rafique Rashid Ali.\n\n\nSurat bertarikh hari ini (17 April) dan dihantar peguam Anwar, Aliff Benhamin Suhaimi menyatakan, Anwar menafikan semua dakwaan Mahathir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAkaun disekat, TV Pertiwi tuntut penjelasan pihak pengurusan TikTok dan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nDeepak nafi ugut Ka Siong isu bekalan telur import\n\n\n\n\n\n\nBAJET 2023 : Tingkatkan peruntukan pembangunan kokurikulum Islam \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nKhidmat imam luar negara tidak dibenarkan ketika tarawih di Selangor\n\n\n\n\n\n\nJPJ Tetapkan Perbaharui Lesen dan Cukai sehingga Hujung Tahun Ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUntuk makluman, kami telah diarahkan oleh anak guam kami untuk menafikan semua dakwaan dan kandungan dalam surat anda.\n\n\n\u201cDalam hal ini, anak guam kami bersedia untuk menjawab sebarang dakwaan \u2013 jika ada \u2013 di mahkamah dan bukan melalui surat menyurat jika anak guam anda mahu meneruskan tindakan undang-undang,\u201d kata surat itu.\n\n\nMahathir menghantar surat tuntutan kepada Anwar pada 27 Mac, menuntut pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menarik balik dakwaan yang dibuat semasa ucapan dasar pada Kongres Nasional Khas PKR 2023 pada 18 Mac.\n\n\nSekiranya Anwar gagal menjawab surat itu, Mahathir berkata, dia akan meneruskan tindakan undang-undang.\n\n\nTarikh akhir Anwar untuk menjawab surat undang-undang Mahathir ialah 3 April tetapi ia ditangguhkan ke hari ini selepas peguam Anwar meminta dilanjutkan.\n\n\nAnwar tidak menyebut nama Mahathir tetapi merujuk tempoh pemerintahan beliau dengan berkata: \u201cAda orang sekarang, setelah 22 tahun, campur 22 bulan jadi berkuasa, sekarang mengeluh.\u201d\n\n\n\u201cMelayu hilang segala-galanya? Hilang harta, hilang saham. Bagaimana saja hilang kalau kamu bolot untuk keluarga dan anak-anak kamu?\n\n\n\u201cSekarang bila hilang kuasa, bicara soal rakyat. Jangan perbodohkan rakyat. Rakyat harus bangkit mempertahankan hak mereka.\n\n\n\u201cKumpulkan\u2026 tonton\u2026 Tan Sri-Tan Sri, tauke-tauke besar, berapa kerap orang sekarang merencana untuk mengugat dan menggunakan sentimen kaum, mengajak orang-orang Melayu membenci kepada kaum-kaum lain dan menyatakan kuasa hilang,\u201d dakwa Anwar.\n\n\nMahathir mendakwa ini adalah rujukan yang jelas kepadanya kerana laporan media mengenai ucapan itu menyebut namanya.\n\n\nPada 7 April, Anwar berkata, beliau tidak ragu-ragu untuk memberikan bukti kepada Mahathir untuk menyokong dakwaannya.\n\n\n\u201cSaya tak nak gaduh, beliau minta bukti saya bagi bukti \nno problem\n,\u201d kata Anwar semasa sesi dialog bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).\n\n\nPada majlis yang sama, Anwar juga telah membidas Mahathir dengan menyatakan bahawa walaupun tadbir urus Mahathir mempunyai kekuatan, dia juga telah menyebabkan banyak kerosakan. \u2013 MALAYSIAKINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/18/brek-lori-rosak-punca-kemalangan/", "title": "Brek lori rosak punca kemalangan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Sebuah lori pasir yang mengalami kegagalan brek menjadi punca kemalangan membabitkan lapan kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Rawang Mutiara, Rawang, Selangor semlam\nKetua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 3.40 petang.\n\u201cSiasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika lampu isyarat merah dan semua kenderaan berhenti di lorong kanan.\n\u201cLori terbabit yang berada paling hadapan mengundur secara tiba-tiba menyebabkan melanggar beberapa kenderaan yang berada di belakang,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\u201cTiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan usaha mengesan kenderaan yang terbabit masih dijalankan untuk siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.\n\u201cOrang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 untuk tindakan lanjut,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/18/kerajaan-bunuh-rakyat-benar-penjualan-mercun-berjasa/", "title": "Kerajaan bunuh rakyat, benar penjualan mercun \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Saban tahun, kes kecelakaan dan kemalangan melibatkan bunga api dan mercun pasti berlaku meskipun penjualan diharamkan sebelum ini.\n\n\nNamun, tindakan kerajaan membenarkan penjualan mercun dan bunga api bakal meningkatkan lagi kes kecederaan yang berisiko mengundang maut.\n\n\nNaib Presiden BERJASA, Insenior Teknologis Lukman Al-Hakim berkata, tindakan ini seolah-solah mahu membunuh rakyat demi kepentingan ekonomi semata-mata.\n\n\n\u201cTindakan kerajaan Malaysia untuk menghalalkan kembali penjualan mercun dan bunga api terbukti kerajaan ingin membunuh rakyat demi kepentingan ekonomi memungut cukai yang mendapatkan keuntungan material semata-mata.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli Dewan Diraja Selangor tuntut Sanusi mohon maaf secara terbuka\n\n\n\n\n\n\nPemuda ISMA Lancar Kempen Suntik Semangat Perjuangan Melayu, Islam\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan salah guna jawatan tidak dedahkan kesalahan Muhyiddin \u2013 Teh Poh Teik\n\n\n\n\n\n\nKementerian Kewangan tidak terima cadangan mohon KWSP \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nKeadaan geografi Sungai Golok punca penyeludupan terus berlaku \u2013 Kastam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSudah berpuluh tahun kita telah hidup dengan undang-undang pengharaman penjualan mercun sebelum ini. Itu pun telah membunuh dan mencacatkan ramai rakyat.\u201d\n\n\n\u201cKita lihat insiden kebakaran kilang mercun dan bunga api menyebabkan kerugian harta benda bernilai jutaan ringgit. Kenapa hari ini tanpa didesak oleh rakyat tanpa diminta sesiapa kerajaan ingin membenarkan kembali penjualan benda-benda yang merosakan dan membunuh ini,\u201d ujarnya.\n\n\nNaib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Al-Hakim.\n\n\nJelas Lukman, walaupun kerajaan akan mengeluarkan garis panduan penjualan barang berbahaya itu, tetapi ia diyakini tetap akan berlaku kecelakaan sepertimana yang terjadi sebelum ini.\n\n\nMalah katanya, dijangka berlaku penyeludupan mercun dan bunga api dari luar negara, rasuah serta kartel yang didominasi golongan elit ekonomi.\n\n\nTegasnya, ini akan merudumkan dan menyebabkan negara kembali ke satu takuk yang terkebelakang.\n\n\n\u201cJika kerajaan terus dengan keputusan ini untuk membenarkan penjualan bunga api dan mercun kita boleh buat kesimpulan bahawa kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah kerajaan rakyat bukanlah kerajaan yang mengutamakan keselamatan, keutamaan, kemahuan suara rakyat,\n\n\n\u201cTetapi kerajaan yang berlidah bercabang kerajaan yang cakap tak serupa bikin kerajaan yang hipokrit yang retorik dan hanya mementingkan keutamaan dan kemajuan serta penjanaan ekonomi semata-mata itu pun belum terjamin terlaksana.\u201d\n\n\nBermain mercun mengakibatkan kecederaan fizikal terutama dalam kalangan kanak-kanak\n\n\nJusteru katanya, kerajaan patut mengambil kira keselamatan dan nyawa rakyat sebagai keutamaan yang utama bukan kutipan cukai untuk mengembangkan ekonomi.\n\n\nSemalam, sebuah gerai mercun dan bunga api yang terbakar di Jalan Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur didapati tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan.\n\n\nKetua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Delhan Yahaya berkata, satu kertas siasatan telah dibuka terhadap insiden yang tular di media sosial itu dan individu terbabit telah dikenal pasti.\n\n\nDalam pada itu, turut tular video kejadian hampir sama iaitu sebuah kedai menjual mercun meletup di kawasan pentadbiran Balai Bahau, Negeri Sembilan pada 2018.\n\n\nSelain itu, insiden ini turut mengimbau traged letupan kilang mercun di Sungai Buloh pada tahun 1991 yang mengorbankan 26 nyawa, manakala 83 orang lagi cedera parah.\n\n\nTragedi yang digelar \u2018Hiroshima Sungai Buloh\u2019 itu telah mengubah polisi undang-undang negara dengan mengharamkan penjualan dan permainan mercun sejak 1995."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/18/kerja-penyelenggaraan-punca-lebuhraya-karak-sesak/", "title": "Kerja penyelenggaraan punca Lebuhraya Karak sesak", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerja-kerja penyelenggaraan didakwa menjadi punca Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur mengalami kesesakan.\n\n\nLebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi ciapan di akaun Twitter memaklumkan, trafik sesak itu berlaku sepanjang 11.7 kilometer (km) bermula dari KM20.1 arah timur sehingga ke lokasi kerja-kerja penyelenggaraan.\n\n\nTambahnya, lorong tengah dan kanan di KM31.8 hingga KM32.7 arah timur (Genting Sempah) ditutup bagi memudahkan kerja penyelenggaraan.\n\n\n\u201cPenutupan lorong tengah dan kanan bermula pada jam 8.30 malam (17 April) dan tamat pada 8 pagi (18 April).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMukhriz didakwa mohon kerjasama PH, PN untuk PRN\n\n\n\n\n\n\nBaru sehari berkahwin, pasangan ditahan edar dadah\n\n\n\n\n\n\nJPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara\n\n\n\n\n\n\nPDRM nafi jadi dalang kegiatan seludup mercun\n\n\n\n\n\n\nCemar al-Quran di Denmark, Turkiye kutuk tindakan kumpulan Islamofobia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPenutupan adalah untuk kerja-kerja penyelenggaraan \u2018pavement rehabilitation\u2019,\u201d katanya dalam satu hantaran pada Selasa.\n\n\nMenerusi tinjauan Sinar Harian di media sosial, trafik perlahan itu didakwa berlaku sejak tengah malam Isnin menyebabkan pengguna jalan raya menghadapi kesesakan sehingga lebih empat jam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/18/mahkamah-pulangkan-pasport-syed-saddiq-untuk-sementara-waktu/", "title": "Mahkamah pulangkan pasport Syed Saddiq untuk sementara waktu", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengembalikan pasport milik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk sementara waktu bagi membolehkan Ahli Parlimen Muar itu hadir ke beberapa persidangan antarabangsa bulan depan.\n\n\nSyed Saddiq memohon pasportnya dikembalikan untuk menghadiri persidangan di Switzerland dan Korea Selatan pada bulan depan.\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada prosiding hari ini.\n\n\n\u201cMahkamah membenarkan permohonan itu dan pasport perlu dipulangkan semula pada 20 Mei ini selepas Syed Saddiq pulang ke negara ini,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri Tiba Di Singapura Sempena Pelaksanaan VTL\n\n\n\n\n\n\nTujuh Exco Melaka dilantik semula, tiga muka baharu termasuk ADUN PH\n\n\n\n\n\n\nAGENDA NASIONAL BANTU KELUARGA MALAYSIA HADAPI FASA ENDEMIK\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir meningkat, empat daerah di Johor masih terjejas\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada pakaian tak hormat sensitiviti agama Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengikut afidavit Syed Saddiq pada 11 April lalu, Ahli Parlimen Muar itu mahu ke Switzerland untuk menghadiri dan berucap pada persidangan dasar dadah antarabangsa.\n\n\nSelain itu, bekas Presiden MUDA itu juga akan ke Korea Selatan bagi menghadiri dan berucap pada persidangan antarabangsa yang dianjurkan Centre for Asia Leadership iaitu Persidangan Kepimpinan Asia 2023.\n\n\nSyed Saddiq diperintah membela diri terhadap empat pertuduhan, termasuk bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada BERSATU, Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dana RM1 juta dan melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu, selepas diperintahkan mahkamah pada 28 Oktober tahun lalu.\u00a0\u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/18/pak-jamil-hayat-banduan-seumur-hayat-paling-lama-dipenjara-kini-bebas/", "title": "Pak Jamil Hayat, banduan seumur hayat paling lama dipenjara kini bebas", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Setelah 40 tahun menghabiskan hayat\u00a0di dalam tirai besi, 22 Mac menjadi tarikh keramat buat Jamil Wahab, 63, apabila dibebaskan setelah mendapat pengampunan\u00a0Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.\n\n\nTempoh itu menjadikan Jamil yang mesra disapa Pak Jamil Hayat sebagai banduan paling lama\u00a0di negara ini menerima hukuman\u00a0kini bebas dan kembali ke kampung halamannya\u00a0di Kampung Guang, Keliwang, Sembawa di Indonesia awal pagi ini.\n\n\n\u201cBila saya tahu dapat pengampunan pembebasan, saya tidak percaya kerana saya sedia maklum berkenaan hukuman sepanjang hayat di penjara. Masa tahun 2012, ada pengampunan beramai-ramai di Johor dengan banduan paling lama adalah 37 tahun sedangkan waktu itu saya 29 tahun. Terus saya kata dalam hati, saya takkan ada peluang.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP Heret Kedah Ke Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nKronologi Kejadian Babitkan Pesawat TUDM Hawk\n\n\n\n\n\n\nSany Hamzan tak layak jelas isu peruntukan Ahli Parlimen pembangkang\n\n\n\n\n\n\nNetizen naik angin, kecam pelancong `first world country\u2019 isi minyak murah di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nEnam bulan hilang di Mekah, Ustaz Musthafa disahkan meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya fikir akan mati di dalam penjara sahaja dan tidak mempedulikan apa yang akan berlaku dalam dunia ini. Saya ingat mati nanti apa yang saya akan bawa, jadi tumpu untuk beribadah.\n\n\n\u201cPagi semalam ketika tuan pengarah beritahu saya dapat pengampunan, saya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan,\u201d katanya ketika ditemui di Penjara Taiping semalam.\n\n\nJamil berkata, beliau amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menghabiskan sisa hidup di kampung halaman, namun jauh dari sudut hati berat untuk meninggalkan sebuah bangunan tembok besi agam yang mengubahnya menjadi seorang manusia yang berguna.\n\n\n\u201cSaya seronok dapat \u2018ampun\u2019, tapi saya sedih sangat untuk tinggalkan penjara ini. Seronok ada tapi sedih lagi tebal kerana akan berpisah dengan staf yang menjaga saya seperti seorang sahabat dan bukan sebagai banduan,\u201d katanya.\n\n\nPenjara mengajar Jamil menjadi seorang pekerja mahir dalam bidang jahitan apabila sehingga kini beliau telah menghasilkan ribuan baju Melayu dan blazer untuk pegawai-pegawai penjara.\n\n\nSebelum dipindah ke Penjara Taiping dari\u00a0Penjara Johor Bahru, Jamil mengutip pengalaman dari\u00a0bengkel rotan menghasilkan perabot seperti kerusi dan meja.\n\n\nMalah berbekalkan ilmu agama yang dipelajari selama di kampung dahulu, 40 tahun meraikan hari raya\u00a0di penjara, Jamil memimpin jemaah lain bersolat termasuk solat Hari Raya.\n\n\n\n\nJamil seterusnya menasihati anak muda agar jangan mensia-siakan waktu muda dan berpegang teguh kepada ajaran agama agar sentiasa terhindar dari melakukan perbuatan yang tidak baik.\n\n\n\u201cKetika muda, bila pegang pistol perasaan di dunia ini seperti kita yang punya. Bila pegang pistol kita rasa semua kecil, sikit-sikit marah mahu tembak sahaja. Saya bukan orang yang baik, apabila di Indonesia dulu pun selalu masuk penjara. Atas jasa baik pegawai penjara di sini, saya dapat berubah menjadi manusia yang tidak tinggal ibadah sejak tahun 1990-an.\n\n\n\u201cSaya tekad untuk ubah semua.\u00a0Saya solat lima waktu dan tidak tinggal apa yang disuruh. Apabila saya lihat cermin, saya tengok rambut saya dah beruban. Dulu saya masuk penjara, badan gempal sekarang kurus,\u201d katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim dan keseluruhan kakitangan Penjara Taiping.\n\n\nPengarah Penjara Taiping, Penolong Kanan Komisioner Penjara Nazri Mohamad berkata, Jamil dimasukkan ke Penjara Johor Bharu pada Februari 1983 setelah dijatuhi hukuman Penjara Seumur Hayat dan enam sebatan rotan\u00a0di bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971\u00a0oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru.\n\n\nJamil kemudian dipindahkan ke Penjara Taiping pada 1986 untuk meneruskan hukumannya.\n\n\nMenurut Nazri, pada 22 Mac, Jamil mendapat pengampunan pembebasan daripada\u00a0Persidangan Lembaga Pengampunan Negeri Johor dengan syarat dia hendaklah dihantar pulang ke Indonesia dan membuat akujanji tidak akan kembali ke negara ini lagi.\n\n\n\u201cIa mendapat sokongan dari Pengarah Penjara Taiping melalui Kaedah 113 Peraturan Penjara 2000 Rayuan Pengampunan Banduan Seumur Hayat. Buku laporan kajian hukuman empat tahun sekali bahagian 6 peraturan 54 peraturan-peraturan penjara 2000 iaitu sebanyak 28 buku penyata empat\u00a0tahun, dibuat untuk rayuan pengampunan,\u201d katanya.\n\n\nNazri menyifatkan Pak Jamil\u00a0sebagai seorang banduan yang warak dan sentiasa tekun dalam setiap bidang yang diceburi selain disenangi oleh penghuni di penjara ini.\n\n\n\u201cDia amat aktif dalam aktiviti keagamaan apabila dia menjadi imam dalam sel dan mengajar penghuni lain membaca al-Quran. Hubungan Pak Jamil sesama penghuni lain adalah baik dan rapat. Bila sebut sahaja Jamil Hayat, semua kagum dan hormati dia atas ketokohan dan kepimpinan melalui ilmu yang diperoleh,\u201d katanya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/19/pengampunan-najib-bakal-cemar-institusi-kehakiman-negara/", "title": "Pengampunan Najib bakal cemar institusi kehakiman negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal menimbulkan banyak persoalan terutamanya berkaitan kewibawaan institusi kehakiman negara dan undang-undang yang ditegakkan.\n\n\nAmir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, ia akan memberi gambaran buruk daripada masyarakat antarabangsa terhadap institusi undang-undang ini seolah-olah seperti satu bahan jenaka dan perkara yang boleh dipermain-mainkan.\n\n\n\u201cKalau berlaku pengampuan diraja dalam tempoh yang dekat ini, masyarakat antarabangsa dan juga tempatan akan melihat bahawa sistem kehakiman ini seolah-olah satu permainan sahaja bukan tempat di mana kita boleh mendapatkan keadilan ataupun di mana keadilan itu ditegakkan di mana undang-undang itu dihormati.\n\n\n\u201cJadi saya fikir ini suatu yang tidak munasabah untuk dilakukan sekarang,\u201d katanya\u00a0dalam satu hantaran di Facebook beliau semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahfuz Omar Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pula di LKIM\n\n\n\n\n\n\nPresiden MCA tolak tawaran PN\n\n\n\n\n\n\n23 sungai di Pantai Timur pada paras bahaya\n\n\n\n\n\n\nDakwaan seleweng wang zakat MAINS, SPRM kaji semula siasatan\n\n\n\n\n\n\nISMA konsisten sedarkan masyarakat perkara ancam akidah\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas Ustaz Abdullah, institusi kehakiman juga bakal dipersoal ini kerana Najib telah melalui semua proses kehakiman bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang menunjukkan proses perbicaraan sudah berlangsung mengikut sistem yang ditetapkan.\n\n\nTambahnya, pengampunan ke atas bekas Ahli Parlimen Pekan itu dianggap tidak sesuai untuk diadakan dalam waktu terdekat lebih-lebih lagi Najib bakal menghadapi pelbagai lagi kes di mahkamah yang dipertuduhan ke atas beliau.\n\n\nPengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal menimbulkan banyak persoalan.\n\n\n\u201cBagaimana seorang yang disabit kesalahan dan melalui semua proses mahkamah tiba-tiba diampunkan seolah-olah beliau tidak bersalah, jadi kalau berlaku begitu, orang akan tertanya-tanya adakah sistem kehakiman kita yang dilaksanakan dalam negara kita ini betul-betul telus, betul-betul adil?\u201d\n\n\n\u201cAtaupun ia hanya satu proses yang akhirnya boleh dibatalkan begitu sahaja dan apa-apa campur tangan politik boleh memusnahkan sistem keadilan secara terus jadi pengampunan saya fikir tidak sesuai buat masa ini,\u201d katanya.\n\n\nPada 7 April lalu, Majlis kerja Tertinggi (MKT) UMNO memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.\n\n\nIa susulan Mahkamah Persekutuan pada 31 Mac lalu menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.\n\n\nKeputusan itu bermakna, Najib kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah menerusi pengampunan diraja daripada Yang di-Petuan Agong.\n\n\nDalam perkembangan terkini, MKT UMNO akan membuat rayuan pengampunan daripada Yang \u00a0di Pertuan Agong pada 28 April ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/19/sejarah-kerajaan-persekutuan-tumbang-dijangka-berulang/", "title": "Sejarah Kerajaan Persekutuan tumbang dijangka berulang?", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Tanda-tanda perpecahan dalam blok Kerajaan Persekutuan semakin jelas kelihatan terutamanya selepas beberapa pemimpin tertinggi UMNO secara terang-terangan menyerang pemimpin Pakatan Harapan (PH) secara terbuka.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa (GB), Aminuddin Yahaya menegaskan, modus operandi yang digunakan untuk menjatuhkan kerajaan sekarang mempunyai persamaan dengan cara UMNO menjatuhkan kerajaan yang dibentuk sendiri iaitu pada zaman Muhyiddin dan Ismail Sabri sendiri.\n\n\nYang paling menariknya ialah watak-watak, naratif, kambing hitam dan modus operandinya sangat mirip ketika mana UMNO menjatuhkan kerajaan yang dibentuknya sendiri, iaitu pada zaman Muhyiddin dan Ismail Sabri sendiri. \n\n\nMenerusi kenyataan di Facebooknya, Aminuddin berpendapat terdapat tiga naratif yang digunakan oleh UMNO untuk memecah belahkan Kerajaan Persekutuan.\n\n\nKatanya, antara naratif yang dimainkan adalah liabiliti UMNO untuk mendapat sokongan Melayu ini akan menjadi justifikasi untuk rakyat menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat tidak berguna lagi buat survival politik mereka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLRT Laluan Kelana Jaya Digantung Operasi 7 Hari\n\n\n\n\n\n\nSyukuri nikmat kebebasan beragama, ambil iktibar musibah di Palestin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nKedutaan Malaysia di Sudan ditutup sementara\n\n\n\n\n\n\nJangan ambil kesempatan terhadap Orang Asli\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSemua peguam tarik diri, Siti Bainun menangis\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Aminuddin, pembebasan Najib juga menjadi naratif untuk memecahkan kerajaan di mana DAP sahaja yang menentang agenda pembebasan Najib melalui cadangan Pengampunan Diraja.\n\n\nBeliau berkata, kemungkinan besar ini adalah strategi tekanan terakhir kepada Anwar sebelum menarik sokongan untuk menjatuhkan kerajaan.\n\n\nAdakah pimpinan UMNO boleh menerima jika mereka hanya mendapat sedikit dalam pembahagian kerusi? Kita masih ingat ketika UMNO meninggalkan Muafakat Nasional dulu adalah kerana isu pembahagian kerusi.\n\n\nPada masa sama, katanya, pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah sesuatu yang kritikal buat survival UMNO kerana mereka terhimpit dengan parti-parti komponen PH yang mempunyai kelebihan untuk dapatkan kerusi.\n\n\nBeliau mempersoalkan persediaan UMNO untuk menerima jika mereka hanya mendapat sedikit dalam pembahagian kerusi disebabkan mereka pernah meninggalkan Muafakat Nasional dulu kerana isu pembahagian kerusi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/19/spnb-bina-500-rmr-di-kelantan/", "title": "SPNB bina 500 RMR di Kelantan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Datuk Husam Musa berkata Syarikat Perumahan Berhad (SPNB) akan membina sebanyak 500 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di Kelantan pada tahun ini.\nBeliau menambah, sambutan yang diberikan oleh rakyat Kelantan terhadap Program RMR amat baik apabila permohonan yang diterima SPNB sentiasa meningkat.\nTambahnya lagi, peningkatan had kelayakan pendapatan bulanan rumah pemohon daripada RM3,000 kepada RM5,000 seperti diumumkan baru-baru ini juga bakal membuka peluang yang lebih besar kepada rakyat yang layak untuk memiliki rumah sendiri melalui Program RMR.\n\u201cSPNB akan membina 500 unit RMR lagi tahun ini selepas kita melihat program ini mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Kelantan yang tidak ada rumah.\n\u201cDaripada 500 rumah bakal dibina itu, permohonan paling banyak diterima dari jajahan Bachok dan Pasir Puteh,\u201d katanya selepas menyerahkan kunci rumah Program RMR kepada penerimanya di Kampung Lubok Jambu, Kedai Mulong, di sini, hari ini.\nHusam berkata, SPNB berjaya membina 8,877 unit RMR di Kelantan sejak 2002 hingga bulan ini.\n\u201cMereka yang berminat memohon RMR, boleh melakukannya secara dalam talian menerusi laman portal rasmi SPNB di pautan www.spnb.com.my.\n\u201cMereka tidak perlu gunakan orang tengah untuk membuat permohonan ini, jika layak SPNB akan menghubungi mereka selepas permohonan itu,\u201d katanya.\nSementara itu, penerima RMR, Muhammad Faiq Mohd Rudzlan, 33, melahirkan rasa syukur apabila permohonannya diterima dan kini berjaya memiliki rumah sendiri.\n\u201cSaya sebelum ini tinggal bersama ibu bapa, alhamdulillah sekarang sudah ada rumah sendiri.\n\u201cSaya perlu bayar RM300 sebulan dan ia amat bersesuaian dengan pendapatan bulanan saya,\u201d kata bapa tiga anak itu. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/20/aidilfitri-disambut-sabtu-ini/", "title": "Aidilfitri disambut Sabtu ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada hari Sabtu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.\n\n\n\u201cBagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu 22 April 2023,\u201d katanya.\n\n\nPengumuman tarikh Hari Raya Puasa itu disiarkan menerusi siaran televisyen dan radio tempatan.\n\n\nTerdahulu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan, baru-baru ini, memaklumkan Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLepasan SPM, hati-hati tawaran masuki IPTA melalui media sosial \u2013 Khaled\n\n\n\n\n\n\nParti Politik, Calon Hati-Hati Guna Media Sosial\n\n\n\n\n\n\nPemberian ubat PrEP galakkan aktiviti LGBT\n\n\n\n\n\n\nBarisan artis mewarnai arena politik republik Indonesia 2024\n\n\n\n\n\n\nHujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat Di Ampang\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebanyak 29 lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal, yang terletak di seluruh negeri di Semenanjung, serta Sabah dan Sarawak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/20/cuti-umum-johor-ditambah-hari-isnin/", "title": "Cuti umum Johor ditambah hari Isnin", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan negeri Johor mengumumkan Isnin bersamaan 24 April ini sebagai cuti tambahan untuk rakyatnya sempena Hari Raya Aidilfitri.\n\n\nMenteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, tambahan hari perlepasan am itu diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.\n\n\n\u201cAtas perkenan Sultan Ibrahim, sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Johor bersetuju untuk mengisytiharkan tarikh 24 April 2023 iaitu Isnin ini sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan. Perkara ini selaras dengan Seksyen 8 dan 9 Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369),\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan hari perlepasan am sempena Aidilfitri pada 21 April 2023 iaitu Jumaat atau 24 April 2023, Isnin, bergantung kepada pengumuman tarikh 1 Syawal yang akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tak adil sebab tidak sentuh peruntukan wakil rakyat pembangkang\n\n\n\n\n\n\nSD Sokong Anwar : Ahmad Maslan Tanta Siapa PM Sekarang?\n\n\n\n\n\n\nAnthony Loke belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA\n\n\n\n\n\n\nUNI-MLC gesa kerajaan lindungi kepentingan jangka panjang pencarum KWSP\n\n\n\n\n\n\nIsrak Mikraj, lahirkan seruan agung, hayati peristiwa luar biasa umat Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Onn Hafiz turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua penduduk yang menyambut Aidilfitri.\n\n\n\u201cBerhati-hati di jalan raya dan semoga selamat pulang ke kampung halaman masing-masing,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/20/delegasi-hamas-tunaikan-umrah/", "title": "Delegasi Hamas tunaikan umrah", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Delegasi pegawai kanan Hamas tiba di Arab Saudi Isnin lalu untuk menunaikan umrah.\u00a0\n\n\nDelegasi itu diketuai oleh Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniya dan Ketua Pergerakan di Luar Negara Khaled Mishaal.\u00a0\n\n\nMemetik The New Arab, sumber memaklumkan delegasi itu akan mengadakan pertemuan bersama pegawai Arab Saudi untuk membincangkan pembaikan hubungan berkenaan.\n\n\nLawatan yang akan berlangsung beberapa hari itu, akan membincangkan beberapa isu Palestin, hubungan antara Kerajaan dan Hamas dan fail tahanan Palestin di penjara Saudi.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSweden tiada harapan dapat sokongan Turkiye sertai NATO \u2013 Erdogan\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi tidak akan normalisasi hubungan dengan Israel\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Britain didenda tidak pakai tali pinggang keledar\n\n\n\n\n\n\n\u201cKidon\u201d-sasar musuh-musuh Israel di luar Yahudi\n\n\n\n\n\n\nRakyat Palestin memperingati kematian Shireen Abu Akleh\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, lawatan itu berlaku selepas perjanjian bersejarah yang dikendali China sebagai orang tengah di antara kerajaan itu dan sekutu Hamas, Iran bulan lalu.\n\n\nHubungan antara kumpulan Islam Palestin dan Riyadh yang dingin sejak tahun 2007 telah menyebabkan 62 anggota Hamas ditahan di Arab Saudi selama bertahun-tahun dan kekal dalam penjara.\n\n\nSelari dengan lawatan Hamas, Presiden Palestin Mahmoud Abbas tiba di Arab Saudi atas jemputan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud. Bagaimanapun, menurut tidak akan bertemu dengan delegasi Hamas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/20/israel-terus-menyerang-al-aqsa-pada-penghujung-ramadan/", "title": "Israel terus menyerang Al-Aqsa pada penghujung Ramadan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0Masyarakat antarabangsa digesa untuk menghalang peningkatan \u201cberbahaya\u201d aktiviti Israel di Baitulmaqdis dalam lonjakan keganasan dan penangkapan.\n\n\nMenteri Hal Ehwal Baitulmaqdis Palestin, Fadi Al-Hadmi berkata, tentera Israel dan polis meningkatkan pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa dua hari sebelum akhir Ramadan dan meningkatkan penangkapan rakyat Palestin di Timur dan Tebing Barat Baitulmaqdis.\n\n\nMenurut sumber Palestin, pihak berkuasa Israel menangkap 13 orang pada waktu subuh hari Rabu.\n\n\nPada petang Rabu, ramai anggota polis dan pengawal di sempadan Israel menyerbu halaman Dome of the Rock di Masjid Al-Aqsa untuk menanggalkan bendera Palestin buat kali kedua pada hari itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAl-Azhar Mesir seru boikot produk keluaran Sweden dan Belanda\n\n\n\n\n\n\nNGO dialukan terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria\n\n\n\n\n\n\nTiga rakyat Palestin maut, puluhan cedera dalam serangan Israel\n\n\n\n\n\n\nSekurang-kurangnya 40 terbunuh dalam nahas pesawat di Nepal\n\n\n\n\n\n\nJika keadaan Rusia meruncing, rakyat Malaysia dibawa pulang\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber Palestin berkata, tentera Israel pada mulanya menyerbu masjid pada waktu subuh dengan mengeluarkan dan merampas sepanduk yang tergantung pada tiang.\n\n\nTetapi aktiviti awal gagal membawa kepada penurunan bendera Palestin, jadi pihak berkuasa Israel kembali menyerbu masjid, menggunakan tangga untuk merampas bendera.\n\n\nAl-Hadmi mengecam perkembangan yang berlaku di Baitulmaqdis sejak beberapa minggu kebelakangan ini.\n\n\nBeliau merujuk terutamanya kepada serangan terhadap jemaah, serta sekatan ke atas solat di Masjid Al-Aqsa semasa bulan Ramadan, dan di Gereja Holy Sepulcher.\n\n\n\u201cPolis Israel secara kejam menyerang jemaah di Masjid Al-Aqsa dan mengenakan sekatan ke atas kemasukan jemaah untuk membuka jalan bagi pencerobohan ke dalam masjid.\n\n\n\u201cMereka juga menyerang peserta dalam perayaan Perayaan Sabtu Suci dan menghalang sejumlah besar daripada mereka daripada sampai ke Gereja Holy Sepulchre,\u201d katanya.\n\n\nMenteri itu juga memberi amaran bahawa rancangan penempatan yang meluas sedang disediakan dalam pelbagai jawatankuasa Israel.\n\n\nBeliau merujuk kepada rancangan untuk merobohkan berpuluh-puluh pertubuhan komersial di kejiranan Wadi Al-Joz, untuk melaksanakan apa yang dipanggil rancangan \u201cLembah Silikon\u201d, dan untuk membina ratusan unit penempatan di tanah Palestin di bandar itu.\n\n\n\u201cSekali lagi, perkembangan terkini di kota Baitulmaqdis yang diduduki telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa pendudukan adalah punca konflik di bandar itu dan bahawa keganasan dan pelanggaran peneroka adalah bahan bakar konflik ini.\n\n\n\u201cKeselamatan dan kestabilan yang diingini di bandar akan dicapai sekiranya pendudukan dihentikan,\u201d katanya lagi.\n\n\nKenyataan Al-Hadmi dibuat ketika Ramzi Khoury, ketua Jawatankuasa Tinggi Presiden untuk Susulan Hal Ehwal Gereja di Palestin, menyeru gereja Kristian di seluruh dunia untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa Israel untuk menamatkan pencerobohan. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/20/lihat-anak-bulan-syawal-petang-ini/", "title": "Lihat anak bulan Syawal petang ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nAktiviti mencerap anak bulan Syawal ditetapkan pada petang ini bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijriah manakala pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa juga akan diumumkan malam ini.\u00a0\n\n\nPejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu menerusi kenyataan sebelum ini berkata, cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa itu adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab yang telah dipersetujui Majlis Raja-Raja.\u00a0\n\n\n\u201cBagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 20 April 2023 bersamaan 29 Ramadan 1444 Hijriah,\u201d kata kenyataan itu.\u00a0\n\n\nSementara itu, jawatankuasa yang berkenaan juga telah diperkenankan untuk melihat anak bulan bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini menerusi 29 lokasi terpilih di seluruh negara.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2022 Diumum 7 Julai\n\n\n\n\n\n\nDirawat Di Hospital, Alami Kecederaan Tisu Lembut\n\n\n\n\n\n\nKJ keterlaluan, Hishammuddin membelakang parti\n\n\n\n\n\n\nNik Abdul tidak bertanding bukan disebabkan Mohd Amar\n\n\n\n\n\n\nWan Azizah Dipanggil Ke Bukit Aman Petang Ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nLokasi-lokasi yang terlibat ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.\n\n\nDalam pada itu, bagi lokasi lain pula ialah \nKampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan.\n\n\nTurut sama, Pusat Falak Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak; Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Brinchang, Cameron Highlands; Bukit Pelindung, Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya dan Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/20/mydin-rugi-setengah-juta-kerana-cuti-tambahan-raya/", "title": "MYDIN rugi setengah juta kerana cuti tambahan raya", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pemilik pasar raya Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin berkata cuti umum tambahan sempena Aidilfitri akan memberi beban kewangan yang tidak perlu kepada perniagaan.\n\n\nDalam satu rancangan temu bual televisyen malam tadi, Ameer berharap menyatakan ahli perniagaan itu menasihatkan kerajaan supaya tidak hanya mengambil keputusan populis dan sebaliknya memberi tumpuan kepada subsidi yang disasarkan untuk membantu rakyat.\n\n\n\u201cSiapa tak nak cuti, saya pun nak cuti juga kan. Tapi semua dah buat plan (rancangan) dah, memang ramai pun dah ambil cuti Jumaat.\n\n\n\u201cTapi bila ada announcement (pengumuman) macam ini, untuk Mydin je kita dah rugi setengah juta,\u201d katanya dalam temu bual bersama\u00a0\nAstro Awani.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIbu kandung, bapa tiri didakwa eskploitasi seks anak perempuan OKU\n\n\n\n\n\n\nSekolah perlu SOP tentukan hukuman murid : i-Guru\n\n\n\n\n\n\nKeputusan tuntutan MA63 pada 4 Januari\n\n\n\n\n\n\nAkta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Ditambah Baik\n\n\n\n\n\n\nSemua Pihak Perlu Terima Keputusan Badan Profesional \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nAmeer mengulas cuti tambahan Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam.\n\n\nMenurut pengumuman perdana menteri, sekiranya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat (21 April), maka Isnin berikutnya (24 April) ditetapkan sebagai cuti umum.\n\n\nJika ia jatuh pada hari Sabtu (22 April), maka hari Jumaat (21 April) akan diisytiharkan sebagai cuti umum.\n\n\nTambah Ameer lagi, jumlah kerugian perniagaan akibat pengumuman cuti tambahan boleh digunakan untuk kegunaan lain yang lebih baik, seperti menurunkan harga Menu Rahmah dan barangan lain.\n\n\nTegasnya, ia lebih menguntungkan rakyat.\n\n\n\u201cBoleh anda bayangkan setengah juta tu, saya boleh bagi 500,000 Menu Rahmah turun dari RM5 jadi RM4 sepinggan.\n\n\n\u201cIni akan memberi manfaat kepada 500,000 orang. Saya rasa kerajaan sebetulnya tidak boleh bersifat populis,\u201d katanya.\n\n\nAmeer turut mengulas mengenai pengecualian tol di semua lebuh raya seluruh negara selama empat hari sepanjang tempoh Aidilfitri, yang diberikan kepada semua jenis kenderaan.\n\n\nMenurut ahli perniagaan itu, walaupun ia menggembirakan ramai orang, tidak semua pelancong memerlukan subsidi seperti itu daripada kerajaan.\n\n\n\u201cDia yang boleh bayar, saya boleh bayar, bagi lah saya bayar.\n\n\nJadi saya fikir kita perlu ada subsidi bersasar. Model kita ni tak betul,\u201d katanya.-AWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/20/ribut-petir-dijangka-melanda-seluruh-malaysia-esok/", "title": "Ribut petir dijangka melanda seluruh Malaysia esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi bayangan ribut petir dari pagi hingga petang akan berlaku esok di satu dua tempat membabitkan kawasan pedalaman dan pantai di Semenanjung.\nMenerusi satu hantaran di Facebook, METMalaysia memaklumkan negeri terbabit ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.\nDi Sarawak, ia membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang manakala di Sabah (Pantai barat, Pedalaman, Tawau, Sandakan dan Kudat). \nPada sebelah malam pula, ribut petir dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan) dan satu dua tempat kawasan pedalaman iaitu Negeri Sembilan dan Johor.\nMETMalaysia berkata, pada Sabtu pula, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir dari sebelah pagi hingga malam.\n\u201cSarawak (di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) juga dijangka akan mengalami cuaca sama hingga malam.\n\u201cTurut diramal mengalami ribut petir sehingga malam adalah di satu dua kawasan di Sabah iaitu Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan, Labuan, Tawau dan Kudat,\u201d katanya.\nTerdahulu, METMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/20/solat-sunat-gerhana-matahari-diadakan-tengah-hari-ini/", "title": "Solat sunat gerhana matahari diadakan tengah hari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Fenomena Gerhana Matahari Separa dijangka akan dapat disaksikan pada tengah hari ini.\n\n\nImam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Mohd Rizal Mohd Ali Hanafiah berkata orang Islam yang berkesempatan boleh sama-sama menunaikan solat Sunat Gerhana Matahari Separa pada pukul 12.15 tengah hari ini di masjid negeri di Kuantan.\n\n\nInsya-Allah, kita akan menyaksikan fenomena gerhana matahari separa pada hari ini bersamaan dengan 29 Ramadan 1444 Hijrah.\n\n\nJusteru, Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 telah bekerjasama dengan Jabatan Mufti Negeri Pahang mengajak seluruh masyarakat untuk sama-sama mencerap matahari dan menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah di perkarangan pintu utama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.\n\n\nMohd Rizal berkata, solat sunat khusus serta khutbah khas gerhana akan diadakan di ruang solat utama Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan, Pahang.\n\n\nMarilah sama-sama kita merebut peluang emas ini pada bulan mulia ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/20/sprm-sita-harta-lebih-rm3-juta-disyaki-terlibat-rasuah/", "title": "SPRM sita harta lebih RM3 juta disyaki terlibat rasuah", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Dua pegawai agensi penguat kuasa yang bertugas di Kedutaan Malaysia di Bangladesh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima wang rasuah bagi pengeluaran Visa Luar Negara serta kemasukan pelancong dan pekerja Bangladesh ke negara ini.\nDua pegawai terbabit masing-masing lelaki dan wanita direman selama tiga hari bermula kelmarin hingga hari ini selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan SPRM untuk perintah reman pada Selasa lalu.\nMenurut sumber, SPRM mengesan beberapa transaksi mencurigakan yang masuk ke dalam akaun bank kedua-dua suspek dan mereka sudah diarahkan pulang ke Malaysia untuk membantu siasatan kes tersebut.\nLebih 20 akaun bank membabitkan individu dan syarikat berkaitan sudah diambil tindakan pembekuan.\nSehingga hari ini, pembekuan akaun dan penyitaan harta alih dan tidak alih membabitkan penyitaan lapan bidang tanah dianggarkan berjumlah kira-kira RM3.1 juta.\nSementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).\n\u201cSaya tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa tangkapan lain yang dibuat selepas ini,\u201d katanya sambil menambah SPRM juga sedang mengesan seorang individu, Siti Liyana Sakijan untuk membantu dalam siasatan berkenaan.\nSekiranya orang ramai mengenali atau mempunyai maklumat mengenai wanita itu, anda diminta menghubungi pegawai penyiasat, Jayaraj Rajan di talian 016-6371082."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/20/tun-mahathir-sangkal-kenyataan-melayu-angkuh/", "title": "Tun Mahathir sangkal kenyataan `Melayu angkuh\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan pendiriannya bahawa orang Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan menerima baik dalam meraikan kaum-kaum lain.\u00a0\n\n\nMenurut hantaran Facebook miliknya, kenyataan bertajuk \u2018Melayu Angkuh\u2019 mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan ke Kemboja baru-baru ini yang memberi ingatan kepada orang Melayu supaya tidak terlalu selesa dan angkuh.\u00a0\n\n\n\u201cApabila Negara capai kemerdekaan, mereka diberi hak mengundi dan wakil-wakil mereka dilantik menjadi Menteri dan ke lain-lain jawatan tertinggi dalam kerajaan.\n\n\n\u201cBukan seorang tetapi jika dikira dari sejak merdeka hingga hari ini, sudah ratusan jika tidak ribuan jika dicampur semua jawatan-jawatan menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen serta lain-lain jawatan penting,\u201d katan\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar tetap bentang usul undi percaya, buktikan keabsahan\n\n\n\n\n\n\nAngkuh vokalis The 1975 salahkan penganjur, mengapa undang dia?\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tegas tolak kebobrokan, tebus semula maruah bangsa \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nDua ahli UMNO hantar notis bantahan kepada RoS\n\n\n\n\n\n\nSyahir tolak pelawaan Rafizi berdebat, ikut jejak \u2018senior\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar yang dilaporkan berkata, masyarakat minoriti beragama Islam di Kemboja diraikan tidak diganggu gugat serta melantik menteri bagi mewakili kepentingan umat islam di negara itu.\u00a0\n\n\nBerikutan itu, Mahathir berasa pelik dan hairan dan menyifatkan kenyataan Anwar seperti menghina orang Melayu dalam negara sebagai angkuh dan tidak bersikap seperti golongan minoriti di negara jiran itu.\u00a0\n\n\n\u201cTokong-tokong besar yang dibina di merata tempat di Semenanjung Tanah Melayu tidak pernah merasa terancam.\n\n\n\u201cBegitu juga patung-patung keagamaan yang besar terdiri di serata pelusuk Tanah Melayu malahan di antara yang terbesar di dunia terdapat di Kelantan, di mana penduduk Melayunya melebihi 95 peratus,\u201d\n\n\nBekas Pengerusi PEJUANG itu berkata, kerakyatan telah diberikan kepada sekurang-kurangnya satu juta pendatang tanpa memenuhi syarat dan dibenarkan mengamalkan adat-resam, budaya, sekolah, bahasa, agama dan cara hidup negara asal mereka.\n\n\nSetelah negara mencapai kemerdekaan, orang bukan melayu turut diberikan hak mengundi dan dilantik menjadi Menteri dan jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan sehingga ribuan antara mereka telah dilantik.\n\n\nMahathir mengimbau kembali kenyataan Melayu malas yang pernah dikatakan olehnya dahulu, mendapat kecaman orang ramai terutamanya bangsa Melayu walaupun tujuannya untuk menyeru orang Melayu bangkit.\n\n\nSebelum ini media melaporkan, Anwar berkata orang Melayu Islam yang merupakan kumpulan majoriti di negara ini tidak harus berasa terlalu selesa dan angkuh sehingga menganggap kelompok lain tidak boleh diraikan.\n\n\nBeliau yang juga Menteri Kewangan berkata ia adalah antara pengajaran yang dilihatnya ketika melakukan lawatan kerja ke Kemboja baru-baru ini, iaitu penduduk beragama Islam hanyalah 10 peratus di dalam negara yang majoritinya beragama Buddha."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/21/adilkah-bantuan-rm15-75-juta-untuk-sekolah-persendirian-cina/", "title": "Adilkah bantuan RM15.75 juta untuk sekolah persendirian Cina?", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook semalam mengumumkan, \nkerajaan meluluskan peruntukan RM15.75 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara.\n\n\nKelulusan itu, katanya, diberikan Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan permohonan bertulis daripada Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) pada 28 Februari lalu.\n\n\nNamun, kenyataan tersebut menimbulkan persoalan, apa makna kenyataan Menteri Pendidikan sebelum ini untuk tidak melayan tuntutan Dong Zong? Adakah kerajaan sudah \u2018U-turn\u2019?\n\n\nDemikian persoalan dibangkitkan \nJurucakap Jawatankuasa Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya menerusi Facebooknya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWang tidak dituntut berjumlah RM11 bilion\n\n\n\n\n\n\nPertama Kali BN, PH Kelantan duduk semeja\n\n\n\n\n\n\nKeputusan sewajarnya ialah Najib dibebas dan dilepaskan \u2013 Hakim Besar Sabah & Sarawak\n\n\n\n\n\n\nUstaz Wadi Annuar dakwa tidak pernah dipelawa mohon tauliah\n\n\n\n\n\n\nPetisyen rayuan Najib tidak dibincang Lembaga Pengampunan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\nJadi bagaimana yang sudah baik itu dibantu sedemikian istimewa tapi yang masih daif dibiarkan? Jangan nanti rakyat melihat seperti \u2018kera di hutan disusukan sedangkan anak di rumah mati kelaparan\u2019. \n\n\n\u201cKalau kerajaan benar-benar adil maka sepatutnya sekolah persendirian lain yang semuanya berjumlah 900 buah harus juga diberi bantuan dengan jumlah RM225 juta,\u201d katanya.\n\n\n\n\nJelas Aminuddin lagi, sekolah-sekolah swasta yang masih menggunakan sistem dan sukatan pendidikan nasional berbanding dengan sekolah persendirian cina yang menggunakan sistem yang dikelola sendiri oleh Dong Zong, iaitu UEC.\n\n\nAminuddin juga dengan nada sinis mengucapkan tahniah kepada Dong Zong kerana \ntelah berjaya meruntuhkan takhta keegoan Menteri.\n\n\nOleh itu, beliau berharap kerajaan dapat memberi keadilan kepada semua pihak selari dengan Konsep Madani.\n\n\n\u201cJadi kita haraplah kerajaan dapat menterjemahkan nilai keadilan, yang sentiasa dilaung-laungkan dalam Konsep Madani, dengan memberikan peruntukan yang sama dan saksama kepada semua. Kalau tidak, buang ke laut sajalah Madani,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/21/covid-19-tiada-sop-khas-pada-hari-raya-aidilfitri/", "title": "Covid-19: Tiada SOP khas pada Hari Raya Aidilfitri", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan mengumumkan tiada sebarang prosedur operasi standard (SOP) khas yang bakal dilaksanakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini, walaupun berlaku peningkatan baharu kes Covid-19 ketika ini.\n\n\nMenurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, langkah pencegahan yang telah dilaksana setakat ini diyakini sudah mencukupi bagi menangani penularan wabak berkenaan.\n\n\n\u201cMemang betul kes Covid-19 sedang meningkat, tetapi masih dalam keadaan yang terkawal. Jadi tak perlu panik, sebab kalau pun ada peningkatan, yang kita lihat yang ada sub varian Omicron, walaupun ia mudah untuk berjangkit tetapi tahap teruk bagi kes-kes itu adalah sangat rendah,\u201d katanya.\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (tengah)\n\n\nDr Zaliha berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Lawatan dan Sumbangan Aidilfitri di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPatuh Sop, Ambil Dos Penggalak Elak Peningkatan Kes \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Serah Kedudukannya Kepada Agong\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tergesa-gesa pinda Hukuman Mati Mandatori\n\n\n\n\n\n\n15 murid, pelajar cedera, van sekolah terbalik diseret lori balak\n\n\n\n\n\n\nJangkitan Fluorona Boleh Berlaku Di Malaysia \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, \npihak kementerian kesihatan tetap menggalakkan masyarakat untuk mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang tempoh perayaan Aidilfitri ini, khususnya ketika mengadakan kunjungan.\n\n\nSementara itu, Dr Zaliha berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyenarai pendek beberapa calon bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Pengarah Kesihatan setelah Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bersara wajib hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/21/dua-akaun-bersatu-disita-sprm-selepas-dibeku/", "title": "Dua akaun BERSATU disita SPRM selepas dibeku", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Dua akaun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dibekukan pada 12 dan 13 Januari lalu, disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 April untuk tindakan lanjut.\n\n\nSPRM dalam kenyataan semalam memaklumkan, sitaan ke atas dua akaun parti terbabit dibuat setelah pihaknya mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) kepada pihak bank.\n\n\nKenyataan itu menyusul bagi menjawab laporan berita akhbar, The Edge CEO Morning Brief pada 19 April lalu, yang bertajuk, \u2018Bersatu asks MACC why two accounts still frozen after 90 days\u2019.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan DAP Sokong Ideologi Komunis Tidak Akan Ditarik Balik \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nPerarakan Hari Wanita sekadar boneka, sebar mesej budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nTiada kerusi bertanding, MCA dan MIC wajar keluar BN\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri angkat sumpah Menteri Besar Terengganu\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Inggeris, Adibah Noor Pelopor Penggunaan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, akaun-akaun terbabit dibekukan pada 12 dan 13 Januari lalu mengikut Seksyen 44 AMLATFPUAA 2001 bagi membantu siasatan terhadap wang yang disyaki daripada hasil haram.\n\n\nSusulan itu, SPRM melaksanakan tindakan sitaan tersebut pada 11 April lalu berhubung siasatan dan pertuduhan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan AMLATFPUAA 2001.\n\n\nDifahamkan, pembekuan akaun berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana kerajaan RM92.5 bilion\n \nyang didakwa diseleweng oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika melaksanakan pelbagai pakej rangsangan susulan pandemik COVID-19."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/21/kerajaan-tegas-tolak-kebobrokan-tebus-semula-maruah-bangsa-pm/", "title": "Kerajaan tegas tolak kebobrokan, tebus semula maruah bangsa \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan Persekutuan pimpinan\u00a0Datuk Seri Anwar Ibrahim\u00a0tetap tegas dalam tata kelola\u00a0untuk mengembalikan maruah serta\u00a0integriti dengan menolak sebarang kebobrokan, rasuah dan\u00a0penyelewengan di negara ini.\n\n\nDalam Perutusan Sempena Aidilfitri,\u00a0Perdana Menteri berkata, ia supaya\u00a0nasib rakyat Malaysia akan terjamin\u00a0dan maruah bangsa dapat ditebus semula.\n\n\n\u201cMana-mana negara yang mahu meningkat maju harus berteraskan kepada keyakinan, harus berteraskan kepada nilai, harus berteraskan kepada ihsan dan rahmah.\n\n\n\u201cIni yang dipupuk tetapi yang integral dalam semua ini yang menjadi paksi adalah keluhuran\u00a0jiwa kita, keinginan membawa perubahan dengan menetapkan suatu prinsip disiplin dan rahmah yang kita lalui dalam latihan bulan Ramadan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBeri \u2018sedekah\u2019 kepada pengundi tetap rasuah \u2013 Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nLelaki mengaku tidak salah buat komunikasi jelik terhadap Sultan Johor\n\n\n\n\n\n\nLelaki ditahan miliki dadah bernilai RM227,914\n\n\n\n\n\n\nAnwar minta beri tempoh buktikan hapus budaya \u2018sakau-menyakau\u2019\n\n\n\n\n\n\nShahrir akan fail saman sivil terhadap kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut mengajak rakyat Malaysia untuk memanfaatkan waktu sambutan Aidilfitri bagi menjalin silaturahim dan ukhwah persaudaraan, saling menziarahi dan\u00a0menambah rasa ihsan serta\u00a0rahmah dalam\u00a0kalangan masyarakat.\n\n\n\u201cKepada seluruh rakyat\u00a0khususnya umat Islam, saya mengucapkan Selamat Aidilfitri Mubarak. Moga-moga penyempurnaan ibadah puasa kita dapat dicapai ke tahap ketakwaan, darjat takwa dan la\u2019allakum tattaquun. Dengan ini kita dijamin kembali kepada keadaan yang bersih, fitrah insaniah,\u201d katanya.\n\n\nPemimpin nombor satu negara itu meminta masyarakat\u00a0agar menjadikan semangat pengorbanan, keikhlasan\u00a0dan disiplin pada bulan Ramadan\u00a0sebagai bekalan\u00a0untuk menjamin kesejahteraan hidup diri,\u00a0keluarga,\u00a0masyarakat serta negara.\n\n\nPerdana Menteri turut merakamkan\u00a0penghargaan dan terima kasih kepada semua penjawat awam di dalam dan luar\u00a0negara yang bertungkus-lumus berkhidmat termasuk pasukan pertahanan yang menjaga keselamatan serta mengangkat martabat negara.\n\n\nBeliau berharap dengan usaha dan khidmat mereka di negara ini\u00a0dan seluruh dunia akan terus memberi kekuatan baharu kepada negara yang harus\u00a0diangkat martabatnya.\n\n\n\u201cBagi pihak saya, (isteri) (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga, saya ucapkan Selamat Eid Mubarak kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia,\u201d katanya.\n\n\nUmat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/21/muhyiddin-tawar-khairy-bertanding-atas-tiket-bersatu/", "title": "Muhyiddin tawar Khairy bertanding atas tiket BERSATU", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan Khairy Jamaluddin untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) atas tiket parti itu.\n\n\nKetua Penerangan BERSATU, Razali Idris berkata, tawaran itu dibuat ketika Khairy berkunjung ke rumah Muhyiddin selepas dipecat daripada UMNO.\n\n\n\u201cBagaimanapun, terdapat beberapa syarat ditetapkan antaranya beliau perlu menghantar borang sebagai ahli Bersatu terlebih dahulu dan kerusi yang ditandinginya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN),\u201d katanya memetik Utusan Malaysia.\n\n\nBagaimanapun, terdapat beberapa syarat ditetapkan antaranya beliau perlu menghantar borang sebagai ahli BERSATU terlebih dahulu dan kerusi yang ditandinginya akan ditentukan oleh pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri selamat tiba di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nZuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS\n\n\n\n\n\n\nKenyataan CPTPP tidak jejaskan pertanian, keterjaminan makanan adalah tidak benar\n\n\n\n\n\n\nPetisyen Parlimen Segamat ditolak, Ramasamy kemuka rayuan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Terus Meningkat, Kini Lebih 1,100 Penduduk\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetakat hari ini, katanya, Khairy, masih belum menjawab tawaran Muhyiddin dan telah meminta sedikit masa untuk membuat keputusan.\n\n\n\n\nRazali, yang juga Pengerusi BERSATU Terengganu berkata, beliau secara pribadi mengalu-alukan dan terbuka menerima Khairy sebagai ahli parti itu berdasarkan reputasi bekas menteri itu dalam politik.\n\n\n\u201cSeperti kita sedia maklum, ramai pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan dipecat keahlian daripada parti berkenaan. Jika mereka mampu memantapkan lagi BERSATU tiada salahnya untuk mereka sertai,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Razali menambah, BERSATU juga sedia memberi peluang kepada mana-mana bekas pemimpin UMNO yang dikenakan tindakan jika mereka mampu memantapkan lagi parti tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/21/rampas-tanah-palestin-israel-rancang-bina-lebih-2000-penempatan-haram/", "title": "Rampas tanah Palestin, Israel rancang bina lebih 2,000 penempatan haram", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan Daerah Israel di Baitulmaqdis meluluskan rancangan untuk membina 2,969 unit penempatan baharu di Bukit Perancis, Pisgat Ze\u2019ev dan penempatan Givat Shaked.\n\n\nMenurut persatuan sayap kiri Israel Ir Amim, jawatankuasa tersebut memutuskan untuk menerima semua rancangan dan dokumen yang diubah suai berkaitan projek penempatan itu selepas kajian secara teliti dijalankan.\n\n\nIr Amim juga berkata, pihak berkuasa pendudukan Israel telah menangguhkan perbincangan mengenai rancangan untuk membina 240 unit penempatan di Penempatan Ramot di Baitulmaqdis.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenapa hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK \u2013 DAP\n\n\n\n\n\n\nTiada Lagi PKP Di Seluruh Negara, Termasuk Pada Aidilfitri Ini\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Terus Menurun, Bawah 40,000 Orang\n\n\n\n\n\n\nCemar al-Quran di Denmark, Turkiye kutuk tindakan kumpulan Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nSaarani dedah PN cuba \u2018beli\u2019 ADUN BN selepas PRU15\n\n\n\n\n\n\n\n\nPakar penyelidik, Fakhri Abu Diab berkata, penjajah Israel meluluskan rancangan penempatan di Baitulmaqdis dan memperuntukkan bajet besar untuk pelaksanaan itu.\n\n\nMengulas lebih lanjut, Abu Diab berkata, penceroboh haram Israel akan merampas ribuan tanah milik penduduk Baitulmaqdis di bahagian tengah, selatan dan timur kota suci tersebut.\n\n\nBeliau menegaskan projek sedemikian memerlukan jalan, lebuh raya dan perkhidmatan lain, sambil menyatakan bahawa Israel melaksanakan projek sedemikian dengan mengorbankan rakyat Palestin.\n\n\nDiab juga menyatakan bahawa projek ini akan mengasingkan bandar Baitulmaqdis dari Tebing Barat yang diduduki untuk memihak kepada peneroka haram Yahudi Israel."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/21/rsf-umum-gencatan-senjata-di-sudan-sempena-aidilfitri/", "title": "RSF umum gencatan senjata di Sudan sempena Aidilfitri", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Sudan mengumumkan gencatan senjata selama 72 jam bermula 6 pagi (waktu tempatan) Jumaat sempena Aidilfitri.\n\n\nMemetik kenyataan di Twitter, gencatan itu juga memberi peluang kepada penduduk untuk menyambut hari raya bersama keluarga mereka.\n\n\nDalam kenyataan itu, RSF turut mengesahkan komitmen mereka terhadap gencatan senjata itu.\n\n\n\n\n\u0628\u0633\u0645 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0627\u0644\u0631\u062d\u0645\u0646 \u0627\u0644\u0631\u062d\u064a\u0645 \n\u0642\u064a\u0627\u062f\u0629 \u0642\u0648\u0627\u062a \u0627\u0644\u062f\u0639\u0645 \u0627\u0644\u0633\u0631\u064a\u0639 \n\u0628\u064a\u0627\u0646 \u0647\u0627\u0645 \n21-4-2023\n\u0628\u0646\u0627\u0621\u064b\u0627 \u0639\u0644\u0649 \u062a\u0641\u0627\u0647\u0645\u0627\u062a \u062f\u0648\u0644\u064a\u0629 \u0648\u0627\u0642\u0644\u064a\u0645\u064a\u0629 \u0648\u0645\u062d\u0644\u064a\u0629 \u0648\u0627\u0641\u0642\u0646\u0627 \u0639\u0644\u0649 \u0647\u062f\u0646\u0629 \u0627\u0646\u0633\u0627\u0646\u064a\u0629 \u0644\u0645\u062f\u0629 72 \u0633\u0627\u0639\u0629 \u062a\u0628\u062f\u0623 \u0627\u0639\u062a\u0628\u0627\u0631\u064b\u0627 \u0645\u0646 \u0627\u0644\u0633\u0627\u0639\u0629 \u0627\u0644\u0633\u0627\u062f\u0633\u0629 \u0645\u0646 \u0635\u0628\u0627\u062d \u0627\u0644\u064a\u0648\u0645 .\n\u0648\u0646\u0646\u0648\u0647 \u0627\u0644\u0649 \u0627\u0646 \u0627\u0644\u0647\u062f\u0646\u0629 \u062a\u0623\u062a\u064a \u062a\u0632\u0627\u0645\u0646\u0627 \u0645\u0639 \u0639\u064a\u062f \u0627\u0644\u0641\u0637\u0631 \u0627\u0644\u0645\u0628\u0627\u0631\u0643 \u0648\u0644\u0641\u062a\u062d \u0645\u0645\u0631\u0627\u062a \u0625\u0646\u0633\u0627\u0646\u064a\u0629 \u0644\u0627\u062c\u0644\u0627\u0621\u2026 \npic.twitter.com/tkzqbLO69G\n\n\n\u2014 Rapid Support Forces \u2013 \u0642\u0648\u0627\u062a \u0627\u0644\u062f\u0639\u0645 \u0627\u0644\u0633\u0631\u064a\u0639 (@RSFSudan) \nApril 21, 2023\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKelibat Ismail Sabri tak kelihatan pada taklimat Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nData keciciran murid dianggarkan NGO tidak tepat \u2013 KPM\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin tidak boleh sewenangnya guna kuasa budi bicara menteri \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\ni-Sayang benarkan suami pindah 2 peratus caruman KWSP untuk isteri\n\n\n\n\n\n\nKajian semula pakaian pramugari MAS mampu henti stigma\n\n\n\n\n\n\n\n\nPertempuran meletus pada Sabtu lalu antara Tentera Sudan (SAF) dan RSF di Khartoum dan kawasan sekitar.\n\n\nRSF menuduh SAF menyerang tenteranya di selatan Khartoum. Pihak SAF pula mendakwa RSF menyebarkan pembohongan dan melabelkan pasukan separa tentera itu sebagai \u201cpemberontak\u201d.\n\n\nSudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak Oktober 2021, selepas tentera memecat kerajaan peralihan pimpinan Perdana Menteri, Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, \nPegawai Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum semalam berjaya membawa keluar dua rakyat Malaysia dari tempat mereka ke lokasi selamat.\n\n\nMenteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, operasi pemindahan itu dilakukan setelah membuat penilaian yang mendalam dan dengan mandat daripada Pasukan Khas Wisma Putra."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/21/seremban-catat-ipu-tidak-sihat/", "title": "Seremban catat IPU tidak sihat", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat telah dikesan hanya di Seremban, Negeri Sembilan setakat jam 12 tengah hari ini iaitu pada bacaan 106.\n\n\nBacaan itu bagaimanapun semakin baik berbanding 151 waktu sama semalam.\u00a0\n\n\nSeremban dikesan mencatat IPU tidak sihat sejak Rabu lalu.\n\n\nBacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenyataan Azam Baki Bercanggah Dengan Keputusan SC \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nPRN Sarawak Ke-12, 18 Disember Ini\n\n\n\n\n\n\nAgong Berangkat Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-257 Hari Kedua\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid dedah identiti 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM\n\n\n\n\n\n\nKes mahkamah pemimpin PN tak lemahkan \u2018gelombang hijau\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Petaling Jaya dan Klang yang merekodkan bacaan pada tahap sederhana semalam, kekal di tahap sederhana.\n\n\nPada jam 10 pagi tadi, bacaan IPU di Petaling Jaya adalah 78 manakala di Klang, bacaan IPU pada jam adalah 87.\n\n\n\n\nTujuh lokasi merekodkan bacaan IPU tahap baik pagi ini iaitu Kota Kinabalu (47) dan Kimanis (43) di Sabah manakala di Sarawak, bandar Kapit dan Sarikei mencatatkan bacaan IPU 33, diikuti Mukah (44), Sibu (41), Samarahan (49).\n\n\n\n\nTerdahulu, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KeTSA), memaklumkan akan memantau keadaan semasa dan mengambil langkah sewajarnya bagi menghadapi kemungkinan akibat jerebu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/21/syukuri-nikmat-kebebasan-beragama-ambil-iktibar-musibah-di-palestin-agong/", "title": "Syukuri nikmat kebebasan beragama, ambil iktibar musibah di Palestin \u2013 Agong", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar rakyat mengambil iktibar dan pengajaran daripada musibah yang menimpa rakyat Palestin yang sering ditindas rejim Israel terutama daripada aspek kebebasan beragama.\n\n\nSeri Paduka bertitah,\u00a0rakyat seharusnya bersyukur kerana di negara ini, semua bangsa dan agama bebas untuk beribadat serta menyambut ketibaan hari kebesaran masing-masing dengan penuh kegembiraan serta serba kemeriahan.\n\n\n\u201cMerentasi pelbagai sempadan dan perbezaan, rakyat Malaysia meraikan kedatangan hari kebesaran pelbagai agama dengan penuh keharmonian serta saling menziarahi.\n\n\n\u201cRakyat Malaysia juga boleh meneruskan kehidupan seharian dengan penuh rasa toleransi dan dengan tanpa wujud jurang perbezaan antara bangsa dan agama. Ia\u00a0merupakan anugerah dan nikmat yang tiada bandingannya daripada Allah SWT,\u201d titah baginda dalam perutusan khas Aidilfitri yang disiarkan oleh stesen televisyen dan radio\u00a0malam ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMandikan pencuri: Islam tidak ajar kezaliman\n\n\n\n\n\n\n\u2018Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat\u2026\u2019- Anwar\n\n\n\n\n\n\nIsu Kenaikan Harga Perlu Diperhalusi Dari Segala Dimensi \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nBanyak Parti Politik Akur Kerana Dambakan Undi\n\n\n\n\n\n\nUstaz Wadi Annuar mohon maaf pada masyarakat India\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaginda bertitah,\u00a0keadaan ini jauh berbeza dengan umat Islam di bumi Palestin apabila rejim Zionis dengan tanpa rasa bersalah telah melakukan serangan terkutuk ke atas masjid Al-Aqsa ketika umat Islam beribadat di bulan Ramadan.\n\n\nAl-Sultan Abdullah bertitah\u00a0bagaikan satu tradisi, saban tahun pada hari-hari terakhir Ramadan dan menjelang Syawal, rejim Zionis akan melakukan provokasi yang melampau kepada umat Islam Palestin.\n\n\n\u201cMalaysia dan dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap jemaah Palestin serta pencerobohan ke dalam Masjid Al-Aqsa oleh tentera rejim Israel,\u201d titah baginda.\n\n\nSehubungan itu, Seri Paduka bertitah agar semua rakyat menanam iltizam untuk terus bersatu padu dan menjaga fitrah keamanan serta kedamaian di negara tercinta ini.\n\n\n\u201cMarilah kita membentuk dan sebatikan dalam setiap sanubari, jiwa serta raga untuk menjunjung kesetiaan kepada raja dan negara sebagai landasan pencetus perpaduan yang utuh untuk dijadikan bekalan bagi membentuk masa depan negara yang gemilang,\u201d titah baginda.\n\n\nAl-Sultan\u00a0Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengambil kesempatan mendoakan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia yang terkesan dalam konflik di Sudan.\n\n\n\u201cSemoga konflik di Sudan dan Palestin akan menemui titik noktah kedamaian,\u201d titah baginda.\n\n\nSeri Paduka turut menzahirkan penghargaan atas pengorbanan\u00a0mereka yang terpaksa bertugas pada lebaran ini terutama\u00a0petugas perkhidmatan kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta semua pihak yang\u00a0menggalas amanah menjaga kesejahteraan, keamanan dan kedaulatan negara.\n\n\nBaginda turut menasihati mereka yang memandu untuk\u00a0pulang ke kampung halaman agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi undang-undang serta\u00a0selamat tiba ke destinasi dituju bagi meraikan Aidilfitri bersama insan\u00a0tersayang.\n\n\nMengakhiri titah, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut\u00a0mendoakan agar seluruh rakyat Malaysia tidak kira di mana\u00a0mereka berada agar\u00a0sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah SWT.\n\n\n\u201cMarilah bersama kita berdoa semoga negara Malaysia yang kita cintai ini akan terus kekal aman sentosa dalam satu semangat perpaduan yang utuh serta maju jaya melangkah menuju masa hadapan yang gemilang,\u201d titah baginda. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/21/the-greater-kedah-akan-menjadi-realiti-jangan-halang-mb-kedah/", "title": "\u2018The Greater Kedah\u2019 akan menjadi realiti, jangan halang \u2013 MB Kedah", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan, \u2018The Greater Kedah\u2019 yang akan melonjakkan kegemilangan negeri Jelapang Padi itu akan menjadi realiti.\n\n\nJusteru, beliau berharap tiada pihak yang cuba menghalang hasrat untuk melaksanakan gagasan itu kerana setiap negeri berhak merencanakan masa depan sendiri untuk melonjakkan ekonomi dan memastikan kebajikan rakyat lebih terjamin menerusi pelan pembangunan negeri.\n\n\n\u201cSaya percaya, tidak mustahil dan tidaklah sukar untuk Kedah bakal menjadi \u2018The Greater Kedah\u2019 dalam tempoh 15 tahun. Sebab itu, apabila ada usaha untuk menghalang mana-mana pelan yang diatur untuk kita capai Kedah 2035, kita akan usahakan agar halangan itu dapat diatasi secara baik dan berdasarkan fakta serta kebenaran,\u201d katanya memetik Sinar Harian.\n\n\nMuhammad Sanusi berkata, \u2018The Greater Kedah\u2019 merupakan satu gagasan bagi merencanakan semula kegemilangan negeri itu menerusi sumber-sumber yang ada selain melaksanakan pelbagai projek yang telah dirancang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN cabar kemenangan kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu\n\n\n\n\n\n\nKeganasan rumah tangga dominasi kes jenayah wanita dan kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nBERJASA Sedia Kerjasama Dengan PAS\n\n\n\n\n\n\nKetua Menteri Melaka tidak mahu wakil rakyat, kakitangan awam makan \u2018gaji buta\u2019\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor dibubar 23 Jun ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, ia bukan sahaja bertumpu kepada sektor pertanian, tetapi mencakupi kemajuan pembangunan dan ekonomi, pelaburan, pelaksanaan projek berimpak tinggi serta jaringan perhubungan yang efisien selain pembangunan keilmuan \u2018The Cordoba of Kedah\u2019.\n\n\n\n\nMuhammad Sanusi berkata, selaku ketua kerajaan negeri beliau mempunyai hak untuk menyuarakan hasrat dan pendirian Kedah.\n\n\nTambah Muhammad Sanusi, sekiranya \u2018Greater Penang\u2019 menjadi polisi kerajaan Persekutuan untuk muncul sebagai pusat pertumbuhan ekonomi wilayah Utara, Kedah juga berhak melakukan perkara sama.\n\n\n\u201cKita tak mahu jadi negeri sampingan atau penyumbang kepada \u2018Greater Penang\u2019. Dalam hal ini, saya tak setuju kerana Pulau Pinang banyak bergantung kepada sumber dari Kedah, antaranya tenaga kerja dan sumber air.\n\n\n\u201cJadi kenapa negeri yang bergantung kepada negeri lain dijadikan \u2018Greater Penang\u2019 untuk menjadi katalis pertumbuhan di Utara sedangkan Kedah tidak bergantung kepada sesiapa. Saya rasa ini tidak adil dalam perancangan pembangunan wilayah di Malaysia,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata, \u2018The Greater Kedah\u2019 merupakan pelan tindakan kepada Kedah 2035 yang diadun bersama inti pati gagasan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.\n\n\n\u201cTerdapat enam kandungan yang digagaskan dalam gagasan sejahtera antaranya, keadilan, kebersamaan dan keselamatan.\n\n\n\u201cDua konsep berkenaan diadun lagi dengan slogan negeri Kedah tempat orang kaya berbakti dan tempat orang miskin berteduh. Kesemua konsep itu digabungkan dengan SDG (Sustainable Development Goal) termasuk perkara yang sedang kita laksanakan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/22/1389-kemalangan-dicatatkan-hari-kedua-op-selamat-ke-20-semalam/", "title": "1,389 kemalangan dicatatkan hari kedua Op Selamat ke-20 semalam", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sebanyak 1,389 kes kemalangan dicatatkan di seluruh negara semalam, mengikut statistik hari kedua Op Selamat ke-20.\n\n\nJabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataan menerusi akaun Facebooknya hari ini berkata, kemalangan itu membabitkan 1,601 pelbagai jenis kenderaan.\n\n\n\u201cBerdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta merekodkan 1,159 buah, pacuan empat roda (112), dan motosikal (192).\n\n\n\u201cKenderaan pelbagai jenis (MPV) sebanyak 81, basikal (dua), lori (15), van (23), bas (13) dan empat buah teksi,\u201d menurut kenyataan berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n240 kes direkod, 460 pesalah ditahan dalam operasi BP3\n\n\n\n\n\n\nSyed Saddiq bela diri mulai hari ini\n\n\n\n\n\n\nKetua The Ahmadi Religion larikan diri \u2013 sumber\n\n\n\n\n\n\nKadar pengangguran akan turun lagi tahun depan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Kematian Di Terengganu Meningkat\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebanyak 2,486 kenderaan terbabit dalam 1,964 kes kemalangan di seluruh negara pada pada hari pertama Op Selamat 20 dilaksanakan kelmarin.\n\n\nJSPT menasihatkan semua pengguna jalan raya sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko kemalangan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/22/agong-pm-tunai-solat-sunat-aidilfitri-di-masjid-negara/", "title": "Agong, PM tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Masjid Negara bagi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.\n\n\nSeri Paduka Baginda tiba di Masjid Negara sekitar jam 8.15 pagi diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlebih dahulu tiba pada jam 8.05 pagi.\n\n\nTurut berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.\n\n\nBaginda dan Perdana Menteri masing-masing mengenakan pakaian lengkap Baju Melayu berwarna hijau dan biru.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKetua Hakim Negara terima ancaman bunuh\n\n\n\n\n\n\nPPIM bidas MADPET desak menteri KDN letak jawatan\n\n\n\n\n\n\nPEJUANG tidak bertanding pilihan raya di enam negeri\u00a0\n\n\n\n\n\n\nNaikkan Elaun Warden Asrama Langkah Jangka Pendek : iGuru\n\n\n\n\n\n\nUKM Bantu Pelajar Baharu & Pelajar B40 Lanjut Pengajian\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, solat sunat Aidilfitri dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni yang turut merangkap sebagai khatib.\n\n\nKhutbah yang bertajuk \u2018Aidilfitri Lebih Bererti\u2019 antara lain menyentuh mengenai kepentingan untuk saling bermaaf-maafan antara satu sama lain.\n\n\nTambahnya lagi, Aidilfitri juga bukanlah penamat bagi umat Islam untuk meninggalkan ibadat seperti pada bulan Ramadan yang telah berlalu pergi.\n\n\n\u201cHari Raya Aidilfitri merupakan momen terbaik untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita dan peluang kita memohon kemaafan daripada orang lain apa- apa jua kesalahan yang telah kita lakukan terhadap mereka.\n\n\n\u201cHari raya bukanlah penamat kepada usaha kita melipatgandakan amal ibadat sepertimana yang kita lakukan dalam bulan Ramadan bahkan ia sebagai momentum penerus dari kebaikan-kebaikan yang telah kita latih dari Madrasah Ramadan untuk menuju ke hari akhirat kelak,\u201d katanya ketika menyampaikan khutbahnya pada Sabtu.\n\n\nSelesai solat sunat Aidilfitri, Al-Sultan Abdullah dan Perdana Menteri dijadual menuju ke Istana Negara bagi menghadiri santapan Aidilfitri.\n\n\nDalam pada itu, Baginda dan Perdana Menteri turut mengambil peluang bersalaman dengan para jemaah yang hadir.\n\n\nTurut kelihatan hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.\n\n\nMasjid Negara mula dibanjiri para jemaah seawal jam 7 pagi dengan anggaran 10,000 jemaah yang hadir memeriahkan pagi Syawal. \u2013 ASTROAWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/22/aidilfitri-warga-asing-hiasi-wajah-ibu-kota/", "title": "Aidilfitri: Warga asing \u2018hiasi\u2019 wajah ibu kota", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Suasana di kawasan pusat bandar ibu negara kelihatan sepi selepas ramai warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri hari ini.\n\n\nDi sebalik kesunyian itu, ibu kota \u2018dihiasi\u2019 pula dengan kehadiran warga asing yang dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.\n\n\nTinjauan\u00a0di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur semalam mendapati, kebanyakan warga asing mengambil peluang untuk meluangkan masa bersantai bersama kenalan di sekitar kawasan tumpuan.\n\n\nTidak kurangnya, ada juga dalam kalangan mereka yang memanfaatkan peluang lelongan saat akhir dengan potongan harga lebih 50 peratus di Bazar Aidilfitri Jalan TAR yang melabuhkan tirainya malam tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M pertimbang bertanding pada PRN wakili Putra\n\n\n\n\n\n\nKita harus hormati keputusan rakyat \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nHukuman salah laku ADUN Sungkai dikekalkan\n\n\n\n\n\n\nLulus dua RUU fokus sidang khas DUN Sabah esok\n\n\n\n\n\n\nElak syubhah, utamakan halal berbanding kesedapan makanan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPemerhatian\u00a0di\u00a0sepanjang jalan raya utama di ibu kota juga mendapati aliran trafik bergerak lancar dan tiada pertambahan jumlah kenderaan yang ketara.\n\n\nMana tidaknya, Jalan Loke Yew menghala ke pusat bandar yang cukup sinonim dengan istilah \u2018sesak teruk\u2019 juga ternyata lebih lengang dengan tiada sebarang jangkaan kelewatan.\n\n\nSebelum ini, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman menganggarkan kira-kira sejuta warga kota akan keluar meninggalkan ibu negara bagi menyambut hari lebaran. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/22/bedilan-bom-peluru-menghiasi-aidilfitri-di-sudan/", "title": "Bedilan bom, peluru menghiasi Aidilfitri di Sudan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Tatkala umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri dengan penuh gembira, berbeza pula nasib dengan umat Islam di Sudan yang menyambut Aidilfitri dengan bedilan bom dan peluru pada Jumaat.\n\n\nSambutan Syawal bukan lagi keutamaan, ketika mereka perlu mencari perlindungan dari keganasan peperangan yang masih berlangsung.\n\n\nHari yang penuh dengan kemeriahan, perayaan dan jamuan makanan bertukar tragedi.\n\n\nSuasana indah dihiasi jeritan penduduk di Khartoum berlantaikan darah mangsa korban dan kepulan asap menyelebungi bandar tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPejuang Hak Asasi Iran, Narges Mohammadi Kembali Dipenjarakan\n\n\n\n\n\n\nBakar al-Quran: Salah guna prinsip kebebasan bersuara\n\n\n\n\n\n\n10.3 juta solat di Masjid Nabawi pada 10 hari pertama Ramadan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Berjanji Berdiri Teguh Selepas Salhiya Dirobohkan\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria : White Helmets umum misi menyelamat mangsa terselamat berakhir\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, penduduk di Omdurman yang bersebelahan dengan Khartoum terpaksa menjalankan solat Aidilfitri tanpa kegembiraan dan kekurangan jemaah yang hadir.\n\n\nSetakat ini, lebih 413 nyawa terkorban dan 3,551 individu cedera dalam perperangan tersebut.\n\n\nMenurut Tabung Kecemasan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), seramai sembilan kanak-kanak terkorban dan 50 lagi cedera dalam pertempuran tersebut.\n\n\nSetelah tujuh hari, pertelingkahan di antara kumpulan tentera dan separa tentera (RSF) di Sudan masih belum menunjukkan titik pengakhiran dan perdamaian. \u2013 ASTROAWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/22/gara-gara-perpecahan-politik-libya-sambut-aidilfitri-pada-dua-tarikh-berbeza/", "title": "Gara-gara perpecahan politik, Libya sambut Aidilfitri pada dua tarikh berbeza", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Rakyat Libya merayakan Aidilfitri dan mengakhiri bulan Ramadan pada hari yang berbeza tahun ini susulan perpecahan politik yang berterusan walaupun usaha perdamaian sudah berjalan selama bertahun-tahun.\n\n\nPihak berkuasa agama di timur Libya berkata, mereka telah melihat anak bulan pada Khamis, menjadikannya hari terakhir berpuasa dan menetapkan hari Jumaat sebagai hari raya.\n\n\nDi Tripoli, ibu negara, pihak berkuasa agama yang dikaitkan dengan kerajaan sementara negara itu berkata, mereka tidak melihat bulan yang menandakan hari raya jatuh pada hari Sabtu.\n\n\n\u201cMasyarakat kita berpecah sehingga tarikh hari raya pun tidak dapat dapat dipersetujui. Ini kerja gila dan saya berharap ia cepat berakhir,\u201d kata Ahmed Mesbah, 50, di Tripoli, yang telah memilih untuk menyambut hari raya pada hari Jumaat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWHO Jangka Omicron Bakal Jangkiti Separuh Eropah\n\n\n\n\n\n\nCabul kemuliaan Ramadan, Israel dijangka serang lagi umat Islam Palestin\n\n\n\n\n\n\nKematian Shireen : Al Jazeera tetap akan mencari kebenaran\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi benar lakukan umrah sekali sahaja semasa Ramadan\n\n\n\n\n\n\nTahanan Palestin mogok lapar meninggal dunia dalam penjara Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nTarikh hari raya biasanya ditetapkan oleh pihak berkuasa agama rasmi di setiap negara, tetapi Libya melalui konflik berterusan sejak pemberontakan yang disokong NATO pada 2011 menentang pemerintah Muammar Gaddafi.\n\n\nNegara tersebut berpecah pada 2014 antara puak yang bertelagah di timur serta barat dan situasi itu masih kekal walaupun keadaan menjadi sedikit tenang sejak 2020.\n\n\n\u201cPerpecahan antara timur dan barat pada hari yang menggembirakan, menyakitkan dan membuatkan saya sedih. Saya takut lebih banyak perpecahan berlaku di Libya,\u201d kata Mohamed Salem di Tripoli yang menyambut Aidilfitri pada Sabtu.\n\n\nPerdana Menteri, Abdulhamid al-Dbeibah berkata, orang ramai harus mengikut keputusan mufti besar dan berhari raya pada Sabtu.\n\n\nParlimen yang menyokong pentadbiran pembangkang berkata, Aidilfitri disambut pada hari Jumaat. \u2013 ASTROAWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/22/konflik-sudan-dua-rakyat-malaysia-berjaya-dipindahkan-ke-lokasi-selamat/", "title": "Konflik Sudan: Dua rakyat Malaysia berjaya dipindahkan ke lokasi selamat", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Dua rakyat Malaysia yang berada di Sudan telah dibawa keluar dari tempat mereka dan dipindahkan\u00a0ke lokasi selamat.\n\n\nMenteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, operasi pemindahan berkenaan adalah sebagai langkah persediaan\u00a0Kedutaan\u00a0Malaysia di Khartoum, Sudan untuk mengumpul rakyat Malaysia di satu lokasi yang selamat bagi proses pemindahan keluar dari Khartoum kelak.\n\n\n\u201cAlhamdulillah, semalam, setelah membuat penilaian yang mendalam dan dengan mandat\u00a0daripada \u00a0Pasukan Khas Wisma Putra, pegawai Kedutaan Besar kita di Khartoum berjaya membawa keluar dua rakyat Malaysia dari tempat mereka ke lokasi selamat.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes Omicron Pertama Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nAda Pihak Cuba Bunuh Karakter Azam Baki \u2013 MCW\n\n\n\n\n\n\nPejuanita gesa kerajaan bendung budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : NADMA kongsi 21 nama mangsa meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nRokok elektronik rosakkan generasi walaupun kerajaan peroleh untung\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDalam operasi berkenaan, pegawai kita turut membantu membawa\u00a0dua warga Kanada, satu warga Amerika Syarikat dan dua warga United\u00a0Kingdom dari kawasan berkenaan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\n\nZambry berkata, meskipun operasi berkenaan amat berisiko tinggi, ia perlu dilaksanakan bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia yang memerlukan\u00a0bantuan.\n\n\nSituasi di Sudan terutama di kebanyakan lokasi di ibu negara Khartoum semakin meruncing sepanjang masa dengan\u00a0pertempuran antara Tentera Sudan\u00a0(SAF) dan Rapid Support Forces (RSF).\n\n\nMengulas lanjut, Zambry berkata, situasi di Sudan amat kompleks dan ia\u00a0berubah setiap masa dengan kedua-dua pihak yang bertelagah masih meneruskan\u00a0pertempuran.\n\n\nKatanya, gencatan senjata yang diusulkan beberapa kali oleh Pertubuhan\u00a0Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Afrika (AU), Pertubuhan Kerjasama Islam\u00a0(OIC) dan Amerika Syarikat langsung tidak dipatuhi.\n\n\n\u201cMarilah kita memanjatkan doa dan memohon kepada Yang Maha Esa untuk menjaga dan melindungi keselamatan rakyat kita di Sudan dan operasi membawa mereka\u00a0pulang ke tanah air dipermudahkan-Nya,\u201d katanya.\u00a0\u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/22/malaysia-didakwa-berunding-dengan-china-ekstradisi-jho-low/", "title": "Malaysia didakwa berunding dengan China ekstradisi Jho Low", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan dikatakan sedang mengadakan rundingan dengan China bagi mengekstradisi ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.\n\n\nPengarang bersama buku \u2018Billion Dollar Whale\u2019 mengisahkan saga 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Bradley Hope yang memetik sumber berkata, rancangan itu sedang dibincangkan oleh kerajaan berikutan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China bulan lalu.\n\n\nHope dalam laman web khusus untuk menjejaki Jho Low di sebalik skandal berbilion dolar itu berkata, perkembangan terbabit adalah sesuatu yang besar, menarik dan menandakan berakhirnya jalan cerita utama skandal itu.\n\n\nTambahnya, rancangan itu akan mengekstradisi Jho Low ke Malaysia dan membebaskan China daripada dakwaan terbabit dalam perjanjian dengan ahli perniagaan itu untuk menutup skandal 1MDB.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKTMB cadang Anthony Loke jadi Menteri Pengangkutan\n\n\n\n\n\n\nLelaki tabur paku ditahan polis\n\n\n\n\n\n\nKehadiran orang ketiga antara punca kes cerai meningkat di Kedah\n\n\n\n\n\n\nBongkah batu halang laluan diangkat menjelang 2024, jalan dilebarkan\n\n\n\n\n\n\nMasalah Banjir, Penduduk Melaka Mahu Tindakan Segera\n\n\n\n\n\n\n\n\nHope yang memetik sumber berkata, Jho Low menjadi \u2018liabiliti terburuk\u2019 kepada China selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kalah dalam pilihan raya 2018.\n\n\n\u201cSumber turut mendakwa bahawa perjanjian itu akan membolehkan Malaysia menerima semua wang yang dicuri daripada 1MDB bersama aset lain yang dikaitkan dengan dana kekayaan negara.\n\n\n\u201cIni adalah perjanjian yang perlu kendalikan dengan bijaksana dan mencabar untuk diselesaikan. Saya membayangkan bahawa kedua-dua pihak (Malaysia dan China) ingin perkara ini menjadi pengumuman yang positif,\u201d katanya.\n\n\nJho Low yang turut didakwa di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) membabitkan skandal 1MDB, dipercayai berada di Macau yang mana China menafikan menyembunyikan pelarian itu.\n\n\nBulan lalu, beliau dihukum penjara 10 tahun secara absentia oleh Mahkamah Kuwait\u00a0atas pertuduhan pengubahan wang haram.\n\n\nTahun lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengulangi komitmen beliau untuk memburu Jho Low dan membawanya pulang bagi menghadapi tuduhan dikenakan terhadap ahli perniagaan berkenaan. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/22/penceramah-luar-perlu-mohon-kebenaran-khas-mengajar-di-melaka/", "title": "Penceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Penceramah tempatan dari luar Melaka atau luar negara yang ingin menyampaikan dakwah di negeri itu perlu mendapatkan kebenaran\u00a0khas dari Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).\n\n\nMufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, ia adalah sebagai langkah pengawalan dalam memastikan penceramah yang datang tidak membawa elemen perpecahan dan khilafiah (perselisihan) antara masyarakat di negeri itu.\n\n\n\u201cJika penceramah tempatan dari luar Melaka, kami akan periksa sekiranya mereka telah mendapat tauliah dari negeri asal mereka dan dalam masa yang sama\u00a0mereka boleh datang dan membuat permohonan mendapatkan tauliah mengajar di Melaka.\n\n\n\u201cManakala dari Melaka sendiri, kami akan semak sama ada individu itu telah mendapatkan tauliah mengajar daripada kami,\u201d katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Azim di Bukit Palah hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nThe Hague putuskan hari ini permohonan award RM62.59bil kumpulan Sulu\n\n\n\n\n\n\nDAP bimbang tindakan UMNO jejas sokongan Kerajaan Gabungan\n\n\n\n\n\n\nMahathir tolak nasihat Jomo bersara daripada dunia politik\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tinggi Semak Keputusan Kes Remaja Curi Tabung Masjid\n\n\n\n\n\n\nKonflik Sudan: Dua rakyat Malaysia berjaya dipindahkan ke lokasi selamat\n\n\n\n\n\n\n\n\nAbdul Halim berkata, bagi penceramah luar negara, mereka perlu\u00a0mengemukakan permohonan dan dalam masa yang perlu menyertakan biodata serta sejarah perjalanan masuk ke Malaysia adalah secara sah.\n\n\n\u201cKami tidak ada senarai hitam atau putih, namun mereka (penganjur dan penceramah) haruslah jujur dan bertanggungjawab. Jika mereka tidak menghormati negeri asal dia bermastautin untuk mendapatkan tauliah, saya rasa kita agak sukar untuk menimbangkannya,\u201d katanya.\n\n\nBagi penganjur pula, beliau berkata, mereka perlu\u00a0mengemukakan permohonan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum penganjuran sebarang majlis di masjid atau surau yang menggunakan penceramah dari luar. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/22/putera-mohammed-putin-bincang-hubungan-arab-saudi-rusia/", "title": "Putera Mohammed, Putin bincang hubungan Arab Saudi-Rusia", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Bin Salman membuat satu panggilan telefon kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Jumaat.\n\n\nSaudi Press Agency\n melaporkan, ketika panggilan telefon itu, kedua-dua pihak menyemak semula hubungan dua hala antara Arab Saudi dan Rusia serta kaedah untuk mengukuhkan hubungan dalam pelbagai bidang.\n\n\nKedua-dua pemimpin itu juga bertukar-tukar pandangan berhubung beberapa topik dengan minat yang sama.\n\n\nKatanya, Putin turut menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Putera Mahkota.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelepas tembak lelaki Palestin, Israel halang ambulans dekati tubuh mangsa\n\n\n\n\n\n\nCemar al-Quran di Denmark, Turkiye kutuk tindakan kumpulan Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk serangan tentera Israel di Nablus\n\n\n\n\n\n\n30 rakyat Malaysia selamat keluar dari Pelabuhan Sudan\n\n\n\n\n\n\nLebih 200 terkorban, hampir 600 cedera gempa di Kahramanmaras, Turkiye\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, kenyataan yang dikeluarkan Kremlin menyebut, kedua-dua pihak berpuas hati dengan kordinasi OPEC Plus yang menyasarkan kestabilan pasaran minyak global.\n\n\nPutera Mahkota dan Presiden Rusia itu juga berbincang mengenai prospek kerjasama di antara Arab Saudi dan BRICS.\n\n\nTerdahulu, Arab Saudi mengumumkan pengurangan sukarela 500,000 tong sehari bermula Mei sehingga akhir 2023.\n\n\nLangkah itu hasil kerjasama dengan negara-negara OPEC lain dan bukan OPEC yang menyertai Deklarasi Kerjasama. \u2013 Agensi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/22/ribuan-umat-islam-di-palestin-sambut-aidilfitri-di-al-aqsa/", "title": "Ribuan umat Islam di Palestin sambut Aidilfitri di Al-Aqsa", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Lebih 120,000 rakyat Palestin menyertai sebahagian besar dunia Islam dalam menyambut Syawal pada hari Jumaat untuk menandakan berakhirnya bulan Ramadan dengan berjemaah berkumpul untuk bersolat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.\n\n\nMenurut sumber AlQastal News, suasana sepanjang solat sunat Aidilfitri pada Jumaat itu aman cuma berlaku beberapa insiden apabila polis israel cuba menghalang pemuda Muslim mengantung bendera Palestin di sebelah Bab Al-Asbat.\n\n\nSementara itu, sumber Jordanian Waqf, pemegang amanah Islam disokong Jordan yang mentadbir perkarangan Masjid Al-Aqsa melaporkan bahawa kira-kira 4 juta Muslim telah bersolat di Al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMekah Dari Tandus Kini Menghijau\n\n\n\n\n\n\nKrisis Sudan: Turkiye sedia jadi tuan rumah rundingan komprehensif\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nMyanmar tahan kira-kira 150 Rohingya cuba melarikan diri ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSekurang-kurangnya 40 terbunuh dalam nahas pesawat di Nepal\n\n\n\n\n\n\n\n\nJumlah kehadiran yang boleh dianggap tinggi walaupun polis Israel cuba menyekat, menzalimi dan membelasah umat Islam yang masuk beribadah di Al-Aqsa secara aman.\n\n\nMalaysia turut meng\u00adgesa masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mendesak rejim Israel menghentikan serangan dan membebaskan segera penduduk Palestin yang ditahan dalam serangan di Masjid Al-Aqsa.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, komuniti antarabangsa juga mesti menuntut rejim israel menghentikan serta-merta sebarang tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan penduduk Palestin serta tanahair mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/22/taliban-larang-wanita-sertai-sambutan-aidilfitri-di-dua-wilayah-afghanistan/", "title": "Taliban larang wanita sertai sambutan Aidilfitri di dua wilayah Afghanistan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Taliban melarang Wanita Afghanistan daripada menyertai sambutan Hari Raya Aidilfitri di dua wilayah di negara itu.\n\n\nLapor portal\u00a0\nIndependent\n, dua notis sama mengenai larangan tersebut dikeluarkan oleh pemimpin Taliban tempatan di wilayah Baghlan dan Takhar.\n\n\nNotis itu menyatakan `haram bagi wanita keluar beramai-ramai pada Hari Raya Aidilfitri\u2019.\n\n\nBagaimanapun, perintah itu tidak terpakai di seluruh Afghanistan, kecuali dua wilayah berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi: 23 juta penduduk terjejas, angka korban lepasi 5,000\n\n\n\n\n\n\nIsrael serang Gaza awal pagi Khamis\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi bincang isu Palestin dengan Mahmoud Abbas\n\n\n\n\n\n\n40 tahun kekal bersih rasuah, imej Singapura tercalar\n\n\n\n\n\n\nJika keadaan Rusia meruncing, rakyat Malaysia dibawa pulang\n\n\n\n\n\n\n\n\nLarangan itu dikeluarkan hanya beberapa minggu selepas sekatan terbaharu Taliban yang melarang keluarga dan wanita daripada mengunjungi restoran mempunyai taman atau kawasan hijau di wilayah Herat barat laut Afghanistan.\n\n\nMenurut pegawai, perintah larangan ke lokasi berkenaan dibuat setelah menerima aduan daripada ulama dan orang ramai yang menentang percampuran jantina di ruang sedemikian.\n\n\nPada awal minggu ini, pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada menyampaikan ucapan Aidilfitri kepada rakyat Afghanistan dalam lima bahasa iaitu Arab, Dari, Inggeris, Pashto dan Urdu.\n\n\nPemimpin itu dipercayai memainkan peranan dalam menentukan undang-undang dan dasar di Afghanistan.\n\n\nIa termasuk larangan pelajar perempuan mendapat pendidikan selepas Gred 6 serta menyekat wanita daripada kehidupan awam dan bekerja dalam pertubuhan bukan kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).\n\n\nSebelum ini, Taliban melarang wanita di Afghanistan berada di tempat awam seperti taman dan gim.\n\n\nLangkah itu mencetuskan kemarahan antarabangsa selain meningkatkan pengasingan ketika ekonomi negara itu merudum dan memburukkan lagi krisis kemanusiaan. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/23/badan-kehakiman-perlu-bebas-neutral-dan-berwibawa-hassan-karim/", "title": "Badan Kehakiman perlu bebas, neutral dan berwibawa \u2013 Hassan Karim", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nBadan kehakiman Malaysia perlu bebas, neutral dan berwibawa, bukan sahaja bersih tetapi adil.\n\n\nAhli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, sistem pengasingan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman sangat relevan dalam negara serta menyifatkan kebebasan badan kehakiman perlu bersih ibarat lebih putih dari sabun, tepung dan gandum.\n\n\nKatanya dalam satu kenyataan, senjata dalam persanggahan politik di Malaysia ada dua iaitu pendakwaan kes kesalahan jenayah serta tindakan saman menyaman fitnah dalam kes sivil.\n\n\n\u201cDi Rusia dan Ukraine mereka berbalas-balas tembakan roket. Begitu juga di Sudan, puak-puak tentera yang bersengketa sesama sendiri serang menyerang dengan senjata api.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGKP 4.0 fasa 2 dibayar mulai 23 November ini\n\n\n\n\n\n\nDAP sambung usaha hapus ketuanan Melayu\n\n\n\n\n\n\nSebutan semula kes Muhyiddin 4 Ogos ini\n\n\n\n\n\n\nMalapetaka kepada Anwar jika Najib, Ahmad Zahid bebas\n\n\n\n\n\n\nElon Musk tukar logo Twitter dengan X\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTetapi di Malaysia hampir semua pemimpin politik nasional dari pelbagai parti juga turut berperang sesama sendiri menghunus hujah, tuduhan, bersilat lidah dan bertaici hampir setiap hari yang berkesudahan perbalahan jejak sampai ke tangga mahkamah,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\n\nTambah Hassan, ia termasuklah ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa selama 22 bulan, dua tokoh dari UMNO-Barisan Nasional (BN) telah didakwa di mahkamah iaitu bekas Perdana Menteri keenam Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nSemasa Perikatan Nasional berkuasa, katanya bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula diheret dan dituduh ke mahkamah.\n\n\n\u201cApabila Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh PH dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri maka bekas Perdana Menteri kelapan, Mahyuddin Yassin pula didakwa di mahkamah,\u201d ujarnya lagi.\n\n\nMenurutnya, kesemua tokoh-tokoh politik nasional ini dituduh di mahkamah di bawah kes rasuah, salah guna kuasa dan pelupusan wang haram yang membawa hukuman penjara dan denda, jika sabit kesalahan.\n\n\nJusteru jelasnya, terbuktilah di Malaysia ini semua orang adalah sama rata di bawah undang-undang seperti yang diperuntukkan di dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/23/filipina-china-selesaikan-isu-maritim-di-laut-china-selatan/", "title": "Filipina-China selesaikan isu maritim di Laut China Selatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nManila dan Beijing berjanji untuk bekerjasama dalam menyelesaikan perbezaan maritim mereka di Laut China Selatan.\n\n\nPresiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan setiausaha luarnya bertemu Menteri Luar China, Qin Gang sebagai rundingan dalam persaingan dengan Amerika Syarikat menerusi kelebihan strategik Indo-Pasifik.\n\n\nGambar kapal milik China Coast Guard di perairan Laut China Selatan.\n\n\nMenurut Marcos, berhubung konflik itu, pihaknya bersetuju untuk mewujudkan lebih banyak talian komunikasi supaya sebarang insiden yang berlaku di Laut Filipina Barat membabitkan China dan Filipina dapat diselesaikan segera.\n\n\nMarcos berkata lawatan Qin membantu dalam membincangkan perkara dan usaha berterusan untuk membangunkan hubungan antara kedua-dua jiran itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perak akan dipertahankan hingga akhir penggal\n\n\n\n\n\n\n12 warga asing kerat mayat rakan dituduh esok\n\n\n\n\n\n\nJuruterbang enggan bawa Presiden Israel ke London\n\n\n\n\n\n\nPenetapan Hharga akhir tidak bergantung hanya pada kos bahan mentah\n\n\n\n\n\n\nPNBBC Sokong Ismail Sabri\n\n\n\n\n\n\n\n\nQin dan rakan sejawatannya, Setiausaha Luar Filipina, Enrique Manalo membincangkan pandangan mengenai isu strategik dan serantau semasa rundingan dua hala yang bermula pada Sabtu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/23/masjid-biru-istanbul-dibuka-semula-buat-umat-islam/", "title": "Masjid Biru Istanbul dibuka semula buat umat Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nMasjid Biru Istanbul dibuka semula sepenuhnya pada Jumaat lalu berikutan usaha pemulihan yang bermula pada 2018.\n\n\nMenurut laporan Anadolu Agency, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan ia sebagai salah satu simbol terpenting Istanbul.\n\n\nMasjid Biru, Istanbul dibuka sepenuhnya pada Jumaat yang juga hari pertama Syawal selepas ditutup untuk kerja-kerja baik pulih bermula 2018.\n\n\nPengurus wilayah Direktorat Jeneral Yayasan, Hayrullah Celebi berkata, direktorat itu mengikuti prinsip memastikan masjid yang menjalani pemulihan terbuka untuk disembah dan dikunjungi.\n\n\nKatanya selain penutupan ringkas selama lima bulan sejak lima tahun lalu, Masjid Biru masih beroperasi walaupun dengan kapasiti terhad.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPantai Timur Diramal Hadapi Banjir Serentak Bermula Esok\n\n\n\n\n\n\n6 hospital, 72 fasiliti kesihatan terjejas akibat banjir\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen PH tidak sependapat pelantikan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat\n\n\n\n\n\n\nMelayu berpecah akibat politik dibimbangi lemahkan Islam \u2013 Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\nAPM Johor siap siaga amaran hujan berterusan tahap bahaya\n\n\n\n\n\n\n\n\nMasjid bernama Sultanahmet Camii dalam bahasa Turkiye itu dibina oleh Sultan Ahmet I pada 1609-1616 di Istanbul iaitu ibu kota Uthmaniyyah yang merupakan satu-satunya masjid di Turkiye dengan enam menara.\u00a0\n\n\nOrang Eropah memanggilnya \u201cMasjid Biru\u201d kerana jubin biru, hijau dan putih yang cantik.\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b\u200b"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/23/sambut-hari-raya-dengan-wadah-kesatuan-dan-ukhuwah-islamiah/", "title": "Sambut hari raya dengan wadah kesatuan dan ukhuwah Islamiah", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nAidilfitri perlu dijadikan wadah kesatuan dan ukhuwah islamiah serta meleraikan sengketa sesama insan dengan saling bermaaf-maafan dan bersalam salaman.\n\n\nPresiden Ikatan Guru Muslimin Malaysia (i-Guru), Ustaz Azizee Hasan berkata, bagi meraikan makna Aidilfitri konsep kunjung mengunjung dan ziarah-menziarahi perlu dilakukan bagi mengeratkan silaturrahim.\n\n\n\u201cAidilfitri adalah manifestasi kemenangan bagi mereka yang berjaya menundukkan hawa nafsu dan runtunan syahwat demi menjunjung perintah Allah SWT.\n\n\n\u201cIa juga memaknakan erti kembali suci dan bersih nurani selari dengan konsep Aidilfitri,\u201d katanya menerusi satu kenyataan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSivaraj letak jawatan, isytihar keluar MIC\n\n\n\n\n\n\nOnn Hafiz calon paling layak Ketua Pemuda UMNO\n\n\n\n\n\n\nPN Masih Bincang Guna Logo PAS Pada Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nNational Task Force bubar, Op Benteng ditamatkan\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Bersatu Sabah keluar parti, kekal di bawah GRS\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, Ramadan yang telah berlalu perlu dijadikan sebagai madrasah insani dengan mengajar erti perhambaan yang sebenar selain nilai kemanusiaan dan kepedulian sesama insan serta mengangkat sifat karamah insaniah mengatasi nafsu haiwani.\n\n\nMenurut Ustaz Azizee, ia perlu dicerakinkan dalam watak dan perilaku sebagai insan Muslim di mana pun berada malah tidak kira latar belakang bangsa dan agama.\n\n\nDalam pada itu, beliau turut menegaskan agar umat Islam tidak lupa akan saudara-saudara yang diuji dengan dugaan dan kekurangan dalam meraikan hari lebaran.\u00a0\n\n\n\u201cRasa simpati dan sifat ihsan harus dilahirkan kepada mereka bagi meringankan beban derita serta saudara-saudara Palestin yang sepatutnya dipanjatkan doa dan diselamatkan dari kekejaman zionis,\u201d jelasnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/23/sivakumar-perlu-cuti-sebagai-menteri/", "title": "Sivakumar perlu cuti sebagai menteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nMenteri Sumber Manusia, V. Sivakumar wajar menunjukkan contoh tauladan yang positif dengan sekurang-kurangnya bercuti dari tugas sebagai menteri.\n\n\nAhli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Karim berkata, beliau perlu bercuti sehingga\u00a0 \nSPRM selesai menjalankan kerjanya untuk membongkar gejala rasuah yang telah berakar umbi dan endemik di kementerian berkenaan.\n\n\n\u201cJangan tunggu Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan supaya menteri yang terpalit kementeriannya dengan rasuah supaya bercuti ataupun meletakkan jawatan,\u201dkatanya dalam satu hantaran.\n\n\nDakwanya, Sivakumar tentu lebih faham akan prinsip tanggungjawab kolektif dan tanggungjawab kementerian di dalam fungsi kerja Jemaah Menteri atau kabinet Kerajaan Persekutuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes pinda laporan audit: 3 Mac, tarikh bela diri atau bebas Najib & Arul Kanda\n\n\n\n\n\n\nTiada Agenda Besar Punca Muafakat Parti Politik Melayu Rapuh\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam, Menteri Kabinet tipu isytihar harta wajar letak jawatan \u2013 MCW\n\n\n\n\n\n\nMYDIN rugi setengah juta kerana cuti tambahan raya\n\n\n\n\n\n\nRokok elektronik rosakkan generasi walaupun kerajaan peroleh untung\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, setiap menteri ada tanggungjawabnya sendiri untuk menjaga nama baik kerajaan yang jelas sedang membanteras amalan rasuah di dalam kerajaan.\u00a0\n\n\nDalam kenyataannya itu, Hassan turut memaklumkan bahawa menteri Sumber Manusia itu bukannya suspek yang dituduh tetapi dua kali dipanggil untuk disiasat oleh SPRM.\n\n\nMalah, rumah serta pejabat dilawati oleh SPRM bukanlah sesuatu yang molek bagi wajah anggota kabinet kerajaan yang dikenali sekarang sebagai Kerajaan Madani.\n\n\nJelasnya lagi, sebagai seorang ahli parlimen dan pemimpin politik yang berpengalaman, adalah terhormat sekiranya beliau mengambil tindakan yang tepat serta tidak mendesak atau menyeru beliau meletakkan jawatan sekarang.\u00a0\n\n\nPada 14 April lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Setiausaha Sulit kepada Sivakumar ditahan.\n\n\nSementara itu, Anwar memberitahu bahawa penahanan beberapa pegawai Sivakumar adalah keputusan SPRM untuk bertindak terhadap sesiapa sahaja jika ada asasnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/23/tidak-patut-sambut-raya-dengan-campur-aduk-budaya-asing/", "title": "Tidak patut sambut raya dengan campur aduk budaya asing", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nAidilfitri tidak sepatutnya disambut dengan mencampur adukkan budaya luar.\n\n\nMantan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, mencampur adukkan formula luar dalam menguruskan negara juga sepatutnya sudah berakhir.\n\n\nLebih-lebih lagi katanya pelbagai seruan dan slogan kenegaraan sudah dilaungkan dari dulu antaranya Islam Hadhari, Islamisasi, Wasatiyah, Madani dan sebagainya.\n\n\n\u201cMencampur adukkan budaya luar dalam sambutan Aidilfitri tidak sepatutnya berlaku lagi setelah sekian kalinya kita menyambut Ramadan dan Syawal,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWan Nurzila tamat tugas sebagai Pengarah media, komunikasi strategik, PMO\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Rayuan benarkan rayuan MAIS & kerajaan negeri kembalikan agama Islam wanita\n\n\n\n\n\n\nPenggunaan kalimah Allah akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan ketujuh, mohon dibicara\n\n\n\n\n\n\nBERSATU lapor polis fitnah terhadap Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Ustaz Fauzi, ketaatan kepada Allah dalam apa juga keadaan yang Allah kehendaki dengan kaifiat atau syarat yang ditentukan Allah adalah sifat mukmin yang berjaya mengambil iktibar dari Ramadan.\n\n\nKatanya, begitu juga dalam urusan seharian dan pentadbiran negara.\n\n\nTambahnya, Aifilfitri adalah hari yang digambarkan sebagai hari kegembiraan dan hari makan minum setelah sebulan berpuasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/23/wanita-palestin-diikat-dipukul-ancam-gugurkan-kandungan/", "title": "Wanita Palestin diikat, dipukul, ancam gugurkan kandungan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nSeorang wanita Palestin menceritakan pahit getir ketika mengandungkan bayi sulung di penjara bawah tanah dengan dilucutkan segala yang ada pada badannya termasuk jam tangan.\n\n\nDalam sel gelap itu, Samar Ibrahim Sbaih, 40, diikat pada kerusi serta dipukul zionis selain dihina, diperas dan diancam menggugurkan kandungannya.\n\n\nMemetik Berita Harian, beliau yang berada di Persidangan Antarabangsa Palestin Kuala Lumpur (IPCKL) baru-baru ini berkata, tangan dan kakinya terus diikat dengan rantai besi pada katil ketika mahu melahirkan anak lelakinya itu.\n\n\n\u201cBilik pembedahan bersalin dikawal ketat pengawal lelaki dan wanita. Seorang doktor Israel menghina saya dengan melabelkan saya seorang pengganas dan bakal melahirkan seorang pengganas,\u201d kata Samar kepada media.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemilihan Putera, Puteri 2023, mampukah tarik penyokong muda kepada UMNO?\n\n\n\n\n\n\nAdilkah bantuan RM15.75 juta untuk sekolah persendirian Cina?\n\n\n\n\n\n\nAjaran sesat SiHulk pengaruh anak muda, hidup mewah di luar negara\n\n\n\n\n\n\nPengambilan petugas kesihatan di bawah tanggungjawan bersama KPM, JPA dan MOF\n\n\n\n\n\n\nCemar al-Quran di Denmark, Turkiye kutuk tindakan kumpulan Islamofobia\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, ketika mahu bersalin beliau ditempatkan di sebuah bilik hospital yang dikawal ketat oleh pengawal lelaki dan wanita serta doktor Israel yang menganggap dirinya bakal melahirkan seorang pengganas.\n\n\nSewaktu doktor ingin meletakkan topeng bius, dia menanggalkannya dan meminta supaya bius pada tulang belakang meskipun sedar ia amat menyakitkan tapi dia nekad kerana bimbang sekiranya penjenayah tersebut mengapa-apakan dia dan anaknya.\n\n\nMenurut Samar, beliau tidak dibenarkan menyentuh atau mencium bayinya sebaik melahirkan, sebaliknya bayi terus dibawa ke taska hospital serta tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya.\n\n\nAkibat dibesarkan di dalam penjara Zionis, anaknya, Bara\u2019a sukar beradaptasi dengan dunia luar selepas dibebaskan malah mendapat layanan buruk ketika dalam penjara.\u00a0\n\n\nSamar yang dibebaskan pada 17 Disember 2007 berkata, pengalamannya itu adalah gambaran jenayah pendudukan terhadapnya dan hak wanita Palestin.\n\n\nTegasnya, ia juga bercanggah dengan Perkara Lima Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, dan mengingkari Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Perkara (91) Konvensyen Geneva."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/24/12-kes-covid-19-subvarian-arcturus-dikesan-di-malaysia/", "title": "12 kes Covid-19 subvarian Arcturus dikesan di Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sebanyak 12 kes Covid-19 subvarian XBB.1.16 (Arcturus) telah dilaporkan di Malaysia dan kesemuanya bergejala ringan serta stabil.\n\n\nMenurut Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa, enam kes dikesan di Sarawak, empat di Selangor dan dua di Kuala Lumpur.\n\n\nSehingga 2 April lalu, subvarian tersebut dikesan sekurang- kurangnya di 31 buah negara di seluruh dunia.\n\n\nSubvarian itu terbentuk hasil gabungan atau rekombinan varian BA.2.10.1 dan BA.2.75.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAl Fatihah : Mohd Isa pemimpin tegar, perjuangkan penduduk miskin sejak dulu\n\n\n\n\n\n\nYADIM Buat Aduan Kepada SKMM\n\n\n\n\n\n\nKertas siasatan wang zakat MAINS sedang dilengkapkan\n\n\n\n\n\n\nKeluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali gesa kerajaan dedah laporan penuh\n\n\n\n\n\n\nUMNO tidak perlu berkempen minta penyokong undi DAP\n\n\n\n\n\n\n\n\nPertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengelaskan subvarian ini sebagai\u00a0Variant of Interest\u00a0sejak 17 April lalu.\n\n\n\u201cPenilaian risiko peringkat global melaporkan risiko jangkitan dan keterukan kes yang disebabkan oleh subvarian XBB1.16 adalah lebih rendah dari subvarian XBB.1.5 dan varian/subvarian lain yang dilaporkan sebelum ini.\n\n\n\u201cWalaupun Malaysia telah mengenal pasti varian XBB.1.16 sejak bulan Mac 2023 keadaan jangkitan Covid-19 masih lagi terkawal dan tidak membebankan kapasiti perkhidmatan kesihatan di klinik serta hospital,\u201d katanya.\n\n\nKementerian Kesihatan Malaysia turut memaklumkan kes Covid-19 terkini yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 16/2023 menurun sebanyak 6.4% iaitu daripada 5,149 kes kepada 4,817 kes berbanding jumlah kes yang dilaporkan pada ME 15/2023.\n\n\nSehingga kini 70.97% (18,319 kes) daripada jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 adalah dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) jenis varian Omicron dan subvariannya. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/24/dakwaan-komplot-pn-guling-kerajaan-tidak-berasas/", "title": "Dakwaan komplot PN guling kerajaan tidak berasas", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Dakwaan Perikatan Nasional (PN) merancang plot baharu untuk menggulingkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak berasas.\n\n\nTimbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tiada perbincangan dalam BERSATU dan PN untuk menggulingkan Perdana Menteri seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita hari ini.\n\n\nKatanya, PN Ketika ini memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan datang khususnya negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH).\n\n\n\u201cSejujurnya, saya tidak mendengar rancangan sedemikian. (Dakwaan itu) tidak berasas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelakon, Ridzuan Hashim meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nLebih 200 guru tidak lapor diri, tolak tawaran penempatan ke Sarawak\n\n\n\n\n\n\nMajlis Raja-Raja jaga kesucian Islam, kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nKPT perkenal Menu Siswa Rahmah RM3.50 di Universiti Awam, Politeknik\n\n\n\n\n\n\nPH-BN guna logo sendiri di Kelantan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya berhubung dengan presiden parti saya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) setiap hari. Beliau telah memberitahu kami untuk bekerja di kawasan dan menggerakkan jentera kami (untuk menghadapi PRN).\n\n\n\u201cBeliau tidak pernah menyebut sebarang percubaan untuk menjatuhkan kerajaan.\n\n\n\u201cSaya tidak mendengar sebarang rundingan (mengenai perkara ini) dan tidak ada perbincangan dengan mana-mana Ahli Parlimen dari blok kerajaan, tiada perbincangan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) juga,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, portal berkenaan mendakwa terdapat cakap-cakap mengenai percubaan PN untuk meyakinkan beberapa Ahli Parlimen BN supaya meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK).\n\n\nMenurut laporan itu, sekiranya Ahli Parlimen BN terbabit menang, mereka akan dapat membentuk kerajaan baharu dengan bantuan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.\n\n\nSeterusnya, kata laporan itu, pembentukan kerajaan baharu tersebut bertujuan menaikkan Pengerusi PN, Muhyiddin menjadi Perdana Menteri sekali lagi.\n\n\nLaporan itu juga mendakwa bahawa perancang menjangkakan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin akan membiayai plot tersebut kerana akaun bank BERSATU sudah dibekukan.\n\n\nAhmad Faizal ketawa apabila diminta mengulas mengenai dakwaan pembiayaan plot itu.\n\n\n\u201cSaya berkesempatan berbuka puasa dengan ayahanda Mahathir yang dikasihi baru-baru ini.\n\n\n\u201cKami tidak bercakap politik. Kami hanya bercakap mengenai perhimpunan Proklamasi Melayu.\n\n\n\u201cDia baik-baik saja tetapi sudah menunjukkan tanda-tanda usia. Kami mendoakan kesihatannya yang baik.\n\n\n\u201cSetahu saya, Daim tidak begitu sihat. Dia berdiam diri dan tidak menerima sebarang pelawat,\u201d kata Ahmad Faizal.\n\n\nAnwar kini mendapat sokongan 148 Ahli Parlimen manakala PN mempunyai baki 74 Ahli Parlimen.\n\n\nBagi menjatuhkan Anwar, PN perlu mendapatkan sokongan setiap Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, Warisan, Parti Bangsa Malaysia, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat, Muda, bebas dan sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Parlimen yang kini bersama BN. \u2013 MALAYSIAKINI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/24/gempa-bumi-kuat-7-3-magnitud-gegar-wilayah-kepulauan-kermadec/", "title": "Gempa bumi kuat 7.3 magnitud gegar wilayah Kepulauan Kermadec", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Gempa bumi kuat dengan 7.1 magnitud melanda Kepulauan Kermadec di New Zealand pada jam 8.41 pagi tadi.\n\n\nGegaran itu berlaku pada jarak 1,037 kilometer di timur laut dari Tauranga, New Zealand pada kedalaman 75 kilometer, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.\n\n\nKatanya, kejadian itu tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/24/gta-dakwa-konsep-rahmah-idea-tun-m-bukan-anwar/", "title": "GTA dakwa konsep \u2018Rahmah\u2019 idea Tun M bukan Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Konsep Rahmah yang kini menjadi sebahagian daripada identiti Kerajaan Madani didakwa hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.\n\n\nTimbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA) Mahdzir Ibrahim berkata, beliau hairan apabila konsep tersebut digambarkan sebagai idea asal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n\u201cRahmah telah dan sedang digambarkan sebagai \u2018idea\u2019 Anwar Ibrahim di bawah konsep Madani.\n\n\n\u201cBagi saya, naratif ini satu kesilapan yang menjolok mata, malah ia jatuh ke tahap pembohongan intelektual yang melampau dan tidak tahu malu,\u201d kata Mahdzir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUKM Bantu Pelajar Baharu & Pelajar B40 Lanjut Pengajian\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap MB Kedah bukan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nMAINJ keluar fatwa larang orang Islam hadir ritual keagamaan bukan Islam\n\n\n\n\n\n\nDadah bernilai RM11 juta dirampas dalam serbuan\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir sangkal kenyataan `Melayu angkuh\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau menegaskan konsep itu mula diperkenalkan oleh Mahathir dan disebut dalam ucapan perasmian Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat kebangsaan di Kota Kinabalu, Sabah pada 16 Februari 2020.\n\n\nDalam ucapan tersebut, Mahathir telah menjelaskan mengenai Gagasan Rahmah.\n\n\n\u201cSaya petik sedikit ucapan (Mahathir) itu di sini, \u2018Seiring dengan falsafah tersebut, pada 25 Oktober 2019, Kerajaan bersetuju agar gagasan Rahmah dijadikan sebagai dasar pentadbiran Islam Model Malaysia berteraskan Maqasid Syariah dan Rahmatan Lil \u2019Alamin \u2013 yang bersifat universal, inklusif, telus dan menyantuni, bertepatan dengan suasana, adat serta budaya bangsa Malaysia sendiri.\n\n\n\u201c\u2026 Kita percaya dasar ini mampu memberi impak positif kepada rakyat dan negara dalam meningkatkan kesejahteraan sosial, kemakmuran dan perpaduan hidup masyarakat berbilang kaum dan agama, selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang telah dilancarkan oleh Kerajaan,\u201d katanya.\n\n\nMahdzir berkata, Rahmah sudah bermula sejak Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri bagi kali kedua.\n\n\nIa sebuah gagasan baharu yang diikat dengan satu pelan tindakan untuk menjadikan ia sebagai satu dasar negara.\n\n\nDalam konteks tersebut, gagasan Rahmah diikat dengan \u2018Wawasan Kemakmuran Bersama 2030\u2019 (WKB 2030).\n\n\n\u201cKesimpulannya, naratif \u2018Rahmah\u2019 ini sebenarnya bukan cetusan idea kerajaan Madani apatah lagi Anwar Ibrahim seperti yang digembar-gemburkan.\n\n\n\u201cMaka, naratif ini perlu diperbetulkan kerana, gagasan Rahmah tidak memerlukan \u2018Menu Rahmah\u2019, \u2018Simen Rahmah\u2019, \u2018Tol Rahmah\u2019 dan sebagainya.\n\n\n\u201cGagasan Rahmah dalam konteks perlaksanaanya adalah suatu pendekatan sistem pentadbiran yang lebih bermaruah dan manusiawi.\n\n\n\u201cNamun, apabila gagasan Rahmah ini sampai ke tangan \u2018Madani\u2019, ia menjadi seperti idea 1Malaysia hingga pelekat, poster, ayat dan segala benda di\u2018rahmah\u2019kan,\u201d kata beliau dalam ruangan pendapat di Malaysiakini.\n\n\nJusteru, Mahzir berharap naratif Rahmah dikembalikan kepada fungsi asalnya iaitu menjadikan pentadbiran kerajaan lebih bermaruah, berintegriti dan manusiawi.\n\n\nKatanya, Kerajaan Madani boleh memperbetulkan naratif tersebut jika mereka mahu. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/24/kelantan-kotor-air-tidak-berkualiti-jalan-berlubang/", "title": "Kelantan kotor, air tidak berkualiti, jalan berlubang", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Terdapat tiga perkara yang merimaskan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohammad Agus Yusoff ketika pulang berhari raya di Kelantan.\n\n\nSelain isu tekanan air yang rendah serta tidak berkualiti, Kelantan juga berhadapan dengan isu jalan yang tidak diselenggara dengan baik.\n\n\nBekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, persekitaran negeri tersebut kotor kerana sampah sarap tidak diuruskan secara sistematik hingga mengotorkan keadaan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPRU15: PH beri laluan kepada calon BN di DUN Tioman\n\n\n\n\n\n\nWajar tolak SIS, perjuangan bercanggah dengan ajaran Islam\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Projek khusus tangani kesesakan jejas lokasi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nBanyak Isu Tanah, Hutan & Korupsi Tak Selesai Punca Negeri Pahang Ketinggalan?\n\n\n\n\n\n\nSeribu akok terjual dalam sehari di bulan Ramadan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam perkongsian ringkas di Facebooknya, Mohammad Agus berkata, ketiga-tiga isu itu bukan masalah baharu tetapi sebaliknya telah berlanjutan sejak sekian lama.\n\n\n\u201cBalik Kelantan sambut raya. Tiga perkara yang merimaskan. Airnya perlahan dan kualitinya teruk. Jalannya sempit dan berlubang. Sampah berlonggok di merata tempat dan kotor.\n\n\n\u201cAduhhhh, negeriku. Masalah ini berulang setiap raya. Semoga boleh berubah.\n\n\n\u201cSekejap lagi bertolak ke Pulau Pinang. Nikmati kelainan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin,\u201d kata beliau.\n\n\nSementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut FB Ketua Pengarah J-KOM bersetuju dengan rungutan yang dilontar beliau.\n\n\n\u201cSetiap hari, bukan setiap kali raya,\u201d tegas Adli Muhammad AlHasan.\n\n\n\u201cPerkara biasa tapi yang paling tak tahan selain jem tak bergerak, stesen minyak\u00a0RnR\u00a0pun kadang tak ada air. Terpaksa bawa bekal air sendiri,\u201d kata Nredya Edya Edrus.\n\n\n\u201cSungguh. Letih. Bertahun-tahun lagu ni,\u201d komen Rusdi Abu Bakar.\n\n\n\u201cBenar prof., Saya dari Terengganu lancar perjalanan, masuk Kelantan melalui Bukit Yong jalan terus jem,\u201d kata Mohd. Amer Hamat.\n\n\n\u201cProf. kena usahakan sesuatu untuk negeri prof. Prof dah ada jawatan dalam kerajaan sekarang ni. Selamat hari raya prof. Maaf Zahir batin,\u201d komen Ahmad Hafizi. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/24/kpkm-akan-teliti-masalah-lambakan-sayuran-di-tanah-tinggi-lojing/", "title": "KPKM akan teliti masalah lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Masalah lambakan sayuran yang dilaporkan\u00a0berlaku di Tanah Tinggi Lojing sehingga menjejaskan kira-kira 500 pekebun akan diteliti oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam usaha melaksanakan\u00a0langkah penyelesaian berkesan.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) turut berperanan memberikan khidmat nasihat bagi memastikan bekalan sayuran stabil, sekali gus memanfaatkan pekebun tempatan.\n\n\n\u201cFAMA sekarang ini telah pun membeli sayuran pada harga yang lebih mahal daripada harga pasaran kerana mahu membantu pekebun, namun langkah tersebut tidak membantu dalam jangka masa panjang.\n\n\n\u201cKementerian akan pastikan penyelarasan dibuat bagi seimbangkan bekalan sayuran tempatan dengan sayuran import,\u201d katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan\u00a0Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Kedah malam tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes positif Covid-19 menurun kepada 5,809\n\n\n\n\n\n\nBawa lembing, pedang, perisai, Ketua Pemuda PAS sifatkan perarakan \u2018pelik\u2019\n\n\n\n\n\n\nPasar Borong Borneo Tunjukkan Kebudayaan Kaum\n\n\n\n\n\n\nPKR tarik balik penggantungan keahlian Iswardy\n\n\n\n\n\n\nTak dapat lunas hutang, peminjam direkrut buat kerja khianat\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohamad mengulas laporan media tempatan\u00a0baru-baru ini mengenai\u00a0pekebun di Tanah Tinggi Lojing terpaksa membuang ribuan tan sayur yang tidak terjual, berikutan didakwa terdapat lambakan bekalan sayur import dari luar negara.\n\n\nLaporan itu mendakwa masalah itu berlaku apabila pengeluaran sayur tempatan kini meningkat selepas berakhir musim tengkujuh, namun bekalan import didakwa masih dibawa masuk ke negara ini.\n\n\nMohamad berkata, penanaman sayuran tertentu oleh banyak\u00a0pekebun pada satu-satu musim mengikut harga pasaran juga menjadi antara faktor wujud lambakan itu.\n\n\n\u201cKadangkala apabila misalnya (harga) timun mahal, banyak yang akan menanam timun, bila\u00a0dapat hasil nanti, masa itu berlaku lambakan di pihak pekebun. Pihak FAMA ada juga membantu iaitu membeli dengan harga tinggi tetapi FAMA tidaklah dapat menampung semua,\u201d\u00a0katanya.\n\n\nBeliau berkata pangkalan data juga sedang dikemas kini bagi membolehkan bantuan dan khidmat nasihat bersesuaian disalurkan kepada pekebun dalam usaha mengatasi masalah lambakan itu. -BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/24/kumpulan-palestin-kutuk-tindakan-israel-ceroboh-ruang-solat-masjid-al-aqsa/", "title": "Kumpulan Palestin kutuk tindakan Israel ceroboh ruang solat Masjid Al-Aqsa", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad mengutuk tindakan Israel yang menceroboh ruang solat Bab al-Rahma\u00a0atau Pintu Rahmat di\u00a0Masjid Al-Aqsa di\u00a0Baitulmaqdis Timur yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.\n\n\nMenurut laporan media Palestin,\u00a0tentera Israel merosakkan infsfrastruktur di ruang itu\u00a0ketika umat Islam menyambut Aidilfitri pada Sabtu.\n\n\nJurucakap Hamas,\u00a0Hazim Qasim berkata, tindakan itu adalah kesinambungan daripada \u2018perang agama Israel terhadap tapak suci di Baitulmaqdis\u2019.\n\n\n\u201cPerjuangan untuk memelihara \u2018identiti Arab-Islam\u2019 di Masjid Al-Aqsa akan diteruskan tanpa boleh digugat,\u201d katanya dalam satu kenyataan bertulis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPaderi terkemuka Amerika Syarikat memeluk Islam\n\n\n\n\n\n\nIslamophobia: Batu nisan perkuburan Islam di Jerman diserang\n\n\n\n\n\n\n70 buah rumah milik rakyat Palestin dirampas Israel\n\n\n\n\n\n\n3 terbunuh, 213 cedera dalam gempa bumi terbaharu di Turkiye\n\n\n\n\n\n\nTaliban tahan pengasas projek sekolah perempuan Afghanistan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJurucakap Islamic Jihad, Tarek Silmi berkata, serbuan itu satu lagi pencerobohan yang dilakukan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.\n\n\n\u201cPercubaan\u00a0(Israel) untuk menguasai masjid tidak akan berjaya,\u201d tegasnya.\n\n\nPada awal bulan ini, tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa dan mengusir secara paksa jemaah dan insiden ini\u00a0telah\u00a0meningkatkan ketegangan di seluruh wilayah Palestin.\n\n\nSerbuan itu telah mencetuskan tembakan roket dari Semenanjung Gaza dan Lubnan\u00a0manakala Israel melakukan serangan\u00a0dengan melancarkan serangan udara. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/24/malaysia-lebih-berisiko-dilanda-tsunami-berbanding-gempa-bumi/", "title": "Malaysia lebih berisiko dilanda tsunami berbanding gempa bumi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menjangkakan negara berpotensi berdepan risiko gempa bumi, namun situasinya agak tipis berbanding negara di kawasan lingkaran api pasifik.\n\n\nBerdasarkan pencerapan tahap seismik yang dilakukan, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Lim Ze Hui berkata, Malaysia hanya akan merasai tempias gegaran yang rendah dan magnitud yang dialami juga tipis.\n\n\n\u201cSebelah barat Sumatera, Indonesia yang berada di lingkaran api pasifik masih aktif dan aktiviti gempa bumi juga masih dikesan di kawasan itu melalui pencerapan dan pemantauan sistem gempa bumi jabatan.\n\n\n\u201cNamun jangkaan kita, Malaysia masih berisiko menerima tempias kepada aktiviti gempa yang berlaku di kawasan lingkaran api tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHutang negara cecah RM1.5 trilion \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nPerkembangan terkini beri kesan terhadap perbicaraan kes 1MDB\n\n\n\n\n\n\nRosmah pula mohon dibebaskan selepas kes Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nBeberapa wilayah Arab Saudi berdepan ribut petir\n\n\n\n\n\n\nGaji penjawat awam bakal dinilai semula\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelain itu, aktiviti gempa juga berlaku di sebelah timur Sumatera, kadang kala gegarannya boleh dirasai di negeri Pantai Timur Semenanjung, dan ia masih berpotensi berlaku dari masa ke masa.\n\n\n\u201cJadi, kita di sini akan sentiasa ada risiko menerima gegaran hasil daripada gempa bumi di kawasan-kawasan Sumatera tadi tetapi untuk Malaysia jadi seperti di Turkiye sebenarnya tipis sahaja,\u201d katanya.\n\n\nTambah beliau, Met Malaysia mempunyai sistem pemantauan gempa bumi yang boleh mengesan serta merekodkan tahap magnitud gegaran di dalam negara, serantau dan seluruh dunia.\n\n\nKatanya, menerusi sistem itu memudahkan pihaknya menyalurkan maklumat kepada orang awam berhubung situasi semasa dalam negara mahupun negara jiran dengan pantas.\n\n\nMengulas mengenai kesan tsunami kepada Malaysia akibat daripada gempa bumi, Ze Hui berkata, Malaysia mempunyai kebarangkalian berdepan situasi itu seperti yang pernah berlaku pada tahun 2004.\n\n\nBeliau menjelaskan, Malaysia sudah bersedia bagi mengesan situasi itu kerana memiliki sistem amaran awal tsunami yang mampu menyalurkan maklumat kepada orang ramai termasuk agensi bencana negara (NADMA) sebagai persediaan.\n\n\n\u201cMalaysia masih lagi berisiko dan terdedah untuk situasi tsunami namun Met Malaysia bersedia untuk mengeluarkan amaran awal tsunami melalui sistem amaran tsunami kebangsaan.\n\n\n\u201cKalau kita berbalik pada 2004, sistem amaran awal tsunami negara kita belum ada tapi kali ini kita telah lengkap dan bersedia sekiranya berlaku aktivti gempa bumi yang kuat seperti pernah berlaku di Aceh.\n\n\n\u201cSaya juga yakin kita mempunyai masa untuk mengeluarkan amaran tersebut walaupun masa agak suntuk keluarkan amaran.\n\n\n\u201cNamun kita masih boleh mengeluarkan amaran dan salurkan maklumat kepada agensi-agensi pengurusan bencana seperti NADMA dan polis,\u201d jelasnya.\n\n\nDitanya mengenai kesiapsagaan orang ramai sekiranya berdepan dengan situasi gegaran akibat daripada gempa bumi seperti yang pernah berlaku beberapa negeri pantai barat Semenanjung,\u00a0Ze Hui menasihati orang ramai agar tidak mudah panik, berdiri atau berjalan kerana ia akan membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan dan pening hingga rebah sebaliknya perlu tunduk.\n\n\n\u201cDalam situasi itu, buat penilaian dengan memastikan tiada barang di sekiling kita akan rebah dan kalau boleh jauhkan diri dari persekitaran yang berisiko menghempap kita.\n\n\n\u201cSelain itu, pastikan persekitaran kita selamat dan tunduk sehingga gegaran itu berhenti, cuba bergerak ke tempat yang lebih rendah dan selamat. Itu antara yang perlu diingatkan,\u201d ujarnya.\n\n\nSebelum ini, gegaran gempa bumi kuat yang berpusat di Malaysia pernah berlaku dengan kekuatan 6.0 hingga 6.3 skala Richter di Sabah pada 1923, 1958, 1976 dan 2015.\n\n\nManakala gegaran terkuat di Sarawak berlaku pada 1996 dengan 5.3 skala Richter.\n\n\nDi Semenanjung Malaysia juga pernah berlaku beberapa gegaran gempa bumi dengan pusat gempa tempatan di Bukit Tinggi di Pahang, Empangan Kenyir di Terengganu, Kuala Pilah di Negeri Sembilan serta Manjung dan Temenggor di Perak.\n\n\nGegaran berlaku dengan julat kekuatan antara 1.6 hingga 4.6 skala Richter yang berlaku pada 1984, 1985, 1987, 2007, 2009, 2010 dan 2013. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/24/pdrm-plus-aktifkan-dua-laluan-pintar-atasi-kesesakan/", "title": "PDRM, Plus aktifkan dua laluan pintar atasi kesesakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Plus Berhad (Plus) mengaktifkan dua laluan pintar di Lebuh Raya Utara Selatan sebagai langkah mengatasi kesesakan berikutan pergerakan kenderaan kembali ke Lembah Klang selepas cuti umum sempena Hari Raya\u00a0Aidilfitri.\n\n\nPengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, dua laluan itu melibatkan Kilometer (KM) 259 persimpangan Port Dickson hingga KM263 persimpangan Seremban arah utara dan KM19 persimpangan Senai hingga KM27 persimpangan Kulai arah utara.\n\n\n\n\n\u201cAliran kenderaan tinggi dari arah selatan, utara dan timur menuju ke ibu kota menyebabkan kesesakan di beberapa tempat seperti kawasan mendaki serta penukaran tiga kepada dua lorong.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nSudan : 30 rakyat Malaysia selamat tiba di Port Sudan\n\n\n\n\n\n\nPahang negeri terbaharu dilanda banjir, Terengganu dan Kelantan rekod mangsa teramai\n\n\n\n\n\n\nPACU, UKM meterai MoU bangunkan bidang keilmuan\n\n\n\n\n\n\nDua ahli UMNO hantar notis bantahan kepada RoS\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPetugas JSPT berada di lokasi \u2018panas\u2019\u00a0di lebuh raya, Jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran yang berlaku kesesakan ke ibu kota termasuk elemen keanggotaan serta unit dron diatur gerak secara sistematik bagi memastikan aliran trafik lancar dan terkawal, \u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nLaluan pintar itu bertujuan mengoptimumkan penggunaan semua laluan termasuk membuka ruang paling kiri sebagai laluan sementara untuk menambah kapasiti lorong dan membantu melancarkan aliran trafik.\n\n\nMat Kasim berkata, orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan atau kesesakan luar biasa kepada bilik gerakan trafik Bukit Aman di talian 03-22663356 yang beroperasi 24 jam.\n\n\nSementara itu, JSPT menerusi hantaran di laman di Facebook memaklumkan sebanyak 1,381 kemalangan membabitkan 2,072 kenderaan pelbagai jenis pada hari keempat Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.\n\n\nKatanya, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,528 atau 73.7\u00a0\u00a0peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam.\n\n\n\u201cIa diikuti motosikal (256), kenderaan pacuan empat roda (122), kenderaan pelbagai guna (102 kes), van (43), lori (13), bas (lima) dan tiga kes kemalangan melibatkan teksi,\u201d menurut hantaran itu.\n\n\nJSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan.\n\n\nOp Selamat 20 dilaksanakan selama tujuh hari bermula 20 April lepas bertemakan \u2018Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi\u2019.\u00a0 \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/24/rumah-terbuka-dekati-rakyat-bukan-kempen-prn/", "title": "Rumah Terbuka dekati rakyat, bukan kempen PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam lokasi membabitkan negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) hanyalah bagi mendekati rakyat.\n\n\nMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, penganjuran majlis rumah terbuka sempena Hari Rya Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan ahli Kabinet tidak ada kaitan dengan PRN.\n\n\nKatanya, penganjuran majlis itu dapat memberikan akses sebanyak mungkin kepada rakyat dari negeri berkenaan untuk hadir berbanding jika dianjurkan di Putrajaya sahaja.\n\n\n\u201cBukan semua orang dari negeri (lain) dapat berkunjung ke rumah terbuka ini jika ia diadakan di Seri Perdana, Putrajaya. Maka pilihan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah untuk mendekati dan meraikan sebanyak mungkin rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDUN Dudong Hangat Diperkatakan Menjelang Hari Mengundi\n\n\n\n\n\n\nSPRM Fokus Banteras Sindiket Besar & Punca Kes Rasuah Meningkat \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nKeputusan status Islam, pengiktirafan terhadap Mahkamah Syariah\n\n\n\n\n\n\nPAS Utamakan Penyatuan Ummah, Tolak Khemah Besar\n\n\n\n\n\n\nKJ sah dilantik menjadi Ahli Lembaga JDT\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMalah, banyak acara peringkat kebangsaan juga dirancang untuk diadakan di luar Putrajaya bagi mencapai hasrat menguatkan kerjasama (dengan negeri-negeri termasuk dipimpin pembangkang) ini,\u201d katanya.\n\n\nMohamad ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah di Alor Setar malam tadi.\n\n\nPresiden Amanah itu berkata, Kerajaan Persekutuan komited untuk membuat perbelanjaan berhemah, sekali gus tiada isu pembaziran menerusi penganjuran majlis itu.\n\n\nSebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengkritik program berkenaan yang dianggap sebagai program kempen PRN.\n\n\nTambahan menurut, Muhammad Sanusi program itu bakal menelan belanja yang tinggi kerana diadakan di enam lokasi berbanding jika hanya diadakan di Putrajaya seperti kebiasaan.\n\n\nRumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri akan dimulakan di Kedah pada 29 April ini.\n\n\nIni diikuti Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei), Terengganu (13 Mei) dan kemuncak sambutan rumah terbuka itu akan berlangsung di Selangor pada 14 Mei. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/24/tiga-beradik-wanita-ditemukan-lemas-ketika-mandi-di-pantai-port-dickson/", "title": "Tiga beradik wanita ditemukan lemas ketika mandi di pantai Port Dickson", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kegembiraan\u00a0empat beradik berkelah bersama saudara\u00a0mereka sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bertukar tragedi apabila tiga beradik wanita\u00a0lemas ketika mandi manda di Pantai Cahaya, Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.\n\n\nKomander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang, Penolong\u00a0Penguasa Bomba, Azizee Alias berkata, ketiga-tiga mangsa bersama adik lelakinya dari Banting, Selangor dan seorang\u00a0saudara lelakinya dari Perak datang berkelah ke pantai tersebut.\n\n\nKatanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 5.57 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan Teluk Kemang dikejarkan ke lokasi berkenaan.\n\n\nMenurutnya, mangsa wanita dikenali sebagai R. Kalavani, 30, Dawige, 29 dan Sathiyadevi, 19, manakala adik lelaki mangsa, Veeran, 26, dan saudara lelakinya,\u00a0J. Sathiswaran, 29, diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n3 juta jemaah bakal wukuf di Arafah Selasa ini\n\n\n\n\n\n\nPerlis Benar Masjid Rapat Saf Solat Berjemaah\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan Muda Dalam Prn Johor Meraikan Demokrasi\n\n\n\n\n\n\nNajib Didapati Bersalah, Hukuman Penjara 12 Tahun Kekal\n\n\n\n\n\n\nHarga Barang Dijangka Kembali Stabil Awal Tahun Depan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMayat ketiga-tiga mereka\u00a0itu ditemukan\u00a0kira-kira 50 meter dari pantai. Ketika kejadian, air tengah pasang dan agak bergelora. Saya juga\u00a0dimaklumkan kawasan berkenaan adalah kawasan larangan mandi, katanya.\n\n\nBeliau berkata,\u00a0mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/24/usaha-bawa-keluar-rakyat-malaysia-dari-sudan-sudah-dilaksanakan/", "title": "Usaha bawa keluar rakyat Malaysia dari Sudan sudah dilaksanakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Usaha dan tindakan membawa keluar rakyat Malaysia dari kawasan pertempuran di Khartoum\u00a0telah dilakukan.\n\n\nBagaimanapun, Menteri Luar\u00a0Datuk Seri Dr\u00a0Zambry Abdul Kadir berkata, keberadaan mereka ketika ini belum boleh dikongsikan atas faktor keselamatan.\n\n\n\n\n\u201cProses membawa keluar rakyat Malaysia memasuki fasa kritikal, susulan kedua pihak yang\u00a0bersengketa tidak menghormati gencatan senjata.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRumah Terbuka dekati rakyat, bukan kempen PRN\n\n\n\n\n\n\nAda Dua Kemungkinan, Pemilihan UMNO Sebelum Atau Selepas PRU-15 \u2013 Mahdzir\n\n\n\n\n\n\nMUDA desak kerajaan batal projek PJD Link\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Melambung Beri Kesan Kepada Peniaga\n\n\n\n\n\n\nKertas Putih perolehan vaksin Covid-19 tidak ikut prosedur\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya memohon rakyat Malaysia mendoakan kesemua mereka selamat dan misi mengeluarkan mereka dari Sudan berjaya dilakukan,\u201d katanya hari ini.\n\n\nZambry berkata, Wisma Putra dan lain-lain agensi di Pusat Operasi Ops Sudan terus gigih berusaha untuk membawa keluar rakyat Malaysia.\n\n\nSebelum ini, Zambry berkata, Malaysia sudah menghubungi pentadbiran tertinggi Sudan\u00a0bagi memohon kelulusan lintas udara dan mendarat di negara itu.\n\n\nIa susulan tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Sudan melanjutkan penutupan ruang udara negara itu sehingga 30 April.\n\n\nSeramai 32 rakyat Malaysia dilaporkan berada di Sudan iaitu di tujuh tempat berbeza dan mereka dalam\u00a0dalam keadaan selamat.\n\n\nPada 21 April lalu, dua rakyat Malaysia dibawa keluar dan dipindahkan ke tempat selamat.\n\n\nBerdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), korban akibat pergolakan di Sudan sehingga kini meningkat kepada lebih 400 orang\u00a0manakala 3,500 lagi cedera.\n\n\nKonflik bersenjata itu tercetus sejak dua minggu lalu antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF). \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/25/17800/", "title": "Masjid, surau di Kelantan digesa adakan solat hajat minta hujan", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Masjid dan surau di seluruh negeri Kelantan disaran mengadakan sembahyang hajat untuk memohon hujan, susulan cuaca panas pada masa ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Besar Ahmad Yakob dalam satu kenyataan hari ini turut menggesa penduduk negeri itu agar berbuat demikian.\n\n\nAhmad berkata keadaan cuaca panas yang dijangka berlanjutan sehingga Ogos depan telah menyebabkan kemarau dan menjejaskan tanaman.\n\n\n\u201cUntuk itu, saya menyeru rakyat Kelantan untuk perbanyakkan istighfar dan berdoa kepada Allah serta mengambil peluang untuk solat hajat di rumah masing-masing. Para imam disarankan melaksanakan solat hajat di masjid atau surau memohon agar hujan dapat turun pada kadarnya demi kesejahteraan bumi dan seluruh penduduk.\n\n\n\u201cSemoga dengan usaha dan ikhtiar ini, Allah menurunkan Rahmat-Nya kepada kita semua dengan menganugerahkan hujan secara merata lagi menyegarkan bumi ini,\u201d katanya.\n\n\nDua hari lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah mengalami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut dengan suhu boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celsius.\n\n\nAntara kawasan tersebut adalah empat jajahan di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas dan Tanah Merah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/25/agihan-kerusi-pn-hampir-90-peratus-selesai/", "title": "Agihan kerusi PN hampir 90 peratus selesai", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Agihan kerusi Perikatan Nasional (PN) bagi negeri-negeri yang bakal berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) kini sudah di peringkat akhir iaitu hampir mencapai 90 peratus.\n\n\nNaib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata keputusan itu dicapai selepas rundingan diadakan antara kepimpinan PAS, BERSATU dan GERAKAN.\n\n\nBeliau yang juga Menteri Besar berkata, setakat ini hanya tinggal satu atau dua kerusi di setiap negeri yang keputusannya perlu dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti.\n\n\nPengagihan kerusi itu mengambil kira pelbagai faktor, kita ada \u2018aturan\u2019 tersendiri \u2026ada yang mengenai \u2018status quo\u2019 ada yang mengenai jentera mana lebih kuat di satu-satu tempat dan ada calon berpotensi serta berwibawa.\n\n\nPaling penting apabila kita bincang dengan rakan BERSATU dan GERAKAN, prioriti utama ialah hendak memaksimumkan kemenangan sama ada atas nama PAS atau PN di negeri yang bertanding menggunakan lambang PN dan lambang PAS.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas menghadiri Program Tarik Pukat Raya 2023 di Pantai Pulau Kekabu, di Marang, Terengganu semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSogokan rasuah kepada pengundi bukan amalan Pas\n\n\n\n\n\n\nMH17 : Ukraine \u2013 Russia bertemu muka buat pertama kali depan hakim ICJ\n\n\n\n\n\n\nKelantan boleh jadi negeri kaya jika PAS terus diberi mandat\n\n\n\n\n\n\nCadangan wajib bayar elaun latihan industri dibawa ke kabinet\n\n\n\n\n\n\nPeniaga Tertekan Harga Barang Harian Mahal\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, pihaknya dijangka akan mengadakan perbincangan semula mengenai baki kerusi yang masih belum diputuskan selepas seminggu sambutan Aidilfitri.\n\n\nKatanya, Terengganu akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum tempoh tamat hari terakhir pada Jun ini dan tarikh itu tidak jauh berbeza dengan Kelantan.\n\n\nMungkin Terengganu akan bubar selepas Kelantan, kita sudah bersedia dengan jentera di seluruh Terengganu bermula dari tahun lalu ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). \n\n\nOleh kerana terdapat pertimbangan lain pada waktu itu, maka kita kemudiankan PRN. Agihan kerusi sudah dibincangkan beberapa kali pada peringkat negeri terbabit PRN, ia menunjukkan penyelesaian dalam waktu terdekat.\n\n\nPada masa sama, katanya, Kelantan dan Terengganu akan menggunakan lambang PAS, manakala empat negeri lagi akan menggunakan lambang PN seperti pada PRU Ke-15 tahun lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/25/ahli-parlimen-pembangkang-belum-buat-permohonan-rasmi-fadillah/", "title": "Ahli Parlimen pembangkang belum buat permohonan rasmi \u2013 Fadillah", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Sebarang permohonan rasmi bagi membincangkan peruntukan kewangan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum diterima oleh pihak kerajaan.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengakui bahawa baru-baru ini beliau dan Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah mengadakan perjumpaan, namun ia adalah pertemuan tidak rasmi.\n\n\nSaya dah bagi tahu kepada mereka (PN) untuk buat tawaran (permohonan) secara hitam putih, selagi kita (kerajaan MADANI) belum terima surat rasmi bermakna tidak akan berlaku sebarang rundingan.\n\n\nKalau kita ingat, sewaktu kerajaan Keluarga Malaysia ada Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani dan ada rundingan. Jadi yang ini belum berlaku\u2026 macam orang meminang, macam mana nak bincang kalau orang tak menawarkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Pilihan Khas Mesyuarat Rabu Depan\n\n\n\n\n\n\nMB Kelantan pegang lima portfolio Exco\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid arah bina jambatan Bailey di Selancar\n\n\n\n\n\n\nTanah runtuh bukan bermula di Father\u2019s Organic Farm\n\n\n\n\n\n\nMangsa sindiket penipuan jangan takut buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau yang turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching, Sarawak hari ini.\n\n\nBeliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya sebelum ini dilaporkan telah meminta Takiyuddin mengemukakan perincian cadangan secara bertulis, sebelum rundingan mengenainya dimulakan.\n\n\nSelain itu, beliau juga tidak menetapkan had masa khusus untuk Ketua Whip Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Kota Bharu itu mengemukakan cadangan berhubung perkara berkenaan.\n\n\nPN telah melantik tiga wakil yang terdiri daripada Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Naib Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin dan Takiyuddin untuk menyertai rundingan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/25/arah-kiblat-tersasar-jakim-majlis-agama-negeri-perlu-keputusan-bersama/", "title": "Arah kiblat tersasar, JAKIM & Majlis Agama Negeri perlu keputusan bersama", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Datuk Dr Nooh Gadut menyifatkan isu arah kiblat yang tepat mengikut syariat adalah perkara sensitif yang membabitkan hal ehwal agama Islam semua negeri.\n\n\nJawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) akan memanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Negeri bagi berbincang mengenai isu arah kiblat yang tersasar.\n\n\n\u201cBeri sedikit masa untuk kami berbincang dengan JAKIM dan majlis agama setiap negeri bagi memperincikan (isu kiblat tersasar),dan menetapkan prosedur yang perlu dilakukan.Perkara ini tidak boleh diberi pandangan melalui satu pihak sahaja, peribadi mahupun mengikut negeri masing-masing, terutama dalam menentukan prosedur menetap atau mengukur semula arah kiblat yang disyariatkan di Malaysia,\u201d\n\n\nPengerusi jawatankuasa itu, Datuk Dr Nooh Gadut menyifatkan isu arah kiblat yang tepat mengikut syariat adalah perkara sensitif yang membabitkan hal ehwal agama Islam semua negeri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPandangan ekstrem berunsur kaum, agama wajib dihentikan \u2013 Sultan Nazrin\n\n\n\n\n\n\nKes Omicron Pertama Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Johor Mahu Pengkhianat Dihukum\n\n\n\n\n\n\nFasa 2 SUKE dibuka tengah malam ini\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri perlu hormati keputusan PAU 2022\n\n\n\n\n\n\n\n\nNooh berkata, sebarang keputusan tidak boleh dipengaruhi oleh pandangan satu pihak, peribadu dan mengikut negeri masing-masing.\u00a0\n\n\nMemetik Berita Harian, beliau berkata, pihak berkepentingan perlu mencari kaedah paling tepat dalam memastikan setiap arah kiblat umat Islam tidak tersimpang yang boleh mengakibatkan ibadat wajib seperti solat lima waktu terbatal.\n\n\nBeliau juga mencadangkan JAKIM menubuhkan jawatankuasa bertindak yang turut disertai Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi menyelesaikan isu itu.\n\n\nBeliau berkata demikian susulan semalam, media melaporkan 40 peratus arah kiblat Lembah Klang tersasar.\n\n\nKeadaan itu menyaksikan arah kiblat tersasar sehingga 180 darjah dari kedudukan sebenar yang melibatkan 20,000 kediaman dan premis."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/25/boy-iman-didakwa-tipu-jual-tapak-hooray-x-fest-raya/", "title": "Boy Iman didakwa tipu jual tapak Hooray X Fest Raya", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0 Empat individu termasuk pelakon dan penerbit Boy Iman didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan menipu seorang wanita berhubung urusan penjualan tapak festival Hooray X Fest Raya.\n\n\nBoy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, 43, bersama-sama dengan Nor Azmi Jantan, 49, Norazah Sahud dan Norzana Rapie @ Rafie, masing-masing 51 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.\n\n\nMengikut ketas pertuduhan kesemua mereka didakwa menipu Siti Wardina Basir dengan memperdayakannya dalam urusan penjualan atau penyewaan tapak Hooray X Fest Raya di Pusat Dagangan Putra (WTC) di Kuala Lumpur, sehingga menyerahkan RM1,500 pada 2.34 pagi, 19 April lalu di WTC.\n\n\nMereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.\n\n\n\n\nTerdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noraisyah Mohamed Zanyuin menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 kepada setiap tertuduh, bagaimanapun peguam Mohamad Syakir Mohamad Fawzi yang mewakili Boy Iman dan Nor Azmi memohon jumlah itu dikurangkan kerana kedua-dua anak guamnya menanggung keluarga.\n\n\n\n\nPeguam Ernest Azad yang mewakili dua lagi tertuduh turut memohon mahkamah supaya mengurangkan jumlah ikat jamin terhadap anak guamnya.\n\n\nMajistret Noorelynna Hanim Abd Halim kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.\n\n\n13 Jun depan kemudian ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/25/dr-radzi-hassan-ketua-pengarah-kesihatan-baharu/", "title": "Dr Radzi Hassan Ketua Pengarah Kesihatan baharu", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu.\n\n\nBeliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan (KKM).\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pelantikan Dr. Muhammad Radzi itu bagi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara wajib pada 21 April lalu.\n\n\nTambah beliau, pelantikan Dr Muhammad Radzi dilakukan berdasarkan kelayakan dan pengalaman luasnya dalam bidang perkhidmatan kesihatan negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPEMBINA Syor Mahasiswa Undi Pos, Kurangkan Kos Pulang Ke Kampung\n\n\n\n\n\n\nPelan Tindakan Warga Emas Negara dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nKJP diminta semak, kemas kini data tanah persekutuan\n\n\n\n\n\n\nKonvoi Diiringi Polis Trafik Diberi Laluan Untuk Elak Kemalangan\n\n\n\n\n\n\nKKD usaha lindungi wartawan sambilan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu Dr Muhammad Radzi juga pernah dilantik sebagai Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah, Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah, Ketua Perkhidmatan Gastroentrologi dan Hepatologi serta menjadi pengerusi pentauliahan bidang kepakaran ini dari tahun 2013 sehingga 2021.\n\n\nDr Zaliha berkata, sebelum menjadi Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Dr Muhammad Radzi juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.\n\n\nMalah, beliau yakin dengan pengalaman, pengetahuan, kepakaran serta kredibiliti Dr Muhammad Radzi mampu memberikan yang terbaik dan menjadi rakan pasukan bersamanya.\n\n\nIa selaras dengan Kertas Putih Kesihatan yang sedang dibangunkan agar masyarakat Malaysia Madani dapat terus menikmati perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, berkualiti serta mapan.\n\n\nPada Jumaat lalu, Dr. Noor Hisham yang mengetuai jentera kesihatan dalam membendung wabak COVID-19 telah bersara wajib.\n\n\nPersaraan tersebut selepas berkhidmat selama 35 tahun di sektor kesihatan serta memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan selama 10 tahun sejak 2013."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/25/gempa-7-0-landa-sumatera-pagi-tadi/", "title": "Pantai Barat Malaysia rasa gegaran gempa 7.0 Sumatera", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 4 pagi tadi.\n\n\nJabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata gempa berlaku pada kedudukan 85 kilometer (km) barat laut dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 48 km.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cGegaran dirasai di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia,\u201d menurut kenyataan MetMalaysia menerusi laman Facebook.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, gempa tersebut tidak mencetuskan ancaman tsunami kepada Malaysia.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPihak MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu supaya mengisi borang soal selidik disediakan menerusi pautan\u00a0\nhttps://forms.gle/ouB7tgmn26DjZ1qX9\n.\n\n\nHantaran Met Malaysia itu menerima lebih 800 komen dan lebih seribu pengikut berkongsikan hantaran berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGUGURKAN CALON PN AJAR CARA LOLOS KE ISRAEL\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Lynas berhimpuan esok dibenarkan polis\n\n\n\n\n\n\n#BoikotIndia sohor di Twitter\n\n\n\n\n\n\nPemuda PAS tawar `bahtera penyelamat\u2019\n\n\n\n\n\n\nTarikh lihat anak bulan pada 22 Mac\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi ruang komen, para netizen menyatakan mereka turut merasai gegaran itu antaranya yang tinggal di Shah Alam, Selangor.\n\n\n\n\nKawasan lain yang turut merasakan gempa di Siberut itu ialah di Sabak Bernam, Sekinchan, Banting,\u00a0 Kajang dan juga beberapa kawasan di ibu negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/25/lelaki-hina-sultan-johor-ditahan/", "title": "Lelaki hina Sultan Johor ditahan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seorang lelaki disyaki membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di media sosial ditahan semalam.\n\n\nSetiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Puchong, Selangor.\n\n\nPolis turut merampas satu telefon bimbit dan sekeping kad sim.\n\n\nMenurut kenyataan PDRM, lelaki berkenaan dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor menerusi akaun Facebook \u2018Indera Mulia\u2019 pada Khamis lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak rasional benar guna kalimah Allah di Sarawak\n\n\n\n\n\n\nPH desak Abdul Hadi lapor polis jika DAP promosi Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nLantikan Jalaluddin untuk gembirakan hati penyokong UMNO\n\n\n\n\n\n\nAPM bantu 3,132 orang awam dalam Ops Prihatin\n\n\n\n\n\n\nPRN: Pengundi perlu tolak sentimen taksub kepada parti, pemimpin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLelaki itu\u00a0dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor menerusi akaun Facebook \u2018Indera Mulia\u2019 pada Khamis lepas,\u201d katanya dalam kenyataan malam tadi.\n\n\nKes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.\n\n\nPermohonan reman terhadap suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.\n\n\nKes disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.\n\n\nBeliau menasihati orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa, kaum, raja dan seumpamanya yang boleh membawa kepada keadaan tidak harmoni\u00a0dan menggugat perpaduan negara.\n\n\nLink Pautan : \nhttps://www.facebook.com/tvpertiwi/videos/936138520913837"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/25/peruntukan-bantuan-sekolah-persendirian-cina-terus-meningkat/", "title": "Peruntukan bantuan sekolah persendirian Cina terus meningkat", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa\u00a0 \u2013\u00a0 Tarikh 5 Mei depan, adalah tarikh bersejarah yang akan menyaksikan \n\u00a0peruntukan berjumlah RM15.75 juta akan diberikan kepada 63 buah sekolah persendirian Cina di seluruh negara.\n\n\nPeruntukan kepada sekolah persendirian Cina ini diberikan bermula pada tahun\u00a0 2019, iaitu\u00a0 setahun selepas kali pertama Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pusat.\n\n\nPeruntukan itu dikatakan satu yang dinanti-nantikan setelah dipohon oleh Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dalam satu permohonan bertulis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Februari yang lalu.\n\n\nPada 20\u00a0 April lalu, \u00a0 Menteri Pengangkutan Anthony Loke, mengesahkan bantuan khas berkenaan yang dipohon melalui \nPresiden Dong Zong, Tan Tai Kim, \ntelah pun diluluskan oleh Anwar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUtamakan Guru Interim Untuk Tetap I-Guru\n\n\n\n\n\n\n140 NGO Serah Memorandum Bantahan Terhadap Suruhanjaya Tinggi India\n\n\n\n\n\n\nBanyak kesan negatif nikotin bukan lagi dalam senarai racun\n\n\n\n\n\n\nRakyat jijik perlakuan rasuah, pemimpin diingat jangan ulangi kesalahan sama\n\n\n\n\n\n\nDUN Kedah lulus RUU Anti Lompat Parti\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnthony selaku\u00a0 Setiausaha Agung\u00a0 DAP\u00a0 dalam satu\u00a0 kenyataan berbahasa Cina berkata setiap sekolah akan menerima sebanyak\u00a0 RM250,000.\n\n\nDalam satu blog,\u00a0 \nchindaoluntan blogspot dot com\u00a0 \u00a0 kelulusan \u00a0\nterhadap permohonan berkenaan pada saat rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada tarikh sambutan Aidil fitri, satu berita gembira diterima oleh komuniti Cina di negara ini.\n\n\nBlog itu yang memetik ruangan editorial akhbar Sin Chew Daily,\u00a0 menyatakan sekolah menengah persendirian Cina adalah institusi yang diselia oleh persatuan dan tidak berorientasikan keuntungan, sering menghadapi dilema untuk terus berada dalam sistem persekolahan tempatan.\n\n\nMemetik Sin Chew, perbelanjaan operasi sekolah berkenaan adalah sebanyak RM400 juta setahun dan ia jauh lebih besar daripada dana yang dimiliki persatuan iaitu sekitar RM360 juta, kerana kosya mengalami kenaikan sebanyak RM40 juta setiap tahun.\n\n\nUntuk rekod pada tahun 2019, sejumlah RM12 juta diberikan kepada sekolah persendirian Cina, jumlah itu kemudian meningkat 24 %\u00a0 pada tahun berikutnya.\n\n\nSelama tiga tahun berturut-turut jumlahnya adalah\u00a0 RM15 juta ringgit sehinggalah ia dinaikkan kepada RM15.75 juta pada tahun ini atau lebihan 5 peratus daripada tahun sebelumnya\u00a0 kepada 63 buah sekolah berkenaan yang bakal diterima selepas raya.\n\n\n\n\n2023 \u2013 RM 15.75 juta\n\n\n2022 \u2013 RM15 juta\n\n\n2021 \u2013 RM 15 juta\n\n\n2020 \u2013 RM 15 juta\n\n\n2019 \u2013 RM 12 juta\n\n\n\n\nBantuan khas sekolah persendirian Cina meningkat.\nBerdasarkan laporan media tempatan, tahun ini ia adalah peruntukan kelima dikeluarkan dan jumlah semakin meningkat saban tahun.\n\n\nMenurut Pada tahun 2019\u00a0 peruntukan sekolah Cina persendirian adalah berjumlah 12 juta ringgit.\n\n\nTahun berikutnya selama tiga tahun berturut-turut\u00a0 ia melonjak kepada 15 juta ringgit iaitu pertambahan 3 juta ringgit atau\u00a0 sebanyak 25 peratus daripada peruntukan pertama.\u00a0\n\n\nBagaimanapun tiada pertambahan kenaikan pada tahun 2021 dan 2022.\n\n\n\n\nSebaliknya bagi tahun ini bantuan khas itu ditambah lagi kepada 5 peratus iaitu daripada 15 juta ringgit kepada tambahan lagi 750 ribu ringgit kepada sekolah persendirian Cina yang berada di negara ini.\n\n\nBantuan berkenaan akan diberikan bermula dua minggu selepas raya.\n\n\nSecara taksiran Sekolah Menengah Cina Persendirian adalah bermaksud milik individu atau persatuan-persatuan tertentu, dan kerajaan tiada mempunyai apa-apa autoriti ke atas sekolah tersebut sama ada pentadbiran mahupun pembinaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/25/sekat-peruntukan-pembangkang-jawab-di-akhirat-shahidan/", "title": "Sekat peruntukan pembangkang, jawab di akhirat \u2013 Shahidan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nKepimpinan Kerajaan Persekutuan diingatkan terhadap dosa yang perlu dijawab di akhirat kelak, kerana menghalang peruntukan yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat menerusi Ahli Parlimen termasuk ahli parlimen dari blok pembangkang.\u00a0\n\n\nAhli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata peruntukan Ahli Parlimen yang belum disalurkan kepada wakil pembangkang sehingga kini adalah milik rakyat dan bukan hak mutlak Perdana Menteri.\n\n\nBeginilah, wang itu mereka nak bagi, bagi! Kalau tak bagi pun, bukan duit mereka, itu wang rakyat. Kerajaan kini sengaja melengah-lengahkan wang milik rakyat yang akan digunakan untuk membantu rakyat (menerusi Ahli Parlimen masing-masing), jika mati esok, mereka jawablah di akhirat kelak.\n\n\nAhli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata peruntukan Ahli Parlimen yang belum disalurkan kepada wakil pembangkang sehingga kini adalah milik rakyat dan bukan hak mutlak Perdana Menteri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNetizen luah kekecewaan terhadap Aplikasi MyBayar Saman\n\n\n\n\n\n\n\u201cWell done guys\u201d \u2013 Khairy puji tindakan berani ahli UMNO rujuk ke RoS\n\n\n\n\n\n\nRonnie Liu mohon tamatkan keahlian bersama DAP\n\n\n\n\n\n\nJPJ atasi isu pelekat cukai jalan tidak berkualiti\n\n\n\n\n\n\n16 Senator dilantik Ahli Dewan Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Berita Harian, beliau berkata, peruntukan terbabit sudah diluluskan di Parlimen, maka tidak timbul isu surat permohonan atau surat tawaran oleh Perikatan Nasional (PN).\n\n\nJusteru, katanya, jika PN memerintah, perkara sebegini tidak akan berlaku kerana wang rakyat akan digunakan untuk rakyat.\n\n\nPN takkan buat kerja macam ni, hak orang serahkan cepat, bukan menyusah dan melengah-lengahkan tak ketahuan, PN tak begitu, kami tak buat kerja macam ni.\n\n\nShahidan berkata, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, juga sudah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof namun beliau tidak pasti bila pertemuan tersebut diadakan.\n\n\nMereka sudah berjumpa, bila saya tak pasti saya cuma melihat gambar pertemuan mereka di aplikasi WhatsApp kami.\u00a0\n\n\nSebelum ini, Fadillah dilaporkan berkata, Kerajaan Perpaduan tidak menetapkan syarat kepada PN untuk mendapatkan agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang.\n\n\nSebaliknya, beliau berkata, kerajaan masih menunggu tawaran rasmi daripada blok pembangkang itu seperti yang dilakukan ketika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pembangkang sebelum ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/25/sudan-malaysia-usahakan-rakyat-tempatan-keluar/", "title": "Sudan : 30 rakyat Malaysia selamat tiba di Port Sudan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 [KEMASKINI] Seramai 30 rakyat Malaysia yang terperangkap di Sudan akibat pergolakan selamat tiba di Port Sudan semalam pada jam 2.07 petang waktu tempatan selepas melalui perjalanan sejauh 1,233 kilometer (km) dan mengambil masa selama 30 jam.\n\n\nMenteri Luar, \nDatuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Pasukan Khas (TF) Ops Sudan Malaysia juga berjaya membantu mengeluarkan 26 warganegara lain terdiri daripada untuk turut sama dalam proses evakuasi ini\n\u00a0antaranya 14 warga Singapura, Kemboja (6), Amerika Syarikat (2) manakala Filipina, Thailand, Palestin dan Sudan masing-masing seorang.\n\n\nMenurut Zambry, dua orang rakyat Malaysia tidak terlibat dengan proses evakuasi tersebut berkhidmat di United Nations Mission in Sudan (UNMIS) di Abyei dan proses evakuasi mereka dilakukan oleh pihak berkenaan.\n\n\nSebelum ini, media melaporkan usaha dan tindakan membawa keluar rakyat Malaysia dari kawasan pertempuran di Khartoum telah dilaksanakan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPACU, UKM meterai MoU bangunkan bidang keilmuan\n\n\n\n\n\n\nTunjuk Perasaan Di Sudan Catat Kematian Pertama\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful gagal ketepi kes rasuah RM6.9 juta\n\n\n\n\n\n\nPAS pertimbang fail petisyen\n\n\n\n\n\n\nRombakan Kabinet: GRS, BN, PH bentuk Kerajaan Negeri Sabah\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, memetik Bernama, Zambry ketika dihubungi memaklumkan keberadaan mereka ketika ini tidak dapat dikongsikan atas faktor keselamatan.\u00a0\n\n\nJelasnya, seramai 32 rakyat Malaysia dilaporkan berada di Sudan iaitu di tujuh tempat yang berbeza dalam keadaan selamat.\u00a0\n\n\nPergolakan bersenjata yang berlaku antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum serta beberapa bandar berdekatan menyaksikan keadaan itu bertambah buruk apabila angka kematian meningkat setakat ini iaitu melebihi 400 orang.\u00a0\n\n\nKonflik yang berlaku ini turut menyebabkan setiap negara berusaha untuk membawa keluar dan memindahkan rakyat-rakyatnya ke tempat selamat susulan pertempuran yang semakin meruncing di negara tersebut.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, seramai 1,209 rakyat Indonesia yang kebanyakannya merupakan pelajar yang tinggal di Khartoum dibawa keluar dari Sudan dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).\u00a0\n\n\nPengarah Perlindungan Warga Negara dan Badan Undang-Undang Kementerian Luar, Judha Nugraha menjelaskan kerajaan Indonesia terus berusaha untuk mempersiapkan pemindahan manakala koordinasi dengan pihak PBB juga telah dilakukan.\n\n\nSementara itu, Kementerian Luar Arab Saudi menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun rasminya di Twitter semalam memaklumkan pihaknya telah memindahkan lebih 356 warga asing dari Sudan termasuk 101 rakyatnya dan rakyat dari beberapa negara lain.\u00a0\n\n\nMenurut kenyataan itu, antara yang dipindahkan ialah rakyat Amerika Syarikat, United Kingdom, Sweden, Itali, Qatar, Syria, Belanda, Iraq, Turkiye, Tanzania, Lubnan dan Libya.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Menteri Luar Itali, Antonio Tajani berkata semangat kerja berpasukan pertahanan telah membawa kepada kejayaan operasi pemindahan orang awam dan diplomat Itali keluar dari Khartoum ke Djibouti.\u00a0\n\n\nTajani berkata operasi pemindahan itu melibatkan kira-kira 200 orang awam dan kakitangan kedutaan termasuk rakyat Switzerland, pekerja kedutaan Vatican serta 20 lagi warga Eropah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/25/tanah-runtuh-76-kakitangan-sprm-diarah-keluar/", "title": "Tanah runtuh : 76 kakitangan SPRM diarah keluar", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0 Lebih 70 individu di dua blok Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, di ibu negara diarah meninggalkan bangunan susulan kejadian tanah runtuh petang tadi.\n\n\nRuntuhan berlaku di hadapan pintu masuk bangunan akademi SPRM yang menyebabkan pondok kawalan musnah.\n\n\nLuas kawasan runtuhan dianggar membabitkan 30 x 60 meter persegi.\n\n\nJabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, mengesahkan kejadian itu selepas menerima panggilan mengenainya jam 1.54 petang.\n\n\nLokasi kejadian tanah runtuh di Akademi SPRM di ibu negara yang berlaku petang tadi.\n\n\nSejurus dihubungi, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu.\n\n\nDalam satu kenyataannya kepada media, jurucap JBPM Kuala Lumpur berkata seramai 76 mangsa membabitkan 36 lelaki dan 40 wanita yang berada dalam dua blok bangunan di akademi itu diarahkan keluar.\n\n\nSemuanya tidak mengalami sebarang kecederaan.\n\n\nPihak bomba juga memaklumkan semua mangsa dipindahkan ke tempat selamat dan ketika ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syabas telah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan maklumat awal, pergerakan tanah dilaporkan masih berlaku dipercayai akibat kejadian paip pecah,\u201d kata kenyataan bomba.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Ketua Balai Polis Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata siasatan awal kejadian dikatakan berpunca daripada paip bawah tanah yang pecah sehingga menyebabkan berlaku takungan air di luar perimeter bangunan berkenaan.\n\n\n\n\n\n\nKetua Balai Polis Sentul, ACP Beh Eng Lai"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/25/tragedi-3-syawal-6-maut-kereta-bertembung/", "title": "Tragedi 3 Syawal, 6 maut kereta bertembung", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nIdentiti enam mangsa terkorban dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan jenis sedan bertembung di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor di Cheneh, Chukai, Terengganu pada petang semalam sudah dikenal pasti.\u00a0\n\n\nKetua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata empat penumpang dalam kereta sedan pertama maut melibatkan dua wanita, seorang lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan iaitu Nor Nadia Natasha Abu Bakar, 23; Rosliza Mat Hussin, 38; Tuan Yah Dollah, 61, dan Nur Syafinaz Naura Saiful Azwan, 2.\u00a0\n\n\n\u201cKereta itu dipandu Shah Rezzal Zanzalani, 27, manakala tiga penumpang lain iaitu Wan Muhammad Adam Wan Muhammad Khalil, 11; Wan Alya Farhana Wan Muhammad Khalil, 15, dan Nur Syafana Nasha Saiful Azwan, 2, mengalami kecederaan,\u201d katanya.\n\n\nJelasnya, dua lagi mangsa maut adalah penumpang daripada kereta sedan kedua iaitu Abd Halim Ismail, 71, yang merupakan penumpang hadapan dan cucunya, Alisha Mardhiah Muhammad Ubaidillah Zikri, 2.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSarimah kecewa berita palsu terlantar sakit tersebar\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa ubah dasar kemasukan Matrikulasi\n\n\n\n\n\n\n#BoikotIndia sohor di Twitter\n\n\n\n\n\n\nAkhirnya Amerika Syarikat benarkan laungan azan 5 kali sehari\n\n\n\n\n\n\nAmalan \u2018Little Napoleon\u2019 tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan \u2013 Cuepacs\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Hanyan memaklumkan kereta sedan kedua yang dipandu Muhammad Ubaidillah Zikri Adnan, 26, manakala dua penumpang lain iaitu Nurul Fatihah Azman, 28, dan Zaiton Mohamad, 57, mengalami kecederaan.\u00a0\n\n\nJelasnya, berdasarkan siasatan awal, tragedi berlaku kira-kira jam 5 petang Isnin itu berpunca apabila kereta sedan pertama yang dinaiki lapan individu termasuk pemandu, Shah Rezzal dalam perjalanan dari Bukit Besi, Dungun menghala ke Bandar Baru Cheneh, Kemaman hilang kawalan sekali gus memasuki laluan bertentangan.\u00a0\u00a0\n\n\nSituasi berkenaan menyebabkan kenderaan sedan kedua yang dinaiki lima individu termasuk pemandu, Muhammad Ubaidillah Zikri dari Perasing, Kemaman menghala ke Batu Rakit, Kuala Nerus tidak dapat mengelak kerana jarak yang dekat sehingga menyebabkan mereka bertembung secara berhadapan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/2-pengurus-petrosaudi-didakwa-di-switzerland-berhubung-skandal-1mbd/", "title": "2 pengurus PetroSaudi didakwa di Switzerland berhubung skandal 1MBD", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Dua Pengurus PetroSaudi akan didakwa di mahkamah Switzerland kerana disyaki terlibat dalam aktiviti menggelapkan duit lebih kurang AS$2 bilion (RM8.89 billion) berkaitan dengan dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicemari dengan skandal.\n\n\nPejabat Pendakwaraya Switzerland berkata, ia sudah memdfailkan dakwaan terhadap dua pengurus PetroSaudi yang dirahsiakan namanya dengan tuduhan penipuan, jenayah berat salah urus dan juga penggubahan wang haram.\n\n\n\u201cMereka didakwa, dengan tujuan memperkayakan diri sendiri dan orang lain, menyeleweng sekurang-kurangnya AS$1.8 bilion (RM8 billion) yang dipindahkan dari dana 1MBD berkaitan usaha sama dengan PetroSaudi dan melakukan pengubahan wang haram dengan jumlah berkenaan,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nDakwaan yang meliputi dari tahun 2009 sehingga 2015 itu adalah perkembangan terbaru dalam apa yang disifatkan sebagai \u2018pengubahan wang haram yang terbesar pernah berlaku\u2019.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAmirudin menghadap Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\nPerluas visa ketibaan warga asing : langkah tidak wajar, bahaya kepada kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\nTujuh lelaki pakai seluar pendek kena amaran JAHEAIK\n\n\n\n\n\n\nTidak rasmi : Noraini Ahmad pertahan jawatan Ketua Wanita UMNO\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM500 ditambah ke Akaun 1 KWSP baki kurang RM10,000 bagi pencarum umur 40-54 tahun\n\n\n\n\n\n\n\n\nAktiviti ini mula dihidu pada tahun 2015 silam, dan siasatan juga terus dilancarkan di seluruh dunia terhadap skandal rasuah terbesar ini yang juga turut membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun bagi kes berkenaan.\n\n\nMenurut dakwaan peguamnegara yang difailkan di Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland, dua pengurus Syarikat Penerimaan dan Pengeluaran minyak Arab Saudi, PetroSaudi bersubahat dengan pembiaya Malaysia yang juga \u2018orang kanan\u2019 Najib, Low Taek Jho yang juga dikenali sebagai Jho Low di tengah-tengah skandal 1MDB.\n\n\nDilaporkan, mereka \u2018mencadangkan skim pelaburan yang merangkumi transaksi kerajaan kepada kerajaan\u2019 antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia melalui 1MDB yang membabitkan usaha sama PetroSaudi dan 1MDB.\n\n\nSelain itu, kedua-dua tertuduh dan Jho Low juga diaatan telah berjaya meyakinka lembaga pengarah 1MDB untuk membenarkan pemindahan AS$830 juta (RM3.7 billion) sebagai sebahagian daripada pinjaman patuh syariah yang menyusuli usaha sama itu.\n\n\nSusulan itu, Lembaga pengarah meluluskan urus niaga itu yang diteruskan pada September 2009 dengan 1MDB mengemukakan pelaburan tunai sebanyak AS$1 bilion (RM4.45 billion)\n\n\n\u201cBagaimanapun, AS$700 juta (RM3.1 billion) daripada wang berkenaan segera dipindahkan ke akaun bank Swiss atas nama syarikat dimiliki Jho Low, yang memindahkan AS$85 juta (RM378 juta) kepada salah seorang tertuduh, yang kemudian memindahkan AS$33 juta (RM147 juta) kepada seorang lagi tertuduh.\n\n\n\u201cBaki AS$300 juta (RM1.3 billion) lagi disimpan dalam akaun bank Swiss milik usaha sama itu tetapi hanya memanfaatkan PetroSaudi.\n\n\n\u201cMalah, dana yang dipindahkan juga diselewengkan,\u201d menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa AS$80 juta (RM357 juta), kononnya kadar faedah bagi bayaran yang dipindahkan kepada 1MBD, sebenarnya diambil daripada dana asal itu sendiri.\n\n\nMenurut dakwaan itu lagi, tertuduh melakukan pengubahan wang haram antara tahun 2009 dan 2015 dengan membuka laman sesawang akaun bank di Switzerland dan luar negara.\n\n\nMereka memindahkan dana sesama mereka, dan menggunakan dan itu untuk membeli hartanah di Switzerland serta di London, barang kemas dan juga ekuiti persendirian.\n\n\nBagaimanapun, masih tidak jelas bila kes itu boleh dibawa ke perbicaraan.\n\n\nMenurut kenyataan yang dikeluarkan semalam itu, tertuduh \u2018berhak untuk dianggap tidak bersalah melainkan atau sehingga mahkamah memutuskan mereka bersalah\u2019. \u2013 AFP"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/apakah-petisyen-pengampunan-najib-dibincang-jumaat-ini/", "title": "Apakah petisyen pengampunan Najib dibincang Jumaat ini?", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Petisyen pengampunan bekas Per\u00addana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap hukuman penjara dan denda tidak semestinya dibincangkan dalam Lembaga Pengampunan yang dijadual bermesyua\u00adrat Jumaat ini.\n\n\nPerkara itu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada permohonan pengampunan Najib akan disentuh dalam mesyua\u00adrat berkenaan.\n\n\nBercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, keutamaan \u00adpermohonan pengampunan yang di\u00adbawa ke dalam mesyuarat itu bergantung kepada Urus Setia Lembaga Pengampunan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Per\u00addana Menteri bagi kesalahan di Wilayah Persekutuan.\n\n\nBagi petisyen selain Wilayah Persekutuan, proses itu dilakukan urus setia di negeri ma\u00adsing-masing.\n\n\n\u201cTidak semestinya mesyuarat itu bincang kes tertentu (termasuk kes Najib). Ada banyak lagi petisyen pengampunan yang diterima dan terse\u00adrah kepada mereka untuk bawa mana satu ke dalam mesyuarat,\u201d katanya.\n\n\nDifahamkan \u00adLembaga Pengampunan me\u00adnga\u00addakan mesyuarat Ju\u00admaat ini bagi membincangkan permohonan petisyen pengampunan dikemukakan oleh banduan yang gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan.\n\n\nNamun sehingga kini belum pasti sama ada permohonan pengampunan Najib dibincangkan dalam mesyuarat itu walaupun keluarga bekas Perdana Menteri itu dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebelum ini pernah membuat ketetapan merayu pengampunan bagi Najib daripada Yang di-Pertuan \u00adAgong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\nBekas Ahli Parlimen Pekan itu pada September tahun lalu memfailkan permohonan pengampunan diraja setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara itu serta denda RM210 juta setelah didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.\n\n\nPada 31 Mac lalu, Najib gagal dalam permohonannya untuk menyemak sabitan dan hukuman itu.\n\n\nDalam pada itu, Abu Talib berkata, Yang di-Pertuan Agong berhak mengeluarkan hasil keputusan mesyuarat dengan serta-merta atau menangguhkan kepada tarikh lain.\n\n\n\u201cItu kuasa (pengampunan) terserah kepada Seri Paduka. Tidak mesti bincang hari sama, maka akan ada keputusan segera, Baginda boleh tangguh ke dalam ke tarikh mesyuarat lain,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu mempertimbang nasihat anggota Lembaga Pengampunan meskipun Seri Paduka mempunyai kuasa mutlak memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum.\n\n\nSehubungan itu beliau berkata, tujuan Lembaga Pengampuan diwujudkan untuk memberi nasihat kepada Seri Paduka sebelum mempertimbang sebarang petisyen pengampunan.\n\n\n\u201cDi bawah Perkara 42(5) Lembaga Pengampunan terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang dilantik oleh Agong.\n\n\n\u201cSebelum memberikan nasihat mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu,\u201d jelasnya. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/awang-sariyan-dilantik-penasihat-kehormat-pusat-pengajian-melayu-china-di-beijing/", "title": "Awang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China di Beijing", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Senator Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan dilantik sebagai Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China di Beijing Foreign Studies University (BFSU).\n\n\nBeliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata\u00a0surat pelantikan berkenaan diterima beliau pada 10 April lepas daripada Pengarah Sekolah Pengajian Asia yang juga\u00a0Pengarah Pusat Pengajian Melayu China BFSU Prof Dr Su Yingying.\n\n\nAwang berkata pelantikan itu adalah kesinambungan dua kali tugas beliau sebagai Penyandang Kursi\u00a0Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China (2008-2011) dan (2016-2018), selain sebagai Profesor Kehormat Pendidikan Bahasa dan Kebudayaan BFSU yang dianugerahkan pada 2012.\n\n\n\u201cInsya-Allah pelantikan ini menjadi landasan persefahaman rakyat dua buah negara melalui pendidikan dan kebudayaan,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM sita harta lebih RM3 juta disyaki terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\nSPRM bongkar penyelewengan sukuk bernilai RM596 juta\n\n\n\n\n\n\nUNDI MELAYU PECAH DI MELAKA | BULETIN PERTIWI \u2013 ISNIN 8 NOVEMBER 2021\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy umum Portfolio EXCO Pahang\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadikan saya calon pilihan terakhir\u201d \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\n\n\nPusat Bahasa Melayu ditubuhkan di BFSU pada 1997 sebagai hasil persetujuan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, khususnya mengenai\u00a0pengajaran bahasa Melayu di China.\n\n\nPada 2005 pula, Pusat Bahasa Melayu dinaikkan taraf menjadi Pusat Pengajian Melayu China dan secara rasminya menjadi pangkalan kegiatan ilmiah dan pengembangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di China. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/dua-produk-mi-segera-ditarik-semula-dari-pasaran/", "title": "Dua produk mi segera ditarik semula dari pasaran", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Dua produk mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Alai dari Malaysia dan Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial diarah untuk menarik balik penjualannya dari pasaran.\nPerkara ini susualan daripada Pihak Berkuasa Kesihatan Taiwan mendapati bahawa terdapat ethylene oxide di dalam kedua-dua produk tersebut.\nKetua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, ethylene oxide adalah sebatian gas kimia yang karsinogenik dan sering digunakan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.\nIa juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci namun tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.\n\u201cBagi sampel Mi Kari Putih Penang Alai, persampelan di Malaysia mendapati ia mematuhi perundangan.\n\u201cMeskipun begitu, bagi memastikan kawalan keselamatan makanan yang berterusan, pihak kementerian telah mengeluarkan arahan kepada pihak syarikat untuk penarikan balik secara sukarela produk Mi Kari Putih Penang Alai bagi batch berkaitan yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran tempatan sekiranya ada,\u201d katanya dalam kenyataan.\nBeliau juga mengesahkan bahawa terdapat kemasukan produk mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial keluaran negara Indonesia ke negara ini, berdasarkan semakan data dari Food Safety Information System of Malaysia.\n\u201cDalam hal ini, kami telah mengeluarkan arahan untuk tindakan Tahan, Uji dan Lepas bagi produk mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial di semua pintu masuk negara dan meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk terlibat dari pasaran,\u201d katanya.\nTambah Muhammad Radzi, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan yang berterusan ke atas produk makanan berkaitan yang dijual di pasaran tempatan mahupun yang diimport, lanjutan daripada isu penarikan semula produk Mi Sedaap keluaran negara Indonesia yang mengandungi ethylene oxide pada tahun lalu.\n\u201cHasil pemantauan dari 2022 sehingga kini ke atas 36 sampel produk mi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan, didapati 11 sampel produk Mi Sedaap telah mengandungi ethylene oxide dan tindakan penguatkuasaan telah diambil.\n\u201cTindakan yang diambil termasuk kompaun, tindakan mahkamah dan penarikan balik produk dari pasaran. Pihak kementerian sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan tidak mengambil atau memakan produk terlibat,\u201d katanya. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/halang-hak-rakyat-sekat-peruntukan-pembangkang-jawablah-di-akhirat-kelak/", "title": "\u2018Halang hak rakyat, sekat peruntukan pembangkang, jawablah di akhirat kelak\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, menegaskan bahawa peruntukan Ahli Parlimen yang belum disalurkan kepada wakil pembangkang sehingga kini.\n\n\nBeliau berkata, bahawa peruntukan itu adalah hak milik rakyat dan bukan hak milik mutlak Perdana Menteri.\nPeruntukan berkenaan katanya, sudah diluluskan di Parlimen, maka tidak perlu ada timbul isu surat permohonan atau surat tawaran oleh Perikatan Nasional (PN)\n\n\n\u201cBeginilah, wang itu mereka nak bagi, bagi! Kalau tak bagi pun, bukan duit mereka, itu wang rakyat.\n\u201cKerajaan kini sengaja melengah-lengahkan wang milik rakyat yang akan digunakan untuk membantu rakyat (menerusi Ahli Parlimen masing-masing), jika mati esok, mereka jawablah di akhirat kelak,\u201d katanya.\nShahidan turut menegaskan bahawa tidak perlu adanya surat atau permohonan jika peruntukan sudah diluluskan.\nBeliau berkata lagi, Perkara ini tidak akan berlaku jika PN memerintah negara kerana wang rakyat sememangnya akan digunakan untuk rakyat.\n\u201cPN takkan buat kerja macam ni, hak orang serahkan cepat, bukan menyusah dan melengah-lengahkan tak ketahuan, PN tak begitu, kami tak buat kerja macam ni,\u201d tegasnya.\nShahidan juga berkata, Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, juga sudah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.\n\u201cMereka sudah berjumpa, bila saya tak pasti saya cuma melihat gambar pertemuan mereka di aplikasi WhatsApp kami,\u201d katanya.\nSementara itu, Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui bahawa beliau tidak mengetahui perkembangan mengenai agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang.\n\u201cSaya tiada maklumat, kena tanya Datuk Seri Hamzah atau Datuk Seri Takiyuddin. Mereka dalam Jawatankuasa perundingan,\u201d jawabnya ringkas.\nSetakat ini, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan, tidak menjawab panggilan ketika dihubungi untuk mendapatkan komen.\nTerdahulu, Fadillah dilaporkan berkata, Kerajaan Perpaduan tidak menetapkan syarat kepada PN untuk mendapatkan agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang.\nSebaliknya, beliau berkata, kerajaan masih menunggu tawaran rasmi daripada blok pembangkang itu seperti yang dilakukan ketika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pembangkang sebelum ini.\nKatanya, walaupun PN yang memulakan isu meminta peruntukan turut diagihkan kepada Ahli Parlimen pembangkang, namun mereka tidak memberikan maklum balas sewajarnya apabila diminta mengemukakan tawaran rasmi.\nKetika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pakatan Harapan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi manifestonya, berjanji mengagihkan Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) yang saksama kepada semua Ahli Parlimen.\nBagaimanapun, peruntukan itu tidak disebut oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada Februari lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/khartoum-jadi-bandar-hantu-ribuan-penduduk-larikan-diri/", "title": "Khartoum jadi bandar hantu, ribuan penduduk larikan diri", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nKhartoum kini sudah jadi negara hantu apabila beribu-ribu lagi penduduk melarikan diri dari ibu negara Sudan itu pada Isnin.\n\n\nPerebutan kuasa antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) telah menyebabkan keganasan di seluruh Sudan selama lebih seminggu.\n\n\nMemetik Reuters, penduduk terpaksa menempuh perjalanan yang panjang dan berbahaya dari pertempuran jalanan yang berterusan dan serangan udara yang menyebabkan korban awam yang besar.\n\n\nAda yang menuju ke utara melalui jalan darat ke sempadan Mesir dengan bas yang sesak dengan timbunan bagasi yang tinggi diikat pada mereka.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJakel perkenal `Baju Raya Rahmah\u2019 serendah RM148\n\n\n\n\n\n\nMayat nelayan ditemukan dalam perut buaya\n\n\n\n\n\n\nNurul Izzah tidak terima sebarang elaun \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\n\u201cIsmail Tak Usah Salahkan 12 Menteri PN\u201d- Tun M\n\n\n\n\n\n\nSekolah vernakular tidak patut wujud \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKhartoum, the capital of Sudan, is quickly becoming a ghost town as residents flee the city \npic.twitter.com/kGHIK0yU0n\n\n\n\u2014 Reuters (@Reuters) \nApril 25, 2023\n\n\n\n\nSelebihnya mereka memandu ke timur laut ke Pelabuhan Sudan yang melibatkan pemanduan sehingga 24 jam dengan peningkatan laporan rompakan kenderaan melalui kedua-dua perjalanan itu.\n\n\nRamai di Khartoum bimbang bahawa puak-puak yang bersaing untuk menguasai bandar itu akan meningkatkan perebutan kuasa mereka apabila pemindahan warga asing selesai.\n\n\nBagaimanapun,\u00a0 SAF dan kumpulan separa tentera RSF\u00a0 bersetuju dengan gencatan senjata selama 72 jam bermula pada Selasa setelah digesa oleh Setiausaha negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken.\n\n\n\n\nWe need to make more noise online like we did last time to get the students evacuated from Sudan. The Kenyan embassy so far has been of no help! This was the situation on one of the iftars !\n\n\nEVACUATE KENYAN STUDENTS IN SUDAN! \npic.twitter.com/YJC6pDIg7Q\n\n\n\u2014 Jon Snow- Geller \ud83c\uddf5\ud83c\uddf8\ud83c\uddf5\ud83c\uddf8\ud83c\uddf5\ud83c\uddf8 (@hooyomatalo) \nApril 24, 2023\n\n\n\n\nSementara itu, Amerika Syarikat dan United Kingdom (UK) mengumumkan bahawa mereka telah menerbangkan diplomat keluar dari negara itu pada Ahad.\n\n\nPerancis, Jerman, Itali, Sepanyol, negeri-negeri Arab dan Asia turut berlumba-lumba untuk mengeluarkan rakyat mereka dari negara itu.\u00a0\n\n\nLebih 1,000 warga Kesatuan Eropah telah dibawa keluar dari Sudan, menurut kemas kini daripada ketua dasar luar EU pada pagi Isnin.\n\n\nPertempuran antara SAF dan kumpulan separa tentera RSF pada 15 April telah membunuh sekurang-kurangnya 427 orang, melumpuhkan hospital dan perkhidmatan lain, dan menjadikan kawasan kediaman sebagai zon perang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/kkm-cadang-pemakaian-semula-pelitup-muka-ke-sekolah/", "title": "KKM cadang pemakaian semula pelitup muka ke sekolah", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Bimbang peningkatan kembali kes COVID-19 serta penemuan varian baharu dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus,\u00a0Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat langkah untuk menggalakkan semula pemakaian pelitup muka di semua sekolah.\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata beliau akan mengadakan pertemuan segera dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, untuk membincangkan perkara itu bagi mengelakkan penularan semula COVID-19 di sekolah.\nTambah beliau, garis panduan berhubung prosedur operasi standard (SOP) membabitkan murid dan pelajar di sekolah akan dikeluarkan sebelum mereka kembali bersekolah pada 2 Mei ini selepas cuti Aidilfitri.\n\n\nKatanya lagi beliau\u00a0 akan bertemu Fadhlina pada\u00a0 minggu ini untuk membincangkan garis panduan mengapa kita perlu mengawal penularan COVID-19 di sekolah, terutama selepas adanya varian baharu Arcturus.\n\u201cSOP berhubung kawalan COVID-19 itu akan dikeluarkan sebelum pelajar kembali ke sekolah pada 2 Mei ini sebagai langkah berjaga-jaga\u201d, katanya.\u00a0\nIni penting katanya kerana Kementerian bimbang jika ada murid terkena jangkitan selepas bergerak ke sana dan ke sini sepanjang cuti raya yang mungkin menyebabkan COVID-19 kembali menular di sekolah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/perjuangan-pas-sudah-berubah-mohammad-agus/", "title": "Perjuangan PAS sudah berubah \u2013 Mohammad Agus", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Ketua Pengarah Jabatan Komuniasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mendakwa Parti PAS kini cenderung menyerang pihak yang berbeza pendapat dengannya secara berjemaah.\n\n\nKeseluruhan Perjuangan PAS juga sudah berubah apabila parti ini memperlekeh kebenaran yang dibangkitkan oleh pihak lain, selain menampakkan kegelojohan memanipulasi Islam dalam memburu kekuasaan.\n\n\n\u201cSaya dibesarkan dalam keluarga PAS. Sehingga umur dewasa, saya masih menyokong PAS biarpun bukan ahli PAS. Asas ketertarikan saya mudah. PAS memperjuangkan keadilan Islam dan keadilan sosial.\n\n\n\u201cNamun, kini PAS sudah berubah total. Perjuangannya penuh dengan retorik agama dan memperkudakan agama untuk mendapatkan kuasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n82.8 Peratus Remaja Lengkap Divaksinasi\n\n\n\n\n\n\nMOTAC tidak wajar letak pegawai fasih Bahasa Mandarin di KLIA\n\n\n\n\n\n\nSPRM buka kertas siasatan isu dana RM600 bilion\n\n\n\n\n\n\nJBPU batal pemilihan UMNO Bahagian Tumpat\n\n\n\n\n\n\nCeti haram hina agama Islam, PPIM gesa KDN, JAKIM bertindak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNampak kegelojohan PAS memanipulasikan Islam untuk memburu kekuasaan. Sebarang perbezaan pendapat dengan pandangannya akan diserang secara berjemaah,\u201d katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.\n\n\nTambahnya lagi, parti itu seharusnya ditolak.\n\n\n\u201cSaya fikir politik PAS sebegini perlu ditolak. Saya harap sangat anak muda dan pengundi yang mahu negara kita maju dan harmoni menolak politik sebegini. Negara kita perlu aman untuk rakyatnya hidup sejahtera.\n\n\n\u201cMujur, dalam PRU (Pilihan Raya Umum) lalu, kata-kata \u201cKito sudah cukop jumloh. Esok angkat sumpoh\u201d tidak menjadi kenyataan,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya lagi, serangan yang dilakukan parti itu penuh emosi, tanpa adab dan akhlak sehinggakan orang yang ditujukan itu diberikan berbagai-bagai gelaran yang kurang elok untuk didengar.\n\n\n\u201cKarakter kita dicemarkan. Kekuatan mental kita dilumpuhkan. Kita dituduh menolak Islam.\n\n\n\u201cTidak cukup dengan agama, PAS turut memperjuangkan isu kaum dan bangsa yang dahulunya mereka katakan asabiah yang perlu ditolak,\u201d katanya.\n\n\nBeliau juga berpandangan bahawa PAS berubah dengan ketara sekali, malah, para pengikut dan pentaksubnya ada daripada golongan cerdik pandai dan golongan yang profesional.\n\n\n\u201cPAS dahulu dan sekarang banyak berbeza. Dahulu PAS pertahankan kebenaran, kini PAS perlekehkan kebenaran\n\n\n\u201cMisalnya, saya timbulkan isu air, sampah dan jalan sempit di Kelantan, penyokong PAS menafikannya dengan pelbagai cemuhan. Menakjubkan, mereka bahagia dengan kekurangan yang ada asalkan \u2018PAS perjuangkan Islam\u2019.\n\n\n\u201cBagi penyokong PAS, hanya mereka sahaja yang memperjuangkan Islam. Bagi saya, ini wajah PAS yang jumud dan keliru,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut menambah, bahawa beliau tidak selesa dengan politik PAS sekarang kerana apabila parti itu ditegur dan dikritik akan dianggap sesat dan jahat\n\n\n\u201cDahulu PAS lihat rasuah itu jijik, kini PAS lihat rasuah itu derma. Politik PAS tidak ada lagi kasih sayang. Yang ada hanyalah kebencian bagi mereka yang berbeza dengannya. Menyokong PAS, mereka menjanjikan syurga dan menentang PAS mereka diugut dengan neraka,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/petisyen-parlimen-segamat-ditolak-ramasamy-kemuka-rayuan/", "title": "Petisyen Parlimen Segamat ditolak, Ramasamy kemuka rayuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tan Sri M. Ramasamy yang juga merupakan calon Barisan Nasional (BN) memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak petisyen pilihan rayanya untuk mencabar keputusan kerusi Parlimen Segamat semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lepas.\nNotis rayuan itu difailkan pada 14 April lalu.\nNamun begitu, Mahkamah Tinggi Muar, Johor menolak petisyen Ramasamy selepas memutuskan bahawa terdapat ketidakpatuhan terhadap keperluan Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Peraturan Petisyen Pilihan Raya pada 3 April lepas.\nRamasamy yang juga Bendahari MIC bertanding sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Segamat pada PRU15 namun tewas kepada calon Pakatan Harapan R. Yuneswaran.\nYuneswaran menang dengan majoriti 5,669 undi dalam pertembungan empat penjuru, berdepan Ramasamy, P. Poobalan (Perikatan Nasional) dan Syed Hairoul Faizey (Pejuang).\nRayuan Ramasamy ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 9 Mei.\nDalam petisyennya, Ramasamy memohon antara lain, pengisytiharan bahawa pilihan raya Parlimen Segamat adalah terbatal dan Yuneswaran tidak boleh dipilih sebagai Ahli Parlimen.\nDalam alasan penghakimannya, hakim Mahkamah Tinggi Mohd Radzi Abdul Hamid berkata petisyen tidak seharusnya berdasarkan inferens dan andaian tetapi berdasarkan fakta sebenar dan material.\nHakim juga bersetuju dengan hujah peguam yang mewakili Yuneswaran bahawa petisyen Ramasamy tidak mempunyai fakta material yang jelas dan tepat.\nMohd Radzi telah menerima bantahan awal responden iaitu Yuneswaran, pegawai pengurus pilihan raya bagi kawasan Parlimen Segamat dan Suruhanjaya Pilihan Raya supaya petisyen Ramasamy ditolak.\nBantahan awal yang dibangkitkan oleh responden termasuk bahawa Ramasamy gagal mematuhi Peraturan 15(4) Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954 berkaitan afidavitnya dan kegagalannya mematuhi Peraturan Petisyen Pilihan Raya berkenaan fakta merayu dalam petisyennya yang tidak mampu mengekalkan perisytiharan yang dimohon. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/profesor-wanita-melayu-pertama-meninggal-dunia/", "title": "Profesor wanita Melayu pertama meninggal dunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Bekas Dekan Universiti Malaya (UM) yang juga Profesor Wanita Melayu pertama, Puan Sri Prof Dr Fatimah Hamid Don dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tawakal di sini, awal pagi ini.\n\n\nBalu kepada Allahyarham Tan Sri Ishak Pateh yang berusia 89 tahun itu menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 2.35 pagi dan jenazah Allahyarham dijangka akan dibawa ke Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14 Petaling Jaya, pada jam 10 pagi tadi.\n\n\nJenazah akan dimandikan dan dikafankan di masjid berkenaan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, Petaling Jaya, untuk dikebumikan selepas solat zohor.\u00a0\n\n\nAllahyarham yang berasal dari Batu Gajah, Perak, memperoleh Ijazah Kedoktoran (Pengajaran dan Kurikulum) dari Universiti California, Amerika Syarikat pada 1971.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGangguan Seksual, Polis Sahkan Kereta Peronda milik IPD Petaling Jaya\n\n\n\n\n\n\nKerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM\n\n\n\n\n\n\nAnwar ketuai kerajaan PH, bukan Kerajaan Perpaduan \u2013 Gerakan\n\n\n\n\n\n\nSaarani, Tengku Zafrul menang tanpa bertanding, Khir Toyo buat kemunculan\n\n\n\n\n\n\nKes cerai di Perlis dibicarakan secara tertutup\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan, UM dan dinaikkan pangkat kepada Prof Madya pada 1974 serta dilantik menjadi Dekan pada tahun 1975 sebelum bersara sebagai Professor pada tahun 1990.\n\n\nBeliau juga pernah dilantik sebagai Profesor Perkembangan Kurikulum merangkap pakar Runding Kurikulum, Kementerian Pendidikan.\n\n\nSumbangan beliau sangat besar dalam bidang pendidikan di Malaysia apabila aktif dalam membangunkan dasar dan menaiktaraf kehidupan golongan wanita.\n\n\nBeliau juga pernah berkhidmat sebagai pakar dan menjadi ahli jawatankuasa dalam berbagai-bagai organisasi serta penubuhan selain dilantik sebagai penasihat bagi beberapa organisasi pendidikan.\n\n\nAllahyarham juga dianugerahkan pelbagai pingat dan darjah kebesaran antaranya ialah, Darjah Setia Diraja Kedah, Pingat Emas Tun Fatimah daripada Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia dengan gelaran Srikandi, Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Perguruan Sultan Idris dan juga Profesor Emeritus oleh UM.\n\n\nDi peringkat antarabangsa pula, beliau diberi pengiktirafan Pi Lambda Theta (daripada Alpha Delta, University of California, Los Angeles, 1971), Citizen of the Age of Enlightenment Award (World government of the Age of Enlightenment-Maharishi European Research University, 1976), Honorary Fellowship of the International Understanding Honor Society, Ohio University, Athens (1985) dan menjadi ahli seumur hidup International Council on Education for Teaching, Washington DC, Amerika Syarikat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/projek-pulau-pinang-selatan-yang-dibantah-diluluskan/", "title": "Projek Pulau Pinang Selatan yang dibantah diluluskan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Projek penambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) mendapat kelulusan akhir daripada pengawal selia alam sekitar persekutuan.\n\n\nKetua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata kelulusan itu diberikan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dengan 71 syarat di bawah pelan pengurusan alam sekitar terperinci.\n\n\n\n\n\u201cPerlu ditegaskan semua kerja penambakan akan bermula selepas pelan pengurusan alam sekitar diberikan kelulusan,\u201d katanya di Komtar.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nProjek itu sebelum ini mendapat tentangan hebat daripada nelayan, pencinta alam sekitar dan kumpulan pesara kerajaan G25 atas kebimbangan ia akan menjejaskan ekosistem marin.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDengan surat kelulusan bertarikh 11 April lalu, Chow berkata, Pulau Pinang sedia menambak tiga pulau di bawah PSI, walaupun kerja hanya akan bermula di pulau pertama di pantai bersebelahan landasan Lapangan Terbang Bayan Lepas.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, 71 syarat itu termasuk pelan pengurusan impak sosial dan pelan induk mengimbangi ekologi.\n\n\nProjek penambakan RM10 bilion itu ialah inisiatif kerajaan negeri untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang bernilai RM46 bilion melalui penambakan tiga pulau buatan manusia seluas 1,620ha di Permatang Damar Laut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Tewas DI TANGAN DAP\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023\n\n\n\n\n\n\nAgama dihina, tanah semakin hilang dan nasib Muslim ditekan\n\n\n\n\n\n\nVarian baharu Covid-19 `Kraken\u2019 \u2013 mula ancam dunia\n\n\n\n\n\n\nKPWKM tidak kompromi kualiti makanan di PPS\n\n\n\n\n\n\n\n\nRakan pelaksana projek PSI, SRS Consortium Sdn Bhd (SRS) akan menambak sebuah daripada tiga pulau itu. Rakan konsortium Gamuda akan membayar RM3.8 bilion untuk menambak separuh daripada Pulau A sebagai sebahagian usaha sama 30:70 dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri, dengan bahagian terbesar dipegang SRS.\n\n\nSRS akan menambak separuh lagi pulau itu apabila terdapat permintaan.- FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/rumah-terbuka-malaysia-madani-gelojoh-mencabar-maruah-negeri/", "title": "Rumah terbuka Malaysia MADANI gelojoh, mencabar maruah negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Perikatan Nasional (PN) menganggap langkah kerajaan mengadakan siri Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri sebagai tindakan yang gelojoh serta mencabar maruah kerajaan negeri.\n\n\nTimbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, malah program tersebut tidak menyumbang kepada pembinaan hubungan yang baik di antara kerajaan pusat dan negeri.\u00a0\n\n\n\u201cTindakan melangkahi sempadan hormat dan adab antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam konteks ini jelas mencabar imej serta maruah negeri-negeri dan tentulah tidak akan menyumbang kepada hubungan baik dan saling mempercayai antara kedua-dua belah pihak.\n\n\n\u201cKeadaan ini juga tentulah tidak bermanfaat kepada rakyat dan negara serta usaha dan cita-cita untuk mewujudkan sebuah persekutuan yang kuat dan saling mengukuhkan,\u201d katanya menerusi kenyataan pada Rabu.\n\n\nTerdahulu, kerajaan bercadang mengadakan program membabitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan orang awam di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan tidak lama lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun Faisal sertai BERSATU\n\n\n\n\n\n\nAzan dua minit awal, jemaah diminta qada puasa\n\n\n\n\n\n\nAmbil Langkah Berjaga-Jaga Elak Gelombang Keempat \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nMangsa Macau Scam \u2018berputih mata\u2019, wang simpanan KWSP RM141,000 lesap\n\n\n\n\n\n\nPAS tawan 32 kerusi, BN-PH pulang dengan tangan kosong\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, program itu dikecam pembangkang kerana dianggap menjadi cara kerajaan pusat berkempen kerana keenam-enam negeri terbabit bakal mengadakan pilihan raya tidak lama lagi.\n\n\nTakiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, enam majlis sambutan Aidilfitri itu jauh tersasar dari matlamat sebenar perayaan berkenaan kerana menyasarkan lokasi yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN).\n\n\nKatanya, sambutan bersiri itu melanggar konvensyen dan adab hubungan di antara kerajaan pusat dan negeri-negeri dari segi wibawa dan bidang kuasa masing-masing.\n\n\n\u201cEnam majlis sambutan Hari Raya di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tentulah akan mencetuskan persoalan mengenai motif dan tujuan ia diadakan. Langkah sebegini sekiranya dikatakan untuk meraikan hari kebesaran Agama serta muhibah umat iaitu Hari Raya Aidilfitri, ternyata jauh tersasar dan jelas akan tercemar.\n\n\n\u201cIni kerana ia tidak lagi boleh dipisahkan daripada motif politik dan persaingan pengaruh menjelang PRN yang bakal berlaku beberapa bulan sahaja lagi,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nMenurut Takiyuddin, adalah lebih manis jika kerajaan mengekalkan amalan pembahagian tradisi tersebut dengan menganjurkan rumah terbuka utama di peringkat kebangsaan sahaja.\n\n\nLangkah berkenaan, tambah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, menunjukkan tanda hormat terhadap wibawa dan bidang kuasa negeri.\n\n\n\u201cPN juga merakamkan kebimbangan berhubung kemungkinan berlakunya penyalahgunaan agensi dan jentera kerajaan dalam penganjuran majlis-majlis sambutan ini kerana motif politiknya sudah tidak boleh disorok lagi.\n\n\n\u201cJusteru, kerajaan perlu memberi jaminan ia tidak berlaku, selain memastikan semua janji dan slogan tentang salah guna kuasa, penyalahgunaan jentera dan kelemahan pengurusan yang diwarwarkannya sebelum ini tidak hanya tinggal slogan dan janji di bibir semata-mata,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/sudan-459-maut-4072-cedera-akibat-konflik-bersenjata/", "title": "Sudan : 459 maut, 4,072 cedera akibat konflik bersenjata", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nPergolakan yang berlaku antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) selama berminggu-minggu di Khartoum, Sudan telah menyebabkan angka terkorban meningkat.\u00a0\n\n\nMemetik Reuters, Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Sudan, Dr Nima Saeed Abid berkata sekurang-kurangnya 459 orang maut manakala 4,072 orang lagi cedera namun jumlah itu kemungkinan di bawah angka yang sebenar.\u00a0\n\n\nMenurut Dr Nima Saeed, WHO mengesahkan sebanyak 14 serangan ke atas sektor penjagaan kesihatan sejak keganasan bermula dengan lapan kematian, dua kecederaan sementara fasiliti hospital juga mengalami kerosakan.\u00a0\n\n\n\u201cIni amat berbahaya kerana terdapat banyak sampel dalam makmal termasuk taun, terdapat risiko kesihatan biologi yang melampau dikaitkan dengan kerja ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSiasatan tiga pemimpin parti politik sentuh 3R di peringkat akhir \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nIklan Jual Minyak Masak Secara \u2018Online\u2019 Diturunkan\n\n\n\n\n\n\nPenempatan haram PATI seluas dua padang bola dibongkar\n\n\n\n\n\n\nKDN rampas pelbagai jenis Al-Quran tiada perakauan bernilai lebih RM1juta\n\n\n\n\n\n\nMUDA dakwa disisih Anwar, PH\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTerdapat risiko tinggi taun dan malaria, selain telah berlaku wabak campak. Dijangka sejumlah besar orang akan mati akibat wabak ini,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata salah satu parti yang berpengaruh telah mengawal makmal kesihatan awam pusat di Khartoum dengan menjadikannya sebagai pangkalan tentera mereka.\u00a0\n\n\nDr Nima turut menjangkakan sejumlah besar orang akan mati akibat wabak tersebut dan terdapat risiko tinggi untuk menjaga semua bahan biologi di Khartoum kerana salah satu pihak yang berperang mengawal makmal serta mengusir juruteknik.\u00a0\n\n\nBeliau juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang berkonflik secara berterusan supaya perang dapat dihentikan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/26/tldm-polis-musnahkan-bom-perang-dunia-kedua/", "title": "TLDM, polis musnahkan bom Perang Dunia Kedua", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pasukan Pemusnah Bom Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Belud dalam melaksanakan operasi memusnahkan bom Unexploded Ordnance (UXO) yang dipercayai digunakan dalam Perang Dunia Kedua di Pulau Mantanani, Kota Belud, Isnin lalu.\n\n\nTLDM dalam satu kenyataan semalam berkata, kerja memusnahkan bom lama itu dilakukan oleh pasukan berkenaan yang dianggotai Pasukan Selam bersama dengan Juruteknik Peluru Depot Peluru dan Letupan Timur diketuai oleh Komander Mohammad Nasrul Mat Daud TLDM.\n\n\nKatanya, pasukan ini diatur dengan gerak geri yang membantu polis dalam misi memusnahkan bom itu di perairan berkenaan.\n\n\n\u201cTLDM sebelum ini menerima permohonan bantuan daripada IPD Kota Belud untuk memeriksa satu objek yang dipercayai bom lama di pesisiran pantai Pulau Mantanani yang berada 43 batu nautika Timur Laut Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMT UMNO teliti tawaran PN, PH malam ini\n\n\n\n\n\n\nPertubuhan Perpaduan Ummah Bukan Nak Lawan Muafakat Nasional \u2013 Shahidan\n\n\n\n\n\n\nHujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat Di Ampang\n\n\n\n\n\n\n130 ketua bahagian sokong Ahmad Zahid kekal Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nPAS umum tukar MB, TMB Kelantan lepas pilihan raya\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHasil siasatan dan temubual saksi mendapati objek itu disahkan UXO yang tidak aktif jenis Semi Armour Piercing Bomb, 500lbs, AN-M58 buatan Amerika Syarikat yang digunakan ketika zaman Perang Dunia Kedua oleh pasukan Pemusnah Bom TLDM,\u201d katanya.\n\n\nMenurutnya lagi, bom berkenaan telah dibawa naik ke darat dan dimusnahkan oleh pasukan yang berkenaan pada sebelah petang dengan jayanya tanpa melibatkan sebarang kecederaan.\n\n\n\u201cSebaik selesai, Pasukan Pemusnah Bom TLDM pulang ke PTKK,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/30-rakyat-malaysia-bakal-tiba-di-tanah-air-esok/", "title": "30 rakyat Malaysia bakal tiba di tanah air esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kesemua 30 rakyat Malaysia yang diselamatkan dalam Misi Menyelamat Operasi Sudan (Ops Sudan) akibat pertempuran tentera tempatan di negara berkenaan dijangka tiba di tanah air esok.\n\n\nMenteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, mereka akan diterbangkan dari Jeddah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan penerbangan komersial Saudi Air.\u00a0\u00a0\n\n\nTambah beliau, mereka akan tiba di KLIA melalui Kompleks Bunga Raya.\u00a0\n\n\n\u201c kita jangkakan mereka akan tiba pada hari Jumaat esok jangkaan ketibaan mereka jika persiapan semua dibuat maka jangkaan tibaan mereka ialah sekitar pukul 4 petang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSemakan kehakiman rampasan jam tangan kaitan LGBTQ ditangguh 23 Ogos\n\n\n\n\n\n\nAhli Politik Terlibat Dalam Jawatankuasa Khas Rumah Berhala\n\n\n\n\n\n\nKeabsahan Sekolah Vernakular Disambung Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nMinta ganjaran demi undi parti tertentu tanda normalisasi rasuah\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan kementerian mana urus isu kalimah Allah \u2013 Naim\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata pada sidang media khas Ops Sudan, di Wisma Putra, petang tadi.\n\n\nKatanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka turun padang bersama ahli keluarga mangsa bagi menyambut kepulangan rakyat Malaysia terbabit.\u00a0\n\n\n\n\nTerdahulu, Zambry melaporkan semua 30 rakyat Malaysia selamat tiba di Pangkalan Tentera Laut Raja Faisal di Jeddah selepas perjalanan panjang hampir sembilan jam dari Pelabuhan Sudan.\u00a0\n\n\nBeliau memaklumkan mereka tiba di Jeddah\u00a0 pada jam 1.54 pagi waktu Malaysia bersama 22 rakyat negara lain.\u00a0\n\n\nTambah beliau, operasi Kedutaan Malaysia di Sudan digantung sementara waktu, susulan pertempuran antara angkatan tentera Sudan dengan pasukan separa tentera Rapid Support Force (RSF)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/30-rakyat-malaysia-selamat-keluar-dari-pelabuhan-sudan/", "title": "30 rakyat Malaysia selamat keluar dari Pelabuhan Sudan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 \nSeramai 30 orang rakyat Malaysia yang terperangkap di Khartoum, Sudan akibat pergolakan berjaya meninggalkan Pelabuhan Sudan dengan selamat dengan menggunakan kapal Tentera Laut Arab Saudi menuju ke Jeddah semalam.\n\n\nWisma Putra berkata perjalanan untuk merentasi Laut Merah dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya sehingga 12 jam.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, menurut kenyataan itu lagi, kerajaan Malaysia turut menyatakan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi dan kerajaan Emiriah Arab Bersatu kerana menjayakan proses pemindahan berkenaan.\u00a0\n\n\nSemalam, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kesemua 30 rakyat Malaysia ini sudah selamat tiba di Pelabuhan Sudan pada jam 2.07 petang waktu tempatan atau 8.07 malam waktu Malaysia pada Isnin lalu.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPesta Holi dicemari pencabulan ke atas wanita\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Kerajaan akan kaji secara komprehensif\n\n\n\n\n\n\nSunway Theme Park Adakan Perkongsian Strategik Bersama PERHILITAN\n\n\n\n\n\n\nI-Guru gesa tindakan tegas kepada pelajar rosakkan harta benda sekolah\n\n\n\n\n\n\nTiada `perang dingin\u2019 kerajaan negeri dan kerajaan Pusat \u2013 MB\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Zambry, dua orang rakyat Malaysia tidak terlibat dalam proses evakuasi tersebut berkhidmat di United Nations Mission in Sudan (UNMIS) di Abyei dan proses evakuasi mereka dilakukan oleh pihak berkenaan.\n\n\nSementara itu, Pasukan Khas (TF) Ops Sudan Malaysia juga berjaya membantu mengeluarkan 26 warganegara lain dalam proses pemindahan itu termasuk 14 warga Singapura; enam warga Kemboja; dua warga Amerika Syarikat dan masing-masing seorang warga Thailand, Filipina, Sudan dan Palestin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/3464-beri-respon-positif-projek-psi/", "title": "3,464 beri respon positif projek PSI", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Lebih 3,000 ulasan positif diterima Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi Projek Pulau Pinang Selatan (PSI).\n\n\nKetua Pengarahnya, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, antara respon yang diterima adalah mengurangkan kesesakan lalu lintas, wujud peluang pekerjaan dan faedah kepada nelayan.\n\n\n\u201cLaporan EIA bertarikh 29 April 2022 dipamerkan untuk ulasan awam bermula 20 Mei hingga 18 Jun 2022 secara hibrid di empat pejabat utama iaitu Perpustakaan Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan Permatang Damar Laut.\n\n\n\u201cHasil pameran awam itu, 3,464 ulasan awam direkodkan dengan 93 peratus responden memberikan ulasan positif seperti dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, mewujudkan peluang pekerjaan baharu, pembangunan ekonomi dan faedah kepada nelayan,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSultan Sharafuddin larang adakan aktiviti LGBT di Selangor\n\n\n\n\n\n\nFenomena \u2018Bossku\u2019 dalam UMNO belum berakhir \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nSogokan rasuah kepada pengundi bukan amalan Pas\n\n\n\n\n\n\nSabah, Sarawak dapat kuasa luluskan projek bawah RM50 juta\n\n\n\n\n\n\nBarisan kepimpinan baharu UMNO \u2018orang Zahid\u2019 \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, projek PSI, yang membabitkan penambakan laut secara besar-besaran di Pulau Pinang mendapat kelulusan EIA.\n\n\n\n\nBeliau berkata, laporan EIA yang diluluskan itu akan dimuat naik dalam laman sesawang Penang Infrastructure Corporation (PIC) untuk bacaan umum.\n\n\nPSI membabitkan pembangunan tiga pulau buatan, dengan keluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut, dekat Bayan Lepas. Susulan kelulusan itu, kerja penambakan akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini.\n\n\nWan Abdul Latiff berkata, JAS turut mengarahkan penggerak projek untuk melaksanakan pameran awam kali kedua ketika penerimaan Laporan EIA iaitu bagi tempoh 21 November 2022 sehingga 4 Januari 2023.\n\n\nKatanya, sebanyak 799 ulasan orang awam diterima sepanjang tempoh pameran awam berkenaan dan 73.7 peratus daripada responden yang diterima memberi ulasan yang positif terhadap cadangan pembangunan projek tersebut.\n\n\n\u201cJAS turut mengadakan mesyuarat jawatankuasa teknikal iaitu Technical Review Comittee (EIATRC) bagi mengkaji dan membincangkan Laporan EIA tersebut pada 28 Jun, 4 Oktober dan 15 Disember 2022 serta 21 Mac 2023 yang dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, agensi kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan, pakar-pakar iaitu individu yang dilantik mengikut bidang kepakaran masing-masing dan jururunding EIA,\u201d katanya.\n\n\n\n\nTambahnya, surat kelulusan Laporan EIA bagi cadangan projek tersebut ditandatangani pada 11 April 2023 beserta 71 Syarat-syarat Kelulusan Laporan EIA yang perlu dipatuhi oleh Penggerak Projek.\n\n\n\u201cSelepas diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri (agensi pelulus projek), pelaksanaan projek tidak boleh dimulakan di tapak sehingga Penggerak Projek menyediakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar dan dipersetujui oleh JAS terlebih dahulu.\n\n\n\u201cJAS juga menarik perhatian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memastikan pelaksana projek memberi perhatian serius terhadap impak residual dan melaksanakan semua langkah mitigasi dan kawalan pencemaran tanpa gagal dengan nasihat teknikal jabatan berkaitan termasuk Jabatan Perikanan Malaysia,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/baru-sehari-berkahwin-pasangan-ditahan-edar-dadah/", "title": "Baru sehari berkahwin, pasangan ditahan edar dadah", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Sepasang suami isteri yang baru sehari melangsungkan perkahwinan terpaksa berbulan madu di dalam lokap selepas ditahan polis kerana disyaki mengedar dadah.\u00a0\n\n\nKetua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kedua-dua mereka ditahan berdekatan parkir sebuah masjid di Chikus, Langkap, Perak pada Selasa jam 12.30 tengah hari.\n\n\nKatanya, serbuan dilakukan pasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Hilir Perak itu menemukan beg pakaian mengandungi 20 bungkusan plastik berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 9.268 kilogram.\n\n\n\n\nSepasang suami isteri yang baharu sehari mendirikan rumah tangga dicekup polis kerana disyaki mengedar dadah. \npic.twitter.com/RD8k3mw7Vm\n\n\n\u2014 Buletin TV3 (@BuletinTV3) \nApril 25, 2023\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerana Musang King \u2013 jangan aniaya Orang Asli, bincang sebelum halau\n\n\n\n\n\n\nInspektor Sheila didakwa ugut, aibkan kehormatan\n\n\n\n\n\n\nAntara Cabaran Utama Kepada Perpaduan \u2013 Dr. Jemilah\n\n\n\n\n\n\nSultan Johor berkenan berkunjung ke kediaman rasmi Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nSambut hari raya dengan wadah kesatuan dan ukhuwah Islamiah\n\n\n\n\n\n\n\n\nLapor media tempatan, Ahmad Adnan berkata, difahamkan kedua-dua suspek sedang menunggu pembeli di kawasan parkir tersebut, sebelum ditahan polis.\n\n\nKedua-dua suspek juga positif dadah jenis methamphetamine.\n\n\nKedua- duanya tidak bekerja dan rampasan dadah itu dipercayai untuk diedarkan ke luar daerah Hilir Perak.\n\n\nKatanya, jumlah rampasan boleh menampung keperluan hampir 10,000 penagih.\n\n\nBeliau berkata, kedua-dua suspek akan direman esok bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/bukan-tolak-pas-tapi-tolak-parti-tiada-hala-tuju-islam-zaharin/", "title": "Bukan tolak PAS tapi tolak parti yang pemimpinnya kata Melayu angkuh \u2013 Zaharin", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pemerhati politik, Datuk Zaharin Yassin berkata, \nPAS tidak pernah berubah dalam soal perjuangannya sebelum Merdeka dan selepasnya.\n\n\nPerjuangan PAS katanya, menegakkan negara Islam adalah berpandukan peraturan Islam.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam satu kenyataan sebagai menjawab komen Ketua Pengarah J-Kom berhubung dakwaan \nDatuk Mohammad Agus Yusoff bahawa PAS sudah hilang perjuangan.\n\n\nPAS juga katanya tidak pernah memanipulasikan Islam sebaliknya kata beliau apabila dikata undi PAS masuk syurga itu bukan mengundi PAS tetapi yang diundi itu ialah Islam kerana memperjuangkan syiar Islam dituntut oleh agama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia buka semula kedutaan besar di iraq\n\n\n\n\n\n\n\u201cIsmail Tak Usah Salahkan 12 Menteri PN\u201d- Tun M\n\n\n\n\n\n\nVarian BA.5.2, BF.7 dikesan pada Mac, Ogos tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nPRN Kelantan medan terakhir Ahmad Yakob bertanding politik\n\n\n\n\n\n\nMinta Wanita Muslim Bukakan Bir, Pengasas Kelab Komedi Jelas Hina Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas beliau, dirinya tidak pernah menyokong PAS dan pada masa yang sama tidak bermusuh dengan PAS, namun katanya jika beliau tidak mampu berjuang untuk Islam mengapa pula PAS diserang secara total, kerana dirinya juga perlu beradab.\n\n\nDalam satu lagi penjelasan beliau berkata, Assabiyah sememangnya ditolak Islam, dan kenyataan PAS menentang Assabiyah ditujukan kepada UMNO.\n\n\nUMNO pula katanya terus menjual Melayu untuk terus berkuasa dan akhirnya penghuni tahu, UMNO berjuang menjual Melayu untuk peribadi pemimpinnya.\n\n\nSehubungan itu kata Zaharin, perjuangan Pas tidak perlu ditolak, seperti yang dicadang oleh Ketua Pengarah J-KOM itu sebaliknya yang perlu ditolak ialah parti yang tiada hala tuju soal Islam.\n\n\nTambahnya lagi, yang perlu ditolak juga ialah\u00a0 pemimpin yang memperkudakan Islam, tiada pendirian Melayu dan mengatakan orang Melayu jangan angkuh.\n\n\nBeliau menjelaskan lagi, PAS dikenalinya sejak menyertai UMNO 54 tahun yang lalu, malah ketika beliau masih dalam Pemuda UMNO.\n\n\nNamun selepas PAS bersetuju menyertai kerajaan campuran dan menjadi entiti politik dalam Barisan Nasional, BN,\u00a0 beliau ketika berada dalam UMNO pada masa itu berhenti menyerang PAS.\n\n\nDan sehingga tahun 1978, PAS yang meminta untuk keluar daripada BN, kerana menentang Rang\u00a0 Undang-undang Mageran Kelantan di Parlimen.\n\n\nKata Datuk Zaharin, ini prinsip PAS dalam ada bergabung.\n\n\nPAS keluar secara beradab, dan bukan ditendang keluar.\n\n\nPada akhir kenyataannya, beliau mengingatkan kata-kata Imam Ahmad Hambal, iaitu apa pun ibadat tidak perlu ditunjuk, kerana ada yang masuk ke syurga dan ada yang ke neraka kerana menunjuk-nunjuk ibadah bukan kerana Allah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/hentikan-bantuan-khas-sekolah-persendirian-cina-tidak-patuhi-akta-pendidikan-1996-pakar/", "title": "Hentikan bantuan khas sekolah persendirian Cina, tidak patuhi Akta Pendidikan 1996 \u2013 Pakar", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Keputusan kerajaan meneruskan pemberian peruntukan untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara perlu dihentikan.\n\n\nFelo Kanan Majlis Profesor Negara Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata sekolah persendirian Cina itu tidak seharusnya diberikan keistimewaan kerana sekolah berkenaan tidak mematuhi Akta Pendidikan 1996.\n\n\nKok Seong berkata, sekolah persendirian cina itu juga gagal menggunakan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan dalam sistem pembelajaran seperti yang diperuntukkan bahagian 17 dan 18 dalam Akta yang sama.\n\n\n\u201cSekolah persendirian cina hanya menawarkan UEC yang langsung tidak terikat dengan bahagian 17 dan bahagian 18 dalam Akta Pendidikan 1996,\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n8,000 permohonan warganegara diluluskan setakat Mei tahun ini\n\n\n\n\n\n\nBN boleh menang di Terengganu, Kedah \u2013 Mohamad Hasan\n\n\n\n\n\n\nNGO Melayu Diketepikan, Hua Zong Lebih Istimewa Diutamakan?\n\n\n\n\n\n\nRamasamy akan kempen seluruh negara gesa mansuhkan SOSMA\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful mengaku tak bersalah minta, terima rasuah RM6.9 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cOleh itu, pemberian peruntukan itu didapati tidak selari dengan sistem pendidikan negara kita dalam konteks akta yang sama, pemberian dana tahunan seperti ini, seperti dana birokratif kerajaan iaitu pemberian istimewa yang bersifat eksklusif oleh kerajaan kepada Dong Zong yang mengendalikan sekolah menengah cina itulah\u201d\n\n\nKok Seong ketika dihubungi TV Pertiwi menegaskan, pemberian peruntukan secara tahunan adalah tidak layak dan cukup sekadar pemberian ihsan yang berupa \u201cone-off\u201d atau secara terus iaitu pada tahun 2019 lalu sahaja, ketika kerajaan PH menjadi kerajaan.\n\n\nSebaliknya beliau berkata, peruntukan kepada sekolah persendirian Cina di bawah kendalian Dong Zong itu boleh dialihkan kepada sekolah kebangsaan, jenis kebangsaan dan swasta yang mematuhi Akta Pendidikan 1996.\n\n\n\u201cSebagai institusi yang tidak mematuhi bahagian 17 dan bahagian 18 sepatutnya institusi swasta demikian tidak layak diberikan apa-apa peruntukan\u201d.\n\n\n\u201cSekolah ini langsung tidak mematuhi akta pendidikan, mereka menggunakan Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama, mereka menggubal kurikulum sendiri, oleh itu tidak boleh diberikan apa-apa peruntukan, pemberian itu boleh diberikan sekali ataupun one-off tetapi bukan secara tahunan seperti sekarang ini\u201d\n\n\nUntuk rekod pada tahun 2019, sejumlah RM12 juta diberikan kepada sekolah persendirian Cina.\n\n\nPeruntukan untuk bantuan khas itu kemudian meningkat kepada RM15 juta selama tiga tahun berturut-turut.\n\n\nSehinggalah ia dinaikkan kepada RM15.75 juta pada tahun ini atau lebihan 5 peratus daripada tahun sebelumnya untuk diberikan kepada 63 buah sekolah berkenaan yang bakal diterima selepas raya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/india-dan-jepun-bawa-keluar-rakyat-terkandas/", "title": "India dan Jepun bawa keluar rakyat terkandas", "body": "0\n\n\nBANGI,Khamis \u2013 \nKerajaan India telah melancarkan Operasi Kaveri untuk memindahkan rakyatnya yang terkandas di Khartoum, Sudan akibat pertempuran hebat antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) masih berlarutan.\u00a0\n\n\nMemetik Indian Express dot com, kumpulan pertama yang membawa kira-kira 500 warga India sudah tiba di Pelabuhan Sudan semalam dengan 278 daripadanya berlepas ke Jeddah menaiki kapal tentera laut India, INS Sumedha.\u00a0\n\n\nMenurut Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar India, Arindam Bagchi berkata kerajaan India menempatkan dua pesawat pejuang Tentera Udara India (IAF) dan INS Sumedha di Pelabuhan Sudan sebagai sebahagian daripada rancangan luar jangka untuk membawa pulang lebih 3,000 rakyatnya.\u00a0\n\n\nSementara itu, kerajaan Jepun juga telah memindahkan 45 rakyatnya bersama ahli keluarga mereka keluar dari Sudan dan mengambil keputusan untuk menutup sementara kedutaan negara itu di Khartoum.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar bantah permohonan Sanusi berkaitan pengampunan diraja\n\n\n\n\n\n\nBersatu Kenal Pasti Siapa Pengganti Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Desak Kerajaan Percepatkan Peruntukan\n\n\n\n\n\n\nMufti Perlis Saran KKM Tangguh Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\nRogol adik kandung remaja dihantar ke Henry Gurney\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Nippon TV News 24 Japan, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memaklumkan mereka telah berlepas dari timur Sudan menuju ke Djibouti dengan menaiki pesawat pengangkut C2 yang dihantar oleh tentera Jepun.\u00a0\n\n\n\u201cDengan ini, pemindahan semua warga Jepun di Khartoum yang berharap untuk dibawa keluar hingga semalam\u2026 termasuk kakitangan kedutaan, telah selesai,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Fumio, pihaknya telah membuka sebuah pejabat perhubungan di Djibouti bagi terus membantu warga Jepun yang masih berada di Sudan untuk berpindah keluar.\u00a0\n\n\nAngkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan RSF\u00a0 bersetuju dengan gencatan senjata selama 72 jam bermula semalam dengan Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi menjadi pengantara gencatan berkenaan.\u00a0\n\n\nSetiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata AS akan berkoordinasi dengan kepentingan awam serantau, antarabangsa dan Sudan untuk mewujudkan jawatankuasa yang akan menyelia kerja mengenai gencatan senjata kekal dan pengaturan kemanusiaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/jangan-guna-modal-politik-raih-keputusan-agong/", "title": "Jangan guna modal politik raih keputusan agong", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \u201cPolitik tidak boleh berada di atas perlembagaan.\u201d\n\n\nDemikian yang ditegaskan peguam kanan, Hanif Khatri Abdullah yang menyifatkan sesetengah pihak cuba meraih sokongan rakyat jika cuba menggunakan keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam pengampunan diraja terhadap Bekas Perdana Menteri, Datuk Najib Razak.\n\n\nKatanya, apa sahaja keputusan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong ia tidak boleh dijadikan sebagai kepentingan politik dan cubaan campur tangan dalam perlembagaan serta undang-undang negara.\n\n\n\u00a0Jelas Haniff, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pengampunan diraja, meskipun wujud Lembaga Pengampunan di dalam Perlembagaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Menteri Hal Ehwal Agama nasihat orang ramai bertenang, berhati-hati\n\n\n\n\n\n\nMas Ermieyati dilantik Pengerusi PAC\n\n\n\n\n\n\nBung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan\n\n\n\n\n\n\nPeralihan kuasa satu perkara biasa \u2013 Sri Acryl\n\n\n\n\n\n\nAgong berkenan terima watikah pelantikan 12 ketua perwakilan asing ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTidak ada gunanya melaung-laungkan berkhidmat kepada politik jika ada ingin menggunakan kuasa dan berharap menggunakan kuasa untuk memperoleh keistimewaan bawah perlembagaan atau undang-undang itu salah. \n\n\nJadi bagi saya apa sekali pun keputusan yang diberikan oleh YDPA samada selepas menerima nasihat Lembaga Pengampunan ataupun tidak menerima nasihat Lembaga Pengampunan wajar diterima semua rakyat tidak akan kena mengena dengan politik termasuk UMNO sebagai ini menunjukkan UMNO masih relevan, tidak itu pengampunan kepada Najib, apa kena mengena dengan UMNO? katanya.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam bual bicara bertajuk \u201cAdakah Anwar Sokong Pengampunan Najib?\u201d di Tv Pertiwi hari ini.\n\n\nHaniff Khatri Abdullah (Kanan) menjadi tetamu dalam bual bicara di Tv Pertiwi hari ini.\n\n\nSenada dengan pandangan yang diberikan, penganalisis politik, Dr Tawfik Yaakub berkata, kebanyakan politikus tidak mahu faham tentang perlembagaan dan undang-undang seolah-olah menjadikan undang-undang sebagai alat untuk kepentingan politik peribadi mereka.\n\n\nMalah katanya, jika ingin menuju kepada kematangan politik negara, setiap daripada ahli politik mesti menghormati perlembagaan dan undang-undang.\n\n\n\u201cSetiap daripada ahli politik mesti menghormati perlembagaan dan undang-undang dan tidak ada sesiapa yang melebihi perlembagaan negara dan itulah yang saya inginkan dan idamkan dalam perkembangan politik negara walau apa pun keputusan yang keluar membabitkan proses pengampunan diraja terhadap Datuk Seri Najib.\u201d\n\n\n\u201cSaya yakin sebenarnya sebagai rakyat Malaysia kita sudah ada penghormatan terhadap perlembagaan dan undang-undang negara tetapi kita tidak mahupun ada sesetengah pihak menggunakan ruang-ruang atau lakonan yang wujud dalam proses pengampunan atau undang-undang yang ada di negara kita untuk kepentingan politik peribadi mereka, ujarnya\u201d.\n\n\nPenganalisis politik, Dr Tawfik Yaakub\n\n\nDifahamkan Lembaga Pengampunan bakal me\u00adnga\u00addakan mesyuarat esok bagi membincangkan permohonan petisyen pengampunan dikemukakan oleh banduan yang gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan.\n\n\nNamun sehingga kini belum pasti sama ada permohonan pengampunan Najib yang dipohon oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan dibincangkan dalam mesyuarat itu esok."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/kpm-sedia-program-lima-minit-antirokok-vape-kekang-murid-ketaguh-e-rokok/", "title": "KPM sedia Program Lima Minit Antirokok/Vape kekang murid ketagih e-rokok", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Program Lima Minit Antirokok/Vape adalah antara usaha Kementerian Pendidikan dalam membanteras penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.\n\n\nKementerian dalam satu kenyataannya berkata program berkenaan dilaksanakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama agensi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).\n\n\nIa dilaksanakan dalam perhimpunan, kelas ganti, bimbingan kelompok, kempen anti merokok/vape, ceramah, pameran serta melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah.\n\n\n\u201cAktiviti ini bertujuan untuk menerapkan nilai kesedaran murid, membentuk jati diri dan mempunyai daya tahan yang tinggi,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDr. Mahathir `liabiliti\u2019 politik tanah air \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nAzan dua minit awal, jemaah diminta qada puasa\n\n\n\n\n\n\n4 Kes Omicron Dikesan Di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nMahu Jadi Lebih Cina Daripada Cina\n\n\n\n\n\n\nMEDAC sasar 10 peratus masjid di seluruh negara tubuh koperasi tahun depan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, KPM berkata, kementerian turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan melaksanakan program IMFree kepada murid sekolah rendah Tahun Satu hingga Tahun Enam di 636 sekolah rintis serta diperluaskan pada tahun 2023 dan seterusnya.\n\n\n\u201cProgram IMFree adalah program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah, yang bertujuan agar murid yang lahir pada tahun 2009 dan ke atas kekal tidak merokok sepanjang hayat.\n\n\n\u201cObjektif program ini ialah untuk, memberi pengetahuan mengenai bahaya merokok; memberi kemahiran untuk menyampaikan maklumat tentang bahaya merokok; dan melatih murid menjadi agen/pencetus/penyampai maklumat perubahan kepada rakan dan keluarga terhadap bahaya merokok,\u201d katanya.\n\n\nKenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada beberapa laporan media mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.\n\n\nDalam pada itu, JPN, PPD dan sekolah diminta mematuhi arahan yang ditetapkan kementerian berhubung isu penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah.\n\n\nPengetua dan guru besar disaran mengambil langkah berkesan berdasar Surat Siaran KPM Bil 17/2015: Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah dam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah.\n\n\nArahan-arahan berkenaan adalah bertujuan memantapkan pengurusan disiplin dan kaunseling di sekolah.\n\n\nKPM berkata, ia sentiasa komited dalam melaksanakan program pendidikan pencegahan berkaitan isu disiplin sebagai satu usaha berterusan memberi kesedaran, kemahiran, pengetahuan serta bimbingan kepada murid."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/lekas-gesa-kerajaan-pulau-pinang-dedah-71-syarat-lulus-projek-pulau-pinang-selatan/", "title": "LEKAS, gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat lulus Projek Pulau Pinang Selatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Untung secupak, rugi segantang.\n\n\nDemikian apa yang digambarkan oleh \nPertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS)\u00a0 berhubung projek penambakan laut Pulau Pinang Selatan (PSI).\n\n\nPengerusinya, Zikrullah Ismail berkata, sekiranya projek ini diteruskan, ia tidak mengutamakan nelayan, tetapi kapitalis-kapitalis yang membuat keuntungan kepada projek tersebut.\u00a0\n\n\nSehubungan itu Zikrullah menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang mendedahkan kepada umum 71 syarat yang dikenakan bagi meluluskan PSI.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBunuh suami kekasih, tanam mayat selepas hubungan sulit terbongkar\n\n\n\n\n\n\n1 Ramadan 1444H \u2013 esok umat Islam di Malaysia mula berpuasa\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Kampung Sungai Baru Mengeluh Pampasan Tidak Setimpal\n\n\n\n\n\n\nPeniaga luah rasa kesal harga barang mentah meningkat\n\n\n\n\n\n\nISMA Seru Pengundi Angkat Calon Muslim Berwibawa\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 \u00a0 FOTO: Facebook Zikrullah Ismail\n\n\nKatanya lagi projek tersebut perlu memenuhi semua 71 syarat yang diberikan sebelum mendapat kelulusan.\n\n\n\u201cKelulusan ini adalah kelulusan bersyarat, biasanya Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) ni kalau betul-betul ok, tiada masalah.\n\n\n\u201cSebelum ini keputusan kelulusan bersyarat 72, sekarang ni 71 syarat\u2026 satu perkara yang penting untuk kita tahu sekarang apakah 71 syarat tersebut, kita minta kepada kerajaan negeri supaya mendedahkan 71 syarat itu dan ramai pihak nak dengar termasuk rakyat,\u201d katanya.\n\n\nProjek berkenaan\u00a0 sebelum ini mendapat tentangan hebat daripada nelayan, pencinta alam sekitar dan kumpulan pesara kerajaan G25 atas kebimbangan ia akan menjejaskan ekosistem marin.\n\n\n\n\nJelasnya lagi, projek itu bakal menjejaskan pendapatan nelayan yang terpaksa mencari kawasan lain sebagai sumber rezeki.\n\n\n\u201cDia untung secupak, rugi segantang, bergantang-gantang bila projek ini berjalan.\n\n\n\u201cBantuan kepada nelayan akan terjejas termasuk pendapatan mereka. Projek ini juga tidak mengutamakan nelayan, tetapi mengutamakan kapitalis-kapitalis yang membuat keuntungan di atas lokasi yang sangat premium itu,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika dihubungi\u00a0 TV Pertiwi pada Rabu, bagi mengulas \npengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, projek penambakan laut secara besar-besaran di Pulau Pinang mendapat kelulusan EIA baru-baru ini.\n\n\n\n\nMenurut Chow, pihaknya menerima surat bertarikh 11 April daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya berhubung kelulusan itu.\u00a0\n\n\nNamun, masih terdapat beberapa proses yang perlu dilalui.\n\n\nBeliau berkata, laporan EIA yang diluluskan itu akan dimuat naik dalam laman sesawang Penang Infrastructure Corporation (PIC) untuk bacaan umum.\n\n\nProjek Pulau Pinang Selatan membabitkan pembangunan tiga pulau buatan, dengan keluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut, dekat Bayan Lepas.\n\n\n\n\nKelulusan diberikan untuk pembinaan tiga pulau, yang ketika ini dinamakan sebagai A (berkeluasan 930 hektar), B (445 hektar) dan C ( 323 hektar).\n\n\nPembinaan akan dimulakan di pulau A di tapak seluas 283 hektar, yang dijangka mengambil masa selama sembilan tahun untuk disiapkan.\n\n\nSusulan kelulusan itu, kerja penambakan akan dimulakan pada suku ketiga tahun ini.\n\n\nPada 8 September 2021, Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) memutuskan mengetepikan kelulusan EIA bagi projek tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/ph-bn-didakwa-cuai-selesaikan-isu-bekalan-air-kedah/", "title": "PH, BN didakwa cuai selesaikan isu bekalan air Kedah", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan Pakatan Harapan (PH) da juga Barisan Nasional (BN) didakwa telah cuai dan lalai dalam menyelesaikan masalah air sewaktu menjadi kerajaan terdahulu sehinggakan menyebabkan rakyat menerima kesannya pada ketika ini.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Bekalan air dan Sumber Air, Pengairan dan Saliran serta Tenaga Negeri, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria berkata, PH dan dan BN bukan sahaja gagal dalam membantu rakyat ketika mentadbir Kedah, malah mempersendakan pula kerajaan negeri ketika ini yang ditadbir oleh oleh Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang sedang berusaha dalam menyelesaikan isu masalah air.\n\n\n\u201cHakikatnya rakyat Kedah nampak secara jelas komitmen kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah pimpinan Muhammad Sanusi yang berusaha menyelesaikan isu bekalan air ini.\n\n\n\u201cRakyat dapat melihat hampir di seluruh daerah di negeri projek penggantian paip giat dilakukan supaya bekalan air tidak terjejas pada masa akan datang,\u201d katanya dalam kenyataan pada Rabu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nElon Musk tukar logo Twitter dengan X\n\n\n\n\n\n\nMelayu Perlu Cintai Hak Dimiliki, Tanah Rezab \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nRakyat jijik perlakuan rasuah, pemimpin diingat jangan ulangi kesalahan sama\n\n\n\n\n\n\nBanjir kilat dijangka landa 6 negeri dalam 24 jam\n\n\n\n\n\n\n\u2018Alisha beritahu nak pergi jauh\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohamad Yusoff berkata, operasi penggantian paip lama dan projek naik taraf lima loji rawatan air (LRA) di seluruh negeri menjadi punca berlakunya gangguan bekalan air terawat ketika ini.\n\n\nKatanya lagi, gangguan bekalan itu menjadi lebih parah apabila sumber air berkurangan disebabkan kekurangan hujan dan musim panas yang berpanjangan sehinggakan menyebbakan kira-kira 8,000 akaun Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang melibatkan 40,000 pengguna.\n\n\n\u201cMusim perayaan menyebabkan gangguan bekalan air di Kedah menjadi lebih buruk, jadi SADA melaksanakan Pelan Kontingensi bagi menghadapi isu ini secara menyeluruh.\n\n\n\u201cKeadaan tidak seteruk seperti digambarkan sesetengah pihak. Keadaan masih terkawal dan dapat ditangani dengan baik pihak SADA yang menghantar lori tangki ke kawasan terjejas,\u201d katanya.\n\n\nBerikutan itu, beliau meminta kerjasama semua pihak terutama rakyat Kedah menggunakan air secara berhemah dan melakukan persediaan awal dengan menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi situasi luar jangka.\n\n\nKatanya, SADA juga sedang melaksanakan pembinaan rumah pam dan tangki sedutan bagi meningkatkan kapasiti loji untuk mengatasi masalah tekanan air rendah di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/rumah-terbuka-anwar-salah-jika-guna-wang-kerajaan-guna-dana-parti/", "title": "Rumah Terbuka : Anwar salah jika guna wang kerajaan, guna dana parti", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Adalah menjadi kesalahan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan wang kerajaan pusat untuk menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Madani di enam negeri.\n\n\nAhli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, tindakan itu jelas satu penyalahgunaan kuasa, termasuklah jika kakitangan awam dan jentera kerajaan digunakan untuk mengendalikan rumah-rumah terbuka tersebut.\n\n\n\u201cIa jelas satu penyalahgunaan kuasa, termasuklah jika kakitangan awam dan jentera kerajaan digunakan untuk mengendalikan rumah-rumah terbuka tersebut.\n\n\n\u201cMemang ada peruntukan Perdana Menteri untuk mengadakan majlis rasmi keraian seperti rumah terbuka hari raya. Tetapi di satu tempat sahaja misalnya di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya,\u201d katanya dalam kenyataan di Facbeook pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Kabinet\u2019 PN permulaan reformasi blok pembangkang \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\nKeluarga Nazrin Hassan Mohon Pendakwaan Fail Rayuan\n\n\n\n\n\n\nCagar caruman KWSP heret masalah baharu rakyat \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nLepas DAP mungkin UMNO akan sokong pekebun haram Raub\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan ketujuh, mohon dibicara\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, beliau menyarankan supaya kerajaan menggunakan dana parti bagi mengadakan majlis tersebut.\n\n\n\n\nTambah Hassan, rumah terbuka yang dianjurkan adalah fenomena baharu yang ditakuti menyalahi kod etika dan undang-undang penggunaan wang awam.\n\n\nIni kerana, katanya, meskipun jumlah digunakan tidak mencecah jutaan ringgit, namun perlu diingatkan ia adalah duit awam dan perlu dibelanjakan secara berhemah, tidak melanggar etika moral dan undang-undang.\n\n\n\u201cBerapalah sangat duit kerajaan India digunakan untuk menerbangkan sebuah helikopter kerajaan untuk Perdana Menteri India, Indira Ghandi berkempen pilihan raya.\n\n\n\u201cBukan quantum wang yang digunakan itu besar atau kecil. Yang menjadi isu pokok ialah telah berlaku penyalahgunaan kuasa,\u201d ujarnya.\n\n\nSarannya lagi, kerajaan perlu berjimat memandangkan hutang negara ketika ini sudah mencecah RM1.5 trilion iaitu 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.\n\n\nDitambah pula dengan kenyataan bahawa kerajaan sedang menanggung beban hutang 1MDB sebanyak RM18.2 billion."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/rumah-terbuka-malaysia-madani-hanya-bermotif-politik/", "title": "Rumah Terbuka Malaysia Madani hanya bermotif politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) mendakwa langkah Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di negeri-negeri tertentu, hanyalah bermotifkan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.\n\n\nKetua DUPP, Datuk Ahmad Yahaya menegaskan langkah tersebut mendorong lebih banyak pembaziran demi memenuhi kerakusan politik Anwar Ibrahim dan Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).\n\n\nBeliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata rakyat semakin bijak menilai tindakan politik oleh kerajaan dan tindakan tersebut sudah tidak lagi mencerminkan perjuangan yang sepatutnya.\n\n\n\u201cApakah semua pihak akan menerima bulat-bulat bahawa penganjuran jamuan Hari Raya Aidilfitri di negeri PRN semata-mata tiada udang di sebalik batu? Rakyat sudah bijak menilai dan membaca kebobrokan tindakan Kerajaan Madani yang semakin tempang pada hari ini.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri sokong pengeluaran KWSP bersasar\n\n\n\n\n\n\nPenjara 218 tahun, 75 sebatan rogol anak kandung\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tingkat taraf pendidikan, baiki sekolah daif\n\n\n\n\n\n\nPelancaran MEASAT \u2013 3d Bantu Rapatkan Jurang Digital \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPelajar IPT Diberi 5 Hari Pelepasan Pulang Mengundi\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, beliau turut menegaskan kerajaan perlu hentikan sikap politik kepartian dan sentiasa memastikan profesionalisme dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran.\n\n\n\u201cHentikan sikap politik kepartian dan sentiasa memastikan profesionalisme dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran. Malangnya, kerajaan omongan reformasi Madani hari ini indah khabar dari rupa.\u201d\n\n\nTegas Ahmad Yahaya, penganjuran berkenaan hanya bermotifkan politik, memandangkan ia berlangsung di Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang akan menghadapi PRN tidak lama lagi.\n\n\n\u201cDUPP menegaskan bahawa tidak sepatutnya kesemua tindak tanduk kerajaan hanya bersifat politik. DUPP seringkali mengingatkan agar kerajaan hari ini menjadi sebuah kerajaan kepada semua.\u201d\n\n\nTerdahulu, Anwar mempelawa orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani bersama Perdana Menteri dan jemaah menteri yang dijadualkan berlangsung di enam negeri berkenaan.\n\n\nBagaimanapun, Anwar kali ini memecah tradisi itu dengan menganjurkannya di enam negeri yang bakal bermula di Kedah pada 29 April, diikuti Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei), Terengganu (13 Mei) dan kemuncaknya di Selangor (14 Mei)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/shahidan-beri-bayangan-bertanding-pada-prn/", "title": "Shahidan beri bayangan bertanding pada PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi bayangan bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\u00a0\n\n\nBagaimanapun, Shahidan tidak mendedahkan lokasi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingnya sekiranya dipilih.\u00a0\n\n\nMeskipun, banyak desas-desus politik menjangkakan beliau akan mencabar diri bertanding di DUN Semenyih, Selangor.\n\n\n\u201cKalau (pucuk pimpinan) Perikatan Nasional (PN) memerlukan saya bertanding, saya akan lawan tetapi PN mesti kuasai semua negeri ini (Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan) dan jika sumbangan saya dapat mewujudkan gelombang yang \u2018dahsyat\u2019 apa salahnya.\u201d\n\n\nBeliau menegaskan, bertanding pada PRN yang dijangka berlaku pertengahan tahun ini bukan untuk memegang jawatan semata-mata, tetapi bagi memastikan Perikatan Nasional merebut kawasan DUN.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZuraida dakwa dipecat PBM kerana kecuaian RoS\n\n\n\n\n\n\nPH-BN guna logo sendiri di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nJangan usik perasan orang Melayu \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nSaya tak faham kenapa orang salahkan saya \u2013 Tun Dr Mahathir\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin didakwa terbabit pengubahan wang haram RM5 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNamun begitu, sekiranya saya bertanding pun, bukan niat saya hendak pegang jawatan tetapi niat hendak pastikan PN menang, terus terang saya katakan bahawa, saya tak perlu berebut jawatan dengan siapa kerana satu ketika, saya sendiri pernah menjadi pemimpin besar,\u201d katanya\n\n\nBeliau berkata demikian, semasa melakukan pemeriksaan persiapan Majlis Rumah Terbuka Bersama Ahli Parlimen Arau Bersama Perpaduan Ummah Malaysia di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Arau, Kubang Gajah, Perlis, hari ini.\n\n\nShahidan memaklumkan mendapat sokongan daripada ahli politik berpengaruh seperti bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang dipecat UMNO.\n\n\nJika beliau bertanding, ia merupakan percubaan pertama bekas Menteri Besar Perlis untuk bertanding di luar Perlis selepas pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Perlis selama empat penggal bermula dari 1995 sehingga 2008.\n\n\nUntuk rekod bagi Parlimen pula, Shahidan yang pernah menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Wilayah Persekutuan menjadi Ahli Parlimen Arau sejak 1986 dengan memenanginya bersama dengan Barisan Nasional (BN) sebelum mengubah haluannya bersama PN pada PRU lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/tanah-runtuh-19-kediaman-sementara-untuk-kakitangan-sprm/", "title": "Tanah runtuh : 19 kediaman sementara untuk kakitangan SPRM", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan akan menyediakan 19 unit kediaman sementera untuk semua kakitangan dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta keluarga yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).\n\n\nKetua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Zulkapli Mohamad berkata kediaman itu disediakan berhampiran dengan akademi berkenaan bersama beberapa kemudahan kerajaan lain untuk memastikan kelancaran operasi akademi itu.\n\n\nSaya bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam dan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya (JKR), Zulkipli Nasri buat keputusan untuk beri kemudahan penginapan kepada mereka yang terlibat. \n\n\nJadi kita sediakan 19 rumah untuk pindahkan mereka ke kawasan berdekatan tempat kerja mereka. Buat masa ini, kita tidak benarkan mereka tinggal di sini.\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata satu jalan alternatif akan dibina buat sementara waktu bagi memudahkan pegawai terlibat menjalankan tugas serta untuk mengeluarkan kenderaan MACA yang terjejas dengan kerja-kerja pembinaan dijangka mengambil masa dua minggu.\n\n\nTambah beliau, kerja-kerja pemasangan alat pengesan pergerakan tanah di lokasi runtuhan dilakukan bermula hari ini bersama-sama kerja-kerja pembersihan runtuhan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJPS selia pelepasan air guna 15 pam bergerak\n\n\n\n\n\n\nKastam rampas barangan seludup bernilai lebih RM600,000\n\n\n\n\n\n\nRayuan petisyen Ramasamy ditangguh ke 1 Ogos secara fizikal\n\n\n\n\n\n\nPenempatan haram PATI seluas dua padang bola dibongkar\n\n\n\n\n\n\nAnwar nafi buat dakwaan tanpa asas ke atas PN\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada masa sama, kerja-kerja pemasangan kanvas di tempat kejadian juga sudah hampir siap bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh merebak ke kawasan berdekatan.\n\n\nKetua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata ia berikutan berlaku hujan lebat di kawasan berkenaan petang semalam, yang berisiko menyebabkan berlaku runtuhan susulan sekiranya tindakan pantas itu tidak diambil.\n\n\n\u00a0Namun katanya, kedua-dua bangunan (MACA dan IIM) tersebut setakat ini selamat untuk digunakan.\n\n\nTerdahulu, MACA telah mengosongkan seluruh kawasan akademi itu dengan memindahkan 45 individu susulan kejadian tanah runtuh tersebut pada Selasa kira-kira 1.30 tengah hari.\n\n\nIndividu yang terlibat terdiri daripada 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh penghuni kuarters termasuk keluarga pegawai yang dipindahkan dari bangunan MACA ke kawasan selamat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/tiada-gelombang-hijau-di-prn-enam-negeri/", "title": "Tiada gelombang hijau di PRN enam negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Veteran DAP, Lim Kit Siang yakin pilihan raya negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, tidak akan dilanda gelombang hijau.\n\n\nKatanya, gelombang itu tidak akan wujud sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan yang dipimpinnya ketika ini meraih sokongan hampir semua lapisan masyarakat.\n\n\n\u201cSekiranya orang Cina, India, Kadazan, dan Dayak di Malaysia merasakan yang ada rancangan jahat untuk menghapuskan kaum, agama, atau budaya mereka, mereka akan bersatu dan berlawan habis-habisan.\n\n\n\u201cBegitu juga, sekiranya orang Melayu dibuat untuk percaya bahawa ada rancangan jahat untuk menghapuskan kaum Melayu dan agama Islam, mereka akan menentang dan melawan habis-habisan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLelaki Dituduh Bunuh Ibu Yang Badannya Dikerat 15\n\n\n\n\n\n\nHaramkan penggunaan vape, bukan kenakan cukai\n\n\n\n\n\n\nBERJASA tetap bersama GTA, fokus hala tuju dan kepimpinan baharu\n\n\n\n\n\n\nBersih kritik kurang peruntukan untuk pembangkang\n\n\n\n\n\n\nTarik balik rayuan kalimah Allah, bekas menteri tuntut penjelasan KDN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTetapi, tidak ada sebarang rancangan jahat sebegini untuk menghapuskan sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, atau agama mereka mahupun budaya mereka,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.\n\n\nDalam satu kenyataan semalam, Kit Siang juga membidas kenyataan PAS dan BERSATU kononnya orang Melayu sedang diancam dan orang Melayu telah kehilangan semua hak.\n\n\n\n\n\u201cMesej tunggal yang cuba dicanang oleh Bersatu dan PAS dalam Perikatan Nasional adalah kononnya orang Melayu sedang diancam dan orang Melayu telah kehilangan semua hak politik dan ekonomi sedangkan mesej ini dibentuk berasaskan kepada penipuan, fitnah, dan berita palsu di media sosial,\u201d katanya.\n\n\nMalah, kata Kit Siang, perlu ada usaha besar-besaran untuk menghapuskan persepsi salah yang kononnya kaum, agama, dan budaya orang Melayu sedang terancam dan akan dihapuskan kerana tidak ada sebarang ancaman sebegini yang wujud.\n\n\nKatanya, perkara ini dapat dilihat dari kehadiran meriah dari pelbagai kumpulan etnik dan agama pada majlis rumah terbuka Aidilfitri, baik yang dianjurkan oleh kerabat diraja, pemimpin politik atau rakyat biasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/tun-m-puji-perkhidmatan-mrt-seperti-di-negara-maju/", "title": "Tun M puji perkhidmatan MRT, seperti di negara maju", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 Seolah-olah berada di negara maju, perjalanannya baik, kemudahan tersedia, stesen besar dan lengkap dengan lif serta eskalator.\n\n\nDemikian ulasan daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memuji pengurusan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh dan Putrajaya kerana kelancaran perkhidmatan itu.\n\n\nTun Mahathir berkata demikian selepas berkongsi pengalamannya menaiki perkhidmatan awam itu pada hari raya ketiga, bersama isteri dan rakannya.\n\n\n\n\nMRT SG. BULOH / PUTRAJAYA\n\u00a0\n1. Pada hari ketiga raya saya dan isteri bersama kawan-kawan mencadang mencuba MRT dari Sungai Buloh ke Putrajaya. \npic.twitter.com/h5LNL68Gtz\n\n\n\u2014 Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) \nApril 25, 2023\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan ini petunjuk kerajaan dalam ketakutan \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Lynas berhimpuan esok dibenarkan polis\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat kecoh ketika bahas usul percaya terhadap PM\n\n\n\n\n\n\nPRN Johor Hanya Buang Masa Dan Sia-Sia\n\n\n\n\n\n\nLebih 500 Ribu Peluang Pekerjaan Berjaya Diwujudkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi ciapan di Twitter beliau pada Rabu, Tun Mahathir berkata, \nbeliau seolah-olah berada di negara maju selepas melihat perjalan perkhidmatan itu yang bagus dengan dilengkapi kemudahan, stesen yang besar, lif dan eskalator yang memudahkan pengguna.\n\n\nTambahnya,\u00a0 kakitangan MRT juga turut bersama beliau sepanjang perjalanan itu dan memberi peluang kepadanya untuk bertanya beberapa soalan berkenaan prestasi MRT.\n\n\nKata Tun\u00a0 Mahathir, beliau percaya kemudahan itu akan disambut baik rakyat jika kos yang amat tinggi tidak dipedulikan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/27/utamakan-bantu-sekolah-daif-berbanding-sekolah-persendirian-cina/", "title": "Utamakan bantu sekolah daif berbanding sekolah persendirian Cina", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Peruntukan pendidikan untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara sepatutnya dibuat oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan bukan Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan.\n\n\nNaib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad berkata keputusan kerajaan meluluskan sejumlah besar peruntukan berkenaan dilihat sebagai pelik dan boleh mengundang kemarahan rakyat.\n\n\nKalau tidak diberikan bantuan sekian-sekian, mungkin parti ini menarik diri dan sebagainya. Ini suatu yang tidak sihat berlaku dalam kerajaan hari ini, apabila DAP mula naik tocang, besar kepala dan mula tunjuk taring sebenar mereka sebagai parti rasis dan hanya memperjuangkan nasib bangsa mereka sahaja.\n\n\nMemetik Ismaweb.net, Lukman berkata tindakan Loke jelas membuktikan peruntukan berkenaan sebahagian daripada tuntutan DAP, sebagai sebuah parti yang mendesak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHari Ini Penentuan Zahid Bebas Atau Perlu Bela Diri\n\n\n\n\n\n\nTitah Agong beri mesej jelas kepada ahli politik agar serius urus negara, pelihara perpaduan\n\n\n\n\n\n\nTuntutan segera AS$16 bilion dari Sulu melampau, kes masih berjalan \u2013 AGC\n\n\n\n\n\n\nCukai cecair vape tidak memadai demi kesihatan\n\n\n\n\n\n\n5 terbunuh, 15 lagi cedera akibat serangan roket Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, tindakan tersebut dikatakan bersifat berat sebelah apabila sekolah persendirian lain yang sangat daif tidak diberikan peruntukan yang sewajarnya oleh kerajaan.\n\n\nMalah, beliau berkata bukan sahaja sekolah persendirian, tetapi sekolah-sekolah kerajaan yang sangat daif terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak yang sepatutnya diberikan serta diutamakan.\n\n\nJusteru, beliau kesal kerajaan Malaysia Madani yang dipimpin Anwar hari ini bertindak secara di luar jangkaan apabila mengutamakan sekolah persendirian Cina, yang menerima bantuan jutaan ringgit daripada taikun serta pihak swasta.\n\n\nSebelum ini, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook mengumumkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM15.75 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara.\n\n\nLoke berkata, permohonan peruntukan itu dibuat Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim dan telah diluluskan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/28/bangunan-maca-dijangka-dibuka-semula-18-mei-depan/", "title": "Bangunan MACA dijangka dibuka semula 18 Mei depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) yang terjejas akibat insiden tanah runtuh pada Selalu lalu dijangka dibuka semula pada 18 Mei depan.\u00a0\n\n\nMenteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembukaan semula akan dibuat selepas bekalan elektrik dan air serta sistem kumbahan dipulihkan dan laluan sementara siap dibina.\u00a0\n\n\nAlexander memaklumkan perkara itu selepas menerima taklimat daripada Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ahmad Redza Ghulam Rasool dan pasukan Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR).\n\n\n\u201cSecara spesifik, tempoh tiga minggu itu diperlukan bagi membolehkan kerja sementara dilaksanakan, antaranya pemasangan kepingan terpal (tarpaulin sheet) ke atas permukaan cerun terdedah yang bermula pada 26 April.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJohor kesan Orang Asli dieksploitasi demi kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nKMUM tawar jadi penganjur debat Anwar-Najib\n\n\n\n\n\n\nSelain KM, Melaka juga akan dapat barisan EXCO baharu \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nRM200,000 Nilai Kompaun Dikeluarkan Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\nKJ, Shahidan sah tiada dalam senarai calon PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut hantaran di Facebook beliau, pemasangan \nsheet pile\n dan pembinaan laluan akses sementara akan mengambil masa dua minggu, bermula hari ini hingga 12 Mei depan.\n\n\nTambah beliau, pemasangan \nEarly Warning System\n (EWS) sebanyak enam nos sudah dibuat semalam manakala empat nos lagi akan dipasang selepas kerja sheet pile selesai.\n\n\n\n\nSelain itu, pemasangan utiliti sementara mengambil masa dua minggu membabitkan Tenaga Nasional Bhd (TNB), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., (Air Selangor), Telekom Malaysia (TM) dan sistem air kumbahan.\n\n\nMengulas lanjut, Alexander berkata, kerja pembaikan kekal dijangka mengambil masa maksimum selama dua tahun membabitkan kerja mengukur, kajian penyiasatan tapak (SI), proses perolehan dan kerja pembinaan selama 12 bulan.\n\n\n\u201cJusteru, saya memohon kerjasama semua pihak supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/28/bn-setuju-pertahan-kerajaan-persekutuan/", "title": "BN setuju pertahan Kerajaan Persekutuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebulat suara bersetuju mempertahankan kerajaan yang turut dianggotai BN.\n\n\nSetiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, mesyuarat semalam yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN\u00a0dihadiri semua parti komponen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).\n\n\nBeliau berkata, mesyuarat membuat ketetapan untuk komited bersama-sama membangunkan agenda polisi rakyat terus dilaksanakan dan menyeru semua pemimpin daripada pelbagai lapisan masyarakat\u00a0menjaga perpaduan serta keharmonian agar kestabilan politik dapat dijamin.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Sarawak Kecam Jabatan Pendidikan Pahang\n\n\n\n\n\n\nMampukah Ijazah Menjamin Peluang Pekerjaan\n\n\n\n\n\n\nAngkat sumpah MB Negeri Sembilan berlangsung hari ini\n\n\n\n\n\n\nSwatch ambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong \u2013 Speaker DUN Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDewan Tertinggi BN juga telah dimaklumkan secara mendalam persiapan parti bagi menghadapi pilihan raya di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan.\n\n\n\u201cPerbincangan juga melibatkan model kerjasama antara BN bersama parti-parti dalam kerajaan,\u201d katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di laman Facebook BN.\n\n\nSelain itu, Zambry berkata, Dewan Tertinggi BN juga bersetuju untuk mengambil bahagian dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Persekutuan di WTC KL pada 14 Mei ini.\n\n\nPada mesyuarat itu, parti komponen melalui presiden masing-masing merakamkan ucapan tahniah kepada Ahmad Zahid dan\u00a0Datuk Seri Mohamad Hasan kerana menang jawatan Presiden UMNO serta\u00a0Timbalan Presiden UMNO\u00a0tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO sesi 2023-2026.\n\n\nSelain itu, ucapan tahniah juga dirakamkan kepada seluruh kepimpinan Majlis Tertinggi serta Kepimpinan UMNO setiap peringkat atas kemenangan pada pemilihan itu.\n\n\nMenurut Zambry, Mesyuarat Dewan Tertinggi turut\u00a0bersetuju dengan pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari Agung BN; Dr Muhamad Akmal Saleh serta Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi masing-masing sebagai wakil Pergerakan Pemuda dan Puteri.\n\n\nTurut dilantik pengganti wakil UMNO dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke Dewan Tertinggi iaitu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi\u00a0Datuk Seri\u00a0Mohamed Khaled Nordin dan\u00a0Ketua Penerangan PBRS Datuk\u00a0Fredie\u00a0Sua.\n\n\nMesyuarat juga mengumumkan pelantikan Jawatankuasa Penyelaras Negeri serta bahagian. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/28/i-guru-syor-galak-semula-sop-covid-19-di-sekolah/", "title": "i-Guru syor galak semula SOP COVID-19 di sekolah", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Jumaat \u2013\u00a0 Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) perlu mencari pendekatan terbaik susulan penularan varian baharu digelar XBB. 1.16 atau Arcturus, yang mencetuskan kebimbangan serta menjadi punca peningkatan kes COVID-19 kebelakangan ini.\n\n\nPresiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Ustaz Mohd Azizee Hasan berkata, tindakan itu penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terus terjamin, terutama sepanjang berada di kawasan sekolah.\n\n\n\u201cDalam pada itu, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang betul juga perlu diperkenalkan semula terutama ketika sesi pembelajaran bermula selepas cuti sambutan Aidilfitri ini.\n\n\n\u201cSemua pihak juga disaran supaya sentiasa menitikberatkan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar enggan layan \u2018celoteh\u2019 tak relevan Mahathir\n\n\n\n\n\n\nSarimah kecewa berita palsu terlantar sakit tersebar\n\n\n\n\n\n\nKPM tidak bercadang wujud silibus baharu berkaitan patriotisme\n\n\n\n\n\n\nSaya Yakin Dengan BERSATU \u2013 Rashid Hasnon\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap Sanusi masih belum selesai \u2013 Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, KKM mencadangkan supaya pemakaian pelitup muka diwajibkan semula di sekolah bagi mengekang lonjakan kes COVID-19 susulan penularan varian XBB.1.16, atau dikenali sebagai Arcturus.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mendedahkan, terdapat enam lagi kes baharu berkait dengan varian Arcturus iaitu empat di Selangor dan dua di Kuala Lumpur.\n\n\nTerdahulu, penularan Acturus di Malaysia dilaporkan pada awal bulan ini iaitu enam kes pertamanya di Sarawak.\n\n\nSusulan perkembangan itu, Ustaz Mohd Azizee menggesa semua pihak mengutamakan penjagaan kesihatan diri seperti kerap membasuh tangan dan menggalakkan kembali pemakaian pelitup muka.\n\n\n\u201cPemakaian pelitup muka juga digalakkan semula di sekolah bagi mengekang lonjakan kes COVID-19, selain sekiranya mengalami gejala yang membimbangkan selain berada di tempat sesak,\u201d katanya.\n\n\n\u201cUjian saringan COVID-19 juga wajar dilakukan sekiranya bergejala dan terus mengunjungi klinik apabila berlaku komplikasi,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, beliau menggesa ibu bapa supaya memberikan kerjasama dengan pihak sekolah berkaitan anak-anak mereka, termasuk mematuhi SOP yang ditetapkan. \u2013 ISMAWEB"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/28/jangan-takutkan-orang-melayu-dengan-gelombang-hijau-tun-mahathir/", "title": "Jangan takutkan orang Melayu dengan gelombang hijau \u2013 Tun Mahathir", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak menakutkan orang Melayu dengan \u2018gelombang hijau\u2019.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu berkata, Malaysia ditadbir oleh kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun dan sepanjang tempoh itu, pembangunan yang pesat telah berlaku.\n\n\n\n\n\u201cBahkan kaum bukan Melayu mencapai banyak kemajuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLupus Kenderaan Lebih 10 Tahun Belum Sesuai Dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\nMas Ermieyati dilantik Pengerusi PAC\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Johor Mahu Pengkhianat Dihukum\n\n\n\n\n\n\nTidak mahu bahasa ibunda hanya jadi simbol, BERJASA sokong teks BM versi rasmi Perlembagaan\n\n\n\n\n\n\nKuza, Kuni diarah failkan pembelaan terhadap saman fitnah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cHal demikian tak usahlah cuba menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan menconteng mereka warna hijau,\u201d katanya menerusi Facebook pada Jumaat.\n\n\nPAS melalui PN sebelum ini dilihat berusaha untuk mengekalkan momentum penguasaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah seterusnya menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nGelombang hijau yang berlaku pada Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu menyaksikan PN menang kesemua kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan hanya tewas satu kerusi di Kedah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/28/ngo-alam-sekitar-dakwa-kelulusan-projek-tambak-laut-pulau-pinang-meragukan/", "title": "NGO alam sekitar dakwa kelulusan projek tambak laut Pulau Pinang meragukan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nPersatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) menganggap kelulusan projek tambakan laut selatan Pulau Pinang atau kini dikenali sebagai Penang South Island (PSI) sebagai satu keputusan yang\u00a0 meragukan.\n\n\nPengerusi Kuasa, Hafizudin Nasarudin berkata, Kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) berkaitan PSI menimbulkan keraguan apabila kelulusan pertama itu diluluskan pada hari terakhir perkhidmatan \nKetua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang.\u00a0\n\n\nKeputusan kelulusan itu akan memberi kesan yang buruk untuk jangka masa pendek dan panjang terhadap alam sekitar serta kepada mereka yang berpendapatan berasaskan kehidupan laut.\n\n\nTambahnya lagi, kelulusan yang diberikan untuk projek PSI ini juga satu keputusan yang meragukan kerana kelulusan pertama itu diluluskan pada hari terakhir perkhidmatan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIni Negara China Atau Malaysia \u2013 Prof Redhuan Tee Abdullah\n\n\n\n\n\n\nMenteri alih tumpuan, ganggu tugas penjawat awam : Kesatuan\n\n\n\n\n\n\nVisa Furada \u2013 Berhati-Hati Jangan Sampai Duit Hangus\n\n\n\n\n\n\nAminuddin mahu Bantu Selesaikan Masalah Pendidikan Penduduk Setempat Temerloh\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Pilihan Khas Mesyuarat Rabu Depan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tidak bersetuju sama sekali dengan kelulusan Projek Pulau Pinang ini.\n\n\n\u201cSalah satu sebabnya adalah saya nampak kelulusan ini ada sedikit kontroversi.\n\n\n\u201cPada kelulusan yang pertama ia diluluskan pada hari terakhir Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar berkhidmat,\u201d katanya.\n\n\nBeliau menambah, isi kandungan laporan yang dikeluarkan EIA juga tidak terkandung sebarang data yang menunjukkan kawasan berkenaan mempunyai terumbu karang serta lubuk bagi sumber protein seperti ikan, ketam, udang dan sebagainya.\n\n\nMalah, laporan berkenaan hanya menunjukan lokasi pembinaan itu hanyalah sebagai kawasan yang miskin dan tidak banyak sumber marin.\n\n\n\u201cAda maklumat yang digelapkan contohnya adalah maklumat kawasan di situ merupakan kawasan untuk penangkapan udang, ada sarang ikan,ketam dan sebagainya.\n\n\n\u201cTapi dalam report EIA tiada, malah dalam report EIA juga cakap kawasan berkenaan adalah kawasan yang miskin dan tidak banyak sumber marin\u201d Katanya.\n\n\nProjek Pulau Pinang Selatan ini membabitkan pembangunan tiga pulau buatan, dengan keluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut, dekat Bayan Lepas.\n\n\nKelulusan diberikan untuk pembinaan tiga pulau, yang ketika ini dinamakan sebagai A (berkeluasan 930 hektar), B (445 hektar) dan C ( 323 hektar)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/28/ops-sudan-selesai-30-rakyat-malaysia-selamat-tiba-di-klia/", "title": "Ops Sudan selesai, 30 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Dengan ketibaan 30 rakyat Malaysia yang terperangkap di Sudan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Jumaat, Ops Sudan yang dilancarkan sejak 15 April lalu dianggap selesai.\n\n\nMenteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata Wisma Putra bagaimanapun akan terus memantau rapi perkembangan konflik terbabit.\n\n\n\n\n\u201cOps Sudan telah selesai, cuma kita (Wisma Putra) masih terus ikuti perkembangan ini, berdasarkan jumlah rakyat Malaysia yang berdaftar, itu bilangan sekiranya ada lagi yang belum berdaftar, kita harapkan mereka akan hubungi kita.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Anwar diminta kembalikan tanah rezab Melayu yang diceroboh \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nJAIS batal kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong\n\n\n\n\n\n\nAgong zahir penghargaan kepada Arab Saudi urus jemaah haji\n\n\n\n\n\n\n147 ketua Wanita UMNO bahagian tidak lagi menyokong Noraini\n\n\n\n\n\n\nKonsep Madani hasil pengalaman, perjuangan panjang Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSeperti yang saya telah umum sebelum ini, selain daripada usaha mengeluarkan rakyat Malaysia 30 orang, kita juga turut membantu mengeluarkan rakyat negara lain seperti Singapura, Amerika Syarikat, Kemboja dan Sudan,\u201d jelasnya.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyambut ketibaan 30 rakyat Malaysia dari Sudan di KLIA hari ini.\n\n\nHadir sama, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.\n\n\nKesemua 30 rakyat Malaysia terbabit tiba dengan menaiki pesawat Saudi Arabia Airlines kira-kira jam 3.03 petang tadi.\n\n\nMengulas mengenai perjalanan rakyat Malaysia sepanjang misi evakuasi berlangsung, Zambry turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas keprihatinan membantu Wisma Putra.\n\n\n\u201cKita sedia maklum seluruh negara mengikuti secara dekat apa yang berlaku di Sudan.\n\n\n\u201cBagi pihak kerajaan, junjungan kasih diucapkan kepada Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan baginda mengikuti setiap detik dan perkembangan rakyat Malaysia di Sudan.\n\n\n\u201cSaya juga ingin ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan beliau yang turut ikut setiap perkembangan dan ambil langkah untuk memastikan misi ini berjaya,\u201d katanya lagi.\n\n\nMengulas lanjut mengenai perjalanan rakyat Malaysia menaiki bas dari Khartoum, Sudan ke pelabuhan Sudan mengambil masa 30 jam.\n\n\nJelas Zambry, pelbagai pendekatan diambil dalam misi evakuasi kali ini, termasuk menggunakan laluan lebih selamat.\n\n\n\u201cKeadaan yang berlaku di Sudan kali ni keadaan secara tiba-tiba, dan saya ingin sebut di sini, di Libya, kawasan peperangan di luar ibu kota.\n\n\n\u201cDi Sudan di dalam kawasan ibu kota itu sendiri, menyebabkan semua berada dalam keadaan terpinga-pinga, ini menyebabkan kita perlu ambil pendekatan yang terpantas untuk keluarkan rakyat kita,\u201d katanya.\n\n\nUjarnya lagi, pelbagai langkah diambil sebelum keputusan membawa keluar 30 rakyat Malaysia daripada Khartoum ke Pelabuhan Sudan dibuat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/28/penerbangan-pertama-haji-dijangka-21-mei/", "title": "Penerbangan pertama haji dijangka 21 Mei", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Penerbangan pertama bagi jemaah haji Malaysia pada tahun ini dijangka pada 21 Mei ini.\n\n\nPengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar berkata, berbanding tahun 2022, proses penghantaran jemaah pada tahun ini berbeza kerana jumlah dan operasi ibadah itu akan kembali ke tahap normal.\n\n\nBeliau berkata, ketika ini, TH masih belum mengetahui jumlah sebenar jemaah yang akan menunaikan haji memandangkan TH masih dalam proses mengemukakan rayuan kuota tambahan.\n\n\n\u201cInsya-Allah dengan tambahan kuota nanti, lebih ramai jemaah haji akan kita uruskan,\u201d katanya pada sidang media pengumuman agihan keuntungan TH tahun 2022 di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan semakan sabitan buktikan kes SRC Najib bukan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Bukan Badan Awam, Layakkah Dapat Peruntukan?\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP jamin isu harga, bekalan ayam selesai dua minggu\n\n\n\n\n\n\nHubungan Malaysia-Amerika punca Arab Saudi jauhkan diri?\n\n\n\n\n\n\nKetepikan Masalah Dalaman \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas agihan keuntungan TH, Azman berkata, TH mengambil pendekatan pelaburan yang lebih berhati-hati berlandaskan lokasi aset strategik untuk menghadapi persekitaran yang tidak menentu.\n\n\n\u201cAlhamdulillah, usaha ini telah membantu dalam penjanaan hasil bagi memastikan kadar agihan yang berpatutan bagi tahun kewangan 2022,\u201d katanya lagi.\n\n\nPengiraan agihan keuntungan tahunan 2022 TH adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang disimpan sepanjang tahun iaitu sebagaimana pengiraan tahun-tahun sebelum ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/28/pengumuman-peruntukan-sekolah-persendirian-cina-dipersoal/", "title": "Pengumuman peruntukan sekolah persendirian cina dipersoal", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pengumuman kelulusan bantuan khas RM15.75 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara mencetuskan pertikaian dan polemik daripada pelbagai pihak.\u00a0\n\n\nBukan sahaja sejumlah peruntukan besar bantuan yang diberikan kerajaan menjadi isu, malah pengumuman oleh Menteri tidak berkaitan turut menimbulkan tanda tanya.\u00a0\n\n\n\n\nPeguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz turut mempersoalkan tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP mengumumkan kelulusan berkenaan melalui satu kenyataan media berbahasa Cina, baru-baru ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Keabsahan Sekolah Vernakular 29 Disember\n\n\n\n\n\n\nMohamad fokus siapkan kapal LCS secepat mungkin\n\n\n\n\n\n\nMustahil hari raya disambut pada Jumaat\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu rangka undang-undang khas kekang LGBT \u2013 Presiden ISMA\n\n\n\n\n\n\nTuduhan Muhyiddin bermotif politik? Anwar tidak campur tangan dakwaan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPengumuman kelulusan bantuan kerajaan RM15.75 juta kepada sekolah persendirian Cina dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, yang kononnya bukan parti politik yang menjaga kepentingan Cina di Malaysia selepas MCA hilang sokongan masyarakat Cina.\n\n\nMohd Khairul Azam menegaskan, pengumuman keputusan eksekutif itu sepatutnya diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\u00a0\n\n\nMenerusi hantaran di Facebooknya, beliau secara sinis membandingkan adakah peruntukan sekolah swasta dan sekolah persendirian bukan Cina turut layak mendapatkan bantuan sama daripada kerajaan.\u00a0\n\n\n\u201cSekolah swasta dan sekolah persendirian bukan cina adakah layak mendapat bantuan yang sama?\n\n\nBeliau berkata demikian susulan permohonan peruntukan dibuat Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim diluluskan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.\u00a0\n\n\nPeruntukan itu membenarkan RM250,000 diterima setiap sekolah persendirian itu selepas dua minggu cuti hari raya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/28/psi-sudah-lalui-semua-pertimbangan-teknikal-km-p-pinang/", "title": "PSI sudah lalui semua pertimbangan teknikal \u2013 KM P.Pinang", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Jumaat \u2013\u00a0Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang mendapat kelulusan penilaian kesan alam sekitar (EIA) sudah melalui semua pertimbangan teknikal yang diperlukan daripada pelbagai agensi dan jawatankuasa kerajaan.\n\n\nKetua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata proses itu menuntut masa dan usaha yang cukup banyak sebelum kelulusan EIA diterima.\n\n\nBercakap pada sidang media di pejabatnya di Komtar pada Khamis, beliau berkata, kelulusan itu diberikan berdasarkan laporan EIA baharu yang dikemukakan selepas laporan sebelum ini dibatalkan pada 2021.\n\n\nBeliau juga menjelaskan, meskipun kelulusan EIA untuk projek tambak laut bernilai RM11 bilion itu sudah diperoleh, tiada sebarang halangan untuk mana-mana pihak membuat rayuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHouthi larang import Sweden, tanda protes bakar al-Quran\n\n\n\n\n\n\nKes Crack House Comedy Club : Amira sudah diberitahu elak sensitiviti agama\n\n\n\n\n\n\nWartawan Pakistan hilang telah dihantar pulang\n\n\n\n\n\n\nSuami Atau Bekas Suami Berdepan Sekatan Bank\n\n\n\n\n\n\nFadhlina sangkal dakwaan Bee Yin\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya,\u00a0 sesiapa sahaja boleh mengambil tindakan untuk merayu kelulusan terbaharu yang diberikan. Itu di luar (bidang kuasa) kita.\n\n\n\u201cApa yang boleh saya katakan ialah laporan EIA sudah melalui semua pertimbangan teknikal yang diperlukan daripada pelbagai agensi dan jawatankuasa kerajaan,\u201d katanya.\n\n\nKelulusan untuk PSI yang membabitkan pembinaan tiga pulau buatan manusia dengan keluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut, dekat Bayan Lepas, diterima melalui surat bertarikh 11 April lalu daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya, dengan turut disertakan 71 syarat yang perlu dipenuhi kerajaan negeri.\n\n\nAntara syarat kelulusan EIA itu termasuk keperluan meneruskan pelaksanaan Skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) dan Pelan Induk Pengimbangan Ekologi (PEOM) projek berkenaan.\n\n\nKelulusan diberi untuk pembinaan tiga pulau yang ketika ini dinamakan sebagai A (berkeluasan 930 hektar), B (445 hektar) dan C (323 hektar).\n\n\nKerja penambakan akan bermula di Pulau A membabitkan kawasan seluas 283 hektar yang dijangka mengambil masa sembilan tahun untuk disiapkan dan bakal dijadikan sebagai Taman Teknologi Hijau.\n\n\nKon Yeow berkata, apa yang penting dalam projek tambakan laut yang mencetus kontroversi itu adalah dari segi pematuhan.\n\n\n\u201cJika projek itu tidak dibenarkan untuk dilaksanakan, bagaimana mereka boleh membuktikan mereka boleh mematuhi syarat yang ditetapkan? Ujian sebenar adalah pada pelaksanaan dan bukan pada kelulusan,\u201d katanya.\n\n\nKon Yeow semalam ketika mengumumkan mengenai kelulusan EIA yang diterima, berkata sebarang kerja penambakan hanya akan dimulakan selepas kelulusan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diperoleh, yang dijangka pada suku ketiga tahun ini.\n\n\nSusulan kelulusan itu, kekecewaan dibangkitkan pelbagai pihak termasuk kumpulan alam sekitar dan nelayan yang mendakwa kebimbangan dibangkitkan mereka selama ini sebagai sia-sia.\n\n\nDitanya mengenai permintaan SAM untuk mendedahkan 71 syarat yang perlu dipatuhi kerajaan negeri, Kon Yeow menerangkan secara ringkas 15 bahagian daripada 71 syarat itu.\n\n\nAntara syarat berkenaan termasuklah pematuhan kepada Akta Alam Sekitar daripada segi kerja pengorekan dan penambakan, kawalan pencemaran udara, air dan bunyi, pelan tindak balas kecemasan di tapak dan luar tapak dan penyediaan EMP.\n\n\nSyarat nombor 70 ialah keperluan untuk memaklumkan kepada JAS jika terdapat sebarang perubahan dalam projek dalam tempoh 30 hari selepas perubahan itu.\n\n\n\u201cSyarat terakhir ialah rakan kongsi penyampai projek perlu mematuhi sebarang syarat dan keperluan tambahan yang ditetapkan oleh JAS mengikut Akta Alam Sekitar.\n\n\n\u201cSeperti yang saya katakan, projek ini sudah melalui proses yang panjang dan ia mampu mengubah Pulau Pinang ke peringkat seterusnya,\u201d katanya.\n\n\nButiran projek PSI boleh didapati di laman web Penang Infrastructure Corporation Sdn Bhd di\u00a0\npenanginfra.com\n \u2013 BEBASNEWS"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/28/sidang-lembaga-pengampunan-tidak-bincang-permohonan-najib/", "title": "Petisyen rayuan Najib tidak dibincang Lembaga Pengampunan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Lembaga Pengampunan yang bersidang pagi tadi tidak membincangkan mengenai petisyen rayuan pengampunan yang difailkan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk diampun dan dibebaskan daripada penjara.\n\n\nPada persidangan tersebut, petisyen pengampunan terhadap Najib tidak dibentang oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri selaku urus setia lembaga terbabit.\n\n\nMemetik laporan \nBerita Harian\n, Persidangan Lembaga Pengampunan bermula jam 11 pagi itu dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\n\u201cSidang hari ini tidak membincangkan petisyen Najib kerana kes sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya kerana menyeleweng dana SRC International Sdn. Bhd., baharu sahaja difailkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnthony Loke belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA\n\n\n\n\n\n\nJom ziarah gereja esok dibatalkan \u2013 CEO Impact Malaysia\n\n\n\n\n\n\nAUKU dijangka dipinda hujung tahun ini\n\n\n\n\n\n\nAhli Politik Terlibat Dalam Jawatankuasa Khas Rumah Berhala\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya Tidak Terima Wang Dari UKSB\u2019\u2019 \u2013 Khairy Jamaluddin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPetisyen yang difailkan beliau perlu mengikut giliran. Persidangan yang berlangsung hari ini hanya membincangkan kes-kes terdahulu yang diterima lebih awal oleh urus setia Lembaga Pengampunan,\u201d kata sumber hari ini.\n\n\nTahun lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat ketika itu, Tan Sri Azhar Azizan Harun dalam kenyataan media berkata, Najib sudah memfailkan petisyen pengampunan dan memaklumkan menerima serahan beberapa dokumen antaranya salinan permohonan pengampunan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan bertarikh 1 September tahun lalu.\n\n\nBeliau turut menerima salinan surat daripada Tetuan Shafee & Co yang melampirkan permohonan pengampunan itu dan diakui terima oleh Ketua Pengarah BHEUU JPM pada 2 September tahun lalu.\n\n\nDalam penghakiman pada 31 Mac lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-1, menolak permohonan Najib menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.\n\n\nHakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli mempengerusikan panel lima hakim terbabit yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rhodzariah Bujang; Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.\n\n\nDalam permohonan itu, Najib, 69, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang memohon membatalkan keputusan yang dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lalu.\n\n\nPada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.\n\n\nKeputusan Mahkamah Tinggi itu kemudiannya dikekalkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 9 Disember 2021.\n\n\nMajlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat pada 7 April lalu memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada Najib.\n\n\nSetiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia sebagaimana kuasa diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nSehubungan itu, MKT sebulat suara bersetuju memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berserta memorandum ditandatangani seluruh kepimpinan UMNO daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan sayap Pergerakan Pemuda serta Puteri UMNO.\n\n\nSemalam,\u00a0parti AMANAH kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Najib untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.\n\n\nDalam kenyataan dikeluarkan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad, parti itu berpendirian, hanya dengan cara itu sahaja nama baik negara dan komitmen untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat dijaga. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/28/sultan-kedah-berangkat-ke-rumah-terbuka-malaysia-madani-esok/", "title": "Sultan Kedah berangkat ke Rumah Terbuka Malaysia Madani esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kedah esok.\n\n\nMenteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini berkata, Kerajaan Persekutuan menjunjung kasih atas limpah perkenan baginda yang sudi mencemar duli menghadiri majlis berkenaan.\n\n\n\u201cKeberangkatan baginda pastinya akan menambah lagi seri Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani, sekali gus memberi peluang kepada rakyat Kedah untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKelab Komedi Tiada Lesen Hiburan\n\n\n\n\n\n\nTidak adil sekat perhimpunan orang Melayu \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nPemandu Preve Rempuh Kedai Perabot Bukan Mabuk Tapi Pitam\n\n\n\n\n\n\nPenubuhan pasukan khas D11 bantu banteras aktiviti pornografi kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nKeluarga Nazrin Hassan Mohon Pendakwaan Fail Rayuan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajlis itu akan diadakan bermula 10 pagi hingga 2 petang bertempat di Hotel Raia, Alor Setar.\n\n\nSebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama beliau di enam lokasi bermula di Kedah esok. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/28/tabung-haji-umum-3-10-peratus-agihan-keuntungan-tahun-2022/", "title": "Tabung Haji umum 3.10 peratus agihan keuntungan tahun 2022", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan tahun kewangan 2022 pada kadar 3.1 peratus setelah mengambil kira zakat 2.57 peratus.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, agihan berjumlah RM2.65 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit TH.\n\n\n\n\n\u201cAgihan keuntungan ini adalah kompetitif mengambil kira antara lain ia lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan iaitu 2.34 peratus dan zakat telah dilunaskan bagi pihak pendeposit,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAda rakyat Malaysia jadi tali barut, dalang tuntutan Kumpulan Sulu\n\n\n\n\n\n\nSejarah Melayu banyak dipadam, dipesongkan pihak-pihak tertentu\n\n\n\n\n\n\n1.75 juta kenderaan dijangka memasuki ibu negara malam ini\n\n\n\n\n\n\nSejarah tercipta, pembangkang lenyap di Terengganu\n\n\n\n\n\n\nKPT tidak kompromi dakwaan UiTM Holdings rugi RM157 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, jumlah agihan berkenaan dikira setelah agensi itu melunaskan zakat sebanyak RM97 juta kepada semua Majlis Agama Islam Negeri bagi pihak pendeposit, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM1.27 bilion sehingga kini.\n\n\nBeliau menjelaskan, pengiraan dividen adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang disimpan sepanjang tahun sebagaimana pengiraan tahun-tahun sebelum ini.\n\n\n\u201cTH telah mengambil pendekatan pelaburan yang lebih berhati-hati berlandaskan alokasi aset strategik untuk menghadapi persekitaran yang tidak menentu.\n\n\n\u201cAlhamdulillah, usaha ini telah membantu dalam penjanaan hasil bagi memastikan kadar agihan yang berpatutan bagi tahun kewangan 2022,\u201d ujarnya.\n\n\nPara pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula pukul 12 tengah hari pada Sabtu ini menerusi platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam, Bank Rakyat dan saluran elektronik bank rakan strategik TH yang lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/28/tanah-wakaf-boleh-bina-lebuh-raya-tanpa-tol-bukan-sahaja-untuk-kubur/", "title": "Tanah wakaf boleh bina lebuh raya tanpa tol, bukan sahaja untuk kubur", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nTanah wakaf seringkali ditafsirkan dengan kegunaan tanah untuk ibadah semata-mata.\n\n\nSebaliknya, tanah wakaf boleh membantu menaikkan taraf hidup seluruh umat Islam di negara ini sekiranya usaha membangunkan tanah ini diberi tumpuan dan sokongan oleh semua pihak.\n\n\nDi Malaysia, hanya 12 peratus tanah wakaf dibangunkan daripada keseluruhan 31 ribu hektar tanah wakaf di negara ini.\n\n\nPakar ekonomi dan wakaf negara, Profesor Ismail Omar berkata makna wakaf sangat luas, asalkan ia dapat memenuhi rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEsok, Keputusan Kes Keabsahan Vernakular\n\n\n\n\n\n\nKaji semula tempoh masa jemaah haji di Tanah Suci\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah fokus aspek pendidikan, sasar RM600,000 agihan Ramadan\n\n\n\n\n\n\nMelampau, pelawak Singapura hina, perlekeh Malaysia\n\n\n\n\n\n\nJemaah Haji Kongsi Pengalaman Manis Setelah 2 Tahun Pandemik\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya wakaf sebagai alat yang boleh melandaikan kos sara hidup ummah dengan mengubah kehidupan menjadi lebih berkualiti.\n\n\nPakar Ekonomi dan Wakaf Negara, Profesor Ismail Omar\n\n\nBeliau yang juga Naib Canselor Universiti Geomatika Malaysia berkata konsep wakaf luas dan boleh digunapakai dengan pelbagai cara,\u00a0 termasuklah menggunakan tanah wakaf untuk pembinaan lebuh raya tanpa tol yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk sesuatu kawasan.\n\n\n\u201cMalahan lebuh raya kita itu boleh dijadikan sebagai wakaf prasarana dan selain kita tidak perlu membayar tol sebagai contoh atau tol yang lebih murah sebab tanah itu kita dapat percuma kita juga boleh dapat pahala.\u201d\n\n\n\u201cPahala berwakaf berlarutan sampai Hari Kiamat walaupun kita sudah hancur dimamah bumi tetapi pahala itu berterusan sehingga digandakan sampai 70 ribu kali,\u201d katanya.\n\n\nProf Ismail berkata contoh ini memperjelaskan manfaat tanah wakaf\u00a0 yang dibangunkan dan digunakan oleh semua pihak bukan sahaja oleh manusia malah juga untuk hidupan lain.\n\n\nRukun Wakaf\n\n\n\u00a0\nMengulas lebih lanjut Prof Ismail berkata, konsep wakaf perlu memenuhi rukun-rukunnya yang tertentu.\n\n\nDalam Islam rukun wakaf membabitkan empat perkara iaitu Wakif atau pewakaf, Mawquf iaitu (harta yang diwakafkan).\n\n\nManakala Mawquf Alaih pula ialah (penerima wakaf) dan sighah yang bermaksud (pernyataan wakaf).\n\n\nKesemua rukun ini perlu memenuhi ciri-ciri dan syarat yang ditetapkan supaya harta wakaf itu benar-benar dapat dimanfaatkan kepada orang ramai.\n\n\nKata Prof Ismail, Konsep wakaf ini amat digalakkan oleh umat Islam kerana pada\u00a0 zaman Rasulullah dan Saidina Osman, telah menunjukkan contoh -contoh kejayaan konsep wakaf yang dipelopori umat Islam.\n\n\nOrang Islam membeli air dengan harga tinggi daripada telaga rummah yang dimiliki oleh orang yahudi.\n\n\nNamun Saidina Usman R A, mengambil insisitaif untuk membeli telaga itu dan kebun tamar di sekitarnya dan kemudian ia diwakafkan, sebagai sumber air bagi pertanian dan minuman.\n\n\nKesannya, perkembangan ekonomi yang berlaku membantu kembali umat Islam apabila hasilnya diberikan kepada pelajar dan orang miskin.\n\n\nKawasan perigi yang dipercayai diwakafkan oleh Saidina Osman Bin Affan\n\n\nJusteru katanya, konsep wakaf adalah sangat diperlukan dan ia bukan tertumpu kepada bangunan mahupun kawasan perkuburan.\n\n\n\u201cSebenarnya wakaf ini maksudnya maukufnya itu objektifnya apa-apa sahaja yang memenuhi rukun wakaf dan mestilah memberi manfaat kepada umat secara keseluruhan semua perkara kita perlukan air kita perlukan.\u201d\n\n\n\u201cSebab tu ada wakaf air, kita perlukan komputer, wakaf komputer, kita perlukan tanah kubur, kita perlu klinik, hospital, universiti dan sebagainya semua yang diperlukan oleh manusia atau ummah itu boleh diwakafkan.\u201d\u00a0\n\n\nTambah Profesor Ismail, sekiranya konsep wakaf ini dilaksanakan dengan sebaiknya, ia membantu umat Islam mendepani kos sara hidup yang kian mencabar.\n\n\n\u201cKalau kita gunakan betul-betul konsep wakaf ini dalam aplikasi maukuf yang pelbagai itu tadi saya yakin tak ada orang Islam yang miskin, masalahnya kenapa tak sampai tahap tu?\u201d\n\n\n\u201cKerana kita belum faham. Kita banyak yang tidak faham, sebagai contoh kalau kita ramai yang mempunyai masalah jantung kita ada IJN dan IJN yang kedua sebagai contoh boleh dijadikan IJN wakaf, parking wakaf, lampu wakaf berbagai-bagai,\u201d tambahnya.\n\n\nSehubungan itu usaha pelbagai pihak perlu digerakkan bagi menjayakan institusi wakaf negara yang membawa manfaat besar kepada seluruh umat.\n\n\nMenerusi Yayasan Waqaf Malaysia, usaha membangunkan tanah wakaf sedang dijalankan termasuk wakaf pertanian untuk mengurangkan beban umat Islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/29/annuar-hanya-pilih-parti-yang-berhaluan-baik/", "title": "Annuar Musa hanya pilih parti \u2018berhaluan baik\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, beliau hanya memilih dan menyertai parti politik \u2018berhaluan baik\u2019 sebaik kembali aktif berpolitik selepas Syawal.\n\n\nBagaimanapun, bekas Setiausaha Agung UMNO itu masih berahsia berhubung parti politik yang akan disertai nanti.\n\n\n\u201cSaya akan lebih aktif berhaluan ke arah keharmonian dan yang lebih baik.\n\n\n\u201cParti mana-mana itu, kita lihat sehari dua lagi. Sekarang masih dalam suasana raya, kalau boleh politik kita kurangkan dulu, tumpu berhari raya,\u201d katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Pentingkan Agenda Politik Jika Mahu Adakan PRU-15 Segera\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA Sifatkan Jasa Tun Arshad Amat Besar Pada Negara\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye diramal pakar tiga hari sebelum kejadian\n\n\n\n\n\n\nNurul Izzah tidak terima sebarang elaun \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nPH-BN bekerjasama pada PRN Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.\n\n\nKemunculan Annuar pada majlis itu mencuri perhatian ramai dan beliau berkata, kehadirannya sebagai memenuhi undangan daripada pihak kerajaan negeri.\n\n\n\u201cKita semua bersahabat, jadi musim raya ini dapat bersama-sama. Ini bukan yang pertama saya hadir, tahun lalu di Pengkalan Chepa pun saya hadir.\n\n\n\u201cSaya pergi semua majlis Aidilfitri dan semalam di rumah Ahli Parlimen Ketereh, (Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor),\u201d katanya.\n\n\nAnnuar turut menegaskan beliau tidak pernah bersara daripada dunia politik dan hanya berehat beberapa bulan sebelum ini.\n\n\n\u201cSaya belum pencen, saya hanya dibuang daripada daripada UMNO saja.\n\n\n\u201cSaya aktif cuma dua tiga bulan yang lepas itu ambil peluang untuk tumpukan kepada hal peribadi, ibadat, diri sendiri dan tak banyak bercakap. Hal parti saya tidak bersara dan Insya-Allah akan kembali aktif selepas ini,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, ketika ditanya berkaitan Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri yang akan diadakan di negeri ini dijangka pada 12 Mei nanti, beliau berkata, setakat ini belum menerima sebarang jemputan.\n\n\n\u201cAkan hadir kalau ada jemputan dan berkelapangan,\u201d katanya. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/29/berdoa-kepada-yang-maha-esa-teruskan-perjalanan-ke-tanah-air/", "title": "Berdoa kepada Yang Maha Esa, teruskan perjalanan ke tanah air", "body": "0\n\n\nSEPANG, Sabtu \u2013 \nSuasana hiba menyelubungi ruangan legar balai ketibaan di Tingkat 5, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.\n\n\nIa sebaik ahli keluarga 30 rakyat Malaysia dari Sudan tidak henti memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa sejurus melihat wajah yang sentiasa dinantikan selamat tiba ke tanah air.\n\n\nBapa salah seorang mangsa yang terkandas, Datuk Mohd Azhari Jemaon tidak menyangka panggilan telefon daripada Wisma Putra yang memaklumkan pertempuran berlaku antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum, Sudan semakin membimbangkan.\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nMohd Azhari serta keluarga bersyukur apabila anak lelakinya selamat tanpa sebarang kecederaan walaupun beliau terpaksa menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan tidak tenang serta perlu berhati-hati dengan sebarang kemungkinan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKurangkan peruntukan Ahli Parlimen akan jejas pembangunan, kemajuan \u2013 Rosol\n\n\n\n\n\n\nPelajar SJKC Perlu Sedar Kepentingan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nRayuan petisyen Ramasamy ditangguh ke 1 Ogos secara fizikal\n\n\n\n\n\n\nIsrael lancar serangan terhadap Syria\n\n\n\n\n\n\n100 Rumah Di Sandakan Musnah Dipukul Air Pasang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAlhamdulillah, saya rasa lega, syukur sangat sebab bukan macam pergi London, boleh pergi ulang alik tapi Sudan ini memang susah.\n\n\n\u201cAnak saya setahun, dua tahun sekali baru balik,\u201d katanya yang tidak dapat menahan sebak kepada \nTV Pertiwi\n \nselepas menyambut kepulangan anaknya di KLIA, Sepang semalam.\u00a0\n\n\nMohd Azhari yang ditemani isteri turut berkongsi detik cemas apabila terputus hubungan dengan anaknya selama dua hari susulan konflik yang berlaku di Sudan menyebabkan bekalan air berkurangan dan menjejaskan elektrik.\u00a0\u00a0\u00a0\n\n\nSementara itu, anaknya, Muhammad Nabil Mohd Azhari, 24, berkata, pada awalnya beliau berbelah bahagi untuk pulang ke Malaysia memandangkan beliau merupakan pelajar tahun akhir jurusan syariah dan undang-undang di International University of Africa (IUA). \n\n\n\u201cAlhamdulillah, saya rasa bersyukur lah. Saya sebenanrnya memang 50-50 nak balik atau tak kerana saya merupakan pelajar tahun akhir sebab itu saya ingat saya nak duduk di Sudan.\n\n\n\u201cNamun, apabila difikirkan semula, nyawa itu tetap nombor satu, nyawa tidak boleh dibeli. Jadi, alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT kerana saya sudah selamat tiba di \nLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini (semalam),\u201d jelasnya.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, seorang suri rumah, Farihin Rosni, 34, yang menetap di Sudan selama empat tahun kerana mengikuti suaminya, Mohd Faiz Firdaus yang bekerja sebagai Setiausaha Pertama di Kedutaan Malaysia terpaksa berhadapan detik cemas dengan bunyi tembakan dan letupan bersama-sama tiga anaknya yang masih kecil.\u00a0\n\n\nFarihin berkata, beliau dan suami hanya mengutamakan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka ketika perjalanan keluar dari rumah Malaysia yang bermula pada 23 April lalu mengambil masa hampir lima hari sebelum selamat tiba di tanah air semalam.\u00a0\n\n\n\u201cSaya bersyukur kerana saya dapat bertemu dengan mak, dan adik. Saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini. Bagi saya, kita tahu kita mampu bertahan daripada zon perang tersebut.\n\n\n\u201cWaktu itu saya hanya fikirkan keselamatan anak-anak yang masih kecil terpaksa menghadapi perjalanan yang jauh, berpanas dalam bas semasa menunggu masa untuk naik ke atas kapal. Alhamdulillah, anak-anak saya semua sihat dan selamat,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Farihin, proses evakuasi rakyat Malaysia di Sudan amat mencabar kerana mereka perlu menghadapi tempoh perjalanan selama 30 jam dengan menaiki bas manakala 10 jam lagi berada di atas kapal selain sentiasa dalam mod waspada ketika waktu menunggu untuk turun dan naik kapal yang agak lama.\u00a0\u00a0\n\n\nSementara itu, kepulangan Farihin sekeluarga yang amat dinanti-nantikan ibunya, Siti Nadzah Yaakob, 67, yang berkata, sambutan Hari Raya Adilfitri keluarga mereka pada kali ini juga berbeza kerana mengenangkan nasib anak perempuan, menantu serta tiga lagi cucu-cucunya di Sudan.\u00a0\n\n\n\u201cMacam saya dengan keluarga di sini, kami tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri macam umat Islam yang lain.\n\n\n\u201cSaya memikirkan nasib anak memandangkan mereka juga tidak sempat untuk membawa apa-apa pakaian raya semasa proses pemindahan daripada rumah mereka ke rumah kedutaan Malaysia di Sudan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/29/institusi-perundangan-tidak-boleh-ada-keistimewaan-antara-ahli-politik-dengan-rakyat/", "title": "Institusi Perundangan : Tidak boleh ada keistimewaan antara ahli politik dengan rakyat", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Institusi kehakiman perlu kekal dijaga sebagai badan bebas tanpa campur tangan politik jika negara mahu maju ke hadapan.\n\n\nPresiden BERJASA, Zamani Ibrahim berkata, tidak boleh wujud keistimewaan antara ahli politik dengan rakyat biasa jika didapati bersalah dan sepatutnya dihukum.\n\n\n\u201cKerajaan yang ada mesti menjaga kewibawaan institusi kehakiman itu sendiri yang berfungsi menegakkan keadilan tanpa melihat batas sempadan politik dan sebagainya asalkan ia dapat dibuktikan dan berserah maka dia dihukum maka tidak ada keistimewaan yang berlaku antara orang politik dengan orang bukan politik,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam bual bicara di TV Pertiwi semalam.\n\n\nPresiden BERJASA, Zamani Ibrahim ketika menjadi panel dalam bual bicara di TV Pertiwi semalam.\n\n\nTambahnya, kerajaan perlu bertindak jauh lebih ke hadapan terutamanya membangunkan sumber nasional dan melahirkan ramai pakar yang berkebolehan memajukan negara.\n\n\n\u201cRakyat yang ada di sekeliling ini perlu melihat manakah pemimpin-pemimpin yang boleh membawa agenda negara maju ke hadapan dan supaya negara kita ini bukan hanya berkisar dalam perbincangan politik yang tak kemana oleh mahkamah, individu, mantan perdana Menteri dan hanya berkisar tentang rasuah.\u201d\n\n\n\u201cNegara kita ini perlu berjalan lebih jauh ke hadapan dengan membangunkan sumber nasional yang banyak ini dengan melahirkan kepakaran yang ada dengan kita menggunakan sumber nasional sebagai kuasa nasional negara supaya negara kita dapat jauh ke hadapan dan tidak ditertawakan dunia luar.\u201d\n\n\nMalah katanya, kebanyakan ahli politik tempatan seolah-olah tidak terlepas dengan unsur rasuah dan perkara memalukan ini sepatutnya dipandang serius supaya Malaysia tidak dilabelkan sebagai antara negara mempunyai rekod rasuah tertinggi.\n\n\n\n\nMenerusi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang dikeluarkan Transparency International (TI), Malaysia berada di kedudukan ke-61 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke-62 pada 2021.\n\n\nPresiden TI-Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan berkata, k\nita tidak sepatutnya gembira dengan ranking Malaysia kerana dalam senarai ada negara yang jatuh anak tangganya. Indonesia, Myanmar juga dilihat tidak berada di kedudukan baik pada tahun lepas. Malah, skor Singapura juga jatuh\n."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/29/israel-kejam-bunuh-remaja-palestin/", "title": "Israel kejam bunuh remaja Palestin", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nRejim Israel terus bertindak kejam dengan membunuh seorang remaja Palestin semasa pertempuran di Tebing Barat yang diduduki.\n\n\nKementerian Kesihatan Palestin mengesahkan, mangsa dikenali sebagai Mustafa Amer Sabah yang berusia 16 tahun dilaporkan ditembak di dada.\n\n\n\n\n\u201cHe is my entire life\u2026He was the only one left\u201d\n\n\nAmer Sabah a father of 5 children.\n\n\n3 died of cancer , fourth is imprisoned by Israel and fifth, Mustafa, a child who was unarmed and shot dead by Israeli forces today. \npic.twitter.com/fXXQS5zKdO\n\n\n\u2014 Younis | \u064a\u0648\u0646\u0633 (@ytirawi) \nApril 28, 2023\n\n\n\n\nBapanya, Amer Sabah dengan sayu memberitahu media bahawa, Mustafa salah satu anaknya yang tinggal selepas tiga adik-beradiknya yang lain meninggal dunia akibat kanser dan seorang lagi berada dalam tahanan penjara Israel.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKapsul Sejarah: Yaman Konflik Tak Bernoktah\n\n\n\n\n\n\nPutera Mohammed, Putin bincang hubungan Arab Saudi-Rusia\n\n\n\n\n\n\nKerana Israel, Indonesia dilucut Jadi Tuan Rumah Piala Dunia B-20\n\n\n\n\n\n\nJokowi lawat Malaysia dua hari\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Sweden kesal dengan tindakan berulang pembakaran Al-Quran\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u2b55BREAKING| Israeli occupation troops shoot and murder 15-year-old Palestinian boy Mustafa Sabah in Khirbet Tuqu' village, southeast of Bethlehem. \npic.twitter.com/sLWG2eaFDZ\n\n\n\u2014 PALESTINE ONLINE \ud83c\uddf5\ud83c\uddf8 (@OnlinePalEng) \nApril 28, 2023\n\n\n\n\nMenurut Media Palestin, tembakan pada Jumaat itu berlaku semasa konfrontasi antara tentera Israel dan penduduk Palestin di sebuah kampung berhampiran bandar Bethlehem.\n\n\nMemetik \nReuters\n, saksi memaklumkan sekumpulan anak muda Palestin berhampiran Bethlehem membaling batu ke arah tentera Israel sehingga rejim bertindak balas dengan gas pemedih mata dan tembakan menggunakan peluru hidup. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/29/kedah-jadi-tumpuan-kerajaan-noktah-miskin-tegar/", "title": "Kedah jadi tumpuan kerajaan noktah miskin tegar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nKerajaan bertekad menoktahkan masalah kemiskinan tegar yang dihadapi rakyat terutamanya di Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kedah juga menjadi antara negeri tumpuan miskin tegar dengan memperuntukkan hampir RM1.6 billion ringgit dalam perbelanjaan negeri itu selain bantuan-bantuan lain.\n\n\n\u201cKedah adalah negeri diberikan tumpuan. Kami memutuskan untuk memeperuntukkan perbelanjaan yang tinggi ketimbang tahun sebelumnya yang mencecah RM1.6 billion pada tahun 2023 tidak termasuk bantuan lain iaitu sekolah daif, klinik daif serta beberapa projek bekalan air di beberapa daerah.\n\n\n\u201cSewaktu pulang dari lawatan ke China, ada cadangan meningkatkan pelaburan di Kulim Hi-tech. Saya berikan jaminan untuk kerjasama penuh bagi mempercepatkan proses itu dengan kerjasama kerajaan negeri dan pimpinan Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan,\u201d kata Anwar\n\u00a0dalam ucapannya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Alor Setar, Kedah pagi tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Duta Madani Perpaduan\u2019 murid sekolah pupuk semangat perpaduan \u2013 Fadhlina\n\n\n\n\n\n\nTiada Kes Kematian Disebabkan Vaksin Covid-19\n\n\n\n\n\n\nSaman Tun M: Anwar serah kepada peguam\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Awalkan PRU \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nGuan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Perdana Menteri, kerajaan akan menangani masalah kemiskinan tegar melalui pelbagai program.\n\n\nDalam pada itu, beliau turut meminta kerjasama agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Kedah untuk membantu kerajaan menjayakan usaha tersebut.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Sultan Kedah, \n Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Alor Setar, Kedah pagi tadi. \n\u00a0Kredit foto \u2013 Afiq Hambali (BERNAMA)\n\n\n\u201cSaya minta kerjasama seluruh jentera Kerajaan Persekutuan dan jentera Kerajaan Negeri dan majlis perbandaran untuk membantu ke arah ini kerana mengaibkan bagi negara mempunyai keupayaan dengan khazanah besar seperti gas, kelapa sawit dan pelbagai industri tetapi tidak boleh menyelesaikan kemiskinan tegar di negara kita,\u201d kata Anwar.\n\n\nJelasnya, Kedah ada keupayaan jika bersama muafakat menguruskan ekonomi negara, membawa pelaburan dan memastikan perbelanjaan tertumpu pada kepentingan rakyat.\n\n\nMalah, negeri Jelapang Padi itu mampu diangkat menjadi makmur jika negara diurus dengan baik, pemimpin menolak amalan kebobrokan dan amalan rasuah untuk menjaga kebajikan rakyat serta semua kaum.\n\n\nTurut hadir, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang mencemar duli bagi memeriahkan majlis rumah terbuka itu bersama Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor serta barisan Jemaah Menteri yang lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/29/lebih-rm72-5-juta-disalur-ke-sekolah-swasta-cina-sejak-tahun-2019/", "title": "Lebih RM72.5 juta disalur ke Sekolah Swasta Cina sejak tahun 2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nSebanyak 7 buah sekolah daif dilaporkan sudah memasuki fasa lewat untuk dibaik pulih mengikut statistik di laman web Projek Daif Kementerian Pendidikan (KPM).\n\n\nPertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) mendakwa, 7 buah Sekolah Daif tersebut telah disenaraikan untuk dibaik pulih tetapi ada diantaranya mengalami kelewatan sebanyak 24 peratus.\n\n\n\u201cSekolah Daif Lewat Tambahbaik, Lebih RM 72.5 Juta Sudah Salur Ke Sekolah Swasta Cina,\u201d kata PEMBELA menerusi kenyataan di Facebook.\n\n\nKenyataan PEMBELA berkenaan dengan sekolah daif yang memasuki fasa lewat untuk dibaikpulih.\n\n\nMenurut PEMBELA, kerajaan telah menyalurkan lebih RM72.5 juta ke Sekolah Persendirian Swasta Cina namun penambahbaikan sekolah daif lewat dijalankan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan\n\n\n\n\n\n\nPenceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka\n\n\n\n\n\n\nTun M gesa orang Melayu tolak kerajaan Anwar\n\n\n\n\n\n\nMat Sabu nafi terbabit promosi skim pelaburan syariah\n\n\n\n\n\n\nWee Ka Siong bawa telur ayam import dan tempatan ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi jadual dalam laman web berkenaan, pertubuhan itu mendapati sebanyak 7 sekolah daif di Sabah dan Sarawak yang memasuki fasa lewat tambah baik dengan peratusan antara 0.4 peratus hingga 14.79 peratus.\n\n\nKata pertubuhan itu lagi, sejak tahun 2019, kerajaan telah menyalurkan peruntukan yang dipertikaikan sebagai tidak berperlembagaan kepada Sekolah-Sekolah Swasta Cina.\n\n\nJumlah peruntukan yang disalurkan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2019 adalah sebanyak RM12 juta manakala kerajaan Perikatan Nasional menyalurkan RM15 juta pada tahun 2020 hingga tahun 2022.\n\n\nYang terbaharu adalah kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperuntukkan sebanyak RM15.75 juta kepada sekolah persendirian Cina.\n\n\nPEMBELA turut menegaskan supaya peruntukan itu dikembalikan untuk memperkasakan sistem persekolahan kebangsaan.\n\n\nDakwanya, perkara yang menyedihkan apabila keperluan Sekolah Kebangsaaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang daif itu seolah-olah dianaktirikan oleh kerajaan.\n\n\nMenerusi laman web sama, katanya, sebanyak 84 senarai sekolah daif yang disenaraikan sejak tahun 2021, masih belum dimulakan kerja baik pulih kerana mengikut jadual.\n\n\n\u201cBerbeza dengan layanan Sekolah Persendirian Swasta Cina yang diberikan bantuan secara efisien setiap tahun tanpa jadual.\n\n\n\u201cPEMBELA juga menuntut supaya semua amalan yang dipertikaikan seperti ini dihentikan segera serta pihak yang terlibat dengan kelulusan pemberian dana ini, harus dipertanggungjawabkan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/29/pelan-induk-wakaf-nasional-usaha-memperkasa-wakaf-negara/", "title": "Pelan Induk Wakaf Nasional, usaha memperkasa wakaf negara", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Sabtu \u2013 Yayasan Waqaf Malaysia dalam usaha mempelbagaikan produk wakaf antaranya wakaf berbentuk pertanian, wakaf air, wakaf hospital dan wakaf pendidikan bagi meringankan beban umat Islam.\n\n\nPelbagai lagi perancangan pembangunan wakaf sedang diusahakan dalam Pelan Induk Wakaf Nasional.\n\n\nPresiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia (PERTAMA), Prof Dr Ismail Omar berkata, umat\n Islam tidak akan miskin, jika menggunakan konsep wakaf secara menyeluruh.\n\n\nBeliau yakin konsep wakaf adalah antara jalan terbaik bagi memusuhi kemiskinan umat Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHubungan Malaysia-Amerika punca Arab Saudi jauhkan diri?\n\n\n\n\n\n\nTiada diskriminasi kaum dalam pengambilan penjawat awam \u2013 SPA\n\n\n\n\n\n\n34 Korban Banjir Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\nPusat Hiburan Menggunakan Khidmat Gro Tumpas\n\n\n\n\n\n\nFakta siasatan tanpa memihak, pertuduhan ikut keterangan- Peguam Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, konsep wakaf sangat luas dan mampu mengurangkan bebanan umat Islam.\n\n\nNamun malangnya, tanah wakaf di Malaysia hanya 12 peratus baru dibangunkan daripada keseluruhan\u00a0 31 ribu hektar tanah wakaf di negara ini.\n\n\nPresiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia (PERTAMA), Prof Dr Ismail Omar\n\n\nMenurut Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Abdul Halim Mat Yusop, pihaknya mengakui pelbagai cabaran untuk membangunkan tanah wakaf.\n\n\nAntaranya perlu mematuhi beberapa prosedur pembangunan tanah wakaf termasuklah cabaran pembiayaan bank.\n\n\n\u201cSaya rasa dari segi isu utama wakaf ni adalah pembiayaan tanah wakaf itu ada yang kita rekod dalam pelan kajian transformasi yang diterbitkan 2016 sebanyak 31 ribu hektar tanah wakaf di seluruh negara termasuk masjid dan surau yang sedia dibangunkan iaitu seribu lebih hektar.\u201d\n\n\n\u201cManakala yang sedia dibangunkan 12% tetapi yang berbentuk ekonomi ni tidak banyak sebab isunya untuk pihak industri masuk melabur dalam itu memerlukan pembiayaan dan pembiayaan bank ini tidak tersedia dengan mudah sebab ada banyak halangan antaranya tanah wakaf tu tidak boleh dicagarkan kepada bank.\u201d\n\n\n\u201cJadi ini yang kita cuba wujudkan satu mekanisme pembiayaan yang bukan berasaskan bank, berasaskan wakaf itu sendiri,\u201d katanya.\n\n\nPemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia, Abdul Halim Mat Yusop\n\n\nJelasnya, satu produk pelaburan berasaskan wakaf diwujudkan yang mana sebahagian keuntungan pelaburan itu diwakafkan, jadi pelaburan asal tidak akan hilang kerana hanya keuntungan melalui pelaburan itu yang diwakafkan.\n\n\nSelain itu, Yayasan Waqaf Malaysia katanya dalam usaha memperluaskan konsep wakaf yang tidak hanya terhad kepada usaha membangunkan tanah wakaf.\n\n\nMenerusi produk wakaf, dana yang diperoleh dimanfaatkan kepada keperluan umat Islam antaranya wakaf air, pendidikan, kesihatan, pertanian dan pelbagai lagi.\n\n\n\u201cDi Yayasan Waqaf kita sejak 2009 lagi bila kita mulakan wakaf tunai selain daripada sumbangan secara umum kita juga mewujudkan sijil wakaf kesihatan, pendidikan, pembangunan ekonomi, kenderaan dan sebaginya dimana nilai setiap sumbangan ni kita letak RM10 untuk memudahkan masyarakat untuk pilih.\u201d\n\n\n\u201cIni kerana bila kita promosikan wakaf tunai, masyarakat tertanya-tanya di mana wakaf ini diagihkan? Jadi bila kita wujudkan sijil-sijil ini mereka boleh pilih untuk bahagian kesihatan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya,\u201d jelasnya.\n\n\nKetika ini juga Yayasan Waqaf Malaysia sedang membangunkan Model Wakaf Pertanian yang diusahakan di tanah seluas 10 ekar yang terletak di Laman Watani, Presint 20, Putrajaya.\u00a0\n\n\nPihaknya juga turut merancang membangunkan Model Pertanian Wakaf di Beranang, Selangor yang berkeluasan empat ekar.\n\n\n\u201cMelalui Yayasan Wakaf\u00a0 di Laman Watani ini merupakan pertanian yang sedang dibangunkan tanaman seperti pisang, nenas jagung, cili serta pelbagai lagi. Jadi ini adalah sebagai salah satu usaha yang dilaksanakan Yayasan Wakaf untuk membantu umat Islam dalam konsep wakaf.\u201d ujarnya\n\n\nYayasan Waqaf Malaysia sedang membangunkan Model Wakaf Pertanian yang diusahakan di tanah seluas 10 ekar yang terletak di Laman Watani, Presint 20, Putrajaya.\u00a0\n\n\nMenerusi Belanjawan 2023, kerajaan akan mengumumkan inisiatif Wakaf Madani bernilai RM1 Billion ringgit dalam pembangunan wakaf di Malaysia.\n\n\nSehubungan itu, Pelan Induk Wakaf Nasional diperkenalkan yang menumpukan empat teras utama iaitu menstransformasi pengurusan wakaf, memperkasakan perundangan Wakaf, menambah sumber pembiayaan wakaf dan menunjukkan kesedaran wakaf.\n\n\nMenteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, banyak lagi yang perlu diterokai dalam konsep wakaf supaya harta umat Islam ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.\n\n\n\u201cBukan sahaja tanah, wakaf tunai, wakaf perniagaan, wakaf koprat dan banyak lagilah yang kita boleh terokai. Saya selalu sebut, ambil tips daripada Nabi Yaakub alaihissalam, mengajar pada anak-anak dia, Wahai anakku jangan kamu masuk satu pintu sahaja, masuk dalam pintu yang pelbagai.\u201d\n\n\n\u201cNabi Yaakub mengajar pada anak-anaknya yang mengajar pada kita juga bagaimana kita nak gunakan akal fikiran kita ni untuk kita berkarya, berkreativiti melahirkan idea yang baru jadi ini yang kita nak melalui Yayasan Waqaf Malaysia untuk kita dengan bersama-sama dengan negeri-negeri untuk kita pelbagaikan instruman wakaf ini.\u201d\n\n\nJusteru, usaha membangunkan tanah wakaf dan pelaksanaan wakaf dalam negara masih banyak perlu dilaksanakan.\n\n\nPembangunan wakaf perlu disokong dan didokong oleh semua pihak dengan mewujudkan pelbagai mekanisme bagi membantu meringankan beban dan menaik taraf ekonomi umat Islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/29/projek-psi-apa-rakyat-dapat-jika-tambak-laut/", "title": "Projek PSI: Apa rakyat dapat jika tambak laut?", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Pusat dipersoal sama ada mempunyai perancangan jangka panjang dalam memastikan tidak ada kaum yang terpinggir daripada projek pembangunan tiga buah pulau buatan, Penang South Island (PSI).\n\n\nPengerusi Pertubuhan Badan Pemikir Melayu Pulau Pinang (Pemikir), Datuk Dr. Muhamad Farid Saad berkata, pihaknya menuntut jaminan kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat supaya memastikan ketiga-tiga pulau itu dihuni secara adil antara penduduk Pulau Pinang, warga tempatan dan warga asing.\n\n\nBeliau turut mengimbas projek tambakan laut di Tanjang Tokong yang kini dikenali sebagai Straits Quay atau Seri Tanjung Pinang di George Town yang mana dakwanya, nelayan merana sepanjang projek tambakan dijalankan memandangkan kemungkinan projek tambakan akan berakhir dalam tempoh melebihi 20 tahun.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSamirah, Dua Remaja Bebas Tuduhan bunuh CEO Cradle Fund\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid akan terkesan jika PN menang pilihan raya di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan Azam Baki memuaskan \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Wang ihsan disalurkan terus kepada golongan miskin\n\n\n\n\n\n\nTREND Jangkitan Semakin Meningkat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201dCuba lihat siapakah yang tinggal di Straits Quay atau di Seri Tanjung Pinang pada masa ini?\n\n\n\u201cAdakah penduduk daripada golongan B40? Atau golongan mana yang memonopoli tanah dan rumah di situ memandangkan ia telah menjadi kawasan elit,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nSebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan projek PSI itu telah memperoleh kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Muhamad Farid berkata, kelulusan EIA bagi projek penambakan PSI itu bukan sahaja memberi kesan kepada nelayan Pulau Pinang tetapi nelayan di negeri-negeri berdekatan khususnya Perak.\n\n\nJelasnya, pencemaran laut juga akan memberi kesan langsung kepada Perak kerana tanah laut akan diambil dari negeri tersebut.\n\n\n\u201dBagaimana pula dengan tanah-tanah merah dan batu-batu yang akan digunakan, dari mana semua itu akan diambil,\u201d katanya.\n\n\nDalam masa sama, beliau mempersoalkan manfaat sebenar projek tambak laut itu kepada rakyat sama ada hasil jualan tanah pulau tersebut kelak akan digunakan untuk membiayai projek infrastruktur negeri semata-mata atau sebaliknya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/29/projek-psi-hanya-akan-bermula-selepas-emp-lulus/", "title": "Projek PSI: Hanya akan bermula selepas EMP lulus", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Usaha menambak laut bagi melaksanakan projek pembangunan tiga buah pulau buatan, Penang South Island (PSI) hanya akan dimulakan selepas Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) diluluskan.\n\n\nKetua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, EMP dijangka tidak mengambil masa terlalu lama untuk diluluskan seperti mana kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).\n\n\nBagaimanapun, sekiranya Jabatan Alam Sekitar (JAS) berasakan EMP yang dikemukakan tidak lengkap dan perlu ditambah baik, maka kerajaan negeri bersedia melalui segala proses yang diperlukan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJumlah doktor masih tak cukup di hospital kerajaan\n\n\n\n\n\n\nPM Anwar ucap takziah atas pemergian Mother Mangalam\n\n\n\n\n\n\nSunway Theme Park Adakan Perkongsian Strategik Bersama PERHILITAN\n\n\n\n\n\n\nDua produk kosmetik dilarang guna ada kandungan racun berjadual\n\n\n\n\n\n\nPemecatan Tajuddin Satu Amaran \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMengikut amalan biasa, ia (EMP) boleh diluluskan dalam masa mungkin sekitar dua bulan tidak seperti EIA yang mengambil masa terlalu panjang.\n\n\n\u201cSetiap agensi pun ada KPI (petunjuk prestasi utama) untuk dipatuhi. Misalnya, satu permohonan memerlukan satu jawapan kepada permohonan dan lazimnya dalam tempoh itu perlu diberi jawapan atau kelulusan kepada apa yang disebut itu.\n\n\n\u201cNamun di peringkat ini, kalau JAS merasakan EMP yang dikemukakan masih tidak lengkap, mereka masih boleh memberi maklum balas dan kita terbuka dengan proses ini,\u201d katanya\n\n\nBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjelaskan bahawa kelulusan EIA yang dikeluarkan JAS bukanlah keputusan muktamad membenarkan aktiviti tambakan di lokasi dicadangkan.\n\n\nTerdahulu, Kon Yeow yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Gelanggang Bola Keranjang Taman Tangling hari ini.\n\n\nMengulas lanjut, Kon Yeow berkata, kelulusan EIA sudah muktamad dengan 71 syarat perlu dipatuhi, namun kini hanya perlu menunggu EMP untuk memulakan projek tambakan yang dijangka dimulakan suku ketiga tahun ini.\n\n\n\u201cSelepas kelulusan EIA, ia akan disusuli dengan EMP yang kita akan bentangkan untuk mematuhi semua syarat berkenaan.\n\n\n\u201cSebelum keputusan dibuat, banyak siri mesyuarat teknikal diadakan untuk agensi-agensi berkaitan memberi maklum balas kepada laporan yang juru runding kita sediakan.\n\n\n\u201cBerhubung 71 syarat yang perlu dipatuhi, kami akan minta pakar kaji dan cara bagaimana kita nak tunaikan syarat itu yang sebenarnya bukan perkara baru, sekali gus membolehkan EMP diluluskan,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, projek bernilai RM11 bilion itu mendapat kelulusan EIA daripada JAS, namun perlu mematuhi 71 syarat yang ditetapkan.\n\n\nProjek kontroversi itu melalui proses komprehensif berhubung laporan EIA yang diluluskan pada 25 Jun 2019, tetapi terdapat rayuan sehingga keputusan itu dibatalkan. Laporan baharu diserahkan pada 29 April 2022.\n\n\nPSI membabitkan penambakan laut secara besar-besaran, termasuk pembinaan tiga pulau buatan dengan keluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut dekat Bayan Lepas yang ia adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/29/umno-tiada-peluang-menang-prn-kuasai-6-negeri/", "title": "UMNO tiada peluang menang PRN, kuasai 6 negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 UMNO dilihat tidak mempunyai peluang untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri setelah Perdana Menteri yang dilantik bukan daripada parti itu.\n\n\nPemerhati politik, Datuk Zaharin Mohd Yasin berkata, ini kerana kebencian rakyat terhadap UMNO termasuk ahli daripada parti itu sendiri yang sudah meluat dengan kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Zahid Hamidi mahupun Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\n\n\n\u201cJadi sekarang ni tak ada Perdana Menteri kalau ada pilihan raya negeri belum tentu UMNO boleh menang khasnya PRN 6 kerusi ni. Saya nampak tak ada petanda yang UMNO boleh menguasai negeri atau menambah kerusi dari satu kedua pun tak boleh seperti di Selangor ni kerana kebencian rakyat terhadap UMNO menebal termasuk ahli UMNO.\u201d\n\n\n\u201cSaya pernah jadi ketua UMNO cawangan hampir 10 tahun, setiap kali saya mesyuarat ada 130 ahli datang, tapi kali ini mesyuarat 30 orang sahaja datang. Saya bertanya dengan orang UMNO kenapa tak hadir mesyuarat, mereka kata sudah malas melibatkan diri selagi Datuk Seri Ahmad Zahid ada dan Datuk Seri Najib Razak nak diampunkan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTuntutan Sulu: Cubaan laksana perintah survei bangunan milik Malaysia gagal\n\n\n\n\n\n\nAgihan kerusi PN hampir 90 peratus selesai\n\n\n\n\n\n\nPAU hanya dihadiri parti kompenan\n\n\n\n\n\n\nKPM rangka pelan pemulihan pelajar keciciran\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat kecoh ketika bahas usul percaya terhadap PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam bual bicara di TV Pertiwi semalam.\n\n\nPemerhati politik, Datuk Zaharin Mohd Yasin ketika menjadi panel dalam bual bicara di Tv Pertiwi semalam.\n\n\nTambah Zaharin, mereka yang diberi amanah oleh rakyat untuk memimpin perlu rasa bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat tanpa mengira parti.\n\n\nBeliau turut mengingatkan pemimpin yang dilantik supaya menjaga kredibiliti dan integriti dalam mentadbir negara.\n\n\n\u201cKalau ada kelompok politik yang penting adalah berkhidmat kepada rakyat itu sendiri. Kita tidak boleh sebagai orang politik berjawatan membiarkan rakyat ini menjadi mangsa keadaan, saya tonton video banyak kawasan air tiada tetapi tiada kenyataan rasmi masalaah air samada di Kelantan mahupun di Kedah dan itu masalah rakyat.\u201d\n\n\n\u201cJadi pejuang politik kena perjuangkan yang ini apabila kita kata nak berjuang untuk rakyat. Kemudian pemimpin politik jagalah tingkah laku jagalah integriti masing-masing,\u201d tambahnya.\n\n\nSebelum ini, enam negeri sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri.\n\n\nNegeri-negeri berkenaan ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/70-buah-rumah-milik-rakyat-palestin-dirampas-israel/", "title": "70 buah rumah milik rakyat Palestin dirampas Israel", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nNegara haram Israel bukan sahaja berani merampas segala aset dan entiti milik rakyat Palestine tetapi tanpa malu mahu menghadiahkan segala rampasan tersebut kepada rakyat mereka secara membuta tuli.\n\n\n\n\nRumah milik rakyat Palestin yang kian ditarah satu persatu kemudian diambil oleh rakyat negara haram berkenaan.\n\n\nDalam satu kenyataan Pengarah Jawatankuasa Pembinaan Hebron, Imad Hamdan memaklumkan, negara haram Israel itu merancang untuk menyerahkan hasil rampasan 70 buah rumah milik rakyat Palestin kepada rakyat mereka di wilayah selatan Tebing Barat yang diduduki oleh Hebron.\u00a0\n\n\n\n\nDi samping itu, Imad turut menjelaskan, serangan Israel yang berlaku di Bangunan Nasreddine baru-baru ini merupakan petanda permulaan tindakan rampasan oleh Israel.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTujuh terbunuh dalam serangan ke atas konvoi senjata di Syria\n\n\n\n\n\n\nSelepas operasi besar-besaran rejim Israel lancar serangan udara ke Semenanjung Gaza\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria : White Helmets umum misi menyelamat mangsa terselamat berakhir\n\n\n\n\n\n\nPendatang Yahudi serbu perkampungan Palestin di Tebing Barat\n\n\n\n\n\n\nElon Musk tukar logo Twitter dengan X\n\n\n\n\n\n\n\n\nJusteru, beliau menekankan bahawa hak pemilikan rakyat Palestin ke atas bangunan terbabit kini dilindungi oleh undang-undang tempatan dan antarabangsa.\n\n\nSelain itu, Imad serta turut menjamin kesemua kediaman tersebut masih selamat dan melarang rakyat Palestine daripada dihalau secara paksa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/bn-tidak-rebut-kerusi-ikut-persetujuan-parti-komponen/", "title": "BN tidak rebut kerusi, ikut persetujuan parti komponen", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nTiada istilah berebut kerusi dalam Barisan Nasional (BN) saat menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\u00a0\n\n\n\n\nIni kerana menurut, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Zambry Abdul Kadir, pihaknya tidak akan mengetepikan mana-mana parti komponen ketika menjalankan proses pembahagian kerusi pada PRN kelak\n\n\nZambry turut menjelaskan, perbincangan tersebut merupakan hasil persetujuan bersama parti komponen BN yang lain.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRayuan SIS batalkan fatwa JAIS didengar Ogos depan\n\n\n\n\n\n\nShahrir dilepas, bebas kes penggubahan wang RM1 juta\n\n\n\n\n\n\nPolis saman polis\n\n\n\n\n\n\nJangan Terlibat, Perlu Cari Peluang Pekerjaan Lain\n\n\n\n\n\n\nRUU Larangan Lompat Parti Dijangka Dikuatkuasa Bulan Depan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSemangat BN tetap kekal. Sebarang perundingan melibatkan kerusi akan dibincang bersama-sama. \u201d\n\n\nDalam pada itu, beliau juga memaklumkan, Mesyuarat Dewan Tertinggi BN kelmarin juga mengambil ketegasan penuh untuk melakukan perbincangan yang baik dengan parti gabungan BN mahupun Pakatan Harapan (PH) untuk pembahagian kerusi tersebut.\u00a0\n\n\n\u201cDalam Mesyuarat Dewan Tertinggi (BN) semalam (28 April) juga mengambil ketetapan ia akan dibincang baik dengan gabungan BN atau PH.\u201d\n\n\nZambry Abd Kadir berkata pihaknya sememangnya mengambil persetujuan oleh parti komponen yang lain\n\n\nBeliau berkata demikian,\u00a0 ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi, Dr Aziz Bari pada Sabtu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/khalid-mohon-maaf-beza-pandangan-dengan-umno/", "title": "Pengampunan Najib: Khalid mohon maaf, beza pandangan dengan UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Selepas mengeluarkan kenyataan agar Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad tampil memohon maaf.\n\n\nIa susulan kenyataan itu menerima kritikan daripada UMNO\u00a0 yang kini sebahagian daripada rakan kerjasama AMANAH dalam Kerajaan Persekutuan.\n\n\n\u201c\nKita tidak serang atau kritik UMNO, kita hormat hak mereka untuk buat permohonan pengampunan. Itu hak mereka dan mereka boleh berbuat demikian, tiada isu.\n\n\n\u201cSekarang mereka kritik kita dan kata kita tidak pandai bekerjasama. Kita cuma nyatakan pendirian berbeza\n. \nMalangnya mereka nak jadikannya sebagai isu. Saya minta maaf kerana buat mereka tak puas hati tetapi ini pendirian Amanah. Jadi kita mohon maaf kerana tidak berpendirian sama,\u201d katanya memetik laporan \nMalaysiakini\n.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJamil Khir Dilantik Penasihat Agama PM\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tiada rancangan iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nPN jangka proses agihan kerusi selesai Ahad ini\n\n\n\n\n\n\nOPR kekal 3 peratus \u2013 BNM\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: 130,000 rakyat miskin tegar dibantu keluar daripada kemiskinan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Ahad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan itu menunjukkan AMANAH tidak layak menjadi sahabat perjuangan dan tidak memberi jaminan Kerajaan Persekutuan boleh terus bertahan.\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Khalid berkata, parti dalam kerajaan harus mengamalkan prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju dan menghormati perbezaan pendapat.\n\n\nSementara itu, Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, semua individu berhak untuk menyatakan pandangan mereka tetapi ia tidak mewakili parti, melainkan ia memang keputusan rasmi parti.\n\n\n\n\nSebagai contoh, dia berkata parti komponen PH tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh pemimpin tertinggi, sementara keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengatasi keputusan yang dibuat oleh mana-mana parti dalam kerajaan secara individu.\n\n\n\u201cPemimpin AMANAH berhak menyuarakan pandangan tetapi mereka terikat dengan keputusan parti. Ini amalan biasa dalam mana-mana organisasi. \n\n\n\u201cDalam kes yang melibatkan Najib, kuasa tertinggi yang mempunyai hak untuk membuat keputusan adalah Agong.\n\n\n\u201cBagaimanapun, semua pihak yang menyuarakan pandangan dalam isu ini sayang kepada kerajaan dan kerajaan perlu memberi fokus kepada khidmat kepada rakyat sebagaimana yang diamanahkan,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Wanita dan Pemuda UMNO Kelantan melahirkan rasa kecewa serta mengugut untuk memutuskan kerjasama dengan AMANAH negeri itu sekiranya Khalid tidak menarik balik pernyataan yang dianggap menyinggung perasaan ahli parti keseluruhannya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/kj-shahidan-sah-tiada-dalam-senarai-calon-pas-selangor/", "title": "KJ, Shahidan sah tiada dalam senarai calon PAS Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 \nTiada sebarang perbincangan yang diadakan oleh PAS berhubung menyenaraikan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Khairy Jamaluddin sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor kelak.\u00a0\n\n\nSecara tidak langsung, ini mengesahkan bahawa kedua-dua nama bekas pemimpin UMNO berkenaan sememangnya tiada dalam senarai calon untuk bertanding mewakili PAS pada PRN di Selangor.\n\n\n\n\nPerkara itu dimaklumkan Setiausaha PAS Selangor yang turut menjelaskan di peringkat PAS Selangor sendiri sudah mengenal pasti calon yang bakal mewakili bertanding pada PRN nanti serta nama Shahidan dan Khairy tidak pula dibincangkan oleh pihaknya.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMohd Rafiq Letak Jawatan Pengerusi PN Melaka\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO dijangka beri sokongan kepada Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\nKonsert Coldplay tiada manfaat kepada rakyat, negara\n\n\n\n\n\n\nKeganasan rumah tangga dominasi kes jenayah wanita dan kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi di Negeri Sembilan kurang akibat hujan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPAS Selangor sudah kenal pasti calon yang akan bertanding dalam PRN nanti tetapi nama mereka (Shahidan dan Khairy) tidak dibincangkan.\n\n\nSehubungan itu, Roslan juga tidak tahu sama ada di peringkat kepimpinan pusat mahu mempertimbangkan atau tidak dalam meletakkan nama Shahidan dan Khairy dimana-mana kerusi DUN untuk PRN kelak.\u00a0\n\n\n\u201cPAS Selangor akan memberikan sokongan jika pucuk pimpinan Pusat memutuskan untuk meletakkan mereka di kerusi DUN,\u201d katanya.\n\n\nTambah beliau, nama calon-calon yang telah disenarai pendek adalah berasal dari negeri Selangor.\u00a0\n\n\nSebelum ini, Shahidan memberi bayangan bahawa beliau bakal bertanding dalam satu daripada enam negeri pada PRN akan datang m\nanakala Khairy pula, terdapat laporan menunjukkan beliau sudah didekati oleh Perikatan Nasional (PN) untuk menjadi calon di bawah gabungan itu sama ada di Selangor atau Negeri Sembilan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/pembahagian-kerusi-ph-bn-selepas-dun-bubar/", "title": "Pembahagian kerusi PH, BN selepas DUN bubar", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pembahagian kerusi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan ditentukan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.\n\n\nTimbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketika ini pihaknya lebih memberi fokus terhadap gerak kerja dan strategi untuk memenangi kerusi di negeri berkenaan pada pilihan raya itu.\n\n\nMalah jelasnya, keputusan pembahagian kerusi itu hanya diputuskan di peringkat pusat blok BN dan PH dan proses rundingan kerusi sedang berjalan di peringkat negeri-negeri terlibat.\n\n\n\u201cPembahagian kerusi itu memang kita belum buat lagi kerana saya dah bagi tahu tempoh hari biar kita buat gerak kerja dahulu, kalau kita cerita pasal kerusi nanti memang akan masalah, kerusi ini nanti kita buat pembahagian selepas DUN dibubarkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin sampaikan bantuan, redakan krisis kebuluran pelarian\n\n\n\n\n\n\nKit Siang terima anugerah Tan Sri?\n\n\n\n\n\n\nGEG: Kajian kawalan penggunaan rokok, vape dijalankan serentak\n\n\n\n\n\n\nSPR bakal umum tarikh PRN Rabu ini\n\n\n\n\n\n\nKerajaan ada hak ambil tindakan undang-undang, tuntut pampasan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau sekarang bercakap soal kerusi, memang masing-masing tidak mahu beralah, lama-lama kita akan bergaduh sesama sendiri, tidak guna.\n\n\n\u201cJangan cerita tentang kerusi dulu tetapi fikirkan bagaimana kita nak menang dibawah Kerajaan Persekutuan,\u201d katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman keluarganya di Kampung Tanjong, Rantau di Seremban hari ini.\n\n\nTurut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar.\n\n\nDalam pada itu, Mohamad turut menegaskan, pihaknya tidak mengizinkan perundingan dibuat secara individual kerana rundingan itu adalah antara BN dan PH, bukan BN dengan AMANAH atau UMNO dengan PKR. Rundingan kerusi antara dua parti iaitu Blok BN dan PH.\n\n\nSementara itu, dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, hubungan BN dan PH tidak terjejas susulan kenyataan yang disifatkan \u2018loose cannon\u2019 iaitu merujuk kepada isu dibangkitkan oleh Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad supaya Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.\n\n\nUjarnya, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar bagi menjaga keharmonian rakan komponen dalam parti.\n\n\n\u201cSetiap dalam satu parti itu memang ada \u2018loose cannon\u2019 tetapi \nstatement\n itu tidak sepatutnya keluar, kalau kita nak menjagakan keharmonian kita tidak bercakap seperti itu yang boleh memberikan kesan negatif kepada rakan-rakan kita,\u201d katanya. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/pemuda-umno-saran-kerajaan-naikkan-peruntukan-institusi-pendidikan-agama/", "title": "Pemuda UMNO saran kerajaan naikkan peruntukan institusi pendidikan agama", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Jika peruntukan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SPMC) tidak boleh dikurangkan, maka kerajaan wajar menaikkan peruntukkan untuk institusi pendidikan agama.\n\n\nDemikian saranan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh supaya pembahagian secara purata yang lebih adil dan munasabah dapat dilakukan.\n\n\n\u201cKita tidak mempertikaikan siapa yang wajar atau tidak diberi peruntukan kerana pendidikan adalah aset utama negara tetapi apa yang dipersoalkan adalah jumlah peruntukan yang disalurkan secara purata mestilah lebih adil dan munasabah.\n\n\n\u201cMana mungkin SMPC, sebuah institusi pendidikan swasta mendapat peruntukan secara purata sama rata tetapi bukan institusi pendidikan Islam yang dijamin dalam perlembagaan,\u201d katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook pada Ahad.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertembungan Shahrizat-Noraini, apakah jawatan Ketua Wanita milik orang lama?\n\n\n\n\n\n\nShebby Meninggal Akibat Serangan Jantung\n\n\n\n\n\n\nPeguam Negara gugurkan 16 kes berprofil tinggi sejak 2018\n\n\n\n\n\n\nPAS pertimbang fail petisyen\n\n\n\n\n\n\nBeri peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen di kawasan terjejas banjir\n\n\n\n\n\n\n\n\nDr Muhammad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, jika RM150 juta diperuntukkan bagi 1,276 sekolah berdasarkan institusi sekolah agama berdaftar, bermakna setiap satu sekolah hanya mendapat RM117,500.\n\n\n\n\nBagaimanapun, beliau berkata, peruntukan RM15.7 juta bagi SMPC itu diagihkan kepada 63 sekolah dengan setiap sekolah mendapat bantuan RM250,000.\n\n\n\u201cDari segi Perlembagaan Persekutuan, kedudukan institusi Sekolah Agama (SA) dan SMPC adalah tidak sama yang mana peruntukan pendidikan agama diberikan menerusi Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan bukannya Kementerian Pendidikan (KPM), dengan punca kuasa kewujudan SA juga mengikut peruntukan Perlembagaan,\u201d katanya.\n\n\nMengulas lanjut, Dr Muhammad Akmal berkata, Pemuda UMNO akan menghantar surat secara rasmi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk beliau menilai semula jumlah peruntukan yang diberi dan penambahbaikan secara konstruktif dapat dilakukan.\n\n\n\u201cPerkara ini diperjuangkan bukan atas dasar sentimen dan kepentingan politik. Ia adalah soal hak dan keadilan, kepentingan sejagat,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/pengampunan-najib-amanah-mohon-maaf-kepada-umno/", "title": "Pengampunan Najib: AMANAH mohon maaf kepada UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 AMANAH memohon maaf kepada UMNO di atas keterlanjuran kenyataan yang dikeluarkan seorang pemimpin mereka berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\n\n\nTimbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berharap isu terbabit dapat diselesaikan dan beliau sendiri sudah berjumpa dengan Presiden UMNO serta Timbalannya.\n\n\n\u201cSempena Aidilfitri ini, saya bagi pihak AMANAH memohon maaf atas kenyataan yang baru-baru ini dikeluarkan Pengarah Komunikasi (Khalid Samad), sekiranya kenyataan itu menyinggung atau melukakan UMNO, maka kami minta maaf.\n\n\n\u201cSebarang keterlanjuran itu, biasalah bagi orang politik, kadang-kadang kita terlanjur dan tidak ada malu untuk kita memohon maaf sekiranya ia melukakan,\u201d katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria di Putrajaya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas wartawan, pemenang anugerah Kajai meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia Masih Lagi Mematuhi SOP\n\n\n\n\n\n\nZahid kuku besi, matikan demokrasi \u2013 Lukman Al Hakim\n\n\n\n\n\n\nCalon Melayu DAP Hanya Dipergunakan Demi Raih Undi \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Kedah Perlu Waspada Judi Pasaran Gelap \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Khalid turut tampil memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan agar Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak permohonan pengampunan Najib.\n\n\n\u201cKita tidak serang atau kritik UMNO, kita hormat hak mereka untuk buat permohonan pengampunan. Itu hak mereka dan mereka boleh berbuat demikian, tiada isu.\n\n\n\u201cSekarang mereka kritik kita dan kata kita tidak pandai bekerjasama. Kita cuma nyatakan pendirian berbeza.\u00a0Malangnya mereka nak jadikannya sebagai isu. Saya minta maaf kerana buat mereka tak puas hati tetapi ini pendirian Amanah. Jadi kita mohon maaf kerana tidak berpendirian sama,\u201d katanya\n\n\nPada Ahad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan itu menunjukkan AMANAH tidak layak menjadi sahabat perjuangan dan tidak memberi jaminan Kerajaan Persekutuan boleh terus bertahan.\n\n\nMalah, Wanita dan Pemuda UMNO Kelantan melahirkan rasa kecewa serta mengugut untuk memutuskan kerjasama dengan AMANAH negeri itu sekiranya Khalid tidak menarik balik pernyataan yang dianggap menyinggung perasaan ahli parti keseluruhannya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/pengampunan-najib-fuad-dakwa-amanah-hina-budi-bicara-kebijaksanaan-agong/", "title": "Pengampunan Najib: Fuad dakwa AMANAH hina budi bicara, kebijaksanaan Agong", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nAhli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, AMANAH secara jelas melakukan penghinaan terhadap kebijaksanaan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\nIa ekoran kenyataan AMANAH yang mendesak Lembaga Pengampunan untuk menolak serta merta permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPendakwaan Akan Buktikan Semua Kesalahan Syed Saddiq berniat Jahat, Tidak Jujur\n\n\n\n\n\n\nPecah monopoli tidak beri kesan pengurangan tenaga kerja\n\n\n\n\n\n\nMinum spirit campur air berbikarbonat pelajar diintubasi\n\n\n\n\n\n\nPertubuhan Perpaduan Ummah Bukan Nak Lawan Muafakat Nasional \u2013 Shahidan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Korban Banjir Meningkat 47 Orang\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam satu hantaran di Facebook beliau, Mohd Puad turut menjelaskan, UMNO tidak pula menyuara atau melontarkan apa-apa kenyataan selepas Lembaga Pengampunan tidak membincangkan permohonan Najib dua hari lalu.\u00a0\n\n\n\u201cUMNO memohon secara tertib. Masalahnya (pada) AMANAH kerana mendesak Agong menolak pengampunan Najib. UMNO hanya menyokong (permohonan pengampunan ke atas Najib).\u201d\n\n\nJusteru, beliau menyifatkan AMANAH sebagai satu parti yang tidak tertib kerana menghina budi bicara selain jelas mempersoalkan tentang kebijaksanaan Agong.\u00a0\n\n\n\n\nSehubungan itu, beliau turut mentakrifkan AMANAH yang kini dipimpin oleh Datuk Seri Mohamad Sabu wajar digelar sebagai PAN (Parti Amanah Negara) bukan AMANAH kerana hanya layak dijadikan kawan politik dan bukannya sahabat perjuangan.\u00a0\n\n\n\u201cMemang susah bersahabat dengan AMANAH. Hanya boleh jadi kawan. Kawan yang tidak beri jaminan kerajaan boleh kekal. Kawan makan kawan.\u201d katanya di laman Facebook rasmi beliau.\n\n\nKhalid Abd Samad merayu Yang di Pertuan Agong, untuk menolak sepenuhnya permohonan Najib untuk diampunkan\n\n\nTerdahulu, media melaporkan AMANAH menerusi kenyataan Pengarah Komunikasi, Khalid Abd Samad telah merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan Negara untuk menolak permohonan Najib Razak untuk diampun serta dibebaskan daripada penjara.\u00a0\n\n\nIni kerana parti itu berpendirian, hanya dengan tindakan penolakan itu imej negara dan usaha untuk mengekang rasuah serta penyalahgunaan kuasa dapat dijaga dengan sebaiknya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/pengampunan-najib-pemimpin-amanah-berhak-beri-pandangan/", "title": "Pengampunan Najib: Pemimpin AMANAH berhak beri pandangan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pemimpin AMANAH berhak untuk menyuarakan apa-apa pandangan tetapi mereka terikat dengan keputusan parti.\n\n\nPresiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setiap individu mempunyai kebebasan untuk memberikan pandangan sebagaimana hak yang diberikan dalam perlembagaan.\n\n\nNamun, beliau menegaskan, dalam konteks organisasi, pandangan individu tidak mewakili organisasi atau parti.\n\n\nMelainkan pandangan berkenaan adalah keputusan rasmi yang diputuskan dalam mesyuarat parti tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUlama berperanan penting, parti jadikan agama tunggangan tidak dapat reda Allah \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nDakwaan komplot PN guling kerajaan tidak berasas\n\n\n\n\n\n\nSesi libat urus bincang selaras umur kanak-kanak kepada 18 tahun\n\n\n\n\n\n\nTanah runtuh : 19 kediaman sementara untuk kakitangan SPRM\n\n\n\n\n\n\nSaudi sahkan pertemuan PM, Raja Salman dan Putera Mohammed\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAMANAH, PKR atau DAP yang bergabung dalam Pakatan Harapan tertakluk kepada keputusan Pakatan Harapan yang perlu diutamakan jika bercanggah dengan keputusan parti.\n\n\n\u201cBegitu juga dalam konteks Kerajaan Persekutuan yang terbentuk hari ini, keputusan di peringkat gabungan kerajaan mengatasi keputusan parti-parti atau pakatan politik masing-masing dan ianya perlu diutamakan.\n\n\n\u201cPemimpin AMANAH berhak menyuarakan pandangan tetapi mereka terikat dengan keputusan parti. Inilah \u2018normal practice\u2019 dalam mana-mana organisasi,\u201d kata Mohamad.\n\n\nKenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu hadir selepas kenyataan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad mengenai pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang kemarahan pemimpin UMNO.\n\n\nMohamad menegaskan, semua pihak perlu menghormati sebarang keputusan yang buat oleh Yang di-Pertua Agong mengenai pengampunan diraja itu.\n\n\n\u201cDalam kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri keenam Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kuasa tertinggi yang mempunyai hak untuk membuat keputusan adalah Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\u201cMaka semua pihak perlu menghormati sebarang keputusan Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\u201cBagaimanapun, semua pihak yang menyuarakan pandangan dalam isu ini sayang kepada kerajaan dan kerajaan perlu memberi fokus pada khidmat kepada rakyat sebagaimana yang diamanahkan,\u201d kata Mohamad.\n\n\nKhalid sebelum ini merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Najib.\n\n\nKhalid berkata, Amanah berpendirian, hanya dengan cara itu sahaja nama baik negara dan komitmen untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat dijaga.\n\n\nKatanya, AMANAH berpandangan, pengampunan kepada Najib akan menghantar mesej yang sangat tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara negara ini dan juga kepada seluruh dunia berhubung sikap dan pendirian kita terhadap rasuah dan salah guna kuasa.\n\n\nIa akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nKenyataan balas kemuadiannya dikeluarkan oleh beberapa pemimpin UMNO termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi Datuk Dr. Puad Zarkashi yang menyifatkan Amanah sebagai parti \u2018kawan makan kawan\u2019.\n\n\nMenurutnya, desakan yang dilakukan Khalid menyebabkan AMANAH hanya layak menjadi kawan dan bukan sebagai sahabat dalam perjuangan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/pengampunan-najib-veteran-umno-ingatkan-jangan-bertindak-semberono/", "title": "Pengampunan Najib: Veteran UMNO ingatkan jangan bertindak semberono", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Veteran UMNO berharap kepimpinan parti-parti dalam gabungan Kerajaan Persekutuan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan menyokong atau membantah pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\n\n\nSetiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, perkara itu adalah hal UMNO dan Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\u201cNajib sudah membuat petisyen mengikut peruntukan undang-undang dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sedang berusaha menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk merayu.\n\n\n\u201cJangan bertindak semberono sehingga membelakangkan kuasa Seri Paduka. Jangan sekali-kali menjadi lebih sudu daripada kuah,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKawal inflasi, BNM mungkin naik semula nisbah keperluan rizab berkanun\n\n\n\n\n\n\nAnwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun\n\n\n\n\n\n\nHenti bertelagah, bergerak ke hadapan untuk menyatupadukan rakyat\n\n\n\n\n\n\nSPRM badan bebas, tiada keperluan maklum siasatan kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nTiada Persediaan Penuh Hadapi Banjir \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelmarin, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad memberi pandangan bahawa pengampunan kepada Najib akan menghantar mesej tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara berhubung sikap dan pendirian kerajaan terhadap rasuah serta salah guna kuasa.\n\n\nKatanya, ia akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nPada masa yang sama, Mustapha berkata, Veteran UMNO menyokong kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya semua penyokong Najib tidak mengeluarkan sebarang komen tentang pengampunan setelah petisyen tidak dibincang dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan kelmarin.\n\n\nMenurut beliau, semua pihak patut menyerahkan soal pengampunan itu kepada budi bicara dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\u201cSeri Paduka tahu apa yang patut dilakukan dan bila ia akan dilakukan. Jangan mendahului kerja Yang di-Pertuan Agong dan jangan memberi tekanan kepada Seri Paduka,\u201d jelasnya.\n\n\nMustapha menambah, Veteran UMNO memahami bahawa penyokong Najib tidak sabar menunggu pembebasannya.\n\n\n\u201cTetapi kata putusnya ada pada Yang di-Pertuan Agong. Apa yang boleh dilakukan adalah berdoa semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan pengampunan itu,\u201d katanya. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/pn-sasar-menang-33-kerusi-bentuk-kerajaan-di-selangor/", "title": "PN sasar menang 33 kerusi bentuk kerajaan di Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Perikatan Nasional (PN) menyasarkan memenangi 33 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan selewat-lewatnya pada tahun ini.\n\n\nSetiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, sekiranya sasaran itu dicapai, gabungan PAS dan BERSATU mampu membentuk kerajaan baharu di negeri itu.\n\n\nMenurutnya, keyakinan itu berdasarkan kepada sokongan pengundi terutama kaum Melayu kepada PN semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\n\n\n\u201cMalah, UMNO sendiri tiada kerusi Parlimen di Selangor (pada PRU15), jadi apabila kita sebut tentang pengundi Melayu di negeri ini, maka di situlah kekuatan kita (PN),\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n55 kawasan di wilayah Shah Alam, Klang alami gangguan bekalan air\n\n\n\n\n\n\n476,037 Individu Biasa Layak Mengundi \u2013 SPR\n\n\n\n\n\n\nPas yang janji mansuh hutang PTPTN pada PRU14 \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nPN dominasi Kedah, PH kekal di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid tidak patut eksploitasi istilah syarak demi kepentingan politik \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nRoslan Shahir berkata, semasa PRU15 lalu, PN berjaya memenangi enam kerusi Parlimen termasuk di kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Sabak Bernam dan Tanjong Karang.\n\n\n\u201cTidak mustahil kami mampu memberi tentangan dan saingan sengit kepada PH kerana sasaran kami menang di 33 kerusi DUN yang mempunyai 60 peratus pengundi Melayu.\n\n\n\u201cSaya mengambil contoh, Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menang di kerusi Parlimen Kuala Langat yang pengundi Melayu di situ sekitar 58.32 peratus sahaja,\u201d ujar beliau.\n\n\nSehubungan itu, kata beliau, jika kecemerlangan dan sokongan itu diterjemah dalam PRN Selangor, beliau yakin kerajaan negeri di bawah pentadbiran PH mampu ditewaskan di negeri itu.\n\n\n\u201cKami tengok sentimen di bawah sehingga hari ini masih konsisten dan sokongan pengundi Melayu tidak akan berubah,\u201d tambahnya. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/populasi-umat-islam-kedua-terbesar-selepas-kristian-di-seluruh-dunia/", "title": "Populasi umat Islam kedua terbesar selepas Kristian di seluruh dunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Satu tamparan besar kepada umat Islam di seluruh dunia apabila penganut agama Islam berada pada kedudukan kedua terbesar selepas Kristian.\n\n\nMenurut laporan antarabangsa, penganut agama Islam di dunia kini bakal mencecah 2.0 bilion atau 25 peratus daripada jumlah penduduk dunia yang berjumlah sekitar 8 bilion.\n\n\nIndonesia menjadi negara yang mempunyai penduduk Muslim teramai di dunia dengan bilangan 241 juta dan Malaysia berada di tangga ke-21 dengan bilangan penduduk Muslim berjumlah 22.6 juta.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M ditahan di IJN kerana jangkitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cKenyataan saya, akar umbi undi DAP dipolemikkan\u201d- Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia ke Piala Asia 2023\n\n\n\n\n\n\nSPRM geledah pejabat, kediaman Sivakumar\n\n\n\n\n\n\nSamirah, Dua Remaja Bebas Tuduhan bunuh CEO Cradle Fund\n\n\n\n\n\n\n\n\nPersoalannya, kenapa Islam berada pada kedudukan nombor 2, bukan nombor 1?\u00a0\n\n\nDemikian persoalan dilontarkan Jurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya yang turut meluahkan kekecewaan dengan data tersebut.\n\n\nMenerusi kenyataan di Facebooknya pada Sabtu, beliau berkata,\u00a0 Allah SWT telah menurunkan ratusan ribu Nabi dan 25 Rasul utama sejak Nabi Adam A.S. sehinggalah Rasulullah S.A.W.\u00a0\n\n\n\u201cIni satu tamparan kepada kita semua yang gagal melaksanakan tanggungjawab untuk berdakwah dan menyebarkan kebenaran kepada umat manusia.\n\n\n\u201cKalau dahulu pendakwah sanggup berkorban berpisah dengan keluarga dan jiran tetangga semata-mata untuk berdakwah sehingga sampai ke Asia termasuk China, tetapi kini tidak ada lagi pendakwah yang sanggup berbuat demikian,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya, umat Islam kini dilalaikan pula dengan kemewahan dunia demi memenuhi tuntutan nafsu.\n\n\n\u201cApakah kita berasa aman dari azab-Nya sedangkan maksiat berleluasa di sekliling dunia? Yang jelas, dunia kini kepanasan dengan maksiat dan kita bertanggungjawab menyejukkannya sesegera mungkin dengan Ad Deenul Haq.\n\n\n\u201cApakah kita sudah meaksanakan tanggungjawab atau kita hanya menunggu-nunggu kemurkaan Illahi? Apa erti solat, apa erti puasa, apa erti kesemuanya jika kita masih berpeluk tubuh dengan maksiat yang menyelubungi dunia?\n\n\n\u201cSatu muhasabah untuk kita semua, termasuk diri saya sendiri,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/projek-psi-pihak-terkesan-diberi-tempoh-sebulan-buat-rayuan/", "title": "Projek PSI: Pihak terkesan diberi tempoh sebulan buat rayuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pihak yang terkesan dengan Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) boleh membuat rayuan dalam tempoh 30 hari.\n\n\nMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, 30 hari tersebut bermula daripada tarikh laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dikeluarkan.\n\n\n\u201cPihak yang terkesan masih ada sebulan untuk membuat rayuan dalam masa 30 hari daripada tarikh laporan EIA dikeluarkan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian bagi mengulas terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang keputusan tersebut diluluskan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n73 Pelajar SBP Seri Puteri Positif COVID\n\n\n\n\n\n\nPesawat terhempas di Elmina, Shah Alam\n\n\n\n\n\n\nMAIS Gagal Kembalikan Status Islam 5 Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\nProsiding baharu LCS dicadang PAC\n\n\n\n\n\n\nMangsa sindiket penipuan jangan takut buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nEIA bagi Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) PSI diluluskan JAS dengan 71 syarat yang perlu dipatuhi menerusi surat kepada kerajaan Pulau Pinang, bertarikh 11 April lalu.\n\n\nKetua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beberapa proses perlu dilalui terlebih dahulu selain menjelaskan kerja tambakan hanya akan dimulakan pada suku ketiga 2023.\n\n\n\n\nPSI tersebut membabitkan pembangunan tiga pulau buatan dengan keluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut, dekat Bayan Lepas.\n\n\nBagaimanapun, kelulusan tersebut mendapat tentangan NGO dengan mengatakan bahawa ia adalah satu keputusan yang kejam dan akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar serta manusia di kawasan terbabit.\n\n\nPengerusi Pertubuhan Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS) , Zikrullah Ismail berkata, sekiranya projek ini diteruskan, ia tidak mengutamakan nelayan tetapi kapitalis-kapitalis yang membuat keuntungan kepada projek tersebut.\n\n\nSehubungan itu, Zikrullah menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang mendedahkan kepada umum 71 syarat yang dikenakan bagi meluluskan PSI."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/projek-psi-tak-perlu-debat-semua-sibuk-prn-kon-yeow/", "title": "Projek PSI: Tak perlu debat, semua sibuk PRN \u2013 Kon Yeow", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Tiada keperluan untuk menganjurkan debat mengenai isu berkaitan Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang mencetus kontroversi susulan bantahan kelulusan projek itu dibangkitkan pelbagai pihak.\n\n\nKetua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana kerajaan negeri percaya segala pertikaian dan persoalan yang dibangkitkan mengenai projek itu dianggap sebagai satu proses yang sudah berlalu.\n\n\n\u201cKita pandang ke depan, kalau Dominic tidak ambil bahagian dalam proses sebelum ini, saya tidak boleh kata apa-apa kerana proses ini sudah berlalu, mungkin beliau mahu bawa ke mahkamah, itu haknya.\n\n\n\u201dTidak ada keperluan untuk berdebat, semua sibuk mahu pilihan raya,\u201d katanya kepada pemberita selepas menghadiri pembukaan Penang Wesak Celebration 2023 hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBanjir besar disebabkan pengaruh fenomena La Nina \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nGantung akaun rider, orang ramai mahu boikot Grab\n\n\n\n\n\n\nRM600,000 paras simpanan ideal untuk hidup selesa selepas bersara\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri pernah tolak kenderaan kalis peluru\n\n\n\n\n\n\nPasport Zahid dikembalikan petanda awal dibebaskan \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, beliau berpendapat pihak yang tidak berpuas hati dengan projek yang menjadi sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang itu berhak membawa perkara berkenaan ke mahkamah.\n\n\nPada Sabtu lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang, Datuk Dr. Dominic Lau mencabar Kon Yeow berdebat berhubung isu pembangunan PSI dan Seberang Perai itu dan memberikan Kon Yeow peluang menetapkan tarikh, masa dan lokasi debat.\n\n\n\n\nSebelum ini, Kon Yeow mengumumkan projek PSI membabitkan pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas itu telah memperoleh kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).\n\n\nMenurut Kon Yeow, semua pihak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana proses sebelum kelulusan projek PSI itu diperoleh.\n\n\n\u201dApa-apa pertikaian, soalan atau jawapan berhubung projek PSI sudah berlalu, malah JAS dan semua agensi teknikal sudah meletakkan syarat, sekiranya kami tidak dapat mematuhi syarat-syarat itu, maka pelan pengurusan Alam Sekitar (EMP) pun tidak akan diluluskan.\n\n\n\u201dKalau boleh diluluskan maksudnya projek PSI telah melalui satu penelitian yang rapi oleh semua jabatan, barulah JAS boleh keluarkan keputusan dengan semua syarat dipatuhi,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya, pada masa ini fokus kerajaan negeri adalah kepada persediaan pelaksanaan projek PSI untuk proses-proses tebus guna laut.\n\n\n\u201dMinggu akan datang saya akan umumkan apa yang kita cadangkan di dalam PSI khususnya di pulau A, itu adalah fokus kita pada masa ini,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/remaja-bangladesh-terperangkap-dalam-kontena-di-malaysia-meninggal-dunia/", "title": "Remaja Bangladesh terperangkap dalam kontena di Malaysia, meninggal dunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Remaja lelaki warga Bangladesh yang dihantar pulang pada Februari lalu selepas ditemui dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang meninggal dunia semalam.\n\n\nLapor \nBdnews24.Com\n hari ini, Ratul Islam Fahim, 14, lemas ketika mandi seorang diri di kolam berhampiran rumahnya di Monohargonj di daerah Cumilla, Bangladesh.\n\n\nBapanya, Faruk Mia memberitahu polis, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu menghidap masalah mental selain tidak tahu berenang.\n\n\nFaruk berkata, kira-kira jam 2.30 petang (waktu tempatan), Ratul lemas ketika mandi sendirian, sambil menambah, remaja itu bertindak demikian ketika semua ahli keluarga berada di sawah untuk menuai padi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael lancar serangan terhadap Syria\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur mahu kesan penambakan kawasan Batu Puteh oleh Singapura diteliti\n\n\n\n\n\n\nRobot Pintar Edar Air Zamzam Beroperasi Kembali\n\n\n\n\n\n\nSelepas tembak lelaki Palestin, Israel halang ambulans dekati tubuh mangsa\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi Turkiye: Warga emas minta air untuk solat bawah runtuhan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik laporan sama, Ratul Islam dikebumikan tanpa pemeriksaan bedah siasat selepas keluarganya mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan.\n\n\nPolis tempatan dilaporkan berjanji menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu.\n\n\n\n\nRemaja lelaki warga Bangladesh terperangkap selepas bermain dan terkunci ketika kontena ini berada di Pelabuhan Chittagong, Bangladesh.\n\n\nMangsa hanya ditemui 5 hari kemudian dlm keadaan lemah ketika kapal bawa kontena itu berlabuh di Port Klang. \npic.twitter.com/0BitaASt1p\n\n\n\u2014 Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) \nJanuary 19, 2023\n\n\n\n\nSebelum ini, kisah remaja itu menarik perhatian media selepas ditemui dalam sebuah kontena selama enam hari tanpa makanan dan minuman pada 17 Januari tahun ini.\n\n\nRatul Islam memberitahu pihak berkuasa, dia bermain dalam kontena berkenaan dengan rakannya di Chittagong sebelum menyedari dirinya terkunci di dalam.\n\n\nRemaja itu diberi rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang sebelum ditempatkan sementara di bawah jagaan Yayasan Chow Kit.\n\n\nDia kemudiannya dihantar pulang pada 22 Februari oleh Kementerian Dalam Negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/remaja-mengaku-salah-buat-aksi-wheelie-bersama-isteri-berusia-16-tahun/", "title": "Remaja mengaku salah buat aksi \u2018wheelie\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku salah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas tuduhan melakukan aksi \u2018wheelie\u2019 semasa menunggang motosikal pada 1 Syawal lalu.\n\n\nPertuduhan terhadap buruh kasar tersebut dibuat di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.\n\n\nMengikut pertuduhan, dia didakwa menunggang motosikal jenis Honda C100B dengan cara mengangkat tayar hadapan yang berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu pada jam 12 tengah hari, 22 April lalu.\n\n\nPendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum bawah peruntukan sama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGEG Perlu Sokongan Wakil Rakyat Demi Selamatkan Dua Juta Nyawa\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib, Anwar akui berada dalam Lembaga Pengampunan\n\n\n\n\n\n\nKDN, Kerajaan Malaysia tarik balik rayuan kes kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nAbdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM\n\n\n\n\n\n\nPetisyen Parlimen Segamat ditolak, Ramasamy kemuka rayuan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh maksimum lima tahun dan denda minimum RM5,000 sehingga RM15,000.\n\n\nPendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nursyafiqah Mohamad manakala remaja tersebut diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Kelantan, Nor Zaimah Mohamed.\n\n\nMahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM900 dengan seorang penjamin.\n\n\nKes ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 Jun ini bagi mendapatkan laporan akhlak.\n\n\nLelaki itu dan isterinya berusia 16 tahun yang membonceng motosikal menyerah diri kepada polis pada Khamis lalu selepas aksi mereka tular di laman sosial.\n\n\nRemaja perempuan yang hamil dua bulan setengah tersebut bagaimanapun dibebaskan sebagai saksi pertuduhan. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/sekolah-vernakular-tidak-patut-wujud-berjasa/", "title": "Sekolah vernakular tidak patut wujud \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Sekolah vernakular tidak perlu diwujudkan kerana ia memberi jurang yang besar antara kaum lain dan tidak membentuk semangat perpaduan di negara ini.\n\n\n\u201cTidak perlu, maknanya sekolah Cina dijadikan Sekolah\u00a0 Kebangsaan Cina dan sekolah India dijadikan Sekolah Kebangsaan India.\u00a0 Itu tidak perlu yang utamanya kita ada satu sistem yang penting serta\u00a0 dapat menampung semua bangsa kita belajar satu sistem negara.\u201d\u00a0\n\n\nItu bait-baik kata Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim ketika mengulas tentang kewujudan sekolah vernakular di negara ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRauf Nafi Ada Pihak Tidak Setuju Sulaiman Dilantik Ketua Menteri\n\n\n\n\n\n\nProjek tambak laut: Hanya satu pulau dibina\n\n\n\n\n\n\nPEMBINA Syor Mahasiswa Undi Pos, Kurangkan Kos Pulang Ke Kampung\n\n\n\n\n\n\nBeri PReP kepada pasangan homoseksual untuk elak HIV adalah subahat -Mufti\n\n\n\n\n\n\nCADANGAN SEMPADAN NEGARA DIBUKA 1 JANUARI 2022\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, kewujudan sekolah tersebut telah membentuk jurang yang sangat besar antara perpaduan kaum di negara ini.\u00a0\n\n\nJusteru, Zamani menggesa kerajaan supaya lebih memberi fokus kepada sekolah kebangsaan yang sejak dahulu mengamalkan sistem pendidikan yang dapat menggabungkan seluruh bangsa dan kaum.\n\n\nKerajaan usah lagi melayan segala dambaan dan keinginan pihak DAP dan Dong Zhong\n\n\nSehubungan itu, beliau turut menyarankan agar kerajaan berusaha untuk melepaskan dan tidak melayan kehendak serta dambaan pihak DAP atau Dhong Zhong yang mahukan sekolah vernakular ini mendapat peruntukan yang berlipat kali ganda berbanding sekolah kebangsaan serta sekolah agama lain di negara ini.\n\n\n\u201cLepaskan ikatan dan desakan daripada parti-parti politik khususnya DAP yang bercakap tentang kepentingan sekolah Cina, dan\u00a0 Dong zhong antara yang aktif. \n\n\n\u201cSelain itu, kita tetap memberikan keutamaan, untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak, yang berada di sekolah kebangsaan yang sedia ada,\u201d katanya.\u00a0\n\n\nTerdahulu, beliau juga membangkitkan isu keadaan sekolah kebangsaan dan sekolah agama lain yang kurang mendapat perhatian serta peruntukan sewajarnya.\n\n\nSekolah Kebangsaan dilihat, makin daif dan kurang diberi peruntukan yang secukupnya.\n\n\nSituasi itu menyebabkan timbul isu-isu prasarana dan kemudahan yang rosak serta daif di seluruh negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/shahidan-tiada-dalam-senarai-calon-prn-pas-selangor/", "title": "Shahidan tiada dalam senarai calon PRN \u2013 PAS Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Spekulasi status Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor terjawab selepas PAS Selangor mengesahkan beliau tiada dalam senarai calon parti di negeri itu.\n\n\nMedia tempatan melaporkan, Setiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, tiada sebarang perbincangan untuk meletakkan Shahidan sebagai calon.\n\n\n\u201cSetakat ini, calon yang disenarai pendek PAS Selangor adalah dalam kalangan anak jati negeri ini sahaja. Tiada perbincangan untuk meletakkan Shahidan. Bagaimanapun, di peringkat pusat kami tidak tahu jika ada cadangan untuk meletakkannya sebagai calon di mana-mana kerusi DUN untuk PRN akan datang,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya, PAS juga telah menyenarai pendek calon yang mungkin diletakkan bertanding di negeri itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN ada sebab tolak permohonan PEJUANG\n\n\n\n\n\n\nMaritim rampas 23 bubu naga di Perairan Tanjung Karang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan 20 peratus\n\n\n\n\n\n\nAgama dihina, tanah semakin hilang dan nasib Muslim ditekan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Baharu Melaka Jangan Abai Nasib Nelayan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDesas-desus bahawa bekas Menteri Besar Perlis itu akan bertanding di Selangor tersebar selepas beliau dikatakan turun ke Semenyih beberapa kali.\n\n\n\n\n\n\nShahidan juga memberi bayangan mungkin melibatkan diri dalam usaha Perikatan Nasional (PN) untuk merampas pentadbiran Selangor daripada Pakatan Harapan (PH).\n\n\nRoslan mengambil maklum bahawa Shahidan ada menawarkan diri sebagai calon dan pihaknya akan memberi sokongan jika kepimpinan parti berpandangan ia boleh membantu memberi kemenangan pada PRN akan datang.\n\n\nPada masa sama, beliau berkata, pembahagian kerusi DUN Selangor antara PAS, BERSATU dan GERAKAN hampir selesai serta akan memperkenalkan calon setelah senarai tersebut mendapat \u2018lampu hijau\u2019 daripada kepimpinan tertinggi.\n\n\n\u201cAda dua atau tiga kerusi belum dimuktamadkan. Kami bersepakat menyerahkan keputusan kepada PAS pusat untuk menyelesaikannya,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/twitter-benarkan-media-kenakan-bayaran-kepada-pengguna/", "title": "Twitter benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Twitter akan memperkenal pilihan membenarkan saluran media mengenakan bayaran kepada pengguna yang sekali-sekala berhasrat untuk membaca artikel.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif platform media sosial itu, Elon Musk berkata, platform tersebut akan membolehkan penerbit media mengenakan bayaran kepada pengguna pada setiap artikel dengan satu klik.\n\n\n\n\nRolling out next month, this platform will allow media publishers to charge users on a per article basis with one click.\n\n\nThis enables users who would not sign up for a monthly subscription to pay a higher per article price for when they want to read an occasional article.\u2026\n\n\n\u2014 Elon Musk (@elonmusk) \nApril 29, 2023\n\n\n\n\nIni membolehkan pengguna yang tidak mendaftar untuk langganan bulanan membayar harga yang lebih mahal bagi setiap artikel yang mahu dibaca\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIndonesia, India Hantar Bantuan Ke Afghanistan\n\n\n\n\n\n\nElon Musk tukar logo Twitter dengan X\n\n\n\n\n\n\nKonflik Sudan : Rakyat Malaysia, pelajar selamat\n\n\n\n\n\n\nKes Positif Global Melebihi 350 Juta\n\n\n\n\n\n\nPBB, EU, Kesatuan Afrika gesa gencatan senjata segera\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelasnya, pilihan itu akan dilancarkan pada bulan depan.\n\n\nKatanya lagi, fungsi baharu itu untuk memberikan situasi sama menang kepada media dan pengguna. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/04/30/wanita-cuba-seludup-22-ekor-ular-dari-klia-ke-india/", "title": "Wanita cuba seludup 22 ekor ular dari KLIA ke India", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pihak berkuasa lapangan terbang India merampas 22 ekor ular dalam bagasi seorang wanita yang tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Chennai.\n\n\nLapor \nHindustan Times\n, wanita itu ditahan Jabatan Kastam Chennai pada Sabtu sebaik sahaja tiba dengan penerbangan AirAsia pada Jumaat.\n\n\nPihak berkuasa menemukan pelbagai spesies ular dan seekor kameleon atau sumpah-sumpah ketika melakukan pemeriksaan ke atas bagasi wanita itu.\n\n\n\n\n#WATCH\n | Tamil Nadu: On 28th April, a female passenger who arrived from Kuala Lumpur by Flight No. AK13 was intercepted by Chennai Airport Customs. On examination of her checked-in baggage, 22 snakes of various species and a chameleon were found & seized under the Customs Act,\u2026 \npic.twitter.com/mRGKivczbA\n\n\n\u2014 ANI Digital (@ani_digital) \nApril 29, 2023\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemain bola sepak Liga Perancis dilarang berpuasa pada hari perlawanan\n\n\n\n\n\n\nThailand Nilai Situasi Covid-19 Selepas Cuti Tahun Baharu\n\n\n\n\n\n\nSekatan terhadap rakyat Palestin ke Al-Aqsa ketika Ramadan\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi kuat 7.3 magnitud gegar wilayah Kepulauan Kermadec\n\n\n\n\n\n\nCOVID-19: Kes kalangan kanak-kanak AS rekod lebih 10 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nReptilia yang dibungkus dalam bekas plastik lut sinar itu kemudian dirampas di bawah undang-undang kastam dan perlindungan hidupan liar.\n\n\nReptilia itu antara spesies yang mendapat permintaan tinggi dalam perdagangan hidupan liar haram di India dan rampasan seperti tersebut bukanlah perkara luar biasa.\n\n\nPada Januari tahun ini, 45 ekor ular sawa dan lapan ekor ular jagung serta masing-masing tiga ekor marmoset (monyet) dan kura-kura dirampas di Chennai daripada seorang penumpang yang tiba dari Thailand. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/01/1-75-juta-kenderaan-dijangka-memasuki-ibu-negara-malam-ini/", "title": "1.75 juta kenderaan dijangka memasuki ibu negara malam ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sebanyak \u00a01.75 juta kenderaan dijangka berada di atas lebuh raya utama menjelang malam ini berbanding 1.7 juta kenderaan yang memasuki ibu negara semalam.\n\n\nDalam pada itu, pergerakan trafik di lebuh raya utama membabitkan semua arah ke ibu negara masih lancar sehingga pukul 12 tengah hari ini.\n\n\nPengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, tamat cuti persekolahan serta bermulanya sesi persekolahan esok antara faktor pertambahan kenderaan atas jalan raya.\n\n\n\u201cAda juga faktor ibu bapa akan menghantar anak mereka kembali ke asrama di seluruh negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPENCEROBOHAN KUIL HARAM, RUNDINGAN DITERUSKAN\n\n\n\n\n\n\nAngkuh vokalis The 1975 salahkan penganjur, mengapa undang dia?\n\n\n\n\n\n\nPejuang dalam dilema, pilihan terbaik tidak sertai PRN\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir hampir cecah 30,000 di lima negeri\n\n\n\n\n\n\nTujuh lelaki pakai seluar pendek kena amaran JAHEAIK\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSemua pengguna jalan raya diingatkan supaya terus mengekalkan pemanduan berhemah dan berhati-hati dalam mengelak kejadian tidak diingini,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Mat Kasim, laluan mendaki dan berbukit selain penukaran laluan dari tiga lorong kepada dua lorong dijangka akan berlakunya kesesakan.\n\n\n\u201cPegawai dan anggota JSPT dengan dibantu polis kontinjen dan polis daerah di setiap kawasan sentiasa memantau perkembangan setiap laluan, di samping melancarkan pergerakan di kawasan berlaku kesesakan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/01/anwar-janji-nilai-semula-upah-dan-gaji-penjawat-awam/", "title": "Anwar janji nilai semula upah dan gaji penjawat awam", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui upah (gaji) penjawat awam terutama di peringkat rendah dan menengah pada waktu ini berada pada kadar tidak munasabah.\n\n\nPerdana Menteri berkata, beliau secara dasarnya bersetuju agar upah dan gaji penjawat awam dinilai semula.\n\n\n\u201cIni jaminan dan komitmen yang saya akan berikan. Bagaimanapun, semua kena faham bahawa kita (kerajaan) mengambil alih kerajaan dalam keadaan hutang yang sangat parah.\n\n\n\u201cJika kita mahu hasil negara bertambah, kita kena hapuskan perasuah dan amalan rasuah di negara ini. Saya mahu pekerja bangkit bersama saya dan menentang amalan rasuah,\u201d katanya ketika menyampaikan Amanat Hari Pekerja 2023 sempena sambutan Hari Pekerja 2023 di Putrajaya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerluas visa ketibaan warga asing : langkah tidak wajar, bahaya kepada kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n4 dekad, Maher akhirnya bebas sebagai tahanan paling lama rejim Israel\n\n\n\n\n\n\nBERJASA sedia kerjasama PN agenda pertahankan agama, negara\n\n\n\n\n\n\nJangan ambil kesempatan terhadap Orang Asli\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, beliau mahu diberi peluang selama setahun dan jika trend pertumbuhan hasil negara meningkat, maka perkara pertama difikirkan adalah meningkatkan upah penjawat awam.\n\n\nAnwar berkata, segala bonus dan kemudahan lain termasuk kesihatan dan pendidikan akan turut dibantu dan disegerakan.\n\n\n\u201cApabila saya bercakap soal elakkan pembaziran sebenarnya penjimatan itu kita pulangkan balik kepada pekerja.\n\n\n\u201cJusteru, saya berpendapat bahawa kerajaan harus dan perlu meningkatkan upah pekerja swasta dan awam di negara ini,\u201d katanya.\n\n\nPada masa sama, beliau juga mahu badan pekerja seperti Kongres Kesatuan Sekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) diuruskan dengan lebih cekap.\n\n\nDalam pada itu, Anwar berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa pelaksanaan gaji mininum di negara ini juga sukar dilaksanakan dengan baik.\n\n\n\u201cSaya dengar pelaksanaan gaji minimum sukar dan wujud hiruk-pikuk. Saya mengarahkan agar perbincangan gaji mininum itu dibincangkan pada mesyuarat Kabinet bulan depan,\u201d katanya.\n\n\nPada majlis sama, Anwar turut mengumumkan dana RM1 juta masing-masing kepada MTUC dan CUEPACS bagi memperkemaskan pengurusan badan supaya lebih cekap."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/01/cuaca-panas-haiwan-juga-berisiko-kena-strok-haba/", "title": "Cuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Cuaca panas melampau yang kini melanda beberapa negara bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, malah menimbulkan risiko kepada haiwan termasuk mengalami strok haba.\n\n\nBekas Penolong Pengarah Zoo Negara yang juga Pensyarah Fakulti Farmasi Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam, Prof Madya Datuk Dr Vellayan Subramaniam berkata,\u00a0seperti manusia, strok haba terhadap binatang juga boleh meragut nyawa selain\u00a0menyebabkan kerosakan organ dalaman haiwan jika tidak mendapat rawatan segera.\n\n\n\u201cSemua haiwan yang tergolong dalam kumpulan mamalia, reptilia\u00a0mahupun burung turut mengalami strok haba,\u00a0misalnya\u00a0anjing dan kucing yang mempunyai kelenjar yang sangat sedikit yang terletak di tapak kaki dan sekitar hidung untuk berpeluh, tidak seperti manusia boleh keluar peluh di setiap segi,\u201d katanya.\n\n\nPada masa yang sama, beliau berkata,\u00a0haiwan\u00a0di zoo juga perlu dijaga\u00a0rapi pada musim panas dengan membekalkan air yang secukupnya untuk membasahkan badan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek LCS tetap diteruskan biarpun sukar dilaksana\n\n\n\n\n\n\nPerlis Benar Masjid Rapat Saf Solat Berjemaah\n\n\n\n\n\n\nPendakwa Raya Fail Afidavit Bukti Baharu Tiada Kaitan Elemen Kes Jenayah Rasuah Najib\n\n\n\n\n\n\nUstaz Wadi Annuar dakwa tidak pernah dipelawa mohon tauliah\n\n\n\n\n\n\nUMNO Tewas DI TANGAN DAP\n\n\n\n\n\n\n\n\nDr Vellayan yang juga bekas Ketua Veterinar di Zoo Negara menjelaskan, bagi haiwan\u00a0yang tidak gemar badannya dibasahkan dengan air, haiwan seperti ini perlu diberikan air minuman yang secukupnya, selain ditempatkan di kawasan yang mempunyai tahap pengudaraan baik.\n\n\n\u201cBagi haiwan yang sentiasa berada dalam air atau berendam seperti penguin dan memerang pula, kolam air disarankan ditambah dengan ketulan air batu bagi memastikan ia sejuk kerana air yang tidak mengalir juga boleh meningkat suhunya sekiranya cuaca panas terik,\u201d katanya.\n\n\nSelain itu, Dr Vellayan\u00a0turut mengingatkan pemilik haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing supaya sentiasa peka terhadap keadaan kesihatan haiwan\u00a0mereka bagi menghindari risiko strok haba.\n\n\n\u201cAntara simptomnya (strok haba) seperti degupan jantung pantas, kesukaran bergerak, terpinga-pinga dan tidak menentu, menghasilkan banyak air liur serta lidah dan gusi biru kerana kekurangan oksigen dalam darah.\n\n\n\u201cSelain itu, suhu badan haiwan ini juga akan melebihi 42 darjah (Celsius), kurang keseimbangan atau kestabilan apabila bangun dengan empat kaki dan jika ini berlaku, pemiliknya\u00a0perlu stabilkan suhu badan haiwan itu dan bawa kepada doktor haiwan dengan segera kerana jika diabaikan, ia boleh mendatangkan kematian,\u2019\u2019 katanya.\n\n\nMenurut Dr Vellayan lagi, pemilik haiwan peliharaan juga boleh meredakan simptom\u00a0strok haba dan dehidrasi dengan membasahkan badan haiwan peliharaan mereka dengan meletakkan tuala yang basah pada kepala dan dahi selain memberikan air untuk diminum serta membasahkan lidah haiwan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/01/kerajaan-bincang-syor-caruman-kwsp-majikan-dinaikkan-20-peratus/", "title": "Kerajaan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan 20 peratus", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Cadangan supaya kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian majikan dinaikkan kepada 20 peratus berbanding 13 peratus ketika ini belum dibawa kepada Jemaah Menteri.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan, cadangan tersebut ada dikemukakan kepada kerajaan, namun perlu dibincangkan terlebih dahulu.\n\n\n\u201cItu (cadangan) ada dikemukakan tetapi kita belum bawa kepada Jemaah Menteri, akan dibincangkan dahulu (kerana) keputusan dasar, ada impak (kepada) kerajaan dan majikan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n`Ibu Bapa Sekarang Sibuk, Kalau Tiada Subjek Agama Lagi Hanyut\u2019 \u2013 Netizen\n\n\n\n\n\n\nUsah Bagi Hadiah Yang Memalukan Mempelai dan Keluarga \u2013 Idris\n\n\n\n\n\n\nTerengganu haramkan filem `Pulau\u2019 ikut garis panduan syariah\n\n\n\n\n\n\nMusibah banjir: Jakim anjur solat hajat, doa selamat\n\n\n\n\n\n\nTiada hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyenaraikan cadangan terbabit dalam 12 syor untuk dipertimbangkan kerajaan, termasuk kajian semula umur bersara wajib.\n\n\nPresidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dipetik berkata, pihaknya mahu majikan sektor awam dan swasta serta kerajaan, memberi keutamaan kepada 12 perkara itu dengan segera serta holistik sebagai hadiah sempena sambutan Hari Pekerja tahun ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/01/muktamar-pas-ditangguhkan-beri-laluan-kepada-prn/", "title": "Muktamar PAS ditangguhkan beri laluan kepada PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 PAS memutuskan untuk menangguhkan muktamar parti itu yang sepatutnya berlangsung pada Rabu hingga Jumaat ini di Kota Bharu, Kelantan dipinda ke satu tarikh baharu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.\n\n\nSetiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, penangguhan itu membuka ruang seluas-luasnya kepada PAS untuk memberi tumpuan berdepan PRN di enam buah negeri.\n\n\n\u201cSetakat ini, tidak dipastikan sama ada ia (muktamar) akan diadakan pada Ogos atau September. Tahun lepas ia diadakan pada September, jadi jika diadakan pada September atau Oktober belum dikira lewat kerana belum mencapai tempoh setahun.\n\n\n\u201cMuktamar kali ini juga akan diadakan pemilihan, namun setakat ini saya tidak nampak ada sebarang riak perubahan kepimpinan parti kerana saf yang ada kini diterima secara umum,\u201d katanya pada sidang akhbar di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen dan Kawasan Kota Bharu, di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas ADUN DAP disiasat MAINPP kahwin pasangan sejenis\n\n\n\n\n\n\nTun M puji perkhidmatan MRT, seperti di negara maju\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa kembalikan nikotin dalam Akta Racun 1952\n\n\n\n\n\n\nJAKIM Bangunkan Sistem Maklumat Bersepadu Halal\n\n\n\n\n\n\nBicara rakyat Malaysia di Guantanamo Bay, ditangguh lagi \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Takiyuddin turut memaklumkan Pas Pusat akan menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu ini bertempat di Alor Setar, Kedah. \u2013 UTUSANMALAYSIA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/01/pn-jumpa-anwar-bincang-isu-agihan-peruntukan-pembangkang/", "title": "PN jumpa Anwar bincang isu agihan peruntukan pembangkang", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan isu berkait dengan agihan peruntukan melibatkan Ahli Parlimen pembangkang yang masih belum menemui titik noktah sehingga hari ini.\n\n\nKetua Whipnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, beliau akan bertemu dengan Perdana Menteri bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.\n\n\nMenurutnya, keputusan itu dibuat selepas terkejut dengan jawapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengatakan masih menunggu permohonan daripada Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang.\n\n\n\u201cSaya rasa tidak perlu berbuat demikian kerana bila Kerajaan Pusat sudah buat keputusan untuk memberikan peruntukan tersebut, sepatutnya ia dilaksanakan tanpa sebarang syarat,\u201d katanya pada sidang akhbar pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen dan Kawasan Kota Bharu, Kelantan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemberian ubat PrEP galakkan aktiviti LGBT\n\n\n\n\n\n\nMahkamah tolak rayuan Dr Kamarul dalam kes saman fitnah terhadap Khalid Samad\n\n\n\n\n\n\nPTPTN komited laksana inisatif Belanjawan 2023\n\n\n\n\n\n\nPutra terima keahlian Tun Mahathir, 11 bekas pemimpin Pejuang\n\n\n\n\n\n\nAmirudin Pengerusi MKN Selangor Baharu, Ganti Noh Omar\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Kota Bharu itu memberitahu, kerajaan tidak sepatutnya menyulitkan proses untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat.\n\n\nKatanya, Ahli Parlimen pembangkang kini berdepan pelbagai permohonan daripada rakyat termasuk untuk sumbangan, pembangunan dan kebajikan.\n\n\n\u201cAwalnya Perdana Menteri meminta saya bertemu Fadillah untuk membincangkan perkara tersebut dan ia telah dilaksanakan pada Ramadan lalu.\n\n\n\u201cPada asasnya, perkara itu telah dijanjikan oleh Kerajaan Pusat yang ada sekarang ini termasuk di dalam manifesto pilihan raya mereka sendiri iaitu memberikan peruntukan sama rata kepada Ahli Parlimen tanpa sebarang syarat.\n\n\n\u201cJika mereka mahu meletakkan syarat, sila kemukakan dan kita tengoklah sama ada boleh dipenuhi atau sebaliknya. Namun saya menyatakan tidak perlu buat permohonan atau apa-apa syarat.\n\n\n\u201dPemberian peruntukan kepada ahli Parlimen sepatutnya menjadi amalan yang diteruskan daripada kerajaan terdahulu,\u201d ujarnya.\n\n\nDalam pada itu, beliau berharap agar kerajaan lebih prihatin terhadap keperluan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang dan mengambil tindakan secepat mungkin bagi menyelesaikannya.\n\n\n\u201cSekarang ini sudah masuk bulan kelima untuk tahun ini dan pada Oktober nanti akan ada pembentangan bajet baharu. Jadi bajet sedia ada perlu digunakan dengan sewajarnya,\u201d ujarnya. \u2013 UTUSANMALAYSIA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/01/pn-perlu-jalin-hubungan-baik-dengan-kerajaan-pusat-jadi-pembangkang-konstruktif/", "title": "PN perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan pusat", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pihak pembangkang perlu datang berunding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Anwar Ibrahim sekiranya mahukan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.\n\n\nKetua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, Ahli Parlimen Tambun itu berulang kali menyatakan kesediaan untuk memberikan peruntukan sekiranya pemimpin pembangkang berbincang dengan beliau.\n\n\nMenurut beliau, Perikatan Nasional (PN) perlu menghentikan serangan ke atas Anwar dan kerajaan sebaliknya menjalinkan hubungan baik bagi membolehkan federalisme berjalan lancar.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPejabat Perdana Menteri pandang serius tindakan pihak salah guna nama, kedudukan PMO\n\n\n\n\n\n\nRokok elektronik beri impak negatif kepada generasi muda\n\n\n\n\n\n\nMayat lelaki terapung dalam sungai ditemukan dalam keadaan terlungkup\n\n\n\n\n\n\nTAMAN TEMA MENDAPAT SAMBUTAN KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen PH tidak sependapat pelantikan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cItulah (berunding) yang dilakukan oleh Anwar sewaktu beliau menjadi ketua pembangkang, beliau datang berunding dengan Perdana Menteri waktu itu. Hasilnya termeterailah Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September 2021.\n\n\n\u201cTindakan Anwar adalah contoh pembangkang yang konstruktif, ada agenda baik yang dibawa seperti transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).\n\n\n\u201cSaya menanti apakah pembangkang di bawah Datuk Seri Hamzah Zainuddin mempunyai agenda konstruktif ini? Ayuh, berani dan berjiwa besarlah untuk membentuk satu kerjasama dwipartisan seperti yang dibuat oleh Anwar dahulu,\u201d katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.\n\n\nSelain itu, menurut beliau, meskipun Anwar telah memperkenalkan Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat pada setiap Selasa, namun pemimpin utama pembangkang sentiasa tidak kelihatan.\n\n\nBagaimanapun, apabila kerajaan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam negeri termasuk negeri pembangkang, terdapat pihak menuduh Anwar menjalankan kempen politik.\n\n\n\u201cKempen politik apa jika majlis raya adalah untuk bersama rakyat dan makan bersama rakyat? Yang berkempen ialah parti pembangkang yang banyak mengkritik majlis rumah terbuka ini,\u201d ujarnya.\n\n\nMohammad Agus tidak menafikan bahawa kerajaan masih terdapat banyak kekurangan, namun Anwar mendengar dan berusaha keras untuk mempercepatkan reformasi yang dijanjikan.\n\n\n\u201cBersabarlah. Anwar dan kerajaan perpaduan ini baharu sahaja lima bulan memerintah. Nilai kejayaan Anwar dan kerajaan perpaduan ini dengan mata hati. Lihat kepada media yang lebih bebas, gejala rasuah yang sudah dapat dibendung, pemborosan yang dapat dijimatkan, ekonomi yang lebih baik dan sebagainya.\n\n\n\u201cSaya semakin optimis. Saya mengharapkan sangat reformasi dapat disegerakan dan Malaysia Madani akan terlaksana baik dan saya sendiri rela diri menjadi benteng untuk kejayaan ini,\u201d katanya.\n\n\nDalam masa sama, beliau yang genap tiga bulan bertugas sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada Selasa mengakui sukar menjalankan tugasan apabila pemimpin pembangkang berterusan memainkan sentimen agama dan kaum selain menyerang Perdana Menteri dengan tuduhan tidak berasas.\n\n\nMohammad Agus berkata, serangan emosi perlu dihentikan kerana diyakini bahawa Langkah Sheraton untuk menjatuhkan kerajaan tidak akan berulang lagi.\n\n\nJelasnya, ini kerana kerajaan ketika ini telah kukuh dengan majoriti yang ada dan rakyat hanya mendambakan kestabilan kerana sudah bosan dengan politik pembangkang.\n\n\n\u201cSakan benci dan marahnya sesetengah orang pada Anwar, timbul gosip mahu menjatuhkan Anwar sebagai Perdana Menteri atas alasan rakyat sudah bosan dengan beliau.\n\n\n\u201cSiapa yang bosan dan kenapa bosan saya tidak tahu, tetapi itulah yang selalu diratibkan oleh pihak yang tidak menyokong Anwar,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/02/anwar-diisytihar-presiden-agung-persekutuan-pengakap-malaysia/", "title": "Anwar diisytihar Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).\n\n\nPengisytiharan itu disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengakap Negara dan Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mejar Jeneral (B) Prof. Datuk Dr Mohd Zin Bidin di Pejabat Perdana Menteri.\n\n\nPengisytiharan itu juga mengikut Peraturan Organisasi dan Pindaan (POR) yang dipinda pada 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 yang bermaksud Perdana Menteri ialah Presiden PPM.\n\n\nPada majlis sama, Anwar turut menerima Anugerah Bintang Semangat Padi Emas, anugerah tertinggi PPM yang diberikan secara eksklusif kepada pemimpin negara dan negeri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri disambut Sabtu ini\n\n\n\n\n\n\nProgram melawat rumah ibadah tidak harus disekat \u2013 MUDA\n\n\n\n\n\n\nMUDA, PSM dan PRM kalah semua kerusi dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nGaji minimum : 100 pekerja protes di hadapan pejabat Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nBekas KPN pertahan Akta SOSMA bukan zalim, bukan salah guna kuasa\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir Naib Pengerusi Majlis Pengakap Negara, Datuk Ahmad Shazily Ismail Bakti dan Bendahari Majlis Pengakap Negara, Tan Sri Abdullah Taib.\n\n\nMohd Zin berkata, pelantikan Anwar sebagai Presiden Jeneral boleh menaikkan imej PPM ke peringkat lebih tinggi, seterusnya meningkatkan peranan Pergerakan Pengakap di tanah air sebagai pertubuhan pendidikan bukan formal terbesar di negara ini.\n\n\n\u201cSemoga pelantikan ini dapat menarik minat ahli muda di peringkat universiti dan sekolah untuk menyertai pengakap memandangkan kita mempunyai sistem pendidikan yang mantap,\u201d katanya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/02/bekalan-gula-di-kelantan-terengganu-terjejas/", "title": "Bekalan gula di Kelantan, Terengganu terjejas", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bekalan gula paket satu kilogram (kg) di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu mengalami masalah gangguan.\n\n\nPerkara ini\u00a0 disahkan\u00a0 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) susulan penutupan sementara kilang gula di\u00a0\nMSM Malaysia Holdings Bhd (MSM)\u00a0\ndi Johor dan Perai, Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.\n\n\nNamun, menterinya\u00a0 Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua kilang MSM ini sudah beroperasi pada 25 April lalu.\n\n\n\u201cGangguan bekalan gula hanya berlaku di Kelantan dan sedikit di Terengganu manakala di negeri-negeri lain isu ini tidak berlaku serta bekalan mencukupi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN sudah ada calon MB Selangor, Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nIsu Islamofobia di Sweden antara yang akan dibincang dengan Brunei\n\n\n\n\n\n\nKetua The Ahmadi Religion larikan diri \u2013 sumber\n\n\n\n\n\n\n\u201cTidak Boleh Tergesa \u2013 Gesa Buat Pemilihan Parti\u201d \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nPertama Kali BN, PH Kelantan duduk semeja\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBekalan gula sudah diperoleh secara berperingkat melalui pemborong-pemborong utama negeri terbabit.\n\n\n\u201cHari ini KPDN Kelantan sudah mengambil langkah untuk mengedarkan bekalan gula paket satu kilogram sebanyak 250,000kg yang ada dalam simpanan pemborong utama di Kelantan kepada pemborong dan peruncit yang terjejas,\u201d katanya\n\n\n\u201cSebanyak lapan pemborong\u00a0 utama di Kelantan di mana mulai Sabtu lalu hingga semalam, empat pemborong utama sudah menerima 140.72 metrik tan gula daripada MSM.\n\n\n\u201cBekalan baharu yang diterima ini akan diagihlan kepada pemborong dan peruncit mulai esok dengan pemantauan KPDN Kelantan.\n\n\n\u201cKPDN bekerjasama rapat dengan dua pengilang utama negara iaitu MSM dan CSR bagi memastikan isu gangguan kepada bekalan ini diatasi dengan segera di negeri yang terbabit,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya lagi, beliau berharap penduduk di dua buah negeri ini tidak panik atau terpedaya dengan kebarangkalian isu harga gula akan naik\n\n\n\u201cKPDN akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan atas situasi yang berlaku, begitu juga yang mungkin membuat provokasi kononnya harga gula akan dinaikkan.\n\n\n\u201cSetakat ini KPDN memberi jaminan, belum ada apa-apa keputusan kenaikan harga gula dan rakyat masih dapat membeli bekalan gula dengan harga yang yang ditetapkan.\n\n\n\u201cKalau ada pihak yang menyorok atau melakukan sabotaj akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/02/israel-serang-musnahkan-kampung-palestin-lebih-200-kali/", "title": "Israel serang, musnahkan kampung Palestin lebih 200 kali", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Rejim Israel sekali lagi menyerang rakyat Palestin dengan merobohkan sebuah perkampungan di wilayah selatan Negev di Tebing Barat semalam. \nMenurut Ahli Jawatankuasa Pertahanan al-Araqib, Aziz al-Touri, tentera Israel bertindak menyerbu dan memusnahkan perkampungan itu buat kali ke-216. \nAziz menegaskan, penduduk kampung bertekad untuk membina semula kediaman mereka, setiap kali dimusnahkan oleh tentera Israel.\nRumah di Al-Araqib yang didiami oleh 22 keluarga Palestin itu diperbuat daripada kayu, plastik dan besi.\nPerkampungan itu mula dimusnahkan pada tahun 2010.\nPihak berkuasa Israel mendakwa, tapak perkampungan itu merupakan \u201crizab negara.\u201d\nPihak berkuasa Israel berusaha merampas tanah dan mengusir penduduk dengan berpuluh-puluh kampung menghadapi ancaman yang sama di kawasan Negev. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/02/kedutaan-malaysia-di-sudan-ditutup-sementara/", "title": "Kedutaan Malaysia di Sudan ditutup sementara", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan ditutup sementara berikutan krisis berterusan di negara itu yang melibatkan Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera (RSF) sejak 15 April lalu, sekali gus menjadikan pejabat kedutaan kelima yang digantung operasinya di negara tersebut.\u00a0\nMenteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, sebelum ini Malaysia menutup sementara operasi kedutaan di empat negara pasca peperangan membabitkan Afghanistan, Libya, Syria dan Iraq.\nTambah beliau, tempoh penutupan sementara operasi pejabat kedutaan di Sudan itu bergantung kepada keadaan semasa di negara terbabit dan urusan berkaitan kedutaan kini dipindahkan ke Kaherah, Mesir.\n\u201cOperasi pejabat kedutaan di Khartoum, Sudan kini ditutup sementara selepas kita berjaya membawa keluar 30 rakyat Malaysia yang terperangkap di negara itu pada Jumaat lalu susulan pergolakan berterusan ekoran pertempuran dua pasukan tentera.\n\u201cSetakat ini, berapa lama tempoh penggantungan pejabat kedutaan di Sudan itu tidak diketahui kerana ia bergantung kepada keadaan semasa di negara tersebut, namun kami akan sentiasa membuat pemantauan mengenainya.\n\n\n\u201cBagaimanapun, kami menerima permintaan untuk membuka semula kedutaan Malaysia di Libya tetapi penilaian perlu dilakukan terlebih dulu.\n\u201cSusulan itu, pasukan sudah mula dihantar ke negara terbabit bagi menyediakan laporan berhubung keadaan di negara berkenaan dan cadangan pembukaan semula kedutaan di negara terbabit,\u201d katanya.\u00a0\nSehingga kini, lebih 500 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 3,500 cedera ekoran konflik bersenjata antara Angkatan Tentera Sudan dan RSF yang tercetus pada 15 April lalu.\nZambry berkata, tindakan Afghanistan yang masih belum menetapkan dasar termasuk membabitkan hal wanita, menyebabkan Kementerian Luar belum memutuskan langkah seterusnya dan tindakan hanya diambil selepas hal itu diselesaikan.\nBeliau berkata, sepanjang tempoh penutupan kedutaan di Afghanistan, hal berkaitan kedutaan ditadbir pejabat kedutaan berdekatan iaitu di Pakistan manakala bagi negara pasca peperangan lain seperti Libya, Iraq dan Syria pula ditutup sementara sebelum ini sehingga keadaan pulih.\n\n\nKerajaan akan membuat keputusan bergantung kepada hasil penilaian dilakukan pasukan pemantau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/02/minyak-masak-botol-juga-ada-subsidi-rm5/", "title": "Minyak masak botol juga ada subsidi RM5", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\n Kerajaan menyediakan subsidi sebanyak RM5 juta bagi memastikan harga runcit maksimum botol minyak masak sawit seberat lima kilogram (kg) kekal pada harga RM30.90 dalam tempoh 8 Mei hingga 7 Jun lalu.\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kerajaan telah mengambil langkah serupa bulan lalu berikutan kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM).\n\n\n\u201cSekali lagi kerajaan melonjak ke hadapan (memberi subsidi) untuk memastikan bekalan mencukupi dan harga tidak akan dinaikkan walaupun harga MSM mencecah RM4,200 setan pada April tahun ini, melebihi ambang kita iaitu RM3,800 dan telah meningkat selama dua bulan berturut-turut.\n\n\n\u201cBulan lepas kita dapat subsidi. Bulan ini juga kita beri subsidi bagi memastikan bekalan minyak botol tidak bertambah dan orang ramai terus membeli pada harga RM30.90,\u201d katanya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGerakan Islam Perlu Bersama Susun Gerak Kerja Berdepan Musuh \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nAADK sasar 75 peratus penagih tidak berulang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas\n\n\n\n\n\n\nMalaysia import RM267.8 juta kurma tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nTiga Lagi Kes COVID-19 Di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu kenyataan berkata, harga runcit minyak masak sawit botol tulen bagi satu kilogram hingga tiga kilogram kekal tidak berubah.\n\n\n\u201cHarga satu kilogram minyak masak dalam botol kekal pada RM6.90, untuk dua kilogram (RM13.30) dan bagi tiga kilogram (RM19.60),\u201d katanya.\n\n\n\u201cBagi tidak membebankan orang ramai dan pengguna, kerajaan dan industri bersetuju mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol bagi tempoh 8 Mei hingga 7 Jun 2023, dengan perbezaan harga ditanggung kerajaan.\n\n\n\u201cMengekalkan harga runcit minyak sawit dalam botol melibatkan pembayaran subsidi untuk menapis pengeluar dalam bentuk tuntutan bayaran balik berdasarkan jumlah tuntutan sebenar,\u201d katanya.\n\n\n\u201cBagi tidak membebankan orang ramai dan pengguna, kerajaan dan industri bersetuju mengekalkan harga runcit minyak sawit botol tulen bagi tempoh 8 Mei hingga 7 Jun 2023, dengan perbezaan harga ditanggung kerajaan.\n\n\n\u201cMengekalkan harga runcit minyak sawit dalam botol termasuk pembayaran subsidi untuk menapis pengilang dalam bentuk tuntutan bayaran balik berdasarkan jumlah tuntutan sebenar,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/02/parlimen-kuwait-sekali-lagi-dibubar-menerusi-dekri-diraja/", "title": "Parlimen Kuwait sekali lagi dibubar menerusi Dekri Diraja", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Parlimen Kuwait sekali lagi dibubarkan pada Isnin,\u00a0lapor Agensi Anadolu,\u00a0memetik Agensi Berita KUNA.\n\n\nDekri Diraja mengenai pembubaran Parlimen itu diluluskan selepas mesyuarat Kabinet.\n\n\nPada Mac, Mahkamah Perlembagaan Kuwait membatalkan pilihan raya parlimen yang diadakan pada tahun lalu dan mengembalikan semula kerajaan sebelum ini.\n\n\nPada pilihan raya September 2022, pihak pembangkang memenangi 28 daripada 50 kerusi Parlimen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nThailand Nilai Situasi Covid-19 Selepas Cuti Tahun Baharu\n\n\n\n\n\n\nDiarah robohkan kelas, pelarian Syria tetap berusaha belajar agama\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam Afghanistan hanya bertahan dengan roti dan teh di bulan Ramadan\n\n\n\n\n\n\nAngka gempa bumi Turkiye & Syria meningkat lebih 20,000\n\n\n\n\n\n\nTujuh terbunuh dalam serangan ke atas konvoi senjata di Syria\n\n\n\n\n\n\n\n\nTetapi mahkamah memutuskan bahawa pilihan raya itu tidak sah.\n\n\nPada 2022, Parlimen negara ini\u00a0dibubarkan menerusi dekri Putera Mahkota Sheikh Meshal al-Ahmad al-Jaber al-Sabah di tengah-tengah pertikaian antara kerajaan dan Parlimen.\u00a0 \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/02/reezal-merican-dilantik-sebagai-pengerusi-matrade/", "title": "Reezal Merican dilantik sebagai Pengerusi MATRADE", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai pengerusi kesembilan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan berkuat kuasa serta-merta.\nBeliau mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan kerajaan dan telah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022), Menteri Belia dan Sukan (2020-2021) dan Timbalan Menteri Luar (2015-2018).\n\n\nSelain itu, beliau ialah Pengerusi Amanah Raya Bhd dari 2013 hingga 2015.\n\u201cSaya berbesar hati diberikan peluang untuk berkhidmat sebagai pengerusi MATRADE. Menerusi peranan ini, ditambah pula dengan kepimpinan menteri MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri), kita berupaya mendorong prestasi perdagangan dan eksport Malaysia yang lebih baik untuk kekal cemerlang dan mencapai pertumbuhan lebih kukuh,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\nMenurut MATRADE, berikutan pengalaman luas Reezal Merican dalam hal ehwal antarabangsa, diplomasi, pentadbiran kerajaan dan hubungan industri, beliau dalam kedudukan baik untuk membawa dan memimpin agenda promosi perdagangan nasional Malaysia dan memudahkan pelaburan berorientasikan eksport ke negara ini.\nPelantikan beliau sebagai pengerusi MATRADE akan menyumbang kepada pertumbuhan dan kepelbagaian eksport Malaysia di pasaran global baharu dan sedia ada. \nMATRADE adalah sebuah agensi di bawah Miti dan diberikan mandat untuk melaksanakan inisiatif promosi perdagangan untuk negara.\nDitubuhkan pada 1993 selepas enakmen Akta MATRADE 1992, agensi itu menjalankan dua aktiviti teras iaitu pembangunan pengeksport dan promosi eksport.\nSehingga kini, MATRADE mempunyai enam pejabat serantau di Malaysia dan 46 pejabat global yang sentiasa bersedia membantu syarikat Malaysia menerusi program pembinaan kapasiti pengeksport, penasihat perdagangan dan kemudahan kewangan, pemadanan perniagaan, perisikan pasaran dan akses pasaran, rundingan projek dan e-dagang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/02/tahanan-palestin-mogok-lapar-meninggal-dunia-dalam-penjara-israel/", "title": "Tahanan Palestin mogok lapar meninggal dunia dalam penjara Israel", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seorang tahanan yang juga tokoh tertinggi dalam kumpulan Jihad Islam di Tebing Barat yang merupakan warga Palestin dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan hari ini selepas melakukan mogok.\n\n\nMenurut Perkhidmatan Penjara Israel, mangsa dikatakan memulakan mogok lapar pada 5 Februari lalu dan disahkan meninggal dunia pagi ini.\u00a0\n\n\n\u201cSeorang tahanan keselamatan negara, disyaki ahli gabungan Jihad Islam, (yang) memulakan mogok lapar pada 5 Februari lalu meninggal dunia pagi ini,\u201d kata pihak penjara dalam satu kenyataan media.\n\n\nSementara itu, Sumber Jihad Islam memberitahu, identiti tahanan yang meninggal dunia dalam tahanan itu dikenali sebagai Khader Adnan, 45 yang merupakan seorang tokoh terkemuka dalam kumpulan itu di Utara Tebing Barat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael lulus vaksin COVID-19 keempat untuk warga emas 60 tahun ke atas\n\n\n\n\n\n\nKapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan tiba di Vietnam\n\n\n\n\n\n\nDemimu Ayah\u2026 gendong bapa sempurnakan tawaf\n\n\n\n\n\n\nMasjid Biru Istanbul dibuka semula buat umat Islam\n\n\n\n\n\n\nKeluarga Khader kecam tindakan Israel enggan pulang mayat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerjuangan kami berterusan dan musuh akan menyedari sekali lagi bahawa jenayah mereka tidak akan berlalu tanpa tindak balas.\n\n\n\u201cPenentangan akan diteruskan dengan segala kekuatan dan keazaman,\u201d kata Jihad Islam Palestin dalam satu kenyataan.\n\n\nKhader dilaporkan meninggal dunia dalam tahanan penjara Israel selepas tiga bulan melakukan mogok lapar.\n\n\nMangsa juga dikatakan enggan untuk menjalani rawatan atau menerima sebarang rawatan perubatan.\n\n\nDalam pada itu, pihak berkuasa Israel mengatakan bahawa Khader juga dipindahkan ke Hospital selepas usaha untuk menyelamatkannya gagal sebelum disahkan meninggal dunia.\n\n\nSehubungan itu, peguam Adnan, Jamil Al-Khatib menuduh Israel cuai dalam perubatan.\n\n\n\u201cSelepas 36 hari Adnan ditahan, kami menuntut dia dipindahkan ke hospital awam supaya dia boleh diberikan rawatan susulan dengan betul.\n\n\n\u201cMalangnya, Israel tidak melayan permintaan itu, malah bersikap keras kepala selain penolakan daripada pihak berkuasa penjara Israel,\u201d katanya.\n\n\nKhader Adnan berasal dari bandar Jenin yang juga diduduki oleh tokoh Jihad Islam yang terkenal di Tebing Barat yang ditawan oleh Israel pada Perang 1967.\n\n\nSeperti pemimpin Hamas Islam, Jihad Islam menentang perjanjian damai antara Palestin dan Israel serta menyokong pemusnahan Israel. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/03/3-adun-dap-tak-mahu-chow-kekal-km-p-pinang/", "title": "3 Adun DAP tak mahu Chow kekal KM P.Pinang", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow enggan mengulas dakwaan mengenai rancangan Adun DAP tertentu untuk menggantikannya dengan bekas ketua menteri Lim Guan Eng.\n\n\n\u201cIni memang berita baharu kepada saya. Saya pun tidak baca lagi,\u201d katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.\u00a0\u201cSaya akan (mengeluarkan) kenyataan apabila tiba masanya.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\nChow mengulas laporan Malaysiakini berhubung\u00a0 terdapat desakan dalaman yang mahu\u00a0 Chow tidak lagi menjadi sebagai ketua menteri Pulau Pinang bagi penggal kedua.\n\n\n\n\nTerdahulu, spekulasi tercetus apabila ada suara-suara membangkitkan,\u00a0 daripada tiga Adun DAP yang mendakwa terdapat desakan dalaman untuk menyekat Chow menjadi sebagai ketua menteri untuk penggal kedua.\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaporan itu juga berkata ketiga-tiga Adun itu tidak berpuas hati dengan prestasi Chow dan mendesak agar Lim kembali.\n\n\n\n\n\n\nTiga Adun yang enggan dinamakan itu, mendakwa Chow tidak cekap sebagai ketua menteri dan \u201clembut dan lembab\u201d dalam membuat keputusan melibatkan negeri itu.\n\n\nMereka berpandangan Lim sebaliknya, seorang pemimpin \u201ctegas, kuat, dan berterus terang\u201d, walaupun dianggap mempunyai reputasi sebagai seorang yang \u201csombong\u201d.\n\n\n\n\n\n\n\n\nAdun berkenaan juga mendakwa, Chow tidak melakukan \u201capa-apa\u201d dalam penggal pentadbirannya dan projek mega dicadangkan di negeri itu \u2013 Pulau Pinang Selatan, Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, dan projek terowong bawah laut \u2013 merupakan buah fikiran Lim.\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Chow berkata, pindaan melibatkan undang-undang tubuh negeri, diluluskan pada 2018, menyatakan Yang di-Pertua Negeri tidak boleh melantik mana-mana Adun yang sudah berkhidmat sebagai ketua menteri selama dua penggal, kembali menjadi ketua menteri.\n\n\n\u201cPindaan itu sudah dipersetujui oleh semua Adun Pakatan Harapan di Dewan Undangan Negeri. Itu sahaja yang boleh saya katakan memandangkan perkara berkenaan sedia diketahui umum,\u201d katanya.\n\n\nBagaimanapun, beliau tidak mengulas sama ada undang-undang itu boleh digunakan secara retrospektif, yang berpotensi menghalang Lim daripada berkhidmat untuk penggal ketiga sebagai ketua menteri.\n\n\nDalam perkembangan berasingan, menurut Malay Mail Online memetik Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook sebagai berkata, laporan ada langkah menyingkirkan Chow sekadar khabar angin.\n\n\n\u201cDilaporkan ada tiga Adun Pulau Pinang di sebalik langkah itu, namun saya tidak menerima apa-apa surat memorandum setakat ini. Jadi, ia hanya khabar angin,\u201d katanya menurut laporan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/03/bainun-bersalah-dua-pertuduhan-abai-aniaya-bella/", "title": "Bainun bersalah dua pertuduhan abai, aniaya Bella", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013 Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.\n\n\nHakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi memutuskan perkara itu selepas pembelaan Siti Bainun bukan saja tidak boleh dipercayai dan diterima mahkamah, malah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.\n\n\nSusulan itu, hakim memberi peluang kepada peguam bela Siti Bainun, Mohammad Farhan Maaruf untuk merayu sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh.\n\n\nSiti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Tiada Hasrat Tarik Balik Kelulusan Lesen Jual Arak\n\n\n\n\n\n\nIbu mualaf dikurung, anak dipukul dengan penyangkut baju sebab kuat menangis\n\n\n\n\n\n\nPahang Catat Penurunan Jumlah Mangsa Banjir\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Semakin Berkurang\n\n\n\n\n\n\nTindakan Tuduh Pihak Lawan Bukan Kemenangan Sebenar \u2013 Nik Abduh\n\n\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.\n\n\nTerdahulu, Siti Bainun yang memakai baju kuning dan berseluar hitam ditemani seorang wanita memasuki lobi mahkamah jam 8.20 pagi.\n\n\nDia kelihatan tenang ketika dirakam foto dan video oleh lebih 10 pengamal media yang berkumpul sejak jam 8 pagi.\n\n\nPada 9 Mac lalu, pihak pembelaan menutup kes selepas mengemukakan lapan saksi dengan Siti Bainun sebagai saksi pembelaan pertama memberi keterangan pada prosiding bermula 26 Januari lalu.\n\n\nSaksi lain memberi keterangan ialah pensyarah kanan bidang psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai serta pegawai penemubual Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC), Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim dan Nor Aidil Farhab Johaizad.\n\n\nSiti Bainun, 31, sepatutnya memberi keterangan membela diri pada 16 Januari lalu, namun prosiding ditangguhkan berikutan tiga peguamnya iaitu Nur\u2019Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maarof dan Nur Ellena Mohamed Razif menarik diri daripada mewakilinya.\n\n\nProsiding membela diri itu bersambung keesokannya, namun dua lagi peguam iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Asiah Abd Jalil turut membuat keputusan menarik diri daripada mewakili Siti Bainun sekali gus menjadikan tertuduh tidak mempunyai peguam.\n\n\nPada 26 Januari lalu, Hakim, Izralizam Sanusi, mengarahkan Siti Bainun memberi keterangan membela diri walaupun wanita itu tidak diwakili peguam supaya tidak mengganggu perjalanan kes.\n\n\nBagaimanapun, pada 20 Februari lalu, Siti Bainun melantik semula Mohammad Farhan yang pernah mewakilinya semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan.\n\n\nPendakwaan mengemukakan 22 saksi termasuk bekas penghuni Rumah Bonda, Yasmin Nahar Mahmood; pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur yang memberi keterangan pada perbicaraan bermula 30 Mac 2022.\n\n\nPada 24 November 2022, mahkamah memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.\n\n\nSiti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.\n\n\nPertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/03/hadi-jumpa-mahathir-sokong-proklamasi-orang-melayu/", "title": "Hadi jumpa Mahathir, sokong Proklamasi Orang Melayu", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0\nPresiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin parti berkenaan dikatakan tampil memberi sokongan, kepada \u2018Proklamasi Orang Melayu\u2019.\n\n\nIni berikutan satu pertemuan yang diadakan pada semalam apabila Hadi dan beberapa pemimpin PAS bertemu Tun Mahathir di rumahnya.\n\n\n\n\nPertemuan itu dinyatakan oleh\u00a0 pembantu Tun Mahathir,\n Abu Bakar Yahya\n, dalam satu hantaran di Facebook beliau pada hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangkitan Fluorona Boleh Berlaku Di Malaysia \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nKes cerai di Perlis dibicarakan secara tertutup\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat Dewan Rakyat berlangsung pada 19 dan 20 Disember\n\n\n\n\n\n\nBersatu Johor Berhasrat Rujuk Kembali Bersama PH\n\n\n\n\n\n\nAngkara Tangan Ghaib, Rakyat Sengsara!\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Abu Bakar, kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan dan Abdul Hadi menandatangani proklamasi berkenaan di hadapan Tun Mahathir.\n\n\n\n\nSementara itu, laman Facebook \u2018Proklamasi Orang Melayu\u2019 turut memuat naik mengenai pertemuan itu dan menyiarkan rakaman video respons ringkas Abdul Hadi berkenaan sokongan yang diberikan.\n\n\n\u201cPrinsip asal perjuangan Islam itu sendiri, kalau kita baca al-Quran kita dapati Rasul memulakan perjuangan Islam walaupun untuk seluruh manusia , tonggaknya pada bangsa dan kaumnya. Kerana perjuangan memerlukan tonggak bangsa baru ada kekuatan, kalau tidak tidak ada kekuatan. Bukan kita fanatik kaum, tetapi itu asas\u201d\u00a0\n\n\nKetika ditanya, \n apakah proklamasi itu adalah satu bentuk perkauman, \n\u00a0Presiden PAS itu menafikan bahawa proklamasi itu suatu yang\u00a0 berbentuk perkauman.\n\n\n\u201cKita rasa tidak betul. Kita perintah bertahun tahun kita tidak pinggir mana mana kaum tapi malaysia kini mendominasi orang Melayu. Saya rasa tidak betul (perkauman), masa kita sudah memerintah selepas merdeka berpuluh-puluh tahun, kita tidak pinggirkan kaum lain. Kita terima hakikat yang ada itu, tetapi mesti menerima realiti Malaysia ini kaum asal dan majoriti orang Melayu, saya sokong, (proklamasi)\u201d.\n\n\nSementara itu, \nportal Malayadaily\n melaporkan \nKetua Sekretariat Proklamasi Orang Melayu Datuk Wira Marzuki Yahya, berkata\u00a0 selain Presiden PAS,\u00a0 Menteri Besar Terengganu, Dato\u2019 Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS -Datuk Seri Haji Takiyuddin Hassan dan\u00a0 Setiausaha Politik Presiden PAS -Mohd Syahir\u00a0 Che Sulaiman, turut menyatakan sokongan dan menandatangani Proklamasi berkenaan.\n\n\n\u201cTuan Guru dan pimpinan menurunkan tandatangan dan menyatakan komitmen serta sokongan parti PAS terhadap usaha Tun Mahathir menerusi Proklamasi Orang Melayu.\n\n\n\u201cTuan Guru juga sentiasa menyokong usaha Tun untuk menyatukan orang Melayu dan Islam ke arah kekuatan politik bangsa dan agama, \u201d ujarnya ringkas.\n\n\nMenurut beliau lagi, usaha ini akan diteruskan dan ramai lagi akan menyertai Proklamasi Tanah Air kerana agenda ini boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat kerana ia tidak terikat dengan mana-mana parti malah ia menggalakkan setiap orang Melayu yang kasihkan bangsa dan agamanya untuk turut serta.\n\n\nSebelum ini, Tun\u00a0 Mahathir berhasrat mahu menganjurkan himpunan \u2018Proklamasi Orang Melayu\u2019 bagaimanapun, agenda itu tidak berlaku, keranda didakwa beliau dihalang pihak kerajaan selepas empat kali lokasi perhimpunan dibatalkan.\n\n\n\n\nKempen \u2018Proklamasi Orang Melayu\u2019 itu kemudian digerakkan Tun Mahathir secara dalam talian.\u00a0\n\n\nSekretariat pergerakan berkenaan berkata, kempen dalam talian tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang agenda pergerakan itu untuk bangsa dan negara.\n\n\nDua hari lalu, turut menyatakan sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu ialah Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa yang juga menurunkan tandatangannya bagi menyokong usaha penyatuan kekuatan politik Melayu merentasi sempadan parti politik.\n\n\nTan Sri Annuar Musa menyokong Proklamasi Orang Melayu \u2013 FB Proklamasi Orang Melayu"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/03/malaysia-duduki-tangga-ke-73-kebebasan-akhbar/", "title": "Malaysia duduki tangga ke-73 kebebasan akhbar", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Rabu \u2013 Malaysia menduduki tempat ke-73 dalam Reporters Without Borders (RSF), 2023 World Press Freedom Rankings, meningkat daripada 113 tahun lepas.\n\n\nKedudukan terkini ini adalah yang tertinggi yang pernah dicapai oleh Malaysia.\n\n\nRekod sebelum ini dicatatkan pada tahun 2020 apabila Malaysia berada di kedudukan 101 daripada 180 negara.\n\n\nMalaysia telah mendahului kedudukan dalam kalangan negara Asean selama dua tahun berturut-turut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKelantan bubar DUN 22 Jun, beri laluan Pilihan Raya Negeri\n\n\n\n\n\n\nJohor Berhak Putuskan Had Umur Minimum ADUN\n\n\n\n\n\n\nKementerian Pertahanan sedia 40 buah rumah percuma buat veteran ATM\n\n\n\n\n\n\nTun M banyak khilaf dengan PAS, tapi ambil titik persamaan \u2013 Hadi\n\n\n\n\n\n\nTok Mat beri bayangan pertahan Dun Rantau\n\n\n\n\n\n\n\n\nKedudukan negara Asean yang lain seperti berikut Thailand (106), Indonesia (108), Singapura (129), Filipina (132), Kemboja (147), Vietnam (178), Laos (160) dan Myanmar (173).\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun, Timor-Leste, yang sedang menunggu kemasukan ke Asean, menduduki tempat kesepuluh, malah lebih baik dari New Zealand (13) dan Australia (27).\n\n\n\n\n\n\n\n\nKedudukan itu didedahkan menjelang \npelancaran rasmi laporan\n itu pada jam 9 malam waktu Malaysia oleh Setiausaha Negara, Amerika Syarikat, Anthony Blinken.\n\n\nRSF ialah organisasi antarabangsa yang berpangkalan di Paris yang menyediakan sumber keselamatan kepada wartawan dan menjalankan penyelidikan tentang keadaan kebebasan akhbar di seluruh dunia.\n\n\nIndeks Kebebasan Akhbar Dunia 2023 akan dilancarkan secara rasmi pada 3 Mei sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/03/penterjemahan-perlembagaan-persekutuan-tidak-sepatutnya-disia-siakan/", "title": "Penterjemahan Perlembagaan Persekutuan tidak sepatutnya disia-siakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Dato\u2019 Zainul Rijal Abu Bakar tampil menerangkan mengenai perbezaan \n\u2018prescribe\u2019\n\u00a0dan\u00a0\n\u2018gazette\u2019\n yang menjadi antara isu mengapa teks Bahasa Melayu sehingga kini belum lagi disahihkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nBeliau sekali gus menjawab persoalan mengenai Perlembagaan Persekutuan yang menggunakan perkataan \n\u2018prescribe\u2019\n\u00a0bukan\n\u00a0\u2018gazette\u2019\n.\n\n\nPersoalan mengenai kenapa Perlembagaan Persekutuan memilih kalimah\u00a0\n\u2018prescribe\u2019\n\u00a0bukan \u2018\ngazette\u2019\n? Dato\u2019 Zainul Rijal berkata, ia adalah berkemungkinan besar kerana penentuan itu dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang merupakan Kuasa Eksekutif sebenar bagi Persekutuan berdasarkan Perkara 39.\n\n\nOleh itu, tindakan Ketua Eksekutif negara itu mempunyai efek perundangannya sendiri dan tidak berkeperluan untuk digazetkan bagi membawa efek tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih Banyak Bantuan Akan Disalurkan BERJASA Sepang\n\n\n\n\n\n\nKhairy Selar Kritikan King Sing, Malaysia Tidak Boleh Ikut China\n\n\n\n\n\n\nKJ gesa `jangan matikan\u2019 demokrasi dalam UMNO\n\n\n\n\n\n\nPolis larang terbangkan dron di kawasan tumpuan PRN\n\n\n\n\n\n\nJenazah bunuh, toreh, bakar selamat dikebumikan\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas beliau, dalam melaksana Kuasa Eksekutif Persekutuan ini YDPA tidak memerlukan instrumen perundangan lain bagi memberi kesan perundangan berbeza dengan tindakan Jemaaah Menteri, Legislatif dan lain lain.\n\n\nDengan demikian, jelas Perlembagaan tidak berhasrat penetapan teks sahih bahasa kebangsaan bukan dalam bentuk gazette atau warta. Ia hanya perlu ditetapkan oleh YDPA melalui titah Baginda.\n\n\nTambah beliau, makna harfiah\u00a0\n\u2018prescribe\u2019\n perlu diberikan bagi memahami peruntukan Perkara 160B tersebut, ia tidak perlu ditafsirkan berlawanan atau diberatkan dengan keperluan-keperluan lain seperti pewartaan dan lain-lain.\n\n\nIsu ini, merujuk kepada hansard Parlimen semasa pindaan yang memasukkan Perkara 160B ke dalam Perlembagaan Persekutuan pada 2001, penggubal pindaan tersebut menyatakan dengan jelas, jika sudah wujud naskhah Bahasa Melayu (BM), maka undang-undang termasuk Perlembagaan di dalam Bahasa Inggeris akan digantikan oleh naskhah BM dan naskhah BM tersebut akan dijadikan naskhah sahih. Pada 29 September 2003, bukan hanya naskhah BM Perlembagaan Persekutuan sudah disiapkan, malah YDPA juga telah melancarkannya.\n\n\nMaka, atas dasar itu juga timbul persoalan, kenapa sehingga kini, naskhah yang dilancarkan tersebut, masih belum juga dijadikan teks rasmi walaupun setelah dilancarkan oleh YDPA?\n\n\nAkibat Kebaculan Pihak Tertentu Bahasa Penjajah Terus Disanjung\n\n\nMenurut Dato\u2019 Zainul Rijal, persoalan ini sangat menyedihkan untuk dijawab kerana walaupun telah lebih enam dasawarsa negara merdeka, kita masih menjunjung undang-undang tertinggi negara di dalam bahasa penjajah.\n\n\nWalaupun YDPA ketika itu (Raja Perlis) pada tahun 2003 telah melancarkan versi bahasa kebangsaan bagi Perlembagaan Persekutuan, tetapi akibat kebaculan pihak tertentu mengambil tindakan sewajarnya selepas itu, teks Bahasa Inggeris masih lagi kekal menjadi teks sahih.\n\n\n\u201cIa sesungguhnya, merupakan suatu penghinaan kepada YDPA yang berkenan melancarkan teks bahasa kebangsaan tersebut,\u201d tegasnya.\n\n\n\n\n\u201cSaya pasti majlis pelancaran tersebut bukan hanya suatu majlis seremonial sahaja tetapi mestilah dihasratkan agar mempunyai kesan dan efek perundangan. Sekiranya tidak, tidaklah YDPA bersusah payah mencemar duli bagi melancarkan teks Perlembagaan Persekutuan di dalam Bahasa Kebangsaan itu,\u201d tambah beliau.\n\n\n\n\nDitanya, apa tindakan segera yang wajar dibuat dan siapa pula yang sepatutnya bertanggungjawab menjadikan Teks Bahasa Melayu ini sebagai rasmi?\n\n\nJangan Lagi Berdolak Dalik Dalam Isu Ini\n\n\nDato\u2019 Zainul Rijal berkata, Jabatan Peguam Negara perlu mengesahkan penetapan YDPA bagi teks Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Kebangsaan menurut Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan melalui pelancaran yang dibuat pada 29 September 2003 itu.\n\n\n\u201cUsaha penterjemahan Perlembagaan Persekutuan itu bukan suatu yang mudah, ia tidak sepatutnya menjadi sia-sia,\u201d tegas beliau lagi.\n\n\nJusteru, jika Jabatan Peguam Negara masih keberatan, Jemaah Menteri hendaklah menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi penetapan tersebut dengan segera berdasarkan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\u201cKemelut ini perlu ditamatkan dengan segera. Jangan lagi berdolak dalik dalam isu ini,\u201d ujarnya mengakhiri perbualan. \u2013 SAMUDERA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/03/seramai-39-cedera-akibat-mercun-di-kelantan-sejak-25-mac/", "title": "Seramai 39 cedera akibat mercun di Kelantan sejak 25 Mac", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Sebanyak 39 kes kecederaan akibat terkena mercun dilaporkan di Kelantan dalam tempoh lebih sebulan bermula 25 Mac sehingga hari ini.\n\n\nPengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, daripada kes kecederaan yang dilaporkan itu, sebanyak 10 kes, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).\n\n\nBeliau berkata, selebihnya mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Tanah Merah dengan sembilan kes, diikuti Hospital Gua Musang dan Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh masing-masing empat kes manakala Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan Hospital Jeli pula tiga kes;Hospital Tumpat dan Hospital Machang masing-masing dengan dua kes serta Hospital Pasir Mas satu kes.\n\n\n\u201cDaripada jumlah itu, dua mangsa dirujuk kepada pakar perubatan kerana mengalami kecederaan yang serius.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRundingan agihan kerusi PH, UMNO paling senang \u2013 Saifuddin\n\n\n\n\n\n\nPenukaran nama PUTRA kepada Gerakan Tanah Air tidak sahih \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\nTipu skim pelaburan, lebih 100 mangsa buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\n\u201cKenyataan saya, akar umbi undi DAP dipolemikkan\u201d- Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan negeri tidak benarkan pesta seks berlaku di Johor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebanyak 23 kes dimasukkan ke dalam wad untuk mendapatkan rawatan lanjut apabila mengalami kecederaan yang memerlukan pemantauan rapi daripada doktor dan petugas kesihatan.\n\n\n\u201cSelebihnya kes yang membabitkan 14 mangsa pula dirawat sebagai pesakit luar dan mengalami kecederaan yang tidak serius.\n\n\n\u201cKecederaan yang dilaporkan membabitkan patah jari tangan dan melecur di beberapa bahagian badan termasuk muka dan mata,\u201d katanya menerusi satu kenyataan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.\n\n\nDr Zaini berkata, majoriti kes kecederaan akibat mercun inimembabitkan golongan kanak-kanak berusia antara sembilan dan 10 tahun.\n\n\n\u201cPihak jabatan memandang serius terhadap peningkatan insiden kecederaan akibat bermain mercun di negeri ini dan menasihati orang ramai terutama ibu bapa mengawasi anak-anak supaya tidak bermain mercun,\u201d katanya. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/03/siti-bainun-kena-penjara-12-tahun/", "title": "Siti Bainun kena penjara 12 tahun", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Rabu \u2013 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.\n\n\nHakim, Izralizam Sanusi, membuat keputusan itu selepas mendapati Siti Bainun bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.\n\n\nBeliau mengarahkan hukuman penjara itu berjalan serentak bermula hari ini, susulan Siti Bainun dikenakan penjara 10 dan 12 tahun masing-masing atas kesalahan mengabai serta menganiaya remaja itu.\n\n\nSiti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPas kekal jadi pembangkang konstruktif, tidak sertai Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nBanteras \u2018Ali Baba\u2019, kerajaan kaji dasar & undang-undang \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nAminuddin hairan jumlah penceroboh tanah Raub cecah 500 orang\n\n\n\n\n\n\nJalan Temiang ditukar nama pengasas DAP, kerajaan digesa nilai semula\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: DAP bidas kenyataan Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/03/wisma-putra-terima-maklumat-tiga-rakyat-malaysia-masih-di-sudan/", "title": "Wisma Putra terima maklumat tiga rakyat Malaysia masih di Sudan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Wisma Putra mengesahkan menerima maklumat mengenai sebuah keluarga warga Malaysia yang masih terperangkap dan tinggal di wilayah Al-Gaza pada 30 April lalu.\n\n\nMenurut Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, mereka terdiri daripada seorang wanita dan dua anaknya yang merupakan warga Malaysia manakala suaminya warga Sudan.\n\n\n\u201cMaklumat diterima melalui Facebook Messenger Kedutaan Malaysia di Sudan. Keluarga ini tidak pernah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum.\n\n\n\u201cBagaimanapun, usaha membawa mereka keluar dari Sudan sedang diusahakan oleh Task Force Ops Sudan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAkta FINAS dipinda elak ambil kesempatan kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nHospital Serdang dikenali sebagai Hospital Sultan Idris Shah\n\n\n\n\n\n\nAzlan Man didakwa buat tuntutan palsu bernilai RM1.18 Juta\n\n\n\n\n\n\nSkandal 1MDB, SRC: SPRM tahan sekutu Jho Low di KLIA2\n\n\n\n\n\n\nTanpa Arahan Pm, Azam Baki Undur Diri Atau Berehat \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada ketika ini, ketiga-tiga rakyat Malaysia dan suami warga Sudan itu sedang dalam perjalanan menuju ke Port Sudan dan dijangka tiba pada 3 Mei 2023,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nZambry berkata, Wisma Putra melalui Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dan Duta Besar Malaysia ke Sudan sedang memohon bantuan Kerajaan Arab Saudi serta Kedutaan Besar Pakistan di Sudan supaya mereka dapat menaiki kapal untuk membawa mereka keluar dari Port Sudan ke Jeddah dalam masa terdekat.\n\n\n\u201cInsya-Allah kita sama-sama doakan usaha ini dipermudahkan dan mereka akan selamat tiba di tanah air nanti,\u201d katanya.\n\n\nSejak 15 April lalu, pertempuran di antara tentera Sudanese Armed Forces (SAF) dengan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) tercetus dan masih berterusan.\n\n\nGencatan senjata diusulkan pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Afrika dan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat serta Arab Saudi, tetapi masih gagal.\n\n\nMenurut laporan Kementerian Kesihatan Sudan, 528 orang terbunuh manakala 4,599 orang tercedera akibat konflik ini setakat ini.\n\n\nHampir kesemua negara asing telah menjalankan proses evakuasi kakitangan kedutaan serta rakyat mereka keluar dari Sudan.\n\n\nAntaranya termasuk Amerika Syarikat, Arab Saudi, Qatar, Jepun, Perancis, India, United Kingdom, China, Mesir, Jordan dan Iran.\n\n\nPada 28 April lalu, usaha membawa balik rakyat Malaysia ke tanah air berjaya dilaksanakan dengan menerbangkan 30 orang menerusi Saudi Airlines.\n\n\nSementara itu, difahamkan, dua rakyat Malaysia kini sedang menyertai misi United Nations Interim Security Force for Abyei (UNISFA) di wilayah Abyei, Sudan.\n\n\nMereka ialah Mejar Zazalina Ghazali dan Lt Kdr Naadifarin Che Kamaruddin.\n\n\nMereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat kerana setakat ini wilayah tersebut tidak terjejas teruk akibat pertempuran yang sedang berlangsung."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/04/3-pemimpin-bersatu-sokong-proklamasi-orang-melayu/", "title": "3 pemimpin BERSATU sokong Proklamasi Orang Melayu", "body": "0\n\n\nhttps://www.facebook.com/photo?fbid=134538656271632&set=a.107761808949317\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Selepas beberapa pemimpin PAS bertemu dengan pengasas Proklamasi Orang Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad, tiga pemimpin parti BERSATU mendedahkan mereka telah menurunkan tandatangan bagi menyokong Proklamasi berkenaan.\n\n\nKetiga-tiga pemimpin itu ialah Timbalan Presiden BERSATU, Datuk seri Ahmad Faizal Azumu, Ketua penerangan Datuk Razali idris, dan Ahli Majlis Tertinggi parti itu, Dzulkarnain Abdul Khalid.\n\n\nDalam satu kenyataan, Razali berkata ketiga-tiga mereka menyokong proklamasi itu, dalam kapasiti peribadi, pada satu majlis berbuka puasa di Yayasan Perdana.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRamasamy letak semua jawatan, umum keluar DAP\n\n\n\n\n\n\nSiti Bainun kena penjara 12 tahun\n\n\n\n\n\n\nJumlah Korban Banjir Meningkat 47 Orang\n\n\n\n\n\n\nUMNO sedia hantar calon pertahan DUN Jeram Padang\n\n\n\n\n\n\nTiada Perhimpunan, Perarakan Hari Penamaan Calon PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik FMT\n Razali berkata, beliau tidak pasti dengan sokongan oleh pemimpin BERSATU yang lain sama ada sudah atau pun merancang untuk menandatangani proklamasi berkenaan.\n\n\nIsu proklamasi ini semakin hangat selepas semalam Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertemu Tun Mahathir di kediamannya dan menyatakan sokongan kepada proklamasi itu.\n\n\nSambil menyifatkan , Proklamasi itu bukan satu unsur perkauman, Hadi berkata negara ini tidak pernah meminggirkan kaum lain dalam pembinaan negara.\n\n\n\n\nRazali dalam nada yang sama turut menyatakan proklamasi berkenaan bukanlah satu bentuk perauman kerana ia hanya satu usaha untuk menyatukan bangsa Melayu.\n\n\n\u201cSaya melihat ia sebagai satu yang bagus\u00a0 untuk orang Melayu dalam usaha untuk menyatukan mereka. Tiada agenda tersembunyi, tidak perlu takut kerananya (Proklamasi Melayu).\n\n\nMalah katanya, tiada apa yang perlu ditakuti dengan Proklamasi Orang Melayu.\n\n\nMinggu lalu, \nMahathir dalam satu kenyataan menggesa rakyat tidak perlu\u00a0 bimbang atau takut dengan kebangkitan\n gelombang hijau, dan sokongan terhadap Perikatan Nasional.\n\n\nIni kerana Malaysia juga membangun dengan kerajaan yang diperintah oleh\u00a0 majoriti ornag Melayu selama 60 tahun."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/04/5-pegawai-sivakumar-ditamat-perkhidmatan-1-bertukar-jabatan/", "title": "5 pegawai Sivakumar ditamat perkhidmatan, 1 bertukar jabatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Lima pegawai Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dilaporkan telah ditamatkan perkhidmatan manakala seorang lagi diarahkan bertukar jabatan.\n\n\nMemetik portal Malaysiakini yang memetik sumber, penamatan kontrak lima pegawai Sivakumar itu adalah berkuat kuasa serta-merta.\n\n\nLaporan tersebut memaklumkan, tindakan berkenaan bagi membersihkan imej kementerian itu yang dicemari dakwaan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pegawai pejabat menteri.\n\n\nBagaimanapun, sumber tersebut berkata, bukan semua pegawai yang ditamatkan kontrak itu berkaitan dengan siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN kemuka nama calon MB dalam masa terdekat \u2013 Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nPusat lindungi mangsa pemerdagangan orang perlu diwujudkan\n\n\n\n\n\n\nTiada anak Melayu layak teraju Axiata? \u2013 PERKASA\n\n\n\n\n\n\nSUHAKAM, Jangan Gadai Islam & Perlembagaan Iktiraf Identiti Songsang\n\n\n\n\n\n\nTiga Lagi Kes COVID-19 Di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebanyak lima pegawai ditamatkan kontrak manakala satu lagi ditukar ke JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).\n\n\n\u201cIni termasuk dua pegawai yang baru-baru ini ditahan SPRM.\n\n\n\u201cSetahu saya, dua pegawai telah pun menerima surat pemberitahuan penamatan kontrak dan ditukar jabatan. Yang lain, saya tak beberapa pasti (dah terima surat atau belum).\n\n\n\u201cAda yang ditamatkan kontrak kerana terkait siasatan SPRM. Namun ada juga kerana prestasi kerja,\u201d katanya.\n\n\nSPRM sebelum ini menyerbu pejabat kementerian itu di Putrajaya dan menahan seorang pegawai kanan Sivakumar.\n\n\nSPRM turut menahan setiausaha sulit Sivakumar berhubung siasatan rasuah itu. Dia ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.\n\n\nSelain itu, seorang ahli perniagaan dari Ipoh turut ditahan dalam siasatan yang dikatakan melibatkan rasuah bernilai RM97 juta.\n\n\nDifahamkan siasatan SPRM turut bertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitannya.\n\n\nSusulan itu, Sivakumar telah menggantung tugas tiga pegawai kanannya, termasuk seorang setiausaha sulit dan seorang pegawai tugas-tugas khas (PTTK) yang ditahan SPRM.\n\n\nNamun, selepas tamat reman, tempoh penggantungan seorang pegawai dikekalkan. Sementara dua lagi mengambil cuti sehingga tamat siasatan tersebut.-"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/04/adun-belantik-rebah-di-bilik-air-rumah/", "title": "ADUN Belantik rebah di bilik air rumah", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Datuk Mohd Isa Shafie dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Yang Dipertua PAS, Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata Mohd Isa, 69, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kedah itu dimasukkan ke Hospital Sik kira-kira 7 malam tadi sebelum dibawa ke HSAH pada 4 pagi kerana mengalami jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.\n\n\n\u201cMenurut anak beliau, Ustaz Mohd Isa kelihatan lemah dan rebah di dalam bilik air di rumahnya di Kampung Jelutong, Sik lebih kurang pukul 1.30 tengah hari\u00a0semalam sebelum dibawa ke Hospital Sik dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim.\n\n\n\u201cKeadaan\u00a0kesihatannya lemah dan menurun sebelum doktor menidurkannya, saya memohon orang ramai mendoakan beliau agar sembuh dan dapat terus berkhidmat kepada rakyat Belantik,\u201d katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.\n\n\n\n\n\n\nAhmad Tarmizi yang juga Ahli Parlimen Sik berkata pada masa ini, orang ramai tidak dibenarkan melawat ADUN itu dan mengharapkan semua ahli keluarganya bersabar menghadapi ujian berkenaan.\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata Mohd Isa menjadi ADUN Belantik selama tiga penggal dan sebelum ini menghidap penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi serta jantung. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/04/amah-melecur-badan-lebam-muka-mata-didera/", "title": "Amah melecur badan, lebam muka dan mata didera", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Hampir melecur seluruh badan dan lebam pada mata dan muka.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDemikian gambaran kecederaan yang dialami oleh seorang wanita warga asing yang disyaki polis menjadi mangsa penderaan pasangan suami isteri di Jalan Klang Lama di Kuala Lumpur, minggu lalu.\n\n\nPolis kemudian berjaya menyelamatkan seorang wanita warga asing itu yang\u00a0 berusia 39 tahun.\n\n\nSepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, selepas menerima maklumat daripada jiran suspek.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, berkata jiran mangsa memaklumkan kepada polis pada 23 April lalu, selepas mendakwa pasangan berkenaan mendera pembantu rumah mereka.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSiasatan polis mendapati mangsa mengalami kecederaan serius melecur hampir seluruh badan dan lebam pada kedua-dua belah mata dan muka.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan dan ditempatkan di rumah perlindungan,\u201d katanya dalam satu kenyataan, hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, mangsa menjadi pembantu rumah pasangan itu selama hampir setahun setengah dan mendakwa kerap dipukul, ditampar serta pernah dicederakan di tangan dengan seterika.\n\n\nAmihizam berkata, polis turut merampas barang kes yang dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan mangsa untuk membantu siasatan.\n\n\n\u201cSuspek akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/04/bekalan-air-melaka-bertahan-hingga-ogos/", "title": "Bekalan air Melaka bertahan hingga Ogos", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Bekalan air di Melaka dijangka mampu bertahan hingga Ogos ini walaupun negeri itu berdepan cuaca panas ketika ini dan kemungkinan fenomena El Nino kuat yang diramal berlaku pada Jun.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof, berkata setakat ini paras air di tiga empangan utama di negeri itu iaitu Empangan Durian Tunggal di Alor Gajah dan Empangan Jus serta Empangan Asahan di Jasin sentiasa mencatatkan bacaan kapasiti maksimum.\n\n\n\u201cKerajaan negeri sudah mengambil langkah awal untuk memastikan semua kawasan tadahan air, termasuk di tiga empangan utama di Melaka berada pada paras maksimum ketika ini dan bersedia menghadapi fenomena El Nino.\n\n\n\u201cKita juga menerusi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bersedia untuk melaksanakan penyuraian pembahagian bekalan air ke seluruh negeri ini secara berjadual dan ini adalah satu daripada pelan jangka pendek sekiranya berlaku kemarau,\u201d katanya kepada pemberita di sini hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.\n\n\nMengulas lanjut, Ab Rauf berkata setakat Selasa lalu paras air di Empangan Durian Tunggal mencatatkan bacaan 99.7 peratus, manakala Empangan Jus dan Asahan merekodkan paras air 100 peratus.\n\n\n\n\nSemalam, media melaporkan fenomena El Nino kuat dijangka bermula Jun apabila keadaan cuaca akan berubah disebabkan kehadiran monsun barat daya yang cuacanya dicirikan dengan keadaan kering dan panas. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/04/dap-bermuka-muka-memperkuda-orang-melayu-berjasa/", "title": "DAP bermuka-muka, `memperkuda\u2019 orang Melayu \u2013 BERJASA", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nBERJASA mendakwa DAP hanyalah bermuka-muka kononnya sebuah parti terbuka yang \u2018multi-racial\u2019 (berbilang kaum), sedangkan perjuangan menjadikan Malaysia negara sekular terus diusahakan secara diam.\n\n\nAtas sebab itu, Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan menyifatkan kenyataan Ong Kian Ming menerusi satu rancangan podcast baru-baru ini, jelas menunjukkan bahawa DAP hanya mahu \u2018memperkuda\u2019 ahli mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam demi perjuangan berkenaan.\n\n\nBeliau merujuk kenyataan Kian Ming yang juga bekas Ahli Parlimen Bangi bahawa DAP seolah-olah memerlukan ahli berkredibiliti dari kalangan ahli politik Melayu untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.\n\n\n\u201cKerana DAP memerlukan calon perdana menteri dan anda berdua sesuai dengan kriterianya,\u201d kata Kian Ming merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan dalam rancangan podcast Keluar Sekejap pada episod bertajuk \u2018Kenapa Melayu Tak Suka DAP? OKM Keluar Sekejap atau Sendiri?\u2019\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu tutup sekolah agama, ada pihak berniat timbul kegelisahan umat Islam\n\n\n\n\n\n\nPenempatan haram PATI seluas dua padang bola dibongkar\n\n\n\n\n\n\nTengku Maimun patut tarik diri dengar rayuan akhir kes SRC Najib\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi makin perlahan petang ini\n\n\n\n\n\n\nNama Tengku Zafrul \u2018tercicir\u2019 daripada senarai calon BN\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenilai perkara itu, Fahmi berkata, ini menunjukkan kelunakan mereka beragenda jahat untuk menguasai Malaysia bagi menjayakan misi mereka menghapuskan keistimewaan Melayu dan agama Islam sebagai agama Persekutuan.\n\n\n\u201cMereka juga hanya bermuka-muka menjadi parti terbuka yang \u2018multi-racial\u2019, padahal hakikatnya perjuangan menjadikan Malaysia negara sekular terus berjalan secara diam-diam, umpama api dalam sekam.\n\n\n\u201cSekarang ini pun, para ahli DAP berbangsa Melayu tidak diberikan posisi strategik dalam parti dan hanya digunakan sebagai poster boys/girls bagi menarik lebih berbangsa Melayu,\u201d katanya.\n\n\nUntuk rekod, DAP telah mencalonkan Syahredzan Johan di kerusi Parlimen Bangi dan memenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.\n\n\nSelain itu, DAP juga memiliki calon Melayu lain seperti Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Ahli Parlimen Raub), Zairil Khir Johari (ADUN Tanjung Bungah), Dr Abdul Aziz Bari (ADUN Tebing Tinggi), Sheikh Umar Bagharib Ali (ADUN Paloh), Young Syefura Othman (ADUN Ketari), Edry Faizal Edry Yusof (ADUN Dusun Tua), Syerleena Abdul Rashid (ADUN Seri Delima) dan Jamaliah Jamaluddin (ADUN Bandar Utama). \u2013 ISMAWEB"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/04/dr-mahathir-liabiliti-politik-tanah-air-zahid/", "title": "Dr. Mahathir `liabiliti\u2019 politik tanah air \u2013 Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Dr Mahathir Mohamad sebagai \u201cliabiliti\u201d baharu dalam politik tanah air, menyatakan kerajaan perpaduan mempunyai makna lebih besar berbanding proklamasi digerakkan bekas perdana menteri itu.\n\n\nPresiden UMNO itu berkata, walaupun soal etnik menjadi isu akar umbi, namun bangsa Malaysia yang besar dan konsep Malaysia Madani didukung ketika ini harus diutamakan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya mengucapkan selamat maju jaya atas pertemuan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Dr Mahathir. Ucapan ini kerana kita tahu Mahathir adalah liabiliti baharu dalam politik tanah air.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni dijawab dengan kekalahannya di Langkawi dan hilang deposit, malah tiada calon dari partinya yang menang (pada pilihan raya lalu).\n\n\n\u201cKalau pertemuan ini (Proklamasi Orang Melayu) kononnya untuk penyatuan dan perpaduan orang Melayu, harus diketahui bahawa walaupun Umno parti orang Melayu dan Bumiputera yang besar, kerajaan perpaduan mempunyai makna yang lebih besar untuk negara kita,\u201d katanya menurut Berita Harian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga siling ayam, telur dimuktamad esok\n\n\n\n\n\n\nZahid Hamidi Kurang Sihat, Kes Rasuah Ditangguhkan\n\n\n\n\n\n\nCagaran caruman KWSP bukan penyelesaian \u2013 MTUC\n\n\n\n\n\n\nAnwar angkat sumpah jawatan Perdana Menteri jam 5 petang\n\n\n\n\n\n\nUlama berperanan penting, parti jadikan agama tunggangan tidak dapat reda Allah \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika mengulas pertemuan Hadi dengan Mahathir berhubung Proklamasi Orang Melayu, baru-baru ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nZahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, politik berkecamuk yang berlaku sepenggal lalu menjejaskan negara.\n\n\n\u201cCukuplah sepenggal lalu politik kita berkecamuk dan kita dapat tiga kepemimpinan yang berbeza. Lihatlah apa akibat yang berlaku kepada negara kita.\n\n\n\u201cKini, kita sama-sama bentuk (kerajaan perpaduan) bersama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dengan 19 parti dalam empat gabungan utama, jadi ini yang menjadi keutamaan,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, beliau juga menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam, yang menyuarakan kebimbangan berhubung isu kestabilan kerajaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSemua pemimpin parti politik perlu menghayati dan menjunjung titah Sultan Ibrahim itu sejajar hasrat untuk maju dan membentuk negara yang stabil daripada segi politik dan ekonomi.\n\n\n\u201cKita mahu politik yang stabil, selain mahu pelaburan luar dan dalam meningkat kerana kita mahu mengutamakan pertumbuhan ekonomi. Kerajaan sekarang stabil dengan 148 Ahli Parlimen menyokong dan sokongan itu harus ditambah,\u201d katanya. \u2013 FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/04/kenaikan-opr-beri-kesan-kepada-golongan-miskin-spcaam/", "title": "Kenaikan OPR beri kesan kepada golongan miskin \u2013 SPCAAM", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Bank Negara Malaysia (BNM) perlu melaksanakan dasar yang memenuhi keperluan dan kebaikan membabitkan seluruh sektor masyarakat sebelum memutuskan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).\n\n\nPenasihat Buruh Antarabangsa, Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D Angelus, berkata komuniti B40 negara bukanlah spekulator atau pengambil risiko, disebabkan mereka tidak mempunyai kedudukan untuk melabur atau menyimpan.\n\n\nKatanya, BNM gagal untuk melihat perkara-perkara demikian secara holistik, sebaliknya memberi tumpuan secara agregat.\n\n\n\u201cMasalah dengan dasar agregat dan membuat keputusan terutamanya dalam bidang ekonomi, adalah ia cenderung mengabaikan keperluan sesetengah sektor masyarakat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTujuh Exco Melaka dilantik semula, tiga muka baharu termasuk ADUN PH\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Perkara 152, Pinda Akta DBP Bukan Setakat Penguatkuasaan\n\n\n\n\n\n\nProses undi Parlimen Padang Serai, DUN Tioman bermula 8 pagi\n\n\n\n\n\n\nHentikan sensasi, isu laungan di Pulau Pinang azan sudah selesai\n\n\n\n\n\n\nRayuan kes SRC mungkin dibicara semula di Mahkamah Persekutuan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDalam keadaan ini, kesan kenaikan\u00a0 OPR ialah pinjaman menjadi lebih mahal. Bagaimanakah ia akan memberi kesan kepada golongan miskin yang menghadapi masalah kelangsungan hidup, memastikan adanya makanan atas meja mereka, bumbung atas kepala mereka, dan menghantar anak mereka ke sekolah?\n\n\n\u201cBNM sepatutnya melaksanakan dasar yang tidak membenarkan bank menaikkan kadar faedah bagi komuniti B40. Ujian berasaskan cara harus diguna pakai dalam hal ini. Langkah itu tidak boleh terlalu sukar untuk dilaksanakan,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.\n\n\nSemalam, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM membuat keputusan di luar jangkaan dengan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) 25 mata asas kepada 3.00 peratus.\n\n\nKadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.\n\n\nCallistus berkata, BNM tidak boleh bertindak secara berasingan tetapi harus selaras dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.\n\n\n\u201cTangan kiri mesti tahu apa yang tangan kanan lakukan dan begitulah juga sebaliknya. Pembuatan dasar dari atas ke bawah hierarki kerajaan haruslah berkesinambungan,\u201d katanya.- Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/04/kerajaan-tumbang-sultan-johor-bimbang-nasib-rakyat/", "title": "Kerajaan tumbang: Sultan Johor bimbang nasib rakyat", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menyuarakan kebimbangan susulan desas-desus berhubung isu kestabilan kerajaan baru-baru ini.\n\n\nIa selepas pemimpin yang dipilih melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, dilihat masih belum bersepakat, malah terdapat gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina.\n\n\n\u201cRakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU 15 lalu, dan telah memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.\n\n\n\u201cNamun, sehingga kini, 222 Ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina. Keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara kita, baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan cadang guna helikopter bomba sebagai ambulans\n\n\n\n\n\n\nTiada Tanda Perhimpunan Berlaku Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\nDemokrasi Berasaskan Teknokrat Mampu Urus Tadbir Negara\n\n\n\n\n\n\n3,580 hektar Hutan Simpan Selangor diceroboh di 57 lokasi\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa sedia sertai mana-mana parti\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini? Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan,\u201d titah baginda dalam hantaran di Facebook pada Rabu.\n\n\nTerdahulu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na\u2019aman, dilaporkan memberi bayangan gerakan bagi menumbangkan Kerajaan Campuran bukan satu spekulasi, malah ia diketahui pimpinan tertinggi dalam kerajaan.\n\n\nDr Muhammad Faiz memuat naik catatan di Facebooknya dengan menulis \u201c126 dah\u2026jika benar Alhamdulillah\u201d.\n\n\n\n\nHantaran itu menimbulkan persoalan dengan ada yang mengaitkan angka itu sebagai bilangan ahli Parlimen yang memberi sokongan kepada parti pembangkang.\n\n\nBeliau bagaimanapun terus mengunci mulut sama ada angka berkenaan merujuk kepada jumlah kerusi membabitkan ahli Parlimen atau sebaliknya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/04/ketua-polis-daerah-buat-laporan-polis/", "title": "Ketua Polis Daerah buat laporan polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Satu laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook, David Marshel yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berkaitan satu upacara keagamaan.\n\n\nKetua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Lee Chong Chern berkata beliau sendiri membuat laporan itu pada 10.04 malam tadi selepas menyedari kenyataan yang dimuat naik David yang juga Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) di\u00a0Facebooknya, petang semalam.\n\n\nBeliau berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk siasatan lanjut.\n\n\n\u201cSemakan maklumat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan dilakukan selepas memperoleh kebenaran untuk menyiasat (OTI).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPM Akui Kelemahan Pengurusan Banjir\n\n\n\n\n\n\nHanya Kit Ujian Air Liur Sahaja Dibenarkan Di Sekolah : KPM\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful silap, RUU Anti Lompat Parti selamatkan PN \u2013 Fuad\n\n\n\n\n\n\nKawalan produk tembakau dijangka kuat kuasa tahun depan\n\n\n\n\n\n\nZahid Akur Meskipun Keputusan Tidak Menyebelahinya\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerkembangan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.- BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/04/pelakon-ridzuan-hashim-meninggal-dunia/", "title": "Pelakon, Ridzuan Hashim meninggal dunia", "body": "0\n\n\nBANGI. Khamis \u2013 Innalillaahiwainnailaihirajiiun.\u00a0 Pelakon terkenal, Ridzuan Hashim, 62, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.\n\n\nBerita pemergian aktor yang dikenali sebagai watak King dalam filem KL Gangster itu disahkan bekas isteri yang juga pelakon, Didie Alias menerusi laman sosial, Instagram (IG) kira-kira jam 2.50 petang tadi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya mahu beritahu pada semua sahabat yang mengenali bekas suami, Ridzuan Hashim sudah kembali ke rahmatullah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada sesiapa yang ingin melawat jenazah, arwah masih berada di HKL. Saya akan kemas kini maklumat di mana arwah akan dikebumikan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya mohon pada semua yang masih ada hutang bersama arwah boleh terus menghubungi saya dan ampunkan beliau,\u201d katanya menerusi hantaran video berdurasi 49 saat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, pelakon Iman Zulkarnain yang juga anak saudara arwah Ridzuan itu berkata, arwah meninggal dunia ketika sedang bersarapan dengan anaknya di rumah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tubuh Majlis Madani, satukan NGO Islam\n\n\n\n\n\n\nSaarani dedah PN cuba \u2018beli\u2019 ADUN BN selepas PRU15\n\n\n\n\n\n\nMUDA dakwa Zahid beri rasuah untuk raih undi\n\n\n\n\n\n\nTAMAN TEMA MENDAPAT SAMBUTAN KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH\n\n\n\n\n\n\nKes Covid-19 Melonjak Di China, Rakyat Tidak Perlu Bimbang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cArwah meninggal dunia di rumahnya di Bandar Tun Razak antara jam 11 pagi sehingga 12 tengah hari ketika sedang bersarapan dengan anaknya.\n\n\n\n\n\u201cDia jatuh dari kerusi makan dan anaknya terus membawa ke hospital. Bagaimanapun, arwah sudah pun menghembuskan nafas terakhir,\u201d katanya.\n\n\nIman memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.\n\n\nRidzuan memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai model iklan komersial, seterusnya mengembangkan bakat dalam dunia lakonan.\n\n\nRidzuan pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, pelawak dan pengacara popular, Didie Alias pada 1992 namun mereka berpisah pada tahun 2002.\n\n\nHasil perkongsian hidup bersama Didie, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/04/proklamasi-melayu-bukan-martabatkan-melayu-tapi-nak-guling-kerajaan-p-ramasamy/", "title": "Proklamasi Melayu bukan martabatkan Melayu tapi nak guling kerajaan \u2013 P.Ramasamy", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0\nProklamasi Melayu, yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, didakwa bukan bertujuan untuk menyelamatkan orang Melayu.\n\n\nTimbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang,\n P. Ramasamy, sebaliknya mendakwa proklamasi\u00a0 itu tiada kaitan\u00a0 \nlangsung dengan memartabatkan orang Melayu dan ia \nbermotif untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n\u201cSudah berlalu hari-hari di mana ia berusaha untuk menghapuskan nasionalisme daripada ideologi politiknya.\u00a0Ia hanyalah sebuah lagi parti politik hipokrit yang mencari kuasa dan jawatan.\u00a0Proklamasi Melayu mungkin bertujuan menyelamatkan orang Melayu daripada dipinggirkan.\u00a0Namun, sekiranya kita melihatnya dengan lebih teliti, ia bukan untuk menyelamatkan orang Melayu tetapi bermotif dalam mengusahakan cara untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Anwar.\u201d\n\n\nKenyataan Ramasamy itu dimuatkan dalam hantaran di \nfacebook rasmi beliau\n hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAb Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Rayuan benarkan rayuan MAIS & kerajaan negeri kembalikan agama Islam wanita\n\n\n\n\n\n\nBanjir \u2013 Johor dapat peruntukan tambahan RM150juta\n\n\n\n\n\n\nPRM tetap tegas tolak pemimpin korup meski kalah pada PRU DUN15\n\n\n\n\n\n\nSOSMA tidak dimansuhkan dalam masa terdekat \u2013 KDN\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya \nProklamasi Melayu mungkin bertujuan menyelamatkan orang Melayu daripada dipinggirkan.\n\n\nNamun, ujarnya sekiranya dilihat dengan teliti, ia bukan untuk menyelamatkan orang Melayu tetapi bermotif dalam mengusahakan cara untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar.\n\n\nhttps://www.facebook.com/photo?fbid=134515222940642&set=pcb.134515299607301\n\n\nhttps://www.facebook.com/photo/?fbid=132514726474025&set=pcb.132514753140689\n\n\nhttps://www.facebook.com/photo?fbid=134538656271632&set=a.107761808949317\n\n\nBaru-baru ini ramai pemimpin parti Melayu dan orang politik Melayu menandatangani Proklamasi berkenaan antaranya \nPresiden Muafakat Nasional \nTan Sri Annuar Musa.\n\n\nDan\u00a0 semalam \n\u00a0tular beberapa\u00a0 gambar menunjukkan pertemuan antara Dr Mahathir dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di kediaman bekas Perdana Menteri itu.\n\n\nPresiden PAS, menurunkan tandatangan menyokong Proklamasi Melayu dalam satu pertemuan di kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\nHadi turut menandatangan proklamasi berkenaan manakala hari ini ia diikuti beberapa pemimpin politik daripada parti\u00a0 BERSATU.\n\n\n3 pemimpin BERSATU menyokong Proklamasi Melayu.\n\n\nMengulas lanjut, \ndalam hantaran itu\u00a0 Ramasamy turut mempersoal apa yang dilakukan Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri.\n\n\nRamasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, mempetikai mengapa Mahathir, tidak menggunakan \u2018kuasa diktator maya\u2019 ketika menjadi Perdana Menteri selama lebih 22 tahun untuk melakukan sesuatu yang memberi impak bagi menaik taraf sosial dan ekonomi orang Melayu.\n\n\nRamasamy turut menempelak PAS yang dikatakannya\u00a0 mempunyai bahagian yang besar dalam memecahbelahkan orang Melayu dan katanya, Mahathir dan Hadi hampir tidak sesuai untuk bercakap tentang perpaduan Melayu atau untuk memartabatkan orang Melayu.\n\n\nUjarnya, agama hanyalah satu alat untuk PAS yang dipimpin\u00a0 Presidennya bagi memastikan ia kekal relevan kepada orang Melayu.\n\n\nTanpa agama, PAS tidak\u00a0 berbeza sangat dengan parti politik lain, kata Ramasamy.\n\n\n\u201cDalam hal ini, Mahathir dan Hadi hampir tidak sesuai untuk bercakap tentang perpaduan Melayu atau untuk memartabatkan orang Melayu. Proklamasi Melayu tidak lain selain propaganda politik untuk meraih sokongan orang Melayu untuk menggugat dan menjatuhkan kerajaan perpaduan.\u2019\u2019\n\n\nBeliau menegaskan sekali lagi bahawa Proklamasi Melayu adalah tidak lain selain propaganda politik untuk meraih sokongan orang Melayu untuk menggugat dan menjatuhkan kerajaan perpaduan.\n\n\n\n\nProklamasi Orang Melayu\u00a0 mempunyai 12 perkara yang bertujuan untuk menyelamatkan dan menyatukan orang Melayu yang ditubuhkan pada 13 Mac lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/04/rm50juta-naik-taraf-institusi-pendidikan-mara-tpm/", "title": "RM50juta naik taraf Institusi Pendidikan Mara \u2013 TPM", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nSebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi pembangunan projek menaik taraf dan membaik pulih Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bagi\u00a0tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM25 juta diperuntukkan kepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), RM117 juta kepada Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) manakala Kolej MARA (KM) dan Kolej Profesional MARA (KPM) menerima RM8 juta.\n\n\nMenteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, bagi IPMA di Sabah sebanyak RM2.347 juta telah diperuntukkan manakala MRSM Kota Kinabalu,\u00a0yang kini dikenali sebagai MRSM Tan Sri Musa Aman menerima peruntukan sebanyak RM250,000.\n\n\n\u201cKepimpinan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) juga diarahkan\u00a0tidak meremehkan setiap masalah dihadapi MRSM serta lain-lain institusi di bawah kementerian\u00a0ini kerana saya dimaklumkan terdapat MRSM yang hadapi masalah seperti tiada bekalan air dan keretakan bangunan,\u201d katanya di sini hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra MRSM Kota Kinabalu di sini yang turut dihadiri Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.\n\n\nAhmad Zahid berkata, dengan\u00a0peruntukan itu, KKDW diharap akan dapat memastikan\u00a0semua\u00a0projek baik pulih dan naik taraf institusi terlibat mampu dilaksanakan pada tahun ini, selain memastikan keberkesanan semua usaha dilakukan melibatkan semua agensi di bawah kementerian.\n\n\n\u201cBawa tatakelola yang baik dengan\u00a0lakukan transformasi, reformasi dan\u00a0\ngame changer\n\u00a0(pengubah keadaan) baharu supaya tidak kekal di takuk lama. Kita tidak mahu kewujudan MARA sebagai suatu agensi tanpa banyak keberkesanan. Sentiasa fikir\u00a0\nlow cost high impact\n\u00a0(kos rendah, berimpak tinggi) atas apa kita lakukan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 kepada Persatuan Bekas Pelajar MRSM\u00a0(Ansara) yang mempunyai lebih 200,000 keahlian.\n\n\n\u201cWalaupun Ansara tidak memohon apa-apa peruntukan daripada saya, saya mahu supaya Ansara dan seluruh kekuatan bersama-sama dengan saya untuk kita memajukan negara melalui MRSM serta agensi-agensi di bawah KKDW,\u201d katanya.\n\n\nAhmad Zahid berkata, sebanyak 80 peratus daripada lepasan pelajar MRSM berjumlah kira-kira 225,000 orang adalah dalam golongan berpendapatan tinggi, membuktikan keberkesanan sistem pembelajaran dan pendidikan sahsiah diri diterapkan dalam MRSM. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/05/datuk-hasanah-abdul-hamid-meninggal-dunia-akibat-kanser-hati/", "title": "Datuk Hasanah Abdul Hamid meninggal dunia akibat kanser hati", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Hasanah Abdul Hamid, meninggal dunia hari ini pada usia 66 tahun.\n\n\nMenantunya, Khairil Qaiyum Aisha, mengesahkan perkara itu dan berkata Hasanah meninggal dunia sebelum waktu solat Jumaat hari ini di kediamannya di Desa Pinggiran Putra akibat kanser hati.\n\n\n\u201cBeliau disahkan menghidap kanser hati sejak September tahun lalu,\u201d katanya seperti dilaporkan portal FMT.\n\n\nJenazah dikebumikan di Pusara Taman Raudhatul Jannah Kajang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu politik Melaka tidak jejas persediaan UMNO bagi PRN\n\n\n\n\n\n\nBekas ADUN Bukit Kayu Hitam meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi makin perlahan petang ini\n\n\n\n\n\n\nGajah tunggal jantan muncul di taman perumahan\n\n\n\n\n\n\nLima ADUN keluar UMNO sertai Gagasan Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebulan sebelum diagnosis menghidap kanser, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Hasanah daripada pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan RM50.4 juta wang kerajaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/05/hutan-bakau-pantai-cermin-diancam-kemusnahan/", "title": "Hutan bakau Pantai Cermin diancam kemusnahan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Hutan paya bakau Pantai Cermin di Port Dickson, Negeri Sembilan diancam kemusnahan selepas kejadian tumpahan minyak yang berlaku di pantai itu pada tahun 2020.\n\n\nKetua Biro Kelestarian MUDA Negeri Sembilan, Noor Fadzli Shah berkata, tiada usaha tuntas dilakukan selepas beratus pokok dan anak pokok bakau mati serta rosak.\n\n\nKatanya, usaha melestarikan dan melindungi hutan pokok bakau mampu membantu menyelesaikan beberapa isu alam sekitar termasuk isu pemanasan bumi yang kini hangat diperkatakan di samping memberi manfaat kepada masyarakat setempat serta ekosistem habitat yang lebih sihat.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi ikan buntal, isteri maut suami masuk ICU\n\n\n\n\n\n\nRombakan Kabinet: GRS, BN, PH bentuk Kerajaan Negeri Sabah\n\n\n\n\n\n\nMufti Perlis saran DAP mohon maaf kepada masyarakat Islam, Melayu\n\n\n\n\n\n\nKes positif Covid-19 menurun kepada 5,809\n\n\n\n\n\n\nKes, kluster Covid-19 meningkat, KKM saran pelajar, guru disaring\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSejak tahun 2020, tiada usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan untuk mengganti kebanyakan pokok yang mati akibat kejadian tumpahan minyak di kawasan keluasan 1.2 hektar ini.\n\n\n\u201cJadi, kesan tumpahan minyak ini dapat dilihat bukan dalam jangka masa panjang,\u201d katanya.\n\n\nNoor Fadzli berkata, program pemuliharaan hutan pokok bakau mampu mewujudkan habitat baharu bagi hidupan liar seperti memerang, burung dan reptilia serta menyediakan bekalan makanan laut yang lestari untuk jangka masa yang panjang.\n\n\nNamun, terdapat halangan serta cabaran yang perlu ditangani dan semua pihak perlu diberi penerapan penting tentang peranan hutan pokok bakau dalam menjamin persekitaran alam sekitar yang sihat khususnya di pesisiran pantai.\n\n\nJusteru, satu program penanaman semula pokok bakau di Pantai Cermin anjuran Malaysia Nature Society dilakukan pada 11 dan 12 Mac lalu.\n\n\n\n\n\u201dKami menyeru agar lebih banyak pihak tampil ke hadapan dalam mendokong usaha-usaha ini. Program penanaman semula ini akan diteruskan pada setiap bulan bermula June 2023 sehingga Disember 2023 dan mensasarkan lebih kurang 400 pokok ditanam sepanjang tempoh itu,\u201d katanya.\n\n\nPokok bakau yang dicemari tumpahan minyak lazimnya melalui tempoh kritikal antara enam hingga 12 bulan sebelum mati secara semula jadi.\n\n\nPokok berkenaan akan menunjukkan tanda kesukaran untuk hidup dalam tempoh itu terutama daun bertukar menjadi kuning berbanding hijau ketika tidak sakit.\n\n\nKesan tumpahan minyak menjadi dominan ketika air pasang menyebabkan keseluruhan akar pokok ditenggelami air laut yang dicemari minyak.\n\n\n\n\n\u201cKelebihan pokok bakau ialah ia mampu memerangkap sampah dan membantu memelihara kebersihan pantai. Namun, apabila diselaputi lapisan minyak tebal, akarnya tidak mampu bernafas.\n\n\n\u201cCadangan menanam pokok bakau baharu tidak relevan jika tanah dicemari minyak. Jika ditanam, pokok bakau akan mati,\u201d tambah beliau.\n\n\nTumpahan minyak kapal di Tanjung Tuan berlaku pada 12 Oktober 2020 di kawasan seluas 1.2 hektar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/05/majikan-dera-amah-kerja-15-bulan-tanpa-gaji/", "title": "Majikan dera amah, kerja 15 bulan tanpa gaji", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nSeorang pembantu rumah warga Indonesia yang diselamatkan pihak polis baru-baru ini akibat didera oleh majikannya tidak dibayar gaji sejak mula bekerja kira-kira 15 bulan lalu.\u00a0\n\n\nPerkara itu didedahkan Duta Besar Indonesia, Hermono yang memaklumkan, selain tidak dibayar gaji\u00a0 wanita itu juga dibawa masuk ke negara ini tanpa mematuhi prosedur yang betul.\u00a0\n\n\nMemetik \nFree Malaysia Today\n, Hermono berkata, kes yang tular di media sosialitu\u00a0 sekali lagi mendapat perhatian saluran media utama di Jakarta sehingga mencetuskan kemarahan warga maya dalam kalangan rakyat Indonesia terhadap majikan dan pihak berkuasa Malaysia.\u00a0\n\n\n\u201cRekod menunjukkan dia memasuki Malaysia pada Februari tahun lalu ketika sempadan kedua-dua negara ditutup akibat pandemik Covid-19. Kami mengendalikan banyak kes pembantu rumah memasuki Malaysia ketika tempoh itu menggunakan MyTravelPass\n,\u201d katanya.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPeguam Negara gugurkan 16 kes berprofil tinggi sejak 2018\n\n\n\n\n\n\nWanita Rusia ceroboh Menara Merdeka 118 kongsi pengalaman di Twitter\n\n\n\n\n\n\nMKT UMNO terima penjelasan Ahmad isu undi calon DAP\n\n\n\n\n\n\nRokok elektronik beri impak negatif kepada generasi muda\n\n\n\n\n\n\n\u2018Kabinet\u2019 PN permulaan reformasi blok pembangkang \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Hermono, pihaknya akan memastikan mangsa menerima pampasan sewajarnya dan kes penderan diadili sementara kedutaan turut memantau rapat proses pengambilan pekerja selepas ini.\u00a0\n\n\nTerdahulu, media melaporkan pihak polis menahan sepasang suami isteri pada 23 April lalu bagi membantu siasatan penderaan terhadap pembantu rumah mereka yang berusia 39 tahun di kediaman mereka di Jalan Hujan Emas 3, Taman OUG, Brickfields, Kuala Lumpur.\u00a0\n\n\nPasangan berusia 43 dan 44 tahun itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memperdagangkan mangsa.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk kesan lecuran pada seluruh badannya selain lebam pada muka dan matanya akibat didera majikan.\u00a0\n\n\nMangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kini berada di pusat perlindungan di ibu negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/05/saman-tun-m-pm-serah-kepada-peguam/", "title": "Saman Tun M: Anwar serah kepada peguam", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada peguam beliau, dengan Gobind Singh Deo sebagai peguam utama untuk mengendalikan saman fitnah\u00a0dikemukakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\n\u201cBiar peguam menjalankan tugas mereka, peguam saya ada,\u201d katanya ketika ditemui pemberita hari ini.\n\n\nPerdana Menteri memaklumkan perkara itu ketika ditemui di Medan Selera 7, Jalan Persiaran Majlis, Banting sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek As-Solihin di Kancong Darat, Selangor.\n\n\nPada Jumaat, Dr Mahathir mengemukakan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan Perdana Menteri pada Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: Pelaksanaan Sebuah Idealisme, Mac lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada cedera, kemalangan jiwa kebakaran di unit farmasi HTJS\n\n\n\n\n\n\nIsrael protes besar-besaran terhadap Netanyahu\n\n\n\n\n\n\nPerlu Lebih Ramai Calon Muslim Bertanding \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPN ada sebab tolak permohonan PEJUANG\n\n\n\n\n\n\nTak cukup lagi ke orang Melayu berkorban?\n\n\n\n\n\n\n\n\nDr Mahathir mendakwa, kenyataan Anwar dalam ucapan beliau pada kongres itu membawa maksud beliau membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya.\n\n\nTuntutan saman berkenaan difailkan bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique pada 3 Mac lalu dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.\n\n\nMenurut Dr Mahathir dalam pernyataan tuntutannya, keseluruhan program itu dipaparkan secara siaran langsung antara lainnya melalui sidang \u2018Facebook live\u2019 akaun Facebook milik Anwar sendiri dan di saluran YouTube Parti Keadilan Rakyat.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu mendakwa, ia membabitkan beberapa kenyataan Anwar yang berbaur fitnah dan tohmahan yang berniat jahat bertujuan untuk menjatuhkan dan merosakkan reputasi serta imejnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/05/skandal-1mdb-src-sprm-tahan-sekutu-jho-low-di-klia2/", "title": "Skandal 1MDB, SRC: SPRM tahan sekutu Jho Low di KLIA2", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa pulang individu dipercayai sekutu ahli perniagaan Jho Low yang terlibat dalam siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC).\n\n\nMenuurtnya, suspek dilaporkan menghilangkan diri sejak tahun 2018 kemudian diserahkan notis perintah untuk hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya, kira-kira pukul 10 pagi hari yang sama.\n\n\n\u201cPenahanan itu dilakukan dengan hasil kerjasama dengan agensi penguat kuasa dari luar negara,\u201d katanya hari ini.\n\n\nMemetik sumber itu lagi, SPRM sudah merakamkan keterangan suspek selain rumahnya digeledah pada hari yang sama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri : KTMB sedia 4 ETS tambahan, tiket dijual mulai Jumaat\n\n\n\n\n\n\nSPRM buka kertas siasatan isu dana RM600 bilion\n\n\n\n\n\n\nTiada tarikh luput pelaksanaan Menu Rahmah kepada peniaga\n\n\n\n\n\n\nPRN Kelantan medan terakhir Ahmad Yakob bertanding politik\n\n\n\n\n\n\nTun M yakin Anwar dalang lokasi penganjuran Proklamasi Melayu dibatalkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerdasarkan siasatan sumber memberitahu, suspek dipercayai menerima wang hasil penyelewengan dana 1MDB dan SRC melalui akaun bank syarikat yang dikenali sebagai Wright Shaw Limited.\n\n\nSebelum ini, SPRM dengan kerjasama Commercial Affairs Departments Singapura (CAD Singapura) dilaporkan menyita akaun bank milik Wright Shaw Limited berjumlah kira-kira AS$5.2 juta (RM23.08 juta)\n\n\nSelain itu, siasatan juga membuktikan bahawa beliau telah menerima wang hasil daripada penyelewengan dana 1MDB melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).\n\n\nMenurut sumber, pada 26 April lalu, SPRM dengan kerjasama CAD Singapura membawa pulang wang dianggarkan berjumlah RM16 juta daripada syarikat Totality Limited milik Tang Keng Chee.\n\n\n\u201cTang Keng Chee ataupun dikenali sebagai Casey Tang merupakan Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB dari tahun 2012 hingga 2013.\n\n\n\u201cDia terlibat dengan 1MDB ketika itu dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) sehingga 2011.\n\n\n\u201cKonspirasinya adalah untuk mengelirukan bank dan menyembunyikan fakta tertentu daripada lembaga pengarah 1MDB untuk memindahkan AS$700 juta kepada Good Star Ltd, yang didakwa dimiliki oleh Low Taek Jho (Jho Low),\u201d kata sumber itu lagi.\n\n\nSumber berkata, pihak SPRM dipercayai telah mengeluarkan waran tangkap (Red Notice) bertarikh 29 Jun 2018 terhadap Tang Keng Chee yang masih tidak dapat dikesan dan telah menghilangkan diri kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan dibaca bersama Seksyen 28 Akta yang sama.\n\n\nSementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.\n\n\nSPRM kini sedang berusaha untuk membawa pulang beberapa lagi aset daripada individu-individu yang terlibat di Singapura, menurut beliau.\n\n\n\u201cSPRM setakat ini berjaya mendapatkan kembali kira-kira 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion,\u201d tambahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/05/tun-m-banyak-khilaf-dengan-pas-tapi-ambil-titik-persamaan-hadi/", "title": "Tun M banyak khilaf dengan PAS, tapi ambil titik persamaan \u2013 Hadi", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai banyak \u201ckhilaf\u201d dengan partinya, namun ada titik persamaan yang wajib diambil terutama melibatkan agama, bangsa dan negara.\n\n\nKenyataan itu hadir susulan PAS menzahirkan sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan oleh bekas Ahli Parlimen Langkawi itu selepas meninggalkan Pejuang.\n\n\nMenerusi pertemuan dengan bekas perdana menteri itu Selasa lalu di kediamannya, Hadi menyifatkan Mahathir sebagai negarawan yang mempunyai banyak pengalaman sejak zaman penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan, malah pernah menjadi perdana menteri sebanyak dua kali.\n\n\n\n\n\n\n\u201cWalaupun beliau banyak berkhilaf dengan PAS, namun banyak titik persamaan yang wajib diambil kira dan bersatu menunaikan kewajipan agama, bangsa dan negara bersama Islam.\n\n\n\n\n\n\n\u201cAntara perbincangannya ialah wajibnya perpaduan kaum Melayu Islam yang menjadi majoriti penduduk asal Malaysia dan majoriti masyarakat majmuk,\u201d katanya di Facebook beliau.\n\n\n\n\nSemalam beberapa orang pemimpin tertinggi PAS diketuai oleh Hadi bertemu Mahathir bagi menyatakan sokongan terhadap Proklamasi Orang Melayu.\n\n\n\n\nYang turut hadair ialah Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan dan Naib Presiden Ahmad Samsuri Mokhtar.\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadi turut menolak dakwaan Proklamasi Orang Melayu bersifat perkauman.\n\n\nSementara itu, PAS menyeru pemimpin Melayu Islam untuk menyatukan kaumnya dengan meletakkan kuasa politik ke landasan yang betul dalam keadaan kaum Melayu tidak fanatik perkauman.\n\n\n\u201cKalau dibiarkan, Melayu akan bertindak salah juga dengan semangat fanatik perkauman yang berlaku secara automatik tanpa dikawal,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Marang itu turut berkata, menjadi kesilapan dan berdosa besar bagi orang Melayu Islam yang berpecah belah dengan niat yang salah kerana disebabkan itu \u201cia telah melemahkan kuasa politik kaum Melayu Islam yang wajib memimpin negara\u201d."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/05/tun-mahathir-saman-anwar-rm150-juta/", "title": "Tun Mahathir saman Anwar RM150 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan perdana menteri di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: \u201cPelaksanaan Sebuah Idealisme\u201d pada Mac lalu.\n\n\nDr Mahathir mendakwa, kenyataan Anwar dalam ucapannya pada kongres itu membawa maksud beliau membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya.\n\n\nTuntutan saman berkenaan difailkan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique pada 3 Mac lalu dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.\n\n\nMenurut Dr Mahathir dalam pernyataan tuntutannya, keseluruhan program itu dipaparkan secara siaran langsung antara lainnya melalui sidang \u2018Facebook live\u2019 akaun Facebook milik Anwar sendiri dan di saluran YouTube Parti Keadilan Rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Operasi SAR hari keempat diteruskan, cari baki 9 mangsa\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid mohon pasport dikembalikan untuk jalankan tugas rasmi\n\n\n\n\n\n\nPemimpin PN mesyuarat, bincang usul undi percaya PM\n\n\n\n\n\n\nAnwar janji kenaikan gaji bila pendapatan negara bertambah\n\n\n\n\n\n\nMalaysia perlu tekan PBB, OIC henti kekejaman Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nKata Dr Mahathir, ia membabitkan beberapa kenyataan Anwar yang berbaur fitnah dan tohmahan yang berniat jahat bertujuan untuk menjatuhkan dan merosakkan reputasi serta imejnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/05/wan-nurzila-tamat-tugas-sebagai-pengarah-mediakomunikasi-strategik-pmo/", "title": "Wan Nurzila tamat tugas sebagai Pengarah media, komunikasi strategik, PMO", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pejabat Perdana Menteri (PMO) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Media dan Komunikasi Strategik, Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman sepanjang tempoh perkhidmatannya.\n\n\nMenerusi kenyataan hari ini, seperti dilaporkan BERNAMA, Bahagian Media dan Komunikasi Strategik memaklumkan pihaknya akan terus komited memastikan agenda Malaysia MADANI serta penyampaian maklumat berkaitan segala usaha dan inisiatif Kerajaan Perpaduan terus diperkasa.\n\n\nSemalam beberapa portal berita melaporkan, seorang pegawai kanan media dan komunikasi strategik di PMO telah dipecat dengan notis 24 jam, didakwa berkait dengan isu prestasi.\n\n\nMemetik The Vibes,\u00a0 Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau atas khidmatnya selama ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Pulihkan kedudukan kewangan, jaga keperluan rakyat \u2013 KM Sabah\n\n\n\n\n\n\nTayang kertas undi satu kesalahan \u2013 Abdul Aziz\n\n\n\n\n\n\nJangan layan khabar angin tarikh 1 Syawal \u2013 JAKIM\n\n\n\n\n\n\nRUU Larangan Lompat Parti Dijangka Dikuatkuasa Bulan Depan\n\n\n\n\n\n\nPemain Industri Perlu Adakan Filem Berunsur Jati Diri Seperti Mat Kilau\n\n\n\n\n\n\n\n\nWan Nurzila adalah bekas wartawan BERNAMA dan beliau telah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar kepada dua menteri kabinet sebelum ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/06/direman-4-hari-kerana-hina-sultan-perak/", "title": "Direman 4 hari kerana hina Sultan Perak", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Wanita yang disyaki membuat kenyataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak dalam satu video di TikTok direman empat hari bermula pada Sabtu.\n\n\nSetiausaha Polis Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, perintah reman terhadap wanita berusia 34 tahun itu diperoleh hingga 9 Mei ini.\n\n\n\n\nKatanya, dalam satu kenyataan permohonan reman itu dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.\n\n\n\n\nTambah beliau, kes dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.\n\n\n\n\nNoorsiah semalam berkata, polis menahan wanita itu kerana disyaki memuat naik video yang mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak di Tiktok pada Isnin lalu.\n\n\n\n\nKatanya, suspek ditahan di satu kawasan tempat letak kereta di Klang. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/06/gaji-minimum-penjawat-awam-dituntut-naik-rm1800/", "title": "Gaji minimum penjawat awam dituntut naik RM1,800", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI,\u00a0 Sabtu \u2013\u00a0 Kali terakhir kenaikan gaji bagi penjawat awam ialah pada tahun 2016 dnean kadar minimum RM1,200.\n\n\nSehubungn itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya skim gaji minimum penjawat awam dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,800 selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bermatlamat menjadikan masyarakat negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.\n\n\n\n\n\n\nPresidennya Datuk Adnan Mat berkata sekarang pada tahun 2023 ia masih berada parasa RM1,200, sekiranya dicampur dengan elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM350, imbuhan tetap perumahan RM300, imbuhan tetap perkhidmatan awam mengikut gred masing-masing, jumlah gaji itu baru mencapai anggaran RM1,900 yang nyata jauh daripada sasaran menjelang 2025.\n\n\nJusteru itu, katanya CUEPACS\u00a0 mencadangkan kesesuaian gaji minimum perkhidmatan awam ialah RM1,800 dalam menjamin kehidupan golongan penjawat awam supaya dapat menjalani kehidupan dalam keadaan sedikit selesa dengan kenaikan kos sara hidup.\n\n\n\u201cBagaimanapun, sekiranya kerajaan tidak mampu, boleh dinaikkan hingga RM1,500 kerana kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan gaji minimum sektor swasta sebanyak RM1,500,\n\n\nPada 1 Mei lealu, semasa sambutan Hari Pekerja 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sudah sampai masanya penilaian dan kajian semula dibuat terhadap gaji penjawat awam yang tidak memuaskan khususnya di peringkat rendah.\n\n\nSementara itu, memetik BERNAMA,\u00a0 seorang penjawat awam Muhammad Shafiq, 36, berkata kenaikan gaji bagi kumpulan bawahan amat wajar kerana kenaikan kos sara hidup sudah tidak relevan dengan gaji RM1,200.\n\n\n\u201cKerajaan juga boleh melihat kepada kenaikan elaun yang sedia ada sekiranya tidak mahu menaikkan yang pokok. Bagi kami yang bujang boleh cukup makan, namun bagi mereka yang sudah berumahtangga sememangnya terkesan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cAda penjawat awam kumpulan bawahan yang melakukan dua atau tiga kerja bagi menampung perbelanjaan harian dan keperluan asas yang lain,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nBagi Eliani Ismail, 37, penjawat awam daripada kumpulan M40 berkata kerajaan juga perlu melihat keperluan kumpulan berkenaan yang turut terkesan dengan ekonomi sekarang.\n\n\n\u201cKami antara kumpulan yang membayar cukai menjana pendapatan negara tapi sering kali terlepas pandang dan memang wajar kajian dibuat membabitkan juga kumpulan M40.\n\n\n\u201cContohnya nak mohon tadika KEMAS tak layak manakala hantar swasta pula mahal, mungkin kerajaan boleh mewujudkan bantuan khas yang bersasar kepada M40 seperti yang dilakukan kepada B40 kerana kami juga tersepit,\u201d katanya.- BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/06/gps-tumpu-kestabilan-kerajaan-henti-politiking/", "title": "GPS tumpu kestabilan kerajaan, henti politiking", "body": "0\n\n\nBANGI, \u2013 Sabtu \u2013 Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan pendirian kepada prinsip akur hasrat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mewujudkan kerajaan stabil dan memulihkan ekonomi negara.\n\n\nKetua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata,fokus perlu diberikan kepada rakyat dalam usaha memulihkan ekonomi berbanding isu berkaitan politik.\n\n\nFadillah berkata, rakyat mengharapkan semua parti politik menjaga kebajikan rakyat dan kemaslahatan negara kita.\n\n\n\u201cRakyat sekarang harapkan semua parti politik tumpu kebajikan rakyat, kemaslahatan negara kita, justeru fokus kita memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi negara kita sahaja buat masa ini,katanya\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSetiausaha politik Anwar nafi khabar angin pelantikan Wan Azizah di JPM\n\n\n\n\n\n\nPN bentang 7 tunjang utama, 25 pendekatan, 112 tawaran\n\n\n\n\n\n\nLelaki hina Sultan Johor ditahan\n\n\n\n\n\n\nRamasamy \u2018kambing hitam\u2019 DAP untuk membersihkan nama parti tersebut\n\n\n\n\n\n\nAhmad Maslan lapor polis, dituduh murtad dan kafir\n\n\n\n\n\n\n\n\nFadilah menegaskan, perkara membabitkan politik di peringkat pembangkang ataupun kerajaan perlu ditepikan buat ketika ini bagi mewujudkan negara yang stabil.\n\n\nBeliau berkata, pendekatan itu secara tidak langsung membantu meningkatkan keyakinan pelabur asing ke dalam negara.\u00a0\n\n\n\u201cKita perlu terus menjadi sebuah negara yang bukan sahaja bersatu padu tetapi sebuah negara yang dihormati oleh negara luar, barulah nanti kita dapat menjemput dan menarik pelabur ke negara kita.\n\u00a0\n\n\n\u201cItulah fokus GPS, kita dan tidak akan berpolitik lagi kerana sekarang ini ialah masa untuk kita membangunkan negara kita,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/06/mb-perak-dakwa-videonya-mengenai-tanah-rizab-melayu-dimanipulasi/", "title": "MB Perak dakwa videonya mengenai Tanah Rizab Melayu dimanipulasi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Menteri Besar Perak , Datuk Seri Saarani Mohamad kesal dengan beberapa video kenyataan beliau mengenai isu tanah rizab Melayu di negeri itu yang didakwa beliau dimanipulasi dan disebarkan di platform media sosial sejak kebelakangan ini.\n\n\nKataya, video yang disunting sekerat-sekerat menyebabkan petikan video berkenaan tidak mencerminkan maksud asal kenyataannya berhubung isu terbabit, sebaliknya ia dimanipulasi sehingga menimbulkan kekeliruan dan kebencian.\n\n\n\u201cTidak cukup dengan itu, ada pemimpin parti politik yang menggunakan video yang diedit itu untuk melemparkan kecaman dan maki hamun. Maki hamun yang dilemparkan pula tidak bersandarkan fakta dan hujah yang benar,\u201d katanya menerusi akaun Facebook rasminya hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut menyertakan video asal sidang media berhubung isu itu pada 12 April lalu.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaarani berharap pihak berkenaan supaya bermuhasabah, cermat dan berhati-hati memainkan isu yang boleh mengundang kekeliruan serta kebencian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAliran Trafik Di Lorong RFID Lancar\n\n\n\n\n\n\nTuan Ibrahim mohon maaf dakwa Titah Diraja disediakan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nMB Selangor dijangka mengadap Sultan Selangor sebelum 25 Jun\n\n\n\n\n\n\nPalestin serang balas tentera Israel\n\n\n\n\n\n\nJangan ambil kesempatan terhadap Orang Asli\u00a0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata usaha untuk menambah jumlah tanah rizab Melayu di Perak terus dipertingkatkan sehingga jumlahnya merekodkan peningkatan saban tahun.\n\n\n\n\nKatanya setakat tahun lalu, sebanyak 953,075 hektar Tanah Rizab Melayu sudah diwartakan di Perak.\n\n\n\n\n\u201cJumlah ini dijangka meningkat kerana ketika ini Pejabat Tanah dan Galian (PTG) sedang mewartakan 996.04 hektar lagi kawasan Tanah Rizab Melayu yang akan diberikan hak milik kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).\n\n\n\u201cPada masa sama, saya telah arahkan PTG supaya jika terdapat keluasan tanah tertentu yang dibatalkan status rizab Melayu disebabkan pembangunan, ia mesti diganti dengan nilai setimpal atau keluasan sama atau lebih,\u201d katanya.\n\n\nSaarani berkata beliau konsisten dengan pemansuhan tanah rizab Melayu yang tidak boleh dibuat sewenang-wenang sebaliknya ia dilakukan untuk tujuan pembangunan kemudahan awam seperti pembinaan hospital, sekolah dan sebagainya.\n\n\n\u201cSaya maafkan semua yang mencerca dan memaki hamun kerana saya mahu bersangka baik mereka tidak tahu cerita sebenar.\n\n\n\u201cKepada pihak yang edit video saya semata-mata untuk menimbulkan amarah dan kebencian, saya mendoakan moga diberi hidayah oleh Allah SWT untuk selalu dijernihkan hati melakukan kebaikan,\u201d katanya.\u00a0 \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/06/sita-akaun-bersatu-disifatkan-hina-mahkamah/", "title": "Sita akaun BERSATU disifatkan hina mahkamah", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Tindakan menyita akaun bank BERSATU oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa ia menjadi subjek pertikaian undang-undang disifatkan sebagai menghina mahkamah.\u00a0\n\n\nDalam afidavitnya hari ini, setiausaha eksekutif Bersatu Muhammad Suhaimi Yahya mendakwa penyitaan akaun itu adalah cubaan untuk mengganggu pentadbiran keadilan dengan menjadikan sebarang keputusan prosiding mahkamah yang sedang berjalan \u201cakademik\u201d.\n\n\nDalam dokumen yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, salah laku campur tangan SPRM dalam pentadbiran atau dalam pelaksanaan keadilan yang sewajarnya adalah satu penghinaan mahkamah dan adalah wajar dan harus disemak oleh Mahkamah yang mulia ini.\n\n\nDokumen itu difailkan sebagai sebahagian daripada semakan kehakiman untuk mencabar langkah SPRM membekukan dua akaun bank Bersatu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun Faisal pilih BERSATU, tinggalkan UMNO yang khianat Melayu\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin sambut baik kerjasama dengan Mahathir\n\n\n\n\n\n\nTarik balik rayuan kalimah Allah, buka ruang persenda Islam\n\n\n\n\n\n\nSogokan rasuah kepada pengundi bukan amalan Pas\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Turki selar pihak tutup mata, subahat bakar Quran\n\n\n\n\n\n\n\n\nMahkamah dijangka menyampaikan keputusannya pada 17 Mei sama ada memberi kebenaran untuk semakan itu diteruskan atau tidak.\n\n\nDalam afidavitnya, Suhaimi berkata perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 12 Jan dan 13 Jan sepatutnya tamat selepas 90 hari pada April, namun Bersatu tidak dapat menjalankan sebarang transaksi melalui akaun tersebut pada 13 April apabila perintah itu sepatutnya tamat.\n\n\nParti itu hanya dimaklumkan melalui surat bertarikh 19 April dan kenyataan akhbar pada hari berikutnya bahawa akaun tersebut telah disita.\n\n\nNamun, Suhaimi mendakwa parti itu tidak pernah menerima sebarang perintah penyitaan berhubung akaunnya, termasuk dalam surat SPRM pada 19 April.\n\n\nSebelum ini, dilaporkan SPRM telah membekukan satu akaun Bersatu di CIMB Islamic Bank dan satu lagi di Ambank (M) Berhad.\n\n\nSumber di SPRM mendakwa baki dalam dua akaun itu berjumlah kira-kira RM40 juta.\n\n\nAkaun tersebut dikatakan dibekukan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan atas dakwaan Bersatu menerima \u201csumbangan\u201d daripada 10 kontraktor yang dipercayai berjumlah lebih RM300 juta secara keseluruhan.\n\n\nSPRM kemudian berkata ia telah menyita akaun berkenaan berhubung siasatan dan pertuduhan terhadap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.\n\n\nMuhyiddin kini didakwa atas tuduhan salah guna kuasa serta pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta. Dia telah minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu pada 20 Mac.\n\n\nPengubahan wang haram itu didakwa dilakukan dengan menerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun Bersatu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/07/keluarga-khader-kecam-tindakan-israel-enggan-pulang-mayat/", "title": "Keluarga Khader kecam tindakan Israel enggan pulang mayat", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nKeluarga ikon penentang Jihad Islam Palestin (PIJ), Khader Adnan mengecam pihak berkuasa Israel yang enggan menyerahkan mayat Khader beberapa hari selepas kematiannya dan tidak menyatakan sebab mengapa Israel berbuat demikian.\n\n\nPengarah Organisasi Hak Asasi Manusia Palestin (Adalah), Hassan Jabareen berkata, ia adalah hukuman kolektif serta merupakan mayat rakyat Palestin yang ditangkap di bawah tahanan Israel.\n\n\nKhader meninggal dunia pada 2 Mei di penjara Israel selepas mogok lapar selama 87 hari yang menjadi kematian pertama setelah lebih 30 tahun malah penahanan beliau dibuat tanpa perbicaraan atau pertuduhan.\n\n\nSebelum beliau meninggal dunia, Khader mengalami masalah kesihatan yang teruk termasuk kerap muntah darah, separa sedar, sukar bercakap dan sakit teruk di seluruh badan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDominic beri amaran kepada Kit Siang isu Rusuhan 13 Mei 1969\n\n\n\n\n\n\nPH didakwa guna isu 3R untuk jatuhkan Menteri Besar Kedah\n\n\n\n\n\n\nAkaun 3 cadangan lebih baik berbanding saranan kerajaan cagar Akaun 2 KWSP\n\n\n\n\n\n\nSoal majoriti tidak penting, dasar lebih penting \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nSekolah Ras Al Tin diserbu, dimusnahkan pengganas Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, orang ramai bersolidariti buat Khader sebagai menunjukkan tanda protes mereka atas tindakan pengganas Israel termasuklah sekumpulan rakyat Sepanyol yang menentang perkara itu.\n\n\nSejak 2015, Pusat Perundangan Baitulmaqdis berkata, Tel Aviv menyimpan mayat kira-kira 130 warga Palestin, beberapa dikebumikan di tanah perkuburan tetapi kebanyakannya disimpan di dalam bilik simpanan mayat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/07/semua-operasi-perkhidmatan-telekomunikasi-sudan-dihentikan/", "title": "Semua operasi perkhidmatan telekomunikasi Sudan dihentikan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Rakyat Sudan di Khartoum dan seluruh kawasan pertempuran sukar berkomunikasi melalui rangkaian telekomunikasi utama berikutan gangguan perkhidmatan internet disebabkan perang yang berlaku di negara itu.\n\n\nLapor Middle East Monitor, semua operasi perkhidmatan rangkaian telekomunikasi Sudan dihentikan akibat peperangan yang berterusan antara Tentera Sudan dengan Pasukan Separa Sudan (RSF).\n\n\nGangguan bekalan elektrik dan kekurangan bahan api yang berulang menyebabkan sektor telekomunikasi di Sudan berdepan masalah menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.\n\n\nMenerusi kenyataan di Facebook rangkaian perkhidmatan telekomunikasi, MTN Sudan memaklumkan penangguhan semua perkhidmatan kepada pelanggan di Khartoum berikutan gangguan bekalan elektrik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan sangka anak muda terima bulat-bulat janji manis ditabur pemimpin kerajaan\n\n\n\n\n\n\nTabung Haji siap siaga hadapi ancaman strok haba\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid enggan komen \u2018Langkah London\u2019\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen, ADUN sepatutnya dilarang pegang jawatan dalam GLC\n\n\n\n\n\n\nTun M fokus proklamasi, bukan tinggalkan GTA \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, MTN Sudan merayu kepada pihak berkuasa untuk mencari penyelesaian segera.\n\n\nPertempuran membabitkan tentera Sudan dengan RSF berlaku sejak pertengahan April lalu dengan menuduh antara satu sama lain yang memulakan pertempuran berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/08/2-ditahan-seludup-1382-bungkus-sosej-sejuk-beku-dari-negara-jiran/", "title": "2 ditahan seludup 1,382 bungkus sosej sejuk beku dari negara jiran", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Dua lelaki warga tempatan ditahan polis selepas disyaki menyeludup sebanyak 1,382 bungkus sosej sejuk beku dari negara jiran yang bernilai sebanyak RM188,220 pada awal pagi tadi.\n\n\nSuspek yang masing-masing berusia 37 dan 38 tahun ditahan selepas lori yang dinaiki mereka dikesan dalam keadaan mencurigakan sewaktu pihak polis melakukan rondaan di Batu 6 Jalan Raya Timur Barat berhampiran Batu Melintang pada jam 4.10 pagi.\n\n\nKetua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, hasil pemeriksaan oleh pihak polis menemukan sebanyak 333 bungkusan guni yang berisi bungkusan sosej sejuk beku yang disyaki diseludup dari negara jira.\n\n\n\u201cKedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen perakuan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), sebelum mereka ditahan untuk tindakan lanjut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat khas namakan calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan\n\n\n\n\n\n\nPemandu tersepit, tong gas bertaburan atas jalan di Jempol\n\n\n\n\n\n\nAnwar peroleh injunksi sementara halang Sanusi ulang kenyataan fitnah\n\n\n\n\n\n\nMisi Bantuan Banjir Aman Palestin Dan Kelab Perwira Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMKT UMNO terima penjelasan Ahmad isu undi calon DAP\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLori serta sosej sejuk beku yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada pihak KKM, \u201d katanya melalui kenyataan hari ini.\n\n\nKes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(f) Akta Makanan 1983.\n\n\nDalam pada itu, Saari berkata, semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes penyalahgunaan dadah.\n\n\n\u201cSiasatan juga mendapati semua sosej berkenaan akan dibawa ke utara tanah air untuk pasaran di sana,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/08/hospital-serdang-dikenali-sebagai-hospital-sultan-idris-shah/", "title": "Hospital Serdang dikenali sebagai Hospital Sultan Idris Shah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Hospital serdang kini telah dikenali sebagai Hospital Sultan Idris Shah.\n\n\nSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan merasmikan dan menjenamakan semula hospital yang siap dibina pada tahun 2005 lalu.\n\n\nDalam titahnya, Sultan Sharafuddin turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana sudi menjenamakan semula hospital berkenaan dengan nama Baginda.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBanteras \u2018Ali Baba\u2019, kerajaan kaji dasar & undang-undang \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nCeroboh Menara 118, YouTuber ditahan polis Mei tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nKorek agenda buku Thommy Thomas ke lubang cacing \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nPahang dedah 29 individu palsu gelaran Datuk, Datuk Seri\n\n\n\n\n\n\nBanjir kilat dijangka landa enam negeri dalam tempoh 24 jam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBeta juga bersyukur kerana Pusat Kardiologi Hospital Sultan Idris Shah yang dinantikan masyarakat di Lembah Klang dan sekitarnya sudah siap dibina dan beroperasi dengan baik.\n\n\n\u201cDengan siap terbinanya Pusat Kardiologi ini, ia akan menjadi pelengkap kepada blok hospital sedia ada dan rakyat jelata khususnya, penduduk Selangor mempunyai pilihan kemudahan hospital awam yang dilengkapi dengan rawatan perkhidmatan jantung dengan peralatan canggih serta berteknologi tinggi.\n\n\n\u201cBerbanding sebelum ini yang hanya bergantung kepada Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.\n\n\n\u201cBeta harap dengan terbinanya Pusat Kardiologi ini, ia dapat meningkatkan taraf penyampaian perkhidmatan kesihatan dan mengurangkan masa menunggu bagi rawatan pesakit jantung di Selangor,\u201d titah Baginda.\n\n\nTurut hadir Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.\n\n\nDalam majlis berkenaan, Baginda turut berkenan bagi meluangkan masa selama satu jam lebih bagi melawat Galeri Kapsul Masa, Unit Radiologi Jantung, dan Makmal Non Invasif Kardiologi.\n\n\nDalam masa sama, Sultan Sharafuddin turut berharap adanya kerjasama strategik antara hospital dengan fakulti perubatan universiti bagi melahirkan kepakaran yang lain.\n\n\n\u201cBeta dimaklumkan bahawa Hospital Sultan Idris Shah mempunyai kerjasama strategik dengan Fakulti Perubatan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah.\n\n\n\u201cKerjasama ini membabitkan latihan dan penempatan pelajar Prasiswazah dan Siswazah (Perubatan dan Kejururawatan). Kerjasama ini diharap dapat diperluaskan juga kepada fasiliti yang meliputi perkhidmatan bidang kepakaran lain.\n\n\n\u201cDengan cara ini, doktor dan jururawat terlatih dapat mengamalkan perawatan pesakit yang selamat dan mempunyai etika kerja profesional,\u201d titah baginda.\n\n\nBaginda turut menasihatkan, hospital berkenaan untuk terus bersabar melayani karenah pesakit yang menerima rawatan di pusat perubatan itu.\n\n\n\u201cBeta menyedari tugas seorang doktor di hospital amat mencabar dan memerlukan kesabaran tinggi apabila memberi rawatan kepada pesakit.\n\n\n\u201cBagaimanapun, beta berkenan petugas kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah memberi perkhidmatan terbaik dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab serta banyak bersabar untuk menangani kehendak pesakit.\n\n\n\u201cBeta juga menyeru orang ramai supaya bertimbang rasa dan bersabar apabila mendapatkan rawatan di hospital kerajaan kerana mempunyai ramai pesakit yang memerlukan perhatian tatkala ruang dan bilik rawatan terhad,\u201d titah Sultan Sharafuddin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/08/pelancong-lgbtq-kini-dibenar-masuk-arab-saudi/", "title": "Pelancong LGBTQ kini dibenar masuk Arab Saudi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 P\nelancong daripada kalangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBTQ) kini boleh melawat Arab Saudi seperti yang dimaklumkan oleh tapak pelancongan rasmi kerajaan pada 1 Mei lalu.\n\n\nMenerusi laman web Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi, \nvisitsaudi.com\n\u00a0di bawah halaman Soalan Lazim menyatakan \u201cAdakah pelawat LGBT dialu-alukan untuk melawat Arab Saudi?\u201d\u00a0\n\n\nNamun, jawapan kepada soalan itu menyatakan semua orang dialu-alukan untuk melawat Arab Saudi dan pelawat tidak diminta untuk mendedahkan butiran peribadi sedemikian.\n\n\nSeperti di kebanyakan negara majoriti Islam di Timur Tengah, hubungan sejenis dilarang oleh undang-undang di Arab Saudi yang disebabkan oleh budaya konservatif dan hukum Islam yang melanggar syariah iaitu homoseksual.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekalan barang kawalan cukup menjelang Ramadan\n\n\n\n\n\n\n4 Kes Omicron Dikesan Di Sarawak\n\n\n\n\n\n\nAniaya anak monyet hingga mati, moderator kandungan TikTok akan didakwa\n\n\n\n\n\n\nAda rakyat Malaysia jadi tali barut, dalang tuntutan Kumpulan Sulu\n\n\n\n\n\n\nLaporan Ketua Audit Negara dibahas dalam Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nHubungan sejenis boleh dihukum mati atau disebat di Arab Saudi namun undang-undang yang menentang homoseksualiti tidak konsisten yang dikuatkuasakanoleh kerajaan di negara tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/08/perbicaraan-himpunan-mana-kapal-lcs/", "title": "Perbicaraan himpunan \u2018Mana Kapal LCS?\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi dilaporkan bakal membuat permohonan bagi merujuk soalan-soalan Perlembagaan ke Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 30 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.\n\n\nBeliau yang diwakili peguambela, Beatrice Chin telah dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Seksyen hari ini.\n\n\nTambahnya lagi, suatu perintah penggantungan prosiding\u00a0 juga diberikan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan dengan soalan-soalan perlembagaan.\n\n\n\u201cKami akan mencabar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 bahawa ia tidak berpelembagaan kerana bercanggah dengan Fasal 10(2)(a) dan Fasal 10(2)(b) perlembagaan Persekutuan iaitu hak kebebasan bersuara dan ekspresi saya.\u201d katanya dalam kenyataan\u00a0 media hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN cabar kemenangan kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu\n\n\n\n\n\n\nPelajar SJKC Perlu Sedar Kepentingan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nAG saran teks BM jadi versi rasmi Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nSemua peguam tarik diri, Siti Bainun menangis\n\n\n\n\n\n\nMandikan pencuri: Islam tidak ajar kezaliman\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeguambela Amir Hariri, Raj Surian Pillai pula berkata, pihaknya menerusi bantahan itu berpendirian bahawa pertuduhan berkenaan adalah defektif atau cacat.\n\n\n\u201cNotis itu difailkan dalam sistem mahkamah semalam dan sudah diserahkan kepada pendakwaan hari ini.\n\n\n\u201cMahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk failkan hujahan bertulis dan kehadiran tidak diperlukan, manakala 27 Mac bagi pendengaran bantahan awal yang memerlukan kehadiran semua pihak.\u201d\n\n\nPada 3 Ogos lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mendedahkan kontrak projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) secara rundingan terus.\n\n\nKerajaan juga didakwa telah membayar sebanyak RM6.083 bilion untuk projek LCS ini, namun tiada sebuah kapal LCS pun disiapkan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/08/perbicaraan-najib-terjejas/", "title": "Perkembangan terkini beri kesan terhadap perbicaraan kes 1MDB", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Tindakan pihak berkuasa membawa pulang individu yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mungkin akan menjejaskan perjalanan perbicaraan kes penyelewengan dana syarikat itu\u00a0 yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\n\n\nPeguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, perkara ini boleh menjejaskan serta memberi kesan terhadap perbicaraan kes 1MDB kerana suspek yang berjaya dibawa pulang ini akan memainkan peranan utama dalam skandal kewangan ini.\n\n\nBagaimanapun, Najib yang ketika ditemui pemberita sebelum pembicaraan kes beliau hari ini enggan mengulas perkara ini dengan lebih lanjut kerana ia masih di dibicarakan di mahkamah.\n\n\n\u201cKita lihat apa yang akan berlaku,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPendengaran Mahkamah Keabsahan Sjkc, Sjkt 20 Mac 2022\n\n\n\n\n\n\nProklamasi Melayu bukan martabatkan Melayu tapi nak guling kerajaan \u2013 P.Ramasamy\n\n\n\n\n\n\nUMNO Kubu Kuat Di Melaka\n\n\n\n\n\n\nAmah melecur badan, lebam muka dan mata didera\n\n\n\n\n\n\nNasib 89 keluarga terbabit laluan ECRL akan dibela \u2013 MB Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nNajib, 70, yang kini sedang berdepan empat pertuduhan yang menggunakan kedudukanya sebagai Perdana Menteri untuk mendapatkan suapan sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang membabitkan jumlah yang sama.\n\n\nPada 5 Mei lalu, akhbar melaporkan SPRM berjaya membawa pulang seorang individu yang dipercayai sekutu ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa, Jho Low yang terbabit dalam kes penyelewengan dana 1MDB dan SRC International Sdn Bhd (SRC).\u00a0\u00a0\n\n\nIndividu yang ditahan oleh pihak berkuasa ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada jam 3.30 pagi, 3 Mei lalu.\n\n\nSebaik tiba di KLIA2, lelaki berkenaan yang menghilangkan diri sejak 2018 diserahkan Notis Perintah untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi kemudian.\n\n\nSementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, perkembangan berkenaan dan pihaknya sedang berusaha mengesan beberapa lagi suspek dan aset lain di Singapura."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/08/tak-dapat-lunas-hutang-peminjam-direkrut-buat-kerja-khianat/", "title": "Tak dapat lunas hutang, peminjam direkrut buat kerja khianat", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Empat suspek ditahan pihak polis selepas disyaki terbabit dengan sindiket pinjaman wang tidak berlesen yang telah melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api dan menyimbah cat ke atas harta benda peminjam di negeri Perak dan juga Kedah.\n\n\nKetua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kegiatan kesemua suspek ini berjaya dibongkar oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam baru-baru ini.\n\n\nMenurutnya, sebelum penahan kesemua suspek ini, pihak polis menerima aduan daripada ibu mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an mengenai kenderaan Perodua Kelisa milik anaknya dibakar pada jam 4.20 pagi, 30 April lalu.\n\n\nKatanya, semakan mendapati kejadian sama berlaku di Bukit Tengah dan Air Itam pada hari yang sama antara pukul 4 hingga 7.30 pagi dengan kerugian lebih kurang RM40,000\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKadar subsidi harga padi naik kepada RM500 setiap tan mulai esok\n\n\n\n\n\n\nBERJASA lancar bantuan kecemasan gempa bumi Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\nBanjir di Johor terburuk sejak tahun 2006\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bakal bangunkan pangkalan data untuk PMKS\n\n\n\n\n\n\nBursa Malaysia rendah, kekal bawah 1,400\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMenerusi semakan pada kamera litar tertutup (CCTV), polis berjaya mengesan kedudukan kereta yang dinaiki suspek pada jam 12.05 tengah malam, Khamis lalu.\n\n\n\u201cDua suspek itu terdiri daripada lelaki dan wanita masing-masing berusia 28 serta 22 tahun. Mereka ditahan ketika sedang tidur dalam kereta di tepi Jalan Kuala Kangsar, Taman Hock Huan, Ipoh.\n\n\n\u201cPemeriksaan dalam kereta Toyota Yaris itu menemukan pemetik api, pen \u2018marker\u2019, kertas bersaiz A4, rantai kunci rumah dan beberapa resit pembelian minyak di stesen minyak,\u201d katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini.\n\n\nMohd Shuhaily menambah, siasatan terhadap dua suspek itu kemudiannya membawa kepada penahanan seorang lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 28 serta 33 tahun di dua lokasi yang berasingan di Ipoh.\n\n\nKatanya lagi, tiga suspek pertama ini akan direman selama tujuh hari bermula 4 sehingga 10 Mei manakala suspek keempat akan direman selama empat hari bermula semalam sehingga 10 Mei ini.\n\n\n\u201cSiasatan mendapati sindiket berkenaan bergiat aktif sejak pertengahan Mac lalu dan dilakukan di kawasan utara iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang.\n\n\n\u201cKejadian disyaki dilakukan sindiket along dari Singapura yang mahu menuntut hutang daripada semua suspek yang gagal melunaskannya.\n\n\n\u201cAkibatnya, semua suspek direkrut dengan perlu melakukan jenayah berkenaan pada kadar upah tertentu sebanyak RM700 sekiranya berjaya membakar kereta milik peminjam yang gagal membayar hutang,\u201d katanya.\n\n\nMohd Shuhaily turut menambah, ibu mangsa yang bekerja di negara jiran itu difahamkan telah membuat pinjaman wang namun tidak mampu membayar sebelum pemberi pinjaman menghubungi peminjam yang masih berhutang dengan sindiket itu melaksanakan jenayah berkenaan.\n\n\n\u201cJadi, saya mahu ambil kesempatan ini bagi memberitahu peminjam wang, syarikat tidak berlesen ini melakukan satu kesalahan dan apabila mereka direkrut, ia akan menambah lagi kesalahan kelakuan jenayah mereka.\n\n\n\u201cSemakan mendapati dua daripada empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang (APPW) 1951 /Seksyen 435 Kanun Keseksaan,\u201d katanya.\n\n\nHasil penahanan itu, polis percaya berjaya menyelesaikan tiga kes di Pulau Pinang selain masing-masing dua di Perak dan Kedah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/09/anwar-the-untold-story-filem-mengingatkan-kesakitan-pm/", "title": "Anwar: The Untold Story filem mengingatkan kesakitan \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim mengakui sukar untuk memberikan ulasan selepas menonton filem mengenai diri beliau kerana terdapat babak-babak yang mahu dilupakan.\n\n\nMenurutnya, ada antara adegan dalam filem \nAnwar: The Untold Story \nmerupakan detik-detik pahit yang enggan dikenang kerana ia berasakan benar-benar melukakan jiwa serta ahli keluarga.\n\n\n\u201cSaya sukar nak ulas filem itu kerana ada episod dalam kehidupan yang saya mahu lupakan kerana ia amat menyakitkan.\n\n\n\u201cBerat beban itu juga banyak yang ditanggung oleh Azizah (Datin Seri Wan\u00a0Azizah Wan Ismail) dan anak-anak,\u201d katanya ketika ditemui seusai menonton naskhah berkenaan di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur malam tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKM pantai penyakit bawaan air pascabanjir \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nKanak-Kanak 5 Hingga 12 Tahun Wajar Divaksin \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nSPRM tahan enam individu, lima antaranya penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nCalon Melayu DAP Hanya Dipergunakan Demi Raih Undi \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nBaik Khairy sertai platform politik sedia ada \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir Dr Wan Azizah dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nWalaupun sukar menyaksikan apa yang diceritakan dalam filem tersebut, Anwar tetap memuji karya seni arahan Pengarah Viva Westi sebagai satu pencapaian yang luar biasa.\n\n\n\u201cSebagai orang yang diceritakan dalam filem itu, tentu saya dan Azizah tersentuh.\n\n\n\u201cSepanjang tempoh di penjara, hanya sekali saya menangis iaitu apabila ibu saya meninggal dunia kerana itu saya memang tak boleh kawal, yang lain-lain itu \u2018senyum dalam tangisan.\u2019\n\n\n\u201cJuga, walaupun dialog waktu kejadian banyak, tak 100 peratus dapat disimpan dalam ingatan isu yang dibangkitkan oleh pengarah adalah benar dan ini rahsia umum yang harus diceritakan\n\n\n\u201cPerbualan itu panjang tapi dirumuskan dengan tepat, konteks itu betul.\n\n\n\u201cSaya akui ia berdasarkan peristiwa berlaku puluhan tahun lalu tapi disingkatkan untuk tayangan di panggung selama dua jam, ia bukan mudah.\n\n\n\u201cSinematografinya juga sangat baik, ini yang saya dapat kesan di situ,\u201d katanya.\n\n\nFilem terbitan Bianglala Entertainment ini menelan belanja sebanyak RM10 juta dan akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula 18 Mei ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/09/deepfake-ai-risiko-kecurian-data-laman-web-penipuan/", "title": "Deepfake AI risiko kecurian data laman web penipuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nKementerian Penerangan dan Komunikasi (MIC) Vietnam mendapati lebih 3,200 laman web penipuan dikesan dalam tiga bulan pertama tahun 2023 ekoran kecanggihan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).\u00a0\n\n\nPengerusi Vietnam Network Security JSC (VSEC), Truong Duc Luong berkata, kesedaran tentang keselamatan dalam talian perlu ditingkatkan kerana ia adalah langkah yang berkesan yang dilakukan secara berkala.\u00a0\n\n\nPakar Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSC) MIC, Ngo Minh Hieu memaklumkan, untuk mengelakkan ditipu, orang ramai harus berwaspada dalam setiap situasi.\n\n\nPengarah wilayah Vietnam, Vo Duong Tu Diem berkata, Kemboja dan Myanmar bagi Syarikat Keselamatan Siber Global Kaspersky mengesyorkan sandaran tetap serta kata laluan yang kukuh dan berbeza untuk akaun peribadi untuk mengelakkan kecurian data.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBeberapa wilayah Arab Saudi berdepan ribut petir\n\n\n\n\n\n\nIstilah sekolah luar bandar tidak tepat, ganggu gred purata pendidikan SPM 2022\n\n\n\n\n\n\nPemain bola sepak Liga Perancis dilarang berpuasa pada hari perlawanan\n\n\n\n\n\n\nPeSAWAH kecewa dengan kualiti benih padi Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPRK Parlimen Pulai, Dun Simpang Jeram diadakan 12 Ogos ini?\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah perniagaan harus memastikan bahawa pekerja dimaklumkan tentang cara teknologi deepfake berfungsi dan potensi risiko penipuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/09/krisis-sudan-turkiye-sedia-jadi-tuan-rumah-rundingan-komprehensif/", "title": "Krisis Sudan: Turkiye sedia jadi tuan rumah rundingan komprehensif", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Turkiye bersedia menjadi tuan rumah dalam rundingan komprehensif untuk krisis Sudan sekiranya dipersetujui oleh pihak-pihak berkepentingan, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan kepada ketua Tentera Sudan hari ini.\n\n\nDalam perbualan telefon dengan Abdel Fattah, Erdogan berkata, Turkiye akan meneruskan usaha untuk berhubung dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).\n\n\nMenurut laporan agensi \nAnadolu\n yang memetik kenyataan Direktorat Komunikasi Turkiye, ia bertujuan memastikan keperluan kemanusiaan mendesak rakyat Sudan dapat dipenuhi.\n\n\nErdogan turut menyuarakan kesedihan dan kebimbangan beliau terhadap peningkatan jumlah korban dalam \u2018pergaduhan saudara\u2019 di Sudan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kecam tindakan bakar al-Quran di Denmark\n\n\n\n\n\n\nKematian Shireen : Al Jazeera tetap akan mencari kebenaran\n\n\n\n\n\n\nTwitter benarkan media kenakan bayaran kepada pengguna\n\n\n\n\n\n\nBakar al-Quran: Salah guna prinsip kebebasan bersuara\n\n\n\n\n\n\nPolis Itali Berang Diberi Pelitup Muka Merah Jambu\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut kenyataan itu, pemindahan dan keselamatan warga Turkiye di Sudan turut dibincangkan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/09/mi-kari-putih-penang-ah-lai-mi-segera-perisa-ayam-special-selamat-dimakan/", "title": "Mi Kari Putih Penang Ah Lai, Mi Segera Perisa Ayam Special selamat dimakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan, Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera Perisa Ayam Special jenama Indomie adalah selamat untuk dimakan.\n\n\nKetua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, kedua-dua produk berkenaan telah menjalani analisa makmal dan mendapati ia mematuhi perundangan yang ditetapkan serta selamat untuk dimakan.\n\n\n\u201cIa adalah perkembangan terkini berkaitan isu produk mi segera yang dikesan mengandungi \nethylene oxide\n seperti dilaporkan media sebelum ini,\u201d katanya menerusi kenyataan hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGelombang Omicron Sudah Bermula Di Negara Ini\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: 4 lagi mangsa ditemui, 3 masih hilang\n\n\n\n\n\n\nUndang-Undang Curang Perlu Dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\nPM arah JPA bincang isu gaji penjawat awam dengan Cuepacs\n\n\n\n\n\n\nDominic Lau sah bertanding di DUN Bayan Lepas\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, KKM pernah mengarahkan agar kedua-dua produk berkenaan ditarik balik penjualannya dari pasaran Malaysia selepas didakwa terdapat\u00a0 \nethylene oxide \noleh Pihak Berkuasa Kesihatan Taiwan.\n\n\nDalam masa sama, Muhammad Radzi berkata, KKM melaksanakan enam tahap pemeriksaan di pintu masuk negara berdasarkan risiko bagi produk makanan diimport.\n\n\nMenurutnya, bagi pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas (TUL) produk makanan yang masuk ke negara ini akan ditahan serta dianalisa terlebih dahulu.\n\n\n\u201cHanya produk makanan yang mematuhi standard dilepaskan untuk pasaran Malaysia.\n\n\n\u201cBagi tempoh 2022 hingga April lalu, sejumlah 317 pensampelan bagi tujuan TUL dijalankan dan daripada jumlah tersebut, 37 (11.67 peratus) adalah pensampelan TUL ke atas produk mi segera pelbagai jenama bagi parameter ethylene oxide,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya lagi, bagi mana-mana produk yang didapati tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan, pihak KKM serta syarikat terbabit akan memastikan semua produk itu ditarik balik serta merta daripada pasaran.\n\n\nJelasnya lagi, KKM ingin menegaskan bahawa produk yang berada di pasaran melalui prosedur yang ditetapkan adalah selamat untuk digunakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/09/najib-cirit-birit-tak-dapat-hadir-bicara-1mdb/", "title": "Najib cirit birit tak dapat hadir bicara 1MDB", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perbicaraan kes 1MDB terpaksa ditangguhkan selepas Datuk Seri Najib Razak tidak dapat hadir ke mahkamah ekoran mengalami masalah cirit-birit sehingga terpaksa dirujuk kepada pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).\n\n\nPerkara itu disahkan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Penjara Kajang, Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni yang dipanggil dalam prosiding hari ini bagi membantu memberikan penjelasan mengenai keadaan bekas Perdana Menteri itu.\n\n\nMenurutnya, sewaktu di soal Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, beliau dimaklumkan oleh pembantu pegawai perubatan pada jam 7.15 pagi ini dan mendapati bahawa Najib tidak sihat serta mengalami cirit-birit.\n\n\nBeliau yang kemudiannya berjumpa dengan Najib berkata, bahawa Najib mengadu sakit perut, loya dan sudah empat kali ke tandas bagi membuang air besar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen PH tidak sependapat pelantikan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tender semula 6 projek tebatan banjir\n\n\n\n\n\n\n\u2018Lawan tetap lawan\u2019 jadi \u2018dulu lawan sekarang kawan\u2019\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Pihak terkesan diberi tempoh sebulan buat rayuan\n\n\n\n\n\n\nRUU Perkhidmatan Parlimen sedang dimuktamadkan \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKemudian saya memberikan ubat kepada Datuk Seri, bagaimanapun selepas 10 minit keadaan beliau masih tidak berubah. Saya buat pemeriksaan dan dapati beliau turut mengalami kekurangan air dan sedikit demam dengan suhu 37.8 Celsius.\n\n\n\u201cSaya merujuk Datuk Seri kepada pakar di HKL dan beliau dibawa ke sana pada jam 9.30 pagi. Ketika itu beliau kelihatan penat, lesu dan kekurangan air.\n\n\n\u201cPakar di HKL memberikan cuti sakit selama dua hari, Beliau tidak cergas untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah kerana perlu diberi \u2018\ndrip\n\u2018 yang dimasukkan dalam saluran darah dan tidak mampu berdiri sebab duduk terlalu lama,\u201d katanya.\n\n\nSewaktu menjawab soalan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, DR Mohd Hafiz berkata, Najib mengalami cirit-birit sejak semalam, lalu dirujuk ke HKL untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik.\n\n\nNajib, 70, disabitkan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan\u00a0 berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/09/orang-ramai-dinasihat-guna-bekalan-air-diiktiraf-span/", "title": "Orang ramai dinasihat guna bekalan air diiktiraf SPAN", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Orang awam dinasihatkan untuk tidak menggunakan bekalan air bawah tanah tanpa sebarang kawalan dan saringan lebih-lebih lagi dalam memenuhi keperluan bekalan air sepanjang musim panas terik ini.\n\n\nMenteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Azmi Nik Ahmad berkata, hal ini terjadi disebabkan air bawah tanah berkemungkinan besar mempunyai kandungan logam tinggi yang boleh memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.\n\n\n\u201cDi peringkat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), kami ada kualiti dan piawai yang telah ditetapkan.\n\n\n\u201cCuma ada beberapa kawasan ini, usaha untuk mengambil air bawah tanah dibuat sendiri dan tidak ikut pihak berkuasa. Justeru, kita kena pantau.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKertas siasatan wang zakat MAINS sedang dilengkapkan\n\n\n\n\n\n\nShebby Meninggal Akibat Serangan Jantung\n\n\n\n\n\n\nHenti sebar berita palsu, tunggu pengumuman rasmi tarikh hari raya\n\n\n\n\n\n\nBersatu Sabah tiada akar umbi, bakal \u2018tutup kedai\u2019\n\n\n\n\n\n\nI-Guru gesa tindakan tegas kepada pelajar rosakkan harta benda sekolah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa terbaik ialah menggunakan bekalan air yang mendapat pengiktirafan daripada SPAN. Itu nasihat kerajaan kepada orang ramai,\u201d katanya\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat adanya sebarang kuantiti penggunaan air tanah dibenarkan bagi menampung sekiranya berlaku gangguan bekalan air pada musim panas ini.\n\n\nDalam pada itu, Nik Azmi berkata, Kementeriannya secara keseluruhan sudah bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan akibat cuaca panas dan kering yang dijangka akan berlarutan sehingga bulan Ogos depan.\n\n\nTambahnya lagi. Ia termasuk memantau rapat kawasan-kawasan yang terkesan akibat cuaca panas ini terutamanya di sebelah negeri-negeri di utara Semenanjung yang membabitkan isu seperti masalah bekalan air, pembakaran terbuka dan kebakaran di tanah gambut.\n\n\n\u201cDi kawasan utara Semenanjung terutamanya mengalami cuaca kering tetapi kalau ikut ramalan (kaji cuaca), ia akan sampai ke seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.\n\n\n\u201cBagaimanapun, kita tengok dalam beberapa minggu ini di Lembah Klang, hujan masih turun, namun kita akan terus pantau dan lihat pada ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia.\n\n\n\u201cSPAN juga sudah mengadakan perbincangan dengan operator air di seluruh negara untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi setiap negeri,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/10/30-produk-raih-anugerah-industri-reka-bentuk-malaysia/", "title": "30 produk raih anugerah industri reka bentuk Malaysia", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Selasa \u2013 Sebanyak 30 produk daripada 18 syarikat termasuk satu syarikat dari Indonesia menerima pengiktirafan Malaysia Good Design Award 2022 (MGDA) di The Everly Hotel, Putrajaya malam tadi.\n\n\nPenerima anugerah MGDA terdiri daripada tiga kumpulan iaitu dalam kalangan pensyarah universiti, golongan profesional dan pengurusan reka bentuk.\n\n\nProduk yang dihasilkan dipilih berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan melalui 10 juri pakar industri tempatan dan luar negara.\n\n\nMenurut Pengarah Majlis Rekabantuk Malaysia (MRM), Husaini Ismail, pihaknya sedang menjalankan program-program khusus yang dapat memberi impak positif kepada perkembangan industri reka bentuk negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgong perkenan lima akta yang diluluskan Parlimen\n\n\n\n\n\n\nKes pinda laporan audit: 3 Mac, tarikh bela diri atau bebas Najib & Arul Kanda\n\n\n\n\n\n\nTipu Sijil Mungkin Melibatkan \u201cOrang Dalam\u201d\n\n\n\n\n\n\nFadzli Hassan, Nassuruddin Daud calon MB, Timbalan?\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Baharu Melaka Jangan Abai Nasib Nelayan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMajlis penyampaian anugerah hari ini diadakan setiap tahun sebagai menifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua sektor industri tempatan yang cemerlang dalam mengeluarkan produk berkualiti yang mempunyai reka bentuk dan teknologi inovatif.\n\n\n\u201cReka bentuk yang baik bukan sekadar memberi nilai tambah dan membezakan produk buatan kita, malah ia akan mencorak \u2018trend\u2019 pembelian pengguna ke atas produk yang dikeluarkan,\u201d katanya.\n\n\nMGDA merupakan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Malaysia terhadap industri reka bentuk dalam usaha untuk menyokong produk-produk yang mempunyai kualiti dalam aspek reka bentuk serta menjadikannya sebagai kriteria yang penting dalam amalan penghasilan sesebuah produk.\n\n\nSelain itu, MGDA turut berperanan untuk meningkatkan reputasi syarikat menerusi jaminan kepercayaan dan keyakinan dalam jangka masa panjang.\n\n\nPengiktirafan MGDA terbuka kepada 13 kategori reka bentuk yang antaranya merangkumi produk berasaskan ruang tamu dan bilik tidur; peralatan rumah, dapur dan bilik air; kraf; produk industri; pembungkusan; senibina dan persekitaran; media dan barangan elektronik serta barang kemas, fesyen dan aksesori.\n\n\nSyarikat Fateh Time Pieces Trading antara penerima anugerah MGDA, menghasilkan konsep jam tangan mempunyai dwi masa analog dan mengikut lawan arah jam. Paparan menggunakan angka peta dunia yang berputar.\n\n\nMRM juga telah mengambil inisiatif memperkenalkan program baharu yang dipanggil Pensijilan Certified Industrial Designer (Cide) dengan hasrat membangunkan kumpulan Pereka Pakar.\n\n\nKumpulan ini merupakan pakar reka bentuk negara yang akan menjadi pakar rujuk kepada industri.\n\n\nDalam pada itu, seramai 15 penerima Pensijilan Certified Industrial Designer (CIDe) hadir menerima pengiktiafan tersebut.\n\n\nNabila Khairunnisa antara penerima anugerah MGDA dari luar negara menghasilkan sehelai tudung mempunyai empat warna yang mudah dipadankan dengan apa jua pakaian.\n\n\nAnugerah MGDA 2022 dan pensijilan CIDe telah disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak.\n\n\nMenerusi pengiktirafan MGDA dan pensijilan CIDe, para pengeluar produk tempatan mendapat peluang terbaik supaya lebih berdaya saing bagi mengekalkan posisinya untuk terus maju setanding dengan negara-negara pengeluar.\n\n\nDalam perkembangan lain, MRM menyasarkan 10 penyertaan dari negara ASEAN bagi Anugerah Reka Bentuk Terbaik Malaysia (MGDA) tahun ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/10/azam-baki-dilantik-semula-sebagai-ketua-pesuruhjaya-sprm/", "title": "Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuat kuasa Jumaat ini.\nPerkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan hari ini.\nMenurutnya, pelantikan semula Azam itu adalah untuk tempoh selama setahun dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\n\u201cAdalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.\n\u201cPelantikan itu adalah untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei 2023,\u201d katanya.\nAzam mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020.\nBeliau menggantikan Latheefa Beebi Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/10/keadaan-geografi-sungai-golok-punca-penyeludupan-terus-berlaku-kastam/", "title": "Keadaan geografi Sungai Golok punca penyeludupan terus berlaku \u2013 Kastam", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Sempadan Malaysia-Thailand yang hanya dipisahkan oleh Sungai Golok yang sempit serta kawasan tebing sungai yang menjadi penempatan penduduk tempatan merupakan salah satu faktor utama mereka terlibat dalam kegiatan penyeludupan.\n\n\nPengarah Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, kebanyakan penduduk yang mendiami kawasan perairan Sungai Golok merupakan pemilik asal tanah dan binaan yang dibangunkan juga dibina dalam tanah persendirian sekali gus menyukarkan agensi yang berkaitan membuat serbuan dan pemantauan.\n\n\nTambahnya lagi, lebih 140 pangkalan haram menjadi laluan yang tidak sah bagi penduduk kedua-dua negara untuk berulang-alik di mana keadaan itu menyebabkan ia secara tidak langsung turut menyumbang kepada peningkatan kes penyeludupan.\n\n\n\u201c\nTambahan pula, penduduk di dua negara ini mempunyai pertalian kekeluargaan antara satu sama lain dan tidak dinafikan terdapat segelintir daripada menjadikan aktiviti penyeludupan ini sebagai mata pencarian harian sejak turun temurun.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik didera dan dirantai pada kaki\n\n\n\n\n\n\nAhmad Faizal umum tidak bertanding kerusi DUN\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan perhimpunan haram depan Sogo, Dataran Merdeka\n\n\n\n\n\n\nSyukuri nikmat kebebasan beragama, ambil iktibar musibah di Palestin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\n\u2018Dato Malik\u2019 di tahan SPRM di bawah AMLA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagaimanapun, kawalan sentiasa dilakukan pihak JKDM di pintu sempadan Malaysia-Thailand termasuk mendapat kerjasama agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Gerakan AM (PGA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).\n\n\n\u201cUmum mengetahui, terdapat tiga laluan keluar dan masuk yang sah di sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Bukit Bunga di Jeli serta Pengkalan Kubor di Tumpat,\u201d katanya dalam satu kenyataan media hari ini.\n\n\nSebelum ini media melaporkan, lebih daripada RM200 upah lumayan diterima sebahagian penduduk di sekitar kawasan Sungai Golok di daerah Tumpat dan Rantau Panjang memilih untuk bekerja sebagai penyeludup.\n\n\nKegiatan ini juga dilakukan sejak berpuluh-puluh tahun lalu dan sudah menjadi tradisi sejak tiga generasi yang bermula daripada datuk, bapa, sehingga anak-anak menjadi penyeludup.\n\n\nWan Jamal turut menambah, JKDM tidak akan berkompromi dengan mana-mana aktiviti penyeludupan yang berlaku dan kepada sesiapa yang melakukan kesalahan ini akan diambil tindakan mengikut undang-undang yang ditadbir oleh kerajaan.\n\n\n\u201cPenyeludupan bukan sahaja merugikan negara daripada segi kehilangan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.\n\n\n\u201cOleh itu, orang ramai digesa membantu pihak JKDM bagi memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta dinasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti berkenaan.\n\n\n\u201cMereka yang mempunya maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan boleh menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat JKDM yang terdekat di semua negeri,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/10/konsert-coldplay-tiada-manfaat-kepada-rakyat-negara/", "title": "Konsert Coldplay tiada manfaat kepada rakyat, negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \u201c\nBatalkan sahaja persembahan kumpulan ini. Tiada manfaatnya untuk negara dan rakyat.\u201d\n\n\nDemikian kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan berhubung ciapan selamat datang Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim terhadap kumpulan Coldplay yang bakal mengadakan konsert mereka di Malaysia pada November ini.\n\n\nMenurutnya, persembahan kumpulan rock terkenal dari British itu tidak membawa sebarang kebaikan kepada negara, agama dan rakyat di negara ini.\n\n\n\u201cApakah kerajaan bermaksud mahu mahu menyuburkan budaya hedonisme dan ajaran songsang ke negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaisarah terpisah dengan ibu, ayah bukan muslim dapat hak jagaan\n\n\n\n\n\n\nFasa Bertahan, Dipinggir Di Negara Sendiri?\n\n\n\n\n\n\nAgong titah perhebat bendung aktiviti jenayah, sama-sama jaga kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\nMansuh kemasukan penjawat awam guna kelulusan PMR\n\n\n\n\n\n\nRaja Rozela bersara awal, Mohd Dusuki ketuai pendakwaan kes Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya nasihatkan agar batalkan sahaja persembahan kumpulan ini di Malaysia, tidak membawa sebarang kebaikan pun pada agama, bangsa dan negara.\u201d\n\n\nTindakan menggesa pembatalan sebarang konsert artis luar negara di Malaysia yang dilakukan oleh PAS ini bukanlah kali pertama. PAS juga secara konsisten menentang sebarang bentuk hiburan yang melalaikan sejak sekian lama lagi.\n\n\nAntara konsert yang pernah dibantah oleh PAS adalah konsert penyanyi Billie Eilish yang diadakan pada Ogos tahun lalu, Konsert Selena Gomez pada 2016, Konsert kumpulan Michael Learns To Rock (MLTR) pada 2009 dan konsert MTV World Stage Live pada tahun 2011."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/10/sembilan-kubu-warga-asing-dikenal-pasti/", "title": "Sembilan kubu warga asing dikenal pasti", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kira-kira sembilan penempatan haram warga asing di sekitar ibu negara kembali aktif berjaya dikesan Jabatan Imigresen meskipun pernah diserbu pihak berkuasa. \nPengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, kebanyakan penempatan itu pernah digempur Imigresen, namun dikesan kembali beroperasi atas pelbagai faktor.\n\u201cAda pelbagai faktor yang mendorong penempatan ini kembali aktif, termasuk kehadiran rakan warga asing di lokasi berkenaan.\n\u201cSelain itu, ada juga kawasan penempatan haram terletak di tanah milik persendirian dan kediaman milik warga tempatan yang disewa kepada warga asing,\u201d katanya.\nBeliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Imigresen Kuala Lumpur di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di Kuala Lumpur hari ini.\nSyamsul Badrin berkata, daripada sembilan penempatan itu, ada juga kawasan penempatan haram warga asing yang dikenal pasti sebagai lokasi baharu.\n\u201cSaya tidak boleh menyatakan secara khusus lokasi penempatan itu kerana ada lokasi yang sedang dalam proses risikan dan siasatan sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.\n\u201cDalam kawasan penempatan warga asing, tidak semestinya semuanya pendatang tanpa izin (PATI). Ada juga antara mereka yang mempunyai dokumen sah,\u201d katanya.\nBeliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengatasi isu itu.\n\u201cPemantauan dan operasi akan terus dilaksana dalam usaha memastikan penempatan haram di sekitar ibu negara dapat dibanteras.\n\u201cOrang ramai juga diingatkan supaya tidak membenarkan mana-mana PATI masuk atau tinggal dalam premis mereka kerana perbuatan itu salah dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63.\n\u201cMereka yang melindungi atau menggajikan warga asing boleh dikenakan denda mencecah RM50,000 mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B akta sama,\u201d katanya.\nSebelum ini, media melaporkan, Imigresen Kuala Lumpur telah menahan seramai 78 PATI yang terdiri daripada 42 lelaki, 25 wanita dan enam kanak-kanak warga Indonesia serta lima lelaki warga Bangladesh di kawasan penempatan di Segambut Dalam, di sini, Sabtu lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/10/ygmb-sumbang-bantuan-kepada-100-pelajar-asnaf/", "title": "YGMB sumbang bantuan kepada 100 pelajar asnaf", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Sebanyak RM10,000 disumbangkan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) kepada golongan pelajar asnaf yang menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan kelengkapan persekolahan di Sabah. \nSumbangan yang diberikan tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada kira-kira 100 pelajar daripada golongan asnaf.\nPengerusi YGMB, Aminuddin Adam berkata, beliau berharap sumbangan wakalah zakat perniagaan berjumlah RM10,000 itu dapat meringankan sedikit bebanan pelajar asnaf yang berhadapan kesukaran untuk menyediakan peralatan sekolah yang lengkap.\n\u201cSumbangan yang diberikan itu sedikit sebanyak diharap dapat memberi keceriaan kepada anak-anak golongan asnaf yang terpaksa ke sekolah dengan peralatan sekolah yang serba kekurangan.\n\u201cDengan adanya, sumbangan zakat yang diberikan itu setidak-tidaknya membolehkan pelajar asnaf membeli kelengkapan baharu,\u201d katanya semasa penyampaian wakalah zakat perniagaan pelajar asnaf negeri Sabah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort 3 hari ini.\nSementara itu, Ketua Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, pihaknya juga melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu warga pendidik yang menjadi ahli mereka.\nSetakat ini, YGMB telah menyampaikan sumbangan wakalah zakat kepada tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Johor dan Sabah.\nPada kali ini, sumbangan wakalah zakat diberikan menerusi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk diagih-agihkan kepada 100 orang pelajar yang layak menerima wakalah zakat tersebut.\nSejak ditubuhkan pada 1994, YGMB telah memberi bantuan kewangan berjumlah RM25 juta di bawah pelbagai kategori skim keahlian di seluruh negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/11/curi-air-pili-bomba-kontraktor-bayar-kompaun-rm100/", "title": "Curi air pili bomba, kontraktor bayar kompaun RM100", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah mengenakan kompaun RM100 terhadap seorang kontraktor dalam isu membabitkan dakwaan Ahli Parlimen\u00a0pembangkang mencuri air dari pili bomba.\n\n\nBahagian Pengurusan Korporat JBPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan susulan siasatan, kompaun dikeluarkan terhadap pelaku berdasarkan Seksyen 26 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) iaitu menyalahgunakan pili bomba.\n\n\nMenurut JBPM, status bagi kes itu selesai di luar mahkamah yang mana pihak pelaku iaitu kontraktor, Tuan Salehudin Tuan Mat mengaku salah dan membuat bayaran kompaun RM100 pada 8 Mei lalu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n19 Kematian Akibat Covid 19 Semalam\n\n\n\n\n\n\nTidak Rasmi : Dr Akmal Salleh, Ketua Pemuda yang baharu\n\n\n\n\n\n\nPerketat Kawalan Pintu Masuk Antarabangsa, Elak Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat Hadi dakwa orang bukan Islam punca rasuah\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy, Khaled dan Johari berjaya merebut jawatan Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMengikut Akta 341 sesiapa yang menutup, mengepung, atau menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan atau mengganggu mana-mana pili bomba atau menggunakan pili bomba selain tujuan menentang kebakaran adalah melakukan suatu kesalahan.\n\n\n\u201cJBPM juga menegaskan bahawa Seksyen 23 (1) Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) menerangkan notis bagi kerja yang menjejaskan pili bomba.\n\n\n\u201cTiada seorang pun selain pihak berkuasa air boleh melakukan apa-apa kerja yang menjejaskan pili bomba atau aliran air kepadanya melainkan telah memberi notis bertulis berkaitan kerja yang akan dilakukan kepada Pengarah Negeri sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum kerja dimulakan,\u201d katanya.\n\n\nMenurut kenyataan itu, dalam keadaan kecemasan, kerja-kerja boleh dilaksanakan terlebih dahulu dan notis hendaklah dikemukakan dengan segera kepada Pengarah Negeri berdasarkan Seksyen 24 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).\n\n\n\u201cIaitu kewajipan Pihak Berkuasa Air memberitahu Pengarah Negeri tentang apa-apa tindakan yang menjejaskan aliran air ke pili bomba secara bertulis seberapa segera selepas keputusan dibuat.\n\n\n\u201cJusteru, apa-apa kerja-kerja yang menjejaskan aliran air ke pili bomba haruslah mendapat kelulusan dan persetujuan Pengarah Negeri dan dikemukakan secara bertulis.\n\n\n\u201cIni bagi memastikan operasi pemadaman tidak terjejas sekiranya berlaku sesuatu kebakaran. Penyalahgunaan pili bomba boleh mengakibatkan kekurangan isipadu dan tekanan air,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff didakwa menyediakan penghantaran air percuma\u00a0di kawasan Parlimen berkenaan dengan menyediakan lori tangki besar dan pam penyedut dengan mengambil air dari pili bomba sebelum dihantar ke kampung terjejas.\n\n\nBagaimanapun, Siti Zailah menafikan mencuri air\u00a0dari pili bomba, sebaliknya mendakwa tindakannya mendapat kebenaran pihak Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan JBPM Kelantan.\n\n\nSusulan itu, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyerahkan sepenuhnya\u00a0kepada JBPM untuk membuat siasatan berhubung dakwaan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/11/genap-setahun-pembunuhan-shireen-abu-akleh/", "title": "Genap setahun kematian wartawan Shireen Abu Akleh", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013 Genap setahun\u00a0 pemergian seorang wartawan Al-Jazeera yang dikenali sebagai Shireen Abu Akleh, satu majlis memperingati kematian beliau yang dibunuh tentera Israel saat membuat laporan di Bandar Jenin Tebing Barat berlangsung hari ini.\n\n\n\n\nHari memperingati kematian beliau itu anjurkan syarikat media terbesar dunia iaitu Al-Jazeera menerusi cawangan mereka Kuala Lumpur, Malaysia.\n\n\nKetua Biro Al Jazeera, Samer Allawi berkata, perhimpunan solidariti ini bertujuan untuk memperingati jasa dan perjuangan, Shireen sekali gus menuntut keadilan di atas kematian beliau yang banyak memperjuangkan hak kemanusiaan Palestin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBank Negara Malaysia OPR kekal 2.75%\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Turki selar pihak tutup mata, subahat bakar Quran\n\n\n\n\n\n\nNajib Hadir Perbicaraan Dua Hari Dipenjara\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bakal bangunkan pangkalan data untuk PMKS\n\n\n\n\n\n\nBAJET 2023 : Tingkatkan peruntukan pembangunan kokurikulum Islam \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi samping itu, pihaknya turut memperbaharui tuntutan keadilan ke atas pembunuhan Shireen dan meminta kerajaan di negara ini untuk terlibat sama dalam menaikkan semula tuntutan berkenaan.\n\n\n\u201cKerajaan Malaysia wajar mengambil tindakan dan ke hadapan serta memberi tekanan kepada (Mahkamah Jenayah Antarabangsa) agar dapat membawa pembunuh yang terlibat ke muka pengadilan,\u201d katanya.\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Hari Memperingati Kematian Wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh\u00a0 di Bangunan G Tower, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nTurut hadir bagi menjayakan program berkenaan adalah pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) iaitu, Palestine Cultural Organisation of Malaysia (PCOM), Al Quds Foundation dan Friends of Palestine.\n\n\nTambahnya lagi, disahkan bahawa tentera Israel adalah pembunuh utama yang menjadi punca kepada kematian Shireen.\n\n\nSelain itu, Samer yang juga rakan setugas Shireen menyifatkan,\u00a0 beliau sebagai insan yang amat dekat dengan rakyat Palestin dan berani dalam menyampaikan mesej kemanusian berhubung keganasan Israel kepada dunia.\n\n\n\u201cShireen sangat dekat dengan rakyat Palestin, dia sangat akrab dalam menyampaikan mesej kemanusiaan, sehinggakan reaksi kematian beliau begitu memberi kesan yang besar buat umat Islam di seluruh dunia,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/11/kpt-arah-uitm-siasat-punca-data-lebih-11000-pemohon-bocor/", "title": "KPT arah UiTM siasat punca data lebih 11,000 pemohon bocor", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil tindakan berhubung dakwaan kebocoran data lebih 11,000 pemohon universiti itu.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, siasatan lanjut akan dijalankan pihak universiti termasuk mengenal pasti pelaku.\n\n\n\u201cSaya sudah meminta pihak pengurusan mengambil tindakan bukan saja mengatasinya tetapi supaya perkara ini tidak berulang lagi.\n\n\n\u201cKita sekarang berada di zaman teknologi maklumat dan data, ia termasuk dalam soal keselamatan siber,\u201d katanya ketika ditemui pemberita semasa lawatan kerja di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPERKASA gesa Syed Saddiq lebih peka isu agama Islam\n\n\n\n\n\n\nPekebun Sayur Enggan Jawab Kenaikan Harga Sayur\n\n\n\n\n\n\nEsok, Keputusan Kes Keabsahan Vernakular\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Khalid mohon maaf, beza pandangan dengan UMNO\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tiada GST tetapi barangan mewah akan dicukai\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, media melaporkan UiTM memohon maaf\u00a0dan mengambil maklum mengenai dakwaan mengenai berlaku kebocoran data lebih 11,000 pemohon universiti berkenaan.\n\n\nMenerusi akaun Twitter rasminya, UiTM mengesahkan pautan kepada senarai sebanyak 11,891 nombor kad pengenalan dan e-mel pemohon itu tidak lagi aktif kerana kemas kini sudah dilakukan.\n\n\nIa susulan seorang pengguna Twitter mendakwa bahawa UiTM menyiarkan nombor MyKad dan e-mel pemohon terbabit di internet.\n\n\nMaklumat nombor kad pengenalan dan alamat e-melnya turut didapati dalam senarai berkenaan.\n\n\nBerikutan itu, Mohamed Khaled berkata, program pengajian siber yang ditawarkan universiti termasuk UPNM adalah bertepatan dengan situasi semasa dunia yang berdepan cabaran keselamatan siber.\n\n\nJusteru, beliau sudah meminta UPNM memikirkan suatu perancangan jangka panjang bagaimana mengemudi dan mendominasi soal keselamatan negara.\n\n\n\u201cKita sedia maklum dunia sekarang berdepan pelbagai cabaran dan Malaysia tidak terkecuali daripada perlu menangani cabaran itu.\n\n\n\u201cBanyak cabaran berkisar soal keselamatan maka di sinilah peranan yang boleh dimainkan universiti,\u201d katanya.\n\n\nDalam rangka lawatan itu, Mohamed Khaled turut mendengar taklimat mengenai sejarah dan perancangan UPNM dalam usaha melahirkan penuntut berilmu, berkemahiran dan menjadi modal insan negara. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/11/loh-siew-hong-gagal-batal-pertukaran-agama-anak-kepada-islam/", "title": "Loh Siew Hong gagal batal pertukaran agama anak kepada Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan seorang ibu tunggal, Loh Siew Hong untuk membatalkan penukaran agama kepada Islam yang dilakukan secara sepihak oleh bekas suaminya terhadap tiga orang anak mereka.\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi, Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, tidak ada bukti bahawa ketiga-tiga anak itu berhenti menganut agama Islam.\n\n\n\u201cPemohon tidak menafikan dakwaan (oleh bekas suaminya) bahawa ketiga-tiga anak itu terus mengamalkan ajaran agama Islam dengan melakukan solat subuh ketika mereka berada di bawah jagaan,\u201d katanya.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis larang terbangkan dron di kawasan tumpuan PRN\n\n\n\n\n\n\n100 ditipu sindiket tawar penjualan baucer dalam talian \u2013 MHO\n\n\n\n\n\n\nKanada lantik penasihat khas perangi Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nPeguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown\n\n\n\n\n\n\nAsyraf Wajdi tidak pertahan jawatan beri laluan muka baharu\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk\u00a0Zainul Rijal\u00a0Abu Bakar\u00a0memanjatkan rasa syukur di atas kejayaan itu.\n\n\n\u201cAlhamdulillah hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman Loh Siew Hong yg memohon mengisytiharkan pemelukan Islam anak anak beliau tidak sah.\n\n\n\u201cTerima kasih kepada semua barisan peguam Majlis Agama Islam Perlis serta pelatih-pelatih dalam kamar yang terlibat yang menyediakan kajian dan strategi penghujahan.\n\n\n\n\n\u201cBegitu juga YB Penasihat Undang Undang Negeri Perlis serta pegawai beliau yang\u00a0mantap\u00a0berhujah,\u201d kata beliau dalam status Facebook hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/11/mahfuz-omar-pengerusi-lpp-faiz-fadzil-pula-di-lkim/", "title": "Mahfuz Omar Pengerusi LPP, Faiz Fadzil pula di LKIM", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) hari ini mengumumkan pelantikan pengerusi baharu bagi lima badan berkanun di bawah kementerian itu, berkuat kuasa 15 Mei ini.\n\n\nMereka ialah\u00a0Muhammad Faiz Fadzil sebagai\u00a0Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM);\u00a0Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP); Aminuddin Zulkipli sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA);\u00a0Dr Azman Ismail sebagai\u00a0Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan\u00a0Sheikh Umar Bagharid Ali sebagai Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).\n\n\n\n\nMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata,\u00a0pelantikan tersebut adalah berdasarkan pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang termasuk\u00a0dasar, pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek LCS tetap diteruskan biarpun sukar dilaksana\n\n\n\n\n\n\nBoy Iman didakwa tipu jual tapak Hooray X Fest Raya\n\n\n\n\n\n\nTiket Vtl Malaysia-Singapura Dijual Semula Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nLEKAS, gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat lulus Projek Pulau Pinang Selatan\n\n\n\n\n\n\nUMNO sanjung tinggi tindakan tidak munasabah kerajaan campuran\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya yakin dengan pengetahuan, kredibiliti dan pengalaman yang dimiliki oleh mereka dalam menerajui dan menggalas amanah serta tanggungjawab dalam menyokong dan memastikan pembaharuan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,\u201d katanya.\n\n\nPelantikan itu, katanya, dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/11/perbicaraan-elak-cukai-penggubahan-wang-haram-rosmah-mansor-bermula-esok/", "title": "Perbicaraan elak cukai, penggubahan wang haram Rosmah Mansor bermula esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula esok hingga September ini.\n\n\nMahkamah sebelum ini menetapkan 12, 28 Mei dan 30 Jun; 6, 7, 27, 28 dan 31 Julai; 1, 2, 11, 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September untuk perbicaraan di hadapan Hakim K. Muniandy.\n\n\nKes itu sepatutnya didengar hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan namun beliau dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.\n\n\nMohamed Zaini sebelum ini memberi peringatan kepada pasukan pembelaan supaya memberi keutamaan kepada kes ini yang telah lama, Rosmah didakwa pada Oktober 2018.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN Menang Besar Jika PN, PH Tak Buat Perubahan\n\n\n\n\n\n\nPelajar perubatan, pergigian, farmasi boleh mohon tajaan mulai 3 Julai\n\n\n\n\n\n\nMySejahtera diserang 1.12 juta kali\n\n\n\n\n\n\nSudan : 459 maut, 4,072 cedera akibat konflik bersenjata\n\n\n\n\n\n\nBadan Peguam Syarie tuntut penjelasan penuh KDN\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada pengurusan kes 23 Mac lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn memaklumkan dijangka seramai 15 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala Rosmah diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent.\n\n\nRosmah yang juga isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\n\n\nBagi pertuduhan pengubahan wang haram, Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama.\n\n\nBagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018.\n\n\nRosmah didakwa gagal melakukannya seperti mana yang diperuntukkan oleh Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dengan tiada sebab munasabah yang bertentangan dengan Seksyen 112 akta sama.\n\n\nSelain itu, Rosmah sedang menunggu rayuan terhadap keputusan Hakim Mohamed Zaini yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.\n\n\nRayuan itu dijadual didengar selama empat hari bermula 11 hingga 14 Julai ini.\n\n\nRosmah disabitkan atas pertuduhan meminta rasuah sebanyak RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/11/projek-tambak-laut-hanya-satu-pulau-dibina/", "title": "Projek tambak laut: Hanya satu pulau dibina", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan pembatalan bagi Pulau B dalam projek tambak laut selatan Pulau Pinang atau Penang\u00a0South Islands\u00a0(PSI) seperti mana yang diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Mei lalu.\n\n\nKetua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, selain Pulau B, keluasan Pulau A yang dinamakan sebagai Pulau Silikon turut dikecilkan iaitu daripada 1,821 hektar kepada 930.8 hektar.\n\n\nMenurutnya, pengurangan keluasan itu melibatkan 49 peratus daripada keseluruhan tiga pulau kepada satu buah pulau sahaja.\n\n\nKon Yeow berkata, Pulau C yang berkeluasan 323.7 hektar turut dibatalkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat\n\n\n\n\n\n\nBN setuju pertahan Kerajaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nIbu bapa berlainan agama boleh jaga anak beragama Islam\n\n\n\n\n\n\nAnwar janji nilai semula upah dan gaji penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nUMNO perlu gencatan politik, fokus isu masyarakat Melayu Islam \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPulau Silikon iaitu Pulau A akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan keseluruhan membabitkan tempoh 10 hingga 15 tahun untuk kerja-kerja tambakan.\n\n\n\u201dPengurangan saiz asal bermaksud pengurangan skala projek sebanyak 49 peratus iaitu daripada tiga buah pulau kepada sebuah pulau sahaja.\n\n\n\u201cPulau Silikon akan kekal sebagai tapak depoh bagi Transit Aliran Ringan (LRT) dengan keluasan 24.3 hektar.\n\n\n\u201dKomponen Taman Teknologi Hijau (GTP) dan Heart of the Island (HOTI) di Pulau Silikon masing-masing akan menjadi pemangkin ekonomi dan produk pelancongan baharu bagi Pulau Pinang,\u201d katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri, Komtar hari ini.\n\n\nSabtu lalu, Anwar mengarahkan supaya Projek PSI dikaji semula dan memperkecilkan skopnya.\n\n\nArahan itu dibuat selepas Kerajaan Persekutuan mendengar keluhan mengenai projek tambakan laut tersebut selain mendapati kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini tidak memberi dana yang cukup terutama dalam pembangunan infrastruktur yang mendesak untuk Pulau Pinang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/11/sprm-ambil-keterangan-ketua-pembangkang/", "title": "SPRM ambil keterangan Ketua Pembangkang", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin bagi memberi keterangan berkait satu kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.\n\n\nDalam satu kenyataan, Hamzah menjelaskan keterangan itu dibuat bermula kira-kira jam 4.30 petang hingga jam 7 malam oleh pegawai SPRM susulan pertuduhan ke atas ahli perniagaan, Sim Choo Thiam di mahkamah.\n\n\nHamzah mendakwa, kes pertuduhan di mahkamah membabitkan ahli perniagaan yang turut mengheret namanya itu, jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, BERSATU dan Perikatan Nasional (PN).\n\n\n\u201cLebih-lebih lagi Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO sendiri sebelum ini secara terbuka menyebut rancangan untuk mewujudkan kluster mahkamah dalam kalangan pemimpin BERSATU dan PN.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSudan : 30 rakyat Malaysia selamat tiba di Port Sudan\n\n\n\n\n\n\nPerbezaan fahaman, definisi perhutanan punca unjuran kehilangan hutan terlalu besar\n\n\n\n\n\n\nPenyokong Najib Banjiri Perkarangan Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nKhairy akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO\n\n\n\n\n\n\nDeepak nafi ugut Ka Siong isu bekalan telur import\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya percaya, ini kerana mereka bimbang dengan kekuatan PN, yang mana sokongan rakyat akan diterjemahkan sekali lagi pada pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.\n\n\n\u201cSaya juga faham ada pihak tertentu panik dengan kedudukannya yang sedang goyah ketika ini tetapi janganlah bertindak sehingga menyebabkan rakyat berasakan SPRM boleh diperalat pemimpin tertentu,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, Choo Thiam mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta dan tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta yang kononnya berlaku dua tahun lalu.\n\n\nMengikut empat pertuduhan rasuah, lelaki berusia 63 tahun itu dituduh melakukan kesalahan itu antara Jun (tarikh tertentu tidak disebut) dan 30 Julai 2021, sebagai dorongan untuk Hamzah yang ketika itu Menteri Dalam Negeri ketika pentadbiran PN untuk membantu Asia Coding Centre Sdn Bhd mendapatkan sebarang projek daripada agensi di bawah kementerian berkenaan.\n\n\nMengulas lanjut, Hamzah berkata, agak janggal namanya disebut dalam pertuduhan itu ketika dia tidak pernah terbabit dalam sebarang urusan.\n\n\n\u201cBila diperhalusi keempat-empat pertuduhan itu, ia menyebut suapan adalah mendapatkan apa-apa projek milik agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Jadi apakah projek yang menjadi hal perkara rasuah yang dimaksudkan?\n\n\n\u201cJelas pertuduhan sebegitu sengaja diada-adakan dan dibuat sebegitu rupa untuk mengheret nama saya dalam perkara yang tidak langsung membabitkan saya.\n\n\n\u201cIni siri fitnah untuk menekan orang-orang serta ahli perniagaan tertentu supaya memalitkan dan menuding jari terhadap saya demi mencemarkan nama saya,\u201d katanya.\n\n\nDalam kenyataan sama, beliau mengucapkan tahniah atas perlanjutan kontrak khidmat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki untuk tempoh setahun lagi, selain percaya perlanjutan ini tiada muslihat tertentu. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/12/kematian-shireen-al-jazeera-tetap-akan-mencari-kebenaran/", "title": "Kematian Shireen : Al Jazeera tetap akan mencari kebenaran", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 \nSeorang wartawan Al-Jazeera, Shireen Abu Akleh yang kepalanya ditembus oleh peluru tentera Israel masih lagi tidak mendapat hak keadilan yang sewajarnya, apabila masih tiada lagi suspek yang berjaya di bawa ke muka pengadilan.\u00a0\n\n\n\n\nMengikuti perkembangan\u00a0 Di Doha, Qatar Arab Saudi, telah berlangsungnya Hari memperingati kematian Shireen Akleh di pejabat Al-Jazeera pada Khamis.\n\n\nBersempena hari memperingati kematian beliau yang sudah genap setahun itu, Al Jazeera telah mengulang ikrarnya untuk terus mencari keadilan di atas kematian wartawannya.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGantung, senarai hitam lesen jika penjual letak syarat pembelian gula\n\n\n\n\n\n\nHassan Karim ingatkan Rayer tidak campur urusan institusi Raja\n\n\n\n\n\n\nBakar bendera Israel tanda solidariti \u2013 UMNO\n\n\n\n\n\n\nSumbangan RM40 juta kepada Turkiye bantuan kecil\n\n\n\n\n\n\nAkhirnya Amerika Syarikat benarkan laungan azan 5 kali sehari\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut agensi berita itu dalam kenyataannya pada Khamis, pihaknya akan membuat kembali rayuan kepada pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa dan organisasi kebebasan media, u\nntuk terus memberi sokongan terhadap kes Shireen malah dapat membantu mengekang jenayah terhadap pengamal media.\u00a0\n\n\nSebelum ini, Al Jazeera telah banyak mengusahakan pelbagai cara dalam menjejaki kebenaran sebenar di sebalik insiden kematian wartawan terkenalnya itu.\u00a0\n\n\nBagaimanapun,\u00a0 pihaknya hanya memperoleh permohonan maaf oleh rejim Israel setelah setahun pemergiannya dan bukannya\u00a0 suspek sebenar yang menjadi dalang\u00a0 kematian Shireen Akleh.\u00a0\n\n\nBagi memperingat Shireen, bandar Qatar mempamerkan imej wajah Shireen pada salah satu bangunan di ibu kota itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/12/rosmah-minta-gugurkan-17-pertuduhan-perbicaraan-ditangguh/", "title": "Rosmah minta gugurkan 17 pertuduhan, perbicaraan ditangguh", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013 Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini pihaknya telah menghantar surat representasi bagi mengugurkan pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam\u00a0 Negeri (LHDN).\n\n\nPeguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent memaklumkan perkara itu ketika perbicaraan pertama di hadapan Hakim, K Muniady.\n\n\nRam Vincent berkata, surat representasi itu telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara (AG) pada 3 Mei lalu untuk menggugurkan kesemua 17 pertuduhan yang didakwa keatas Rosmah.\u00a0\n\n\nTambah beliau, dalam representasi itu, pihaknya membangkitkan fakta tertentu daripada perbicaraan Rosmah sebelum ini melibatkan projek solar sekolah yang disabit Rosmah.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak uruskan isu kalimah Allah dengan baik \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\nAirAsia tawar 62 penerbangan tambahan, tambang rendah tetap sempena Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\nCari jalan pendekkan kes mahkamah syariah, elak mangsa dizalimi\n\n\n\n\n\n\nPerpaduan mesti dipimpin oleh Islam yang berintegriti \u2013 Hadi\n\n\n\n\n\n\nMUDA tidak perlu minta maaf, UMNO tak tersinggung\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDalam representasi itu, kami telah membangkitkan fakta tertentu daripada perbicaraan Rosmah sebelum ini melibatkan projek solar sekolah di mana pihak pendakwaan mendapat sabitan. Bagaimanapun, kami masih belum menerima sebarang jawapan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC),\u201d katanya.\n\n\nSemasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib mengesahkan pihaknya telah menerima surat representasi itu.\u00a0\n\n\nSelepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Hakim K Muniandy membenarkan permohonan pasukan pembelaan Rosmah serta pihak pendakwaan untuk mengosongkan perbicaraan yang dijadualkan hari ini.\u00a0\n\n\nMahkamah kemudian menetapkan 24 Ogos depan bagi prosiding seterusnya.\n\n\n\n\n\u201cPada tarikh itu, pihak-pihak perlu memaklumkan kepada mahkamah status representasi itu sama ada diterima atau ditolak. Sekiranya representasi ditolak, mahkamah meneruskan perbicaraan,\u201d kata hakim.\n\n\nTerdahulu, 4 Oktober 2018, Rosmah yang juga isteri Datuk Seri Najib Razak, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.\n\n\nBagi pertuduhan pengubahan wang haram, pendakwaan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama.\n\n\nJika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda nilai aktiviti haram atau RM5 juta mana yang lebih tinggi hukuman.\u00a0\n\n\nBagi pertuduhan berkaitan LHDN, Rosmah didakwa gagal mengemukakan penyata pendapatan seperti diperuntukkan Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 dengan tiada sebab munasabah yang bertentangan Seksyen 112 akta sama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/28-julai-kes-rayuan-pembebasan-40-pertuduhan-rasuah-zahid/", "title": "28 Julai kes rayuan pembebasan 40 pertuduhan rasuah Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \n\u2013 \nMahkamah Rayuan menetapkan 28 Julai untuk pengurusan kes bagi rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).\n\n\n\n\nPengurusan kes untuk rayuan itu dijalankan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Nurul Azrina Mohamed Yusof hari ini yang menetapkan tarikh pengurusan kes baharu itu.\n\n\n\n\n\n\nPeguam Hisyam Teh Poh Teik, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh pengurusan kes selanjutnya ditetapkan berikutan permohonan pihak pendakwaan untuk tarikh lain bagi Jabatan Peguam Negara menimbangkan representasi Ahmad Zahid untuk pihak pendakwaan menghentikan rayuannya.\n\n\nPihak pendakwaan memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Rayuan pada 26 September tahun lepas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan dan melepaskan Ahmad Zahid, yang kini Timbalan Perdana Menteri, daripada semua pertuduhan selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan kes prima facie terhadapnya.\n\n\n\n\n\n\nPresiden UMNO itu mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) untuk dirinya sebagai menteri dalam negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta mengekalkan kontraknya dengan Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan sistem bersepadu VLN.\n\n\nMengikut\u00a0pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga didakwa atas 33 pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, iaitu beliau didakwa atas kapasitinya sebagai menteri dalam negeri menerima rasuah berjumlah S$13.56 juta berhubung sistem VLN antara 2014 dan 2017.\n\n\nBagi tujuh lagi\u00a0pertuduhan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000;\u00a0RM3.125 juta;\u00a015,000 Swiss Franc dan\u00a0US$15,000 daripada syarikat sama yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau.\n\n\nAhmad Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Country Heights Kajang antara Jun 2015 dan Oktober 2017.\n\n\n\n\n\n\nDalam petisyen rayuan difailkan pada 29 Disember tahun lepas, pihak pendakwaan mengemukakan 14 alasan tertumpu kepada dapatan fakta dan undang-undang yang dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi mengenai persoalan sama ada berlakunya pemberian dan penerimaan wang secara rasuah dalam kes tersebut. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/7-individu-diambil-keterangan-kes-buli-pelajar/", "title": "7 individu diambil keterangan kes buli pelajar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Seramai tujuh individu diambil keterangan berkaitan kes buli yang melibatkan seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Taman Melawati, Gombak, Isnin lalu.\nMenurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tujuh individu tersebut adalah mereka yang dipercayai berada di lokasi kejadian untuk membantu siasatan.\n\u201cSetakat ini, tujuh individu sudah diambil keterangan untuk membantu siasatan lanjut kes buli berkenaan. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun keseksaan. Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes itu,\u201d katanya.\nTujuh individu terbabit merupakan suspek dan saksi yang berada di lokasi kejadian dan tiada tangkapan dibuat setakat ini. \nMenurut laporan media semalam, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Taman Melawati cedera akibat dipukul lima pelajar Tingkatan Lima di Bukit Mar Mar Kemensah, Isnin lalu. \nMangsa dipercayai ditumbuk di bahagian dada selain dicekik dan ditendang oleh seorang pelajar tingkatan lima. \nMangsa kemudian diajak oleh lima pelajar terbabit ke Bukit Mar Mar, Kemensah pada jam 3 petang sebelum dipukul dan disaksikan sekitar 15 orang pelajar.\nKejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi, luka kening kiri, rahang selain bengkak pada tengkuk."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/barisan-artis-mewarnai-arena-politik-republik-indonesia-2024/", "title": "Barisan artis mewarnai arena politik republik Indonesia 2024", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Beberapa barisan artis Indonesia kembali memeriahkan arena politik republik negara itu apabila dinamakan sekali lagi sebagai calon anggota legislatif bagi Pilihan Raya Umum (PEMILU) 2024.\n\n\nParti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) khususnya mengesahkan 14 selebriti bakal mewakili parti politik itu pada PEMILU 2024.\n\n\nAntara beberapa artis Indonesia lain yang dicalonkan bagi pilihan raya berkenaan adalah Rano Karno; Rieke Diah Pitaloka; Kris Dayanti; Harvey Malaihollo; Junico Siahaan; Once Mekel; Marcell Siahaan dan Taufik Hidayat Udjo.\n\n\nSelain itu, Denny Cagur; Tamara Geraldine; Sari Yok Koeswoyo Koes Plus; Andre Hehanusa; Lucky Perdana dan Roni Sianturi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus Bajet Mini RM107 bilion\n\n\n\n\n\n\nSesi libat urus bincang selaras umur kanak-kanak kepada 18 tahun\n\n\n\n\n\n\nAstro Radio Catat Peningkatan Jumlah Pendengar Melebihi 16 Juta\n\n\n\n\n\n\nWanita Berjasa Fokus Institusi Keluarga Dan Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nShabery Cheek dilantik Pengerusi Felda baharu mulai 1 Julai\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetiausaha Agung PDIP, Hasto Kristiyanto, dilaporkan\u00a0 berkata, seramai 14 budayawan, seniman dan artis akan memberikan saingan sengit pada pilihan raya itu.\n\n\nHasto berkata, semua calon yang dinamakan itu telah menjalani program kepemimpinan dan mengharap mereka mampu membantu dalam meraih undi di seluruh negara itu.\n\n\n\u201cMereka yang dicalonkan sudah mengikuti pendidikan politik dan program kepemimpinan, selain diingatkan tugas wakil rakyat haruslah seiring peranan pemimpin nasional dalam membawa kemajuan Indonesia Raya,\u201d katanya.\n\n\nPada April 2019, lebih 50 artis dan selebriti, termasuk ahli sukan bertanding sebagai calon PEMILU Indonesia, sebagai satu daripada strategi parti bertanding untuk menarik pengundi.\n\n\nMereka antaranya Kris Dayanti dan pemain badminton yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik Atlanta, Ricky Subagja\n\n\nPenganalisis politik dari Forum Masyarakat Peduli Parlemen (FORMAPPI), Lucius Karus berkata pencalonan selebriti sebagai anggota legislatif adalah kaedah mudah bagi parti politik meraih undi dengan trend itu mula diketengahkan pada 2004.\n\n\n\u201cBagaimanapun, anggota legislatif dalam kalangan selebriti yang berjaya menempah tempat di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) selama ini \u2018kurang menonjol dalam mengemukakan gagasannya di Parlimen\u2019,\u201d katanya.\n\n\nLebih 205 juta rakyat Indonesia yang tinggal di dalam dan luar negara layak mengundi dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 14 Februari 2024, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/berjasa-tetap-bersama-gta-fokus-hala-tuju-dan-kepimpinan-baru/", "title": "BERJASA tetap bersama GTA, fokus hala tuju dan kepimpinan baharu", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Parti BERJASA tetap meneruskan perjuangan dalam Gerakan Tanah Air (GTA) bersama-sama parti komponen lain dengan gabungan itu meskipun tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad.\nKetua Penerangan BERJASA, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, pihaknya bersedia untuk berbincang bersama komponen parti GTA yang lain termasuk Jawatankuasa Gagasan Bangsa bagi menentukan kepimpinan baharu dan hala tuju perjuangan selepas ini.\nDalam satu kenyataan katanya, keputusan itu dibuat susulan tindakan Tun Mahathir yang mengumumkan tidak lagi bersama GTA kerana ingin fokus kepada Proklamasi Orang Melayu.\nBERJASA turut menganggap tindakan Tun Mahathir sebagai keputusan peribadi kerana perkara ini tidak dibincangkan di dalam mana-mana mesyuarat dan dibuat secara bersendirian tanpa melibatkan pimpinan GTA yang lain.\nAtas dasar itu, perjuangan GTA tetap akan diteruskan walau apa sahaja keputusan bekas Perdana Menteri itu.\nGTA ditubuhkan sebelum PRU15 membabitkan kerjasama empat parti komponen utama iaitu PEJUANG, BERJASA, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA dan Parti Ikatan India Muslim Nasional (IMAN).\n\n\nKenyataan Parti BERJASA\n\n\nNamun, PEJUANG telah mengumumkan keluar dari gabungan tersebut pada Januari lalu untuk memfokuskan parti itu terhadap pengukuhan parti berbanding bergabung dengan parti-parti yang lain. \nSemalam, Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi GTA dan mengesahkan beliau telah pun keluar dari gabungan parti berkenaan. \nDalam perkembangan sama, Tun Mahathir memaklumkan, beliau kini bergerak melalui medium Proklamasi Orang Melayu selain tidak terlibat dengan mana-mana parti politik di negara ini.\nBagaimanapun, beliau menegaskan tidak timbul isu mengetepikan mana-mana parti politik Melayu yang wujud susulan tindakannya meninggalkan GTA."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/gambar-dipercayai-berunsur-seksual-adalah-tangkap-layar-aplikasi/", "title": "Gambar dipercayai berunsur seksual adalah tangkap layar aplikasi", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew hari ini menyambung keterangan dengan memberitahu mahkamah bahawa satu gambar dalam telefon bimbit dianalisisnya adalah daripada tangkap layar sebuah aplikasi perbualan.\n\n\n\n\nJuruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) ASP Latifah Abdul Aziz, 43, berkata hasil analisis itu juga mendapati gambar yang dipercayai berunsur seksual itu bukan diambil oleh kamera telefon bimbit berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata selain itu sistem telefon bimbit itu juga secara automatik menghasilkan satu nama fail untuk gambar berkenaan mengikut tarikh tangkap layar itu dibuat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSekiranya gambar itu diambil daripada kamera telefon bimbit, laluan (dalam susunan fail telefon bimbit) akan berbeza, dan akan wujud satu folder bernama \u2018DCIM\u2019 (menempatkan gambar itu).\n\n\n\n\n\n\n\u201cManakala dalam gambar (tangkap layar) ini folder berkenaan tidak wujud,\u201d katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad di sini hari ini.\n\n\nLatifah berkata tarikh tangkap layar itu dilakukan boleh ditentukan, iaitu pada 7 Ogos 2021.\n\n\nNor Azizah: Jadi, maksudnya gambar itu mesti berada di dalam barang kes sebelum tarikh 7 Ogos 2021.\n\n\nLatifah: Ya.\n\n\nMajistret Nur Asyraf Zolhani kemudian menetapkan perbicaraan disambung pada 21 hingga 23 Jun depan.\n\n\nLew, 37, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.\n\n\nPertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/ibu-bapa-berlainan-agama-boleh-jaga-anak-beragama-islam/", "title": "Ibu bapa berlainan agama boleh jaga anak beragama Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Ibu bapa yang berlainan agama tidak dihalang menjaga anak-anak selagi mereka menjaga kepentingan hidup beragama Islam.\n\n\nPeguam yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya lebih terbuka dalam isu anak-anak mualaf dan lebih wajar di bawah jagaan ibu bapa seagama atau sebaliknya.\n\n\n\u201cSelagi ibu bapa tersebut menjaga kepentingan hidup beragama Islam, tiada masalah untuk ibu bapa yang berlainan agama menjaga anak-anak Islam tersebut.\n\n\n\u201cIni kerana hubungan anak dengan ibu bapa berlainan agama tidak boleh dipisahkan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTerlibat sindiket penipuan, 2 warga UK dihukum penjara dan denda\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Vape, rokok elektronik akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Guang Eng cabar Muhyiddin dedah nama Menteri DAP\n\n\n\n\n\n\nMangsa banjir meningkat lebih 41,000 orang di Johor\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan isu ceramah Fahmi di masjid\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Khamis, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk menolak permohonan ibu tunggal, Loh Siew Hong yang berhasrat memurtadkan ketiga anak-anaknya dan kembali kepada agama Hindu susulan penukaran agama sebelah pihak oleh bekas suaminya, Muhammad Nageshwaran Muniady.\n\n\nDalam pada itu, Zainul Rijal yang juga Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia berkata, pihaknya turut mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah variasi bagi membolehkan pihaknya memberikan didikan dan keperluan agama kepada ketiga-tiga anak Siew Hong.\n\n\nBeliau menjelaskan, perkara itu adalah wajar bagi kerana anak-anak tersebut juga berhak mendapat didikan Islam.\n\n\nZainul Rijal berkata, MAIPs tidak memohon hak jagaan kerana ia melibatkan isu antara ibu dan bapa kepada kanak-kanak tersebut.\n\n\nKatanya lagi, perkara berkenaan akan diputuskan dalam kes berasingan berikutan MAIPs ada memohon di mahkamah keluarga bagi memberikan didikan serta keperluan agama kepada tiga beradik berkenaan.\n\n\nPada 25 Mac lalu, Siew Hong memfailkan permohonan semakan kehakiman itu dengan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri Perlis dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat. \u2013 ISMAWEB"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/israel-mohon-maaf-atas-pembunuhan-shireen-akleh/", "title": "Israel mohon maaf atas pembunuhan Shireen Akleh", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 \nIsrael pada awalnya diam membisu mengenai kematian Wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh.\n\n\n\u00a0Kini buat pertama kalinya, negara haram itu tampil memohon maaf di di atas tindakan pembunuhan yang dibentuk oleh tenteranya\u00a0 pada 11 Mei lalu.\u00a0\n\n\nPermohonan maaf itu dibuat oleh Pertahanan Israel (IDF)\u00a0 menerusi jurucakapnya, Rear Adm dan Daniel Hagari di dalam program wawancara Connect the Word yang diterbitkan pada Khamis lalu.\u00a0\n\n\n\u201cSaya fikir ini adalah kesempatan terbaik untuk saya menyatakan bahawa kami sangat kesal dengan kematian Shireen Abu Akleh,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n78 negara hadiri majlis pelantikan Presiden Turkiye\n\n\n\n\n\n\nTubuh tribunal kehakiman, siasat salah laku hakim Mohd Nazlan\n\n\n\n\n\n\nPAS seru UMNO kembali kepada prinsip, jangan gadai maruah\n\n\n\n\n\n\nLima pegawai Kementerian Sumber Manusia dipecat\n\n\n\n\n\n\nArahan tulisan Jawi di papan tanda tidak langgar Perlembagaan Persekutuan \u2013 Hakim\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\n\u201cBeliau (Shireen) merupakan wartawan yang sangat terkenal. Di Israel kami menghargai demokrasi dan dalam sebuah demokrasi, kami melihat betapa tingginya nilai kewartawanan dan kebebasan media.\u201d\n\n\nBagaimanapun, permohonan maaf terbabit langsung seperti acuh tidak acuh kerana ia tidak menggambarkan sikap penyesalan tentera haram rejim.\u00a0\n\n\n\n\nNegara haram itu masih tidak mengakui sepenuhnya bahawa mereka adalah dalang sebenar insiden pembunuhan Shireen di Bandar Jenin, Tebing Barat.\u00a0\n\n\nIsrael mengambil langkah selamat dengan menyifatkan pembunuhan yang tragis itu kemungkinan besar\u00a0 dilakukan oleh tenteranya lantas tidak membawa penjenayah sebenar ke muka pengadilan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/israel-selimutkan-bukti-dan-kebenaran-pembunuh-shireen-akleh/", "title": "Israel selimutkan bukti dan kebenaran pembunuh Shireen Akleh", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nSaat dunia mahu mengetahui siapakah dalang sebenar yang menembak wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh sehingga nyawanya di ragut oleh hanya sebutir peluru.\n\n\n\u00a0\nIsrael hanya mendiamkan diri sahaja dengan tidak memberi sebarang kerjasama kerana pihaknya kini hanya menyelimuti segala bukti kukuh yang ada.\u00a0\n\n\n\n\nNamun,\u00a0 dek kerana Shireen merupakan figura yang amat dikenali malah\u00a0 mempunyai pengalaman sebagai pengamal media yang seringkali melaporkan tentang keadaan sebenar di rakyat Palestin selama lebih 25 tahun itu, hak keadilan terhadapnya tidak akan terkubur begitu sahaja.\u00a0\n\n\nSameer Allawi mahu Israel mengemukakan suspek dan bukannya diam membisu\n\n\nIni kerana, Ketua Biro Al-Jazeera Kuala Lumpur, Sameer Allawi memaklumkan pihaknya akan terus menjalankan tuntutan terhadap keadilan buat Shireen demi memastikan pembunuh terbabit bakal dibawa ke muka pengadilan.\u00a0\n\n\n\u201cKami di Al Jazeera tidak pernah lelah dalam menuntut keadilan buat Shireen. Kami tekad sedaya upaya untuk memastikan pembunuh Shireen dibawa ke muka pengadilan.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui media pada Hari Memperingati Kematian Wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh\u00a0 di Bangunan G Tower, Kuala Lumpur pada Khamis.\u00a0\n\n\nDi samping itu, Sameer turut menzahirkan rasa yang kecewa setelah mengetahui tiada suspek yang berjaya di bawa ke muka pengadilan selepas setahun siasatan terbabit dilakukan.\u00a0\n\n\nOleh itu, beliau menggesa kepada pelbagai pihak untuk turut serta\u00a0 mengambil tindakan dan ke hadapan bagi memberi tekanan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) agar membawa suspek yang terlibat ke mahkamah berkenaan.\u00a0\n\n\nSebelum ini, Shireen yang juga merupakan wartawan senior yang disifatkan sebagai \u2018Ikon Liputan Palestin\u2019 meninggal dunia semasa membuat liputan di khemah pelarian, Jenin.\u00a0\n\n\nKematian itu mencetuskan kemarahan global dan seluruh dunia termasuk Iran, Belgium, United Kingdom (UK), Afghanistan dan Pakistan yang menuntut penyiasatan \u2018bebas\u2019 dijalankan segera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/istiqamah-anak-solat-subuh-selamatkan-akidah-anak-anak/", "title": "Istiqamah \u2013 Solat Subuh selamatkan akidah anak-anak", "body": "0\n\n\nBANGI , Sabtu \u2013 Walau ramai yang sudah tahu mengenai keputusan Mahkamah Tinggi semalam berkenaan pengekalan Islam ke atas anak-anak Loh Siew Hong, tapi mungkin ramai yang belum tahu, bahawa antara yang menjadi penyelamat dalam kes tersebut, adalah istiqamahnya kanak-kanak mualaf tersebut dalam mengamalkan solat lima waktu.\n\n\nDalam membacakan penghakimannya semalam, hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Dato Wan Ahmad Farid merujuk kepada afidavit dan hujahan peguam MAIPs, berkenaan penzahiran iktikad dan keazaman melalui perbuatan dan tingkah laku untuk terus berada dalam agama Islam oleh kanak-kanak mualaf tersebut, walaupun selepas mereka diserahkan ke dalam jagaan penuh oleh ibu non-Muslim mereka.\n\n\nBahkan salah seorangnya juga turut menyatakan hasrat ingin menjadi peguam syar\u2019ie apabila sudah dewasa kelak.\n\n\nPerkara ini dilaporkan oleh media (rujuk gambar untuk laporan media penuh, yang telah difotokopi dan difailkan sebagai bukti di Mahkamah) dalam temu bual melalui telefon sehari selepas kanak-kanak tersebut dipulangkan ke dalam jagaan penuh ibu non-Muslim mereka: \u201cThe children said they had just performed their subuh prayers and were glad to be home with their mother. One of the 14 year old twins told the news portal that she wanted to enter the police accademy when she grew up. Her sister said she wanted to be a counsellor or a Shariah law practitioner.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRibut Kuat di Perai, Empat rumah Rosak Teruk\n\n\n\n\n\n\nVaksinasi Populasi Dewasa Hampiri 100 Peratus\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri sokong pengeluaran KWSP bersasar\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib bakal cemar institusi kehakiman negara\n\n\n\n\n\n\nPesara maut dirempuh pemandu mabuk selepas tegur buat bising\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebab itu dari awal lagi, apabila kita perjuangkan kes ini, ia bukanlah kes untuk memisahkan anak-anak dari ibu mereka; ia juga bukan kes untuk memaksakan agama ke atas kanak-kanak yang belum faham apa-apa.\n\n\nSebaliknya ia adalah kerana kanak-kanak mualaf tersebut sesunggguhnya adalah saudara seagama kita, dan justeru itu wajib bagi kita untuk membela hak dan akidah mereka.\n\n\nAidil Khalid \nPeguam\n\n\nPautan asal ;\u00a0\nhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid01U8AXQtsggki5HtURXqtAQ8xf5PsZ5qNotDHQhBDAnN3XRZj9dNDXP893uzVNaFQl&id=1245669741&mibextid=Nif5oz"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/jemaah-diingatkan-tidak-salahguna-visa-pelancong-umrah-untuk-tunai-haji/", "title": "Jemaah diingatkan tidak salah guna visa pelancong, umrah untuk tunai haji", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan umat Islam terutama bakal jemaah umrah di negara ini supaya tidak menyalahgunakan kemudahan visa pelancong dan visa umrah bagi tujuan menunaikan ibadah haji.\n\n\nMenerusi kenyataan MOTAC hari ini, peringatan tini dikeluarkan bagi memastikan tiada jemaah umrah yang mengambil kesempatan untuk tinggal lebih masa sehingga masuk ke musim haji.\n\n\nMOTAC yang merupakan kementerian yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada agensi pelancongan dalam bidang umrah dan seterusnya mengawal selia aktiviti berkaitan, mengingatkan syarikat pengendali umrah dan jemaah supaya menyelesaikan ibadah umrah sebelum sesi musim haji bermula selain akur dengan peraturan semasa yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.\nMusim haji dijangka bermula minggu ketiga Jun tahun ini.\n\u201cMOTAC memandang serius berhubung perkara tersebut (salah guna) kerana ia melibatkan kepentingan dan keselamatan jemaah umrah serta berusaha menghalang berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini selain daripada menjaga hubungan baik yang telah terjalin antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi,\u201d menerusi kenyataannya. \nKementerian itu memaklumkan perkara itu satu kesalahan di bawah peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu menunaikan ibadah haji tanpa mempunyai permit yang sah, selain kerajaan negara itu hanya mengiktiraf permit haji yang dikeluarkan oleh institusi bertauliah bagi setiap negara seperti Lembaga Tabung Haji (TH).\nMenurut MOTAC, tindakan sewajarnya akan diambil jika terbukti ia melibatkan syarikat pengendali umrah yang dilesenkan oleh kementerian itu dan turut menyeru rakyat Malaysia yang melancong dan mengerjakan umrah agar sentiasa menjaga nama baik negara semasa berada di luar negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/kerajaan-dan-penyokong-anwar-takut-melayu-bangkit/", "title": "Kerajaan dan penyokong Anwar takut Melayu bangkit?", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan takut jika orang Melayu bersatu dan bangkit menentang dasar yang tidak memihak kepada bangsa Melayu yang dilaksanakan kerajaannnya.\n\n\nJurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya berkata, ketakutan semakin menjadi-jadi apabila pemimpin parti BERSATU dan PAS menyokong Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\nAminuddin berkata, sejak Proklamasi Orang Melayu diuar-uarkan, pelbagai kenyataan dan komen negatif dikeluarkan daripada pihak kerajaan dan penyokong tegar Perdana Menteri ke-10 itu.\n\n\n\u201cLagi teruk, negatif yang tidak berfakta pun, hanya nak meroyan kosong sahaja.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak Salah Bercita-Cita Nak Jadi PM \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah nazak, hanya berpaut pada PH \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nTidak sentuh 3R, Rukun Negara nak letak mana? \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nMahkamah arah Zuraida bayar RM10 juta kepada PKR\n\n\n\n\n\n\nPetisyen BN ditolak, Che Alias kekal Ahli Parlimen Kemaman\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMalah, ia telah menjadi mimpi ngeri kepada pihak kerajaan sehingga semua pihak termasuk ada ketua-ketua NGO didesak membuat kenyataan untuk membantah,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut mempersoal apakah salah kalau ada pihak yang mahu menyatukan kembali orang Melayu?\n\n\n\u201cHanya mereka yang mati jiwa perjuangan terhadap bangsa Melayu akan membantah apatah lagi menggelupur pada proklamasi ini,\u201d katanya.\n\n\nAminuddin turut menegaskan, sehingga kini tiada sebarang tindakan positif kepada orang Melayu, malah dihina di khalayak ramai dan dilabelkan angkuh, sekolah-olah agama tidak dibela tetapi sekolah swasta pula dibantu.\n\n\n\u201cRakyat yang menderita tidak dibantu tetapi disuruh berhutang dan mencagarkan wang KWSP mereka.\n\n\n\u201cDalam keadaan sebegini, apakah salah kalau ada pihak yang mahu menyatukan kembali orang Melayu?\n\n\n\u201cHanya mereka yang mati jiwa perjuangan terhadap bangsa Melayu akan membantah apatahlagi menggelupur pada proklamasi ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/lambakan-nepal-di-nilai-tiada-kerja-dan-tidak-diberikan-gaji/", "title": "Lambakan Nepal di Nilai tiada kerja dan tidak diberikan gaji", "body": "0\n\n\nBANGI , Sabtu \u2013 Lambakan pekerja asing warga Nepal terperangkap di Nilai, Negeri Sembilan lebih tiga bulan selepas janji mereka akan dapat pekerjaan gagal ditunaikan.\n\n\nSumber dari Kedutaan Nepal menjelaskan seramai 300 pekerja asing berkenaan yang tiba di Malaysia sejak Januari lalu, diambil oleh syarikat pembersihan Star Domain Resources Sdn Bhd untuk bekerja di Genting Highland.\n\n\nmemetik Malaysiakini, sumber dalaman berkata, pekerja terbabit masih belum mendapat sebarang pekerjaan dan dibiarkan tanpa gaji.\n\n\n\u201cSeramai 301 pekerja Nepal telah ditempatkan di kuarters buruh berpusat, yang diluluskan oleh jabatan buruh, di Nilai.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba\n\n\n\n\n\n\nLihat anak bulan Syawal petang ini\n\n\n\n\n\n\nSPRM sahkan akaun bank Bersatu dibeku\n\n\n\n\n\n\nTumpahan minyak diesel punca 4 LRA henti tugas sementara\n\n\n\n\n\n\nMansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAgensi pengambilan pekerja di Nepal melaporkan hanya 45 daripada mereka diberi pekerjaan.\n\n\nMenurut sumber itu lagi, kedutaan Nepal telah mengatur pertemuan dengan syarikat pembersihan itu tetapi mereka tidak hadir.\n\n\nPengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan, Roslan Bahari berkata syarikat itu hanya membayar tidak melebihi RM600 sebagai \u201cbayaran token\u201d.\n\n\nRoslan berkata syarikat itu telah menangguhkan pembayaran gaji penuh buat kali ketiga sejak isu itu timbul.\n\n\n\u201cJabatan Tenaga Kerja khususnya di Negeri Sembilan telah berjumpa majikan lebih tujuh kali untuk mendesak mereka membayar gaji tertunggak. Kami bersama-sama wakil kedutaan telah bersusah payah meminta majikan membuat bayaran.\u201d\n\n\n\u201cMereka sepatutnya membayar baki dua bulan gaji pada Khamis (11 Mei) jam 12.30 tengah hari tetapi mereka gagal berbuat demikian.\n\n\nKatanya, Jabatan Tenaga Kerja dan kedutaan Nepal telah bekerja keras untuk menyelesaikan isu itu.\n\n\nJabatan berkenaan telah membuka kertas siasatan mengenai isu berkenaan namun saya fikir lebih baik fokus kepada pekerja dan gaji mereka yang tidak dibayar.\n\n\nTurut dimaklumkan ibu pejabat Jabatan Tenaga Kerja di Kuala Lumpur sedang berusaha memindahkan baki 256 pekerja yang menganggur kepada majikan lain dalam masa terdekat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/lebih-rm103-86-juta-kepada-imam-guru-agama-di-kelantan/", "title": "Lebih RM103.86 juta kepada imam, guru agama di Kelantan", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 K\nerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan berjumlah kewangan RM103.86 juta khusus kepada Imam, Bilal, Siak, Guru Takmir dan Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Kelantan tahun ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu membabitkan Imam seramai 1,170 orang dengan jumlah peruntukan RM11.9 juta dan elaun Guru Takmir seramai 341 orang dengan jumlah sebanyak RM3.68 juta.\n\n\n\u201cBayaran khas sebanyak RM600 secara \u2018\none-off\n\u2018 diteruskan pada tahun ini kepada Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir di Kelantan membabitkan seramai 2,605 penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.56 juta.\n\n\n\u201cManakala jumlah peruntukan elaun guru KAFA pula adalah sebanyak RM82.79 juta yang melibatkan seramai 5,470 orang,\u201d katanya ketika berucap pada Program Madani Ulama\u2019 dan Umara\u2019 Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini hari ini.\n\n\nTurut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.\n\n\nMengulas lanjut, Anwar berkata caruman kerajaan sebanyak RM232.80 seorang bagi Pakej Program Perlindungan di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS Lindung) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga diteruskan tahun ini kepada Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir di Kelantan membabitkan seramai 2,605 orang dengan jumlah peruntukan RM606,444 setahun.\n\n\n\u201cKerajaan juga secara jelas mahukan agensi Islam menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pengurusan dan tata kelola. Ini adalah cabaran yang mesti kita sahut bersama samada di peringkat persekutuan termasuk juga di peringkat negeri-negeri.\n\n\n\u201cUmpamanya dalam aspek pengurusan kewangan serta tata kelola pentadbiran hal ehwal Islam yang berintegriti perlu dititikberatkan oleh kita semua. Kita tidak mahu terlibat dalam sebarang salah laku,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata kerajaan juga melalui Yayasan Taqwa (MAIWP) telah menyalurkan Sumbangan Bantuan Musibah Negeri Kelantan yang mana sehingga kini\u00a0 sumbangan bantuan itu adalah sebanyak RM2.65 juta.\n\n\n\u201cBagi bantuan bina baharu rumah kediaman sebanyak RM829,225, bantuan bagi baik pulih rumah kediaman sebanyak RM1.53 juta, bantuan baik pulih masjid dan surau RM278,700 dan baik pulih institusi pendidikan pula RM10,000,\u201d katanya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/lima-bas-ekspres-terbakar/", "title": "Lima bas ekspres terbakar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sebanyak lima buah bas ekspres musnah dijilat api dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Kejuruteraan 1, Kawasan Perindustrian Segamat, malam tadi.\nKomander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhd. Hazim Abd Razak berkata, pasukan itu menerima laporan kejadian berkenaan pada jam 7.10 malam.\n\u201cKebakaran melibatkan lima buah bas yang berada di bengkel bas. Empat buah bas terbakar 90 peratus dan sebuah bas lagi terbakar 30 peratus.\n\u201cApi yang marak dikawal daripada merebak ke beberapa buah bas berhampiran yang lain,\u201d katanya. \nMuhd Hazim berkata, kebakaran dapat dikawal dalam masa kira-kira setengah jam. \nTambah beliau, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dicatatkan.\n\n\nPunca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/opr-naik-bank-negara-tidak-kejam-gabenor/", "title": "OPR naik : Bank Negara tidak kejam \u2013 Gabenor", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) ke paras 3.00 peratus baru-baru ini bukan satu tindakan kejam oleh Bank Negara Malaysia (BNM).\n\n\nGabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, keputusan itu dibuat bagi mengawal inflasi daripada terus melonjak tinggi dan menjadi tidak terkawal.\n\n\n\u201cMana lagi kejam kalau inflasi kita di luar kawalan? Kalau kadar inflasi kita naik mendadak, kuasa beli semua orang akan terkesan tanpa mengira anda mempunyai pinjaman atau tidak.\n\n\n\u201cJadi, kita naikkan OPR kerana kita mahu memastikan ekonomi berkembang secara mampan dan bukan saja untuk hari ini, tapi untuk bulan dan tahun yang mendatang,\u201dkatanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cUndi Nurul sama macam undi saya.\u201d \u2013 Noh Omar\n\n\n\n\n\n\nParti politik Melayu wajar bantah gelaran Tan Sri kepada Lim Kit Siang\n\n\n\n\n\n\nSPRM badan bebas, tiada keperluan maklum siasatan kepada Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nUMNO Hilang Idealisme Parti Kerana Ada Muslihat Peribadi \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nJangan Biar Aset Negara Digadai, Dirampas Pihak Luar \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media \nprestasi ekonomi suku pertama 2023 di Sasana Kijang, Kuala Lumpur pada Jumaat.\n\n\nDalam pada itu, Nor Shamsiah menolak sebarang tanggapan bahawa kenaikan OPR telah menyebabkan peningkatan dalam jumlah kes muflis.\n\n\nBeliau berkata, tiada angka untuk menyokong dakwaan sedemikian, sambil menambah pada hakikatnya, secara agregat, isi rumah terus memegang aset kewangan melebihi hutang yang membolehkan mereka menguruskan kos pinjaman yang lebih tinggi.\n\n\n\n\nTambah beliau, \nkenaikan OPR juga bukan untuk menguntungkan bank, sebaliknya setiap keputusan antaranya adalah untuk memastikan keyakinan pendeposit.\n\n\nDalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa \nJawatankuasa Dasar Monetari (\nMPC) adalah sebuah badan bebas, dan sebarang keputusan yang diambil tidak dipengaruhi oleh pihak luar.\n\n\nPada 3 Mei lalu, MPC BNM mengumumkan OPR meningkat 25 mata kepada 3.00 peratus.\n\n\nKenaikan OPR itu adalah pertama bagi tahun ini selepas penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di Malaysia itu telah dikekalkan pada Januari dan Mac lalu pada paras 2.75 peratus."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/palestin-serang-balas-tentera-israel/", "title": "Palestin serang balas tentera Israel", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pasukan pejuang Palestin menyasarkan perhimpunan kenderaan dan askar rejim Zionis dengan peluru berkaliber berat, serta mengesahkan serangan terus terhadap pihak musuh, kata Briged Al-Quds dalam satu kenyataan.\nMenurut Radio Tentera Israel, jet pejuang Israel mengenai empat pos tentera kumpulan Jihad Islam, serta tapak pelancaran mortar dan roket di Semenanjung Gaza.\nPasukan pejuang Palestin terus melancarkan serangan roket terhadap tapak, penempatan dan bandar tentera Israel untuk menyerang balas terhadap serangan udara yang berterusan di Semenanjung Gaza.\nPihak Israel memberitahu pengantara Mesir mengenai pemberhentian rundingan gencatan senjata ketika konflik antara tentera Israel dan kumpulan Penentang Palestin di Gaza terus meningkat.\nKementerian Kesihatan Palestin berkata 31 orang, termasuk enam kanak-kanak dan tiga wanita, telah terbunuh, dan 93 yang lain, termasuk 32 kanak-kanak dan 17 wanita, cedera dalam empat hari terakhir serangan udara tentera Israel.\nPerkhidmatan perubatan kecemasan kebangsaan Israel, Magen David Adom, melaporkan bahawa roket dilepaskan dari Gaza Khamis lalu merosakkan bangunan kediaman di bandar Rehovot tengah Israel, lantas menyebabkan seorang maut dan lima cedera. -Agensi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/rakyat-palestin-memperingati-kematian-shireen-abu-akleh/", "title": "Rakyat Palestin memperingati kematian Shireen Abu Akleh", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 \nInsiden sebutir peluru yang menerjah kepala Shireen Abu Akleh oleh tentera Israel pada 11 Mei lalu, telah menjadi inspirasi buat semua rakyat di Palestin dalam mengenali tentang erti sebuah kebebasan.\u00a0\n\n\nLapor agensi Berita Jerman (DPA), setahun selepas kematian wartawan Al Jazeera Shireen Abu Akleh, beberapa majlis peringatan telah dirancang di Tebing Barat pada Khamis.\n\n\nBatu yang didedikasikan buat Shireen Abu Akleh\n\n\nMajlis tersebut dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Ramallah sekaligus membina batu asas di muzium khusus didedikasikan buat Shireen di bandar itu.\u00a0\n\n\nSelain memperingati beliau, pihaknya juga telah mengumumkan beberapa anugerah khas yang diberi gelaran nama khas buat Shireen Abu Akleh.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRibuan mangsa rugi puluhan juta terhadap skim pelaburan kutu \u2018Sapiza\u2019\n\n\n\n\n\n\nNajib Hadir Perbicaraan Dua Hari Dipenjara\n\n\n\n\n\n\nPAS dakwa SPRM, BERSIH \u2018pilih kasih\u2019, ambil ringan amalan Zahid beri rasuah\n\n\n\n\n\n\nTun M sahkan tidak pegang apa-apa jawatan dalam GTA\n\n\n\n\n\n\nPRN: Pengundi perlu tolak sentimen taksub kepada parti, pemimpin"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/tun-m-cabar-anwar-kemuka-bukti-dakwaan-miliki-wang/", "title": "Tun M cabar Anwar kemuka bukti dakwaan miliki wang", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuktikan dakwaan beliau memiliki sejumlah wang seperti yang didakwa Perdana Menteri ke-10 itu.\n\n\nMalah, beliau secara berseloroh berkata, sekiranya Anwar mampu membuktikan perkara itu, separuh daripada wang berkenaan akan diberikan kepada Ahli Parlimen Tambun itu.\n\n\n\u201cYang kata saya ada duit ni anwar. Sebab itu saya tanya dia kalau tahu saya ada duit, tunjuklah di mana duit, kalau dia jumpa 1 billion duit saya, saya bagi kat dia separuh. \u201d\n\n\nBeliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga, Jitra, Kedah pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Cipta Jurang, Halang Integrasi Nasional \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nKabinet baharu Sabah dijangka angkat sumpah esok\n\n\n\n\n\n\nGaza diserang lagi, susulan kematian Khader Adnan\n\n\n\n\n\n\nDr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang\n\n\n\n\n\n\nTiada kerusi bertanding, MCA dan MIC wajar keluar BN\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 6 Mei lalu, Anwar mencabar bekas pemimpin dan pembesar yang mendapat keuntungan ketika era pemerintahan mereka untuk berkongsi kekayaan dengan orang Melayu yang lain.\n\n\nJelas Anwar, ini kerana pemimpin-pemimpin berkenaan dilihat hanya mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan keluarga ketika pentadbiran masing-masing.\n\n\nNamun, apabila mereka tidak lagi berkuasa, isu membabitkan penyatuan serta kekuatan orang Melayu baru dibangkitkan dan diperjuangkan individu berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/tun-m-sahkan-tidak-pegang-apa-apa-jawatan-dalam-gta/", "title": "Tun M sahkan tidak pegang apa-apa jawatan dalam GTA", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Gerakan Tanah Air (GTA) kini tidak lagi diterajui Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas gabungan itu tewas teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu.\n\n\nMenurutnya, beliau mengambil keputusan itu selepas menyedari GTA tidak mampu serta gagal menarik sokongan pengundi ketika PRU-15 lalu.\n\n\n\u201cYang\u00a0 itu lama punya, takde apa dah. Pasal GTA tak jadi tak dapat tolong kita. Pasal dia parti. Kita dapati kalau sebagai parti kita tak boleh menang, kita dah lawan dalam Pilihan Raya ke-15, GTA dan Pejuang kalah 125 kerusi. GTA\u00a0 tak register. GTA belum register. GTA tak berfungsi. Takda bergerak.\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga, di Jitra, Kedah semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKertas arahan halang MB Kedah wujud\n\n\n\n\n\n\nHadi disiasat Bukit Aman berhubung kenyataan jatuhkan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nUMNO sedia hantar calon pertahan DUN Jeram Padang\n\n\n\n\n\n\nDr Mahathir dakwa UMNO sudah tidak wujud lagi\n\n\n\n\n\n\nSolat punca mahkamah tolak permohonan ibu murtadkan anak\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, beliau kini bergerak melalui medium Proklamasi Orang Melayu selain tidak terlibat dengan mana-mana parti politik di negara ini.\n\n\nBeliau yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi berkata medium itu berupaya memberi kesedaran kepada orang Melayu tentang nasib mereka yang dilihat sudah kehilangan kuasa di negara sendiri.\n\n\nJelas beliau, sekiranya penyatuan dalam kalangan kaum Melayu tidak dapat direalisasikan, kedudukan kaum berkenaan di Malaysia juga akan semakin terhakis dari hari ke hari.\n\n\nSementara itu, semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut menandatangani Proklamasi Orang Melayu sebagai tanda sokongan kepada bangsa Melayu.\n\n\nPada awal Februari lalu, Dr Mahathir mengumumkan beliau keluar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bersama 12 lagi ahli yang lain.\n\n\nMenerusi satu notis kepada Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah, keputusan itu dibuat berikutan tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan GTA."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/13/tun-mahathir-tinggalkan-gta-tidak-pernah-dibincangkan-marzuki/", "title": "Tun Mahathir tinggalkan GTA tidak pernah dibincangkan \u2013 Marzuki", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Gerakan Tanah Air (GTA) akan mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai status beliau dalam gabungan itu.\n\n\nKetua Setiausahanya, Datuk Marzuki Yahya berkata, kenyataan akan dikeluarkan pada pertemuan selepas solat Jumaat.\n\n\n\u201cYa (GTA keluarkan kenyataan) nanti selepas saya bertemu Tun selepas solat jumaat,\u201d katanya lapor \nMalaysiaGazette.\n\n\nMarzuki berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan beliau keluar daripada GTA dengan mendakwa gabungan itu tidak dapat berfungsi dengan baik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDemimu Ayah\u2026 gendong bapa sempurnakan tawaf\n\n\n\n\n\n\nMangsa Banjir Boleh Mohon Kelonggaran Bayaran Semula\n\n\n\n\n\n\nKelantan boleh jadi negeri kaya jika PAS terus diberi mandat\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Wanita DAP Bermulut Jahat \u2013 Tajuddin\n\n\n\n\n\n\nTV Pertiwi disekat: Fahmi jamin tiada status dua darjat antara media\n\n\n\n\n\n\n\n\nMarzuki berkata, tindakan Tun Mahathir untuk meninggalkan GTA tidak pernah dibincangkan sebelum ini.\n\n\n\n\nPada Jumaat, bekas Perdana Menteri, mengesahkan beliau kini tidak lagi bersama dengan GTA dan memegang apa-apa jawatan dalam gerakan berkenaan.\n\n\nMenurutnya, keputusan berkenaan dibuat selepas menyedari bahawa GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi terutama ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November lepas.\n\n\nDalam perkembangan sama, Tun Mahathir memaklumkan, beliau kini bergerak melalui medium Proklamasi Orang Melayu selain tidak terlibat dengan mana-mana parti politik di negara ini.\n\n\nMedium berkenaan, jelas bekas Ahli Parlimen Langkawi itu, berupaya memberi kesedaran kepada orang Melayu di negara ini tentang nasib mereka yang dilihat sudah kehilangan kuasa di negara sendiri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/14/anwar-ziarah-kawan-lama-perkara-biasa-salahuddin/", "title": "Anwar ziarah kawan lama perkara biasa \u2013 Salahuddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pertemuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ahli keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, termasuk dua anak bekas Mursyidul Am PAS merupakan satu perkara yang biasa sahaja dan tidak perlu adanya kontroversi.\n\n\nTimbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata sudah menjadi kebiasaan Perdana Menteri mengunjungi dan menziarahi sahabat lama dan keluarga sewaktu mengadakan program di seluruh negara.\n\n\nBekas Naib Presiden PAS itu juga memaklumkan bahawa Anwar pernah menziarahi keluarga bekas Presiden PAS, Allahyaraham Datuk Fadzil Noor sewaktu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Kedah, akhir bulan lalu.\n\n\n\u201cSebelum ke Terengganu malam tadi, Perdana Menteri dan isteri turut menziarahi pengasas dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pertama, Prof Dr Razali Nawawi yang kini dalam keadaan uzur.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Cipta Jurang, Halang Integrasi Nasional \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nAgong Berangkat Hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-257 Hari Kedua\n\n\n\n\n\n\nSiti Nuramira Dibebaskan Dengan Jaminan JAWI\n\n\n\n\n\n\nCadangan perluas visa ketibaan boleh gugat keselamatan negara\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria: Arkitek apartmen mewah ditahan selepas larikan diri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLawatan dan ziarah kawan lama oleh Datuk Seri Anwar sudah menjadi kebiasaan pemimpin negara,\u201d katanya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.\n\n\nPertemuan yang telah dikatakan diadakan di Hotel Perdana di Kota Bharu itu turut dihadiri oleh abang Nik Mohamad Abduh, iaitu Nik Omar yang menyertai AMANAH dan pernah bertanding dalam pilihan raya atas tiket Pakatan Harapan (PH) dan kuota PKR.\n\n\nGambar pertemuan itu dimuat naik oleh pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin, yang turut hadir pada perjumpaan berkenaan. Umum tahu Nik Abduh dan Nik Omar tidak sehaluan dalam politik apabila memilih jalan dan parti bertentangan ideologi.\n\n\nSalahuddin berkata, pertemuan dan program ziarah Anwar dengan keluarga Allahyaram Nik Abdul Aziz tidak perlu dijadikan kontroversi.\n\n\n\u201cSaya secara peribadi turut menziarahi bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan bekas EXCO Terengganu, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong, kelmarin. Walaupun antara kami berbeza (ideologi) politik, kami tidak akan pisahkan silaturahim,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/14/b40-jika-rayuan-diterima-tapi-luar-tahun-giliran-kena-bayar-penuh/", "title": "B40 jika rayuan diterima tapi luar tahun giliran kena bayar penuh", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Bakal jemaah haji yang dikategorikan sebagai B40 yang rayuannya diterima meskipun di luar tahun\u00a0 giliran masih lagi kena membayar kos penuh untuk pakej haji secara muassah.\n\n\nPerkara ini dijelaskan sendiri oleh Pengarah Eksekutif Haji, Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi menjelaskan kekeliruan mengenai kos tersebut.\n\n\n\u201cJika di luar gilirannya, tidak kira B40 atau M40 atau T20, dia perlu bayar penuh jika rayuan diterima tahun ini,\u201d katanya pada sidang akhbar Pusat Konvensyen \nMovenpick hari ini.\n\n\nTerdahulu, beliau menyantuni kumpulan kedua seramai 160 petugas haji yang berlepas ke tanah suci meliputi kebajikan, perubatan, beberapa agensi luar dan juga media tempatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeluarga Adib Tarik Rayuan Komital Terhadap Tommy Thomas\n\n\n\n\n\n\nDira tanding jawatan ketua puteri UMNO cabar tiga lagi calon\n\n\n\n\n\n\nTiada sabotaj, letupan tragedi Double Six\n\n\n\n\n\n\nIbu bapa teruja anak dapat sertai program khatan secara percuma\n\n\n\n\n\n\nLebih 3.5 Juta Dadah Dirampas Dalam Tempoh Tiga Hari\n\n\n\n\n\n\n\n\nMereka merupakan sebahagian daripada 670 petugas yang akan digerakkan ke Arab Saudi bagi operasi musim haji ini dengan kumpulan pertama yang telah berlepas pada hari Jumaat lalu.\n\n\nIsu bayaran haji musim ini menjadi topik yang hangat bagi kalangan umat Islam susulan berlakunya peningkatan kos tahun ini terutamanya mereka yang berjaya membuat rayuan bagi menunaikan ibadah haji ini.\n\n\nIa ekoran kenyataan bekas Pengarah Urusan Kumpula Tabung Haji, Datuk Seri Amrin Awaluddin pada 21 Mac lepas yang menyatakan rayuan di luar giliran akan dikenakan kos penuh sebanyak RM30,850.\n\n\nBayaran akan dikenakan kepada jemaah namun akan dikecualikan kepada kes rayuan sebagai mahram kepada jemaah atau menjadi pembantu kepada jemaah yang lanjut usia yang terpilih bagi mengerjakan haji kali ini.\n\n\nMengulas lanjut, Syed Saleh yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia berkata, pihak TH sudah memberi penerangan yang jelas berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ini.\n\n\n\u201cMungkin ada kekeliruan terutama bakal jemaah B40 yang rayuan diluluskan walhal bukan tahun giliran dan dia terkejut apabila perlu bayar penuh macam kumpulan T20,\u201d katany\na.\n\n\nBagaimanapun, beliau tidak menyatakan rasional mengapa golongan B40 juga harus turut membayar penuh namun ia difahamkan kerana bakal jemaah itu mengisi kuota bukan tahun gilirannya.\n\n\nKelazimannya, ujar Syed Saleh lagi, hanya B40 yang rayuan merka diterima dan kebetulan memang tahun ini giliran diperuntukkan layak membayar kos hanya RM10,980.\n\n\nSituasi ini juga mungkin disebabkan mereka cuma mengisi balik kuota giliran asal tahun ini yang telah ditolak oleh bakal jemaah yang sudah menerima surat tawaran atas pelbagai sebab.\n\n\nTH pada akhir Mac lepas mengumunkan bahawa kenaikan bayaran haji mulai tahun ini adalah antara RM1,000 sehingga RM3,00 dengan kumpulan M40 dikenakan cas sederhana sebanyak RM15,980.\n\n\nTahun ini, Malaysia menghantar 31,600 bakal jemaah iaitu kembali kepada jumlah kuota asal ditetapkan tiga tahun lepas berbanding hanya 14,306 orang pada musim 1443H lalu.\n\n\nPenerbangan pertama ditetapkan TH pada 21 Mei ini manakala penerbangan terakhir pula pada 21 Jun depan iaitu kira-kira seminggu sebelum bermulanya hari wukuf di Arafah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/14/ku-li-dilantik-sebagai-penasihat-umno/", "title": "Ku Li dilantik sebagai Penasihat UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 UMNO hari ini melantik Pemimpin veterannya, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Penasihat parti itu atas cadangan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nPerkara itu disahkan bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, sambil berkata Ahmad Zahid membuat cadangan itu ketika berucap pada pertemuan dengan ketua, timbalan dan naib ketua UMNO bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia (WTC).\n\n\n\u201cVeteran UMNO bersetuju dengan bangun dalam majlis itu apabila nama Tengku Razaleigh dicadangkan oleh Ahmad Zahid,\u201d katanya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti kepada BH, hari ini.\n\n\nTengku Razaleigh menjadi Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974, ketika kawasan itu dikenali sebagai Ulu Kelantan, namun gagal mengekalkan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMat London menghembus nafas terakhir di pagi Subuh hening\n\n\n\n\n\n\nAl Fatihah : Mohd Isa pemimpin tegar, perjuangkan penduduk miskin sejak dulu\n\n\n\n\n\n\nPDRM perlu tambah Pusat CIC di Sabah dan Sarawak\n\n\n\n\n\n\n50 Peratus Kawasan Berpenduduk Boleh Capai Liputan 5G\n\n\n\n\n\n\nTujuh lelaki pakai seluar pendek kena amaran JAHEAIK\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Azizi Abu Naim dengan kekurangan 163 undi.\n\n\nTahun lalu, Tengku Razaleigh berkata, beliau akan meninggalkan dunia politik selepas PRU15."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/14/lawan-tetap-lawan-jadi-dulu-lawan-sekarang-kawan/", "title": "\u2018Lawan tetap lawan\u2019 jadi \u2018dulu lawan sekarang kawan\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Slogan \u2018lawan tetap lawan\u2019 sememangnya terkenal dengan parti politik Pakatan Harapan Rakyat (PKR) namun kini telah berubah kepada \u2018dulu lawan sekarang kawan\u2019.\n\n\nSetiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, berkata perubahan ini dibuat untuk memastikan Kerajaan Perpaduan kukuh dan stabil, selain berupaya untuk berfungsi dengan baik dalam usaha untuk memelihara kepentingan rakyat secara bersama.\n\n\nBeliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata dengan tertubuhnya penubuhan Kerajaan Perpaduan ia mempunyai kepentingan bersama dalam usaha ke arah kestabilan politik, memakmurkan dan merakyatkan ekonomi serta memastikan keamanan terjamin.\n\n\n\u201cDulu ketika reformasi, (slogan) kita lawan tetap lawan, kini perlu ditukar sikit, dulu lawan sekarang kawan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengalaman BBQ Pasti Menyeronokkan di Sunway Lagoon\n\n\n\n\n\n\nTidak sentuh 3R, Rukun Negara nak letak mana? \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\n6,000 serbu pejabat Tesla Malaysia\n\n\n\n\n\n\nATM Sentiasa Siap Siaga Pindah Mangsa Banjir Ke Kawasan Selamat\n\n\n\n\n\n\nPerkataan \u2018Rahmah\u2019 pada menu tidak halal kurang sesuai\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi apa yang kita nak bawa balik dari konvensyen ini adalah keyakinan bahawa kerajaan Madani adalah kukuh, stabil dan dapat berfungsi dengan baik.\n\n\n\u201cSelain itu, menjaga kepentingan bersama menjadi asas perpaduan yang mengikat kita,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada masa yang sama, beliau berkata, adalah menjadi kewajipan dan tugas kerajaan dalam memastikan keadilan kepimpinan itu dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat yang mana ia menjadi tekad dan azam Kerajaan Perpaduan.\n\n\nSementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berharap konvensyen yang diadakan hari ini dapat menjadi titik tolak kepada usaha mencari persamaan dalam 19 parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan.\n\n\nBeliau berkata semua ahli dan akar umbi di bawah payung Kerajaan Perpaduan perlu segera bersatu untuk mengukuhkan kerajaan dan bukanya sibuk mencari titik perbezaan antara parti.\n\n\n\u201cCari titik persamaan dan bukan titik perbezaan, kita tidak akan ke mana jika masih cari titik perbezaan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/14/lelaki-maut-kekasih-parah-kemalangan-pulang-dari-beli-cincin-pertunangan/", "title": "Lelaki maut, kekasih parah, kemalangan pulang dari beli cincin pertunangan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 seorang lelaki maut manakala bakal tunangnya parah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 105 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Terminal Minyak Mentah (TCOT) di Kerteh, malam tadi.\n\n\nKejadian berkenaan berlaku pada jam 11 malam, mangsa maut yang dikenali sebagai Muhammad Aliff Hafizuddin Samsul, 24, berasal dari Kampung Bukit Kuang, Kemaman meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.\n\n\nManakala bakal tunangnya, 21, berasal dari Kampung Seberang Pintasan, Dungun, pula parah dan telah dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lebih lanjut.\n\n\nSewaktu kejadian, Muhammad Aliff dikatakan sedang dalam perjalanan mengantar bakal tunangnya itu pulang ke rumah selepas membeli cincin bagi melangsungkan majlis pertunangan mereka tak lama lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCalon Presiden Turkiye berdepan saingan pilihan raya penentu\n\n\n\n\n\n\nArahan tulisan Jawi di papan tanda tidak langgar Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nBanyak kompromi dibuat sehingga DAP ketepi perjuangan parti \u2013 Ramasamy\n\n\n\n\n\n\n48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara\n\n\n\n\n\n\nPesara rugi RM128,037 diperdaya \u2018pegawai\u2019 mahkamah\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian, kedua-dua mangsa menaiki kereta dari Kerteh dan mengahala ke Dungun.\n\n\nMenurutnya, kemalangan yang dipercayai berlaku itu berpunca apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari arah Dungun ke Kemaman hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta mangsa.\n\n\n\u201cKedua-dua mangsa tersepit dalam kereta yang remuk dan terbalik. Kedua-dua mangsa kemudian dikeluarkan oleh anggota bomba dan Muhammad Aliff disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.\n\n\n\u201cMayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk urusan pengebumian.\n\n\n\u201cKes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/14/pm-gesa-siasatan-dilakukan-terhadap-perasuah-tak-berani-disentuh-sesiapa/", "title": "PM gesa siasatan dilakukan terhadap \u2018perasuah tak berani disentuh sesiapa\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan sisatan kepada sesiapa sahaja yang bertanggungjawab atas kerugian yang ditanggung akibat rasuah.\n\n\nBeliau berkata selain SPRM, agensi yang lain turut digesa untuk melakukan siasatan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM), dan juga Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mengambil apa saja langkah mengikut jalur perundangan untuk bertindak.\n\n\n\u201cKita kena suarakan (rasuah) tetapi saya tidak boleh berikan petunjuk satu persatu melainkan arahan umum kerana ada orang-orang diketahui, rasuah berbilion\u2026 Dah puluh tahun tapi selamat, tidak berani disentuh (sesiapa).\n\n\n\u201cApa erti negara, kekuatan undang-undang kalau kita minta polis, LHDN, ambil tindakan di bawah tapi yang di atas itu terlepas dan kumpulan harta itu puluh-puluh billion ringgit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu tegas noktahkan tidak iktiraf UEC : i-Guru\n\n\n\n\n\n\nKerjasama Dengan Kementerian Luar, Interpol Dan Kedutaan\n\n\n\n\n\n\nIsham Jalil Sah Dilantik MKT UMNO, Ganti Tajuddin\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Sektor kesihatan terima RM36 bilion\n\n\n\n\n\n\nCalon Melayu Dap Hanya Boneka \u2013 Mahdzir\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cItu sebab maka saya bagi arahan umum dan saya harap rakyat tak kira parti, tak kira kaum bagi sokongan terhadap tindakan ini,\u201d katanya\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan khusus dalam usaha mencari pihak yang terlibat dalam kes rasuah berikutan statistik yang dikeluarkan EMIR Research yang menganggarkan Malaysia bakal berhadapan dengan kerugian sebanyak RM4.5 billion dalam masa 26 tahun disebabkan oleh rasuah dan juga ketirisan.\n\n\nAnwar yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah kerugian sebenar itu belum dapat dipastikan oleh itu, kerajaan kekal dengan keputusan dasar dalam usaha memerangi rasuah walaupun telah banyak menerima serangan dan tentangan daripada sesetengah kelompok yang korup.\n\n\n\u201cSaya jadikan ini sebagai suatu keputusan dasar yang sangat serius walaupun mendapat serangan ataupun percubaan kelompok-kelompok, terutama yang kaya, yang kaya tak apa tapi yang korup, yang harta berbilion-billion, di dalam dan luar negara, yang menyoroknya, itu mereka nampaknya kumpul, kekuatan untuk lawan\n.\n\n\n\u201cSaya sudah ambil satu keputusan dan tekad masalah Malaysia ini mesti diselamatkan daripada penyakau-penyakau ini dan ini memerlukan tekad politik yang jelas, yang tegas.\n\n\n\u201cBukan soal kaum bukan soal penganut agama berbeda, ini soal karakter, soal akhlak, soal nilai. Walaupun dipermainkan, saya faham masalah ini dan kita mahu rakyat faham dan bersama menyerang dan menghentikan (rasuah),\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/14/prn-enam-negeri-masih-kekal-sepakat-bubar-dun-serentak/", "title": "PRN: Enam negeri masih kekal sepakat bubar DUN serentak", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Sebanyak enam negeri bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak bagi memudahkan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada Julai depan.\n\n\nMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kesepakatan dalam pertemuan enam Menteri Besar dan juga Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan (PH) yang diadakan pada Februari lalu setakat ini tidak berubah.\n\n\nTambahnya lagi jika tidak dilakukan serentak PRN ini akan merisikokan kepada kedua-dua Parti itu.\n\n\n\u201cDalam pertemuan itu, kami bincang mengenai perkara (bubar) itu lah. Sekiranya diberikan cuti serentak bolehlah balik mengundi dan itu yang sebaiknya. Saya percaya masih ada persefahaman itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak rasmi : Noraini Ahmad pertahan jawatan Ketua Wanita UMNO\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni Bukan Kali Pertama Buat Kami, Tapi Paling Dahsyat\u201d- Penduduk\n\n\n\n\n\n\nSingapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara\n\n\n\n\n\n\nSivakumar masih disiasat, tiada keperluan direhatkan \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan isu ceramah Fahmi di masjid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTidak ada siapa pun buat rancangan apa-apa (selain itu). Saya tak pastilah kalau PH tiba-tiba tukar angin. Kita (PN) masih sama mahukan tarikh pilihan raya yang sama di Kedah, Kelantan, Terengganu,\u201d katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan jentera pilihan raya PN Kedah sempena Himpunan Jentera Pilihan Raya PN Kedah di Padang Awam Guar Chempedak malma tadi.\n\n\nTurut hadir bersama, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ronald Kiandee serta kepimpinan tertinggi PN Kedah.\n\n\nDalam pada masa yang sama beliau turut menegaskan bahawa setiap parti akan mempunyai risiko yang lebih tinggi sekiranya PRN ini tidak dilakukan secara serentak dan langkah ini juga merupakan langkah yang baik.\n\n\n\u201cAda risiko kalau tak buat sekali, sama ada mereka akan \u2018renyak\u2019 kita ataupun kita \u2018renyak\u2019 mereka. Jadi lebih baik adakan sekali.\n\n\n\u201cAda negeri DUN terbubar sendiri dalam bulan Jun atau Julai. Kedah pada 4 Julai akan gugur sendiri, manakala Kelantan (26 Jun) dan Terengganu pada 28 Jun,\u201d katanya.\n\n\nMenurutnya lagi, memandangkan setakat ini tiada lagi perjumpaan susulan selepas perjumpaan pertama diadakan, rundingan tersebut masih lagi terpakai selagi tidak ada perubahan diumumkan.\n\n\nMenurutnya lagi, memandangkan setakat ini tiada perjumpaan susulan selepas perjumpaan pertama diadakan, rundingan tersebut masih terpakai selagi tiada perubahan diumumkan.\n\n\n\u201cBelum jumpa (kali kedua) cuma ada jumpa di mesyuarat biasa tetapi tak adalah perbincangan khusus mengenai perkara itu, maka masih terpakai rundingan pertama itu,\u201d jelasnya.\n\n\nTegas ketua Pengarah Pilihan Raya PN itu, terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga untuk menentuka tarikh sebenar PRN selepas kesemua DUN masing-masing bubar.\n\n\n\u201cSaya pun sudah maklum awal akan bubar DUN minggu keempat Jun. Oleh kerana sudah ada tarikh masing-masing boleh buat kerja. PH pun mula awal gunakan bas (untuk kempen), kita tak ada bas, guna kereta sendiri dan kaedah tradisi seperti perjumpaan dan himpunan, selain tingkatkan lagi media baharu.\n\n\n\u201cPetugas parti kita tanpa bayaran, tanpa konsert artis, tanpa bas angkut percuma, tak ada makanan percuma. Semua datang ikhlas,\u201d katanya ketika berucap di hadapan 50,000 jentera parti yang dilancarkan bagi setiap daerah terlibat.\n\n\nDalam pada itu, Muhammad Sanusi menyifatkan Kedah menjadi tarikan sama ada di pihak PN mahupun PH.\n\n\n\u201cPN sedang memerintah, PH berhasrat merampasnya. Nak rampas Kelantan, Terengganu mereka tak larat, jadi mula di Kedah. Ingat Kedah \u2018kacang pooi\u2019 bukan jalan mudah untuk PH.\n\n\n\u201cKita pun tak anggap pakatan mereka itu pakatan yang mudah untuk dihadapi. Kita persiapkan jentera lebih awal, bangkitkan semangat untuk tingkatkan kemahiran petugas pilihan raya PN dan mula laksana kempen yang dibenarkan,\u201d ujarnya.\n\n\nPada Jumaat, Barisan Nasional (BN) bersama PH yakin mampu memberi saingan di negeri-negeri yang memiliki majoriti Melayu yang ditadbir PAS di Kedah, Kelantan dan Terengganu.\n\n\nPengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jentera kedua-dua parti kini berada dalam keadaan siap siaga termasuk memperbaiki kelemahan-kelemahan lalu untuk berdepan saingan PRN.\n\n\nPresiden UMNO itu juga percaya trend sokongan pengundi akan berubah dalam PRN akan datang berbanding pada PRU15 lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/14/projek-psi-ngo-akan-serah-memorandum-bantahan-ke-parlimen/", "title": "Projek PSI: NGO akan serah memorandum bantahan ke Parlimen", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Bantahan terhadap projek Selatan Pulau Pinang (PSI) akan diteruskan sehingga ia dibatalkan sepenuhnya walaupun kerajaan negeri menyatakan hanya satu daripada tiga pulau tersebut akan dibina.\n\n\nPengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PenMutiara), Ibrahim Che Rose berkata,\u00a0memorandum itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada sidang akan datang.\n\n\nJelasnya, serahan memorandum itu susulan tiada perubahan selepas pihaknya menghantar surat bantahan tersebut kepada Anwar minggu lalu.\n\n\n\u201cKita tetap akan bantah walaupun kerajaan negeri menyatakan hanya satu pulau akan dibina dalam projek PSI ini. Kami tidak mahu projek ini diteruskan, bukan tiga bukan satu, batalkan terus.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan ambil kesempatan terhadap Orang Asli\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSurat Azalina tidak dibincang Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nAkaun Twitter Edisi Siasat Digantung, Telegram Masih Ada\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin belum tengok surat RoS berhubung usul UMNO\n\n\n\n\n\n\nCADANGAN SEMPADAN NEGARA DIBUKA 1 JANUARI 2022\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cWalaupun kami baru serah surat kepada Anwar pada minggu lalu, nampak gayanya ia tidak berkesan. Sehubungan itu, kami akan adakan perhimpunan aman di Parlimen selain menyerahkan memorandum bantahan kepada Anwar berhubung projek ini.\n\n\n\u201cKami tidak akan berhenti membantah selagi projek ini tidak dibatalkan terus. Kami bukan mahu projek ini dikecilkan skopnya tetapi dibatalkan. Ini kerana, walaupun sebuah pulau sahaja, impaknya ke atas alam sekitar sama sahaja,\u201d katanya dalam video Perhimpunan Aman Bantahan Terhadap Projek PSI di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada Sabtu.\n\n\nKatanya, memorandum tersebut adalah kedua selepas memorandum pertama diserahkan di Parlimen pada 2019.\n\n\n\n\nMenerusi perhimpunan tersebut, seramai 4,000 komuniti nelayan dan badan bukan kerajaan (NGO) hadir bagi menyatakan sokongan mereka terhadap bantahan tersebut.\n\n\nSelain penduduk setempat dan Pen Mutiara, antara NGO lain yang hadir ialah Penang Forum, Sahabat Alam Malaysia (SAM), Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).\n\n\n\n\nDalam pada itu, Ibrahim turut mencabar Ketua Menteri, Chow Kon Yeow untuk turun ke laut bersamanya pada tarikh-tarikh tertentu bagi menunjukkan hasil laut yang berjaya ditangkap di kawasan rancangan projek berkenaan.\n\n\n\u201cKami tidak pernah berpeluang untuk bertemu sendiri dengan Ketua Menteri. Kerajaan negeri selalu berkata bahawa kawasan yang dirancang ini tidak mempunyai sumber hasil laut yang banyak. Oleh itu, saya cabar Ketua Menteri untuk turun ke laut bersama saya.\n\n\n\u201cLagi elok jika turun ke laut pada tarikh-tarikh yang tertentu, tengok sendiri berapa banyak hasil laut dapat ditangkap. Jangan hanya membuat keputusan daripada hasil kajian kerana semua itu berbayar,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, satu surat bantahan terhadap projek PSI telah diserahkan kepada Anwar oleh Pen Mutiara melalui Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim dalam satu perjumpaan di Restoran Pen Mutiara, Batu Maung.\n\n\n\n\nSelain menyerahkan surat bantahan, Pen Mutiara juga menyatakan alasan-alasan bantahan mereka kepada wakil Perdana Menteri itu untuk dibentangkan kepada Anwar.\n\n\nAntara kandungan surat bantahan itu adalah kesan kepada kawasan penangkapan ikan di kawasan teluk yang merupakan santuari dan cukup sesuai untuk ikan.\n\n\nSelain itu, projek PSI juga akan menyebabkan nelayan akan kehilangan kawasan tangkapan di luar pantai yang mana aktiviti perlombongan pasir untuk penambakan dijalankan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/14/sindiket-curi-kereta-seludup-ke-negara-jiran-tumpas/", "title": "Sindiket curi kereta seludup ke negara jiran tumpas", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Enam lelaki telah ditahan kerana disyaki menjadi dalang kepada ahli sindiket curi dan seludup kereta menerusi Op Lejang TFH di sekitar Lembah Klang dan juga di Bentong, Pahang.\n\n\nOperasi yang dijalankan ini telah bermula pada hari rabu sehingga awal pagi khamis hasil risikan Bahagian D4 (risikan / operasi / rekod jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.\n\n\nMenurut sumber, sindiket terbabit dilihat aktif di Lembah Klang, Johor, Pahang, dan Pulau Pinang dengan menyasarkan kenderaan yang berjenama Honda dan juga Toyota.\n\n\n\u201cKenderaan yang dicuri ini dipercayai diletakkan di tempat terpencil sebelum diambil oleh suspek lain untuk dihantar ke sempadan negara sebelum dipasarkan ke negara jiran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Saya tidak bersalah, saya akan jawab pertuduhan di mahkamah\u2019 \u2013 Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nSanusi sedia berdepan Anwar di mahkamah\n\n\n\n\n\n\nSungai Kelantan Catat Paras Amaran\n\n\n\n\n\n\nKadar gaji graduan dibincang minggu depan\n\n\n\n\n\n\nSPRM, PDRM siasat terperinci pemilikan tanah rizab PDRM- PUTRA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKegiatan ini juga bagi memenuhi pasaran alat ganti terpakai dalam negara,\u201d katanya.\n\n\nMenurutnya lagi, kesemua enam lelaki yang ditangkap ini berumur dalam lingkungan 35 sehingga 50 tahun dan juga merupakan warga tempatan.\n\n\nTambahnya, polis merampas dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan Toyota Altis yang dianggarkan bernilai RM100,000.\n\n\nDifahamkan, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/14/solat-punca-mahkamah-tolak-permohonan-ibu-murtadkan-anak/", "title": "Solat punca mahkamah tolak permohonan ibu murtadkan anak", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nSolat fardu yang diamalkan tiga kanak-kanak mualaf antara yang menjadi penyelamat daripada dimurtadkan ibunya, Loh Siew Hong.\n\n\nPeguam kes, Aidil Khalid berkata, meskipun keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu yang mengekalkan status quo agama Islam kanak-kanak tersebut sudah diketahui umum \nnamun, antara penyebabnya ialah kanak-kanak\u00a0 tersebut istiqamah dalam mengamalkan solat lima waktu.\n\n\n\u201cDalam membacakan penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Datuk Wan Ahmad Farid merujuk kepada afidavit dan hujahan peguam MAIPs berkenaan penzahiran iktikad dan keazaman melalui perbuatan dan tingkah laku untuk terus berada dalam agama Islam oleh kanak-kanak mualaf tersebut,\u201d katanya menerusi satu kenyataan.\n\n\nMenurutnya dalam satu kenyataan, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wan Ahmad Farid bertindak menolak permohonan Loh Siew Hong bagi membatalkan penukaran agama anak-anaknya kepada Islam yang dilakukan oleh bekas suaminya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTakiyuddin dedahkan, Khairy Jamaluddi akhirnya pilih PN\n\n\n\n\n\n\nUcapan Sanusi akan jejas PN Selangor\n\n\n\n\n\n\nCakap tak serupa bikin, mana janji Kerajaan Madani berjuang hak kebebasan bersuara?\n\n\n\n\n\n\nGabungan Proklamasi Melayu kerjasama hadapi pilihan raya\n\n\n\n\n\n\nPengharaman buku homoseksual ikut undang-undang \u2013 AGC\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya lagi keazaman kanak-kanak tersebut kekal Islam dilaporkan oleh media yang telah disalin dan difailkan sebagai bukti di mahkamah.\n\n\nLaporan media itu dibuat sehari selepas ketika-tiga kanak-kanak tersebut dipulangkan kepada Siew Hong untuk dijaga.\n\n\n\u201cSebab itu dari awal lagi, apabila kita perjuangkan kes ini, ia bukanlah kes untuk memisahkan anak-anak dari ibu mereka. Sebaliknya ia adalah kerana kanak-kanak mualaf tersebut sesunggguhnya adalah saudara seagama kita, dan justeru itu wajib bagi kita untuk membela hak dan aqidah mereka,\u201d kata Aidil.\n\n\nAidil turut menegaskan bahawa kes itu diperjuangkan bukanlah untuk memisahkan anak-anak SIew Hong dari ibunya tetapi bagi memelihara akidah dan hak kanak-kanak tersebut yang merupakan saudara baru Islam.\n\n\nDalam penghakiman Khamis lalu, Wan Farid berkata, keinginan anak-anak untuk mengikuti amalan agama Islam termasuk cita-cita salah satu daripada mereka untuk menjadi peguam syarie, adalah bukti yang mencukupi bahawa mereka adalah orang Islam.\n\n\nBeliau juga berkata, walaupun Siew Hong tidak bersetuju dengan dakwaan itu, ia tetap menjadi penafian semata-mata.\n\n\nTerdahulu, Siew Hong memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 25 Mac 2022 dengan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs; Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri Perlis dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/14/tidak-mudah-ph-bn-rampas-negeri-kedah-sanusi/", "title": "Tidak mudah PH-BN rampas negeri Kedah \u2013 Sanusi", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Tiada laluan mudah untuk\u00a0Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) merampas negeri Kedah daripada Perikatan Nasional (PN) disebabkan rekod pemerintahan lalu kedua-dua gabungan itu.\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, PH dan BN pernah menjadi kerajaan di Kedah tetapi tidak memberikan impak yang baik kepada rakyat negeri itu.\n\n\n\u201cMasa jadi kerajaan depa buat apa? Apa hasil tangan PH di Kedah, tolong tunjuk kalau ada. Semasa BN perintah Kedah saya nak ingatkan semula pada tahun 2008 kita telah buat audit dan mendapati BN tinggal hutang bekalan air berjumlah RM2.4 bilion.\n\n\n\u201cMai PH, tinggal hutang gaji pemain bola sepak tak bayar RM16 juta. Kutip dana kes Akhyar dapat RM50,000 dan masuk akaun cuma RM10,000. Kita tak cerita lagi duit persatuan hoki.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSulaiman rayu sokongan rakyat Melaka terhadap kepimpinan baharu\n\n\n\n\n\n\nSPR terima watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nTayangan filem `Pulau\u2019 perlu diharamkan walau babak lucah dipotong\n\n\n\n\n\n\nMaut sewaktu perjalanan mendaftar universiti\n\n\n\n\n\n\nPolis kenal pasti 190 kawasan panas di enam negeri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSetiap orang itu semua ada penyakit, nak bawa balik jadi kerajaan di Kedah ini jahanam lah negeri ini. Untuk elak benda itu dan kekal negeri ini bersih, tenang dan berdaya huni maka kekalkan lah PN sebagai kerajaan yang tadbir Kedah,\u201d katanya dalam ucapan selepas pelancaran Himpunan Jentera Pilihanraya PN, pada Sabtu.\n\n\nMuhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN berkata, walaupun PN memiliki kelebihan ketika ini, namun mereka juga tidak memandang mudah lawan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nPengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi\n\n\nJumaat lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin gabungan itu bersama PH mampu memberi saingan di negeri-negeri yang memiliki majoriti Melayu yang ditadbir PAS iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam perkembangan berkaitan, Muhammad Sanusi mendakwa, tidak mustahil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini dijatuhkan seperti khabar angin yang diperkatakan.\n\n\nBagaimanapun, beliau berkata, tidak mengetahui sebarang rancangan yang dilakukan ke arah itu.\n\n\n\u201cSaya tak boleh mengesahkan atau menafikan, tetapi saya gembira sekiranya ia betul berlaku, malah saya harap perkara itu berlaku.\n\n\n\u201cJangan tanya saya, saya bukan ahli Parlimen kena tanya mereka (Ahli Parlimen),\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/14/turkiye-tidak-ambil-hati-malaysia-pilih-pesawat-buatan-korea/", "title": "Turkiye tidak ambil hati Malaysia pilih pesawat buatan Korea", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Turkiye mengambil pendekatan profesional dan tidak \u2018ambil hati\u2019 dengan keputusan Malaysia memilih pesawat tempur ringan (LCA) KA-50 buatan Korea Selatan berbanding Hurjet bagi melengkapkan keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).\n\n\nDuta Besar Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel berkata,\u00a0kerjasama Turkiye dan Malaysia dalam bidang pertahanan akan dite\u00adruskan termasuk mengekalkan operasi Turkish Aerospace Industries (TAI) di Cyberjaya yang dibuka sejak 2021.\n\n\n\u201cTAI adalah milik awam dan tidak sama sekali mengehadkan kerjasamanya dengan Malaysia disebabkan keputusan Malaysia tidak memilih Hurjet.\n\n\n\u201cSoal kerjasama lebih daripada itu, seperti pepatah Inggeris\n sky is the limit\n,\u201d katanya memetik laporan \nMingguan Malaysia\n, baru-baru ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih 100 \u2018Bikers\u2019 Turut Serta Konvoi Merdeka Ride\n\n\n\n\n\n\nLantikan Pengerusi MARA bertentangan pendirian PH \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\n24 PUSAT PENGUNDIAN AWAL AKAN DIBUKA \u2013 SPR\n\n\n\n\n\n\nMelampau, pelawak Singapura hina, perlekeh Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSabitan Najib Bersalah Kes SRC Kekal, Aibkan Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 24 Februari lalu, Korea Aerospace Industries, Ltd (KAI), pengeluar pesawat tunggal Korea Selatan, mengumumkan telah memenangi perjanjian pesawat tempur ringan 1.2 trilion won (AS$920 juta) daripada Malaysia, dengan set penghantaran bermula pada 2026.\n\n\nKAI menandatangani perjanjian dengan Kementerian Pertahanan Malaysia untuk membekalkan 18 pesawat serangan ringan FA-50 Blok 20, menewaskan Tejas India, JF-17 Pakistan, MiG-35 Rusia dan Hurjet Turkiye.\n\n\n\n\nIa adalah perjanjian keempat antara KAI dengan sebuah negara Asia Tenggara selepas Indonesia, Filipina dan Thailand.\n\n\nDalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan, pembelian 18 pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan dibuat berdasarkan penilaian Kementerian Pertahanan dan TUDM, terhadap rekod perkhidmatan baik pesawat itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/15/8000-permohonan-warganegara-diluluskan-setakat-mei-tahun-ini/", "title": "8,000 permohonan warganegara diluluskan setakat Mei tahun ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Jumlah kelulusan permohonan kewarganegaraan mencecah 8,000 setakat Mei tahun ini.\nJumlah itu menunjukkan Kementerian Dalam Negeri hampir mencapai dengan sasaran 10,000 menjelang hujung tahun ini.\nBagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, permohonan yang diutamakan ketika ini adalah permohonan dalam kategori anak angkat.\n\u201cPermohonan bagi kategori anak angkat ini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, jadi masalah mereka berlarutan.\n\u201cAda yang susah dapat rawatan perubatan, kena bayar lebih macam orang asing. Susah nak masuk sekolah dan masalah berlarutan,\u201d katanya semasa hadir ke Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri Madani.\nTambah beliau, setiap permohonan kewarganegaraan akan diteliti dengan pertimbangan sewajarnya.\n\u201cKita putuskan melalui kes-kes yang diteliti. Sebahagiannya dah sampai masuk usia nak masuk universiti dan kolej.\n\u201cDengan keputusan saya buat, jumlah permohonan mencecah 8,000, jadi saya ada tujuh bulan lagi saya yakin dapat capai sasaran keputusan 10,000,\u201d katanya.\nBeliau juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang memberikan pelbagai cadangan terhadap isu kewarganegaraan termasuk di Sabah dan Sarawak.\n\u201cKita memang ada jawatankuasa bersama seperti dengan kerajaan Sarawak dan kita bertekad untuk kelulusan 1,500 kepada semua kes yang tertangguh, jadi ini perkembangan yang sangat baik,\u201d katanya. \u2013 UTUSANMALAYSIA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/15/kdn-kerajaan-malaysia-tarik-balik-rayuan-kes-kalimah-allah/", "title": "KDN, Kerajaan Malaysia tarik balik rayuan kes kalimah Allah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah serta tiga perkataan lain iaitu Baitullah, Kaabah serta solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.\nNotis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.\nPeguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mengesahkan perkara dan berkata, notis pemberhentian berkenaan sudah direkodkan Mahkamah Rayuan.\nDalam notis tersebut menyatakan, kedua-dua pihak tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021.\nSusulan itu, keseluruhan rayuan dihentikan tanpa sebarang perintah terhadap kos.\nPada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dan tiga lagi perkataan lain iaitu Baitullah, Kaabah serta solat.\nBagaimanapun, ia perlu disertakan dengan penafian, \u2018hanya untuk orang Kristian\u2019 dan lambang salib di hadapan kulit buku.\nMahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaan untuk mengamalkan agama dihalang dengan sekatan atau larangan pengimportan bahan pendidikan.\nPada 11 Mei 2008, cakera padat (CD) berjudul \u2018Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah\u2019, \u2018Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah\u2019 dan \u2018Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah\u2019 telah dirampas daripada Jill sebaik beliau tiba di lapangan terbang di Sepang.\nJill kemudiannya memfailkan semakan kehakiman untuk menuntut semula CD itu dan relif hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya dilanggar dengan menyekat atau melarang pengimportan bahan pendidikan.\nPada 2014, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill dan memerintahkan agar kesemua lapan CD itu dipulangkan, namun tidak membuat sebarang penghakiman mengenai relif-relif lain yang dimohon. \u2013 UTUSANMALAYSIA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/15/mb-selangor-dijangka-mengadap-sultan-selangor-sebelum-25-jun/", "title": "MB Selangor dijangka mengadap Sultan Selangor sebelum 25 Jun", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dijangka mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memohon perkenan Baginda untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebelum 25 Jun ini.\nAmirudin berkata, beliau akan mengadap Sultan Selangor sebelum 25 Jun iaitu tarikh pembubaran automatik dewan\u00a0 itu.\n\u201cSebelum tarikh itu (25 Jun), saya akan mengadap dan menyampaikan hasrat bila tarikh yang kita nak bubar. Dalam minggu ketiga dan keempat Jun (mengadap Sultan Selangor).\n\u201cSebab ini persefahaman antara kami Menteri Besar, yang mana tarikh ini akan memberi peluang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk adakan pilihan raya secara serentak.\n\u201cKami bersepakat untuk membubarkan DUN bersama kerana tidak mahu menyusahkan SPR membuat Pilihan Raya Negeri (PRN) berkali-kali,\u201d katanya selepas Majlis Ehsan Raya Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Wisma PKPS hari ini.\nSelain Selangor, lima negeri lain yang akan mengadakan PRN adalah Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah.\nSementara itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri berbelanja RM37 juta bagi pelaksanaan program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) termasuk Jelajah Ehsan Mega Aidilfitri (JMEA) sejak September 2022 hingga Mei lalu.\nBeliau berkata, siri jualan berkenaan memberi manfaat kepada sekitar 2.5 juta rakyat.\nKatanya, siri jualan berkenaan akan diteruskan dengan Jualan Ehsan Rahmah yang akan dilaksanakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).\n\u201cPerbincangan lanjut akan kita adakan bersama KPDN dan diharapkan program ini dapat dilaksanakan pada Jun ini,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/15/perkhidmatan-azam-baki-memuaskan-anwar/", "title": "Perkhidmatan Azam Baki memuaskan \u2013 Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perkhidmatan yang memuaskan semasa menjalankan tugas antara faktor \nTan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun Azam dilantik meneraju suruhanjaya itu di bawah\u00a0 pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tidak memilih puak atau parti untuk mengekalkan jawatan tersebut.\n\n\n\u201cDia (Azam) dilantik oleh Perdana Menteri masa Ahli Parlimen Pagoh (Muhyiddin) dan walaupun ada isu dibangkitkan dahulu. Dari segi kerja saya tengok, saya bagi kelonggaran dan wewenang sepenuhnya kepada SPRM serta Peguam Negara untuk menjalankan tugas. \n\n\n\u201cSetakat saya lihat, mereka menjalankan tugas dengan memuaskan, dia (Azam) ambil tindakan tanpa memilih puak atau parti,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS Utamakan Penyatuan Ummah, Tolak Khemah Besar\n\n\n\n\n\n\nTiada kerusi bertanding, MCA dan MIC wajar keluar BN\n\n\n\n\n\n\nParlimen, NGO bincang bentuk jawatankuasa khas isu Palestin\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu keluarkan SOP pelancong China\n\n\n\n\n\n\nNegara ada pakar perumahan sendiri, tidak perlu ambil pakar luar-ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Putrajaya pada Isnin.\n\n\nAzam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, berkuat kuasa Jumaat lalu.\n\n\nPerkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan.\n\n\nBeliau dilaporkan berkata, pelantikan semula Azam adalah untuk tempoh selama setahun dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Anwar berkata, Azam menjalankan tugasnya dengan baik serta tidak memihak sehingga ada pejabat menteri turut digeledah untuk membantu siasatan.\n\n\n\u201cBelum pernah dalam sejarah umpamanya, pejabat-pejabat menteri juga digeledah dan dikenal pasti beberapa kompromi mengenai tindakan pegawai-pegawai serta terus mengambil tindakan sementara siasatan dijalankan. Jadi atas kapasiti itu, kita teruskan khidmat beliau,\u201d katanya.\n\n\n\n\nAzam yang dilahirkan pada 12 Mei 1963 di Negeri Sembilan, memulakan kariernya di Badan Pencegah Rasuah (kini dikenali sebagai SPRM) pada tahun 1984.\n\n\nJawatan pertama Azam di badan itu adalah Penolong Pegawai Siasatan, selain pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perisikan, Pegawai Pendakwaan, termasuk menjalankan tugas sampingan dalam aktiviti pendidikan masyarakat.\n\n\nBeliau mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020, menggantikan Latheefa Beebi Koya yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.\n\n\nAzam memegang jawatan itu ketika pentadbiran tiga Perdana Menteri iaitu Muhyiddin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Anwar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/15/umno-bakal-ditolak-rakyat-pada-prn-pru-akan-datang-annuar-musa/", "title": "UMNO bakal ditolak rakyat pada PRN, PRU akan datang \u2013 Annuar Musa", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekas pemimpin kanan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa parti politik terbesar orang Melayu itu bakal ditolak rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.\n\n\nIni kerana, Presiden Muafakat Nasional itu berkata, sokongan yang diberikan oleh rakyat khususnya ketika UMNO bersama PAS, bukan DAP.\n\n\n\n\n\u201cKehadiran ribuan penyokong UMNO dan PAS di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) September 2019 telah menyemarakkan semangat jutaan rakyat sehingga UMNO meraih kemenangan dalam siri PRK dengan cemerlangnya\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPembiaya dana dari AS didakwa dalang tuntutan Sulu \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\nPDRM Serah Mahkamah Semak Keputusan\n\n\n\n\n\n\nPN tolak permohonan, PEJUANG zahir rasa dukacita\n\n\n\n\n\n\nVarian Deltacron Gabungan Antara Delta Dan Omicron\n\n\n\n\n\n\nKos Haji Dijangka Meningkat Lebih 50 Peratus\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKehadiran puak sosialis, liberal, DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini (Ahad) akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO terus meninggalkan parti itu.\n\n\n\u201cUMNO bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang, Insya-Allah,\u201d kata beliau dalam hantaran di Facebook peribadinya pada Ahad.\n\n\nKerajaan Persekutuan menganjurkan Konvensyen Nasional buat julung kali di WTCKL.\n\n\nAcara itu dibuka tirai dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan yang diadakan secara serentak.\n\n\nKonvensyen itu menghimpunkan 19 parti politik yang mendukung Kerajaan Persekutuan dan disifatkan kesemua pemimpin dalam gagasan itu sebagai peristiwa bersejarah dalam pembentukan kerajaan yang stabil."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/16/badan-peguam-syarie-tuntut-penjelasan-penuh-kdn/", "title": "Badan Peguam Syarie tuntut penjelasan penuh KDN", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan,\u00a0 sangat kesal,\u00a0 terkilan dan berdukacita dengan tindakan kerajaan Malaysia\u00a0\nmelalui Kementerian Dalam Negeri\u00a0 yang me\nnarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi, berkaitan penggunaan kalimah Allah.\n\n\nPresidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, atas tindakan dan arahan Kerajaan ini, satu penjelasan penuh dituntutu untuk\u00a0 diberikan berkaitan dengan tindakan berkenaan.\n\n\n\u201cKenapa terdapat perbezaan tindakan yang tidak dimaklumkan kepada masyarakat Islam juga.\u201d\n\n\n\u201cKami juga memohon penjelasan sama ada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kedah yang telah diberikan hak oleh mahkamah menjadi amicus curae (sahabat mahkamah) dalam kes ini dirujuk sebelum sebarang tindakan diambil oleh Kerajaan?\u201d, katanya dalam kenyataan semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful silap, RUU Anti Lompat Parti selamatkan PN \u2013 Fuad\n\n\n\n\n\n\nHarga tiket penerbangan balik Sabah tidak masuk akal\n\n\n\n\n\n\n12 lorong tambahan RFID di Lebuhraya Utara-Selatan mula beroperasi\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di Empat Negeri Kekal\n\n\n\n\n\n\nCalon Timbalan Menteri dimuktamadkan dalam masa terdekat\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Datuk Zainul, di\u00a0Negeri Selangor umpamanya terdapat Undang-Undang Negeri yang menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu termasuk kalimah Allah yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor dan diperkenan oleh Sultan Selangor.\n\n\nTambah beliau, sebagai Ketua Agama Negeri yang termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa budi bicara sebagai Ketua Agama Negeri di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan penarikan balik secara unilateral ini telah menjejas kuasa Sultan Selangor khususnya.\n\n\nBadan itu dalam satu kenyataan pada Isnin mendapat maklum bahawa pada 18 April\u00a0 yang lalu,\u00a0 Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan mereka dalam kes Jill Ireland binti Lawrence Bill iaitu suatu kes di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan penggunaan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain bagi penggunaan orang bukan Islam dalam agama mereka.\n\n\nPeguam Kanan Persekutuan dengan tegas setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan keputusan pada 10 Mac 2021 menyatakan Mahkamah telah terkhilaf di dalam membuat keputusan tersebut dan pihak Kerajaan merayu terhadap keputusan itu.\n\n\nTerdapat juga laporan yang menyatakan beberapa pihak telah mendesak pihak Kerajaan menarik balik rayuan tersebut.\n\n\nBadan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan juga sangat kesal, terkilan dan dukacita dengan tindakan yang telah dilakukan tersebut kerana ia juga tidak selari dengan hasrat penghakiman kes kalimah Allah terdahulu iaitu dalam kes Titutar Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/16/kalimah-allah-menteri-hal-ehwal-agama-nasihat-orang-ramai-bertenang-berhati-hati/", "title": "Kalimah Allah: Menteri Hal Ehwal Agama nasihat orang ramai bertenang, berhati-hati", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Orang ramai dinasihatkan bertenang dan mengambil sikap berhati-hati dalam memberikan pandangan mengenai isu kalimah Allah\u00a0kerana kerana ia terkait dengan teknikal perundangan.\n\n\nMenurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar, semua pihak juga perlu mengelak daripada terpengaruh dengan sentimen yang tidak berasas bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian beragama.\n\n\n\n\n\u201cJabatan ini mengambil maklum pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN)\u00a0dalam menghormati, memperakui dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri-negeri serta titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 7 Februari lalu yang menzahirkan agar dikekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah,\u201d katanya menerusi kenyataan pada Selasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAS tuntut TikTok jual kepentingan\n\n\n\n\n\n\nKOS INPUT TERNAKAN ANTARA FAKTOR PENGARUHI HARGA AYAM\n\n\n\n\n\n\nDatin Rosmah tarik balik rayuan supaya hakim tarik diri kes pengubahan wang haram\n\n\n\n\n\n\nSulaiman letak jawatan, Rauf angkat sumpah Jumaat\n\n\n\n\n\n\nMeta lancarkan Threads, lawan Twitter\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut beliau, pihaknya akan sentiasa menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menjaga kemuliaan dan kesucian agama Islam termasuk isu kalimah Allah.\n\n\nMalah, Mohd Na\u2019im memberi jaminan pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan KDN dalam melindungi dan memelihara dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah serta lain-lain kalimah suci dalam Islam.\n\n\n\u201cJabatan ini yakin KDN akan meningkatkan pemantauan dan bertindak tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,\u201d katanya.\n\n\nBekas Menteri Agama sebelum ini, Datuk Dr Zulkifli Mohamad mendedahkan bahawa Sultan Selangor dan Sultan Johor telah menitahkan supaya merayu keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill Ireland Lawrence Bill menggunakan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain bagi penggunaan orang bukan Islam dalam agama mereka.\n\n\nPeringatan itu dibuat Zulkifli pada Isnin selepas media melaporkan kerajaan dan KDN menarik balik rayuan pada 18 April lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/16/loh-siew-hong-fail-rayuan-status-islam-anak/", "title": "Loh Siew Hong fail rayuan status Islam anak", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Ibu tunggal, Loh Siew Hong telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi minggu lalu yang memutuskan bahawa tiga anaknya yang telah ditukar agama oleh bekas suaminya secara unilateral (sebelah pihak) kekal beragama Islam.\n\n\nSiew Hong memfailkan notis rayuan tersebut di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur baru-baru ini.\n\n\nPada 11 Mei lalu, Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan demikian selepas mendapati ketiga-tiga anak Siew Hong yang terdiri daripada pasangan kembar perempuan berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, masih mengamalkan ajaran Islam seperti menunaikan solat walaupun berada dalam jagaan ibu mereka.\n\n\nWanita terbabit memperoleh semula jagaan bagi ketiga-tiga anak tersebut selepas Mahkamah Tinggi berbeza membenarkan permohonan habes corpus yang difailkannya agar tiga beradik tersebut yang pada ketika itu berada di bawah jagaan persendirian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dikembalikan kepada Siew Hong serta-merta.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Desak Kerajaan Percepatkan Peruntukan\n\n\n\n\n\n\nNajib aset strategik \u2018beku\u2019 UMNO \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nBawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang\n\n\n\n\n\n\nMudarat lebih besar jika BN bersama PN \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nLebih RM18 juta hangus, 64 perjalanan rasmi ke luar negara tahun ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nWanita itu mempertikai pengislaman anak-anaknya yang dibuat oleh bekas suaminya, M. Nagahswaran atau nama Islamnya, Muhammad Nagashwaran Muniandy secara sebelah pihak dan tindakan lelaki itu mendaftarkan anak-anak mereka sebagai muslim tanpa persetujuannya pada 7 Julai 2020.\n\n\nMedia sebelum ini melapor bahawa bahawa Nagahswaran yang telah memeluk agama Islam telah menukar agama anak-anak mereka pada Julai 2020 selepas berpisah dengan Siew Hong pada Mac 2019. Pasangan itu sah bercerai sekitar 2021.\n\n\nKetika membaca penghakimannya, Hakim Wan Ahmad Farid juga menyatakan, Siew Hong sendiri tidak pernah menafikan bahawa tiga anaknya itu masih mengamalkan ajaran Islam selepas berada dalam jagaannya.\n\n\nSelain itu Hakim itu menyatakan, tiada bukti yang menunjukkan bahawa ketiga-tiga kanak-kanak itu telah ditukar semula agama mereka kepada Hindu ketika berada dalam jagaan ibunya.\n\n\nKeputusan itu dibuat dalam permohonan semakan kehakiman Siew Hong bagi mencabar pengislaman ketiga-tiga anaknya sekaligus memohon membatalkan pengislaman tersebut.\n\n\nWanita itu memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 25 Mac 2022 dengan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri Perlis dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat.\n\n\nMenurut permohonan yang difailkan, wanita itu antara lainnya memohon agar anak-anaknya iaitu pasangan kembar berusia 15 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun diisytiharkan sebagai penganut agama Hindu dan akuan-akuan memeluk agama Islam kesemua kanak-kanak tersebut bertarikh 7 Julai 2020 dibatalkan.\n\n\nSiew Hong turut memohon deklarasi bahawa bekas suaminya tidak mempunyai keupayaan dari segi undang-undang untuk mendaftarkan anak mereka sebagai mualaf tanpa kebenarannya dan ketiga-tiga kanak-kanak itu tidak mempunyai keupayan di sisi undang-undang untuk memeluk agama Islam tanpa kebenaran daripada wanita terbabit.\n\n\nSelain itu, Siew Hong turut memohon Pendaftar Mualaf Negeri Perlis membatalkan kad memeluk agama Islam anak-anaknya itu dan memadamkan nama anak-anaknya daripada Daftar Mualaf Negeri Perlis.\n\n\nIbu tunggal itu turut memohon deklarasi bahawa Seksyen 117(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 yang memberi kuasa kepada Pendaftar Mualaf Negeri Perlis untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak tanpa kebenaran daripada kedua-dua ibu bapa adalah bertentangan dengan perlembagaan, tidak sah dan terbatal.\u00a0 \u2013 UTUSANMALAYSIA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/16/penggunaan-kalimah-allah-akan-dibincangkan-dalam-mesyuarat-kabinet/", "title": "Penggunaan kalimah Allah akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Isu penggunaan kalimah Allah akan dibangkitkan Menteri UMNO dalam mesyuarat Kabinet esok, \n\n\nKetua penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, \nkesemua Jemaah Menteri UMNO akan membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat agar dapat dibincang ke peringkat yang lebih tinggi.\n\n\n\u201cUMNO akan terus berjuang menegak dan mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan serta menghormati prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\u201cMenteri UMNO akan membangkitkan perkara ini untuk dibincangkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada esok hari,\u201d katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDirawat Di Hospital, Alami Kecederaan Tisu Lembut\n\n\n\n\n\n\nSeribu akok terjual dalam sehari di bulan Ramadan\n\n\n\n\n\n\nGuna kod QR salur aduan kebersihan makanan, bazar Ramadan\n\n\n\n\n\n\nDAP Patut Jaga Sensitiviti Hak Istimewa Melayu Bumiputera\n\n\n\n\n\n\nRohana pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB\n\n\n\n\n\n\n\n\nAzalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) berkata, isu penggunaan kalimah Allah ini perlu dikendalikan dengan cermat kerana perkara ini akan menyentuh sensitiviti agama, kebebasan beragama serta keharmonian rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum.\n\n\n\u201cDalam hal ini, penelitian yang lebih mendalam diperlukan untuk menangani isu ini secara adil dan saksama kepada semua pihak terbabit.\n\n\n\u201cPenyelesaian yang menyeluruh perlu dibincang dan dicapai, termasuk pendekatan perundangan yang kukuh, merangkumi rujukan perkara ini ke Mahkamah Persekutuan selain pendekatan bukan perundangan,\u201d katanya.\n\n\nSemalam dan hari ini, pelbagai pihak terus menerus mengkritik tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan agar menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan para penganut agama Kristian dibenarkan untuk menggunakan kalimah Allah serta tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka untuk tujuan pembelajaran.\n\n\nKeputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita yang beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/16/persatuan-peguam-syarie-terkilan-kdn-tarik-balik-rayuan-kalimah-allah/", "title": "Persatuan Peguam Syarie terkilan KDN tarik balik rayuan kalimah Allah", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0 Kerajaan digesa memberi penjelasan penuh tindakan menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah \u2018Allah\u2019 dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka yang diputuskan pada 10 Mac 2021.\n\n\nPresiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata pihaknya berasa dukacita dan terkilan dengan tindakan tersebut.\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, tindakan kerajaan itu secara langsung akan menjejaskan maslahah dan kepentingan seluruh umat Islam di negara ini.\n\n\n\u201cJusteru, PGSM berharap kerajaan dapat meneliti semula perkara tersebut, serta meneruskan rayuan itu ke mahkamah tertinggi negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n64 jemaah hidap jangkitan paru-paru akibat cuaca panas\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid akan terkesan jika PN menang pilihan raya di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat bekas PM, menantu berkaitan kontrak kerajaan\n\n\n\n\n\n\nATM tahan 10 PATI cuba ceroboh negara\n\n\n\n\n\n\nTubuh Jawatankuasa Pantau Individu Dilantik Jawatan Utama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa termasuk dengan mempertimbangkan pelbagai sudut dan segala aspek khususnya kepada maslahah dan kepentingan umat Islam di negara ini,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, PGSM juga berharap pihak kerajaan berpegang teguh kepada enam tonggak dasar membangun Malaysia Madani yang diperkenalkan iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan serta ihsan.\n\n\n\u201cPGSM berpandangan tindakan itu boleh menggugat tonggak dasar pertama, kedua dan keempat iaitu kemampanan, kesejahteraan dan hormat, kerana ia boleh menjejaskan kesejahteraan dan keseimbangan masyakarat berbilang kaum dan agama dalam negara ini,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Musa berkata, PGSM menegaskan bahawa sebarang tindakan yang dibuat kerajaan hendaklah mengambilkira undang-undang di setiap negeri-negeri.\n\n\n\u201cKhususnya undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah tertentu termasuk kalimah Allah yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) dan diperkenan oleh Sultan Negeri-negeri, serta mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kuasa Sultan.\n\n\n\u201cPGSM juga berharap pihak Kerajaan tidak terpengaruh dengan desakan pihak-pihak tertentu supaya kerajaan menarik balik rayuan tersebut,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah \u2018Allah\u2019 dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.\n\n\nNotis perberhentian tersebut telah difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 18 April lalu.\n\n\nPeguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mengesahkan perkara tersebut dan turut menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan telah merekodkan penarikan balik tersebut.\n\n\nMenurut notis berkenaan, menyatakan bahawa KDN dan Kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/16/tarik-balik-rayuan-kalimah-allah-bekas-menteri-tuntut-penjelasan-kdn/", "title": "Tarik balik rayuan kalimah Allah, bekas menteri tuntut penjelasan KDN", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri diminta memberikan penjelasan \nberhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi, berkaitan penggunaan kalimah Allah.\n\n\nMantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berharap Menteri berkenaan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dapat memaklumkan perkara itu pada sidang media dalam masa terdekat.\n\n\nKatanya, lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.\n\n\nBeliau menegaskan ia diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada tahun 2008.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk pencerobohan terbaharu Masjid Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\n\u2018Saya tidak bersalah, saya akan jawab pertuduhan di mahkamah\u2019 \u2013 Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023, isu Batu Puteh jadi tumpuan Mesyuarat ke-15 Parlimen\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Vape, rokok elektronik akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nKPM setuju sesi persekolahan bermula Januari\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan semalam\n berkata berdasarkan keputusan muzakarah itu jugalah satu keputusan telah dibuat untuk membuat rayuan semula bagi kes yang telah ditetapkan pada tahun 2021 itu.\n\n\n\u201c Paling utama, keputusan untuk rayuan semula kes pada tahun 2021 adalah bagi menjunjung titah KDYMM Sultan Johor, \nSultan Ibrahim Iskandar\n dan KDYMM Sultan Selangor, \nSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah \nyang menitahkan Kerajaan Persekutuan pada ketika itu membuat rayuan semula bagi keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.\u201d\n\n\nTambah beliau kedua-dua baginda telah\u00a0 menitahkan Kerajaan Persekutuan pada ketika itu untuk\u00a0 membuat rayuan semula bagi keputusan Mahkamah Tinggi pada 10 Mac 2021 yang memutuskan, \n\u00a0bahawa penganut Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah \u2018Allah\u2019 dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan.\n\n\nJusteru itu, beliau dalam satu hantaran di Facebooknya, menggesa penjelasan diberikan berhubungan KDN menarik balik rayuan penggunaan kalimah Allah seperti yang dilapor media.\n\n\nKatanya,\u00a0 para\u00a0 Mufti serta Jawatankuasa Muzakarah MKI telah bersusah payah\u00a0 berbincang, dan mengadakan pertemuan demi pertemuan dengan NGO, dan menyusun kertas kerja penghujahan yang juga\u00a0 melibatkan ramai pakar dan tokoh akademik dalam memulakan proses rayuan itu.\n\n\nRayuan itu dibuat beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) atas kesedaran akan keperluan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah, dan Solat kekal menjadi milik umat Islam di Malaysia.\u00a0\n\n\nDalam setelah proses berkenaan semua lengkap, ia dibentang kepada Jemaah Menteri dan proses rayuan oleh Kerajaan Persekutuan terdahulu melalui Kementerian Dalam Negeri dimulakan.\n\n\nJusteru itu beliau berharap Menteri Dalam Negeri ada jawapan mengenai perkara itu yang menjadi kepentingan umat Islam di negara ini.\n\n\n\u201cSaya amat berharap Kerajaan Madani melalui Kementerian Dalam Negeri ada jawapannya. Ini kerana YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail selaku Menteri Dalam Negeri memaklumkan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat berhubung isu kepentingan umat Islam ini.\u201d\n\n\nBeliau mengakhiri kenyataannya dengan mengharapkan pertolongan Allah dengan\u00a0 potongan surah\u00a0 hud ayat 88 yang bermakna \u2013 Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.\n\n\n\u201cSaya dengan rendah diri serta mengharapkan pertolongan Tuhan menyatakan dengan tulus berdasarkan kalam Allah,\n\n\n\u0625\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064f\u0631\u0650\u064a\u062f\u064f \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0635\u0652\u0644\u064e\u0627\u062d\u064e \u0645\u064e\u0627 \u0627\u0633\u0652\u062a\u064e\u0637\u064e\u0639\u0652\u062a\u064f \u06da \u0648\u064e\u0645\u064e\u0627 \u062a\u064e\u0648\u0652\u0641\u0650\u064a\u0642\u0650\u064a \u0625\u0650\u0644\u0651\u064e\u0627 \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0640\u0647\u0650 \u06da \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u062a\u064e\u0648\u064e\u0643\u0651\u064e\u0644\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0625\u0650\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0623\u064f\u0646\u0650\u064a\u0628\u064f\n\n\nMaksudnya: \u201cAku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.\u201d\u00a0 \u2013\u00a0 (Surah Hud: 88)\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nSemalam, Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.\n\n\nNotis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.\n\n\nPeguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan ketika dihubungi media mengesahkan perkara itu.\n\n\nBeliau berkata, notis pemberhentian berkenaan sudah direkodkan Mahkamah Rayuan.\n\n\n\n\nMenurut notis berkenaan, dua pihak tersebut, tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021.\n\n\nSusulan itu, keseluruhan rayuan dihentikan tanpa sebarang perintah terhadap kos."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/16/tarik-balik-rayuan-timbul-pertikaian-isu-agama-abim/", "title": "Tarik balik rayuan timbul pertikaian isu agama : ABIM", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menuntut kerajaan memberi penjelasan susulan penarikan semula rayuan kes berkaitan penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.\n\n\nPresidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz menegaskan, ini kerana keputusan tersebut melibatkan kepentingan awam selain menimbulkan pertikaian berkaitan isu sensitif agama.\n\n\n\u201cKeputusan yang dibuat adalah sesuatu yang besar dan ABIM memohon penjelasan daripada pihak berkaitan berhubung perkara ini.\n\n\n\u201cMemandangkan proses mahkamah belum berakhir, sewajarnya isu ini diserahkan kepada peringkat mahkamah tertinggi dalam negara untuk dimuktamadkan,\u201d katanya menerusi kenyataan pada Isnin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKDN, PDRM pastikan PRN 6 negeri lancar\n\n\n\n\n\n\nTokoh wartawan negara kesal Menteri bidas laporan BH\n\n\n\n\n\n\nSiapa Bakal Ketua Menteri Melaka Yang Baharu?\n\n\n\n\n\n\nBekas ADUN Bukit Kayu Hitam meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n\u2018Long Tiger\u2019 Bolos Dari Lokap Mahkamah Tangkak\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melibatkan kes tersebut, malah kedua-dua pihak tidak berniat untuk meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021.\n\n\nSebagai rekod pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan pendidikan agama itu di samping tiga perkataan lain termasuk Baitullah, Kaabah dan solat. \u2013 SINAR HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/17/gangguan-bekalan-air-di-99-kawasan-di-selangor-pada-isnin/", "title": "Gangguan bekalan air di 99 kawasan di Selangor pada Isnin", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Sebanyak 99 kawasan dalam wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pada 22 Mei ini.\n\n\nAir Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan perkembangan itu susulan pelaksanaan kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.\n\n\nMenurut kenyataan, gangguan bekalan air akan bermula pada jam 9 pagi pada Isnin dan kerja pembaikan dijangka siap pada jam 3 pagi pada Selasa manakala bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam pada hari berikutnya.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Pusat tidak akan berubah meskipun PN menang 6 negeri\n\n\n\n\n\n\nOPR kekal 3 peratus \u2013 BNM\n\n\n\n\n\n\nKerajaan setuju pinda tujuh akta hukuman mati mandatori\n\n\n\n\n\n\nIsrak Mikraj, lahirkan seruan agung, hayati peristiwa luar biasa umat Islam\n\n\n\n\n\n\nPenguasaan Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerja-kerja pembaikan kecemasan membabitkan paip saluran utama berukuran 2,200 milimeter dan melibatkan kawasan agihan berskala besar.\n\n\n\u201cOleh yang demikian, tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama,\u201d kata kenyataan di laman Facebook Air Selangor pada Rabu.\n\n\nAir Selangor turut memaklumkan bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat sebaik kerja pembaikan siap dan sistem agihan utama bekalan air distabilkan.\n\n\n\n\nBagaimanapun, agensi itu berkata, sekiranya kebocoran menjadi kritikal, kerja kecemasan pembaikan paip pecah akan dimulakan lebih awal daripada tarikh dimaklumkan.\n\n\nKenyataan itu menambah, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.\n\n\n\u201cAir Selangor menasihatkan pelanggan terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.\n\n\n\n\n\u201cPengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui aplikasi Air Selangor atau laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.\n\n\n\u201cPertanyaan dan aduan juga boleh diajukan melalui laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,\u201d kata kenyataan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/17/gereja-borneo-tarik-balik-semakan-kehakiman-kalimah-allah/", "title": "Gereja Borneo tarik balik semakan kehakiman kalimah Allah", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) menarik balik permohonan semakan kehakiman berhubung hak menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan dan amalan keagamaan Kristian pada 25 April lalu.\n\n\nPeguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan mengesahkan bahawa SIB menarik balik tindakan undang-undang untuk memohon perisytiharan berkenaan melalui notis pemberhentian.\n\n\n\u201cIa susulan keputusan Kementerian Dalam Negeri\u00a0dan kerajaan Malaysia, tidak meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes semakan kehakiman seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill.\n\n\n\u201cWanita itu memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama itu,\u201d katanya ketika dihubungi pemberita pada Rabu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi Turkiye: Warga emas minta air untuk solat bawah runtuhan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Azam Baki, Cubaan Heret Institusi Diraja \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nFilipina-China selesaikan isu maritim di Laut China Selatan\n\n\n\n\n\n\nTanpa Arahan Pm, Azam Baki Undur Diri Atau Berehat \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nRM50 juta bantu tingkat keupayaan JBPM hadapi banjir\n\n\n\n\n\n\n\n\nGereja SIB dan Presidennya, Reverend Datuk Jerry WA Dusing@ Jerry W Patel memfailkan semakan kehakiman berkenaan selepas buku agama Kristian berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah, yang dibawa masuk dari Surabaya, Indonesia dirampas oleh Jabatan Kastam di terminal penerbangan tambang murah di Sepang pada Ogos 2007.\n\n\nPada 1 Oktober 2014, Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada gereja itu untuk memulakan semakan kehakiman berhubung hak menggunakan kalimah Allah dalam semua penerbitan dan bahan keagamaannya selepas Mahkamah Tinggi pada 5 Mei 2014 menolak permohonan bagi kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman.\n\n\nBagaimanapun, pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu.\n\n\nSelain perkataan Allah, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah Baitullah, Kaabah dan solat namun ia perlu disertakan dengan penafian, \u2018hanya untuk orang Kristian\u2019 dan lambang salib di hadapan kulit buku. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/17/hentikan-sensasi-isu-laungan-di-pulau-pinang-azan-sudah-selesai/", "title": "Hentikan sensasi, isu laungan di Pulau Pinang azan sudah selesai", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mensensasikan isu laungan azan di Tri Pinnacle, Tanjong Tokong, di Georgetown, Pulau Pinang sehingga menimbulkan kegusaran awam.\n\n\nKetua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin berkata, ia berikutan isu itu sudah selesai antara kedua-dua pihak sama ada Badan Pengurusan Bersama (JMB) Tri Pinnacle dengan ahli jawatan kuasa Surau Saidina Umar.\n\n\nKatanya, setakat ini pihaknya sudah menerima 21 laporan polis berhubung isu berkenaan.\n\n\n\u201cKita sudah terima 21 laporan dan polis akan jalankan siasatan, manakala kes sebelum ini sudah diambil alih oleh Bukit Aman.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP Heret Kedah Ke Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nJimat RM17 bilion kalau mansuh subsidi petrol T20\n\n\n\n\n\n\n10 terkorban, 20 cedera serangan kejam Israel di Tebing Barat\n\n\n\n\n\n\nEnam bulan hilang di Mekah, Ustaz Musthafa disahkan meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nTarif Elektrik, Air Kekal Di Semenanjung, Harga Ayam Tidak Diapungkan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTimbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) juga menjadi saksi perbincangan yang dihadiri pelbagai pihak semalam,\u201d katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini.\n\n\nKok Chin berkata, isu berkenaan sudah selesai dan tidak timbul seperti ditularkan hingga membangkitkan kemarahan kerana ia berbaur perkauman.\n\n\n\u201cMasyarakat di Pulau Pinang pada masa ini berada dalam keadaan aman, cuma ada sesetengah pihak cuba menggunakan media sosial bagi membangkitkan kemarahan,\u201d katanya.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan video tular mesyuarat JMB itu yang mengaitkan isu penggunaan pembesar suara bagi laungan azan di surau berkenaan.\n\n\nDifahamkan, antara usul dicadangkan ialah pembesar suara diletakkan dalam surau dan kelantangan pembesar suara laungan azan direndahkan, selain mencadangkan laungan azan dilakukan menerusi aplikasi WhatsApp.\n\n\nSemalam, Pengerusi JMB Tri Pinnacle, Alex Low tampil memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Islam berhubung isu itu pada sidang media khas yang turut dihadiri Ahmad Zakiyuddin dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor di kondominium berkenaan.\n\n\nBagaimanapun, sidang media sedikit kecoh apabila terdapat penduduk yang tidak berpuas hati dengan penjelasan diberi.\n\n\nAhmad Zakiyuddin turut menuntut pempengaruh media sosial, Mohd Sophian Mohd Zain mengemukakan permohonan maaf susulan beberapa video yang dimuat naiknya menimbulkan sensasi dan kegusaran dalam kalangan masyarakat. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/17/kalimah-allah-kabinet-persembah-cadangan-kepada-majlis-raja-raja/", "title": "Kalimah Allah: Kabinet persembah cadangan kepada Majlis Raja-Raja", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Jemaah Menteri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi menyelesaikan isu tersebut secara menyeluruh dan bersepadu.\n\n\nKENYATAAN MEDIA 17 Mei 2023 (1)\n \n\n\nPada masa sama, ia memperkukuh perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKJ, Shahidan sah tiada dalam senarai calon PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan himpunan \u2018Mana Kapal LCS?\u2019\n\n\n\n\n\n\nZahid kuku besi, matikan demokrasi \u2013 Lukman Al Hakim\n\n\n\n\n\n\nKKD, MCMC diminta pantau hantaran naratif kaum, agama oleh ahli politik\n\n\n\n\n\n\nMat Sabu nafi terbabit promosi skim pelaburan syariah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa keputusan yang dibuat Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes Jill Ireland berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah Allah hanya berkisar soal pentadbiran dan tidak merubah ketetapan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2014.\n\n\n\u201cKerajaan menghormati, memperakui dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri- negeri dan titah Al Sultan Abdullah pada 7 Februari lalu yang menzahirkan agar dikekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah,\u201d katanya menerusi kenyataan hari ini.\n\n\nTegas beliau, kerajaan akan senantiasa mempertahan Perlembagaan Persekutuan terutama Perkara 3 berhubung Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman serta damai.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/17/pengurusan-kes-saman-fitnah-tun-m-anwar-31-mei-ini/", "title": "Pengurusan kes saman fitnah Tun M-Anwar 31 Mei ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memfailkan kehadiran terhadap tuntutan saman fitnah RM150 juta terhadapnya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\nSaman difailkan bekas Perdana Menteri pada 3 Mei lalu adalah bagi menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan Anwar di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: \u201cPelaksanaan Sebuah Idealisme\u201d pada Mac lalu.\n\n\nDengan memasukkan kehadiran itu, ia bermakna Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bersedia untuk menjawab tuntutan saman fitnah yang difailkan oleh Dr Mahathir pada 5 Mei lalu.\n\n\nMemorandum kehadiran berkenaan difailkan firma guaman Thomas Philip mewakili Anwar\u00a0pada 16 Mei lalu yang disahkan peguam Aliff Benjamin Suhaimi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUstaz Wadi Annuar dakwa tidak pernah dipelawa mohon tauliah\n\n\n\n\n\n\nPenunggang lawan arus itu `pembunuh\u2019!\n\n\n\n\n\n\nTuntutan waris Sulu tidak berasas, PETRONAS pertahan kedudukan\n\n\n\n\n\n\nDireman 4 hari kerana hina Sultan Perak\n\n\n\n\n\n\nTukar MB Kelantan sebab Ahmad Yaakob uzur \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeguam itu turut memaklumkan bahawa pengurusan kes berkenaan ditetapkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Mei ini.\n\n\nDi bawah undang-undang kes sivil, Anwar sebagai defendan akan memfailkan pernyataan pembelaan terhadap tindakan undang-undang oleh Dr Mahathir yang juga bekas Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA).\n\n\nDalam writ saman dan pernyataan tuntutannya, Dr Mahathir sebagai plaintif mendakwa ucapan Anwar itu membawa maksud beliau membolot harta untuk keluarga dan kehilangan harta, aset atau saham orang Melayu adalah berkait dengan harta, aset atau saham milik keluarganya.\n\n\nBeliau turut mendakwa kenyataan Presiden PKR itu adalah tuduhan berat yang membawa impak besar terhadap dirinya yang membawa maksud kononnya bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh adalah seorang yang bersifat perkauman.\n\n\nBekas Pengerusi PEJUANG itu berkata, kenyataan berkenaan turut bermaksud kononnya beliau individu yang mempunyai kekayaan dalam lingkungan \u2018berbilion-bilion\u2019, membawa wang itu ke luar negara; dan mengelak untuk membayar cukai.\n\n\nKatanya, kenyataan Anwar bahawa kononnya beliau hanya membincangkan soal rakyat selepas \u2018kehilangan kuasa\u2019 adalah tidak benar yang bertujuan menjatuhkan imejnya.\n\n\nTegas Dr Mahathir, semua kenyataan itu menimbulkan persepsi buruk dan mencalarkan imejnya sebagai negarawan yang mempunyai reputasi sebagai seorang ahli politik dan pemimpin yang disegani di seluruh Malaysia dan dunia.\n\n\nSelain ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan ganti rugi tauladan RM100 juta, Dr Mahathir turut menuntut perintah antaranya Anwar dengan serta merta menarik balik dan memadamkan kesemua kenyataan itu serta mengemukakan permohonan maaf secara bertulis kepadanya. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/18/annuar-musa-antara-10-bekas-pemimpin-umno-isi-borang-sertai-pas/", "title": "Annuar Musa antara 10 bekas pemimpin UMNO isi borang sertai PAS", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa adalah antara lebih 10 bekas pimpinan UMNO yang sudah mengisi borang permohonan menganggotai parti PAS.\n\n\nTimbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menunjukkan minat untuk menyertai BERSATU.\n\n\nKatanya, satu pengumuman penerimaan keahlian tokoh-tokoh politik berkenaan dijangka akan dibuat penghujung bulan ini.\n\n\n\u201cSaya mengesahkan borang permohonan beberapa tokoh besar itu telah siap, kita tunggu masa untuk membuat pengumuman sahaja. Insya-Allah akhir bulan ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPENAMPILAN TUAN IBRAHIM DI GLASLOW MENARIK PERHATIAN\n\n\n\n\n\n\niGuru Saran Ambil Langkah Berjaga-Jaga, Tidak Abai SOP Di Sekolah\n\n\n\n\n\n\nPerkembangan Terkini Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nPesara maut dirempuh pemandu mabuk selepas tegur buat bising\n\n\n\n\n\n\nWujudkan Sekolah Satu Aliran Untuk Capai Perpaduan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya boleh mengesahkan Annuar sudah isi borang untuk menyertai PAS dan kita akan buat pengumuman dalam waktu terdekat dan bersama rakan-rakan lain dalam UMNO,\u201d katanya.\n\n\nTakiyuddin ditemui pemberita di Majlis Sambutan Hari Raya di Kota Bharu, Kelantan hari ini.\n\n\nTakiyuddin turut memaklumkan kesemua bekas pimpinan UMNO tersebut akan turut dipertimbangkan untuk diberikan tempat sekiranya mereka menyatakan hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.\n\n\nMengulas mengenai isu kalimah Allah, beliau yang juga ketua Whip Parlimen PN akan membawa usul berkenaan di persidangan Parlimen akan datang. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/18/hak-khairy-sertai-mana-mana-parti-ahmad-zahid/", "title": "Hak Khairy sertai mana-mana parti \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpendirian, UMNO mempunyai strategi sendiri meskipun kemungkinan Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan menyertai parti lain.\n\n\nBahkan ditanya sama ada UMNO berhasrat melakukan rundingan bersyarat dengan Khairy, beliau berkata, sebarang strategi tidak akan didedahkan.\n\n\n\u201cSaya tidak akan dedahkan strategi, kalau saya kongsi strategi ia tak jadi strategi lagi,\u201d katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini.\n\n\nZahid juga berkata, Khairy mempunyai hak untuk menerima mana-mana tawaran menyertai parti lain memandangkan bekas Ketua Pemuda UMNO itu bukan lagi ahli UMNO.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Muhyiddin, tutup isu RoS pemilihan UMNO \u2013 Pemimpin PN\n\n\n\n\n\n\nOperasi mencari kru kapal jatuh laut diteruskan\u00a0\n\n\n\n\n\n\nPenularan Omicron Tidak Dapat Dielakkan\n\n\n\n\n\n\nTiada `perang dingin\u2019 kerajaan negeri dan kerajaan Pusat \u2013 MB\n\n\n\n\n\n\nHari Merdeka Mahu Dimansuh, Bekas Menteri Gagal Fahami 31 Ogos\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cItu hak dia (Khairy) dia nak ke mana pun, dia bukan ahli UMNO dah,\u201d katanya.\n\n\nPada Rabu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu kepada Khairy.\n\n\nMuhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Menteri Kesihatan itu dipecat daripada UMNO pada Januari lalu.\n\n\nBeliau berkata, tawaran itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan Khairy memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan BERSATU, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/18/kalimah-allah-dap-bidas-kenyataan-muhyiddin/", "title": "Kalimah Allah: DAP bidas kenyataan Muhyiddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 DAP membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa ada menteri daripada parti itu pernah meminta supaya kes kalimah Allah\u00a0membabitkan penganut Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill diselesaikan di luar mahkamah.\n\n\nSetiausaha Agong DAP, Anthony Loke menegaskan, keputusan supaya kes Jill Ireland diselesaikan di luar mahkamah adalah keputusan Kabinet ketika itu.\n\n\n\u201cKes (Jill Ireland) adalah keputusan Kabinet ketika itu dan mungkin beliau (Muhyiddin) tidak hadir ketika Kabinet membuat keputusan berkenaan.\n\n\n\u201cTindakan beliau lemparkan dan letakkan beban itu pada DAP sahaja tidak wajar dan kita tahu tindakan politik Muhyiddin hanya hendak salahkan DAP.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN tidak masuk campur isu politik BN di Melaka\n\n\n\n\n\n\nMungkin Iktiraf Uec Pula Selepas Ini \u2013 Ridhuan Tee\n\n\n\n\n\n\nKeputusan semakan sabitan buktikan kes SRC Najib bukan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nPemandu Mercedez belasah doktor direman empat hari\n\n\n\n\n\n\n40 Lagi Korban COVID-19\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKetika itu, KDN (Kementerian Dalam Negeri) tidak setuju dan teruskan tindakan mahkamah tapi apabila dicadangkan penyelesaian yang lebih menyeluruh di luar mahkamah, ia ditolak dan keputusannya kerajaan kalah.\n\n\n\u201cMuhyiddin tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu tapi kita tahu apa permainan dan tujuan politiknya,\u201d kata Anthony Loke ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penukaran nama Jalan Temiang kepada Jalan Dr Chen Man Hin di Seremban, Negeri Sembilan hari ini.\n\n\nSemalam, media melaporkan Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri mendedahkan, ada menteri daripada DAP pernah meminta supaya kes kalimah Allah membabitkan Jill Ireland diselesaikan di luar mahkamah.\n\n\nMuhyiddin dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku ketika beliau memegang portfolio sebagai Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020.\n\n\nAhli Parlimen Pagoh itu turut menzahirkan rasa kesal terhadap keputusan kerajaan kini menarik balik rayuan penggunaan kalimah Allah dalam kes itu kerana ia membabitkan sensitiviti umat Islam dan kepentingan awam.\n\n\nMengulas lanjut, Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Seremban, menyifatkan kenyataan itu sebagai cubaan untuk memainkan sentimen perkauman serta agama.\n\n\nBeliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menyatakan dengan jelas dalam mesyuarat Kabinet semalam bahawa isu agama yang sensitif mesti ditangani dengan baik.\n\n\n\u201cSudah tentu Kabinet sebagai institusi yang membuat keputusan tertinggi sentiasa mempertahankan kedudukan Islam dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\u201cIsu ini akan ditangani dengan baik dan harmoni tanpa menyentuh sensitiviti mana-mana pihak,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, kerajaan dan KDN menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.\n\n\nBagaimanapun, ia perlu disertakan dengan penafian \u2018hanya untuk orang Kristian\u2019 dan lambang salib di hadapan kulit buku.\n\n\nNotis pemberhentian rayuan semakan kehakiman berkenaan difailkan Pejabat Peguam Negara pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.\n\n\nPada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi membenarkan penganut Kristian seluruh negara menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan pendidikan agama itu. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/18/kalimah-allah-guang-eng-cabar-muhyiddin-dedah-nama-menteri-dap/", "title": "Kalimah Allah: Guang Eng cabar Muhyiddin dedah nama Menteri DAP", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pengerusi DAP, Lim Guan Eng cabar bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menamakan menteri daripada DAP yang mahu kes Jill Ireland digugurkan dan diselesaikan di luar mahkamah.\n\n\nIa bagi menjawab tuduhan Muhyiddin yang mendakwa perkara tersebut berlaku ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).\n\n\n\u201cSaya cabar beliau (Muhyiddin) menamakan orang itu. Jika beliau gagal menyebut siapa menteri itu, beliau penipu dan pengecut,\u201d kata Guan Eng.\n\n\nMuhyiddin dalam satu kenyataan semalam mendakwa bahawa beliau telah menolak cadangan daripada salah seorang menteri itu kerana Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu menyelesaikan kes Ireland dalam mahkamah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nInspektor antara 14 pegawai, anggota polis disyaki terbabit kongsi gelap\n\n\n\n\n\n\nJumlah isi rumah miskin tegar aib, memalukan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPasar Borong Borneo Tunjukkan Kebudayaan Kaum\n\n\n\n\n\n\nTidak timbul isu guling kerajaan \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nRas Adiba umum sertai BERSATU, sokong PN bela OKU\n\n\n\n\n\n\n\n\nSewaktu pentadbiran kerajaan PH, Jill Ireland yang berasal dari Sarawak dan beragama Kristian berketurunan Melanau sedang menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan permohonan untuk pengisytiharan bahawa dia mempunyai hak untuk menggunakan perkataan Allah.\n\n\nKes itu memihak kepadanya pada tahun 2021 sewaktu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.\n\n\nBekas Menteri Kerja Raya era PH, Baru Bian yang merupakan ahli PKR pada waktu itu berkata, selepas keputusan mahkamah bahawa Kabinet telah memutuskan untuk menyelesaikan kes Jill Ireland di luar mahkamah pada tahun 2019.\n\n\nIa selepas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan ketika itu, Tun Daim Zainuddin bertemu peguam yang mewakili Jill Ireland dan Sidang Injil Borneo (SIB) yang dilaporkan bersedia untuk mencari jalan penyelesaian.\n\n\nBagaimanapun, Baru berkata, Muhyiddin telah menolak untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah.\n\n\nBaru tidak menyatakan siapa yang mahu membawa kes tersebut untuk dibincangkan dalam kabinet.\n\n\nGuan Eng juga berkata, Menteri DAP pada ketika itu sedang sibuk dengan portfolio masing-masing dan tidak satu pun yang berkaitan dengan kes Jill Ireland.\n\n\nBeliau turut mengkritik Muhyiddin kerana cuba mengaitkan DAP dalam pertikaian baru-baru ini berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes Jill Ireland.\n\n\n\u201cBeliau muflis dari segi politik, sebab itu beliau cuba bawa isu perkauman dan mencetuskan sentimen,\u201d katanya.\n\n\nGuan Eng turut menyaman Muhyiddin pada Mac lalu selepas Presiden BERSATU itu mendakwa beliau telah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Al-Bukhary."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/18/kalimah-allah-kerajaan-akan-kaji-secara-komprehensif/", "title": "Kalimah Allah: Kerajaan akan kaji secara komprehensif", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji arahan pentadbiran secara komprehensif berhubung isu penggunaan kalimah Allah.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu perlu dilakukan kerana berlaku percanggahan arahan pentadbiran KDN dengan keputusan Kabinet yang dibuat pada tahun 1986.\n\n\n\u201cSebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, oleh kerana terdapat percanggahan maka arahan pentadbiran mengenai isu tersebut akan dikaji semula.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDPMM Gesa Kerajaan Cari Jalan Terbaik Bantu Rakyat\n\n\n\n\n\n\nRumah Terbuka Malaysia Madani hanya bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nKKM sasar bentang semula Rang Undang-Uundang Kawalan Produk Tembakau dalam masa terdekat\n\n\n\n\n\n\nQatar derma 10,000 rumah mudah alih untuk mangsa gempa Turkiye & Syria\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019 : Program bukan untuk belia Muslim \u2013 Hannah Yeoh\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKemudian kerajaan akan mempersembahkan cadangan-cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja sepertimana diperkenan Yang di-Pertuan Agong,\u201d katanya menerusi laman Twitter pada Khamis.\n\n\nTerdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim\u00a0memaklumkan Mesyuarat Jemaah Menteri membincangkan keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes Jill Ireland berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah Allah.\n\n\nDalam hal itu, Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa keputusan yang dibuat hanya berkisar soal pentadbiran dan tidak merubah ketetapan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2014.\n\n\nTambah Saifuddin, hal berlegar melibatkan isu pentadbiran yang terkait dengan rampasan VCD milik Jill Ireland, bukanlah isu kalimah Allah. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/18/kalimah-allah-noh-omar-sokong-kenyataan-mais/", "title": "Kalimah Allah: Noh Omar sokong kenyataan MAIS", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain adalah melibatkan akidah umat Islam serta pentadbiran agama Islam yang berada di bawah bidang kuasa Raja-Raja Melayu di setiap negeri.\n\n\nBekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, isu tersebut bukan sekadar berkaitan dengan pentadbiran, istilah dan keselamatan.\n\n\nMenurut beliau, atas sebab itu, beliau pernah mengarahkan sebuah kontena yang mengandungi kitab Injil dalam bahasa Indonesia yang menggunakan kalimah Allah tidak dibenarkan memasuki negara ini ketika menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 2004.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMUDA dakwa disisih Anwar, PH\n\n\n\n\n\n\nSwatch ambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMalaysia mohon Arab Saudi tambah kuota haji kepada 31,950 jemaah\n\n\n\n\n\n\nGesaan Kepada Semua Pemegang Taruh Politik Tanah Air\n\n\n\n\n\n\nSivakumar perlu cuti sebagai menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya berasakan ini mungkin merupakan satu perancangan pihak tertentu untuk mengimport bahan bacaan yang berbentuk dakwah bagi sesuatu agama yang tertentu yang boleh mengelirukan akidah umat Islam.\n\n\n\u201cKetika itu, kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah satu kerajaan yang kuat dan mempunyai sokongan 198 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat iaitu sokongan lebih dua pertiga, maka tiada mana-mana pihak mempertikaikan tindakan tersebut,\u201d katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.\n\n\nKelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan kementeriannya menarik balik rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melibatkan isu perundangan sivil dan pentadbiran iaitu berkaitan rampasan bahan penerbitan dan bukan membabitkan isu penggunaan kalimah Allah.\n\n\nBeliau menjelaskan, ini kerana keputusan mahkamah pada 10 Mac 2021 itu dibuat bukan bersandarkan sudut teologi atau pun apa jua yang melibatkan penggunaan kalimah Allah.\n\n\nKeputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.\n\n\nNotis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, 18 April lalu.\n\n\nSehubungan itu, Noh menyokong kenyataan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang tidak bersetuju dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan tersebut.\n\n\nBeliau berpandangan, mahkamah adalah tempat terbaik untuk mencari jalan penyelesaian mengenai isu kalimah Allah.\n\n\n\u201cSekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada rayuan KDN maka Kerajaan Madani boleh meminda undang-undang sedia ada agar perkataan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat hanya boleh digunakan oleh orang Islam sahaja atau membuat undang-undang baharu yang mempunyai maksud yang sama.\n\n\n\u201cWalaupun undang-undang tersebut berkemungkinan hanya terpakai di Wilayah Persekutuan, ia boleh dijadikan panduan kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk meminda atau membuat enakmen baharu berkaitan isu ini,\u201d jelasnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/18/muafakat-desak-anwar-beri-penjelasan-konsep-madani/", "title": "Muafakat desak Anwar beri penjelasan Konsep Madani", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan secara telus dan benar mengenai istilah dan struktur yang diperkenalkan melalui konsep Kerajaan Madani.\n\n\nPresiden Muafakat, Ustaz Ismail Mina Ahmad berkata, istilah Kerajaan Madani itu sendiri sudah mengelirukan rakyat dan timbul persoalan apakah konsep pemikiran Anwar itu sama dengan istilah madani yang sebenar dalam agama Islam.\n\n\nDengan kata lain, jelas beliau, adakah konsep madani diperkenalkan oleh Anwar itu merujuk kepada kehendak al-Quran dan sunnah.\n\n\nBeliau berkata, penjelasan itu perlu memandangkan rakyat kini sudah mula salah faham dengan konsep madani diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-10 itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMB Terengganu disahkan bercuti di New Zealand\n\n\n\n\n\n\n3 tahun tempoh 1,500 doktor kontrak dapat lantikan tetap \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Terima Bekalan Pertama Vaksin Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\nBAHAYA TANGGA BERGERAK \u2018ESCALATOR\u2019 TIDAK DISELENGARA\n\n\n\n\n\n\nMungkin ada rakyat Malaysia jadi tali barut \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKajian Muafakat mendapati banyak konsep dan pemikiran yang dibawa oleh Anwar agak bertentangan dengan madani yang sebenar dalam Islam.\n\n\n\u201cPerdana Menteri perlu jelaskan apakah sebenarnya indeks kerajaan madani yang hendak dibawa oleh beliau.\n\n\n\u201cMuafakat meminta Perdana Menteri supaya berani berdepan dan menjelaskan kekeliruan yang timbul kerana rakyat mula mempersoalkan konsep madani kerajaan masa kini,\u201d katanya dalam majlis usrah bertajuk \u2018Menyelongkar Gagasan Madani PMX\u2019 di Kuala Lumpur semalam.\n\n\nBeliau seterusnya mengingatkan sebagai Perdana Menteri perlu mempunyai keberanian untuk berdepan dengan intelektual Ahli Sunnah Wal Jamaah apabila timbul isu-isu berkaitan agama Islam termasuk mengenai konsep madani, penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam atau agama lain, sistem kapitalis terkawal dan banyak lagi.\n\n\nIsmail Mina menambah; \u201cApakah Perdana Menteri mempunyai keberanian dan kekuatan moral untuk menjelaskan perkara ini serta sanggup berdepan depan dengan intelektual ahli-ahli sunah waljamaah?\u201d. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/18/pengharaman-buku-homoseksual-ikut-undang-undang-agc/", "title": "Pengharaman buku homoseksual ikut undang-undang \u2013 AGC", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \u201cPengharaman buku \nGay is Okay! A Christian Perspective\n oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah sejajar dengan peruntukan undang-undang dan telah melalui prosedur yang betul,\u201d kata Jabatan Peguam Negara (AGC) di Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini.\n\n\nPeguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly menghujahkan demikian ketika prosiding rayuan KDN dan Kerajaan Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Februari 2022 lalu yang membenarkan permohonan semakan kehakiman difailkan penulis buku tersebut, Ngeo Boon Lin dan penerbitnya, Chong Ton Sin.\n\n\nSemasa hujahan di hadapan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Azizah Nawawi bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Wong Kian Kheong, Ahmad Hanir berkata, setelah KDN dan kerajaan meneliti kandungan buku itu, sebahagian petikannya menunjukkan ia berkemungkinan bersifat prejudis kepada ketenteraman, kepentingan awam dan moral.\n\n\nBeliau berkata, homoseksualiti dianggap tidak bermoral dan tidak diterima oleh masyarakat umum di negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelesaikan Perselisihan Di Meja Rundingan\n\n\n\n\n\n\nGaji penjawat awam bakal dinilai semula\n\n\n\n\n\n\nMi Kari Putih Penang Ah Lai, Mi Segera Perisa Ayam Special selamat dimakan\n\n\n\n\n\n\nBerdoa kepada Yang Maha Esa, teruskan perjalanan ke tanah air\n\n\n\n\n\n\nKerajaan setuju tubuhkan Jawatankuasa Tertinggi tangani isu doktor kontrak\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekiranya timbul isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) beliau berkata, berlaku bantahan dan gesaan terhadap kerajaan supaya mengambil tindakan, malah berkemungkinan mengundang perhimpunan secara besar-besaran.\n\n\n\u201cCara hidup homoseksual adalah dilarang oleh semua agama termasuk Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.\n\n\n\u201cIa dilihat menerusi penolakan terhadap homoseksualiti oleh masyarakat umum yang juga berbilang agama di negara ini,\u201d katanya.\n\n\nPada 18 Disember 2020, KDN telah mewartakan perintah larangan terhadap dua penerbitan, antaranya adalah buku \nGay is OK! A Christian Perspective\n\u00a0di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, berkuat kuasa 27 November 2020."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/19887/", "title": "Annuar Musa kini ahli PAS?", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Satu pihak mengesahkan, namun di satu pihak lagi masih berdiam diri.\n\n\nTanpa mengeluarkan sebarang kenyataan, sehingga kini, Tan Sri Annuar Musa masih membisu seribu bahasa sama ada beliau kini sudah menjadi ahli parti PAS atau sebaliknya.\n\n\nBagaimanapun hantaran beliau beberapa hari ini di Facebooknya mengundang spekulasi.\n\n\nIni berikutan beberapa hantaran menampilkan beliau berbaju hijau, iaitu sehari lalu ketika beliau menggambarkan dirinya pulang daripada beriadah.\n\n\nTan Sri Annuar Musa berbaju hijau ketika beriadah. \u2013 sumber Facebook Tan Sri Annuar Musa\n\n\nManakala spekulasi dipergiatkan dengan undangan ke majlis hari raya Muafakat Nasional pada Sabtu\u00a0 ini, yang mana beliau dipaparkan pada kad undangan dengan memakai baju kebangsaan hijau.\n\n\n\n\nDi pihak PAS,\u00a0 Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam pada satu\u00a0 jamuan raya berkata, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN),\u00a0 itu adalah antara 10 nama daripada bekas pimpinan UMNO yang telah mengisi borang untuk menyertai parti PAS seperti dilaporkan media.\n\n\n\u201cSaya mengesahkan borang permohonan beberapa tokoh besar itu telah siap, kita tunggu masa untuk membuat pengumuman sahaja. Insya-Allah akhir bulan ini.\u2019\u2019 , katanya.\n\n\nMenurut Takiyuddin, senarai nama keahlian tokoh-tokoh politik berkenaan dijangka akan diumumkan pada hujung bulan ini.\n\n\nSelain itu bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin turut ditawarkan dengan tawaran istimewa oleh Presiden Bersatu untuk menyertai parti tersebut.\n\n\nKata Takiyuddin, beliau boleh mengesahkan Tan Sri Annuar Musa sudah mengisi borang untuk menyertai PAS.\n\n\nDan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam waktu terdekat dan bersama rakan-rakan lain dalam UMNO."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/3-laluan-kontra-atasi-kesesakan-jalan-di-ibu-negara/", "title": "3 laluan kontra atasi kesesakan jalan di ibu negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \n\u2013\u00a0 \nTiga laluan kontra akan dibuka bermula 3 Julai depan sebagai langkah segera mengatasi masalah kesesakan jalan raya di ibu negara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.\n\n\nLaluan kontra itu melibatkan laluan Tol Plus Sungai Besi ke Persimpangan Besraya iaitu dari arah selatan ke Kuala Lumpur; Jalan Maharajalela ke Taman Connaught; dan Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata pembukaan ketiga-tiga laluan kontra itu dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Kesesakan Jalan Raya (JTMKJR) Bilangan 1/2023 yang dipengerusikan beliau hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\u201cPembukaan laluan kontra ini diharap dapat membantu kurangkan kesesakan, penyelesaian jangka panjang masalah masih dalam perbincangan,\u201d kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat JTMKJR itu.\n\n\nLaluan kontra di Tol Plus Sungai Besi ke Persimpangan Besraya adalah sepanjang 2.4 kilometer (km) manakala pemanjangan laluan kontra dari Jalan Maharajalela ke Taman Connaught melibatkan jarak sepanjang empat km.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPembukaan laluan kontra di kedua-dua laluan itu dibuka kepada semua jenis kenderaan persendirian kecuali motosikal,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nLoke berkata laluan kontra Jalan Ampang dari Ampang Point ke Jalan Tun Razak melibatkan jarak tiga km khusus untuk kenderaan pengangkutan awam iaitu bas sahaja.\n\n\n\u201cTiada kenderaan persendirian dibenarkan dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksana jika ada kenderaan lain melaluinya,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekalan gula di Kelantan, Terengganu terjejas\n\n\n\n\n\n\nLembaga Disiplin UMNO Belum Terima Laporan Rasmi Tajuddin\n\n\n\n\n\n\nUMNO tiada peluang menang PRN, kuasai 6 negeri\n\n\n\n\n\n\nKelantan bubar DUN 22 Jun, beri laluan Pilihan Raya Negeri\n\n\n\n\n\n\nPAS komited dalam perjuangan, Ahmad Zahid \u2018mengkarung politik\u2019 sebenar\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata pembukaan ketiga-tiga laluan kontra itu bermula 6 pagi hingga 9 pagi bagi waktu pagi manakala pukul 5 hingga 7 petang bagi sesi petang.\n\n\nInstitut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan menyediakan satu garis panduan untuk memastikan laluan kontra itu dilaksana dengan baik dan selamat, katanya.\n\n\n\u201cTiada tempoh tertentu untuk laluan ini (ditutup) kerana kita akan lihat keberkesanannya\u2026 ada (laluan kontra) di Jalan Cheras masih dibuka sejak 20 tahun lepas dan sukar ditutup,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata perbincangan termasuk dengan ahli akademik sedang dilaksana bagi mencari punca utama kesesakan jalan raya selain menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.\n\n\nMenurutnya, kajian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati terdapat enam juta kenderaan bergerak di ibu negara setiap hari.\n\n\n\u201cPenggunaan pengangkutan awam ketika ini hanya satu juta atau 15 peratus sehari berbanding enam juta atau 85 peratus bagi kenderaan,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Loke berkata DBKL disarankan agar lebih tegas dalam proses pemberian kelulusan kepada pemaju untuk menutup jalan raya bagi tujuan pembinaan dan sebagainya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/ahli-umno-perlu-sedia-beri-undi-pada-dap-turuti-arahan-parti/", "title": "Ahli UMNO perlu sedia beri undi pada DAP, turuti arahan parti", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ahli UMNO perlu sedia mentaati arahan termasuk memangkah calon DAP di kawasan masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang bagi mengukuhkan Kerajaan Campuran.\n\n\nAhli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sentimen peribadi perlu diketepikan dan sedia memberi undi kepada rakan kongsi untuk meneruskan kestabilan kerajaan sedia ada.\n\n\n\u201cApabila kita sudah berada dalam Kerajaan Perpaduan, maka kita hendaklah mengikut disiplin parti dengan memastikan arahan parti dituruti.\n\n\n\u201cMemanglah undi itu rahsia tapi gesaan saya ialah bukan atas nama DAP bukan atas nama parti-parti tetapi atas nama Kerajaan Perpaduan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada kawalan kerajaan punca kanak-kanak hisap vape\n\n\n\n\n\n\nPenganalisis Jangka Sentimen Pelabur Tidak Terjejas Jika PRU Negara Berjalan Progresif\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid mohon kes rasuah digugurkan, bicara kes tangguh 1 April\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah nazak, hanya berpaut pada PH \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nAnwar sahkan ada rundingan bawa pulang Jho Low\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi sentimen-sentimen yang ada pada diri kita hendaklah kita tinggalkan kerana dinamika politik Malaysia ini begitu hebat.Kita lihat apa yang berlaku sudah berlaku dan kita inginkan kestabilan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas merasmikan Loji Kabel XLPE Federal Power Sdn Bhd yang turut dihadiri bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani di Shah Alam hari ini.\n\n\nBeliau mengulas kesediaan ahli UMNO untuk memberi undi dan memenangkan calon PH daripada DAP yang bakal tercalon sebagai PRN di enam negeri, bulan depan.\n\n\nJusteru katanya, beliau menyokong sekiranya Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di enam negeri yang akan berdepan PRN diawalkan supaya politik di negeri berkenaan lebih stabil.\n\n\nBeliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan menegaskan ahli UMNO tidak perlu bimbang dengan undi yang bakal diberi kepada calon DAP kerana sekutunya itu akan menggunakan logo PH."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/kementerian-jemput-calon-layak-jadi-ceo-teraju-yayasan-peneraju-rafizi/", "title": "\u201cKementerian jemput calon layak jadi CEO Teraju, Yayasan Peneraju\u201d \u2013 Rafizi", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Menteri Ekonomi, mengumumkan bahawa permohonan untuk jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Teraju dan Yayasan Peneraju kini dibuka.\n\n\n\n\n\n\nMenterinya Rafizi Ramli ketika mengumumkan berkenaan kekosongan itu, menjemput mereka yang layak untuk memohon.\n\n\nBeliau yang juga timbalan presiden PKR, Kementerian Ekonomi mempunyai dua agensi yang sedang dalam proses pertukaran kepimpinan, iaitu Teraju \u2013 bertanggungjawab menguruskan pembangunan agenda ekonomi Bumiputra,\u00a0 dan Yayasan Peneraju \u2013 bertanggungjawab menguruskan pembangunan kemahiran dan bakat profesional Bumiputra.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKementerian Ekonomi kini menjemput calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan sebagai CEO Teraju dan Yayasan Peneraju untuk memohon mengisi kekosongan ini,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.\n\n\nRafizi juga menjemput profesional dalam bidang teknologi dan digital yang mahu menawarkan diri sebagai anggota Majlis Ekonomi Digital dan Industri Keempat Negara (MED4IR) untuk memohon menjadi anggota majlis berkenaan.\n\n\nButiran lanjut mengenai kelayakan dan bidang kerja boleh didapati di laman Teraju, Yayasan Peneraju dan Kementerian Ekonomi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/khairy-berhak-sertai-mana-mana-parti-politik-zahid/", "title": "Khairy berhak sertai mana-mana parti politik \u2013 Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhak menerima tawaran untuk menyertai mana-mana parti politik.\n\n\nMenurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), itu menjadi hak Khairy kerana beliau bukan lagi ahli UMNO.\n\n\nitu hak dia nak kemana pun, dia tidak lagi menjadi ahli umno,\u201d \nkata Zahid pada sidang media di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini.\n\n\nSusulan itu, media turut bertanyakan sekiranya strategi yang digunakan UMNO itu ada dikongsikan pada Khairy, namun beliau memaklumkan sebarang strategi tidak akan didedahkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat khas SPR bincang PRK DUN Pelangai pada Khamis ini\n\n\n\n\n\n\nSPM 2022 catat peningkatan memberansangkan\n\n\n\n\n\n\nAngkat sumpah MB Negeri Sembilan berlangsung hari ini\n\n\n\n\n\n\nRas Adiba umum sertai BERSATU, sokong PN bela OKU\n\n\n\n\n\n\nMudarat lebih besar jika BN bersama PN \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tidak memberikan strategi, sebab kalau saya berkongsikan strategi dengan dia, ianya tidak lagi menjadi strategi,\u201d katanya lagi.\n\n\nSemalam, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ada menawarkan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU kepada bekas ketua Pemuda UMNO itu yang telah dipecat daripada UMNO pada 28 Januari lalu.\n\n\nPelawaan itu dibuat sejurus melihat kemampuan Khairy dalam memperkukuhkan kedudukan BERSATU serta ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.\n\n\nBagaimanapun, Muhyiddin mengesahkan bahawa Khairy belum lagi memberi sebarang keputusan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/khidmat-atm-terminal-layan-diri-maybank2u-maybank-tergendala-sabtu-ahad-ini/", "title": "Khidmat ATM, terminal layan diri, Maybank2U \u2013 Maybank tergendala Sabtu, Ahad ini", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Beberapa perkhidmatan perbankan Maybank akan tergendala dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada Sabtu dan Ahad susulan penyelenggaran sistem tersebut minggu ini.\n\n\nMaybank dalam satu kenyataan\n pada 17 Mei, memaklumkan antara perkhidmatan terlibat adalah mesin juruwang automatik (ATM), terminal layan diri, Maybank2U dan perbankan dalam talian.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku dan menghargai kefahaman anda.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Maybank 1-300-88-6688 jika anda di Malaysia, atau 603-78443696 bagi luar negara,\u201d kata Maybank dalam kenyataan pada Jumaat. \u00a0\u2013 SINAR HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/majlis-raja-raja-jaga-kesucian-islam-kalimah-allah/", "title": "Majlis Raja-Raja jaga kesucian Islam, kalimah Allah", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 satu langkah yang tepat apabila keputusan kabinet mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja .\n\n\nTimbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, langkah berkenaan adalah satu keputusan yang tepat dengan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan untuk menjaga Islam pada setiap masa.\n\n\n\u201cIni satu langkah yang tepat. Apabila Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) dipengerusikan oleh Sultan, ia memberi maksud isu Islam dan sensitiviti yang membabitkan umat Islam mesti dirujuk kepada institusi tertinggi, yang bertanggungjawab menjaga agama iaitu institusi Istana,\u201d katanya\u00a0\n\n\nBeliau mengulas langkag kabinet yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah, untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJenama streetwear biadap, reka pakaian bercetak nama Allah\n\n\n\n\n\n\nAgong perkenan lima akta yang diluluskan Parlimen\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Catat 18 Kematian Covid-19\n\n\n\n\n\n\nFitnah Zakir Naik, Santiago mohon maaf\n\n\n\n\n\n\nInstitusi Perundangan : Tidak boleh ada keistimewaan antara ahli politik dengan rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, dalam satu kenyataan media, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah berkenaan adalah bertujuan untuk menyelesaikan isu kalimah Allah secara menyeluruh dan bersepadu, selain memperlihatkan kerajaan komited untuk memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian antara kaum serta agama di negara ini.\n\n\nSementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman, MKI sudah membuag keputusan berhubung isu itu dan ia perlu dihormati.\n\n\nBeliau turut berkata, sebarang cadangan membabitkan Islam dan umat Islam sememangnya perlu dirujuk kepada Majlis Raja-raja semula.\u00a0\n\n\n\u201cIni keputusan Majlis Raja-raja bukannya mufti. Mufti hadir dalam mesyuarat dan tidak membuat sebarang keputusan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/ngo-islam-berkumpul-bantah-tarik-balik-rayuan-kalimah-allah/", "title": "NGO Islam berkumpul bantah tarik balik rayuan kalimah Allah", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat\u00a0 \u2013 Badan bukan kerajaan (NGO) Islam dijangka mengadakan demonstrasi bantahan terhadap keputusan Kerajaan menarik balik rayuan kes kalimah Allah di Shah Alam hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerkara itu diumumkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menerusi hantaran Facebooknya.\n\n\nMenurut hantaran itu, demonstrasi yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bersama beberapa NGO Islam lain bakal diadakan di pekarangan tempat letak kereta Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14, Shah Alam hari ini selepas menunaikan solat Jumaat.\n\n\nPengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd ZAi Mustafa berkata menjadi tanggungjawab untuk menyatakan pendirian dan solidariti, untuk mempertahankan kesucian nilai agama Islam apabila ianya telah disentuh dan diambil ringan oleh pihak kerajaan.\n\n\nSementara itu dalam satu lagi hantara NGO itu berkata,\u00a0 perhimpunan itu akan diadakan mengikut peraturan dan mematuhi kaedah dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Ibu pejabat Polis Daerah Shah Alam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/organisasi-arab-digesa-beri-bantuan-kepada-gaza/", "title": "Organisasi Arab digesa beri bantuan kepada Gaza", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nSerangan udara tentera haram Israel di Semenanjung Gaza baru-baru ini menyebabkan seramai 2,516 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal.\n\n\nMenurut kenyataan Kementerian Pembangunan Sosial Gaza, sebanyak 180 kanak-kanak kehilangan tempat tinggal.\n\n\nKementerian itu merayu kepada organisasi Arab, Islam dan antarabangsa untuk memberikan bantuan kepada keluarga yang terjejas akibat serangan tersebut.\n\n\nPada minggu lepas, rejim Israel melancarkan serangan udara ke atas Gaza selama lima hari berturut-turut di mana sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera menurut Kementerian Kesihatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTindakan Zionis bunuh Al-Tamimi dikecam keras\n\n\n\n\n\n\nErdogan menang pilihan raya, kekal pertahan jawatan\n\n\n\n\n\n\nKPISM berang dengan tohmahan Tiong King Sing\n\n\n\n\n\n\nSiti Bainun bersalah dua pertuduhan, dipenjara 12 tahun\n\n\n\n\n\n\nJangan ulang, masuk Malaysia tapi tak keluar \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\nKumpulan pejuang Palestin bertindak balas dengan melepaskan tembakan roket ke Israel yang membunuh sekurang-kurangnya dua rakyat Israel."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/pdrm-sekat-sindiket-tipu-pelaburan-kad-sim/", "title": "PDRM sekat sindiket tipu pelaburan kad SIM", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Seorang lelaki yang dipercayai mendalangi sindiket penipuan pelaburan berbentuk perniagaan kad SIM membabitkan kerugian RM1.45 juta ditahan dalam satu serbuan di ibu negara kelmarin.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSuspek yang juga seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak tahun 2020, akhirnya berjaya ditahan susulan tiga laporan polis yang diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM).\n\n\nSetiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, dalam satu kenyataan berkata siasatan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mendapati sindiket menawarkan pelaburan berbentuk perniagaan kad sim dan produk dari syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.\n\n\nMenurutnya, setiap pakej pelaburan menawarkan pulangan bulanan yang berbeza dan pelabur dijanjikan menerima imbuhan untuk sepanjang hayat.\n\n\n\u201cBagaimanapun, siasatan mendedahkan pelabur hanya menerima pulangan di peringkat awal sebelum dimaklumkan bahawa syarikat mengalami kerugian dan pulangan yang dijanjikan tidak dapat dibayar.\n\n\n\u201cSehingga kini, tiga laporan polis diterima berkait penipuan berkenaan dengan jumlah kerugian keseluruhan RM1.45 juta,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.\n\n\n\n\n\n\nTambah Noorsiah, polis turut merampas dua telefon bimbit, satu kad pengeluaran wang (ATM) dan dua buku cek yang disyaki digunakan untuk kegiatan penipuan pelaburan.\n\n\n\n\n\u201cSuspek direman selama dua hari, bermula 18 Mei 2023 (semalam) sehingga hari ini dan diberikan jaminan polis setelah tempoh reman tamat.\n\n\n\u201cKes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, beliau meminta mana-mana individu yang menjadi mangsa penipuan sindiket ini digesa untuk segera tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran.\n\n\n\n\n\u201cPDRM mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan membuat semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.\n\n\n\u201cDapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti portal Semak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sebelum membuat keputusan menyertai skim pelaburan meragukan,\u201d katanya. \u2013 BERITA HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/pelampau-israel-lempar-kata-kesat-sambik-berarak-di-baitulmaqdis/", "title": "Pelampau Israel lempar kata kesat sambik berarak di Baitulmaqdis", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Puluhan ribu warga Israel berarak ke Baitulmaqdis dalam perarakan tahunan kibaran bendera bagi memperingati penawanan Israel ke ata bumi Palestin.\n\n\nMenurut tinjauan AFP, penduduk Palestin di wilayah Timur Baitulmaqdis yang diduduki oleh mereka dipaksa menutupi kedai mereka dan dilarang untuk memasuki pintu Gerbang Damsyik ke Kota Lama, iaitu sebuah hab sosial, untuk memberi laluan kepada perarakan berkenaan.\n\n\nMalah, sebahagian daripada peserta perarakan dikatakan turut menyerang kumpulan media dengan melempar batu dan juga botol.\n\n\nPeserta perarakan itu juga turut menghamburkan kata-kata kesat terhadap pihak media dan melaungkan slogan anti-Arab.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWang tidak dituntut berjumlah RM11 bilion\n\n\n\n\n\n\nIsu Batu Puteh: Kerajaan serah kepada Parlimen buat keputusan\n\n\n\n\n\n\nRayuan petisyen Ramasamy ditangguh ke 1 Ogos secara fizikal\n\n\n\n\n\n\nKPM, KKM pantau penularan COVID-19 waktu SPM 2022 berlangsung\n\n\n\n\n\n\nLagi Rumah Palestin Diroboh Pengganas Israel\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut pihak polis, susulan serangan itu, mereka menahan dua suspekmyang dipercayai terlibat dengan keganasan iaitu seorang dewasa dan juga kanak-kanak.\n\n\nSementara itu, di Gaza ribuan orang telah berkumpul di sempadan Israel dengan kebanyakan daripada mereka membawa bendera Palestin, dalam suasana yang dilihat seolah-olah adanya persaingan antara bendera.\n\n\nWalaubagaimanapun, tentera Israel dilaporkan telah melepaskan gas pemedih mata ke arah sesiapa sahaja yang menghampiri pagar sempadan.\n\n\nSumber pihak keselamatan Palestin di Gaza berkata, pemerintah Islam di wilayah itu, Hamas pula melepaskan roket amaran ke laut tanpa mengulas lanjut.\n\n\nPada perarakan Israel yang lepas, kumpulan militan itu mengutuk kempen pendudukan zionis (Israel) terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis yag diduduki.\n\n\nPada dua tahun lalu, selepas beberapa minggu keganasan di Baitulmaqdis puluhan rakyat Palestin cedera, perang antara Hamas dan Israel telah meletus ketika perarakan sedang berlangsung.\n\n\nPerdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, semalam, berkata perayaan itu diadakan sempena memperingati 75 tahun selepas penubuhan semula kelahiran ibu negara Israel di Baitulmaqdis dan 56 tahun selepas ia disatukan.\n\n\nDua anggota kabinet paling kanannya, Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich menghadiri perarakan itu, yang dianggap oleh orang Israel sebagai Hari Baitulmaqdis.\n\n\n\u201cHari ini, kami ingin memberitahu Hamas yang mengancam kami bahawa Baitulmaqdis adalah milik kami,\u201d kata Ben-Gvir dalam satu kenyataan.\n\n\nMelalui peperangan selama enam hari pada 1967, Israel menakluki timur Baitulmaqdis dan Kota Lama di Palestin, namun tindakan itu tidak pernah diiktiraf komuniti antarabangsa.\n\n\nPerhimpunan pada Khamis itu berlangsung beberapa hari selepas gencatan senjata yang menamatkan pertempuran rentas sempadan berdarah dengan militan Jihad Islam di Gaza.\n\n\nSeramai 33 orang termasuk orang awam, terbunuh di wilayah lain Palestin yang disekat, dan dua di Israel membabitkan seorang warganya dan seorang pekerja di Gaza.\n\n\nKira-kira 2,500 pegawai polis mengawal perarakan itu, yang bermula di bahagian barat bandar berkenaan sebelum melepasi timur Baitulmaqdis dan melalui Kota Lama sebelum berakhir di Tembok Barat. \u2013 AFP"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/perkeso-sahkan-pegawai-ditahan-sprm/", "title": "PERKESO sahkan pegawai ditahan SPRM", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengesahkan penahanan seorang pegawai agensi itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Ops Hire 2.0, semalam.\n\n\nPERKESO dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penahanan itu bagi membantu siasatan berhubung insentif pengambilan pekerja bawah program Pelan Jana Semula Ekonomi (Penjana).\n\n\nMenurut PERKESO, pegawai berkenaan disyaki terbabit menerima suapan bagi meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah Penjana.\n\n\n\u201cSehubungan itu, pihak kami menegaskan bahawa PERKESO tidak akan mencampuri urusan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nADUN Banggi, Tanjong Kapor, Kunak umum keluar WARISAN\n\n\n\n\n\n\nHampir RM1 bilion lesap ditipu agensi pelaburan\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat Dijangka Bubar Selepas Pembentangan Bajet 2023\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700 untuk penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nPeruntukan bantuan sekolah persendirian Cina terus meningkat\n\n\n\n\n\n\n\n\nKami memberi kerjasama serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak SPRM untuk menjalankan siasatan ke atas pegawai berkenaan sehingga selesai,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nTerdahulu, media melaporkan, SPRM menahan seorang pegawai perkhidmatan sebuah agensi selepas disyaki terbabit menerima wang habuan ribuan ringgit daripada seorang pemilik syarikat sebagai upah meluluskan permohonan tuntutan Program Insentif Pengambilan Pekerja di bawah program Penjana bernilai kira-kira RM1.3 juta. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/prosiding-baharu-lcs-dicadang-pac/", "title": "Prosiding baharu LCS dicadang PAC", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bercadang mengadakan prosiding baharu berhubung pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pada persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula Isnin ini.\n\n\nPengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, mengesyorkan prosiding mengenai kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu diadakan sejurus pelantikan ahli PAC diluluskan Dewan Rakyat.\n\n\nSelain itu, beliau berkata, prosiding baharu bagi perkembangan kemajuan pembinaan LCS itu akan menjadi agenda pertama Mesyuarat PAC bagi penggal Parlimen Ke-15.\n\n\nKatanya, PAC dijangka mengadakan prosiding berkenaan di Limbungan Kapal Boustead Naval Shipyard (BNS), seterusnya mengadakan lawatan kerja untuk memantau kemajuan pembinaan kapal LCS.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJALAN PALING BAHAYA DI MALAYSIA DINAIK TARAF\n\n\n\n\n\n\nPorak-peranda politik jejas institusi kehakiman negara\n\n\n\n\n\n\nBlok pembangkang mahupun kerajaan akan disiasat jika terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\nDAP beri bayangan tak akan serah kerusi kepada BN\n\n\n\n\n\n\nRayuan tunggakan cukai Najib, anak didengar 14 Jun\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya juga akan mencadangkan PAC mengeluarkan laporan baharu untuk dibentangkan ke Parlimen, selepas laporan kemajuan dibentangkan setiap tiga bulan.\n\n\n\n\n\u201cIni kerana, antara syor PAC dalam laporan sebelum ini menyatakan Kementerian Pertahanan perlu membentangkan laporan kemajuan pembinaan kapal LCS kepada jawatankuasa berkenaan, setiap tiga bulan.\n\n\n\n\n\u201cSaya mengambil maklum, PAC Parlimen penggal Ke-14 sudah membentangkan Laporan Perolehan Kapal LCS pada 4 Ogos 2022. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan sudah membentangkan maklum balas terhadap tujuh syor dikemukakan PAC Parlimen penggal Ke-14, pada 5 Oktober 2022,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.\n\n\n\n\n\n\nBH sebelum ini, melaporkan kajian daya maju dilakukan kerajaan terhadap syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi pembinaan lima kapal LCS TLDM gagal mengesan masalah kewangan syarikat berkenaan.\n\n\nIa dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.\n\n\nIa adalah antara sembilan rumusan diperoleh PAC menerusi prosiding berkaitan kontrak berkenaan.\n\n\nPada Oktober 2022, Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilaporkan berkata pembinaan LCS akan disambung semula, sejurus semua rundingan dalam fasa mobilisasi yang sedang berlangsung selama enam bulan sejak Jun tahun lalu, selesai penghujung Disember tahun sama.\n\n\nBeliau berkata, semua pihak terbabit mempunyai tempoh 14 bulan untuk memastikan pembinaan kapal pertama LCS disiapkan, selepas fasa mobilisasi selesai penghujung tahun lalu.\n\n\nSementara itu, Mas Ermieyati berkata, beliau dan Naib Pengerusinya, Wong Shu Qi selesai melakukan kunjungan hormat kepada semua wakil tetap atau Ex Officio PAC.\n\n\nWakil tetap berkenaan ialah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Akauntan Negara.\n\n\n\u201cSemua Ex Officio PAC yang ditemui bersetuju terus menjalinkan kerjasama erat dengan PAC bagi memastikan ketelusan dan kredibiliti jawatankuasa ini terus diperkukuh.\n\n\n\u201cSaya turut memberi penjelasan kepada semua Ex Officio PAC terhadap beberapa penambahbaikan bakal dilakukan, terutama membabitkan Laporan Tindakan Susulan Pegawai Pengawal atau Ketua Setiausaha Terhadap Syor Laporan PAC.\n\n\n\u201cPertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul juga sudah diadakan bagi mendapatkan pandangan mengenai hala tuju dan penambahbaikan yang boleh dilakukan PAC, Selasa lalu,\u201d katanya. \u2013 BERITA HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/surat-terbuka-untuk-khairul-aming/", "title": "Surat terbuka untuk Khairul Aming", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan Mohamad Kamal Mohamed dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini telah membuat surat terbuka kepada pempengaruh terkenal Khairul Aming berhubung dengan \npostingannya \ndi Twitter yang membeli tiket konsert Kumpulan Band Rock terkenal Coldplay.\n\n\nDalam kenyataan di Facebooknya itu, beliau menyatakan rasa sedih dengan tindakan Khairul Aming yang bersungguh menempah tiket konsert kumpulan berkenaan.\n\n\n\u201cAlang kepalang kesedihan, terguris hati saya apabila membaca posting twitter saudara yang bersungguh menempah tiket.\u00a0\n\n\n\u201cPastinya siapa saya untuk menghalang keinginan orang lain tetapi suka saya menitipkan pesan lantaran saudara adalah saudara seagama saya.\u201d katanya\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya Tidak Terima Wang Dari UKSB\u2019\u2019 \u2013 Khairy Jamaluddin\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada pakaian tak hormat sensitiviti agama Islam\n\n\n\n\n\n\nWFP gantung bantuan makanan kepada rakyat Palestin\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin sampaikan bantuan, redakan krisis kebuluran pelarian\n\n\n\n\n\n\nPakar Saran Perkenal Sistem Pengawal Selia Kandungan Media\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut mempersoalkan status Khairul Aming yang bergelar seorang pempengaruh yang \u2018bersih\u2019 (nama dan reputasi) seharusnya tidak perlu mempromosikan konsert dari artis yang lantang memperjuangkan hak-hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT).\n\n\n\u201cPada saya seorang public figure yang bersih seperti saudara tidak seharusnya secara tidak langsung mempromosikan konsert dari artis yang lantang mempromosikan LGBT.\u201d Katanya.\n\n\nBeliau turut menasihati Khairul Aming agar memikirkan kesan-kesan buruk yang akan menimpa akibat budaya LGBT yang akan dibawa bersama dalam konsert kumpulan Coldplay ini.\n\n\nKamal juga berharap agar Khairul Aming dapat membuat keputusan yang matang dalam membuat suatu pertimbangan atau keputusan\n\n\nPada 16 Mei lalu, Khairul Aming telah memuat naik ciapan bahawa dia telah berjaya membeli tiket konsert Coldplay berkenaan walaupun terpaksa menunggu berjam-jam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/19/tak-perlu-panik-tuaran-masih-terkawal-dr-zaliha/", "title": "Tak perlu panik, Tuaran masih terkawal \u2013 Dr Zaliha", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Daerah Tuaran dikatakan masih dalam keadaan terkawal meskipun terdapat peningkatan kes jangkitan COVID 19 sepanjang musim perayaan.\nMenteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, bilangan kes yang dilaporkan juga adalah rendah yang mana kurang daripada 100 kes seminggu.\n\u201cSebenarnya jangkitan Covid-19 di Tuaran ini kita tidak perlu panik kerana jika dilihat secara keseluruhan, bilangan kes masih rendah dan terkawal.\n\u201cCuma mereka di Tuaran masih lakukan pemantauan mengikut kriteria yang lama kerana kita tak guna dah (kod warna),\u201d katanya.\nBeliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Aidilfitri Kementerian Kesihatan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) pada 17 Mei lalu. \nTerdahulu, daerah Tuaran diisytihar sebagai zon merah selepas mencatat 26 kes baharu. \nTambah Zaliha, jangkitan COVID 19 di daerah berkenaan hanya melibatkan kategori satu dan dua.\nMenurutnya, pesakit yang dijangkiti juga tidak perlu hadir ke hospital dan boleh melakukan kuarantin sendiri di rumah.\n\u201cBagi kes kategori tiga, empat dan lima, kita dapati ia membabitkan individu berusia 60 tahun ke atas termasuk mereka yang mempunyai komobid,\u201d jelasnya.\nDalam perkembangan berbeza, Zaliha turut menasihati orang ramai agar segera medapatkan rawatan di hospital sekiranya memiliki gejala strok haba seperti dehidrasi, keletihan dan kekejangan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/isu-kalimah-allah-putra-gesa-campur-tangan-agong/", "title": "Isu kalimah Allah : PUTRA gesa campur tangan Agong", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) memohon campur tangan Yang Di- pertuan Agong bagi menangani isu penarikan semula rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran. \nMenurut Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia, Nasrul Ali Hassan Abdul Latif berkata, isu penarikan semula kes kalimah Allah ini bukan sahaja isu pentadbiran malah akan memberi impak secara langsung dan tidak langsung yang mencemarkan kesucian kalimah Allah dan mengakibatkan kecelaruan kefahaman dan akidah. \n\u201cWalaupun telah dijelaskan banyak pengamal perundangan berkaitan keputusan mahkamah tersebut yang dikatakan Menteri KDN kes ini sekadar melibatkan soal pentadbiran. Namun ada kesan secara langsung dan tidak langsung yang akan mencemar kesucian kalimah Allah yang akan melibatkan kecelaruan kefahaman dan akidah,\u201d ujarnya. \nTambah beliau, memorandum ini juga diserahkan bagi menangkis alasan keputusan kabinet mengenai pembatalan rayuan kes kalimah Allah yang disifatkan sebagai satu permainan politik kerajaan.\n\u201cKita melihat keputusan kabinet adalah keputusan bermain politik. Sekadar ingin melengah-lengahkan masa dengan nak mengemukakan cadangan baru. Yang tak tahu bila akhirnya ia akan dimuktamadkan,\u201d katanya. \nMenurut Nasrul, keputusan penarikan semula rayuan kes ini bukan perkara remeh kerana ia akan memberi impak negatif dan celaru apabila Tuhan kepada umat Islam dan Kristian dipanggil Allah yang dianggap sama serta merosakkan akidah umat Islam. \nBeliau turut membidas kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan penggunaan Kalimah Allah itu kekal milik oleh orang Islam di Semenanjung, kecuali di Sabah dan Sarawak yang dikatakan sudah menggunakan Kalimah itu ratusan tahun dulu walhal mengikut sejarah dunia perkataan Allah bagi tuhan terbit apabila agama Islam itu lahir melalui ayat- ayat al-Quran. \n\u201cDibandingkan melalui ulasan PMX bahawa penggunaan Kalimah Allah itu kekal milik oleh orang Islam di Semenanjung, kecuali di Sabah dan Sarawak yang dikatakan sudah menggunakan kalimah itu ratusan tahun dulu. Sedangkan mengikut sejarah dunia perkataan Allah bagi tuhan terbit apabila agama Islam itu lahir melalui ayat-ayat al-Quran.\u201d \nNasrul juga menafikan penyerahan warkah nota itu sebagai mempolitikkan isu, sebaliknya akta beliau ia adalah satu kewajipan PUTRA sebagai umat Islam dan orang Melayu untuk mempertahankan kesucian Islam walaupun sebagai sebuah parti politik.\n\n\nSemalam, Nasrul bersama Naib Presiden PUTRA, Datuk Dr Aziz Jamaluddin menghantar memorandum khas kepada Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara, Mohd Husbi Yusop mengenai isu penarikan semula rayuan kes kalimah Allah. \nTerdahulu, pada 18 April lalu, kabinet memutuskan untuk menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah \u2018Allah\u2019 dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka.\nTurut hadir sama Ketua Penerangan PUTRA, Shahrulufti Sharif dan juga Ketua Wirawati PUTRA, Nurhafizah Jamalludin dalam proses penyerahan memorandum di Istana Negara semalam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/jangan-buat-spekulasi-tarikh-keputusan-spm/", "title": "Jangan buat spekulasi tarikh keputusan SPM", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Tarikh keputusan rasmi mengenai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).\n\n\nMenterinya, Fadhlina Sidek mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai tarikh pengumuman tersebut.\n\n\n\u201cBanyak sangat spekulasi, anda semua kena pastikan tiada berita palsu tentang pengumuman SPM,\u201d katanya.\n\n\nJelasnya, selagi tiada pengumuman rasmi dari beliau mahupun Ketua Pengarah Pendidikan, ia adalah tidak benar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTetapkan Awal Tarikh Bubar Parlimen & PRU Demi Kestabilan \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nKerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM\n\n\n\n\n\n\nCukai barangan mewah : beg dan jam tangan mewah antara tersenarai\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tidak kompromi isu provokasi agama, tak halang protes\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Agama lain sepatutnya hormati hak umat Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\nFadhlina berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan, di Kota Bharu, hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai poster tular memaklumkan keputusan SPM 2022 akan diumumkan pada 25 Mei ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/kabinet-putuskan-kementerian-mana-urus-isu-kalimah-allah-naim/", "title": "Kabinet putuskan kementerian mana urus isu kalimah Allah \u2013 Naim", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Mesyuarat Kabinet minggu depan akan memutuskan kementerian mana diberi tanggungjawab mengurus isu berkait penguatkuasaan dan mempersembahkan cadangan kerajaan bagi menguatkuasa undang-undang berkaitan kalimah Allah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar, berkata seperti yang dinyatakan sebelum ini, perkara ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet terlebih dahulu.\n\n\n\u201cKabinet yang akan memutuskan kementerian mana yang diberikan tanggungjawab dan dimaklumkan selepas itu,\u201d katanya kepada BH, hari ini.\n\n\nKetika ditemui pemberita selepas Majlis Aidilfitri Rahmah MADANI Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Bersama Insan Istimewa di sini kemudian, beliau berkata, segala butiran, akta serta penguatkuasaan berkaitan isu penggunaan kalimah Allah akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang.\n\n\n\u201cInsya-Allah butiran lanjut kita akan bincangkan dalam mesyuarat Kabinet akan datang, selepas mesyuarat itu barulah ada keputusannya.\n\n\n\n\n\u201cMalah kita juga akan melihat fatwa sedia ada terutama berkaitan penguatkuasaan akta atau enakmen berkaitan dengan (penyebaran) agama lain kepada mereka yang beragama Islam dapat diperkukuhkan,\u201d katanya.\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian mengulas sama ada diberi tanggungjawab untuk menguruskan cadangan yang bakal dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rabu lalu.\n\n\nPada Rabu lalu, Anwar mengumumkan Kabinet mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah \u2018Allah\u2019 kepada Majlis Raja-Raja bagi menyelesaikan isu kalimah \u2018Allah\u2019 secara menyeluruh dan bersepadu.\n\n\nKatanya, kerajaan juga komited memperkukuh perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan agama di Malaysia.\n\n\nKhamis lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, Kabinet masih belum memutuskan pihak mana yang akan menyediakan draf kawal selia mengenai penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah.\n\n\n\u201cKalau dari segi akta yang menjadi punca kuasa iaitu Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, akta itu di bawah kawal selia KDN. Namun, siapa yang akan sepatutnya sediakan rencana komprensif itu akan ditentukan oleh Kabinet kelak,\u201d katanya.\n\n\nMohd Na\u2019im menjelaskan koordinasi dengan mana-mana kementerian berhubung isu itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet terlebih dulu dan akan dimaklumkan perinciannya nanti.\n\n\nMengenai sama ada akan diadakan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) isu kalimah Allah itu, katanya perkara itu juga akan diperincikan selepas mesyuarat Kabinet.\n\n\n\u201cApa pun Jemaah Menteri sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja dan perkara itu adalah tertib dan lunas yang sebaiknya,\u201d katanya.\n\n\nDitanya sama ada terdapat mesyuarat khas di antara kementeriannya dengan KDN mengenai isu kalimah Allah, Mohd Na\u2019im menjelaskan, beliau sentiasa berhubung dengan Menteri Dalam Negeri. \u2013 BERITA HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/kaji-semula-tanah-rizab-melayu-di-perak-gesa-mho-kepada-jkptg/", "title": "Kaji semula Tanah Rizab Melayu di Perak, gesa MHO kepada JKPTG", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nPertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) telah menghantar surat aduan\u00a0 kepada pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) di Wisma Sumber Asli di Putrajaya pada petang semalam.\n\n\nSurat aduan berkenaan menggesa agar isu Tanah Rizab Melayu (TRM) di negeri itu diberi ulasan dan saranan kepada pihak Jabatan Tanah dan Galian untuk menyelesaikan masalah isu\u00a0 hak pemilikannya yang berpindah daripada orang Melayu kepada orang bukan Melayu di Perak.\n\n\nSetiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya hadir ke JKPTG kerana memahami fungsi jabatan berkenaan yang boleh menganalisa isu-isu yang melibatkan perundangan yang berkaitan dengan tanah Persekutuan dan negeri\n\n\n\u201cSebab itu kita hadir pada hari ini supaya pihak jabatan dapat memanjangkan isu ke peringkat yang lebih tinggi misalnya Majlis Tanah Negara untuk dirunding apakah syor-syor perlu dikeluarkan bagi permasalahan rizab tanah Melayu yang telah berpindah milik kepada bukan Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n30 rakyat Malaysia selamat keluar dari Pelabuhan Sudan\n\n\n\n\n\n\nJawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO masih boleh dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nProses penamaan calon PRN 2023 lancar \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nRapatkan jurang perpaduan, ambil pengajaran rusuhan kaum\n\n\n\n\n\n\nJiao Zong wajar terima Bahasa Melayu sebagai identiti negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami turut berharap pihak jabatan dapat memberi ulasan secara bertulis untuk kita bawa isu ini dan lihat apakah solusi yang dapat dicapai untuk mengembalikan semula tanah rizab Melayu itu,\u201d katanya.\n\n\nPada tanggal 11 April yang lalu, MHO menggesa agar Ketua Audit Negara memberi cadangan dan saranan kepada Pejabat Tanah Negeri Perak agar mengembalikan semula Tanah Rezab Melayu yang telah dipindah milik kepada orang bukan Melayu.\n\n\nTambah Hishamuddin, pihaknya berpandangan berdasarkan undang-undang yang sedia ada, tidak mustahil bagi tanah-tanah rizab Melayu yang dipindah milik secara salah dan berlaku kesilapan dikembalikam segera kepada status quo.\n\n\nSemalam, \nbertempat,\u00a0 Wisma Sumber Asli di Putrajaya \nMHO menyerahkan surat aduan\u00a0 dan saranan mereka ke pihak JKPTG\u00a0\n\n\nMHO diwakili oleh Penasihatnya sendiri, \nTan Sri Musa Hassan Yang\n menyerahkan surat berkenaan kepada wakil JKPTG\u00a0\n\n\nTurut hadir ialah mangsa-mangsa yang membuat aduan kepada pertubuhan itu.\n\n\nMHO turut tampil menyarankan agar Jabatan Audit Negara bagi mengeluarkan laporan yang lebih konkrit serta pembetulan kesilapan dalam dokumen hak milik Tanah Rizab Melayu agar tiada lagi kesilapan yang berlaku pada masa hadapan.\n\n\n\u201cKita hadir untuk menyerahkan surat kepada Ketua Audit Negara supaya beliau dapat mengeluarkan satu saranan lebih konkrit kerana saranan yang dikeluarkan Ketua Audit Negara pada tahun 2019 (Siri 2) berhubung dengan tanah rizab Melayu di Perak adalah tidak memadai.\n\n\n\u201cTanah berstatus rizab Melayu itu semakin berkurangan selain dinyatakan dalam laporan tersebut selepas diaudit bahawa pengurusan tanah rizab Melayu di negeri berkenaan adalah kurang cekap dan berkesan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/kalimah-allah-majlis-perundingan-agama-gesa-kerajaan-kaji-semula-enakmen-negeri/", "title": "Kalimah Allah : Majlis Perundingan agama gesa kerajaan kaji semula enakmen negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0Selepas tercetusnya polemik berhubung isu kalimah Allah hari ini,\u00a0 Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kabinet untuk melindungi hak semua rakyat Malaysia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.\nMemetik Malaysiakini, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) dalam satu kenyataannya, tampil menuntut kerajaan mengisytiharkan undang-undang negeri sedia ada berhubung larangan menyeluruh terhadap penggunaan perkataan seperti \u201cAllah\u201d oleh orang bukan Islam sebagai tidak berperlembagaan.\n\u201cMCCBCHST mengambil maklum bahawa perdana menteri akan mengemukakan cadangan kabinet mengenai isu \u2018Allah\u2019 kepada Majlis Raja-Raja Melayu.\n\u201cOleh itu, ini adalah masa yang sesuai untuk melihat Seksyen 9 Enakmen Negeri,\u201d kata majlis itu.\nKenyataan majlis itu dikeluarkan sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada hari Rabu yang menunjukkan kerajaan akan berpegang pada status quo berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.\nAnwar berkata kabinet \u201cmenghormati, mengiktiraf dan mematuhi\u201d enakmen negeri dan titah Yang di-Pertuan Agong pada 7 Februari\u00a0 yang meminta dasar sedia ada mengenai penggunaan kalimah \u201cAllah\u201d dikekalkan.\nMajlis itu berkata Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan hanya akan membenarkan kerajaan negeri melarang penggunaan perkataan oleh orang bukan Islam apabila terdapat penyebaran fahaman agama kepada orang Islam.\n\u201cOleh itu, perlu ada \u2018penyebaran mana-mana doktrin agama\u2019 kepada orang Islam supaya berada dalam lingkungan larangan.\n\u201cSekadar penggunaan perkataan tanpa penyebaran kepada orang Islam tidak boleh mengikut rangkuman Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan,\u201d kata MCCBCHST.\n\u201cMemandangkan perkara di atas, penggunaan perkataan semata-mata untuk pembelajaran sendiri tanpa sebarang penyebaran kepada orang Islam tidak boleh masuk dalam skop Perkara 11(4).\n\u201cIni, prima facie bermakna Seksyen 9 Enakmen Negeri yang melarang perkataan tertentu walaupun tidak ada penyebaran yang terlibat akan menyalahi perlembagaan dan di luar kuasa yang diberikan oleh Perkara 11(4),\u201d katanya. \nMCCBCHST juga menyatakan bahawa kebanyakan negeri di Malaysia telah membuat undang-undang atau enakmen negeri di bawah Perkara 11(4) untuk melarang orang bukan Islam daripada menggunakan antara 20 hingga 40 perkataan, khususnya di bawah Seksyen 9 undang-undang negeri masing-masing.\nKenyataan MCCBCHST ditandatangani bersama oleh presidennya Jagir Singh, timbalan presiden Dao Zhang Tan Hoe Chieow, naib presiden Archbishop Julian Leow Beng Kim, naib presiden Chuan Yuan, dan naib presiden Ganesh Babu Rao."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/kpdn-nafi-harga-gula-rm4-60-sekilo/", "title": "KPDN nafi harga gula RM4.60 sekilo", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menafikan maklumat yang tular di media sosial bahawa harga gula akan dinaikkan dalam tempoh terdekat.\n\n\nMenteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub sebaliknya memberi jaminan harga gula tidak akan dinaikkan dan bekalan bahan makanan itu akan sentiasa mencukupi di pasaran.\n\n\nBeliau berkata, pihaknya telah mengadakan tiga pertemuan bersama dua pengilang gula terbesar negara iaitu Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR) dan MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM), bagi memastikan bekalan bahan mentah itu mencukupi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKPDN ingin menafikan penularan poster harga gula baharu kononnya RM4.60 baru-baru ini sebagai berita palsu. Kita harap keresahan rakyat tentang isu bekalan dan harga gula dapat diredakan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMalah harga gula untuk rakyat juga akan kekal. Mekanisme untuk mengekalkan harga gula itu akan dibincang dan diputuskan Kabinet,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Pulai di Taman Rekreasi Taman Uda Utama, di Johor Bahru, Johor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMangsa \u2018berputih mata\u2019 rugi puluhan ribu ditipu sindiket\n\n\n\n\n\n\nPetisyen BN ditolak, Che Alias kekal Ahli Parlimen Kemaman\n\n\n\n\n\n\nIsu tutup sekolah agama, ada pihak berniat timbul kegelisahan umat Islam\n\n\n\n\n\n\nCadangan wajib bayar elaun latihan industri dibawa ke kabinet\n\n\n\n\n\n\nKTMB cadang Anthony Loke jadi Menteri Pengangkutan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Salahuddin berkata, kerajaan berharap inisiatif Pangkalan Data Utama (Padu) yang akan diguna pakai untuk pelaksanaan subsidi bersasar bagi diesel dan petrol RON95 pada tahun depan dapat disiapkan hujung tahun ini.\n\n\nMenurut beliau, pangkalan data bersepadu itu bagi meneliti semua data-data sedia ada selepas dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) minggu lalu.\n\n\n\u201cIni bagi menyelaraskan semua data yang ada dan apabila kita kuat kuasakan subsidi bersasar ini, kita akan pastikan benar-benar tepat sasarannya dan tidak berlaku ketirisan. Itu yang kita harapkan,\u201d katanya. \u2013 KOSMO"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/lebih-separuh-tasik-takungan-air-di-dunia-semakin-kering/", "title": "Lebih separuh tasik, takungan air di dunia semakin kering", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekalan air manusia global pada masa depan bakal terancam.\n\n\nLebih separuh tasik dan takungan air terbesar dunia mengecil sekali gus mengancam jaminan air kepada manusia pada masa mendatang.\n\n\nSatu kajian yang dilakukan oleh pakar berhubung bekalan air manusia mendapati, perubahan iklim serta penggunaan tidak mapan punca utama ia berlaku,\n\n\nSeorang profesor dari Universiti of Colorado Boulder dan penulis bersama kajian, Balaji Rajagopalan berkata keadaan itu akan menyebabkan kira-kir dua bilion penduduk bumi terjejas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPakar Saran Perkenal Sistem Pengawal Selia Kandungan Media\n\n\n\n\n\n\nLelaki muat naik ciapan berbaur perkauman ditahan\n\n\n\n\n\n\nAgihan pendapatan ASB 4.60 sen, bonus tambahan 0.50 sen\n\n\n\n\n\n\nApakah Untung Buat Pakatan Harapan Setelah Najib Dipenjara?\n\n\n\n\n\n\nPelajar SJKC Perlu Sedar Kepentingan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTasik di seluruh dunia berdepan masalah dan implikasinya begitu besar serta meluas. Apa yang menarik perhatian kami adalah 25 peratus populasi dunia tinggal di lembangan-lembangan tasik dan kawasan ini semakin mengecil,\u201d\n\n\nTidak seperti sungai yang menjadi tumpuan ahli-ahli sains, tasik tidak begitu dipantau walaupun ia sangat penting kepada jaminan bekalan air, kata Balaji.\n\n\nBalaji Rajagopalan, Pengkaji Sains Alam Sekitar Universiti Colorado Boulder\n\n\nBagaimanapun, bencana alam sekitar melibatkan sumber air yang besar seperti Laut Caspian dan Laut Aral memberi isyarat kepada krisis yang lebih besar.\n\n\nUntuk mengkaji persoalan itu secara sistematik, pasukan yang disertai oleh saintis Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Arab Saudi itu memeriksa 1,972 tasik serta takungan air terbesar dunia menggunakan pengimejan satelit dari tahun 1992 hingga 2020.\n\n\nMereka memberi tumpuan kepada sumber air besar kerana penelitian satelit yang lebih tepat di samping kepentingannya kepada manusia dan hidupan liar.\n\n\nBerdasarkan gambar satelit Landsat, pasukan penyelidik itu mengenal pasti bagaimana isipadu tasik berubah dalam tempoh hampir 30 tahun.\n\n\nHasil penelitian mereka mendapati 53 peratus tasik dan takungan air utama mengalami penyusutan kapasiti simpanan air pada kadar 22 gigatan setahun, yang mana satu gigatan menyamai satu bilion metrik tan.\n\n\nSepanjang tempoh kajian, sebanyak 603 kilometer padu air telah hilang atau bersamaan 17 kali ganda simpanan air di Tasik Mead iaitu takungan air terbesar di AS.\n\n\nBagi mencari puncanya, pasukan itu menggunakan model statistik merangkumi trend hidrologi dan iklim untuk mengesan faktor alam semula jadi dan perbuatan manusia.\n\n\nUntuk tasik semula jadi, sebahagian besar kehilangan isipadu air berpunca daripada pemanasan iklim dan penggunaan berlebihan oleh manusia.\n\n\nSuhu yang meningkat akibat perubahan iklim bukan sahaja mendorong penyejatan tetapi boleh mengurangkan pengewapan air dalam atmosfera di sesetengah kawasan.\n\n\n\u201cImpak iklim mendominasi semua faktor lain,\u201d kata Balaji.\n\n\nPenulis utama kajian itu, Fangfang Yao menambah dalam satu kenyataan: \u201cBanyak kesan perubahan iklim dan faktor manusia terhadap kehilangan air tidak diketahui sebelum ini seperti pengeringan Tasik Good-e-Zareh di Afghanistan dan Tasik Mar Chiquita di Argentina\u201d.\n\n\nSalah satu perkara mengejutkan adalah tasik di kedua-dua rantau basah dan kering di seluruh dunia kehilangan simpanan airnya. Ini menandakan bahawa paradigma \u2018kering menjadi bertambah kering dan basah semakin basah\u2019 yang digunakan untuk merumuskan bagaimana perubahan iklim menjejaskan rantau-rantau tidak selalunya benar.\n\n\nKehilangan air dikesan di tasik tropika lembap di Amazon selain tasik di Benua Artik sekali gus menandakan trend ini lebih meluas berbanding jangkaan, manakala kehilangan kapasiti di loji-loji takungan air pula berpunca daripada pengumpulan mendapan atau sedimen.\n\n\nTasik air tawar dan loji takungan air menyimpan 87 peratus bekalan air bersih seluruh dunia, manakala strategi baharu untuk penggunaan air secara mapan dan mitigasi iklim perlu dicari segera.\n\n\nKajian itu diterbitkan dalam jurnal Science. \u2013 Agensi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/malaysia-kutuk-pencerobohan-terbaharu-masjid-al-aqsa/", "title": "Malaysia kutuk pencerobohan terbaharu Masjid Al-Aqsa", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan yang terbaharu ke atas Masjid Al-Aqsa oleh Israel pada 18 Mei lalu.\n\n\nKementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, pencerobohan yang dirancang ke tapak suci umat Islam dan perarakan bendera di Kota Lama Baitulmaqdis itu memburukkan lagi keadaan.\n\n\n\u201cTindakan sedemikian merupakan provokasi yang sangat jelas dan pencabulan terang-terangan terhadap kesucian tapak suci yang dihormati.\n\n\n\u00a0\u201cMasyarakat antarabangsa tidak sepatutnya hanya menutup mata terhadap pelanggaran hak asasi manusia dan dasar apartheid yang berterusan oleh rejim Israel di wilayah Palestin yang diduduki,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPejuang dalam dilema, pilihan terbaik tidak sertai PRN\n\n\n\n\n\n\nFatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor \u2013 Sultan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Pulihkan kedudukan kewangan, jaga keperluan rakyat \u2013 KM Sabah\n\n\n\n\n\n\nQatar derma 10,000 rumah mudah alih untuk mangsa gempa Turkiye & Syria\n\n\n\n\n\n\nARAK \u2018TIMAH\u2019: KABINET DENGAR CAKAP SIAPA?\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalaysia sememangnya berpegang teguh dengan pendiriannya yang berprinsip bahawa rakyat Palestin berhak ke atas negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/mufti-pahang-haramkan-konsert-coldplay/", "title": "Mufti Pahang haramkan konsert Coldplay", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Konsert kumpulan rock alternatif British Coldplay wajar diharamkam kerana sokongan yang diberikan kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).\n\n\nUjar Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman bertegas bahawasanya umat Islam perlu menegah sebarang kegiatan mungkar dan perbuatan yang dilarang oleh Allah S.W.T.\n\n\n\u201c\nKita sebagai seorang Islam sebagaimana dalam firman Allah (bermaksud) \u2018Kamu adalah umat yang paling baik, mengajak orang kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.\n\n\n\u201cApa yang kita lihat jika benda itu mungkar jelas mengajak orang kepada LGBT, mengajak orang lupa Allah sebenarnya hukumnya kita kena tegah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaszlee Malik buat pemohonan maaf terbuka, sebut skrip lucah\n\n\n\n\n\n\nGesaan bodoh tarik gelaran Tun, menguji orang Melayu \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat tidak pernah bahas Laporan Ketua Audit Negara 2021 \u2013 PN\n\n\n\n\n\n\nTiada rancangan porak-perandakan kerajaan \u2013 Mohamad Hasan\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Menteri Hal Ehwal Agama nasihat orang ramai bertenang, berhati-hati\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita kena cegah supaya ia tidak bersama dengan umat Islam di sini (Malaysia). Bermakna kalau kita biarkan bercanggah dengan ayat tadi,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut menambah, jika ianya hanyalah sebuah konsert biasa tanpa elemen LGBT kita masih boleh diterima dalam sesebuah negara yang berbilang kaum.\n\n\nNamun, jika ia mempunyai sebarang unsur-unsur perbuatan yang tidak bermoral konser berkenaan bukan sahaja boleh mempengaruhi orang bukan Islam malah penganut Islam.\n\n\n\u201cPada umat Islam memang tidak ada keperluan untuk itu kecuali kita duduk di negara berbilang kaum. Sebab LGBT ini semua orang tidak suka sebenarnya.\n\n\n\u201cKalau setakat hiburan biasa mungkin kita boleh (terima) menentukan orang-orang bukan Islam dan sebagainya menghadirinya.\n\n\n\u201cTapi kalau LGBT ini dia mempengaruhi Islam dan bukan Islam. Agama-agama lain pun melarang (amalan LGBT),\u201d kata beliau.\n\n\nTambahnya lagi, orang-orang munafik akan mengajak kepada kemungkaran dan mencegah daripada melakukan perkara-perkara yang baik.\n\n\nMana-mana ulama juga tidak akan menyokong konsert sebegini jika diadakan di sebuah negara yang manjoritinya Islam seperti Malaysia.\n\n\n\u201cSaya rasa adalah lebih baik ada usaha-usaha untuk membatalkan. (Jika) pihak tertentu ada kuasa untuk membatalkan itu adalah lebih baik. Kita sebuah negara Islam.\n\n\n\u201cBukan saya sahaja, seluruh ulama dan orang soleh memang tidak setuju perkara seperti ini dibawa ke dalam sebuah negara Islam.\n\n\n\u201cSepatutnya kita sebagai negara Islam mengajak orang kepada Islam, berbuat baik. Kalau tidak orang akan mempermainkan agama kita,\u201d katanya lagi.\n\n\nBeliau juga turut menasihati seluruh umat Islam supaya tidak pergi ke konsert tersebut jika ia mempromosi agenda LGBT.\n\n\n\u201cKalau kita sudah tahu ia mengajak kepada LGBT dan sebagainya, kita merasakan pergi itu adalah satu benda yang sia-sia dan boleh merosakkan akidah kita lebih baik tak pergi.\n\n\n\u201cKalau ia melibatkan, mengajak kepada kemungkaran adalah berdosa dan haram,\u201d jelasnya.\n\n\nBeberapa pihak turut membantah konsert yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November hadapan dengan mendakwa kumpulan Coldplay berkenaan mempromosi agenda LGBT.\n\n\nTiket konsert \nColdplay: Music of the Spheres World Tour \nini menjadi rebutan jutaan rakyat Malaysia kerana tiket berkenaan habis dijual dalam tempoh tiga jam selepas kaunter tiket dalam talian dibuka dua hari lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/muhyiddin-yakin-pn-raih-80-peratus-undi-pada-prn/", "title": "Muhyiddin yakin PN raih 80 peratus undi pada PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Parti politik Perikatan Nasiona (PN) yakin akan mendapat sokongan sekurang-kurangnya 70 peratus undi terutamanya undi Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.\n\n\nPengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau yakin dengan perkara ini kerana berdasarkan kajian dan fakta menunjukkan gabungan parti BERSATU, PAS, GERAKAN yang bakal bertanding PRN di enam negeri di Semenanjung berada di hadapan dari segi populariti dan juga kepimpinan.\n\n\nKataya lagi, rakyat sudah boleh\u00a0 menilai dan PRN akan datang akan jadi penanda aras yang baharu mengenai hala tuju masa depan politik negara.\n\n\n\u201cSaya yakin, walaupun tidak 100 peratus, namun 70 sehingga 80 peratus sokongan rakyat di semua negeri, terutamanya orang Melayu amat baik sekali.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tinggi benarkan semakan kehakiman Swatch cabar rampas jam dikaitkan LGBT\n\n\n\n\n\n\nPelajar Dibuli 10 Senior, Badan Ditekap Seterika\n\n\n\n\n\n\n690 \u2018bookie\u2019 judi Piala Dunia 2002 ditahan\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib, Anwar akui berada dalam Lembaga Pengampunan\n\n\n\n\n\n\nAgong seru pemimpin, rakyat teladani Tun Dr. Ismail\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAlhamdulillah\u00a0 daripada kajian, kita dah dapatkan pandangan dan reaksi mereka seperti di Selangor, nampaknya pun agak ke hadapan.\u201d katanya\n\n\nMuhyiddin yang juga Presiden BERSATU turut menjangkakan trend sokongan kepada PN semakin meningkat berdasarkan situasi semasa dalam negara, politik UMNO serta politik Kerajaan Perpaduan.\n\n\n\u201cSemua ini akan dinilai oleh mereka, saya jangkakan sebahagian besar mereka anggap rasa kecewa berlaku dalam negara, mereka tak lihat keberkesanan, cakap banyak, tetapi cakap tak serupa bikin,\u201dkataya.\n\n\nMengenai penggunaan logo dalam PRN akan datang, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, setakat ini empat daripada enam negeri masih kekal untuk menggunakan logo PN sewaktu PRN.\n\n\n\u201cKalau setakat hari ini, kita masih kekalkan, kecuali kalau PAS buat perubahan nak menerima logo PN. Namun macam di Kedah, walaupun dipimpin PAS, dalam PRU (Pilihan Raya Umum) lalu, kita pakai logo PN dan sampai sekarang masih (guna logo PN).\n\n\n\u201cKelantan dan Terengganu mutakhir ini saya dengar mereka masih menggunakan logo PAS, bagi kami tak ada masalah walaupun orang (Kelantan dan Terengganu) kenal logo PN. Ini hanya bagi tujuan PRN.\n\n\n\u201cDari segi dasar dan hubungan kita dalam PN serta penerimaan rakyat cukup baik. Bagi Pulau Pinang, sudah tentu kita pakai logo PN, begitu juga Selangor, Negeri Sembilan. Itu kemajuan sebenarnya kalau nak dibandingkan PRU lalu,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/murid-guru-boleh-terus-pakai-baju-sukan-fadhlina/", "title": "Murid, guru boleh terus pakai baju sukan \u2013 Fadhlina", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Para pelajar, guru dan anggota kumpulan pelaksaan di semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh terus memakain pakaian dan baju sukan ketika cuaca panas yang berlaku ketika ini.\n\n\nMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi mengelakkan berlaku komplikasi kesihatan, kebenaran khas itu diteruskan bergantung kepada keadaan cuaca.\n\n\n\u201cKPM tidak membuat keputusan sendiri, kita dibantu dan mendapat pedoman dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang sentiasa memantau cuaca dan suhu untuk pastikan kita dapat meneruskan aktiviti bersama pelajar.\u201d\n\n\n\u201cLangkah ini juga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini boleh dihalang dan dicegah,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBertindak segera, bukan sekadar retorik politik\n\n\n\n\n\n\nKemasukan warga Bangladesh berisiko atasi jumlah minoriti rakyat Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPolis tunggu laporan perubatan budak dipercayai mangsa dera\n\n\n\n\n\n\nMohd Rafiq Letak Jawatan Pengerusi PN Melaka\n\n\n\n\n\n\nMayat nelayan ditemukan dalam perut buaya\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Jerayawara Pendidikan Madani dan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama-sama Menteri Pendidikan, di Kota Bharu, hari ini.\n\n\nFadhlina turut melancarkan Pakej Guru EL30 dan M40 yang merupakan Kerjasama strategik Yayasan Didik Negra (YDN) dan CelcomDigi.\n\n\nSebelum ini KPM memberi kebenaran khas untuk memakain pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan.\n\n\nKebenaran kha situ termasuk pemakaian tali leher yang tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/peguam-muslim-cabar-debat-rayuan-kalimah-allah/", "title": "Peguam Muslim cabar debat rayuan kalimah Allah", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Isu penggunaan kalimah Allah berkaitan kes \nJill Ireland Lawrence Bill\n dianggap boleh difahami menerusi debat secara matang antara dua pihak.\n\n\nPersatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) sebulat suara \nmahu mengadakan debat antara pihak yang membantah dengan pihak yang menyokong penarikan balik rayuan kes penggunaan kalimah Allah.\u00a0\u00a0\n\n\nPresiden PPMM, Muhammad Hisham Marzuki berkata cabaran debat bagi Kes Jill Ireland isu kalimah Allah diharap dapat memberi pencerahan yang benar dan lebih jelas kepada rakyat berkenaan isu ini untuk mencapai muktamad tanpa penglibatan emosi, ego mahupun soal menang atau kalah.\n\n\n\u201cKami percaya satu-satunya cara untuk menangani dan menyelesaikan pemahaman tuntas berkenaan isu Kes Jill Ireland iaitu isu kalimah Allah adalah melalui debat perdana yang matang, berilmu dan dijalankan secara professional,\u201d katanya.\n\n\nPresiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhammad Hisham Marzuki\n\n\nTambahnya, perdebatan ini juga mahu dianjurkan dengan mengambil kira kenyataan pelbagai pihak yang dikeluarkan tidak konsisten, mengelirukan masyarakat dan bercanggah antara satu sama lain.\n\n\nMenurut Hisham, seorang pendebat yang dicadangkan oleh pihaknya akan mengambil seorang pendebat daripada pihak Kerajaan Perpaduan atau mana-mana pihak lain yang menyokong penarikan balik Notis Rayuan tersebut.\n\n\nJelasnya, debat itu akan dikendalikan oleh pihak neutral untuk tempoh yang akan ditetapkan selepas persetujuan semua pihak untuk tawaran debat ini.\n\n\nSebelum ini media melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sudah mengemuka nota kepada Jemaah Menteri mengenai keputusan KDN menarik balik rayuan di mahkamah berhubung keputusan penggunaan kalimah Allah.\n\n\nTindakan itu dibuat berhubung keputusan mahkamah Tinggi memutuskan penggunaan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab lain boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.\n\n\nDalam perkembangan lain, Muhamad Hisham mengesahkan beliau dipilih sebagai presiden baharu PPMM menggantikan Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang tidak menawarkan diri untuk bertanding semula."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/ph-bn-mampu-tawan-kedah-terengganu-jika-strategi-betul/", "title": "PH-BN mampu Tawan Kedah, Terengganu jika strategi betul", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kedah dan Terengganu dipercayai bakal jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) \u2013 Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri akan datang jika mempunyai strategi yang betul.\n\n\nKetua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, perkara itu dapat dicapai dengan tindakan yang dipamerkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi kedua-dua negeri.\n\n\n\u201cDengan strategi yang berkesan, tidak mustahil gelombang sokongan terhadap pembangkang beralih kepada kerajaan Madani.\n\n\n\u201cWalaupun kerajaan Madani tidak berkuasa di negeri-negeri ini, ia akan memenangkan rakyat melalui bantuan dan dasar,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPersatuan Bas Sekolah Tiada Hak Letak Harga, Tapi Ramai `Bungkus\u2019 Angkara Pandemik\n\n\n\n\n\n\nPeguam Negara rayu keputusan pembebasan Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nSaarani nafi spekulasi gerakan tumbang kerajaan Perak\n\n\n\n\n\n\nLelaki ditahan miliki dadah bernilai RM227,914\n\n\n\n\n\n\nBuluh lemang sumber pendapatan Shafie di Raub\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu menurut Agus, status quo bagi tiga negeri di bawah PH iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan diramal akan kekal kerana dilihat tiada sebarang anjakan besar untuk menukar pentadbiran semasa di negeri berkenaan.\n\n\nMenyentuh mengenai isu agama dan perkauman yang dianggap sebagai modal untuk menarik sokongan, Agus melahirkan kebimbangan dan menyarankan agar ia diselesaikan melalui persefahaman, belas kasihan, toleransi dan saling menghormati.\n\n\n\u201cMemandangkan Perdana Menteri sendiri memimpin melalui teladan yang kerajaan sanggup bertolak ansur, tidak ada sebab untuk rakyat tidak berubah,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/ribuan-rakyat-palestin-sertai-protes-mega/", "title": "Ribuan rakyat Palestin sertai protes mega", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nRibuan rakyat Palestin kini mula bangkit dengan menyertai protes mega sebagai bantahan terhadap perarakan bendera negara haram yang telah mengakibatkan pembunuhan terhadap pimpinan utama pejuang jihad Palestin pada minggu lalu.\u00a0\n\n\nRibuan rakyat Palestin berkumpul di Semenanjung Gaza bagi memperingati para syuhada yang terkorban akibat serangan Israel pada 9 Mei lalu.\n\n\nRibuan rakyat Palestin kini mula bangkit dengan menyertai protes mega sebagai bantahan terhadap perarakan bendera negara haram yang telah mengakibatkan pembunuhan terhadap pimpinan utama pejuang jihad Palestin pada minggu lalu.\u00a0\n\n\nProtes mega berkenaan diadakan pada hari Jumaat lalu.\n\n\nEkoran itu, Israel dengan culasnya telah melepaskan beberapa tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata kepada rakyat Palestin yang menyertai protes berkenaan di timur Semenanjung Gaza.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBicara rakyat Malaysia di Guantanamo Bay, ditangguh lagi \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nTunjuk Perasaan Di Sudan Catat Kematian Pertama\n\n\n\n\n\n\nSikap antinasional tidak layak terima anugerah negara\n\n\n\n\n\n\nAnwar bidas Sanusi, fahami perlembagaan sebelum bercakap\n\n\n\n\n\n\nTakiyuddin dedahkan, Khairy Jamaluddi akhirnya pilih PN\n\n\n\n\n\n\n\n\nDi samping menyertai protes bantahan terhadap perarakan Israel terbabit, rakyat Palestin turut dilihat berhimpun di lokasi terbabit sebagai memperingati dan menghormati kematian para syuhada yang mengorbankan lebih 30 nyawa penduduk Palestin di Gaza.\n\n\nTercetusnya demonstrasi secara besar-besaran ini adalah kerana, pada 9 Mei lalu Rejim Israel telah melancarkan serangan pengeboman maut yang mendorong kumpulan jihad Islam di Palestin yang kini berpangkalan di Gaza telah membalas semula serangan terbabit dengan menembak lebih 1,000 roket ke arah wilayah Tel Aviv.\u00a0\n\n\nJusteru, ini merupakan siri terburuk pertempuran antara kumpulan Jihad Palestin dan rejim Israel semenjak 2021."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/20/selepas-berjaya-takluk-everest-pendaki-negara-dilapor-hilang/", "title": "Selepas berjaya takluk Everest, pendaki negara dilapor hilang", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pendaki Malaysia Everest 2023\u00a0 orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, yang berjaya menawan puncak Everest (8,848 meter dari paras laut) pada Khamis dilaporkan hilang semalam.\n\n\nMemetik Berita Harian, berita kehilangan Hawari dilaporkan media online tempatan Nepal,The Himalayan Times (THT) hari ini.\n\n\nPengarah Pioneer Adventure Pvt Ltd, Nivesh Karki berkata, Hawari dilaporkan hilang pagi semalam (Jumaat) selepas turun dan berehat di kem empat selepas berjaya menawan puncak Everest.\n\n\nKatanya, usaha pencarian sedang giat dijalankan termasuk menyampaikan mesej ke semua kem sama ada Hawari ada berteduh di khemah lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nADUN Bilut Gesa Anwar Letak Jawatan Ketua Pembangkang\n\n\n\n\n\n\nMB Perak dakwa videonya mengenai Tanah Rizab Melayu dimanipulasi\n\n\n\n\n\n\nLelaki muat naik ciapan berbaur perkauman ditahan\n\n\n\n\n\n\nPEJUANG belum sedia letak calon hadapi PRN\n\n\n\n\n\n\nYADIM Buat Aduan Kepada SKMM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut sumber, Hawari dilaporkan keluar dari kem empat secara bersendirian pada awal pagi tanpa pengetahuan malim gunung dan rakan pendaki ME2023, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang dilaporkan berhadapan masalah kesihatan selepas tidak dapat meneruskan misi menawan Everest ketika berada di paras 8,000 meter dari aras laut.\n\n\n\n\n\n\n\n\nAwang Askandar meninggal dunia di kem empat pada jam 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 waktu Malaysia) semalam.\n\n\nAlmarhum yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest, Himalaya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed mengesahkan perkara itu selepas menerima makluman daripada Chef De Mission misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023) itu Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.\n\n\n\n\nHawari berasal dari Pulau Pinang dan kini bertugas di Muzium Pulau Pinang.\n\n\nMisi yang bermula awal April lepas turut disertai antaranya ketua ekspedisi yang juga bekas pendaki Everest 2016 Azim Afif Ishak, Muhammad Hawari Hashim dan Vincent Tiong Ling Yang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/21/bn-ph-tawar-5-perkara-jika-tawan-kedah/", "title": "BN-PH tawar 5 perkara jika tawan Kedah", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kerajaan menggariskan lima perkara yang akan diberi keutamaan untuk rakyat Kedah sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya mengambil alih negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lima perkara itu membabitkan perniagaan agro, pendidikan maahad tahfiz, pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), isu bekalan air serta usaha menaik taraf kemudahan telekomunikasi bagi meningkatkan ekonomi dan keupayaan modal insan rakyat Kedah.\n\n\nMengulas lanjut, tumpuan kepada agro business bukan hanya soal keterjaminan makanan dan menjadikan Kedah terus sebagai negeri padi, sebaliknya membabitkan keberhasilan produktiviti kepada usahawan padi yang mesti dipertingkatkan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak sempat tarawih, masjid terbakar\n\n\n\n\n\n\nKDN buka 25 jam sehari, SPRM bebas siasat\n\n\n\n\n\n\nYayasan Ikhlas Pertingkat Pendidikan Sains Kesihatan\n\n\n\n\n\n\nPoster Desak Zahid Letak Jawatan Di Gantung Di Melaka\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin nafi ditahan, hanya beri keterangan di SPRM esok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUntuk itu, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sudah pasti akan mencari metodologi atau kaedah baharu bagi mempertingkatkan keberhasilan.\n\n\n\u201cSawah padi harus dibela bukan hanya dengan soal harga padi, tetapi soal baja dan lain-lain bantuan,\u201d katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah di Alor Setar hari ini.\n\n\nTurut hadir Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.\n\n\nMengulas soal pendidikan maahad tahfiz, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, pihaknya berazam membantu pelajar maahad tahfiz di Kedah menguasai bidang TVET selain terus memperkukuhkan ilmu al-Quran.\n\n\nPada masa sama, Kerajaan Persekutuan tidak akan meminggirkan sekolah Cina dan sekolah-sekolah yang lain.\n\n\n\u201cKewajaran untuk membantu maahad tahfiz bukan hanya soal pembelajaran atau al-Quran tetapi menyalurkan mereka (pelajar) untuk berada di tingkat lebih tinggi.\n\n\n\u201cMaka Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan universiti lain di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited untuk menyalurkan mereka mendapat bukan sahaja diploma, tetapi ijazah hingga ke peringkat PhD,\u201d katanya.\n\n\nAhmad Zahid berkata, setakat ini terdapat kira-kira 9,000 pelajar maahad tahfiz daripada 1,199 institusi itu di Kedah dan kerajaan akan berusaha membantu sekolah aliran itu yang belum mendaftar untuk membuat pendaftaran di agensi berkaitan.\n\n\n\n\nSementara itu, beliau berkata, kementeriannya akan mewujudkan kolej TVET di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bagi memperkasakan pendidikan berkenaan.\n\n\n\u201cDaripada 1,291 institusi TVET di seluruh negara, kerajaan membelanjakan RM6.8 bilion, tentunya negeri Kedah jangan harus dipinggirkan\u2026kita akan \u2019empower\u2019 (memperkasa) dengan beberapa penambahbaikan program ataupun kita memberikan kursus atau program yang bersesuaian dengan kehendak pasaran guna tenaga,\u201d katanya.\n\n\nAhmad Zahid turut memberikan jaminan bahawa isu air di Kedah untuk penggunaan domestik akan ditangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan manakala usaha meningkatkan kemudahan telekomunikasi di kawasan luar bandar dengan liputan rangkaian 5G akan turut diberikan penekanan.\n\n\n\u201c(Kawasan) luar bandar saya telah memberikan penekanan agar kawasan luar bandar jangan pernah tertinggal dan dipinggir untuk mendapat liputan bagi 5G ini dan kita akan lakukan koordinasi khususnya di kawasan luar bandar, (dengan) pemeriksaan saya sendiri akan memantau,\u201d jelasnya.\n\n\nDitanya apakah lima perkara dinyatakan itu akan dimasukkan dalam manifesto kerajaan kelak, beliau berkata, perkara itu bukan manifesto tetapi akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya menang di Kedah. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/21/esok-hari-terbaik-usul-undi-tak-percaya-pada-pm/", "title": "Esok hari terbaik usul undi tidak percaya pada PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kerajaan berjaya menamatkan isu pertukaran Perdana Menteri melalui Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang telah berlangsung minggu lalu.\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, konvensyen itu membuktikan sokongan banyak parti terhadap kerajaan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n\u201cKita telah \u2019membunuh\u2019 isu pertukaran Perdana Menteri atau kerajaan dengan mengadakan Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang begitu berjaya.\n\n\n\u201cKomitmen yang ditunjukkan semua parti antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh dipertikaikan,\u201dkatanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Metrologi Sedunia di Putrajaya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKuza, Kuni diarah failkan pembelaan terhadap saman fitnah\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Bazir Ratusan Juta Ringgit Untuk Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\nUEC sangat merbahaya, kedaulatan Malaysia boleh tergugat\n\n\n\n\n\n\nMalaysia ambil langkah proaktif tangani Islamofobia \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\u201cTidak Boleh Tergesa \u2013 Gesa Buat Pemilihan Parti\u201d \u2013 Ahmad Maslan\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH berkata, sekiranya pembangkang masih berdegil dengan isu itu, beliau mencabar supaya Perikatan Nasional (PN) mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula esok.\n\n\n\u201cKalau Perikatan Nasional (PN) masih mahu mainkan isu ini, esok adalah hari terbaik untuk mereka kemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.\n\n\nUjarnya, sejak awal Anwar tidak pernah menghalang pihak pembangkang untuk mengemukakan usul itu terhadap beliau.\n\n\n\u201cEsok adalah hari terbaik untuk mereka datang dan kemukakan usul itu.\n\n\n\u201cPerdana Menteri sentiasa terbuka kepada mereka untuk kemukakan usul itu. Premis yang\u00a0 terbaik adalah Parlimen untuk mereka cabar usul undi tidak percaya.\n\n\n\u201cKalau tidak ada esok, saya ibaratkan isu yang dimainkan ini hanya langau berterbangan,\u201d tambahnya.\n\n\nSemalam dilaporkan, Pejabat Ketua Pembangkang mengesahkan bahawa tiada mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang mengemukakan usul itu kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat. -MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/21/israel-seksa-wanita-palestin-hingga-alami-penyakit-kronik/", "title": "Israel seksa wanita Palestin hingga alami penyakit kronik", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nWanita Palestin antara barisan hadapan terkuat yang kini melindungi kota suci itu daripada cengkaman negara haram Israel.\u00a0\n\n\nWanita Palestin antara insan yang paling banyak ditahan oleh tentera Israel dan dimasuki ke Penjara Damon.\n\n\nEkoran itu, ramai wanita rakyat Palestin kini menjadi penghuni utama yang memenuhi penjara Israel dan kebanyakan mereka ditempatkan di sel uzur di Penjara Damon.\u00a0\n\n\n\n\nJumlah terbaharu seramai 34 orang wanita Palestin baru sahaja ditahan, tanpa mengetahui apakah jenayah yang mereka lakukan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerlu dana tahunan banteras aktiviti lelaki seks lelaki bersama dadah\n\n\n\n\n\n\nBak kut teh : Dasar Malaysian Malaysia beransur-ansur cuba dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\nNew York pasang penghadang, siap siaga hadapi protes\n\n\n\n\n\n\nDidakwa salah guna kuasa, King Sing digesa letak jawatan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Berjanji Berdiri Teguh Selepas Salhiya Dirobohkan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBukan sahaja ditahan, tentera Israel dengan kejam telah menyeksa tahanan wanita secara psikologi dan fizikal sehingga menyebabkan ada antara mereka yang kini berdepan masalah kesihatan amat kronik.\u00a0\n\n\nIni antara wajah-wajah wanita Palestin yang ditahan oleh negara haram sehingga dilayan dengan keadaan yang amat tragis di penjara berkenaan, wajah tersebut didedahkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Penjara, Riyad Al-Ashqar.\u00a0\n\n\nAntaranya ialah, Isra Al-Jaabis, Azhar Assaf dan Rajaa Karsou.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, Riyad menggesa rakyat antarabangsa untuk memberi tekanan yang hebat kepada Israel agar dapat membebaskan mereka khususnya tahanan remaja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/21/ku-li-dilantik-sebagai-penasihat-umno-2/", "title": "Ku Li dilantik sebagai Penasihat UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 UMNO melantik Pemimpin veteran, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Penasihat parti itu atas cadangan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\nPerkara itu disahkan bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, sambil berkata, Ahmad Zahid membuat cadangan tersebut ketika berucap pada pertemuan dengan ketua, timbalan dan naib ketua UMNO bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia (WTC).\n\n\u201cVeteran UMNO bersetuju dengan bangun dalam majlis itu apabila nama Tengku Razaleigh dicadangkan oleh Ahmad Zahid,\u201d kata Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).\n\nTengku Razaleigh menjadi Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974, ketika kawasan itu dikenali sebagai Ulu Kelantan, namun gagal mengekalkan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/21/orang-selangor-bukan-hendak-lihat-tokoh-tetapi-tawaran-mb-selangor/", "title": "Orang Selangor bukan hendak lihat tokoh tetapi tawaran \u2013 MB Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 \nMenteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa mana-mana individu\u00a0 berhak untuk bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nBeliau yang juga Ahli Parlimen Gombak itu berkata demikian susulan dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang menawarkan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin sebagai calon Menteri Besar sekiranya beliau menyertai parti itu.\u00a0\n\n\n\u201cIni negara demokratik, siapa-siapa boleh bertindak\u00a0 dan bertanding sebagai calon tetapi saya percaya orang Selangor bukan hendak melihat tokoh, tetapi juga melihat apakah tawaran yang dikemukakan oleh gabungan-gabungan dan rekod masing-masing,\u201d \nkatanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan perasmian Pusat Dakwah Remaja di GT Clan Youth Centre, Gombak hari ini.\n\n\nSebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan Khairy jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu sekirannya bekas Ketua Pemuda UMNO tersebut memutuskan untuk menyertai Bersatu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTian Chua Dakwa Bukan Proksi Azmin\n\n\n\n\n\n\nPenggantungan ini bukan satu pengakhiran \u2013 Hishammuddin\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin bakal didakwa esok, mohon batal larangan luar negara\n\n\n\n\n\n\nGERAKAN tanding di semua negeri pada PRN\n\n\n\n\n\n\nUMNO perlu gencatan politik, fokus isu masyarakat Melayu Islam \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Pengarah Komunikasi UMNO, Lokman Adam turut mendakwa Khairy mungkin menerima tawaran menyertai BERSATU jika beliau dinamakan sebagai calon Menteri Besar oleh PN pada PRN akan datang.\n\n\nJusteru, Amiruddin berkata, masing-masing juga mempunyai pengalaman dalam kerajaan serta pencalonan itu turut memberikan pertimbangan kepada rakyat sendiri untuk menilai dan mengundi mana-mana pemimpin yang wajar.\n\n\n\u201cSituasinya sedikit berbeza sebab masing-masing ada pengalaman kerajaan sekarang di kalangan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan PN.\n\n\n\u201cSemua sudah ada pengalaman dalam kerajaan sama ada pusat, negeri dan Selangor dan pertimbangan itu memberi pilihan yang lebih wajar kepada rakyat dan tidak mudah terpengaruh dan terhayun dengan emosi dan sebagainya,\u201d katanya lagi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/21/polis-kenal-pasti-peserta-demonstrasi-kalimah-allah/", "title": "Polis kenal pasti peserta demonstrasi kalimah Allah", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Polis mengenal pasti kumpulan peserta dan penganjur demonstrasi membantah penarikan rayuan kes kalimah Allah di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Jumaat.\n\n\nTimbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.\n\n\n\n\n\u201cPolis tidak menerima sebarang permohonan atau notis pemakluman anjuran demonstrasi bantahan tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaya sedia disiasat bila-bila masa \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPN tidak masuk campur isu politik BN di Melaka\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan bubar DUN 1 Jun\n\n\n\n\n\n\nBekas wartawan, pemenang anugerah Kajai meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Terpulang kepada budi bicara YDPA\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita buka kertas siasatan dan individu yang terlibat telah dikenal pasti untuk tindakan lanjut termasuk proses rakam keterangan dalam masa terdekat,\u201d katanya.\n\n\nSebelum itu, himpunan kira-kira jam 2 petang itu disertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan puluhan orang ramai selepas selesai solat Jumaat.\n\n\nDemonstrasi yang dikawal ketat pihak polis itu bagaimanapun berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini berlaku.\n\n\nPerhimpunan itu antaranya menuntut proses perbicaraan terus dijalankan dan isu berkenaan diselesaikan tanpa campur tangan politik.\n\n\nIsnin lalu, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab\u00a0\u00a0lain dalam penerbitan bahan agama mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/anwar-boleh-tarik-pas-bersatu-sertai-kerajaan/", "title": "Anwar boleh tarik PAS, BERSATU sertai kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, ISNIN \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu lebih bijak dan berstrategi untuk memujuk parti pembangkang menyertai kerajaan.\n\nBekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kalau Pengerusi Pakatan Harapan itu berjaya mengabungkan 19 daripada lebih 30 parti politik di negara ini menyertai kerajaannya, tidak mustahil untuk menarik bakinya.\n\n\u201cKonvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan semalam berjaya menghimpunkan 19 parti politik di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).\n\n\u201cDi Malaysia ini ada lebih kurang 30 parti politik, dengan dua pertiga daripadanya sudah bersama Kerajaan Persekutuan.\n\n\u201cKalau Anwar pandai (ambil hati), saya rasa yang baki itu akan masuk dalam gabungan PH, menjadikan sekurang-kurangnya 99 peratus mewakili parti politik Malaysia,\u201d katanya menerusi hantaran Facebooknya.\n\nBeliau yakin yang lain akan menyertai kerajaan sekiranya ditawarkan jawatan.\n\nKatanya, beza antara parti dalam kerajaan dan di luar yang dianggap musuh sebenarnya kerana jawatan saja, selain habuan, peruntukan dan kuasa.\n\n\u201cApabila kita bagi semua ini kepada mereka, mereka akan sokong kita. Dalam politik Malaysia, kawan dan lawan ini beza sedikit saja. Kawan ialah yang sudah dapat \u2018benda\u2019, manakala lawan belum dapat.\n\n\u201cKalau kita pandai cara, yang lawan itu pun\u2026 dengan diberikan peruntukan, tolong selesaikan masalah air, masalah banjir, sudah tentu mereka akan jadi kawan.\n\n\u201cSeperti yang saya kata, garis antara kawan dan lawan itu tidak banyak beza. Janganlah kita ikut sangat penganalisis luar dan tempatan yang selalu hendak memburuk-burukkan parti lawan,\u201d ujar beliau.\n\nKata Zaid, dakwaan kononnya PAS dan BERSATU parti ekstrim bangsa serta agama adalah keterlaluan.\n\nMenurutnya, mereka ekstrim sebab belum ada kuasa tetapi selepas berada dalam kerajaan, mempunyai kuasa, tidak ada lagi ekstrim.\n\n\u201cSama seperti UMNO sebelum ini, juga ekstrim. DAP pun satu masa dikatakan ekstrim tetapi apabila berada dalam kerajaan, termasuk Pas, tidak nampak mereka ekstrim.\n\n\u201cJadi, saya cadangkan, dalam kita berlawan politik, kita jangan keterlaluan. Jangan gambarkan lawan ini bahaya kepada negara dan sebagainya kerana mereka ketika itu tidak ada kuasa, itu saja.\n\n\u201cApabila jawatan dan kuasa dikongsi, maknanya kita bersama. Kita menjadi kawan termasuklah dapat luaskan perimeter ke Kedah, Kelantan dan Terengganu,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/fitnah-zakir-naik-santiago-mohon-maaf/", "title": "Fitnah Zakir Naik, Santiago mohon maaf", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati kenyataan bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dalam ceramah bertajuk \u2018Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTA) pada 25 November 2019 adalah memfitnah pendakwah, Dr Zakir Naik.\n\n\nBerikutan itu, Charles dalam satu kenyataan hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Zakir Naik terhadap ceramahnya empat tahun lalu.\n\n\nBeliau berkata kenyataan yang dikeluarkan menuduh Zakir Naik kerana mahu bertindak sebagai Ahli Parlimen bagi memastikan tidak wujud sebarang perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia.\n\n\n\u201cMahkamah memutuskan plaintif (Zakir) tidak berhak mendapat sebarang ganti rugi, tetapi oleh kerana kenyataan berkenaan adalah fitnah, mahkamah mengarahkan defendan (Charles) memohon maaf secara terbuka atas kenyataan yang mengaitkan plaintif dengan penahanan dua ahli DAP,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerarakan Hari Wanita sekadar boneka, sebar mesej budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nZahid Mohon Tangguh Prosiding Bela Diri\n\n\n\n\n\n\nBasmi Pengasingan Kuasa\n\n\n\n\n\n\nPasangan Hina Islam Mungkin Terima Sokongan Luar \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nBatik Air Kesal Penerbangan Tergendala, Beri Baucar Percuma\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian mengambil maklum daripada mencemarkan imej dan reputasi Zakir Naik (Plaintif) dan kenyataan itu sebenarnya meningkatkan reputasi\n\n\nBeliau menjelaskan fitnah itu diterbitkan dalam portal Free Malaysia Today (FMT) di bawah tajuk \u2018Critcism of Zakir Naik may have led to LTTE arrest says MP\u2019.\n\n\nKatanya, dia dipetik daripada apa yang diperkatakan defendan mengenai penahanan dua ahli DAP pada 10 Oktober 2020 menjelang belanjawan dibentangkan di Parlimen.\n\n\nTambahnya, selain daripada hanya menafikan membuat kenyataan itu, mahkamah menyatakan defendan gagal secara efektif dalam mencabar apa yang dinyatakan dalam artikel berkenaan.\n\n\nOleh itu, menurut Akhtar mahkamah memutuskan kenyataan ini memfitnah plaintif."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/golongan-t20-tidak-akan-terima-subsidi-haji-elektrik/", "title": "Golongan T20 tidak akan terima subsidi haji, elektrik", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Golongan berpendapatan tinggi atau T20 tidak akan menerima sebarang subsidi sama ada untuk penggunaan elektrik atau menunaikan haji.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu sistem penyelarasan data yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini akan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.\n\n\n\u201cUntuk T20 sahaja iaitu rumah besar, tidak akan diberi subsidi elektrik dan pangkalan data utama PADU akan dapat menyelaraskan semua. \n\n\n\u201cBantuan kewangan haji kepada B40 kita tambah, tetapi kepada T20 tidak ada lagi tambahan dan subsidi dari kerajaan. Mereka (T20) harus tanggung kos sepenuhnya haji kerana mereka dikalangan yang mampu,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNegara rugi RM158.08 juta pada tahun 2021\n\n\n\n\n\n\nKeturunan Sulu dipergunakan golongan tertentu tuntut wang Malaysia\n\n\n\n\n\n\nBina sekolah baharu, NGO desak MB Selangor sokong permohonan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia duduki tangga ke-73 kebebasan akhbar\n\n\n\n\n\n\nAkaun disekat, TV Pertiwi tuntut penjelasan pihak pengurusan TikTok dan kerajaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada Isnin.\n\n\n\n\nDalam pertanyaan lisan itu, Hamzah mahu mengetahui dasar-dasar baharu dan drastik yang sudah dilaksanakan sejak memimpin Malaysia bagi melonjakkan ekonomi negara dengan mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.\n\n\nMengulas lanjut, Anwar berkata, langkah pengecualian dua subsidi berkenaan diperkenal kerajaannya bagi melaksanakan pemberian subsidi yang lebih bersasar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/gombak-kekal-sebagai-medan-pkr/", "title": "Gombak kekal sebagai medan PKR", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \u201cAlhamdulilah, setiap kali saya datang ke Gombak, semangat saya cukup tinggi kerana Gombak kekal sebagai medan kita (PKR),\u201d.\n\nItu kata Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diikuti dengan sorakan ribuan pengunjung yang menghadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani Selangor.\n\nAnwar ketika berucap turut melahirkan rasa teruja melihat lautan manusia membanjiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri itu sambil diiringi dengan sorakan \u2018reformasi\u2019 dalam kalangan para penyokong.\n\nDifahamkan, lebih 30,000 pengunjung pelbagai kaum hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani Selangor di kawasan komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak.\n\nWalaupun program berlangsung antara pukul 8 sehingga 11 malam, lokasi itu sudah mula sesak dengan ribuan pengunjung lebih awal.\n\nRata-rata mereka sampai dua jam lebih awal kira-kira pukul enam petang lagi bagi mengelak sebarang kesesakan dan mula menikmati juadah dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri itu.\n\nAnwar yang tiba sekitar pukul 9 malam dan diiringi dengan laungan reformasi daripada para penyokong yang juga berebut-rebut bersalam dan bergambar dengannya.\n\nBeliau diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selain barisan Kabinet juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.\n\nDifahamkan, sebanyak 29 gerai disediakan dengan lebih 42 juadah antaranya seperti nasi minyak, ayam masak merah, gulai daging, ketupat, lemang, rendang ayam, tapai, keropok lekor, sate, kambing golek, buah-buahan, kuih muih serta pelbagai minuman.\n\nPengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal Datuk M. Nasir, Dayang Nurfaizah dan Pija Mentor.\n\nCuaca juga yang pada awalnya hujan tidak menghalang mereka yang hadir walaupun lokasi tersebut sesak dengan manusia.\n\nPihak penganjur turut menyediakan beberapa alternatif termasuklah bas Smart Selangor bagi kemudahan pengunjung."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/malaysia-ambil-langkah-proaktif-tangani-islamofobia-pm/", "title": "Malaysia ambil langkah proaktif tangani Islamofobia \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Malaysia akan mengambil langkah proaktif untuk menangani gejala Islamofobia yang membarah di negara luar.\n\n\n\u201cMenyingkap soal fahaman agama yang melampau, tentunya ini berpangkal pada soal pendidikan dan bagaimana masyarakat kita dididik dan diasuh.\n\n\n\u201cSering diingatkan bahawa sayugia (sepatutnya) kita menjadi pendakwah dan bukan penghukum. Justeru penting untuk diketengahkan fahaman yang lebih sederhana serta membudayakan Adab al-Ikhtilaf dalam menyikapi perbedaan pandangan,\u201d kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebook rasmi hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLima sekolah di Johor belum boleh beroperasi\n\n\n\n\n\n\nKumpulan pertama jemaah haji selamat pulang ke tanah air\n\n\n\n\n\n\nPenjualan Arak Di Kalangan Jurujual Muslim Semakin Berleluasa\n\n\n\n\n\n\nPenganjur, beberapa individu akan dipanggil polis\n\n\n\n\n\n\nPH Tidak Bubar Dun Di Selangor, Pulau Pinang Dan Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meraikan ulama terkenal Zimbabwe Dr Mufti Ismail Menk, Syeikh Muhammad Salah dari Huda TV, Amerika Syarikat dan Syeikh Wael Ibrahim dari The Aware Academy, Australia di Putrajaya.\n\n\n\u201cSaya terharu dengan rasa senang dan nyaman Mufti Menk dan rombongannya sepanjang keberadaan mereka di Malaysia. Beliau berhasrat untuk kembali dengan lebih kerap ke sini.\n\n\n\u201cSaya nyatakan bahawa pintu kita sentiasa terbuka dan mudah-mudahan negara tercinta ini sentiasa mendapat limpahan berkat dari Allah SWT,\u201d katanya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/pada-umno-no-dap-no-anwar-sudah-tidak-releven-puad/", "title": "Pada UMNO, \u2018No DAP No Anwar\u2019 sudah tidak releven \u2013 Puad", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Politik hari ini tidak lagi boleh rigid (tegar) selamanya dan perlu lebih dinamik.\n\nAhli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kata putus daripada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2021) bahawa pendekatan \u2018No Anwar, No DAP\u2019 sudah tidak lagi relevan bagi parti tunjang kaum Melayu itu.\n\n\u201cMesti ada adjustment (pelarasan). Ada keperluan untuk bekerjasama apabila kerajaan tidak boleh ditubuhkan. Pada UMNO, \u2018No DAP No Anwar\u2019 tidak lagi relevan. Kita perlu mencari kawan. Kawan terbaik ialah rakyat,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\nPuad merujuk kepada ungkapan \u2018Dulu lawan, sekarang kawan\u2019 yang diungkapkan beberapa pemimpin parti dalam gabungan kerajaan pada Konvensyen Nasional di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, semalam.\n\nAntaranya Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mengungkapkan frasa \u2018Dulu lawan, sekarang kawan\u2019 yang disampaikan dalam bentuk pantun.\n\n\u201cUngkapan Wee Ka Siong menjadi popular di Konvensyen Nasional hari ini (semalam).\n\n\u201cDulu lawan sekarang kawan. Dulu kawan sekarang lawan\u201d.\n\n\u201cSaifuddin Nasution minta penyokong PH melakukan adjustment kepada war cry mereka sebelum ini, \u2018Lawan tetap lawan\u2019,\u201d jelas Puad .\n\nSelepas Ka Siong, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, partinya yang terkenal dengan slogan \u2018Lawan tetap lawan\u2019 mengakui pihaknya kini perlu menukar tema slogannya kepada \u2018Dulu lawan, kini kawan\u2019 bagi menyemarakkan lagi semangat kesamaan dalam kalangan parti politik yang menganggotai kerajaan.\n\n\u201cKami dalam reformasi ada juga slogan kita. Lawan tetap lawan. Saya pun bimbang juga tu. Jadi kena ubah suai sikitlah. Sekarang (jadi) \u2018Dulu lawan, sekarang kawan\u2019. Kena tambah yang itu sahaja..,\u201d katanya semalam.\n\nTema permainan kata disampaikan yang rata-ratanya menyeru ke arah kebersamaan disahut dengan sorakan dan tepukan gemuruh seakan-akan tanda penerimaan menyeluruh para perwakilan pada peringkat akar umbi terhadap semangat kemuafakatan yang dibawa oleh pimpinan pusat.\n\nPAU2021 memutuskan untuk menolak sebarang kerjasama dengan PKR, DAP dan BERSATU pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\nBagaimanapun, selepas PRU15 mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan.\n\nDalam kenyataan pada 24 November tahun lalu, UMNO berkata, pihaknya memilih kerajaan yang bukan diterajui Perikatan Nasional (PN)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/parlimen-golongan-kaya-tidak-lagi-nikmati-subsidi-haji-elektrik/", "title": "Parlimen: Golongan kaya tidak lagi nikmati subsidi haji, elektrik", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak akan menerima lagi subsidi daripada kerajaan untuk tujuan menunaikan haji dan mereka harus menanggung kos tersebut sepenuhnya.\n\n\nGolongan itu juga tidak akan dapat menikmati lagi subsidi penggunaan elektrik kerana mereka mampu membayar kos dalam jumlah yang besar, tidak seperti golongan berpendapatan rendah (B40).\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem penyelarasan data iaitu Pangkalan Data Utama (PADU) yang dijangka siap menjelang hujung tahun ini akan diguna untuk menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.\n\n\n\u201cBantuan kewangan haji kepada B40 kita tambah tetapi kepada T20 tidak ada lagi tambahan dan subsidi dari kerajaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenyataan CPTPP tidak jejaskan pertanian, keterjaminan makanan adalah tidak benar\n\n\n\n\n\n\nPas yang janji mansuh hutang PTPTN pada PRU14 \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nMisteri bagasi hitam dirungkai \u2013 mayat dikerat tanpa kepala ditemukan\n\n\n\n\n\n\nNazri Aziz dilantik duta Amerika Syarikat oleh kerajaan lalu \u2013 Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\n3 Ahli Bersatu Dipecat Akibat Bertanding Bebas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMereka (T20) harus tanggung kos sepenuhnya haji kerana mereka mampu (bayar)\n\n\n\u201cKerajaan juga tidak naikkan kadar elektrik melainkan kepada T20. Untuk T20 sahaja iaitu rumah-rumah besar yang didiami T20, tidak akan diberi subsidi elektrik,\u201d katanya semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nBeliau menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) berkenaan dasar-dasar baharu dan drastik yang sudah dilaksana sejak mentadbir negara bagi melonjakkan ekonomi negara, mengambil kira risiko penguncupan ekonomi dunia.\n\n\nMinggu lalu, Anwar dilaporkan berkata, hanya pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberi subsidi.\n\n\nKerajaan juga menolak untuk menaikkan tarif elektrik seperti yang ingin dilakukan Kabinet terdahulu.\n\n\nT20 merujuk kepada golo\u00adngan kaya dengan pendapatan isi rumah melebihi RM10,971 sebulan, manakala golongan M40 berpendapatan isi rumah antara RM4,851 hingga RM10,970 sebulan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/ph-bn-guna-logo-masing-masing-di-prn-kedah/", "title": "PH, BN guna logo masing-masing di PRN Kedah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Parti gabungan yang membentuk kerajaan memutuskan untuk menggunakan logo parti masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah tidak lama lagi.\n\nKata Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, ia diputuskan berdasarkan pendirian Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).\n\n\u201cSoal logo (pusat) tak beri makluman, setakat ini, PH guna lambang PH dan BN guna lambang BN,\u201d katanya semasa sidang media di selepas menghadiri Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur petang tadi.\n\nMahdzir turut ditanya mengenai calon Menteri Besar gabungan itu bagi menghadapi penyandang kerajaan negeri itu, Perikatan Nasional (PN) dan beliau berkata, perkara itu akan diputuskan pimpinan pusat.\n\n\u201cPoster boy akan ada, cuma ia akan diputuskan pusat,\u201d katanya dalam sidang media sama.\n\nDalam pada itu, Mahdzir turut mengulas mengenai masalah ganguan air yang berlaku di Kedah.\n\nBekas Menteri Besar Kedah itu berkata, masalah tersebut perlu diselesaikan kerana mandat telah diberikan kepada PN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/ph-dijangka-kekal-guna-logo-gabungan-selangor/", "title": "PH dijangka kekal guna logo gabungan Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pakatan Harapan (PH) di Selangor dijangka kekal menggunakan logo gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) akan datang.\n\nAhli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Elizabeth Wong berkata, setakat ini tiada isu PH Selangor akan menggunakan logo Barisan Nasional (BN).\n\n\u201cSetakat ini tiada isu penggunaan logo itu mungkin melibatkan PRN di negeri lain tapi bukan Selangor.\n\n\u201cPada pandangan peribadi saya, kalau Barisan Nasional (BN) nak guna logo PH tiada masalah, Selangor ini terbuka,\u201d katanya.\n\nBeliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kerjasama penggunaan logo melibatkan PH dan BN pada PRN akan datang.\n\nIni selepas Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan masih belum memuktamadkan penggunaan logo dacing dalam kalangan parti sekutu gabungan kerajaan.\n\nMengulas lanjut mengenai keyakinan Perikatan Nasional (PN) untuk menawan negeri itu pada PRN kali ini, Elizabeth berkata, PH sudah memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat Selangor sepanjang tiga penggal pentadbirannya.\n\n\u201cSaya yakin PH akan mengekalkan momentum pilihan pengundi di Selangor ditambah hasil pembentukan kerajaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/poster-bertanding-dun-bukit-tunggal-adalah-palsu-khairuddin/", "title": "Poster bertanding DUN Bukit Tunggal adalah palsu \u2013 Khairuddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan berita palsu yang tular dalam Facebook bahawa beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal.\n\nBekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu juga kesal dengan penyebaran poster palsu yang mengaitkan beliau sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu.\n\n\u201cPerlu diingatkan bahawa mencipta dan mereka-reka cerita palsu adalah perlakuan dosa dalam Islam dan salah dari sudut undang-undang negara.\n\n\u201cIa tidak wajar dilakukan oleh seorang ahli politik apatah lagi seorang Muslim,\u201d katanya dalam hantaran Facebook.\n\nPoster yang tular melalui kumpulan Facebook \u2018Isu Politik Terkini\u2019 itu mendakwa kononnya bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abdul Rahman menyokong jika Mohd Khairuddin dicalonkan di kerusi DUN Bukit Tunggal.\n\nSementara itu, Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir dalam satu kenyataan mengesahkan akaun Facebook yang dikaitkan dengan beliau adalah palsu dan kenyataan yang disiarkan tiada kaitan dengannya.\n\nBeliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus percaya propaganda murahan seperti itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai niat jahat dan mulai takut dengan kesedaran rakyat untuk kembali kepada BN pada PRN Terengganu tidak lama lagi.\n\n\u201cTaktik politik murahan sebagaimana yang disebarkan melalui akaun Facebook palsu tersebut adalah memalukan di saat demokrasi harus disegarkan dengan politik matang dan harmoni.\n\n\u201cSehubungan itu, saya mengharapkan agar akhlak politik jijik ini mesti segera dihentikan dan saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan atau melaporkan kepada pihak berkenaan mengenai perkara ini,\u201d jelasnya.\n\nAhmad Razif berharap, rakyat dan netizen agar lebih berhati-hati dengan propaganda sedemikian dengan mendapatkan maklumat sebenar sebelum memberikan reaksi atau menyalin akaun palsu tersebut untuk disebarkan.\n\n\u201cMarilah kita menjauhkan diri daripada politik fitnah, murahan dan berniat jahat seperti itu kerana ia itu bukanlah amalan yang selari dengan demokrasi sebenarnya,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/proklamasi-melayu-rasis-hanya-mainan-puak-cauvinis/", "title": "Proklamasi Melayu rasis hanya mainan puak cauvinis", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nOrang Melayu digesa membuang kepentingan peribadi dan perbezaan politik untuk bersama-sama menyokong Proklamasi Orang Melayu.\n\n\nAktivis Politik, Badrul Hisham Shahrin berkata, beliau menyangkal bahawa rakyat Malaysia tidak dapat bersatu sekiranya proklamasi ini dilaksanakan.\n\n\n\u201cSaya tidak nampak orang Malaysia tidak boleh bersatu.\u00a0 Satu cabaran untuk kita dalam perbezaan (politik) tetapi tiba masanya dalam cabaran yang sangat besar ini munculnya proklamasi yang diwujudkan untuk menyatukan Melayu. \n\n\n\u201cBuanglah kepentingan politik dan perbezaan kita supaya dapat meletakkan Melayu dan Islam di depan. Insyaallah\n Melayu dan Islam menjadi teras negara ini\u00a0 dan di situlah keharmonian kaum-kaum lain berpayung di negara ini,\u201d katanya\n\u00a0melalui satu kenyataan di media sosial semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba\n\n\n\n\n\n\nHanya Dihargai Oleh Bukan Melayu Untuk Keuntungan Mereka\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan elak cukai, penggubahan wang haram Rosmah Mansor bermula esok\n\n\n\n\n\n\nSabah Sarawak Bukan Tanah Besar Malaysia\n\n\n\n\n\n\nUsah Bagi Hadiah Yang Memalukan Mempelai dan Keluarga \u2013 Idris\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya lagi, meskipun ia menjadi cabaran besar untuk menyatukan orang Melayu, beliau sendiri tidak bersetuju bahawa mereka berpecah kerana parti politik keramat orang Melayu iaitu UMNO sendiri yang mengkhianati Melayu dengan membawa masuk DAP ke dalam kerajaan.\n\n\nSebelum ini, proklamasi tersebut turut mendapat pelbagai kritikan daripada pemimpin-pemimpin kerajaan dan ada yang mendakwa proklamasi tersebut hanya propaganda serta ingin menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nBukan sahaja mendapat kritikan, malah lokasi penganjuran Proklamasi Orang Melayu juga telah dibatalkan sebanyak empat kali sebelum ini.\n\n\nMenurut Badrul yang juga dikenali sebagai Chegu Bard, pertuduhan perkauman terhadap proklamasi berkenaan juga merupakan perkara biasa kerana baginya itu hanyalah mainan kumpulan cauvinis.\n\n\n\u201cBagi saya tuduhan perkauman itu biasa, cuma hakikat yang perlu kita sedar ialah perkara yang kumpulan cauvinis cuba mainkan.\n\n\n\u201cDua pemimpin negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi\u00a0 cuba mainkan becakap tentang Melayu mereka cakap perkauman tetapi mereka ini mengganggu gugat hak kita.\n\n\n\u201cMereka panggil liberal, demokrasi\u00a0 dan hak asasi namun, apabila kita pertahankan hak kita, mereka panggil sebagai perkauman. Bagi saya itu tidak boleh,\u201d katanya lagi.\n\n\nTerdahulu, Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya mengumpul sebanyak 20,000 tandatangan secara dalam talian sejak dilancarkan pada Mac lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/tiga-rakyat-palestin-maut-puluhan-cedera-dalam-serangan-israel/", "title": "Tiga rakyat Palestin maut, puluhan cedera dalam serangan Israel", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nRejim Israel membunuh tiga lelaki Palestin semasa serbuan besar-besaran ke atas kem pelarian Balata di bandar Nablus, utara Tebing Barat.\n\n\nKementerian Kesihatan Palestin mendapati tiga yang terbunuh pada pagi Isnin sebagai Muhammad Abu Zaytoun, 32, Fathi Abu Rizk, 30, dan Abdullah Abu Hamdan, 24.\n\n\nMenurut kementerian tersebut, sekurang-kurangnya tujuh lagi rakyat Palestin cedera termasuk empat dengan peluru hidup dan berpuluh-puluh lagi cedera akibat menyedut gas pemedih mata.\n\n\nSementara itu, Briged Syuhada Al-Aqsa yang merupakan sayap bersenjata parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa ketiga-tiga mangsa adalah antara pejuang kumpulan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAda logik untuk UMNO bagi sokongan kepada DAP\n\n\n\n\n\n\nTun M fokus proklamasi, bukan tinggalkan GTA \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nPemegang taruh agama patut malu kerana perundangan Islam dicabar di negara sendiri\n\n\n\n\n\n\nPenyanyi rock tanah air sokong Proklamasi Orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nLebih 60 laporan polis dibuat terhadap penceroboh haram\n\n\n\n\n\n\n\n\nTentera haram Israel turut menyekat pintu masuk kem dengan jentolak dan merobohkan beberapa rumah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/umno-bakal-ditolak-rakyat-pada-prn-pru-akan-datang-annuar-musa-2/", "title": "UMNO bakal ditolak rakyat pada PRN, PRU akan datang \u2013 Annuar Musa", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekas pemimpin kanan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa parti politik terbesar orang Melayu itu bakal ditolak rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.\n\nIni kerana, Presiden Muafakat Nasional itu berkata, sokongan yang diberikan oleh rakyat khususnya ketika UMNO bersama PAS, bukan DAP.\n\n\u201cKehadiran ribuan penyokong UMNO dan PAS di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) September 2019 telah menyemarakkan semangat jutaan rakyat sehingga UMNO meraih kemenangan dalam siri PRK dengan cemerlangnya\n\n\u201cKehadiran puak sosialis, liberal, DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini (Ahad) akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO terus meninggalkan parti itu.\n\n\u201cUMNO bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang, Insya-Allah,\u201d kata beliau dalam hantaran di Facebook peribadinya pada Ahad.\n\nKerajaan Persekutuan menganjurkan Konvensyen Nasional buat julung kali di WTCKL.\n\nAcara itu dibuka tirai dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan yang diadakan secara serentak.\n\nKonvensyen itu menghimpunkan 19 parti politik yang mendukung Kerajaan Persekutuan dan disifatkan kesemua pemimpin dalam gagasan itu sebagai peristiwa bersejarah dalam pembentukan kerajaan yang stabil."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/22/umno-tidak-perlu-berkempen-minta-penyokong-undi-dap/", "title": "UMNO tidak perlu berkempen minta penyokong undi DAP", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Meminta pengundi UMNO menyokong mana-mana parti dalam kerajaan termasuk DAP boleh menimbulkan persepsi negatif dan dibimbangi disalah tafsir.\n\n\nMemetik Sinar Harian, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaludin Alias berkata, tidak perlu berkempen dengan cara meminta undi daripada penyokong sendiri bagi menyokong atau mengundi parti lain.\n\n\n\u00a0Jelasnya, ini kerana pengundi sudah mempunyai keputusan mereka sendiri.\n\n\n\u201cBagi saya kita tidak perlu menyuruh atau mengarah ahli-ahli parti mahupun pengundi untuk memberi undi atau menyokong mana-mana parti yang bertanding dalam kerajaan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak mengundi sama dengan mengundi calon bergantung sogokan\n\n\n\n\n\n\nGempa ranapkan tinggalan sejarah Kota Gaziantep berusia 2,200\n\n\n\n\n\n\nPegawai JKM diarah tunjuk sebab ambil anak daripada bapa\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat kecoh ketika bahas usul percaya terhadap PM\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 negeri Johor dibentang esok\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, beliau berharap semua pihak lebih berhati-hati dan tidak menyentuh apa-apa perkara yang boleh disalah tafsir.\n\n\nMenurut Jalaludin, UMNO sepatutnya berusaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan hari ini berikutan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.\n\n\nAhli Parlimen Jelebu itu turut berkata, agenda dan misi manifesto yang ditawarkan kepada rakyat adalah paling penting supaya mereka yakin dengan kerjasama yang dibentuk antara BN dan PH.\n\n\nSenada dengan pandangan itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad berkata, ahli dan penyokong UMNO perlu diberi hak dan kebebasan mengundi mana-mana calon pada PRN.\n\n\n\u201cSebenarnya kenyataan dibuat Datuk Seri Ahmad Maslan itu bersifat peribadi, dia tidak menyelami peringkat bawahan bahawa sentimen itu tetap ada. Jadi, jangan hanya kerana mempertahankan jawatan yang ada sehingga mengabaikan prinsip yang di bawah,\u201d ujarnya.\n\n\nTegas Pandak Ahmad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tidak mempunyai kuasa mengeluarkan arahan sedemikian kepada ahli akar umbi kerana beliau bukan lagi Setiausaha Agung parti.\n\n\nJumaat lalu, Ahmad Maslan berkata, pengundi UMNO perlu memilih calon daripada kerajaan tanpa mengira calon itu daripada parti lain termasuk DAP dalam PRN akan datang.\n\n\nKatanya, gesaan tersebut bukan atas nama parti tertentu sebaliknya atas nama Kerajaan Persekutuan dan titah Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga kestabilan politik negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/23/agong-perkenan-lima-akta-yang-diluluskan-parlimen/", "title": "Agong perkenan lima akta yang diluluskan Parlimen", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan lima akta yang diluluskan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, April lalu.\nKetika memulakan mesyua\u00adrat semalam, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng berkata, ia melibatkan Akta Perbekalan 2023, Perbekalan Tambahan (2022) 2023, Akta Kanun Ke\u00adseksaan (Pindaan) 2023, Akta Kanun Acara Jenayah (Pindaan) 2023 dan Akta Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.\nAlice juga memaklumkan dewan mengenai perutusan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim menyatakan persetujuan Dewan Negara terhadap kesemua 13 rang undang-undang (RUU) yang telah diluluskan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang lalu.\nRUU yang diluluskan Dewan Rakyat iaitu RUU Perbekalan 2023; Perbekalan Tambahan (2022) 2023; Kewangan 2023 dan Levi Keuntungan Luar Biasa (Pengesahan) 2023.\nPemerkasaan undang-undang terhadap pesalah jenayah kanak-kanak turut mendapat perhatian Dewan Rakyat apabila RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 dan Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 diluluskan.\nRUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan); Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 turut diluluskan.\nAntara RUU lain yang diluluskan dewan rakyat juga ialah RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023; Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023; Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/23/coldplay-lgbt-dap-mana-satu-intan-mana-satu-permata/", "title": "Coldplay, LGBT, DAP: Mana satu intan, mana satu permata?", "body": "0\n\n\nRAMAI orang sedia maklum, Coldplay adalah penyokong kuat golongan LGBT.\n\n\nBerulang kali dilihat bendera warna-warni yang menjadi simbol golongan songsang itu dikibarkan di atas pentas ketika konsert Coldplay.\n\n\nJusteru, tidak hairanlah ada pihak mendesak konsert Coldplay dibatalkan di negara ini.\n\n\nDi Indonesia, ada juga pihak yang membantah konsert Coldplay diadakan. Hujah mereka sama, Coldplay adalah penyokong tegar LGBT.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan cuba jadi petualang negara\n\n\n\n\n\n\nPolemik satu parti politik orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nSiapa lagi pilihan pengundi Kedah selain Sanusi, Mukhriz dan Mahfuz?\n\n\n\n\n\n\nIbrah daripada ujian mangsa gempa Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\nUMNO kini ibarat sebuah parti \u2018langau\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nHujah pihak yang membantah adalah jelas. Mereka berkata, negara ini negara Islam. Perlembagaan Persekutuan jelas mengatakan Islam adalah agama negara. Selayaknya kedudukan ini dihormati. Oleh itu, mana-mana pihak yang mempromosikan cara hidup yang bertentangan dengan Islam, wajar ditolak.\n\n\nSang Pekaka terbaca komen seorang menteri sebuah parti rasis dan cauvinis, DAP yang menyokong konsert Coldplay ini.\n\n\nKatanya, kalau tidak suka, tak perlu beli tiket dan tutuplah mata. Katanya lagi, konsert ini bagus untuk ekonomi. Cara fikir pihak yang membantah, adalah tidak bersesuaian dengan negara yang berbilang-bilang agama dan budaya.\n\n\nAda dua isi utama dalam kenyataan Menteri DAP itu. Pertama, konsert ini mendatangkan ekonomi baik untuk negara.\n\n\nSang Pekaka ingin bertanya, banyak mana konsert ini mendatangkan pertumbuhan ekonomi negara?\n\n\nKalau kita kumpul semua konsert yang melibatkan semua artis tempatan dan antarabangsa, banyak mana sumbangannya kepada ekonomi negara?\n\n\nNamun, apa yang pasti ialah wang anak muda yang banyak dihabiskan untuk hiburan sebegini. Masa anak muda juga habis begitu sahaja. Adakah keadaan ini membawa kebaikan kepada negara?\n\n\nKedua, Menteri DAP itu berhujah bahawa cara fikir pihak yang membantah tidak sesuai dengan negara yang ada pelbagai kaum dan budaya.\n\n\nBenarkah tidak sesuai? Menggunakan hujah agama Islam yang merupakan agama negara, tidak sesuai?\n\n\nSang Pekaka tidak terkejut dengan hujah ini kerana sedia maklum sikap dan perangai DAP. DAP memang tidak suka agama Islam dijadikan rujukan utama dalam negara.\n\n\nKetika berkempen untuk pilihan raya, DAP berkata, mereka sangat menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan.\n\n\nItu cakap mereka ketika berkempen demi memenangi undi Melayu. Realitinya, DAP hanya menghormati Islam sebagai sebuah agama yang sama seperti agama lain, ada penganut, ada acara keagamaan tersendiri.\n\n\nDAP sesekali tidak pernah reda Islam sebagai agama tertinggi, menjadi rujukan dalam setiap aspek kenegaraan, mengatasi agama lain.\n\n\nSang Pekaka melihat isu Coldplay dan LGBT ini adalah antara isu yang menjelaskan mana satu intan, mana satu permata.\n\n\nMengenai penganjuran konsert ini dan seumpamanya, Sang Pekaka hanya memerhatikan bagaimanakah sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Melayu kita, yang tak tahu ke mana hala tuju negara ini pada masa hadapan.\n\n\nApa yang jelas di mata Sang Pekaka, pemimpin politik Melayu yang ada kuasa ini hanya fikirkan kepentingan kerusi dan masa depan politik mereka.\n\n\nTidak pernah serius membincangkan nasib bangsa dan nasib agama 10, 20 bahkan 50 tahun lagi.\n\n\nSebagai rujukan, Coldplay adalah sebuah kumpulan penyanyi rock dari London, United Kingdom yang ditubuhkan pada tahun 1997.\n\n\nIa dianggotai oleh Chris Martin selaku vokalis dan pemain piano, gitaris Johnny Buckland; pemain bass, Guy Berryman; pemain drum, Will Champion dan pengarah kreatif, Phil Harvey.\n\n\nColdplay menjadi terkenal di peringkat antarabangsa pada tahun 2000 dengan lagu \nYellow\n.\n\n\nDi laman web \nViagogo.com\n, sehingga hujung tahun ini, kumpulan yang berusia lebih 20 tahun ini akan menjelajah lebih 14 negara untuk bertemu peminat dalam siri konsert termasuk Indonesia pada 15 November manakala di Malaysia pada 22 November ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/23/khairy-perlu-lebih-masa-sebelum-kembali-ke-arena-politik/", "title": "Khairy perlu lebih masa sebelum kembali ke arena politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, beliau masih belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. \nTambah beliau, keputusan itu memerlukan lebih banyak masa dan beliau perlu berfikir panjang sebelum menerima mana-mana tawaran. \nMengulas mengenai tawaran dari Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khairy menjelaskan beliau akan memaklumkan keputusan itu secara peribadi.\nBekas Ahli Parlimen Rembau itu menjelaskan, sekiranya mahu menyertai mana-mana parti politik, beliau akan memilih dengan rela hati kerana ia mewakili pendiriannya.\n\u201cIni keputusan yang agak susah untuk saya dibuat dan kalau saya nak beri jawapan pun, saya akan bagi jawapan \nface to face\n dengan Muhyiddin, itu paling tertib.\n\u201cKita mesti jumpa orang yang bari tawaran kepada kita dan maklumkan kepadanya secara peribadi. Saya belum lagi membuat keputusan.\n\u201cBukan saya kata \nno\n (tidak) kepada tawaran Muhyiddin tapi saya nak jelaskan, bahawa ini satu keputusan yang sukar yang perlu dibuat,\u201d katanya dalam podcast \nKeluar Sekejap\n.\nKhairy juga menjelaskan, beliau tidak mahu terburu-buru membuat keputusan hanya kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir.\n\u201cApabila kita ada peluang kedua untuk pilih parti politik, saya tidak ambil keputusan ini dengan ringan. Saya tak mahu buat keputusan hanya kerana PRN semakin hampir.\n\u201cSaya mahu pilih dengan rela hati sebab parti itu mewakili nilai saya dan pendirian politik saya,\u201d katanya lagi.\nJanuari lalu, Khairy dipecat daripada UMNO dan memaklumkan untuk berehat dari politik buat sementara waktu yang tidak dinyatakan tempoh."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/23/mayat-lelaki-terapung-dalam-sungai-ditemukan-dalam-keadaan-terlungkup/", "title": "Mayat lelaki terapung dalam sungai ditemukan dalam keadaan terlungkup", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menemukan seorang mayat yang didapati terapung di Sungai Kelab Golf,\u00a0 Seri Selangor, Kota Damansara hari ini.\n\n\nKetua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan tersebut sejurus dilaporkan orang awam pada jam lebih kurang 1.25 pagi.\n\n\n\u201cKetika sedang memancing di jambatan tepi Kelab Golf Seri Selangor, saksi telah melihat objek terapung perlahan-lahan mengikut arus sungai dan apabila diamati ia adalah seperti tubuh manusia dalam keadaan tertangkup dan terapung di dalam sungai,\u201d katanya menerusi kenyataan itu.\n\n\nTambahnya, siasatan awal mendapati mayat lelaki itu belum dikenalpasti bangsa dan umurnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelangor, Kuala Lumpur Catat Kes Luar Tabii Tertinggi\n\n\n\n\n\n\nPelancaran MEASAT \u2013 3d Bantu Rapatkan Jurang Digital \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Kerajaan Adalah Selektif\n\n\n\n\n\n\nPelajar SJKC Perlu Sedar Kepentingan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nFasa 2 SUKE dibuka tengah malam ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nSejurus maklumat diterima, pasukan polis telah berada di lokasi penemuan mayat dan Bomba dan Penyelamat Damansara bersama anggota dipanggil untuk mengangkat mayat dari sungai dan mayat di bawa keluar untuk tindakan lanjut.\n\n\nSementara itu, Fakhrudin memaklumkan siasatan sedang dijalankan dan mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi ujian saringan COVID-19 seta bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.\n\n\nJusteru, beliau turut meminta orang awam yang melihat tkejadian tersebut memaklumkan kepada polis.\n\n\n\u201cKepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Balai Polis Kota Damansara (03-61421222) bagi membantu siasatan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/23/pas-kelantan-kata-sagu-hati-setahun-sekali-prosedur-biasa/", "title": "RM10,00 sagu hati Aidilfitri AKSB prosedur biasa", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Dewan Pemuda PAS Kelantan berkata, sagu hati setahun sekali kepada Ahli Lembaga Pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) adalah prosedur biasa.\n\n\nKetua Pemuda, Mohamad Kamal Mohamed berkata, ia sebagai menghargai kerja-kerja memerah minda dalam memberikan pandangan dan keputusan dasar kepada pihak pengurusan.\n\n\n\u201cApatah lagi sebahagian besar lantikan ahli lembaga pengarah iaitu tujuh daripada sembilan orang adalah anggota profesional dalam aspek pengurusan dan teknikal air yang tiada apa-apa jawatan dalam parti.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTukar MB Kelantan sebab Ahmad Yaakob uzur \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nAmuk, cubaan tukang gunting serang polis dengan pisau pemotong daging\n\n\n\n\n\n\nAUKU dijangka dipinda hujung tahun ini\n\n\n\n\n\n\n55 kawasan di wilayah Shah Alam, Klang alami gangguan bekalan air\n\n\n\n\n\n\nIPD Ampang Jaya Tumpaskan Samun, Curi Tabung Ekzos Kereta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita mengambil maklum sebaran yang dibuat membabitkan pentadbiran AKSB\u00a0berkaitan pemberian sagu hati kepada ahli lembaga pengarah, setiausaha syarikat dan kakitangan.\n\n\n\u201cWalaupun dokumen bertahap sulit dan hanya boleh dicapai oleh segolongan orang tertentu, ia kini disebar secara tidak wajar untuk tujuan memberikan persepsi negatif terhadap AKSB,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook.\n\n\nBeliau berkata, pembahagian sagu hati itu turut dibandingkan dengan jumlah yang diterima oleh kakitangan.\n\n\n\u201cSoal perbandingan dengan jumlah kepada kakitangan, pada saya ia tidak berbangkit kerana sebelum perkara ini tular, langkah penambahbaikan sudah dibuat oleh pengurusan AKSB untuk kebajikan kakitangan bagi menghadapi hari raya seperti penjawat awam lain.\n\n\n\u201cJika orang PAS sejahat mereka yang menyebarkan dokumen sulit dan berniat memburukkan kerajaan, boleh sahaja didedahkan bayaran-bayaran \u2018one off\u2019 bersifat setahun sekali kepada ahli lembaga pengarah GLC Persekutuan yang bukan sedikit juga jumlahnya termasuk syarikat air negeri-negeri.\n\n\n\u201cSaya masih optimis dengan tatakelola yang baik bukan sahaja menjauhi rasuah tetapi juga membabitkan soal integriti termasuk tindakan buruk mereka yang berniat jahat mendedahkan sesuatu yang secara pentadbirannya biasa diamalkan,\u201d katanya.\n\n\n\n\nPada masa sama, beliau turut mencadangkan AKSB menyiasat kebocoran dokumen sulit dalam kalangan kakitangan dan membawa mereka yang mencanangkan prosedur dalaman kepada pihak pengadilan.\n\n\n\u201cSulit itu adalah dokumen yang dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, tular satu notis mengenai pemberian sagu hati Aidilfitri kepada sembilan ahli lembaga pengarah AKSB masing-masing sebanyak RM10,000 seorang.\n\n\nSelain itu turut dinyatakan dalam notis itu mengenai pemberian sagu hati kepada semua kakitangan sebanyak RM200 dan kepada setiausaha syarikat sebanyak RM2,000.\n\n\nPerkara itu didedahkan oleh seorang individu di Facebook sehingga menimbulkan kemarahan rakyat berikutan Kelantan berdepan masalah air yang berpanjangan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/24/agong-putera-mahkota-abu-dhabi-berkenan-lawat-lima23/", "title": "Agong, Putera Mahkota Abu Dhabi berkenan lawat LIMA\u201923", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Yang di-Pertuan Agong\u00a0Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Mahkota Abu Dhabi\u00a0Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan berkenan berangkat melawat\u00a0Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA \u201923).\n\n\nKetibaan Seri Paduka dan\u00a0Putera Mahkota Abu Dhabi kira-kira 12 tengah hari, disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan\u00a0Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\nSebaik tiba di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Al-Sultan Abdullah dan Sheikh Khaled berkenan melawat Gading Marine Fast Inspector Craft G200 MKII\u00a0dan reruai syarikat aeroangkasa tempatan, Gading Group sambil mendengar penerangan berhubung operasi syarikat berkenaan.\n\n\nAl-Sultan Abdullah dan Sheikh Khaled turut\u00a0melawat beberapa lagi reruai syarikat\u00a0seperti Sapura Secured Technologies, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan syarikat\u00a0persenjataan tentera dan teknologi berkaitan dari UAE,\u00a0The\u00a0Edge Group.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\ne-tunai RM100 kepada 10 juta golongan dewasa\n\n\n\n\n\n\nSemua operasi perkhidmatan telekomunikasi Sudan dihentikan\n\n\n\n\n\n\nKPWKM tidak kompromi kualiti makanan di PPS\n\n\n\n\n\n\nMH17 : Ukraine \u2013 Russia bertemu muka buat pertama kali depan hakim ICJ\n\n\n\n\n\n\nPN sudah ada calon MB Selangor, Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAl-Sultan Abdullah kemudiannya bersama-sama Sheikh Khaled\u00a0yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi,\u00a0menyaksikan\u00a0persembahan pertunjukan udara pelbagai negara,\u00a0termasuk pasukan aerobatik daripada UAE,\u00a0Al-Fursan.\n\n\nAl-Fursan\u00a0bermaksud \u2018The Knights\u2019, yang\u00a0terbang dalam formasi tujuh pesawat jurulatih jet Aermacchi MB339A,\u00a0ditubuhkan pada awal 2010 dan penampilan umum pertama pasukan adalah pada 20 Jan\u00a02010.\n\n\nSheikh Khaled yang\u00a0dalam\u00a0lawatan khas empat hari ke Malaysia sejak 21 Mei turut\u00a0menghadap\u00a0Yang di-Pertuan Agong\u00a0di Istana Negara semalam dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.\n\n\nUAE merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan destinasi import kedua terbesar dari rantau Asia Barat.\n\n\nLawatan khas Sheikh Khaled dijangka mengukuhkan lagi hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan UAE\u00a0yang dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik pada 27 Sept\u00a02022.\n\n\nAcara dwitahunan LIMA kali ini yang\u00a0bertemakan \u201cTitik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia\u201d\u00a0disertai lebih 525 peserta pameran, termasuk 140 syarikat daripada industri pertahanan, 101 syarikat sektor komersial dan 284 syarikat yang terlibat dalam kedua-dua sektor.\u00a0 \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/24/kerajaan-johor-tidak-benarkan-pesta-seks-berlaku-di-johor/", "title": "Kerajaan negeri tidak benarkan pesta seks berlaku di Johor", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kerajaan Negeri Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mencegah dan menghalang kegiatan itu daripada berlaku di Johor.\n\n\nBeliau berkata, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMukhriz Dakwa Keputusan Tanam Durian Dibuat Ahmad Bashah\n\n\n\n\n\n\nProjek Canal City Dibatalkan Punca Banjir Besar Di Shah Alam?\n\n\n\n\n\n\nSarimah kecewa berita palsu terlantar sakit tersebar\n\n\n\n\n\n\n4 dekad, Maher akhirnya bebas sebagai tahanan paling lama rejim Israel\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin nafi ditahan, hanya beri keterangan di SPRM esok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya bagi amaran! Demi Allah saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor. Semua mesti bantu cegah dan halang kegiatan tak bermoral ini,\u201d katanya menerusi satu kenyataan media.\n\n\nAmaran itu dikeluarkan susulan tular sebuah poster bertajuk \u2018Gang Bang JB Party\u2019 yang dijadual diadakan di Johor Bahru pada 20 Jun depan dari jam 4 petang hingga 9 malam.\n\n\nProgram tersebut dikatakan terbuka untuk semua kaum namun tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam sebarang video.\n\n\nPada Disember tahun lepas, JAINJ berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih di kolam renang sebuah hotel di bandar raya ini selepas menerima aduan orang awam selepas jemputan ke parti tertutup itu tular melalui media sosial."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/24/kerajaan-perlu-perhalusi-keputusan-tarik-balik-rayuan-kes-kalimah-allah/", "title": "Kerajaan perlu perhalusi keputusan tarik balik rayuan kes kalimah Allah", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menegaskan penerbitan, percetakan, penyiaran dan pengedaran sebarang bahan yang mengelirukan rakyat terutama umat Islam tidak akan dibenarkan di negeri itu selari dengan kedudukan Islam dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.\n\n\n\u201cDi negeri Johor, fatwa yang diwartakan pada 4 Jun 2009 jelas menyatakan: \u201cPenggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah tidak diharuskan, tidak dibenarkan serta ditegah dan dilarang.\u201d titah baginda.\n\n\n\n\nSultan Ibrahim bertitah, Johor juga mempunyai Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1991.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP bimbang tindakan UMNO jejas sokongan Kerajaan Gabungan\n\n\n\n\n\n\nJohor kesan Orang Asli dieksploitasi demi kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nPEMBELA bantah mansuh Akta Hasutan, sokong penambahbaikan\n\n\n\n\n\n\nTauliah mengajar: Tokoh agama, ulama patut diberi pengecualian\n\n\n\n\n\n\nBekas pelajar IPT bunuh, bakar kekasih berdepan hukuman mati\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeruntukan undang-undang itu melarang penggunaan kalimah-kalimah yang dikhususkan secara eksklusif untuk umat Islam dan tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam kecuali dalam keadaan atau amalan yang dibenarkan oleh perundangan seperti dalam senikata Lagu Bangsa Johor.\n\n\nBaginda bertitah demikian dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nTitah baginda, peraturan, tindakan kawalan, penguatkuasaan dan penyelarasan tentang kalimah Allah mesti diperinci tanpa menjejaskan fatwa dan enakmen negeri supaya keharmonian dan perpaduan masyarakat majmuk terus terpelihara.\n\n\nSehubungan dengan itu, Sultan Ibrahim berpandangan bahawa Kerajaan Persekutan harus memperhalusi dengan cermat keputusan menarik balik rayuan kes kalimah Allah serta kesan-kesannya kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini.\n\n\n\n\nIa susulan keputusan pada 18 April 2023 yang menyaksikan keputusan Kerajaan Persekutuan menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan Putraya terhadap penghakiman Mahkamah Tinggii Kuala Lumpur bertarikh 10 Mac 2021 dalam semakan kehakiman Jill Ireland bt Lwrence Bll lwn Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri & Anor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/24/rozaid-ganti-wan-nurzila-di-pmo/", "title": "Rozaid ganti Wan Nurzila di PMO", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Rabu \u2013\u00a0 Rozaid Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nRozaid, 58 tahun, melaporkan tugas hari ini di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya bagi menggantikan Datuk Wan Nurzila Wan Abd Rahman yang menamatkan perkhidmatannya pada awal bulan ini.\n\n\nBeliau juga merupakan seorang\u00a0 pengamal media tempatan yang cukup berpengalaman.\n\n\nSebelum ini beliau ialah Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star dan juga merupakan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKenapa Asri Hamidin perlu diganti, siapa KSU Perbendahara baharu?\n\n\n\n\n\n\nAudit 1MDB: Nasib Najib, Arul Kanda akan diputuskan esok\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa ubah pakaian seragam pramugari tempatan terutama yang Islam\n\n\n\n\n\n\nPN muktamad agihan, tandingi 245 kerusi DUN pada PRN 6 negeri\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan perhimpunan haram depan Sogo, Dataran Merdeka\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau memulakan kerjayanya sebagai pemberita kadet di\u00a0\nUtusan Malaysia\n\u00a0pada April 1984."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/25/bongkah-batu-halang-laluan-diangkat-menjelang-2024-jalan-dilebarkan/", "title": "Bongkah batu halang laluan diangkat menjelang 2024, jalan dilebarkan", "body": "0\n\n\nKAJANG, Khamis \u2013 Isu bongkah batu yang menjadi penghalang laluan dari Jalan Zamrud Utama ke Jalan Kelisa 2 telah berlarutan sehingga lebih tiga tahun.\n\n\nMasalah itu juga telah mencetuskan pergaduhan di antara penduduk Residensi Zamrud dengan penduduk Kampung Sungai Tangkas, Kajang pada 3 Mei lalu yang dimulakan apabila ada individu yang mengarahkan kren untuk mengalihkan bongkah berkenaan.\n\n\nSebelas bongkah konkrit ini menjadi punca perbalahan sengit yang memaksa dua komuniti itu berperang sesama mereka.\n\n\nKeadaan ini memerlukan penyelesaian tuntas daripada pihak berkenaan khususnya Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin Nafi Pilih Azam Sebagai Ketua Pesuruhjaya\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu buktikan mereka bersih dengan pengisytiharan harta\n\n\n\n\n\n\nPembangkang gesa Timbalan Menteri Pendidikan letak jawatan\n\n\n\n\n\n\nPengiklanan cecair nikotin perlu dikawal, duti eksais wajar diperkenal\n\n\n\n\n\n\nMAIS Rayu Kembalikan Status Islam 3 Kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan TV Pertiwi yang mengikuti perkembangan isu bongkah penghadang itu diberitahu, satu mesyuarat diadakan pada 23 Mei.\n\n\nMesyuarat telah dipengerusikan oleh MPKJ melibatkan Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan, Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Sungai Ramal Mazwan Johar, Ahli Majlis Zon 18, Pegawai Daerah Pejabat Tanah Hulu Langat, Persatuan Penduduk Zamrud dan Ketua Kampung Sungai Tangkas.\n\n\n11 bongkah batu yang diletakkan menjadi penghalang menimbulkan perselisihan faham antara penduduk Residensi Zamrud dengan penduduk Kampung Sungai Tangkas.\n\n\nMenurut ADUN Sungai Ramal, Mazwan Johar, hasil perbincangan mesyuarat, satu pelan digariskan dalam usaha untuk menyelesaikan masalah penghadang jalan dan mencari titik persamaan, terutama menyelesaikan kesesakan yang melanda penduduk komuniti berkenaan.\n\n\n\u201cHari ini kita dapat jalan penyelesaiannya yang diterjui oleh MPKJ antara lain kita telah membuat kajian melalui konsultan dengan perancangan yang dibentangkan bagaimana nak meleraikan ketidakfahaman ini.\u201d\n\n\n\u201cAntara lain apa yang dibuat adalah menaiktaraf jalan yang terlibat secara empat fasa, kita akan mulakan dengan fasa yang pertama dan akan diselesaikan dengan tempoh masa yang diberikan 15 bulan mulai dari sekarang.\u201d\n\n\nSatu mesyuarat telah dipengerusikan oleh MPKJ melibatkan Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan, Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Sungai Ramal Mazwan Johar, Ahli Majlis Zon 18, Pegawai Daerah Pejabat Tanah Hulu Langat, Persatuan Penduduk Zamrud dan Ketua Kampung Sungai Tangkas.\n\n\nTambahnya, sebanyak 15 juta ringgit kos akan dibelanjakan bagi pelaksanaan pelan empat fasa berkenaan yang akan disumbang oleh enam pemaju yang terlibat di kawasan tersebut.\n\n\nManakala, Jalan Kelisa 2 yang merupakan jalan penduduk kampung Sungai Tangkas akan diambil alih MPKJ dan akan dinaiktaraf serta dilebarkan daripada empat meter kepada tujuh meter dalam tempoh 6 bulan.\n\n\n\u201cSebab jalan kampung ini hanya sesuai untuk laluan kenderaan ringan pertama, kedua trafik flow yang rendah dan jalannya sempit. Jadi untuk digunakan oleh pihak residensi dan orang luar, maka jalan kampung ini dipersetujui akan diambil alih oleh MPKJ dan jalan ini akan dinaiktaraf, dilebarkan lagi daripada 4 meter kepada 7 meter lebar.\u201d\n\n\nPelan empat fasa yang dibentangkan menerusi mesyuarat.\n\n\n\n\n\u201cSelain itu, saliran longkang dan kualiti jalan akan dibaiki, maka selepas daripada itu akan dibuka laluan awam boleh lalu sebab jalan itu akan terima trafik yang lebih tinggi dan untuk itu pula jangka masa kerja disiapkan dalam masa 6 bulan. Jadi selepas sahaja selesai, bongkah batu itu akan diangkat dan laluan boleh digunakan,\u201d katanya.\n\n\nDalam perkembangan lain, menurut Mazwan, bulatan Kajang 2 pula akan digantikan dengan simpang empat beserta lampu isyarat dan jalan berkenaan akan dilebarkan daripada dua laluan kepada lima laluan.\n\n\nDengan penjelasan ADUN berkenaan, Ketua Kampung Sungai Tangkas, Raman Zainuddin turut akur dengan keputusan mesyuarat.\n\n\nBagaimanapun, beliau berharap MPKJ dapat bertindak segera menyiapkan kerja-kerja menaik taraf dan pelebaran jalan di bulatan Kajang 2 agar jalan kampung Sungai Tangkas tidak sesak sehingga menyukarkan urusan penduduk kampung.\n\n\n\u201cBagi saya secara peribadi saya tak boleh buat apa-apa sebab kalau jalan tu masih jalan PLB memang saya tetap mempertahankanlah tapi jalan tu dah diserahkan kepada MPKJ dah bawah penyelenggara MPKJ saya terpaksa terimalah hakikatnya.\u201d\n\n\n\u201cApa yang dijanjikan tadi untuk naik taraf jalan semua, saya terimalah saya tunggu. Saya tak nak nanti menunggu lima lorong di bulatan itu lebih lama daripada kampung naik taraf itu siap, kampung saya akan menjadi mangsa sementara lima lorong tu siap,\u201d katanya.\n\n\nJalan Kelisa 2 akan dibesarkan kepada 7 meter.Pelan yang dirancangan membabaitkan empat fasa.\n\n\nSelain itu, Presiden Persatuan Penduduk Residensi Zamrud, Daniel Victor yang ditemui pula bersyukur apabila bongkah batu yang selama ini menjadi igaun penduduk akan dialihkan sekali gus bakal memberi laluan kepada 5,222 unit penduduk di Jalan Zamrud Utama.\n\n\n\u201cKami rasa penyelesaian ni mungkin akan menyelesaikan semua masalah trafik kami dan juga ia yang terbaik untuk penduduk kami dan juga untuk penduduk kampung. Tetapi kami berharap dia dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan lagi,\u201d ujarnya.\n\n\nManakala, bagi Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Residensi Zamrud Blok E, Bilal Jailani, MPKJ telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan mengakui kesilapan sebelum ini.\n\n\n\u201cMPKJ memberikan kita satu pelan yang agak clear dan kita berpuas hati dengan pelan tersebut dan yang paling penting sekali adalah kesanggupan mereka untuk memberikan satu hitam putih bahawa jalan ini memang ditutup.\u201d\n\n\n\u201cUntuk makluman semua MPKJ mengakui penutupan jalan selama ini memang tidak rasmi dan tidak ada hitam putih mereka mohon maaf sebab ada sedikit masalah komunikasi jadi mereka akan mengeluarkan hitam putih tersebut dan kita memandang ini suatu perkara yang positif.\u201d\n\n\n\u201cKita juga akan memantau dan kita akan memberi bantuan sebaiknya kepada MPKJ agar proses ini dapat berjalan dengan lancar ini adalah kebajikan dan keselesaan penduduk di bandar ini dan kita nak segera percepatkan imej yang baik kepada MPKJ kalau mereka segerakan benda ni mereka akan dapat imej yang baik di kalangan penduduk,\u201d jelasnya.\n\n\nBuat masa ini sebelas bongkah batu konkrit ini akan terus kekal buat sementara waktu sehingga kerja-kerja pelebaran jalan di Kampung Sungai Tangkas selesai."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/25/polis-beri-amaran-batalkan-gang-bang/", "title": "Polis beri amaran, batalkan `Gang Bang\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 Polis Johor membuka kertas siasatan berhubung poster penganjuran parti seks bebas yang didakwa berlangsung bulan depan, seperti tular di Twitter baru-baru ini.\n\n\nKetua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 292 (e) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.\n\n\nSelain itu, beliau berkata, bagi kesalahan penyebaran melalui media sosial, pihaknya akan membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.\n\n\n\u201cPolis Kontinjen Johor mengesan satu penularan poster melalui media sosial yang mempromosikan pesta seks bebas. Polis memberi amaran keras kepada pihak penganjur supaya acara tersebut tidak diteruskan dan dibatalkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRekod pentadbiran 33 tahun PAS di Kelantan bersih rasuah, pecah amanah \u2013 Mohd Amar\n\n\n\n\n\n\nPN sudah ada calon MB Selangor, Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nKes Pertama Varian Berbahaya Omicron Dikesan Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nGantung akaun rider, orang ramai mahu boikot Grab\n\n\n\n\n\n\nRibuan mangsa rugi puluhan juta terhadap skim pelaburan kutu \u2018Sapiza\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita juga akan membuat pemantauan berterusan atas apa-apa juga penganjuran acara yang menyalahi undang-undang dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang,\u201d katanya dalam kenyataan.\n\n\nDalam pada itu, Kamarul memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah supaya menyalurkan maklumat ke bilik gerakan polis Johor menerusi talian 07-2212999.\n\n\nBeliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan kebimbangan atau menggugat ketenteraman awam.\n\n\nSelasa lepas, kerajaan negeri memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menganjurkan sebarang program yang boleh mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.\n\n\nExco Ehwal Agama negeri Mohd Fared Mohd Khalid turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mencegah dan menghalang kegiatan itu daripada berlaku di Johor.\u00a0 \u2013 FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/25/ulama-perlu-berani-tegur-kerajaan-perdana-menteri/", "title": "Ulama perlu berani tegur kerajaan \u2013 Perdana Menteri", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ulama harus berani menegur kerajaan dengan ikhlas demi mengangkat martabat umat dan negara.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedia mendengar teguran itu selagi ia dibuat dengan baik, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum.\n\n\n\u201cIni tiada perbezaan pendapat, ulama boleh tegur dengan baik, menghormati dan mendampingi supaya dapat diperbaiki dan itu ditekankan oleh ulama, bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum.\n\n\n\u201cApabila pimpinan (kerajaan) pula mendengar ulama bercakap dengan ikhlas, berani menegur dengan baik dan (kita sedia) terima dengan baik teguran itu,\u201d katanya selepas menghadiri Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHutang negara cecah RM1.5 trilion \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nNajib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara\n\n\n\n\n\n\nPM tersentuh dalam siri syarahan kehormat Madani\n\n\n\n\n\n\nAnwar diisytihar Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSesi Penamaan Calon Bermula Hari Ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Perdana Menteri meminta Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil ikhtiar menerbitkan semula himpunan 40 Hadith Imam Nawawi untuk diedarkan di sekolah seluruh negara.\n\n\nHimpunan hadith terbabit dilihat mampu memberi perkembangan ilmu kepada murid serta pelajar khususnya beragama Islam.\n\n\n\u201cCuma oleh kerana Prof. Dr. Ali Jum\u2019ah (bekas Mufti Agung Mesir) menekankan mengenai 40 Hadith Imam Nawawi itu mungkin pihak JAKIM dan KPM, sebagai sambutan ialah untuk mengambil ikhtiar menerbitkan semula supaya dapat dikirimkan di semua sekolah.\n\n\n\u201cIni dapat dipastikan pelajar (Islam) diberikan perkembangan ilmu dan mungkin dengan syarahan yang baik juga,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/26/bawa-pihak-sorok-bekalan-gula-ke-muka-pengadilan-cap/", "title": "Bawa pihak sorok bekalan gula ke muka pengadilan \u2013 CAP", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bimbang kekurangan bekalan gula putih yang berlaku sekarang akan berlarutan kerana ada sesetengah pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada penjualan gula putih bertapis putih.\nSehubungan itu, Pegawai penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. Ganesan meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memastikan bekalan gula putih mencukupi.\n\u201cPendirian CAP memang tidak setuju dengan penggunaan gula putih dalam kehidupan seharian namun kini situasinya berbeza apabila gula putih bertapis jernih pula diperkenalkan.\n\u201cJadi kita harap penguatkuasa KPDN peka dalam isu ini agar rakyat tidak terbeban disebabkan penjualan gula putih bertapis jernih,\u201d katanya. \nTambah Ganesan, pihaknya tidak menolak kemungkinan kekurangan bekalan gula berlaku disebabkan tindakan setengah pihak yang menyorok serta menyekat bekalan itu untuk mencetuskan krisis komoditi itu dalam pasaran.\n\u201cPihak berwajib harus memainkan peranan dengan melancarkan operasi dan membawa mereka yang sengaja menyorok bekalan gula ke muka pengadilan.\n\u201cKita percaya penguatkuasaan yang cekap mampu menangani krisis gula daripada berlarutan.\nSemalam, media melaporkan kerajaan telah membenarkan dua syarikat pengeluar gula tempatan MSM Malaysia Holdings Bhd dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) untuk mengeluarkan gula putih bertapis jernih, berkuat kuasa hari ini.\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kebenaran itu akan memberikan pilihan gula kepada pengguna, selain gula putih bertapis kasar dan halus sedia ada yang disifatkan sebagai \u2018gula rakyat\u2019.\nBeliau menegaskan penjualan gula putih bertapis jernih tidak boleh menggantikan bekalan gula putih sedia ada, dan syarikat bakal berdepan tindakan jika tidak mengeluarkan bekalan gula putih sedia ada yang mencukupi. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/26/guan-eng-isteri-dan-ahli-perniagaan-mahu-tuduhan-rasuah-dibatalkan/", "title": "Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan mahu tuduhan rasuah dibatalkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew, dan ahli perniagaan Phang Li Koon mahu tuduhan rasuah terhadap mereka, membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta, dibatalkan.\n\n\nPeguam, RSN Rayer, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau akan memfailkan permohonan supaya kes itu dibuang.\n\n\nKatanya, pihak pendakwaan menggunakan keterangan daripada kes jenayah terdahulu, membabitkan pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn, walaupun dia dibebas dan dilepaskan pada 2018.\n\n\nLim, Chew dan Phang berada di Mahkamah Tinggi di sini selepas kes mereka dipindahkan dari Mahkamah Sesyen di Butterworth, di mana mereka meminta dibicarakan pada 2020.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKKM nafi pertimbang ambil jururawat asing\n\n\n\n\n\n\nTiada diskriminasi kaum dalam pengambilan penjawat awam \u2013 SPA\n\n\n\n\n\n\nPejuang ibarat tersangkut di tengah persimpangan jalan\n\n\n\n\n\n\nISMA sokong teks rasmi Perlembagaan versi Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni Bukan Kali Pertama Buat Kami, Tapi Paling Dahsyat\u201d- Penduduk\n\n\n\n\n\n\n\n\nHari ini, mereka mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan, yang dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rofiah Mohamad.\n\n\nMereka didakwa mengikut Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.\n\n\nRofiah menetapkan 11 Sept untuk pengurusan kes.\n\n\nKetiga-tiga mereka dibenarkan memindahkan wang ikat jamin sebanyak RM50,000 yang dicadangkan sebelum ini.\n\n\nKes membabitkan projek asrama yang dianugerahkan kepada syarikat yang dikaitkan dengan Phang ketika Lim menjadi ketua menteri.\n\n\nLim didakwa memberi suapan bernilai RM372,009 kepada Chew melalui Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd bagi memastikan Magnificent Emblem Sdn Bhd memperoleh projek itu di Juru dan Batu Kawan.\n\n\nKesalahan itu didakwa dilakukan antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016, ketika Lim juga menjadi pengerusi lembaga tender Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.\n\n\nPhang didakwa bersubahat dengan Lim mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.\n\n\nSementara itu, Chew didakwa atas tiga tuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan RM372,009 daripada akaun Public Bank yang didaftarkan di cawangan Taman Melaka Raya antara 7 Okt 2013 dan 3 Mac 2016.\n\n\nS Meharaj turut mewakili Lim dan Chew selaku peguam, manakala V Sithambaram mewakili Phang.\n\n\nPendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir dan Shafiq Hasim. -FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/26/kenyataan-saya-akar-umbi-undi-dap-dipolemikkan-ahmad-maslan/", "title": "\u201cKenyataan saya, akar umbi undi DAP dipolemikkan\u201d- Ahmad Maslan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat\u00a0 \u2013 Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Ahmad Maslan berkata, kenyataannya menyeru akar umbi parti agar mengundi calon rakan sekutu, termasuk DAP, sengaja dipolemikkan, malah disalah tafsir.\n\n\nAhli Parlimen Pontian itu berkata, gesaan itu dibuat supaya pengundi memilih calon daripada parti kerajaan perpaduan, bukan hanya DAP.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBila berada dalam satu pasukan, kita perlu saling bantu-membantu,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nTegasnya, tiada logo DAP mahupun UMNO di atas kertas undi.\n\n\n\u201cSebaliknya hanya logo gabungan, iaitu PH atau BN, dan lawan kita adalah PN. Itu jelas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM500 ditambah ke Akaun 1 KWSP baki kurang RM10,000 bagi pencarum umur 40-54 tahun\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Operasi SAR hari keempat diteruskan, cari baki 9 mangsa\n\n\n\n\n\n\nKPDN Kedah ambil tindakan peniaga jual gula bersyarat\n\n\n\n\n\n\nKorban Banjir Meningkat Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nSanusi selesai angkat sumpah MB\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa nak dirisaukan? Tak perlu polemikkan kenyataan saya begitu hebat,\u201d katanya pada sidang media majlis pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan hari ini di Kementerian Kewangan, Putrajaya.\n\n\nUMNO dan DAP yang berseteru sekian lama kini bekerjasama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.\n\n\nAhmad sebelum ini meminta ahli UMNO melihat calon DAP pada PRN akan datang di enam negeri sebagai mewakili kerajaan perpaduan, bukan atas nama parti sahaja.\n\n\nSeorang lagi ahli MKT Umno, Isham Jalil, kemudian memberikan amaran bahawa sokongan kepada Umno akan terhakis jika pemimpinnya terus mendesak ahli mengundi calon DAP pada PRN. \u2013 FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/26/khutbah-jumaat-tegaskan-penggunaan-kalimah-allah-hanya-untuk-umat-islam/", "title": "Khutbah Jumaat tegaskan penggunaan kalimah Allah hanya untuk umat Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam dan penganut agama lain dilarang menggunakan kalimah suci itu.\n\n\nKhutbah Jumaat masjid di seluruh Selangor hari ini menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selain Islam adalah bercanggah dengan konsep keesaan Allah dan boleh membawa kekeliruan kepada Islam.\n\n\nKhutbah yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) turut menyatakan kalimah Allah bukan terjemahan Melayu kepada perkataan \u2018God\u2019, sebaliknya perkataan \u2018Allah\u2019 merujuk kepada nama tuhan dalam kalangan orang Islam dan satu-satunya tuhan dalam Islam yang digunakan seluruh penganutnya tanpa mengira bahasa.\n\n\n\u201cJusteru, mengapakah mahu diterjemahkan perkataan \u2018God\u2019 dengan kalimah Allah?\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Wake Up Call\u2019 , Jangan Pandang Mudah Undang-Undang Negara\n\n\n\n\n\n\nPenceramah bebas kritik konsert BlackPink dapat ugutan bunuh\n\n\n\n\n\n\nMisi Bantuan Banjir Aman Palestin Dan Kelab Perwira Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPEMBINA Syor Mahasiswa Undi Pos, Kurangkan Kos Pulang Ke Kampung\n\n\n\n\n\n\nKonsert Coldplay tiada manfaat kepada rakyat, negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSehubungan itu, penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selain Islam adalah suatu perkara yang menyanggah konsep keesaan Allah SWT dan boleh membawa kekeliruan kepada umat Islam,\u201d kata khutbah itu.\n\n\nMalah katanya, alasan kononnya kalimah Allah boleh digunakan untuk agama Kristian kerana ia digunakan dalam kitab Bible edisi bahasa Arab dan Indonesia juga tidak terpakai kerana ia adalah kesalahan penterjemahan.\n\n\nMemetik Surah al-Maidah ayat 73, khutbah Jumaat turut memaklumkan seseorang itu menjadi kafir apabila menyatakan tuhai selain Allah adalah Allah.\n\n\nPada 15 Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.\n\n\nBerikutan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, tindakan kerajaan itu bertujuan mengelak sebarang keputusan yang dibuat bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-raja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/26/mho-nafi-cetus-kekacauan-fokus-bantu-pihak-tertindas-di-sabah/", "title": "MHO nafi cetus kekacauan, fokus bantu pihak tertindas di Sabah", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menafikan tuduhan yang mendakwa kedatangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut ke Sabah bertujuan untuk mengganggu ketenteraman awam. \nMenerusi satu hantaran video di akaun rasmi TikTok Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kedatangan MHO ke Sabah bukan bertujuan untuk membuat kacau-bilau di negeri tersebut.\nJelasnya, matlamat pertubuhan tersebut fokus untuk membantu mana-mana pihak yang ditindas dan dizalimi serta golongan yang tidak dilayan secara adil selaras dengan undang-undang kerajaan. \nJelas Hishammudin, MHO bersama kira-kira 1,000 orang penduduk kampung dari lima daerah di Sabah telah menyerahkan memorandum kepada Jabatan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini. \nTindakan itu bertujuan untuk menggesa kerajaan negeri membantu menyelesaikan isu pemilikan tanah adat di Sabah yang menjadi kerisauan ribuan rakyat di negeri tersebut.\nTambah Hishammudin, MHO telah memaklumkan kepada pihak polis dan pasukan keselamatan serta mematuhi segala prosedur keselamatan sebelum bertindak. \nJelas beliau, tindakan yang dilakukan itu bukan untuk memburukkan mana-mana pihak dan sekadar ingin menuntut pembelaan. \nPada 24 Mei 2023, Hajiji mengeluarkan kenyataan untuk menyekat NGO dan pertubuhan dari luar negeri Sabah yang bertujuan untuk mengganggu ketenteraman awam serta menimbulkan kacau-bilau di negeri tersebut.\nBagaimanapun, Hishammuddin berkata, respons yang diberikan hanya sekadar jawapan umum terhadap kenyataan umum yang dikeluarkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor kelmarin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/26/pakistan-kenakan-larangan-perjalanan-ke-atas-imran-khan/", "title": "Pakistan kenakan larangan perjalanan ke atas Imran Khan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan Pakistan menyekat bekas Perdana Menteri, Imran Khan, isterinya\u00a0dan ratusan pembantu politik daripada membuat perjalanan ke luar negara, kata pegawai pada Jumaat.\n\n\nAgensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) yang bertanggungjawab untuk imigresen dan sempadan meletakkan nama Khan ke dalam senarai larangan terbang, lapor Agensi Berita Jerman.\n\n\n\u201dIsteri Khan, Bushra Bibi dan lebih 500 pemimpin dan anggota\u00a0Parti Tehreek-e-Insaf Pakistannya turut tersenarai,\u201d kata pegawai itu.\n\n\nLangkah itu dibuat ketika Khan berdepan tindakan\u00a0undang-undang\u00a0beberapa minggu selepas penyokongnya menyerbu kemudahan tentera utama\u00a0termasuk ibu pejabat tentera, sebagai protes terhadap penahanannya pada 9 Mei.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi tidak akan normalisasi hubungan dengan Israel\n\n\n\n\n\n\nIraq mahu lelaki bakar Quran ditangkap\n\n\n\n\n\n\nThailand Benarkan Ganja Ditanam Di Rumah\n\n\n\n\n\n\nLagi gempa 5.1 skala richter gegar wilayah Kahramanmaras\n\n\n\n\n\n\nGempa bumi: Bayi disatukan dengan ibunya selepas 54 hari\n\n\n\n\n\n\n\n\nHampir 100 bekas Ahli Parlimen dari parti Khan menjauhkan diri dari bekas perdana menteri\u00a0sejak kejadian itu. Lebih 7,000 penyokongnya\u00a0pula ditangkap dalam satu tindakan kekerasan.\n\n\nMenurut kerajaan, mereka yang menyerang kemudahan tentera akan berdepan perbicaraan di mahkamah tentera, langkah yang dikritik oleh kumpulan hak asasi global dan negara.\n\n\nKerajaan Khan, antara 2018 dan 2022, juga melarang beberapa pemimpin pembangkang daripada membuat perjalanan ke luar negara.\n\n\nBeberapa menteri kerajaan berkata cadangan untuk mengharamkan parti Khan sedang dipertimbangkan, langkah yang mungkin memburukkan lagi kekacauan politik di negara yang menghadapi kegagalan ekonomi dan ancaman daripada kebangkitan semula militan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/26/peguam-negara-gugurkan-16-kes-berprofil-tinggi-sejak-2018/", "title": "Peguam Negara gugurkan 16 kes berprofil tinggi sejak 2018", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Sebanyak 16 kes berprofil tinggi telah digugurkan Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 di bawah Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, fasal itu memberi budi bicara kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.\n\n\n\u201cDaripada jumlah 16 kes tersebut, mahkamah telah memerintahkan 13 kes dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dan tiga kes lagi dilepas tanpa dibebaskan di bawah Seksyen 254(3) Kanun Tatacara Jenayah.\n\n\n\u201cJabatan Peguam Negara memutuskan untuk menggugurkan kes berprofil tinggi tersebut setelah menimbangkan, antara lain, perkembangan baharu sesuatu kes, representasi yang dikemukakan peguam bela tertuduh, tertuduh yang dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dijadikan saksi pendakwaan, atau tertuduh dikenakan kompaun,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengaruh Asing Menguasai Negara Jika Pemimpin Hilang Kepercayaan\n\n\n\n\n\n\nBanjir bertambah buruk di lima negeri, 46,683 dipindahkan\n\n\n\n\n\n\nWarga Singapura marah ditegur isi minyak dalam tong\n\n\n\n\n\n\nRamadan : rakyat dinasihat jangan membazir makanan \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nPAS Tidak Kaji Kerjasama Dalam PN\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan lisan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di Dewan Rakyat.\n\n\nMuhammad Fawwaz meminta Perdana Menteri menyatakan data kes profil tinggi yang telah digugurkan oleh Peguam Negara sejak 2018 sehingga 2023 dan alasan pengguguran kes tersebut.\n\n\nMengulas lanjut, Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang memberitahu, Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan atau menggugurkan pertuduhan terhadap mana-mana orang adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan.\n\n\nKatanya, keputusan yang dibuat adalah dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan sewajarnya selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/26/pendakwaan-mohon-semua-kes-muhyiddin-dibicara-bersama/", "title": "Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pihak pendakwaan yang mengendalikan empat kes salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat permohonan kepada Mahkamah Sesyen supaya semua pertuduhan dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.\nTimbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata demikian ketika prosiding sebutan kes di hadapan Hakim, Azura Alwi.\nBeliau berkata, permohonan itu difailkan pada Khamis dan dokumen berkaitan telah diserahkan kepada pasukan pembelaan.\nPeguam Muhyiddin, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu, Hakim Azura Alwi memohon masa untuk menjawab permohonan perbicaraan bersama itu.\nHakim kemudian mengarahkan pihak pembelaan memfailkan afidavit mereka sebagai jawapan kepada permohonan itu selewat-lewatnya pada 30 Jun manakala bagi pihak pendakwaan memfailkan sebarang jawapan kepada jawapan itu dalam tempoh dua minggu selepas 30 Jun.\nHisyam berkata, mereka akan membantah permohonan pihak pendakwaan agar pertuduhan yang dihadapi Muhyiddin dibicarakan bersama dan menegaskan pasukan pembelaan hanya menerima salinan permohonan itu awal pagi ini.\nMuhyiddin menghadapi empat pertuduhan salah guna kuasa di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 iaitu menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden BERSATU untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.\nPada 10 Mac lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap keempat-empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.\nSebutan kes seterusnya akan berlangsung pada 4 Ogos 2023 memandangkan dua permohonan Muhyiddin belum selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/26/sebutan-semula-kes-muhyiddin-4-ogos-ini/", "title": "Sebutan semula kes Muhyiddin 4 Ogos ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan 4 Ogos 2023 sebagai sebutan semula kes membabitkan Pengerusi BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.\n\n\nHakim, Azurah Alwi membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan daripada pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri berkenaan sebentar tadi.\n\n\nProsiding hari ini melibatkan pemindahan tiga pertuduhan ke Mahkamah Sesyen 9 yang mana dua daripdanya sebelum ini\u00a0membabitkan pengubahan wang haram RM195 juta yang dibacakan di Mahkamah Sesyen 14.\n\n\nManakala satu lagi yang dipindahkan ke mahkamah yang sama adalah membabitkan penerimaan wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta\u00a0yang sebelum ini dibacakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAmbil tindakan terhadap Najwan Halimi \u2013 Rafique\n\n\n\n\n\n\nNajib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara\n\n\n\n\n\n\nAdilkah bantuan RM15.75 juta untuk sekolah persendirian Cina?\n\n\n\n\n\n\n2.57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi\n\n\n\n\n\n\nLantikan politik bukan peluang laba politik \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Pagoh itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah seperti sebelum ini.\n\n\nPada masa sama, mahkamah hari ini dimaklumkan, pasukan pembelaan Muhyiddin akan mengemukakan permohonan agar perbicaraan ketujuh-tujuh kes itu secara serentak.\n\n\n\u201cKami membuat permohonan untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi dan dan semua pertuduhan dibacakan serentak.\n\n\n\u201dJadi, pada masa itu akan kita ketahui keputusan, termasuk urusan ornyerahan semua dokumen,\u201d kata Datuk Hisyam Teh Poh kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah hari ini.\n\n\nUntuk rekod, Muhyiddin berhadapan dengan tujuh pertuduhan.\n\n\nEmpat daripadanya membabitkan salah guna kuasa untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM232.5 juta dan dua pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta.\n\n\nBerdasarkan pertuduhan, Muhyiddin sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Presiden Bersatu menggunakan kedudukan untuk suapan iaitu wang RM200 juta, RM1 juta, RM19.5 juta dan RM12 juta untuk partinya daripada tiga syarikat serta seorang individu.\n\n\nLagi satu pertuduhan melibatkan penerimaan hasil aktiviti haram sebanyak RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun AmBank milik BERSATU. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/26/selangor-baharu-tawaran-pn-kepada-rakyat-selangor/", "title": "\u2018Selangor Baharu\u2019 tawaran PN kepada rakyat Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perikatan Nasioan (PN) Selangor memperkenalkan pra slogan \u2018Selangor Baharu\u2019 sebagai tawaran kepada rakyat di negeri ini untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal tiba tidak lama lagi.\n\n\nSetiausaha PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama rakan komponen, BERSATU.\n\n\n\u201cPada masa ini, PN sedang mencari tarikh sesuai untuk mengadakan majlis pelancaran slogan itu secara rasmi,\u201d katanya.\n\n\nMenurutnya lagi, slogan itu diyakini akan membawa mesej penting kepada semua golongan rakyat bahawa PN telah bersedia mengambil alih kepimpinan kerajaan Selangor jika diberi mandat pada PRN nanti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n29 Kampung Melayu Dilenyapkan Di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nRakyat Kesal Mahu Dapat Bantuan Perlu Hadapi Pelbagai Birokrasi\n\n\n\n\n\n\nEmpat lokasi pantai di Pulau Pangkor dikesan terhakis teruk\n\n\n\n\n\n\n`Ibu Bapa Sekarang Sibuk, Kalau Tiada Subjek Agama Lagi Hanyut\u2019 \u2013 Netizen\n\n\n\n\n\n\nPemandu langgar enam kenderaan positif ganja\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita kemukakan alternatif kepada rakyat negeri Selangor dengan memberi keutamaan untuk memastikan kepimpinan negeri kembali kepada anak negeri terutama jawatan penting seperti Menteri Besar Selangor.\n\n\n\u201cJawatan (Menteri Besar) mestilah terdiri dalam kalangan anak negeri supaya ada citra Selangor dan faham selok-belok kesusahan serta permasalahan rakyat.\n\n\n\u201cKalau Menteri Besar bukan anak Selangor, ada sedikit jurang di situ dan Exco PH (Pakatan Harapan) ketika ini pun tujuh daripada 10 bukan anak Selangor,\u201d kata beliau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/26/sprm-siasat-projek-petronas-bernilai-rm399-juta-di-sarawak/", "title": "SPRM siasat projek Petronas bernilai RM399 juta di Sarawak", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan projek Petronas dan syarikat minyak dan gas antarabangsa.\n\n\nMenurut SPRM, Petronas telah memberikan kerjasama penuh untuk menjalankan siasatan melibatkan projek bernilai RM399 juta di Sarawak.\n\n\n\u201cSetakat ini, SPRM telah menemukan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem, dan tatacara kerja berhubung isu itu.\n\n\n\u201cSPRM mencadangkan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah-langkah pencegahan,\u201d katanya dalam kenyataan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPM jamin industri kewartawanan negara bebas tanpa campur tangan\n\n\n\n\n\n\nMOU Bukan \u2018Kitab Suci\u2019 Untuk Halang Buat PRU Awal \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi Hadi keluarkan amanat halalkan ajaran menyimpang\n\n\n\n\n\n\nNajib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara\n\n\n\n\n\n\nPenerbangan pertama haji dijangka 21 Mei\n\n\n\n\n\n\n\n\nAwal bulan ini, satu portal dalam talian melaporkan Petronas didakwa terlibat dalam pemberian kontrak RM399 juta kepada sebuah syarikat beroperasi di 14 negara untuk membina loji gas darat di Sarawak.\n\n\nLaporan itu mendakwa, syarikat itu dikatakan terlibat dalam kesalahan rasuah serius sehingga dilarang beroperasi di negara lain.\n\n\nSPRM menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil menyalurkan bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009. \u2013 FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/26/tiada-bukti-pn-terima-dana-daripada-syarikat-perjudian/", "title": "Tiada bukti PN terima dana daripada syarikat perjudian", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan, tiada bukti yang kukuh untuk mengesahkan bahawa Perikatan Nasional (PN) menerima sumbangan dana daripada syarikat perjudian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.\n\n\nBeliau juga menyatakan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menjalankan siasatan secara terperinci berkaitan dengan perkara ini.\n\n\nSPRM juga mendapati bahawa maklumat yang dikemukan terlalu umum, malah tiada pihak yang boleh mengesahkan kesahihan dengan lebih terperinci berkaitan dengan perkara ini.\n\n\nJusteru, tiada lagi fail siasatanh yang akan dibuka lagi atas isu yang dibangkitkan ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan hanya laungkan \u2018Rahmah\u2019 dan \u2018Madani\u2019, perlu hidup bersama nadi rakyat\n\n\n\n\n\n\nAnwar tidak pertimbang cadangan Ramasamy\n\n\n\n\n\n\nJaga sensitiviti kaum, agama, institusi diraja pada PRN Selangor\n\n\n\n\n\n\nPenceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka\n\n\n\n\n\n\nHarta ratusan bilion ringgit di luar negara, bekas Menteri Kewangan disiasat\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada masa yang sama beliau turut menyatakan bahawa selain SPRM, masih banyak lagi agensi-agensi lain yang turut bertanggungjawab dan berkuasa dalam usaha untuk menyiasat sebarang kesalahan jenyah yang dilakukan oleh mana-mana indivu seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\n\n\nAzalina juga berharap agar tidak ada mana-mana pihak yang cuba untuk mempolitikkan atau memutarbelitkan jawapan yang telah beliau berikan kepada Ahli Parlimen Pasir Mas dalam Dewan Rakyat semalam.\n\n\nTerdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa adanya sesetangah parti politik dalam Perikatan Nasional yang telah menerima dana daripada syarikat perjudian sempena kempen Pilihan raya Umum ke 15 (PRU15) yang lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/26/unsur-lgbt-punca-jam-tangan-swatch-dirampas-pm/", "title": "Unsur LGBT punca jam tangan Swatch dirampas \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Serbuan pihak berkuasa terhadap kedai jam terkemuka, Swatch baru-baru ini bukan disebabkan warna jam tangan yang dijual, sebaliknya terdapat isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).\n\n\nBagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak mempunyai butiran mengenai kes itu dan menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memberikan penjelasan.\n\n\n\u201cBiar KDN jelaskan, ini bukan isu warna tetapi (difahamkan unsur) LGBT diletakkan pada jam terbabit, maafkan saya, kerana saya masih belum melihat perinciannya,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas menghadiri Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turath Islami Selangor pada Khamis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJBPU batal pemilihan UMNO Bahagian Tumpat\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak membenarkan sistem beraja diperolok\n\n\n\n\n\n\nHanya pegawai Gred 41 ke atas diberi kuasa tolak pelancong masuk\n\n\n\n\n\n\nDONG ZONG RAKUS, SEPATUTNYA PERKASA SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN\n\n\n\n\n\n\nRehatkan Ahmad Zahid Dari Jawatan Presiden UMNO \u2013 Syed Ali\n\n\n\n\n\n\n\n\nKDN sebelum ini menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan komuniti LGBT.\n\n\n\n\nSerbuan selama dua hari pada 13 dan 14 Mei lalu itu diadakan di butik Swatch yang terletak di beberapa pusat beli-belah.\n\n\nKoleksi jam yang dirampas itu terdiri daripada pelbagai warna pelangi, simbol yang diterima pakai oleh komuniti LGBT.\n\n\n\n\nDalam perkembangan berkaitan, Kumpulan Swatch berkata, firma itu kecewa dan prihatin dengan rampasan jam tangan berwarna pelangi yang meraikan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) oleh Kementerian Dalam Negeri.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Nick Hayek dalam kenyataan kepada Reuters berkata, pihaknya lantang mencabar bahawa koleksi jam tangan mereka yang menggunakan warna pelangi dan membawa mesej keamanan serta kasih sayang itu boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa sahaja.\n\n\nSyarikat itu berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula jam tangan tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/ambil-alih-bns-kerajaan-tiada-pilihan-selesaikan-projek-lcs/", "title": "Ambil alih BNS, kerajaan tiada pilihan selesaikan projek LCS", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan tidak mempunyai pilihan selain mengambil alih\u00a0syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn\u00a0Bhd\u00a0(BNS), supaya projek berkenaan dapat diselesaikan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berikutan kerajaan telah membelanjakan RM6 bilion bagi projek LCS.\n\n\n\u201cAda projek yang\u00a0on-going\u00a0yang mesti kita (kerajaan) selesaikan termasuk LCS. Kita tiada pilihan, dah belanja RM6 bilion. Kita tidak boleh tutup, kita kena ambil alih untuk menyelesaikan projek,\u201d katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nBeliau mengulas mengenai pengumuman Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Kementerian Kewangan telah\u00a0menubuhkan syarikat bertujuan khas\u00a0(SPV) bagi\u00a0mengambil alih\u00a0syarikat yang bertanggungjawab terhadap projek LCS iaitu BNS, sebagai\u00a0anak syarikat kepada MOF.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan guna modal politik raih keputusan agong\n\n\n\n\n\n\nExco DAP cuba semarakkan Islamofobia, biadap \u2013 Haji Amin\n\n\n\n\n\n\nDemonstrasi Aman Peguam Malaysia Hal Kebebasan Badan Kehakiman\n\n\n\n\n\n\nBursa Malaysia rendah, kekal bawah 1,400\n\n\n\n\n\n\nIsu politik Melaka tidak jejas persediaan UMNO bagi PRN\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun,\u00a0Anwar berkata kerajaan akan mengeluarkan kenyataan lengkap berhubung pengambilalihan syarikat itu.\n\n\nSebelum ini\u00a0pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan tiada seunit pun telah disiapkan walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.083 bilion menerusi BNS. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/anwar-nafi-buat-dakwaan-tanpa-asas-ke-atas-pn/", "title": "Anwar nafi buat dakwaan tanpa asas ke atas PN", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataan beliau bahawa sebahagian dana Pilihan Raya Umum (PRU) dimiliki Perikatan Nasional (PN) yang juga parti Melayu dan Islam diperoleh hasil syarikat perjudian.\n\n\nPerdana Menteri menegaskan, tidak akan membuat sebarang dakwaan tanpa asas.\n\n\n\u201cSila baca kenyataan dengan lengkap dan baru ambil tindakan. Tapi kalau dia (Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin mahu bawa terus (kemuka tindakan saman), silakan.\n\n\n\u201cSaya tidak akan keluar kenyataan kalau saya tidak ada asas,\u201d katanya ditemui media selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-40 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKWSP Akan Lancar I-Sayang Tahun Depan\n\n\n\n\n\n\nJamil Khir Dilantik Penasihat Agama PM\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tiada GST tetapi barangan mewah akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nMAFI Sasar Kurangkan Pekerja Asing Sehingga 2030\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Perkara 152 dan Akta 342\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau mengulas kenyataan Muhyiddin yang dilaporkan sedang berbincang dengan peguam\u00a0mengenai kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar berhubung isu berkenaan.\n\n\nSebelum ini, Anwar pernah membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN\u00a0datang daripada syarikat perjudian yang terbabit dengan cabutan khas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/isa-samad-kembali-ke-pangkuan-umno/", "title": "Isa Samad kembali ke pangkuan UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad kembali menyertai UMNO.\n\n\nAsyraf Wajdi berkata, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam meluluskan keahlian Mohd Isa.\n\n\n\u201cYa, saya sahkan keahlian Tan Sri Mohd Isa ke dalam UMNO diluluskan oleh Majlis Kerja Tertinggi semalam\n\n\n\u201cBagaimanapun, saya belum sempat ke pejabat untuk keluarkan surat keahlian kerana mesyuarat habis lewat malam tadi tapi saya sahkan keahlian itu,\u201d katanya kepada pemberita di Wisma UMNO Negeri Sembilan di Seremban hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeluarga Nazrin Hassan Mohon Pendakwaan Fail Rayuan\n\n\n\n\n\n\nKetua Hakim Negara tak boleh paksa cabang eksekutif berunding\n\n\n\n\n\n\nTurkiye tidak ambil hati Malaysia pilih pesawat buatan Korea\n\n\n\n\n\n\nNahas ELmina: Polis sah identiti semua mangsa\n\n\n\n\n\n\nDi Mana Agensi Kerajaan Di Saat Rakyat Kesusahan?\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohd Isa, 74, mengumumkan keluar UMNO pada 27 September 2018 untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson sebagai calon Bebas ketika Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon.\n\n\nSementara itu, Mohd Isa ketika ditemui di lokasi sama, mengucapkan terima kasih kepada MKT yang meluluskan keahliannya dalam parti itu.\n\n\n\u201cKetika orang lain keluar, saya masuk UMNO.\n\n\n\u201cMereka tak kenang jasa UMNO, sebab itu saya ingin terus kekal dalam UMNO,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, UMNO banyak menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat dan walaupun hampir enam tahun berada di luar UMNO, sokongan tetap diberi kepada gerakan dan aktiviti parti.\n\n\n\u201cPada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Melaka, saya turun memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN).\n\n\n\u201cDalam PRN di enam negeri akan datang, saya akan bantu berkempen untuk calon Kerajaan Perpaduan.\n\n\n\u201cSaya berkeyakinan kerajaan Negeri Sembilan mampu mengekalkan pemerintahan berdasarkan kekuatan dan sokongan rakyat,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, menyifatkan kemasukan semula Mohd Isa dapat membantu parti menjelang PRN tidak lama lagi.\n\n\n\u201cSaya memang mengharapkan bekas pemimpin UMNO kekal dalam parti ini untuk menguatkan parti,\u201d katanya. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/jenazah-bunuh-toreh-bakar-selamat-dikebumikan/", "title": "Jenazah bunuh, toreh, bakar selamat dikebumikan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Ribuan manusia hadir pada pengebumian jenazah mangsa pembunuhan kekasih.\n\n\nJenazah, gadis 21 tahun, seorang pekerja restoran itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan, Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor.\n\n\nAllahyarham, \nNur Anisah Abdul Wahab \n\u00a0juga dikebumikan tanpa janin. \n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu contohi Kedah tamatkan operasi judi\n\n\n\n\n\n\n\u2018Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat\u2026\u2019- Anwar\n\n\n\n\n\n\n3,464 beri respon positif projek PSI\n\n\n\n\n\n\nElon Musk tukar logo Twitter dengan X\n\n\n\n\n\n\nLelaki tabur paku ditahan polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalam tadi, menerusi facebook MR wan chai official, urusan pengkebumian mangsa dikongsikan di laman sosial berkenaan.\n\n\nKerana enggan merahsiakan kehamilan hasil hubungan rahsia, dia menjadi pembunuhan kejam bukan dirinya, sahaja tetapi bayi dikandungnya.\n\n\nPada kejadian pada Isnin lalu itu, mangsa 21 tahun, yang bekerja sebagai pelayan restoran,\u00a0 dipukul suspek selepas berbalah kerana kandungannya yang sudah masuk empat bulan.\n\n\nLokasi jenazah dibakar di ladang kelapa sawit, Sabak Bernam, Selangor.\n\n\nAkibatnya \u2013\u00a0 mangsa selain dipukul, turut ditoreh perutnya.\n\n\nSuspek sebelum itu sempat membeli minyak petrol di stesen minyak untuk membakar mangsa.\n\u00a0\n\n\nKetua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, menunjukkan barangan dipercayai digunakan suspek.\n\n\nPolis kemudian mengambil keterangan 10 suspek.\n\n\nSemakan polis mendapati suspek, bekas penuntut sebuah kolej tidak memiliki sebarang rekod jenayah dan negatif dadah.\u00a0\n\n\nSuspek kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.\n\n\nKetua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, juga mengesahkan motif menyembunyikan kehamilan antara punca kejadian.\n\n\nKandungan imbasan janin bayi ditunjukkan polis."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/kpm-bincang-kenaikan-gaji-guru/", "title": "KPM bincang kenaikan gaji guru ada kelayakan lebih tinggi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kementerian Pendidikan (KPM) dalam radar perbincangan berhubung saranan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka.\n\n\nMenteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya juga memandang serius saranan tersebut dan berpandangan ia mestilah selari dari segi kualitifikasi bermakna integriti kualiti dan perkhidmatan perguruan yang menjadi tumpuan KPM.\n\n\n\u201cKita ambil pandangan itu secara serius dan saranan berkaitan kenaikan gaji penjawat awam seperti mana yang diumum Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan jadi tumpuan awal sebaik saja ekonomi negara pulih. Ia juga tidak lari daripada hasrat KPM yang melihat perkara sama.\n\n\n\u201cKita sedang berada dalam radar perbincangan (saranan itu) dan dalam konteks untuk menaikkan gaji guru serta dari segi kualitifikasi maknanya integriti kualiti dan perkhidmatan perguruan, ini menjadi tumpuan kita,\u201d katanya kepada pemberita di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli Dewan Diraja Selangor tuntut Sanusi mohon maaf secara terbuka\n\n\n\n\n\n\nAwang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China di Beijing\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Mula Bincang Kerjasama Dengan Perikatan Nasional\n\n\n\n\n\n\nTiada Bukti Omicron Mampu Bina Imuniti Kelompok \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nLelaki direman muat naik kenyataan berbaur ugutan, perkauman\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau ditemui selepas merasmikan Karnival Kita Madani Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Sungai Duri yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Sabri Said.\n\n\nFadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung kerajaan disaran menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka kerana berusaha memperkemaskan diri bagi memantapkan lagi pendidikan demi anak bangsa.\n\n\nSetiausaha Kluster Pendidikan & Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Anuar Ahmad dilaporkan berkata ketika ini gaji guru yang memiliki sarjana dan doktor falsafah (PhD) adalah sama dan ia wajar untuk dikaji semula.\n\n\nBeliau turut dilaporkan berkata, kerajaan harus memberikan insentif kepada guru yang mempunyai kelayakan lebih tinggi agar mereka dapat merasakan pentingnya untuk sambung belajar bukan sahaja menambah ilmu, sebaliknya boleh meningkatkan gaji dalam bidang yang diceburi. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/lima-2023-kontrak-bernilai-rm10-1-bilion-termeterai/", "title": "LIMA 2023 : Kontrak bernilai RM10.1 bilion termeterai", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \u00a0Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan menyaksikan majlis menandatangani dokumen kontrak, Memorandum Persefahaman (MOU), Surat Setuju Terima (SST) dan Surat Niat oleh Kementerian Pertahanan di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA\u201923) pada Khamis.\n\n\nSejumlah 43 kontrak bernilai RM10.128 billion yang terdiri daripada 20 Dokumen Kontrak, 21 SST dan dua Surat Niat telah dimuktamadkan pada majlis terbabit.\n\n\n\n\n\n\nKetua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz mewakili kerajaan Malaysia bagi menandatangani perjanjian tersebut.\n\n\nMajlis berkenaan turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.\n\n\nMelalui dokumen kontrak terbabit, Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menerima empat buah Helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk yang berfungsi sebagai platform kepada Tim Nukleus bagi tujuan latihan dan tugasan penerbangan operasi melalui sewaan daripada Aerotree Defence & Services Sdn Bhd. \u2013 SINAR"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/lima23-tun-m-terima-anugerah-pencapaian-sepanjang-hayat/", "title": "LIMA\u201923: Tun M terima anugerah pencapaian sepanjang hayat", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat bagi Anugerah Maritim dan Aerorangkasa Global IBR 2023.\n\n\nAnugerah itu diberikan untuk menghargai individu yang berdedikasi dalam mempromosikan industri aeroangkasa dan maritim serta telah membantu sektor ini ke tahap lebih tinggi sekali gus memberi manfaat kepada rakyat dan negara.\n\n\nIa dianugerahkan buat julung kalinya sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA \u201823)\n\n\nDr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas majlis di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi malam ini berkata, anugerah itu merupakan satu galakan kepada semua pemain industri aeroangkasa dan maritim untuk melakukan yang lebih baik dalam mempromosikan industri tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBERJASA sedia kerjasama PN agenda pertahankan agama, negara\n\n\n\n\n\n\n20,041 kes kehilangan wang dari institusi perbankan tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri: Warga asing \u2018hiasi\u2019 wajah ibu kota\n\n\n\n\n\n\nDakwa Anwar pendendam, Awang disaman\n\n\n\n\n\n\nTindakan Muda tanding solo PRN sia-sia \u2013 Tun M\n\n\n\n\n\n\n\n\nDitanya mengenai LIMA \u201823 yang bermula Selasa lepas dan bakal berakhir esok, beliau berkata, penganjuran kali ini adalah baik dan lebih ramai pihak menyertai pameran pada edisi ke-16 acara itu.\n\n\nLIMA yang diadakan sejak 1991 merupakan cetusan idea bekas Perdana Menteri itu.\n\n\n\u201cSaya percaya LIMA akan kekal dan harap Kerajaan Malaysia meneruskan penganjuran acara dwitahunan ini,\u201d katanya.\n\n\nDr Mahathir juga berkata, industri aeroangkasa serta maritim berkembang dengan baik dan penganjuran LIMA dapat memberi peluang kepada pempamer untuk mempromosikan produk mereka.\n\n\nBeliau melihat penganjuran LIMA turut membantu sektor pelancongan dengan kemasukan delegasi asing ke negara ini. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/maisarah-terpisah-dengan-ibu-ayah-bukan-muslim-dapat-hak-jagaan/", "title": "Maisarah terpisah dengan ibu, ayah bukan muslim dapat hak jagaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Hati ibu mana yang tidak sayu apabila terpaksa berpisah dengan anaknya.\n\n\nSayu, di Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang semalam, Aishah ibu kepada Maisarah, 9,\u00a0 terpaksa akur dengan keputusan untuk anaknya tinggal dengan bekas suami.\n\n\n\u201cMama akan lawan ya\u201d, kata Aishah \ndiiringi dengan pelukan erat\n dan hanya esakan kedua-dua beranak kedengaran.\n\n\nDalam video tular di media sosial semalam, Maisarah merangkul erat tubuh ibunya sambil menangis teresak-esak kerana hari terakhir beliau bersama ibu sebelum berada dalam jagaan ayahnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGambar dipercayai berunsur seksual adalah tangkap layar aplikasi\n\n\n\n\n\n\nTanding jawatan lain, bukan Presiden dan Timbalan \u2013 Khir Toyo\n\n\n\n\n\n\nSivakumar perlu cuti sebagai menteri\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin lancar kempen \u2018Ramadan Bersamamu\u2019 peruntuk RM12 juta\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Elaun guru KAFA dinaikkan RM100\n\n\n\n\n\n\n\n\nVideo berdurasi seminit 20 saat itu tular,\u00a0 memaparkan kasih sayang seorang ibu yang terpisah setelah diputuskan mahkamah.\n\n\nNamun, dalam paparan video berkenaan, ibunya berkata akan memfailkan permohonan rayuan hak penjagaan anaknya.\n\n\nAishah dan bekas suami, adalah orang asal yang berpisah. Aishah kemudiannya memeluk Islam, manakala bekas suaminya tidak.\n\n\nSelepas bercerai Aishah membawa Maisarah duduk bersama ke Terengganu namun dicabar oleh pihak ayah yang memfailkan hak penjagaan.\n\n\n\u201c\nJaga diri elok-elok, jaga aurat,\u00a0 jangan bagi lelaki tengok. Mama tak akan tinggalkan Maisrah dan jaga diri tahu, jangan bagi orang buli. Duduk dengan\u00a0 orang elok elok.\u201d, itu antara pesanan disemat kepada Maisarah.\n\n\nSementara itu, \nPengasas YY\u00a0 Community Centre, Y\nuseri Yusoff yang prihatin dengan kes ini berkata Mahkamah Tinggi Kuantan semalam\u00a0 telah memutuskan ayah Maisarah untuk menjaga kanak-kanak ini.\n\n\nPengasas YY\u00a0 Community Centre, Yuseri Yusoff\n\n\nMenurut Yuseri\u00a0 Maisarah ketika dalam peliharaan ayahnya, Maisarah didakwa hidup tidak diurus dengan baik dan terpaksa melihat kehidupan ayah yang bersekedudukan.\n\n\n\u201cDia (Maisarah) pernah dijaga oleh beberapa pihak lain, dan dipaksa minum arak, serta menjadi mangsa dera dan buli.\n\n\nDakwa Yuseri si ibu berharap mendapat bantuan Biro Bantuan Guaman bagi mengadili rayuan pihaknya, kerana sebelum ini badan itu pernah dihubungi Aishah namun tiada maklum balas diterima.\n\n\nDalam satu hantaran di instagramnya semalam Yuseri mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menularkan kes Puan Aishah.\n\n\nKatanya, Aisyah kini mahu bertenang dan masih terkejut dalam keputusan semalam.\n\n\nYuseri juga berkata satu permohonan notis rayuan juga telah difailkan bagi \nmengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan semalam.\n\n\n\u201cKita di YY CC cuba bantu puan Aishah,\u00a0 ibu Maisarah failkan rayuan di mahkamah rayuan. Hari ini melalui Tetuan Amin Chambers kita sudah failkan untuk ketepikan keputusan Mahkamah Kuantan semalam.\u201d\n\n\nBeliau juga menjelaskan keluarga berasal orang asli ini sudah memeluk Islam namun\u00a0 bukan ayah Maisarah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/malaysia-madani-tekad-perpaduan-penuhi-harapan/", "title": "Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM ) tahun ini.\n\n\nMenteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pemilihan tema itu selari dengan tekad dan komitmen kerajaan untuk membangunkan sebuah negara dengan rakyatnya yang bersatu padu, memiliki semangat perpaduan tinggi serta hidup dalam keadaan\u00a0aman dan sejahtera.\n\n\nMenurutnya, ia juga didukung konsep Malaysia Madani sebagai kunci utama yang diinspirasikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan dan kemodenan berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati serta ihsan.\n\n\n\u201cPemilihan tema ini hasil kerjasama strategik dan kesepakatan pasukan panel pemikir terdiri daripada 16 pakar pelbagai bidang antaranya ahli akademik, tokoh budaya, pengamal media, pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, ikon belia serta pempengaruh media sosial.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS Terengganu pastikan ahli politik mohon tauliah MAIDAM\n\n\n\n\n\n\nPN Selangor rangka strategi tembusi kerusi \u2018hitam\u2019 milik DAP\n\n\n\n\n\n\nPAS yakin gelombang Melayu kekal hingga PRN\n\n\n\n\n\n\nGERAKAN mohon maaf secara terbuka kepada semua penjawat awam\n\n\n\n\n\n\nHarimau Malaya tewaskan Thailand 1-0 di Bukit Jalil\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSeiring dengan aspirasi tersebut, suka saya umumkan logo Malaysia Madani turut dipilih menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2023,\u201d katanya\u00a0ketika melancarkan logo dan tema HKHM 2023 di Esplanade, Taman KLCC di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nHadir sama Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Roslan Ariffin.\n\n\nFahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk HKHM 2023 berkata, logo\u00a0yang menggambarkan \u2019tangan yang diangkat\u2019 ialah simbolisme kepada ikrar Rukun Negara manakala\u00a0warna digunakan merupakan\u00a0warna asas Jalur Gemilang, lambang kepada\u00a0jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia.\n\n\nSempena pelancaran hari ini, Fahmi menyeru semua pihak untuk menggunakan, memaparkan dan menularkan logo dan tema HKHM di\u00a0semua platform sebagai menzahirkan tanda cinta kepada negara selain membantu\u00a0usaha mempromosi dan menyebarluaskan erti sambutan HKHM tahun ini.\n\n\n\u201cSemua agensi kerajaan serta rakan-rakan sektor swasta dan NGO (badan bukan kerajaan) turut digalakkkan untuk bersama-sama menzahirkan kecintaan kepada negara melalui penganjuran program-program sempena HKHM 2023 pada peringkat organisasi dan komuniti masing-masing,\u201d katanya.\n\n\nFahmi berkata, tiga aktiviti utama akan diadakan sepanjang Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia iaitu pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang pada 15 Julai di\u00a0Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak diikuti\u00a0Sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan pada 31 Ogos di Putrajaya dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Kuching, Sarawak. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/mat-sabu-nafi-terbabit-promosi-skim-pelaburan-syariah/", "title": "Mat Sabu nafi terbabit promosi skim pelaburan syariah", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan Datuk Seri Mohamad Sabu terbabit dalam promosi skim pelaburan patuh syariah, seperti poster yang tular di media sosial.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPejabat itu dalam satu kenyataan di Facebook Mohamad hari ini berkata, menteri berkenaan tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk gambar beliau digunakan dalam sebarang promosi seumpamanya.\n\n\n\u201cJusteru, penyalahgunaan ini perlu diberhentikan segera,\u201d katanya.\n\n\nKenyataan itu berkata, Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga telah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung perkara berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/mkt-umno-terima-penjelasan-ahmad-isu-undi-calon-dap/", "title": "MKT UMNO terima penjelasan Ahmad isu undi calon DAP", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menerima penjelasan Datuk Seri Ahmad Maslan mengenai gesaan yang meminta ahli parti itu memilih calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.\n\n\nMenurut salah seorang ahli MKT, Datuk Puad Zarkashi, penerimaan itu berdasarkan keterangan Ahmad yang menegaskan dirinya tidak menyebut calon DAP tetapi menyentuh mengenai calon Kerajaan Persekutuan.\n\n\n\u201cAhmad beri penjelasan bahawa apa yang dia kata sebenarnya ialah supaya menyokong calon kerajaan. Itu sahaja.\n\n\n\u201cDia tidak sebut pasal DAP pun, jadi kita terimalah penjelasan itu. Kita nak kerajaan kekal sehingga cukup penggal,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDidakwa menipu Agong, Papagomo disoal siasat polis\n\n\n\n\n\n\n147 ketua Wanita UMNO bahagian tidak lagi menyokong Noraini\n\n\n\n\n\n\nTambah baik hal ehwal Islam, beri manfaat kepada semua\n\n\n\n\n\n\nSembilan kubu warga asing dikenal pasti\n\n\n\n\n\n\nPerketat Kawalan Pintu Masuk Antarabangsa, Elak Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Ahmad dilaporkan berkata, pengundi UMNO diminta untuk memilih calon DAP dan kerajaan di kawasan kediaman masing-masing demi mengukuhkan kedudukan kerajaan yang sedia ada.\n\n\nMalah Ahmad juga berkata, tindakan sedemikian wajar dilakukan untuk mengikut disiplin parti apabila berada dalam Kerajaan Persekutuan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/penyata-hutang-peneroka-felda-dibentang-akhir-jun/", "title": "Penyata hutang peneroka Felda dibentang akhir Jun", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Penyata hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi tahun 2022 akan dibentangkan selewat-lewatnya hujung Jun ini.\n\n\nPengerusi Felda,\u00a0Tan Sri Idris Jusoh berkata,\u00a0pihaknya kini dalam proses mengemas kini dan menambah baik keupayaan sistem serta pengurusan maklumat hutang bagi membolehkan peneroka mendapat maklumat penyata yang tepat.\n\n\n\u201cProses menaik taraf dan menambah baik sentiasa dilakukan. Untuk penyata akhir 2022 akan dibentangkan sepenuhnya selewat-lewatnya akhir Jun,\u201d katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian dan Penutup Felda Robotic Challenge 2023 (FRC23) di Kuala Nerus, Terengganu hari ini.\n\n\nMenurutnya selepas ini para peneroka boleh mengakses penyata tersebut secara dalam talian untuk mendapatkan maklumat masing-masing.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCadangan Penubuhan Jawatankuasa Siasatan Khas Tan Sri Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nKelibat Ismail Sabri tak kelihatan pada taklimat Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nSetiausaha politik Anwar nafi khabar angin pelantikan Wan Azizah di JPM\n\n\n\n\n\n\nCukai cecair vape tidak memadai demi kesihatan\n\n\n\n\n\n\n23 laporan polis terhadap Guan Eng\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, 43 sekolah rendah dan menengah dalam wilayah Felda seluruh negara menyertai pertandingan FRC23 yang bertujuan memantapkan kemahiran, kreativiti dan penguasaan generasi baharu Felda dalam dunia robotik.\u00a0\u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/pertukaran-kabinet-tertakluk-budi-bicara-pm/", "title": "Pertukaran Kabinet tertakluk budi bicara PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sebarang pertukaran dalam anggota Kabinet adalah tertakluk kepada budi bicara Perdana Menteri.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika\u00a0menjawab desas desus rombakan Kabinet yang akan dibuat oleh\u00a0Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nOleh itu,\u00a0Ahmad Zahid menggesa semua pihak menunggu jika benar rombakan tersebut berlaku.\n\n\n\u201cItu adalah hak mutlak dan budi bicara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita tunggu kalau benar perkara itu berlaku,\u201d katanya ketika ditemui selepas penutupan program Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 di sini, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS tak boikot Dominic, cuma kekurangan ahli\n\n\n\n\n\n\nKapal pengawal pantai China \u201cThe Monster\u201d awasi projek gas Petronas\n\n\n\n\n\n\nDAP dambakan sokongan orang Melayu demi kepentingan survival politik\n\n\n\n\n\n\nAgong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM\n\n\n\n\n\n\nIsu ancam keharmonian, perpaduan harus ditangani pantas, cekap \u2013 Sultan Johor\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut memberitahu, pada kelazimannya tiada seorang pun Perdana Menteri yang akan berbincang dalam Kabinet sekiranya mahu melakukan rombakan.\n\n\nSemalam, sebuah portal melaporkan Perdana Menteri akan merombak Jemaah Menteri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN), namun perlu melakukan \u2019pembersihan\u2019 dalam\u00a0 jawatan kanan awam.\n\n\nSumber yang enggan didedahkan identitinya itu berkata, Anwar berhasrat menyingkirkan ahli Jemaah Menteri tidak berprestasi, selain memberi keutamaan pembersihan di beberapa kementerian dengan menukar ketua setiausaha dan ketua pengarahnya.\n\n\nBagaimanapun, sumber itu berkata, melaksanakan perubahan di peringkat kementerian tidak memberi banyak perbezaan, jika pegawai tidak kompeten masih berada dalam perkhidmatan awam.\n\n\nDalam pada itu, ketika ditanya mengenai pandangannya berhubung prestasi Jemaah Menteri dalam kerajaan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, semua berada dalam keadaan yang memuaskan. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/27/sprm-tidak-temui-salah-laku-dalam-kontrak-rm399-juta-petronas/", "title": "SPRM tidak temui salah laku dalam kontrak RM399 juta \u2013 Petronas", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang salah laku syarikat itu dalam projek bernilai RM399 juta.\n\n\nPetronas berkata, siasatan itu melibatkan pemberian kontraknya kepada anak syarikat Malaysia sebuah syarikat huluan antarabangsa pada 2021.\n\n\n\u201cPetronas telah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan dan tidak menemui sebarang salah laku oleh Petronas, pekerja dan pengarahnya,\u201d kata syarikat itu dalam satu kenyataan.\n\n\nSemalam SPRM memaklumkan, ia sedang menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Petronas dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa dalam projek itu di Sarawak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPesakit \u2018LONG COVID\u2019 Dipantau, Dirawat\n\n\n\n\n\n\nPemimpin PN mesyuarat, bincang usul undi percaya PM\n\n\n\n\n\n\nGangguan bekalan air di 99 kawasan di Selangor pada Isnin\n\n\n\n\n\n\nAmirudin pegang 5 portfolio utama, Selangor umum senarai 11 EXCO\n\n\n\n\n\n\nEnam Penghantar Makanan Foodpanda Dilepas Tanpa Bebas\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun identiti syarikat sebuah lagi tidak dimaklumkan.\n\n\nSPRM berkata, ia telah menemui \u2019beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan prosedur kerja\u2019 dalam siasatannya dan mencadangkan penambahbaikan dalam prosedur operasi standard Petronas sebagai langkah pencegahan.\n\n\nPetronas berkata, ia akan terus menambah baik dan mengukuhkan prosedur operasi standardnya sebagai sebahagian daripada usaha mencegah dan memerangi segala bentuk rasuah dan salah laku. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/28/10000-rakyat-malaysia-dijangka-sertai-ibadah-korban-di-tanah-suci/", "title": "10,000 rakyat Malaysia dijangka sertai ibadah korban di Tanah Suci", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kira-kira 10,000 jemaah haji dan umat Islam di Malaysia dijangka melakukan ibadah korban di Tanah Suci Makkah, tahun ini.\n\n\nPengarah Operasi Kewangan Tabung Haji (TH) Shamsul Bahar Shamsudin berkata, jumlah itu dianggarkan meningkat berbanding tahun lalu iaitu 4,500 orang peserta korban berikutan kuota haji adalah separuh daripada jumlah semasa.\n\n\n\u201cSetakat ini kita sudah terima 6,500 permohonan ibadah korban yang mula dibuka pada pertengahan Mei lalu dan tarikh akhir penyertaan sehingga 6 Zulhijjah atau 24 Jun depan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, bayaran boleh dibuat melalui aplikasi Thijari atau mana-aman kaunter TH di Malaysia dengan harga RM900 bagi seekor qibas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKJ sah dilantik menjadi Ahli Lembaga JDT\n\n\n\n\n\n\nColdplay: Keuntungan tidak kekal lama, kerajaan hanya peroleh cebisan cukai\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Mahu Ismail Sabri Jadi Perdana Menteri Selepas PRU15\n\n\n\n\n\n\nNik Abdul tidak bertanding bukan disebabkan Mohd Amar\n\n\n\n\n\n\nTak perlu panik, Tuaran masih terkawal \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Shamsul, daging korban akan diagihkan di Tanah Suci serta 25 negara lain antaranya, Palestin, Jordan, Syria, Iraq dan negara Afrika serta Asia seperti Mali, Ghana, Senegal, Bangladesh dan Azerbaijan.\n\n\nKatanya, semua urusan korban akan diruruskan dengan Kerjasama Islamic Development Bank (IDB).\n\n\n\n\nDalam perkembangan lain katanya, sebanyak 11 petugas mengenai kemudahan berkaitan kewangan yang disediakan TH di Makkah dan Madinah bagi memastikan kelancaran operasi haji.\n\n\nJelasnya, TH juga menyediakan perkhidmatan untuk bayaran dam (denda) dan khidmat pengeluaran wang melibatkan kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).\n\n\n\u201cIni tahun kedua tiada kaunter kewangan yang mana jemaah sudah tahu bahawa pengeluaran wang boleh dilakukan melalui mesin pengeluaran automatik (ATM) dan bayaran tanpa tunai.\n\n\n\u201cKhidmat ini memang memudahkan jemaah tetapi pada masa sama kita harap mereka semua dapat mengatur perbelanjaan masing-masing supaya urusan di sini lebih lancar,\u201d tambahnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/28/arah-kiblat-boleh-ditentukan-jam-5-18-petang-ini/", "title": "Arah kiblat boleh ditentukan jam 5.18 petang ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Tepat jam 5.18 minit petang ini, rakyat Malaysia boleh menentukan arah kiblat secara tepat menerusi kaedah Istiwa Adzam (kaedah bayang matahari ketika matahari atas kaabah).\n\n\nJabatan Mufti Negeri Selangor dalam satu hantaran di Facebook menyatakan, umat Islam berpeluang menentukan sendiri arah kiblat menggunakan bayang matahari dibantu dengan peralatan yang mudah iaitu objek tegak seperti sebatang kayu.\n\n\nSelain itu katanya, orang ramai boleh melakukan pengukuran kiblat dengan tepat menggunakan apa sahaja objek yang tegak di kediaman masing-masing seperti tingkap dan pintu pada waktu tersebut.\n\n\n\u201cJadi apa yang boleh dilakukan kita adalah ambil\u00a0\nmarker pen\n\u00a0atau pembaris, dari arah bayang ke arah objek (yang tegak seperti pagar atau pintu). Itulah arah kiblat kita, Masanya adalah 5.18 petang,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Duta Madani Perpaduan\u2019 murid sekolah pupuk semangat perpaduan \u2013 Fadhlina\n\n\n\n\n\n\nOIC sambut baik laporan Amnesty International mengenai aparteid terhadap Palestin\n\n\n\n\n\n\nWan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara ke-19\n\n\n\n\n\n\nJumlah doktor masih tak cukup di hospital kerajaan\n\n\n\n\n\n\nDatuk ditahan bersama emas RM60 juta, wang RM38 juta dan 17 kereta mewah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut kenyataan itu lagi, sekiranya terlepas masa jam 5.18 petang, orang ramai masih lagi berpeluang menanda arah kiblat sendiri sekurang-kurangnya dalam tempoh 20 minit daripada masa itu kerana arahnya masih lagi sama.\n\n\nKaedah Istiwa\u2019 Azam adalah fenomena yang berlaku apabila matahari berada di atas titik Zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di Media tempat berkenaan.\n\n\nKetika Matahari Istiwa di atas Kaabah, bayang-bayang objek di mana-mana tempat di bumi yang menerima cahaya Matahari boleh menjadi panduan arah kiblat.\n\n\nFenomena ini berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei (5.18 petang) dan 16 Julai, jam 5.28 petang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/28/ibu-bapa-teruja-dapat-sertai-program-khatan-secara-percuma/", "title": "Ibu bapa teruja anak dapat sertai program khatan secara percuma", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\n\u00a0\nMenteri Besar Selangor Incorporated (MBI) menyasarkan lebih banyak bengkel dan program berkhatan dilaksanakan pada masa akan datang kerana program sedemikian memberikan pendedahan dan jaminan kepada pengkhatanan dan kanak-kanak dengan teknologi terkini yang digunakan.\n\n\nKetua Tanggungjawab Sosial dan Korporat MBI Selangor, Ahmad Azri Zainal Nor berkata, bengkel tersebut bukan sahaja menerima peserta dari Malaysia malah ada yang hadir dari Singapura.\n\n\n\u201cIni adalah kali pertama bengkel sebegini rupa dijalankan dan MBI Selangor selaku mewakili kerajan negeri dengan sambutan yang dijalankan sebagai\n program tahunan akan datang dan mungkin selepas ini lebih ramai lagi kanak-kanak terlibat dalam program ini.\n\n\n\u201cUntuk pameran, difahamkan lebih 10 pameran dan peserta terlibat dalam 80 orang bukan hanya dalam negara sahaja, dari Singapura juga hadir dalam sesi bengkel ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS Perak Pelawa Tajuddin Bertanding Tiket PN\n\n\n\n\n\n\nKabinet belum bincang laksana semua GST\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor bubar 23 Jun ini\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Dilantik Selepas Lalui Proses Tapisan Keselamatan\n\n\n\n\n\n\nPUTRA muktamadkan keputusan bertanding PRN pada 23 Julai ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelepas ini kita akan adakan majlis berkhatan yang disertai oleh sekitar 30-35 kanak-kanak yang menetap di kawasan sekitar Bangi,\u201d katanya ketika\n\u00a0ditemui selepas perasmian program\n \u2018Comprehensive Circumsion Workshop\u2019\u00a0 \ndan Program Berkhatan di sini, hari ini.\n\n\nTambahnya lagi, ia juga merupakan kali pertama penganjuran bengkel sedemikian malah kaedah berkhatan tersebut juga mempunyai pencapaian tersendiri.\n\n\nSementara itu, ibu bapa para peserta yang berkhatan pada hari ini juga turut menunjukkan rasa teruja kerana memberi peluang anak-anak mereka mengikuti program berkhatan secara percuma.\n\n\n\u201cSaya rasa teruja dan seronok juga. Biasalah pada cuti sekolah ini mesti rebut peluang dan ambil kesempatan ini untuk bagi anak bersunat,\u201d jelas Harlina Maria.\n\n\n\u201cSemasa dalam kumpulan perumahan, saya lihat ada salah seorang doktor yang berkongsikan pautan program. Pada mulanya saya dapati pendaftaran sudah penuh tetapi saya lihat semula ada peserta yang tarik diri jadi saya pun mulakan pendaftaran.\n\n\n\u201cAlhamdulillah ini rezeki anak saya, kita daftarlah, mula-mula dah penuh, tiba-tiba ada yang tarik diri, rezeki anak saya,\u201d kata Fadhli Adzha yang merupakan bapa kepada salah seorang peserta.\n\n\nTerdahulu, Program Berkhatan Anak-anak Yatim dan Asnaf dan juga program\n \u2018Comprehensive Circumsion Workshop\u2019\u00a0 \nturut dijayakan dengan penglibatan Kementerian Kewangan (MOF), Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), UniKLinik, Medicare Mosh Sdn Bhd serta agensi kesihatan lain dari hospital swasta.\n\n\nENDS/"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/28/kampung-digital-melaka-dilancarkan-perbaiki-sistem-penyampaian-perkhidmatan/", "title": "Kampung Digital Melaka dilancarkan, perbaiki sistem penyampaian perkhidmatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Projek Kampung Digital bakal dilancarkan di Melaka sebagai inisiatif menambah baik sistem pengurusan pentadbiran kampung dan penduduk yang sekian lama terikat dengan kaedah konvensional.\n\n\nMemetik Berita Harian, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof berkata, usaha itu bagi membantu system penyampaian perkhidmatan dan memudahkan pentadbiran kerajaan tanpa membabitkan sebarang kos kewangan.\n\n\n\u201cSaya memperkenalkan inisiatif Kampung Digital sebaik saya ambil alih pentadbiran negeri. \u00a0Sebagai anak kampung, saya lihat kaedah sistem penyampaian di Melaka ini masih berada pada taraf selepas merdeka,\u201d\u00a0katanya.\n\n\nTambahnya, kaedah konvensional mencetuskan banyak masalah seperti penghantaran dan penerimaan surat, terutama di kampung tradisional berikutan kediaman penduduk masih menggunakan alamat umum.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJay Chou sedia tangguh konsert, minta penyokong lapor pada pihak atasan\n\n\n\n\n\n\nPRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram pada 9 September, kempen 14 hari\n\n\n\n\n\n\nTuan Ibrahim mohon maaf dakwa Titah Diraja disediakan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nJangan buat spekulasi tarikh keputusan SPM\n\n\n\n\n\n\nUiTM tubuh Task Force kaji penggabungan tiga fakulti\n\n\n\n\n\n\n\n\nBuktinya, dalam kad pengenalan beliau sendiri alamatnya adalah Batu 21, Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sedangkan katanya, ada ramai lagi penduduk dalam kampung Batu 21 ke Batu 22 dan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada penghantar.\n\n\n\u201cJika dalam kampung itu, nama sama, mereka tak nak terima surat, lebih-lebih lagi surat saman. Katakan Hussin Bin Jaafar, dalam satu kampung ada tiga orang nama sama. Jadi, tak tahu siapa, rumahnya tak tahu di mana. Sebab itu, banyak surat ditinggal di kedai runcit atau masjid.\n\n\n\u201cDengan pelaksanaan projek Kampung Digital, semua rumah yang guna alamat umum akan mempunyai nombor sendiri yang tersusun,\u201d tambahnya.\n\n\nKetua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof\n\n\nMenurut Ab Rauf, kajian sudah dibuat dan diperincikan dengan semua rumah akan didigitalkan alamatnya dengan kaedah baharu sekali gus pentadbiran penduduk juga akan menjadi lebih baik.\n\n\nJelasnya, rumah di sebelah kanan arah utara akan diberikan nombor genap manakala rumah di sebelah kiri arah utara akan diberikan nombor ganjil.\n\n\nSehubungan itu beliau berharap, seluruh penduduk terbabit dapat mengemas kini alamat rumah dalam kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).\n\n\nKatanya, ini penting kerana akan melibatkan perubahan urusan penghantaran dan penerimaan dokumen termasuk bil utiliti, sistem perbankan, urusan geran tanah, urusan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), selain memudahkan penyedia perkhidmatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/28/pm-jamin-industri-kewartawanan-negara-bebas-tanpa-campur-tangan/", "title": "PM jamin industri kewartawanan negara bebas tanpa campur tangan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan industri kewartawanan negara bebas tanpa campur tangan asing termasuk mana-mana pihak dalam kerajaan.\n\n\nBeliau berkata segala kritikan terhadap pentadbiran Kerajaan Campuran termasuk membabitkan dirinya akan diterima.\n\n\n\u201cSaya dan rakan-rakan dalam pimpinan kerajaan sekarang membuat keputusan sangat jelas bahawa media di Malaysia harus bebas sepenuhnya.\u201d\n\n\n\u201cKita bersedia dengan hujah kalau benar ada kelemahan, kita bersedia memohon maaf dan melakukan perubahan. Sebab itu, rakan-rakan, wartawan yang beri sambutan luar biasa hari ini harus menerima kenyataan,\u201d katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Ipoh, hari ini.\n\n\nHari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023\n\n\nBagaimana pun beliau menegaskan, kritikan terhadap kerajaan tidak wajar menimbulkan rasa cemas atau takut dalam kalangan pimpinan.\n\n\nBeliau turut berharap isu membabitkan permusuhan kaum dan menyempitkan risalah agama yang boleh mencetuskan kerosakan serta kekecohan dalam masyarakat tidak dimainkan pengamal media.\n\n\nDalam pada itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil turut berkata, Malaysia bukan sahaja memerlukan media yang benar-benar bebas, tetapi juga berani untuk melaporkan sebarang berita tanpa rasa bimbang atau berat sebelah.\n\n\nFahmi juga menggesa media tradisional untuk berinovasi dan berubah, seperti menggunakan teknologi baharu dan menerima platform dalam talian selari dengan pertumbuhan pesat penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) termasuk dalam industri media."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/28/zahid-ingatkan-pas-jangan-berangan-sertai-kerajaan-ph-bn/", "title": "Zahid ingatkan PAS jangan berangan sertai Kerajaan PH-BN", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan PAS supaya tidak berangan untuk sertai Kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN).\n\n\n\u201cJangan nak perasan (kononnya) ada orang tawarkan sertai Kerajaan Perpaduan,\u201d katanya kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang.\n\n\nSemalam, Abdul Hadi mendakwa ada pihak dalam kerajaan menghubunginya untuk berjumpa bagi menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan.\n\n\nKatanya, tawaran itu muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak PAS.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAminuddin mahu Bantu Selesaikan Masalah Pendidikan Penduduk Setempat Temerloh\n\n\n\n\n\n\nDasar Perumahan Negara akan dikaji semula\n\n\n\n\n\n\nPAU 2022 hanya bahas usul ucapan dasar Presiden\n\n\n\n\n\n\nMuda pula bantah pengampunan pada Najib\n\n\n\n\n\n\nWakil rakyat ditegur merokok di bangunan Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, PAS lebih elok bersama dengan BERSATU dan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN).\n\n\n\u201cSaya rasa eloklah mereka (PAS) terus berkawan dengan BERSATU.\u201d\n\n\n\u201cJangan perasan ada sesiapa nak tawarkan pada dia (Hadi),\u201d katanya semasa Karnival Kerjaya MyFuturJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah di Dewan Serbaguna Datuk Haji Abdullah Ahmad di Bagan Datuk, hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/29/beban-kemuka-bukti-pn-terima-dana-judi-terletak-pada-pm/", "title": "Beban kemuka bukti PN terima dana judi terletak pada PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perdana Menteri, Datuk Serik Anwar Ibrahim perlu bertanggung jawab membuktikan dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana kempen pilihan raya daripada syarikat judi.\n\n\nKetua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan berkata, Anwar perlu\u00a0 mengemukakan bukti bukan berdasarkan tuduhan melulu itu.\n\n\n\u201cKes dana daripada \nsyarikat judi bukan saya mencabar, saya kata dari sudut perundangan, beban bukti terletak kepada pihak yang menuduh\n\n\n\u201cJadi sila kemukakan bukti jika sesuatu tuduhan dibuat,\u201d katanya ringkas di media sosial.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTerengganu akan jadi Kelantan kedua jika undi PAS \u2013 Ahmad Said\n\n\n\n\n\n\nDr Muhammad Faiz letak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU\n\n\n\n\n\n\nTuduhan Saifuddin berniat jahat, mainan politik isu MARRIS, REE\n\n\n\n\n\n\nAmirudin tawar lima tekad, 52 program untuk rakyat Selangor\n\n\n\n\n\n\nAngkat sumpah MB Negeri Sembilan berlangsung hari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, pihak media melaporkan bahawa Sanusi yang juga merupakan Menteri Besar Kedah mencabar Anwar untuk memberikan bukti PN menerima dana daripada syarikat judi.\n\n\nTambahnya, dakwaan yang mengatakan kononnya PN menerima dana daripada syarikat judi untuk membiayai kemen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu itu hanyalah bertujuan untuk menimbulkan persepsi yang buruk terhadap parti gabungan itu.\n\n\nSanusi turut berkata, dakwaan Anwar berhubung isu itu juga disifatkan sebagai mainan politik semata-mata.\n\n\n\u201cIa (isu dana judi) dari awal hanya isu politik untuk timbulkan persepsi. Persepsi ini ada yang betul, ada yang tak betul.\n\n\n\u201cPAS ini, duit ahli kita dok (ada) dalam poket, mai (datang) derma\u2026 mai derma. Kita haramkan judi di negeri ini, takkan tauke judi nak bagi derma kat kita. Nak buat aktiviti (judi) tak boleh, pergi tanya di negeri yang menghalalkan itu,\u201d katanya.\n\n\nMengulas lanjut, Sanusi turut menggesa Anwar menyerahkan bukti secepat mungkin.\n\n\n\u201cPerdana Menteri pun tak boleh siasat sendiri, hanya agensi (SPRM) boleh buka fail. Fail agensi bukan daripada dia.\n\n\n\u201cAsas kepada semua dakwaan itu, Sila kemukakan bukti. Sebab dia yang tuduh, jadi dia kena buktikan, beban bukti terletak pada yang tuduh. Sila buktikan,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Anwar dilaporkan berkata, beliau tidak akan mengeluarkan sekarang kenyataan jika tiada asas.\n\n\nBeliau turut meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membaca dengan baik kenyataannya berhubung dana judi yang didakwa melibatkan PN itu semasa kempen PRU15 sebelum mengambil sebarang bentuk tindakan undang-undang.\n\n\nMinggu lalu, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan bertulis memaklumkan siasatan SPRM mendapati tiada unsur penerimaan rasuah termasuk sumber dana oleh parti kerajaan ketika itu seperti yang didakwa.\n\n\nAzalina berkata, SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat berkenaan, bagaimanapun, agensi itu mendapati maklumat tersebut terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu itu.\n\n\nBegitupun, pada Jumaat, Azalina menegaskan siasatan dakwaan dana judi melibatkan PN tidak dihentikan atau digugurkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/29/bekalan-gula-berkurang-kpdn-digesa-ambil-tindakan/", "title": "Bekalan gula berkurang, KPDN digesa ambil tindakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu memastikan bekalan semua jenis gula mencukupi supaya tidak ada pihak yang akan mengambil kesempatan terhadap isu ini.\n\n\nMemetik Malaysia Gazzete, Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin berkata, pengguna mempunyai hak untuk membuat pilihan daripada pelbagai jenis gula, bukannya hanya terhad kepada gula putih bertapis sahaja. \n\u201cFOMCA turut risau jika pengenalan gula yang baharu ini akan membuka peluang untuk sesetengah pihak mengaut untung.\n\n\n\u201cGula putih bertapis jernih ini adalah untuk memberi banyak pilihan kepada pengguna tetapi macam mana nak ada pilihan jenis gula kalau gula yang pengguna biasa guna pun, ada sesetengah negeri yang kurang bekalannya,\u201d katanya. \nJelasnya, seluruh negeri tidak sepatutnya berhadapan dengan masalah bekalan gula putih yang berisiko membuka ruang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan.\n\n\nBaru-baru ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyuarakan kebimbangan mereka terhadap kekurangan bekalan gula putih yang sedang berlaku.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPegawai JKM diarah tunjuk sebab ambil anak daripada bapa\n\n\n\n\n\n\nMB Perak dakwa videonya mengenai Tanah Rizab Melayu dimanipulasi\n\n\n\n\n\n\nPihak luar terbabit lakukan perlombong haram nadir bumi \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\n19 MoU dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan\n\n\n\n\n\n\nAgong titah perhebat bendung aktiviti jenayah, sama-sama jaga kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, kerajaan melaporkan telah membenarkan dua syarikat pengeluar gula tempatan MSM Malaysia Holdings Bhd dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) untuk mengeluarkan gula putih bertapis jernih, berkuat kuasa hari ini.\n\n\nSementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kebenaran itu akan memberikan pilihan gula kepada pengguna, selain gula putih bertapis kasar dan halus sedia ada yang disifatkan sebagai \u2018gula rakyat\u2019."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/29/erdogan-menang-pilihan-raya-kekal-pertahan-jawatan/", "title": "Erdogan menang pilihan raya, kekal pertahan jawatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nKeputusan pusingan kedua Pilihan Raya Presiden Turkiye menyaksikan kemenangan tersebut sekali lagi berpihak kepada Presiden, Recep Tayyip Erdogan selepas menewaskan pencabarnya dari parti pembangkang sekular, Kemal Kilicdaroglu.\u00a0\n\n\nLembaga Pilihan Raya negara tersebut turut mengesahkan keputusan rasmi menunjukkan pemimpin berusia 69 tahun itu memperoleh sebanyak 52.14% sokongan sementara Kilicdaroglu, 74, menerima 48.09 % undi secara keseluruhannya.\u00a0\n\n\n\u201cKita telah menyelesaikan pusingan kedua Pilihan Raya Presiden dengan sokongan rakyat kita. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat kerana menunjukkan kehendak mereka untuk masa depan, yang baik untuk diri mereka sendiri dan anak-anak mereka dengan mengundi dalam pilihan raya,\n\n\n\u201cSaya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap rakyat yang memberikan tanggungjawab mentadbir negara untuk lima tahun akan datang dengan pilihan yang mereka buat,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKemalangan maut lawan arus, OKU mengaku tidak bersalah\n\n\n\n\n\n\nKekosongan kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram, SPR masih tunggu pemakluman\n\n\n\n\n\n\nShafie dakwa manifesto Mazwan tidak memahami denyut nadi penduduk setempat\n\n\n\n\n\n\nAnak muda akan memilih parti politik yang berteraskan Islam\n\n\n\n\n\n\nPaludan tidak berhenti provokasi, ancam bakar lagi tiga Al-Quran\n\n\n\n\n\n\n\n\nErdogan yang ditemani isterinya, Emine Erdogan berucap kepada para penyokong yang berkumpul di luar pekarangan kediamannya selepas disahkan memenangi Pilihan Raya Presiden Turkiye di daerah Kisikli, Istanbul.\u00a0\u00a0\n\n\nDalam pada itu, pilihan raya kali ini disifatkan paling signifikan buat Turkiye memandangkan keputusan pusingan pengundian pertama yang diadakan pada 14 Mei lalu menyaksikan tiada pihak mendapat 50 peratus undi mutlak.\u00a0\n\n\nKemenangan tipis Erdogan dalam pusingan pilihan raya bersejarah ini menunjukkan beliau kekal mempertahankan jawatan serta pemerintahannya selama dua dekad sehingga 2028 selain akan mengukuhkan lagi imejnya selepas mengubah dasar domestik, ekonomi, keselamatan dan dasar luar.\u00a0\u00a0\n\n\nSementara itu, beliau juga dilihat sebagai wira golongan miskin di pedalaman Turkiye kerana ketegasan dan ketaatan mematuhi ajaran Islam, pada masa sama memberi kebebasan beragama serta usaha memodenkan negara berkenaan.\n\n\nErdogan turut melakukan pembaharuan dan pembangunan di Turkiye antaranya, kolej penuntut lelaki dan wanita diasingkan, mengehadkan tempat dan pengiklanan penjualan arak, memperkasakan perbankan Islam serta lantang mengecam Israel khususnya berkaitan pembunuhan rakyat Palestin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/29/gerakan-sasar-30-kerusi-pada-prn/", "title": "GERAKAN sasar 30 kerusi pada PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Gerakan bercadang untuk bertanding sekurang-kurangnya 30 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan\u00a0 datang.\n\n\nPresiden GERAKAN, Dominic Lau Hoe Chai berkata, pemilihan kerusi parti itu pada PRN ini sudah selesai hampir 90 peratus.\n\n\n\u201cBagi GERAKAN, 30 kerusi dipilih untuk ditandingi di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut menambah, GERAKAN akan menghantar wakil yang akan bertanding di setiap negeri kecuali Terengganu dan Kelantan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNik Abdul tidak bertanding bukan disebabkan Mohd Amar\n\n\n\n\n\n\nPAS umum tukar MB, TMB Kelantan lepas pilihan raya\n\n\n\n\n\n\nAnwar serah kepada Peguam Negara ambil tindakan ke atas Sanusi\n\n\n\n\n\n\nSanusi saman Saifuddin isu REE, MARRIS\n\n\n\n\n\n\nTerengganu akan jadi Kelantan kedua jika undi PAS \u2013 Ahmad Said\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagi Kelantan dan Terengganu, masih dalam rundingan bersama pemimpin Pakatan Nasional (PN) pada ketika ini.\n\n\n\u201cKami (GERAKAN) tidak kisah sekiranya tidak bertanding di dua buah negeri tersebut kerana matlamat utama kami adalah untuk memastikan PN menang,\u201d katanya.\n\n\nDominic Lau juga berharap GERAKAN akan memperoleh kemenangan di Pulau Pinang kerana pendirian parti itu adalah untuk berfungsi sebagai medium suara rakyat di negeri tersebut.\n\n\nSewaktu menjadi sekutu Barisan Nasional (BN), GERAKAN menerajui Pulau Pinang sejak tahun 1969 hingga 2008.\n\n\nGERAKAN kehilangan Pulau Pinang selepas dimenangi DAP pada tahun 2008.\n\n\nParti itu juga meninggalkan BN pada tahun 2018 dan pada Februari 2021, Gerakan menyertai PN.\n\n\nKetika ini, GERAKAN tidak memegang sebarang kerusi Parlimen mahupun\u00a0 negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/29/kerja-kilang-e-hailing-pekerjaan-diminati-300000-pelajar-lepasan-spm/", "title": "Kerja kilang, E-hailing pekerjaan diminati 300,000 pelajar lepasan SPM", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin -Sebanyak 40 peratus daripada 500,000\u00a0\npelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atau memilih menyertai Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) setiap tahun.\n\n\nPerkara berkenaan didedahkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan sewaktu membangkitkan kepentingan pelajar menengah di negara ini yang didedahkan kepada ilmu keusahawanan di peringkat sekolah lagi.\n\n\nKatanya, rekod berkenaan menunjukkan saki baki mereka yang tidak melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi berkemungkinan besar menyertai sektor pekerjaan seperti sektor perkilangan dan perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan (E-Hailing) di negara ini.\n\n\n\u201cStatistik merekodkan hanya 40 peratus daripada 500,000 lepasan SPM melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam, institusi pengajian tinggi (IPT) atau TVET setiap tahun.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN GABUNG PH, DONG ZONG TERUS BERANI DESAK IKTIRAF UEC\n\n\n\n\n\n\nBomba Bersiap Siaga, Paras Air Sungai Lui Tidak Seperti Didakwa\n\n\n\n\n\n\n100 ditipu sindiket tawar penjualan baucer dalam talian \u2013 MHO\n\n\n\n\n\n\nSiti Bainun jalani prosiding bela diri tanpa diwakili peguam\n\n\n\n\n\n\nSanusi nafi kata pinda Perlembagaan, sebaliknya minta naikkan nilai pajakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni bermakna sekitar 300,000 daripada jumlah itu tidak melanjutkan pelajaran.\n\n\n\u201cBaki 300,000 itu mungkin bekerja dalam sektor kilang atau e-hailing dan terus menambah jumlah penduduk dalam kumpulan B40 di negara ini.\n\n\n\u201cKita tidak mahu ini berterusan, sekali gus ilmu keusahawanan perlu jadi subjek teras sekolah menengah untuk lahirkan usahawan berpendapatan tinggi,\u201d katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia (Belia 4B) kali ke-42 dan 43, di Kuala Langat semalam.\n\n\nPada\u00a0 masa yang sama, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM150,000 daripada Kementerian Kewangan untuk belia B40 menjalankan program berkaitan keusahawanan kepada kumpulan sasar pertubuhan di negara ini.\n\n\nTerdahulu pada Februari lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan dapatan kajiannya menunjukkan sebanyak 97.71 peratus pekerja gig dalam perkhidmatan E-Hailing di negara ini ialah golongan belia yang berusia 15 sehingga 30 tahun, manakala bakinya adalah dewasa 60 tahun ke atas.\n\n\nMaklumat pekerjaan dan pendapatan pula mendapati bahawa sebanyak 73.98 peratus pekerja perkhidmatan berkenaan menjadikan kerjaya itu sebagai sumber pendapatan utama, manakala sebanyak 70.35 peratus pula menjadikannya sebagai pekerjaan utama.\n\n\nKajian (DOSM) juga mengenal pasti sebanyak 1.46 peratus daripada jumlah pekerja perkhidmatan berkenaan adalah pelajar.\n\n\nDalam usaha untuk menangani isu berkenaan, Ahmad Maslan berkata, pendidikan keusahawanan wajar diperkenal dan dijadikan subjek teras di peringkat sekolah menengah dalam usaha mewujudkan \u2018bangsa usahawan\u2019 di dalam kalangan\u00a0 belia.\n\n\nBeliau membangkitkan perkara itu pada mesyuarat Majlis Pekerjaan Negara (MPN) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, baru-baru ini.\n\n\n\u201cSaya mencadangkan kurikulum sekolah menengah diubah dengan memasukkan subjek keusahawanan.\n\n\n\u201cIa wajar dijadikan subjek bersendiri sebagaimana subjek lain untuk kurikulum Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.\n\n\n\u201cIni kerana usahawan perlu mempunyai ilmu perniagaan lebih meluas dan kaedah pemasaran efektif bagi mencapai kejayaan.\n\n\n\u201cLebih ramai usahawan, lebih mudah sesebuah negara itu maju,\u201d katanya berharap Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan cadangan berkenaan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/29/rafizi-nafi-pkr-tawar-pas-serta-kerajaan/", "title": "Rafizi nafi PKR tawar PAS serta kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan dakwaan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa PKR ada menawarkan parti itu untuk menyertai Kerajaan Persekutuan.\n\n\nSebaliknya, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, pihaknya juga tidak tahu bagaimana dakwaan itu timbul sedangkan beliau terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas.\n\n\n\u201cSaya tak pernah dengar (dakwaan PAS ditawarkan masuk kerajaan) (sedangkan) saya adalah antara tiga individu dalam PKR yang banyak merundingkan pembentukan kerajaan selain (Presiden PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan (Setiausaha Agung PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.\n\n\n\u201cSaya tidak tahu ini cerita zaman bila tapi saya boleh bagi tahu, sepanjang saya terlibat dalam pembentukan kerajaan, saya tidak tahu langsung tentang perkara ini (tawaran), kecualilah ada sesiapa yang lain (yang buat tawaran),\u201d katanya kepada pemberita.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa bertanding atau tidak, diputus malam ini\n\n\n\n\n\n\nSPR terima watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nKu Li dilantik sebagai Penasihat UMNO\n\n\n\n\n\n\nDr Muhammad Faiz letak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU\n\n\n\n\n\n\nDebat ekonomi Rafizi, Syahir pada 9 Ogos\n\n\n\n\n\n\n\n\nRafizi yang juga\u00a0Menteri Ekonomi\u00a0berkata demikian selepas\u00a0menghadiri sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 2021-2025 di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, .\n\n\nBaru-baru ini, Abdul Hadi dipetik sebagai berkata pernah dihubungi beberapa kali oleh \u2018orang tertentu\u2019 yang didakwa menawarkan PAS menyertai kerajaan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/29/sanusi-tuntut-bukti-dakwaan-perdana-menteri-susulan-dana-parti/", "title": "Sanusi tuntut bukti dakwaan Perdana Menteri susulan dana parti", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perikatan Nasional (PN) menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti terhadap dakwaan bahawa gabungan itu menerima dana kempen pilihan raya daripada syarikat judi.\nKetua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sebagai pihak yang menuduh, beban bukti terletak kepada Anwar untuk mengesahkan dakwaannya itu.\nMenerusi hantaran di Facebook, Sanusi berkata beban bukti terletak kepada pihak yang menuduh jadi seharusnya pihak tersebut mengemukakan bukti pertuduhannya. \nTerdahulu, Anwar mempertahankan kenyataannya bahawa sebahagian dana PRU dimiliki PN yang juga parti Melayu dan Islam, diperoleh dari syarikat perjudian.\nAhli Parlimen Tambun itu menegaskan, beliau tidak akan membuat sebarang dakwaan tanpa asas dan tidak akan memohon maaf kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tuduhan gabungan itu mengambil wang daripada syarikat perjudian untuk membiayai kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\nTuntutan itu berikutan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh Anwar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/31/bursa-malaysia-rendah-kekal-bawah-1400/", "title": "Bursa Malaysia rendah, kekal bawah 1,400", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI,\u00a0 Rabu \u2013 Dagangan di Bursa Malaysia rendah pada sesi awal urus niaga pagi Rabu apabila pelabur terus menumpukan perhatian kepada undian siling hutang Amerika Syarikat (AS) manakala Wall Street tidak banyak menyediakan petunjuk selepas mempamerkan prestasi semalaman yang bercampur-campur.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.25 mata kepada 1,395.66 daripada 1,396.91 pada penutup semalam.\n\n\nNamun begitu, indeks barometer dibuka 1.79 mata lebih tinggi pada 1,395.12.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 183 berbalas 137, manakala 201 kaunter tidak berubah, 1,727 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJumlah dagangan RM292.03 juta bernilai RM125.18 juta.\n\n\nMenurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street ditutup bercampur-campur semalaman dengan Dow Jones susut 0.2 peratus selepas data keyakinan pengguna pada Mei 2023 merosot ke paras terendah enam bulan, manakala S&P 500 ditutup mendatar.\n\n\nDalam nota penyelidikannya hari ini, firma itu berkata pelabur mungkin memihak kepada sektor teknologi memandangkan Nasdaq melonjak melebihi paras 13,000, manakala kaunter tenaga boleh diperbaharui diunjur menjadi tumpuan berikutan langkah kerajaan untuk melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga.\n\n\nPada masa yang sama, ia percaya tekanan jualan dijangka dilihat dalam sektor membabitkan tenaga selepas harga minyak mentah susut kepada AS$73 setong.\n\n\nDalam pada itu, saham wajaran tinggi Maybank menokok empat sen kepada RM8.63, manakala Public Bank, CIMB dan Maxis meningkat dua sen, masing-masing mencatatkan harga RM3.86, RM4.91 dan RM4.29 dan Petronas Chemicals meningkat satu sen kepada RM6.76.\n\n\nTenaga Nasional susut 10 sen kepada RM9.52 dan CelcomDigi lebih rendah lapan sen kepada RM4.49.\n\n\nAntara saham aktif, Radium Development yang baharu disenaraikan di Pasaran Utama merosot 11.5 sen kepada 38.5 sen dan Aimflex turun 1.5 sen kepada 15.5 sen, manakala Revenue Group menokok setengah sen kepada 27 sen dan MyEG naik tiga sen pada 82 sen.\n\n\nDi papan indeks, Indeks FBM Emas turun 5.42 mata kepada 10,273.69, Indeks FBMT 100 lebih lemah 6.65 mata kepada 9,976.25 danIndeks FBM Emas Syariah menguncup 23.52 mata kepada 10,630.89\n\n\nIndeks FBM ACE pula merosot 42.40 mata kepada 4,924.69 manakala Indeks FBM 70 peroleh 0.50 mata kepada 13,551.39.\n\n\nMengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 50.77 mata kepada 15,320.07, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.33 mata menjadi 162.19, Indeks Perladangan kerugian 47.23 mata kepada 6,700.27 dan Indeks Tenaga turun 9.29 mata kepada 817.75. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/31/kkd-mcmc-diminta-pantau-hantaran-naratif-kaum-agama-oleh-ahli-politik/", "title": "KKD, MCMC diminta pantau hantaran naratif kaum, agama oleh ahli politik", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memantau sebarang hantaran bernaratifkan kaum dan agama dicetuskan ahli politik seperti didedahkan menerusi kajian Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).\n\n\nTimbalan Perdana Menteri berkata, kajian dilaksanakan, CIJ yang menyatakan bagaimana orang polit ik menggunakan isu agama dan perkauman sempit, harus diselesaikan.\n\n\n\u201cJadi dapatan kajian oleh CIJ ini memperlihatkan bahawa isu sempit agama, kaum sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik, malah fatwa yang pernah dikeluarkan oleh seorang pemimpin parti politik, mengkafirkan parti politik yang lain atau mengharamkan apa dilakukan oleh ahli sebuah parti, masih tidak ditarik balik.\n\n\n\u201cIni mewujudkan perpecahan dalam kalangan pengikut parti yang berbeza tetapi menjadi penganut agama yang sama. Saya harap KKD melalui MCMC harus memantau \u2018posting\u2019 dan tulisan yang menjurus ke arah itu,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan sesi libat urus Program TABIKA Pra Tahfiz KEMAS di Putrajaya, hari ini. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/31/kkm-nafi-pertimbang-ambil-jururawat-asing/", "title": "KKM nafi pertimbang ambil jururawat asing", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menafikan kementeriannya sedang mempertimbang untuk membawa masuk jururawat daripada luar negara bagi memenuhi keperluan di dalam Malaysia.\n\n\nSebaliknya, Zaliha berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang memperhalusi keperluan petugas kesihatan di setiap peringkat.\n\n\n\u201cSaya ingin menjelaskan bahawa kami di KKM sedang memperhalusi setiap keperluan petugas kesihatan dan bukannya mempertimbangkan untuk mengambil jururawat luar negara,\u201d ciapnya melalui laman\u00a0Twitter pada Rabu.\n\n\n\n\n1/2\nSaya ingin menjelaskan bahawa kami di \n@KKMPutrajaya\n sedang memperhalusi setiap keperluan petugas kesihatan dan bukannya mempertimbangkan untuk mengambil jururawat luar negara. \nhttps://t.co/zEhSGT0db9\n\n\n\u2014 Dr Zaliha Mustafa (@DrZalihaMustafa) \nMay 31, 2023\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJohor kesan Orang Asli dieksploitasi demi kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nNaratif dibawa Anwar didakwa gagal tarik sokongan Melayu\n\n\n\n\n\n\nPN dominasi Kedah, PH kekal di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nKPM sedia Program Lima Minit Antirokok/Vape kekang murid ketagih e-rokok\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Terus Menurun, Bawah 40,000 Orang\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, media melaporkan, KKM sedang mempertimbang keperluan mengambil jururawat dari luar negara bagi memenuhi keperluan hospital swasta yang mengalami masalah kekurangan jururawat.\n\n\nMengulas lanjut, Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang itu berkata, kerajaan sentiasa mengutamakan jururawat tempatan yang sudah meluangkan masa demi kesihatan rakyat.\n\n\n\u201cKerajaan sentiasa menghargai dan memberikan sokongan kepada jururawat tempatan yang berkorban masa serta tenaga demi menjaga kesihatan rakyat Malaysia,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/31/pas-ditawar-sertai-kerajaan-perpaduan-nga-sifatkan-cerita-dongeng/", "title": "PAS ditawar sertai Kerajaan Perpaduan, Nga sifatkan cerita dongeng", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kabinet setakat ini tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan mahu pun tawaran terhadap parti PAS untuk menyertai Kerajaan Perpaduan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming menyifatkan dakwaan PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung perkara berkenaan sebagai satu cerita dongeng dan rekaan daripada pemimpin tersebut.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya sahkan satu perkara, Kabinet tidak pernah bincang dan tidak ada seorang pun pemimpin senior yang menawar dan menjemput PAS untuk sertai Kerajaan Perpaduan.\n\n\n\u201cPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pun nafi dakwaan Abdul Hadi,\u201d katanya yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP pada pemberita selepas lawatan kerjanya di sekitar Pekan Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor pada Rabu.\n\n\nSementara itu, ketika mengulas dakwaan dan khabar angin berkaitan akan berlaku pertukaran pentadbiran kerajaan negeri Perak Julai depan, Nga yang juga Pengerusi DAP Perak memaklumkan perkara sedemikian tidak akan berlaku.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Vape, rokok elektronik akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Perlu Main Peranan Tahu Skop Kerja \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa antara 10 bekas pemimpin UMNO isi borang sertai PAS\n\n\n\n\n\n\nWajar tolak SIS, perjuangan bercanggah dengan ajaran Islam\n\n\n\n\n\n\nDatuk Dr. Zulkapli \u2013 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPilihan Raya Negeri (PRN) Perak lima tahun lagi iaitu pada 2027. Namun PRN Selangor, dua bulan lagi. Itu saya tahu dan itu memang sudah sah,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, Ketua Pembangkang Perak Razman Zakaria yang mendakwa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan ada datang berjumpanya ketika khabar angin wujud gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan di negeri itu. \u2014\u00a0BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/31/pihak-luar-terbabit-lakukan-perlombong-haram-nadir-bumi/", "title": "Pihak luar terbabit lakukan perlombong haram nadir bumi \u2013 Aminuddin", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0 Penglibatan pihak luar dipercayai terbabit dalam perlombongan haram nadir bumi di Negeri Sembilan.\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan itu berdasarkan pemerhatian terhadap kepakaran yang digunakan dalam aktiviti perlombongan haram tersebut iaitu di Seri Menanti, Kuala Pilah dan Titi di Jelebu.\n\n\n\n\n\n\nBeliau bagaimanapun berkata, siasatan masih diteruskan oleh pihak Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan dan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan bagi mengenal pasti pelaku sebenar aktiviti berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini.\n\n\n\u201cBukan rakyat tempatan sahaja terlibat juga warganegara asing, ia sedang disiasat. Mungkin orang luar kerana ada kepakaran tertentu (digunakan) itu mungkin dan kita jaga dengar dari maklumat diperoleh, mungkin tidak tepat, tetapi jika betul, ia harus diberikan perhatian serius.\n\n\n\u201cKita tidak pernah, kita tiada kepakaran tentang cari gali tersebut, itu memerlukan latihan dan kepakaran yang baik, perlukan ahli-ahli geologi bagi memastikan hasilnya,\u201d katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.\n\n\nMinggu lalu, kerajaan Negeri Sembilan mendedahkan satu aktiviti perlombongan haram nadir bumi ditemukan di Kampung Sikai, Seri Menanti di Kuala Pilah pada 16 Mei lalu melalui aduan yang diterima oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah.\n\n\nSusulan penemuan tersebut, siasatan bersepadu oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Sembilan dan Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia telah dijalankan.\n\n\nHasil siasatan mendapati wujud aktiviti perlombongan dengan menggunakan peralatan yang menjurus kepada perlombongan nadir bumi di atas dua lot tanah milik.\n\n\nKemudian, satu lagi aktiviti yang sama dikesan dan kali ini di sebidang tanah pertanian di Sungai Muntoh, Titi, Jelebu.\n\n\nAminuddin dalam pada itu berharap supaya siasatan dapat diteruskan supaya pelaku aktiviti tersebut dapat diambil tindakan undang-undang dengan kadar segera."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/31/prn-selangor-pembahagian-kerusi-ph-83-peratus-utama-parti-menang/", "title": "PRN Selangor: Pembahagian kerusi PH 83 peratus, utama parti menang", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Persetujuan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Selangor sudah mencapai 83 peratus selesai.\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata,setakat ini perbincangan berjalan lancar antara PH dan Barisan Nasional dan keutamaan kerusi diberi kepada parti yang menang pilihan raya itu sebelum ini.\n\n\n\u201cSetakat ini belum mendapat kelulusan daripada pimpinan tertinggi dan jika ada perubahan, saya rasa ia tidak besar.\n\n\nBeliau berkata pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Jualan Mega Ehsan Rahmah (JER) di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2, Taman Keramat di Kuala Lumpur, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJKDM siasat kes penyeludupan dadah ke Australia\n\n\n\n\n\n\nLima ADUN keluar UMNO sertai Gagasan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nAsyraf Wajdi tidak pertahan jawatan beri laluan muka baharu\n\n\n\n\n\n\nZeti nafi Najib rujuk derma kerabat Arab Saudi kepada BNM\n\n\n\n\n\n\nPetisyen Parlimen Segamat ditolak, Ramasamy kemuka rayuan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Amirudin berkata, berdasarkan perjanjian setakat ini, parti yang menang akan dikekalkan di kerusi berkenaan.\n\n\nSelain itu, beliau berkata, calon yang akan bertanding pada PRN akan datang akan mengetengahkan muka baharu dan calon lama."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/31/rayuan-sis-batalkan-fatwa-jais-didengar-ogos-depan/", "title": "Rayuan SIS batalkan fatwa JAIS didengar Ogos depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \n\u2013 \nMahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos depan untuk mendengar permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk mendapatkan kebenaran merayu dalam usaha membatalkan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor yang mengisytiharkannya sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam.\n\n\nTarikh itu disahkan oleh peguam SIS Forum A. Surendra Ananth dan peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), ketika dihubungi Bernama.\n\n\nPada 14 Mac lalu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1, menolak rayuan yang dikemukakan kumpulan hak wanita itu dan salah seorang pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar untuk membatalkan fatwa itu.\n\n\nMahkamah Rayuan memutuskan fatwa yang disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bukanlah keputusan muktamad dan dengan itu tidak boleh dicabar melalui permohonan semakan kehakiman.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSerahkan Semula Tugas Kepada Pdrm & Atm\n\n\n\n\n\n\nPas kekal jadi pembangkang konstruktif, tidak sertai Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nIsu politik Melaka tidak jejas persediaan UMNO bagi PRN\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid arah bina jambatan Bailey di Selancar\n\n\n\n\n\n\nAmirudin, isteri datang buang undi menaiki motosikal vespa\n\n\n\n\n\n\n\n\nSIS Forum dan Zainah merayu kepada Mahkamah Rayuan selepas mereka tidak berjaya dalam usaha mereka di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan fatwa itu.\n\n\nPermohonan semakan kehakiman mereka telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 27 Ogos 2019.\n\n\n\u00a0\nDalam kes sivil, pihak litigan perlu mendapatkan kebenaran sebelum boleh meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.\n\n\n\u201cFatwa itu, yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Julai 2014, telah mengisytiharkan bahawa SIS Forum, individu dan kumpulan yang mengamalkan fahaman liberalisme serta pluralisme sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. \u201d\n\n\nFatwa itu juga mengarahkan mana-mana penerbitan yang mengandungi pandangan liberal dan plural hendaklah diharamkan serta dirampas selain meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menapis laman sesawang sosial yang bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.\u00a0 \n\n\nDalam notis usul memohon kebenaran itu, kumpulan berkenaan telah mengemukakan 10 persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.\n\n\nAntara persoalannya adalah sama ada fatwa, yang pernah dikeluarkan dalam Warta di bawah Seksyen 48(6), Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, adalah satu bentuk undang-undang subsidiari dan/atau perundangan yang diwakilkan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/31/suspek-1mdb-kee-kok-thiam-mati-mengejut-akibat-strok/", "title": "Suspek 1MDB, Kee Kok Thiam mati mengejut akibat strok", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0\u00a0Polis mengklasifikasi kematian Kee Kok Thiam yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam pelarian, Jho Low sebagai mati mengejut (SDR).\n\n\nKetua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kematian ahli perniagaan, Kok Thiam, 56, yang juga rakan rapat Jho Low, disebabkan faktor kesihatan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKes ini polis siasat sebagai SDR (mati mengejut) dan tiada unsur jenayah,\u201d katanya ketika dihubungi, Berita Harian hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Firma Guaman Valen, Oh & Partners dalam kenyataan hari ini, memaklumkan, anak guam mereka meninggal dunia pada Isnin lalu di sebuah hospital akibat strok.\n\n\nMemetik Berita Harian, ahli perniagaan yang dibawa pulang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 3 Mei lalu itu terbabit dalam siasatan lanjut berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), disahkan meninggal dunia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN Terengganu Tanding Solo Semua Kerusi\n\n\n\n\n\n\nUMNO Runding Dengan Kerajaan Bila PRU15\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah Puji Usaha Koordinasi Sukarelawan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nUPIN IPIN meninggal?\n\n\n\n\n\n\nDr Radzi Hassan Ketua Pengarah Kesihatan baharu\n\n\n\n\n\n\n\n\nKee Kok Thiam, bekas pembantu kepada Jho Low meninggal dunia akibat strok.\n\n\nPeguamnya berkata, Kok Thiam yang juga sekutu rapat Jho Low,\u00a0 itu dilaporkan meninggal dunia di hospital kelmarin.\n\n\n\u201cKami menggesa semua pihak tidak melayan sebarang spekulasi berhubung peristiwa malang ini dan memberi ruang kepada keluarganya untuk bersedia atas pemergiannya,\u201d kata Valen, Oh & Partners dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMedia malam tadi melaporkan kematian Kee.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut sumber, walaupun suspek meninggal dunia, namun siasatan SPRM terhadap ahli perniagaan itu tetap berjalan.\n\n\n\n\n\u201cSPRM kini berjaya mengesan kembali kira-kira AS$5 juta (iaitu) aset dan wang tunai 1MDB di Singapura.\n\n\n\n\n\u201cSiasatan SPRM tetap berjalan bagi mendapatkan semula dana-dana 1MDB yang dikaitkan dengan mendiang,\u201d katanya ketika dihubungi hari ini.\n\n\nTerdahulu, tular satu pemberitahuan memaklumkan mengenai kematian mendiang ahli perniagaan, Kee Kok Thiam, 56.\n\n\nMendiang dijangka dikebumikan di tanah perkuburan cina Jinjang Selatan, jam 10 pagi ini.\n\n\nSebelum ini, media melaporkan, Kok Thiam dan Jho Low,\u00a0 dipercayai berada di Macau, selepas menghilangkan diri pada 2018.\n\n\nSumber berkata, hasil penggeledahan rumah lelaki berkenaan pada 3 Mei lalu juga, kira-kira RM30 juta termasuk aset dan akaun dikaitkan 1MDB diperoleh ahli perniagaan itu kemudian dibekukan.\n\n\nLelaki berkenaan yang juga seorang bekas pegawai 1MDB diserahkan notis perintah untuk hadir ke Ibu pejabat SPRM Putrajaya pada 10 pagi, 3 Mei lalu, selepas dia dibawa pulang SPRM ke Malaysia bagi siasatan lanjut berkaitan penyelewengan 1MDB dan SRC International."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/05/31/wan-saiful-fail-notis-afidavit-ketepi-tuduhan-rasuah/", "title": "Wan Saiful fail notis, afidavit ketepi tuduhan rasuah", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, memfailkan notis permohonan dan afidavit sokongan untuk mengetepikan dua pertuduhan rasuah dihadapinya atas alasan ia cacat.\n\n\nMenerusi notis sama, Wan Saiful juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya beliau dilepas tanpa dibebaskan atas pertuduhan atau perintah lanjut difikirkan wajar dan manfaat.\n\n\nPeguam bela Wan Saiful, Amer Hamzah Arshad, berkata pihaknya membangkitkan bantahan awal terhadap pertuduhan dihadapi anak guam menerusi notis berkenaan.\n\n\n\u201cNotis itu disokong dengan afidavit sokongan, yang mana kedua-duanya sudah diserahkan kepada pendakwaan.\n\n\n\u201cNotis difailkan mengikut Seksyen 173(g) Kanun Acara Jenayah,\u201d katanya ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, pada Rabu.\n\n\nNotis itu difailkan di Mahkamah Sesyen di sini, menerusi Tetuan Chetan Jethwani & Company, kelmarin.\n\n\nSusulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd \u2018Afif Ali, mengesahkan sudah menerima salinan notis itu menerusi e-mel pada hari sama ia difailkan.\n\n\n\u201cKami perlu menjawab afidavit itu. Kebiasaannya kami memerlukan 14 hari untuk menjawabnya. Paling awal tujuh hari dan paling lambat 10 hari boleh jawab afidavit, sebelum atau pada 9 Jun,\u201d katanya.\n\n\nHakim menetapkan 27 Jun depan untuk mendengar notis permohonan dikemukakan wakil rakyat berkenaan.\n\n\n\u201cPendakwaan perlu menjawab afidavit sokongan pada atau sebelum 9 Jun.\n\n\n\u201cEmpat hari selepas itu, pihak pembelaan boleh jawab kembali pendakwaan kalau ada,\u201d katanya.\n\n\nWan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232 juta.\n\n\nWan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd.\n\n\nIa sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek itu.\n\n\nBeliau didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini, pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini antara 8 Julai 2022 hingga 30 September 2022. \u2013 BERITA HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/01/bekas-pelajar-ipt-bunuh-bakar-kekasih-berdepan-hukuman-mati/", "title": "Bekas pelajar IPT bunuh, bakar kekasih berdepan hukuman mati", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Bekas penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berdepan hukuman mati kerana didakwa membunuh dan membakar kekasihnya di Jalan Sungai Limau di Sungai Besar, Selangor pada 22 Mei lalu.\n\n\nTertuduh, Muhammad Fakhrul Aiman Sajali, 20, hanya mengangguk faham setelah pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.\n\n\nBagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas jurubahasa membacakan hukuman yang bakal dihadapinya jika sabit kesalahan.\n\n\nMengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Benteng Laut, Jalan Sungai Limau pada 22 Mei 2023 kira-kira jam 8.30 malam hingga 23 Mei 2023 jam 8 pagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMohon Kerajaan Jangan Tangguh, SOP Umrah Diperketat \u2013 PAPUH\n\n\n\n\n\n\nSabitan Najib Bersalah Kes SRC Kekal, Aibkan Negara\n\n\n\n\n\n\nMuafakat Didukung, Tidak Halang Saingan Secara Demokratik \u2013 Annuar\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat video tular lagu Negaraku kibar Jalur Gemilang, bendera Israel\n\n\n\n\n\n\nKenapa hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK \u2013 DAP\n\n\n\n\n\n\n\n\nKes disiasat di bawah Sesyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.\n\n\nTertuduh yang memakai baju T berwarna kuning kelihatan tenang ketika beredar dari Mahkamah Majistret Sungai Besar.\n\n\nTerdahulu tertuduh yang dibawa dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam dengan diiringi anggota polis tiba di Mahkamah Majistret Sungai Besar, kira-kira jam 8.55 pagi.\n\n\nKes itu dikendalikan Pengarah Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Muhammad Afiq Qiwamuddin manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Anuar Kashim dan Muhammad Nor Tamrin.\n\n\nTerdahulu peguam memohon agar pertuduhan yang dihadapi anak guamnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Malaya secepat mungkin.\n\n\nMuhammad Nor berkata, ini kerana pihak pendakwaan kekurangan dokumen berkaitan untuk meneruskan perbicaraan kes bunuh itu.\n\n\nMajistret kemudiannya menetapkan 3 Ogos ini sebagai tarikh sebutan kes.\n\n\nSemalam, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias mengesahkan tertuduh akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar, hari ini.\n\n\nTertuduh dipercayai melakukan jenayah itu secara bersendirian.\n\n\nMangsa yang bekerja sebagai pelayan sebuah restoran adalah pasangan kekasih dan telah menjalin hubungan selama setahun. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/01/dewan-ikim-runtuh-6-cedera/", "title": "Dewan IKIM runtuh, 6 cedera", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 Enam wanita cedera ringan selepas bumbung dewan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Jalan Duta di ibu negara,\u00a0 runtuh pada Rabu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.56 pagi.\n\n\n\u201cSeramai 15 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan BBP Jalan Hang Tuah dihantar ke lokasi kejadian.\n\n\nBumbung dewan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jalan Duta, Kuala Lumpur, runtuh, hari ini. \u2013 Foto Ihsan Bomba\n\n\n\u201cSebaik tiba, anggota mendapati berlaku runtuhan membabitkan keseluruhan bumbung dewan berkenaan,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.\n\n\nKatanya, enam mangsa wanita tempatan berusia antara 30 hingga 50 tahun dilaporkan cedera ringan dalam kejadian itu.\n\n\nBeliau berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans untuk pemeriksaan lanjut.\n\n\n\u201cDifahamkan, semua mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, operasi tamat sepenuhnya jam 12.51 tengah hari tadi dan punca runtuhan masih dalam siasatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/01/jasa-bakti-tudm-sentiasa-disanjung-agong/", "title": "Jasa, bakti TUDM sentiasa disanjung \u2013 Agong", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-65 kepada seluruh warga dan veteran TUDM serta semua yang pernah berkhidmat bersama TUDM.\n\n\nSeri Paduka turut menzahirkan penghargaan dan sanjungan terhadap jasa, khidmat dan bakti TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan ruang angkasa negara.\n\n\n\u201cSemoga TUDM terus mengorak langkah sebagai satu ketumbukan udara yang moden dalam mempertahankan kedaulatan ruang angkasa negara serta menjadi sebuah angkatan udara disegani dan dihormati di persada antarabangsa,\u201d titah Seri Paduka dalam satu hantaran melalui Facebook Istana Negara.\n\n\nPasukan udara dalam Angkatan Tentera Malaysia ditubuhkan pada 2 Jun 1958 dan dikenali sebagai Tentera Udara Diraja Persekutuan (TUDP) ketika itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPm Arahkan Sidang Media Harian Ops Banjir Oleh Agensi\n\n\n\n\n\n\nPeguam Negara gugurkan 16 kes berprofil tinggi sejak 2018\n\n\n\n\n\n\nIPG tidak dapat kerana sudah terima elaun bulanan RM450\n\n\n\n\n\n\nOPR naik : Bank Negara tidak kejam \u2013 Gabenor\n\n\n\n\n\n\nBNM kekalkan OPR 2.75 peratus\n\n\n\n\n\n\n\n\nTahun ini, ulang tahunnya disambut dengan tema \u2018Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara\u2019. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/01/pn-kekalkan-formula-pru15-hadapi-prn-enam-negeri/", "title": "PN kekalkan formula PRU15 hadapi PRN enam negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Proses pembahagian kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) di enam negeri untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan mengguna pakai formula sepertimana pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nNaib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, calon PAS akan dikekalkan di kawasan yang dimenangi parti itu manakala calon BERSATU akan dipertaruhkan di kawasan yang dimenangi UMNO.\n\n\n\u201cItulah asas perbincangan kita sepertimana PRU sebelum ini. Mana-mana kerusi yang dimenangi UMNO kita bagi kepada Bersatu bertanding manakala yang di kawasan PAS menang kita kekalkan calon PAS bertanding,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sayyidina Khadijah di Dewan Besar Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di Kota Bharu, Kelantan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMindef teruskan rancangan peroleh 18 pesawat tempur ringan\n\n\n\n\n\n\nSanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok\n\n\n\n\n\n\nHotel Pertama Bertaraf Lima Bintang Adakan Solat Jumaat\n\n\n\n\n\n\nPemuda UMNO saran kerajaan naikkan peruntukan institusi pendidikan agama\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk pencerobohan terbaharu Masjid Al-Aqsa\n\n\n\n\n\n\n\n\nNamun, Mohd Amar berkata, beberapa pengubahsuaian peringkat akhir mungkin dilakukan bagi kawasan-kawasan di peringkat negeri Kelantan.\n\n\nDalam perkembangan sama, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, semua senarai akhir calon yang akan bertanding pada PRN negeri itu sudah diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan, untuk dimuktamadkan.\n\n\n\u201cKita ada tiga calon bagi setiap kerusi. Jadi terpulang kepada Menteri Besar untuk memilih calon mana yang terbaik daripada senarai tersebut.\n\n\n\u201cKita juga akan meneruskan amalan biasa dengan mengetengahkan 30 peratus muka baharu yang diyakini boleh mewakili parti. Muka baharu tu tidak semestinya orang muda tetapi orang yang sebelum ini tidak pernah bertanding,\u201d katanya.\n\n\nMengulas berhubung permohonan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Anuar Musa menyertai PAS, Mohd Amar berkata, permohonan tersebut akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuaratnya bulan hadapan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/01/polis-tahan-pelajar-tingkatan-satu-pandu-kereta/", "title": "Polis tahan pelajar Tingkatan Satu pandu kereta", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun selepas videonya memandu sebuah kereta di Jalan Rozhan, Machang Bubok, di Seberang Perai, Pulau Pinang semalam tular menerusi media sosial.\n\n\nKetua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tan Cheng San berkata, remaja itu ditahan di rumahnya di Taman Machang Bubok kira-kira 8 malam tadi susulan tular video berdurasi 32 saat tersebut.\n\n\n\u201cPolis telah mengesan\u00a0sebuah video memaparkan seorang remaja lelaki memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback\u00a0bersama beberapa rakannya pada 3 petang semalam. Susulan itu, polis menjalankan risikan dan berjaya menahan pelajar Tingkatan Satu berkenaan.\n\n\n\u201cPolis turut menahan ibu remaja itu yang berusia lewat 40-an dan menyita kereta tersebut bagi siasatan lanjut. Polis juga sedang mengesan beberapa lagi rakan remaja berkenaan untuk siasatan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP patut tinggalkan PH selepas PRU14 \u2013 Shahrir Samad\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah fokus aspek pendidikan, sasar RM600,000 agihan Ramadan\n\n\n\n\n\n\nKerana Musang King \u2013 jangan aniaya Orang Asli, bincang sebelum halau\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat dakwaan Menteri Pelancongan berlaku rasuah di KLIA\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO dijangka beri sokongan kepada Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Tan, wanita dan anak lelakinya itu dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan.\n\n\nBeliau berkata remaja lelaki itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu tanpa lesen dan Seksyen 39 (1) akta sama kerana memandu kenderaan motor di bawah umur.\n\n\nKatanya pemilik kereta iaitu ibu remaja berkenaan turut disaman mengikut Seksyen 39 (5) APJ 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu atau menunggang kenderaan bermotor.\u00a0 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/01/tun-m-sedia-kembali-bersama-muhyiddin/", "title": "Tun M sedia kembali bersama Muhyiddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui, beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.\n\n\nKenyataan terbaharu beliau itu sekali gus membayangkan kedua-dua bekas Perdana Menteri berkenaan berkemungkinan boleh kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun.\n\n\nLapor MalaysiaNow, Tun Mahathir berkata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan antara matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.\n\n\nTambah Tun Mahathir, masyarakat Melayu yang berpecah mengikut politik kepartian mengakibatkan parti politik Melayu sukar untuk memperbetulkan sebarang keadaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham Tan Sri Ali Hashim Tokoh Jihad Bisnes Yang Disegani\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa kembalikan nikotin dalam Akta Racun 1952\n\n\n\n\n\n\nDAP sambung usaha hapus ketuanan Melayu\n\n\n\n\n\n\nKerajaan akan tambah baik undang-undang kesalahan menghendap\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023, isu Batu Puteh jadi tumpuan Mesyuarat ke-15 Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita hendak adakan kerjasama tetapi matlamat mesti ditentukan. Kita (Melayu) berpecah jadi banyak parti, kita hilang kuasa.\n\n\n\u201cBila hilang kuasa, kita tidak boleh betulkan keadaan yang merugikan orang Melayu. Sebab itu kita perlu bersatu,\u201d katanya dalam wawancara eksklusif bersama MalaysiaNow di Putrajaya pada Rabu.\n\n\nBERSATU pimpinan Muhyiddin ditubuhkan pada tahun 2016 selepas beliau dan beberapa pemimpin UMNO dipecat daripada parti itu selepas secara terbuka mengkritik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).\n\n\nPenubuhan BERSATU dilakukan bersama Tun Mahathir yang dilantik sebagai Pengerusi sebelum parti itu menyertai gabungan politik Pakatan Harapan (PH) yang akhirnya berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.\n\n\nDua tahun kemudian, Tun Mahathir bagaimanapun dipecat daripada BERSATU selepas berlaku perubahan kerajaan menerusi \u2018Langkah Sheraton\u2019 yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan kerajaan PN yang dipimpin oleh Muhyiddin. \u2013 AWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/02/anwar-kembali-ke-pau-selepas-25-tahun/", "title": "Anwar kembali ke PAU selepas 25 tahun", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal \u2018menjejakkan kaki\u2019 ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 pada 9 Jun ini selepas dipecat daripada UMNO kira-kira 25 tahun lalu. \nKali terakhir beliau berucap pada PAU adalah pada tahun 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO.\nSetiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selain Perdana Menteri, PAU kali ini juga menyaksikan keunikan apabila 19 presiden parti yang bergabung di bawah kerajaan turut dijemput untuk hadir.\n\u201cTahun ini, sedikit kelainan dan bertuah kerana PAU akan turut dihadiri Perdana Menteri bersama 19 presiden parti yang bergabung di bawah kerajaan.\n\u201cIni adalah saat bersejarah buat PAU yang akan disertai dengan pelbagai parti yang membentuk kerajaan,\u201d katanya pada sidang media. \nAsyraf Wajdi memaklumkan, Perdana Menteri tidak akan menyampaikan ucapan sebaliknya hanya menjadi tetamu kehormat kerana agenda utama adalah ucapan dasar daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid.\nBeliau memberitahu, PAU 2023 yang akan berlangsung selama empat hari bermula 7 Jun itu akan dihadiri 6,341 perwakilan UMNO dari seluruh negara.\nMenurutnya, ia membabitkan 2,888 perwakilan yang akan menghadiri PAU pada Jumaat dan Sabtu, selain 1,159 perwakilan Wanita, 1,160 perwakilan Pemuda dan 1,134 perwakilan Puteri pada Perhimpunan Agung ketiga-ketiga sayap yang akan diadakan serentak pada Khamis.\nBeliau memberitahu, antara perkara yang akan disentuh pada perbahasan PAU kali ini adalah mengenai persiapan parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan isu berkaitan kerjasama di bawah kerajaan Perpaduan.\n\u201cSetiap negeri akan ada wakil untuk berbahas. Pada kali ini, kerana kita menjadi sebahagian daripada kerajaan Perpaduan, sudah tentu dijangkakan banyak usul daripada negeri untuk membicarakan soal ekonomi rakyat dan kedudukan serta kepentingan agama,\u201d jelasnya.\nDalam pada itu, Asyraf berkata, PAU kali ini juga bakal menyaksikan beberapa pindaan kepada Perlembagaan parti.\n\u201cPAU kali ini juga akan menyaksikan beberapa pindaan dibuat kepada perlembagaan parti, membabitkan peraturan mesyuarat dan mempermudahkan keahlian,\u201d katanya lagi.\nTambahnya, setakat ini sebanyak 56 agensi media termasuk 50 media tempatan yang membabitkan 458 petugas media berdaftar bagi membuat liputan PAU 2023. \u2013 AWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/02/eddin-syazlee-digugurkan-sebagai-pengerusi-pn-negeri-sembilan/", "title": "Eddin Syazlee digugurkan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Shith digugurkan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berkuat kuasa serta merta.\n\n\nKedudukan beliau itu digantikan oleh Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.\n\n\nTimbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Rafiei Mustapha mengesahkan perkara tersebut.\n\n\n\u201cYa benar mengenai itu, cuma ia belum diumumkan sahaja (secara rasmi), saya juga telah dimaklumkan sendiri oleh Datuk Eddin menerusi WhatsApp malam kelmarin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M dakwa ada pihak sedang bersihkan imej Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan aerotrain KLIA digantung sementara bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nJaga sensitiviti kaum, agama, institusi diraja pada PRN Selangor\n\n\n\n\n\n\nDitembak lebih 20 das, penolong ketua kampung maut\n\n\n\n\n\n\nBERSIH Mohon Sembah Tidak Bersetuju Dengan Sultan Johor.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang saya terima ini, beliau hanya digugurkan selaku Pengerusi PN Negeri Sembilan tetapi saya tidak pasti sama ada beliau masih lagi Pengerusi (Ketua Badan Pimpinan) BERSATU Negeri Sembilan atau tidak, saya tidak dapat maklumat,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, ditanya punca pengguguran tersebut, Rafiei memaklumkan ia di luar pengetahuan beliau.\n\n\n\u201cKenapa digugurkan ia di luar pengetahuan saya bagaimanapun saya yakin dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak, PN sentiasa memikirkan bagaimana cara untuk menghadapi PRN ini dengan langkah yang betul.\n\n\n\u201cSegala persiapan atau persediaan perlu dibuat mengikut apa yang dirancang, saya tidak pasti sebab utama tetapi saya rasakan kemungkinan besar ada kaitan dengan persiapan untuk menghadapi PRN,\u201d katanya lagi.\n\n\nDalam pada itu, beliau mengakui desas-desus akan berlakunya pengguguran Eddin Syazlee sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan telah didengari lebih awal.\n\n\n\u201cBagi pihak PAS dalam konteks PN ini kami sebagai parti komponen tetapi hal dalaman dengan parti BERSATU atau parti-parti lain kami pihak PAS hanya mengikutinya sahaja dan juga ambil maklum\n\n\n\u201cTetapi kami tidak akan campur tangan jauh walaupun dengar juga tentang desas-desus kemungkinan itu,\u201d katanya lagi. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/02/hadi-tergamak-guna-dalil-agama-salah-demi-kepentingan-pas/", "title": "Hadi tergamak guna dalil agama salah demi kepentingan PAS", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 AMANAH menyifatkan penulisan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu gambaran yang menyifatkan pemikiran beliau sebagai kerdil.\n\n\nNaib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pemimpin PAS itu sanggup menggunakan hadis yang palsu semata-mata mahu menuduh Pakatan Harapan (PH) dan sebahagian pemimpin Melayu yang lain.\n\n\n\u201cMinda Presiden tulisan Hadi sering mempergunakan dalil agama dengan konteks yang salah untuk kepentingan PAS. Kali ini Hadi cuba menyatakan PH dan pemimpin Melayu (selain dirinya) berbohong.\n\n\n\u201cTuduhan seperti ini cukup berat. Apatah lagi berdalilkan hadis yang tidak kena pada konteks dan tempatnya,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPeluang Khairy jadi MB lebih terbuka di Kelantan \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nLupus Kenderaan Lebih 10 Tahun Belum Sesuai Dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\nTiada diskriminasi dalam penganjuran bengkel SPM\n\n\n\n\n\n\nWanita warga Thailand antara tujuh individu khayal ditahan Kastam\n\n\n\n\n\n\nKKM tidak kompromi jika pegawai langgar garis panduan WHO FCTC\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut menegaskan, pembentukan kerajaan itu bukanlah berasaskan pembohongan seperti dakwaan Hadi namun, sebaliknya demi kepentingan yang lebih besar iaitu rakyat.\n\n\n\u201cKerajaan hari ini adalah cerminan hasrat rakyat yang mendambakan kestabilan politik setelah tidak ada mana-mana pihak memiliki majoriti mudah membentuk kerajaan.\n\n\n\u201cMendatangkan hadis tentang sifat keji berbohong yang dilarang oleh syariat bagi mewajarkan tuduhan kepada Kerajaan Persekutuan jelas sekali satu tindakan yang melambangkan kelemahan berfikir dan singkat pandangannya.\n\n\n\u201cApakah Hadi cuba menafikan maslahah besar jauh lebih penting dari agenda sempit beliau? Bukankah dalam memahami prinsip syariat kita kena memahami prinsip maslahah sebagai salah satu sumber kita?\n\n\n\u201cBegitulah kerdilnya cara berfikir Presiden PAS dalam tulisannya sehingga beliau gagal melihat dunia yang lebih besar daripada dirinya dan kelompoknya.\n\n\n\u201cLebih malang beliau tergamak mendatangkan sabda junjungan mulia Nabi Muhammad SAW untuk mewajarkan tuduhannya yang tidak berasas itu,\u201d katanya lagi.\n\n\nMengulas lanjut, Mujahid menambah, maslahah merupakan sumber-sumber penetapan sikap syariat Islam bagi memelihara tujuan umum antaranya memelihara keamanan, kebajikan rakyat dan melantik kepimpinan negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/02/keturunan-sulu-dipergunakan-golongan-tertentu-tuntut-wang-malaysia/", "title": "Keturunan Sulu dipergunakan golongan tertentu tuntut wang Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan melihat keturunan Sulu berkemungkinan hanya dipergunakan oleh segolongan tertentu dari negara Barat bagi menuntut wang dari Malaysia.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ada pihak didakwa menyuruh membayar tuntutan yang tidak masuk akal itu melalui perolehan daripada syarikat-syarikat di negara ini yang didakwa hak mereka.\n\n\nKatanya, disebabkan itu kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar tuntutan itu dilawan secara berhabis habisan bagi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.\n\n\n\u201cSaya melihat keturunan Sulu dipergunakan oleh segolongan tertentu di negara Barat hanya untuk proses menuntut Malaysia bayar duit. Saya dengar ada orang cakap suruh syarikat-syarikat Malaysia yang banyak duit bayar sebab ini hak mereka, bagi saya tidak masuk akal.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n2 pegawai polis bantu MCMC tangani isu sensitiviti 3R\n\n\n\n\n\n\nGuan Eng desak Muhyiddin mohon maaf, disaman jika enggan\n\n\n\n\n\n\nSUMBANGAN BAS SEJAJAR NILAI JATI DIRI \u2018BERILMU UNTUK BERJASA\u2019\n\n\n\n\n\n\nRakyat Palestin memperingati kematian Shireen Abu Akleh\n\n\n\n\n\n\nGuna ikon hanya mainan politik, hapuskan sekolah vernakular \u2013 Zamani\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cOleh sebab itu, kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri dan mesyuarat Kabinet beri arahan kita akan lawan berhabis-habisan sebab kita sebuah negara yang bebas merdeka ada maruah dan kedaulatan.\n\n\n\u201cKita akan berhabis-habisan lawan tuntutan mereka. Kali ini saya beritahu peguam kita di sana kalau mereka kalah di mana-mana negara, kita tuntut kos supaya dia bayar balik ganti rugi kos kita.\n\n\n\u201dSaya betul-betul pantang, jangan dia pandang kecil pada negara Asia terutama negara Melayu Islam, jangan dipandang kecil,\u201d katanya. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/02/pdrm-sahkan-rakam-kenyataan-dr-mahathir-berkaitan-proklamasi-melayu/", "title": "PDRM sahkan rakam kenyataan Dr Mahathir berkaitan Proklamasi Melayu", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Bukit Aman mengesahkan telah merakam percakapan Tun Dr Mahathir Mohamed berhubung kenyataan beliau yang berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan Proklamasi Orang Melayu.\n\n\nSetiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, rakaman itu dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.\n\n\nRakaman percakapan itu dilakukan di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi.\n\n\n\u201cKes masih di peringkat siasatan,\u201d katanya dalam satu kenyataan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZuraida Masih Mahu Menjadi Menteri\n\n\n\n\n\n\nPesara rugi RM128,037 diperdaya \u2018pegawai\u2019 mahkamah\n\n\n\n\n\n\nDatuk Dr. Zulkapli \u2013 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu\n\n\n\n\n\n\nKDN buka 25 jam sehari, SPRM bebas siasat\n\n\n\n\n\n\nChe\u2019gu Bard lapor polis terhadap PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan bekas Perdana Menteri itu disoal siasat oleh polis berhubung kempen Proklamasi Orang Melayu. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/02/pm-presiden-parti-gabungan-kerajaan-dijemput-ke-pau-2023/", "title": "PM, Presiden parti gabungan kerajaan dijemput ke PAU 2023", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan\u00a0kesemua Presiden parti politik gabungan Kerajaan Persekutuan dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO yang dijadual berlangsung pada 7 hingga 10\u00a0Jun ini.\n\n\nSetiausaha Agung UMNO,\u00a0Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan ia sebagai sejarah buat parti berkata, Anwar dijadual\u00a0akan menghadiri perhimpunan berkenaan namun tidak akan memberikan ucapan.\n\n\n\u201cDatuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berucap\u2026 beliau menjadi tetamu kehormat kami. Agenda hanya ucapan dasar Presiden,\u201d katanya pada sidang media mengenai Perhimpunan Agung UMNO di Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nKerajaan Persekutuan dibentuk oleh gabungan\u00a019 parti politik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKepimpinan Felda, Peneroka Fokus Tangani Isu Dadah\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa hanya pilih parti \u2018berhaluan baik\u2019\n\n\n\n\n\n\nAkta FINAS dipinda elak ambil kesempatan kepentingan peribadi\n\n\n\n\n\n\nJawatan Pengerusi MKN : Noh Omar \u201cSekolahkan\u201d MB Selangor\n\n\n\n\n\n\nPengundian Awal PRN Sarawak Bermula\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain Presiden parti, jemputan juga dibuat kepada semua pemimpin sayap parti yang mendukung Kerajaan Persekutuan.\n\n\nMengulas tentang agenda yang akan dibincangkan\u00a0perwakilan pada perhimpunan itu, Asyraf Wajdi\u00a0berkata, ia termasuk soal ekonomi rakyat, kestabilan politik dan kerajaan, Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, agama Islam,\u00a0Melayu dan Bumiputera.\n\n\nKatanya,\u00a0satu perhimpunan khas juga akan diadakan bagi\u00a0meminda beberapa fasal dalam Perlembagaan UMNO untuk memudahkan pendaftaran ahli baharu terutamanya secara dalam talian.\n\n\n\u201cIni dihasratkan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mempermudahkan soal keahlian parti terutamanya keahlian dalam talian.\n\n\n\u201dKami\u00a0menerima maklum balas bahawa ramai mahu sertai UMNO tetapi terdapat kekangan perlembagaan contohnya setiap pendaftaran perlu mendapat kelulusan ketua cawangan, jadi kami\u00a0nak permudahkan supaya UMNO lagi dekat dekat dengan generasi anak muda,\u201d katanya.\n\n\nPengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu berkata, seramai\u00a06,341 perwakilan akan menghadiri perhimpunan itu, sekali gus menjadikan ia jumlah teramai susulan keputusan perhimpunan agung khas pada Januari lepas yang meluluskan pindaan perlembagaan membabitkan kehadiran ketua penerangan bahagian dan sayap sebagai perwakilan automatik pada Perhimpunan Agung UMNO.\n\n\nMenjawab mengenai ramalan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin baru-baru ini bahawa UMNO berkemungkinan kehilangan separuh sokongan pengundi Melayu pada enam PRN, Asyraf Wajdi berkata, ia hanyalah ramalan semata-mata.\n\n\nBeliau menegaskan, UMNO tidak pernah terpesong daripada agenda dan perjuangannya untuk membela kedudukan Islam, Melayu dan bumiputera serta Raja-Raja Melayu. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/03/78-negara-hadiri-majlis-pelantikan-presiden-turkiye/", "title": "78 negara hadiri majlis pelantikan Presiden Turkiye", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pegawai peringkat tinggi dari 78 negara dijadual menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan hari ini, lapor Agensi Anadolu.\n\n\nMajlis perasmian di Kompleks Presiden akan dihadiri oleh 21 ketua negara, 13 Perdana Menteri serta wakil peringkat Parlimen dan menteri, dan wakil pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Negara-negara Turki (OTS), NATO dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).\n\n\nErdogan akan mengangkat sumpah di Perhimpunan Kebangsaan Besar Turkiye pada jam 2 petang waktu tempatan seterusnya memulakan penggal baharunya.\n\n\nBeliau akan menerima mandat daripada Speaker Sementara Grand National Assembly, Devlet Bahceli.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTahanan Palestin mogok lapar meninggal dunia dalam penjara Israel\n\n\n\n\n\n\nProgram Makanan Sedunia Sambung Operasi Di Sudan Barat\n\n\n\n\n\n\nTurkiye kutuk Sweden benarkan pemimpin bakar Al-Quran\n\n\n\n\n\n\nBarisan artis mewarnai arena politik republik Indonesia 2024\n\n\n\n\n\n\nPfizer Mula Bangunkan Vaksin Khas Omicron\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau dijangka mengumumkan barisan Kabinetnya selepas makan malam.\n\n\nErdogan memenangi pilihan raya Presiden pusingan kedua pada Ahad lalu dengan memperoleh 52.18 peratus undi.\n\n\nCalon pembangkang, Kemal Kilicdaroglu memperoleh 47.82 peratus, menurut keputusan akhir yang dikeluarkan oleh Majlis Pilihan Raya Tertinggi negara itu. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/03/dun-selangor-bubar-23-hari-lagi/", "title": "DUN Selangor bubar 23 hari lagi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan berakhir 23 hari bermula hari ini. \nAmirudin berkata, sekiranya tiada pengumuman pembubaran dibuat, maka DUN akan terbubar secara automatik pada 25 Jun ini selepas tempoh penggal berakhir.\n\u201cDUN akan terbubar dalam masa terdekat. Kita tiada masa kerana 25 Jun ini adalah tarikh maksimum.\n\u201cIni bermakna, kita hanya boleh tangguh selama 23 hari dari sekarang.\n\n\n\u201cSelepas tarikh tersebut, pasti akan terbubar,\u201d katanya ditemui pada Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 (PSKNS) di Pusat Konvensyen MBSA. \nBagaimanapun, tarikh sebenar pembubaran itu perlu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris.\n\u201cSaya tidak berada di posisi untuk mengumumkan tarikh tersebut kerana perlu mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu.\n\u201cSaya kini sedang menunggu perkenan Tuanku untuk sesi menghadap (menentukan tarikh bubar). Minggu lepas saya telah menghadap dan Tuanku juga sedang berkira-kira tarikh pembubaran berkenaan,\u201d katanya.\nDalam pada itu beliau berkata, tindakan beberapa Exco Kerajaan Negeri yang berkongsi status mengosongkan pejabat adalah perkara biasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).\nMenurutnya, langkah tersebut bagi membolehkan penumpuan terhadap PRN selepas pembubaran DUN yang akan dibuat pada bila-bila masa dari sekarang.\n\u201cItu perkara biasa apabila nak habis penggal. Selepas ini, tugas mereka pun adalah untuk menjalankan perkara yang telah dirancang dan tidak ada polisi baharu (akan dibuat).\n\u201cSaya penggal lepas pun seperti itu. Apabila tahu DUN akan bubar, kita siap sedia kemas.\n\u201cJika dilantik jadi Exco semula belum tentu memegang portfolio yang sama.\n\u201cJadi banyak perkara perlu dibuat dan dikemas selain mengumpul laporan-laporan yang telah dibuat. Ini adalah perkara lazim,\u201d katanya mengulas tindakan beberapa Exco yang dilihat telah mula mengemas pejabat untuk dikosongkan.\nAntaranya pejabat Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail dan Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim. \u2013 Sinar Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/03/kpdn-kedah-ambil-tindakan-peniaga-jual-gula-bersyarat/", "title": "KPDN Kedah ambil tindakan peniaga jual gula bersyarat", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sebuah premis perniagaan di Guar Chempedak dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 berikutan tindakan mengenakan syarat pembelian gula kepada pelanggan. \nPengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, dalam operasi Op Manis semalam, sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Kedah melakukan pemeriksaan sekitar jam 10.45 pagi di premis tersebut hasil aduan orang awam.\n\u201cSeorang pegawai penguat kuasa KPDN menyamar sebagai pelanggan dengan berpakaian preman di premis berkenaan untuk membeli gula pasir kasar yang berharga RM2.85 satu kilogram.\n\u201cHasil penyamaran yang dilakukan di premis itu mendapati premis tersebut mengenakan pembelian bersyarat yang mana setiap pembelian satu kilogram gula pasir kasar yang berharga RM2.85 sebungkus, pelanggan perlu membeli satu kilogram gula putih premium yang berharga RM4.60 sebungkus.\n\u201cPeniaga tersebut didapati melakukan kesalahan itu mengikut akta berkenaan kerana mengenakan syarat tanpa kebenaran pengawal bekalan,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\nAffendi berkata, pegawai penguat kuasa KPDN Kedah kemudian bertindak menyita satu kilogram gula pasir kasar (RM2.85) dan satu kilogram gula pasir super premium (RM4.60) dan resit pembelian untuk siasatan lanjut.\n\u201cKes disiasat mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan mengikut akta ini boleh dikenakan tindakan iaitu bagi mana-mana orang perseorangan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.\n\u201cBagi kesalahan yang kedua boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali manakala pertubuhan perbadanan pula boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan yang kedua didenda tidak melebihi RM5 juta,\u201d katanya.\nBeliau berkata, KPDN Kedah ingin memberi amaran kepada peniaga supaya tidak mengenakan apa-apa syarat bagi pembelian barang kawalan dan tidak menyorok barang kawalan bagi mengelak dikenakan tindakan mengikut akta itu.\n\u201cOrang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada Pejabat KPDN Kedah dengan menyalurkan sebarang salah laku peniaga melalui saluran seperti Portal e-aduan 2.0 \nhttp://eaduan.kpdn.gov.my\n, Call Centre 1-800-886-800, E-mel \ne-aduan@kpdn.gov.my\n atau Aplikasi EZ ADU KPDN.\n\u201cSelain itu, maklumat boleh disalurkan juga melalui Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245 atau WhatsApp 019-848 8000 dan 4317 serta Pejabat KPDN Kedah 04-7001745,\u201d katanya. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/03/lebih-230-maut-900-cedera-dalam-kemalangan-kereta-api-di-india/", "title": "Lebih 230 maut, 900 cedera dalam kemalangan kereta api di India", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sekurang-kurangnya 233 orang terbunuh, lebih 900 lagi cedera dan ramai lagi dikhuatiri terperangkap dalam kemalangan ngeri membabitkan pelanggaran tiga kereta api pada lewat Jumaat di Odisha, negeri di timur India, kata pegawai tempatan.\n\n\nWartawan AFP di lokasi kejadian melihat bahagian kereta api yang hancur berlubang yang berpintal dengan besi berlumuran darah berhampiran Balasore, kira-kira 200 kilometer (km) dari ibu negeri, Bhubaneswar.\n\n\nGerabak kenderaan berkenaan terbalik sepenuhnya dan pekerja penyelamat melakukan pencarian untuk mengeluarkan mangsa yang terselamat, namun terperangkap dalam serpihan kereta api dengan puluhan mayat ditutup kain putih di sebelah landasan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAl-Azhar Mesir seru boikot produk keluaran Sweden dan Belanda\n\n\n\n\n\n\n100 termasuk kanak-kanak terkorban dalam serangan udara di Myanmar\n\n\n\n\n\n\nThe Hague putuskan hari ini permohonan award RM62.59bil kumpulan Sulu\n\n\n\n\n\n\n19 orang maut dalam nahas bas di Bangladesh\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi Catat Lonjakan Kes Covid-19\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBerdasarkan kiraan kami, seramai 233 maut dan jumlah korban akan meningkat.\n\n\n\u201cKerja menyelamat masih dijalankan di lokasi dan akan mengambil masa beberapa jam lagi untuk diselesaikan,\u201d kata ketua pengarah Perkhidmatan Bomba Odisha, Sudhanshu Sarangi kepada AFP di lokasi kemalangan.\n\n\nKetua Setiausaha Negara, Odisha Pradeep Jena mengesahkan, kira-kira 900 orang yang cedera dihantar ke hospital dengan kerja menyelamat sedang dijalankan.\n\n\n\u201cKeutamaan kami kini adalah menyelamatkan (penumpang) dan memberikan sokongan kesihatan kepada mereka yang cedera,\u201d katanya.\n\n\nPengarah eksekutif Indian Railways, Amitabh Sharma memberitahu AFP, dua kereta api penumpang yang sedang bergerak terbabit dalam kemalangan itu manakala kereta api ketiga iaitu kereta api barangan yang diparkir di lokasi turut sama terbabit.\n\n\n\n\nIndia tidak asing lagi dengan kemalangan kereta api dan pernah menyaksikan beberapa kejadian seumpamanya sebelum ini, namun skala nahas terbaharu itu mencetuskan kejutan.\n\n\nSeorang mangsa yang terselamat memberitahu wartawan penyiaran tempatan, beliau sedang tidur ketika kemalangan itu berlaku dan tersedar selepas mendapati terperangkap di bawah sejumlah penumpang, sebelum merangkak keluar dari gerabak dengan kecederaan di leher dan lengan.\n\n\nSebuah stesen penyiaran menunjukkan imej grafik sebuah gerabak kereta api yang tumbang ke sebelah landasan ketika penduduk cuba menarik mangsa ke tempat yang selamat.\n\n\nMangsa dibawa ke mana-mana hospital yang mempunyai tempat dengan menaiki ambulans dan bas.\n\n\n\u201cKami menyediakan semua hospital besar kerajaan dan swasta dari lokasi kemalangan untuk menampung mereka yang cedera\u201d, kata jurucakap di pejabat Jena, SK Panda.\n\n\nKatanya, sebanyak 200 ambulans digerakkan ke lokasi kejadian, selain sejumlah bas untuk membawa penumpang yang cedera. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/03/noh-omar-dijangka-umum-hala-tuju-politik-esok/", "title": "Noh Omar dijangka umum hala tuju politik esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar didakwa akan mengumumkan hala tuju politik beliau terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada hari pertama siri jelajah Perikatan Nasional (PN) negeri ini esok.\n\n\nPerkara itu didedahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir\u00a0yang mendakwa bekas pemimpin UMNO tersebut akan menyertai jelajah berkenaan sebagai tetamu khas di samping Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.\n\n\n\u201cKita akan tengok esok, antara pengumuman penting dilakukan dalam PN oleh bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dalam siri pertama jelajah. Selepas ini, kita akan laksanakan jelajah di kesemua 22 Parlimen seluruh negeri,\u201d katanya dalam sidang akhbar hari ini.\n\n\nTerdahulu, anak Noh, Nurul Syazwani dilapor menyertai BERSATU dan dilantik sebagai Ketua Srikandi BERSATU Tanjong Karang, malah beliau juga disebut-sebut menjadi calon PN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN ada sebab tolak permohonan PEJUANG\n\n\n\n\n\n\nPeguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown\n\n\n\n\n\n\nMakanan tidak halal boleh guna perkataan Menu Rahmah\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2022 Diumum 7 Julai\n\n\n\n\n\n\nPengunaan Imbasan Kod QR MySejahtera Tidak Digunakan Bermula Malam ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Roslan Shahir menyatakan rasa kesal terhadap tindakan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) yang tidak membenarkan penganjuran siri jerayawara yang dinamakan sebagai Jelajah Selangor Baharu di Padang Astaka, Tanjong Karang.\n\n\nMenurut Roslan Shahir, permohonan dibuat lebih awal iaitu pada 26 Mei dan hebahan berkenaan program tersebut dibuat sejak 20 Mei, namun 31 Mei lalu MPKS memaklumkan permohonan tidak dapat dipertimbang dengan alasan padang awam untuk kegunaan awam bagi tujuan riadah.\n\n\n\u201cKami kesal, keputusan dibuat dipercayai wujud tekanan dan campur tangan politik. Malah, difahamkan pada tarikh tersebut akan dianjurkan Karnival Anak Muda Madani oleh pihak Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN) di Dewan Dato\u2019 Hormat, Padang Astaka.\n\n\n\u201cUntuk makluman, rundingan kami (sebelum ini), tiada sebarang tempahan dibuat mana-mana pihak bagi tarikh 4 Jun 2023, Ahad. Kejadian ini cukup dikesali, malah memberi isyarat kerajaan negeri PH-BN cukup bimbang dengan pengaruh kami dan kebangkitan rakyat,\u201d jelasnya.\n\n\nJelasnya lagi, lokasi penganjuran Jelajah Selangor Baharu itu kini ditukar ke Kompleks Pas (Kompas) Tanjong Karang dekat Jalan Jepun, Kampung Melaka, di Tanjong Karang.\n\n\n\u201cSepatutnya Selangor maju dan progresif ini menyediakan prasarana untuk kegunaan semua pihak bagi meraih sokongan rakyat, bukannya membolot kemudahan awam untuk kepentingan sendiri dan kemudian mengaku diri sebagai parti kononnya adil dan demokratik,\u201d tegasnya. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/03/pertikai-pulau-pinang-dalam-perlembagaan-akan-dikenakan-tindakan/", "title": "Pertikai Pulau Pinang dalam Perlembagaan akan dikenakan tindakan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan maklumat palsu berhubung isu Pulau Pinang menjadi hak milik Kedah sehingga mengapi-apikan masyarakat.\n\n\nMenterinya, Fahmi Fadzil berkata, Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang sudah termaktub dalam Perlembagaan yang mana perkara itu tiada lagi syak mengenainya.\n\n\nBerikutan itu, semua pihak wajib akur dengan kedudukan Pulau Pinang pada ketika ini sepertimana yang disebut dalam Perlembagaan negara.\n\n\n\u201cSaya difahamkan beberapa laporan polis telah dibuat (berhubung isu Pulau Pinang hak Kedah) dan kini serahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan yang patut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBerapa ramai sokong Anwar tidak diketahui \u2013 Takiyuddin\n\n\n\n\n\n\nHospital Serdang dikenali sebagai Hospital Sultan Idris Shah\n\n\n\n\n\n\nPesara maut dirempuh pemandu mabuk selepas tegur buat bising\n\n\n\n\n\n\nUMNO sedia hantar calon pertahan DUN Jeram Padang\n\n\n\n\n\n\nKPM tidak bercadang wujud silibus baharu berkaitan patriotisme\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada masa sama saya ingin menegaskan bahawa kalau kita teliti dalam Perlembagaan memang jelas disebut negeri Pulau Pinang (dalam persekutuan Malaysia) maka tidak ada syak atau was-was tentang perkara tersebut.\n\n\n\u201cJadi selagi mana termaktub dalam Perlembagaan, semua pihak wajib akur dengan kedudukan seperti itu dan sekiranya ada mana-mana pihak ambil kesempatan (mengapi-apikan masyarakat dengan menyebarkan perkara tidak benar), pihak berkuasa akan menyiasat bagi mengekang maklumat palsu tersebar dalam kalangan rakyat,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media ketika diminta mengulas langkah kementeriannya bagi mengekang mana-mana pihak yang menggunakan isu Pulau Pinang hak milik Kedah untuk mengapi-apikan masyarakat melalui platform media sosial.\n\n\nTerdahulu, Fahmi ditemui pada Majlis Pra Pelancaran Komuniti Madani di Midtown PERDA di Tasik Geluhor, Pulau Pinang hari ini.\n\n\nBaru-baru ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim Antara Kedah Perlis, mendakwa Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/03/tuntutan-segera-as16-bilion-dari-sulu-melampau-kes-masih-berjalan-agc/", "title": "Tuntutan segera AS$16 bilion dari Sulu melampau, kes masih berjalan \u2013 AGC", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Jabatan Peguam Negara (AGC) menyelar segala dakwaan dalam surat yang dihantar oleh Paul H. Cohen, peguam kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (penuntut Kumpulan Sulu) yang membuat tuntutan terhadap kerajaan Malaysia.\n\n\nAGC dalam kenyataan berkata, surat bertarikh 28 Mei lepas yang ditujukan kepada Peguam Negara diterima sehari selepas itu (29 Mei).\n\n\nMenurut AGC, surat itu menuntut bayaran segera iaitu sebelum 2 Jun 2023, bagi Final Award yang dikatakan berjumlah AS$16.412 bilion termasuk 10 peratus faedah, AS$3,502,394.24 bagi bayaran peguam dan ahli pakar serta AS$4,026,592.64 bagi kos timbang tara.\n\n\n\u201cDalam hal ini, adalah melampau bagi penuntut untuk membuat tuntutan bayaran bagi Final Award yang dikatakan itu sedangkan prosiding undang-undang masih lagi berlangsung,\u201d menurut AGC.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cSudah Sampai Masa Kedudukan Istimewa Melayu Dikaji\u2019 \u2013 Hassan\n\n\n\n\n\n\nIsu ayam dan telur, MAFS dapat markah tercorot\n\n\n\n\n\n\nBunuh kucing: Polis tahan penyewa kondominium\n\n\n\n\n\n\n130 ketua bahagian sokong Ahmad Zahid kekal Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor Cadang Menteri Agama Hadir Festival Bon Odori\n\n\n\n\n\n\n\n\nJabatan itu berkata, kesemua dakwaan oleh H. Cohen dalam surat itu sama sekali tidak benar dan secara terang-terangan tidak mengendahkan fakta sebenar tuntutan (oleh penuntut) yang tidak dapat disangkal lagi akan mewujudkan rekod bertulis bagi perkara yang tidak benar, yang bertujuan untuk digunakan terhadap Malaysia.\n\n\nMenurut AGC, surat itu juga mendakwa antara lain bahawa kerajaan Malaysia dengan sengaja telah gagal untuk mematuhi Final Award yang dikatakan itu dan telah membuat dakwaan keterlaluan terhadap penimbang tara yang dikatakan itu, Dr Gonzalo Stampa dan tindakan-tindakan yang diambil oleh Stampa.\n\n\nSelain itu, AGC berkata, kandungan surat itu memberi gambaran yang tidak tepat dan memfitnah kerajaan Malaysia berhubung tindakan undang-undang yang diambil dalam menangani tuntutan berkenaan.\n\n\n\u201cKerajaan Malaysia menafikan sepenuhnya semua dakwaan dan sindiran yang dibuat di dalam surat itu,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nAGC berkata, kerajaan Malaysia dengan tegasnya membantah Final Award dan mengekalkan pendiriannya untuk tidak mengiktiraf kesemua tindakan yang diambil oleh Stampa dalam prosiding timbang tara yang dikatakan itu, serta semua keputusan dan award yang dikeluarkan olehnya yang tidak sah dari segi undang-undang.\n\n\nMenurut AGC, berdasarkan dakwaan palsu yang telah dibuat pada 31 Mei lepas, kerajaan Malaysia melalui Peguam Negara telah menjawab surat itu yang menyatakan dengan jelas fakta-fakta berhubung tuntutan berkenaan yang tidak boleh dipertikaikan.\n\n\nSelain itu, satu laporan polis telah dibuat pada 1 Jun lepas terhadap H. Cohen atas kenyataan dan dakwaan tidak adil yang dibuat terhadap Peguam Negara.\n\n\n\u201cTindakan ini membolehkan siasatan yang sewajarnya dijalankan bagi apa-apa kesalahan jenayah yang dibuat di bawah undang-undang Malaysia,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nAGC berkata, kerajaan Malaysia akan terus mengambil semua langkah yang sewajarnya termasuk tindakan perundangan untuk menamatkan segala tuntutan berkenaan dan memastikan agar kepentingan, kekebalan kedaulatan serta kedaulatan negara sentiasa dilindungi dan terpelihara.\n\n\nKumpulan penuntut berkenaan\u00a0sebelum ini dilaporkan membawa tindakan undang-undang ke Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.\n\n\nMereka membawa perkara itu kepada timbang tara Sepanyol pada 2019 dan pada 28 Februari 2022 penimbang tara Stampa yang dilantik oleh kumpulan individu berkenaan dikatakan membuat keputusan memihak kepada pihak mereka (penuntut).\n\n\nStampa telah mengeluarkan\u00a0final award\u00a0\u00a0sebanyak\u00a0US$14.9 bilion (RM62.59 bilion)\u00a0terhadap Malaysia dan Malaysia telah menggunakan semua remedi undang-undang bagi membatalkan anugerah yang diberikan oleh Stampa kepada pihak yang menuntut di mahkamah di Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda.\n\n\nPada 14 Mac lepas, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan perintah penggantungan terhadap penguatkuasaan award itu yang diperoleh Kerajaan Malaysia di Perancis pada 12 Julai 2022.\u00a0 Oleh itu, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia berhubung penguatkuasaan award berkenaan adalah kekal. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/03/umno-terengganu-lancar-gelombang-biru-2-0/", "title": "UMNO Terengganu lancar Gelombang Biru 2.0", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 UMNO Terengganu akan melancarkan gerakan Gelombang Biru 2.0 untuk merampas semula negeri itu\u00a0daripada PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.\n\n\nPengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Said berkata, gerakan tersebut disemarakkan semula bagi membangkitkan semangat ahli-ahli UMNO untuk bersama-sama berjuang dalam memastikan kemenangan parti tersebut pada PRN ini.\n\n\nMenurutnya, Gelombang Biru yang diperkenalkan kali pertama pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berjaya menyatukan ahli-ahli UMNO seterusnya merampas semula negeri ini daripada PAS.\n\n\nKatanya, beliau percaya gerakan itu akan dapat mengulangi sejarah tersebut dengan kemenangan lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membentuk semula kerajaan negeri pada PRN ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga kuih masih kekal sejak 4 tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nSaya sedia disiasat bila-bila masa \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nKes Omicron Pertama Di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Perlu Main Peranan Tahu Skop Kerja \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nAgong titah perhebat bendung aktiviti jenayah, sama-sama jaga kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita sepakat mengulangi apa yang dilakukan (Gelombang Biru 2.0) dengan memenangi\u00a0 kembali negeri ini,\u201d katanya selepas majlis Pelancaran Jentera PRN UMNO Kuala Nerus di sini, semalam.\n\n\nTurut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.\n\n\nAhmad yang juga ADUN Kijal memberitahu, UMNO Terengganu mengarahkan semua bilik gerakan UMNO di seluruh negeri itu dibuka segera sebagai persediaan awal menghadapi PRN tidak lama lagi.\n\n\nKatanya, pada masa sama, jentera PRN pula akan diperkemaskan di semua peringkat UMNO di negeri ini.\n\n\n\u201cInsya-Allah, (PRN) kali ini kalau kita mendapat semula 20 peratus pengundi yang penyokong Perikatan Nasional (PN) pada PRUI5 lalu, kita boleh menang,\u201d ujarnya.\n\n\nBagaimanapun, beliau menambah, setakat ini, UMNO Terengganu masih belum menetapkan tarikh pelancaran rasmi gerakan Gelombang Biru 2.0.\n\n\nPada PRU14 lalu, PAS berjaya memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN di Terengganu manakala UMNO pula sebanyak 10 kerusi.\n\n\nSelain Terengganu, terdapat lima negeri lain yang belum mengadakan PRN iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/04/israel-seksa-700-tahanan-palestin-dalam-penjara/", "title": "Israel seksa 700 tahanan Palestin dalam penjara", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Seramai 700 tahanan Palestin yang sakit masih berada di penjara Israel, termasuk 160 dalam keadaan kritikal dan 20 penghidap kanser.\nPengarah Pusat Kajian Tahanan Palestin, Riyadh Al-Ashqar berkata Musa Sofan yang dipenjara selama 20 tahun dan menghidap kanser adalah antara tahanan yang sakit dalam penjara Israel itu. \nAl-Ashqar berkata, pihak berkuasa Israel tidak menawarkan Musa peluang untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.\nTambahnya, Perkhidmatan Penjara Israel terus menghalang pembebasan Musa untuk rawatan dan menafikan haknya untuk mati dalam kalangan saudara-mara dan bukannya dalam penjara. \nMengenai mahkamah Israel, yang menolak pembebasan Walid Dagga, beliau berkata, mahkamah tidak melihat kemungkinan untuk membebaskannya atau tidak tetapi sama ada ia mempunyai bidang kuasa untuk menangani kes tersebut atau tidak.\nAl-Ashqar menjelaskan bahawa Dagga telah dikembalikan ke Penjara Al-Ramlah di bawah dakwaan tidak berasas mengidap penyakit aneh, dengan menyatakan bahawa dia menghadapi kematian secara perlahan.\nDia menyifatkan syarat penahanan Dagga sebagai sangat sukar, sambil berkata bahawa kerajaan haram Israel, terutamanya Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben-Gvir secara langsung menghasut mahkamah menentangnya dan meminta agar tidak melihat kesnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/04/kit-siang-terima-anugerah-tan-sri/", "title": "Kit Siang terima anugerah Tan Sri?", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dilaporkan akan dikurniakan gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke-64 esok.\n\n\nBekas ketua pembangkang dan bekas Ahli Parlimen itu akan menjadi pemimpin DAP pertama yang dianugerahkan gelaran tersebut yang merupakan anugerah persekutuan kedua tertinggi selepas gelaran Tun.\n\n\nFoto Kit Siang menghadiri raptai majlis penganugerahan darjah kebesaran itu dikongsi oleh Jeff Ooi Chuan Aun di Facebook beliau.\n\n\n\u201cVeterans of the Lim Clan. Tan Sri Lim Kit Siang (Rehearsal). Penganugerahan adalah pada hari Isnin 5 Jun. Masih ada masa untuk membeli songkok.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak membenarkan sistem beraja diperolok\n\n\n\n\n\n\nSejarah Kerajaan Persekutuan tumbang dijangka berulang?\n\n\n\n\n\n\n55 kawasan di wilayah Shah Alam, Klang alami gangguan bekalan air\n\n\n\n\n\n\nMoF akan buat laporan polis terhadap dakwaan status cukai Yayasan Albukhary\n\n\n\n\n\n\nAnwar sah Perdana Menteri ke-10 Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSongkok semasa raptai memang tak kena dengan kepala dia. Kelihatan songkok budak, hinggap di kepala ayah,\u201d katanya. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/04/perkhidmatan-bas-tergendala-akibat-banjir-kilat-rapidkl/", "title": "Perkhidmatan bas tergendala akibat banjir kilat \u2013 RapidKL", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Sembilan laluan perhentian bas tidak dapat dilalui susulan kejadian banjir kilat berlaku kawasan Setia City Mall di Selangor pagi tadi.\nRapid Bus Sdn Bhd selaku pengendali rangkaian perkhidmatan bas Rapid KL ingin memaklumkan laluan bas itu akan dilencongkan dari Klang Sentral terus ke Jalan Meru.\n\u201cPerhentian bas yang tidak dapat dilalui ialah Maybank Setia Alam, Setia Avenue (Utara), Setia City Mall, Dewan Sri Gading dan Damai 15 Residence serta Pangsapuri Semarak.\n\u201cTiga lagi perhentian tidak boleh dilalui ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setia Alam, Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam dan Dataran Setia Prima,\u201d kata pengendali rangkaian perkhidmatan bas itu pada Ahad.\nTambah kenyataan itu, laluan yang terlibat adalah Laluan 753. \u2013 AWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/04/puad-dakwa-muhyiddin-sedia-kerjasama-dengan-tun-m-sebab-wang/", "title": "Puad dakwa Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun M sebab wang", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa kerjasama semula antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin disebabkan faktor wang.\n\n\nDakwanya, ini kerana Dr Mahathir masih mempunyai banyak duit dan sumber meskipun beliau tidak berparti.\n\n\n\u201cMuhyiddin sedia bekerjasama lagi dengan Tun M walaupun dia (Tun M) tidak berparti, tidak pelik pun.\n\n\n\u201cMuhyiddin berkawan semula dengan Tun M mungkin kerana faktor wang. Tun M masih banyak duit dan banyak sumber.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNga Kor Ming salah bawa masuk pakar perumahan\n\n\n\n\n\n\nBertindak segera, bukan sekadar retorik politik\n\n\n\n\n\n\nCagaran KWSP tidak sah jika tidak dipinda Akta KWSP \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nArahan tulisan Jawi di papan tanda tidak langgar Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nHospital Tuanku Ja\u2019afar tubuh jawatankuasa siasat dakwaan cuai\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita tengok bagaimana Perikatan Nasional (PN) bersedekah masa Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti,\u201d katanya di Facebook pada Ahad.\n\n\n\n\nPada Jumaat, Presiden BERSATU itu menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir demi perjuangan membela agama, bangsa dan negara.\n\n\nMuhyiddin berkata, beliau menyambut baik kenyataan bekas Perdana Menteri berkenaan yang bersedia bekerjasama dengannya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam.\n\n\nSebelum ini, Dr Mahathir mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.\n\n\nMengulas lanjut, Mohd Puad mempersoalkan sama ada PN mampu memenangi PRN tanpa sedekah mega ketika akaun Bersatu kini dibekukan.\n\n\n\u201cPada Pilihan Raya Umum ke-15, PN belanja mewah. PAS tumpang sekali.\n\n\n\u201cKali ini akaun BERSATU kena beku. Bolehkah PN menang tanpa sedekah mega.\n\n\n\u201cSebab itu Muhyiddin kena \u2018berlutut\u2019 pada Tun M,\u201d dakwanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/05/ahmad-faizal-umum-tidak-bertanding-kerusi-dun/", "title": "Ahmad Faizal umum tidak bertanding kerusi DUN", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan tidak akan bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.\n\n\nMeskipun baharu sahaja dilantik sebagai Pengerusi BERSATU serta Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, beliau berkata, ia bukanlah satu tiket dan tugasnya adalah membantu melicinkan perjalanan jentera parti menjelang PRN.\n\n\n\u201cSaya buat pengumuman hari ini walaupun saya dilantik memegang jawatankuasa ini untuk melicinkan jentera pilihan raya.\n\n\n\u201cSaya buat pengakuan tidak akan bertanding termasuk di Negeri Sembilan. Ini kerana saya berasal dari Perak dan saya berhasrat memberi khidmat di tempat sendiri,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nToleransi orang Melayu kepada kaum lain sangat tinggi\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bincang syor caruman KWSP majikan dinaikkan 20 peratus\n\n\n\n\n\n\nKawalan produk tembakau dijangka kuat kuasa tahun depan\n\n\n\n\n\n\nPemberian PReP kepada golongan homoseksual akan normalisasi LGBT\n\n\n\n\n\n\nTiada protes tidak bermakna mogok doktor kontrak gagal\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU negeri dan Badan Perhubungan PN negeri yang pertama di Seremban, Negeri Sembilan selepas mengambil alih jawatan berkenaan daripada bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Syith.\n\n\nMengenai pembahagian kerusi BERSATU di Negeri Sembilan, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerusi mewakili BERSATU berkata, ia telah selesai dilaksanakan dan sedang menunggu saringan oleh pucuk pimpinan tertinggi yang akan diputuskan kemudian.\n\n\nSelain Negeri Sembilan, negeri yang akan mengadakan PRN ialah Selangor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/05/dun-p-pinang-bubar-10-hari-terakhir-jun/", "title": "DUN P. Pinang bubar 10 hari terakhir Jun", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dijangka 10 hari terakhir bulan ini.\n\n\nKetua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya akan mengumumkan tarikh pembubaran tetap selepas mengadakan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (MMK) yang terakhir.\n\n\nBagaimanapun, beliau turut menegaskan tiada masalah bagi kerajaan negeri sekiranya DUN terbubar secara automatik selepas tempoh penggal akhir iaitu pada Julai.\n\n\n\u201cBuat masa ini, kita belum mempunyai tarikh tetap namun ia akan berlaku pada 10 hari terakhir bulan Jun ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri: Warga asing \u2018hiasi\u2019 wajah ibu kota\n\n\n\n\n\n\nLawatan PM ke Arab Saudi capai objektif\n\n\n\n\n\n\nFilem berbaur lucah: FINAS boleh batal lesen jika ada kecurangan, fraud atau keburukan akhlak\n\n\n\n\n\n\nKit Siang terima anugerah Tan Sri?\n\n\n\n\n\n\nTiada protes tidak bermakna mogok doktor kontrak gagal\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita akan ada dua atau tiga lagi mesyuarat MMK dan mesyuarat terakhir akan menentukan tarikh pembubaran itu.\n\n\n\u201cMalah, seperti dijanjikan awal tahun lalu pembubaran DUN akan berlaku penghujung Jun ini,\u201d katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Interaktif Didik Hibur di Hospital Gleneagles di George Town, Pulau Pinang hari ini.\n\n\nMedia semalam melaporkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, DUN Selangor bubar secara automatik pada 25 Jun ini selepas tempoh penggal berakhir sekiranya tiada pengumuman pembubaran dibuat.\n\n\nEnam negeri yang akan mengadakan PRN dalam tempoh masa terdekat iaitu Pulau Pinang,\u00a0\u00a0Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/05/islam-bukan-lesen-untuk-penunggang-agama-capai-matlamat/", "title": "Islam bukan lesen untuk penunggang agama capai matlamat", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan semua pihak memberi perhatian serta patuh dengan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar tidak menjadikan agama sebagai polemik dan perbalahan politik.\n\n\nJelas beliau, ini kerana Islam mempunyai idealisme tertentu tentang kehidupan berpolitik dan ia tidak bererti menjadi lesen kepada mana-mana pihak menunggangi agama ini bagi mencapai matlamat yang dicita-citakan.\n\n\nWan Salim berkata, semua orang perlu mengetahui bahawa Islam itu diwahyukan Allah dan ia lebih unggul daripada mana-mana organisasi politik yang ditubuhkan manusia.\n\n\n\u201cPertama yang mesti ditegaskan di sini bahawa agama Islam adalah satu sistem kehidupan yang lengkap dan sempurna.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Diambil Demi Nyawa Rakyat \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPendaki hilang ketika menyeberang Sungai Tanum ditemukan lemas\n\n\n\n\n\n\nISMA konsisten sedarkan masyarakat perkara ancam akidah\n\n\n\n\n\n\nBN cabar kemenangan kerusi Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu\n\n\n\n\n\n\nUndi tak percaya ke atas Presiden UMNO boleh dilakukan \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMalah, ajarannya tidak hanya tertumpu kepada asepek kepercayaan dan ibadah tetapi mencakupi segenap lapangan hidup termasuk politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain.\n\n\n\u201cSebagai satu cara hidup yang sempurna sudah tentu Islam juga mempunyai idealism tertentu untuk mencapai matlamat menegakkan sebuah negara contoh yang didambakan iaitu \u2018Baldatun tayyibatun wa Rabbun Ghafur\u2019 (sebuah negara yang baik, aman, makmur serta mendapat keampunan Tuhan).\n\n\n\u201cSifat agama Allah yang sempurna tidak bererti memberi lesen kepada mana-mana pihak menunggangi agama ini untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nMengulas lanjut Wan Salim berkata, tujuan Islam dalam politik juga bukan semata-mata untuk menguasai tampuk pemerintahan tetapi untuk menegakkan prinsip-prinsip unggul yang dikehendaki syariah iaitu kebebasan, keadilan dan kebajikan untuk rakyat termasuk membasmi kemiskinan serta rasuah.\n\n\n\u201cSifat agama Islam itu adalah sakral manakala parti politik tidak sakral atau terpelihara daripada kekurangan, kelemahan dan\u00a0kesilapan.\n\n\n\u201cMaka titah ucapan Yang di-Pertuan Agong\u00a0mengingatkan rakyat agar tidak menjadikan agama sebagai polemik dan perbalahan politik perlu diambil perhatian serta dipatuhi oleh semua pihak terutama para pemimpin politik.\n\n\n\u201cIa demi untuk mengekalkan ketenteraman awam dan hubungan harmoni antara seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berlainan agama dan budaya masing-masing kerana dengan suasana sedemikian negara mampu mengorak langkah menuju kemajuan dan kemakmuran,\u201d kata Wan Salim.\n\n\nSemalam, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar seluruh rakyat Malaysia tidak menjadikan isu agama\u00a0sebagai polemik dan perbalahan politik.\n\n\nAl-Sultan Abdullah bertitah semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam.\n\n\n\u201cNamun demikian, agama-agama lain masih\u00a0boleh diamalkan dengan aman dan damai. Semangat penuh toleransi rakyat Malaysia dalam kemajmukan yang ada sebenarnya adalah asas kekuatan utama negara,\u201d titah Baginda. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/05/isu-kalimah-allah-bakal-jadi-polemik/", "title": "Isu kalimah Allah bakal jadi polemik \u2013 Al-Sultan Abdullah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berasa gusar dengan isu penggunaan kalimah Allah kerana jika perkara itu gagal diselesaikan segera, maka, ia bakal menjadi polemik berlarutan sehingga boleh menjejaskan perpaduan nasional dan kesejahteraan negara.\n\n\nSeri Paduka Baginda bertitah, polemik penggunaan kalimah Allah bukan merupakan pendekatan terminologi dan linguistik, sebaliknya berhubung isu akidah umat Islam dan sebarang kekeliruan akan hanya mengundang musibah.\n\n\nAl-Sultan Abdullah justeru bertitah, kerajaan hendaklah mengharmonikan situasi semasa dan pada masa yang sama meletakkan penggunaan kalimah Allah pada konteks yang betul dengan mengambil kira keselamatan negara, kemaslahatan ummah dan kedudukan Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu lain sebagai Ketua Agama Islam.\n\n\n\u201cJusteru, beta berasa gusar dengan isu penggunaan kalimah Allah yang jika gagal diselesaikan segera, bakal menjadi polemik berlarutan sehingga boleh menjejaskan perpaduan nasional dan kesejahteraan negara,\u201d titah Seri Paduka sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraaan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2022 Diumum 7 Julai\n\n\n\n\n\n\nPengangkutan awam percuma untuk OKU, pelajar sekolah\n\n\n\n\n\n\nFasa 2 SUKE dibuka tengah malam ini\n\n\n\n\n\n\nPRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram pada 9 September\n\n\n\n\n\n\n3,464 beri respon positif projek PSI\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada sama sama, Seri Paduka bertitah, ketinggian dan kesucian agama Islam sekian lama terpelihara dalam pembentukan negara Malaysia merdeka sehingga Islam akhirnya didaulatkan sebagai agama Persekutuan iaitu termaktub dalam Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan seperti mana tercatat lipatan sejarah.\n\n\n\u201cKedudukan agama Islam yang ditempatkan pada darjat yang amat tinggi di dalam Perlembagaan Persekutuan dicapai menerusi persefahaman dan persetujuan oleh semua pihak ketika negara memperoleh kemerdekaan.\n\n\n\u201cIa adalah merupakan kesepakatan yang tercatit dalam lipatan sejarah bagi menentukan norma hidup bermasyarakat pasca kemerdekaan,\u201d titah Seri Paduka.\n\n\nAl-Sultan Abdullah sekali lagi menegaskan, sebarang polemik agama hendaklah diselesaikan segera demi perpaduan dan masa depan masyarakat dengan perkara ini menuntut jalan penyelesaian yang bijak, penuh kesantunan, semangat bertolak ansur serta akomodasi tinggi.\n\n\n\u201cPrinsip pertama Rukun Negara adalah kepercayaan kepada tuhan. Jelasnya, konsep beragama adalah amat penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan agama tidak sewajarnya dijadikan asas kepada pertikaian dan perbalahan,\u201d titah Seri Paduka.\n\n\nSelain itu, Al-Sultan Abdullah menyifatkan sebarang polemik berhubung kait agama jika gagal ditangani dengan segera, umpama sumbu yang akhirnya bakal menyalakan api permusuhan antara kaum dan semua pihak wajar mengambil pendekatan bijak dan tertib serta disulami dengan semangat toleransi tinggi dalam berhadapan isu sensitif tersebut.\n\n\nHal ini kerana Seri Paduka menegaskan, kepelbagaian dan kerencaman landskap masyarakat yang selama ini menjadi keunikan dan tarikan kepada negara lain berpotensi mencetuskan prasangka, konflik, perbalahan dan pertelingkahan sekiranya tidak harmoni di bawah konsep perpaduan dan akhirnya menggugat kestabilan yang telah sekian lama terbina.\n\n\nOleh demikian, Yang di-Pertuan Agong bertitah lagi, pembentukan perpaduan dalam landskap demografi yang kompleks dengan kepelbagaian hendaklah dilaksanakan dalam konteks menyeluruh dan bukannya bersifat retorik serta kosmetik semata-mata.\n\n\n\u201cBagi mencapai hasrat tersebut, kita hendaklah berusaha untuk mengurangkan perbezaan sesama kita sebagai rakyat Malaysia. Selanjutnya, kita hendaklah menanamkan semangat akomodasi serta toleransi dalam kehidupan seharian.\n\n\n\u201cSemangat perpaduan perlu disemai serta dibentuk di rumah dan selanjutnya dibaja dan disiram dengan pendidikan serta nilai-nilai murni hidup bermasyarakat di bangku sekolah dan seterusnya diperkasa di institusi-institusi pengajian tinggi,\u201d titah Al-Sultan Abdullah.\n\n\nTitah Seri Paduka, perpaduan memerlukan resepi yang efektif dengan hati yang terbuka, jiwa yang luhur dan semangat kesetiaan kepada raja dan negara.\n\n\n\u201cLebih penting lagi, kita hendaklah tidak mempersoalkan apatah lagi mencampuri dan memandang rendah urusan serta kepercayaan agama yang diamalkan oleh bangsa lain,\u201d titah Al-Sultan Abdullah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/05/johari-abdul-allahyarham-nik-aziz-kit-siang-dikurnia-gelaran-tan-sri/", "title": "Johari Abdul, Allahyarham Nik Aziz, Kit Siang dikurnia gelaran Tan Sri", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Seramai 839 individu menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.\n\n\nYang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul mendahului senarai penerima dengan dikurniakan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.\n\n\nTurut dikurniakan PSM ialah 25 individu lain termasuk Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Patmanathan dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertemuan UMNO Bincang Pengagihan Kerusi\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perak akan dipertahankan hingga akhir penggal\n\n\n\n\n\n\n5 pegawai Sivakumar ditamat perkhidmatan, 1 bertukar jabatan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di Empat Negeri Kekal\n\n\n\n\n\n\nAnwar masih ada sokongan majoriti tanpa UMNO, BN\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Pengarah Urusan Kumpulan Engtex Group Berhad, Datuk Ng Hook dan Pengarah Urusan Kumpulan Maxim Global Berhad, Datuk Seri Gan Seong Liam.\n\n\nTurut menerima PSM, Pengerusi DPS Resources Berhad, Datuk Seri Sow Chin Chuan; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sime Darby Plantation Berhad, Datuk Seri Dr Nik Norzul Thani Nik Hassan Thani dan komposer, Datuk Seri Dr Ahmad Khan Nawab Khan.\n\n\nPengerusi Eksekutif Yuwang Group, See Hong Cheen @ See Hong Chen; Pengerusi Battersea Power Station Holding Company Limited, Datuk Jaganath Derek Steven Sabapathy; Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed AR Albar.\n\n\nPenerima lain PSM, Pengerusi dan Pengarah Perusahaan Sadur Timah Malaysia (PERSTIMA) Berhad, Datuk Wee Hoe Soon @ Gooi Hoe Soon; Pengarah Urusan Winfast Group of Companies, Datuk Seri Chee Chan Yau @ Cheah Chan Yau.\n\n\nSelain itu, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Ming Heng Motor Sdn Bhd, Datuk Koh Chui Ming; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.\n\n\nPengarah Urusan Cergas Murni Sdn Bhd, Datuk Paul Latimer; Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad, Datuk Seri Yeoh Choon San; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif KK Land Group of Companies, Datuk Kong Hoi Chieng dan Pengarah Urusan Twin Arrow Fertilizer Sdn Bhd, Datuk Seri Lau Kuan Kam.\n\n\nTurut menerima PSM, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Anifah Aman dan veteran politik, Lim Kit Siang.\n\n\nSementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali @ Mat Jali dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood @ Johan Mahmood Merican antara 28 penerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.\n\n\nPenerima PJN lain, bekas pemain badminton negara, Tan Aik Huang dan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair, Datuk Irwan Shah Abdullah atau DJ Dave\n\n\nEmpat penerima darjah kebesaran Panglima Setia Diraja (PSD) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman; Ketua Protokol Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Negeri, Mohd Aini Atan; Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Abdul Halim Hamzah dan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad.\n\n\nSeramai 33 individu menerima darjah kebesaran Johan Mangku Negara (JMN), termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Digital, Mastura Ahmad Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Roslan Ariffin.\n\n\nDarjah kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) dikurniakan kepada 33 individu, antaranya penggiat seni, Fauziah Nawi; Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad dan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.\n\n\nPenerima darjah kebesaran Johan Setia Diraja (JSD) ialah Asisten Ketua Staf Tadbir Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Baharudin Abu Hassan; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner (SAC) Habibi Majinji dan Timbalan Pengarah (Perisikan Siasatan Khas) Bahagian Perisikan Siasatan Khas Bukit Aman, SAC Mohammad Azlin Sadari.\n\n\nSeramai 116 individu dikurniakan darjah kebesaran Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN), termasuk Pensyarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Dr Abdul Halim Husain dan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Dr Ong Shin Ruenn.\n\n\nTahun ini juga menyaksikan enam orang menerima darjah kebesaran Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD) dan 218 menerima darjah kebesaran Bintang Ahli Mangku Negara (AMN), termasuk Jurutera Sokongan BERNAMA, Mohd Halim Esham.\n\n\nPembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Bahagian Modal Insan BERNAMA, Rusliza Sahran pula antara 316 penerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) manakala 56 individu dikurniakan Pingat Bentara Setia Diraja (BSD). \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/05/kerajaan-tidak-membenarkan-sistem-beraja-diperolok/", "title": "Kerajaan tidak membenarkan sistem beraja diperolok", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerajaan tidak akan membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggu gugat atas nama kebebasan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nMenurut Perdana Menteri, kerajaan akan mempertahankan dengan memastikan tindakan yang setimpal diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba mengancam sistem beraja serta keluhuran Perlembagaan.\n\n\nJelasnya, raja laksana pohon dan tentunya institusi ini mesti tersemat dipelihara dengan baik\n\n\n\u201cSesuai dengan bidalan Melayu bahawa \u2018biar patah dayung di tangan, dengan jari ku kayuh jua,\u2019\u201d katanya dalam perutusan sembah tahniah dan selamat pada Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemberian elaun pelajar intern wajar dipertimbangkan\n\n\n\n\n\n\nLPPR Tidak Ada Kuasa \u2018Membersihkan\u2019 Azam\n\n\n\n\n\n\nTelah Diperbetulkan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Guang Eng cabar Muhyiddin dedah nama Menteri DAP\n\n\n\n\n\n\nDatuk ditahan bersama emas RM60 juta, wang RM38 juta dan 17 kereta mewah\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar kemudian mewakili Jemaah Menteri dan seluruh rakyat Malaysia, menzahirkan sekalung penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sejak bersemayam di atas takhta dalam menzahirkan sikap keprihatinan yang tinggi.\n\n\n\u201cSemoga Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat sentiasa dilindungi dan dilimpahi taufik dan hidayah oleh Allah Subhaanahu Wa Ta\u2019ala, dipanjangkan umur, diberkati dengan kesihatan dan sejahtera selalu.\n\n\n\u201cMoga Tuanku berdua terus kekal karar bersemayam di takhta singgah sana pemerintahan dengan kedaulatan, dilimpahi dengan segala kehormatan serta kebesaran dan sentiasa dalam perlindungan Allah Subhaanahu Wa Ta\u2019ala jua,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/05/noh-omar-mungkin-sertai-pn-azmin/", "title": "Noh Omar mungkin sertai PN \u2013 Azmin", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perikatan Nasional (PN) membayangkan kemungkinan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menyertai gabungan berkenaan.\n\n\nPengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pada masa ini Noh sering berada di pentas PN untuk memberi sokongan dan menarik sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.\n\n\n\u201cTan Sri (Noh) tunggu apa lagi (kerana) dua atau tiga hari lepas di (Program Dialog PN) Sungai Besar dan malam ini di Tanjong Karang.\n\n\n\u201cAnak (Nurul Syazwani) dah masuk, ayah tunggu apa lagi?\u201d katanya semasa berucap semasa Program Jelajah Selangor Baharu di Kompleks Pas Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor pada malam Ahad.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 : Jimat-cermat, tiada cadangan tangani isu kenaikan harga \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Peruntukan Diskriminasi Pekerja Muslim \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nSaya tiada kuasa \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\n42 kanak-kanak Palestin dibunuh Israel pada 2022\n\n\n\n\n\n\nPematuhan SOP Perlu Berterusan\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor berkata, sebelum ini beliau dan Noh sering tidak mempunyai pandangan sama dalam banyak perkara.\n\n\n\u201cTan Sri Noh Omar tak pernah setuju dengan saya, tapi Alhamdulillah malam ini kita bersama-sama di Tanjong Karang,\u201d ujar beliau.\n\n\nBagaimanapun, Mohamed Azmin memberitahu, Noh mungkin menunggu waktu sesuai untuk mengumumkan kemasukan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu dalam PN.\n\n\n\u201cBoleh saya umum malam ini Tan Sri? Tak apa dia (Noh) ada strategi tersendiri,\u201d jelas beliau.\n\n\nMedia pada 1 Mei lalu melaporkan, Noh mahu memastikan Parlimen Tanjong Karang sebagai kubu kuat PN sekali gus membantu kemenangan gabungan itu pada PRN Selangor.\n\n\nNoh berkata, perjuangannya ketika ini untuk memastikan rakyat menyokong PN sama seperti usaha yang pernah dilakukan beliau lebih 30 tahun lalu dalam membangunkan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Tanjong Karang. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/06/anwar-serah-kepada-peguam-negara-ambil-tindakan-ke-atas-sanusi/", "title": "Anwar serah kepada Peguam Negara ambil tindakan ke atas Sanusi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sepenuhnya kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan bersesuaian terhadap kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menuntut Pulau Pinang milik Kedah.\n\n\nMenurut Anwar, kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan berdasarkan beberapa peruntukan undang-undang sedia ada.\n\n\nTambahnya, siasatan dilakukan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.\n\n\n\u201cSebahagian laporan telah dikemukakan kepada Peguam Negara dan menunggu untuk diambil tindakan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDadah bernilai RM11 juta dirampas dalam serbuan\n\n\n\n\n\n\nBekalan pasport cukup, kesesakan ekoran peningkatan mendadak\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin bakal didakwa esok, mohon batal larangan luar negara\n\n\n\n\n\n\nKu Li dilantik sebagai Penasihat UMNO\n\n\n\n\n\n\nPM lantik 5 individu anggotai badan penasihat khas Menteri Kewangan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKedudukan Negeri Pulau Pinang sebagai sebuah negeri dalam Malaysia yang berasingan daripada Kedah jelas termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada Negeri-Negeri Tanah Melayu, termasuk Pulau Pinang.\n\n\n\u201cMengapa perkara ini dibangkitkan? Apakah kerana nak gelojoh kuasa Pilihan Raya Negeri (PRN), kita korbankan prinsip Perlembagaan dan timbulkan huru hara. Ini menyebabkan timbul permasalahan,\u201d katanya di Dewan Rakyat semasa Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan ke atas gesaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk padamkan Pulau Pinang telah memecahbelahkan perpaduan rakyat.\n\n\nTambah Anwar, diharapkan melalui siasatan PDRM yang diserahkan kepada Peguam Negara, perkara tersebut dapat dihentikan dengan segera kerana telah melanggar prinsip Perlembagaan yang di perkenan Majlis Raja-Raja.\n\n\nIsnin lalu, Sanusi mendakwa Pulau Pinang berada di bawah hak milik Kedah.\n\n\nPemimpin PAS Kedah itu juga berkata, Perak dan Perlis adalah satu-satunya negeri yang mempunyai sempadan dengan Kedah.\n\n\nBagaimanapun, Anwar meminta Sanusi untuk memahami Perlembagaan yang menyenaraikan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada negeri di Semenanjung.\n\n\nOleh demikian, Sanusi meminta untuk Perlembagaan dipinda kerana berdasarkan kajian sejarah dan akademik, Kedah memiliki Pulau Pinang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/06/baik-khairy-sertai-platform-politik-sedia-ada-tuan-ibrahim/", "title": "Baik Khairy sertai platform politik sedia ada \u2013 Tuan Ibrahim", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati rakan-rakan yang disisihkan UMNO supaya tidak menubuhkan parti baharu, sebaliknya memanfaatkan platform politik sedia ada dengan menyertai Perikatan Nasional (PN).\n\n\nMenurut Tuan Ibrahim, penubuhan parti baharu berpaksikan Melayu-Islam cuma mendatangkan kerugian buat orang Melayu sendiri sehingga langkah itu cenderung menguntungkan musuh politik.\n\n\nSaranan itu merujuk kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang memberi gambaran mungkin tidak akan menyertai mana-mana parti politik sedia ada, sebaliknya mahu menubuhkan sebuah lagi parti politik baharu.\n\n\n\u201cSetakat ini ia masih belum pasti. Apa pun, PAS melihat tiada keperluan untuk wujudkan parti baharu kerana ia hanya akan memecahkan sokongan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat kecoh ketika bahas usul percaya terhadap PM\n\n\n\n\n\n\nAl Fatihah : Mohd Isa pemimpin tegar, perjuangkan penduduk miskin sejak dulu\n\n\n\n\n\n\nKes positif Covid-19 menurun kepada 5,809\n\n\n\n\n\n\nPenganggur mengaku kelar ibu, adik berdepan hukuman penjara 80 tahun\n\n\n\n\n\n\nAzlan Man didakwa buat tuntutan palsu bernilai RM1.18 Juta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAdalah lebih baik, rakan-rakan bekas UMNO menyertai PN sama ada menjadi terus ahli PN atau menyertai mana-mana parti komponen dalam PN.\n\n\n\u201cIni kerana, kewujudan banyak parti Melayu hanya akan merugikan kita dan menggembirakan musuh politik,\u201d katanya.\n\n\nMeskipun sesiapa sahaja berhak menubuhkan parti politik, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris pula berkata, mengambil kira perjalanan karier politik Khairy yang luas dan masih segar, adalah sesuai jika bekas Ahli Parlimen Rembau itu menyertai platform parti sedia ada yang memiliki prinsip perjuangan sama seperti parti yang beliau pernah anggotai sebelum ini.\n\n\nRazali turut menyuarakan kebimbangan sekiranya Khairy terus \u2018berdegil\u2019 mahu menubuhkan parti baharu kerana langkah itu mungkin akan memberi menghakis imej dan reputasi bekas Menteri Kesihatan itu dalam kancah politik negara.\n\n\n\u201cNak buka parti baharu bukan satu perkara yang mudah dan bukan satu perkara yang boleh dianggap enteng pada saya. Lebih baik meneruskan perjuangan karier politiknya yang masih lagi segar. Lbih baik pilih satu platofrm parti yang sudah ada.\n\n\n\u201cKalau Khairy terbabit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti dengan satu parti baharu dan wadah baharu, saya jangkakan nama beliau akan menurun.\n\n\n\u201cBERSATU terbuka sama ada dia nak pergi (sertai) PAS sekali pun kita sokong dan alu-alukan, janji di bawah payung PN. Sebab PN gabungan parti yang tonggak majoriti besarnya adalah Melayu serta perjuangannya sama seperti Barisan Nasional (BN) dahulu,\u201d katanya. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/06/dek-kerana-tun-m-tidak-sehaluan-dap-mahu-gelaran-tun-ditarik-balik/", "title": "Dek kerana Tun M tidak sehaluan, DAP mahu gelaran Tun ditarik balik", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nNaib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad mengkritik kembali apa cadangan yang diusulkan oleh Ahli Parlimen, Jelutong RSN Rayer yang mahu gelaran Tun daripada Mahathir ditarik balik serta-merta.\u00a0\n\n\nNaib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad\n\n\nEkoran itu, Idris Ahmad memaklumkan dek kerana Tun Dr Mahathir tidak sehaluan dan sebumbung dengan mereka, maka cadangan untuk penarikan gelaran Tun ini dilontarkan dengan sewenang-wenangnya.\u00a0\n\n\n\u201cK\nadang-kadang tun tidak sehaluan, dengan mereka maka dengan mudah-mudah untuk mencadangkan, gelaran tun ini diberikan dan ditarik balik kepada Tun Mahathir.\u201d\n\n\nJusteru, dengan nada\u00a0 sinis beliau berkata, gelaran Tun daripada Mahathir boleh ditarik balik sekiranya bekas Perdana Menteri itu benar-benar antara figura yang menyokong perjuangan komunis dan terlibat dengan dakyah kumpulan pelampau.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes Batu Puteh, Sultan Johor terima laporan Pasukan Petugas Khas\n\n\n\n\n\n\nKKM akan bincang semula pelaksanaan cukai vape\n\n\n\n\n\n\nTanah Rizab Melayu meningkat lebih 29 peratus di Selangor\n\n\n\n\n\n\nSekadar Beri Bantuan Tidak Dapat Atasi Kemiskinan Rakyat \u2013 Tun M\n\n\n\n\n\n\n13 Ditahan Pandu Secara Mabuk Sekitar Ibu Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\nBoleh tarik gelaran tun kalau tun ini menyokong perjuangan komunis, kalau tun ini yang membawa gelaran abu chin pen, boleh tarik baliklah, kalau tun ini terlibat dalam menyokong, sepertimana, kumpulan-kumpulan pelampau\u201d\n\n\nNamun baginya, gelaran dan anugerah yang selama ini dirangkul oleh Mahathir tidak akan mudah ditarik begitu sahaja kerana, Tun Mahathir antara tokoh dan figura yang banyak mencurahkan sumbangan serta membangunkan negara ini.\u00a0\n\n\nSehingga kini, Mahathir sudah membawa gelaran Tun lebih dua dekad lamanya sebaik sahaja bersara sebagai Perdana Menteri buat pertama kali pada tahun 2003.\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian kepada TV Pertiwi di lobi Parlimen pada Rabu.\u00a0\n\n\nSebelum ini, negara kecoh dengan apa yang dilontarkan oleh Rayer saat persidangan Dewan Rakyat kelmarin dan mendakwa Mahathir kian mengkritik institusi diraja sewaktu mengadakan persidangan Proklamasi Melayu secara tertutup pada Isnin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/06/dewan-rakyat-tidak-pernah-bahas-laporan-ketua-audit-negara-2021-pn/", "title": "Dewan Rakyat tidak pernah bahas Laporan Ketua Audit Negara 2021 \u2013 PN", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perikatan Nasional membantah Dewan Rakyat membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021, lalu menyebabkan kekecohan selama satu jam.\n\n\n\u201cSemakan kami sepanjang perjalanan Dewan Rakyat tidak pernah LKAN dibentang dibahaskan,\u201d kata Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), dan menambah laporan itu hanya perlu dibentangkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenyataan ketua whip PN itu disokong oleh semua Ahli Parlimen gabungan itu yang setuju LKAN tidak perlu dibahaskan.\n\n\nLaporan itu dipercayai audit bagi tahun yang mana darurat diisytiharkan ketika wabak Covid-19 melanda. Ia diisytiharkan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.\n\n\nTakiyuddin mendakwa membahaskan LKAN bertentangan dengan Perkara 107(1) Perlembagaan, yang menyatakan laporan itu hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, LKAN \u201chanya perlu dibentangkan sahaja di atas meja Parlimen dalam Dewan Rakyat\u201d.\n\n\nBlok pemerintah bagaimanapun menekankan bahawa tidak salah kedua-dua pihak bersama-sama membahaskan laporan audit itu untuk pembaharuan Parlimen, membaik pulih perkara \u201ctak betul\u201d, menyelamatkan wang negara, dan pembaharuan Parlimen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWartawan Pakistan hilang telah dihantar pulang\n\n\n\n\n\n\n8.7juta golongan B40 terima RM1.67bil melalui Sumbangan Tunai Rahmah\n\n\n\n\n\n\nLynas rayu MOSTI gugur syarat tidak hasilkan lagi sisa radio aktif\n\n\n\n\n\n\nPertemuan Anwar-Ahmad beri hasil baik kepada Kelantan\n\n\n\n\n\n\nKementerian Pertahanan sedia 40 buah rumah percuma buat veteran ATM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni bukan laporan kedai kopi, ini laporan ketua audit negara. Apa salahnya kita sama-sama tengok?\u201d soal Hassan Karim (PH-Pasir Gudang).\n\n\nKedua-dua blok bertikam lidah sehinggalah Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, mencelah dan memutuskan LKAN perlu dibahaskan.\n\n\nBeliau berkata laporan itu mesti dibahaskan kerana prosiding Jawatankuasa Kira-kira Awam, yang meneliti LKAN, tidak terbuka kepada umum.\n\n\n\u201cRamai yang meminta laporan ini dibahaskan secara terbuka. Saya dengan ini mengarahkan perkara ini dibahaskan,\u201d katanya.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said membentangkan usul membahaskan LKAN 2021 selepas Dewan Rakyat selesai berehat. \u2013 FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/06/mh17-ukraine-russia-bertemu-muka-buat-pertama-kali-depan-hakim-icj/", "title": "MH17 : Ukraine \u2013 Russia bertemu muka buat pertama kali depan hakim ICJ", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0 Hampir sebulan lagi mengenang tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 2014, Mahkamah Tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,\u00a0 \nPBB, hari ini akan mendengar daripada pihak Ukraine dan Russia secara bersemuka, buat pertama kalinya sejak nahas pesawat berkenaan.\n\n\nPesawat MH17 \nberkecai selepas berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur didakwa akibat tembakan peluru berpandu buatan Rusia pada ketika\u00a0 pertempuran sedang berlaku di\u00a0 antara pemisah pro-Rusia dan tentera kerajaan Ukraine.\n\n\nPertemuan bersemuka ini juga adalah julung kalinya bagi Ukraine dan Rusia\u00a0 di ICJ sejak Moscow melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine pada 24 Februari tahun lalu.\n\n\nHakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mendengar dakwaan Ukraine bahawa Moscow melanggar perjanjian anti-keganasan PBB dengan melengkapkan dan membiayai pasukan pro-Russia yang disimpulkan oleh penyiasat antarabangsa menembak jatuh pesawat itu di timur Ukraine.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir Johor meningkat hampir 40,000\n\n\n\n\n\n\nSelesaikan masalah umat Islam dengan adil, secepat mungkin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nNga Kor Ming suruh Hadi bertaubat\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat dakwaan Menteri Pelancongan berlaku rasuah di KLIA\n\n\n\n\n\n\nTiada pindaan rancangan pengeluaran penuh 55, 60 tahun \u2013 KWSP\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Reuters\n, difahamkan, Ukraine akan terlebih dahulu membuat pembentangan kes dan kemudian disusuli Russia.\n\n\nMoscow\u00a0 didakwa menyokong pemisah pro-Russia yang dipersalahkan atas kejadian menembak jatuh pesawat penumpang itu mengakibatkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terbunuh.\n\n\nMoscow sebelum ini berusaha memastikan kes ICJ ditolak, dengan alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa.\n\n\nPada November lalu, tiga orang, iaitu dua lelaki Rusia dan seorang warga Ukraine disabitkan kesalahan membunuh atas pembabitan mereka dalam kejadian MH17, mereka dijatuhi \n\u00a0hukuman \npenjara seumur hidup.\n\n\nKeputusan mahkamah itu juga\u00a0 mendapati bahawa Russia mempunyai \u2018kawalan keseluruhan\u2019 ke atas pasukan di Republik Rakyat Donetsk yang memisahkan diri di timur Ukraine sejak pertengahan Mei tahun 2014.\n\n\nICJ juga mendapati Russia melengkapkan dan membiayai pemberontak di timur Ukraine yang bertanggungjawab atas tragedi MH17 akan menjadi kekalahan bagi Moscow, yang berulang kali menafikan menghantar tentera atau peralatan ketenteraan ke timur Ukraine pada 2014.\n\n\nIa boleh meningkatkan tuntutan undang-undang untuk ganti rugi atau pampasan bukan sahaja dari Ukraine tetapi juga daripada individu mangsa konflik.\n\n\nRusia memboikot perbicaraan di mahkamah pada Mac 2022 yang menangani permintaan Ukraine untuk mengenakan langkah kecemasan dalam satu lagi kes ICJ yang mana Kyiv menentang dakwaan Moscow pihaknya menceroboh Ukraine untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai terhadap penutur Russia.\n\n\nKeputusan ICJ, mahkamah tertinggi PBB untuk pertikaian antara negara, adalah mengikat tetapi tidak mempunyai mekanisme penguatkuasaan.\n\n\nPresiden Rusia, Vladimir Putin juga menjadi subjek waran tangkap oleh ICJ juga di The Hague, atas tuduhan jenayah perang ke atas penculikan kanak-kanak Ukraine, bagaimanapun Kremlin menafikan tuduhan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/07/bak-kut-teh-sup-tulang-rusuk-babi-diangkat-makanan-kebangsaan/", "title": "Bak Kut Teh @sup tulang rusuk babi diangkat makanan kebangsaan?", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0 Isu membabitkan bak kut teh menjadi tumpuan pada sesi Dewan Rakyat hari ini, apabila Ahli Parlimen Langkawi mempersoalkan kewajarannya diangkat sebagai makanan kebangsaan.\n\n\nBak kut teh adalah hidangan sup tradisi tulang rusuk babi yang dimasak dalam herba tradisi yang popular di kalangan masyarakat Cina.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) memaklumkan bahawa dalam 10 makanan tradisional paling popular di Malaysia tiada bak kut teh.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, katanya, 30 makanan tradisional pelbagai kaum di negara ini juga tidak mempunyai makanan jenis itu.\n\n\n\n\n\u201cAdakah menteri setuju masukkan makanan ini dalam permohonan seperti yang diminta Tebrau?\u201d soalnya.\n\n\n\n\nTerdahulu dalam soalannya, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) meminta kerajaan menyatakan usaha untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bak kut teh dan laksa diangkat martabatnya sebagai makanan kebangsaan dan tidak dituntut sebagai makanan kebangsaan negara lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy dibatalkan, JAWI diarah siasat\n\n\n\n\n\n\nKerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM\n\n\n\n\n\n\nPM digesa tolak tuntutan Dong Zong iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nKonsep Madani hasil pengalaman, perjuangan panjang Anwar\n\n\n\n\n\n\n42 kanak-kanak Palestin dibunuh Israel pada 2022\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Menteri Pelancongan, Khairul Firdaus Akbar Khan, bagaimanapun bersetuju bahawa untuk memasukkan setiap jenis makanan sebagai kategori makanan warisan, ia memerlukan satu prospek makanan yang boleh dimakan oleh kesemua rakyat.\n\n\n\n\n\u201cSaya sedikit sebanyak bersetuju dengan pandangan Langkawi. Kalau bak kut teh itu menyediakan bak kut teh ayam, bolehlah Yang Berhormat Langkawi.\n\n\n\u201cTapi kalau bak kut teh yang dibangkitkan oleh Tebrau, dia tak beri secara spesifik jenis apa dan saya pun tak boleh jawab secara spesifik.\n\n\n\u201cPokoknya di sini untuk kita memasukkan makanan warisan ini, ianya harus boleh dimakan dan dirasai oleh kesemua kaum di negara kita ini,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Khairul Firdaus berkata, MOTAC melalui Jabatan Warisan Negara mengambil inisiatif mewartakan makanan warisan di Malaysia mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.\n\n\nKatanya, pewartaan itu bertujuan bagi melindungi serta memelihara makanan warisan supaya tidak pupus.\n\n\n\u201cSehingga 2023 sebanyak 213 makanan warisan daripada pelbagai negeri dan berbilang kaum sudah diiktiraf sebagai warisan kebangsaan.\n\n\n\u201cPada Mac 2023, kementerian menghantar pencalonan budaya sarapan Malaysia ke Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi mendapat pengiktirafan dengan mengetengahkan tentang budaya makanan sarapan melalui pengambilan makanan warisan seperti nasi lemak, roti canai dan teh tarik,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, sekiranya pencalonan itu berjaya, ia akan meningkatkan kebolehlihatan Malaysia di peringkat dunia dengan menjadikan negara sebagai tarikan destinasi pelancongan yang kaya dengan kepelbagaian warisan.\n\n\n\u201cFaktor geografi negara yang berhampiran, tidak mustahil terdapat makanan warisan yang mungkin mempunyai persamaan dengan Malaysia. Justeru itu, mekanisme pencalonan secara bersama membabitkan negara anggota lain boleh dilaksanakan.\n\n\n\u201cPenyenaraian secara bersama dengan negara lain akan memperkukuh dan merapatkan hubungan dua hala antara negara melalui perkongsian budaya yang sama,\u201d katanya. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/07/hadi-sifatkan-melayu-bangsa-tidak-rasis/", "title": "Hadi sifatkan Melayu bangsa tidak rasis", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan kaum Melayu sebuah bangsa yang tidak rasis, walaupun dipaksa oleh penjajah untuk menerima jus soli sebagai syarat kemerdekaan.\n\n\nHadi berkata,\u00a0 orang Melayu perlu menerima kaum Cina dan India menjadi warganegara menerusi syarat berkenaan,.\n\n\n\u201cHal ini dapat dilihat keluarga bukan Islam seperti Cina dan India dengan kelompok kecil bebas untuk berniaga, bertani dan beragama. Hanya mereka sahaja yang buta akal menuduh Melayu bersikap rasis,\u201d katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook hari ini.\n\n\nMenurutnya lagi, negara juga membenarkan setiap kaum menggunakan bahasa masing-masing sehingga sekolah jenis kebangsaan dibuka.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan manipulasi isu pemilikan tanah rizab Polis Diraja Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKedah tidak akan pertimbang semula keputusan tamat lesen judi\n\n\n\n\n\n\nProjek tebatan banjir RM600 juta dimulakan Jun ini\n\n\n\n\n\n\nIsmail janji isu tuntutan KWSP akan dibawa ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\nLoh Siew Hong fail rayuan status Islam anak\n\n\n\n\n\n\n\n\nhttps://www.facebook.com/abdulhadiawang/posts/pfbid0YUikAP1jPeaEqZcZYhBFw156NFDTScYUEdmE2UhpyKwrZi4aRJJBGYDA4iMUzSzMl\n\n\nBukan itu sahaja, beliau turut memaklumkan bahawa kebebasan juga diberikan untuk menyebarkan akhbar dengan menggunakan bahasa kaum.\n\n\nSementara itu, Abdul Hadi meminta orang bukan Islam untuk menghargai sumbangan negara dalam memberikan tempat kepada mereka.\n\n\n\u201cMereka wajib menerima hakikat bahawa kebanyakan negara di dunia tidak memberikan tempat kepada sesiapa yang bukan penduduk asal dan tidak menganut ideologi negaranya.\n\n\n\u201cNamun sebaliknya Islam memberikan hak yang adil kepada penduduk bukan Islam yang tidak menganut Islam menjadi aqidah negara,\u201d ujarnya.\n\n\nBeliau turut menegaskan bahawa kedudukan Islam yang dianuti oleh rumpun Melayu tidak boleh dicabar dengan sewenang-wenangnya malah sikap toleransi patut diberikan kepada bangsa itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/07/jokowi-lawat-malaysia-dua-hari/", "title": "Jokowi lawat Malaysia dua hari", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Presiden Indonesia Joko Widodo akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Malaysia mulai Rabu, yang disifatkan sangat signifikan dalam usaha untuk mengukuhkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.\n\n\nSemasa lawatan itu, Joko Widodo, lebih dikenali sebagai Jokowi, dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menilai kemajuan bidang kerjasama dan membincangkan isu-isu dua hala yang tertunggak.\n\n\n\u201cPerdana Menteri dan Presiden juga dijangka akan bertukar-tukar pandangan berkenaan perkembangan isu-isu serantau dan global termasuklah pengukuhan ASEAN pasca 2025.\n\n\n\u201cSelain itu, kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran beberapa perjanjian yang akan ditandatangani oleh wakil-wakil kementerian dan agensi berkaitan dari kedua-dua negara,\u201d menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNGO Melayu Diketepikan, Hua Zong Lebih Istimewa Diutamakan?\n\n\n\n\n\n\nTun M pertimbang bertanding pada PRN wakili Putra\n\n\n\n\n\n\nAngkara Tangan Ghaib, Rakyat Sengsara!\n\n\n\n\n\n\nJawapan Anwar di Parlimen kualiti rendah, cacamerba\n\n\n\n\n\n\nPerarakan Hari Wanita sekadar boneka, sebar mesej budaya songsang\n\n\n\n\n\n\n\n\nPresiden akan diiringi isteri, Iriana Joko Widodo, Menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan Indonesia.\n\n\nMenurut kenyataan itu, Jokowi turut dijadual menghadiri majlis santapan petang bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.\n\n\nPada tahun 2022, Indonesia merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dan kedua terbesar ASEAN dengan jumlah dagangan sebanyak RM130.14 bilion (US$29.55 bilion), peningkatan sebanyak 36.5 peratus berbanding RM95.31 bilion (US$22.98 bilion) pada 2021. \u2013\u00a0BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/07/malaysia-akan-saman-syarikat-beri-dana-kepada-pewaris-sulu/", "title": "Malaysia akan saman syarikat beri dana kepada pewaris Sulu", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nKerajaan akan menentang mana-mana pihak yang mengambil kesempatan dengan Malaysia berkenaan dengan isu tuntutan Sulu.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pihak tersebut.\n\n\n\u201cSaya dan pihak kerajaan Malaysia bersetuju bahawa kita akan menentang sehabis-habisan pada gerakan tindakan yang kita melihat sebagai mengambil kesempatan dan juga tidak mengikuti prosedur undang-undang dan melanggar proses undang-undang\u00a0 dalam aspek antarabangsa,\u201d \nkata Azalina sewaktu ditemui di Bangunan UMNO, Pusat Dagangan Antarabangsa (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.\n\n\nTambahnya, Malaysia juga telah mengenalpasti syarikat antarabangsa yang membiayai tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis rekod keterangan enam individu termasuk penganjur himpunan LGBTQ\n\n\n\n\n\n\nPAS seru UMNO kembali kepada prinsip, jangan gadai maruah\n\n\n\n\n\n\nUMNO Sekarang Berjuang Untuk Duit, Bukan Untuk Rakyat \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\nMUDA kecewa tidak dijemput berbincang kerusi PRN PH-BN\n\n\n\n\n\n\nAnak jati Terengganu, diterima baik penduduk DUN Bandar ketika berkempen\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya lagi, Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang tidak boleh diperkotak-katikkan atas dasar peniagaan dan untuk mendapatkan komisyen demi keuntungan.\n\n\nAzalina juga menyatakan pendirian Malaysia yang tegas dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.\n\n\n\u201cKita akan \nall out\n, sehingga kebenaran dinyatakan. Kita akan saman mereka untuk tuntut segala kos yang kita hadapi. Banyak kos yang kita keluarkan. Pergi sana sini, Dapatkan nasihat. Dapatkan peguam luar. Seseorang perlu membayar kos kita.\n\n\n\u201cYa. Kita akan lakukan apa yang patut kita lakukan. Saya tidak akan jelaskan lebih lanjut apa yang akan kita buat, di mana dan bagaimana,\u201d katanya lagi.\n\n\nDalam pada itu, beliau mendakwa sekiranya tuntutan itu demi keadilan, sepatutnya ia boleh dilakukan dengan tuntutan di sebuah negara sahaja iaitu di Sepanyol dan bukan memfailkan tuntutan di beberapa buat negara Eropah oleh yang dianggap mengaut keuntungan semata-mata.\n\n\nSemalam, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar award yang diputuskan oleh Dr Gonzalo Stampa pada 25 Mei 2020 dalam kes tuntutan lapan rakyat Filipina yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/07/malaysia-menang-dengan-tepat-selaras-dengan-undang-undang-antarabangsa/", "title": "Malaysia menang dengan tepat, selaras dengan undang-undang antarabangsa", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nMenteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan Keputusan Mahkamah Rayuan Perancis yang menjadi kemenangan buat Malaysia adalah benar dan tepat selaras dengan undang-undang antarabangsa.\u00a0\n\n\n\u201cDan ini menunjukkan kes yang dibawa oleh Malaysia adalah benar dan tepat\u00a0\n\n\n\u201cManakala kes yang dibawa oleh pihak lagi satu adalah usaha yang dibawa untuk kepentingan pihak tertentu.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNGO dialukan terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye, Syria\n\n\n\n\n\n\nKPWKM dalam proses melantik ahli tribunal anti gangguan seksual\n\n\n\n\n\n\nAlihkan Bendera, Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Khianat\n\n\n\n\n\n\nPM mahu individu punya pandangan, matlamat sama tadbir FELDA\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria: Arkitek apartmen mewah ditahan selepas larikan diri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.\u00a0\n\n\nKemenangan keputusan Mahkamah Rayuan adalah berkenaan tuntutan yang dikemukakan oleh kumpulan yang mendakwa mereka adalah keturunan mahupun waris Sulu.\u00a0\n\n\nTambah Zambry, isu tuntutan terbabit turut dikendalikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said bersama pihaknya dengan mengambil\u00a0 pendekatan bersama kerana ia\u00a0 membabitkan proses luar negara.\u00a0\n\n\nSebelum in, Malaysia berjaya dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan waris Sultan Sulu,dan mendapat kemungkinan mendapat pembatalan perintah bayaran pampasan sebanyak 15 bilion dolar Amerika kepada kumpulan terbabit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/07/melampau-pelawak-singapura-hina-perlekeh-malaysia/", "title": "Melampau, pelawak Singapura hina, perlekeh Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Satu penghinaan yang melampau yang diucapkan oleh pelawak dari Singapura.\n\n\nSatu video tular mengenai pelawak berkenaan yang dikenali sebagai Joceyln Chia, yang dianggap bertindak amat keterlaluan memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komediri atau komedi berdiri bertajuk `Singapore vs Malaysia\u2019 yang dipercayai diadakan di negara itu, baru-baru ini.\n\n\nMenerusi klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok pelawak wanita itu,\u00a0 dia turut secara sengaja menghina seorang penonton yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat, ketika bertanya mengenai kewarganegaraan penonton terbabit.\n\n\nSelain itu,\u00a0 pelawak berkenaan turut membandingkan Malaysia yang hanya bertaraf negara membangun berbanding negaranya yang lebih maju selepas lebih 40 tahun berpisah dari Tanah Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri tak setuju 2 jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perak akan dipertahankan hingga akhir penggal\n\n\n\n\n\n\nUMNO perlu kembali kepada Islam, mendampingi Pas\n\n\n\n\n\n\nPRN Sarawak Ke-12 18 Disember Ini\n\n\n\n\n\n\nUMNO Kubu Kuat Di Melaka\n\n\n\n\n\n\n\n\nSepanjang rakaman video berdurasi 1 minit 29 saat itu, pengisian bahan lawak dipersembahkan Jocelyn Chia berbaur kata-kata dan memek muka memperlekehkan dan memperolok-olokkan kejayaan Malaysia.\n\n\nSikapnya yang tidak sensitif juga tergambar apabila jenaka melampaunya\u00a0 menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan \u2018tidak mendarat\u2019.\n\n\nMeskipun persembahannya mendapat tepukan penonton,\u00a0 netizen yang menulis di ruang komen Tiktok mengecam kenyataan pelawak itu.\n\n\nMalah mereka mendesak Jabatan Imigresen tidak membenarkan pelawak berkenaan masuk ke Malaysia selain menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadapnya.\n\n\nSementara itu,\u00a0 Berita Harian melaporkan pelawak popular, Saiful Apek dan Nabil Ahmad menyelar tindakan pelawak Singapura, Jocelyn Chia yang memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komedi berdiri di negara itu, baru-baru ini.\n\n\nApek berkata, walaupun bahan \u2018membahan\u2019 menjadi satu kebiasaan dalam persembahan lawak berdiri, namun tindakan pelawak itu keterlaluan dan lebih berbaur serangan peribadi.\n\n\n\u201cBahan \u2018membahan\u2019 dalam komedi berdiri adalah sesuatu biasa, tetapi tindakan wanita ini dilihat melampaui batas.\n\n\n\u201cSaya geram tindakannya, tetapi saya tidak mahu hanya disebabkan pelawak ini, semua orang akan terkena tempias."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/07/sanusi-nafi-kata-pinda-perlembagaan-sebaliknya-minta-naikkan-nilai-pajakan/", "title": "Sanusi nafi kata pinda Perlembagaan, sebaliknya minta naikkan nilai pajakan", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0 Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan mendesak Perlembagaan dipinda dalam isu dakwaan Pulau Pinang adalah milik Kedah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau sebaliknya mendakwa, hanya mengeluarkan kenyataan menuntut nilai pajakan Pulau Pinang yang dibayar kepada Kedah dinaikkan mengikut kadar semasa selepas bayaran kepada negeri itu, sejak 2018 hanya berjumlah RM10.01 juta.\n\n\nBerikutan itu, katanya, soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan jawapan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen kelmarin, adalah tidak tepat kerana merujuk kenyataan yang salah.\n\n\n\u201cMereka dakwa saya melanggar Perlembagaan, tak kan minta harga semasa pajakan (Pulau Pinang) langgar Perlembagaan? Mereka tuduh saya suruh desak dan pinda Perlembagaan, sedangkan saya tak keluar kenyataan itu di mana-mana.\n\n\n\u201cSaya kata di dunia ini yang tak boleh pinda dua saja iaitu al-Quran dan hadis. Saya tak suruh pinda Perlembagaan, mereka yang salah petik kenyataan di portal.\n\n\n\u201cPerbahasan di Parlimen semalam (kelmarin) itu salah kerana merujuk petikan yang salah, mereka petik di portal dan kata saya desak pinda Perlembagaan supaya Pulau Pinang masuk balik Kedah. Semua rujuk ke situ (portal), anak Tan Sri (Guan Eng) rujuk situ, Perdana Menteri rujuk portal itu,\u201d katanya.\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas memberi kenyataan hampir satu jam kepada pegawai penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman, yang hadir merakam kenyataannya di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman di sini, hari ini.\n\n\n\n\nRakaman kenyataan itu dibuat susulan siasatan dibuat polis ke atas Muhammad Sanusi mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.\n\n\nMuhammad Sanusi berkata, Anwar dan Guan Eng sepatutnya menghubunginya terlebih dulu dan bertanya kenyataan sebenar dikeluarkannya sebelum membahaskan perkara itu di Parlimen.\n\n\nKatanya, beliau mempunyai nombor telefon yang boleh dihubungi, selain pesanan WhatsApp yang boleh digunakan bagi bertanyakan maklumat berkaitan.\n\n\n\u201cMana boleh rujuk sumber portal, sejak bila portal jadi sumber rujukan kerajaan? Kerajaan ada sumber dan ada cara untuk ambil maklumat. Asas maklumat kerajaan mana boleh ambil di portal, mereka patut tanya saya.\n\n\n\u201cSaya tak salahkan Perdana Menteri sebab yang tanya anak Tan Sri (Guan Eng) bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dia yang buat soalan dan petik daripada portal itu,\u201d katanya.\n\n\nPada masa sama, beliau turut meminta penilaian pajakan Pulau Pinang dibuat semula Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mengikut nilai semasa.\n\n\n\u201cSaya pernah cakap dulu nilai pajakan sepatutnya RM100 juta, jika kita hendak nilai semula kena lantik JPPH buat penilaian dan keluarkan nilai sebenar.\n\n\n\u201cTetapi saya kata RM100 juta kerana nilai itu selepas diskaun, jika ikut nilai semasa mungkin lebih tinggi,\u201d katanya.- Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/08/dap-tidak-perlu-minta-maaf-henti-timbul-isu-zahid/", "title": "DAP tidak perlu minta maaf, henti timbul isu \u2013 Zahid", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Khamis \u2013 \nPresiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan desakan\u00a0 permohonan maaf DAP terhadap sentimen sensitiviti di negara ini tidak perlu lagi digembar-gemburkan.\u00a0\n\n\nIni kerana, Ahmad Zahid menjelaskan parti DAP telah mengikuti segala syarat utama yang ditetapkan sewaktu perundingan membentuk Kerajaan Perpaduan sewaktu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu.\u00a0\n\n\n\u201cPerkara itu tidak perlu timbul lagi, kerana mereka telah menyatakan perkara ini beberapa kali, beberapa kali, malah, di dalam perundingan kita untuk membentuk kerajaan ini pun, perkara itu menjadi syarat utama dan mereka bersetuju seratus-peratus, dan tidak perlu kita ulangi perkara yang telah dipersetujui.\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSyarikat produksi diminta lunaskan janji?\n\n\n\n\n\n\nKerja kilang, E-hailing pekerjaan diminati 300,000 pelajar lepasan SPM\n\n\n\n\n\n\nLebih 200 guru tidak lapor diri, tolak tawaran penempatan ke Sarawak\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tingkat taraf pendidikan, baiki sekolah daif\n\n\n\n\n\n\nTurunkan poster, program ziarah gereja dibatalkan \u2013 Sumber\n\n\n\n\n\n\n\n\nUjar Zahid, saat DAP mahu memasuki kerajaan perpaduan, parti berkenaan diperuntukkan untuk memahami dan mengikuti segala syarat yang diberikan oleh BN dan PH.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan rakyat tidak perlu lagi terpengaruh dengan permainan sentimen sebegini yang dicetuskan oleh pihak lain.\u00a0\n\n\nKatanya juga,\u00a0 akar umbi telah mula diberi pencerahan yang sebaiknya berhubung kerjasama DAP-UMNO.\u00a0\n\n\nTerdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh ketika menyampaikan ucapan dasarnya menggesa DAP untuk membuat permohonan maaf secara terbuka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/08/dun-pulau-pinang-bubar-28-jun/", "title": "DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).\nKetua Menteri Pulau Pinang , Chow Kon Yeow berkata, beliau akan mempersembahkan perkara itu kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dalam masa terdekat.\n\u201cKita putuskan 28 Jun (untuk pembubaran DUN). Saya akan jumpa dengan Tuan Yang Terutama untuk cadangkannya,\u201d katanya ketika ditanya mengenai tarikh pembubaran DUN Pulau Pinang selepas merasmikan majlis Wacana Ilmu Apresiasi Pendidikan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Daerah Timur Laut 2023 di George Town pada Khamis.\nSebelum ini, Kon Yeow mengumumkan bahawa Kerajaan Pulau Pinang akan membubarkan DUN pada minggu ketiga atau keempat bulan Jun ini bagi membolehkan PRN diadakan.\nPada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN masing-masing, maka satu PRN perlu diadakan sekiranya kerajaan negeri berkenaan membubarkan DUN masing-masing atau DUN terbubar dengan sendiri selepas tamat tempoh.\nMengambil kira tempoh pembubaran itu, PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu serta Kelantan dijangka diadakan pada Julai atau Ogos, iaitu 60 hari daripada tarikh pembubaran.\nPRN itu perlu diadakan memadangkan tempoh mandat DUN di enam negeri berkenaan akan berakhir pertengahan tahun ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/09/anwar-bantah-permohonan-sanusi-berkaitan-pengampunan-diraja/", "title": "Anwar bantah permohonan Sanusi berkaitan pengampunan diraja", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah permohonan difailkan oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya Mahkamah Tinggi menentukan persoalan undang-undang berkaitan pengampunan diraja yang diberikan kepada Perdana Menteri itu lima tahun lepas.\n\n\nPermohonan tersebut dikemukakan berikutan saman fitnah Anwar terhadap Menteri Besar Kedah itu berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah \u2018Jelajah PN Best Tambun\u2019.\n\n\nMenurut Anwar, permohonan Muhammad Sanusi mengenai pengampunan diraja yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadapnya (Anwar) pada 16 Mei 2018 adalah di luar bidang kuasa mahkamah.\n\n\nPresiden PKR itu berkata, berdasarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Perkara 181, memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan adalah kuasa yang tetap dan tidak terjejas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Digugurkan Dari MKT UMNO Kerana Kritik Parti\n\n\n\n\n\n\nRibuan mangsa rugi puluhan juta terhadap skim pelaburan kutu \u2018Sapiza\u2019\n\n\n\n\n\n\nKukuhkan hubungan Riyadh \u2013 Kuala Lumpur\n\n\n\n\n\n\nTAMAN TEMA MENDAPAT SAMBUTAN KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH\n\n\n\n\n\n\n41.6% Individu Terima Dos Penggalak Semalam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTerdapat pelbagai kes di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang mendukung prinsip perundangan itu dengan memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh mengesahkan atau mevariasikan apa-apa keputusan Yang di-Pertuan Agong.\n\n\n\u201cIa termasuk keputusan untuk memberikan saya pengampunan, secara langsung membuktikan bahawa mahkamah tidak mempunyai apa-apa bidang kuasa untuk berbuat demikian,\u201d katanya menerusi afidavit jawapan yang difailkan pada 25 April lepas menerusi Tetuan S.N. Nair di Mahkamah Tinggi Alor Setar.\n\n\nAnwar menegaskan bahawa permohonan Muhammad Sanusi adalah tidak relevan, remeh, mengaibkan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah untuk membuat keputusan ke atas perkara-perkara yang tidak boleh diputuskan.\n\n\n\u201cSelaras pengampunan diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018, saya diampunkan secara penuh dan segala keburukan ke atas diri saya termasuk rekod-rekod mahkamah adalah diketepikan dan apa-apa kenyataan menyentuh perkara sama adalah fitnah serta boleh diambil tindakan,\u201d kata Anwar menerusi afidavit itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/09/anwar-hadiri-pau-2023-selepas-25-tahun/", "title": "Anwar hadiri PAU 2023 selepas 25 tahun", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Beberapa pemimpin parti dalam Kerajaan Persekutuan dilihat menghadiri Persidangan Agung UMNO (PAU) 2023 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.\n\n\nAntara yang menjadi tumpuan ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila kembali menghadiri PAU setelah dipecat oleh parti tersebut pada tahun 1998.\n\n\nAnwar yang hadir sekitar jam 9 pagi itu segak berbaju Melayu biru muda, disambut oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan juga kepimpinan tertinggi parti.\n\n\nTurut hadir Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPetisyen Parlimen Segamat ditolak, Ramasamy kemuka rayuan\n\n\n\n\n\n\nJangan Biar Aset Negara Digadai, Dirampas Pihak Luar \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n82.8 Peratus Remaja Lengkap Divaksinasi\n\n\n\n\n\n\nKekurangan bekalan ayam, telur diatasi menjelang Ramadan\n\n\n\n\n\n\nUMNO pilih DAP sebab tidak berpura-pura setiakawan \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\n\n\nKali terakhir Anwar berucap di pentas PAU pada 1998 sebagai Timbalan Presiden UMNO sebelum dipecat parti itu.\n\n\nBeliau yang turut dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri kemudian dipenjarakan atas tuduhan yang menurutnya percubaan bermotifkan politik untuk mematikan kerjaya dan pengaruhnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/09/ibu-mualaf-dikurung-anak-dipukul-dengan-penyangkut-baju-sebab-kuat-menangis/", "title": "Ibu mualaf dikurung, anak dipukul dengan penyangkut baju sebab kuat menangis", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Apalah nasib seorang ibu mualaf yang dikatakan dikurung manakala anaknya berusia setahun 11\u00a0 bulan menjadi mangsa nafsu amarah seorang lelaki tempatan apabila dipukul teruk.\n\n\nLelaki berkenaan yang merupakan seorang lelaki tempatan ditahan polis ekoran tular hantaran di media sosial semalam mahu rakyat Malaysia membantu mengesan suspek.\n\n\nSuspek dipercayai mendera kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan di perumahan awam Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur.\n\n\nDia dikatakan memiliki 13 rekod jenayah lampau seperti dinyatakan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam sidang medianya hari ini di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, IPKKL.\n\n\nSidang media oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Mohd Shuhaily Mohd Zain.\n\n\nBeliau berkata rekod berkenaan melibatkan pelbagai kesalahan jenayah dan dadah serta satu rekod dikehendaki polis di Lanchang, Pahang.\n\n\n\n\n\u201cIbu kanak-kanak itu merupakan seorang mualaf berumur 18 tahun dan telah menetap dengan suspek selama dua bulan.\n\n\n\u201cSepanjang tempoh berkenaan, ibu kanak-kanak itu telah dikurung di dalam bilik berasingan dengan anaknya dan dikunci oleh suspek,\u201d katanya.\n\n\n\n\nShuhaily berkata kanak-kanak berkenaan agak aktif dan dikurung selepas dipukul akibat membuat bising.\n\n\n\u201cHasil pemeriksaan, suspek gagal mengemukakan kad pengenalannya dan dia memiliki kad pengenalan orang lain.\n\n\n\u201cUjian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine serta direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Shuhaily motif kejadian sedang disiasat dan berdasarkan pengakuan awal, suspek menyatakan memukul kanak-kanak itu kerana selalu membuat bising.\n\n\nKanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 11 bulan dipercayai didera.\n\n\nBeliau berkata Bahagian Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) IPK Kuala Lumpur telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, Peraturan 25(2) Akta Pendaftaran Negara 1959 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, polis telah menahan lelaki berusia 31 tahun itu di sebuah pangsapuri di Taman Kepong Indah, di ibu negara.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerikutan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.\n\n\nSebelum itu tular wajahnya dikongsi netizen setelah didakwa membelasah kanak-kanak berkenaan dengan menggunakan penyangkut baju, dan ditampar di muka.\n\n\nKanak-kanak itu mengalami kesan berbilas di badan akibat dipukul serta lebam di muka kesan tamparan suspek."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/09/jangan-usik-perasan-orang-melayu-ahmad-zahid/", "title": "Jangan usik perasan orang Melayu \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013 \u201dJangan diusik hati dan perasaan orang Melayu.\u201d\n\n\nDemikian tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terhadap seruan bagi memadamkan kecurigaan sesama parti-parti dalam kerajaan Persekutuan.\n\n\nBeliau juga memberi peringatan sama kepada ahli-ahli UMNO agar mengelakkan tutur dan tindakan yang boleh mengundang resah sahabat serta rakan parti-parti lain.\n\n\n\u201cJangan lagi ada kenyataan-kenyataan yang boleh menguris hati antara kita. Kepada sahabat-sahabat kita, jangan diusik hati dan perasaan orang Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBeri Rakyat Lahir Selepas Merdeka Status Bumiputera \u2013 Kor Ming\n\n\n\n\n\n\nAmaran Hujan Lebat Sehingga Selasa\n\n\n\n\n\n\nLembaga Disiplin UMNO panggil Jamal\n\n\n\n\n\n\nTuduhan Muhyiddin bermotif politik? Anwar tidak campur tangan dakwaan\n\n\n\n\n\n\nKeluarga Nazrin Hassan Mohon Pendakwaan Fail Rayuan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201dBegitu juga dengan kita, elakkan tutur dan tindakan yang boleh mengundang resah sahabat dan rakan,\u201d katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nTerdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan perkara pokok yang melibatkan soal Islam, Melayu dan bumiputera tidak pernah dicabar atau cuba dirobek oleh mana-mana rakan kongsi politik kita.\n\n\nOleh demikian, beliau berharap kesalingan yang terbentuk ini akan memadamkan kecurigaan sesama kita.\n\n\n\u201cAndai ada yang cuba memainkan sentimen,\u00a0 kononnya kerjasama politik yang dilakukan oleh UMNO, akan menghakis kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera, suka saya tegaskan, UMNO bukan political chameleons atau mengkarung politik.\n\n\n\u201dKita tetap mempertahankan empat perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/09/netizen-naik-angin-kecam-pelancong-first-world-country-isi-minyak-murah-di-malaysia/", "title": "Netizen naik angin, kecam pelancong `first world country\u2019 isi minyak murah di Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Susulan jenaka sensitif, pelawak Singapura Jocelyn Chia, warga Malaysia mula pulang paku buah keras, terhadap tindakan rakyat Singapura yang dikatakan tidak layak seperti penghuni negara membangun.\n\n\nTular di media sosial,\u00a0 rata rata netizen membalas kembali perangai dan mentaliti warga SIngpura yang tidak selari dengan tahap pemikiran masyarakat daripada negara membangun seperti didakwa pelawak itu.\n\n\nRakyat Malaysia mendedahkan aski\u00a0 \u2018first world country\u2019 mengisi\u00a0 minyak subsidi di Malaysia.\u00a0\n\n\nSerangan media sosial itu adalah sebagai tindak balas terhadap penghinaan yang dilontarkan kepada negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek LCS tetap diteruskan biarpun sukar dilaksana\n\n\n\n\n\n\nDakwaan komplot PN guling kerajaan tidak berasas\n\n\n\n\n\n\nHanya Empat Kerusi Ditawarkan Untuk PAS\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi rendah, Shafie Ngah gesa rakyat keluar mengundi\n\n\n\n\n\n\n89.9 % Keluar Bagi Pengundian Awal PRN Melaka\n\n\n\n\n\n\n\n\nSejak Rabu, media sosial dihujani dengan komen kecaman netizen Malaysia yang meluahkan rasa marah kepada pelawak wanita tersebut.\n\n\nBukan sahaja komen menghangatkan suasana dilontarkan,\u00a0 netizen Malaysia yang digelar \u2018tentera bawang\u2019 turut memuat naik gambar yang memperlihatkan aksi jelik rakyat negara republik itu ketika berkunjung ke Malaysia, khususnya di selatan tanah air.\n\n\nKejadian pelawat Singapura isi minyak Ron 95 di Malaysia.\n\n\nSekeping gambar\u00a0 turut dimuat naik bersama perkongsian itu memperlihatkan seorang pemandu lelaki sedang mengisi minyak kuning (RON95) untuk keretanya yang bernombor pendaftaran Singapura.\n\n\nMenurut individu yang membuat perkongsian berkenaan, gambar itu dikatakan dirakam di sebuah stesen minyak di Shah Alam, Selangor.\n\n\nNamun, ia tidak menyatakan butiran lanjut seperti tarikh dan masa gambar kejadian itu dirakam.\n\n\nUntuk makluman, harga petrol di Malaysia adalah lebih rendah berbanding di Singapura kerana inisiatif kerajaan negara ini yang memberi subsidi kepada rakyat tempatan.\n\n\nSelain daripada perkongsian gambar terbaharu itu, netizen turut \u2018menggali\u2019 dan memuat naik gambar lama memaparkan aksi rakyat republik itu di stesen minyak.\n\n\nKejadian isi minyak di selatan tanah air pada tahuan lalu ditayang semula netizen sebagai reaksi marah terhadap jenaka tidak beradab pelawak Singapura.\n\n\nSusulan itu, rata-rata warga maya mendesak agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pemandu dengan nombor pendaftaran asing agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan subsidi petrol yang diperuntukkan untuk rakyat tempatan.\n\n\nTindakan keterlaluan warga Singapura kencing di tempat mengambil wuduk juga dikongsi kembali.\n\n\nTerdahulu, Jocelyn dikecam hebat kerana bertindak menghina Malaysia menerusi lawak jenaka yang dipersembahkan dalam sebuah program komediri (stand-up comedy) pada Selasa.\n\n\nMenerusi satu video berdurasi 1.29 saat yang tular di media sosial, pelawak itu beberapa kali dilihat sengaja mempersenda Malaysia dalam sketsa komedinya.\n\n\n\n\nWanita terbabit membangkitkan isu perkauman serta membandingkan kemajuan antara Malaysia dan negaranya dengan melabel negara ini sebagai negara yang sedang membangun.\n\n\nJocelyn turut menyentuh isu kontroversi berkaitan tragedi kehilangan pesawat milik Malaysia, MH370, dalam komedi yang dipersembahkan.\n\n\nEkoran jenaka sensitif itu, Singapura menerusi Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran tindakan melampau pelawak tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/10/abdul-rasheed-calon-tepat-paling-sesuai-jadi-gabenor-bnm/", "title": "Abdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour adalah calon tepat dan paling sesuai untuk menjadi peneraju bank pusat negara itu.\n\n\nPada Jumaat, BNM mengumumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik\u00a0Abdul Rasheed sebagai Gabenor untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Julai 2023 hingga 30 Jun\u00a02028.\n\n\n\u201cBeliau adalah calon yang tepat dan paling sesuai. Beliau akan berjaya dalam memacu kestabilan monetari dan kewangan negara,\u201d katanya.\n\n\nSelain itu, etika kerja Abdul Rasheed yang kuat, pendekatan kolaboratif dan inklusif telah memberikan perkhidmatan yang baik kepada bank dan negara, kata Muhammad.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTanda Pagar #MatKilau Sohor Di Twitter\n\n\n\n\n\n\nMalaysia bakal tanah besar ke-2? Segera tangani pelancong China tidak pulang\n\n\n\n\n\n\nBudaya derma sudah sebati dengan ahli Pas\n\n\n\n\n\n\nTuntutan 9 Kerusi Makkal Sakhti Daripada BN Tidak Realistik\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : tiada lesen, restoran tamat tempoh\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata tanggungjawab seorang pegawai bank pusat\u00a0sentiasa mencabar berdasarkan keperluan untuk mengimbangi kepentingan pelbagai pihak berkepentingan dalam persekitaran kewangan dan ekonomi global yang semakin mencabar.\n\n\nMuhammad menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor pada 2016.\n\n\nDua tahun kemudian, pada 1 Julai\u00a02018, Tan Sri\u00a0Nor Shamsiah Mohd Yunus dilantik sebagai Gabenor.\u00a0Tempoh perkhidmatan beliau tamat pada 30 Jun\u00a02023.\n\n\nSementara itu, Nor Shamsiah dalam kenyataan berkata beliau yakin Abdul Rasheed merupakan pilihan yang tepat untuk menerajui bank\u00a0sebagai Gabenor, setelah bertahun-tahun bekerjasama rapat dengannya.\n\n\n\u201cSaya yakin dengan keupayaan beliau untuk memimpin bank bagi terus\u00a0memenuhi mandat bank iaitu menggalakkan kestabilan monetari dan\u00a0kestabilan kewangan yang kondusif bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang\u00a0mampan,\u201d katanya.\u00a0\u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/10/ahmad-maslan-sebenarnya-punca-bn-kalah-pru15-ismail-sabri/", "title": "Ahmad Maslan sebenarnya punca BN kalah PRU15 \u2013 Ismail Sabri", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menyangkal dakwaan UMNO tidak seteruk ketika ini jika Putrajaya mengikut keputusan bersama membubarkan Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor adalah tidak benar.\n\n\nIsmail Sabri berkata, dakwaan oleh bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan itu hanya pandangan yang simplistik tanpa fakta dan statistik.\n\n\nJelasnya, sebagai Perdana Menteri, beliau mendapat laporan daripada pelbagai agensi yang menunjukkan suasana pada ketika itu BN masih tidak mampu untuk menang.\n\n\n\u201cSemasa itu, ekonomi sedang dalam proses pemulihan selepas kita terjejas teruk akibat Pandemik Covid-19. Sepatutnya proses pemulihan diteruskan bukan dengan membubarkan Parlimen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTuduhan Saifuddin berniat jahat, mainan politik isu MARRIS, REE\n\n\n\n\n\n\nMalaysia, Vietnam sasar kerjasama kukuh pasaran buruh\n\n\n\n\n\n\nEmpat beradik maut dalam kebakaran di Muar\n\n\n\n\n\n\nSambut hari raya dengan wadah kesatuan dan ukhuwah Islamiah\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri lawat mangsa banjir selepas 5 hari ke New Zealand\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUsaha-usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan rakyat telah mula menunjukkan hasil.\n\n\n\u201cBuktinya, ekonomi negara berkembang sebanyak 8.7 peratus pada tahun 2022, terbaik di rantau Asia Tenggara malah antara yang tertinggi di dunia tetapi usaha itu tidak dapat diteruskan kerana desakan berterusan supaya Parlimen dibubarkan,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nMengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak boleh dijadikan sebagai indikator untuk menentukan kejayaan BN dalam PRU.\n\n\nKatanya, keadaan politik negara amat dinamik, PRN lebih tertumpu kepada isu negeri khususnya prestasi Kerajaan yang mentadbir negeri pada ketika itu.\n\n\n\u201cPRU pula melibatkan isu nasional. Apatah lagi persepsi terhadap BN secara keseluruhannya masih tidak baik pada ketika itu.\n\n\n\u201cInilah punca sebenar kekalahan BN kerana mempunyai bekas Setiausaha Agung UMNO yang hanya sekadar boleh membuat andaian mudah berlandaskan logik akalnya sahaja tanpa mempunyai statistik sokongan peringkat persekutuan kepada BN,\u201d ujarnya.\n\n\nTerdahulu, Ahmad Maslan mendakwa memberi bayangan nasib UMNO mungkin tidak seteruk sekarang jika \u2019pihak Putrajaya\u2019 patuh kepada kehendak parti supaya PRU diadakan tidak lama selepas PRN di Melaka serta Johor diadakan.\n\n\nIa dipercayai merujuk kepada sekumpulan pemimpin Umno yang berada dalam kerajaan ketika itu, diketuai Ismail Sabri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/10/enam-bulan-hilang-di-mekah-ustaz-musthafa-disahkan-meninggal-dunia/", "title": "Enam bulan hilang di Mekah, Ustaz Musthafa disahkan meninggal dunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Selepas kira-kira enam bulan dilaporkan hilang ketika menunaikan umrah di Tanah Suci,\u00a0guru Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja di Batu Pahat, Johor,\u00a0Musthafa Kamal Abdullah, 49, disahkan meninggal dunia.\n\n\nPengesahan kematian jemaah itu dibuat Kedutaaan Malaysia, sekali gus menamatkan penantian keluarga Musthafa berhubung keadaan Allahyarham yang hilang\u00a0sejak 12 Disember tahun lalu.\n\n\nWalaupun pahit untuk diterima, keluarga Allahyarhan menerima berita itu dengan reda dan menganggapnya sebagai ketentuan Allah apatah lagi meninggal dunia di tempat yang diimpikan oleh semua umat Islam.\n\n\nAnak sulung Allahyarham, Muhammad Nabil, 26, berkata, dia sekeluarga menerima pengesahan itu daripada Kedutaan Malaysia kira-kira pukul 11.40 pagi semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTol percuma 20, 21 Januari sempena Tahun Baharu Cina\n\n\n\n\n\n\nPelajar, OKU nikmati tambang KTMB percuma mulai 15 Februari\u00a0\n\n\n\n\n\n\nLRA Sungai Semenyih beroperasi semula\n\n\n\n\n\n\nKJ jangka parti kerajaan dilanda \u2018tsunami tidak puas hati\u2019\n\n\n\n\n\n\nTiket Vtl Malaysia-Singapura Dijual Semula Hari Ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, solat jenazah ghaib dilakukan selepas solat Jumaat.\n\n\nKatanya, dalam masa yang sama mereka berasa lega dengan pengesahan terbabit setelah hampir enam bulan menanti perkhabaran berkaitan kehilangan arwah bapanya yang sebelum ini seolah-olah tiada penghujungnya.\n\n\nKatanya, dalam masa yang sama mereka berasa lega dengan pengesahan terbabit setelah hampir enam bulan menanti perkhabaran berkaitan kehilangan arwah bapanya yang sebelum ini seolah-olah tiada penghujungnya.\n\n\n\u201cSaya diberitahu oleh pihak kedutaan di sana yang ayah sebenarnya meninggal dunia pada 13 Februari lepas melalui pengesahan biometrik. Semua pengurusan jenazah telah selesai termasuk pengkebumiannya.\n\n\n\u201cKini saya bersama ibu, adik beradik dan ahli keluarga yang lain hanya menunggu dokumen pengesahan kematian ayah selain agak terkilan kerana proses pengesahan kematian itu agak lama,\u201d katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Sri Gading.\n\n\nNabil yang bertugas di Pejabat Kadi Daerah Batu berkata, selain menunggu dokumen pengesahan kematian, mereka sekeluarga juga tertunggu-tunggu punca sebenar kematian bapanya serta lokasi arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.\n\n\nUjarnya, dia berhasrat membawa ibu dan empat adiknya untuk menziarahi pusara arwah bapanya yang disemadikan di sebuah tanah perkuburan di Mekah dalam masa terdekat.\n\n\n\u201cSaya menganggap kejadian ini ada hikmah di sebaliknya dan bersyukur ayah meninggal dalam keadaan yang baik (berihram) serta dalam bulan yang baik (Rejab),\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, pada 6 Disember tahun lalu, Musthafa dilaporkan ke Mekah untuk\u00a0 menunaikan umrah bersama anaknya, Muaz, 17 dan dijangka pulang pada 18 Disember namun dilaporkan hilang pada 12 Disember.\u00a0\u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/10/jangan-manipulasi-isu-pemilikan-tanah-rizab-polis-diraja-malaysia/", "title": "Jangan manipulasi isu pemilikan tanah rizab Polis Diraja Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Semua pihak diminta\u00a0 tidak memanipulasikan isu pemilikan tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kamunting, Perak, sehingga boleh mengelirukan masyarakat.\n\n\nSetiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, PDRM telah selesai membuat siasatan ke atas kes pemilikan tanah rizab itu yang merupakan berek kelamin dan rumah ketua polis balai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kepada sebuah organisasi gereja.\n\n\n\n\nBeliau berkata, hasil siasatan mendapati tiada unsur penipuan terhadap status tanah rizab tersebut dan kes itu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPDRM gantung kuasa, hak keistimewaan \u2018Inspektor Sheila\u2019\n\n\n\n\n\n\nMangsa banjir enam negeri meningkat kepada 11,918\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023\n\n\n\n\n\n\nCadangan SPRM di bawah seliaan EAIC masih dalam penelitian\n\n\n\n\n\n\nPindaan Akta 342 Demi Kesinambungan Penguatkuasaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nNoorsiah turut menjelaskan siasatan mengenai status tanah menunjukkan tanah di lot 784 merupakan tanah milik The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka,\u00a0 di bawah PN 154733,\u00a0 sejak tahun 1883.\n\n\nKhamis lalu,\n Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail\u00a0 dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat, bahawa Pengarah Pendakwaan Negeri Perak memutuskan kes penukaran hak milik tanah rizab PDRM di Kamunting, Perak kepada sebuah organisasi gereja di Melaka, diklasifikasikan sebagai NFA.\n\n\nIni susulan laporan polis IPD Taiping berhubung kes tukar milik tanah lot 784 di Kamunting, Taiping, dibuat tanpa pengetahuan.\n\n\nPada 30 April lalu,\n portal berita tempatan memetik sumber melaporkan, sebidang tanah rizab PDRM di Kamunting, ditukar hak milik kepada sebuah organisasi gereja di Melaka tanpa pengetahuan.\n\n\nMenurut laporan itu, penukaran tanah milik PDRM terbabit terbongkar selepas polis menerima surat daripada sebuah syarikat peguam yang mewakili pihak gereja pada 14 April yang menuntut hak milik tanah seluas 0.55 hektar di Mukim Kamunting.T"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/10/kj-jumpa-muhyiddin-minggu-depan/", "title": "KJ jumpa Muhyiddin minggu depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ akan berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu depan bagi memberikan jawapan muktamad berhubung keputusan menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU.\n\n\nTerdahulu, Khairy yang bersiaran langsung menerusi podcast \nKeluar Sekejap\n bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan memberitahu beliau ada berjumpa dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad.\n\n\nBeliau berkata, pertemuan bersama Hishamuddin bukan untuk berkomplot atau sedang melakukan sesuatu langkah sebaliknya hanya untuk bertanyakan khabar serta perancangan dalam politik.\n\n\n\u201cSaya sudah maklumkan kepada Datuk Hisham (Hishammuddin), saya akan berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin minggu depan untuk memberi jawapan muktamad,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEnam PRN dicadang serentak elak perbelanjaan berulang\n\n\n\n\n\n\nKapitalis Pegang Pemimpin Punca Kegiatan Haram Gagal Dibanteras? \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nSubsidi bersasar atasi masalah ketirisan dan bekalan\n\n\n\n\n\n\nFilem Mentega Terbang tidak ambil kira sensitiviti agama, rendah nilai moral\n\n\n\n\n\n\nNajib cirit birit tak dapat hadir bicara 1MDB\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenjawab soalan Shahril sama ada beliau boleh memberikan pratonton kepada jawapannya, Khairy menjawab \u2018Biarlah saya simpan dahulu\u2019.\n\n\nSemalam, Khairy dan Shahril telah melakukan siaran langsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di Gombak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/10/minum-spirit-campur-air-berbikarbonat-pelajar-diintubasi/", "title": "Minum spirit campur air berbikarbonat pelajar diintubasi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Padah m\ninum spirit dicampur dengan air berbikarbonat,\u00a0 20 pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah berasrama di Pitas, Kota Marudu, Sabah dikejarkan ke hospital.\n\n\nSemua pelajar berkenaan berusia 13 hingga 17 tahun\u00a0 bagaimanapun dalam keadaan stabil dan sedang mendapat rawatan di Hospital Pitas dan Hospital Queen Elizabeth (HQE) I dan HQE II.\n\n\nKesemuanya dipercayai mengalami keracunan makan kesan meminum hidrokarbon atau spirit.\n\n\nKetua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, siasatan awal mendapati seorang pelajar telah membeli sebotol minuman bikarbonat dan dua botol \u2018Spirit\u2019 dari sebuah kedai runcit kira-kira pukul 1:00\u00a0 tengah hari pada 6 Jun lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nArmada buat laporan polis terhadap Anwar, Guan Eng\n\n\n\n\n\n\nHentikan sensasi, isu laungan di Pulau Pinang azan sudah selesai\n\n\n\n\n\n\nJangan Biar Aset Negara Digadai, Dirampas Pihak Luar \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nMelayu berpecah akibat politik dibimbangi lemahkan Islam \u2013 Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil alih siasatan jika ada unsur khianat nahas Elmina\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, salah seorang pelajar kemudian dipercayai mencampurkan kedua-dua minuman itu dan kemudian campuran berkenaan diminum beramai-ramai.\n\n\nKatanya tiga pelajar\u00a0 sakit perut dan mengadu kurang sihat sebaik minum campuran itu sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada warden asrama.\n\n\nMereka seterusnya dibawa ke Klinik Komuniti Pinggan-Pinggan bagi mendapatkan rawatan dan diarah datang semula sekiranya mengalami gejala teruk.\n\n\nBeliau yang dihubungi media hari ini berkata dua hari kemudian, tiga pelajar dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Pitas dengan dua daripadanya kekejangan otot serta tercungap-cungap selain bacaan GCS lemah dan terpaksa di-intubasi.\n\n\nJelasnya, kedua-dua mangsa kini dirawat di Unit Kecemasan.\n\n\n18 lagi yang lain masih dalam rawatan di Hospital Pitas masing-masing empat di Zon Kuning dan 14 di Zon Hijau dan semuanya stabil.\n\n\nKata Superitendan Zainolrizal lagi, berdasarkan keterangan Pegawai Perubatan, pihak hospital pada mulanya mengesyaki gejala tersebut adalah mabuk metanol daripada mana-mana cecair arak.\n\n\nNamun sebaik mengesan botol \u2018Spirit\u2019 yang diberikan oleh mangsa, kes diklasifikasi sebagai keracunan hidrokarbon (Spirit) memandangkan ianya berasaskan Petroleum."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/10/pas-komited-dalam-perjuangan-ahmad-zahid-mengkarung-politik-sebenar/", "title": "PAS komited dalam perjuangan, Ahmad Zahid \u2018mengkarung politik\u2019 sebenar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 PAS menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah \u2018mengkarung politik\u2019 kerana sanggup merelakan UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.\n\n\nKetua penerangannya, Khairil Nizam Khirudin berkata, pendekatan ini berbeza dengan PAS yang kekal komited dalam memperjuangkan kedaulatan Islam dan Melayu yang berasaskan kepada keluhuran Perlembagaan serta perpaduan ummah,\n\n\n\u201cKombinasi Perikatan Nasional (PN) dan perpaduan ummah adalah alternatif terbaik berbanding PH-UMNO yang didominasi oleh DAP dan diikat dengan penipuan luar tabii (No DAP, No Anwar) yang dicanangkan pemimpin \u2018political chameleon\u2019 sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\n\u201cPerjuangan PAS daripada dulu tetap teguh selaras kehendak presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak Salah Bercita-Cita Nak Jadi PM \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\nGaji minimum : 100 pekerja protes di hadapan pejabat Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nKerja penyelenggaraan punca Lebuhraya Karak sesak\n\n\n\n\n\n\nKos haji dijangka meningkat sehingga RM31,000 seorang\n\n\n\n\n\n\n19 MoU dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian sebagai ulasan yang diucapkan oleh Ahmad Zahid yang menggunakan istilah \u2018political chameleon\u2019 bagi menggambarkan UMNO ini sebuah parti politik yang berbeza dengan sebuah lagi parti politik yang lain yang hanya menggunakan Islam sebagai label perjuangan.\n\n\nSewaktu berucap di Persidangan Agung UMNO (PAU) 2023, Ahmad Zahid tidak menyebut secara khusus nama parti politik berkenaan, bagaimanapun ia menyifatkannya sebagai mengkarung politik sebenar kerana sanggup memperdagangkan ayat suci dan berselindung di sebalik kepentingan politik sempit mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/10/polis-tahan-lelaki-pukul-pemandu-wanita-guna-topi-kaledar/", "title": "Polis tahan lelaki pukul pemandu wanita guna topi kaledar", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai memukul pemandu wanita menggunakan topi keledar dalam kejadian di Jalan Permatang Damar Laut, Pulau Pinang pada Khamis.\n\n\nPenahanan itu berlaku selepas tular video insiden tersebut di media sosial.\n\n\nKetua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek berusia 32 tahun yang merupakan penunggang motosikal itu ditahan semalam bagi membantu siasatan kes tersebut.\n\n\n\u201cSiasatan awal mendapati lelaki itu tidak berpuas hati dengan wanita tersebut yang memandu kereta sehingga menyebabkan kemalangan dan telah mendorong suspek mencederakan wanita itu dengan topi keledar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLetup mesin ATM, dua suspek ditahan ketika \u2018cuci\u2019 wang guna peluntur\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu perhalusi keputusan tarik balik rayuan kes kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nUndi tak percaya ke atas Presiden UMNO boleh dilakukan \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tekad tangani isu Islamofobia melalui hubungan diplomasi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLelaki itu direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,\u201d katanya dalam kenyataan pada Sabtu.\n\n\n \n\n\nBeliau turut meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya menerusi talian 04-8662222.\n\n\nTerdahulu tular video berdurasi 14 saat memaparkan seorang penunggang motosikal bertindak kasar sebelum memukul pemandu wanita dengan topi keledar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/10/siasatan-terhadap-mb-kedah-bukan-bermotif-politik/", "title": "Siasatan terhadap MB Kedah bukan bermotif politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak dakwaan bahawa siasatan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu sejarah pemilikan Pulau Pinang yang dikatakan milik Kedah adalah berunsur politik.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan tersebut tidak ada kena mengena dengan dendam politik dan sebagainya.\n\n\nBeliau berkata, tindakan berkenaan dilaksanakan berdasarkan prinsip profesional dan biar polis melakukan siasatan.\n\n\n\u201cApabila suatu kenyataan yang dianggap sebagai boleh menimbulkan keresahan dibiarkan tanpa tindakan, kerajaan dilihat tidak ada gigi, tidak berani ambil tindakan sedangkan rakyat resah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerarakan Pemuda PAS beri gambaran tak baik kepada Islam\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki Tak Perlu Bimbang Disiasat \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nPAS cadang PRK Kuala Terengganu diadakan serentak dengan PRN\n\n\n\n\n\n\nExco DAP cuba semarakkan Islamofobia, biadap \u2013 Haji Amin\n\n\n\n\n\n\nPerjuangan PAS sudah berubah \u2013 Mohammad Agus\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIsu yang sudah selesai pun korek balik. Apabila polis bertindak, ada menuduh ambil tindakan disebabkan politik,\u201d katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar selepas lawatan bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ke tapak projek Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi di Pokok Sena pada Sabtu.\n\n\nBeliau berkata, mana-mana pihak tidak seharusnya membuat sebarang andaian sebaliknya menunggu sehingga proses siasatan selesai sehingga peringkat seterusnya.\n\n\nBagaimanapun, Saifuddin berkata, beliau mendapati ada pihak telah membuat dakwaan tertentu sedangkan proses siasatan terhadap Menteri Besar Kedah itu masih berjalan.\n\n\n\u201cSatu kenyataan yang akan mengundang satu kesan. Jadi apa yang berlaku pada Menteri Besar adalah satu kertas siasatan telah dibuat. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/10/sprm-pdrm-siasat-terperinci-pemilikan-tanah-rezab-pdrm-putra/", "title": "SPRM, PDRM siasat terperinci pemilikan tanah rizab PDRM- PUTRA", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, SPRM dan Polis Diraja Malaysia, PDRM, disaran menyiasat semua pejabat tanah daerah secara menyeluruh bagi mengenal pasti urusan penukaran hak milik tanah.\n\n\nKetua Penerangan PUTRA Malaysia, Sharulufti Sharif, berkata jika terdapat kecuaian atau kesalahan kakitangan perkara itu perlu harus ditangani dengan baik bagi mengelakkan beberapa lagi tanah rizab milik PDRM yang lain seperti yang dilaporkan media sebelum ini bertukar tangan.\n\n\nKatanya dalam satu kenyataan, rakyat menggesa supaya satu lagi lot tanah banggunan Polis di Kampung Padang Gajah dalam Daerah Larut\u00a0 yang dipindah milik tanpa pengetahuan disiasat dengan lebih teliti dan penuh integriti.\u00a0\n\n\nTambah beliau, polis adalah badan penguatkuasa paling tinggi yang dipercayai untuk menjaga harta benda dalam negara ini justeru jika tidak diurus dengan baik, akan menyebabkan pertukaran hak milik boleh berlaku.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKorban Banjir Meningkat Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nPolis tunggu laporan perubatan budak dipercayai mangsa dera\n\n\n\n\n\n\nTujuh individu ditahan terbabit keluar sijil vaksin palsu \u2013 KP Selangor\n\n\n\n\n\n\nSekolah Vernakular Cipta Jurang, Halang Integrasi Nasional \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nIsham suruh Rafizi cari jalan, jangan tunggu ringgit terus jatuh!\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu katanya,\u00a0 NFA adalah singkatan kepada No Further Action.\u00a0\n\n\nJelasnya, jika satu laporan polis diklasifikasikan sebagai NFA, maksudnya tiada pendakwaan akan dibuat terhadap orang yang dilaporkan untuk suatu kesalahan dan keputusan NFA sememangnya budi bicara Pendakwa Raya serta tidak boleh dicabar.\u00a0\n\n\nKhamis lalu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail\u00a0 dalam satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat, bahawa Pengarah Pendakwaan Negeri Perak memutuskan kes penukaran hak milik tanah rizab PDRM di Kamunting, Perak kepada sebuah organisasi gereja di Melaka, diklasifikasikan sebagai NFA."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/10/tajuddin-dakwa-ahmad-maslan-punca-kemusnahan-umno/", "title": "Tajuddin dakwa Ahmad Maslan punca kemusnahan UMNO", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa, kemusnahan yang berlaku kepada UMNO kini disebabkan nasihat diberikan Datuk Seri Ahmad Maslan ketika Ahli Parlimen Pontian itu menjadi Setiausaha Agung.\n\n\nTajuddin yang digantung keahlian dalam UMNO berkata, ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), Ahmad tidak menghiraukan pandangan akar umbi berkaitan isu calon yang diletakkan untuk bertanding pada pilihan raya itu.\n\n\n\u201cDia tidak menjadi penasihat yang betul kepada Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi). Akar umbi dah beritahu kepada parti (berkaitan dengan calon) namun dia (Ahmad) tak nak dengar.\n\n\n\u201cOrang nak calon tempatan tetapi parti ketika itu hantar calon luar. Jadi, berlaku pemberontakan akar umbi dan (akar umbi) memilih calon lawan sebagai protes, siapa yang rugi,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPATI antara faktor penyakit tibi meningkat di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa kini ahli PAS?\n\n\n\n\n\n\nPembahagian kerusi PH, BN selepas DUN bubar\n\n\n\n\n\n\nHarga Ais Akan Dinaikkan \u2013 Pengusaha\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Diskaun PTPTN hingga 20 peratus selama 3 bulan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu hadir ke Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang menjadi venue Perhimpunan Agung UMNO (PAU) semalam.\n\n\nUMNO pada PRU15 mencapai rekod terburuknya apabila hanya memenangi 26 kerusi Parlimen dengan kebanyakan kerusinya tewas kepada calon dari Perikatan Nasional (PN).\n\n\nUMNO dan Barisan Nasional (BN) juga selain hilang Perlis yang dikuasainya sejak sekian lama.\n\n\nDalam pada itu, Tajuddin turut meminta UMNO supaya memulihkan status keahliannya dalam parti supaya beliau dapat turun membantu BN untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi terutama untuk menggempur pesaing UMNO.\n\n\n\u201cSaya tahu kelemahan PAS, saya tahu kelemahan BERSATU dan saya juga tahu semua kelemahan Perikatan Nasional (PN).\n\n\n\u201cBagilah saya keris. Kalau tak bagi keris macam mana saya nak bantu UMNO pergi berperang?\u201d katanya.\n\n\nTajuddin digantung keahlian dalam parti selama enam tahun hasil keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 30 September tahun lalu dan beliau juga sudah beberapa kali mengemukakan rayuan kerana mahu kembali aktif dalam UMNO.\n\n\nKetika ditanya mengenai sama ada pihaknya ada menandatangani Proklamasi Orang Melayu yang digerakkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tajuddin berkata, ia bukanlah satu perkara baharu dan pihaknya terlebih dahulu melakukannya.\n\n\n\u201cSaya dah buat dulu, saya kumpulkan lebih 50,000 orang Melayu di Pasir Salak. Malah Presiden PAS (Tan Sri Hadi Awang) di pentas hadapan rumah saya memberikan ucapan kepada semua,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya, namun perkara itu tidak dapat kekal lama kerana UMNO dan PAS gagal memelihara perpaduan Melayu. \u2013 BERITA HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/10/ulat-parkir-haram-ditahan-dbkl/", "title": "\u2018Ulat\u2019 parkir haram ditahan DBKL", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Empat lagi \u2018ulat\u2019 parkir ditahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi di sekitar ibu negara pada Khamis.\n\n\nPenahanan dilakukan Pasukan Tindakan Khas Jabatan Penguatkuasaan DBKL dalam operasi sekitar Jalan Raja Muda Musa, Jalan Haji Hussein dan Jalan Tengkat Tong Shin pada jam 9.30 malam.\n\n\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerkembangan Terkini Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nBekalan ayam, telur mencukupi sepanjang Ramadan hingga Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\nDAP dambakan sokongan orang Melayu demi kepentingan survival politik\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik perempuan maut terkena renjatan elektrik\n\n\n\n\n\n\nPolitikus Diingatkan Fikir Soal Rakyat Bukan Kepentingan Politik\n\n\n\n\n\n\n\n\nHasil risikan dan pemerhatian berterusan di lokasi tumpuan, DBKL mendapati terdapat individu menjaga dan mengutip wang parkir tanpa kebenaran di kawasan awam termasuk di bahu jalan, siar kaki, kawasan lapang atau mana-mana petak letak kereta awam sedia ada pada waktu malam.\n\n\n\u201cMenerusi operasi khas terbabit, empat lelaki warga tempatan ditahan dan dibawa ke Jabatan Penguatkuasaan untuk tindakan lanjut dan proses dokumentasi.\n\n\n\u201cSusulan pendakwaan di mahkamah, seorang dihukum penjara dua bulan manakala tiga lagi didenda.\n\n\n\u201cTindakan penguatkuasaan dibuat melalui peruntukan undang-undang mengikut Seksyen 50(3), Akta Pengangkutan Jalan 1987,\u201d katanya dalam kenyataan di Facebook DBKL, pada Sabtu.\n\n\n\n\nKatanya, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan di lokasi tumpuan dan orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan\u00a0\nhttp://adukl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do\n."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/11/ahli-umno-dijangka-beri-sokongan-kepada-annuar-musa/", "title": "Ahli UMNO dijangka beri sokongan kepada Annuar Musa", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Penyertaan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa dalam PAS dijangka mengukuhkan lagi kedudukan parti itu selain menarik lebih ramai sokongan terutama daripada ahli UMNO.\n\n\nPresiden Pertubuhan Gerakan Qiam (QIAM), Datuk Sirajuddin Salleh yakin pengalaman luas Annuar dalam arena politik bukan sahaja mampu memberi lonjakan baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti tetapi mampu mengubah imej parti itu.\n\n\n\u201cPengumuman Annuar menyertai PAS sangat dialu-alukan kerana beliau bukan sahaja tokoh politik yang disegani, malah turut memiliki pengalaman luas yang diyakini mampu mengukuhkan kedudukan PAS yang kini semakin diterima ramai.\n\n\n\u201cIa juga memberikan imej baharu kepada PAS yang selama ini dianggap hak milik orang beragama atau \u2018pak lebai\u2019 sahaja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerlu Siasatan Menyeluruh Banteras Pemalsuan Sijil\n\n\n\n\n\n\nJaga sensitiviti kaum, agama, institusi diraja pada PRN Selangor\n\n\n\n\n\n\nTelah Diperbetulkan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan\n\n\n\n\n\n\nTunggu Surat Saman \u2013 Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nDi Mana Agensi Kerajaan Di Saat Rakyat Kesusahan?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNamun kehadiran Annuar akan mengubah persepsi berkenaan dan tak mustahil kekuatan itu akan mengubah serta mencetuskan gelombang penyatuan ummah yang diasaskan Annuar sehingga boleh membawa kebangkitan ummah,\u201d katanya kepada Ismaweb.net hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian sebagai mengulas pengesahan bekas Ahli Parlimen Ketereh itu sebagai ahli PAS yang diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan semalam.\n\n\nTakiyuddin memaklumkan, PAS bersedia meletakkan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu sebagai calon dalam PRN nanti berikutan ketokohan Annuar yang disegani ramai.\n\n\nMengulas lanjut, Sirajuddin berkata, penghijrahan Annuar juga dijangka akan disokong lebih ramai ahli UMNO yang lain berikutan kecewa dengan janji-janji sebelum ini yang tidak akan bekerjasama dengan DAP.\n\n\n\u201cNamun sayang sekali janji itu tidak ditunai menyebabkan ahli-ahli UMNO kecewa dan tak mustahil akan mengikut jejak Annuar untuk bersama dengan PAS yang dilihat semakin relevan dan mampu membela nasib orang Melayu kini,\u201d katanya.\n\n\nSirajuddin berkata,\u00a0 bekas Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussein sebelum ini pernah tular mengeluarkan kenyataan menyatakan seandainya UMNO tidak mampu membela nasib orang Melayu lagi, PAS adalah pilihan terbaik kepada orang Melayu.\n\n\n\u201cKini semua yang dinyatakan bekas Perdana Menteri itu terbukti dan Annuar membuktikan keputusan yang dibuat tepat apabila beralih arah kepada gabungan Perikatan Nasional (PN) yang semakin mendapat sambutan,\u201d katanya.\n\n\nMalah, ia turut membuktikan beliau tokoh politik yang sejati apabila berani untuk berjuang demi mengangkat dan membela orang Melayu melalui perjuangan melalui PAS."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/11/nombor-plat-ff-1-bernilai-rm1-2-juta-milik-sultan-ibrahim/", "title": "Nombor plat FF 1 bernilai RM1.2 juta milik Sultan Ibrahim", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Nombor plat kenderaan FF 1 yang dibida dengan nilai RM1.2 juta diserahkan kepada pemiliknya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.\n\n\nMenteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersembahkan secara simbolik nombor plat FF 1 kepada baginda yang merupakan pemilik nombor khas unik tersebut pagi tadi.\n\n\n\n\n\u201cTuanku telah perkenan untuk membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 juta untuk nombor khas tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPDN nafi harga gula RM4.60 sekilo\n\n\n\n\n\n\nPM jamin industri kewartawanan negara bebas tanpa campur tangan\n\n\n\n\n\n\nKadar subsidi harga padi naik kepada RM500 setiap tan mulai esok\n\n\n\n\n\n\nProduk babi gagal dibawa masuk dari luar negara\n\n\n\n\n\n\nPerbuatan cabar Islam akan terus berlaku jika tidak ambil tindakan tegas\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUntuk rekod, bayaran RM1.2 juta merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nAnthony Loke menjelaskan, jumlah kutipan hasil kerajaan untuk nombor siri FF berjumlah RM35.4 juta.\n\n\nSultan Ibrahim juga merupakan pemilik nombor plat kenderaan F1 selepas berjaya membida turutan nombor baharu bagi Putrajaya itu pada nilai RM836,660 pada 2016."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/11/pn-tidak-mampu-tawan-pulau-pinang/", "title": "PN tidak mampu tawan Pulau Pinang", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Sabtu \u2013 Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias yakin Perikatan Nasional (PN) tidak mampu menawan Pulau Pinang selepas beberapa kontroversi yang dicetuskan para pimpinan tertinggi parti itu.\u00a0\n\n\nMohd Hilmi berkata, keyakinan itu disuarakan selepas UMNO menjadi antara 19 parti membentuk kerajaan campuran yang mampu mencipta gelombang perpaduan baharu.\u00a0\n\n\nMengulas lanjut, UMNO tidak mengubah matlamat perjuangan mereka yang menjadi tunjang parti Melayu dalam memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu, agama dan institusi diraja.\n\n\n\u201cKonsep kami tidak akan berubah, kami tetap menjadi parti menjaga hak institusi orang Islam Malaysia. Jadi, wakimah kami bergabung dengan siapa sekalipun, dengan GERAKAN sekali pun kami tetap jadi parti tunjang kepada anak-anak Melayu di Malaysia. Ini tak ubah konsep dan matlamat kami,\u201d katanya.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBenarkah Ada Usaha Dalam UMNO Desak PM Percepat PRU15?\n\n\n\n\n\n\nTun M puji perkhidmatan MRT, seperti di negara maju\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi ulangi dakwaan, Kerajaan Pusat berubah jika PN menang\n\n\n\n\n\n\nPersatuan Bas Sekolah Tiada Hak Letak Harga, Tapi Ramai `Bungkus\u2019 Angkara Pandemik\n\n\n\n\n\n\nDAP beri bayangan tak akan serah kerusi kepada BN\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui \nTV Pertiwi\n di Laman Media pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, Pusat Dagangan Putra (WTC), Kuala Lumpur hari ini.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, Exco Pemuda UMNO tersebut menafikan perbalahan ketara yang tercetus antara UMNO dan DAP menjadi mendorong kepada perpecahan parti berkenaan.\u00a0\n\n\nTambah beliau, Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan dapat mengimbangi ideologi kepartian antara UMNO-DAP yang sedang menuju kepada fasa dinamika politik baharu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/11/tajaan-biasiswa-bidang-perubatan-pergigian-dan-farmasi-diteruskan/", "title": "Tajaan biasiswa bidang perubatan, pergigian dan farmasi diteruskan", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi akan diteruskan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu berdasarkan situasi semasa yang mana masih terdapat keperluan bagi sektor-sektor berkenaan dalam negara.\n\n\n\u201cSejak minggu lalu saya ada perjumpaan khas dengan JPA dan mereka kata itu (menghentikan tajaan) adalah dasar sedia ada, dasar yang lalu.\n\n\nJadi, saya minta dikaji semula berdasarkan unjuran kita yang mana keperluan sektor perubatan, pergigian dan farmasi itu masih ada. Maknanya, program biasiswa JPA untuk sektor-sektor ini akan diteruskan,\u201d katanya pada program Temu Anwar@USM di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM) di Georgetown, Pulau Pinang hari ini.\n\n\nBeliau menjawab soalan salah seorang peserta program itu yang juga mahasiswa USM berhubung keputusan kerajaan menghentikan penajaan JPA dalam bidang berkenaan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/12/jadikan-saya-calon-pilihan-terakhir-annuar-musa/", "title": "\u201cJadikan saya calon pilihan terakhir\u201d \u2013 Annuar Musa", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Annuar Musa berharap agar mendahulukan calon lain terutama di dalam sebelum memutuskan untuk meletakkan beliau sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri tidak lama lagi.\n\n\n\u201cJadikan saya pilihan terakhir sebagai calon PAS untuk bertanding,\u201d demikian kata Annuar Musa, sewaktu ditanya sekiranya beliau diberi peluang untuk bertanding pada PRN nanti.\n\n\nBeliau yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), berkata urusan penentuan calon diserahkan kepada pucuk pimpinan dan mengakui tidak kisah jika dia tidak bertanding.\n\n\nKatanya, dia menyertai PAS bukan hanya sebagai calon semata-mata sebaliknya ikhlas untuk berjuang demi kepentingan agama dan juga bangsa Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRozaid ganti Wan Nurzila di PMO\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid dedah identiti 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM\n\n\n\n\n\n\nDatin Rosmah tarik balik rayuan supaya hakim tarik diri kes pengubahan wang haram\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Kesal Tindakan Enam Anggota LPPR\n\n\n\n\n\n\nPenguasaan Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tidak bertanding pun tidak mengapa, asalkan UMNO tidak menang.\n\n\n\u201cJika diberikan mandat untuk bertanding, saya perlu berbincang dengan pucuk pimpinan PAS, bagi mengetahui untuk tujuan apa saya diamanahkan berbuat demikian.\n\n\n\u201cKalau tidak, boleh sahaja bagi peluang kepada anak muda atau calon dalam kalangan ahli PAS yang sudah lama dengan parti ini, lagipun, saya masih baru dalam PAS,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata sedemikian selepas menghadiri Program Ceramah Mega Gelombang Kebangkitan Rakyat Pakat Pertahan \u2018Pas Pilihanku\u2019 di dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.\n\n\nTurut hadir bersama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.\n\n\nTerdahulu, Annuar mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana menerima beliau sebagai ahli dan membenarkannya berkhidmat pada parti itu pada usia 67 tahun.\n\n\n\u201cTerima kasih PAS terima saya jadi ahli biasa dan izinkan saya berkhidmat dalam parti ini di akhir-akhir hayat kehidupan saya pada usia 67 tahun,\u201d katanya.\n\n\nAnnuar memaklumkan beliau tidak boleh berhenti daripada politik walaupun sudah mencuba selama beberapa bulan tanpa berada dalam mana-mana parti.\n\n\n\u201cTidak mengapa jadi orang kecil walaupun dahulu saya menjadi orang besar ketika berada dalam UMNO. Saya reda jadi orang kecil kerana perjuangan PAS lebih istiqamah.\n\n\n\u201cPerjuangan PAS tidak ada yang berselindung dan ternyata dalam hal ini PAS membuktikan mereka parti yang lebih istiqamah.\n\n\n\u201cBiarlah jadi orang kecil dalam kapal yang besar dan nakhoda yang ramai,\u201d katanya.\n\n\nKeputusannya untuk menyertai PAS juga\u00a0 bukanlah satu keputusan yang mudah memandangkan beliau sudah 50 tahun mengabdikan diri dalam UMNO.\n\n\n\u201cSebelum ini saya cuba untuk tidak duduk dalam mana-mana parti. Saya cuba selama enam bulan, namun saya tidak mampu kerana politik sudah sebati dengan saya.\n\n\n\u201cAkhirnya pada 1 Rejab ketika berada di Makkah, saya menghubungi Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan untuk memaklumkan saya mahu menyertai parti itu.\n\n\n\u201cTiada siapa yang suruh saya sertai PAS sebaliknya saya lakukan dari hati yang ikhlas kerana mahu perjuangkan agama dan bangsa serta tanah air,\u201d katanya.\n\n\nPada masa sama, beliau turut menawarkan masa dan tenaganya untuk digunakan dalam perjuangan PAS."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/12/jemaah-wanita-meninggal-di-makkah-kes-pertama-malaysia-musim-haji-1444h/", "title": "Jemaah wanita meninggal di Makkah, kes pertama Malaysia musim haji 1444H", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Malaysia merekodkan kes kematian pertama jemaah negara pada Musim Haji 1444h/2023M yang membabitkan seorang wanita yang berusia 57 tahun, akibat kegagalan jantung sewaktu berada di Makkah.\n\n\nTerdahulu dalam kejadian 4 Jun lalu, keadaan kesihatan jemaah dari Raub, Pahang itu dikesan petugas perubatan di klinik maktab penginapan sebelum kesnya dirujuk ke Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah kira-kira jam 9 malam.\n\n\nKetua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata jemaah itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di bilik kecemasan pusat rawatan berkenaan pada jam 11.50 malam.\n\n\nSetelah selesai projek dokumentasi, beliau berkata, jenazah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Zohor keesokannya dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Syarief, Makkah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : tiada lesen, restoran tamat tempoh\n\n\n\n\n\n\nPenyelewengan Zakat MAINS, PDRM buka kertas siasatan\n\n\n\n\n\n\nKerja kilang, E-hailing pekerjaan diminati 300,000 pelajar lepasan SPM\n\n\n\n\n\n\nDAP beri bayangan tak akan serah kerusi kepada BN\n\n\n\n\n\n\n42 kanak-kanak Palestin dibunuh Israel pada 2022\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTH mengucapkan takziah kepada waris jemaah itu dan mendoakan agar segala amal ibadahnya diterima Allah SWT. Insya-Allah, kita akan menguruskan badal haji untuk Allahyarhamah.\n\n\n\u201cPihak TH Pahang juga telah menziarahi ahli keluarga Allahyarhamah di Raub. Insya-Allah, kita mendoakan yang terbaik untuk Allahyarhamah serta berharap ahli keluarganya sentiasa sabar dan reda dengan apa yang berlaku,\u201d katanya tanpa mendedahkan nama arwah pada sidang media, di sini.\n\n\nTurut hadir ialah Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Kebajikan), Nurrin Anuwar Shamsuddin, dan Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia (Perubatan), Dr Abdul Marsudi Manah.\n\n\nSyed Salah memaklumkan, Allahyarhamah tiba di Madinah bersama suami melalui kumpulan penerbangan KT05 pada 22 Mei lalu dan mereka berada di sana selama enam hari sebelum bertolak ke Mekah.\n\n\nSusulan itu, beliau berkata, pihak maktab penginapan turut mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarhamah, manakala kaunselor TH sudah dua kali melawat suaminya sejak 5 Jun lalu.\n\n\nBerdasarkan laporan pihak kaunselor, katanya, suami jemaah itu berada dalam keadaan baik dan reda menerima kejadian berkenaan, sekali gus tidak memerlukan kaunseling lanjut buat masa ini.\n\n\nDitanya sama ada jemaah Malaysia yang lain turut terkesan dalam kejadian itu, Syed Salah berkata, mereka dilihat memahami situasi berkenaan tanpa mengalami sebarang impak negatif, sebaliknya ia dihadapi dalam semangat kekeluargaan.\n\n\n\u201cMalah, rakan sebilik suami Allahyarhamah turut memberi sokongan dan bantuan kepadanya. Jemaah haji sendiri mengambil inisiatif dan tanggungjawab untuk sama-sama membantu suami Allahyarhamah menyesuaikan diri dalam keadaan begini,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Syed Salah berkata, seramai 22,800 yang bersamaan dengan 72 peratus daripada keseluruhan jumlah jemaah Malaysia telah selamat tiba di Tanah Suci melalui 75 penerbangan dan kesemua mereka kini berada di Mekah.\n\n\nBeliau juga memaklumkan terdapat seramai 37 jemaah sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan TH dan 10 lagi di Hospital Arab Saudi dengan kebanyakannya mengalami masalah pernafasan, jangkitan kuman, masalah jantung, gangguan emosi, sakit lutut, sakit otot serta sakit sendi.\n\n\nBerikutan cuaca panas terik dengan peningkatan suhu yang mencecah minimum 32 darjah celcius dan maksimum 45 darjah celsius.\n\n\nJemaah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan, lebih-lebih lagi menjelang kemuncak ibadah haji atau masyair, tidak lama lagi\n\n\n\u201cTH juga menasihati jemaah supaya mengulang kaji perkara berkaitan ibadah haji; mempersiapkan diri dari segi kekuatan kerohanian seperti dengan memperbanyakkan mengaji al-Quran, berzikir, berdoa dan bermunajat; serta mengikuti program dan aktiviti anjuran TH supaya mereka bersedia menghadapi masyair nanti,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/12/kuza-kuni-diarah-failkan-pembelaan-terhadap-saman-fitnah/", "title": "Kuza, Kuni diarah failkan pembelaan terhadap saman fitnah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Mahkamah Sesyen Sivil hari ini, mengarahkan pelakon yang merupakan adik beradik, Kuza dan Kuna, memfailkan pembelaan terhadap saman fitnah yang dikemukakan bekas abang ipar mereka yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan anak lelakinya.\n\n\nPerkara berkenaan dimaklumkan peguam, Azizul Rohan Anuar, yang mewakili Kuza atau nama sebenarnya Tengku Sariza Tengku Mohd Suzani dan adiknya, Tengku Sariwani atau dikenali juga sebagai Kuni selaku defendan pada pengurusan kes hari ini.\n\n\n\u201cMahkamah mengarahkan supaya pembelaan itu difailkan sebelum atau pada 5 Julai ini. Kes ditetapkan untuk pengurusan kes pada 21 Julai ini,\u201d katanya\u00a0\n\n\nSementara itu, Datuk Adnan Seman selaku peguam yang mewakili plaintif, Rizalman dan anak lelakinya, Nik Muhammad Hakimi, mengesahkan perkara itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM600,000 paras simpanan ideal untuk hidup selesa selepas bersara\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak cadang turunkan harga siling petrol, diesel\n\n\n\n\n\n\nBlinken Adakan Lawatan Kerja Ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\n688 permohonan diterima libat anak lahir di luar negara \u2013 KDN\n\n\n\n\n\n\nPDRM, Plus aktifkan dua laluan pintar atasi kesesakan\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, mahkamah turut mengesahkan pihak plaintif untuk memfailkan afidavit balasan terhadap pembelaan yang akan difailkan defendan pada 20 Julai ini.\n\n\nWrit saman itu akan menamakan Kuza dan juga Kuni sebagai defendan pertama dan kedua.\n\n\nMenurut penyataan tuntutan yang difailkan, Rizalman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dan Nik Muhammad Hakimi mendakwa dua beradik itu mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap mereka melalui laman sosial Instagram dan TikTok sekitar Februari lalu.\n\n\nKenyataan yang dikatakan fitnah itu berkaitan kakak mereka, Tengku Sarina Tengku Mohd Muzani atau Kuna pada majlis perkahwinan Nik Muhammad Hakimi yang juga anak Rizalman dan Kuni, sebelum pasangan itu bercerai pada 5 Disember 2001.\n\n\nMenurut pernyataan itu, plaintif kedua, Nik Muhammad Hakimi berkahwin dengan anak Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain pada 17 Februari lalu.\n\n\nSehari sebelum majlis persandingan, satu raptai diadakan memandangkan tetamu jemputan kehormat majlis sebenar turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.\n\n\nPada majlis raptai itu, Kuna turut dijemput untuk persiapan majlis, bagaimanapun selepas majlis raptai selesai, pihak pengantin lelaki dan perempuan dimaklumkan oleh pihak Istana Negara hanya dua wakil bagi setiap keluarga dibenarkan untuk berada di dalam bilik menunggu yang menempatkan pasangan diraja itu bagi tujuan bergambar.\n\n\nPada majlis diadakan pada 17 hingga 19 Februari lalu, Kuni ditempatkan semeja dengan Rizalman dan isterinya yang turut menempatkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan isteri, Timbalan Menteri Pertahanan bersama isterinya dan beberapa kenamaan lain.\n\n\nKuza dan Kuni juga hadir dan ditempatkan di meja kenamaan serta diberi layanan istimewa selaku keluarga terdekat plaintif kedua.\n\n\nBagaimanapun, pada 26 Februari lalu, Kuni didakwa mengeluarkan kenyataan di Instagram miliknya mempertikaikan mengapa kakaknya, Kuna, tidak dibenarkan berada di bilik menunggu bersama-sama kenamaan lain dan mendakwa kejadian itu berlaku kerana pelakon itu berstatus janda.\n\n\nKenyataan itu turut disokong oleh Kuza yang turut mengeluarkan komen berbaur fitmah di bahagian komen dan turut mengeluarkan beberapa kenyataan berbaur fitnah di laman Instagram miliknya sendiri.\n\n\nKuni juga didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah melalui video yang diterbitkan di laman Instagram miliknya dan video sama disiarkan semua di laman Instagram milik Kuza."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/12/perbetul-subjek-sejarah-di-sekolah-elak-salah-faham-isu-kalimah-allah/", "title": "Perbetul subjek Sejarah di sekolah, elak salah faham isu kalimah Allah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pendidikan sejarah secara menyeluruh perlu diterapkan dalam sistem pendidikan negara agar dapat mengelakkan kesangsian dan kekeliruan sehingga diperalat oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab seperti mana yang berlaku pada isu kalimah Allah.\n\n\nPensyarah Kanan Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Nor Aishah Hanifa berkata, kepentingan dan keselamatan negara bakal terancam oleh pihak agresif jika rakyat jahil tentang sejarah negara.\n\n\n\u201cPerspektif terhadap subjek Sejarah pada peringkat sekolah perlu diubah. Menjadikan mata pelajaran itu sebagai subjek wajib lulus pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak memadai.\n\n\n\u201cNegara perlukan generasi menghayati sejarah negara, bukannya menghafal subjek Sejarah untuk lulus peperiksaan. Adalah lebih mustahak subjek mengenai sejarah negara tidak berat sebelah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023\n\n\n\n\n\n\nSPRM sahkan akaun bank Bersatu dibeku\n\n\n\n\n\n\nBiadap! Pemuda Israel kencing, minum arak dalam perkarangan Al Aqsa\n\n\n\n\n\n\n690 \u2018bookie\u2019 judi Piala Dunia 2002 ditahan\n\n\n\n\n\n\n572 calon sah bertanding, PN paling ramai calon\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIanya perlulah bersifat Malaysia dan mencerminkan semua aspek utama negara.\n\n\n\u201cHakikatnya, kes Jill Ireland menjadi antara kes masalah seorang individu Sarawak \u2018terperangkap\u2019 dalam sejarah negara. Kes ini secara tidak langsung menggali isu ketidakpuasan hati Sabah dan Sarawak terhadap Kerajaan Persekutuan,\u201d katanya.\n\n\nMemetik Berita Harian, beliau turut berkata dengan memahami sejarah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan perbezaan negeri Borneo dalam gagasan Malaysia, rakyat akan mengetahui arus politik, ekonomi dan sosial di Sabah dan juga Sarawak.\n\n\nSelain itu, beliau turut berkata, pendidikan sejarah secara berterusan dapat memupuk masyarakat selaras dengan agenda Malaysia MADANI tanpa banyak kekangan.\n\n\n\u201cKonsep itu boleh menjadi kenyataan jika semua rakyat boleh bertolak ansur, bekerjasama dan mendahulukan kepentingan negara.\n\n\n\u201cRakyat perlu memilih musyawarah berterusan dengan pihak berkaitan untuk menyelesaikan masalah daripada melakukan demonstrasi dan tunjuk perasaan apabila semua saluran bicara sentiasa terbuka.\n\n\n\u201cPerlu diingat, ketegangan dalam masyarakat kerana isu sensitif boleh memecahkan negara, terutama permuafakatan Sabah dan Sarawak dalam semangat Persekutuan Malaysia,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.\n\n\nKeputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memhon pengisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.\n\n\nSelepas dikritik, Anwar memaklumkan, penggunaan kalimah Allah hanya terpakai oleh penganut agama Kristian di Sarawak dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan, dan tidak terpakai di negeri-negeri lain."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/12/pm-anwar-ucap-takziah-atas-pemergian-mother-mangalam/", "title": "PM Anwar ucap takziah atas pemergian Mother Mangalam", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Presiden Seumur Hidup Pure Life Society, Datin Dr Mother A Mangalam yang meninggal dunia, Sabtu lalu.\n\n\n\u201cPure Life Society adalah badan yang menjadi tempat berteduh buat anak-anak yatim dan kumpulan masyarakat yang melarat.\n\n\n\u201cRakyat Malaysia pasti akan mengenang budi dan jasa baik beliau terutamanya dalam persoalan kemanusiaan,\u201d kata Anwar menerusi ciapan di Twitter.\n\n\nMenurut laporan, Mother Mangalam meninggal dunia pada usia 97 tahun selepas mendapat rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMAINJ keluar fatwa larang orang Islam hadir ritual keagamaan bukan Islam\n\n\n\n\n\n\nManifesto PRU15 Perlu Utamakan Isu Infra Pendidikan, Sekolah Daif\n\n\n\n\n\n\nDr Muhammad Faiz letak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan\n\n\n\n\n\n\nBN didakwa bergolak: Ismail Sabri jumpa Pas, Ahmad Zahid di rumah Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\nDilahirkan di Singapura pada tahun 1926, Mother Mangalam yang mendapat julukan sebagai \u2018Mother Teresa of Malaysia\u2019 telah berhijrah ke ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun 1948 dan bekerja sebagai guru sebelum menyertai badan bukan kerajaan itu setahun kemudian.\n\n\nPure Life Society ini ditubuhkan pada tahun 1949 oleh Swami Satyanandaji bagi menguruskan kebajikan anak yatim yang menempatkan antara lain kanak-kanak terbiar dan mereka yang telah ibu bapa bercerai."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/12/prn-agihan-kerusi-pn-selesai-97-peratus-ahmad-samsuri/", "title": "PRN: Agihan kerusi PN selesai 97 peratus \u2013 Ahmad Samsuri", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Proses agihan kerusi Perikatan Nasional (PN) di enam negeri yang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi sudah selesai sebanyak 97 peratus.\n\n\nNaib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perbincangan untuk beberapa kerusi yang masih kosong akan dilakukan dalam keputusan akhir yang akan diputuskan dalam tempoh terdekat.\n\n\n\u201cSelepas perbincangan akhir pada 5 Jun lalu, kita telah selesai (agihan) 97 peratus kerusi daripada 245 kerusi. Ada lima, enam kerusi belum selesai. Pilihan raya pun belum lagi, ada masa lagi.\n\n\n\u201cBaki agihan tiga peratus tu saya jangka siap sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN),\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN Menang Besar Jika PN, PH Tak Buat Perubahan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Sany Hamzah hanya bermotifkan politik \u2013 Zulkifli Yahya\n\n\n\n\n\n\nKu Li dilantik sebagai Penasihat UMNO\n\n\n\n\n\n\nAgong, Permaisuri selamat tiba di Madinah\n\n\n\n\n\n\nArab saudi janji selesaikan isu penginapan jemaah umrah Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program ESG Affairs 2023 dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) anatara Terengganu Inc dan TNB Genco bagi projek Kajian pembangunan solar atas air terbesar Asia, di sini hari ini.\n\n\nSementara itu, ditanya mengenai tarikh bagi pembubaran DUN Terengganu, beliau yang juga Menteri Besar berkata, perkara itu perlu mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.\n\n\n\u201cDUN Terengganu akan bubar apabila saya sembah maklum kepada Tuanku dan dapat perkenan baginda.\n\n\n\u201cSudah ada gambaran tapi kena ikut prosesnya. Izinkan saya sembah maklum kepada Tuanku (terlebih dahulu). Namun hari terakhir DUN akan automatik terbubar pada 30 Jun ini,\u201dujarnya.\n\n\nMengulas mengenai proses agihan kerusi di Terengganu, Ahmad Samsuri memberitahu 99 peratus sudah selesai.\n\n\n\u201cDi Terengganu, agihan kerusi telah 99 peratus selesai. Satu kerusi je belum yang pastinya bukan kerusi DUN Rhu Rendang,\u201d ujar beliau.\n\n\nDalam pada masa yang sama, proses pemilihan calon bagi PRN di enam negeri terlibat akan dibincangkan bermula malam selasa.\n\n\nEnam negeri yang terlibat adalah selangor, Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka akan mengadakan PRN serentak walaupun tarikh pembubaran DUN di negeri terbabit berbeza.\n\n\nPRN dijangka berlangsung pada Ogos depan selepas negeri berkenaan memutuskan untuk menangguhkan pembubaran DUN negeri masing-masing dalam PRU15 yang berlangsung pada November tahun lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/12/tertekan-pedal-minyak-kereta-rempuh-kedai-serbaneka/", "title": "Tertekan pedal minyak, kereta rempuh kedai serbaneka", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas merempuh kedai serbaneka di stesen minyak Jalan Bukit Rambai, Melaka semalam.\n\n\nDifahamkan kejadian pada jam 7 malam itu berlaku selepas warga emas yang berusia 69 tahun itu selesai mengisi minyak bersama dua cucunya yang masing-masing berusia 12 dan juga 13 tahun.\n\n\nKetua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata lelaki berkenaan dikatakan terterkan pedal minyak ketika memasuki gear D yang menyebabkan kereta Hyundai Sonata yang dipanduntya terbabas merempuh kedai serbaneka stesen minyak berkenaan.\n\n\n\u201cSebanyak lima keping panel glass pecah akibat rempuhan itu. Ketika kejadian tiada pelanggan dalam kedai dan hanya pemandu cedera ringan di kaki, manakala dua cucunya terselamat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPDRM Lanjutkan Tempoh Diskaun Sehingga 31 Disember\n\n\n\n\n\n\nUMNO sanjung tinggi tindakan tidak munasabah kerajaan campuran\n\n\n\n\n\n\n\u2018Long Tiger\u2019 Berjaya Diberkas\n\n\n\n\n\n\nHina Quran \u2013 Iraq singkir Duta Sweden\n\n\n\n\n\n\n164 mangsa gempa bumi terima rawatan di Hospital Medan Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMangsa kemudian dibawa ke hospital oleh anaknya yang tiba di tempat kejadian selepas itu,\u201d katanya\u00a0\n\n\nChristopher berkata, terdapat kamera rakaman litar tertutup (CCTV), namun tiada saksi bebas yang tampil membantu siasatan.\n\n\n\u201cKes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (1987),\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/12/wan-suraya-dilantik-ketua-audit-negara/", "title": "Wan Suraya dilantik Ketua Audit Negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi bakal dilantik sebagai Ketua Audit Negara yang baharu yang akan berkuatkuasa mulai esok.\n\n\nKetua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan perundingan dengan Majlis Raja-raja.\n\n\n\u201cDimaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 105(1) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, memperkenankan pelantikan Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa mulai 13 Jun 2023.\n\n\n\u201cPelantikan beliau adalah berdasarkan kepada kepimpinan dan pengalaman luas sepanjang 29 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M puji perkhidmatan MRT, seperti di negara maju\n\n\n\n\n\n\nIsmail janji isu tuntutan KWSP akan dibawa ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\nPAS tak boikot Dominic, cuma kekurangan ahli\n\n\n\n\n\n\nPindaan baru perlembagaan UMNO, mengurangkan amalan demokrasi, galakkan kediktatoran dalam parti \u2013 Tun Hamid\n\n\n\n\n\n\nCeroboh Menara 118, YouTuber ditahan polis Mei tahun lalu"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/13/bn-boleh-menang-di-terengganu-kedah-mohamad-hasan/", "title": "BN boleh menang di Terengganu, Kedah \u2013 Mohamad Hasan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Barisan Nasional (BN) mampu mencipta kejutan untuk menawan kembali Kedah dan Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang jika kesemua ahli-ahlinya bersatu hati serta tidak mengamalkan budaya \u2018cah keting\u2019.\n\n\nTimbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, peluang BN untuk berkuasa di dua negeri itu yang dianggap sebagai \nswing state\n itu juga cerah sekiranya pertelingkahan dalam kalangan ahli tidak berlaku, selain pemilihan calon yang tepat bagi menarik pengundi.\n\n\n\u201cKita mahu pastikan supaya BN dapat bertapak semula dan kalau boleh macam negeri \nswing state\n macam di Terengganu dan Kedah itu peluang untuk menang ada.\n\n\n\u201cBukan saya kata kita boleh rampas tetapi peluang untuk menang ada dengan syarat kita kerja kuat, kita tidak bertelingkah antara satu sama lain (dan) dengan syarat kita masuk pilihan raya ini guna strategi yang betul, tepat (dan) pilihlah calon yang boleh memenangkan kita,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPDRM tidak kompromi pihak sentuh sensitiviti agama & kaum\n\n\n\n\n\n\nShahidan tiada dalam senarai calon PRN \u2013 PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir akan bertemu Annuar Musa, bincang bentuk kerjasama\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Kuwait perintahkan Jho Low dihukum penjara 10 tahun\n\n\n\n\n\n\n\u2018The Greater Kedah\u2019 akan menjadi realiti, jangan halang \u2013 MB Kedah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam Bersama Menteri Pertahanan anjuran Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.\n\n\nBeliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, perselisihan antara ahli tidak wajar berlaku kerana ia bukan sahaja melemahkan parti tetapi menyebabkan pengundi terutama pengundi atas pagar beralih ke parti lawan.\n\n\n\u201cItu sebabkan banyak tempat pilihan raya (sebelum ini) negeri-negeri kita kalah bukannya parti lawan kuat tapi kita bertelingkah sesama sendiri, keluar saja nama calon, tutup bilik gerakan, keluar poster dan keluar \u2018banner\u2019.\n\n\n\u201cMacam mana nak menang kalau macam itu (situasi itu) sudah melemahkan semangat orang (pada sama sama) orang atas pagar tengok apa punya parti macam ini, jadi patut-patut dia undi kita langsung dia tak undi kita.\n\n\n\u201cJadi itu yang saya katakan tadi elakkan pertelingkahan, elakkan perbalahan (dan) satu hati untuk kita mengharungi pilihan raya negeri ini, kalau nak menang buat cara nak menang,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada masa sama, beliau yakin dapat mengekalkan kemenangan di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang yang kini dipegang kerajaan.\n\n\nEnam negeri yang bakal mengadakan PRN adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.\n\n\nTiga negeri yang ditadbir Pakatan Harapan ialah Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang manakala tiga lagi negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu di bawah pentadbiran Perikatan Nasional."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/13/laungan-bebas-najib-depan-pm-pada-pau-2023-dianggap-janggal/", "title": "Laungan \u2018bebas Najib\u2019 depan PM pada PAU 2023 dianggap janggal", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 baru-baru ini dilihat janggal apabila ada sesetengah ahli UMNO melaungkan \u2018bebas najib\u2019 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.\n\n\nMenurut bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, perkara itu dilihat semakin ketara apabila Presiden UMNO menaikkan semangat dewan dengan menuntut \u2018keadilan\u2019 untuk Datuk Seri Najib Razak namun berbeza pula dengan perwakilan yang mahukan Najib dibebaskan.\n\n\n\u201cApa yang membuatkan situasi itu lebih janggal apabila Datuk Nizar Najib, anak sulung kepada Najib berdiri dengan keadaan penuh emosi dan merayu kepada PM untuk membebaskan ayahnya,\u201d katanya dalam rancangan podcast \nKeluar Sekejap\n.\n\n\nTambah khairy, beliau tidak menyalahkan Nizar dalam situasi itu, namun keadaan tersebut boleh menjadi amat janggal untuk Perdana Menteri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Azam Baki, Cubaan Heret Institusi Diraja \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nTun M kecewa pengundi tolak calon bersih, tidak bersalah\n\n\n\n\n\n\nPasukan Khas Pasca Banjir, Siap Siaga Gelombang Kedua\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP Akan Tarik Lesen Subsidi Pengilang Seludup Minyak Masak\n\n\n\n\n\n\nKKM garis tiga kriteria utama serap pegawai perubatan tetap\n\n\n\n\n\n\n\n\nShahril Sufian Hamdan yang bersetuju dengan kenyataan berkata, keadaan tersebut akan menyebabkan Anwar berasa tidak selesa.\n\n\n\u201cSebagai ketua kerajaan, sudah tentu beliau tidak boleh dilihat terlalu agresif campur tangan dalam hal ini.\n\n\n\u201cCara Anwar boleh campur tangan hanyalah melalui Lembaga Pengampunan yang mana kita tidak tahu bagaimana perjalanannya,\u201d katanya.\n\n\nTambah Shahrul, perkara itu mungkin akan berterusan dan tidak selesai dalam masa yang singkat.\n\n\n\u201cSelagi mana tidak dilihat dari sudut pandang UMNO keadilan untuk Najib, maka perkara ini akan menjadi satu isu panjang untuk Anwar,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/13/polis-kenal-pasti-190-kawasan-panas-di-enam-negeri/", "title": "Polis kenal pasti 190 kawasan panas di enam negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Polis mengenal pasti 190 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di enam negeri terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).\n\n\nKetua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, daripada jumlah itu, Selangor memiliki kawasan panas tertinggi iaitu sebanyak 70 lokasi, diikuti Terengganu (66), Kedah (20), Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing 16, serta dua lokasi di Pulau Pinang.\n\n\nBercakap kepada pemberita pada sidang media selepas program lawatan hospital sempena peringatan Hari Polis ke-216 2023 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Cheras hari ini, beliau berkata, lokasi berkenaan dikategorikan sebagai kawasan panas kerana dilihat berpotensi untuk tercetusnya provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.\n\n\nJusteru, bagi memastikan kelancaran PRN, beliau berkata, polis melancarkan Op PRN 6N yang akan memfokuskan kepada aspek keselamatan pengundi, tempat pengundian dan tempat penjumlahan undi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLepas DAP mungkin UMNO akan sokong pekebun haram Raub\n\n\n\n\n\n\nPlet `isteri YAB PM\u2019 amalan kerajaan Sabah untuk VIP lawat negeri \u2013 SUK\n\n\n\n\n\n\n40 Lagi Korban COVID-19\n\n\n\n\n\n\nLima warga Indonesia kendali bot tempatan tanpa dokumen, ditahan\n\n\n\n\n\n\nFatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor \u2013 Sultan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\n\n\nAcryl Sani berkata, bagi pengundian awal di enam negeri tersebut, ia akan membabitkan 93,833 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/14/cadangan-angkat-bak-kut-teh-jabatan-warisan-membisu-rais-yatim/", "title": "Bak Kut Teh makanan warisan? Kaji sensitiviti masyarakat dulu \u2013 Rais Yatim", "body": "0\n\n\n\u00a0BANGI, Rabu \u2013 Sensitiviti\u00a0 masyarakat harus dikaji terlebih dahulu sebelum menjadikan Bak Kut Teh sebagai makanan warisan kebangsaan.\n\n\nYang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim menggesa kerajaan mengkaji perkara itu kerana katanya penarafan sesuatu perkara itu perlu memenuhi syarat menyeluruh, salah satu syornya iaitu ia tidak menimbulkan kontroversi kaum dari sudut budaya, agama dan kehidupan.\n\n\nBeliau dalam satu kenyataannya \ndi Facebook\n berkata,\u00a0 dalam hal ini Jabatan Warisan Negara seharusnya menasihatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing untuk mempertimbangkan cadangannya semalam,\u00a0 yang mahu meletakkan makanan Bak Kut Teh warisan makanan kebangsaan.\n\n\nTan Sri Rais juga berkongsi mengenai makna Bak Kut Teh yang diteliti beliau daripada pakar bahasa iaitu, Bak bererti daging babi, Kut maknanya tulang manakala Teh ialah sup herba khas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan KJ beri kelebihan kepada PN\n\n\n\n\n\n\nLaporan polis: Guan Eng dakwa Wan Fayshal lakukan kesalahan jenayah\n\n\n\n\n\n\nPerkataan \u2018Rahmah\u2019 pada makanan tidak halal, bakal timbul salah faham\n\n\n\n\n\n\nPemilihan UMNO 2023 : Shahrizat atau Noraini jadi Ketua?\n\n\n\n\n\n\nCagaran KWSP beban kepada pencarum, tambah hutang sedia ada\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBekas Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan itu juga mempersoalkan Jabatan Warisan yang pernah ditubuhkannya pada tahun 2005 yang setakat ini masih berdiam diri dalam menangani hal sensitif ini.\n\n\n\n\nTambah beliau, \nsalah satu prinsip penarafan warisan ialah sebelum barang, benda, amalan, nilai atau seni budaya itu diiktiraf sebagai warisan ia mesti memenuhi syarat-syarat integral.\n\n\nSalah satu daripadanya ialah syor supaya ia tidak menimbulkan kontroversi kaum dari sudut budaya agama dan kehidupan.\u00a0\n\n\nSehubungan itu, eloklah katanya diteliti dulu Akta Warisan Kebangsaan terdahulu yang telah dirangka beliau bersama pakar-pakar sejak tahun 2005.\n\n\nSemalam,\n\u00a0 Menteri Pelancongan b\nerkata akan\u00a0 mempertimbangkan makanan tradisional kaum Cina, Bak Kut Teh untuk dimasukkan di dalam senarai warisan kebangsaan.\n\n\nBeliau berkata, tidak menjadi isu untuk menjadikan makanan itu kerana ia boleh menonjolkan menu tempatan kepada pengunjung luar terutamanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/14/cadangan-sprm-di-bawah-seliaan-eaic-masih-dalam-penelitian/", "title": "Cadangan SPRM di bawah seliaan EAIC masih dalam penelitian", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kerajaan masih meneliti secara mendalam terhadap\u00a0cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebuah agensi penguatkuasaan di bawah seliaan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).\n\n\nTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),\u00a0Ramkarpal Singh berkata, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Protem bagi membincangkan hala tuju cadangan itu susulan menyuarat Kabinet pada 19 April lalu.\n\n\n\u201cSelain itu, pada 17 Mei lalu, satu mesyuarat peringkat\u00a0working level\u00a0diadakan untuk bincangkan perihal\u00a0rujukan atau DOR. Jawatankuasa Protem juga akan mengsyorkan hasil dapatan mereka bagi mendapatkan ketetapan dasar untuk diteliti Kabinet.\n\n\n\u201cPerlaksanaan urusan tataterib perlu ditadbir urus dengan sistematik agar pemantauan\u00a0kepada salah laku pegawai pentadbiran dan pelaksana agensi penguatkuasaan dibuat secara holistik,\u201d katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemansuhan Hukuman Mati Mandatori Akan Dikaji \u2013 Mas Ermieyati\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Minta Sistem Muka Sauk Ditambah Baik\n\n\n\n\n\n\nLulus dua RUU fokus sidang khas DUN Sabah esok\n\n\n\n\n\n\nKawal inflasi, BNM mungkin naik semula nisbah keperluan rizab berkanun\n\n\n\n\n\n\nBERSATU JUGA BERTANGGUNGJAWAB \u2013 MT UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor)\u00a0berhubung cadangan meletakkan SPRM di bawah EAIC sebagai langkah\u00a0kawalan tatatertib efektif dan berkesan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan.\n\n\nMenurut Ramkarpal\u00a0penelitian lanjut juga melibatkan cadangan pelantikan anggota AIEC di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebagai langkah memperkasakan fungsi dan integriti agensi penguatkuasaan itu. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/14/kelantan-bubar-dun-22-jun-beri-laluan-pilihan-raya-negeri/", "title": "Kelantan bubar DUN 22 Jun, beri laluan Pilihan Raya Negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kerajaan Kelantan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 22 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).\n\n\nMenteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata perkara itu sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.\n\n\n\u201cHari ini saya membuat pengisytiharan pembubaran DUN Kelantan bagi penggal ke-14.\n\n\n\u201cJadi selepas saya mengadap Sultan Kelantan bagi memohon perkenan pembubaran DUN mengikut Fasal 2 Perkara 46 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan yang memperuntukkan bahawa Sultan boleh membubarkan DUN.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Mula Bincang Kerjasama Dengan Perikatan Nasional\n\n\n\n\n\n\nPemandu tabur paku di jalan raya diburu polis\n\n\n\n\n\n\nKKM sasar bentang semula Rang Undang-Uundang Kawalan Produk Tembakau dalam masa terdekat\n\n\n\n\n\n\nRamadan : rakyat dinasihat jangan membazir makanan \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nSudah isytihar taubat, pengasas ajaran sesat `Asmaul Husna\u2019 dikenal pasti masih aktif\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJusteru, Sultan Kelantan perkenan untuk membubarkan DUN pada 22 Jun ini,\u201d katanya pada sidang media selepas mesyuarat EXCO di Kota Bharu, Kelantan hari ini.\n\n\nBeliau berkata, pihaknya akan menghantar notis pembubaran itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan lanjut untuk di proses dalam tempoh 60 hari.\n\n\n\u201cTerpulang kepada SPR untuk menentukan tindakan lanjut dan notis berkenaan akan dihantar secepat mungkin,\u201d katanya.\n\n\nKelantan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN termasuk Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.\n\n\nKelantan mempunyai 45 kawasan DUN yang menyaksikan perebutan antara PAS dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).\n\n\nPada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) lalu, PAS menang 37 kerusi sekali gus mengekalkan tampuk pentadbiran negeri sejak tahun 1990.\n\n\nSementara itu BN memperoleh lapan pada PRU-14 lalu.\n\n\nBagaimanapun, satu kerusi milik parti itu jatuh ke tangan BERSATU selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar daripada UMNO. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/14/tuntutan-sulu-tiada-bukti-kerajaan-filipina-terlibat/", "title": "Tuntutan Sulu: Tiada bukti kerajaan Filipina terlibat", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada sebarang bukti yang mengaitkan kerajaan Filipina terlibat dengan tuntutan Kumpulan Sulu terhadap Sabah.\n\n\nAnwar berkata, beliau juga telah mengadakan rundingan sebanyak dua kali bersama Presiden Filipina, Ferdinand \u2019Bombong\u2019 Marcos Jr berhubung tuntutan tersebut.\n\n\n\u201cApakah ada sedikit bukti yang menunjukkan kerajaan Filipina terlibat?\n\n\n\u201cSetakat ini tidak ada bukti penglibatan kerajaan Filipina yang saya tegaskan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJAKIM tumpu isu murtad, perkukuh akidah umat Islam\n\n\n\n\n\n\nHenti bertelagah, bergerak ke hadapan untuk menyatupadukan rakyat\n\n\n\n\n\n\nJangan politikkan tema, logo Hari Kebangsaan \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nTian Chua Dakwa Bukan Proksi Azmin\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy umum Portfolio EXCO Pahang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya ada rundingan dua kali dengan Presiden Filipina berkaitan perkara ini. Tentu kita tersinggung tapi ia tidak melibatkan kerajaan Filipina,\u201d katanya pada sesi penerangan Perdana Menteri mengenai status terkini tuntutan lapan warga Filipina yang mendakwa waris Sultan Sulu di Dewan Rakyat hari ini.\n\n\nPerdana Menteri menjawab pertanyaan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) yang ingin tahu sama ada tuntutan waris Sulu ada kaitan dengan kerajaan Filipina.\n\n\nDalam masa sama, Anwar turut mengulas mengenai soalan tambahan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai kerajaan Filipina yang enggan menggugurkan tuntutan ke atas Sabah selain mewujudkan pejabat majlis mereka di negeri itu.\n\n\nAhli Parlimen Tambun itu berkata, tuntutan dibuat itu telah dibuat sejak penubuhan Malaysia 1963 dan kerajaan akan mempertahankan hak Sabah.\n\n\n\u201cTuntutan itu sejak penubuhan Malaysia 1963. Kerajaan silih berganti dan semua kerajaan sebelum ini menolak tuntutan itu dan mempertahankan hak Sabah.\n\n\n\u201cSama ada dia tubuh pejabat majlis di Kota Kinabalu atau tidak, dia tidak sama sekali mempengaruhi keputusan kita bahawa Sabah itu kawasan negeri mutlak bersama Malaysia,\u201d tegasnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/15/al-fatihah-mohd-isa-pemimpin-tegar-perjuangkan-penduduk-miskin-sejak-dulu/", "title": "Al Fatihah : Mohd Isa pemimpin tegar, perjuangkan penduduk miskin sejak dulu", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Khamis \u2013 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belatek,\u00a0 Datuk Mohd Isa Shafie, 69,\u00a0 \nmeninggal dunia malam tadi akibat jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan juga buah pinggang.\n\n\nAllahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani, Kedah.\n\n\nBerita kematian ADUN Belatek ini juga turut mendapat perhatian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor.\n\n\nKatanya, Allahyarham adalah seorang pemimpin dan juga seorang pejuang tegar yang tegas dan berprinsip sepanjang hidupnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP tidak perlu minta maaf, henti timbul isu \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid tidak patut eksploitasi istilah syarak demi kepentingan politik \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nSaya sayang Bella lebih daripada anak lain \u2013 Siti Bainun\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di 4 Negeri Kekal\n\n\n\n\n\n\nKWSP Akan Lancar I-Sayang Tahun Depan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belatek itu sangat berjasa kepada parti dan banyak melakukan pengorbanan yang boleh dikenang sepanjang hayat.\n\n\nTambah Sanusi, isu yang paling dekat di hati Allahyarham untuk dibangkitkan setiap kali DUN ialah pembinaan Empangan Beris dan isu pemindahan penduduk ke penempatan baharu di Sungai Pau.\n\n\nKatanya, ucapan nya di sidang DUN sering berdebar sekitar isu kemiskinan dan kesukaran penduduk kampung sejak 1990 sehinggalah sidang DUN terakhir pada Mac lalu.\n\n\n\u201cBeliau aktif dalam PAS sebagai penceramah sejak 1970-an lagi, berulang alik antara Sik ke Pulau Pinang setiap kali pilihan raya berlangsung. Beliau kaya dengan kisah orang dulu-dulu berjuang dan sangat memotivasikan.\n\n\n\u201cPAS meminta saya bertanding di DUN Belantek menggantikannya pada PRU-12 pada 2008 setelah dua penggal beliau berkhidmat, malangnya saya kalah kepada calon Barisan Nasional (BN) dengan 252 undi akibat kemasukan undi tentera secara besar-besaran (1,031 pengundi) ke DUN Belantek menjelang DUN dan Parlimen dibubarkan.\n\n\n\u201cBeliau kembali bertanding setelah diarahkan parti, walaupun sedikit uzur pada 2018 dan menang lebih besar dengan majoriti 2,574 undi mengalahkan calon BN dan Pakatan Harapan (PH) ,\u201d katanya.\n\n\n\u201cTerasa sangat kehilangan Allahyarham ADUN Belantek yang meninggal dunia jam 11.30 malam tadi. Mula bekerja bersama Allahyarham sejak 1999, beliau dipilih sebagai ADUN Belantek kali pertama pada usia 46 tahun.\n\n\n\u201cWalaupun dilanda kesempitan kewangan yang meruncing ketika mula menjadi ADUN pada 1999, dia terus berkhidmat membantu orang ramai yang memerlukan sumbangan, sehingga menggadai gelang dan rantai isterinya (Kak Dah) setelah semua simpanannya tidak berbaki lagi.\n\n\n\u201cBelantek adalah DUN (Dewan Undangan Negeri) paling luas (sebesar Perlis) dan penduduknya memang dikenali kaya dengan kemiskinan, di sana dia bergelumang selama bertahun-tahun menabur khidmat bakti, mendengar masalah dan menyelesaikan urusan orang ramai,\u201d katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.\n\n\nMuhammad Sanusi yang merupakan Yang Dipertua PAS Sik berkata, Allahyarham yang pernah bertugas sebagai pegawai bomba lapangan terbang adalah seorang pemimpin yang berdisplin dan kefahamannya mengenai jemaah dan parti juga teguh dan kukuh.\n\n\nKatanya, tidak ada sesiapa yang boleh mengubah pendiriannya selama dia berpegang kepada keputusan parti dan pimpinan serta taat dan setia sewaktu orang lain melonggar.\n\n\n\u201cBeliau tempat saya belajar, bertanya pandangan, meminta dan mendengar nasihat, menimba ilmu serta petua, bertanya mengenai latar belakang si fulan dan si fulan yang beliau lebih kenali.\n\n\n\u201cBeliau sering menelefon bertanya khabar dan berpesan pelbagai perkara apabila lama tak dapat bersua muka. Dia sangat mengambil berat keselamatan saya. Beliau adalah guru, sahabat dan teman suka duka dalam perjuangan.\n\n\n\u201cDia dan isterinya, Kak Dah rajin dan pandai memasak. Bubur lambuk khas beliau akan beredar ke mana-mana setiap kali bulan puasa. Jika bertandang ke rumahnya, tidak pernah saya pulang tanpa menjamah menu istimewa mereka berdua, dua tiga jenis makanan disuruh kita merasa,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/15/fasa-2-suke-dibuka-tengah-malam-ini/", "title": "Fasa 2 SUKE dibuka tengah malam ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Lebuh raya Bertingkat Sungai Besi \u2013 Ulu Kelang (SUKE) fasa dua akan mula dibuka kepada pengguna bermula jam 12.01 malam ini.\n\n\nMenteri Kerja Raya Datuk Alexander Nanta Linggi memaklumkan pembukaan fasa dua ini menawarkan kesalinghubungan dan penyuraian trafik lebih berkesan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cSUKE fasa dua melibatkan jajaran utama sepanjang 7.8 kilometer dari Sri Petaling sehingga Cheras \u2013 Kajang yang merupakan laluan kepadatan tinggi.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cAntara skop pembinaan lebuh raya ini adalah melibatkan pembinaan dua persimpangan baharu iaitu Persimpangan Sri Petaling dan Persimpangan Sungai Besi dan juga pembinaan satu plaza tol bertingkat di Plaza Tol Alam Damai,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelampau Israel lempar kata kesat sambik berarak di Baitulmaqdis\n\n\n\n\n\n\nAda agenda tersembunyi, sebar fahaman liberal secara halus \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nPembantu Ahli Parlimen langgar kod etika pakaian diarah keluar\n\n\n\n\n\n\nMangsa Banjir Boleh Mohon Kelonggaran Bayaran Semula\n\n\n\n\n\n\nKetua Hakim Negara terima ancaman bunuh\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pembukaan Fasa Dua Lebuh Raya Bertingkat SUKE di sini pada Khamis.\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, kata beliau pengguna yang melalui Plaza Tol Alam Damai boleh menikmati laluan percuma selama dua minggu.\n\n\n\n\nSementara itu, Kementerian Kerja Raya turut mengumumkan sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka (Open Payment System) dijangka bermula September ini.\n\n\nSebanyak 12 lebuhraya terlibat antaranya Lebuhraya Bertingkat Ampang \u2013 Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Butterworth \u2013 Kulim (BKE), Lebuhraya Damansara \u2013 Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur \u2013 Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta \u2013 Ulu Klang (DUKE).\n\n\nOpen Payment System diperkenalkan merupakan inisiatif Kerajaan yang komited dalam peralihan sistem kutipan tol secara Multi-Lane Fast Slow (MLFF) menjelang akhir 2024.- AWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/15/mangsa-kemalangan-lawan-arus-ahli-surau/", "title": "Mangsa kemalangan lawan arus ahli surau", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Polis masih \u00a0mengesan penunggang motosikal yang dipercayai melarikan diri selepas menyebabkan kemalangan sehingga seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut di Kilometer 22.2 Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, semalam.\n\n\nKetua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal ditunggang melawan arus di bahu jalan kanan.\n\n\n\u201cMangsa yang sedang melalui jalan berselekoh kemudian cuba mengelak lalu melanggar penghadang sebelah kiri jalan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKesan pelanggaran itu menyebabkan penunggang terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian kira-kira 30 meter manakala motosikalnya terseret ke tengah jalan,\u201d katanya dalam kenyataan pada Rabu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohd Azam berkata, mangsa cedera parah di kaki ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan SMART Sungai Klang dan disahkan meninggal dunia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPeguam Fail Rayuan Isu Keabsahan Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\nSelangor sedia hadapi kenaikan bahan binaan 180 peratus\n\n\n\n\n\n\nSiasatan perlu adil, tidak kira kawan atau lawan \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nSarimah kecewa berita palsu terlantar sakit tersebar\n\n\n\n\n\n\nSiti Nuramira Dibebaskan Dengan Jaminan JAWI\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal yang memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.\n\n\n\u201cPenunggang terbabit didapati meninggalkan lokasi dan tindakan mengesannya sedang dijalankan.\n\n\n\u201cRakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang diteliti bersama pihak SUKE dan saksi bebas sedang dikesan bagi membantu siasatan,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.\n\n\nSementara itu memetik Berita Harian, anak kepada mangsa kemalangan melawan arus, Muhammad Hafidz Ahmad Fadzil, 36, berkata arwah ayahnya jika keluar menunggang motosikal akan balik ke rumah sebelum Zuhur dan akan solat setiap hari di surau berhampiran rumah di Pandan Indah, di ibu negara.\n\n\nMenurut Hafidz, dia mengetahui kejadian itu apabila dihubungi rakannya yang memaklumkan mengecam motosikal Ducati Panigale itu yang selalu digunakan dia dan bapanya tular di media sosial.\n\n\nDalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa, Ahmad Fadzil Omar Azzadin, 62,\u00a0 yang menunggang motosikal \nDucati\u00a0\nPanigale meninggal dunia akibat parah selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.\n\n\nKata anak Allahyarham,\u00a0 dia kemudian menghubungi adiknya dan bertanya adakah bapa mereka keluar menggunakan motosikal itu sebelum adiknya mengesahkan perkara itu.\n\n\n\u201cSaya difahamkan ketika kejadian arwah ayah hendak masuk simpang di lebuh raya berkenaan sebelum datang sebuah motosikal lain melawan arus.\u201d\n\n\n\n\n\u201cArwah ayah cuba mengelak tetapi dia terbabas sebelum terjatuh ke bawah di lebuh raya itu,\u201d katanya.\n\n\n\n\nKatanya, mereka memiliki lima motosikal di rumah kerana bapanya sejak muda sehingga sudah bersara dalam pekerjaan pun masih minat menunggang motosikal.\n\n\n\u201cAyah memang suka menunggang motosikal tetapi tidaklah ke tempat yang jauh kerana dia akan balik sebelum Zuhur.\n\n\n\u201cArwah setiap hari akan solat di surau berhampiran rumah dan dia akan menjadi orang pertama yang sampai di sana dulu malah dikenali ahli kariah surau,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas selesai proses bedah siasat hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/15/pelajar-perubatan-pergigian-farmasi-boleh-mohon-tajaan-mulai-3-julai/", "title": "Pelajar perubatan, pergigian, farmasi boleh mohon tajaan mulai 3 Julai", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Berkuat kuasa 3 hingga 7 Julai depan mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi boleh memohon tajaan menerusi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJPA dalam satu kenyataannya\u00a0 hari ini, berkata permohonan itu boleh dibuat susulan keputusan kerajaan untuk meneruskan program penajaan JPA dalam bidang berkaitan.\n\n\n\u201cPenajaan JPA bagi bidang ini bagi tahun 2023 boleh dimohon mengikut tempoh penawaran ditetapkan seperti PIDN bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat ijazah pertama dari 3 hingga 7 Julai ini.\n\n\n\u201cBagi Program Khas Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Dalam Negara (LSPM) bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 pula dilanjutkan sehingga 23 Jun ini,\u201d katanya.\n\n\nSebarang maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan boleh dirujuk di laman \n\u00a0esilav2.jpa.gov.my.\n\n\nMemetik Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini dilaporkan berkata, JPA akan meneruskan program tajaan biasiswanya kepada pelajar perubatan, pergigian dan farmasi di institut pengajian tinggi selepas mendapati terdapat unjuran keperluan pada masa depan.\n\n\nPerdana Menteri berkata, keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) menghentikan penajaan JPA dalam tiga bidang berkenaan yang diumumkan di Parlimen Selasa lalu, dibuat mengikut dasar terdahulu dan perlu dikaji semula.\n\n\nKatanya, unjuran terkini yang dibuat mendapati terdapat keperluan penajaan kepada program berkenaan diteruskan berikutan terdapat kes doktor kontrak meletak jawatan dan memilih sektor swasta dalam laluan kerjaya mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/15/penunggang-lawan-arus-itu-pembunuh/", "title": "Penunggang lawan arus itu `pembunuh\u2019!", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013\u00a0 [KEMAS KINI] Penunggang motosikal berkuasa tinggi yang maut akibat terjatuh daripada jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang,\u00a0 Kuala Lumpur tengah hari tadi dikenali sebagai Scot Zamzuri.\n\n\nTerdahulu, tular di dunia maya kisah seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati, yang maut selepas terjatuh daripada jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang,\u00a0 Kuala Lumpur tengah hari Rabu.\n\n\nGambar penunggang motosikal yang meninggal dunia dikongsi oleh warganet.\n\n\nDalam kejadian pada jam 1:05 tengah hari itu ,\u00a0 penunggang motosikal Ducati yang dikatakan dari arah Ampang sedang dalam perjalanan memasuki susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Ulu Kelang.\n\n\n\n\nSeorang penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati, maut selepas terjatuh daripada jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, tengah hari tadi. \u2013 Foto Twitter SenawangTV\n\n\n\n\nDalam satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 12 saat menunjukkan sebuah motosikal melawan arus dari arah MRR2 naik ke Lebuhraya SUKE.\n\n\nDalam satu ciapan twitter, oleh Hezeri Samsuri, beliau berkongsikan kejadian kemalangan maut berkenaan dan mencetuskan kemarahan daripada para penunggang motosikal yang menceritakan perihal penunggang yang melawan arus.\n\n\n\n\n\n\nAwas, video 18sG. Sat gi aku delete. Nak sampaikan pesanan je.\n\n\nKEPADA BANGSAT yang ride lawan arus tu, aku harap kau masuk penjara seuumur hidup.\n\n\nHabis nyawa rider Ducati sorang melayang kat ramp SUKE sebab bodoh kau. Takziah kepada keluarga mangsa. \n\n\nApa kat sekolah kau tak\u2026 \npic.twitter.com/Ne6PuVpkYr\n\n\n\u2014 Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) \nJune 14, 2023\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBaru sehari berkahwin, pasangan ditahan edar dadah\n\n\n\n\n\n\nSambut hari terakhir sekolah dengan lakukan vandalisme\n\n\n\n\n\n\nProses Penamaan Calon Berjalan Lancar\n\n\n\n\n\n\n3 Kes Dikesan Di Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nPetanda awal Ahmad Zahid bakal bebas pertuduhan mahkamah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Berita Harian, tidak lama selepas itu, motosikal ditunggang mangsa dirakam gagal dikawal dipercayai cuba mengelak motosikal yang melawan arus.\n\n\nMotosikal mangsa merempuh pembahagi jalan sebelum dia tercampak ke bawah jejambat.\n\n\nMangsa yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi kejadian.\n\n\nNetizeen juga berang dengan sikap pengguna jalan raya yang melawan arus sehingga membahayakan nyawa orang lain.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat selepas hasil siasatan awal diperoleh daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Ampang Jaya.\n\n\nKetua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/15/perlis-tidak-sambung-lesen-judi-tahun-depan/", "title": "Perlis tidak sambung lesen judi tahun depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis\n \u2013 \nPerlis tidak akan memperbaharui lesen premis perjudian di negeri itu selepas tamat tempoh operasi tahun hadapan.\n\n\nSekarang terdapat enam premis perjudian di Perlis dan ia tidak akan disambung untuk menjalankan operasi selepas tamat tempoh pada Mac 2024.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Fakhrul Anwar Ismail berkata, selepas tempoh tersebut tamat, tiada pengusaha premis judi akan diberi kelulusan lesen operasi.\n\n\nMenurutnya, keputusan itu selaras dengan pendirian kerajaan negeri untuk menghentikan aktiviti perjudian selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKebakaran Jakel: Bomba fokus unsur sabotaj, sisa bara api\n\n\n\n\n\n\nKa Siong terima surat saman pengimport telur\n\n\n\n\n\n\nMangsa Banjir Boleh Mohon Kelonggaran Bayaran Semula\n\n\n\n\n\n\nBina sekolah baharu, NGO desak MB Selangor sokong permohonan\n\n\n\n\n\n\nJPJ rugi RM14.38 juta cetak kad lesen memandu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya ingin tegaskan usaha kerajaan negeri menghentikan lesen premis judi adalah konsisten sejak dari awal lagi seperti disebut Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli pada kenyataan media atau ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini,\u201d katanya pada sidang media, di Arau pada Selasa.\n\n\nFakhrul Anwar juga berkata, tindakan tersebut tidak dibuat secara drastik malah pihaknya mengambil pendekatan lunak berdasarkan tarikh penamatan tempoh lesen.\n\n\nTambah beliau, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) memberi taklimat secara lisan dan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada pengusaha terlibat.\n\n\n\u201cKita mengambil pendekatan lunak bagi memastikan pengusaha terbabit tidak terkejut dengan tindakan tersebut,\u201d katanya.\n\n\nBagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan Indera Kayangan, Gan Ay Ling mendakwa tindakan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen premis judi tanpa sebarang pengumuman.\n\n\nMerungkai dakwaan itu, Fakhrul berkata, isu penutupan premis judi bukan perkara baharu yang mengejutkan malah pelaksanaannya sudah lama di Kelantan, Terengganu dan Kedah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/16/lhdn-serbu-rumah-hamzah-rampas-fail-dokumen-pemilikan-aset/", "title": "LHDN serbu rumah Hamzah, rampas fail, dokumen pemilikan aset", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa diserbu pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kelmarin.\n\n\nSumber berkata, Ahli Parlimen Larut itu difahamkan berada di rumahnya di Damansara, Kuala Lumpur ketika serbuan yang dilakukan sepasukan pegawai kira-kira jam 11 pagi.\n\n\nKatanya, serbuan berkenaan dilakukan susulan terdapat beberapa cukai yang tidak dilaporkan.\n\n\nTerdahulu, sebuah portal melaporkan, penguat kuasa LHDN turut merampas beberapa fail termasuk dokumen pemilikan aset dan akaun.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Putar Belit, Takut SPRM \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nJual Sijil Palsu, Doktor Disambung Reman\n\n\n\n\n\n\nKKD, MCMC diminta pantau hantaran naratif kaum, agama oleh ahli politik\n\n\n\n\n\n\nUNDI MELAYU PECAH DI MELAKA | BULETIN PERTIWI \u2013 ISNIN 8 NOVEMBER 2021\n\n\n\n\n\n\n25 Kes Positif COVID-19 Di Parlimen Mungkin Varian Delta\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, sumber LHDN ketika dihubungi berkata, pihaknya kini tidak boleh mendedahkan apa juga maklumat terhadap kes yang membabitkan cukai.\n\n\n\u201cKami tidak boleh mendedahkan apa juga maklumat ketika ini,\u201d katanya.\n\n\nBulan lalu, Hamzah mengesahkan beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung satu kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.\n\n\nBeliau menyatakan, keterangan berkenaan dilakukan susulan pertuduhan ke atas ahli perniagaan, Sim Choo Thiam di mahkamah.\n\n\nHamzah mendakwa, kes pertuduhan di mahkamah membabitkan ahli perniagaan itu yang turut mengheret namanya, jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, BERSATU dan Perikatan Nasional (PN). \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/16/muda-desak-kerajaan-batal-projek-pjd-link/", "title": "MUDA desak kerajaan batal projek PJD Link", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan perlu menghentikan projek pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) yang dipercayai membawa lebih banyak kemudaratan kepada rakyat. \n\u201cMUDA berkeras bahawa pembangunan PJD Link ini lebih banyak membawa kemudaratan kepada penduduk dan pengguna jalan raya di sepanjang laluan cadangan dari Damansara ke Kinrara.\n\u201cPembinaan PJD Link ini berpotensi untuk mewujudkan kesesakan baharu di laluan-laluan keluar yang dibina.\n\n\n\u201cKenyataan pengurusan PJD Link bahawa lebuh raya ini akan digunakan oleh penduduk untuk ke stesen pengangkutan awam juga tidak terbukti, lebih-lebih lagi dengan adanya penambahan jumlah kenderaan dan masa perjalanan di sepanjang laluan,\u201d menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.\n\n\n \nMUDA turut mendesak kerajaan berhenti mengklasifasikan PJD Link di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) kerana orang awam layak mengetahui kandungan konsesi pembangunan tersebut.\n\n\nMenurut kenyataan tersebut, lebih 90 peratus penduduk setempat di sekitar kawasan PJD Link juga menentang pembangunan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada protes tidak bermakna mogok doktor kontrak gagal\n\n\n\n\n\n\nMAQIS sita 25 tan dada ayam Thailand dengan sijil halal diragui\n\n\n\n\n\n\nNegara wajar cari alternatif baharu hadapi krisis global \u2013 Sultan Nazrin\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Jumlah rasmi mangsa terlibat 92, bukan 94\n\n\n\n\n\n\nKos RM150 Juta Patut Disalurkan Pada Golongan Memerlukan \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof Fadillah melaporkan, tiga projek lebuh raya baharu di Lembah Klang mendapat kelulusan berprinsip iaitu PJD Link, PBE dan KL-NODE.\nKatanya, projek berkenaan bertujuan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi penduduk ibu kota.\nDifahamkan, PJD Link sepanjang 34.3 kilometer itu adalah lebuh raya bertingkat setinggi 23 meter dan mempunyai dua plaza tol."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/16/operasi-sar-muhammad-hawari-disambung-tahun-depan/", "title": "Operasi SAR Muhammad Hawari disambung tahun depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33, ditamatkan hari ini.\n\n\nKetua Misi ME2023, Azim Afif Ishak berkata, operasi SAR itu akan disambung pada tahun depan selepas pihaknya masih belum menemui sebarang petunjuk sejak pencarian bermula 19 Mei sehingga 15 Jun lalu.\n\n\n\u201cPermit khas pencarian menggunakan dron dan SAR udara yang diluluskan pihak berkuasa Nepal juga sudah tamat dan aktiviti pendakian ke puncak Everest sudah ditutup bermula 29 Mei lalu,\u201d katanya pada sidang media di Kathmandu, Nepal hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemborong Ayam Dikenakan Siasatan\n\n\n\n\n\n\nSIFAT JUJUR DAN IKHLAS, AZIMAT 20 TAHUN DI LUAR NEGARA\n\n\n\n\n\n\nKuliah Ustaz Azhar Idrus ditangguh, JAWI tampil beri penjelasan\n\n\n\n\n\n\nCalon Melayu Dap Hanya Boneka \u2013 Mahdzir\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin bebas empat tuduhan rasuah, ini ulasan peguam\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir sama, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Fadzle Abu Hasan; Pengarah Pioneer Adventure, Nivesh Karki dan Ketua Malim Gunung, Nga Tenji.\n\n\nTurut hadir dua ahli keluarga Hawari iaitu adik bongsu, Mohamad Ismail dan Azhar Ilias.\n\n\nSebelum ini media melaporkan Muhammad Hawari dilaporkan hilang selepas turun dari puncak Everest dan berehat di Kem Empat lalu selepas berjaya menakluk puncak Gunung Everest petang 18 Mei lalu.\n\n\nBerita kehilangan Muhammad Hawari turut dilaporkan media tempatan Nepal, The Himalayan Times pada 20 Mei lalu.\n\n\nDalam pada itu, operasi SAR yang diadakan pada Khamis turut mengesan satu objek antara Kem Dua dan Kem Tiga namun selepas dikenal pasti ia hanyalah longgokan sampah serta khemah yang diterbangkan angin.\n\n\n\n\n\u201cObjek berkenaan dikesan melalui gambar dan video dirakam dron pada 8 Jun lalu yang menunjukkan seperti jasad Hawari berdasarkan warna sut yang digunakan beliau ketika misi pendakian.\n\n\n\u201cNamun ia sengaja tidak mendedahkannya kerana ia masih belum disahkan lagi,\u201d katanya.\n\n\nMisi pendakian ME2023 ini dikendalikan oleh syarikat Pioneer Adventure yang berpusat di Nepal dengan menyediakan tenaga malim gunung, logistik dan makanan sepanjang misi ke puncak Everest.\n\n\nSebelum ini, kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menghulurkan bantuan kewangan sebanyak RM1.48 juta dan Kerajaan Pulau Pinang RM500,000 kepada Kelab Eksplorasi Altitud bagi operasi SAR Hawari.\n\n\nTambah Azim, operasi SAR terakhir yang diadakan pada Khamis itu sepatutnya dilakukan pada Selasa lalu, namun disebabkan cuaca buruk, pasukan SAR dan helikopter tidak dapat masuk ke lokasi yang dikesan.\n\n\nMenurutnya, tiga malim gunung bersama seorang jurugambar yang ditugaskan ke lokasi itu telah menjumpai objek itu dan mengesahkan ia bukan jasad Hawari.\n\n\nJelasnya, operasi SAR ini dijangka disambung pada musim pendakian 2024 namun perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak yang berkenaan.\n\n\n\u201cStatus Hawari diletakkan sebagai \u2018orang hilang\u2019 kerana jasadnya masih belum ditemui sehingga kini,\u201d katanya.\n\n\nKatanya lagi, penamatan operasi SAR ini juga sudah dibincangkan dan mendapat nasihat daripada pihak kedutaan Malaysia di Nepal.\n\n\n\u201cOperator pengendali aktiviti pendakian ke puncak Everest di Nepal turut menyarankan agar operasi SAR ini ditangguhkan demi keselamatan pasukan SAR dan faktor cuaca yang tidak menentu ketika ini,\u201d katanya lagi. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/17/3-andaian-hawari-hilang/", "title": "3 andaian Hawari hilang", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Tiga andaian mengenai kehilangan pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) Muhammad Hawari Hashim didedahkan selepas pencariannya menemui jalan buntu sejak dia dilaporkan hilang pada 19 Mei lalu.\n\n\nKetua Misi 2023, Azim Afif Ishak, berkata Hawari mungkin naik semula ke Kem 4 untuk melihat seorang lagi pendaki ME2023, Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang berhadapan masalah kesihatan sebelum dilaporkan meninggal dunia pada 19 Mei.\n\n\nMenurutnya, ada kemungkinan juga Hawari turun secara bersendirian ke Kem 3 dan tersasar dari trek laluan, seterusnya jatuh ke kawasan berbukit yang sukar dilihat, manakala kemungkinan ketiga, pendaki itu tersesat ke laluan bahagian Tibet.\n\n\n\u201cSehingga kini, tiada petunjuk baharu berhubung kehilangan Hawari. Kami turut ambil inisiatif hebahkan berita kehilangannya pada hari kejadian kepada semua operator pendakian Everest sekiranya bertemu atau melihatnya di kawasan pergunungan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKetika kehilangan Hawari juga, jumlah pendaki sudah berkurangan dan ramai sudah mula turun ke kem induk (EBC). Sejumlah pendaki yang masih ada lebih memberi tumpuan kepada misi menawan puncak Everest kerana mengejar masa sebelum aktiviti itu ditutup,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, media melaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Hawari ditamatkan dan akan disambung pada musim pendakian tahun depan selepas tidak menemui sebarang petunjuk.\n\n\nStatus Hawari juga dikatogerikan sebagai \u2018orang hilang\u2019 (OH) kerana jasadnya masih belum ditemui sehingga kini.\n\n\nTerdahulu Khamis lalu, pasukan SAR mengadakan pencarian terakhir antara Kem 2 dan Kem 3 selepas melihat gambar objek yang dirakam melalui dron memaparkan seakan-seakan jasad memakai sut berwarna sama dengandipakai Hawari ketika misi pendakian.\n\n\nNamun, pasukan operasi SAR yang membuat pengecaman ke lokasi berkenaan mengesahkan objek itu hanyalah longgokan sampah dan khemah yang diterbangkan angin dan bukan jasad Hawari.\n\n\nPelbagai usaha dilakukan pasukan SAR untuk mengesan keberadaan Hawari, namun masih tiada sebarang petunjuk kehilangannyayang yang mengejutkan ramai selepas dia dilaporkan berjaya menawan puncak Everest pada jam 3.30 petang waktu Nepal, 18 Mei lalu.\n\n\nPencarian dibuat melalui jalan darat menggunakan khidmat malim gunung bermula dari Kem 4 ke Kem 2, selain menggunakan helikopter dan teknologi dron.\n\n\nAzim berkata, beliau mencadangkan operasi SAR disambung pada misi pendakian tahun depan kerana ia dapat menjimatkan kos, namun perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak yang terlibat.\n\n\n\u201cPencarian boleh disambung bermula musim pendakian tahun depan dengan meuar-uarkan perkara itu kepada pendaki. Jika ada yang terjumpa jasad Hawari, mereka mungkin boleh diberikan ganjaran atas usaha dan bantuan yang diberikan.\n\n\n\u201cCara itu lebih efektif kerana jumlah pendaki juga ramai ketika musim pendakian berbanding melantik malim gunung yang memerlukan kos tinggi untuk membayar mereka.\n\n\n\u201cOperasi SAR sebelum ini juga hanya menyasarkan laluan di bahagian Nepal, tetapi jika disambung semula pada masa depan, ia boleh diperluaskan ke laluan di bahagian Tibet,\u201d katanya.\n\n\nAzim menambah, status Hawari masih menjadi tanda tanya dan tidak boleh diandaikan meninggal dunia selagi jasadnya masih belum ditemui.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u2018Mana Daddy?\u2019 \u2013 Anak-anak mula bertanya, rindu Hawari. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/17/6000-serbu-pejabat-tesla-malaysia/", "title": "6,000 serbu pejabat Tesla Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Lebih 6,000 orang hadir pada sesi temuduga `walk-in\u2019 terbuka syarikat kereta elektrik antarabangsa, TESLA, di pejabat Cyberview Sdn Bhd di Persiaran Apec, Cyberjaya.\n\n\nRamai yang hadir seawal jam 10:30 pagi sedangkan waktu sebenar temuduga dimulakan ialah pada jam 12:00 tengah hari.\n\n\nBarisan kehadiran pemohon bagi ular dipatuk apabila mereka beratur dari pintu masuk pejabat berkenaan hingga ke bahu jalan jalan masuk ke syarikat gergasi antarabangsa itu.\n\n\nSeawal jam 10:00 pagi pemohon kerja sudah pun beratur di pintuk masuk pejabat Tesla Malaysia.\n\n\nTesla Malaysia pada awal minggu ini, mengiklankan pengambilan pekerja untuk operasi ibu pejabatnya yang pertama di negara ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDr. Mahathir `liabiliti\u2019 politik tanah air \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Dinasihat Jangan Bergaduh, Segera Ambil Tahu Nasib Rakyat \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nSPRM sita harta lebih RM3 juta disyaki terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik wanita ditemukan lemas ketika mandi di pantai Port Dickson\n\n\n\n\n\n\nUmat Islam perlu bersatu, jangan berpuak-puak\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi iklan itu, lima perjawatan dibuka kepada orang awam iaitu penasihat jualan, penasihat jualan perusahaan, penasihat penghantaran, pakar sokongan pelanggan dan penasihat perkhidmatan.\n\n\nAwal Mac lalu, Tesla mengumumkan akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia menerusi Pusat Pengalaman dan Pusat Servis Tesla.\n\n\nIa susulan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Kenderaan Bateri Elektrik (BEV) ke negara ini.\n\n\nNetizen yang hadir pada sesi temuduga itu turut berkongsi,\u00a0 video yang menunjukkan ribuan hadir bagi merebut peluang yang ditawarkan.\n\n\n\n\nTesla Malaysia ada walk in interview harini. interview pkl 12pm tapi seawal 1030am pun orang dah beratur weh! \n#Malaysia\n \n#viral\n \n#trending\n \npic.twitter.com/WcGhSoLAsH\n\n\n\u2014 KL Sayang Semua (@KLSayang) \nJune 17, 2023"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/17/anwar-nafi-cuba-bawa-konsep-islam-berlebihan/", "title": "Anwar nafi cuba bawa konsep Islam berlebihan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau cuba menerapkan konsep Islam secara berlebihan dalam pentadbirannya apabila mahu memperluas peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti yang didakwa segelintir pihak.\n\n\nBeliau berkata, tuduhan yang dilemparkan ke atasnya oleh segelintir kecil orang bukan Islam itu menunjukkan golongan itu tidak faham kepentingan mendidik umat Islam mengenai konsep sebenar agama itu.\n\n\n\u201cSaya mahu JAKIM bukan bicara soal agama sahaja, bukan soal aspek-aspek perundangan Islam sahaja, JAKIM sekarang di bawah pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan diperluas tugas, bicara soal ekonomi, lihat program digital, lihat kokurikulum pendidikan.\n\n\n\u201cTanggungjawab itu lebih luas supaya nilai Islam itu diterapkan dan ini ditentang oleh pihak yang tidak faham, kelompok kecil bukan Islam yang menulis secara kasar dia kata \u2018Anwar sekarang ini mempamerkan sikap Islamist yang kukuh yang cuba diselindungi selama ini dengan mengarahkan JAKIM menguasai semua sistem\u2019,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Alternatif Rakyat Muak Politik Korup\n\n\n\n\n\n\nHakim terkilaf dari segi fakta dan undang-undang\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat projek Petronas bernilai RM399 juta di Sarawak\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Diambil Demi Nyawa Rakyat \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nKenyataan Setiausaha PAS Selangor Tidak Tepat\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang Kedah hari ini.\n\n\nTurut hadir pada majlis itu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar dan Pengetua SMA, Nahdhah Hasanah Melele Mohd Jamil Sadaqi Tajuddin.\n\n\nAnwar menjelaskan jika umat Islam di negara ini tidak mendapat kefahaman sebenar mengenai ajaran Islam, ia dibimbangi boleh mengakibatkan berlakunya pertembungan antara masyarakat di negara ini.\n\n\n\u201cSaya nak beritahu rakan-rakan saya yang bukan Islam, terima kasih atas sokongan mereka, tapi mereka juga harus faham, kalau umat Islam ini ilmunya dangkal, kecenderungannya itu menghukum, kalau sikapnya itu bengis, keras, tidak membawa rakyat menarik dan meminati Islam, maka masa depan kita lebih celaru dari segi pertarungan, pertembungan, perbenturan antara dua pihak ini,\u201d katanya.\n\n\nBeliau juga berkata selama tujuh bulan mentadbir negara, kerajaannya tidak pernah menerima sebarang tentangan daripada bukan Islam, sebaliknya mereka hanya bertanyakan tentang usaha yang hendak dilakukan kerajaan.\n\n\nSementara itu, Anwar berkata beliau mengalu-alukan golongan ilmuan, guru Islam dan ustaz memberikan pandangan mereka terhadap kerajaan, namun mengingatkan mereka untuk tidak terbawa-bawa dengan politik perpecahan.\n\n\n\u201cJadi kalau kita nak pertahankan Islam, ada banyak lagi perkara boleh kritik saya, saya boleh terima, boleh kritik kerajaan, saya boleh terima, tapi fitnah tidak boleh.\n\n\n\u201cAda pandangan umpamanya kalau tidak bersama dengan parti itu, bukan Ahli Sunnah Waljamaah, bukan itu parah? Ustaz-ustaz guru agama mesti tegur, janganlah kita punyai ketaksuban kepada parti mengatasi segala,\u201d katanya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/17/isu-gula-selesai-hujung-bulan-ini-kpdn/", "title": "Isu gula selesai hujung bulan ini \u2013 KPDN", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan isu kekurangan bekalan gula bertapis kasar dan halus di pasaran dapat diatasi sepenuhnya hujung bulan ini.\n\n\nMenterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata setakat ini negara memerlukan sebanyak 43,000 tan metrik gula untuk setiap bulan bagi memenuhi keperluan rakyat, namun sehingga hari ini bekalan gula di pasaran hanya mencapai tahap 80 peratus sahaja.\n\n\nTambahnya lagi, beliau sudah mengadakan libnat urus untuk kali kelima dengan beberapa pengeluar gula dan mereka berjanji sedaya upaya untuk mencukupkan bekalan gula bertapis kasar dan halus di pasaran.\n\n\n\u201cMereka berjanji dalam masa terdekat, Insya-Allah seminggu akan sedaya upaya mencukupkan bekalan gula bertapis kasar dan halus di pasaran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengambilan tembakau antara penyebab kanser meningkat\n\n\n\n\n\n\nMufti Perlis Saran KKM Tangguh Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\n80,000 calon lepasan SPM ditawar ke universiti awam\n\n\n\n\n\n\nLelaki muat naik ciapan berbaur perkauman ditahan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan komited tingkatkan kualiti perkhidmatan air dan pembetungan negara\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya perhatikan sendiri memang terdapat kekurangan namun bukan bermaksud gula tak ada langsung.\n\n\n\u201cSaya harap kita dapat selesaikan sebelum berakhirnya Ops Manis iaitu pada 30 Jun ini,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, KPDN melancarkan Op Manis yang bermula 3 Mei lalu bagi mengenalpasti punca dan solusi untuk menangani isu kekurangan bekalan gula.\n\n\nBeliau berkata, antara alasan yang diberikan pengeluar gula adalah disebabkan adanya beberapa kilang yang tidak dapat beroperasi secara optimum berikutan penyelenggaraan mesin tertentu yang mengambil masa yang lama.\n\n\nPada masa yang sama, Salahuddin mengesahkan bekalan minyak masak paket bersubsidi dan telur di pasaran mencukupi dan tidak lagi menjadi isu panas rakyat.\n\n\n\u201cNamun, jika ada aduan yang terpencil mungkin di kampung pedalaman dan negeri di sempadan seperti Perlis, Kedah dan Kelantan, kita akan tingkatkan lagi penguatkuasaan.\n\n\n\u201cBegitu juga telur bagi semua gred yang kita kawal juga mudah didapati di pasaran,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/17/kerajaan-cadang-wujudkan-kad-siswa-rahmah/", "title": "Kerajaan cadang wujudkan Kad Siswa Rahmah", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan bercadang memperkenalkan Kad Siswa Rahmah bagi mengurangkan beban kewangan yang ditanggung mahasiswa dengan peningkatan kos sara hidup kini. \nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan dan perlu dibincangkan bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terlebih dahulu.\n\u201cIdea (Kad Siswa Rahmah) boleh dipanjangkan, seperti kita buat Program Jualan Rahmah untuk mudahkan mereka mendapatkan makanan di kampus universiti.\n\u201cNamun, ini di luar bidang kuasa saya. Ia perlu dibincangkan bersama MOF dan KPT,\u201d katanya kepada media selepas Program Jelajah Rahmah dan Townhall Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Bersama Rakyat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Seri Iskandar hari ini.\nBeliau mengulas pertanyaan jika KPDN mahu memperkenalkan kad diskaun seperti Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M) yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada tahun 2017.\nKADS1M adalah kad debit bernilai RM250 yang boleh digunakan oleh penuntut universiti bagi membeli buku, aksesori komputer dan bahan pembelajaran.\nPemegang kad itu layak menerima diskaun apabila membuat pembelian di kedai terpilih.\nTerdahulu, Salahuddin berkata, kerajaan akan mengutamakan untuk memberi lebih banyak bantuan kepada mahasiswa seiring perkembangan ekonomi.\nSelain itu, beliau berkata, kerajaan turut bercadang meneruskan Jualan Rahmah di semua 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/17/kj-jumpa-pn-minggu-hadapan/", "title": "KJ jumpa PN minggu hadapan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan berjumpa dengan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) bagi membincangkan mengenai penyertaannya dalam gabungan politik tersebut.\nPengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah menetapkan tarikh iaitu dalam minggu hadapan untuk perjumpaan tersebut diadakan.\n\u201cSaya sudah tetapkan tarikh dan rombongan beliau (Khairy) akan datang berjumpa dengan saya minggu depan.\n\u201cKita harap beliau akan sertai (PN), bagaimanapun kita serahkan kepada beliau. Beliau sudah cukup bijak dan cerdik untuk membuat pilihan,\u201d katanya selepas ditemui media di Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang hari ini. \nSebelum ini, media melaporkan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.\nKhairy ditawarkan jawatan tersebut selepas dipecat daripada UMNO atas kemampuan beliau memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.\nBekas menteri kesihatan itu dipercayai masih belum membuat apa-apa kenyataan berkaitan keputusannya untuk bersama PN. \nKemungkinan Khairy menyertai PN itu juga bagaimanapun kembali menjadi tanda-tanya apabila bekas ahli parlimen Rembau itu dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta ahli ekonomi dan pakar industri pada Jumaat bagi membincangkan hala tuju ekonomi negara.\nBagaimanapun, tidak dapat dipastikan peranan bekas Ahli Parlimen Rembau berkenaan dalam perjumpaan bersama Anwar tersebut yang turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/17/lepasan-spm-hati-hati-tawaran-masuki-ipta-melalui-media-sosial-khaled/", "title": "Lepasan SPM, hati-hati tawaran masuki IPTA melalui media sosial \u2013 Khaled", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinasihatkan agar berhati-hati dengan tawaran memasuki universiti awam tempatan yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp, Telegram atau lain-lain platform media sosial ketika ini berikutan keputusan permohonan memasuki universiti belum dikeluarkan.\n\n\nMenteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan lepasan SPM yang mendapat tawaran sedemikian perlu membuat semakan bagi mendapatkan pengesahan daripada pihak universiti agar tidak menjadi mangsa penipuan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita sedar ada banyak tawaran (kemasukan UA) dalam pelbagai medium. Universiti awam dan politeknik belum ada keluarkan apa-apa tawaran kerana pihak UPU (Unit Penempatan Universiti) masih lagi dalam proses untuk memilih permohonan yang dikemukakan.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\u201cApabila sampai masa nanti, kita akan umumkan secara rasmi. Jadi saya harap pelajar (lepasan SPM) berwaspada jika menerima tawaran seperti itu.\n\n\n\u201cKalau institusi swasta, itu mungkin cara mereka. Tapi, kalau berlaku penipuan atau penyamaran dan bukan tawaran sebenar daripada institusi pengajian itu, pelajar boleh buat aduan. Kalau diminta buat sebarang bayaran seperti yuran atau sebagainya, boleh hubungi terus universiti itu untuk tanya mengenai mesej yang diterima,\u201d katanya ketika mengadakan lawatan ke Felda Bukit Easter di sini, pada Sabtu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuda terkilan tidak dijemput ke mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nPolis larang terbangkan dron di kawasan tumpuan PRN\n\n\n\n\n\n\nPesawat terhempas di Elmina, Shah Alam\n\n\n\n\n\n\nLetup mesin ATM, dua suspek ditahan ketika \u2018cuci\u2019 wang guna peluntur\n\n\n\n\n\n\nMaritim rampas 23 bubu naga di Perairan Tanjung Karang\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, mengulas gesaan daripada Presiden Angkatan Mahasiswa Universiti Malaya (UM), Nur Nazirah Abdullah agar yuran pengajian wajar dikurangkan sehingga 50 peratus sekiranya sistem pembelajaran hibrid dan jadual anjal dilaksanakan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Mohamed Khaled berkata, ia perlu dilihat dari segi keperluan pelajar itu sendiri terutama melibatkan akses fasiliti yang akan digunakan sekiranya kaedah pembelajaran berkenaan dilaksanakan kelak.\n\n\n\n\n\n\n\u201cHibrid atau anjal ini adalah satu bidang atau pendekatan yang sebenarnya satu pilihan, bukan diwajibkan untuk pelajar ambil\u2026 kalau nak empat tahun, ambil empat tahun, kalau anjal dia boleh ambil anjal.\n\n\n\n\n\n\n\u201cTapi, ia hanya meliputi beberapa subjek yang sesuai dilakukan anjal, bukan semua. Tak banyak, mungkin dua atau tiga sahaja macam Sains Sukan, IT (Teknologi Maklumat). Macam IT, industri nak dipendekkan, tak ada sebab nak sampai empat tahun supaya pelajar boleh keluar cepat.\n\n\n\u201cSaya sudah meminta supaya pihak PTPTN (Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) melihat sejauh mana perlu diubah suai pinjaman yang perlu. Kita pertimbangkanlah,\u201d katanya.- SINAR"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/17/maut-sewaktu-perjalanan-mendaftar-universiti/", "title": "Maut sewaktu perjalanan mendaftar universiti", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 seorang remaja yang dalam perjalanan untuk mendaftar diri di sebuah Universiti maut di KM 301.5 lebuhraya Utara Selatan arah selatan, Gopeng Perak, hari ini.\n\n\nKejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi itu menyebabkan mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Zweill Haikal Ghazali, 18 meninggal di tempat kejadian akibat parah di kepala.\n\n\nNahas ini juga turut menyebabkan ibu mangsa Asnoni Othman, 49 tahun turut parah manakala tiga lagi anak lelakinya yang masing-masing berusia 24, 20 dan 10 tahun cedera.\n\n\nMenurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, nahas kejadian ini berlaku sewaktu kelima beranak ini dalam perjalanan menghantar Muhammad Zweill dan abangnya yang berusia 20 tahun mendaftar di Universiti Malaya (UM) kampus Cyberjaya, Selangor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerusi DUN Batang Kali diisytihar kosong \u2013 Speaker DUN Selangor\n\n\n\n\n\n\nTindakan Pembatalan Notis 19 Tokong Di Perak Mengejutkan\n\n\n\n\n\n\nKemenangan Mohd Johari di DUN Tioman bukti gabungan BN, PH diterima rakyat\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Dinasihat Jangan Bergaduh, Segera Ambil Tahu Nasib Rakyat \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\nTekanan Terhadap Pembelian Saham Keterlaluan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSiasatan awal mendapati kereta Proton Savvy dipandu abang mangsa berusia 24 tahun gagal dikawal lalu merempuh belakang treler yang bergerak di lorong kiri jalan.\n\n\n\u201cMuhammad Zweill disahkan maut di tempat kejadian, manakala semua mangsa lain yang cedera dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.\n\n\n\u201cPemandu kereta masih tidak sedarkan diri kerana mengalami pendarahan di perut,\u201d katanya.\n\n\nMohamad Nazri turut berkata, pemandu treler yang berusia 50 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.\n\n\nMenurutnya, bedah siasat akan dijalankan pada jam 3 petang hari ini, dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/17/norsyahrin-hamidon-dinobat-presiden-dpmm-yang-baharu/", "title": "Norsyahrin Hamidon dinobat Presiden DPMM yang baharu", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Norsyahrin Hamidon diangkat sebagai Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) pada Mesyuarat Agung Tahunan DPMM ke-54 di Hotel Furama, Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nNorsyahrin yang sebelum ini menggalas jawatan Pemangku Presiden menang tanpa bertanding dengan menewaskan dua calon presiden yang lain iaitu Yang Di Pertua DPMM Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Yang Di Pertua DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad Ismail.\n\n\nSementara itu, Timbalan Presiden yang baharu disandang oleh Amirhamzah Karim dan Naib Presidennya, dijawat oleh Farosham Naizamohideen, Datuk Awang Sham Amit, Ir. Ts Kamarulaffie Ahmad.\n\n\nPresiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Norsyahrin Hamidon bersama dengan ahli kepimpinan yang baru sahaja dilantik pada Mesyuarat Agung DPMM ke-54 hari ini.\n\n\nLima lagi ahli menjadi Ahli Majlis Eksekutif Dewan iaitu Dzahir Jamaludin, Hamzah Paravil, Salim Ahmad, Muhammad Gaddafi dan Zairul Nizam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMTEM Gesa Kerajaan Tangani Kemiskinan Pasca Pandemik\n\n\n\n\n\n\nInflasi Naik Mendadak Jika Subsidi Minyak Diganti\n\n\n\n\n\n\nCalon BN jadi MB Negeri Sembilan jika bergabung bersama PN\n\n\n\n\n\n\nMansuh kemasukan penjawat awam guna kelulusan PMR\n\n\n\n\n\n\nAMANAH bertanding di 31 DUN, Mahfuz di Alor Mengkudu\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Shahidan Kassim yang juga ahli Parlimen Arau telah menarik diri daripada bertanding pada Mesyuarat Agung Tahunan DPMM pagi tadi, bersama dengan Datuk Mohd Zayad sekaligus memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada Norsyahrin untuk menerajui kepimpinan DPMM bagi tempoh tiga tahun akan datang.\n\n\nMesyuarat Agung tersebut turut dihadiri oleh Yang DiPertua DPMM dari seluruh negeri di Malaysia dan juga perwakilan dari ahli dewan bagi menjayakan majlis tersebut yang menyentuh isu berkenaan dengan pemilihan kepimpinan baharu yang tidak sah pada tahun 2020."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/17/ph-bn-guna-logo-sendiri-di-kelantan/", "title": "PH-BN guna logo sendiri di Kelantan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan logo masing-masing untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.\n\n\nPengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata tidak ada pertembungan antara gabungan itu, cuma kedua-dua pihak bersetuju untuk menggunakan logo masing-masing.\n\n\nBeliau berkata, perkara itu bagaimanapun belum diputuskan untuk PRN Terengganu.\n\n\n\u201cSetakat ini, isu logo masih dalam perbincangan untuk PRN Terengganu. Di Kelantan, kita akan pakai logo PH, BN pakai logo mereka,\u201d katanya selepas melawat Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Teluk Renjuna, di Tumpat, Kelantan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLapor Polis, Buat Siasatan \u2013 Musa Hassan\n\n\n\n\n\n\nMenteri Kabinet Yang Bercuti Diarah Pulang Malaysia Segera\n\n\n\n\n\n\nI-Guru gesa tindakan tegas kepada pelajar rosakkan harta benda sekolah\n\n\n\n\n\n\nSanusi sedia berdepan Anwar di mahkamah\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri tuntut Ahmad Zahid tunjuk tunjuk surat RoS\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas mengenai pembahagian kerusi, Nik Nazmi berkata, pengagihan kerusi di Kelantan sudah selesai dilakukan.\n\n\n\n\n\u201cSoal pengagihan kerusi agak cepat dapat diselesaikan dan kita kini berada dalam mood yang sangat positif,\u201d katanya.\n\n\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan, pembahagian kerusi bagi PRN Kelantan memutuskan 14 kerusi akan ditandingi calon PH dan 31 kerusi lagi untuk calon BN.\n\n\nKetua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman, dilaporkan berkata, pengagihan kerusi itu dibuat menerusi satu mesyuarat dan setakat ini, uruskan berkaitan perkara itu tidak menimbulkan sebarang masalah. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/17/qari-al-quran-braille-johan-tilawah-kebangsaan/", "title": "Qari al-Quran Braille johan Tilawah Kebangsaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang merupakan Qari al-Quran braille dinobatkan sebagai juara tilawah dan hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1444H/2023M.\n\n\nKemenangan peserta yang berusia 25 tahun dari Kelantan itu diumumkan di Pusat Konvensyen PICCA Arena@Butterworth, Pulau Pinang malam tadi.\n\n\nAcara itu disempurnakan oleh\u00a0 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.\n\n\nTurut hadir bersama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMindef lancar DIPKN tahun ini, gubal akta berkaitan industri pertahanan negara\n\n\n\n\n\n\nPAS Merancang Guna Logo Baharu Pada PRU15\n\n\n\n\n\n\nInspektor wanita tular ditahan polis, satu lagi klip video aksi \u2018garang\u2019 tersebar\n\n\n\n\n\n\n50 penghantar makanan serah memorandum bantahan kepada Foodpanda\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya Tidak Miliki Kepentingan Dalam Mana-Mana Syarikat\u201d- Azam Baki\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuhammad Qayyim memperoleh 92.67 peratus sekali gus meletakkannya sebagai juara orang kelainan upaya (OKU) pertama sejak pertandingan berkenaan berlangsung pada 1947.\n\n\nJohan bagi kategori Qariah pula dimenangi oleh Penolong Pegawai Islam Yayasan Islam Terengganu, Nor Hidayah Abd Rahman, 32.\n\n\nDengan kemenangan ini, Muhammad Qayyim dan Nor Hidayah sekaligus akan mewakili negara bagi menyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 20 hingga 26 Ogos depan.\n\n\nSelain itu, kedua-duanya juga membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, piala iringan serta RM10,000 tambahan bagi menunaikan haji.\n\n\nPada masa yang sama, Muhammad Qayyim berkata, beliau tidak menyangka akan bergelar juara pada acara tersebut kerana hanya menyasarkan tempat ketiga.\n\n\nBeliau yang menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dengan jurusan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dengan Pengurusan Kolej menyifatkan kemenangan ini merupakan satu kejutan.\n\n\n\u201cKetika diumumkan tempat ketiga dengan markah 80 lebih, saya ingatkan diri sendiri tapi\u00a0 nama Ustaz Husaini yang diumumkan.\n\n\n\u201cApabila diumumkan tempat pertama dan saya dengar markah lebih 92 saya memang tak sangka, kerana ada qari yang baca lagi hebat,\u201d katanya anak sulung daripada enam beradik itu.\n\n\nMTHQK ini berlangsung selama enam hari di Pusat Konvensyen PICCA ARENA@Butterworth dengan penyertaan sebanyak 108 peserta tilawah dan hafazan yang mewakili 14 negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/17/rm3-4-bilion-tuntutan-semula-wang-tidak-dituntut-sehingga-31-mei/", "title": "RM3.4 bilion tuntutan semula Wang Tidak Dituntut sehingga 31 Mei", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sejumlah RM3.4 billion tuntutan semula Wang Tidak Dituntut (WTD) terkumpul\u00a0 sehingga 31 Mei 2023.\n\n\nPerkara itu dinyatakan dalam sidang Dewan Rakyat,\u00a0 menerusi jawapan bertulis bagi pertanyaan lisan sidang pada 13 Jun yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.\n\n\nMenurut Kementerian Kewangan, bilangan permohonan tuntutan WTD telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun 2022 bagi tempoh yang sama sekali gus menunjukkan peningkatan kesedaran rakyat ke atas wang tak dituntut.\n\n\n\u201cBaki sehingga 31 Mac 2023 adalah berjumlah RM11.0 billion dan sehingga 31 Mei 2023 adalah berjumlah RM11.5 billion.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n29 Kes Kematian Dalam Tempoh 24 Jam\n\n\n\n\n\n\nMenteri Hantar Kad Laporan 100 Hari Kepada PM\n\n\n\n\n\n\nLepas dikecam Bong Guang Yik minta maaf buat kenyataan rasis\n\n\n\n\n\n\nIsu Kenaikan Harga Perlu Diperhalusi Dari Segala Dimensi \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nBelanda setuju serah 41 rangka keturunan Penang Woman\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik BERNAMA, serahan WTD yang diterima pada tahun 2023 sehingga 31 Mei 2023 adalah RM1.3 bilion dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding tahun 2022, bagi tempoh yang sama,\u201d\n\n\nKementerian itu menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terenganu) yang ingin tahu sejauh mana usaha kerajaan untuk memastikan orang awam menuntut semula WTD bagaimana kerajaan menggunakan faedah yang diperoleh sebanyak RM250 juta hasil pelaburan WTD dalam simpanan tetap.\n\n\nMenurut kementerian, peningkatan tuntutan semula disebabkan oleh pelaksanaan operasi penguatkuasaan pematuhan Akta Wang Tak Dituntut 1965 ke atas syarikat dan firma di seluruh negara.\n\n\nSementara itu, berdasarkan akta berkenaan (Akta Wang Tak Dituntut 1965) WTD yang telah mencapai 15 tahun akan dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan dan semua yang dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan dibelanjakan bagi tujuan perbelanjaan operasi dan perbelanjaan pembangunan negara berdasarkan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957.\n\n\n\u201cManakala sebahagian besar baki yang diakaunkan di Akaun Amanah Disatukan telah dilaburkan dalam Simpanan Tetap selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957. Hasil daripada pelaburan tersebut diakaunkan ke Akaun Hasil Disatukan bagi tujuan yang sama,\u201d katanya.\n\n\nBagaimanapun, menurut kementerian, bagi WTD yang telah dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan atau Akaun Amanah Disatukan, permohonan tuntutan WTD masih boleh dituntut tanpa tempoh akhir dan pemohon yang berhak boleh membuat permohonan tuntutan pada bila-bila masa.\n\n\nSelain itu, hebahan WTD juga dibuat melalui media massa, laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia serta program-program bertemu pelanggan telah diadakan sepanjang tahun bermula dari tahun 2017 sehingga kini bagi memberi kesedaran sekali gus menggalakkan tuntutan WTD oleh orang awam.\n\n\nKementerian Kewangan berkata faedah yang terima diakaunkan ke Akaun Hasil Disatukan bagi tujuan perbelanjaan operasi dan perbelanjaan pembangunan negara selaras dengan Akta Tatacara Kewangan 1957."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/18/ahli-politik-tak-perlu-campur-keputusan-perolehan-aset-tentera/", "title": "Ahli politik tak perlu campur keputusan perolehan aset tentera", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli politik atau mana-mana ejen luar agar tidak melibatkan diri dengan keputusan berkaitan perolehan aset ketenteraan.\n\n\nBeliau berkata, keputusan profesional untuk perolehan aset seperti pesawat, kapal dan senapang hanya perlu diambil tahu oleh pihak ketenteraan yang terbabit.\n\n\n\u201cApabila sudah ada keputusan, boleh berbincang dengan Kementerian Kewangan berkenaan kos dan kita akan runding secara terus dengan pihak yang terlibat untuk mengelakkan ketirisan,\u201d katanya.\n\n\nAnwar turut menambah, dasar pertahanan Malaysia harus meletakkan kesiapsiagaan yang cukup memandangkan kelengkapan pertahanan negara buat masa ini tidak mencapai tahap kesiapsiagaan negara jiran kerana masih ada aset lama yang digunakan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelangor rekod purata 6 kematian seminggu akibat Covid-19 tahun ini\n\n\n\n\n\n\nAhli Politik Terlibat Dalam Jawatankuasa Khas Rumah Berhala\n\n\n\n\n\n\nSanusi saman Saifuddin isu REE, MARRIS\n\n\n\n\n\n\nPamer kertas undi, polis akan panggil Sanusi beri keterangan\n\n\n\n\n\n\nPeserta himpunan LGBTQ depan Kompleks Sogo ditahan polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri berkata, ini disebabkan dasar lama yang tidak menyerahkan hal perolehan aset kepada tentera dan akhirnya menyebabkan berlaku banyak ketirisan susulan komisen yang tinggi.\n\n\nTambah beliau, kerajaan akan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah penjawat awam termasuk tentera dan membaiki kerosakan kediaman sedia ada mulai tahun depan.\n\n\n\u201cBagaimanapun jika ada dana berlebihan, pihak kerajaan akan segerakan langkah membaik pulih rumah tentera yang sangat memerlukan,\u201d katanya yang turut menyampaikan sumbangan bagi kecemerlangan akademik SPM 2022 dan pesakit kronik."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/18/bila-saya-jadi-pm-saya-tak-mahu-zalim-nafikan-hak-rakyat-anwar/", "title": "\u2018Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat\u2026\u2019- Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ucapan di Masjid At-Taqwa, Tumpat, Kelantan mengatakan bahawa kerajaan sekarang tidak akan sesekali berlaku zalim kepada rakyat atau menganaktirikan negeri pembangkang walaupun berbeza fahaman politik.\n\n\nTegasnya, hak rakyat tidak boleh dinafikan sama sekali, terutamanya dalam hal keagamaan serta kebajikan.\n\n\n\u201cPerundingan baik antara Kerajaan Persekutuan dan negeri sangat diperlukan untuk membantu rakyat walau memilih (pilihan raya) itu keputusan rakyat.\n\n\n\u201cBila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat dan buat tuduhan palsu untuk sumbat orang dalam penjara walau itu sudah saya lalui (dipenjarakan).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMangsa Macau Scam \u2018berputih mata\u2019, wang simpanan KWSP RM141,000 lesap\n\n\n\n\n\n\nJangan sokong dan beli produk dijual warga asing \u2013 DBKL\n\n\n\n\n\n\nPlutokrasi Nasib Rakyat Sekarang Ditentukan Oleh Golongan Jutawan?\n\n\n\n\n\n\nJumlah Katil Icu Di Selangor Meningkat\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah : Majlis Perundingan agama gesa kerajaan kaji semula enakmen negeri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita (kerajaan) ada berbeza pendapat, tapi saya tak akan zalim. Soal pilihan raya negeri, nak berbalah, kita berbalah, tapi jangan bebankan rakyat,\u201d katanya.\n\n\nAnwar memberi jaminan berkenaan sewaktu menghadiri majlis penyerahan cek bagi projek naik taraf Masjid At-Taqwa, Tumpat, Kelantan, di sini hari ini.\n\n\nBeliau yang ditemani isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan peruntukan sebanyak RM7.76 juta untuk projek naik taraf masjid berkenaan.\n\n\nTambahnya lagi, Kelantan antara negeri yang menerima peruntukan paling besar dalam Belanjawan MADANI dan perkara ini turut dirasai oleh negeri Kedah yang turut merupakan negeri pembangkang.\n\n\nDi Kelantan, isu air serta banjir turut diutamakan kerana ia membabitkan rakyat, malah peruntukan sebanyak RM103,863,258 turut disalurkan kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) negeri ini.\n\n\n\u201cDalam Belanjawan MADANI lalu, semua projek kita teruskan, antaranya tadahan air, naik taraf Jalan Pak Badol ke Melor, pembinaan Jambatan Palekbang, termasuk beberapa projek baharu Sungai Golok.\n\n\n\u201cBegitu juga dengan sekolah agama rakyat yang mana semua keperluan peruntukan dihentikan pada 1999 oleh Perdana Menteri ketika itu, manakala saya sedang \u2018berehat\u2019 di (penjara) Sungai Buloh.\n\n\n\u201cBila saya jadi PM sekarang, saya akan kaji balik semua keperluan sekolah agama rakyat dengan tidak memilih kelompok mana-mana. Sama rata (bantuan) kerana institusi itu ada peranannya,\u201d katanya.\n\n\nMengenai projek naik taraf Masjid At-Taqwa, Anwar berkata, peruntukan RM7.76 juta itu kelulusan itu terbesar sejak tujuh bulan beliau menjadi Perdana Menteri dan menyifatkan ia agak sukar untuk ditolak kerana sudah lama bersahabat dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.\n\n\n\u201cSaya hadir hari ini adalah untuk memenuhi permintaan sahabat lama, sekali gus meluluskan peruntukan RM7.76 juta untuk menyiapkan masjid di sini. Mengimarahkan masjid adalah peranan bersama.\n\n\n\u201cSaya tidak boleh tolak kerana ia seperti \u2018ugutan\u2019 dari rakan lama dan beliau sudah bergiat lama dalam dakwah dan ada sahsiah yang mengesankan. Saya setuju untuk luluskan peruntukan yang dianggap terbesar sejak tujuh bulan saya jadi Perdana Menteri.\n\n\n\u201cDiharapkan kerja pembinaan berjalan lancar dan masjid ini siap dengan segera,\u201d katanya turut berterima kasih kepada kerajaan Kelantan kerana sudi berunding dengan Kerajaan Persekutuan berhubung pelbagai isu yang dihadapi.\n\n\n\u201cTerima kasih kerana mencari jalan runding, termasuk masalah berat seperti isu bekalan air dan banjir saya percaya ia demi rakyat. Untuk selesaikan, kena libatkan Kerajaan Persekutuan kerana babitkan jumlah yang besar, kerajaan negeri tak mampu,\u201d katanya.\n\n\nAhmad Yakob dalam ucapannya, berterima kasih atas peruntukan diluluskan Perdana Menteri dan berharap projek naik taraf Masjid At-Taqwa yang bermula Mac tahun lalu, dapat disiapkan segera.\n\n\n\u201cKos keseluruhan RM12.6 juta dan setakat ini pembinaan capai 33 peratus. Dengan keluasan 1,800 kaki persegi, masjid ini mampu memuatkan sehingga 1,600 jemaah dan bakal dilengkapi ruang solat lebih selesa, bilik mesyuarat, pejabat, perpustakaan dan tempat mengajar al-Quran.\n\n\n\u201cSebelum ini masjid ini menerima dana daripada agensi, korporat serta orang perseorangan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2025,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/18/inspektor-wanita-tular-ditahan-polis-satu-lagi-klip-video-aksi-garang-tersebar/", "title": "Inspektor wanita tular ditahan polis, satu lagi klip video aksi \u2018garang\u2019 tersebar", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Seorang pegawai polis wanita yang tular menghina anggota bawahan telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berhubung dua kertas siasatan yang dibuka terhadapnya.\n\n\nWanita yang berpangkat Inspektor itu ditahan ketika hadir di IPD berkenaan untuk dirakam percakapan berkaitan siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995.\n\n\nKetua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata, pegawai itu dipanggil kali pertama semalam ke IPD Gombak berhubung insiden pertengkaran dengan dua anggota polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Khamis lalu dan hari ini, sekali lagi dia hadir di IPD yang sama.\n\n\n\u201cSemalam dia dipanggil (ke IPD Gombak) dan hari ini, dia ditahan di IPD berkenaan berhubung dua kertas siasatan yang dibuka terhadapnya,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHarga Sayur Naik Himpit Kehidupan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nKonvoi Diiringi Polis Trafik Diberi Laluan Untuk Elak Kemalangan\n\n\n\n\n\n\nLelaki direman muat naik kenyataan berbaur ugutan, perkauman\n\n\n\n\n\n\nRosakkan harta sekolah, pelajar bakal jalani khidmat komuniti\n\n\n\n\n\n\nBERSATU mohon SPRM batal beku akaun, perlu wang bayar gaji, sewa\n\n\n\n\n\n\n\n\nHussein memaklumkan, pegawai itu akan disiasat atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan menggunakan perkataan yang kurang sopan, aib, dan menghina.\n\n\nPada masa yang sama, satu lagi klip video yang tular membabitkan pegawai polis yang sama sedang bertengkar dengan orang awam di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Brickfields.\n\n\nSusulan kejadian dipercayai sekitar jam 5.30 petang kelmarin itu, seorang wanita membuat laporan di IPD Brickfields, antara lain mendakwa pegawai berkenaan memarahinya dan keluarga selain turut menuding jari ke arah kepalanya.\n\n\nDalam klip video terbaru yang tular sejak semalam itu, pegawai terbabit dilihat turut merakam orang awam berkenaan dengan telefon bimbitnya, malah didakwa hampir tercetus kejadian yang tidak diingini, namun sempat dihalang orang ramai yang berada di lokasi kejadian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/18/jenazah-pengerusi-mdn-mahmood-zuhdi-selamat-dikebumi/", "title": "Jenazah Pengerusi MDN Mahmood Zuhdi selamat dikebumi", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Jenazah Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur jam 11.30 pagi tadi.\n\n\nTerdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan dengan diimamkan oleh anak sulungnya Ahmad Naji, bersama hadirin di Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat), Seksyen 14, Petaling Jaya, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.\n\n\nMahmood Zuhdi, 78, menghembuskan\u00a0 nafas terakhir pada jam 10.20 malam Sabtu di kediamannya di Seksyen 11, Petaling Jaya akibat kanser paru-paru.\n\n\nAllahyarham meninggalkan isteri, Datin Paizah Ismail dan tiga anak, Ahmad Naji, 48, Ahmad Syadi, 45, dan Ahmad Wafi, 41.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMYDIN rugi setengah juta kerana cuti tambahan raya\n\n\n\n\n\n\nKeadaan Terkini Pasca Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nHadi tergamak guna dalil agama salah demi kepentingan PAS\n\n\n\n\n\n\nRumah terbuka Malaysia MADANI gelojoh, mencabar maruah negeri\n\n\n\n\n\n\nAzmin Ali umum rehat seketika daripada politik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBeliau (Allahyarham) dalam proses menghabiskan biografi, sudah pun keluar tiga siri, tidak sempat menghabiskan siri terakhir dan Allahyarham terkilan sedikit,\u201d kata Ahmad Naji dan menambah ketika dimaklumkan mengenai penyakit yang dihidapi bapanya, ia sudah berada pada tahap empat.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof antara yang hadir menziarahi jenazah Allahyarham di Masjid Bulat serta tanah perkuburan.\n\n\nMujahid ketika ditemui berkata hari ini negara kehilangan seorang ilmuwan yang banyak memberi sumbangan bukan sahaja menulis tetapi juga memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai soal fiqah.\n\n\n\u201cPandangan Allahyarham sangat penting, banyak buku yang Allahyarham tulis dan kita kehilangan, sedih dan semoga segala sumbangan Allahyarham Mahmood Zuhdi boleh dikembangkan oleh generasi seterusnya dan tersimpan rekodnya sebagai seorang daripada ilmuwan yang kontemporari, lokal dan praktikal dalam konteks Malaysia khususnya dan fiqah secara umumnya,\u201d kata Mujahid."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/18/kelantan-boleh-jadi-negeri-kaya-jika-pas-terus-diberi-mandat/", "title": "Kelantan boleh jadi negeri kaya jika PAS terus diberi mandat", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kelantan berpeluang untuk menjadi sebuah negeri yang kaya jika parti itu terus kekal dipilih menjadi kerajaan negeri, memandangkan terdapat pelbagai unsur nadir bumi (REE) yang boleh mendatangkan banyak manfaat.\n\n\nNaib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata bagaimanapun pengurusan dan dasar REE yang bernilai hampir RM 125 bilion itu perlu diperkemaskan kerana dijangka boleh memberi banyak kelebihan kepada negeri Kelantan.\n\n\nJusteru, pihaknya akan meminta pakar daripada seluruh negara untuk memberi pandangan tentang bagaimana kerajaan negeri boleh mengurus hasil bumi dengan lebih mampan.\n\n\n\u201cDasar untuk pengeluaran unsur nadir bumi sudah ada di peringkat Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang akan diikuti oleh kerajaan negeri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nManifesto PRU15 Perlu Utamakan Isu Infra Pendidikan, Sekolah Daif\n\n\n\n\n\n\nBekalan ayam, telur mencukupi sepanjang Ramadan hingga Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin tidak boleh sewenangnya guna kuasa budi bicara menteri \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nZahid sahkan lantik Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi Mara\n\n\n\n\n\n\nKDN serah nama kakitangan JPN minta sogokan kepada SPRM \u2013 Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita akan berhadapan cabaran dalam menguruskan REE, kepakaran atau ahli profesional diperlukan dan insya-Allah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) kita akan susun sebaiknya pengurusan hasil bumi berkenaan.\n\n\n\u201cKerajaan sebelum ini dikaitkan dengan kebergantungan kepada hasil balak, jadi bila adanya REE selepas ini kayu tidak lagi perlu ditebang dan itu sememangnya menjadi perancangan kerajaan negeri,\u201d katanya ketika berucap di Jelajah Ceramah Pakat Pertahan di Pekarangan Pasar Tok Guru, Cabang Tiga, Pengkalan Chepa, di sini, malam tadi.\n\n\nHadir sama, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk shaary dan Aktivis Politik, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali juga sebagai Chegu Bard.\n\n\nMohd Amar berkata, perbincangan kerajaan ada masanya tidak banyak diberitahu kepada rakyat kerana isu teknikal namun setiap usul berkenaan sememangnya dibincangkan.\n\n\nBeliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS bakal memperkenalkan calon baru PRN yang terdiri daripada pelbagai latar belakang sejajar dengan objektif untuk memperkemaskan pengurusan REE supaya mendapat keuntungan maksimum.\n\n\n\u201cKita perlu pastikan calon yang diperkenalkan bukan sahaja pakar mengenai agama tetapi dalam bidang lain.\n\n\n\u201cMereka juga perlu diluluskan oleh Majlis Syura Ulama sebelum disemak semula di peringkat bawah bagi menentukan bahawa mereka benar-benar layak.\n\n\n\u201cKita akan pastikan ada pelapis yang bijak untuk mentadbir negeri dengan lebih baik selain mensasarkan kemenangan enam negeri pada PRN nanti seterusnya menjadi pucuk pimpinan baharu dalam kerajaan persekutuan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/18/nahas-ragut-nyawa-suami-isteri-seorang-daripada-dua-anak-turut-meninggal/", "title": "Nahas ragut nyawa suami isteri: Seorang daripada dua anak turut meninggal", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Seorang lagi mangsa kemalangan di Kilometer 267.2 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2) dekat Cheneh, Trengganu semalam, meninggal dunia hari ini.\n\n\nMangsa merupakan kanak-kanak, Raudhatul Khayra Mohd Riduan, 3 , meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, 9.30 pagi tadi.\n\n\nKetua Polis Kemaman, Superintendan Hanya Ramlan, berkata kematian mangsa disahkan oleh bapa saudaranya yang berada di HTAA.\n\n\nBeliau memaklumkan, abang Raudhatul Khayra, Muhammad Uwais Wafiuddin, 8, yang turut cedera akibat nahas itu, masih diberi rawatan di hospital sama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n`Influencer\u2019 antara ditahan dalam Op Samseng Jalanan\n\n\n\n\n\n\nNGO Melayu Diketepikan, Hua Zong Lebih Istimewa Diutamakan?\n\n\n\n\n\n\nHutang negara cecah RM1.5 trilion \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nPerlu Lebih Ramai Calon Muslim Bertanding \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nSPRM bongkar penyelewengan sukuk bernilai RM596 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\nKemalangan yang berlaku kira-kira jam 4 petang semalam turut mengorbankan\u00a0 bapa mereka Mohd Riduyan Mohd Yaacob, 35, dan juga ibu mereka Zahidah Hanisah Mohamad, 35.\n\n\nKetika kejadian, empat beranak itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuantan untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Sekati, Kuala Terengganu.\n\n\nSetiba di tempat kejadian, kereta dipandu Mohd Ridiuan dipercayai terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar besi penghadang lalu berpusing dan terbalik di tengah lebuh raya.\n\n\nSuami isteri dikatakan telah tercampak keluar dari kenderaan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/18/pimpinan-pusat-ph-bn-muktamadkan-pembahagian-kerusi-dun-selangor/", "title": "Pimpinan pusat PH, BN muktamadkan pembahagian kerusi DUN Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin berkata pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya negeri (PRN) hampir selesai.\n\n\nBeliau berkata, dua kerusi yang masih belum dimuktamadkan\u00a0 diserahkan kepada kepimpinan di peringkat pusat untuk keputusan selanjutnya.\n\n\nKatanya, perbincangan antara PH dan BN bagi pengagihan kerusi di Selangor telah tamat.\n\n\n\u201cSekarang ini, perbincangan sudah tamat dan baki kerusi akan diserahkan kepada pimpinan peringkat pusat untuk dimuktamadkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMAIS Rayu Kembalikan Status Islam 3 Kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nHampir tiga juta jemaah berwukuf hari ini\n\n\n\n\n\n\nKonsert Coldplay tiada manfaat kepada rakyat, negara\n\n\n\n\n\n\nPolis buka 240 kertas siasatan, tahan 15 individu\n\n\n\n\n\n\nPas sedia beri kerjasama kepada SPRM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSetakat ini boleh dikatakan 95 peratus pembahagian kerusi telah selesai dan boleh mula bekerja pada bila-bila masa,\u201d katanya.\n\n\nAmirudin berkata, perkembangan itu akan dimaklumkan ada kepimpinan negeri dan pusat dalam masa terdekat.\n\n\n\u201cKita mahu semua pihak siap sedia dan mula bergerak untuk memastikan kejayaan kita dalam PRN,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Amirudin berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) khas yang diadakan sejak Jumaat lalu adalah untuk memastikan beberapa perkara termasuk keputusan dasar dapat diselesaikan sebelum pembubaran DUN.\n\n\n\u201cKita dah selesaikan majoriti isu-isu yang tertunggak yang mana sekarang hanya tinggal 67 kertas kerja.\n\n\n\u201cSemasa kita ambil alih, saya ingat ada lebih 200 kes tertunggak yang tidak dimuktamadkan yang sebenarnya akan memberi kesan kepada dapatan hasil dan pergerakan terutamanya dalam hal pentadbiran dan ekonomi.\n\n\n\u201cSetidaknya, keputusan dasar tanah atau hal berkaitan pembangunan yang dipohon pemaju dapat diselesaikan dan mereka boleh membayar premium.\n\n\n\u201cJusteru, kita tidak akan terkesan sangat dari segi kutipan hasil,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/18/rekod-pentadbiran-33-tahun-pas-di-kelantan-bersih-rasuah-pecah-amanah-mohd-amar/", "title": "Rekod pentadbiran 33 tahun PAS di Kelantan bersih rasuah, pecah amanah \u2013 Mohd Amar", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Parti PAS mendakwa selama 33 tahun mentadbir Kelantan parti itu \u00a0bebas daripada isu rasuah dan pecah amanah walaupun dilabel sebagai tidak tahu memerintah berikutan dasar membangun bersama Islam.\n\n\nTimbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pencapaian itu sepatutnya dibanggakan kerana ia adalah nilai sebenar yang perlu ada dalam sesebuah kerajaan dan bukannya hanya pembangunan semata-mata.\n\n\nTambahnya lagi, Kelantan mementingkan agama dan rakyat menyokong PAS kerana mahu lihat Islam terus gah dan mendakwa perkara itu tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan hari ini.\n\n\n\u201cWalaupun kita digelar \u2018tok lebai\u2019 tetapi banyak dasar pemerintahan kita yang ditiru orang luar begitu juga perubahan yang banyak dilakukan semasa zaman kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob,\u201d dakwanya lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKedutaan Malaysia di Sudan ditutup sementara\n\n\n\n\n\n\nPerketat Kawalan Pintu Masuk Antarabangsa, Elak Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\nAnwar tetap bentang usul undi percaya, buktikan keabsahan\n\n\n\n\n\n\nTiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini\n\n\n\n\n\n\nMalaysia mohon Arab Saudi tambah kuota haji kepada 31,950 jemaah\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata sedemikian sewaktu berucap di Jelajah Ceramah Pakat Pertahan di Pekarangan Pasar Tok Guru, Cabang Tiga, Pengkalan Chepa, Kelantan malam tadi.\n\n\nMohamad Amar yang juga Naib Presiden PAS turut mempersoalkan apa yang boleh dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) jika Kelantan diserahlkan di bawah pimpinan parti berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.\n\n\n\u201cBuktinya, selama enam bulan mereka memerintah kerajaan Pusat, namun dilihat masih tidak mempunyai hala tuju. Ada yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara Menteri Kewangan yang terbaik tetapi sehingga hari ini tiada hasil dilihat.\n\n\n\u201cDalam tempoh masa pemerintahannya, masalah ekonomi negara masih juga tidak diselesaikan malah harga barangan juga tidak turun begitu juga dengan nilai mata wang negara yang terus merosot.\n\n\n\u201cPengundi ada hak daripada segi undang-undang untuk memilih parti atau menukar kerajaan, tetapi sebagai orang Islam yang beriman perlu ada pertimbangan supaya kepimpinan yang dipilih boleh memberi manfaat kepada bangsa agama dan negara,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/19/64-jemaah-hidap-jangkitan-paru-paru-akibat-cuaca-panas/", "title": "64 jemaah hidap jangkitan paru-paru akibat cuaca panas", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Seramai 64 jemaah haji Malaysia yang terkena\n\u00a0jangkitan paru-paru\n disebabkan keadaan cuaca panas di Tanah Suci sedang menerima rawatan hospital Tabung Haji (TH) dan hospital Arab Saudi.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na\u2019im Mokhtar berkata, jumlah jemaah itu termasuk 38 lelaki dan 28 wanita yang menjalani rawatan dan mendapatkan kesembuhan cepat supaya dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.\n\n\nDalam perkembangan lain, Mohd Na\u2019im memaklumkan TH melaksanakan inisiatif baharu program pendidikan kesihatan kepada jemaah haji melalui \u2018Ziarah Rahmah\u2019 dengan memeriksa kesihatan jemaah haji dari bilik ke bilik di bangunan penginapan di Madinah dan Mekah.\n\n\n\u201cIni adalah salah satu usaha TH dalam mencegah jangkitan penyakit dan menangani risiko kesihatan dalam kalangan jemaah haji Malaysia di mana penyakit berkaitan sistem pernafasan sering berlaku pada setiap musim haji,\u201d katanya di Kompleks Haji di Movenpick hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGambar dipercayai berunsur seksual adalah tangkap layar aplikasi\n\n\n\n\n\n\nUMNO sanjung tinggi tindakan tidak munasabah kerajaan campuran\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa ubah pakaian seragam pramugari tempatan terutama yang Islam\n\n\n\n\n\n\nLebih banyak tanah kerajaan dijangka bakal diceroboh tanam durian secara haram\n\n\n\n\n\n\nPatuh Sop, Ambil Dos Penggalak Elak Peningkatan Kes \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi inisiatif itu katanya, TH dapat memastikan jemaah haji menerima maklumat serta pendidikan kesihatan untuk mereka mempraktikkan aktiviti pencegahan.\n\n\n\u201cMelalui ziarah itu juga, petugas dapat mengenal pasti sama ada jemaah mengalami masalah kesihatan untuk dirujuk ke klinik atau pakar perubatan berkaitan,\u201d jelasnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/19/acryl-sani-bersara-awal-sebagai-ketua-polis-negara/", "title": "Acryl Sani bersara awal sebagai Ketua Polis Negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani akan menamatkan kontraknya lebih awal iaitu pada Julai ini.\n\n\nSebelum ini, kontrak beliau disambung untuk tempoh dua tahun yang berkuat kuasa pada 4 Oktober 2021 hingga 3 Oktober ini.\n\n\nAcryl Sani berkata, beliau akan mengundurkan diri dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada minggu pertama Julai ini.\n\n\n\u201cKeputusan ini dibuat disebabkan ada tawaran di luar sana (luar pasukan PDRM) yang perlu saya terima pada masa ini,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGTA dakwa konsep \u2018Rahmah\u2019 idea Tun M bukan Anwar\n\n\n\n\n\n\nDana RM600 bilion: Tengku Zafrul belum dipanggil SPRM\n\n\n\n\n\n\nBerjasa akan terus beri sumbang saran, kritik kerajaan baharu\n\n\n\n\n\n\nRamasamy bawa agenda \u2018Malaysian Malaysia\u2019 \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPM mesti orang Melayu, BERJASA sanggah idea Kit Siang\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, Acryl Sani tidak memberi butiran lanjut mengenai tawaran diterimanya sebaik menamatkan tugas sebagai Ketua Polis Negara.\n\n\nSementara itu, berdasarkan maklumat sumber, Acryl Sani bakal dilantik menerajui sebuah syarikat perbankan milik kerajaan dalam masa terdekat.\n\n\nLangkah Acryl Sani untuk bersara lebih awal dapat dilihat apabila juruiring rasminya sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields.\n\n\nSetakat ini nama bakal pengganti Acryl Sani belum dapat dipastikan.\n\n\nDesas desus siapa bakal menggantikan tempat pemimpin nombor satu PDRM itu antaranya Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan bekas Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Ramli Din."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/19/diguna-orang-ketiga-johor-akan-batalkan-lesen-serta-merta/", "title": "Diguna orang ketiga, Johor akan batalkan lesen serta-merta", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Lesen penjaja atau peniaga di Johor yang \u201cmembenarkan\u201d orang ketiga menggunakan lesen mereka untuk menjalankan perniagaan termasuk warga asing akan dibatalkan serta-merta.\n\n\nPengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata amaran \u2018keras\u2019 itu termasuk kepada mereka yang mempunyai lesen perniagaan (penjaja) dan lesen perniagaan tidak berisiko.\n\n\n\u201cPembatalan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dilaksanakan serta-merta sekiranya didapati pemilik kedua-dua jenis lesen berkenaan tidak berniaga secara sendiri,\u201d katanya kepada pemberita, di Johor Bahru, Johor.\n\n\nBeliau berkata peniaga seharusnya berniaga sendiri dan tidak membenarkan warga asing mahupun rakyat tempatan menggunakan lesen milik mereka.\n\n\nTerdahulu beliau melancarkan Pemerkasaan Sektor Pelesenan PBT Negeri Johor di Dewan Tunku Ibrahim Ismail.\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita juga sebenarnya tidak pernah mengeluarkan kedua-dua jenis lesen ini kepada warga asing dan jika ternampak warga asing berniaga sama ada di pasar pagi atau pasar malam, orang ramai boleh membuat aduan kepada PBT,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan sebagai berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menarik balik lesen perniagaan penjaja yang memberikan lesen berkenaan kepada pihak lain termasuk warga asing.\n\n\n\n\nAnwar berkata pihaknya bersama PBT berkenaan sedang merangka kaedah bagi memastikan peraturan itu dipatuhi, dalam memastikan ia memberi manfaat kepada peniaga tempatan.\n\n\nSementara itu, Mohd Jafni berkata melalui 16 PBT di negeri itu, pemendekan waktu maksimum kelulusan permohonan kedua-dua jenis lesen ini turut dilaksanakan bagi membantu mereka menjalankan perniagaan.\n\n\n\u201cSebelum ini, kelulusan lesen adalah sekitar 30 hingga 60 hari bekerja. Namun, selepas ini kelulusan berkenaan hanyalah dalam tempoh 24 jam atau satu hari bekerja.\n\n\n\u201cKita juga memudahkan urusan lain seperti mengurangkan dokumen semasa permohonan daripada sembilan kepada tiga dokumen sahaja serta daripada 13 syarat kepada tiga syarat sahaja,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/19/dun-selangor-dibubar-23-jun-ini/", "title": "DUN Selangor dibubar 23 Jun ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri pada 23 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).\n\n\nSetiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengumumkan pengisytiharan pembubaran berkenaan.\n\n\nIstiadat itu disempurnakan di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah sebentar tadi.\n\n\nSultan Sharafuddin turut berkenan menandatangani proklamasi pembubaran DUN Selangor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengiklanan cecair nikotin perlu dikawal, duti eksais wajar diperkenal\n\n\n\n\n\n\nKDN rampas al-Quran elektronik tanpa kelulusan\n\n\n\n\n\n\nBainun bersalah dua pertuduhan abai, aniaya Bella\n\n\n\n\n\n\nIstiqamah \u2013 Solat Subuh selamatkan akidah anak-anak\n\n\n\n\n\n\n1,839 premis seluruh negara diperiksa sepanjang dua hari Ramadan \u2013 KPDN\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim; Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim dan barisan Ahli Dewan Diraja Selangor.\n\n\nSelangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.\n\n\nKelantan akan membubarkan DUN Khamis ini, Pulau Pinang (28 Jun) dan Negeri Sembilan (30 Jun).\n\n\nPada 26 Jun 2018, DUN Selangor yang diterajui Pakatan Harapan (PH) kali pertama bersidang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.\n\n\nSelangor yang ketika itu dipimpin oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kekal memerintah Selangor dengan memperoleh majoriti dua pertiga dengan menang 51 daripada 56 kerusi DUN dalam PRU-14.\n\n\nBeliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 11 Mei 2018 sebelum dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam Kabinet Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\nPH kemudiannya menamakan Amirudin yang sebelumnya Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembudayaan, Generasi Muda dan Sukan, Pembangunan Usahawan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi sebagai Menteri Besar Selangor ke-16 dan mengangkat sumpah jawatan pada 19 Jun 2018."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/19/dunia-akhirat-perlu-selari-tun-mahathir/", "title": "Dunia akhirat perlu selari \u2013 Tun Mahathir", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Isnin \u2013 Umat Islam seharusnya perlu menjalani kehidupan seiring antara keperluan ibadah dan kepentingan hidup di dunia ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\nMahathir berkata, umat Islam hari ini lebih mengutamakan ilmu fardu ain untuk kehidupan di akhirat tetapi tiada pembelajaran diberikan berkenaan Islam sebagai gaya hidup.\n\n\n\u201cSaya berpandangan Muslim perlu mengutamakan dunia sebagaimana kita utamakan kehidupan seterusnya di akhirat. Tetapi ini tidak diajarkan oleh pembelajaran Islam di negara-negara Islam.\n\n\n\u201cTermasuk di Malaysia, di mana kami mengajarkan agama Islam di sekolah, tetapi pembelajaran lebih kepada ilmu fardu ain dan kehidupan seterusnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGelar kerajaan zina, calon PN Parlimen Padang Serai perlu disiasat \u2013 Fahmi Fadzil\n\n\n\n\n\n\nBencana Banjir: Umat Islam Perlu Ambil Iktibar Kebesaran Allah\n\n\n\n\n\n\nTian Chua Dakwa Bukan Proksi Azmin\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah biasa dengan perpecahan \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nDONG ZONG RAKUS, SEPATUTNYA PERKASA SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagaimana dengan kehidupan di dunia ini, tiada pelajaran tentang karakter seorang Islam, Islam sebagai cara hidup,\u201d kata Mahathir, ketika pertemuan bersama ilmuan dan usahawan Islam di London, baru-baru ini.\n\n\n\n\nDisebabkan kurangnya kefahaman tentang Islam, banyak negara-negara Islam hari ini ditekan oleh kuasa dunia dan melakukan perkara yang dilarang Islam.\n\n\n\u201cKita berlawan dan berbunuhan sesama sendiri, kita memerangi antara satu sama lain, sedangkan itu perbuatan yang salah dan tidak selari dengan ajaran Al-Quran.\n\n\n\u201cSaya merasakan jika kita mengikuti ajaran Al-Quran kita mampu berjaya dalam semua bidang termasuk pendidikan dan sains.\n\n\n\u201cDengan cara itu kita mampu mempertahankan diri, dan agama dengan lebih efektif tetapi pada masa ini Islam kita abaikan,\u201d kata Mahathir.\n\n\nDisebabkan itu, umat Islam terpaksa membayar dengan harga yang mahal dengan menyaksikan ramai umat Islam menjadi mangsa tekanan orang bukan Islam.\n\n\nMalah, umat Islam yang berhadapan tekanan juga lari ke negara Eropah, yang dikatakan mempunyai kehidupan yang lebih baik dan terjamin.\n\n\nSedangkan Al Quran katanya menyeru umat Islam untuk bersedia mempertahankan agama.\n\n\n\u201cSebab itu kita bergantung kepada orang lain dan disebabkan itu juga apa sahaja keperluan kita, kita tidak mencapai objektif Islam iaitu setiap Muslim adalah bersaudara.\n\n\n\u201cTetapi sekarang kita tidak bersaudara sebaliknya kita musuh antara satu sama lain, dan kita digunakan untuk memusuhi dan melawan orang Islam yang lain,\u201d kata Mahathir. \u2013 Malayadaily.com"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/19/kerajaan-digesa-kembalikan-nikotin-dalam-akta-racun-1952/", "title": "Kerajaan digesa kembalikan nikotin dalam Akta Racun 1952", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 MUDA mengecam tindakan kerajaan mengeluarkan produk cecair atau gel nikotin daripada Akta Racun 1952 serta tiada kekangan penjualan termasuk kepada golongan bawah umur.\nMUDA mendakwa, kegagalan kerajaan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 pada Persidangan Dewan Rakyat minggu lalu akan menyebabkan kelompongan undang-undang yang mana akan mendedahkan penjualan produk vape dan e-rokok tanpa sebarang seliaan.\u00a0\n\n\nIa sekaligus akan memberi risiko besar kepada golongan muda kerana produk ini tidak mempunyai seliaan daripada pihak berkuasa yang akan mengakibatkan ketagihan nikotin.\u00a0\n\n\n\u201cMUDA khuatir kelompongan atau \u2018lacuna\u2019 ini akan terus merisikokan golongan bawah umur kepada pendedahan variasi produk berasaskan nikotin. \n\u201cDengan lacuna sepanjang enam bulan ini, kadar penggunaan ini dijangka meningkat tanpa adanya kawal selia ke atas pemasaran dan penjualan, ketidaktetapan kandungan nikotin, serta kebebasan pelabelan and pembungkusan produk vape dan e-rokok,\u201d katanya melalui satu kenyataan hari ini.\n\n\nMenerusi kenyataan tersebut, MUDA turut menggesa Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa mengembalikan semula cecair dan gel nikotin di bawah Akta Racun 1952 untuk mengekalkan nikotin sebagai bahan kawalan. \nTambahnya, ia seiring dengan pendekatan Kertas Putih Kesihatan yang mengutamakan pencegahan penyakit sebagai langkah utama penjagaan kesihatan awam. \nTerdahulu, Dr Zaliha memaklumkan, Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 akan dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.\nIni kali kedua RUU yang turut dikenal sebagai RUU Generasi Penamat (GEG) itu dirujuk kepada JKPK berkenaan selepas pertama kali dibentangkan oleh Menteri Kesihatan ketika itu, Khairy Jamaluddin pada tahun lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTarikh lihat anak bulan pada 22 Mac\n\n\n\n\n\n\n11,557 Pengundi Awal Mengundi Esok\n\n\n\n\n\n\nDek kerana Tun M tidak sehaluan, DAP mahu gelaran Tun ditarik balik\n\n\n\n\n\n\nBas terbakar, 20 orang penumpang hampir maut\n\n\n\n\n\n\nCeroboh Menara 118, YouTuber ditahan polis Mei tahun lalu"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/19/kes-cerai-di-perlis-dibicarakan-secara-tertutup/", "title": "Kes cerai di Perlis dibicarakan secara tertutup", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0Mahkamah syariah di Perlis akan melaksanakan sesi perbicaraan kes perceraian secara tertutup bermula Julai ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIstana Arau dalam kenyataan berkata keputusan itu dibuat melalui arahan Ketua Hakim Syarie Perlis Jaidi Ahmad setelah dipersembah maklum dan diperkenankan oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.\n\n\nBaginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan agar perbicaraan secara tertutup dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) bermula 1 Julai 2023.\n\n\nTitah perkenan itu dizahirkan ketika program Forum Safar Ilmu MAIPs bersempena cerapan Rukyah Hilal Awal Zulhijjah 1444 Hijrah anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis di Masjid Al Hussain Kuala Perlis semalam.\n\n\nMenurut kenyataan itu keputusan berkenaan dibuat bagi menjaga aib pihak-pihak yang terlibat terutamanya membaitkan kes yang mendedahkan keaiban peribadi selain bagi mengelakkan unsur\u00a0\nghibah\n\u00a0dan boleh membawa kepada fitnah.\n\n\nJaidi dalam kenyataan sama berkata pelaksanaan berkenaan dibuat hasil penelitian terhadap amalan yang dilaksanakan di Doha, Qatar.\n\n\nSementara itu, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam menegaskan kewajiban menutup aib peribadi seseorang yang tidak boleh diketahui dan diulas oleh pihak lain untuk dimanipulasikan.\n\n\n\u201cMasyarakat sering membuat penilaian sendiri tentang hubungan rumah tangga orang lain tanpa memahami situasi yang sebenarnya, padahal tiada kepentingan untuk mereka ambil tahu atau memberi komentar,\u201d katanya dalam kenyataan sama.- BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/19/majikan-diharap-beri-elaun-munasabah-kepada-pelajar-latihan-industri/", "title": "Majikan diharap beri elaun munasabah kepada pelajar latihan industri", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap syarikat tempatan dapat mempertimbangkan pemberian elaun setimpal kepada pelajar latihan industri di negara ini.\n\n\nBeliau yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun kerajaan tidak menetapkan satu kadar untuk elaun tersebut, syarikat sewajarnya memberi bayaran yang munasabah untuk membantu kos sara hidup mereka.\n\n\n\u201cKepada syarikat-syarikat, bagilah elaun yang munasabah kepada mahasiswa kita kerana perjalanan tambang, makan mereka kena ambil kira.\n\n\n\u201cSaya bagi pihak anak-anak mahasiswa nak sampaikan keluhan mereka untuk diberi pertimbangan mengenai bayaran elaun. Saya harap ada pertimbangan baik dari pihak saudara (majikan) untuk naikkan sedikit elaun,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTolak Tulisan Jawi Bererti Tidak Hormati Identiti Nasional\n\n\n\n\n\n\nBas Mekar JPN permudah urusan permohonan kad pengenalan\n\n\n\n\n\n\nJPS selia pelepasan air guna 15 pam bergerak\n\n\n\n\n\n\nPHEB Akan Adakan Perarakan Pedati Berhala Walau Dilarang\n\n\n\n\n\n\nKetua Polis Daerah buat laporan polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian untuk menjawab soalan berhubung apakah usaha kerajaan terhadap isu pelajar latihan industri yang tidak menerima sebarang bayaran daripada pihak majikan ketika program Temu Anwar di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Ahad.\n\n\nKelmarin, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, kerajaan akan meneliti isu bayaran elaun pelajar yang menjalani latihan industri susulan laporan terdapat pelajar yang menjalani latihan industri di kementerian, agensi atau jabatan kerajaan serta syarikat swasta, tidak dibayar elaun."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/19/petisyen-pilihan-raya-gua-musang-dibicarakan-putrajaya-ditolak/", "title": "Petisyen pilihan raya Gua Musang dibicarakan, Putrajaya ditolak", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan petisyen pilihan raya yang difailkan Barisan Nasional (BN) untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Gua Musang dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.\n\n\nPanel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli membenarkan rayuan Mohd Azmi Mahmood, wakil bagi calon Barisan Nasional Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan petisyen pilihan raya tersebut.\n\n\nAbdul Rahman mengarahkan petisyen itu dibicarakan penuh di hadapan hakim lain dan menetapkan 26 Jun untuk sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi Kota Bahru.\n\n\nDalam keputusan sebulat suara mahkamah, Abdul Rahman berkata ,hakim Mahkamah Tinggi tersilap apabila memutuskan bahawa petisyen itu difailkan di luar masa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUstaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat Presiden baharu ISMA\n\n\n\n\n\n\nCalon BN akan guna logo dacing pada PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\nKorek agenda buku Thommy Thomas ke lubang cacing \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nHina Islam, bekas pemain pelapis badminton negara dikecam\n\n\n\n\n\n\nSambut hari raya dengan wadah kesatuan dan ukhuwah Islamiah\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga berkata, mahkamah berpuas hati bahawa pempetisyen (Mohd Azmi) telah memenuhi keperluan di bawah peraturan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.\n\n\nDua lagi hakim ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan.\n\n\nMohd Azmi memfailkan petisyen itu, dalam usaha untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Gua Musang yang dimenangi calon PAS-BERSATU, Datuk Mohd Azizi Abu Naim yang menewaskan Tengku Razaleigh dengan 1,826 undi.\n\n\nPRU15 diadakan pada 19 November tahun lalu.\n\n\nSementara itu, panel Mahkamah Persekutuan yang sama hari ini menolak rayuan Naib Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim untuk mengembalikan semula petisyen pilihan raya, yang difailkan untuk mencabar keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Putrajaya, ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.\n\n\nBerikutan keputusan mahkamah itu, Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Putrajaya.\n\n\nAbdul Rahman berkata, tiada merit dalam rayuan Ahmad Faisal kerana perkara yang dirayu oleh pempetisyen dalam petisyen itu tidak mempunyai butiran terperinci. Beliau mengarahkan Ahmad Faisal membayar kos guaman sebanyak RM30,000.\n\n\nAhmad Faisal memfailkan petisyen pilihan raya itu untuk mencabar keputusan PRU15 bagi kerusi Parlimen Putrajaya yang dimenangi Mohd Radzi.\n\n\nMohd Radzi menewaskan penyandang empat penggal kerusi Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada BN dengan majoriti 2,310 undi dalam pertembungan enam penjuru.\n\n\nDua Mahkamah Tinggi, masing-masing telah membatalkan kedua-dua petisyen pilihan raya itu selepas membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan Mohd Radzi dan Mohd Azizi.\n\n\nPada 10 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Mohd Radzi untuk membatalkan petisyen itu selepas memutuskan Ahmad Faisal gagal membuktikan amalan rasuah dilakukan oleh Radzi atau ejennya.\n\n\nSementara itu, pada 26 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bahru menolak petisyen Mohd Azmi selepas memutuskan petisyen itu difailkan di luar tempoh masa yang dibenarkan iaitu 28 hari seperti yang ditetapkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.\n\n\nPeguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun mewakili Mohd Azmi dan Ahmad Faisal manakala peguam Yusfarizal Yussoff mewakili Mohd Azizi dan Mohd Radzi. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/19/tiada-kesalahan-jenayah-babitkan-kes-hakim-nazlan/", "title": "Tiada kesalahan jenayah babitkan kes hakim Nazlan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan dalam kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang sebelum ini dikaitkan dengan kes rasuah.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu juga dipersetujui Jabatan Peguam Negara.\n\n\n\u201cSPRM setelah mendapat laporan membuka kes atau kertas siasatan terhadap Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (Hakim Mahkamah Rayuan) berhubung dengan kes rasuah.\n\n\n\u201cSPRM menyiasat dengan teliti perkara tersebut dan mendapati tiada kesalahan jenayah dilakukan dan perkara ini dipersetujui Jabatan Peguam Negara,\u201d kata beliau pada persidangan Dewan Negara hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cKeputusan SC Sangat Mengejutkan\u201d \u2013 Gomez\n\n\n\n\n\n\nPerkenal Harga Lantai Elak Petani Rugi Lambakan Tanaman\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Tiada Hasrat Tarik Balik Kelulusan Lesen Jual Arak\n\n\n\n\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nPotong gaji menteri, kerajaan jimat RM100,000 sebulan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk A. Kesavadas mengenai status siasatan terhadap Mohd Nazlan berhubung tohmahan rasuah dan percanggahan isu konflik kepentingan dikatakan wujud di pihak hakim berkenaan ketika mengendalikan perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/19/wan-junaidi-dilantik-yang-dipertua-dewan-negara-ke-19/", "title": "Wan Junaidi dilantik Yang Dipertua Dewan Negara ke-19", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekas\u00a0Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Tan Sri Dr\u00a0Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai\u00a0Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-19 hari ini.\n\n\nWan Junaidi menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim\u00a0yang dilantik sebagai Speaker Dewan Negara\u00a0sejak\u00a018 Jun 2020 dan tamat perkhidmatan pada 16 Jun lepas.\n\n\nPelantikan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan Wan Junaidi, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dilantik.\n\n\n\u201cMengikut Peraturan Mesyuarat 2 (1), saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMasa Belajar Pendidikan Islam Lebih Di SK Daripada SJK\n\n\n\n\n\n\nTanah rizab Melayu: Orang dalam, ahli politik mungkin terlibat\n\n\n\n\n\n\nNGO Melayu Diketepikan, Hua Zong Lebih Istimewa Diutamakan?\n\n\n\n\n\n\nSiasatan tiga pemimpin parti politik sentuh 3R di peringkat akhir \u2013 KPN\n\n\n\n\n\n\nDasar Perumahan Negara akan dikaji semula\n\n\n\n\n\n\n\n\nCadangan itu disokong Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri\u00a0Tengku\u00a0Datuk Seri\u00a0Zafrul Tengku\u00a0Abdul Aziz.\n\n\nWan Junaidi mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara, bersama dua yang lain iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.\n\n\nNur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai turut dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Negara selepas mendapat 43 undi dalam pengundian lantikan jawatan itu.\n\n\nTurut dicalonkan jawatan itu, Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris yang dicadangkan Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau.\n\n\nRazali tewas merebut jawatan itu selepas mendapat hanya 11 undi.\n\n\nWan Junaidi, 78, sebelum ini dilaporkan berkata, sebagai rakyat yang cintakan negara, sukar baginya untuk menolak tawaran itu kerana ia satu amanah dan tanggungjawab kepada negara.\n\n\n\u201cSelepas menolak untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, memang saya bertekad untuk bersara sepenuhnya.\n\n\n\u201cSaya ikhlas untuk berundur daripada politik tanpa desakan mana-mana pihak kerana saya mahu menikmati tempoh persaraan.\n\n\n\u201cTetapi, apabila menerima panggilan daripada pimpinan kerajaan yang mahukan saya mengisi jawatan itu, saya berfikir seketika dan akhirnya bersetuju untuk berkhidmat semula, demi negara, bukan sebab kepentingan peribadi,\u201d katanya.\n\n\nWan Junaidi menggantikan Tan Sri Rais Yatim yang dilantik sebagai Speaker Dewan Negara sejak 18 Jun 2020 dan tamat perkhidmatan pada 16 Jun lalu.\n\n\nWan Junaidi berkata, beliau bersedia memikul tanggungjawab itu, berbekalkan pengalaman luasnya termasuk sebagai pegawai kanan polis, peguam, wakil rakyat, Menteri dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.\n\n\n\u201cSelepas menerima tawaran itu, saya berhubung dengan pimpinan parti (Gabungan Parti Sarawak) di Kuching memaklumkan perkara itu dan mereka mengalu-alukannya.\n\n\nWan Junaidi diberi kepercayaan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mulai 30 Ogos 2021 hingga 24 November 2022.\n\n\nSebelum itu, beliau pernah menjadi Timbalan Speaker Dewan Rakyat mulai 28 April 2008 hingga 3 April 2013.\n\n\nKatanya, pengalaman sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat memberikannya keyakinan untuk menjadi Speaker Dewan Negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/20/kj-jangka-parti-kerajaan-dilanda-tsunami-tidak-puas-hati/", "title": "KJ jangka parti kerajaan dilanda \u2018tsunami tidak puas hati\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Parti Kerajaan Perpaduan berhadapan dengan \u2018tsunami tidak puas hati\u2019 ketika mengharungi cabaran Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nBekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan sewajarnya bimbang dengan tsunami tersebut berbanding \u2018gelombang hijau\u2019 Perikatan Nasional (PN).\n\n\nKhairy mendakwa, sejak Kerajaan Persekutuan mengambil alih kuasa, hala tuju ekonomi kurang jelas, kemerosotan nilai ringgit berterusan dan pengurangan kuasa beli rakyat disebabkan oleh \u2019krisis kos sara hidup\u2019 yang berlarutan.\n\n\n\u201cApa yang berlaku di Malaysia hari ini bukanlah kebangkitan \u2019Gelombang Hijau\u2019 berbanding rasa tidak puas hati dalam masyarakat Melayu yang melangkaui isu 3R (kaum, agama, raja),\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCalon Melayu Dap Hanya Boneka \u2013 Mahdzir\n\n\n\n\n\n\nIsmail janji isu tuntutan KWSP akan dibawa ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\nKaji semula pertukaran nama Jalan Temiang\n\n\n\n\n\n\nLIMA\u201923: Tun M terima anugerah pencapaian sepanjang hayat\n\n\n\n\n\n\nGolongan T20 tidak akan terima subsidi haji, elektrik\n\n\n\n\n\n\n\n\nBekas pemimpin UMNO yang dipecat daripada parti itu mendakwa, tsunami yang bakal dicetuskan oleh orang Melayu itu turut berpunca daripada sikap hipokrit yang ditunjukkan oleh Kerajaan Persekutuan.\n\n\n\u201cKemarahan orang Melayu yang ketara ini dikuatkan dengan sikap hipokrit pentadbiran sekarang, yang bercakap untuk menghapuskan rasuah dan menegakkan tadbir urus yang baik tetapi membenarkan kepimpinan UMNO yang telah tercemar.\n\n\n\u201cApa yang kita mungkin akan lihat pada pilihan raya negeri adalah tidak lebih daripada tsunami rasa tidak puas hati berbanding gelombang hijau,\u201d tambahnya dalam tulisan yang diterbitkan di Fulcrum oleh Institut ISEAS-Yusof Ishak Singapura.\n\n\nSelain itu Khairy mendakwa pandangan seperti yang dilontarkan veteran Tan Sri Lim Kit Siang bahawa pilihan raya negeri akan menjadi \u2019pilihan yang penting\u2019 untuk rakyat Malaysia yang mungkin akhirnya akan menyebabkan lebih ramai orang Melayu menyokong PN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/21/geg-kkm-akan-jalankan-kajian-kawalan-penggunaan-rokok-vape-dijalankan-serentak/", "title": "GEG: Kajian kawalan penggunaan rokok, vape dijalankan serentak", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji cadangan supaya kawalan penggunaan rokok dan rokok elektronik atau vape dijalankan secara serentak melalui dasar Generasi Penamat (GEG).\n\n\nTimbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, pihaknya mengambil maklum pandangan yang dikemukakan\u00a0semua pihak sebelum\u00a0Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dimulakan pada\u00a02027.\n\n\n\u201cAda beberapa perkara\u00a0lagi tentang (peruntukan\u00a0dalam rang undang-undang melibatkan) khidmat masyarakat dan\u00a0review\u00a0berkenaan tentang\u00a0GEG\u00a0terhadap produk vape.\n\n\n\u201cAda pandangan\u00a0rang undang-undang\u00a0itu pada dasarnya akan mewujudkan generasi penamat rokok terlebih dahulu kemudian diteruskan kepada vape dan ada pandangan\u00a0yang bercadang untuk GEG diadakan secara serentak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBarisan artis mewarnai arena politik republik Indonesia 2024\n\n\n\n\n\n\nAkta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Ditambah Baik\n\n\n\n\n\n\nPemimpin PN mesyuarat, bincang usul undi percaya PM\n\n\n\n\n\n\nGaji penjawat awam naik boleh tingkatkan defisit negara \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nYayasan Ikhlas Pertingkat Pendidikan Sains Kesihatan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKKM\u00a0akan sedaya upaya untuk memastikan\u00a0segala pandangan Ahli Parlimen diambil berat. Antara perkara yang ditekankan di Parlimen adalah kompaun yang terlalu rendah, hanya sekitar RM500\u00a0berbanding dengan cadangan asal RM5,000 dan kini\u00a0kompaun sedia ada pada peringkat RM\u00a01,000,\u201d katanya di Dewan Negara hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator, Datuk Lim Pay Hen mengenai\u00a0\u00a0kegusaran\u00a0 utama yang menyebabkan rang undang-undang itu\u00a0\u00a0tidak dapat diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini dan\u00a0dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan Parlimen.\u00a0\u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/21/idris-jusoh-tamat-perkhidmatan-pengerusi-felda-lebih-awal/", "title": "Idris Jusoh tamat perkhidmatan Pengerusi FELDA lebih awal", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tan Sri Idris Jusoh akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengerusi FELDA berkuat kuasa 30 Jun ini, lebih awal dari tarikh sepatutnya Mei tahun depan.\n\n\nBekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, tindakan beliau mengundur diri daripada jawatan berkenaan adalah bagi memberi laluan kepada kerajaan untuk melantik pengganti yang lebih bersesuaian.\n\n\n\u201cSaya menerima keputusan dari Pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri daripada jawatan Pengerusi FELDA berkuat kuasa pada 30 Jun.\n\n\n\u201cSaya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memberi peluang kepada saya untuk menjawat jawatan berkenaan di bawah kepemimpinannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRumah terbuka Malaysia MADANI gelojoh, mencabar maruah negeri\n\n\n\n\n\n\nPolis Selangor Teruskan misi bantu mangsa banjir\n\n\n\n\n\n\nRFID: Punca Sesak 10km\n\n\n\n\n\n\nKempen \u2018Sosial Media\u2019 Belum Boleh Diterima Pengundi\n\n\n\n\n\n\nUji kemampuan teknologi siber negara antara cubaan kumpulan penggodam -ATM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga peneroka, petugas FELDA dan semua yang banyak memberikan kerjasama sepanjang perkhidmatan saya.\n\n\n\u201cSemoga FELDA sentiasa berjaya dalam keberkatan,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.\n\n\nIdris, yang juga bekas Menteri Pendidikan itu dilantik sebagai Pengerusi FELDA pada 1 Mei 2020 sebelum disambung kontrak selama dua tahun berkuat kuasa Mei 2022 di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.\n\n\nKontrak Idris sepatutnya tamat pada Mei tahun depan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/21/isham-suruh-rafizi-cari-jalan-jangan-tunggu-ringgit-terus-jatuh/", "title": "Isham suruh Rafizi cari jalan, jangan tunggu ringgit terus jatuh!", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menyifatkan, kejatuhan pasaran modal dan ringgit ketika ini sebagai satu krisis yang perlu dibincangkan segera oleh kerajaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsham Jalil berkata, ini kerana ringgit sudah lama jatuh serta terus jatuh hingga memberi kesan buruk kepada kenaikan harga barang dan makanan negara yang kebanyakan bergantung kepada import.\n\n\nBeliau dalam satu\u00a0 hantaran di Facebook berkata, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan kerajaan tidak membincangkan lagi mengenai sama ada kerajaan akan campur tangan untuk mempertahankan ringgit.\n\n\nRafizi juga berkata, negara tidak mempunyai banyak rizab pun untuk mempertahankan ringgit.\n\n\nSehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan perlu berbincang dengan segera.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n3 kategori bankrap boleh mohon pelepasan\n\n\n\n\n\n\nSurat terbuka untuk Khairul Aming\n\n\n\n\n\n\n312 Penumpang Ke Kuala Perlis Terkandas\n\n\n\n\n\n\nNik Razi, adik Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nMaut sewaktu perjalanan mendaftar universiti\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, ringgit sudah lama jatuh dan terus jatuh, ini memberi kesan buruk kepada kenaikan harga barang dan makanan yang banyak bergantung kepada import,\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsham berkata, ada banyak cara kerajaan boleh mempertahankan ringgit dan bukan hanya dengan menggunakan rizab.\n\n\n\u201cPerlu bincang segera, jika tidak takkan kerajaan ingin biarkan ringgit jatuh begitu sahaja, Rafizi?\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/21/lebih-banyak-ahmad-maslan-bercakap-lagi-cepat-ringgit-merudum/", "title": "Lebih banyak Ahmad Maslan cakap, lagi cepat ringgit merudum", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Lebih baik diam, jika tidak ringgit lagi merudum.\n\n\nKenyataan itu ditujukan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kepada Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan berhubung satu demi satu kenyataannya membabitkan ekonomi negara yang tidak menunjukkan jalan penyelesaian kemelut ekonomi negara.\n\n\nKata Khairy, dia tidak bergurau dengan kenyataan itu.\n\n\n\u201cSaya rasa lagi banyak Ahmad Maslan cakap tentang ekonomi lagi cepat ringgit akan merudum. Mungkin pendengar ingat saya bergurau tetapi sebenarnya saya tak bergurau,\u201d katanya menerusi podcast Keluar Sekejap yang bersiaran pada jam 4:00 petang tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBAJET 2023 : Tingkatkan peruntukan pembangunan kokurikulum Islam \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nProklamasi Melayu bukan martabatkan Melayu tapi nak guling kerajaan \u2013 P.Ramasamy\n\n\n\n\n\n\nLEKAS, gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat lulus Projek Pulau Pinang Selatan\n\n\n\n\n\n\nIsa Samad masuk hospital, bicara kes rasuah ditangguh sekali lagi\n\n\n\n\n\n\nJAIS kesal pihak timbulkan persepsi buruk pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhmad katanya pada 18 Jun lalu mengumumkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim bakal membuat satu pengumuman penting berkenaan hal semasa ekonomi pada keesokan harinya.\n\n\nSebaliknya Perdana Menteri hanya mengumumkan berkenaan strategi untuk meningkatkan pasaran modal Malaysia dan pengurangan duti setem untuk transaksi saham didagangkan di Bursa Malaysia.\n\n\nTambah Khairy, kenyataan Ahmad itu menimbulkan soal kredibiliti apabila ia seakan-akan memberi gambaran bahawa akan ada pengumuman besar tetapi sebaliknya berlaku.\n\n\n\u201cApabila Ahmad cakap begitu saya pun bersedia untuk satu pengumuman sangat komprehensif berkenaan dengan kemasukan bilion-bilion ringgit pada negara kita, kepada pasaran modal kita, pelaburan langsung asing (FDI) kita.\n\n\nJelas Khairy, beliau tidak menyalahkan Perdana Menteri kerana Datuk Seri Anwar tidak menjual kenyataan atau pun pengumuman tersebut sebagai satu pengumuman besar, beliau tahu bahawa walaupun pengumuman ini bukanlah pengumuman yang teruk tetapi bukanlah besar,\u201d katanya.\n\n\nKata Khairy, beliau membaca analisa daripada pakar pasaran kewangan dan mereka berkata pengumuman perdana menteri itu sudah pasti akan memberangsangkan lagi jumlah dagangan di bursa.\n\n\n\u201cBagaimanapun, mereka berkata tidak akan melihat kemasukan berbilion-bilion daripada portfolio pelabur,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/21/naratif-dibawa-anwar-didakwa-gagal-tarik-sokongan-melayu/", "title": "Naratif dibawa Anwar didakwa gagal tarik sokongan Melayu", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Naratif tata kelola, masa depan ekonomi dan watan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini didakwa masih gagal untuk menarik sokongan orang Melayu kepada beliau serta kerajaan pimpinannya.\n\n\nPenganalisis politik berpendapat, apa yang dijanjikan Anwar sebelum beliau menjawat jawatan Perdana Menteri termasuk agenda pembaharuan dalam institusi masih longgar manakala masa depan ekonomi tidak jelas.\n\n\nPensyarah Kanan, Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pembangunan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), Dr Muhammad Asri Mohd Ali berkata, Anwar sering menyebut untuk mewujudkan tata kelola yang baik dan membuat pembaharuan, namun ia masih belum meyakinkan.\n\n\n\u201cSebagai contoh, reformasi institusi Peguam Negara dan pendanaan politik yang masih belum dilaksanakan dan setakat ini menjadi sesuatu yang populis saja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\nMyHeart mudahkan diaspora berkhidmat di tanah air, beroperasi bulan depan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Di Terengganu, Kelantan Meningkat\n\n\n\n\n\n\nIsu Mogok: Dr Zaliha sedia bersemuka petugas kesihatan\n\n\n\n\n\n\nLoh Siew Hong gagal batal pertukaran agama anak kepada Islam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni antara perkara yang perlu dilaksanakan, selari dengan hasrat reformasi yang dijanjikan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau mengulas kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebelum ini bahawa kesukaran Anwar untuk meraih sokongan Melayu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang lebih didorong rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbirannya yang dilihat kurang berkesan dari segi hala tuju ekonomi, berbanding faktor \u2018Gelombang Hijau\u2019 dibawa Perikatan Nasional (PN).\n\n\nKhairy berpandangan, sejak tujuh bulan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, jelas terdapat kekurangan pada hala tuju ekonomi, dengan ringgit terus melemah dan krisis kos sara hidup terus menghakis kuasa beli rakyat.\n\n\nDari segi ekonomi, Muhammad Asri berpandangan, masalah struktur tidak dijadikan agenda besar dan banyak ukuran terhadap ekonomi negara menunjukkan kemerosotan.\n\n\n\u201cKita juga makin merosot dari segi produktiviti, berbanding negara jiran, indeks persaingan dan mata wang, belum lagi menyebut mengenai kedudukan mata wang.\n\n\n\u201cSelain itu, masalah struktur kita adalah gaji, namun tiada apa-apa yang dilakukan mengenainya dan tiada apa-apa yang kukuh dalam usaha mengatasi masalah kos sara hidup setakat ini,\u201d katanya.\n\n\nPada masa sama katanya, Anwar juga dilihat sebagai pemimpin yang lebih memperjuangkan kepelbagaian kaum, berbanding Melayu.\n\n\n\u201cOrang Melayu mahu Islam dan budaya, bahasa dan ketinggian ekonomi Melayu sentiasa didaulatkan. Disebabkan itu, PAS mendapat sokongan kerana memainkan sentimen Melayu, yang bermakna untuk orang Islam.\n\n\n\u201cApabila disebut Madani yang dibawakan kerajaan ketika ini, ia lebih kepada nilai sejagat, bukan nilai watan dan orang Melayu masih kabur di mana kedudukan Melayu serta Islam dalam kerangka Madani ini,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Abdul Aziz Azizam turut berpandangan kemerosotan sokongan orang Melayu kepada Perdana Menteri lebih kepada pentadbiran kerajaan, bukan tertumpu kepada \u2018Gelombang Hijau\u2019.\n\n\n\u201cTerdapat beberapa faktor pemberat utama yang memberi kesan itu, antaranya bebanan ekonomi yang ditanggung rakyat. Ini juga tidak setara dengan cadangan dan dasar yang sebelum ini digambarkan, berkaitan formula pemulihan ekonomi rakyat.\n\n\n\u201cSelain itu, pengendalian pentadbiran kerajaan hari ini berkaitan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam, seperti isu kalimah Allah,\u201d katanya. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/21/razarudin-husain-dilantik-ketua-polis-negara-baharu/", "title": "Razarudin Husain dilantik Ketua Polis Negara baharu", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuat kuasa 23 Jun 2023.\n\n\nPengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuatkuasa Jumaat ini.\n\n\nPelantikan Razarudin Husain itu bagi menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang bersara lebih awal.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis Negeri Sembilan terima 83 laporan melibatkan PRN sejak penamaan calon\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Alternatif Rakyat Muak Politik Korup\n\n\n\n\n\n\nKetua The Ahmadi Religion larikan diri \u2013 sumber\n\n\n\n\n\n\nQari al-Quran Braille johan Tilawah Kebangsaan\n\n\n\n\n\n\nLulus dua RUU fokus sidang khas DUN Sabah esok\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.\n\n\n\u201cRazarudin berumur 61 tahun, dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor.\n\n\n\u201cBeliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia menjawat pelbagai jawatan di peringkat Negeri dan Kontinjen.\n\n\n\u201cBeliau memulakan tugas pada tahun 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah sebagai Pegawai Penyiasat dan meneruskan khidmat di jabatan tersebut sehingga tahun 1996 dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) di Daerah Muar, Johor.\n\n\n\u201cBeliau kemudiannya dilantik sebagai ASP Pentadbiran di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Bahagian Pengurusan di daerah sama pada tahun 1997,\u201d kata Saifuddin dalam satu kenyataan pada Khamis.\n\n\nMengulas lanjut, Saifuddin berkata, pada tahun 1998 beliau kembali bertugas di JSJ Daerah Muar sebagai Pegawai Penyiasat Kanan dan di jabatan yang sama di Kontinjen Johor.\n\n\nSeterusnya, pada tahun 2000, beliau meneruskan khidmat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kluang sebelum menyambung pelajaran di Maktab PDRM Cheras.\n\n\n\u201cKemudian beliau ditempatkan di JSJ Daerah Kota Setar dan dinaikkan pangkat ke Timbalan Penguasa Polis (DSP) dengan memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sandakan.\n\n\n\u201cSelepas itu, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kudat dan berkhidmat selama tiga tahun di situ. Beliau kembali ke JSJ Bukit Aman di Operasi Khas D8 dengan pangkat Superintenden dan menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana.\n\n\n\u201cSekembalinya dari belajar, beliau dinaikkan pangkat ke Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) dan ditempatkan sebagai Penolong Pengarah D9, JSJ Bukit Aman dan setelah itu beliau dinaikkan pangkat ke Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) dengan menjawat jawatan sebagai Timbalan Komander, Special Task Force On Organise Crime (STFOC), Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum ke Kontinjen Pulau Pinang sebagai Ketua JSJ,\u201d katanya.\n\n\nRazarudin Husain kemudian dinaikkan pangkat ke Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dua tahun selepas itu, seterusnya dinaikkan pangkat ke Pesuruhjaya Polis dengan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Perak.\n\n\nSaifuddin berkata, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman selama setahun sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai tahun 2021 sehingga kini.\n\n\n\u201cKerajaan mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan ini,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/21/warga-singapura-marah-ditegur-isi-minyak-dalam-tong/", "title": "Warga Singapura marah ditegur isi minyak dalam tong", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu\u00a0 \u2013 Lawak sinis, pelawak komedi berdiri, Joceyln Chia yang menghina Malaysia memaksa kerajaan Singapura\u00a0 melalui Pesuruhjaya Republik itu memohon maaf.\n\n\nKetika insiden mencemar maruah Malaysia, masih belum reda,\u00a0 apa sahaja yang dilakukan oleh rakyat republik itu terus menjadi tumpuan warga maya di negara ini.\n\n\nAntara yang menjadi tumpuan ialah\u00a0 perbuatan warga negara itu \u2013 yang dikatakan Joceylan sebagai negara maju, ialah tindakan mereka yang mengisi minyak petrol di negara ini.\n\n\nRakyat asing hanya dibenarkan mengisi minyak Ron 97 di negara ini tetapi keadaan berlaku sebaliknya apabila mereka tanpa segan silu, mengisi minyak jenis lain di stesen-stesen minyak di negara ini yang dikhususkan kepada penduduk tempatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHisap Rokok & Tiada Penjarakan Fizikal, Pematuhan SOP Dipertikai\n\n\n\n\n\n\nOPR kekal, langkah taktikal BNM sokong momentum ekonomi\n\n\n\n\n\n\nKetua The Ahmadi Religion larikan diri \u2013 sumber\n\n\n\n\n\n\nGereja Borneo tarik balik semakan kehakiman kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nTH gesa 31,600 bakal haji segera jawab surat tawaran\n\n\n\n\n\n\n\n\nLebih memburukkan mereka sanggup mengisi minyak dalam tong yang dibawa di dalam kenderaan\n\n\nTular di media sosial,\u00a0 seorang pekerja e-hailing yang\u00a0 berkongsikan video berdurasi seminit 50\u00a0 saat, mengenai warga Singapura mengisi minyak di dalam tong.\n\n\nIa berdasarkan kepada kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang dinaiki dua orang lelaki.\n\n\n\n\n2 lelaki Singapura mengamuk lepas ditegur isi minyak dalam tong oleh rider Grab Food di sebuah stesen minyak di sekitar Iskandar Puteri, Johor Bharu semalam.\n@KDNPUTRAJAYA\n \n@KPDN_HQ\n \n@kpdnhepjohor\n \n@PDRMsia\n \n@PolisJohor\n \npic.twitter.com/wX5mt9Jpwr\n\n\n\u2014 Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) \nJune 21, 2023\n\n\n\n\nPenunggang motor e-hailing itu menegur warga asing terbabit yang mengisi minyak ke dalam tong, lantas mencetuskan perbalahan di antara kedua-duanya, apabila tegurannya itu tidak disenangi oleh warga Singapura berkenaan.\n\n\nKatanya, salah seorang daripada lelaki Singapura itu bertindak membuka bahagian belakang kenderaan utiliti sukan (SUV) sebelum mengeluarkan objek disyaki sebatang pengunci stereng dipercayai cuba melakukan provokasi.\n\n\nKetika polis bantuan dipanggil warga Singapura itu juga didakwa mahu menyerangnya sekali lagi.\n\n\nKejadian yang berlaku di Iskandar Puter, Johor Bahru, Johor ini juga menyebabkan netizen bengang dengan tindakan polis bantuan berkenaan yang dianggap tidak tegas.\n\n\nManakala\u00a0 yang lain pula memperli perbuatan rakyat negara maju yang disebut Joceyln tapi tidak mempamerkan akhlak seseorang yang bukan dari negara maju.\n\n\n\n\nKerajaan telah menetapkan berhubung isi minyak oleh warga asing ini di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).\n\n\nMana-mana pengusaha stesen minyak yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan dengan akta berkenaan dan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta manakala RM3 juta jika melakukan kesalahan berikutnya.\n\n\nSetakat 8 Jun ini, harga RON95 yang ditawarkan di Malaysia lebih murah jika dibandingkan di Singapura yang dijual RM2.05 seliter berbanding SD$2.74seliter atau bersamaan RM8.22 sen seliter.\n\n\nManakala, harga bagi RON97, ialah\u00a0 SD$3.22 (RM9.66/liter)\u00a0 seliter berbanding RM3.37 seliter di Malaysia.\n\n\nDalam pada itu, menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, minyak yang diisi ke\u00a0 dalam tong untuk acara go-kart dikatakan punca perbalahan terbabit.\n\n\n\u201cPengadu mendakwa ketika hendak mengisi minyak di stesen minyak itu, sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura dinaiki dua lelaki dipercayai warga asing, berhenti untuk mengisi minyak di pam yang sama.\n\n\n\u201cPengadu ke pam untuk mengisi minyak tetapi dia mendakwa melihat warga asing itu sedang memegang tong di pam yang sama.\n\n\nDalam satu kenyataan beliau berkata, pertengkaran yang berlarutan di antara lima hingga 10 minit itu dileraikan Polis Bantuan Sunway yang turut berada di lokasi kejadian.\n\n\nPada masa sama, beliau memaklumkan, pengadu kemudian tidak berminat meneruskan kes berkenaan dan kes telah diklasifikasikan sebagai \u2018no further action\u2019 (NFA)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/22/agong-permaisuri-selamat-tiba-di-madinah/", "title": "Agong, Permaisuri selamat tiba di Madinah", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah RI\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Kota Suci Madinah, Arab Saudi semalam.\n\n\nMenerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz pada jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).\n\n\n\u201cKeberangkatan tiba Seri Paduka berdua yang diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan paduka-paduka anakanda disambut Gabenor Madinah Yang Amat Mulia Putera Faisal bin Salman Al Saud,\u201d menurut catatan itu hari ini.\n\n\nAl-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadualkan berada di Madinah dan Mekah sehingga 1 Julai ini bagi menunaikan ibadah haji.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHari Ini Penentuan Zahid Bebas Atau Perlu Bela Diri\n\n\n\n\n\n\nHamzah dakwa ada banyak \u2018fail\u2019 pemimpin kerajaan\n\n\n\n\n\n\nLupus Al-Quran Dalam Banjir\n\n\n\n\n\n\nKematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lalu\n\n\n\n\n\n\nBatalkan PSI, Oh sedia tarik diri bertanding\n\n\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf yang merupakan kemuncak haji adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.\n\n\nUmat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidilada pada 29 Jun."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/22/bersatu-serah-kerusi-dun-di-jeli-gua-musang-kepada-pas/", "title": "BERSATU serah kerusi DUN di Jeli, Gua Musang kepada PAS", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 PAS Kelantan mengesahkan, BERSATU bersetuju untuk memberi dua lagi kerusi milik mereka kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.\n\n\nTimbalan Persuruhjaya PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, bagaimanapun dua kerusi yang dimaksudkan itu tersebut masih belum dimuktamadkan.\n\n\nMenurutnya, kerusi yang diminta oleh PAS itu masing-masing melibatkan DUN di Parlimen Jeli dan Gua Musang yang sebelum ini telah dipersetujui secara bersama untuk diserahkan kepada BERSATU.\n\n\n\u201cKita risau jika PAS tidak bertanding di salah satu daripada tiga kerusi DUN di kedua-dua kawasan Parlimen yang telah diserahkan kepada BERSATU pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, moral petugas dan penyokong PAS mungkin menurun.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Inggeris, Adibah Noor Pelopor Penggunaan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nRakyat Mahu Masalah Diselesaikan Dahulu Sebelum PRU 15\n\n\n\n\n\n\nAb Rauf bakal menjadi Ketua Menteri Melaka?\n\n\n\n\n\n\nRaja Rozela bersara awal, Mohd Dusuki ketuai pendakwaan kes Zahid\n\n\n\n\n\n\nTetapkan Awal Tarikh Bubar Parlimen & PRU Demi Kestabilan \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi kita merasakan PAS perlu ada satu kerusi di setiap kawasan Parlimen berkenaan supaya dapat menyuntik semangat yang tinggi kepada ahli-ahli dan petugas parti,\u201d katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Karnival Kelantan Maju Rakyat Sejahtera di Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.\n\n\nTimbalan Menteri Besar itu memberitahu, pada dasarnya agihan kerusi antara pihaknya dengan BERSATU di negeri ini sudah selesai dan menunggu keputusan berhubung perkara tersebut.\n\n\nKatanya, beliau dimaklumkan agihan kerusi antara parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi semua negeri yang bakal mengadakan PRN sudah 95 peratus selesai.\n\n\n\u201cSaya turut dimaklumkan bahawa ada beberapa isu pertindihan kerusi di setiap negeri yang bakal mengadakan PRN. Boleh dikatakan setiap negeri ada isu yang sama.\n\n\n\u201cKita ada kerusi yang kita mahu dan mereka (BERSATU dan GERAKAN) pun ada sama. Itu yang menjadi punca perbincangan mengenai agihan kerusi belum selesai sepenuhnya,\u201d ujarnya. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/22/bertanding-secara-anak-jantan-muhammad-sanusi/", "title": "Bertanding secara anak jantan \u2013 Muhammad Sanusi", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyeru agar semua parti gabungan yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini bertanding secara \u2018anak jantan\u2019.\n\n\n\u201cSaya harap proses demokrasi akan berjalan sepanjang pembubaran hingga pengundian dan pembentukan kerajaan, jangan guna harta, dana, agensi atau jabatan kerajaan untuk berkempen.\n\n\n\u201cSaya harap semua parti akan bertanding secara anak jantan, jangan cakap lain tetapi buat lain,\u201d katanya\n\n\nSanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, beliau sudah mengarahkan semua Exco menyerahkan kenderaan rasmi milik kerajaan negeri pada hari pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka akan dibubarkan pada 28 Jun ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM umum sekolah cuti khas Aidilfitri pada 19 April\n\n\n\n\n\n\n4 Kes Omicron Dikesan Di Sarawak\n\n\n\n\n\n\nMajlis Presiden PH bincang isu PRN, kerjasama BN pada Sabtu ini\n\n\n\n\n\n\nTerpaksa Beli Juga Kerana Masih `Enak Dimakan Begitu Saja\u2019\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri diramal pertahankan kerusi DUN Rhu Rendang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKerana kita nak sepanjang berkempen, mereka tak guna harta kerajaan. Saya harap parti lain juga guna kaedah sama, kalau ada lori yang dibeli dengan harta kerajaan, maka simpan dahulu,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/22/gantung-akaun-rider-orang-ramai-mahu-boikot-grab/", "title": "Gantung akaun rider, orang ramai mahu boikot Grab", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Syarikat Grab berhadapan dengan pemboikotan selepas media melaporkan penghantar makanan yang tular kerana menegur dua warga Singapura mengisi minyak RON95 menggunakan tong digantung perkhidmatan.\n\n\nTinjauan \nTV Pertiwi\n di media sosial terutama di Twitter mengugut mahu memadam aplikasi syarikat pengangkutan dan penghantaran makanan itu di telefon masing-masing sekiranya dakwaan tersebut benar.\n\n\n\u201cBOIKOT GRAB MALAYSIA\u201d kata @KassimRuzila\n\n\n\u201cSalam @GrabMY sila sahkan berita bahawa akaun rider ini telah digantung. Jika benar, saya akan\u00a0\nuninstall apps\n\u00a0Grab serta merta. Terima kasih,\u201d komen @SyedAkramin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam\n\n\n\n\n\n\nMalaysia jadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN-GCC \u2013 Zambry\n\n\n\n\n\n\nBerkompromi halalkan pekebun haram, MB khianati rakyat Pahang \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nAras Air Sungai Melepasi Bahaya Di Beberapa Negeri\n\n\n\n\n\n\nTun M dakwa ada pihak sedang bersihkan imej Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJika ini benar, saya akan berhenti menjadi ahli platinum setia anda,\u201d kata @Bigsnorlax1985.\n\n\nSebelum itu media melaporkan, penghantar makanan yang menegur dua warga Singapura mendakwa kehilangan kerja selepas akaun Grab miliknya digantung sejak semalam.\n\n\n\n\n2 lelaki Singapura mengamuk lepas ditegur isi minyak dalam tong oleh rider Grab Food di sebuah stesen minyak di sekitar Iskandar Puteri, Johor Bharu semalam.\n@KDNPUTRAJAYA\n \n@KPDN_HQ\n \n@kpdnhepjohor\n \n@PDRMsia\n \n@PolisJohor\n \npic.twitter.com/wX5mt9Jpwr\n\n\n\u2014 Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) \nJune 21, 2023\n\n\n\n\nSejak kelmarin, tular video pendek berdurasi satu minit 40 saat menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak.\n\n\nMenerusi rakaman itu, salah seorang lelaki membuka but kenderaan dan mengeluarkan peralatan seperti pengunci stereng sebelum membuat provokasi mahu menyerang rider berkenaan.\n\n\nPertelingkahan hampir 10 minit itu bagaimanapun berjaya dileraikan dua anggota polis bantuan di lokasi kejadian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/22/gerakan-mohon-maaf-secara-terbuka-kepada-semua-penjawat-awam/", "title": "GERAKAN mohon maaf secara terbuka kepada semua penjawat awam", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 GERAKAN hari ini secara terbuka memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap GERAKAN Pulau Pinang, Mok Kok On berkenaan penjawat awam baru-baru ini.\n\n\nSehubungan dengan itu, Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong berkata, pihaknya telah menyerahkan kes berkenaan kepada Lembaga Disiplin parti untuk tindakan selanjutnya.\n\n\n\u201cKita serah kepada Lembaga Disiplin untuk mengambil tindakan selanjutnya, biar mereka adakan prosedur yang betul, biar Kok On ada hak bersuara dan mendengar.\n\n\n\u201cSedikit sebanyak amaran keras telah saya berikan kepada dia (Kok On), yang lain saya serahkan kepada Lembaga Displin. Saya akan bawa kes ini kepada Jawatankuasa Kerja Pusat kalau perlu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi di Negeri Sembilan kurang akibat hujan\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Kesal Tindakan Enam Anggota LPPR\n\n\n\n\n\n\nDinding kaca pejabat parti PAS pecah\n\n\n\n\n\n\nHarga Ais Akan Dinaikkan \u2013 Pengusaha\n\n\n\n\n\n\nMajlis Presiden PH Setuju Letakkan Pembangkang Sebagai Pengerusi PAC \u2013 Fahmi Fadzil\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau isu ini memang tidak ada penjelasan bagus atau munasabah (daripada Mok), kita akan gantung (keahlian dia),\u201d katanya hari ini.\n\n\n\n\nSementara itu, Kah Keong turut menitikberatkan pendirian GERAKAN yang tidak bersetuju dengan perspektif dikeluarkan menerusi kenyataan berkenaan.\n\n\n\u201cPenjawat awam bukannya beban, sebaliknya tulang belakang negara, setiap kegiatan harian dan kemudahan umum serta kehidupan kita, memang berkait rapat dengan penjawat awam yang telah memberi perkhidmatan yang bagus dalam negara,\u201d katanya.\n\n\nMedia tempatan sebelum ini melaporkan Kok On dalam kenyataan di media sosial, menyifatkan penjawat awam sebagai membebankan, selain mempersoalkan tindakan kerajaan menambah jumlah penjawat awam.\n\n\nDilaporkan juga kenyataan itu yang telah dipadam pada masa terkini, mendapat kritikan daripada pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang menyifatkan kata-kata Mok menimbulkan kemarahan dan mengguris hati penjawat awam. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/22/isu-agihan-kerusi-pn-di-enam-negeri-selesai-95-peratus/", "title": "Isu agihan kerusi PN di enam negeri selesai 95 peratus", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu pengagihan kerusi Perikatan Nasional (PN) di enam negeri sudah selesai 95 peratus.\n\n\nBagaimanapun, masih terdapat pertindihan di beberapa kerusi dan perkara itu sedang dimuktamadkan.\n\n\n\u201cAlhamdulillah soal pengagihan kerusi antara PAS dan BERSATU sudah selesai 95 peratus dan tinggal beberapa kerusi sahaja yang perlu diselesaikan.\n\n\n\u201cIni kerana berlaku pertindihan di mana PAS dan BERSATU masing-masing mahukan kerusi berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n29 Kes Kematian Dalam Tempoh 24 Jam\n\n\n\n\n\n\nRamasamy letak semua jawatan, umum keluar DAP\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy umum Portfolio EXCO Pahang\n\n\n\n\n\n\nBerapa ramai sokong Anwar tidak diketahui \u2013 Takiyuddin\n\n\n\n\n\n\nHakim Meragui Pelepasan Tuduhan Rasuah Ke Atas Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBerapa banyak jumlah kerusi yang berlaku pertindihan saya tidak tahu kerana saya tidak terbabit dengan mesyuarat berkenaan,\u201d katanya.\n\n\nPada masa yang sama, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, soal pengagihan kerusi di Kelantan juga sudah selesai.\n\n\n\u201cCuma kita mahu tentukan dua kerusi sahaja yang diminta daripada BERSATU dan parti itu juga sudah bersetuju untuk memberi kepada kita.\n\n\n\u201cDua kerusi yang diminta itu masing-masing di bawah Parlimen Jeli dan Gua Musang bagi memastikan moral petugas PAS tidak terjejas memandangkan calon lain termasuk Ahli Parlimen di situ adalah daripada BERSATU,\u201d katanya"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/22/jangan-sentuh-isu-agama-raja-kaum-pada-prn-di-enam-negeri/", "title": "Jangan sentuh isu agama, raja, kaum pada PRN di enam negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi peringatan kepada parti politik yang terlibat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) supaya\u00a0tidak menyentuh isu sensitif melibatkan agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race).\n\n\nBeliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang dan boleh disiasat di bawah\u00a0Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 jika perkara sedemikian\u00a0berlaku.\n\n\n\u201cMana-mana parti (politik) bebas memberikan apa jua pandangan berbeza tidak kira sama ada pandangan terhadap kerajaan yang memerintah sekarang asalkan tidak menyentuh aspek 3R.\n\n\n\u201cBerpolitik gaya 3R merupakan trend terkini yang saya lihat tidak \u2018surut\u2019 dan saya percaya ia akan berterusan\u00a0menjelang PRN nanti,\u201d katanya\u00a0dalam sesi eksklusif editor media bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya\u00a0baru-baru ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJohari Abdul, Allahyarham Nik Aziz, Kit Siang dikurnia gelaran Tan Sri\n\n\n\n\n\n\nKKM perkenal ubat mesra OKU penglihatan dengan tulisan Braille\n\n\n\n\n\n\nKanak-Kanak 5 Hingga 12 Tahun Wajar Divaksin \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya Tidak Terima Wang Dari UKSB\u2019\u2019 \u2013 Khairy Jamaluddin\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap Sanusi masih belum selesai \u2013 Sultan Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nEnam negeri yang akan mengadakan PRN ialah\u00a0Kelantan,\u00a0Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.\n\n\nMengulas lanjut,\u00a0Saifuddin Nasution berkata, tindakan sedemikian akan dipantau Pasukan Khas 3R yang ditubuhkan sejak Mac lepas.\n\n\n\u201cSaya percaya kepimpinan PDRM di bawah Tan Sri Razarudin Husain yang baru dilantik sebagai Ketua Polis Negara akan memberi tumpuan kepada trend\u00a0berkenaan (politik gunakan isu\u00a03R),\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, diminta mengulas mengenai persiapan PRN di enam negeri berkenaan, beliau berkata, PDRM\u00a0sentiasa berada pada tahap bersiap siaga dan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi menghadapi pilihan raya itu.\n\n\n\u201cSOP berkenaan antaranya memberi jaminan keselamatan terhadap rakyat yang keluar mengundi, selain memastikan tidak berlaku pelanggaran undang-undang khususnya\u00a0pada PRN,\u201d katanya.\u00a0 \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/22/peralihan-kuasa-satu-perkara-biasa-sri-acryl/", "title": "Peralihan kuasa satu perkara biasa \u2013 Sri Acryl", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan, tiada apa yang janggal dalam proses peralihan kuasa kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan dirinya.\n\n\nAcryl Sani berkata, ada pihak yang mungkin berasa pelik dengan keputusannya untuk bersara lebih awal.\n\n\n\u201cMungkin anda berasa pelik, percayalah tiada apa yang janggal dalam proses peralihan kuasa tetapi sebenarnya situasi memaksa saya memendekkan tempoh perkhidmatan untuk memenuhi keperluan di luar,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Bebaskan Rider Food Panda\n\n\n\n\n\n\nMata pelajaran Pendidikan Islam perlu dikaji semula \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nCalon Melayu Dap Hanya Boneka \u2013 Mahdzir\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi Hadi keluarkan amanat halalkan ajaran menyimpang\n\n\n\n\n\n\n140 NGO Serah Memorandum Bantahan Terhadap Suruhanjaya Tinggi India\n\n\n\n\n\n\n\n\nTurut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution\u00a0Ismail dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.\n\n\nSaifuddin sebelum itu menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Negara melibatkan Acryl Sani kepada Ketua Polis Negara yang baharu, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid.\n\n\nBeliau turut menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.\n\n\nPelantikan baharu buat kedua-dua kepimpinan baharu PDRM itu berkuat kuasa pada Jumaat.\n\n\nAcryl Sani berkata, beliau meninggalkan PDRM dengan hati terbuka kerana beliau percaya mereka yang masih berkhidmat akan dapat meningkatkan imej dan kualiti pasukan ke tahap yang lebih tinggi.\n\n\n\u201cSentiasa ingat logo kita, ingatlah slogan kita, sedia berkhidmat dan dan polis dan masyarakat tidak dapat dipisahkan,\u201d katanya.\n\n\nAcryl Sani menyifatkan hari terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara sebagai pengalaman pahit dan manis.\n\n\n\u201cSaya sedih kerana tidak dapat bertemu seramai mungkin rakan sepasukan sebelum bersara.\n\n\n\u201cPercayalah bahawa semua orang akan sentiasa kekal di hati saya. Bak kata pepatah, kita tidak akan selamanya di sini tetapi kerja sebagai anggota dan pegawai polis tidak akan pernah berakhir,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/22/pn-muktamad-agihan-tandingi-245-kerusi-dun-pada-prn-6-negeri/", "title": "PN muktamad agihan, tandingi 245 kerusi DUN pada PRN 6 negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Perikatan Nasional (PN) memuktamadkan rundingan kerusi dan mengesahkan bertanding di semua 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.\n\n\nPengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, BERSATU akan bertanding di 83 kerusi DUN, sementara PAS di 126 kerusi dan GERAKAN di 36 kerusi.\n\n\n\u201cSemua kerusi sudah dimuktamadkan. Di peringkat negeri, pengumuman akan juga dibuat nanti supaya ahli parti di negeri-negeri tahu untuk menyusun jentera supaya berjalan dengan lancar,\u201d katanya pada sidang media di ibu pejabat PN di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nBeliau berkata, setiap kepimpinan parti khususnya di peringkat negeri, akan menentukan kriteria calon-calon untuk dipilih bertanding dalam PRN akan datang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPRN : Tidak terbabit secara langsung GPS hanya hantar wakil\n\n\n\n\n\n\nPerhimpunan Jalanan Bukan Penyelesaian\n\n\n\n\n\n\nTREND Jangkitan Semakin Meningkat\n\n\n\n\n\n\nMengapa PRU Awal Dituntut\n\n\n\n\n\n\nMAT KILAU Cetus Revolusi Industri Perfileman"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/22/rafizi-cabar-pn-jadi-pembangkang-lebih-bagus/", "title": "Rafizi cabar PN jadi pembangkang lebih bagus", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Selepas dikecam teruk kerana gagal mengawal ekonomi negara, Rafizi Ramli tampil mencabar Perikatan Nasional (PN) menjadi pembangkang yang bagus, bukan sekadar membina persepsi kerajaan akan tumbang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.\n\n\nMenteri Ekonomi itu berkata, beliau tidak ada masa untuk memberi respons berkaitan isu-isu politik sejak enam bulan lalu kerana mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan terutamanya membaiki ekonomi negara.\n\n\n\n\n\u201dDulu saya begitu aktif, kalau ada komen-komen di media sosial saya akan jawab tapi sekarang tidak lagi kerana sebagai kerajaan, saya ada tugas yang perlu dilakukan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBlok pembangkang mahupun kerajaan akan disiasat jika terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Elaun guru KAFA dinaikkan RM100\n\n\n\n\n\n\nPN jangka proses agihan kerusi selesai Ahad ini\n\n\n\n\n\n\nPolis rakam keterangan 3 individu kes curi wang BAP RM109,000\n\n\n\n\n\n\nTindakan Kerajaan Kedah adalah Betul- Peguam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201dBagaimanapun, tugas pembangkang adalah menjadi pembangkang yang baik. Bagaimana kamu menjadi pembangkang yang baik ialah dengan memberikan fokus kepada polisi kami, fokus kepada apa yang kamu boleh buat lebih baik, fokus untuk memberikan penjelasan kenapa kamu tidak membuat apa-apa ketika kamu menjadi kerajaan selama 33 bulan dahulu.\n\n\n\u201dItu cara yang paling baik untuk PN berkempen pada PRN ini. Bukannya membina persepsi akan ada gelombang, akan jatuh itu dan ini,\u201d katanya dalam satu rakaman video di Twitter.\n\n\nTimbalan Presiden PKR itu berkata, beliau menganggap semua perkara yang dilakukan PN itu sebagai cerita wayang yang tidak akan membaiki kehidupan rakyat.\n\n\nJusteru, beliau mencabar mereka untuk menyertai PRN ini dengan memberikan fokus kepada siapa akan mentadbir negara ini lebih baik.\n\n\nKatanya, takbir urus yang baik adalah berkaitan tentang integriti, kecekapan dan polisi.\n\n\n\u201dTidak ada tentang Melayu lawan Cina, siapa lagi hebat, siapa lagi ramai pengikut, siapa boleh mengumpul konvoi motor terbesar. Bagaimana semua ini boleh membantu kami?\n\n\n\u201cKamu kumpul 20,000 orang naik motor pusing keliling Malaysia, adakah ini mampu membantu kita membayar hutang negara.\n\n\n\u201dIni adalah sebab kenapa saya tidak memberikan jawapan kerana saya fikir ia sangat mengarut. Nak masuk pilihan raya, mereka semua pernah jadi menteri, mereka duduk di sini sebelum kami,\u201d katanya.\n\n\nBaru-baru ini, veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menasihatkan\u00a0Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membubarkan Kementerian Ekonomi yang diterajui Rafizi.\n\n\nShahrir dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, ia susulan kementerian itu yang langsung tidak berkesan dalam merencanakan ekonomi negara sama seperti ketika pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/22/rundingan-agihan-kerusi-ph-umno-paling-senang-saifuddin/", "title": "Rundingan agihan kerusi PH, UMNO paling senang \u2013 Saifuddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Rundingan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO untuk pilihan aya di enam negeri tidak lama lagi disifatkan sebagai paling mudah.\n\n\nSetiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rundinan bersama rakan parti dalam kerajaan itu adalah lebih baik berbanding ketika PH bekerjasama dengan PAS sebelum ini yang dibayangi dengan isu pengkhianatan.\n\n\n\u201cSebenarnya rundingan dengan UMNO paling mudah. Kalau satu paling susah, 10 paling senang, rundingan dengan UMNO terletak pada (skala) 9.5. Maknanya senang.\n\n\n\u201cPaling penting apabila berunding dengan UMNO, dia letak semua hujah atas meja. Apabila runding dengan PAS, dia ada laci bawah meja lagi. Sebab itu ada masalah,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProjek Solar : Rayuan Kes Rosmah Didengar Julai\n\n\n\n\n\n\nPersoal Kekayaan Azam Baki Yang Tidak Diambil Peduli\n\n\n\n\n\n\nSuhakam setuju hukuman mati mandatori dimansuhkan\n\n\n\n\n\n\nToleransi orang Melayu kepada kaum lain sangat tinggi\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin tidak perlu defensif \u2013 Nik Nazmi\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin mendakwa, dalam sejarah kerjasama PKR dan PAS, berlaku pengkhianatan membabitkan kerusi Kota Damansara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menyaksikan calon parti itu, Dr Mohd Nasir Hashim tewas selepas PAS turut menurunkan calonnya di situ sehingga berlaku pertembungan tiga penjuru.\n\n\nDakwanya lagi, pengkhianatan juga berlaku membabitkan PKR sendiri terhadap DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak oleh bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.\n\n\n\u201cDalam sejarah kami dengan PAS, berlaku pengkhianatan oleh PAS. Kerusi Kota Damansara, kami kalah, calon kami Dr Nasir kalah apabila (Presiden PAS, Tan Sri Abdul) Hadi (Awang) letak menantu dia di situ, UMNO menang. Awak dah berjanji setuju, awak khianat, habislah.\n\n\n\u201cPKR pun buat begitu kepada DAP ketika Azmin di Sarawak. Sudah runding semua, selesailah. Kemudian dia keluarkan watikah kepada calon PKR untuk bertanding tiga penjuru menentang DAP. Siapa buat? Azmin,\u201d katanya.\n\n\nMengenai isu pertindihan kerusi untuk enam PRN, Saifuddin Nasution berkata, ada empat kerusi masih belum diputuskan, masing-masing dua di Selangor dan Kedah.\n\n\nBagaimanapun, beliau yakin isu pertindihan akan diselesaikan oleh pimpinan tertinggi PH dan BN.\n\n\n\u201cYang saya tahu di Kedah dua kerusi, di Selangor juga dua masih bertindih. Kalau di Kedah sebelum ini empat, tinggal dua. Di Selangor, asalnya tiga, sekarang tinggal dua. Negeri Sembilan saya tak ada maklumat.\n\n\n\u201cSekembalinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Pengerusi BN) daripada percutian, akan selesai (isu pertindihan). PKR sendiri akan ada mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) Ahad ini. \n\n\n\u201cDi situ kami akan diberi maklum mengenai ini. Namun saya tak nampak kerumitan untuk selesaikan pertindihan kerusi ini,\u201d katanya.\n\n\nDalam perkembangan sama, Saifuddin Nasution yakin PH dapat mengekalkan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang selain komited untuk merampas Kedah pada PRN kelak.\n\n\n\u201cSaya dengan (Timbalan Presiden PKR), Rafizi (Ramli) dalam siri taklimat dalaman parti, kami optimis. Kalau kena dengan caranya, kami boleh ambil balik Kedah walaupun Perikatan Nasional (PN) dakwa boleh sapu semua negeri. Tiada masalah.\n\n\n\u201cKami masuk PRN di Kedah adalah untuk merampas Kedah berbanding kami masuk di Kelantan dan Terengganu untuk menghantar suara pembangkang dalam DUN (Dewan Undangan Negeri),\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/22/saifuddin-nasution-sangkal-wujud-kontroversi-pengganti-acryl-sani/", "title": "Saifuddin Nasution sangkal dakwaan wujud kontroversi pertukaran Ketua Polis Negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Seorang pegawai polis mahupun penjawat awam yang dilantik secara kontrak\u00a0boleh ditamatkan atau dipendekkan perkhidmatannya pada bila-bila masa.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sehubungan itu, soal penggantian jawatan Ketua Polis Negara (KPN) yang sebelum ini disandang oleh Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani kepada Timbalannya, Tan Sri Razarudin Husain ialah satu proses biasa.\n\n\n\u201cTiada kontroversi. Saya sendiri sebelum ini dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah), kemudian diikuti Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan perkara ini diuruskan dengan begitu baik sekali.\n\n\n\u201cSaya juga telah bercakap dengan Tan Sri Acryl Sani dan esok (hari ini) kita akan melakukan majlis serah terima tugas di Pulapol (Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur), jadi tiada apa-apa yang kontroversi,\u201d katanya pada Sesi Eksklusif Editor Media Bersama Menteri Dalam Negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgihan pendapatan ASB 4.60 sen, bonus tambahan 0.50 sen\n\n\n\n\n\n\nArah kiblat tersasar, JAKIM & Majlis Agama Negeri perlu keputusan bersama\n\n\n\n\n\n\nJangan layan khabar angin tarikh 1 Syawal \u2013 JAKIM\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tak adil sebab tidak sentuh peruntukan wakil rakyat pembangkang\n\n\n\n\n\n\nCuaca panas: Haiwan juga berisiko kena strok haba\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian sebagai mengulas tentang pelantikan Razarudin sebagai KPN\u00a0yang baharu menggantikan Acryl Sani berkuat kuasa esok seperti yang diumumkan beliau dalam satu kenyataan semalam.\n\n\nAcryl Sani sebelum ini dilantik sebagai KPN secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa pada 4 Oktober 2021 selepas beliau bersara dan sepatutnya tamat Oktober tahun ini.\n\n\nSaifuddin Nasution menjelaskan secara pirinsipnya, sesiapa sahaja pegawai polis yang berpangkat Komisioner Polis (CP) layak untuk dilantik\u00a0sebagai KPN mahupun Timbalan Ketua Polis Negara.\n\n\n\u201cPDRM mempunyai seramai 25 pegawai berpangkat CP.\u00a0Mereka ini ialah kelompok bakat\u00a0untuk menjawat dua jawatan ini, ketika ini mereka menduduki jabatan-jabatan yang ada di Bukit Aman, menjadi Ketua Polis Negeri atau berada di cawangan khas.\n\n\n\u201cPada masa yang sama, kita ada 47 pegawai polis berpangkat Timbalan Komisioner Polis (DCP), inilah bakat pegawai polis yang ada yang akan dilibatkan jika ada penggantian untuk jawatan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata mereka akan dinilai berdasarkan beberapa kriteria termasuk integriti, kefahaman yang baik tentang keamanaan dan ketenteraman awam, selain pengalaman dan kelulusan akademik.\n\n\nSementara itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap Acryl Sani\u00a0atas khidmat yang diberikan sepanjang menjadi Ketua Polis Negara.\n\n\n\u201cSaya selesa dengan tahap kerjasama dengannya, dia sangat kondusif, tidak susah bekerja dengan beliau yang banyak menguruskan tentang soal keamanan dan ketenteraman awam secara profesional sepanjang pasukan polis berada di bawah kepimpinannya,\u201d katanya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/22/tiada-dalam-senarai-giliran-punca-jemaah-haji-b40-m40-bayar-kos-penuh/", "title": "Tiada dalam senarai giliran punca jemaah haji B40, M40 bayar kos penuh", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Jemaah haji dalam kalangan B40 dan M40 yang terpilih ke Tanah Suci selepas membuat rayuan perlu membayar kos haji penuh berjumlah RM30,850 seorang kerana mereka tidak berada dalam\u00a0giliran menunaikan haji\u00a0tahun semasa.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),\u00a0Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar berkata, keutamaan menunaikan ibadat haji bagi tahun ini diberikan kepada mereka yang tersenarai melaksanakannya pada tahun 2020, 2021 dan 2022 yang tertangguh akibat pandemik Covid-19.\n\n\n\u201cApabila ada kekosongan, kita buka giliran kepada mereka yang berada di luar giliran. Giliran mereka ini mungkin pada tahun 2025, 2026 atau 2027 dan layak menerima bantuan kewangan haji pada tahun-tahun itu.\n\n\n\u201cTetapi apabila mereka ini membuat rayuan dan berjaya, polisi rayuan ini ialah mereka yang ada kemampuan atau istito\u2019ah (membayar jumlah penuh),\u201d katanya ketika sesi ramah mesra bersama jemaah haji di Ibu Pejabat Tabung Haji (TH) Makkah, Abraj Janadriyah, Makkah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM berkuasa semak mana-mana akaun parti politik \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nBina sekolah baharu, NGO desak MB Selangor sokong permohonan\n\n\n\n\n\n\nJPJ atasi isu pelekat cukai jalan tidak berkualiti\n\n\n\n\n\n\nTun M banyak khilaf dengan PAS, tapi ambil titik persamaan \u2013 Hadi\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Tekad Kuburkan Kleptokrat, Buka Kerjasama Capai Agenda\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau menjawab soalan diajukan seorang jemaah haji wanita bertanyakan mengapa jemaah haji dalam kalangan B40 dan M40 yang terpilih menunaikan haji selepas membuat rayuan perlu menanggung kos haji seperti golongan T20.\n\n\nBayaran haji untuk jemaah haji Muassasah bagi kumpulan B40 yang pertama kali menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM10,980 seorang, manakala RM15,980 seorang bagi M40.\n\n\nDalam sidang media selepas itu, Mohd Na\u2019im menjelaskan, terdapat 60,000 pendeposit TH yang sedang menunggu giliran dan sanggup membayar jumlah penuh berkenaan, namun tidak terpilih.\n\n\n\u201cBayangkan kalau mereka yang merayu ini potong giliran, dapat pula bantuan kewangan, sedangkan ada yang lain berkemampuan dan bersetuju untuk membayar RM30,850 tetapi tidak berjaya dalam rayuan,\u201d katanya.\n\n\nSelain itu, beliau berkata, terdapat 69 jemaah haji B40 dan M40 yang menerima tawaran menunaikan haji pada tahun ini\u00a0menolak bantuan kewangan haji dengan\u00a0membayar kos penuh kerana mengetahui bahawa istito\u2019ah sebagai asas kewajipan haji.\n\n\nSementara itu, Mohd Na\u2019im berkata, kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia telah berada di Makkah dengan penerbangan terakhir membawa 357 bakal haji tiba di Jeddah pada malam tadi.\n\n\nBeliau turut memaklumkan terdapat 56 jemaah haji dirawat di wad pusat rawatan TH dan lima di fasiliti kesihatan Arab Saudi.\n\n\nDalam pada itu, seorang jemaah haji wanita berusia 75 tahun meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada 19 Jun lepas, menjadikan dua jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/23/abang-grab-dapat-balik-kerja-akaun-diaktif-semula/", "title": "Abang Grab boleh kerja balik, akaun diaktif semula", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Kuasa netizen ternyata mampu mengubah suatu keputusan.\n\n\nSyarikat penghantaran makanan Grab Holdings, mengaktifkan kembali\u00a0 akaun rider yang digantung dalam kes pergaduhan membabitkan\u00a0 dua orang warga Singapura di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri, Johor Bahru, baru-baru ini.\n\n\nNetizen mendakwa pengaktifan itu dilakukan semula syarikat gergasi \nehailing\n itu selepas ancaman boikot oleh rakyat Malaysia terhadap Grab.\n\n\nGrab dalam satu kenyataan malam tadi, memberitahu akuan ridernya itu hanya digantung sementara bagi menjalankan siasatan berhubung aduan yang dilaporkan kepada mereka, terutama membabitkan keselamatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS ditawar sertai Kerajaan Perpaduan, Nga sifatkan cerita dongeng\n\n\n\n\n\n\nSPRM tahan Muhyiddin, didakwa esok\n\n\n\n\n\n\nZuraida Sedia Lepas Jawatan Kabinet\n\n\n\n\n\n\nFenomena Banjir Gelombang Kedua\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan Johor 2023 catat lebihan RM2.44 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Grab, prosedur itu adalah amalan biasa bagi menangani sebarang aduan yang dilaporkan mengenai penyelia khidmat penghantarannya, sementara siasatan dilakukan.\n\n\nTerdahulu, pengguna akaun tik tok dikenali sebagai @matkibot mendakwa akaun grabnya digantung dipercayai akibat perbalahan beliau dengan dua orang warga Singapura yang tular di media sosial.\n\n\nKatanya, selepas 20 minit kejadian itu dia menerima panggilan daripada pihak Grab, mengatakan terdapat laporan dibuat terhadap dirinya yang dipercayai membabitkan insiden terbabit.\n\n\nDakwanya laporan itu juga menyebut bahawa dia mengeluarkan pemutar skru namun dia menafikannya.\n\n\nKatanya, bukti jelas boleh dilihat melalui rakaman kamera liar tertutup, CCTV di stesen minyak berkenaan.\n\n\nNatijahnya, syarikat itu telah menggantung akaunnya pada jam 6 petang kelmarin dan dia\u00a0 mengadu tidak dapat mencari rezeki.\n\n\n\n\nSejurus itu, dia segera menghubungi pihak perkhidmatan pelanggan Grab dan diberitahu akan menerima panggilan pihak atasan Grab dalam masa 24 jam.\n\n\nPada Selasa lalu,\u00a0 perbalahan berlaku apabila dia menegur\u00a0 warga Singapura yang mengisi minyak petrol ke dalam tong.\u00a0\n\n\nNamun, tegurannya mencetuskan perang mulut sehingga memaksa polis bantuan Sunway dikejarkan bagi menyelesaikan masalah terbabit.\n\n\nPerbalahan di stesen minyak Sunway Iskandar Puteri pada Selasa lalu.\n\n\nNetizen juga prihatin dengan nasib @matkibot selepas video itu tular dan memberi amaran terhadap Grab untuk memboikot syarikat berkenaan.\n\n\nAmaran boikot dikeluarkan oleh pengguna khidmat penghantaran makanan Grab."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/23/dun-selangor-bubar-secara-rasmi-hari-ini/", "title": "DUN Selangor bubar secara rasmi hari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi pengal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.\n\n\nPembubaran itu selaras dengan pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin lalu selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.\n\n\nIni bermakna DUN Selangor yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan dua hari lebih awal berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 25 Jun ini.\n\n\nDengan pembubaran itu, pentadbiran Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPM Akui Kelemahan Pengurusan Banjir\n\n\n\n\n\n\nPerkenal Harga Lantai Elak Petani Rugi Lambakan Tanaman\n\n\n\n\n\n\nSerbu kedai pakaian, rebut baju raya RM1 hingga kecoh\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa bertindak kembalikan semula kehilangan tanah rizab Melayu\n\n\n\n\n\n\nNurul Izzah Anwar sahkan jadi Penasihat Ekonomi Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelangor merupakan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.\n\n\nPada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) mendominasi Selangor apabila menang 51 daripada 56 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) dan PAS masing-masing mendapat empat dan satu kerusi.\n\n\nKedudukan terkini kerusi sebelum DUN dibubarkan adalah PH memilki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, AMANAH-enam), BN (lima), BERSATU (empat), PBM (dua) manakala PAS, PEJUANG dan WARISAN masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat bebas.\n\n\nSatu lagi kerusi, DUN Batang Kali diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/23/jaga-sensitiviti-kaum-agama-institusi-diraja-pada-prn-selangor/", "title": "Jaga sensitiviti kaum, agama, institusi diraja pada PRN Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berharap sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja (3R) tidak dijadikan isu permainan politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor nanti.\n\n\nBeliau berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pernah bertitah mengenai perkara itu.\n\n\n\u201cYang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah serta Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga mengingatkan supaya tidak mempergunakan sesuatu isu demi kepentingan politik yang sempit.\n\n\n\u201cSaya harap hal ini tidak berlanjutan, seterusnya menjadi isu dan permainan di PRN di Selangor,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKebebasan bersuara dalam UMNO sudah mati\n\n\n\n\n\n\nNajib Mohon Tangguh Keputusan Rayuan Kes SRC\n\n\n\n\n\n\n31 Ogos Tidak Wajar Dimansuhkan \u2013 Veteran Atm\n\n\n\n\n\n\nKetepikan Masalah Dalaman \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPecah monopoli tidak beri kesan pengurangan tenaga kerja\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada masa sama, Amirudin diminta untuk mengulas berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengenai pendekatan yang dilakukan oleh pemimpin PAS yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum, agama, dan institusi diraja (3R) sangat serius dan perlu dihentikan bagi mengelakkan keadaan tidak harmoni di negara berbilang kaum seperti Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/23/mahkamah-arah-zuraida-bayar-rm10-juta-kepada-pkr/", "title": "Mahkamah arah Zuraida bayar RM10 juta kepada PKR", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada perti itu\u00a0kerana melanggar syarat bon.\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas bon yang ditandatangani bekas Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merupakan kontrak yang mengikatnya.\n\n\nPada 28 September 2020, PKR melalui Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyaman bekas Ketua Wanita PKR itu dan menuntutnya membayar RM10 juta.\n\n\nSebelum itu, PKR mendakwa Zuraida telah bersetuju membayar parti sejumlah RM10 juta selewat-lewatnya tujuh hari sekiranya berlaku beberapa perkara selepas memenangi pilihan raya atas tiket parti seperti meletak jawatan atau bergabung dengan pihak lain atau menjadi wakil rakyat bebas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBolehkah Individu Ada Kes Mahkamah Jadi TPM? \u2013 TUN M\n\n\n\n\n\n\nInspektor wanita tular ditahan polis, satu lagi klip video aksi \u2018garang\u2019 tersebar\n\n\n\n\n\n\nKhidmat LRT di 6 stesen dihentikan bermula Ahad ini\n\n\n\n\n\n\nPenyokong Najib Banjiri Perkarangan Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan ini petunjuk kerajaan dalam ketakutan \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\n\n\nPKR mendakwa Zuraida melanggar bon yang ditandatangani dan berdasarkan peruntukan Seksyen 71 Akta Kontrak 1950, parti itu mempunyai hak untuk mendapatkan kesemua faedah yang dinikmati atau akan dinikmati oleh Zuraida setelah menjadi Ahli Parlimen Ampang.\n\n\nPada 24 Februari 2020, Zuraida dalam satu kenyataan bersama 10 Ahli Parlimen PKR yang lain mengumumkan peletakan jawatan, namun beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Ampang iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket PKR dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali Perikatan Nasional (PN)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/23/najib-aset-strategik-beku-umno-penganalisis/", "title": "Najib aset strategik \u2018beku\u2019 UMNO \u2013 Penganalisis", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Penganalisis Politik, Murray Hunter berpendapat bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah aset strategik \u2018beku\u2019 yang boleh digunakan pada bila-bila masa.\n\n\nTambahnya lagi, pembebasan Najib juga akan memberi manfaat kepada semua pihak dalam Kerajaan Persekutuan.\n\n\nKeputusan berhubungan pengampunan dan pembebasan Najib akan dibuat atas sebab praktikal sahaja dan bukannya atas tekanan serta desakan UMNO.\n\n\n\u201cNamun semua ini adalah spekulasi kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri belum membuat sebarang keputusan muktamad,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIbu bapa berlainan agama boleh jaga anak beragama Islam\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri belum putuskan pertahan jawatan Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nKDN rampas pelbagai jenis Al-Quran tiada perakauan bernilai lebih RM1juta\n\n\n\n\n\n\nPembiaya dana dari AS didakwa dalang tuntutan Sulu \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\n3 tahun tempoh 1,500 doktor kontrak dapat lantikan tetap \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 baru-baru ini, para perwakilan mendesak untuk pembebasan Najib yang juga bekas Presiden parti itu dilakukan segera agar beliau dapat membantu kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nUMNO juga telah mengemukakan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja untuk Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara atas sabitan kes SRC International Sdn Bhd.\n\n\nTambah Hunter lagi, terdapat permainan yang rumit di sebalik pemenjaraan Najib dan Anwar yang juga penasihat Lembaga Pengampunan mempunyai peranan dalam menentukan nasib bekas Ahli Parlimen Pekan itu.\n\n\nBeliau memberitahu, Anwar perlu menyeimbangkan dua mdean tekanan iaitu desakan UMNO agar Najib diberi pengampunan segera dan pihak lain yang akan membantah sekiranya Najib dibebaskan.\n\n\nMana-mana tindakan yang diambil akan mencetuskan kemarahan yang besar dan menjejaskan kredibiliti kerajaan.\n\n\n\u201cKonsensus yang praktikal adalah Najib akan diampunkan kira-kira lima tahun selepas hukumannya bermula. Itu mungkin akan berlaku selepas 23 Ogos 2027.\n\n\n\u201cKemungkinan besar pengampunan akan diberi selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), apabila kemarahan orang ramai semakin reda,\u201d jelasnya.\n\n\nBagaimanapun, keputusan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu boleh memainkan peranan dalam menentukan bila Najib akan diberi Pengampunan.\n\n\n\u201cJika UMNO dilenyapkan dalam PRN (dan juga Amanah dan PKR), maka bagaimana Pakatan Harapan (PH) dan UMNO dapat beroleh sokongan yang mencukupi dalam PRU16 untuk kembali menjadi kerajaan?\n\n\n\u201cAnwar pasti tahu hari-harinya sebagai Perdana Menteri sudah boleh dihitung dengan jari,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya lagi, ramai pihak percaya Najib yang popular dengan gelaran \u2018Bossku\u2019 itu boleh mengembalikan semula kekuatan UMNO.\n\n\n\u201cBeliau mempunyai karisma di kawasan orang Melayu dan boleh memikat rakyat di kampung. Sekurang-kurangnya itulah yang dipercayai ramai pihak dalam UMNO.\n\n\n\u201cJika, PH-UMNO tumpas dalam PRN akan datang, maka pembebasan Najib melalui pengampunan akan menjadi pilihan yang \u2018panas\u2019,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/23/pn-selangor-rangka-strategi-tembusi-kerusi-hitam-milik-dap/", "title": "PN Selangor rangka strategi tembusi kerusi \u2018hitam\u2019 milik DAP", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perikatan Nasional (PN) mengintai peluang menembusi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik DAP di Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nMeskipun mengakui ada dalam kalangan kerusi terbabit berstatus \u2018hitam\u2019 dan sukar ditembusi, Setiausaha Badan Perhubungan Negeri PN Selangor Dr. Afif Bahardin, berkata pihaknya ada formula untuk menjernihkan kembali kerusi berkenaan.\n\n\nBeliau bagaimanapun tidak mendedahkan formula terbabit, sebaliknya menyenaraikan Kinrara, Bandar Utama, Subang Jaya antara beberapa kerusi DUN milik DAP yang dilihat berstatus \u2018hitam\u2019 atau dilabel \u2018kerusi totok\u2019 PH.\n\n\nSelain tiga yang disenarai, 12 kerusi DUN dikuasai DAP di Selangor adalah Sekinchan, Kuala Kubu Bharu, Dusun Tua, Balakong, Seri Kembangan, Kinrara, Subang Jaya, Bukit Gasin, Kampung Tunku, Bandar Utama, Bandar Baru Klang, Pandamaran, Kota Kemuning, Banting dan Sungai Pelek.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perpaduan yang menerajui Malaysia kini dikuasai DAP \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nJemaah Tipu Status Kesihatan, Tabung Haji Diarah Siasat Dakwaan\n\n\n\n\n\n\nSiapa Bakal Ketua Menteri Melaka Yang Baharu?\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu contohi Kedah tamatkan operasi judi\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak cadang turunkan harga siling petrol, diesel\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Dr. Afif berkata PN Selangor sedang mengenal pasti calon berkaliber bagi mengisi \u2018kerusi hitam\u2019 berkenaan.\n\n\n\u201cSudah tentu PN Selangor akan masuk ke semua 56 kerusi DUN ini untuk menang, tiada yang masuk untuk kalah dan di kerusi disebutkan itu kita sedang \u2018menilai\u2019 calon yang ada (potensi).\n\n\n\u201cSebab itu kita masuk ke semua kerusi atas nama PN kerana kita yakin jenama PN ini memberi satu harapan baharu kepada rakyat Selangor berbanding gabungan PH dan Barisan Nasional (BN).\n\n\n\u201cKami jelas, logo PN mula diguna sejak PRN Sabah, dapat sambutan malah semakin meningkat. Harapan kami, jumlah pengundi yang keluar adalah tinggi kerana kalau jumlah keluar tinggi, (sudah pasti) tinggilah sokong kepada PN,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata sedemikian sewaktu sidang media PN Selangor yang turut dihadiri Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir dan Setiausaha Gerakan Selangor, Chai Ko Ting.\n\n\nKo Thing yang berkongsi pandangan sama menjelaskan \u2018kerusi hitam\u2019 didominasi DAP hari ini pernah dikuasai oleh MCA suatu ketika dahulu, lantas tidak mustahil ia mampu ditembusi.\n\n\n\u201cDalam soal kerusi majoriti masyarakat Cina, kerusi itu dilabelkan \u2018kerusi hitam\u2019 tetapi seperti Dr Afif cakap, tiada yang mustahil dalam politik.\n\n\n\u201cIni kerana sebelum 2008, itulah kubu kuat BN-MCA dan MCA juga menang (semua kerusi itu), begitu juga kali ini.\n\n\n\u201cMasanya sudah tiba. Mungkin pengundi di kawasan itu akan beri kita kepercayaan (tidak mustahil PN ada peluang menang).\n\n\n\u201cKami juga ada buat kajian, ada terdapat ketidakpuasan dalam masyarakat Cina terhadap DAP,\u201d katanya tanpa mengulas lanjut punca ketidakpuasan hati itu"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/23/ronnie-liu-mohon-tamatkan-keahlian-bersama-dap/", "title": "Ronnie Liu mohon tamatkan keahlian bersama DAP", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ronnie Liu Tian Khiew\u00a0mengambil keputusan untuk meninggalkan DAP bermula esok selepas 41 tahun bersama parti itu.\n\n\nADUN Sungai Pelek itu juga meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.\n\n\nMenerusi surat permohonan penamatan jawatan yang dikongsi di laman Facebook, beliau berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas melihat banyak perkara berlaku di luar jangkaannya.\n\n\nBagaimanapun, beliau tidak menjelaskan secara terperinci alasan berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJejambat Kota Bharu siap dengan penjimatan kos RM7.9 juta\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan Muda Dalam Prn Johor Meraikan Demokrasi\n\n\n\n\n\n\nKeputusan PAU 2002 takutkan orang muda sertai UMNO\n\n\n\n\n\n\nBakar bendera Israel tanda solidariti \u2013 UMNO\n\n\n\n\n\n\nSultan Selangor Cadang Menteri Agama Hadir Festival Bon Odori\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya melibat diri dalam perjuangan DAP semenjak di peringkat Sekolah Menengah dan telah menjadi ahli DAP pada tahun 1982.\n\n\n\u201cBanyak perkara telah berlaku dan ada yang di luar jangkaan saya. Dengan itu saya memohon untuk menamatkan keahlian saya bersama DAP berkuat kuasa mulai 24 Jun 2023,\u201d katanya menerusi surat yang dikemukakan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.\n\n\nBeliau turut mengucapkan penghargaan kepada parti berkenaan kerana diberikan kepercayaan menggalas jawatan tersebut.\n\n\n\u201cSegala peristiwa manis pahit, pengalaman suka duka dan pengetahuan yang dihulur oleh Parti kepada saya selama 41 tahun saya berkhidmat dan berjuang bersama DAP Malaysia.\n\n\n\u201cSemoga DAP terus maju dan sentiasa memegang prinsip sosialisma demokratik dan kontfcsep perjuangan \u2018Malaysia untuk rakyat Malaysia\u2019.\u201d tulisnya lagi.\n\n\nTempoh jawatan Ronnie sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP sepatutnya tamat pada tahun 2025."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/23/terengganu-akan-jadi-kelantan-kedua-jika-undi-pas-ahmad-said/", "title": "Terengganu akan jadi Kelantan kedua jika undi PAS \u2013 Ahmad Said", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Terengganu mungkin akan menjadi \u2018Kelantan kedua\u2019 jika tampuk pemerintahan negeri itu tidak beralih kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nPengerusi Barisan Nasional Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, negeri itu juga akan ketinggalan dari segi pembangunan dan sebagainya.\n\n\nJusteru, beliau menggesa rakat menukar undi mereka kepada BN untuk memastikan negeri itu terus mengecapi pembangunan.\n\n\n\u201cMaknanya tiada membangun, tiada apa tapi orang Kelantan tidak mengapa, dia boleh cari kerja di Kuala Lumpur. Orang Terengganu tak berapa keluar, jadi mangsa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan akan tambah baik undang-undang kesalahan menghendap\n\n\n\n\n\n\nAgong Perkenan 3 Akta Diluluskan Pada Mesyuarat Pertama Parlimen\n\n\n\n\n\n\nBanjir tidak berlaku tapi saya ditohmah \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nKedutaan Malaysia di Sudan ditutup sementara\n\n\n\n\n\n\nMampukah Ijazah Menjamin Peluang Pekerjaan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKelantan air kuning berapa puluh tahun sudah, 30 tahun lebih, tak selesai lagi tidak menjadi masalah kepada orang Kelantan.\n\n\n\u201cAnak orang Kelantan bekerja di Kuala Lumpur, balik undi PAS,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas pelancaran jentera pilihan raya negeri BN Terengganu di Marang.\n\n\nBekas Menteri Besar Terengganu itu juga berkata, pelbagai pembangunan telah dirancang bagi memajukan negeri berkenaan.\n\n\nTambahnya lagi, pentadbiran kerajaan negeri dan pusat juga perlu selari bagi mengelakkan permasalahan dari segi peruntukan dan sebagainya.\n\n\nPada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PAS berjaya merampas Terengganu daripada BN dengan majoriti mudah selepas memenangi lebih separuh daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).\n\n\nMenerusi keseluruhan kerusi yang dipertandingkan itu, PAS memenangi 22 kerusi manakala BN 10 kerusi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/23/umno-dijangka-kalah-lebih-teruk-pada-prn/", "title": "UMNO dijangka kalah lebih teruk pada PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 UMNO kini berada di ambang kejatuhan kerana kurangnya kepercayaan dan sokongan daripada penyokong akar umbi khususnya masyarakat Melayu di negara ini.\n\n\nFelo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, UMNO berkemungkinan besar akan mengalami kekalahan yang lagi teruk berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana suara akar umbi tidak didengari oleh kepimpinan parti tersebut.\n\n\nTambah beliau, majoriti ahli UMNO juga tidak bersetuju dengan jawatan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden parti.\n\n\n\u201cPerhimpunan Agung UMNO (PAU) dah kata, \u2018No Anwar, No DAP\u2019. Tiba-tiba, Pilihan Raya Umum, BN kalah teruk, UMNO kalah teruk dan Ahmad Zahid masih lagi Presiden, walhal ketika itu dalam PAU, akar umbi mahukan dia turun dan tak mahu dia jadi presiden.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCalon MUDA tarik diri bertanding kerusi DUN Repah\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Beri Kebenaran Khas Eksport Tiga Komoditi Berasaskan Ayam\n\n\n\n\n\n\nHanya Bank Negara boleh beri jawapan OPR naik atau tidak\n\n\n\n\n\n\nTuduhan Muhyiddin bermotif politik? Anwar tidak campur tangan dakwaan\n\n\n\n\n\n\nRakyat Terbeban Kos Sara Hidup Tinggi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApabila Zahid Hamidi bawa UMNO masuk ke dalam parti kerajaan, maka ramai orang Melayu tercengang-cengang dan menimbulkan rasa gelisah,\u201d katanya.\n\n\nMengulas dengan lebih lanjut, kerjasama UMNO-DAP menyebabkan orang Melayu berasa terkilan kerana parti tersebut dianggap sebagai pro-Komunis.\n\n\n\u201cKenapa sekarang UMNO iaitu Melayu dah berbaik-baik dan berpeluk-peluk dengan DAP? Dan paling teruk, bagi pula gelaran Tan Sri kepada Lim Kit Siang.\n\n\n\u201cRakyat Melayu amat terkilan dengan hala tuju yang tidak tentu arah oleh parti Melayu yang terbesar di negara ini.\n\n\n\u201cOleh sebab orang Melayu sekarang dah terkilan dan budaya Melayu tidak suka bertengkar di hadapan khalayak ramai. Orang Melayu lebih suka berbincang di belakang tabir tetapi kalau mahu berbincang pun tak dapat, tunggulah hari perhitungan. Kerana itu UMNO kalah teruk pada PRU15 hari itu,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut bertegas, sekiranya tiada tindakan yang diambil oleh Presiden UMNO, parti tersebut pasti akan mengalami kekalahan teruk dalam masa yang terdekat.\n\n\n\u201cSebab suara akar umbi tidak didengar dan tidak digunakan, jika Ahmad Zahid tak dengar juga suara akar umbi, kebarangkalian UMNO untuk kalah lebih teruk dari sebelum ini amat tinggi.\n\n\n\u201cInilah yang digemari oleh musuh-musuh Melayu. Jadi teori divide and rule itu masih lagi relevan. Naratifnya ialah divide and rule, rule the world,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/24/42-kanak-kanak-palestin-dibunuh-israel-pada-2022/", "title": "42 kanak-kanak Palestin dibunuh Israel pada 2022", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, PBB,\u00a0 mendakwa tentera Israel membunuh 42 orang kanak-kanak Palestin pada tahun 2022.\n\n\nKebanyakan mangsa kanak-kanak itu ditembak menggunakan peluru hidup, lapor agensi berita Jerman (DPA) memetik laporan dalaman pada Khamis.\n\n\nSetiausaha Agung PBB Antonio Guterres, berkata beliau \u201csangat gusar\u201d bukan sahaja dengan bilangan kanak-kanak yang \u201cdibunuh dan cacat\u201d tetapi juga dengan jumlah mereka yang ditahan oleh tentera Israel.\n\n\nBilangan kanak-kanak yang cacat di wilayah itu ialah sekitar 524 rakyat Palestin dan tujuh warga Israel setakat tahun lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM beri guru autonomi buat pilihan rekod SPPB\n\n\n\n\n\n\nPertandingan tiga penjuru di DUN Batu Tiga, Kota Anggerik\u00a0\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah ALLAH: Saifuddin dakwa Muhyiddin tidak hormati nasihat Majlis Raja-Raja\n\n\n\n\n\n\nLRT Laluan Kelana Jaya Digantung Operasi 7 Hari\n\n\n\n\n\n\nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, PBB tidak menyenaraikan tentera Israel dalam organisasi yang melakukan kesalahan serius terhadap kanak-kanak dalam konflik bersenjata.\n\n\nMenurut dakwaan diplomat, Amerika Syarikat telah memberi tekanan kepada organisasi antarabangsa itu untuk memastikan penilaian laporan PBB sesederhana mungkin.\n\n\nIsu keselamatan di Tebing Barat dan wilayah Palestin telah meruncing sejak sekian lama.\n\n\nIsrael mengambil alih Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur semasa Perang Enam Hari pada 1967. Palestin menuntut wilayah itu untuk pembentukan negaranya.\n\n\nSementara itu memetik al jazeera,\n berikut ialah senarai kanak-kanak yang dibunuh pada tahun lalu.\n\n\nSerangan pada Ogos lalu itu membunuh 44 kanak-kanak di Semenanjung Gaza, dalam pengeboman kejam tentera rejim.\n\n\nWajah comel mereka diabadikan sebagai tatapan kekejaman Israel yang\u00a0 membunuh kanak-kanak seawal usia empat hingga 18 tahun.\n\n\n\n\n16 kanak-kanak menjadi mangsa rejim tentera Israel tahun lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/24/kdn-pdrm-pastikan-prn-6-negeri-lancar/", "title": "KDN, PDRM pastikan PRN 6 negeri lancar", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada dalam keadaan siap siaga untuk memastikan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi lancar.\n\n\nTimbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata ini termasuk memantau lokasi panas yang sudah dikenal pasti di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan negeri Sembilan.\n\n\nBeliau berkata, pihaknya yakin kekuatan yang ada khususnya pada PDRM mampu untuk mengawal sebarang situasi sepanjang PRN.\n\n\n\u201cKita mempunyai pengalaman cukup lama dalam menghadapi pilihan raya, sudah tentu PDRM khususnya di Terengganu dan negeri-negeri lain dan di peringkat Bukit Aman telah membuat persediaan\n\n\n\u201cKita berkeyakinan dengan keupayaan yang kita ada sebagaimana diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang kita telah berada pada tahap siap siaga dalam menghadapi pilihan raya,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival Kita Madani 2023 Negeri Terengganu di Pentas Utama Pekarangan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, di Terengganu hari ini.\n\n\nSebelum ini, PDRM dilapor mengenal pasti 190 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di enam negeri yang akan terbabit dengan PRN.\n\n\nDaripada jumlah itu, Selangor memiliki kawasan panas tertinggi iaitu sebanyak 70 lokasi, diikuti Terengganu (66), Kedah (20), Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing 16, serta dua lokasi di Pulau Pinang.\n\n\nTurut dilaporkan kira-kira 40,000 anggota dan pegawai PDRM bakal ditugaskan bagi mengawal keselamatan dan kelancaran PRN di enam negeri.\n\n\nDitanya mengenai persiapan BN dalam menghadapi PRN, Shamsul Anuar yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, parti itu sudah bersiap sedia dan berada pada landasan terbaik.\n\n\n\u201cSaya tidak boleh kata 100 peratus, tetapi kita sudah di tahap persiapan yang sepatutnya kerana kita tahu kita akan mengadakan PRN tidak lama lagi,\u201d katanya. \u2013 BERITA HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/24/pas-nafi-hadi-keluarkan-amanat-halalkan-ajaran-menyimpang/", "title": "PAS nafi Hadi keluarkan amanat halalkan ajaran menyimpang", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sekeping poster tular mendakwa amanat Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengeluarkan kenyataan yang menyimpang sebagai \u2018amanah\u2019 untuk para ahli PAS.\n\n\nPoster itu mendakwa Presiden PAS tebabit \u2018menghalalkan\u2019 tiga perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti memfitnah, memutuskan talian persaudaraan dan juga membunuh.\n\n\nSehubungan itu, Setiausaha Akhbar Abdul Hadi, Abdul Malik Ab Razak, memberitahu sebuah portal media tempatan kenyataan tersebut adalah tidak benar lantas menafikannya.\n\n\n\u201cHarap maklum bahawa poster yang disebarkan itu adalah fitnah dan palsu. Tuan Guru (Abdul Hadi) tidak pernah mengeluarkan amanat tersebut,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgong titah perhebat bendung aktiviti jenayah, sama-sama jaga kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\nJKDM siasat kes penyeludupan dadah ke Australia\n\n\n\n\n\n\nTok Mat beri bayangan pertahan Dun Rantau\n\n\n\n\n\n\nHanya Bayar Rm2,500 Boleh Dapat Sijil Vaksinasi?\n\n\n\n\n\n\nBAJET 2023 : Tingkatkan peruntukan pembangunan kokurikulum Islam \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, tular tangkap layar yang mendakwa kononya Abdul Hadi memberikan tiga amanat kepada \u2018pejuang Islam\u2019.\n\n\nPoster berkenaan juga turut dikaitkan dengan nama Adun Kubu Gajah, Perak, Khalil Yahaya, di mana beberapa hari lalu kononya Khalil mendakwa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dilantik menjadi Pengerusi Felda bagi menggantikan pemimpin Umno, Idris Jusoh.\n\n\nNamun, Khalil mengakui kesilapan tersebut dan meminta maaf dan menyatakan\u00a0 bahawa hantaran berkenaan itu juga bukan dibuat oleh khalil, tetapi sebaliknya dilakukan oleh penyelenggara akaun Facebooknya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/24/polis-kesan-dua-warga-singapura/", "title": "Polis kesan dua warga Singapura", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Polis mengesan dua suspek warga Singapura yang terlibat insiden perselisihan faham dengan seorang warga tempatan di sebuah stesen minyak di sini pada 16 Jun Jun lalu.\n\n\n\n\nMenurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, usaha mengesan kedua-dua suspek berkenaan turut mendapat bantuan daripada pihak Polis Singapura (SAF).\u201cKejadian perselisihan faham yang tular itu berlaku pada 16 Jun lalu melibatkan pertengkaran mulut sekumpulan individu dikenal pasti sebagai warganegara Singapura dengan seorang warganegara Malaysia.\n\n\u201cHasil siasatan, insiden perselisihan faham itu dikatakan berlaku apabila apabila kedua-dua suspek warga Singapura itu tidak berpuas hati dengan individu warga tempatan yang dikatakan lambat mengisi minyak motosikal,\u201d katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.\n\n\n\u201cKertas siasatan dibuka berhubung kes berkenaan dan akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,\u201d katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.\n\n\nOrang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagaimanapun, bagi mereka yang memiliki sebarang maklumat atau menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/24/universiti-awam-di-terengganu-dikompaun-rm25000/", "title": "Universiti awam di Terengganu dikompaun RM25,000", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sebuah Universiti Awam di Terengganu telah dikompaun sebanyak RM 25,000 kerana menganjurkan sebuah konsert tanpa kebenaran.\n\n\nDatuk\u00a0 Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif, berkata notis kompaun diserahkan kepada pengurusan universiti berkenaan minggu lalu.\n\n\nKatanya, Universiti terbabit dikenakan tindakan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 2002.\n\n\n\u201cPengurusan Universiti terbabit diberi tempoh 14 hari untuk menjelaskan kompaun dan tindakan seterusnya akan dikenakan jika gagal berbuat demikian,\u201d katanya\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFatwa Abdul Hadi berbeza-beza \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nBadan Kehakiman perlu bebas, neutral dan berwibawa \u2013 Hassan Karim\n\n\n\n\n\n\nPastikan Status Kesihatan Dulu Sebelum Memandu \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nSanusi calon tunggal MB Kedah\n\n\n\n\n\n\nNajib aset strategik \u2018beku\u2019 UMNO \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, tular rakaman video sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi sedang menari pada sebuah konsert anjuran universiti berkenaan.\n\n\nDifahamkan, Universiti berkenaan juga akan dikenakan tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.\n\n\nMengulas lebih lanjut, Rosli berkata, penfgurusan universiti berkenaan juga mengadakan konsert tanpa kebenaran dan siasatan juga turut ,mendapati bahawa tiada permohonan permit dikemukakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/25/3-juta-jemaah-bakal-wukuf-di-arafah-selasa-ini/", "title": "3 juta jemaah bakal wukuf di Arafah Selasa ini", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Ahad \u2013 Keadaan bumi Arafah yang bakal dibanjiri hampir tiga juta jemaah dari seluruh dunia untuk berwukuf, Selasa ini, boleh diumpamakan sebagai gambaran \u2018Padang Mahsyar kecil\u2019, kata Ketua Pakar Rujuk bagi operasi haji musim 1444H/2023M, Dr Anisah Ab Ghani.\n\n\nKetika itu, katanya, jemaah berada dalam keadaan \u2018kusut-masai\u2019 kerana berdepan suasana serba kekurangan dan pelbagai cabaran melaksanakan kerja haji pada waktu kemuncak ibadah berkenaan atau masyair.\n\n\nJusteru, beliau berkata, jemaah perlu turut mempersiapkan diri dengan ketahanan emosi dan mental serta ilmu pengetahuan untuk menyempurnakan ibadah haji sepanjang tempoh operasi masyair di Arafah, Muzdalifah serta Mina kelak.\n\n\nKetua Pakar Rujuk bagi operasi haji musim 1444H/2023M, Dr Anisah Ab Ghani.\n\n\n\u201cKita melakukan semua kerja haji, termasuk ke Arafah dan Mina, adalah semata-mata untuk menunaikan Rukun Islam kelima serta hendak mengabdikan diri kepada Allah SWT.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEmpat kru bot Jabatan Perikanan ditemukan selamat di perairan Indonesia\n\n\n\n\n\n\nBangkai kucing: Polis cari suspek\n\n\n\n\n\n\nPamer kertas undi, polis akan panggil Sanusi beri keterangan\n\n\n\n\n\n\nTukar tanah wakaf ke tanah rizab Melayu, Perak digesa kaji keputusan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tekad tangani isu Islamofobia melalui hubungan diplomasi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKeadaan di Arafah ketika itu ibarat gambaran \u2018Padang Mahsyar kecil\u2019. Bayangkan itu baru beberapa juta umat Islam berada di Arafah, kita sudah terasa macam-macam\u2026 bagaimana dengan keadaan di Padang Mahsyar yang sebenar nanti?\n\n\n\u201cApabila mengingati sedemikian, kita akan menginsafi diri dan menganggap seolah-olah berdepan dengan Allah SWT serta mempersembahkan ibadah kepada-Nya. Kita pergi bukan untuk bersenang-lenang, hendak makan sedap dan lain-lain, namun pergi dengan membawa jiwa kita untuk menginsafi diri sebagai abdul (hamba) kepada Allah SWT,\u201d katanya.\n\n\nMengulas lanjut, Anisah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadah Haji (Lembaga Tabung Haji \u2013 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) berkata, ketiga-tiga kawasan masyair meliputi Arafah, Muzdalifah dan Mina adalah tempat mustajab doa.\n\n\nSambil menjelaskan hadis turut menyebut bahawa Hari Arafah adalah hari yang Allah SWT membebaskan paling banyak hamba-Nya daripada api neraka, beliau berkata, jemaah haji dinasihatkan memfokus ibadah termasuk berzikir, membaca al-Quran dan berdoa pada hari berkenaan.\n\n\n\u201cHadis turut menyebut sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Oleh itu, jemaah haji boleh menyediakan senarai doa supaya tiada yang tertinggal. Banyakkanlah berdoa kerana Allah SWT Maha Mendengar segala rintihan kita. Boleh berdoa dalam sebarang bahasa, tidak semestinya bahasa Arab. Kita mahu merayu kepada Allah SWT dalam bahasa yang kita boleh merintih kepada-Nya.\n\n\n\u201cWanita sedang mengalami haid juga boleh berdoa di Arafah. Ada dalam kalangan wanita sedang haid berasa runsing dan risau doa mereka tidak akan mustajab di Arafah, namun itu adalah fahaman yang salah. Doa tetap diterima oleh Allah SWT, asalkan kita ikhlas,\u201d katanya.\n\n\nAnisah sekali gus menekankan pentingnya jemaah mengelak daripada melakukan perkara sia-sia sepanjang tempoh operasi masyair, termasuk dari segi percakapan dan perbuatan.\n\n\n\u201cSemua jemaah hendak memperoleh haji mabrur, justeru perlu menjaga banyak perkara seperti dari segi keikhlasan, akhlak termasuk lidah (percakapan) dan pergaulan, serta memastikan ibadah tidak bercampur dengan dosa.\n\n\n\u201cSebagai contoh, janganlah merokok di tepi khemah ketika berada di Arafah dan Mina, mahupun mengumpat atau bertengkar dengan orang. Semua itu memang tidak ada dikenakan dam tetapi berdosa dan boleh mengurangkan kemabruran haji,\u201d katanya. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/25/dun-kedah-bubar-28-jun-ini/", "title": "DUN Kedah bubar 28 Jun ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau diterima mengadap Sultan Sallehuddin di Wisma Darul Aman bagi memohon perkenan baginda membubarkan DUN pada jam 10.45 pagi tadi.\n\n\nBeliau berkata, sebaik pembubaran dibuat pada 28 Jun ini, maka semua urusan pentadbiran akan diteruskan kerajaan interim di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali.\n\n\n\u201cHari ini, saya ingin memaklumkan bahawa saya diterima mengadap Sultan Sallehuddin untuk memohon perkenan bagi pembubaran DUN Kedah yang Ke-14 dan baginda memberi perkenan untuk DUN Kedah dibubarkan pada 28 Jun 2023.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLupus Al-Quran Dalam Banjir\n\n\n\n\n\n\nAmirudin Pengerusi MKN Selangor Baharu, Ganti Noh Omar\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Mungkin Tiada Dalam Senarai Watikah \u2013 Sumber Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nAnwar kembali ke PAU selepas 25 tahun\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tak terlibat turun kandungan TikTok sokong PN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya ingin memaklumkan bahawa bermula pada tarikh berkenaan, pentadbiran kerajaan negeri akan dijalankan kerajaan interim yang mana segala fungsi kerajaan akan berlangsung sebagaimana biasa sehingga pentadbiran baharu dibentuk selepas PRN,\u201d katanya pada sidang media di Alor Setar hari ini.\n\n\nPada sidang media itu, Muhammad Sanusi turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan penghargaan kepada barisan pentadbiran negeri atas kerjasama yang diberikan sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar.\n\n\nKatanya, sepanjang pentadbirannya, Kedah diuji dengan dua bencana alam besar iaitu kejadian kepala air di Yan dan Kuala Muda selain banjir puing di Kampung Iboi, Baling, namun ia berjaya diuruskan dengan baik.\n\n\n\u201cKelancaran kita menghadapi ujian ini tidak akan dicapai jika bukan kerana keprihatinan dan sifat mengambil berat Tuanku Sultan, Sultanah dan Raja Muda yang sering mengambil tahu, memberi nasihat untuk memastikan nasib dan kehidupan rakyat sentiasa diberi keutamaan.\n\n\n\u201cJutaan terima kasih diucapkan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan. Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pembangkang yang melengkapkan konsep demokrasi berparlimen dalam pemerintahan negeri ini,\u201d katanya.\n\n\nPersidangan DUN Kedah yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah pada 3 Julai 2018, dengan mandat lima tahun sepatutnya berakhir pada 4 Julai ini.\n\n\nKedah mempunyai 36 kerusi DUN yang menyaksikan PN diterajui Muhammad Sanusi ketika ini menguasai 20 kerusi (PAS-14, BERSATU-6) diikuti Pakatan Harapan (PH) yang memiliki 10 kerusi (PKR-5, AMANAH-3, DAP-2), sementara Barisan Nasional dan PEJUANG masing-masing dua kerusi.\n\n\nDua lagi kerusi kosong selepas ADUN Gurun dari PKR, Datuk Johari Abdul memaklumkan mengosongkan kerusinya pada 18 Disember tahun lalu, sebelum dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat, sementara ADUN Belantek dari PAS, Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia pada 14 Jun lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/25/plet-isteri-yab-pm-amalan-kerajaan-sabah-untuk-vip-lawat-negeri-suk/", "title": "Plet `isteri YAB PM\u2019 amalan kerajaan Sabah untuk VIP lawat negeri \u2013 SUK", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Penggunaan plet kenderaan lain kepada tetamu kenaaman (VIP)\u00a0 yang melawat negeri Sabah adalah satu amalan biasa dilakukan oleh negeri itu.\n\n\nSetiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong menjelaskan, menjadi amalan kerajaan negeri untuk menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi ke Sabah.\n\n\nBaru-baru ini tular mengenai kenderaan yang dinaiki isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa persidangan Pandu Puteri di Kota Kinabalu.\n\n\nDifahamkan, kenderaan itu merupakan kereta rasmi Sabah yang digunakan oleh Datuk Seri Wan Azizah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPutra desak Guan Eng umum siapa didakwa ekstremis\n\n\n\n\n\n\nTukar MB Kelantan sebab Ahmad Yaakob uzur \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nIslam bukan lesen untuk penunggang agama capai matlamat\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin didakwa esok, Taman Melewar jadi tumpuan\n\n\n\n\n\n\nPemborong Ayam Dikenakan Siasatan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya mengambil perhatian bahawa pada hari ini (Ahad), gambar plat kenderaan isteri Perdana Menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu tular di media sosial.\n\n\n\n\n\u201cAdalah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi Perdana Menteri dan isteri, Timbalan-timbalan Perdana Menteri dan isteri serta yang melibatkan kehadiran tetamu-tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi, \u201d katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.\n\n\nPlet kenderaan sebenar digunakan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah, (kiri) dan kenderaan yang disediakan oleh kerajaan Sabah ketika beliau hadir Mesyuarat Agung Pandu Puteri di Kota Kinabalu.\n\n\nMenurutnya, kemudahan kenderaan yang disediakan termasuklah meletakkan plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan tersebut.\n\n\n\u201cKerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan mengikut kesesuaian jadual perjalanan semasa berada di Kota Kinabalu,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/25/rakyat-malaysia-di-rusia-armenia-belarus-dinasihat-berwaspada/", "title": "Rakyat Malaysia di Rusia, Armenia, Belarus dinasihat berwaspada", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Rakyat Malaysia di Rusia, Armenia dan Belarus dinasihatkan supaya terus berwaspada susulan pengisytiharan operasi memerangi pengganas (CTO) di Moscow dan wilayahnya pada Sabtu.\n\n\nKedutaan Malaysia di Rusia dalam satu kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Twitter menggesa rakyat Malaysia di ketiga-tiga negara itu mendaftar atau mengemas kini maklumat terkini mereka kepada kedutaan melalui e-mel (mwmoscow@kIn.gov.my) dan nombor telefon; +7 (495) 419 9898/99 atau +7 (906) 746 1333 (pegawai bertugas).\n\n\n\u201cPendaftaran adalah penting untuk memastikan maklumat yang berkaitan dan kemas kini daripada Kedutaan/Kerajaan Malaysia dapat disampaikan dengan efektif dan seefisien mungkin.\n\n\n\u201cKedutaan sedang memantau dengan teliti situasi semasa di negara ini dan menggesa semua rakyat Malaysia, khususnya pelajar di Moscow, Kursk, St. Petersburg dan Volgograd supaya sentiasa berwaspada dan bertenang, mengehadkan pergerakan di luar rumah, mengelakkan kawasan sesak, sentiasa membawa dokumen peribadi (termasuk pasport) dan memastikan dokumen perjalanan adalah sah dan mudah diakses.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPulau bukan filem porno tapi sebuah filem seram\n\n\n\n\n\n\n8,000 permohonan warganegara diluluskan setakat Mei tahun ini\n\n\n\n\n\n\nBas Mekar JPN permudah urusan permohonan kad pengenalan\n\n\n\n\n\n\nNasib Khairy dan pengkhianat UMNO diketahui esok\n\n\n\n\n\n\nHak Khairy sertai mana-mana parti \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagi rakyat Malaysia yang merancang untuk pergi ke Rusia, mereka dinasihatkan untuk menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting, sehingga keadaan bertambah baik,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nSementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, menerusi ciapan di Twitternya, \u201cKementerian memantau dengan teliti situasi di Rusia susulan pergolakan yang disebabkan pemberontakan bersenjata.\n\n\n\u201cKedutaan sedang berhubung rapat dengan semua 755 rakyat Malaysia yang berdaftar dan meminta mereka bertenang, mengambil langkah berjaga-jaga dan kekal berada di dalam rumah.\u201d\n\n\nKetegangan semakin memuncak di Rusia selepas kumpulan upahan Wagner yang diketuai Yevgeny Prigozhin, juga pernah menjadi sekutu rapat Presiden Rusia Vladimir Putin, melancarkan pemberontakan untuk menjatuhkan tentera Rusia.\n\n\nPrigozhin berkata, pejuangnya akan mara\u00a0ke Moscow, mendorong Kremlin meningkatkan langkah keselamatan merentasi pelbagai wilayah di negara itu, lapor Agensi Anadolu pada Sabtu.\n\n\nDalam perkembangan terbaharu, Prigozhin kemudian mendakwa pejuangnya memutuskan untuk berundur bagi mengelakkan pertumpahan darah ketika mereka berada kira-kira 200 kilometer (124 batu) dari Moscow manakala Presiden Belarus Alexander Lukashenko berkata, beliau mengadakan perbincangan dengan ketua Wagner dengan persetujuan Putin, dan Prigozhin menerima perjanjian untuk \u2019mengendurkan ketegangan\u2019. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/25/sanusi-menghadap-sultan-kedah-mohon-perkenan-tarikh-bubar-dun/", "title": "Sanusi menghadap Sultan Kedah mohon perkenan tarikh bubar DUN", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghadap Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pagi ini bagi memohon perkenan baginda tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).\n\n\nSesi menghadap itu diadakan di pejabat Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, di Alor Setar.\n\n\nTerdahulu, Muhammad Sanusi dilihat tiba di Wisma Darul Aman pada 10.22 pagi.\n\n\nSultan Sallehuddin pula tiba\u00a010.26 pagi dan sempat melambai kepada petugas media yang berkumpul di hadapan pintu pagar utama bangunan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPDRM nafi Datuk Ayob Khan miliki akaun TikTok\n\n\n\n\n\n\nPolis Negeri Sembilan terima 83 laporan melibatkan PRN sejak penamaan calon\n\n\n\n\n\n\nSerbu kedai pakaian, rebut baju raya RM1 hingga kecoh\n\n\n\n\n\n\nTanpa Permit, Warga Asing Guna Kenderaan Orang Tempatan\n\n\n\n\n\n\nCalon PN di Terengganu, Kelantan guna logo PAS\n\n\n\n\n\n\n\n\nDifahamkan Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah akan mengadakan sidang media sebaik sahaja selesai menghadap Sultan Kedah.\n\n\nMuhammad Sanusi sebelum ini dilaporkan, akan mencadangkan kepada baginda tarikh pembubaran pada 28 Jun untuk membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.\n\n\nPersidangan DUN Kedah yang pertama adalah pada 3 Julai 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018 dan mandat lima tahun sepatutnya berakhir pada 4 Julai ini.\n\n\nKedah memiliki 36 kerusi DUN yang menyaksikan PN diterajui Muhammad Sanusi ketika ini menguasai 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6) diikuti Pakatan Harapan (PH) yang memiliki 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2), sementara Barisan Nasional dan Pejuang masing-masing dua kerusi.\n\n\nDua lagi kerusi kosong selepas ADUN Gurun dari PKR Datuk Johari Abdul memaklumkan beliau telah mengosongkan kerusinya pada 18 Dis tahun lepas selepas dilaporkan menjadi antara calon bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat, sementara ADUN Belantek dari PAS Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia, pada 14 Jun lalu. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/22729/", "title": "Orang asli kesal, mohon maaf kepada Sultan Johor", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Susulan tindakan segelintir masyarakat Orang Asli di Johor berdemonstrasi di hadapan Pejabat Menteri Besar Johor pada Mei lalu, beberapa wakil masyarakat itu hari ini menyatakan kekesalan mereka dan memohon ampun kepada Sultan Johor.\n\n\nDalam satu kenyataan, wakil Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Kemindak, Hadi Baya memberitahu bukan semua 20,000 masyarakat orang asli melakukan tindakan itu sebaliknya hanya sebahagian kecil iaitu Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ).\n\n\n\u201cApa yang dilakukan JPOAJ bukanlah budaya kami dan dibimbangi memberi gambaran negatif dalam kalangan masyarakat.\n\n\n\u201cKami juga memohon untuk menghadap Tuanku Sultan bagi menyatakan kekesalan kami dan memohon keampunan dan menunjukkan sokongan kami kepada baginda, yang sentiasa mengambil berat kebajikan masyarakat Orang Asli Johor selama ini,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Penggunaan Katil ICU Selangor Meningkat\n\n\n\n\n\n\nKurang 12 jam, gempa susulan landa Turkiye\n\n\n\n\n\n\nKerajaan anjur sesi libat urus tambah baik SOSMA\n\n\n\n\n\n\nPemandu Preve Rempuh Kedai Perabot Bukan Mabuk Tapi Pitam\n\n\n\n\n\n\nSeorang Jemaah Umrah Dari Melaka Dijangkiti Omicron\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, kerjasama dan sokongan kepada kerajaan negeri dan persekutuan akan diberikan terutama dalam soal pembangunan masyarakat Orang Asli daripada semua sudut termasuk pendidikan, sosial ekonomi dan infrastruktur.\n\n\nSenada dengan pandangan itu, Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Berasau, Kluang, Sari Achu berkata tindakan berdemonstrasi itu, disifatkan memalukan masyarakat orang asli.\n\n\n\u201cKami memang tidak setuju (demonstrasi), lagi pun itu bukan budaya kami, janganlah rosakkan nama Orang Asli,\n\n\nJumaat lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip dipetik sebagai berkata, sebarang perbincangan berhubung status dan cadangan mewartakan penempatan dan rizab Orang Asli di bawah \u2018Tanah Kesultanan\u2019 perlu menerusi meja bulat dan bukan secara terbuka, kerana dikhuatiri ada pihak akan mengambil kesempatan.\n\n\nPada 16 Mac lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan berikutan ada segelintir Orang Asli menceroboh kawasan hutan simpan kerajaan, untuk dijadikan ladang getah dan kelapa sawit secara besar-besaran.\n\n\nBaginda percaya terdapat orang luar yang menjadi dalang dalam hal tersebut dan cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan hak Orang Asli sebagai alasan.\n\n\nJusteru, baginda turut menggesa kepada kerajaan supaya meletakkan semula kawasan penempatan dan rizab Orang Asli di bawah \u2018Tanah Kesultanan\u2019, supaya tidak ada mana-mana pihak yang boleh berbuat sesuka hati.\n\n\nSusulan itu, lebih 200 Orang Asli negeri ini berhimpun di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, untuk menyerahkan memorandum membantah cadangan menjadikan tanah adat Orang Asli sebagai Tanah Kesultanan, pada 8 Mei lepas"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/7-julai-keputusan-representasi-rizal-van-geyzel/", "title": "7 Julai, keputusan representasi Rizal Van Geyzel", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Keputusan representasi ketiga difailkan pemilik kelab komedi Crackhouse, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, berhubung tiga pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video menyentuh sensitiviti kaum yang sepatutnya diketahui hari ini, ditangguhkan ke 7 Julai depan.\n\n\nPeguam bela Mohamad Rizal, M Pravin, ketika dihubungi BH mengesahkan perkara berkenaan.\n\n\n\u201cKes tak berjalan hari ini, mahkamah beritahu (tangguh ke) 7 Julai,\u201d katanya.\n\n\nPada 13 Jun lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dilaporkan masih meneliti representasi ketiga difailkan pemilik kelab komedi Crackhouse itu.\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya, Noor Haslinda Che Seman, dipetik berkata atas sebab itu, beliau memohon tarikh sebutan baharu bagi memaklumkan keputusan representasi berkenaan.\n\n\nHakim Mahkamah Sesyen, N Priscilla Hemamalini, kemudian menetapkan sebutan kes untuk keputusan itu pada jam 2 petang hari ini, selepas dipersetujui pihak pendakwaan dan pembelaan.\n\n\nPada 31 Mei lalu, media melaporkan representasi ketiga itu difailkan atas sebab ada perkembangan terbaru, selepas representasi kedua dikemukakan Mohamad Rizal untuk menggugurkan pertuduhan terbabit ditolak oleh AGC.\n\n\nPada 6 April lalu, Mohamad Rizal mengesahkan memfailkan surat representasi kedua kepada AGC bagi menggugurkan tiga pertuduhan itu selepas representasi pertama dikemukakan atas tujuan sama ditolak pada 20 Januari lalu.\n\n\nMohamad Rizal, 40, didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook \u2018Rizal van Geyzel\u2019, Instagram \u2018rizalvangeyzel\u2019 dan TikTok \u2018rizalvangeyzel\u2019, antara 4 hingga 6 Julai 2022.\n\n\nHantaran itu dibaca di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, di sini, pada jam 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lalu.\n\n\nKetiga-tiga pertuduhan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama.\n\n\nIa memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya serta boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/awas-penipuan-ibadah-korban/", "title": "Awas penipuan ibadah korban!", "body": "0\n\n\nDI mana ada peluang, di situ ada ruang bagi jenayah dilakukan.\n\n\nGolongan penjenayah sangat kreatif dalam menjalankan aktiviti jenayah dan penipuan hatta dalam ibadah.\n\n\nIni termasuklah penyusupan aktiviti jenayah dalam rantaian ibadah korban.\n\n\nApabila ada peluang dan ruang, para penjenayah cuba untuk menerobos masuk ke dalam rantaian ibadah korban.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMPN Setuju Malaysia Kembali Sebagai Negara Pertanian\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Vape, rokok elektronik akan dicukai\n\n\n\n\n\n\nEmpat lokasi pantai di Pulau Pangkor dikesan terhakis teruk\n\n\n\n\n\n\n31 Lagi Kematian Baharu Akibat COVID-19\n\n\n\n\n\n\nTanah wakaf boleh bina lebuh raya tanpa tol, bukan sahaja untuk kubur\n\n\n\n\n\n\n\n\nIni disebabkan mereka sentiasa mengintai peluang untuk menjana keuntungan dan mendapatkan manfaat di sebalik aktiviti jenayah yang dilakukan.\n\n\nPROF. MADYA DR. MOHD. ANUAR RAMLI\n\n\nKebiasaannya, kealpaan dan kecuaian pihak-pihak tertentu sering menjadi peluang kepada penjenayah.\n\n\nDalam keghairahan umat Islam melaksanakan ibadah korban sebagai simbol meraikan bulan Zulhijah, terdapat pihak yang mengambil kesempatan dalam melakukan jenayah dalam rantaian ibadah korban yang dijalankan.\n\n\nBetapa liciknya, mereka mencuri ruang dalam ibadah korban yang dijalankan pihak lain tanpa memikirkan soal dosa dan pahala.\n\n\nAktiviti ini berlaku setiap tahun, semakin menjadi-jadi dan membimbangkan.\n\n\nBiasanya, aktiviti jenayah ini bermula dari ladang sehinggalah sampai ke tangan pengguna.\n\n\nIa merangkumi jenayah penipuan pakej, penukaran haiwan dan penyeludupan haiwan ternakan, orang tengah yang menipu, penjual ternakan yang tamak dan pencurian serta penjualan haiwan ternakan yang dicuri.\n\n\nSelain itu, terdapat juga peserta korban yang berkira dan kedekut. Mereka inginkan haiwan yang elok dan besar tetapi dengan harga murah. Biasanya merekalah menjadi mangsa sasaran penjenayah.\n\n\nDalam penipuan pakej ibadah korban, terdapat beberapa modus operandi yang menjadi pilihan penjenayah atau penipu.\n\n\nAntaranya pakej yang tidak wujud, menawarkan harga yang sangat murah, mereka tidak menyembelih haiwan korban tetapi menggunakan haiwan korban orang lain sebagai bukti sembelihan.\n\n\nJadi mereka memanfaatkan seekor haiwan untuk berbilang nama peserta korban. Seringkali berlaku juga adalah haiwan yang ditempah dan dijanjikan berbeza daripada haiwan yang diterima oleh peserta korban sama ada dari segi jenis, warna serta saiz haiwan.\n\n\nApa yang lebih membimbangkan adalah apabila pihak penyedia pakej tidak menjelaskan kontrak-kontrak yang terlibat dalam ibadah korban, jadi risikonya ibadah korban boleh jadi tidak sah.\n\n\nPada dasarnya, pelaksanaan ibadah korban bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam surah al-Kauthar ayat 2, Allah SWT berfirman: \u201cOleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).\u201d\n\n\nDalam hadis Nabi SAW, Baginda bersabda: \u201cTidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai oleh Allah selain daripada mengalirkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia (haiwan korban itu) akan datang pada Hari Kiamat kelak dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada (reda) Allah sebelum titisan darah itu jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kalian dengan berkorban.\u201d (HR al-Tirmizi)\n\n\nNamun, aktiviti jenayah yang menyusup dalam rantaian ibadah korban adalah bertentangan dengan ketetapan syarak malah mencemari kesucian ibadah dalam bulan Zulhijah.\n\n\nHaiwan yang dijual beli untuk ibadah korban perlulah haiwan yang jelas, haiwan yang sihat, bukan haiwan curi, seludup atau berpenyakit.\n\n\nSedangkan ia adalah bulan untuk melipatgandakan amal ibadah. Allah SWT telah menjelaskan tentang kelebihan bulan haram (Zulhijah) dalam firman-Nya pada surah al-Taubah ayat 36: \u201cSesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya).\u201d\n\n\nAl-Baghawi dalam kitab tafsir \nMa\u2019alim al-Tanzil\n menjelaskan perkataan \u2019menzalimi\u2019 adalah melakukan kemaksiatan dan meninggalkan ketaatan.\n\n\nBeliau menukilkan pandangan Qatadah bahawa perbuatan baik (amal salih) lebih besar pahalanya di dalam bulan haram (Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab), malah perbuatan zalim (maksiat) pada bulan tersebut juga adalah lebih besar dosanya daripada bulan-bulan selainnya.\n\n\nApa yang jelas, perbuatan penipuan dalam apa juga bentuknya adalah termasuk dalam perbuatan zalim iaitu maksiat dan dosa.\n\n\nDosanya berlipat ganda dalam bulan haram. Selain itu, Nabi Muhammad SAW dengan tegas menolak golongan yang menipu daripada kalangan umatnya. Sabda Nabi SAW: \u201cSesiapa yang menipu kami, dia bukan dari kalangan kami (HR Muslim).\u201d\n\n\nTegasnya, perbuatan menipu atau aktiviti jenayah dalam rantaian ibadah korban adalah dilarang dan ia termasuk dalam perbuatan maksiat serta dosa.\n\n\nMalah rezeki yang diperoleh adalah tidak berkat dan haram. Jika peserta korban yang mengetahui dan terlibat dalam aktiviti jenayah ini, mereka telah bersubahat bersama.\n\n\nDi samping itu, pihak yang menguruskan korban perlu berhati-hati dalam mengelola ibadah korban kerana ia melibatkan ibadah orang ramai.\n\n\nHaiwan yang dijual beli perlulah haiwan yang jelas, haiwan yang sihat, bukan haiwan curi, seludup atau berpenyakit.\n\n\nDi samping itu, dalam melaksanakan ibadah korban, ia melibatkan niat, akad atau kontrak bagi mereka yang melaksanakan ibadah korban.\n\n\nPara penyedia pakej korban dan para peserta korban perlu jelas dalam perkara yang akan dilakukan kerana ia berkait rapat dengan kesahan ibadat korban. Mereka tidak boleh mengambil mudah.\n\n\nAntaranya urusan akad jual beli haiwan korban atau mewakilkan kepada pihak untuk pembelian, niat untuk berkorban haiwan dan menyembelih sendiri haiwan korban atau mewakilkan sembelihan kepada tukang sembelih.\n\n\nKomponen hukum ini perlu jelas bagi pihak yang ingin melaksanakan ibadah korban.\n\n\nSehubungan itu, jangan cemari rantaian ibadah korban dan kemuliaan bulan Zulhijah dengan aktiviti jenayah yang melibatkan haiwan korban sama ada dari aspek sumber haiwan korban dan pakej-pakej ibadah korban yang ditawarkan.\n\n\nIni disebabkan korban yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Jika dicampuri dengan perkara syubhah dan jenayah, ia boleh merosakkan ibadah korban yang dilakukan.\n\n\n\u00a0\n\n\nPenulis,\u00a0Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli\u00a0merupakan Profesor Madya di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.\n\n\nPenafian: \nKenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi TV Pertiwi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/inspektor-sheila-didakwa-ugut-aibkan-kehormatan/", "title": "Inspektor Sheila didakwa ugut, aibkan kehormatan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Inspektor wanita yang tular di media sosial, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang,\u00a0 Selangor hari ini.\n\n\nSheila Sharon Steven Kumar atau lebih dikenali dengan nama Inspektor Sheila di media sosial, didakwa atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.\n\n\n\n\n\n\nDia bagaimana pun\u00a0mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di atas ketiga-tiga tuduhan terbabit.\n\n\nPerbalahan Inspektor Sheila dengan orang awam yang tular seperti dikongsi netizen.\n\n\n\u201cSaya tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Saya faham pertuduhan,\u201d\n\n\nPertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.\n\n\nSheila didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.\n\n\nDia juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; \u201cYou tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu\u201d mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.\n\n\nSementara itu, dia juga mengaku tidak bersalah dalam satu lagi pertuduhan mendakwa dia menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannyai\n\n\nTangkap layar video perbalahan Inspektor Sheila dengan anggota PDRM yang tular\n\n\nPengakuan itu dinyatakan di hadapan\u00a0 Majistret Norhafizah Rajuni.\n\n\nSheila kini digantung tugas,\u00a0 selepas perlakuannya tular di media sosial selepas dikongsi netizen.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, terdahulu berkata pegawai polis wanita terbabit ditahan kerja sejak minggu lalu dan arahan itu berkuat kuasa sehingga proses siasatan ke atasnya selesai.\n\n\nDengan tindakan yang diambil ke atas pegawai polis wanita itu\u00a0 beliau berharap orang ramai tahu bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kaedah dan mekanisme yang jelas untuk menangani perilaku sebegini.\n\n\n\u201cKita biarkan pihak polis mengguna pakai undang-undang dan saluran dalaman seperti JIPS untuk menguruskan perilakunya yang menyebabkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat dan menimbulkan persepsi tidak baik terhadap PDRM,\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/isa-samad-masuk-hospital-bicara-kes-rasuah-ditangguh-sekali-lagi/", "title": "Isa Samad masuk hospital, bicara kes rasuah ditangguh sekali lagi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Prosiding rayuan Tan Sri Mohd Isa di Mahkamah Rayuan Putrajaya yang ditangguhkan ke hari ini, sekali lagi ditangguhkan kerana bekas Pengerusi FELDA itu telah dimasukkan ke hospital berikutan masalah jantung.\n\n\n\n\nPeguambela Isa, Datuk Salehuddin Saidin berkata, anak guamnya dimasukkan ke hospital malam tadi dan laporan perubatannya juga telah diterima pagi ini.\n\n\n\u201cIsteri Mohd Isa pula mendapatkan suntikan pada lutut \nsemalam. \nDia tak boleh nak berjalan hari ini akibat suntikan itu, ada masalah untuk hadir bicara (sebagai penjamin Mohd Isa).\n\n\n\u201cKami baru dimaklumkan mengenai perkara itu dan mohon maaf atas kesulitan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO tersepit hadapi PRN di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nTubuh jawatankuasa khas selaras usaha cetak sejuta naskah al-Quran\n\n\n\n\n\n\nOIC adakan mesyuarat tergempar bincang insiden bakar al-Quran di Stockholm\n\n\n\n\n\n\nPendaki hilang ketika menyeberang Sungai Tanum ditemukan lemas\n\n\n\n\n\n\nCalon PN di Terengganu, Kelantan guna logo PAS\n\n\n\n\n\n\n\n\nSuslan itu, Timbalan Pendakwa raya, Afzainizam Abdul Aziz, tidak membantah penangguhan berkenaan.\n\n\nPanel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin, memutuskan prosiding ditangguhkan kepada tarikh yang baru iaitu 16 Oktober ini.\n\n\nHadhariah yang menerima alasan penangguhan bicara itu, berharap Mohd Isa sihat pada tarikh bicarannya yang seterusnya.\n\n\nPerbicaraan yang sepatutnya didengar pada 7 Mac lalu ditangguhkan ke hari ini bagi memberi masa kepada pembelaan memfailkan hujahan balas pihak pendakwaan.\n\n\nPada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Mohd Isa 74 atas sembilan pertuduhan rasuah yang berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh FELDA.\n\n\nKesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara FELDA, Platinum Park, No 11, Persiaran KLCC, di sini, antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.\n\n\nHakim, Datuk Nazlan Mohd Ghazali, menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan yang menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.\n\n\nBagaimanapun , Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara itu berjalan secara serentak.\n\n\nMahkamah juga menaikkan jumlah jaminan Rm800,000 kepada RM1.5 juta, di samping menetapkan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan hingga rayuan selesai."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/jangan-layan-kenyataan-sensasi-zahid/", "title": "Jangan layan kenyataan sensasi \u2013 Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA dan MIC dilabelkan sebagai \u201cbiawak hidup\u201d kerana tidak menyumbang kepada kemenangan BN\u00a0 terutamanya untuk menarik undi bukan Melayu pada Pilihan Raya yang lalu.\u00a0\n\n\nKenyataan itu dikeluarkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam yang meluahkan kekecewaan kepada parti komponen itu juga telah mengkhianati gabungan itu.\u00a0\n\n\nMenjawab kenyataan itu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta rakan komponennya tidak melayan kenyataan sensasi dikeluarkan individu dalam gabungan itu.\u00a0\n\n\nAhmad Zahid juga memperakui parti itu menghadapi situasi sukar ketika ini untuk pemimpin parti komponen BN mengeluarkan kenyataan yang tidak dialu-alukan.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSanusi tuntut bukti dakwaan Perdana Menteri susulan dana parti\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: DAP bidas kenyataan Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nKerajaan laporan polis terhadap penuntut dakwa waris Kesultanan Sulu\n\n\n\n\n\n\nJika isu kalimah Allah jadi polemik, ia bakal jejas perpaduan nasional\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin sambut baik kerjasama dengan Mahathir\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTentunya dalam situasi genting seperti ini tak perlu ada isu yang dibangkitkan kerana kenyataan dikeluarkan oleh pelbagai pemimpin dari pelbagai parti tentunya tidak dialu-alukan.\n\n\n\u201cKenyataan yang tidak diendors oleh pemimpin utama, parti tidak endors kepada pendapat peribadi sebegitu,\u201d katanya pada sidang media perasmian persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Bahagian Asia Pasifik ke-23.\n\n\n\u201cJangan layan pendapat peribadi individu dan itu akan dipersepsikan kita tidak berada di tahap kebersamaan,\u201d katanya\n\n\nBeliau berkata pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Bahagian Asia Pasifik ke-23 di Hotel Sunway Resort, Petaling Jaya, hari ini.\n\n\nAhmad Zahid meminta untuk tidak melayan pendapat peribadi individu yang akan dipersepsikan kerajaan campuran tidak berada di tahap kebersamaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/jejambat-kota-bharu-siap-dengan-penjimatan-kos-rm7-9-juta/", "title": "Jejambat Kota Bharu siap dengan penjimatan kos RM7.9 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Projek jejambat dari arah Kota Bharu yang merentangi bulatan Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor yang bernilai 97.6 juta itu telah dibuka kepada semua pengguna jalan raya hari ini.\n\n\nProjek yang bermula pada 19 Februari 2018 telah siap sepenuhnya 15 Jun lalu dengan penjimatan kos sebanyak RM 7.9 juta, berbanding kos asal sebanyak RM105.5juta.\n\n\nMenteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta linggi berkata, jejambat itu akan menyuraikan trafik dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor terutamanya sekitar bulatan Wakaf Bharu pada waktu kemuncak.\n\n\nMenurutnya, ia dilaksana secara reka dan bina serta meningkatkan tahap keupayaan jalan dari tahap F ke tahap C yang membawa maksud kelancaran trafik berjaya ditingkatkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAbang Iskandar angkat sumpah jawatan & taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan\n\n\n\n\n\n\nPantai Barat Malaysia rasa gegaran gempa 7.0 Sumatera\n\n\n\n\n\n\nPH desak Abdul Hadi lapor polis jika DAP promosi Islamofobia\n\n\n\n\n\n\nKeluarga Adib Tarik Rayuan Komital Terhadap Tommy Thomas\n\n\n\n\n\n\nPertukaran Kabinet tertakluk budi bicara PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cProjek ini meliputi jejambat jalan berkembar empat lorong melintasi bulatan Wakaf Bharu sepanjang 470 meter dan pelebaran dua jambatan sedia ada iaitu Jambatan Atas Rel sepanjang 26.2 meter dan Jambatan Alor Kedemit sepanjang 25 meter.\n\n\n\u201cSelain itu, menaik taraf Bulatan Wakaf Bharu sedia ada kepada persimpangan lampu isyarat, pemasangan perabot jalan, pengambilan balik tanah serta kerja-kerja pengalihan utiliti,\u201d katanya ketika merasmikan jejambat berkenaan.\n\n\nTurut hadir\u00a0 bersama, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.\n\n\nTambah Nanta, projek ini diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dengan peruntukan sebanyak RM105.5 juta.\n\n\nNamun, selepas penyelarasan dilakukan, projek berkenaan berjaya disiapkan dengan kos RM97.6 juta, sekali gus dapat menjimatkan sebanyak RM7.9 juta.\n\n\n\u201cAntara keistimewaan projek jejambat ini, ia menjadi projek rintis bagi pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) dalam pembinaan projek jalan dan jambatan.\n\n\n\u201cKaedah penggunaan BIM dalam projek jalan mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan kerana kaedah ini menyeragamkan reka bentuk serta mempercepatkan tempoh pembinaan,\u201d katanya.\n\n\nPada masa yang sama, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan dan semua pihak yang memberi kerjasama yang baik sepanjang projek ini berjalan. \u2013 METRO"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/jenayah-semakin-kompleks-fbinaa-platform-latihan-kerjasama/", "title": "Jenayah semakin kompleks, FBINAA platform latihan & kerjasama", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Trend jenayah yang semakin kompleks memerlukan kerjasama agensi penguatkuasaan secara kolektif untuk memeranginya.\n\n\nKetua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata sehubugan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Bahagian Asia Pasifik menjadi platform latihan dan kerjasama meluas dalam memerangi isu jenayah rentas sempadan.\n\n\n\u201cKerjasama meluas dalam latihan ini membawa kepada hasil yang lebih baik dalam memerangi jenayah rentas sempadan dan jenayah canggih, kerana ia adalah isu global.\n\n\n\u201cPolis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memandang tinggi latihan itu sebagai medium untuk memajukan penyiasatan dan kemahiran pengurusan untuk memanfaatkan penguatkuasaan undang-undang,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKajang Dinaiki Air Selepas Hujan Lebat\n\n\n\n\n\n\nPas yang janji mansuh hutang PTPTN pada PRU14 \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nBangunan MACA dijangka dibuka semula 18 Mei depan\n\n\n\n\n\n\nDua produk mi segera ditarik semula dari pasaran\n\n\n\n\n\n\nFenomena Banjir Gelombang Kedua\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Bahagian Asia Pasifik ke-23 di Hotel Sunway Resort di sini, hari ini yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nYang turut hadir, Presiden FBINAA Antarabangsa, Tim Braniff; Penolong Pengarah Divisyen Operasi Antarabangsa FBI, Raymond P Duda; Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D McFeeters; dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor.\n\n\nRazarudin berkata, sifat jenayah yang semakin kompleks memerlukan usaha kerjasama semua pihak dalam memeranginya.\n\n\n\u201cDalam aspek ini, program FBINAA tidak syak lagi adalah bahagian penting dalam menjalin kerjasama serantau yang lebih kukuh dalam kepolisian dan mempromosikan persahabatan dalam kalangan pegawai polis negara anggota.\n\n\n\u201cProgram FBINAA juga penting dalam menjalinkan hubungan yang lebih baik setiap agensi penguatkuasa di samping menyediakan latihan penyiasatan berkaitan jenayah siber, hak sivil, jenayah terancang rentas sempadan, \u2018weapons of mass destruction\u2019 dan jenayah kolar putih,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, FBINAA Asia Pasifik ditubuhkan pada tahun 1984 yang terdiri daripada 49 negara termasuk Malaysia.\n\n\nSehingga kini, katanya FBINAA Malaysia mempunyai lapan pegawai PDRM yang aktif dan 57 pesara polis sebagai anggota."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/jika-keadaan-rusia-meruncing-rakyat-malaysia-dibawa-pulang/", "title": "Jika keadaan Rusia meruncing, rakyat Malaysia dibawa pulang", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Kerajaan akan melancarkan operasi membawa pulang 755 orang rakyat Malaysia di Rusia\u00a0 jika situasi keselamatan di negara itu bertambah serius.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Sabtu lalu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, memberi taklimat kepada Perdana Menteri dan beliau sendiri, mengenai perkembangan terkini di negara itu dan keadaan 755 rakyat Malaysia yang berada di sama, terutamanya di Moscow.\n\n\n\u201cTaklimat itu merangkumi tindakan keselamatan, termasuk jika keadaan tidak dapat menjamin keselamatan rakyat Malaysia di sana dan usaha untuk membawa mereka pulang sedang diatur oleh Wisma Putra.\n\n\nKerajaan kata beliau akan terus memantau situasi di Rusia dan berharap keselamatan rakyat Malaysia di Moscow dan Rusia keseluruhannya terjamin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKWSP umum dividen konvensional 5.35% , Syariah 4.75 % untuk 2022\n\n\n\n\n\n\nUPNP serbu kawasan penerokan tanah haram, rampas jengkaut di Raub\n\n\n\n\n\n\nMB Kelantan pegang lima portfolio Exco\n\n\n\n\n\n\nBekalan Minyak Masak Subsidi Dijangka Pulih Beberapa Hari Lagi \u2013 KPDNHEP\n\n\n\n\n\n\nPenceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian sidang media selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Bahagian Asia Pasifik ke-23, di Petaling, hari ini.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D McFeeters (kanan) ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Bahagian Asia Pasifik ke-23.\n\n\nHadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; Presiden FBINAA Antarabangsa, Tim Braniff; Penolong Pengarah Divisyen Operasi Antarabangsa FBI, Raymond P Duda; Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D McFeeters dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan Russia mengisytiharkan operasi memerangi pengganas di Moscow dan wilayahnya pada Sabtu dengan ketegangan semakin memuncak selepas kumpulan upahan Wagner, yang diketuai Yevgeny Prigozhin, juga pernah menjadi sekutu rapat Presiden Russia Vladimir Putin, melancarkan pemberontakan untuk menjatuhkan tentera Russia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/kapal-pengangkut-pesawat-uss-ronald-reagan-tiba-di-vietnam/", "title": "Kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan tiba di Vietnam", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Sebuah kapal pengangkut pesawat milik tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Ronald Reagan, tiba di bandar Da Nang, Vietnam pada tengah hari semalam,\u00a0 beberapa minggu selepas Hanoi membantah tindakan kapal China belayar di perairannya.\n\n\n@Popp16876900\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKapal pengangkut itu tiba ketika AS dan Vietnam menyambut ulang tahun ke-10 \u2018perkongsian komprehensif\u2019 mereka.\n\n\nMemetik Berita Harian Kedutaan AS di Hanoi memaklumkan, kapal pengangkut pesawat itu tiba dengan dua kapal pengiring dan kapal peluru berpandu iaitu SS Antietam dan USS Robert Smalls.\n\n\nPegawai Tentera Laut AS turun dan berjabat tangan dengan rakan tentera Vietnam dalam satu majlis ringkas\u00a0 semalam.\n\n\nSUMBER \u2013 @Popp16876900\n\n\nMenurut media Vietnam, kapal pengangkut itu akan berada di Da Nang sehingga 30 Jun nanti.\n\n\nKehadiran USS Ronald Reagan, juga menjadikan kapal pengangkut Amerika Syarikat ketiga berlabuh di Vietnam selepas lawatan pelabuhan bersejarah oleh USS Carl Vinson pada 2018, kali pertama kapal seumpamanya tiba di negara itu sejak perang tamat.\n\n\n\u201cLebih 5,000 kelasi berada di atas kapal USS Ronald Reagan dengan perasaan tidak sabar untuk melawat Danang dan mengalami budaya Vietnam,\u201d kata pegawai pemerintah USS Ronald Reagan , Kapten Daryle Cardone dalam satu kenyataan.\n\n\n@Popp16876900\n\n\nAFP melaporkan, Vietnam dan AS berkongsi hubungan perdagangan yang semakin rapat, serta kebimbangan terhadap kehadiran China yang semakin meningkat di rantau ini.\n\n\n\n\nLawatan kali ini termasuk beberapa acara kebudayaan dan komuniti, seperti konsert pancaragam Tentera Laut AS, lawatan ke rumah anak yatim dan perlawanan sukan.\n\n\n\n\nUSS Ronald Reagan berpangkalan di Jepun sejak 2015."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/mb-menghadap-sultan-terengganu-esok-pohon-perkenan-bubar-dun/", "title": "MB menghadap Sultan Terengganu esok, pohon perkenan bubar DUN", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dikhabarkan akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin esok bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).\n\n\nAhmad Samsuri, yang juga Naib Presiden PAS berkata, pembubaran tarikh DUN dibuat bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) namun belum ditetapkan dan hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan.\n\n\n\u201cKita akan menghadap Sultan Mizan untuk mendapat perkenan kira-kira jam 9 pagi esok.\n\n\n\u201cKita tidak boleh mendahului Sultan Mizan untuk mengumumkan tarikh pembubaran DUN. Biar kita menghadap dan mendapat perkenan, lepas itu baru kita umumkan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAgihan Keuntungan Perlu Adil Tidak Memihak Pawagam \u2013 Cikgu Izzat\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan elak cukai, penggubahan wang haram Rosmah Mansor bermula esok\n\n\n\n\n\n\nCetak nama Allah pada rekaan fesyen, gerakan terancang hina Islam\n\n\n\n\n\n\nLepasan SPM, hati-hati tawaran masuki IPTA melalui media sosial \u2013 Khaled\n\n\n\n\n\n\nKPDN Kedah ambil tindakan peniaga jual gula bersyarat\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, beliau yang juga ADUN Rhu Rendang mengiringi Sultan Mizan ke Majlis Jamuan bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin sempena Sambutan Ulang Tahun ke-61, Hari Keputeraan Sultan Mizan di Dewan Santapan Di Raja, Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu.\n\n\nTerengganu yang mempunyai 32 kerusi DUN, dengan PAS menguasai 22 kerusi dan Barisan Nasional (BN) meraih sebanyak 10 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.\n\n\nAntara kerusi yang dimenangi oleh BN adalah Jertih, Kuala Besut, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, seberang Takir, Telemong, Bukit Besi dan Kijal.\n\n\nSelain Terengganu, Lima negeri yang lain juga turut akan mengadakan PRN, lima negeri berkenaan adalah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan juga Negeri Sembilan, serta tarikh sebenar PRN di enam negeri ini akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/pasang-tenaga-solar-tanpa-pendahuluan-bermula-hari-ini/", "title": "Pasang tenaga solar tanpa pendahuluan bermula hari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Suhu negara, khususnya di Lembah Klang seperti\n diramal Metereologi Malaysia\n dalam tempoh sepanjang lima hari ini ialah 35 darjah Celcius.\n\n\nPastinya warga Lembah Klang akan memasang pendingin hawa dalam cuaca sebegini, sekaligus meningkatkan bil elektrik rumah masing-masing.\n\n\nSuhu Kuala Lumpur seperti diramal MetMalaysia.\n\n\nMahu jimatkan bil anda?\n\n\nGSPARX Sdn Bhd Anak syarikat milik penuh, Tenaga Nasional Bhd (TNB) menawarkan pakej pemasangan solar mampu milik dan mudah akses kepada pelanggan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi makin perlahan petang ini\n\n\n\n\n\n\nPM lantik 5 individu anggotai badan penasihat khas Menteri Kewangan\n\n\n\n\n\n\nPNBBC Sokong Ismail Sabri\n\n\n\n\n\n\nFaizal sanggah Ramasamy, tidak tahu sentimen sebenar orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nJohari pertahan keputusan lantik anak jadi pegawai khas Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemahami keperluan orang ramai melestarikan penggunaan tenaga, GSPARX menawarkan pemasangan solar atas bumbung tanpa pendahuluan, bagi pelanggan kediaman yang mahukan penjimatan jangka panjang bil elektrik mereka.\n\n\nPakej kepada 150 pelanggan terawal diperkenalkan dengan penjimatan sehingga RM4,999 untuk pemasangan solar photovoltaic (PV) atas bumbung, bermula hari ini sehingga 31 Julai depan.\n\n\nSemua pakej baharu ini merangkumi penyelenggaraan percuma sistem solar untuk dua tahun dan insurans solar percuma selama setahun.\n\n\nTNB dalam satu kenyataan hari ini\u00a0 berkata pemilik rumah yang ingin memaksimumkan penjimatan boleh mengambil tawaran terhad yang menarik ini sekali gus memperkasakan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih lestari.\n\n\nPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Indera Baharin Din, berkata tawaran pemasangan solar mampu milik ini termasuk dengan pakej khas pelanggan terawal yang membolehkan pengguna mencapai penjimatan kos yang ketara di samping menggalakkan amalan penggunaan tenaga lestari.\n\n\n\u201cTambahan pula, ini menunjukkan komitmen yang kuat daripada TNB untuk memperkuat inisiatif Net Energy Metering (NEM) 3.0 kerajaan,\u201d\n\n\nBagi meningkatkan kemampuan pelanggan memiliki pakej solarnya, GSPARX bekerjasama dengan institusi kewangan untuk menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan yang fleksibel.\n\n\nPilihan ini termasuk pelan ansuran 36 bulan tanpa faedah melalui kad kredit atau pinjaman kewangan dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun.\n\n\nMelalui pilihan pembiayaan ini, GSPARX\n memudahkan pelanggan berubah menjadi prosumer (pengeluar dan pengguna) untuk serentak menikmati manfaat ekonomi sambil mengawal penggunaan tenaga sendiri.\n\n\nDengan memainkan peranan sebagai prosumer, pelanggan dapat mengambil langkah proaktif untuk menangani kesan daripada sebarang kenaikan kos elektrik masing-masing.\n\n\nPendekatan berwawasan TNB dan tawaran inovatif GSPARX ini membolehkan pelanggan memulakan hala tuju ke arah gaya hidup lestari, berhemat dan lebih hijau."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/pdrm-gantung-kuasa-hak-keistimewaan-inspektor-sheila/", "title": "PDRM gantung kuasa, hak keistimewaan \u2018Inspektor Sheila\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan perintah tahan kerja terhadap pegawai polis wanita Inspektor Percubaan Sheila Sharon A/P Steven Kumar.\n\n\nPengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata perintah tahan kerja mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 telah pun disempurnakan terhadap pegawai berkenaan.\n\n\n\u201cSehubungan itu segala kuasa-kuasa, hak dan keistimewaan subjek (Sheila) sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT),\u201d katanya kepada media hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPR terima watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nPN Masih Bincang Guna Logo PAS Pada Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nEtnik Rohingnya paling ramai mohon suaka di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Kerajaan Adalah Selektif\n\n\n\n\n\n\nRekod pentadbiran 33 tahun PAS di Kelantan bersih rasuah, pecah amanah \u2013 Mohd Amar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\nTerdahulu, pagi tadi Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.\n\n\n\n\n\n\n\n\nDia mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di atas ketiga-tiga tuduhan berkenaan sejurus kertas pertuduhan dikemukakan.\n\n\n\u201cSaya tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Saya faham pertuduhan,\u201d katanya selepas tuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Chai Guan Hock."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/pemberian-elaun-pelajar-intern-wajar-dipertimbangkan/", "title": "Pemberian elaun pelajar intern wajar dipertimbangkan", "body": "0\n\n\nLATIHAN industri atau intern merupakan suatu bentuk proses pembelajaran.\n\n\nPolisi latihan industri ini biasanya dikenakan kepada pelajar diploma atau ijazah sarjana muda di universiti awam dan universiti swasta pada tahun kedua atau tahun ketiga yang mengambil masa antara empat hingga ke lapan bulan, sebagaimana keperluan program yang ditentukan oleh institusi pengajian tinggi masing-masing.\n\n\nTujuan latihan industri adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang suasana dunia pekerjaan di samping mempelajari ilmu dan kemahiran dalam organisasi supaya para pelajar boleh membuat persediaan sewajarnya sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.\n\n\nSelain itu, pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari di universiti ke dalam dunia pekerjaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar: The Untold Story filem mengingatkan kesakitan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nDasar pendidikan tinggi perlu dikaji semula \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\nKapitalis Pegang Pemimpin Punca Kegiatan Haram Gagal Dibanteras? \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nShahrir dilepas, bebas kes penggubahan wang RM1 juta\n\n\n\n\n\n\nTidak sempat tarawih, masjid terbakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahan pula, pelajar dapat mempelajari perkara baharu di tempat latihan industri yang adakala ia tidak dipelajari di universiti.\n\n\nDR. ELYA NABILA ABDUL BAHRI\n\n\nBagi penilaian latihan industri, peratusan tertentu adalah oleh penyelia di institusi atau pensyarah, penyelia di industri, buku catatan tugasan harian dan laporan latihan industri.\n\n\nPenempatan latihan industri adalah suatu cabaran. Kebanyakan pelajar memohon tempat latihan industri yang berhampiran dengan tempat kediaman untuk menjimatkan kos perjalanan, kos penginapan dan kos makan.\n\n\nWalaupun tempat latihan industri yang dimohon hanyalah syarikat-syarikat kecil bagi kawasan luar bandar, kelangsungan kehidupan dan meneruskan latihan industri adalah lebih mereka diutamakan.\n\n\nAda juga pelajar yang meletakkan keutamaan dalam pemilihan tempat berdasarkan kadar elaun yang akan diterima untuk menampung kos menjalani latihan industri.\n\n\nSelain itu, ada yang mengutamakan tempat di syarikat-syarikat ternama dan kukuh serta tidak kurang juga yang memilih tempat jika mempunyai kenalan dalam organisasi berkenaan.\n\n\nNamun untuk jangka panjang bagi kebolehpasaran kerja graduan, ada sesetengah syarikat melihat tempat latihan industri sebagai suatu aspek penting sebelum mengambil seseorang calon itu bekerja.\n\n\nSebagai calon yang baru bergraduat, tempat dan tugas latihan industri dilihat sebagai bentuk pengalaman kerja seseorang calon.\n\n\nTempat latihan industri dengan syarikat yang besar dan berprestij memberikan persepsi bahawa calon tersebut mempunyai pendedahan pengalaman kerja yang baik.\n\n\nNamun, kebanyakan syarikat besar seperti syarikat multinasional berlokasi di kawasan bandar atau pinggir bandar. Hal ini menyebabkan pelajar latihan industri terpaksa menyewa bilik di bandar yang memerlukan kos yang tinggi.\n\n\nBukan semua pelajar bernasib baik untuk tinggal di kawasan berhampiran dengan tempat latihan industri.\n\n\nSedangkan untuk mendapat tempat latihan industri juga bukan mudah. Jika resume telah dihantar ke sepuluh buah syarikat, mungkin satu atau dua syarikat sahaja yang dipanggil temu duga, bergantung kepada kekuatan maklumat dalam resume yang boleh menarik minat syarikat untuk panggilan temu duga.\n\n\nDengan aktiviti perniagaan dan operasi syarikat yang sangat sibuk, perihal pengambilan dan pemberian elaun pelajar latihan industri yang dipraktiskan selama ini adalah atas dasar pilihan dan sukarela oleh syarikat.\n\n\nJika elaun latihan industri diwajibkan kepada syarikat pada kadar tertentu, maka pihak majikan akan lebih berhati-hati dalam memilih pelajar sebelum mengambilnya untuk menjalani latihan industri bagi memastikan perkhidmatan yang cemerlang dapat diberikan oleh pelajar sebagai pulangan balik bagi kos yang ditanggung syarikat.\n\n\nMaka persaingan antara pelajar untuk mendapat tempat latihan industri akan semakin sengit. Berkemungkinan pelajar yang mempunyai prestasi akademik yang baik, aktif dalam aktiviti kokurikulum dan mempunyai ciri-ciri nilai insan yang baik akan dipilih.\n\n\nLatihan industri merupakan suatu bentuk proses pembelajaran.\n\n\nPersaingan sihat ini akan mendorong pelajar untuk memberikan prestasi yang baik dalam pelbagai perkara dari awal masuk ke institusi pengajian tinggi.\n\n\nWalaupun pelajar tidak diiktiraf sebagai pekerja dalam syarikat, namun majikan boleh melihatnya sebagai rakan kolaborasi universiti untuk bersama-sama membangunkan syarikat.\n\n\nBagi pelajar yang bagus, mereka dapat menyumbang idea, ilmu pengetahuan serta kemahiran yang ada untuk mempertingkatkan produktiviti dan kualiti kerja syarikat.\n\n\nSelain itu, pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di universiti semasa menjalani tugasan latihan industri untuk dimanfaatkan.\n\n\nSebagai pelajar institut pengajian tinggi, mereka harus melakukan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah di samping membawa nama baik universiti.\n\n\nDari sudut yang lain, pihak majikan dapat memberikan tugasan kerja dan pengalaman baharu kepada pelajar untuk dipelajari.\n\n\nDi samping pelajar melakukan tugasan kerja yang diberikan majikan dan menunjukkan minat untuk mempelajari sesuatu yang baharu, secara tidak langsung pelajar telah memberikan kerjasama sebagai rakan kolaborasi universiti serta membantu perlaksanaan kerja bersama pekerja sedia ada dalam organisasi.\n\n\nDalam perkara ini, pihak majikan mendapat manfaat daripada program latihan industri. Untuk jangka panjang, hubungan baik antara syarikat dan universiti membolehkan kolaborasi dua hala dalam pelbagai bentuk seperti penyelidikan, konsultansi, latihan, pengajaran dan pembelajaran, seminar industri dan sebagainya.\n\n\nSelain daripada pemberian markah penilaian oleh majikan di akhir tempoh latihan industri, namun kudrat usaha dan tenaga kerja yang telah disumbangkan pelajar walau hanya beberapa bulan perlu juga dipertimbangkan.\n\n\nElaun latihan industri tidak harus dililhat sebagai beban kos semata-mata oleh syarikat. Meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tempoh latihan industri perlu disokong dengan adanya pemberian elaun dengan jumlah yang wajar.\n\n\nIni kerana keberadaan setiap hari pada waktu bekerja di syarikat sepanjang tempoh latihan industri memerlukan kos yang tidak dapat dielakkan.\n\n\nBukan semua pelajar bernasib baik mendapat tempat latihan industri yang berhampiran dengan lokasi kediaman keluarga di mana ia menuntut kos penginapan yang agak tinggi terutamanya di kawasan bandar.\n\n\nDalam hal ini, soal elaun latihan industri merupakan suatu keperluan dan bukan sekadar kehendak. Menjalani latihan industri melibatkan kos perjalanan, kos penginapan, kos makan, kos teknologi maklumat dan komunikasi dan kos-kos lain.\n\n\nKos hidup dalam kampus tidak sama dengan kos hidup sebenar kerana banyak subsidi telah diberikan dalam kampus yang menyebabkan kos makan, penginapan, dan perjalanan dalam kampus lebih murah.\n\n\nDengan kehidupan dan kos sara hidup di bandar, wang yang diperoleh daripada pinjaman pendidikan atau biasiswa hanya dapat bertahan beberapa bulan dalam tempoh latihan industri.\n\n\nAda pelajar yang tidak diberikan tugas yang wajar kerana ada sesetengah syarikat teragak-agak untuk memberikan tugasan kepada pelajar memandangkan tiada elaun yang diberikan kepada pelajar atau elaun yang diberikan terlalu rendah.\n\n\nMaka dalam hal ini pelajar mendapat dua kerugian iaitu tidak banyak perkara yang boleh dipelajari dan seperkara lagi ialah kesukaran untuk meneruskan kelangsungan pembelajaran kerana elaun yang diterima adalah rendah atau tidak dibayar langsung.\n\n\nNamun , jumlah elaun latihan industri tidak boleh disamakan dengan kadar gaji minimum golongan pekerja walaupun beban tugas adalah hampir sama.\n\n\nAdalah tidak wajar sekiranya pelajar membandingkan jumlah elaun dengan jumlah gaji pekerja sepenuh masa sebagai suatu bentuk penindasan.\n\n\nTugasan kerja yang diberikan dalam latihan industri merupakan suatu peluang dan proses pembelajaran.\n\n\nLagi banyak tugasan yang dilaksanakan, lebih banyak perkara yang boleh dipelajari dan lebih berharga pengalaman kerja yang dimiliki.\n\n\nLatihan industri yang perlu dijalani pelajar adalah laluan untuk bergraduat kerana pengalaman berharga sepanjang tempoh pembelajaran termasuklah ketahanan mental, fizikal dan emosi merupakan perkara yang sangat penting dalam menghasilkan graduan berkualiti tinggi.\n\n\nAkta khusus bagi melindungi pelajar latihan industri adalah perlu. Adalah diharapkan agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Persatuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kesatuan Sekerja (MTUC) dapat berbincang tentang bagaimana untuk kita merangka satu polisi yang sesuai bagi melindungi pelajar latihan industri.\n\n\nAntara perkara yang perlu diketengahkan dalam perbincangan ialah takrifan pelajar latihan industri, pengiktirafan sumbangan tenaga kerja pelajar, kadar minima elaun pelajar, kesesuaian tugasan yang diberikan, hak sebagai pelajar dan industri, isu perlindungan keselamatan serta kesihatan pelajar.\n\n\nIni adalah sebagai usaha bersama dalam menghasilkan graduan yang berkualiti bagi menjamin masa depan negara yang lebih baik.\n\n\n\u00a0\n\n\nPenulis,\u00a0Dr. Elya Nabila Abdul Bahri\u00a0merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya.\n\n\nPenafian\n:\u00a0Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi TV Pertiwi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/pendapatan-selangor-tidak-terjejas-walaupun-tempoh-prn-panjang-amirudin/", "title": "Pendapatan Selangor tidak terjejas walau tempoh PRN panjang \u2013 Amirudin", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \u201cNegeri Selangor tidak akan terjejas pendapatan negeri meskipun tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) mengambil masa yang agak lama.\u201d \n\n\nDemikian jaminan diberikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.\n\n\nMenurut Amirudin, kerajaan negeri telah bermesyuarat dalam mesyuarat khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), baru-baru ini, kerajaan negeri juga telah meluluskan lebih 400 pelbagai kertas kerja dalam usaha menangani perkara berkenaan.\n\n\n\u201cItu kita sudah atasi sebahagiannya sebab baru-baru ini kita buat MMKN Khas, yang mana kita meluluskan 450 kertas kerja. Berdasarkan pengalaman lalu, apabila berlaku pilihan raya, kertas ini lambat (mendapat kelulusan), bukan lambat apa tetapi masa itu tidak sesuai untuk diluluskan.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKetua UMNO Sungai Besar bakal bankrap\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Mahkamah, Tetapi Menteri, Ahli Politik & Penguatkuasa \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nKluster Pulau Gadong: Kes Positif Meningkat Kepada 137\n\n\n\n\n\n\nKartunis Turki balas sindiran karikatur tidak berperikemanusiaan Charlie Hebdo\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Catat Kes Kedua Omicron \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c\nKalau Ogos (jangkaan PRN) tidak mengapa, kita pun ada masa yang lebih panjang untuk menyusun, merangka, memilih, merangka strategi. Saya ingat panjang atau pendek ada baiknya,\u201d katanya.\n\n\nTambah beliau lagi, kerajaan sementara tidak digalakkan untuk membuat segala keputusan dan kelulusan, malah perlu berhati-hati dengan perkara sebegini.\n\n\n\u201cKita tidak boleh luluskan tanah dan sebagainya sebab hal itu dianggap sebagai perubahan dasar.\n\n\n\u201cPerkara ini banyak memberi kesan kepada pendapatan kita pada 2018. Pada 2018 pendapatan kita cuma RM1.8 billion, jauh daripada pencapaian kita yang melebihi RM2.3 billion, RM2.4 billion,\u201d katanya.\n\n\nPada masa yang sama, Selangor telah merekodkan rizab yang berjumlah sebanyak RM3.4 billion sepanjang dua bulan yang lalu.\n\n\nAmirudin berkata sedemikian sewaktu Sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kerja Berpusat (CLQ) Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, Klang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/prn-muda-tanding-secara-solo-bawa-suara-rakyat/", "title": "PRN: MUDA tanding secara solo, bawa suara rakyat", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi secara solo tanpa kerjasama dengan parti politik lain.\n\n\nPresiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pihaknya enggan bekerjasama dengan kuasa besar yang hanya menjanjikan jawatan tanpa menghiraukan hak rakyat.\n\n\n\u201cSebab itu MUDA membuat pendirian untuk fokus membawa politik baru. Tidak gun akita diberikan kerusi, diberikan jawatan dalam kerajaan atau dijanjikan jawatan selepas pilihan raya negeri tetapi akhirnya agenda rakyat, idealisme itu dilupakan dan digadaikan terus. Tadi saya dah kongsikan dulu kata lain, kini buat lain. So buat apa ada jawatan, korbankan prinsip tetapi rakyat dilupakan. Jadi janganlah sebelum kata lain kini buat lain,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Syed Saddiq, pihaknya lebih mementingkan hak rakyat diperjuangkan berbanding kemenangan kerusi yang hanya menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada sistem politik negara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertemuan Nik Abduh dengan Anwar punca nama tidak dicalonkan\n\n\n\n\n\n\nPN umum senarai MP pegang portfolio sebagai pembangkang di Parlimen\n\n\n\n\n\n\n\u201cJangan butakan mata mahasiswa\u201d \u2013 Syed Saddiq\n\n\n\n\n\n\nPM mahu individu punya pandangan, matlamat sama tadbir FELDA\n\n\n\n\n\n\nHasrat PH tawan Kedah tidak realistik \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas beliau, perkara yang dijanjikan tidak pernah dikotakan, yang mana masih ada lagi lantikan di kalangan ahli keluarga dalam kerajaan serta gejala rasuah yang semakin berleluasa.\n\n\nKatanya, pada PRN kali ini, para pengundi diharap dapat menghantar pesanan kepada kuasa besar hari ini untuk tidak mengambil mudah undian mereka.\n\n\nPada masa sama, pihaknya akan membawa agenda politik baru di mana tiada lagi perbalahan yang hanya memecahkan rakyat serta untuk kepentingan sendiri.\n\n\nBeliau berkata sudah sampai masanya politik negara memfokuskan kepada perjuangkan isu rakyat untuk membawa negara lebih ke depan seperti mewujudkan dasar ekonomi yang jelas.\n\n\nSebelum ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Muar membuat permohonan usul tergempar bagi membincangkan isu skandal kapal tempur pesisir (LCS) di Dewan Rakyat namun ditolak oleh pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/subsidi-menyeluruh-dimansuh-berperingkat-kepada-subsidi-bersasar/", "title": "Subsidi menyeluruh dimansuh berperingkat kepada subsidi bersasar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerajaan kini secara berperingkat memansuhkan sistem subsidi menyeluruh ke arah sistem subsidi bersasar, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.\n\n\nBeliau berkata, peralihan fasa ke fasa ke arah sistem subsidi yang disasar memerlukan pembiayaan dan dasar fiskal yang betul.\n\n\n\u201cSubsidi menyeluruh sudah menjadi ciri dalam ekonomi Malaysia selama beberapa dekad. Bukan perkara mudah untuk cuba perlahan-lahan membawa semua orang untuk menghapuskan sistem subsidi menyeluruh tetapi kerajaan telah melakukannya.\n\n\n\u201cSaya berasa amat lega kerana kita telah mengambil langkah itu dan teguh bertahan dalam tempoh enam bulan lalu. Bagi subsidi elektrik ia telahpun dilakukan dan seterusnya kita akan beralih kepada subsidi diesel dan petrol. Ia juga merupakan satu cabaran untuk mencapai keseimbangan antara pembiayaan dan keupayaan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPDRM sekat sindiket tipu pelaburan kad SIM\n\n\n\n\n\n\nAMANAH bertanding di 31 DUN, Mahfuz di Alor Mengkudu\n\n\n\n\n\n\nBersatu akui pelawa Khairy bertanding pada PRN Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nOrang asli kesal, mohon maaf kepada Sultan Johor\n\n\n\n\n\n\nTiada pindaan rancangan pengeluaran penuh 55, 60 tahun \u2013 KWSP\n\n\n\n\n\n\n\n\nRafizi berkata demikian pada sesi peringkat menteri mengenai \u201cPolicies and Pathways for Sustainable Asia\u201d di persidangan Energy Asia 2023 yang berlangsung, di sini pada Isnin \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/sumbangan-tunai-rahmah-disalur-bermula-hari-ini/", "title": "Sumbangan tunai Rahmah disalur bermula hari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Rata-rata rakyat Malaysia daripada golongan B40 meluahkan rasa syukur dan lega apabila bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa tiga yang membabitkan peruntukan lebih RM2 bilion telah mula disalurkan hari ini kepada individu yang layak.\n\n\nPemberian itu telah dipercepatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mengambil kira sambutan Hari Raya Aidiladha Khamis ini berbanding perancangan awal pada Julai.\n\n\nMenurut data Kementerian Kewangan (MOF) lebih lapan juta golongan B40 bakal menerima STR fasa tiga yang disalurkan secara berperingkat dan penerima akan menerima antara RM100 hingga RM1,300 mengikut kelayakan masing-masing.\n\n\n\u201cAlhamdulillah, pagi tadi ada semak dalam sistem tertera permohonan telah lulus dengan bantuan keseluruhan sebanyak RM2,000 dan kali ini pada Fasa 3 akan terima RM600, cuma setakat ini masih belum masuk ke dalam akaun sahaja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCalon Timbalan Menteri dimuktamadkan dalam masa terdekat\n\n\n\n\n\n\nDemimu Ayah\u2026 gendong bapa sempurnakan tawaf\n\n\n\n\n\n\nGenting Hong Kong Tidak Mampu Bayar Hutang 3 Bank Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPasar Borong Borneo Tunjukkan Kebudayaan Kaum\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir saman Anwar RM150 juta\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDengan wang ini boleh balik kampung di Kelantan dengan anggaran kos minyak dan tol sebanyak RM400 dan selebihnya untuk beli barangan keperluan dapur bagi persiapan hari raya nanti,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, pembuat kuih kecil-kecilan, Masniza Karia, 41, berkata wang tunai yang diterima itu akan dijadikan modal untuk membeli barangan keperluan berniaga dan perbelanjaan anak-anaknya yang masih bersekolah.\n\n\n\u201cWalaupun ramai kawan-kawan yang menggunakan sumbangan itu untuk persiapan hari raya, tetapi tidak bagi saya kerana sambutan Hari Raya Aidiladha tidaklah disambut meriah seperti Hari Raya Aidilfitri dan hanya diraikan secara sederhana sahaja.\n\n\n\u201cWang ini lebih dimanfaatkan untuk modal berniaga dan pengurusan sekolah serta barangan dapur untuk dua atau tiga bulan ini,\u201d katanya yang menerima bantuan sebanyak RM600.\n\n\nPenerima yang mempunyai akaun bank, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank hari ini\u00a0hingga 5 Julai manakala penerima yang tiada akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, kaedah bayaran adalah secara pembayaran tunai menerusi\u00a0cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) juga mulai hari ini (26 Jun).\n\n\nPada 22 Jun lepas MOF memaklumkan STR\u00a0fasa pertama dan kedua telah disalurkan, masing-masing pada Januari dan April lepas.\n\n\nKetiga-tiga fasa STR itu melibatkan peruntukan pembayaran berjumlah RM5 bilion dan pembayaran fasa keempat STR dijangka pada November ini. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/26/tindakan-zionis-bunuh-budak-dikecam-keras/", "title": "Tindakan Zionis bunuh Al-Tamimi dikecam keras", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Tindakan tentera zionis Israel yang membunuh kanak-kanak Palestin Mohammed Al-Tamimi yang berusia dua tahun telah dikutuk sekeras-keranya oleh Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA)\n\n\nPengerusinya, Azril Mohd Amin, berkata peristiwa yang tidak berperikemanusiaan itu telah menekan keperluan mendesak bagi menamatkan segera keganasan dan penindasan yang dihadapi kanak-kanak serta seluruh keluarga di Palestin.\n\n\n\u201cKehilangan mana-mana nyawa yang tidak berdosa, terutama kanak-kanak yang tidak berdaya, adalah satu tragedi yang mesti dikecam dengan sekeras-kerasnya.\n\n\n\u201cPembunuhan kanak-kanak adalah satu pelanggaran terhadap hak asasi dan bertentangan dengan semua prinsip kemanusiaan serta keadilan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSecara teorinya Muafakat Nasional sudah \u2018mati\u2019 \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nPembiaya dana dari AS didakwa dalang tuntutan Sulu \u2013 Azalina\n\n\n\n\n\n\nISMA konsisten sedarkan masyarakat perkara ancam akidah\n\n\n\n\n\n\nKemasukan pelancong China tingkatkan kes, tiada komplikasi teruk\n\n\n\n\n\n\nBelanda setuju serah 41 rangka keturunan Penang Woman\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPihak yang bertanggungjawab terhadap jenayah kejam ini mesti bertanggungjawab atas tindakan mereka dan keadilan mesti ditegakkan. Perlindungan mesti kanak-kanak dan orang awam, tanpa mengira kewarganegaraan mereka, harus menjadi keutamaan semua,\u201d katanya.\n\n\nAzril turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga kanak-kanak terbabit.\n\n\nTambahnya, Perbuatan kejam, ganas, dan mengerikan ini harus ditangani segera serta seluruh organisasi antarabangsa serta individu harus menggandakan usaha bagi menamatkan kekejaman Israel ini\n\n\n\u201cIa bagi memastikan keamanan yang adil dan berkekalan di rantau ini, di mana semua kanak-kanak boleh membesar dengan selamat, bermaruah dengan hak mereka dilindungi sepenuhnya, \u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, seorang kanak-kanak lelaki Palestin cedera akibat terkena tembakan Zionis Israel minggu lalu dilaporkan telah meninggal dunia akibat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/27/4-5-juta-bakal-hilang-pekerjaan-menjelang-2030/", "title": "4.5 juta bakal hilang pekerjaan menjelang 2030", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Seramai 4.5 juta rakyat Malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan menjelang tahun 2030, sekiranya mereka tidak meningkatkan kemahiran (upskilling) dan melaksanakan latihan semula (reskilling).\n\n\nMenteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, Forum Ekonomi Dunia 2020 memberi amaran bahawa kecerdasan buatan (AI) boleh menyebabkan berlakunya kemelesetan pasaran pekerjaan berikutan AI sudah digunakan untuk mengautomasikan tugas dalam pelbagai industri termasuk pembuatan, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan pelanggan.\n\n\n\u201cDalam laporan yang sama turut menyatakan bahawa untuk mengekalkan pekerjaan dalam tempoh dua tahun akan datang, 50 peratus pekerja perlu dilatih semula, dengan kemunculan Revolusi Perindustrian 4.0, wujud keperluan yang mendesak untuk kita mengubah tenaga kerja negara supaya menjadi tenaga kerja yang lebih mahir untuk kekal relevan.\n\n\n\u201cNamun, kita bernasib baik kerana pekerjaan yang baru muncul ini ialah pekerjaan yang boleh digabungkan dengan teknologi dan keperluan meningkatkan kemahiran bukan sahaja untuk kemajuan atau perubahan kerjaya, tetapi untuk kekal dalam pekerjaan,\u201d katanya dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran dan Apresiasi Industry Driven Talent Acceleration Programme (ID-TAP) 2023 di Pusat Pembangunan Sumber Manusia Selangor (SHRDC), pada Isnin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTak salah lantik ahli keluarga jika layak \u2013 Mufti Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bunuh rakyat, benar penjualan mercun \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nKerajaan cadang guna helikopter bomba sebagai ambulans\n\n\n\n\n\n\nMukhriz Dakwa Keputusan Tanam Durian Dibuat Ahmad Bashah\n\n\n\n\n\n\nPRN enam negeri diadakan serentak\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerikutan itu, Sivakumar berkata, kementeriannya menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) mewujudkan ID-TAP yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan melatih semula 900 pekerja dalam negara berdasarkan keperluan industri.\n\n\nUntuk inisiatif tersebut, Sivakumar berkata, sebanyak RM7.2 juta diperuntukkan bagi peserta yang merupakan mereka yang bekerja dan akan dilengkapkan dengan pengetahuan dan kecekapan yang diperlukan oleh industri seperti mekatronik, kejuruteraan elektrik dan elektronik, analisis data serta teknologi maklumat.\n\n\n\u201cSasaran kerjasama ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula 900 pekerja berdasarkan keperluan industri dalam memacu ekonomi negara.\n\n\n\u201cAntara kumpulan bakat yang disasarkan adalah pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja selama lima tahun dan ke bawah bagi meningkatkan kemahiran dan melatih semula para pekerja tersebut mengikut keperluan industri,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, setakat ini pihaknya telah memberi kelulusan kepada 627 peserta antaranya Kedah sebagai yang tertinggi iaitu 177, Selangor (88) dan Negeri Sembilan (75) yang akan dilatih di bawah program itu.\n\n\nSivakumar berkata mereka yang berminat mengikuti program tersebut boleh memohon menerusi industri ataupun syarikat dan pusat pembangunan kemahiran negeri serta perlu melalui beberapa proses di peringkat penyedia latihan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/27/awas-jangan-muat-turun-pink-whatsapp/", "title": "Awas, jangan muat turun\u201c Pink Whatsapp\u201d", "body": "0\n\n\nBANGI- Selasa \u2013 Orang ramai diingatkan untuk lebih berwaspada apabila menerima sebarang jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi berbahaya yang dikenali sebagai \u201cPink WhatsApp\u201d.\n\n\nSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata aplikasi berkenaan berupaya menimbulkan risiko keselamatan yang serius.\n\n\nMCMC dalam kenyataannya memaklumkan aplikasi itu diiklankan secara palsu untuk menawarkan ciri-ciri keselamatan dan privasi yang lebih baik, halaman muka boleh ditempah mengikut keinginan dan mempunyai keupayaan untuk menghantar fail yang lebih besar berbanding aplikasi WhatsApp yang popular.\n\n\nMemetik BERNAMA, bagaimanapun, selepas dimuat turun aplikasi berkenaan boleh mengakses pelbagai item di dalam telefon pintar pengguna seperti foto, mesej SMS dan senarai kenalan, yang menimbulkan risiko keselamatan yang serius.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHadi disiasat Akta Hasutan berhubung hantaran berbaur perkauman\n\n\n\n\n\n\nPDRM nafi Datuk Ayob Khan miliki akaun TikTok\n\n\n\n\n\n\nMUDA desak kerajaan batal projek PJD Link\n\n\n\n\n\n\nKes Taun Kini Dikesan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\nMUDA, PSM dan PRM kalah semua kerusi dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPengguna mungkin menerima mesej dan pautan yang kelihatan seperti daripada WhatsApp yang menjemput mereka untuk mencuba aplikasi baharu itu,\u201d menurut MCMC sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi itu dan segera memadamkannya jika ia sudah ada pada peranti mudah alih mereka.\n\n\nSemua pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan \u201cPink WhatsApp\u201d kepada portal Aduan MCMC di\u00a0\nhttps://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main\n atau talian hotline Aduan di 1800-188-030.\n\n\nMCMC juga mengesyorkan agar orang ramai hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada aplikasi rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store dan Galeri Apl Huawei."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/27/hampir-tiga-juta-jemaah-berwukuf-hari-ini/", "title": "Hampir tiga juta jemaah berwukuf hari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nSeramai 31,600 orang jemaah Malaysia kini sudah pun berada di Arafah untuk berwukuf hari ini.\n\n\nBagi kemuncak ibadah haji,\u00a0 jemaah Malaysia adalah antara hampir tiga juta Duyufurrahman dari seluruh dunia untuk bermunajat pada hari doa mustajab.\n\n\nPergerakan ke Arafah bermula semalam \u2013 perjalanan dari Makkah ke Arafah adalah sejauh \n21.9 kilometer (km).\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPR Saran Pengundi Datang Lebih Awal\n\n\n\n\n\n\nPerlis Benar Masjid Rapat Saf Solat Berjemaah\n\n\n\n\n\n\nRM100 juta bantuan segera kepada Kelantan, Terengganu\n\n\n\n\n\n\nSistem Tebatan Banjir Di Selangor Perlu Diberi Perhatian\n\n\n\n\n\n\nKes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022\n\n\n\n\n\n\n\n\nJemaah dibawa secara berperingkat dari seawal jam 7:00 pagi waktu tempatan dengan 21 bas disediakan untuk mengangkut jemaah daripada maktab masing-masing.\n\n\nSecara keseluruhannya sembilan maktab daripada 12 lokasi penginapan menempatkan jemaah Malaysia di Makkah.\n\n\nPemergian jemaah ke Arafah turut disantuni \nKetua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, di Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Makkah, Abraj Al-Janadriyah.\n\n\nMemetik Berita Harian Syed Saleh berkata, petugas haji\u00a0 akan melakukan pemeriksaan dari bilik ke bilik di semua bangunan penginapan dan di Masjidil Haram serta kawasan sekitarnya bagi memastikan tiada jemaah yang \u2018tercicir\u2019 dibawa untuk berwukuf.\n\n\nKetua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.\n\n\nSementara itu, hari ini adalah hari yang digalakkan berdoa dan doa mustajab.\n\n\nMenurut Pendakwah bebas, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi, wukuf di\u00a0 Arafah pada 1444 Hijrah\u00a0 bersamaan hari ini bermula jam 5:23 petang sehingga 12 :06 minit waktu Malaysia.\n\n\nKatanya dalam hantaran facebook beliau, waktu wukuf pada kali ini ialahyang terpanjang iaitu selama 7 jam 17 minit.\n\n\nIa satu fenomena yang jarang berlaku dan berlaku lagi pada 33 tahun akan datang.\n\n\nCuaca pada hari ini dikatakan boleh mencecah 44 darjah Celcius.\n\n\nMenurut media rasmi dua Masjid suci orang Islam, Haramain Sharafain, Presiden Masjidil Haram, \nSheikh Abdul Rahman Sudais turut mengarahkan pemasangan kipas berair di dinding bagi menurunkan suhu panas yang dijangka berlaku.\n\n\nKhutbah pada hari Arafah akan dibacakan oleh\u00a0 Sheikh Dr Yousuf bin Muhammad Bin Saeed dari mimbar masjid Al Namirah di Arafah.\n\n\nSheikh Dr Yousuf bin Muhammad Bin Saeed akan membaca khutbah Arafah dari Masjid Al-Namirah\n\n\nKhutbah Arafah boleh didengari oleh seluruh jemaah dan umat Islam di dunia dalam 20 bahasa.\n\n\nSelepas berwukuf, jemaah kemudian akan meneruskan bermalam di Muzdalifah selepas Maghrib diiringi ibadah melontar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/27/kemenangan-ahmad-amzad-di-parlimen-kuala-terengganu-dibatalkan/", "title": "Mahkamah batal kemenangan PAS di Parlimen Kuala Terengganu", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini membatalkan kemenangan calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu, Mohd Zubir Embong.\n\n\nKeputusan dibuat Hakim Mohd Firuz selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan wajar kaji semula pemansuhan pelepasan cukai SSPN\n\n\n\n\n\n\nLebih 300 pegawai polis ditukar akibat masalah disiplin sejak 2018\n\n\n\n\n\n\nLonggokan Sisa Kayu Berpunca Daripada Fenomena \u2018Kepala Air\u2019\n\n\n\n\n\n\nAhli PKR Pertama Kali Dilantik Menteri Membimbangkan \u2013 Tian Chua\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tegas tolak kebobrokan, tebus semula maruah bangsa \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, mahkamah membatalkan dan menolak petisyen BN bagi mencabar keputusan PRU15 Parlimen Marang yang dimenangi calon PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.\n\n\nPetisyen itu difailkan calon BN, Jasmira Othman pada 3 Januari lalu.\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu dan mengarahkan pempetisyen membayar kos sebanyak RM50,000 kepada responden.\n\n\nKeputusan itu diambil setelah mahkamah mendapati pihak pempetisyen gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.\n\n\nPerkembangan keputusan itu akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh terdekat.\n\n\nPada 3 Januari lalu, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/27/malaysia-lakar-kemenangan-dalam-kes-tuntutan-kumpulan-sulu/", "title": "Malaysia lakar kemenangan dalam kes tuntutan kumpulan Sulu", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda hari ini menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu.\n\n\nKeputusan itu diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam lawatan rasmi dua hari ke Laos bermula semalam, sebelum beliau berlepas pulang.\n\n\n\u201cMenang, Alhamdullillah. Dapat menamatkan satu episod yang tidak baik untuk negara\u00a0yang mencabar kedaulatan Malaysia. Mereka gagal, kita syukur Alhamdulillah,\u201d\u00a0katanya kepada media Malaysia di Vientiane.\n\n\nAward itu telah diberikan oleh penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa pada 28 Feb 2022 kepada lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan\u00a0Sulu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin nafi dakwaan KDN beri kerakyatan kepada warga China\n\n\n\n\n\n\nNik Razi, adik Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nZahid gagal dapat pasport secara kekal\n\n\n\n\n\n\nKedah jadi tumpuan kerajaan noktah miskin tegar\n\n\n\n\n\n\nFenomena Banjir Gelombang Kedua\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award itu, kumpulan Sulu terbabit telah dilaporkan cuba menyita aset Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada kedutaannya di negara itu).\u00a0 \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/27/sivaraj-letak-jawatan-isytihar-keluar-mic/", "title": "Sivaraj letak jawatan, isytihar keluar MIC", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Ketua Cawangan MIC Taman Bukit Kuchai Baru, Datuk Sivaraj Chandran meletak jawatannya serta mengisytiharkan keluar parti itu hari ini.\n\n\nPeletakan jawatan itu dibuat kerana mendakwa tidak mampu lagi bertahan dengan pelbagai sekatan yang dilakukan MIC terhadapnya.\n\n\n\n\n\u201cLebih baik saya keluar parti demi menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Negara tanpa sebarang halangan atau sekatan daripada mana-mana pihak terutamanya kepimpinan MIC.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKhairy mula tugas di Hot FM 15 Februari ini\n\n\n\n\n\n\nKenaikan Harga Sayur Sehingga 100 Peratus, Namun Dijangka Bersifat Sementara\n\n\n\n\n\n\nTanah Rizab Melayu menurun di tiga negeri antara tahun 2021-2022\n\n\n\n\n\n\n50 penghantar makanan serah memorandum bantahan kepada Foodpanda\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi iktiraf jemaah haji Malaysia berdisiplin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBeberapa peristiwa berlaku di bawah pentadbiran Presiden MIC, Tan Sri S.A Vigneswaran membuatkan saya membuat keputusan ini,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau berkata, keputusan diambil memandangkan ada pihak yang menganggap dirinya sebagai ancaman dalam parti.\n\n\n\u201cLebih buruk lagi, saya disekat dengan pelbagai cara daripada menerusian khidmat bakti saya kepada masyarakat dan negara. Jika perkara ini terus berpanjangan, kemungkinan ia mendorong kepada perpecahan dalam kalangan ahli parti.\n\n\n\u201cSejujurnya, saya tidak mahu menjadi punca parti ini terus berpecah akibat perbezaan pandandan dan pendekatan,\u201d katanya lagi.\n\n\nUntuk rekod, sejak menyertai MIC hampir 20 tahun lalu, Sivaraj memegang beberapa jawatan penting seperti Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Naib Presiden, calon pilihan raya, Ahli Parlimen dan terkini Ahli Dewan Negara.\n\n\nMalaysiaGazette sedang berusaha mendapatkan Presiden MIC Vigneswaran berhubung perkara yang sama. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/27/the-hague-putuskan-hari-ini-permohonan-award-rm62-59bil-kumpulan-sulu/", "title": "The Hague putuskan hari ini permohonan award RM62.59bil kumpulan Sulu", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0 Hari ini\u00a0 Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda bakal memutuskan permohonan kumpulan Sulu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan award sebanyak US$14.9 bilion\u00a0 atau bersamaam RM62.59 bilion terhadap Malaysia yang dikatakan diperoleh melalui proses timbang tara pada Februari tahun lalu.\n\n\nMahkamah itu juga akan memutuskan sama ada award akhir yang dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara Sepanyol, Dr Gonzalo Stampa pada tahun 2022 kepada lapan individu yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu boleh dikuatkuasakan di Belanda.\n\n\nMemetik BERNAMA dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award akhir sebanyak US$14.9 bilion itu, kumpulan Sulu dilaporkan cuba merampas aset syarikat minyak Malaysia, PETRONAS di Luxembourg, aset di Belanda dan juga menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada kedutaannya).\n\n\nPada 19 April lalu, Sekretariat Khas Sulu dalam satu kenyataan berkata, Mahkamah Rayuan The Hague mendengar hujahan daripada kerajaan Malaysia dan pihak yang menuntut semasa prosiding yang diadakan pada 17 April.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nmyIDENTITY bantu SPA saring maklumat tepat pemohon\n\n\n\n\n\n\nHanya Bank Negara boleh beri jawapan OPR naik atau tidak\n\n\n\n\n\n\nKeputusan hakim sokong permohonan, bangkitkan semula pengaruh Najib\n\n\n\n\n\n\nPolis kenal pasti 190 kawasan panas di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nTiada Lagi PKP Di Seluruh Negara, Termasuk Pada Aidilfitri Ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemasa prosiding, Malaysia mengemuka pembelaan permohonan pihak Sulu itu untuk pengiktirafan dan penguatkuasaan award akhir yang dikeluarkan secara tidak sah di sisi undang-undang oleh Stampa, adalah terbatal dan permintaan mereka tidak boleh diterima dan oleh itu, mesti ditolak.\n\n\nSekretariat itu juga menyebut Malaysia komited dalam melindungi kedaulatannya dan menegakkan proses timbang tara di peringkat antarabangsa serta berhasrat untuk mendedahkan percubaan kotor kumpulan Sulu, bagi menguatkuasakan award palsu yang terbatal dan tidak sah itu.\n\n\n\u201cIni satu percubaan untuk memeras ugut sebuah negara berdaulat dan kewujudan berterusan award palsu itu telah mencemar reputasi sistem timbang tara yang dihormati di peringkat global,\u201d katanya.\n\n\nPada 14 Jun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setakat ini, penuntut Sulu telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia di empat buah negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda dan Kerajaan Malaysia telah dan sedang mengambil pelbagai tindakan balas perundangan terhadap mereka.\n\n\nBeliau berkata, hasil daripada usaha, kerajaan Malaysia menerima berita baik apabila Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan membenarkan Malaysia mencabar sebahagian award yang diputuskan oleh Stampa.\n\n\nKeputusan Mahkamah Rayuan Perancis pada 6 Jun lalu itu satu kejayaan penting dan signifikan bagi Malaysia sekali gus membuktikan kesungguhan serta ketegasan kerajaan Malaysia dalam mendepani isu berkenaan, katanya.\n\n\nPada 6 Jun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata keputusan itu bermakna penuntut tidak boleh bergantung kepada award yang diputuskan di Perancis itu untuk sebarang tujuan.\n\n\n\u201cMahkamah Rayuan Paris juga mendapati penimbang tara (Stampa) terkhilaf dalam melaksanakan bidang kuasanya.\n\n\n\u201cKeputusan ini juga, yang muktamad serta mengikat, satu kemenangan yang nyata buat Malaysia dalam perjuangannya untuk mendapatkan remedi dari segi perundangan dan Malaysia yakin penuntut serta pembiaya mereka akan kalah,\u201d katanya.\n\n\nMenteri itu berkata, apa yang lebih penting ialah keputusan itu membayangkan Mahkamah Rayuan Paris akan membatalkan award akhir dan kerajaan Malaysia kini berusaha agar pembatalan itu direkodkan dalam keputusan mahkamah secepat mungkin yang akan menggagalkan usaha penuntut untuk menguatkuasakan award itu di seluruh dunia.\n\n\nPada 2019, kumpulan itu membawa perkara berkenaan kepada penimbang tara Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan British pada 1878.\n\n\nStampa, yang dilantik oleh penuntut itu pada 28 Februari 2022 membuat keputusan yang berpihak kepada mereka dan mengeluarkan award akhir sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia hasil daripada timbang tara tidak sah kepada lapan, pihak yang menuntut walaupun sebelum ini pembatalan pelantikannya sebagai penimbang tara oleh mahkamah Sepanyol.\n\n\nKumpulan itu kemudian membawa kes berkenaan ke Mahkamah Paris dan pada 14 Mac lalu, Mahkamah Rayuan Paris telah mengekalkan perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia terhadap penguatkuasaan award itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/28/minta-ganjaran-demi-undi-parti-tertentu-tanda-normalisasi-rasuah/", "title": "Minta ganjaran demi undi parti tertentu tanda normalisasi rasuah", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tindakan sering meminta ganjaran oleh anak muda bagi mengundi parti tertentu ketika pilihan raya dianggap tanda menormalisasi budaya rasuah yang berlaku dalam negara.\n\n\nKetua Pemuda BERJASA, Mohd Fahmi Bazlan berkata konsep mengundi dengan mendapat ganjaran tertentu daripada parti yang bertanding sudah terpalit dalam kalangan anak muda.\n\n\n\u201c\u2019Permintaan ini yang saya bimbang kerana apabila anak muda ataupun rakyat Malaysia sendiri yang hari ini sudah pun terpalit dengan budaya \u201cundi dapat apa\u201d. Kalau saya undi PN, PN boleh bagi apa? Saya undi PH, PH, boleh bagi apa?\n\n\n\u201cPermintaan ini adalah sesuatu yang sangat buruk, sangat berbahaya, sangat berisiko, kerana apabila kita menuntut sesuatu dengan pemberian, maka itu dah dijadikan sebagai satu budaya rasuah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada wawasan akhirat jika bersara atas faktor usia \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nFahmi nafi halang Ridhuan Tee muncul di televisyen\n\n\n\n\n\n\nGolongan T20 tidak akan terima subsidi haji, elektrik\n\n\n\n\n\n\nBanyak kesan negatif nikotin bukan lagi dalam senarai racun\n\n\n\n\n\n\nTidak hantar anak ke sekolah, KPM terus nasihati ibu bapa\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau kita melihat realiti hari ini, anak muda sudah \u2018meminta\u2019. Maka sebenarnya mereka sudah terikut-ikut dengan budaya rasuah.\u201d\n\n\nSelain itu katanya, ada anak muda yang tidak tahu bahawa rakyat sudah boleh mula mengundi ketika berumur 18 tahun.\n\n\nKatanya, pihak kerajaan tidak mempunyai mekanisme yang efisien untuk mendekati golongan pengundi muda dan membawa mereka ke pusat mengundi bagi menjalankan tanggungjawab.\n\n\nMenurut Fahmi, mengundi dianggap oleh anak muda sebagai satu beban sedangkan ia satu kewajiban setiap warganegara.\n\n\n\u201cRamai yang melihat menunaikan tanggungjawab mengundi itu adalah satu beban. Beban yang memerlukan mereka korbankan masa, perlu belanja, beratur panjang, dan perlu mengembara memerlukan beberapa komitmen untuk pergi mengundi.\n\n\n\u201cJadi bagi anak muda mereka nak kan sesuatu yang mudah. Bila berdepan dengan sedikit kesukaran tanpa kesedaran, perkara ini takkan berlaku, pengorbanan itu takkan datang,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/28/muda-dakwa-disisih-anwar-ph/", "title": "MUDA dakwa disisih Anwar, PH", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 MUDA mendakwa, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) telah mengabaikan parti itu apabila tiga surat berkenaan permintaan untuk mesyuarat ringkas tidak dibalas.\n\n\nPresiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution juga memperlekeh mereka dengan menyatakan tiada masa untuk membaca surat tersebut.\n\n\n\u201cBukan sahaja kami dibiarkan tergantung, malah diperlekehkan apabila Setiausaha Agung Pakatan Harapan menjawab bahawa dia tiada masa untuk membaca surat kami.\n\n\n\u201cIni di sebalik hakikat, pejabat beliau pada mulanya bersetuju untuk berjumpa tetapi kemudian membatalkan sekali lagi pada saat-saat akhir,\u201d kata Syed Saddiq dalam satu kenyataan pada Selasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBazar raya Usrah Khadijah bantu golongan tidak berkemampuan\n\n\n\n\n\n\nPengundi dinasihat tolak parti main isu 3R \u2013 Hafidzah\n\n\n\n\n\n\nGaji penjawat awam bakal dinilai semula\n\n\n\n\n\n\nTun M banyak khilaf dengan PAS, tapi ambil titik persamaan \u2013 Hadi\n\n\n\n\n\n\nGerakan Islam Perlu Bersama Susun Gerak Kerja Berdepan Musuh \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nSyed Saddiq berkata demikian bagi menyangkal dakwaan veteran DAP, Lim Kit Siang bahawa MUDA membuat keputusan tergesa-gesa untuk bertanding solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Anwar.\n\n\n\n\nMy response to Tan Sri Lim Kit Siang. \npic.twitter.com/V1iqSyPdCX\n\n\n\u2014 Syed Saddiq (@SyedSaddiq) \nJune 28, 2023\n\n\n\n\nMenurut Syed Saddiq, beliau juga telah cuba menghubungi Anwar dan pegawainya beberapa kali tetapi tidak berjaya.\n\n\n\u201cKami bukan meminta jawatan GLC yang lumayan seperti kebanyakan yang lain dalam kerajaan hari ini. Kami bukan\u00a0 meminta kontrak.\n\n\n\u201cKami hanya mahukan satu mesyuarat supaya kami boleh mencadangkan jalan bergerak ke hadapan untuk membina Malaysia yang benar-benar berbilang kaum, agama, sederhana dan berpaksikan reformasi.\n\n\n\u201cKamu mahu pembaharuan, Tan Sri? MUDA juga mahukannya,\u201d kata Syed Saddiq.\n\n\nPada Selasa, Kit Siang berkata, MUDA seharusnya bekerjasama dengan kerajaan perpaduan Anwar dalam enam PRN pada bulan Ogos nanti bagi memastikan usaha reformasi dapat diteruskan.\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, kerajaan Anwar tidak mempamerkan pembaharuan, justeru MUDA terpaksa berperanan lebih besar dalam semak dan seimbang.\n\n\nKatanya, kepincangan masih belum ditangani dengan jawatan GLC masih digunakan sebagai ganjaran politik dan tiada peruntukan yang adil untuk semua ahli Parlimen.\n\n\nMenurut Syed Saddiq, kerajaan masih belum menetapkan had penggal untuk perdana menteri dan tiada pemisahan portfolio Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.\n\n\nMonopoli dan konsesi utama, katanya, berterusan manakala undang-undang yang menindas masih dikekalkan.\n\n\n\u201cSenarai janji-janji palsu tidak berkesudahan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/28/shabery-cheek-dilantik-pengerusi-felda-baharu-mulai-1-julai/", "title": "Shabery Cheek dilantik Pengerusi Felda baharu mulai 1 Julai", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi baharu berkuat kuasa 1 Julai ini.\n\n\nFelda memaklumkan, pelantikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu mampu meneruskan kesinambungan usaha transformasi yang telah berjalan selama ini demi kemaslahatan warga peneroka serta generasi baharu.\n\n\n\u201cFelda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Idris Jusoh yang menamatkan perkhidmatan sebagai Pengerusi pada 30 Jun ini.\n\n\n\u201cSepanjang tiga tahun perkhidmatan, Idris telah mengangkat Felda kembali gemilang dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi serta warga peneroka,\u201d katanya menerusi kenyataan pada Rabu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAlasan Ketua Polis Negara tak logik \u2013 Hamzah\n\n\n\n\n\n\nIsu agihan kerusi PN di enam negeri selesai 95 peratus\n\n\n\n\n\n\nKluster Mahkamah bukan sekadar wayang politik\n\n\n\n\n\n\nAG saran teks BM jadi versi rasmi Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\nPotongan 30% cukai taksiran kediaman di Putrajaya bawah RM300,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu Felda memaklumkan, antara kejayaan besar yang dicapai sepanjang Idris menerajui organisasi itu adalah peningkatan produktiviti ladang peneroka daripada 17.29 tan per hektar pada 2021 kepada 19.43 tan per hektar tahun berikutnya.\n\n\nMenurutnya, peningkatan tersebut secara langsung telah meningkatkan pendapatan warga peneroka.\n\n\nFelda menjelaskan, Idris turut memperkasakan pendidikan generasi baharu dengan memperkenalkan inisiatif Felda Digital Maker Hub: Coding & Robotic, smart classroom serta menaik taraf Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda sebagai sebuah MRSM Ulul Albab.\n\n\n\u201cInisiatif-inisiatif ini memberi peluang kepada generasi baru Felda untuk mendapat pendidikan berkualiti yang mampu meningkatkan mobiliti sosial mereka.\n\n\n\u201cBeliau juga telah membawa paradigma baharu yang menyokong peneroka menjadi komuniti dengan memberi berbanding menerima.\n\n\n\u201cSeluruh warga Felda mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan atas segala sumbangan Tan Sri serta mengalu-alukan kehadiran Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi yang baharu,\u201d menurut kenyataan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/28/tidak-sentuh-3r-rukun-negara-nak-letak-mana-sanusi/", "title": "Tidak sentuh 3R, Rukun Negara nak letak mana? \u2013 Sanusi", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tiga (R) iaitu agama, kaum dan institusi diraja dianggap perkara tidak seharusnya ditinggalkan berikutan ia sudah termaktub dalam Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Rukun Negara merangkumi semua perkara itu termasuk institusi diraja dan agama.\n\n\n\u201cKalau sentuh 3R adalah tindakan melampau, habis tu nak buang mana Rukun Negara?\n\n\nDalam Perlembagaan jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Adakah kita kena buang (Rukun Negara selepas Menteri Dalam Negeri keluar arahan jangan sentuh isu 3R)?\u201d katanya selepas Majlis Penyerahan Rasmi Kenderaan Menteri Besar dan EXCO kerajaan negeri, di Alor Setar, hari ini.\n\n\nSemua EXCO Kerajaan Negeri Kedah hari ini membuat penyerahan kenderaan rasmi kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato\u2019 Seri Norizan Khazali di Wisma Darul Aman.\n\n\nJelas Sanusi, Rukun Negara ditubuhkan sebagai tindak balas kepada rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 bagi menjadi rujukan semua rakyat Malaysia.\n\n\n\u201cKegagalan untuk menyemai semangat nasionalisme telah membawa kepada tragedi 13 Mei, justeru Rukun Negara diwujudkan sebagai titik rujukan tentang apa yang membentuk negara.\n\n\n\u201cCakap pasal agama, bangsa, raja semua tidak boleh, padahal itu semua dalam rukun negara. Jadi mereka buang Rukun Negara\u2026orang lain buat semua salah, mereka buat tak apa, rujuk sahaja Rukun Negara, itu jawapan saya,\u201d ujarnya.\n\n\nTerdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, jika perkara sedemikian berlaku menjelang PRN tidak lama lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang.\n\n\nMalah, mereka boleh disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/28/tindakan-muda-tanding-solo-prn-sia-sia-tun-m/", "title": "Tindakan Muda tanding solo PRN sia-sia \u2013 Tun M", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri disifatkan sebagai tindakan yang sia-sia sekiranya tidak mampu membentuk kerajaan.\n\n\nPengerusi Proklamasi Orang Melayu (POM), Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang akan meletakkan calon di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak mengubah keputusan dalam pembentukan kerajaan.\n\n\n\u201cKalau MUDA gerak solo dan bertanding dalam beberapa kerusi sahaja, apa yang boleh mereka buat dengan jumlah yang sedikit.\n\n\n\u201cNiat kita (bertanding) untuk tubuh kerajaan. Kalau letakkan cukup calon dan menang, boleh jadi kerajaan,\u201d katanya pada sidang media khas, di Sepang, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan SOP pengembara China esok\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak membenarkan sistem beraja diperolok\n\n\n\n\n\n\nTun M sedia kembali bersama Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nBeri PReP kepada pasangan homoseksual untuk elak HIV adalah subahat -Mufti\n\n\n\n\n\n\n688 permohonan diterima libat anak lahir di luar negara \u2013 KDN\n\n\n\n\n\n\n\n\nIsnin lalu, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumukan partinya akan bergerak secara solo dengan kekuatan sendiri dalam menghadapi PRN akan datang.\n\n\nBeliau mendakwa niat parti untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) diperlekehkan dan tidak dilayan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/28/tun-mahathir-tidak-bertanding-pada-prn/", "title": "Tun Mahathir tidak bertanding pada PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.\n\n\nBagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata,\u00a0beliau akan memberikan sokongan aktif terhadap mana-mana gerakan untuk memperkukuh orang Melayu sempena PRN itu.\n\n\n\u201cSaya tidak akan bertanding dalam pilihan raya dan objektif saya bukan untuk menjadi Perdana Menteri lagi,\u201d kata beliau pada\u00a0sidang media di Sepang, Selangor sekembalinya ke tanah air dari luar negara hari ini.\n\n\nEnam negeri akan mengadakan PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Dato Malik\u2019 di tahan SPRM di bawah AMLA\n\n\n\n\n\n\nMenteri Agama arah JAWI siasat perarakan LGBTQ\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat Dewan Rakyat berlangsung pada 19 dan 20 Disember\n\n\n\n\n\n\nSubsidi bersasar atasi masalah ketirisan dan bekalan\n\n\n\n\n\n\nMas Ermieyati dilantik Pengerusi PAC\n\n\n\n\n\n\n\n\nDewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Selangor sudah dibubarkan masing-masing pada 22 Jun dan 23 Jun lalu, Kedah, Terengganu dan Pulau Pinang dibubarkan hari ini\u00a0manakala DUN Negeri Sembilan akan dibubar pada 1 Julai.\n\n\nMengulas hasrat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga bekas Perdana Menteri untuk berjumpa dengannya, Dr Mahathir berkata,\u00a0pertemuan hanya boleh dilakukan selepas\u00a0Hari Raya Aidiladha yang\u00a0akan disambut esok.\n\n\nSemalam, Muhyiddin dilaporkan berkata akan bertemu Dr Mahathir\u00a0dalam masa terdekat untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu. \u2013\u00a0BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/28/umno-ph-berebut-jawatan-mb-di-negeri-sembilan/", "title": "UMNO-PH \u2018berebut\u2019 jawatan MB di Negeri Sembilan", "body": "0\n\n\nAIR yang tenang jangan disangka tiada buaya.\n\n\nMungkin peribahasa ini paling sesuai untuk menggambarkan situasi politik semasa yang berlaku di Negeri Sembilan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.\n\n\nAtas kertas, Pakatan Harapan (PH) diramal tidak berdepan masalah untuk terus berkuasa di Negeri Sembilan, terutamanya dengan kerjasama erat bersama Barisan Nasional (BN).\n\n\nNegeri Sembilan boleh dianggap sebagai kubu kuat PH dan BN berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Korban\u2019 berkurangan dek kerana krisis ekonomi\n\n\n\n\n\n\nPolemik satu parti politik orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia mahu percaya cerita siapa?\n\n\n\n\n\n\nIbrah daripada ujian mangsa gempa Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\nRakyat bingung, menteri tak buat kerja hakiki\n\n\n\n\n\n\n\n\nPH menang 20 kerusi DUN masing-masing 11 (DAP), 6 (PKR) dan 3 (AMANAH) manakala BN menguasai 16 kerusi iaitu 15 (UMNO serta 1 (MIC).\n\n\nGabungan PAS, BERSATU dan GERAKAN dalam Perikatan Nasional (PN) yang bangkit dengan \u2018gelombang hijau\u2019 pada PRU15 cuba mengintai peluang untuk memecah dominasi PH-BN pada PRN yang dijangka berlangsung bulan Ogos ini.\n\n\nNamun, Sang Pekaka lebih berminat untuk mengulas tentang \u2018perebutan kuasa\u2019 antara PH dan BN atau lebih tepat PH dan UMNO berbanding parti gabungan PN.\n\n\nUMNO sudah lama bertapak dan berkuasa di Negeri Sembilan sebelum kalah mengejut kepada PH pada PRU14.\n\n\nTan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohammad Hassan merupakan dua tokoh terkenal yang memacu kejayaan Negeri Sembilan ketika memenang jawatan Menteri Besar.\n\n\nAminuddin (kanan) masih menyimpan hasrat untuk mempertahankan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan.\n\n\nJusteru, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak mempunyai masalah untuk meneruskan era kegemilangan Negeri Sembilan sebaik mengambil alih jawatan itu selepas PRU14.\n\n\nSudah tentu, Aminuddin mempunyai impian untuk mempertahankan jawatan itu jika PH-BN memenangi PRN kali ini.\n\n\nNamun, disebalik \u2019angan-angan\u2019 itu, tercetus khabar angin yang mendakwa Aminuddin bakal dicabar Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dari UMNO.\n\n\nPengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu dilaporkan sedang \u2019mengatur langkah\u2019 untuk merealisasikan impian tersebut.\n\n\nJalaluddin mungkin akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui yang ketika ini disandang Mohd Razi Mohd Ali.\n\n\nMohd Razi adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jelebu dan dikatakan sedia memberi laluan kepada Jalaluddin sekiranya diarahkan berbuat demikian.\n\n\nDesas-desus itu timbul berikutan Jalaluddin dilihat memiliki kelebihan kerana pernah menjadikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama dua penggal, Exco kerajaan negeri selain mempunyai pengalaman sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.\n\n\nJalaluddin juga antara Ketua Bahagian UMNO di negeri ini yang mengekalkan jawatan apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini.\n\n\nJalaluddin (kanan) menjadi pilihan UMNO untuk menggalas tugas Menteri Besar Negeri Sembilan.\n\n\nJadi, tidak hairan lah jika beliau \u2018berangan-angan\u2019 untuk memenang jawatan No. 1 di Negeri Sembilan itu jika BN mendominasi PRN kali ini.\n\n\nNamun, Sang Pekaka teruja untuk mengetahui nasib Aminuddin.\n\n\nAhli Parlimen Port Dickson dan ADUN Sikamat itu dikatakan setanding dengan bekas Menteri Besar, Mohd.\u00a0Isa\u00a0dan \u00a0Mohammad dalam usaha memajukan negeri tersebut.\n\n\nRakyat juga memerlukan pentadbiran kerajaan negeri yang mantap dan kompeten untuk meneruskan usaha membangunkan negeri berkenaan agar setanding dengan Selangor dan Kuala Lumpur\n\n\nAntara Aminuddin dan Jalaluddin, siapa pilihan orang-orang Negeri Sembilan.\n\n\nItupun jika PH-BN berjaya mempertahankan kemenangan mereka pada PN kali ini.\n\n\nJika sebaliknya, siapa pilihan untuk menjadi Menteri Besar dalam gabungan PN.\n\n\nSebelum ini, PN dilapor telah memuktamadkan calon Menteri Besar atau \u2018poster boy\u2019 mereka di Negeri Sembilan\n\n\nKetua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yakin mereka mampu merampas negeri ini terutamanya selepas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai mas\u2019ul atau koordinator.\n\n\n\n\nUntuk rekod, Negeri Sembilan kembali menjadi kubu kuat BN apabila parti itu berjaya merampas dua kerusi Parlimen pada PRU15 dan mempertahankan tiga kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum lalu.\n\n\nDua kerusi Parlimen yang berjaya dirampas daripada pembangkang pada PRU15 ialah Kuala Pilah menerusi calon BN, Datuk Adnan Abu Hassan dan Tampin melalui calon BN, Datuk Esam Mohd Isa.\n\n\nTiga kerusi yang berjaya dipertahankan ialah Parlimen Rembau menerusi Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Parlimen Jelebu menerusi calon BN, Datuk Seri Jalaluddin Alias serta Jempol melalui wakilnya, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli daripada BN.\n\n\nKejayaan itu sekali gus membolehkan BN dapat kembali menguasai lima daripada lapan kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Negeri Sembilan.\n\n\nTiga lagi kerusi iaitu Seremban, Rasah dan Port Dickson masing-masing dimenangi PH."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/28/wira-putra-nasihat-pemimpin-bersatu-jangan-angkuh-sombong/", "title": "WIRA PUTRA nasihat pemimpin BERSATU jangan angkuh, sombong", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Pergerakan Wira Putra mengingatkan pemimpin yang memperjuangkan agenda nasional Melayu Islam agar tidak terlalu angkuh dan sombong jika benar-benar mahu penyatuan orang Melayu menjadi kenyataan.\n\n\nKetuanya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif menegaskan, kenyataan Majlis Pimpinan Tinggi (MPT) BERSATU semalam contohnya, mampu mencalar dan mengguris usaha penyatuan orang Melayu dan Islam yang sedang dibina demi kepentingan masa depan anak bangsa yang semakin meruncing.\n\n\n\n\n\u201cJika menyentuh soal kesatuan umat Melayu dan Islam, seeloknya jangan menunjukkan sifat sombong serta angkuh.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSeremban catat IPU tidak sihat\n\n\n\n\n\n\nJom ziarah gereja esok dibatalkan \u2013 CEO Impact Malaysia\n\n\n\n\n\n\nTuntutan Sulu: Tiada bukti kerajaan Filipina terlibat\u00a0\n\n\n\n\n\n\nSiti Bainun kena penjara 12 tahun\n\n\n\n\n\n\nPengalaman BBQ Pasti Menyeronokkan di Sunway Lagoon\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni kerana setiap gerak kerja penyatuan tersebut diperhati dan dinilai oleh semua orang, lebih lagi mereka yang atas pagar dan musuh yang anti-nasionalis Melayu Islam.\n\n\n\u201cUsaha penyatuan yang sedang dilakukan adalah dalam konteks yang lebih luas dan besar, bukan sekadar dalam ruang lingkup kepartian dan politik jangka masa pendek sahaja.\n\n\n\u201cJadi, jangan memandang rendah kepada sokongan mana-mana kumpulan parti atau badan bukan kerajaan berteraskan Melayu dan Islam. Dalam keadaan genting seumpama ini sepatutnya di elakkan daripada menyakitkan hati orang Melayu,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\nBeliau mengulas kenyataan seorang anggota MPT BERSATU, Muhammad Faiz Na\u2019aman yang dilaporkan berkata, Perikatan Nasional (PN) sedia menerima PEJUANG dan PUTRA jika keduanya mahu menyertai gabungan tersebut.\n\n\nBeliau berkata, perkara itu boleh dipertimbangkan oleh PN, tapi bersyarat iaitu hanya boleh menyokong, bukan minta kerusi.\n\n\n\u201cJika PEJUANG dan PUTRA mahu sokong PN kita terima, tapi jika kerusi yang diminta sebagai syaratnya, maaf. Kalian perlu sedar diri setelah kalah teruk pada PRU15,\u201d kata Muhammad Faiz.\n\n\nNasrul Ali Hasan meminta pemimpin berkenaan membuka mata dan jiwa melihat kembali sejarah sebelum ini, membuktikan kerjasama semua pertubuhan dan kumpulan orang Melayu pada 1946 telah membawa kejayaan besar bagi survival orang Melayu sehingga pemerintahan Malayan Union dikuburkan.\n\n\n\u201cLangkah seumpama ini memerlukan pengorbanan, kerjasama dan merendahkan ego demi kepentingan masa depan anak bangsa,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/29/biadap-puak-anti-islam-sekali-lagi-memprovokasi-bakar-al-quran/", "title": "Lagi provokasi bakar Al-Quran ketika umat Islam sambut Aidiladha", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 P\nada ketika umat Islam sedang meraikan Aidil Adha, timbul sekali lagi provokasi yang dilakukan untuk mengguris hati umat Islam.\n\n\nDi Sweden mahkamah negara itu membenarkan tindakan membakar kitab suci umat Islam di luar pekarangan sebuah masjid di ibu negara berkenaan.\n\n\nTidak habis-habis lagi dengan isu kemasukan Sweden ke NATO tindakan mereka saja direka terutamanya kepada Turkiye, bagi memberi tekanan supaya Ankara menyetujui kepada tuntutan mereka.\n\n\nInilah wajah yang mencemarkan tangannya untuk membakar kitab suci umat Islam sekaligus membakar hati para muslimin dan muslimat yang sedang menyambut hari raya Aidiladha.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemandu tabur paku di jalan raya diburu polis\n\n\n\n\n\n\nSelangor tidak iktiraf kahwin luar negara\n\n\n\n\n\n\nPEJUANG tersasar daripada tujuan penubuhannya \u2013 Tun Mahathir\n\n\n\n\n\n\nCuepacs gesa siasat dakwaan menteri buat \u2018kecoh\u2019 di KLIA\n\n\n\n\n\n\nGempa ranapkan tinggalan sejarah Kota Gaziantep berusia 2,200\n\n\n\n\n\n\n\n\nKedua-dua lelaki ini mengoyakkan Quran dan kemudian membakar al quran.\n\n\n\n\nCNN melaporkan, tindakan Sweden itu dikecam Turkiye.\n\n\nTurkiye menyifatkan kebenaran yang diberikan oleh mahkamah di Stockholm adalah satu tindakan provokasi dan meletakkan Sweden dalam bahaya ketika dalam tawaran menyertai NATO pada pertengahan bulan depan.\n\n\n\n\n\ud83d\udd4c Desecration of The Holy Qur\u2019an in Sweden\n\n\n\ud83c\uddf9\ud83c\uddf7 Turkish Foreign Minister Hakan Fidan condemns burnings of copy of Islam's holy book, saying ''it is unacceptable to allow these actions under the pretext of freedom of expression'' \nhttps://t.co/nml0oxIi2e\n \npic.twitter.com/TPuqfImWTS\n\n\n\u2014 Anadolu English (@anadoluagency) \nJune 28, 2023\n\n\n\n\nSekali lagi, alasan kebebasan bersuara digunakan seperti dipetik kenyataan polis Sweden bagi menghalalkan tindakan biadap dan menghiris perasaan umat Islam di seluruh dunia.\n\n\nKetika ini, Sweden dan\u00a0 Finland sedang berusaha memohon menyertai blok itu selepas tindakan ketenteraan ke atas Ukraine.\n\n\nMenteri Luar Turkiye, Hakan Fidan mengecam perbuatan keji itu dan sesiapa yang menutup mata dengan kebiadaban itu katanya bersubahat dengan pelakunya.\n\n\nSemalam,\u00a0 Salwan Momika, lelaki berketurunan Iraq, ditahan oleh polis Sweden kerana didakwa melakukan \u2018provokasi kumpulan etnik\u2019 selepas menghina dan membakar al-Quran di luar masjid utama di Stockholm.\n\n\nMomika, 37, berkata, dia tiba di Sweden lima tahun lalu dari Iraq dan memiliki kerakyatan negara itu.\n\n\nMomika turut menganggap dirinya sebagai individu yang berpegang kepada hidup tanpa tuhan atau golongan ateis.\n\n\nKatanya, tindakan yang dilakukannya itu sebagai menekankan kepentingan kebebasan bersuara.\n\n\nMengulas tindakan menghina kitab suci al-Quran itu, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson berkata, protes yang dilakukan Momika itu adalah \u201cmengikut undang-undang tetapi tidak sesuai\u201d dan terserah pada budi bicara polis untuk membenarkannya atau tidak.\n\n\nPihak berkuasa negara itu menegaskan, protes itu tidak menyebabkan \u2018gangguan kepada ketertiban\u2019 tetapi Momika didakwa kerana dia memilih untuk membakar al-Quran berdekatan dengan masjid."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/29/hati-hati-jangan-badal-haji-jadi-bedal-haji-berulang-lagi/", "title": "Hati-hati, jangan badal haji jadi `bedal\u2019 haji berulang lagi", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 Rakyat Malaysia dinasihatkan menyemak secara terperinci individu atau syarikat yang melakukan badal haji bagi mengelakkan mereka ditipu.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar berkata, isu badal haji yang didakwa ditipu telah berlaku berulang kali.\n\n\nMalah pihaknya juga sudah berkali-kali memberi peringatan namun masalah itu berlaku juga.\n\n\nKatanya, saban tahun penipuan badal haji terus berlaku berkemungkinan disebabkan sifat rakyat Malaysia yang berhati lembut dan senang mempercayai seseorang sehingga mudah tertipu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Akur Telunjuk Barat, Ikut Budaya Masyarakat Setempat\n\n\n\n\n\n\nRohana pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Bersatu Sabah keluar parti, kekal di bawah GRS\n\n\n\n\n\n\nTular Tikus Jamah Ayam, Restoran Ditutup 14 Hari \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\nNajib Hentam Mahathir Isu Tanah Di Langkawi\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurutnya, rakyat boleh menggunakan perkhidmatan disediakan syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Tabung Haji untuk badal haji berbanding syarikat atau individu tanpa lesen yang memungkinkan berlakunya penipuan.\n\n\nDi media sosial tular video, mengenai badal haji yang ditipu oleh mereka yang diupahkan untuk membuat ibadah berkenaan.\n\n\n\n\nAda beza tau Badal haji dengan main BeDAL je. \npic.twitter.com/X2TVIFia5O\n\n\n\u2014 Nor Azam Budin (@norazambudin) \nJune 28, 2023\n\n\n\n\nDalam video tular itu, puluhan kerta mencatatkan nama warga Malaysia dan beberapa negara lain, yang diamanahkan badal haji untuk orang tua dan kesayangan mereka.\n\n\nNamun, ia didakwa dilakukan sindiket dengan hanya mempamerkan foto mereka diwakilkan tanpa melakukan ibadah berkenaan secara menyeluruh.\n\n\nBadal haji atau ganti haji bermaksud seseorang yang telah melakukan haji untuk dirinya lalu melaksanakan haji untuk orang lain sama ada yang telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh untuk melakukan ibadah haji di tanah suci.\n\n\nSementara itu hanya tujuh daripada 31,600 jemaah haji Malaysia tidak dapat menyempurnakan ibadah wukuf pada Selasa lalu.\n\n\nNa\u2019im berkata, tiga jemaah haji berada di hospital Arab Saudi kerana koma dan empat di pusat rawatan Tabung Haji (TH) Makkah akibat masalah kesihatan mental.\n\n\nBeliau berkata dua jemaah haji yang koma disebabkan serangan strok dan seorang lagi akibat radang paru-paru akan terus menerima rawatan di fasiliti kesihatan Arab Saudi sehingga doktor membenarkan mereka pulang ke tanah air.\n\n\n\u201cSeramai 54 pesakit pula telah dibawa berwukuf di dalam enam bas khas menerusi program Safari Wukuf,\u201d katanya kepada pemberita selepas melawat pusat rawatan TH Makkah di sini.\u201d\n\n\nJemaah haji Malaysia ketika ini berada di Mina, untuk melakukan ibadah melontar di tiga jamrah, iaitu fasa terakhir haji."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/29/influencer-antara-ditahan-dalam-op-samseng-jalanan/", "title": "`Influencer\u2019 antara ditahan dalam Op Samseng Jalanan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0 Lelaki yang juga pempengaruh media sosial atau \u2018influencer\u2019 dan dipromosikan sebagai \u2018Ikon Permotoran\u2019 antara 284 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Pegawai, di sini, malam tadi.\n\n\nLelaki berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan kerana menonton perlumbaan motosikal haram di kawasan terbabit, tetapi memberi alasan datang ke negeri ini untuk berniaga dan singgah di Jalan Pegawai kerana bosan.\n\n\nSelain pempengaruh media sosial itu yang kemudian dibebaskan selepas diambil keterangan, polis turut 10 remaja bawah umur dan tiga wanita dalam gerakan yang berakhir kira-kira jam 4 pagi tadi.\n\n\nKetua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata semua penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi itu diarah menolak motosikal masing-masing sejauh tiga kilometer dari Jalan Pegawai ke Balai Polis Trafik Alor Setar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n10 Exco kerajaan negeri Melaka angkat sumpah\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap MB Kedah bukan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Permohonan rayuan UMNO atas dasar simpati\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid Wajar Tumpu Kes Mahkamah, Letak Jawatan\n\n\n\n\n\n\nAb Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSemua yang ditahan berusia antara 15 hingga 20-an, termasuk 10 remaja bawah umur berusia antara 15 hingga 18 tahun dengan lapan masih bersekolah.\n\n\n\u201cSebanyak 284 motosikal diperiksa dalam operasi itu yang mana 50 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan dan disiasat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,\u201d katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, hari ini.\n\n\nSebanyak 194 saman dikeluarkan atas 194 kesalahan, iaitu 47 kerana tiada lesen memandu, 40 kes tiada nombor pendaftaran, 25 kes ubah suai motosikal dan 23 kesalahan berkait cermin sisi.\n\n\nSelain itu, 22 kes tidak pamer pelekat \u2018P\u2019 dan \u2018L\u2019 , 17 kes berkaitan aksesori dan masing-masing 12 kesalahan tiada insurans serta lima kes cukai jalan serta lesen memandu tamat tempoh.\n\n\nAhmad Shukri berkata, polis memanggil ibu bapa penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu sebelum mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.\n\n\n\u201cPolis turut mengeluarkan saman kepada pemilik motosikal yang membenarkan individu tiada lesen memandu atau bawah umur menunggang motosikal mereka,\u201d katanya. \u2013 BERITA HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/29/menteri-luar-turki-selar-pihak-tutup-mata-subahat-bakar-quran/", "title": "Menteri Luar Turki selar pihak tutup mata, subahat bakar Quran", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0\nNegara-negara Islam mengutuk perbuatan keji yang dibenarkan Stockholm dalam insiden terkini membakar Al Quran.\n\n\nCNN melaporkan, tindakan Sweden menghalalkan pembakaran Al-Quran di saat umat Islam menyambut Aidiladha dikecam Turkiye.\n\n\n\n\n\ud83d\udd4c Desecration of The Holy Qur\u2019an in Sweden\n\n\n\ud83c\uddf9\ud83c\uddf7 Turkish Foreign Minister Hakan Fidan condemns burnings of copy of Islam's holy book, saying ''it is unacceptable to allow these actions under the pretext of freedom of expression'' \nhttps://t.co/nml0oxIi2e\n \npic.twitter.com/TPuqfImWTS\n\n\n\u2014 Anadolu English (@anadoluagency) \nJune 28, 2023\n\n\n\n\nTurkiye menyifatkan kebenaran yang diberikan oleh mahkamah di Stockholm adalah satu tindakan provokasi dan meletakkan Sweden dalam bahaya ketika masih menanti kelulusan\u00a0 NATO pada pertengahan bulan depan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMEASAT 3d Bakal Menambah Baik Perkhidmatan Internet Negara\n\n\n\n\n\n\nPemansuhan Hukuman Mati Mandatori Akan Dikaji \u2013 Mas Ermieyati\n\n\n\n\n\n\nMaghribi Ikuti langkah Kanada, Sepanyol, Australia Halang Pelancong China Masuk\n\n\n\n\n\n\nProjek tambak laut: Hanya satu pulau dibina\n\n\n\n\n\n\nSistem wakaf Malaysia jadi rujukan pelajar Indonesia\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekali lagi alasan kebebasan bersuara digunakan seperti dipetik kenyataan polis Sweden bagi menghalalkan tindakan biadap dan sengaja menghiris perasaan umat Islam di seluruh dunia.\n\n\nMenteri Luar Turkiye, Hakan Fidan mengecam perbuatan keji itu dan sesiapa yang menutup mata dengan kebiadaban itu katanya bersubahat dengan pelakunya.\n\n\nSalwan Momika, dan rakannya membakar Al Quran di luar sebuah masjid utama di Stockholm, Sweden.\n\n\nArab Saudi pula dalam satu kenyataanya m\nengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan\u00a0 pelampau yang membakar kitab suci al-Quran itu.\n\n\nKementerian Luar,\u00a0 dalam kenyataannya berkata tindakan kebencian dan berulang kali ini tidak dapat diterima dengan sebarang alasan dan ia jelas merangsang kebencian, perkauman serta bertentangan secara langsung dengan usaha antarabangsa yang bertujuan menyebarkan nilai-nilai tolak ansur.\n\n\nPada Februari lalu, tindakan membakar Quran dilakukan di hadapan kedutaan Turkiye di negara yang sama oleh \nKetua parti sayap kanan Denmark Stram Kurs, Rasmus Paludan.\n\n\nepa10420408 Leader of the far-right Danish political party Stram Kurs, Rasmus Paludan, burns a copy of the Kuran, while being watched by police officers, as he protests outside the Turkish embassy in Stockholm, Sweden, 21 January 2023. Turkey said Sweden\u2019s defense minister visit was canceled as the country continues to permit protests against Turkey and Islam. EPA-EFE/Fredrik Sandberg/TT SWEDEN OUT\n\n\nSweden dan Finland secara rasmi memohon untuk menyertai NATO Mei tahun lalu.\n\n\nBagaimanapun, Turkiye yang juga ahli NATO selama lebih 70 tahun membantah dan mendakwa kedua-dua negara itu menyokong kumpulan pengganas, termasuk PKK dan Pertubuhan Fetullah (FETO)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/29/mulai-rabu-ini-tidak-perlu-pakai-pelitup-muka-dalam-pengangkutan-awam-hospital/", "title": "Mulai Rabu tidak perlu lagi pelitup muka dalam pengangkutan awam, hospital", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Tidak lagi wajib memakai pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan termasuk hospital, mulai Rabu depan.\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata individu positif COVID-19 bagaimanapun dikehendaki (tidak diwajibkan) memakai pelitup muka ketika berada di klinik atau hospital serta di dalam pengangkutan awam.\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan berkata, arahan tempoh pengasingan kes COVID-19 juga dipendekkan dari tujuh kepada lima hari dari onset gejala pertama, juga berkuat kuasa Rabu depan.\n\n\nJelasnya lagi penetapan itu sebahagian daripada kelonggaran garis panduan COVID-19 berdasarkan perlanjutan pengisytiharan Malaysia sebagai kawasan tempatan jangkitan dan kemas kini protokol COVID-19.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertama kali dalam sejarah, Terengganu tiada pembangkang\n\n\n\n\n\n\nSIFAT JUJUR DAN IKHLAS, AZIMAT 20 TAHUN DI LUAR NEGARA\n\n\n\n\n\n\nHarga Ais Akan Dinaikkan \u2013 Pengusaha\n\n\n\n\n\n\n10 Exco kerajaan negeri Melaka angkat sumpah\n\n\n\n\n\n\nUMNO sanjung tinggi tindakan tidak munasabah kerajaan campuran\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSusulan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Mei lalu berkenaan status COVID-19 yang tidak lagi menjadi Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC), Kementerian Kesihatan (KKM) membuat semakan semula dan mengemas kini SOP berdasarkan penilaian situasi semasa jangkitan COVID-19 di negara ini.\u201d\n\n\n\n\nTambah beliau, walaupun beberapa kelonggaran kepada prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 diberikan ketika Fasa Peralihan dari pandemik COVID-19 yang bermula sejak 1 April 2022, KKM terus melaksanakan pelbagai dasar dan aktiviti kawalan dan pencegahan COVID-19, bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti.\n\n\nBeliau berkata, kes baharu COVID-19 menurun 53.5 peratus, kematian berkurang 35.3 peratus sejak lima minggu kebelakangan ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/29/sekolah-perlu-sop-tentukan-hukuman-murid/", "title": "Sekolah perlu SOP tentukan hukuman murid : i-Guru", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013\u00a0\nPresiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, sekolah sepatutnya memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang betul untuk menentukan sesuatu bentuk hukuman untuk murid.\n\n\nKatanya, walaupun isu murid dikurung dalam jeriji besi dianggap selesai, namun Kementerian Pendidikan (KPM) digesa untuk membuat siasatan terperinci bagi mengelak salah tanggapan dan mengambil tindakan susulan yang sesuai bagi keadilan semua pihak.\n\n\n\u201cJika ia satu bentuk hukuman, maka proses itu perlu mengikut SOP yang betul ditetapkan KPM\u201d\n\n\nSebelum ini media sosial kecoh mengenai seorang murid Tahun Satu sekolah rendah di Rembau, dikatakan dikurung dalam sebuah bilik berpagar besi yang kelihatan seperti penjara.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid akan terkesan jika PN menang pilihan raya di enam negeri\n\n\n\n\n\n\nHari mengundi PRK Kuala Terengganu serentak PRU DUN KE15\n\n\n\n\n\n\nPN Masih Bincang Guna Logo PAS Pada Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nGalak majikan buka taska bagi ibu bekerja lepas bersalin\n\n\n\n\n\n\nPM Anwar ucap takziah atas pemergian Mother Mangalam\n\n\n\n\n\n\n\n\nTular satu tangkap skrin dalam aplikasi Whatsapp sebuah kelas apabila seorang ibu menunjukkan anaknya yang juga murid Tahun Satu diletakkan di dalam bilik berpagar untuk tujuan pengasingan.\n\n\nSementara itu,\u00a0 Pejabat Pendidikan Daerah Rembau menjelaskan \u2018hukuman\u2019 pengasingan dengan mengurung murid Tahun Satu diambil selepas murid berkenaan mengulangi kesalahan mengganggu rakannya walaupun sudah diberi peringatan.\n\n\nTimbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Zamani Disimsalam, berkata pihaknya juga sudah memberi penjelasan selepas satu perbincangan diadakan bersama ibu bapa murid berkenaan petang Selasa lalu.\n\n\n\u201cKami dapat makluman bahawa murid ini agak nakal\u2026suka melondehkan seluar murid lain. Malah ibu bapanya turut akui anak mereka agak nakal. Guru kelas sudah banyak kali beri peringatan kepada murid berkenaan supaya tidak berbuat demikian. Malah pihak sekolah sudah memberi peringatan sewaktu perhimpunan pagi Isnin lalu (26 Jun) memaklumkan kepada semua murid mengenai kesalahan itu,\u201d\n\n\nZamani dalam kenyataan kepada portal berita berkata, murid berkenaan masih melakukan kesalahan sehingga guru kelas terpaksa membuat aduan kepada guru penolong kanan hal ehwal murid.\n\n\nMengenai bilik pagar besi, Zamani menjelaskan ia sebenarnya adalah bilik pameran anti dadah yang juga simulasi untuk meningkatkan kesedaran murid supaya tidak terjebak dalam kancah najis dadah.\n\n\nKatanya kes itu juga telah selesai dan murid berkenaan juga hadir ke sekolah semula."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/29/spr-terima-watikah-pembubaran-dun-negeri-sembilan/", "title": "SPR terima watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menerima watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, semalam.\n\n\nPengarah SPR negeri, Mohd Heikal Kamarudin, berkata watikah itu diserahkan Setiausaha DUN Negeri Sembilan, Mohd Amin Ludin di pejabat SPR negeri di sini.\n\n\n\u201cSetiausaha DUN Negeri Sembilan hadir ke pejabat saya semalam dan menyerahkan dokumen proklamasi pembubaran DUN,\u201d katanya hari ini.\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, semalam, mengumumkan tarikh pembubaran DUN Negeri Sembilan pada Sabtu ini selaras dengan perkenan Yang Dipertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGerakan Tanah Air Mula Bincang Kerjasama Dengan Perikatan Nasional\n\n\n\n\n\n\nMinta Wanita Muslim Bukakan Bir, Pengasas Kelab Komedi Jelas Hina Islam\n\n\n\n\n\n\nSaifuddin nafi dakwaan KDN beri kerakyatan kepada warga China\n\n\n\n\n\n\nLelaki serang imam berhalusinasi, dirujuk kepada pakar psikiatri\n\n\n\n\n\n\n94 lokasi bencana dikenal pasti seluruh negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nNegeri Sembilan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.\n\n\nNegeri Sembilan memiliki 36 kerusi DUN yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dipimpin Aminuddin menguasai 20 kerusi (DAP-11, PKR-6, AMANAH-3) dan diikuti Barisan Nasional (BN) 16 kerusi (UMNO-15 dan MIC-1) \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/30/anthony-loke-belum-terima-laporan-menteri-buat-kecoh-di-klia/", "title": "Anthony Loke belum terima laporan menteri buat kecoh di KLIA", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung insiden kekecohan dicetuskan seorang menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.\n\n\nBagaimanapun, beliau percaya bahawa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci berhubung insiden tersebut.\n\n\n\u201cSaya belum dapat apa-apa laporan lanjut berkenaan insiden itu, saya rasa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci apa yang berlaku.\n\n\n\u201cSudah tentu protokol keselamatan kena patuh, apapun kita serah kepada pihak berkuasa penerbangan untuk buat siasatan terperinci,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas ADUN Bukit Kayu Hitam meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nBertindak segera, bukan sekadar retorik politik\n\n\n\n\n\n\nKedah Tidak Luluskan Lesen Baharu Judi, Hadkan Jualan Arak\n\n\n\n\n\n\nPengintip Israel : Hukuman Berat Kepada Tali Barut Israel!\n\n\n\n\n\n\nAmbil Langkah Berjaga-Jaga Elak Gelombang Keempat \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa di KLIA bagi menyelamatkan seorang warga China yang ditahan masuk ke Malaysia.\n\n\nDifahamkan, menteri itu yang mengetahui mengenai penahanan wanita warga China tersebut telah ke KLIA dan memasuki balai ketibaan tanpa memohon pas.\n\n\nTerdahulu, Anthony Loke melancarkan laluan penerbangan baharu syarikat penerbangan tambang murah MyAirlines ke Bangkok, Thailand selain pelancaran \u2018Student Programme\u2019 yang menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus kepada pelajar. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/30/cuepacs-gesa-siasat-dakwaan-menteri-buat-kecoh-di-klia/", "title": "Cuepacs gesa siasat dakwaan menteri buat \u2018kecoh\u2019 di KLIA", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan dan pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci berhubung isu tular berhubung seorang menteri didakwa membuat \u2018kecoh\u2019 serta menceroboh dewan ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang baru-baru ini.\n\n\nPresiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, tindakan itu didakwa dilakukan hanya kerana mahu menyelamatkan pelancong asing yang ditahan ketika mahu memasuki negara ini.\n\n\nKatanya, jika perkara itu benar-benar berlaku seperti yang didakwa, Cuepacs berasa sangat kesal kerana melibatkan pelanggaran protokol keselamatan negara serta mengganggu tugas penjawat awam.\n\n\nTular video seorang menteri didakwa membuat \u2018kecoh\u2019 serta menceroboh dewan ketibaan di KLIA, Sepang baru-baru ini.\n\n\n\u201cJusteru, Cuepacs berharap satu siasatan penuh dilakukan oleh pihak berkuasa dan kerajaan dalam memastikan tindakan sama tidak berulang. Tiada individu yang lebih besar daripada undang-undang negara dan jika berlakunya pelanggaran undang-undang dalam hal ini, tindakan tegas wajar diambil oleh kerajaan bagi menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSejak bila Malaysia tidak hormati hak orang bukan Islam?\n\n\n\n\n\n\nMahkamah arah Zuraida bayar RM10 juta kepada PKR\n\n\n\n\n\n\nIbu bapa teruja anak dapat sertai program khatan secara percuma\n\n\n\n\n\n\nPH-BN mampu Tawan Kedah, Terengganu jika strategi betul\n\n\n\n\n\n\nRosmah dibenar dapatkan sementara pasport lawat cucu sakit\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201c Cuepacs tidak mahu tugas yang dilaksanakan penjawat awam bagi menjaga kedaulatan negara diganggu hanya kerana kepentingan peribadi pihak tertentu. Setiap tindakan yang dilakukan oleh penjawat awam sudah pasti berlandaskan undang-undangs sedia ada,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nTerdahulu, seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa KLIA bagi mendesak Jabatan Imigresen membebaskan seorang pelawat dari China sehingga tular dalam media sosial.\n\n\nIa didakwa berlaku petang semalam apabila menteri berkenaan dikatakan masuk ke kawasan ketibaan itu tanpa memohon pas.\n\n\nDifahamkan, ia bertujuan\u00a0 \u2018menyelamatkan\u2019 seorang wanita warga China yang dikatakan dinafikan daripada memasuki negara ini setelah tiba semalam.\n\n\nApabila mendapat tahu mengenai tahanan itu, menteri berkenaan didakwa ke KLIA dan memasuki ke dalam dewan ketibaan tanpa memohon pas keselamatan.\n\n\nApabila dihalang, dia dikatakan menggunakan kuasa menterinya termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai imigresen kerana mahu menyelamatkan wanita warga China berkenaan.\n\n\nDalam pada itu, menurut Adnan, semua pihak termasuk pemimpin negara sewajarnya memberi kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa yang melaksanakan tugas.\n\n\nJelasnya, tidak wajar kelakuan menceroboh itu dilakukan kerana ia jelas melanggar prosedur keselamatan atau prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.\n\n\n\u201cSebagai individu yang bertaraf menteri, adalah tidak wajar perkara tersebut dilakukan.\u00a0 Sekiranya berlaku salah faham dalam proses penahanan pelancong terbabit, menteri terbabit boleh memberi bantuan mengikut prosedur atau mendapatkan maklumat yang lebih jelas dahulu daripada pihak berkuasa di lapangan terbang,\u201d katanya. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/30/oic-adakan-mesyuarat-tergempar-bincang-insiden-bakar-al-quran-di-stockholm/", "title": "OIC adakan mesyuarat tergempar bincang insiden bakar al-Quran di Stockholm", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hari ini mengumumkan akan mengadakan satu mesyuarat tergempar pada minggu hadapan\u00a0untuk berbincang mengenai isu membakar kitab suci al-Quran di Stockholm Rabu lepas semasa umat Islam membuat persiapan\u00a0meraikan Aidiladha.\n\n\nMenurut OIC dalam kenyataan yang diterbitkan melalui twitter rasminya hari ini, mesyuarat itu akan diadakan di Jeddah di bawah undangan kerajaan Arab Saudi selaku pengerusi OIC.\n\n\n\u201cMesyuarat ini akan mengetengahkan tindakan-tindakan yang bakal diambil terhadap perlakuan membakar kitab suci al-Quran dan bagi menyatakan pendirian menolak perbuatan keji itu,\u201d\u00a0menurut kenyataan itu.\n\n\nPada masa sama, pertubuhan itu turut mengecam sekeras-kerasnya perbuatan cela yang dilakukan oleh beberapa pelampau, dengan niat menimbulkan kebencian, perselisihan dan perkauman.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIndustri filem tempatan mahu kerajaan luluskan pulangan duti hiburan 25%\n\n\n\n\n\n\nDadah, pornografi punca sumbang mahram tinggi di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nJenazah Mangsa Akan Dikebumi Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nCabul kemuliaan Ramadan, Israel dijangka serang lagi umat Islam Palestin\n\n\n\n\n\n\nPertama Kali BN, PH Kelantan duduk semeja\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKelakuan ini akan menjejaskan rasa hormat serta keharmonian antara kaum dan ia amat bercanggah dengan usaha antarabangsa untuk menyebarkan nilai toleransi, kesederhanaan dan menolak ekstremisme,\u201d tambahnya.\n\n\n\u201cKami berasa kesal atas semua percubaan untuk mencemarkan al-Quran dan nilai-nilai Islam\u00a0dan mengesahkan komitmen yang diambil semua negara\u00a0di bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk menggalak, mendorong, menghormati dan mematuhi hak asasi manusia dan kebebasan asas setiap individu di seluruh dunia tanpa sebarang bentuk perbezaan daripada segi kaum, warna kulit, jantina, bahasa, agama, politik atau pandangan, asal negara atau sosial, harta, kelahiran atau status lain.\u201d\n\n\nDalam nada sama, Liga Dunia Islam (MWL) dan Pengurusan Tertinggi Dua Kota Suci umat Islam turut mengecam hebat jenayah perbuatan membakar al Quran di Stockholm, Sweden.\n\n\nMalaysia, menerusi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga tidak ketinggalan mengutuk sekeras-kerasnya keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan tindakan provokatif membakar kitab suci al-Quran pada Rabu (28 Jun) di Stockholm. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/06/30/pembiaya-dana-dari-as-didakwa-dalang-tuntutan-sulu-azalina/", "title": "Pembiaya dana dari AS didakwa dalang tuntutan Sulu \u2013 Azalina", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pembiaya dana dalam kes tuntutan Sulu terhadap kerajaan Malaysia yang dibuat melalui proses timbang tara dipercayai dari Amerika Syarikat (AS).\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia berdasarkan jumlah pelayar di laman web \u2018Malaysia-Sulu Case\u2019.\n\n\nAzalina berkata, Kabinet sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan kerana bukti yang diperoleh tidak menyeluruh.\n\n\n\u201cJadi kita mahu betul-betul mengesahkannya tetapi banyak catatan adalah dari AS, sebab itu kita maklum dalam laman web kita banyak dari sana (AS).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPM jamin industri kewartawanan negara bebas tanpa campur tangan\n\n\n\n\n\n\nHarga Sayur Naik Mendadak, Cap Gesa Pihak Berkuasa Siasat\n\n\n\n\n\n\nDominic Lau sah bertanding di DUN Bayan Lepas\n\n\n\n\n\n\nTiada anak Melayu layak teraju Axiata? \u2013 PERKASA\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan bas tergendala akibat banjir kilat \u2013 RapidKL\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita tidak tahu mereka ini yang dari AS yang seronok hendak melihat negara ASEAN terbabit dalam proses\u2026 saya tidak tahu, tapi ada \u2018link\u2019 yang banyak fokus di AS,\u201d katanya pada sidang media Kes Malaysia \u2013 Sulu di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia hari ini.\n\n\nSementara itu, ditanya mengenai dalang di kalangan rakyat tempatan yang terbabit dalam tuntutan berkenaan, Azalina berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/01/didakwa-menipu-agong-papagomo-disoal-siasat-polis/", "title": "Didakwa menipu Agong, Papagomo disoal siasat polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Seorang penulis blog yang dikenali sebagai Papagomo disoal siasat pihak polis susulan dakwaannya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menipu Yang di-Pertuan Agong sehingga berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.\n\n\nSementara itu, Ahmad Zahid dalam satu kenyataan media berkata, bahawa beliau menyerahklan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap \nblogger\n berkenaan.\n\n\nBeliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, laporan polis sudah dibuat pihaknya semalam dan berharap agar tindakan yang sewajarnya dapat dikenakan terhadap kenyataan yang berunsur penipuan itu.\n\n\n\u201cDia kena tanya diri dia sendiri sebab dia tidak duduk dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan dia juga bukan ahli UMNO lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengambilan tembakau antara penyebab kanser meningkat\n\n\n\n\n\n\nPutra Mahu Bangun Minda Melayu Bumiputera\n\n\n\n\n\n\nKerajaan anjur sesi libat urus tambah baik SOSMA\n\n\n\n\n\n\nDasar pendidikan tinggi perlu dikaji semula \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\nApandi tidak layak dapat pampasan, Tun M ada sebab untuk tahu mengapa pampasan dirahsiakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLaporan polis telah dibuat dan polis akan melakukan siasatan terhadap dia sebab MKT telah membuat keputusan untuk memberikan dukungan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan dokumen akuan bersumpah yang telah kita hantar kepada Istana Negara sebelum tamat tempoh waktu yang diberikan.\n\n\n\u201cPapagomo sepatutnya semak dengan pihak Istana Negara tentang perkara itu kerana kita telah melakukan mengikut titah Tuanku,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri melalui satu siaran langsung membuat tuduhan yang kononnya Ahmad Zahid ini menipu Yang di-Pertuan Agong dan membentuk Kerajaan Persekutuan bersama Pakatan Harapan (PH)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/01/hassan-selar-tindakan-menteri-pelancongan-gempur-klia/", "title": "Hassan selar tindakan Menteri Pelancongan \u2018gempur\u2019 KLIA", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegur tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,\u00a0Datuk Seri Tiong King Sing \u2018membongkar\u2019 rasuah yang didakwa berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).\n\n\nHassan mendakwa, tugas untuk membongkar kegiatan rasuah adalah bidang kuasa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).\n\n\n\n\n\u201cTugas bongkar rasuah ialah kerja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Imigresen di bawah KDN. Bukan tugas hakiki Menteri Pelancongan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Di Empat Negeri Kekal\n\n\n\n\n\n\nPDRM Tubuhkan Unit Khas Siasat Kes Kematian Dalam Tahanan\n\n\n\n\n\n\nDua ahli UMNO hantar notis bantahan kepada RoS\n\n\n\n\n\n\nRakaman kamera tersembunyi tular sedang disiasat Polis\n\n\n\n\n\n\n43,019 pelajar sekolah menengah terlibat tabiat merokok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMenteri langgar tugas penjawat awam adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan salah guna kuasa di bawah Akta SPRM. Tak boleh buat kerja kong kalikong,\u201d kata Hassan menerusi ciapnya di Twitter.\n\n\nBeliau mengulas laporan King Sing yang mendakwa berlaku rasuah selepas mengakui beliau yang dikaitkan dengan isu berkaitan pelancong China di KLIA baru-baru ini.\n\n\nKing Sing mendakwa, wujudnya budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.\n\n\nDalam kenyataan semalam, Kong Sing mengakui gambar tular di media sosial berhubung isu kekecohan di KLIA adalah dirinya.\n\n\nBeliau mengatakan ada menerima aduan daripada pelancong sebelum ke KLIA bagi memahami situasi pelancong asing itu, selain ia pemantauan biasa bagi seorang menteri untuk turun padang.\n\n\nMenurutnya, pelancong asing itu ditahan tanpa diberikan alasan atau sebab dia ditahan dan masalah timbul apabila kedua-dua iaitu pihak pegawai imigresen dan pelancong terbabit mempunyai masalah komunikasi.\n\n\nKatanya, dimaklumkan pelancong itu sudah lengkap segala dokumentasi namun kegagalan komunikasi kedua-dua pihak menggagalkan pihak imigresen mendapatkan dokumen diperlukan dari pihaknya.\n\n\nBeliau turut diberitahu ada pegawai imigresen yang meminta wang diberikan sekiranya pelancong asing yang ditahan mahu dilepaskan.\n\n\n\n\n\u201cAda yang minta sehingga RM3,000 untuk dikeluarkan dari tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal. Tambahan RM3,000 pula diminta jika mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi \u2018laluan khas\u2019 manakala RM12,000 untuk kos memproses visa.\n\n\n\u201cSemua maklumat ini akan diserahkan kepada SPRM supaya siasatan dapat dijalankan seterusnya dapat memulihkan imej Malaysia terutamanya di pintu masuk negara,\u201d katanya.\n\n\nKetua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh telah mengarahkan siasatan dilakukan terhadap kejadiaan dan dakwaan berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/01/kukuh-hubungan-riyadh-kuala-lumpur/", "title": "Kukuhkan hubungan Riyadh \u2013 Kuala Lumpur", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar Malaysia dan Arab Saudi mempertingkat dan mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan perpaduan ummah.\n\n\nSeri Paduka menzahirkan harapan itu pada Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan oleh Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud di Mina, kelmarin\n\n\nTurut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUniversiti awam di Terengganu dikompaun RM25,000\n\n\n\n\n\n\nWarga Singapura Ambil Peluang Isi Minyak Penuh di Johor\n\n\n\n\n\n\nHaramkan penggunaan vape, bukan kenakan cukai\n\n\n\n\n\n\nKekosongan kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram, SPR masih tunggu pemakluman\n\n\n\n\n\n\n46,024 Orang Asli Di Pahang Lengkap Dua Dos Vaksin\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada majlis yang berlangsung selama satu jam itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan bertukar-tukar pandangan bersama Yang Amat Mulia Putera Mohammed dalam pelbagai perkara, termasuk hubungan dua hala yang telah terjalin dengan erat dan secara istimewa antara Malaysia dan Arab Saudi,\u201d demikian menurut catatan di Facebook Istana Negara semalam.\n\n\nAl-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Putera Mohammed atas persiapan rapi dan kejayaan kerajaan Arab Saudi menerima dua juta jemaah bagi musim haji tahun ini, iaitu jumlah terbesar semenjak Covid-19.\n\n\nDifahamkan pertemuan itu turut dihadiri pemimpin negara-negara lain yang menunaikan ibadah haji tahun ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/01/menteri-alih-tumpuan-ganggu-tugas-penjawat-awam-kpism/", "title": "Menteri alih tumpuan, ganggu tugas penjawat awam : Kesatuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kenyataan Menteri Pelancongan, seni dan budaya, Tiong King Sing berhubung\u00a0 dakwaan berlakunya budaya rasuah di pintu masuk negara, adalah bertujuan mengalih tumpuan dan mengaburi tindakannya mengganggu tugas penjawat awam\n\n\nKesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) berkata, bukan sahaja dakwaan dibuat yang dibuat itu \u201ctidak berasas\u201d, malah sebagai menteri pelancongan, seni dan budaya, beliau tidak sepatutnya mengganggu tugas penjawat awam.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPresidennya, Khairil Niza Khairuddin, yakin pegawai imigresen bertugas mengetahui lebih jelas berhubung \u201csituasi sebenar\u201d yang berlaku.\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, jika benar dakwaan bahawa pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terbabit dengan rasuah, ianya perlu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\n\u201cIanya bukan dengan membuat kenyataan media yang boleh dianggap tidak berasas kerana tiada bukti serta hanya bertujuan sebagai \u2018diversion\u2019 atau mengalihkan tumpuan dari isu utama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\nMalaysia, Brunei teroka potensi kerjasama dua hala\n\n\n\n\n\n\nPemeriksaan kenderaan tidak lagi eksklusif kepada Puspakom\n\n\n\n\n\n\nTumpahan minyak diesel punca 4 LRA henti tugas sementara\n\n\n\n\n\n\nSuntik Dana Anak Muda Hasil Seni Bermutu, Cukuplah Karya Berkiblat Barat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebagai seorang orang kenamaan, beliau seharusnya lebih menghormati undang-undang negara dan tidak mengganggu penjawat awam menjalankan tugas mereka.\n\n\nMemetik\u00a0 laporan Harian Metro, Khairil Niza berkata pegawai JIM yang bertugas ketika itu sudah semestinya mengetahui dengan lebih jelas mengenai apa yang berlaku dan mengambil tindakan berdasarkan peraturan semasa yang sedang berkuatkuasa.\n\n\nTambahnya, KPISM bertegas tiada mana-mana pihak seharusnya terbabit dan mengganggu tugas penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang oleh imigresen dan mana-mana pihak berkuasa di negara ini.\n\n\n\u201cKPISM tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis jika perkara sama seperti ini berlaku. Kita juga bersetuju dengan tindakan pihak imigresen yang mengambil tindakan serta merta memulakan siasatan berkenaan isu berkenaan,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, Tiong membuat satu kenyataan, \u201cperistiwa yang memalukan negara\u201d telah terbongkar, susulan laporan mengenai kekecohan di KLIA membabitkan warga China ditahan di balai ketibaan.\n\n\nBeliau mendakwa wujudnya budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang \u201ckronik\u201d di pintu masuk negara.\n\n\nTiong berkata, semua maklumat berkaitan akan diserahkan kepada SPRM.\n\n\nSebelum ini, Tiong juga pernah berbuat perkara yang sama seperti dilaporkan media tempatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/01/padah-tukar-ebelia-kepada-wang-tunai-pelajar-berputih-mata/", "title": "Padah tukar eBelia kepada wang tunai, pelajar berputih mata", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0Padah cuba menukar kredit eBeliaRahmah kepada wang tunai, segelintir penerima bantuan menjadi mangsa penipuan pihak yang kononnya menyediakan \u2018perkhidmatan\u2019 bagi tujuan terbabit di platform media sosial.\n\n\nPenuntut sebuah universiti awam (UA) yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, 20, menjadi salah seorang mangsa apabila mendapati RM200 kredit diterimanya melalui program berkenaan, lesap apabila terpedaya dengan \u2018perkhidmatan\u2019 palsu ditemuinya di laman Twitter.\n\n\nBerkongsi pengalaman malangnya, Nur berkata, dia memilih untuk mendapatkan wang tunai bagi melunaskan yuran pengajian kerana tidak menerima apa-apa pinjaman atau pembiayaan pengajian, selain untuk kegunaan keperluan harian.\n\n\nOleh kerana dana yang dimasukkan dalam akaun e-dompet miliknya tidak boleh dipindahkan kepada akaun bank, dia mencari cara untuk menukarnya kepada wang tunai di Twitter, yang akhirnya mendatangkan kerugian kepada dirinya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHapuskan Kuasa Kecualikan Bahasa Kebangsaan Di Sek Vernakular\n\n\n\n\n\n\nUMNO Pentingkan Agenda Politik Jika Mahu Adakan PRU-15 Segera\n\n\n\n\n\n\nSyarikat produksi diminta lunaskan janji?\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM1.5 bilion peruntukan martabat syiar Islam\n\n\n\n\n\n\nPelepasan cukai SSPN dilanjutkan hingga 2024\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya cari \u2018ebelia service\u2019 dan \u2018ebelia cash\u2019 (di Twitter). Memang ramai orang buat,\u201d katanya menambah, dia kemudian terjumpa satu pemilik akaun yang mendakwa menyediakan perkhidmatan itu dan berkomunikasi dengannya untuk meneruskan transaksi sebelum menyedari dirinya ditipu.\n\n\n\u201cMalam itu, selepas pindahkan dana eBelia kepada dia, dia tangkap layar dan hantar pesanan dekat saya, katanya sistem sibuk dan dia tidak boleh pindahkan wang semula kepada akaun saya.\n\n\n\u201cMemandangkan dia ada bagi bukti dekat ciapan Twitter dia, yang dia kononnay sudah tolong ramai orang, saya tak syak pula dia \u2018scammer\u2019,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Nur, dia hanya menyedari ditipu apabila mendapati akaun Twitter yang berurusan dengannya itu tidak lagi aktif pada keesokannya dan dia masih tidak menerima pindahan wang tunai ke dalam akuan bank miliknya seperti yang dijanjikan.\n\n\nSeorang lagi penuntut UA, Sophia, 19, mengetahui ada dalam kalangan penuntut universitinya turut menukar kredit eBeliaRahmah kepada wang tunai.\n\n\n\u201cIni kerana mereka perlukan wang tunai untuk berbelanja dan perlu bayar RM10 untuk perkhidmatan ini. Mereka hanya pilih orang yang dikenali untuk perkhidmatan ini supaya tidak ditipu,\u201d katanya yang akan memanfaatkan bantuan kerajaan itu untuk membeli buku dan barang keperluan lain.\n\n\nTinjauan platform media sosial mendapati banyak iklan menawarkan perkhidmatan menukar kredit eBeliaRahmah kepada wang tunai, sama ada secara percuma atau mengenakan bayaran sehingga RM15 bagi satu transaksi.\n\n\nNamun apa yang menyedihkan, selain Nur, ramai juga penerima mendedahkan menjadi mangsa penipuan modus operandi itu apabila kredit yang dipindahkan kepada pihak ketiga itu tidak diterima semula ke dalam akaun bank mereka dalam bentuk wang tunai.\n\n\nBERNAMA menghubungi Kementerian Kewangan untuk mengesahkan sama ada penipuan melibatkan program eBeliaRahmah berlaku dan kementerian itu melalui jawapan bertulis, mengakuinya.\n\n\nProgram eBeliaRahmah ialah inisiatif kerajaan yang diumumkan di bawah Belanjawan 2023 bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia, selain meringankan beban kewangan golongan berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar insititut pengajian tinggi (IPT) sepenuh masa.\n\n\nRM200 yang dikreditkan kepada akaun e-dompet kira-kira dua juta penerima bermula 26 Jun lalu melalui program itu untuk digunakan bagi pembelian fizikal di premis perniagaan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat, iaitu Boost, Setel dan Touch n Go eWallet.\n\n\nDalam terma dan syarat program, telah dinyatakan bahawa bantuan RM200 itu tidak boleh ditunaikan atau dipindahkan kepada akaun lain dan tindakan akan diambil sekiranya penerima didapati berbuat demikian. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/01/prn-selamatkan-negara-bangsa-agama-oleh-politik-gila-kuasa/", "title": "PRN : selamatkan negara, bangsa & agama oleh politik gila kuasa", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim mengajak rakyat di enam negeri yang terlibat dalam pilihan raya negeri (PRN) bersatu memperkasakan perjuangan demi bangsa, agama dan pertiwi.\n\n\nBeliau, dalam status Facebooknya hari ini berkata, penyatuan bangsa itu perlu diterapkan menerusi PRN nanti bagi menyelamatkan negara, bangsa dan agama yang sedang tergugat oleh politik gila kuasa.\n\n\nSelain itu, katanya, kehidupan rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lalu, tidak bererti lagi dengan pentadbiran baharu yang gila slogan akibat kesilapan memilih.\n\n\n\u201cBangsaku, sahabatku di seluruh negara khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, masa sampai bagi kita semua berjabat tangan memperkasa semula perjuangan asas yang lama demi bangsa agama dan pertiwi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTujuh Ahli Parlimen ambil peluang tanding PRN\n\n\n\n\n\n\nSany Hamzan tak layak jelas isu peruntukan Ahli Parlimen pembangkang\n\n\n\n\n\n\nIsteri Ustaz Farid Ravi meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy umum Portfolio EXCO Pahang\n\n\n\n\n\n\nMKT UMNO sokong Ahmad Zahid sebagai Presiden, tidak bentuk kerajaan bersama PN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNegara, bangsa dan agama kita sedang tergugat dan digugat disisi politik gila kuasa, gila sandiwara, gila slogan yang tak bererti lagi kepada rakyat. Kita terpilih perdana menteri dan menteri sesat arah, sesat niat serta sesat perjuangan.\n\n\n\u201cRupa-rupanya selepas tujuh bulan, terserlah pimpinan yang celaru sifat dan mengalami penyakit jiwa. Sifat celarunya ialah konon kita semua ini sama hak, sama rata, sama rasa tapi tak sama merana,\u201d katanya dalam hantaran terbaharunya.\n\n\nMenurut Rais, kerajaan sekarang tidak mempunyai dasar ekonomi apatah lagi peka dengan penderitaan rakyat selain tidak tahu mentadbir dan tidak sayangkan bangsa sendiri.\n\n\nMereka, katanya, suka cari kecelaan pemimpin dahulu yang banyak berbudi dan menyelamatkannya.\n\n\n\u201cJika Tun M (Dr. Mahathir Mohamad) tidak melakukan ikhtiar dan gesaan, tiada pengampunan berlaku. Dia melupai ini semua. Dia tuduh perdana menteri dahulu konon rasuah, rasuah dan rasuah berbilion ringgit. Dia guna maklumat salah.\n\n\n\u201cBila dia turun takhta perdana menteri nanti, saham dan habuannya pula akan menyusul,\u201d katanya.\n\n\nKata beliau, barang makanan semakin mahal hingga tidak mampu dibeli oleh rakyat kerana ringgit menjadi kecil iaitu 1USD bersamaan RM4.76 manakala SGD1 pula RM3.65 dan \u00a31 sudah hampir RM6.\n\n\nPelaburan turut menjunam nilainya dengan saham terus meluncur turun namun Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli suka bermain data dan formula tetapi tidak faham congak hidup nelayan, penoreh getah dan pesawit Felda.\n\n\nMenteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pula hilang perkiraan industri agro sehingga isu telor turut menjadi cemuhan tempatan dan dunia.\n\n\nBeliau turut menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal menunaikan janji untuk menurunkan harga minyak dengan mengulangi kenyataan perdana menteri itu, \u201chari ini jadi PM, esok harga minyak turun\u201d.\n\n\nDalam hantaran itu juga, Dr. Rais menyindir tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melantik kalangan Ahli Parlimen sebagai pengerusi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC).\n\n\n\u201cAntara perlakuan berpolitik dan main politik kini sudah jelas. Kita sudah salah pilih juragan kapal lagi. Tokoh macam si pulut tapi bila ditanak ia berderai,\u201d katanya menyindir. \u2013 MalaysiaGazette"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/01/ringgit-mata-wang-paling-lemah-di-asia-tahun-ini/", "title": "Ringgit mata wang paling lemah di Asia tahun ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Ringgit mencatatkan penurunan hampir enam peratus pada separuh pertama tahun 2023 sekali gus mendahului kejatuhan dalam kalangan mata wang negara Asia, manakala ekuiti negara ini dan Thailand adalah yang terburuk dalam pasaran campuran.\n\n\nMemetik laporan \nReuters\n, berdasarkan rekod pada Jumaat, kebanyakan mata wang Asia pulih daripada kerugian awal, dengan peso Filipina dan baht Thailand mendahului peningkatan dengan masing-masing mencatatkan kenaikan 0.4 peratus.\n\n\nBagi separuh pertama 2023, ringgit mencatatkan kejatuhan terbesar dalam kalangan negara sedang pesat membangun Asia apabila susut 5.8 peratus disebabkan oleh aliran keluar modal.\n\n\nKali terakhir diniagakan adalah pada 4.670 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menghampiri paras terendah dalam lapan bulan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPencapaian Pendidikan Sederhana Sepanjang Tahun 2021 \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nBlok pembangkang mahupun kerajaan akan disiasat jika terlibat rasuah\n\n\n\n\n\n\n\u201cJangan Buat Transaksi Itu, Jika Tidak Saya Buat Laporan Polis\u2019\u2019 \u2013 Bilal\n\n\n\n\n\n\nKluster Pulau Gadong: Kes Positif Meningkat Kepada 137\n\n\n\n\n\n\nAgihan kerusi PN hampir 90 peratus selesai\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cRinggit mencatatkan prestasi yang kurang baik di Asia berikutan aliran keluar ekuiti asing yang berterusan.\n\n\n\u201dBegitupun, peningkatan dari segi pertumbuhan boleh mengubah sentimen dan kita boleh melihat ringgit berbanding dolar AS mengukuh sekitar paras 4.60 hingga 4.70 pada separuh kedua 2023,\u201d kata Ahli Strategi Makro DBS Bank, Wei Liang Chang.\n\n\nPasaran saham tempatan jatuh sehingga 7.7 peratus dalam tempoh sama dan antara negara yang mencatatkan prestasi terburuk di rantau ini.\n\n\nPada minggu depan, Bank Negara Malaysia (BNM) akan bermesyuarat untuk membuat keputusan berkenaan Kadar Dasar Semalaman (OPR).\n\n\nPenganalisis di \nBarclays\n menjangkakan, bank pusat akan mengekalkan dan tidak mengubah kadar penanda arasnya.\n\n\nSementara itu, baht Thailand jatuh juga hampir tiga peratus tahun ini dan ketika ini berada di paras terendah dalam tujuh bulan.\n\n\nIa kekal berada di bawah tekanan kerana ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara itu mengalami keadaan tidak menentu untuk memilih Perdana Menteri baharu.\n\n\n\u201cPunca utama (kelemahan mata wang Asia berbanding dolar AS) adalah Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), (Jerome) Powell terus membayangkan retorik kadar faedah tinggi, dengan memberikan isyarat sekurang-kurangnya dua kali lagi kenaikan kadar,\u201d kata Ahli Strategi Kanan Asia ANZ, Irene Cheung.\n\n\nSementara itu, yuan China turut susut kepada 7.2615 setiap dolar pada hari Jumaat yang juga merupakan paling lemah sejak 10 November lalu. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/01/sprm-siasat-dakwaan-menteri-pelancongan-berlaku-rasuah-di-klia/", "title": "SPRM siasat dakwaan Menteri Pelancongan berlaku rasuah di KLIA", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatannya terhadap dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kononnya wujud amalan rasuah dalam kalangan pegawai Imigresen\u00a0 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).\n\n\nKetua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan, pihaknya akan berbuat demikian serta memandangl serius dakwaan tersebut.\n\n\n\u201cBerhubung dakwaan rasuah yang dinyatakan King Sing, SPRM akan menyiasat perkara tersebut,\u201d katanya menerusi kenyataan ringkas hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengambilan tembakau antara penyebab kanser meningkat\n\n\n\n\n\n\nSecara teorinya Muafakat Nasional sudah \u2018mati\u2019 \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nJangan layan khabar angin tarikh 1 Syawal \u2013 JAKIM\n\n\n\n\n\n\nAMANAH bertanding di 31 DUN, Mahfuz di Alor Mengkudu\n\n\n\n\n\n\nKabinet belum bincang laksana semua GST\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi melicinkan proses siasatan, SPRM akan mendapatkan maklumat daripada semua pihak termasuk King Sing.\n\n\n\u201cKita akan dapatkan maklumat daripada semua pihak berhubung perkara ini (dakwaan rasuah di KLIA) dan melakukan siasatan sewajarnya.\n\n\n\u201cOleh itu, kami menggesa orang ramai agar tidak mensensasikan atau membuat spekulasi mengenai perkara ini,\u201d tegasnya.\n\n\nPada Khamis lalu tular satu insiden yang mendakwa kononnya Ahli Parlimen Bintulu itu telah menceroboh Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA tanpa pas keselamatan dan cuba menyelamatkan seorang pelawat wanita warga China yang ditahan daripada memasuki negara ini.\n\n\nMalah menteri berkenaan juga didakwa telah memarahi polis bantuan dan pegawai IMigresen di KLIA selepas berang tindakannya yang cuba membebaskan wanita asing itu dihalang oleh penguatkuasa itu.\n\n\nBagaimanapun, dalam satu kenyataan balas semalam, King Sing menafikan sekeras-kerasnya beliau cuba menyelamatkan wanita China itu sambil membongkar kewujudan unsur rasuah yang berlaku dalam kalangan penguatkuasa di pintu masuk KLIA.\n\n\nDakwanya, berlaku masalah komunikasi antara pegawai dan pelawat asing itu selain wanita asing itu didakwa ditahan tanpa sebab serta tidak diberikan makan minum sepanjang tempoh penahanan tersebut walaupun mempunyai dokumen yang lengkap dan sah untuk memasuki Malaysia.\n\n\nMalahan beliau juga mendakwa menerima maklumat\u00a0 terdapat pegawai Imigresen di KLIA yang meminta bayaran sehingga RM3,000 kepada pelancong China untuk dilepaskan daripada tahanan.\n\n\nDakwanya, wang tambahan juga diminta oleh pegawai daripada pelancong itu untuk proses Visa serta penghantaran pulang ke negara asal mereka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/02/23051/", "title": "UiTM untuk Melayu & Bumiputera selagi Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan terus dipertahankan sebagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak selagi Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia wujud.\n\n\nMenurut Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, peruntukan tersebut memberi hak istimewa kepada orang Melayu dan penduduk asli mana-mana negeri Sabah dan Sarawak bagi kuota untuk memasuki perkhidmatan awam, biasiswa awam dan pendidikan awam.\n\n\n\u201cPertama yang saya ingin tegaskan, selagi Akta 153 tersebut wujud dalam Perlembagaan Malaysia saya akan terus mempertahankannya.\n\n\n\u201cJusteru, tiada isu kelompok selain daripada orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak diberi ruang untuk menyambung pengajian di UiTM.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar tempelak Hadi Awang, yakin kerajaan mampu bertahan\n\n\n\n\n\n\nSaya Sertai Bersatu Atas Faktor Kepimpinan Muhyiddin\u2019\u2019 \u2013 Mohamaddin\n\n\n\n\n\n\nPindaan Memansuhkan Hukuman Mati Mandatori Akan Dibentangkan Pada Oktober \u2013 Wan Junaidi\n\n\n\n\n\n\nWarga Singapura Ambil Peluang Isi Minyak Penuh di Johor\n\n\n\n\n\n\nNoh mahu jadi penceramah bebas, janji cakap benar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUiTM adalah IPTA khusus untuk menzahirkan keistimewaan golongan tersebut. Maka, ia akan terus dipertahankan sebagai universiti terbesar di negara ini,\u201d katanya ketika ditemui pada program korban sumbangan Vfive Group Sdn. Bhd. di UiTM Shah Alam, Selangor, hari ini.\n\n\nTerdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan menyatakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hanya membenarkan pelarian Rohingya yang akan melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dipilih berdasarkan kelayakan dengan kuota terhad.\n\n\nDalam perkembangan sama, Raduan menegaskan perkara paling penting yang perlu difahami semua pihak adalah UiTM tidak merampas hak orang lain untuk menubuhkan IPTA tersebut. \u2013 KOSMO"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/02/abdul-hadi-dipindahkan-ke-wad-biasa-keadaan-semakin-baik/", "title": "Abdul Hadi dipindahkan ke wad biasa, keadaan semakin baik", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah dipindahkan ke wad biasa susulan tahap kesihatan beliau semakin stabil, hari ini.\n\n\nMemetik Sinar Harian, perkara itu dinyatakan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang memaklumkan Abdul Hadi sudah dipindahkan ke wad biasa berbanding sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU).\n\n\n\u201cBagaimanapun, beliau masih lagi dalam rawatan dan pemerhatian doktor.\u201d\n\n\n\u201cSemua tidak melawat, biarlah beliau rehat betul-betul dan kita doakan semoga beliau cepat sembuh,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Anwar diminta kembalikan tanah rezab Melayu yang diceroboh \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nPengampunan diraja: UMNO masih perlukan Najib\n\n\n\n\n\n\nPRK Parlimen Pulai, Dun Simpang Jeram diadakan 12 Ogos ini?\n\n\n\n\n\n\nOIC sambut baik laporan Amnesty International mengenai aparteid terhadap Palestin\n\n\n\n\n\n\nPertimbang angkat bak kut teh, menteri gagal jaga identiti kebangsaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini media malaporkan, beberapa program membabitkan Abdul Hadi terpaksa ditangguhkan sementara berikutan keadaan kesihatan beliau yang merosot sebelum Aidiladha.\n\n\nAnak sulung Abdul Hadi, Muhammad Khalil pada Khamis lalu memaklumkan bapanya telah dimasukkan ke hospital.\n\n\nAbdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, pernah dimasukkan ke Hospital Putrajaya dipercayai akibat sesak nafas pada Februari lalu sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara untuk rawatan lanjut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/02/agong-zahir-penghargaan-kepada-arab-saudi-urus-jemaah-haji/", "title": "Agong zahir penghargaan kepada Arab Saudi urus jemaah haji", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi, atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira 2 juta jemaah bagi musim haji tahun ini.\n\n\nBaginda menzahirkan penghargaan itu ketika pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohamad bin Salman dalam Majlis Jamuan The Petang di Mina pada 29 Jun lalu.\n\n\nMenerusi catatan di Facebook Istana Negara juga memaklumkan, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas kesudian menerima 31,000 jemaah dari Malaysia dan kemudian tambahan seramai 1,000 lagi untuk mengerjakan haji tahun ini.\n\n\n\u201cSeri Paduka turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana menaja 300 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian mereka di pelbagai tahap dan bidang pengajian di Arab Saudi,\u201d menurut catatan itu.\n\n\nAl-Sultan Abdullah (depan, kiri) semasa pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi (depan, kanan).\n\n\nAl-Sultan Abdullah turut berkenan mempersilakan Putera Mohammed mengadakan kunjungan ke Malaysia.\n\n\nDalam perkembangan lain Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas selesai menunaikan ibadah haji dan dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini.\n\n\nBaginda turut mendoakan agar seluruh jemaah haji Malaysia dikurniakan keafiatan sepanjang berada di Tanah Suci dan selamat pulang ke tanah air kepada pangkuan keluarga tercinta.\n\n\n\u201cAl-Sultan Abdullah juga mengajak seluruh jemaah haji Malaysia untuk terus bermunajat, memohon keampunan serta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara tercinta,\u201d titah baginda."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/02/dakwaan-kes-menteri-buat-kecoh-di-klia-disiasat-rapi-pm/", "title": "Dakwaan kes Menteri buat kecoh di KLIA disiasat rapi -PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Siasatan secara rapi tetap akan dilakukan berhubung kes petugas di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).\n\n\nJaminan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar selepas mengadakan lawatan mengejut ke KLIA petang Ahad, bagi meninjau kaunter JIM dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebelum menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Tanah Suci.\n\n\nBeliau berkata, hasil tinjauan mendapati keadaan kaunter JIM dan JKDM dilaporkan berada dalam keadaan terkawal, tetapi wujud beberapa kerosakan yang perlu diperbaiki.\n\n\n\u201cAda beberapa kerosakan kita harus perbaiki, tetapi saya ingin bagi jaminan siasatan rapi akan dibuat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih RM103.86 juta kepada imam, guru agama di Kelantan\n\n\n\n\n\n\n850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan dapat RM200\n\n\n\n\n\n\nPerkenal nama bersesuaian pada makanan bukan halal\n\n\n\n\n\n\nPerbicaraan himpunan \u2018Mana Kapal LCS?\u2019\n\n\n\n\n\n\nPolis tahan pelajar Tingkatan Satu pandu kereta\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah beliau, secara umumnya majoriti petugas JIM menjalankan tugas dengan baik, hanya ada beberapa masalah dan siasatan akan dilakukan untuk memperbaiki yang sepatutnya.\n\n\nPerdana Menteri berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan kepada pihak yang terbabit jika terbukti berlakunya\u00a0 kesilapan.\n\n\n\u201cKalau ada salah akan ambil tindakan. Saya teliti langkah diambil setakat ini, JIM juga memberikan reaksi baik.\u201d\n\n\n\u201cKita kenal pasti kelompok kecil yang tidak mahu membawa perubahan termasuk yang berdepan tuduhan. Insya-Allah, siasatan rapi akan dibuat dan perbincangan awal akan dilakukan pada Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini,\u201d ujar beliau,\n\n\nTerdahulu Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tiong King Sing mendedahkan ada petugas JIM meminta wang daripada pelancong asing di KLIA selepas dirinya didakwa cuba membuat kecoh di sana bagi menyelamatkan seorang wanita China.\n\n\nDedah Tiong, ada petugas yang meminta wang sehingga RM3,000 bagi dikeluarkan daripada tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal.\n\n\nBagaimanapun, seorang pegawai imigresen menafikan perkara itu dan membuat laporan polis berhubung perilaku Menteri berkenaan ketika kejadian berlaku."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/02/individu-buat-ciapan-biadab-berhubung-kesihatan-abdul-hadi-diarah-mohon-maaf/", "title": "Individu buat ciapan biadab berhubung kesihatan Abdul Hadi, diarah mohon maaf", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Mana-mana individu yang membuat ciapan biadab berhubung kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang perlu memohon maaf.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan seorang individu yang dipercayai penyokong partinya untuk memohon maaf atas tindakan biadab itu.\n\n\n\u201cSaya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, seorang pengguna Twitter @Zaki_Yamani menerusi ciapannya meminta agar nyawa Presiden PAS itu diambil supaya \u2018kerosakan\u2019 yang dibuat dapat dihentikan berikutan kesihatannya yang kian merosot.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolitikus Diingatkan Fikir Soal Rakyat Bukan Kepentingan Politik\n\n\n\n\n\n\nShahril sepatutnya Ketua Pemuda seterusnya \u2013 KJ\n\n\n\n\n\n\nBerjasa persoal Tok Mat nilai DAP ikhlas dengan UMNO atas dasar apa ?\n\n\n\n\n\n\nLantikan Nurul Izzah walau tanpa gaji, tidak mengubah konsep Nepotisme\n\n\n\n\n\n\nUMNO kalah teruk, Zahid punca\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengguna akaun media sosial itu juga turut \u00a0menulis perkara sama terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.\n\n\nSemalam, Abdul Hadi dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan pemantauan doktor.\n\n\nAnak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengesahkan perkara itu dan meminta orang ramai berdoa serta melakukan solat hajat untuk kesembuhan Abdul Hadi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/02/ipg-tidak-dapat-kerana-sudah-terima-elaun-bulanan-rm450/", "title": "IPG tidak dapat kerana sudah terima elaun bulanan RM450", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Golongan pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) tidak menerima bantuan eBelia Rahmah kerana pelajar berkenaan sudah pun menerima elaun bulanan sebanyak RM450.\n\n\nTimbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan mejelaskan demikian bagi menjawab persoalan pelajar IPG yang menyatakan mereka tidak menerima bantuan eBelia Rahmah.\n\n\nBeliau turut meminta ahli politik yang membuat tuduhan berkenaan dan meminta individu itu menyemak fakta berhubung elaun pelajar IPG.\n\n\n\u201cPelajar IPG tidak dapat kemudahan ini (eBelia Rahmah) kerana mereka diberikan elaun RM450 sebulan. Ia adalah elaun yang sebelum ini sudah diberikan ketika kerajaan sebelum ini, maka ia diteruskan.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah nazak, hanya berpaut pada PH \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nDr Muhammad Faiz letak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU\n\n\n\n\n\n\nSelangor rekod purata 6 kematian seminggu akibat Covid-19 tahun ini\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\nCalon PN di Terengganu, Kelantan guna logo PAS\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya lagi, pelajar yang berada di universiti lain pula tidak dapat kemudahan RM450 sebulan itu, maka sebab itu mereka diberikan bantuan RM200.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya harap ahli politik berkenaan menyemak fakta itu kerana pelajar IPG, mereka dapat lebih daripada yang lain melalui elaun yang disediakan (secara bulanan),\u201d\n\n\nBeliau berkata demikian selepas lawatan kerja rasmi ke pejabat Jabatan Penilaian dan Perkhimatan Harta (JPPH) Negeri Johor di Johor Bahru, hari ini.\n\n\nMengulas mengenai eBelia Rahmah, Ahmad berkata, seramai dua juta belia berusia antara 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) layak menerima kredit berjumlah RM200 melalui tiga platform e-Dompet mulai 26 Jun lalu.\n\n\nKatanya, inisiatif eBelia Rahmah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 yang matlamatnya untuk memupuk budaya tanpa tunai dalam kalangan belia di samping menyokong pertumbuhan ekonomi perusahan mikro, kecil dan sederhana.\n\n\nSebelum ini, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan mengapa pelajar IPG tidak mendapat manfaat inisiatif eBelia Rahmah\n\n\nAhli Parlimen Muar itu menyifatkan perkara berkenaan tidak adil, sedangkan mereka juga pelajar sepenuh masa sama seperti penuntut IPTyang lain.\n\n\nPada masa sama, Ahmad menegaskan tiada sebarang penebusan tunai dibenarkan bagi inisiatif eBelia Rahmah itu, sekali gus meminta penerima berwaspada dengan mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan menebus tunai bantuan berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/02/israel-lancar-serangan-terhadap-syria/", "title": "Israel lancar serangan terhadap Syria", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Israel lancar serangan udara di Syria, berhampiran bandar Homs yang dikuasai kerajaan, kata agensi berita Syria SANA hari ini, memetik sumber tentera.\n\n\n\u201cMusuh Israel melakukan serangan udara yang datang dari timur laut Beirut, menyasarkan beberapa lokasi di sekitar bandar Homs,\u201d katanya.\n\n\nSepanjang lebih sedekad perang di Syria, Israel melancarkan ratusan serangan udara ke atas wilayahnya, terutamanya menyasarkan tentera yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah Lubnan serta kedudukan tentera Syria.\n\n\nPertahanan udara Syria memintas beberapa peluru berpandu, kata SANA, memetik sumber yang sama, sambil menambah bahawa terdapat beberapa kerugian harta benda.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemimpin PN mesyuarat, bincang usul undi percaya PM\n\n\n\n\n\n\nPN yakin rampas Selangor, Negeri Sembilan pada PRN\n\n\n\n\n\n\n#BoikotIndia sohor di Twitter\n\n\n\n\n\n\nTiada istilah majoriti-minoriti dalam negara\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin nafi ditahan, hanya beri keterangan di SPRM esok\n\n\n\n\n\n\n\n\nSANA sebelum ini berkata, peluru berpandu itu dipintas di kawasan luar bandar utara Homs.\n\n\nDalam satu kenyataan ringkas yang tidak menyebut mengenai serangan udara, tentera Israel mengakui roket antipesawat Syria \u2018nampaknya meletup di udara di atas wilayah Israel\u2019.\n\n\n\u201cTiada arahan khas untuk orang awam di Israel dikeluarkan buat masa ini. Butirannya sedang dalam semakan,\u201d tambahnya.\n\n\nPemantau perang, Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, berkata kawasan yang menjadi sasaran di luar bandar timur laut Homs adalah kubu kuat Hizbullah yang menempatkan depoh senjata milik kumpulan Lubnan yang disokong Iran.\n\n\nSementara itu, Syria mendakwa ia berjaya menangkis serangan peluru berpandu dari Israel, yang mana serpihan peluru berpandu anti pesawat Syria ditemui di perkampungan Rahat, kira-kira 180 kilometer (km) di pedalaman dari garis sempadan Israel.\n\n\nBagaimanapun, tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan Syria, yang turut mengesahkan beberapa peluru berpandu Israel dipintas tenteranya. -BH- AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/02/polis-maut-disyaki-tembak-diri-sendiri/", "title": "Polis Maut disyaki tembak diri sendiri", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Seorang anggota polis berpangkat sarjan maut disyaki menembak dirinya sendiri dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau, Negeri Sembilan petang semalam.\n\n\nMenurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kejadian jam 6.40 petang yang berlaku di dalam salah sebuah bilik Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) itu berlaku selepas anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang bertugas di IPD berkenaan ditemui berlumuran darah.\n\n\nBeliau berkata, bilik terbabit dukunci mangsa sebelum anggota polis lain bertindak mengetuk pintu beberapa kali.\n\n\nBagaimanapun, mangsa tidak membuka pintu tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSelangor umum Isnin cuti peristiwa jika PH-BN menang pilihan raya\n\n\n\n\n\n\nNetizen naik angin, kecam pelancong `first world country\u2019 isi minyak murah di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPM tersentuh dalam siri syarahan kehormat Madani\n\n\n\n\n\n\nPemimpin Negara Gagal Fahami Sentimen Rakyat \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nKes Taun Kini Dikesan Di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelang beberapa saat telah terdengar bunyi tembakan dilepaskan.\n\n\n\u201cAnggota JSJ telah memecahkan pintu bilik tersebut dan membuat pemeriksaan, mendapati mangsa telah terbaring dengan kesan berlumuran darah di rak fail, lantai serta siling. Terdapat sepucuk pistol rev.38 disisi mangsa,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Ahmad Dzaffir, pemeriksaan mendapati magsa telah menembak dirinya di bahagian dalam mulut menggunakan pintol jenis Reolver 38.\n\n\nMayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.\n\n\nKes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.\n\n\nPolis meminta orang ramai tidak mengeluar apa-apa kenyataan yang boleh menggangu siasatan pihak polis dan sebagai menghormati keluarga simati."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/03/rakyat-bingung-menteri-tak-buat-kerja-hakiki/", "title": "Rakyat bingung, menteri tak buat kerja hakiki", "body": "0\n\n\nLUAHAN rakyat tak terbendung lagi. Di media sosial, ramai usahawan mula berkongsi cerita sedih perniagaan masing-masing.\n\n\nDoktor klinik swasta pun ada yang termenung panjang apabila bilangan pesakit berkurangan. Peniaga lembu pening kepala melihat permintaan tak banyak untuk ibadah korban seperti tahun-tahun sebelum ini. Apatah lagi B40.\n\n\nHarga barang tidak pernah menurun. Makanan yang dijual di kedai makan dan restoran juga semakin mahal.\n\n\nHidangan sederhana untuk makan tengah hari pun ada yang lebih 10 ringgit. Belum kira lagi harga tol dan minyak kenderaan yang tak turun-turun. Semuanya membebankan rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSalah sendiri jika UMNO ditolak pengundi Melayu\n\n\n\n\n\n\nUMNO kini ibarat sebuah parti \u2018langau\u2019\n\n\n\n\n\n\nColdplay, LGBT, DAP: Mana satu intan, mana satu permata?\n\n\n\n\n\n\nJangan cuba jadi petualang negara\n\n\n\n\n\n\nUMNO-PH \u2018berebut\u2019 jawatan MB di Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara tugas kerajaan ialah memulihkan ekonomi, tambah pendapatan negara dan rakyat, mengurangkan kos sara hidup rakyat serta menarik pelabur asing ke negara ini.\n\n\nTapi hari ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, lebih banyak bermain politik daripada buat kerja hakiki.\n\n\nWarganet mendakwa Perdana Menteri pandai \u2018photo op\u2019, membina imej popular tapi kerja sebenar mentadbir negara tak pandai-pandai.\n\n\nRakyat kini boleh menilai sendiri segala tindak tanduk pak menteri. Janji-janji ketika menjadi pembangkang hanya tinggal janji.\n\n\nRakyat tak nampak usaha yang betul-betul berkesan dan ikhlas dilakukan setelah jadi kerajaan.\n\n\nKejadian di KLIA yang melibatkan pelancong warga China baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku.\n\n\nMustahil lapangan terbang antarabangsa kita tidak mempunyai peraturan dan SOP. Tapi pak menteri \u2018langgar\u2019 juga dan khabarnya kejadian seperti ini sudah berlaku beberapa kali oleh menteri sama.\u00a0Perdana Menteri turut tumpang popular menziarahi KLIA.\n\n\nKejadian menteri \u2018langgar\u2019 KLIA untuk membebaskan pelancong warga China baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku.\n\n\nSang Pekaka bersetuju dengan pandangan warganet bahawa Perdana Menteri kita memang pandai \u2018photo op\u2019. Membina imej popular tapi kerja sebenar mentadbir negara tak pandai-pandai.\n\n\nAkhirnya rakyat sendiri perlu berusaha tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Kurangkan berharap kerana nanti diri akan merana.\n\n\nUsaha sendiri dan berdikari kerana jawatan menteri hanya rebutan politikus mabuk duniawi. Bukannya berjuang untuk rakyat.\n\n\nTernyata, kerajaan hari ini yang digambarkan melalui tindak-tanduk pak menteri hanya mementingkan kuasa dan jawatan untuk kekal kaya serta selesa di kayangan. Rakyat bawahan? Pandailah mereka cari makan!"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/03/rasuah-dua-agensi-kdn-disiasat-anwar/", "title": "Rasuah : Dua agensi KDN disiasat \u2013 Anwar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menerima maklumat ada bayaran tertentu yang dikenakan ketika proses untuk mendapatkan sijil warganegara oleh mereka yang layak untuk mendapatkan status kewarganegaraan.\n\n\n\u201cNak beri satu makluman, semalam saya terima mungkin masih dalam siasatan di Jabatan Pendaftaran.\n\n\n\u201cKita permudahkan orang yang layak mendapat status kewarganegaraan dan sebagainya untuk mendapatkan sijil itu dikenakan lagi bayaran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaszlee beri bayangan bakal kembali dalam kerajaan\n\n\n\n\n\n\ni-Sayang benarkan suami pindah 2 peratus caruman KWSP untuk isteri\n\n\n\n\n\n\nPolis ambil alih siasatan jika ada unsur khianat nahas Elmina\n\n\n\n\n\n\nKerajaan PAS Kelantan Tetap Kukuh\n\n\n\n\n\n\nTindakan Kerajaan Kedah adalah Betul- Peguam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTapi jumlahnya terlalu kecil, harus ada tindakan yang keras dan tegas, kalau tidak dia merosakkan seluruh imej pentadbiran,\u201d katanya.\n\n\nAnwar yang berkata demikian ketika \u00a0Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.\n\n\nTegasnya, masih ada kelompok kecil dalam Jabatan Imegresen yang masih selesa dengan sistem dan amalan lama yang mengaitkan mereka dengan perlakuan rasuah.\n\n\n\u201cSemalam sebelum sambut kepulangan Agong, saya sempat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kerana ada sedikit sebanyak \u2018keributan\u2019 kecil.\n\n\n\u201cTentunya saya lihat, umpamanya semua kaunter Imigresen berfungsi, maknanya majoriti kakitangan Imigresen menjalankan tugas dengan baik tetapi seperti mana juga kita sedar dan sering saya tegaskan ada kumpulan kecil yang masih biasa dengan sistem dan amalan lama.\n\n\n\u201cSaya percaya itu bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak. Selalu kita sebut, kerana nila setitik rosak susu sebelanga,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, Anwar mengadakan lawatan mengejut ke KLIA dan memberi jaminan siasatan rapi akan dibuat terhadap isu membabitkan kakitangan Imigresen di KLIA khususnya dakwaan wujud salah laku dan amalan rasuah.\n\n\nSebelum ini tular gambar dan laporan berita yang mendakwa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing campur tangan dalam urusan melepaskan seorang pelancong dari China, namun ia dinafikan Ahli Parlimen Bintulu itu.\n\n\nBeliau mendakwa wujudnya amalan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan sebilangan kakitangan Jabatan Imigresen yang bertugas di pintu masuk utama negara itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/03/spr-bakal-umum-tarikh-prn-rabu-ini/", "title": "SPR bakal umum tarikh PRN Rabu ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas Rabu ini bagi membincangkan hal-hal berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN).\n\n\nSetiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat itu bakal menetapkan tarikh penting seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, pengundian, daftar pemilih dan lain-lain persiapan bagi pelaksanaan pilihan raya yang akan dipengerusikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh.\n\n\n\u201cSatu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nIkmalrudin turut memaklumkan SPR telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-14 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada speaker masing-masing.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHari Merdeka Mahu Dimansuh, Bekas Menteri Gagal Fahami 31 Ogos\n\n\n\n\n\n\n1 Ramadan 1444H \u2013 esok umat Islam di Malaysia mula berpuasa\n\n\n\n\n\n\nDominic tetap senyum walau tidak diundang dalam ceramah PN\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya Tidak Miliki Kepentingan Dalam Mana-Mana Syarikat\u201d- Azam Baki\n\n\n\n\n\n\nHenti kecam Cikgu Hadi, kekalkannya sebagai jurulatih\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, enam negeri telah membubarkan DUN bermula Kelantan pada 22 Jun lalu diikuti Selangor sehari selepas itu manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing 28 Jun.\n\n\nManakala, Negeri Sembilan pula menjadi negeri terakhir membubarkan DUN iaitu pada 1 Julai."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/03/zaki-yamani-mohon-maaf-kepada-abdul-hadi-gara-gara-ciapan-biadab/", "title": "Zaki Yamani mohon maaf kepada Abdul Hadi gara-gara ciapan biadab", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pengguna Twitter, @Zaki_Yamani tampil membuat permohonan maaf susulan ciapan biadab berhubung keadaan kesihatan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.\n\n\nPermohonan maaf itu dibuat menerusi akaun Twitter selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan dia berbuat demikian.\n\n\n\u201cMengambil perhatian ciapan YAB PM @anwaribrahim dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, Zaki Yamani menerusi ciapannya berkata supaya Allah mengambil segera nyawa Abdul Hadi dan hentikan kerosakan yang dilakukan selepas Presiden PAS itu dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJangan layan khabar angin tarikh 1 Syawal \u2013 JAKIM\n\n\n\n\n\n\n\u201cBukan kerana kerusi empuk, saya sedih tinggalkan kakitangan saya \u2026 \u201d \u2013 Sulaiman\n\n\n\n\n\n\nNajib aset strategik \u2018beku\u2019 UMNO \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nIsteri Ustaz Farid Ravi meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nAgong titah projek pembangunan di Cameron Highlands dikaji semula\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDoa: Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi Awang. Hentikan kerosakan yang dilakukan nya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-Mu. Ambil sekali Mahathir,\u201d tulisnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/04/ada-benarnya-kenyataan-tun-m-pakar-perlembagaan/", "title": "Ada benarnya kenyataan Tun M \u2013 Pakar Perlembagaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Langkah menyamaratakan kepelbagaian kaum di negara ini dengan kaum Melayu dan unsur kemelayuan yang menjadi teras identiti bangsa Malaysia sememangnya bertentangan Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nSusulan itu, kenyataan dikeluarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai usaha promosi negara berbilang kaum sehingga mengenepikan unsur kemelayuan sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan ada kebenaran.\n\n\nPakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, perlu difahami bahawa istilah orang Melayu mengikut Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan berbeza dengan bangsa Melayu kerana Perjanjian Persekutuan Melayu 1948 memperluaskan takrifan bangsa Melayu apabila menerima kemasukan kaum bukan bangsa asal Tanah Melayu sebagai warga negara Persekutuan.\n\n\nBagaimanapun, Perlembagaan memelihara jati diri bangsa asal yang beridentiti unsur kemelayuan dalam peruntukan Perlembagaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nZahid Diperintah Bela Diri Atas 47 Pertuduhan\n\n\n\n\n\n\nHapuskan Kuasa Kecualikan Bahasa Kebangsaan Di Sek Vernakular\n\n\n\n\n\n\n\u2018Lawan tetap lawan\u2019 jadi \u2018dulu lawan sekarang kawan\u2019\n\n\n\n\n\n\nTubuh jawatankuasa khas selaras usaha cetak sejuta naskah al-Quran\n\n\n\n\n\n\nJangan sokong dan beli produk dijual warga asing \u2013 DBKL\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau menjelaskan warga negara Malaysia adalah bangsa Melayu yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, pelbagai anutan agama yang menghormati kedudukan agama Islam dan pendokong jati diri watan di Semenanjung Tanah Melayu, dan Borneo.\n\n\n\u201cDengan itu, kebebasan beragama tidak bersifat paksaan kepada penganutan agama Islam, kedudukan Bahasa Kebangsaan tidak menafikan penggunaan bahasa lain dalam urusan bukan rasmi, sebaliknya jati diri watan Tanah Melayu prasyarat seorang warga negara, malah sehingga kini masih terpelihara dan menjadi peruntukan Perlembagaan Persekutuan.\n\n\n\u201cPrinsip Keluhuran Perlembagaan meletakkan jati diri watan Tanah Melayu di tempat tinggi dan tidak boleh dilihat sebagai diskriminasi kepada mana-mana pihak,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Dr Mahathir yang menyatakan usaha mempromosi negara berbilang bangsa sebagai bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nSebelum ini, Dr Mahathir menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum, sebaliknya menekankan kemelayuan Malaysia.\n\n\nUjar Ahmad Fauzi, perlu difahami bahawa suatu bangsa itu tidak terikat pada darah keturunan, perbezaan etnik atau ras sebaliknya bangsa dan ke\u2019bangsa\u2019an itu adalah kewarganegaraan atau kerakyatan.\n\n\n\u201cPada satu sisi lain, Malaysia berakar pada \u2018Malay\u2019 iaitu Melayu dan Malaysia dirujuk sebagai gugusan kepulauan Melayu atau Tanah Melayu dalam wilayah Alam Melayu.\n\n\n\u201cSering dibangkitkan bahawa warga negara kita terdiri daripada bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India dan lain-lain bangsa.\n\n\n\u201cUntuk menyatakan bangsa Melayu itu warga negara Malaysia jawabnya tidak salah kerana bangsa Melayu ialah warga negara Persekutuan Tanah Melayu yang bersekutu dengan Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak untuk membentuk \u2018supra-nation\u2019 Malaysia,\u201d katanya lagi.\n\n\nJelas beliau, satu perkara yang tidak boleh diabaikan adalah taat setia setiap warganegara kepada elemen watan Tanah Melayu sebagai kewajipan kewarganegaraan.\n\n\nKatanya, perkara itu membabitkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi, Institusi Raja Melayu, bahasa Melayu termasuklah tulisan Jawi, adat resam Melayu serta kedudukan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan orang Asli sebagai bangsa asal.\n\n\n\u201cKedudukan elemen watan tidak patut dipertikai kerana itulah syarat perlu dipenuhi sebelum seseorang itu diterima sebagai warga negara.\n\n\n\u201cDari sudut ini, penerimaan kaum pendatang atau bangsa asing sebagai bangsa Melayu (warga negara Persekutuan Tanah Melayu) perlu disertai kefahaman bahawa mereka hendaklah mentaati prinsip Keluhuran Perlembagaan.\n\n\n\u201cIni termasuk mengasimilasi atau sekurang-kurangnya mengakomodasi jati diri watan Tanah Melayu dan seorang warga negara Malaysia tidak mungkin boleh mengekalkan kebangsaan lain, sama ada China, India, Arab atau Eropah, namun pengenalan etnik boleh dikekalkan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/04/bekas-timbalan-ketua-menteri-sabah-abdul-ghapur-salleh-meninggal-dunia/", "title": "Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Abdul Ghapur Salleh meninggal dunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang neninggal dunia tengah malam tadi.\n\n\n\u201cSaya mengutuskan salam takziah kepada keluarga serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,\u201d Katanya.\n\n\nDalam hantaran di Facebook miliknya itu, beliau berkata, banyak jasa dan pengorbanan bekas Ahli Parlimen Kalabakan itu terhadap negara dan lebih-lebih lagi terhadap negeri Sabah akan sentiasa dikenang buat selama-lamanya.\n\n\nAbdul Ghapur, 80, disahkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada 12.07 tengah malam tadi dan telah dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu pagi tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHusam Musa mula tugas Pengerusi SPNB berkuat kuasa 22 Mac\n\n\n\n\n\n\nPengurusan Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion Najib-Irwan Serigar 1 Mac\n\n\n\n\n\n\nProsiding hina mahkamah terhadap Ira Kazar dibenarkan\n\n\n\n\n\n\nKelibat Ismail Sabri tak kelihatan pada taklimat Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nBantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara\n\n\n\n\n\n\n\n\nGhapur pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah antara tahun1995 dan 1997 dan pernah menjawat berbagai-bagai jawatan dalam kabinet negeri termasuk Menteri Kewangan Sabah serta Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Sabah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/04/korban-berkurangan-dek-kerana-krisis-ekonomi/", "title": "\u2018Korban\u2019 berkurangan dek kerana krisis ekonomi", "body": "0\n\n\nPADA ketika ini, umat Islam baru sahaja meninggalkan hari besar iaitu Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban setelah berakhirnya Hari Tasyrik, 11, 12, dan 13 Zulhijjah.\n\n\nMasa berlalu dengan cepat. Sedar atau tidak sedar, manusia di seluruh dunia telah pun memasuki fasa kedua setengah tahun 2023.\n\n\nMalah tidak lama lagi pula, umat Islam bakal menyambut 1 Muharram tanda kalendar baharu Islam 1445 Hijrah. Banyak perkara yang perlu ditelusuri pada pencapaian diri.\n\n\nBicara tentang Aidiladha, sememangnya berkorban dan korban tidak boleh dipisahkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO kini ibarat sebuah parti \u2018langau\u2019\n\n\n\n\n\n\nSiapa lagi pilihan pengundi Kedah selain Sanusi, Mukhriz dan Mahfuz?\n\n\n\n\n\n\nJangan cuba jadi petualang negara\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia mahu percaya cerita siapa?\n\n\n\n\n\n\nColdplay, LGBT, DAP: Mana satu intan, mana satu permata?\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengorbanan menunaikan ibadah haji, pastinya satu perkara yang sangat besar.\n\n\nKos tunai haji pada tahun 2023 adalah kekal pada kos bayaran haji sebanyak RM10,980.\n\n\nDari aspek iltizam, menunaikan rukun Islam kelima ini menyebabkan ramai orang berkorban dengan menyimpan wang.\n\n\nTabungan untuk haji disimpan entah beberapa tahun lamanya. Bagi jemaah awal yang dulunya menaiki kapal laut ke Tanah Suci, mereka menabung sehingga mengikat perut.\n\n\nTiba saja giliran mereka, air mata tidak tertahan kerana menanti berbulan untuk kapal sampai di pelabuhan.\n\n\nSemakin bergilir hari, bulan dan tahun, ramai kini jemaah adalah daripada golongan muda.\n\n\nBerdasarkan pendapatan yang agak tinggi dan simpanan mereka layak digelar bakal Jemaah, namun ada juga yang terkesan gara-gara kos tunai haji tahun ini yang dianggap tidak masuk akal.\n\n\nUntuk makluman, seperti diumum Tabung Haji (TH), harga kos tunai haji tahun 2023 adalah kekal pada kos bayaran haji sebanyak RM10,980 seorang kepada kumpulan B40 manakala RM15,980 untuk kumpulan M40 dan RM30,850 untuk T20.\n\n\nAda juga yang berkorban, apa pun jumlahnya mereka pergi tahun ini, bimbang bimbang tidak dipanggil lagi atau dipanggil ke negara abadi.\n\n\nRamai juga yang hiba, kerana tidak mampu dengan kos terkini, lalu menolak untuk pergi. Rintihan mereka, kaji semula dengan teliti pakej yang didakwa membebankan.\n\n\nKenaikan yang dilakukan, kata TH, terpaksa dibuat kerana mengikut keperluan dan peraturan penguasa di Arab Saudi.\n\n\nMengenai penambahbaikan, kerajaan juga diharap menerima banyak cadangan daripada cendekiawan.\n\n\nApa pun tahniah buat duyufurrhaman, selesai sudah menyempurnakan ibadah.\n\n\nAda juga yang berkongsi, berkorban lelah, mengantuk \u2013 di Mina, tidur berlantaikan tilam sekeping tidak seempuk di rumah.\n\n\nBeratapkan langit, mereka mengerti maksud menyembah pada Illahi \u2013 akur tunduk,\u00a0 di sisi Allah tiada beza, kecuali yang bertaqwa.\n\n\nKini, harga barang naik lagi dan lagi.\n\n\nRamai orang berkorban, hidup seharian disesuaikan dengan keperluan. Tidak terkecuali harga seekor lembu korban yang turut melonjak naik.\n\n\nHarga seekor lembu korban pada tahun ini turut melonjak naik.\n\n\nAda laporan yang mendakwa, tempahan lembu korban berkurangan tahun ini. Dari sudut ibadah, sembelihan korban antara sunat yang dituntut.\n\n\nJika tidak mampu, tidaklah kita lakukan tetapi golongan muda khususnya mungkin boleh belajar menabung, bersedia untuk ikut serta ibadah korban tahun depan, berkorban daripada membeli yang tidak perlu.\n\n\nKatakan sebahagian lembu hanya RM700 \u2013 800 lebih murah daripada harga seekor lembu.\n\n\nJadi, mungkin boleh berkorban sebulan lebih kurang RM67 untuk mengimarah ibadah korban, apa salahnya dari konsep berkorban untuk korban.\n\n\nBila dicanang, tiada lagi subsidi menyeluruh tetapi subsidi bersasar, tiada lagi kategori B40, M40, apakah rakyat terkorban?\n\n\nKerajaan juga perlu berkorban, tidak sahaja gaji menteri dipotong tetapi mengorbankan banyak faedah antaranya pencen Ahli Parlimen yang sehingga kini tidak didebatkan.\n\n\nSelesai raya korban, ada satu lagi peristiwa besar untuk rakyat di enam negeri. Ramai berteka-teki 5 Ogos atau terkini, semalam diberitahu pula 12 Ogos tarikh sempurna sekali untuk diadakan Pilihan Raya Negeri.\n\n\nPRN kali ini menjadi kayu pengukur kepada Kerajaan Madani.\n\n\nIni kerana, jemaah haji sudah pun balik semua untuk sempat membuang undi di negeri masing-masing.\u00a0 Bila mana pun tarikhnya, sejumlah 9.6 juta pengundi bakal menanda dua garisan lurus bersilang, dalam kotak di atas kertas, memilih sosok tubuh yang bakal menjadi wakil memperjuang nasib mereka, selama lima tahun lagi.\n\n\nKhabarnya, ramai pemerhati politik memberi erti, PRN kali ini menjadi kayu pengukur juga kepada Kerajaan Madani. Keputusannya sama-sama kita nanti.\n\n\nBila pilihan raya, ramai pastinya berkorban \u2013 demi parti tercinta lebih-lebih lagi calon yang dicadangkan. Waktu kempen, siang malam berkorban,\u00a0 demi undi dan sokongan.\n\n\nNamun, acap kali kedengaran orang kampung bising, calon yang menang tidak sepadan bila sudah masuk berbulan.\n\n\nBukan semua tapi ada yang tidak munculkan diri. Apakah mereka sedar erti pengorbanan seorang YB? Tiada masa banyak untuk diri dan keluarga sendiri.\n\n\nBermacam-macam nilai korban dan pengorbanan. Tapi pengorbanan paling hakiki adalah terhadap Illahi. Siapa pun berkorban dan terkorban, hanya dia dan dia \u2013 tahu niat sendiri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/04/tiada-hukuman-mati-mandatori-penjara-sepanjang-hayat-bermula-hari-ini/", "title": "Tiada hukuman mati mandatori, penjara sepanjang hayat bermula hari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Berkuat kuasa hari ini tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat di Malaysia susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846).\n\n\nTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, mengikut subseksyen 1(2) Akta 846, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said menetapkan 4 Julai 2023 sebagai tarikh akta itu mula berkuat kuasa.\n\n\n\u201cOleh demikian tiada lagi hukuman mati mandatori dan pemenjaraan sepanjang hayat mulai tarikh ini,\u201d\n\n\nDalam satu kenyataan hari ini, Ramkarpal berkata, pemansuhan itu bertujuan menghormati hak setiap individu untuk hidup di Malaysia serta memastikan keadilan bagi semua pihak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDemokrasi Berasaskan Teknokrat Mampu Urus Tadbir Negara\n\n\n\n\n\n\nIndividu buat ciapan biadab berhubung kesihatan Abdul Hadi, diarah mohon maaf\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin Tetap Mahu Calonkan Pengganti Zuraida\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Naik, Rakyat Terima Keputusan Kerajaan\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa Dakwa UMNO Sudah Dikuasai Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\n\n\nUjar beliau, prinsip asas yang ingin diberi penekanan oleh kerajaan di sebalik setiap hukuman di Malaysia adalah pemulihan banduan agar dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan menjadi individu yang berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan negara setelah selesai menjalani hukuman.\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata, Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 (Akta 847) sudah menerima perkenan Diraja pada 9 Jun lalu, namun belum berkuat kuasa.\n\n\nMenurut beliau, permohonan semakan hukuman mati atau pemenjaraan sepanjang hayat di bawah Akta 847 hanya boleh difailkan selepas terdapat penetapan tarikh kuat kuasa oleh Azalina melalui pemberitahuan dalam Warta Kerajaan Persekutuan.\n\n\nJelas beliau, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri sejak Mei 2023 telah mengadakan beberapa mesyuarat bagi membincangkan mekanisme dan garis panduan pelaksanaan semakan hukuman mati serta pemenjaraan sepanjang hayat.\n\n\n\u201cButiran berhubung mekanisme dan garis panduan itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat,\u201d katanya.\n\n\nJelas beliau lagi, reformasi udang-undang itu adalah langkah awal dalam mentransformasikan sistem keadilan jenayah di Malaysia.\n\n\n\u201cLebih banyak semakan dan reformasi sistem perundangan jenayah akan dilaksana selaras dengan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam mewujudkan sistem perundangan yang lebih progresif serta relevan bagi membangunkan Malaysia Madani,\u201d katanya.- KOSMO"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/04/tok-mat-beri-bayangan-pertahan-dun-rantau/", "title": "Tok Mat beri bayangan pertahan Dun Rantau", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kata-kata berseloroh yang dilontarkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan telah menimbulkan bayangan bahawa beliau bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Negeri Sembilan akan datang.\n\n\nBeliau ketika menjawab pertanyaan media berkata, sekiranya wartawan mahu beliau kekal di Rantau, maka dia akan bertanding di kawasan tersebut.\n\n\n\u201cApa pendapat wartawan, nak saya bertanding atau tidak? Perlu kalau begitu saya isytiharkan akan bertanding di DUN Rantau,\u201d katanya.\n\n\nTimbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hassan\n\n\nBeliau yang memegang tiket calon Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada tahun 2019 yang lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPembinaan SJKC Too Joon Hing di Kinrara Terus Bantah Penduduk\n\n\n\n\n\n\nAbu Zahar Kesal Tindakan Enam Anggota LPPR\n\n\n\n\n\n\nPersatuan Peguam Syarie terkilan KDN tarik balik rayuan kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nPAS umum tukar MB, TMB Kelantan lepas pilihan raya\n\n\n\n\n\n\nPilihan Raya Tetap Diadakan Dalam Penggal Kelima \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\n\n\nKeputusan rasmi pada ketika itu, menunjukkan Tok Mat meraih 10,397 undi dengan berjaya mengatasi tiga pencabarnya yang berjumlah majoriti sebanyak 4,510 undi.\n\n\nPenyandang Setia Dun Rantau, Tok Mat dikatakan turut mengalahkan pesaing rapatnya iaitu Dr S Streram daripada PKR mewakili Pakatan Harapan (PH), mendapat 5,887 undi.\n\n\nJelasnya juga, gabungan Kerajaan Perpaduan begitu yakin dapat merampas Kedah dan Terengganu pada PRN nanti.\n\n\n\u201cPeluang untuk menang di Kedah dan Terengganu tu ada dan di Kelantan ini kita rasa kita boleh menambah kerusi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/05/423-pengembara-china-diberi-notis-penolakan-masuk/", "title": "423 pengembara China diberi Notis Penolakan Masuk", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Rabu \u2013 Seramai 423 pengembara China telah diberikan Notis Penolakan Masuk (NTL) dari Januari hingga Jun tahun ini atas pelbagai sebab termasuk faktor keselamatan.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengembara itu tidak dibenarkan masuk ke Malaysia kerana mereka gagal memberikan jawapan yang memuaskan kepada pegawai imigresen mengenai soalan asas. \n\n\n\u201cSoalan-soalan ini adalah seperti jika mereka mempunyai tiket pulang ke rumah, di mana mereka akan tinggal di sini dan jika mereka mempunyai wang yang mencukupi semasa tinggal,\u201d katanya.\n\n\nSelain itu, katanya, terdapat syak wasangka bahawa mereka berada di Malaysia untuk mencari pekerjaan semasa dalam pas lawatan sosial.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenyiasat dedah penemuan baharu MH17 pada 8 Februari ini\n\n\n\n\n\n\nIslam bukan lesen untuk penunggang agama capai matlamat\n\n\n\n\n\n\nKoordinasi Sukarelawan Penting, Elak Pembaziran\n\n\n\n\n\n\nKKM Saran Hadir Janji Temu Dos Penggalak\n\n\n\n\n\n\nSungai Lui Kini \u201cDibanjiri\u201d Sukarelawan\n\n\n\n\n\n\n\n\n \u201cJumlah mereka yang diberi NTL adalah kecil berbanding 592,490 daripada mereka yang dibenarkan masuk.\n\n\n\u201cNTL juga dikeluarkan kepada pelancong dari Bangladesh serta India dan jumlahnya jauh lebih tinggi daripada pelancong China.\n\n\n\u201cJadi apabila Jabatan Imigresen menguatkuasakan NTL ke atas pengembara, ada sebab yang munasabah,\u201d katanya di ibu pejabat Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya pada Rabu.\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat Kabinet pada Rabu turut meminta Kementerian Pengangkutan melihat aspek dan amalan melantik satu syarikat menguruskan pengembara luar yang menerima NTL.\n\n\n\u201cDalam mesyuarat Jemaah Menteri itu turut bincangkan apabila pengembara dikenakan NTL, mereka diuruskan Mono Circle Sdn. Bhd., yang dilantik syarikat operator penerbangan sejak Februari 2015.\n\n\n\u201cJadi syarikat ini yang menguruskan pembelian tiket pulang dan makan minum pengembara terbabit. Jemaah Menteri juga minta Menteri Pengangkutan melihat semula aspek ini, apakah ini amalan biasa atau bagaimana.\n\n\n\u201cKadang-kadang dekat sini yang menimbulkan kekeliruan kerana apabila seorang dikenakan NTL diminta untuk menyediakan sejumlah wang untuk beli tiket pulang, kadang-kadang disalah anggap sebagai pegawai imigresen yang minta duit,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Saifuddin menambah, hanya pegawai Imigresen Gred 41 dan ke atas telah diberi kuasa untuk membuat keputusan sama ada akan berkhidmat di NTL secara pengembara atau tidak.\n\n\nSebelum ini, ia dilakukan oleh pegawai Gred KP 29.\n\n\n\u201cIa sebahagian langkah kerajaan memperbaiki pengurusan Jabatan Imigresen di pintu masuk negara,\u201d katanya.\n\n\n\u00a0\n\n\n\n\nKatanya, KDN komited mendokong dasar kerajaan dalam membanteras aspek salah laku dan rasuah dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi meneruskan siasatan hingga selesai.\n\n\nMinggu lalu, media tempatan melaporkan terdapat ejen yang meminta hingga RM18,000 untuk menyelesaikan kemasukan pelancong asing yang tidak memenuhi syarat kemasukan ketika tiba di KLIA.\n\n\nPenemuan itu dikesan SPRM dalam siasatan awal berhubung insiden kekecohan di balai ketibaan KLIA membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan beberapa pegawai Imigresen baru-baru ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/05/hakim-terkilaf-dari-segi-fakta-dan-undang-undang/", "title": "Hakim terkilaf dari segi fakta dan undang-undang", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Peguam, Mohamed\u00a0 Haniff Kathri Abdulla memaklumkan, Mahkamah Rayuan ini diberitahu bahawa Mahkamah Tinggi terkilaf dari sudut fakta dan undang-undang lantas memutuskan bahawa sekolah vernakular bukan pihak berkuasa awam (Public Authorities) kerana tidak memenuhi elemen awam.\n\n\nAkibat daripada kekhilafan tersebut, penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah vernakular adalah sah serta berperlembagaan.\n\n\nMohammed Haniff berhujah, sekolah vernakular adalah pihak berkuasa awam sekaligus mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam sesi pembelajaran.\n\n\nPeguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla\n\n\nEkoran itu, Mohammed Haniff\u00a0 berkata, pihaknya akan terus mengetengahkan perkara ini ke Mahkamah Persekutuan kerana ia perlu bagi mencapai keputusan hakiki.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN kekalkan formula PRU15 hadapi PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\nTun M ditahan di IJN kerana jangkitan\n\n\n\n\n\n\nBekas ahli parlimen dibunuh di depan media\n\n\n\n\n\n\nBERSATU mohon SPRM batal beku akaun, perlu wang bayar gaji, sewa\n\n\n\n\n\n\nNajib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya rasa, mana-mana pihak akan membawa perkara ini ke mahkamah. Ia amat lah perlu kerana kami mahu mendapatkan keputusan hakiki.\n\n\n\u201cKetika di Mahkamah Tinggi juga, kami tidak membantah mahupun mencelah apabila pihak defendan (Sekolah Cina dan India) kerana mahu menyelesaikan kes itu sekali untuk semua,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, beliau turut memohon Mahkamah Rayuan untuk membenarkan rayuan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai keabsahan terhadap mewujudkan sekolah vernakular, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Malaysia.\n\n\nAntara perayu-perayu yang terlibat adalah Majlis -Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).\n\n\nManakala rayuan oleh Kumpulan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) turut terlibat terhadap\u00a0keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 29 Mei 2022.\n\n\nSelain itu, plaintif telah menamakan Kerajaan Malaysia dan 13 lagi sebagai defendan.\n\n\nDong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia, Persatuan Tamilar Thurunal (Perak) serta empat parti politik iaitu MIC, MCA.\u00a0turut dilihat hadir di Istana Kehakiman, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya\n\n\nAntara defendan terbabit ialah Dong Zong dan Jiao Zong, Persatuan Thamizhar Malaysia, Persatuan Tamilar Thurunal (Perak) serta empat parti politik iaitu MIC dan MCA.\n\n\nSehubungan itu, Mahkamah kemudiannya menetapkan pengurusan kes esok dalam menentukan tarikh pendengaran rayuan yang seterusnya.\n\n\nPada 29 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Cina dan Tamil di sekolah tersebut adalah sah serta berperlembagaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/05/hanya-pegawai-gred-41-ke-atas-diberi-kuasa-tolak-pelancong-masuk/", "title": "Hanya pegawai Gred 41 ke atas diberi kuasa tolak pelancong masuk", "body": "0\n\n\nBANGi, Rabu \u2013\u00a0 Pegawai profesional yang bergred 41 sahaja diberikan kuasa untuk memutuskan sebarang pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) kepada pengembara berbanding KP 29 ketika ini.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia adalah sebahagian langkah untuk memperbaiki pengurusan Jabatan Imigresen di pintu negara.\n\n\n\u201cImigresen adalah pihak berkuasa yang akan membuat keputusan berkait NTL yang mana bergantung pertimbangan kepada tiga soalan asas kepada pengembara yang tiba iaitu di mana tempat tinggal, adakah mempunyai dana yang cukup dan ada tak tiket pulang.\n\n\n\u201cLangkah membaiki ke depan nanti, Imigresen pada kadar segera akan beri autoriti untuk memutuskan tentang NTL itu kepada pegawai pengurusan profesional gred 41 ke atas,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDasar pendidikan tinggi perlu dikaji semula \u2013 Khaled Nordin\n\n\n\n\n\n\nTiada gelombang hijau di PRN enam negeri\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Hanya akan bermula selepas EMP lulus\n\n\n\n\n\n\nBomba Siap Siaga Hadapi Gelombang Kedua Banjir\n\n\n\n\n\n\nManusia Lebih Hina Daripada Babi Jika Amalkan Korupsi \u2013 Ridhuan Tee\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata sedemikian pada Sidang Media Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/05/kdn-serah-nama-kakitangan-jpn-minta-sogokan-kepada-sprm-menteri/", "title": "KDN serah nama kakitangan JPN minta sogokan kepada SPRM \u2013 Menteri", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Rabu \u2013 \nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pihaknya telah mengesan seorang kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang meminta sejumlah wang bagi kelulusan permohonan warganegara.\u00a0\n\n\nJusteru, katanya, maklumat individu tersebut akan diserahkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas menerima aduan secara terus kepadanya.\n\n\n\u201cPetugas telah menghubungi pemohon untuk menyampaikan berita gembira bahawa permohonan kewarganegaraan telah diluluskan.\n\n\n\u201cBagaimanapun, semasa menyampaikan berita gembira itu, dia juga kononnya meminta sejumlah wang yang besar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M yakin Anwar dalang lokasi penganjuran Proklamasi Melayu dibatalkan\n\n\n\n\n\n\nEnam maut selepas dua kereta dinaiki bertembung\n\n\n\n\n\n\nGPS Umum Calon Bertanding Pada 4 Disember\n\n\n\n\n\n\nRampas tanah Palestin, Israel rancang bina lebih 2,000 penempatan haram\n\n\n\n\n\n\nHanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya akan beri nama pegawai itu kepada SPRM hari ini. Saya juga sudah hubungi Tan Sri Azam Baki. Jadi, kita serahkan kepada suruhanjaya itu untuk melakukan siasatan lanjut,\u201d katanya pada sidang media di bangunan Kementerian Dalam Negeri, pada Rabu.\n\n\nSaifuddin bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kakitangan berkenaan kerana tidak mahu spekulasi timbul.\n\n\nSebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Jabatan Imigresen dan JPN sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.\n\n\nBeliau menerima maklumat ada unsur salah guna kuasa di JPN apabila proses untuk mendapatkan sijil warga negara dikenakan bayaran tertentu oleh mereka yang layak mendapat status kewarganegaraan.\n\n\nTerdapat kakitangan kerajaan meminta wang bagi menyerahkan dokumen kewarganegaraan yang sudah siap.\n\n\nSaifuddin juga menegaskan, sebarang urusan di JPN sama ada kelulusan bagi sijil warganegara atau kelahiran tidak memerlukan sebarang bayaran.\n\n\nIni kerana, katanya, di JPN terdapat\n\u00a0jawatankuasa yang membuat pertimbangan berdasarkan undang-undang dan pekeliling, pengesahan kesahihan dokumen. \n\n\n\u201cJadi, mereka akan syorkan permohonan lulus atau tidak.\n\n\n\u201cPemohon juga akan dimaklumkan permohonan mereka lulus. Bermaksud mereka hanya perlu datang ambil dokumen. Kalau ada pegawai yang menghubungi untuk minta bayaran, abaikan. Sebab itu bukan amalan dalam tata kelola kerajaan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/05/mca-janji-bantu-calon-bn-pada-prn-kali-ini/", "title": "MCA janji bantu calon BN pada PRN kali ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata dalam satu kenyataan hari ini, MCA akan memainkan peranan sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) dan membantu calon parti komponen BN pada PRN kali ini.\n\n\n\u201cKeputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA hari ini selepas perbincangan, analisis serta mengambil kira situasi politik semasa,\u201d katanya.\n\n\nMCA juga akan menumpukan kepada persedian bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), selain melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula parti berkenaan.\n\n\n\u201cDitegaskan bahawa MCA berpegang teguh kepada falsafah penubuhan parti kami iaitu mana-mana keputusan yang diambil parti haruslah selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesederhanaan, kebebasan dan demokrasi, di samping menjaga hak dan kepentingan rakyat sebagai agenda utama kami,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTubuh Jawatankuasa Pantau Individu Dilantik Jawatan Utama\n\n\n\n\n\n\nGEG Perlu Sokongan Wakil Rakyat Demi Selamatkan Dua Juta Nyawa\n\n\n\n\n\n\nRamasamy mulut celupar, abaikan dia \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nDasar UMNO, BN Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai PM \u2013 Tok Mat\n\n\n\n\n\n\nAgong Titah Jalankan Siasatan Secepat Mungkin\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahanya lagi, Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan belangsung di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor tidak akan disertai MCA.\n\n\nTerdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRN di keenam-enam negeri dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/05/prn-enam-negeri-diadakan-serentak/", "title": "PRN enam negeri diadakan serentak", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 12 Ogos 2023 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE-15).\n\n\nSementara hari penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala hari pengundian awal ialah pada 8 Ogos ini.\n\n\nPerkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media di Menara SPR, Putrajaya sebentar tadi.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBersatu Tidak Bertanding Di PRN Sarawak\n\n\n\n\n\n\nKes Positif Global Lebih 306 Juta\n\n\n\n\n\n\nAnwar tidak pertimbang cadangan Ramasamy\n\n\n\n\n\n\nMajlis Raja-Raja cadang pelantikan ahli SPK tidak dibuat Perdana Menteri\n\n\n\n\n\n\nGuan Eng dedah pernah 3 kali diugut pecat oleh Mahathir\n\n\n\n\n\n\n\n\nAbdul Ghani berkata, urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara sudah dibuka bermula daripada 15 Jun lalu untuk PRU DUN 15.\n\n\nTarikh tutup permohonan adalah 26 Julai bagi kategori 1A membabitkan petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis dan tentera serta petugas media.\n\n\n\u201c8 Julai pula adalah tarikh tutup bagi kategori 1B iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara dan 11 Julai membabitkan kategori 1C iaitu agensi dan organisasi,\u201d katanya.\n\n\nAbdul Ghani berkata, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari dari tarikh penamaan calon sehingga 11 Ogos, 11.59 malam.\n\n\nAbdul Ghani berkata, seramai 153,760 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU DUN 15.\n\n\nSebanyak 3,190 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran dan 260 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal akan digunakan.\n\n\n\u201cKeseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 3,450 buah dengan 17,425 tempat mengundi atau saluran.\n\n\n\u201cPRU DUN 15 ini dianggarkan memerlukan peruntukan RM420 juta,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, seramai 9,773,571 orang pemilih terkini bagi PRU DUN Ke-15.\n\n\n\n\nTerdahulu, Abdul Ghani berkata, SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri masing-masing berhubung pengisytiharan pembubaran.\n\n\nKesemua menteri besar dan ketua menteri enam negeri tersebut sebelum ini telah bersetuju untuk membubarkan DUN masing-masing pada Jun.\n\n\nPerkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kekosongan atau kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan kekosongan tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/05/tentera-israel-mula-berundur-dari-jenin/", "title": "Tentera Israel mula berundur dari Jenin", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \n\u00a0Israel mula mengundurkan tentera mereka dari Jenin di Tebing Barat yang diduduki, dua hari selepas melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran, lapor \nAgensi Berita Jerman\n.\n\n\nMenurut tentera Israel, pasukan pertama meninggalkan bandar itu pada lewat petang Selasa.\n\n\nTidak dapat dipastikan berapa lama masa akan diambil untuk proses pengunduran itu.\n\n\nMenurut laporan Palestin, berlaku pertempuran sengit dengan penduduk di bandar itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael serbu Universiti Birzeit, culik 5 pelajar Palestin\n\n\n\n\n\n\nGara-gara perpecahan politik, Libya sambut Aidilfitri pada dua tarikh berbeza\n\n\n\n\n\n\n42 kanak-kanak Palestin dibunuh Israel pada 2022\n\n\n\n\n\n\nBakar bendera Israel tanda solidariti \u2013 UMNO\n\n\n\n\n\n\nIndia dan Jepun bawa keluar rakyat terkandas\n\n\n\n\n\n\n\n\nVideo yang disiarkan di media sosial menunjukkan konvoi tentera dibaling dengan bahan letupan.\n\n\nPada Isnin, Israel dilaporkan melancarkan satu daripada operasi ketenteraan di Tebing Barat, yang disifatkan terbesar dalam tempoh beberapa dekad.\n\n\nRibuan tentera bergerak ke bandar Palestin selepas melancarkan beberapa serangan udara.\n\n\nSekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 100 lagi cedera.\n\n\nMenurut tentera, tujuan operasi itu adalah untuk membongkar \u2018infrastruktur pengganas\u2019. Beberapa markas, depot senjata, kemudahan pengeluaran senjata dan tempat persembunyian militan telah dimusnahkan.\n\n\nSelain itu, 30 suspek turut ditahan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/06/ahmad-zahid-nafi-wujud-hubungan-dingin-dalam-bn/", "title": "Ahmad Zahid nafi wujud hubungan dingin dalam BN", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau menghormati keputusan yang diambil kepimpinan MCA dan MIC untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN KE-15) di enam negeri pada 12 Ogos ini.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri itu menambah, beliau akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN, Isnin ini.\n\n\n\u201cMalam tadi saya dihubungi oleh Presiden MCA (Datuk Seri Wee Ka Siong), mengenai keputusan dibuat oleh pimpinan tertinggi mereka dan saya juga sudah membaca kenyataan dibuat Setiausaha Agung MIC, mengenai keputusan kedua-dua parti untuk tidak menyertai PRN.\n\n\n\u201cSebagai Pengerusi BN, saya menghormati keputusan dibuat oleh kedua-dua parti itu, namun kita akan bincangkan pada 10 Julai ini dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAkaun Twitter Edisi Siasat Digantung, Telegram Masih Ada\n\n\n\n\n\n\nKJ jumpa Muhyiddin minggu depan\n\n\n\n\n\n\nBekas diplomat tidak setuju pelantikan Nazri Aziz\n\n\n\n\n\n\nBekalan gula berkurang, KPDN digesa ambil tindakan\n\n\n\n\n\n\nCadangan KWSP sebagai cagaran pinjaman tidak wajar \u2013 Kesatuan Pekerja\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, MCA mengeluarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon bahawa parti iu tidak akan bertanding pada PRN di enam negeri pada 12 Ogos ini.\n\n\nJusteru, MCA akan menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), selain melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula parti itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/06/kumpulan-pertama-jemaah-haji-selamat-pulang-ke-tanah-air/", "title": "Kumpulan pertama jemaah haji selamat pulang ke tanah air", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Seramai 280 jemaah haji Malaysia selamat sampai ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 9.45 malam tadi.\n\n\nKetibaan mereka disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman di Balai Ketibaan Terminal 1 KLIA.\n\n\nSyed Hamadah berkata, mereka merupakan kumpulan pertama jemaah haji tanah air yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah, Arab Saudi pagi semalam.\n\n\n\u201cKami amat bersyukur kerana operasi musim haji tahun 1444 pada kali ini berjalan dengan cukup baik tanpa ada sebarang musibah yang berlaku,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Menteri Hal Ehwal Agama nasihat orang ramai bertenang, berhati-hati\n\n\n\n\n\n\nPenyatuan Ummah Penting Dalam Mendepani Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nRakyat jijik perlakuan rasuah, pemimpin diingat jangan ulangi kesalahan sama\n\n\n\n\n\n\nNajib Didapati Bersalah, Hukuman Penjara 12 Tahun Kekal\n\n\n\n\n\n\nHanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam\n\n\n\n\n\n\n\n\nKumpulan pertama ini berlepas ke Tanah Suci pada 21 Mei lalu dengan transit di KLIA dari balai berlepas Tabung Haji masing-masing seperti Alor Setar, Kedah dan Kota Bharu, Kelantan.\n\n\nMengulas lanjut, Syed Hamadah turut merakankan penghargaan kepada ahli keluarga jemaah terbabit serta rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan keselamatan mereka.\n\n\nOperasi kali ini ujarnya, disokong pelbagai agensi kerajaan, badan korporat dan individu seperti Sahabat Maktab yang merupakan sukarelawan dari kalangan jemaah.\n\n\n\u201cKami juga mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan Arab Saudi terutamanya Kementerian Haji dan Umrah negara itu mengambil pelbagai usaha proaktif,\u201d jelasnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/06/opr-kekal-3-peratus-bnm/", "title": "OPR kekal 3 peratus \u2013 BNM", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 \nJawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kadar dasar semalaman (OPR) kekal pada 3.00 peratus susulan keputusan mesyuarat pada Khamis.\n\n\nDalam satu kenyataan, BNM berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi.\n\n\n\u201cMPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa dan akan terus memantau data baharu bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.\n\n\n\u201cMPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mapan dalam keadaan harga yang stabil,\u201d katanya.\n\n\nKenyataan Bank Negara mengenai OPR kekal pada 3 peratus.\n\n\nPada 3 Mei lalu, MPC BNM mengumumkan OPR dinaikkan sebanyak 25 mata kepada 3.00 peratus, kenaikan pertama bagi 2023 selepas penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di Malaysia itu dikekalkan pada Januari dan Mac lalu pada paras 2.75 peratus.\n\n\nMengulas lanjut, BNM berkata pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat, dengan prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan.\n\n\nIni terutamanya disebabkan momentum ekonomi utama yang lebih perlahan, inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan, ketegangan geopolitik yang semakin meruncing serta keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara mendadak.\n\n\n\u201cSusulan pertumbuhan yang kukuh pada suku pertama tahun 2023, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang lebih sederhana pada bulan-bulan kebelakangan ini.\n\n\n\u201cKeadaan ini berikutan eksport yang terjejas disebabkan oleh permintaan luaran yang lebih perlahan, seperti yang dijangka.\n\n\n\u201cPertumbuhan bagi bulan-bulan seterusnya pada tahun 2023 akan terus didorong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.\n\n\n\u201cPerbelanjaan isi rumah terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, terutamanya dalam sektor berorientasikan dalam negeri,\u201d tambah BNM.\n\n\nDalam pada itu, bank pusat itu berkata ekonomi global terus berkembang, didorong oleh keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja yang teguh.\n\n\nWalau bagaimanapun, ujarnya pertumbuhan global terus terjejas disebabkan oleh inflasi teras yang berlarutan dan kadar faedah yang lebih tinggi.\n\n\n\u201cMeskipun pembukaan semula China terus menyokong ekonomi global, kadar pemulihannya menjadi perlahan pada bulan-bulan kebelakangan ini.\n\n\n\u201cPada peringkat global, inflasi keseluruhan terus menurun, namun inflasi teras masih melebihi purata yang dicatatkan sebelum ini,\u201d jelas BNM.\n\n\nSelain itu, BNM berkata ketibaan pelancong bertambah dengan stabil dan dijangka terus meningkat lantas menggiatkan aktiviti berkaitan pelancongan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/06/siapa-lagi-pilihan-pengundi-kedah-selain-sanusi-mukhriz-dan-mahfuz/", "title": "Siapa lagi pilihan pengundi Kedah selain Sanusi, Mukhriz dan Mahfuz?", "body": "0\n\n\nMAMPUKAH Datuk Seri Muhammad\u00a0Sanusi\u00a0Md Nor mempertahankan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah?\n\n\nAdakah beliau sudah bersedia untuk memulangkan semula jawatan itu kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang digembar-gemburkan sejak akhir-akhir ini?\u00a0Atau berputih mata dengan kekalahan kepada Datuk Mahfuz Omar.\n\n\nSang Pekaka rasa, kemelut politik di Negeri Jelapang Padi ini sangat menarik untuk ditelusuri.\n\n\nMuhammad Sanusi dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 2020 selepas Mukhriz meletak jawatan setelah hilang majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO-PH \u2018berebut\u2019 jawatan MB di Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nIbrah daripada ujian mangsa gempa Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\nPolemik satu parti politik orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nJangan cuba jadi petualang negara\n\n\n\n\n\n\nSalah sendiri jika UMNO ditolak pengundi Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\nPergolakan politik kepartian menyebabkan dua ADUN PKR meninggalkan parti, sekali gus Pakatan Harapan (PH) hilang majoriti sebelum empat ADUN BERSATU diarah menyokong Perikatan Nasional (PN) di Kedah.\n\n\nKetika itu, Kerajaan PN Kedah memiliki sokongan 15 ADUN dari PAS, 4 ADUN dari BERSATU-PN, 2 dari Barisan Nasional dan dua ADUN Bebas.\n\n\nSituasi itu membolehkan Muhammad Sanusi dinamakan sebagai Menteri Besar Kedah ke-14.\n\n\nNamun, menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE-15) pada 12 Ogos ini, nama Mukhriz\u00a0kembali disebut-sebut untuk mengisi jawatan tersebut.\n\n\nKhabar angin itu bertiup semakin kencang. Segala-galanya berpunca daripada percaturan politik bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.\n\n\nTUN M dijangka mencorakkan percaturan politik di Kedah pada pilihan raya negeri kali ini.\n\n\nSudah pasti, Mahathir mahu anak lelakinya yang merupakan ADUN Jitra itu dilantik semula sebagai Menteri Besar Kedah.\n\n\nBekas Ahli Parlimen Jerlun itu merupakan Presiden PEJUANG.\n\n\nPEJUANG kini sedang \u2018terhegeh-hegeh\u2019 untuk menyertai gabungan PN selepas permohonan pertama mereka ditolak baru-baru ini.\n\n\nBagaimanapun, berdasarkan perkembangan semasa terutamanya pertemuan semula Tun M dan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, tidak mustahil permohonan PEJUANG untuk menyertai gabungan itu akan diterima, sekali gus membuka ruang kepada Mukhriz merealisasikan impian beliau.\n\n\nJika Mukhriz\u00a0dilantik sebagai Menteri Besar, ini merupakan kali ketika beliau menduduki kerusi No. 1 di Kedah itu selepas pertama kali melakukan pada tahun 2013-2016.\n\n\nLain pula cerita Muhammad\u00a0Sanusi. Kemampuan sebenar ADUN Jeneri ini pada pilihan raya belum teruji kerana beliau dilantik sebagai Menteri Besar atas faktor lompat parti, bukan pilihan pengundi Kedah.\n\n\nMalah, Pengerusi PN Kedah ini tidak lekang daripada kontroversi.\n\n\nLepas satu, satu lagi isu dicetuskan untuk \u2018bergaduh\u2019 dengan Kerajaan Pusat yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nSelepas perbalahan berkaitan isu bekalan air dengan Pulau Pinang, beliau lantang memperjuangkan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim dan yang terbaharu dakwaan Pulau Mutiara itu milik Kedah.\n\n\nMUHAMMAD SANUSI (dua dari kanan) dilantik menjadi Menteri Besar Kedah selepas Mukhriz meletak jawatan pada tahun 2020.\n\n\nTidak pasti, adakah ini semua \u2018keistimewaan\u2019 Muhammad Sanusi untuk diangkat semula mempertahankan jawatan tersebut atau ia menjadi \u2018petanda buruk\u2019 beliau akan ditendang keluar. Sama-sama kita nantikan.\n\n\nDi sebalik dua watak besar ini, terpacul pula nama Naib Presiden AMANAH iaitu Mahfuz yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pokok Sena.\n\n\nNama bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia ini tiba-tiba menjadi sebutan untuk menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya PH berjaya mengalahkan PN.\n\n\nSebelum ini, Muhammad Sanusi gagal dalam rayuan saman fitnah yang difailkan Mahfuz, sebaliknya permohonan Mahfuz untuk menaikkan jumlah bayaran ganti rugi diluluskan daripada RM50,000 kepada RM120,000.\n\n\nMisi sukar tetapi tidak mustahil. Dalam politik, macam-macan boleh berlaku. Nampak macam kelakar tetapi siapa kita untuk menafikan pilihan pengundi.\n\n\nBagi Sang Pekaka, orang-orang Kedah lain macam. Mereka tidak takut untuk menukar parti yang memimpin kerajaan negeri itu.\n\n\nSelepas UMNO berkuasa (1948 hingga 2008), orang Kedah beralih kepada kepada PAS (2008-2013) sebelum kembali kepada UMNO (2013-2018).\u00a0 Kemudian mereka memilih PH-BERSATU (2018-2022) sebelum kembali kepada PAS (2020).\n\n\nJadi, agak menarik pecaturan politik di Negeri Jelapang padi ini.\n\n\nKeindahan pemandangan petak sawah yang menghadirkan ketenangan jiwa tatkala mata memandang, tidak setenang \u2018ribut\u2019 politik yang melanda Kedah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/06/status-quo-dijangka-kekal-di-enam-negeri-penganalisis-politik/", "title": "Status quo dijangka kekal di enam negeri \u2013 Penganalisis politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan Pusat gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dijangka akan mengekalkan pentadbiran mereka di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE-15) yang akan berlangsung 12 Ogos ini.\n\n\nPenganalisis politik, Prof. P. Sivamurugan berkata, Perikatan Nasional (PN) pula akan terus mengekalkan kuasanya di Kedah, Kelantan dan Terengganu.\n\n\n\u201cStatus quo mungkin berlaku di enam negeri yang terlibat dalam PRU DUN KE-15 itu cuma dengan majoriti undi akan menurun dan nampaknya kerusi-kerusi (Dewan Undangan Negeri) Melayu lebih goyah.\n\n\n\u201dSekiranya tidak ada sabotaj dalaman, gabungan parti-parti sedia ada boleh menang, namun setiap parti perlu juga melihat soal pemilihan calon dan isu-isu dalaman parti dalam masa sama tidak memainkan isu 3R iaitu bangsa, agama serta institusi diraja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKuil Masih Ada, Yayasan Kubra Tersekat Bina Pusat Perlindungan\n\n\n\n\n\n\nBaru sehari berkahwin, pasangan ditahan edar dadah\n\n\n\n\n\n\nRapid Rail Sdn Bhd Mohon Maaf Kerana Kesulitan\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib bakal cemar institusi kehakiman negara\n\n\n\n\n\n\nNasib Khairy dan pengkhianat UMNO diketahui esok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa adalah untuk memastikan negara ini dapat bergerak ke depan, setiap gabungan politik perlu mengelak daripada terus memainkan isu-isu sensitif bagi memastikan keharmonian politik itu dipertahan, barulah generasi akan datang melihat dan inilah bentuk acuan yang bersesuaian dengan keadaan semasa,\u201d katanya.\n\n\nTambahnya lagi, gabungan Kerajaan Perpaduan antara PH dan BN ini perlu memberi penerangan kepada pengundi pada masa ini yang berada dalam kekeliruan kerana dua parti tersebut bergabung secara tiba-tiba selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nBeliau berkata, penjelasan itu penting bagi memaklumkan kenapa kerjasama itu dibentuk dan ia sebenarnya adalah untuk kestabilan politik, kerajaan yang lebih ampuh dan kukuh serta kerajaan yang stabil bagi mentadbir negara.\n\n\n\u201dIni kerana mereka (parti politik) yang bergaduh sebelum ini tiba-tiba bergabung tetapi ini bukan baharu, sejak tahun 1969 lagi perkara ini sudah berlaku dan pentingnya pimpinan atasan parti menerangkan kepada setiap peringkat tentang kepentingan kerjasama ini dibentuk.\n\n\n\u201cIa bagi memastikan kestabilan politik, kerajaan yang lebih kukuh ampuh dan dengan majoriti yang lebih besar dan jika ia tidak dilakukan keadaan akan jadi tidak menentu,\u201d katanya.\n\n\nKatanya, jentera PH dan BN juga perlu turun padang untuk memberi penjelasan bagi mengelak pengundi yang memang menyokong parti mereka sebelum ini, beralih arah dan dalam masa sama menarik sokongan pengundi lain mengundi parti politik tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/07/80000-calon-lepasan-spm-ditawar-ke-universiti-awam/", "title": "80,000 calon lepasan SPM ditawar ke universiti awam", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Seramai 79,668 daripada 144,911 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan bagi melanjutkan pengajian melalui UPUOnline, ditawarkan tempat ke universiti awam (UA) bagi sesi akademik 2023/2024, demikian menurut Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).\n\n\nKPT dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini memaklumkan, mereka yang ditawarkan ke UA itu adalah untuk pengajian asasi, diploma dan ijazah sarjana muda.\n\n\n\n\nMenurut kenyataan itu seramai 65,243 calon SPM pula, ditawarkan melanjutkan pengajian di politeknik, kolej komuniti (KK) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA), yang menawarkan program pengajian peringkat sijil dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebanyak 500 program pengajian ditawarkan bagi sesi 2023/2024, iaitu 47 pengajian asasi, 309 (diploma), satu (ijazah sarjana muda) dan 143 (sijil).\n\n\n\n\n\n\n\u201cKemasukan pelajar ke institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi, dengan menyusun semua calon yang layak tanpa mengira kaum, agama, jantina, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal mengikut markah merit tertinggi hingga terendah,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\n\n\nPrinsip meritokrasi ialah berasaskan 90 peratus pencapaian akademik dan 10 peratus pencapaian kokurikulum.\n\n\n\n\n\u201cSeramai 61,286 calon lelaki dan 83,625 calon perempuan berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UA, politeknik, KK dan ILKA bagi program lepasan SPM,\u201d menurut kenyataan itu lagi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKJ, Shahidan sah tiada dalam senarai calon PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\nApandi tidak layak dapat pampasan, Tun M ada sebab untuk tahu mengapa pampasan dirahsiakan\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : PEMBELA akan lapor polis\n\n\n\n\n\n\nKPKM akan teliti masalah lambakan sayuran di Tanah Tinggi Lojing\n\n\n\n\n\n\nPolis Tahan Ibu Saudara Kanak-Kanak Maut\n\n\n\n\n\n\n\n\nKenyataan KPT itu memaklumkan secara keseluruhan, tawaran laluan khas ialah sebanyak 14,619 iaitu 13,649 tawaran diberikan kepada calon dari keluarga B40, 346 kepada orang kurang upaya (OKU), 335 (atlet), 289 (Orang Asli) dan 26 calon yang merupakan lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.\n\n\nMengenai calon yang tidak mendapat tawaran, KPT memaklumkan antara faktor kegagalan ialah tidak memenuhi syarat am atau syarat khas program pengajian, tiada kekosongan tempat terutama bagi program kompetitif dan kedudukan merit rendah.\n\n\nKPT mempelawa mereka untuk membuat rayuan melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari mulai hari ini sehingga pukul 5 petang pada 16 Julai ini.\n\n\nMenurut kenyataan itu lagi, seramai 164,028 daripada 403,637 calon yang menduduki SPM tidak membuat permohonan melalui UPUOnline atas beberapa faktor, antaranya telah mendapat tawaran menyambung pengajian di kolej matrikulasi Kementerian Pendidikan, institut pendidikan guru, institusi pengajian tinggi swasta dan Majlis Amanah Rakyat. -BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/07/annuar-musa-bertanding-atau-tidak-diputus-malam-ini/", "title": "Annuar Musa bertanding atau tidak, diputus malam ini", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Jadi calon PAS atau tidak,\u00a0 penentuan sama ada Tan Sri Annuar Musa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan akan diputuskan malam ini.\n\n\nMursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, berkata keputusan sama ada Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu dicalonkan atau tidak serta kerusi yang sesuai untuknya akan diputuskan Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat di Kuala Terengganu.\n\n\n\u201cInsya-Allah malam ini Majlis Syura Ulama akan bincang sama ada Annuar jadi calon\u2026 ada tidak termasuk kelayakan dia untuk jadi calon PAS.\n\n\n\u201cSetakat ini, saya tidak boleh buat apa-apa (keputusan) lagi sehingga kita buat keputusan dalam Majlis Syura Ulama malam ini di Kuala Terengganu. Lepas itu baru kita dapat keputusan.\n\n\nMemetik Berita Harian katanya,\u00a0 mesyuarat itu juga akan membincangkan kelayakan seseorang yang akan bertanding atas tiket PAS dan sekiranya tidak layak ia juga akan diputuskan malam ini juga.\n\n\nSementara itu beliau yang dihubungi BH ketika ditanya sekiranya Annuar dipilih menjadi calon PAS, adakah beliau akan bertembung dengan anaknya, Afiq Amani jika Ketua Pemuda UMNO Ketereh itu menjadi calon Barisan Nasional (BN) dan Hashim berkata, perkara itu tidak boleh diputuskan lagi.\n\n\n\n\n\u201cApa-apa keputusan tunggu malam ini,\u201d katanya.\n\n\n\n\nTerdahulu, media melaporkan Annuar menegaskan tidak akan berlaku pertembungan kerusi antara beliau dan anaknya pada PRN nanti.\n\n\nAfiq Amani Ketua Pemuda Umno Bahagian Ketereh, Afiq Amani adalah penyokong kuat Annuar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/07/buat-hantaran-sensitiviti-kaum-pemilik-crackhouse-didenda-rm8000/", "title": "Buat hantaran sensitiviti kaum, pemilik Crackhouse didenda RM8,000", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pemilik kelab komedi Crackhouse Mohamad Rizal Johan Van Geyzel didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana membuat dan memulakan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum melalui aplikasi Facebook, tahun lalu.\n\n\nHakim N Priscilla Hemamalini menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Rizal, 40, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nurul\u2019Ain Abu Bakar memaklumkan kepada mahkamah bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi ketiga yang difailkan Mohamad Rizal pada 7 Jun lalu.\n\n\n\u201cHari ini ditetapkan untuk sebutan bagi keputusan representasi dan pihak pendakwaan bersetuju menerima representasi untuk OKS mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama dihadapinya.\n\n\n\u201cBagaimanapun, dua lagi pertuduhan dihadapi Mohamad Rizal sebelum ini dipertimbangkan sebagai\u00a0\ntake into consideration\n (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah,\u201d kata Nurul\u2019Ain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nFilipina-China selesaikan isu maritim di Laut China Selatan\n\n\n\n\n\n\nRM600,000 paras simpanan ideal untuk hidup selesa selepas bersara\n\n\n\n\n\n\nPindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Ma63 Lulus\n\n\n\n\n\n\nUMNO dijangka kalah lebih teruk pada PRN\n\n\n\n\n\n\nSwatch ambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohamad Rizal, berkemeja putih kemudian menukar pengakuan kepada bersalah bagi pertuduhan pertama dihadapinya dan mahkamah turut memerintahkan dia dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda. OKS membayar denda berkenaan.\n\n\nBagi pertuduhan pertama, Mohamad Rizal didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook menggunakan nama profil \u2018Rizal van Geyzel\u2019 pada 4 Julai 2022.\n\n\nHantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ di sini, pada 1.17 tengah hari, 13 Julai tahun lalu.\n\n\nPertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan.\n\n\nDia juga berdepan dua lagi pertuduhan membabitkan penghantaran komunikasi jelik di laman media sosial iaitu Instagram \u201crizalvangeyzel\u201d dan TikTok \u201crizalvangeyzel\u201d pada 5 dan 6 Julai 2022 dan hantaran itu dibaca pada tempat, masa dan tarikh sama, mengikut seksyen serupa.\n\n\nTerdahulu, TPR Noor Haslinda Che Seman memohon hukuman denda berat dan bersifat literal, mengambil kira kesalahan dilakukan OKS adalah serius sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat yang mengganggu keharmonian negara.\n\n\n\u201cPengakuan salah OKS bukan bersifat automatik untuk dia mendapatkan hukuman rendah kerana hukuman yang dijatuhi mahkamah ini akan memberi pengajaran bukan sahaja kepada OKS tetapi kepada masyarakat umum supaya tidak melakukan kesalahan sama,\u201d katanya.\n\n\nPeguam M Pravin yang mewakili Mohamad Rizal pula memohon hukuman denda yang rendah atas alasan anak guamnya menanggung tiga anak termasuk seorang anak kurang upaya (OKU).\n\n\n\u201cOKS mempunyai bapa berusia 74 tahun menghidap penyakit jantung kronik selain perlu menanggung kos rawatan bapanya. Selepas kejadian ini, OKS telah hilang sumber pendapatan utamanya sebagai\u00a0\nstand up comedy\n\u00a0(komediri) kerana banyak penganjur telah membatalkan penglibatan OKS dalam program mereka.\n\n\n\u201cOKS kini telah bercerai dengan isterinya dan menjaga tiga anak masing-masing berusia lingkungan tiga tahun hingga 11 tahun. Dia telah menyesal dan bertaubat dengan kesalahan yang dilakukannya selain tiada niat menyakitkan hati orang lain,\u201d kata peguam itu. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/07/gaji-penjawat-awam-bakal-dinilai-semula/", "title": "Gaji penjawat awam bakal dinilai semula", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan gaji dan elaun penjawat awam di seluruh negara akan dikaji semula dalam masa terdekat.\n\n\nIni kerana katanya, kali terakhir kadar gaji berkenaan digubal adalah pada 2013 dan ia dilihat tidak setimpal dengan tugasan.\n\n\n\u201cKali terakhir gaji penjawat awam (dinilai) adalah pada tahun 2013 lalu dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad telah kemukakan pandangan kepada saya untuk mulakan pasukan mengkaji.\n\n\n\u201cJadi saya dah bersetuju dan kita akan bentangkan pada jemaah menteri supaya diberikan kelulusan dan pasukan ini boleh terus memulakan kerja untuk memberikan cadangan kepada kerajaan untuk melihat (mengkaji),\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSabah Sarawak Bukan Tanah Besar Malaysia\n\n\n\n\n\n\nAsyraf Wajdi Setiausaha Agung UMNO yang baharu\n\n\n\n\n\n\nKes mahkamah pemimpin PN tak lemahkan \u2018gelombang hijau\u2019\n\n\n\n\n\n\nShahrir dilepas, bebas kes penggubahan wang RM1 juta\n\n\n\n\n\n\nMB Terengganu disahkan bercuti di New Zealand\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Anwar, meskipun negara terikat dengan kekangan kewangan, cadangan untuk menubuhkan pasukan mengkaji itu wajar diberikan pertimbangan.\n\n\n\u201cWalaupun terikat dengan kekangan kewangan yang ada, tetapi saya fikir dengan sedikit perubahan yang ada, kita boleh cari jalan supaya ia dipertimbangkan.\n\n\n\u201cSudah 10 tahun tidak dinilai semula gaji penjawat awam dan minggu depan bersama barisan jemaah menteri saya akan pastikan keputusan berkenaan dapat dibuat,\u201d katanya.\n\n\nKata Anwar, beliau yakin usaha berkenaan dapat direalisasikan sekiranya pelaburan yang diterima kerajaan negeri serta persekutuan bergerak pantas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/07/iraq-mahu-lelaki-bakar-quran-ditangkap/", "title": "Iraq mahu lelaki bakar Quran ditangkap", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0\u00a0\nPejabat pendakwa raya Iraq mengeluarkan waran tangkap menerusi Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) terhadap Salwan Momika, lelaki yang bertindak membakar al Qura di pekarangan sebuah masjid di Stockholm, Sweden pada 28 Jun lalu.\n\n\nPejabat pendakwa raya telah menghantar maklumat dan waran tangkap khas untuk Momika, seorang pelarian warga Iraq berusia 37 tahun,\u00a0 dan meminta Interpol memaklumkan Baghdad sekiranya dia berjaya diberkas.\n\n\nKetika dia melakukan tindakan itu umat islam sedang menyambut Aidiladha, dan mendapat kebenaran daripada polis Sweden.\n\n\nKebiadapan Momika mencetuskan kecaman di seluruh dunia.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa kini ahli PAS?\n\n\n\n\n\n\nTiada halangan ahli politik masuk universiti\n\n\n\n\n\n\nHampir RM1 bilion lesap ditipu agensi pelaburan\n\n\n\n\n\n\nRM1 juta milik Armada untuk kebajikan parti\n\n\n\n\n\n\nDua ahli UMNO hantar notis bantahan kepada RoS\n\n\n\n\n\n\n\n\nIraq dipetika akhbar Sputnik menyeru pihak berkuasa Sweden untuk menghantar pulang individu yang bertanggungjawab atas kejadian itu.\n\n\nBeberapa negara Islam termasuk Malaysia mengutuk keras tindakan itu termasuk Liga Arab dan ketua Majlis Kerjasama Teluk.\n\n\nSebelum itu pada Januari,\u00a0 provokasi serupa dilakukan di Sweden apabila ahli politik sayap kanan Denmark Rasmus Paludan membakar kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/07/mahkamah-rayuan-arah-mahkamah-tinggi-dengar-semakan-kes-bung-moktar-zizie/", "title": "Mahkamah Rayuan arah Mahkamah Tinggi dengar semakan kes Bung Moktar, Zizie", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Ab Samad, untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan pasangan itu membela diri atas tuduhan rasuah.\n\n\nPanel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin, membuat keputusan itu secara sebulat suara hari ini.\n\n\nHadhariah berkata, permohonan pasangan berkenaan tidak didengar oleh Mahkamah Tinggi tahun lalu, kerana semakan itu ditolak atas alasan teknikal.\n\n\n\u201cDalam permohonan untuk semakan, mahkamah bertanggungjawab untuk mempertimbangkan meritnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid dedah identiti 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM\n\n\n\n\n\n\nPH-BN bekerjasama pada PRN Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n1 Ramadan 1444H \u2013 esok umat Islam di Malaysia mula berpuasa\n\n\n\n\n\n\nAyob Khan terajui Jabatan Siasatan Jenayah mulai 16 April\n\n\n\n\n\n\nRohana pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPengurusan kes untuk permohonan semakan itu ditetapkan di Mahkamah Tinggi pada 14 Julai ini,\u201d katanya.\n\n\nPendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, manakala Bung Moktar dan Zizie Izette masing-masing diwakili peguam, M Athimulan and Datuk K Kumaraendran.\n\n\nPada 9 Disember tahun lalu, pasangan terbabit gagal menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri terhadap tuduhan rasuah.\n\n\nIa selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Azhar Abdul Hamid, membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan semakan terbabit.\n\n\nPada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.\n\n\nHakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.\n\n\nBung Moktar, 66, yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.\n\n\nAhli Parlimen Kinabatangan itu didakwa menerima rasuah daripada perunding unit amanah Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati, antara jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang 12 Jun 2015.\n\n\nBung Moktar juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada seorang lagi perunding unit amanah sama, Norhaili Ahmad Mokhtar, di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.\n\n\nZizie Izette, 46, pula mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa sama.\n\n\n\u201cPengurusan kes untuk permohonan semakan itu ditetapkan di Mahkamah Tinggi pada 14 Julai ini,\u201d katanya.\n\n\nPendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, manakala Bung Moktar dan Zizie Izette masing-masing diwakili peguam, M Athimulan and Datuk K Kumaraendran.\n\n\nPada 9 Disember tahun lalu, pasangan terbabit gagal menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri terhadap tuduhan rasuah.\n\n\nIa selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Azhar Abdul Hamid, membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan semakan terbabit.\n\n\nPada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas tuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.\n\n\nHakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.\n\n\nBung Moktar, 66, yang juga bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan FELCRA untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.\n\n\nAhli Parlimen Kinabatangan itu didakwa menerima rasuah daripada perunding unit amanah Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati, antara jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang 12 Jun 2015.\n\n\nBung Moktar juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada seorang lagi perunding unit amanah sama, Norhaili Ahmad Mokhtar, di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.\n\n\nZizie Izette, 46, pula mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa sama. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/07/meta-lancarkan-threads-lawan-twitter/", "title": "Meta lancarkan Threads, lawan Twitter", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Meta, syarikat gergasi memiliki media sosial, Facebook dan Instagram kini menambah platformnya\u00a0 dengan pelancaran Threads, pesaing terdekat Twitter pada Rabu lalu.\n\n\nAplikasi itu dibina oleh pasukan Instagram, dan bertujuan menyediakan platform baru bagi perbualan dalam talian dalam masa nyata dan berkongsi kemas kini teks.\n\n\nDisebut sebagai `Twitter killer\u2019, setakat hari ini Threads sudah pun dimat turn oleh lebih 10 juta pengguna.\n\n\nMeta dalam kenyataannya berkata,\u00a0 sesebuah catatan boleh mencapai sehingga 500 aksara dan boleh memasukkan pautan, foto dan video yang panjangnya sehingga 5 minit.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael lancar serangan terhadap Syria\n\n\n\n\n\n\nAnwar guna kuasa PM perangi rasuah meskipun diugut pelbagai pihak\n\n\n\n\n\n\nElaun guru KAFA dibayar secara tunggakan bermula Januari\n\n\n\n\n\n\n6,000 serbu pejabat Tesla Malaysia\n\n\n\n\n\n\nAminuddin hairan jumlah penceroboh tanah Raub cecah 500 orang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami sedang berusaha untuk menjadikan Threads serasi dengan rangkaian sosial yang terbuka dan saling beroperasi yang kami percaya boleh membentuk masa depan internet,\u201d menurut agensi berita Anadolu.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif Meta dan Pengasas Facebook,\u00a0 Mark Zuckerberg berkata visi aplikasi baru itu adalah untuk mewujudkan pilihan dan ruang awam yang mesra untuk berbual.\n\n\nBeliau juga mengucapkan selamat datang ke Threads yang ditulis dalam catatan pertamanya di platform itu.\n\n\nMark Zuckerberg jemput pengguna media sosial ke platform Threads.\n\n\n\u201cKami berharap untuk mengambil amalan-amalan terbaik Instagram dan mencipta pengalaman baru mengenai teks, idea, dan membincangkan perkara yang bermain dalam benak fikiran anda,\u201d tulisnya.\n\n\nAplikasi Threads disediakan di lebih 100 negara untuk para pengguna iOS dan Android, tambah kenyataan tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/07/penerima-anugerah-kajai-terlantar-akibat-radang-paru-paru-kronik/", "title": "Penerima Anugerah Kajai terlantar akibat radang paru-paru kronik", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Beliau pernah merangkul anugerah tertinggi\u00a0 kewartawanan negara, namun hari ini kudratnya menghalang tugas beliau apabila diuji dengan penyakit radang paru-paru kronik.\n\n\nWan Noor Hayati Wan Alias,\u00a0 pemenang Anugerah Kajai 2014 , kini\u00a0 terlantar bersendirian tanpa seorang penjaga di sebuah rumah sewa di Taman Kajang Utama, Selangor.\n\n\n\n\nTV Pertiwi sebagai rakan media, juga pernah bersama-sama dengan beliau ketika membuat liputan, berduka cita mendengar berita yang disampaikan oleh rakan media kami yang lain.\n\n\nKami juga difahamkan, kesihatan Wan Noor Hayati atau lebih dikenali sebagai Wanti mula merosot sekitar bulan lalu selepas hampir setahun disahkan mengidap penyakit terbabit.\n\n\nYati yang dikenali, sebelum ini seorang yang aktif membuat pelbagai pendedahan dalam pemberitaan dan aktiviti kemanusiaan, dijangkiti COVID-19 pada awal tahun ini.\n\n\nLebih menyedihkan dengan serangan\u00a0 COVID \u2013 19, Yati yang pernah bertugas di Utusan Malaysia, Berita Harian dan Media Variasi itu kini sukar mengurus sendiri dirinya,\u00a0 malah hanya mampu terbaring di ruang tamu rumah.\n\n\n\n\nKeadaan terkini Wan Noor hayati Wan Alias.\n\n\nMemetik portal nasionalkini, difahamkan Wan Noor Hayati ketika ini tidak lagi mempunyai pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada simpanan yang semakin kering, malah terpaksa menguruskan dirinya sendiri memandangkan ketiadaan saudara yang tinggal berdekatan.\n\n\nMakan minumnya pula akan dihantar oleh seorang rakan yang tinggal berdekatan.\n\n\nDalam satu mesej yang tular menyatakan, Wan Noor Hayati kini memerlukan sumbangan bagi membolehkan dia meneruskan rawatan di hospital.\n\n\nKenyataan itu juga memaklumkan Wanti tidak mempunyai penjaga setakat ini dan terpaksa menguruskan kehidupan patan tetap selepas terpaksa berhenti kerja kerana keadaaan kesiahtannya sejak kebelakangan ini.\n\n\nSebarang sumbangan kepadanya boleh disalurkan melalui akaun RHB Bank Wan Noor Hayati, 16260700052758.\n\n\nBagi tujuan lawatan dan sumbangan, mereka yang mahu berbuat demikian boleh menghubungi rakannya terlebih dahulu iaitu Fathihah di talian 017-2878972.\n\n\nKami doakan semoga Yati cepat sembuh!."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/07/penjawat-awam-menteri-kabinet-tipu-isytihar-harta-wajar-letak-jawatan-mcw/", "title": "Penjawat awam, Menteri Kabinet tipu isytihar harta wajar letak jawatan \u2013 MCW", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Letak jawatan atau bersara adalah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh anggota pentadbiran kerajaan termasuk Menteri Kabinet yang terbukti menipu dalam pengisytiharaan harta.\n\n\nPresiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata langkah tersebut dapat memastikan keberkesanan format baharu pengisytiharan harta untuk anggota pentadbiran kerajaan.\n\n\n\u201cTindakan serius perlu diambil ke atas mereka yang tidak dapat membuat penjelasan telus terhadap aset berlebihan dan gaya hidup yang terlampau mewah,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, anggota pentadbiran Persekutuan termasuk Menteri Kabinet akan mengistiharkan harta mereka sebaik sahaja format baharu ditambah baik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n562 Keluarga Masih Di Pusat Pemindahan Sementara\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu perhalusi keputusan tarik balik rayuan kes kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Hantar Wakil Khas ke India Sampaikan Pandangan Negara\n\n\n\n\n\n\nTok Mat beri bayangan pertahan Dun Rantau\n\n\n\n\n\n\n\u201cWell done guys\u201d \u2013 Khairy puji tindakan berani ahli UMNO rujuk ke RoS\n\n\n\n\n\n\n\n\nBerikutan itu, Jais turut mencadangkan agar pengisytiharan harta dikemas kini secara tahunan oleh menteri dan pegawai-pegawai Kabinet.\n\n\n\u201cSelain itu, aset yang dinyatakan perlu diaudit dengan melibatkan pihak bebas.\n\n\n\u201cPenambahbaikan ini perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan dan integriti proses tersebut bernilai tinggi,\u201d jelasnya.\n\n\nDalam pada itu, Jais turut menyarankan agar nit pengisytiharan harta yang bebas ditubuhkan dan ia tidak diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/07/pn-usah-rasa-selesa-dengan-gelombang-hijau-samsuri/", "title": "PN usah rasa selesa dengan gelombang hijau \u2013 Samsuri", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 PAS diingatkan untuk tidak berasa selesa dengan tsunami gelombang hijau yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana pola pengundian boleh berubah-ubah.\n\n\nNaib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerja keras perlu dilakukan ketika ini bagi mengekalkan momentum yanga da dalam pilihan raya enam negeri.\n\n\n\u201cKemenangan besar dicapai PAS terutama di Terengganu pada PRU15 tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk PRN kali ini.\n\n\n\u201cJusteru saya harap jentera daripada PN, PAS dan lain-lain supaya tidak berasa selesa dengan kedudukan yang ada, dengan momentum yang ada.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Serlah Sikap Ego Yakin Menang Besar Tanpa Muafakat Nasional \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Kebenaran Perjalanan Ke Negara Lain\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy dibatalkan, JAWI diarah siasat\n\n\n\n\n\n\nPH, BN setuju kekal kerusi penyandang PRU14 hadapi PRN\n\n\n\n\n\n\nKKM nafi pertimbang ambil jururawat asing\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita teruskan\u2026 Insya-Allah kita akan mencapai kejayaan yang lebih baik berbanding pilihan raya lalu,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Ahamd Samsuri berkata PN tidak gentar dengan kenyakinan BN bersama PH untuk menawan Terengganu dan Kedah pada PRN kali ini kerana PN mempunyai strategi yang tersendiri.\n\n\n\u201cMasa PRU 2018 dikatakan PAS hanya menang satu kerusi di Kelantan dan akan lenyap di Terengganu tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Jadi saya tak ambil \u2018port\u2019 apa yang dikatakan oleh mana-mana sama ada Pakatan Harapan (PH) atau BN yang mengatakan mereka mendapat momentum.\n\n\n\u201cBagi kami, kita ada kerja-kerja yang perlu dibuat dihadapan. Ada kajian yang dibuat dan kita tidak \u2018syok sendiri\u2019 dengan kajian-kajian itu,\u201d ujarnya.\n\n\nSelasa lalu, Pengarah Pilihan Raya Barisan BN, Datuk Seri Mohamad Hasan yakin gabungan BN dan PH mempu merampas Terengganu dan Kedah.\n\n\nKatanya, hasrat itu bakal dicapai dengan staregi yang baik dan gerak kerja yang betul bagi mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE-15)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/07/presiden-mca-tolak-tawaran-pn/", "title": "Presiden MCA tolak tawaran PN", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 MCA dan MIC menolak tawaran Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk memberikan kerusi kepada parti dalam komponen Barisan Nasional (BN) itu.\n\n\nPresiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan untuk tidak menerima tawaran itu.\n\n\n\u201cNo (tidak),\u201d katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook, hari ini sambil memuat naik keratan laporan portal tempatan dengan tajuk \u2018PN sedia beri MCA, MIC kerusi campuran jika keluar BN, kata Sanusi\u2019.\n\n\nSebelum ini Sanusi membuat tawaran kepada MIC dan MCA untuk bertanding di kerusi campuran pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE-15) nanti sekiranya dua parti komponen itu meninggalkan BN.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPertuduhan salah guna jawatan tidak dedahkan kesalahan Muhyiddin \u2013 Teh Poh Teik\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Terus Perkasa Agenda Ekonomi Bumiputera\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan filem Mentega Terbang\n\n\n\n\n\n\nPilihan Raya Tetap Diadakan Dalam Penggal Kelima \u2013 Annuar Musa\n\n\n\n\n\n\nSelangor tidak iktiraf kahwin luar negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa susulan MCA dan MIC memutuskan tidak menyertai PRN disebabkan layanan tidak adil, khasnya membabitkan kerusi campuran dikuasai Pakatan Harapan (PH).\n\n\nDalam pada itu, Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah percaya tindakan MCA dan MIC tidak bertanding sebagai manifestasi bantahan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/07/prn15-pengundi-muda-paling-ramai-di-selangor-spr/", "title": "Pengundi muda paling ramai di Selangor \u2013 SPR", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Selangor merekodkan jumlah pengundi muda paling ramai berumur18 hingga 20 tahun berbanding di negeri lain pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-18 (PRU DUN KE-15), 12 Ogos ini.\n\n\nMengikut Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menunjukkan kumpulan pengundi muda bagi had umur itu kedua tertinggi ialah di Kedah iaitu 104,284 pengundi, Kelantan (96,513), Pulau Pinang (67,633), Terengganu (64,264), manakala Negeri Sembilan (55,017).\n\n\nIni menjadikan jumlah keseluruhan pengundi kumpulan itu seramai 661,905 orang.\n\n\nSelangor juga menjadi negeri yang mempunyai jumlah pengundi berdaftar tertinggi iaitu 3,747,057 orang diikuti Kedah dan Kelantan masing-masing 1,585,085 dan 1,411,912 orang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis rampas 840 kg ganja, penjawat awam antara ditahan\n\n\n\n\n\n\nAntara Cabaran Utama Kepada Perpaduan \u2013 Dr. Jemilah\n\n\n\n\n\n\nPKR tarik balik penggantungan keahlian Iswardy\n\n\n\n\n\n\nPAS yakin gelombang Melayu kekal hingga PRN\n\n\n\n\n\n\nUMNO tersepit hadapi PRN di enam negeri\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi kumpulan pengundi berumur 90 tahun dan ke atas pula, seramai 28,991 layak mengundi dengan Selangor mempunyai 8,638 orang diikuti Pulau Pinang (6,152) dan Kedah (4,799).\n\n\nSementara itu, daftar pemilih sama menunjukkan pengundi berusia 21 hingga 29 tahun menjadi kumpulan paling ramai di keenam-enam negeri berkenaan dengan jumlah 2,169,120 pengundi, diikuti pengundi berusia 30 hingga 39 tahun (2,163,982 orang).\n\n\nSecara keseluruhan, PRN itu membabitkan seramai 9,773,571 pengundi dengan Selangor seramai 3,747,057 orang, Kedah (1,585,085), Kelantan (1,411,912), Pulau Pinang (1,234,198), Terengganu (930,894) dan Negeri Sembilan (864,425)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/07/tiada-kerusi-bertanding-mca-dan-mic-wajar-keluar-bn-sanusi/", "title": "Tiada kerusi bertanding, MCA dan MIC wajar keluar BN", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencadangkan MCA dan MIC bekerjasama dengan PN supaya kerusi di kawasan undi campuran boleh diberi kepada parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE-15).\n\n\nKatanya, hasrat itu boleh dicapai dengan syarat kedua-dua parti itu perlu bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN) susulan UMNO menyisihkan parti itu untuk mendapatkan kerusi bagi menang dalam PRU DUN KE-15.\n\n\n\u201cPada pandangan saya, bila BN berada bersama parti-parti bukan Melayu dalam Pakatan Harapan, khususnya DAP dan PKR yang merupakan parti multiracial (pelbagai kaum), jadi, kerusi campuran ini terpaksa diberikan kepada PH.\n\n\n\u201cMaka, kerusi untuk diberi kepada MCA dan MIC tak ada lagi. Diberikan kerusi bertanding untuk kalah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSultan Brunei diberi sambutan negara\n\n\n\n\n\n\n88% perokok beralih hisap vape untuk berhenti merokok\n\n\n\n\n\n\nMHO serah 150 penyataan tambahan, bantu siasatan PDRM\n\n\n\n\n\n\nNaratif dibawa Anwar didakwa gagal tarik sokongan Melayu\n\n\n\n\n\n\nBN GABUNG PH, DONG ZONG TERUS BERANI DESAK IKTIRAF UEC\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMaka MCA memilih untuk tidak bertanding..dan saya rasa perkara ini perlu dilanjutkan lagi dengan MCA dan MIC keluar dari Barisan Nasional.\n\n\n\u201cMaka MCA memilih untuk tidak bertanding..dan saya rasa perkara ini perlu dilanjutkan lagi dengan MCA dan MIC keluar dari Barisan Nasional,\u201d katanya.\n\n\nSanusi turut berkata, keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding pada PRN merupakan isyarat bantahan terhadap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nRabu lalu, MCA dan MIC memutuskan untuk tidak bertanding dalam PRU DUN KE-15 di enam negeri yang akan berlangsung 12 Ogos ini.\n\n\nPerkara itu dinyatakan Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon dan Setiausaha MIC, RT Rajasekaran.\n\n\nSebelum ini, Ahmad Zahid berjanji komponen BN itu akan tetap diberikan kerusi untuk bertanding pada PRN akan datang.\n\n\nBagaimanapun, semalam beliau menafikan dua parti komponen itu memboikot BN, sebaliknya pemimpin MCA dan MIC menyuarakan komitmen untuk membantu jentera BN pada PRN di enam negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/08/bekas-adun-dap-disiasat-mainpp-kahwin-pasangan-sejenis/", "title": "Bekas ADUN DAP disiasat MAINPP kahwin pasangan sejenis", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nSemalam tular,\u00a0 dua wanita yang dikatakan pasangan lesbian berkahwin dan salah seorang daripadanya ialah bekas seorang ahli dewan undangan negeri.\n\n\nWanita itu dikatakan mengisytiharkan perkahwinan mereka seperti yang dihantar melalui\u00a0 facebook, \nYap Soo Huey, bekas ADUN Pulau Tikus, \nberikutan tersebar\u00a0 foto-foto mengenai sumpah setia ikatan hubungan kedua-duanya yang dipaparkan.\n\n\nSoo Huey merupakan\u00a0 bekas pegawai Lim Guan Eng,\u00a0 boleh diibarat sebagai salah seorang pendokong golongan LGBT yang dilaknat.\n\n\nDia dalam hantarannya juga secara berterus terang\u00a0 mengagumi pasangannya, Kim Barden,\u00a0 setelah lamaran di antara satu sama lain, diterima.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria : White Helmets umum misi menyelamat mangsa terselamat berakhir\n\n\n\n\n\n\nLelaki serang imam berhalusinasi, dirujuk kepada pakar psikiatri\n\n\n\n\n\n\n\u2018Gencatan senjata\u2019 selesai kemelut politik Sabah\n\n\n\n\n\n\nSetiausaha politik Anwar nafi khabar angin pelantikan Wan Azizah di JPM\n\n\n\n\n\n\nPaludan tidak berhenti provokasi, ancam bakar lagi tiga Al-Quran\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelain itu, turut dipaparkan foto mereka berkucup mesra menyambut hari perkahwinan\u00a0 mereka,\u00a0 mengesahkan mereka adalah pasangan pendukung LGBT yang dilaknat.\n\n\nBagaimanapun semakan TV Pertiwi mendapati, foto ikatan perkahwinan sejenis itu yang dikongsi Yap sudah dipadamkan.\n\n\nSusulan itu\u00a0 Majlis Agama Islam Pulau Pinang, MAINPP akan mengambil tindakan sekiranya terbukti benar dakwaan berlaku majlis meraikan perkahwinan sejenis melibatkan dua wanita di Balik Pulau pada bulan lalu.\n\n\n\u201cKita akan dapatkan lebih banyak maklumat bagi menentukan kesahihan dakwaan gambar yang tular itu. Namun, jika ia benar berlaku tindakan akan diambil mengikut undang-undang yang diperuntukkan,\u201d\n\n\nYang Dipertuanya MAINPP, Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman\n\n\nYang Dipertuanya Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata siasatan akan dijalankan terlebih dulu mengulas tular beberapa keping gambar memaparkan warga tempatan dan luar negara bercumbu di sebuah premis inap desa persendirian.\n\n\nMemetik Malaysia Gazette,\u00a0 tegas beliau, sekiranya perkara terbabit berlaku pihaknya akan mengambil tindakan mengikut undang-undang berikutan negara ini melarang aktiviti lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/08/dap-sambung-usaha-hapus-ketuanan-melayu/", "title": "DAP sambung usaha hapus ketuanan Melayu", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 DAP didakwa menggunakan retorik kaum dan agama, serta memiliki agenda perkauman Cina serta menyambung usaha penghapusan ketuanan Melayu serta Bumiputera yang dirancang penjajah British.\n\n\nPresiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa\u00a0DAP mahu mengekalkan maksud Islam dalam Perlembagaan mengikut acuan penjajah dengan mempertahankan konsep liberalisme dan kebebasan yang diperjuangkan Barat.\n\n\nBeliau dalam satu kenyataan hari ini juga mendakwa DAP menggunakan jurubicara dalam kalangan orang Melayu untuk mencapai agenda parti itu, manakala parti lain yang bekerjasama dengan DAP hanya menumpang pengaruhnya untuk menang.\n\n\n\u201cDAP mempunyai tujuan politik bagi perkauman Cina dengan usaha mendapat undi tambahan Melayu dan kaum lain bagi mencapai cita-citanya itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAngkara Tangan Ghaib, Rakyat Sengsara!\n\n\n\n\n\n\nHishamuddin sedia tanding jawatan tertinggi parti akan datang\n\n\n\n\n\n\nAmirudin, isteri datang buang undi menaiki motosikal vespa\n\n\n\n\n\n\nAfghanistan : Russia Sedia Pertimbang Iktiraf Kerajaan Taliban\n\n\n\n\n\n\nGTA akan kerjasama dengan PN?\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDAP tidak perlu bersuara kuat lagi, hanya sekali-sekala sudah cukup. Ini kerana mereka berjaya melantik jurubicara dalam kalangan Melayu yang lupa akan keMelayuannya dan lalai akan keIslamannya, malah menganggap Melayu sangat rasis apabila bersuara membela Melayunya, atau Islamnya fanatik jika bercakap mengenai Islam,\u201d\n\n\nMengulas lanjut,\u00a0 Abdul Hadi juga mendakwa tindakan pimpinan DAP yang menentang penguatkuasaan hal ehwal Islam di negeri pimpinan PAS, menunjukkan sikap DAP yang mahu mengekalkan pelaksanaan Islam mengikut acuan penjajah.\n\n\nAntaranya, beliau mendakwa DAP pernah menyatakan tidak senang dengan larangan arak kepada penganut Islam di Kelantan, selain berusaha menghalang usaha memperkukuh bidang kuasa Mahkamah Syariah menerusi Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355).\n\n\nTerdahulu, \u00a0Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menyarankan semua pihak tidak memainkan isu sensitif, khususnya 3R (agama, bangsa dan raja) ketika berkempen untuk pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.\n\n\nKetika berkempen katanya, PDRM mempunyai pasukan perakam dan pegawai penyiasat bermula pada hari penamaan calon hingga pasca hari mengundi.\n\n\nTambahnya polis akan menyiasat sesiapa juga sama ada orang awam, ahli politik atau ahli perniagaan jika ada keterangan yang mereka menyentuh isu sensitif seperti 3R.\n\n\nAhli Parlimen Marang itu juga membidas tindakan pemimpin DAP yang menentang penguatkuasaan menutup aurat bagi orang Islam dan berpakaian sopan bagi orang bukan Islam di negeri ditadbir PAS, dengan menyifatkan DAP hanya mempertahankan budaya Barat yang tiada kaitan dengan kaum Cina atau India.\n\n\n\u201cIsu hiburan bebas yang bukan budaya kita, tiba-tiba DAP dan rakan-rakannya turut membuat kenyataan yang melonjak-lonjak dan mempertahankan konsep liberalisme atas nama kebebasan Barat yang sudah terbabas daripada fitrah kemanusiaan.\n\n\n\u201cTerakhir ialah pindaan Kanun Keseksaan sangat longgar bagi membebaskan percubaan bunuh diri yang diharamkan Islam terhadap semua rakyat tanpa mengira agama.\n\n\n\u201cBersama konsep \u2018Malaysian Malaysia\u2019, bermakna hak Melayu dan Bumiputera cuba dirungkaikan ikatannya dalam Perlembagaan Persekutuan oleh DAP melalui banyak kenyataan dan tindakan yang tidak boleh dinafikan,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/08/keluarkan-nikotin-dari-akta-racun-kkm-nafi-perjudi-kesihatan-kanak-kanak/", "title": "Keluarkan nikotin dari Akta Racun, KKM nafi perjudi kesihatan kanak-kanak", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Sabtu\u00a0 \u2013\u00a0 Keluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 bukan bermakna Kementerian Kesihatan memperjudikan kesihatan kanak-kanak di negara ini.\n\n\nMenterinya, Dr Zaliha Mustafa, sebaliknya berkata walaupun langkah itu dilakukan,\u00a0 kesihatan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan kementerian berikutan golongan itu dianggap cukup penting sebagai pewaris generasi masa depan.\n\n\n\u201cTak timbul masalah apabila kita keluarkan nikotin dari Akta Racun 1952 bermakna ia bukan lagi racun dan kita mengabaikan kesihatan kanak-kanak.\u201d\n\n\n\u201cApa pun, menjadi keutamaan kepada kementerian untuk menjaga kesihatan kanak-kanak (kerana) kesihatan anak-anak ini penting,\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN jumpa Anwar bincang isu agihan peruntukan pembangkang\n\n\n\n\n\n\nAhmad Shah akui tidak sukar raih mandat rakyat sekali lagi\n\n\n\n\n\n\n31 Pusat Mengundi Awal Dibuka\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin sampaikan bantuan, redakan krisis kebuluran pelarian\n\n\n\n\n\n\nPihak luar terbabit lakukan perlombong haram nadir bumi \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Kajian Kohort Seremban Diabetes (SeDia) di Hotel Royal Chulan, di Seremban, hari ini bagi mengulas langkah KKM mengeluarkan nikotin dalam Akta Racun 1952.\n\n\nLangkah KKM itu mendapat bantahan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).\n\n\nMalah, pakar kesihatan mendesak kerajaan menarik balik pengecualian cecair vape bernikotin daripada senarai bahan terkawal Akta Racun 1952 buat sementara waktu, demi melindungi kesihatan awam dan masa depan masyarakat, khususnya kanak-kanak.\n\n\nDalam pada itu, ketika ditanya media berhubung bantahan terhadap KKM.\n\n\nDr Zaliha enggan mengulas lanjutkerana katanya perkara itu sudah menjadi kes mahkamah selepas dibantah beberapa NGO.\n\n\n\u201cKes itu (mengeluarkan nikotin dalam Akta Racun 1952) telah masuk ke mahkamah dan saya tidak mahu bersikap prejudis tentang perkara ini.\n\n\n\u201cKita tunggu dan tengok macam mana kemudiannya (keputusannya),\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini antara NGO yang mendesak kerajaan mengkaji semula larangan itu ialah\u00a0 Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Prof Amrahi Buang, yang menolak kerajaan memberikan pengecualian kepada produk cecair atau gel nikotin daripada kawalan di bawah Akta Racun 1952.\n\n\nKatanya cadangan mengeluarkan nikotin daripada akta berkenaan hanya akan memudaratkan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/08/pas-cadang-prk-kuala-terengganu-diadakan-serentak-dengan-prn/", "title": "PAS cadang PRK Kuala Terengganu diadakan serentak dengan PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 PAS mencadangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.\n\n\nIa berikutan PAS membuat keputusan untuk tidak akan mengemukakan rayuan terhadap petisyen pilihan raya bagi Parlimen tersebut.\n\n\nSetiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan PAS tersebut dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di Kuala Terengganu hari ini.\n\n\nMenurutnya, PAS telah berbincang secara panjang lebar dari segi pro dan kontra aspek perundangan mengenai perkara tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham Tan Sri Ali Hashim Tokoh Jihad Bisnes Yang Disegani\n\n\n\n\n\n\nJawatan Presiden, Timbalan Presiden biar perwakilan tentukan \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nMelaka larang kakitangan bawa telefon bimbit ketika mesyuarat\n\n\n\n\n\n\nCagaran caruman, KWSP kaji kaedah baki akaun 2 jadi cagaran peribadi\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tumbang, Hadi Awang mengigau \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita (PAS) mengharapkan apabila kita buat keputusan tidak merayu, pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) boleh mengadakan PRK itu serentak dengan PRN.\n\n\n\u201cKita ada tiga minggu lagi sebelum penamaan calon. Kita yakin SPR mempunyai kemahiran dan kecekapan untuk selesaikan serentak pada tarikh sama,\u201d katanya ketika demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini.\n\n\nTakiyuddin memberitahu, PAS mengambil keputusan tidak mahu mengemukakan petisyen tersebut kerana tempoh untuk menyelesaikan rayuan pestisyen itu mengambil masa lima hingga enam bulan dan rakyat di kawasan tersebut akan terabai.\n\n\n\u201cKita ada dua pilihan sama ada kita merayu atau kita tidak merayu, sekiranya kita merayu, kita perlu menunggu masa lebih lama lagi,\u00a0 untuk tempoh enam bulan pada tarikh dimansuhkan baru boleh diselesaikan di peringkat Mahkamah Persekutuan.\n\n\n\u201cJadi kita berasakan sebagai sebuah parti yang bertanggungjawab dan sebuah kerajaan yang memerintah negeri ini, kita tidak mahu rakyat terabai.\n\n\n\u201cSebab dalam tempoh lima atau enam bulan ini, tidak ada Ahli Parlimen (Kuala Terengganu). Itu antara salah satu sebab (tak buat rayuan), menunjukkan Perikatan Nasional (PN) mempertimbangkan kepentingan rakyat,\u201d katanya.\n\n\nDitanya mengenai keyakinan PAS mengekalkan kemenangan di Parlimen Kuala Terengganu, Takiyuddin berkata, jumlah undian yang diperoleh Ahmad Amzad sebanyak 63,016 adalah satu penanda aras parti itu akan terus mendapat sokongan rakyat.\n\n\n\u201cKita bukan takbur, tapi berdasarkan sokongan di peringkat rakyat jelata, memang kita optimis (boleh menang). Kita mengharapkan apabila kita buat keputusan tidak merayu, pihak SPR boleh mengadakan PRK itu serentak dengan PRN.\n\n\n\u201cKita ada tiga minggu lagi sebelum penamaan calon. Kita yakin SPR mempunyai kemahiran dan kecekapan untuk selesaikan serentak pada tarikh sama,\u201d katanya.\n\n\nPada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan\u00a0 kemenangan calon Pas, Ahmad Amzad Hashim di Parlimen Kuala Terengganu pada PRU15. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/08/pas-selangor-intai-kerusi-dimenangi-pada-pru12/", "title": "PAS Selangor intai kerusi dimenangi pada PRU12", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 PAS Selangor dilaporkan sedang mengintai kerusi yang pernah dimenangi sebelum ini terutamanya pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).\n\n\nDengan andaian, selain kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang yang dipegang selama tiga penggal berturut-turut oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, kira-kira lebih 10 kerusi lain berada dalam senarai PAS Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.\n\n\nAntara kerusi lain akan ditandingi calon PAS Selangor termasuk DUN Morib, Selat Klang, Meru, Seri Serdang, Gombak Setia, Hulu Kelang, Sabak, Lembah Jaya, Pandan Indah, Dusun Tua dan Paya Jaras.\n\n\nTerdapat dakwaan, PAS Selangor juga akan meletakkan calonnya di bawah Parlimen Shah Alam dengan memilih kerusi DUN Batu Tiga.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun M sudah buat yang terbaik, usah ganggu lagi \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nKerajaan digesa kembalikan nikotin dalam Akta Racun 1952\n\n\n\n\n\n\nRogol adik kandung remaja dihantar ke Henry Gurney\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Projek khusus tangani kesesakan jejas lokasi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nRumah Terbuka Malaysia Madani hanya bermotif politik\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir dilaporkan berkata, pembahagian kerusi berlaku secara adil tanpa mengguris hati parti lain, namun enggan mendedahkan bilangannya.\n\n\n\u201cPAS Selangor dijangka membariskan kombinasi calon-calon profesional dan ulamak yang berkelayakan, berwibawa dan boleh diterima masyarakat sesuai dengan status negeri maju Selangor bagi membawa kemenangan buat PN.\n\n\n\u201cRata-rata calon muda dan segar dibantu mereka yang berintegriti dan berpengalaman serta pernah berkhidmat dengan cemerlang dalam kerajaan negeri sebelumnya,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/08/sultan-nazrin-berkenan-umum-lat-sebagai-seniman-diraja/", "title": "Sultan Nazrin berkenan umum Lat sebagai Seniman Diraja", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengumumkan kartunis terulung negara Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohd Nor Khalid sebagai Seniman Diraja.\n\n\nSultan Nazrin bertitah, pengumuman itu bagi mengiktiraf peranan dan sumbangan besar lagi bermakna oleh seniman agung itu memperkenalkan Malaysia di pentas antarabangsa serta mengharumkan nama negara.\n\n\nBaginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Galeri Rumah Lat di Batu Gajah, Perak.\n\n\nSultan Nazrin bertitah, khazanah yang dipamerkan di Galeri Rumah Lat diharapkan akan menjadi sumber inspirasi kepada rakyat terutama anak muda Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS yakin gelombang Melayu kekal hingga PRN\n\n\n\n\n\n\n240 kes direkod, 460 pesalah ditahan dalam operasi BP3\n\n\n\n\n\n\nAnwar peroleh injunksi sementara halang Sanusi ulang kenyataan fitnah\n\n\n\n\n\n\nSiasatan terhadap MB Kedah bukan bermotif politik\n\n\n\n\n\n\nSaya sedia disiasat bila-bila masa \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaginda bertitah, legasi seniman agung itu harus diperturunkan kepada generasi muda sebagai pewaris seterusnya dan menjadi sumber khazanah yang amat bernilai buat rakyat.\n\n\n\u201cSemoga Galeri Rumah Lat, kekal sebagai satu simbol pencapaian hebat seorang seniman yang Allah SWT telah mengurniakan bakat tersangat istimewa dan luar biasa,\u201d titah baginda.\n\n\nSultan Nazrin bertitah, melalui lakaran yang santai dan bersahaja, Lat berjaya mengetengahkan pemerhatian yang tajam mengenai kehidupan masyarakat majmuk yang hidup dalam harmoni.\n\n\nTitah baginda, karikatur Lat banyak menceritakan tentang perkara yang benar-benar berlaku dalam kehidupan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, menganut pelbagai agama, mengamalkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/09/al-fatihah-bekas-pengerusi-airasia-meninggal-dunia/", "title": "Al-Fatihah : Bekas Pengerusi Airasia meninggal dunia", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab, 77, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi.\n\n\nBerita duka itu dikongsi menantunya, pelakon, Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi tadi.\n\n\nInstagram Azahar Sulaiman berkongsikan pemergian Allahyarham bapa mertua.\n\n\nAzhar berkata, Allahyarham Pahamin yang juga bekas Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anaknya di London.\n\n\n\u201cDukacita saya hendak maklumkan bapa mentua saya, Datuk Pahamin Rajab baru meninggal dunia.\n\n\n\u201cBeliau baru sampai London kena serangan jantung dalam penerbangan. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees ada di London,\u201d katanya dalam video yang dimuat naik.\n\n\n\n\n\n\nAzhar berkata, beliau dan ahli keluarga yang lain akan berangkat ke London, esok.\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham Pahamin yang juga Pengasas Bersama AirAsia pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia dalam tempoh lebih 30 tahun.\n\n\nAllahyarham Pahamin pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998.\n\n\nMemetika Harian Metro, Allahyarham Pahamin juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.\n\n\n\n\nSementara itu, dalam satu hantaran instagram, Pengasas syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata Airasia tidak akan wujud tanpa Allahyarham Pahamin.\n\n\nPengasas Airasia Tan Sri Tony Fernandes berkongsi kesedihan atas kehilangan Allahyarham Pahamin.\n\n\n\n\nTony turut merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham yang juga bekas Pengerusi AirAsia.\n\n\n\u201cBerehat dengan tenang wahai sahabat.\n\n\n\u201cIngatan terhadapnya akan diteruskan di dalam diri cucunya, Kasih Iris Leona yang \u2018bapak borek, anak rintik\u2019 dan akan membawa AirAsia ke tahap lebih tinggi,\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/09/arab-saudi-iktiraf-jemaah-haji-malaysia-berdisiplin/", "title": "Arab Saudi iktiraf jemaah haji Malaysia berdisiplin", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Operasi haji tahun ini yang melibatkan kuota penuh 31,600 jemaah haji Malaysia buat pertama kali dalam tempoh empat tahun, berjalan dengan lancar meskipun berdepan beberapa cabaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar.\n\n\nBeliau berkata, antara cabaran yang dihadapi jemaah haji tahun ini ialah keadaan cuaca yang panas menjangkau 38 hingga 48 darjah Celsius, dan jumlah jemaah mencecah hampir dua juta orang mengerjakan haji di Tanah Suci.\n\n\nKatanya, beliau bersyukur apabila kumpulan jemaah haji Malaysia mendapat pengiktirafan oleh Arab Saudi sebagai jemaah haji yang berdisiplin dan mempunyai sikap yang baik selain berilmu.\n\n\n\u201cKerajaan Arab Saudi juga sekali lagi mengiktiraf Tabung Haji (TH) apabila TH\u00a0menerima Anugerah Labbaitom bagi Kategori Kepuasan Tertinggi\u00a0Dalam Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pejabat Urusan Haji, yang\u00a0telah saya terima daripada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr\u00a0Tawfiq Fawzan Al-Rabiah,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSatu kehilangan kepada badan kehakiman negara \u2013 Ketua Hakim Negara\n\n\n\n\n\n\nLim Guan Eng bertanggungjawab kenakan cukai Yayasan Al-Bukhary\n\n\n\n\n\n\nRinggit mata wang paling lemah di Asia tahun ini\n\n\n\n\n\n\nIsu agihan kerusi PN di enam negeri selesai 95 peratus\n\n\n\n\n\n\n3,214 Hektar Tanah Rizab Melayu Perak Dimiliki Bukan Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian kepada media ketika ditemui semasa menyambut kepulangan 350 jemaah haji Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKumpulan jemaah haji itu tiba pada pukul 9.55 malam menerusi penerbangan Saudia Airlines SV5610 yang berlepas dari Jeddah pukul 8 pagi (waktu Arab Saudi).\n\n\nSementara itu Mohd Na\u2019im berkata, 70 pesakit masih dirawat di Pusat Rawatan TH di Makkah dan Hospital Arab Saudi, manakala sembilan orang jemaah haji meninggal dunia di Tanah Suci Makkah setakat hari ini, dan beliau bersama pengurusan kanan TH mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga jemaah haji yang telah meninggal dunia di Tanah Suci Makkah.\n\n\nKatanya, pihak TH akan mengadakan mesyuarat penutupan dengan pelbagai kementerian dan agensi penyedia perkhidmatan haji di Arab Saudi bagi menilai semula tahap perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan pada Musim Haji tahun ini.\n\n\nBeliau berkata, antara isu yang akan dibincangkan ialah masalah berkaitan kemudahan di Mina, selain maklum balas yang diterima daripada jemaah haji, yang akan turut dibawa ke meja perbincangan.\n\n\nSementara itu\u00a0Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Azman Mokhtar berkata TH akan terus melakukan penambahbaikan perkhidmatannya secara berterusan untuk memastikan kecemerlangan perkhidmatannya.\n\n\nBeliau berkata, 25 inisiatif telah dapat dilaksanakan TH tahun ini, antaranya inisiatif program pendidikan kesihatan kepada jemaah haji melalui \u2018Ziarah Rahmah\u2019, Pusat Rawatan TH di Madinah dan perkhidmatan mesin ATM di penginapan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.\n\n\nSebanyak 98 penerbangan menggunakan pesawat Saudia dan AMAL by Malaysia Airlines akan membawa pulang kesemua jemaah haji Malaysia dan petugas-petugas haji secara berperingkat.\n\n\nPenerbangan terakhir dijangka berlepas pada 31 Julai melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdul Aziz di Madinah. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/09/azam-baki-sanggah-laporan-awal-kata-insiden-klia-tiada-unsur-rasuah/", "title": "Azam Baki sanggah laporan awal kata insiden KLIA tiada unsur rasuah", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan rasuah dalam kes kekecohan membabitkan dua wanita warga China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Jun lalu, masih belum selesai.\n\n\nSehubungan itu, Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki menyelar laporan media semalam, yang mendakwa tiada unsur rasuah ditemui dalam kes itu sedangkan siasatan masih berjalan.\n\n\nAzam semalam dihubungi Berita Harian dan berkata, proses siasatan berhubung kes itu baru berjalan kira-kira enam hari, justeru tidak wajar mana-mana pihak merumuskan kes itu tiada unsur rasuah.\n\n\n\u201cSaya ingin mengatakan siasatan masih dijalankan, saya tidak mahu mana-mana pihak membuat spekulasi kerana ada yang mengandaikan tiada elemen rasuah sedangkan siasatan masih belum selesai.\n\n\n\u201cSiasatan baru saja dijalankan dalam tempoh lima hingga enam hari, jadi munasabahkah enam hari kita boleh selesaikan siasatan? Berhati-hatilah dalam membuat kenyataan walaupun merujuk sumber,\u201d katanya.\n\n\nJusteru, Azam berkata, semua pihak termasuk pihak media digesa tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian berhubung kes itu tanpa maklumat yang sahih dan tepat daripada pihaknya.\n\n\n\u201cSelama ini media tanya saya, tetapi tiba-tiba tidak tahu \u2018budak\u2019 mana yang media tanya, lepas itu dia kata tiada kes.\n\n\n\u201cSiapa \u2018budak\u2019 itu? Jangan pandai-pandai kerana seolah-olah SPRM sudah tarik \u2018handbrake\u2019. Saya ingin menegaskan bahawa siasatan masih berjalan,\u201d katanya.\n\n\nAzam berkata, SPRM akan memanggil beberapa lagi saksi bagi membantu siasatan berhubung kes itu dengan proses siasatan dijangka hanya dapat dilengkapkan dalam tempoh sebulan.\n\n\nBeliau berkata, terdapat banyak proses perlu dijalankan merangkumi pelbagai sudut sebelum siasatan dilengkapkan dan kes boleh dirumuskan.\n\n\n\u201cPertama, elemen rasuah yang perlu kita lihat dan dibuktikan seperti mana tohmahan dan keduanya, prosedur undang-undang yang perlu dipatuhi oleh pihak berkuasa (Jabatan Imigresen).\n\n\n\u201cKetiga, apa-apa peraturan yang perlu dikuatkuasakan di KLIA secara umum perlu dipatuhi mana-mana pihak di KLIA dalam menguruskan mereka yang tidak dibenarkan masuk ke negara ini atau dikenakan tindakan Notis Penolakan Masuk (NTL) memasuki Malaysia,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Azam turut mengesahkan syarikat yang dilantik menguruskan warga asing yang dikenakan NTL sudah dipanggil untuk membantu siasatan.\n\n\nMinggu lalu, media melaporkan berlaku kekecohan di KLIA susulan penolakan kemasukan pelawat wanita dari China dikenali sebagai Wang Xu yang dilakukan mengikut prosedur dan selaras Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil. 09 Tahun 2017.\n\n\nMemetik laporan sebuah portal, ketika soal siasat, subjek tidak memenuhi syarat kemasukan pelancong kerana tidak memiliki tiket pulang dan gagal menyatakan dengan jelas tempat penginapannya sepanjang berada di Malaysia.\n\n\nPada 5 Julai lalu, SPRM mengesahkan sudah mengambil keterangan 14 individu berhubung dakwaan terdapat elemen rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota imigresen di pintu masuk negara.\n\n\nAzam dilaporkan berkata, individu yang diambil keterangan termasuk seorang menteri, lapan kakitangan imigresen dan wanita warga China bersama rakannya dari negara sama.\n\n\nKekecohan di KLIA tular apabila seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan KLIA bagi melepaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.\n\n\nSusulan itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengakui dirinya adalah menteri dikaitkan dengan kejadian itu dan mendakwa kehadirannya bagi membongkar kewujudan budaya rasuah dilakukan segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa kronik di pintu masuk negara. BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/09/tun-faisal-sertai-bersatu/", "title": "Tun Faisal sertai BERSATU", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Bekas ahli UMNO, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang dipecat dari parti pada Januari lalu kini secara rasmi menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).\n\n\nBeliau dijangka menerima watikah keahlian daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di Seremban, malam ini.\n\n\nTun Faisal yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, berkata beliau memilih menyertai Bersatu selepas mengambil kira peranan yang boleh dimainkannya dalam parti itu.\n\n\n\n\n\u201cSaya ialah orang yang percaya kepada jemaah atau bekerja dalam organisasi, jadi saya perlu berada dalam satu-satu organisasi untuk membantu perjuangan yang saya percaya.\n\n\n\n\n\u201cSebenarnya bagi saya, Pas atau Bersatu, sama saja kerana kedua-duanya berada di bawah PN. Bagaimanapun, melihat kepada aspek di Putrajaya, tempat yang saya sudah biasa, Ahli Parlimennya ialah daripada Bersatu (Datuk Radzi Jidin).\n\n\n\u201cJadi, saya percaya boleh memainkan lebih banyak peranan dalam BERSATU berbanding Pas, terutama dalam memberikan input berkaitan isu tempatan dan pada masa sama, memperkukuh BERSATU di kawasan ini,\u201d katanya seperti dilapor \nBH Online\n.\n\n\nTun Faisal dipecat daripada UMNO berkuat kuasa serta-merta pada Januari lalu selepas diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLima Kerusi Parlimen Tumpuan BERJASA Untuk Menang PRU-15\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Operasi hari ketujuh pasukan SAR negara cari mangsa hidup\n\n\n\n\n\n\nTun M ditahan di IJN kerana jangkitan\n\n\n\n\n\n\nMyHeart mudahkan diaspora berkhidmat di tanah air, beroperasi bulan depan\n\n\n\n\n\n\n8.7juta golongan B40 terima RM1.67bil melalui Sumbangan Tunai Rahmah\n\n\n\n\n\n\n\n\nTindakan itu diambil selepas Tun Faisal yang lantang mengkritik kepemimpinan UMNO, dikatakan melanggar etika ahli UMNO berdasarkan perlembagaan parti. \u2013 AWANI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/10/23-laporan-polis-terhadap-guan-eng/", "title": "23 laporan polis terhadap Guan Eng", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 23 laporan polis diterima di Kedah, membabitkan laporan terhadap\u00a0 Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang dipercayai menyentuh isu berkaitan bangsa, agama dan raja (3R).\n\n\nKetua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, siasatan terhadap kes itu dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPolis Kedah sekali lagi mengingatkan orang ramai agar tidak menyentuh isu sensitif 3R ini khususnya yang ditularkan di media sosial kerana ianya boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negeri ini,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nGuan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mendakwa \u2018gelombang hijau\u2019 yang merujuk kepada Pas dan Perikatan Nasional (PN) bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n80,000 calon lepasan SPM ditawar ke universiti awam\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat bekas PM, menantu berkaitan kontrak kerajaan\n\n\n\n\n\n\n179 orang dipindahkan ke PPS di Larut, Matang dan Selama\n\n\n\n\n\n\nJalan Temiang ditukar nama pengasas DAP, kerajaan digesa nilai semula\n\n\n\n\n\n\nSekolah Cina Sejak Dahulu Lagi Bermasalah \u2013 Kok Seong\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Utusan kata Fisol, orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan memainkan isu terbabit sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.\n\n\n\u201cKita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas sesiapa sahaja yang mengambil kesempatan ke atas isu sensitif ini.\n\n\n\u201cApatah lagi dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, polis memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi undang-undang agar proses PRN berjalan dan keamanan negeri Kedah dapat dikekalkan,\u201d katanya.\n\n\nDi Kangar, Perlis, Pemuda PAS kawasan Kangar membuat laporan polis ke atas\u00a0 Guan Eng susulan kenyataan yang didakwa menyentuh sensitiviti agama dan ketenteraman awam negara ini.\n\n\nKetuanya, Mohd. Azizi Syam Samsudin berkata, Guan Eng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu memandangkan rakyat di negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk daripada pelbagai agama dan kaum."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/10/23529/", "title": "Muhyiddin tarik balik permohonan pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik balik permohonan supaya tujuh kes menggunakan kedudukan untuk suapan dan menerima wang hasil aktiviti haram yang dihadapinya, dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.\n\n\nPeguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi K Muniandy, bahawa pihaknya telah menghantar surat penarikan permohonan itu kepada pendakwaan pada 5 Julai lepas.\n\n\n\u201cOleh itu, pihak kami memohon supaya permohonan untuk memindahkan kes ini dibatalkan,\u201d katanya semasa pengurusan kes itu.\n\n\nTimbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mengesahkan perkara itu dan tidak membantah permohonan berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPDRM gantung kuasa, hak keistimewaan \u2018Inspektor Sheila\u2019\n\n\n\n\n\n\nPeruntukan bantuan sekolah persendirian Cina terus meningkat\n\n\n\n\n\n\nLebih RM72.5 juta disalur ke Sekolah Swasta Cina sejak tahun 2019\n\n\n\n\n\n\nPolis buka 240 kertas siasatan, tahan 15 individu\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tiada GST tetapi barangan mewah akan dicukai\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenerusi surat permohonan menari balik pemindahan itu, Muhyiddin juga memohon untuk membatalkan pertuduhan-pertuduhan dan permohonan untuk memindahkan kes akan menjadi akademik, jika permohonan membatalkan pertuduhan dibenarkan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami (pembelaan) mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), supaya permohonan pemindahan ditunda sehingga selepas permohonan pembatalan diputuskan, namun SPRM mahu permohonan pemindahan didengar dahulu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagaimanapun demi menjimatkan masa dan kos mahkamah, oleh kerana kami berpendapat permohonan pemindahan akan menjadi akademik jika permohonan pembatalan tersebut dibenarkan, kami dengan ini menarik balik (permohonan pemindahan) ini,\u201d seperti terkandung dalam surat itu.\n\n\nPada 10 Mac lepas, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.\n\n\nAhli Parlimen Pagoh itu didakwa melakukan semua kesalahan itu di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral, di sini, antara 25 Feb 2021 dan 16 Julai 2021, 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021 serta 8 Feb dan 8 Julai 2022.\n\n\nPada 13 Mac lepas pula, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta di AmBank cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya dekat sini, pada 7 Jan 2022.\n\n\nMuhyiddin memfailkan permohonan untuk membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu pada 18 April lepas.\n\n\nPada 27 April, Muhyiddin memfailkan permohonan untuk memindahkan semua kesnya ke Mahkamah Tinggi kerana kes itu melibatkan persoalan undang-undang yang kompleks membabitkan Perlembagaan Persekutuan. \u2013 FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/10/23591/", "title": "PM tersentuh dalam siri syarahan kehormat Madani", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Perasaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tersentuh ketika menghadiri Siri Syarahan Kehormat MADANI mengenai Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi di Seri Perdana, Putrajaya.\n\n\nAnwar dalam ucapannya berkata, beliau amat terharu dengan kehadiran anak-anak Almarhum Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi iaitu Dr Muhammad Al-Qaradawi dan Abdurahman Al-Qaradawi yang sudi berkongsi mengenai biografi dan perjuangan Syeikh Yusof.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni merupakan satu program penting dan pada masa sama menyentuh perasaan saya. Saya rasa sangat terharu semasa dapat tahu Muhammad hubungi saya berhajat ingin serahkan karya besar Syeikh Yusuf sebagai tanda ingatan kepada saya.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaya dan rakan-rakan di Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebenarnya dekat dengan Syeikh Yusuf, \u2026 menjiwai perjuangan yang membawa mesej Islam. Beliau membantu kita dengan keadaan kebangkitan Islam (ketika itu) dan kemaraan anak muda, serta memberi ingatan perlu berhikmah dan kesabaran (berdakwah),\u201d katanya.\n\n\nAnwar turut berkata Syeikh Yusuf pernah menulis surat pada tahun 2013, menyatakan sokongan terhadap perjuangan beliau dan rakan-rakan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 dan mengambil alih Kerajaan Malaysia.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLelaki Dituduh Bunuh Ibu Yang Badannya Dikerat 15\n\n\n\n\n\n\nPutra buka pintu kepada ahli UMNO yang dipecat\n\n\n\n\n\n\nSPRM buat siasatan forensik terhadap akaun UiTM\n\n\n\n\n\n\nTREND Jangkitan Semakin Meningkat\n\n\n\n\n\n\nHenti sebar berita palsu, tunggu pengumuman rasmi tarikh hari raya\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTiada apa yang boleh ditukarkan atau membayar sumbangan beliau bukan hanya kepada kita tetapi juga kepada umat manusia. Kami amat mengingati beliau,\u201d katanya.\n\n\nSyeikh Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia pada 26 Sept tahun lepas pada usia 96 tahun.\n\n\nSepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih 120 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.\n\n\nAtas jasa baktinya dalam dunia Islam, Kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Syeikh Yusuf Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009.\n\n\nPada majlis itu, Muhammad menyerahkan Ensiklopedia Himpunan-Himpunan Yang Lengkap Bagi Al-Imam Yusuf Al Qaradawi, yang antaranya menghimpunkan karya-karya Allahyarham dalam bidang akidah, feqah, ilmu agama, fatwa-fatwa, tasawuf, tafsir, hadis, sejarah, pemikiran dan khutbah.\n\n\nTurut hadir pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/10/badan-kehakiman-jadi-sasaran-beberapa-pihak-capai-objektif-niat-jahat-mereka/", "title": "Badan kehakiman jadi sasaran beberapa pihak capai objektif niat jahat mereka", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Era peralihan penggunaan prosiding mahkamah secara maya didakwa mampu mendedahkan badan kehakiman kepada pelbagai cabaran.\n\n\nKetua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat\n\n\nKetua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, memaklumkan institusi badan kehakiman sering menjadi sasaran utama oleh beberapa pihak bagi mencapai objektif niat jahat mereka sejak beberapa tahun ini.\n\n\nKatanya, bukti di sebalik badan kehakiman sering diganggu oleh pihak berkenaan adalah apabila terdapat kebocoran terhadap draf penhakiman yang membabitkan dua kes berprofil tinggi yang didengar di Mahkamah Persekutuan.\n\n\n\u201cDraf penghakiman yang bocor membabitkan dua kes berprofil tinggi yang didengar di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi tidak lain tidak bukan adalah usaha untuk mengganggu operasi kehakiman dan pelaksanaan keadilan.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Baharu Melaka Jangan Abai Nasib Nelayan\n\n\n\n\n\n\nKanak-kanak Syria kutip cebisan roti dan disimpan\n\n\n\n\n\n\nIsu bebanan kerja guru akan dikaji MPPK\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Di Tangga Ke- 57 Dunia\n\n\n\n\n\n\n46,024 Orang Asli Di Pahang Lengkap Dua Dos Vaksin\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, antara dua draf penghakiman yang bocor pada sebelum ini adalah,\u00a0 penghakiman yang membabitkam rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes penyelewengan dana SRC Inrernational Sdn. Bhd dan keputusan akhir pembelaan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor.\n\n\nTambahnya, bagi mengaplikasikan prosiding secara maya, ia haruslah diketengahkan tentang isu keselamatan siber, yang turut merangkum kepada data perundangan yang sensitif, perlindungan terhadap keterangan saksi sehingga perincian kes.\n\n\nIa sebagaimana prosiding mahkamah fizikal yang perlunya kawalan dan kunci yang ketat, maka mahkamah beralaskan maya ini perlunya mengandungi dinding penahan (firewall), dana penyulitan (ecryption) agar integriri prosiding dapat dilindungi.\n\n\nOleh itu, Badan Kehakiman negara bakal meneruskan usaha dalam meningkatkan kadar dan kualiti keselematan siber mereka agar dapat menjaga kerahsiaan dan integriti proses kehakiman dengan baik.\n\n\nBeliau berkata demikian, ketika berucap sewaktu pembukaan majlis pada Persidangan Undang-Undang Antarabangsa Malaysia 2023 (IMLC2023) di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nMajlis pembukaan tersebut turut dihadiri Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan isteri, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.\n\n\nTurut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan ucaptama pada majlis berkenaan dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.\n\n\nPersidangan yang bertemakan \u2018Menjelajah Masa Hadapan Kehakiman dengan Teknologi\u2019 yang diadakan selepas empat tahun akan berlangsung selama empat hari bermula hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/10/bekas-wartawan-pemenang-anugerah-kajai-meninggal-dunia/", "title": "Bekas wartawan, pemenang anugerah Kajai meninggal dunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekas wartawan yang juga pemenang Anugerah Kajai tahun 2013, Wan Noor Hayati Wan Alias atau Wanti disahkan meninggal dunia pada Isnin.\n\n\nPerkara itu dimaklumkam menerusi posting Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sebaran kumpulan Whatsapp media, KLNewsdesk-Intermedia.\n\n\n\n\n\n\nDifahamkan sebelum ini Wanti dirawat di Hospital Putrajaya kerana kekurangan oksigen dan disahkan dijangkiti Covid-19.\n\n\nSejak itu, tahap kesihatannya mula merosot dan sering menerima rawatan di Hospital Serdang dan Hospital Kajang dipercayai kesan sindrom Covid berpanjangan.\n\n\nRakannya, Fatihah Zakinan sebelum ini berkata, Wanti tidak mempunyai penjaga selama terlantar sakit dan terpaksa menguruskan kehidupan bersendirian di rumah sewa di Taman Kajang Utama, Kajang.\n\n\nAllahyarhamah kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang oleh ahli keluarganya pada Sabtu lalu sebelum disahkan meninggal dunia.\n\n\nSelain pernah berkhidmat dengan Utusan Malaysia, Wanti merupakan bekas wartawan Berita Harian dan Media Variasi serta bekas pemenang Anugerah Kajai iaitu anugerah tertinggi dalam kewartawanan Malaysia yang diberikan oleh Malaysian Press Institute (MPI)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/10/ezam-3-calon-prm-berentap-di-prn-dun-selangor/", "title": "Ezam, 3 calon PRM berentap di PRN DUN Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Ezam Nor antara empat calon yang akan bertanding pada PRN Selangor.\n\n\nTiga lagi calon yang akan mewakili PRM ialah Naib Presidennya, S Manikavasagam, Ketua Penerangan, Tan Kang Yap, dan Penolong Setiausaha Agung, Syed Ahmad Putra Syed Isa.\n\n\n\n\n\n\nKetua Biro Pilihan Raya PRM, Zainol Arif Jamaludin mengumumkan Ezam akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang, Manikavasagam (Sentosa), Tan (Pandamaran) dan Syed Ahmad Putra (Selat Klang).\n\n\n\n\n\n\n\u201cBiro Pilihan Raya PRM sedang meneliti lebih 10 calon lagi untuk PRN Selangor, antara yang akan menjadi calon PRM adalah seorang tokoh reformasi terkenal.\n\n\n\u201cSatu majlis khas akan diadakan untuk mengumumkan penyertaan tokoh ini dalam waktu terdekat,\u201d katanya dalam kenyataan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPeguam Fail Rayuan Isu Keabsahan Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\nSelangor hulur sumbangan RM500,000 kepada Kelantan, Terengganu\n\n\n\n\n\n\nDiguna orang ketiga, Johor akan batalkan lesen serta-merta\n\n\n\n\n\n\nKWSP lancar i-Sayang, suami boleh carum dua peratus untuk isteri\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah sasar lebih 10,000 penerima bantuan Ramadan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSelangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan mengadakan PRN pada 12 Ogos ini dengan pengundian awal pada 8 Ogos dan penamaan calon pada 29 Julai. \u2013 FMT"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/10/hadi-disiasat-akta-hasutan-berhubung-hantaran-berbaur-perkauman/", "title": "Hadi disiasat Akta Hasutan berhubung hantaran berbaur perkauman", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Isnin \u2013 Polis akan menjalankan siasatan ke atas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengikut Akta Hasutan 1948.\n\n\nKetua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan ke atas Ahli Parlimen Marang itu susulan satu hantaran di akaun Facebook bertajuk Minda Presiden PAS, Sabtu lalu, yang mengulas mengenai parti DAP.\n\n\nMenurut Razarudin, hasil siasatan awal polis mendapati hantaran berkenaan mengandungi kenyataan yang berunsur perkauman yang boleh mencetus kegusaran awam.\n\n\n\u201cSatu laporan polis berkait perkara ini telah dibuat di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada jam 7 malam kelmarin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAmirudin Pengerusi MKN Selangor Baharu, Ganti Noh Omar\n\n\n\n\n\n\nDominic Lau sah bertanding di DUN Bayan Lepas\n\n\n\n\n\n\nProsiding baharu LCS dicadang PAC\n\n\n\n\n\n\nKerajaan guna SPRM sebagai alat politik \u2013 Hamzah\n\n\n\n\n\n\nPendakwa Raya Fail Afidavit Bukti Baharu Tiada Kaitan Elemen Kes Jenayah Rasuah Najib\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSiasatan akan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,\u201d katanya kepada BH.\n\n\nDalam pada itu, katanya, PDRM turut akan merakam percakapan wartawan New Straits Times (NST) yang menerbitkan berita secara dalam talian berhubung kenyataan Hadi itu.\n\n\nKatanya, siasatan ke atas artikel itu berkaitan laporan berita bertajuk \u2018Hadi again accuses DAP of Chinese agenda, using Malay spokesperson to achieve goals\u2019.\n\n\n\u201cAntara intipati kenyataan itu adalah DAP berhasrat mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan yang dianuti oleh Barat.\n\n\n\u201cSelain itu, antara intipati lain yang diterbitkan menerusi laporan itu adalah dakwaan Hadi bahawa \u2018DAP berjaya melantik jurucakap daripada orang Melayu yang lupa akan kemelayuan mereka dan terpinggir dari segi ketaatan kepada Islam\u2019,\u201d katanya.\n\n\nMenurut Razarudin kedua-dua pihak iaitu Hadi dan akhbar NST akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.\n\n\nKes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/10/jenazah-dikebumi-di-london-hajatnya-disemadikan-di-kota-terakhir-meninggal/", "title": "Jenazah dikebumi di London, hajatnya disemadikan di kota terakhir meninggal", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 \u201cUntuk makluman, Jenazah Allahyarham Pahamin Rajab akan disemadikan di Kota London selaras dengan hajat beliau untuk disemadikan di kota terakhir beliau meninggal dunia.\u201d\n\n\nDemikian kenyataan dikongsikan cucu bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab yang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London.\n\n\nJenazah beliau akan disemadikan di sebuah tanah perkuburan di negara terbabit.\n\n\n\n\n\n\nMaklumat terbaru itu dikongsikan cucunya,\u00a0 Kasih Iris Leona yang juga anak pelakon, Azhar Sulaiman menerusi satu hantaran pada InstaStorynya hari ini.\n\n\n\n\n\n\nMenurut Leona, lokasi dan tarikh pengkebumian Allahyarhamnya akan dimaklumkan kemudian.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u201cDAP boleh jadi punca kerajaan Anwar runtuh\u201d \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nWan Suraya dilantik Ketua Audit Negara\n\n\n\n\n\n\nChe\u2019GuBard dakwa Speaker lantik anak jadi pegawai parlimen\n\n\n\n\n\n\nHina Islam, bekas pemain pelapis badminton negara dikecam\n\n\n\n\n\n\nKes keganasan kanak-kanak perlu diteliti, bendung jenayah penderaan\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, butiran brkenaan tempat dan masa pengebumian akan dimaklumkan secepat mungkin sejajar pesanan Allahyarham,\u00a0 untuk disemadikan di kota terakhir beliau meninggal dunia.\n\n\n\u201cKami sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan takziah serta doa. Semoga Allah SWT merahmati kalian,\u201dtulis hantaran dipercayai dibuat salah seorang ahli keluarga Pahamin.\u201d"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/10/ras-adiba-umum-sertai-bersatu-sokong-pn-bela-oku/", "title": "Ras Adiba umum sertai BERSATU, sokong PN bela OKU", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Teka-teki kelibat kehadiran\u00a0 bekas senator, Datuk Ras Adiba Radzi pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan gabungan Perikatan Nasional malam tadi di Seremban, Negeri Sembilan\u00a0 terjawab apabila beliau mengesahkan menyokong perjuangan PN.\n\n\nBeliau berkata penyertaannya dalam BERSATU bukan untuk menjadi calon PRN, sebaliknya bagi menyokong perjuangan PN membela nasib rakyat, khasnya orang kurang upaya (OKU).\n\n\nAnak jati Seri Menanti di Kuala Pilah ini juga ingin membantu PN menawan Negeri Sembilan pada PRN bulan depan.\n\n\nBeliau yang\u00a0 berkata kepada Berita Harian,\u00a0 akan\u00a0 memberikan sokongan 500% kepada sahabat dalam Bersatu untuk membantu memastikan PN dapat membentuk kerajaan negeri dalam PRN nanti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWang tidak dituntut berjumlah RM11 bilion\n\n\n\n\n\n\nDua bekas PM disaman berhubung penamatan projek HSR\n\n\n\n\n\n\nKenapa Asri Hamidin perlu diganti, siapa KSU Perbendahara baharu?\n\n\n\n\n\n\nGubal Undang-undang Elak Umat Islam Didiskriminasi\n\n\n\n\n\n\nPolis buka kertas siasatan perhimpunan haram depan Sogo, Dataran Merdeka\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau dilantik ahli Dewan Negara mewakili OKU pada Mei 2020 di bawah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan merupakan ahli Umno sehingga akhir tahun lepas, sebelum menyertai Bersatu berikutan perubahan senario politik.\n\n\n\u201cSaya sudah memikirkan beberapa minggu untuk menyertai Bersatu, walaupun sebelum ini ramai sahabat handai mempelawa untuk menyertai Bersatu.\n\n\n\u201cSelepas mengamati keadaan politik di negara kita, saya yakin dengan kepimpinan di bawah Muhyiddin akan memberikan sokongan penuh sebagai anak Negeri Sembilan untuk berjuang bersama Bersatu dalam PN.\u201d\n\n\nRas Adiba menerima watikah keahlian Bersatu malam tadi, bersama bekas timbalan ketua Umno Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz pada Majlis Pelancaran Jentera PRN PN Negeri Sembilan di Taman Warisan Puteri Sikamat, Seremban.\n\n\nDua lagi individu yang menerima watikah keahlian ialah bekas ketua Wanita PKR Negeri Sembilan, Azlimah Zamli dan bekas ketua PKR Jelebu, Mazmi Ahmad Yusof."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/10/tukar-tanah-wakaf-ke-tanah-rizab-melayu-perak-digesa-kaji-keputusan/", "title": "Tukar tanah wakaf ke tanah rizab Melayu, Perak digesa kaji keputusan", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 \u00a0Majlis Fatwa Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam kali ke-46 pada 22 April 1999\u00a0 telah menetapkan\u00a0 bahawa tanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nDarurat itu juga adalah kerana tujuan dan dengan syarat syarat tertentu.\n\n\n\n\nSehubungan itu, keputusan kerajaan Negeri Perak\u00a0 untuk\u00a0 mereka menjadikan tanah wakaf sebagai tanah rezab Melayu. (TRM), harus dinilai semula.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetiausaha Agung, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) \u00a0Datuk Hishamuddin Hashim berkata, langkah itu perlu diambil susulan hasrat kerajaan negeri itu yang mahu menjadikan 800 hektar tanah wakaf saraan bagi masjid seluruh negeri itu sebagai TRM.\n\n\n\n\n\n\nKatanya,\u00a0 tindakan kerajaan negeri akan menjadi pertikaian terutamanya kewajaran dari sudut perundangan dan syarak untuk mengambil tanah wakaf saraan bagi tujuan mengkategorikan sebagai TRM.\n\n\n\n\n\n\n\u201cHukum yang telah dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam kali ke-46 pada 22 April 1999 mengatakan bahawa tanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat yang memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat tertentu.\u201d\n\n\n\u201cIni bermaksud tanah wakaf ini tidak sewenang-wenangnya diambil oleh pihak berkuasa melainkan atas nama darurat.\n\n\nTegas Hishamuddin, persoalannya, adakah untuk memenuhi kuota atau kepentingan TRM maka tanah wakaf diambil dan perkara ini dikatakan sebagai darurat?\n\n\nDakwa beliau tindakan itu adalah kepentingan untuk melengkapkan atau memenuhi kehendak politik menyatakan bahawa TRM telah bertambah.\n\n\nBeliau berkata demikian dalam satu rakaman video yang disiarkan menerusi aplikasi media sosial.\n\n\nSetiausaha Agung, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) \u00a0Datuk Hishamuddin Hashim berkongsi masalah tanah wakaf yang dijadikan tanah rezab Melayu di Perak.\n\n\nSebelum ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dilapor media menyatakan, Pejabat Tanah dan Galian Perak berjaya membuat rundingan untuk mewartakan kawasan seluas 800 hektar di Gunung Bersout, Batang Padang yang merupakan wakaf saraan bagi masjid seluruh negeri itu sebagai kawasan tambahan TRM.\n\n\nOleh itu, Saarani berkata, cadangan pewartaan itu akan diangkat untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.\n\n\nHishamuddin berkata, keputusan itu juga tidak wajar dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 89 2A yang mengatakan bahawa TRM sepatutnya diambil daripada kawasan tanah yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam.\n\n\n\u201cIa secara tidak langsung bermaksud tanah yang bergeran atau yang ada kepentingan terus kepada masjid tidak wajar dimasukkan dalam TRM,\u201d katanya.\n\n\nJelas beliau, MHO suka keluasan TRM bertambah, tetapi bukan dengan mengambil tanah yang merupakan wakaf yang diberikan oleh individu atas tujuan saraan kepada kepentingan agama dan masjid.\n\n\n\u201cPersoalannya, adakah untuk memenuhi kuota atau kepentingan TRM maka tanah wakaf diambil dan perkara ini dikatakan sebagai darurat?\u201d\n\n\n\u201cJika begitu, lebih bagus ambil tanah kubur serta tanah rizab sungai (dan) masukkan semua sekali jadikan sebagai TRM\u2026hanya kerana nak memenuhi kuota atau kempen menunjukkan bahawa jumlah TRM bertambah.\n\n\n\u201cAdakah ini merupakan satu kempen semata-mata, tetapi bukan mencapai hasrat sebenar untuk memberi kepentingan terhadap TRM?"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/10/ucapan-berbaur-perkauman-lim-guan-eng-disiasat-bawah-akta-hasutan/", "title": "Ucapan berbaur perkauman, Lim Guan Eng disiasat bawah Akta Hasutan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Pengerusi DAP Lim Guan Eng disiasat polis berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu berkait 3R atau religion (agama), royalty (raja), dan race (kaum).\n\n\nTimbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Forensik/Perancangan Strategik) Bukit Aman, S Suresh Kumar berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bahagian D5 di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia\n\n\n\n\n\n\n\n\nPolis dalam kenyataannya menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.\n\n\n\u201cTindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\nSemalam, Lim menolak dakwaan beliau menyentuh isu berkait 3R atau religion (agama), royalty (raja), dan race (kaum) dalam ucapannya pada satu program di Jelutong, Pulau Pinang, kelmarin.\n\n\n\n\nLim yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang berkata ucapannya telah diputar belit seolah-olah ada pihak ingin merobohkan tokong Buddha atau Cina, sedangkan beliau merujuk kepada kes perobohan kuil di Kedah pada Julai 2020.\n\n\n\n\nKetua Pemuda Perikatan Nasional Ahmad Fadhli Shaari dalam kenyataan hari ini berkata sayap gabungan itu dikerah membuat laporan polis terhadap Lim.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBN Akan Sokong Usul Undi Percaya Kepada PM \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nTak salah lantik ahli keluarga jika layak \u2013 Mufti Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n\u201cWell done guys\u201d \u2013 Khairy puji tindakan berani ahli UMNO rujuk ke RoS\n\n\n\n\n\n\nMOTAC Giat Semarakkan Aktiviti Pelancongan, Seni dan Budaya Tahun Ini\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tinggi Semak Keputusan Kes Remaja Curi Tabung Masjid\n\n\n\n\n\n\n\n\nLim sebaliknya mencabar Fadhli sendiri untuk membuat laporan polis terhadapnya, mengatakan beliau tidak patut membiarkan anak-anak buahnya menghadapi kemungkinan melakukan jenayah dengan membuat laporan polis palsu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/11/amirudin-luah-hasrat-terajui-kerajaan-selangor-lagi/", "title": "Amirudin luah hasrat terajui kerajaan Selangor lagi", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Selasa \u2013 Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memberi bayangan untuk terus menerajui kepimpinan kerajaan negeri jika gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan depan.\n\n\nPengerusi PH Selangor itu berkata beliau cenderung untuk terus menjawat jawatan berkenaan bagi membantu kerajaan negeri melengkapkan pelaksanaan pelbagai pelan pembangunan yang telah dirangka bagi kelestarian ekonomi dan kesejahteraan rakyat Selangor.\n\n\n\u201cWalaupun pelan itu adalah kerja berpasukan, saya percaya saya juga bertanggungjawab untuk melunaskan dan melengkapkan pelaksanaan pelan yang telah ditawarkan kepada rakyat terutamanya dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).\n\n\n\u201cHasrat ini juga seiring dengan komitmen saya untuk terus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua yang saya sandang ketika ini pada PRN akan datang,\u201d katanya dalam temu bual bersama Bernama.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan DAP Sokong Ideologi Komunis Tidak Akan Ditarik Balik \u2013 Hadi Awang\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: NGO akan serah memorandum bantahan ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\nPejuanita gesa kerajaan bendung budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir hampir cecah 30,000 di lima negeri\n\n\n\n\n\n\n7 termasuk 5 kanak-kanak terselamat kenderaan masuk gaung\n\n\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Gombak itu berkata hasrat tersebut sekali gus menafikan khabar angin bahawa terdapat perancangan untuk menukar kedudukannya sebagai Menteri Besar kepada Menteri di peringkat\u00a0Kerajaan Persekutuan selepas PRN.\n\n\nMenurut Amirudin secara umumnya kepimpinan PH di peringkat negeri sepakat dan bersetuju untuk beliau terus mentadbir Selangor sebagai Menteri Besar.\n\n\n\u201cCakap-cakap di luar sana banyaklah\u2026 ada yang kata saya akan ke Persekutuan, tukar dari Menteri Besar kepada Menteri Kabinet tetapi sebagaimana saya, PH Selangor juga cenderung dan sepakat untuk saya kekal sebagai Menteri Besar.\n\n\n\u201cSetakat ini perbincangan dengan Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun tiada perancangan untuk saya bertukar atau sebagainya,\u201d katanya dan menambah sebagai ahli parti beliau akur dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan di peringkat pusat.\n\n\nAmirudin menyandang kerusi DUN Sungai Tua (sebelum ini dikenali sebagai DUN\u00a0Batu Caves) sejak Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2018 dan terus kekal di kerusi itu untuk tiga penggal berturut-turut hingga PRU-14.\n\n\nAmirudin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang pada 19 Jun 2018 selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan jawatan itu berikutan pelantikannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.\n\n\nDalam pada itu, Amirudin menempelak Perikatan Nasional (PN) yang tidak berani menamakan calon Menteri Besar di sebalik usaha agresif beberapa pimpinan parti itu termasuk Mohamed Azmin yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Antarabangsa menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat Selangor.\n\n\nKatanya situasi tersebut menunjukkan PN tidak yakin dengan keupayaan bekas Menteri Besar itu walaupun sebelum ini Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Bersatu akan menduduki kerusi Menteri Besar sekiranya pakatan yang turut disertai PAS dan Gerakan memperoleh majoriti dalam PRN nanti.\n\n\n\u201cBukan setakat tidak berani menamakan siapa-siapa untuk menduduki kerusi Menteri Besar, malah orang yang dikatakan bakal Menteri Besar itu juga sampai sekarang pun masih berteka-teki mengenai kerusi yang hendak ditandingi.\n\n\n\u201cSaya tahu rakan-rakan kita dalam PAS juga berhajat dan berniat besar untuk menjadi Menteri Besar, malah akar umbi mereka percaya calon PAS lebih layak untuk diangkat sebagai Menteri Besar Selangor,\u201d katanya.\n\n\nSehubungan itu, Amirudin menggesa rakyat Selangor membuat pilihan bijak dengan mengundi calon PH-BN dalam PRN akan datang demi menjamin kesinambungan pentadbiran yang ternyata berjaya mengemudi Selangor menjadi negeri paling cemerlang dari aspek pembangunan ekonomi dan sosial walaupun terpaksa berhadapan dengan situasi getir pandemik COVID-19 serta kelembapan ekonomi dunia.\n\n\nSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.- BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/11/banteras-ali-baba-kerajaan-kaji-dasar-undang-undang-pm/", "title": "Banteras \u2018Ali Baba\u2019, kerajaan kaji dasar & undang-undang \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan akan mengkaji dan merangka dasar serta strategi perundangan yang bersesuaian untuk membanteras aktiviti \u2018Ali Baba\u2019.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada Isnin.\n\n\nKatanya, secara prinsip budaya \u2018Ali Baba\u2019 memberi dampak negatif kepada ekonomi dan kerajaan serius untuk menangani dan membasmi aktiviti tersebut.\n\n\n\u201cAnggaran kerugian mencecah sekitar satu peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dan melibatkan aspek perolehan, pelesenan, pemberian permit dan kuota, serta pemberian subsidi dan geran,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n8.7juta golongan B40 terima RM1.67bil melalui Sumbangan Tunai Rahmah\n\n\n\n\n\n\nBas persiaran terbakar, laluan keluar Plaza Tol UPM dibuka semula\n\n\n\n\n\n\nTidak adil sekat perhimpunan orang Melayu \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nSesi Penamaan Calon Bermula Hari Ini\n\n\n\n\n\n\nSPR terima watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar berkata, beberapa kementerian dan agensi kerajaan serta Jabatan Peguam Negara yang terbabit dengan kajian tersebut akan membentangkan cadangan kepada Jemaah Menteri.\n\n\nBeliau yang juga Menteri Kewangan juga mengumumkan, kerajaan sedia mempercepat inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) sebagai pemangkin kepada strategi mengangkat negara sebagai peneraju serantau dalam tenaga boleh baharu.\n\n\nKatanya, projek-projek Flagship Rintis dan inisiatif NETR adalah bagi meningkatkan penyertaan industri mengenai hala tuju baharu Kerajaan dalam meneroka sumber tenaga baharu dan membentuk permintaan pasaran serta mengenal pasti sumber kewangan untuk menangani jurang pembiayaan bagi projek tersebut.\n\n\n\u201cFasa Pertama NETR akan mengetengahkan sepuluh projek rintis perdana yang strategik dan bernilai tinggi sebagai langkah pelaksanaan Dasar Tenaga Negara 2022-2040 dengan jangkaan pelaburan bernilai RM25 bilion, mewujudkan 23,000 pekerjaan berkualiti tinggi, dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida setara melebihi 10,000 gigagram \u00a0secara bertimbunan (cumulative).\n\n\n\u201cPeluncuran NETR Fasa Pertama akan diadakan pada 27 Julai 2023 dan disusuli oleh peluncuran NETR Fasa Kedua pada Ogos 2023,\u201d katanya.\n\n\nJelas beliau, MTEN akan terus merumuskan langkah dan inisiatif baharu untuk menangani pelbagai tantangan melibatkan perekonomian negara, bagi memastikan penambahbaikan tata kelola serta perubahan struktur secara teratur demi meningkatkan potensi ekonomi negara.\n\n\n\u201cKerajaan sentiasa berusaha memastikan negara mencapai Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 dan sentiasa bergerak maju ke hadapan seiring dengan kemajuan teknologi semasa dan memenuhi keperluan sosioekonomi rakyat bagi menjamin kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya,\u201d katanya. \u2013 SinarHarian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/11/gubal-peraturan-bolehkan-undang-undang-dakwa-pecat-pm-wan-junaidi/", "title": "Gubal peraturan bolehkan undang-undang dakwa & pecat PM \u2013 Wan Junaidi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Dewan Rakyat perlu menggubal satu peraturan untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli Parlimen.\n\n\nYang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara tersebut akan dibincangkan bersama Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam masa terdekat bagi membolehkan peraturan berkenaan diteliti.\n\n\n\u201cNegara seperti United Kingdom (UK) sudah memiliki peruntukan sedemikian dengan bekas Perdana Menteri, Tony Blair telah didakwa pada tahun 2004.\u201d\n\n\nNamun katanya di\u00a0 Malaysia masih belum mempunyai peraturan itu (undang-undang pendakwaan) dan seharusnya ia diperkenalkan seperti mana ia dilakukan di England pada tahun 1800-an.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPersenda OKU Diminta Mohon Maaf\n\n\n\n\n\n\n25 tahun berlalu, Anwar `kembali\u2019 ke Menara Dato\u2019 Onn\n\n\n\n\n\n\nPerkembangan Terkini Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nKemasukan pelancong China tingkatkan kes, tiada komplikasi teruk\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tak mampu selesai tekanan kos sara hidup penjawat awam \u2013 Cuepacs\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita patut ada peraturan tersebut, undi percaya atau tidak percaya terhadap kerajaan, kena letak notis (dalam Dewan Rakyat),\u201d katanya ketika berucap pada forum bertajuk \u2018Kestabilan Politik dalam Parlimen Tergantung\u2019 pada Selasa.\n\n\nYang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, erucap pada forum bertajuk \u2018Kestabilan Politik dalam Parlimen Tergantung\u2019 di Sunway University.\n\n\nProsiding untuk mendakwa merujuk kepada pertuduhan salah laku yang dibuat terhadap penjawat awam.\n\n\nProsiding\u00a0\nimpeachment\n\u00a0merujuk pertuduhan salah laku yang dibuat terhadap pemegang jawatan awam.\n\n\nWan Junaidi juga menggesa ketua pembangkang supaya memasukkan prosiding ini dalam pembentangan rang undang-undang persendirian.\n\n\nDalam pada itu, Wan Junaidi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) mencadangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin membawa cadangan berkenaan dalam pembentangan rang undang-undang persendirian di masa akan datang.\n\n\nPada masa sama, beliau turut menggesa satu akta diwujudkan untuk menetapkan tempoh penggal Parlimen bagi melengkapkan Undang-undang Anti Lompat sedia ada.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cItu sahaja cara untuk membenarkan kerajaan minoriti untuk meneruskan (kerajaan). Hanya Parlimen yang boleh menentukan bila pilihan raya boleh dilaksanakan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNamun apabila dua per tiga ahli Parlimen bersetuju untuk mengadakan pilihan raya, baru diadakan (pilihan raya). Jika tidak, kerajaan minoriti akan meneruskan pentadbiran,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/11/mahkamah-tangguh-rayuan-najib-saman-thomas-ke-11-ogos/", "title": "Mahkamah tangguh rayuan Najib saman Thomas ke 11 Ogos", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Mahkamah Rayuan telah menetapkan 11 Ogos untuk memutuskan rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk menolak pelantikan dua peguam Tetuan Tommy Thomas daripada mewakili bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam saman RM 1.9 juta Najib yang difailkan terhadapnya. \nTiga panel Hakim yang diketuai oleh Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azimah Omar dan Datuk Azhahari Kamal Ramli menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada peguam Najib yang diketuai oleh Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, serta hujahan daripada Alan Adrian Gomez yang mewakili Thomas dalam rayuan itu.\nNajib memfailkan permohonan itu pada 9 Ogos tahun lepas untuk membatalkan kelayakan firma itu daripada mewakili Thomas dalam saman itu. Bagaimanapun bekas perdana menteri itu menamakan dua peguam iaitu Gomez dan Lai Wei Shiung dalam permohonan pemecatan pada 12 Ogos. \nHakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache, pada 19 Ogos tahun yang sama, menolak permohonan Najib atas alasan tiada unsur prejudis terhadap plaintif (Najib), memandangkan kelakuan kedua-dua peguam bela itu akan diawasi dengan ketat oleh mahkamah. \nHari ini, Firoz mengemukakan kepada panel Hakim bahawa Ahmad Bache telah tersilap dalam penghakimannya di mana dia menganggap Thomas tidak menikmati apa-apa keuntungan kerana dia tidak mempunyai saham dalam firma itu, manakala Thomas tidak menolak bahawa dia tidak mempunyai kepentingan kewangan dalam firma tersebut.\nBagaimanapun, Gomez menyangkal dengan mengatakan bahawa Thomas bukan rakan kongsi firma itu dan kedua-dua peguam yang dinamakan serta firma itu tidak mempunyai kepentingan kewangan langsung dalam saman itu. \nGomez seterusnya menambah bahawa Thomas telah keluar (firma) dan melepaskan semua kepentingannya dalam perkongsian firma itu apabila beliau dilantik sebagai Peguam Negara pada 2018.\nSelepas perletakan jawatannya sebagai Peguam Negara pada Februari 2020, Thomas kemudiannya menyertai firma itu sebagai perunding pada September 2020, dan bukan sebagai pasangan. \nBeliau kekal sebagai perunding sehingga kini dan perunding tidak berkongsi keuntungan firma itu.\n\u201cSelain itu, sebarang liabiliti yang perlu ditanggung oleh Thomas, sekiranya penghakiman dibuat, tidak akan memberi kesan kepada kepentingan dalam firma itu,\u201d katanya. \nNajib , yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International, menuntut ganti rugi RM1.9 juta dan pengisytiharan bahawa Thomas telah melakukan penyelewengan di pejabat awam.\nMahkamah Persekutuan juga mengekalkan hukuman denda RM210 juta apabila didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International. \nNajib yang memfailkan saman itu pada 22 Oktober 2021 mendakwa pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadapnya sebahagian daripada perbuatan yang dirancang lebih awal oleh Tommy dan ia juga selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.\nIni membabitkan 35 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya kecuali pertuduhan membabitkan kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd., merupakan sesuatu yang telah lama dirancang oleh Tommy.\nBeliau mendakwa, pada 2015 Tommy bertemu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membincangkan kesalahan-kesalahan dan salah urus yang kononnya dilakukan kepada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).\nNajib mendakwa, Tommy turut menasihati Dr. Mahathir supaya mengambil tindakan sivil dan jenayah terhadap beliau berhubung penglibatannya dalam 1MDB.\nHari ini, Najib hadir ke Mahkamah Rayuan ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, dan anaknya Datuk Mohd Naziruddin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/11/nga-kor-ming-suruh-hadi-bertaubat/", "title": "Nga Kor Ming suruh Hadi bertaubat", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang disaran untuk bertaubat dan berhenti menyebarkan fitnah kepada DAP, khususnya dengan menggunakan retorik kaum dan agama.\n\n\nNaib Presiden DAP,\u00a0 Nga Kor Ming\u00a0 ketika menasihatkan Presiden PAS itu turut berkata, serangan berterusan Abdul Hadi yang berbentuk fitnah tidak akan berjaya memburuk dan menjatuhkan parti itu menjelang pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.\n\n\nBeliau yang juga Pengerusi DAP Perak berharap dan berdoa supaya Presiden PAS itu akan \u2018kembali ke pangkal jalan\u2019 kerana tindakan fitnah bukan sesuatu yang dibenarkan dalam Islam.\n\n\n\u201cSaya rasa Haji Hadi (Abdul Hadi) ini kadang-kadang beliau perlulah bertaubat kerana fitnah adalah dilarang oleh agama Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHospital Serdang dikenali sebagai Hospital Sultan Idris Shah\n\n\n\n\n\n\nArmada buat laporan polis terhadap Anwar, Guan Eng\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM50 juta untuk baik pulih PPR, lif usang\n\n\n\n\n\n\nPeniaga Tertekan Harga Barang Harian Mahal\n\n\n\n\n\n\nGelombang Omicron Sudah Bermula Di Negara Ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cFitnah demi fitnah tidak akan membantu. Oleh itu, saya berharap dan berdoa supaya beliau kembali ke pangkal jalan,\u201d\n\n\nKor Ming berkata demikian pada sidang media Program Sentuhan Kasih Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Bangi,\u00a0 hari ini.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika diminta kenyataan Abdul Hadi Ahad lalu, di mana Ahli Parlimen Marang itu sekali lagi menyerang DAP menggunakan retorik kaum dan agama, dengan mendakwa parti itu memiliki agenda perkauman Cina serta menyambung usaha penghapusan ketuanan Melayu serta Bumiputera yang dirancang penjajah British.\n\n\n\n\n\n\n\n\nPresiden PAS itu juga mendakwa DAP menggunakan jurubicara dalam kalangan orang Melayu untuk mencapai agenda parti itu, manakala parti lain yang bekerjasama dengan DAP hanya menang dalam pilihan raya kerana menumpang pengaruhnya.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMemetik Berita HArian, kenyataan itu dilihat bertentangan dengan saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sehari sebelum itu, yang mengingatkan semua pihak tidak memainkan isu sensitif, khususnya 3R (agama, bangsa dan raja) ketika berkempen untuk PRN yang akan berlangsung bulan depan.\n\n\nSusulan itu, polis kelmarin memaklumkan sedang menyiasat Abdul Hadi berikutan kenyataannya mengenai DAP yang disentuh dalam kenyataan Minda Presiden PAS, dengan hasil siasatan awal polis mendapati ia mengandungi kenyataan yang berunsur perkauman dan boleh mencetus kegusaran awam.\n\n\nPada masa sama, Bukit Aman turut mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya yang menyentuh isu 3R.\n\n\nDiminta mengulas mengenai siasatan terhadap Guan Eng, Kor Ming berkata DAP menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada polis dan yakin Ahli Parlimen Bagan itu akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.\n\n\n\u201cSaya rasa tak jadi masalah pun. Guan Eng sudah keluarkan kenyataan menjelaskan kenyatannya telah disalah terjemah. Memang ia tafsiran yang salah.\n\n\n\u201cMedia China Press juga sudah mengeluarkan satu laporan memaklumkan Guan Eng tak kata macam itu, dia sudah di salah terjemah oleh media dalam talian tertentu,\u201d katanya.\n\n\nMinggu lalu, portal MalaysiaNow yang memetik China Press melaporkan, Guan Eng didakwa memberi amaran \u2018gelombang hijau\u2019 yang merujuk pada Perikatan Nasional (PN), perlu disekat daripada bertapak di Pulau Pinang kerana ia berisiko mengakibatkan \u2018tokong Buddha atau Cina\u2019 dirobohkan.\n\n\nNamun, Guan Eng menafikan laporan itu dan mendakwa ucapannya diputar belit, dan beliau ucapannya itu merujuk kepada kes sebuah kuil Hindu dirobohkan pada Julai 2020 di Kedah,\u201d katanya"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/11/pertuduhan-salah-guna-jawatan-tidak-dedahkan-kesalahan-muhyiddin-teh-poh-teik/", "title": "Pertuduhan salah guna jawatan tidak dedahkan kesalahan Muhyiddin \u2013 Teh Poh Teik", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pertuduhan salah guna jawatan dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus diketepikan kerana tidak mendedahkan sebarang kesalahan dalam undang-undang itu.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeguam bela Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, berkata tiada pendedahan kesalahan berkenaan, sekali gus mewujudkan satu penyalahgunaan proses.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJelas bahawa konsep proses keadilan dilanggar oleh pihak pendakwaan kerana terlalu tergesa-gesa, yang mana peraturan asas keadilan tidak dipatuhi.\n\n\n\u201cEmpat pertuduhan mengikut seksyen itu tidak mendedahkan kesalahan yang diketahui dalam undang-undang dan akibatnya harus diketepikan.\n\n\n\u201cIa mesti jelas dan tepat dalam draf pertuduhan itu, pemohon (Muhyiddin) diprejudis,\u201d katanya ketika prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMaszlee beri bayangan bakal kembali dalam kerajaan\n\n\n\n\n\n\nKenapa PAS Perlu Bertanding Di Sarawak? \u2013 PBB\n\n\n\n\n\n\nChe\u2019GuBard dakwa Speaker lantik anak jadi pegawai parlimen\n\n\n\n\n\n\nWang tidak dituntut berjumlah RM11 bilion\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran KWSP secara terus lebih mudah berbanding cagaran\n\n\n\n\n\n\n\n\nMedia melaporkan Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden BERSATU memfailkan notis usul untuk membatalkan tuduhan itu pada 18 April lalu, dengan menamakan pendakwa raya sebagai responden.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu memohon dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan dikenakan terhadapnya pada 10 Mac lalu dan memohon prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.\n\n\nMelalui afidavit sokongan difailkan bersama notis usul itu, Muhyiddin mendakwa empat tuduhan adalah cacat dan tidak sah di sisi undang-undang kerana bercanggah Seksyen 152 Kanun Acara Jenayah.\n\n\nMuhyiddin, 75, ketika menjadi Perdana Menteri kelapan didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi BERSATU.\n\n\nPresiden BERSATU itu dituduh melakukan perbuatan berkenaan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.\n\n\nHisyam berkata, Muhyiddin dibiarkan untuk meneka dan membuat spekulasi bagaimana didakwa menyalahgunakan kedudukan jika ada, selain sama ada membuat sebarang keputusan, mengambil apa-apa tindakan dan berhubung perkara apa.\n\n\n\u201cPemohon tidak dapat memberi arahan tepat kepada pasukan peguam yang mengakibatkan penyediaan pembelaan menjadi cacat,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/11/selamat-hari-lahir-ke-98-tun/", "title": "Selamat hari lahir ke-98 Tun!", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-98.\n\n\nPerkara itu dikongsikan pembantunya, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin menerusi satu hantaran di Facebooknya pada Isnin.\n\n\nMenurut Adam Mukhriz, angka itu antara satu tahap umur yang tidak ramai orang boleh melepasinya.\n\n\n\n\n\u201cTerima kasih Tun (Dr Mahathir) untuk perjuangan Tun yang belum selesai. Umur Tun juga melepasi umur sejarah penubuhan Malaysia.\n\n\n\n\n\u201cTun dah faham sangat tanah air yang tercinta ini yang mana generasi hari ini tidak faham kenapa Tun masih berjuang sehingga hari ini untuk negara bangsanya,\u201d katanya dalam siaran di Facebooknya pada Isnin.\n\n\nBagaimanapun, menurutnya, orang ramai suatu hari nanti pasti akan memahami perjuangan yang dibawa oleh bekas Ahli Parlimen Langkawi itu.\n\n\n\u201cSelamat hari jadi, Tuan. Saya akan selalu berjalan seiring dengan Tun sampai bila-bila yang mana saya akan kenang ke akhir hayat saya,\u201d jelasnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPDRM, Plus aktifkan dua laluan pintar atasi kesesakan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Samsuri lawat mangsa banjir selepas 5 hari ke New Zealand\n\n\n\n\n\n\nSKMM sahkan tiada arahan sekat akaun TikTok MB Kedah\n\n\n\n\n\n\nInflasi : Rakyat Perlu Urus Kewangan Sebaiknya \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nSejarah tercipta, pembangkang lenyap di Terengganu\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnak jati Seberang Perak, Alor Setar itu mencipta sejarah tersendiri setelah dilantik Perdana Menteri sebanyak dua kali dan kali pertama ialah selama 22 tahun (1981-2003) sekali gus menjadi pemimpin paling lama berkhidmat.\n\n\nPada 9 September 2016, Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah memberikan kelulusan terakhirnya untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) baharu menjadikannya parti politik rasmi.\n\n\nDr Mahathir menjadi pengerusi parti itu dan pada 8 Januari 2018, Mahathir diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan dan bakal dilantik Perdana Menteri untuk pilihan raya 2018, dalam rancangan untuk mengampuni Anwar Ibrahim dan menyerahkan peranan kepadanya jika berjaya.\n\n\nBagaimanapun, selepas perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 24 Februari selepas 21 bulan mentadbir negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik Perdana Menteri kelapan.\n\n\nKemudian pada Mei 2020, beliau digugurkan keahlian Bersatu dan menubuhkan parti baharu iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Ogos 2020 malah melantik dirinya sebagai Pengerusi Pejuang manakala presiden, ialah anaknya, Datuk Seri Mukhriz.\n\n\nDr Mahathir merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) mewakili Pejuang bertanding bagi kerusi Parlimen P4-Langkawi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.- Sinar Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/11/tiada-pindaan-rancangan-pengeluaran-penuh-55-60-tahun-kwsp/", "title": "Tiada pindaan rancangan pengeluaran penuh 55, 60 tahun \u2013 KWSP", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa tiada pindaan dirancang untuk pengeluaran penuh bagi umur 55 dan 60 untuk ahli-ahli semasa.\n\n\nMenurut kenyataan yang dikeluarkan, perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP yang sedia ada hanya terpakai kepada ahli yang menyertainya secara sukarela.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas kenyataan itu, cadangan pengeluaran mandatori bulanan akan hanya melibatkan ahli-ahli baharu dan buat sementara ini bagi mereka yang lahir pada atau selepas 2010 serta berdaftar dengan KWSP selepas tarikh pelaksanaan kaedah baru ini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBayaran pertama di bawah kaedah mandatori ini akan dibuat selepas persaraan ahli-ahli ini, yang dijangkakan hanya berlaku beberapa dekad dari sekarang.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cCadangan ini masih diteliti dan KWSP memberi jaminan bahawa sebarang keputusan berhubung pengeluaran simpanan akan dibuat dengan pertimbangan yang teliti dan selari dengan komitmen KWSP demi kepentingan masa depan ahli.\n\n\n\u201cMekanisme pengeluaran mandatori bulanan akan menyelaraskan Malaysia dengan amalan di kebanyakan negara lain kerana negara kita adalah antara minoriti kecil yang masih membenarkan pengeluaran sekali gus dan bukan berkala,\u201d jelas kenyataan itu. \u2013 Utusan"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/12/bekas-peguam-1mdb-jasmine-loo-ditahan-polis-saifuddin/", "title": "Bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo ditahan polis \u2013 Saifuddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Bekas peguam syarikat pelaburan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan kini berada dalam tahanan polis di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Jasmine Loo dipercayai mempunyai maklumat berhubung kes 1MDB.\n\n\n\u201cBeliau telah ditahan pada Jumaat dan direman mulai Sabtu,\u201d katanya menerusi sidang akhbar di KDN, Putrajaya pada Rabu.\n\n\nMenurutnya, siasatan terhadap wanita dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengarah Urusan, Jurutera Ditahan SPRM\n\n\n\n\n\n\nManifesto PRU15 Perlu Utamakan Isu Infra Pendidikan, Sekolah Daif\n\n\n\n\n\n\nKebakaran Jakel: Bomba fokus unsur sabotaj, sisa bara api\n\n\n\n\n\n\nKWSP umum dividen konvensional 5.35% , Syariah 4.75 % untuk 2022\n\n\n\n\n\n\nTidak Perlu Ikut Perasaan, Guna Saluran Yang Betul\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPDRM tentunya mempunyai beberapa perkara yang perlu untuk disiasat dan peguam yang mewakili Jasmine Loo telah menyatakan bahawa anak guam bersedia memberi kerjasama kepada PDRM dan kerajaan,\u201d ujar beliau.\n\n\nPada November 2021, pendakwa raya memfailkan notis usul melucut hak dua kereta iaitu Audi dan Volkswagen New Beetle, wang berjumlah RM22,600 serta sebuah kondominium di Mont Kiara di sini milik Jasmine Loo."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/12/houthi-larang-import-sweden-tanda-protes-bakar-al-quran/", "title": "Houthi larang import Sweden, tanda protes bakar al-Quran", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu\u2013 Kumpulan gerakan Houthi di Yaman, yang mengawal kawasan utara negara itu, mengharamkan import dari Sweden sebagai tanda protes terhadap pembakaran al-Quran di Stockholm.\n\n\n\u201cYaman adalah negara Islam pertama yang mengharamkan import barangan Sweden selepas negara itu melanggar dan mencemarkan kitab suci umat Islam,\u201d kata Menteri Perdagangan Houthi.\n\n\nMenteri itu berkata keputusan yang dibuat mempunyai nilai simbolik dan menyeru negara-negara Islam lain untuk mengikut jejak langkahnya.\n\n\nInsiden seorang lelaki membakar al-Quran berlaku di luar Masjid Pusat Stockholm dan mendapat kecaman meluas dari seluruh dunia, terutamanya dari negara-negara Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada sebab Hamzah dipanggil SPRM\n\n\n\n\n\n\nNahas ragut nyawa suami isteri: Seorang daripada dua anak turut meninggal\n\n\n\n\n\n\nPendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama\n\n\n\n\n\n\nProjek Sungai: Polis sahkan terima laporan dakwaan pembabitan MB Selangor\n\n\n\n\n\n\nRamadan : rakyat dinasihat jangan membazir makanan \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\n\n\nSweden berkata pihaknya tidak boleh mengharamkan demonstrasi kerana peraturan kebebasan bersuara.\n\n\nGolongan Houthi telah menggulingkan kerajaan yang disokong Arab Saudi dari Sanaa pada akhir 2014, iaitu pihak berkuasa de facto di utara Yaman.\n\n\nKerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa itu diwakili oleh Majlis Pimpinan Politik (PLC), yang dibentuk di bawah naungan Saudi tahun lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/12/keganasan-bermotifkan-etnik-semakin-menggila-di-sudan/", "title": "Keganasan bermotifkan etnik semakin menggila di Sudan", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Kumpulan lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 40 orang awam dalam satu hari di wilayah Darfur ketika pertumpahan darah bermotifkan etnik semakin memuncak di Sudan.\n\n\nDi bandar El Geneina, sukarelawan berusaha mengebumikan mayat yang sangat banyak bertebaran di sepanjang jalanan, kata Persatuan Peguam Darfur.\n\n\nKeganasan di Darfur meningkat dengan mendadak apabila Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) terus bertempur dalam perebutan kuasa yang tercetus pada pertengahan April.\n\n\nKonflik itu memaksa hampir 700,000 warga Sudan melarikan diri ke negara jiran.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nProgram Makanan Sedunia Sambung Operasi Di Sudan Barat\n\n\n\n\n\n\nDi Caprio dedah Jho Low guna RM132 juta bayar dana politik Obama\n\n\n\n\n\n\nOslo Jadi Tuan Rumah Perbincangan Taliban\n\n\n\n\n\n\nIsrael lulus vaksin COVID-19 keempat untuk warga emas 60 tahun ke atas\n\n\n\n\n\n\nQatar Kenakan Sekatan Ke Atas Pelancong China\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, Sudan berada di ambang perang saudara berskala penuh serta boleh menjejaskan kestabilan wilayah yang lebih luas.\n\n\nSaksi di Bandar El Geneina melaporkan gelombang serangan oleh militia Arab dan RSF terhadap orang Masalit bukan Arab serta mengakibatkan puluhan ribu orang melarikan diri melintasi sempadan berdekatan dengan Chad.\n\n\nDalam laporan baharu, Human Rights Watch (HRW) berkata pihaknya telah merekodkan pembunuhan sekurang-kurangnya 40 orang awam, termasuk hukuman mati ke atas sekurang-kurangnya 28 orang Masalit di bandar Misterei, Darfur Barat.\n\n\nPasukan RSF dan militia Arab mengepung bandar Misterei pada awal 28 Mei sebelum merompak dan membakar sebahagian besar bandar itu, lapor HRW.\n\n\nPegawai tempatan berkata seramai 97 orang terkorban, termasuk anggota pasukan pertahanan, dan HRW menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menyiasat insiden keganasan tersebut.\n\n\nPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan lebih 300,000 orang telah kehilangan tempat tinggal di Darfur Barat sejak konflik tercetu pada 15 April.\n\n\nKira-kira 217,000 orang telah melarikan diri ke Chad, 98 peratus daripada angka tersebut adalah daripada komuniti Masalit, kata HRW.\n\n\nPihak Tentera dan RSF merampas kuasa penuh dalam rampasan kuasa pada 2021, ketika pertikaian mengenai rancangan yang disokong antarabangsa untuk peralihan kepada kerajaan demokrasi awam.\n\n\nUsaha antarabangsa untuk menghentikan pertempuran tidak berjaya membuahkan hasil."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/12/umno-sedia-hantar-calon-pertahan-dun-jeram-padang/", "title": "UMNO sedia hantar calon pertahan DUN Jeram Padang", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) di enam negeri pada 12 Ogos ini.\n\n\nEkoran itu, kerusi tunggal yang dipegang oleh MIC ketika dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)\u00a0 iaitu DUN Jeram Padang\u00a0 kini kosong tanpa calon yang bertanding daripada Barisan Nasional (BN).\n\n\nUMNO Negeri Sembilan bersedia menghantar calon yang turut dipilih dalam kalangan parti berkenaan .\n\n\nPengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaludin Alias\n\n\nPerkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaludin Alias yang berkata, pihaknya akan membuat perbincangan bersama Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung perkara itu sebelum memuktamadkan keputusan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLEKAS, gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat lulus Projek Pulau Pinang Selatan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Operasi SAR ditamatkan jam 12 tengah hari\n\n\n\n\n\n\nIraq mahu lelaki bakar Quran ditangkap\n\n\n\n\n\n\nUMNO Jumpa Perdana Menteri Untuk Awalkan PRU\n\n\n\n\n\n\nPetisyen pilihan raya Gua Musang dibicarakan, Putrajaya ditolak\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMIC baru sahaja umumkan (tidak bertanding), jadi saya akan berbincang dengan Presiden dan apabila MIC sudah buat keputusan tentunya Presiden akan beritahu calon bagaimana yang akan kita kemukakan.\n\n\n\u201cUMNO bersedia untuk menghantar atau memilih calon dalam kalangan pimpinan UMNO. Jika ini dipersetujui oleh Presiden dan pimpinan BN, maka kita ada beberapa calon yang bakal kita pertaruhkan di Jeram Padang,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian kepada pemberita setelah selesai Majlis Ramah Mesra dengan kepimpinan Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan pada Selasa.\n\n\nTurut hadir, Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd Nor yang juga Pengerusi Sekretariat Pembangunan Ekonomi dan Usahawan Masyarakat Orang Asli.\n\n\nSebelum ini, parti komponen BN iaitu MIC dan MCA memaklumkan untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan depan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/13/abbas-lawat-jenin-suntik-semangat-kepada-rakyat-palestin/", "title": "Abbas lawat Jenin, suntik semangat kepada rakyat Palestin", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, melawat bandar Jenin di Tebing Barat semalam untuk memeriksa kemusnahan yang disebabkan oleh serangan tentera pengganas Israel baru-baru ini.\n\n\nAbbas tiba di bandar itu menaiki helikopter Jordan dari bandar Ramallah dan melawat Tanah Perkuburan Syahid Jenin, tempat pengebumian rakyat Palestin yang terbunuh semasa serbuan tentera minggu lalu.\n\n\nAbbas disambut oleh Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh bersama pegawai lain sebaik sahaja beliau tiba di Jenin.\n\n\n\u201cKem Jenin adalah ikon penentangan dan ketabahan. Kem Jenin yang gagah perkasa menentang keganasan dan sedia berkorban demi tanah air, kata Abbas dalam ucapan semasa lawatannya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAfghanistan masih larang wanita belajar di universiti\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi tidak akan normalisasi hubungan dengan Israel\n\n\n\n\n\n\nGempa Bumi: Malaysia hantar 142 anggota, dua anjing k9 sertai SAR\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye diramal pakar tiga hari sebelum kejadian\n\n\n\n\n\n\nWanita cuba seludup 22 ekor ular dari KLIA ke India\n\n\n\n\n\n\n\n\nPresiden Palestin menzahirkan ucapan terima kasih kepada negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Algeria atas sumbangan mereka untuk pembinaan semula kem Jenin.\n\n\nAbbas berkata pihaknya akan memulakan pembinaan semula kem tersebut dengan segera.\n\n\n\u201cBaitulmaqdis Timur adalah ibu negara Palestin, kami akan tetap teguh dan tidak akan meninggalkan tanah kami,\u201d tegas beliau.\n\n\nMinggu lalu, Israel menamatkan operasi ketenteraan terbesarnya di Jenin dalam tempoh lebih 20 tahun.\n\n\nSekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lima kanak-kanak, dan lebih 140 cedera dalam serangan itu, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.\n\n\nSerbuan itu juga mengakibatkan kemusnahan besar-besaran di seluruh bandar Tebing Barat, dengan berpuluh-puluh rumah, kenderaan, kedai dan talian utiliti musnah"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/13/ahmad-samsuri-diramal-pertahankan-kerusi-dun-rhu-rendang/", "title": "Ahmad Samsuri diramal pertahankan kerusi DUN Rhu Rendang", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar diramalkan untuk kekal bertanding bagi\u00a0 mempertahankan kerusi DUN Rhu Rendang yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).\n\n\nNaib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar\n\n\nBeliau ketika ditanya pemberita memberitahu, meskipun memegang jawatan sebagai pemimpin nombor tiga dalam parti itu, beliau tidak semestinya akan terpilih secara automatik sebagai calon \u00a0pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.\n\n\nTambahnya, keputusan berhubung sama ada namanya tersenarai sebagai calon bakal ditentukan oleh jawatankuasa tertinggi parti setelah tapisan berkenaan dilakukan oleh Majlis Syura Ulama PAS.\n\n\nPada PRU14, Ahmad Samsuri mempertahankan kerusi DUN Rhu Rendang sejak tahun 2008 hingga 2018 dengan majoriti sebanyak 6,028 undi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWujudkan Sekolah Satu Aliran Untuk Capai Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nPerluas visa ketibaan warga asing : langkah tidak wajar, bahaya kepada kedaulatan negara\n\n\n\n\n\n\nProjek LCS tetap diteruskan biarpun sukar dilaksana\n\n\n\n\n\n\nBanjir bertambah buruk di lima negeri, 46,683 dipindahkan\n\n\n\n\n\n\nPolis Maut disyaki tembak diri sendiri\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau memperolehi sebanyak 13,851 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Nik Dir Nik Wan Ku yang memperoleh 7,823 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH) Zarawi Sulong (729 undi)"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/13/sanusi-perlu-taubat-nasuha-ahmad-zahid/", "title": "Sanusi perlu taubat nasuha \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dinasihat melakukan taubat nasuha dan tidak menjadikan semua perkara sebagai bahan kempen yang merosakkan diri sendiri.\n\n\nPresiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, politik bukan bahan lawak atau gurauan dan tidak perlu bagi beliau berbahas dengan individu tidak bijaksana dalam mentafsir fakta dan auta.\n\n\n\u201cPolitik ini bukan bahan lawak, bukan bahan untuk bergurau, fakta adalah fakta.\n\n\n\u201cBagaimana Perikatan Nasional (PN) dititah mengadap (Yang di-Pertuan Agong), begitu juga Pakatan Harapan (PH) dititah mengadap.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPEJUANG tidak bertanding pilihan raya di enam negeri\u00a0\n\n\n\n\n\n\nBajet 2023 akan dibentangkan semula pada 24 Februari\n\n\n\n\n\n\nAnnuar gesa henti pertikai pelantikan Anwar sebagai PM\n\n\n\n\n\n\nZahid Diperintah Bela Diri Atas 47 Pertuduhan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan wajar kaji semula pemansuhan pelepasan cukai SSPN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSelepas itu saya mewakili Barisan Nasional (BN) bersama dua rakan lain serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).\n\n\n\u201cKalau itu satu tuduhan oleh seorang yang mengetuai kerajaan negeri dan pegangannya adalah Islam, saya harap taubat nasuha diutamakan oleh beliau supaya tidak semua perkara dijadikan bahan kempen yang akhirnya merosakkan diri sendiri,\u201d katanya pada sidang media di Putrajayahari ini.\n\n\nMuhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, dalam ceramah di program Jelajah Selangor malam kelmarin dikatakan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya memandai-mandai dan menggunakan titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan.\n\n\nDalam ceramah itu, Muhammad Sanusi dikatakan turut menghina Sultan Selangor atas pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, selain beberapa serangan peribadi terhadap menteri dalam Kerajaan Persekutuan.\n\n\nAhmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tidak perlu menjawab perkara yang sudah menjadi fakta.\n\n\n\u201cIa akan jadi satu isu \u2018bodoh\u2019 jika saya berbahas kepada orang yang tidak begitu bijaksana dalam mentafsirkan antara fakta dan auta,\u201d katanya.\n\n\nMengenai dakwaan undi kepada Datuk Seri Najib Razak akan berpindah kepada PN berikutan kekecewaan penyokong terhadap layanan Kerajaan Perpaduan kepada bekas Perdana Menteri itu, Ahmad Zahid berkata, usaha parti tetap terus berjalan.\n\n\n\u201cKetika bertemu Najib sebelum ini, perkara itu dinyatakan kepada saya supaya kita jangan terjebak dengan permainan pihak luar.\n\n\n\u201cUsaha parti berjalan begitu juga proses keadilan tetap dilakukan. Kita perlu pisahkan antara soal keadilan dan usaha dan ini tidak perlu dijelaskan kepada umum,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/13/umno-kini-ibarat-sebuah-parti-langau/", "title": "UMNO kini ibarat sebuah parti \u2018langau\u2019", "body": "0\n\n\nLEBIH setengah abad yang lalu, Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO sangat berkuasa untuk menentukan calon setiap kali berlakunya pilihan raya di negara ini.\n\n\nTidak seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Melaka sebelum ini, \u2019taring\u2019 UMNO semakin tumpul sejak bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.\n\n\nLebih menyedihkan, UMNO yang sinonim dengan gelaran parti keramat orang Melayu terpaksa menagih simpati pemimpin PH yang dikuasai PKR, DAP dan AMANAH untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) di enam negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO-PH \u2018berebut\u2019 jawatan MB di Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\nSalah sendiri jika UMNO ditolak pengundi Melayu\n\n\n\n\n\n\n\u2018Korban\u2019 berkurangan dek kerana krisis ekonomi\n\n\n\n\n\n\nJangan cuba jadi petualang negara\n\n\n\n\n\n\nPolemik satu parti politik orang Melayu\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahan pula, parti gabungan utama dalam BN seperti MCA dan MIC membuat keputusan untuk tidak bertanding pada PRU DUN KE15.\n\n\nAda yang mendakwa parti orang Cina dan India ini tidak \u2018diterima\u2019 masuk dalam gabungan PH kerana mereka sudah ada PKR serta DAP.\n\n\nJusteru, Sang Pekaka rasa pilihan terbaik adalah tidak menyertai pilihan raya kali ini kerana jika bertanding sekali pun, mereka terpaksa bergerak sendiri tanpa bantuan \u2018abang besar\u2019 UMNO.\n\n\nMacam mana UMNO nak bantu, BN sendiri pun dijangka bertanding 45 peratus daripada 245 kerusi DUN di enam negeri ini.\n\n\nIbarat melukut di tepi gantang, itulah gambaran yang paling tepat untuk diberikan kepada UMNO di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nPengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti \u2018lembu\u2019 yang sudah dicucuk hidungnya.\n\n\nSebagai seorang ketua parti, Ahmad Zahid sepatutnya ada kuasa penuh untuk memilih dan menentukan DUN mana yang mahu ditandingi pada PRN kali ini.\n\n\nNamun, ia tidak mungkin berlaku kerana beliau kini hanya menunggu arahan pemimpin tertinggi PKR dan DAP yang dilihat lebih berkuasa.\n\n\nBagi Sang Pekaka, mungkin ini antara punca yang mendorong MCA dan MIC untuk tidak bertanding.\n\n\nDalam PH, orang Cina sudah ada DAP dan orang India lebih tertarik dengan PKR. MCA dan MIC sudah tiada pengaruh dan penyokong yang kuat. Tidak mustahil, kedua-dua parti kaum ini akan lenyap dalam peta politik Malaysia.\n\n\nBagaimana pula dengan nasib UMNO?\n\n\nUMNO di bawah pimpinan Ahmad Zahid ibarat seekor \u2018langau\u2019 yang terbang dan hinggap di sebuah parti gabungan lain untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.\n\n\nBeliau memperjudikan nasib UMNO. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Namun, UMNO bakal hanyut dan tenggelam selepas kira-kira tujuh bulan bersama PH.\n\n\nSelain menagih simpati PH, Ahmad Zahid juga sedang berusaha keras untuk menawan hati penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang lebih popular dengan gelaran \u2018Bossku\u2019,\n\n\n\n\nKita tunggu dan lihat apa nasib UMNO pada PRU DUN KE15. Adakah orang Melayu akan terus mengundi UMNO? Mungkinkah akan ada undi protes dalam kalangan tiga juta ahli mereka? Bagaimana dengan penyokong-penyokong tegar \u2018Bossku\u2019?\n\n\nIni adalah antara dilema UMNO ketika ini. Selepas ditolak pengundi pada PRU14 dan PRU15, UMNO semakin jauh daripada perjuangan asal mereka untuk membela nasib orang-orang Melayu dan bumiputera.\n\n\nRamai orang cakap, UMNO sudah tidak relevan. Mereka menggali kubur sendiri kerana orang-orang Melayu cukup \u2018elergi\u2019 dengan logo \u2018roket\u2019.\n\n\nJadi, apabila terdapat spekulasi yang mendakwa Kerajaan Madani akan tumbang, ramai orang berpandangan UMNO perlu dikuburkan sekali lagi.\n\n\nMemang UMNO mempunyai banyak jasa kepada orang Melayu tetapi kegagalan parti itu menunaikan amanah yang diberikan telah menyebabkan ia tergelincir dari landasan sebenar.\n\n\nOleh itu, pilihan raya di enam buah negeri ini akan menjadi medan orang Melayu untuk menunjukkan tindak balas mereka dengan menolak UMNO.\n\n\nSetelah itu, UMNO akan menjadi tidak lagi relevan dan sukar untuk mencari rakan kongsi sebagai talian hayat.\n\n\nLagipun, UMNO memang terkenal mempunyai sikap buruk mereka yang suka mengigit tangan yang menghulur bantuan.\n\n\n\n\nKini, gagasan orang Melayu yang baharu ialah melalui Perikatan Nasional (PN). Mereka boleh memilih untuk menjadi ahli PAS, BERSATU atau PN.\n\n\nTiga pintu dibuka bagi menarik individu yang cintakan perpaduan Melayu untuk mengekalkan dominasi politik Melayu.\n\n\nKetika ini, dominasi Melayu telah hilang dalam semua perkara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/14/ahli-dewan-diraja-selangor-tuntut-sanusi-mohon-maaf-secara-terbuka/", "title": "Ahli Dewan Diraja Selangor tuntut Sanusi mohon maaf secara terbuka", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ahli Dewan Diraja Selangor menuntut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor segera membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu mengeluarkan kenyataan yang didakwa memperlekeh Sultan Selangor berhubung pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.\n\n\nGesaan itu dibuat lima ahlinya iaitu Tan Sri Ambrin Buang; Tan Sri Mohd Zawawi Salleh; Datuk Mohammed Khusrin Munawi; Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Datuk Emran Kadir yang hadir membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di Shah Alam, Selangor hari ini.\n\n\nEmran berkata, kenyataan Muhammad Sanusi disifatkan satu penghinaan kepada Institusi Diraja Selangor kerana membabitkan pelantikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang seolah-olah tidak wajar atau tepat.\n\n\n\u201cTuanku (Sultan Selangor) boleh melantik siapa saja untuk menjadi Menteri Besar Selangor, asalkan pemimpin itu mendapat majoriti tertinggi undi dan mengikut Perlembagaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBursa Malaysia rendah, kekal bawah 1,400\n\n\n\n\n\n\nTanah runtuh : 76 kakitangan SPRM diarah keluar\n\n\n\n\n\n\n14 Hari Tidak Mohon Pengampunan, Najib Hilang Status Ahli Parlimen\n\n\n\n\n\n\nShahidan tiada dalam senarai calon PRN \u2013 PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\nBekalan barang kawalan cukup menjelang Ramadan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTuanku melantik (individu yang) tepat dan tidak patut dipersoalkan.\n\n\n\u201cKenyataan (Muhammad Sanusi) seperti Menteri Besar yang dilantik tidak betul (layak), ini kami anggap kenyataan yang tidak wajar dan menghina Institusi Diraja Selangor.\n\n\n\u201cKami tuntut permohonan maaf secara terbuka secepat mungkin,\u201d katanya ketika ditemui.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan, Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah anjuran Perikatan Nasional (PN) didakwa mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.\n\n\nMenerusi video tular itu, Muhammad Sanusi turut didakwa meremehkan pelantikan Amirudin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/14/mat-london-menghembus-nafas-terakhir-di-pagi-subuh-hening/", "title": "Mat London menghembus nafas terakhir di pagi Subuh hening", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0Pelakon dan pengarah, Ahmad Ibrahim atau dikenali sebagai Mat London, 74, menghembuskan nafas terakhir akibat pelbagai komplikasi penyakit di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 5.57 pagi hari ini.\n\n\nBerita pemergian beliau disahkan oleh anaknya, Salmany Akir Ahmad menerusi Facebok,\u00a0 pada pagi Jumaat.\n\n\n\u201cSesudah laungan azan subuh\u2026 Papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi di pagi Jumaat,\u201d tulisnya.\n\n\nAhmad Ibrahim dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur sejak 16 Jun lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMenteri Agama arah JAWI siasat perarakan LGBTQ\n\n\n\n\n\n\nAbang Grab boleh kerja balik, akaun diaktif semula\n\n\n\n\n\n\nTuntutan waris Sulu tidak berasas Petronas akan pertahan kedudukan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: KKM sambut baik penetapan cukai eksais rokok elektronik, vape\n\n\n\n\n\n\nBolehkah Individu Ada Kes Mahkamah Jadi TPM? \u2013 TUN M\n\n\n\n\n\n\n\n\nJenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al-Mardhiyah Taman Melawati pagi ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Taman Melawati, selepas solat Jumaat.-\n\n\nSementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, hari ini.\n\n\nFahmi menerusi catatan di Facebook, mendoakan semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian itu.\n\n\n\u201cSemoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,\u201dmenurut catatan itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/14/polis-rekod-keterangan-guan-eng-abdul-hadi-isu-3r/", "title": "Polis rekod keterangan Sanusi, Guan Eng, Abdul Hadi berhubung isu 3R", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah merekod keterangan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja).\n\n\nKetua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses merekod keterangan dua ahli politik itu dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.\n\n\n\u201cKeterangan Guan Eng dirakam di Pulau Pinang pada Jumaat manakala Abdul Hadi pada semalam (Khamis) di pejabatnya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.\n\n\n\u201cKertas siasatan kedua-dua ahli politik ini sedang dilengkapkan sebelum dihantar ke pejabat Peguam Negara selewat-lewatnya Isnin ini,\u201d katanya pada Jumaat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJHEV perlu kerjasama JRP untuk peroleh data veteran ATM\n\n\n\n\n\n\nOps Selamat: Selangor Catat Penurunan Kes\n\n\n\n\n\n\nPM mesti orang Melayu, BERJASA sanggah idea Kit Siang\n\n\n\n\n\n\nPenceramah luar perlu mohon kebenaran khas mengajar di Melaka\n\n\n\n\n\n\nBasikal lajak: Pertuduhan terhadap Ke Ting tidak sah\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Khamis, Razarudin dalam sidang media memberitahu, pihaknya membuka 61 kertas siasatan berkaitan isu 3R sejak 27 Mac lalu.\n\n\nKertas siasatan berkaitan isu 3R dibuka membabitkan ahli politik, bekas ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).\n\n\nAhad lalu, polis mengesahkan menjalankan siasatan terhadap Abdul Hadi berkaitan kenyataan yang mendakwa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan diamalkan negara Barat.\n\n\nKenyataan tersebut dipercayai dilakukan melalui hantaran dalam Facebook Abdul Hadi dimuat naik pada 8 Julai lalu turut diulas serta diterbitkan oleh portal berita New Straits Times.\n\n\nBeliau turut mengesahkan telah selesai mengambil keterangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung kenyataan beliau yang didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/14/rm800-sebulan-untuk-pelatih-industri-di-glc-kerajaan/", "title": "RM800 sebulan untuk pelatih industri di GLC, kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan membayar elaun perantisan kepada pelatih industri sebanyak RM800 sebulan.\n\n\nBeliau berkata, pengumuan mengenai perkara itu dibuat selepas pihaknya mendengar cadangan daripada pelajar tingkatan enam.\n\n\nKatanya, walaupun kerajaan perlu mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar ekonomi, cadangan yang diterima daripada pelajar tingkatan enam adalah baik dan mesti diperhalusi.\n\n\n\u201cJadi, untuk kerajaan dan syarikat GLC, elaun perantisan RM800 sebulan bagi semua intern (pelatih).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerketat Kawalan Pintu Masuk Antarabangsa, Elak Varian Omicron\n\n\n\n\n\n\nNurul Izzah tidak terima sebarang elaun \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nTuan Ibrahim mohon maaf dakwa Titah Diraja disediakan kerajaan\n\n\n\n\n\n\nSIFAT JUJUR DAN IKHLAS, AZIMAT 20 TAHUN DI LUAR NEGARA\n\n\n\n\n\n\nRayuan Akan Dikemukakan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cCadangan ini diberikan kepada saya oleh pelajar tingkatan enam. Walaupun, kita perlu input daripada pakar-pakar ekonomi tapi kadang-kadang pelajar tingkatan enam beri cadangan yang baik dan kita mesti perhalusi,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan di putrajaya hari ini.\n\n\nTufut hadir Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong.\n\n\nAnwar berkata, Kementerian Kewangan menetapkan secara dasar supaya semua syarikat GLC yang mengambil pelajar yang menjalani praktikal latihan industri dapat melaksanakan perkara itu.\n\n\nKatanya, ia bagi meringankan beban pelajar praktikal berkenaan yang terpaksa bergantung perbelanjaan daripada ibu bapa.\n\n\n\u201cInternship ini mereka dah graduate (graduan) tapi tak dibayar, kalau dibayar pun kecil sahaja.\n\n\n\u201cJadi, untuk permulaan, internship ini memang tiada bayaran, itu betul..ini untuk\u00a0exposure (pendedahan)\u2026 tapi, kalau mereka datang dari keluarga miskin, dalam beberapa dialog saya di universiti.\n\n\n\u201cMereka merayu, sudahlah habis belajar, kemudian tiada pinjaman dan bantuan serta PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional). Jadi, mereka terpaksa bergantung kepada ibu bapa,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/14/upnp-serbu-kawasan-penerokan-tanah-haram-rampas-jengkaut-di-raub/", "title": "UPNP serbu kawasan penerokan tanah haram, rampas jengkaut di Raub", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) Zon Pahang Barat melakukan serbuan di satu kawasan yang menjalankan aktiviti pembukaan tanah secara haram di atas tanah kerajaan di Raub semalam.\n\n\nMenteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau berkata, anggota UPNP Zon Pahang Barat telah melakukan rondaan penguatkuasaan sekitar daerah Raub kira-kira jam 3.30 petang.\n\n\nTambahnya, anggota UPNP mendapati sebuah jentera jengkaut sedang melakukan kerja-kerja membersihkan sekitar di Sungai Rambai.\n\n\n\u201cAnggota operasi telah bertindak menahan jengkaut tersebut, namun pemandu jengkaut itu melarikan diri terlebih dahulu setelah menyedari kehadiran anggota UPNP.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu kalimah Allah : PUTRA gesa campur tangan Agong\n\n\n\n\n\n\nMB Kelantan pegang lima portfolio Exco\n\n\n\n\n\n\nWee Ka Siong bawa telur ayam import dan tempatan ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\nMalaysia duduki tangga ke-73 kebebasan akhbar\n\n\n\n\n\n\nLebih 3.5 Juta Dadah Dirampas Dalam Tempoh Tiga Hari\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKemudiannya, seorang lelaki telah tampil dan memperkenalkan diri sebagai pemilik jengkaut dan pegawai serbuan telah meminta pemilik jengkaut tersebut memberi dokumen kelulusan atau permit berkenaan aktiviti yang dilakukan namun gagal,\u201d ujarnya.\u00a0\n\n\nJelas beliau, anggota UPNP kemudiannya bertindak merampas jentera tersebut untuk tujuan siasatan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu pendudukan secara tak sah di atas tanah kerajaan.\n\n\n\u201cSaya ingin tegaskan bahawa kerajaan negeri tidak sesekali berkompromi dengan sebarang aktiviti penerokaan tanah secara haram di mana-mana kawasan pun di negeri ini.\n\n\n\u201cMalah, saya juga telah meminta UPNP untuk meneruskan operasi penguatkuasaan setiap masa bagi memastikan aktiviti sebegini dapat dibanteras dengan sebaik-baiknya,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/15/23830/", "title": "Ambil tindakan terhadap Najwan Halimi \u2013 Rafique", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Jangan ada konsep pilih bulu dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin politik yang\u00a0 membuat kenyataan berbaur perkauman. jika membabitkan pimpinan pihak kerajaan.\n\n\nKetua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid berkata tindakan tegas juga perlu diambil terhadap pemimpin PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, dari Parti Keadilan Rakyat, Mohd Najwan Halimi berhubung kenyataan berbaur perkauman dibuatnya.\n\n\nNajwan didakwa menghina seorang calon Pilihan Raya Negeri (PRN) dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan kenyataan \u2018parti India estet\u2019 .\n\n\nMenurut Rafique, apa yang diperkatakan oleh pemimpin PKR itu umpama terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPeratusan keluar mengundi makin perlahan petang ini\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tidak kompromi isu provokasi agama, tak halang protes\n\n\n\n\n\n\nBukti Keadilan Badan Kehakiman, Bukan Kemenangan PH\n\n\n\n\n\n\nPusat Hiburan Menggunakan Khidmat Gro Tumpas\n\n\n\n\n\n\nJahidah yang dipukul hingga koma, sah bercerai fasakh\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau turut menyuarakan kekecewaan kerana hinaan, makian dan cercaan perkauman semakin menjadi-jadi dalam kalangan orang politik menjelang kempen PRN tidak lama lagi.\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n\u201cBahasa melambangkan bangsa. Agama Islam dan agama lain sentiasa mengajar penganutnya untuk menggunakan serta bercakap dalam bahasa yang elok, molek dan merendah diri.\n\n\n\u201cYa, (orang) Melayu mempunyai hak keistimewaan dari segi Perlembagaan Persekutuan berbanding kaum-kaum lain tetapi hak kaum-kaum lagi juga dijamin oleh undang-undang tertinggi negara.\n\n\nSehubungan itu memetik laporan BH, katanya, pejuang mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk pernyataan, sama ada atas pentas ceramah mahupun di media sosial yang berunsur merendahkan martabat serta status mana-mana individu kerana kaum atau agama yang dianuti seseorang itu.\n\n\nPihak berkuasa juga katanya mesti berlaku adil dalam mana-mana siasatan dan menumpukan pada fakta-fakta aduan atau kes.\n\n\n\u201cJanganlah hanya kerana aduan itu dari mereka dalam kerajaan, ia mungkin mendapat kelebihan berbanding aduan terhadap pihak dalam kerajaan,\u201d katanya.\n\n\n\n\nPemimpin PKR itu menulis \u2018parti India estet\u2019 sebagai reaksi balas terhadap laporan berita pengumuman PSM yang mencalonkan aktivis sosial, M Sivaranjani untuk DUN Meru.\n\n\nKenyataan tular berpunca daripada tangkap layar komen kumpulan WhatsApp PKR dibuat Mohd Najwan, tersebar di media sosial semalam.\n\n\n\n\nNajwan mohon maaf kata PSM 'parti India estet' \nhttps://t.co/Dj2SRtHWJJ\n \n#malaysiagazette\n\n\n\u2014 Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) \nJuly 15, 2023\n\n\n\n\nNajwan yang juga Timbalan Ketua Keadilan Shah Alam, kemudiannya memohon maaf,\u00a0 \u00a0berikutan komen \u2018parti India estet\u2019 yang dilontarkannya dalam mesej WhatsApp dalam\u00a0\ngroup\n\u00a0\u2018Keadilan\u2019.\n\n\nKomen berkenaan berkaitan pengumuman Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang meletakkan calon berketurunan India, Sivaranjani Manickam bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Meru, Selangor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/15/permohonan-maaf-hina-raja-tidak-selesai-masalah/", "title": "Permohonan maaf hina Raja tidak selesai masalah", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Permohonan maaf Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak boleh diambil kira sebagai penyelesaian kerana ia melibatkan kesalahan undang-undang.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan, walaupun kebebasan bersuara merupakan hak perlembagaan setiap warga Malaysia di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kebebasan ini tertakluk kepada Perkara 10(2) bagi memastikan ketenteraman dan keamanan terjamin.\n\n\n\u201cSesiapa sahaja yang membangkitkan isu-isu yang membelah bahagi, mengganggu ketenteraman awam dan tidak menghormati institusi raja-raja, harus ingat bahawa ini adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan tidak akan terselesai atas alasan memohon maaf kerana permohonan kemaafan bukan satu pembelaan dari segi undang-undang (legal defence) dalam perundangan jenayah.\n\n\n\u201cBiarlah Polis Diraja Malaysia diberi kebebasan untuk siasat sesiapa sahaja yang membangkitkan isu 3R yang melanggar mana-mana undang-undang tanpa campur tangan mana-mana pihak,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKu Li dilantik sebagai Penasihat UMNO\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih kepada semua pengundi \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nPegawai KPDN diarah jumpa pemilik restoran henti jual Menu Rahmah\n\n\n\n\n\n\nTarik Balik Poster Papar Imej Wanita Bertudung\n\n\n\n\n\n\nTarik balik rayuan timbul pertikaian isu agama : ABIM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSaya ingin membawa perhatian kepada tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri \n@SanusiMNor\n, di mana beliau telah dalam ceramah politiknya, mempersoalkan kewibawaan Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan pemilihan Menteri Besar \n#Selangor\n baru-baru ini. \n\n\nKerajaan mahu tegaskan\u2026\n\n\n\u2014 Azalina Othman Said (@AzalinaOthmanS) \nJuly 15, 2023\n\n\n\n\nJelasnya lagi, Sanusi dalam ceramah politiknya, dilihat mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor berkaitan pemilihan Menteri Besar Selangor baru-baru ini.\n\n\n\u201cSebagai orang politik atau mana-mana orang yang dikurniakan kuasa, kita harus sedar bahawa pertuturan kita ada kuasa untuk mempengaruhi orang ramai, terutama sekali dalam musim pilihan raya,\u201d katanya.\n\n\nSetakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 31 laporan di seluruh negara membabitkan kenyataan Sanusi yang didakwa mempertikai kewibawaan institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan menteri besar negeri itu.\n\n\nSanusi mohon ampun kepada Sultan Selangor, dakwa kenyataan diputar belit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/15/prn-muda-psm-bekerjasama-beri-pilihan-baru-kepada-pengundi/", "title": "PRN: MUDA, PSM kerjasama beri pilihan baru kepada pengundi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nParti Sosialis Malaysia (PSM) dan MUDA mengumumkan mereka akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.\n\n\nPengerusi PSM, Dr Michael Jeyakumar berkata, dalam kerjasama itu, kedua-dua parti sudah setuju untuk tidak bertembung dalam kerusi DUN yang akan ditandingi.\n\n\n\u201cKita tidak akan bertindih dalam kerusi yang ditandingi. Di kerusi yang ditandingi PSM, MUDA tidak akan bertanding dan sebaliknya.\n\n\n\u201cIni hanya langkah pertama dan kami berharap dapat bekerjasama untuk membawa politik baru yang lebih bersih untuk negara,\u201d katanya dalam satu sidang media bersama MUDA pada Sabtu.\n\n\nMuda dan PSM umum kerjasama dalam PRN.\n\n\nPresiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman percaya, kerjasama ini merupakan titik sejarah bagi kedua-dua parti dengan \nberlandaskan lima prinsip.\n\n\n\u201cPertama, menolak politik perkauman, kedua untuk mengangkat nasib rakyat terbanyak dan terpinggir, ketiga mengangkat demokrasi yang tulen, keempat adalah untuk pembangunan yang seimbang dan inklusif dan kelima untuk mengangkat isu-isu alam sekitar dan perubahan iklim.\n\n\n\u201cSebagai presiden, MUDA akan turun, kempen, bantu PSM, tidak kira menang atau kalah akan bersama-sama,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan berkata, rakyat kini mempunyai alternatif dengan memilih MUDA-PSM pada pilihan raya akan datang.\n\n\nSebelum ini, MUDA memutuskan untuk bergerak secara solo pada PRN di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.\n\n\nSyed Saddiq berkata, keputusan itu dicapai secara konsensus selepas mendapatkan pandangan pelbagai pihak termasuk penyokong parti itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/15/sanusi-hanyalah-pelawak-politik-zahid-hamidi/", "title": "Zahid kata Sanusi hanya pelawak politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor hanya pelawak politik yang mempunyai ramai pengikut.\n\n\nSehubungan itu, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, rakyat Kedah diminta membuat pilihan terbaik untuk memilih pemimpin yang berwibawa dan berwawasan tinggi untuk memajukan negeri tersebut.\n\n\n\u201cKalau pelawak politik yang tidak mempunyai aura dianggap sangat popular maka kita serahkan kepada kebijaksanaan pengundi-pengundi di negeri kedah.\n\n\n\u201cYang kita cari adalah kerajaan yang berwibawa, yang kita cari ialah pemimpin yang serius yang menjaga soal-soal kepentingan dan kemakmuran rakyat bukan hanya menjadi pelawak politik,\u201d katanya ketika ditemui selepas bertemu jentera pilihan raya UMNO dan BN di\u00a0 Merbok, Kedah, hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n88% perokok beralih hisap vape untuk berhenti merokok\n\n\n\n\n\n\nPertahan institusi masjid daripada jadi gelanggang politik\n\n\n\n\n\n\nRM50juta naik taraf Institusi Pendidikan Mara \u2013 TPM\n\n\n\n\n\n\nKurangkan peruntukan Ahli Parlimen akan jejas pembangunan, kemajuan \u2013 Rosol\n\n\n\n\n\n\nLIMA\u201923: Tun M terima anugerah pencapaian sepanjang hayat\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam perkembangan lain, menyentuh permohonan ampun terhadap Sultan Selangor, kata Ahmad Zahid, agensi penguatkuasaan perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap Muhammad Sanusi yang didakwa menyentuh isu 3R, berkaitan agama, kaum dan institusi diraja.\n\n\nKata Timbalan Perdana Menteri itu, permohonan maaf itu saja tidak mencukupi kerana Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sudah mengingatkan agar ahli politik agar tidak menyentuh isu berkenaan.\n\n\n\n\n\n\n\u201cBanyak pihak juga telah menyebut perkara ini termasuk Musyidul Am partinya sendiri (Datuk Hashim Jasin), kalau benar itu nasihat yang telah diberikan. Tetapi mungkin terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya,\u201d\n\n\n\n\n\n\nKetika ditanya saranan Muhammad Sanusi agar beliau melakukan taubat nasuha sebanyak 48 kali, Ahmad Zahid berkata nasihat itu harus dilakukan oleh beliau sendiri kerana Menteri Besar itu sudah mengakui kesilapan dan meminta maaf.\n\n\n\u201cBudaya ini adalah budaya yang harus ditolak oleh rakyat keseluruhannya apa juga agama yang kita dianuti apatah lagi agama Islam sebab fitnah seolah-olah telah menjadi budaya mereka.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApatah lagi caci hamun dan kalau kita mahu berbeda pendapat kita gunakan fakta, kita gunakan perbezaan pendapat itu dengan akhlak bukan dengan cara yang tidak mempunyai akhlak politik langsung.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTambah lagi jika seorang pemimpin itu datang dari sebuah parti yang berasaskan kepada agama. Tentu ini memberikan gambaran yang sangat negatif bukan hanya kepada para pengundi dan para rakyat keseluruhannya,\u201d katanya.\u00a0 \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/16/bukan-kuasa-pm-beri-pentaulihan-kepada-agamawan-ulama/", "title": "Bukan kuasa PM beri pentaulihan kepada agamawan, ulama", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, pemberian tauliah kepada tokoh agamawan dan ulama Islam di negara ini bukan di atas kapasiti dan kuasa Perdana Menteri sebaliknya adalah di bawah perkenan Raja-Raja Melayu.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim\n\n\nAnwar berkata, walaupun Perdana Menteri memegang pelbagai kuasa tetapi apabila ia melibatkan soal agama Islam, kuasa berkenaan sepenuhnya terletak pada Raja-Raja Melayu.\n\n\n\u201cMereka kata sebab Anwar jadi Perdana Menteri, ada orang tak dapat tauliah. Dengar baik-baik. Ada orang akan dapat tauliah dia. Bukan keputusan saya. Ini keputusan Raja-Raja Melayu.\n\n\n\u201cSaya tidak mencampuri urusan siapa dapat tauliah, siapa tak dapat tauliah,\u201d jelasnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBaucar Rm500 Ganti Barangan Elektrik Mula 7 Jan\n\n\n\n\n\n\nSelamat hari lahir ke-98 Tun!\n\n\n\n\n\n\nTak perlu panik, Tuaran masih terkawal \u2013 Dr Zaliha\n\n\n\n\n\n\nSubsidi bersasar atasi masalah ketirisan dan bekalan\n\n\n\n\n\n\nZahid gagal dapat pasport secara kekal\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang hari ini.\n\n\nUjarnya, keputusan Raja-Raja Melayu adalah untuk tidak mengizinkan masjid menjadi platform politik sebaliknya ia hanya boleh digunakan untuk aktiviti penyampaian dakwah serta tazkirah.\n\n\nAnwar sentiasa menghormati keputusan Raja-Raja Melayu, walaupun beliau turut pernah merayu untuk memberikan pentaulihan kepada beberapa ulama.\n\n\n\u201cJadi yang tidak dapat tauliah, kita buat rayuan kepada Raja. Jangan pi (pergi) kecam Perdana Menteri. Hang (awak) tak reti (faham) undang-undang,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nBaru-baru ini, pihak pentadbir akaun Instagram Azhar Idrus mendakwa \u2018Kuliah Maghrib Perdana\u2019 penceramah itu yang dijadual pada 16 Julai didakwa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.\n\n\nNamun, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu kenyataan berkata, pihak masjid telah membuat pemakluman berhubung penangguhan undangan lebih awal kepada pihak penceramah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/16/chegu-bard-lapor-polis-terhadap-pm/", "title": "Che\u2019gu Bard lapor polis terhadap PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che\u2019gu Bard hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kerana mendakwa menyalahgunakan kedudukan mereka berhubung isu pemilikan harta.\n\n\nDakwanya, Anwar dan Ahmad Farhan telah menggunakan kedudukan mereka untuk menekan polis mengambil tindakan terhadap dirinya akibat pendedahan dibuat berkaitan kemungkinan salah laku dan salah guna kuasa kepemmpinan kerajaan sekarang.\n\n\n\u201cLaporan dan pertanyaan saya adalah berniat murni supaya PM10 (Anwar) dipegang kepada slogannya untuk banteras rasuah.\n\n\n\u201cMaka adalah perlu supaya pihak berkuasa menyiasat perkara sebenar di sebalik pemilikan rumah tersebut yang kononnya adalah pajakan panjang antara PM10 dan pemilik Cina tersebut,\u201d dakwanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan kementerian mana urus isu kalimah Allah \u2013 Naim\n\n\n\n\n\n\nPengeluaran KWSP secara terus lebih mudah berbanding cagaran\n\n\n\n\n\n\nBERSATU lapor polis fitnah terhadap Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nPolis larang terbangkan dron di kawasan tumpuan PRN\n\n\n\n\n\n\nPembantu Ahli Parlimen langgar kod etika pakaian diarah keluar\n\n\n\n\n\n\n\n\nDia hadir membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 12 tengah hari ini.\n\n\nBadrul Hisham berkata, pajakan panjang lazimnya dibuat pada premis atau hartanah perniagaan dan bukan rumah kediaman.\n\n\n\u201cIni adalah untuk memastikan bahawa perisytiharan harta yang dibuat oleh PM10 dan kepimpinan kerajaan sekarang telus dan benar dan bukan satu usaha untuk menyembunyikan harta secara proksi untuk mengelakkan rakyat mengetahui kekayaan mereka yang sebenar.\n\n\n\u201cSaya juga percaya bahawa perbuatan PM10 dan Ahmad Farhan menggunakan polis dan membuat laporan palsu untuk menakut-nakutkan dan mendiamkan mulut saya bercanggah dengan undang-undang, kebebasan bersuara yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan,\u201d dakwanya.\n\n\nKhamis lalu, Ahmad Farhan membuat laporan polis terhadap Che\u2019gu Bard, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Raggie Jessy Rithaudeen.\n\n\nKatanya, ini susulan ketiga-tiga individu berkenaan telah mengeluarkan dan menyebar beberapa kenyataan palsu dan bersifat memfitnah terhadap Anwar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/16/kematian-kanak-kanak-perempuan-menteri-kesihatan-tunggu-laporan-polis/", "title": "Kematian kanak-kanak perempuan, Menteri Kesihatan tunggu laporan polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kematian seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun yang didakwa akibat kecuaian pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang baru-baru ini akan mengambil kira laporan polis terlebih dahulu.\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, setakat ini pihaknya tidak mahu mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana masih belum mendapatkan maklumat terperinci.\n\n\nDalam pada itu, beliau turut meminta semua pihak bertenang sementara menunggu siasatan polis kini yang sedang dilakukan bagi mengetahui punca kejadian.\n\n\n\u201cSaya tak nak cakap lebih-lebih kerana kes itu sudah menjadi kes polis sebelum tindakan dilakukan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Selangor Baharu\u2019 tawaran PN kepada rakyat Selangor\n\n\n\n\n\n\nPihak Berkuasa Digesa Kaji Harga Bahan Mentah Makanan Ternakan\n\n\n\n\n\n\nPersenda OKU Diminta Mohon Maaf\n\n\n\n\n\n\nPNBBC Sokong Ismail Sabri\n\n\n\n\n\n\nKhairy jawab Puad, dia tidak guna proksi\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu Zaliha menasihatkan semua pihak tidak menularkan apa-apa maklumat sebelum mendengar perkara sebenar daripada pihak yang terbabit contohnya Pengarah Kesihatan Negeri dan sebagainya.\n\n\n\u201cSaya minta masyarakat lebih berhati-hati dan mendapatkan sumber yang betul serta jangan menyebarkan perkara tidak baik terutama di media sosial,\u201d tambahnya.\n\n\nSebelum ini media melaporkan kematian Dea Maisarah Bada ketika mendapatkan rawatan di HTAR.\n\n\nMenerusi rakaman video TikTok @catloverscatlovers, Bada Hussein, menjelaskan kronologi mengenai apa yang berlaku ke atas anaknya yang berusia 10 tahun pada hari kejadian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/16/kuliah-ustaz-azhar-idrus-ditangguh-jawi-tampil-beri-penjelasan/", "title": "Kuliah Ustaz Azhar Idrus ditangguh, JAWI tampil beri penjelasan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Program kuliah penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Othman Ibnu Affan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan diperjelaskan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).\n\n\nDalam satu kenyataan hari ini JAWI memaklumkan, isu pembatalan adalah tidak berbangkit sama sekali.\n\n\nJelasnya, pihak masjid telah membuat pemakluman penangguhan undangan kepada pihak penceramah lebih awal, bagi proses penyusunan semula jadual pengkuliahan membabitkan penceramah serta tenaga pengajar mengambil kira beberapa acara utama.\n\n\n\u201cKami berpandangan agar sebarang isu yang timbul dapat ditangani secara harmoni berlandaskan semangat persaudaraan antara semua pihak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPihak Berwajib Perlu Pandang Serius Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\nMustahil hari raya disambut pada Jumaat\n\n\n\n\n\n\nKrisis Sudan: Wisma Putra sedaya upaya bawa pulang rakyat Malaysia\n\n\n\n\n\n\nHospital Serdang dikenali sebagai Hospital Sultan Idris Shah\n\n\n\n\n\n\nMajlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBagi pihak Jawi, kami komited untuk memastikan institusi masjid dan surau terus berperanan sebagai pengkalan ibadah, pusat ilmu dan penyatuan masyarakat.\n\n\n\u201cIni berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505), Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019 dan Garis Panduan Program Pengajian Serta Pengimarahan Masjid dan Surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan,\u201d katanya.\n\n\n\n\nMenerusi pengendali facebook Ustaz Azhar Idrus dalam satu hantar memaklumkan pihaknya terpaksa memohon maaf berikutan kuliah maghrib terpaksa dibatalkan.\n\n\nKatanya, pembatalan kuliah itu atas arahan pihak tertentu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/16/siasatan-tiga-pemimpin-parti-politik-sentuh-3r-hampir-siap-kpn/", "title": "Siasatan tiga pemimpin parti politik sentuh 3R di peringkat akhir \u2013 KPN", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Sisatan ke atas tiga pemimpina parti dipercayai menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) kini diperingkat akhir sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.\n\n\nKetua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan itu membabitkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor.\n\n\n\u201cSiasatan kini sudah mencecah 70 peratus dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, pada minggu hadapan.\n\n\n\u201cSetakat ini kita sudah mengambil keterangan ketiga-tiga pemimpin berkenaan untuk siasatan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPDRM gantung kuasa, hak keistimewaan \u2018Inspektor Sheila\u2019\n\n\n\n\n\n\nSemak Semula Kebenaran Perjalanan Ke Negara Lain\n\n\n\n\n\n\nUsah kritik berlebihan lawatan Perdana Menteri di Riyadh\n\n\n\n\n\n\nTuntutan Sulu: Cubaan laksana perintah survei bangunan milik Malaysia gagal\n\n\n\n\n\n\nMasa Belajar Pendidikan Islam Lebih Di SK Daripada SJK\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, beliau turtu memaklumkan setakat ini hanya tiga laporan yang diterima berhubung kenyataan yang menyentuh isu 3R.\n\n\n\u201cTiga sahaja yang betul-betul menyentuh isu 3R dan tiada lagi laporan diterima berhubung pemimpin politik lain,\u201d\u00a0ujarnya.\n\n\nTerdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Abdul Hadi, Guan Eng dan Sanusi berhubung kenyataan mereka yang dipercayai menyentuh isu 3R."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/16/skmm-sahkan-tiada-arahan-sekat-akaun-tiktok-mb-kedah/", "title": "SKMM sahkan tiada arahan sekat akaun TikTok MB Kedah", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menerima sebarang arahan untuk menyekat akaun TiTok rasmi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.\n\n\nSuruhanjaya itu menerusi kenyataan memaklumkan, tuduhan Sanusi itu telah diteliti dan mengesahkan tiada arahan untuk melakukan perkara tersebut.\n\n\n\u201cPlatform-platform media sosial mempunyai garis panduan komuniti (Community Guidelines) yang menentukan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pengguna secara automatik apabila terdapat pelanggaran terhadap panduan tersebut, mahupun berdasarkan aduan orang ramai.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTersenarai Mega Projek Paling \u2018Tidak Berguna\u2019 Di Dunia\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir saman Anwar RM150 juta\n\n\n\n\n\n\nMahkamah tolak rayuan Dr Kamarul dalam kes saman fitnah terhadap Khalid Samad\n\n\n\n\n\n\nGantung akaun rider, orang ramai mahu boikot Grab\n\n\n\n\n\n\nPengurusan Menara KL Ambil Tindakan Undang-Undang Pihak Sebar Fitnah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cGaris panduan komuniti sedemikian menetapkan jangkaan, mempromosikan keterangkuman dan mengurangkan kandungan memudaratkan atau yang berbaur jelik yang boleh mengganggu keharmonian dalam komuniti,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Muhammad Sanusi mendakwa akaun TikTok miliknya yang dikatakan sudah \u2018dipadam\u2019 masih lagi boleh diakses di luar negara.\n\n\nSanusi mendakwa sedemikian menerusi satu kenyataan ringkas di Facebook hari ini.\n\n\nDifahamkan Sanusi berkata demikian susulan dakwaan seorang individu di ruangan komentar seperti dalam gambar tangkap layar yang dimuat naik bersama hantaran berkenaan.\n\n\nKomentar individu itu mendakwa halangan (blok) akaun TikTok menteri besar tersebut dikatakan hanya \u2018berkuat kuasa\u2019 di Malaysia sahaja."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/16/tuduhan-saifuddin-berniat-jahat-mainan-politik-isu-marris-ree/", "title": "Tuduhan Saifuddin berniat jahat, mainan politik isu MARRIS, REE", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\nIsu dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan kecurian unsur nadir bumi (REE) yang dinyatakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail didakwa tidak benar kerana bersifat mengelirukan.\n\n\nMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan berkata, \nbaki peruntukan MARRIS yang tidak dibelanjakan sebanyak RM259 juta ada dalam simpanan tetap kerajaan negeri dan ia dilaporkan dalam Penyata Kewangan serta diaudit oleh Jabatan Audit Negara.\n\n\n\u201cSejak 10 tahun yang lalu (mulai tahun 2014 hingga kini) Kerajaan Negeri Kedah mengurus kewangan secara teratur tiada menyalahi mana-mana tata kelola kewangan. Dalam tempoh tersebut Kerajaan Negeri terima peruntukan RM2.071 billion dan sebanyak RM1.812 billion digunakan untuk penyelenggaraan jalan.\u201d\n\n\n\u201cBaki peruntukan MARRIS yang tidak dibelanjakan sebanyak RM259 juta ada disimpan di dalam simpanan tetap Kerjaan Negeri dan ini dilaporkan dalam penyata Kewangan serta telah di audit oleh Jabatan Audit Negara.\u201d \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMeta lancarkan Threads, lawan Twitter\n\n\n\n\n\n\nPEJUANG mahu wujudkan satu gagasan besar orang Melayu bersama PN\n\n\n\n\n\n\nProjek tebatan banjir RM600 juta dimulakan Jun ini\n\n\n\n\n\n\nAnwar bukti keabsahan sebagai PM di Parlimen\n\n\n\n\n\n\nNama Tengku Zafrul \u2018tercicir\u2019 daripada senarai calon BN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTidak ada langsung salah guna peruntukan sepertimana yang disebut oleh YB Menteri. Jika ada salah laku sudah tentu perkara ini telah dibangkitkan dalam laporan Ketua Audit Negara,\u201d katanya.\n\n\nSebaliknya, kata Sanusi, \napa yang dibangkitkan oleh Audit Negara adalah baki peruntukan sebelum tahun 2014 bukan semasa pentadbiran beliau yang dikatakan menyalahi tata kelola pengurusan kewangan serta salah laku dan ia boleh disemak menerusi penyata kewangan yang diaudit.\n\n\nSehubungan itu, pihaknya \nakan mengambil tindakan undang-undang terhadap\n Saifuddin kerana berniat jahat untuk memfitnah dan bermotifkan politik.\n\n\n\u201cPada hemat saya, surat Kerajaan Negeri Kedah kepada Kementerian Kewangan inilah yang telah dirujuk oleh Menteri terbabit. Perkara atau urusan berhubung pentadbiran akaun penyelenggaraan jalan negeri ini telah berlaku sejak sekian lama ianya ditubuhkan.\u201d \n\n\n\u201cMalahan dalam bahagian SYOR AUDIT dalam laporan KAN tersebut juga tiada menyentuh mengenai kesalahan dalam tatacara perakaunan akaun amanah atau perakaunan KNK.\u201d\n\n\n\u201cPendapat Ketua Audit Negara dalam Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 juga telah menyatakan bahawa secara keseluruhannya Penyata Kewangan KNK menunjukkan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan KNK.\u201d\n\n\n\u201cBerdasarkan penjelasan di atas, tuduhan YB Menteri bahawa KNK telah melakukan kesalahan dalam tata kelola kewangan kerajaan adalah bersifat mengelirukan, berniat jahat memfitnah, dan bermotifkan politik,\u201d ujarnya.\n\n\nMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor tampil hari ini memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dilemparkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.\n\n\nJelas Sanusi, Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah bukan dikompaun atas kesalahan mencuri mineral berkenaan, sebaliknya disebabkan agensi terbabit adalah pemegang permit ladang hutan di kawasan yang berlaku kecurian.\n\n\nKatanya, \nsatu permit penggunaan telah dikeluarkan atas nama MBI yang melantik satu syarikat usaha sama untuk membangunkan ladang hutan, bukan syarikat tersebut yang dikompaun.\n\n\nMenurut Sanusi, yang dikompaun adalah pihak ketiga yang menceroboh dan melakukan kegiatan mencuri (REE).\n\n\nDalam dokumen Pejabat Tanah dan Galian (PTG) terdapat nama individu yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965.\n\n\nSemalam, Saifuddin mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didenda RM500,000 atas dakwaan mencuri unsur nadir bumi tahun lalu.\n\n\nSaifuddin berkata, denda itu dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) ke atas MBI Kedah kerana kegiatan yang dilakukan di Sik.\n\n\nDalam pada itu, Sanusi turut mengingatkan Saifuddin menjaga Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta tidak mencampuri urusan kementerian lain iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/17/40-tahun-kekal-bersih-rasuah-imej-singapura-tercalar/", "title": "40 tahun kekal bersih rasuah, imej Singapura tercalar", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Imej bersih daripada rasuah Republik Singapura, tercalar apabila negara itu dikejutkan dengan laporan media berhubung seorang Menteri Kabinet dan seorang hartawan yang ditahan berkaitan satu daripada kes rasuah paling serius dalam tempoh 40 tahun.\n\n\nKes\u00a0 membabitkan Menteri Pengangkutan, S Iswaran dan Ong Beng Seng itu juga menjejaskan parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP).\n\n\nSejak tahun 1995,\u00a0 Singapura sentiasa menjadi antara 10 negara\u00a0 yang paling kurang terbabit rasuah dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International.\n\n\nPegawai awam di Singapura adalah antara yang memperoleh gaji tertinggi di dunia, dengan Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong memperoleh pakej kira-kira SGD$2.2 juta (RM7.54 juta) setahun.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n147 Ketua Wanita Bahagian mahu Shahrizat kembali\n\n\n\n\n\n\nBaucar Rm500 Ganti Barangan Elektrik Mula 7 Jan\n\n\n\n\n\n\nSindiket Kuota Umrah: SPRM tahan pengarah urusan agensi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nAbang Iskandar angkat sumpah jawatan & taat setia sebagai Presiden Mahkamah Rayuan\n\n\n\n\n\n\nPihak luar terbabit lakukan perlombong haram nadir bumi \u2013 Aminuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\nPemberian gaji tertinggi kepada penjawat awam adalah antara strategi yang dikatakan bagi menolak gejala rasuah berlaku dan ia membantu persepsi kes rasuah di negara itu kekal rendah.\n\n\nPenyiasatan dibuat ketika PAP, yang sudah memerintah sejak kemerdekaan pulau itu pada 1965, melaksanakan rancangan penggantian pucuk pimpinan tertinggi.\n\n\nPAP perlu memastikan apa-apa kesan daripada siasatan itu ditangani sebelum pilihan raya umum (PRU) yang mesti diadakan menjelang November 2025.\n\n\nSelain kes terbaru itu, bulan lalu, Menteri Luar, Vivian Balakrishnan serta Menteri Dalam Negeri dan Undang-undang, K Shanmugam dibersihkan daripada salah laku biro antirasuah kerana menyewa kediaman kolonial berhampiran hab gaya hidup mewah.\n\n\nPerdana Menteri, Lee Hsien Loong, mengarahkan semakan semula selepas pembangkang bertanya sama ada menteri berkenaan membayar kadar sewa di bawah harga pasaran.\n\n\nMalah, Hsien Loong sendiri (ketika menjadi timbalan perdana menteri) bersama bapanya, perdana menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, pada 1996 menghadapi dakwaan menerima diskaun bagi empat pangsapuri mewah dibangunkan oleh Beng Seng.\n\n\nPerdana menteri ketika itu, Goh Chok Tong, berkata siasatan diperlu dilakukan untuk melindungi reputasi kerajaan dan mereka berdua kemudian dibersihkan dalam siasatan.\n\n\nPada 1986 pula, Menteri Pembangunan Negara ketika itu, Teh Cheang Wan, disiasat oleh CPIB kerana menerima rasuah, namum beliau menafikan menerima wang itu dan meninggal dunia sebelum didakwa secara rasmi.\n\n\nPada 1975, Menteri Alam Sekitar ketika itu, Wee Toon Boon, dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana menerima rumah dua tingkat dan tanah. \u2013 AGENSI"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/17/kkd-usaha-lindungi-wartawan-sambilan/", "title": "KKD usaha lindungi wartawan sambilan", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang berusaha melindungi kebajikan wartawan sambilan (\nstringer\n) dalam industri media kerana mereka memerlukan perlindungan semasa menjalankan tugas.\n\n\nSemalam, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan pihak berkaitan berhubung sumbangan untuk wartawan khususnya wartawan sambilan.\n\n\nPresiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Datuk Ahirudin Attan berkata, perbincangan itu akan memastikan bahawa wartawan sambilan dilindungi jika berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan semasa bertugas.\n\n\n\u201cKetika ini, kebanyakan wartawan sambilan tidak dilindungi melainkan mereka adalah bekas wartawan dari organisasi media.\n\n\n\u201cWartawan sambilan adalah sebahagian daripada industri media, kerana kebanyakan organisasi tidak mempunyai wartawan di lokasi kejadian pada sepanjang masa,\u201d katanya kepada Bernama ketika dihubungi.\n\n\nSehubungan itu, beliau menyarankan KKD meneruskan usaha agar wartawan sambilan ini dapat menyumbang kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mewujudkan prosedur yang lebih sistematik.\n\n\nBeliau turut mencadangkan agar KKD mengadakan perbincangan dengan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM), wakil organisasi media, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Kementerian Sumber Manusia untuk menyeragamkan skop kerja dan kadar pengambilan pekerjaan bagi wartawan sambilan.\n\n\n\u201cPerbincangan lebih mendalam juga perlu untuk menentukan kadar bayaran standard kepada\u00a0\nstringer\n sama ada dibayar berdasarkan jam atau setiap artikel,\u201d tambahnya.\n\n\nWakil Astro AWANI Perak Amirrul Rabbani Rashid berkata, jika bayaran caruman seperti yang diumumkan KKD dapat direalisasikan, \nstringer\u00a0\nboleh menikmati faedah misalnya daripada segi tanggungan kos rawatan kesihatan, sebagaimana yang dinikmati pencarum Perkeso lain.\n\n\n\u201cUsaha itu dilihat dapat meringankan beban\u00a0\nstringer\n\u00a0terutama dalam menghadapi situasi luar jangka seperti berdepan dengan kemalangan atau kecederaan semasa bertugas,\u201d katanya.\n\n\nSelain itu, beliau mencadangkan supaya KKD mengadakan usaha sama antara agensi seperti Kementerian Kewangan atau Bank Negara dalam memberi bantuan pinjaman pembiayaan bank misalnya bagi urusan memiliki rumah atau kenderaan.\n\n\n\u201cIni kerana ada sesetengah\u00a0\nstringer\u00a0\nmenghadapi masalah dari segi urusan berkenaan. Walhal, ada dalam kalangan mereka yang mempunyai pendapatan bulanan layak untuk memohon pinjaman bank,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Presiden NUJM Farah Marshita Abdul Patah berkata, melalui bayaran caruman Perkeso, pemberita sambilan juga akan mendapat pampasan sekiranya terbabit dalam sebarang kemalangan semasa menjalankan tugas.\n\n\nBeliau turut mencadangkan selain sumbangan Perkeso, KKD juga perlu melihat kepada keperluan wartawan sambilan dalam mendapatkan perlindungan insurans perubatan atau kad perubatan, sekiranya mereka mengalami kecederaan atau dimasukkan ke hospital akibat kemalangan.\n\n\n\u201cSelain perlindungan insurans, KKD harus melihat kadar bayaran bagi\u00a0\nstringer\n terutamanya terhadap bayaran lebih masa kerana kebanyakan mereka bekerja lebih lapan jam,\u201d tambahnya.\n\n\n\n\nsumber \u2013 Harian Metro"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/17/konflik-sudan-19000-pelarian-lari-ke-negara-jiran/", "title": "Konflik Sudan: 19,000 pelarian lari ke negara jiran", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Konflik berdarah yang melibatkan Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) menyebabkan lebih 19,000 pelarian berpindah ke negara jiran, Sudan Selatan, lapor Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).\n\n\nPejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di Sudan Selatan berkata, pada hujung minggu bahawa jumlah ketibaan dianggarkan akan terus meningkat ketika pergolakan di Sudan berterusan.\n\n\n\u201cKeadaan jalan dan rupa bumi yang teruk pada musim hujan dan keadaan keselamatan yang tidak menentu serta kekurangan dana untuk mengekalkan operasi kekal sebagai cabaran utama,\u201d kata PBB.\n\n\nKanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya berbanding sebelum ini, dengan ramai yang tidak bersekolah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsrael serang, musnahkan kampung Palestin lebih 200 kali\n\n\n\n\n\n\nPAS anjur himpunan solidariti bantah tindakan bakar Al-Quran Jumaat ini\n\n\n\n\n\n\nIsrael terus menyerang Al-Aqsa pada penghujung Ramadan\n\n\n\n\n\n\nSekatan terhadap rakyat Palestin ke Al-Aqsa ketika Ramadan\n\n\n\n\n\n\nTragedi Stadium Kanjuruhan, pegawai perlawanan bola dipenjara 18 bulan\n\n\n\n\n\n\n\n\nLaporan itu mengatakan bahawa rakan kongsi Pelan Tindak Balas Kecemasan telah membuat kemajuan besar dalam membantu mereka yang memerlukan tetapi skala krisis yang besar memerlukan lebih banyak sokongan.\n\n\nLebih 4 juta orang masih kehilangan tempat tinggal di Sudan, seramai 2.5 juta di dalam dan 2.2 juta di negara jiran, menurut PBB.\n\n\nPertempuran di Sudan pada 15 April telah mengakibatkan kemasukan orang ramai yang melarikan diri dari negara itu ke negara jiran, termasuk Sudan Selatan.\n\n\nPBB memberi amaran bahawa konflik tanpa henti di Sudan boleh menjejaskan kestabilan wilayah yang lebih luas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/17/memperingati-ulang-tahun-kesembilan-tragedi-mh17/", "title": "Memperingati ulang tahun kesembilan tragedi MH17", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Isnin \u2013 Malaysia kekal teguh dalam komitmennya untuk mencari kebenaran, keadilan dan kebertanggungjawapan terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang ditembak jatuh.\n\n\nKementerian Pengangkutan (MoT) dalam kenyataan hari ini bagi memperingati ulang tahun kesembilan tragedi MH17 memaklumkan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada mesyuarat sesi ke-228 pada 17 Mac lalu, memutuskan untuk meneruskan pendengaran penyelesaian perbezaan antara pihak berkonflik.\n\n\n\u201cKeputusan kes jenayah nahas penerbangan MH17 disampaikan oleh Mahkamah Daerah The Hague di Belanda pada 17 November 2022.\n\n\n\u201cKesimpulannya menandakan peristiwa penting dalam membongkar kebenaran dan menegakkan keadilan buat kesemua 298 mangsa dan waris mereka, termasuk 43 rakyat Malaysia yang berada dalam pesawat itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri tak setuju 2 jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan\n\n\n\n\n\n\nIndia dan Jepun bawa keluar rakyat terkandas\n\n\n\n\n\n\n2 helikopter sedia ke lokasi banjir di Pantai Timur\n\n\n\n\n\n\n\u201cDAP boleh jadi punca kerajaan Anwar runtuh\u201d \u2013 Puad Zarkashi\n\n\n\n\n\n\nSPR Saran Pengundi Datang Lebih Awal\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNamun begitu, usaha mencari keadilan tidak terhenti dengan perkembangan ini,\u201d menurut kenyataan itu\n\n\nKementerian turut mengulangi rasa simpati dan takziah kepada keluarga dan insan tersayang mangsa tragedi MH17 itu.\n\n\nPada 17 Julai 2014, pesawat Boeing 777 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia ditembak jatuh di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru penerbangan itu. \u2013 Bernama"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/17/prn-tidak-terbabit-secara-langsung-gps-hanya-hantar-wakil/", "title": "PRN : Tidak terbabit secara langsung GPS hanya hantar wakil", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Gabungan Parti Sarawak (GPS),\u00a0 akan menghantar wakil bagi mengiringi calon parti Kerajaan Perpaduan di enam negeri yang akan melaksanakan pilihan raya,\u00a0 pada hari penamaan calon, 29 Julai ini.\n\n\nPremier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata wakil itu ditentukan selepas GPS\u00a0 memutuskan untuk tidak terbabit secara langsung dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.\n\n\nBeliau berkata, lima menteri dan enam timbalan menteri dari GPS yang berada di dalam Kabinet Persekutuan pula akan membantu menerusi tugas mereka di kementerian masing-masing.\n\n\n\u201cKita (GPS) tidak akan menghantar jentera kempen, tetapi kita ada 11 wakil dalam kabinet Persekutuan yang akan membantu rakan-rakan parti Kerajaan Perpaduan.\u201d\n\n\nJelas beliau,\u00a0 bagai tujuan itu Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan memikul tanggungjawab untuk seluruh negara.\n\n\nMenteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing\u00a0 pula katanya tentunya memberi tumpuan kepada sektor pelancongan misalnya memastikan Langkawi terus menjadi lokasi tumpuan di Malaysia.\n\n\nManakala, Datuk Seri Nancy Shukri pula memberi tumpuan kepada kebajikan seluruh Malaysia manakala Datuk Rubiah Wang sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah akan memainkan peranan sesuai dengan tanggungjawab kementeriannya.\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kelmarin.\n\n\n\n\n\n\nAbang Johari yang juga Pengerusi GPS berkata, faktor lain pihaknya tidak menghantar jentera kempen ialah mereka kurang arif dengan isu di Semenanjung.\n\n\n\n\n\n\n\u201cTetapi kita mahu membawa mesej (menerusi menteri dan timbalan menteri) perkara penting yang perlu ditekankan ialah perlunya semua negeri itu memiliki kerajaan negeri yang stabil,\u201d katanya.\n\n\n\n\n\n\nSelain Fadillah, empat lagi Ahli Parlimen GPS berjawatan Menteri ialah Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Tiong King Sing, Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Aaron Ago Dagang.\n\n\nEnam Timbalan Menteri pula ialah Datuk Rubiah Wang, Datuk Hanifah Hajar Taib, Datuk Hasbi Habibullah, Datuk Seri Huang Tiong Sii, Lukanisman Awang Sauni dan Datuk Wilson Ugak Kumbong."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/17/salah-sendiri-jika-umno-ditolak-pengundi-melayu/", "title": "Salah sendiri jika UMNO ditolak pengundi Melayu", "body": "0\n\n\nMENJELANG Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) di enam negeri pada 12 Ogos ini, tumpuan besar diberikan oleh \nTV Pertiwi\n kepada parti UMNO yang menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran hari ini.\n\n\nPrestasi dan imej buruk UMNO terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu sudah tidak disangkal lagi.\n\n\nBanyak isu berlegar di media tidak lagi menonjolkan UMNO sebagai parti yang berjuang untuk Melayu, sebaliknya hanya dijadikan alat untuk pemimpinnya kekal berkuasa.\n\n\nTidak banyak hujah baharu dinaikkan oleh parti lawan untuk memburukkan UMNO. Akan tetapi, pemimpin UMNO sendiri yang membuka pekung supaya diserang bertubi-tubi.\n\n\nUMNO sudah terlajak jauh dalam bekerjasama dengan musuh ketat sejak berpuluh tahun iaitu Anwar dan parti rasis DAP.\n\n\nPertama, pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang menghadapi 47 pertuduhan di mahkamah dalam kes rasuah dan pecah amanah adalah kesilapan besar yang memakan diri.\n\n\nRamai penganalisis politik berpandangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh sahaja menangguhkan pelantikan Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga kesnya selesai. Zahid juga boleh menolak pelantikan ini jika beliau betul-betul mahukan imej baik bagi dirinya dan kerajaan.\n\n\nKedua, UMNO sudah terlajak jauh dalam bekerjasama dengan musuh ketat sejak berpuluh tahun iaitu Anwar dan parti rasis DAP.\n\n\nSang Pekaka tak boleh nak fikir seteruk itu sekali cairnya prinsip perjuangan UMNO selama ini. Apa lagi yang nak diperjuang sekiranya prinsip asas begitu mudah dilanggar demi manfaat sementara bersifat peribadi.\n\n\nRamai ahli dibuang dan dipecat gara-gara tidak bersetuju dengan kerjasama ini. UMNO bukan tidak tahu agenda jahat DAP terhadap Melayu selaku pemilik tanah ini.\n\n\nKetiga, selepas Datuk Seri Najib Razak dihumban ke dalam penjara, UMNO ketandusan idea dan pemimpin baharu yang boleh memimpin negara.\n\n\nMenteri-menteri UMNO tidak menonjol dalam kerajaan campuran. Mereka lebih suka berdiam diri dan \u2018play safe\u2019.\n\n\nNatijahnya, wujudnya mereka dalam Kabinet Anwar sama seperti tidak wujud. Gagal berperanan. Tok Mat yang dikatakan hebat memimpin Negeri Sembilan sebelum ini, langsung tidak menyerlah walaupun diberikan Kementerian Pertahanan.\n\n\nRakyat tidak berasa sentuhan kepimpinan mereka. Masalah dihadapi rakyat bertimpa-timpa.\n\n\nPerjuangan Melayu UMNO selama ini hanyalah retorik dan tunggangan politik semata-mata.\n\n\nLebih menyedihkan, menteri-menteri dalam kalangan PKR dan DAP pula masih bermentaliti pembangkang. Lebih banyak berpolitik daripada buat kerja hakiki.\n\n\nKeempat, perjuangan Melayu UMNO selama ini hanyalah retorik dan tunggangan politik semata-mata.\n\n\nKeadaan ini paling jelas dilihat di Pulau Pinang. UMNO Pulau Pinang sudah tidak membicarakan soal nasib Melayu di negeri itu sejak kerajaan campuran ditubuhkan.\n\n\nSebelum ini, mereka bermatian menentang DAP dan mahu nasib Melayu di Pulau Mutiara itu dibela.\n\n\nKeadaan sekarang sudah berubah. Tiada lagi yang perlu dibisingkan bahkan UMNO sanggup membiarkan DAP kekal berkuasa di negeri itu.\n\n\nBarangkali UMNO di Pulau Pinang sudah boleh dibubarkan kerana perjuangan sudah selesai. Hakikatnya, realiti Melayu semakin terancam, tanah-tanah dipindah milik kepada bukan Melayu dan akhirnya Melayu terpaksa keluar dan mengemis di tempat lain.\n\n\nSedangkan dahulu Melayu adalah majoriti di Pulau Pinang.\n\n\nCukuplah empat hujah yang disenaraikan untuk difikirkan bersama. Pihak Perikatan Nasional (PN) tak perlu susah payah mencari hujah memburukkan UMNO di depan bakal pengundi kerana UMNO sendiri telah menonjolkan imej buruk mereka.\n\n\nSang Pekaka bersetuju dengan ramalan ramai penganalisis politik termasuk Khairy Jamaludin bahawa UMNO akan kalah teruk pada PRU DUN KE15 ini.\n\n\nKekalahan ini bukan berpunca daripada kehebatan orang lain tapi disebabkan kelemahan UMNO itu sendiri yang mengakibatkan mereka ditolak para pengundi Melayu Islam."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/17/sanusi-didakwa-di-mahkamah-sesyen-selayang-esok/", "title": "Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Selayang pagi esok.\n\n\nMedia melaporkan, Muhammad Sanusi didakwa berhubung kenyataan mempertikaikan instituisi raja baru-baru ini, namun perkara itu tidak dapat disahkan lagi.\n\n\nBeliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berkaitan perkenan Sultan Selangor dalam pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari baru-baru ini.\n\n\nDalam carian laman web mahkamah, pendakwaan itu difahamkan akan dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nor Rajiah Mat Zin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKos haji dijangka meningkat sehingga RM31,000 seorang\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tanah terbiar Felda, Felcra, Risda digunakan untuk penghasilan makanan\n\n\n\n\n\n\nTarik pelancong baik, tetapi jangan sampai ancam keselamatan negara\n\n\n\n\n\n\nMakanan tidak halal boleh guna perkataan Menu Rahmah\n\n\n\n\n\n\nPEMUDAH ditambahbaik, Malaysia destinasi mesra perniagaan \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\n\n\nDifahamkan Muhammad Sanusi kini berada di Lembah Klang.\n\n\nTerdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, isu Menteri Besar Kedah itu yang didakwa menghina baginda belum selesai.\n\n\nKenyataan tersebut keluar selepas\u00a0Sultan Sharafuddin Idris berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.\n\n\nSebelum ini juga Ahli Dewan Diraja Selangor menuntut Muhammad Sanusi agar segera membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu mengeluarkan kenyataan yang didakwa memperlekeh Sultan Selangor berhubung pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai menteri besar.\n\n\nMuhammad Sanusi dalam satu siri ceramah anjuran PN didakwa mengeluarkan kenyataan yang kononnya menghina Sultan Selangor beberapa hari lepas dan turut meremehkan pelantikan Amirudin.\n\n\nTurut difahamkan, ketika ini Muhammad Sanusi berada di Kuala Lumpur namun belum ada apa-apa pengesahan berkaitan dakwaan terhadapnya setakat ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/17/siasatan-terhadap-sanusi-masih-belum-selesai-sultan-selangor/", "title": "Siasatan terhadap Sanusi masih belum selesai \u2013 Sultan Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, siasatan masih lagi belum selesai terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkenaan kenyataannya yang didakwa menghina institusi Diraja Selangor baru-baru ini.\n\n\nBaginda bertitah selepas berkenaan menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dalam satu pertemuan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada Isnin.\n\n\nPerkara itu dimaklumkan menerusi entri terbaharu Facebook Selangor Royal Office hari ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSanusi menghadap Sultan Kedah mohon perkenan tarikh bubar DUN\n\n\n\n\n\n\nGEG Perlu Sokongan Wakil Rakyat Demi Selamatkan Dua Juta Nyawa\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu perhalusi keputusan tarik balik rayuan kes kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nTMJ beri bayangan Khairy bakal galas tugas CEO JDT\n\n\n\n\n\n\nDadah, pornografi punca sumbang mahram tinggi di Kelantan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBaginda turut berkenan menerima menghadap Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan secara berasingan.\n\n\n\u201cPertemuan secara berasingan ini telah membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Sanusi dalam satu ceramah beliau di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor.\n\n\n \n\n\n\u201cBaginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai,\u201d jelas kenyataan itu.\n\n\nDalam ucapannya yang tular sebelum ini, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.\n\n\nSusulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk yang menyifatkannya menghina institusi beraja di Selangor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/17/swatch-ambil-tindakan-undang-undang-terhadap-kerajaan-malaysia/", "title": "Swatch ambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Swatch Malaysia menfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas pihak berkuasa merampas 172 jam tangan jenama itu pada Mei lepas.\n\n\nSebelum ini, penguatkuasa Kementerian Dalam negeri (KDN) dilaporkan menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh akan mendengar permohonan semakan kehakiman itu pada 20 Julai ini.\n\n\nDifahamkan, dalam semakan kehakiman dikemukakan, Swatch Malaysia mendakwa rampasan itu tidak sah kerana aksesori berkenaan bukan ditakrifkan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu Mogok: Dr Zaliha sedia bersemuka petugas kesihatan\n\n\n\n\n\n\nNational Task Force bubar, Op Benteng ditamatkan\n\n\n\n\n\n\nMustahil hari raya disambut pada Jumaat\n\n\n\n\n\n\nGuan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez\n\n\n\n\n\n\nDeepak nafi ugut Ka Siong isu bekalan telur import\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebaliknya, syarikat itu menyatakan bahawa akta tersebut lebih kepada penerbitan terhad untuk dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak.\n\n\nJusteru, kata Swatch, sepatutnya pegawai KDN mempunyai kuasa untuk memasuki cawangan pemohon (Swatch Malaysia) untuk merampasnya.\n\n\nMalah syarikat tersebut mendakwa beberapa model daripada 172 jam tangan yang dirampas telah dijual di Malaysia selama lebih setahun dan tiada notis aduan atau aduan mengenainya.\n\n\n\u201cKita juga telah memohon supaya jam-jam itu dipulangkan kembali pada bulan lepas melalui peguam kami namun KDN tidak berbuat demikian,\u201d katanya.\n\n\nSerbuan pada 13 dan 14 Mei lepas dilakukan terhadap butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.\n\n\nLima lagi butik telah diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.\n\n\nBerdasarkan saman yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN itu, penjualan koleksi jam pelangi terbabit didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.\n\n\nKetua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek Jr, dikatakan terkejut dan kecewa dengan rampasan yang dilakukan itu memandangkan jenama tersebut sentiasa menyokong kepelbagaian dan inovasi yang ditonjolkan.\n\n\n\u201cDalam hal ini, timbul tanda tanya adakah Bahagian Penguatkuasa dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri akan \u2018merampas\u2019 pelangi yang muncul secara semula jadi yang terdapat di langit,\u201d katanya.\n\n\nNick menegaskan, sejak dahulu lagi jenama jam itu dikenali dengan kepelbagaian warna dan rekaan yang bertujuan meraikan kepelbagaian individu daripada pelbagai lapisan masyarakat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/18/hari-mengundi-prk-kuala-terengganu-serentak-pru-dun-ke15/", "title": "Hari mengundi PRK Kuala Terengganu serentak PRU DUN KE15", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) P036 Kuala Terengganu diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15), 12 Ogos ini.\n\n\nPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut memaklumkan, penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai.\n\n\n\u201cBagi pengundian awal pula adalah pada 8 Ogos,\u201d katanya menerusi sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya pada Selasa.\n\n\nMenurutnya, tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding sehingga pukul 11.59 malam 11 Ogos.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir akan bertemu Annuar Musa, bincang bentuk kerjasama\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Permohonan Rosmah\n\n\n\n\n\n\nSelangor umum Isnin cuti peristiwa jika PH-BN menang pilihan raya\n\n\n\n\n\n\nIsu tutup sekolah agama, ada pihak berniat timbul kegelisahan umat Islam\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSemua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK Kuala Terengganu dibuka semula bermula hari ini,\u201d ujar beliau.\n\n\nAbdul Ghani berkata, tarikh tutup permohonan bagi kategori 1A adalah 26 Julai manakala 21 Julai bagi kategori 1B dan 1C.\n\n\nKategori 1A adalah petugas pilihan raya, anggota dan pegawai SPR serta petugas media.\n\n\nRakyat Malaysia yang berada di luar negara merupakan kategori 1B dan 1C pula adalah agensi dan organisasi.\n\n\nBeliau berkata, permohonan undi pos yang telah diluluskan untuk mengundi pos bagi keempat-empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kuala Terengganu akan turut diberikan kertas undi pos Parlimen.\n\n\nUjarnya, SPR telah melantik seorang pegawai pengurus pilihan raya dibantu oleh 19 penolong."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/18/mb-kedah-tidak-jawab-panggilan-telefon-ketua-polis-negara/", "title": "MB Kedah tidak jawab panggilan telefon \u2013 Ketua Polis Negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan tidak menjawab panggilan telefon daripada pihak polis sejak petang Isnin untuk urusan mengenai kes pertuduhan di mahkamah pada Selasa.\n\n\nKetua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Polis Kontinjen Kedah yang turut membantu gagal mengesan Muhammad Sanusi di negeri berkenaan.\n\n\n\u201cSelain Muhammad Sanusi, pegawai penyiasat turut menghubungi Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politiknya untuk proses pemakluman namun panggilan itu turut ditolak.\n\n\n\u201cKita membuat keputusan menahan beliau (Muhammad Sanusi) pada jam 3 pagi, selepas kertas siasatan diserahkan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, lewat petang semalam,\u201d katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, pada Selasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDasar dan perancangan KPM seolah terpisah dari realiti\n\n\n\n\n\n\nPolis Panggil Penganjur Perhimpunan Minggu Depan\n\n\n\n\n\n\nHannah Yeoh akan dipanggil polis bantu siasatan\n\n\n\n\n\n\n423 pengembara China diberi Notis Penolakan Masuk\n\n\n\n\n\n\nProduk babi gagal dibawa masuk dari luar negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nRazarudin berkata, tindakan menahan Muhammad Sanusi juga dibuat disebabkan siasatan terhadap Akta Hasutan 1948 ini mempunyai kecenderungan menghasut dan mendatangkan kebencian serta ketidaksetiaan kepada Institusi Diraja.\n\n\n\u201cSifat kes ini iaitu berkaitan menghina dan membangkitkan kemarahan disebabkan berkaitan Institusi Diraja dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 juga mempunyai kecenderungan untuk mendatangkan kebencian dan penghinaan dan membangkitkan ketidaksetiaan dan terkait dengan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Selangor, maka tindakan menahannya adalah langkah yang wajar mengikut peruntukan undang-undang.\n\n\n\u201cSecara keseluruhan sebanyak 58 laporan polis dibuat di seluruh negara termasuk oleh Ahli Dewan Diraja Selangor,\u201d katanya.\n\n\nMuhammad Sanusi ditahan pada jam 3 pagi di sebuah hotel di Mont Kiara, Dutamas, di sini, pagi tadi, oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan Bahagian Gengsterism (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/18/penjara-218-tahun-75-sebatan-rogol-anak-kandung/", "title": "Penjara 218 tahun, 75 sebatan rogol anak kandung", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Rogol anak sehingga hamil dan melahirkan.\n\n\nPerbuatan keji seorang bapa kandung akhirnya menyebabkan dia terkurung dalam penjara selama 218 tahun setelah hukuman dijatuhi terhadapnya di Mahkamah Sesyen Muar, Johor hari ini .\n\n\nTertuduh yang tergamak merogol anaknya sejak tahun 2020 sehingga melahirkan turut dihukum 75 sebatan.\n\n\nHukuman itu diputuskan oleh Hakim, Abu Bakar Manat selepas tertuduh yang berusia 41 tahun itu mengaku bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan merogol dan satu amang seksual terhadap anak kandungnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kecam tindakan bakar al-Quran di Denmark\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful fail notis, afidavit ketepi tuduhan rasuah\n\n\n\n\n\n\nTun Mahathir beri bayangan sertai PUTRA\n\n\n\n\n\n\nLepas DAP mungkin UMNO akan sokong pekebun haram Raub\n\n\n\n\n\n\nKetua Hakim Negara terima ancaman bunuh\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum menjatuhkan hukuman berkenaan, Abu Bakar turut menegur perbuatan terkutuk tertuduh yang bekerja sebagai buruh kampung.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKamu tak terfikir ke masa depan dia sebelum buat? Ini anak menjadi tanggungjawab dan amanah kepada kamu sebagai ayah. Anak-anak adalah rezeki, malah ada orang masih belum dapat anak walaupun macam-macam buat termasuk jumpa doktor,\u201d katanya.\n\n\nBerdasarkan fakta kes, kejadian pertama melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa ketika berusia 12 tahun pada waktu malam tahun 2020.\n\n\nSelepas itu, pada Oktober tahun yang sama, tertuduh telah merogol mangsa dan kejadian terakhir pukul 8 pagi, pada 5 Jun lalu.\n\n\n\n\n\n\n\n\nMangsa yang baru melahirkan anak lelaki minggu lalu dalam laporannya memberitahu, tertuduh turut memanjat bilik selepas mangsa menukar kunci bagi mengelak dirogol, namun gagal.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan\u00a0 kejadian terbongkar selepas pemeriksaan kesihatan dijalankan di sekolah mendapati perubahan fizikal pada tubuh mangsa yang tidak mengetahui dirinya mengandung.\n\n\nTertuduh kali pertama didakwa\u00a0 pada 14 Jun lalu di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.\n\n\nDia juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan 10 kali sebatan.\n\n\nMemetik Utusan, selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan serta rayuan tertuduh, Abu Bakar kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan serta tambahan tiga tahun dan dua sebatan untuk kesalahan amang seksual fizikal.\n\n\nBagi kesalahan merogol, beliau menjatuhkan hukuman maksimum, iaitu 30 tahun penjara dan 10 kali sebatan bagi setiap pertuduhan, manakala bagi hukuman amang seksual fizikal, mahkamah mengarahkan kedua-duanya dijalankan secara berasingan, manakala kesalahan merogol berjalan serentak dengan semua hukuman bermula dari tarikh\u00a0 tertuduh ditahan pada 8 Jun lalu.\n\n\nPendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/18/pertuduhan-ini-petunjuk-kerajaan-dalam-ketakutan-sanusi/", "title": "Pertuduhan ini petunjuk kerajaan dalam ketakutan \u2013 Sanusi", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \u201cIni satu petunjuk kerajaan dalam ketakutan.\u201d\n\n\nDemikian tegas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan pertuduhan yang dihadapinya.\n\n\nMuhammad Sanusi berkata, pertuduhan itu jelas bermotifkan politik dan menjejaskan beliau dalam mendepani Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15).\n\n\nBeliau juga meyakini rakyat mula memahami tujuan dan hasrat sebenar pendakwaan yang dikenakan terhadapnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Ulat\u2019 parkir haram ditahan DBKL\n\n\n\n\n\n\nArab saudi janji selesaikan isu penginapan jemaah umrah Malaysia\n\n\n\n\n\n\nAniaya anak monyet hingga mati, moderator kandungan TikTok akan didakwa\n\n\n\n\n\n\nSelepas tembak lelaki Palestin, Israel halang ambulans dekati tubuh mangsa\n\n\n\n\n\n\nKOS INPUT TERNAKAN ANTARA FAKTOR PENGARUHI HARGA AYAM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNampaknya di Malaysia ini tidak boleh cakap apa-apa, kalau di medan politik biasanya orang selesaikan masalah politik di medan politik.\n\n\n\u201cKita beri hujah balas kerana ada orang yang takut di Malaysia ini ada yang guna polis untuk sekat suara rakyat, ini satu petunjuk mereka sedang ketakutan,\u201d katanya pada sidang akhbar di Mahkamah Selayang, Selangor hari ini.\n\n\nMengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, beliau hanya mengetahui pertuduhan terhadapnya melalui laporan media malah tiada sebarang notis diberikan.\n\n\n\u201cSaya sememangnya mahu hadir ke mahkamah pagi ini tetapi mereka tetap datang buat tangkapan pukul 3 pagi di kediaman saya di Kuala Lumpur.\n\n\n\u201cSaya beri kerjasama yang baik untuk hadir,\u201d jelasnya.\n\n\nDalam pada itu, Muhammad Sanusi menegaskan beliau berharap Perikatan Nasional (PN) akan memenangi PRN di enam negeri.\n\n\n\u201cSaya harap PRN akan datang ini PN menang di enam negeri,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Madani dalam satu ceramah politik, minggu lalu.\n\n\nMuhammad Sanusi, 49, yang memakai kemeja putih dan seluar hitam kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.\n\n\nMengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN didakwa melakukan perbuatan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja dan mempertikai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan Madani.\n\n\nKedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, di sini, pukul 11 malam pada 11 Julai lalu.\n\n\nOleh itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.\n\n\nPendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan dua Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Manoj Kurup serta Datuk Masri Mohd Daud manakala Muhammad Sanusi diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Wan Rohimi Wan Daud.\n\n\nAhmad Terrirudin menawarkan wang jaminan masing-masing sebanyak RM5,000 terhadap Muhammad Sanusi dan memohon perintah larangan bersuara kepada Muhammad Sanusi untuk tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai kes ini sehingga kes selesai. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/19/alasan-ketua-polis-negara-tak-logik-hamzah/", "title": "Alasan Ketua Polis Negara tak logik \u2013 Hamzah", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mempersoalkan tindakan polis menahan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada jam 3 pagi dengan memberi alasan bahawa Muhammad Sanusi dan pegawainya enggan menjawab panggilan telefon sejak petang Isnin.\nHamzah berkata, alasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sangat pelik dan aneh kerana pengawal peribadi kepada Menteri Besar Kedah itu adalah seorang anggota polis dan mereka\u00a0boleh saja menghubungi pengawal peribadi Sanusi yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada bila-bila masa.\n\u201cSaya berasa amat pelik sekali kerana beliau sebagai Menteri Besar mempunyai seorang pengawal peribadi yang juga datang daripada PDRM. Tidakkah sesuatu yang aneh apabila polis sendiri mengatakan mereka tidak dapat menghubungi Sanusi?\n\u201cIni adalah jawapan yang tidak masuk akal sama sekali kerana polis mempunyai seorang anggota yang diletakkan di sebelah Menteri Besar untuk menjadi pengawal peribadi dan menjaga keselamatan beliau. Boleh tanya terus kepada pengawal peribadi di mana Sanusi,\u201d katanya dalam satu video yang dimuat naik di Facebook pada Selasa.\n\n\nTerdahulu, Razarudin dalam satu sidang media menjelaskan penahanan Sanusi dibuat pada jam 3 pagi selepas beliau tidak menjawab panggilan telefon daripada polis untuk urusan pemakluman mengenai pertuduhan ke atasnya.\u00a0\n\n\nSelain gagal dihubungi, Sanusi juga dikatakan gagal dikesan Polis Kedah, selepas Bukit Aman meminta bantuan kontinjen itu merakamkan percakapan bagi siasatan kes Akta Hasutan yang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.\n\n\nHamzah yang juga Ahli Parlimen Larut mendakwa, wujud \u2018tangan ghaib\u2019 yang mengingkan Sanusi ditangkap pada awal pagi bertujuan memalukan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHakim Kecewa Guan Eng Buat Kenyataan Luar Mahkamah\n\n\n\n\n\n\nDAP sombong, angkuh gesa pecahkan dominasi Melayu dalam kakitangan awam\n\n\n\n\n\n\nBekalan air Melaka bertahan hingga Ogos\n\n\n\n\n\n\nKempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak Masih Diteruskan\n\n\n\n\n\n\nPolis Maut disyaki tembak diri sendiri\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berpendapat, salah guna kuasa adalah sesuatu yang tidak boleh dibenarkan sama sekali oleh pemimpin tertinggi negara.\n\n\nSemalam, Muhammad Sanusi ditahan pada jam 3 pagi di sebuah hotel di Mont Kiara, Dutamas, Kuala Lumpur, pagi semalam oleh sepasukan polis dari USJT dan Bahagian Gengsterism (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/19/sanusi-dakwa-beri-kerjasama-nafi-gagal-dihubungi-polis/", "title": "Sanusi dakwa beri kerjasama, nafi gagal dihubungi polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bahawa pihakmnya tidak dapat menghubungi Datuk Seri Sanusi Md Nor kelmarin, sebelum beliau ditahan pada jam 2.30 pagi di Mont Kiara, Kuala Lumpur semalam dinafikan Menteri Besar Kedah itu.\n\n\nMemetik Berita Harian Sanusi berkata, beliau sempat berkomunikasi bersama seorang pegawai kanan Bukit Aman dari jam 10 malam sehingga 12.30 tengah malam semalam menerusi WhatsApp.\n\n\nJelasnya, beliau berunding agar tidak ditahan kerana bersedia memberi kerjasama penuh untuk hadir ke Mahkamah Selayang pada jam 9 pagi.\n\n\n\u201cSaya nak betulkan sidang media Ketua Polis Negara, dengan penuh rasa hormat saya kepada Tan Sri, sidang media semalam tak betul, saya ada komunikasi dengan pegawai Bukit Aman supaya tidak ditangkap.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAUKU tidak dimansuh, akta baharu ibarat \u2018salin kulit\u2019 sahaja\n\n\n\n\n\n\nAhli UMNO perlu sedia beri undi pada DAP, turuti arahan parti\n\n\n\n\n\n\nPolis saman polis\n\n\n\n\n\n\nLetak Jawatan Enggan Terbabit Keputusan 1MDB \u2013 Ismee\n\n\n\n\n\n\nSecara teorinya Muafakat Nasional sudah \u2018mati\u2019 \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya tahu komplot ini nak tangkap dulu kerana kerana tangkapan itu bagi (memberi) satu naratif bahawa telah berlaku satu kesalahan. Kalau tangkap depan orang ramai lagi dia syok, jadi saya elak untuk ditangkap, saya kata boleh beri kerjasama untuk hadir ke mahkamah.\n\n\n\u201cNotis ke mahkamah itu saya dapat daripada Berita Harian Online jam 6 lebih. Saya kata saya tak ada notis apa, mereka daftar kes secara dalam talian mungkin jam 5 lebih lepas waktu pejabat, nampak tak komplot itu? Jarang orang lepas waktu pejabat fail kes, lepas itu saya tak ada (terima) notis apa,\u201d katanya.\n\n\nBagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu mengakui tidak dapat menjawab panggilan yang diterima pihak polis termasuk panggilan kepada pegawainya kerana sedang bermesyuarat dan beliau menghubungi semula individu itu menerusi WhatsApp.\n\n\n\u201cSaya ada print skrin (tangkap layar), saya print semua itu. Dia (pegawai) kata nak ambil keterangan, nak sambung lagi keterangan. Saya kata keterangan apa lagi? Dia kata nak sambung lagi, saya tanya terus nak buat tangkapankah? Dia kata nak ambil keterangan.\n\n\n\u201cSaya kata kalau nak tangkap, beritahu betul-betul sebab saya seboleh-bolehnya tak mahu ditangkap. Pasal saya warganegara yang baik, saya sentiasa beri kerjasama kepada polis. Saya tak pernah lari sekali pun.\n\n\n\u201cJadi tak, tak masuk akal nak tangkap saya. Sampai saya habis mesyuarat lebih kurang pukul 11.40 malam saya kata kena balik (rehat). Saya dari pagi ada tiga mesyuarat, dah tak mampu kena balik mandi apa semua dulu,\u201d ujarnya.\n\n\nMenurut Sanusi. Pegawai terbabit memintanya hadir ke Balai Polis Hartamas untuk diambil keterangan segera.\n\n\n\u201cSaya kata nak sambung keterangan mana-mana balai boleh pergi, ini dia spesifik (Balai Polis Hartamas), kemudian dia sah untuk tangkapan, saya kata kalau nak tangkap, saya tak mahu pergi.\n\n\n\u201cSaya bagi komitmen 100 peratus jam 9 pagi saya akan berada di Mahkamah Selayang. Tak perlu tangkap saya, saya nak lari mana, saya Menteri Besar. Dia tetap suruh saya hadir, saya kata tak apa, saya dah habis, nak tidur, nak rehat,\u201d tambahnya.\n\n\nUjar Sanusi, selepas tamat perbualan WhatsApp itu, beliau menghubungi seorang pegawai kanan polis agar tidak melakukan tangkapan terhadapnya, bagaimanapun pada jam 2.30 pagi sekumpulan anggota dan pegawai polis datang menahannya.\n\n\n\u201cSaya ucap terima kasih kepada anggota polis yang sangat profesional, saya tak salahkan mereka. Mereka jalankan tugas berdasarkan arahan.\n\n\n\u201cTahap profesionalisme yang tinggi ditunjukkan anggota polis Bukit Aman, mereka sopan dan saya tidak dikasari. Saya diberi peluang untuk mandi, gosok gigi dan minum kopi.\n\n\n\u201cTapi saya kata jangan gari, kalau gari ini penjenayah sangat, jadi dia tak gari. Saya dibawa ke Balai Polis Gombak, tak masuk lokap, diletak dalam bilik mesyuarat.\n\n\n\u201cSaya diambil keterangan satu kes lain, empat soalan saja,\u201d katanya.\n\n\nMenurut\u00a0Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu empat soalan yang diajukan berkaitan kenyataannya dalam program \u2018Keluar Sekejap\u2019 bahawa orang bukan Islam lebih ramai mengamalkan rasuah daripada Muslim.\n\n\nJelasnya lagi, perkara itu diberitahu menerusi maklumat dan fakta yang diperoleh daripada seorang Pegawai Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).\n\n\n\u201cEmpat soalan itu saja, jadi saya duduk situ (balai) sampai jam 8.30 pagi, lepas itu terus ke mahkamah. Tapi mereka (polis) sangat profesional, saya nampak mereka serba salah. Mereka bekerja atas arahan, saya pun kasihan mereka.\n\n\n\u201cJadi dakwaan Ketua Polis Negara terutama sekali dakwaan saya reject call (menolak panggilan) tak mahu bekerjasama sama sekali tidak benar,\u201d katanya.\n\n\nSemalam, Sanusi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lalu.\n\n\nBeliau turut berhadapan satu lagi pendakwaan di Mahkamah Sesyen Selayang, atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/20/kit-siang-cuba-cetuskan-api-perkauman/", "title": "Kit Siang cuba cetuskan api perkauman", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Dakwaan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang bahawa negara sedang terumbang-ambing ke arah rusuhan seperti tragedi 13 Mei 1969 dianggap sebagai provokatif dan tidak diperlukan.\n\n\nPengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan sama ada tindakan bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu boleh dibiarkan.\n\n\n\u201cRata-rata suasana sangat hamonis. Tiada situasi api perkauman seperti yang pernah ditiupkan sesetengah pihak sebelum dan selepas 13 Mei 1969.\u201d\n\n\n\u201cTiada perarakan ala perarakan mayat \u201cpahlawan merah\u201d 1969. Tiada provokasi isu mempertikaikan status bumiputera, Malaysian Malaysia dan lain-lain,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPKR, AMANAH, UMNO berlumba-lumba angkat martabat Kit Siang\n\n\n\n\n\n\nKeputusan status Islam, pengiktirafan terhadap Mahkamah Syariah\n\n\n\n\n\n\nTiga beradik perempuan maut terkena renjatan elektrik\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Di Terengganu, Kelantan Meningkat\n\n\n\n\n\n\nMajlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah ujarnya, tiada tanda-tanda yang menggambarkan suasana yang tidak harmoni.\n\n\nJelasnya, ini mungkin kerana strategi sesetengah pihak telah berubah bila sudah dapat menguasai sesetengah Wilayah sebagai deposit tetap.\n\n\nBeliau turut menganggap strategi kini adalah untuk pecah dan perintah, lalu dilontar provokasi sedemikian.\n\n\nSemalam, lapor akhbar tempatan Kit Siang berkata selepas 54 tahun, Malaysia \u2018terumbang-ambing\u2019 sedang menuju sebuah lagi rusuhan 13 Mei 1969.\n\n\nVeteran DAP itu turut mempersoalkan sama ada parti politik dan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini mampu membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak mahu rusuhan 13 Mei 1969 berulang di Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/20/rakyat-malaysia-mahu-percaya-cerita-siapa/", "title": "Rakyat Malaysia mahu percaya cerita siapa?", "body": "0\n\n\nPERNAH dengar peribahasa kerana pulut santan\u00a0binasa, kerana mulut badan binasa?\n\n\nSang Pekaka cuba kaitkan peribahasa ini dengan ceritera Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.\n\n\nSegala-galanya berlaku selepas Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat ini ditahan dan didakwa di mahkamah pada hari Selasa lalu.\n\n\nMuhammad Sanusi didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) (a) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIbrah daripada ujian mangsa gempa Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\nPolemik satu parti politik orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nColdplay, LGBT, DAP: Mana satu intan, mana satu permata?\n\n\n\n\n\n\n\u2018Korban\u2019 berkurangan dek kerana krisis ekonomi\n\n\n\n\n\n\nUMNO-PH \u2018berebut\u2019 jawatan MB di Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u2018Panglima Perang\u2019 Perikatan Nasional (PN) ini didakwa melakukan kesalahan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan atau menghina Sultan Selangor dan Yang di-Pertuan Agong.\n\n\nSang Pekaka lihat, isu penangkapan dan pendakwaan yang dianggap \u2018terpilih\u2019 ini mencetuskan polemik dalam kalangan pemimpin parti politik di seluruh negara.\n\n\nMacam-macam cerita kita dengar. Masing-masing memberikan pendapat mereka untuk sesuatu kepentingan.\n\n\nPersoalannya, kenapa Muhammad Sanusi ditahan pada jam 3 pagi dan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948?\n\n\nProses penahanan Muhammad Sanusi tular di media sosial.\n\n\nRamai pihak termasuk dalam kalangan pemimpin Kerajaan Madani sendiri mempersoalkan tindakan polis ke atas Muhammad Sanusi.\n\n\nKalau kita dengar cerita Muhammad Sanusi, pada awalnya beliau mendakwa tidak dimaklumkan tentang penangkapan itu.\n\n\nBeliau hanya mengetahui berita yang beliau akan didakwa di sebuah mahkamah di Selayang, Selangor melalui portal online sebuah media arus perdana pada malam sebelum kejadian.\n\n\nMuhammad Sanusi mendakwa, pihak polis tidak pernah menghubungi beliau sehinggalah beliau ditangkap dikediamannya di Kuala Lumpur pada jam 3 pagi.\n\n\nBeliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Hasutan 1948.\n\n\nBeliau kemudiannya dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Madani dalam satu ceramah politik pada 11 Julai lalu.\n\n\nMuhammad Sanusi didakwa menjadi mangsa pendakwaan terpilih bermotif politik.\n\n\nTercabar dengan dakwaan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain\u00a0membuat satu sidang media pada hari yang sama.\n\n\nRazarudin yang mempertahankan tindakan anggotanya itu berkata, tangkapan itu dibuat selepas Muhammad Sanusi dan para pebawai beliau enggan memberikan kerjasama.\n\n\nKatanya, Polis Kontinjen Kedah yang turut membantu gagal mengesan Muhammad Sanusi di negeri berkenaan.\n\n\nSelain Muhammad Sanusi, pegawai penyiasat turut menghubungi Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik beliau untuk proses pemakluman tetapi panggilan itu juga ditolak.\n\n\nKetua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin antara yang lantang mempersoalkan tindakan polis menahan Muhammad Sanusi pada jam 3 pagi, atas alasan ahli politik kontroversi itu dan pegawainya tidak menjawab panggilan telefon sejak petang Isnin lalu.\n\n\nNamun, pada keesokan harinya, Muhammad Sanusi mendedahkan bahawa pihak polis ada menghubunginya pada malam kejadian tetapi beliau tidak mahu memberikan kerjasama jika tujuan itu semata-mata mahu menangkapnya.\n\n\nJadi, Sang Pekaka rasa rakyat perlu percaya cerita siapa?\n\n\nBagi para penyokong Muhammad Sanusi dan seluruh ahli PN serta PAS, sudah tentu mereka yakin \u2018Panglima Perang\u2019 yang dilabel \u2018anugerah Tuhan\u2019 mereka ini dianiaya dan menjadi mangsa dendam politik.\n\n\nKeyakinan itu semakin tinggi kerana Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) sudah menghampiri.\n\n\nKerajaan Madani bimbang dan gentar dengan aura yang dimiliki Muhammad Sanusi yang dilihat mampu mengancam mereka di kesemua enam negeri yang terlibat dalam PRU DUN KE15 pada 12 Ogos ini.\n\n\nSebab itu mereka perlu menangkap dan mendakwa Muhammad Sanusi kerana beliau mampu mengganggu gugat parti serta mengalahkan gabungan Perikatan Harapan-Barisan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nIni sahaja cara untuk menutup mulut Muhammad Sanusi.\n\n\nJadi, adakah pegawai polis, hakim dan mahkamah negara sudah menjadi \u2018perkakas politik\u2019 atau \u2018macai politik\u2019 pihak kerajaan untuk mencapai sesuatu matlamat?\n\n\nMuhammad Sanusi dibawa ke IPD Gombak sebelum didakwa di sebuah mahkamah di Selayang, Selangor.\n\n\nBerbalik kepada Akta Hasutan 1948, ia merupakan undang-undang yang melarang wacana disifatkan sebagai hasutan.\n\n\nAkta ini pada asalnya digubal oleh pihak berkuasa kolonial British pada tahun 1948 untuk membendung pemberontakan komunis.\n\n\nPembela hak asasi manusia daripada pelbagai organisasi termasuk Amnesty International dan Artikel 19 telah membuat dakwaan konsisten bahawa Akta Hasutan adalah serangan terhadap kebebasan bersuara di Malaysia.\n\n\nPengkritik berhujah bahawa takrifan hasutan dalam akta ini adalah kabur atau terlalu \u2018luas dan tidak fleksibel\u2019 yang boleh berpotensi membawa kepada \u2018overreach\u2019 atau \u2018penggunaan undang-undang yang menyalahgunakan\u2019.\n\n\nBanyak pihak terutamanya dalam kalangan pemimpin kerajaan pada hari ini juga pernah mengkritik hebat dan melancarkan kempen maya untuk menggesa kerajaan Malaysia memansuhkan serta meminda undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara di Malaysia ini.\n\n\nBagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan. Mereka seakan-akan merelakan penggunaan akta ini untuk mencapai sesuatu tujuan.\n\n\nSang Pekaka melihat gelagat dan perangai mereka ini tak ubah seperti hipokrit dan bermuka-muka."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/21/langkawi-kuala-lumpur-dan-kota-kinabalu-tetap-jadi-tumpuan-pelancong-musim-panas/", "title": "Langkawi, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu tetap jadi tumpuan pelancong musim panas", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Langkawi, Kota Kinabalu and Kuala Lumpur tetap menjadi tiga destinasi utama daripada 10 lokasi pilihan pelancong pada musim panas oleh rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi google flight salah satu produk, enjin carian gergasi Google.\n\n\nData mengenai destinasi itu adalah jumlah pertanyaan tertinggi di Google Flights untuk bulan Jun hingga Ogos 2023.\n\n\nSelain tiga destinasi tempatan itu rakyat Malaysia juga memilih di rantau APAC seperti Tokyo dan Osaka di Jepun,\u00a0 Bangkok, di Thailand, London \u2013 United Kingdom, Taipei di Taiwan dan Denpasar -Indonesia, serta Seoul di\u00a0 Korea Selatan.\n\n\nKetua Industri Pelancongan, Google Malaysia, Nick Drew berkata Google mendapati mendapati bahawa para pelancong lebih menyukai destinasi APAC, dan destinasi teratas mereka adalah Tokyo, Jepun.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSuntik Dana Anak Muda Hasil Seni Bermutu, Cukuplah Karya Berkiblat Barat\n\n\n\n\n\n\nDUN Dudong Hangat Diperkatakan Menjelang Hari Mengundi\n\n\n\n\n\n\nBERSIH Mohon Sembah Tidak Bersetuju Dengan Sultan Johor.\n\n\n\n\n\n\nGaji minimum penjawat awam dituntut naik RM1,800\n\n\n\n\n\n\nStatus quo dijangka kekal di enam negeri \u2013 Penganalisis politik\n\n\n\n\n\n\n\n\nMalah, daripada sepuluh destinasi teratas, sembilan lokasi berada dalam APAC dan tiga daripadanya adalah domestik.\n\n\n\u201cDengan munculnya kembali keinginan melancong dalam kalangan para pelancong, Google Flights memberi kami gambaran tentang tempat-tempat yang difikirkan oleh rakyat Malaysia sempena cuti musim panas mereka yang akan datang. \u201d\n\n\nDalam satu kenyataan, Google berkata dalam persoalan masa terbaik untuk menempah sebuah penerbangan boleh dilakukan dengan melihat data harga sejarah di Google Flights.\n\n\nIa mendapati untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia, kami mendapati bahawa harga biasanya paling rendah dalam tempoh 4 hingga 5 bulan, dengan purata harga menurun 139 hari sebelum berlepas.\n\n\n\u201cTetapi, perlu diingatkan bahawa corak ini mungkin tidak tepat untuk laluan khusus pelancong, jadi perancangan dan tempahan awal biasanya merupakan idea yang baik. Dengan\u00a0\nGoogle Flights\n, para pelancong boleh menetapkan notifikasi harga supaya mereka boleh dimaklumkan apabila harga penerbangan yang mereka minati turun ke bawah paras harga tertentu, dan ini boleh membantu menjimatkan sedikit wang tambahan yang boleh dibelanjakan semasa mereka melancong,\u201d\n\n\nSementara itu, data Google Flights mendapati\u00a0 perjalanan masuk teratas pada suku pertama 2023 \u2013 lawatan bukan pemastautin ke Malaysia adalah dari Singapura, Australia dan Indonesia.\n\n\nBagi apliksi Google Maps, senarai pantai,\u00a0 taman dan muzium popular berdasarkan pantai, taman dan muzium awam yang mempunyai permintaan arah dan interaksi terbanyak di Google Maps antara 20 Februari 2022 hingga 21 Mac 2023 adalah seperti berikut:\n\n\n5 pantai awam popular teratas\n\n\n\n\n\n\nPantai Pengkalan Balak Melaka\n\n\n\n\n\n\nD\u2019Aur Beach Resort\n\n\n\n\n\n\nPantai Tanjung Biru\n\n\n\n\n\n\nPantai Batu Hitam Kuantan\n\n\n\n\n\n\nPantai Batu Layar, Kota Tinggi\n\n\n\n\n\n\n5 taman popular teratas\n\n\n\n\n\n\nTaman KLCC\n\n\n\n\n\n\nTaman 99 Wonderland\n\n\n\n\n\n\nTaman Saujana Hijau Putrajaya\u00a0\n\n\n\n\n\n\nAnjung Floria\n\n\n\n\n\n\nTaman Rekreasi Gunung Lang\n\n\n\n\n\n\n5 muzium popular teratas\n\n\n\n\n\n\nMuzium Negara\n\n\n\n\n\n\nRumah Agam Peranakan Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nMuzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia\n\n\n\n\n\n\nMuzium Budaya Borneo\n\n\n\n\n\n\nMuzium Wonderfood\n\n\n\n\n\n\nSelain Google Flights , Google juga mengajak rakyat Malaysia menggunakan produknya dalam merancang percutian, di antaranya Google Maps Street View, Google Wallet, Google Photos dan Magic Eraser."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/21/saifuddin-dedah-belum-terima-sebarang-notis-daripada-sanusi/", "title": "Saifuddin dedah belum terima sebarang notis daripada Sanusi", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013\u00a0 Pertikaian dalam kalangan ahli politik di negara ini menjadi semangat hangat menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15, 12 Ogos ini.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail\n\n\n, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan bahawa beliau masih belum menerima sebarang notis tuntutan daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.\n\n\n\u201cTak ada terima apa-apa lagi. Tak ada\u2026 dia kat Kedah saya di sini. Saya biasa boleh dihubungi bila-bila masa. Saya tak elak\u2026 Itu bezanya.\u201d\n\n\nSaifuddin turut mendakwa, beliau tidak sukar untuk dihubungi kerana beliau sentiasa bersiap siaga dan tidak cuba-cuba untuk mengelak sebarang panggilan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPandangan ekstrem berunsur kaum, agama wajib dihentikan \u2013 Sultan Nazrin\n\n\n\n\n\n\nNegara wajar cari alternatif baharu hadapi krisis global \u2013 Sultan Nazrin\n\n\n\n\n\n\n8,000 permohonan warganegara diluluskan setakat Mei tahun ini\n\n\n\n\n\n\nLHDN serbu rumah Hamzah, rampas fail, dokumen pemilikan aset\n\n\n\n\n\n\nIsmail Sabri Tiba Di Singapura Sempena Pelaksanaan VTL\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cJadi tak terima apa-apa lagi saya di Kedah. Banyak hari di Kedah, malam ini di Kedah. Saya boleh didekati dengan mudah.\n\n\n\u201cSaya tak payah didekati sehingga 3 pagi, kalau sayalah,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media setelah menghadiri majlis Sambutan Hari Imigresen 2023 di Dataran Pahlawan, Putrajaya hari ini.\n\n\nSebelum ini, Muhammad Sanusi memaklumkan bahawa pihaknya sudah menghantar notis tuntutan kepada Saifuddin atas dakwaan memfitnahnya.\n\n\nJelas Sanusi, fitnah tersebut berhubung kegiatan mencuri unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik. Kedah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/21/sanusi-saman-saifuddin-isu-ree-marris/", "title": "Sanusi saman Saifuddin isu REE, MARRIS", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah memfailkan tuntutan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung dua kes fitnah.\n\n\nBeliau berkata, surat tuntutan saman fitnah tersebut telah dihantar kepada Saifuddin menerusi e-mel pada malam Khamis dan serahan tangan pada Jumaat.\n\n\nMenurutnya, tindakan saman tersebut adalah berhubung isu dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dan kecurian unsur nadir bumi (REE).\n\n\n\u201cSaya nak umum, saya sudah failkan (saman) dan hantar \u2018letter of demand\u2019 kepada Saifuddin atas dua fitnah. Peguam saya e-mel kepada dia malam ini dan esok (Jumaat) kita buat serahan tangan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPR pertimbang adakan pilihan raya lebih 60 hari selepas bubar Parlimen\n\n\n\n\n\n\nRM50 juta bantu tingkat keupayaan JBPM hadapi banjir\n\n\n\n\n\n\nLRT Laluan Kelana Jaya Digantung Operasi 7 Hari\n\n\n\n\n\n\nPERKASA gesa Syed Saddiq lebih peka isu agama Islam\n\n\n\n\n\n\nKeluarga mangsa tanah runtuh Batang Kali gesa kerajaan dedah laporan penuh\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau dia tak jawab dalam tempoh yang diberikan, kita akan mulakan proses saman,\u201d katanya ketika berucap dalam program ceramah \u2018Taujihat Pimpinan: Munajat perdana mohon keamanan dan menentang kezaliman\u2019 di Dewan Al-Hana, Sik pada malam Khamis.\n\n\nMuhammad Sanusi berkata, perkara itu tidak boleh lagi dibiarkan dan perlu diperbetulkan menerusi tindakan undang-undang.\n\n\n\u201cWajib saman! Tak boleh biarkan sebab dia (Saifuddin) tuduh saya pencuri REE, dia juga tuduh saya guna peruntukan MARRIS sebanyak RM1.6 bilion yang sepatutnya duit penyelenggaraan jalan (tetapi dakwa) dibuat benda lain.\n\n\n\u201cDia longgok kesalahan Menteri Besar UMNO terdahulu sebelum 2014 atas kepala saya padahal saya tak tahu apa pun, dia ingat dia seorang reti (pandai) \u2018menyerang\u2019,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/21/semakan-kehakiman-rampasan-jam-tangan-kaitan-lgbtq-ditangguh-23-ogos/", "title": "Semakan kehakiman rampasan jam tangan kaitan LGBTQ ditangguh 23 Ogos", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat\u00a0 \u2013 Permohonan semakan kehakiman oleh syarikat jam tangan Swatch terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung rampasan jam tangan koleksi Pride ditangguhkan ke 23 Ogos depan.\n\n\nBerdasarkan laporan media tempatan, penangguhan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,\u00a0 Datuk Amarjeet Singh apabila perkara itu dibangkitkan di kamarnya semalam.\n\n\nDifahamkan, Swatch memohon untuk membuat beberapa pindaan dalam semakan berkenaan.\n\n\nPada 24 Jun, The Swatch Group (M) Sdn Bhd telah memfailkan permohonan semakan kehakiman melalui Tetuan Nizam Bashir & Associates, di mana mereka telah menamakan Ketua Setiausaha KDN, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan Kementerian, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan sebagai responden pertama, kedua, ketiga dan keempat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAudit 1MDB: Nasib Najib, Arul Kanda akan diputuskan esok\n\n\n\n\n\n\nSPRM Fokus Banteras Sindiket Besar & Punca Kes Rasuah Meningkat \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nAkta Antigangguan Seksual dikuat kuasa secara berperingkat\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Teliti Semula Import Ayam Luar\n\n\n\n\n\n\nKDN, Kerajaan Malaysia tarik balik rayuan kes kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\n\n\nSwatch memohon perintah certiorari daripada mahkamah bagi membatalkan notis rampasan, perintah mandamus supaya responden memulangkan jam tangan beserta ganti rugi.\n\n\nMenurut Swatch, jam itu sudah terjual dan diedarkan sejak lebih setahun lalu namun pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada orang awam atau pihak berkuasa.\n\n\nMereka juga kononnya mendakwa gambar pelangi dan akronim LGBTQIA2S+ bukanlah perkataan terlarang di Malaysia malah dikatakan jam itu tidak mempromosikan sebarang aktiviti seksual sebaliknya hanyalah ekspresi kedamaian dan kasih sayang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/21/wan-saiful-gagal-ketepi-kes-rasuah-rm6-9-juta/", "title": "Wan Saiful gagal ketepi kes rasuah RM6.9 juta", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan gagal dalam permohonan untuk mengetepikan dua pertuduhan rasuah RM6.9 juta membabitkan projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nHakim, Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendengar hujahan tambahan daripada peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dan responden oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi dan Mohd \u2018Afif Ali.\n\n\n\u201cPermohonan pihak pembelaan ditolak, maka prosiding seterusnya dijalankan sebagaimana yang dijadualkan sebelum ini.\n\n\n\u201cMahkamah menetapkan perbicaraan kes dibuat selama lapan hari, bermula 25 hingga 27 Mac; 29 serta 30 April tahun depan dan 20 hingga 22 Mei tahun depan,\u201d kata Rozina.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia komited mahu al-Quran dilindungi, dihormati\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Terima Bekalan Pertama Vaksin Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\nDatuk Hasanah Abdul Hamid meninggal dunia akibat kanser hati\n\n\n\n\n\n\nRazarudin Husain dilantik Ketua Polis Negara baharu\n\n\n\n\n\n\nKeganasan domestik, penindasan wanita wajar diberi keutamaan \u2013 BERJASA\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, pada 1 Disember depan, mahkamah tetapkan untuk pengurusan kes tersebut.\n\n\nSemasa prosiding, Rasyidah Murni berkata, seramai 27 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan.\n\n\nBeliau turut mengesahkan bahawa, semua dokumen telah diserahkan namun senarai saksi akan dibekalkan dalam masa terdekat.\n\n\nPada 29 Mei lalu, Wan Saiful memfailkan permohonan untuk membatalkan dua tuduhan itu, dengan alasan pertuduhan dikemukakan ke atasnya adalah cacat. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/22/ajaran-sesat-sihulk-pengaruh-anak-muda-hidup-mewah-di-luar-negara/", "title": "Ajaran sesat SiHulk pengaruh anak muda, hidup mewah di luar negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 \nMenyatakan Nabi Muhammad SAW sebagai tuhan, tidak mempunyai jantina dengan menafsir sendiri sebuah hadis dengan menyatakan Nabi Muhammad tiada kemaluan dan sebagainya.\n\n\nItu antara ajaran sesat Si Hulk yang semakin terpengaruh sehingga tular satu keluarga yang mengakui menganut ajaran itu baru-baru ini.\n\n\nAjaran yang diasaskan dan dibawa oleh Suhaini Bin Mohammad atau Suhai Ibni Mohammad atau Si Hulk telah bermula di Johor dan Melaka sejak awal 2020.\n\n\nJualan produk air Si Hulk dikatakan sebagai platform tarikan dan pengaruh ke arah ajaran ini yang mengaburi mata orang ramai.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tanah terbiar Felda, Felcra, Risda digunakan untuk penghasilan makanan\n\n\n\n\n\n\nAgamawan, ulama diberi pengecualian tauliah di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\n23 laporan polis terhadap Guan Eng\n\n\n\n\n\n\nGTA dakwa konsep \u2018Rahmah\u2019 idea Tun M bukan Anwar\n\n\n\n\n\n\nRamadan : rakyat dinasihat jangan membazir makanan \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\n\n\nProduk air yang mempunyai stokis di setiap negeri berjaya dilariskan dengan mendakwa air berkenaan membolehkan seseorang hidup lebih lama.\n\n\nAjaran sesat ini didapati sedang bergiat aktif di New Zealand termasuk video keluarga berkenaan yang dipercayai berada di sana dengan umpan dan janji bahawa mereka boleh hidup lama dan mewah di luar negara.\n\n\nBagaimanapun golongan muda terutamanya remaja turut dikesan terpengaruh dengan ajaran sesat ini yang kian menular di Malaysia menerusi media sosial dan medium Google Meet.\n\n\nBerikutan itu, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 telah memutuskan bahawa ajaran dan fahaman SiHulk sebagai sesat, menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.\n\n\nTindakan penguatkuasaan telah diletakkan di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyalurkan maklumat mengenai ajaran dan kegiatan kumpulan ini.\n\n\nDalam pada itu, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Johor\n, Mohd Fared Mohd Khalid berkata\n \nfatwa negeri Johor yang diwartakan bertarikh 22 Julai 2021 telah menyatakan bahawa ajaran Suhaini Si Hulk ini merupakan ajaran sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.\n\n\n\u201cSi Hulk ini telah pun diistiharkan sebagai sesat bahkan haram melalui keputusan fatwa yang telah pun diwartakan pada 22 Julai 2021 lagi.\u201d\n\n\n\u201cMereka mendakwa Nabi Muhammad sebagai tuhan kita dengarkan viral tu nabi itu adalah Allah itu antara ciri pertama yang jauh terpesong daripada pegangan Ahli Sunnnah Wal Jmaah itu sendiri,\u201d katanya.\n\n\nDalam perkembangan terkini Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil turut mendedahkan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah mengsan ajaran ini sedang menular di Melaka dan pihaknya sedang melakukan pemantauan.\n\n\n\u201cKita kesan ada beberapa lokasi di Merlimau jadi kita dalam pemantauan melibatkan remaja dan dewasa. Saya tak boleh sebut berapa tapi dalam pemantauan kita di media sosial atau dari laporan keluarga mereka sendiri yang melaporkan tentang penglibatan anak-anak atau suami mereka.\n\n\nPada 11 Jun lalu, seorang pengikut ajaran SiHulk berjaya ditangkap Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi melumpuhkan ajaran itu di rumahnya dekat Jasin.\n\n\nExco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan bersama isteri dan tiga anaknya kira-kira jam 8.30 malam Ahad lalu dan pihaknya turut merampas risalah ajaran sesat itu.\n\n\nKatanya lagi, di Melaka sahaja setakat pengetahuan pihaknya dianggarkan antara 10 hingga 20 orang pengikut ajaran SiHulk.\n\n\nDalam perkembangan lain, kilang minuman yang berada di Johor, Selangor dan Indonesia sudah ditutup selepas sijil halal mereka ditarik semula kerana tidak mematuhi piawaian ditetapkan pada 3 Jun 2021.\n\n\nBagaimanapun ketika ini ajaran Si Hulk dilihat masih bergiat aktif.\n\n\nTanpa rasa bersalah, segan silu, lebih ramai rakyat Malaysia khususnya golongan muda kini mendakyah dan membuat video trend yang sama mempromosi ajaran ini.\n\n\nSusulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\u2019im Mokhtar dalam satu kenyataan semalam mengarahkan JAKIM bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membanteras ajaran sesat SiHulk.\n\n\nBagaimanapun, menerusi pemantaua kami akaun facebook Suhaini Mohamad \nyang mempunyai lebih seribu orang pengikut \nmasih aktif menyebarkan fahaman Si Hulk.\n\n\nDalam perkembangan lain, Mohd Fared berkata Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sukar membuat tangkapan terhadap pengikut ajaran SiHulk kerana dipercayai masih berada di New Zealand.\n\n\nNamun, sekiranya mereka pulang ke negeri ini, tangkapan boleh dibuat mengikut undang-undang sedia ada."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/22/cadangan-tukar-status-tanah-wakaf-wajar-diperhalusi/", "title": "Cadangan tukar status tanah wakaf wajar diperhalusi", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Jumaat \u2013 Menukar status tanah wakaf kepada Tanah Rizab Melayu hanyalah menjatuhkan taraf status tanah itu.\n\n\nTanah Wakaf adalah tanah milik Allah untuk dimanfaatkan kepada umat Islam.\n\nMenurut Presiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia (PERTAMA), Profesor Dr Ismail Omar, tanah wakaf tidak boleh dipindah milik sesuka hati kerana mempunyai rukun-rukun syarat-syarat tertentu yang mesti dipatuhi.\n\n\nBeliau berkata, jumhur ulama juga bersepakat bahawa tanah wakaf tidak boleh dijual beli dan berlaku transaksi.\n\n\n\u201cKalau kita lihat dari segi pandangan jumhur ulama, ulama terkenal di seluruh dunia kita dapati bahawa mereka bersepakat apabila tanah wakaf dijadikan wakaf tidak boleh dijual beli.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenceroboh haram selesa jarah tanah, dibela Ahli Parlimen\n\n\n\n\n\n\nAgus buat kenyataan infografik JKOM dikecam\n\n\n\n\n\n\nLelaki maut, kekasih parah, kemalangan pulang dari beli cincin pertunangan\n\n\n\n\n\n\nSurat Azalina tidak dibincang Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\nPolitik negara semakin berubah, Melayu perlu terima realiti\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMaknanya tidak boleh transaksi, tidak boleh dipindah milikkan walau dengan apa cara sekali pun kecuali jawatankuasa fatwa kebangsaan telah membuat keputusan yang membenarkan pindah milik itu adalah tempoh pajakan sahaja yang \nfreehold\n itu tidak dibenarkan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui TV Pertiwi di Universiti Geomatika Malaysia (UGM) baru-baru ini.\n\n\nPresiden Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia (PERTAMA), Profesor Dr Ismail Omar dalam temu bual wartawan Tv Pertiwi baru-baru ini.\n\n\nProf Ismail yang juga Naib Canselor UGM berkata, konsep wakaf perlu memenuhi rukun-rukun yang tertentu iaitu Wakif atau pewakaf, Mawquf iaitu (harta yang diwakafkan).\n\n\nManakala Mawquf Alaih pula ialah (penerima wakaf) dan sighah yang bermaksud (pernyataan wakaf).\n\n\nKesemua rukun ini perlu memenuhi ciri-ciri dan syarat yang ditetapkan supaya harta wakaf itu benar-benar dapat dimanfaatkan dan tidak boleh dijual beli.\n\n\n\u201cDi mana satu tanah yang sama apabila diwakafkan tidak boleh dijual beli tetapi apabila ditukarkan kepada Tanah Rizab Melayu boleh pula dijual beli jadi ini kita balik pada konsep asalnya iaitu tanah wakaf ini adalah tanah milik Allah.\u201d\n\n\n\u201cJadi Allah yang memiliki tanah wakaf ini kita kembalikan sudah tentu kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah siapa yang memilikinya cara dimajukan cara ia dibiayai dan sebagainya itu,\u201d ujarnya.\n\n\nMenurut Prof Ismail, kajian lebih mendalam perlu dijalankan dan diteliti sebaiknya jika tanah wakaf mahu diubah statusnya kepada Tanah Rizab Melayu.\n\n\nIni penting katanya bagi menjaga kepentingan umat Islam secara keseluruhan supaya peraturan tidak dilanggar serta bercanggah dengan enakmen tanah wakaf dan Tanah Rizab Melayu.\n\n\n\u201cJadi ini ada percanggahan kerana Tanah Wakaf terletak di bawah tata Kelola enakmen pentadbiran tanah atau enakmen wakaf Tanah Rizab Melayu di bawah Tanah Rizab Melayu dua enakmen yang berbeza dengan syarat-syarat yang berbeda.\u201d\n\n\n\u201cJadi kalau kita nak tukarkan boleh bukan tidak boleh tetapi memerlukan kajian yang mendalam supaya kita tidak menyentuh atau melanggar peraturan rukun Wakaf itu tadi pada masa yang sama kita tidak melanggar peraturan-peraturan di bawah kanun tanah negara enakmen rizab Melayu dan enakmen wakaf dan sebagainya itu.\u201d\n\n\nDalam pada itu, beliau turut menyarankan supaya kerajaan mengganti semula Tanah Rizab Melayu yang diambil dengan tanah-tanah yang setaraf dengannya selain memperkasakan dan menaik taraf status tanah ini.\n\n\nPada 2 Januari tahun ini, lapor Utusan Malaysia, Jabatan Audit Negara (JAN) mendedahkan sekurang-kurangnya 3,214 hektar Tanah Rizab Melayu di Mukim Jaya Baru dan Sitiawan dipindah milik kepada orang bukan Melayu secara tidak sah disebabkan pengurusan Tanah Rizab Melayu di Perak dikesan kurang cekap.\n\n\nBerikutan itu, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak melakukan kaveat dan memantau transaksi ke atas 3,214 hektar Tanah Rizab Melayu di negeri itu bagi menyelamatkan tanah-tanah yang \u2018terlepas\u2019 kepada bukan Melayu sebelum ini.\n\n\nMenteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, PTG Perak berjaya membuat rundingan untuk mewartakan kawasan seluas 800 hektar tanah di Gunung Bersout, Batang Padang yang merupakan wakaf saraan bagi masjid seluruh negeri itu sebagai kawasan tambahan Tanah Rizab Melayu.\n\n\nCadangan pewartaan itu akan dibawa untuk kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.\n\n\nBagaimanapun cadangan itu dilihat tidak wajar dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 89 2A yang mengatakan bahawa Tanah Rizab Melayu sepatutnya diambil daripada kawasan tanah yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam.\n\n\nMalah menurut Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Tanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat yang memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.\n\n\nDalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Seri Hishamuddin Hashim mempersoalkan keperluan mengambil tanah wakaf untuk digantikan Tanah Rizab Melayu yang hilang sedangkan ia bertentangan dengan fatwa.\n\n\n\u201cAdakah untuk memenuhi kuota nak kata jumlah mengishtiharkan bahawa Tanah Rizab Melayu ini banyak maka tanah wakaf diambil, untuk dijadikan sebagai Tanah Rizab Melayu?\u201d\n\n\n\u201cIni adalah bertentangan dengan fatwa, adakah ini dikira darurat? Ini adalah kepentingan untuk melengkapkan atau memenuhi kehendak politik menyatakan bahawa Tanah Rizab Melayu telah bertambah.\u201d\n\n\nMeskipun kerajaan Perak berusaha meningkatkan keluasan Tanah Rizab Melayu kepada 955,587.8 hektar tetapi masih belum capai 50 peratus keluasan yang seharusnya diwartakan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/22/festival-good-vibes-dibatalkan-serta-merta/", "title": "Festival Good Vibes dibatalkan serta-merta", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kerajaan mengarahkan pembatalan serta merta penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang sepatutnya berlangsung hingga esok.\n\n\nMenteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil berkata, Penganjur acara berkenaan juga digesa untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket yang menempah untuk mengikuti konsert pada festival berkenaan.\n\n\n\u201cSaya sudah mengarahkan pembatalan serta merta baki festival berkenaan yang sepatutnya berlangsung hari ini hingga esok, 23 Julai.\n\n\n\u201cSaya faham keputusan ini akan memberi implikasi kepada penonton yang sudah membeli tiket. Sehubungan itu, saya juga sudah menggesa penganjur mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket,\u201d katanya dalam kenyataan di Facebook.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerlu ada jabatan khas tangani isu dera kanak-kanak \u2013 Raja Zarith\n\n\n\n\n\n\nBertindak segera, bukan sekadar retorik politik\n\n\n\n\n\n\nSyukuri nikmat kebebasan beragama, ambil iktibar musibah di Palestin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\nTidak patut sambut raya dengan campur aduk budaya asing\n\n\n\n\n\n\n37 Maut Akibat Banjir\n\n\n\n\n\n\n\n\nFahmi berkata, beliau sudah memanggil penganjur Festival Good Vibes 2023 iaitu Future Sound Asia, susulan aksi dan kenyataan sangat biadab dipamerkan oleh artis dari Braitain, The 1975 di Sepang malam tadi.\n\n\n\u201cIngin saya tegaskan, pendirian Kerajaan Madani amat jelas. Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.\n\n\n\u201cKerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara. Bagaimanapun, jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan,\u201d katanya.\n\n\nKetua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan hari ini juga memaklumkan pihaknya akan memanggil penganjur konsert kumpulan The 1975 petang ini, susulan tindakan vokalisnya, Matty Healy menunjukkan perlakuan kurang sopan dalam konsert berkenaan.\n\n\nTerdahulu, Fahmi dalam ciapan di Twitter turut menyifatkan\n\u2002perlakuan Matty\n\u00a0dalam konsert itu sebagai biadap.\n\n\nDalam konsert itu, Matty dilihat memegang botol arak di atas pentas ketika melakukan persembahan selain meludah dan melakukan aksi kurang sopan.\n\n\nMalah, Matty juga membuat ucapan menghina undang-undang negara berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebelum mencium pemain bass The 1975, Ross McDonalds di pentas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/22/masjid-surau-di-selangor-perlu-bebas-propaganda-politik-jais/", "title": "Masjid, surau di Selangor perlu bebas propaganda politik \u2013 JAIS", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pentadbir masjid dan surau di Selangor tidak dibenarkan sama sekali membantu atau terlibat dalam apa jua aktiviti yang berfokus politik.\n\n\nJabatan Agama Islam Selangor (JAIS)\u00a0berkata, pihak masjid dan surau juga hendaklah menghalang\u00a0ia daripada berlaku jika jelas secara tampak aktiviti atau program yang melibatkan calon parti bertanding, aktivis politik, gambar-gambar tokoh parti serta slogan dan lambang yang mewakili parti-parti tertentu.\n\n\nMereka juga hendaklah memastikan semua bentuk bahan kempen atau propaganda parti politik hendaklah dipastikan tidak berada di dalam premis bangunan atau dalam kawasan pagar masjid dan surau.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGuru Besar putih mata, wang RM109,000 bantuan awal persekolahan lesap\n\n\n\n\n\n\nSurat terbuka untuk Khairul Aming\n\n\n\n\n\n\nKes Positif Global Lebih 306 Juta\n\n\n\n\n\n\nKerajaan setuju tubuhkan Jawatankuasa Tertinggi tangani isu doktor kontrak\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: 130,000 rakyat miskin tegar dibantu keluar daripada kemiskinan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, arahan itu bagi mengelakkan terdapat kemungkinan akan berlakunya usaha dan ikhtiar daripada parti-parti politik untuk mengadakan aktiviti propaganda politik mereka seperti di masjid dan surau di negeri Selangor.\n\n\n\u201cAktiviti yang lazim sebelumnya adalah seperti program pengenalan calon yang bertanding dalam pilihan raya, Program Sumpah Mubahalah, program berkumpulan ahli dan penyokong parti untuk tujuan atau keutamaan ahli dan parti serta lain-lain seumpamanya.\n\n\n\u201cPerkara ini telah diingatkan kepada Pegawai dan Jawatankuasa Masjid dan Surau Negeri Selangor di dalam surat jabatan ini bertarikh 22 Ogos 2022M,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.\n\n\n\n\nMohd Shahzihan menambah, ketetapan ini selaras dengan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengkehendaki masjid dan surau sebagai zon aman dan bebas daripada propaganda politik dan politik kepartian.\n\n\nBerdasarkan Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) Tahun 2017, pentadbir masjid dan surau hendaklah membantu apa juga ketetapan yang dibuat oleh MAIS.\n\n\nSebarang tindakan yang bersifat menghina atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan titah Sultan Selangor atau arahan MAIS, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 (a) atau (b), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.\n\n\nPegawai masjid juga boleh, dalam masa yang sama dibatalkan pelantikannya oleh MAIS berdasarkan Peraturan 7 (f), Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017, katanya. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/22/nama-tengku-zafrul-tercicir-daripada-senarai-calon-bn/", "title": "Nama Tengku Zafrul \u2018tercicir\u2019 daripada senarai calon BN", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Senarai nama calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 bagi keenam-enam negeri dikemukakan oleh Badan Perhubungan Negeri masing-masing.\n\n\nTimbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan\u00a0yang ditanya mengenai ketiadaan nama Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Datuk Zafrul Abdul Aziz berkata,\u00a0proses tapisan calon adalah di peringkat perhubungan negeri sebelum nama calon diserahkan kepada kepimpinan pusat BN.\n\n\n\u201cJadi terpulang kepada Badan Perhubungan (negeri) masing-masing untuk menamakan (calon) tapi di sini menyaring dan mana yang sesuai.\n\n\n\u201cKita (kepimpinan utama BN) bincang semula dengan Badan Perhubungan dan secara persetujuan bersama kita akan memilih calon terbaik wakili parti,\u201d katanya kepada media selepas menghadiri majlis pengumuman calon BN PRN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur\u00a0malam tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPusat lindungi mangsa pemerdagangan orang perlu diwujudkan\n\n\n\n\n\n\nPeratusan mengundi rendah, kerajaan akan buat \u2019post mortem\u2019\n\n\n\n\n\n\nFelda perlu tanggungjawab hutang peneroka\n\n\n\n\n\n\nTunggu Stabil Baru Boleh Buat PRU15 \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nJAIS kesal pihak timbulkan persepsi buruk pembatalan ceramah Ustaz Wadi Annuar\n\n\n\n\n\n\n\n\nDitanya sama ada terdapat pertambahan nama calon pada saat-saat akhir, Mohamad tidak menolak kemungkinan ia boleh berlaku.\n\n\n\u201cKadang-kadang watikah (calon) tukar, jadi kita tak tahu (sama ada bertambah atau tidak),\u201d ujarnya.\n\n\nDalam pada itu, Mohamad berkata, hanya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu yang belum diumumkan malam ini.\n\n\n\u201cCuma ada satu DUN yang kita belum namakan di Terengganu kerana kita buat saringan-saringan tertentu, seperti biasa,\u201d jelasnya yang juga Timbalan Presiden UMNO.\n\n\nBagaimanapun, Mohamad tidak memperincikan kerusi DUN mana yang masih tidak diisi oleh parti itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/22/pejuang-tidak-bertanding-pilihan-raya-di-enam-negeri/", "title": "PEJUANG tidak bertanding pilihan raya di enam negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 PEJUANG mengambil pendirian tidak akan menyertai Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-18 di enam negeri, 12 Ogos ini.\n\n\nPresiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathi berkata,\u00a0parti itu sebaliknya akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan kedudukan bagi menyertai PRU16 akan datang.\n\n\nDitanya sama ada jika diberi peluang bertanding pada pilihan raya oleh\u00a0Perikatan Nasional (PN), Mukhriz berkata, untuk tempoh tiga minggu akhir sudah agak terlewat untuk pihaknya mempertimbangkan sebarang tawaran sedemikian.\n\n\nMengakui ada usaha bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk PEJUANG bertanding, pihaknya masih belum menerima maklum balas rasmi dari PN mengenai perkara itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia letak aset ketenteraan di perairan Beting Patinggi Ali\n\n\n\n\n\n\nMB Kedah dilarang hadiri program kerajaan persekutuan\n\n\n\n\n\n\nWang tidak dituntut berjumlah RM11 bilion\n\n\n\n\n\n\nBonus kakitangan awam tidak kena cukai\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin Tetap Mahu Calonkan Pengganti Zuraida\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cLebih baik kami (PEJUANG) tumpu kepada memperkukuhkan parti dan kekal berprinsip terhadap perjuangan,\u201d katanya dalam satu sidang media selepas Program Amanat Presiden bersama pimpinan negeri dan sayap parti.\n\n\nMukhriz berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Dr Mahathir berhubung PEJUANG untuk tidak bertanding dalam PRN akan datang.\n\n\n\u201cBerundur setapak bukan bererti berundur selamanya, kita akan terus menegakkan prinsip perjuangan parti.\n\n\n\u201cKami (PEJUANG) bersetuju dengan kenyataan Dr Mahathir bahawa undi Melayu tidak seharusnya dipecahkan,\u2019 katanya.\n\n\nTambah beliau, jika ada tawaran saat akhir untuk bertanding dalam PRN, pihaknya dengan rendah diri terpaksa menolaknya.\n\n\nMukhriz berkata, keputusan untuk tidak bertanding itu diputuskan di mesyuarat exco PEJUANG minggu lalu.\n\n\nBagaimanapun, beliau berkata, pihaknya tidak menghalang jentera parti itu turun padang dan membantu calon parti lain.\n\n\n\u201cKami tidak halang, tetapi jangan guna nama PEJUANG secara rasmi. Itu hak mereka secara individu, namun tidaklah sehingga mereka naik ke pentas dan berceramah untuk parti lain,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/22/pembela-bantah-mansuh-akta-hasutan-sokong-penambahbaikan/", "title": "PEMBELA bantah mansuh Akta Hasutan, sokong penambahbaikan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menegaskan undang-undang sedia ada melalui\u00a0\nAkta Hasutan\n\u00a01948 memadai bagi menangani perbuatan menyentuh isu kaum, agama dan raja (3R).\n\n\nSetiausaha Agung\u00a0PEMBELA, Mohd Aswanizam Alias berkata,\u00a0pihaknya tidak membantah cadangan\u00a0\nmenambah baik\n\u00a0akta itu, sama seperti beberapa organisasi masyarakat sivil (CSO) lain hasil pertemuan dalam dua sesi libat urus semalam.\n\n\nSesi anjuran Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) bertempat di Asian International Arbitration Centre, di Kuala Lumpur itu bagi membincangkan persoalan berkait isu 3R.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 negeri Johor dibentang esok\n\n\n\n\n\n\nUsah Bagi Hadiah Yang Memalukan Mempelai dan Keluarga \u2013 Idris\n\n\n\n\n\n\nElak Aktiviti Di Pantai\n\n\n\n\n\n\nMalaysia kutuk serangan tentera Israel di Nablus\n\n\n\n\n\n\n3,464 beri respon positif projek PSI\n\n\n\n\n\n\n\n\nAntara pertubuhan lain yang turut serta termasuk \u2018Concerned Lawyers For Justice (CLJ)\u2019, Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Badan Peguam Syarie.\n\n\n\u201cSemalam, wakil PEMBELA dan beberapa CSO Islam hadir dalam dua sesi libat urus bersama pemegang taruh berkenaan isu 3R. PEMBELA membantah cadangan memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi tidak membantah cadangan menambah baik akta itu,\u201d kata Mohd Asmanizam hari ini.\n\n\nSyor\u00a0\npemansuhan akta\n\u00a0itu dikemukakan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada Selasa lalu, susulan penahanan dan pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas tuduhan menghasut.\n\n\nDalam kenyataan bersama, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi PSM, Michael Jeyakumar Devaraj berpendapat, sudah ada peruntukan lain untuk menguruskan isu-isu berbangkit yang berkait dengan perkara berkenaan.\n\n\nMohd Aswanizam berkata, antara perkara dibangkitkan dalam sesi libat urus semalam ialah cadangan menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan Akta Harmoni.\n\n\nKatanya, tiga rang undang-undang (RUU) dicadang dibentangkan sebelum ini bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 ialah adalah RUU Keharmonian Kaum, RUU Kebencian Kaum dan Agama serta RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional.\n\n\n\n\n\u201cCadangan penggubalan tiga akta ini telah dibantah pada tahun 2014 dan 2018 oleh PEMBELA. Ia berbangkit kembali dalam sesi kali ini. Justeru, PEMBELA tegaskan supaya semua bentuk perancangan berkait kepentingan negara mesti babitkan sesi libat urus bersama CSO Islam.\n\n\n\u201cDalam sesi semalam, wakil \u2018Concerned Lawyers For Justice\u2019 (CLJ), Aidil Khalid turut mengutarakan perkara sama dengan penegasan kepada Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948 yang mesti kekal tapi tidak membantah penambahbaikan akta yang sama,\u201d katanya.\n\n\nSelain itu, PEMBELA turut menbangkitkan beberapa isu lain terutama cadangan menggunakan prinsip hak asasi antarabangsa sebagai panduan kepada pembentukan akta atau undang-undang baharu.\n\n\n\u201cSemua bentuk prinsip antarabangsa yang hendak digunakan sebagai garis panduan undang-undang berkenaan hak kebebasan bersuara mesti menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan Sumpah Ketua Utama Negara untuk memelihara Islam pada semua masa pada Perkara 37(1),\u201d katanya.\n\n\nMohd Aswanizam menegaskan, isu sebenar yang perlu dilihat ialah salah guna kuasa dengan menggunakan undang-undang menyekat kebebasan bersuara yang dijadikan senjata politik.\n\n\n\u201cPEMBELA turut mengulangi pendirian, perpaduan dan keharmonian kaum di Malaysia tidak boleh diselesaikan melalui penambahan undang-undang tetapi menerusi sistem pendidikan,\u201d katanya.\n\n\n\n\nBeliau turut menyambut baik usaha kerajaan mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh berkait isu 3R.\n\n\nMalah, pujian harus diberikan kepada kerajaan yang mengingatkan bahawa sebarang bentuk cadangan pemansuhan apa-apa undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 perlu dibuat dengan penuh berhati-hati, cermat dan mengambil kira pandangan pihak berkepentingan dalam negara."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/22/the-1975-beraksi-biadap-penganjur-henti-persembahan-serta-merta/", "title": "The 1975 beraksi biadap, penganjur henti persembahan serta merta", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Penganjur Festival Good Vibes 2023 kesal dengan tindakan kumpulan dari Britain, The 1975 beraksi \u2018biadap\u2019 ketika menjayakan persembahan semalam.\n\n\nSelain mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia, vokalis The 1975, Matty Healy juga bertindak mencium anggota kumpulannya yang juga lelaki iaitu Ross McDonalds di atas pentas.\n\n\nSambil memegang botol arak ketika membuat persembahan, Healy turut meludah dan melakukan aksi kurang sopan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMuda terkilan tidak dijemput ke mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan\n\n\n\n\n\n\nSPRM Fokus Banteras Sindiket Besar & Punca Kes Rasuah Meningkat \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye diramal pakar tiga hari sebelum kejadian\n\n\n\n\n\n\nKeabsahan Sek Vernakular\n\n\n\n\n\n\nBanyak Isu Tanah, Hutan & Korupsi Tak Selesai Punca Negeri Pahang Ketinggalan?\n\n\n\n\n\n\n\n\nPihak penganjur menerusi kenyataan dikeluarkan menyebut, pihaknya terpaksa memberhentikan acara kerana tidak mematuhi garis panduan sepatutnya.\n\n\n\u201cFestival Good Vibes 2023 akan diteruskan seperti dijadualkan dan kami sangat berbesar hati dengan kehadiran anda pada hari ini dan esok.\n\n\n\u201cKepada yang hadir, semalam kami memahami kekecewaan anda. Jika masih mempunyai gelang tangan (tiket masuk) untuk konsert semalam, anda boleh menghadiri festival sama ada pada hari ini atau esok.\n\n\n\u201cHanya tunjukkan gelang tangan berkenaan di pintu masuk utama. Kami berharap dapat berjumpa dengan anda tidak lama lagi,\u201d kata kenyataan itu.\n\n\n\n\nMenteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi hantaran di Twitter hari ini menyifatkan tindakan kumpulan terbabit adalah biadab dan sudah memanggil pihak penganjur untuk mendapatkan penjelasan berhubung insiden itu.\n\n\n\u201cIni satu tindakan biadab. Saya sudah memanggil penganjur untuk beri penjelasan esok dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh,\u201d tulis Fahmi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/23/ajaran-sihulk-difatwakan-sesat/", "title": "Ajaran SiHulk difatwakan sesat sejak Disember 2020", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa Suhaini Mohammad atau SiHulk sebagai sesat.\n\n\nMufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh berkata, keputusan dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri kali ke-221 pada Disember 2020 itu juga memperakukan fahaman itu menyeleweng daripada ajaran Islam.\n\n\nMenurutnya, ketetapan itu berdasarkan beberapa ciri fahaman yang secara jelas mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah tuhan selain menyatakan baginda tidak mempunyai jantina iaitu bukan lelaki juga bukan wanita.\n\n\n\u201cDia juga menyeleweng tafsiran al-Quran menerusi huraian surah Taha ayat 120 dan al-Baqarah ayat 35 berkenaan larangan Allah SWT kepada Nabi Adam dan Hawa daripada memakan buah khuldi dengan dakwaan bahawa buah itu yang menjadi larangan untuk dimakan di dalam syurga itu adalah buah zakar dan buah dada,\u201d katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n48,000 wanita terima manfaat subsidi saringan kanser serviks, payudara\n\n\n\n\n\n\nDr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang\n\n\n\n\n\n\ni-Guru Nasihat Penjawat Awam Guna Saluran Betul Suarakan Pendapat\n\n\n\n\n\n\n\u201cKementerian jemput calon layak jadi CEO Teraju, Yayasan Peneraju\u201d \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nSPRM Fokus Banteras Sindiket Besar & Punca Kes Rasuah Meningkat \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas Wan Zahidi, ajaran itu turut mengeksploitasi elemen agama secara berlebihan terhadap produk-produk dikeluarkan seperti air dan botol SiHulk di laman Facebook Sohai Ibnu Muhammad dan Facebook SiHulk untuk menarik minat orang membelinya.\n\n\n\u201cAntaranya membuat tafsiran yang salah terhadap ayat al-Quran pada surah al-Baqarah ayat 248 dengan menyatakan SiHulk merupakan air hayat iaitu air yang diperoleh oleh Nabi Khidir AS menjadikan baginda mampu hidup sehingga hari kiamat.\n\n\n\u201cProduk itu didakwa mampu menyembuhkan pelbagai wabak penyakit zahir dan batin serta menghalang daripada sihir selain digunakan untuk melaksanakan ritual menangkap jin ke dalam botol,\u201d katanya.\n\n\nJusteru, beliau menggesa agar fahaman dan ajaran itu segera disekat daripada disebarkan kepada umat Islam.\n\n\n\u201cMereka yang mengamalkan fahaman dan ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah SWT,\u201d katanya.\n\n\nMedia sebelum ini melaporkan dua video tular memaparkan beberapa orang individu mengeluarkan kenyataan dan ungkapan menyeleweng daripada ajaran Islam dipercayai pengikut ajaran yang dibawa oleh SiHulk.\n\n\nSatu video yang kembali menjadi tular tersebut dimuat naik melalui akaun Facebook Nurul Sakinah yang bertajuk \u2018Nabi Muhammad itu adalah Allah\u2019.\n\n\nJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah diarah bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk membanteras ajaran sesat itu. \u2013 SINAR HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/23/altimet-diumum-calon-pkr-lembah-jaya/", "title": "Altimet diumum calon PKR Lembah Jaya", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali Altimet sah bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 di Selangor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.\n\n\nPerkara itu diumumkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program pengumuman calon di Seksyen 7 di Shah Alam pada Sabtu.\n\n\nAltimet yang popular dengan lagu Hoi Hoi Ya Hoi \u00a0meluahkan rasa kesyukuran kerana diberikan kepercayaan membalas budi di Ampang.\n\n\n\u201cAlhamdulillah saya rasa sangat terharu diberi peluang untuk membalas budi kepada Ampang setelah lebih 13 tahun bermastautin di sana,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHusam Musa mula tugas Pengerusi SPNB berkuat kuasa 22 Mac\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin nafi ditahan, hanya beri keterangan di SPRM esok\n\n\n\n\n\n\nKestabilan politik dorong pelabur Arab Saudi ke Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPerjuangan PAS sudah berubah \u2013 Mohammad Agus\n\n\n\n\n\n\nADUN Belantik rebah di bilik air rumah\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau yang menyandang Ketua Cabang PKR Ampang turut menyatakan keyakinan mampu menawan Lembah Jaya.\n\n\n\u201cSaya telah diberikan tugas oleh Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menjadi Penyelaras di Lembah Jaya selama sembilan bulan sebelum pembubaran DUN.\n\n\n\u201cDari situ, saya dapat peluang belajar gerak kerja sebagai ADUN dan kenali penduduk di sana. Walaupun saya bermastautin di Bukit Antarabangsa tapi hati saya untuk berkhidmat di Lembah Jaya,\u201d katanya.\n\n\nPada majlis itu seramai 20 calon PKR diumum akan bertanding di Selangor termasuk Menteri Besar Selangor yang kekal bertanding di DUN Sungai Tua.\n\n\nSelain itu, seramai tujuh penyandang kerusi dikekalkan.\n\n\nMereka ialah Chua Wei Kiat (Rawang), Mohd Khairuddin Othman (Paya Jaras), Najwan Halimi (Kota Anggerik), Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang), Gunaraj George (Sentosa), Zawawi Ahmad Mughni (Sungai Kandis) dan Borhan Aman Shah (Tanjong Sepat). \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/23/amanah-bertanding-di-31-dun-mahfuz-di-alor-mengkudu/", "title": "AMANAH bertanding di 31 DUN, Mahfuz di Alor Mengkudu", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahmad \u2013 AMANAH mempertaruhkan 31 calon pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 yang akan berlangsung di enam negeri pada 12 Ogos ini.\n\n\nPresiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan, parti itu mempertaruhkan 15 muka baharu dengan 44 peratus calon muda dan wanita.\n\n\nAntara yang tersenarai ialah Datuk Mahfuz Omar sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi DUN Alor Mengkudu, Kedah.\n\n\nSelain Mahfuz, AMANAH juga mengekalkan Muhammad Faiz Fadzil untuk bertanding di kerusi DUN Permatang Pasir dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS mohon ketepikan saman Mujahid isu sokong LGBT\n\n\n\n\n\n\nTambang bas sekolah: Ibu bapa rayu kerajaan tanggung 5 peratus\n\n\n\n\n\n\nGERAKAN sasar 30 kerusi pada PRN\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tubuh Majlis Madani, satukan NGO Islam\n\n\n\n\n\n\nRampas tanah Palestin, Israel rancang bina lebih 2,000 penempatan haram\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUntuk kerusi DUN Bandar dan Tepoh di Terengganu masih dalam perbincangan dan ia akan diselesaikan secepat mungkin,\u201d katanya ketika sidang media pengumuman calon hari ini.\n\n\nSelain itu, AMANAH akan bertanding di dua kerusi masing-masing di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, selain sembilan di Selangor, Kelantan (tujuh) dan Kedah (sembilan).\n\n\nDi Terengganu, setakat ini AMANAH hanya mengesahkan meletak calon mewakili PH di kerusi DUN Batu Burok dan Rhu Rendang yang akan diwakili oleh Mohd Zamil Ghazali serta Suhaimi Sulaiman."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/23/angkuh-vokalis-the-1975-salahkan-penganjur-mengapa-undang-dia/", "title": "Angkuh vokalis The 1975 salahkan penganjur, mengapa undang dia?", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Setelah dikecam dan disenarai hitam, vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy, mempersalahkan penganjur atas pembatalan serta-merta sebarang persembahan kumpulannya ke Malaysia.\n\n\nHealy,\u00a0 dengan angkuh berkata dia telah diundang maka itulah yang penganjur dapat, malah semua ini katanya adalah kesalahan daripada penganjur.\n\n\nHealy berkata demikian sebagai respons kepada mesej peribadi yang dihantar kepadanya oleh\u00a0 pempengaruh media sosial, Luqman Podolski pada Sabtu.\n\n\nTangkap layar pempengaruh Luqman Podolski, yang dibalas Maty Healy.\n\n\nPemilik nama sebenar, Luqmanul Haqim Kamaruddin, 25, berkongsikan tangkapan skrin selepas dia menghambur kata-kata kesat dan sikap kurang ajar Healy yang mengakibatkan ramai pihak lain terkesan, antaranya penganjur, vendor\u00a0 makanan dan kumpulan lain.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJHEV perlu kerjasama JRP untuk peroleh data veteran ATM\n\n\n\n\n\n\nAzman mahu bawa aspirasi, suara rakyat Padang Serai ke Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nPasukan Khas Pasca Banjir, Siap Siaga Gelombang Kedua\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen Wanita DAP Bermulut Jahat \u2013 Tajuddin\n\n\n\n\n\n\nAUKU tidak dimansuh, akta baharu ibarat \u2018salin kulit\u2019 sahaja\n\n\n\n\n\n\n\n\nLuqman juga menegaskan dia tidak peduli dengan ideologi dan pemikiran band tersebut, tetapi mereka mestilah -menghormati undang-undang negara yang mereka lawati.\n\n\nDalam responsnya Healy menuding kesalahan terbabit kepada pihak penganjur iaitu Future Sounds Asia kerana mengundangnya ke festival tersebut.\n\n\nDalam perkembangan berkaitan,\u00a0 memetik Berita Harian, polis menerima tiga laporan berhubung kelakuan tidak senonoh vokalis kumpulan pop rock The 1975 ketika persembahan di pentas Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, malam kelmarin.\n\n\nKetua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata polis Selangor menyokong penuh keputusan Kementerian Komunikasi Digital (KKD) untuk membatalkan terus konsert terbabit yang sepatutnya berlangsung tiga hari sehingga esok atas faktor keselamatan.\n\n\n\n\n\n\n\u00a0\u201cInsiden itu juga dikatakan menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dan memperlekehkan undang-undang negara.\n\n\nHussein berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.\n\n\nDi Indonesia, kumpulan band indie-rock British, The 1975, membatalkan konsert di Indonesia selepas Malaysia membatalkan festival kerana aksi biadab, Healy mencium pemain bass lelaki di atas pentas serta kecaman kumpulan itu terhadap undang-undang anti-LGBTQ.\n\n\nUndang-undang LGBTQ Indonesia kurang ketat berbanding undang-undang di negara jiran seperti Malaysia yang mana homoseksual adalah jenayah.\n\n\nKumpulan itu kemudiannya mengumumkan pembatalan persembahannya di acara We The Fest di Jakarta serta pertunjukan di Taiwan pada Selasa.\n\n\n\u201cDengan rasa kesal,\u00a0 The 1975, mengumumkan pertunjukan di Jakarta dan Taipei tidak lagi berjalan seperti yang dirancang,\u201d kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini di laman Instagram We The Fest.\n\n\n\n\nThe 1975, umum pembatalan persembahan di Jakarta.\n\n\n\n\nBantahan terhadap kumpulan ini bukanlah yang pertama kali, kerana\u00a0 Healy pernah bertindak aksi yang sama dengan mencium peminat lelaki pada konsert 2019 di Emiriah Arab Bersatu, yang ketat mengawal amalan songsang LGBTQ.\n\n\nSemalam, \u00a0Menteri Komunikasi dan Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menyifatkan tindakan vokalis kumpulam itu, Matty Healy dalam konsert itu sebagai biadap lantas kemudian mengarahkan pembatalan festival itu secara serta-merta.\n\n\n\u201cJangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, terutama yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan,\u201d katanya dalam tweet.\n\n\n\n\nIni satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok, dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh. \nhttps://t.co/f4yf4s2XQP\n\n\n\u2014 Fahmi Fadzil \ud83c\uddf2\ud83c\uddfe (@fahmi_fadzil) \nJuly 21, 2023\n\n\n\n\nHealy dalam persembahannya juga mempertikai undang-undang LGBTQ di negara ini kerana katanya mengapa kumpulannya perlu mengikut peraturan dengan siapa dia perlu berbuat seks."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/23/calon-anak-beranak-bukan-isu-baharu-bibi-sharliza/", "title": "Calon anak beranak bukan isu baharu \u2013 Bibi Sharliza", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid menyifatkan pemilihan calon daripada kalangan ahli keluarga bukan perkara baharu dalam politik tanah air.\n\n\nBeliau yang dicalonkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh dalam Parlimen Kuala Pilah pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) bulan depan berkata, perkara itu sudah menjadi biasa sejak beberapa pilihan raya yang lalu.\n\n\n\u201cIa sudah menjadi perkara biasa dalam pilihan raya\u00a0ada calon yang ditampilkan dalam kalangan ahli keluarga.\n\n\n\u201cJadi, tidak sepatutnya dijadikan isu kerana calon dipilih daripada kalangan yang terbaik selain berdasarkan jawatan yang disandang dalam parti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAman Palestin lancar kempen \u2018Ramadan Bersamamu\u2019 peruntuk RM12 juta\n\n\n\n\n\n\nPedang Rasulullah diperbuat daripada besi Tanah Melayu \u2013 sejarawan\n\n\n\n\n\n\nRakyat perlu pemimpin berwibawa bukan kejar populariti\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy, Khaled dan Johari berjaya merebut jawatan Naib Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nKeputusan Tawaran Ke Tingkatan Enam Tahun 2022 Diumum 7 Julai\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSebagai contoh pada PRU15, Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) bertanding di Langkawi pada masa sama anaknya, Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz) turut bertanding di suatu kerusi lain di Kedah.\n\n\n\u201cContoh lain, misalnya sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang mana saya berpendapat soal calon anak beranak ini tak sepatutnya dijadikan isu,\u201d katanya ketika ditemui di Wisma UMNO Negeri Sembilan, semalam.\n\n\nBeliau berkata demikian bagi mengulas berhubung pemilihannya sebagai calon DUN Juasseh dan anaknya, Mohd Najib Mohd Isa sebagai calon DUN Bagan Pinang pada PRN ini.\n\n\nBibi Sharliza menafikan Barisan Nasional (BN) dan UMNO Negeri Sembilan ketandusan calon.\n\n\nMenurutnya, pucuk pimpinan parti di peringkat negeri dan pusat memilih calon yang terbaik daripada kalangan yang baik.\n\n\n\u201cNajib sepatutnya sudah diangkat sebagai calon ketika dalam Pemuda lagi dan kebetulan pula rezeki dia bertanding dengan saya pada PRN ini,\u201d katanya.\n\n\nUntuk rekod, Bibi Sharliza yang berasal dari Kuala Pilah pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi dari 2004 hingga 2008.\n\n\nBagaimanapun, anaknya, Najib yang juga Timbalan Ketua UMNO Port Dickson baharu kali pertama bertanding pilihan raya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/23/hina-quran-iraq-singkir-duta-sweden/", "title": "Hina Quran \u2013 Iraq singkir Duta Sweden", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI,\u00a0 Ahad \u2013 Setelah pelbagai penghinaan dilakukan terhadap kitab suci umat Islam oleh pelarian Iraq di Sweden, kemarahan terhadap perbuatan terkutuk itu terus memuncak.\n\n\nBukan sahaja mengeluarkan kenyataan mengutuk keras perbuatan biadab itu, kerajaan Iraq mengambil langkah lebih drastik.\n\n\nKhamis lalu, ratusan berkumpul di hadapan kedutaan Sweden di negara itu selepas mereka mengetahui seorang pelarian Iraq berbangsa Kristian mempersenda kitab suci umat Islam, sekali lagi.\n\n\nPerbuatannya juga dilaporkan mendapat keizinan pihak berkuasa di Stockholm.\n\n\nRatusan merempuh Kedutaan Sweden di Iraq membantah penghinaan kitab Al Quran oleh pelarian di Stockholm.\n\n\nTindakan itu kemudian memaksa Perdana Menteri Iraq, Mohamad Shia al-Sudani mengeluarkan satu kenyataan menggesa duta Sweden meninggalkan bumi Baghdad.\n\n\nMenteri Luar,\u00a0 Tobias Billstrom dalam satu kenyataan berkata semua pegawai kedutaan berkenaan kini ditempatkan sementara di ibu negara itu dan Kementeriannya sedar,\u00a0 serangan membantah tindakan pelarian Iraq\u00a0 yang membakar Quran dalam kejadian bulan lalu, berulang.\n\n\nSelain, mengusir kakitangan kedutaan,\u00a0 agensi\u00a0 berita Iraq, INA berkata, syarikat telekomunikasi dari Sweden, Ericsson juga melaporkan bahwa permit pekerjaan syarikat itu ke Iraq digantung.\n\n\nPerbuatan Salwan Momika memijak-mijak dan membaling\u00a0 naskah al-Quran di luar kedutaan Iraq baru -baru ini walau tidak\u00a0 membakar kitab berkenaan seperti yang dilakukannya pada bulan lalu, mencetuskan lagi kemarahan umat Islam.\n\n\nUmat Islam menganggap perbuatan Momika itu satu penghinaan yang teramat jelik dan biadap\u00a0 dan dikesali kerana dibenarkan oleh polis Sweden atas nama kebebasan bersuara.\n\n\nCiapan oleh 5Pillars menunjukkan, pembantah di Baghdad, memanjat dan menconteng dinding kedutaan.\n\n\nMereka menyalakan api, dan bersorak menuntut hukuman ke atas Momika sambil menjunjung al-Quran.\n\n\n\n\n\n\n\n\nProtesters in Iraq stormed the Swedish Embassy in Baghdad and set it on fire early this morning over the burning of the Quran.\n\n\nVideos circulating online showed hundreds of protesters breaching Sweden's embassy and waving flags and chanting. \n#Quran\n \n#Sweden\n \n#Iraq\n \npic.twitter.com/vjmsuGPrap\n\n\n\u2014 5Pillars (@5Pillarsuk) \nJuly 20, 2023\n\n\n\n\nMereka turut menyalakan api di pekarangan bangunan berkenaan dan bertempur dengan pihak polis.\n\n\n\n\nKerajaan Iraq mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap kedutaan Sweden itu dan setakat ini 20 orang ditahan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/23/keadaan-salahuddin-agak-kritikal-namun-stabil-dr-zaliha/", "title": "Keadaan Salahuddin agak kritikal namun stabil \u2013 Dr Zaliha", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di\u00a0Alor Setar,\u00a0dilaporkan berada dalam keadaan agak kritikal namun stabil.\n\n\nMenteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan, pihaknya akan melawat Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai hari ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut\u00a0perkembangannya.\n\n\n\u201cKeadaannya (Salahuddin) stabil tapi agak kritikal, kita doakan insya-Allah beliau sihat, pembedahan semalam alhamdulillah berjaya\u00a0dan kita sedang pantau keadaan beliau di unit rawatan rapi (ICU),\u201d katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program MADANI\u00a0Afiat dan\u00a0One Hour Malaysia Clean Up\u00a0peringkat negeri di Perumahan Rakyat Padang Hiliran di Kuala Terengganu\u00a0hari ini.\n\n\nSemalam, Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal\u00a0memaklumkan menteri berkenaan dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira 10.15 malam Jumaat\u00a0dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar. \u2013 BERNAMA\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPendaki hilang ketika menyeberang Sungai Tanum ditemukan lemas\n\n\n\n\n\n\nKKD usaha lindungi wartawan sambilan\n\n\n\n\n\n\nBadan Kehakiman perlu bebas, neutral dan berwibawa \u2013 Hassan Karim\n\n\n\n\n\n\nBawa lembing, pedang, perisai, Ketua Pemuda PAS sifatkan perarakan \u2018pelik\u2019\n\n\n\n\n\n\n3 lelaki ditahan pukul pekerja nasi kandar"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/23/mayat-nelayan-ditemukan-dalam-perut-buaya/", "title": "Mayat nelayan ditemukan dalam perut buaya", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pencarian seorang nelayan warga emas yang dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Kampung Mas-Mas Nasib Kita di Tawau pada Rabu lepas berakhir dengan penemuan mayat lelaki itu di dalam perut seekor buaya hari ini.\n\n\nKetua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Jemishin Ujin berkata, operasi mencari mangsa,\u00a0Addi Bangsa, 60, dilakukan bersama\u00a0Jabatan Hidupan Liar.\n\n\n\u201cPada hari keempat operasi, Pasukan Perhilitan menjumpai\u00a0seekor buaya yang dipercayai membaham mangsa dan bertindak menembak haiwan itu\u00a0seterusnya membelah perutnya lalu\u00a0mendapati benar terdapat mangsa di dalam perut haiwan itu.\n\n\n\u201cPengecaman identiti mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya\u00a0dan mayat\u00a0diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnnuar Musa kini ahli PAS?\n\n\n\n\n\n\nTambah Baik Sistem Tidak Lestari & Tidak Mesra Pengguna \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nJumlah isi rumah miskin tegar aib, memalukan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n48 Maut Akibat Banjir, Amaran Hujan Lebat Petang Ini Sehingga 3 Jan\n\n\n\n\n\n\nAidilfitri : KTMB sedia 4 ETS tambahan, tiket dijual mulai Jumaat\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau Primus Lambut\u00a0mengesahkan perkara itu dan memaklumkan buaya jantan dianggar seberat 800 kilogram serta berukuran 4.26 meter panjang itu ditembak awal pagi tadi di kawasan laut, kira-kira\u00a01.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham buaya.\n\n\n\u201cKami telah menerima maklumat daripada pihak bomba pada hari kedua operasi dan mengarahkan\u00a0anggota supaya membantu operasi pencarian,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini\u00a0dilaporkan kehilangan nelayan itu disedari ahli keluarganya kira-kira jam 4 pagi, Rabu lalu. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/23/najwan-tetap-tercalon-walaupun-bersifat-perkauman/", "title": "Najwan tetap tercalon walaupun bersifat perkauman", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Ramai dalam kalangan ahli PKR membantah pencalonan semula Najwan Halimi untuk kerusi\u00a0Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) di Selangor.\n\n\nKetika namanya diumum Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, kedengaran ejekan dalam kalangan ahli-ahli parti itu yang\u00a0hampir mencetuskan ketegangan.\n\n\nAnwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun mengingatkan\u00a0tentang Najwan yang pernah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini dan manusia memang tidak lari daripada klesilapan.\n\n\n\u201cTidak apa, orang biasa memang buat silap. Dengar, dengar, dengar\u2026the position of the party is what is said by the president, we are here to serve the Chinese, Malay, Indian, Dayak and Khadazan,\u201d katanya ketika berucap malam tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n2 remaja lelaki ditahan polis caci pembuat kertas soalan Sejarah SPM\n\n\n\n\n\n\nLupus Al-Quran Dalam Banjir\n\n\n\n\n\n\nPengeluar Roti Gardenia Disaran Tangguh Kenaikan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan patut fokus perancangan, henti rintih perkara lepas\n\n\n\n\n\n\nAngkara Tangan Ghaib, Rakyat Sengsara!\n\n\n\n\n\n\n\n\nMinggu lalu, Najwan dalam sebuah grup WhatsApp mempersenda seorang calon daripada PSM di DUN Meru, Sivaranjani Manickam dengan melabelkannya sebagai \u2018parti India estet\u2019.\n\n\nKenyataan tersebut menerima kecaman pelbagai pihak menyaksikan Lembaga Disiplin PKR menyatakan ia akan memutuskan tindakan yang akan diambil terhadap Najwan.\n\n\nNajwan turut memohon maaf selepas didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman terhadap PSM dan berkata, beliau bukan seorang yang bersifat perkauman dan memiliki prejudis terhadap mana-mana kaum termasuk kaum India. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/23/warga-asing-bergaduh-rakyat-diingat-jangan-buat-spekulasi-sendiri/", "title": "Warga asing bergaduh, rakyat diingat jangan buat spekulasi sendiri", "body": "0\n\n\nBANGI,\u00a0 Ahad \u2013 Tular sebuah video yang menunjukkan beberapa orang warga asing bergaduh dan mendatangkan rasa cemas di kalangan penduduk di Taman Prima Saujana, Kajang minggu lalu.\n\n\nBagaimanapun, hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku kerana perebutan dua ejen warga Bangladesh untuk menghantar pesakit ke sebuah poliklinik di lokasi tersebut.\n\n\nKetua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang doktor lelaki berhubung kejadian berkenaan semalam.\n\n\nJelasnya, saksi kejadian berusia 35 tahun itu melaporkan tentang kejadian membabitkan sekumpulan warga asing tersebut berlaku di kliniknya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKPM Akan Keluarkan Jadual Baharu SPM 2021\n\n\n\n\n\n\nIsmail janji isu tuntutan KWSP akan dibawa ke Parlimen\n\n\n\n\n\n\nRayuan Najib dapatkan dokumen bank didengar 16 Mac 2022\n\n\n\n\n\n\nKertas siasatan wang zakat MAINS sedang dilengkapkan\n\n\n\n\n\n\nPertama kali dalam sejarah, Terengganu tiada pembangkang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSekitar pukul 6 petang, dua kumpulan warga Bangladesh hadir ke Poliklinik miliknya untuk pemeriksaan kesihatan namun turut didatangi dua ejen berlainan yang juga warga sama.\n\n\n\u201cSemasa sekumpulan individu itu berada di hadapan premis, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mula mengeluarkan beberapa batang kayu hoki,\u201d\n\n\nTambah Mohd. Zaid, punca kejadian adalah perebutan pelanggan warga asing untuk pemeriksaan kesihatan dan siasatan mendapati tiada kejadian warga asing serang wanita di klinik seperti yang tular di media sosial.\n\n\nKeadaan kemudian menjadi tegang selepas salah seorang suspek bertindak masuk ke dalam poliklinik menyebabkan pekerja mangsa menjerit dan menghalau kesemua warga asing itu.\n\n\nVideo yang berdurasi 52 yang tular di media sosial itu kini disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.\n\n\nTambah Mohd Zaid, semua pihak diminta tidak menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran awam.\n\n\nSekiranya seseorang individu terbabit didapati bersalah dalam menyebarkan berita palsu, tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas individu tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/24/kekosongan-kerusi-parlimen-pulai-dun-simpang-jeram-spr-masih-tunggu-pemakluman/", "title": "Kekosongan kerusi Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram, SPR masih tunggu pemakluman", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Notis kekosongan kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram susulan penyandangnya meninggal dunia masih belum mendapat pemkluman rasmi \u00a0daripada Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.\n\n\nSetiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan writ-writ penting pilihan raya sebaik menerima notis kekosongan daripada kedua-dua speaker.\n\n\n\u201cKami tunggu pemakluman rasmi kekosongan Parlimen dari Speaker Dewan Rakyat dan DUN Johor dari Speaker Johor,\u201d katanya.\n\n\nPilihan Raya Kecil (PRK) kedua-dua kawasan itu perlu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga\u00a0Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, semalam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPN tumpu jadi pembangkang, kekalkan negeri taklukan sedia ada\n\n\n\n\n\n\nMain kutu moden tawarkan dividen boleh dikenakan cukai\n\n\n\n\n\n\nTiada diskriminasi dalam penganjuran bengkel SPM\n\n\n\n\n\n\nPutra buat laporan polis, desak KDN haramkan tayangan filem Mentega Terbang\n\n\n\n\n\n\nMurid, guru boleh terus pakai baju sukan \u2013 Fadhlina\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi (Ahad) setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/24/menteri-perdagangan-dalam-negeri-dan-kos-sara-hidup-meninggal-dunia/", "title": "Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 \nMalaysia dikejutkan dengan berita pemergian \nMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.\n\n\nBeliau meninggal dunia kira-kira jam 9.23 malam tadi ketika dalam rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.\n\n\nPerkara itu disahkan melelaui kenyataan anaknya, Fatihah Salahuddin, menerusi akaun media sosialnya.\n\n\nSebelum ini, Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira jam 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu ceroboh perairan negara, lewat bantuan banjir dijangka tumpuan Dewan Rakyat hari ini\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : Father\u2019s Organic Farm zahir simpati kepada mangsa\n\n\n\n\n\n\nIsu Islamofobia di Sweden antara yang akan dibincang dengan Brunei\n\n\n\n\n\n\nRas Adiba umum sertai BERSATU, sokong PN bela OKU\n\n\n\n\n\n\nAzam Baki sanggah laporan awal kata insiden KLIA tiada unsur rasuah\n\n\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham bagaimanapun telah selamat menjalani pembedahan pada pagi Sabtu dan berada dalam keadaan stabil di HSB.\n\n\nMenurut jadual perancangan dikongsikan oleh Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal, ziarah jenazah di kediaman ibu Allahyarham ditetapkan pada jam 7 pagi di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, Johor.\u00a0\n\n\nZiarah jenazah di kediaman Allahyarham pula ditetapkan pada jam 10 pagi di TL7, Jalan Adil, Serkat,Johor.\n\n\nUcapan takziah dan bacaan Al Fatihah disampaikan baik dari kawan dan lawan.\n\n\nAntaranya daripada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mana akan sentiasa mengingati jasa perjuangan Allahyarham semasa berada dalam wadah perjuangan politik yang sama.\u00a0\n\n\nManakala Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohammad Sabu berkata peninggalan Allahyarham memberi kesan mendalam kepada beliau yang telah bekerja lama bersama. Beliau turut menghargai usaha Allahyarham yang sering berusaha demi kebajikan rakyat terutamanya dalam memperkenalkan Menu Rahmah.\u00a0\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub tidak mampu terbalas. Kehilangan Allahyarham memberi kesan besar terhadap beliau dan keluarga.\u00a0\n\n\nTurut hadir memberi penghormatan terakhir\u00a0 ialah Ahli Parlimen Muar yang juga Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tiba pada 7.20 pagi tadi serta beberapa ahli\u00a0 parlimen daripada Pakatan Harapan.\n\n\nSolat j\nenazah diimamkan oleh\u00a0 Perdana Menteri di Masjid Jamek Dato\u2019 Hj Noh Gadot, di Serkat, Johor.\n\n\nJenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong di lokasi\u00a0\n\n\nyang sama kira-kira jam 12 tengahari tadi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/24/saya-tiada-kuasa-sanusi/", "title": "Saya tiada kuasa \u2013 Sanusi", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif terhadap Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah untuk mengetahui seluruh perjalanan operasi projek. \nIa bagi menjawab persoalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan kedudukan dua orang warga China yang dibawa masuk ke Malaysia oleh MBI Kedah bagi kerja meneroka unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik, Kedah. \n\u201cSaya tidak ada maklumat. MBI tu \u2018separate entity\u2019 (badan berasingan). Saya pun tak ada kuasa eksekutif kepada MBI. Dia ada akta. Ada artikel dalam enakmen penubuhan MBI itu diasingkan daripada MB (menteri besar).\n\n\n\u201cHanya perkara-perkara yang dibawa kepada lembaga penasihat. Dia tidak ada lembaga pengarah. Dia ada panel penasihat. Saya tubuh panel penasihat itu untuk kita pantaulah jugalah apa-apa yang takut sensitif untuk dan pengurusan bawa kepada panel,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas menyampaikan Geran dan Lesen Pendudukan Sementara bagi Daerah Yan di Guar Chempedak, hari ini.\n\n\nTambah Muhammad Sanusi, panel penasihat itu terdiri daripada beliau sendiri, Setiausaha Kerajaan Negeri; Penasihat Undang-Undang, Pegawai Kewangan Negeri serta Pengarah Jabatan Perhutanan dan Pengarah Tanah dan Galian (PTG).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPelajar Dibuli 10 Senior, Badan Ditekap Seterika\n\n\n\n\n\n\nSPRM geledah pejabat, kediaman Sivakumar\n\n\n\n\n\n\nKhairy mungkin bertanding pada PRN, calon MB Selangor\n\n\n\n\n\n\nKerajaan lulus peruntukan RM30 juta untuk kamera badan PDRM\n\n\n\n\n\n\nPerkembangan Terkini Banjir Di Pahang\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Saifuddin meminta Muhammad Sanusi untuk memberitahu sendiri kepada beliau tentang status dan keberadaan dua lelaki warga China iaitu So Loi Fat dan Huang Zhiyi yang ditawarkan bekerja dengan MBI.\n\n\nJelas beliau, apa yang didedahkan itu hanyalah permulaan kepada siri pendedahan lain berhubung kecurian REE di negeri Kedah.\n\n\nSementara itu, Muhammad Sanusi berkata, kenyataan Saifuddin itu seolah-oleh mahu melonggokkan semua kesalahan di atas \u2018kepalanya\u2019.\n\n\n\u201cCuma cubaan menteri itulah (Saifuddin) saya tahu cubaan yang baik tapi gagal. Dialah duk menyamakan MB itu dengan MBI.\n\n\n\u201cAda percubaan untuk membina naratif yang apa saja kesalahan nak dilonggok atas kepala MB. Saya malas nak jawab pasal dia mengarut. Operasi sekecil-kecilnya suruh kita jawab. Saya mana tahu. Saya jaga negeri. Kita bukan jaga MBI,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/25/dato-malik-di-tahan-sprm-dibawah-amla/", "title": "\u2018Dato Malik\u2019 di tahan SPRM di bawah AMLA", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Abdul Malik Dasthigeer ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.\n\n\nMemetik laporan FMT, sumber memaklumkan, beliau ditahan awal pagi ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).\n\n\n\u201cBeliau masih disoal siasat SPRM dan masih belum dibebaskan,\u201d kata sumber itu.\n\n\nSumber dari SPRM turut mengesahkan, Abdul Malik sedang disoal siasat oleh pegawai SPRM.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nShahrir dilepas, bebas kes penggubahan wang RM1 juta\n\n\n\n\n\n\nTAMAN TEMA MENDAPAT SAMBUTAN KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH\n\n\n\n\n\n\nCecair vape tidak wajar dikeluarkan daripada Akta Racun\n\n\n\n\n\n\nThai Hot Guy : PEMBELA akan lapor polis\n\n\n\n\n\n\nTerengganu akan jadi Kelantan kedua jika undi PAS \u2013 Ahmad Said\n\n\n\n\n\n\n\n\nAbdul Malik atau lebih dikenali sebagai \u201cDato Malik\u201d ialah pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies, yang terdiri daripada Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution.\n\n\nBeliau dikenali kerana membawa masuk artis dari India untuk membuat persembahan konsert Tamil di Malaysia."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/25/elon-musk-tukar-logo-twitter-dengan-x/", "title": "Elon Musk tukar logo Twitter dengan X", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Twitter melancarkan logo baharunya pada Isnin yang memaparkan imej \u2018X\u2019 putih berlatarbelakangkan warna hitam sekali gus menggantikan logo burung biru ketika syarikat milik bilionair, Elon Musk itu bergerak ke arah langkah penjenamaan semula.\n\n\nLaman web jaringan media sosial itu menunjukkan logo baharu syarikat berkenaan, namun URL masih memaparkan pautan twitter.com. Fungsi \u2018Tweet\u2019 juga masih boleh dilihat, yang menunjukkan bahawa jenama baharu itu mungkin belum dimuktamadkan.\n\n\nTwitter ganti logo burung biru dengan X.\n\n\nMusk dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu Twitter, Linda Yaccarino mengumumkan rancangan penjenamaan semula platform media sosial itu semalam dengan berkata bahawa syarikat berkenaan akan dikenali sebagai X.\n\n\nMusk turut mengubah gambar profilnya lewat semalam kepada logo baharu syarikat yang disifatkan bilionair itu sebagai \u2018dekorasi seni minimalis\u2019.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPejuang ibarat tersangkut di tengah persimpangan jalan\n\n\n\n\n\n\nTerserah RoS putuskan keabsahan PAU 2022 \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPemilihan Putera, Puteri 2023, mampukah tarik penyokong muda kepada UMNO?\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Tender semula 6 projek tebatan banjir\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib:\u00a0UMNO ada hak mohon, keputusan bergantung kepada Agong\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga telah menamakan syarikat induk Twitter sebagai X Corporation serta menambah, pengambilalihan gergasi media sosial itu merupakan langkah pantas bagi mewujudkan X, iaitu aplikasi yang mempunyai segalanya.\n\n\nDiasaskan pada 2006, Twitter mengambil nama daripada bunyi burung mencicip dan sejak itu, ia menggunakan jenama tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/26/datuk-ditahan-bersama-emas-rm60-juta-wang-rm38-juta-dan-17-kereta-mewah/", "title": "Datuk ditahan bersama emas RM60 juta, wang RM38 juta dan 17 kereta mewah", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Sejumlah wang tunai kira-kira RM38 juta, emas anggaran berat 200 kilogram bernilai RM60 juta serta 17 buah kereta mewah iaitu \u00a0Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz disita.\n\n\nSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)\u00a0menerusi Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia \u2013 Multi Agency Task Force (MATF) dalam Op 82S telah melancarkan operasi besar-besaran Isnin lalu.\n\n\nSusulan itu, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk serta ahli sekutunya telah ditahan.\n\n\nMemetik Kosmo, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKrisis Ekonomi Mendorong Masalah Mental Rakyat \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nPAU hanya dihadiri parti kompenan\n\n\n\n\n\n\nKenyataan SPRM wujud tekanan pihak lain \u2013 MUDA\n\n\n\n\n\n\nChe\u2019gu Bard lapor polis terhadap PM\n\n\n\n\n\n\nUMNO Hilang Idealisme Parti Kerana Ada Muslihat Peribadi \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut sumber, serbuan serentak telah dilakukan di 34 lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan melibatkan kekuatan 315 pegawai pelbagai agensi dalam operasi itu.\n\n\n\u201cOperasi tersebut sekali gus melumpuhkan satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.\n\n\n\u201cSeorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya telah ditahan dan sejumlah wang tunai anggaran kira-kira RM 38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 buah kereta mewah juga telah disita,\u201d katanya.\n\n\nAntara kenderaan yang disita menerusi Op 82S\n\n\nTambahnya, ini merupakan kes pertama yang dijalankan di bawah Pasukan Petugas MATF yang dipengerusikan oleh Peguam Negara.\n\n\nOperasi itu turut dijalankan dengan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Cyber Security Malaysia (CSM).\n\n\nKes disiasat di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/26/menteri-luar-sweden-kesal-dengan-tindakan-berulang-pembakaran-al-quran/", "title": "Menteri Luar Sweden kesal dengan tindakan berulang pembakaran Al-Quran", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Menteri Luar Sweden, Tobias Billstrom menzahirkan kekesalan beliau terhadap insiden berulang apabila salinan kitab suci umat Islam, al-Quran dibakar oleh penunjuk perasaan dengan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai keji.\n\n\nMenurut kementerian luar di Algiers, Tobias memberi komen berkenaan isu tersebut semasa membuat panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Algeria, Ahmed Ataf, selepas pertuduhan urusan Sweden di negara Afrika Utara itu dipanggil untuk mendengar bantahan Algeria mengenai insiden di Stockholm.\n\n\nBillstrom mengingatkan Ataf bahawa perlembagaan Sweden menyekat keupayaan kerajaan untuk menghalang perbuatan yang dianggap sebagai kebebasan bersuara tersebut.\n\n\nBagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kementerian keadilan ingin menggunakan undang-undang Sweden berkaitan ketenteraman awam bagi menangani perbuatan terkutuk menghina kepercayaan umat Islam.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye & Syria: Arkitek apartmen mewah ditahan selepas larikan diri\n\n\n\n\n\n\nPusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat\n\n\n\n\n\n\nRobot Pintar Edar Air Zamzam Beroperasi Kembali\n\n\n\n\n\n\nKapsul Sejarah: Yaman Konflik Tak Bernoktah\n\n\n\n\n\n\nKeganasan bermotifkan etnik semakin menggila di Sudan\n\n\n\n\n\n\n\n\nAtaf merujuk kepada bantahan rasmi pihak Algeria dan kecaman keras terhadap perbuatan biadab sedemikian yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.\n\n\nIsnin lalu, kementerian luar Algeria mengumumkan bahawa pihaknya telah memanggil duta Denmark untuk memaklumkan kepada mereka tentang bantahan rasmi Algeria terhadap pencemaran al-Quran yang berlaku di Copenhagen dan Stockholm.\n\n\nAlgeria menegaskan kelakuan hina sedemikian tidak ada kaitan dengan kebebasan bersuara, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang mempromosikan dan mendapat manfaat daripadanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/27/anak-allahyarham-salahuddin-bakal-jadi-calon-parlimen-pulai/", "title": "Anak Allahyarham Salahuddin bakal jadi calon Parlimen Pulai?", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Spekulasi yang mendakwa anak bongsu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Siti Fatihah akan dicalonkan bertanding di Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti, setakat ini hanya khabar angin politik.\n\n\nTimbalan Pengerusi AMANAH Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, parti itu masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Pulai, mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.\n\n\nKatanya, isu berkenaan calon dua kerusi itu tidak disentuh pada mesyuarat pimpinan AMANAH Pusat yang berlangsung di ibu negara dua hari lalu.\n\n\n\u201cAMANAH sebenarnya terbuka apabila berlaku PRK berlangsung, sudah tentu jadi tumpuan media. Pelbagai cadangan tentang calon akan ditimbulkan dalam media sosial dan menjadi perbualan hangat, namun calon akan tentukan mengikut prosedur parti.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMasyarakat Perlu Tolak, Kandungan Promosi Identiti Songsang\n\n\n\n\n\n\n27 Menteri Selesai Angkat Sumpah Di Istana Negara\n\n\n\n\n\n\nAmirudin luah hasrat terajui kerajaan Selangor lagi\n\n\n\n\n\n\nJemaah Menteri setuju tubuh RCI siasat buku Tommy Thomas\n\n\n\n\n\n\nMenteri Luar Turki selar pihak tutup mata, subahat bakar Quran\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMengenai Fatihah, saya difahamkan dia adalah anak bongsu daripada enam adik-beradik dan peguam. Fatihah juga sudah terbabit dalam Wanita Muda Amanah (WARDA) di peringkat nasional. Sama ada Fatihah bakal menjadi calon AMANAH pada PRK nanti, buat masa ini ia hanya desas desus,\u201d katanya.\n\n\nAhad lalu, Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah.\n\n\nSalahuddin yang juga Timbalan Presiden AMANAH sebelumnya dikejarkan ke wad kecemasan HSB pada jam 10.15 malam Jumaat lalu, selepas mengalami mual serta muntah-muntah sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.\n\n\nSalahuddin dipilih menjadi Ahli Parlimen Pulai selama dua penggal iaitu pada 2018 dan 2022, selain memenangi kerusi DUN Simpang Jeram ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan PRU15 lalu.\n\n\nDalam pada itu, Dzulkefly berkata, mengikut prosedur parti, kepimpinan negeri akan menghantar senarai nama calon untuk diputuskan kepimpinan Pusat.\n\n\n\u201cApa-apa pun, kita ada prosedur seperti yang dilakukan mana-mana parti politik. Biasanya nama-nama calon akan diangkat daripada kawasan atau bahagian terlebih dahulu.\n\n\n\u201cKemudian nama calon berkenaan akan dihantar ke kepimpinan negeri sebelum ke peringkat Pusat yang kemudiannya akan memutuskan calon yang terbaik,\u201d katanya. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/27/azmin-cuba-nasib-di-dun-hulu-kelang/", "title": "Azmin cuba nasib di DUN Hulu Kelang", "body": "0\n\n\nPETALING JAYA, Rabu \u2013 Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan, keputusan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 di Selangor dibuat bukanlah atas kehendak beliau, sebaliknya terpaksa akur dengan arahan presiden dan pucuk pimpinan parti.\n\n\nBekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beliau sememangnya mahu berehat buat sementara waktu namun semua itu diturutkan kerana parti.\n\n\n\u201cMemang pada asalnya saya nak berehat sementara waktu tapi berdasarkan situasi semasa, parti telah memberikan pandangan supaya saya ambil bahagian dalam PRN kali ini.\n\n\n\u201cMaka saya akur arahan presiden dan majlis pimpinan tertinggi parti untuk bersama dengan rakan lain menyertai PRN kali ini,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAnwar beri bayangan kluster mahkamah masih berpeluang sertai Kabinet\n\n\n\n\n\n\n`Jom Ziarah Gereja\u2019: anjuran NGO di bawah KBS, sasar belia Muslim\n\n\n\n\n\n\nKempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak Masih Diteruskan\n\n\n\n\n\n\nTiada Perbincangan Mengenai Kumpulan Sokong Ismail Sabri Dalam Pemilihan UMNO\n\n\n\n\n\n\nPenganjur, beberapa individu akan dipanggil polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nAzmin berkata demikian kepada media selepas Majlis Pengumuman Calon PN di Taman Medan, Petaling Jaya malam tadi.\n\n\nPN mempertaruhkan 56 calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.\n\n\nPengumuman calon-calon PN Selangor oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Padang Awam Taman Medan, Petaling Jaya pada Rabu.\n\n\nPengumuman dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.\n\n\nSebelum ini, Mohamed Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa menegaskan, beliau tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor seperti yang pernah diputuskan pada November tahun lalu.\n\n\nBeliau sebaliknya, mencadangkan supaya calon yang lebih muda menggantikan tempatnya apabila mendakwa sudah pun menjadi wakil rakyat selama tujuh penggal di peringkat DUN dan Parlimen.\n\n\nKetika ditanya mengapa beliau tidak memilih untuk bertanding di Bukit Antarabangsa, Azmin berkata, Hulu Kelang merupakan kerusi pertama beliau mendapat mandat daripada rakyat sejak tahun 1999.\n\n\n\u201cTidak timbul saya lari dari satu kawasan ke kawasan lain. Sebagai pemimpin kita harus bersedia memberikan khidmat di mana jua yang diperlukan oleh rakyat,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/27/bantuan-khas-rm300-kepada-penjawat-awam-rm200-pesara/", "title": "Bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bantuan RM200 kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.\n\n\n\u201cBantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak, serta lebih sejuta pesara.\n\n\n\u201dDengan pemberian permulaan ini diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBiadap! Pemuda Israel kencing, minum arak dalam perkarangan Al Aqsa\n\n\n\n\n\n\nCuepacs gesa siasat dakwaan menteri buat \u2018kecoh\u2019 di KLIA\n\n\n\n\n\n\nIndividu buat ciapan biadab berhubung kesihatan Abdul Hadi, diarah mohon maaf\n\n\n\n\n\n\nKedudukan Saarani Kekal, Tiga Adun Masuk Parti Bangsa Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSPRM Fokus Banteras Sindiket Besar & Punca Kes Rasuah Meningkat \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar berkata, bayaran bantuan berkenaan dijangka dalam tempoh dua minggu dari sekarang.\n\n\nMenurutnya, bantuan khas itu diumumkan sementara kajian gaji dan elaun diperincikan.\n\n\nTurut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.\n\n\nDalam masa sama, Anwar berkata, kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam dengan melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan.\n\n\n\u201cEkonomi Madani, memberi perkhidmatan terbaik sekali gus membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan,\u201d katanya.\n\n\nPada 13 Julai lepas, Perdana Menteri berkata, skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara dan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat dengan Mohd Zuki serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamad sebelum pilihan raya di enam negeri pada 12 Ogos ini.\n\n\nSementara itu, Anwar berkata, melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, kerajaan bersetuju menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.\n\n\nKatanya, bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta orang iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/27/dominic-lau-sah-bertanding-di-dun-bayan-lepas/", "title": "Dominic Lau sah bertanding di DUN Bayan Lepas", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Perikatan Nasional (PN) setuju untuk meletakkan Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai sebagai calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, Pulau Pinang.\n\n\nPerkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan hari ini.\n\n\nSebelum ini, media melaporkan timbul konflik penamaan calon selepas PAS DUN Bayan Lepas menyuarakan ketidakpuasan hati susulan hasrat Dominic Lau untuk bertanding di kerusi berkenaan.\n\n\nMereka menetapkan pendirian untuk memboikot proses penamaan calon sekiranya Dominic Lau masih berkeras untuk bertanding di kerusi berkenaan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBeri peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen di kawasan terjejas banjir\n\n\n\n\n\n\nTidak Realistik Dan Bebankan Peminjam\n\n\n\n\n\n\nTambah baik sistem pengecaman identiti, elak isu mayat tertukar berulang\n\n\n\n\n\n\nVisa Furada \u2013 Berhati-Hati Jangan Sampai Duit Hangus\n\n\n\n\n\n\nBN tidak rebut kerusi, ikut persetujuan parti komponen\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdapat tiga DUN di bawah Parlimen Balik Pulau iaitu Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang.\n\n\nBaru-baru ini, media turut melaporkan Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor mendesak Dominic Lau supaya berundur dan tidak berangan-angan untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu di Tasek Gelugor Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 nanti.\n\n\nKerusi DUN Bayan Lepas dimenangi calon AMANAH, Azrul Mahathir Aziz pada Pilihan Raya Umum ke-14.\n\n\nSebanyak 64.41 peratus pengundi kawasan DUN ini adalah Melayu manakala selebihnya CIna (29.81 peratus), India (5.29 peratus) dan lain-lain (0.49 peratus)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/27/e-tunai-rm100-kepada-10-juta-golongan-dewasa/", "title": "e-tunai RM100 kepada 10 juta golongan dewasa", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka layak menerima insentif bagi yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.\n\n\nAnwar berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.\n\n\nKatanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada Istilah Ketua Menteri Sementara \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nPembantu Ahli Parlimen langgar kod etika pakaian diarah keluar\n\n\n\n\n\n\n19 MoU dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan\n\n\n\n\n\n\nPM lantik 5 individu anggotai badan penasihat khas Menteri Kewangan\n\n\n\n\n\n\nUnsur LGBT punca jam tangan Swatch dirampas \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMelihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.\n\n\n\u201cBilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,\u201d katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Kuala Lumpur hari ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/27/najib-minta-hakim-collin-tarik-diri-kes-1mdb/", "title": "Najib minta hakim Collin tarik diri kes 1MDB", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Datuk Seri Najib Tun Razak memohon supaya Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang sedang mendengar kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion supaya menarik diri.\n\n\nCollin yang merupakan Hakim Mahkamah Tinggi ketika kes berlangsung telah dinaikkan pangkat kepada Hakim Mahkamah Rayuan baru-baru ini.\n\n\nPeguam yang mengetuai pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya akan membuat permohonan rasmi dalam masa terdekat.\n\n\nDifahamkan permohonan ini dibuat Najib selepas pengakuan Collin ketika perbicaraan pada petang semalam bahawa beliau pernah bekerja di firma guaman yang sama, Zain & Co bersama-sama dengan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSindiket Kuota Umrah: SPRM tahan pengarah urusan agensi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Azam Baki, Cubaan Heret Institusi Diraja \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nRamasamy mulut celupar, abaikan dia \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nMasyarakat India Tidak Puas Hati Sop Sambutan Thaipusam\n\n\n\n\n\n\nBERSATU serah kerusi DUN di Jeli, Gua Musang kepada PAS\n\n\n\n\n\n\n\n\nCollin yang membuat pendedahan itu semalam menyatakan bahawa beliau\u00a0pernah menjadi rakan kongsi Jasmine Loo hampir 15 tahun dulu.\n\n\nJasmine Loo yang merupakan sekutu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB,\u00a0melarikan diri untuk beberapa tahun sebelum ditahan pihak berkuasa apabila beliau kembali ke Malaysia.\n\n\nKata Muhammad Shafee, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Najib pada pagi ini tentang permohonan itu sebelum memaklumkannya kepada mahkamah.\n\n\n\u201cKami sedang pertimbang untuk memfailkan permohonan agar Yang Arif menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan ini. Pendedahan oleh Yang Arif semalam bukan sahaja mengejutkan saya, sebaliknya anak guam saya.\n\n\n\u201cUntuk makluman, nama Jasmine Loo ini telah disebut sebanyak 656 kali sepanjang 167 hari perbicaraan,\u201d katanya di hadapan Collin.\n\n\nMenurut Muhammad Shafee, pihaknya berpendapat tidak kira sama ada Jasmine Loo akan dipanggil sebagai saksi atau tidak,\u00a0penglibatan Collin bersama Jasmine Loo hampir 15 tahun dahulu boleh dijadikan sebab untuknya menarik diri.\n\n\n\u201c Yang Arif pernah menjadi rakan kongsi dalam firma guaman yang sama, adalah baik untuk Yang Arif pertimbang untuk menarik diri,\u201d ujarnya.\n\n\nSejurus selepas itu, Collin berkata, beliau akan mempertimbangkan perkara itu selepas permohonan rasmi oleh pembelaan dilakukan.\n\n\nSementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan pasukannya belum mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung perkara tersebut. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/27/zeti-nafi-najib-rujuk-derma-kerabat-arab-saudi-kepada-bnm/", "title": "Zeti nafi Najib rujuk derma kerabat Arab Saudi kepada BNM", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa, surat berhubung hadiah AS$100 juta daripada Kerabat Diraja Arab Saudi kepada Datuk Seri Najib Razak tidak pernah didedahkan kepada BNM.\n\n\nZeti, 76, berkata demikian semasa membaca pernyataan saksi dalam prosiding kes empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama bekas Perdana Menteri itu.\n\n\nBeliau yang juga saksi pendakwaan ke-46 berkata, Najib tidak mengemukakan tiga surat bertarikh 1 November 2011, 1 Mac 2013 dan 1 Jun 2014 tersebut kepada BNM.\n\n\nZeti berkata, bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Group, Cheah Tek Kuang juga tidak pernah menimbulkan isu derma yang bertujuan untuk disalurkan kepada akaun bank bekas Ahli Parlimen Pekan ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Gesa Kerajaan Selamatkan Tanah Melayu Kampung Bharu\n\n\n\n\n\n\nSungai Lereh bertukar hitam, busuk akibat sisa kumbahan ternakan\n\n\n\n\n\n\nMansuh pelepasan cukai SSPN tindakan anti rakyat, anak muda\n\n\n\n\n\n\nHadi tergamak guna dalil agama salah demi kepentingan PAS\n\n\n\n\n\n\nSecara teorinya Muafakat Nasional sudah \u2018mati\u2019 \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau yang menjawat jawatan Gabenor BNM selama 16 tahun ini berkata, pada 28 Januari 2011, Tek Kuang memaklumkan bahawa Najib (ketika itu Perdana Menteri) membuka akaun AmIslamic Bank Berhad dan ia akan dirujuk dalam kod untuk \u2018Ringgit Operations Monitoring System\u2019 (ROMS).\n\n\n\u201cWalaupun akaun itu dikodkan sebagai \u2018AmPrivate Banking \u2013 MR\u2019 untuk ROMS, pembukaan akaun itu adalah mematuhi peraturan yang ditetapkan.\n\n\n\u201cIni kerana semua akaun peribadi yang dibuka oleh pemegang akaun mestilah di bawah nama pemegang akaun seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalan dan bukan dengan nama lain,\u201d katanya.\n\n\nGabenor wanita pertama BNM ini juga berkata, tiada sebarang perbincangan dibuat memandangkan pertemuan yang dibuat itu adalah singkat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/28/calon-muda-tarik-diri-bertanding-kerusi-dun-repah/", "title": "Calon MUDA tarik diri bertanding kerusi DUN Repah", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ikon Belia Madani Negeri Sembilan, Iswan Ishak tidak akan bertanding sebagai calon MUDA di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah.\n\n\nJawatankuasa Pilihan Raya MUDA memaklumkan, setelah berbincang, beliau membuat keputusan tersebut atas sebab-sebab peribadi.\n\n\n\u201cKami mengucapkan terima kasih kepada saudara Iswan atas kerjasama yang diberikan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nDengan penarikan diri Iswan itu, MUDA kini hanya mempunyai seorang calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan iaitu Ahmad Qusyairi Abdull Rahim yang bakal bertanding di kerusi DUN Temiang.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nNetizen naik angin, kecam pelancong `first world country\u2019 isi minyak murah di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nDakwaan Penganut Hindu Melampaui Batas \u2013 Peace\n\n\n\n\n\n\nBawa pulang rakyat Malaysia jika konflik di Sudan bertambah tegang\n\n\n\n\n\n\nGKP 4.0 fasa 2 dibayar mulai 23 November ini\n\n\n\n\n\n\nPPV Dibuka Semula, 9,000 Dos Penggalak AZ Diberi Setiap Hari\n\n\n\n\n\n\n\n\nSebelum ini, pencalonan Iswan mencetuskan kontroversi apabila rakaman video beliau yang dikatakan mempersendakan orang kurang upaya (OKU) kembali tular.\n\n\nMUDA juga tidak menyatakan sama ada calon lain akan dinamakan untuk menggantikan Iswan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/28/kerajaan-tidak-pernah-bincang-ron95-turun-10-sen/", "title": "Kerajaan tidak pernah bincang RON95 turun 10 sen", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kementerian Ekonomi mengesahkan, tiada sebarang perbincangan di peringkat kerajaan bagi menurunkan harga runcit bahan api terutama RON95 dan diesel.\n\n\nMenterinya, Rafizi Ramli berkata, beliau baru mendengar desas-desus itu terutama yang dikeluarkan oleh badan penyelidik, MIDF Research.\n\n\nBeliau berkata, selepas tujuh bulan di bawah pimpinan Kerajaan Madani, tidak pernah sekali pun perkara (menurunkan harga bahan api) itu dibincangkan di peringkat kerajaan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Runding Dengan Kerajaan Bila PRU15\n\n\n\n\n\n\nVarian Deltacron Gabungan Antara Delta Dan Omicron\n\n\n\n\n\n\nSivaraj letak jawatan, isytihar keluar MIC\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Terus Meningkat, Kini Lebih 1,100 Penduduk\n\n\n\n\n\n\nKerajaan perlu keluarkan SOP pelancong China\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSampai sekarang, saya tidak pernah dengar, malah tidak pernah ada perbincangan mengenainya. Sebenarnya harga minyak mentah dunia sudah naik kepada AS$70 setong dan pernah mencecah sekitar AS$83 setong.\n\n\n\u201cKeputusan menurunkan harga bahan api ini sebenarnya di bawah Kementerian Kewangan kerana ia membabitkan peruntukan subsidi bahan api.\n\n\n\u201cMungkin boleh tanya MIDF, mana mereka dapat berita dan desas-desus itu,\u201d katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Malaysia, 2022 di Putrajaya hari ini.\n\n\nSebelum ini, MIDF Research menjangkakan kerajaan akan mempertimbang untuk menurunkan harga runcit bahan api dalam jangka terdekat ini terutamanya RON95 dan diesel.\n\n\nDifahamkan, kerajaan akan membuat pertimbangan itu selepas mengambil kira inflasi makanan yang terus meningkat selain tekanan ke atas pendapatan pengguna.\n\n\nMIDF menjelaskan, kerajaan dijangka menurunkan harga RON95 sebanyak 10 sen kepada RM1.95 seliter bulan depan. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/28/mho-serah-surat-permohonan-maklum-balas-kes-e-ganjaran/", "title": "MHO serah surat permohonan maklum balas kes e-Ganjaran", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyerahkan surat permohonan maklum balas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung status siasatan jenayah penipuan aplikasi e-Ganjaran di Ibu Pejabat KPDN, Putrajaya hari ini.\n\n\nSetiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, seramai 114 orang pelabur menjadi mangsa penipuan pelaburan yang dianjurkan oleh satu aplikasi yang memberikan ganjaran melalui sistem E-ganjaran yang telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada mereka.\n\n\nMenerusi satu kenyataan, beliau berkata, pihaknya menaruh harapan yang besar agar keadilan dapat diberikan kepada semua mangsa penipuan aplikasi itu.\n\n\n\u201cTujuan serahan surat permohonan maklum balas status laporan polis di bawah Seksyen 107A kepada pihak KPDN adalah kerana pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merujuk laporan yang diajukan kepada mereka kepada pihak KPDN.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS nafi keluar PN \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nAbdul Hadi sindir pelantikan Anwar, PH menang \u2018dalam masa kecederaan\u2019\n\n\n\n\n\n\nWanita Rusia ceroboh Menara Merdeka 118 kongsi pengalaman di Twitter\n\n\n\n\n\n\nDAKWAAN PAS KHIANAT, JANGAN SAMPAI SEMUANYA MELOPONG\u2019\n\n\n\n\n\n\nUMNO pecat tiga ADUN Sabah\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPihak MHO memohon supaya pihak KPDN dapat memberikan maklum balas berkenaan dengan laporan polis yang telah dirujuk kepada mereka.\u00a0\n\n\n\u201cBesar harapan pihak MHO bawakan kepada pihak KPDN kerana pihak MHO telah diberikan kepercayaan oleh mangsa-mangsa yang telah diperdaya untuk menggunakan perkhidmatan aplikasi ini.\n\n\n\u201cDisamping itu, pihak MHO juga ingin memberikan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak KPDN kerana sudi untuk meluangkan masa dengan menghantar wakil untuk menerima serahan surat permohonan untuk mendapatkan maklumbalas di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, syarikat yang mengendalikan e-Ganjaran itu sudah diserbu pihak KPDN pada tahun lepas dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) dan Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.\n\n\nDifahamkan, aplikasi tersebut diperkenalkan sejak 2020 dan menawarkan pembelian barangan melalui penggunaan e-dompet dengan penjimatan sehingga 50 peratus."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/28/muhyiddin-saman-anwar-kerana-fitnah-isu-pelupusan-hutang-peneroka-felda/", "title": "Muhyiddin saman Anwar kerana fitnah isu pelupusan hutang peneroka Felda", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin\u00a0menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan menyampaikan ucapan berbaur fitnah berkaitan isu pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bernilai RM8.3 bilion.\n\n\nWrit saman itu difailkan semalam di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership.\n\n\nDalam pernyataan tuntutan itu, Muhyiddin selaku plaintif mendakwa Perdana Menteri (defendan) mengeluarkan kenyataan memfitnah yang membawa maksud beliau berbohong berkenaan isu pelupusan hutang peneroka Felda.\n\n\nUjar Ahli Parlimen Pagoh itu, kenyataan berbaur fitnah tersebut dikeluarkan menerusi ucapan semasa sambutan Hari Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 2023 di Serdang, Selangor pada 7 Julai lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n4 Kes Omicron Dikesan Di Kelantan\n\n\n\n\n\n\nCuepacs gesa siasat dakwaan menteri buat \u2018kecoh\u2019 di KLIA\n\n\n\n\n\n\nPeguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown\n\n\n\n\n\n\nDebat ekonomi Rafizi, Syahir pada 9 Ogos\n\n\n\n\n\n\nDUN P. Pinang bubar 10 hari terakhir Jun\n\n\n\n\n\n\n\n\nSambutan itu disiarkan secara langsung melalui Facebook Live di halaman Facebook defendan dengan nama \u2018Anwar Ibrahim\u2019.\n\n\nMelalui siaran Facebook sehari selepas itu, plaintif menafikan kenyataan fitnah pertama defendan dan menjelaskan bahawa pelupusan hutang RM8.3 bilion tersebut telah dilaksanakan pada 2021 dan ia dibuktikan melalui Penyata Kewangan Felda Bagi Tahun Kewangan Berakhir 2021.\n\n\nUjarnya, perkara itu disokong oleh kenyataan media Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh pada 24 Februari lalu bahawa pelupusan hutang RM8.3 bilion daripada RM12.1 bilion telah dilaksanakan pada 2021.\n\n\nUjar Muhyiddin, tanpa mengendahkan penjelasan beliau dalam siaran Facebook itu, Anwar terus memfitnah plaintif semasa berucap hari yang sama pada sesi dialog di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan mengatakan bahawa hutang peneroka Felda masih tidak dilupuskan.\n\n\nMenurut plaintif, pada 13 Julai lalu, Anwar sekali lagi memutar belit kenyatan fitnah pertama dan kedua dengan mendakwa beliau yang mengeluarkan peruntukan untuk meluluskan pelupusan hutang RM8.3 bilion yang mana kemudian disiarkan dalam halaman YouTube Astro Awani.\n\n\nBekas Perdana Menteri kelapan itu mendakwa, Anwar memfitnahnya bahawa beliau tidak melaksanakan pelupusan hutang peneroka Felda sepanjang memegang jawatan itu selama tiga tahun 33 bulan sehingga menyebabkan hutang meningkat.\n\n\nPernyataan tuntutan itu juga menyatakan, kenyataan media Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kementerian Kewangan berkaitan sukuk RM9.9 bilion adalah cubaan Anwar untuk memutar belit, memanipulasi serta mengelirukan orang ramai bahawa beliau (Anwar) yang melupuskan hutang itu baru-baru ini.\n\n\nMenurut Muhyiddin, Anwar menandatangani satu dokumen pada 26 Jun lalu dan menyatakan bahawa dokumen tersebut adalah berkenaan sukuk Felda sebanyak RM9.9 bilion dan geran 10 tahun oleh kerajaan sebanyak RM990 juta setahun.\n\n\nMelalui siaran Facebook pada 21 Julai lalu, plaintif menjelaskan bahawa defendan sengaja menyalahtafsir dan menyamakan dokumen yang dikemukakan sebagai dokumen pelupusan hutang peneroka Felda, walhal dokumen yang didakwa ditandatanganinya adalah untuk sukuk.\n\n\nMuhyiddin juga mendakwa, Anwar mengetahui bahawa penerbitan kenyataan fitnah tersebut akan menjatuhkan dan memburukkan nama parti politik yang dipimpinnya.\n\n\nDalam pernyataan tuntutannya, plaintif selaku Perdana Menteri bersama Menteri Kabinetnya telah melaksanakan berbagai rancangan pemulihan negara semasa tempoh pandemik Covid-19.\n\n\nAntaranya termasuk melupuskan 80% daripada sejumlah RM12.1 bilion hutang peneroka Felda melibatkan RM8.3 bilion melalui keputusan Majlis Jemaah Menteri (MJM) pada 14 Oktober 2020.\n\n\nKeputusan lain termasuk meluluskan terbitan Sukuk RM9.9 bilion yang dijamin kerajaan untuk meningkatkan ekuiti Felda dalam FGV\n\nHoldings Berhad.\n\n\nBekas Perdana Menteri menuntut ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk yang masing-masing sepadan dengan jumlah RM200 juta seperti yang dituntut oleh Anwar ketika membalas surat tuntutan beliau.\n\n\nMuhyiddin juga memohon perintah agar Anwar memadamkan video siaran langsung dalam Facebook bertajuk `Sambutan Hari Peneroka Felda\n\n2023\u2032, di bawah nama `Anwar Ibrahim\u2019 dengan serta-merta.\n\n\nBeliau juga memohon perintah supaya Anwar memadamkan video siaran langsung Facebook dan YouTube bertajuk `Temu Anwar Kedah @ UUM\u2019. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/29/572-calon-sah-bertanding-pn-paling-ramai-calon/", "title": "572 calon sah bertanding, PN paling ramai calon", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Sebanyak 572 kertas penamaan calon diterima melibatkan keseluruhan 245 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen Kuala Terengganu.\n\n\nPengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh mengesahkan perkara itu namun satu kertas penamaan calon ditolak iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama.\n\n\nDalam perkembangan lain katanya, pertandingan tertinggi membabitkan pertembungan lima penjuru iaitu di DUN Lunas, Kedah.\n\n\nManakala pertembungan satu lawan satu sebanyak 181 kerusi diikuti tiga penjuru (51 kerusi) dan empat penjuru 13 kerusi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nData Aplikasi MySejahtera Hak Milik Mutlak Kerajaan Malaysia\n\n\n\n\n\n\nSPRM buka kertas siasatan isu dana RM600 bilion\n\n\n\n\n\n\nMalaysia lebih berisiko dilanda tsunami berbanding gempa bumi\n\n\n\n\n\n\nHanya pegawai Gred 41 ke atas diberi kuasa tolak pelancong masuk\n\n\n\n\n\n\nTiada Tanda Perhimpunan Berlaku Setakat Ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu katanya, Perikatan Nasional adalah paling ramai bertanding iaitu 168 orang orang diikuti Pakatan Harapan (PH) seramai 138 orang, Barisan Nasional (108) orang dan PAS 78 orang.\n\n\n\u201cParti Muda (19 calon), PRM (13 orang), PSM (empat orang), PFP (dua orang), Parti Utama Rakyat (seorang) dan Bebas (41 orang).\n\n\n\u201cSeramai 501 calon dalam kalangan lelaki manakala 71 orang calon wanita dengan umur calon tertua 80 tahun di DUN Pantai Jerejak dan calon termuda 23 tahun di Bukit Antarabangsa,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/29/bn-sedia-hadapi-prn-punggut-undi-parti-komponen/", "title": "BN sedia hadapi PRN, punggut undi parti komponen", "body": "0\n\n\nTANJONG KARANG, Sabtu \u2013 Barisan Nasional (BN) sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor meskipun berdepan situasi pergolakkan dalaman UMNO susulan pemecatan Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sebelum ini.\n\n\nPenyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, Mohamad Khir Ramli berkata, pihaknya akan berkempen secara sihat tanpa memburukkan persaingnya Mohd Zamri Mohd Zainuldin yang mewakili Perikatan Nasional (PN).\n\n\n\u201cKempen ini mudah sahaja konsep saya kita membawa diri kita dan apa yang kita nak bawa untuk DUN Sungai burong ini.\n\n\n\u201cKita tidak perlu untuk memburuk-burukkan calon di sebelah sana kerana pada saya kena bawa imej sebagai seorang ustaz sebagai seorang agama dan kata-mengata, umpat-mengumpat, provokasi dan sebagainya itu bukan budaya kita, bukan agama kita suruh,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaya tiada kuasa \u2013 Sanusi\n\n\n\n\n\n\nTambang MRT2 percuma sehingga 31 Mac\n\n\n\n\n\n\nDAP dambakan sokongan orang Melayu demi kepentingan survival politik\n\n\n\n\n\n\nPolis percepat siasatan pelajar kecam soalan Sejarah SPM\n\n\n\n\n\n\nSanusi dakwa beri kerjasama, nafi gagal dihubungi polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian selepas Majlis Penamaan Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya DUN Sungai Burong hari ini.\n\n\nMohamad Khir yakin bakal menewaskan pesaingnya susulan kekuatan BN dalam menerajui Sungai Burong selama empat penggal dan menyifatkan pengundi UMNO tidak berkurang selain bertambah pengundi daripada parti komponen kerajaan pusat.\n\n\nTerdahulu, DUN Sungai Burong berdepan saingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN KE 15) yang ditandingi Calon BN, Mohd Zamri Mohd Zainuldin manakala calon PN, Mohd Zamri Mohd Zainuldin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/29/dinding-kaca-pejabat-parti-pas-pecah/", "title": "Dinding kaca pejabat parti PAS pecah", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Beberapa jam sebelum proses penamaan calon pilihan raya enam negeri bermula, dinding pejabat Pejabat Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Jalan Raja Laut, di Kuala Lumpur pecah berderai.\n\n\nPerkara itu, diumumkan menerusi media sosial parti terbabit,\u00a0namun tidak mendedahkah butiran terperinci.\n\n\nBagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa dan kemalangan polis telah dibuat.\n\n\nPenolong Setiausaha Agung PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan berkata, kejadian dirakaman kamera litar tertutup malah terdapat saksi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO Runding Dengan Kerajaan Bila PRU15\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 lulus dengan undi suara\n\n\n\n\n\n\nSeremban catat IPU tidak sihat\n\n\n\n\n\n\nKPM setuju sesi persekolahan bermula Januari\n\n\n\n\n\n\nKhairy nasihat pencarum KWSP simpan untuk hari tua, tidak perlu pengeluaran lagi\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau juga harap kes berkenaan dapat diselesaikan sesegera mungkin.\n\n\n\n\n\n\n\n\nSetakat laporan ini ditulis, masih tiada maklumat sama ada ia melibatkan perbuatan khianat.\n\n\nSementara itu,\u00a0 tindakan seorang lelaki membaling batu pada dinding kaca itu dikatakan punca kejadian.\n\n\nPerbuatan lelaki itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (cctv) dan disaksikan gelandangan yang tidur berhampiran premis berkenaan, menurut Khairul.\n\n\nMemetik Berita Harian, \u00a0Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/29/dun-permatang-umno-kecewa-kerjasama-dengan-ph/", "title": "DUN Permatang : UMNO kecewa kerjasama dengan PH", "body": "0\n\n\nTANJONG KARANG, Sabtu \u2013 Perbalahan UMNO disifatkan bakal memberi kekuatan bagi calon Perikatan Nasional (PN),\u00a0 Nurul Syazwani Noh pada pilihan raya negeri kali ini .\n\n\nBekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menzahirkan harapan itu selepas beberapa pemimpin UMNO menyatakan kekecewaan mereka.\n\n\nBeberapa pemimpin UMNO Bahagian Tanjung Karang juga katanya kecewa pada PRN kali ini kerana terpaksa bekerjasama dengan musuh tradisi iaitu Pakatan Harapan (PH).\u00a0\n\n\n\u201cKali ini calon Perikatan Nasional (PN) Nurul \nSyazwani Noh ialah \nanak saya, mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat, kumpulan parti politik serta pimpinan UMNO.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM akan siasat Tun Dr Mahathir jika mempunyai maklumat berasas\n\n\n\n\n\n\nPolis siasat unsur kongsi gelap dalam kes buli pelajar\n\n\n\n\n\n\nUniform Jururawat: Keselesaan perkara utama, selari dengan syariah agama\n\n\n\n\n\n\nMEASAT 3d Bakal Menambah Baik Perkhidmatan Internet Negara\n\n\n\n\n\n\nDAP tidak sokong dasar Islam punca PAS tarik kerjasama\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMereka kecewa sebab yang berlawan dengan yang bertanding (PN) bukan Barisan Nasional (BN) tetapi PH,\u201d katanya.\n\n\n\u201cDaripada dulu di Permatang, musuh utama BN ketika itu sememangnya PH, jadi mereka mengaku dahulu mereka berlawan dengan PH tidak akan hari ini mereka bersama dengan PH.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengiringi anaknya, Nurul,\u00a0 ke Pusat Penamaan Calon DUN Permatang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjong Karang pagi tadi.\n\n\nNoh bersama isterinya, Puan Sri Dr Aishah Salleh serta kira-kira 300 penyokong berarak dari tempat penyokong PN dan tiba di luar pusat penamaan itu pada jam 9.10 pagi.\n\n\nMengulas lanjut, Noh berkata, pergolakkan yang berlaku daripada pimpinan UMNO bahagian memberi tolak tambah pada peralihan undi UMNO kepada anaknya yang memihak kepada Perikatan Nasional (PN).\u00a0\n\n\nTerdahulu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang berdepan saingan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN KE 15) yang ditandingi Calon PN, Nurul Syazwani Noh manakala calon PH, Mohd Yahya Mat Shari."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/29/muda-dakwa-zahid-beri-rasuah-untuk-raih-undi/", "title": "MUDA dakwa Zahid beri rasuah untuk raih undi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mempersoalkan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menggunakan taktik rasuah secara halus dalam ceramah politiknya di Terengganu, malam tadi.\n\n\nMelalui ucapan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan peruntukan kepada Majlis Belia Negeri Terengganu sebanyak RM250,000 manakala RM200,000 kepada pasukan bermotosikal di seluruh negeri itu.\n\n\nAtas dasar itu, calon yang bertanding di 19 Dewan Undangan Negeri (DUN) di empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan mendesak supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan segera terhadap tindakan yang dilihat sebagai jenayah rasuah tersebut.\n\n\n\u201cKami merujuk kenyataan dibuat Ahmad Zahid di Kuala Terengganu semalam, yang mana berlaku unsur sogokan untuk mendapatkan undi di musim pilihan raya ini.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Laksana Program Dermasiswa TVET Untuk Pelajar B40\n\n\n\n\n\n\nTiada pindaan rancangan pengeluaran penuh 55, 60 tahun \u2013 KWSP\n\n\n\n\n\n\nKadar subsidi harga padi naik kepada RM500 setiap tan mulai esok\n\n\n\n\n\n\nPoster Desak Zahid Letak Jawatan Di Gantung Di Melaka\n\n\n\n\n\n\nPejuang sah tinggalkan Gerakan Tanah Air\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKami juga mendesak untuk Kerajaan Persekutuan menyatakan pendirian ke atas tindak-tanduk seperti ini,\u201d kata mereka dalam kenyataan media secara bersama di Kuala Lumpur, hari ini.\n\n\nMUDA juga mendakwa, wujudnya suatu bentuk sogokan apabila dinyatakan \u2018\u201dasalkan pada 12 Ogos nanti (hari mengundi), golongan muda mengikut gelombang biru dan merah\u201d sekaligus memberikan bayangan bahawa sagu hati dan peruntukan ini berkait langsung dengan pilihan raya.\n\n\nTambahnya, timbul persoalan sama ada peruntukan khas yang diluluskan di atas pentas ceramah politik adalah suatu dasar yang wajar, berintegriti dan telus.\n\n\n\u201cKenapa hanya belia negeri Terengganu mendapat peruntukan khas ini? Bagaimana pula belia di negeri lain terutama negeri yang tidak mengadakan pilihan raya?\u201d\n\n\n\u201cAdakah sekiranya, pengundi memilih parti lain selain dari gelombang biru dan merah, maka kelulusan ini dibatalkan?\u201d katanya.\n\n\nPendirian Kabinet terhadap tindakan menteri yang dilihat membelanjakan wang rakyat sesuka hati itu juga dipersoalkan oleh calon-calon MUDA.\n\n\nKatanya, mereka dengan tegas menolak politik lapuk seperti ini dan menyeru supaya rakyat membuat pilihan yang lebih baik pada hari pengundian nanti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/29/perang-antara-sanusi-dengan-saifuddin-belum-tamat/", "title": "\u201cPerang\u201d antara Sanusi dengan Saifuddin belum tamat", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Seteru antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dilihat akan berterusan meskipun ketika ini masing-masing sibuk berkempen Pilihan Raya Negeri DUN Ke-15.\n\n\nPenyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri berkata menteri itu disifatkan terlalu rajin menyiasat dan sering \u2018menyerang\u2019\u00a0 pentadbiran kerajaan negeri sejak kebelakangan ini.\n\n\nJusteru katanya, soalan yang dilontarkan sebagai tugas kepada Saifuddin untuk membuat siasatan tambahan.\n\n\n\u201cSaya ada soalan tiap-tiap hari untuk Saifuddin iaitu sehari satu. Saya janji nanti saya akan tembak sehari satu.\u201d\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengintip Israel : Hukuman Berat Kepada Tali Barut Israel!\n\n\n\n\n\n\nHutan bakau Pantai Cermin diancam kemusnahan\n\n\n\n\n\n\nGempa Turkiye, Syria : Agong dan Permaisuri zahir takziah\n\n\n\n\n\n\nMAT KILAU Cetus Revolusi Industri Perfileman\n\n\n\n\n\n\nAhli PKR Pertama Kali Dilantik Menteri Membimbangkan \u2013 Tian Chua\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDia rajinkan siasat itu, siasat ini sehingga yang tak perlu yang sudah disiasat pun beliau siasat lagi, beliau rajin, kita bagi kes untuk disiasat,\u201d katanya.\n\n\nTambah Sanusi, Saifuddin masih belum menjawab separang persoalan yang didedahkan Sanusi mengenai projek yang menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian besar di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.\n\n\nSanusi turut mendakwa Saifuddin telah mendaftar masuk hotel ketika kempen di Langkawi semalam menggunakan Jabatan Imegresen.\n\n\nDalam perkembangan lain Sanusi bakal berdepan calon BN Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik.\n\n\nMuhammad Sanusi turut menjangkakan proses kempen selama dua minggu ini akan berlaku fasa serangan yang berterusan terhadap dirinya.\n\n\nMedia melaporkan Saifuddin diminta menyiasat projek 99 East di Langkawi yang didakwa menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian ratusan juta ringgit.\n\n\nJelas Sanusi, projek pada 2007 di bawah pimpinan Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid itu belum selesai sehingga merugikan kerajaan negeri dalam banyak aspek."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/29/pertandingan-tiga-penjuru-di-dun-batu-tiga-kota-anggerik/", "title": "Pertandingan tiga penjuru di DUN Batu Tiga, Kota Anggerik", "body": "0\n\n\nSHAH ALAM, Sabtu \u2013 Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga dan Kota Anggerik masing-masing menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) kali ini.\n\n\nPegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Batu Tiga, Asmah Mohd. Zin dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bahagian Kota Anggerik, Dr. Nor Fuad Abdul Hamid mengumumkan senarai calon yang bertanding jam 10.40 pagi selepas proses penamaan di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19 ditutup jam 10 pagi.\n\n\nBagi kerusi DUN Batu Tiga menyaksikan pertandingan antara Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Rina Harun mewakili Perikatan Nasional (PN), Saiyidah Izzati Nur Razak Maideen (MUDA) serta Danial Al-Rashid mewakili AMANAH dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).\n\n\nPenyandang DUN Kota Anggerik pula, Najwan Halimi (PH-PKR) akan ditentang Mohamed Sukri Omar (PN-PAS) dan Azad Akhbar Khan (MUDA).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah pulangkan pasport Syed Saddiq untuk sementara waktu\n\n\n\n\n\n\nBonus kakitangan awam tidak kena cukai\n\n\n\n\n\n\nKabinet baharu Sabah dijangka angkat sumpah esok\n\n\n\n\n\n\nKerajaan wajar kaji semula pemansuhan pelepasan cukai SSPN\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Lynas berhimpuan esok dibenarkan polis\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam PRU ke-14, Najwan Halimi menerima 26,947 undi dengan majoriti sebanyak 17,004 sekali gus mengalahkan dua lagi calon BN, Jumaeah Masdi dan calon PAS, Ahmad Dusuki Abd Rani."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/29/prn-kelantan-medan-terakhir-ahmad-yakob-dalam-politik/", "title": "PRN Kelantan medan terakhir Ahmad Yakob bertanding politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan pencalonan yang terakhir buatnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Ke-15.\n\n\nBeliau yang merupakan calon PAS kerusi DUN Pasir Pekan berkata pencalonannya itu memasuki penggal ketujuh dan sudah tiba masanya memberi laluan kepada calon lain yang lebih muda selepas ini.\n\n\nKatanya, pembabitan dalam politik seperti kitaran yang mana perlu berkorban sekiranya sudah mencapai tahap keupayaan yang semakin perlahan.\n\n\n\u201cSaya sudah masuk penggal ketujuh dan kalau langit pun ada tujuh lapis, cukup lah tu. Lepas ini insya-Allah cukuplah, kita bagi kepada orang muda.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSuntik Dana Anak Muda Hasil Seni Bermutu, Cukuplah Karya Berkiblat Barat\n\n\n\n\n\n\nKDN tetapkan klasifikasi filem 2023 berkuat kuasa hari ini\n\n\n\n\n\n\nPertandingan Sukan Sekolah Masih Boleh Diadakan\n\n\n\n\n\n\nRosmah pula mohon dibebaskan selepas kes Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nPEMUDAH ditambahbaik, Malaysia destinasi mesra perniagaan \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPolitik ni macam kitaran. Bukan sebagaimana kerja kerajaan yang ada tempoh tapi kerja politik ni (bergantung kepada) upaya yang kita akan korban.\n\n\n\u201cKita dalam PAS tak akan \u2018cah keting\u2019 walau ada parti cah keting, tapi kena ada pengorbanan. Yang tak berupaya tu duduk belakang,\u201d katanya.\n\n\nAhmad Yakob bakal berdepan dengan calon Pakatan Harapan (PH-PKR) Mohamad Zamakh Sari Ibrahim pada PRN kali ini.\n\n\nKatanya lagi, walaupun penggal terakhir, perjuangan bersama parti tetap diteruskan, malah sudah mula melatih barisan pelapis yang terdiri daripada kalangan orang muda untuk menggantikan pemimpin sedia ada suatu hari nanti."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/29/proses-penamaan-calon-prn2023-lancar-kpn/", "title": "Proses penamaan calon PRN 2023 lancar \u2013 KPN", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu pagi tadi berjalan lancar dan terkawal tanpa insiden tidak diingini.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media di Bukit Aman, memaklumkan situasi sama juga dilihat sepanjang proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.\n\n\nKatanya, pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di 173 pusat penamaan calon di enam negeri terbabit mendapati calon dan kumpulan penyokong memberi kerjasama baik dan mematuhi segala arahan serta peraturan ditetapkan.\n\n\n\u201cKita berterima kasih kepada semua calon dan kumpulan penyokong yang menunjukkan kematangan semenjak proses penamaan calon bermula jam 9 pagi tadi. Secara keseluruhan, proses ini berjalan dengan baik sehingga selesai jam 11 pagi,\u201d katanya.\n\n\nSeramai 17,176 pegawai dan anggota PDRM ditugaskan di lapangan bagi memantau perjalanan proses penamaan calon di 173 pusat di enam negeri berkenaan.\n\n\nKatanya, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman turut menggerakkan 82 pasukan Op Cantas, membabitkan 1,459 pegawai dan anggota bagi memantau proses penamaan calon, hari ini.\n\n\n\n\n\u201cTugas kawalan dan pemantauan di semua pusat penamaan calon turut dibantu 572 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),\u201d katanya\n\n\n\n\nBagi memantapkan tugas pemantauan, katanya, polis turut menggunakan dron kendalian Unit Dron PDRM di enam negeri berkenaan dengan visual dihantar terus ke pusat gerakan Op Room Cantas PDRM di Bukit Aman.\n\n\n\u201cDron-dron itu juga akan digunakan untuk memantau situasi pada hari mengundi nanti,\u201d katanya.\n\n\nPRN pada 12 Ogos nanti membabitkan 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36) dengan pengundian awal pada 8 Ogos.\n\n\nTurut diadakan serentak adalah PRK Parlimen Kuala Terengganu. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/29/rayuan-petisyen-ramasamy-ditangguh-ke-1-ogos-secara-fizikal/", "title": "Rayuan petisyen Ramasamy ditangguh ke 1 Ogos secara fizikal", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Jumaat \u2013 Mahkamah Persekutuan menangguhkan ke 1 Ogos untuk mendengar rayuan calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri M Ramasamy untuk mencabar keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Segamat.\n\n\nKeputusan itu dibuat selepas peguam yang mewakili calon BN itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah cuti sakit akibat migrain teruk.\n\n\nZabariah, yang bersidang bersama Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Mary Lim Thiam Suan, berkata rayuan itu akan didengar pada 1 Ogos secara fizikal.\n\n\nHari ini ketika prosiding yang dijalankan secara dalam talian, Sarah memberitahu mahkamah bahawa Muhammad Shafee, yang merupakan peguam utama bagi kes itu, dinasihatkan supaya mengurangkan pergerakan bagi mengelakkannya daripada terjatuh.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDatuk Johari Abdul dipilih Speaker Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nBukan persenda Menu Rahmah, hanya mahu nasi berkuah \u2013 Hanafiah\n\n\n\n\n\n\nPolis buka 240 kertas siasatan, tahan 15 individu\n\n\n\n\n\n\nJangan guna modal politik raih keputusan agong\n\n\n\n\n\n\nKhairy akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\nPeguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), manakala peguam Lau Yi Leong, yang mewakili Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran, tidak membantah penangguhan itu.\n\n\nPada PRU15 yang diadakan pada November tahun lepas, calon Pakatan Yuneswaran memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,669 undi dan diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen yang dipilih bagi kawasan itu mengalahkan Ramasamy, P Poobalan daripada Perikatan Nasional dan Syed Hairoul Faizey daripada Pejuang.\n\n\nPada 3 April lalu, Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Muar Radzi Abdul Hamid, menolak petisyen pilihan raya yang difailkan Ramasamy selepas mendapati petisyen yang difailkan pada Januari lalu, adalah cacat dan tidak menepati keperluan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.\n\n\nMahkamah sehubungan itu mengekalkan kemenangan Yuneswaran, selain mengarahkan Ramasamy membayar kos sebanyak RM30,000.\n\n\nBerdasarkan petisyen pilihan rayanya, Ramasamy mendakwa Yuneswaran dan ejennya melanggar peraturan pilihan raya membabitkan bahan kempen dan mengedarkan bungkusan makanan kepada pengundi ketika berkempen.\n\n\nYuneswaran menang kerusi Parlimen Segamat pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15) tahun lalu dengan majoriti 5,669 undi mengalahkan Ramasamy, calon Perikatan Nasional, P Poobalan dan calon Pejuang, Syed Hairoul Faizey."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/29/tujuh-ahli-parlimen-ambil-peluang-tanding-prn/", "title": "Tujuh Ahli Parlimen ambil peluang tanding PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Tujuh Ahli Parlimen mengambil bahagian bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri DUN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.\n\n\nAntaranya Menteri Pertahanan merangkap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Ahli Parlimen Rembau, bertanding di DUN Rantau di Negeri Sembilan atas tiket Barisan Nasional (BN).\n\n\nMenteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook bertanding di DUN Chennah yang disandangnya sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 berdepan Rosmadi Ari (PN-BERSATU).\n\n\nSementara itu, dua Menteri Besar dan Ketua Menteri memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen turut bertanding dalam PRN pada 12 Ogos ini iaitu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (PH-PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak menghadapi pertandingan tiga penjuru mempertahankan kerusi Sungai Tua, dicabar Muhammad Hanif Jamaluddin (PN-PAS) dan Suman Gopal, calon bebas.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih 300 pegawai polis ditukar akibat masalah disiplin sejak 2018\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur mahu kesan penambakan kawasan Batu Puteh oleh Singapura diteliti\n\n\n\n\n\n\nBekalan gula di Kelantan, Terengganu terjejas\n\n\n\n\n\n\nI-Guru Cadang Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Pendidikan\n\n\n\n\n\n\nLidah manusia lebih panjang daripada akal \u2013 Ustaz Zamani\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-PKR) yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, turut bertanding berdepan saingan empat penjuru dicabar Ahmad Raihan Muhamad Hilal (PN-BERSATU) dan dua calon Bebas iaitu Bujang Abu serta Mohammed Hafiz Baharudin.\n\n\nKetua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (PH-DAP) yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan dicabar H\u2019ng Khoon Leng (PN-Gerakan), bagi mempertahankan kerusi Padang Kota yang dipegangnya selama tiga penggal sejak 2008.\n\n\nSelain itu, Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bertanding mempertahankan kerusinya di DUN Air Putih yang disandang sejak PRU12, dicabar Kong Cheng Ann (PN-Gerakan) dan Tee Yee Chew (Parti Sosialis Malaysia).\n\n\nAhli Parlimen Jelebu yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias turut bertanding mempertahankan kerusinya di DUN Pertang yang disandangnya sejak PRU-13, dicabar calon PN daripada PAS, Amirudin Hassan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/29/zahid-normalisasikan-rasuah-syed-saddiq/", "title": "Zahid normalisasikan rasuah \u2013 Syed Saddiq", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0\nCuba menormalisasikan rasuah.\n\n\nItu dakwaan dilemparkan oleh\u00a0 Presiden Ikatan Demokratik Malaysia MUDA, Syed Saddiq Abdul Rahman terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahidi.\u00a0\n\n\nSadiq dalam ciapan twitternya berhubung perkara itu \u2013 mengulang pengumuman Zahid.\n\n\nTulisan Saddiq,\u00a0 apabila berkata saya luluskan ratusan ribu, janji undi parti saya.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSivakumar masih disiasat, tiada keperluan direhatkan \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nPRU-15 Boleh Disegerakan Jika Kes Aktif Kekal Menurun \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nRokok elektronik rosakkan generasi walaupun kerajaan peroleh untung\n\n\n\n\n\n\nCari jalan pendekkan kes mahkamah syariah, elak mangsa dizalimi\n\n\n\n\n\n\nPenterjemahan Perlembagaan Persekutuan tidak sepatutnya disia-siakan\n\n\n\n\n\n\n\n\nSekaligus menurut\u00a0 Sadiq, tiada apa yang boleh dilihat sebaliknya hanya perlakuan menormalisasikan rasuah.\n\n\n\n\n\"Saya luluskan bantuan ratusan ribu\u2026..janji 12 Ogos nantti undi parti saya\"\n\n\nNothing to see here.\n\n\nJust the normalisation of corruption. \nhttps://t.co/8d4za7AeMc\n\n\n\u2014 Syed Saddiq (@SyedSaddiq) \nJuly 28, 2023\n\n\n\n\nSadiq mengulas berhubung tindakan Zahid yang mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada Majlis Belia Negeri Terengganu dan RM200,000 kepada pasukan bermotosikal di seluruh negeri itu pada kelmarin.\n\n\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi umum peruntukan kepada Majlis Belia Negeri Terengganu sebanyak RM250,000 manakala RM200,000 kepada pasukan bermotosikal di seluruh negeri itu.\n#AWANInews\n \n#6NegeriMemilih\n \npic.twitter.com/AizlbtoSh8\n\n\n\u2014 Astro AWANI (@501Awani) \nJuly 28, 2023\n\n\n\n\nZahid dalam pengumuman itu meminta belia yang hadir dalam acara itu memilih \u201cgelombang biru dan merah\u201d dalam pilihan raya negeri 12 Ogos depan.\n\n\nBeliau kemudian berseloroh katanya, kalau makin kuat tepukan, banyak\u00a0 PM (Anwar Ibrahim) akan luluskan.\n\n\n\u201cKalau tadi,\u00a0 Belia KETENGAH telah beri peruntukan RM30,000 dan saya tambah RM70,000 jadi RM100,000. Untuk Majlis Belia Negeri Terengganu saya luluskan RM250,000. Untuk pasukan bermotosikal di seluruh negeri Terengganu, saya berikan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk seluruh pasukan bermotosikal di negeri Terengganu. Itu baru saya, luluskan lepas ini \nPM naik dia akan \ntop up\n, akan tambah lagi, insya-Allah. Asalkan pada 12 hari bulan Ogos nanti para belia mengikut gelombang biru (BN) dan gelombang merah (Pakatan Harapan) yang ada di negeri Terengganu ini. Makin banyak tepukan, makin banyak PM akan luluskan.\u201d\n\n\nKenyataan Zahid itu menyebabkan Syed Saddiq mengeluarkan pendapatnya , dua hari selepas kenyataan sama diutarakan beliau apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.\n\n\nSyed Saddiq mempersoalkan bantuan itu yang dianggap sebagai gula gula politik kerana diberikan ketika musim pilihan raya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/30/nik-abdul-tidak-bertanding-bukan-disebabkan-mohd-amar/", "title": "Nik Abdul tidak bertanding bukan disebabkan Mohd Amar", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar menafikan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tidak tercalon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini berpunca daripada dirinya.\n\n\nBeliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menegaskan Nik Abduh sememangnya tidak disenaraikan dari awal untuk kerusi berkenaan.\n\n\n\u201cItu fitnah apabila mengatakan saya yang menghalang, sedangkan beliau tidak terbabit dalam mesyuarat pimpinan parti selain tiada jawatan dalam parti.\n\n\n\u201cSaya tidak tahu dari mana sumber maklumat sedemikian termasuk menyentuh surat daripada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKukuhkan hubungan Riyadh \u2013 Kuala Lumpur\n\n\n\n\n\n\nBendahari Bersatu ditahan SPRM, disiasat kes perbelanjaan dana parti\n\n\n\n\n\n\nPKR Tidak Akan Bekerjasama Lagi Dengan Azmin Ali\n\n\n\n\n\n\nTurkiye tidak ambil hati Malaysia pilih pesawat buatan Korea\n\n\n\n\n\n\nCubaan bakar kitab Yahudi dihalang, serlah sikap pilih kasih Sweden\n\n\n\n\n\n\n\n\nMohd Amar yang juga calon DUN Panchor berkata, Nik Mohamad Abduh dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sudah menjelaskan perkara itu dan sepatutnya ia sudah selesai.\n\n\n\u201cTuan Ibrahim sebelum ini sudah jawab Nik Mohamad Abduh tidak mahu bertanding dan beliau sendiri juga mengatakan tidak berhasrat dan tiada masalah tidak bertanding kerana mahu menguruskan sekolah agama.\n\n\n\u201cJadi, kenapa orang lain yang perlu membuat tuduhan? Bagi saya perkara itu tidak betul,\u201d ujarnya.\n\n\nBagi Mohd Amar, kejadian yang berlaku ini adalah perkara biasa menjelan PRN dan perlu dihadapi dengan tenang.\n\n\nNamun, beliau yakin pengundi bijak dan mampu menilai calon yang dipertaruhkan.\n\n\nTerdahulu tular video adik Allahyarham Tan Sri Nik Azizi iaitu Nik Din Nik Mat yang menggesa rakyat supaya tidak mengundi Timbalan Menteri Besar itu pada PRN kali ini.\n\n\nKatanya menerusi video berdurasi 2 minit 33 saat itu, beliau telah bertemu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang turut memberi jaminan bahawa Nil Abduh akan dicalonkan dalam PRN kali ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/30/polis-larang-terbangkan-dron-di-kawasan-tumpuan-prn/", "title": "Polis larang terbangkan dron di kawasan tumpuan PRN", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013\u00a0 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan larangan kepada semua pihak agar tidak menerbangkan dron di kawasan berkempen sepanjang musim Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN-15).\n\n\nKetua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, amaran itu dikeluarkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.\n\n\nArahan itu dikeluarkan susulan kecederaan yang menimpa seorang penyokong parti politik akibat terkena dron yang terjatuh dari udara dipercayai di Kedah.\n\n\n\u201cLarangan ini termasuk pada tiga tarikh penting yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu hari penamaan calon, undian awal pada 8 Ogos, hari pembuangan undi 12 Ogos serta sepanjang 14 hari tempoh berkempen.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMOU Bukan \u2018Kitab Suci\u2019 Untuk Halang Buat PRU Awal \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nNajib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara\n\n\n\n\n\n\nTugas Timbalan Menteri Pendidikan Hanya Jaga Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\n\u2018Duta Madani Perpaduan\u2019 murid sekolah pupuk semangat perpaduan \u2013 Fadhlina\n\n\n\n\n\n\nAl-Azhar Mesir seru boikot produk keluaran Sweden dan Belanda\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPelanggaran yang berlaku akibat aktiviti penerbangan termasuk pengendalian dron yang mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969.\u201d\n\n\n\u201cIa juga telah melanggar Peraturan 98, Peraturan 140-144 Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives,\u201d katanya melalui kenyataan, hari ini.\n\n\nOleh itu, mana-mana pihak atau individu yang mahu menerbangkan dron perlu mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).\n\n\nSemalam, satu video berdurasi satu minit 17 saat memaparkan seorang mangsa terbaring di atas jalan selepas ditimpa sebuah dron bersaiz besar.\n\n\nDalam kejadian berasingan pada proses penamaan calon, polis menahan seorang lelaki kerana menerbangkan dron tanpa kebenaran."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/31/24774/", "title": "Video titah Sultan Perak diolah, pihak istana buat laporan polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Satu klip video titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang tular baru-baru ini telah diolah bagi mengait dan mengheret secara langsung atau tidak langsung kedudukan seorang raja pemerintah untuk tujuan politik kepartian.\n\n\nOrang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd. Zahidi Zainuddin menjelaskan, pihaknya mendapati satu video ditularkan seorang wanita yang memuat naik satu bahagian kecil titah Sultan Nazrin Shah yang dizahirkan baginda pada tahun 2013 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyentuh mengenai PAS.\n\n\nKatanya, video tersebut memilih memuat naik sebahagian kecil titah Sultan Nazrin Shah yang ketika itu Pemangku Raja Perak yang dizahirkan pada 19 Februari 2013 pada Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran DBP bertema \u2018Perpaduan Ummah; Harapan; Realiti dan Cabaran\u2019.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenyatuan Ummah Penting Dalam Mendepani Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nHampir RM1 bilion lesap ditipu agensi pelaburan\n\n\n\n\n\n\nApandi tidak layak dapat pampasan Tun Mahathir ada sebab untuk tahu\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Catat Penurunan\n\n\n\n\n\n\nAkta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 Ditambah Baik\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDalam wacana tersebut, baginda menzahirkan analisis melibatkan dua buah parti terbesar Melayu iaitu UMNO dan PAS, yang merupakan dua kuasa politik Melayu dominan ketika itu. Baginda tidak hanya menzahirkan kata-kata positif terhadap PAS (pada tahun 2013) tetapi secara seimbang turut menzahirkan kupasan yang sama terhadap UMNO.\n\n\n\u201cTitah baginda mengandungi 7,500 patah perkataan dan mengambil masa 90 minit semasa dizahirkan. Bahagian yang memuji parti PAS hanyalah petikan pendek, begitu juga pujian terhadap UMNO. Untuk itu, tidak timbul bahawa baginda hanya memandang tinggi mengenai parti PAS.\n\n\n\u201cMalah kandungan titah tersebut sarat menghuraikan sejarah kedua-dua parti Melayu tersebut dan demi kebaikan bangsa dan negara, pentingnya untuk ummah mencari jalan menjalinkan persefahaman dan kerjasama meskipun memilih pendekatan politik yang berbeza,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nMenurut Mohd. Zahidi, Sultan Nazrin Shah memberi ulasan seimbang antara dua parti politik Melayu tersebut dan turut menzahirkan peringatan kepada kedua-dua pihak agar keghairahan mendapatkan sokongan politik dan kuasa jangan sampai memecahbelahkan bangsa serta memusnahkan negara.\n\n\n\n\nSebaliknya, katanya, dipercayai ada pihak memilih memetik titah Sultan Nazrin Shah pada 2013 itu untuk ditularkan semula dengan tujuan mahu mempengaruhi pengundi agar menyokong PAS dalam suasana menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 pada 12 Ogos ini.\n\n\nSehubungan itu beliau memaklumkan, Pejabat Sultan Perak telah membuat laporan polis pada 29 Julai lalu demi melindungi nama baik Sultan Perak daripada diheret dan dicemari oleh mana-mana pihak untuk meraih laba politik,\n\n\n\u201cMelalui kenyataan media ini, ditegaskan bahawa Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tidak sama sekali memihak dan jauh sekali daripada memberikan sokongan secara terbuka kepada mana-mana kumpulan politik.\n\n\n\u201cPerbuatan menularkan video yang berkaitan sangat tidak beretika dan perbuatan seperti ini disifatkan tidak bersopan kepada seorang raja pemerintah dan telah mencemarkan nama baik takhta. Oleh itu, penularan video yang berkaitan wajib dihentikan,\u201d katanya. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/31/adun-dap-dilantik-timbalan-yang-dipertua-dun-melaka/", "title": "ADUN DAP dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Melaka", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu pada hari pertama Persidangan Kedua Penggal Kedua DUN Melaka Ke-15 di Seri Negeri, Melaka hari ini.\n\n\nChee Yee menggantikan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim) yang\u00a0dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada April lalu.\n\n\nKetua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mencadangkan nama Chee Yee dan disokong Datuk Rais Yasin (BN-Paya Rumput) seperti mana yang diperuntukkan dalam Perkara 20 (2A) Perlembagaan Negeri Melaka.\n\n\nSeramai 24 ahli dewan undangan negeri (ADUN) menyokong, dua berkecuali dan dua tidak hadir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLebih 200 terkorban, hampir 600 cedera gempa di Kahramanmaras, Turkiye\n\n\n\n\n\n\nBERJASA sedia kerjasama dengan PN selagi tidak bercanggah prinsip\n\n\n\n\n\n\nPentauliahan Mengajar Islam Aktivis Politik Ditarik Balik\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat khas SPR bincang PRK DUN Pelangai pada Khamis ini\n\n\n\n\n\n\nDPMM Gesa Kerajaan Cari Jalan Terbaik Bantu Rakyat\n\n\n\n\n\n\n\n\nPelantikan ADUN DAP itu mengesahkan desas-desus sebelum ini bahawa beliau akan mengisi kekosongan tersebut selepas namanya \u2018tercicir\u2019 tidak dilantik memegang sebarang jawatan pengerusi jawatankuasa (Exco) dan Timbalan Exco di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan diterajui Ab. Rauf.\n\n\nSementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Mustafa Musa dipilih sebagai ahli Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 31 Julai lalu.\u00a0\u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/31/anwar-peroleh-injunksi-sementara-halang-sanusi-ulang-kenyataan-fitnah/", "title": "Anwar peroleh injunksi sementara halang Sanusi ulang kenyataan fitnah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk menghalang Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor daripada mengeluarkan, mengulangi dan menerbitkan kenyataan yang memfitnah Perdana Menteri itu di media sosial, laman web serta\u00a0mana-mana platform lain.\n\n\nPeguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Anwar berkata, Hakim Mahazan Mat Taib membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan Pengerusi Pakatan Harapan itu pada prosiding semalam.\n\n\n\u201cPerintah injunksi itu dikeluarkan bagi menghalang defendan (Muhammad Sanusi), kakitangan atau ejennya daripada mengulangi atau menerbitkan kenyataan-kenyataan serupa yang mempunyai kecenderungan untuk menggambarkan plaintif (Anwar) sama ada secara langsung atau dengan sindiran dalam mana-mana saluran media sosial defendan, laman web dan\u00a0mana-mana platform lain.\n\n\n\u201cDefendan juga harus mematuhi perintah injunksi ex-parte ini dengan serta-merta selepas penyampaian perintah ini kepada defendan,\u201d kata Nair ketika dihubungi hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nI-Guru gesa tindakan tegas kepada pelajar rosakkan harta benda sekolah\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Hujah Plaintif Cabar Keabsahan Sekolah Vernakular\n\n\n\n\n\n\nGTA akan kerjasama dengan PN?\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali : Operasi SAR diteruskan jam 9:00 pagi ini\n\n\n\n\n\n\nBanjir kilat dijangka landa 6 negeri dalam 24 jam\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnwar, 75, memohon perintah injunksi itu dalam kes saman difailkannya terhadap Muhammad Sanusi ketika berucap dalam satu kempen pilihan raya Jelajah PN Best Tambun tahun lalu. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/31/himpunan-lgbt-lapan-lelaki-disyaki-pengikut-ajaran-sesat/", "title": "Himpunan LGBT: Lapan lelaki disyaki pengikut ajaran sesat", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Lapan individu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam himpunan terbuka berunsurkan elemen lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.\n\n\nKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, kesemua lelaki yang ditahan itu berusia 18 hingga 56 tahun.\n\n\nMohd Shuhaily menambah, siasatan mendapati kesemua mereka terlibat dengan ajaran Ahmadi The Religian of Peace and Light sejak dua tahun lalu.\n\n\n\u201cKesemua mereka direman sehari. Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012,\u201d katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTok Mat beri bayangan pertahan Dun Rantau\n\n\n\n\n\n\nSPR Saran Pengundi Datang Lebih Awal\n\n\n\n\n\n\n\u2018Saya tidak bersalah, saya akan jawab pertuduhan di mahkamah\u2019 \u2013 Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Terpulang kepada budi bicara YDPA\n\n\n\n\n\n\nNajib punca Malaysia jadi negara kleptokrasi, pencuri\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Mohd Shuhaily, siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek pernah ditahan di Putrajaya kira-kira dua minggu lalu.\n\n\nSebagai rekod, kejadian yang dipercayai berlaku di hadapan sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara dengan memaparkan beberapa lelaki dewasa memegang plakad dan kain rentang yang menyokong LGBT."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/31/penduduk-malaysia-bertambah-2-1-peratus-pada-2023/", "title": "Penduduk Malaysia bertambah 2.1 peratus pada 2023", "body": "0\n\n\nKUALA LUMPUR, Isnin \u2013 Penduduk Malaysia dijangka bertambah 2.1 peratus pada 2023, diterajui oleh migrasi antarabangsa, data rasmi menunjukkan Isnin.\n\n\nJabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022.\n\n\nMenurut DOSM, peningkatan kadar pertumbuhan penduduk adalah disebabkan oleh bilangan bukan warganegara yang lebih tinggi yang berkemungkinan meningkat daripada 2.5 juta pada 2022 kepada 3 juta pada 2023.\n\n\nPopulasi penduduk juga diunjurkan meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan kecil sebanyak 0.7 peratus.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPH Menang Mudah Jika MCA Bertanding Di Alor Setar \u2013 UMNO\n\n\n\n\n\n\nPAS Kekal Pertahankan Perikatan Nasional\n\n\n\n\n\n\nKKM tidak kompromi jika pegawai langgar garis panduan WHO FCTC\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: RM1.5 bilion peruntukan martabat syiar Islam\n\n\n\n\n\n\nFatwa Abdul Hadi berbeza-beza \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nKomposisi penduduk bagaimanapun diunjur menurun daripada 92.4 peratus pada 2022 kepada 91.1 peratus pada 2023.\n\n\nIni disebabkan oleh peningkatan komposisi penduduk bukan warganegara daripada 7.6 peratus kepada 8.9 peratus dalam tempoh yang sama.\n\n\nPeningkatan itu selaras dengan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022 dan pelaksanaan Program Penstrukturan Semula Pekerjaan 2.0 mulai Januari 2023.\n\n\nMenurut DOSM, jumlah lelaki mengatasi wanita pada 2023 dengan masing-masing 17.5 juta dan 15.9 juta.\n\n\nNisbah jantina bagi keseluruhan populasi ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan.\n\n\nKomposisi penduduk berumur 15-64 tahun (umur bekerja) diunjurkan meningkat daripada 69.6 peratus pada 2022 kepada 70.0 peratus pada 2023.\n\n\nPeratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas (usia tua) dijangka meningkat daripada 7.2 peratus kepada 7.4 peratus bagi tempoh yang sama.\n\n\nSementara itu, komposisi penduduk berumur 0-14 tahun (umur muda) pada 2023 diramal menurun kepada 22.6 peratus berbanding 23.2 peratus pada 2022. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/31/peserta-himpunan-lgbtq-depan-kompleks-sogo-ditahan-polis/", "title": "Peserta himpunan LGBTQ depan Kompleks Sogo ditahan polis", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Lapan lelaki yang berhimpun di hadapan pusat beli-belah Kompleks Sogo, Kuala Lumpur bagi menyokong hak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) Sabtu lalu, sudah ditahan.\n\n\nKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semua individu berusia antara 18 hingga 56 tahun ditahan pada hari kejadian.\n\n\nMenurut beliau, pada himpunan tersebut, mereka mempamer plakad dan kain rentang selain melaungkan \u2019Hanya Tuhan Boleh Menghakimi dan Menjadi Gay Bukan Jenayah\u2019 dan \u2018Down down Syariah Court\u2019.\n\n\nSiasatan mendapati semua mereka adalah pengikut ajaran \u2018Ahmadi The Religion of Peace and Light\u2019 sejak dua tahun lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPemborong Ayam Dikenakan Siasatan\n\n\n\n\n\n\nPN Masih Bincang Guna Logo PAS Pada Pilihan Raya\n\n\n\n\n\n\nKonflik Sudan: Dua rakyat Malaysia berjaya dipindahkan ke lokasi selamat\n\n\n\n\n\n\nAb Rauf bakal menjadi Ketua Menteri Melaka?\n\n\n\n\n\n\nProses undi Parlimen Padang Serai, DUN Tioman bermula 8 pagi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSiasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 9 Akta Perhimpunanan Aman 2012.\n\n\n\u201cSiasatan lanjut mendapati salah seorang daripada mereka pernah ditahan di Putrajaya dua minggu lalu kerana mengedarkan risalah mengenai ajaran itu di Masjid Putrajaya,\u201d katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nKatanya, kesemua suspek direman sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.\n\n\n\u201cSetakat ini kita sudah merakam keterangan 11 saksi berkait kes ini dan kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.\n\n\n\u201cPolis turut difahamkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga sedang menjalankan siasatan ke atas kumpulan ajaran berkenaan,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu tular satu satu video berdurasi 48 saat dimuat naik pengguna TikTok memaparkan beberapa lelaki memegang plakad menyokong LGBTQ di hadapan pusat beli belah Sogo.\n\n\nAntara mesej terpampang di plakad berkenaan adalah \u2018Gay people are not criminals and being gay is not a crime\u2019 bermaksud golongan gay bukan penjenayah dan menjadi gay bukan satu jenayah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/31/sanusi-calon-tunggal-mb-kedah/", "title": "Sanusi calon tunggal MB Kedah", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 PAS\u00a0Kedah membuat keputusan hanya Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang akan menjadi calon Perikatan Nasional (PN) untuk jawatan Menteri Besar bagi negeri itu.\n\n\nPesuruhjaya\u00a0PAS, Datuk Ahmad Yahya\u00a0berkata, setakat hari kedua kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 di negeri itu, tiada calon kedua selain Muhammad Sanusi.\n\n\n\u201cSetakat ini kami letakkan dia (Muhammad Sanusi) adalah calon utama,\u00a0tidak ada calon kedua untuk PAS Kedah.\n\n\n\u201cTapi kami faham, kami menghormati sistem untuk lantikan dan sebagainya sudah tentu\u00a0PN Kedah akan mengangkat cadangan ini kepada PAS Pusat dan dipersembahkan kepada Sultan Kedah,\u201d katanya kepada media selepas menghadiri siri ceramah mega PN\u00a0DUN Gurun di Dataran Caltex, Pewaja Steel, malam tadi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPengedar dadah maut ditembak selepas merempuh polis\n\n\n\n\n\n\nDewan IKIM runtuh, 6 cedera\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan KJ beri kelebihan kepada PN\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Operasi SAR ditangguh sementara akibat hujan lebat\n\n\n\n\n\n\nPenyiasat dedah penemuan baharu MH17 pada 8 Februari ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir sama Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit dan calon PN bagi DUN Gurun, Baddrol Bakhtiar.\n\n\nBagaimanapun,\u00a0Ahmad berkata,\u00a0keputusan itu adalah berdasarkan kepada sudut politik yang digambarkan oleh PAS Kedah.\n\n\n\u201cAdab, susun atur dan proses itu akan diikut sebagaimana yang dituntut.\n\n\n\u201cCuma dari sudut politik, kami\u00a0tegaskan itulah (Muhammad Sanusi) satu-satunya calon kita,\u201d katanya lagi.\n\n\nSebelum ini, Muhammad Sanusi berkata, beliau\u00a0belum pasti sama ada kekal sebagai Menteri Besar Kedah atau jawatan itu bakal digantikan dengan wakil rakyat lain.\u00a0\u2013 MALAYSIAGAZETTE."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/07/31/syahir-tolak-pelawaan-rafizi-berdebat-ikut-jejak-senior/", "title": "Syahir tolak pelawaan Rafizi berdebat, ikut jejak \u2018senior\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman mengambil keputusan mengikut jejak Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berhubung pelawaan debat daripada Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.\n\n\nMohd Syahir yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, beliau sudah menerima e-mel daripada pejabat Menteri Ekonomi.\n\n\n\n\n\u201cMengenai jemputan debat, saya sudah menerima e-mel daripada Pejabat Menteri Ekonomi dan saya juga sudah memberikan jawapan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan PAU 2002 takutkan orang muda sertai UMNO\n\n\n\n\n\n\nKos RM150 Juta Patut Disalurkan Pada Golongan Memerlukan \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nDicalon Speaker Parlimen, ADUN Gurun letak jawatan\n\n\n\n\n\n\n73 Pelajar SBP Seri Puteri Positif COVID\n\n\n\n\n\n\nPemandu tersepit, tong gas bertaburan atas jalan di Jempol\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDalam tempoh ini, saya menurut jejak \u2018senior\u2019 saya, iaitu YAB Sanusi,\u201d katanya menerusi Facebook.\n\n\nSemalam,\u00a0Rafizi mencabar Mohd Syahir untuk berdebat dengannya mengenai hal ehwal ekonomi.\n\n\n\n\nCabaran itu diutarakan oleh Rafizi selepas bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menolak berdebat dengannya.\n\n\nBeliau akan menulis secara rasmi kepada Mohd Syahir dan akan menunggu untuk mendapatkan maklum balas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/01/amirudin-tawar-lima-tekad-52-program-untuk-rakyat-selangor/", "title": "Amirudin tawar lima tekad, 52 program untuk rakyat Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013\u00a0Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menawarkan Lima Tekad yang mempunyai 52 program bagi semua lapisan masyarakat Selangor sepanjang tempoh lima tahun akan datang bermula 13 Ogos ini.\n\n\nBeliau yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua memaklumkan tawaran itu semasa pelancaran Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad untuk Lima Tahun di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam malam tadi.\n\n\n\u201cLima Tekad, 52 tawaran ini akan segera kita laksanakan dengan mandat rakyat Selangor dalam PRN pada 12 Ogos ini.\n\n\n\u201cIni tekad kita untuk rakyat Selangor sepanjang lima tahun akan datang. Ini adalah janji dari semua calon PH-BN Selangor dan seluruh pasukan kita untuk membawa Selangor sebagai negeri stabil, maju, aman, harmoni dan menjadi juara di Malaysia serta Asia Tenggara,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSPRM siasat bekas PM, menantu berkaitan kontrak kerajaan\n\n\n\n\n\n\nMustahil hari raya disambut pada Jumaat\n\n\n\n\n\n\nPertembungan Shahrizat-Noraini, apakah jawatan Ketua Wanita milik orang lama?\n\n\n\n\n\n\nEtnik Rohingnya paling ramai mohon suaka di Malaysia\n\n\n\n\n\n\nTM dedah punca tak perbaharui konsesi Menara KL\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambah Amiruddin, program yang direncanakan itu adalah untuk kestabilan serta kemakmuran Selangor menerusi tekad kerajaan negeri untuk lima tahun kegemilangan Selangor.\n\n\nLima Tekad, 52 tawaran itu terdiri daripada Tekad 1 : Ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti pemangkin peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.\n\n\n \n\n\n\u00a0\n\n\nTekad ke-2 pula mengambil kepentingan agama sebagai Cahaya dan inspirasi kehidupan bermaruah di Selangor antaranya subsidi tambang dan kos mengerjakan haji RM2,000 kepada RM3,000 jemaah muassasah yang kali pertama menunaikan rukun Islam kelima itu selain bantuan dalam aspek pendidikan kepada sekolah tahfiz dan sekolah agama.\n\n\n \n\n\nManakala Tekad 3 : Perkhidmatan kerajaan yang cekap dan efisen dengan mendigitalkan sepenuhnya perkhidmatan kerajaan untuk memudahkan urusan individu, syarikat dan agensi di Selangor.\n\n\n \n\n\nTekad 4 : Pembangunan mampan, selesa dan berdaya huni dengan tawaran kediaman \u201cKita Selangor\u201d berjumlah 200,000 unit lengkap dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air serta fasiliti selesa berharga RM250,000 ke bawah bagi warga Selangor serta pembiayaan kewangan dengan institusi perbankan.\n\n\n\n\nTekad 5 pula Selangor negeri penyayang yang membela kepentingan rakyat dengan mengembangkan 46 program Iltizam Selangor Penyayang kepada sasaran 60 program dan meningkatkan usaha pemberdayaan rakyat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/01/debat-ekonomi-rafizi-syahir-pada-9-ogos/", "title": "Debat ekonomi Rafizi, Syahir pada 9 Ogos", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Debat antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman akan berlangsung pada 9 Ogos ini.\n\n\nRafizi yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, Mohd Syahir menarik balik penolakan untuk berdebat berkaitan ekonomi dengan beliau sebelum ini.\n\n\n\u201cSaya telah dimaklumkan bahawa saudara Syahir telah menerima semula jemputan saya untuk berdebat setelah mendapat keizinan pimpinan beliau. Saya ucapkan terima kasih.\n\n\n\u201cPlatform debat adalah peluang bagi parti-parti membentangkan idea dan tawaran kepada rakyat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSyukuri nikmat kebebasan beragama, ambil iktibar musibah di Palestin \u2013 Agong\n\n\n\n\n\n\n3 laluan kontra atasi kesesakan jalan di ibu negara\n\n\n\n\n\n\nLembaga Disiplin UMNO panggil Jamal\n\n\n\n\n\n\nSelangor Benarkan Solat Jemaah dirapatkan bermula 1 April\n\n\n\n\n\n\nSanusi tuntut bukti dakwaan Perdana Menteri susulan dana parti\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMaklumat lanjut debat akan dimaklumkan tetapi tarikh setakat ini adalah 9 Ogos 2023,\u201d katanya dalam kenyataan ringkas di media sosial.\n\n\n\n\nSebelum ini, Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang itu dilaporkan menolak tawaran untuk berdebat mengenai ekonomi negara dengan Rafizi.\n\n\nPemilik Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu menjadi \u2018sasaran\u2019 Rafizi selepas jemputan debat ditolak oleh bekas Menteri Kanan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/01/isu-kalimah-allah-saifuddin-dakwa-muhyiddin-tidak-hormati-nasihat-majlis-raja-raja/", "title": "Isu kalimah ALLAH: Saifuddin dakwa Muhyiddin tidak hormati nasihat Majlis Raja-Raja", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin didakwa menyentuh isu 3R (agama, bangsa, raja) dalam ceramah pilihan raya di Kapar, Klang pada malam Ahad.\n\n\nMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan Muhyiddin tidak menghormati nasihat majlis Raja-raja Melayu yang mahu isu kalimah Allah tidak lagi dipolitikkan.\n\n\nJelas Saifuddin, sikap Muhyiddin yang masih memainkan sentimen keagamaan biarpun dinasihat Majlis Raja-Raja menunjukkan pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik.\n\n\n\u201cKabinet telah buat keputusan, kita akan angkat beberapa cadangan untuk adakan satu arahan pentadbiran baharu dikemukakan kepada Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) dipengerusikan Sultan Selangor.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMHO nafi cetus kekacauan, fokus bantu pihak tertindas di Sabah\n\n\n\n\n\n\nPemeriksaan kenderaan tidak lagi eksklusif kepada Puspakom\n\n\n\n\n\n\nTabung Haji umum 3.10 peratus agihan keuntungan tahun 2022\n\n\n\n\n\n\nDr Muhammad Faiz letak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU\n\n\n\n\n\n\nPenganalisis Jangka Sentimen Pelabur Tidak Terjejas Jika PRU Negara Berjalan Progresif\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMKI kemudian bentangkan kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja akan datang. Sehingga tempoh itu, tidak dibenarkan lagi mempolitikkan isu berkenaan,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Muhyiddin mendakwa isu kalimah Allah menggambarkan Kerajaan PH-BN kini diterajui bukan Islam selain mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipengerusikan DAP\u00a0 susulan kerajaan tidak meneruskan rayuan di mahkamah berhubung kes kalimah Allah.\n\n\nMei lalu, media melaporkan KDN dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penganut Kristian boleh guna kalimah ALLAH dan tiga perkataan Arab, iaitu Baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan.\n\n\nNotis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 April lalu.\n\n\nSelain itu, KDN dan kerajaan Malaysia tidak berniat untuk meneruskan rayuan difailkan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan tanpa sebarang perintah terhadap kos.\n\n\nPada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman Wanita Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon penrisytiharaan mengenai hak perlembagaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/01/malaysia-komited-mahu-al-quran-dilindungi-dihormati/", "title": "Malaysia komited mahu al-Quran dilindungi, dihormati", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Malaysia sebagai anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) \u00a0terus komited mempromosikan penghormatan dan perlinduangan terhadap al-Quran serta memerangi sentimen Islamofobia yang semkin meningkat.\n\n\nTimbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin yang menyampaikan kenyataan itu semalam yang turut mengetuai delegasi Malaysia ke Sesi Luar Biasa ke-28 Majlis Menteri-menteri Luar Negeri (FM) negara-negara Anggota OIC mengenai Jenayah Berulangan Penghinaan dan Pembakaran Salinan Al-Mushaf Al-Sharif di Sweden dan Denmark.\n\n\nDalam perkembangan lain, Wisma Putra hari ni memaklumkan, agenda utama Sesi Luar Biasa yang diadakan secara maya itu adalah untuk membincnagkan insiden penghinaan kitab suci al-Quran yang berulang di Sweden dan Denmark.\n\n\n\u201cTimbalan Menteri menyampaikan kenyataan Malaysia, yang menekankan pentingnya mematuhi prinsip universal menghormati semua agama dan kitab suci mereka dan bagi semua pihak untuk bekerjasama dalam menangani isu Islamofobia demi menonjolkan imej sebenar Islam iaitu keamanan, kesederhanaan dan toleransi,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaarani dedah PN cuba \u2018beli\u2019 ADUN BN selepas PRU15\n\n\n\n\n\n\n19 orang maut dalam nahas bas di Bangladesh\n\n\n\n\n\n\nTujuh Ahli Parlimen ambil peluang tanding PRN\n\n\n\n\n\n\n147 ketua Wanita UMNO bahagian tidak lagi menyokong Noraini\n\n\n\n\n\n\nBajet 2023 akan dibentangkan semula pada 24 Februari\n\n\n\n\n\n\n\n\nKejadian penghinaan dan pembakaran al-Quran yang berlaku di beberapa negara dikutuk sekeras-kerasnya oleh 32 buah negara selain menyeru kerajaan berkenaan untuk mengelak kejadian serupa berlaku pada masa hadapan.\n\n\nSesi itu juga menerima pakai Resolusi mengenai Jenayah Berulang Penghinaan dan Pembakaran Salinan Al-Mushaf Al-Sharif di Sweden dan Denmark.\n\n\nIntipati utama resolusi itu turut menegaskan semua negara-negara anggota OIC mengutamakan agenda memerangi Islamofobia, dan memastikan agenda ini sentiasa diberi penekanan di platform antarabangsa, iaitu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Majlis Hak Asasi Manusia.\n\n\nMenteri Luar Negeri Mauritania, Mohamed Salem Ould Merzoug telah mempengerusikan sesi perbincangan itu.\n\n\nPada 24 Julai, OIC mengkritik tindak balas Sweden dan Denmark terhadap penghinaan al-Quran yang berulang pada Isnin.\n\n\nSementara itu, pemimpin Sweden menyatakan bahawa kedua-dua negara sedang berbincang mengenai kemungkinan larangan atas\u00a0tindakan sedemikian.\n\n\nOIC pada\u00a0Isnin mengadakan mesyuarat untuk membincangkan penghinaan Quran dan menyatakan \u201ckekecewaan\u201d terhadap respons Sweden dan Denmark.\n\n\nSetiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha, menyeru kedua-dua negara terbabit untuk mencegah penghinaan Quran dan \u201cmenyatakan kekecewaannya kerana tiada langkah-langkah diambil dalam hal ini sehingga kini,\u201d menurut OIC."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/01/polis-ambil-keterangan-wanita-olah-video-manipulasi-titah-sultan-perak/", "title": "Polis ambil keterangan wanita olah video manipulasi titah Sultan Perak", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam keterangan seorang wanita berhubung\u00a0olahan satu klip video membabitkan titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah\u00a0untuk digunakan sebagai bahan kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15.\n\n\nKetua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, wanita berusia 46 tahun itu hadir di Balai Polis Cyberjaya pada jam 2.30 petang tadi.\n\n\nBeliau berkata, PDRM menerima 24 laporan berhubung kes itu.\n\n\nTerdahulu, tular klip video berdurasi dua minit 50 saat\u00a0yang memetik sebahagian kecil titah baginda pada 2013 mengenai PAS.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRemaja lelaki hilang di Pantai Batu Layar ditemukan lemas\n\n\n\n\n\n\nMangsa kemalangan lawan arus ahli surau\n\n\n\n\n\n\nTak benar keluar KWSP, simpanan pencarum susut 50 peratus\n\n\n\n\n\n\nVarian Baharu Panjangkan Jangka Masa Pandemik\n\n\n\n\n\n\nIsu bebanan kerja guru akan dikaji MPPK\n\n\n\n\n\n\n\n\nOrang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin, dalam kenyataan semalam, memaklumkan video itu memetik sebahagian kecil titah Sultan Nazrin (yang ketika itu Pemangku Raja Perak) di Majlis Wacana Perpaduan Ummah bertemakan \u2018Perpaduan Ummah; Harapan, Realiti dan Cabaran\u2019 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19 Februari 2013.\n\n\nJusteru, Mohd Zahidi berkata Pejabat Sultan Perak telah membuat laporan polis pada Sabtu lepas berhubung tindakan wanita itu. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/01/polis-buka-kertas-siasatan-isu-ceramah-fahmi-di-masjid/", "title": "Polis buka kertas siasatan isu ceramah Fahmi di masjid", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan ucapan berbaur politik Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil\u00a0di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang pada Ahad.\n\n\nKetua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menerima rakaman ucapan Fahmi di lokasi kejadian.\n\n\nBeliau berkata, pihak polis sedang meneliti ucapan tersebut dan akan memberi maklum balas dalam masa terdekat.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenggantungan ini bukan satu pengakhiran \u2013 Hishammuddin\n\n\n\n\n\n\nBeri Rakyat Lahir Selepas Merdeka Status Bumiputera \u2013 Kor Ming\n\n\n\n\n\n\nZahid Tidak Minta Annuar Musa Tandatangan SD\n\n\n\n\n\n\nMohd Shafiq tak puas hati, ambil tindakan undang-undang\n\n\n\n\n\n\nKes saman fitnah Nie Ching-Yazid ditangguh tahun depan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cUcapan Yang Berhormat Fahmi di lokasi kejadian telah diterima dan akan diteliti sepenuhnya.\n\n\n\u201cPolis akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia,\u201d katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis perbarisan ulang tahun ketujuh polis bantuan Sime Darby Property Berhad (SDPB) di padang kawad Universiti Putra Malaysia (UPM), dekat sini.\n\n\nHadir sama Pengarah Urusan Kumpulan SDPB, Datuk Azmir Merican; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Sasikaladevi; Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat UPM, Prof Dr Hang Tuah Baharudin serta Presiden Persatuan Polis Bantuan Malaysia, Mohd Razali Abd Aziz.\n\n\nSementara itu, mengulas lanjut berhubung proses berkempen sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 di Selangor, Hussein berkata, sebanyak 16 laporan polis telah terima setakat ini."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/01/polis-negeri-sembilan-terima-83-laporan-melibatkan-prn-sejak-penamaan-calon/", "title": "Polis Negeri Sembilan terima 83 laporan melibatkan PRN sejak penamaan calon", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Sebanyak 83 laporan diterima Polis Negeri Sembilan membabitkan kes yang berlaku melibatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 bermula Sabtu lalu.\n\n\nKetua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kes berkenaan berkaitan ceramah atau aktiviti kempen tanpa mendapat permit dari polis serta satu kes merosakkan poster di daerah Jempol.\n\n\nKatanya, pihak polis setakat ini tidak menegsan mana-mana individu atau calon memainkan isu 3R (bangsa, agama dan raja) semasa ceramah dijalankan sepanjang tempoh kempen.\n\n\n\u201cKami ingatkan semua pihak yang berkempen untuk tidak memainkan isu 3R, sekiranya tiada pihak tampil membuat laporan berkaitan isu 3R yang dimainkan, kami sendiri yang akan membuat laporan kerana kami memantau setiap perjalanan kempen sepanjang tempoh yang ditetapkan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAGENDA NASIONAL BANTU KELUARGA MALAYSIA HADAPI FASA ENDEMIK\n\n\n\n\n\n\nKenaikan Harga Sayur Sehingga 100 Peratus, Namun Dijangka Bersifat Sementara\n\n\n\n\n\n\nFokus kukuh golongan wanita, bukan angkat budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nDong Zong Desak Kerajaan Percepatkan Peruntukan\n\n\n\n\n\n\nAmirudin kekal jawatan Menteri Besar Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSemua ceramah dipantau serta berjalan dengan baik. Tiada isu kacau ganggu dan pemantauan yang dilakukan ini termasuklah daripada segi media sosial selain pemantauan secara fizikal,\u201d katanya.\n\n\nDalam perkembangan lain Ahmad Dzaffir berkata punca kemalangan jalan raya membabitkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir awal pagi semalam masih lagi dalam siasatan.\n\n\nUjarnya, pembantu Mohd. Zaidy iaitu Muhammad Khairul Ahnaf Baharom, 36, yang mengalami kecederaan parah dalam kemalangan itu masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/02/agong-seru-pemimpin-rakyat-teladani-tun-dr-ismail/", "title": "Agong seru pemimpin, rakyat teladani Tun Dr. Ismail", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu -Seluruh rakyat khususnya pemimpin di negara ini diseru menghayati dan meneladani ketokohan dan jasa negarawan, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam membangunkan negara.\n\n\nYang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan Allahyarham sebagai negarawan yang tiada galang ganti.\n\n\nMenerusi Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin, Al-Sultan Abdullah menyifatkan Allahyarham sebagai antara tokoh dan figura utama perpaduan negara.\n\n\nTitah baginda, Allahyarham telah memainkan peranan yang amat penting dalam mengukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama terutamanya pasca rusuhan dan pasca perbalahan kaum pada 1969.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPembahagian kerusi PH, BN selepas DUN bubar\n\n\n\n\n\n\nKerjasama UMNO & PAS Tidak Kesampaian \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nHimpunan LGBT: Lapan lelaki disyaki pengikut ajaran sesat\n\n\n\n\n\n\n34 Ladang Khinzir Ditutup, Gagal Penuhi Syarat Pelesenan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Bila saya jadi PM, saya tak mahu zalim, nafikan hak rakyat\u2026\u2019- Anwar\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSeri Paduka Baginda bertitah, Allahyarham sepanjang perkhidmatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan anggota Jemaah Kabinet Negara juga telah mempamerkan sifat-sifat insan unggul yang berhemah tinggi, berintegriti dan sentiasa bersedia untuk menyumbang demi negara.\n\n\n\u201cJusteru, Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi harapan agar jasa dan pengorbanan Allahyarham bukan sahaja menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada seluruh rakyat Malaysia malah wajib dicontohi oleh para pemimpin masyarakat dan politik demi kemakmuran dan kesejahteraan negara yang tercinta,\u201d katanya dalam kenyataan.\n\n\n \n\n\nDalam pada itu, Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri Rahmat oleh Allah dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan para solihin.\n\n\nSeri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sukacita dan menyambut baik inisiatif kerajaan mengadakan Hari Memperingati Negarawan bagi memperingati jasa dan bakti Allahyarham sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.\n\n\n\u201cSeri Paduka Baginda turut bertitah, selain memperingati jasa dan memberi penghormatan, inisiatif tersebut juga dapat memupuk dan menaikkan lagi semangat patriotik dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda, agar kita tidak lupa dan mempersia-siakan pengorbanan negarawan seperti Allahyarham Tun Dr. Ismail.\n\n\n\u201cBersempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini, Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar Malaysia terus dilimpahi kemakmuran, kesejahteraan dan perpaduan yang berkekalan serta dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/03/kjp-diminta-semak-kemas-kini-data-tanah-persekutuan/", "title": "KJP diminta semak, kemas kini data tanah persekutuan", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Khamis \u2013 Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengarahkan Kementerian/Jabatan Pengguna (KJP) menyemak dan mengemas kini data tanah Persekutuan yang berada di kawalan masing-masing serta mempercepatkan proses pembangunan yang dirancang.\n\n\nKJP yang terletak di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) antara lain memainkan peranan memastikan tanah di bawah kawalannya diuruskan dengan baik dan dioptimumkan penggunaannya.\n\n\nBerucap merasmikan Persidangan Tanah Persekutuan sempena Hari Tanah Negara ketujuh di Putrajaya hari ini, beliau berkata, ia adalah selaras dengan dasar Hala Tuju Baharu Pengurusan Tanah Persekutuan 2021-2030 yang menetapkan agar tempoh pegangan tanah Persekutuan oleh KJP dihadkan kepada lima tahun sahaja dengan tempoh rayuan selama dua tahun yang akan dipertimbangkan mengikut justifikasi.\n\n\n\u201cBagi tanah Persekutuan yang tidak dibangunkan, KJP hendaklah berunding dengan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP)\u00a0berhubung kaedah yang terbaik bagi memaksimumkan pulangan\u00a0hasil kepada Kerajaan Persekutuan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n4,726 Miskin Tegar Di Johor, Melayu Paling Tinggi\n\n\n\n\n\n\nBanjir : Masjid utama Johor jadi Pusat Pemindahan Tambahan\n\n\n\n\n\n\nMH17 : Ukraine \u2013 Russia bertemu muka buat pertama kali depan hakim ICJ\n\n\n\n\n\n\nAnwar beri bayangan kluster mahkamah masih berpeluang sertai Kabinet\n\n\n\n\n\n\nOmicron Makin Hampiri Malaysia \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam hal ini, kaedah seperti pajakan dan sewaan boleh dipertimbangkan. Sekiranya tanah tersebut tidak lagi diperlukan, kaedah tukar guna kepada KJP lain atau dilupus menerusi serahan balik kepada Pihak Berkuasa Negeri boleh dikaji serta dikemukakan kepada pihak Jawatankuasa Khas Pembangunan dan Kegunaan Tanah Persekutuan (JKPKTP),\u201d katanya.\n\n\nStatistik\u00a0JKPTG pada 2021 menunjukkan sebanyak 1,444 lot tanah Persekutuan berkeluasan lebih 9,399.09 hektar yang belum atau tidak dibangunkan untuk tempoh lima tahun atau lebih mulai tarikh pemilikan tanah.\n\n\nMenurut Mohd Zuki, ia termasuk\u00a0tanah yang telah diperoleh melebihi tempoh 20 tahun yang dibiarkan kosong dan tiada pembangunan dilaksanakan, sekali gus mengakibatkan\u00a0kerugian kepada kerajaan dari segi ekonomi dan sosial.\n\n\nBeliau berkata JKPTG dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) sedang giat melaksanakan peluasan\u00a0Sistem e-Tanah ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dan tiga Wilayah Persekutuan.\n\n\n\u201cPada masa ini terdapat empat\u00a0negeri yang telah melaksanakan e-Tanah iaitu Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, dan Perak. Saya berharap sistem\u00a0ini segera diperluaskan dengan mengambil kira impak yang bakal dirasai rakyat,\u201d katanya.\n\n\nSelain itu, katanya pindaan juga sedang dibuat\u00a0terhadap Kanun Tanah Negara (KTN) bagi memastikan lebih banyak urusan berkaitan tanah seperti pengisian borang berkanun, carian maklumat tanah dan penyerahan\u00a0borang ke pejabat tanah\u00a0dapat dilaksanakan secara dalam talian.\n\n\nSebagai langkah integrasi data, Mohd Zuki turut mengalu-alukan penjenamaan semula\u00a0Sistem MyeTaPP JKPTG kepada Sistem MyLAND yang bakal dilancarkan Oktober depan.\n\n\nSistem MyLAND akan menjadi tunjang utama kepada pengurusan tanah Persekutuan dan pusaka kecil yang pantas, tepat dan berintegriti dan akan diintegrasikan dengan sistem utama lain antaranya Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).\n\n\nMyeTaPP merupakan platform bagi orang awam memohon pembahagian pusaka kecil dan urusan lain berkaitan pengambilan tanah.\n\n\nHari Tanah Negara disambut pada 27 Julai setiap tahun dan tema sambutan tahun ini adalah \u201cPentadbiran Tanah Pemacu Kemakmuran Malaysia MADANI\u201d.\n\n\nPersidangan Tanah Persekutuan itu diadakan buat julung kali sebagai platform libat urus dan komunikasi dua hala antara KJP dan PTP serta pihak berkepentingan lain. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/03/prk-parlimen-pulai-dun-simpang-pada-9-september/", "title": "PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram pada 9 September", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor pada 9 September depan.\n\n\nPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon serta pengundian awal bagi kedua-dua kerusi berkenaan ialah masing-masing pada 26 Ogos dan 5 September.\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR di Putrajaya bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRK berkenaan.\n\n\nMesyuarat itu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nImigresen tahan 61 warga asing dalam serbuan perkampungan haram\n\n\n\n\n\n\nTidak Rasmi : Dr Akmal Salleh, Ketua Pemuda yang baharu\n\n\n\n\n\n\nSanusi perlu taubat nasuha \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nAADK sasar 75 peratus penagih tidak berulang\n\n\n\n\n\n\nGuna SOSMA, POTA kekang Millah Abraham \u2013 MAIS\n\n\n\n\n\n\n\n\nSalahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada jam 9.23 malam selepas ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/03/sultan-brunei-diberi-sambutan-negara/", "title": "Sultan Brunei diberi sambutan negara", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah diberi sambutan negara di Istana Negara hari ini sempena lawatan ke Malaysia selama tiga hari bermula semalam.\n\n\nKeberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah pada jam 11 pagi diiringi Raja Isteri Pengiran Anak Saleha disambut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.\n\n\nTurut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta menteri Kabinet.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nElaun guru KAFA dibayar secara tunggakan bermula Januari\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Noh Omar sokong kenyataan MAIS\n\n\n\n\n\n\nUNI-MLC gesa kerajaan lindungi kepentingan jangka panjang pencarum KWSP\n\n\n\n\n\n\nSeorang Jemaah Umrah Dari Melaka Dijangkiti Omicron\n\n\n\n\n\n\nAmaran Hujan Lebat Sehingga Selasa\n\n\n\n\n\n\n\n\nIstiadat sambutan di padang kawad itu dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan Brunei dan Malaysia oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, disusuli tembakan meriam 21 das.\n\n\nSultan Brunei kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormat membabitkan empat pegawai dan 103 anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.\n\n\nSultan Brunei bersama Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan menanam pokok simpor (Dillenia Suffroticosa) di halaman istana, dengan disaksikan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Tunku Azizah, Anwar dan Dr Wan Azizah.\n\n\n\n\nSelepas istiadat itu, kedua-dua pemimpin turut mengadakan pertemuan di Dewan Seri Maharaja yang antara lain menyentuh berkenaan hubungan dua hala yang erat terjalin sekian lama antara Malaysia dan Brunei.\n\n\nSultan Brunei juga diraikan dan diberi penghormatan pada Majlis Jamuan Negara yang turut menyaksikan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke majlis itu.\n\n\nSultan Brunei seterusnya dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya petang ini dan menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala antara Malaysia-Brunei.\n\n\nSebelum mengakhiri lawatannya ke Malaysia pada Jumaat, Sultan Brunei juga dijangka berangkat ke Majlis Makan Malam yang dihoskan Perdana Menteri di Malaysian Petroleum Club, Menara Berkembar Petronas malam ini.\n\n\nPada 2019, Al-Sultan Abdullah mengadakan lawatan negara ke Brunei selama tiga hari bertujuan mengukuhkan lagi hubungan diraja antara kedua-dua negara yang terjalin sejak sekian lama.\n\n\nBrunei adalah negara pertama yang dikunjungi Al-Sultan Abdullah selepas ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.\n\n\nPada 2022, Brunei menjadi rakan dagangan ke-26 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM13.22 bilion (AS$2.98 bilion), peningkatan 68.4 peratus berbanding nilai yang dicatatkan pada 2021. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/03/suspek-bakar-isteri-ditahan-di-nibong-tebal/", "title": "Suspek bakar isteri ditahan di Nibong Tebal", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Pekerja ladang yang melarikan diri selepas membakar isterinya sehingga parah di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor pada Isnin lalu ditahan polis.\n\n\nSuspek berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal kira-kira jam 1 tengah hari tadi.\n\n\nDifahamkan, suspek menyembunyikan diri di rumah abangnya selepas menyedari diburu polis susulan membakar isterinya menggunakan petrol.\n\n\nKetua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie mengesahkan tangkapan tersebut.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nInflasi Naik Mendadak Jika Subsidi Minyak Diganti\n\n\n\n\n\n\nAhli politik tak perlu campur keputusan perolehan aset tentera\n\n\n\n\n\n\nBuruh dijel 6 bulan, hantaran jelik isu perkauman, hina Agong\n\n\n\n\n\n\nMalaysia perlu tekan PBB, OIC henti kekejaman Israel\n\n\n\n\n\n\nPOLIS SELANGOR HULUR BANTUAN MEMBERSIHKAN KEDIAMAN MANGSA BANJIR\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSuspek akan dibawa ke Mahkamah Butterworth esok pagi untuk mendapatkan perintah reman,\u201d katanya.\n\n\nMedia melaporkan, seorang lelaki bertindak membakar isterinya dalam kejadian di kawasan perumahan ladang kelapa sawit di Tasek Gelugor hanya kerana perselisihan faham membabitkan keluarga.\n\n\nKejadian pada jam 9.30 malam mengakibatkan mangsa berusia 35 tahun itu melecur 27 peratus pada anggota badan.\n\n\nMangsa kini dilaporkan berada keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/04/ahmad-zahid-akan-terkesan-jika-pn-menang-pilihan-raya-di-enam-negeri/", "title": "Ahmad Zahid akan terkesan jika PN menang pilihan raya di enam negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Perikatan Nasional (PN) dijangka mampu memberi impak kepada UMNO sekiranya berjaya memenangi pilihan raya di enam negeri, meskipun digembar-gemburkan tidak boleh memberi sebarang kesan kepada Kerajaan Persekutuan.\n\n\nAhli Jawatankuasa (AJK) PAS Bahagian Seremban, Zool Amali Hussin berkata, kepimpinan UMNO akan mendesak presiden mereka, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meletak jawatan sekiranya PN berjaya meraih kemenangan pada 12 Ogos ini.\n\n\n\u201cWalaupun pilihan raya di enam negeri ini PN menang dan Kerajaan Pusat tidak tergugat sekalipun, tapi ia ada satu impak yang besar kepada kerajaan sebenarnya.\n\n\n\u201cBahkan melibatkan kepimpinan UMNO itu sendiri. Jika semua negeri itu PN menang dan UMNO kalah sudah tentulah pemimpin-pemimpin UMNO akan mendesak presiden meletak jawatan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTindakan Muda tanding solo PRN sia-sia \u2013 Tun M\n\n\n\n\n\n\nJangan sokong dan beli produk dijual warga asing \u2013 DBKL\n\n\n\n\n\n\nElak Kepentingan Yang Bercanggah Dengan Tugasan Hakiki\n\n\n\n\n\n\nSultan Kedah seru kerajaan sokong Projek KXP\n\n\n\n\n\n\nBekalan Minyak Masak Subsidi Dijangka Pulih Beberapa Hari Lagi \u2013 KPDNHEP\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, Zool yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban mendakwa, rata-rata ahli UMNO kecewa apabila Ahmad Zahid bekerjasama dengan DAP.\n\n\n\u201cSekarang ini apa yang saya nampak hasil kita jumpa orang ramai di kawasan saya sendiri, Lenggeng, rata-rata walaupun mereka ini masih dalam UMNO tapi semua sudah kecewa.\n\n\n\u201cMereka juga tidak sabar menunggu PRN kerana nak ubah kerajaan Negeri Sembilan ini,\u201d dakwanya.\n\n\nTerdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian bagi pilihan raya diadakan serentak membabitkan enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan serta Terengganu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/04/mesyuarat-khas-namakan-calon-prk-pulai-simpang-jeram-minggu-depan/", "title": "Mesyuarat khas namakan calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 AMANAH Johor akan mengadakan mesyuarat khas sebelum 10 Ogos ini untuk\u00a0menamakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.\n\n\nTimbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, pengurusan AMANAH negeri telah mengadakan mesyuarat sebelum ini dan meminta pimpinan Pulai dan Bakri untuk mengemukakan senarai calon\u00a0mereka.\n\n\n\u201cSenarai nama calon akan dihantar kepada AMANAH Nasional selepas itu. Keutamaan adalah\u00a0calon pemimpin Johor dan mestilah daripada kalangan pimpinan yang terbaik di peringkat kawasan atau negeri.\n\n\n\u201cSelain itu, mestilah berintegriti, mudah didekati oleh rakyat dan berjiwa rakyat serta mampu meneruskan agenda Rahmah peninggalan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Kabinet persembah cadangan kepada Majlis Raja-Raja\n\n\n\n\n\n\nPoster Desak Zahid Letak Jawatan Di Gantung Di Melaka\n\n\n\n\n\n\nPN jumpa Anwar bincang isu agihan peruntukan pembangkang\n\n\n\n\n\n\nPenjawat awam, Menteri Kabinet tipu isytihar harta wajar letak jawatan \u2013 MCW\n\n\n\n\n\n\nAyob Khan terajui Jabatan Siasatan Jenayah mulai 16 April\n\n\n\n\n\n\n\n\nAminolhuda yang juga Pengerusi AMANAH Johor berkata, beliau yakin kedua-dua kerusi tersebut kekal milik parti itu berdasarkan prestasi baik Salahuddin sebagai wakil rakyat.\n\n\n\u201cSelain Allahyarham yang sering turun ke lapangan, terdapat kakitangan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram dan Parlimen Pulai yang sangat komited mendekati rakyat serta membantu menyelesaikan masalah rakyat jika ada,\u201d tambah Ahli Parlimen Sri Gading itu.\n\n\nBeliau turut berterima kasih atas sokongan dan dukungan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi laluan kepada AMANAH kekal bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.\n\n\n\u201cDari segi persiapan dan jentera parti, insya-Allah telah siap sedia dan saya yakin kerjasama daripada rakan-rakan Barisan Nasional Johor akan turut serta membantu memastikan kemenangan milik Kerajaan Madani,\u201d katanya.\n\n\nSuruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal 5 September dan hari pengundian pada 9 September depan.\n\n\nPRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran\u00a0kekosongan luar jangka\u00a0berikutan kematian Salahuddin yang juga\u00a0Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/04/polis-siasat-isu-kalimah-allah-dibangkitkan-dalam-kempen/", "title": "Polis siasat isu kalimah Allah dibangkitkan dalam kempen", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Polis membuka kertas siasatan berhubung ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah kempen politik pada Ahad lalu yang didakwa menyentuh mengenai isu kalimah Allah.\n\n\nJurucakap Media Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner W Puspanathan berkata, kes itu sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.\n\n\n\u201cPengadu berasakan kenyataan tersebut telah menyentuh isu 3R (agama, bangsa, raja) dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri.\n\n\n\u201cKes ini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,\u201d katanya dalam sidang media di Georgetown hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBerapa ramai sokong Anwar tidak diketahui \u2013 Takiyuddin\n\n\n\n\n\n\nPotong elaun Menteri bukan kurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen\n\n\n\n\n\n\nWan Rosdy angkat sumpah MB Pahang untuk penggal kedua\n\n\n\n\n\n\nMuafakat Nasional Perjanjian Politik Terbaik \u2013 Nik Abduh\n\n\n\n\n\n\nRelawan Muda ISMA-Yayasan Telekom kerjasama program kecemerlangan pendidikan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDifahamkan ucapan Muhyiddin itu dibuat di satu ceramah di Kapar seperti dilaporkan media tetapi aduan polis dibuat di Pulau Pinang.\n\n\nPuspanathan berkata, secara keseluruhan pihaknya menerima lapan laporan berkaitan proses kempen pilihan raya dengan enam daripadanya membabitkan kesalahan merosakkan bendera dan kain rentang parti.\n\n\nBeliau berkata, satu lagi kes adalah berkaitan fitnah calon Bebas menerusi platform TikTok dan disiasat di bawah Seksyen 233 AKM 1998 iaitu membabitkan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.\n\n\n\u201cSetakat ini belum ada tangkapan dan bagi enam kes khianat merosakkan bendera dan kain rentang itu empat daripadanya dilapor berlaku di Seberang Perai Tengah dan masing-masing satu di Seberang Perai Utara dan Barat Daya,\u201d katanya.\n\n\nPuspanathan berkata, bagi tempoh 29 Julai sehingga semalam, pihak berkuasa melalui Ketua-Ketua Polis Daerah telah meluluskan 518 permit ceramah tanpa ada permohonan yang ditolak.\n\n\nDiminta mengulas mengenai beberapa calon terutamanya Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa berasa sedikit terganggu kerana perjalanan kempen mereka \u2018diekori\u2019, polis berkata, setakat ini polis tidak menerima aduan secara rasmi berhubung dakwaan itu. \u2013 BERITA HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/04/tun-m-ditahan-di-ijn-kerana-jangkitan/", "title": "Tun M ditahan di IJN kerana jangkitan", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Selasa dan sedang dirawat kerana dipercayai mengalami jangkitan.\n\n\nSumber rapat kepada bekas Perdana Menteri itu memberitahu, keadaan Dr Mahathir tidak membimbangkan, bagaimanapun pihaknya masih menunggu kenyataan rasmi IJN.\n\n\nTerdahulu tular di media sosial Dr Mahatir dikatakan kritikal dan sedang\u00a0dirawat\u00a0di\u00a0IJN.\n\n\nBekas ahli Parlimen Langkawi itu pernah dimasukkan ke IJN selama 16 hari pada Januari 2022 kerana menjalani prosedur perubatan elektif.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan bakal bangunkan pangkalan data untuk PMKS\n\n\n\n\n\n\nTanpa Arahan Pm, Azam Baki Undur Diri Atau Berehat \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nKPDNHEP Akan Tarik Lesen Subsidi Pengilang Seludup Minyak Masak\n\n\n\n\n\n\nSungai Lui Kini \u201cDibanjiri\u201d Sukarelawan\n\n\n\n\n\n\nPenguasaan Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nTujuh bulan berselang, Dr Mahathir sekali lagi ditahan di IJN pada Ogos selepas disahkan positif Covid-19."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/05/batalkan-psi-oh-sedia-tarik-diri-bertanding/", "title": "Batalkan PSI, Oh sedia tarik diri bertanding", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Timbalan Presiden GERAKAN, Oh Tong Keong bersedia menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, jika Ketua Menteri, Chow Kon Yeow membatalkan projek tambak laut di selatan perairan negeri itu (PSI).\n\n\nTong Keong yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak berkata, pendirian itu selepas mengambil kira impak ke atas rakyat Pulau Pinang susulan pelaksanaan PSI.\n\n\nKatanya, kesediaan itu antara lain dibuat selepas mempertimbangkan keengganan kerajaan Pulau Pinang membatalkan PSI, biarpun projek berkenaan menerima tentangan pelbagai pihak.\n\n\n\u201cCabaran ini dilontarkan kepada Kon Yeow selepas Pengerusi DAP Pulau Pinang itu menyuarakan gesaan supaya GERAKAN keluar daripada PN sebagai simbolik membantah tindakan PAS kepada Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang \u2018dihalau\u2019 daripada ceramah anjuran PAS sebelum ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n40 tahun kekal bersih rasuah, imej Singapura tercalar\n\n\n\n\n\n\nTiada pengeluaran KWSP demi kebaikan negara \u2013 Rafizi\n\n\n\n\n\n\nLonggokan Sisa Kayu Berpunca Daripada Fenomena \u2018Kepala Air\u2019\n\n\n\n\n\n\nPemandu tersepit, tong gas bertaburan atas jalan di Jempol\n\n\n\n\n\n\nSuspek 1MDB, Kee Kok Thiam mati mengejut akibat strok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya akan tarik diri daripada menyertai PRN Pulau Pinang serta-merta, jika Kon Yeow rela membatalkan PSI,\u201d katanya dalam kenyataan, hari ini.\n\n\n\n\nBaru-baru ini, Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang merangkap Pengerusi DAP negeri dilaporkan berkata, GERAKAN patut menarik diri daripada PRN jika masih bermaruah, sekali gus simbolik membantah tindakan PAS itu.\n\n\nGesaan itu menyusuli tindakan PAS dikatakan meminta Dominic meninggalkan Ceramah Mega PN Best di Sungai Dua, Tasek Gelugor.\n\n\nRentetan insiden itu, Tong Keong yang juga Pengerusi GERAKAN negeri dipetik berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti itu akan berundur jika PN negeri mula mengamalkan ekstremisme selepas menang PRN Pulau Pinang nanti.\n\n\nSementara itu, Tong Keong menyifatkan gesaan Kon Yeow supaya parti itu keluar dari PN sebagai tidak logik, memandangkan rakan gabungannya iaitu PAS belum pun diberi mandat mentadbir Pulau Pinang.\n\n\n\u201cIni tidak logik sama sekali kerana PAS masih belum memerintah di Pulau Pinang, tetapi Kon Yeow sudah mahu kami menarik diri untuk membantah PAS. Bantah apa?\n\n\n\u201cNamun, demi kepentingan rakyat di negeri ini, khasnya hak dan kebajikan penduduk di kawasan yang terjejas, jika Kon Yeow rela membatalkan PSI, saya akan tarik diri daripada PRN kali ini, serta-merta,\u201d katanya. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/05/kadar-gaji-graduan-dibincang-minggu-depan/", "title": "Kadar gaji graduan dibincang minggu depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Mesyuarat pertama bagi mengkaji keseluruhan skim perkhidmatan dan saraan penjawat awam minggu depan akan turut merangkumi perbincangan mengenai gaji graduan, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nBeliau berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali telah menetapkan bahawa satu jawatankuasa akan bermesyuarat bagi membincangkan penyelarasan gaji minggu depan, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.\n\n\n\u201cSemua perkara ini kita akan ambil kira. Umumnya, kadar upah dan gaji penjawat awam rendah, termasuk polis dan tentera, serta tentera yang tidak berpencen. Insya-Allah dengan keupayaan ekonomi, kita akan naikkan secara berperingkat.\n\n\n\u201cSecara tradisinya, jawatankuasa ini sepatutnya bermesyuarat 10 tahun sekali, tapi sekarang dah 12 tahun jawatankuasa ini tidak bermesyuarat,\u201d katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas ditanya pandangan beliau berkenaan gaji graduan yang kini dianggap merosot ke paras gaji minimum.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM40,000 Elaun Pengerusi FGV Naik, Pengarah Dapat RM12,500 Sebulan\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih Anwar, PN akan menjadi pembangkang \u2013 Muhyiddin Yassin\n\n\n\n\n\n\nKPWKM tidak kompromi kualiti makanan di PPS\n\n\n\n\n\n\nCecair vape dibenarkan tanpa sebarang kawalan?\n\n\n\n\n\n\nKWSP umum dividen konvensional 5.35% , Syariah 4.75 % untuk 2022\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau ditemui selepas memberi ucapan perasmian di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.\n\n\nTerdahulu, dalam ucapannya di majlis itu, Anwar berkata, kemajuan ekonomi negara dianggap tempang jika tidak mengambil kira keterangkuman masyarakat terutamanya mereka yang terpinggir.\n\n\n\u201cSementara kita akui bahawa negara harus dipacu dengan mengambil kira kepentingan meritokrasi, tapi kita tidak boleh mengetepikan masyarakat yang tidak berkeupayaan untuk bersaing dalam keadaan adil,\u201d katanya.\n\n\nDalam memberi contoh, katanya beliau merupakan antara kepimpinan di Asean yang awal mengusulkan agar Vietnam diterima sebagai sebahagian dari keluarga Asean melalui satu laporan kecil dan bebas (bukan mewakili kerajaan), One Southeast Asia, dan menggesa anggota Asean agar tidak tunduk kepada Amerika Syarikat yang pada ketika itu sangat meminggirkan Vietnam.\n\n\nTambahnya, sebaik beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1990-an, Anwar membawa satu delegasi perwakilan yang besar ke Vietnam untuk berbincang bersama mereka dan negara jiran itu membuka ruang kepada Malaysia untuk menubuhkan operasi perbankan di sana.\n\n\n\u201cApabila saya berkunjung semula ke Vietnam bulan lepas, saya melihat pertumbuhan angka dan perubahan yang berlaku di sana jauh lebih baik dari kita dari segi perlaburan, kesenjangan, kadar kemiskinan. Dalam semua ukuran, mereka telah jauh tinggalkan kita,\u201d katanya.\n\n\nSelain itu, beliau turut meminta semua kementerian untuk tidak bekerja secara solo dan memanfaat kepakaran yang dimiliki oleh institusi pengajian tinggi (IPT) dan universiti negara agar satu sinergi boleh diwujudkan antara semua pihak berkenaan.\n\u00a0\n\n\nBeliau mengambil contoh bagaimana sinergi antara kerajaan dan kepakaran di universiti begitu aktif dilakukan dan menguntungkan negara China, sedangkan Malaysia masih lagi terikat dengan pendekatan lama.\n\n\n\u201cJadi saya minta laporan terperinci supaya universiti berikan bidang-bidang tenaga akademik dan penyelidik untuk kita sesuaikan di jabatan atau kementerian mana, supaya ada sinergi dan dapat dimanfaatkan (oleh kerajaan).\n\n\n\u201cAndaiannya jika ini dapat dilakukan dalam tempoh segera, kita boleh pacu ekonomi dan mencapai pertumbuhan enam peratus dalam masa singkat selain pelaburan negara juga boleh bertambah di luar jangkaan,\u201d katanya.\n\n\nTurut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman.\n\n\nPersidangan tahunan anjuran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), UKM bertemakan \u2018Ketahanan dan Keterangkuman dalam Memacu Pemulihan Ekonomi di Era Ketidakpastian Geo-Politik\u2019 itu disertai kira-kira 350 orang terdiri daripada kakitangan pentadbiran dan profesional dari sektor awam dan swasta.- BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/05/kadar-pengangguran-akan-turun-lagi-tahun-depan/", "title": "Kadar pengangguran akan turun lagi tahun depan", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013\u00a0 Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin kadar pengangguran negara akan turun lagi kepada 2.5 peratus pada suku pertama tahun depan.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri berkata keyakinan itu bersandarkan kepada usaha kerajaan membawa masuk pelabur asing berteknologi tinggi yang sekali gus meningkatkan peluang pekerjaan.\n\n\nKatannya, kadar pengangguran negara pada suku pertama tahun ini mencatatkan 3.5 peratus berbanding 4.1 bagi tempoh sama tahun lalu.\n\n\n\u201cBerdasarkan (statistik) ini, saya yakin pada suku pertama tahun depan kadar pengangguran ini dapat turun lagi kepada 2.5 peratus.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nInspektor Sheila didakwa ugut, aibkan kehormatan\n\n\n\n\n\n\nDemimu Ayah\u2026 gendong bapa sempurnakan tawaf\n\n\n\n\n\n\nZahid Akur Meskipun Keputusan Tidak Menyebelahinya\n\n\n\n\n\n\nJom Ziarah Gereja : Bercanggah Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor 1988\n\n\n\n\n\n\nBekas Perdana Menteri Dimasukkan Ke IJN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang dilakukan ini adalah kerana mendokong fikrah Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk kita menoktahkan kemiskinan rakyat dengan mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak termasuk kursus keusahawanan,\u201d katanya.\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs bersama Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO (HAWA) di perkarangan Dewan Millenium, di Kepala Batas, Pulau Pinang, hari ini.\n\n\n\n\nHadir sama, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dan Pengerusi HAWA, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.\n\n\n\n\nAhmad Zahid dalam pada itu berkata pihak industri perlu lebih banyak membuka peluang pekerjaan kepada kaum wanita berikutan peratusan tenaga kerja bagi golongan itu dilihat masih rendah.\n\n\n\u201cGuna tenaga kerja wanita di alam pekerjaan ketika ini hanya 62.5 peratus dan berharap Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersama HAWA dapat memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada golongan ini, dimulai latihan-latihan keterampilan atau \u2018skill training\u2019 (latihan kemahiran).\n\n\n\u201cKita sudah tubuh TVET (Latihan Teknikal dan Vokasional) untuk wanita.\n\n\n\u201cSaya minta sasaran untuk melatih 15,000 wanita ditingkatkan kepada 150,000 wanita seluruh negara untuk golongan ini diberi banyak peluang dalam industri pekerjaan yang tidak hanya bidang domestik tetapi turut berkaitan teknologi tinggi,\u201d katanya.\n\n\nAhmad Zahid berkata portal MyFutureJobs amat dikenali dalam kalangan pencari kerja dan sudah tentunya lebih banyak peluang pekerjaan perlu ditawarkan.\n\n\nKatanya, negara dijangka menerima lebih banyak pelaburan masa hadapan dan semestinya akan memberi manfaat kepada rakyat.\n\n\nBerdasarkan data portal MyFutureJobs, sejak Januari 2020 hingga 21 Julai tahun ini, seramai 884,688 rakyat tempatan memperoleh pekerjaan menerusi perkhidmatan pekerjaan dikendalikan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).\n\n\nDaripada jumlah itu, seramai 72,374 adalah pencari kerja di Pulau Pinang termasuk 32,711 wanita. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/05/ketua-the-ahmadi-religion-larikan-diri-sumber/", "title": "Ketua The Ahmadi Religion larikan diri \u2013 sumber", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Mengelakkan dirinya ditangkap, Ketua ajaran sesat \nThe Ahmadi Religion of Light and Peace\n Malaysia telah melarikan diri ke luar negara.\n\n\n\n\n\n\nMemetik portal samudera.com, lelaki itu melarikan diri sebelum perhimpunan sekumpulan pengikut ajaran itu di kompleks membeli -belah Sogo pada 29 Julai llau.\n\n\nKumpulan itu membawa kain rentang dan plakad menyatakan sokongan kepada amalan songsang LGBT selain mempertahankan hak mereka yang mengamalkan gaya hidup LGBT.\n\n\nUjar sumber berkenaan,\u00a0 lelaki itu diberikan taraf \nbishop\n\u00a0sebagai ketua dan bertanggungjawab menyebarkan dakyah serta menguruskan pengikut mereka di negara ini. Bagaimanapun, siasatan mendapati, dia sudah melarikan diri ke luar negara sebelum insiden itu lagi.\u201d\n\n\nLaporan turut menyebut, ajaran ini sudah lama wujud iaitu sejak dua tahun lalu, dan telah tersebar di media sosial, namun sejak kebelakangan ini, ia mula aktif secara fizikal."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/05/mansuh-kemasukan-penjawat-awam-guna-kelulusan-pmr-cuepacs/", "title": "Mansuh kemasukan penjawat awam guna kelulusan PMR", "body": "0\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Kelayakan masuk penjawat awam di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) melalui Sistem Saraan Malaysia (SSM) baharu perlu dimansuhkan bagi mengelakkan graduan yang memohon, dibayar gaji rendah.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nPresiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat, berkata kelayakan masuk di peringkat PMR disifatkan sudah tidak lagi relevan, apatah lagi kebanyakan tahap pendidikan pelajar kini semakin meningkat.\n\n\n\u201cGaji permulaan minimum bagi sektor perkhidmatan awam ialah RM1,200 kerana masih ada lagi kelayakan masuk di peringkat PMR.\n\n\n\u201cWalaupun pemohon mempunyai tahap pendidikan tinggi termasuk diploma dan ijazah sarjana muda, demi mendapatkan kerja, mereka terpaksa memohon jawatan peringkat lebih rendah.\n\n\n\u201cAda yang \u2018sembunyi\u2019 ijazah bagi nak dapatkan jawatan di peringkat lebih rendah, menyebabkan gaji dibayar tidak setimpal,\u201d katanya kepada BH, hari ini.\n\n\nSebelum ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bimbang melihat kecenderungan gaji permulaan untuk lepasan ijazah di negara ini tidak jauh beza dengan paras gaji minimum pekerja tidak mahir, iaitu RM1,500 sebulan.\n\n\nRafizi dilaporkan menegaskan, apabila ada paras minimum terbabit, sepatutnya gaji permulaan untuk lepasan ijazah naik lebih tinggi untuk menjarakkan daripada kedudukan itu.\n\n\nPada masa sama, Adnan berkata, gaji minimum RM1,200 selalunya dibayar bagi jawatan pembantu awam, pembantu pejabat, pembantu tadbir dan pembantu kewangan.\n\n\n\u201cIa menyebabkan mereka dieksploitasi apabila dibayar rendah tetapi dikerah kepakaran di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani, pelaksanaan gaji progresif yang dirancang kerajaan kini, dijangka mampu mengatasi masalah gaji graduan dibayar rendah, iaitu tidak jauh beza dengan paras gaji minimum pekerja tidak mahir, sebanyak RM1,500 sebulan.\n\n\nBeliau berkata, pada peringkat permulaan, gaji progresif itu mungkin boleh dilaksanakan secara bersasar dengan memfokuskan kepada golongan graduan yang paling terkesan.\n\n\n\u201cKita memahami bahawa gaji progresif tidak boleh dilaksanakan semudah itu, ia memerlukan rangka kerja yang panjang untuk meletakkan Malaysia ke arah negara maju.\n\n\n\u201cNamun ia boleh dilaksanakan secara bersasar terlebih dahulu membabitkan industri kritikal bagi mengelakkan kita kehilangan tenaga pakar apabila graduan ini bertindak berhijrah ke luar negara bagi mendapatkan gaji lebih baik,\u201d katanya.\n\n\nPada masa sama, Mohd Effendy berkata, negara boleh mengalami kerugian jika lebih banyak graduan bertindak berhijrah memulakan kerjaya di luar, disebabkan pembayaran gaji yang dianggap tidak setimpal di negara sendiri. \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/05/pas-tak-boikot-dominic-cuma-kekurangan-ahli/", "title": "PAS tak boikot Dominic, cuma kekurangan ahli", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 PAS Pulau Pinang tidak dapat membantu Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dalam kempennya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas kerana didakwa tidak cukup ahli.\n\n\nPesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, kekurangan sumber itu menyebabkan parti tidak dapat membantu calon Perikatan Nasional (PN) di kawasan berkenaan.\n\n\nBagaimanapun, beliau menegaskan bahawa PAS tidak memboikot kempen pilihan raya Dominic dalam apa cara sekalipun.\n\n\n\u201cSekarang ini setiap calon perlu membawa jentera masing-masing. Dominic kena bawa orang sendiri juga. Kami tidak mempunyai cukup (ahli untuk membantu kempen).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli PKR Pertama Kali Dilantik Menteri Membimbangkan \u2013 Tian Chua\n\n\n\n\n\n\nLelaki warga tempatan ditahan buat hantaran keji institusi beraja\n\n\n\n\n\n\nPerdana Menteri Lancar MRT Laluan Putrajaya Fasa 1, Pagi Ini\n\n\n\n\n\n\nTiada `perang dingin\u2019 kerajaan negeri dan kerajaan Pusat \u2013 MB\n\n\n\n\n\n\nPlet `isteri YAB PM\u2019 amalan kerajaan Sabah untuk VIP lawat negeri \u2013 SUK\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMalah, jentera pilihan raya kita di kawasan tertentu juga memerlukan bantuan. Mereka yang bertanding perlu mengetuai jentera mereka sendiri,\u201d katanya.\n\n\nMuhammad Fauzi berkata, PAS Pulau Pinang akan menjelaskan perkara itu dan mengeratkan hubungan dengan Gerakan, termasuk menjelaskan isu pencalonan Dominic di Bayan Lepas kepada akar umbi.\n\n\nSebelum ini, dilaporkan bahawa akar umbi PAS mengancam untuk memboikot pilihan raya selepas Dominic dinamakan sebagai calon yang bertanding di kerusi DUN Bayan Lepas yang majoritinya Melayu.\n\n\nPemimpin PAS tempatan berkata, parti itu telah melakukan kerja asas di sana selama bertahun-tahun dan tidak akan menerima Dominic, yang mereka dakwa sebagai calon \u2018payung terjun\u2019.\n\n\nDominic bakal bertanding di kerusi Bayan Lepas di bawah tiket Perikatan Nasional (PN) menentang penyandang DUN itu, Azrul Mahathir Aziz daripada Pakatan Harapan (PH)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/05/tiada-cuti-umum-12-ogos-di-selangor/", "title": "Tiada cuti umum 12 Ogos di Selangor", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Hari mengundi bagi Pilihan raya Negeri pada 12 Ogos nanti bukan hari cuti umum bagi rakyat Selangor, bagi pekerja yang perlu membuang undi bagi PRN negeri.\n\n\nMenteri Besar Sementara, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan dibuat setelah mengambil kira \u00a0implikasi kewangan yang dikaitkan dengan langkah sedemikian.\n\n\nNamun, Amirudin yakin pengundi telah mengatur perancangan pembuangan undi masing-masing\u00a0 berikutan pengumuman mengenai hari pembuangan undi telah pun diumumkan lebih awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya negara.\n\n\n\u201cKebimbangan yang lebih besar terletak pada hakikat bahawa kita kini kerajaan negeri sementara, dan keputusan seperti ini harus diambil dalam mesyuarat EXCO.\n\n\n\u201cDan kini sebagai EXCO sementara, kami tidak mahu membuat keputusan sedemikian kerana ia hanya akan mengundang kritikan dan kontroversi.\n\n\n\u201cJika ada keperluan (untuk cuti umum khas), kerajaan pusat boleh mengisytiharkannya. Tetapi akan ada implikasi kewangan dari segi gaji pekerja,\u201d kata Amirudin.\n\n\nBeliau terdahulu melancarkan MITIDAY2023 Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di Dewan Raja Muda Musa di Shah alam, Selangor.\n\n\nAmirudin berkata, PRN ini sudah dirancang dan pelaksanaannya bukanlah terlalu mendadak.\n\u00a0\n\n\nMalah beliau percaya, orang ramai sudah memikirkan cara untuk mengambil cuti kerja untuk mengundi dan menguruskan perjalanan mereka ke pusat mengundi, terutama bagi mereka yang mengundi di negeri lain.\n\n\n\u201cTetapi kebanyakan pengundi di Selangor menetap di Lembah Klang dan mungkin ada yang mengundi di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.\n\n\n\u201cPerjalanan keluar negeri tidak terlalu lama dan saya tidak fikir ia membebankan,\u201d katanya.\n\n\nAmirudin berkata, perkhidmatan bas percuma disediakan di negeri ini supaya boleh membantu pengundi pergi ke pusat mengundi.\n\n\nPengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah, akan melaksanakan tanggungjawab mereka pada 12 Ogos nanti bagi memilih kesemua 245 kawasan DUN yang dipertandingkan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/05/usaha-martabatkan-bangsa-tidak-harus-jerumuskan-negara-ke-arah-polarisasi-agong/", "title": "Usaha martabatkan bangsa tidak harus jerumuskan negara ke arah polarisasi \u2013 Agong", "body": "0\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titah baginda mengingatkan bahawa perjuangan untuk memartabatkan sesuatu bangsa tidak seharusnya menjerumuskan negara ke arah polarisasi sehingga menggugat semangat perpaduan yang didambakan.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nSeri Paduka bertitah polirasasi akan wujud apabila kaum-kaum semakin merenggang di antara satu sama lain, sama ada disebabkan oleh perasaan, sikap, tujuan dan cita-cita yang mengakibatkan kurangnya berlaku perhubungan antara pelbagai kaum.\n\n\n\u201cPolarisasi turut membawa implikasi sosio budaya yang luas dan jika tidak dibendung akan mengundang unsur-unsur radikalisme dan ekstremisme sehingga mewujudkan skala pertentangan yang besar dalam masyarakat,\u201d titah baginda pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-97 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam, hari ini.\n\n\nTurut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.\n\n\n\n\n\n\n\n\nHadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor.\n\n\n\n\n\n\nBaginda bertitah pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-97 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam.\n\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAl-Sultan Abdullah mengingatkan apa jua batasan pemisah, jurang perbezaan dan lautan prasangka perlu segera direntasi dalam usaha melahirkan masyarakat masa hadapan yang hidup dengan penuh keharmonian.\n\n\nMenyentuh mengenai usaha murni UiTM untuk melahirkan anak bangsa Melayu dan Bumiputera yang berpendidikan tinggi, baginda mengingatkan universiti itu untuk tidak alpa dengan kemajmukan dan kerencaman masyarakat negara ini.\n\n\nBaginda turut menyeru kepada semua universiti serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini untuk turut sama memainkan peranan ke arah mewujudkan semangat akomodasi antara kaum.\n\n\n\u201cKita boleh terus memartabatkan nasib dan masa hadapan kaum masing-masing menerusi pendidikan, tetapi pada masa yang sama tidak mengenepikan usaha ke arah pembentukan satu identiti nasional,\u201d titah baginda.\n\n\nYang di-Pertuan Agong bertitah semangat akomodasi antara kaum dan kesepaduan dalam kepelbagaian adalah ciri-ciri demokrasi Malaysia yang paling bestari dan tanpanya apa juga usaha ke arah membangunkan negara yang maju tidak akan menjadi kenyataan.\n\n\nSementara itu baginda bertitah bagi melahirkan modal insan masa hadapan, ia bukan hanya sekadar dilengkapi dengan kemahiran untuk memenuhi pasaran tenaga kerja semata-mata sebaliknya hendaklah diperkasa dengan kemahiran insaniah.\n\n\nIa merangkumi prinsip moral terpuji, keunggulan budi pekerti, berperadaban mulia dan memiliki semangat jadi diri serta cintakan negara yang sejati.\n\n\n\u201cBeta yakin modal insan yang berpendidikan tinggi serta memiliki nilai keperibadian yang mulia adalah merupakan aset yang amat berharga kepada negara,\u201d titah Al-Sultan Abdullah.\n\n\nBaginda bertitah istiadat konvokesyen ke-97 ini merupakan tugasan terakhir baginda sebagai Canselor UiTM dan baginda merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada universiti itu atas segala pengalaman manis dan berharga.\n\n\n\u201cAmanah besar sebagai Canselor universiti ini selanjutnya akan dilaksanakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17, bermula pada Februari 2024,\u201d titah baginda.\n\n\nYang di-Pertuan Agong berharap sepanjang hampir lima tahun yang berlalu, baginda telah dapat menyumbang sedikit sebanyak idea yang bernas ke arah kemajuan universiti keramat itu. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/06/pendatang-yahudi-serbu-perkampungan-palestin-di-tebing-barat/", "title": "Pendatang Yahudi serbu perkampungan Palestin di Tebing Barat", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pendatang Yahudi di Tebing Barat menyerbu sebuah perkampungan Palestin sambil diiringi pasukan tentera pada Sabtu.\n\n\nMenurut sumber, berpuluh-puluh orang pendatang Yahudi melakukan serbuan di Et-Tevane di kawasan Mesafir Yatta di selatan Hebron.\n\n\nMereka bertindak membakar kenderaan milik rakyat Palestin dan menyerang individu yang membantah perbuatan terbabit sehingga menyebabkan pertempuran dengan penduduk.\n\n\nTentera Israel turut campur tangan dengan menggunakan gas pemedih mata dan peluru bersalut getah terhadap rakyat Palestin.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBERJASA lancar bantuan kecemasan gempa bumi Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\nGara-gara perpecahan politik, Libya sambut Aidilfitri pada dua tarikh berbeza\n\n\n\n\n\n\nBekas ahli parlimen dibunuh di depan media\n\n\n\n\n\n\nThailand Nilai Situasi Covid-19 Selepas Cuti Tahun Baharu\n\n\n\n\n\n\nArab Saudi bincang isu Palestin dengan Mahmoud Abbas\n\n\n\n\n\n\n\n\nTentera Israel juga menyerang dan menangkap seorang warga Palestin berusia 19 tahun, lapor agensi berita rasmi Palestin, WAFA.\n\n\nTebing Barat kerap menyaksikan serbuan dan serangan dilakukan oleh pendatang Yahudi di bawah perlindungan tentera Israel sepanjang tahun. \u2013 BERNAMA-ANADOLU"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/06/pn-bentang-7-tunjang-utama-25-pendekatan-112-tawaran/", "title": "PN bentang 7 tunjang utama, 25 pendekatan, 112 tawaran", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa, Ekonomi Madani dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dan bersifat sementara.\n\n\nMenurutnya, pembentangan itu gagal dalam menyediakan satu pelan rangsangan serta pemulihan ekonomi secara menyeluruh dan segera yang amat diperlukan rakyat dan perniagaan pada masa ini.\n\n\n\u201cSebaliknya, rakyat ditabur dengan gula-gula pilihan raya yang bersifat sementara dan masih belum kunjung tiba,\u201d katanya pada Majlis Pelancaran Tawaran PN Selangor di Hotel Double Tree, Shah Alam pada Jumaat.\n\n\nInisiatif Ekonomi Madani menetapkan tujuh penanda aras sebagai sasaran jangka sederhana yang mahu dicapai dalam tempoh 10 tahun.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMySejahtera diserang 1.12 juta kali\n\n\n\n\n\n\nKetua Hakim Negara tak boleh paksa cabang eksekutif berunding\n\n\n\n\n\n\nPengambilan vaksinasi Covid-19 tunjuk peningkatan\n\n\n\n\n\n\nUstaz Wadi Annuar dakwa tidak pernah dipelawa mohon tauliah\n\n\n\n\n\n\nBunuh suami kekasih, tanam mayat selepas hubungan sulit terbongkar\n\n\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin menambah, penyelesaian terhadap masalah kos sara hidup rakyat masih belum terjawab dan segala janji manis mereka dahulu belum tertunai.\n\n\nBeliau berkata, itulah realiti sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat.\n\n\n\u201cRata-rata mengeluh kerana harga barang yang terus mencanak naik, ramai peniaga terpaksa gulung tikar, ditambah pula dengan nilai ringgit masih tidak stabil dan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) membebankan peminjam,\u201d ujarnya.\n\n\nBeliau berkata, ini membuktikan kerajaan pada hari ini gagal memahami masalah rakyat, malah tidak cekap dalam serba-serbi sehingga saban hari menjadi bahan jenaka di media sosial.\n\n\n\u201cMaka tidak hairanlah ada yang menyebut kerajaan ini sebagai kerajaan kakistokrasi iaitu sebuah kerajaan dikendalikan Perdana Menteri dan menteri-menteri yang tidak cekap atau \u2018incompetent\u2019,\u201d katanya.\n\n\nSehubungan itu, demi membantu rakyat Selangor meringankan bebanan kos sara hidup serta merancakkan perniagaan dan ekonomi negeri, katanya, PN menawarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor.\n\n\n\u201cPakej bernilai lebih RM2 bilion yang terkandung di dalam tawaran yang bertemakan Selangor Baharu, Kita Bangkit ini merangkumi tujuh tunjang utama, 25 pendekatan dan 112 tawaran,\u201d jelasnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/07/abdul-hadi-ulangi-dakwaan-kerajaan-pusat-berubah-jika-pn-menang-di-enam-negeri/", "title": "Abdul Hadi ulangi dakwaan, Kerajaan Pusat berubah jika PN menang", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang terus mendakwa, keputusan yang memihak kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) di enam buah negeri akan membawa perubahan kepada kerajaan di peringkat pusat.\n\n\nSehubungan itu, adalah penting peratusan keluar mengundi khususnya dalam kalangan pengundi Melayu perlu tinggi bagi membolehkan PN menang di enam buah negeri tersebut.\n\n\n\u201cPilihan raya di enam negeri ini sangat penting untuk memenangkan PN, perlu menang besar, insya-Allah kita menang sepenuhnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu, kita mahu menang juga di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.\n\n\n\u201cKalau menang ini akan berlaku perubahan di Kerajaan Pusat, itu maknanya maka kewajipan mengundi sangat besar.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCalon MUDA tarik diri bertanding kerusi DUN Repah\n\n\n\n\n\n\nPolis Tidak Tolak Kemungkinan Ada Pihak Tipu Kutipan Derma Bencana\n\n\n\n\n\n\nPengurusan Kes Pecah Amanah RM6.6 Bilion Najib-Irwan Serigar 1 Mac\n\n\n\n\n\n\nKurangkan peruntukan Ahli Parlimen akan jejas pembangunan, kemajuan \u2013 Rosol\n\n\n\n\n\n\nKuliah Ustaz Azhar Idrus ditangguh, JAWI tampil beri penjelasan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cApa yang menyedihkan kita, kaum lain keluar mengundi 90 peratus, orang Melayu keluar mengundi 70 peratus, masih ramai tidak keluar mengundi, tidak mahu mengundi, tak sedar mengundi ini adalah kuasa politik, kalau tidak mengundi bermakna kita hilangkan kuasa politik kita,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Munajat Akbar dan Jelajah PN Best Bersama Presiden PAS di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan malam tadi.\n\n\nTurut hadir Pengerusi BN Negeri Sembilan yang juga Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.\n\n\nAbdul Hadi sewaktu berucap pada Jelajah Mega PN Best di Dataran Darul Aman, Kedah pada 2 Ogos lalu turut menyebut perkara yang sama.\n\n\nSementara itu, mengulas mengenai naratif berlakunya perubahan di peringkat Kerajaan Pusat sekiranya PN pada PRN kali ini, Ahmad Faizal memberitahu, ada proses undang-undang di negara ini yang membolehkan perkara itu.\n\n\n\u201cMacam-macam cara, walaupun negara kita ada anti lompat parti tetapi ada proses undang-undang yang boleh dijalankan untuk menukar sesebuah kerajaan, begitu juga dengan kerajaan negeri yang lain, ada proses perundangan mengikut Perlembagaan yang boleh dibuat,\u201d katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/07/dr-muhammad-faiz-letak-jawatan-ahli-majlis-pimpinan-tertinggi-bersatu/", "title": "Dr Muhammad Faiz letak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Dr Muhammad Faiz Na\u2019aman hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU termasuk berhenti sebagai ahli parti itu.\n\n\nBeliau turut mengutuskan surat kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengenai keputusan itu.\n\n\nDalam surat berkenaan, beliau menjelaskan bahawa keputusan itu adalah secara sukarela dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.\n\n\n\u201cKeputusan yang saya ambil ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, dibuat secara sukarela dan berdasarkan prinsip yang saya pegang di mana saya tidak boleh lagi mewakili kepimpinan parti kerana mempunyai pertentangan pendapat, idea serta visi mengenai pengurusan serta hala tuju BERSATU.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n50 `tabung khairat hantu\u2019 kutip sumbangan dirampas JAIM\n\n\n\n\n\n\nKeputusan semakan kes SRC Najib 31 Mac\n\n\n\n\n\n\nMalaysia jadi tuan rumah sidang kemuncak ASEAN-GCC \u2013 Zambry\n\n\n\n\n\n\nAniaya anak monyet hingga mati, moderator kandungan TikTok akan didakwa\n\n\n\n\n\n\nKJ, Shahidan sah tiada dalam senarai calon PAS Selangor\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya ucapkan terima kasih atas segala peluang yang diberikan kepimpinan parti, selama tujuh tahun saya bersama dalam parti ini, sejak ia ditubuhkan pada 2016,\u201d katanya.\n\n\nDalam kenyataan berasingan, Dr Muhammad Faiz menjelaskan, pemberhentian sebagai ahli parti berkenaan dibuat secara berat hati memandangkan beliau antara orang muda terawal menyertai BERSATU.\n\n\nMengakui memainkan peranan secara aktif selain watak terhadap saf kepimpinan parti, beliau sedar jarang diberikan peluang serius untuk \u2018diperkasakan\u2019 sebagai pemimpin pelapis walaupun ketika itu, BERSATU memegang tampuk kekuasaan dalam kerajaan pusat sejak 2018 hingga 2021.\n\n\nBeliau juga mendakwa, BERSATU sudah terpesong dari objektif awal penubuhan yang kononnya untuk menggantikan UMNO, dengan memberi lebih ruang kepada ramai orang muda dan muka baharu, terutama mempunyai latar belakang bersih, berkelulusan akademik, dihormati serta mereka yang setia dengan parti sejak mula.\n\n\n\u201cKeputusan kepimpinan parti yang sering kali mengabaikan suara akar umbi, pengasas awal dan teguran jentera bawahan menyebabkan BERSATU mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.\n\n\n\u201cSejarah itu juga dilihat bakal berulang dalam PRN di enam negeri terutama untuk kerusi BERSATU dalam PRN Selangor sekarang.\n\n\n\u201cPemilihan calon yang berat sebelah kepada pihak kartel tertentu serta calon bidan terjun yang baharu dijadikan ahli parti, hanya semata-mata untuk dipertandingkan dalam PRN Selangor telah menyebabkan terjadi pemberontakan lebih kurang sembilan bahagian BERSATU di Selangor,\u201d katanya.\n\n\nMengulas pemberontakan dalaman itu, beliau berkata, ia mengakibatkan insiden membakar bendera Perikatan Nasional (PN) secara terbuka sebagai tanda protes akar umbi terhadap percaturan Jawatankuasa Pemilihan dan Saringan Calon yang bertanggungjawab terhadap penamaan calon PRN.\n\n\nDakwanya lagi, protes tercetus kerana jawatan kuasa berkenaan mengabaikan sentimen penerimaan pihak bahagian dan jentera di lapangan.\n\n\n\u201cMalah kelemahan Lembaga Disiplin parti yang lambat dan banyak kerenah telah menyebabkan watak-watak yang telah keluar dan mengkhianati parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, boleh kembali dan mendakwa dirinya masih ahli BERSATU untuk dipilih menjadi calon PN pada PRN ini.\n\n\n\u201cJusteru, tidak menghairankan jika BERSATU tidak lagi menjadi wadah tumpuan penghijrahan mereka dari parti lain atau menjadi sasaran kemasukan anak muda serta orang baharu dalam politik, memandangkan kerapuhan sistem pengurusan keahlian, kedudukan MPT,\u201d katanya.\n\n\nPada PRU15, Dr Muhammad Faiz pernah bertanding mewakili PN bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk dalam pertembungan empat penjuru dengan penyandang kawasan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN), Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH) dan Tawfiq Ismail (BEBAS).\n\n\nBagaimanapun, beliau tewas di kerusi itu apabila hanya memperoleh 8,822 undi. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/07/mho-serah-150-penyataan-tambahan-bantu-siasatan-pdrm/", "title": "MHO serah 150 penyataan tambahan, bantu siasatan PDRM", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Lebih 150 mangsa penipuan pelaburan beberapa buah syarikat menyerahkan\u00a0penyataan tambahan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap syarikat disyaki pecah amanah dan menipu duit pelaburan.\n\n\nSetiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim yang mewakili mangsa berkata, penyataan tambahan itu diharap dapat membantu siasatan PDRM terhadap syarikat terbabit dan membawa individu bertanggungjawab ke muka pengadilan.\n\n\nBeliau berkata,\u00a0penyataan tambahan dikemukakan mengikut\u00a0Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah yang diterima oleh Penolong Pengarah\u00a0(Pelaburan Bersindiket / Kad Elektronik / Lain-lain Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), ACP Ahmad Azizul Mohamed.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJenazah Mangsa Akan Dikebumi Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nPH-BN pertimbang fail petisyen pilihan raya bagi empat kerusi \u2013 Amirudin\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah nazak, hanya berpaut pada PH \u2013 Aminuddin Yahaya\n\n\n\n\n\n\nLebih 56,000 mangsa banjir berada di PPS 5 negeri\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Harap Ibadah Haji Dibenar Tahun Ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDiharap dengan penyataan tambahan yang diberikan ia dapat membantu PDRM dan memudahkan proses siasatan mereka,\u201d katanya kepada TV Pertiwi selepas menyerahkan penyataan berkenaan di pejabat JSJK Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nSementara itu, salah seorang mangsa pelaburan, Fazlifah Awang, 48, yang juga seorang kontraktor berkata, dia\u00a0membuat laporan polis pada Mac lalu dan berharap pihak polis dapat segera menyiasat kes itu.\n\n\nKatanya, dia turut menghantar surat peguam kepada syarikat pelaburan berkenaan tetapi syarikat itu kerap bertukar peguam menyebabkan proses yang sama perlu dibuat berulang kali."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/07/polis-terengganu-terima-satu-laporan-hantaran-palsu-membentuk-rusuhan/", "title": "Polis Terengganu terima satu laporan hantaran palsu, undang rusuhan", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin-\u00a0 Ketua Urusetia Pilihan Raya Negeri (PRN) Polis Kontinjen Terengganu, Asisten Komisioner Noor Halim Nordin memaklumkan, pihaknya menerima satu laporan berhubung hantaran palsu di laman sosial yang mendakwa wujudnya rancangan untuk membentuk\u00a0 rusuhan oleh sebuah gabungan\u00a0 parti politik.\n\n\nPolis menerima satu laporan berhubung hantaran palsu di laman sosial yang mendakwa wujud perancangan untuk mengadakan rusuhan oleh sebuah gabungan parti politik\n\n\nBeliau memaklumkan,\u00a0 laporan rusuhan berkenaan dibuat di Balai Polis Chukai, Kemaman pada Ahad.\n\n\nUjarnya, laporan berkenaan memuatkan, pengadu terlihat satu hantaran ayat berbunnyi UMDAP yang\u00a0 dikatakan pihak terbabit sedang cuba mencipta rusuhan seakan-akan seperti apa\u00a0 yang berlaku pada 13 Mei.\n\n\nJelasnya, hantaran berkenaan dilihat ketika pengadu melayari laman sosial Facebook.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKabinet putuskan kementerian mana urus isu kalimah Allah \u2013 Naim\n\n\n\n\n\n\nPRN Patut Diadakan Serentak Pru Supaya Memudahkan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nBerdoa kepada Yang Maha Esa, teruskan perjalanan ke tanah air\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful fail notis, afidavit ketepi tuduhan rasuah\n\n\n\n\n\n\nPembantu Ahli Parlimen langgar kod etika pakaian diarah keluar\n\n\n\n\n\n\n\n\nLantaran itu katanya,\u00a0 kes berkenaan kini\u00a0 disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan bagi menyekat penyebaran berita yang\u00a0 mampu menimbulkan ketakutan mahupun kegentaran kepada awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebar berita palsu.\n\n\nDalam perkembangan lain, sebanyak 55 aktiviti ceramah telah diluluskan pada Sabtu yang melibatkan 36 permohonan daripada Perikatan Nasional manakala 18 permohonan merupakan Barisan Nasional dan satu permohonan lagi dari Pakatan Harapan (PH).\n\n\nSehubungan itu, pihaknya kini komited dalam mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam selari dengan Akta Polis dan lain-lain peruntukan undang-undang sedia ada.\n\n\n\u201cJusteru, semua pihak perlu memberi kerjasama dengan mematuhi segala peraturan sepanjang berlangsung tempoh pilihan raya,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/07/sprm-kesan-suspek-isu-rasuah-projek-berkaitan-biometrik-pekerja-asing/", "title": "SPRM kesan suspek isu rasuah projek berkaitan biometrik pekerja asing", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan isu rasuah dan penyelewengan berhubung projek berkaitan pendaftaran, pengambilan serta penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.\n\n\nSuruhanjaya itu dalam kenyataan memaklumkan, pelbagai usaha dilakukan pihaknya termasuk berhubung terus dengan kedua-dua penama dan peguam masing-masing, namun mereka masih gagal menghadirkan diri ke pejabat SPRM.\n\n\nIndividu pertama, Muhammad Adlan Berhan, 48, mempunyai alamat terakhir di Lot 65, Sunway Kiara Hills, Jalan 32/70A Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur, manakala individu kedua, Mansoor bin Saat, 69, beralamat terakhir di 5 Jalan SS19/1C Subang Jaya, Selangor.\n\n\n\u201cHasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen Malaysia, kedua-dua penama berkenaan telah meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lalu serta tiada rekod masuk kembali ke negara ini,\u201d katanya hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSindiket Kuota Umrah: SPRM tahan pengarah urusan agensi pelancongan\n\n\n\n\n\n\nIsu audit rumit, makan masa dan tidak tumpu satu kementerian\n\n\n\n\n\n\nSaudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah \u2013 Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nPerlis Benar Masjid Rapat Saf Solat Berjemaah\n\n\n\n\n\n\nMAT KILAU Cetus Revolusi Industri Perfileman\n\n\n\n\n\n\n\n\nSehubungan itu, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Nur Muhammad Amin Jamaluddin di talian 603-88700799 atau 016-4322 699 atau e-mel kepada\u00a0amin.jamaluddin@sprm.gov.my."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/08/kadar-subsidi-harga-padi-naik-kepada-rm500-setiap-tan-mulai-esok/", "title": "Kadar subsidi harga padi naik kepada RM500 setiap tan mulai esok", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan mengumumkan untuk menambah baik Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dengan meningkatkan kadar subsidi sebanyak RM140 per metrik tan bermula Rabu.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah meningkatkan kadar daripada RM360 kepada RM500 per metrik tan itu membolehkan pesawah menerima pendapatan sekurang-kurangnya RM1,700.\n\n\nMenurut beliau, peningkatan kadar subsidi itu secara langsung akan meningkatkan pendapatan pesawah serta memberi motivasi kepada pesawah untuk meningkatkan pengeluaran.\n\n\n\u201cSaya telah arahkan supaya langkah ini dilaksanakan segera dan berkuat kuasa pada hari esok.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada saksi mata tengok kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah\n\n\n\n\n\n\nRamasamy letak semua jawatan, umum keluar DAP\n\n\n\n\n\n\nCadangan stabilkan harga babi dibawa ke Kabinet esok\n\n\n\n\n\n\nTiada Kes Kematian Disebabkan Vaksin Covid-19\n\n\n\n\n\n\nPegawai Media Blinken Positif\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKenaikan kadar SSHP melibatkan implikasi kewangan tambahan sekitar RM360 juta setahun dan dengan itu, jumlah peruntukan SSHP akan mencecah RM1 bilion setahun,\u201d katanya ketika berucap pada program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Perak di Dataran Kerian Permai di Parit Buntar pada Selasa.\n\n\nHadir sama, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalannya, Chan Foong Hin serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/08/kerajaan-pusat-tidak-akan-berubah-meski-pn-menang-6-negeri/", "title": "Kerajaan Pusat tidak akan berubah meskipun PN menang 6 negeri", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kerajaan Persekutuan tidak akan berubah meskipun Perikatan Nasional (PN) mendominasi semua enam negeri pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15), Sabtu ini.\n\n\nPenganalisis politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, kemenangan PN pada PRN berkemungkinan besar tidak akan membawa kepada pertukaran Kerajaan Pusat atas dua faktor utama.\n\n\n\u201cAkta Lompat Parti menghalang Ahli-Ahli Parlimen berbuat demikian sehingga menjejaskan sokongan kerajaan serta mengambil kira sokongan blok Sabah dan Sarawak.\n\n\n\u201cTetapi benda yang boleh berlaku dalam PRN, barangkali akan memberi impak terbesar kepada UMNO (sekiranya parti itu kalah di banyak kerusi Dewan Undangan Negeri).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIslam bukan ekstrem sempit tapi terbina atas asas wahyu\n\n\n\n\n\n\nAnwar berdepan cabaran raih undi orang Melayu\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tekad tangani isu Islamofobia melalui hubungan diplomasi\n\n\n\n\n\n\nDakwaan pesakit tidak terima rawatan di Hospital Kampar tidak tepat \u2013 Saksi\n\n\n\n\n\n\nDr Radzi Hassan Ketua Pengarah Kesihatan baharu\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau UMNO ini terimpak, maka jika ada tekanan daripada UMNO kepada Zahid Hamidi (Presiden UMNO) dan katakanlah \nworst case scenario\n Ahmad Zahid jatuh dari UMNO, maka UMNO boleh melompat 30 kerusi ke PN,\u201d katanya.\n\n\nMengulas lanjut, Mujibu berkata, sekiranya situasi itu berlaku, maka Kerajaan Persekutuan mungkin berubah, memandangkan perubahan sokongan secara \u2018\nen bloc\n\u2019 atau bersama keseluruhan dibolehkan.\n\n\n\u201cJadi bila itu berlaku, maka bolehlah (kerajaan) tumbang. Cuma sejauh mana pula hal-hal yang terkait UMNO boleh jadi sebegitu.\u00a0\n\n\n\u201cDan tentulah perlu ambil kira Sabah, Sarawak sama ada nak ikut atau tidak tetapi secara peribadi saya rasa boleh kut kerana mereka berasakan siapa juga jadi kerajaan tiada masalah, yang penting negeri,\u201d katanya.\n\n\nBeliau turut menegaskan bahawa sukar dan hampir mustahil untuk berlaku perubahan di peringkat pusat walaupun PN berjaya mendominasi enam negeri pada pilihan raya kali ini.\n\n\nSebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa akan berlaku perubahan dalam Kerajaan Persekutuan sekiranya PN memenangi kesemua enam negeri tersebut.\u00a0\n\n\nKetika berucap pada satu majlis di Sendayan, Negeri Sembilan, Abdul Hadi berkata, rakyat perlu menunjukkan sokongan dengan memastikan kemenangan calon PN yang bertanding dalam PRN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/08/kes-cabar-mahkamah-syariah-berjasa-desak-kerajaan-bertegas/", "title": "Kes cabar Mahkamah Syariah, BERJASA desak kerajaan bertegas", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 BERJASA menggesa semua Majlis Agama Islam dan pihak berkuasa negeri menjadi pencelah dalam isu cabaran terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasya Tengku Abdul Rahman terhadap kerajaan negeri itu.\n\n\nNaib Presidennya, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim turut menyeru semua Ahli Parlimen beragama Islam untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memperkukuh bidang kuasa Mahkamah Syariah terutamanya untuk mengelakkan kes-kes seperti ini berlaku lagi.\n\n\nBeliau juga mendakwa, isu ini adalah tindakan tersusun dari musuh Islam untuk melemahkan undang-undang Islam, dengan memetik kes transgender yang mencabar Enakmen Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai contoh.\n\n\n\u201cCuba bayangkan jika Nik Elin pula menang kes ini, maka ia bakal menjadi tambahan kes rujukan bagi mencabar semua enakmen jenayah di negeri-negeri di Malaysia dan bakal menyebabkan negeri-negeri tidak lagi mempunyai kuasa menggubal undang-undang jenayah syariah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAP tidak perlu minta maaf, henti timbul isu \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\nLawatan PM : hubungan Malaysia-Amerika punca Arab Saudi jauhkan diri?\n\n\n\n\n\n\nHouthi larang import Sweden, tanda protes bakar al-Quran\n\n\n\n\n\n\nUndang-Undang Curang Perlu Dilaksanakan\n\n\n\n\n\n\nTak puas hati kalah, anak Presiden UMNO lapor Jawatankuasa Pemilihan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni tidak dapat dinafikan bila mana Mahkamah Persekutuan juga sebelum ini sudah pun membenarkan Iki Putra mencabar undang-undang jenayah syariah pada tahun 2021. Semua ini dikhuatiri boleh mengakibatkan seluruh sistem jenayah Islam lumpuh satu persatu!\u201d katanya.\n\n\nMengulas lanjut, Lukman berkata, Mahkamah Syariah bakal kehilangan kuasa untuk memutuskan kesalahan terhadap orang Islam sekiranya perkara ini dibiar berlarutan.\n\n\n\u201cJika tidak dibendung dan diselamatkan, Mahkamah Syariah akan hilang kuasa untuk memutuskan kesalahan terhadap orang Islam dan akhirnya masyarakat akan terus rosak lantaran tiada penguatkuasaan undang-undang yang mampu membanteras kesalahan-kesalahan syariah yang lain seperti ajaran sesat, tidak berpuasa, tidak solat jumaat, mempersendakan al-Quran, pelacuran, berjudi, berzina dan lain-lain,\u201d tegasnya.\n\n\nDalam pada itu, beliau berkata bahawa umat Islam di negara ini sudah kehilangan banyak tanah, hasil bumi dan pelbagai jenis kekayaan.\u00a0\n\n\nTambahnya, sekiranya undang-undang syariah juga hilang, maka tiada lagi yang tinggal untuk umat Islam dan bangsa Melayu di negaranya sendiri.\n\n\nPada 4 Ogos, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Islam), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri juga menyatakan kebimbangan yang sama dengan menyatakan bahawa kes Iki Putra Mubarak yang telah diputuskan sebelum ini ibarat memberi kesan domino yang boleh menjatuhkan satu persatu undang-undang syariah peringkat negeri."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/08/raja-rozela-bersara-awal-mohd-dusuki-ketuai-pendakwaan-kes-zahid-ag/", "title": "Raja Rozela bersara awal, Mohd Dusuki ketuai pendakwaan kes Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar akan menggantikan Datuk Raja Rozela Raja Toran bagi mengetuai pasukan pendakwaan kes Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nIa berikutan permohonan Raja Rozela untuk bersara awal pada 3 April lalu telah diluluskan dan berkuatkuasa pada 1 November depan.\n\n\nPeguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dalam kenyataan hari ini berkata, Raja Norzela juga telah memohon untuk bercuti sebelum bersara mulai 30 Ogos ini.\n\n\n\u201cJabatan Peguam Negara menegaskan bahawa keputusan untuk menggantikan Raja Rozela sebagai ketua pasukan pendakwaan dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor dan dengan membuat pertimbangan yang teliti,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPenyertaan KJ beri kelebihan kepada PN\n\n\n\n\n\n\nPSI sudah lalui semua pertimbangan teknikal \u2013 KM P.Pinang\n\n\n\n\n\n\nPDRM siasat video tular dua lelaki hina Nabi \u2013 Saifuddin\n\n\n\n\n\n\nLima menteri mengiringi Anwar ke China, dua daripada DAP\n\n\n\n\n\n\nPuting Beliung Terbangkan Bumbung Rumah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenurut Idrus, pemilihan Mohd Dusuki untuk mengetuai pendakwaan kes Timbalan Perdana Menteri itu dibuat berdasarkan pengalaman luas hampir 30 tahun beliau sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya.\n\n\nMohd Dusuki merupakan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan kes-kes Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan serta kes-kes berprofil tinggi termasuk kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.\n\n\n\u201cMemandangkan kes melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih berlangsung dan tarikh-tarikh perbicaraan telah ditetapkan sehingga bulan Disember 2023, maka seorang ketua pasukan yang baharu perlu dilantik dari sekarang,\u201d katanya.\n\n\nPelantikan tersebut, menurut Peguam Negara, bagi memastikan kesinambungan kes pendakwaan melibatkan Ahmad Zahid.\n\n\nKeputusan tersebut, katanya, dibuat dengan teliti bagi memastikan kes pendakwaan Ahmad Zahid tidak terjejas selain memastikan Jabatan Peguam negara dapat menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Fasal 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/09/berjasa-minta-henti-budaya-hina-satu-sama-lain-ketika-berkempen/", "title": "BERJASA minta henti budaya hina satu sama lain ketika berkempen", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Parti BERJASA menggesa semua calon Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN KE 15) untuk menghentikan amalan berkempen politik dengan menghina dan memburuk-burukkan antara satu sama lain.\n\n\nPresidennya, Zamani Ibrahim menegaskan bahawa amalan berpolitik sedemikian tidak layak untuk ditonjolkan pemimpin sebuah parti masyarakat yang membawa agenda negara.\n\n\nZamani turut menyarankan calon PRN kali ini bersikap matang dengan mengemukakan matlamat parti untuk memajukan negeri dan dasar dalam menyelesaikan isu rakyat.\u00a0\n\n\n\u201cIni yang saya sarankan pada mana-mana calon yang jumpa sepanjang kempen dua minggu ini,\u201d katanya dalam video dimuatnaik di Facebook, hari ini.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Sekat Atlet Israel Sertai Acara Skuasy Dunia Di KL\n\n\n\n\n\n\nMAT KILAU Cetus Revolusi Industri Perfileman\n\n\n\n\n\n\nPM digesa tolak tuntutan Dong Zong iktiraf UEC\n\n\n\n\n\n\nKerja kilang, E-hailing pekerjaan diminati 300,000 pelajar lepasan SPM\n\n\n\n\n\n\nJawatankuasa Pilihan Khas Mesyuarat Rabu Depan\n\n\n\n\n\n\n\n\nPresiden BERJASA itu sekali lagi menjelaskan sebab pihaknya tidak menghantar calon kerana mengambil pendekatan pilihan raya kali ini hanya dua penjuru sahaja.\n\n\nZamani turut mengulangi gesaannya terhadap pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab dan memilih calon terbaik pada hari pengundian di enam negeri, Sabtu ini.\n\n\n\u201cBERJASA mengharapkan supaya pengundi keluar beramai-ramai dan pilihlah calon yang terbaik, boleh menjaga hak agama, hak bangsa dan bukannya calon yang sekadar bercakap tetapi tidak mampu membawa negeri jauh ke hadapan.\n\n\n\u201cKepada seluruh rakyat Malaysia, keluar beramai-ramai tunaikan kewajiban kalian untuk mengundi. Inilah kuasa yang perlu kita tunjukkan dalam PRN kali ini,\u201d katanya.\n\n\nPada 27 Julai lalu, BERJASA melancarkan kempen \u2018Melayu Turun Undi\u2019 bagi menggalakkan orang Melayu keluar mengundi pada pilihan raya dan bersatu mengangkat pemimpin berwibawa.\n\n\nBERJASA juga mengerahkan seluruh ahli parti dan sukarelawan untuk memantau proses demokrasi dalam PRN 2023 menerusi kempennya itu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/10/kdn-warta-larangan-penerbitan-berunsurkan-lgbtq-jam-swatch/", "title": "KDN warta larangan penerbitan berunsurkan LGBTQ+ jam Swatch", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap penerbitan berkaitan lesbian, gay, biseksual, transgender \u2018queer\u2019 dan \u2018plus\u2019 (LGBTQ+) yang terdapat pada jam jenama Swatch.\n\n\nKDN menerusi kenyataan memaklumkan, perintah melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 236 bertarikh hari ini turut membabitkan larangan penerbitan pada apa-apa koleksi termasuk kotak, pembalut, aksesori atau sebarang benda lain yang berkaitan.\n\n\n\u201cPewartaan perintah larangan ini adalah selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n\u2018Duta Madani Perpaduan\u2019 murid sekolah pupuk semangat perpaduan \u2013 Fadhlina\n\n\n\n\n\n\n17 Premis Dinasihatkan Henti Operasi Sementara\n\n\n\n\n\n\nKenderaan persendirian tidak perlu pamer cukai jalan bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nIslam bukan lesen untuk penunggang agama capai matlamat\n\n\n\n\n\n\nPertubuhan Perpaduan Ummah Bukan Nak Lawan Muafakat Nasional \u2013 Shahidan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan terbabit adalah dilarang secara mutlak di Malaysia,\u201d katanya.\n\n\nKDN berkata, kerajaan komited mencegah penyebaran unsur yang memudaratkan moral, kepentingan awam dan negara dalam kalangan masyarakat.\n\n\n \n\n\nKatanya, hasil penerbitan terbabit dikenakan tindakan perintah larangan kerana ia adalah hasil penerbitan yang memudaratkan dengan mempromosikan, menyokong dan menormalisasikan gerakan LGBTQ+ yang tidak diterima oleh masyarakat umum di Malaysia.\n\n\n\u201cAdalah diingatkan bahawa berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012, individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit dan menjual, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.\n\n\n\u201cKesalahan itu termasuk mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu dan apa-apa hasil penerbitan larangan,\u201d katanya.\n\n\nJusteru, beliau berkata, KDN sekali lagi menyatakan komitmen dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap penerbitan.\n\n\nIa bagi membanteras penyebaran elemen, fahaman, dan gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan dari semasa ke semasa secara berterusan selaras dengan peruntukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 serta Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nPada 13 dan 14 Mei lalu, KDN menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan komuniti LGBT.\n\n\nSerbuan selama dua hari diadakan di butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.\n\n\nLima lagi butik diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/10/kelantan-dianaktiri-anwar-dakwa-syahir-terkhilaf-hujah-tanpa-fakta/", "title": "Kelantan dianaktiri: Anwar dakwa Syahir terkhilaf, hujah tanpa fakta", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Ahli Parlimen Bachok,\u00a0 Mohd. Syahir Che Sulaiman yang mendakwa Kelantan dianaktiri Kerajaan Pusat didakwa terkhilaf dan berhujah tanpa fakta kerana negeri itu diberi peruntukan terbesar berbanding negeri-negeri lain.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Mohd. Syahir sepatutnya bertanya bagaimana pengurusan kerajaan negeri itu selama ditadbir PAS.\n\n\n\u201cMohd. Syahir terkhilaf dalam hujahnya selain tidak berpandukan fakta. Ini kerana di bawah Kerajaan Madani, Kelantan mendapat peruntukan lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain,\u201d\u00a0katanya kepada pemberita selepas selesai menyampaikan ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nMenurut beliau, antara bantuan Kerajaan Pusat kepada Kelantan turut meliputi masalah tebatan banjir dan memberi air.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTajuddin dakwa Ahmad Maslan punca kemusnahan UMNO\n\n\n\n\n\n\nYayasan Maghfirah sasar lebih 10,000 penerima bantuan Ramadan\n\n\n\n\n\n\nBekas ADUN Bukit Kayu Hitam meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nHujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat Di Ampang\n\n\n\n\n\n\nBomba Giat Cari Tujuh Mangsa Hilang Di Pahang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTebatan air bersih, pembangunan negeri malah peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Madani adalah lebih banyak berbanding diberi oleh Perikatan Nasional (PN) semasa menjadi kerajaan.\n\n\n\u201cSepatutnya, sebagai pemimpin muda, patut lebih berani membetulkan masalah dalaman di samping memberi cadangan. Semua cadangan penting kerajaan Kelantan saya telah terima.\n\n\n\u201cJadi, di manakah yang dikatakan Kelantan dianaktirikan?\u201d katanya.\n\n\nSemasa \nDebat Model Baharu Ekonomi Malaysia\n antara Mohd. Syahir dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang disiarkan secara langsung malam tadi, pemimpin PAS itu mendakwa Kelantan menjadi negeri miskin kerana dianaktiri oleh Kerajaan Madani.\n\n\nMohd. Syahir berhujah, ia disebabkan isu \u2018federalisme\u2019 menyaksikan beberapa hak Kelantan dinafikan termasuk royalti disebabkan perbezaan pentadbiran antara kerajaan Persekutuan dan negeri.\n\n\nBagaimanapun, Rafizi membidas dakwaan tersebut dengan memberitahu Kelantan menerima peruntukan besar daripada kerajaan Pusat.\n\n\nNamun, katanya, negeri itu kekal miskin disebabkan pentadbiran kerajaan negeri yang tidak cekap. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/10/mahkamah-persekutuan-tolak-rayuan-jonathan-laidlaw-wakili-najib/", "title": "Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Jonathan Laidlaw wakili Najib", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Peguam Diraja dari United Kingdom, Jonathan Laidlaw untuk diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara bagi mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes jenayah SRC International Sdn Bhd (SRC).\n\n\nHakim, Datuk Zabariah Mohd Yusof yang mengetuai panel tiga hakim, dalam keputusan sebulat suara membenarkan permohonan empat responden untuk menolak rayuan Laidlaw untuk mewakili Bekas Perdana Menteri itu.\n\n\nEmpat responden itu ialah Jabatan Peguam Negara (AGC), Badan Peguam, Jawatankuasa Badan Peguam Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan.\n\n\nDi awal prosiding rayuan, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membangkitkan permohonan supaya Nordin dan Abu Bakar menarik diri dengan alasan mereka terbabit dalam pendengaran permohonan Najib untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSkandal 1MDB, SRC: SPRM tahan sekutu Jho Low di KLIA2\n\n\n\n\n\n\nBN-PH tawar 5 perkara jika tawan Kedah\n\n\n\n\n\n\nLEBIH 22 JUTA POPULASI DEWASA MALAYSIA LENGKAP VAKSIN\n\n\n\n\n\n\nHari mengundi PRK Kuala Terengganu serentak PRU DUN KE15\n\n\n\n\n\n\nRumah terbuka Malaysia MADANI gelojoh, mencabar maruah negeri\n\n\n\n\n\n\n\n\nSementara itu, panel terbabit turut membenarkan permohonan Pendakwa Raya kes SRC untuk dinamakan sebagai pencelah dalam rayuan berkenaan.\n\n\nPada 21 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Laidlaw untuk mewakili Najib dalam rayuan akhir terhadap sabitan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.\n\n\nSebelum ini, peguam Najib, Muhammad Shafee berkata, Laidlaw akan mewakili Najib jika rayuannya didengar semula berhubung kes SRC di Mahkamah Persekutuan.\n\n\nMahkamah Tinggi pada 2020 menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib. Rayuannya terhadap sabitan dan hukuman ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 2021.\n\n\nNajib, 70, sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman dan denda pada 23 Ogos tahun lepas.\n\n\nBekas Perdana Menteri itu kemudian memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dan panel baharu Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya pada 31 Mac lepas."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/10/ramasamy-letak-semua-jawatan-umum-keluar-dap/", "title": "Ramasamy letak semua jawatan, umum keluar DAP", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P. Ramasamy melepaskan semua jawatan dalam DAP dan mengumumkan keluar daripada parti itu hari ini.\n\n\nPenyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai itu sudah mengutus surat bagi tujuan berkenaan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengerusi DAP, Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, masing-masing pada jam 8.24 dan 8.25 pagi ini.\n\n\nRAMASAMY menunjukkan surat yang diserahkan kepada Anthony Loke dalam satu sidang media di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.\n\n\n\u201cIni adalah keputusan paling berat yang pernah saya lakukan,\u201d katanya dalam sidang media hari ini.\n\n\nRamasamy yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri II sejak 2008 antara lima Exco negeri yang digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 di Pulau Pinang kali ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Rayuan arah Mahkamah Tinggi dengar semakan kes Bung Moktar, Zizie\n\n\n\n\n\n\nMasjid Biru Istanbul dibuka semula buat umat Islam\n\n\n\n\n\n\nSungai Lui Kini \u201cDibanjiri\u201d Sukarelawan\n\n\n\n\n\n\nGerakan Islam Perlu Bersama Susun Gerak Kerja Berdepan Musuh \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\nPenggantungan ini bukan satu pengakhiran \u2013 Hishammuddin\n\n\n\n\n\n\n\n\nEmpat lagi EXCO yang digugurkan ialah Chong Eng, Phee Boon, Yeoh Soon Hin dan Soon Lip Chee.\n\n\nSelain itu, bekas ADUN Bagan Dalam, M Satees dan Adun Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit turut digugurkan. Lee dilaporkan digugurkan kerana masalah kesihatan.\n\n\nSementara itu di Tasek Gelugor, Chow Kon Yeow mengakui tindakan Ramasamy memberi impak kepada pola pengundian, terutama dalam kalangan masyarakat India.\n\n\nSehubungan itu, Kon Yeow yang juga Ketua Menteri, merayu agar bekas Timbalan Ketua Menteri II itu membatalkan hasratnya dan kembali menganggotai DAP. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/11/mohd-shuhaily-dilantik-pengarah-jsj-baharu-pdrm/", "title": "Mohd Shuhaily dilantik Pengarah JSJ baharu \u2013 PDRM", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 30 Ogos ini.\n\n\nKetua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), ACP A. Skandaguru berkata, jawatan lama Mohd Shuhaily akan disandang oleh Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard.\n\n\nSelain itu, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang dengan memangku pangkat DCP.\n\n\n\u201cKomandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, Datuk Noor Hisam Nordin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat DCP,\u201d katanya dalam kenyataan malam ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJurulatih bola tampar viral mohon maaf secara terbuka\n\n\n\n\n\n\nAgong seru pemimpin, rakyat teladani Tun Dr. Ismail\n\n\n\n\n\n\nMuktamar PAS ditangguhkan beri laluan kepada PRN\n\n\n\n\n\n\nSPRM buka kertas siasatan isu dana RM600 bilion\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin hadapi satu lagi pertuduhan rasuah Isnin ini\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah SAC Alzafny Ahmad pula dilantik sebagai Setiausaha PDRM, Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara dengan memangku pangkat DCP.\n\n\nSkandaguru berkata Allaudeen, Mohamed Usuf Jan, Noor Hisam dan Alzafny adalah antara 18 pegawai kanan yang terlibat dalam pertukaran jawatan, berkuat kuasa 30 Ogos ini. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/11/pas-umum-tukar-mb-tmb-kelantan-lepas-pilihan-raya/", "title": "PAS umum tukar MB, TMB Kelantan lepas pilihan raya", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 PAS mengumumkan tawaran cadangan perubahan kepimpinan di Kelantan bagi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar.\n\n\nSetiausaha Agung PAS, Datuk Seri\u00a0Takiyuddin\u00a0Hassan berkata, bagi Terengganu dan Kedah Menteri Besar yang ada akan dikekalkan sekiranya terus mendapat mandat selepas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 esok.\n\n\nTakiyuddin berkata, keputusan mesyuarat harian PAS mencadangkan untuk menukar kepimpinan bagi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar di Kelantan.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nLima warga Indonesia kendali bot tempatan tanpa dokumen, ditahan\n\n\n\n\n\n\nPAS Tidak Kaji Kerjasama Dalam PN\n\n\n\n\n\n\nUndi Melayu, PRN Johor & Melaka jadi petunjuk pada PRU 15\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Rasmi Program Jualan Keluarga\n\n\n\n\n\n\nCadangan wajib bayar elaun latihan industri dibawa ke kabinet\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPerubahan gabungan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar sekarang bagi negeri Kelantan dengan mengemukakan iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan ampuni perkenan Sultan Kelantan.\n\n\n\u201cBagi gabungan jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan yang akan ditawarkan selepas pilihan raya nanti tidak dinamakan bagi menghormati mandat rakyat dan kuasa mutlak Sultan Kelantan dalam pelantikan jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar,\u201d katanya dalam sidang media khas hari ini.\n\n\nMenteri Besar sementara Kelantan kini disandang oleh Datuk Ahmad Yakob yang juga calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, manakala Timbalannya adalah Datuk\u00a0Mohd.\u00a0Amar\u00a0Nik\u00a0Abdullah yang juga penyandang DUN Panchor.\n\n\nSementara itu Takiyuddin berkata, kenyataannya itu dibuat atas arahan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas mesyuarat yang berlangsung di Rusila, Terengganu semalam.\n\n\nDalam perkembangan berkaitan, katanya, PAS akan mengekalkan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Datuk Seri Muhamamd Sanusi Md Nor masing-masing sebagai sebagai Menteri Besar di Terengganu dan Kedah tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan sultan negeri masing-masing.\n\n\n\u201cPAS dengan ini menyeru semua pengundi untuk menunaikan tanggungjawab pada esok hari, Sabtu 12 Ogos, dengan memilih pemimpin yang prihatin, bersih dan berkebajikan dari PAS dan Perikatan Nasional serta berharap proses pilihan raya di enam negeri berjalan dengan aman dan lancar,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/11/selangor-umum-isnin-cuti-peristiwa-jika-ph-bn-menang-pilihan-raya/", "title": "Selangor umum Isnin cuti peristiwa jika PH-BN menang pilihan raya", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat \u2013 Kerajaan Selangor mengumumkan Isnin depan sebagai cuti peristiwa sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 esok.\n\n\nMenteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri berbesar hati sekiranya gabungan PH-BN kekal mentadbir Selangor untuk lima penggal seterusnya.\n\n\n\u201cSaya ingin mengumumkan bahawa sekiranya gabungan Perpaduan terdiri daripada PH dan BN berjaya memenangi pilihan raya di Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk kerajaan negeri Selangor.\n\n\n\u201cKami bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat negeri ini pada 14 Ogos 2023 iaitu pada hari Isnin depan,\u201d katanya ketika berucap pada Amanat Khas Menteri Besar Selangor yang disiarkan di Facebook beliau hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAdilkah bantuan RM15.75 juta untuk sekolah persendirian Cina?\n\n\n\n\n\n\nAgong perkenan lima akta yang diluluskan Parlimen\n\n\n\n\n\n\nSuami Atau Bekas Suami Berdepan Sekatan Bank\n\n\n\n\n\n\nMesyuarat khas namakan calon PRK Pulai, Simpang Jeram minggu depan\n\n\n\n\n\n\n30 rakyat Malaysia bakal tiba di tanah air esok"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/12/ahmad-shah-akui-tidak-sukar-raih-mandat-rakyat-sekali-lagi/", "title": "Ahmad Shah akui tidak sukar raih mandat rakyat sekali lagi", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat- \nPAS sekali lagi menampilkan calon penyandang kerusi DUN Bandar pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN-15) iaitu Ahmad Shah Mohamed.\u00a0\n\n\nAhmad Shah dahulunya yang memegang kerusi DUN Bandar selama lima tahun lamanya, menyifatkan\u00a0 tidak sukar untuk beliau meraih kembali mandat dan kepercayaan di DUN berkenaan ketika PRN ini.\u00a0\n\n\nIni kerana, lima tahun berkenaan digunakan sebaik-baiknya oleh pihak beliau dalam menyelami, membantu dan mendalami rakyat DUN Bandar terhadap segala isu yang dialami oleh mereka.\u00a0\n\n\n\u201cLima tahun dan memang, jangka masa lima tahun itu kita guna betul-betul, kepada masyarakat khususnya untuk warga DUN Bandar, jadi rakyat boleh melihat sendiri saya, bekerja dan saya buat apa, yang menjadi keperluan rakyat. ujarnya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTindakan undang-undang kepada penganjur, penceramah tanpa tauliah\n\n\n\n\n\n\nAyob Khan terajui Jabatan Siasatan Jenayah mulai 16 April\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin wajar letak jawatan demi kebaikan BERSATU, PN \u2013 Azmi Hassan\n\n\n\n\n\n\nProjek PSI: Pihak terkesan diberi tempoh sebulan buat rayuan\n\n\n\n\n\n\nAnwar luluskan dana RM1 bilion untuk Negeri Sembilan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDan memang saya keluar masuk kampung melihat sendiri, dan bila kita dah tengok lima tahun, untuk bertanding ini dan ia bukanlah benda yang sukarlah, jadi persiapan kita sudah sekian lama.\u201d\n\n\n\n\nBeliau ditemui TV Pertiwi di Markaz Gerakan PAS Dun Bandar, di Kampung Losong, Dun Bandar, Kuala Terengganu hari ini.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, beliau dengan teruja berkongsikan antara tawaran yang menarik dan tawaran terdahulu yang mahu diteruskan oleh legasi parti Islam berkenaan khususnya buat rakyat di DUN Bandar.\u00a0\n\n\n\u201cKita menawarkan, pembelian motor, dengan pinjaman pihak kerajaan tanpa, bunga, bernilai empat ribu, sesiapa yang ingin mendapatkan tawaran daripada pihak kerajaan inilah, tawaran, manifesto, terutamanya untuk orang-orang MUDA yang mahu berkerjaya ataupun keluarga yang belum ada kenderaan, mereka boleh mengambil kemudahan ini.\u201d\n\n\n\u201cDan diantara tawaran, yang lain kita juga, memberikan pinjaman dana kepada, khususnya kepada usahawan-usahawan muda.\u201d\n\n\nUjarnya, harapan terbesar yang mahu beliau bawakan buat DUN Bandar sekiranya menang pada pertandingan pilihan raya di enam negeri ini adalah pembinaan rumah percuma buat golongan B40 yang bernilai di antara RM13,000 hingga RM 20,000.\u00a0\n\n\n\u201cAdapun peringkat saya di DUN Bandar, fokus utama saya ialah untuk menyediakan, rumah kepada dun bandar, kekangan kepada saya yang paling besar ini adalah, tempat yang padat hampir tiada lagi, tanah-tanah yang boleh kita tawarkan untuk dijadikan kawasan perumahan.\u201d\n\n\nLantaran itu, beliau menyifatkan lahirnya gelombang hijau setelah PAS mula menjadi komponen bersama BERSATU, Gerakan di dalam PN sehingga rakyat menzahirkan rasa layaknya PAS memimpin semula.\n\n\nYakni terdapat Isyarat sangat jelas ditunjukkan oleh rakyat DUN Bandar sewaktu beliau membuat tinjaun mesra dari kampung ke kampung di musim kempen PRN ini.\u00a0\n\n\nTerdahulu, DUN Bandar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Luqman manakala Barisan Nasional pula mempertaruhkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Armi Irzan Mohd.\u00a0\n\n\nPAS pula menampilkan penyandang kerusi sebelum ini Ahmad Shah Mohamed."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/12/amirudin-isteri-datang-buang-undi-menaiki-motosikal-vespa/", "title": "Amirudin, isteri datang buang undi menaiki motosikal vespa", "body": "0\n\n\nGOMBAK, Sabtu \u2013 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari selesai membuang undi bersama isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Selayang Baru kira-kira jam 8.30 pagi.\n\n\nBeliau datang dengan menunggang motosikal sambil dibonceng isterinya, mengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer.\n\n\nAmirudin ketika ditanya pemberita mengenai perasaan bertanding bagi kerusi DUN Sungai Tua, beliau hanya berkata \u2018okay, masa untuk mengundi\u2019 sambil tersenyum.\n\n\nDalam pada itu, Amirudin turut menyeru rakyat Selangor untuk turun mengundi dengan segera susulan keadaan cuaca yang tidak menentu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid Nafi Jadi Calon PM Jika BN Menang\n\n\n\n\n\n\nGangguan bekalan air di 99 kawasan di Selangor pada Isnin\n\n\n\n\n\n\nKelab Komedi Tiada Lesen Hiburan\n\n\n\n\n\n\nPerketat SOP, pelancong China tidak disekat \u2013 Anwar Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Muflis, hutang kurang RM50,000 dilepaskan serta-merta 1 Mac ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cTurun awal, bimbang cuaca tidak menentu pada sebelah petang.\n\n\n\u201cAmbil peluang yang anda ada untuk memilih pentadbiran negeri bagi lima tahun akan datang,\u201d katanya kepada pemberita selepas membuang undi.\n\n\nTambahnya, jika boleh, pengundi perlu menuju ke pusat mengundi dengan menaiki motosikal bagi mengelak kesesakan lalu lintas.\n\n\nSebelum ini, beliau mahu meneruskan segala perancangan yang sudah diaturkan di DUN berkenaan memandangkan beliau juga Ahli Parlimen Gombak.\n\n\nNaib Presiden PKR itu menentang Hanif Jamaluddin dari Perikatan Nasional dan calon bebas G. Suman.\n\n\nBulan lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Amirudin akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor jika gabungan itu mengekalkan negeri itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/12/anak-jati-terengganu-diterima-baik-penduduk-dun-bandar-ketika-berkempen/", "title": "Anak jati Terengganu, diterima baik penduduk DUN Bandar ketika berkempen", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat- \nNegeri yang sekian lama digelar pencetus peradaban Melayu Islam iaitu Terengganu kini dikejutkan dengan kehadiran calon MUDA yang menampilkan Ketua Penerangan, Luqman Long.\u00a0\n\n\n\n\n\u00a0\n\n\n\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKristian mahu memperdaya umat Islam, damba kalimah Allah\n\n\n\n\n\n\nRakyat semakin risau, jutaan warga asing China \u2018hilang\u2019 dalam Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPH-BN pertimbang fail petisyen pilihan raya bagi empat kerusi \u2013 Amirudin\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen diseru angkat martabat Mahkamah Syariah\n\n\n\n\n\n\nAgong kutuk serangan Israel, gesa kerajaan satukan OIC bantu Palestin\n\n\n\n\n\n\n\n\nAnak jati Terengganu itu hadir untuk menghangatkan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN 15).\n\n\nSetiap kemunculan pasti akan disertai dengan beberapa tawaran yang dijanjikan kepada penduduk DUN Bandar.\n\n\nAntara tawaran yang bakal disemai adalah menyelesaikan soal isu yang sering membelenggu setiap komuniti di DUN tersebut, misalnya isu pekerjaan dalam kalangan anak muda, isu gaji minimum yang begitu rendah yang nilainya tidak setaraf dengan negeri lain malah masalah mobiliti pengangkutan awam yang tidak kondusif dan berkala di Terengganu.\u00a0\n\n\n\u00a0rupanya-rupanya ada masalah besar seperti, pekerjaan untuk, anak-anak terengganu yang sangat terhad ini menyebabkan lebih ramai, anak-anak terengganu berhijrah pergi ke luar negeri, pergi ke luar negara ada yang duduk kl ada yang duduk johor, ada yang sampai singapura dan australia kerana, di sini tiada peluang kerja, saya juga berjumpa anak terengganu yang bekerja di terengganu ada masalah dengan gaji, gaji di sini secara puratanya lebih rendah, berbanding di negeri lain, kerana mereka perlu tinggal bersama ibu bapa mereka kerana ada adik beradik yang kena jaga, isu pengangkutan awam mobiliti yang di sini sehingga terpaksa amik pinjaman pembelian kenderaan kerana tiada bas awam.\u201d\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui TV Pertiwi di Pusat Khidmat MUDA DUN Bandar, Kuala Terengganu hari ini.\u00a0\n\n\nTurut membantu beliau berkempan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), Puteri Wangsa Amirah Aisyah.\u00a0\n\n\nBeliau turut menepis dakwaan bahawa memilih MUDA adalah satu keperluan di atas kapasiti kurang memudaratkan.\n\n\n\u201cSaya mendengar bila orang berkata, Luqman kita taknak undi PH, tapi di seberang sana ada PN, jadi kita terpaksalah undi PH, yang sudah bersama dengan UMNO\u00a0 Luqman jadi kita sebagai parti politik tawaran terbaik, yang kita boleh buat akhirnya pilih lah yang kurang buruk, pilih lah yang kurang jahat, pilihlah yang kurang nakal yang kurang buat, fitnah dan sebagainya, jadi itu tidak bagus, sepatutnya sebagai parti politik sebagai calon kita kata, pilih kami bukan kerana mereka itu, bukan kerana mereka lebih buruk daripada kami, kerana kami ada tawaran, agenda yang lebih baik, kerana kami mahu bawa suara rakyat, yang merentas kaum agama, bangsa, dan itu yang MUDA cuba buat.\u201d \n\n\nIni kerana parti tersebut begitu jauh lebih baik berbanding dua gergasi gabungan parti yang sekian lama bertapak dalam arena politik tanah air iaitu BN-PH dan PN.\u00a0\n\n\nDalam pada itu, beliau turut berkongsi bahawa perjalanan kempen, ceramah dan sesi tinjauan mesra dilihat begitu lancar malah diterima oleh rakyat di DUN Bandar.\u00a0\n\n\nJusteru, kerisauan utama MUDA ketika ini adalah peratusan keluar mengundi di DUN berkenaan yang semakin merosot dek kerana rakyat sudah penat dengan pertandingan pilihan raya yang diadakan pada setiap tahun, namun akhirnya tiada\u00a0\n\n\nTerdahulu, DUN Bandar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Luqman manakala Barisan Nasional pula mempertaruhkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Armi Irzan Mohd.\u00a0\n\n\nPAS pula menampilkan penyandang kerusi sebelum ini Ahmad Shah Mohamed."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/12/manusia-biasa-lupa-hukum-bila-tamak-kuasa/", "title": "Manusia biasa lupa hukum bila tamak kuasa", "body": "0\n\n\nBANGI, Jumaat -Janji kosong tanpa rasa tanggungjawab sudah menjadi perkara biasa bagi parti-parti politik yang tamak mengejar kuasa, lebih-lebih lagi sewaktu berkempen di musim pilihan raya.\n\n\nMalah, golongan ini akan bercakap apa sahaja sehingga kadang kala melakukan perkara di luar kebiasaan demi meraih undi, sokongan dan kuasa.\n\n\nBagaimanapun, bagi Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, tindakan itu\u00a0 tidak pelik kerana manusia selalu lupa kepada hukum, nilai moral, akhlak dan pegangan demi untuk mencapai kuasa.\n\n\n\u201cDalam perebutan kuasa ini manusia tidak fikir, melanggar semua benda, moral dan hukum.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDatuk Johari Abdul dipilih Speaker Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nRonnie Liu mohon tamatkan keahlian bersama DAP\n\n\n\n\n\n\nRM50 juta bantu tingkat keupayaan JBPM hadapi banjir\n\n\n\n\n\n\nEnam maut selepas dua kereta dinaiki bertembung\n\n\n\n\n\n\nPengarah Urusan, Jurutera Ditahan SPRM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cMaknanya dia boleh berbohong, menipu, menawarkan apa sahaja. Dia boleh bercakap tentang mencapai bulan dan bintang serta sebagainya,\u201d katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok, hari ini.\n\n\nNamun, beliau mempersoalkan adakah semua janji yang ditabur itu bermaksud untuk membawa kebaikan kepada rakyat dan negara sekiranya mereka mendapat kuasa melalui cara berkenaan.\n\n\nJusteru, beliau meminta rakyat untuk berfikir sama ada tanggungjawab politik mereka akan terhenti selepas mengundi pada pilihan raya.\n\n\n\u201cKena fikir apa yang berlaku lepas pada itu. Apa manfaatnya kembali kepada kita sebagai rakyat, negara, masa depan dan kehidupan kita. Adakah orientasi politik yang ada seperti hari ini akan membawa kebaikan, perubahan dan sebagainya kepada kita.\n\n\n\u201cSoalan yang perlu difikirkan oleh rakyat selama melaksanakan tanggungjawab pilihan raya, memilih pemimpin melalui cara ini, sejauh mana dia benar-benar \u2018reflect\u2019 atau berikan kita pulangan sebagaimana yang kita hendaki,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/12/pas-kekal-di-kelantan-dan-terengganu/", "title": "PAS kekal di Kelantan dan Terengganu", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Sabtu \u2013 PAS berjaya memenangi 17 daripada 32 kerusi di Terengganu dan menawan 23 daripada 45 kerusi di Kelantan, sekaligus berjaya memperolehi majoriti melebihi 50 peratus di kedua-dua negeri pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15.\n\n\nKeputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh di Pejabat SPR, Putrajaya sebentar tadi.\n\n\nDi Terengganu, keputusan rasmi SPR menunjukkan Menteri Besar Terengganu, Dr AHmad Samsuri Mokhtar mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,286 undi selepas memperoleh 20,927 undi, manakala Suhaimi mendapat 3,641 undi.\n\n\nSementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengekalkan kemenangan di kerusi DUN Pasir Pekan, dengan memperoleh 18,783 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Zamakh Sari Ibrahim yang mendapat 5,972 undi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMelayu Islam Subahat Jual Arak?\n\n\n\n\n\n\nParti Politik, Calon Hati-Hati Guna Media Sosial\n\n\n\n\n\n\nPRU15: PH beri laluan kepada calon BN di DUN Tioman\n\n\n\n\n\n\nDAP bimbang tindakan UMNO jejas sokongan Kerajaan Gabungan\n\n\n\n\n\n\nPemilik Flat Kg Baru nafi Setuju Sebarang Tawaran Daripada Pemaju\n\n\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah pula memperoleh 18,700 undi dengan majoriti 10,686 sekaligus mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Syed Mohd Alidustur Syed Mohd Zain yang hanya memperoleh 8,014 undi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/12/peratusan-keluar-mengundi-di-negeri-sembilan-kurang-akibat-hujan/", "title": "Peratusan keluar mengundi di Negeri Sembilan kurang akibat hujan", "body": "0\n\n\nKOTA, Sabtu \u2013 Peratusan keluar mengundi di Negeri Sembilan rendah apabila cuaca di sekitar negeri ini dilanda hujan lebat.\nMenurut petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, bilangan orang keluar mengundi di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota setakat jam 10:00 pagi hanya seramai 163 orang.\nWalaupun hujan lebat di pusat pembuangan undi masih ada para pengundi yang hadir untuk mengundi calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 hari ini.\n\n\nRata-rata petugas di pusat mengundi juga dipercayai sudah bersedia dengan situasi tersebut dengan menyediakan kelengkapan seperti baju hujan dan payung untuk melancarkan proses membuang undi.\n\n\nSementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun telah selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato\u2019 Haji Mohd Redza kira-kira jam 9:00 pagi tadi.\nBeliau turut beramah mesra dengan pengundi yang hadir serta meninjau proses membuang undi di pusat mengundi tersebut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/12/peratusan-keluar-mengundi-makin-perlahan-petang-ini/", "title": "Peratusan keluar mengundi makin perlahan petang ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 di enam negeri mencatatkan trend penurunan selepas jam 12 tengah hari.\n\n\nBerdasarkan kemas kini di laman sosial rasmi milik, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi bagi setiap jam sehingga jam 2 petang adalah kurang daripada 10 peratus.\n\n\nStatistik tersebut memaparkan empat negeri mencatatkan peratusan lebih daripada 50 peratus pengundi yang keluar mengundi.\n\n\nAntaranya Kedah iaitu sebanyak 56 peratus, Terengganu (56 peratus), Pulau Pinang (53 peratus) dan Selangor (51 peratus).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsu Kenaikan Harga Perlu Diperhalusi Dari Segala Dimensi \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nKerjasama UMNO & PAS Tidak Kesampaian \u2013 Tuan Ibrahim\n\n\n\n\n\n\nRumah terbuka Malaysia MADANI gelojoh, mencabar maruah negeri\n\n\n\n\n\n\nNajib Selar Tindakan Bekas Gabenor Bank Negara\n\n\n\n\n\n\nPerkataan \u2018Rahmah\u2019 pada menu tidak halal kurang sesuai\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi Negeri Sembilan pula mencatatkan nilai peratusan sebanyak 49 peratus dan diikuti Kelantan dengan 45 peratus.\n\n\nPada PRN enam negeri kali ini menyaksikan seramai 570 calon bertanding untuk merebut sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).\n\n\nSeramai 9,773,571 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di Sebanyak 3,190 pusat pengundian bagi menentukan parti manakah yang akan membentuk kerajaan negeri baharu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/12/peratusan-keluar-mengundi-rendah-shafie-ngah-gesa-rakyat-keluar-mengundi/", "title": "Peratusan keluar mengundi rendah, Shafie Ngah gesa rakyat keluar mengundi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi DUN Sungai Ramal, Mohd Shafie Ngah menggesa rakyat Malaysia di Selangor untuk menunaikan tanggungjawab mereka keluar mengundi hari ini.\n\n\nShafie hadir awal pagi untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi (SKBBB), Selangor dan dilihat beratur dalam barisan bersama pengundi lain walaupun keadaan cuaca yang panas terik.\n\n\nSebelum memasuki saluran mengundi, calon PN itu turut membantu para pengundi dengan menunjukkan jalan kepada setiap saluran bagi melancarkan proses pengundian.\n\n\n\u201cSaya mengajak semua di Sungai Ramal dan di Selangor, mengundi beramai-ramai bermula sekarang sehingga jam enam petang. Selamat mengundi,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPolis tahan seorang lelaki miliki pistol Beretta, peluru dan dadah\n\n\n\n\n\n\nHarga Barang Dijangka Kembali Stabil Awal Tahun Depan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Peruntukan Diskriminasi Pekerja Muslim \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nAGENDA NASIONAL BANTU KELUARGA MALAYSIA HADAPI FASA ENDEMIK\n\n\n\n\n\n\nPuad dakwa Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun M sebab wang\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau hadir ke pusat pengundian bersama isterinya, Ustazah Che Maryam.\n\n\nSekitar jam 8 pagi, SKBBB sudah mula sesak dengan ketibaan para pengundi yang beratur dalam barisan yang panjang.\n\n\nDimaklumkan, Shafie melawat ke pusat-pusat pengundian sekitar kawasan Sungai Ramal selepas dirinya selesai mengundi bagi memberi sokongan kepada rakyat yang menjalankan tanggungjawab mereka kepada negara.\n\n\nDalam perkembangan terkini, menerusi akaun Facebook miliknya, beliau menggesa masyarakat untuk mengundi kerana statistik keluar mengundi di Selangor masih rendah.\n\n\n\u201cStatistik keluar mengundi di Selangor setakat jam 12 tengah hari masih rendah.\u00a0\nJom ajak anak sedara mara keluar mengundi,\u201d katanya.\n\n\nDUN Sungai Ramal menyaksikan persaingan satu lawan satu di antara Mohd Shafie Ngah daripada Perikatan Nasional (PN) menentang Mazwan Johar yang mewakili Pakatan Harapan (PH).\n\n\nPada Khamis, Shafie Ngah mendakwa kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan tertekan dengan gelombang sokongan rakyat terhadap gabungan PN.\n\n\nBeliau juga menyifatkan tindakan kerajaan hari ini sebagai tidak matang dalam mendepani ketakutan yang luar biasa terhadap sokongan rakyat kepada PN."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/12/pn-dominasi-kedah-ph-kekal-di-pulau-pinang/", "title": "PN dominasi Kedah, PH kekal di Pulau Pinang", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Sabtu \u2013 Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi 19 daripada 36 kerusi di Kedah manakala Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 21 daripada 40 kerusi yang dipertandingkan, dengan kedua-dua parti masing-masing memperolehi majoriti melebihi 50 peratus pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15.\n\n\nKeputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh di Pejabat SPR, Putrajaya sebentar tadi.\n\n\nMenteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mencatatkan kemenangan mudah sekali gus berjaya mempertahankan kerusi DUN Jeneri dengan majoriti 16,050 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.\n\n\nManakala bekas pemain bola sepak kebangsaan, Baddrol Bakhtiar yang mewakili PN berjaya memenangi kerusi DUN Gurun dengan memperoleh 17,771 undi.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n82.8 Peratus Remaja Lengkap Divaksinasi\n\n\n\n\n\n\nJAKIM tumpu isu murtad, perkukuh akidah umat Islam\n\n\n\n\n\n\nPenyelewengan Zakat MAINS, PDRM buka kertas siasatan\n\n\n\n\n\n\nBertanding secara anak jantan \u2013 Muhammad Sanusi\n\n\n\n\n\n\nPengintip Israel : Hukuman Berat Kepada Tali Barut Israel!\n\n\n\n\n\n\n\n\nBagi calon PH, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berjaya mendapat undian sebanyak 8,261 mengalahkan calon PN, H\u2019Ng Khoon Leng dengan hanya 1,145 undi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/12/sanusi-didakwa-langgar-akta-kesalahan-pilihan-raya-tayang-kertas-undi/", "title": "Sanusi didakwa langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya tayang kertas undi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 apabila secara sengaja menayang kertas undi kepada petugas media.\n\n\nPerbuatan beliau mengundang kritikan pengguna media sosial yang berkongsi gambar Muhammad Sanusi mempamerkan pilihan pada kertas undi berkenaan ketika gambarnya dirakam petugas media, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi SPR.\n\n\nMengikut akta berkaitan, perbuatan itu adalah satu kesalahan mengikut Perkara (39) yang menyebut \u00a0tiada pemilih yang telah mengundi dalam mana-mana pilihan raya boleh, dalam mana-mana prosiding yang mempersoalkan pilihan raya itu, dikehendaki menyatakan siapa yang telah diundinya.\n\n\nAkta tersebut selanjutnya menyebut, kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMinta ganjaran demi undi parti tertentu tanda normalisasi rasuah\n\n\n\n\n\n\nDua sayap UMNO dapat teraju baharu, Wanita kekal\n\n\n\n\n\n\nDAP sombong, angkuh gesa pecahkan dominasi Melayu dalam kakitangan awam\n\n\n\n\n\n\nPermohonan Irwan, Arul batal saman 1MDB ditolak\n\n\n\n\n\n\nCagaran KWSP tidak sah jika tidak dipinda Akta KWSP \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\n\n\nMedia melaporkan, kejadian seumpama itu pernah berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Besut tahun 2013, apabila calon BN ketika itu, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman melakukan perbuatan yang serupa dan ditegur oleh Pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/12/tukar-mb-kelantan-sebab-ahmad-yaakob-uzur-abdul-hadi/", "title": "Tukar MB Kelantan sebab Ahmad Yaakob uzur \u2013 Abdul Hadi", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Rancangan pertukaran Menteri Besar Kelantan sekiranya PAS berjaya mengekalkan pentadbiran negeri itu, seperti diumumkan semalam, disebabkan Datuk Ahmad Yaakob uzur.\n\n\nPresiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, cadangan pengunduran jawatan itu datang daripada Ahmad Yaakob sendiri atas faktor kesihatan selain mahukan perubahan di Kelantan.\n\n\n\u201dKita buat pertukaran Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar. Ada pertukaran, pengumuman itu bergantung pada persetujuan Tuanku kerana pelantikan kerajaan ini melibatkan\u00a0 Tuanku, melibatkan parti dan melibatkan\u00a0rakyat. Rakyat tak tahu lagi.\n\n\n\u201dMenteri Besar undurkan diri kerana uzur. Sudah beberapa kali Menteri Besar terima rawatan. Kali ini Kita pertimbangkanlah, kesian pada beliau dan masih menjadi wakil rakyat beri sumbangan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBerapa ramai sokong Anwar tidak diketahui \u2013 Takiyuddin\n\n\n\n\n\n\nLepasan SPM, hati-hati tawaran masuki IPTA melalui media sosial \u2013 Khaled\n\n\n\n\n\n\nKerajaan komited tingkatkan kualiti perkhidmatan air dan pembetungan negara\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 lulus dengan undi suara\n\n\n\n\n\n\nPHEB Akan Adakan Perarakan Pedati Berhala Walau Dilarang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201dKita mahu semangat baharu di Kelantan, ada perubahan di Kelantan sebab itulah Timbalan pun diubah,\u201d katanya ketika ditemui sejurus mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila, di Marang, Terengganu hari ini.\n\n\nSementara itu, Abdul Hadi menyangkal dakwaan bahawa PAS membuat perubahan kepimpinan utama Kelantan disebabkan beberapa isu yang membelenggu negeri itu.\n\n\nPada Khamis lalu, PAS mengumumkan Ahmad dan Timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah akan digantikan dengan kepimpinan baharu sekiranya PAS menang di Kelantan. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/13/25550/", "title": "N. Sembilan tiada parti peroleh majoriti, PH kekal di Selangor", "body": "0\n\n\nPUTRAJAYA, Sabtu \u2013 Tiada parti berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Negeri Sembilan, manakala Pakatan Harapan (PH) menguasai Selangor dengan meraih 32 daripada 56 kerusi.\n\n\nDi Negeri Sembilan, sebanyak 17 daripada 36 kerusi dimenangi oleh PH, 14 kerusi oleh Barisan Nasional (BN) dan 5 kerusi oleh Perikatan Nasional (PN).\n\n\nKeputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh di Pejabat SPR, Putrajaya semasa sidang media sebentar tadi.\n\n\n\u201cSehingga 11 malam, keputusan PH ialah 17 kerusi, BN memperoleh 14 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dapat lima kerusi,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMinta Wanita Muslim Bukakan Bir, Pengasas Kelab Komedi Jelas Hina Islam\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Sektor kesihatan terima RM36 bilion\n\n\n\n\n\n\nUMNO pecat tiga ADUN Sabah\n\n\n\n\n\n\nTarik Balik Poster Papar Imej Wanita Bertudung\n\n\n\n\n\n\nFokus kukuh golongan wanita, bukan angkat budaya songsang\n\n\n\n\n\n\n\n\nMenteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mempertahankan kerusinya di DUN N.16 Sungai Tua dengan mengutip 19,678 kerusi sekaligus mengalahkan dua calon lain, Hanif Jamaluddin (PN) dan Suman Gopal (BEBAS)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/13/angkat-sumpah-mb-negeri-sembilan-berlangsung-esok/", "title": "Angkat sumpah MB Negeri Sembilan berlangsung hari ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Angkat sumpah pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan pada jam 3:00\u00a0 petang hari ini di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah.\n\n\nPerkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang masih tidak memberitahu siapakah pemimpin yang akan dilantik untuk jawatan tersebut.\n\n\n\u201cIni keputusan pucuk kepemimpinan parti iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\n\u201cKepada ahli, penyokong dan jentera parti tidak kira dari PH ataupun Barisan Nasional (BN), agar dapat bersabar dalam masa yang singkat kita akan cuba selesaikan dengan cara terbaik bagi memastikan bahawa kelangsungan Kerajaan Perpaduan dapat dilaksanakan,\u201d katanya dalam sidang akhbar di Seremban hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTelah Diperbetulkan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan\n\n\n\n\n\n\nNajib Berjaya Tangguhkan Sabitan, Hukuman\n\n\n\n\n\n\nHassan selar tindakan Menteri Pelancongan \u2018gempur\u2019 KLIA\n\n\n\n\n\n\nPengurusan Menara KL Ambil Tindakan Undang-Undang Pihak Sebar Fitnah\n\n\n\n\n\n\nTuan rumah terkejut kondominium disewa jadi tempat aniaya, bunuh kucing\n\n\n\n\n\n\n\n\nAminuddin dalam pada itu memberitahu, beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pagi tadi.\n\n\n\u201cSaya telah memaklumkan keputusan pilihan raya kepada baginda dan situasi yang berlaku. Sebagai masih memangku jawatan Menteri Besar ia perkara biasa untuk saya maklumkan.\n\n\n\u201cBeberapa perkara juga dimaklumkan kepada baginda bagi memastikana bahawa kerajaan ini dapat berjalan dengan baik.\n\n\n\u201cTuanku juga mahu disegerakan (pelantikan Menteri Besar) saya tidak serahkan nama (calon-calon Menteri Besar) ia keputusan pucuk pimpinan,\u201d tambahnya.\n\n\nSelepas tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri, PH dan BN berjaya membentuk kerajaan Negeri Sembilan apabia menang dengan majoriti dua pertiga daripada 26 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.\n\n\nPH menang sebanyak 17 buah kerusi DUN dan BN menang di 14 buah kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) menang sebanyak lima buah kerusi"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/13/kita-harus-hormati-keputusan-rakyat-pm/", "title": "Kita harus hormati keputusan rakyat \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sehingga membawa kepada kemenangan di tiga negeri.\n\n\nPengerusi PH itu turut menghormati mandat yang diberi rakyat di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang telah memihak kepada pembangkang untuk mengekalkan kuasa.\n\n\nPada masa sama, Anwar yang juga Presiden PKR mengajak semua rakyat kembali bersilaturahim setelah semua keputusan pilihan raya diketahui.\n\n\n\u201cKeputusan ini adalah keputusan rakyat. Dalam sistem demokrasi kita harus hormat keputusan rakyat, hormat dalam erti kata bersedia menerima keputusan dengan baik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAU hanya dihadiri parti kompenan\n\n\n\n\n\n\nMenu Rahmah di IPT bermula selepas Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\nKOS INPUT TERNAKAN ANTARA FAKTOR PENGARUHI HARGA AYAM\n\n\n\n\n\n\nBuli Secara Emosi Perlu Diberi Perhatian \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nMangsa Banjir Boleh Mohon Kelonggaran Bayaran Semula\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau ada apa-apa permasalahan, perundangan dibuat mengikut perundangan dan peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.\n\n\n\u201cSetelah bersungguh-sungguh dan suhunya agak panas ini waktunya rakyat dari semua parti menang atau kalah harus bersilaturahim menjaga keamanan negara dan tumpukan perhatian mengangkat martabat negara dan bela nasib rakyat. Itu tumpuan kita,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat selepas menyaksikan keputusan pilihan raya bagi enam buah negeri di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur malam tadi.\n\n\nAnwar berkata, bagi pihak Kerajaan Persekutuan yang terus kekal dan kukuh selepas pilihan raya ini akan terus bertungkus-lumus bekerja dan berkhidmat sesuai dengan hasrat untuk membangun Malaysia dan Ekonomi Madani sebagaimana yang diumumkan baru-baru ini.\n\n\n\u201cInsya-Allah mulai Isnin kita akan terus bertugas bukan sahaja seperti biasa tetapi lebih tekun dan keras supaya negara ini akan mencipta kejayaan yang dibanggakan,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/13/muda-terima-kekalahan-dengan-hati-terbuka/", "title": "MUDA terima kekalahan dengan hati terbuka", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Presiden\u00a0MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas segala kesilapan dan percaya kekalahan kali ini akan mematangkan mereka sebagai pemimpin muda.\n\n\nAhli Parlimen Muar itu berkata, mereka perlu menerima dengan hati terbuka dalam melangkah ke hadapan.\n\n\n\u201dPilihan raya di enam negeri ini adalah langkah sulung dalam perjalanan MUDA yang masih panjang\u00a0 dan parti itu seharusnya menghormati mandat rakyat.\n\n\n\u201cSaya fikir calon-calon telah mencuba sebaik mungkin dan selaku Presiden MUDA, saya perlu melakukannya dengan lebih baik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat lulus RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023\n\n\n\n\n\n\nDana RM600 bilion: Tengku Zafrul belum dipanggil SPRM\n\n\n\n\n\n\nHarga Makanan Meningkat Ke Paras Tertinggi Sejak November 2011\n\n\n\n\n\n\nStatus empat Ahli Parlimen Sabah cetus tanda tanya\n\n\n\n\n\n\nTiada campur tangan dalam kes mahkamah libat Jemaah Menteri\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201dIni merupakan pengalaman yang memberikan pengajaran buat MUDA,\u201d katanya di Petaling Jaya, Selangor malam tadi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/13/peratusan-mengundi-rendah-kerajaan-akan-buat-post-mortem/", "title": "Peratusan mengundi rendah, kerajaan akan buat \u2019post mortem\u2019", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kerajaan\u00a0akan membuat\u00a0\u2019post mortem\u2019\u00a0susulan peratusan keluar mengundi yang dilaporkan rendah pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15.\n\n\nMenteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, usaha itu akan dibuat bagi memahami keadaan itu dengan lebih mendalam.\n\n\n\u201cDari segi\u00a0\u2019turn out\u2019\u00a0itu mungkin kita kena faham apa yang berlaku dan kita akan buat\u00a0\u2019post mortem\u2019\u00a0untuk memahami dengan lebih mendalam,\u201d katanya kepada pemberita.\n\n\nBeliau berkata demikian selepas mengikuti perkembangan keputusan pilihan raya di enam negeri bersama pimpinan Kerajaan Madfani yang lain di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nEmpat lokasi pantai di Pulau Pangkor dikesan terhakis teruk\n\n\n\n\n\n\nKes Dera Bella : diberi makan 20 cili padi seminggu\n\n\n\n\n\n\nMasa Belajar Pendidikan Islam Lebih Di SK Daripada SJK\n\n\n\n\n\n\n3 tahun tempoh 1,500 doktor kontrak dapat lantikan tetap \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nBersatu Sabah tiada akar umbi, bakal \u2018tutup kedai\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, jumlah keluar mengundi dilaporkan rendah apabila kebanyakan negeri mencatatkan peratusan sekitar 60 peratus.\n\n\nHanya Terengganu merekodkan 70 peratus, namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengeluarkan sebarang peratusan keluar mengundi rasmi terbaharu setakat ini.\n\n\nMengulas lanjut, Fahmi berkata, keputusan PRN kali ini bagaimanapun sudah dijangka.\n\n\nKatanya, perkara itu berdasarkan penelitian beberapa dapatan daripada firma-firma kaji selidik.\n\n\n\u201c(Jadi) banyak kaji selidik yang dilaporkan mempunyai banyak data tambahan dan kita akan ambil semua data ini untuk kita teliti,\u201d katanya.\n\n\nPada masa sama, Fahmi berkata, parti kerajaan akan meneliti usaha pihak kerajaan terutama dalam menyantuni rakyat dalam menyelesaikan masalah rakyat.\n\n\n\u201cJadi, masih awal untuk saya komen lebih daripada itu sebab banyak maklumat atau data belum ada di tangan, jadi, berikan sedikit masa dan saya percaya mungkin dalam masa beberapa hari (untuk beri pandangan),\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/13/pertama-kali-dalam-sejarah-terengganu-tiada-pembangkang/", "title": "Pertama kali dalam sejarah, Terengganu tiada pembangkang", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Buat pertama kali dalam sejarah politik baharu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tidak mempunyai pembangkang selepas Perikatan Nasional (PN) berjaya menyapu bersih 32 kerusi pada pilihan raya negeri yang berlangsung pada Sabtu.\n\n\nPerkembangan itu pasti akan membuka lembaran baharu dalam politik negeri itu apabila fungsi pembangkang sebagai semak dan imbang kepada kerajaan tidak berlaku dalam tempoh satu penggal ini.\n\n\nKeputusan pilihan raya di Terengganu menyaksikan PN yang bertanding menggunakan logo PAS bukan sahaja menang di semua kerusi ditandingi, malah turut merekodkan kemenangan dengan majoriti lebih tinggi.\n\n\nPAS Terengganu sebelum ini menyatakan keyakinan tinggi untuk menyapu bersih semua kerusi DUN pada pilihan raya kali ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Cukai pendapatan M40 dikurangkan\n\n\n\n\n\n\nPekebun Sayur Enggan Jawab Kenaikan Harga Sayur\n\n\n\n\n\n\nPemeriksaan kenderaan tidak lagi eksklusif kepada Puspakom\n\n\n\n\n\n\nCukup-cukuplah berpolitik, sekarang masa untuk bekerja \u2013 Pemangku Raja Pahang\n\n\n\n\n\n\nDasar Perumahan Negara akan dikaji semula\n\n\n\n\n\n\n\n\nKetika tsunami politik melanda negara termasuk Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018 lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 10 kerusi.\n\n\nAntara 10 kerusi yang dimenangi itu adalah DUN Kijal, Seberang Takir, Langkap, Kuala Besut, Hulu Besut, Telemung, Batu Rakit, Bukit Besi, Permaisuri dan Jertih.\n\n\nKeputusan kali ini juga menyaksikan dua bekas Menteri Besar iaitu Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman tewas kepada lawan masing-masing.\n\n\nAhmad tewas kepada Datuk Razali Idris dengan majoriti 3,758 undi selepas memperoleh 9,645 undi berbanding Razali yang menang besar dengan 13,403 undi. \u2013 SINARHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/13/ph-bn-pertimbang-fail-petisyen-pilihan-raya-bagi-empat-kerusi-amirudin/", "title": "PH-BN pertimbang fail petisyen pilihan raya bagi empat kerusi \u2013 Amirudin", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mempertimbang untuk memfailkan petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan beberapa kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 di Selangor semalam.\n\n\nPengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, antaranya ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Taman Medan, Gombak Setia dan Dengkil yang mana majoriti kemenangan adalah rendah.\n\n\nBeliau berkata, keputusan bagi empat kerusi tersebut menyaksikan PH-BN kalah dengan 407 undi di Dengkil, Sungai Kandis (167), Gombak Setia (58) dan Taman Medan (30).\n\n\n\u201cSelain majoriti yang rendah, kita juga ambil maklum ada beberapa hal boleh dipertimbang untuk dibuat petisyen, seperti kes kertas undi tidak dikembalikan di Sungai Kandis.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPentauliahan Mengajar Islam Aktivis Politik Ditarik Balik\n\n\n\n\n\n\nVernakular Gagalkan Perpaduan \u2013 PEMBELA\n\n\n\n\n\n\nKerajaan pimpinan Anwar, kerajaan separa perpaduan \u2013 Nik Ahmad Kamal\n\n\n\n\n\n\nDUN Selangor bubar 23 hari lagi\n\n\n\n\n\n\nPDRM nafi Datuk Ayob Khan miliki akaun TikTok\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPasukan peguam akan membuat penelitian lanjut mengenai kes di semua kerusi ini, sebagai pertimbangan dalam membuat petisyen,\u201d katanya pada sidang media majlis pengumuman keputusan PRN Selangor di Shah Alam malam tadi.\n\n\nSidang media itu turut disertai pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo; Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abd Aziz. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/13/pn-kemuka-nama-calon-mb-dalam-masa-terdekat-muhyiddin/", "title": "PN kemuka nama calon MB dalam masa terdekat \u2013 Muhyiddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan nama calon Menteri Besar baharu di ketiga-tiga negeri yang dimenangi gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri kali ini dalam masa terdekat.\n\n\nPengerusi PN yang juga Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini bagi mendapatkan perkenan daripada Sultan di negeri terbabit iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.\n\n\n\u201cSekiranya nama-nama itu telah diperkenankan, maka upacara angkat sumpah akan ditetapkan, mungkin dalam tempoh beberapa hari akan datang,\u201d katanya pada sidang media Shah Alam, Selangor matam tadi.\n\n\nTurut hadir, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man\u2019 Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai serta kepimpinan tertinggi gabungan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSijil pentauliahan bukan penghalang aktiviti belajar agama\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Isi rumah pendapatan bawah RM2,500 terima Sumbangan Tunai Rahmah\n\n\n\n\n\n\nTragedi Batang Kali: Tapak perkhemahan beroperasi secara haram sejak 2020\n\n\n\n\n\n\nKebebasan bersuara dalam UMNO sudah mati\n\n\n\n\n\n\nNegara wajar cari alternatif baharu hadapi krisis global \u2013 Sultan Nazrin\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada pilihan raya kali ini, PN menang di Kelantan, Terengganu dan Kedah selain kerusi Parlimen Kuala Terengganu serta 11 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, 22 di Selangor dan lima di Negeri Sembilan. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/13/polis-buka-240-kertas-siasatan-tahan-15-individu/", "title": "Polis buka 240 kertas siasatan, tahan 15 individu", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 240 kertas siasatan dengan 15 tangkapan berkaitan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 di enam negeri bermula 27 Julai hingga 12 Ogos.\n\n\nKetua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah itu melibatkan 1,951 laporan yang diterima pihaknya.\n\n\nMenurutnya, 78 kertas siasatan dibuka di Selangor diikuti masing-masing 42 di Pulau Pinang dan Kedah, Terengganu (34), Negeri Sembilan (25) dan Kelantan (19).\n\n\n\u201cDalam tempoh tersebut sebanyak 782 laporan diterima di Selangor, Terengganu (390), Kedah (293), Kelantan (265), Negeri Sembilan (135) dan Pulau Pinang (86).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPDRM nafi Datuk Ayob Khan miliki akaun TikTok\n\n\n\n\n\n\nBak Kut Teh makanan warisan? Kaji sensitiviti masyarakat dulu \u2013 Rais Yatim\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat tidak pernah bahas Laporan Ketua Audit Negara 2021 \u2013 PN\n\n\n\n\n\n\nYasin berdepan hukuman mati, mengaku tidak bersalah miliki, tanam ganja\n\n\n\n\n\n\nLRT Laluan Kelana Jaya Digantung Operasi 7 Hari\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSeramai 15 individu telah ditahan iaitu sembilan di Kedah dan masing-masing dua di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,\u201d katanya dalam kenyataan pada Ahad.\n\n\nBeliau berkata, sebanyak 4,506 permit telah diluluskan PDRM dalam tempoh berkempen dengan Kedah mencatatkan angka tertinggi iaitu 976 permit diikuti Selangor (933), Kelantan (882), Terengganu (768), Negeri Sembilan (495) dan Pulau Pinang (452).\n\n\nMengulas mengenai kes yang dilaporkan di hari pengundian pada 12 Ogos, Razarudin berkata, sebanyak 111 kertas siasatan dibuka daripada 181 laporan yang diterima melibatkan pelbagai kesalahan.\n\n\nUjarnya, kesalahan membabitkan Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana menggunakan kad pengenalan orang lain merekodkan laporan tertinggi iaitu 94 kes."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/13/umno-perlu-cari-naratif-formula-baharu-puad/", "title": "UMNO perlu cari naratif, formula baharu \u2013 Puad", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 UMNO disarankan supaya tidak lagi meletakkan calon yang kalah serta berusia 45 tahun ke atas pada pilihan raya akan datang.\n\n\nAhli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, parti berkenaan memerlukan naratif baharu yang sampai kepada pengundi bagi menarik perhatian mereka.\n\n\n\u201cSekali lagi UMNO berhadapan ujian berat. Menang 19 sahaja daripada 108 kerusi yang ditandingi. UMNO semakin hilang sokongan orang Melayu.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMisi Bantuan Banjir Aman Palestin Dan Kelab Perwira Malaysia\n\n\n\n\n\n\nKuala Lumpur mahu kesan penambakan kawasan Batu Puteh oleh Singapura diteliti\n\n\n\n\n\n\nMahkamah Tolak Permohonan Rosmah\n\n\n\n\n\n\nPerlu Siasatan Menyeluruh Banteras Pemalsuan Sijil\n\n\n\n\n\n\nPeniaga luah rasa kesal harga barang mentah meningkat\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cBukan mudah untuk UMNO mencari formula Baharu tetapi UMNO jangan panik seperti mahu tinggalkan Kerajaan Madani. Fokus agenda ekonomi rakyat dan ekonomi negara.\n\n\n\u201cMereka yang kalah dan berumur 45 tahun ke atas jangan bertanding lagi pada pilihan raya akan datang. Jawatan parti bukan tiket percuma jadi calon. Tampilkan ayam sabung tulen.\n\n\n\u201cMenteri UMNO mesti \u2018deliver\u2019. Elak rakyat meluat pada tingkah laku UMNO. Parti perlu naratif baharu yang sampai kepada pengundi,\u201d katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook hari ini.\n\n\nPakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menguasai tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 semalam.\n\n\nDi Negeri Sembilan gabungan PH-BN memperoleh 31 daripada keseluruhan 36 kerusi yang dipertandingkan di negeri itu.\n\n\nPulau Pinang juga menyaksikan kemenangan bagi PH-BN dengan memperoleh 29 daripada 40 kerusi yang ditandingi manakala di Selangor PH-BN menguasai kerajaan negeri dengan kemenangan di 34 kerusi daripada 56 yang dipertandingkan.\n\n\nBN hanya berjaya menang di 19 kerusi berbanding 108 kerusi yang ditandingnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/14/fadzli-hassan-nassuruddin-daud-calon-mb-timbalan/", "title": "Fadzli Hassan, Nassuruddin Daud calon MB, Timbalan?", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0\nDua nama bakal dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, bagi jawatan Menteri Besar Kelantan dan timbalannya, dan bakal mengangkat sumpah pada Selasa jam 3:00 petang esok.\n\n\nDua nama bakal dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke lima, bagi jawatan Menteri Besar Kelantan dan timbalannya.\n\n\nSetiausaha Agung Pas, \nDatuk Seri Takiyuddin Hassan memberi bayangan Menteri Besar Kelantan yang baharu dan timbalannya itu adalah mereka yang tidak membabitkan gabungan sedia ada dan tidak berusia 50-an.\n\n\nKatanya Menteri Besar adalah individu berpengalaman dan semestinya dipilih daripada salah seorang EXCO sebelum ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPAS akan tentukan tarikh bubar DUN di 3 negeri naungannya\n\n\n\n\n\n\nBekas ADUN Bukit Kayu Hitam meninggal dunia\n\n\n\n\n\n\nPenjadualan semula SPM 2022 bagi 533 calon bermula 16 Mac\n\n\n\n\n\n\nPeruntukan kepada Kelantan disekat kerana Anwar\n\n\n\n\n\n\nBawa pihak sorok bekalan gula ke muka pengadilan \u2013 CAP\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa k\nuasa mutlak Tuanku Sultan yang tidak perlu nasihat daripada mana-mana pihak jadi apa kami buat, ialah dapatkan\u00a0 nama untuk Tuanku lantik sesuai. Dijangka majlis mengangkat sumpah esok -\u201d\n\n\nMedia difahamkan di antara calon yang layak mengisi jawatan itu ialah Datuk \nDr Mohamed Fadzli Hassan, ADUN Temangan dan Datuk Mohd Nassuruddin Daud ADUN Meranti.\n\n\nMasing-masing berusia\u00a0 55, 58 dan 68 tahun.\n\n\nSemalam, Menteri Besar interim, Datuk Ahmad Yaakob berkata Menteri besar baharu akan mengangkat sumpah\u00a0 di Istana Balai Besar Kota Bharu pada Selasa jam 3:00\u00a0 petang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/14/gangguan-penumpang-paksa-mh122-berpatah-balik/", "title": "Gangguan penumpang paksa MH122 berpatah balik", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 Pesawat Malaysia Airlines MH122 yang berlepas ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia terpaksa berpatah balik berikutan gangguan daripada penumpang dalam pesawat.\n\n\nMalaysia Airlines dalam satu kenyataannya hari ini memaklumkan, pihak berkuasa tempatan sedang menilai situasi itu.\n\n\n\u201cDemi kepentingan keselamatan, komander penerbangan membuat keputusan untuk berpatah balik ke Sydney.\n\n\n\u201cPenerbangan itu membawa 194 penumpang dan lima kru selamat mendarat pada jam 3.47 petang waktu tempatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nWHO Beri Amaran Jangkitan Covid-19 & Penyakit Pernafasan Lain\n\n\n\n\n\n\nMekah Dari Tandus Kini Menghijau\n\n\n\n\n\n\nTentera Israel tembak mati dua rakyat Palestin di Tebing Barat\n\n\n\n\n\n\nCOVID-19: Kes kalangan kanak-kanak AS rekod lebih 10 juta\n\n\n\n\n\n\nLebih separuh tasik, takungan air di dunia semakin kering\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKeselamatan dan keselesaan kru dan penumpang kami adalah amat penting bagi Malaysia Airlines,\u201d menurut kenyataan itu.\n\n\nTerdahulu, portal berita antarabangsa melaporkan penerbangan Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur dari Sydney terpaksa berpatah balik susulan \u201cinsiden kecemasan\u201d di udara.\n\n\n\n\nMH122 berlepas dari Sydney pada jam 1.40 tengah hari dan mendarat semula pada jam 3.47 petang.\n\n\n\n\nVideo dikongsikan BERNAMA Radio, menyiarkan ciapan di Twitter X oleh individu yang didakwa berada dalam penerbangan MH122, menunjukkan kru penerbangan cuba menenangkan seorang lelaki yang menjerit kepada penumpang lain.\n\n\n\n\n#Tular\n Pesawat Malaysia Airlines MH122 yang berlepas ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia terpaksa\u00a0berpatah balik berikutan gangguan daripada penumpang di dalam pesawat.\nhttps://t.co/znYlGO36zu\n\n\n\ud83d\udcf9Awam \npic.twitter.com/zuX2gyNPp3\n\n\n\u2014 BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) \nAugust 14, 2023\n\n\n\n\nSementara itu, Polis Persekutuan Australia menerusi media sosialnya memaklumkan, pihaknya sedang bertindak terhadap kejadian kecemasan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney.\n\n\n\u201cKemas kini akan dikeluarkan pada masa yang sesuai,\u201d menurutnya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/14/mama-bantu-murid-tidak-boleh-membaca/", "title": "MAMA bantu murid tidak boleh membaca", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Kurangnya bahan bacaan yang praktikal dan sesuai untuk murid prasekolah, menjadi sebab utama Guru Bahasa, Nur Hidayah Rashidi, 39 tampil menghasilkan modul bacaan asas yang dinamakan sebagai Modul Asas Membaca Anakku (MAMA).\n\n\nNur Hidayah berkata, penghasilan MAMA juga berdasarkan penyelidikannya terhadap murid daripada keluarga B40 yang tidak boleh membaca.\n\n\n\u201cHasil kajian sendiri saya dapati selepas sesi persekolahan kembali pulih susulan COVID-19, terdapat segelintir anak-anak keluarga B40 yang tidak boleh membaca.\n\n\n\u201cMenerusi MAMA, mereka boleh membaca dalam tempoh sebulan sahaja,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUMNO sudah biasa dengan perpecahan \u2013 Penganalisis\n\n\n\n\n\n\nEPL dihenti seketika, beri ruang pemain berbuka puasa\n\n\n\n\n\n\nSabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Tanpa Ujian COVID-19\n\n\n\n\n\n\nBukan Sahaja Inggeris, Adibah Noor Pelopor Penggunaan Bahasa Melayu\n\n\n\n\n\n\nWisma Putra terima maklumat tiga rakyat Malaysia masih di Sudan\n\n\n\n\n\n\n\n\nNur Hidayah berkata, faktor kekurangan kemudahan dan bahan pembelajaran dikenal pasti sebagai faktor yang menyebabkan mereka tidak boleh membaca.\n\n\nJusteru katanya, beliau menghasilkan MAMA dengan kaedah yang boleh digunakan guru selain buku membaca dan menulis untuk murid.\n\n\nKatanya, menerusi kaedah itu murid akan dapat mengenal dan membaca suku kata dan perkataan selain ayat-ayat mudah dalam bahasa Melayu dengan lebih cepat.\n\n\nLebih membanggakannya modul yang dihasilkan itu juga sebelum ini pernah berjaya merangkul tiga pingat emas dan satu pingat khas dalam pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.\n\n\nNurhidayah yang kini sedang mengikuti pengajian doktor falsafah dalam bidang Pembelajaran Bahasa Melayu di Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya berkata, modul yang dihasilkan juga dibuat berdasarkan pengalaman dia sebagai penasihat akademik di salah sebuah tadika swasta.\n\n\n\u201cModul berkenaan mempunyai inovasi termasuk Kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK) dan teknik multisensori yang mampu membantu murid menguasai bacaan dengan pantas,\u201d katanya \u2013 Berita Harian"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/14/muda-psm-dan-prm-kalah-semua-kerusi-dipertandingkan/", "title": "MUDA, PSM dan PRM kalah semua kerusi dipertandingkan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 MUDA hilang wang deposit selepas semua kerusi yang ditandingi parti itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 semalam.\n\n\nPresiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya pertama di mana MUDA bergerak solo tanpa sokongan dan pakatan daripada parti politik lain.\n\n\nBagaimanapun, beliau beranggapan bahawa kekalahan pada pilihan raya di enam negeri semalam akan menjadi satu pengajaran yang berharga buat parti itu untuk mematangkan mereka.\n\n\n\u201cSesungguhnya ini adalah kali pertama MUDA bertanding berseorangan, ini bukan perkara yang mudah khusus dari sudut pendanaan, jentera tetapi ini adalah permulaan untuk kita untuk langkah yang lebih jauh kehadapan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerpecahan dalaman punca UMNO tenggelam ke dasar lautan\n\n\n\n\n\n\nKes cabar Mahkamah Syariah, BERJASA desak kerajaan bertegas\n\n\n\n\n\n\nEkonomi GIG meluas, pelajar tidak lagi minat ambil SPM\n\n\n\n\n\n\nJemaah Menteri setuju potong gaji 20 peratus setiap bulan\n\n\n\n\n\n\nKedudukan UMNO akan terjejas jika terus bersama DAP\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNamun, kami juga berpandangan ini merupakan cabaran dugaan yang perlu kami lalui sekarang.\n\n\n\u201cMUDA mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan akan terus membaiki serta meneruskan komitmen sebagai semak dan imbang bagi rakyat Malaysia sebab itu kekalahan hari ini akan terus mematangkan MUDA dalam matlamat dan misi kami, \u201d ujarnya.\n\n\nAntara calon MUDA yang tewas ialah Ketua Penerangan MUDA, Luqman Long dengan hanya memperoleh 372 undi dan Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi yang hanya memperoleh 1,834 undi di DUN Seri Serdang.\n\n\nPilihan raya kali ini turut merekodkan seramai 96 orang calon hilang wang deposit apabila gagal memperoleh 1/8 atau 12.5 peratus undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.\n\n\nDalam pada itu, dua parti kecil lain iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) juga gagal memenangi sebarang kerusi di Selangor."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/14/pas-tawan-32-kerusi-bn-ph-pulang-dengan-tangan-kosong/", "title": "PAS tawan 32 kerusi, BN-PH pulang dengan tangan kosong", "body": "0\n\n\nTERENGGANU, Ahad- Kegembiraan PAS pada Pilihan Raya Umum Undangan Dewan Undangan Negeri ke-15, masih lagi belum berakhir terutamanya selepas menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingan di Terengganu.\u00a0\n\n\nKini, kesemua 32 DUN yang terdapat di Terengganu menjadi milik PAS manakala parti lawan iaitu Barisan Nasional (BN) bersama Pakatan Harapan (PH) pulang dengan tangan yang kosong dan perasaan hiba.\u00a0\n\n\nAntara kerusi tumpuan yang dimenangi parti tersebut adalah DUN Rhu Rendang yang berada di bawah Parlimen Marang milik Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri sekaligus melayakkan beliau mengisi kerusi panas Menteri Besar.\n\n\nSelain itu, DUN Bandar antara kerusi yang turut menjadi perhatian apabila kerusi berkenaan ditandingi calon tunggal MUDA iaitu Luqman Long, namun\u00a0 tewas di tangan calon PAS, Ahmad Shah yang dahulunya memegang kerusi DUN Bandar selama lima tahun.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n100 Rumah Di Sandakan Musnah Dipukul Air Pasang\n\n\n\n\n\n\nKPM yakin subjek pilihan raya tidak pengaruhi murid\u00a0\n\n\n\n\n\n\nAmbil masa bertahun untuk selesai isu doktor kontrak \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023 lulus dengan undi suara\n\n\n\n\n\n\n\u2018Saya tidak bersalah, saya akan jawab pertuduhan di mahkamah\u2019 \u2013 Muhyiddin\n\n\n\n\n\n\n\n\nKemenangan itu turut dimenangi BERSATU di negeri tersebut, DUN Seberang Takir yang dimenangi Khazan Che, mengalahkan calon BN, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.\u00a0\n\n\nPAS juga berjaya menawan beberapa kubu kuat BN melibatkan Parlimen Besut iaitu DUN Kuala Besut, DUN Jertih dan Hulu Besut.\u00a0\n\n\nKemenangan besar itu kemudiannya dirai dengan bergaya oleh seluruh penyokong PAS di seluruh negeri Terengganu bersama kehadiran pucuk pimpinan mereka iaitu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.\u00a0\n\n\nLaungan kalimah takbir turut bergema di Dewan Tok Guru, Masjid Rusila yang menjadi tempat berlangsungnya pengumuman kemenangan kerusi-kerusi di 32 DUN berkenan.\u00a0\n\n\nPAS yang berada di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN di Terengganu, sekaligus membolehkan PAS mentadbir negeri itu tanpa kehadiran pembangkang."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/14/pemuda-umno-gesa-parti-keramat-orang-melayu-itu-berubah-untuk-kekal-relevan/", "title": "Pemuda UMNO gesa parti keramat orang Melayu itu berubah untuk kekal relevan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 UMNO hanya menang 19 daripada 108 kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15) semalam.\n\n\nJumlah itu menunjukkan UMNO bukan lagi parti yang menjadi pilihan rakyat walaupun selepas membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH).\n\n\nKetua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi beliau berkata, UMNO perlu berubah sekiranya tidak mahu parti itu terus terkubur dalam arena politik Malaysia.\n\n\nJelas Akmal, kekalahan UMNO lebih banyak menjadi buah mulut pengundi berbanding kemenangan parti lain, sekali gus menunjukkan masih ramai penyokong berharap perubahan dalam parti itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDUN Permatang : UMNO kecewa kerjasama dengan PH\n\n\n\n\n\n\nAnwar mengakui kerajaan pimpinannya ada kelemahan, tidak sempurna\n\n\n\n\n\n\nSatu sen tidak guna duit Sanusi bina rumah mewah\n\n\n\n\n\n\nKenyataan Mat Sabu hanya mengelirukan, cetus ketidakharmonian\n\n\n\n\n\n\nLabel Melayu malas dan mentaliti subsidi, slogan Tun M tidak masuk akal\n\n\n\n\n\n\n\n\nTambahnya, para pimpinan UMNO perlu bertindak segera dan membawa perubahan dalam gerak kerja parti untuk memperoleh semula kepercayaan rakyat.\n\n\nPada pilihan raya di enam negeri semalam, Perikatan nasional (PN) berjaya memenangi 146 kerusi, diikuti PH (80 kerusi) dan Barisan Nasional (BN) dengan 19 kerusi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/14/sanusi-selesai-angkat-sumpah-mb/", "title": "Sanusi selesai angkat sumpah MB", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada Isnin.\n\n\nMuhammad Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, di Alor Setar, pada\u00a0 jam 10.15 pagi ini.\n\n\nMuhammad Sanusi dilantik semula ke jawatan itu selepas PN mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu lepas.\n\n\nBeliau sebelum ini merupakan Menteri Besar Kedah yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan tersebut pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti ADUN ketika itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIPG tidak dapat kerana sudah terima elaun bulanan RM450\n\n\n\n\n\n\nHarga Ayam Di Kelantan Menurun\n\n\n\n\n\n\n\u2018Yang Mula Kata Pakat Ni Muhyiddin Dengan Hadi\u2019 \u2013 ANWAR\n\n\n\n\n\n\nTutup Sekolah Untuk Kekang Covid-19\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid sindir MB Terengganu bercuti ke luar negara\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada PRN kali ini, Muhammad Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah mempertahankan kerusi DUN Jeneri yang disandangnya sebelum ini, selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi.\n\n\nDilahirkan pada 4 Ogos 1974, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak antara 2008 hingga 2013.\n\n\nBeliau mula menjadi calon dalam pilihan raya sewaktu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) di kerusi DUN Belantek, namun tewas kepada calon BN, Datuk Mohd Tajudin Abdullah dengan majoriti 252 undi.\n\n\nPada PRU14, beliau bertanding di DUN Jeneri dan berjaya menewaskan dua calon lain iaitu Mahadzir Abdul Hamid (BN) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PKR) dengan majoriti 2,455 undi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/14/sejarah-tercipta-pembangkang-lenyap-di-terengganu/", "title": "Sejarah tercipta, pembangkang lenyap di Terengganu", "body": "0\n\n\nTERENGGANU, Ahad- \nTerciptanya sebuah sejarah setelah kerajaan Negeri Terengganu dinobatkan tiadanya pihak pembangkang selepas Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).\u00a0\n\n\n\n\nKemenangan itu sekaligus meranapkan peranan pembangkang di negeri, namun gabungan parti itu memberi jaminan bahawa kerajaan Negeri Terengganu masih boleh berjalan seperti biasa meskipun tanpa pembangkang.\u00a0\n\n\nEkoran itu, selaku Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata isu ketiadaan pembangkang ini bakal diselesaikan oleh pihaknya.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKeputusan status Islam, pengiktirafan terhadap Mahkamah Syariah\n\n\n\n\n\n\nDAP tidak pernah iktiraf Malaysia negara Islam, jelas tidak patuh syarat\n\n\n\n\n\n\nHawa nafsu mendorong penghasilan filem songsang \u2013 Pemerhati Politik\n\n\n\n\n\n\nCaruman KWSP 20 peratus hanya bebankan majikan\n\n\n\n\n\n\nAnwar: The Untold Story filem mengingatkan kesakitan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nKatanya, ini merupakan masa buat rakyat untuk\u00a0 mengkritik dan memberikan cadangan seumpama pembangkang kepada pihak kerajaan. .\u00a0\n\n\n\u201cSaya rasa kita kena lihat dari aspek yang positif,\u00a0 tentunya kerajaan akan mewujudkan backbencher yang bukan sekadar menyokong kerajaan, bahkan juga secara tersusun dapat mengkritik, serta memberikan cadangan kepada kerajaan, seumpama pembangkang jugalah, tapi dilihat dari segi positif ini yang akan dirangka oleh pihak kerajaan, bagaimana untuk menjadikan backbencers peranan yang sedemikian.\u201d\u00a0\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Tok Guru Rusila, pada Sabtu.\u00a0\n\n\nKetika diminta mengulas mengenai kerjasama negeri dan kerajaan persekutuan, beliau menjelaskan pihaknya bakal memperincikan beberapa rancangan dan tawaran yang boleh digandingkan bersama demi membaik pulih pentadbiran kerajaan negeri itu.\u00a0\n\n\n\u201c Bab ini kita akan, perincikan dalam satu majlis yang lain lah, sebab ini akan melibatkan, menawarkan beberapa perkara yang akan dilaksanakan selain, daripada janji manis manifesto bagaimana untuk menambah baik pentadbiran, bagaimana untuk menambah baik, kerajaan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, jadi beberapa perincian akan kita sebut dalam beberapa kabinet, negeri dan tentu akan ada majlis bersama dengan, pihak awam ataupun media.\n\n\nMalah katanya, kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai sebarang masalah serta lebih terbuka dengan kerajaan persekutuan dalam apa jua isu dan perkara.\u00a0\n\n\nJusteru pihaknya mengharapkan perkara yang sama daripada kerajaan pusat untuk lebih menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat Negeri Terengganu .\u00a0\n\n\nSebelum ini, Perikatan Nasional menang dengan bergaya iaitu sebanyak 32 kerusi berjaya dibolot manakala sisi lawannya pulang dengan tangan yang kosong sewaktu PRU DUN-15 kelmarin."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/14/terima-kasih-kepada-semua-pengundi-pm/", "title": "Terima kasih kepada semua pengundi \u2013 PM", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.\n\n\nMenerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyatakan akan terus mengenang sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan.\n\n\n\u201cTerima kasih kepada semua pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Saya hargai dan saya tidak lupa dukungan kalian,\u201d katanya dalam hantaran berkenaan.\n\n\nKeputusan PRN enam negeri menyaksikan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dimenangi PH dan Barisan Nasional yang membentuk kerjasama sebagai Kerajaan Perpaduan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRakyat tidak mahu suntikan RM1 billion, rakyat mahu KWSP bersasar\n\n\n\n\n\n\nTekanan Terhadap Pembelian Saham Keterlaluan\n\n\n\n\n\n\nKes mahkamah pemimpin PN tak lemahkan \u2018gelombang hijau\u2019\n\n\n\n\n\n\nMasjid, surau di Selangor perlu bebas propaganda politik \u2013 JAIS\n\n\n\n\n\n\nWaris Korban Banjir Dapat Sumbangan Rm10,000\n\n\n\n\n\n\n\n\nKelantan, Kedah dan Terengganu pula di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/14/umno-kalah-teruk-zahid-perlu-berundur/", "title": "UMNO kalah teruk, Zahid punca", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013\u00a0 UMNO perlu sedar bahawa kekalahan teruknya pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke -15 (PRU DUN KE 15) adalah satu tamparan yang hebat kepada parti dan ahli pimpinan tertinggi untuk menyingkirkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.\n\n\nAhli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz menyifatkan tindakan untuk menolak Timbalan Perdana Menteri itu daripada parti tersebut sebagai kesedaran yang terlewat.\n\n\nTun Faisal yang juga Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya berkata, beliau sudah lama menyedari faktor kekalahan teruk parti itu ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 disebabkan rakyat serta ahli akar umbi menolak Zahid sebagai pemimpin.\n\n\n\u201cIni benda kesedaran yang terlewat lah. Kesedaran yang tertangguh. Sebenarnya kalau ikutkan kepada Perikatan Nasional (PN), lebih baik kalau Zahid ada di situ. Maksudnya rakyat akan tolak lebih teruk lagi kan. \n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerkasa tarbiah Islam sebagai benteng unsur hedonisme tidak terkawal\n\n\n\n\n\n\nPH-BN ragui sokongan pengundi di kawasan masing-masing\n\n\n\n\n\n\nDAP beri bayangan tak akan serah kerusi kepada BN\n\n\n\n\n\n\nPenganalisis ramal PN mampu tawan 9 kerusi DUN P. Pinang\n\n\n\n\n\n\nPuad dakwa Muhyiddin sedia kerjasama dengan Tun M sebab wang\n\n\n\n\n\n\n\n\nTapi nak kekal pun tak apa, tiada masalah. Tapi dari segi ahli-ahli UMNO, memang daripada dulu lagi waktu saya masih ahli UMNO, saya dah bagitau sebenarnya faktor PRU-15, rakyat tolak Zahid. Itu faktor yang paling utama.\n\n\n\u201cDan apabila Pakatan Harapan (PH) bawa pula Zahid masuk dalam kerajaan, sebenarnya mereka pun terpaksa menanggung beban. Mereka juga kena tempias. Jadi kalau tengok prestasi mereka juga makin teruk. Sebab, ramai juga yang mengundi Pakatan Harapan ini sebenarnya tidak suka pada Zahid,\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, Bekas Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh dalam satu hantaran ringkas di Facebook berkata, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN perlu meletakkan jawatannya.\n\n\nKatanya, UMNO kalah teruk di pilihan raya negeri semalam, dan tumbang 100 peratus di negeri Terengganu.\n\n\nAhli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi juga menulis di laman Facebook beliau bahawa parti berkenaan memerlukan naratif baharu bagi menarik perhatian pengundi dan tidak meletakkan calon yang kalah serta berusia 45 tahun ke atas dalam pilihan raya akan datang.\n\n\nDalam perkembangan lain, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil pula menggesa pimpinan parti itu mengambil tindakan segera untuk mengembalikan semula kepercayaan pengundi.\n\n\nBarisan Nasional\u00a0 mencatatkan persembahan merudum , 17.5 peratus pada\u00a0 Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri semalam, apabila hanya berjaya mencapai kemenangan hanya 19\u00a0 daripada 108 kerusi\u00a0 yang dipertandingkan.\n\n\nDi\u00a0 Kedah, daripada 15 kerusi dipertandingkan UMNO gagal mendapat sebarang kerusi.\n\n\nManakala di negeri pantai timur Kelantan dan Terengganu menyaksikan masing-masing, BN mendapat hanya satu kerusi daripada 30 kerusi ditandngi serta tiada kemenangan di Terengganu.\n\n\nManakala di Selangor hanya dua daripada 12 pencalonan.\n\n\nNasib di Negeri Sembilan,\u00a0 BN mencatat kecemerlangan dengan menang 14 kerusi dan kalah 3 kerusi.\u00a0\n\n\nManakala di Pulau pinang, jumlahkerusi kalah ialah 4 dan 2 lagi mencatat kemenangan.\n\n\nPerikatan Nasional (PN) berjaya memenangi 146 kerusi, diikuti PH (80 kerusi) dan Barisan Nasional (BN) dengan hanya 19 kerusi."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/15/ahmad-samsuri-angkat-sumpah-menteri-besar-terengganu/", "title": "Ahmad Samsuri angkat sumpah Menteri Besar Terengganu", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu hari ini.\n\n\nAhmad Samsuri, 53, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Terengganu, melafaz sumpah memegang jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, di Kuala Terengganu kira-kira jam 3.18 petang.\n\n\nBeliau dilantik semula ke jawatan itu selepas PN menyapu bersih 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, Sabtu lalu.\n\n\nTurut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Terengganu itu ialah Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCadangan KWSP sebagai cagaran pinjaman tidak wajar \u2013 Kesatuan Pekerja\n\n\n\n\n\n\nIsu arak : Exco DAP tidak perlu melatah \u2013 Fayhsal\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tergesa-gesa pinda Hukuman Mati Mandatori\n\n\n\n\n\n\nKutipan tol Lebuhraya DASH bermula tengah malam ini\n\n\n\n\n\n\nJangan sentuh isu agama, raja, kaum pada PRN di enam negeri\n\n\n\n\n\n\n\n\nMajlis tersebut turut dihadiri barisan kepimpinan kerajaan PN.\n\n\nAhmad Samsuri mempertahankan kerusi DUN Ru Rendang pada PRN Terengganu untuk dua penggal berturut-turut.\n\n\nBeliau yang juga Naib Presiden PAS mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,286 undi selepas memperoleh 20,927 undi, manakala Suhaimi mendapat 3,641 undi.\n\n\nBuat pertama kali dalam sejarah politik baharu, DUN Terengganu tidak mempunyai pembangkang selepas PN berjaya menyapu bersih 32 kerusi pada PRN yang berlangsung pada Sabtu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/15/akaun-disekat-tv-pertiwi-tuntut-penjelasan-pihak-pengurusan-tiktok-dan-kerajaan/", "title": "Akaun disekat, TV Pertiwi tuntut penjelasan pihak pengurusan TikTok dan kerajaan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 \nTV Pertiwi\n ingin memaklumkan bahawa akaun rasmi TikTok TV Pertiwi telah disekat dan dipadam bermula hari ini.\n\n\nBerdasarkan notis yang diterima, \nTV Pertiwi\n dimaklumkan bahawa alasan disebalik tindakan itu adalah disebabkan beberapa pelanggaran syarat.\n\n\nBagaimanapun, pihak \nTV Pertiwi\n ingin mempersoalkan tindakan ini kerana pihak kami tidak diberikan penjelasan secara jelas.\n\n\nUntuk makluman, akaun TikTok TV Pertiwi sebelum ini mempunyai lebih 63,000 \nFollower\n serta lebih 600,000 \nLikes\n yang mana kandungan disiarkan adalah berdasarkan temu bual panel-panel jemputan berhubung isu semasa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSaksi pendakwaan ke-15 kata 40 penghantaran duit dibuat sendiri ke rumah Zahid\n\n\n\n\n\n\nBERJASA masih perlu RM50,000 bantu mangsa gempa bumi Turkiye-Syria\n\n\n\n\n\n\nPemberian ubat PrEP galakkan aktiviti LGBT\n\n\n\n\n\n\nTambang MRT2 percuma sehingga 31 Mac\n\n\n\n\n\n\nTiga Jawatan TPM Bakal Dimasukkan Dalam Manifesto BN Sabah \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\nTV Pertiwi\n menggesa pihak pengurusan TikTok dan kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Digital tampil menjelaskan perkara ini kerana sekatan ini hanya berlaku di TikTok sedangkan kandungan sama tidak dikenakan apa-apa tindakan di Facebook atau YouTube mahupun pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).\n\n\nTV Pertiwi\n selaku sebuah organisasi media bebas sewajarnya diberikan keadilan dan berhak menyiarkan kandungan termasuk mengkritik kerajaan dengan menggunakan hak kebebasan bersuara.\n\n\nSetakat jam 1.45 petang, \nTV Pertiwi\n masih menunggu maklum balas dari pihak TikTok. Buat masa ini, \nTV Pertiwi\n telah mencipta satu lagi akaun untuk memuat naik kandungan terkini menerusi \n@tvpertiwi2\n."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/15/dap-dambakan-sokongan-orang-melayu-demi-kepentingan-survival-politik/", "title": "DAP dambakan sokongan orang Melayu demi kepentingan survival politik", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa- \nKetua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan mendedahkan, DAP kini mendambakan sokongan orang Melayu demi kepentingan survival politik mereka.\u00a0\n\n\nIni kerana, selepas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15), DAP secara tiba-tiba menggesa MUDA untuk menimbang semula idea menyertai parti itu akibat kekalahan teruk yang dihadapi MUDA pada pilihan raya Sabtu lalu.\u00a0\n\n\n\u201cPasca PRU ini tiba-tiba Lim Kit Siang meminta, menyuarakan untuk bersatu bersama DAP, sebagai survival politik pada masa akan datang,\u00a0 dengan alasan (MUDA) kehilangan deposit di semua kerusi, untuk mengajak\u00a0 MUDA terlibat dengan politik DAP. \u201c\n\n\n\u201cSaya melihat DAP memerlukan (MUDA) untuk survival politik mereka serta memerlukan sokongan orang Melayu, dan saya melihat juga mengajak muda untuk terlibat sama, kerana menganggap parti Melayu dianggap sudah tidak bernyawa dan tiada pulangan politik kepada DAP.\u201d katanya.\u00a0\n\n\nKetua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan\n\n\nJelas Fahmi Bazlan, DAP mula melihat ruang untuk bergandingan dengan MUDA apabila sokongan orang Melayu beralih kepada MUDA kerana parti Melayu dianggap sudah tidak bernyawa malah tiada pulangan politik.\u00a0\n\n\nDalam perkembangan yang sama, beliau turut memuji tindakan dan penampilan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang begitu kompeten dalam mengajak cakna anak muda untuk menyertai politik.\u00a0\n\n\nBeliau turut menyifatkan, kaum Cina kini mempunyai kesedaran yang tinggi untuk keluar mengundi kerana mahu\u00a0 mengukuhkan kuasa dan kepentingan mereka di negara ini.\u00a0\n\n\n\u201cPada saya, dari segi, kesedaran pilihan raya, kesedaran pollitik, kesedaran membina kuasa, memperkukuhkan kuasa dan menjaga, kepentingan masyarakat Cina mereka lagi, jauh ke depan.\u201d\u00a0\n\n\n\u201cJadi kalau kita perasan, sepanjang PRN berlangsung, kempen pilihan raya dalam kalangan Cina ini sangat ketara, di mana mereka ini keluar beramai-beramai untuk, mengundi daripada semuda-muda umur sampai lah, ketua- ketua umur, dan daripada yang berada di\u00a0 luar negeri, di luar negara sehinggalah, yang berada di dalam negara, tetapi berbeza negeri, mereka sanggup bergegas, pulang ke kawasan masing-masing untuk, mengundi.\u201d\u00a0\n\n\n\u00a0\nSebelum ini, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menggesa MUDA untuk menimbangkan semua idea berganding bersama DAP setelah kalah di semua 19 kerusi yang ditanding dan hilang deposit."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/15/lim-kit-siang-sindir-gesaan-muhyiddin-desak-anwar-zahid-berundur/", "title": "Lim Kit Siang sindir gesaan Muhyiddin desak Anwar, Zahid berundur", "body": "0\n\n\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Pemimpin veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang geli hati dengan desakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, \u00a0supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN).\n\n\n\n\n\n\nKit Siang secara sinis mempertikaikan tindakan Muhyiddin yang dilihat sibuk meminta pemimpin lain meletakkan jawatan, sedangkan bekas Perdana Menteri itu tidak berani mengambil tindakan sama walaupun PN tidak mencapai sasaran untuk membentuk pentadbiran semua enam negeri pada PRN, semalam.\n\n\n\u201cSaya berasa geli hati dengan gesaan Muhyiddin yang meminta Anwar meletakkan jawatan, namun beliau sendiri tidak meletakkan jawatan walaupun sebelum ini secara gah menyatakan PN boleh menang 5-1, jika tidak 6-0 dalam PRN.\n\n\n\u201cTambahan pula, adakah Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri apabila UMNO kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13),\u201d katanya.\n\n\nKit Siang berkata demikian dalam blognya pada Ahad.\n\n\n\n\n\n\nKelmarin, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU, mendesak Anwar dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan serta-merta.\n\n\nMuhyiddin dilaporkan berkata, ia susulan kejayaan besar PN meraih sokongan pengundi Melayu dalam PRN, sekaligus menandakan bahawa gabungan itu adalah wadah utama politik bangsa Melayu pada masa kini.\n\n\n\n\nMelalui keputusan PRN, semalam, PN berjaya meraih 146 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada keseluruhan 245 kerusi dipertandingkan, Pakatan Harapan (80 kerusi) dan Barisan Nasional (19 kerusi)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/15/pamer-kertas-undi-polis-akan-panggil-sanusi-beri-keterangan/", "title": "Pamer kertas undi, polis akan panggil Sanusi beri keterangan", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Polis akan memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk memberi keterangan susulan tindakannya mempamerkan kertas undi pada 12 Ogos lalu.\n\n\nMenurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain tarikh dan masa Muhammad Sanusi dipanggil akan dimaklumkan kemudian.\n\n\nUjar beliau, polis akan menyiasat kes berkenaan selaras dengan laporan yang diterima berhubung pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturan yang berkaitan.\n\n\n\u201cKita akan menyiasat kes itu. Bagi peluang polis siasat dulu, ambil keterangan dan semua (proses).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nIsa Samad kembali ke pangkuan UMNO\n\n\n\n\n\n\nHapuskan Kuasa Kecualikan Bahasa Kebangsaan Di Sek Vernakular\n\n\n\n\n\n\nPemborong Ayam Dikenakan Siasatan\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Rasmi Program Jualan Keluarga\n\n\n\n\n\n\nPenjara, sebatan hukuman gantian paling sesuai bagi 11 kesalahan mati mandatori\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita menyiasat bila ada laporan. Kalau bagi saya (kes berkenaan) boleh disiasat di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya di bawah Seksyen 5(1), Seksyen 26 (1)(g) Seksyen 19(1)(m) yang ini di bawah Peraturan- Peraturan Pilihan Raya juga Seksyen 19(7).\n\n\n\u201cKita akan lihat menerusi seksyen-seksyen ini, kalau tidak ada kesalahan, tidak adalah,\u201d katanya ketika sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baru, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Mes Pegawai Bukit Aman.\n\n\nTurut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.\n\n\nMenurut Razarudin, hasil laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara sebagai pihak yang berkuasa memutuskan sama ada Muhammad Sanusi layak didakwa atau sebaliknya.\n\n\n\u201cBagi menuduh atau tidak bukan pihak kita tapi Peguam Negara dan kita juga mempunyai cadangan-cadangan bila kita hantar kepada Pejabat Peguam Negara dengan melihat semua keterangan yang ada dengan seksyen-seksyen yang bersesuaian.\n\n\n\u201cSaya bersama 10 pengarah dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM),\u00a0anggota dan pegawai tidak akan aniaya orang. Apa juga siasatan kita ke arah keterangan dan kita angkat kepada AGC bukan kita tambah keterangan yang tiada,\u201d jelasnya.\n\n\nSementara itu, beliau berkata, polis juga akan menyiasat semua laporan berkenaan penyalahgunaan kad pengenalan individu lain semasa Pilihan Raya Negeri (PRN15) baru-baru ini.\n\n\n\u201cMasih dalam siasatan dan perkara ini telah berlaku setiap kali pilihan raya jadi siasatan akan diteruskan,\u201d tambahnya.\n\n\nSebanyak 94 laporan polis diterima berhubung kesalahan salah guna kad pengenalan pada hari pembuangan undi sempena PRN di enam negeri pada Sabtu lalu.\n\n\nLaporan tertinggi kesalahan itu di Selangor sebanyak 48 kes, diikuti Pulau Pinang (20), Negeri Sembilan (enam), Kelantan (dua) dan sembilan kes masing-masing di Kedah serta Terengganu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/15/pas-pertimbang-fail-petisyen/", "title": "PAS pertimbang fail petisyen", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 PAS tidak menolak berkemungkinan untuk memfaikan beberapa petisyen pilihan raya terhadap keputusan dan laporan pertikaian\u00a0 yang diterima parti itu pada Pilihan Raya Negeri Sabtu lalu.\n\n\nSetiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, PAS akan meneliti keputusan itu dan petisyen akan dibuat dalam waktu terdekat.\n\n\nMemetik BERNAMA, beliau bagaimanapun enggan menyatakan kawasan yang didakwa berlaku pertikaian terbabit.\n\n\n\u201cPas percaya perjalanan proses pilihan raya yang baik, teratur dan aman adalah ciri penting sebuah masyarakat dan negara yang matang dan demokratik.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRM600,000 paras simpanan ideal untuk hidup selesa selepas bersara\n\n\n\n\n\n\nAhli Parlimen, ADUN sepatutnya dilarang pegang jawatan dalam GLC\n\n\n\n\n\n\nKelibat Ismail Sabri tak kelihatan pada taklimat Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nTun M yakin Anwar dalang lokasi penganjuran Proklamasi Melayu dibatalkan\n\n\n\n\n\n\nTindakan Muda tanding solo PRN sia-sia \u2013 Tun M\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cIa juga adalah petunjuk kepada kesediaan semua pihak untuk mendaulatkan suara dan kehendak rakyat dalam pemilihan wakil mereka, sekalipun keputusan yang dibuat mungkin tidak memihak kepada kita,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.\n\n\nPada PRN Sabtu lalu, Perikatan Nasional (PN) berjaya mempertahankan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu dengan menyapu bersih semua 32 kerusi DUN di Terengganu selain memenangi 43 daripada 45 kerusi di Kelantan dan 33 daripada 36 kerusi di Kedah.\n\n\nTakiyuddin berkata, Pas bersama PN komited dan akan meneruskan agenda serta khidmat terbaik untuk semua rakyat di negeri-negeri yang berada di bawah pentadbiran PN.\n\n\n\n\n\n\n\u201cPada masa sama Pas akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab serta konstruktif di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN),\u201d katanya. \u2013"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/15/peguam-negara-rayu-keputusan-pembebasan-muhyiddin/", "title": "Peguam Negara rayu keputusan pembebasan Muhyiddin", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Jabatan Peguam Negara akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta.\n\n\nPengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, notis rayuan akan difailkan petang ini.\n\n\n\u201cPihak pendakwaan akan mengemukakan permohonan agar perbicaraan di Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram, ditangguhkan,\u201d ujar beliau ketika ditemui wakil media selepas prosiding di Mahkamah Tinggi.\n\n\nTerdahulu, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin melepas dan membebaskan Muhyiddin daripada keempat-empat pertuduhan salah guna kuasa selepas membatalkan pertuduhan itu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPejuanita gesa kerajaan bendung budaya songsang\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Laksana Program Dermasiswa TVET Untuk Pelajar B40\n\n\n\n\n\n\nMAQIS sita 25 tan dada ayam Thailand dengan sijil halal diragui\n\n\n\n\n\n\nBomba Giat Cari Tujuh Mangsa Hilang Di Pahang\n\n\n\n\n\n\nTiada saksi mata tengok kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berpuas hati, keempat-empat pertuduhan adalah cacat, tidak berasas dan kabur kerana tidak mendedahkan butiran kesalahan iaitu suapan bagi sekutunya BERSATU.\n\n\nSementara itu, Muhyiddin ketika ditemui media berkata, pertuduhan terhadapnya bermotifkan politik sedangkan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.\n\n\n\u201cSaya bersyukur dan akan terus berusaha menjelaskan kepada khalayak umum tentang apa yang dibuat oleh pihak tertentu untuk menganiaya saya dan hari ini terbukti pertuduhan-pertuduhan itu adalah palsu, tidak benar dan tidak langsung menepati undang-undang untuk dibicarakan.\n\n\n\u201cTerima kasih kepada semua, isteri saya yang memberi semangat dan lepas ini kita akan terus berjuang bersama BERSATU untuk menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran, ini akan memberikan semangat khususnya kepada saya dan rakan-rakan lain untuk terus berjuang menentang kezaliman penyalahgunaan kuasa rasuah dan sebagainya,\u201d kata Ahli Parlimen Pagoh itu. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/16/azalina-akui-bn-ph-kurang-bersedia-dalam-perang-media-sosial/", "title": "Azalina akui BN-PH kurang bersedia dalam perang media sosial", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mengakui, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) tidak bersedia dalam peperangan media sosial ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 lalu.\n\n\nBeliau berkata, BN-PH masih menggunakan pendekatan konservatif untuk berkempen seperti pergi rumah ke rumah serta berceramah secara fizikal di tempat awam.\n\n\n\u201cPH dan BN mewujudkan kempen yang bersih, kita ikut syarat tetapi kalau tengok parti lawan, tidak pasang bendera besar, kenderaan pun tak pernah tengok.\n\n\n\u201cKalau nak kira satu persatu, ini bukan tradisi pilihan raya yang sebenarnya dan BN tidak pernah (ubah) tradisi sedemikian,\u201d katanya pada program diskusi \u2018Analisa PRN 2023 Di Mana Silapnya?\u2019 yang disiarkan di laman sosial UMNO Online hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSolat sunat gerhana matahari diadakan tengah hari ini\n\n\n\n\n\n\nWaris Korban Banjir Dapat Sumbangan Rm10,000\n\n\n\n\n\n\nBicara rakyat Malaysia di Guantanamo Bay, ditangguh lagi \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nPadah tukar eBelia kepada wang tunai, pelajar berputih mata\n\n\n\n\n\n\nJumlah Mangsa Banjir Terus Menurun, Bawah 40,000 Orang\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam pada itu, Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata, peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar ditukar sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang agar definisi kempen dapat diperhalusi sesuai dengan penggunaan platform media sosial.\n\n\nBeliau menjelaskan, pengiklanan politik yang tidak terkawal boleh menyebabkan makna sebenar berkempen dalam pilihan raya tidak capai objektifnya.\n\n\n\u201cKita mesti membezakan kerajaan dengan parti politik. Iklan di TikTok (berbayar) kalau nak capai 10 juta hingga 100 juta pengguna. Saya nak tanya, adakah itu \u2018fairplay\u2019 dalam makna sebenar pilihan raya.\n\n\n\u201cKita dah menggunakan pilihan raya sebagai platform perniagaan dan keduanya, kita gunakan platform pengiklanan sebagai pilihan raya.\n\n\n\u201cKalau tawarkan seorang calon, kita nak dia berkhidmat lima tahun, bukan nak penjenamaan atau jual \nbrand\n. Kita jual perkhidmatan, itu sebabnya mungkin PH dan BN adalah satu parti politik yang tradisional, menggunakan tradisi kempen,\u201d ujarnya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/16/menteri-agama-nafi-dakwaan-malaysia-ke-arah-negara-sekularisme/", "title": "Menteri Agama nafi dakwaan Malaysia ke arah negara sekularisme", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Dakwaan Malaysia kini ke arah negara sekularisme adalah tidak berasas dan bersifat provokatif.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar menegaskan, pendirian Malaysia konsisten sejak dahulu dengan Islam sebagai agama bagi Persekutuan serta agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.\n\n\n\u201cSebarang dakwaan Malaysia kini ke arah sekularisme atau menakut-nakutkan rakyat bahawa gerakan dakyah agama lain ke atas umat Islam dibenarkan atau digalakkan adalah tidak benar sama sekali serta berniat jahat bagi menghasut serta mengeruhkan hubungan aman, damai dan harmoni di antara masyarakat pelbagai kaum, etnik dan agama,\u201d katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar\n\n\nMohd Na\u2019im berkata, semua parti politik yang sah di Malaysia menerima prinsip asas Perlembagaan di negara ini yang mengiktiraf serta melindungi kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam, hak keistimewaan Melayu dan bumiputera serta kedudukan bahasa Melayu.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPendakwa Raya Fail Afidavit Bukti Baharu Tiada Kaitan Elemen Kes Jenayah Rasuah Najib\n\n\n\n\n\n\nKhairy mula tugas di Hot FM 15 Februari ini\n\n\n\n\n\n\nSanusi perlu taubat nasuha \u2013 Ahmad Zahid\n\n\n\n\n\n\nTanding jawatan lain, bukan Presiden dan Timbalan \u2013 Khir Toyo\n\n\n\n\n\n\nTak puas hati kalah, anak Presiden UMNO lapor Jawatankuasa Pemilihan\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKita boleh berbeza pendapat tentang idea, dasar dan pentadbiran tetapi janganlah semata-mata bermusuhan kerana identiti, kaum dan agama. \n\n\nPerbuatan terus-menerus menghasut dan mengajak kepada kebencian serta permusuhan serta mencabuli larangan 3R (institusi raja, kaum dan agama) adalah perbuatan amat tidak bertanggungjawab serta melanggar prinsip Islam,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/16/muhyiddin-bebas-empat-tuduhan-rasuah-ini-ulasan-peguam/", "title": "Muhyiddin bebas empat tuduhan rasuah, ini ulasan peguam", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 \nMahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa melepas dan membebaskan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas empat tuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.\n\n\nHakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan tersebut.\n\n\nBagaimanapun, keputusan mahkamah tersebut menimbulkan pelbagai persoalan sehingga Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada hari sama berhubung keputusan itu.\n\n\nSusulan itu, \nTV Pertiwi\n menghubungi Pengamal Undang-Undang, Haniff Khatri Abdulla bagi mendapatkan ulasan lanjut mengenai kes tersebut.\n\n\nPengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla.\n\n\n\u201cDalam kes Tan Sri Muhyiddin Yassin, memang perbicaraan keempat-empat pertuduhan salah laku jenayah tersebut sedang dan telah dimulakan perbicaraan di Mahkamah Sesyen dan terdapat lagi dua pertuduhan berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA) iaitu akibat daripada pertuduhan jenayah asal tersebut.\n\n\n\u201cTetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, sekiranya pertuduhan yang dibawa oleh orang yang dituduh itu dikatakan tidak jelas, sehingga pembelaan mungkin tidak tahu apakah pertuduhan sebenar terhadapnya dan menyusahkan, menyukarkan untuk dia menampilkan pembelaan-pembelaan kerana ketidak jelasan tersebut, maka permohonan untuk membatalkan pertuduhan boleh dibuat. \n\n\n\u201cApabila perkara itu sampai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang diputuskan, mahkamah telah bersetuju dengan pendapat pihak Muhyiddin bahawa pertuduhan itu dari sudut perundangannya seperti yang diperlukan di bawah Kanun Tatacara Jenayah memang tidak jelas untuk membolehkan beliau menampilkan pembelaan-pembelaan yang kukuh dari sudut mahkamah. Maka mahkamah berpendapat, seadanya pertuduhan itu ia perlu dibatalkan,\u201d katanya.\n\n\n\u00a0\n\n\nTan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pertuduhan itu bermotifkan politik.\n\n\nAPAKAH MAKSUD \u2018DILEPAS\u2019 DAN \u2018DIBEBASKAN\u2019 DALAM KES MUHYIDDIN?\n\n\n\u201cKeputusan Mahkamah Tinggi\u00a0 ini bukan perkara yang am tetapi tidak pelik sebab jangan kita lupa, perbicaraan telah bermula di Mahkamah Sesyen dan perbicaraan sedang berjalan di mahkamah tersebut pada ketika itu. Jadi mahkamah boleh berpendapat bahawa perbicaraan telah bermula, maka keterangan telah dimajukan atas pertuduhan yang tidak sah, pertuduhan yang cacat, maka perintah yang wajar seperti mahkamah berikan adalah pembebasan. Jadi itu perkara yang dalam budi bicara mutlak mahkamah, selepas\u00a0 mengambil kira segala alasan, segala tahap perbicaraan di situ.\n\n\n\u201cKalau pun pihak pendakwa raya terima keputusan Mahkamah Tinggi dan mereka mahu membuat pertuduhan baharu terhadap Muhyiddin berpandukan keempat-empat pertuduhan jenayah tersebut, mereka tidak boleh sekarang membuat pertuduhan baru, mereka tidak boleh bawa Muhyiddin ke mahkamah di atas fakta pertuduhan yang sama kerana mahkamah telah memberi pembebasan,\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nJabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada Selasa berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.\n\n\nJABATAN PEGUAM NEGARA KEMUKA RAYUAN PEMBEBASAN MUHYIDDIN. KOMEN TUAN?\n\n\n\u201cOleh kerana mahkamah membatalkan pertuduhan, mahkamah memberikan pembebasan, oleh kerana itulah pihak pendakwa raya mengatakan mereka ingin merayu sebab besar kemungkinan, mereka bukan sahaja tidak berpuas hati dengan pembatalan pertuduhan tetapi mereka lebih tidak puas hati dengan pembebasan. \n\n\n\u201cKalau mahkamah buat pelepasan, mereka mungkin tiada masalah, mereka mungkin akan membuat pertuduhan baharu dan membawa semula Muhyiddin ke mahkamah. Jadi sebab itu mereka merayu. Sehingga perkara itu selesai, sehingga rayuan itu di dengar, yang penting rakyat kena faham adalah, Muhyiddin sebenar-benarnya didapati tidak bersalah, bukan sahaja pertuduhan dibatalkan, tetapi beliau dibebaskan. \n\n\n\u201cJika perintah ini diketepikan sehingga itu kita kena terima dan rakyat kena hormat keputusan mahkamah bahawa beliau tidak bersalah di atas semua pertuduhan salah guna kuasa.\n\n\n\u201cMerayu boleh macam mana pihak pendakwaan kata nak merayu tetapi sehingga rayuan itu didengar dan jika rayuan itu dibenarkan sepenuhnya atau pun sebahagiannya iaitu jika dibatalkan perintah pembebasan, maka barulah pihak pendakwa raya boleh memulakan semula terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin,\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nADAKAH KEPUTUSAN INI MEMBERI KESAN KEPADA DUA LAGI KES AMLA DIHADAPI MUHYIDDIN?\n\n\n\u201cUntuk kefahaman rakyat, pertuduhan AMLA ini tidak berdiri di atas kakinya sendiri, pertuduhan AMLA adalah pertuduhan \nsecondary\n, AMLA mesti ada pertuduhan jenayah \nprimary\n iaitu kena ada \npredicat offense\n iaitu mana-mana satu atau gabungan empat pertuduhan salah guna rasuah itu mesti dibuktikan dahulu sebelum hasil jenayah itu dikatakan gubahan wang haram.\n\n\n\u201cSekarang ini mahkamah telah membatalkan empat pertuduhan \nprimary\n maka secara automatiknya, sememangnya pihak pendakwa raya tidak mungkin boleh meneruskan dengan dua pertuduhan lagi. Saya percaya sebab itu ihak pendakwa raya yang bertugas iaitu Wan Shahruddin telah memaklumkan beliau akan memohon menyentuh perbicaraan AMLA dahulu sehingga rayuan dibuat,\u201d katanya.\n\n\n\u00a0\n\n\nPENGHAKIMAN BERTULIS PENUH DARIPADA MAHKAMAH DINANTIKAN\n\n\n\u201cM\nasalah dalam kes ini adalah saya difahamkan oleh pihak media bahawa alasan penghakiman bertulis belum diterima lagi, jadi saya percaya lebih wajar untuk kita menilai alasan-alasan kukuh kenapa mahkamah memberi perintah untuk membatalkan perintah pertuduhan itu dan kedua kenapa mahkamah memberikan perintah pembebasan, bukan sahaja pelepasan kerana dengan pembebasan, sememangnya pendakwa raya tidak boleh membawa kes ini langsung dengan mana-mana pembetulan pertuduhan terhadap Muhyiddin, jadi itu akan dinyatakan dalam alasan kehakiman, mungkin apabila alasan kehakiman telah diedarkan, lebih sesuai untuk kita bincangkan dengan lebih halus.\u201d\n\n\n\u00a0\n\n\nADA PIHAK MENGAITKAN KES INI DENGAN POLITIK. KOMEN TUAN?\n\n\n\u201cPolitik berada di bawah undang-undang. Pada setiap masa Merlembagaan dan mahkamah berada di atas politik. Kalau fakta, peristiwa dan undang-undang menyokong mana-mana orang kena tuduh (OKT), maka sewajibnya mahkamah akan bebaskan seperti mana yang berlaku kepada Ahmad Zahid di Ultra Kirana Shah Alam dan seperti yang berlaku kepada Muhyiddin di dalam kes di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, rakyat kena faham, jangan campur adukkan undang-undang dengan politik, itu salah.\n\n\n\u201cWalaupun mungkin pihak politik cuba hendak mencampuri, itu kita tidak pasti tetapi mahkamah tidak boleh sewenang-wenangnya dicampuri. Kalau kes Ahmad Zahid adalah bukti, ini (kes Muhyiddin) juga adalah buktinya.\n\n\n\u201cKenapa rakyat tidak boleh terima perkara itu? Kenapa rakyat tidak boleh terima bahawa mahkamah adalah berpandukan Perlembagaan dan perundangan? Sedangkan sudah ada pelbagai keputusan yang ditentukan, berpandukan kepada perlembagaan, perundangan dan fakta. Bukan kerana orang-orang politik yang sepatutnya pada setiap masa di bawah kerusi perlembagaan dan undang-undang,\u201d katanya."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/16/sekat-kebebasan-bersuara-bertentangan-agenda-reformasi-dr-mohammad-tawfik/", "title": "Sekat kebebasan bersuara bertentangan agenda reformasi \u2013 Dr Mohammad Tawfik", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Tindakan kerajaan menyekat hak kebebasan bersuara rakyat bertentangan dengan agenda reformasi yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.\n\n\nPenganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, sekatan yang dibuat oleh kerajaan itu hanya akan mematikan demokrasi di Malaysia.\n\n\n\u201cSaya lihat selepas Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 lalu, suara yang diketengahkan oleh parti pembangkang dan badan bukan kerajaan semakin vokal terhadap apa sahaja tindakan yang dilihat bertentangan dengan semangat ataupun roh reformasi yang ingin diperjuangkan.\n\n\nDr Mohammad Tawfik Yaakub\n\n\n\u201cSaya juga lihat tindakan sekatan itu sebenarnya merugikan ruang demokrasi yang sepatutnya kita buka selagi tidak bertentangan dengan perlembagaan dan undang-undang,\u201d katanya.\u00a0\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nRakyat Malaysia Masih Lagi Mematuhi SOP\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Di Tangga Ke- 57 Dunia\n\n\n\n\n\n\nIndividu Lengkap Vaksin Digalakkan Ambil Ujian Saringan\n\n\n\n\n\n\nSiti Bainun kena penjara 12 tahun\n\n\n\n\n\n\nDewan Rakyat kecoh ketika bahas usul percaya terhadap PM\n\n\n\n\n\n\n\n\nJelas Dr Mohammad Tawfik, rakyat akan sentiasa memerhati dan menilai tindakan pemimpin politik sekiranya reformasi yang dijanjikan hanya sekadar omong kosong kerajaan sekarang.\n\n\n\u201cBagi saya, sekiranya tindakan ini berterusan rakyat akan menilai semua pemimpin kerana hari ini rakyat sudah matang, mereka akan menilai apa sahaja tindakan pemimpin politik yang bertentangan dengan roh reformasi atau apa sahaja prinsip kebebasan yang dijanjikan kepada mereka sebelum ini,\u201d jelasnya ketika dihubungi \nTV Pertiwi\n hari ini.\u00a0\n\n\nSemalam, akaun TikTok rasmi \nTV Pertiwi\n telah disekat tanpa diberikan sebarang penjelasan.\n\n\nPada Mei lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa media bebas mengkritik kerajaan, namun sebelum ini terdapat dua lagi portal berita yang disekat iaitu \nMalaysiaNow\n dan \nUtusanTV\n.\n\n\nNamun, sekatan terhadap \nUtusanTV\n ditarik semula sebelum pilihan raya pada Sabtu lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/17/amirudin-menghadap-sultan-selangor/", "title": "Amirudin menghadap Sultan Selangor", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis -Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam di Shah Alam hari ini.\n\n\nAmirudin menaiki kereta rasmi Menteri Besar jenis Toyota Camry dengan diiringi pasukan pengiring Polis Diraja Malaysia tiba di istana berkenaan kira-kira jam 2.30 petang.\n\n\nBagaimanapun, tujuan pertemuan itu masih lagi menjadi tanda tanya namun dipercayai bagi menyembah maklum nama calon Menteri Besar Selangor.\n\n\nSebelum ini, pelbagai spekulasi mengenai pelantikan Menteri Besar menjadi tajuk utama media termasuk Menteri Besar Selangor ke-17 yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Jumaat ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMyJPJ catat lebih 2.97 juta pengguna\n\n\n\n\n\n\nSuami Atau Bekas Suami Berdepan Sekatan Bank\n\n\n\n\n\n\nTersenarai Mega Projek Paling \u2018Tidak Berguna\u2019 Di Dunia\n\n\n\n\n\n\nTangguh bicara kes mahkamah Zahid hanya isu kecil \u2013 Fadhli Shaari\n\n\n\n\n\n\nMalaysia tekad tangani isu Islamofobia melalui hubungan diplomasi\n\n\n\n\n\n\n\n\nMedia sebelum ini turut melaporkan Kerajaan Madani akan mengekalkan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15, Sabtu lalu.\n\n\nPerkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Julai lalu, ketika berucap merasmikan Program Sentuhan Agro Madani Peringkat Negeri Selangor di Kuala Selangor.\n\n\nAnwar dilaporkan berkata, keputusan itu bagi memastikan Amirudin dapat meneruskan kecemerlangan dalam mentadbir kerajaan Selangor.\n\n\nBagaimanapun, terdapat khabar angin bahawa Amirudin akan diangkat sebagai menteri di peringkat Persekutuan dan tempatnya diganti calon muka baharu juga dari PKR."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/17/isu-tutup-sekolah-agama-ada-pihak-berniat-timbul-kegelisahan-umat-islam/", "title": "Isu tutup sekolah agama, ada pihak berniat timbul kegelisahan umat Islam", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan memberi amaran kepada sekolah agama persendirian dan diarah keluar dari premis masing-masing adalah tidak benar sama sekali serta berniat menimbulkan kegelisahan dalam kalangan umat Islam.\n\n\nMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na\u2019im Mokhtar berkata, malah kenyataan beberapa pihak yang mendakwa sekolah agama di negeri Selangor diarah tutup adalah kenyataan tidak berasas serta satu tuduhan tidak bertanggungjawab.\n\n\nMenurut beliau, Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor dibangunkan dan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2021 bertujuan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan para pelajar serta seluruh warga institusi tahfiz persendirian.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDebat ekonomi Rafizi, Syahir pada 9 Ogos\n\n\n\n\n\n\nAnwar guna kuasa PM perangi rasuah meskipun diugut pelbagai pihak\n\n\n\n\n\n\nKenyataan Azam Baki Bercanggah Dengan Keputusan SC \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nCaruman Baharu Dikreditkan Sepenuhnya Ke Akaun 1\n\n\n\n\n\n\nSeribu akok terjual dalam sehari di bulan Ramadan\n\n\n\n\n\n\n\n\nIa susulan kejadian kebakaran sehingga melibatkan kemalangan jiwa di sebuah sekolah agama persendirian di Kuala Lumpur pada tahun 2017.\n\n\n\u201cInisiatif ini diambil sebagai langkah supaya tragedi meragut nyawa tidak berulang lagi di mana-mana sekolah agama di negeri Selangor.\n\n\n\u201cPada masa sama, penguatkuasaan Garis Panduan tersebut mendapat kerjasama daripada Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai 478 institusi Sekolah Agama Persendirian,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.\n\n\nMenurut Mohd. Na\u2019im, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah dimaklumkan sejak 2021 bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Kerajaan Negeri menetapkan pihak sekolah perlu memenuhi syarat pendaftaran melalui Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama yang dikeluarkan.\n\n\nJelasnya, kelonggaran sudah diberikan kepada pihak sekolah selama dua tahun dan dalam tempoh ini, pihak JAIS mengeluarkan pendaftaran lanjutan kepada pihak sekolah bagi memberi peluang mereka mendapatkan ulasan daripada agensi berkaitan.\n\n\n\u201cSemua pihak digesa supaya merujuk isu ini kepada pihak berautoriti supaya fakta dan konteks sesuatu isu itu tepat serta jelas,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini beberapa pihak mendakwa Selangor sedang dalam proses menutup ratusan sekolah agama persendirian dan ia dikaitkan dengan DAP.\n\n\nBagaimanapun, kerajaan negeri menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan langkah berkenaan dibuat selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu semua institusi terbabit didaftarkan di JAIS.\n\n\nIa antara lain, sesebuah sekolah agama persendirian dikehendaki mematuhi beberapa syarat yang membabitkan aspek keselamatan."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/17/pesawat-terhempas-di-elmina-shah-alam/", "title": "Pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Sebuah pesawat dipecayai terhempas dekat kawasan perumahan Elimina di Seksyen U16, Shah Alam hari ini.\n\n\nInsiden tersebut juga dipercayai turut melibatkan sebuah motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie.\n\n\nSehingga kini, belum ada pengesahan daripada pihak berkuasa, bagaimanapun difahamkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berada di tempat kejadian."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/17/tayang-kertas-undi-satu-kesalahan-abdul-aziz/", "title": "Tayang kertas undi satu kesalahan \u2013 Abdul Aziz", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Menayangkan kertas undi kepada umum adalah satu kesalahan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 mengikut Perkara (39) dan boleh dihukum penjara atau denda sehingga RM3,000.\n\n\nBekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana di pusat pengundian ada dipamerkan mengenai syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap pengundi.\n\n\n\u201cKalau tengok dekat tempat mengundi memang sudah ada sebut supaya kertas undi tu kena lipat betul-betul malah pegawai di dalam bilik berkenaan pun tidak boleh kita tunjuk kertas berkenaan.\n\n\n\u201cKecuali kita adalah pegawai yang ditugaskan untuk membantu seseorang individu untuk mengundi, namun ia juga ada syarat tertentu yang perlu dipatuhi. Malah dalam ahli keluarga, pasangan suami isteri pun tidak boleh diberitahu kita undi siapa.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nCiri kepelbagaian, bebas dalam pelantikan ahli JAC \u2013 Tuanku Muhriz\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir meningkat, empat daerah di Johor masih terjejas\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin akan didakwa lagi esok di Mahkamah Shah Alam\n\n\n\n\n\n\nKKM teliti isu perolehan ventilator rosak ketika pandemik Covid-19\n\n\n\n\n\n\nPN bentang 7 tunjang utama, 25 pendekatan, 112 tawaran\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cNamun apa yang berlaku ini bukan sahaja pada orang sekeliling tetapi dia tayangkan pula pada jurukamera. Tak pastilah kalau ada permintaan daripada pihak media (untuk tayangkan kertas undi), tapi kenapa dia lurus bendul sangat (mengikut kehendak media),\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, media melaporkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menayang kertas undi kepada petugas media.\n\n\nPerbuatan itu mengundang kritikan pengguna media sosial, yang berkongsi gambar Muhammad Sanusi mempamerkan pilihannya pada kertas undi berkenaan ketika gambarnya dirakam petugas media, sebelum ia dimasukkan ke dalam kotak undi SPR.\n\n\nBerikutan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan terhadap tindakan Muhammad Sanusi dan berkemungkinan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan.\n\n\nBagaimanapun, Muhammad Sanusi dilaporkan mendakwa tidak berniat untuk menayang kertas undi miliknya ketika membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya Sabtu lalu.\n\n\nKatanya, kejadian itu berlaku di luar kawalan kerana melayan kehendak petugas media yang memintanya berpusing ke kanan dan kiri.\n\n\nSementara itu, Abdul Aziz berkata, sekiranya tindakan menayangkan kertas undi itu bukan satu kesalahan, sepatutnya di pusat mengundi tidak perlu dipasangkan penghadang untuk seseorang itu mengundi.\n\n\n\u201cKalau misalnya benda (kertas undi) boleh tunjuk, tak perlu la kita sediakan tempat berlindung (penghadang untuk mengundi). Tengok la dekat tempat mengundi tu, kalau nak mengundi kena buat dekat tempat berlindung.\n\n\n\u201cMalah yang boleh masuk pun, seorang demi seorang, itulah tujuannya (merahsiakan undian),\u201d katanya.\n\n\nDalam pada itu, mengulas lanjut mengenai kesalahan dalam pilihan raya seperti menggunakan kad pengenalan palsu di pusat mengundi, Abdul Aziz berkata undian yang dibuat oleh individu itu tetap akan dikira.\n\n\n\u201cKerana pada masa pengundian itu berlangsung, ada ejen daripada parti, ada ejen calon dan ketua tempat pengundi dan kesemua mereka tidak dapat buktikan kad pengenalan itu milik orang lain. Jadi undi yang ada tetap kena kira kerana ia tidak menjejaskan jumlah undian.\n\n\n\u201cKecuali di bahagian itu majoriti yang dimenangi sangat rendah, kemudian kita dapati di kawasan itu ada lebih 90 kes berkait dengan kad pengenalan palsu, itu menjadi kes serius dan kita kena pastikan ia dibawa ke Mahkamah Petisyen Pilihan Raya dan wakil yang kalah kena buat petisyen,\u201d katanya. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/20/ayob-khan-sahkan-14-pegawai-anggota-pdrm-positif-dadah-ketika-ditahan/", "title": "Ayob Khan sahkan 14 pegawai, anggota PDRM positif dadah ketika ditahan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan 14 daripada 15 pegawai dan anggota polis yang ditahan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman positif dadah.\n\n\nAyob Khan berkata, kesemua mereka ditahan dalam serbuan di pusat hiburan sekitar Seremban, Negeri Sembilan pagi semalam.\n\n\nTurut ditahan adalah adalah seorang timbalan pendakwa raya (TPR) dan pendaftar mahkamah yang kedua-duannya juga positif dada.\n\n\n\u201cTindakan lanjut sudah diambil, yang pertama mereka ditahan kerja dan kita sedang siapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nDAKWAAN PAS KHIANAT, JANGAN SAMPAI SEMUANYA MELOPONG\u2019\n\n\n\n\n\n\n\u201cIni Bukan Kali Pertama Buat Kami, Tapi Paling Dahsyat\u201d- Penduduk\n\n\n\n\n\n\nStatus Mysejahtera \u2018Jingga\u2019, Perbicaraan Rosmah Tangguh\n\n\n\n\n\n\nJom ziarah gereja esok dibatalkan \u2013 CEO Impact Malaysia\n\n\n\n\n\n\nPutra buat laporan polis, desak KDN haramkan tayangan filem Mentega Terbang\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201dKesemua pegawai dan anggota terbabit telah diberi jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata demikian ketika ditemui di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah, Gombak selepas memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.\n\n\nAhli Dewan Undangan Negeri Pelangai itu maut dalam nahas pesawat Beechcraft 390 di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu.\n\n\n\u201cMereka (suspek) diberi jaminan polis, itu proses biasa. Jangan tanya pula kenapa dibebaskan, itu proses biasa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.\n\n\n\u201cWalaupun saringan awal positif, kita akan hantar sampel kepada patologi yang mungkin akan ambil masa sebulan,\u201d katanya.\n\n\nAyob berkata, jika disabit kesalahan pegawai dan anggota polis terbabit boleh digantung kerja sementara rayuan dibuat di mahkamah.\n\n\nAyob menegaskan tindakan terhadap anggota terbabit bukan hanya selepas serbuan itu ditularkan di media sosial.\n\n\nPolis menurut beliau tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana anggota yang ditangkap dalam operasi pusat hiburan.\n\n\n\u201cBoleh tengok rekod tahun ini sahaja, seramai 741 tindakan tatatertib diambil dan lebih kurang 60 (pegawai dan anggota) sudah dibuang kerja setakat Julai,\u201d katanya.\n\n\nMedia semalam melaporkan seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis ditahan bersama dua timbalan pendakwa raya ketika disyaki sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Dato Sheikh Ahmad di Seremban. \u2013 MALAYSIAGAZETTE"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/20/bersatu-tak-puas-hati-diberi-hanya-3-jawatan-exco-kedah/", "title": "BERSATU tidak puas hati diberi hanya 3 jawatan EXCO Kedah", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Menjelang pengumuman barisan EXCO Kerajaan Negeri Kedah esok, desas-desus tidak puas hati kedengaran dalam kalangan BERSATU apabila hanya tiga jawatan diperuntukkan kepada parti berkenaan.\n\n\nJumlah itu dilihat kurang berbanding sebelum ini lima wakil BERSATU membarisi senarai EXCO Kerajaan Negeri diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.\n\n\nDifahamkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad dijangka dilantik semula ke jawatan EXCO, selain dua muka baharu dari BERSATU.\n\n\nDua lagi ADUN mewakili BERSATU itu yang akan dilantik itu berkemungkinan besar adalah Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti) dan Datuk Mohd Salleh Saidin (Kubang Rotan).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPerkhidmatan Azam Baki memuaskan \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nMenu Rahmah di IPT bermula selepas Aidilfitri\n\n\n\n\n\n\nPRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram pada 9 September\n\n\n\n\n\n\nDr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang\n\n\n\n\n\n\nLapan individu ditahan dalam skim \u2018kutu Sapiza\u2019\n\n\n\n\n\n\n\n\nSumber dalam BERSATU berkata, pihaknya kesal apabila hanya tiga wakil parti itu bakal dilantik ke jawatan EXCO selepas menyumbang 11 kerusi dalam kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Kedah pada 12 Ogos lalu.\n\n\n\u201cKami sangat kecewa dan kesal apabila dimaklumkan hanya diperuntukkan tiga jawatan EXCO sedangkan pada penggal lalu, kami diberikan lima jawatan termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.\n\n\n\u201cKami tidak mahu apa yang berlaku di Kelantan dan Terengganu apabila hanya masing-masing satu jawatan EXCO diberikan kepada wakil BERSATU, sedangkan kami sama-sama bekerja untuk PN di negeri terbabit,\u201d katanya.\n\n\nKelmarin, media melaporkan majlis angkat sumpah EXCO Kedah dijangka diadakan di Istana Anak Bukit esok.\n\n\nSebelum ini BERSATU mempunyai lima wakil dalam senarai EXCO. Selain Halimaton, empat lagi adalah Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail, Datuk Azman Nasrudin, Mohd Firdaus Ahmad dan Dr Robert Ling Kui Ee.\n\n\nBagaimanapun, Ku Abd Rahman dan Azman tidak bertanding pada PRN lalu, apabila masing-masing menang kerusi Parlimen Kubang Pasu dan Padang Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).\n\n\nFirdaus dan Dr Robert pula tidak bertanding kerana mahu memberi laluan kepada muka baharu, begitu juga Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat.\n\n\nSebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan wakil tunggal GERAKAN yang menang dalam PRN di Kedah boleh dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri.\n\n\nBeliau berkata, wakil parti itu, Wong Chia Zhen, yang menang di kerusi DUN Kulim akan dipertimbang untuk mengisi portfolio bersesuaian. \u2013 BERITAHARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/20/jangan-politikkan-tema-logo-hari-kebangsaan-ahmad-zahid/", "title": "Jangan politikkan tema, logo Hari Kebangsaan \u2013 Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Perkara patriotik seperti berkaitan logo dan tema Hari Kebangsaan tidak harus dipolitikkan.\n\n\nTimbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari yang dilaporkan berkata, empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza di peringkat negeri.\n\n\n\u201cIni bukan soal politik, ini soal bendera perayaan (Hari Kebangsaan) dan saya fikir jangan politikkan perkara ini,\u201d katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 2023 di Putrajaya hari ini.\n\n\nMedia melaporkan Ahmad Fadhli berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah PN berkemungkinan menggunakan logo serta tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN pada Sabtu iaitu \u2019Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera\u2019 dan logo dengan elemen bunga raya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBeku akaun sengaja wujudkan persepsi PN ada masalah integriti\n\n\n\n\n\n\nSudan bergolak, 27 maut lebih 180 cedera\n\n\n\n\n\n\nZahid akan lalui \u2018prosesnya\u2019 di mahkamah \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nKeluarkan nikotin dari Akta Racun, KKM nafi perjudi kesihatan kanak-kanak\n\n\n\n\n\n\nJawapan Anwar di Parlimen kualiti rendah, cacamerba\n\n\n\n\n\n\n\n\nPada Mei lepas, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 ialah \u2019Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan\u2019 dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/20/kerajaan-tidak-apologetik-pertahan-islam-sebagai-agama-persekutuan/", "title": "Kerajaan tidak apologetik pertahan Islam sebagai agama Persekutuan", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kerajaan tidak apologetik dalam mempertahan Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.\n\n\nPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malah kerajaan memelihara seluruh hak rakyat Malaysia dengan pelbagai latar belakang agama serta kepercayaan.\n\n\nBeliau berkata, tanpa kefahaman agama Islam yang tuntas, perkara itu akan mewujudkan kelompok dangkal dalam ilmu sekali gus melahirkan dua sisi esktrem iaitu kelompok mempromosi Islamophobia dan lawannya melampau dalam agama.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBERSATU sebulat suara mahu Muhyiddin kekal Presiden\n\n\n\n\n\n\nBekalan gula di Kelantan, Terengganu terjejas\n\n\n\n\n\n\nPenduduk Di Lima Negeri Diminta Waspada\n\n\n\n\n\n\nAhmad Zahid dedah identiti 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM\n\n\n\n\n\n\nAwas, jangan muat turun\u201c Pink Whatsapp\u201d\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cSaya singgung kepentingan menguasai, mendalami dan memahami al-Quran yang mengandungi mesej yang sarat dengan petunjuk.\n\n\n\u201cTanpa kefahaman yang tuntas, ia akan mewujudkan kelompok yang dangkal dalam ilmu sekali gus melahirkan dua sisi esktrem iaitu kelompok yang mempromosi Islamophobia dan lawannya yang melampau dalam agama,\u201d katanya dalam Facebook hari ini.\n\n\nTerdahulu, Anwar berkata beliau dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Majlis Perasmian Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 Tahun 1445H/202 M di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Petaling Jaya, Selangor malam tadi.\n\n\nPada masa sama, Perdana Menteri berharap semua pihak mendapat manfaat daripada usaha memuliakan dan memartabat al-Quran dalam majlis itu dan seterusnya mengangkat kedudukan umat.\n\n\nMTHQA berlangsung selama enam hari sehingga 24 Ogos ini melibatkan dua kategori iaitu pertandingan tilawah al-Quran dan pertandingan hafazan al-Quran.\n\n\nPenganjuran MTHQA kali ini melibatkan seramai 76 peserta keseluruhannya dari 52 buah negara yang terdiri daripada 36 orang peserta tilawah dari 27 buah negara dan 40 orang peserta dari 30 buah negara.\n\n\nMalaysia menghantar seramai empat peserta, masing-masing dua peserta bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan. \u2013 UTUSAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/20/nahas-elmina-polis-sah-identiti-semua-mangsa/", "title": "Nahas ELmina: Polis sah identiti semua mangsa", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Polis mengesahkan kesemua 10 identiti mangsa yang terlibat dalam tragedi sebuah pesawat ringan di Persiaran Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu selepas proses forensik dan pengecaman selesai pada tengah malam tadi.\n\n\nKetua Polis Selangor, Datukl Hussein Omar Khan berkata, proses pengecaman kira-kira 200 cebisan anggota badan dikenal pasti melalui cap jari, pengesanan asid deoksiribonukleik (DNA) dan laporan odontologi (pergigian).\n\n\nMenurutnya, proses pengecaman tersebut dilakukan oleh Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Jabatan Kimia Malaysia.\n\n\n\u201cPolis bersama pihak hospital dan Jabatan Kimia Malaysia selesai proses bedah siasat dan ujian DNA, kita pun terima hampir kesemua sampel dihantar sebelum ini dan putuskan semalam malam (malam tadi) yang semua mangsa terlibat dalam nahas sudah dikenal pasti dan bersedia untuk diserahkan kepada wakil keluarga pada pagi ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada wawasan akhirat jika bersara atas faktor usia \u2013 Abdul Hadi\n\n\n\n\n\n\nSejak bila Malaysia tidak hormati hak orang bukan Islam?\n\n\n\n\n\n\nApa motif Anwar buat kenyataan menyinggung orang Melayu?\n\n\n\n\n\n\nHanya Bayar Rm2,500 Boleh Dapat Sijil Vaksinasi?\n\n\n\n\n\n\nPAS Selangor intai kerusi dimenangi pada PRU12\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKedua, saya juga mengesahkan tiada lagi mana-mana individu terlibat dan terkorban dalam nahas tersebut, hanya 10 orang. Lapan daripada mereka ada dalam pesawat, dua di atas jalan raya,\u201d katanya dalam sidang akhbar di Klang, Selangor hari ini.\n\n\nBeliau menambah, jenazah boleh dituntut oleh waris dan pengurusannya dilaksanakan dengan bantuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Al-Rahimiah tidak jauh dari HTAR.\n\n\nKhamis lalu, sekurang-kurangnya 10 warga tempatan maut dalam nahas sebuah pesawat ringan jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) pada pukul 2.40 petang di Persiaran Elmina, Seksyen U16, Shah Alam yang dalam perjalanan dari Langkawi, Kedah menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.\n\n\nBagaimanapun, pesawat terbabit terputus hubungan dengan menara kawalan sebaik sahaja mendapat kebenaran untuk mendarat di lapangan terbang berkenaan.\n\n\nMangsa yang berada dalam pesawat seramai lapan orang terdiri daripada enam lelaki termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun serta dua anak kapal termasuk seorang juruterbang.\n\n\nSementara dua lagi merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di Persiaran Elmina berhampiran susur masuk Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dari arah Denai Alam.\n\n\nDalam pada itu, beliau menjelaskan polis menerima keterangan daripada orang awam terutama pemilik rakaman video daripada kamera papan pemuka (dash cam) yang merakam insiden sama adan melalui Persiaran Elmina atau Lebuhraya Koridor Guthrie.\n\n\n\u201cAda beberapa yang dash cam owner yang tampil dan memberi keterangan. Saya minta kalau ada saksi-saksi yang hendak beri keterangan, kita boleh menguatkan dan melengkapkan siasatan\n\n\n\u201cDalam kesempatan ini juga, kami semua petugas mengucapkan takziah kepada waris-waris mangsa yang terlibat dalam nahas,\u201d ujarnya.\n\n\nKatanya lagi, polis menjalankan siasatan dan mengklasifikasikan status mangsa yang terkorban sebagai kematian mengejut, sementara siasatan lanjut pula akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU)."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/20/tv-pertiwi-disekat-fahmi-jamin-tiada-status-dua-darjat-antara-media/", "title": "TV Pertiwi disekat: Fahmi jamin tiada status dua darjat antara media", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Kementerian Komunikasi dan Digital memberi jaminan untuk tidak menyekat kebebasan media dalam usaha memberi kebebasan bersuara di negara ini.\n\n\nMenterinya, Fahmi Fadzil berkata, tiada istilah status dua darjat dikenakan ke atas media rasmi dan media-media lain yang berdaftar di Jabatan Penerangan.\n\n\nMalah, pihaknya mengambil pendekatan terbuka dan media berhak bertanya soalan kepadanya tanpa sekatan.\n\n\n\u201cItu adalah jaminan dan pada masa sama kita tidak boleh benarkan kalau ada maklumat salah atau fitnah termasuk menyentuh aspek 3R untuk dimainkan mana-mana pihak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAyob Khan sahkan 14 pegawai, anggota PDRM positif dadah ketika ditahan\n\n\n\n\n\n\nMRSM berbayar tidak ambil hak golongan B40\n\n\n\n\n\n\nPerodua AXIA 2023 terima 20,100 tempahan\n\n\n\n\n\n\nPRU-15 Boleh Disegerakan Jika Kes Aktif Kekal Menurun \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nJamil Khir Dilantik Penasihat Agama PM\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cWalaupun ada kebebasan media, kita tidak bebas untuk fitnah atau menyebar maklumat salah,\u201d katanya.\n\n\nMengulas mengenai sekatan terhadap portal berita \nTV\n \nPertiwi\n, beliau memberitahu akan berhubung dan mendapatkan maklum balas dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).\n\n\nFahmi berkata, media berkenaan sedang dalam siasatan polis dan pihak SKMM.\n\n\n\u201cSecara prosedurnya tidak boleh memberikan sebarang komen memandangkan siasatan sedang berjalan.\n\n\n\u201cJadi saya akan teliti perkara ini, sekiranya perlu kita minta SKMM beri penjelasan, tetapi sekiranya ada aspek penyiasatan, kita tidak akan masuk campur dan memberikan komen berlebihan,\u201d katanya.\n\n\nKhamis lalu, pengurusan \nTV\n \nPertiwi\n melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang didakwa menyekat akses ke portal berita \ntvpertiwi.com.my\n.\n\n\nKetua Pegawai Operasinya, Mohd Firdaus Salleh Hudin berkata, semakan pihaknya menerusi hasil ping ke alamat \ntvpertiwi.com.my\n menunjukkan terdapat penyekatan DNS dengan data memaparkan IP Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM): 175.139.142.25."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/21/amirudin-kekal-jawatan-menteri-besar-selangor/", "title": "Amirudin kekal jawatan Menteri Besar Selangor", "body": "0\n\n\nKLANG, Isnin \u2013 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar Selangor ke-17 dalam Istiadat di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang pagi tadi.\n\n\nIstiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Angkat Sumpah itu dilakukan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bermula jam 11 pagi.\n\n\nKetibaan kenderaan yang membawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor di Pintu Masuk Istana Alam Shah itu menamatkan teka-teki sama ada beliau kekal sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua.\n\n\nMajlis istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji pagi ini turut disaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin; Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dan pembesar-pembesar negeri.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\n525 Pelajar Positif, 15 Sekolah Ditutup Di Kedah\n\n\n\n\n\n\nKematian kanak-kanak perempuan, Menteri Kesihatan tunggu laporan polis\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin bebas empat tuduhan rasuah, ini ulasan peguam\n\n\n\n\n\n\nPAS Selangor intai kerusi dimenangi pada PRU12\n\n\n\n\n\n\nKerajaan Perlu Tentukan Nasib Perpaduan Kaum\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDuli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan melantik Datuk Seri Amirudin Shari menjadi Datuk Menteri Besar Selangor mulai 21 Ogos 2023.\n\n\n\u201cMaka dengan lafaz ini patik Amiruddin Shari yang telah dipilih dan diterima menjadi ahli anggota mesyuarat kerajaan atau State Council Selangor bersumpah bahawa patik bersedia sepanjang masa, jujur dan ikhlas kepada allah patik berserah,\u201d katanya.\n\n\nSelain jawatan Menteri Besar, Amirudin juga mengangkat sumpah jawatan dan taat setia sebagai Ahli Ex-Officio Dewan Diraja Selangor.\n\n\nDalam perkembangan sama, Istiadat Angkat Sumpah Exco Kerajaan Negeri Selangor pula akan diadakan di Balairung Seri, Istana Alam Shah pada jam 2 petang ini.\n\n\nSelain itu, Amirudin turut berikrar akan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu serta kepentingan sah kaum lain, melaksanakan tugas dengan penuh intergriti serta tanggungjawab.\n\n\nKali pertama beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar adalah pada 19 Jun 2018 apabila penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik menjadi anggota kabinet Kerajaan Persekutuan.\n\n\nPada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN KE15), Amirudin memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua yang ditandinginya dengan majoriti 5,185 undi dalam saingan tiga penjuru menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Hanif Jamaluddin dan calon bebas, Suman Gopal.\n\n\nPH dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Selangor selepas menang 34 daripada 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri 12 Ogos lalu."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/21/guan-eng-diperintah-bayar-ganti-rugi-rm250000-kepada-abdul-azeez/", "title": "Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memerintahkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membayar ganti rugi am RM250,000 kepada bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kerana memfitnah berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.\n\n\nPanel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azizah Nawawi, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk Azimah Omar yang membenarkan rayuan Abdul Azeez turut memerintahkan Guan Eng selaku responden membayar kos RM70,000 kepada Abdul Azeez.\n\n\nHakim Azimah ketika membacakan keputusan itu berkata, Mahkamah Rendah telah terkhilaf menolak saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng dan membenarkan pembelaan Guan Eng bagi justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan yang layak berhubung kenyataannya berkaitan Abdul Azeez.\n\n\nAbdul Azeez merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Disember 2020 yang menolak saman fitnahnya terhadap Guan Eng.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nHakim terkilaf dari segi fakta dan undang-undang\n\n\n\n\n\n\nMalaysia letak aset ketenteraan di perairan Beting Patinggi Ali\n\n\n\n\n\n\nTerima kasih Anwar, PN akan menjadi pembangkang \u2013 Muhyiddin Yassin\n\n\n\n\n\n\nKerajaan tidak membenarkan sistem beraja diperolok\n\n\n\n\n\n\nTetapkan Tarikh Operasi Semula, Elak Masalah Lain Timbul \u2013 PAPUH\n\n\n\n\n\n\n\n\nAbdul Azeez telah memfailkan saman itu pada Mac 2018, mendakwa Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan fitnah semasa sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri pada 28 Februari 2018 dan semasa rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada hari sama yang mengaitkan beliau dengan pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai yuran perundingan oleh pemaju projek terowong dasar laut."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/21/mesyuarat-khas-spr-bincang-prk-dun-pelangai-pada-khamis-ini/", "title": "Mesyuarat khas SPR bincang PRK DUN Pelangai pada Khamis ini", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas pada Khamis ini bagi membincangkan tarikh penting pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang.\n\n\nSetiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia berikutan kekosongan luar jangka kerusi DUN itu susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu.\n\n\nBeliau berkata, SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berhubung dengan kekosongan luar jangka kerusi DUN Pelangai.\n\n\n\u201cMesyuarat khas tersebut di mana tarikh-tarikh penting PRK Pelangai seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincangkan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBekas MB Perlis hadapi 5 pertuduhan ubah wang haram RM1.06 juta\n\n\n\n\n\n\nShahrizat sah kembali, bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO\n\n\n\n\n\n\nKluster Pulau Gadong: Kes Positif Meningkat Kepada 137\n\n\n\n\n\n\nKerajaan negeri tidak benarkan pesta seks berlaku di Johor\n\n\n\n\n\n\nKPM Siasat Pelajar Hanya Diberi Nasi Putih & Kuah\n\n\n\n\n\n\n\n\nIkmalrudin berkata, mesyuarat khas berkenaan akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu.\n\n\n\u201cSelaras dengan Bab IV Perkara 26 (5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang telah memperuntukkan yang kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N36 Pelangai, Pahang, perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR,\u201d katanya.\n\n\nAllahyarham Johari adalah seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.\n\n\nJenazah Johari selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Gombak, Selangor, semalam. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/21/polis-ambil-alih-siasatan-jika-ada-unsur-khianat-nahas-elmina/", "title": "Polis ambil alih siasatan jika ada unsur khianat nahas Elmina", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Polis akan mengambil alih siasatan sekiranya wujud unsur khianat dalam tragedi nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.\n\n\nKetua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, pihaknya masih menunggu jika laporan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) menjurus ke arah unsur berkenaan.\n\n\nKetika ini, katanya, siasatan dijalankan oleh BSKU bagi menentukan bagaimana dan kenapa kejadian nahas berlaku.\n\n\n\u201cPolis sudah selesai, kita sudah merakamkan kenyataan saksi awam yang mana mungkin sebahagian siasatan ini boleh digunakan oleh BSKU.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTiada cedera, kemalangan jiwa kebakaran di unit farmasi HTJS\n\n\n\n\n\n\nLIMA 2023 : Kontrak bernilai RM10.1 bilion termeterai\n\n\n\n\n\n\nWan Saiful fail notis, afidavit ketepi tuduhan rasuah\n\n\n\n\n\n\nMalaysia Terima Bekalan Pertama Vaksin Kanak-Kanak\n\n\n\n\n\n\nOrang Ramai Dinasihat Ambil Langkah Berwaspada Elak Penyakit Berjangkit\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cKalau ada unsur \u2018foul play\u2019 (khianat), mungkin polis siasat. Setakat ini tidak nampak \u2018foul play\u2019.\n\n\n\u201cJika BSKU nampak apa-apa, mereka akan maklum kepada polis dan polis ambil alih siasatan,\u201d katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Istana Alam Shah hari ini.\n\n\nBeliau berkata, BSKU bertanggungjawab menyerahkan laporan siasatan kepada Kementerian Pengangkutan.\n\n\nMengulas video kamera papan pemuka di lokasi nahas, beliau berkata belum ada laporan baharu diterima dan pihaknya menunggu jika ada saksi memiliki apa-apa bahan yang boleh membantu siasatan.\n\n\nTragedi petang Khamis lalu, mengorbankan 10 nyawa termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga EXCO Pahang, Datuk Seri Johari Harun.\n\n\nPesawat yang berlepas dari Langkawi menuju Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) itu mendapat kebenaran mendarat pada jam 2.50 petang tetapi terhempas dua minit sebelum mendarat."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/22/kotak-perakam-suara-kokpit-akan-dihantar-ke-pengilang-di-florida-amerika-syarikat/", "title": "Kotak perakam suara kokpit akan dihantar ke pengilang di Florida, Amerika Syarikat", "body": "0\n\n\nBANGI, Selasa \u2013 Kotak perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat yang terhempas berdekatan Lebuh Raya Guthrie Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu akan dihantar ke pengilangnya di Florida, Amerika Syarikat bagi mendapatkan semula data rakaman suara 30 minit terakhir sebelum nahas untuk dianalisis.\n\n\nMenteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, CVR itu telah dihantar ke sebuah makmal di Singapura pada Sabtu lalu tetapi menghadapi beberapa isu teknikal dan kekangan yang menghalang rakaman suara diperoleh semula.\n\n\n\u201cKetua Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan balik semula ke Kuala Lumpur pada petang ini dan dia akan memberikan penjelasan kepada saya. Kita akan cuba secepat mungkin, sama ada petang ini atau esok pagi, saya akan hantar mereka ke sana (Amerika Syarikat).\n\n\n\u201cUntuk menjawab persoalan apa yang berlaku, kita terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak luar dan keutamaan saya adalah untuk memberikan jawapan kepada keluarga mangsa dan orang ramai secepat mungkin,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAllahyarham Penerima Anugerah Green Endorsement TUDM\n\n\n\n\n\n\nAzman mahu bawa aspirasi, suara rakyat Padang Serai ke Dewan Rakyat\n\n\n\n\n\n\nKerajaan import telur ayam sehingga bekalan stabil\n\n\n\n\n\n\nPencarum yang terdesak pinjam bank, caruman KWSP jadi cagaran\n\n\n\n\n\n\nKonsep Malaysia Madani mampu ancam Perlembagaan Persekutuan\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Seminar Keselamatan Penerbangan Malaysia 2023 di Kuala Lumpur hari ini.\n\n\nSemalam, Anthony Loke dilaporkan berkata, BSKU Malaysia berdepan kesukaran untuk mendapatkan data rakaman berkenaan kerana CVR yang mengandungi \u2018memory puck\u2019 berada dalam keadaan tidak sempurna dan hangus.\n\n\nMenurutnya, laporan penuh insiden nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu boleh mengambil masa hingga setahun untuk disiapkan namun berdasarkan garis panduan antarabangsa laporan awal akan dikeluarkan dalam masa sebulan daripada tarikh insiden berkenaan.\n\n\nMenjawab persoalan mengenai peranan Kementerian Pengangkutan dalam nahas tersebut, beliau berkata, apabila berlaku kemalangan udara tugas siasatan tersebut bukan terletak kepada polis atau Kementerian Dalam Negeri tetapi ia merupakan skop kerja BSKU.\n\n\n\u201cIni bukan soal menyibuk, ini soal tanggungjawab nyawa manusia, keselamatan. Saya nak bagi tahu bahawa tugas hakiki apabila berlaku kemalangan udara terletak kepada BSKU dan dia lapor terus kepada Menteri Pengangkutan. Itu dalam struktur pentadbiran penerbangan kita apabila berlakunya kemalangan udara,\u201d katanya. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/23/amirudin-pegang-5-portfolio-utama-selangor-umum-senarai-11-exco/", "title": "Amirudin pegang 5 portfolio utama, Selangor umum senarai 11 EXCO", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengumumkan senarai 11 portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, di Shah Alam.\n\n\nSelain berperanan sebagai Menteri Besar, Amirudin turut memegang lima portfolio iaitu Pembangunan Tanah dan Sumber Alam serta Kewangan dan Tindakan Ekonomi.\n\n\nAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu turut memegang portfolio Pemodenan Pentadbiran dan Digitalisasi Kerajaan, Komunikasi Strategik serta Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan.\n\n\nKomposisi Kerajaan PH-BN itu merangkumi DAP (empat); PKR (tiga); AMANAH (dua) dan BN (satu).\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nJimat RM17 bilion kalau mansuh subsidi petrol T20\n\n\n\n\n\n\nNur Jazlan desak henti keluar kenyataan retorik, jaga hubungan baik BN-PH\n\n\n\n\n\n\nMukhriz didakwa mohon kerjasama PH, PN untuk PRN\n\n\n\n\n\n\nPM Akui Kelemahan Pengurusan Banjir\n\n\n\n\n\n\nBERSATU JUGA BERTANGGUNGJAWAB \u2013 MT UMNO\n\n\n\n\n\n\n\n\nTiga ADUN yang dilantik semula ke jawatan EXCO ialah ADUN Kinrara, Ng Sze Han yang menggalas tanggungjawab berkaitan Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti; ADUN Pandan Indah, Izham Hashim (Infrastruktur dan Pertanian) dan ADUN Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah (Perumahan dan Kebudayaan).\n\n\nTujuh muka baharu ialah bekas Speaker DUN yang juga ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim yang akan menjalankan tugas berkaitan Kerajaan Tempatan dan Pelancongan; ADUN Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail (Kemajuan Desa dan Perpaduan) dan ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin (Kesihatan Awam dan Alam Sekitar).\n\n\nSelain itu, ADUN Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi dilantik sebagai EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan; ADUN Banting, V Papparaidu (Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan); ADUN Seri Setia, Dr Mohammad Fahmi Ngah (Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi) dan ADUN Taman Templer, Anfaal Saari (Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat).\n\n\nPada Isnin, Menteri Besar dan 10 Exco berkenaan mengangkat sumpah jawatan bagi penggal ke-15 di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.\n\n\nTerdahulu, dalam ucapannya Amirudin menzahirkan rasa syukur dengan mandat yang diberikan rakyat sehingga berjaya membentuk Kerajaan Negeri.\n\n\n\u201cAlhamdulillah, disebabkan keutuhan sistem di Selangor serta dengan sokongan rakyat, kita telah berjaya membentuk kerajaan negeri penggal ke-15.\n\n\n\u201cDua hari lalu saya dengan barisan EXCO telah mengangkat sumpah sebagai tanda menjunjung amanah dan melunaskan tanggungjawab.\n\n\n\u201cKita bukan angkat sumpah kepada parti ataupun faksi tetapi kepada Allah dan negeri ini di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,\u201d katanya.\n\n\n\n\nBeliau berkata, tanggungjawab itu mendorong mereka untuk mencari idea, meneroka teknologi baharu serta memberikan kemahiran baharu kepada generasi muda dalam usaha memacu kemajuan negeri Selangor. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/23/mahkamah-tinggi-benarkan-semakan-kehakiman-swatch-cabar-rampas-jam-dikaitkan-lgbt/", "title": "Mahkamah Tinggi benarkan semakan kehakiman Swatch cabar rampas jam dikaitkan LGBT", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh syarikat jam tangan, Swatch terhadap kerajaan bagi mencabar tindakan merampas 172 jam tangan termasuk siri \u2018Pride Collection\u2019 dikaitkan dengan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).\n\n\nHakim, Datuk Amarjeet Singh membuat keputusan berkenaan selepas peguam bela syarikat terbabit, Nizam Bashir memaklumkan, Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak membantah permohonan itu.\n\n\n\u201cMahkamah membenarkan permohonan berkenaan,\u201d kata hakim ketika prosiding yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan mewakili AGC, Farah Shuhada Ramli.\n\n\nPada 24 Jun lalu, Swatch menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates memfailkan permohonan tersebut dengan menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan KDN, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden pertama hingga keempat.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Cukai pendapatan M40 dikurangkan\n\n\n\n\n\n\nUMNO guna \u2018pengundi hantu\u2019 lulus usul tambahan \u2013 Khairy\n\n\n\n\n\n\nTerengganu akan jadi Kelantan kedua jika undi PAS \u2013 Ahmad Said\n\n\n\n\n\n\nJumlah isi rumah miskin tegar aib, memalukan \u2013 PM\n\n\n\n\n\n\nTuntutan waris Sulu tidak berasas Petronas akan pertahan kedudukan\n\n\n\n\n\n\n\n\nDalam permohonannya, Swatch mendakwa penyitaan itu tidak sah kerana jam tangan bukan sebuah \u2018penerbitan\u2019 yang boleh dilarang dalam Akta Mesin Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.\n\n\nBeliau berkata, istilah penerbitan merujuk kepada untuk dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak berdasarkan akta itu.\n\n\nPemohon juga mendakwa tindakan responden dilakukan atas motif politik yang tidak wajar, mengambil kira Pilihan rRya Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang di beberapa negeri penting.\n\n\nIa mendakwa Menteri sedang mencari pengiktirafan Islam bagi tujuan politik.\n\n\nPemohon mendakwa jam tangan yang disita tidak mempromosikan apa-apa gejala seksual, namun hanyalah ekspresi menyeronokkan mengenai keamanan dan cinta.\n\n\nKatanya, jam tangan daripada reka bentuk 2023 adalah satu daripada enam warna pelangi dan hanya kelihatan di sebahagian kecil gelung jam berkenaan.\n\n\nPemohon menuntut satu perintah certiorari dan mandamus untuk membatalkan notis penyitaan dan mengembalikan jam tangan berkenaan serta ganti rugi yang dianggarkan RM64,795.\n\n\nPada 13 dan 14 Mei lalu, KDN menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan LGBT.\n\n\nSerbuan selama dua hari diadakan di butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.\n\n\nLima lagi butik diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/23/mb-kelantan-pegang-lima-portfolio-exco/", "title": "MB Kelantan pegang lima portfolio Exco", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud memegang lima portfolio pada penggal pentadbiran kali ini.\n\n\nPortfolio itu melibatkan Perancangan, Pentadbiran Awam, Kewangan, Ekonomi dan Tanah.\n\n\nTimbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan pula memegang portfolio Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-undang.\n\n\nPada penggal kali ini, barisan Exco Kelantan menyaksikan berlaku perubahan dalam beberapa jawatan.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nAhli politik tak perlu campur keputusan perolehan aset tentera\n\n\n\n\n\n\nKastam rampas barangan seludup bernilai lebih RM600,000\n\n\n\n\n\n\nGerakan Islam Perlu Bersama Susun Gerak Kerja Berdepan Musuh \u2013 ISMA\n\n\n\n\n\n\n2.57 Juta Pengundi Biasa Layak Mengundi\n\n\n\n\n\n\nPengampunan Najib: Veteran UMNO ingatkan jangan bertindak semberono\n\n\n\n\n\n\n\n\nWakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat dilantik sebagai Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi manakala Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, Mohd Asri Mat Daud.\n\n\nADUN Kemahang, Datuk Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman pula dilantik sebagai Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan, diikuti oleh ADUN Guchil, Hilmi Abdullah menggalas Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar.\n\n\nADUN Selising, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail kekal sebagai Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komiditi.\n\n\nADUN Kijang, Datuk Dr Izani Husin memegang portfolio Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/23/permohonan-irwan-arul-batal-saman-1mdb-ditolak/", "title": "Permohonan Irwan, Arul batal saman 1MDB ditolak", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy untuk membatalkan saman difailkan 1MDB terhadap mereka yang menuntut bayaran AS$6.59 bilion.\n\n\nPesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membuat keputusan itu selepas mendapati, dakwaan penipuan dan konspirasi yang dibuat 1MDB dalam tuntutan samannya tidak boleh diputuskan melalui pendekatan yang mudah.\n\n\nKetika membacakan keputusannya, Raja Ahmad Mohzanuddin berkata, tuntutan saman itu tidak sesuai untuk dibatalkan pada peringkat ini dan ia hendaklah diputuskan melalui perbicaraan penuh dengan mendengar keterangan saksi.\n\n\n\u201cPerkara ini tidak boleh diputuskan melalui afidavit dan ia bukan kes yang boleh dibatalkan secara terus. Dakwaan oleh plaintif (1MDB) bahawa defendan melakukan penipuan dan konspirasi tidak boleh diselesaikan melalui pendekatan yang mudah\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nPekerja kedai makan maut di hostel akibat penyakit Tibi\n\n\n\n\n\n\nTindakan Pantas Perlu, Kawal COVID-9 \u2013 Pakar\n\n\n\n\n\n\nKalimah Allah: Menteri Hal Ehwal Agama nasihat orang ramai bertenang, berhati-hati\n\n\n\n\n\n\nMat Sabu nafi terbabit promosi skim pelaburan syariah\n\n\n\n\n\n\nTiada Istilah Ketua Menteri Sementara \u2013 Zahid\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cOleh itu saya mengekalkan status quo dan kes saman ini akan diputuskan melalui perbicaraan penuh,\u201d katanya.\n\n\nMahkamah turut memerintahkan Mohd Irwan dan Arul Kanda, masing-masing membayar RM10,000 kepada 1MDB dan kemudian menetapkan pada 14 September ini bagi pengurusan kes.\n\n\nArul Kanda dan Mohd Irwan disaman 1MDB pada Mei 2021 berhubung dakwaan mereka melakukan pecah amanah dan konspirasi menyebabkan 1MDB mengalami kerugian berjumlah AS1.83 bilion berhubung pelaburan dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang ditukar kepada pelaburan Brazen Sky Limited (Brazen Sky), yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund."} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/24/mahkamah-tolak-tangguh-bicara-ubah-wang-haram-elak-cukai-rosmah/", "title": "Mahkamah tolak tangguh bicara ubah wang haram, elak cukai Rosmah", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan pihak pendakwaan bagi menangguhkan perbicaraan kes membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor atas 17 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM7.1 juta dan pengelakan cukai.\n\n\nHakim K Muniandy membuat keputusan berkenaan selepas mendapati kes itu tertangguh sejak tahun 2018.\n\n\n\u201cAdalah adil kepada tertuduh (Rosmah) dan mahkamah supaya bicara hari ini diteruskan, pertuduhan akan dibacakan kembali,\u201d katanya.\n\n\nTerdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, pihaknya memerlukan masa antara dua hingga tiga bulan untuk meneliti surat representasi kedua difailkan Rosmah yang juga isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSegerakan Peruntukan Diskriminasi Pekerja Muslim \u2013 Peguam\n\n\n\n\n\n\nPN dominasi Kedah, PH kekal di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nUMNO pecat Tun Faisal\n\n\n\n\n\n\nKelibat Ismail Sabri tak kelihatan pada taklimat Presiden UMNO\n\n\n\n\n\n\nSelangor, Kuala Lumpur Catat Kes Luar Tabii Tertinggi\n\n\n\n\n\n\n\n\nBeliau berkata, pihak pembelaan Rosmah membangkitkan beberapa perkara termasuk senarai penama baharu dalam surat representasi kedua.\n\n\nSehubungan itu, pihak pendakwaan memohon supaya perbicaraan kes Rosmah yang sepatutnya bermula hari ini ditangguhkan ke satu tarikh lain.\n\n\n\u201cPendakwaan menerima surat representasi (pertama) daripada tertuduh (Rosmah) menerusi peguamnya bertarikh 3 Mei 2023 dan mengikut surat itu, beberapa tindakan siasatan perlu diambil untuk mengesahkan fakta ditimbulkan.\n\n\n\u201cKami kemudian menerima satu lagi surat representasi bertarikh 18 Ogos 2023 yang menimbulkan perkara baharu yang turut perlu diteliti.\n\n\n\u201cMengambil kira situasi ini, kami rendah diri memohon kebenaran mahkamah untuk memberi lebih banyak masa untuk siasatan penuh atas perkara dalam dua representasi berkenaan supaya ada keputusan sebelum bicara bermula.\n\n\n\u201cJika bicara bermula, situasinya akan berubah. Secara logik dengan perkara yang perlu diselesaikan mengikut apa yang ditimbulkan dalam surat itu, saya fikir perlu dua hingga tiga bulan (keputusan representasi) sebab ada nama lain dibangkitkan, kita perlu mencari penama ini dan ada daripadanya berada di luar negara,\u201d katanya.\n\n\nSementara itu, peguam bela Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent bersetuju supaya perbicaraan anak guam ditangguhkan bagi memberi masa supaya representasi dipertimbangkan dengan betul.\n\n\n\u201cSaya hargai pendakwaan tidak tergesa-gesa untuk menolak representasi tetapi sedang mempertimbangkan fakta ditimbulkan.\n\n\n\u201cIsu dibangkitkan akan menjadi asas kepada pihak pembelaan yang menjurus kepada pertuduhan.\n\n\n\u201cMaka, kita meminta pendakwaan mempertimbangkan representasi berkaitan fakta dibangkitkan, nama yang diberikan,\u201d katanya.\n\n\nPada 23 Mac lalu, pendakwaan memaklumkan 13 saksi bakal dipanggil untuk memberi keterangan terhadap Rosmah.\n\n\nRosmah didakwa di Mahkamah Sesyen pada 4 Oktober 2018, sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.\n\n\nBeliau berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017.\n\n\nPada 1 September 2022, Hakim Mohamed Zaini Mazlan mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.\n\n\nHakim itu juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda berkenaan, namun membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan. \u2013 BH"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/26/malaysia-buka-semula-kedutaan-besar-di-iraq/", "title": "Malaysia buka semula kedutaan besar di iraq", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Malaysia akan membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad, Iraq yang ditutup sejak dua dekad lalu.\n\n\nMenteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pengoperasian semula kedutaan itu akan membuka lebih banyak peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang.\n\n\nKeputusan Kabinet Malaysia itu telah disampaikan kepada kepimpinan tertinggi Kerajaan Iraq semasa lawatan rasmi beliau ke republik itu pada 23 hingga 25 Ogos lalu.\n\n\nZambry berkata, lawatan atas jemputan Timbalan Perdana Menteri Hal Ehwal Antarabangsa merangkap Menteri Luar Iraq, Dr. Fuad Hussein itu amat bersejarah dan bermakna kerana ia adalah lawatan pertama di peringkat Menteri dari Malaysia ke Iraq selepas lebih dua dekad (kali terakhir pada tahun 2002) sejak tercetusnya pergolakan politik di Iraq pada 2003.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUiTM tubuh Task Force kaji penggabungan tiga fakulti\n\n\n\n\n\n\nBelanjawan 2023: Diskaun PTPTN hingga 20 peratus selama 3 bulan\n\n\n\n\n\n\nKenderaan persendirian tidak perlu pamer cukai jalan bermula hari ini\n\n\n\n\n\n\nDipercayai Libat Pegawai SPRM, Ditahan\n\n\n\n\n\n\nPengaruh \u2018gelombang hijau\u2019 merosot \u2013 Ramasamy\n\n\n\n\n\n\n\n\nLawatan itu bukan sahaja membuka lembaran baharu kerjasama antara Malaysia dengan Iraq, malah merupakan satu permulaan untuk Malaysia berperanan sebagai negara yang proaktif dalam hubungan antarabangsa terutamanya di Asia Barat.\n\n\n\u201cIni juga merupakan misi diplomasi aktif yang diasaskan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bagi membolehkan Malaysia untuk kembali ke persada antarabangsa dalam menghadapi dan mendepani isu-isu global,\u201d katanya.\n\n\nDalam lawatan itu, Zambry telah mengadakan kunjungan hormat terhadap pemimpin tertinggi kerajaan Iraq, termasuk Presiden Abdul Latif Rashid; Perdana Menteri, Mohammed Shia\u2019 al-Sudani dan Speaker Parlimen Mohammed Al-Halbousi serta mengadakan perbincangan dua hala bersama rakan sejawatannya.\n\n\n\u201cDalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Iraq, saya mengulangi komitmen Malaysia untuk meluaskan kerjasama dengan Iraq dalam pelbagai sektor terutamanya ekonomi, pendidikan, hubungan udara dan pelancongan,\u201d katanya.\n\n\nZambry berkata, kerajaan Iraq juga mengalu-alukan kehadiran syarikat- syarikat dan kepakaran dari Malaysia untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur bagi pembangunan semula Iraq.\n\n\n\u201cSaya juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk meneroka semua laluan dan peluang yang ada bagi meningkatkan jumlah perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara termasuk meningkatkan eksport perabot, produk farmaseutikal, produk elektrik dan elektronik serta komoditi ke Iraq,\u201d katanya.\n\n\nBeliau berkata, kesediaan Malaysia untuk meneroka peluang meningkatkan jumlah dagangan serta mengambil bahagian dalam projek pembinaan dan pengurusan lapangan terbang, sistem jalan raya serta pengurusan sumber air turut dibincangkan.\n\n\nTurut dibincangkan mengenai status pengoperasian Petronas di Iraq serta peluang yang lebih meluas dalam sektor tenaga yang boleh diterokai oleh Petronas.\n\n\nSelain itu, beberapa perkara penting juga dicapai dalam lawatan berkenaan, termasuk menggalakkan lawatan peringkat tinggi antara dua negara secara berterusan dan mengadakan semula Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) antara Malaysia dan Iraq yang telah lama tertangguh (kali terakhir pada tahun 2005) dengan segera.\n\n\nKedua-dua pihak turut mencapai kesepakatan untuk menggalakkan pertukaran tertinggi perdagangan, pendidikan, melebar luas jaringan hubungan udara bagi mengalakkan aktiviti pelancongan serta kerjasama menangani isu berkaitan Islamofobia secara kolektif dengan negara-negara Islam yang lain. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/26/pertembungan-tiga-penjuru-antara-ph-pn-dan-bebas-dalam-prk-di-pulai-simpang-jeram/", "title": "Pertembungan tiga penjuru di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September in, masing-masing bakal menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.\n\n\nBagi Parlimen Pulai, calon-calon terdiri daripada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kaiat dari Pakatan Harapan (PH), Zulkifli Jaafar dari Perikatan Nasional (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi, calon bebas yang akan menggunakan simbol kunci.\n\n\nPerkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pulai, Miswan Yunus kira-kira pukul 10.20 pagi ini.\n\n\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSIFAT JUJUR DAN IKHLAS, AZIMAT 20 TAHUN DI LUAR NEGARA\n\n\n\n\n\n\nBertindak segera, bukan sekadar retorik politik\n\n\n\n\n\n\nKetua Hakim Negara tak boleh paksa cabang eksekutif berunding\n\n\n\n\n\n\nTajuddin Digugurkan Sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO\n\n\n\n\n\n\nNajib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru\n\n\n\n\n\n\n\n\nTerdahulu, Suhaizan yang diiringi seorang pencadang dan penyokong menyerahkan borang pencalonan pada 9.02 pagi, diikuti Zulkifli dua minit kemudian manakala Samsudin pada 9.08 pagi.\n\n\nDi MUAR, tiga calon yang diumumkan layak bertanding ialah calon PH, Nazri Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri, calon PN iaitu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya dan calon bebas yang merupakan ahli perniagaan, S.Jeganathan.\n\n\nPengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N13 Simpang Jeram, Jamil Hasni Abdullah pada jam 10.10 pagi di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor Bahru hari ini.\n\n\n\n\nTerdahulu, Jamil Hasni memaklumkan, borang pencalonan daripada Mohd Mazri yang merupakan pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular diterima pada jam 9.04 pagi, diikuti daripada Nazri, bekas jurutera di Majlis Perbandaran Muar pada jam 9.08 pagi dan Jeganathan pada jam 9.18 pagi.\n\n\nJeganathan akan menggunakan simbol gajah pada PRK berkenaan.\n\n\nBerdasarkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Parlimen Pulai mempunyai 166,653 pemilih dengan 165,700 pengundi biasa; 927 terdiri daripada polis dan pasangan serta pengundi tidak hadir (PTH) luar negara 26 orang.\n\n\nKumpulan pengundi terbesar di Parlimen Pulai meliputi lingkungan umur 21 hingga 29 tahun iaitu 21.05 peratus daripada jumlah pengundi atau 35,074, orang; diikuti 34,235 pengundi (20.5 peratus) daripada umur 30 hingga 39 tahun, manakala kategori 40 hingga 49 tahun mencatatkan 32,271 orang (19.3 peratus).\n\n\nSementara itu, bagi DUN Simpang Jeram pula melibatkan 40,379 orang pemilih yang terdiri daripada 40,373 orang pengundi biasa dan enam orang pengundi tidak hadir, berada di luar negara.\n\n\nKumpulan pengundi terbesar di DUN Simpang Jeram meliputi lingkungan umur 30 hingga 39 tahun iaitu 23.1 peratus daripada jumlah pengundi atau 9,326 orang, diikuti 9,160 pengundi (22.6 peratus) daripada umur 21 hingga 29 tahun, manakala kategori 40 hingga 49 tahun mencatatkan 7,113 orang (17.6 peratus).\n\n\nSPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini sehingga 11.59 pada 8 Sept dengan pengundian awal 5 September dan hari pengundian pada 9 September.\n\n\nKedua-dua PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.\n\n\nTimbalan Presiden AMANAH itu mempertahankan kedua kerusi berkenaan buat kali kedua selepas memenanginya pada Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac tahun lalu dan Pilihan Raya Umum ke-15, November tahun lepas. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/26/saifuddin-nafi-dakwaan-kdn-beri-kerakyatan-besar-besaran-kepada-warga-china/", "title": "Saifuddin nafi dakwaan KDN beri kerakyatan kepada warga China", "body": "0\n\n\nBANGI, Sabtu \u2013 Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menepis dakwaan bahawa kementerian itu sedang dalam proses memberikan kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing terutama dari China.\n\n\nTanpa memperincikan dakwaan itu, Saifuddin Nasution menyifatkan perkara tersebut satu tohmahan dahsyat yang dilontar tanpa rasa tanggungjawab yang memberi kesan terhadap usaha kementerian menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan ketika ini.\n\n\n\u201cJadi inilah yang sedang kami lakukan dan bukan mudah kerana isu kewarganegaraan ini isu yang sangat sensitif tapi saya menepis sama sekali tohmahan yang menyebut bahawa ini ialah proses pemberian warganegara besar-besaran kepada warga asing terutama dari negara China.\n\n\n\u201cBeri kami ruang untuk menyelesaikan isu masa depan anak-anak daripada keluarga Malaysia yang proses pendaftaran perkahwinan itu tidak dibuat secara teratur dan sekarang ini apabila ada masalah dan banyak bilangannya kami nak membantu dari segi perkara ini,\u201d katanya selepas menyampaikan sumbangan pembelian van jenazah kepada Masjid Ar-Raudhah, Sungai Durian, Kedah hari ini.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nKes mahkamah pemimpin PN tak lemahkan \u2018gelombang hijau\u2019\n\n\n\n\n\n\nJaga Sensitiviti, Jangan Provokasi Agama \u2013 Idris Ahmad\n\n\n\n\n\n\nKerajaan \u2018anugerah\u2019 Deepak import telur dari India\n\n\n\n\n\n\nMuhyiddin yakin PN raih 80 peratus undi pada PRN\n\n\n\n\n\n\n10 Exco kerajaan negeri Melaka angkat sumpah\n\n\n\n\n\n\n\n\nMengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, terdapat lebih 140,000 permohonan kewarganegaraan yang diterima pihaknya dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,000 telah diproses termasuk permohonan yang diluluskan.\n\n\nMenurut beliau, sekiranya data berkaitan pemberian kewarganegaraan itu diputarbelitkan dan disebarkan, ia boleh memberi persepsi negatif terhadap usaha kementerian menyelesaikan isu kewarganegaraan termasuk yang banyak disebabkan oleh kelewatan pendaftaran perkahwinan.\n\n\n\u201cSebab puncanya adalah pelbagai, kadang-kadang ibu bapa gagal untuk segera membuat pendaftaran perkahwinan, sedangkan dalam kes kewarganegaraan prasyarat penting dokumen ialah sijil perkahwinan. Jadi apabila ada kekurangan itu lama-kelamaan masalah timbul kepada anak-anak yang dilahirkan.\n\n\n\u201cJadi bila mereka (ibu bapa) cuba betulkan, mereka angkat pula permohonan, permohonan pula mengambil masa yang lama, dalam kes ini 19 tahun, 20 tahun pun ada, 15 tahun itu biasa, 12 tahun lagi banyak. Jadi itulah yang saya sebutkan bahawa maksud memberi, mempermudah kelulusan kewarganegaraan adalah untuk kes seperti ini (iaitu) ibu bapa orang Malaysia, anak lahir di sini,\u201d katanya.\n\n\nSebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara dilapor menafikan dakwaan kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia kononnya untuk menjadi pengundi DAP. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/27/pengundi-dinasihat-tolak-parti-main-isu-3r-hafidzah/", "title": "Pengundi dinasihat tolak parti main isu 3R \u2013 Hafidzah", "body": "0\n\n\nBANGI, Ahad \u2013 Para pengundi yang akan memilih wakil mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram dinasihati menolak habis-habisan calon dari parti politik yang sering memainkan isu 3R (raja, agama dan kaum) dalam kempen mereka.\n\n\nKetua Wanita AMANAH Kelantan, Dr. Hafidzah Mustaqim yang menitipkan nasihat itu berkata, ini termasuk menolak pemimpin parti yang suka memberi gelaran buruk kepada individu lain.\n\n\nAhli Dewan Undangan Negeri Kota Lama (ADUN) Pakatan Harapan (PH) yang membuat kejutan merampas kerusi Kota Lama daripada PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan itu berkata, misalnya pihak pembangkang yang baru-baru ini membuka tirai kempen di Simpang Jeram dengan mengisi ceramah mereka menggunakan kata-kata yang kurang baik di samping memberi gelaran buruk kepada individu tertentu.\n\n\n\u201cBagi saya yang boleh lawan perkara ini adalah Malaysia MADANI, tapi konsep itu masih belum dapat disampaikan sepenuhnya. Pengalaman saya di Kelantan kita bukan lawan manifesto, kita lawan sentimen agama, perkauman dan raja-raja yang dimainkan,\u201d katanya.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nMahkamah arah keluarga Altantuya dibayar RM5 juta, RM75,000\n\n\n\n\n\n\nGuan Eng diperintah bayar ganti rugi RM250,000 kepada Abdul Azeez\n\n\n\n\n\n\nTambah baik hal ehwal Islam, beri manfaat kepada semua\n\n\n\n\n\n\nJumlah mangsa banjir meningkat, empat daerah di Johor masih terjejas\n\n\n\n\n\n\nKetua Menteri Dari Etnik Dayak Mampu Bawa Wajah Baru Sarawak\n\n\n\n\n\n\n\n\nTimbalan Ketua Wanita PH Kelantan itu berkata demikian ketika ditemui selepas mengiringi calon PH PRK Simpang Jeram Nazri Abdul Rahman ke pusat penamaan calon semalam.\n\n\nPRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di kedua-dua kerusi berikutan kematian penyandangnya iaitu Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.\n\n\nPRK ini menyaksikan saingan tiga penjuru di kedua-dua kerusi berkenaan, antara PH, PN dan Bebas. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/08/28/tambah-baik-hal-ehwal-islam-beri-manfaat-kepada-semua/", "title": "Tambah baik hal ehwal Islam, beri manfaat kepada semua", "body": "0\n\n\nBANGI, Isnin \u2013 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Persekutuan terus siapsiaga menambah baik hal ehwal Islam di Malaysia agar inklusif, bukan sahaja memberi manfaat kepada umat Islam, malah rahmat kebaikan Islam juga dirasai masyarakat bukan Islam.\n\n\nMenerusi hantaran di Facebooknya, Anwar berkata, beliau menjunjung kasih atas kesudian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-70 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam hari ini.\n\n\nAnwar yang juga Timbalan Pengerusi Majlis itu berkata, mesyuarat MKI berkenaan jelas menzahirkan keprihatinan Tuanku terhadap pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.\n\n\n\u201cPatik dan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan khususnya agensi Islam menjunjung duli dan beriltizam untuk memastikan tadbir urus hal ehwal Islam dilaksanakan dengan sebaik-baiknya seperti mana yang dihasratkan oleh Majlis Raja-raja.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nTak cukup lagi ke orang Melayu berkorban?\n\n\n\n\n\n\nGaji penjawat awam naik boleh tingkatkan defisit negara \u2013 Anwar\n\n\n\n\n\n\nAmalan \u2018Little Napoleon\u2019 tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan \u2013 Cuepacs\n\n\n\n\n\n\nUNDI MELAYU PECAH DI MELAKA | BULETIN PERTIWI \u2013 ISNIN 8 NOVEMBER 2021\n\n\n\n\n\n\nMalaysia lebih berisiko dilanda tsunami berbanding gempa bumi\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cPatik meyakini dengan perkenan dan restu Duli-Duli Tuanku jua, usaha memperkukuhkan institusi pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan dan negeri-negeri dapat dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan,\u201d katanya.\n\n\nAnwar turut merakamkan sekalung penghargaan kepada ahli MKI dan wakil negeri-negeri yang hadir pada mesyuarat itu. \u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/09/06/25919/", "title": "Selesaikan masalah umat Islam dengan adil, secepat mungkin \u2013 Agong", "body": "0\n\n\nBANGI, Rabu \u2013 Yang di-Pertuan Agong,\u00a0Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar\u00a0Hakim Syarie di Sabah\u00a0dapat menyelesaikan masalah umat Islam dengan seadil dan\u00a0sebaiknya tanpa mengambil masa yang lama.\n\n\nSeri Paduka Baginda juga berharap\u00a0Hakim Syarie dapat melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada mereka dengan baik\u00a0terutamanya dalam menyelesaikan masalah umat Islam di Sabah.\n\n\n\u201cKita tahu ada juga rungutan-rungutan kerana kelewatan membuat keputusan yang kecil ataupun keputusan yang besar tetapi ini harus dijadikan satu tanggungjawab bersama untuk menentukan segala urusan berkaitan dengan hal-hal rumah tangga, hal-hal faraid, hal-hal undang-undang syarak perlu diuruskan dengan sebaiknya dan dengan secepat mungkin berlandaskan kepada hukum syariah dan elemen-elemen syariah,\u201d titah Al-Sultan Abdullah\u00a0semasa\u00a0merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah\u00a0di Kota Kinabalu\u00a0hari ini.\n\n\nProjek pembinaan kompleks setinggi empat tingkat itu dengan kos RM58.12 juta merupakan satu projek rancangan boleh pinda di bawah Rancangan Malaysia ke-10 yang\u00a0bermula pada 9 November\u00a02017 dan siap pada 22 Julai 2021.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSpeaker DUN Tidak Terima Surat Bubar DUN\n\n\n\n\n\n\nPesawat TUDM terhempas di Pulau Pinang\n\n\n\n\n\n\nAras Air Sungai Melepasi Bahaya Di Beberapa Negeri\n\n\n\n\n\n\nOmicron Makin Hampiri Malaysia \u2013 KKM\n\n\n\n\n\n\nSuntikan Liraglutide batalkan puasa\n\n\n\n\n\n\n\n\nKompleks itu mempunyai satu dewan perbicaraan Mahkamah Rayuan\u00a0Syariah, dua dewan perbicaraan Mahkamah Tinggi Syariah, tiga dewan perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah, kamar hakim syarie, pejabat pentadbiran, bilik pegawai, bilik sulh, bilik teknologi maklumat, perpustakaan, surau, kafeteria dan taman asuhan kanak-kanak.\u00a0\u2013 BERNAMA"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/09/07/25924/", "title": "Rosmah pula mohon dibebaskan selepas kes Ahmad Zahid", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Datin Seri\u00a0\nRosmah Mansor\u00a0\nmohon dilepas dan dibebaskan daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7.1 juta serta lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).\n\n\nMenerusi afidavit sokongan bersama notis usul difailkan Tetuan Reza Rahim & Rajivan semalam, Rosmah, 72, menjelaskan hasratnya mahu membatalkan pertuduhan terbabit kerana ia tiada asas, defektif (cacat), pramasa dan tidak mendedahkan kesalahan dalam perundangan.\n\n\nMenurut isteri Datuk Seri Najib Razak itu, dia ada hak substantif dan perlembagaan untuk dilayan secara saksama, selain hak perundangan substantif mengikut Bahagian VI Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan rayuan terhadap sebarang taksiran dilakukan LHDN yang jelas dinafikan kepadanya.\n\n\n\u201cPertuduhan tersebut secara asasnya berlandaskan bahawa saya kononnya gagal untuk memfailkan pulangan diperlukan di bawah Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), bertentangan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nUtamakan Bahasa Kebangsaan Dalam Semua Aspek Kehidupan\n\n\n\n\n\n\nBudaya Politik Wang Lahir Pemimpin Tidak Berintegriti Teraju Negara\n\n\n\n\n\n\nPersenda OKU Diminta Mohon Maaf\n\n\n\n\n\n\nWisma Putra terima maklumat tiga rakyat Malaysia masih di Sudan\n\n\n\n\n\n\nOrang ramai dinasihat guna bekalan air diiktiraf SPAN\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cOleh itu, saya didakwa melakukan kesalahan berdasarkan Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum mengikut seksyen sama.\n\n\n\u201cSaya percaya bahawa pertuduhan itu adalah defektif, pramasa dan tidak konklusif kerana tiada perintah, arahan, permintaan serta tuntutan wujud yang menyatakan bahawa jumlah dinyatakan dalam tuduhan tertakluk kepada pembayaran cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967,\u201d katanya.\n\n\nRosmah juga\u00a0menegaskan, tiada perintah, arahan, permintaan dan tuntutan daripada LHDN diterima, sekali gus tidak boleh menyatakan beliau melanggar peruntukan perundangan.\n\n\n\u201cSebarang perintah, arahan, permintaan dan tuntutan bahawa jumlah berkenaan dikenakan pembayaran cukai adalah tertakluk kepada peruntukan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 yang secara khususnya berdasarkan Seksyen 4 akta itu,\u201d katanya.\n\n\nPada ketika itu, katanya, Ketua Pengarah LHDN tidak pernah menyerahkan kepadanya apa-apa taksiran, permintaan dan tuntutan seperti diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menjadikan jumlah tersebut boleh dikenakan bayaran.\n\n\n\u201cDalam apa keadaan pun, Ketua Pengarah LHDN kini disekat oleh had masa untuk berbuat demikian,\u201d katanya sambil menjelaskan, forum yang ada hak untuk menentukan jumlah yang tertakluk pada pembayaran cukai adalah Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT), bukannya mahkamah.\n\n\n\u201cMalah, mahkamah jenayah bukan forum yang sesuai bagi penentuan itu. Jika mahkamah jenayah meneruskan dengan penentuan itu, maka ia akan mengambil alih fungsi SCIT yang juga adalah badan diberi kuasa melalui undang-undang.\n\n\n\u201cSaya ada hak substantif untuk merujuk sekiranya jumlah itu tertakluk pembayaran cukai kepada SCIT yang dinafikan kepada saya dalam pertuduhan ini. Pertuduhan terbabit jelas ada motif untuk menindas hak substantif yang dijanjikan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967,\u201d katanya.\n\n\nPada prosiding pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy yang disertai Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn dan peguam Rosmah, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, afidavit itu disahkan difailkan semalam.\n\n\nMuniandy kemudian menetapkan supaya pendakwaan memfailkan afidavit balas selewat-lewatnya 22 September ini manakala pemfailan hujahan bertulis pihak pembelaan Rosmah serta pendakwaan pula, masing-masing selewat-lewatnya 2 dan 16 November.\n\n\n\u201cPermohonan untuk membatalkan pertuduhan terbabit akan didengar 13 Disember,\u201d katanya.\u00a0\u2013 BERITA HARIAN"} {"url": "https://tvpertiwi.com.my/2023/09/07/bung-moktar-zizie-izette-dilepas-dibebaskan/", "title": "Bung Moktar, Zizie Izette dilepas, dibebaskan", "body": "0\n\n\nBANGI, Khamis \u2013 Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti yang menunjukkan dua saksi pendakwaan memberikan wang rasuah kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin melalui isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad.\n\n\nHakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid dalam keputusannya berkata, mahkamah membuat dapatan itu selepas pemeriksaan dan penelitian terhadap rekod prosiding.\n\n\nDua saksi pendakwaan berkenaan adalah ejen Public Mutual iaitu Norhaili Ahmad Mokhtar dan Madhi Abdul Hamid.\n\n\nAzhar berkata, sehubungan itu ia adalah kes yang betul dan wajar bagi mahkamah melaksanakan kuasa semakan mengikut Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah.\n\n\n \n\n\n\n\nArtikel berkaitan\n\n\n\n\n\n\nSemakan kehakiman rampasan jam tangan kaitan LGBTQ ditangguh 23 Ogos\n\n\n\n\n\n\nKempen \u2018Sosial Media\u2019 Belum Boleh Diterima Pengundi\n\n\n\n\n\n\nTragedi basikal lajak: Sam Ke Ting dibebaskan\n\n\n\n\n\n\nChe\u2019GuBard dakwa Speaker lantik anak jadi pegawai parlimen\n\n\n\n\n\n\nSecara teorinya, Anwar tidak perlu usul undi percaya 19 Disember ini\n\n\n\n\n\n\n\n\n\u201cDengan itu, keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan kedua-dua pemohon untuk membela diri (pada 2 September tahun lalu) adalah salah laksana keadilan.\n\n\n\u201cSaya dengan ini mengguna pakai Seksyen 325 Kanun Prosedur Jenayah bagi\u00a0melepas dan membebaskan kedua-dua pemohon,\u201d katanya.\n\n\nAzhar berkata demikian selepas membenarkan permohonan Bung Moktar dan Zizie Izette untuk menyemak keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob yang memerintahkan mereka membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.\n\n\nSelepas keputusan mahkamah itu, Bung Moktar dan Zizie Izette yang berada dalam kandang tertuduh, menangis dan berpelukan."}